Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Pagi ini kita mulakan pada hari ini dengan soalan lisan. Sebagai ingatan, Peraturan 37 ada kaitan.
Dengan ini, saya mempersilakan Tuan Chong Zhemin, Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan Kampar, soalan nombor 1. Saya ulang. Soalan Kampar, soalan nombor 1.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bilangan kes jenayah siber yang dilaporkan sepanjang tahun 2024 dan apakah langkah kementerian bagi meningkatkan tahap keselamatan digital rakyat.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bismillah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Jenayah siber ada dua kategori. Yang pertama, jenayah yang dibantu siber. Dalam bahasa Inggeris, dengan izin, cyber-enabled crime. Kedua, jenayah yang bergantung kepada siber. Dalam bahasa Inggeris, cyber-dependent crime, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, cyber-enabled crime ialah jenayah tradisional yang dipermudah atau diperluaskan melalui teknologi. Contoh, penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu atau bahan lucah. Cyber-dependent crime, jenayah yang hanya boleh berlaku melalui teknologi digital. Contoh, hacking atau godam, malware atau serangan perisian hasad, dan phishing atau pancingan data.
Tan Sri di-Pertua, Kampar ingin tahu, apakah langkah yang kami laksanakan.
Pertama, tentunya penguatkuasaan undang-undang. Melalui PDRM, agensi penguat kuasa
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
undang-undang terbesar di negara kita, komitmen kita adalah untuk banteras semua jenis jenayah siber, baik cyber-enabled crime mahupun cyber-dependent crime.
Sepanjang 2024, kita telah membuka 46,086 kes ataupun IP, kertas siasatan. Itu kertas yang kita buka di bawah Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, antaranya.
Kedua, polis laksanakan kajian dan pindaan undang-undang. KDN dan polis. Contoh, tahun lepas, kita pinda Kanun Keseksaan, kita masukkan 424A dan 424B, kita tinggikan penalti. Undang-undang lama RM1,000, kita naikkan RM10,000. Terima kasih Ahli Yang Berhormat kerana mendukung pindaan itu. Ini khusus bagi mengawal mule account. Penipuan atas talian ini, pelakunya itu kadang dia guna kad ATM orang lain, kad kredit orang lain, e-wallet orang lain sebagai instrumen pembayaran.
Kedua, kita juga pinda Kanun Tatacara Jenayah. Ini Akta 593, supaya kalau sebelum itu pegawai polis yang boleh ada kuasa sita dan bekukan akaun itu bagi sekat transaksi kewangan dulu pangkatnya inspektor, sekarang kita bagi kuasa itu kepada sarjan. Yang paling penting, kita nak prevent layering dan kita nak sekat money flow. Baik. Sekarang, dari segi undang-undang, sedang dikaji rang undang-undang jenayah siber pula.
Yang ketiga, Tan Sri di-Pertua, kita adakan kempen kesedaran dan pendidikan.
Sepanjang tahun lepas, kita gerakkan 10,630. Ini kempen kesedaran di bawah KDN sahaja dan polis. Pameran, ceramah, siaran media, sembang santai, meet and greet dan high profile policing, tapi bukan KDN saja, Kementerian Digital juga lebih banyak menjalankan program kesedaran. Sebagai contoh, mereka laksanakan Program Pemerkasaan Keselamatan Siber
(SIBERKASA). Mereka laksanakan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan dengan kerjasama Gabungan Bertindak Anti-Scam.
Tan Sri di-Pertua, saya akhiri jawapan saya dengan menyebut bahawa dari segi strategi dan kerjasama antarabangsa, kita juga tak boleh dilihat terpisah. Hal ini kita kena dapatkan kerjasama antarabangsa. Untuk itu, Malaysia kini dalam fasa untuk menyertai Konvensyen Budapest dan kita akan tanda tangan Konvensyen PBB berkaitan Jenayah Siber bagi mengukuhkan kerjasama dalam siasatan, pertukaran bukti digital dan ekstradisi pelaku jenayah siber, perkongsian maklumat dan risikan bersama Interpol dan FBI. Ini kita akan tanda tangan, kalau tak ada halangan, bulan 10 nanti di Vietnam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada jawapan yang jelas dan terperinci daripada Menteri. Soalan tambahan saya. Apakah penambahbaikan dan hala tuju baharu yang akan dilakukan oleh KDN untuk menangani permasalahan jenayah penipuan atas talian ataupun scam selepas pengumuman oleh PDRM pada berapa hari lalu, di mana mereka akan menerajui pengoperasian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC)?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Kampar. Soalan ini khusus mengenai National Scam Response Center (NSRC). Tan Sri Yang di-Pertua, betul, baru-baru ini Perdana Menteri telah memberi persetujuan bahawa NSRC ini diletakkan di bawah Polis Diraja Malaysia. Penjelasannya begini, bila ada mangsa, dia akan telefon 997. Setup sekarang, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia, MCMC. Jadi, merekalah yang jaga call centre ini. Ya? Sekarang, teraju utamanya adalah Polis Diraja Malaysia dan kita menjanjikan 24 jam panggilan.
Sebelum ini rakyat bersungut, kalau dia sedar akaun dia kena scam pukul 10 malam, bila dia buat panggilan tak berangkat. Jadi, itu antara maklum balas yang kita dapat. Jadi, kita janjikan bahawa bila polis ambil alih, pertama, kita akan kukuhkan strukturnyalah. NSRC ini, dia akan bawah kawal selia KDN diterajui PDRM, tetapi elemen Bank Negara, elemen MCMC masih kekal.
Yang kedua, waktu operasi kita janjikan piagam pelanggan kita 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Tak ada hari cuti sebab penipuan ini boleh berlaku. Sekarang ini, purata panggilan kita terima 500 panggilan aduan daripada rakyat tentang online scam ini sehari.
500 panggilan sehari dan trend itu trend yang meningkat. Jadi, kita kena respons dengan aduan rakyat ini.
Kemudian, kita akan dari pusat kita punya operasilah. Sekarang ini kita masih tumpang di Bank Negara. Selepas ini kita akan ada setup kita sendiri. Idealnya kita nak buat di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dekat Cyberjaya.
Kemudian kita kena ada penambahan pegawai. Yang ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk meminta JPA menimbangkan sehingga 139 perjawatan baharu dan tentunya kita kena ada kerjasama rentas sempadan dengan negara- negara lain. Jadi Kampar, benar, mulai sekarang NSRC di bawah kawal selia KDN diterajui Polis Diraja Malaysia. Akan ada tambahan jawatan baharu, kita janjikan khidmat 24 jam, tujuh hari seminggu kerana trend aduan itu semakin meningkat. Jadi, kita kena respons sebagai memenuhi tuntutan dan ancaman yang sekarang ini semakin meluas. Terima kasih, Dato’.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat soalan tambahan? Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan YB Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih, Menteri Dalam Negeri. Saya nak bangkitkan berkenaan dengan hack-lah, telefon yang kena hack dan juga digital punya scammer ini. Ditularkan mengenai kaedah scammer iaitu menggunakan short code seperti yang digunakan bank. Adakah pihak kementerian menyemak semula senarai pemberi lesen short code ini?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Contohnya bermula dengan 5XXXX dan 6XXXX secara berkala bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh scammer ini termasuk juga telefon yang di-hack. Adakah kerajaan ada satu kaedah untuk kita, kita apa ini, memantau kes ini dan mengambil tindakan? Kerana dilaporkan sehingga lebih daripada 100 juta scammer ini telah menipu mereka-mereka, rakyat kita terutamanya orang pencenlah.
Jadi, mutakhir ini semakin ramai peniaga tidak berlesen juga menjalankan aktiviti perniagaan secara langsung melalui platform TikTok. Termasuk menjual produk sensitif seperti baja pertanian tanpa kawalan. Dalam masa yang sama, terdapat lambakan barangan terlarang yang dijual di platform e-Dagang seperti Shopee termasuk mata wang tiruan, alat lucah dan produk yang tidak menepati standard keselamatan.
Oleh sebab itu, apakah kerajaan mempunyai mekanisme yang mantap dan menyeluruh bagi menyekat penyalahgunaan platform digital ini? Serta, apakah bentuk penguatkuasaan rentas kementerian yang sedang atau akan dilaksanakan? 48,000 disebut tadi, kes kertas siasatan dibuka dan daripada 48,000 ini…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Berapa yang telah didakwa? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Pendang. Makanya, dalam bahagian pertama jawapan saya tadi sebut, apakah agensi kawal selia utama yang terlibat?
Jawapannya, KDN melalui Polis, Bank Negara Malaysia, MCMC. Ini komponen utama. Baik dari segi enforcement di bawah Polis, akta saya senaraikan tadi. Dari segi pelesenan, kita ada elemen MCMC. Juga, ada elemen akta ya, Akta MCMC. Kalau ia nya penipuan itu melibatkan akaun bank, di situ kita perlukan Bank Negara. Nanti dia akan panggil semua institusi perbankan di negara kita. Rakyat ini, Pendang, bila berlaku aduan, dia harap apa?
Akaun dia segera dibekukan, supaya duit tak mengalir.
Yang kedua, bila dia buat aduan, dia nak duit itu yang diselamatkan itu dapat diserah kembali kepada dia, itu yang harapan rakyat yang itu saja. Baik, sekarang ini daripada sejumlah kes yang telah kita buka IP, peratusan pendakwaan ataupun kes yang kita anggap selesai itu baru mencecah sekitar 49 peratus.
Jadi, itu walaupun dari sudut polis kita rasa IP kita itu membuahkan hasil, tapi expectation rakyat lebih tinggi. Baik, Yang Berhormat Pendang bangkitkan soal penjualan barangan melalui platform. Itu di bawah forte KPDN. Baik Lazada, baik Shopee mereka ini penyedia platform perniagaan. Jadi, akan berlaku transaksi antara pelanggan dengan penjual. Okey ya? Cuma kalau berlaku elemen jenayah penipuan, di situlah baru peranan yang dilaksanakan oleh NSRC.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, kalau Yang Berhormat merasakan bahawa sejumlah akta yang kita kuatkuasakan itu belum memadai. Misalnya, tahun lepas kita pinda dan Ahli Yang Berhormat semua sokong untuk penalti dinaikkan RM1,000 pada RM10,000. Kita ucap terima kasih.
Sekarang kita sedang pinda pula — dalam proses ya. Melakukan kajian untuk pinda Rang Undang-undang Jenayah Siber pula. Kita nak perluaskan kuasa penyiasatan dengan memasukkan peruntukan penyimpanan (retention), pemeliharaan (preservation), penzahiran
(disclosure) serta kita nak kumpul dan rakam data secara real-time, real-time collection of traffic data. Kemudian, kesalahan terhadap kerahsiaan, integriti, kebersediaan data, pencerobohan sistem, pemintasan tanpa kebenaran ke atas data. Banyak lagi elemennya.
Sampai masa nanti KDN akan adakan libat urus. Kita akan minta lagi input.
Hakikatnya, Dato’ Yang di-Pertua, jenayah ini makin rencam, makin kreatif. Undang- undang kita tak boleh statik, mesti dinamik dan kita mesti respons mengikut kesesuaian dan mengikut ancaman yang sedang berlaku. Dan, itulah peranan kita Ahli Dewan untuk meminda akta bila mana diperlukan. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, boleh tak…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Beruas, duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Satu tambahan. Soalan tambahan dak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerana isu ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk. Yang Berhormat, soalan kedua saya. Saya mempersilakan Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah strategi kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berikutan jumlah hutang negara kini mencecah RM1.5 trilion berikutan pengumuman Bank Dunia yang mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia untuk 2025 jatuh kepada 3.9 peratus dan pada masa negara perlu berdepan tarif timbal-balik daripada Amerika Syarikat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehingga separuh pertama 2025, kedudukan ekonomi negara masih menunjukkan prestasi yang baik. Pada suku tahun pertama 2025, asas ekonomi negara masih kukuh dengan KDNK mencatat pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan berdasarkan unjuran awal suku kedua bakal mencecah 4.5 peratus.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kadar pengangguran pada Mei 2025 mencatatkan hanya tiga peratus manakala kadar inflasi pula stabil 1.1 peratus pada bulan Jun 2025. Di samping itu, jumlah perdagangan mencatatkan peningkatan sebanyak 6.1 peratus pada suku tahun kedua 2025. Ini menunjukkan kedudukan ekonomi Malaysia kekal positif.
Kerajaan akan terus memantau prestasi ekonomi semasa dan sentiasa memberikan tumpuan kepada usaha menaikkan lantai selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI bagi memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat bertambah baik meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.
Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat adalah seperti peruntukan Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH yang meningkat daripada 13 — 10 bilion pada tahun 2024 ke-13 bilion pada 2025.
Dan hampir sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kadar maksimum untuk isi rumah bagi tahun 2025 telah ditingkatkan kepada RM4,600 iaitu kenaikan hampir 25 peratus berbanding dengan RM3,700 pada tahun 2024.
Kedua ialah peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2025 juga meningkat kepada RM2.9 bilion berbanding dengan RM2.4 bilion. Kadar bantuan warga emas dinaikkan kepada RM600, kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin turut dinaikkan kepada RM255 seorang dan juga untuk Wilayah Persekutuan, kadar bantuan am juga dinaikkan kepada RM150.
Kerajaan turut menyediakan peruntukan sejumlah RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup dengan lebih meluas termasuk pengawalan harga bahan asas seperti beras dan minyak masak. Ini meliputi program Payung RAHMAH yang telah disediakan peruntukan sebanyak RM300 juta. Jualan RAHMAH diperhebatkan lagi bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri. Dalam pada itu, sejumlah RM700 juta turut disediakan untuk memperbanyak pelaksanaan program-program mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Seiring dengan aspirasi memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memperkasa modal insan negara, program Bantuan Awal Persekolahan tahun 2025 diteruskan dan juga kita ada Bantuan Subsidi MADANI dan BUDI MADANI, juga ada inisiatif pas bulanan My50, juga akan meringankan beban kewangan kepada rakyat terutama golongan B40 dan M40. Juga kerajaan yang akhirnya juga telah mengambil pendekatan dengan meningkatkan pendapatan rakyat melalui kenaikan gaji penjawat awam dan turut menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700.
Secara keseluruhannya Yang Berhormat, program-program bantuan dan subsidi serta dasar kerajaan yang dilaksanakan ketika ini menunjukkan kerajaan sentiasa komited mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Di samping memacu pertumbuhan ekonomi
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
yang mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global, langkah-langkah ini penting untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang ke arah merealisasikan objektif di bawah Kerangka Ekonomi MADANI. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Larut, soalan tambahan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila saya mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri, angka-angka ini menunjukkan bahawa prestasi baik sekali. Tak payahlah buat himpunan rakyat pada hari Sabtu ni, tapi the reality...
Beberapa Ahli
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, adab dalam Dewan ya, kalau nak bercakap itu berdiri. Kalau nak saya layan macam budak- budak, saya boleh layan macam budak-budak. Yang Berhormat, amaran pertama. Silakan, teruskan. Silakan Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum itu saya nak mintaklah Tuan Yang di-Pertua – saya rasa rakyat tengok live ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tahu.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya malulah ada sikap yang macam itu.
Mungkin dia tak reti malu. Itu bab lain. Cuma saya nak sambung balik.
Apa yang saya nak katakan adalah, perasaan rakyat yang fokus sepatut diberikan adalah inflasi makanan. Kalau you kata inflasi, overall itu cerita lain. Kalau inflasi makanan ni dia sebenarnya meningkat. Dia kena tengok dari segi realitinya. Ini yang menyebabkan rakyat tertekan. Kalau kita tengok daripada catatan, di Negeri Sembilan misalnya 3.3 peratus kenaikan inflasi makanan di Negeri Sembilan. Selangor, 3.1 peratus. Putrajaya, 2.9 peratus.
Semalam saya suruh pegawai saya check...
Beberapa Ahli
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, yang menentukan bahas atau tidak, saya.
[Tepuk] Yang Berhormat nak buat keputusan sedemikian, tunggu Yang Berhormat duduk di sini. [Sambil merujuk pada tempat duduk Speaker] Ya. Amaran kedua. Sekali lagi, saya tidak teragak-agak, 10 hari saya nak hantar keluar. Teruskan, Yang Berhormat. Kuala Langat ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, kalau...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Hulu Langat, sorry.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Hulu, Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Hulu Langat.
Teruskan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, kalau begitulah inflasi makanan di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi, Putrajaya naik kepada 2.9 peratus. Tadi saya suruh pegawai saya check balik dalam PriceCatcher yang dikeluarkan oleh KPDN, saya tengok juga harga ikan kembung naik. 30 Jun sebelum peluasan SST, RM14.80 satu kilo, tapi semalam harga purata ikan kembung di Kuala Lumpur naik sehingga RM16 satu kilo.
Sebab itu fokus yang kita nak adalah...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Larut, pendekkan soalan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sebab itu soalannya adalah supaya kerajaan mencari jalan, apakah jalan yang sebenarnya untuk kita menurunkan inflasi makanan ini? Dari segi target-nya, jangka masa sasaran itu, strategi-strategi yang dibuat oleh kerajaan kerana menaikkan SST itu, apakah mampu untuk menurunkan harga makanan?
Dan tidak payahlah kita cerita pasal Jualan RAHMAH kalau harga yang sebenarnya masih lagi naik. Itu yang saya ingin persoalkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Larut. Seperti saya telah sebutkan tadi, secara keseluruhannya, kadar inflasi pada kini, pada Jun 2025 adalah pada tahap 1.1 peratus bagi makanan.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Jadi, memang sebab kita – kadar inflasi adalah overall. Mungkin bagi just on makanan. Mungkin seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Larut tadi, makanan memang lebih tinggi berbanding dengan secara purata 1.1 peratus kadar inflasi yang kita.
Jadi, untuk bagi kita bagi bulan Jun, inflasi bagi makanan adalah lebih kurang pada kadar 2.1 peratus secara purata. Mungkin sesetengah tempat mungkin seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Larut adalah di Negeri Sembilan lebih tinggi, tapi secara keseluruhan, data yang kita ada adalah bagi inflasi makanan pada bulan Jun adalah 2.1 peratus, Januari ke Jun adalah 2.4 peratus.
Memang bila kita laksanakan perkembangan SST, kita memang sudah siap sedia untuk kesan, memang makanan atau kos sara hidup akan dinaikkan, tapi di sini kita memang ada daripada KPDN akan memantau turun ke padang untuk memantau harga sebab SST the expansion itu adalah targeted kita tidak mahu harga barangan terutamanya makanan asas dinaikkan. Jadi, ini kita adalah, kita memang ada memantau daripada Kementerian KPDN
Puan Lim Hui Ying
dan kami janji akan memantau dari masa ke-semasa supaya kos sara hidup masih kekal tidak akan naik, terutamanya harga makanan asas. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang. Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan nombor dua daripada Ketua Pembangkang itu sangat penting dan kita kena hormati soalan daripada Ketua Pembangkang ini.
[Tepuk] Isunya isu yang crucial. Dan 26 hari bulan hari Sabtu ini, saya diberitahu mungkin hampir setengah juta rakyat akan tunjuk perasaan. Antara isunya ialah isu kos sara hidup.
Jawapan Timbalan Menteri tadi bagus bagi pihak kerajaan, tapi bagi pihak kerajaan, bolehkah dengan keadaan sekarang ini jelaskan supaya beritahu rakyat dalam satu, dua hari ini, keadaan yang sebenar sebelum mereka turun ke jalan raya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, senang saja jawapannya. Yang Berhormat Menteri buka 24(3) peraturan, that is the answer will solve dengan izin, will solve all the problem.
Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain cuba buka 24 Peraturan 24 dan (3), You will solve a lot of problem dan apa yang dilema yang kecoh-kecoh dalam ni, selesai kalau jika ikut peraturan tu.
Baik, kita move on ke soalan nombor 3. Yang Berhormat, kalau peraturan saya layan.
Yang Berhormat Sibu*.
[Tepuk]*
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
[Bangun]
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker, 36(12). Saya nak betulkan sikit…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd nor
36(12). Sebentar -sebentar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan mengenai Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Siapa Yang Berhormat?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Larut tadi cuba kaitkan ikan kembung: harga ikan kembung kepada inflasi yang rendah, tapi saya nak bagitahu ikan kembung bukan dalam bakul makanan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, get to the point.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, itu yang saya katakan. Ikan kembung bukan dalam bakul makanan untuk ukur kadar inflasi. Jadi, tak boleh kaitkan ikan kembung. Kadar inflasi itu rendah.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul. Ikan kembung itu berdasarkan kepada supply-demand.
Kalau pada masa itu nelayan yang tangkap ikan kembung tak banyak: kurang, harga naik lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dato’ Sri Speaker, Yang Berhormat Kampar ni dia tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kampar. Saya tanya tadi. Give the soalan tu apa, apa pelanggaran peraturan tu. Get to the point.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, tadi saya kata kan, Larut cuba kelirukan Dewan untuk kaitkan harga ikan kembung…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
…Kepada kadar inflasi yang rendah. Dia kata kadar inflasi rendah, tapi ikan kembung harga naik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Saya dengar baik, saya dengar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ya…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, duduk. Ini keputusan. Saya overrule, Yang Berhormat Kampar. Jadi benda itu tak relevan. Sekarang terus kepada soalan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Soalan tambahan, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sibu, kalau peraturan saya benarkan, kalau tidak, duduk.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Soalan, soalan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan…
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekarang ni nombor... Tidak benar, saya suruh duduklah tu. Baik, berikutnya saya ke soalan yang ke-3.
Saya mempersilakan Datuk Mohd Isam bin Mohd Isa. Yang Berhormat Tampin.
Seorang Ahli
Pantun, pantun satu…
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ikan kembung waktu BN dulu pun murah juga, kawan turun juga demo.
[Dewan ketawa]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Yang Berhormat Santubong bijak bergeliga; Soalan Tampin nombor tiga.
3. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, dapatan data terkini jumlah gelandangan di seluruh negara berbanding tahun-tahun sebelumnya mengikut pecahan negeri dan umur serta perancangan ke depan kerajaan bagi menangani isu tersebut secara holistik khususnya di bandar-bandar utama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sila jawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan bidang kuasa ke atas orang papa mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 iaitu Akta 183. Subseksyen 3(1) Akta Orang-orang Papa 1977 memperuntukkan mana-mana pegawai kebajikan masyarakat boleh mengambil orang papa ke dalam jagaannya dalam tempoh 24 jam sebelum membawa orang papa tersebut ke mahkamah majistret.
Tindakan mengambil orang papa ini, jangan hairan saya menggunakan perkataan ‘mengambil’ kerana ini dalam undang-undangnya. Ini dilaksanakan oleh JKM secara ad hoc dengan izin, berdasarkan aduan serta melalui operasi berjadual ataupun berkala. Ada tiga caranya yang dilaksanakan sama ada oleh JKM sendiri atau operasi bersama dengan agensi- agensi penguatkuasaan lain seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT. Jadi, statistik orang papa yang telah diambil ini adalah seperti berikut:
(i) 1,528 orang pada tahun 2021;
(ii) 1,280 orang pada tahun 2022;
(iii) 2,080 orang pada tahun 2023; dan
(iv) 1,987 orang pada tahun 2024.
Manakala bagi tahun 2025 sehingga bulan Mei 2025, seramai 987 orang papa telah diambil. Jadi daripada jumlah tersebut, Tuan Yang di-Pertua, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah negeri yang tertinggi mencatatkan bilangan orang papa yang telah diambil dengan 1,742 orang. Ini diikuti oleh negeri Pulau Pinang dengan 1,288 orang dan negeri Johor dengan 1,199 orang.
Sementara itu, dari segi umur, 515 orang daripadanya adalah berumur di bawah 18 tahun. 5,068 orang berumur 18 hingga 59 tahun. Selepas itu ada, 2,018 orang berumur 60 tahun dan ke atas, manakala selebihnya tidak dapat disahkan umurnya. Saya berhenti di situ dulu in case jawapan dia, soalan dia akan meliputi jawapan yang seterusnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Menteri. Berikut silakan soalan tambahan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Berdasarkan kajian di sudut perundangan berkaitan gelandangan ini, iaitu antara Akta Orang- orang Papa 1977 yang diguna pakai dalam negara, saya dapati undang-undang sedia ada sudah jauh ketinggalan dan jangka hayatnya juga sudah begitu lama serta berkemungkinan tidak relevan lagi, hanya sedikit perubahan kecil pada tahun 2014.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui apakah hasil dapatan daripada usaha semakan ataupun kajian semula Akta Orang-orang Papa 1977 yang telah disandarkan oleh Kementerian sejak tahun 2022 lalu? Dan bilakah kementerian berhasrat untuk membentangkan pindaan akta tersebut serta adakah kementerian bercadang untuk memasukkan elemen pencegahan gelandangan sepertimana yang dilaksanakan di United Kingdom? Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk jawapan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,Terima kasih Tampin. Memang soalan yang begitu tepat sekali yang memang dalam perancangan kita di mana KPWKM telah selesai melaksanakan kajian semakan semula Akta Orang-orang Papa 1977.
Objektifnya adalah seperti berikut, iaitu untuk mengenal pasti peruntukan sedia ada di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 yang tidak relevan dan memerlukan pindaan yang lebih praktikal dan bersesuaian untuk menangani isu gelandangan, pengemisan dan kemiskinan bandar.
Kedua, untuk mengemukakan cadangan berkaitan keperluan perundangan serta pembangunan pelan tindakan kepada kerajaan bagi isu-isu gelandangan, pengemisan dan kemiskinan bandar. Dan seterusnya, untuk menggubal satu rang undang-undang berkaitan gelandangan, pengemisan dan kemiskinan bandar.
Tadi tanya mengenai hasil dapatannya, KPWKM sedang meneliti hasil dapatan kajian yang akan diguna pakai sebagai asas kepada penstrukturan semula dan perincian mekanisme yang lebih holistik dalam pengendalian isu pengemis dan gelandangan agar kebajikan mereka dapat dilindungi dalam semua aspek. Hasil kajian meliputi cadangan kepada kerajaan mengenai kandungan, pendekatan serta skop undang-undang ke arah inisiatif pengendalian isu pengemis dan gelandangan secara menyeluruh. Meliputi usaha sama dan peranan pelbagai agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Jadi, kajian ini juga telah mengenal pasti peruntukan sedia ada di bawah Akta Orang- orang Papa 1977 yang tidak relevan dan memerlukan pendekatan baharu yang lebih praktikal dan bersesuaian dalam menangani isu pengemis dan gelandangan. Jadi, kita dalam kementerian sedang membuat gerak kerja ke arah penggubalan RUU ini, RUU mengenai
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
pengemis dan juga gelandangan bagi memastikan isu gelandangan ini dapat ditangani dengan lebih baik dan teratur.
Ini termasuklah dari segi pemulihan dan penguatkuasaan pengemis dan gelandangan agar inisiatif intervensi yang dirancang lebih berstruktur dan bermatlamat dalam membantu mereka kembali meneruskan kelangsungan hidup dan menjalankan kehidupan yang lebih sejahtera. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya ialah, daripada jumlah tangkapan yang disebut, berapakah jumlah gelandangan wanita dan warga emas? Dan berapakah kes yang kembali, kes berulang?
Dan yang kedua, berapakah jumlah er tangkapan yang membabitkan gelandangan yang merupakan orang yang mempunyai masalah kesihatan mental dan penagih dadah?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau mengikut tindakan masa kita mengambil, mengikut jenis operasi dan negeri bagi tahun 2021- eh, Pulau Pinang- panjang ini, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya nak ini, dia panjang dia punya senarai.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kalau mengikut daripada negeri-negeri ini, kita ada juga mengikut because dari jenis- jenis tadi, memang dia agak panjang jawapan kita. Kalau boleh saya bagi secara bertulis kerana statistik ini memang banyak, panjang dan kalau tak dikongsi pun rugi juga, Yang Berhormat tidak mengetahui apa yang telah kita lakukan. tapi dari segi secara umumnya, yang dari apa nama – dari Desa Bina Diri itu, sebenarnya masih ramai yang kita memang simpan kat situ sebab kita tidak banyak tempat untuk menghantar mereka yang dikatakan gelandangan ini.
Sebenarnya mereka dihantar ke Desa Bina Diri ini sebenarnya bukan pengemis biasa ataupun apa, sebab kebanyakan mempunyai masalah mental, tapi kita nak hantar kepada Kementerian Kesihatan, mereka ambil sekejap, mereka akan bagi ubat, lepas itu balik kepada kita. Yang ada dekat, misalnya dekat yang di Cheras kah, kita punya tu – kita punya yang ada kat situ ada 82 orang. Ada lagi di tempat yang lain ada 300 orang tapi mereka bukannya berasal daripada sepertimana yang kita sebut dah tadi mengenai gelandangan yang disebutkan. Sebenarnya yang kami ambil tindakan adalah, orang-orang papa, bukan gelandangan daripada mereka yang sakit mental kah apa, tapi kebanyakan mereka berada bersama kita.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Cuma kalau mereka adalah, mereka daripada golongan yang gelandangan biasa, kita hantar ke rumah dia balik kalau keluarga dia terima, kalau tidak, kita juga cari, hantar ke tempat kita, institusi kita dan pada masa yang sama kita cari pekerjaan, tapi kalau mereka dapat – jadi dari segi figure angka itu, ianya dari masa ke semasa dia akan berubah. Kalau mereka layak untuk mendapat pekerjaan, kita cari pekerjaan.
Jadi, itu yang kita lakukan, tapi ada yang mental tu itu juga kita masih simpan dalam Desa Bina Diri kita, walaupun dia tidak berhak untuk – sepatutnya tidak berada di situ kerana adanya di antara mereka adalah pernah very fierce dengan izin, jadi agak sukar untuk kita menanganinya. Namun begitu, sebab kita menjalankan tugas kita untuk negara ini, kita terima saja walaupun mereka – kita terpaksa letak di tempat yang lebih orang kata, very special place untuk mereka supaya dia tak kacau orang lain tapi banyaklah, tapi dari figure tadi Yang Berhormat, saya akan bagi secara bertulis ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, yang lain itu boleh diedarkan secara bertulis. Baik, berikutnya saya mempersilakan Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Yang Berhormat Kota Bharu.
4. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, apakah perubahan kepada struktur bil elektrik TNB yang tidak lagi menggunakan kadar bertahap untuk pengguna domestik termasuk bagaimanakah mekanisme baru ini akan memastikan keadilan kos, kecekapan penggunaan tenaga dan mengekalkan subsidi tertumpu untuk golongan B40 dan M40.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Saya ingin memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Masjid Tanah nombor 50 pada hari ini, pada 29 Julai 2025 dan Yang Berhormat Jempol nombor 54 pada 4 Ogos 2025 berdasarkan buku final Aturan Urusan Mesyuarat. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Suruhanjaya Tenaga iaitu ST telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu di Semenanjung pada 20 Jun 2025 dengan pelaksanaannya bermula pada 1 Julai 2025.
Pengenalan jadual elektrik baru ini merupakan penambahbaikan pada struktur sebelum ini berdasarkan empat prinsip utama. Iaitu pertamanya, penetapan tarif yang lebih telus, yang kedua, struktur tarif yang mencerminkan kos pembekalan sebenar, yang ketiga, pengagihan kos yang adil dan saksama kepada semua pengguna dan keempat, impak perubahan yang minimum kepada pengguna domestik.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Struktur baharu ini merangkumi caj tenaga, caj kapasiti, caj rangkaian dan caj peruncitan bagi setiap kategori pengguna berbanding struktur lama yang hanya mempunyai komponen caj tenaga dan caj minimum. Dalam hal ini, struktur baharu tersebut adalah lebih telus dan memberikan pendedahan kepada pengguna mengenai kos-kos yang perlu dibayar bagi mendapatkan bekalan elektrik.
Selain itu, kadar tarif dalam jadual baharu ini juga tidak lagi berdasarkan aktiviti ekonomi, tetapi mengikut tahap sambungan voltan. Ini bertujuan untuk memastikan pengguna bukan domestik dikenakan kadar tarif berdasarkan kos sebenar untuk membekalkan sumber elektrik kepada mereka.
Bagi mengurangkan impak bil elektrik di samping menggalakkan amalan kecekapan tenaga dalam kalangan pengguna, kerajaan telah memperkenalkan Insentif Cekap Tenaga di mana ia diberikan secara terus kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,000 kWj dan ke bawah dan juga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menggunakan elektrik 200 kWj dan ke bawah.
Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan golongan sasar ini untuk lebih bijak dalam pengurusan tenaga dan memastikan tiada keperluan bagi para PMKS untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan disebabkan oleh kadar tarif baharu ini.
Tambahan lagi, penggunaan domestik dengan penggunaan elektrik 600 kWj dan ke bawah juga akan dikecualikan daripada pembayaran caj peruncitan. Ini merupakan bantuan oleh kerajaan pada golongan tersebut bagi memastikan mereka terus dilindungi dan tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual baharu ini.
Oleh itu, melalui insentif dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan bersama-sama dengan jadual tarif elektrik baharu ini, kerajaan menjangkakan perubahan yang minimum kepada bil elektrik pengguna domestik dan juga golongan PMKS dengan 85 peratus pengguna domestik tidak akan terkesan dan terus dilindungi selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 11 Jun 2025 juga telah meluluskan pelaksanaan mekanisme Automatic Fuel Adjustment ataupun singkatannya AFA bagi menggantikan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di mana pelarasan kos bahan api dibuat setiap bulan berbanding enam bulan.
Namun begitu, kementerian kekal prihatin dan memastikan kebajikan rakyat terjaga dan tidak terkesan secara terus dengan perubahan bil elektrik secara mendadak sekiranya berlaku ketidakstabilan harga bahan api di pasaran. Hal ini kerana terdapatnya penetapan nilai ambang ataupun threshold yang memerlukan kelulusan Menteri Tenaga dan bagi kelulusan kadar AFA sekiranya caj tenaga asas dan unjuran kos tenaga pada bulan akan datang berlaku peningkatan lebih 10 peratus dari bulan semasa. Ini merupakan langkah proaktif kerajaan bagi terus melindungi pengguna elektrik. Boleh dapat tambah masa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Di samping itu, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 600 kWj dan ke bawah akan dikecualikan daripada pelarasan kos bahan api secara automatik iaitu AFA. Langkah ini adalah untuk memastikan golongan domestik ini tidak terbeban dengan pembayaran bil elektrik di samping menggalakkan pengguna untuk menggunakan elektrik secara cekap dan berhemah sekiranya mereka ingin mendapat insentif ini.
Kementerian juga masih melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 untuk membayar bil elektrik bulanan sehingga RM40 pada ketua isi rumah, miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih. Untuk tujuan tersebut, RM55 juta telah diperuntukkan pada tahun 2025 dan bantuan rebat ini akan mengurangkan impak jadual tarif baharu ini kepada golongan miskin tegar, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang Di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri.
Bila kita sebut mengenai elektrik, tidak dapat dinafikan ia nya satu aspek yang menyentuh seluruh denyut nadi rakyat dalam negara kita ini sama ada maha miskin ataupun maha kaya. Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan tarif elektrik baharu ini tidak membebankan, adil, progresif dan tidak membebankan sama ada domestik ataupun industri.
Namun demikian Yang Berhormat Menteri, Persatuan Pusat Data Malaysia atau Data Center Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia mengatakan bahawa langkah ini akan pasti meningkatkan kos operasi dan ia nya kos ini akan dilepaskan kepada para pengguna. Dan tarif ini bagi pihak industri saya sebut ya, berlaku kenaikan 100.2 peratus bagi industri voltan tinggi di waktu luar puncak terutamanya daripada RM20.20 kepada RM40.43 se kilowatt-hour. Untuk industri sederhana, kenaikan 162.3 peratus, daripada harganya RM37.00 kepada RM97.06 satu kilowatt-hour sebulan. Jadi, sudah tentulah Yang Berhormat Menteri...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Ini akan meningkatkan...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Kos sara hidup rakyat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
You tak sokong rakyat ke apa, Beruas ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar ya Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ini soalan, my floor.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat, peraturan, bila peraturan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar Beruas. Slowly hold your House.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekejap-sekejap.
Dia telah – Beruas telah membangkitkan peraturan, so kita bagi laluan pada dia, alright.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Tadi, Timbalan Yang di-Pertua sudah beri peringatan Peraturan 24(4), sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah hendak berbahas kerana sudah tadi di salah guna oleh Larut, sekarang di salah guna lagi.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerana kita yang lain nak tanya soalan, kita mesti tanya terus. Tak boleh lah ambil masa untuk berbahas hinggakan Yang Berhormat lain tidak ada peluang untuk di...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
You are not Speaker here, you are not Speaker.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...Mengemukakan soalan. Jadi, perintah tetap mestilah diikuti. Tadi saya nak tanya pun, Dato' Yang di-Pertua pun tak benarkan. Minta saya duduk terus. Kalau boleh beritahu saya tidak diluluskan, lagi polite sedikit lah. Saya harap kita ini, Yang Berhormat ini, kita ikut peraturan dan berlaku adil kepada semua. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dah habis?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Beruas, yang menentukan tiap-tiap peraturan itu adalah yang duduk di sini.
[Tepuk] Jika saya berasa Yang Berhormat Kota Bharu tidak melanggar 24(4) itu lagi dan pertimbangan budi bicara saya, Peraturan 43 itu adalah keputusan saya. Baik, terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tapi dunia – the world will judge. Ini live, sama ada...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
The world is watching you lah.
The world is watching you.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...Yang di-Pertua ikut peraturan atau tidak, bukan Yang di-Pertua sahaja yang baca peraturan. Tadi saya sudah baca, ini memang helah untuk berbahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sebab itu saya bantah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
*You are questioning the Speaker.
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya telah buat keputusan. Jika Yang Berhormat tak puas hati dengan keputusan saya, baca Peraturan 43, buat rayuan.
Okey Yang Berhormat Kota Bharu, pendekkan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ini saya dah masuk soalan.
Sebelum soalan saya itu, saya hendak memberitahu satu fakta bahawa pada suku kedua tahun 2024 sehingga 30 Jun 2024, keuntungan bersih TNB adalah sebanyak RM1.44 bilion.
RM1.44 billion berbanding tahun sebelumnya, suku yang sama...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...RM327.9 juta sahaja.
Soalan saya, dengan keadaan keuntungan bersih TNB dan juga keadilan kepada rakyat akibat peningkatan kos sara hidup, soalan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk memberikan apa-apa subsidi sama ada dalam bentuk rebat dan sebagainya bagi membantu rakyat sebagaimana yang dibuat pada tahun 2021, 2022? Kerajaan membelanjakan hampir RM6 bilion untuk memberi subsidi rebat kepada rakyat. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat, sahabat saya, mantan Menteri Tenaga. Sudah pasti dia mengetahui bahawa keadaan masa ini agak berbeza sewaktu beliau menjadi Menteri Tenaga dulu. Sebab itu saya katakan tadi, 85 peratus rakyat tidak akan terkesan. Sebab sebahagiannya ialah apa yang dikatakan, ada juga yang mendapat rebat, termasuk PMKS akan dapat rebat. Ada sektor-sektor yang akan rebat.
Jadi, yang sekarang ini, yang kita nak manage ialah 15 peratus yang akan ada adjustment. Ada yang kenaikan sedikit, ada yang juga penurunan. Walaupun apa sektornya.
Sebab itu yang kita katakan tadi, pendekatan sekarang ialah lebih kepada kecekapan penggunaan tenaga itu sendiri. Sama ada kita nak menggalakkan mereka beralih kepada menggunakan tenaga boleh baharu, menggunakan sistem yang lebih cekap tenaga dan dengan itu, mereka akan dapat turun daripada kadar penggunaan. Bukan lagi jenis bisnes
Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
tapi pada kadar penggunaan. Mereka akan mendapat rebat. Mereka akan dapat insentif. Itu pendekatan kita. Sebab kita akan lebih menjerumuskan pada kadar tersebut.
Berhubung kait dengan TNB. Kita tahu dari dulu sebab TNB akan mendapat keuntungan, sebab TNB merupakan syarikat public listed. Bila public listed, mereka kena mencipta keuntungan. Sebab pelabur-pelabur mereka, saham-saham mereka dipegang oleh agensi-agensi tertentu yang akhirnya, milik rakyat juga. EPF milik rakyat, KWAM juga milik rakyat, sebahagiannya ialah pencen dan sebagainya, tapi mereka juga dikenakan untuk melabur.
Pertama, untuk maintain. Kedua, untuk menambah baik ataupun menaik taraf segala keperluan. Termasuk sekarang ini kita nak memberi tumpuan disebabkan banyak tenaga boleh baharu yang kini terpasang, mereka kena pastikan grid sistem itu di-upgrade. Kalau tidak, grid sistem tidak dapat mengambil tenaga-tenaga boleh baharu. Akhirnya, menjejaskan keterjaminan bekalan pada rakyat.
Kedua, pada kadar yang mampu milik. Pada masa yang sama, kita nak memberi komitmen bahawa tenaga yang ada sekarang ini ialah tenaga bersih dan tenaga boleh baharu. Sebab itu sistem itu kena upgrade.
Jadi, segala keuntungan itu sebahagiannya akan dilaburkan balik untuk meningkatkan sistem grid dan penyampaian pada rakyat kita untuk menjamin bekalan tenaga elektrik yang mampu dibiayai oleh rakyat kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat-Yang Amat Berhormat, dalam pelaksanaan struktur tarif elektrik yang baharu ini, apakah pertimbangan khusus yang diambil oleh kerajaan terhadap isi rumah di kawasan luar bandar yang lazimnya mempunyai corak penggunaan tenaga berbeza, berbanding mereka yang tinggal di bandar? Disebabkan oleh saiz isi rumah lebih besar, penggunaan peralatan elektrik yang kurang cekap tenaga serta keterbatasan akses kepada teknologi tenaga moden seperti solar ataupun smart meter, agar dasar ini kekal adil dan tidak membebankan rakyat di luar bandar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi, untuk golongan yang B40, yang termasuk dalam senarai eKasih, mereka akan dapat rebat tertentu. Malahan, itu jaminan kerajaan. Mereka akan dapat bekalan dan dapat rebat.
Kedua, kita juga ada pakej ataupun skim, di mana kalau nak membeli peralatan yang cekap tenaga, kita sediakan juga rebat. Bila dia membeli, kita akan memberi rebat. Termasuk
Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
membeli aircond, peti ais dan sebagainya yang bertaraf empat bintang, lima bintang, mereka akan dapat rebat.
Ketiga ialah kita memperkenalkan sekarang ini apa yang dikatakan time of use. Time of use ini makna, kalau kita gunakan di luar waktu puncak, kadar elektrik yang kita bayar akan lebih murah, tapi kalau bayar waktu puncak, dia akan lebih mahal. Ini dia kena berdaftar. Apa yang kita laksanakan sekarang ini ialah untuk percepatkan supaya smart meter ini dipasang pada setiap rumah, sebab yang layak pada time of use ialah mereka yang ada smart meter. Mereka kena mohon daripada TNB dan bagaimana bila memohon nanti, mereka akan layak menggunakan waktu time of use itu.
Ini akan memberi kemudahan kepada rakyat kita sebenarnya. Tak kira di bandar, mahupun di luar bandar. Yang penting ialah menggunakan peralatan yang cekap tenaga, menggunakan time of use dan gunakan tenaga secara berhemah. Kalau mereka dalam lingkungan yang menggunakan tenaga lebih: kurang daripada 600 kilowatt Joule, mereka akan dapat pelbagai lagi insentif dan kemudahan daripada kerajaan. Itu yang kita nak sarankan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut ke soalan yang kelima. Saya mempersilakan Tuan Chong Chieng Jen, Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan 5.
5. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Komunikasi menyatakan, media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Xiaohongshu yang menerbitkan iklan-iklan mengenai pelbagai scam dan skim pelaburan penipuan dipertanggungjawabkan terhadap mangsa-mangsa scam dan skim penipuan terbabit. Adakah platform media sosial yang disabit atau dihukum dalam mahkamah sivil atau jenayah atas penerbitan iklan-iklan berkenaan scam-scam tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Komunikasi.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Stampin. Dato' Yang di-Pertua, isu penipuan melibatkan kerugian kewangan sama ada secara dalam talian atau luar talian, secara khusus adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dikendali di bawah peruntukan perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563] dan undang-undang lain yang berkaitan.
Namun begitu, isu penipuan dalam talian sangat berleluasa pada masa ini dan memerlukan pendekatan a whole of government, dengan izin, atau kerjasama antara agensi kerajaan. Buat masa ini, tiada rekod menunjukkan mana-mana platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok ataupun Xiaohongshu ataupun kita panggil Red Note, telah
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
disabitkan atau dihukum oleh mahkamah sivil atau jenayah di Malaysia atas penerbitan iklan berkaitan penipuan ataupun scam.
Hal ini kerana kandungan yang dimuat naik di platform-platform ini lazimnya diterbitkan oleh pihak ketiga atau pengguna dan penilaian terhadap tindakan undang-undang bergantung kepada peranan serta liabiliti platform tersebut dalam membenarkan atau memudahkan penyebaran kandungan tersebut.
Walau bagaimanapun, Kementerian Komunikasi memandang serius penyalahgunaan platform digital bagi tujuan penipuan dalam talian.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pelbagai usaha dijalankan secara berterusan termasuk menjalinkan kerjasama teknikal dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi tujuan penurunan kandungan yang berunsur scam, penipuan, pelaburan, perjudian dalam talian dan penjualan produk tidak berdaftar berdasarkan permohonan rasmi daripada agensi penguat kuasa yang berkaitan dan juga aduan yang diterima daripada orang awam.
Pada tahun 2022, penyedia perkhidmatan media sosial, atas permohonan MCMC, telah mengambil tindakan penurunan terhadap 242 kandungan penipuan. Jumlah ini meningkat ke 6,297 pada tahun 2023 dan 63,652 pada tahun 2024. Bagi tahun ini sehingga 15 hari bulan Julai, melibatkan sebanyak 46,817 kandungan penipuan telah diturunkan ataslah permohonan MCMC. Tindakan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform selaras dengan undang- undang tempatan.
Sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh, iaitu whole of government, untuk bagilah membanteras penipuan dalam talian, kerajaan telah menubuhkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan― National Scam Response Centre (NSRC), hasil kerjasama antara Kementerian Komunikasi: kementerian dalam talian, PDRM, Bank Negara Malaysia dan MCMC.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri, yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri tadi, NSRC sekarang diterajui oleh PDRM dan bukan sahaja berfungsi sebagai pusat tindakan sehenti, malah turut giat melaksanakan program kesedaran awam dan kempen nasional berkaitan penipuan dan jenayah digital.
Sehingga 1 hari bulan Julai tahun ini, 11 program telah dilaksanakan dan merancang 19 lagi program pada tahun ini, termasuk kerjasama media dan juga di platform digital. Antara inisiatif penting ialah Portal Semak Mule oleh PDRM yang membolehkan orang ramai menyemak maklumat akaun atau nombor telefon yang mencurigakan. Sekian jawapan saya.
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan. Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sungguhpun apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri banyak program yang telah dilaksanakan dan juga banyak penerbitan iklan penipuan telah diturunkan, namun masih ramai yang tertipu dan ratusan juta yang ditipu akibat daripada iklan-iklan yang diterbitkan atas platform social media tersebut. Dari segi undang-undang, platform social media itu men-facilitate-kan satu commission of crime, dan bolehkah:
bukankah ia itu boleh dianggap sebagai satu accomplice atau aiding and abetting to the commission of the crime- penipuan?
Soalan saya adalah, adakah kerajaan bercadang supaya platform social media yang menerbitkan iklan-iklan itu didakwa ke mahkamah sebagai satu test case untuk- to hold them responsible, accountable. Dan juga, adakah kerajaan akan meminda undang-undang yang sedia ada supaya mewajibkan platform tersebut yang menerbitkan iklan-iklan tanpa apa-apa penapisan supaya mereka dipertanggungjawabkan atas kerugian yang dialami oleh mangsa- mangsa? Walaupun, kalau bukan keseluruhannya, tetapi juga sebahagian kerugiannya.
Dan soalan ketiga adalah sekiranya platform-platform tersebut tak ada wakil di negara kita, apakah yang boleh kerajaan buat untuk memastikan bahawa mereka accountable atas segala ini? Sekian soalan tambahan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, saya nak sekolahkan Yang Berhormat Stampin sekejap, ya.
Yang Berhormat Stampin ya, sila lihat Peraturan 24. Ini mungkin jadi panduan kepada yang lain jugalah ya. 24 amat jelas. 24(3). Menteri boleh menolak ya apa-apa pertanyaan tambahan jika ia terdiri daripada beberapa pertanyaan yang bergabungkan beberapa pertanyaan. Ini adalah jelas. Stampin telah sambung-sambung, sambung-sambung ya.
Terpulang pada Menteri. You wish nak jawab, you boleh jawab. Tak nak jawab pun, saya benarkan.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Dato’ Speaker, sekurang-kurangnya satu daripada pertanyaan itu perlu dijawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya, Yang Berhormat Menteri ada choice. Dia- Yang Berhormat bagi tiga soalan bersusun-susun. Ini sama juga yang lainlah. Kalau Menteri nak jawab pun boleh- satu.
Puan Teo Nie Ching
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Dato’ Speaker. Saya akan jawab soalan ini kerana saya rasa soalan ini memang sangat-sangat penting. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Stampin bahawa sebenarnya social media platform ini telah menjadilah accomplice.
Puan Teo Nie Ching
Saya nak bagi contoh kerana saya sendiri pun menjadi mangsa. Kebelakangan ini, banyak iklan dekat Facebook yang cakap bahawa saya sekarang nak bagi buku Rich Daddy Poor Daddy secara percuma. 2,000 copy buku tersebut yang saya nak bagi secara percuma.
Dan saya turunkan― saya minta MCMC bantu saya untuk lodge report dengan Meta. Satu iklan diturunkan, tetapi iklan kedua dinaikkan. Ketiga dinaikkan. Sampailah pagi tadi, baru saya sahaja terima WhatsApp, mesej daripada pengundi yang cakap bahawa, “YB, ini iklan anda lagi.” Ini adalah iklan keenam.
Jadi, ini memang menunjukkan bahawa, pertama, Meta, pertama, menerima duit daripada scammer itu untuk buat iklan. Dan kedua, walaupun MCMC telah bagi notis kepada mereka, makluman kepada mereka bahawa ini adalah aktiviti scammer, tetapi mereka teruslah membantu scammer untuk naikkan iklan kedua, naikkan iklan ketiga, naikkan iklan keempat. Sampailah satu iklan yang sama boleh naiklah kali keenam pada pagi tadi.
Dan untuk tahun ini sahaja, iklan-iklan yang impersonating individu berprofil tinggi di Malaysia, setakat ini sahaja sudahlah mencapai 121- 121 dan antaranya termasuk Yang di- Pertuan Agong kita, Sultan Pahang, Sultan Selangor, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, YBM KPKT, YBTM MITI, Yang Berhormat Puchong dan jugalah our ex-Governor, Tan Sri Zeti – 121 permohonan yang telah dikemukakan oleh MCMC kepada Meta kerana ada iklan-iklan scammer, scammer yang impersonating individu-individu berprofil tinggi.
Jadi, saya rasa memanglah saya harap bahawa kita boleh dapat sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuklah mengambil tindakan terhadap platform provider sepertilah Meta. Dan oleh sebab itu, kita pada tahun ini telah meluluskan Akta Keselamatan Dalam Talian, di mana sekarang yang telah diwartakan pada 22 hari bulan Mei ini. Dan sekarang, MCMC tengahlah membangunkan perundangan subsidiari, termasuk kod keselamatan dalam talian mengenai kewajipan untuk pengurangan risiko yang tengahlah diguna, yang telah dibangunkan olehlah MCMC.
Dan kami akan merujuk kepada negara-negara yang lain termasuklah seperti jiran kami, di mana di Singapura sekarang, mereka telah mewajibkan ataupun perlulah buat itu advertiser identity verification, kalau nak buat iklan dekat platform social media. Dan juga, di Taiwan, sebagai contohnya, mereka mewajibkan platform untuklah bagi identiti tentanglah siapa yang membayar dan menaja iklan tersebut. Ini adalah negara: ini adalah, perundangan- perundangan yang di mana kita akan buat rujukan dan kalaulah didapati bahawa ia memang berkesan, kami akanlah masukkan dalam kod yang sedang dibangunkan oleh MCMC. Sekian jawapan saya. Terima kasih, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat...
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Rantau Panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan tambahan saya.
Memandangkan ramai menjadi mangsa scam ini, apakah inisiatif yang telah dibuat oleh kementerian, terutama dari segi literasi digital ataupun amaran keselamatan yang sedang ataupun akan dilaksanakan, untuk mengukuhkan keupayaan pengguna dalam mengenal pasti iklan palsu bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa?
Dan, sejauh mana pemantauan terhadap mangsa, terhadap iklan scam yang tular di semua platform media sosial ini? Dan bilakah akta ini akan berkuat kuasa sepenuhnya sebagaimana yang dikatakan Yang Berhormat tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang MCMC dan jugalah agensi-agensi kerajaan yang lain ada banyak kempen kesedaran, kesedaran dan jugalah untuklah meningkatkan lagi literasi digital ini. Di bawah MCMC secara khususnya, kami pada awal tahun ini, pada bulan Januari, telah melancarkan satu kempen yang kita panggil Kempen Internet Selamat ataupun kita panggil KIS di mana MCMC masuk ke sekolah tak kiralah sekolah rendah, sekolah menengah dan juga kami akan masuk ke kampus universiti untuklah buat aktiviti-aktiviti yang interaktif denganlah murid-murid, pelajar-pelajar dan juga mahasiswa, mahasiswi supaya kita bolehlah meningkatkan lagi literasi digital mereka.
Saya- kami rasa bahawa sudah sampai masa yang mendesak untuklah kita pergi ke masyarakat untuklah buat kempen ini secara besar-besaran. Jadi, ini adalah salah satu inisiatif baharu yang dilancarkan oleh MCMC sejak awal tahun ini. Dan isu yang tentanglah apa lah, tentanglah bagaimana kita nak melindungi mangsa-mangsa scam ini?
Pertama, memang kita rasa penurunan iklan yang, yang berunsur penipuan ini sebenarnya tidak mencukupi kerana yang lebih penting adalah bagaimana kita nak mewajibkan platform provider supaya mereka buat saringan yang lebih ketat untuklah mereka membenarkan sesuatu iklan diletakkan di platform mereka. Dan kalau seperti, tetapi tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Stampin bahawa bolehlah kita bawa test case ke mahkamah untuk mensabitkan platform provider ini sebagailah accomplice aiding and abetting aktiviti scam penipuan ini.
Saya rasa ini adalah satu angle yang mungkinlah boleh dikaji olehlah AGC supaya kita bolehlah ambil tindakan yang lebih ketat terhadaplah platform, tetapi setakat ini memang di bawah MCMC, kami tengahlah membangunkan kod di bawahlah Akta Keselamatan Dalam Talian ini supaya kita harap boleh wujudkan satu ekosistem yang lebih selamat untuk semua- pengguna-pengguna internet. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato Henry Sum Agong, Yang Berhormat Lawas.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan nombor 6.
6. Dato Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, sama ada pihak kementerian mempunyai pendekatan khusus untuk mempromosi budaya dan adat resam kaum etnik di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Perpaduan.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, UNESCO ataupun Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan penting dalam menentukan dan mengiktiraf warisan budaya ketara dan tidak ketara ataupun tangible and intangible heritage.
UNESCO telah menetapkan bahawa budaya ketara atau tangible heritage adalah perkara- perkara fizikal seperti bangunan, artifak dan monumen. UNESCO juga telah menetapkan bahawa budaya tidak ketara melibatkan aspek bukan fizikal seperti tradisi lisan, adat resam, seni persembahan, bahasa dan pengetahuan tradisional.
Kementerian Perpaduan Negara komited dalam mempromosikan budaya serta adat resam semua kaum etnik di Malaysia di bawah prinsip faham, hormat dan terima sebagai asas utama perpaduan nasional selaras dengan objektif Dasar Perpaduan Negara.
Kementerian telah mengambil pendekatan mempromosikan budaya dan adat resam kaum etnik melalui beberapa inisiatif.
Sebagai contoh, dalam sambutan Minggu Perpaduan, kementerian telah mengangkat seni budaya dan adat melalui aktiviti, telah menyediakan Pameran Rumah KAMI yang mempamerkan rumah contoh pelbagai etnik, FoodUnites bagi mempromosikan makanan tradisional yang terkenal antara kaum, bicara bahasa kolokial, dokumentasi bahasa komuniti, sambutan perayaan seperti Ponggal, Hari Raya Aidilfitri, Gawai Keamatan, Pesta Songkran, Festival Kaligrafi Perpaduan serta Arkib Komuniti yang mengadakan program lisan dan aktiviti mengumpulkan maklumat seperti perubatan tradisional.
Kementerian juga melaksanakan pameran khas melalui Jabatan Muzium Malaysia, mengadakan pelbagai pameran. Contohnya, Pameran Pesona Telepu, Pameran Rahsia Kebaya, pameran Fabrik ASEAN, dan Pameran Opera Cina. Dan di bawah Jabatan Muzium Malaysia turut memain — Jabatan Muzium Malaysia turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan kekayaan adat dan budaya etnik melalui pameran interaktif dan program pendidikan.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Kementerian turut menggunakan platform digital dan media sosial melalui promosi kepelbagaian budaya di media sosial perdana melalui iklan perayaan, dokumentari etnik minoriti serta kempen video pendek yang memaparkan keunikan adat resam rakyat.
Pelaksanaan program-program yang saya nyatakan sebentar tadi dibuat dengan pendekatan kerjasama pelbagai peringkat masyarakat seperti Rukun Tetangga, pelajar sekolah melalui Kelab Rukun Negara, institusi pengajian tinggi melalui Sekretariat Rukun Negara serta badan bukan kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Lawas.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri ke atas jawapan yang diberikan. Kepelbagaian suku kaum dan etnik di negara kita yang mewarisi kebudayaan dan adat resam kaum masing-masing seharusnya dijadikan tarikan dan dapat mengeratkan perhubungan serta perpaduan di kalangan sesama kita.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada kerajaan mempunyai perancangan bagi tujuan memperkasakan kebudayaan dan adat resam suku kaum dan etnik di Malaysia dengan mendirikan pusat kebudayaan atau pusat komuniti di kawasan-kawasan tertentu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang Di-Pertua, kementerian memang sedar bahawa interaksi, interaksi, rakyat setempat adalah sangat penting dalam mempromosikan budaya dan adat resam masing-masing. Jadi, selain daripada program- program ataupun inisiatif-inisiatif yang saya telah nyatakan tadi, kementerian juga mengambil berat dalam mempromosikan adat resam ataupun budaya tradisi rakyat ataupun masyarakat ataupun etnik setempat melalui aktiviti Rukun Tetangga mengikut daerah di mana semasa sambutan Minggu Perpaduan, kementerian juga mempromosikan sambutan Minggu Perpaduan di peringkat daerah dan juga di peringkat kecil lagi di peringkat Rukun Tetangga di mana semua adat resam dan juga tradisi masyarakat setempat dapat dirasai oleh semua penduduk di kawasan itu.
Dengan itu, melalui satu interaksi semasa perayaan ataupun sambutan seperti ini, ia dapat dirasai dan dapat diterjemahkan dalam bentuk faham, hormat dan terima dan ini adalah usaha-usaha yang telah diambil oleh kementerian iaitu melalui sambutan, perayaan dan sebagainya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang Di-Pertua. Memahami bahawa Malaysia adalah sebuah masyarakat yang majmuk dan kita melihatkan di mana penduduk- penduduk di dalam negara ini akan disperse ke seluruh negara. Jadi, bagaimanakah kementerian memastikan pemerkasaan budaya dan warisan etnik sama di luar bandar seperti yang diminta oleh Lawas dan juga di pinggiran bandar seperti apa kata di Kapar, just apa sebagai contoh. Saya ada 200 — 200,451 orang, tapi daripada Sarawak ada 615 pengundi, Sabah 1,653 undi dan selainnya daripada seluruh negara. Hanya 144,000 pengundi saja di negeri Selangor. Itu termasuk orang asli dan sebagainya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi kementerian nak lihat bukan sahaja di Lawas, di tempat-tempat Sabah dan sebagainya etnik ini, tapi sudah ada di tempat – pelbagai tempat termasuklah di Klang Valley. Jadi memperkasakan kefahaman, keharmonian antara etnik ini boleh dilakukan yang sudah berada di – tak jauh daripada kementerian melalui agensi kementerian yang berada dan bersama dengan masyarakat setempat. Apakah perancangan kementerian? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya telah jelaskan tadi, saya ingin memberi penjelasan lebih lanjut sedikit berkenaan dengan etnik. Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum dan juga pelbagai etnik.
Di Sarawak sahaja terdapat subetnik lebih daripada 40.
Jadi, kita cuba untuk memeriahkan semua adat resam dan tradisi etnik melalui mengadakan program-program yang telah saya sebutkan tadi. Saya telah menyenaraikan banyak program dan di setiap program itu, kita memberi peluang untuk etnik besar ataupun subetnik untuk mengadakan pameran sama ada Rumah Kita ataupun pameran pakaian ataupun makanan supaya masyarakat yang bukan daripada Sarawak.
Kalau kita ada pameran sebagai contoh, beberapa hari sebelum ini kita telah menyambut hari sambutan – minta maaf. Kita telah menyambut Sambutan Minggu Perpaduan di Pulau Pinang Peringkat Kebangsaan. Di mana kita telah mempamerkan 24 rumah etnik mewakili semua rakyat dan semua wilayah. Ada rumah etnik mewakili Orang Asli. Ada rumah etnik yang mempamerkan keunikan rumah Orang Asli dan juga etnik-etnik daripada Sabah dan Sarawak.
Jadi kita – memang saya setuju kita tak boleh di satu tempat mempamerkan ataupun mementaskan semua kesenian semua etnik sebab bilangan yang begitu banyak, tetapi di setiap satu program ini, kita ingin membawa kepada rakyat – membawa maklumat kepada rakyat bahawa di negara kita ini kita mempunyai adat, resam, tradisi yang pelbagai dan kita harus faham dan hormat dan terima semua tradisi ini sebagai satu lambang kekuatan dan juga perpaduan negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan 7 Yang Berhormat Jerantut kurang sihat. Jadi saya akan langkaukan ke soalan yang ke-8, tapi sebelum itu saya ingin menegur sikitlah. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat prihatin kepada peraturan 41 iaitu adab semasa Yang Berhormat lain bercakap terutama sekali 41(e) ya, “semasa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.” Ini kerap berlaku. Yang Berhormat seorang bercakap, yang lain sambil duduk, sambil apa. Jadi prihatinlah. Kita diamanahkan untuk melaksanakan tugas rakyat di Dewan Rakyat yang mulia ini. Jadi untuk melancarkan Majlis, prihatinlah kepada adab di dalam Dewan.
Baik. Berikutnya saya mempersilakan soalan yang ke-8. Yang ini saya nampak adalah soalan yang terakhir kerana dalam lima minit lagi akan berakhir satu jam setengah itu.
Saya mempersilakan Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 8.
[Soalan No. 7 – YB. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jerantut) tidak hadir]
8. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, tindakan bagi menyelesaikan isu ketidakpadanan kursus yang ditawarkan oleh IPTA dengan pasaran kerja terkini sehingga menyebabkan para graduan terpaksa menerima kerja di luar bidang pengajian dengan gaji lebih rendah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey, terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited untuk menangani isu ketidakpadanan kursus dengan keperluan pasaran kerja semasa. Antara langkah yang dilaksanakan adalah dengan membangunkan dokumen jaminan kualiti seperti Kod Amalan Akreditasi Program atau dengan izin, code of practice for programme accreditation (COPPA) sebagai rujukan piawaian dan panduan kepada institusi pendidikan tinggi dalam membangunkan program yang berkualiti, mengambil kira keperluan pasaran buruh.
Antara standard yang ditetapkan di dalam COPPA ialah IPT perlu menjalankan analisis keperluan dari segi kajian keperluan pasaran dan kebolehpasaran graduan sebelum sesuatu program diberi pertimbangan untuk penawaran. Setelah program mula ditawarkan, semakan semula secara berkala dan penambahbaikan berterusan terus dilaksanakan.
Bagi kursus pengajian yang bernaung di bawah badan profesional, penawaran kursus turut memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jawatankuasa teknikal bersama bagi
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
memastikan kursus pengajian yang ditawarkan memenuhi kerangka kelayakan Malaysia
(MQF).
Walau bagaimanapun, kementerian masih memberi fleksibiliti kepada IPT untuk membangunkan kurikulum baharu atau menambah baik kurikulum sedia ada mengikut kehendak pasaran bagi memastikan kualiti kursus pengajian dan kurikulum adalah mantap serta pengalaman pelajar dapat lebih diperkayakan.
Kementerian juga menitikberatkan penglibatan pihak industri dalam membangunkan kurikulum kursus pengajian terbaharu dan menjajarkan semula kurikulum kursus pengajian sedia ada bagi memenuhi keperluan industri dan teknologi semasa.
Penawaran program secara work-based learning dan 2u2i: dua tahun di universiti; dan dua tahun di industri, berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Tinggi.
Dalam usaha membendung isu ketidaksepadanan penawaran kursus dengan keperluan semasa industri, kementerian turut melaksanakan pelbagai langkah. Misalnya, yang pertama, pelaksanaan program seperti CEO@Faculty, CEO@POLYCC, Industy on Campus, Industry Education Center, Industry@University 2u2i dan structured internship programme (SIP).
Yang kedua, menandatangani pelbagai memorandum persefahaman dengan pihak industri dan agensi berkepentingan. Misalnya, MOU di antara pihak KPT dengan SIRIM, The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT), Malaysia Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan yang terkini bersama pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.
(MRL). Usaha ini bertujuan untuk memberi perkongsian pengetahuan teknikal berasaskan industri 4.0, penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersialan.
Yang ketiga, KPT juga melaksanakan kolaborasi dengan kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Sumber Manusia, pertubuhan keselamatan sosial
(PERKESO), TalentCorp, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan LinkedIn Malaysia dalam memperkasakan kerjasama untuk menyokong keperluan tenaga kerja negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah segera yang akan: atau telah diambil oleh kementerian untuk menyemak dan menyelaraskan semula kursus sedia ada di IPTA agar ia selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), science data dan teknologi hijau? Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tebrau.
Soalan tambahan ya. Untuk makluman Dewan yang mulia, ini memang semua- kursus- kursus dan bidang yang ditawarkan di universiti ini, kita jajarkan ya dengan keperluan
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
teknologi baharu Revolusi Industri 4.0, kecerdasan buatan (AI), sains data dan juga teknologi hijau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua kurikulum dalam universiti awam dan saya juga fikir di universiti swasta juga telah mengintegrasikan ya elemen kecerdasan buatan ini dalam semua bidang yang ditawarkan.
Contohnya, untuk kecerdasan buatan, sains data dan keselamatan siber ini dan juga kelestarian. Yang pertama untuk AI, kita telah mulakan di UTM. Kita sudah lancar Fakulti AI yang pertama pada tahun lepas. Kita juga tawarkan di UTeM- Universiti Teknikal Melaka dan juga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan juga untuk teknologi hijau, kita ada lapan buah universiti yang sedang menawarkan iaitu USM, UMPSA, UTHM, UKM, UTM, UMS, UiTM dan juga UMT. Itu untuk makluman semua, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih. KESUMA melalui Talent Corp dan institusi maklumat dan analisis pasaran buruh ilmiah telah menerbitkan senarai pekerjaan kritikal ataupun COL dan saya dapati ia hanya dikemas kini pada April 2023 ya.
Bahkan ia nya turut dijadikan sebagai sebahagian daripada strategi Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang lalu untuk menangani ketidakpadanan kemahiran dengan tenaga buruh.
Soalan saya, sejauh manakah pihak KPT meneliti dapatan COL ini untuk segera beradaptasi menawarkan kursus yang lebih relevan dengan keperluan pasaran buruh ataupun ada faktor-faktor lain yang agak rumit untuk menangani perkara ini, terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey, terima kasih soalan tambahan daripada ini – okey, untuk seperti yang saya sebut tadi, kita memang berkolaborasi dengan pelbagai kementerian dan juga agensi terutama Kementerian Sumber Manusia, PERKESO, TalentCorp dan juga yang lain-lain.
Ini untuk memastikan bahawa apa yang kita tawarkan, bidang yang kita tawarkan di universiti ini memang perlu melihat kajian-kajian yang telah dibuat oleh kementerian- kementerian dan agensi yang lain. Dan dalam kita apa ini – menawarkan kurikulum juga, kita juga meminta supaya kementerian-kementerian...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
...terutamanya kita libatkan seperti TalentCorp, JPA, EPU, PERKESO, MIDA dan juga MQA untuk kita apa ini mengolah bidang yang kita tawarkan
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
di universiti ini. Ini untuk kita pastikan bahawa kita tidak mahu kita menawarkan bidang-bidang yang memang yang tidak diperlukan oleh pihak industri. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Khamis, 24 Julai 2025.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang sama.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Perikanan 1985; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan [Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat penggal ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Puan Yang di-Pertua, “MENYEDARI bahawa dalam sistem akauntabiliti negara, Institusi Ketua Audit Negara merupakan agensi penyeliaan yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang badan eksekutif dengan penuh akauntabiliti. Ketua Audit Negara hendaklah menentukan sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud yang diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengannya dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap pengelakan pembaziran atau keborosan seperti termaktub dalam Akta Audit 1957 [Akta 62] . MENYEDARI Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dilaksanakan dengan berkesan.
MENYEDARI bahawa LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, 21 Julai 2025 iaitu LKAN 2/2025 (Kertas Perintah 5 Tahun 2025) mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
MEMAHAMI bahawa LKAN membangkitkan isu-isu berkaitan penjagaan wang awam atau simpanan awam yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit.
MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN, dan YAB Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar Menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan. Segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti dan diambil tindakan pembetulan. Semua teguran seharusnya menjadi pengajaran supaya tidak berulang.
BAHAWA dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan Audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui daripada terus berlaku.” Puan Yang di-Pertua, sepertimana dimaklumkan dalam Dewan sebelum ini, peranan Jabatan Audit Negara telah diperkukuhkan dengan Pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Julai 2024 dan di Dewan Negara pada 24 Julai 2024 setelah 33 tahun tidak dipinda.
Pindaan Akta Audit 1957 ini merupakan perubahan signifikan yang dibawa oleh Kerajaan MADANI oleh – yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Anwar bin Ibrahim kepada sistem akauntabiliti awam. Antaranya memperkukuhkan, memperuntukkan kuasa Ketua Audit Negara untuk membuat apa-apa syor bagi menangani ketidakteraturan serius yang ditemui semasa pengauditan.
Selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti, Kerajaan MADANI telah mengambil langkah besar dengan membentangkan serta membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan yang mulia ini.
Langkah ini merupakan satu perubahan signifikan berbanding sebelum ini yang hanya membentangkan sahaja LKAN tanpa memberi ruang untuk ianya dibahaskan secara terbuka. Sejak pembentangan dan perbahasan LKAN bermula pada 6 Jun 2023, LKAN telah dibahaskan sebanyak empat kali di Dewan yang mulia ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada semua Ahli - ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam meneliti dan memperbahaskan kandungan LKAN tersebut. Usaha dan komitmen Ahli - ahli Yang Berhormat ini jelas mencerminkan semangat tanggungjawab kolektif dalam memastikan integriti pengurusan kewangan negara sentiasa terpelihara. Ia juga membuktikan kesungguhan kita bersama untuk memperkukuh mekanisme dengan izin check and balance demi kepentingan rakyat.
Dalam meneruskan usaha reformasi dalam meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan entiti awam, kerajaan berpandangan bahawa setiap LKAN diteruskan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat supaya perhatian dan pengamatan yang mendalam oleh semua
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
pihak dapat diberikan bagi mendukung hasrat kerajaan mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik, selain penelitian di bawah PAC.
Puan Yang di-Pertua, LKAN telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada Isnin 21 Julai 2025, LKAN 2/2025 mengenai aktiviti kementerian, jabatan, badan berkanun, syarikat Kerajaan Persekutuan.
LKAN ini mengandungi perkara yang telah dibangkitkan hasil daripada pengauditan terhadap lima program aktiviti projek di tujuh kementerian dengan nilai kos keseluruhan program aktiviti projek yang diaudit berjumlah RM48.873 bilion.
LKAN ini melaporkan berlaku ketidakteraturan serius melibatkan tiga daripada lima program aktiviti yang boleh menjejaskan kecekapan dan keberkesanannya untuk menghasilkan impak seperti yang diharapkan.
Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau mengelakkan kelemahan yang sama berulang, sebanyak 22 syor telah dikemukakan dalam LKAN ini untuk diambil tindakan oleh kementerian, jabatan, agensi dan syarikat kerajaan persekutuan berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Puan Yang di-Pertua, memupuk budaya kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua aspek pentadbiran awam adalah seiring dengan usaha mentransformasikan Dewan Rakyat yang berperanan untuk semak dan imbang kuasa eksekutif. Usaha murni kerajaan ini akan memberi ruang dan peluang secara langsung kepada lebih banyak Ahli-ahli Parlimen mengambil bahagian dalam proses memastikan dana kerajaan digunakan secara berhemah demi kepentingan awam yang sewajarnya.
Perbahasan ini juga diharap menjadi medan diskusi berhubung langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan teguran yang dibangkitkan diberi perhatian serius oleh pihak terlibat sebelum tindakan penyelesaian yang berkesan dapat diambil bagi mengatasi kelemahan yang telah dibangkitkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan bahawa semua Menteri-menteri yang bertanggungjawab, selaras dengan Perintah Menteri- menteri Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa, mestilah meneliti setiap teguran yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dalam LKAN 2/2025 ini, terutama membabitkan perkara berulang yang masih belum ditangani secara tuntas oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya bangun untuk menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas. Saya akan baca senarai pembahas dahulu, seramai 34 pembahas hari ini. YB Bukit Bendera, YB Beluran, YB Tenggara, YB Masjid Tanah, YB Gopeng, YB Kota Bharu, YB Kota Melaka, YB Putrajaya, YB Libaran, YB Kubang Kerian, YB
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ledang, YB Hulu Terengganu, YB Betong, YB Tanjong Karang, YB Sri Gading, YB Tangga Batu, YB Rasah, YB Machang, YB Semporna, YB Pasir Mas, YB Kota Belud, YB Bayan Baru, YB Kuala Nerus, YB Tampin, YB Sandakan, YB Gerik, YB Batu Pahat, YB Tuaran, YB Padang Terap, YB Pulai, YB Kubang Pasu, YB Bakri, YB Arau dan YB Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera, lima minit untuk setiap pembahas.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Izinkan saya bangun hari ini bukan sekadar untuk membahas sebuah laporan tetapi untuk mempertahankan satu prinsip bahawa kepercayaan rakyat tidak boleh dipersiakan dan keselamatan negara bukan medan untuk kecuaian pentadbiran.
Laporan Ketua Audit Negara memberi peringatan penting kepada kita semua bahawa ruang penambahbaikan masih wujud, khususnya dalam aspek pematuhan dan tadbir urus kontrak, khususnya di Kementerian Pertahanan. Bukan soal keupayaan atau keberanian yang dipersoalkan tetapi bagaimana kita boleh memperkukuh sistem pengurusan dan pengawasan agar selari dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Jadi, izinkan saya mulakan dengan Program Kenderaan Perisai GEMPITA. Satu projek unggul yang bertujuan memperkukuh keupayaan Tentera Darat dengan 257 buah kenderaan perisai moden. Projek ini bernilai sebanyak RM7.55 bilion, ditandatangani pada tahun 2012 dan sepatutnya siap menjelang tahun 2022. Namun, bukan sahaja terdapat kelewatan, yang lebih parah adalah kegagalan bertindak. Denda kelewatan berjumlah RM162.75 juta tidak dikuatkuasakan sehingga dua tahun kemudian.
Jadi, cuba bayangkan 746 hari berlalu sebelum notis penalti akhirnya dikeluarkan oleh Bahagian Perolehan MINDEF. Dalam dunia nyata, kalaulah kita lewat bayar sewa dua tahun, tentu kita kena halau. Kalau kita bayar lewat bil elektrik, TNB akan potong. Jadi, lebih mengejutkan RM7.517 bilion, hampir keseluruhan nilai kontrak telah dibayar menjelang Jun 2023, walaupun projek lewat dan belum lengkap sepenuhnya.
Jadi, bagaimana pembayaran penuh dibuat sebelum penyerahan lengkap? Jadi, apakah leverage yang tinggal apabila semua wang telah diserahkan? Namun, ia tidak terhenti di situ, audit juga mendedahkan kelemahan kontrak penyelenggaraan. Kelewatan dalam servis kenderaan GEMPITA, kenderaan Adnan dan juga kereta kebal Pendekar. Jadi sekali lagi, penalti berjumlah RM1.42 juta tidak dikuatkuasakan terhadap pembekal.
Jadi, sekarang saya hendak sentuh tentang isu pecah kecil, pembahagian perolehan.
Jadi, kontrak bernilai sebanyak RM107.54 juta telah dipecahkan kepada pakej-pakej kecil.
Jadi, ini merupakan satu perlanggaran jelas terhadap peraturan kewangan. Lazimnya, dilakukan untuk mengelak ketelusan lembaga tender yang lebih tinggi ataupun mengelak proses tender terbuka. Saya tak pasti jika ia merupakan satu kesilapan teknikal ataupun satu pemintasan sengaja terhadap prosedur.
Puan Yang di-Pertua, bila kita gagal menguatkuasakan kontrak, bila kita bayar penuh tanpa penyerahan penuh, bila kita langgar sistem perolehan sendiri, kita bukan sahaja rugi
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
wang. Kita rugi kesiapsiagaan, kita juga rugi kepercayaan. Ketua Audit Negara telah mencadangkan tindakan yang jelas.
Satu, kuatkuasakan penalti kontrak segera tanpa kompromi. Dua, kaitkan bayaran dengan prestasi sebenar, bukan jadual bayaran yang longgar. Tiga, hentikan amalan pecah kecil dalam perolehan. Seterusnya, perkukuh mechanism audit dalaman dan juga laporan dan seterusnya yang paling penting, menuntut akauntabiliti dari atas ke bawah. Maka, saya bertanya, adakah RM162 juta telah dipulihkan? Apakah tindakan pentadbiran yang akan diambil?
Parlimen ini dan yang lebih penting, rakyat yang kita wakili berhak mendapat jawapan. Jadi, Kementerian Pertahanan bukan sahaja perlu mempertahankan negara, ia mesti mempertahankan juga prinsip tadbir urus yang baik kerana di sebalik setiap wang yang disalah urus, ada seorang anggota tentera yang terabai. Mungkin ada juga peluru yang tak sampai ke tangan anggota di medan. Mungkin ada seorang isteri ataupun anak tentera yang menunggu bantuan kebajikan yang tidak kunjung tiba dan juga mungkin ada seorang veteran yang terlepas rawatan kesihatan yang sepatutnya menjadi haknya.
Biar Parlimen kita yang mulia ini menjadi benteng yang terakhir. Oleh itu, Bukit Bendera sokong cadangan Ketua Audit Negara. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Mengikut Mexico Declaration on the Independence of Supreme Audit Institution, menyatakan dengan jelas bahawa Ketua Institusi Audit Negara perlu dilantik daripada individu yang bebas, tidak mempunyai pertalian atau pengaruh dalam cabang eksekutif serta tidak lagi berada dalam struktur-struktur pentadbiran negara.
Malah, dalam pembentukan negara kita 1963 dinyatakan Puan Yang di-Pertua, “The Auditor General holds office under the Constitution, and enjoys a complete independence of the executive. His functions is to scrutinise the accounting of the government funds, including the state governments and the local authorities and public bodies and to render a report to Yang di-Pertuan Agong or Ruler as the case may be on his findings. To safeguards his independence and impartiality, his emoluments and pensions must guaranteed and are not subject to reduction by Parliament and he cannot be dismissed except in the manner prescribes of the dismissal of a Judge of the Supreme Court.” Ia meletakkan kedudukan Ketua Audit sebagai satu kedudukan yang bebas, tidak dipengaruhi oleh eksekutif, malah disamaratakan dengan kedudukan peguam-peguam negara kita. Itulah spirit pelantikan Ketua Audit Negara. Soalnya adalah Puan Yang di- Pertua, adakah Ketua Audit Negara sekarang ini memenuhi kehendak dan syarat-syarat dan kriteria yang diletakkan oleh kerajaan, oleh kehendak sebagai seorang Ketua Audit Negara
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
yang bebas daripada pentadbiran negara, isu eksekutif? Ketua Audit Negara masih sehingga kini adalah penjawat awam, Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tempoh khidmat beliau masih lagi ada lima, enam tahun sebelum bersara. Sebab itu di kalangan Ketua-ketua Audit Negara sebelum ini, dilantik di kalangan mereka yang telah bersara. Tan Sri Madinah, umpamanya, mantan KSU dilantik sebagai Ketua Audit Negara selepas bersara. Tan Sri Ambrin juga dilantik selepas bersara. Tetapi, Ketua Audit Negara pada ketika ini adalah penjawat awam. Itu persoalannya. Sama ada ianya memenuhi kriteria untuk meletakkan seorang sebagai Ketua Audit Negara bebas daripada mana-mana pihak termasuk pihak eksekutif?
Sebab itu beberapa pendekatan― kita lihat kalau sebelum ini, pendekatan yang dibuat― adakah pendekatan audit sekarang masih terikat dengan 3P1K iaitu pemborosan, pembaziran, penyelewengan dan ketirisan? Ataupun pendekatan baharu yang sedang dilakukan oleh Ketua Audit yang dipengaruhi oleh pihak eksekutif? Kalau dulu Laporan Audit tebal, sekarang laporan Audit begini tebalnya, Datuk Seri... [Sambil menunjukkan buku Laporan Ketua Audit Negara] Er, Puan Yang di-Pertua.
Kita inginkan kebebasan yang sebenarnya. Sebab itu…
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Beluran. Ringkas, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apakah pandangan Beluran bahawa Ketua Audit sekarang tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Itu yang kita persoalkan. Seorang Ketua Audit yang masih sebagai penjawat awam yang diletak sebagai Ketua Audit, adakah itu memenuhi kriteria dan syarat dan kehendak sebagai Ketua Audit Negara? Apatah lagi beberapa pendekatan baharu yang dibuat oleh Ketua Audit sekarang ini, bukan saja pegawai- pegawai audit Jabatan Audit sekarang ini diminta untuk mengaudit, tetapi beberapa pendekatan baharu, umpamanya kakitangan Jabatan Audit diminta untuk hadir, Ketua Audit Negara hadir dalam semua function MADANI.
Jadi, jurusorak kepada apa juga function, function MADANI. Inilah pendekatan yang diambil sekarang ini. Diarah untuk meng-like semua posting-posting yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam Facebook. Malah, dibagi ganjaran RM250 kepada peng-like yang terbanyak, yang terkerap.
Seorang Ahli
Ada ke?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Begitu? Tak tahu. Sebab itu kena semak ni, betul ke ni. Begitu juga Ketua Audit sekarang memilih untuk tidak hadir dalam prosiding yang dibuat oleh PAC ataupun menghantar wakil dalam prosiding PAC. Saya pernah menjadi Pengerusi PAC, hampir setahun. Jabatan Audit merupakan ex officio yang penting, yang perlu hadir dalam setiap prosiding PAC. Tetapi kali ini, Ketua Audit mengarah wakil daripada
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jabatan Audit (JAN) tidak hadir, memilih untuk tidak hadir ataupun hadir secara selektif dalam prosiding PAC.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Adakah ini kerana gangguan dan juga desakan daripada eksekutif? Itu yang saya ingin tahu.
Begitu juga, Datuk Seri, adakah tindakan tidak hadir, tidak melibatkan diri di dalam prosiding PAC ini adalah satu jajaran baharu Kerajaan MADANI ini selepas melantik seorang daripada pembangkang sebagai Pengerusi PAC kerana nak menghakiskan tugas dan keberkesanan PAC pada ketika ini yang sedang dipengerusikan oleh seorang wakil rakyat pembangkang? Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Beluran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana beri ruang kepada Tenggara untuk bahas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2025.
Tenggara tertarik kepada satu nota dalam laporan ini, muka surat 1-12 ini, iaitu ulasan LKAN bagi laporan 5,1,3, iaitu “Lembaga pemulihan tidak diperlukan oleh pihak berkuasa meluluskan.”― “Tidak diperakukan oleh pihak berkuasa meluluskan”. Ia melibatkan JKKR, KKR Sabah dan ada sedikit berkaitan dengan KKDW. Pendapat audit, pemilihan terhadap syarikat yang menawarkan harga terendah oleh PBM MOF adalah lebih menguntungkan kerajaan walaupun melalui pengecualian terhadap peraturan dan prosedur perolehan yang diguna pakai.
Tenggara berpandangan harga terendah ini sebenarnya bukan satu ciri-ciri yang mustahaklah untuk menentukan satu-satu projek kerajaan itu boleh dijayakan dengan baik ataupun tidak. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, sekarang Kementerian Ekonomi, kadang-kadang ada keghairahan pegawai-pegawai kerajaan ini untuk memilih ataupun nak mudahkan kerja itu, dia scan syarikat itu supaya ambil yang harga terendah.
Walhal selepas award-nya projek berkenaan, berlaku beberapa perkara yang melibatkan harga itu perlu dinaikkan. Dan saya ini antara orang yang menyediakan notice of change kepada projek-projek gagal bagi sesebuah kementerian itulah, tapi kementerian itu tak ada dalam laporan ini. Memang banyak kegagalan melibatkan ratusan juta. Maksudnya, bila nak minta tambah harga kepada projek-projek tertentu itu, dia melibatkan nilai juta, puluhan juta, malah ratusan juta.
Jadi, persoalannya bila Laporan Ketua Audit Negara ini mempertimbangkan seolah- olah harga ialah satu-satunya faktor yang diambil kira untuk memilih kontraktor, sebenarnya ia bukanlah suatu yang tepat sebab kadang-kadang ada syarikat lain yang menawarkan
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
harga agak tinggi sedikit tetapi dia tidak menghadirkan masalah pada tempoh pelaksanaan projek yang berkenaan.
Keduanya adalah perkara-perkara yang perlu juga dalam LKAN ini memberi pandangan ataupun nasihat kepada kementerian ataupun pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat, pada pandangan Tenggara adalah bukan sahaja tentang harga tadi itu, ia perlu mengambil kira kesihatan syarikat yang hendak di-award-kan. Dia mestilah melibatkan track record, delivery kejayaan ataupun kegagalan syarikat berkenaan sebelum-sebelumnya.
Kemudian, laporan ataupun penyata kewangan yang betul-betul tulen supaya tidak berlaku ― tak menyangkaklah masa dia melaksanakan projek-projek yang berkenaan.
Keduanya yang saya ingin sentuh di sini adalah ― di Tenggara misalannya, ada satu projek, saya nak bagi contoh, berkaitan dengan pasal pilih harga rendah inilah. Pihak KKDW, Yang Amat Berhormat Menteri KKDW memberi kelulusan RM500,000 untuk sebuah jambatan projek di Kampung Pasir Intan di Tenggara, Johor, kampung Orang Asli. Tetapi, selepas itu, bila dibuat pertimbangan, NOC naik lagi RM850,000. Yang Amat Berhormat Menteri KKDW pun beri juga. Jadi, kemudian, beri projek yang berkenaan kepada satu syarikat berdasarkan harga yang rendah. Akhirnya, sehingga sekarang dan telah diputuskan, projek itu terbengkalai. Wang disalurkan kepada KEJORA, KEJORA melantik Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah sebagai agensi pelaksana, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi sebagai pelaksana dan jabatan itulah yang memilih kontraktor berdasarkan harga terendah tetapi akhirnya terbengkalai.
Ini menunjukkan satu contohlah dalam Laporan Ketua Audit Negara ini yang mungkin Ketua Audit Negara pun boleh mengambil pertimbangan dalam pelaksanaan tugas-tugas begini. Bukan hanya harga saja yang menjadi faktor untuk menentukan gagal jaya sesuatu projek, tetapi sebenarnya keseluruhan kesihatan, tahap kesihatan syarikat itu perlu diambil kira.
Dan Tenggara dalam ruangan yang sempit ini ingin memberi pandangan dan cadangan kepada laporan― melalui Laporan Ketua Audit Negara ini supaya mengambil beberapa langkah. Satu ialah berkaitan dengan laporan saban tahun yang dikeluarkan.
Laporan saban tahun yang dikeluarkan ini ada rekod kementerian-kementerian yang kerap berlakunya pelanggaran tata kelola dan sebagainya. Sepatutnya ada satu pasukan di bawah Ketua Audit Negara ini untuk melakukan intervensi auditing. Maksudnya, sebelum berlaku, sebelum terantuk dan tengadah itu, mestilah dilaksanakan terlebih dahulu tindakan-tindakan yang tertentu untuk memantau mana-mana kementerian, rekod lima tahun, yang kerap berlakunya perkara-perkara yang seperti ini.
Dan yang keduanya, Speaker, projek ― yang keduanya ― sikit lagi masa ini. Untuk kementerian-kementerian yang kerap ataupun agensi yang kerap melanggar ini, bolehlah diambil kira rekod pentadbirannya itu supaya dijadikan sebagai antara barang untuk diambil pertimbangan kenaikan ataupun kenaikan pangkat supaya ia tidak menjejaskan. Kadang-
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
kadang benda tata kelola ini bukan sebab sistem. Sistem dah baik dah, tetapi mungkin individu itu. Jadi, bila dia bergerak, bergerak, bergerak itu, dia boleh memberi kesan kepada sistem itulah ketika ia dilaksanakan.
Saya rasa itu sahaja pandangan daripada Tenggara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Puan Speaker. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Audit Negara di atas pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2/2025: Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan Persekutuan.
Dan sebagaimana semua sedia maklum, Dewan yang mulia ini telah pun meluluskan pindaan Akta Audit (Pindaan) 2024 pada 24 Julai 2024 dengan memberikan kuasa yang lebih besar kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan pengauditan. Dan pada masa yang sama, saya juga ingin menegaskan bahawa PAC adalah sebuah jawatankuasa pilihan yang mempunyai bidang kuasa yang cukup luas bukan sahaja dalam peraturan mesyuarat tetapi dalam Arahan Perbendaharaan dan juga Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan punca kuasa inilah, PAC memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan sejak daripada tahun 1959. Dan terus terang, apabila mantan Pengerusi PAC katakan — menyentuh tentang perkara tadi, Yang Berhormat Beluran. Jadi, saya sebagai Pengerusi PAC juga amat terkejut apabila menerima surat daripada Ketua Audit Negara yang apa telah pun memberi pandangan bahawa — saya ingin menyebut di sini ya.
“Oleh yang demikian, saya berpandangan adalah sewajarnya wakil Jabatan Audit Negara dikecualikan untuk menghadiri mesyuarat PAC yang dijalankan di bawah Peraturan 77(1)(d).” Maksudnya, mereka tidak perlu hadir dalam isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang tidak ada di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang mana kalau ada dalam Laporan Ketua Audit Negara baru mereka akan hadir. Dan ingin saya tegaskan di sini bahawa penglibatan Jabatan Audit Negara atau wakil Ketua Audit Negara sebagai wakil tetap ex- officio dalam mesyuarat PAC adalah amat penting sekali bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti, kefahaman teknikal serta keberkesanan pemantauan terhadap pengurusan kewangan awam oleh kerajaan.
[Tepuk] Namun begitu, tindakan Ketua Audit Negara yang memohon pengecualian untuk menghadiri mesyuarat PAC atas alasan mengelakkan percanggahan kepentingan menimbulkan persoalan, memandangkan amalan sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan mantan-mantan Ketua Audit Negara sebelum ini.
[Tepuk] Saya ingin perjelaskan dalam konteks...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh celah, ringkas. Apakah ini satu tata kelola baharu Kerajaan MADANI? Masjid Tanah, terima kasih.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya tidak pasti benda baru yang tidak pernah dibuat sebelum ini, maka mungkin ia satu perkara yang baharu.
Jadi, saya ingin menegaskan dalam konteks mesyuarat ataupun prosiding PAC, Jabatan Audit Negara tidak berperanan sebagai pihak yang disiasat, sebaliknya bertindak sebagai sumber maklumat teknikal dan penasihat profesional yang membantu PAC memahami laporan audit secara mendalam.
Jadi, malah peranan Jabatan Audit Negara dalam PAC adalah jelas iaitu memberikan pandangan profesional, bebas dan membantu dalam penjelasan laporan audit, memperkukuhkan ketelusan, akauntabiliti, menjadi sumber sokongan teknikal kepada PAC serta meningkatkan keberkesanan terhadap tindakan susulan yang dibuat oleh agensi yang terbabit. Kehadiran Jabatan Audit Negara, saya ingin tegaskan di sini, bukanlah satu bentuk konflik berkepentingan tetapi satu keperluan institusi dalam memastikan Public Accounts Committee berfungsi secara dengan lebih berkesan dan juga berwibawa.
Seterusnya, saya ingin bertanya soalan yang seterusnya. Merujuk kepada muka surat LKAN Siri 2/2025 ini mengenai rumusan audit. Ada dinyatakan tentang perkataan “ketakteraturan serius”. Jadi, saya mohon apakah, apakah yang dimaksudkan dengan “ketakteraturan serius” dan apakah rujukan perundangan berkaitan serta kriteria yang tepat berkenaan dengan ketakteraturan serius ini?
Dan bolehkan Jabatan Audit Negara jelaskan apakah definisi yang digunakan dan apakah prosedur serta garis panduan yang digunakan untuk membuat penilaian ini? Sebab, sebagaimana yang telah disentuh oleh Beluran, dalam PAC juga kita follow dengan apa yang telah pun dibuat Audit Negara sebelum ini iaitu pendekatan 3P1K iaitu pembaziran, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan satu ‘k’ iaitu ketirisan. Beluran, bukan keteresan, ketirisan Beluran.
Jadi, sebab itu saya ingin tahu bagaimana — tapi hari ini hanya berdasarkan ketakteraturan dan bagaimana ianya nak di-measure, nak di apa. Nak diukur dengan ketakteraturan serius itu kerana ianya boleh dimanipulasi.
Soalan saya yang kedua, soalan yang terakhir, ketepatan fakta dalam laporan media.
Terdapat beberapa laporan media yang mendapati fakta Laporan Ketua Audit Negara yang tidak tepat. Misalnya, laporan akhbar menyatakan tiga ketakteraturan serius membabitkan nilai lebih RM460 juta dikesan dalam LKAN 2025. RM460 juta tersebut adalah nilai keseluruhan projek dan bukannya nilai ketakteraturan seperti mana yang dimasukkan.
Jadi soalan saya, apakah, bagaimanakah Jabatan Audit Negara memastikan ketepatan dan ketelusan maklumat yang dibentangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Dan yang kedua, apakah mekanisme semakan semula ataupun penjelasan yang dijalankan sekiranya terdapat fakta yang kurang tepat sebelum laporan dibentangkan di Parlimen? Dan
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
ketiga, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Audit Negara untuk meningkatkan transparensi dan memastikan laporan audit mencerminkan keadaan sebenar serta mengelakkan daripada salah tafsir? Itu saja daripada Masjid Tanah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.
Merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan. Saya memilih tajuk pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak di bawah KPDN iaitu COSS yang direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Dan saya hanya memilih program ini sebab ini telah pun mencatatkan perbelanjaan kerajaan yang paling tinggi berbanding dengan program-program minyak masak bersubsidi yang lain iaitu jumlah RM9.125 bilion dari tahun 2019 hingga Februari tahun ini.
Program ini saya percaya kita wujudkan sejak tahun 2007 dengan niat yang baik untuk memberikan minyak masak subsidi kepada golongan sasar dan menstabilkan bekalan dan juga harga minyak masak di pasaran. Namun, sejak pelancaran ini hampir dua dekad, ia telah pun dilabelkan dengan pelbagai persepsi yang kurang baik ataupun negatif dari ayat penyeludupan, sorokan, penyalahgunaan, ketirisan dan sebagainya. Dan saya rasa adalah tiba masanya kalau ikut kepada syor-syor dan penemuan-penemuan dalam laporan ini, kita harus lihat kembali apakah program bersubsidi ini masih lagi relevan ataupun kita hanya perlu repair dari segi teknikal itu.
Saya ambil maklum, KPDN memang menjalankan banyak usaha. Yang baru ini, ia lancarkan program perintis eCOSS. Ia menjalankan program-program penguatkuasaan sama ada melalui TikToker dan sebagainya merentasi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan.
Namun, lepas 18 tahun pelaksanaan program ini, kita perlu tanya dua isu ataupun dua soalan hakiki.
Yang pertamanya, adakah program ini benar-benar dapat memanfaatkan golongan sasar dan meringankan beban pengguna dan bagaimanakah cara kita nak pastikan minyak masak paket bersubsidi itu sampai ke dapur setiap isi rumah yang memerlukan? Itu pertama.
Keduanya adalah perbelanjaan kerajaan yang mencecah berbilion-bilion ringgit.
Adakah ia setimpal dengan objektif asal pelaksanaan program ini? Sedangkan peruntukan itu bukan setakat hanya kita bayar subsidi tetapi kos-kos pentadbiran, kos-kos pengurusan dalam hal ini. Berdasarkan kepada penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara, saya lihat ada dua isu yang besar.
Pertamanya, kita tiada data yang terperinci terhadap golongan sasar. Kalau lihat kepada penemuan, dia katakan 60,000 metrik tan sebulan itu, apakah asasnya. Dan soalan saya adalah berdasarkan kepada kuota 60,000 metrik tan sebulan itu. Secara teorinya, teknikalnya sepatutnya setiap isi rumah boleh dapat satu hingga dua paket minyak masak
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
bersubsidi paket ini dalam dapur tetapi adakah realiti berlaku di lapangan sejak bertahun- tahun kita laksanakan program ataupun ia hanya dimanfaatkan oleh sekumpulan mereka yang menyelewengkan program bersubsidi ini?
Kedua, kos pelaksanaan yang tinggi dan rumit. Kita bukan setakat hanya tanggung subsidi untuk bayar subsidi duit ringgit kepada kilang-kilang penapis minyak, tetapi kita juga menanggung kos pentadbiran pengurusan dalam pelaksanaan program ini. Bayangkan KPDN dan agensi-agensi kerajaan perlu menguruskan 21 kilang penapis, 366 syarikat pembungkusan, 4,151 pemegang lesen pemborong dan 30,000 pemegang lesen runcit minyak masak. Kesemuanya ada syaratnya, ada lesennya, ada garis panduan yang perlu dipatuhi, ada agensi-agensi yang banyak yang perlu dilibatkan.
Justeru, saya percaya, sudah tiba masa untuk kita lihat kembali sama ada pendekatan kita menguruskan subsidi ini melalui cara firefighting, buat serbuan, buat video, buat penguatkuasaan dan sebagainya. Ataupun, saya lebih cenderung untuk memilih syor yang dikemukakan oleh — dalam Laporan Ketua Audit Negara ini iaitu kita harus fokus dalam pemberian subsidi melalui program yang lebih bersasar, seperti melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Setakat ini ada 5.4 juta penerima SARA yang mana bantuan subsidi antara RM450 hingga RM2,001 setahun kepada setiap isi rumah. Setakat ini ada 4,100 premis perniagaan yang boleh menggunakan akses kepada SARA dan ada 14 kategori produk yang boleh kita beli melalui SARA termasuk minyak masak botol.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
So, kalau saya boleh cadangkan, saya minta pihak KPDN ataupun kerajaan, kalau kita compare, bandingkan dari segi penambahbaikan teknikal ataupun kita boleh lihat mengambil pendekatan yang mungkin kurang popular tetapi kita alihkan subsidi itu kepada program-program yang sudah pun ada sistem yang tersusun seperti SARA, seperti Jualan RAHMAH yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat hari ini, tambahan RM300 juta lagi untuk Jualan RAHMAH dan kita boleh mudahcarakan dan pastikan program yang berniat baik yang nak bantu kepada golongan sasar itu betul-betul sampai ke dapur setiap isi rumah yang memerlukannya.
So, program ini lebih efektif, telus dan bertanggungjawab dan kita kena pastikan mereka betul-betul dapat dan bukan kita hilang duit kerajaan, duit rakyat sewenang- wenangnya atas nama ketirisan dan penyelewengan untuk masa-masa akan datang. Sekian saja. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan.
Saya juga mengambil kesempatan ini sekali gus mengucapkan tahniah kepada Jabatan Ketua Audit Negara kerana telah terkeluarnya laporan audit negara bagi tahun 2005 — 2/2005. Walau bagaimanapun, sebagai anggota pembangkang yang seharusnya menjadi semak dan imbang (check and balance), saya ingin membangkitkan dan menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mengenai legality ataupun keabsahan Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada kali ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Jika kita melihat dalam Perkara 106 yang bertajuk “Kuasa dan Tugas Ketua Audit Negara”, “Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan kuasa sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan juga negeri-negeri”, 106.
107, “Ketua Audit Negara hendaklah...”, — “shall”, “...hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah menyebabkan laporan ini dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat”. Baik. Ini telah dibentangkan. Untuk menjadikan Laporan Ketua Audit Negara ini sah, maka orang yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan menyelia laporan ini adalah — mestilah orang yang sah dilantik mengikut Perlembagaan dan undang-undang.
Dalam laporan ini, muka surat A-3, ianya ditandatangani oleh Ketua Audit Negara yang bernama Dato’ Seri Wan Suraya bin Wan Mohd Radzi. Di bilangan yang terakhir B-1 penutupnya, ianya juga telah disahkan oleh Ketua Audit Negara, Putrajaya 2 Mei 2025.
Saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan yang bertajuk Ketua Audit Negara. “(1) hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara, hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja”. Saya terus kepada Perkara 105 fasal (4) yang berbunyi, “Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan atau emolumen Ketua Audit Negara dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan”. Puan Yang di-Pertua, apa maksud Perkara 105(4) ini? Saya berpandangan dengan jelasnya bahawa ini bermaksud jawatan Ketua Audit Negara tidak boleh dari kalangan pegawai awam yang sedang berkhidmat.
[Tepuk] Ketua Audit Negara sekarang ini masih lagi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Jawatan terakhirnya adalah di Institut Integriti Malaysia. Beliau masih lagi sebagai seorang pegawai PTD. Adakah beliau boleh dilantik sebagai Ketua Audit Negara berdasarkan 105(4) ini?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Malahan, saya ingin merujuk kepada satu pandangan daripada peguam — Jabatan Peguam Negara yang berbunyi, pandangan undang-undang, bahagian ini, bahagian di AGC difahamkan dari segi amalan sekarang, pelantikan Ketua Audit Negara adalah bukan daripada kalangan anggota perkhidmatan awam dan pelantikan dibuat secara kontrak yang memperuntukkan terma dan juga syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara sebagaimana di dalam Perkara 105(4) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya ingin juga merujuk kepada satu dokumen sejarah iaitu yang dinamakan Official Book 1963 [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] , satu buku rasmi kerajaan yang dikeluarkan dalam tahun 1963, yang menyenaraikan jawatan-jawatan yang dilantik mengikut Perlembagaan.
Saya ingin baca dalam bahasa Inggeris, muka surat 83 Official Book 1963. “The Auditor General holds office under Constitution, and enjoys a complete independence of the executive. His function is to scrutinise the accounting of government funds, including those of state governments and local authorities and public bodies and to render a report to Yang di- Pertuan Agong or Ruler as the case may be on his findings. To safeguard his or her independence and impartiality, his emoluments and pension are guaranteed and not subject to reduction by the Parliament, and he cannot be dismissed except in the manner prescribed for the dismissal of Judge of the Supreme Court”. Itu di dalam laporan Official Book tahun 1963.
Jadi dengan kata lain, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada Dewan ini, adakah pelantikan Ketua Audit Negara daripada kalangan pegawai yang masih berkhidmat di dalam perkhidmatan awam adalah sah mengikut Perlembagaan kerana ianya sudah tentulah berlaku konflik kepentingan. Beliau yang bertugas masih lagi sebagai pegawai PTD. Ketua di atasnya, immediate bos nya, adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Bos lagi atas adalah Ketua Setiausaha Negara. Bagaimana seorang Ketua Audit Negara yang dilantik di kalangan pegawai yang masih berkhidmat untuk membuat auditing ataupun pemeriksaan terhadap tugas yang dilaksanakan oleh superior daripada beliau sendiri?
Jadi atas dasar itu, saya ingin menyatakan bahawa...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kota Bharu, ringkas Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Kerajaan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kota Bharu, ringkas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Terengganu, sila duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Adakah perbahasan hari ini tidak valid kerana Ketua Audit Negara tidak sah dari segi lantikannya? Apa pandangan Kota Bharu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jika sekiranya pelantikan Ketua Audit Negara yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan audit negara tahun 2025 ini
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
pelantikannya tidak sah, maka tugas yang dilaksanakan oleh beliau mengikut Perlembagaan, pada pandangan saya adalah tidak sah sama sekali walaupun diluluskan oleh Parlimen.
[Tepuk] Jadi atas dasar itu, saya ingin mendapat penjelasan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kota Bharu, Kota Bharu. Sikit, sikit. Tanya soalan saja. Bayan Baru nak tanya soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Nanti Bayan Baru bahas. Nanti baru bahas.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sikit saja, satu soalan saja sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk, sila duduk.
Masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya nak tanya Kota Bharu, adakah Ketua Audit Negara telah melakukan sesuatu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Kesalahan selama ini? Kerana apa yang dipertikaikan adalah integriti...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya mengatakan pelantikannya tidak sah. Sama ada dia melakukan kesalahan atau tidak...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Betul. Kalau kita ada kes, baru...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Masa sudah tamat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya nak terima kasih saja.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker. Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Jabatan Ketua Audit Negara yang telah menyediakan laporan pada kali ini. Syabas kepada mereka.
Sungguhpun pihak pembangkang mempertikaikan tentang pelantikan tidak sah isu tersebut, tetapi kita perlu memberi satu kepastian ya kepada Jabatan Audit Negara di bawah ketua pengarah pada hari ini telah menyediakan satu laporan yang boleh memberi kita ruang untuk bahas dalam Parlimen ini. Tahniah kepada mereka. Dan usaha-usaha mereka ini tidak boleh dinafikan oleh pihak pembangkang dengan mempertikaikan tentang pelantikan tidak sah itu ya, Timbalan Speaker.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, kita harap supaya Jabatan Audit Negara tidak akan berputus asa ya kerana diserang oleh pihak pembangkang tersebut. Dan ini kita bahas dalam Parlimen hari ini — ini adalah satu reformasi institusi yang harus kita sering ulang supaya rakyat Malaysia tahu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Anwar Ibrahim di bawah Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI, kita adalah inginkan reformasi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita berani bahas laporan audit dalam Parlimen. Sedangkan apabila pihak pembangkang menjadi kerajaan, mereka tidak berani untuk bahaskan ya, laporan ini dalam Parlimen ini.
Jadi seterusnya Timbalan Speaker, saya merujuk kepada isi kandungan ya, laporan pada kali ini di mana saya lihat tidak terjejas kerana isu pelantikan yang dibangkit oleh Kota Bharu tersebut. Mereka masih lagi menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ya, kita harus ucap terima kasih kepada Jabatan Audit Negara.
Jadi, saya terus kepada satu laporan berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan juga Kos Sara Hidup, yang tajuknya berkaitan dengan pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak. Seperti yang kita tahu ya, kerajaan negara kita ya, dalam masa enam tahun iaitu bermula daripada 2019 hingga 2024, 3.57 juta tan metrik minyak subsidi telah disediakan untuk rakyat Malaysia dan hampir RM10.9 bilion telah dibelanjakan, ya. Sudah pasti ya, kitalah untuk mengurangkan tekanan ataupun kos sara hidup rakyat, maka bantuan subsidi minyak masak ini adalah wajar dan harus diteruskan.
Akan tetapi, apa yang kita lihat sebelum ini, di mana berlakunya isu ataupun masalah kekurangan minyak masak subsidi di pasaran, ya selalu ada timbul. Dan apabila kita meneliti laporan audit ini, maka kita boleh lihat antara sebabnya ialah kerana ketirisan ataupun kebocoran. Saya merujuk kepada laporan di sini mengatakan, ya antaranya jualan oleh peruncit melebihi had tiga paket setiap transaksi. Kalau ikut syarat, setiap transaksi jualan hanya boleh dibenarkan beli tiga tetapi dalam audit ini mereka kata ada seorang peruncit telah menjual 170 paket minyak masak kepada satu syarikat dalam satu transaksi, ya. Dalam 60 — dengan mengeluarkan 60 resit pembelian. Satu transaksi 170 paket dengan 60 resit.
Itulah salah laku oleh peruncit.
Kita lihat lagi laporan ini yang begitu teliti, tidak dijejaskan oleh pelantikan, isu yang dibangkit oleh Kota Bharu, di mana syarikat pemborong tidak beroperasi di alamat seperti yang didaftarkan dan apabila mereka melawat kepada alamat premis yang didaftarkan, mendapati bahawa premis tersebut adalah menjual barang sembahyang milik peruncit lain.
Jadi, ini memang serius menunjukkan ada ketirisan kebocoran, ya. Ada juga yang manipulasikan maklumat jualan dalam buku stok.
Dan saya lihat pula ada pula syarikat pembungkus sebab kita tahu prosesnya ada bagi kepada license kepada kilang penapis, kepada syarikat pembungkus, lepas tu ke pemborong, kepada peruncit, akhirnya baru sampai kepada pengguna. Dan syarikat
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
pembungkus ini pula selain daripada dia memiliki license membungkus, dia juga memiliki license pemborong dan juga license peruncit. Akibatnya, tiada bukti syarikat tersebut menjalankan aktiviti jualan runcit kepada pengguna lain, hanya kepada syarikat dia sendiri.
Jadi, ini juga satu ketirisan. Dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya. Akhir sekali yang saya lihat di mana tentang minyak masak terpakai. Untuk maklumat Timbalan Speaker, hari ini di pasaran minyak masak terpakai boleh dijual dengan harga RM3.20 dan harga minyak subsidi yang kita jual ialah RM2.50. Jadi, sudah ada fenomena di luar sana di mana mereka jualkan minyak masak subsidi ini terus kepada mereka yang kutip minyak masak terpakai. Dengan satu pindah macam itu lagi, mereka sudah boleh untung 70 sen tanpa buat apa-apa. Jadi ini adalah sesuatu yang serius yang saya harap supaya KDNK perlu ambil perhatian dan mengatasi masalah ini.
Dan akhir sekali, ya yang saya nak sentuh ialah tentang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, sedikitlah. Ini last point. Kita menghadapi masalah kekurangan, ya. Pernah berlaku kekurangan stok minyak masak di pasaran tetapi terdapat pula paket minyak masak dijual di negara jiran kita terutamanya di Thailand. Jadi, ertinya ada masalah penyeludupan minyak masak ini keluar ke luar negara.
Itu yang harus kita atasi ya, sebab kita lihat mengikut unjuran setiap rakyat Malaysia satu bulan hanya makan 1.5 kilo minyak masak tetapi kita benarkan seorang membeli tiga kilo minyak masak, ertinya bekalannya sepatutnya cukup tetapi kenapa berlakunya tiada bekalan di pasaran. Ertinya ada masalah penyeludupan keluar negara. Itu yang harus kita atasi.
Ya, dengan itu saja daripada saya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mohon Bayan Baru dan Kota Melaka dengar ucapan saya sedikit ya, terutamanya di peringkat awal.
Tuan Yang di-Pertua, sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah pengauditan di Australia dahulu, antara konsep penting yang sentiasa ditekankan kepada pelajar-pelajar kelas pengauditan adalah konsep auditor independence ataupun kebebasan juruaudit.
Konsep ini bermakna ketika melakukan pengauditan, pemikiran juruaudit mestilah objektif dan benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh, tekanan dan konflik kepentingan.
Selain daripada bebas dalam konteks pemikiran, juruaudit juga mestilah dilihat oleh masyarakat sebagai seorang yang bebas dan tidak mempunyai sebarang konflik
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
kepentingan. Kebebasan juruaudit merupakan asas penting kepada kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap mana-mana laporan audit.
Dalam konteks audit kerajaan, Jabatan Audit Negara memainkan peranan yang amat penting. Jabatan Audit Negara bertanggungjawab mengaudit akaun Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga agensi-agensi kerajaan. Oleh yang demikian, Jabatan Audit Negara mestilah bebas daripada sebarang pengaruh, tekanan atau konflik kepentingan dan mestilah dilihat bebas oleh masyarakat sebagai sebuah institusi yang bebas. Tuan Yang di-Pertua, dalam erti kata lain, Jabatan Audit Negara must be independent in both fact and appearance.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan hal ini, saya ingin menyentuh sedikit apa yang disebut oleh Beluran dan Kota Bharu. Ketika Ketua Audit Negara yang baru dilantik, saya bersangka baik, saya menganggap bahawa beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan untuk mengambil jawatan sebagai Ketua Audit Negara tetapi apa yang dibentangkan tadi oleh Beluran dan juga Kota Bharu memerlukan penjelasan daripada kerajaan.
Seterusnya, poin yang kedua...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sekejap, sekejap.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
You panggil nama saya...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Nanti saya bagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Nama Bayan Baru, jadi saya nak jawab, boleh?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sekejap, okey. Boleh. Yang kedua, berkaitan dengan hal ini juga, kebebasan juruaudit, saya ingin menyentuh satu promosi e-poster di laman Facebook Jabatan Audit Negara. Tertulis di poster tersebut tentang Program Santuni MADANI Jabatan Audit Negara yang akan diadakan pada 26 Julai di Taman Tasik Taiping.
Saya seterusnya membuat semakan lanjut tentang Program Santuni MADANI. Saya dapati Santuni MADANI adalah satu program melibatkan kementerian dan agensi kerajaan yang diletakkan di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, audit adalah amat dekat di hati saya. Bukan sahaja saya mengajar audit di universiti, bahkan PhD saya juga dalam bidang audit. Jadi, saya terkejut dengan tindakan kerajaan untuk mengarahkan Jabatan Audit Negara terlibat sama dengan penganjuran Santuni MADANI. Nampak biasa tetapi hakikatnya penglibatan ini akan memberi kesan kepada kebebasan Jabatan Audit Negara sebagai juruaudit, apatah lagi Jabatan Audit Negara sekiranya terus terlibat dengan program sebegini pada masa-masa yang akan datang.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya bagi contoh. Katakan sampai ketika di mana berdasarkan perancangan audit, Jabatan Audit Negara perlu melaksanakan audit ke atas Program Santuni MADANI yang
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
diselaraskan oleh ICU ini. Bagaimana Jabatan Audit Negara hendak melaksanakan audit ke atas keseluruhan Program Santuni MADANI ini apabila mereka sendiri menjadi pendukung...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Dan pempromosi kepada program tersebut? Ini adalah advocacy threat atau dalam bahasa Melayu ini disebut ancaman advokasi kepada kebebasan juruaudit. Bayangkan bila kita dah promosi sesuatu produk, adakah kita nak kata produk tersebut tidak bagus atau produk tersebut tidak baik?
Selain itu, macam mana Jabatan Audit Negara hendak melaksanakan audit ke atas keseluruhan Program Santuni MADANI yang mereka menjadi sebahagian daripada pelaksananya? Ini adalah self-review threat iaitu disebut sebagai ancaman semakan sendiri, maknanya, mereka semak benda yang mereka buat.
Kalau kita bagi contoh, pelajar di universiti. Kita minta pelajar di universiti semak sendiri tugasan atau assignment yang dihantar mereka, ambil balik semak sendiri. Adakah dia akan bagi markah rendah? Tidak. Tentunya mereka akan memberikan markah yang tinggi. Itulah self-review threat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Oleh yang demikian, di Dewan yang mulia ini, saya mohon Ketua Audit Negara buat keputusan segera hentikan penglibatan Jabatan Audit Negara dalam Program Santuni MADANI demi mempertahankan kredibiliti dan integriti Jabatan Audit Negara. Jabatan Audit Negara tidak perlu turut sama melaksanakan program propaganda politik seperti itu.
Saya masih ingat sewaktu di bawah pentadbiran Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Bera ada di sini sebagai Perdana Menteri. Tema politik yang digunakan adalah “Keluarga Malaysia”. Kami di Kementerian Pendidikan pada waktu itu telah membuat ketetapan untuk tidak menggunakan tema tersebut...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya nak bagi laluan ke tak?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Dalam apa jua aktiviti sekolah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya.
Seorang Ahli
Duduklah.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jadi, ramai yang menggambarkan seolah- olah kami tidak menyokong tema tersebut. Saya mohon maaf Yang Berhormat Bera.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya tak gentleman, tak bagi laluan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tetapi, hakikatnya kami berpegang pada prinsip bahawa sekolah bukan saja perlu bebas dari sebarang elemen politik, tetapi sekolah perlu dilihat bebas daripada elemen politik.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sekarang ini ramai guru yang berserabut dengan pelbagai program MADANI di sekolah. Penjawat-penjawat awam juga turut berserabut. Oleh itu, sekali lagi saya mohon kepada Ketua Audit Negara umumkan segera bahawa mulai hari ini Jabatan Audit Negara akan menghentikan sebarang penglibatan dalam Program Santuni MADANI atau program yang lain.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Putrajaya, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ketua Audit Negara jangan takut. Pastikan warga Jabatan Audit Negara terus fokus pada tugas hakiki mereka yang cukup penting untuk negara. Bayan Baru silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
You bagi masa sudah tamat macam mana nak bahas?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya terpulang pada Pengerusi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tak gentleman-lah. Bagilah masa, cakap berulang-ulang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Bagi masa sikit*.
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup semua duduk.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bagilah sedikit, nanti dia kata saya tak nak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bayan Baru pun ada peluang berucap nanti. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya berdiri di sini buka suara kepada rakyat Sabah. Saban hari menanggung beban akibat sistem penyampaian yang semakin membara. Rakyat menuntut jawapan, dengan lebih penting mereka menuntut tindakan. Penyakit tiga serangkai air, elektrik dan jalan raya sangat parah di negeri Sabah sekarang ini.
Saya ingin merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara khususnya berkenaan pelaksanaan kaedah tender terbuka Pre-Q Terpilih. Laporan ini memberikan tumpuan kepada tiga kementerian utama iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Peralihan, Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Kerja Raya melalui pelaksanaan JKR Negeri Sabah.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
JKR Negeri Sabah sebagai agensi pelaksana kerajaan negeri di bawah pentadbiran GRS tetapi dikenal pasti sebagai antara punca kelemahan pelaksanaan projek. Berdasarkan laporan audit, JKR Sabah tidak mengemukakan senarai projek ketika pelawaan awal kaedah tender ini. Akibatnya, syarikat yang tidak layak termasuk gagal dari aspek teknikal dan kewangan masih diberi laluan ke peringkat seterusnya.
Lebih membimbangkan, JKR Sabah juga dikenal pasti gagal memuktamadkan beberapa tender dalam tempoh munasabah. Ianya termasuk projek menaik taraf Jalan Telupid ke Kampung Lumou Baru yang mengambil masa 222 hari untuk dimuktamadkan.
Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara secara jelas merumuskan bahawa:
(i) kaedah Pre-Q Terpilih telah gagal mencapai matlamat mempercepatkan pelaksanaan projek;
(ii) ruang manipulasi dan tidak ketelusan terbuka luas;
(iii) syarikat-syarikat sama terus terpilih, seolah-olah ada pakatan dan kartel kontraktor; dan
(iv) malah terdapat kes di mana dokumen teknikal tidak lengkap pun diluluskan.
Maka, itu satu persoalan besar harus kita renungkan bersama. Mengapa pembangunan di Sabah masih ketinggalan sedangkan peruntukan bernilai berbilion ringgit telah pun disalurkan. Jawapannya terletak pada kegagalan pentadbiran negeri di bawah kerajaan GRS khususnya JKR Sabah yang cuai, tidak cekap mengurus. Di kawasan saya sendiri di Libaran Tuan Yang di-Pertua, projek naik taraf jalan dan kemudahan asas luar bandar sering kali tertangguh malah ada yang tidak dimulakan langsung. Inilah akibatnya apabila amanah tidak dijunjung, duit rakyat hilang arah dan harapan rakyat terus dipersia.
Puan Yang di-Pertua, UMNO sebagai tunjang Barisan Nasional bersama rakan dalam Kerajaan Perpaduan kekal konsisten dan komited membantu rakyat Sabah. Namun, apa gunanya bantuan berbilion ringgit jika kerajaan negeri sendiri gagal menyampaikan manfaat kepada rakyat.
Berpandukan syor Ketua Audit Negara, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan konkrit. Pertama, penambahbaikan dalam menyalurkan menyeluruh kaedah Pre- Q Terpilih, termasuk pemantapan garis panduan, pangkalan data syarikat yang telus dan sistem pemantauan yang bebas. Yang kedua, mekanisme pemantauan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan projek berjalan mengikut perancangan dan tidak diselewengkan. Penilaian projek berdasarkan hasil untuk rakyat, bukan sekadar teknikal atas kertas tetapi impak sebenar kepada komuniti.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan penghargaan kepada Ketua Audit Negara atas laporan yang telus dan berani ini. Namun, sebaik mana pun laporan jika tiada tindakan
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
susulan, maka hanyalah kertas laporan tanpa makna. Rakyat Sabah tidak boleh lagi dijadikan mangsa kepada sistem yang longgar dan pentadbiran yang sambil lewa.
Sebuah pantun untuk Yang di-Pertua.
Sabah luas tanahnya kaya, Namun rakyat masih merana; Jangan biar kuasa terus alpa, Libaran bersuara demi semua warga. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan beri ruang untuk kita bahas pada hari ini. Walaupun kami ambil bahagian dalam perbahasan, bukan makna teguran kita kepada pelantikan Ketua Audit itu, perlu juga diberi perhatian. Ibarat orang sembahyang, sembahyangnya bagus, tetapi air sembahyang tak ada.
Jadi, kena perbetulkan, kena ambil wuduk dulu baru boleh sah sembahyang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan tentang memulakan perbahasan dengan suatu hadis Nabi SAW. Nabi sebut, [Membaca sepotong hadis] . Kata Rasulullah SAW, “Tidak sempurna iman seorang yang tidak amanah dan tidak sempurna agama seorang itu yang tidak memenuhi janji”.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan isu sebagaimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran ialah isu pelantikan atau Pre-Q ya. Kita tahu bahawa perkara pertama yang disentuh oleh Perdana Menteri dalam ucapan sebelum ini supaya semua tender-tender dibuat melalui Pre-Q. Laporan menyebut bahawa perolehan Pre-Q Terpilih merupakan kaedah perolehan baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan kepada semua kementerian dan agensi melalui surat arahan MOF bagi perolehan projek kerja tahun 2023 dan 2024.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tujuan perolehan Pre-Q ini terpilih adalah untuk menyegerakan proses perolehan dan mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan. Saya merasakan kaedah ini dilakukan selepas satu pengumuman Perdana Menteri pada 24 Februari 2023, bahawa enam projek tebatan banjir diluluskan sebelumnya akan ditender semula secara terbuka bagi memastikan ketelusan dan penjimatan kos. Kita masih ingat ucapan beliau.
Antara projek yang terlibat dalam tender semula ini ialah projek — salah satu projek disebut dalam laporan ini ialah Projek Kolam Takungan Dwi-Fungsi bagi Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Sungai Klang, Sungai Rasau, Selangor, Pakej B, RTB Sungai Klang, Daerah Petaling, Selangor.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Perkara pertama dalam isu Pre-Q yang disebut dalam laporan ini ialah syarat dan kriteria pelawaan peringkat pertama tidak dipenuhi. Syarat dan kriteria pelawaan peringkat pertama tidak dipenuhi. Beberapa syarikat yang diluluskan pada peringkat pertama tidak memenuhi sijil CIDB dan skor tiga bintang ke atas.
Yang kedua, tiada atau tamat tempoh Sijil Taraf Bumiputera dan tidak mengemukakan sebarang dokumen pada peringkat pertama. Terdapat tiga syarikat yang ditawarkan SST tanpa mengemukakan sebarang dokumen melibatkan projek tebatan banjir.
Analisa audit mendapati sebanyak tiga syarikat yang tidak mengemukakan sebarang dokumen yang diluluskan pada penilaian peringkat pertama, termasuk di bawah keupayaan teknikal dan kewangan yang ditawarkan SST. Ini kita pelik, macam mana boleh ditawarkan, sedangkan tidak memenuhi syarat tersebut. Salah satu projek ditawarkan kepada syarikat yang saya maksudkan ialah Projek Kolam Takungan Dwi-Fungsi bagi Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Sungai Klang, Sungai Rasau RTB Pakej B berjumlah RM629 juta.
Turut menunjukkan dapatan audit menunjukkan bahawa terdapat ketidaktelusan iaitu pemilihan syarikat yang tidak memenuhi kriteria penilaian pada peringkat pertama serta syarikat yang tidak dipelawa turut dipilih, dinilai pada peringkat kedua. Persoalan saya ialah bagaimana syarikat yang tidak memenuhi syarat dan kriteria pelawaan peringkat pertama ditawarkan SST? Apakah ini yang dikatakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, mementingkan tata kelola dalam projek kerajaan? Dan apakah kriteria menyebabkan syarikat ini masih lagi diberi perhatian?
Kesimpulan bagi laporan audit untuk Kementerian PETRA timbul — apakah kementerian akan terus menggunakan kaedah perolehan Pre-Q Terpilih sedangkan Laporan Ketua Audit Negara secara terang menyatakan bahawa kaedah ini tidak wajar diteruskan dan kaedah ini perolehan tender terbuka adalah lebih sesuai dilaksanakan.
Jadi, saya ulang balik. Laporan Ketua Audit menyatakan bahawa Pre-Q Terpilih secara terang menyatakan bahawa kaedah ini tidak wajar diteruskan dan kaedah perolehan tender terbuka adalah lebih sesuai dilaksanakan. Saya ingin dapat penjelasan, berapakah penjimatan yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, kononnya bila ditamatkan enam projek, kerajaan lebih dapat penjimatan. Yang kedua, lebih telus. Ternyata bahawa apa yang laporan audit ini menafikan apa yang telah dikemuka oleh Perdana Menteri.
Yang kedua, saya ingin juga bangkitkan ialah tentang perolehan tender oleh Universiti Kebangsaan Malaysia sebanyak RM66.64 juta, tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan, khususnya pelantikan syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Kewangan dan Pre-tender. Tidak sepatutnya ia berlaku di peringkat universiti. Kita tahu universiti ini tempat yang melahirkan orang yang jujur, amanah, dengan ilmu dan sebagainya. Kita tahu — kita mahu universiti utama yang bertaraf RU ataupun
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
research university, tidak mempunyai masalah pendanaan akibat pengurusan yang tidak betul dalam pengurusan projek-projek di peringkat universiti.
Akhir sekali, saya ingin mendapat penjelasan. Mohon kementerian dan universiti melaksanakan saranan audit dan tindakan tertib yang perlu dibuat mengikut laporan yang telah dikemuka oleh Ketua Audit Negara. Mudah-mudahan kita dapat melahirkan universiti, khususnya research university ini menjadi universiti yang terkemuka di negara kita dan mampu mematuhi segala syarat-syarat kriteria perolehan tender yang telah ditetapkan.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Terlebih dahulu, sebelum saya mulakan perbahasan saya, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ajak Ahli-ahli Dewan untuk sama-sama mengalukan kehadiran ahli-ahli majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
[Tepuk] Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Ketua Audit Negara untuk Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/2025.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober tahun lepas mengumumkan bahawa Jabatan Audit Negara diberikan peranan lebih besar iaitu untuk memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan kerajaan. Seterusnya, pada bulan Oktober pula, maka pada tahun lepas kita juga telah meluluskan bersama-sama di Dewan ini Akta Audit 1957 yang telah pun meluaskan skop Jabatan Audit Negara untuk kita meningkatkan keupayaan kerajaan supaya pantau tadbir urus dan kewangan GLC. Setelah pindaan ini diluluskan pada 3 Julai 2024 di sini, di Dewan Rakyat dan kemudiannya di Dewan Negara pada 24 Julai 2024.
Sebab itu, Ahli Dewan sekalian, pengeluaran laporan ini adalah penting. Dia ada kesinambungan daripada apa yang telah pun kita luluskan dan telah pun kita luaskan kepada skop Jabatan Audit Negara itu supaya ada kefahaman yang lebih jelas tentang struktur tadbir urus GLC dan juga pendekatan kementerian untuk menangani isu-isu dasar.
Sebagai Ahli Parlimen, kita diberi mandat untuk kita pastikan supaya dana kerajaan dan GLC itu digunakan secara bertanggungjawab dalam rangka kerja tadbir urusnya. Lebih penting lagi, kita perlu pastikan supaya kesan baik buruknya kepada rakyat. Apa kesan baik buruknya kepada rakyat? Sebab kita akan dipersoalkan. Umpamanya, skim subsidi kerajaan yang dirangka untuk meringankan beban rakyat, khususnya untuk B40 yang dilaksanakan
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
untuk menangani kos sara hidup. Tapi sekiranya ada berlaku ketidakteraturan, ada berlaku masalah salah tata kelola, itu akan menjejaskan kepada apa yang dihadapi oleh rakyat.
Sehubungan itu, saya ingin memberikan pandangan khusus mengenai laporan ini yang melibatkan dua bahagian, Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama ialah berkaitan dengan laporan pengurusan perolehan padang sawit yang mengetengahkan pembelian empat estet kelapa sawit. Satu di Sabah, tiga di Kelantan.
Ada tiga isu yang diketemui oleh laporan. Pertama, pendaftaran aset Estet Aring ini tak lengkap dengan Kerajaan Negeri Kelantan, mengakibatkan pembayaran tidak lengkap sebanyak RM30.97 juta. Dan ini meletakkan Kerajaan Persekutuan dalam kedudukan yang terdedah kepada risiko undang-undang dan juga kepada risiko kewangan.
Yang kedua adalah pematuhan guna tanah Estet Sungai Rawit 2 di Kelantan yang digunakan sepatutnya untuk penanaman kelapa sawit tapi untuk penanaman durian. Mungkin durian lebih harga ini. Jadi, digunakan untuk tujuan durian, bukan untuk kelapa sawit. Ini pelanggaran terang dari segi salah guna tanah yang dinyatakan dalam perjanjian pajakan dan sudah tentu boleh menimbulkan implikasi undang-undang kepada Kerajaan Persekutuan.
Yang ketiga, sehingga kini tiada satu pun daripada empat ladang yang diperolehi telah menjanakan pulangan kewangan untuk FELCRA Berhad. Kalau kita lihat, berdasarkan kepada simulasi kewangan yang dijalankan oleh audit, anggaran tempoh untuk bayar balik pelaburan perladangan ini ialah 11 hingga 22 tahun. Sangat lama. Bergantung kepada kejayaan pemulihan dan juga peningkatan hasil. Jadi, saya lihat ada beberapa perkara yang kementerian perlu berikan penjelasan. Apakah tindakan tambah baik dari segi struktur tadbir urus, usaha wajar dan pematuhan oleh FELCRA?
Berkaitan dengan usaha wajar. Soalan saya, mengapakah pajakan untuk Estet Aring tadi itu tidak didaftarkan sebelum pembayaran dimulakan? Apakah perlindungan yang disediakan untuk menghalang GLC daripada memasuki pengaturan yang berisiko yang sama pada masa depan? Kedua adalah apakah mekanisme yang disediakan untuk pastikan FELCRA patuh sekatan penggunaan tanah. Patut untuk kelapa sawit, guna untuk durian.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang ketiga adalah estet yang diperolehi ini masih belum menjana pulangan kewangan dan dapat bayaran balik pun. Tadi saya sebutkan, 11 hingga 22 tahun. Jadi, bagaimanakah kementerian menilai daya maju kewangan jangka panjang strategi pelaburan FELCRA? Saya sendiri juga dalam GLC, saya faham bahawa antara tanggungjawab yang kita kena lihat ialah pelaburan balik dan mesti dinilai dan diteliti oleh lembaga pengarah, apa tanggungjawab mereka, apa yang mereka lakukan supaya perkara ini tidak boleh berulang.
Jadi, sebagai akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus pergi kepada perkara kedua untuk minta penjelasan daripada kementerian mengenai subsidi minyak masak di bawah program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa sudah tamat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya minta soalan saya― pertama, bertanya bagaimana kerajaan kawal jualan dan pengagihan minyak masak bersubsidi untuk pastikan setiap pembelian isi rumah ikut keperluan bulanan sebenar, bukan bergantung kepada had transaksi yang mudah dipintas melalui pembelian berulang. Dan yang kedua, apakah mekanisme penguatkuasaan yang sedang dipertimbangkan untuk elakkan salah guna minyak masak bersubsidi oleh warga asing dan entiti komersial terutamanya apabila subsidi ini untuk B40? Dan yang ketiga, bolehkah digunakan platform PADU untuk kita kesan dan hukum individu yang membeli di luar daripada kemampuan mereka?
Ini sajalah dua isu yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] Terima kasih beri peluang dan kesempatan kepada saya dan saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ledang tadi bahawa diberi ruang kepada 2,000 entiti untuk diaudit. Tapi malangnya, dengan 2,000 audit tersebut, setebal ini sahaja laporan audit yang kita terima pada hari ini...
[Sambil menunjukkan Buku Laporan Ketua Audit Negara] Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa dikatakan oleh Beluran, oleh Masjid Tanah dan juga oleh Kota Bharu berkaitan dengan pelantikan Ketua Audit Negara, yang mana untuk rekod, Yang di-Pertua, sejak daripada tahun 66, semua Ketua Audit Negara adalah daripada mereka yang – bukan yang sedang berkhidmat. Tahun 66-69, S. Kandiah; 69-75, Mohd Zain― Mohd Zain Ahmad; Ahmad Noordin Zakaria, 75-86; Ishak Tadin, 86-94; Khalil Mohd Noor, 94-2000; Hadenan A. Jalil, 2000-2006; Ambrin Buang, Tan Sri, 2007-2017; Tan Sri Madinah Mohamad, 2017-2019; dan yang sembilan, Nik Azman Nik Abdul Majid, 2019-2023. Daripada sembilan orang tersebut, semuanya daripada mereka yang tidak berkhidmat ataupun telah pun berpencen daripada perjawatan tersebut, kecuali yang ada sekarang. Itu yang dipersoalkan. Saya setuju dengan apa yang dipersoalkan tersebut.
Cuma Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang dilaporkan oleh Ketua Audit ini adalah suatu benda yang saya rasa dari segi nipisnya tak padan dengan audit tersebut. Yang kedua, saya melihat bahawa yang diaudit cuma Kementerian-kementerian Kewangan, Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kerja Raya, Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, FELCRA, Kos Sara Hidup, Perdagangan Dalam Negeri, Pertahanan dan juga Pendidikan Tinggi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cuma, saya nampak pada pandangan Hulu Terengganu, di sini mungkin ada sedikit politik di kalangan audit. Saya lihat kementerian-kementerian ini tiada satu pun kementerian ini yang berkait dengan Menteri daripada Parti Amanah, daripada Parti PKR, daripada Parti DAP. Kementerian Kewangan― PM, okeylah. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air― TPM daripada PBB. Kementerian Kerja Raya― bekas bos saya, pun daripada PBB. Kementerian Desa dan Wilayah daripada UMNO. Kementerian FELCRA ataupun kementerian...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Speaker, Puan Speaker, ini sangkaan jahat. Kita mohon tarik balik. Ini mempertikaikan integriti dan juga profesionalisme Ketua Audit Negara.
Saya rasa perlu tarik balik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bayan Baru, hei!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Hulu Terengganu, tarik balik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tarik balik apa? Saya baca.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tarik balik, Hulu Terengganu. Ini adalah satu sangkaan jahat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Buang masa, Yang di-Pertua.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Bayan Baru, sila duduk dulu. Yang Berhormat Hulu Terengganu...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bayan Baru jangan panas.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dengar dulu. Yang Berhormat Hulu Terengganu, sekarang kita bahas laporan ini dan bukan untuk berpolitik di sini. Sila terus kepada laporan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya baca, Yang di-Pertua. Saya baca.
Ini pandangan Hulu Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu pandangan politik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Betul tak betul, dijawab oleh Menteri.
Ini bukan politik, ini fakta. Yang di-Pertua, minta maaf Yang di-Pertua. Ini pandangan saya.
Terima kasih, Yang di-Pertua. Okey.
Kemudian, perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Datuk Yang di-Pertua. Puan Yang di- Pertua...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sudah tarik balik ke belum?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Ketua Audit, dia orang ini color blind.
Penjawat awam, dia orang color blind. Should not be...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jangan ganggu.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Politicize, jangan politikkan. Hulu Terengganu tarik balik!
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya. Jangan politikkan. Tak boleh. Tarik balik.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tarik balik!
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ini satu tuduhan yang jahat kepada penjawat awam.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini tuduhan yang sangat jahat dan tidak, tidak, apa ini...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tidak menghargai penjawat awam langsung.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tambah masa. Tambah masa, Yang di-Pertua. Tambah masa.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Macam mana nak ambil alih negara kalau penjawat awam tidak boleh dihargai?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Semua― semua kementerian pernah panggil.
Okey? PAC pernah siasat untuk Kementerian Pendidikan. Pendidikan itu daripada PKR juga.
Hulu Terengganu, tarik balik. Ini sangkaan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Kerana satu tahun ada tiga kali, tiga kali Laporan Ketua Audit akan dibentangkan. Kali ini kebetulan tak ada― mungkin. Tapi, sudah menjadi― memainkan isu Hulu Terengganu. Sebelum...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Buang masa, Yang di-Pertua. Buang masa saya, Yang di-Pertua...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Terengganu, saya sudah kata jangan berpolitik dalam Dewan. Kenapa sebut parti-parti dalam Dewan?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua— eh, saya tak berpolitik. Saya tidak berpolitik. Adakah salah Kementerian Pertahanan daripada UMNO?
Salah ke?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tanya― tanya Masjid Tanah. Masjid Tanah di sebelah Hulu Terengganu. Masjid Tanah tahu semua kementerian pernah dipanggil. Tarik balik Hulu Terengganu!
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, kamu audit ke?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Hulu Terengganu, tarik balik!
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bayan baru, tarik apa? Bagi tahu tarik apa?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya mohon Speaker untuk minta Hulu Terengganu tarik balik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hei, saya minta Speaker― Speaker, saya minta Bayan Baru...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini yang tidak berasas, yang bersangkaan jahat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bayan Baru, Bayan Baru...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah semua. Yang Berhormat Hulu Terengganu, kalau tak ada topik lain, boleh duduk kerana masa pun sudah tamat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, mana― mana adil, Tuan Yang di- Pertua. Saya baru permulaan, mukadimah baru. Isi tak masuk lagi. Baru mukadimah...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah habis.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, jadi atas hal demikian, kita minta supaya apa yang dicadangkan oleh Ketua Audit, walaupun mungkin tidak sah pelaporan tersebut kerana dia pun dilantik tidak sah, cuma diberi perhatian serius oleh pemerintah hari ini. Sebab, pemerintah hari ini, Yang di-Pertua, apa― pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri hari ini, saya ingat ada wow factor, rupanya beri RM2.80 sen je sehari. Jadi, tak ada― rakyat tunggu. Rakyat tunggu semua, Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang di-Pertua, rakyat tunggu hari ini, hadiah terbesar ialah PMX turun. Itu sahaja.
Terima kasih Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang untuk Betong berbahaskan Laporan Ketua Audit Negara Siri Ke-2 2025. Ini satu dokumen yang seharusnya membangkitkan kesedaran mendalam di kalangan kita tentang betapa perlunya reformasi menyeluruh dalam tadbir urus kerajaan. Laporan ini merangkumi nilai projek dan perbelanjaan sebanyak RM48.873 bilion, namun masih sarat dengan ketidakpatuhan prosedur, pemantauan lemah dan tadbir urus yang longgar.
Puan Yang di-Pertua, Betong ingin merujuk kepada isu ketirisan subsidi minyak masak. Persoalan besar sekarang ialah siapa sebenarnya yang menikmati subsidi tersebut?
Audit ke atas program subsidi di bawah kementerian perdagangan dalam negeri termasuk:
(i) Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS);
(ii) Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan;
(iii) mekanisme kawalan harga minyak masak; dan
(iv) pengedaran barang perlu termasuk LPG dan community drumming.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Namun, hasil audit menunjukkan satu hakikat pahit bahawa subsidi ini gagal mencapai sasaran sebenar. Kenapa saya katakan gagal?
Pertamanya, kerana berlaku penjualan melebihi had pembelian yang dibenarkan dengan jumlah lebih 700,000 kilogram minyak masak subsidi dijual melebihi had.
Kedua, terdapat penjualan secara terbuka kepada warga asing dan entiti komersial seperti restoran dan penjaja, sesuatu yang bertentangan dengan tujuan asal subsidi.
Ketiga, sebanyak 12.5 peratus syarikat pembungkus tidak memiliki sijil halal tetapi masih menggunakan logo halal secara palsu. Ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi membahayakan keyakinan pengguna Muslim.
Keempat, tiada SOP pengurusan minyak rosak. Audit mendedahkan pembungkusan semula minyak rosak tindakan yang berisiko terhadap kesihatan awam. Kelima, walaupun harga kawalan minyak masak ditetapkan pada harga RM2.50, namun hasil audit menunjukkan ia nya dijual di pasaran gelap antara RM2.60 hingga RM4 sekilogram di pasaran. Lebih menyedihkan, walaupun pengeluaran sebenar hanya 82.6 persen daripada kuota siling yang dibenarkan, subsidi tetap gagal disasarkan kepada golongan yang benar- benar memerlukan.
Soalnya sekarang, siapa yang sebenarnya menikmati subsidi ini dan adakah sistem kawalan kita berfungsi atau sekadar di atas kertas? Maka, Betong ingin mencadangkan beberapa tindakan segera.
Yang pertamanya, laksanakan subsidi bersasar menggunakan data PADU dan eKasih, di mana warga asing dan entiti komersial tidak seharusnya terlibat sama sekali.
Keduanya, gunakan sistem mobile eCOSS secara menyeluruh untuk pemantauan real time. Betong ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah mula melaksanakan mobile eCOSS sebagai salah satu bentuk kawalan jualan minyak paket subsidi satu kilogram kepada pengguna. Betong minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah status untuk peniaga-peniaga kecil?
Sekiranya sistem mobile eCOSS ini dilaksanakan, adakah peniaga-peniaga kecil dibenarkan untuk membeli minyak masak paket bersubsidi satu kilogram? Ini penting dan akan membantu peniaga kecil di pedalaman seperti Sabah, Sarawak yang memerlukan bekalan yang stabil, bekalan yang murah.
Dan keempat, audit silang stok berkala melibatkan pengeluar, pembungkus, pemborong dan peruncit. Maka, melalui audit silang ini, mereka yang terlibat dalam penyelewengan sebelum ini akan lebih berhati-hati dan lebih mematuhi undang-undang.
Selain itu, tindakan seperti gantung atau batalkan lesen barangan kawalan CSA boleh diambil kepada syarikat yang melanggar syarat-syarat termasuk memiliki dua lesen di alamat yang sama.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Seterusnya, aktiviti penguatkuasaan perlu ditingkatkan bagi memastikan harga kawalan RM2.50 di lapangan dipatuhi dan tindakan yang diambil juga bukan sekadar amaran tetapi termasuk denda dan sitaan.
Maka, cadangan tindakan ini penting kerana kita tidak boleh menjadi kerajaan yang bermurah hati memberikan subsidi kepada orang lain sedangkan rakyat kita terus menanggung kos sara hidup yang tinggi. Dan setiap kilogram subsidi yang bocor kepada pihak yang tidak layak adalah satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat. Maka dengan itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita sambung kepada sesi perbahasan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Tanjong Karang bangkit pada hari ini bukan sekadar untuk menyatakan kekecewaan tetapi untuk menzahirkan kemarahan rakyat terhadap ketirisan yang saban tahun berulang- ulang tanpa ada penghujung. Laporan Ketua Audit Siri 2/2025 telah mendedahkan sesuatu yang amat mengejutkan dan mengaibkan negara bahawa dalam masa kurang dua tahun sebanyak RM48.78 bilion daripada dana kerajaan yang dikendalikan oleh tujuh kementerian dilaporkan berlaku ketirisan, kecuaian dan ketidakpatuhan yang serius. Laporan Ketua Audit Negara ini adalah satu dokumen bukti pengkhianatan terhadap amanah dan kepercayaan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, sistem pentadbiran negara kita sedang tenat dengan penyakit korupsi terselindung yang dibungkus dengan nama kelemahan tatakelola. Saya ingin mengingatkan Dewan Yang Mulia ini bahawa RM48.78 bilion ini adalah melebihi Bajet Tahun 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia. Wang RM48.78 bilion ini kalau digunakan dengan betul, kita boleh bina 300 hospital daerah yang baharu, tambahan 10,000 rumah PPR, subsidi makanan asas untuk lebih 10 juta rakyat marhaen selama dua tahun.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karan
Apalah maknanya Parlimen sekadar membaca dan membahaskan Laporan Ketua Audit Negara tanpa ada sebarang tindakan tegas terhadap mereka-mereka yang bertanggungjawab atas pengkhianatan amanah rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua, berapakah harga sebuah pengkhianatan ini? RM241 juta hangus di FELCRA kerana ladang sawit diswastakan secara lemah. RM58 juta di UKM kerana tender diberikan tanpa ikut prosedur yang betul. RM160 juta denda tidak dituntut oleh Tentera Darat Malaysia. Lebih RM107 juta perolehan dibuat secara pecah-pecah kecil untuk mengelakkan tender terbuka dan yang lebih membimbangkan, bukan satu, bukan dua tetapi tujuh kementerian terlibat. Di mana Menteri-menteri ini ketika wang rakyat dirompak secara halal melalui sistem kononnya? Di mana pegawai-pegawai akauntabiliti? Di mana tindakan tegas daripada Kabinet?
Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan empat langkah drastik. Yang pertama, dedahkan secara rasmi semua nama individu, kementerian dan agensi yang terlibat dalam ketirisan ini. Rakyat ada hak untuk tahu siapa yang telah mengkhianati kepercayaan mereka.
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat ketirisan RM48.78 bilion ini secara menyeluruh, bukan melalui audit dalaman yang boleh disapu ke bawah karpet.
Pinda atau perluaskan skop Akta Tanggungjawab Fiskal [Akta 850] sedia ada supaya merangkumi tanggungjawab peribadi dan penalti mandatori terhadap Menteri-menteri dan ketua jabatan yang gagal menjaga integriti perbelanjaan awam.
Seterusnya yang kelima, bekukan peruntukan pembangunan tambahan kepada kementerian yang terlibat sehingga audit tindakan pembetulan dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, apa-apa pun, Tanjong Karang amat menghargai pendekatan yang diambil oleh Kerajaan MADANI yang memaparkan keberanian Jabatan Audit Negara itu sendiri membentangkan laporan dengan penuh transparent dan tidak ada sebarang tapisan. Dan Parlimen juga diberi peluang untuk berbahas dengan secara terbuka.
Ketahuilah, ketirisan ini tidak boleh dibiarkan menjadi budaya dan kita tidak akan berkompromi dalam soal ketirisan, kelemahan tatakelola atau pembaziran dana rakyat.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Kita silakan — Majlis silakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Dato’ Speaker.
Pertama sekali, Sri Gading mengambil bahagian untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara dalam beberapa perkara. Yang pertama sekali, ada beberapa pembetulan ataupun
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
penjelasan daripada apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan kita tentang nilai 48.78 bilion, bukan hilang, tetapi nilai keseluruhan projek yang diaudit oleh Ketua Audit Negara. Itu untuk makluman dan ketirisan itu disebabkan oleh beberapa perkara yang kadang-kadang perkara yang biasa ataupun perkara yang sudah selalu dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Contohnya, kalau kita lihat daripada sini, inilah keberanian Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita untuk menyatakan bahawa kalau kementerian yang disemak itu sendiri adalah Menteri Kementerian Kewangan dan juga kementerian- kementerian di bawah pentadbir yang utama. TPM I, TPM II, Pertahanan, memberikan gambaran kepada kita bahawa keterbukaan kerajaan untuk menunjukkan bahawa selain daripada kita bercakap [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Janganlah kamu berkata tapi kamu tak perbuat, sedangkan apa yang Allah SWT sangat benci kepada orang yang bercakap tetapi dia tak buat.” Ini satu perkara yang penting untuk kita melihat bagaimana tatakelola yang disarankan kepada kakitangan selain daripada tanggungjawab Menteri itu sendiri.
Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita lihat tentang keberanian yang ditunjukkan oleh Ketua Audit Negara yang walaupun mungkin pandangan daripada Kota Bharu tadi tentang tidak ikut Perlembagaan. Tetapi beliau berani menyentuh di bawah kementerian-kementerian yang saya sebutkan awal tadi, itu yang pertama. Yang kedua, saya kata macam Hulu Terengganu ini kadang-kadang dia merasakan dia tak dapat jadi kerajaan, jadi dia cari-cari mana Yang Berhormat Menteri AMANAH yang dia jealous pula dah, sebab Menteri PAS tak ada agaknya, gurau, eh.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Baik. Seterusnya apa yang fokus kepada Sri Gading dalam perbahasan ini adalah kepada kelemahan Perolehan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih ataupun Pre-Q Terpilih di mana kementerian-kementerian yang terlibat sepertimana yang saya sebutkan tadi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di mana perkara-perkara ini menyentuh kepada contohnya syarikat-syarikat yang tidak mengemukakan sebarang dokumen tapi diluluskan. Daripada syarikat yang ditawarkan setuju terima, nilaian yang ratusan juta adalah merupakan satu perkara yang sewajarnya disemak, diberikan tekanan oleh mereka yang bertanggungjawab.
Risiko wujudnya perkataan harga dan kartel tender syarikat yang sama dipelawa berulang kali dalam pelbagai projek, mencetuskan persoalan besar tentang ketelusan dan juga merit pemilihan. Kenapa syarikat yang sama setiap kali itu sahaja yang dipelawa untuk diberikan tender. Tiada skop projek dinyatakan pada peringkat pertama sepertimana yang dilakukan ataupun yang terdapat dalam KKDW yang mempelawa 721 syarikat tanpa menyatakan satu pun nama projek. Bagaimana syarikat mahu menilai kelayakan tanpa maksud skop?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Seterusnya, syarikat yang gagal penilaian kewangan dan teknikal tetap diluluskan.
Ini juga adalah merupakan satu perkara yang tidak wajar ya ataupun tidak sepatutnya berlaku kepada syarikat yang sepatutnya menerima. Pelaksanaan menambahkan birokrasi, bukannya menyegerakan. Sebaliknya keadaan ini menambah lapisan birokrasi dan membuka ruang manipulasi tanpa kawalan jelas.
Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, Sri Gading tidak menolak konsep Pre-Q secara mutlak. Malah, negara seperti Singapura dan Kanada telah melaksanakan secara telus dan profesional. Namun, apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Kita gagal menegakkan merit ketelusan dan ketertiban dalam pelaksanaan.
Justeru, Sri Gading ingin mencadangkan kaedah Pre-Q Terpilih perlu dibekukan serta-merta sehingga satu garis panduan ketat diwujudkan dan semua kelemahan semasa diperbetulkan.
Kedua, pangkalan data kontraktor perlu di struktur semula secara digital dan telus, dipantau oleh entiti bebas seperti SPRM dan juga Jabatan Audit Negara.
Ketiga, pemantauan audit pasca kontrak mesti diwajibkan ke atas semua kementerian.
Keempat, Kementerian Kewangan wajar melaporkan secara terbuka beberapa nilai kontrak yang diberikan daripada syarikat tidak wajar ataupun tidak layak serta status tindakan pembetulan yang diambil.
Akhir sekali, Sri Gading percaya untuk memastikan tadbir urus MADANI terus dipercayai dan dihormati, tindakan tegas dan menyeluruh mesti diambil. Namun, kita juga perlu berhemah. Penjawat awam yang jujur dan berintegriti, mesti dibela dan disokong.
Penambahbaikan perlu difokuskan kepada sistem, bukan hanya kepada individu yang terlibat.
Akhir kata, perbahasan ini bukan bertujuan menyalahkan tetapi menyeru kepada tindakan pembetulan demi menjaga amanah rakyat. Reformasi, bukan sekadar slogan. Ia menuntut kebenaran, ketelusan dan kesungguhan di mana LKAN 2025 telah membuka ruang untuk kita membetulkan kelemahan walaupun Menteri Amanah tidak terlibat dalam siasatan ataupun dalam laporan ini kerana ada sesi yang ketiga laporan daripada Ketua Audit Negara nanti. Sekian, Sri Gading menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang berbahas Laporan Ketua Audit Bilangan 2/2025. Sebagai mukadimah, Tangga Batu ingin memetik sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Qasas ayat ke-26. [Membaca Surah
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
al-Qasas: Ayat 26]. Ertinya, “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang dimuliakan, tulang punggung kepada kekuatan sesuatu organisasi terletak kepada integriti yang datangnya daripada sifat al-qawiy al-amin iaitu kompeten dan amanah. Kedua-dua sifat ini mesti wujud serentak dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau baik kedua-duanya, baiklah organisasi itu dan kalau rosak salah satu darinya, maka rosaklah organisasi itu.
Tangga Batu merujuk kepada rumusan keseluruhan Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan secara keseluruhannya, terdapat ketakteraturan yang serius dan kelemahan tatakelola dalam pelaksanaan perolehan ladang sawit oleh FELCRA Berhad iaitu proses perolehan, penilaian harga perolehan dan hasil sawit serta pematuhan kepada kontrak perjanjian. Sehingga tahun 2023, FELCRA Berhad telah membuat perolehan satu ladang sawit di Sabah secara pemilikan geran dan tiga ladang sawit di Kelantan secara pajakan yang berjumlah RM241.76 juta.
Antara penemuan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit itu ialah proses perolehan ladang sawit Sabah iaitu Ladang Telupid dibuat tanpa mematuhi keputusan mesyuarat sebelumnya. Tiada pelantikan perunding luar dan bebas untuk melaksanakan kajian daya maju (due diligence) terhadap perolehan Ladang Sawit Estet Telupid. Tiada bukti resolusi diangkat kepada lembaga pengarah untuk mengubah keputusan yang dibuat dalam mesyuarat sebelumnya. Perkara ini tidak selaras dengan Artikel 111 dan Artikel 115 Constitution of FELCRA Berhad.
Hasil sawit belum mencapai sasaran dan mengalami kerugian pada tahun 2022 hingga 2024. Jelas berdasarkan kepada laporan ini, FELCRA Berhad telah gagal untuk bertindak sewajarnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan ia tidak merugikan FELCRA Berhad sendiri. Kita sering menguar-uarkan tatakelola-tatakelola tetapi nampaknya bukan tatakelola tapi ini dah ‘tatakelaut’. Sebagai sebuah agensi yang besar dan menguruskan ladang yang luas, tidak sepatutnya perkara ini berlaku. Lebih-lebih lagi FELCRA Berhad sebagai sebuah GLC memegang amanah wang rakyat yang menjadi sumber modal penubuhannya.
Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan bahawa tiada pelantikan perunding luar dan bebas untuk melaksanakan kajian daya maju terhadap perolehan Ladang Estet Telupid, merupakan suatu tindakan yang sangat berisiko kerana ia bukan satu keputusan yang melibatkan ratusan ringgit, bukan ribuan ringgit tetapi ratusan juta Ringgit. Selain itu, perlu kepada jangka hasil yang bersesuaian dengan pelaburan yang dibuat.
Semua ini hanya dibuat dengan syarikat melakukan proses pelantikan perunding luar profesional yang akan membuat penilaian daya maju (due diligence) dan nilai pasaran secara objektif sebelum membuat keputusan perolehan ini gagal dilakukan oleh FELCRA. Dalam kegagalan FELCRA melakukan perkara ini telah menatijahkan kerosakan yang kita dapat
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
lihat dalam Laporan Ketua Audit Negara ini. Apakah indikator atau standard yang digunakan oleh FELCRA untuk membuat keputusan terhadap Ladang Telupid yang luasnya 787 hektar?
Bagi saya dengan pengalaman 36 tahun lebih dalam industri kelapa sawit dan getah, sepatutnya key indicator yang perlu diambil berat adalah kesesuaian tanah, umur pokok, topografi, actual dan potential hasil per hektar. Namun dalam laporan ini, kalau kita melihat dari segi kesesuaian tanah, Ladang Telupid ini digambarkan sebagai kurang berdaya maju.
Dari segi kesesuaian tanah, 21 peratus sahaja sesuai dan 64 peratus sederhana sesuai dan 13.7 peratus tidak sesuai. Dari segi topografi, secara umumnya semua ladang-ladang ini berada di kawasan berbukit (seep terrain).
Fungsi FELCRA kita tahu bahawa fungsi FELCRA adalah untuk memajukan tanah marginal dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat sekitar namun bekerja di ladang dengan kecerunan melebihi 20 hingga 25 darjah ini bukanlah mudah dan memerlukan biaya yang sangat besar. Apakah FELCRA tidak menjadikan MSPO ataupun RSPO sebagai terma yang harus diikuti? Di mana kecerunan yang melebihi 25 darjah tidak boleh ditanam dengan sawit dan harus dikeluarkan daripada keluasan tanah itu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Apakah FELCRA tidak merujuk kepada unit sustainability? Dari segi hasil sawit, saya melihat dari laporan LKAN ini, tahun 2022 hanya 3.29 tan per hektar, 2023, 3.95 metrik tan per hektar, 2024, 3.71 dan walaupun mereka mengunjurkan pada tahun 2025 mereka akan mendapat 12 tan per hektar tetapi ternyata pada suku pertama baru 0.64 hektar. Bagi saya, ini merupakan satu keputusan yang salah, tidak tepat dan merugikan.
Saya juga ingin membangkitkan persoalan di mana, kita tahu bahawa FELCRA Berhad pernah diaudit dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit (LKAN) Tahun 2001, Siri 2 dan pada laporan kali ini, muncul lagi FELCRA. Apakah audit dilakukan secara terpilih ataupun memang banyak masalah di dalam FELCRA?
Tuan Yang di-Pertua, pengalaman saya dalam GLC dan juga di sektor korporat, saya melihat banyak kali sebenarnya tapi saya tidak mahu sebut nama agensi. Mereka membuat keputusan yang salah dan membeli pula tempat yang salah. Akhirnya, syarikat menanggung rugi dan rakyat yang menanggung beban daripada kerugian itu.
Saya berpandangan bahawa pusingan syarikat ini agak terlalu cepat, memandangkan seperti diuar-uarkan oleh Jabatan Audit Negara iaitu berdasarkan pindaan Akta Audit 1957 [Akta 62] yang berkuat kuasa tahun lepas, terdapat 1,856 syarikat berkaitan GLC yang boleh untuk diaudit menjadi – dijalankan pengauditan.
Saya ingin bertanya, apakah kaedah pemilihan syarikat dilakukan terutama pemilihan FELCRA? Ini kerana nampaknya pusingan pengauditannya terlalu cepat dan saya berharap untuk masa yang akan datang, kalau boleh, biarlah ahli lembaga pengarah ini mereka yang betul-betul mempunyai pengetahuan tentang industri itu dan bukannya dipenuhi oleh lantikan
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
politik dan mereka tidak faham tentang tatacara, tatakelola dan ilmu yang berkaitan dengan satu-satu organisasi. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, 2025 yang dibentangkan untuk perbahasan pada hari ini. Syabas kepada Kerajaan Malaysia MADANI. Ini kali keempat Laporan Ketua Audit Negara bukan sahaja dibentangkan dengan diletakkan di atas meja Yang Berhormat tetapi semua Ahli-ahli Dewan diberikan peluang untuk memberikan teguran, pandangan dan kritikan terhadap Laporan Ketua Audit Negara.
Inilah bagi saya, semak dan imbang. Check and balance yang kita mahukan dan telah dilaksanakan di bawah Kerajaan Malaysia MADANI iaitu sebahagian daripada reformasi institusi yang telah dijanjikan.
Yang pertama, saya nak sebutkan di sini. Tadi, ada rakan di sebelah sana kata, tujuh kementerian yang terlibat dengan audit ini tidak melibatkan pemimpin daripada AMANAH, PKR dan DAP. Saya rasa, ini cuma sesuatu yang kata orang, satu cubaan tohmahan politik yang sengaja dicari pasal oleh pihak yang mungkin rasa kerajaan yang ada hari ini tak buat salah apa pun, tak ada salah besar pun. Cuma ada teguran-teguran dan sengaja nak kenakan kesalahan itu pada Kerajaan Perpaduan yang dianggotai oleh Pakatan Harapan.
Untuk makluman semua, kementerian yang diketuai oleh Menteri daripada AMANAH, PKR dan DAP pernah diaudit. Ini saya rasa bukti, bukti sahih Ahli-ahli Dewan yang pernah bahas, pernah baca Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini, tahu berkenaan dengan perkara ini.
Satu lagi, lantikan Ketua Audit Negara, jangan dipertikaikan. Lantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, di bawah Artikel 105, Perlembagaan Persekutuan. Jadi, ini – janganlah. Institusi ini jangan kita nak pertikaikan.
Lagipun, yang dilantik itu bukan orang politik. Pegawai kanan kerajaan.
Jadi, saya mintalah. Kita kena profesional, kita kena berpandangan jauh berkenaan dengan institusi ini. Yang mustahak adalah institusi Ketua Audit Negara ini melaksanakan tanggungjawab audit dia. Mana yang patut ditegur, tetap ditegur. Tak ada pilih kasih. Itu yang kita nak.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nampak ada lima pecahan ya, laporan ini. Saya hanya akan membincangkan secara spesifik. Satu sahaja iaitu di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kebetulan, Yang Berhormat Menteri ada di sini dan saya selaku Pengerusi JKPK yang melibatkan kementerian ini sangat prihatin.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kebetulan, isu itu. Saya dah berulang kali sebut dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan dengan minyak masak paket bersubsidi ataupun di bawah skim ataupun program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Ya, saya nampak banyak teguran.
Yang pertama saya nak sebutkan adalah kuota 60,000 metrik tan setiap bulan tidak diguna pakai sepenuhnya. Yang paling teruk, dari awal. Ini dalam enam tahun ini. Kalau pada tahun 2019 itu, hanya digunakan sekitar 72 peratus tetapi lately, untuk yang terkini, tahun lepas digunakan sehingga lebih 94 peratus. Ada peningkatan.
Jadi, puratanya hanya digunakan 82.6 peratus. Tetapi, apabila Yang Berhormat Menteri KPDN take over kementerian ini, nampak ada dia hampir mencecah sepenuhnya. Itu yang saya rasa ada keperluan. Jadi, mohon kementerian supaya lakukan apa yang wajar, supaya 60,000 ini dah ditetapkan sejak 2016 lagi, gunakanlah sepenuhnya. Supaya, ia boleh membawa manfaat kepada golongan sasar yang kita nakkan.
Jadi, sebaliknya bagi saya, dia ada keperluan untuk tambah tetapi sudah tentunya, kalau tambah kuota tu Yang Berhormat Menteri, saya pernah sebut banyak kali. Kalau tambah kuota, dia akan sekali lagi membebankan. Ya, meningkatkan beban kewangan kerajaan tetapi saya nampak ada keperluan. 2016, jumlah penduduk kita berapa? Hari ini berapa? Laporan audit ini, dia asalnya sebut, untuk domestik dan komersial tetapi yang komersial itu, kalau melibatkan peniaga mikro itu macam mana? Penjaja macam mana?
Penggerai itu macam mana? Yang jual pisang goreng itu macam mana?
Itu tak – belum lagi saya rasa laporan audit itu tak sebut secara mikro benda-benda macam ini. Jadi, bagi saya, saya mohon kepada kerajaan supaya sekali lagi pertimbangkan keperluannya. Saya tak naklah benda macam ini jadi polemik pihak-pihak tertentu untuk kutuk kerajaan.
Pagi tadi, Yang Amat Berhormat PMX telah melakukan sesuatu yang saya rasa patut dan wajar diberikan pujian oleh semua rakyat Malaysia. Pengumuman besar pagi tadi dan apa salahnya, kalau perkara ini pun, kita boleh memberikan satu pertimbangan yang khusus?
Berkaitan dengan perkara yang sama, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, adalah satu trend. Sekarang ini ada satu trend untuk gunakan biodiesel dalam industri. Ya, sebab ia adalah sesuatu sumber tenaga baharu yang semakin popular, yang dikatakan mesra alam dan menyumbang kepada karbon kredit, digunakan oleh banyak pihak.
Ada tak kemungkinan? Ha, ini saya tanya pihak kerajaan. Ada tak kemungkinan, ada pihak-pihak tertentu, yang mana terlibat dalam ketirisan? Sebab, saya nak quote ada satu syarikat. Kes stok 96.31 metrik tan dengan nilai lebih RM238,000, syarikat jual kepada syarikat sendiri dan tak ada bukti minyak itu dijual kepada pasaran runcit. Mana pergi minyak itu? Kemungkinan – saya kata kemungkinan minyak itu akan digunakan untuk benda-benda ini dan menyebabkan pihak yang terlibat mengaut keuntungan yang berkali ganda.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya nak tanya, apa penjelasan dari kerajaan. Ada tak kemungkinan pihak- pihak tertentu dan yang gunakan minyak masak bersubsidi ini untuk biodiesel? Sebab, ia boleh membawa keuntungan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Seterusnya, berkenaan dengan perkara yang sama juga. Saya mohonlah, satu kajian daripada kementerian dilakukan sebab teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara yang berkaitan dengan setiap orang, consumption satu bulan itu 1.5 paket. Dia, dalam laporan itu sebut dengan jelas bahawa dari awal lagi, sejak 10 tahun dulu lagi, bila ditetapkan dengan formula ini, dia tak ada kajian.
Jadi, saya mohon sekiranya boleh, pihak kementerian buatlah kajian sebagai memenuhi cadangan daripada Laporan Ketua Audit Negara ini supaya akhirnya, keadaan yang lebih baik. Dan perkara terakhir Dato’ Yang di-Pertua yang saya nak sebutkan adalah warga asing.
Saya nak sebut ini. Di pasar raya, apa yang terjadi sekarang ini, rakyat Malaysia orang kita ini, nak beli kadang tak dapat tetapi warga asing dapat beli sebab yang cashier dekat situ warga asing. Dari negara yang sama. Saya tak mahu sebutlah dari negara mana.
Saya rasa, kita sedia maklum. Dia keluarkan untuk yang ini. Saya pernah lihat sendiri. Jadi, saya mohon ada tindakan untuk sekat benda ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kita tak mahu benda yang kerajaan bagi subsidi beban kewangan yang akhirnya memberi manfaat kepada warga asing, tapi rakyat Malaysia sendiri yang menghadapi masalah tak ada stok. Itu sahaja pandangan daripada saya.
Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menegur sikitlah kepada kumpulan backbenchers dalam Dewan ini. Saya faham kalian perlu pertahankan kerajaan tapi kadang-kadang nampak sangat nak menjilat ataupun nak mengampu. Jadi, bila kita menjilat, mengampu kebenaran tidak terserlah. Bak kata pepatah orang putih, “keep your friends close, but your enemy closer”.
Ya, kita rival, we are adversary in politics. Jadi, bila pembangkang menegur, kita tegur dengan good faith. Bukan nak menjahanamkan, bukan menipu, bukan memfitnah dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, bila teguran yang dibuat oleh banyak Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tadi berkenaan dengan Jabatan Audit Negara, dengarlah elok-elok. Janganlah defensive sangat.
Antaranya kita lihat bila mana isu di bawah public interest, MAHB, penjualan saham yang entah ke mana dibuat, ada Laporan Ketua Audit Negara masuk, malah bila PAC buat prosiding, tak masuk pula wakil daripada Jabatan Audit Negara. Jadi, ini menimbul tanda
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
tanya. Apa terma engagement ataupun kerja audit ini. Adakah ia selective walaupun kita telah memperluaskan bidang kuasa Ketua Audit Negara untuk mengaudit GLC-GLC kita.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu prinsip itu, saya ingin terus memberi tumpuan kepada isu FELCRA. Dalam Laporan Ketua Audit Negara kali ini, FELCRA sekali lagi mendapat perhatian.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Speaker, standing order.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya tak mengizinkan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Standing order. Peraturan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya tak izinkan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Peraturan, peraturan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
This is my flow.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan.
Peraturan Yang Berhormat. Ya?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Speaker, saya ingin apa ini – membangkitkan 36(6). Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain.
Tadi Machang, dia kata backbencher ini penjilat kepada kerajaan. Saya rasa ini adalah sangkaan jahat dan itu tuduhan yang tidak adil kepada backbencher. Jadi, saya mohon Speaker untuk minta dia tarik balik.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bayan Baru. Saya overrule, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia berkenaan dengan analisis salah laku pelanggaran oleh Lembaga Pengarah FELCRA. Antara isu pertama yang dibangkit dalam laporan ini ialah pelanggaran kolektif lembaga meluluskan perolehan tanpa kajian daya maju.
Isu yang dibangkitkan ialah estet Telupid di Sabah. Dibeli tanpa melantik perunding luar bertentangan dengan keputusan mesyuarat sebelumnya. Membuat keputusan pelaburan tanpa penilaian bebas walaupun dimaklumkan sebelumnya perlu. Ini satu bentuk bridge of fiduciary duty dengan izin.
Dan juga terdapat tiada resolusi baru dibawa untuk mengubah keputusan asal mesyuarat, menyalahi artikel 111 dan 115 Perlembagaan FELCRA. This is a form of bridge of process and constitution dengan izin. Jadi, ada elemen gross negligence dengan izin yang
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
dilakukan oleh Lembaga Pengarah FELCRA yang bertindak secara cuai dan gagal mengutamakan kepentingan FELCRA dan peneroka-peneroka.
Yang kedua, isu melibatkan keputusan tergesa-gesa tanpa penilaian risiko iaitu pembelian penjualan estet di Kelantan. Perolehan estet Dabong Sungai Rawit 2 dan Aring, dilakukan hanya tujuh hingga 12 hari selepas kelulusan lembaga tanpa kajian bebas yang objektif. Dan ini adalah satu bentuk dengan izin, reckless conduct, bertentangan dengan prinsip due dilligence yang diperuntukkan di bawah seksyen 213(2) Akta Syarikat.
Failure to accessories dengan izin, tidak mempertimbangkan faktor seperti pulangan modal terlalu panjang dan kos tambahan sewa pajakan dan keperluan kerja pemulihan. Jadi, kalau benda ini terus dibuat, memanglah FELCRA akan sentiasa berdepan dengan masalah.
Dan ini bukan mudah, kita dah berdepan dengan banyak isu, sebelum ini FELDA. Pandan dah buat banyak pendedahan tapi datang Kerajaan MADANI pada hari ini, ulang benda yang sama. Jadi, di mana tatakelola yang sebenarnya? Reformasi itu.
Dan yang ketiga, konflik kepentingan dan abstention. Dua ahli lembaga pengarah tarik diri, isyarat red flag risiko tinggi. Conflict of interest not fully manage dengan izin walaupun dua ahli menarik diri, tiada rekod jelas bagaimana konflik itu dinilai atau apakah unsur kepentingan yang dimaksudkan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, untuk rumusannya ialah saya nak jelaskan di sini, tindakan dan keputusan Lembaga Pengarah FELCRA dalam perolehan ladang sawit ini bermasalah. Menunjukkan berlaku banyak pelanggaran berulang terhadap prinsip fidusiari seksyen 213 Akta Syarikat 2016. Gagal mewujudkan semak dan imbang yang sepatutnya menjadi asas kepada setiap GLC. Berisiko tinggi untuk dianggap sebagai wrongful acts yang boleh dikenakan tindakan sivil atau pentadbiran oleh SSM, Suruhanjaya Integriti ataupun SPRM sendiri.
Jadi, syor saya kepada Lembaga – Jabatan Audit Negara, pengerusi dan ahli Lembaga FELCRA perlu disiasat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga SPRM. Kalau- kalau ada unsur yang tidak baik di sebalik penjualan dan pembelian aset-aset ini. Dan Laporan Lembaga Disiplin GLC perlu diwujudkan untuk menyemak setiap perolehan GLC bernilai melebihi RM100 juta.
Dan saya tak nak kerana tangan-tangan orang kat bawah, nama Yang Amat Berhormat Tambun tercemar akibat reckless of neg – dan juga negligence in duty oleh orang- orang yang mengelola GLC dan GLIC ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon janganlah kita ulang kesilapan lama dan kalau orang tanya kenapa institusi Melayu bumiputera rosak, rosak kerana tangan orang- orang yang tidak beramanah yang dilantik tapi lupa daratan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua bagi peluang untuk saya juga turut dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada kali ini.
Dan saya, oleh kerana masanya agak singkat dalam laporan ini agak tebal [Merujuk senaskah Laporan Ketua Audit Negara] cuma saya ingin melihat bila dalam beberapa muka surat 15, penemuan terperinci Ketua Audit Negara tentang pelaksanaan projek Pan Borneo rakan saya daripada Kapit, Menteri Kerja Raya, saya pun dah suarakan berulang kali. Ini pun saya suarakan, bahaskan dalam Belanjawan, peringatkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang betapa pentingnya, you are Perdana Menteri ke-5, jalan lebuh raya tak siap lagi Pan Borneo, Sarawak dah siap dah.
Kebimbangan saya bukan hanya setakat kelangsungan supaya projek ini dapat disiapkan, manusia juga turut meninggal dunia, accident, jalan raya yang tidak baik. Dan saya juga minggu yang lalu daripada Kota Kinabalu, Ranau, Telupid, Beluran sampai ke Sandakan, jalan lepas itu daripada Sandakan ke Tawau, lima jam. Sakit pinggang saya. Yang itu, pinggang yang sakit, yang kereta tak boleh bersuara sakit lagi, maintenance dari segi keadaan kereta orang kampung yang ada di daerah-daerah ini.
Rungutan itu dah Dato’ Speaker maklumkan saya, tolonglah Datuk Seri, suarakan, perbetulkan keadaan ini. Kami susah bukan hanya dari segi masanya, accident, maintenance yang ada, tak ada public transport membinasakan kita.
Jadi, ini satu pengajaran, laporan audit ini cukup penting tapi malangnya setiap kali laporan audit datang di Dewan yang mulia ini, berapa banyak daripada teguran, peringatan yang diberikan oleh laporan audit dapat diperbetulkan dalam perjalanan kita melaksanakan projek perkhidmatan kita kepada rakyat di negara ini?
Bahkan juga rakyat tambah menuntut keadaan ini. Dan saya melihat dalam laporan ini, maklum balas KKR-JKR terima 20 Januari 2025, pihak JKR telah memaklumkan kepada KKR mengenai status syarikat bagi pakej kerja raya, kerja WP32 serta mengesyorkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan lulus dalam peringkat penilaian.
Pre-Q ada dan Pre-Q ini berperingkat-peringkat dinilai syarikat tapi malangnya, bagaimanapun keputusan MOF, Kementerian Kewangan adalah muktamad. Tiada sebarang justifikasi diutarakan oleh pihak MOF mengenai keputusan muktamad tersebut. Dan ini yang saya ada maklumkan, terbantutnya projek-projek di Sabah ini, melantik syarikat-syarikat yang tidak ada financial bukan hanya dari segi kewangannya, background, batu kelikirnya, main power-nya, kemudahan asas.
Saya dah syorkan, suarakan, lantiklah syarikat-syarikat yang ada di Sabah yang mempunyai kebolehan melaksanakan jalan ini.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Ini bukan syarikat saya. Saya suarakan selaku wakil rakyat sahaja. Pilih di antara mereka, mana yang ada kelayakan kerana kita nak siapkan secepat mungkin. Dan saya jangka, walaupun bagaimana keadaan, tak mungkin siap Jalan Raya Pan Borneo 2026/2027.
Saya jalan, saya nampak dengan mata saya, saya rasa dengan pinggang saya sendiri.
Keadaan yang kita rasa dan ini membimbangkan kita. Keadaan yang saya lihat, syarikat.
Mengapa di lantik syarikat bukan hanya atas mungkin kos dia jauh lebih rendah? That is not the consideration, setakat itu.
Hari ini, main contractor cari subkontraktor, melaksanakan projek ini. Kenapa tak bagi dengan kontraktor yang betul boleh melaksanakan, bukan atas – oleh kerana dia financial dia, kekuatan kewangan dia. But, you don’t have the expertise, you don’t have the manpower. Batu kelikir nak dapat daripada mana?
Ada syarikat yang dulu ada track record, bukan hanya state company yang JKR laksanakan peringkat negeri, Pusat juga. Mesti ada syarikat-syarikat dari Sabah yang ada kebolehan buat jalan raya, bukan hanya Pan Borneo. Mungkin jalan-jalan yang lain yang ada track record. Kenapa mereka tidak diambil? Ini yang membimbangkan saya keadaan yang berlaku ini.
Saya harap teguran daripada Ketua Audit Negara untuk membolehkan perkara ini dah – sebelum masuk Dewan ini pun pegawai saya tanya, “Datuk Seri, mereka pun cari siapa boleh subcontractor ni?” Tengah nak cari siapa subcontractor nak buat jalan ni. Tender is awarded already. Bayangkan kelewatan akan berlaku dalam tahun ini lagi kerana ini pakej, dah di award. Kita tak belajar Dato’ Speaker, daripada kesilapan-kesilapan. *That's why I said, a clever man learn from other people mistake. But, a wiser man learn from his own mistake.
And that's important*. Kita belajar dari kesilapan kita. Bukan kesilapan orang saja.
Masa tak mengizinkan, Dato’ Speaker. Yang kedua lagi, ini yang panjang tentang page Pan Borneo. Tapi saya tahu rakan saya, Menteri ada sini, saya harap ambil perhatian tentang perkara ini dan saya akan tegur untuk kebaikan rakyat, untuk kebaikan negara kita.
Ketirisan, kelewatan dan kejadian bukan hanya nyawa manusia yang turut terlibat dalam perkara ini.
Seperkara yang saya nak sentuh ini, iaitu mengenai dengan — saya dah suarakan dengan Ketua Audit Negara tentang (SDB) Sabah Development Bank, ketirisan kewangan yang ada. Saya berharap kewangan agak tipis dari segi laporan dia dan saya difahamkan bahawa Ketua Audit Negara tengah nak siasat. It is more than RM5 billion.
On top of that, baru-baru ini Kerajaan Negeri Sabah sediakan sukuk, raised sukuk RM900 million dan duit itu digunakan – mereka menggunakan vehicle (SMJ Energy) Sabah Maju Jaya Energy RM900 million dan duit itu digunakan hutang kerajaan negeri untuk membayar Sdn Bhd Sabah International Petroleum. Dan yang berhutang dulu, Sdn Bhd daripada SDB, the parent company, subsidiari dia SIP. Dan saya tegur dah di Dewan
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Undangan Negeri, ini seakan 1MDB. Bailing out, ketirisan kewangan. Kenapa tindakan tidak diambil? RM900 million. Sekarang ini saya difahamkan Sabah International Petroleum dah tak ada hutang.
Tapi baru-baru ini bila saya bangkit di Dewan Undangan Negeri, kenapa tak masuk tender package yang ada di Sandakan oil and gas? A listed company from KL got it. Why can't the company in Sabah yang owned by Sabah, cannot? Menteri Kewangan cakap, “tak ada kepakaran.” Why do you want to pay millions of money to a company Sdn Bhd, now becomes a state government? Oh ni - ini tak silap, ini memang 1MDB. Saya dalam Kabinet dulu pun saya tahu. Becomes hutang kerajaan, tak boleh. Saya beritahu, this must be thoroughly investigated. Saya berharap Ketua Audit Negara akan siasat.
Ketiganya, berkenaan dengan tandas. Saya baru tadi berjumpa dengan Menteri Pendidikan dan saya maklumkan dengan dia, saya akan hantar senarai sekolah-sekolah.
Dah ada tandas, dah kita belanja duit beratus juta untuk sediakan tandas. Tapi malangnya Dato’ Speaker, saya ke kampung, saya pergi tandas, tak ada air. Macam mana ada tandas, tak ada air? Bayangkan, I mean, this is - my friend, this is not a laughing stock, it is serious. The people on the ground, they – bayangkan UMS, anak kita. Saya suarakan Dewan Undangan Negeri. Anak minta air untuk mandi, anak minta air untuk minum, anak minta air untuk solat.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Semporna, sedarkah Yang Berhormat bahawa baru-baru ini, beberapa pelajar sekolah tidak turun sekolah sebab tidak ada air supply sudah dua minggu di rumah.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya setuju dengan Kinabatangan. Fasal saya pergi Kudat, lebih daripada sembilan sekolah yang tidak ada air dia. Bayangkan ada tandas, tak ada air. What’s the? Buat apa? Ketirisan kewangan. We must make sure that every penny — every money we spend is for benefit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Jadi, saya berharap sungguh keadaan ini akan dapat diatasi sebaik mungkin untuk membolehkan rakyat akan dapat manfaatkan. Laporan Audit yang ada Dato’ Speaker, saya harap bukan hanya ia hanya dibahaskan, bahkan juga teguran-teguran yang ada dapat diambil perhatian berat oleh pihak kerajaan. Kalau tidak, dia akan berulang dan jangan salahkan kita bila kita suarakan ini kepentingan rakyat dan negara kita. Ketirisan, rasuah yang ada. Jangan syarikat yang ada, Yang Berhormat Menteri, [Ketawa] tak jalankan tugas. *If they don't perform, terminate them.
For God's sake, please* ya, kita tak mahu kelewatan Projek Pan Borneo di Sabah. Terima kasih banyak.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Semporna, panjang lebar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Yang Kedua Tahun 2025. Hari ini kita menyaksikan pihak pembangkang telah membangkitkan beberapa isu tentang mempertikaikan pelantikan Ketua Audit Negara, Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Kita juga – Kota Bahru juga mempertikaikan tentang keabsahan Laporan Ketua Audit Negara kerana laporan ini dibentangkan oleh dan disediakan oleh Ketua Audit Negara. Saya rasa tidak adil kepada Ketua Audit Negara dipertikaikan sehingga begitu. Saya ingin menarik perhatian kepada Dewan ini bahawa Ketua Audit Negara ini dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 105 yang mengatakan bahawa, “Seseorang Ketua Audit Negara hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.” Jadi, ini adalah berstatus dilantik oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Majlis Raja-Raja.
Jadi, saya rasa tidak harus mempertikaikan independence of Ketua Audit Negara.
Dan perkara ini hanya dibangkitkan selepas dua tahun Datuk Seri Wan Suraya dilantik.
Kenapa tidak dibangkitkan awal-awal? Sekarang baru lantik - baru nak pertikaikan, selepas dua tahun dan empat laporan telah dikeluarkan. Masa kita sudah beberapa kali debat tentang Laporan Ketua Audit Negara, tak ada isu. Tidak dibangkitkan bahawa keabsahan - laporan ini pun tidak - sebelum itu tidak bangkit pun. Sekarang bangkit. Jadi, apa motif politik ini?
Kedua...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bayan Baru, boleh tak ya, sikit?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bayan Baru, setuju tak dengan saya juga seperti ada kecelaruan prinsip di sebelah sana. Sebab saya pun ingat dulu dua tahun lepas, mereka boikot langsung, tak nak membahaskan LKAN ini. Sekarang ni pula mereka bukan setakat termasuk sekali untuk membahas tetapi juga menggunakan platform ini untuk membantai pihak kerajaan. Betul atau tidak, Bayan Baru?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Betul. Sebab mereka ini, PAS ini, dia mengikut dalil. Yang dalil sesuai dengan dia, dia pakai dalil itu. Yang tak sesuai dengan dia, dia pakai dalil lain. Inilah hypocrisy yang kita nampak, tidak adil kepada institusi yang telah ditetapkan, termasuk Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kedua adalah tentang kepimpinan. Sekali lagi saya ingin perbetulkan sebab Ketua Audit Negara yang dulu, Tan Sri Hadenan. Apabila dilantik pada tahun 2006, beliau adalah
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
penjawat awam. Ini bukan perkara kali pertama, dulu sudah ada ya dan Tan Sri Hadenan selepas beliau dilantik sebagai penjawat awam, lepas itu dia bersara, maka tadi dikatakan dia independent. Bukan sebenarnya, pada masa beliau dilantik, beliau adalah penjawat awam.
Kedua, isu yang mempertikaikan tentang laporan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Bayan Baru, boleh sikit?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, sila.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat melihat dalil yang mereka guna ini, sahih atau tidak? Sebab dalil ini mengikut cita rasa mereka. Kalau betul, umpama dia akan hukum. Untuk dia saja yang — apa ini? Pokoknya, dalil itu memihak kepada dia, maka betul itu, setujukah Yang Berhormat?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya setuju. Saya setuju. Saya masukkan percakapan Kinabatangan dalam ucapan saya.
Isu yang kedua adalah mereka pertikaikan Laporan Ketua Audit Negara. Saya nak bagi tahu bahawa laporan ini disediakan oleh profesional dan penjawat awam yang bukan politik, bukan lantikan politik dalam Jabatan Audit Negara. Mereka telah menjalankan― ribu- ribu penjawat awam telah menjalankan kerja-kerja audit secara profesional dan mereka harus dipuji, bukan dikeji seperti pembangkang buat sekarang.
Dan saya nak bagi tahu bahawa saya ingin menarik perhatian, salah seorang penjawat dulu namanya Dato’ Nor Salwani diberi― apabila kes 1MDB, walaupun beliau ditekan, beliau dibuat macam-macam, beliau menjalankan tugas secara profesional dan akhirnya kita boleh dapat satu laporan tentang 1MDB yang secara profesional sebab integriti dan professionalism pegawai seperti Dato’ Nor Salwani. Sekarang Dato’ Nor Salwani diberi gelaran Dato’ kerana professionalism. Jadi, saya harap bahawa pembangkang jangan politikkan penjawat-penjawat awam kita.
Okey, ketiga adalah Hulu Terengganu. Mempolitikkan tentang bahawa laporan ini tidak menyiasat menteri-menteri dalam Keadilan atau DAP atau dalam Pakatan Harapan. Itu satu kesilapan yang besar, kerana ini adalah siri kedua. Kalau dia― sebab, saya rasa Hulu Terengganu tidak baca laporan-laporan yang dulu. Sebab, laporan-laporan yang dulu― contohnya, saya nak bagi Laporan Ketua Audit Negara terhadap LHDN tentang isu kutipan akaun belum terima. Okey? Itu Menteri Kewangan. Menteri Kewangan itu Tambun, daripada Keadilan. Dan juga pengurusan hutang― pengurusan hutan ya. Pengurusan hutan itu, masa itu, menteri adalah daripada Keadilan. Dan juga projek ramalan dan amaran banjir, juga daripada Keadilan. Dan juga ada sekolah-sekolah daif, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan Semenanjung, itu daripada Keadilan juga.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, saya nak bagi tahu bahawa laporan audit ini profesional. Dia merangkumi semua, tak kira kerajaan mana pun. Dulu kerajaan Barisan Nasional, keluar juga. Kerajaan Pakatan Harapan pertama, keluar masalah. Lepas itu Perikatan Nasional, keluar juga. Lepas itu kerajaan Ismail Sabri dari Barisan Nasional semula, masalah pun keluar juga. Sekarang kerajaan PH pun kena juga. Jadi, janganlah politikkan institusi-institusi yang profesional, penjawat-penjawat awam yang profesional dan mereka menjalankan tugas dengan baik.
Jadi, saya harap bahawa mereka ini, pembangkang ini bertaubatlah dari segi isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung. 30 saat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jangan mainkan dalil, menggunakan dalil-dalil lain untuk kesesuaian politik mereka. Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Speaker, boleh saya minta penjelasan? Sebab dalam senarai yang diumumkan itu, saya rasa Datuk Speaker telah ter- skip beberapa nama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dia tidak.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Mana yang saya skip? Saya tengok di sini senarai yang ada pada saya…
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab saya rasa tadi lepas Semporna, sepatut Pasir Mas, seperti yang diumum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Oh? Baik. Kalau sedemikian, silakan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Dan ada beberapa nama yang saya rasa Dato’ Speaker agak skip itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang ada pada saya ini mungkin tersilap masuk. Silakan. Saya akan panggil Kuala Nerus kemudian.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tak― tak apa. Barangkali ada SUDR boleh buat penjelasan. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baiklah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Speaker.
Dalam dunia audit profesional, prinsip asas yang tidak boleh dikompromi ialah kebebasan, independence dan accountability dan ketelusan maklumat. Institusi audit ini perlu bebas dengan struktur dan juga semangat, dan ia akan berubah apabila menjadi alat pencitraan kerajaan semata-mata, bukan penjaga amanah awam.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jadi, apabila Laporan Ketua Audit Negara ini semakin nipis, ruang siasat semakin sempit, dan keberanian mendedah makin lemah, kita patut tanya, adakah integriti awam sedang dikorbankan demi imej politik semasa?
Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Tahun 2025 ini hanya memuatkan 196 muka surat. Ia angka paling tipis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tahun 2022, misalnya, laporan audit aktiviti kementerian dan badan berkanun mencecah 410 muka surat jilid satu dan 459 muka surat jilid dua. Jumlah hampir 900 muka surat. Tahun 2024 pun masih kukuh dengan 350 muka surat.
Ironinya, selepas pindaan Akta Audit 2019 yang mula berkuat kuasa tahun 2024 yang sepatutnya memperluaskan skop audit kepada mana-mana entiti yang menerima dana kerajaan, laporan ini tiba-tiba mengecut. Sepatutnya dengan kuasa yang bertambah, laporan menjadi lebih menyeluruh dan terperinci. Tapi ia berlaku sebaliknya. Ini bukan soal bilangan halaman semata-mata, tapi persoalan ke mana hilangnya keberanian dan ketelusan yang sepatutnya menjadi roh audit.
Lebih membimbangkan, kita tak boleh memisahkan ketebalan laporan ini dengan persoalan pelantikan Ketua Audit Negara sendiri yang dipertikai kesahihannya menurut Perkara 105(5) Perlembagaan Persekutuan. Telah disebut oleh Kota Bharu, Beluran dan sebagainya. Dan apabila Bayan Baru membaca peruntukan 105 Perlembagaan (1), saya rasa sepatutnya dibaca bersama dengan 105(4) iaitu, “Parlimen hendaklah melalui undang- undang membuat peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.” Perkataan “dipertanggungkan” di sini menunjukkan bahawa penjawat yang dilantik itu hendaklah merupakan daripada mereka yang sudah berpencen daripada perkhidmatan awam.
Dan apabila Bayan Baru menyebut adakah kerana kita pertikaikan pelantikan Yang di-Pertua Agong, kita tidak pertikaikan pelantikan Yang di-Pertua Agong. Yang kita pertikaikan ialah nasihat daripada Perdana Menteri, yang statusnya individu yang dinamakan dalam Perlembagaan yang boleh menasihati Yang di-Pertua Agong. Kalau itu pertikaian, dulu bila kita Perikatan Nasional dalam kerajaan, mereka kata ini kerajaan tebuk atap. Adakah mereka pertikaikan kerajaan yang dilantik oleh Yang di-Pertua Agong pada masa itu? Jadi, itu soal politik ya, sebenarnya...
[Tepuk] Begitulah juga dengan― tadi siapa yang sebut tadi soal dalil? Soal dalil. Dalil ini saya rasa sepatutnya dia kena balik tanya siapa, mana dalil anak kecil main api dulu. Tak kedengaran di PWTC dah sekarang ini.
Bayangkan, seorang pengadil bola sepak dilantik daripada kalangan pemain pasukan utama, belum bersara, berkongsi bilik persalinan dengan pasukan yang perlu dihukum. Jadi, bolehkah kita jangka pengadil itu akan meniup wisel dengan adil terutama jika kesalahan dilakukan oleh rakan sepasukan? Sebab itulah Ketua Audit Negara jangan berada
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dalam sistem kerajaan yang sedang diaudit. Ia untuk mengeluarkan teguran keras kepada kementerian. Jadi, ini persoalan yang sedang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen kita sebentar tadi.
Adalah alasan sedikit sebanyak bahawa ada justifikasi kononnya metodologi berubah dan akhirnya menyebabkan laporan ini semakin menipis. Persoalannya, kalau metodologi berubah selepas pindaan Akta Audit yang sepatutnya memperluas, kenapa ia menjadi semakin kecil? Sebab itulah saya bimbang, takut-takut kerana Jabatan Audit ini mereka tak sempat nak buat laporan yang menyeluruh sibuk dengan program Santuni MADANI dan sebagainya. Jadi, saya rasa kena balik kepada fokus yang sebenar.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Speaker, boleh saya celah sikit? Sikit saja.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya bagi hujung. Hujung saya bagi. Sebab itu, mereka kena fokus kepada isu yang sebenar. Sebab, banyak lagi nak kena audit. Macam contohlah hari ini bila diumumkan RM100 untuk seorang rakyat Malaysia yang dewasa dan juga pengumuman yang hebat pada hari ini yang dinanti-nantikan― teaser filem Blood Brother, contohnyalah, tiba-tiba yang keluar ialah filem cap ayam dan sebagainya.
Rakyat Malaysia kecewa. Tapi, tak apalah. Ia melibatkan RM5 bilion.
Kalau kira hari ini, kalau mengikut kira-kira ringkas, melibatkan peruntukan sekitar RM5 bilion. Bila bentang di Parlimen? Ini Jabatan Audit Negara boleh audit. Mana perbekalan tambahan? Tak umum dalam Bajet 2025, tapi tiba-tiba umum hari ini. Oh, sebenarnya kerana nak berhimpun pada hari Sabtu ini, kena umum juga pada hari ini...
[Tepuk] Tak apalah.
Tetapi dia lebih untung kawan saya di Sabah, dia dapat 70 ribu hektar lombong arang batu, pengeluaran 33 juta tan, pendapatan kasar RM16.17 bilion, kos kasar RM11.55 bilion, untung RM4.62 bilion per tahun. Kawan saya di Sabah yang dapat kontrak di Sabah itulah jauh lebih untung. Cuma, ada orang tanya, kenapa bagi RM100? Saya kata mungkin kerana sempena seorang negarawan cukup umur 100 tahun pada tahun ini. Kalau itu alasannya, tahun depan kita akan dapat RM101, insya-Allah.*..
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, saya baca laporan audit FELCRA, saya nak bertanya satu perkara sahaja. Bahawa dalam laporan ini― saya pergi cara ringkas. Saya baca, sudah ada teguran daripada wakil Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan yang ada dalam lembaga pengarah, sudah pun suarakan ketidaksetujuan terhadap pembelian ini, bahkan menyarankan penambahbaikan proses, tapi suara mereka tidak diendahkan. Siapa begitu berkuasa mampu menolak pandangan dua kementerian utama ini? Adakah ini arahan daripada atas? Kalau ya, orang politik mana yang mendesak supaya pembelian diteruskan walaupun laporan daya maju menyatakan risiko tanah yang tinggi dan hasil yang rendah?
Jadi, kalau penjawat awam sendiri tidak diberikan saluran bebas untuk melaporkan kelemahan sebelum suatu perolehan dibuat, maka selamanya kita hanya akan dapat tahu selepas skandal ini selepas ianya bocor dalam laporan audit, sudah terlambat dan duit rakyat sudah pun lesap.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab itu sekarang FELCRA menanggung kos pemulihan berjuta-juta ringgit dengan titik pulangan modal 16–22 tahun. Saya bersetuju dengan Machang tadi sepatutnya kena heret siapa yang bertanggungjawab dalam isu FELCRA ini ke muka pengadilan [Tepuk] dan hadapkan mereka ke mahkamah.
Saya juga hendak bangkitkan persoalan tiada definisi jelas ketakteraturan serius.
Saya tengok dalam laporan ini ada perkataan ‘ketakteraturan’. Sebenarnya setiap perkataan ini dia sudah ada dia punya penilaian dia, measure-nya dengan izin yang tertentu. Kenapa keluar perkataan ini, kenapa keluar perkataan ini? Tidak pernah wujud perkataan ‘ketakteraturan’ dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jadi ini menimbulkan persoalan di mana diletakkan kayu pengukur terhadap perkataan yang tak wujud dalam Dewan Bahasa dan Pustaka itu biasalah perkataan ‘ketimbang’ pun dimasukkan kemudian, dia tidak ada masalah, tapi perkataan ‘ketakteraturan’ itu tidak pernah wujud dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jadi, apakah measure ataupun penilaian yang sebenar terhadap peraturan ini? Dan isunya ialah dalam isu perolehan di UKM yang dikategorikan ketakteraturan serius.
Pandangan saya bahawa ya, Jabatan Audit Negara perlu untuk berhati-hati menimbangkan bahawa contohnya Jawatankuasa Perolehan Tender boleh overruled keputusan Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan apatah lagi Jawatankuasa Pra-Tender. Jadi, ini sudah termaktub dalam surat pelantikan. Jadi, dalam isu melibatkan UKM ini, saya kira Jabatan Audit Negara perlu buat penjelasan lebih lanjut dan itu boleh diambil peluang untuk menebalkan lagi Laporan Ketua Audit Negara. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Kesilapan atur tadi kesilapan saya. Ya, ampun maaf.
Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bukan Kota Belud dahulu kah, Tuan Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Hai, Kota Belud kalau ikut...
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Speaker, Kota Belud. Ter-skip lepas Pasir Mas sepatutnya baru — lepas itu Kota Belud. Kota Belud dan baru Bayan Baru...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Yang Berhormat Kota Belud saya dapat nota sini daripada pemakluman daripada SUDR, Yang Berhormat hendak yang terakhir, yang terakhir, bagaimana ini?
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nak, nak — Yang Berhormat nak yang akhir ataupun sekarang?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kalau akhir dapat ekstra?
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya serahkan nak yang sekarang pasal nota dengan saya ini Yang Berhormat mohon akhir, tapi sekarang ini Yang Berhormat nak sekarang, saya bagi kelulusan mana satu nak, sekarang atau nombor 35?
[Dewan riuh]
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya ambil sekaranglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, dipersilakan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, saya terus rujuk kepada audit yang dijalankan ke atas pematuhan perolehan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih atau singkatannya Pre-Q Terpilih yang diperkenalkan oleh MOF pada 15 Mac 2023, 12 Januari 2024 dan tamat pada Disember 2024.
Mengapa kaedah ini digunakan berbanding kaedah perolehan sedia ada seperti tender terbuka dan tender terbuka pra-kelayakan? Daripada muka surat 15–133 penemuan terperinci audit melibatkan tiga kementerian iaitu PETRA, Kementerian Kerja Raya dan KKDW mendapati bahawa:
(i) terdapat ketidakpatuhan dalam proses penilaian perolehan;
(ii) ketiadaan senarai syarikat sebagai pangkalan data kementerian;
(iii) penilaian tender melebihi tempoh sah laku maksimum; dan
(iv) tiada penetapan tempoh masa maksimum bagi proses pelawaan peringkat kedua dan tempoh keseluruhan perolehan.
Apa rumusan audit seperti di dalam muka surat 134. Audit bilang Pre-Q terpilih ini tidak wajar diteruskan kerana:
(i) wujud ruang manipulasi dan ketidak ketelusan pemilihan syarikat;
(ii) mengurangkan daya saing pasaran kerana syarikat terpilih yang terhad; dan
(iii) kegagalan mencapai objektif perolehan pra-kelayakan terpilih.
Tuan Yang di-Pertua, daripada tiga kementerian yang diaudit ini, saya ingin sentuh sedara khusus Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan sebagai kementerian yang bertanggungjawab mewujudkan kaedah perolehan baharu ini. Pertama, muka surat 1-
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
2, 1-2 menyatakan bahawa kementerian-kementerian diberi kelonggaran untuk memilih sama ada mahu melaksanakan Pre-Q Terpilih atau kaedah perolehan sedia ada. Soalan saya, mengapa KKR mengguna pakai kaedah Pre-Q Terpilih bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B?
Kedua, berkenaan anggaran jabatan sebenar yang tidak digunakan dalam penilaian peringkat pertama seperti di dalam muka surat 1-10 di bawah poin 5.1.2.(c) pada mulanya anggaran jabatan yang digunakan JKR Sabah adalah pada kadar RM170 juta–RM533.33 juta bagaimana pun nilai sebenar projek yang ditender RM167.3 juta–RM1.33 bilion. Audit cakap apa? Audit cakap kenaikan begitu menyebabkan pre-tender yang tidak layak boleh membina projek. Kita buka bah itu ruang.
Alasan yang diberikan oleh JKR Sabah kerana kekangan masa dan kekangan kakitangan seperti di muka surat 1-12 dan to be honest, Tuan Yang di-Pertua saya tidak boleh terima benda ini sebab saya sudah cakap sebelum-sebelum ini. Sarawak bila dia orang tahu ada projek, ada peruntukan dari Persekutuan turun apa dia orang buat? Dia orang buka pengambilan jurutera dan kakitangan baharu.
Di Sabah, lepas saya bising, bising, bising, bising barulah tahun ini pengambilan pekerja baharu dibuat. Sekali lagi, ada juga guna bah kan saya bercakap di Parlimen, terima kasih. Seterusnya, saya pergi kepada poin 5.1.3. berkenaan keputusan Lembaga Perolehan KKR tidak diperakukan oleh pihak berkuasa melulus iaitu MOF bagi pakej WP32 Pan Borneo Sabah Fasa 1B yang bernilai RM611.30 juta yang mana isu ini telah saya tanyakan pada 6 Mac 2025.
Syarikat yang gagal di peringkat JKR Sabah, tetapi diperaku oleh MOF ini. Saya ada beberapa soalan dan mohon penjelasan daripada MOF:
(i) apa nama syarikat ini?
(ii) nyatakan secara terperinci kemampuan kewangan syarikat yang dinilai oleh MOF ini?
(iii) apakah jaminan MOF bahawa syarikat ini akan berjaya melaksanakan projek ini tanpa minta variation order sepanjang perjalanan projek?
(iv) berapa projek khususnya di Sabah yang berlaku sebegini?; dan
(v) apakah status projek ini sekarang?
Seterusnya saya pergi ke poin 5.1.4. yang mana lantikan pihak subkontraktor telah dilakukan tanpa kelulusan pegawai pengawal. Tuan Yang di-Pertua, isu sub-con ini bukan isu baharu di Malaysia, tetapi kalau di Sabah, Tuan Yang di-Pertua ini isu amazing. Lepas sub-con, di-sub-con-kan lagi dan lagi dan lagi. Banyak layer dan setiap layer ada persen.
Sebab itulah antara punca ke masalah dan kegagalan projek-projek infra rakyat di Sabah ini.
Pasal inilah dan kamu mahu tahu kah apa persepsi rakyat kalau ada tender projek yang main-
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
con ini hanyalah financier yang dia orang ini ada kapasiti untuk lobi sana, lobi sini selepas itu tukang bagi duit. Yang ini bahagian kau, ini bahagian YB, but they are not the doer.
Seperti tidak, tidak kita belajar dengan apa yang berlaku dengan Pan Borneo Fasa 1A. Fasa 1B iaitu WP22 dan WP33 seperti di muka surat 1-14 dan 1-15. Main-con meneruskan amalan melantik sub-con. Soalan saya:
apakah tindakan KKR sekarang? Adakah SST yang telah dibatalkan kedua- dua pakej seperti mana pendapat yang diberikan audit?; nyatakan nama syarikat dan apa alasan mereka melantik sub-con?; dan berapakah tawaran harga yang diberikan syarikat kepada sub-con berbanding tawaran asal yang dipersetujui di antara syarikat dan kerajaan?
Seterusnya saya beralih kepada poin 5.5.2.(b) di muka surat 1-16. Selain daripada 113 syarikat yang lulus penilaian peringkat pertama oleh JKR Sabah, JKR Sabah juga menerima cadangan 70 syarikat daripada MOF melalui KKR yang mana dicadangkan lima syarikat lagi bagi setiap 14 pakej Pan Borneo Fasa 1B. Ditambah lagi sebanyak 12 syarikat bagi pakej WP09 dan WP22. Apa ini- bagi-bagi projek?
Soalan saya, saya mahu ini dijawab ya. Pertama, nama lima syarikat bagi setiap 14 pakej yang dicadangkan KKR dan MOF kepada JKR Sabah.
Kedua, justifikasi KKR dan MOF cadangkan syarikat-syarikat ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya baca Laporan Audit Negara Bil. 2/2025 ini secara bahasa rakyat dialah kalau kita baca bukan bahasa laporan. JKR Sabah ada kontraktor dia, MOF ada kontraktor dia, masing-masing ada kuda bah ini. Sebab itu audit boleh cakap in between this two agencies tiada koordinasi yang itu tidak ikut cakap yang ini. Yang ini, yang itu tidak memperakui yang itu.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya tidak tahulah apa mahu cakap. No komen saya. Dan saya sependapat dengan Audit bahawa kaedah Pre-Q Terpilih ini tiada guna bah. Alang-alang cakap sajalah bah mahu buat tender terhad. Malu-malu lagi.
Sebelum saya tutup, saya mahu pesan dengan para pelobi, para kontraktor, YB-YB yang sorong kontraktor. Kamu, kalau kamu mahu ikut tender, tolonglah ukur baju di badan sendiri. Kalau kamu rasa itu projek kamu ndak boleh angkat, tiada duit kamu, tiada pekerja, tiada machinery kamu, ndak payah lobby-lah bah. Janganlah kasi susah orang. Di Sabah ini, kita terlampau biasa, terlampau terkenal, terlampau banyak projek EOT 4, EOT 5, terlampau biasa sampai kita tiada rasa apa-apa. Malulah, kesian. Kesian orang Sabah. Itu saja pesan saya. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya persilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Pertama, saya ucap terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk bahas Laporan Ketua Audit Negara pada hari ini.
Sebelum itu Dato’ Yang di-Pertua, suka saya mengalu-alukan bagi pihak Ahli Parlimen Gerik, kehadiran pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan guru-guru pengiring SMK Seri Budiman, Gerik, Perak.
[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, pertama, peluang yang ada pada petang ini, suka saya sebut beberapa perkara. Yang pertamanya tentang tatakelola berkaitan perolehan yang menggunakan kaedah Pra-Kelayakan Terpilih atau pre-qualification (Pre-Q). Dalam Laporan Audit menunjukkan pelbagai kelemahan serius dalam pengurusan Perolehan Tender Pre-Q Terpilih ini yang melibatkan beberapa kementerian utama.
Kerajaan MADANI sebelum ini berjanji untuk mempercepatkan apa-apa projek pembangunan yang memberi impak besar kepada rakyat, tapi sebaliknya, ada projek yang proses perolehan hingga kontrak ditandatangani pun mengambil masa hingga hampir dua tahun lamanya. Itu baharu tandatangan kontrak, belum lagi projek nak dimulakan. Maka, kelewatan projek ini akhirnya menyusahkan rakyat yang menunggu kemudahan asas ini yang begitu lama.
Keduanya, Laporan Audit juga mendedahkan kemungkinan wujudnya manipulasi terhadap sistem Pre-Q ini. Sebagai contoh, saya sebut apa yang tertera dalam Laporan Audit yang mengatakan, “Semakan Audit selanjutnya terhadap enam syarikat yang telah berjaya pada Peringkat Pertama tanpa mengemukakan sebarang dokumen dan mendapati tiga syarikat telah ditawarkan surat setuju terima (SST).” Bukan itu sahaja, terdapat juga syarikat yang tidak mempunyai kemampuan kewangan dan teknikal serta mempunyai rekod projek sakit sebelum ini telah berjaya mendapat SST projek baharu kerajaan. Saya bimbang sekiranya perkara sebegini dibiarkan, akan menjadi punca kepada lebih banyak projek-projek sakit apabila kontraktor yang tidak berkelayakan mendapat tender tersebut.
Sebagai contoh, walau ini tidak disebut dalam Laporan Audit, tapi kalau diaudit akan jumpalah. Projek bekalan air luar bandar di Kampung Kubang Jela, Manir, Kuala Nerus, kawasan saya, yang terbengkalai lebih daripada dua tahun. Sepatutnya tarikh siap yang dicatat pada signboard itu, siap 22 Ogos 2023.
Hingga hari ini, projek tersebut masih lagi rakyat menunggu bila air nak sampai ke rumah dia. Bukan susah pun. Paip telah ditanam, tapi jalan yang dikorek itu belum dibaiki.
Menyusahkan pula. Tambah susah lagi rakyat, jalan yang rosak dan paip masih belum bersambung antara paip jejari ini dengan main pipe di bawah SATU- Syarikat Air Terengganu.
Dua tahun tak boleh nak sambung lagi. Harap pihak kementerian dapat menyiasat perkara ini dan kalau boleh selesaikanlah. Dua tahun menunggu sambung paip ini memang
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
menyeksakan. Tadi Sabah tak ada air. Ini ada paip, air pun tak bersambung, lagilah tak ada air.
Ketiga, aspek yang paling asas iaitu pangkalan data syarikat yang lengkap dan efisien juga gagal dibangunkan oleh kerajaan. Dalam laporan ini, ada disebutkan, “...pelawaan berulang kali kepada 65 syarikat di KKDW dengan kekerapan antara tiga hingga tujuh kali bagi syarikat yang sama.” Menunjukkan penyelarasan serta pengurusan projek rakyat yang bernilai jutaan ringgit dilaksanakan secara sambil lewa dan tidak serius.
Sepatutnya, SOP bagi setiap tender kerajaan perlu jelas dan seragam bagi memastikan tidak ada ruang untuk di manipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dato’ Yang di-Pertua, isu yang kedua yang hendak saya bangkitkan adalah kawalan harga dan subsidi minyak masak. Sejak tahun 2019 hingga Februari 2025, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM12 bilion untuk program subsidi minyak masak. Malangnya, kerajaan hari ini masih gagal memastikan pengeluaran minyak masak bersubsidi mencapai kuota siling yang ditetapkan. Purata pengeluaran hanya mencapai 82.6 peratus sahaja, yang mana tidak mencukupi untuk menstabilkan harga pasaran.
Selain itu, isu penting juga berkaitan minyak masak bersubsidi ini juga ialah dasar sedia ada tidak menyeluruh dan kurang bersasar. Mekanisme subsidi pukal sebenarnya turut dinikmati oleh warga asing, disebabkan tiada syarat kelayakan yang tegas dikenakan. Ini bukan sahaja menyebabkan ketirisan subsidi, malah membazir wang rakyat. Saya khuatir, apa yang saya khuatir di sini ialah isu ketirisan subsidi minyak masak ini akan digunakan oleh Kerajaan MADANI sebagai alasan nanti untuk menarik pula subsidi minyak masak seperti mana subsidi diesel ditarik kerana alasan yang sama iaitu dimanfaatkan oleh warga asing.
Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara. Saya bangun untuk menyokong keterbukaan kerajaan supaya usul Laporan Audit ini terus di bentang dan dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Syukur alhamdulillah, nampaknya pihak-pihak yang sebelum ini menentang keras terhadap usul ini telah mula menerimanya.
Walaupun Dato’ Seri Wan Suraya dah dua tahun sebagai Ketua Audit Negara, baharu hari ini dipertikaikan. Tak apalah. Saya harapkan kakitangan Jabatan Audit Negara terus buat kerja untuk penyeliaan kewangan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Semoga usaha untuk mentransformasikan Dewan Rakyat terus dilakukan oleh kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dato’ Speaker, merujuk kepada pendedahan Laporan Audit kali ini, didapati anak syarikat kepada syarikat asing yang berdaftar di Singapura dan Jepun telah menerima kuota kilang penapisan minyak masak bersubsidi yang tertinggi berbanding kuota yang diperoleh oleh syarikat tempatan. Yang Berhormat Menteri, hampir 70 peratus kuota ini adalah kilang- kilang daripada syarikat asing.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Mengapakah hal ini boleh terjadi? Adakah kita ketandusan syarikat tempatan untuk mengoperasikan kilang penapisan minyak masak bersubsidi ini? Sungguhpun sehingga hari ini kita tiada dasar yang menetapkan pembekalan minyak masak daripada kilang penapisan hendaklah datangnya dari kilang penapisan milikan tempatan sahaja dan perkara yang berlaku ini juga tidak melanggari sebarang peruntukan dari sudut perundangan.
Namun, dari segi moralnya, keputusan yang dibuat ini seolah-olah menganaktirikan orang tempatan. Seperti peribahasa Melayu berbunyi, “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.” Justeru itu, saya ingin mohon agar perkara ini diubah dengan segera.
Keputusan dan tindakan kita sepatutnya mengutamakan rakyat kita sendiri.
Dato’ Speaker, Laporan Audit kali ini juga mendedahkan bahawa terdapat penyelewengan yang serius dalam sistem pengedaran minyak masak bersubsidi. Perbuatan penyelewengan ini merupakan satu pengkhianatan yang besar buat rakyat dan perlu segera dihentikan walau apa jua caranya. Meskipun modus operandi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini tersusun dan berlapis, namun saya percaya mesti ada jalannya.
Sebagai permulaan, saya mencadangkan supaya satu dasar larangan penjualan minyak masak bersubsidi diwujudkan dan dikuatkuasakan serta-merta terhadap warga asing.
Manfaatkan MyKad dan MyDigital ID sebagai langkah verifikasi dan pada masa yang sama, merekodkan jumlah pembelian. Pemantauan rapi dan berkala juga hendaklah dilakukan terhadap para peruncit dan jika tenaga kerja di lapangan tidak mencukupi, tubuhkan sukarelawan dan rakan strategik yang boleh menjadi mata dan telinga KPDN serta bangunkan sebuah aplikasi yang mesra pengguna dan yang mudah untuk rakyat membuat laporan terhadap sebarang salah laku yang terjadi di lapangan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dato’ Yang di-Pertua, mengenai Perolehan Pre-Q terpilih. Berkaitan Perolehan Pre- Q terpilih yang mana tiga kementerian telah dikira pasti tidak berjaya mencapai objektif pelaksanaannya.
Saya berasa resah supaya keadaan sebegini hendaklah segera dibaiki. Jika kita lihat tujuan kaedah Perolehan Pre-Q terpilih ini adalah untuk memastikan hanya kontraktor atau pembekal yang benar-benar layak sahaja dipelawa. Kebimbangan saya, kita tidak mahu mendengar sebarang kegagalan projek akibat ketidakmampuan syarikat. Dan pada masa yang sama juga, kementerian adalah bijak memainkan peranan bagi memastikan peluang
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
syarikat lain yang berkelayakan tidak tertutup atau lebih seimbang. Itu saja Dato’ Speaker, terima kasih saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tampin, berikut saya silakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2025. Dato’ Yang di-Pertua, secara prinsipnya saya menyambut baik pembentangan Laporan Ketua Audit Negara ini kerana ia nya merupakan salah satu mekanisme semak dan imbang yang penting untuk memastikan setiap jabatan dan agensi kerajaan mematuhi proses serta SOP yang telah ditetapkan.
Namun begitu, saya percaya rakyat yang betul-betul ingin tahu adalah tindakan susulan yang akan diambil terhadap ketidakpatuhan dan penyelewengan dan kelemahan yang dikenal pasti dalam laporan ini. Jadi, saya berasa amat bimbang dengan penemuan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara khususnya berkaitan dengan penyelewengan dalam proses tender di Kementerian Kerja Raya dan JKR Sabah seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian pematuhan terhadap perolehan tender terbuka pra- kelayakan terpilih. Dato’ Yang di-Pertua, adakah penyelewengan ini akan menjadi antara punca utama kelewatan projek Pan Borneo di Sabah?
Kita sedia maklum bahawa projek-projek ini telah tertangguh bertahun-tahun, malah beberapa pakej telah mengalami tempoh kehentian yang sangat panjang. Jadi yang - akan menjejaskan imej negeri membabitkan isu keselamatan jalan raya dan juga kos untuk rakyat membaiki kereta oleh kerana jalan raya kini di Sabah adalah agak teruk.
Yang lebih membimbangkan lagi adalah Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai jumlah projek sakit yang tertinggi di Malaysia. Seperti yang dilaporkan, terdapat lebih daripada 400 projek sakit di Sabah. Persoalannya adalah adakah punca utama kelewatan dan kegagalan projek ini berkait rapat dengan penyelewengan dan kelemahan dalam proses perolehan dan pelantikan kontraktor? Izinkan saya berkongsi beberapa contoh dari kawasan Sandakan. Pakej empat projek lebuh raya Libaran Bypass telah runtuh bukan satu kali, tetapi dua kali walaupun jalan ini belum lagi sebaik, siap sepenuhnya.
Audit demi audit, laporan demi laporan telah, dan termasuk laporan forensik telah disediakan, namun sampai sekarang projek ini masih tergendala dan jalan tersebut belum lagi boleh digunakan oleh orang awam sehingga hari ini. Tempoh pembinaan projek ini hanya sepanjang 8 kilometer telah berlarutan lebih daripada 10 tahun.
Satu lagi contoh ialah projek penggantian jambatan di Jalan Tamparuli Sandakan yang kini telah lewat setahun dan kami juga baharu dimaklumkan bahawa kontraktor telah menghilangkan diri. Jadi kini projek telah ditamatkan kontraknya dan ditender semula. Jadi,
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
apakah yang mana: di mana proses ini sahaja akan mengambil masa lebih dari setengah tahun.
Adakah ada SOP biasa KKR dan juga JKR? Saya sering kali apabila saya mendapatkan informasi daripada JKR district, mereka akan beritahu saya, kami sedang menunggu mesyuarat daripada Putrajaya untuk membatalkan kontrak walaupun kontraktor telah pun menghilangkan diri dan juga diisytiharkan sebagai satu projek sakit. Jadi saya ingin tahu adakah – di manakah petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) mereka dan juga adalah SOP mereka?
Dato’ Yang di-Pertua, kelemahan pengurusan projek seperti ini akan mencemarkan nama baik Kerajaan MADANI. Oleh itu, saya menyokong saranan Jabatan Audit Negara supaya KKR menyediakan pangkalan data syarikat berdasarkan rekod penyertaan dan juga prestasi syarikat dalam tender kerajaan. Lebih penting lagi, syarikat yang termasuk pengarah syarikat yang gagal menunaikan obligasi kontrak hendaklah disenaraihitamkan dan juga kalau boleh, kasih tangkaplah orang-orang yang menggunakan nama lain untuk masuk tender walaupun mereka bukan yang berkemampuan untuk mengambil kontrak.
Dan juga apa yang saya dimaklumkan adalah walaupun mereka telah disenaraikan hitam, mereka boleh guna nama orang lain untuk masuk tender dan juga orang, orang yang sama dan syarikat yang sama. Jadi saya ingin kerajaan kasi sent satu clear message dengan izin, yang sangat tegas kepada semua syarikat ini dan senaraikan hitam dan tidak boleh lagi ambil sebarang kontrak dari kerajaan.
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa tindakan susulan yang tegas dan bersifat punitif mesti diambil terhadap mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab.
Bukan hanya syarikat-syarikat, tetapi kakitangan kerajaan. Kes-kes seperti ini juga perlu disiasat atas kemungkinan wujudnya unsur-unsur jenayah seperti pecah amanah dan juga salah guna kuasa. Hanya melalui tindakan yang berprinsip dan berani kita dapat menegakkan keadilan dan mempertahankan nama baik ribuan penjawat awam yang jujur dan berdedikasi.
Itu sahaja daripada saya, sekian dan terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan.
Berikut saya silakan Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh Yang di-Pertua untuk Gerik bahaskan laporan LKAN ini.
Tuan Yang di-Pertua, LKAN ini bukan sekadar dokumen teknikal. Ia adalah rujukan penting kepada rakyat, kepada Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC untuk menilai sama ada kerajaan berbelanja secara telus, berkesan dan memberikan nilai untuk wang rakyat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung pengauditan projek dan program yang dilakukan ke atas beberapa kementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, khususnya berkaitan pematuhan terhadap perolehan tender terbuka pra-kelayakan dan audit prestasi.
Pertamanya, isu audit prestasi versus audit pematuhan prosedur. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) menyatakan bahawa pengauditan prestasi dijalankan untuk menilai sama ada sesuatu program atau projek dilaksanakan dengan kecekapan, keberkesanan dan ekonomi. Namun, kandungan laporan yang dibentangkan lebih cenderung kepada audit pematuhan prosedur semata-mata iaitu adakah suatu proses tender itu mengikut peraturan, bukan menilai kesan sebenar program kepada rakyat seperti yang sepatutnya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, wujud percanggahan antara objektif asal pengauditan seperti yang dinyatakan dalam pendahuluan laporan LKAN.
Tuan Yang di-Pertua, keduanya, isu laporan audit negara versus piawaian standard antarabangsa. Berdasarkan Akta Audit 1957 dan Standard Antarabangsa (ISSAI), kaedah laporan audit bagi semua negara sepatutnya menjadikan pengauditan prestasi sebagai keutamaan, tetapi kali ini laporan yang dibentangkan tidak menyentuh aspek prestasi secara menyeluruh dan tidak memberi tumpuan kepada program besar berimpak tinggi dan kesannya kepada nilai tambah sebuah negara.
Saya tegaskan bahawa pengauditan prestasi bukan perkara yang remeh. Ia adalah tanggungjawab penting Ketua Audit Negara seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6(d) Akta Audit 1957 dan turut disokong oleh piawaian antarabangsa seperti ISSAI. Kita perlu tahu sama ada wang yang diluluskan benar-benar dibelanjakan untuk tujuan asal dan sama ada program yang dilaksanakan membawa kesan positif dan bernilai kepada rakyat.
Namun, LKAN 2025 tidak menunjukkan penekanan kepada pengauditan prestasi sebagaimana lazimnya yang dibuat sebelum ini. Tidak banyak tajuk pengauditan yang menyentuh program-program besar berimpak tinggi, memberi persoalan adakah laporan audit negara ini mengikut piawaian antarabangsa dan akta yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, ketiganya isu peranan bahagian audit ICT dan teknikal. Sejak 2011, di bawah projek MAMPU, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia dan pelbagai lagi inisiatif. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai sistem automasi, digital dan pengurusan data bagi meningkatkan kecekapan. Apa peranan Bahagian Audit ICT dan teknikal dalam laporan kali ini jika tidak menjalankan audit berkaitan sistem dan projek?
Adakah mereka tidak lagi diberi mandat untuk melaksanakan audit sistem dan projek digital?
Jika tidak, ke manakah hala tuju audit prestasi negara kita sekarang?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Mohon mencelah, Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Silakan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Seingat sayalah, MAMPU ini dimansuhkan pada Disember 2023 dan digantikan dengan: diambil alih peranan oleh JPA, Kementerian Digital dan Jabatan Digital Negara. Adakah Gerik setuju bahawa pemansuhan MAMPU ini memberi kesan negatif kepada pembangunan negara? Terima kasih.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Untuk pandangan sayalah, sebenarnya MAMPU merupakan satu agensi yang diwujudkan untuk memodenkan pentadbiran negara dan ia telah pun dilaksanakan sejak tahun 70-an, 60-an lagi. Dan ia terbukti sebenarnya telah memberi banyak perubahan kepada pentadbiran negara. Namun, pada Disember 2023 yang dikatakan telah dimansuhkan itu kita tak pasti adakah pengambilalihan tugasan oleh JPA dan Jabatan Digital Negara mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik seperti Unit Pemodenan Pentadbiran MAMPU tersebut.
Dan, Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sebagai kesimpulan, jikalau laporan audit hanya bertumpu kepada pematuhan prosedur tanpa menilai hasil dan impaknya kepada masyarakat, kita sebenarnya gagal memahami keseluruhan gambaran dan prestasi sebenar kerajaan. Saya bimbang pendekatan audit sebegini boleh mengelirukan orang awam dan PAC. Dan audit sebegini juga dikhuatiri gagal memberi gambaran sebenar tentang prestasi sebenar kerajaan dalam membelanjakan wang rakyat. Jadi, sekian saja daripada Gerik.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya pada petang ini untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, Tahun 2025.
Saya mulakan dengan ucapan tahniah kepada Jabatan Audit Negara atas komitmen yang tinggi dalam menyampaikan laporan yang telus, profesional dan berdasarkan prinsip integriti. Laporan ini bukan sekadar dokumen, tetapi menjadi cerminan kebertanggungjawaban agensi-agensi kerajaan terhadap amanah rakyat.
Saya nak terus tentang mengenai pengurusan kewangan dan antara tatakelola dan ketirisan. Laporan kali ini seperti sebelumnya masih membangkitkan beberapa kelemahan pengurusan perolehan, kelewatan projek dan bayaran yang tidak sepatutnya. Contohnya, terdapat kementerian dan jabatan yang masih meluluskan projek tanpa perancangan terperinci dan gagal mematuhi peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
Ini bukan sahaja melanggar tatakelola kewangan bahkan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Oleh itu, Batu Pahat ingin menekankan bahawa setiap sen duit rakyat mestilah dibelanjakan dengan penuh akauntabiliti dan kita tidak boleh juga berkompromi dengan sikap sambil lewa atau asal siap dalam pengurusan kewangan negara.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Seterusnya, saya nak menyentuh tentang mengenai proses perolehan Pre-Q yang terlalu lewat iaitu berulang. Dalam laporan ini, audit menyentuh tentang tempoh masa perolehan. Contohnya, dari jadual 14, menunjukkan tempoh perolehan Pre-Q dari tarikh pelawaan peringkat pertama hingga ke Surat Setuju Terima yang dikeluarkan sepatutnya adalah 81 hari. Tapi mengenai projek tebatan banjir dan projek membina jalan, ia telah memakan masa 409 hari hingga 553 hari. Oleh itu, kelewatan proses perolehan telah menyebabkan banyak projek prasarana telah lewat disiapkan.
Oleh itu, siapakah yang akan terkesan apabila proses begini memerlukan masa yang panjang? Sampai bila perkara ini akan terus berulang dan apakah tindakan pembetulan yang bakal diambil terhadap kelewatan proses ini?
Mengenai aset dan inventori, laporan ini juga turut menegur kelemahan dalam pengurusan aset termasuk aset tidak diselenggarakan, tidak direkodkan dengan betul atau hilang tanpa dapat dikesan. Ini menunjukkan kegagalan dalam pemantauan dan kebertanggungjawaban dalam agensi. Ini dapatan pihak audit iaitu pengesahan penerimaan aset di lapangan adalah tidak teratur kerana terdapat perbezaan aset yang diterima berbanding aset yang disenaraikan dalam kontrak perjanjian.
Selain itu, FELCRA Berhad juga tidak menyelenggara rekod daftar aset yang diterima semasa proses pengambilalihan penyerahan ladang sawit yang telah dibuat. Oleh itu, Batu Pahat mencadangkan supaya semua kementerian dan agensi menggunakan sistem digital pengurusan aset secara menyeluruh dan mewajibkan audit dalaman setiap suku tahun pada aset tetap dan mudah lupus.
Mengenai peranan Jawatankuasa Tindakan Susulan Audit, terdapat 31 pendapat audit yang disenaraikan dalam laporan audit kali ini. Tujuh darinya iaitu pendapat tersebut adalah, menyentuh peraturan terhadap perolehan tender. Antara teguran tersebut adalah ketidakpatuhan terhadap kelulusan syarikat pada peringkat pertama tidak memenuhi kelayakan menyebabkan pemilihan seterusnya tidak telus.
Dari 31 pendapat audit tersebut, berapakah yang telah diambil tindakan pemulihan?
Dan sejauh mana pula keberkesanan jawatankuasa tindakan susulan audit untuk memastikan pendapat yang dinyatakan tidak berulang lagi?
Oleh itu, Batu Pahat mencadangkan agar laporan berkala tindakan susulan audit ini di bentang kepada Parlimen setiap enam bulan. Bukan hanya sebagai makluman, tetapi untuk dibahaskan dan diawasi oleh wakil rakyat.
Oleh itu, Batu Pahat mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan beberapa perkara. Yang pertama, wujudkan indeks kecekapan perbelanjaan bagi setiap kementerian, kedua, pegawai penguasa projek perlu dikenakan penalti peribadi sekiranya terdapat kecuaian ketara, ketiga, meningkatkan peranan PAC.
Akhir kata Tuan Speaker, audit bukan mencari salah, audit adalah, cermin kepada integriti pentadbiran dan kompas kepada reformasi. Sekiranya kita benar-benar mahu
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
menjadikan Malaysia negara berprestasi tinggi, maka kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti mestilah menjadi prinsip utama dalam setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan. Oleh itu, Batu Pahat mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tan Sri kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan usul menerima laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2005, Julai 2025.
Dalam masa lima minit yang diberikan, Tuaran memulakan perbahasan dengan ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua Audit Negara dan pasukan atas kejayaan menjalankan kerja-kerja audit dan seterusnya menyediakan laporan yang lengkap dan terperinci sehingga dapat dibentangkan dan dibahaskan di Dewan yang mulia hari ini pada hari ini.
Intipati utama dalam laporan Ketua Audit Negara ini adalah, integriti dan tatakelola perolehan kerajaan. Dalam sampel yang terpilih iaitu FELCRA Berhad, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Isu yang berbangkit ialah ketidakteraturan yang serius, itu yang disebut dan kelemahan tatakelola dalam pelaksanaan perolehan serta kelemahan dalam pentadbiran kontrak.
Terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang menyebabkan objektif program ataupun projek tidak dapat dicapai dan kurang memberi impak kepada kumpulan sasaran.
Laporan Ketua Audit Negara menyebut dengan jelas, meminta Ketua Setiausaha
(KSU), Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) membuat pemantauan rapi dan pemeriksaan secara menyeluruh untuk mengelakkan kelemahan dan isu yang sama berulang. Seterusnya, Ketua Audit Negara telah memberi syor-syor penambahbaikan dalam tatakelola perolehan kerajaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Tuaran ingin bertanya, bagaimanakah Dewan yang mulia ini dapat dimaklumkan sama ada syor-syor Ketua Audit Negara tersebut diambil tindakan atau sebaliknya? Apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti diulangi berkali-kali tanpa tindakan untuk memperbaikinya?
Tuaran juga ingin mencadangkan supaya dalam laporan Ketua Audit Negara berikutnya, yang siri akan datang akan melaporkan sama ada tindakan telah diambil untuk melaksanakan setiap syor dalam laporan Ketua Audit Negara tersebut yang kita bahaskan pada hari ini. Jika tidak, Tuaran tidak yakin tindakan diambil terhadap syor-syor yang telah dicadangkan oleh Ketua Audit Negara.
Dalam hal pertanggungjawaban dan dalam kes UKM, Tuaran ingin bertanya apakah jawatankuasa tender dipertanggungjawabkan kerana tidak mengambil kira pandangan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
jawatankuasa teknikal yang mengesyorkan agar syarikat yang gagal dari segi teknikal dipersalahkan dan sekali gus diambil tindakan?
Bagaimanakah pula dengan kegagalan pihak atasan? Maknanya di peringkat Ketua Jabatan, peringkat KSU, peringkat ya, yang tidak menyediakan dasar perolehan yang terperinci?
Sebagai contoh dasar, berapakah peratus pemarkahan yang diberikan untuk teknikal kompetensi yang dipertimbangkan oleh jawatankuasa teknikal dan berapa peratus-kah pula markah untuk financial proposal yang dipertimbangkan oleh jawatankuasa kewangan?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pertanyaan di sini ialah, adakah dasar seperti ini telah dibuat oleh pihak KSU di peringkat ketua jabatan atau pun apakah dasar seperti ini perlu dibuat di peringkat agensi?
Di peringkat UKM, sebagai contoh. So, jika tidak ada dasar seperti ini, bagaimanakah pihak jawatankuasa tender ini membuat pertimbangan? Dan tanpa dasar seperti ini, dia akan memberi ruang untuk salah laku di peringkat jawatankuasa tender.
Selaku pembuat dasar, pemantau pelaksanaan program serta financial control terhadap bajet kerajaan, Tuaran berpendapat bahawa KSU harus dipertanggungjawabkan kerana gagal mewujudkan satu dasar yang jelas. Dan dalam kes yang telah dibahaskan oleh sahabat daripada Kota Belud dan daripada Sandakan tentang pra-kelayakan daripada JKR dan juga itu. Apakah sebenarnya dasar yang telah diperkenalkan di peringkat kementerian dari segi pemilihan petender-petender, pemilihan kontraktor-kontraktor?
Adakah dasar telah dibuat sebagai panduan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam pemilihan yang membuat pra-kelayakan itu? Berapakah peratus yang diberi kepada kompetensi dari segi teknikal dan dari segi kewangan - kekuatan kewangannya? Sebab jika sekiranya semua ini tidak dibuat, saya fikir di peringkat jawatankuasa tender itu memberi ruang yang begitu luas untuk salah guna kuasa tanpa dasar. Oleh sebab itu, saya: Tuaran ingin mencadangkan supaya pihak audit juga melihat dari segi dasar itu di peringkat kementerian, di peringkat atasan.
Satu lagi contoh ialah berapa kali kah sesebuah syarikat boleh masuk tender dalam projek yang sama tanpa, tetapi berlainan pakej atau tempat? Sepertimana juga yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini. Dipersoalkan di sini, ada yang sampai tujuh kali, ada yang sampai enam kali, ada yang sampai empat kali. Adakah kita kekurangan syarikat, sehingga berkali-kali sebuah syarikat memasuk tender untuk projek yang sama?
Dan apakah dasar untuk menentukan penyertaan syarikat-syarikat sedemikian rupa dalam banyak-banyak pakej ini?
Dalam hal yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud iaitu di projek seperti Pan Borneo. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada pihak Menteri, apakah dasar-dasar yang telah dibuat dalam perolehan ini? Saya difahamkan sebagai contoh, dasar - antara dasar satu ialah memberi keutamaan, memberi – mengatakan bahawa syarikat yang menyertai hendaklah
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
kontraktor tempatan, sebagai contoh, tetapi apabila kontraktor tempatan menyertai, apakah pemarkahan dari segi kelayakan-kelayakan teknikal, kewangan dan sebagainya?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Tuaran. Masa Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ya. Poin terakhir, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Saya ingin sebut sahaja. Dari segi pembuatan bajet projek sebab terkait dengan Pan Borneo ini. Apabila dibuat bajetnya, jadi bajet untuk mengurus utiliti seperti prasarana, elektrik dan sebagainya. Kami dapati pengalaman kita di Sabah dalam Pan Borneo ini, Sabah Electricity terpaksa menggunakan duit sendiri RM200 juta untuk memindahkan ini semua, tetapi sehinggakan kita pun terpaksa mengakibatkan kelewatan kerana duit ini – kita tidak mempunyai kewangan. Akhirnya, kita terpaksa menandatangani pinjaman daripada kerajaan untuk mengalihkan ini. Tujuan: untuk tujuan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan mengakhiri dengan serangkap pantun.
*Cari tuhau di Tamu Tuaran, Dapat tuhau dan ulam raja; Amalan integriti perlu ditegakkan, Barulah negara maju dan sejahtera.
Terima kasih Dato’ Wan Suraya, Ketua Jabatan Audit Negara; Bongkarkan sahaja salah guna kuasa, Jangan takut perkasakan tatakelola.* Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Tuaran. Saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya ingin memberikan fokus yang besar di dalam Dewan yang mulia ini tentang satu sahaja isu berkaitan dengan FELCRA Sdn. Bhd. yang saya kira FELCRA gagal berubah.
Yang menanggung kekecewaan ialah peserta-peserta FELCRA di seluruh negara yang berjumlah lebih 100 ribu.
Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2025 telah mendedahkan tiga ketidakaturan serius dalam pengurusan FELCRA yang membabitkan ratusan juta ringgit wang rakyat. Dan ini bukan kali pertama, Laporan Audit tahun-tahun sebelum ini juga mendapati teguran audit terhadap FELCRA dan Menteri KKW memberi jaminan bahawa FELCRA akan membuat penambahbaikan, tetapi nampaknya semakin teruk.
FELCRA telah membeli ladang sawit iaitu Estet Telupid di Sabah bernilai RM64.61 juta. Walaupun kajian menunjukkan tanah tersebut tidak subur dan tidak rata, tidak ekonomik untuk diusahakan. Lebih mengejutkan, pembelian ladang tersebut tetap diteruskan walaupun
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
ahli Lembaga FELCRA sendiri membantah, bahkan wakil daripada Kementerian Kewangan sudah pun memberi amaran. Saya rasa malu membaca laporan bagaimana keputusan Lembaga Pengarah FELCRA tidak direkodkan dalam minit mesyuarat dan mendapat pengesahan melalui resolusi baharu yang jelas serta diminitkan secara tak teratur dan didokumenkan dengan sewajarnya oleh setiausaha syarikat.
Soalannya, bagaimana sebuah syarikat milik kerajaan sanggup membuat keputusan pelaburan berskala besar tanpa justifikasi ekonomi yang kukuh? Adakah ini satu bentuk keangkuhan korporat atau bukti ada campur tangan luar? Ini suatu bentuk tata kelola yang menyimpang dan serius, perlu diambil tindakan.
Saya berharap pihak SPRM untuk melihat kes ini secara serius seperti mana yang telah terjadi. Kes tangkapan dua Pegawai FELCRA pada tahun lepas, hasil syor daripada Laporan PAC.
Bagi saya, lebih baik jika bajet RM64 juta dibawa ke Padang Terap yang ada banyak kawasan FELCRA yang perlukan perhatian dan pembangunan. Kemudahan infra yang usang, berikan kepada anak-anak FELCRA untuk tujuan naik taraf ekonomi.
Bahkan di tempat saya, Padang Terap. Pernah diuar-uarkan untuk buat Projek Penternakan Ayam Pedaging Sistem Tertutup bernilai RM30 juta yang disenaraikan di dalam RMKe-12 di Kampung Kubang Palas, tetapi tidak diluluskan kerana dikatakan ada masalah peruntukan daripada kerajaan. Oleh kerana itu, saya harap permohonan Projek Sistem Ayam Pedaging Sistem Tertutup ini diluluskan oleh kementerian dalam RMKe-13 pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen kawasan luar bandar seperti Padang Terap, saya tidak bercakap di atas kertas atau statistik semata-mata.
Saya bercakap mewakili wajah sugul pakcik-makcik FELCRA, rintihan mereka yang setiap kali musim tengkujuh, musim hujan, menadah langit dengan harapan. Sedangkan hasil mereka tidak mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi. Mereka bukan minta banyak, harapan mereka cuma mahu FELCRA diurus secara jujur, dengan amanah. Supaya tanah yang mereka perjuangkan sejak 40 tahun yang lalu tidak dikorbankan demi keuntungan jangka pendek ataupun laba politik.
Namun hari ini, FELCRA dilihat bukan lagi lambang kebangkitan luar bandar, tetapi menjadi tajuk utama Laporan Audit tentang salah urus, pembelian tidak berasas dan sebagainya. Apakah perasaan peneroka FELDA seluruh negara dan juga di Padang Terap bila dapat tahu tanah-tanah yang sepatutnya menjadi masa depan anak cucu mereka, digadai atas nama pelaburan yang tidak munasabah?
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali- akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya menggesa kerajaan dan kementerian menubuhkan pasukan khas menyiasat keputusan pembelian aset Telupid dan minta pihak SPRM untuk menyiasat juga kes-kes penyelewengan yang berlaku.
Menghentikan sebarang perolehan FELCRA yang tidak patuh kepada prosedur dan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
mempunyai unsur keraguan dan memastikan pelantikan Ahli Lembaga FELCRA berdasarkan merit dan profesional, bukan imbuhan politik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/2025 ini. Juga tahniah kepada Dato’ Seri Wan Suraya ‘bin’ Wan Mohd Radzi yang telah menyediakan, mengetuai Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/2025 ini ya.
Suka untuk saya menyentuh sedikit berkenaan dengan pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak. Alhamdulillah, Menteri pun ada di sini. Akan lebih mudah untuk memberikan penerangan berkenaan dengan isu ini.
Minyak masak ini adalah diperlukan oleh kumpulan yang memerlukan khususnya B40 ini ya. Bekalan sebenar yang telah dinyatakan dalam audit ini adalah, 3.5 juta metrik tan daripada 2019 hinggalah tahun 2024. 3.57 ini bersamaan dengan 3.57 bilion kilo minyak masak dalam tempoh enam tahun. Bermakna, bahawa dalam tempoh sebulan, keperluan ataupun bekalan sebenar yang telah diberikan adalah 49.58 juta dalam tempoh satu bulan.
Jumlah isi rumah untuk B40 adalah berjumlah 3.16 juta. Diandaikan bahawa satu rumah ini ada empat keluarga, di mana setiap seorang itu menggunakan minyak ini satu kilo setengah sebulan ya. Jadi, 3.16 kali dengan enam kilo bagi satu isi rumah berjumlah 18.96 juta kilo minyak masak sebulan.
Jadi, di sini, lebihan keperluan minyak masak ini: maknanya kita bandingkan apa yang dibekalkan dengan isi rumah yang ada ini adalah, lebihan bagi satu bulan adalah, 30.62 juta kilo minyak masak. Kali setahun, berjumlah 367.44 juta kilo minyak masak setahun.
Dengan andaian bahawa satu kilo kerajaan memperuntukkan RM2 untuk subsidi, bermakna kita telah mencurahkan lebihan subsidi ini sebanyak- 367.44 kali dua- 734.8 juta. Yang sepatutnya kita gunakan untuk tujuan yang lain, tapi kita telah memberikan, mengeluarkan sejumlah besar itu. Ia merupakan 37.8 peratus daripada subsidi minyak masak yang kita keluarkan.
Jadi, sepatutnya ia tak perlu dikeluarkan sebab dah terlebih daripada kuota yang sepatutnya. Jadi, ini perlu dilihat semula supaya kita benar-benar memberikan minyak kepada mereka yang memerlukan.
Dari segi sistem pengedaran yang kita lihat agak longgar, kita ada banyak- 23 kilang, 303 kilang penapis, 330 kilang pembungkus, 608 pemborong, 10,000 peruncit. Dan saya bersetuju dengan satu pandangan daripada Ahli Parlimen tadi bahawa oleh kerana kita dah ada sistem SARA sekarang ini: sistem SARA memang memfokuskan kepada B40. Jadi,
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
maknanya kita tak perlukan sehingga 10,000 peruncit ini. Kita hanya memerlukan disalurkan kepada peruncit-peruncit di mana SARA dilaksanakan. Jadi, kita tak membuka ruang kepada penyelewengan ini ya.
Dan saya juga mencadangkan supaya diwujudkan sistem tracking number ini.
Tracking number ini bila berada pada pembungkus itu, pada bekas minyak itu, kita boleh kesan di mana datangnya minyak ini. Daripada pemborong mana, daripada peruncit mana, daripada kilang mana, kita akan kenal pasti. Saya pernah ada pengalaman dengan Timbalan Menteri KPDN masa itu, apabila kami pergi ke lawatan di Thailand, Selatan Thailand. Di Selatan Thailand, minyak kita ada depan kita masa itu. Maknanya, minyak kita telah diseludup pergi ke luar negara. Dan kita pun tak tahu daripada mana datangnya minyak itu kerana kita tak ada sistem tracking ini.
Maka, Pulai mencadangkan supaya kaedah yang lebih sistematik ini perlu diwujudkan untuk memudahkan kita mengesan setiap subsidi yang kita keluarkan kepada rakyat kita agar benar-benar subsidi itu sampai kepada sasaran.
Dan yang terakhir sekali, seperti mana yang disebut juga sebelum ini, tentang UCO ini- used cooking oil ini ya. Di mana, minyak-minyak masak yang telah digunakan boleh dijual semula. Harganya sebenarnya lebih mahal daripada harga minyak itu. Kalau minyak subsidi itu adalah RM2.50, minyak UCO ini adalah, RM3 hingga RM4. Bermakna bahawa jika beli banyak minyak, tetapi minyak itu tidak digunakan, hanya untuk dibakar saja minyak itu untuk wujudkan karbon, itu pun sudah menguntungkan kepada mereka yang membuat penyelewengan ini. Maka, di situ ada ruang di mana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan minyak subsidi ini untuk keuntungan peribadi ini.
Walau bagaimanapun, UCO ini berada di bawah Kementerian Komoditi. Jadi, penyelarasan ini perlu dilaksanakan di antara KPDN dengan Komoditi supaya tidak ada penyelewengan boleh berlaku untuk kesejahteraan rakyat kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Kubang Pasu.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara hari ini, saya memilih untuk menumpukan kepada pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Laporan audit, Tuan Yang di-Pertua, memang amat baik dan penting bagi apa juga organisasi termasuk kerajaan. Saya nak ucap tahniah kepada Ketua Audit Negara yang dapat membuat satu Laporan Ketua Audit yang begitu baik.
Bagi pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak, KPDN telah melaksanakan empat program, iaitu Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL), Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak (MKHMM) dan Program Pengedaran Barang
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Perlu LPG dan CD – Program Penyeragaman Harga (PPH). RM10.9 bilion bayaran telah dibuat untuk empat program bagi tempoh 2019 sehingga Februari 2025. Program COSS, PPHSSL dan PPH merupakan inisiatif subsidi yang dilaksanakan bagi membolehkan isi rumah membeli minyak masak paket pada harga kawalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.50 bagi setiap kilogram.
Seterusnya, Tan Sri Yang di-Pertua, skop pengauditan Laporan Ketua Audit Negara ialah bagi tempoh 2019 sehingga 2024. Penemuan audit. Ketidakaturan ataupun irregularities, dalam bahasa Inggeris, banyak juga yang dah ditemukan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini.
Pertamanya, dasar sedia ada tidak komprehensif. Umpamanya, subsidi minyak masak yang sepatutnya diberikan kepada golongan sasar, namun golongan yang tidak layak termasuk bukan warganegara turut menikmati subsidi ini apabila mereka membeli minyak masak paket. Bukan itu saja, tadi Pulai juga menyatakan- saya juga pernah melihat- minyak dalam paket ini yang menerima subsidi ini terdapat juga di Selatan Thailand, Tan Sri. Jadi, macam mana terlepas pi situ, kita tak tau. Kenapa ianya berlaku? Sebab, dasar sedia ada tidak menetapkan syarat kelayakan terhadap pembelian minyak masak bersubsidi.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kubang Pasu mengesyorkan supaya pihak KPDN dan Kementerian Kewangan dapat menambah baik perkara ini serta mewujudkan garis panduan yang jelas mengenai golongan yang layak membeli minyak masak yang bersubsidi ini. Umpamanya mesti warganegara, B40, kegunaan bukan komersial dan sebagainya. Aplikasi sistem mobil eCOSS seperti yang dicadangkan hendaklah dipercepat dan diperluaskan.
Seterusnya, terdapat 23 syarikat kilang penapis yang telah menerima kuota kilang penapisan minyak bersubsidi terdiri daripada anak syarikat kepada syarikat asing yang berdaftar di Singapura dan Jepun serta pelbagai syarikat tempatan. Ini mengejutkan. Anak syarikat dari Singapura lapan buah. Ini kilang penapis di seluruh Malaysia merupakan syarikat milik penuh yang ditubuh dan berpangkalan di Singapura.
Syarikat ini telah menerima kuota bekalan 29,000 metrik tan sebulan dan menguasai 50.2 peratus bekalan minyak masak bersubsidi tempatan. Sebuah lagi syarikat yang ditubuhkan di Singapura memiliki dua buah kilang di Malaysia yang telah membekalkan 8,900 metrik tan sebulan ataupun 15.3 peratus bekalan minyak masak tempatan. Satu lagi Tan Sri Speaker, daripada Jepun juga. Dia menerima kuota penapisan minyak masak bersubsidi melalui anak syarikat berjumlah 1,300 metrik tan sebulan.
Perkara ini amat mengejutkan. Lebih daripada 60 peratus kilang penapisan minyak bersubsidi dimiliki oleh syarikat asing. Terdapat dua masalah di sini Tan Sri.
Pertama, tiada dasar yang menetapkan bahawa pembekalan minyak masak bersubsidi mestilah daripada syarikat tempatan. Ini respons KPDN kepada Ketua Audit Negara.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kedua, kenapakah pihak KPDN tidak mengambil tindakan bagi mengubah syarat supaya syarikat Malaysia sahaja yang boleh diberikan kebenaran?
Seterusnya, tiada penetapan kawasan pengedaran minyak masak bersubsidi bagi syarikat pembungkus: sembilan buah negeri yang diluluskan melebihi kuota, yang tujuh lagi negeri tak cukup. Jadi, ini perlu diperbetulkan. 23 Julai, sebuah syarikat beroperasi. Ini pelanggaran SOP. Sebuah kedai makan menyimpan 12 kotak, 204 kilogram minyak masak bersubsidi bagi tahun 2024, didapati membeli 11,000 kilogram.
Keempatnya, harga jualan minyak masak bersubsidi melebihi harga kawalan. SOP menentukan harga jualan RM2.50, tapi mereka menjual dengan harga RM2.80 hingga RM2.90.
Kelimanya, lagi sikit Tan Sri. Minyak masak bersubsidi tidak ada status halal.
Mengikut SOP KPDN, telah mensyaratkan pemegang kuota hendaklah bertanggungjawab dan menyempurnakan pensijilan halal Malaysia dari JAKIM dan perlu kemukakan Sijil Halal kepada KPDN setiap enam bulan. Terdapat sembilan daripada 72 syarikat pemegang kuota ataupun 12.5 peratus tidak ada pensijilan halal. Ini masalah yang serius.
Rumusannya Tan Sri Speaker, banyak kelemahan telah dikenal pasti yang melibatkan pelaksanaan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan program minyak masak bersubsidi. KPDN perlu mencari sistem, kaedah yang berkesan bagi memastikan supaya sasaran dan matlamat ditentukan dapat dicapai. Contoh terbaik ialah bekalan minyak masak bersubsidi mestilah 100 percent, 100 peratus sampai kepada mereka yang layak. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Beberapa Ahli
...Waalaikumussalam.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Baik dan seterusnya, saya jemput yang terakhir, Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terakhir ya? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Tahun 2025.
Saya lihat ini satu usaha yang sangat baik yang mana Dewan yang mulia ini dapat membahaskan Laporan Ketua Audit Negara dan ia merupakan satu simbol penting untuk mencerminkan kebersediaan Kerajaan MADANI untuk membuka ruang yang lebih besar bagi semak imbang yang sihat dan memperkukuhkan tadbir urus serta ketelusan dalam sektor awam. Saya harap dan saya yakin bahawa amalan ini akan dijadikan budaya tetap institusi Parlimen yang progresif.
Yang Berhormat Tan Sri, kita telah mewujudkan satu sistem berlapis untuk menilai dan menapis tender. Kita ada Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Kewangan, Jawatankuasa Pra Tender dan akhirnya, Jawatankuasa Perolehan Tender.
Namun begitu, Laporan Ketua Audit Negara kali ini telah melaporkan bahawa dalam kes
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, keputusan akhir Jawatankuasa Perolehan Tender telah membelakangkan semua syor teknikal dan kewangan.
Syarikat yang tidak memenuhi spesifikasi teknikal sistem LINAC tetap diberikan tender. Malah, syarikat yang sedang mengendalikan projek sakit yang sepatutnya tidak layak mengikut garis panduan kewangan juga telah dipilih, manakala syarikat yang telah lulus semua penilaian teknikal dan kewangan telah diketepikan begitu sahaja.
Tan Sri, hal ini amat membimbangkan. Ia telah menimbulkan satu persoalan bahawa apakah peranannya sistem penilaian pelbagai lapisan ini jika pandangan dan suara pakar diketepikan dan keputusan dibuat atas faktor yang mana kita khuatiri ia nya dibuat secara profesional atau tidak profesional. Ini bukan sahaja melemahkan integriti proses perolehan, malah telah membuka ruang kepada konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa.
Tan Sri Yang di-Pertua, Parlimen ini telah membuat usaha untuk menambah baik proses audit dengan membuat pindaan kepada Akta Audit 1957 yang memberikan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk melaksanakan audit susulan. Ia merupakan satu langkah ke hadapan yang amat dialu-alukan.
Namun, kita tidak boleh nafikan bahawa Jabatan Audit Negara masih dilihat sebagai harimau yang tidak bertaring. Audit telah mengemukakan pelbagai penemuan dan syor yang bernas, namun tiada punca kuasa undang-undang bagi Jabatan Audit untuk mengambil tindakan terhadap agensi atau pegawai yang cuai. Semua syor itu besar kemungkinan akhirnya akan menjadi laporan di atas kertas semata-mata.
Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga sekarang kita perhatikan hanya sebahagian syor Ketua Audit Negara telah dilaksanakan sepenuhnya. Jika audit dijalankan, dilakukan secara teliti, tetapi tidak ada tindakan susulan, maka keseluruhan proses audit menjadi sia-sia sahaja dan membazir sumber. Dengan ini, saya mencadangkan supaya tindakan susulan ataupun audit susulan yang lebih ketat diwujudkan.
Satu mekanisme untuk membenarkan sama ada Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini ataupun kita buka kepada orang ramai supaya sama-sama kita menyusuri apakah tindakan susulan hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara. Apabila dipertikaikan atau ditanya sama ada orang awam ataupun Ahli Parlimen berkenaan dengan tindakan susulan mana-mana sahaja kes ataupun kejadian yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, jabatan-jabatan, agensi-agensi yang terlibat perlulah memberikan maklum balas secara bertulis dan disiarkan dalam mungkin laman sesawang dalam masa 30 hari.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Dengan ini, saya yakin ia nya akan mengurangkan tindakan-tindakan ataupun ketirisan-ketirisan yang kita perhatikan pada hari ini. Sekarang, tiada siapa: kelihatan tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab atas apa-apa yang dilaporkan di dalam Ketua Audit Negara sebab tiada tindakan. Kita tahu dan mereka tahu, tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil kepada mereka, tapi sekiranya semua daripada kita, termasuklah sektor awam,
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
sesiapa yang tidak bertanggungjawab itu, mereka tahu bahawa mereka akan sentiasa dipantau oleh orang awam atau Dewan yang mulia ini, saya yakin perkara ini kalau tidak boleh dihapuskan, sekurang-kurangnya ia nya boleh dikurangkan kepada kadar yang paling minimum.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita perlu menyingkirkan budaya tiada siapa yang bertanggungjawab dan membina satu budaya baharu: siapa silap, siapa kena jawab.
Accountability atau kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan dan perolehan negara tidak boleh sekadar menjadi retorik. Ia mesti disusuri dengan mekanisme tindakan tatatertib, siasatan dalaman dan sekiranya perlu, tindakan undang-undang.
Akhir sekali, saya menyokong penuh syor Ketua Audit Negara agar semua kementerian, jabatan dan agensi untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan pematuhan terhadap prosedur perolehan dan kewangan. Kita mesti memastikan bahawa duit rakyat benar-benar memberikan nilai pulangan- value for money kepada negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Bakri. 32 orang Ahli Parlimen telah pun mengambil bahagian yang menyentuh tentang Laporan Ketua Audit Negara dan saya perhatikan 36 isu telah juga dibangkitkan. Oleh demikian, saya telah pun menyenaraikan lapan kementerian atau jabatan yang akan respons kepada semua- pandangan-pandangan dan teguran-teguran yang telah pun dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Mengikut urutan yang akan respons ialah Kementerian Kewangan, diikuti dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kemudian Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan akhir sekali, Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi).
Sudah tentu akan mempunyai masa yang diberikan berbeza-beza yang saya akan umumkan kemudian. Untuk itu, saya jemput Kementerian Kewangan dengan tujuh minit.
Silakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Selaku kementerian pertama yang menggulung, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebentar tadi.
Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh pelbagai perkara melibatkan Kementerian Kewangan dan fokus penggulungan saya tertumpu kepada isu pelaksanaan perolehan secara Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih yang telah diaudit pematuhannya: pematuhan pemakaiannya dalam kalangan beberapa kementerian oleh Jabatan Audit Negara. Semua cadangan, teguran dan pandangan yang diberikan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat amatlah dihargai.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Sebelum saya menjawab beberapa perkara spesifik yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya menjelaskan serba sedikit latar belakang atau konteks penemuan audit berkaitan Tender Pra-Kelayakan Terpilih yang dilaporkan.
Sebagaimana sedia maklum, Kementerian Kewangan sentiasa cakna dalam memastikan pihak kementerian dapat melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan bagi kepentingan rakyat dengan segera dan mematuhi proses perolehan mengikut tatakelola baik.
Sebagai satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kesegeraan penyampaian perkhidmatan, khususnya bagi projek yang berimpak besar kepada rakyat, Kementerian Kewangan telah memperkenal satu kelonggaran kepada kaedah perolehan yang dikenali sebagai Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih. Tatacara perolehan berkenaan telah disampaikan kepada kementerian melalui surat edaran bertarikh 15 Mac 2023 untuk pelaksanaan sehingga 31 Disember 2023. Memandangkan tempoh sembilan bulan adalah satu tempoh yang singkat untuk melihat kebolehlaksanaan kaedah berkenaan, tempoh pelaksanaan telah dilanjutkan pada tahun 2024 dan berakhir pada 31 Disember 2024.
Suka saya jelaskan di sini bahawa sebenarnya Kementerian Kewangan pada 15 Ogos 2024 telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Audit Negara untuk membuat pengauditan pematuhan terhadap Perolehan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih ke atas beberapa kementerian. Permohonan pengauditan tersebut adalah bagi melihat tahap keberkesanan dan pematuhan kaedah perolehan yang diperkenalkan tersebut untuk menilai kesesuaian penggunaan kaedah berkenaan bagi jangka masa panjang.
Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu Kementerian Kewangan dalam mengenal pasti hala tuju penggunaan kaedah berkenaan. Sehubungan ini, Kementerian Kewangan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan ke atas kerjasama Jabatan Audit Negara dalam melaksanakan pengauditan pematuhan bermula pada September 2024 hingga April 2025.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan kenyataan Yang Berhormat Libaran, Kubang Kerian dan Kota Belud yang menyentuh tentang pelaksanaan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih kementerian-kementerian yang diaudit tidak mencapai objektif untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi menyegerakan perolehan dan pelaksanaan projek.
Kementerian Kewangan mengambil maklum hasil penemuan audit dan syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara berkenaan iaitu pelaksanaan Tender Terbuka Pra- Kelayakan Terpilih tidak wajar diteruskan.
Seperti sedia maklum, Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih adalah kaedah secara rintis yang telah tamat penguatkuasaannya pada 31 Disember 2024 yang lalu. Jabatan Audit Negara juga telah memberikan pengesyoran sekiranya kaedah perolehan tersebut hendaklah diteruskan, penambahbaikan menyeluruh terhadap aspek ketelusan dan pemantauan perlu dibuat untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perolehan agensi pelaksana.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Berkenaan persoalan Yang Berhormat Kota Belud mengenai keputusan pihak berkuasa melulus dari Kementerian Kewangan yang berbeza dengan perakuan oleh Lembaga Perolehan KKR, keputusan muktamad perolehan adalah berdasarkan justifikasi harga tawaran munasabah yang memberi nilai faedah terbaik kepada kerajaan, di samping syarikat mempunyai rekod prestasi dan pengalaman serta kemampuan kewangan yang mencukupi untuk menanggung kos pembinaan. Senarai petender yang diangkat untuk memuktamadkan perolehan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh pihak agensi pelaksana.
Berkaitan isu ruang manipulasi dan kelemahan yang dibangkitkan oleh YB Libaran dan Sri Gading, tatacara Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melibatkan dua peringkat pelawaan untuk dilaksanakan oleh kementerian atau agensi pelaksana.
Pada peringkat pertama, pelawaan adalah dibuka kepada syarikat yang layak untuk mengemukakan dokumen tawaran secara tender terbuka berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan bagi membolehkan kementerian mengenal pasti syarikat yang benar-benar kompeten dan berwibawa. Syarikat-syarikat berkenaan perlu dinilai dan hanya syarikat yang melepasi kriteria penilaian peringkat pertama akan di senarai pendek supaya kementerian atau agensi pelaksana boleh mempelawa syarikat berkenaan untuk mengemukakan tawaran pada peringkat kedua.
Audit pematuhan yang dijalankan telah mendapati terdapat ruang manipulasi dalam menyenarai pendek syarikat yang dimasukkan ke dalam pangkalan data di kementerian atau agensi pelaksana untuk pelawaan di peringkat kedua. Dalam hal ini, Kementerian Kewangan akan memperhalusi penetapan mekanisme kawalan yang menutup ruang manipulasi di kedua-dua peringkat serta mengelakkan syarikat yang tidak memenuhi kriteria dipilih untuk diletakkan dalam senarai pendek di peringkat pertama dan seterusnya mempunyai peluang untuk dipelawa di peringkat kedua sekiranya perolehan secara Tender Terbuka Pra- Kelayakan Terpilih dibenarkan penggunaannya pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Bagi memudahkan kementerian terutama kementerian yang melaksanakan projek- projek dalam skop dan sifat yang sama, peraturan tender terbuka pra-kelayakan terpilih membenarkan pihak kementerian untuk menyediakan pangkalan data sendiri berdasarkan rekod syarikat yang pernah menyertai dan lulus penilaian tender di kementerian masing- masing bagi memastikan syarikat yang layak dan berprestasi baik dapat menyertai pelawaan tender.
Antara hasrat Kementerian Kewangan pada ketika itu adalah untuk membenarkan pihak kementerian mempelawa kumpulan syarikat yang telah menunjukkan kewibawaannya dalam melaksanakan projek-projek yang lepas, mempunyai kepakaran khusus bagi
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
melaksanakan kerja yang dianugerahkan dan mempunyai keupayaan kewangan kukuh untuk melaksanakan projek.
Berkaitan saranan penambahbaikan Yang Berhormat Sri Gading, Kementerian Kewangan mengambil perhatian kepada cadangan mengenai keperluan mewujudkan pangkalan data yang lebih sistematik dan telus, merangkumi mekanisme pemantauan oleh pihak bersesuaian.
Walau bagaimanapun dalam hal ini, seharusnya hanya syarikat-syarikat yang benar- benar telah menunjukkan prestasi atau rekod yang baik dari segi kepakaran teknikal, pengalaman dan kedudukan kewangan sahaja akan berjaya di senarai pendek dalam peringkat pertama dan berada dalam senarai pangkalan data di kementerian atau agensi pelaksana. Adalah tidak wajar untuk syarikat yang tidak dapat dikenal pasti rekod pengalaman, kedudukan kewangan dan kepakaran di senarai pendek ke dalam pangkalan data.
Kesimpulannya, tender terbuka pra-kelayakan terpilih adalah satu kelonggaran kaedah perolehan yang ditambah baik daripada kaedah perolehan sedia ada iaitu tender terbuka pra-kelayakan yang dikuatkuasakan melalui pekeliling perbendaharaan Kementerian Kewangan dengan hasrat untuk memendekkan tempoh perolehan dan seterusnya projek- projek yang melalui proses perolehan ini dapat dianugerahkan dengan segera kepada syarikat yang berjaya.
Walau bagaimanapun, melalui audit pematuhan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara kepada beberapa kementerian utama yang melaksanakan proses perolehan berdasarkan kelonggaran - maaf, kelonggaran ini, terdapat banyak kekurangan, sama ada dari sudut saringan. Minta maaf ya.
[Minum air] Dari sudut saringan senarai pendek syarikat mahupun pelaksanaan prosedur atau proses perolehan. Last paragraph. Dalam hal ini Kementerian Kewangan mengambil maklum ke atas penemuan berkenaan dan sekiranya satu kelonggaran kaedah perolehan seperti ini hendak diperkenal lagi satu ketika nanti, satu penambahbaikan secara menyeluruh perlu diteliti, terutamanya aspek-aspek yang boleh membuka ruang manipulasi dan memastikan setiap proses dilaksanakan dengan telus. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Seterusnya saya jemput Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, 10 minit.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
10 minit. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seorang Ahli
...Waalaikumussalam.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan sesi penggulungan, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, 2025 yang menyentuh aktiviti kementerian, jabatan, badan berkanun dan syarikat Kerajaan Persekutuan.
Pandangan yang dikemukakan jelas mencerminkan iltizam bersama dalam memperkukuhkan budaya kebertanggungjawaban dan juga ketelusan pengurusan kewangan awam. Perbahasan ini juga memperlihatkan kesepakatan antara kerajaan dan Ahli Parlimen dalam memperkukuhkan tadbir urus, menutup ruang pembaziran dan memastikan penyampaian perkhidmatan awam terus berada pada landasan yang cekap, telus dan berintegriti.
Seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Machang, Pasir Mas, Tampin dan Padang Terap yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengajukan pertanyaan, isu, cadangan serta pandangan berkenaan hal-hal di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat.
Tan Sri Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Ledang, Tangga Batu, Machang, Pasir Mas dan Padang Terap membangkitkan isu mengenai ketidakakuran serius dan kelemahan tatakelola dalam pengurusan perolehan ladang sawit oleh FELCRA Berhad.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian terus komited memastikan pengurusan FELCRA Berhad kekal teratur, telus dan mematuhi prinsip tadbir urus yang lebih baik. Kementerian mengambil maklum teguran yang dikemukakan oleh Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 2025 berhubung pengurusan perolehan dan prestasi ladang sawit oleh FELCRA Berhad.
Penemuan ini melibatkan dua kawasan utama iaitu Ladang Estet Telupid di Sandakan, Sabah dan tiga ladang sawit di Gua Musang, Kelantan, masing-masing merangkumi Estet Dabong, Estet Sungai Rawit 2 dan Estet Aring.
Bagi Estet Telupid, isu yang dibangkitkan berkaitan dengan ketiadaan pelantikan perunding luar. Namun begitu, suka saya maklumkan, kajian tersebut sebaliknya telah dilaksanakan melalui anak syarikat FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. Ini sama sekali menolak tanggapan bahawa tiada kajian daya maju dilaksanakan. FELCRA berpandangan bahawa pelaksanaan penilaian daya maju tetap merupakan amalan terbaik dan akan dijadikan asas wajib bagi perolehan ladang sawit pada masa hadapan khususnya yang melibatkan pelaburan yang berimpak tinggi.
Yang Berhormat Ledang juga ada membangkitkan tindakan penambahbaikan oleh FELCRA Berhad dari sudut struktur tadbir urus dan pematuhan. Untuk makluman Yang Berhormat, FELCRA Berhad telah melaksanakan lapan peringkat utama bagi mempertingkatkan proses perolehan ladang yang melibatkan pelbagai jabatan teknikal seperti jawatankuasa berkaitan bagi memastikan setiap aspek termasuk penilaian kewangan,
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
teknikal, komersial dan perundangan diteliti secara menyeluruh sebelum dibentangkan untuk dipertimbangkan dan mendapat kelulusan Lembaga Pengarah FELCRA Berhad.
Mengenai prestasi pengeluaran hasil ladang akan dapat dilihat secara berfasa di mana tiga daripada empat ladang telah menunjukkan peningkatan hasil dan keuntungan seperti Telupid, Sungai Rawit 2 dan juga Aring. Bagaimanapun, pencapaian semasa untuk satu lagi ladang iaitu Dabong sememangnya belum mencapai tahap yang disasarkan. Namun perlu difahami bahawa prestasi tersebut turut dipengaruhi oleh faktor luar jangka seperti kekurangan tenaga kerja ladang mahir serta keadaan cuaca ekstrem yang menjejaskan operasi penuaian.
Dalam masa yang sama, FELCRA telah mengambil langkah proaktif termasuk menambah bilangan penuaian serta melaksanakan kerja pembaikan jalan pertanian secara berperingkat-peringkat. Usaha pemulihan ini dijangka mula menampakkan hasil yang lebih positif.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, boleh saya mencelah? Tadi yang saya dengar Yang Timbalan Menteri mengatakan panel yang membuat kajian daya maju itu adalah FELCRA Services.
Jadi, apakah FELCRA Services ini badan yang bebas dalam menilai?
Keduanya, saya ada bangkitkan tadi berkenaan dengan breach of process and constitution. Di mana isu ladang Estet Telupid ini, resolusi baharu tidak dibawa dalam mengubah keputusan asal mesyuarat yang menyalahi Artikel 111 dan 115 di bawah Perlembagaan FELCRA.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Untuk makluman Yang Berhormat Machang, sebenarnya keputusan, perkara untuk meminda keputusan dalam mesyuarat yang 202 kepada 203 telah pun dimuktamadkan. Maksudnya, telah diadakan. Maksudnya di sini adalah telah dimasukkan ke dalam agenda, yang mana salah satu keputusan dalam mesyuarat 202 adalah untuk membuat dua kajian berkaitan dengan due diligence daripada syarikat luar daripada FELCRA.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Namun, suka saya maklumkan di sini pihak FELCRA Berhad telah pun menawarkan kepada empat konsultan untuk membuat kerja-kerja ataupun due diligence ini, empat syarikat, yang mana akhirnya empat syarikat itu dua menerima ― eh, dua menolak, dua menolak iaitu apa nama — dua menolak dan dua, satu lagi mohon masa dan satu lagi iaitu Ernst and Young Consultant Sdn. Bhd. menawarkan sebut harga sebanyak RM262,500 dan perkara ini telah dibawa dalam mesyuarat 203.
Dan dalam mesyuarat inilah diputuskan bahawa, apa nama ― bahawa lembaga pengarah mengambil kira tidak, tidak menggunakan khidmat ataupun tidak membuat kajian due diligence daripada syarikat luar, memandangkan syarikat ataupun anak syarikat FELCRA Plantation Services telah pun membuat kajian berkenaan dengan ― maksudnya, mengambil
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
kira, mengambil kira kajian yang telah dilaksanakan oleh, oleh anak syarikat. Dan perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat 203 yang telah pun, orang kata telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah dan, dan terus dilaksanakan dari sudut apa orang kata, perolehannya.
Okey. Terima kasih.
Seterusnya, saya tambah lagi ya. Manakala bagi proses perolehan tiga ladang di Gua Musang, laporan audit membangkitkan isu berkaitan perolehan dibuat secara tergesa-gesa kerana perjanjian dimuktamadkan dalam tempoh antara tujuh hingga 12 hari selepas kelulusan lembaga pengarah. Untuk makluman, untuk makluman, proses perolehan di Telupid telah mengambil masa selama tujuh bulan, tujuh bulan kerana ia merupakan proses perolehan, perolehan yang pertama di negeri Sabah. Namun, FELCRA telah mempunyai pengalaman dan perolehan di ladang kelapa sawit di Kelantan, yang melibatkan tiga ladang dan pengalaman tersebut telah membantu dalam menyegerakan proses perolehan untuk ketiga-tiga ladang berkenaan.
Yang Berhormat Ledang juga membangkitkan mengenai mekanisme penguatkuasaan yang disediakan oleh FELCRA untuk pastikan FELCRA patuh kepada sekatan penggunaan tanah. Perkara ini adalah berkaitan dengan ladang Sungai Rawit yang mana terdapat lima peratus bersamaan 17 hektar tanah yang ditanami oleh pokok durian. Ini adalah tanaman oleh pemilik asal. Maksudnya pemilik tanah terdahulu sebelum dijual kepada FELCRA, di mana tindakan sedang diambil. Maksudnya FELCRA telah pun mengambil tindakan untuk menukar status, status pajakan kepada pelbagai, kepada apa nama? ELB ya, pembangunan tanah negeri Kelantan. Dan suka saya maklumkan lima peratus ini adalah kawasan yang tidak sesuai untuk tanaman kelapa sawit, tidak ― dan ditanam dengan pokok durian oleh syarikat yang sebelum ini.
Untuk yang, makluman Yang Berhormat juga, pembelian estet tersebut telah dilaksanakan secara lock, stop and barrel, merangkumi keseluruhan aset sedia ada dalam kawasan berkenaan. Ini termasuk kemudahan, peralatan, bangunan serta infrastruktur sebagaimana dipersetujui dalam terma perjanjian jual beli. Namun, atas nasihat audit, kita apa, masukkan juga ke dalam inventori ya, syarikat selepas itu.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi saya sikit lagi, ada satu lagi ya. Kementerian, bagi isu pendaftaran pajakan di Estet Aring, FELCRA telah menerima kelulusan dasar daripada Estate Land Board (ELB) dan sedang menunggu keputusan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan Yang Berhormat Sri Gading dan Tampin yang membangkitkan isu mengenai pematuhan terhadap perolehan Tender Terbuka Pra- Kelayakan Terpilih. Kementerian mengambil perhatian terhadap teguran berkaitan pelaksanaan kaedah perolehan tender terbuka pra-kelayakan terpilih yang telah diperkenalkan sebagai satu langkah reformasi oleh Kementerian Kewangan.
Kaedah ini juga membuka pendekatan baru yang bersifat lebih terbuka, bersasar dan kompetitif bagi memperkemaskan proses perolehan kerajaan secara menyeluruh. Dalam hal
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
ini, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyahut pelaksanaan dasar tersebut dengan penuh tanggungjawab dan melaksanakannya, semua proses pemilihan serta penilaian mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan.
Isu ketelusan dan dalam proses kelayakan seperti yang dibangkitkan perlu dilihat secara lebih objektif. Di peringkat kementerian semua pelawaan peringkat pertama di bawah kaedah Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih dilaksanakan secara terbuka dan diiklankan melalui portal rasmi kementerian serta laman MYPROCUREMENT.
Seramai 721 syarikat telah menyertai pelawaan ini, membuktikan proses tersebut memberi ruang penyertaan yang luas dan adil. Pemilihan ke peringkat kedua pula melibatkan 485 syarikat yang memenuhi kriteria penilaian dan senarai pendek syarikat untuk setiap projek ditentukan berdasarkan kod bidang yang relevan serta kelulusan pengecualian oleh Kementerian Kewangan. Justeru, sebarang persepsi berlakunya manipulasi perlu diteliti berdasarkan fakta dan tatacara pelaksanaan yang telah dipatuhi.
Kementerian juga tidak dapat menafikan dalam pelaksanaan awal sistem ini terdapat beberapa kekangan termasuk tempoh masa penilaian yang singkat dan keperluan teknikal yang kompleks. Namun, semua penilaian telah dijalankan secara profesional oleh jawatankuasa dalaman yang telah dilantik. Sebagai langkah penambahbaikan, kementerian ini juga melaksanakan latihan secara berterusan kepada pegawai teknikal bagi meningkatkan kecekapan dan pemahaman terhadap proses pelaksanaan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih.
Berkenaan isu tiada pangkalan data syarikat berprestasi tinggi, perlu dijelaskan bahawa sebelum pelaksanaan tender terbuka pra-kelayakan terpilih, kementerian belum mempunyai sistem yang lengkap dan untuk menilai kebolehupayaan semasa syarikat secara berpusat. Pelawaan peringkat pertama yang bersifat terbuka sebenarnya telah membantu kementerian membina semula pangkalan data syarikat secara lebih menyeluruh dan berdasarkan maklumat terkini. Ini selaras dengan amalan terbaik yang turut diguna pakai oleh agensi teknikal yang lain.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu kelewatan tempoh keseluruhan proses perolehan juga dibangkitkan dalam laporan audit. Walau bagaimanapun adalah penting untuk difahami bahawa kiraan tempoh masa yang panjang itu turut merangkumi fasa di mana dokumen tender sedang disediakan dan projek masih belum sedia untuk dipelawa. Tempoh ini tidak boleh dianggap sebagai kelewatan disebabkan oleh prosedur tender terbuka pra-kelayakan terpilih. Oleh itu, pandangan terhadap isu ini perlu dilihat dalam konteks keseluruhan rantaian proses yang kompleks, bukan sekadar pada tarikh permulaan dan pengeluaran surat setuju terima semata-mata.
Kementerian menyambut baik teguran yang dikemukakan dan akan terus menambah baik pelaksanaan kaedah tender terbuka pra-kelayakan terpilih dari semasa ke semasa.
Kementerian juga mencadangkan agar...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh saya...
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Kejap, kejap. Agar sesi libat urus antara agensi pelaksanaan dan agensi Pusat dapat diperkukuhkan bagi memastikan keseragaman dasar dan pelaksanaan dapat dicapai, selaras dengan matlamat mewujudkan ekosistem perolehan kerajaan yang lebih cekap, telus dan diyakini.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi, Timbalan Menteri mengatakan bahawa due diligence untuk pengambilan perolehan ladang Telupid dibuat oleh agensi dalaman FELCRA sendirilah.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Ya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya nak tahu sejauh mana kompetennya agensi ini sebab kalau saya lihat daripada segi data yang dibuat dalam audit mengatakan yield hanya 3.29 tan, 3.7. Bagi kami kalau dalam standard industri perladangan, yield ini sangat-sangat rendah dan diunjurkan pada tahun 2025, mereka boleh mendapat sekitar 12 tan. Tetapi kalau kita lihat, baru suku pertama saja, baru 0.64 tan. Jadi kan, kalau pengalaman saya, hasil ini sangat-sangat rendah.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Jadi, sebab itu saya rasa mungkin independent board director minta supaya pihak ketiga ataupun orang luar membuat suatu penilaian yang bersifat lebih bebas. Jadi, apakah betul-betul competent agency dalaman? Sebab kalau kita lihat memang — kalau sayalah, aset macam ini saya tak beli kerana yield-nya terlalu rendah.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih. Masa saya dah habis. Saya jawab yang itu sahaja. Bolehkah Speaker, tambah sikit?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Silakan, silakan.
Saya, boleh?
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Saya jawab dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Biar Menteri jawab dulu. Lepas itu, tanya.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey. Untuk makluman Tangga Batu ya? Eh, bukan?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Tangga Batu ya? Untuk makluman Tangga Batu, memang pada asalnya kita - jawatankuasa perolehan mencadangkan untuk diadakan due diligence. Maksudnya, di luar daripada FELCRA Berhad. Maksudnya, syarikat luar dan sebab itu langkah-langkah awal telah kita buat iaitu kita offer kepada empat syarikat untuk membuat due diligence berkenaan:
(i) McKinsey & Company;
(ii) Ernst & Young Consultant Sdn. Bhd.;
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
(iii) Deloitte Consulting Malaysia Sdn. Bhd.; dan
(iv) Prokhas Sdn. Bhd.
Kita dah offer. Namun, return yang kita dapat, dua yang bersetuju, satu tidak bersetuju, satu mohon masa dan satu lagi dia buat quotation beliaulah. Perkara ini dah dibawa dalam mesyuarat yang kedua, maksudnya yang seterusnya.
Berdasarkan — dalam masa yang sama, FELCRA Berhad juga telah memohon FELCRA Plantation Services melakukan due diligence berkenaan dan report telah pun — kita — memang salah satu job, satu tugas dan peranan FELCRA Plantation ini, memang dari sudut expertise dia memang ada di situ dan laporan daripada FELCRA Services — Plantation Services ini sering digunakan sebagai orang kata rujukan dalam penilaian-penilaian dalam FELCRA Berhad, dalaman.
Dalam mesyuarat yang seterusnya, memang dipersetujui bahawa untuk mengguna pakai laporan berkenaan. Memang laporan yang dimaklumkan oleh itu yang sebenar, yang diputuskan tetapi FELCRA melihat — maksudnya, lembaga pengarah dan juga melihat potensi besar. Walaupun syarikat itu — maksudnya, keadaan ladang itu macam itu.
Maksudnya, dari sudut prestasi, dari sudut pencapaian dia masih di tahap yang agak lemah.
Maksudnya...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh bagi saya mencelah, sikit sahaja? Ini untuk kebaikan bersama.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik. Kalau kita lihat laporan ini, walaupun actual dia punya yield pun, bagi saya dalam standard industri sangat-sangat rendah. Dan kita tahu sawit ini, kalau kita buat new replanting pun, kos dia lebih kurang dalam RM25,000 hingga RM30,000 sehektar. Dan dia punya period dia nak pay back itu, dia perlukan paling awal lapan tahun ke atas. Sebab itu dalam ini ditegur oleh audit, menyebabkan dia punya pay back period di atas 11 tahun.
Jadi, apakah pelaburan ini dipanggil pelaburan yang betul-betul memberikan suatu pulangan yang bersesuaian kepada FELCRA itu sendiri? Sebab kalau tengok data ini, kawasan ini kawasan yang berbukit dan cerun tinggi. Berapa peratus dari kawasan ini sebenarnya melebihi 25 peratus cerun dia? Yang rasa saya kalau dia bawa ke MSPO, tak lulus dan harus dikeluarkan kawasan ini daripada plantable area.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Ya. Tangga Batu, dalam hal ini sebenarnya FELCRA berpandangan, laporan daripada FELCRA Plantation itu memang telah pun mengemukakan satu report bahawa pembelian ini — maksudnya ladang ini, adalah kurang berdaya maju tetapi kurang berdaya maju, tak semestinya kalau kita — kita perlu ada langkah.
Maksudnya, memang FELCRA Berhad tahu apa penilaian selanjutnya yang mereka perlu buat. Maksudnya, mereka mesti ada laburkan sedikit pemulihan untuk mendapat
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
income ataupun pendapatan ataupun peningkatan yield untuk ladang berkenaan. Memang kita dah expect awal. Dengan harga yang ditawarkan dan juga dirundingkan. Maksudnya, lebih rendah daripada harga yang ditetapkan oleh — yang dinilai oleh JPPH. Kita mengandaikan bahawa dengan kerja-kerja pemulihan yang dilaksanakan oleh FELCRA Berhad, yield itu akan bertambah.
Alhamdulillah, memang 2023 belum untung, 2022 belum untung. But, tahun ini, bermula fasa pertama ini, kita telah menunjukkan keuntungan, yang mana keuntungan itu dapat cover back operasi. Memang dari sudut pelaburannya kita memakan masa dalam lingkungan 10 ataupun 12 tahun tetapi dari sudut operasinya. Maknanya, operasi ladang berkenaan telah dapat ditampung oleh keuntungan semasa pada tahun ketiga pelaksanaan ini, berdasarkan kerja penambahbaikan.
Memang kerja-kerja penambahbaikan, pemulihan ini dah dijangka, dah diramal, dah di — orang kata, dah di-plan sebelum pembelian ini berlaku. Sebab kita mengirakan keuntungan itu untuk jangka masa panjang. Untuk jangka masa panjang. Apa yang penting bagi kita, bagi bahagian kita, perolehan ini dapat membantu FELCRA Berhad menjana income dan polisi-polisi FELCRA juga, tidak semua tanah ini ditanam dengan sawit. Dia — FELCRA ada polisi sekarang. Maknanya, tanah yang tak sesuai untuk sawit, dia akan tanam tanaman lain yang menguntungkan dan juga kemungkinan juga dari sudut ternakan dan juga pelancongan itu sendiri. Banyak. Maksudnya, perancangan yang dibuat.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri perlukan berapa minit lagi?
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Rasa saya, saya dah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Dah habis?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya, saya ada sikit sahaja.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Saya dah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab saya ada enam kementerian lagi yang akan jawab.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Saya dah habis. Saya dah tutup dah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sikit sahaja. Sikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kalau begitu, terima kasih. Terima kasih Menteri.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri Yang di- Pertua, komen sikit.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Jadi, itu saja Datuk Pengerusi — Tan Sri Pengerusi. Setakat ini sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Dah, dah, dah. Menteri kata habis dah.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Ahli Parlimen yang berbahas kali ini. Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Lima minit dari sekarang.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin rakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan keprihatinan kepada kesemua 32 orang yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Laporan Ketua Audit Negara ini. Ada dua Ahli Parlimen yang telah menyentuh secara spesifik berkaitan dengan Kementerian PETRA dan juga ada beberapa Ahli Parlimen yang menyinggung secara umum seperti daripada Ahli Parlimen Batu Pahat dan beberapa yang lain.
Cuma untuk dari segi audit yang dibuat adalah berkenaan dengan pematuhan terhadap perolehan prakelayakan terpilih yang merangkumi empat kementerian. Jadi, PETRA sebenarnya salah sebuah. Cuma, di sini juga sebagai konteks yang diaudit itu, ketika itu adalah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan juga Perubahan Iklim ataupun NRECC.
Jadi, sepertimana yang telah dijawab dan diterangkan oleh Kementerian Kewangan, perolehan tender terbuka prakelayakan terpilih ini adalah seperti diperkenalkan oleh MOF yang mana melibatkan perolehan baru untuk menyegerakan proses perolehan dan mempercepatkan pelaksanaan projek yang berimpak tinggi. Isu pertama yang ada kaitan adalah berkenaan dengan syarat dan kriteria pelawaan peringkat pertama yang tidak dipatuhi.
Jadi, semakan yang dibuat adalah mengikut sumber maklumat untuk enam syarikat yang dinyatakan itu. Sebenarnya, maklumat itu diperoleh daripada muat turun Centralized Information Management System ataupun CIMS, CIDB. Dokumen syarikat yang menyertai tender terbuka prakelayakan bagi projek-projek di bawah kementerian dan juga dokumen tender prakelayakan terpilih yang dikemukakan bagi pelawaan projek lain yang setara. Jadi, kaedah pemilihan sumber maklumat atau dokumen untuk penilaian peringkat pertama ini sebenarnya telah dibentang dan dipersetujui oleh lembaga perolehan ataupun LP Kementerian NRECC iaitu kementerian ketika itu.
Isu kedua yang terkait dengan NRECC ketika itu yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat adalah pelawaan berulang kali kepada syarikat sama bagi projek berlainan.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, berdasarkan penjelasan yang ada, ini berlaku kerana bilangan syarikat yang dinilai lulus di peringkat prakelayakan berjumlah 52 syarikat. Jadi MOF melalui surat bertarikh 11 April 2023 dan 31 Mei 2023 telah menetapkan syarat pemilihan sekurang-kurangnya lima
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
syarikat yang lulus penilaian prakelayakan untuk dipelawa di peringkat kedua, dan pada masa yang sama, MOF juga telah meletakkan syarat iaitu maksimum dua projek sahaja yang boleh disetujui terima bagi kontraktor yang sama dipatuhi oleh NRECC ketika itu. Walaupun dari segi penawaran itu mereka masuk mungkin berulang kali tetapi yang dibenarkan hanya dua projek pada ketika itu.
Jadi, dari segi peringkat PETRA, kita menyambut baik segala syor dan juga saranan yang telah dikemukakan oleh audit dan pada masa yang sama juga kita mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian yang sudi memberi pandangan dan teguran. Insya-Allah, kaedah ini sangat baik, ada semak dan imbang supaya proses terutamanya melibatkan perolehan dan sebagainya turut dibahas dan dibincangkan di peringkat Parlimen.
Jadi, itu sahaja Tan Sri Speaker sebab hanya sebahagian daripada keseluruhan audit kepada MOF tadi. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput seterusnya Menteri Kerja Raya, tujuh minit.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan saranan audit yang telah dimuatkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan ini.
Jadi, Kementerian Kerja Raya menyambut baiklah dan akan perhalusi serta menambah baik segala isu-isu yang dibangkitkan ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan perolehan secara tender terbuka prakelayakan terpilih bagi pemilihan kontraktor-kontraktor untuk projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B sebagai satu langkah saringan untuk memastikan hanya kontraktor yang benar-benar berkeupayaan dari segi teknikal, kewangan dan pengalaman diberikan pertimbangan untuk pelaksanaan projek yang berskala besar dan berimpak tinggi ya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, laporan ini menyentuh pasal KKR hanya kepada — khusus kepada Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B ya. Jadi, saya tumpukan ucapan — ulasan ini kepada apa yang di dalam laporan itu sebab ada juga yang berbahas, membangkit perkara yang luar daripada Pan Borneo ini sebab ia tak termasuk dalam laporan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan, seperti saya katakan, saya turut menghargailah komitmen serta masa Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta berkongsi pandangan serta cadangan kepada KKR melalui sesi perbahasan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan kepada menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin berkongsi sedikit bersama Ahli-Ahli
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang Berhormat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2 Tahun 2025 yang menyentuh berkenaan wujud ruang manipulasi dan ketidaktelusan pemilihan syarikat berjaya. Ini saya ambil sebagai — ia berkaitan dengan Projek Pan Borneo.
Saya ingin menegaskan di sini dan turut memetik kenyataan Ketua Audit dalam laporan yang sama pada muka surat 1-8 bahawa — ini saya petik. “Bagi KKR iaitu bagi Kementerian KKR, pihak Audit mendapati tiada isu ketidakpatuhan terhadap proses penilaian di peringkat pertama kerana KKR dan JKR Sabah memenuhi sepenuhnya arahan surat MOF tersebut dan telah memilih 113 syarikat yang lulus penilaian peringkat pertama mengikut kriteria yang telah ditetapkan”. Itu yang saya petik dan saya tambah lagi, ini yang 113 syarikat inilah yang akhirnya dibenarkan ya sebab dia sudah lulus dalam penilaian peringkat pertama dibenarkan bersaing dalam proses tender untuk 15 pakej yang ditenderkan. Itu mesti difahami dengan jelas.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nak mengulang apa yang telah banyak diberi pencerahan oleh Kementerian Kewangan sebentar tadi dalam ucapan penggulungan Kementerian MOF itu. Jadi, yang berkenaan dengan proses atau tatakelola yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan sebagai pihak berkuasa melulus. Yang itu kami pakai di peringkat Kementerian Kerja Raya dan dalam isu proses-proses dari peringkat pertama sehinggalah ke tahap di mana kelulusan muktamad dikeluarkan dan SST dikeluarkan kepada syarikat yang berjaya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya menyentuh kepada apa yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Bermula dengan s— aya dari belakanglah, Yang Berhormat Tuaran. Untuk Yang Berhormat Tuaran, Pre-Q peringkat pertama satu tadi telah saya jelaskan. Skor yang diminta oleh Yang Berhormat dalam perbahasan yang kita guna pakai dalam kita buat penilaian Pre-Q tadi, pendaftaran enam percent, enam peratus, kewangan 40 peratus, sesebuah syarikat itu, pengalaman 35 peratus kriteria tambahan iaitu skor CIDB ada wang cagaran dan apa setuju dan 30 peratus sub ataupun kompetensi dan subcon tempatan juga diambil kira tiga peratus. Kalau dia memberi sub kontrak kepada syarikat tempatan, skor CIDB empat peratus dan sebagainya.
Penggunaan teknologi tiga peratus dan kakitangan teknikal enam peratus. Akhirnya kalau dikumpul adalah 100 peratus. Inilah secara terperinci bagaimana skor untuk kita memastikan di peringkat prakelayakan ini ditentukan.
Jadi, Yang Berhormat Sandakan membangkitkan beberapa isu yang sama tentang tatakelola dan sebagainya yang telah dijelaskan oleh Kementerian Kewangan tadi. Saya tak nak mengulang ya, masa kita singkat. Jadi dengan isu jambatan runtuh Libaran bypass iaitu jambatan Sungai Gum-Gum yang ada disebut oleh Yang Berhormat tadi, suka saya memberi pencerahan kepada Yang Berhormat ialah kita telah mendapat kelulusan ya. Kita telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) untuk pengalihan jambatan yang runtuh
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
itu. Jadi, JKR Sabah sedang dalam proses bayaran dan pengalihan struktur jambatan tersebut.
Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud panjang lebar lah tapi kebanyakannya juga sudah dijelaskan oleh Kementerian Kewangan ya, jadi yang tatakelola dan sebagainya. Jadi, saya tidak nak mengulang itu tapi saya menjurus kepada yang diminta oleh Sungai Belud iaitu dokumen tender Fasa 1B ni. Untuk maklumat Yang Berhormat, yang di mana ditanya tadi, saya disentuh terus berhubung dengan berkaitan anggaran jambatan sebenar dan tidak digunakan dalam penilaian peringkat pertama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKR telah membuat permohonan khusus kepada MOF melalui surat bertarikh 4 Oktober 2023 untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 dapat dilaksanakan segera dengan beberapa cadangan syarat bagi pelaksanaan. Jadi seterusnya, MOF melalui surat bertarikh 5 Disember 2023 telah bersetuju meluluskan permohonan KKR, Kementerian Kerja Raya untuk melaksanakan kaedah perolehan secara tender terbuka prakelayakan terpilih dan anggaran jambatan hanya perlu digunakan dalam penilaian peringkat kedua.
Selain itu, untuk Kota Belud, pihak JKR Sabah telah memaklumkan kepada KKR mengenai status syarikat bagi pakej kerja 32, WP32 serta mengesyorkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan lulus dalam peringkat penilaian.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Bagaimanapun, keputusan MOF adalah muktamad dan tiada sebarang justifikasi yang diutarakan oleh pihak MOF mengenai keputusan muktamad tersebut. Sebab, MOF ini adalah pihak berkuasa melulus (PBM).
Jadi, Kota Belud ya, saya ingin beri sedikit maklumat kepada Kota Belud. Maklum balas MOF yang diterima pada 8 April 2025 pula memaklumkan selaras dengan Akta Cara Kewangan 1957 di bawah seksyen 6(1), Menteri Kewangan berkuasa penuh dalam mengawal pengurusan kewangan dan perolehan peruntukan di bawah Persekutuan. Keputusan Menteri Kewangan dalam melantik pembida yang berkelayakan dibuat berdasarkan kepada kriteria- kriteria yang berikutlah. Perbandingan harga berdasarkan anggaran jabatan dan bukan unsur Builders Work Adjusted Mean (BWAM) dan menjimatkan wang kerajaan, prestasi dan pengalaman syarikat dan kemampuan kewangan syarikat bagi menanggung kos pembinaan dalam tempoh sehingga mendapat bayaran interim pertama bayaran pendahuluan.
Tuan Yang di-Pertua, jadi, sebagai pihak berkuasa melulus tertinggi, MOF boleh memberikan pengecualian khas bagi setiap proses memuktamadkan perolehan berdasarkan syor dan pertimbangan yang terbaik serta menguntungkan kerajaan. Saya menjelaskan ini kerana ditanya kepada KKR bagaimana keputusan telah dibuat. Inilah dia, Yang Berhormat Kota Belud.
Seterusnya, Kota Belud juga bertanya tentang subkontraktor tanpa kelulusan pegawai-pegawai dan sebagainya. Jadi, berdasarkan klausa kontrak 47.0, pemberian kerja
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
secara subkontrak perlu mendapatkan kelulusan bertulis dari pegawai kuasa (SO). Jadi, menurut JKR Sabah, kontraktor utama WP22 melalui surat bertarikh 3 Disember 2024 telah mengemukakan permohonan kepada JKR Sabah untuk meluluskan memberi kerja subkontrak kepada syarikat 1330461-X. Itu kod syarikat itu. Jadi, JKR Sabah telah memberi persetujuan kepada kontraktor utama WP22 melalui surat bertarikh 4 Disember 2024. Jadi, dengan kontraktor utama WP33, yang ditanya, telah memberi surat kepada syarikat 180947- D bertarikh 1 November 2024 untuk membatalkan sebarang perjanjian di antara kontraktor utama WP33 dan syarikat 180947-D. Ini banyak dipertikaikan. Ia dibatalkan.
Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi maklumat-maklumat. Jadi, untuk senarai yang diminta oleh Yang Berhormat, oleh kerana dia agak banyak dan teliti, bolehkah saya diberi kelulusan untuk memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Kota Belud?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Ya, terlalu panjang senarainya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Panjang ya. Jadi, Yang Berhormat Semporna mengutarakan isu yang sama ― prosedur, proses dan sebagainya. Kita seharusnya belajarlah daripada pengalaman yang terdahulu dan sebagainya. Kita ambil maklum. Sebab itulah dalam 1B ini, Tuan Yang di-Pertua, semasa saya jadi Menteri di sini, semasa Kerajaan MADANI ini, melaksanakan 1B ini, kita banyak buat penambahbaikan proses daripada fasa yang terdahulunya.
Jadi, saya mohonlah yakinlah kepada KKR dan kerajaan supaya kami bersama juga dengan JKR Sabah ― JKR Sabah telah banyak sekarang dah buat penambahbaikan proses prosedur-prosedur dan sebagainya yang mereka pun akui, kita pun tahu, ada kelemahan selama ini kerana kekurangan jurutera dan sebagainya.
Tetapi, untuk menjawab yang dikatakan oleh Libaran, mengapa perlaksanaan projek- projek di Sabah ini melalui JKR ini agak tidak memuaskan, saya ingin kongsi sedikit yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, adalah bukan semuanya, segala-galanya dapat dikawal oleh JKR. Seperti mana kalau dah satu projek itu ia agak lambat ataupun lewat disiapkan, bermasalah, ia banyak juga kerana luar kawalan JKR Sabah. Sebab, pengalihan utiliti memerlukan kerjasama dari pihak lain. Juga pengambilan tanah, apabila sebatang jalan itu yang panjang dirancang dan dibina, memang sudah banyaklah keperluan untuk kita memproses pengambilan tanah. Itu bukan mudah, Tuan Yang di-Pertua. Lagipun di Sabah ini, kadangkalanya ada masalah kekurangan buruh dan juga kekurangan bahan-bahan binaan dan sebagainya.
Jadi, tak bolehlah segala-galanya kita tuding jari kepada JKR Sabah seolah-olah semua yang bermasalah itu kerana JKR Sabah. Sebab saya tahu ― dan kami di KKR, JKR Sabah, JKR Malaysia dan JKR Sarawak pada awal tahun ini, bulan Februari, di Kuching, saya panggilkan semua untuk kami duduk bersama dalam dua, tiga hari brainstorming bagaimana kesemua JKR negeri dan juga JKR Malaysia dan Kementerian Kerja Raya sendiri duduk
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
bersama pegawai tinggi untuk kita cari bagaimana kita mengenali di mana kelemahan kita, bagaimana kita nak buat penambahbaikan.
So, we have gone through the process, Sir, kalau saya boleh pinjam sikit bahasa oranglah, just to emphasize the point-lah. Jadi, proses penambahbaikan ini sedang berjalan termasuk di JKR Sarawak dan JKR Sabah.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Menteri Pertahanan. Lima minit.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Laporan Ketua Audit Negara pada petang ini.
Saya ucap berbanyak terima kasih kepada kedua Yang Berhormat ― Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang secara umum menyebut Kementerian Pertahanan dalam kita membicarakan, membahaskan laporan audit ini. Di mana, Tan Sri Yang di-Pertua, pasukan Ketua Audit Negara ada memberikan beberapa teguran kepada Kementerian Pertahanan terkait dengan kelewatan denda lewat yang belum dikutip sebanyak RM162.75 juta dalam kontrak pembekalan GEMPITA. Begitulah juga dengan kelewatan yang belum dikenakan sebanyak RM1.42 juta bagi kontrak perkhidmatan senggaraan dan pembekalan alat ganti serta perolehan berjumlah RM107 juta yang dilaksanakan secara pecah kecil. Jadi, Yang Berhormat Bukit Bendera ada membangkitkan tiga persoalan ini.
Yang pertama adalah tentang kelewatan di mana Kementerian Pertahanan mengakui bahawa terdapat kelewatan penghantaran 68 unit kenderaan perisai GEMPITA dan dua unit kenderaan jenis B oleh pihak syarikat sepanjang tempoh tahun 2020 sehingga 2023. Jadi, bagi tempoh kelewatan tersebut, suatu notis tuntutan denda lewat berjumlah RM162,754,365.95 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan pada 15 Januari 2025.
DEFTECH telah mengemukakan maklum balas iaitu syarikat ini telah mengemukakan maklum balas melalui surat bertarikh 23 Januari 2025 dan merayu supaya denda lewat diketepikan atas alasan terdapat isu force majeure akibat pandemik COVID-19 dan perang Rusia-Ukraine.
Permohonan dan rayuan syarikat ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP) pada 6 Mei 2025 dan telah diputuskan seperti berikut, di mana syarikat ini dikenakan tuntutan denda berjumlah RM162,754,365.95. Yang kedua, bon pelaksanaan berjumlah RM53,928,571.43 dan baki nilai denda akan dituntut secara set-off iaitu melalui kontrak semasa atau kutipan secara berasingan daripada pihak syarikat.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi, kalau kita lihat ketetapan daripada Contract Coordination Panel di peringkat Kementerian Pertahanan ini, memang kontraktor ini harus membayar dengan jumlah RM162.7 juta ini dan kita melihat bahawa macam tadi dipersoalkan oleh Bukit Bendera. Jadi, kita ada dua kaedah. Pertama adalah bank guarantee sebanyak RM53.9 juta itu. Memang kita pada 25 Jun 2025, kita sudah mengarahkan pihak bank untuk memastikan bahawa jumlah RM53.9 juta itu akan kita rampas untuk kepentingan di pihak kementerian dan di samping Kementerian Pertahanan akan mendapatkan baki denda lewat sebanyak RM108,825,795 melalui set-off seperti mana yang kita sebutkan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Kerana kita tahu bahawa syarikat ini mempunyai kontrak-kontrak lain di Kementerian Pertahanan. So, jumlah itu jauh lebih besar daripada apa yang kita, kita tuntut ini.
Jadi, dengan kaedah itu kita boleh mendapatkan kembali denda lewat itu. Tetapi ingin saya tekankan di sini juga Tan Sri Yang di-Pertua ya, kerana kita tahu bahawa kadang- kadang denda lewat ini dalam projek-projek yang mengambil masa yang agak panjang ya.
Macam kalau kita tengok GEMPITA ini sepatutnya disiapkan tahun 2017 tapi dia ada EOT ya, empat EOT itu sehingga tahun 2022. Jadi, kadang-kadang denda lewat ini sepatutnya boleh kita perbaiki dalam sistem perolehan kita adalah di kala EOT itu kita lakukan.
Jadi, sebelum EOT itu, EOT itu mesti datang dengan dua. Sama ada EOT dengan denda ataupun EOT tanpa denda. Ini antara perkara-perkara. Kerana kadang-kadang EOT itu tanpa denda kerana mungkin ada persoalan-persoalan teknikal dan seumpamanya, perubahan dan seumpamanya. Tetapi saya fikir kalau EOT itu nak diberi, memang kita boleh enforce supaya EOT itu datang dengan denda lewat. Ini mungkin kita boleh perbaiki.
Dan kita di Kementerian Pertahanan juga sebenarnya akur tentang kelemahan- kelemahan penguatkuasaan terma kontrak ini dan sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita dalam proses membangunkan sistem pemantauan kontrak untuk membantu para pegawai kita memantau kontrak-kontrak supaya walaupun kita memberikan EOT, tidaklah kita ambil denda lewat itu sehingga, sehingga projek itu ditamatkan. Ada pun terkait dengan denda lewat 1.4 juta yang terkait dengan GEMPITA, ADNAN dan juga PENDEKAR ini.
Sebenarnya kita di Kementerian Pertahanan, notis denda lewat yang berakhir Mei 2025. Sebenarnya jumlah sebenar kita di kala ini adalah sebanyak RM4,365,684.46.
Walaupun dalam laporan audit ini jumlahnya di kala itu adalah 1.4 juta, ya. Tapi denda yang sepatutnya sekarang ini adalah sebanyak 4.3 juta. Kita tahu bahawa kontrak-kontrak ini masih, masih diwujudkan. Masih wujud. Jadi, saya fikir itu tidak jadi masalah untuk kita mengenakan denda lewat kepada kontraktor ini.
Ada pun persoalan yang ketiga dibangkitkan tentang perolehan pecah kecil itu. Kita tahu bahawa kenderaan perisai Tentera Darat merupakan aset strategik kita. Pada ketika ini, kontrak perolehan membekal dan menghantar alat ganti kenderaan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) untuk Tentera Darat telah diwujudkan berkuat kuasa pada 27
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Februari 2024 lalu hingga 26 Februari 2027 dan nilai kontrak ini ialah sebanyak RM22,000,798.
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera ya, kita tahu bahawa antara teguran daripada Audit adalah tentang pecah kecil ini. Tetapi kita harus ingat juga di Kementerian Pertahanan, memang kita sentiasa berkomunikasi dengan Kementerian Kewangan ya kerana kita tahu bahawa aset-aset kita ini ada pelbagai. Kita ada lima aset utama itu. Dan kalau kita lihat, bukan sahaja tentang aset itu pelbagai dan kita harus melihat kepakaran syarikat- syarikat aset yang berlainan mempunyai kepakaran syarikat yang berlainan. Ini antara cabaran-cabaran kita.
Dan yang kedua adalah tentang locality juga. Lokasi-lokasi aset kita ini ada yang di Kota Belud, Sabah. Ada juga yang di Port Dickson. Sebahagiannya di Gemas dan seumpamanya. Ini pun kita ambil kira. Sebab itu dalam pecah kecil ini kita mengambil kira aspek-aspek itu termasuk dalam di peringkat Kementerian Pertahanan ya, siap sedia kepada aset-aset kita ini juga penting. Sebab itu, kadang-kadang kita lihat keperluan-keperluan untuk kita melaksanakan sebut harga untuk pastikan bahawa aset-aset kita ini dapat berfungsi untuk kita melaksanakan tugas-tugas menjaga kedaulatan dan juga keamanan negara kita.
Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga Ahli- ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam membicarakan laporan audit terkait dengan Kementerian Pertahanan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri Pendidikan Tinggi. Tujuh minit.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama, izinkan saya untuk merakamkan setinggi penghargaan atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2 Tahun 2025 pada kali ini.
Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, saya ingin mengucapkan terima kasih juga atas laporan yang disediakan bagi membantu pihak kementerian untuk membuat semakan-semakan ke arah penambahbaikan secara berterusan. Saya tidak bermaksud untuk mempersoalkan laporan yang disediakan kerana ia sentiasa menjadi panduan kepada KPT untuk kita membetulkan sekiranya ada kepincangan-kepincangan yang berlaku.
Daripada 32 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara ini, seramai lima orang yang telah menyentuh berkenaan dengan kementerian ini secara keseluruhannya. Oleh itu, saya akan menjawab dan mengulas perkara-perkara yang diutarakan sepanjang tempoh perbahasan pada hari ini yang berkisar kepada pengurusan, perolehan, perbekalan, perkhidmatan dan kerja di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum itu juga, saya ingin tekankan bahawa usaha-usaha untuk menambah baik proses perolehan, pemilihan dan pembuatan keputusan itu terus dilaksanakan, hasil daripada
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
laporan yang telah disediakan. Kita tidak menanti masa yang panjang kerana tindakan- tindakan perlu hendaklah dilakukan dengan kadar yang segera.
Oleh yang demikian, daripada persoalan-persoalan yang ditimbulkan daripada lima Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan, kita — saya rangkulkan hasil daripada tindakan yang telah pun kita ambil dan ini juga selari dengan hala tuju pendidikan tinggi kita untuk 2025 iaitu kita mulai pada 28 Februari yang lalu, saya telah umumkan beberapa langkah-langkah yang perlu diambil.
Pertama, Unit Integriti iaitu Unit Integriti diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti sebagai entiti berasingan agar lebih telus dan bebas.
Kedua, Unit Integriti juga dianggotai oleh cadre. Bukan ‘Kadir’, cadre daripada SPRM, PTD dan Juruaudit.
Ketiga, perjawatan Unit Integriti sekurang-kurangnya tujuh orang berdasarkan model C iaitu berisiko rendah. Garis Panduan Pengurusan Integriti Agensi Awam oleh SPRM.
Seterusnya keempat, Ketua Unit Integriti Universiti hendaklah sekurang-kurangnya Gred 12 atau bersamaan dengan Gred 48. Sebelum ini kalau kita lihat secara keseluruhannya Unit Integriti yang ada di institusi-institusi pendidikan tinggi Tan Sri Yang di-Pertua, dia tidak begitu tinggi dari penarafannya menyebabkan Unit Integriti ini tidak ada peranan yang penting dalam memastikan keseluruhan aspek-aspek yang dibangkitkan sebagai contoh oleh dalam, dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.
Kelima, semua Pegawai Integriti disarankan untuk menghadiri program Pegawai Integriti bertauliah dan yang dikendalikan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.
Keenam, pemantauan laporan SPRM dan syor penambahbaikan melalui khidmat nasihat SPRM dijadikan agenda tetap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola peringkat universiti dan dilaporkan ke peringkat JTK Jabatan Pendidikan Tinggi.
Ketujuh, mewujudkan Jawatankuasa Bebas Lembaga Pengarah Universiti, Lembaga Gabenor Universiti atau disebut sebagai Jawatankuasa Integriti yang dianggotai oleh ahli Lembaga LPU, LGU dan eksekutif universiti awam.
Dalam konteks UKM pula, terdapat, pertama kita lakukan, terdapat garis panduan perolehan UKM yang telah dikemas kini dengan segera. Apa yang berlaku, berhasil daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak audit dan juga diarahkan untuk pihak Jawatankuasa Audit Dalaman untuk membuat penyelidikan susulan dan kita dapati bahawa pekeliling-pekeliling itu tidak dikemaskinikan. Bukan tidak dipatuhi. Sebagai contoh, sebelum ini Pekeliling Perolehan Perbendaharaan yang — ada 2.0 kemudian itu dikemaskinikan 2.2. Itu tidak dikemaskinikan.
Manakala yang kedua, di dalam Jawatankuasa Perolehan Tender, wakil Jabatan Kerja Raya juga telah dilantik sebagai wakil teknikal selaras dengan Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan iaitu ini dalam WP7.5 Perkara 3.1(v).
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Manakala yang ketiganya, jawatankuasa pra tender dan jawatankuasa penyelarasan PTJ telah dibubarkan. Maknanya tak ada lagi jawatankuasa pra tender.
Keempat, mengadakan onboarding kepada semua ahli jawatankuasa mesyuarat perolehan tender termasuk semua yang terlibat dalam proses perolehan.
Kelima, penubuhan Pusat Tadbir Urus dan Amalan Peraturan Baik atau Centre for Good Governance di bawah pejabat Naib Canselor. Yang keenam, sekiranya terdapat sebarang kes salah laku, tindakan mengikut aturan undang-undang akan diambil ke atas pegawai yang terlibat.
Dan kini, Naib Canselor yang baru iaitu Prof. Dr. Sufian Jusoh bersama dengan pasukannya sedang melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk memastikan supaya semua perkara dan termasuklah yang bukan hanya melibatkan laporan yang disediakan berkaitan dengan HC UKM itu, tapi juga melibatkan kesemua keseluruhan aspek struktur yang ada pada ketika ini di universiti.
Dalam masa yang sama Tan Sri Yang di-Pertua, saya turut mengarahkan supaya apa yang berlaku di dalam konteks UKM ini juga dilihat dalam konteks semua universiti- universiti awam dan juga politeknik — semua institusi yang berada dalam Kementerian Pendidikan Tinggi kita. Jadi pada dasarnya, itu sahaja yang nak saya sampaikan dan segala komen yang dibuat, kita akan mengambil maklum.
Cuma, ada satu perkara seperti yang dimainkan oleh media pada hari semalam iaitu berkaitan katanya — termasuklah isu yang ditimbulkan. Salah satu hal yang berkaitan dengan tender perkhidmatan sajian makanan pesakit yang untuk tempoh tiga tahun di HCTM ini yang dikatakan tidak ada sijil halal. Yang itu mungkin menimbulkan sedikit kerisauan di kalangan masyarakat kita secara umumnya, apakah benar apa yang disebutkan itu.
Ini sekali lagi saya ingin sebutkan, ia juga berkaitan dengan perkara-perkara teknikal yang tidak diikuti. Bukan kerana syarikat itu tidak ada penarafan halalnya. Sebagai contoh, apa yang berlaku dalam proses untuk tender ini, bagi sebuah syarikat yang telah mendapat — katakan sebuah syarikat telah dapat syarikat ni dalam iaitu RH — H apa nama-nama, RHR syarikat yang berkenaan. Selepas syarikat itu dapat, rupanya baru proses untuk memohon sijil halal itu perlu dilakukan kerana permohonan untuk mendapatkan sijil halal itu bukan kepada syarikat tetapi kepada premis yang berkenaan. Jadi, ini antara kekangan-kekangan teknikal yang ada, yang saya lihat bukan hanya melibatkan kementerian tetapi juga melibatkan kementerian-kementerian lain yang perlu kita kemaskinikan.
Sebagai contoh, apabila sesebuah syarikat itu mendapat tender — ini bukan hanya bagi syarikat yang berkenaan ini, tapi juga ia melibatkan syarikat-syarikat lain. Apabila mereka mendapat saja tender itu berjaya, dalam tempoh enam bulan itu hendaklah memohon untuk mendapatkan sijil halal, dalam tempoh enam bulan. Jadi, proses itu yang sering kali menimbulkan kelewatan-kelewatan yang berlaku. Jadi dalam hal ini, kita perlu mengambil
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
maklum supaya hal-hal yang sebegini dapat kita selesaikan dalam tempoh waktu yang diberikan, yang ditetapkan dalam setiap tender itu.
Jadi, saya harapkan supaya hal ini dapat diperbetulkan kerana menjadi kerisauan rakyat di luar sana mengatakan bahawa apa yang berlaku tidak ada sijil halal itu. Jadi, saya ingat kita perbetulkan ini. Tetapi...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Dato’ Speaker...
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
...Langkah-langkah...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Tan Sri Speaker, minta — Tan Sri Speaker, sikit.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
...Langkah-langkah yang segera perlu dilakukan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Menteri, Tan Sri, terima kasih.
Adakah dia tidak menjadi satu prasyarat waktu untuk kita nak menerima tender ni kerana isu ini isu yang agak serius berkenaan dengan soal penarafan halal ni? Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Betul. Itu yang menjadi masalahnya kerana dia tidak meletakkan — sebab yang saya sebutkan tadi, permohonan itu bukan berkaitan dengan syarikat tetapi ia berkaitan — Yang Berhormat pernah menjadi Menteri Agama, cuba check balik iaitu — yang ini kita pun kena perbetulkan bagi untuk di masa akan datang. Bukan hanya melibatkan ini je tetapi juga melibatkan syarikat-syarikat yang lain.
Contohnya antara lain, mereka juga akan bertanya syarikat yang berkenaan ini sama ada dia ada pengalaman sebelum ini dalam mengendalikan — ada atau tidak syarikat- syarikat yang ataupun premis-premis yang dia meniaga, ada sijil-sijil halal. Bagi syarikat ini, ada premis-premisnya yang memang ada sijil halalnya. Malah, apabila dia berjaya dalam kontrak ini pun, pembekal-pembekal yang ada yang membekalkan makanan itu juga semuanya dah ada sijil halal.
Cuma apa yang berlaku yang saya sebutkan tadi ialah bila dalam tempoh enam bulan itu, saya tidak mahu untuk membangkitkan isu-isu untuk kementerian yang lain tapi apa yang berlaku saya nak beritahu kepada Yang Berhormat Bagan Serai iaitu tempoh itu, tempoh yang sepatutnya enam bulan itu dapat dilaksanakan, tidak berlaku tapi setahun kemudian kerana proses itu — sebagai contoh Yang Berhormat tahu, apabila kita nak memohon, apabila syarikat itu mula memohon untuk mendapatkan sijil halal, pertama sekali laluannya ialah untuk mendapatkan PIC iaitu person in charge di bahagian JAKIM itu sendiri, untuk orang yang mengendalikan kes, lepas itu akan pergi untuk membuat audit.
Apa yang berlaku kat dalam kes ini, pada tahun 2024, yang media dapat tender — dan saya nak beritahu kepada Yang Berhormat, the person yang setelah mendapat dia punya PIC dia tu, dia dapat pada — dia hanya dapat pada 14 April 2025. Jadi, masa yang begitu — kemudian lepas dapat PIC, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, baru dia boleh mula daftar dan daftar masuk maklumat dia. Bila masuk maklumat, lepas tu nak pergi semak lagi
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
ke premis itu. Jadi, akhirnya dah lebih daripada setahun lebih, sedangkan syarikat tu dah dapat, dah berjalan dengan elok.
Yang ni antara beberapa perkara-perkara yang ditimbulkan dan dia menjadi satu pengajaran juga kepada yang lain-lain khususnya yang berkaitan dengan perbekalan- perbekalan makanan untuk kementerian-kementerian ini.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Ini Tan Sri, pelik juga. Pengalaman saya ialah dalam masa 30 hari saja SOP yang dibuat oleh Bahagian Halal. Kadang-kadang 16 hari pun sudah pun selesai. Macam mana sampai setahun? Pelik juga syarikat ni.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ini bukan soal syarikat Yang Berhormat. Ini syarikat — ini berkaitan apabila tender itu seperti yang ada di depan kita ini ialah apabila ia mendapat tender itu. Jadi dalam tempoh enam bulan itu, yang syarikat yang berkenaan hendaklah membuat permohonan untuk mendapatkan sijil halal bagi premis yang berkenaan. Bukan syarikat ya.
Jadi, dalam tempoh untuk mendapatkan premis halal di premis yang berkenaan, itulah proses yang berlaku ini. Jadi yang berlaku ini bukan melibatkan semata-mata kepada syarikat yang berkenaan. Permohonan yang dia dibuat pada tahun 2024, tetapi dia dapat jawapan daripada pihak JAKIM untuk PIC itu, yang dibagikan kepada mereka – ini yang saya dapat maklumatnya daripada pihak UKM sendiri iaitu pada 14 hari bulan April yang lalu.
Jadi apa pun Yang Berhormat, kita tak perlu nak membahaskan perkara ini. Apa yang saya ambil sebagai satu perhatian untuk kita semua supaya di masa akan datang juga, yang melibatkan tender-tender perolehan untuk makanan, bekalan dan sebagainya dapat diperkemaskinikan lagi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,10 minit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sembilan Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahaskan perkara yang terkait dengan KPDN iaitu Yang Berhormat Gopeng, Kota Melaka, Ledang, Betong, Rasah, Kuala Nerus, Tampin, Pulai dan juga Kubang Pasu.
Tan Sri Yang di-Pertua, KPDN mengalu-alukan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/2025 yang menyentuh pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak di bawah kawal selia KPDN dan kita akan mengambil tindakan susulan sewajarnya termasuk isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan tadi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap kementerian dan agensi mengambil tindakan susulan segera dan meneliti setiap dapatan yang telah dikemukakan.
Sebagaimana dizahirkan dengan komitmen kerajaan supaya bukan hanya Laporan Ketua Audit Negara ini dibentangkan tetapi juga dibahaskan bermula pada 6 Jun 2023.
Tan Sri Yang di-Pertua kita melihat bahawa proses pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara bermula Februari 2024 hingga Februari 2025 berkaitan dengan pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak ini merupakan pelengkap kepada proses naziran dalaman yang dilaksanakan oleh KPDN. Audit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit ini adalah untuk tempoh pelaksanaan program-program penstabilan minyak masak ini daripada tahun 2019 hingga 2024.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa ketika memangku tugas Menteri KPDN pada bulan Oktober 2023, melihat kepada kekerapan isu berkaitan dengan minyak masak paket khususnya dibangkitkan di Parlimen dan isu di luar sana. Saya telah mengarahkan agar diwujudkan sebuah pasukan naziran khas bagi kilang penapis dan syarikat pembungkus di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) ini. Dalam hal ini, dapatan lembaga — Laporan Ketua Audit Negara ini mengesahkan penemuan naziran dalaman yang telah mengenal pasti beberapa perkara yang menuntut kepada penambahbaikan.
Sebagaimana dalam laporan dan juga rumusan daripada Jabatan Audit Negara bahawa Program Bantuan Subsidi Minyak Masak ini wajar juga diteruskan sebagai inisiatif untuk menangani kos sara hidup rakyat. Sehubungan itu, selain daripada laporan naziran dalaman KPDN, dapatan LKAN akan dijadikan asas untuk kita melaksanakan proses penambahbaikan susulan yang lebih menyeluruh dan juga tegas. Ini penting untuk memastikan COSS akan mencapai objektif dan memanfaatkan golongan sasar.
Tan Sri Yang di-Pertua, bersandarkan kepada laporan awal naziran khas KPDN dan juga dapatan daripada Laporan Ketua Audit Negara ini kita di KPDN akan melaksanakan penambahbaikan bersandarkan kepada tiga kerangka utama. Pertamanya adalah keperluan untuk mewujudkan kejelasan dalam dasar berpandukan had siling kuota 60,000 metrik tan sebulan. Kedua, pengukuhan SOP pelaksanaan dan yang ketiga adalah pemantapan mekanisme pengurusan risiko ketirisan dan penguatkuasaan.
Berkaitan dengan dasar dan juga SOP pelaksanaan, ia sebenarnya tertakluk kepada jumlah had siling kuota yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu 60,000 metrik tan sebulan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program ini sebagaimana dalam laporan audit bermula pada tahun 2007 melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi, daripada tahun 2016 telah diserahkan kepada KPDN.
Pada tahun 2007 sehinggalah sebelum diserahkan kepada KPDN kuota yang telah diberikan adalah sebanyak 84,050 metrik tan, 84,405 metrik tan dan dikurangkan pada tahun
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
2016 kepada 60,000 metrik tan. Jadi maksudnya sebarang penambahbaikan dasar dan juga SOP pelaksanaan yang akan dilaksanakan oleh KPDN tersebut fokusnya adalah untuk memastikan 60,000 metrik tan yang telah diperuntukkan tersebut berada dijual di pasaran pada kadar RM2.50. Jadi, itulah fokus kepada penambahbaikan dasar dan juga SOP pelaksanaan yang akan kita laksanakan.
Seterusnya, berkaitan dengan isu-isu terkait dengan SOP pemantauan, penguatkuasaan dan sebagainya, kita melihat bahawa keberkesanan kepada agenda ketangkasan penguatkuasaan menangani ketirisan, penyeludupan dan juga penyelewengan ini tidak boleh datang bersendirian tetapi perlu hadir bersama dengan risk management, mekanisme pengurusan risiko untuk menangani ketirisan tersebut.
Atas sebab itu untuk makluman Dewan yang mulia ini bermula pada tahun 2023 kita telah merintis strategi pengurusan risiko iaitu pemantauan penguatkuasaan secara digital melalui sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, sistem eCOSS diperkenalkan dan dibangunkan siap pada tahun 2023 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024. Sistem ini membolehkan tracking daripada repackers kepada sehinggalah ke peringkat peruncit.
Pada masa yang sama sebarang tuntutan subsidi di peringkat syarikat pembungkus perlu mengguna pakai sistem ini, berbeza dengan pelaksanaan sebelum itu yang hanya menggunakan manual. Jadi, secara keseluruhannya di peringkat pengesahan, pengagihan dan rantaian bekalan daripada syarikat pembungkus hinggalah ke peruncit tersebut telah selesai dengan sistem eCOSS. Untuk tahun 2025 ini penambahbaikan yang kita laksanakan untuk melengkapkan rantaian pemantauan pengedaran pengagihan tersebut hinggalah kepada peringkat penjualan di peringkat pengguna kerana dengan sistem awal, sistem eCOSS ini, kita hanya boleh memastikan hingga peringkat peruncit. Tetapi kepada siapa peruncit menjual...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tan Sri Pengerusi, boleh saya minta laluan sikit Menteri?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ya, silakan Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya bangkitkan ada dua perkara yang penting. Pertama tentang mereka yang layak itu. Dia tidak ada definisi yang jelas siapa sebenarnya yang layak itu. Sebab itu timbul orang-orang lain pun boleh beli minyak masak yang bersubsidi RM2.50. Kita tengok orang yang berniaga pun beli, yang berniaga restoran besar pun beli sebab saya cadangkan supaya Kementerian Kewangan dan KPDN untuk memberikan definisi yang jelas siapa sebenarnya yang layak. Itu pertama.
Keduanya, saya sebut mengenai anak-anak syarikat daripada negara asing. Ada dua dari Singapura. Banyak Singapura dalam 10 dan satu lagi daripada Jepun. Apakah garis panduan kilang-kilang memproses ini? Dia perlu terdiri daripada kilang-kilang tempatan? Apa pandangan dan apa tindakan yang akan diambil.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. saya selesaikan dulu isu berkaitan dengan pengesanan distribution dengan izin, bekalan minyak masak 60,000 metrik tan tersebut. Itu sebabnya pada tahun 2025 ini kita perluaskan sistem eCOSS tersebut melalui satu aplikasi yang kita namakan aplikasi mobile eCOSS, di mana ia akan melengkapkan rantaian hingga ke peringkat pembelian. Jadi, kita boleh ada data melalui aplikasi ini, ke mana peruncit ini menjual, siapa pembelinya dan jumlah pembelian tersebut.
Jadi kita harap dengan adanya aplikasi ini yang sedang kita rintis dalam program Jualan Rahmah.
Dan baru-baru ini alhamdulillah Kerajaan Negeri Johor bersetuju Johor menjadi salah satu tempat, negeri untuk kita rintis program ini maka pada yang sama dari segi yang disebut oleh ramai Ahli Yang Berhormat untuk kita melarang pembelian daripada warga asing itu juga akan dapat kita laksanakan kerana aplikasi mobil tersebut akan disandarkan kepada data Jabatan Pendaftaran Negara. Itu berkaitan dengan usaha kita memastikan pengagihan tersebut dapat dilaksanakan.
Beberapa perkara yang dibangkitkan. Saya mula dengan Kubang Pasu. Kubang Pasu membangkitkan tadi berkaitan dengan syarikat milikan asing, yang sebenarnya dia berbeza Yang Berhormat. Ada yang mungkin keliru. Bukannya syarikat pembungkus tetapi kilang penapis. Pertama, saya ingin maklumkan bahawa pemilihan syarikat kilang penapis yang membekalkan bekalan kepada syarikat pembungkus tersebut ditentukan oleh syarikat- syarikat pembungkus itu sendiri iaitu daripada kalangan syarikat-syarikat penapis yang dilesenkan oleh MPOB.
Antara faktor repackers ini memilih syarikat-syarikat tersebut antaranya adalah kilang penapis yang berdekatan dengan lokasi premis repackers. Kedua, kualiti perkhidmatan dan juga kemampuan kilang penapis itu membekalkan bekalan secara konsisten, termasuk isu yang terkait dengan perjanjian-perjanjian mereka dari segi pinjaman dan sebagainya.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Jadi, itu yang telah menyebabkan dan yang kedua, saya ingin maklumkan bahawa syarikat-syarikat yang dipilih ini, yang didaftarkan untuk menjadi pembekal kepada repackers ini, pelantikannya telah pun bermula sejak program ini dilaksanakan, ya. Pada tahun 2016, sebaik KPDN mengambil kawal selia untuk program ini...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
...Jumlah 23 daripada 25 syarikat tersebut memang sedia ada dan apa yang sedang kita...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh tanya, Menteri?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sekejap, saya habiskan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai, Pulai.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
YB Pulai juga mungkin...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tampin, Tampin.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya ingin memaklumkan, ya. Pertama, pilihan repackers, tetapi kalangan kilang-kilang penapis yang mendaftar dengan MPOB. Dan yang kedua adalah, syarikat-syarikat ini telah dilantik lebih awal dan sekarang kita mengambil perhatian tentang apa yang dibangkitkan. Kita dalam reform, penambahbaikan yang kita laksanakan. Kita akan menggalakkan supaya repackers ini mengambil alternatif kepada syarikat-syarikat tempatan, tertakluk kepada kemampuan syarikat-syarikat tempatan tersebut untuk memberikan bekalan secara konsisten kepada repackers ini.
Yang disebutkan oleh Gopeng, Gopeng mempersoalkan atau bertanya sama ada program ini relevan ataupun tidak, ataupun diganti sahaja. Subsidi ini diberikan melalui SARA.
Kalau dilihat daripada perspektif pengurusan mudah, saya bersetuju Yang Berhormat, tetapi saya fikir, sekiranya kita mengambil pendekatan bahawa kita memansuhkan program ini, digantikan dengan SARA, saya khuatir Yang Berhormat di luar akan sukar menjawab apabila ada pihak yang menyatakan satu lagi bentuk subsidi, persepsi subsidi dimansuhkan dan saya pula kena menjawab. Bukan hanya di luar, tetapi di dalam Dewan ini. Namun, apa yang...
Tuan Yang di-Pertua
Ha, Menteri perlukan beberapa minit lagi, Menteri?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ada empat, lima minit Yang Berhormat Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey boleh. Saya bagi tiga minit?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga minit.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Namun Yang Berhormat, fokus kita sekarang KPDN adalah untuk memastikan 60,000 metrik tan tersebut dielakkan ketirisan. Melalui pemantauan secara digital, kita tengok dulu bila sama ada 60,000 ini, bila pengagihannya dapat dipastikan maka baru kita kaji sama ada keperluan untuk sebarang alternatif lain. Jadi, itu fokus yang ingin kita laksanakan pada masa ini.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
YB Menteri, saya nak tambah sikit.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Dan, apa nama- Ledang, Kota Melaka- ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua
Pulai, Pulai tanya.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai, Pulai. Okey. Saya kira, yang dimaksudkan oleh SARA seperti mana yang Gopeng dengan yang Pulai sebut itu, itu adalah, sistem sahaja.
Maknanya, kita menggunakan sistem yang ada pada SARA itu untuk mengimplementasi penjualan minyak itu supaya tidak berlaku ketirisan. Itu satu.
Yang keduanya, saya nak tanya. Dari segi isi rumah ini, kita ada 3.16 juta. Maknanya, keperluan bagi isi rumah bagi menggunakan enam kilo bagi satu isi rumah, lebih kurang dalam 19,000 metrik tan sahaja. So, sekarang ini kita buat 60,000. Bermakna, kita dah lebih.
Apakah ada usaha untuk mengurangkan lagi supaya maknanya kita keluarkan untuk yang memerlukan sahaja? Lebih kurang dalam 19,000 ataupun 20,000 metrik tan sebulan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Menteri, saya tambah sikit. Sebenarnya, saya cadangkan untuk melihatkan semula sama ada ia masih relevan ke tidak, bukan bermaksud kita mansuhkan sepenuhnya dalam memberikan subsidi dalam minyak masak tetapi subsidi ini boleh diberikan melalui SARA.
Contohnya, dia punya pembelian minyak masak sama macam Jualan Rahmah.
Sekarang, kalau lima kilo satu botol lebih kurang RM30, dia boleh dijualkan dalam kadar RM20 ataupun harga yang lebih murah. So, dari situ dia punya pengurusannya, pentadbirannya, dia lebih mudah dan subsidi itu terus kepada pengguna, pembeli, bukan kepada penapis minyak ataupun orang tengah ataupun kilang-kilang. So, dia akan direct kepada pengguna apabila mereka membeli dan minyak itu betul-betul sampai ke dalam dapur dan rumah dia.
So, bukan maksud mansuh keseluruhan subsidi itu tetapi beralih subsidi itu, kita menampung keperluan SARA dan juga Jualan Rahmah dengan harga diskaun yang lebih dapat memberikan kepada kumpulan sasaran. Terima kasih, Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tan Sri Yang di-Pertua, kedua-dua Pulai dan juga Kampar membangkitkan tentang SARA. Kita faham bahawa program SARA ini adalah, pemberian subsidi kerajaan menggunakan MyKad tetapi pengguna, rakyat, masih membeli pada kadar tanpa subsidi. Hanya cash tersebut dimasukkan pada MyKad dan rakyat.
Jadi, sekiranya kita ingin melaksanakan sistem SARA yang sebagaimana pada hari ini, bottom line-nya, asasnya, maksudnya adalah subsidi minyak paket itu telah pun dimansuhkan dan digantikan dengan tunai untuk pembelian. Jadi, sebagaimana yang kita sebutkan tadi bahawa fokus, kita ada rasionalisasi subsidi, perkara-perkara lain yang lebih besar maka fokus sekarang ini adalah untuk memastikan dahulu distribution, pengagihan itu, 60,000 metrik tan itu sampai.
Yang kedua, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai tadi tentang kuota. Tan Sri, untuk makluman, pengiraan yang dibuat oleh apa nama- Pulai, saya tahu, pada peringkat awal disebutkan tentang pengiraan itu adalah 1.5 kilo bagi setiap per kapita. Dan, kalau kita kira pengiraan itu pada tahun 2016, 1.5 kilo dengan 32 juta penduduk pada masa itu, kadarnya adalah, keperluannya adalah dalam 40,000 metrik tan. Namun, itu pengiraan yang dibuat pada tahun 2016 tersebut, tetapi dari segi pelaksanaan, saya setuju bahawa dari segi polisi, kita perlu perkemaskan.
Pada masa yang sama, dibenarkan juga termasuk Mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Dewan yang mulia ini pada tahun 2022 pernah menyebut, bahawa kita tidak boleh mengambil tindakan kepada restoran, penjaja yang juga menggunakan minyak masak paket ini. Itu isunya.
Dari segi pengiraan per kapita ataupun household, jumlah 40,000 metrik tan mencukupi tetapi apabila diambil kira sektor-sektor lain, khususnya peniaga mikro dan kecil,
Datuk Armizan bin Mohd Ali
penjaja, restoran yang kecil, pusat-pusat asuhan warga emas dan juga kantin dan asrama sekolah, maka itu yang telah menyebabkan keperluan sehingga 60,000 metrik tan tersebut.
Jadi, itu yang perlu diperjelaskan kerana hakikatnya, dari segi pelaksanaan sekarang, dari segi pelaksanaan, penjaja, restoran dan juga kantin sekolah, dewan asrama juga dibenarkan untuk membuat pembelian tersebut.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, apa pun sebelum ini, kita tidak mempunyai data, Yang Berhormat. Siapakah yang sebenarnya yang mengguna pakai minyak masak paket tersebut?
Itu yang saya sebutkan. Daripada peringkat sekarang ini, fokus kita dengan adanya sistem eCOSS dan aplikasi mobile tersebut, kita akan ada data pembelian 60,000 metrik tan.
Dengan adanya data tersebut, kemudian kita boleh merangka apakah way forward policy yang terbaik dan kita sama-sama putuskan pihak ataupun golongan sasar yang wajar untuk dimanfaatkan, mendapat manfaat daripada subsidi ini.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, perkara-perkara lain akan kita jawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan komitmen kita adalah untuk memastikan supaya ketirisan, penyeludupan dan penyelewengan terkait dengan subsidi minyak masak paket ini dan juga program-program lain dapat kita tangani dan rakyat dapat memanfaatkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Menteri. Akhir sekali, saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi), 10 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
*Pagi hari pergi ke ladang, Menanam padi di pinggir paya; Audit telus laporan terang, Agar negara terus berjaya.
[Tepuk]* Okey, Kota Bharu? Okeylah, okey. Bagi pihak kerajaan dan Jabatan Audit Negara, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di atas Usul Laporan Ketua Audit Negara 2025, mengenai aktiviti kementerian, jabatan, badan berkanun, syarikat Kerajaan Persekutuan dan menyentuh berkenaan dengan Jabatan Audit Negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Antara Ahli Yang Berhormat yang telah membuat ucapan dan yang saya akan jawab adalah berkaitan dengan Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Kota Bharu.
Saya telah mendengar pandangan dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Saya amat bersyukur ke atas penyertaan semua dalam perbahasan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menunjukkan ketapan pemimpin-pemimpin negara ini mengambil berat tentang isu penggunaan dana awam dan menegaskan semula peranan Dewan Rakyat sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kuasa Eksekutif.
Terdapat beberapa persoalan-persoalan utama yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang akan saya jawab iaitu Yang Berhormat Kota Bharu, Beluran dan Putrajaya membangkitkan:
(i) adakah perlu untuk memastikan validity Laporan Ketua Audit Negara berdasarkan kepada Perkara 107, Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pelantikan Ketua Audit Negara tidak mengikut Perlembagaan, Perkara 105. Itu pandangan Yang Berhormat;
(ii) Perkara 105(4), saraan Ketua Audit Negara. Adakah pegawai awam boleh dilantik sebagai Ketua Audit Negara. Maka, adakah pelantikan ini sah?
Jawapan soalan pertama dan kedua akan dijawab bersekali kerana saling berkait mengenai isu Laporan Ketua Audit Negara dan pelantikan Ketua Audit Negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Fasal 1, Perkara 105, Perlembagaan Persekutuan (PP) memperuntukkan bahawa Ketua Audit Negara hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja- Raja.
Merujuk Perkara 105, Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 [Akta 62]. Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jadual Pertama kepada Akta 62 memperuntukkan seperti berikut, dengan izin, *Remuneration of Auditor General. Section 4, First Schedule of the Audit Act.
i. Section 1(1) – whether Auditor General is appointed from amongst the members of any of the public services, his remunerations shall be subject to Article 105(5) of the Federal Constitution consist of a pensionable salary of RM27,758 per month and or such allowances and privileges as are payable or granted to him under the Second Schedule. Where a person who is not a member of any of the public services is appointed as Auditor General, his remunerations shall not be pensionable, shall subject to Article 105(5) of the Federal Constitution consist of a salary of RM27,758 per month and or such allowances and privileges as are payable or granted to him under the Second Schedule, in addition thereto he may be granted such benefits on cessation of office as may be determined by the Yang di-*
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
*Pertuan Agong by Order in the Gazette appoint is appointment as Auditor General.
ii. Paragraph (3) – any order under paragraph (2) shall be laid before each House of Parliament as soon as may be after it is made.* Bahawa...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya faham daripada penerangan Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat menyatakan bahawa berdasarkan Perkara 105(1), (4) dan semua clauses dalam artikel ini, seseorang pegawai yang masih berkhidmat boleh dilantik sebagai seorang Ketua Audit Negara. Itu yang saya faham, tapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, kalau kita melihat, I am sure you have a constitution with you now, ya.
Dalam artikel 105(2), saya baca dulu dalam bahasa Malaysia ya. Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara, layak dilantik semula. He is eligible to be reappointment, eligible for reappointment ya, tapi ayat itu disambung, tetapi tidaklah layak dilantik bagi apa-apa pelantikan lain dalam perkhidmatan Persekutuan atau apa-apa perkhidmatan lain dalam perkhidmatan sesuatu negeri, but shall not be eligible for any other appointment in the service of Federation or for any appointment in service of state, okey.
Dalam kes seorang pegawai yang sedang bertugas, katakanlah umur dia 55 tahun.
Umur pencennya 60 tahun, ya. Dia mempunyai lima tahun lagi apa ini – masa, tempoh untuk meneruskan perkhidmatan. Katakanlah dia menjalani jawatan sebagai Ketua Audit Negara, dua tahun. Dia mempunyai tiga tahun lagi tempoh untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Adakah - saya tanya pandangan Yang Berhormat. Adakah 105(2) mengatakan bila dia habis Ketua Audit Negara, tidak disambung: not reappointed again. Adakah dia boleh diteruskan perkhidmatan dia dalam perkhidmatan awam berdasarkan kepada 105(2)? Satu.
Yang kedua, 105(4) yang Yang Berhormat sebut tadi. Parlimen hendaklah melalui membuat peruntukan bagi saraan emolumen Ketua Audit Negara dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
Okey, daripada 105(4) ini, saya berpandangan ia nya bermakna, yang boleh dilantik sebagai Ketua Audit Negara adalah, bukan pegawai yang sedang berkhidmat. Kerana wujudnya 105(4) ini kerana yang dilantik itu bukan - tak semestinya beliau seorang pesara.
Saya mendapat maklumat bahawa seorang Ketua Audit Negara, saya mohon izin untuk menyebut nama dia, tapi Allahyarham Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil. Beliau dilantik semasa beliau menjadi KSU KKR pada tahun 1999, tetapi apabila dilantik menjadi Ketua
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Audit Negara tahun 2000, beliau telah dinasihatkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga oleh AGC supaya meletakkan jawatan dalam perkhidmatan awam.
Maknanya, pegawai yang sedang berkhidmat tidak boleh atau tidak sewajarnya dilantik menjadi Ketua Audit Negara. Satu tahun, beliau meletakan jawatan. This is record that I have. Dia meletakkan jawatan dan dia diteruskan sebagai Ketua Audit Negara- 2000 sehingga 2006.
Jadi, saya nak dapat penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah sebenarnya legal position dalam pelantikan Ketua Audit Negara ini? Bolehkah sebagaimana sekarang, with all due respect kepada Ketua Audit Negara sekarang. Beliau dilantik semasa beliau masih lagi mempunyai jawatan dalam perkhidmatan awam.
Kemudian sehingga ke hari ini, saya difahamkan ada beberapa tahun lagi. Saya nak dapat penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat. Terima kasih kepada soalan yang ditanya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, nampaknya sekarang Yang Berhormat Kota Bharu has made a u-turn. Kerana semasa perbahasan mengatakan bahawa pelantikan ini is wrong, tidak layak dan cannot get remunerations dan sebagainya.
Sekarang, soalan itu walaupun sudah dijawab oleh saya, sekarang sebenarnya satu soalan yang baharu. Betul Yang Berhormat? This is a new question you are asking me...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
No.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
...Because, you are asking me to interpret the...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
No. That was my opinion.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
*No, I will give you an answer. No issue.
No. No. What I am saying,* perkara Yang Berhormat bangkit, saya telah jawab. Sebenarnya perkara yang baharu dibangkit, saya tak perlu jawab, tapi saya rela untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
There must be some specific clear. Kerana saya ingat dulu Yang Berhormat bila menjadi Menteri Undang-undang, bila kita tanya perkara yang baharu, Yang Berhormat cakap, tak boleh jawab, itu perkara baharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Bila itu?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tapi sekarang...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ada tarikh ke bila itu? Jangan buat andaian begitu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jangan marah. Itu cerita lama.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
We have a Hansard.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tapi tak apa lah Yang Berhormat. Ini – we as lawyers, yang ini saya sedia. Yang mustahak adalah ini. Yang Berhormat, soalan yang ditanya adalah satu perkara yang baik kerana itu ada kena mengena dengan ini.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya pun telah berbincang kepada Auditor General dan pegawai-pegawai mereka.
Ini satu perkara yang unik. Dan selepas kita merujuk kepada undang-undang, kita rasa
pelantikan adalah sah. Okey? Kerana, Tan Sri Yang di-Pertua, saya sedikit
saya akan jawab perkara- Yang Berhormat boleh duduk. No issue. No issue.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu, sila duduk dulu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Berapa lama pun, no issue, tapi ada di antara kawan-kawan kita di sebelah sana mengatakan bahawa Auditor General punya report sangat nipis. Actually pada masa itu saya nak bangun dan katakan don’t judge a book by the cover.
Tuan Yang di-Pertua
Thickness.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
You know, by the thickness. Then, all by digital pun ada juga. Jadi, perkara itu tidak perlu bangkitlah.
Jadi, balik kepada perkara yang dibangkitkan. Itu perkara yang baharu. “Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara tidak boleh dilantik dalam perkhidmatan awam.” Itu yang dikatakan di sana. Jadi, kalau pelantikan Auditor General ini adalah perkhidmatan awam, maka dia tak layaklah. Kalau tidak, dia layak. I’m giving a literal…
Tuan Yang di-Pertua
Can you put in English, please?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Mungkin you want to say in English because Melayu itu agak pening juga.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri. Sekejap, YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
*No, no. It’s very clearly says it that if you’re public servant, you have been appointed as Auditor General, okay, then you cannot take― once your job is over as an Auditor General, you cannot be appointed in the civil service.
There is no question.*
Tuan Yang di-Pertua
Alright.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kita setuju, tapi soalan Yang Berhormat tanya, selepas habis― katakan, Yang Berhormat, Dato’ Seri sekarang menghabiskan tugas dia. Dia mungkin― I don’t know, she looks like a young girl, but let say katakan dalam lima tahun she finished. Soalan Yang Berhormat tanya, adakah dia layak untuk disambung?
Sebenarnya, nombor satu, itu adalah jurisdiction of Prime Minister…
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tak. Bukan, bukan. That’s not what I meant. That’s not what I meant.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
No, no. Wait, I’m coming to what you are trying to say. Yang Berhormat, perkara ini baharu dibangkitkan. So, I keep on thinking and then I got a case law to support my contention. Dan adakah dia layak untuk dilantik semula?
Itu terpulang kepada tafsiran oleh Perdana Menterilah pada masa itu. I’m not in the position to say.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, boleh ya sikit?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh tak sebelum― Yang Berhormat Bangi, sekejap ya. I want to finish, please. Okey, tadi semasa membahaskan laporan ini, saya juga menyebutkan dan saya memetik satu dokumen. Sebenarnya dokumen ini adalah, satu perbincangan dan juga mesyuarat antara Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara dengan Jabatan Audit Negara dan wakil PEMANDU pada 4 Mac 2025. Ini dokumen yang saya ada... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Don’t ask me where I got it-lah.
Dalam pandangan undang-undang yang diberikan oleh AGC seperti disebut di sini, “Bahagian ini...” means Bahagian Penasihat AGC, *“Difahamkan dari segi amalan biasa pelantikan Ketua Audit Negara adalah bukan dari kalangan anggota perkhidmatan awam
(anggota perkhidmatan awam yang telah bersara). Pelantikannya dibuat secara kontrak yang memperuntukkan terma syarat perkhidmatannya.”* Jadi, itu berkaitan― that is why timbulnya 105(4) di mana Parlimen perlu membuat suatu undang-undang mengenai remuneration kepada Ketua Audit Negara. Kalau pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik sebagai Ketua Audit Negara, tentu tidak timbul 105(4).
105(4) ini ada kerana pelantikannya, bagi pandangan saya, tidak boleh dari kalangan pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri, sebelum― boleh saya...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Bangi. Selepas itu Menteri wrap up ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebenarnya saya ikut juga perbincangan ini and I find it fascinating, dengan izin. Cuma, saya nak ingatkan semualah Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya untuk menentukan sama ada pelantikan tersebut sah ataupun tidak bukan Dewan ini. We are not here to decide on whether the pelantikan is correct, sah atau tidak sebab kita tak ada kuasa itu. Kalau kita luluskan usul dekat sini katakan tak sah, masih sah lagi selagi mana ia tidak dibawa ke mahkamah.
Jadi, saya fikir kerajaan dah ada pendirian dia, Kota Bharu ada pendirian dia. Kalau rasanya tak ada― tak puas hati atau rasa tak sah, terpulang kepada pihak-pihak untuk bawa ke mahkamah. Because I think this has gone on for a long time yang mana perkara ini kita
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
bincang sampai lembu balik pun tak habis, Tan Sri Yang di-Pertua. I hope we can just finish this here because, to me, it just an academic discussion untuk syok sendiri, dengan izin.
Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tan Sri Yang di-Pertua, ini bukan masalah akademik. Ini masalah legal. We are legislators here.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya. You bawalah ke mahkamah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
This is our argument. We want to know that stance of the government.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
The government has given its stance, dengan izin.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu saya tanya. Is that is government stance? Okay, we take it. We take it. Kerajaan berpandangan pelantikan Ketua Audit Negara boleh dibuat dari kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang masih berkhidmat. Is that your stance?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, itulah. Itulah...
Tuan Yang di-Pertua
That was your answer, kan?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, I’ve already read earlier to you where section 4, First Schedule, the remuneration di sana. Mungkin, Yang Berhormat, you can refer online and see whether Auditor General is appointed amongst the members of the: any of the public service. It’s speak by itself. That is why I said I’ve had a case law to support. This is actually plain meaning rule. I mean, you are lawyer, you know that plain meaning rule. The rule is often referred as the literal rule, the grammatical rule or ordinary rule. The rule is that if the statutory words are unambiguous and clear on the face, the words should be construed and applied in accordance with the ordinary meaning. Dan I’m supported, Tan Sri Yang di-Pertua, dengan satu kes iaitu kes Hokkien Cemeteries Penang against Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dalam kes ini, di mana dia merujuk kepada satu kes Manogoran Subramaniam 2009-1 MLJ 21, “When the fundamental rule of interpretation is the statute is to be given to the intent of the legislature and the intention has to be found by an examination of the languages used in the statute as a whole...” Bermakna, it’s already here. YB Kota Bharu, dah ada di sini. So, we do not have to import any other thing. If you want to import, if you want to say something different, itu pandangan Yang Berhormatlah.
Dan Yang Berhormat ada kata, there is a research or internal paper by AGC. I’m not too sure whether it’s covered under OSA-lah. To be very frank, you always take the risk. I remember YB Lim Kit Siang those days did the same thing and then land up a lot of problems. So, sometimes we have to be very cautious-lah, Tan Sri. Although you are doing for public good, you are doing for the nation, but we also ada batasanlah sometimes, but having said that, itu pandangan AGC. Assuming dia ada di sana, itu pandangan mereka.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
All these are not made in the heart― not carved out of stone. And their opinion bukan semestinya direstui oleh Mahkamah Persekutuan. We keep on say― we know mahkamah on the same issue, lepas itu kita pergi ke mahkamah, *they make another decision.
So, pada pandangan saya, Yang Berhormat yang merujuk kepada pandangan AGC itu, I think AGC, if I heard you correctly, itu pandangan merekalah. So, I don’t want to, but it’s a valid point to be taken into account.*
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
AGC is the advisor to the government, right?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sorry?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
AGC is the advisor, legal advisor to the Cabinet and to the government. So, who else you want to rely on, if not AGC?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
YB Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
You see, we don’t want to go into the detail mechanics. As I’ve said earlier, some of this when it’s covered under OSA, you are in trouble.
You know, isn’t?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
It’s okay. I think I’m not…
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
No, no. It’s a matter of OSA.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, dua-dua lawyer. Kalau kita: kalau biar lawyer bercakap, pukul 9 malam pun tak selesai. Jadi, saya nak buat keputusan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri, I...
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak buat keputusan. Listen, Menteri. You baca exactly apakah yang telah ditentukan oleh kerajaan. That‘s it. Apakah keputusan kerajaan sekarang? Adakah ini menganggap pelantikan itu sah seperti― itu cukup.
Seorang Ahli
Sah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sah. Done.
Beberapa Ahli
...Sah, sah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Sah done. Can we move to other subject? Lain-lain subject, move. Can we move to other subject?
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri, ada banyak perkara. Boleh ia…
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya minta: berapa minit lagi nak habiskan?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Berapa minit yang Tan Sri bagi, saya akan- I all right. I got…
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi 12 minit boleh?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ah, can, can.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, get it done in 12 minutes.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Okey. Alright.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab Maghrib dah sampai.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ah, boleh, boleh, boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dua minit pun boleh, 12 minit pun boleh.
Kita tak ada kisah.
[Ketawa] [Disorak] Selain dari perkara yang dibangkitkan oleh Kota Bharu, saya mengalih kepada perkara yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas. Dia, YB telah menanya, apakah yang dimaksudkan definisi dengan “ketakteraturan yang serius”? Apakah rujukan perundangan, kriteria, garis panduan yang digunakan dalam memberikan pandangan ini? Bagaimanakah, bagaimanakah, berapa serius kah ia diukur?
Jawapannya, pindaan kepada Akta Audit 1957 yang telah berkuat kuasa memperkenalkan peruntukan seksyen 9(4) yang memperuntukkan mandat kepada Ketua Audit Negara untuk membawa sebarang isu yang serius yang ditemui semasa pengauditan ke pengetahuan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan membuat syor bagi menangani perkara tersebut.
Pindaan ini memberikan kuasa kepada Jabatan Audit Negara untuk menjalankan tindakan susulan melalui mekanisme audit yang lebih responsif. Justeru, ia adalah kuasa Audit Negara untuk menentukan dengan serius selaras di bawah subseksyen 9(4) Akta Audit 1957. Justeru, sebarang penggunaan dana awam yang mempunyai kepentingan awam adalah tertakluk kepada pengauditan oleh Ketua Audit Negara dan dilaporkan selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Audit Negara dalam Ketua Audit ini.
Soalan yang kedua yang dikemukakan adalah bagaimana Jabatan Audit Negara memastikan ketetapan fakta yang dilaporkan di dalam media. Sebagai contoh, di mana dikatakan di media, 450 juta merupakan jumlah yang tidak betul, serius. Bagaimana menurut Jabatan Audit Negara, angka tersebut merupakan nilai kos projek.
Jawapannya, sebaik sahaja Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan, Jabatan Audit Negara akan melaksanakan pemantauan liputan media. Sekiranya terdapat fakta atau berita tidak benar, Jabatan Audit Negara akan menghubungi media berkenaan untuk tindakan pembetulan fakta berita tersebut.
Selain itu, Jabatan Audit Negara juga akan mengeluarkan kenyataan media bagi membetulkan laporan media yang kurang tepat. Sebagai contoh, pada 22 Julai 2025, Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan kekeliruan mengenai RM48.873 bilion merupakan nilai kos keseluruhan program, aktiviti projek yang diaudit dan bukan jumlah ketirisan atau kerugian seperti yang disalah lapor oleh pihak-pihak.
[Tepuk] Soalan ketiga, apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Audit Negara untuk meningkatkan transparensi dan mengelakkan kesilapan fakta? Pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara adalah berdasarkan piawaian pengauditan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Organisation of Supreme Audit Institutions. Selain itu, pengauditan yang dilaksanakan juga telah melalui proses kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan setiap isu yang dilaporkan tepat. Jabatan Audit Negara juga mempunyai prosedur jaminan kualiti pengauditan dan pelaporan. Laporan Ketua Audit Negara yang mana, yang mana, lazimnya akan dilaksanakan oleh bahagian yang tidak terlibat dengan Laporan Ketua Audit Negara untuk memastikan semua prosedur kawalan kualiti dipatuhi.
Sebelum Laporan Ketua Audit Negara dimuktamadkan, pelbagai libat urus seperti mesyuarat pembukaan, mesyuarat penutup dan pengeluaran confirmatory dan sebagainya.
Later, kepada kementerian, agensi, syarikat yang terlibat bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara adalah seimbang dengan mengambil kira perspektif audit. Prosedur ini diyakini dapat meningkatkan transparensi dan ketetapan Laporan Ketua Audit Negara.
Lagi satu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Pengauditan hanya mengaudit Ministry of Finance, PETRA, KKDW, KPT, Kementerian Pertahanan dan KKR. Kementerian yang diaudit kebanyakannya diwakili oleh komponen parti politik dalam kerajaan.
Jawapan. Pengauditan oleh Jabatan Audit Negara tidak bermotifkan politik.
Sebaliknya dilaksanakan secara menyeluruh terhadap semua kementerian dan jabatan selaras dengan fasal (2) Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan serta Audit: Akta Audit 1957. Jabatan Audit Negara sepatutnya tidak hanya melihat kepada kriteria harga terendah tetapi perlu melihat kepada kesihatan syarikat semasa melaksanakan perolehan.
Ini ditanya oleh Yang Berhormat Tenggara. Perkara yang dibangkitkan adalah sama dengan teguran Audit dalam LKAN yang membangkitkan — Laporan Ketua Audit Negara yang membangkitkan bahawa prosedur sepatutnya menggunakan harga tawaran tidak lebih rendah daripada kurang 15 peratus daripada purata terlaras kerja pembina dan bukan harga terendah. Antara faktor lain yang disemak oleh Jabatan Audit Negara adalah, meliputi keputusan perolehan yang melebihi had nilai dan kuasa Lembaga Perolehan di peringkat agensi sebelum dikemukakan untuk keputusan muktamad Kementerian Kewangan.
Ini soalan dari Semporna, perbahasan dari Semporna.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang lepas, berapa banyak teguran Audit yang telah diperbetulkan dalam beberapa projek yang dilaksanakan dalam negara? Ini soalan yang dikemukakan. Jawapannya, susulan isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dibuat secara dalam talian melalui platform Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara- Auditor General’s Dashboard
(AGD) yang boleh diakses secara terbuka.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sehingga 21 Julai 2025, sejumlah 12,515 isu dan syor dipantau dengan 11,704 isu iaitu 93.5 peratus telah selesai, ‘hijau' dan 811 isu, 6.5 peratus masih dalam tindakan ‘kuning' dan ‘merah' mengikut sistem mereka. Bagi tempoh tahun 2024 hingga bulan Jun 2025, susulan audit yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara telah berjaya membantu kerajaan mendapat bayaran balik berjumlah 157.73 juta.
Yang Berhormat Putrajaya, saya ada pernah nampak jawapan, tapi hilang sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kena jawab, kena jawab.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat boleh, boleh bagi jawapan untuk…
Tuan Yang di-Pertua
Ataupun jawapan bertulis pun tak apalah.
Seorang Ahli
...Jawapan bertulis
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bukan itu mustahak, saya dengar itu, saya- I saw the reply.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya pun mahu melawan sikit. [Dewan ketawa] Ha, wear your gloves. Soalan Yang Berhormat Putrajaya. Program ‘Santani’ MADANI: Oh, di Taiping punya.
Beberapa Ahli
...Santuni.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Santuni, santuni. Penglibatan Jabatan Audit Negara dalam program MADANI yang diselaraskan oleh ICU. Bagaimanapun pengauditan program MADANI hendak dilaksanakan sedangkan Jabatan Audit Negara turut terlibat dalam program tersebut dan juga turut terlibat sebagai pelaksana projek juga.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat tak pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri ya? Itulah sebab.
[Ketawa] Kerana bila saya dapat jawapan, I can understand. Ketua Audit Negara adalah ketua...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oh, Hulu Langat sudah mari. Masalah. Ini last, ini last Yang Berhormat. Habis.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey.
[Dewan ketawa]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Mau tak mau, saya akan habis ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, please.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Memang masalah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Fasal member sudah datang. Ada masalah lepas itu. Okey, okey.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebagai salah sebuah jabatan di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Audit Negara turut melaksanakan program Santuni MADANI pada tahun 2025 sebagaimana surat edaran daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bertarikh 12 Jun 2024 mengenai pelaksanaan program ini.
Jabatan Audit Negara telah memilih Taman Tasik Taiping, Perak sebagai lokasi program Santuni MADANI pada tahun 2024 dan 2025. Jabatan Audit Negara telah mengadakan sesi libat urus bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK), pemimpin serta penduduk Kampung Pokok Assam dan penduduk Kampung Tupai di sekitar Taman Tasik Taiping bagi membantu penyelesaian masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk setempat.
Jabatan Audit Negara berpandangan bahawa penglibatan dalam program ini tidak menjejaskan kebebasan Ketua Audit Negara dalam melaksanakan pengauditan mengikut Akta Audit 1957 [Akta 62] kerana segala perolehan bagi program ini adalah tertakluk kepada tatacara perolehan dan peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa. Jabatan Audit Negara juga tertakluk kepada pengauditan oleh Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri dan semakan oleh pasukan ‘nazrin’ [Dicelah] Naziran Jabatan Audit Negara serta pasukan ‘nazar’...
Tuan Yang di-Pertua
Naziran.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Naziran Jabatan Audit Negara Malaysia.
Ada soalan? Ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Pertama sekali saya mendengar dengan teliti jawapan tersebut. Seperti mana saya sebut tadi, kalau Yang Berhormat Menteri dengar penjelasan saya daripada awal, apa yang saya tekankan adalah kebebasan untuk Jabatan Audit. Sebagai seorang yang lama mengajar audit, kita tahu auditor ini perkara kebebasan paling penting. Jadi saya tekankan tadi. Kebebasan ini ada dua. Satu, dalam konteks pemikiran juruaudit dan kedua, macam mana orang melihat kebebasan audit itu sendiri.
Sebab itu saya kata, tidak ada kepentingan pun untuk Jabatan Audit Negara terlibat sama. Kalau dah terlibat tahun lepas, yang itu saya tak tahu. Yang saya tahu pada tahun ini, saya mohon betulkan. Jadi saya jelaskan, kalau tak terlibat sama pun, tak ada masalah untuk Jabatan Audit Negara. Dan saya tak nak trend ini berterusan kerana ini akan melibatkan bagaimana kita melihat Jabatan Audit Negara ini dah terlibat dalam program-program propaganda politik. Itu saya jelaskan tadi.
Jadi saya tak kisah kalau nak teruskan, teruskanlah. Kalau kerajaan rasa itu terbaik, teruskanlah. Kalau Jabatan Audit Negara rasa itu yang terbaik, teruskanlah, tetapi atas prinsip
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
kebebasan audit: auditor ini mesti dilihat sebagai bukan sahaja bebas, tetapi dilihat sebagai bebas.
Jadi saya mohon kepada Ketua Audit Negara, buat keputusan secara bebas supaya tak teruskan. Tak rugi apa pun kalau Jabatan Audit Negara tak terlibat. Itu sahaja, tetapi kalau kerajaan rasa tak apa nak teruskan, itu keputusan kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, itu pandangan, itu pandangan. You don’t have to response. I think because time is up. Please, landing now, landing now.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya terima baik pandangan Yang Berhormat. Ia akan diberitahu kepada Ketua Audit Negara dan ini adalah, jawapan-jawapan yang sedia ada. Ada sedikit lagi dan ia akan diberi secara bertulis. Saya terima kasih kepada semua...
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah?
Tuan Yang di-Pertua
Tak apalah. Bertulislah, bertulislah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah.
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
Bertulis, bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, saya dah beri enough time.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya. I’m okay, I’m late. One more time here.
Tuan Yang di-Pertua
You want tutup?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya. Ini sahaja yang saya ada jawapan.
Selain dari itu, kalau ada apa-apa yang telah dibangkit dan tidak mendapat jawapan, boleh jumpa dengan saya. Saya akan mengarahkan jawapan diberi dengan beberapa hari dari sekarang. Yang Berhormat, kalau if there’s anything we are overlook dan kalau mahu, Yang Berhormat pun saya boleh atur untuk berjumpa dengan jabatan. So that, there will be more discussion openly. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di nombor 1 tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 24 Julai 2025*.
[Mengetuk tukul] Thank you.*
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.55 petang]