Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025.
Di samping itu, bersama-sama kita pagi ini, di barisan galeri awam adalah para peserta Program Sekolah Parlimen Sesi 2025 yang terdiri daripada ketua-ketua pelajar Sekolah Negeri Perlis. Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Parlimen dalam memberikan pendedahan berkenaan sistem demokrasi berparlimen negara ini serta menggilap daya kepimpinan mereka yang bakal menjadi pemimpin masa depan. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Dengan ini, saya menjemput Tuan Mohd Sani bin Hamzah, Hulu Langat. Silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tan Sri Speaker, Hamzan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang — saya jemput, Tuan Mohd Sani bin Hamzan, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Barulah betul. Selamat datang diucapkan kepada adik-adik daripada Perlis.
Tanjong Piai pergi Dumai, Dari Dumai naik kereta; Kita berhimpun beramai-ramai, Pertahankan PM Panglima kita.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, baca soalan.
1. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah, khususnya dalam memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sila jawab, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Hulu Langat. Isu Timur Tengah, khususnya Gaza dan Palestin itu telah menjadi kehangatan dan keributan selama lebih tujuh dekad. Dan kita dari segi Malaysia, khususnya Menteri Luar dan Kementerian Luar, telah berusaha sedaya upaya menyuarakan pandangan kita dengan tegas. Malaysia di antara negara yang agak keras dalam pendirian dia dalam sidang OIC dan juga pertemuan Liga Arab dan OIC berulang kali dan juga di The Hague yang tak ramai negara Islam yang hadir tapi dihadiri oleh Menteri Luar dan beberapa langkah-langkah lain.
Di samping itu, inisiatif Malaysia dan Jepun dalam CEAPAD diteruskan.
Pertemuannya diadakan dua minggu yang lalu untuk mempersiapkan jentera membantu - bantuan kemanusiaan sekiranya keadaan reda. Tapi nampaknya kezaliman dan keganasan Israel itu tidak terhenti. Dan sekarang ini bukan saja soal Gaza dan Tebing Barat tapi melibatkan Iran, serangan di Syria, di Iraq, di Lebanon.
Jadi, ini menimbulkan satu masalah. Malaysia juga di antara satu-satu negara yang menghubungi Iran dan menyatakan sokongan kepada Iran dan hak mereka membalas serangan offensive dan agresif dan ganas oleh Israel. Dan selepas itu, atas cadangan Presiden Iran, kita menghubungi Amir Qatar supaya dapat dileraikan dan hubungan di antara Qatar dan Iran itu seperti sediakala sebagai negara sahabat.
Jadi, pendirian kita ini banyak terikat dengan keputusan Liga Arab. Kerana mereka adalah negara jiran, OIC dan United Nations. Tapi malangnya, dalam beberapa keputusan, termasuk yang mutakhir di United Nations, yang veto itu Amerika Syarikat.
Yang kita minta sekarang minimal, sekurang-kurangnya hentikan serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat. Dan keduanya, bagi laluan bantuan kemanusiaan kepada rakyat kerana langkah genocide ini berterusan dan penderitaan itu tidak terlalu berat dan belum berlaku dalam abad ini, paling parah sejak Perang Dunia Kedua.
Jadi dari segi Malaysia, tentu saya terbuka dengan nasihat Ahli-ahli Parlimen. Apalagi yang perlu kita lakukan dari segi suara, kelantangan, bantuan kemanusiaan ya, hubungan misalnya, nasional dan peribadi, saya dan Menteri Luar. Hampir semua dengan negara berkenaan itu telah kita suarakan.
Dalam pertemuan sementara di BRICS, dengan Perdana Menteri Sepanyol, Presiden Colombia yang menyatakan dukungan, itu kita terus. Begitu juga dengan President Lula Brazil dan mutakhir dengan President Cyril Ramaphosa, Afrika Selatan. Jadi, kita perluaskan. Tetapi tuntutan ini masih belum memberikan kesan yang diharapkan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pembunuhan terus berlaku, keganasan terus berlaku. Jadi, cuma yang mampu kita lakukan, telah kita lakukan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih di atas jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seorang pimpinan yang sangat lantang, yang berani mengkritik dan juga seorang pimpinan yang sangat berani.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Perdana Menteri, saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah langkah-langkah drastik yang akan dilakukan oleh Malaysia dalam usaha untuk menghentikan pembantaian dan juga pembunuhan umat manusia yang berlaku di Timur Tengah, khususnya di Palestin? Khususnya kecaman kita terhadap kuasa-kuasa besar dunia dan juga negara-negara Arab yang berpeluk tubuh, yang melihat dan juga yang membantu tentera-tentera laknatullah Israel membunuh warga dan juga masyarakat, rakyat dalam negara Palestin.
Tuan-tuan dan Ahli-ahli Parlimen, saya nak menyatakan bahawa di Eropah, di Barat, mereka bingkas bangkit mengadakan demonstrasi. Ratusan ribu, jutaan umat manusia bangkit di Barat dan juga di Eropah membantah pembantaian dan juga pembunuhan…
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
…Umat manusia yang berlaku di Timur Tengah.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
…Dan juga di Palestin. Sedangkan kita orang Islam,
Seorang Ahli
Panjang sangat Yang Berhormat. Panjang, panjang. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita sebagai orang Islam ini, kita ada himpunan setahun sekali di Mekah dan juga di Madinah yang kita tidak berbuat apa-apa.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu soalan saya. Respons daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Hulu Langat. Kerajaan Malaysia kepada saya sendiri, Menteri Luar dan Kementerian Luar dan Menteri-menteri lain telah lakukan bagi saya apa yang mampu. Tapi, tentunya kita hanya akan melakukan cara berkesan kalau kita terus adakan kerjasama dan rundingan dengan Liga Arab dan OIC sebagai pangkalannya, kemudian melalui UN. Tapi, sekarang ada inisiatif tambahan sepertimana The Hague. The Hague itu Malaysia adalah di antara satu-satu negara yang mengirim wakil tertinggi, Menteri Luar hadir sendiri, sidang khas United Nations sendiri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dan, baru-baru ini bila Presiden Colombia ambil inisiatif, kita hantar wakil kita. Jadi setakat menyuarakan, ya, sepertimana yang dimaklumi, kepada — di hadapan Presiden Joe Biden ketika itu, Presiden Amerika Syarikat, di hadapan Olaf Scholz pada masa itu, Presiden Jerman dan baru-baru ini kepada Perdana Menteri Itali dan juga Presiden Perancis, Macron.
Itu kita dah suarakan sama ada dalam bilateral atau dalam pertemuan dua hala di antara saya dengan Presiden. Dan, saya tidak fikir mampu kita lakukan selain dari menyuarakan, memberi bantuan kemanusiaan dan menggesa rakan-rakan kita di dunia Arab.
Saya tidak mahu menambah bahawa hubungan kita cara peribadi juga dengan beberapa pemimpin Arab itu diteruskan sama ada melalui kontek semasa lawatan rasmi, ataupun semasa mesyuarat-mesyuarat multilateral yang lain, sidang BRICS ataupun sidang United Nations. Itu ambil peluang. Dan, saya tekankan sebentar tadi, termasuk bicara dengan Presiden Iran yang sebenarnya tidak ramai negara-negara, termasuk negara Islam yang berani bicara kerana kontroversi dan tekanan yang Iran hadapi dari negara-negara Barat, khusus termasuk Amerika Syarikat.
Tapi, kita terpaksa lakukan kerana Iran juga dizalimi dalam kes ini dan Iran bagi kita berhak serang balas terhadap kezaliman Israel. Jadi, Israel satu, satu negara pengganas dalam dunia ini yang nampak terus melakukan jenayah perang dan genosid tanpa disekat oleh dunia kerana didukung oleh beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun dan Dewan Yang Mulia, Iran dan Malaysia ada banyak persamaan. Ya, kita berbeza mazhab. Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah. Iran, Syiah. Tapi dari segi geopolitiknya, Iran adalah penjaga Selat Hormuz dan Malaysia penjaga Selat Melaka. Dan, kalau kita bilang konflik yang berlaku antara Iran-Israel ini hanya di Timur Tengah, kita silap.
Pada 2012, Malaysia telah dikenal pasti sebagai command post. Command post kepada virus Stuxnet yang dilancarkan di jana kuasa nuklear Iran. Maknanya apa? Malaysia sudah pun lolos dimasuki oleh ejen Mossad untuk membuat kerja-kerja menjadikan Iran sebagai medan konflik. Baru-baru ini kita tahu Yang Berhormat Kota Raja, pensyarah Palestin dibunuh oleh Mossad, As-Syahid Dr. Fadi Al-Batsh.
Ini menunjukkan keselamatan negara kita dah ada kompromi berlaku. Dan kelmarin Yang Berhormat Tambun, auto gate kita gagal berfungsi. Apa jaminan dengan kelemahan- kelemahan yang ada pada hari ini dan bukti-bukti yang saya jelaskan tadi, negara kita kalis daripada kemasukan ejen-ejen anasir Mossad yang sebenarnya boleh merosakkan keselamatan negara kita? Boleh Yang Amat Berhormat Tambun jelaskan, apa langkah kerajaan nak memastikan kita kalis daripada serangan Mossad?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Machang. Sebenarnya bahaya kehadiran badan-badan perisik antarabangsa termasuk Mossad itu memang dikenal pasti.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tahun 2012 seperti yang Yang Berhormat sebut, memang dibunuh dan sebelum itu dikenal pasti beberapa tindakan lain yang kemudian diambil tindakan. Cuma mereka ini cukup canggih dan pantas, banyak yang keluar lari sebelum dapat dikenal pasti.
Paling akhir ialah kes di mana pasangan suami isteri Melayu dari Selangor yang telah bersekongkol dengan ejen yang dipercayai ejen Mossad yang menyeludup senjata dari Thailand dan kemudian ditangkap dan sekarang ini ditahan di penjara. Dan, saya setuju langkah-langkah tambahan memang telah diambil dan Menteri Dalam Negeri dan kementerian sedang kenal pasti dan tingkatkan keupayaan kita.
Masalah auto gate itu dia terkait tidak juga dengan badan INTERPOL antarabangsa untuk ditingkatkan keupayaan dan Alhamdulillah setakat ini sudah pun dapat diselesaikan.
Cuma yang ditekankan tentang Malaysia oleh kerana mungkin suara kita ataupun pendirian kita telah menjadi medan penyeludupan senjata, dadah dan dalam kes ini ejen-ejen Mossad.
Dari segi taklimat terbaru yang diberi oleh badan perisikan Malaysia, memang mereka ambil berat betul soal ini, terutama setelah terbukti bukan saja kehadiran mereka tapi menggunakan pasangan suami isteri Melayu, sebagai sama ada ejen ataupun yang bekerjasama dengan Mossad.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tan Sri Speaker. Mohon soalan. Sik mohon satu soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak. Saya bagi dekat Sri Aman, silakan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ini berkenaan dengan pergolakan di Timur Tengah ni. Saya cuma mohon sedikit penerangan lah daripada Yang Berhormat Perdana Menteri itu berkenaan dengan status terkini bantuan kemanusiaan negara Malaysia ke Gaza setakat ini? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Sri Aman. Tadi, pagi tadi memang ada taklimat terakhir dari Menteri Luar dan beberapa kementerian. Malah, kita ada lagi kelengkapan, dana, kemudahan dan beberapa kali saya mohon kerjasama daripada Presiden Abdel Fattah El-Sisi, Mesir untuk membantu tetapi masih dihalang di sempadan Rafah oleh Israel. Kita membuat juga langkah melalui Qatar dan ada yang kumpulan pertama bolos masuk. Yang kedua masih terhalang di sempadan Israel.
Langkah ketiga yang dilakukan oleh Kementerian Luar ialah melalui Jordan. Bantuan, malah Menteri Luar ada di sana dan beri bantu kepada beberapa hospital dan kemudahan lain, termasuk usaha Jordan untuk membawa barang makanan dan perubatan ke Gaza. Itu pun masih tersekat. Jadi, sekarang ini dari segi bantuan kemanusiaan, masih kita ada keupayaan lagi, dana lagi, tapi tidak boleh teruskan. Lori-lori yang sangkut itu masih jumlahnya beratus, ada yang sudah rosak dan punah. Ini kita sedang hadapi. Satu negara yang separuh kurang siuman dan ganasnya sampai tidak peduli melihat anak-anak, bayi mati dan terkorban dan kelaparan itu tidak mengesankan. Maknanya hilang. Nilai kemanusiaan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
hilang dan kita telah dedahkan hipokrasi, kemunafikan beberapa negara Barat, negaranya sebab rakyatnya itu berbeza pandangan sampai membiarkan ini berlarutan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tapi percayalah sebaik saja laluan itu diizinkan, kita akan tambah apa saja ikhtiar untuk bantu rakyat yang terkorban.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tan Sri Speaker, soalan tambahan satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Yang Berhormat Perdana Menteri, Malaysia konsisten, tegas dan lantang dalam melawan puak Zionis dan dalam membela hak Palestin. Kadangkala kelantangan kita itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara. Persoalan saya pada 1 Ogos ini, Malaysia bakal dikenakan tarif tambahan 25 peratus walaupun Presiden Trump ada umumkan ini berkenaan soal ekonomi sahaja, tetapi kalau kita lihat apa yang dikenakan ke atas Brazil, yang jelas bukan kerana surplus atau defisit tetapi kerana kemarahan Trump kepada kawannya yang bakal dipenjarakan.
Persoalan saya, adakah ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kelantangan Malaysia ada diambil kira oleh puak Amerika Syarikat yang mungkin nak kenakan tarif tambahan kerana kelantangan kita dalam membela hak Palestin dan adakah kerajaan Malaysia bersedia untuk berkompromi dalam bab ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Muar. Kita masih ada waktu sehingga Ogos dan rundingan masih diteruskan. Saya tidak mahu pre-empt tetapi dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Hegseth di Singapura dan Marco Rubio ke sini baru-baru ini, walaupun disinggung hal itu tapi tidak menjadi isu pokok dalam perbincangan dengan mereka.
Tarif di Malaysia itu masih lebih rendah daripada Viet Nam atau Cambodia, Thailand tetapi kita tidak anggap keputusan Amerika itu adil. Dia unilateral. Dia melanggar semua prinsip-prinsip WTO dan perdagangan antarabangsa dan perjanjian telah dimeterai dan kita telah suarakan.
Dan benar Muar sebutkan, kerana kelantangan Brazil dan Presiden Brazil – sebab kita Presiden Lula yang insya-Allah akan sampai di sini bulan Oktober dan dia telah berjanji untuk datang dan rasa senang untuk hadir. Dia – oleh kerana kelantangan dia menyerang Amerika Syarikat atas soal genosid di Gaza dan menentang langkah-langkah unilateral untuk menekan negara-negara berkembang, termasuk yang terlibat dalam BRICS kerana Presiden Lula Brazil itu menganjurkan sidang BRICS baru-baru ini, maka dikenakan 50 peratus tarif.
Kita belum dalam rundingan terakhir yang dilaporkan minggu lalu, masih belum ada tanda-tanda tetapi dalam rundingan itu ada beberapa pertimbangan yang besar ialah kerana E&E, semiconductor dan chips kerana pengeluaran kita itu sepertimana telah saya sebut di
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dewan, 60 peratus dari pengeluaran kita itu ke Amerika Syarikat. Tapi di sebaliknya, Amerika Syarikat juga memerlukan chips dan E&E dari Malaysia sekitar 25 peratus daripada keperluan Amerika Syarikat.
Jadi, kita harap dan doa insya-Allah dapat diselesaikan dengan baik. Tetapi apa pun kesan ataupun ugutan ataupun bantahan mereka dalam soal pendirian kita dalam isu Palestin-Gaza atau hubungan baik kita dengan Iran, itu tidak akan merubah pendirian kita tegas sebagai negara merdeka dan berdaulat menyuarakan pandangan kita.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tan Sri Speaker, mohon satu lagi soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, terdahulu saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tambun dalam lawatan yang tak rasmi sangat ke Perancis dan Itali telah meraih potensi pelaburan berbilion ringgit...
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Boleh.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dan kita harapkan yang itu akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tan Sri Speaker, boleh saya betulkan statement...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Untuk meringankan beban kos sara hidup yang dialami rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, nanti sekejap...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bagi laluan...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Nak perbetulkan...
Tuan Yang di-Pertua
Bagi habis dulu, lepas tu Menteri jawab.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya nak perbetulkan....
Tuan Yang di-Pertua
Nak respons...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
...Lawatan tak rasmi.
Tuan Yang di-Pertua
Lawatan...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bukan lawatan tak rasmi...
Tuan Yang di-Pertua
Lawatan tak rasmi.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang semalam, semalam Menteri Luar katakan bahawa lawatan Yang Berhormat Perdana Menteri ke Itali dan Perancis itu adalah diistilahkan sebagai lawatan tak rasmi sangat. Selalunya Foreign Ministry ini Tan Sri, dia ada lawatan rasmi ataupun lawatan tak rasmi. Tapi semalam Menteri Luar kata lawatan tak rasmi sangat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya mohon perbetulkan rekod Hansard kita, lawatan kerja1 memandangkan perjalanan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Brazil. Jadi, atas jemputan kedua-dua pemimpin.
Tuan Yang di-Pertua
Pembetulan diterima, terima kasih. Silakan, ajukan soalan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kadang-kadang saya fikir itu satu nomenclature Foreign Ministry yang baru, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan dapat mempengaruhi penentuan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6
(Blok Y) dan juga ND7 (Blok Z). Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Beluran.
Pertama, soal lawatan itu saya tahu dipermainkan soal isu pelaburan. Semalam, Menteri MITI telah menyebut jumlah pelaburan dan projek yang telah berjalan dan hari ini saya percaya beliau akan menyenaraikan Google di mana, Nvidia di mana, Infineon di mana, bukan pengumuman, pelaksanaannya. Projek berjalan.
[Tepuk] Jadi, sebab itu Ahli Parlimen kena ada Ahli Parlimen Kedah, ada Ahli Parlimen Johor, tengoklah. Projek itu besar, bukan projek kecil yang tak nampak. Walaupun chips itu kecil, bangunan itu besar, yang itu pun tak nampak. Jadi, yang terlaksana itu disebut di mana semuanya. Untuk menyatakan pelaburan berpuluh-puluh bilion dah tak nampak apa, itu soal mata rabun, bukan masalah saya, you jumpa pakar mata. Kalau tak ada, kita minta Azizah turun membantu.
Baik, soal ini — terima kasih Beluran kerana soal sempadan ini bukan soal remeh, saya setuju. Soal sempadan ini, soal kedaulatan negara dan kita tidak mudah menyerah satu inci, baik laut atau darat atau malah udara sendiri pun dalam perbincangan Menteri Pengangkutan dengan Singapura, itu pun masih diteliti. Jadi, soal ini kita tangani dengan baik.
Betul, ada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ 2002 yang menyerahkan Sipadan-Ligitan kepada Malaysia dan saya ingat benar kerana rundingan itu, saya diutuskan masa itu berunding dengan Presiden Soeharto, ada rekod. Dan itu telah membantu menjelaskan sempadan yang sebenarnya. Jadi, termasuk apa yang dibicarakan tentang ND6 dan ND7.
Baik, kita terikat dengan triti. Retreat treaty dan kemudian prosesnya pula kerana ia melibatkan negeri, kita tak mahu ulang apa yang berlaku sepertimana Pulau Batu Puteh.
1 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 18 Ogos 2025
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pulau Batu Puteh itu penyerahan yang terlalu mudah yang sekarang ini diam oleh rakan- rakan sebelah sana. Ini soal maruah. Kalau kita — Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah orang Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor terkesan dengan penyerahan mudah soal Pulau Batu Puteh. Mengapa double standard? Mengapa double standard dalam hal ini?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat, Pulau Batu Puteh Yang Berhormat Pulau Batu Puteh dah buat RCI.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima keputusan RCI, laksana saja.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Itu tak betul, tuduh kami senyap Yang Berhormat, tak betul.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
RCI dah tarik balik, sebab apa tarik balik?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, sebab Yang Berhormat, dengarlah dulu, ini jerit dulu. Ini di luar boleh jerit dulu, ini dengar saya. Kita ambil keputusan kerana dia melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah? Dia salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, Kota Bharu yang akan jerit kata kita tidak adil. Tapi saya tanpa melibatkan soal ini kerana umur dah 100 tahun, salah besar dalam hal ini. Tetapi, kita tak payahlah teruskan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Speaker.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, sudah, sudah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Tak adil menyebut orang yang tak ada dalam Dewan. Amat tidak adil menyebut orang yang tidak ada dalam Dewan untuk dituduh Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Bukan tuduh, itu memang perkara yang benar berlaku sebab kami berada dalam Dewan Undangan Negeri Johor waktu itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, balik soal blok Y dan blok Z tadi. Apa yang disepakati dengan Presiden Subianto Prabowo Indonesia. Dia dengan saya berhasrat kalau boleh kita meterailah. Ini negara sahabat, 60 tahun tak terurus tapi walaupun sebahagian besar dipersetujui, bahagian ini kerana persetujuan ICJ itu intertidal dalam UNCLOS 1982 itu intertidal dan dalam triti disepakati. Walaupun sekarang dibangkitkan intertidal, kawasan paling surut itu surut dekat mana? Surut maksimum, surut pertengahan? Tetapi sudah disepakati pada tahun 2019, jadi kita pertahan hal itu. Indonesia tidak bersetuju. Malah, dalam soal ICJ sementara dia setuju tentang Sipadan, Ligitan, dia tak setuju tentang
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
persempadanan yang berikut dari keputusan itu. Jadi caranya apa, dengan negara sahabat?
Kita rundinglah tapi pendirian kita tegas.
Baik, Presiden Prabowo menyatakan kepada saya, “Pak Anwar, sementara runding ini dah puluh tahun, tak bolehkah buat sepertimana kita buat dengan Thailand yang dipersetujui oleh kerajaan Kelantan iaitu Joint Development Authority Malaysia dan Thailand ataupun Joint Development Authority dengan Vietnam?” Jadi saya kata, kita boleh bincang dan Menteri Luar ada di situ dalam mesyuarat bilateral. Menteri Luar sebut hal ini dalam prosesnya mesti dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Baik, jadi setakat itu. Minggu ini, 29 hari bulan, kita sambung perbincangan di Jakarta dan Ketua Menteri Sabah juga dalam rombongan kerana bila ada tajuk perbincangan mengenai sempadan, persetujuan Sabah diperlukan. Sabah belum bagi persetujuan, kita pun belum bagi persetujuan. Ini cadangan bila dalam hubungan dua hala, Yang Berhormat lebih arif juga, bila ada cadangan, kita kata ya, sedia, kita boleh bincang dan pertimbangkan.
Setakat itu, bukan ada persetujuan dan kemudian kita kata dan disambut oleh Menteri Luar bahawa kita harus bawa Ketua Menteri mewakili Kerajaan Negeri Sabah untuk memberi juga pandangan dalam rundingan itu. Jadi setakat itu, belum ada persetujuan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Seri. Seharusnya keputusan ICJ 2002 terhadap Ligitan dan Sipadan memperkukuh bahawa ND6 dan ND7 adalah sempadan Malaysia yang mutlak yang tidak boleh dipertikaikan.
Walaupun Indonesia menuntut atas nama Ambalat tetapi ya, that decision of the court, ICJ.
Walaupun dia tidak menyentuh tentang sempadan laut itu tetapi disebabkan Ligitan dan Sipadan itu kita punya, maknanya dia memperkukuhkan bahawa ND6 dan ND7 adalah hak kita.
Yang ini perlu dipertahankan, Tan Sri, kerana ND6 dan ND7 ini boleh meraih 1.4 trilion padu gas dan juga 760 juta tong minyak. Yang ini adalah khazanah besar yang tidak boleh terhakis dan dituntut oleh negara lain kerana ia adalah tanah laut milik Malaysia. Yang itu perlu dipegang sekuat-kuatnya oleh mana-mana kerajaan, sama ada kerajaan yang akan dibentuk selepas ini ataupun kerajaan yang ada sekarang ini.
Dato’ Seri, sebab itu kita ingin tahu apa sebenarnya yang dipersetujui oleh Dato’ Seri dengan Prabowo pada 2023 mengenai triti, perjanjian sempadan maritim itu. Adakah itu perlu didedahkan, diklasifikasikan ataupun diratifikasi di dalam dewan ini supaya semua orang tahu what have you agreed with Prabowo? Begitu juga apabila ada pengumuman tentang JDA, Joint Development Agreement, also Hague. Surat khabar daripada Indonesia contohnya, The Indonesia Business Post, mengatakan bahawa sudah termeterai satu persetujuan ketika lawatan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, itu laporan akhbar.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, nak soalan sudah ini. Kemudian, tetapi bila ada desakan dari negara, Kementerian Luar melalui Timbalan Menteri mengatakan
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
bahawa Malaysia menyatakan cadangan JDA itu belum selesai dan dikatakan Sabah perlu dimasukkan. Is that afterthought? Sabah mesti dimasukkan dalam perbincangan? Kenapa tidak ketika lawatan Dato’ Seri dengan, dekat Indonesia dengan sebut dalam persefahaman JDA itu, kerajaan Sabah tidak diambil kira, tidak dijemput bersama? Adakah JDA itu sudah selesai dimeterai dan afterthought, Timbalan Menteri keluar mengatakan bahawa it’s not final yet, kerana ada elemen Sabah?
Dan saya ingin tahu, kenapa kerajaan Sabah, tidak diikutsertakan dalam perbincangan JDA dan juga perbincangan maritim, sempadan maritim yang telah dibuat pada 2023? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih, silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Beluran. Baik, pertama, mengapa Triti 2023 itu tidak dihebahkan? Saya sudah jawab. Mantan Menteri pun ada. Mana-mana rundingan dengan negara yang belum final and conclusive, dia masuk dalam agreement itu non-disclosure, okey, sementara di-finalise. Isu-isu, boleh kita bincang cara tertutup sebab dalam sistem di Indonesia, dia non-disclosure sehingga dibawa kepada MPR, Majlis Permesyuaratan Rakyat. Begitu juga kita. Tak boleh. Dalam agreement itu, one of the provisions is non-disclosure sehingga final.
Okey. Baik. Saya dah tegaskan di Parlimen bahawa dalam persetujuan itu pun, walaupun non-disclosure, dia tak termasuk kawasan ini. Kawasan ini tak termasuk kerana ini belum dipersetujui. Yang disetuju itu kawasan lain. Baik, belum. Tidak ada persetujuan. Baik.
Bila tak ada persetujuan, dia KIV.
Okey. Itu tentang Triti 2023 tapi dibawa tentang Sipadan, Ligitan maksudnya ICJ 2002. Now, keputusan itu memang bagi kita, tafsiran kita, bila kita buat, kita ada kita punya boundary, sama macam krisis kita, bukan krisis, kontroversi kita dengan Singapura yang belum selesai. Sebahagian kata, “Oh, Batu selesai.” Tak, bila Batu Puteh selesai, dia tuntut ikut kawasan sempadan baharu, maritime boundary berdasarkan apa yang dia miliki. Sama macam kita tapi kita tidak bersetuju. Apa yang dituntut oleh Singapura, belum dapat persetujuan kita kerana dia minta itu bagi saya, bagi Malaysia, itu tuntutan berdasarkan tafsiran dia. Begitu juga bila kita buat tuntutan kita dan kita ada argument sangat kuat. Macam saya kata minyak dalam peta ini. Memang betul.
Walaupun minyak ini di dasar laut, dia masuk juga kawasan Indonesia dan gas dia bukan kawasan Malaysia. Kita kata dari segi kajian 1979 itu, itu minyak banyak sebelah kita tapi kat sebelah dia. Jadi kalau kita korek itu kena dapat persetujuan dia sebab minyak tu dia tak tunggu, dia tak ada sempadan di bawah dasar laut. Dia pertikai. Jadi pilihan kita sebagai negara sahabat, rundinglah. Itu sahaja kedudukan. Kita pertahankan kedudukan kita. Baik, kita tak compromise yang berkenaan. On record, we have not agreed. Belum ada apa-apa persetujuan dalam soal Laut Sulawesi ini. Itu sebabnya maka pada ketika rundingan, bila masuk tajuk ini, barulah dibawa Sabah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, sudah bangkitkan lawatan saya bulan lalu. Presiden Prabowo datang ke Malaysia dah empat kali. “Pak Anwar hari Ahad, minggu free tidak?” Saya kata “Malam boleh.” “Okey, I datang dinner, then balik.” Jadi, kita anggap itu lawatan persahabatan. Jadi sudah empat kali datang, teman-teman Kementerian Luar, Indonesia dan Malaysia mengatakan, wajarlah saya hormat dia juga sebagai sahabat, pergi sekali. Jadi lawatan itu sebenarnya lawatan untuk bincang cara santai tapi dijadikan – bila sampai dijadikan state visit. Ini negara sahabat Pak Anwar, saya tidak boleh hanya sambut secara santai. Jadi itu dengan kuda, dengan semua sekali itu.
Baik, dan sebab itulah rombongan itu sangat kecil, ia tidak ada rasmi, tidak ada agenda bilateral meeting. Yang ada working lunch, balik. Ada [Tidak jelas] Indonesia yang buat, dia kata macam saya tidak hormat, bukan saya tak hormat. Keputusan lawatan ke Indonesia itu lawatan santai sebagai seorang sahabat tapi tentunya sebagai Presiden dan saya mewakili negara, kita bincang juga soal secara informal dan sebenarnya banyak perbincangan itu lebih lama one-to-one dengan dia, barulah kita duduk masa lunch ada perbincangan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Mesyuarat rasmi bilateral joint commission itu adalah minggu depan, 29 hari bulan.
Itu official meeting dan mana-mana official meeting, kalau melibatkan Singapura atau Indonesia, saya selalu sebagai peraturannya, mengundang dan meminta Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam rombongan. Dan ini akan berlaku untuk 29 hari bulan ini.
Jadi, saya nak jelaskan tentang lawatan itu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dato' Seri...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tetapi yang penting, yang intisari daripada kemusykilan Yang Berhormat Beluran ialah tentang kedudukan Laut Sulawesi. Belum dimuktamadkan. Pendirian kita, muktamad. Okey, berdasarkan Triti 2019. Pendirian Indonesia, tidak bersetuju intertidal walaupun mereka pada 2019 itu ada persetujuan, tapi dia kata, now dia pertikai tentang intertidal. Apa pendirian kita? Pilihan dia dua, sama ada bertempur atau berunding. Malaysia sekarang pilih untuk berunding.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tan Sri Yang di- Pertua, boleh tak...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kalau Indonesia perlu dipertikaikan di dalam DPR, kenapa Malaysia tidak ratify-kan perjanjian maritim 2023 tu di Parlimen ini?
Tuan Yang di-Pertua
Beluran.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tan Sri Yang di- Pertua, Speaker, boleh tak bagi ruang pasal Sipadan–Ligitan ini kawasan saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan bagi, saya akan bagi. Sila duduk dulu sebab saya nak jemput...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dak, dia minta tanya mengapa tak ratify? 2023 belum muktamad. Itu proses rundingan. Masih terpakai dalam non-disclosure. Triti 2023 itu belum dimuktamadkan. Rundingan diteruskan. Ada bahagian kita bersetuju, ada banyak bahagian kita tidak bersetuju. Laut Sulawesi tidak dirundingkan. Itu on record. You put it on record. Jadi, kalau dalam — kita terikat dengan non-disclosure. Ramai yang belah mantan-mantan Menteri tahu bila non-disclosure, kita tak boleh disclose. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Paya Besar. Selepas itu, Semporna.
Selepas itu, Semporna okey? Okey, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya meneliti jawapan Yang Amat Berhormat, soalan daripada Beluran. Saya dan beberapa Ahli Parlimen Jawatankuasa Kewangan dan Ekonomi mengadakan lawatan kerja Oktober lepas ke Sabah dan Kalimantan. Perjalanan ini jauh, Tan Sri. Kita naik bot dari satu Nunukan, Tarakan, kemudian ke Balikpapan. Kita melihat kawasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebutkan tadi.
Memang ada keperluan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Persoalan saya, dua.
Satu, apakah strategi untuk kita meningkatkan keselamatan sempadan lautan yang di kawasan yang disebut oleh Beluran sebentar tadi? Yang kedua, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyatakan, apakah bentuk kerjasama ekonomi yang melibatkan ND6 dan ND7? Kerana lawatan kami, kami melihat di kawasan tersebut perlu dibangunkan supaya limpahan ekonomi Ibu Kota Nusantara — sebab bila delegasi JKPK Tan Sri pergi ke sana, kita melihat sendiri bagaimana pembangunan IKN ini sangat impressive dan kita mesti bersedia untuk melakukan sesuatu.
Yang kedua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dikatakan usaha sama ini adalah inti pati triti Laut Sulawesi yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri sebelum ini. Jadi, saya mahu tahu apakah inti patinya dan apakah yang dibincangkan oleh Presiden Prabowo? Dan mengapa masih ada desas-desus mengatakan kerajaan Sabah tidak dilibatkan? Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Paya Besar. Dari nota-nota yang saya teliti, belum ada persetujuan, termasuk oleh mantan-mantan Perdana Menteri sebelum ini.
Rundingan ada, perbincangan ada tapi tidak dimuktamadkan.
Pandangan tentang kerjasama, jangan ada ketegangan, jangan berlaku pertempuran ataupun — walaupun kecil di antara Tentera Laut Indonesia dan Tentera Laut Malaysia. Itu saya lihat dari segi nota yang sebelumnya dalam pertemuan dua hala Perdana Menteri sebelum ini, memang konsisten dan saya teruskan dengan semangat yang sama.
Soalnya yang disebut tentang langkah-langkah keselamatan tambahan, memang ada pembelian beberapa kelengkapan baharu kapal untuk kawasan bukan sahaja di Laut
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sulawesi tetapi juga yang merentas sehingga ke kawasan Sandakan kerana jumlah pelancongan juga terlalu tinggi dan faktor keselamatan itu sangat diperlukan, selain daripada ESSCOM yang menelan belanja tambahan baru-baru ini RM40 juta untuk kemudahan tentera — polis dan tentera di ESSCOM.
Yang keduanya, tentang kerjasama ekonomi. Seperti mana disebut sebelum ini, sukar selagi belum ada kesepakatan. Kerjasama ekonomi itu, kita kurang setuju kerana dia tidak harus memberi implikasi. Kita mengiktiraf kehadiran negara – kepentingan negara lain di kawasan kita, melainkan projek-projek yang kita laksanakan sendiri.
Soal — sebab itu dalam soal ND7 — 6 dan 7 ini, dia agak terbengkalai oleh kerana tak boleh masuk. Kalau kita masuk dan rempuh juga, dia jadi macam sempadan Thailand dan Cambodia. Kita kena elak benda itu terutama kerana Indonesia itu, hubungan itu sangat baik. Politik, kebudayaan, ekonomi, sosial dan juga peribadi dalam hubungan kerajaan. Kita kena pelihara tetapi tidak — mereka juga tahu, kita sebagai negara berdaulat tidak boleh menyerahkan apa-apa dan proses rundingan harus diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Semporna.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Speaker bagi ruang. Yang Amat Berhormat dan setelah meneliti jawapan, terima kasih banyak. Saya ingat, saya ingin bagi pandangan satu dan kedua, persoalan dia. Ini berhubung kait dengan satu perundangan dan keduanya, dari segi ekonomi.
Ya, perundangan dia bila setelah mendengar penjelasan Yang Amat Berhormat, saya ingat — masih ingat pada tahun 1990-an, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dahulu dan saya di Kementerian Tanah dan Koperasi dengan ayahanda saya, Tun Sakaran, tentang ini dari direct sehingga 2020 ICJ, dibawa persoalan Sipadan–Ligitan.
Perundangan yang kita gunakan, fakta yang ada.
Nenek saya Panglima Udang, tahun 1948, bila masa itu British, berlaku persoalan tentang pembahagian telur lima panglima. Ini untuk maklumat Dewan sahaja supaya maklum.
Ini in the record. The British record is there, dalam itu ada rentetan dia dan dibawa nenek saya Panglima Udang ke Labuan. In that time, Labuan [Tidak jelas] centre untuk menyelesaikan masalah pertikaian di Ligitan, di Sipadan. Sipadan ini tempat pembiakan telur penyu dan pembahagian telur di situ and that was one of the basis, bila diheret sampai 2022.
Masa itu Yang Amat Berhormat dah tak ada dah saya ingat pada masa itu.
Saya dengan — masa itu saya berada di — selaku Timbalan Menteri Pertahanan saya ingat waktu itu dan menyatakan, kita gunakan asas. Satu, the British record is there.
Ligitan-Sipadan belong to us. Graveyard, kuburan yang ada di situ, keluarga kita di Sipadan.
Asas itu cukup kuat untuk kita dapat suarakan di peringkat ICJ untuk memenangi di mahkamah itu.
Dan saya ingin cadangkan Yang Amat Berhormat kalau boleh, tentang teruskan rundingan, bukan kita persoalkan the economic factors there. Cuma, saya ingin nyatakan di
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
sini dari segi perlembagaannya. Apa juga pindaan sempadan, Artikel 2 Perlembagaan Malaysia, tidak boleh berubah tanpa ada persetujuan Dewan Undangan Negeri Sabah. The old Chief Minister might be involved. Saya juga difahamkan mungkin peguam negeri terlibat dalam rundingan ini, ya.
Tetapi faktanya dari segi perundangan, it has to be brought to Dewan Undangan Negeri pasal kalau kita tidak mengikut undang-undang, this is the question of trust. When you build a nation, the trust is there. Law must be enforced. Ketua Menteri ada kuasa untuk bersetuju dengan Yang Amat Berhormat, pinda sempadan, sama ada di Sulawesi, sama ada rundingan dengan Indonesia.
Cuma mungkin pertikaian dah dijelaskan tadi. Ada blok dia, which belongs to us. That block must develop. There is no dispute, ya. Cuma mungkin ada blok yang Indonesia dispute but we must be based on law. Lepas itu, saya minta kerjasama dengan Yang Amat Berhormat, sebarang kelulusan pun bila berlaku, nasihatkanlah Ketua Menteri supaya bawa Dewan Undangan Negeri kerana Ketua Menteri tidak ada kuasa dia dan saya Ketua Pembangkang di peringkat negeri Sabah ini.
Dan saya ingin bertanya, kadang-kadang itu saya suarakan but we have to check and balance. Bukan apa, perjalanan undang-undang. Saya pun berhubung dengan rakan saya, Menteri Luar. Saya tanya sahaja, bukan apa. Pasal saya seorang Ahli Dewan Rakyat kerana saya nak jelaskan ke peringkat bawah. Bila turun ke bawah, what role do we have to play? As a leader? As a Member of Parliament?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dan hari ini saya minta kepada Yang Amat Berhormat kalau boleh sebarang rundingan bila dah sebelum dimuktamadkan dengan negara jiran juga satu bab perlulah kelulusan dari Dewan Undangan Negeri. Satu bab.
Keduanya, kalau ada persoalan economic benefit yang ada. Perjalanan Sabah ini dah jauh dah. PDA since 74, Petroleum Development Act. Kita cuma ada empat, lima peratus sahaja. Cuma bila saya jadi Ketua Menteri, imposed sales tax. That’s why kerajaan dapat 3 bilion, 2 bilion ini.
Tuan Yang di-Pertua
Semporna kalau di…
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya minta soalan dia, supaya kalau ada economic kind of factor, dibincangkan dengan negara Indonesia, what will Sabah benefit? Kita tidak mahu bahawa Sulawesi ini, sebahagian daripada rantau Malaysia because kita bentuk negara ini. Negara ini tidak lahir kalau tidak ada Sabah dengan Sarawak. Kena faham itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, point taken.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
And tak dinafikan Malaysian territory but make sure we share. You know, the question of not sharing. Tapi kita tidak mahu nanti rakyat Malaysia di Sabah pertikaikan apa benefit dari segi economic return.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Downstream kah, upstream kah, jobs opportunity kah. Kita tak mahu nanti contoh di Kimanis sahaja. Ya Dato’ Speaker. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. Terima kasih. Unless PM nak react.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih penjelasan Semporna. Membantu dan saya setuju. Malah sambungan daripada soalan awal yang triti laut Sulawesi itu. Dia tak termasuk dan saya pegang on record di sini. Itu banyak melibatkan apa yang disebut tentang Zon Ekonomi Eksklusif, Pelantar Benua keluar daripada itu.
Kita juga tahu sebaik saja menyentuh mana-mana negeri, wilayah terutama Sarawak atau Sabah mesti dirunding dapat persetujuan. Ya, pertamanya melalui Ketua Menteri. Tapi saya setuju dengan kisah Semporna. Prosesnya mendapat pengesahan dari Dewan Undangan Negeri kerana ini melibatkan territory.
Sama seperti mana kenyataan Indonesia. Apa-apa persetujuan oleh Presiden, itu harus dapat pengesahan daripada Majlis Permesyuaratan Rakyat. Itu sebab itu, sementara itu dia sebut itu tentang non-disclosure tidak boleh dihebahkan sehingga perkara itu dimuktamadkan.
Cuma saya nak beri jaminan di sini, kita tegaskan pendirian ketetapan kita. Tapi kita tak boleh langgar. Bila ada pertikaian begini, kita boleh rempuh. Tapi kita rempuh nanti jadi tentunya akan ada tindak balas. Dan kita — itu yang menyebabkan kita melengah-lengah, melengahkan. Saya pun runsing sebab kawasan reservoir, reserve gas itu besar kawasan itu.
Cuma masalahnya dia tidak hanya reserve itu kawasan Malaysia. Dia masuk mencecah di dasar laut itu, masuk kawasan Indonesia. Jadi, kalaupun kita nak masuk kawasan kita yang kita anggap kawasan kita, besok katalah selesai triti ini dan selesai sempadan, masih kita kena maklum sebab bila kita sedut itu dia tak sedut hanya kawasan kita. Jadi, saya setuju gesaan pertama soal Dewan Undangan Negeri. Saya hanya tegaskan kita tak boleh langgar prinsip dari segi mana-mana negara yang sedang ada dalam rundingan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, last kali saya jemput Larut sebab kita dah short jauh sangat. Silakan Larut. Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa amat lega bila mendengar Yang Amat Berhormat Tambun menjelaskan bahawa dari segi sovereignty, Ambalat ini kawasan itu akan kita pertahankan. Cuma saya mohon Yang Amat Berhormat Tambun kena jelas di sini bahawa kalau sekiranya ada apa-apa perbincangan ataupun keputusan biarlah sesuatu keputusan yang dibuat itu jangan menimbulkan persepsi-persepsi yang lain. Beza.
Sebab apa ini, statement yang dibuat selepas sahaja kita semua dalam negara beranggapan seolah-olah sudah ada perjanjian. Yang ini yang menimbulkan persepsi. Kalau boleh, kita nak kita buat secara candid, terus, benar kerana kita kena faham bila kita
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
bangkitkan isu ini isu ini di luar sana, Tuan Yang di-Pertua, ada wakil-wakil kerajaan jawab, “Eh, dulu kita dah buat dah dengan Thailand.” Saya nak maklumkan sini ada perbezaan. Thailand itu kita dah ada perjanjian limitation border itu maka kita bolehlah buat joint venture. Sini ini kita belum lagi buat keputusan tentang border. Walaupun keputusan undang-undang telah pun berikan kepada kita tentang Ligitan dan Sipadan tapi limitation untuk sempadan itu belum lagi diputuskan.
Maka pada tahun 2005, Malaysia ketika itu merasakan oleh kerana keputusan dah dibuat oleh apa ini, dunia mengiktiraf kawasan itu kawasan kita maka kita panggil supaya PETRONAS bangunkan kawasan itu. Yang itu yang menyebabkan Indonesia tak bersetuju.
Dia kata jangan sebab belum ada lagi limitation. Border itu belum lagi dibuat the limitation of that kawasan di situ.
Maka apabila kita dah bersetuju boleh buat joint venture, saya risau persepsi di luar sana yang risau adalah ini menyebabkan nanti kalau bawa sekali lagi ke ICJ, ICJ akan buat keputusan oleh kerana you all dah boleh setuju joint venture kita rugi dari segi keadaan limitation border itu yang sebenarnya. Itu yang menyebabkan kita bangkit. Kita bukan tak setuju ada joint venture. Tetapi biar ada limitation border itu dulu kita jelas kemudian kita buat.
Itu permintaan. Barulah kita boleh kata sama dengan Thailand. Sekarang ini belum sama. Ini pandangan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Larut. Saya ingat saya tidak beda pendapat dalam hal ini. Pertama, bila cadangan itu timbul dari Presiden Prabowo. Kita mengatakan, ya kita boleh timbangkan, bukan persetujuan. Kalau tengok kenyataan itu mengkaji. Tetapi dalam perbincangan itu Menteri Luar, saya ingat betul. Dia kata, “Ya kita akan...”. Formal. It’s not even a formal meeting. Dalam formal meeting bulan depan, Ketua Menteri Sabah akan ada, akan juga bagi pandangan daripada kerajaan negeri yang tidak bersetuju dan dia bagi sebab tidak bersetuju. Baik.
Sejak 2005 yang disebut oleh Larut tadi, berapa kali Mesyuarat Teknikal? 43 kali Mesyuarat Teknikal. Maknanya pendirian bukan, bukan kerajaan sekarang daripada kerajaan tahun 2005, 43 kali sehinggalah 2025 kita tak pernah berganjak. 43 kali dengan technical team masih tegas dengan pendirian kita dan bawa peta dan segalanya. Jadi saya masih terikat dengan itu.
Jadi, persepsi betul, mesti harus dibetulkan. Tapi — dan kita sebut prinsip JDA itu boleh seperti mana di Thailand. Tapi betul saya setuju konteks yang berbeza kerana ini kawasan yang kita tegaskan berdasarkan keputusan ICJ masuk di belah kawasan kita. Tapi ICJ kawasan itu ialah tentang intertidal. Jadi intertidal itu, walaupun dia setuju 2019, maknanya kawasan tadi, dia pertikaikan intertidal, janganlah ambil yang maksimum ke bawah umpamanya.
Tapi pandangan technical team kita oleh Kementerian Luar ialah persetujuan itu telah dibuat dari tahun 2019. Jadi, nak buka balik itu kena ada persetujuan bersama. Jadi, kita —
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
itu yang agak terbantut sekarang. Jadi mungkin, insya-Allah akhir minggu ini, kita akan bantu jelaskan. Tapi saya setuju pertamanya kita tak akan berganjak.
Keduanya kenyataan itu hanya menyebut tentang menimbang. Yang Berhormat tahulah kalau umpamanya kita pergi dan salah seorang rakan kita sana, kita mintalah bersetuju. Jadi kita, kita — takkan kita kata, “No.” Terus kita kata, “Tak apalah kita timbang, kita balik, bincang, dan kita kemukakan kepada Kerajaan Negeri Sabah.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu…
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, yang fasal 70,000 hektar, 70,000 hektar di Sabah. Boleh Yang Berhormat jawab sekali dak?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kita dah — Masa tamat.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak, orang Sabah tertekan. Laut kena, dalam negeri kena. Jadi...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kita dah jawab banyak tadi.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak, kita nak tanya fasal tokoh perlombongan saja.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa kita bagi masa lain Yang Berhormat. Baik, terima kasih. Saya dah bagi elaun dah hampir setengah jam lebih ya. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dengan menjemput Tuan Onn bin Bakar, Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 1.
1. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan statistik terkini pelaksanaan program MyKiosk 2.0 dan status projek naik taraf Stadium Majlis Perbandaran Batu Pahat termasuk skop kerja, kos terlibat serta jangkaan tarikh siap.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI, Tuan Yang di-Pertua.
Saya mohon izin untuk menjawab soalan Batu Pahat secara bersekali dengan empat soalan, iaitu nombor 52 daripada Yang Berhormat Pulai, nombor 66 daripada Jelebu bertarikh 31 Julai, nombor 43 daripada Mas Gading bertarikh 12 Ogos, nombor 2 daripada Masjid
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tanah bertarikh 18 Ogos kerana kesemuanya melibatkan persoalan yang sama serta memberikan jawapan dan penjelasan yang lebih holistik.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Nga Kor Ming
Di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, Kerajaan MADANI sentiasa komited dan cakna untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan juga penjaja-penjaja dengan pelbagai inisiatif termasuk reformasi untuk membantu penjaja antara inisiatif utama yang diperkenalkan adalah MyKiosk.
MyKiosk adalah inisiatif KPKT, merupakan kios pertama yang bertenaga hijaudi mana peniaga itu akan diberikan pengecualian sewa selama enam bulan. Apabila selepas enam bulan, mereka hanya dikenakan bayaran sewa yang sangat-sangat rahmah dengan harga maksimum RM10 satu hari. Kebanyakannya kurang daripada itu. Selain daripada itu, kesemua kos ditanggung oleh Kerajaan MADANI.
Bagi tahun 2023, peruntukan MyKiosk KPKT adalah memperuntukkan RM50 juta untuk menyediakan 3,189 buah MyKiosk. Pada tahun lepas, kita mempertingkatkan dengan edisi MyKiosk 2.0, RM100 juta telah disediakan untuk membina MyKiosk 2.0 dengan pembinaan 4,054 unit MyKiosk baru, selaras dengan komitmen KPKT untuk menambahbaikkan secara berterusan berdasarkan maklum balas kepada peniaga-peniaga.
MyKiosk 2.0 telah diubahsuai, dinaik taraf pelbagai spesifikasi reka bentuknya agar dia lebih lestari alam serta dilengkapi kemudahan yang lebih selamat serta selesa untuk digunakan. Pada setakat ini, sebenarnya, pengisian MyKiosk 1.0 telah mencapai 91.75 peratus, manakala pengisian MyKiosk 2.0 sudah berjaya mencapai tahap 86.78 peratus.
Ini kita telah berjaya dengan mengubah nasib 7,243 buah keluarga penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Ingin saya ketengahkan beberapa kisah kejayaan para penjaja MyKiosk oleh KPKT.
Pertama, ini semua adalah kisah benar. Seorang peniaga ayam gunting di MITC Melaka telah mencatat pendapatan bulanan sebanyak RM30,000 satu bulan berniaga menerusi MyKiosk.
Kedua, dia Putra Heights, Subang Jaya, seorang peniaga Takoyaki kini menjana pendapatan RM6,000 sebulan.
Di Perlis, seorang peniaga air soya sahaja, kini berjaya menggandakan hasil pendapatannya kepada RM18,000 satu bulan.
Seorang peniaga kopi mesin di Pantai Murni Waterfront, Kedah kini memperoleh pendapatan sebanyak RM5,000.
Dan minggu lepas saya telah melawat ke Kelate di tepi Pasar Siti Khadijah, peniaga jual burger MyKiosk berjaya meraih pendapatan bulanan RM9,000 satu bulan. Dulu B40, kini T20. Inilah hasil kejayaan, bukti reformasi penjajahan — reformasi untuk membantu penjaja.
Semua ini menunjukkan bahawa MyKiosk bukan sahaja menyediakan kemudahan fizikal tetapi turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rakyat melalui peluang peniagaan yang mampan.
Tuan Nga Kor Ming
Justeru, kementerian secara tegasnya, dulu ada dakwaan pelbagai kata projek ini, projek gajah putihlah dan bagaimana. Oleh kerana itu, KPKT, ini kementerian pertama ini mengambil inisiatif sendiri menyerahkan, mempelawa SPRM datang untuk siasat. SPRM tak datang, kami pergi SPRM. Kita bagi semua dokumen untuk SPRM siasat. Alhamdullilah, minggu lepas SPRM dah keluarkan kenyataan di mana tiada salah guna kuasa, tiada unsur- unsur jenayah, tiada unsur-unsur rasuah. Maka, siapa yang baling batu, jangan simpan tangan.
Saya menuntut bagi pihak warga KPKT yang bekerja bertungkus-lumus membantu rakyat. Mereka yang buat tohmahan fitnah, sila mohon maaf. Itu saya [Tidak jelas] , kerana kita rasa penjawat awam yang berbakti, berjasa, berkorban, pengorbanan mereka wajib dihargai dan bukan terima lemparan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.
Dalam soal ini, di mana KPKT sentiasa memantau. Saya akui ada dari segi pelaksanaan, ada sedikit kelemahan. Sebab itu, tahun ini kita buat reformasi di bawah KPKT memperkenalkan sistem traffic light. Mana-mana PBT, kita kini ada penilaian mengikut lampu isyarat. Lampu hijau bermaksud prestasi cemerlang, peruntukkan dilipatgandakan. Lampu kuning, peruntukan dikaji semula. Jika lampu merah, peruntukan akan dibatalkan. Malahan YDP akan dipanggil oleh Jabatan Kerajaan Tempatan untuk menerima teguran serta memberikan penjelasan mengapa gagal melaksanakan dasar kerajaan.
Maka yang baik, kita puji kerana orang Melayu percaya yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Ini kita akan terus memantau untuk pastikan kesejahteraan rakyat, kebajikan penjaja, keselesaan pengguna, kelestarian alam sekitar semua dirangkumi di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
Itulah antara sebabnya saya harap seisi Dewan dapat membantu kerajaan untuk terus menabur bakti membantu peniaga-peniaga. Maka saya jawab satu lagi, soalan sampingan iaitu tentang Stadium Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Stadium Batu Pahat merupakan stadium di bawah pengurusan dan seliaan PBT. Kos projek untuk naik taraf stadium tersebut adalah berjumlah RM3.5 juta menggunakan peruntukan PBT dan projek itu akan bermula pada awal tahun 2026 dan dijangka siap pada penghujung tahun depan.
Skop projek ini meliputi naik taraf sistem saliran air padang, naik taraf permukaan padang serta membina balapan. Status terkini projek tersebut di peringkat proses pelantikan perunding. Dengan itu, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang sangat komprehensif.
Soalan tambahan saya ialah mohon diperincikan, apakah ciri-ciri MyKiosk 2.0? Dan bagaimana penjaja dapat menyalurkan pandangan atau cadangan mereka sekiranya terdapat keperluan untuk penambahbaikan? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada soalan tambahan yang konstruktif dan membina oleh Yang Berhormat Batu Pahat.
Ciri-ciri terkini MyKiosk 2.0 telah pun setelah mengambil kira maklum balas sebenar daripada padang, kita telah pun membuat pertama, peningkatan kapasiti tenaga solar.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu, peniaga MyKiosk tak perlu bayar bil elektrik kerana kesemuanya dibekalkan oleh tenaga solar yang berbateri, bertahan lama.
Kedua, kipas telah dibekalkan untuk memerikan keselesaan kepada peniaga yang berniaga dalam di lapangan.
Ketiga, penggunaan bahan material binaan yang lebih tahan lasak serta ringan.
Keempat, peningkatan sistem elektrikal seperti lampu-lampu LED menjadikan ia lebih menarik.
Kelima, pembaharuan reka bentuk bumbung berkecerunan mengelakkan air bertakung serta berlumut.
Keenam, peningkatan sistem mekanikal iaitu kini telah dibekalkan tingkap hidraulik, roda dan rak mudah laras yang fleksibel untuk memudahkan susun atur produk because semua ciri-ciri pembaikan ini diterima baik dan di bawah kerangka Ekonomi MADANI, KPKT akan sedang mengkaji untuk memperkenalkan modal MyKiosk 3.0 kerana kita percaya sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan serta ada ruang untuk kita terus berbakti. Itulah sebabnya Kerajaan MADANI, rakyat disantuni.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Selangor, silakan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya mungkin sedikit tidak bersetuju dengan kata pertuduhan tadi itu. Sedangkan ia nya adalah realiti yang berlaku yang mana kios yang banyak, kios yang tidak digunakan lagi, yang terbiar, yang bocor dan sebagainya. Tak kiralah sama ada kios pertama atau yang kedua.
Cuma sekarang ini apa yang berlaku, apakah tindakan kementerian untuk melihat keseluruhan kios yang ada di seluruh Malaysia ini? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman Dewan yang mulia ini serta Yang Berhormat, jawapan saya sangat jelas. Di mana pengisiannya sehingga Julai 2025, pengisian MyKiosk 1.0 telah mencapai 91.75 peratus, pengisian MyKiosk 2.0 pun sudah mencapai 86.78 peratus.
Ada gambar-gambar dalam TikTok seolah-olah itu, terbiar itu, saya nak berikan penjelasan di sini Yang Berhormat. Waktu peniaga itu, peniaga MyKiosk bukan 7-Eleven. Dia baru berniaga 24 jam. Ada TikToker yang bernawaitunya, niatnya jahat.
Tuan Nga Kor Ming
Dia orang tutup kedai, dia pergi ambil. Apabila orang berniaga, dia tidak dapat bantu untuk buat promosi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tapi...
Tuan Nga Kor Ming
Kita tak boleh harap peniaga di tepi jalan tunggu dia...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
YB Menteri, ini bukan fitnah, YB. Ini bukan fitnah. Ini realiti.
Tuan Nga Kor Ming
Saya tahu. Sebab itu kita kata..
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Selangor.
Tuan Nga Kor Ming
Dari segi ruang tatakelola, memang ada ruang penambahbaikan. Ini dengarlah dulu. Saya tak cakap itu adalah inisiatif sempurna. Cuma, nak saya tanya, dulu sebelah sana duduk kerajaan 33 bulan, ada tak usaha untuk membantu penjaja? Tak ada. Kita sekarang nak bantu ini, mengapalah buat fitnah sangat?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ini bukan fitnah, YB. Ini realiti. Macam mana you...
Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu saya kata, tadi pengisiannya belum sampai 100 peratus. Saya mengakui ada kelemahan dari segi pengisian. Pengisian itu dibuat oleh PBT termasuk negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional. Semasa saya pergi Kelantan, memang ada banyak lagi ruang-ruang yang kosong. Adakah saya salahkan Kerajaan Kelantan? Tidak.
Saya mencari ikhtiar, saya turun padang membantu Kerajaan Kelantan. Itulah kematangan berpolitik. Bukanlah buat pelbagai kisahlah, tohmahan dekat TikTok. Kita bukan jaguh TikTok.
Kita Ahli Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Lebih baik improve-kan, YB.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Nga Kor Ming
Itu sajalah saya nak jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Selangor, ambil gambar, tulis alamat, Menteri ada, pegawai pun ada. Bawa gambar itu pergi jumpa. Okey? Baik, baik.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, boleh satu soalan lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Nombor 2.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Satu soalan lagi boleh?
Tuan Yang di-Pertua
No. Kita ada— teruskan. Kita running short of time. Baik, saya jemput Tuan Mohd Syahir bin Sulaiman, Bachok. Silakan.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Malaysia diberi kata dua, Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah kerajaan dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat dengan keterlibatan kerajaan negeri supaya dapat menyelaraskan respons pelaburan, menyusun semula insentif negeri serta membantu industri tempatan mengadaptasi dengan landskap dagangan yang lebih mencabar.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Sejak Presiden Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif timbal balas kepada negara-negara rakan dagangnya ― ini termasuk Malaysialah daripada 1 April 2025, kerajaan telah mengambil keputusan strategik untuk tidak mengambil sebarang tindak balas kepada Amerika Syarikat. Sebaliknya, kita mengambil pendekatan untuk berunding dengan Kerajaan Amerika Syarikat.
Dan di peringkat persekutuan, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pemandu Pusat Tindakan Geoekonomi Negara ataupun National Geoeconomic Command Centre yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, manakala MITI adalah sekretariat kepada NGCC. NGCC berperanan sebagai sebuah platform bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi bagi memantau, menilai dan juga menyelaras tindak balas terhadap perubahan landskap perdagangan global, kejutan tarif serta halangan bukan tarif.
Usaha ini bertujuan untuk memastikan industri strategik dan ekonomi negara kekal berdaya tahan serta mampu bersaing dalam persekitaran global yang semakin mencabar dan juga yang tidak menentu.
Selain itu, kerajaan juga telah memanggil Sidang Khas Parlimen mengenai tarif timbal balas Amerika Syarikat yang diadakan pada 5 Mei yang lepas dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan pembukaan sesi khas Parlimen tersebut telah mengumumkan beberapa insentif bagi membantu PKS. Contohnya, peruntukan sebanyak RM50 juta kepada MATRADE. Ini untuk membantu PKS menembusi pasaran baru.
Menambah dana pembiayaan mudah sebanyak RM500 juta kepada institusi pembangunan kewangan (DFI). Ini untuk juga memanfaatkan usahawan PKS yang terjejas. Dan meningkatkan jaminan kerajaan sebanyak RM1 bilion di bawah SJPP. Ini khusus untuk membantu pengeksport PKS.
Kementerian Kewangan juga telah meneraju Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan. Ini dipanggil GEAR-uP, dan ini bernilai RM25 bilion untuk memacukan sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi. Dan agensi-agensi pelaburan promosi kita, investment promotion agency (IPA) di seluruh negara akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan industri tempatan di setiap negeri tidak terjejas. Pada masa yang sama, insentif-insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani impak tarif timbal balas akan dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada sektor-sektor perniagaan yang terjejas serta syarikat-syarikat yang layak menerima bantuan.
Menyentuh tentang keterlibatan kerajaan negeri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkesempatan menyampaikan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan tarif timbal balas dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146. Ini berlangsung baru-baru ini, bulan Julai yang lepas. Beliau telah memberi jaminan bahawa dalam rundingan perjanjian perdagangan timbal balas ini, kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara. Kerajaan akan terus menyalurkan
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
maklumat secara terbuka kepada semua pihak berkepentingan termasuklah kerajaan negeri, pemain industri dan juga semua pemegang taruh yang lain.
Dan pada masa yang sama, kerajaan juga komited untuk meneruskan agenda transformasi perkhidmatan awam bagi memastikan penyampaian yang lebih cekap dan mesra perniagaan. Usaha ini sebenarnya penting dalam memperkukuhkan daya saing industri kita, terutamanya daya saing industri tempatan serta mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang strategik dan menarik tanpa mengira apa jua hasil rundingan perjanjian perdagangan timbal balas dengan Amerika Syarikat.
Terima kasih, Yang Berhormat Bachok.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Soalan asal saya adalah berkenaan ― susulan daripada perbahasan dalam tempoh, dalam sidang khas tarif US tempoh hari berkenaan dengan cadangan supaya tindakan Malaysia ini melibatkan pendekatan keseluruhan negara, whole-of-nation approach, dengan izin, melibatkan peranan rentas kementerian dan rentas negeri. Namun, setelah kita bersidang, kita berunding, pada 7 Julai 2025, kita dapat surat cintalah daripada Presiden Trump kepada Perdana Menteri. Kadar tarif kita ini menokok satu mata. Naik, bukannya diturunkan.
Jadi, soalan tambahan saya, Tan Sri Speaker. Semalam saya baca berita bahawa Perdana Menteri tegaskan ada garis merah, ada red line. “Dalam rundingan tarif US, jangan ganggu soal dasar negara”― PM. Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berhubung garis merah yang disebut oleh Perdana Menteri yang menjadi penegasan kepada Malaysia dan hubung kait dengan bidang kuasa negeri yang saya bangkitkan dalam soalan asal.
Dan yang kedua, Tan Sri Speaker, Bachok berpandangan ada kewajaran untuk Yang Berhormat Menteri membuat penjelasan di dalam Dewan yang mulia ini di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) supaya Menteri dapat menerangkan dengan lebih lanjut tindakan dan perancangan Malaysia dalam berdepan dengan isu yang mustahak dan kritikal ini sebelum 1 Ogos, berdasarkan warkah yang diterima daripada Presiden Trump.
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat Bachok.
Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Bachok susulan dalam kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan prinsip keterbukaan rundingan yang konstruktif dan juga pada masa yang sama, kita ada hubungan yang saling hormat-menghormatilah
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
dengan Amerika Syarikat dalam semua perbincangan perdagangan, termasuklah perbincangan tarif bersama dengan Amerika Syarikat.
Tapi, walaupun kita bersikap proaktif dan juga terbuka dalam rundingan, tetapi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bachok itu tadi, kita ada beberapa red lines-lah, beberapa garis merah yang telah dipersetujui di peringkat Kabinet baru-baru ini. Contohnya, seperti dasar bumiputera dalam pemilikan tempatan dan juga dalam sektor-sektor strategik, itu our red line, Yang Berhormat. Dan juga keutamaan kepada syarikat tempatan dan bumiputera dalam perolehan kerajaan. Itu satu lagi garis merah. Ada juga disebut mengenai had ekuiti asing yang telah ditetapkan dalam dasar negara dalam sektor-sektor tertentu. Seperti disebut tadi, ada juga hak, apa, halal juga ada isu, tetapi itu juga red line kita bagi mengiktiraf sijil-sijil halal daripada Amerika Syarikat. Kita telah berbincang dengan kementerian-kementerian yang berkaitan dan juga JAKIM.
Dan garis panduan ini dibentuk dengan mengambil kira pengalaman terdahululah.
Contohnya, dalam isu halal yang disebut itu, kita — kalau dia mengikut apa ― dia follow apa yang ada dalam JAKIM punya guideline sama dengan negara-negara lain, kita boleh persetujui, tetapi mesti diiktiraf oleh JAKIM, contohnya.
Dan garis panduan ini, kalau dibentuk, dengan mengambil kira pengalaman terdahululah. Kita mengambil input dan perhatian yang dibangkitkan oleh Amerika Syarikat.
Sebenarnya dia dah issued satu dokumen yang National Trade Estimate Report dan juga Special 301 Report. Dia di situ ada beberapa contoh yang kita tahulah itu dah public document. Sebagai contoh, pihak Amerika Syarikat memberi perhatian kepada dasar perolehan kerajaan dan keperluan ekuiti tempatan. Itu dia ada sebut, sebagai aspek yang memberi kesan kepada akses pasaran kerana dia kata pasaran dia terbuka, kenapa pasaran kita tidak, contohnyalah. Begitu juga dengan isu perlindungan harta intelek yang sentiasa menjadi agenda bersama untuk diperkukuhkan.
Jadi, kita kena tetap tegaslah untuk memastikan segala dasar utama termasuk yang saya sebut tadi berkaitan pemilikan, perolehan dan kedaulatan dasar perdagangan terus kita pertahankanlah dalam semua rundingan, bukan sahaja dengan Amerika Syarikat, dengan semua rundingan antarabangsa. Semua ini adalah untuk melindungi kepentingan bumiputera dan memastikan pembangunan ekonomi negara kita kekal seimbang dan kita kena pertahankan juga kedaulatan negara kita daripada sebarang tekanan luar bukan sahaja daripada Amerika Syarikat.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Saya ingin maklumkan juga kepada Yang Berhormat Bachok. Butiran yang terperinci berhubungan perkara dalam rundingan ini kita boleh kongsi tapi secara terhad kerana ada NDA. Tapi saya terbuka untuk berbincang ya, kerana kita terus akan melaksanakan rundingan secara berhati-hati. Seperti saya sebut tadi ada garis masa, 1 Ogos. Kita kena buat secara telus dan profesional supaya setiap keputusan yang dicapai, kita kena pastikan dapat
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
memberi manfaatlah kepada semua, kepada rakyat dan juga memastikan pembangunan ekonomi negara kita kekal seimbang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar dengan jelas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Namun begitu, saya ingin memohon soalan tambahan supaya Yang Berhormat Menteri boleh perjelaskan lagi dengan lebih detail, mendalam. Apakah strategi dan pendekatan yang diambil oleh pihak Kerajaan MADANI ketika berunding dengan pihak Amerika Syarikat? Kerana untuk kita memastikan kepentingan negara ini terus dijaga dan juga untuk kekalkan kedaulatan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, kita mengharungi cabaran tarif ini dengan asas ekonomi yang kukuh dan kita yakin bahawa Malaysia mampu mendepani situasi ini secara terurus.
Jadi, reformasi struktur yang dilaksanakan di bawah kerangka ekonomi kita sekarang ini insya-Allah, membantu negara untuk lebih berdaya tahan dan lebih bersiap siaga mendepani ketidaktentuan ekonomi global.
Pendekatan kerajaan dalam menangani cabaran tarif import Amerika Syarikat ini, kita — seperti saya maklumkan tadi, kita bersikap tegas. Tetapi pada masa yang sama, berpandukan prinsip dan fakta, bukan tekanan geopolitik ataupun retorik luar lah. Kita tidak memilih jalan yang mudah, kita tidak akan tunduk kepada tekanan tapi kita memilih untuk berunding secara berprinsip dan strategik. Ini demi mempertahankan pekerjaan rakyat, contohnya dan juga keyakinan pelabur dan syarikat-syarikat tempatan, terutamanya untuk negara kita, kedaulatan dasar negara. Seperti yang saya pernah kongsi dalam sesi Parlimen khas baru-baru ini. Kita ada penubuhan NGCC, kita dah buat langkah mengukuhkan struktur ekonomi dan membuat jaminan bahawa dasar pemerkasaan vendor tempatan, hak bumiputera dan keselamatan teknologi negara tidak akan dikompromi juga.
Dan dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar ini, kita mesti berani tetapi membuat keputusan strategik, konsisten dalam pelaksanaan dasar kita dan cekap juga dalam komunikasi awam. Bukan demi nak senangkan pihak luar, terutamanya Amerika Syarikat tetapi juga kepentingan jangka panjang negara dan rakyat. Jadi, dengan izin Allah SWT dan juga sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, saya yakin kita mampu mengemudi cabaran ini dengan tenang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Jika berbahas di Dewan Yang Mulia, Jangan menyinggung sesama kita; Pertahankan keharmonian Dewan Yang Mulia,
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Soalan Pekan nombor tiga.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
3. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan menerusi penyasaran semula subsidi telur daripada 10 sen kepada 5 sen sebiji, nyatakan hasil penjimatan menerusi pengurangan perbelanjaan subsidi dan apakah impak terhadap pasaran telur di pasaran serta impak kepada kos sara hidup secara keseluruhan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Mukadimah soalan pun nampak seorang pahlawan. Seperti telah diumumkan, Tuan Speaker. Subsidi telur ayam akan ditamatkan secara berfasa, bermula dengan pengurangan kadar subsidi daripada 10 sen kepada 5 sen berkuat kuasa mulai 1 Mei hingga 31 Julai. Penjimatan yang dijangka hasil daripada pengurangan ini adalah sebanyak 45 juta sebulan atau 135 juta dalam tempoh tiga bulan, sebelum penamatan sepenuhnya subsidi telur ayam pada 1 Ogos minggu depan.
Bekalan telur ayam pada masa ini berada dalam tahap yang stabil dan dijual pada harga yang berpatutan. Bagi bulan Julai 2025, anggaran pengeluaran telur ayam sebanyak 1.75 bilion biji sebulan, manakala keperluan penggunaan domestik dianggarkan 1.06 bilion.
Ini menunjukkan terdapat lebihan pengeluaran sebanyak 0.69 bilion biji telur yang sebahagiannya akan digunakan bagi tujuan pasaran eksport.
Dalam memastikan bekalan dan harga telur kekal stabil, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus melaksanakan pemantauan rapi terhadap bekalan dan harga telur ayam di pasaran bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan serta mencegah aktiviti pencatutan yang boleh membebankan pengguna. Kesan daripada pengurangan dan penamatan subsidi ini dijangka tidak menjejaskan kestabilan bekalan telur ayam. Memandangkan industri kini menunjukkan trend positif, termasuk penurunan kos makanan ayam.
Penyasaran semula subsidi dan penamatan kawalan harga telur membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan menyalurkan semula peruntukan subsidi kepada inisiatif dan program yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, kadar inflasi tahunan bagi telur ayam telah mencatatkan penurunan minus 5.3 pada bulan Mei 2025. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak berlaku secara menyeluruh merentas semua gred telur.
Kemungkinan besar disebabkan oleh fasa penyesuaian harga pasaran selepas pelaksanaan subsidi bersasar. PKPM dengan kerjasama KPDN turut melaksanakan langkah pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan kestabilan harga telur ayam agar tidak berlaku sebarang ketirisan yang menjejaskan kepentingan pengguna. Setakat ini,
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
ianya berjalan dengan lancar dan agak baik. Termasuklah kita membuat libat urus dengan semua pihak, pengeluar, pemborong dan sebagainya. Nampaknya ianya berjalan baik dan jaminan diberi bahawa keadaannya akan stabil insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih atas penjelasan Menteri sebentar tadi. Saya ingin — Pekan ingin bertanya. Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan impak penyasaran semula subsidi telur tidak membebankan pengguna, terutamanya golongan sasar B40? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kita lihat pihak pengeluar sendiri. Pengeluar telur memberi jaminan iaitu telur yang gred A, B, C dan telur yang bergred D diperbanyakkan.
Dan kita lihat sekarang ini gred D tu, iaitu yang keluaran umum itu, kadangkala dijual bawah daripada RM10 untuk satu papan 30 biji. Ini diperbanyakkan supaya ianya tidak berlaku kenaikan yang mendadak dan mampu B40 memilih. Sudah tentulah A dan B agak harga tinggi tapi C dan D itu selalunya berada dalam pasaran dan mereka boleh membeli gred itu.
Ini yang kita lihat sekarang ini berada di pasaran. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Masjid Tanah. Lawyer nak tanya hal telur.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya orang kampung, Yang Berhormat. Yang Berhormat tak boleh cakap macam tu, Yang Berhormat.
Kita semua sini Ahli Yang Berhormat. Soal telur ini, terutama sekali untuk kawasan yang berpendapatan rendah dan juga luar bandar, telur ini adalah lauk yang paling murah, Yang Berhormat. Kebanyakan daripada orang kampung, semua memang membeli telur untuk – sebagai bekalan makanan protein mereka. Dengan tekanan kos sara hidup hari ini, kita melihat bahawa apabila berlaku kenaikan — pengurangan subsidi dikenakan terhadap telur ini, jadi selain daripada pemantauan dan apakah peranan kementerian lagi untuk memastikan harga telur tidak meningkat akibat daripada penarikan subsidi harga telur?
Dan tadi Yang Berhormat sentuh — memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa penjimatan sebanyak 45 juta sebulan. Jadi, saya ingin tahu. Apakah dasar ataupun pengumuman ataupun produk baharu daripada pihak kementerian hasil daripada penjimatan tersebut untuk membantu rakyat, 45 juta itu? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sebarang penjimatan wang itu dipulang kepada pihak Perbendaharaan. Merekalah yang akan merancang untuk membawa ke mana wang itu. Kalau diberi kepada saya, sudah tentulah banyaklah kita boleh membantu lagi B40 ini. Tapi sekarang ini alhamdulillah, keadaan telur agak stabil di seluruh negara.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kalau ada mana-mana tempat yang bagi masalah itu poket, pocket issue ini, sila buat aduan dan kita insya-Allah LPP dan FAMA akan mengambil tindakan segera. Secara umumnya harganya sekarang stabil dan tidak naik bahkan ada keluhan bahawa tempat itu peniaga kata kami terpaksa jual dengan harga yang lebih murah terutama sekali yang C dan D. Ini berlaku kestabilan dan insya-Allah kerajaan sentiasa memantau. Pegawai-pegawai kita sentiasa memantau. Kalau berlaku satu tempat pocket issue, kita akan ambil tindakan segera dan Jualan Rahmah akan dipertingkatkan di seluruh negara supaya B40 dapat membeli dengan harga yang lebih munasabah mengikut kemampuan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato' Dr.
Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status pembangunan vaksin denggi dan adakah kementerian bercadang memperkenalkan program vaksinasi kebangsaan bagi penyakit denggi yang kini dikategorikan sebagai endemik.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Kuala Langat ya. Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam MADANI. Terus menjawab persoalan pembangunan vaksin denggi. Tuan Yang di-Pertua, yang ada kita sedang kita bangunkan adalah di Universiti Malaya ya di peringkat R&D masih lagi di peringkat pre-clinical ya yang dipimpin oleh Profesor Zali tak silap saya yang mana ia merupakan satu pembangunan development dengan izin, next generation dengue vaccine, oral vaccine for dengue itu yang sedang dilaksanakan.
Ada pun buat masa ini pihak berkuasa ini, ini vaksin ya berbeza. Vaksin adalah pencegahan tetapi kalau kita bercakap tentang oral antiviral ya masih juga tidak ada untuk denggi dan sedang juga dibangunkan bersama-sama KKM, IMR, CRM dengan satu kumpulan yang dipanggil sebagai Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDI) ya. Itu aspek lain kerana itu bercakap tentang antiviral, drugs, tapi ini vaksin, ya.
Buat masa ini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, ya, ataupun Drug Control Authority dengan izin Kementerian Kesihatan telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin denggi bernama Qdenga selama dua tahun bermula Februari 2024 ya. Dalam tempoh tersebut, pihak syarikat perlu mengemukakan yang terkait dengan keberkesanan, keselamatan produk ya melibatkan penerima vaksin tempatan secara berkala kepada DCA ini ataupun PBKD ini.
KKM tiada perancangan buat masa ini untuk memperkenalkan. Soalannya, apakah Qdenga ini, vaksin ini akan diperkenalkan dalam program imunisasi kebangsaan? Ya, kalau
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
mengikut apa yang disarankan oleh WHO. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan bahawa kalaulah mahu digunakan Qdenga ini, pertimbangannya adalah kalau dilihat pada kadar jangkitan yang diistilahkan sebagai seroprevalence pada umur kanak-kanak sembilan hingga 16 tahun, ia mesti melebihi 60 peratus. Buat masa ini, belum lagi dan kalau yang melebihi 60 peratus ini adalah golongan umur 45 hingga 73 tahun ya. Lalu, Malaysia tidak, belum lagi memenuhi kriteria ini. Tapi kami masih, ya memerhatikan tentang, terus memantau kemajuan vaksin denggi ini dari sudut saintifik, bukti-bukti yang kukuh, keberkesanan aplikasi, responsif, keselamatan dan kos.
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Qdenga ini sudah pun boleh didapati daripada klinik ataupun fasiliti swasta di hospital swasta dan di GP sendiri telah pun mereka mulakan, tak silap saya 2016 lagi ataupun 2018. Apa pun, vaksin ini ada di pihak swasta, hospital umpama KPJ dan Columbia dan seumpamanya, Beacon, mereka menawarkan vaksin ini. Puan Yang di-Pertua, itu saja dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kita masih berusaha untuk membangunkan ini, terima kasih.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya lihat KKM mempunyai portal iDengue yang saya kalau kita lihat di situ juga ada statistik berkaitan dengan hotspot dan juga tempoh wabak dan saya dapati kalau kita lihat dalam minggu epidemik 29, hotspot yang tertinggi adalah di Selangor. Kalau di kawasan PGS 91, 143 hari tempoh wabak, Lembah Subang, 90 hari, Seksyen 7, 76 hari.
Apakah manifestasi ini menunjukkan bahawa kegagalan dalam kita mengawal mungkin semburan yang tidak efektif ataupun apakah kaedah mungkin program-program COMBI sebagai contoh, saya lihat pada hari ini agak lesu dan apakah mungkin inisiatif yang dibuat oleh pihak KKM sendiri bagi menggalakkan banyak lagi program-program ini dan ada inisiatif seperti peruntukan yang diuntukkan sama ada daripada KKM ataupun PBT dan adakah digalakkan mungkin kawasan-kawasan yang hotspot berulang ini digalakkan untuk mengambil vaksinasi sebagai contoh yang mungkin juga boleh membantu daripada sudut pengawalan itu, terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, sahabat saya Kuala Langat. Ya, pastinya Selangor mendahului yang disusuli oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kita tahu urbanisasi dan cuaca, faktor cuaca semuanya adalah terkait dengan penentuan ini dan juga saya perlu menyebutkan buat mutakhir ini yang mahu kita lakukan juga adalah untuk kita mampu menggunakan AI di mana hotspot itu dikenali dengan sifat predictive akan hotspot ini. Ini juga adalah yang perlu kita bangunkan dan sedang kita bangunkan to identify this in advance dan dengan predictive AI yang boleh menentukan where are the hotspot.
Apa pun yang paling penting kita tahu denggi berpunca daripada nyamuk Aedes Aegypti ini dan di mana tidak — di mana ada nyamuk di situ adanya cabaran denggi. Dan untuk pengetahuan semua ya, 2025, kita perhatikan kematian, 21 kematian. Bahkan melebihi
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
COVID sekarang, COVID hanya satu, tapi ia apa pun adalah merupakan penurunan sebab tahun lepas kita dengan insiden 83,000 kematiannya 117 tapi 2025 ini sehingga kini 21 kematian dengan cases ataupun cases morbidity sebanyak cases 34,360. Satu lagi cara bagi di samping semburan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, satu lagi yang saya mahu sebutkan adalah pengenalan nyamuk ber-Wolbachia yang kita telah lakukan daripada 45 lokaliti di mana sejak dua tahun yang pertama kita mendapati kesannya, keberkesanannya adalah pada paras 45 peratus di sesetengah tempat sehingga 100 peratus dengan tidak adanya cases seumpama di Pulau Pinang. Ini satu yang sangat mustahak, pendekatan nyamuk ber- Wolbachia. This is the way forward. Ini adalah polisi kita yang kita telah mula lakukan dengan kita akan perkenalkan lagi di tempat-tempat, negeri-negeri yang hotspot yang seperti ini. So, so far ia menunjukkan satu keberkesanan yang baik. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Speaker. Saya pun berminat dengan Wolbachia ni. Apabila kita lihat cara penggunaan vaksin ni tentu lebih mahal. Wolbachia ni dia boleh memandulkan nyamuk-nyamuk Aedes ni.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi, sekarang ini dia telah lama dilaksanakan tapi semacam masih lagi tidak berkesan. Apa sebenarnya masalah pelaksanaan Wolbachia ini Menteri?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya nyamuk ber-Wolbachia sebenarnya telah pun merupakan satu kaedah yang digunakan sebab denggi merupakan cabaran dunia, it’s a global challenge.
Kematian denggi contohnya kalau Brazil punya cases setiap tahun dua juta dengan kematian 1,000 lebih contohnya. Begitu juga di negara seperti Bangladesh, Indonesia pun 100,000 lebih dengan kematian ratusan setiap tahun. Jadi, pengenalan nyamuk ber- Wolbachia ini satu yang sedang mendapat perhatian dan dia merupakan satu yang sangat diminati sebagai satu kaedah beyond just cara kita lakukannya secara konvensional itu.
Mustahak untuk saya sebutkan proses ini ataupun kajian ini sedang dilakukan dan setelah saya tekankan tadi keberkesanannya itu sudah mula menampakkan efikasi dan juga safety yang lebih baik dan ini kita harap akan dapat kita kembangkan ke seluruh negara akan pendekatan ini.
Saya sebutkan tadi, kita ada 45 lokaliti dan berikan sedikit masa untuk nyamuk ataupun pendekatan nyamuk ber-Wolbachia dia menunjukkan keberkesanannya. It is still too early tapi telah saya sebutkan keberkesanan itu pada lokaliti-lokaliti yang telah kita jalankan,
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
ia hampir memusnahkan populasi nyamuk Aedes Aegypti ini sebab ke paras 100 peratus telah kita buktikan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
So, ya, mungkin ada perkara-perkara yang perlu di — masih lagi dalam research dan juga dalam pelaksanaan tapi sikit masa lagi kalau dengan peruntukan yang lebih mewah kita boleh laksanakan bahkan banyak lagi lokaliti. Buat hari ini, seluruh negara hanya ada 45 lokaliti sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Pulai.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Soalan nombor 5.
5. Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan status semasa pembinaan jalan dan jambatan Sungai Sepang (Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang) serta jambatan baharu Sungai Lukut (antara Kuala Lukut dan Chuah) seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Pembentangan Belanjawan Tahun 2023 dan 2024.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Parlimen Port Dickson atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Amat Berhormat, projek membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan Sungai Pelek, Sepang, Selangor telah diluluskan pada tahun 2023, RP3 RMKe-12 dengan kos projek RM160 juta.
Skop projek adalah membina jalan sepanjang 4.4 kilometer dan sebuah jambatan sepanjang 1.3 kilometer dengan spesifikasi JKR R2. Proses tender semula sedang berjalan pada masa ini dan pelantikan kontraktor dijangka dapat dibuat pada suku tahun pertama tahun 2026.
Manakala bagi projek membina jambatan baru bagi Jalan Tuju dari Kuala Lukut ke Chuah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus telah diluluskan pada tahun 2024, RP4 RMKe-12 dengan kos RM200 juta. Skop projek adalah membina jambatan sepanjang 600 meter dan Jalan Tuju serta akses sepanjang 2.65 kilometer. Projek ini juga dalam proses tender dan pelantikan kontraktor dijangka dapat dibuat pada awal tahun 2026.
Agensi pelaksana kedua-dua projek ini adalah Jabatan Kerja Raya dan projek dilaksanakan secara reka dan bina. Terima kasih Tuan di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan tadi. Jadi, saya ingin bertanyakan bilakah tempoh siap yang dijadualkan bagi projek-projek pembinaan ini dan adakah ia dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan? Apakah halangan yang ditempuhi sepanjang pelaksanaan
Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson
projek ini dan apakah langkah mitigasi yang telah atau sedang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya maklumkan tadi, kedua-dua projek ini sedang dalam proses perolehan tender yang dijangka pengeluaran SST bagi pembinaan projek adalah pada suku pertama tahun 2026. Pada masa ini, pelaksanaan projek masih mengikut jadual sebagaimana yang kita rancangkan sebab tempoh dia kita bermula dari awal projek lagi.
Tempoh pembinaan kedua-dua projek ini akan mengambil masa 36 ke 48 bulan untuk disiapkan iaitu dalam jangka masa paling awal siap pada suku tahun kedua tahun 2029.
Seperti mana projek-projek yang membentuk jajaran yang lain, halangan utama yang mungkin berlaku dan menyebabkan projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan adalah berkenaan dengan proses pengambilan tanah sehingga pengeluaran borang K selesai. Selain itu, terdapat juga isu berkaitan dengan kerja pengalihan utiliti yang melibatkan pihak syarikat utiliti seperti SAINS, TNB dan juga syarikat telekomunikasi seperti TM, Maxis, Celcom, Digi, serta beberapa syarikat utiliti yang lain. Kedua-dua isu ini adalah di luar kawalan pihak kementerian dan juga pihak JKR.
Sehubungan dengan itu, langkah-langkah mitigasi yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan mengadakan mesyuarat teknikal secara berkala dengan pihak JKR dan juga syarikat utiliti. Manakala bagi isu yang melibatkan proses pengambilan tanah, sesi libat urus antara pihak KKW, JKR, JPKTG dan pihak berkuasa negeri, akan diadakan dari semasa ke semasa melalui mesyuarat tapak dan sesi kunjungan hormat supaya proses dan kelulusan yang terlibat dapat diselesaikan bagi menjamin kelancaran pelaksanaan projek di tapak berkenaan. Terima kasih Tuan di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain projek-projek di Port Dickson, Belanjawan 2024 juga tentang peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf pembaik pulih kemudahan asas. Di Parlimen saya terdapat tiga jambatan yang perlu dinaiktaraf, Kampung Pulau Mas Mukim Sala Besar, jambatan berhadapan Masjid Kampung Ulu Dulang Besar, menaik taraf jambatan kayu berhampiran Surau Haji Ismail Kampung Ulu Dulang yang runtuh akibat banjir.
Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian sudah memulakan peruntukan tersebut seperti yang saya sebutkan di semua Parlimenlah, termasuk Parlimen saya?
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman semua, selain daripada projek jalan luar bandar, KKW juga melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Projek Jambatan Luar Bandar dan juga program ameniti sosial dalam usaha kita memastikan kemudahan dan infra luar bandar dapat kita laksanakan dengan lebih berkesan.
Apa yang dirujuk oleh Yang Berhormat tadi melibatkan projek ameniti sosial, maksudnya kemudahan awam di sesuatu kawasan luar bandar. Kita sedia maklum memang
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
kita mempunyai peruntukan khas untuk tujuan berkenaan. Namun peruntukan ini tidak mencukupi secara keseluruhan berdasarkan permohonan-permohonan yang kita terima dari semua negeri dan juga Parlimen.
Namun, memandangkan soalan ini, saya tidak mempunyai data setakat ini, saya tidak dapat orang kata, menjawab terus berkaitan dengan pelaksanaan tiga jambatan tadi.
Saya mohon saya akan jawab secara bertulis untuk status ataupun jika ada pihak KKW menerima permohonan tiga jambatan tadi, untuk saya maklumkan terus kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal, Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Speaker, soalan nombor 6.
6. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal [Semporna] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status permohonan pembesaran jalan raya daripada jalan dua lorong kepada empat lorong dua hala dari checkpoint Tawau-Semporna di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan adakah ianya akan diletakkan di bawah projek keutamaan kementerian.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Indah warna mentari terbenam, Sunyi sepi sealam maya; Soalan Semporna nombor enam, Dengarkan ini jawapannya. Dato’ Yang di-Pertua, saya melalui jalan yang dipohon oleh Semporna pada hari Rabu, 16 hari bulan tujuh, 2025 kerana saya melawat Semporna dan dalam perjalanan ke checkpoint kemudian melalui Pan Borneo dan pergi ke Tawau. Sepanjang perjalanan itu, mata tidak terpejam, saya melihat kiri dan kanan untuk memahami keadaan tapi saya tak sangka soalan ini naik.
Telah dijawab secara bertulis apabila Yang Berhormat Semporna menghantar surat permohonan kepada Menteri Kerja Raya dan saya ada jawapan surat daripada Menteri Kerja Raya. Apa yang ingin saya maklumkan, permohonan Yang Berhormat iaitu jalan dari checkpoint Tawau Semporna adalah berada di Jalan Tawau Semporna SA51. Semakan kementerian ini mendapati status jalan ini adalah di bawah seliaan kerajaan negeri. Oleh yang demikian, bidang kuasa bagi pelaksanaan projek tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah.
Sehubungan itu, Kementerian ini mengesyorkan sebarang cadangan penambahbaikan kepada jalan tersebut daripada dua lorong kepada empat lorong sewajarnya dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. Bidang kuasa Kementerian Kerja Raya hanyalah bagi Jalan Persekutuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada penyelarasan antara Unit
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri. Kementerian ini akan meneliti cadangan projek apabila ia dimohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri. Mengikut semakan kementerian ini, untuk Rancangan Malaysia Ke-12, RP1, 2, 3, 4 dan 5, tiada permohonan diterima daripada Kerajaan Negeri Sabah.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Permohonan RMKe-13 untuk tahun hadapan RP1, belum ada permohonan diterima daripada Kerajaan Negeri Sabah. Ha, itu duduknya keadaan jalan yang dipohon oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Jalan ini masa Warisan kerajaan, saya Ketua Menteri dah pun minta di Kementerian Kerja Raya, senaraikan sebagai program yang Rancangan Malaysia Kedua Belas. Tapi malangnya, tak tahu rancangan itu dah tak masuk pula ya. Bagaimanapun, persoalan saya bangkitkan dan Yang Berhormat menjawab oleh kerana dia projek jalan nyelusuri kerajaan negeri.
Datuk Speaker, sebenarnya saya mantan Menteri ‘Kampung Luar Bandar’.
Walaupun ada jalan-jalan di bawah kerajaan negeri, peruntukan Persekutuan saya salurkan.
Di Balingkah – ini ayahanda dia, Ustaz Azamudden dulu, PAS [Sambil merujuk kepada Ahli Parlimen Alor Setar]. Saya tak kisah dia PAS. Yang jalan ini rakyat Malaysia. Tapi saya bantu bagaimana peruntukan ini untuk membolehkan supaya kemudahan asas. Pasal Datuk Speaker, we have about three to 4,000 a week pelancong dari China. Accident di kawasan ini dah berapa kali dah meninggal dunia dan oleh kerana jalan ini, economic return to the country bukan hanya pelancongan, cukai yang ada, keselamatan yang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Soalan saya, mengapa kita hanya tunggu soalan daripada semata-mata kerajaan negeri yang ada? Kita work with them. Pasal kalau kita tunggu kerajaan negeri sampai sekarang pun ya, saya ingat dah tak masuk. Saya tidak tahu. Mungkin adanya Menteri Kerja Raya di sini, semak.
Saya dah beritahu, dahulu Datuk Peter Anthony waktu saya Ketua Menteri masukkan supaya dual carriage yang ada. Pasal ini laluan kebaikan. Kita sebenarnya nak masukkan dalam Pan Borneo pun ya kerana dia economic return to the country a lot, you know. Bukan hanya pertanian, pelancongan yang ada dan ini merupakan satu perkara yang harus dilihat oleh Kerajaan Pusat.
So Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, kalau boleh ya, di-consider dan saya tahu pilihan raya, saya harap perubahan berlaku dan kita akan masukkan dia dalam Rancangan Ke-12. Terima kasih banyak.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, Yang Berhormat Semporna. Ada satu lagi kaedah iaitu menukar status jalan negeri kepada Jalan Persekutuan. Itu satu kaedah dan ia telah dibuat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Contoh, Jalan Johor Bahru ke Endau, 166.3 kilometer. Jalan negeri ditukar kepada Jalan Persekutuan. Desaru-Pengerang, 42.08 kilometer. Kota Tinggi-Kluang, 92.5 kilometer. Di Kelantan pun ada. Jalan Tiong ke Pasir Tumbuh, 5.1 kilometer. Jalan negeri ditukar kepada Jalan Persekutuan.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kaedahnya Yang Berhormat Semporna, pertama, JKR negeri hendaklah mengangkat permohonan itu kepada Mesyuarat Kabinet Kerajaan Negeri. Kerajaan negeri bersetuju, Mesyuarat Kabinet atau di negeri lain Mesyuarat Exco bersetuju supaya tanah negeri dijadi tanah Persekutuan di sepanjang laluan itu, maka bolehlah dihantar kepada kami dan akan diwartakan. Warta itu akan diletak di atas meja Parlimen ini. Ini kaedahnya yang boleh kita lakukan, menukar jalan kerajaan negeri kepada jalan Kerajaan Persekutuan. Kalau kita nak minta daripada KKDW, yang itu bukan jalan kampung. KKDW melaksana jalan kampung. Jadi, itulah yang ingin saya kongsikan di sini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Timbalan Speaker. Saya nak timbulkan soalan tambahan berkait dengan jalan raya daripada Gerik ke Jeli. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan maut yang melibatkan 15 orang pelajar daripada UPSI, 10 daripada Besut dan lima daripada Parlimen Setiu dan 27 orang yang tercedera. Jadi saya nak tanya, apakah perancangan kerajaan untuk membesarkan jalan ini ataupun membina struktur baru bagi jalan ini kerana didapati banyak berlaku, ada kerosakan dan tak boleh lagi ditampal lagi?
Yang kedua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu soalan tambahan sahaja.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
…status pembesaran jalan daripada Sungai Tarom ke Bandar Permaisuri yang saya bangkitkan dalam sidang lepas. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ada tiga punca kemalangan jalan raya.
Yang pertama, 80 peratus adalah kerana kecuaian pemandu, 80 peratus, 13 peratus adalah kerana keadaan jalan raya, tujuh peratus kerana keadaan kenderaan yang dibawa. 80 campur 13, campur tujuh, jadi 100 peratus.
Apa yang berlaku, amat menyedihkan. Jalan Gerik ke Jeli itu 15 maut, 33 cedera.
Punca utama ialah daripada 60 kilometer/jam di kawasan itu, dibawa oleh pemandu 111 kilometer/jam. Dua kali ganda daripada had laju yang dibenarkan. Kalaupun jalan itu baik,
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
kalaupun lampu jalannya terang, kalaupun tidak ada selekoh, jika dipandu melebihi sebegitu, maka akan berlaku kemalanganlah.
Walaupun demikian, antara perkara yang kita telah umumkan, pemasangan lampu solar di jalan kawasan itu. Ada banyak batang, beratus batang lampu solar akan dipasang.
Satu lagi ialah mewarnakan semula segala garisan jalan di kawasan itu.
Kita tahu bahawa jalan rosak ada tiga sebab. Yang pertama, umur jangka hayatnya.
Macam juga manusia, jalan juga ada jangka hayat. Di situ jangka hayatnya sudah lamalah.
Yang kedua, kerana banjir, kerana cuaca dan yang ketiga, kerana lebih muatan kenderaan.
Oleh itu, usaha untuk kita menambah peruntukan bagi penyelenggaraan jalan di situ kita akan lakukan.
Satu lagi masalah, kekurangan peruntukan oleh Kementerian Kewangan kepada Kementerian Kerja Raya. Kita minta RM4 bilion untuk penyelenggaraan jalan di seluruh negara, dapat RM2.2 bilion. Itu RM1.8 bilion kurang daripada permohonan. Walaupun demikian, kita tidak akan menjadikan itu alasan. Kita akan terus mencuba dan mohon kepada Kementerian Kewangan pada masa akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya kemukakan soalan nombor tujuh.
7. Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan:
(a) pendirian Malaysia dalam forum antarabangsa untuk menangani isu pemindahan sisa plastik dari negara maju ke negara membangun atau penjajahan sisa; dan
(b) adakah Malaysia bercadang menggesa sekatan eksport sisa plastik oleh negara bukan OECD seperti yang dilakukan Kesatuan Eropah.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang di-Pertua. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi perhatian serius mengenai isu pergerakan sisa plastik rentas sempadan yang tidak terkawal atau tanpa kelulusan sah yang sering dilihat sebagai sejenis penjajahan sisa. Malaysia adalah ahli kepada Konvensyen Basel mengenai kawalan pergerakan rentas sempadan sisa berbahaya dan juga pelupusannya.
Sehubungan itu, Malaysia menyokong penuh pindaan Konvensyen Basel, khususnya pindaan sisa plastik yang berkuat kuasa pada Januari 2021. Pindaan ini mengehendaki proses prior informed consent ataupun PIC bagi pergerakan setiap rentas sempadan sisa plastik. Ini adalah langkah kritikal bagi mencegah sisa plastik yang tidak diingini dieksport ke negara-negara membangun dengan kapasiti pengurusan sisa yang sangat terhad.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Bermula pada 1 Julai 2025, pengimportan sisa plastik ke Malaysia telah diperketatkan dan dikawal selia oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
(MITI) dan tertakluk kepada pengeluaran Certificate of Approval atau COA oleh SIRIM selaras dengan Jadual Keempat dalam Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)
(Pindaan) 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soalan tambahan saya ialah negara kita berdepan dengan masalah penyeludupan dan penipuan klasifikasi waktu kontena sampai di pelabuhan. Dan inilah punca besar di mana plastik – sisa plastik masuk ke negara.
Soalan saya ada dua. Yang pertama, apakah mekanisme perlu ditingkatkan supaya kawalan biasanya kita buat spot check di pelabuhan, tapi jarang spot check dibuat di kilang kitar semula plastik? Saya fikir ini di antara menyebabkan penyeludupan masuk dengan banyak.
Yang kedua, tentang apakah mekanisme dapat kita tingkatkan dengan penggunaan teknologi AI bagi kita mengesan lebih awal sisa yang bergerak daripada satu negara ke satu negara, khusus ke negara Malaysia? Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat bersetuju pandangan Yang Berhormat ini. Kita kena reorganize balik kita punya kementerian- kementerian yang terlibat dalam sisa waste – plastic waste ini. Kalaulah kita tengok dalam negara kita ini, Jabatan Alam Sekitar satu pihak. Kemudian kita ada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal. Kemudian kita ada MITI yang mengeluarkan COA untuk import waste plastik ini. Kemudian kita ada kastam di bawah MOF.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, keempat-empat ini mempunyai bidang kuasa yang sangat berbeza tetapi kalau kita hendak dapat effective enforcement, empat-empat ini kena duduk satu meja. Itulah cadangan yang saya buat kepada kementerian NRES apabila saya tengok keseluruhan ini, empat-empat ini kena bekerja sebagai satu pasukan untuk melihat semua ini. Contoh.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya bersetuju Yang Berhormat punya pandangan tadi ialah kalau kontena masuk salah declare, kastam mungkin tak boleh check setiap kontena yang sampai ke pelabuhan kita. Kemudian, kontena itu terlepas keluar. Tetapi kalau ada pemantauan di setiap syarikat-syarikat yang memproses waste ini, sudah tentu kita akan kenal pasti sama ada waste itu, syarikat itu atau kilang itu dilesenkan atau kilang haram.
Yang menjadi ketakutan kita hari ini banyak daripada waste, waste yang dikeluarkan oleh negara-negara maju sampai ke negara kita dia proses mungkin 10–20 percent yang 80 persen pergi kita punya landfill. Jadi, kita akan spend banyak duit untuk cover landfill ini sedangkan negara-negara maju tidak bayar — tak payah melabur atau mewujudkan landfill
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
mereka tetapi dia eksport kepada negara kita dan dia kurang dia punya kos. Kita dapat ini dan kita hantar kepada landfill oleh pemproses-pemproses haram.
Sebab itu dengan penglibatan MITI kita hendak semua syarikat yang terlibat dalam recycling plastik ini dia kena daftar dengan MITI dan kita akan check. Kalau boleh tiap-tiap tahun kita kena bagi dia lesen. Setiap kali dia nak hantar lesen, kita hendak tengok dia punya audited account. Berapa banyak dia punya jualan, berapa banyak dia punya eksport dan di mana dia jual because kita hendak apa dia buat terhadap waste yang dia bawa selain — selepas kita proses. Ini adalah satu benda yang saya rasa perlu kita ambil tindakan secepat mungkin.
Dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat ada buat Malaysia Plastics Sustainability Roadmap. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya tengok Yang Berhormat punya statement memang baguslah. We need to shift to a sustainable and circular plastic economy where we produce and use plastic consistently and at the same time, tap the economy value from this plastic wastes. Very good.
Kita hendak cerita pasal ekonomi tetapi kita juga kena tengok apa yang berlaku daripada recycle activity ini waste itu dibuang di mana. Kalau waste yang kita buang ini 80 peratus sedangkan dia generate economy only 20 — 20 peratus yang ini kita kena pastikan supaya dia ada check and balance. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih, Puan Speaker.
Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada Puan Speaker dan kepada semua anak-anak Sarawak yang berada di mana jua.
[Tepuk] Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah bagaimanakah perubahan syarat pengimportan sisa plastik daripada memerlukan approve permit kepada Certificate of Approval dapat menyelesaikan isu yang kita hadapi sekarang ini? Terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Yang Berhormat. Selepas MITI ambil alih daripada KPKT kemudian dia melalui satu proses baharu di mana dia menggunakan satu agensi di bawah MITI iaitu SIRIM QAS. Setiap syarikat yang hendak mengimport ini sebelum dia dapat COA dia kena patuhi banyak syarat-syarat. Setakat hari ini daripada 77 syarikat-syarikat yang dilesenkan semasa dalam KPKT dahulu tetapi sampai di MITI ini, baru 11 sahaja yang diluluskan.
Jadi, saya harap dengan proses ini kalau dipantau dari segi pelesenan ini dan kemudian kita pantau di pihak Kastam, kemudian kita pantau di pihak PBT, rasa, saya rasa bagi masa dalam setahun, saya ingat kita akan dapat satu perubahan yang besar untuk mengelakkan waste ini dihantar kepada negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran guru dan murid-murid PPKI dan Tahun 6 SJK(C) San Min dari Parlimen Rasah termasuk anak Yang Berhormat Rasah sendiri. Selamat datang ke Dewan yang mulia ini.
[Tepuk] Matahari terang di Bumi Kenyalang, Sejarah gemilang terus dikenang; Selamat Hari Sarawak semua disayang, Soalan saya nombor lapan.
8. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan usaha kementerian dalam memastikan transisi kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] pada 1 Januari 2026 dan setakat ini berapa banyak pertubuhan belia yang telah membuat pindaan Perlembagaan menjelang 1 Januari 2026.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada YB, Yang Berhormat Bandar Kuching bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Sipitang dan Yang Berhormat Ledang kerana perkara yang dibangkitkan adalah menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Bagi menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, adalah penting untuk saya jelaskan di sini bahawa pada peringkat kebangsaan, had umur belia adalah berdasarkan Dasar Belia Malaysia yang memperuntukkan had umur belia setara piawaian antarabangsa iaitu berumur antara 15 tahun–30 tahun. Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668] digubal bagi maksud pentadbiran dan penyeliaan pertubuhan belia.
Berdasarkan Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu perkara di perenggan 19, berkenaan pertubuhan tidak diperbadankan (unincorporated societies). Tahun 2026 bakal mengubah landskap pentadbiran dan kepimpinanpertubuhan belia. Penguatkuasaan akta ini akan memberi kesan kepada 8,272 pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
Selaras dengan Dasar Belia Malaysia, kerajaan telah menetapkan bahawa tarikh kuat kuasa bagi penurunan had umur belia dari 40 kepada 30 tahun melalui pindaan kepada Akta 668 dan pindaan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026. Pelaksanaan penuh pindaan ini turut dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bilangan 1 Tahun 2023 dan turut diumumkan di Majlis Perundingan Belia Negara pada 23 November 2023.
Statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, belia berusia 15–30 tahun berjumlah 9.5 juta orang atau 27.9 peratus daripada keseluruhan populasi negara. Manakala bilangan pemegang jawatan pertubuhan belia pada tahun 2025 adalah seramai 99,271 orang dan 53.99 peratus lebih separuh daripadanya merupakan pemegang jawatan di bawah 30 tahun.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Sebagai kerajaan yang bertindak berdasarkan dengan izin, data driven decision kita perlu akur dan sedar akan situasi yang mana belia semakin matang dan tahu akan keperluan menyediakan diri daripada pelbagai sudut.
Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil beberapa inisiatif untuk memudah cara transisi ini. Antaranya sepintas lalu:
(i) penubuhan Jawatankuasa Kerja Transisi yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan;
(ii) Bicara Transisi Belia;
(iii) bengkel tadbir urus;
(iv) program-program pembangunan kapasiti seperti program pengurusan organisasi;
(v) Program Kembara Jumpa Orang Muda; dan
(vi) Pensijilan Profesionalisme Kerja Belia sebagai pengiktirafan terhadap belia yang mempunyai pengalaman dan penglibatan aktif dalam berpersatuan.
Saya jawapan masih panjang tetapi kita boleh ambil soalan tambahan, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat komprehensif. Anak muda bukan sahaja pemimpin masa depan tetapi juga pemimpin kepada hari ini. Jadi, ini satu inisiatif yang kita harus sokong. Soalan tambahan saya, apa yang akan jadi kepada kepimpinan belia yang melepasi umur 30 tahun selepas pindaan Akta 668 ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan? Dan juga apa akan jadi kepada ahli persatuan belia yang telah melebihi umur 30 tahun selepas pindaan tersebut? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Yang Berhormat Bandar Kuching, pemimpin belia yang telah mencapai umur 30 tahun selepas tarikh kuat kuasa boleh meneruskan memegang jawatan sehingga tahun sesi pemegang jawatan tamat atau sehingga Mesyuarat Agung Tahunan pemilihan yang seterusnya. Namun begitu, pemimpin belia ini tidak boleh dicalonkan semula sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 6, Akta 1602.
Untuk ahli-ahli belia, mulai 1 Januari 2026, selaras dengan pindaan Akta 668 melalui Akta 1602, ahli biasa yang tidak memegang jawatan dalam pertubuhan belia yang mencapai atau melebihi umur 30 tahun, tidak layak lagi sebagai ahli biasa pertubuhan belia dan hilang kelayakan untuk mengundi dan diundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pemilihan. Namun mereka boleh terus terlibat sebagai penasihat, mentor, fasilitator, penggerak pekerja belia atau alumni tertakluk kepada Perlembagaan Pertubuhan.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Dalam aspek ini, Kementerian Belia dan Sukan telah membuat sesi engagement bersama ROS untuk kita menyenangkan pertubuhan-pertubuhan belia dan pemegang
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
jawatan ataupun ahli-ahli mereka yang telah mencecah usia 30 tahun untuk transisi ke persatuan-persatuan yang lain yang berdaftar di bawah ROS. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, setakat 18 Oktober 2024, 8,272 pertubuhan belia yang berdaftar dengan ROY dan didapati hanya 10 peratus ataupun 800 pertubuhan belia yang membuat pindaan perlembagaan untuk proses transisi umur had umur belia 30 tahun. Jadi, saya melihat angka ini sangat kecil berbanding usaha untuk melakukan transisi.
Jadi, apakah langkah kementerian untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan belia yang mempunyai masalah untuk melakukan proses transisi ini kerana kita lihat angka 10 peratus 800 pertubuhan belia yang membuat pindaan perlembagaan ini? Apakah langkah yang dibuat? Kenapa tidak dibuat secara berperingkat penurunan had umur belia ini? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya telah jelaskan, banyak usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memudah carakan transisi ini. Dan pindaan akta ini telah berlaku pada tahun 2019 oleh Parlimen yang lepas dan saya kira Parlimen merupakan platform tertinggi untuk penggubal dasar, penggubal undang-undang membuat keputusan berbahas di sini dan keputusan itu mesti dihormati.
Selepas pindaan ini dibuat pada tahun 2019, dua kali had umur transisi ini telah ditangguhkan pelaksanaannya kerana kita ada ‘Langkah Sheraton’, kita ada masa COVID- 19 masa itu dan kita mempunyai perubahan Menteri pada masa itu. Tetapi setelah dua kali ditangguhkan, bila Kerajaan MADANI masuk, kita telah membincangkan perkara ini dan kita telah bagi peruntukan melalui Kertas Jemaah Menteri, RM5 juta setiap tahun geran pentadbiran dan pada tahun 2024, kita telah turunkan RM1.5 juta untuk program transisi.
KBS tidak akan melepaskan tangan. Kita akan membantu pertubuhan-pertubuhan belia ini untuk transisi dan seperti yang saya telah jawab, perbincangan telah berlaku antara KBS dan ROS untuk kita memudah carakan mereka berdaftar jika mahu melalui pertubuhan alumni persatuan-persatuan belia tersebut. Untuk data seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat bahawa 11 peratus daripada 8,272 keseluruhan pertubuhan belia berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan belia telah membuat pindaan perlembagaan mereka.
Saya lihat begini, enam bulan sebelum kita nak laksanakan, Majlis Belia Malaysia datang balik dan kata mereka belum bersedia. Padahal 2023, mereka telah bersetuju untuk laksanakan dan saya lihat kerana perkara ini telah ditangguhkan dua kali, mungkin mereka tunggu dan lihat sama ada kerajaan ini akan terus menangguhkan pelaksanaan tersebut.
Tetapi kerajaan melalui keputusan Kabinet telah membuat keputusan tegas bahawa kita tidak akan tangguhkan lagi. Kita akan laksanakan pada 1 Januari 2026 kerana dunia di luar sudah berubah dan kita mesti berubah mengikut masa dan zaman.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Seperti yang telah kita nyatakan, hari ini, 18 tahun sudah boleh mengundi, 18 tahun sudah boleh menjadi wakil rakyat jika mereka pilih untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya.
18 tahun boleh berkahwin, 18 tahun boleh memandu kereta. Jika belia usia 18 tahun sudah boleh membuat keputusan besar seperti itu, saya yakin 18 tahun hingga 30 tahun sudah bersedia untuk memimpin pertubuhan belia dan keputusan ini hanya melibatkan pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Registrar of Youth (ROY). Tidak ada impak dan kesan terhadap pertubuhan yang berdaftar di bawah ROS. Seperti SABERKAS Negeri Sarawak, mereka berdaftar di bawah ROS dan mereka tidak terkesan dalam pindaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapten Azahari bin Hassan, Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 9.
9. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan bentuk bantuan kewangan, insentif pengeluaran getah atau geran peningkatan produktiviti yang disediakan oleh kerajaan melalui RISDA atau agensi berkaitan kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Parlimen Padang Rengas khususnya dalam menghadapi kejatuhan harga getah dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada semua Ahli Parlimen Sarawak dan juga rakyat Sarawak secara seluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui RISDA sentiasa prihatin terhadap nasib pekebun kecil yang terkesan akibat kejatuhan harga getah dan peningkatan kos sara hidup.
Sehubungan dengan itu, pelbagai bentuk bantuan telah dilaksanakan bagi meringankan beban mereka termasuk pemberian Insentif Pengeluaran Getah serta Geran Peningkatan Produktiviti Getah.
Bagi tahun 2025, RISDA telah memperkenalkan Program Peningkatan Produktiviti Getah yang merangkumi tiga komponen utama iaitu
(i) Program Produktiviti Getah, singkatan dia PROGET, bagi meningkatkan hasil penjualan daripada pokok getah matang;
(ii) Program Produktiviti Lateks (PROTEKS) untuk merangsangkan pengeluaran hasil lateks negara; dan
(iii) Geran Padanan yang bertujuan menambah kapasiti pengeluaran lateks secara nasional.
Untuk makluman, pelaksanaan program ini, RISDA telah diperuntukkan sebanyak RM118.9 juta yang melibatkan 28,400 hektar dan dijangka memberi manfaat kepada seramai 20,000 orang pekebun kecil di seluruh negara. Di Negeri Perak, peruntukan berjumlah RM12.9 juta melibatkan keluasan 3,500 hektar dan memberi manfaat kepada 2,300 orang pekebun kecil. Manakala bagi Parlimen Padang Rengas, sebanyak RM65,000 diperuntukkan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
bagi kawasan seluas 26 hektar yang akan memberi manfaat kepada seramai 17 orang pekebun kecil.
Selain daripada itu, RISDA juga menyediakan bantuan keusahawanan dan juga agromakanan bagi menggalakkan pekebun-pekebun kecil menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan daya tahan ekonomi mereka secara lebih lestari dan juga bersepadu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang menambah kadar bantuan BMT serta memanjangkan tempoh pemberiannya memandangkan musim tengkujuh kini lebih panjang akibat perubahan iklim? Dan, apakah perancangan RISDA atau Lembaga Getah Malaysia dalam menyediakan program latihan, bantuan penanaman semula dan insentif penggunaan teknologi moden kepada pekebun kecil di kawasan ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih atas soalan tambahan tadi. Kerajaan melalui RISDA juga komited membantu pekebun kecil dan penoreh getah termasuk di kawasan Padang Rengas melalui pelbagai inisiatif termasuk bantuan musim tengkujuh yang diwujudkan bagi meringankan beban kewangan golongan ini apabila aktiviti menoreh tidak dapat dijalankan semasa musim hujan dan juga mereka kehilangan sumber pendapatan.
Bagi tahun 2024, sebanyak RM264 juta telah diperuntukkan untuk BMT yang memberi manfaat kepada 324,000 pekebun kecil dan 6,000 penoreh getah di seluruh negara.
Di Padang Rengas, seramai 862 penerima menerima bantuan berjumlah RM690,000. Bagi tahun 2025, permohonan bagi BMT 2025 sedang dibuka bermula 1 Jun hingga 30 September 2025 dan permohonan ini mesti dibuat secara talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.
Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, program bantuan musim tengkujuh ini memang RISDA tengah buat kajian dari sudut jumlah dan juga cadangan-cadangan baru bagi memastikan pemberian yang lebih kekal relevan dan berkesan dengan mengambil kira keutamaan dasar dan kemampuan fiskal negara.
Bagi Program Peningkatan Produktiviti seperti yang saya maklumkan tadi, kita ada tiga program tadi iaitu PROGET, PROSPEK dan juga Padanan, Program Padanan yang mana, melalui program PROGET, RISDA telah pun memperkenalkan program bantuan berbentuk amalan pertanian yang baik, yang itu menggunakan teknologi khasnya dari sudut penorehan yang mana melalui program ini, kita telah membekalkan alat-alat torehan dan juga latihan-latihan yang berterusan bagi memastikan sistem penorehan yang lebih efektif dan sebagainya.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Begitu juga dengan pemberian baja bagi meningkatkan, orang kata, kualiti pokok getah berkenaan. Melalui PROTEKS, kita juga mengadakan program peningkatan pengeluaran lateks untuk penoreh-penoreh getah yang mana kita memberi, apa nama, peruntukan dalam bentuk geran sebanyak RM10,000 kepada, apa nama, pengurusan depoh-
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
depoh lateks. Dan yang kedua, kita juga memberi, apa nama, meningkatkan, apa nama, baik pulih lateks dan juga, apa nama, kita juga memperkenalkan teknologi-teknologi baharu berkaitan dengan pengeluaran lateks.
Dan yang ketiga adalah geran padanan, yang mana geran padanan tahun lepas kita dapat 60 juta, yang mana 30 juta daripada MOF dan 30 juta lagi daripada sumber dalaman RISDA. Yang mana dalam program ini, kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Membaik pulih― sekejap. Membaik pulih kebun-kebun getah yang terbiar. Yang kedua, kita juga, apa nama, memberi geran RM, tambahan harga RM3 kepada getah lateks kering. Dan yang ketiga, kita juga membantu dari sudut pembelian alat yang kita sebut sebagai RRImeter bagi membolehkan penyukatan atau menguji getah kering yang dikeluarkan.
Ini antara program-program peningkatan yang telah dilaksanakan oleh RISDA.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih, Puan Speaker.
Sebelum saya bertanya soalan, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada Puan Speaker dan seluruh rakyat Sarawak. Soalan saya nombor 10.
10. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan bagaimana kementerian memastikan penguatkuasaan penjualan tong gas bersubsidi yang selama ini disalah guna oleh pihak industri supaya tidak menyebabkan kenaikan kos harga barang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bentong.
Assalamualaikum dan salam Malaysia MADANI.
Puan Yang di-Pertua, gas petroleum cecair (LPG) merupakan salah satu barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dikawal selia oleh KPDN.
Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas industri yang berurus niaga dan menggunakan LPG ini telah dilaksanakan oleh KPDN semenjak ia disenaraikan sebagai barang kawalan berjadual pada tahun 1974. Tujuannya adalah untuk memastikan keberadaan bekalan LPG yang stabil di pasaran.
LPG juga merupakan barang kawalan yang diberikan subsidi kepenggunaan oleh kerajaan. Sebagai contoh, LPG bersubsidi bagi satu tong 14 kilogram adalah dikawal pada harga RM26.60, manakala harga tanpa subsidi LPG komersial bagi berat yang sama adalah sekitar RM70 satu tong tertakluk kepada harga pasaran. Ini bermaksud bagi setiap tong 14 kilogram, subsidi kerajaan adalah sekitar RM43.40 ataupun 62 peratus.
Perbezaan harga yang besar antara LPG bersubsidi dan tidak bersubsidi telah mendatangkan risiko berlakunya ketirisan termasuk aktiviti penyeludupan keluar sempadan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
dan penyelewengan penggunaan oleh industri berskala besar dan sederhana. Antara bentuk penyelewengan adalah melalui aktiviti haram decanting, iaitu pemindahan LPG dari tong gas bersubsidi kepada tong gas tanpa subsidi dan kemudiannya dijual pada harga komersial.
Bagi mengekang ketirisan ini, KPDN sentiasa meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan menggunakan punca kuasa Akta Kawalan Bekalan, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan peraturan-peraturan subsidiari berkaitan.
Puan Yang di-Pertua, mengambil kira kepelbagaian bentuk kegiatan penyeludupan dan penyelewengan, KPDN juga sentiasa memperkukuh kerjasama dengan rakan-rakan strategik penguatkuasaan. Ini termasuklah agensi yang bertanggungjawab di kawasan sempadan dan perairan seperti PGA, Polis Marin, JIM, APMM, Angkatan Tentera Malaysia dan memperkasa kerjasama dengan AKPS. KPDN juga melaksanakan operasi khas gas memasak iaitu Ops Gasak. Selain itu, KPDN juga menggerakkan usaha ‘Kita Gempur’ yang menyasarkan kepada gerakan massa partisipasi daripada awam yang telah pun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 19 Oktober 2024.
Namun begitu, ketangkasan penguatkuasaan bukanlah faktor tunggal yang boleh menjamin keberkesanan agenda menangani ketirisan, penyeludupan dan penyelewengan. Ia perlu disertai dengan aspek pengurusan risiko ketirisan iaitu strategi dan pendekatan yang boleh menutup ruang dan risiko berlakunya penyeludupan dan penyelewengan.
Sehubungan itu, KPDN sedang melaksanakan sesi libat urus untuk mendapatkan syor dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh dalam kita memuktamadkan pindaan kepada PPKB (Pindaan) 2021 untuk memastikan supaya aspek kawalan dan penguasaan itu dapat diperkasa dan pada masa yang sama kerajaan akan terus menyalurkan subsidi LPG kepada rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan diberikan dan tahniah kepada pihak kementerian kerana begitu agresif dan juga bekerja keras dalam penguatkuasaan untuk memastikan isu-isu ini dapat dibendung.
Soalan tambahan saya adalah― adakah kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi tong LPG ini? Kerana, Yang Berhormat Menteri, terdapat pihak tertentu yang membangkitkan bahawa kerajaan akan memansuhkan atau menarik subsidi LPG ini daripada rakyat. Tolong perjelaskan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Pertama, saya fikir dakwaan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan akan memansuhkan atau menarik subsidi ini adalah satu kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan. Yang kedua, mandat yang diberikan kepada KPDN adalah untuk menangani ketirisan dalam bentuk penyelewengan dan juga penyeludupan, dan tidak sesekali untuk menarik ataupun mengurangkan apatah lagi memansuhkan subsidi LPG. Dan, sebenarnya
Datuk Armizan bin Mohd Ali
kerajaan terus komited untuk menyalurkan subsidi silinder LPG ini kepada rakyat. Namun, asasnya subsidi ini adalah subsidi kepenggunaan, subsidi dapur rakyat.
Namun, pada masa yang sama, kerajaan prihatin bahawa sektor perniagaan makanan dan minuman mikro dan kecil memerlukan juga bantuan ini kerana ia menawarkan perkhidmatan bekalan makanan kepada rakyat. Maka kerajaan sentiasa terbuka untuk membenarkan sektor perniagaan mikro dan kecil ini, makanan dan minum, untuk terus memanfaatkan subsidi ini. Namun, sekiranya alasannya adalah untuk memastikan mereka boleh menawarkan harga yang berpatutan, maka harap dapat dipastikan supaya harga makanan dan minuman itu juga adalah harga rakyat, bukannya harga premium dan sebagainya.
Dan komitmen kerajaan ini, Puan Yang di-Pertua, akan diterjemahkan. Pengiktirafan kebenaran kepada premis perniagaan mikro dan kecil makanan dan minuman ini melalui pindaan yang akan kita buat dalam PPKB 2021 tersebut untuk membolehkan adanya clarity of law. Dalam kita memperkenalkan mekanisme kawalan, pada masa yang sama, kita terus membenarkan bukan hanya subsidi dapur rakyat di rumah tetapi juga para peniaga mikro dan kecil akan terus dapat memanfaatkan subsidi tong gas LPG ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih. Tadi dinyatakan berlaku penyelewengan. Apakah kementerian melihat antara faktor ketirisan dan keberanian penjenayah ini, memadaikah undang-undang yang sedia ada? Ataupun kerajaan bercadang untuk wujud satu undang-undang yang bukan hanya tertakluk kepada ketentuan, apa tu, bayaran, denda, tetapi melihat kepada sejauh mana penyelewengan yang telah berlaku supaya dia benar-benar memberi pengajaran kepada penjenayah? Satu.
Yang keduanya, setakat ini, berapa dah kes yang telah dibuat ke mahkamah dan mereka yang dihukum? Dan apakah kerajaan bercadang untuk― bilakah kerajaan bercadang untuk memutuskan bilangan dan kuantiti kebenaran stok simpanan gas LPG yang praktikal untuk perniagaan kecil dan mikro? Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, antara faktor utama kepada berlakunya ketirisan dalam bentuk penyelewengan dan juga penyeludupan ini adalah disebabkan jurang yang besar di antara harga tong gas bersubsidi dengan harga tong gas komersial tersebut yang telah menyebabkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil keuntungan atas angin dengan menjual harga melalui decanting khususnya harga di antara harga komersial dan juga harga subsidi tersebut.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Dan sebagaimana yang saya jelaskan tadi, kita tidak boleh bergantung hanya kepada penguatkuasaan per se semata-mata. Walau bagaimanapun kita tingkatkan ketangkasan penguatkuasaan tetapi tanpa wujudnya mekanisme pengurusan risiko, ketirisan, leakages, risk management tersebut, maka sudah pasti akan ada ruang-ruang daripada berlakunya
Datuk Armizan bin Mohd Ali
terus tindakan penyeludupan dan juga penyelewengan tersebut. Maka, kita akan melalui sesi libat urus yang kita adakan.
Pertama, kita akan membuat pindaan kepada PPKB (Pindaan) 2021 tersebut untuk kita memperkenalkan mekanisme kawalan dan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan ampuh dengan mengambil kira pandangan semua pihak. Atas sebab itu, kita bergerak ke semua negeri dan kita telah menyatakan bahawa semua pihak dialu-alukan mengemukakan memorandum cadangan. Bukan hanya berapa jenis tong gas yang dibenarkan tetapi juga bagaimana kita dapat mengawal, memantau supaya ada kebertanggungjawaban dan mengurangkan risiko tersebut.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih YB Bentong, sebab Ketua Whip parti beliau, YB Kota Melaka telah tampil dan mengemukakan memorandum cadangan kepada KPDN, hasil daripada suara peniaga-peniaga kecil dan mikro. Mereka telah mengemukakan, apakah bentuk cadangan mekanisme tersebut. Dan Yang Berhormat untuk yang terakhir tadi, kita mensasarkan semua memorandum cadangan itu dapat dikumpul selewat-lewatnya pada 31 Oktober dan kemudian kita akan rumus.
Walaupun kuasa untuk memperkenalkan peraturan tersebut adalah kuasa Menteri tetapi saya perlu untuk membawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri kerana ia melibatkan stakeholders daripada pelbagai kementerian. Jadi, insya-Allah, saya mengalu- alukan supaya Yang Berhormat juga boleh datang memberikan syor - apa nama, keperluan peniaga. Pada masa yang sama, kita kena memikirkan tentang implikasi kewangan.
Kerana jumlah perniagaan semakin meningkat, jumlah rakyat semakin meningkat, pelancong yang datang ke negara kita juga menggunakan perkhidmatan makan dan minum.
Ada yang menyebut RM3.4 bilion itu jumlah yang kecil, sebenarnya besar Yang Berhormat.
Kalau kita tengok sekarang RM3.4 bilion, kita tidak ada arahan untuk mengurangkan. Namun, kalau kita fikirkan RM3.4 bilion pada kadar hari ini, boleh untuk membina 34 sekolah baru dalam satu tahun, tuan-tuan dan puan-puan.
Jadi, saya harap Puan Yang di-Pertua, kita dapat faham tanggungjawab kita ini adalah jangka panjang supaya subsidi ini akan terus mampan dan akan dapat terus dinikmati oleh rakyat kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Jumlah kes tadi, kalau boleh dapat maklumat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Jumlah kes saya akan panjangkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.
Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan
(Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat
(Pindaan) 2025 seperti di nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 23 Julai 2025.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya menyokong, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan dan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Racun 1952; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan Tahun 1974 dibacakan kali kedua sekarang.
Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Semalam kita telah pun meluluskan pindaan RUU Akta Pengurusan Sisa Pepejal serta Pembersihan Awam dan juga Akta Kerajaan Tempatan. Seramai 22 orang Ahli Parlimen telah pun berbahas secara bernas dengan membangkitkan pelbagai isu berkaitan dan Alhamdulillah, telah pun diluluskan. Dan hari ini kita teruskan pindaan Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan 2025.
Ini adalah untuk melaksanakan pindaan terhadap Akta Jalan Parit dan Bangunan tahun 1974 ataupun Akta 133 yang melibatkan pindaan seksyen dan perwujudan seksyen baru untuk mewujudkan punca kuasa bagi pelaksanaan kadar denda baru serta perintah khidmat masyarakat ke atas seseorang yang disabitkan kesalahan di bawah subseksyen 47(1), Akta 133. Rang undang-undang ini sebenarnya adalah pindaan berbangkit daripada semalam iaitu RUU Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Akta 672 yang telah dibaca, dibahas dan digulung sebelum ini.
Justeru, objektif, hasrat yang ingin dicapai melalui pindaan Akta 133 ini adalah untuk memastikan pengukuhan perundangan secara holistik dan komprehensif berkaitan dengan Perintah Khidmat Masyarakat dan pelaksanaannya dengan secara penuh tertib dan juga teratur. Untuk makluman, Akta 133 ini telah dipinda sebanyak enam kali dan terakhirnya pada tahun 2019.
Pindaan-pindaan pada ketika itu antara lainnya adalah untuk memasukkan peruntukan khusus berkaitan peningkatan keselamatan cerun dengan memperkenalkan kewajipan pemeriksaan berkala dan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengarahkan kerja-kerja pembaikan. Sebagaimana telah dijelaskan, penguatkuasaan berkaitan pembuangan sampah kecil masih dilaksanakan oleh PBT melalui punca kuasa di bawah seksyen 47 dan 48, Akta Jalan Parit dan Bangunan Tahun 1974.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya rang undang-undang ini mengandungi empat fasal yang melibatkan tajuk, pemakaian dan permulaan kuat kuasa pindaan akta, pindaan dua seksyen dan tambahan satu seksyen baru kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan Tahun 1974. Secara natijah ataupun ringkasnya, ia akan menyentuh empat perkara seperti berikut.
Pertama. kenaikan amaun dan denda terhadap pesabit kesalahan pertama, pesabit kesalahan kedua dan seterusnya. Kedua, memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengenakan denda dan membuat suatu Perintah Khidmat Masyarakat tidak lebih daripada 12 jam kepada orang yang disabitkan dengan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam ataupun jalan awam. Maka selepas itu, siapa-siapa yang buang sampah di tempat awam dan jalan awam boleh dikenakan hukuman perintah khidmat masyarakat, termasuk mencuci longkang, mencuci tandas, menyapu jalan dan lain-lain.
Ketiga, kuasa pemantauan kepada pegawai yang diberi kuasa berhubung dengan pelaksanaan perintah khidmat masyarakatdan terakhir, kuasa membuat undang-undang kecil berkaitan dengan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat.
Saya mohon untuk menghuraikan pindaan di dalam RUU ini.
Pertama, tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa.
Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan akta ini seperti yang berikut: Akta ini dikenali sebagai Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025.
Kedua, pemakaian akta ini di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sabah dan Sarawak amat dialu-alukan untuk menerima pakai pindaan ini menerusi ordinan masing-masing.
Yang ketiga, tarikh kuat kuasa bagi akta ini adalah ditetapkan oleh Menteri berhubung dengan sesuatu negeri selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri melalui pemberitahuan warta dan Menteri boleh selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Kedua, ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Ketiga, pihak berkuasa negeri boleh melalui pemberian warta mengecualikan mana- mana bahagian, mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana peruntukan akta ini dan meluaskan mana-mana atau kesemua peruntukan akta ini untuk terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana kawasan dalam negeri itu yang bukan di bawah mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, KPKT telah menyasarkan supaya tarikh kuat kuasa ketiga-tiga RUU ini sekiranya semua berjalan dengan lancar bermula daripada pukul 12 malam, 1 Januari 2026, iaitu sempena Tahun Melawat Malaysia.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Kedua, pindaan seksyen 47 Akta Jalan, Parit dan Bangunan Tahun 1974 fasal 2 merangkumi subfasal 2(a) dan subfasal 2(b) yang berkaitan dengan pindaan seksyen 47 Akta Jalan, Parit dan Bangunan Tahun 1974 seperti berikut:
Subfasal 2(a) pindaan subseksyen 47(1) bertujuan untuk menaikkan amaun denda yang dikenakan daripada tidak melebihi RM500 kepada tidak melebihi RM2,000 serta sabitan kali kedua atau seterusnya didenda daripada tidak melebihi RM1,000 kepada tidak melebihi RM3,000. Oleh kerana itu, jangan buang puntung rokok, tin minuman, tissue paper, macam- macam, kena satu kali boleh didenda RM3,000. Mahal harganya, ini denda bukan harga Rahmah, memang mahal. Oleh kerana itu, semua pihak wajib menjaga kebersihan kerana kebersihan adalah separuh dari keimanan. Ini adalah fardu kifayah daripada ajaran suci.
Kedua, subfasal 2(b). Subfasal 2(b) merangkumi lapan subseksyen, iaitu 47(1A),
(1B), (1C), (1D), (1E), (1F), (1G) dan (1H).
Subseksyen 47(1A), ia memberikan kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan orang yang disabitkan di bawah subseksyen 47(1) untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat tidak lebih daripada 12 jam sebagai hukuman tambahan kepada kesalahan di bawah subseksyen 47(1) tersebut.
Kedua, subseksyen 47(1B). Ia mengkehendaki mahkamah untuk mempertimbangkan keadaan fizikal dan mental serta kesesuaian orang yang disabitkan bagi melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat. Mahkamah juga perlu menerangkan kepada orang yang disabitkan itu mengenai kesan Perintah Khidmat Masyarakat itu dan akibat tidak mematuhi Perintah Khidmat Masyarakat itu. Mahkamah di bawah bidang kuasa sedia ada ataupun under the inherent jurisdiction boleh menjatuhkan hukuman penjara kepada mana- mana pihak yang disabit tapi gagal melaksanakan hukuman khidmat masyarakat.
Ketiga, subseksyen 47(1C) mengkehendaki mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis menentukan masa dan tempat untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu.
Pegawai tersebut juga bertanggungjawab untuk memaklumkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan oleh orang yang disabit tersebut.
Kelima, subseksyen 47(1D) dan 47(1E) memperuntukkan bahawa pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat orang yang disabitkan hendaklah diawasi oleh pegawai berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis dengan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam apa-apa undang kecil di bawah akta ini.
Keenam, subseksyen 47(1F) memperuntukkan pihak berkuasa tempatan untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan dan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang akan dibuat melalui undang-undang kecil.
Yang G, subseksyen 47(1G) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang disabitkan di bawah subseksyen 47(1A) dan tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada RM2,000 hingga dan tidak melebihi RM10,000.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Subseksyen 47(1H) memperuntukkan bahawa sekiranya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun melakukan kesalahan di bawah subseksyen 47(1), peruntukan berhubung perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-kanak 2001 ataupun Akta 611 adalah terpakai. Maka, sangat jelas akta ini penuh bersifat manusiawi, penuh dengan memupuk keinsafan dan juga memastikan alam sekitar kita lestari, masyarakat sejahtera.
Seterusnya, pindaan seksyen 48 Akta Jalan, Parit dan Bangunan Tahun 1974. Fasal 3 adalah berkaitan dengan pindaan seksyen 48 yang melibatkan takrifan kanak-kanak sebagai seorang di bawah umur 18 tahun dan takrifan khidmat masyarakat sebagai suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar, yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan tempat awam dan jalan awam. Seksyen baharu 125A, Akta Jalan, Parit dan Bangunan tahun 1974.
Akhir kalam, fasal 4 adalah berkaitan dengan pindaan seksyen 125, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 untuk memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 125A. Seksyen baharu ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat oleh seseorang yang disabitkan di bawah Perintah Khidmat Masyarakat di bawah subseksyen 47(1A).
Maka Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya cadangan pindaan yang saya bentangkan tadi adalah jelas bertujuan memastikan perintah khidmat masyarakat dilaksanakan melalui prosedur perundangan yang penuh tertib dan teratur dalam menangani isu pembuangan sampah kecil.
Pindaan ini juga dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menyokong hasrat Kerajaan MADANI dalam mewujudkan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.
Justeru, bagi mewujudkan punca kuasa yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengawal selia aktiviti pembuangan sampah kecil serta melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat, Akta 133 perlu dipinda untuk menyediakan punca kuasa kepada pihak PBT bagi melaksanakan pihak – Perintah Khidmat Masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya akan baca senarai pembahas, YB Klang, YB Langkawi, YB Jempol, YB Kuala Langat, YB Balik Pulau, YB Setiu, YB Pulai, YB Kalabakan, YB Kepala Batas dan YB
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk membahas rang undang-undang meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Saya juga ingin menyatakan penghargaan atas usaha Kerajaan membentangkan Akta 133 sebagai langkah ke hadapan dalam mereformasi pentadbiran kerajaan tempatan di negara kita.
Pindaan ini terutamanya melalui seksyen 47 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengenakan Perintah Khidmat Masyarakat sebagai tambahan kepada denda terhadap individu yang melanggar subseksyen 47(1). Ini adalah satu pendekatan yang progresif dalam mendidik masyarakat memperkukuh tanggungjawab sivik serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan lestari.
Namun, izinkan saya menyentuh “gajah dalam bilik”. Apabila kita bercakap tentang keberkesanan kerajaan tempatan, apa gunanya kita tambah peruntukan undang-undang kalau pada asasnya PBT kita masih lemah dalam pelaksanaan tugas teras mereka, buktinya amat jelas. Tuan Yang di-Pertua, banjir kilat yang berulang saban tahun, walaupun berjuta- juta ringgit telah diperuntukkan bagi projek tebatan banjir, rakyat naik muak dengan alasan- alasan sedangkan longkang tersumbat, parit tidak diselenggara dan pelan pembangunan tidak mengambil kira kesan terhadap sistem saliran.
Pegawai-pegawai yang diberi kuasa secara bertulis seperti yang disebut dalam subseksyen 125A juga harus bertanggungjawab. Bukan hanya menyelia khidmat masyarakat tetapi lebih penting memastikan sistem pembersihan awam, penyelenggaraan infrastruktur dan tindakan pencegahan risiko banjir dilaksanakan dengan betul.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Di Klang sahaja terdapat lebih 30 projek tebatan banjir yang telah dikenal pasti sejak 2021. Malangnya, sebahagian projek itu tergendala, lewat atau pelaksanaannya tidak selaras, walaupun peruntukan mencecah ratusan juta ringgit. Ini berlaku bukan sahaja kerana masalah kontraktor tetapi kerana kelemahan kita dalam menyelaras tindakan penyelenggaraan asas seperti pembersihan longkang, penjagaan sistem saliran dan penguatkuasaan terhadap bangunan yang tidak terkawal dan atau kelulusan projek pembangunan tanpa menghirau kesulitan masyarakat di masa hadapan.
Di sinilah pentingnya peranan KPKT walaupun tidak secara langsung mengurus projek RTB yang lazimnya dikendalikan oleh JPS dan kerajaan negeri. KPKT boleh dan sepatutnya memainkan peranan strategik melalui penyelarasan undang-undang tempatan serta memastikan kecekapan pihak berkuasa tempatan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan terhadap pembangunan yang menjejaskan sistem saliran.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Penyusunan semula garis panduan perancangan bandar untuk mengambil kira impak perubahan iklim dan memastikan pelaksanaan undang-undang kecil berkaitan penyelenggaraan kebersihan dan sistem saliran dilakukan secara konsisten dan profesional.
Saya mencadangkan agar pindaan ini diperluas atau disokong dengan mekanisme pemantauan bebas terhadap prestasi PBT, termasuk audit berkala terhadap projek-projek banjir dan penyampaian perkhidmatan asas. Saya juga menyarankan agar penglibatan digital ditingkatkan termasuk sistem aduan berasaskan aplikasi dan dashboard pemantauan projek infrastruktur untuk membolehkan rakyat melihat sendiri status sebenar pelaksanaannya.
Apakah maknanya Perintah Khidmat Masyarakat dan denda seperti yang dicadangkan dalam RUU ini jika pegawai yang diberi kuasa sendiri tidak mempunyai burden of performance yang cukup tinggi untuk memenuhi keperluan rakyat. Kita tidak boleh hanya menghukum rakyat sedangkan sistem di peringkat pengurusan tidak bertindak balas terhadap realiti bencana dan jika kita benar-benar serius dalam menanamkan tanggungjawab sivik melalui Perintah Khidmat Masyarakat dan denda.
Biarlah pelaksanaan itu bermula dengan pegawai-pegawai kita sendiri, bukan hanya menyasarkan rakyat biasa yang melanggar undang-undang kecil. Jika kita tidak membetulkan kelemahan struktur pelaksanaan di lapangan, tiada pindaan undang-undang yang akan berjaya membawa perubahan sebenar kepada kehidupan rakyat.
Saya menyokong matlamat rang undang-undang ini tetapi pelaksananya harus disandarkan kepada keberanian politik untuk menegur kelemahan dalaman secara jujur.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana telah mengizinkan saya untuk berbahas jalan, parit dan bangunan. Syabas, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Semalam saya tunggu sampai habis, Yang Berhormat Menteri menjawab begitu bernas sekali dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kerana berani tetapi saya memohon agar dengan rang undang-undang ini maka selesailah masalah yang berlaku di tempat-tempat kita.
Saya nak baca sedikit rang undang-undang ini bahawasanya adalah “Suai manfaat semata-mata bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar untuk membuat suatu undang-undang mengenai perkara-perkara kerajaan tempatan yang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan.” Apa yang berlaku di bawah sana Yang Berhormat, saya tak mahu ambil tempat lain, saya akan mengambil contoh di Langkawi. Bila berlaku saja banjir, parit bukan bawah kuasa saya, ini bawah kuasa Federal Government. Ini bukan bawah kuasa pejabat daerah, ayaq
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
semakin naik. Bukan di bawah majlis. Jadi ini yang berlaku. Saya berharap dengan rang undang-undang ini, maka selesailah perebutan kuasa untuk membaiki parit ini.
Sama juga dengan bangunan. Bangunan juga berlaku, kalau tuan-tuan Langkawi, ada tempat-tempat yang kalau kita tengok bangunan yang bukan pelancongan. Walaupun tuan-tuan tengok landskap penuh dengan lalang tapi itu bukan bangunan pelancongan, dia adalah bangunan kerajaan.
Contoh MARA, di dalam Pekan Kuah. Cerminnya tak ada dan bangunan itu nampak – ni sebelum kita nak masuk maha tower ni, yang orang putih suka dok pi tengok sangat naik atas tu tapi sebelum tu dia akan tengok bangunan MARA dulu. Kenapa tidak kerajaan tempatan ambil saja? Undang-undang ada, tak boleh masuk kah di bawah bangunan? Dan banyak bangunan-bangunan yang saya rasa kita takut kerana politik. Contoh, yang ini orang Langkawi akan marah kepada saya.
Contoh, ada juga tahfiz-tahfiz yang dibuat secara haram. Maka dia nak ikut spec macam mana? Atas parit buatnya pondok tahfiz. Jadi, saya merasakan bahawa kerajaan perlulah – kalau kita bercakap soal bangunan-bangunan haram yang dibuat di kawasan- kawasan kerajaan tempatan maka Bukit Malut itu – saya memohon kepada kerajaan mengkaji supaya kita buat satu tempat yang Bukit Malut itu dijadikan taman ataupun bangunan-bangunan tinggi, supaya mereka ini yang diberi IC dapat menikmati kesihatan yang baik, jalan raya yang baik, sekolah yang baik, tapi sekarang ini mereka merempat di Bukit Malut itu dan ini adalah bangunan-bangunan yang termasuk saya rasa dalam undang- undang ini.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya nak teruskan lagi. Akta ini (3) ya. “Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri berhubung dengan sesuatu negeri selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri itu melalui pemberitahuan dalam warta dan Menteri boleh berunding dengan pihak berkuasa tempatan...” di negeri masing-masing.
Kenapa ini berlaku? Dan tidak terkecuali Sabah dan Sarawak.
Kenapa tidak kita wajibkan sahaja Yang Berhormat Menteri? Betul, mereka ada undang-undang negeri tetapi kenapa nak pergi negotiate benda yang baik ini? Tak perlu kah kita sekalikan supaya dimasukkan dalam perubahan amendment undang-undang ini?
Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri. Saya nak tanya yang ini, dah bermula atau belum? Saya tahu amendment akan dibuat hari ini tapi sesetengah majlis bandar raya, mereka lebih ke hadapan dalam mengimplementasikan, lebih-lebih lagi dengan adanya Menteri yang begitu inovatif dan kreatif.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kalau kita melihat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Gulung tak payah refer dahlah. Jadi, satu lagi yang saya setuju dan semalam Yang Berhormat Menteri – saya rasa Sri Gading ke mana yang semalam ni, menyatakan bahawa hold on dulu kerja-kerja kebajikan masyarakat ini kerana ada hal sedikit dengan ibu Perlembagaan ini dan juga dengan hak asasi manusia.
Saya bersetuju kerana kami agak internasional di Langkawi. Kami ada pendatang haram, kami ada gelandangan, kami ada tourist yang datang dan sekiranya mereka ini membuang sampah – Yang Berhormat Menteri, macam mana kita nak golongkan mereka ni dengan kebajikan yang akan kita lakukan?
Saya bangkit di dalam Dewan yang mulia ini di sesi yang lepas bahawa sampah di Pulau Langkawi, saya bercakap hari itu soal sampah di laut. Yang Berhormat datang sekali lagi ke Langkawi, saya bawa Yang Berhormat berjalan. Tengok laut kita, masya-Allah, 1 Januari Yang Berhormat kata Tahun Melawat Malaysia, kalaulah orang pergi ke Pulau Langkawi, petang pukul 5 keluar nak pergi tengok sunset, penuh dengan sampah di laut. Bila saya tanya Menteri, waktu itu kebetulan Menteri Pelancongan yang menjawab, saya diketawakan oleh pihak-pihak kerajaan.
Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Timbalan Menteri Pelancongan menjawab, “Eh, Dato’, tak sedar ke Dato’, sampah-sampah di pantai itu adalah kuasa kerajaan negeri, negeri Kedah tak ambil peduli kah?” Gelak semua orang yang sebelah sana.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Bodohnya Langkawi bertanya soalan begini. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, siapa jaga sampah laut?
Bukan sampah pantai, sampah laut. Airnya biru, lautnya penuh dengan mineral water punya botol. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat, kita sambung sesi perbahasan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan juga salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Jempol untuk membahaskan rang undang- undang ini.
Jempol menyokong pindaan ini sebagai suatu langkah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan mendidik masyarakat supaya prihatin terhadap kebersihan persekitaran. Jempol mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKT dalam usaha meminda Akta 133 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, lestari dan mampan sesuai dengan objektif 12 SDG iaitu matlamat pembangunan mampan.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana kita sedia maklum, ragam masyarakat kita di Malaysia ini, ada di kalangan masyarakat mempunyai kesedaran sivik yang sangat rendah iaitu dengan sesuka hati membuang sampah di merata tempat. Jadi, sudah sebagai satu tabiat kepada mereka ini. Pindaan akta ini yang memperkenalkan perintah khidmat masyarakat adalah wajar dan bertepatan untuk mendidik golongan ini. Manakala ada satu lagi kumpulan masyarakat kita yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan terpuji, sanggup mengutip sampah dan juga sentiasa menjaga kebersihan sekitar.
Dato’ Yang di-Pertua, Jempol juga ingin merujuk kepada pelaksanaan mengesan pesalah. Jempol melihat bahawa walaupun undang-undang kita semakin ketat dan tegas, namun kesalahan membuang sampah di merata-rata tempat berlaku saban hari. Bukan mudah ya untuk mengesan mereka yang membuang sampah di tempat awam kerana ia biasa dilakukan tanpa kehadiran pihak berkuasa dan juga kadang-kadang tengah malam ya, mereka ini membuang sampah.
Jadi, pandangan Jempol untuk membantu pihak berkuasa mengesan mereka yang buang sampah di merata tempat, Jempol mencadangkan agar diperbanyakkan CCTV dipasang di lokasi strategik, sekali gus akan dapat membantu ya mengawal serta mendisiplinkan masyarakat agar menjaga kebersihan sekitar sebagaimana fungsi kamera AES mengesan kelajuan kenderaan di lebuh raya. Kalau di lebuh raya, kita lihat sebagai medan perlumbaan macam Formula One tetapi bila dibagi tanda amaran di hadapan ada kamera AES, automatik kita patuh. Daripada 200 kilometer sejam, terus jadi kepada 80.
Jadi, saya harap melalui CCTV ini nanti, fungsinya ada dua fungsi. Bila telah kita luluskan, kita uar-uarkan. Masyarakat Malaysia ini kena bagi tahu. Dia tak boleh, dia tak faham, kena bagi tahu bahawa fungsi CCTV ini, selain daripada untuk mengawal keselamatan, mengawasi keselamatan, tapi juga berfungsi untuk mengesan mereka yang buang sampah. Dengan melalui pindaan yang baru ini, mereka akan didenda.
Jadi, besok bila kita pergi ke merata tempat, banyak CCTV, automatik – macam kita speed di lebuh raya tadi, oh, ada CCTV. Secara tidak langsung, ia mendidik kita patuh. Jadi, biarlah CCTV ini mengawal, ya, perlakuan kita semua. Sebagaimana kamera AES ini tadi ya, bila kita speed 230, bila sampai sahaja di kawasan berkenaan, automatik kita tinggal 80 saja.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Begitu jugalah, kita harap CCTV ni sekali gus ya, akan dapat membantu mereka yang bertugas dalam hal ini.
Seterusnya, Jempol mohon kerajaan memberi datalah tentang kes yang telah disabitkan di bawah seksyen 47 Akta 133 ini setakat tahun 2020.
Seterusnya, Jempol juga ingin merujuk kepada seksyen 47(1A) Akta 133 iaitu pelaksanaan khidmat masyarakat. Iaitu memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan suatu perintah khidmat masyarakat kepada pesalah yang disabitkan.
Persoalan Jempol, apakah syarat ataupun kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi setiap pesalah? Adakah berasaskan keseriusan kesalahan ataupun rekod lampau?
Seterusnya, adakah terdapat garis panduan khusus ya bagi penetapan jenis kerja?
Contoh menyapu, mencuci longkang, kutip sampah yang sesuai untuk pesalah yang berbeza umur, jantina ataupun kumpulan fizikal.
Jempol merujuk kepada pindaan 47(1F), yang mana PBT boleh membuat undang- undang kecil untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat di kawasan masing-masing.
Persoalan Jempol, apakah perancangan kementerian agar jenis khidmat masyarakat adalah selaras dan seragam di semua PBT di seluruh negara?
Dan juga dalam kita nak melaksanakan khidmat masyarakat ini, kita juga kena lihat dari segi aspek keselamatan semasa melakukan program ini. Sekiranya berlaku kecederaan patah dan sebagainya, terjatuh, jadi diambil kira juga dari segi perlindungan keselamatan dari segi insurans dan sebagainya. Kalau patah misalnya semasa menjalankan khidmat itu, dia boleh ambil tindakan undang-undang dan sebagainya. Jadi, di sinilah harus kita perhalusi dari segi aspek keselamatan dan juga bidang-bidang tugas yang diperuntukkan kepada kumpulan yang salah tadi yang memang mahkamah dah tentukan dia salah, tapi kita laksanakan perkhidmatan masyarakat ini sesuailah dengan keadaannya supaya tidak timbul implikasi di kemudian hari seperti mereka juga boleh menyaman kita.
Jadi, akhir sekali dari segi pelaksanaannya, di samping kita menguatkuasakan undang-undang, selain daripada hukuman, pendidikan dan kesedaran sivik adalah amat penting diterapkan bermula di semua peringkat umbi.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Kalau biasanya dulu, di peringkat sekolah lah ya. Jadi, di sini, oleh kerana kita lihat ramai di kalangan kita, tahap kesedaran siviknya masih rendah, apakah inisiatif bersepadu kerajaan melaksanakan program kesedaran sivik ini ya di semua peringkat di negara kita?
Sudah sampai masanya, kita memberi kesedaran sivik ini melihatkan kepada keadaan yang hari ini di negara kita kesedaran ini amat berkurang.
Seterusnya, untuk kita sama-sama menggerakkan negara bersih ini. Adakah kerajaan bercadang untuk mengiktiraf atau memberi insentif khas kepada komuniti yang dapat mengekalkan kebersihan di tahap tertinggi di kawasan masing-masing? Jadi, itu sahajalah. Jempol mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan untuk saya turut berbahas dalam RUU pada petang ini.
Saya melihat bahawa RUU ini untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, satu inisiatif yang sangat baik dengan cadangan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah, yang mana saya kira hari ini, secara realitinya, itulah yang berlaku. Dan saya merasakan bahawa ianya sudah tiba masanya, seperti mana yang disebutkan oleh Menteri sendiri.
Dan saya lihat — yang pentingnya adalah bagaimana kita nak mengubah tingkah laku kepada masyarakat supaya kita, supaya lebih bertanggungjawab dalam pembuangan sampah di seluruh negara kita. Saya melihat bahawa — saya nak fokuskan kepada isu berkaitan dengan sampah plastik kerana kalau kita lihat di dalam hasil daripada audit sampah semasa Hari Cuti Malaysia 2024 di Kuala Lumpur pada 28 September 2024, kita lihat yang tertinggi. Jumlah beratnya juga adalah sampah-sampah yang berasaskan kepada plastik, 127.6 kilogram.
Saya kira pada hari ini, apabila kerajaan ya — antara isu yang besar tempoh hari adalah berkaitan dengan sampah yang kita import ke dalam negara kita dan apabila kerajaan memutuskan tidak mengeluarkan lagi AP untuk membawa sampah untuk kitar semula ke dalam negara kita, ia adalah satu perkara yang cukup besar ertinya.
Dan kita melihat hari ini bahawa sampah plastik ini adalah bukan sahaja isu soal pembuangan sampah itu sendiri tetapi ia adalah masalah yang bersifat structured dan systemic. Krisis plastik bukan sahaja pengurusan sampah, tetapi merupakan sebahagian daripada triple planetary crisis iaitu pencemaran, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim dan ia juga menimbulkan persoalan asas yang saya kira harus kita tangani bersama-sama.
Dan saya melihat secara realitinya, sampah yang plastik ini ataupun sampah yang melibatkan di kawasan-kawasan jalan, parit dan juga bangunan, ianya seolah-olah seperti “cendawan selepas hujan” yang mana kita lihat, apabila lepas hujan, maka parit-parit ini akan dipenuhi dengan sampah-sampah, sama ada bersifat botol, bekas makanan, bekas minuman dan juga apa juga produk plastik dan sebagainya.
Begitu juga selepas pembersihan. Pemotongan rumput di bahu-bahu jalan. Kita lihat, serakan sampah-sampah yang bersifat sebegini juga berlaku dan kita juga melihat longgokan sampah-sampah di sekeliling bangunan, sama ada didiami oleh masyarakat warganegara ataupun bukan negara — warganegara dapat kita lihat dengan terang-terangan menyebabkan — saya kira, disebabkan oleh sifat tingkah laku yang berlaku pada hari ini.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Sebab itu, saya melihat bahawa seperti mana yang saya sebutkan tadi ya, kita perlu memainkan peranan yang cukup besar. Saya tak, tak pasti, sama ada sebab sebelum ini pun, kita sudah ada akta. Tetapi, daripada pelaksanaan dan penguatkuasaan, seolah-olah kita gagal. Tak apalah, cantik kita naikkan hukuman dan kita mengenakan arahan khidmat masyarakat. Ini sesuatu yang cukup baik, terutamanya untuk mendidik kepada masyarakat sepertimana yang saya sebutkan tadi.
Pun begitu, saya kira dengan arahan ataupun perintah khidmat masyarakat yang dikenakan, saya ingin nak bertanya juga kepada pihak Menteri. Kalau tadi, disebutkan oleh Jempol berkaitan dengan perlindungan kepada pesalah-pesalah yang kita minta untuk membuat khidmat masyarakat. Apakah perlindungan yang kita boleh berikan kepada mereka sekiranya berlaku kemalangan-kemalangan yang mungkin akan juga menjadi isu kepada negeri ataupun dalam negara kita ini?
Yang keduanya, saya melihat bahawa bentuk hukuman ataupun kesalahan ini haruslah — dia agak setimpal, tidaklah sehingga mengaibkan kepada pesalah-pesalah kita.
Kalau disebutkan semalam, kena pakai baju ulat sampah dan sebagainya. Saya kira, itu agak keterlaluan.
Saya juga melihat bahawa peranan Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN dalam urusan berkaitan dengan sampah ataupun plastik yang menyebabkan pencemaran ini, harus juga kita menjadi sebuah negara yang memainkan peranan dalam serantau, mengambil kesempatan sebagai Kepengerusian ASEAN ini menyeru — saya menyeru kepada Perdana Menteri dan juga kerajaan bagi membimbing negara-negara ini di peringkat Asia Tenggara ini untuk tampil dengan suara yang tegas dan aspiratif dalam rundingan Perjanjian Plastik Global (INC5.2), perjanjian yang — dan yang bercita-cita tinggi di Geneva pada 5 dan 14 Ogos ini.
Saya kira, ini ruangan kita. Di samping kita jaga rantau kita, di samping kita jaga negeri-negeri kita, kita jaga rantau kita dan juga, kita akan bersuara di peringkat global yang berkaitan dengan isu sampah, terutamanya produk-produk plastik ini. Saya harapkan itu dapat dimainkan oleh kerajaan supaya akhirnya, sepertimana saya katakan tadi, isu sampah ini bukan hanya isu soal pencemaran tetapi juga soal biodiversiti dan juga perubahan iklim yang akhirnya, kita akan sama-sama merasa. Isu mikro-plastik hari ini pun cukup besar, memberikan kesan kepada kesihatan dan sebagainya.
Dan saya harapkan, semoga dengan pindaan rang undang-undang ini, akhirnya kita mampu untuk menukar tingkah laku (behaviour) kepada rakyat negara kita untuk menjadi satu masyarakat yang bertamadun dan menjaga — mempunyai peranan untuk menjaga kebersihan di dalam negara kita.
Yang penting sekali adalah bagaimana selepas ini, soal pelaksanaan dan penguatkuasaan yang harus kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, dengan kerjasama daripada semua pihak. Sekian, Yang di-Pertua, perbahasan saya. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada Balik Pulau untuk membahaskan Rang Undang- undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini merupakan satu langkah tepat dan bersifat reformis dalam memperkukuh tadbir urus tempatan dan mendidik masyarakat terhadap tanggungjawab sivik. Rasa milik ataupun ownership terhadap reruang awam semakin luntur.
Inilah realiti yang kita sedang hadapi.
Pindaan ini bukan sekadar soal teknikal perundangan tetapi ia memaparkan bagaimana kita akan membentuk rasa tanggungjawab terhadap ruang awam. Dengan kesedaran sivik yang dipupuk melalui pendidikan, penguatkuasaan dan penglibatan komuniti, saya yakin kita mampu mewujudkan suasana yang lebih bersih, teratur dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Kita sebagai pemimpin perlu mengangkatnya sebagai satu perjuangan, membina jiwa bangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pelaksanaan perintah khidmat masyarakat. Perkara ini merupakan satu bentuk pembaharuan yang bukan sahaja menghukum, tetapi ia mendidik. Saya percaya, pindaan ini adalah satu mekanisme baharu yang progresif.
Daripada kita hanya menghukum dengan wang, kini kita menghukum dengan kesedaran. Membayar denda RM500 atau RM2,000 mungkin tidak memberi kesan langsung kepada mereka yang mampu tetapi bila seorang terpaksa turun padang, menyapu taman, bersihkan longkang, barulah mereka benar-benar faham nilai ruang awam itu sendiri.
Ini bukan sekadar hukuman alternatif. Ini adalah pendidikan sosial. Kita tidak hanya mahu menghukum, kita mahu memulih dan mendidik. Dalam jangka panjang, pendekatan ini lebih berkesan, membina budaya bertanggungjawab berbanding hanya mengenakan denda dan pesalah yang tidak mematuhi peringkat — perintah khidmat masyarakat, ia adalah satu mesej yang tegas. Kita tidak harus berkompromi dengan pesalah. There is no double standard, ya.
Cadangan dan amalan baik. Saya ingin merujuk contoh, negara Jepun. Saya rasa, Jepun tidak perlu undang-undang ini, Menteri. Jepun tidak perlu undang-undang ini. Di Jepun, taman awam pun, biasanya tidak menyediakan tong sampah. Kenapa mereka tidak menyediakan tong sampah? Kerana, pendekatan ini mendidik pengunjung untuk bertanggungjawab terhadap sampah mereka sendiri. What you bring, you bring it out. Carry in, carry out.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Memang tidak patut adakan tong sampah di taman-taman kerana ia akan mengundang banyak binatang-binatang seperti kera, anjing dan kucing untuk mengotorkan.
Burung gagak dan sebagainya. Jadi, kita tidak patut mengadakan tong-tong sampah di taman-taman ataupun di park, botanical garden dan sebagainya.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Amalan ini patut diperkenalkan supaya orang ramai lebih berdisiplin dan sedar tanggungjawab masing-masing. Saya juga mohon supaya pihak PBT dapat melabur dalam teknologi pengurusan sisi pepejal yang lebih moden dan efisien. Ini kerana kita sering melihat lori-lori sampah yang menjatuhkan licik berbau busuk di jalanan.
Di rumah saya, tiap-tiap alternate week, leachate bertaburan di jalan. Dan di negara yang maju, lori sampah mereka diuruskan lebih cekap bahkan cukup dikendalikan oleh seorang pemandu sahaja.
Justeru, pendekatan Smart Waste Management wajar diterapkan di semua PBT bagi memastikan perkhidmatan kutipan sisa lebih bersih, teratur dan berkesan. Kalau lori sampah membuat leachate di jalan, adakah kita akan memberi mereka khidmat masyarakat juga, Menteri?
So, kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini sudah sedia ada dan kini tiba masanya kita memperkukuh pelaksanaannya dengan membina kesedaran yang menyeluruh dalam kalangan rakyat. Apabila masyarakat mula berasa ruang awam itu milik mereka sendiri, barulah undang-undang ini benar hidup dan bermakna.
Kita mengambil inspirasi daripada negara-negara maju seperti Jepun dan ia membuktikan bahawa dengan pendidikan teladan dan keazaman dan budaya bersih dan bertanggungjawab mampu dibentuk. Di sana, kebersihan bukan arahan, ia adalah cara hidup dan kita juga mampu sampai ke tahap itu.
Rang undang-undang ini adalah satu langkah ke hadapan, sebuah komitmen bahawa Malaysia sedang menuju ke sebuah masyarakat yang lebih berdisiplin, prihatin dan menghormati ruang awam sebagai warisan bersama. Saya juga ingin menyentuh, mungkin pihak KPKT ataupun pihak berkuasa tempatan dapat bekerjasama dengan sekolah-sekolah kerana memupuk kebersihan ini harus datang daripada umur yang kecil, daripada zaman kecil lagi.
Sebab kita tengok di Jepun, empat tahun, mereka meng-instill nilai-nilai seperti kebersihan mereka terpaksa membersihkan bilik darjah dan kelas dan sebagainya. Ini secara tidak langsung memupuk budaya supaya mereka tidak buang sampah merata-rata. Jadi, saya dengan ini mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Setiu untuk turut membahaskan perbahasan rang undang-undang ini yang meminda Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 khususnya seksyen 47 dan 48 yang memperkenalkan bentuk hukuman baharu berupa khidmat masyarakat ke atas pesalah kesalahan kebersihan jalan, longkang dan tempat awam.
Tuan Pengerusi, umum mengetahui RUU ini bukan sahaja menaikkan kadar denda daripada RM500 kepada RM2,000. Malah ia juga memberi kebenaran untuk mahkamah menjalankan hukuman khidmat masyarakat sehingga 12 jam dalam tempoh enam bulan ke atas pesalah yang membuang sampah, membina halangan atau mengotorkan kemudahan awam.
Akta 133 ini di bawah pelaksanaan pihak PBT. Saya yakin di kawasan bandar seperti Subang Jaya ataupun Georgetown, undang-undang ini boleh dikuatkuasakan dengan baik dengan syarat pihak berkuasa benar-benar menjalankan tugasnya dengan baik. Namun bagaimana dengan penguatkuasaan di kawasan luar bandar? Contohnya di Setiu yang pegawai-pegawai penguat kuasa yang sangat terhad, kawasan terlalu luas dan kemampuan logistik yang rendah. Bagaimana pihak kerajaan dapat memastikan ia benar-benar efisien dan berkesan?
Oleh itu, seksyen 47(1) ada menyatakan, seorang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai penyelia khidmat masyarakat hendaklah memastikan pesalah melaksanakan kerja tersebut.
Namun, tidak dinyatakan dengan spesifik siapa yang boleh jadi penyelia. Justeru, saya mencadangkan agar Pengerusi JPKK atau imam kariah dilantik secara rasmi oleh PBT sebagai penyelia pelaksanaan khidmat masyarakat ini. Penglibatan pemimpin tempatan akan memperkukuhkan pelaksanaan undang-undang di kawasan luar bandar dan sedia berdepan kekurangan penguat kuasa dan entire PBT yang terhad serta mampu membina tanggungjawab bersama dalam komuniti sekali gus undang-undang yang digubal memberi kesan yang signifikan kepada setiap segenap kawasan.
Namun, saya juga menekankan bahawa pelantikan ini mesti disokong dengan garis panduan yang jelas oleh PBT. Taklimat asas kepada penyelia, komuniti serta pemantauan berkala supaya pelaksanaan ini kekal adil, profesional dan bebas daripada unsur politik atau penyalahgunaan kuasa.
Saya juga ingin menyentuh atau perkara penting dalam pindaan ini iaitu penglibatan kanak-kanak sebagai subjek yang boleh dikena hukuman khidmat masyarakat. RUU ini memperkenalkan tarif baharu bagi kanak-kanak dan membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman khidmat masyarakat ke atas mereka walau mereka tertakluk kepada peruntukan Akta Kanak-kanak 2001.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Walaupun pindaan ini mungkin bersifat mendidik, namun saya bimbang, jika pelaksanaan yang tidak diselaraskan dengan jelas. Ia boleh membawa kepada ketidakadilan terhadap remaja dan pelajar sekolah yang melakukan kesalahan kecil seperti membuang sampah kecil atau mengotorkan kawasan awam tanpa had umur minimum atau garis panduan khususnya khidmat masyarakat sehingga 12 jam dalam tempoh enam bulan ini mungkin akan membebankan mereka.
Oleh itu, saya memohon agar pihak kerajaan memperincikan pelaksanaan terhadap kanak-kanak ini sama ada melalui peraturan tambahan atau garis panduan PBT dengan menjamin bahawa pelaksanaan bersifat pemulihan dan tidak menjatuhkan hak hukuman secara keterlaluan terhadap golongan kanak-kanak ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali subseksyen 47(1A) dan 47(1D) diwujudkan dengan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat. Pada masa kini, pelaksanaan khidmat masyarakat sering ditafsirkan sebagai kepada aktiviti menyapu sampah, memungut daun kering atau membersihkan longkang yang tersumbat.
Walaupun amalan ini bersifat mendidik dan baik, ia tidak akan bersifat rutin sementara dan tidak menjurus kepada perubahan sikap atau kefahaman mendalam terhadap nilai penjagaan alam sekitar. Oleh itu, saya mencadangkan agar skop pelaksanaan taklimat masyarakat ini diperluaskan dan diperkasakan sebagai alat pendidikan sivik jangka panjang.
Bukan sekadar bentuk hukuman fizikal.
Sebagai contoh, pesalah yang didapati mencemarkan kawasan awam boleh diarahkan menanam pokok di kawasan – diarah menanam pokok sebagai simbol ganti rugi kepada alam selaras dengan prinsip pemulihan ekologi dan tanggungjawab bersama. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Dato’ Speaker, kerana telah mengizinkan untuk Pulai menyentuh isu-isu berkaitan dengan RUU Pindaan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Pulai merasakan pindaan berkenaan dengan khidmat masyarakat ini adalah satu pindaan yang baik untuk mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan ini. Apa yang akan dilaksanakan mungkin mereka akan dikenakan tindakan sapu sampah di kawasan public, mereka akan membasuh longkang, juga mereka akan membasuh tandas-tandas awam yang ada di seluruh negara.
Kita faham bahawa niatnya adalah ataupun nawaitunya adalah untuk mendidik bukannya semata-mata untuk menghukum. Kita bayangkan, jika seseorang itu mungkin ada kedudukan dalam masyarakat ataupun dia menjadi seorang officer dalam satu pejabat. Tiba- tiba dia dikenakan hukuman khidmat masyarakat menyapu sampah ataupun membasuh
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
longkang dan sebagainya. Tentulah berlaku sedikit aib kepada mereka ini. Jadi, bagaimana kita nak terus mendidik dalam keadaan dia tidak rasa ini satu bebanan?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Maka, saya suka untuk menyentuh 47(1F) di mana pihak berkuasa tempatan boleh membuat undang-undang kecil untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan. Maka, Pulai mencadangkan supaya ada khidmat bimbingan kepada pesalah ini, ataupun juga khidmat kaunseling untuk pesalah ini, supaya dia benar-benar faham mengapa dia dikenakan tindakan dan apa kesan kepada negara supaya dia tidak berlakunya keadaan di mana dia tidak faham dan dia akan membantah hukuman-hukuman yang dikenakan kepada mereka ini. Supaya matlamat kita, nawaitu kita untuk mendidik itu dapat benar-benar berkesan, tidak mendatangkan masalah selepas itu.
Yang keduanya juga, Pulai juga ingin menyentuh bahawa sampah ini kadang-kadang ia berlaku di merata tempat. Kita nak mendidik rakyat, nak mendidik masyarakat kita ini, maka sepatutnya persekitaran itu adalah persekitaran yang benar-benar bersih dan sempurna.
Bayangkan, Dato' Speaker, bagaimana kita nak mengenakan tindakan khidmat masyarakat kepada seseorang individu, tiba-tiba tempat di mana mereka berada itu ataupun kawasan persekitaran itu bermasalah?
Contoh, di situ mungkin kawasan permainan kanak-kanak, tapi kawasan permainan kanak-kanak itu bermasalah. Tercabut sana, tercabut sini. Kita nak kata mereka nak diberikan khidmat masyarakat tapi longkang kita pun tersumbat ya. Kita nak memberi penekanan terhadap khidmat masyarakat tetapi jalan kita berlubang, sebagai contoh. Nanti dia akan jadi backfire balik kepada kita. Dia kata, “Okey, saya boleh dihukum tapi kerajaan punya tanggungjawab menyediakan khidmat kepada penduduk bagaimana pula?”. Ini semua masalah.
Saya pernah ditegur oleh penduduk di tempat saya apabila saya membuat program kesihatan. Dia kata, “YB, minta datang tempat saya”. Saya betul-betul pada waktu itu pergi tempat dia. Dia kata, “Sila datang tempat saya, tengok longkang saya”. Dia kata, “Macam mana YB cakap tentang kesihatan, longkang pun ada denggi?”, dia kata. “Longkang pun ada nyamuk denggi”, dia kata.
So, kita kena selaras itu. Maknanya ini juga satu tanggungjawab bersama. Bukan sahaja kita nak rakyat mematuhi apa juga yang kita tetapkan tetapi kita juga perlu menyediakan khidmat yang baik khususnya dalam konteks PBT ini. Makna, infrastrukturnya, kemudahannya itu harus lengkap dan sempurna, kebersihannya terjaga.
Bagaimana kita nak melatih mereka untuk kebersihan sedangkan sampah di situ tidak dikutip, sebagai contoh, tidak diuruskan dengan baik? Bagaimana kita nak memberi penekanan kepada mereka sedangkan tugas ini tidak dilaksanakan dengan jayanya?
Maknanya, kita menyokong usaha ini tetapi ia juga perlu seimbang dengan infrastruktur yang kita sediakan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Yang terakhir sekali, Pulai nak menyebut sedikit. Kita ada kawasan setinggan di Kampung Tuah Jaya di Johor Bahru. Saya dah minta banyak kali untuk disediakan tong sampah di situ. Tetapi, jawapan daripada PBT, kawasan setinggan tidak diberikan tong sampah di situ. Akhirnya, penduduk di sini ini, duduk di tepi sungai, membuang sampah di sungai kerana dia tak ada tong sampah. Jadi, atas nama ihsan itu, saya kira kita perlu juga berikan tong sampah kepada mereka supaya mereka boleh membuang sampah dengan sempurna. Jika tidak, mungkin mereka pula akan dikenakan khidmat masyarakat kerana membuang sampah merata-rata.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
*Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum*, salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025 yang akan meminda peruntukan dalam Akta 133 khususnya seksyen 47 ke arah mencorakkan pendekatan baharu dalam memelihara kebersihan persekitaran negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan memperkukuh aspek penguatkuasaan, malah melambangkan peralihan falsafah daripada sekadar menghukum kepada mendidik dan juga menyedarkan. Ia merupakan satu manifestasi dasar pendekatan restoratif iaitu membentuk pengadilan yang bukan sahaja menghukum pesalah tetapi mendidik mereka untuk bertanggungjawab memulihkan kesalahan dan menyumbang semula kepada masyarakat.
Pada hemat saya, antara lokasi terpaling mencabar dari sudut pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam adalah di kawasan flat kos rendah terutamanya di bandar- bandar besar. Tabiat membuang sampah dari tingkat atas, longkang yang tersumbat, sisa makanan dibuang di kaki lima, semua ini telah menjadi norma yang menyedihkan. Melalui pindaan ini, mahkamah boleh menjatuhkan perintah agar individu yang melakukan kesalahan menjalani khidmat masyarakat di lokasi tempat kesalahan itu dilakukan.
Ini memberi mesej jelas kepada komuniti bahawa tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Pesalah akan menjalankan kerja-kerja pembersihan di hadapan komuniti sendiri dan ia bukan untuk mengaibkan tetapi untuk membentuk rasa malu dan seterusnya memupuk rasa tanggungjawab. Pendekatan ini bersifat mendidik dan membina. Bukan hanya memulihkan fizikal kawasan yang tercemar tapi juga memperbaiki landskap moral masyarakat kita.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya menyokong penuh pindaan ini, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan. Yang pertama, memperkenalkan modul latihan
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
sivik. Pesalah wajar diwajibkan mengikuti taklimat pendek berkaitan tanggungjawab sivik dan undang-undang tempatan sebelum memulakan khidmat masyarakat.
Yang kedua, pemantauan digital. Pelaksanaan perintah boleh dipantau secara elektronik menggunakan kod QR, log kehadiran ataupun sistem pelaporan digital bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau kegagalan hadir. Ketiga, penyertaan komuniti.
Rukun Tetangga, NGO dan pihak masjid ataupun surau boleh digembleng bersama dalam pengawasan dan pelaksanaan agar pendekatan ini menjadi satu budaya bersama. Dan keempat, insentif melalui PBT.
Pihak kerajaan perlu menyediakan peruntukan kecil sebagai ganjaran kepada PBT yang berjaya melaksanakan perintah ini dengan cekap dan juga berimpak tinggi bagi meningkatkan motivasi kerja mereka.
Tuan Yang di-Pertua, sekadar makluman kepada Dewan yang mulia ini, negara jiran kita Singapura telah lama melaksanakan sistem corrective work order ataupun CWO bermula tahun 1992. Mereka yang membuang sampah merata akan diarahkan membersihkan kawasan awam secara terbuka dengan memakai baju khas supaya menjadi pengajaran kepada yang lain. Ia berkesan dan menjadi asas kepada budaya bersih rakyat Singapura sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan negara-negara maju yang lain seperti United Kingdom, Korea Selatan, sistem perintah khidmat masyarakat adalah sebahagian penting dalam sistem keadilan mereka dan ini penting dalam menangani kesalahan awam dan juga kesalahan ringan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak boleh terus mengharapkan denda semata-mata untuk mengubah tingkah laku. Kita mesti bergerak ke hadapan dengan membina masyarakat bertanggungjawab, bukan sekadar masyarakat yang takutkan hukuman. Justeru itu, pada hemat saya, RUU ini nampak kecil dari segi teks pindaan tetapi amat besar kesannya terhadap pembentukan peradaban negara. Budaya kebersihan adalah asas kepada kemajuan. Negara yang besar bukan kerana bangunan yang tinggi tetapi kerana rakyatnya tinggi nilai sivik dan juga akhlak.
Jadi, mengakhiri ucapan, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
*Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat Hari Sarawak yang ke-62 tahun.
Terima kasih diucapkan, Tuan Yang di-Pertua, di atas ruang dan peluang diberikan kepada Kepala Batas untuk turut serta dalam perbahasan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas menyambut baik cadangan untuk menambah baik jumlah denda yang dikenakan ke atas pesalah yang didapati bersalah di bawah subseksyen 47(1) Akta 133. Namun, apakah jaminan bahawa kenaikan denda ini dapat
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan tempat awam? Bagaimana pula dari sudut pemantauan dan penguatkuasaan? Adakah penguatkuasaan yang efektif sangat penting bagi memastikan akta yang dikuatkuasakan ini dapat dilakukan dengan cekap?
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama, kajian dan statistik. Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat satu kajian dan statistik dilaksanakan oleh pihak kementerian sebelum cadangan pindaan ke atas akta ini dibuat?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Sekiranya ada, Kepala Batas mencadangkan agar pihak kementerian membentangkan dan berkongsi hasil dapatan dan kajian tersebut bagi menyokong justifikasi terhadap keputusan pindaan menaikkan denda yang sedia ada. Malah, lebih strategik sekiranya terdapat perincian dan peratusan mengikut negeri, bandar dan PBT yang dijadikan bahan kajian.
Yang kedua, Perintah Khidmat Masyarakat. Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat ini sudah dilihat banyak digunakan oleh negara-negara seperti New Zealand, Hong Kong dan juga Kanada. Perintah ini diperkenalkan sebagai satu denda tambahan dilihat untuk mendidik para pesalah dan bakal diperkenalkan dan dikuatkuasakan menerusi pindaan Akta 133 dengan memasukkan subseksyen 47(1A) hingga (1H).
Kepala Batas ingin tahu, bolehkah penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah ini dilakukan ke atas pemilik ataupun pengarah perniagaan yang mana kesalahan dilakukan atas sebab urusan perniagaan.
Misalnya, pertama, perniagaan yang dilakukan dengan sambil lewa dengan membuang sisa makanan ke dalam longkang ataupun membiarkan titisan air ikan menitik di sepanjang jalan, menyebabkan pencemaran bau dan ancaman haiwan perosak di kawasan sekitar. Biarpun kesalahan tersebut dilakukan oleh pekerja, namun menjadi tanggungjawab pemilik perniagaan ataupun pengarah memastikan proses dan etika kerja yang dilakukan dan dilaksanakan.
Misal yang kedua, adakah pemilik haiwan belaan dan ternakan turut termasuk sebagai yang boleh dikenakan denda dalam Perintah Khidmat Masyarakat ini? Ia mengambil kira pemilik haiwan yang membiarkan haiwan di bawah jagaan mereka membuang najis di tempat awam dan tidak mengambil tanggungjawab membersihkan semula tempat tersebut.
Yang ketiga, misalnya juga adakah— bagaimana dengan najis khinzir yang dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya mengalir ke kawasan parit, di kawasan kampung atau perumahan awam, yang saliran air ke kawasan pertanian seperti yang berlaku di Parlimen Kepala Batas, yang acap kali saya sebutkan dalam perbahasan.
Yang ketiga, mekanisme pemantauan, penyelarasan dan pelaksanaan. Apakah mekanisme yang akan digunakan dalam proses pemantauan, penyelarasan, penguatkuasaan antara agensi dan keberkesanan pelaksanaannya? Adakah badan-badan
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
kerajaan, NGO turut dilibatkan dalam proses penyelarasan nanti? Contohnya, sebagai badan untuk menilai dan menyemak keberkesanan tambahan denda yang diperkenalkan ini.
Apakah indikasi yang akan digunakan bagi menilai keberkesanan Program Perintah Khidmat Masyarakat ini?
Jika dilihat kepada subseksyen 47(1C), cabaran untuk pelaksanaan sangat bergantung kepada penyelarasan yang cekap antara mahkamah dan juga agensi pelaksana.
Kajian sesuatu program seperti ini perlu disokong dan dinilai risiko keperluan pesalah. Hal ini bermakna, perlu kepada kejayaan sesuatu program ini disokong oleh penilaian risiko dan keperluan pesalah, pengawasan oleh pegawai pemantau dan juga kerjasama dengan agensi komuniti. Ini bermakna setiap pihak berkuasa tempatan perlu mempunyai jumlah kakitangan, sumber, latihan yang mencukupi bagi memastikan program ini berkesan.
Justeru, bagaimana pula dengan garis panduan penguatkuasaan? Adakah pihak kementerian akan turut menyediakan sistem pengurusan digital sebagaimana yang disebutkan oleh Kalabakan sebentar tadi bagi tujuan penyelarasan masa, lokasi, jenis khidmat masyarakat dan sebagainya.
Yang keempat, keseragaman dasar dan perlindungan hak. Bagaimana kementerian dapat memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan ini dilakukan secara adil dan telus? Ini mengambil kira faktor kesihatan dan halangan sah lain yang mungkin dihadapi oleh pesalah. Terdapat kerisauan berkaitan risiko penyalahgunaan kuasa sekiranya tiada undang-undang ataupun garis panduan yang jelas bagi melindungi hak para pesalah sama ada daripada kalangan orang tua, ibu tunggal, kanak-kanak dan golongan kelainan upaya.
Justeru, adakah terdapat mekanisme pengawasan, aduan, rayuan yang akan diperkenalkan dalam pindaan ini? Selain itu, kebimbangan tentang ketidaksamarataan dari sudut hukuman, pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dan denda ini. Oleh itu, Kepala Batas mohon penjelasan, bagaimana pelaksanaan perintah ini akan dilaksanakan bagi menangani ketidaksamarataan dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap golongan yang kurang kemampuan yang mungkin akan timbul?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika menyertai satu program pemulihan dadah di komuniti bersama di Pattani baru-baru ini.
Kita melihat proses tersebut melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak, agensi kerajaan, imam masjid, ketua kampung, individu-individu yang berpengaruh di kawasan tersebut untuk memastikan proses pemulihan lebih berkesan.
Justeru, Kepala Batas mencadangkan agar jalinan kerjasama dengan masjid, rukun tetangga, komuniti bukan kerajaan, golongan-golongan lain yang boleh dilaksanakan dapat diwujudkan. Maka, kerjasama ini bukan hanya tertumpu kepada pelaksanaan tambahan denda tapi bahkan, mereka ini menjadi golongan kepada ejen kempen ini.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Program-program kesedaran perlu dilaksanakan secara berterusan bagi menyokong keberkesanan berkenaan dengan tambahan denda khidmat masyarakat tersebut sebagai medium pendidikan dan bukan menghukum. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Berikut, pembahas yang terakhir untuk pindaan undang- undang ini. Saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Dato’ Speaker.
Saya sebagai backbencher turut serta untuk menyokong pindaan ini yang baik, di mana saya lihat intipatinya adalah pindaan ini bertujuan untuk menanamkan tanggungjawab sivik yang lebih mendalam, menggalakkan kesedaran awam dan memupuk budaya menjaga kebersihan yang menyumbang kepada Malaysia yang lebih bersih dan lestari.
Rata-rata kita lihat dalam semua negara, bukan saja negara tetapi dalam semua kaum, agama dan budaya, kebersihan adalah sesuatu yang perlu kita sentiasa perlihatkan dalam semua perkara yang kita lakukan. Sebagai rakyat Malaysia, kita lihat sebagai Ahli Parlimen di kawasan kita masing-masing, walaupun terdapat papan tanda-papan tanda yang diletakkan di beberapa tempat, di mana pihak berkuasa tempatan menghalang daripada sampah sarap dilonggokkan atau dibuang.
Kita lihat bahawa nasihat ataupun amaran-amaran yang diletakkan di kawasan- kawasan tersebut tidak diendahkan. Dan anehnya, kita lihat di tempat-tempat tersebutlah di mana terdapat papan tanda yang melarang untuk kita membuang sampah, di situlah kita lihat bahawa sampah dilonggokkan dan sering kalinya berlakunya — perlunya kita melakukan gotong-royong dan sebagainya untuk membersihkan kawasan-kawasan tersebut.
Jadi, saya lihat pendekatan yang diambil oleh Menteri dan kementerian adalah sesuatu yang perlu dipuji. Pada masa yang sama, saya mengingatkan bahawa pendekatan yang diambil untuk meminta pesalah-pesalah melakukan khidmat masyarakat adalah sesuatu yang perlu kita lihat dengan lebih teliti. Kerana secara tersurat dan tersirat, saya rasa bahawa kalau kita hanya meminta pesalah itu membayar denda, maka berulang kali perkara ini tidak boleh dicegah dan kita lihat bahawa orang-orang yang bakal melakukan kesalahan membuang sampah ini hanya akan mengambil sambil lewa. Membuang sampah dan hanya dikeluarkan dengan satu kompaun, pergi ke kaunter di pihak berkuasa tempatan dan membayar kompaun.
Tetapi apabila dikenakan kehendak untuk menjalankan khidmat masyarakat, maka mereka sedikit sebanyak akan insaf bahawa perkara ini adalah sesuatu yang perlu mereka patuhi. Kerana kalau tidak, maka mereka akan dipaksa untuk melakukan khidmat masyarakat. Pada masa yang sama, saya menggunakan kesempatan ini memandangkan kita, Dato’ Speaker, berbahas tentang satu Rang Undang-undang Akta Jalan, Parit dan Bangunan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk Menteri dan kementerian melihat juga kepada pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan, di mana harus diwajibkan bahawa semua rumah-rumah ibadat, tak kira kuil, masjid, gereja dan tokong, diwajibkan untuk menyediakan cara untuk melupuskan sampah sarap di rumah-rumah ibadat tersebut.
Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru Menteri dan kementerian untuk melihat satu lagi perkara. Kalau saya boleh menyimpang sedikit, adalah berkenaan dengan kuil-kuil yang dibina sebelum kita merdeka. Kerana sejak kebelakangan ini, kita melihat banyak polemik berkenaan dengan kuil-kuil ini yang diuar-uarkan, di mana kuil-kuil ini menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan untuk dirobohkan ataupun bangunannya untuk dialihkan.
Jadi, saya menggunakan kesempatan ini bukan saja untuk meminta supaya kita menyarankan kepada semua rumah ibadat untuk memastikan bahawa cara pelupusan sampah itu diaturkan dengan baik, supaya selepas selesai apa-apa majlis dan sebagainya, kita dapat memastikan bahawa sampah-sampah yang dilonggokkan itu dilupuskan dengan baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan juga pada masa yang sama meminta supaya kita memastikan bahawa kuil-kuil yang dibinalah terutamanya kuil-kuil Hindu yang dibina sebelum merdeka itu mendapat satu proses pemutihan di mana pihak berkuasa tempatan melalui kementerian dapat menghalusi dan memberikan mereka satu taraf status bahawa mereka adalah bangunan-bangunan yang didirikan dengan sah ataupun dialihkan ke tempat yang boleh disahkan.
Sebagai pengakhirnya, saya ingin menyatakan bahawa akta ini harus terpakai kerana kita harus ingat kalau ada yang ingin melakukan perhimpunan aman dan sebagainya ataupun apa-apa demonstrasi dan sebagainya perlu juga insaf bahawa mereka tidak boleh membuang secara merata-rata kerana itu juga merupakan satu kesalahan dan kalau ada yang berangan-angan ataupun berniat untuk mengadakan apa-apa demonstrasi dan perhimpunan aman dan sebagainya perlu juga pastikan bahawa apa-apa sampah yang dibawa oleh mereka dikumpul dan juga dilupuskan secara teratur. Sekian, terima kasih Dato’ Speaker di atas peluang yang telah diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat-Yang Berhormat seramai 10 orang Yang Berhormat telah berbahas dan ini tiba masanya untuk Menteri menjawab persoalan- persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 10 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Tuan Speaker Yang Budiman. Salam sejahtera dan salam MADANI. Menjaga kebersihan bukan sahaja satu kewajipan, tetapi dia adalah sebahagian daripada keimanan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang (Pindaan) Jalan, Parit dan Bangunan
(Pindaan) 2025 di Dewan Yang Mulia ini.
Semalam kita dah dengar 22 orang, hari ini 10 orang. Apa persamaannya, 32 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas panjang lebar, semalam lima jam, hari ini dua jam, tujuh jam untuk tiga RUU ini, kesemua kesimpulannya.
Pertama, ketika rang undang-undang ini dalam soal kebersihan mendapat sokongan seisi Dewan. Saya mengucaplah ribuan terima kasih, alhamdulillah. Bersyukur semua dapat sokong.
Kedua, rata-rata Ahli Yang Berhormat minta KPKT mengambil tindakan tegas terhadap ulat sampah. Maka, saya nak mohon kerjasama baik Ahli-ahli Yang Berhormat seisi Dewan, sekarang sudah sokong, bila kerajaan ambil tindakan sila sokong juga. Jangan pula nanti jadi wira di padang mempolemikkan isu-isu bila ulat sampah kena tangkap, kena minta untuk jalani hukuman. Jangan pula ada jadi wira mempertahankan pesalah.
Saya mengambil maklum tentang soal-soal yang telah pun dibangkitkan. Sebenarnya perlu ditegaskan bahawa pindaan petang ini kepada Akta 171 merupakan satu pindaan berbangkit iaitu daripada pindaan Akta 672 yang telah pun kita luluskan semalam dan juga Akta 171. Maka, seperlunya tanpa perlu melengahkan ucap saya izin untuk terus menjawab.
Pertama, tentang YB Klang, YB Langkawi dan tentang tindakan penyelarasan yang diusulkan itu sedang dilaksanakan oleh KPKT melalui bukan sahaja pindaan akta tetapi kita untuk pastikan undang-undang itu konsisten. Ketiga-tiga akta itu kita pinda supaya dia merangkumi semua tempat awam dan juga jalan awam sama ada dalam kawasan PBT ataupun tidak. Semua tempat awam masuk dalam ketiga-tiga pindaan ini.
Kementerian mahu pastikan supaya pelaksanaan undang-undang ini adalah selaras semua negeri dan boleh dipertanggungjawabkan ke atas 156 PBT supaya tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir. Melalui akta-akta berkaitan, kita sama-sama menjaga kebersihan.
Melalui penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat, kementerian yakin isu pembuangan sampah kecil sehingga menyebabkan banyak longkang, saliran dan parit tersumbat serta kotor dan dapat ditangani secara progresif dan selanjutnya boleh mengurangkan isu banjir kilat khususnya di kawasan bandar.
Berhubung perkara pengauditan yang dibangkit oleh YB Klang, audit ke atas PBT sememangnya sering kali kita laksanakan. Telah saya jelaskan dalam jawapan lisan saya pagi tadi juga, itu berkaitan sekarang ini pelaksanaan sistem traffic light ke atas semua PBT iaitu mana-mana PBT perlu satu mekanisme pengauditan yang menyeluruh dan jelas. Kita akan memberikan sama ada insentif jika dia di tahap lampu hijau peruntukan ditambah, lampu kuning peruntukan dikaji semula, lampu merah peruntukan akan dibatalkan. Ini membawa
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
natijah kepada pengurangan— Ini menunjukkan kita Kerajaan MADANI, we are a merit-based and a performance-based government.
Libat urus tentang PBT dan PN, untuk makluman YB Langkawi dan YB Jempol dalam aspek tarikh penguatkuasaan undang-undang ini, sukacita dimaklumkan hal ehwal kerajaan tempatan adalah di bawah Butiran 4, Jadual Kesembilan, Senarai II, Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan dan Akta 133. Sebab itu, saya telah sasarkan supaya tarikh kuat kuasa ketiga-tiga pindaan ini mulai 1 Januari 2026. Mengapa 1 Januari 2026? Kerana itulah lembaran baru kita menyambut Tahun Melawat Malaysia. Saya harap insya-Allah, waktu sampai itu, akta ketiga-tiga ini dapat dikuatkuasakan secara lancar.
Sisa plastik. Walau bagaimanapun, berhubung sisa plastik di lautan seperti yang dibangkitkan oleh Langkawi, antara tindakan progresif yang dilaksanakan oleh KPKT adalah melalui pelaksanaan strategi ekonomi kitaran yang menyasarkan pengurangan penjanaan sisa pepejal yang merangkumi sisa plastik di daratan serta yang sumbang, buang ke dalam laut. Strategi ekonomi kitaran iaitu menolak, refuse, rethink, reduce, reuse, repair, refurbish, remanufacture, repurpose, recycle dan finally recover. Ini merupakan strategi yang menyumbang kepada pengurangan sisa plastik.
Pelaksanaan khidmat masyarakat tidak, untuk makluman seisi Dewan dia tidak bercanggah ataupun ultravires dengan Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan di bawah rang undang-undang ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah fasal 3, Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan seperti yang dibahaskan semalam.
Ada juga yang telah pun bangkitkan tentang warganegara asing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, warga negara asing termasuk pelancong sekiranya melakukan kesalahan pembuangan sampah kecil, dia juga tertakluk kepada undang-undang yang sama dan boleh dikenakan denda dan Perintah Khidmat Masyarakat jika disabit kesalahan oleh mahkamah.
Maka, undang-undang ini terpakai kepada semua, iaitu jika— bayangkan tidak kira pangkat ataupun darjat. Bayangkan ada Datuk Seri ke, Tan Sri ke, akhirnya diminta untuk sapu jalan, dia akan meningkatkan keinsafan tentang kebersihan, menjaga kebersihan awam.
YB Jempol, tentang penggunaan CCTV supaya dan juga pendidikan kesedaran sivik di peringkat negeri dipertingkatkan. Memang saya menghargai sokongan YB Jempol dalam usaha KPKT melaksanakan khidmat masyarakat dalam usaha mendidik masyarakat agar lebih prihatin terhadap kebersihan persekitaran seperti yang sentiasa saya katakan oleh pepatah Melayu, “biar miskin harta tapi jangan-jangan sekali miskin minda”.
Oleh kerana itu, kita akan terus melabur sebagai pelaburan strategik pemasangan CCTV di kawasan-kawasan hotspot, itu kita akan terus sebagai satu usaha berpanjangan dengan semangat 4P. Amalan 4P dengan izin iaitu public, private and people partnership.
Kerajaan akan terus melabur sebagai pelaburan strategik. Pemasangan CCTV itu bukan saja
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
untuk menjaga kebersihan tapi dia juga sebahagian daripada program bandar selamat untuk mencegah kes-kes ragut, kes-kes jenayah serta lain-lain. Maka, itu kita akan perhebatkan.
Tentang cadangan meningkatkan kesedaran rakyat. Ya, KPKT sentiasa melaksanakan Kempen Komunikasi Pendidikan dan Kesedaran Awam. Dengan izin, there is communication, education and public awareness campaign. Itu saya pun berharap sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat semua merupakan tokoh di kawasan masing-masing.
Semuanya memainkan peranan yang penting untuk membantu kerajaan meningkatkan kesedaran dan keinsafan untuk menjaga kebersihan awam. Saya bolehlah Yang Berhormat, Yang Berhormat ini buatlah TikTok ke, sosial media ke untuk kita perhebatkan usaha ni.
YB Kuala Langat katakan tentang sampah plastik. Ini memang adalah satu masalah systemic yang perlu kita bendung bersama. Saya menghargai pandangan Yang Berhormat Kuala Langat terhadap isu pengurusan sampah plastik dan kementerian memang amat cakna dan mengambil langkah yang proaktif dalam pengurusan sisa berbentuk plastik.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
KPKT menerusi Majlis Negara Sisa Pepejal, National Circular Economy Council telah pun melancarkan kempen besar-besaran mengharamkan penggunaan beg plastik sekali guna. Tahun lepas, KPKT telah mendapat sokongan daripada pelbagai retailers dalam melaksanakan kempen ini antaranya 7-Eleven, Watsons, pusat beli-belah 1 Utama dan lain- lain. Lebih kurang 8,000 kedai telah pun menyokong usaha KPKT dalam mengharamkan penggunaan single-use plastic bag iaitu ratusan juta beg plastik telah berjaya dikurangkan.
Tapi ada ruang lagi untuk pembaikan.
Oleh kerana itu, menerusi NCEC, NCEC dah buat keputusan terkini mulai 1 Januari tahun depan semua pusat beli-belah, all shopping mall must be equipped with recycle facility iaitu semua pusat beli-belah kena ada kemudahan untuk kitar semula dan ini akan dijadikan satu syarat pelesenan perniagaan. Mana-mana pusat beli-belah yang tidak menyediakan kemudahan kitar semula tidak akan diberi lesen perniagaan oleh PBT. Okey, itu saya rasa memang antara usaha proaktif yang telah pun kita lakukan.
YB Balik Pulau, YB Balik Pulai telah kata PBT wajar melabur bagi sistem pengurusan sisa pepejal, teknologi tinggi serta perlu bekerjasama dengan pihak sekolah. Ya, KPKT bersetuju dengan saranan Yang Berhormat bahawa kerajaan perlu, memerlukan adaptasi teknologi tinggi dalam pengurusan sisa pepejal sebab itu di bawah Kerajaan MADANI, nama PMX pun AI. AI itu bukan saja Anwar Ibrahim, ia juga artificial intelligence.
Di Amerika Syarikat, ada ChatGPT. Saya difahamkan tak lama lagi, Yang Amat Berhormat PMX akan melancarkan ChatGPT Malaysia, mengikut acuan dan bentuk kita sendiri dan memakai chips yang paling canggih di dunia. Ini adalah antara adaptasi kepada teknologi, transformasi digital pihak kerajaan akan terus kita perhebatkan dalam membantu kita melaksanakan undang-undang ini.
YB Setiu, YB Setiu tanya siapa boleh jadi penyelia kepada pesalah bidang sama ada ketidakadilan. Ya, KPKT mengambil maklum berhubung dengan cadangan YB Setiu agar
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
komuniti turut dilibatkan sebagai penyelia bagi pelaksanaan khidmat masyarakat. Dalam hal ini, cadangan tersebut akan diteliti dan dipertimbangkan kerana sewajarnya ia turut melibatkan satu perancangan yang holistik.
Memang kita nak melibatkan semua masjid, surau, pusat komuniti, Rukun Tetangga, sekolah semua because as I said yesterday, it takes a whole-nation approach. Menjaga kebersihan, dia bukan tanggungjawab kerajaan sahaja. Dia menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita semua. Tak kira siapa, kita semua perlu memikul tanggungjawab ini bersama sekiranya kes itu melibatkan kanak-kanak.
Terima kasih kepada YB Setiu atas keprihatinan. Pelaksanaan hukuman ke atas kanak-kanak akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta juga Akta Kanak- kanak iaitu Akta 611. Libat urus akan dilaksanakan untuk memperhalus isu-isu yang dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Cadangan untuk memperkenalkan hukuman seperti penanaman pokok, ini adalah satu idea yang bagus, yang boleh kita pertimbangkan apabila kita menyediakan SOP nanti.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
YB Kalabakan, nanti saya habis dulu boleh? Dia, YB Kalabakan telah bangkitkan cadangan wujud modul latihan sivik sebelum menjalani serta pemantauan digital dan wajar memperkenalkan insentif kepada PBT. Kerajaan mengambil maklum tentang cadangan yang baik Yang Berhormat untuk mewujudkan modul latihan sivik kepada pesalah sebelum Perintah Khidmat Masyarakat dilaksanakan. Sebagaimana dicadangkan oleh Yang Berhormat, kerajaan akan memastikan pelaksanaan khidmat masyarakat dipantau secara berkesan, termasuk penggunaan teknologi digital.
Kaedah ini bukan saja dilihat lebih telus tetapi juga dapat mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja PBT. Melalui program CEPA yang tadi saya katakan iaitu program kesedaran, kerajaan akan melaksanakan program kesedaran yang turut melibatkan kempen- kempen kesedaran dengan penglibatan pihak komuniti.
Saya sendiri akan pergi program Selamat Pagi Malaysia untuk menguar-uarkan selepas Dewan Yang Mulia ini meluluskan pindaan ketiga-tiga RUU ini supaya kita memberikan kecelikan ataupun keinsafan kepada masyarakat untuk terus menyokong, mendukung usaha murni Kerajaan MADANI ini.
Seterusnya tentang YB Pulai. YB Pulai minta hemat bimbingan kaunseling diberikan kepada pesalah serta penyelenggaraan longkang parit menjadi tanggungjawab keutamaan tugas PBT dan kemudahan tong sampah tidak diberikan di kawasan setinggan, merujuk kepada pembuangan sampah ke dalam sungai dan lain-lain.
Ya, kerajaan akan meneliti sewajarnya bentuk kerja yang sesuai dalam pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat supaya pelaksanaan ini memberikan impak dalam mendidik masyarakat termasuk khidmat bimbingan kepada pesalah. Kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan parit memang sentiasa dilaksanakan oleh PBT tetapi memfokus kepada kawasan seliaan dalam bidang kuasa PBT.
Tuan Nga Kor Ming
Saya bersetuju bahawa penyelenggaraan longkang parit yang tersumbat perlu seiring dengan Perintah Khidmat Masyarakat sebab itu antara hukuman khidmat masyarakat, kita minta dia cuci longkang. Itu penduduk setinggan, bukan di atas tanah yang sah hak milik dan secara haram. Oleh itu, tiada cukai ataupun taksiran dapat dikenakan kepada setinggan.
Sebab itu PBT tidak menyediakan kemudahan kutipan sampah di kawasan di luar bidang kuasa.
Namun, PBT tetap menjaga kebersihan awam melalui penyediaan tong sampah berpusat yang dikutip secara berjadual seperti di kampung-kampung tradisi. RUU ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mengekang isu pembuangan sampah tidak terkawal.
YB Kepala Batas, isu-isu yang dibangkitkan bagi isu pemilik haiwan dan pemilik perniagaan, kesalahan di bawah seksyen 47 Akta 133 adalah merangkumi sampah kandang, sampah trek dan sampah kebun yang dibuang di tempat awam dan pesalah boleh didakwa jika mempunyai bukti kukuh.
Semalam ada Ahli Yang Berhormat Rasah bangkitkan. Adakah dia tuangkan kopi atas jalan? Iaitu satu kesalahan kerana rang undang-undang ini merangkumi semua tempat awam dan jalan awam iaitu kopi, minuman kopi itu boleh dianggap sebagai leachate kerana dia adalah telah dibuang, bukan diminum.
Pendakwaan kepada pemilik syarikat boleh dibuat di bawah Akta 672 dan seksyen 47 Akta 133 dikenakan kepada individu yang membuang sampah kecil. Kepada syarikat ataupun individu yang membuang sampah besar, itu di bawah seksyen 71 Akta 672. Itu hukumannya berat, Tuan Yang di-Pertua. Kita bukan minta dia buat hukuman khidmat masyarakat. Kita hantar dia masuk penjara lima tahun. Denda RM100,000. Itu memang hukuman berat. Itu skala besarlah ya.
Mana kala pemilik haiwan juga boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat, sekiranya, itu penting, for all those pet friendly parks, siapa-siapa bela kucing ke, anjing ke, ayam ke, itik ke, kamu bawa, jika najis haiwan, kamu sengaja buang di tempat awam, jalan awam, itu pun tertakluk kepada – kerana najis itu dianggap sebagai sampah juga. Saya, sebab itu, siapa-siapa yang bawa pet pergi ke taman-taman awam itu, tolonglah, lepas itu anjing itu dia lepaskan, tolonglah bersihkan supaya kutip itu, angkat balik buang dalam tong sampah dalam rumah.
Saya tegaskan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, semua orang menerima layanan yang adil, tiada diskriminasi kepada golongan yang tidak berkemampuan dalam pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat. Objektif tujuan undang-undang ini bukan untuk menghukum. Ia sebenarnya untuk meningkatkan keinsafan dan kesedaran.
Kita dah merdeka hampir tujuh dekad, takkan semua orang pergi sekolah, semua orang ada pendidikan percuma sebelas tahun. Dekat sukatan pelajaran dalam sekolah pun memang ada kesedaran sivik, sebab itu saya tak faham mengapa sampai hari ini ada manusia yang masih lagi nak buang sampah atas jalan dan juga di tempat awam. Itu memang saya kurang arif.
Tuan Nga Kor Ming
Kementerian bersetuju di mana agar semua rumah ibadat, masjid ke Rukun Tetangga, komuniti dilibatkan. Seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Kepala Batas agar mereka turut menjadi ejen bagi Perintah Khidmat Masyarakat untuk menambah baik keberkesanan pelaksanaan undang-undang ini sebagaimana yang sering saya katakan slogan KPKT adalah “Stronger Together, Unity in Diversity” dan kita melakukan semua ini, mengapa? Slogan kita, “Demi Pertiwi”. Ini, kita menjadi prinsip yang sentiasa kita amalkan oleh – di KPKT.
Maka, pindaan kepada akta ini adalah tepat pada masanya untuk menyokong aspirasi negara bagi mewujudkan persekitaran bersih, selamat, sejahtera dan harmoni, ke arah sebuah negara maju, bukan saja berdaya saing, berteknologi tinggi tapi sebuah negara maju yang berakhlak mulia. Akhlak mulia, itulah sangat penting. Langkah ini memperlihatkan tekad Kerajaan MADANI dalam melaksanakan transformasi dasar secara inklusif dan berimpak tinggi. Selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju berteraskan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
Tuan Nga Kor Ming
Maka, pindaan kepada Akta 133 ini adalah tepat pada masanya dan selari dengan aspirasi kita untuk membina persekitaran yang bersih, sejahtera sebagaimana pepatah Melayu “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Kita semua mempunyai tanggungjawab terhadap kemampanan negara kita.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Maka, ayuh kita sama-sama memperjuangkan misi sifar sisa
(zero waste) untuk Malaysia terus – ya boleh, sila.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya dan juga Jempol ada mengutarakan soal perlindungan kepada pesalah atas perintah khidmat masyarakat. Adakah bentuk-bentuk seperti itu sekiranya berlaku kemalangan dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Dalam pelaksanaan itu, kita akan pastikan dia diiringi oleh pegawai penguat kuasa. Maka apabila dia sama ada dia cuci longkang, sapu jalan itu, kita akan pastikan kawasan itu kawasan yang selamat beroperasi. Itu kita akan ambil saranan daripada Yang Berhormat, terima kasih atas cadangan yang baik. Memang keselamatan adalah keutamaan kita juga.
Sebelum saya akhiri penggulungan saya ini, sekali lagi saya nak jemput Tuan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan turut mengambil bahagian. Dulu kita selalu sebut Cuti-Cuti Malaysia. Sekarang ini kita ada ‘Cuci-cuci Malaysia', sempena World Cleanup Day yang diiktiraf oleh Bangsa-bangsa Bersatu.
Tahun lepas kita mulakan Hari Cuci Malaysia pertama. Itu kita telah pecah tiga rekod Malaysian Book of Records iaitu gotong royong paling besar dalam sejarah, gotong royong paling panjang dalam sejarah. 12 jam. Pukul 8 pagi sampai waktu Maghrib pukul 8 malam.
Kemudian kutipan sampah paling tinggi. Tahun lepas kita pecah tiga rekod. 58,000 orang
Tuan Nga Kor Ming
ambil bahagian. Tahun ini, KPKT sasarkan 100,000 orang untuk ambil bahagian. Semua anak-anak sekolah akan dijemput, malahan rumah ibadat, masjid, surau pun akan dijemput untuk turut memperhebatkan Hari Cuci Malaysia.
Sukacita dimaklumkan, Hari Cuci Malaysia telah diberikan kelulusan oleh Jemaah Menteri sebagai program nasional seperti Hari Sukan Negara. Setiap bulan Oktober, kita raikan Hari Sukan Malaysia. Setiap bulan September, sempena World Cleanup Day, kita akan raikan Hari Cuci Malaysia. Tahun ini, Hari Cuci Malaysia akan berlangsung di Port Dickson.
Kita nak pecah rekod, maka kita – untuk memupuk kesedaran, that is a place where we walk the talk.
Sebab itu bila saya dijemput, harap semua akan hadir. Selain daripada itu, kita juga jemput semua untuk kita sokong tentang kebersihan itu. Kebersihan itu bukan sekadar di dalam, di tempat awam dan jalan. Sejak Kerajaan MADANI, kita dah lakukan bukan sahaja reformasi tapi revolusi kebersihan tandas awam.
Saya nak beri keterangan sedikit petang yang permai ini. Kita perkenalkan konsep Tandas Awam BMW.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Nga Kor Ming
Sedikit lagi. Ya, tiga minit. BMW bermaksud Bersih, Menawan dan Wangi. Dua tahun ini, kita telah pun berjaya menaik taraf 12,000 tandas awam dan kita perkenalkan TOTYA. Apa itu TOTYA? Toilet of The Year Award (TOTYA). Iaitu kategori masjid/ surau, tengok siapa punya tandas masjid paling bersih. Ada juga tandas PBT, tandas sekolah, tandas shopping mall, tandas hotel, tandas R&R, tandas restoran dan pelbagai.
Semua itu kita telah pun melancarkan.
Maka sekali lagi, saya amat berhutang budi dan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas kesabaran. Kesabaran juga adalah sebahagian dari keimanan. Sekian, saya menyokong dan mengusulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 4 – Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, dua minit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dua je?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dua minit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sempat ke ni? Okey, sedikit sajalah, tak apa.
Saya ingin tumpukan kepada perintah khidmat masyarakat ni yang melibatkan kanak-kanak ni. Dia bila melihat kepada perintah khidmat masyarakat ini, dia sebut “Jika seseorang disabitkan...”. Sedangkan dalam Akta Kanak-kanak bawah seksyen 91, dia tak boleh kita nak sebut “disabitkan” sebab (1H) dia menggunakan perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1A) juga tapi (1A) disebut “disabitkan”. Jadi saya pohon mendapat sedikit penjelasan daripada Menterilah, Menteri yang hebat ni.
Dan juga dari segi in default. Kalau kita kira okey, “...disabitkan didenda tidak kurang daripada RM2,000”, kalau dia melanggar okey. (1G). Cuba tengok (1G). *“Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah kepada khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen
(1A) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada RM2,000...”.* Katakanlah kanak-kanak yang diperintahkan dan tidak dapat bayar in default three months ke tapi dalam Akta Kanak-kanak, dia tak boleh dihantar ke penjara. Jadi itulah saya pohon dapat sedikit penjelasan supaya tidak ada kekeliruan yang timbul. Mungkin kalau kita baca secara gini, akan ada sedikit kekeliruan. Itu pun kalau Tuan Pengerusi – Dato’ Pengerusi boleh faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Biasa duduk mahkamah dia faham.
Dia tahu apa yang berlaku. Okey.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin[Kinabatangan]
Yang Berhormat, jangan salah tafsir dengan Pengerusi kita tidak bagus.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih terhadap perbahasan ringkas. Yang pertama, tentang “disabitkan” tu. Okey, itu kita akan ambil bahagian sekiranya perlu tetapi saya rasa dia is semantic on grammar. Dia tidak sebenarnya membawa kekeliruan pun. Kita semua boleh faham.
Yang kedua tentang kanak-kanak tu…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sikit lagi. Kalau di mahkamah, “guilty and convicted”, “bersalah dan disabitkan”. Kalau “sabit”, tak boleh terpakai kepada kanak-kanak. Itu maksud saya. Dia bila habis bicara, dia akan ada guilty and convicted.
“Bersalah”, hanya boleh pakai “bersalah” sahaja kepada kanak-kanak. Tak boleh pakai ‘sabitan’.
Tuan Nga Kor Ming
Kanak-kanak itu kita akan tertakluklah kepada Akta 611 dan kita ada undang-undang khas untuk mengendalikan tentang juvana. Maka, undang-undang
Tuan Nga Kor Ming
itu akan terpakai sebagaimana kita uruskan kes-kes jenayah juvana. Sama juga, prinsipnya memang sama.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cadangan saya, kita boleh masuk dalam 91 Akta Kanak-kanak tu, dimasukkan khidmat masyarakat. Boleh juga kita masukkan terus. Tidak ada disebut di sini. Baru tak ada kekeliruan.
Tuan Nga Kor Ming
Hmm. Okey kita akan masukkan dalam peraturan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cuba, cuba tengok yang sebaiknya.
Tuan Nga Kor Ming
Boleh, boleh. Kita akan uruskan supaya dia semua ini melakukan keadilan – menegakkan keadilan untuk semualah. Okey. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[****Fasal-fasal 1 hingga 4** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu) dan diluluskan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membentangkan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 yang bertujuan untuk memerangi rasuah dan salah laku lain daripada dengan menggalakkan dan memudahkan pemberi maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar, melindungi orang yang membuat pendedahan daripada tindakan yang memudaratkan dan memastikan supaya pendedahan tersebut disiasat dan diuruskan dengan sewajarnya.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini juga selaras dengan inisiatif yang diterajui oleh kerajaan dengan menandatangani United Nations Convention against Corruption dengan izin, pada 20 September 2008 yang menetapkan dengan izin, state party mempunyai komitmen untuk mengadakan undang-undang bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dan tindakan sewajarnya supaya pendedahan tersebut disalurkan kepada pihak berkuasa.
Cadangan pindaan dan penambahbaikan Akta 711 ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bagi tahun 2009–2023 dan diteruskan melalui pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy (NACS)) 2024–2028 di mana cadangan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ini termasuk di bawah Strategi 4, Penguatkuasaan.
Kerajaan komited dalam memperkukuhkan perlindungan dengan pemberi maklumat sebagai sebahagian daripada usaha memerangi rasuah dan meningkatkan integriti dalam sektor awam serta swasta. Namun, setelah lebih satu dekad berkuat kuasa, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] masih mempunyai kelemahan yang boleh ditambah baik bagi memastikan keberkesanannya.
Statistik menunjukkan bahawa dari tahun 2011–2023, sebanyak 74,614 aduan berkaitan kelakuan tidak wajar telah diterima dan disiasat. Manakala 1,139 orang telah diiktiraf sebagai pemberi maklumat dan diberi perlindungan.
Sebagai rujukan, beberapa negara telah melaksanakan mekanisme perlindungan pemberi maklumat yang lebih menyeluruh bagi memperkukuh keberkesanan pelaksanaannya. Dari aspek pendedahan perkara kerahsiaan, pendekatan global di negara- negara seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand jelas menunjukkan bahawa pertimbangan kepentingan awam menjadi asas utama dalam membenarkan pendedahan maklumat sulit atau yang tertakluk kepada sekatan kerahsiaan.
Undang-undang di negara-negara ini memperuntukkan bahawa sekiranya pendedahan dibuat secara jujur dan demi kepentingan awam, ia boleh diiktiraf serta dilindungi walaupun melibatkan maklumat yang biasanya terhad atau dilindungi oleh kontrak kerahsiaan. Amalan ini jelas menggambarkan bahawa perlindungan terhadap pemberi maklumat mestilah mengatasi sekatan kerahsiaan apabila wujud kepentingan awam yang signifikan, selain dengan amalan terbaik global demi menggalakkan — Maaf. Selari dengan amalan terbaik global demi menggalakkan lebih ramai tampil membuat pendedahan tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dari sudut mekanisme penarikan balik perlindungan, New Zealand membenarkan perlindungan ditarik balik sekiranya pendedahan dibuat dengan niat jahat atau melibatkan maklumat palsu, sementara di Jepun pula menetapkan bahawa perlindungan boleh
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
dibatalkan jika pendedahan dilakukan untuk mendapat keuntungan peribadi atau bertujuan merosakkan pihak yang lain.
Berdasarkan amalan-amalan terbaik global ini, Malaysia perlu mengambil langkah progresif dan menyeluruh untuk memperkukuh sistem perlindungan pemberi maklumat, sekali gus mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif agar lebih ramai individu berani tampil melaporkan salah laku demi kepentingan negara dan masyarakat keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan rang undang- undang ini mempunyai enam fasal, sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill yang telah dibuat bacaan pertama pada 6 Mac 2025. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan pelaksanaan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru.
Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas dan tarikh kuat kuasa akta.
Fasal 2 meminda seksyen 2, Akta 711 dengan memasukkan tafsiran baru bagi Menteri yang merujuk kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi undang-undang.
Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan menubuhkan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat dengan Pengerusi dan anggotanya dilantik oleh Menteri.
Jawatankuasa ini akan berperanan memastikan penyelarasan dan pemantauan keseluruhan pemakaian akta ini dengan lebih sistematik.
Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memperoleh dan menyelaras statistik serta data berkaitan pendedahan dan aduan yang diterima oleh agensi penguatkuasaan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan akta ini dapat dipantau secara berterusan.
Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, segala statistik data atau maklumat yang dikemukakan kepada jawatankuasa tidak boleh merangkumi sebarang maklumat sulit yang dilindungi di bawah seksyen 8 akta ini bagi memastikan tiada sebarang isu kebocoran maklumat. Ini secara langsung memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat kekal dilindungi seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6 akta ini, sekali gus memastikan keyakinan masyarakat terhadap sistem perlindungan pemberi maklumat terus terpelihara.
Dengan adanya jawatankuasa ini, terdapat satu entiti yang lebih berfokus untuk menilai keberkesanan akta ini melalui data dan statistik yang diperoleh, membolehkan analisis yang lebih terperinci dilakukan terhadap trend pendedahan kelakuan tidak wajar terhadap perlindungan yang diberikan serta sebarang kelemahan dalam pelaksanaan akta yang perlu ditambah baik.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memperkukuhkan keyakinan pemberi maklumat, fasal 4 mencadangkan pemotongan proviso dalam seksyen 6(1), Akta
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Melalui pindaan ini, peruntukan seksyen 6(1) tidak lagi menetapkan hak, had atau limitasi khusus terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar.
Dengan itu, kelakuan tidak wajar kini boleh didedahkan kepada agensi penguatkuasaan, walaupun terdapat sekatan tertentu di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sebelum ini mengehadkan tindakan tersebut. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini memberi keyakinan kepada mereka untuk tampil melaporkan kelakuan tidak wajar tanpa rasa takut dihalang oleh undang-undang yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal 5 pula bertujuan untuk meminda seksyen 7(3) untuk memperuntukkan perlindungan fizikal kepada pemberi maklumat melalui program perlindungan saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]. Walaupun akta sedia ada masih membolehkan perlindungan diberikan melalui peruntukan di bawah undang-undang lain, pindaan ini adalah langkah penting untuk memperkukuhkan Akta 711 dengan memperjelas dan mengiktiraf secara khusus perlindungan fizikal sebagai hak pemberi maklumat.
Dengan memperincikan peruntukan ini di dalam akta, ia akan menghapuskan sebarang kekeliruan mengenai hak perlindungan fizikal yang boleh diberikan sekali gus meningkatkan keyakinan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan tanpa rasa takut terhadap ancaman fizikal, ugutan atau tindakan balas.
Seterusnya, fasal 6 berkenaan pembatalan perlindungan pemberi maklumat. Fasal ini akan dipinda dalam jawatankuasa dan maklumat yang terperinci akan dimaklumkan kepada jawatankuasa kelak. Perincian pindaan adalah sebagaimana yang di teks pindaan yang telah pun dibentang di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan cadangan pindaan fasal 6 dalam jawatankuasa, kerajaan telah mengambil maklum pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh pertubuhan badan bukan kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan melalui sesi-sesi libat urus yang telah diadakan.
Hasil daripada sesi-sesi ini, cadangan adalah supaya pindaan untuk dibuat di peringkat jawatankuasa bagi memperbaiki peruntukan berkaitan pertimbangan untuk menarik balik atau mengekalkan perlindungan yang telah diberikan kepada pemberi maklumat di bawah seksyen 7, Akta 711.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah bersetuju dengan cadangan pindaan dalam peringkat jawatankuasa. Pindaan ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada agensi penguatkuasaan dalam menentukan sama ada perlindungan wajar diteruskan atau ditarik balik, berbanding keadaan semasa yang mewajibkan penarikan balik perlindungan sekiranya pemberi maklumat tersebut terlibat dalam kelakuan tidak wajar yang dilaporkan olehnya.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Secara keseluruhan, Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan-pindaan ini bukan sekadar untuk memperkukuh undang-undang sedia
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
ada tetapi juga untuk melindungi pemberi maklumat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan pendedahan kelakuan tidak wajar dapat dilakukan tanpa rasa takut.
Dengan itu saya menyeru sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar rang undang-undang ini dapat diluluskan demi memastikan Malaysia terus komited dalam memperkukuhkan integriti, memerangi rasuah dan melindungi pemberi maklumat yang bertindak demi kepentingan negara. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Ada sesiapa yang menyokong.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Saya menerima senarai panjang untuk Ahli-ahli yang akan berbahas di atas rang undang-undang ini. Saya bacakan nama-nama.
Bermula dengan YB Kinabatangan, diikuti dengan Kota Bharu, Bangi, Kulim Bandar Baharu, Selayang, Tumpat, Sri Aman, Machang, Kepong, Dungun, Subang, Gerik, Jelutong, Masjid Tanah, Kota Belud, Rasah, Pendang, Tebrau, Bentong, Muar, Shah Alam, Bukit Bendera, Arau dan Beaufort. Kita ada 24 orang yang akan mengambil bahagian dan saya berikan lima minit setiap seorang. Kita mulakan dengan YB Kinabatangan. Silakan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Lima minit lagilah.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Di Sabah terkenal dengan tujuh minit.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pindaan ini memang baik, memang ditunggu-tunggukan oleh masyarakat di luar sana. Seharusnya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini telah pinda lama tetapi saya pun tidak faham kenapa kita drag, drag, drag sehingga menimbulkan persepsi dan juga andaian oleh masyarakat iaitu baru-baru ini kita dikejutkan – ini saya sentuh sebab dia ada relate dengan akta ini iaitu penularan video.
Jadi, selepas itu masyarakat pun keliru Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja masyarakat, peguam-peguam pun keliru. Ada kata ini pemberi maklumat, ada kata dia juga terlibat. Ini sebelah sini punya kumpulan pula dia ini dua-dua pun boleh. So, saya rasa pindaan ini memang baik sebab ada jawatankuasa menimbang, menilai, meneliti dan kredibiliti maklumat yang diberi dan juga mungkin menilai personaliti. Macam mana kronologi perkara itu berlaku sebab kita ini manusia.
Hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita ini ada ancaman daripada berbagai-bagai gajet yang begitu moden. Bukan sahaja telefon, jam tangan pun boleh bunuh kita, kaca mata pun
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
bunuh kita, butang baju pun boleh bunuh kita, jatuhkan kita, macam-macam bahkan kasut pun boleh dipasang gajet istimewa untuk merakam apa yang kita buat.
Sudah tentu seharusnya kerajaan meneliti mana-mana akta yang di zaman A.I ini, di zaman kecerdasan buatan ini harus kita lihat secara saksama. Jangan kita tunggu ada peristiwa berlaku baru kita mahu ubah, baru kita mahu gubal. Rakyat di luar sana, rakyat Malaysia ini pula dia special Tuan Yang di-Pertua. Dia jadi hakim, dia jadi pendakwa, dia terus putuskan ini orang bersalah baru bicara di mahkamah, dia kata sudah salah. Itulah siapa suruh kamu curi. Ui, hebat.
Inilah rakyat Malaysia. Saya pun tidak faham kenapa didikan kita ini, anak kita ini tidak dilihat secara saksama padahal yang membuat perkara-perkara sebegini ini orang- orang yang bijaksana, orang pandai tetapi mereka melakukan perkara-perkara yang tidak sehaluan dengan undang-undang. Ini yang masalah kita berlaku. Jadi, saya harap Menteri buatlah yang terbaik. Akta ini perlu dilaksanakan mengikut kehendak dan tuntutan. Jangan lagi ada pendakwaan ikut pilih bulu, yang ini boleh didakwa, yang itu tidak boleh, Menteri jangan pula.
[Ketawa] [Tepuk] Kalau mahu dakwa, dakwalah terus. Kes Sabah, orang – saya bukan saya cakap.
Orang di luar suruh saya tanya di Dewan ini. Kes Sabah, kenapa dua orang sahaja didakwa?
Yang lain kenapa tidak?
[Tepuk] Ini masalah, ini yang masalah. Saya mahu tanya tahu juga dari Menterilah, apa masalah?
Jadi, seharusnya undang-undang ini biarlah berjalan seiring dengan mana-mana pihak. Kena ada keadilan. Saya didakwa, saya okey, saya lawan di mahkamah. Selagi belum putus saya salah bermakna saya belum bersalah. Tetapi yang lain-lain ini saya tidak tahu.
Sebab itu rahsiakan saya rasa Akta Perlindungan Saksi ini, Pemberi Maklumat ini penting untuk kita merungkai masalah yang selama ini berlegar di pemikiran rakyat. Rakyat keliru, kita pun ikut keliru, peguam-peguam pun keliru tapi saya percaya Tuan Yang di-Pertua tidak pernah keliru sebab dia memang luar biasa.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Panjang masa tiga minit lagi.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Oleh kerana itu, dalam dunia hari ini Dato' Yang di-Pertua, penguat kuasa juga penghukum- penghukum ini kita ini semua bertanggungjawab. Bukan sahaja tanggungjawab kepada diri kita, kepada agama, kepada dunia dan akhirat. Di dunia mungkin kita terlepas tetapi di akhirat sukar untuk terlepas sebab tangan kita, mata kita, telinga kita semua menyaksikan apa yang kita buat.
Jadi, buatlah yang sebaik-baiknya, seadil-adilnya. Mereka yang tidak bersalah janganlah dipersalahkan, yang ada kesalahan tolong siasat baik-baik dengan teliti bahawa dia melanggar kesalahan, melanggar undang-undang. Ini dunia ketawa dengan kita. Semua orang buat kerja dua orang sahaja ditarik, yang lain tepuk tangan. Jadi, ini Dato' Yang di- Pertua, perlu penjelasan daripada Menterilah. Terima kasih, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ini dengan saya sekali lagi ingin memetik Hansard ataupun Penyata Rasmi Dewan, di mana pada tahun 2010, 20 April tahun 2010 semasa Akta 711 ini dibentangkan oleh Timbalan Menteri Undang-undang pada masa itu. Dia menyatakan dengan jelas tujuan ataupun asas-asas pertimbangan untuk dibentangkan rang undang-undang pada masa itu dan menjadi akta sekarang ini.
Antaranya adalah berasaskan kepada yang pertama, “Pada masa itu, tidak ada peruntukan khusus dalam undang-undang yang sedia ada yang memberi perlindungan kepada pemberi maklumat selain daripada informer dan juga saksi”. Itu ada perlindungan, pemberi maklumat tak ada.
Yang keduanya, undang-undang sedia ada ini tidak mencukupi, ini perkataannya, ‘tidak mencukupi’ atau ianya cukup melindungi pemberi maklumat atau whistleblower.
Yang ketiga, undang-undang khusus berhubung perlindungan pemberi maklumat akan menggalakkan penjawat awam dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar tampil dan mendedahkan kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu.
Yang terakhirnya ialah perlindungan diberikan kepada pemberi maklumat iaitu berbentuk kekebalan, immunity daripada tindakan sivil jenayah dan tatatertib ataupun dalam bahasa Inggerisnya dengan izin, protection against the detrimental action. Itu antara tugasnya.
Jadi apabila kerajaan membuat pindaan kepada Akta 771 ini, sudah tentulah kita mengharapkan tujuan pindaan ini tidak lari daripada tujuan asal ianya dibuat undang-undang ini. Sebaliknya, sebagaimana Kinabatangan sebut tadi, diberikan satu tambah baik terhadap undang-undang ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa selain daripada Akta 711 yang telah dibuat pada tahun 2010 ini, pihak berkuasa yang menjadi the owner of this act, tuan punya kepada akta ini, khususnya SPRM dan juga Bahagian Hal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, mereka mengeluarkan satu garis panduan yang dipanggil Garis Panduan Pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Apa yang menarik perhatian saya ialah walaupun akta ini dianggap akta yang sepatutnya memberi satu faedah yang besar terhadap langkah memerangi rasuah, tetapi kita dapati garis pelaksanaannya adalah agak sukar ataupun tidak begitu senang untuk dilaksanakan. Dalam hal ini, sebagai contohnya― ini juga berkait dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri dalam soalan nombor 5 semalam yang saya tanya berkaitan dengan akta ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dengan jelas Menteri mengatakan bahawa orang yang saya tanya yang bernama Albert Tei itu tidak mendapat perlindungan kerana dia pergi kepada media terlebih dahulu walaupun telah dibuktikan selepas itu dia pergi membuat laporan kepada SPRM. Dan apabila juga saya bertanya kenapa dia tidak dapat kekebalan sebagaimana disebutkan tadi, ini jawapan Menteri, “Saya nak jawab...”― saya baca, “Saya nak jawab secara general ya, saya tak nak pergi pada kes sebab, pada saya, kalau kes dalam proses berjalan boleh dilihat sebagai subjudis.” Lagi-lagi subjudis, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok dalam Hansard atau― maaf, dalam standing order kita, Standing Order 23(1)(g), memang melarang perkara-perkara yang ada dalam mahkamah disebut dan dianggap subjudis. Tapi kalau Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, kita teliti 23(1)(g), dia menyebut, “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya...”― ini bahasa sinilah― “Sekira-kira harus menggelencungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah”. Agak berbelit sikit. Kalau dalam bahasa Inggeris lebih senang. “A question shall not be so drafted as to be likely to prejudice a case under trial”. Ianya memprejudiskan kes.
Jadi, bukan semua perkara yang ada dalam mahkamah itu sub judice. Itu yang saya nak sebut. Sebaliknya, kalau perkara itu prejudis kepada kes, barulah sub judice. Jadi, dalam menjawab soalan ini, sekali lagilah saya menuntut jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa pemberi maklumat dalam kes Sabah ini, dalam kes mineral Sabah, telah dituduh di mahkamah, tidak ada jaminan dan sebagainya?
Oh, dah habis dah? Saya nak sentuh sikit. Saya bagi― Ketua Whip boleh tambah dua minit kot?
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagilah seminit setengah lagi.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Seminit setengah ya. Okey. Saya nak menyentuh mengenai cadangan pindaan yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya fasal 3 yang menyentuh satu peruntukan baru yang hendak dimasukkan menjadi seksyen 5A iaitu mewujudkan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat. Jadi, saya nak tahu daripada pihak kerajaan, dari segi jawatankuasa yang nak ditubuhkan ini― dalam ini, jelas Menteri hendaklah melantik jawatankuasa ini, iaitu Menteri Undang-undang lah.
Bagi kita, kredibiliti ataupun kewibawaan jawatankuasa yang nak ditubuhkan ini sudah tentulah ia bergantung kepada proses pelantikan yang telus dan bebas. Pelantikan pengerusi yang dibuat oleh Menteri, tidak oleh pihak-pihak lain, contohnya Parliament Select Committee (PSC) dan kalau kita tengok di dalam di bawah Akta SPRM 2009, pelantikan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), dibuat pelantikannya oleh Yang di-Pertua Agong atas nasihat, of course, oleh nasihat Perdana Menteri. Tapi, dalam jawatankuasa untuk melindungi pemberi maklumat ini, hanya Menteri sahaja.
Jadi, sejauh mana Menteri boleh memastikan dirinya tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik dan kita tidak mahu jawatankuasa ini berisiko dilihat sebagai alat politik sekaligus mengurangkan keberkesanan dalam melindungi pemberi maklumat dalam
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
mendedahkan salah laku. Jadi, itu perkara yang saya nak sebut supaya jaminan diberikan, for the record of this Dewan, bahawa tidak ada apa-apa risiko yang akan dapat dilihat daripada pelantikan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat ini oleh Yang Berhormat Menteri yang juga anggota pentadbiran.
Jadi, atas dasar itu, sekali lagi saya menyokong pindaan yang baik tetapi mengharapkan jawapan supaya ianya dapat memastikan kebaikannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput YB Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Dah lama tak berbahas. It’s good to be back, dengan izin. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah buat Kerajaan MADANI ini atas keazaman politik untuk membentangkan rang undang-undang pindaan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, atau dalam bahasa Inggeris, Whistleblower Protection Act, telah digubal 15 tahun dahulu untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat, atau dalam bahasa Inggeris, whistleblower.
Saya ingat lagi, Tan Sri Yang di-Pertua, dulu masa saya masih boleh dikenali sebagai peguam muda, saya ada pernah diwawancara dalam satu radio tempatan. Saya percaya itu first time, kali pertama saya diwawancara dalam radio, dan topiknya adalah berkenaan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Dan dalam wawancara tersebut, Tan Sri Yang di-Pertua, saya sentuh bagaimana akta ini sebenarnya mempunyai kelemahan-kelemahan yang besar yang mengehadkan keberkesanannya. Malahan, boleh dikatakan bahawa ia sebenarnya tidak begitu efektif untuk melindungi pemberi maklumat.
Mengapa? Ini kerana kalau kita tengok, Tan Sri Yang di-Pertua, dalam seksyen 6(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini, terdapat satu proviso bahawa pemberi maklumat hanya akan dilindungi sekiranya pendedahan maklumat itu tidak dihalang atau dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Ini bermakna― contoh, kalaulah kata dokumen tersebut adalah satu dokumen rahsia bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kalau dia dapat maklumat daripada situ, dia dedahkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya, dia tidak boleh mendapat perlindungan bawah akta ini. Sama juga kalau ada seseorang kakitangan kerajaan, contohnya, dapat maklumat, tetapi disebabkan seksyen 203 Kanun Keseksaan, maka dia juga kalau dia bagi kepada pihak berkuasa tentang salah laku tersebut, dia tidak dapat perlindungan disebabkan pendedahan itu dilarang oleh satu undang- undang bertulis.
Jadi, apa-apa yang di bawah OSA atau di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang yang lain, pemberi maklumat tidak layak mendapat perlindungan bawah akta ini. Jadi, kita boleh lihat bagaimana akta ini tidak berkesan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebab itu, rang undang-undang yang kita sedang bahaskan ini, Tan Sri Yang di- Pertua, ianya begitu signifikan. Kalau kita tengok pindaan itu, pindaan itu mudah saja. Dia potong proviso. Tapi dengan potong proviso itu, kesannya cukup-cukup besar, Tan Sri Yang di-Pertua. Efeknya adalah mana-mana orang yang dapat maklumat salah laku atau kesalahan layak dilindungi walaupun ada akta yang mengatakan bahawa pendedahan itu dilarang atau dihalang oleh undang-undang.
Pindaan ini saya percaya, Tan Sri Yang di-Pertua, akan melonjakkan keberkesanan akta ini dan memberi peluang kepada orang yang dapat maklumat tentang kesalahan atau salah laku untuk mendedahkan maklumat ini kepada pihak berkuasa.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya, satu lagi pindaan yang signifikan adalah mengenai pemberi maklumat salah laku yang terlibat sekali dalam salah laku. Dalam akta yang sedia ada, jika pemberi maklumat itu sendiri menyertai salah laku itu, perlindungan yang diberikan boleh dibatalkan selepas disiasat. Sebagai contoh, pemberi rasuah tidak boleh mendapat perlindungan bawah akta sekiranya dia dedahkan kemudian kesalahan tersebut.
Tetapi, ada juga situasi yang mana mungkin ada pekerja, contohnya, dia buat sesuatu yang salah, dia tak tahu, dia buat secara innocent, dengan izin, kemudian dia dapat tahu apa yang dia buat itu ialah salah. Dia pergi kepada pihak berkuasa, pihak berkuasa siasat, tengok, “Eh, awak pun terlibat sekali”. Maka, perlindungan yang diberikan, kalau ikut akta itu, harus dibatalkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tetapi dengan pindaan yang kita nak buat ini Tan Sri Yang di-Pertua, yang akan dimasukkan dalam pindaan dalam jawatankuasa ini, dia akan memberi budi bicara kepada agensi penguatkuasaan untuk terus berikan perlindungan, walaupun dia terlibat dengan salah laku tersebut. Jadi, dalam situasi yang mana ada (public interest) kepentingan awam untuk beri perlindungan kepada pemberi maklumat, walaupun dia sendiri terlibat. Mungkin dia innocently ataupun mungkin dia tidak begitu innocent tetapi because of public policy, dengan izin, dia patut diberikan perlindungan, maka boleh dibuat. Jadi, saya fikir ini juga akan menggalakkan lagi orang untuk ke hadapan, untuk memberi maklumat tentang salah laku.
Saya tengok ada lima saat lagi, saya minta budi bicara Tan Sri untuk bagi sedikit dalam sejam.
[Ketawa] Sejam pula. Satu minit setengah lagi seperti Kota Bharu tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan. Seminit setengah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Maknanya, dalam beberapa kes yang sebelum ini yang mana dikatakan secara general ya, pemberi rasuah masih didakwa, di masa hadapan ada budi bicara untuk terus memberikan perlindungan kepada mereka yang terlibat sama.
Tan Sri Yang di-Pertua, semua pindaan-pindaan ini saya lihat dia akan memberi sokongan kepada ekosistem tata kelola dan usaha untuk kita menentang barah rasuah.
Tetapi saya juga ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak kementerian sebab saya tengok ada juga yang mungkin sedikit salah faham tentang jawatankuasa ini. Adakah
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
jawatankuasa ini akan menentukan sama ada seseorang itu akan diberi perlindungan atau tidak? Kalau saya baca dengan teliti, tidak.
Tugasan atau fungsi jawatankuasa itu bukanlah untuk menentukan sama ada seseorang itu harus diberikan perlindungan atau tidak. Tetapi lebih kepada untuk improve bagaimana kita nak meningkatkan atau memberi keberkesanan kepada fungsi akta tersebut, bukannya untuk menentukan case to case basis.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam isu ini saya dah banyak kali menulis rencana mengenai akta ini dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Alhamdulillah umur saya panjang, Allah SWT memberi ruang kepada saya untuk bahas rang undang-undang ini yang pada saya akan memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang saya dah bertahun-tahun tulis sebelum ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi pengkritik di luar sana yang sering mengatakan bahawa there are no reforms, dengan izin, under this government, dengan izin, tolonglah berlaku adil. Saya dalam Dewan ini dah berapa kali rang undang-undang reform yang saya bahas hanya kerana tak dapat apa yang kita nak, you nak kata kita tak buat reform. Itu tak adil, Tan Sri. Itu tak adil. Hansard, boleh check balik. Jadi, saya nak mohon supaya orang di luar sana nak kritik, boleh kritik tapi tak adil untuk katakan bahawa kerajaan ini tidak mendukung reformasi, Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya bangga hari ini kita dapat perbetulkan kesalahan, kelompongan yang ada 15 tahun dahulu dengan pindaan ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebab itu saya dengan ini menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera kerana beri peluang untuk Kulim juga membentang ataupun membahas tentang rang undang-undang pada petang ini. Sebelum itu, saya juga ingin menyokonglah juga Kinabatangan tadi, yang mana isu Sabah ini sepatutnya didakwa semua, bukannya dipilih-pilih.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira ini satu pencapaian yang sangat baik untuk kerajaan hari ini dalam menambah baik akta ini dengan memberi perlindungan yang lebih wajar terhadap para pemberi maklumat. Ini sejak 15 tahun akta ini diwujudkan, walaupun namanya adalah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, namun perlindungannya terhadap pemberi maklumat itu sendiri masih tidak mencukupi dan perlu dan tidak ketelusan.
Akta ini juga satu – akta ini satu ketika dahulu sering dijadikan alat dan di manipulasi bagi menekan atau melindungi segelintir pihak sehingga menjadikan kewujudannya tidak efektif seperti yang diharapkan. Akibatnya, ramai pemberi maklumat akhirnya memilih jalan untuk hanya berdiam diri kerana memikirkan keselamatan diri dan keluarganya.
Tan Sri Yang di-Pertua, di bawah kerajaan yang sentiasa mengimpikan reformasi di setiap polisi dan dasar yang dibangunkan, ini adalah satu masa yang terbaik untuk kita
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
memberi nilai tambah terhadap akta ini dalam memastikan keadilan terhadap setiap insan yang berjuang demi masa depan negara yang lebih baik. Oleh yang demikian, persoalan pertama yang ingin saya bangkitkan di bawah pindaan ini ialah saya mengambil maklum mengenai seksyen 5A yang menyatakan bidang kuasa YB Menteri dalam melantik pengerusi dan anggota Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat.
Namun, saya melihat tiada mekanisme semak dan imbang yang jelas dalam memastikan keberkesanan jawatankuasa ini dalam melaksanakan fungsi mereka. Justeru, apakah kriteria kelayakan yang ditetapkan bagi melayakkan mereka menduduki jawatankuasa ini dan apakah jaminan bahawa jawatankuasa ini bebas dan bukan dipengaruhi oleh lantikan politik?
Saya juga berhasrat untuk mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengenai sejauh manakah pertimbangan kerajaan untuk memasukkan peruntukan agar sebahagian ahli jawatankuasa ini terdiri daripada wakil NGO dan akademik yang langsung tidak terikat atau terkait dengan mana-mana parti politik.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya - adakah berkaitan proviso seksyen 6(1). Walaupun proviso tersebut telah dipotong untuk membolehkan pendedahan yang lebih luas, namun seperti yang menjadi keresahan awam, ianya masih tertakluk dan dilihat bercanggah dengan undang-undang bertulis lain seperti seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Akta Rahsia Rasmi 1972 hingga menimbulkan kekeliruan serta ketakutan dalam kalangan pemberi maklumat.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh, Kanun Keseksaan mendiskriminasikan pendedahan maklumat yang diperolehi dalam tugas rasmi, sedangkan Akta 711 sepatutnya melindungi pemberi maklumat yang melaporkan salah laku. Justeru, persoalan saya yang seterusnya, bagaimanakah kerajaan dapat menjelaskan kekeliruan ini dengan lebih baik?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin melihat pindaan seksyen 7. Ada memperluaskan perlindungan fizikal melalui Akta Perlindungan Saksi 2009. Tetapi penyertaan adalah sukarela dan bergantung kepada kelulusan program perlindungan saksi yang mempunyai syarat-syarat tertentu. Justeru, saya ingin mendapat penjelasan, apakah syarat-syarat yang ditetapkan di bawah program ini dan apakah justifikasi penempatan syarat-syarat tersebut?
Selain itu, bagaimanakah kerajaan menilai sudut pandang lain dalam menangani kes pemberi maklumat yang menjadi mangsa tekanan tempat kerja, gangguan atau pemecatan yang akhirnya mewujudkan trauma yang mendalam terhadap diri mereka? Apakah bentuk sokongan yang dijamin keselamatan dan kesejahteraan pemberi maklumat selepas ini?
Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya yang lain ialah saya lihat seksyen 11(1) ada menyatakan perlindungan boleh dibatalkan jika pemberi maklumat dengan sengaja menyertai kelakuan tidak wajar. Namun, ia kemudian dipinda seksyen 11(1A) yang membenarkan perlindungan dikekalkan dan di atas budi bicara agensi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk itu saya ingin bertanya. Apakah piawaian bagi menilai atau menentukan niat sebenar tersebut? Dan bagaimana kerajaan dapat menjelaskan
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
bahawa seksyen ini seakan-akan boleh membuka ruang kepada tafsiran sewenang- wenangnya oleh agensi penguat kuasa? Kita pasti tidak mahu menindas sesiapa, terutamanya mereka yang tidak bersalah dan kerajaan mesti berhemah dalam menggunakan kelompongan yang mungkin berlaku ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai ketiadaan peruntukan yang jelas mengenai pelaporan awam, audit tahunan ataupun pembentangan laporan kepada Parlimen bagi Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat ini.
Pertanyaan saya ialah adakah jawatankuasa ini tidak bertanggungjawab untuk melaporkan secara berkala kepada Parlimen atau Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai anti-rasuah?
Seterusnya, jika kita menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan, kerajaan mewujudkan ganjaran ataupun apa-apa pertimbangan bersesuaian bagi memastikan keberkesanan akta ini. Ini bukanlah sesuatu yang asing dibandingkan dengan pengalaman di peringkat antarabangsa. Banyak negara yang telah melaksanakan sistem ganjaran kepada pemberi maklumat sebagai dorongan untuk mendedahkan salah laku dan penyelewengan. Sebagai contoh, di bawah Akta False Claims Act di Amerika Syarikat.
Tuan Yang di-Pertua
Kulim-Bandar Baharu panjang lagi ke? Masa dah habis banyak – banyak lagi ke?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ada seminit, boleh kut noh?
Tuan Yang di-Pertua
Seminit lagi lah, ye? Pasai panjang tengok, sebab pegang tu banyak.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Bukalan…bukalan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi seminit lagi.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, terima kasih Yang di- Pertua. Lama tak bahas, tak tahu nak agak lah.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, tengok jam pun sama. Okey.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Yang di- Pertua. Oleh itu, saya ringkaslah. Oleh yang demikian, persoalan saya, sejauh manakah pertimbangan kerajaan berhubung pengenalan ganjaran ini dan saya yakin aspek ini pasti telah dibincang oleh kerajaan sepanjang libat urus berkaitan dengan pemegang taruh yang berkaitan. Namun, mengapakah ianya tidak dijelaskan menerusi pindaan ini? Apakah kekangan yang menyebabkan kerajaan tidak menetapkan ganjaran ini? Saya mohon penjelasan.
Akhir kata, saya menyokong prinsip di sebalik RUU ini, namun pada masa yang sama kita juga perlu berani membina kerangka perlindungan yang lebih manusiawi, konstruktif dan progresif. Jadi, undang-undang ini sebagai perisai yang sebenar, bukan rakyat demi kita cintakan negara. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan MADANI membentangkan rang undang-undang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.
Kita sedia maklum Akta Perlindungan Pemberi Maklumat merupakan sebuah instrumen penting dalam usaha negara memerangi gejala rasuah di Malaysia. Pakar sering berpendapat bahawa pendedahan daripada pemberi maklumat merupakan cara yang paling berkesan dalam usaha membongkar sesebuah kegiatan rasuah.
Jadi, secara amnya, penubuhan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dilihat sebagai sebuah kemenangan dalam usaha memerangi rasuah. Langkah penubuhan ini penting bagi melindungi individu yang melaporkan kegiatan rasuah dan pada masa yang sama menggalakkan penyertaan awam dalam peperangan menangani rasuah. Akan tetapi saban tahun kelemahan ketara yang wujud di dalam akta ini sejak penubuhannya, khususnya berhubung dengan bentuk dan tahap perlindungan yang ditawarkan serta kepraktisan kaedah perlindungan yang diberi dalam realiti dunia sebenar.
Ini diterjemah dengan statistics penyertaan pemberi maklumat yang masih rendah.
Mengambil data daripada tahun 2015 sehingga 2019, hanya 224 permintaan perlindungan dibuat pada SPRM. Ini membimbangkan apabila kita mengambil kira bahawa kajian yang telah dijalankan oleh Association of Certified Fraud Examiners mendapati bahawa 45.2 peratus kes rasuah di kawasan Asia Pasifik dijejaki melalui pemberi maklumat. Memang adanya banyak kelemahan dalam Akta 711, paling nyata ialah tidak memberi perlindungan secukupnya kepada pemberi maklumat malah dalam kes tertentu tidak menggalakkan perbuatan itu.
Saya mengambil maklum daripada Yang Berhormat Menteri dan saya meminta Yang Berhormat Menteri mengesahkan bahawa pindaan-pindaan yang lain yang lebih komprehensif dan memerlukan akan dilakukan dalam fasa selepas ini bila menggubalkan Akta Ombudsman. Dengan ada seksyen 5A baru, saya menyokong pindaan untuk mengadakan jawatankuasa perlindungan pemberi maklumat dengan pengerusi dan anggotanya dilantik oleh Menteri.
Yang penting ialah pindaan yang diberikan kepada seksyen 11 dan cadangan untuk pindaan di jawatankuasa untuk memberikan kepada agensi penguat kuasa budi bicara untuk menentukan sama ada perlindungan dapat diteruskan kepada mereka yang terlibat dan ini adalah penting kerana kita tidak boleh menggunakan satu dasar tanpa menggunakan budi bicara untuk melihat daripada satu kes demi satu kes. Bukan semua kes adalah yang sama.
Pada waktu yang sama juga, kita juga hendak mengambil kira ada mereka yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan perlindungan. Oleh sebab itu, saya amat bersetuju dengan pindaan untuk memberikan budi bicara kepada agensi tertentu.
Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan kerjasama kepada jawatankuasa pilihan khas untuk membincang dan hari
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
ini kita melihat hasilnya di mana ada pandangan telah diambil kira dengan ada pindaan di dalam jawatankuasa. Saya dengan ini menyokong dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk sama membincangkan tentang Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat
(Pindaan) 2025. Pindaan undang-undang ini sangat signifikan kerana ia menyentuh integriti, akauntabiliti dan kesedaran sivik yang sangat penting dalam memastikan integriti sistem pentadbiran yang kita mahukan bukan hanya rakyat yang berani tapi juga rakyat yang bertanggungjawab.
Dalam Islam, hak ataupun aduan salah laku bukan sekadar hak tapi juga tanggungjawab. Ia berpaksikan kepada [Membaca sepotong ayat al-Quran] Melaporkan salah laku adalah fardu dalam menegakkan keadilan dan menghindari kezaliman.
“Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu atau ibu bapa kamu atau kerabat kamu.” Rasulullah SAW menyebut, [Membaca sepotong hadis] Bagi saya, ini adalah perkara yang sangat jelas, iaitu bagaimana pemberi dan penerima rasuah itu harus dihukum. Apakah ada rundingan atau...
[Tidak jelas] Soalan itu, menjadi whistleblower dan dia dilepaskan daripada sebarang liabiliti undang-undang atau diberikan peluang untuk mendapatkan mitigasi? Saya tegaskan, meskipun susah dari segi practicality perundangan, mesti ada consequence dan accountability bagi pemberi rasuah, bukan hanya dihukum penerima rasuah semata-mata.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan pindaan seksyen 11 iaitu pembatalan perlindungan pemberi maklumat dengan tambahan “dengan sengaja”. Apakah definisinya?
Apakah ilustrasi kepada “dengan sengaja” itu?
Kita mohon pencerahan kerana kita tahu bahawa dalam prinsip Islam, bila mana seorang itu menangani aduan salah laku, kerahsiaan dan perlindungan melindungi pemberi maklumat berniat ikhlas serta mengawal maklumat sensitif adalah perlu. Berdasarkan kepada bukti dan tindakan itu hanya akan dibuat berdasarkan kepada saksi yang sah. Dan melindungi pemberi maklumat juga termasuk dalam maqasid syariah sebagai usaha menjaga maruah dan juga agama serta keselamatan masyarakat.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah terdapat keperluan untuk penambahbaikan daripada skop perlindungan, mekanisme pelaporan serta jaminan keselamatan dan kerahsiaan? Setakat ini, apakah pertimbangan SOP, kesinambungan prosedur di antara pemberian perlindungan pemberi maklumat dan proses perlindungan saksi? Sebagai contohnya, dalam kes 1MDB, berapakah jumlah pemberi maklumat yang terlibat dan berapakah jumlah pegawai dan orang ramai yang mendapat perlindungan pemberi maklumat dan yang dilindungi di bawah perlindungan saksi?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Apakah kesan kepada pemberi maklumat kalau kita umpamakan bahawa Jho Low seumpamanya selepas pindaan ini berkuat kuasa? Kalau dilihat dalam laporan FMT, Jho Low sekarang berada di China dan memakai nama Greek, Constantinos Achilles Veis dan menggunakan pasport negara asing. Adakah setakat ini kita melihat bahawa hanya Datuk Seri Najib Razak sahaja yang dipenjarakan bahkan ditangguhkan Titah Adendum sedangkan Jho Low masih bebas ke sana dan ke mari?
Merujuk kepada fasal 3, seksyen 5A, pindaan untuk menubuhkan jawatankuasa kali ini kita lihat tidak mempunyai objektif yang jelas. Apakah kriteria, code of conduct dan kelayakan mereka yang akan menjadi ahli jawatankuasa? Kenapa tidak dibutirkan keahlian sebagaimana akta-akta lain? Ini mendedahkan kepada risiko conflict of interest sekiranya pihak dilantik ada kaitan dengan kes yang mereka akan handle.
Apakah maksud jawatankuasa ini boleh menguruskan tatacara mesyuaratnya sendiri? Adakah ia akan menjadi pusat maklumat, membentuk SOP dan mekanisme bebas untuk mengurus laporan, menjadikan pemberi maklumat takut untuk tampil?
Adakah kerajaan akan memberikan khidmat guaman percuma kepada pemberi maklumat sekiranya perlu dan adakah JBG akan bertanggungjawab dengan perkara ini? Dan apakah langkah jika ombudsman atau mekanisme ini gagal ataupun jadi ralat kepada faktor manusiawi?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Fasal 3 seksyen 5A(6) menyebut bahawa mesti perkara yang sulit tak dapat kita dedahkan sedangkan nature kepada laporan pemberi maklumat memang bersebab sulit.
Jadi, berkaitan dengan seksyen 8 akta ibu, apakah signifikan jawatankuasa jika tak boleh mendengar atau menerima maklumat sulit? Andai satu maklumat itu dinamakan sebagai OSA, apakah lagi alternatif kepada pemberi maklumat?
Kita ingin melihat bahawa sekiranya jawatankuasa ataupun suruhanjaya ini ditubuhkan, ia harus menjadi satu badan yang bebas dan selamat untuk saluran aduan, menjadi independent whistleblower authority. Konflik kepentingan boleh berlaku bila mana ia disiasat oleh pihak yang berkepentingan.
Jadi kita mahu apakah jaminan kebebasan kepada Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat ini dan apakah langkah formatif kerajaan untuk menangani trial by media?
Zaman ini zaman tular, banyak kes yang selesai ataupun selesai dengan cepat bilamana ianya tular. Ia perlu kepada satu ‘klarifikasi’ undang-undang kerana ia adalah realiti berlaku dan nyata. Mutakhir ini, media sosial telah bergandingan dengan media perdana dalam pelaporan salah laku tidak wajar. Hanya perlu telefon dan akaun medsos sahaja kemudian buat live.
Jadi wajarlah kita tekuni perkara ini, serta apakah kita mempunyai cadangan untuk masukkan mana-mana klausa untuk membolehkan pelaporan ke media atau luar negara jika tiada tindakan selepas tempoh munasabah? Jika ada, apakah prosedurnya?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dalam hal ini kita perlu mengakui bahawa dalam negara kita banyak amalan terdapat bahawa akan hanya memulakan siasatan bila ada aduan rasmi ataupun bertulis, walaupun terdapat petunjuk atau maklumat awam mengenai salah laku. Kesan daripada perkara ini menyebabkan salah laku dibiarkan berlarutan kerana tiada siapa berani membuat laporan.
Pemberi maklumat dibebankan dengan risiko peribadi untuk memulakan tindakan.
Jadi dalam hal ini kita bimbang bahawa pegawai yang jujur dan tahu mengenai salah laku akan serba-salah, mahu bertindak atau takut disalahkan kerana melangkaui prosedur.
Justeru, sistem yang terlalu bergantung kepada laporan rasmi sahaja tidak memadai untuk menangani rasuah yang bersifat systemic dan berlapis-lapis. Kita perlu wujudkan kerangka undang-undang yang membolehkan penyiasatan proaktif secara tersusun dan profesional, dengan pemantauan audit dalaman, pelaporan sulit dan sumber risikan.
Yang terakhir, adakah pemberi maklumat ini secara auto registered sebagai orang yang dilindungi di bawah akta ini jika laporan dibuat kepada orang awam, media. Secara proaktifnya, jawatankuasa yang ada bukan responsif tetapi jawatankuasa sepatutnya bersifat proaktif, capture kes yang sudah mendapat perhatian dan menjadi kerisauan awam. Sebab intinya ada pada preamble RUU Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tertulis bahawa akta ini bertujuan untuk memerangi rasuah dan salah laku yang lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam.
Dan yang terakhir saya ingin bertanya, berapakah jumlah ganjaran yang telah pun diberikan oleh pihak kerajaan kepada pemberi maklumat kerana dalam akta ini ada tentang ganjaran? Dan setakat ini berapa lama kah tempoh yang diberikan kepada orang-orang yang dilindungi di bawah pemberi maklumat? Dan adakah ahli keluarga pemberi maklumat juga akan dilindungi di bawah pindaan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut sama membahaskan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau Akta 711. Tetapi sebelum itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk bermula dengan berkongsi sebuah pantun bagi mengingati Hari Sarawak. Izin saya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
*Tanggal 22 Julai tarikh keramat, Laksa dan kek lapis warisan rakyat; Bekikis bulu betis lagunya hebat, Rakyat Sri Aman ter-happy sangat.
Kenyalang terbang gagah dan kuat, Selamat Hari Sarawak, maju, makmur, syukur dan nikmat*.
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Berbalik kepada RUU ini, saya Tuan Yang di-Pertua, berpendapat RUU ini boleh dikatakan langkah positif dan progresif ke arah memperkukuhkan sistem integriti nasional dengan memperkasakan peranan pemberi maklumat dalam mencegah dan membanteras rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.
Namun, Tuan Yang di-Pertua, saya melihat masih juga terdapat beberapa perkara penting atau kurang jelas yang wajib saya bangkitkan.
Yang pertama, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan perlindungan kepada pemberi maklumat. Perlindungan ini mestilah menyeluruh dan tegas dan bukan saya harap sekadar simbolik sahaja ataupun kosmetik sahaja. Maksud saya, bukan atau jangan hanya dilindungi on paper atau atas kertas sahaja tetapi betul-betul melindungi si pemberi maklumat secara holistik dan menyeluruh. Mesti juga ada guaranty atau jaminan identiti sulit seperti perlindungan daripada tindakan balas di tempat kerja, sokongan guaman, keselamatan dan sebagainya.
Saya juga mendapat tahu atau difahamkan ramai pemberi maklumat sebelum ini mengalami pressure ataupun tekanan, Tuan Yang di-Pertua. Diugut, malah dibuang kerja. Ini menimbulkan ketakutan hinggakan mereka yang ada maklumat tidak mahu tampil ke hadapan untuk memberi maklumat dan akhirnya menutup ruang pendedahan.
Kedua, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan seksyen 5A iaitu penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat. Ya, ini satu inisiatif atau langkah baik tapi ia menimbulkan rasa resah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apakah jawatankuasa ini benar-benar independent atau bebas? Apakah ia mempunyai kuasa untuk mengarahkan tindakan terhadap agensi yang gagal melindungi pemberi maklumat? Jika ia nya sekadar sebagai data dan statistic collection dan menyelia secara dalaman, saya rasa ia tidak akan memberi impak yang berkesan.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, keanggotaannya ataupun keahliannya juga perlu melibatkan tokoh besar luar kerajaan dan seorang yang tidak terikat, boleh bertindak secara neutral dan objektif dan seorang yang dihormati kerana integriti dan pendirian peribadinya dan semua ini penting untuk mengelak konflik kepentingan ataupun vested interest, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebelum ini, Machang berdiri hendak tanya kah? Tak?
Ada apa-apa masalah? Oh, stretch. Okey, okey, teruskan, teruskan Sri Aman, sorry.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Machang, you buat I stress pula, you berdiri dekat situ.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya...
[Ketawa]
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Tak apa. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, transparency reporting.
Tuan Yang di-Pertua
Carry on, sorry, sorry, carry on.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan transparency reporting ataupun ketelusan pelaporan dan ini amat penting. Seperti pelaporan kepada Parliament, Tuan Yang di-Pertua. Pelaporan kepada rakyat. Itu mesti ada.
Selain itu, statistik dan laporan aduan juga mesti dibentangkan dan dibentangkan secara periodical atau berkala. Jika data yang didapati itu hanya disimpan secara dalaman ataupun only for safe keeping dengan izin ataupun untuk rekod dalaman saja, maka persepsi bahawa sistem ini tidak telus atau terus hidup dan berleluasa. Saya rasa rakyat perlu tahu Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana akta ini benar-benar berfungsi dan ini amat penting.
Yang keempat iaitu berkenaan dengan cabaran pelaksanaan, implementation challenges. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, undang-undang sehebat mana pun tidak akan berfungsi jika pelaksanaannya ataupun pelaksananya tidak terlatih, tidak berani, takut dan tidak ada confident atau masih terperangkap dalam budaya birokrasi yang penuh kerenah, kelewatan, alasan, kekangan dan sebagainya.
Maka saya cadangkan agar pelaksanaan mestilah diiringi dengan proper training dengan izin, latihan diadakan, garis panduan yang jelas dan pemantauan berkala dan mesti berani. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, setengah minit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Saya melihat keberkesanan akta ini amat bergantung kepada keazaman politik, political will. Jika kementerian ataupun pekerjaan benar-benar serius mahu membanteras rasuah dan melindungi mereka yang berani menegakkan kebenaran, maka perlindungan kepada pemberi maklumat mesti jadi keutamaan. No second thought about it dan janganlah sekadar slogan atau kosmetik atau pelarasan teknikal sahaja.
Jadi sebagai penyimpul, Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman, seperti yang telah dinyatakan saya dari awal tadi, melihat pindaan ini sebagai langkah ke depan tapi ia mesti disusuli dengan pelaksanaan yang berani dan telus. Maksud saya, kita janganlah biarkan keberanian rakyat yang tampil bersuara dikhianati oleh sistem yang setengah masak ataupun agak lembiklah. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sebelum saya jemput Machang, saya masih ingat lagi Kementerian Kesihatan ada mencadangkan beberapa kaedah untuk kita hilangkan stres. Di antaranya ialah peralatan yang nak dibekalkan kepada kita kerana kita duduk di sini terlalu lama dan ini akan membahayakan diri kita. Jadi, saya cadangkan Kementerian Kesihatan bawa balik apparatus itu untuk kita edarkan kepada Ahli Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, untuk kami hilang stres, bagi peruntukan.
[Dewan Ketawa]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Ketawa]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bagi sama Machang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Machang. Silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan keinsafan bahawa soal perlindungan kepada pemberi maklumat bukan hanya isu perundangan semata-mata tetapi cerminan integriti moral dan tahap kebertanggungjawaban sesebuah negara.
Kita harus bertanya, mengapa rakyat masih takut untuk tampil melaporkan salah laku? Kenapa pemberi maklumat lebih memilih untuk terus senyap atau pergi kepada media dan NGO, bukan kepada agensi rasmi? RUU ini, meskipun memperkenalkan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat, tidak menyentuh akar permasalahan iaitu tiada jaminan kebebasan jawatankuasa yang dilantik Menteri, tiada kuasa penguatkuasaan atau kuasa semak agensi penguatkuasaan, tiada saluran alternatif yang sah dan selamat jika agensi itu sendiri terlibat dalam salah laku.
Kita bandingkan undang-undang yang ada di luar negara. Di UK, undang-undang Public Interest Disclosure Act (PIDA) melindungi pelapor walaupun pelaporan mereka ternyata salah. Asalkan dibuat dengan niat baik. Di Amerika Syarikat, ada Akta Whistleblower Protection Enhancement Act, memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat walaupun mereka melapor kepada kongres atau media, bukannya melalui jabatan mereka sendiri.
Kita ambil contoh kes yang berlaku di Amerika Syarikat. Kes yang tersohor kini, Jeffrey Epstein, dia seorang ahli perniagaan dan pesalah seksual yang terlibat dalam rangkaian eksploitasi gadis bawah umur dengan ramai kenalan-kenalan elit termasuk Presiden Donald Trump dan Prince Andrew. Pendedahan skandal ini datang daripada whistleblower bernama Virginia Jufre, seorang mangsa eksploitasi Epstein dan pegawai penguat kuasa undang-undang serta wartawan yang membocorkan dokumen mahkamah dan penyiasatan.
Susulan daripada pendedahan ini, menyebabkan kes Epstein didakwa semula dan ditahan sebelum beliau mati dalam penjara dan jaringan salah laku seks elit terbongkar secara global. This is because mereka ada Whistleblowers Protection Enhancement Act dan First Amendment dalam Perlembagaan Amerika itu sendiri.
Namun, ramai whistleblower tetap mengalami ancaman, disiasat balas dan tekanan media, menunjukkan had kepada perlindungan walaupun undang-undang lebih maju.
Malaysia juga perlukan mekanisme perlindungan menyeluruh bukan hanya kepada pemberi
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
maklumat dalam sektor awam atau kes rasuah tetapi juga dalam kes eksploitasi seksual, penyalahgunaan kuasa dan elit korporat.
Jadi, kita tengok dalam negara pula, kes Yusoff Rawther. Beliau tampil dengan akuan bersumpah mendakwa gangguan seksual oleh seorang pemimpin politik utama negara. Tapi apa jadi? Tiada perlindungan di bawah Akta 711, kerana laporan itu dibuat melalui media dan bukannya kepada SPRM atau agensi penguatkuasaan. Namun, beliau tidak dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat 711 kerana laporan dibuat terus kepada media dan bukannya melalui saluran rasmi.
Jenis kes yang melibatkan salah laku seksual, tidak digariskan dengan jelas sebagai pendedahan salah laku awam yang layak mendapat perlindungan. RUU ini tidak mengubah realiti itu. Ia tidak memberi ruang kepada pelapor kes salah laku seksual berprofil tinggi untuk mendapat perlindungan jika tidak melalui saluran rasmi. On record, 2019, AG ketika itu NFA kes Yusoff Rawther ini. Jadi, ini benda yang amat-amat membimbangkan.
Kes kedua, skandal lombong mineral di Sabah. Pendedahan oleh pegawai kerajaan negeri dan aktivis bukan melalui saluran rasmi tetapi melalui media dan NGO, adakah mereka dilindungi? Tidak. RUU ini tetap berdiam diri terhadap keperluan untuk membenarkan external disclosure seperti mana di Australia dan Amerika Syarikat.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin cadang penambahbaikan. Saya menggesa kerajaan pertimbangkan penubuhan suruhanjaya bebas perlindungan pemberi maklumat bukan sekadar jawatankuasa lantikan Menteri. Luluskan perlindungan untuk pelaporan kepada media, NGO atau Ahli Parlimen. Jika pelapor tidak yakin terhadap agensi rasmi, pastikan pelapor dalam kes gangguan seksual, salah guna kuasa politik dan korporat diberi perlindungan tanpa prejudis. Mansuhkan frasa “dengan sengaja” dalam seksyen 11 atau sekurang-kurangnya menetapkan keperluan bukti niat yang sangat tinggi.
Akhir kata Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak gulung. Undang-undang lemah tidak menakutkan penjenayah. Ia hanya menakutkan pelapor. Kita jangan terus berada dalam budaya jangan pecah tembelang, tapi wujudkan budaya berani menegur demi negara. Dalam era di mana kebenaran mudah dikaburkan oleh kuasa, kita tidak sepatutnya menambah dinding tetapi membuka pintu. Saya mohon pindaan ini diteliti semula secara serius. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tan Sri. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan saya menyokong sepenuhnya RUU meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini. Akan tetapi, saya ada beberapa kekeliruan tentang dasar dan tujuan akta ini.
Tan Sri Speaker, saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Kanan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin serta kenyataan Menteri Undang-undang, Yang Berhormat Pengerang berhubung isu Datuk Albert Tei yang mendedahkan maklumat berkaitan dakwaan
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
skandal rasuah perlombongan di negeri Sabah. Namun, beliau kini berdepan dengan pendakwaan jenayah.
SPRM menyatakan bahawa Albert tidak layak dilindungi sebagai pemberi maklumat kerana beliau sendiri terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya. Sementara itu, Menteri Undang-undang pula menjelaskan bahawa tindakan Albert yang terus mendedahkan maklumat kepada media tanpa terlebih dahulu merujuk kepada agensi bertanggungjawab seperti SPRM menyebabkan beliau tidak layak menerima perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Kedua-dua alasan ini menimbulkan persoalan besar serta kekeliruan dari sudut prinsip keadilan dan pelaksanaan sebenar mechanism perlindungan terhadap pemberi maklumat di negara ini.
Pertama, sekiranya seseorang itu secara automatik dinafikan perlindungan hanya kerana turut terlibat dalam kesalahan yang ingin didedahkannya, maka ini secara tidak langsung akan menutup pintu kepada semua orang dalam yang mahu tampil mendedahkan salah laku di Malaysia.
Tan Sri Speaker, di seluruh dunia, ramai pemberi maklumat merupakan individu yang pada asalnya sebahagian daripada sistem jenayah atau penyelewengan rasuah tersebu dan keberanian mereka untuk tampil ke hadapan sewajarnya diberi pengiktirafan, bukannya dihukum serta-merta. Maka, timbul persoalan, apakah gunanya kewujudan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sekiranya ia hanya melindungi mereka yang ‘suci dan bersih’, sedangkan individu yang memiliki maklumat yang paling kritikal pula dinafikan perlindungan hanya kerana mereka turut terlibat?
Kedua, alasan bahawa pendedahan kepada media boleh menyebabkan perbicaraan oleh media dan menjejaskan sistem kehakiman adalah tidak konsisten dengan amalan SPRM sendiri. Tan Sri Speaker, SPRM kerap kali mengadakan sidang media dan membuat pendedahan awam berkaitan siasatan terhadap tokoh-tokoh terkemuka sebelum sesuatu kes dibawa ke mahkamah. Sebagai contoh, sidang media SPRM berhubung siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Yang Berhormat Bera serta Allahyarham Tun Daim Zainuddin baru- baru ini. Justeru, mengapa standard yang berbeza digunakan apabila pendedahan datang daripada seorang rakyat biasa?
[Tepuk] Ketiga, peguam kepada Albert hari ini mendedahkan bahawa anak guamnya telah cuba membuat laporan kepada SPRM pada hujung Oktober tahun lalu berkenaan amalan rasuah di negeri Sabah. Namun, peguam itu mendakwa bahawa SPRM telah memberi amaran kepada Albert agar tidak tampil ke hadapan dan sekiranya membuat demikian, beliau akan dapat masalah, ‘in trouble’. Tan Sri, jika dakwaan ini benar, ia amat serius dan membangkitkan persoalan yang mendalam terhadap kredibiliti dan ketelusan SPRM. Bagaimanakah sebuah agensi penguat kuasa yang sepatutnya menerima dan menyiasat aduan salah laku boleh memberi amaran kepada individu agar tidak mendedahkan maklumat? Lebih membimbangkan, apabila
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
pendedahan dibuat melalui saluran lain seperti media, pemberi maklumat itu pula kini berdepan tindakan pendakwaan.
Maka, persoalan utama yang perlu dijawab ialah adakah SPRM telah menghalang pendedahan berhubung skandal rasuah perlombongan di Sabah? Dan lebih penting, adakah kerajaan ingin menghantar mesej bahawa sesiapa yang berani membongkar jenayah atau rasuah akan dihukum, bukannya dilindungi? Sekiranya undang-undang diguna pakai untuk menghukum dan menakutkan mereka yang berani membongkar kebenaran, maka seluruh kerangka perlindungan terhadap pemberi maklumat hanyalah tinggal retorik semata-mata.
Sekian dan sekali lagi, saya menyokong RUU ini. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua atas keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025.
Soal yang penting ialah kait dengan maklumat itu. Maklumat itu mungkin dalam bentuk yang disampaikan kepada agensi-agensi penguat kuasa dan mungkin juga tidak kepada agensi penguat kuasa.
Tapi persoalannya, adakah maklumat itu benar? Atau maklumat itu tepat? Itu mesti diambil kira kerana soal yang berkait dengan pindaan yang dicadangkan ini iaitu pindaan seksyen 11 pada perenggan 11(1)(a) Akta Ibu yang dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pemberi maklumat itu sendiri telah” perkataan “dengan sengaja”. Oleh itu, soal yang berkait dengan niat sengaja yang untuk dibuktikan itu mungkin sukar. Dan kalau ditakdirkan maklumat yang dikatakan tidak tepat dan tidak benar, maka akhirnya maklumat yang disampaikan kepada agensi penguat kuasa itu sudah menjadi tidak benar. Itulah sebab kadang-kadang tidak melalui proses kepada agensi penguat kuasa.
Jadi, yang penting saya nak sebut ialah soal berkait dengan maklumat itu sendiri kerana saya teringat apabila kita laporkan maklumat kepada SPRM. SPRM tidak mengambil kira daripada siapa datangnya maklumat tersebut. Kadang-kadang surat layang pun diambil kira untuk dilihat apakah sebenarnya ada maklumat yang ingin disampaikan itu adalah benar.
Dan hasil daripada siasatan, kalau sekiranya maklumat yang dilaporkan itu benar, akan ada tindakan selepas daripadanya.
Oleh itu, saya ingin untuk kita bukan hanya melihat kepada pemberi maklumat atau whistleblower. Bagaimana kalau yang mengemukakan maklumat itu sendiri adalah orang yang sebenar? Ini adalah soal penting bukan hanya kita ingin melihat whistle selepas itu tentulah kena ada blower. Tapi yang soalnya kalau blower itu sendiri bagaimana? Itu yang perlu kita lihat.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Jadi, sepatutnya soal yang berkait apabila ada penyampai maklumat, mendakwa dirinya dikenakan pelbagai tekanan, intimidasi politik dan ugutan dan ini masalah besar dalam keadilan dalam negara kita kerana bila kita bincang di peringkat bawahan, maka kalau sekiranya diadukan adalah orang atasan, maka ia akan melibatkan intimidasi, tekanan dan sebagainya kepada yang mengemukakan maklumat.
Ini penting supaya kita lihat apa yang berlaku di Sabah sebagai contoh. Bagaimana pemberi maklumat yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merealisasikan bahawa perasaan takut mereka dengan sebab mereka menyampaikan maklumat dalam soal yang berkait dengan rasuah dalam negara.
Sepatutnya jangan dilihat kepada pemberi maklumat. Maklumat itu yang penting.
Oleh itu, saya nak tutup Yang di-Pertua dengan Ayat 48, Surah Al-Baqarah iaitu Allah SWT peringatkan.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] – “Takutlah satu hari”. Hari ini biasa sahaja tapi kalau hari itu adalah hari kiamat, hari keadilan hari yang Allah SWT sendiri menjadi hakim, takut hari tersebut di mana empat perkara yang dilakukan di dunia ini tidak lagi akan boleh dilakukan di hari pengadilan yang Allah SWT sendiri menjadi hakimnya.
*[Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Pada hari seseorang tidak boleh melepas diri daripada seorang yang lain sekali pun, tidak boleh sesiapa yang boleh menggantikannya”.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] – “Tidak akan diberi terima daripadanya keringanan hukum”.* Yang sepatutnya kena lapan tahun, diringankan dua tahun. Di dunia boleh di akhirat tidak dibolehkan.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] – “Dan tidak sekali-sekali diterima bayaran atau tebusan”. Penjara boleh dibebaskan dengan bayaran, tebusan yang kita bayar maka tidak dipenjarakan. Hari akhirat tidak dapat.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] – “Dan mereka tidak diberi bantuan, tidak diberi pertolongan.” Saya nak ingatkan ini, semua ini adalah malaikat-malaikat yang akan menjalankan tugas mereka. Malaikat tidak pernah menderhaka perintah Allah SWT. Jangan ada yang berkata sekiranya malaikat diperintahkan oleh Allah SWT untuk menjadi Presiden sebuah parti, maka malaikat lari tengah malam. Jangan berkata begitu kerana ingat ayat Allah SWT yang terang kepada kita Ayat 48 Surah Al-Baqarah ini sudah sebenarnya berlaku di dunia tapi Allah SWT peringatkan tidak berlaku pada hari keadilan, di hari kiamat yang Allah SWT menjadi hakim. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
[Tepuk] .
Tuan Yang di-Pertua
Baik,saya jemput Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Undang-undang original ini telah diluluskan 15 tahun yang dulu dan saya masih ingat bahawa Pakatan Harapan mempunyai satu dasar manifesto iaitu untuk mereformasikan akta ini dan memberi lebih perlindungan kepada pemberi maklumat ataupun whistleblower sebagai tonggak dasar membanteras rasuah.
Tuan Wong Chen - Subang
Saya difahamkan bahawa telah terdapat beberapa rundingan dengan JKPK Hak Asasi Manusia iaitu institusi yang diketuai oleh YB Selayang kawan baik saya. Saya percaya beliau dan juga JKPK ini cukup ikhlas dan cuba memastikan pindaan ini adalah terbaik dan juga mencerminkan kehendak rakyat.
Namun, apabila kita teliti RUU ini memang nampaknya lebih ringan dan bukannya substantif sangat. Saya faham kerajaan kita sebuah unity government dan kalau hendak buat reformasi ia perlukan konsensus penuh. Tetapi, Tan Sri Speaker selepas bersama dengan rakan-rakan kita selama 30 bulan dan dalam perbualan saya dengan banyak Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, GPS, GRS, semua kawan baik saya ini mereka kata...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Wong Chen - Subang
Oh, Warisan. Sorry, Kota Belud. Mereka kata mereka lebih sedia dan lebih lapang dada untuk membuat reformasi yang betul. Ada banyak lagi samurai-samurai di dalam ini.
Dalam fahaman saya, isu dasar pokok whistleblower adalah tiga. Pertama, mereka sepatutnya diberi opsyen untuk membuat aduan kepada badan lain bukan hanya kepada MACC, polis atau pihak yang berkuasa sebab banyak korupsi melibatkan pihak berkuasa.
Apa jadi jika pihak berkuasa itu tidak mengambil tindakan? Apa yang dicadangkan secara dasar ialah aduan juga boleh dibawa ke pihak-pihak yang lain.
Di negara-negara lebih maju dari segi demokratik seperti United Kingdom, France dan Sweden. Mereka membenarkan whistleblower option untuk membuat aduan ke pihak media sekiranya tidak ada tindakan sewajar oleh pihak berkuasa.
Jadi, satu pindaan perlu dibuat untuk melindungi whistleblower yang berani beri bagi aduan kepada pihak media juga dan saya juga rasa bagi kepada pihak Ahli Parlimen pun boleh ya, kalau dilakukan secara bertulis dan inilah apa yang kita lihat the failure to do this adalah kes 1MDB bukan sahaja kes Sabah yang baru ini.
Nombor dua, ialah isu tentang Official Secrets Act. Perlindungan kepada whistleblower turut perlu diberi kepada pendedahan rasuah atau salah guna kuasa walaupun perkara itu di bawah OSA because dengan izin, the greater good must prevail. Nombor ketiga, isu dasar tentang badan kawal selia whistleblower. Sepatut, sepatutnya independent dan bukannya di bawah kawalan eksekutif iaitu accountable to Tan Sri Speaker, to Ahli-ahli Parlimen di sini. Badan seperti ombudsman yang kita cuba buatkan.
Jadi dalam RUU ini, ketiga-tiga isu dasar unfortunately tidak dibawa. Saya tak bantah RUU ini, saya cuma nak kata dengan izin, you have to do more. Tan Sri Speaker, saya juga ada pertanyaan tentang isu spesifik kepada RUU ini.
Tuan Wong Chen - Subang
Pertama, mengenai committee yang kita nak bawa itu, Whistleblower Protection Committee. Saya baca, ia akan dianggotai oleh seorang pengerusi dan tujuh ahli tetapi semuanya dilantik oleh Menteri. Saya ingin mencadangkan supaya Menteri melantik majoriti
Tuan Wong Chen - Subang
empat, cukuplah. Yang tiga itu, bagilah seorang akademik, seorang daripada bar council, seorang lagi daripada NGO.
Apa salahnya? Kalau kita betul-betul nak buat satu Whistleblower Protection Committee yang baik, buatlah komposisi committee di mana kerajaan tidak mempunyai semua – tidak membuat semua lantikannya. It looks bad on the government that has a MADANI reform agenda. Kedua, apakah kerja committee baru ini? Untuk – dalam ayatnya, oversee implementation. Untuk mendapatkan statistik dan data. Nampak sikit sangat, Tan Sri Speaker. Bukankah lebih baik jika committee ini merangka guidelines dan mempunyai dicipline powers to enforce the protection of whistleblowers. Saya minta kerajaan, tolonglah ambil teguran ikhlas ini. Saya bukan anti-government but we need to do better. Isu yang ketiga iaitu isu tentang committee ini adalah seperti yang diberitahu oleh YB Selayang, adalah hanya interim sahaja. RUU ini interim major sebab ada cadangan ombudsman sistem yang akan dikemukakan dalam setahun,dua ini.
Jadi, saya ingin mendengar daripada Menteri, from the Menteri’s mouth herself, boleh tak, can you give an undertaking to the Parliament, to Tan Sri Speaker, to all the Members of the Parliament here, that you will pursue, dengan izin, an ombudsman law and system yang boleh merangkumi Whistleblower Protection Act yang lebih luas dan cukup efektif?
Itu sahajalah ucapan saya. Saya harap, committee stage nanti kena beri debat tentang isu willful dan juga borang pink ini. Dan, saya akhiri dengan kata teguran sahaja.
Please do better. Please do better because we need reformasi. Terima kasih, Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput… [Dicelah]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tahniah, Subang.
Tahniah. You are the ronin of reformasi. Tahniah.
Tuan Wong Chen - Subang
Samurai masih, ronin tak ada master.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ronin, you tak ada tuanlah.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia, Machang? Okey, sorry. Saya tak dengar tadi. Tak ada apa? Okey. Saya jemput Gerik sekarang.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Gerik bagi membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat
(Pindaan) 2025.
Tuan Yang di-Pertua, kehendak utama Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 ini adalah untuk memperkukuh dan menambah baik perlindungan terhadap pemberi maklumat melalui pindaan ini terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau Akta 711.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Ringkasnya, pemberi maklumat ini adalah seorang yang mendedahkan ataupun memberi maklumat secara jujur, seperti maklumat kegiatan atau kelakuan tidak wajar, korupsi, salah guna kuasa atau khianat kepada kepentingan awam dan negara. Jadi, wajarlah mereka ini dilindungi dan dijamin keselamatannya.
Antara objektif utama pindaan ini adalah untuk menambah baik sistem perlindungan pemberi maklumat di Malaysia dengan memperkenalkan mekanisme penyeliaan yang lebih tersusun, memperluas perlindungan serta menambah ketelusan dalam pelaksanaan undang- undang sedia ada.
Secara dasarnya, RUU ini menunjukkan komitmen Parlimen untuk memperbaiki ketelusan dan keberkesanan dalam melindungi pemberi maklumat, mengelakkan penyalahgunaan perlindungan dan menubuhkan mekanisme penyeliaan berasingan melalui jawatankuasa baharu.
Tuan Yang di-Pertua, Gerik menyokong prinsip utama rang undang-undang ini, memandangkan ia satu langkah penting ke arah reformasi institusi dan tata kelola yang lebih telus. Namun, Gerik ingin tegaskan, perlindungan kepada pemberi maklumat bukan sekadar isu undang-undang tetapi juga, ia adalah isu soal keberanian dan keselamatan moral dalam menegakkan kebenaran dalam sistem kita.
Berikut, beberapa pandangan berkenaan RUU ini. Yang pertamanya adalah penubuhan jawatankuasa. Ia wajar tetapi perlu lebih telus. Penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat adalah satu inisiatif yang sangat dialu-alukan. Namun, adakah sejauh manakah jawatankuasa ini bebas dari campur tangan politik dan tekanan institusi? Siapa yang akan menyemak dan mengimbang kuasa mereka? an kenapa tidak kita tubuhkan juga suruhanjaya bebas?
Jadi, kita cadangkan agar laporan tahunan jawatankuasa ini juga dihantar dan dibentangkan di Parlimen secara berkala untuk membina kepercayaan rakyat terhadap keberkesanannya.
Yang kedua adalah peluasan perlindungan. Ia positif tetapi belum menyeluruh.
Pindaan pada seksyen 7(3) yang memasukkan rujukan kepada Akta Perlindungan Saksi 2009 adalah langkah yang bijak. Ia mengiktiraf bahawa pemberi maklumat bukan sekadar saksi biasa. Mereka sering menjadi sasaran ugutan, gangguan dan tekanan psikologi.
Namun, Gerik mohon untuk pihak kerajaan mempertimbangkan perlindungan tambahan seperti sokongan psikologi, perlindungan kerjaya dan sumber pendapatan serta penempatan semula jika perlu.
Yang ketiganya adalah isu implikasi kewangan. Gerik perhatikan bahawa RUU ini menyatakan akan ada implikasi kewangan kepada kerajaan. Tetapi, jika benar dan ikhlas, ingin membanteras rasuah, ketirisan dan penyelewengan, maka perlindungan kepada pemberi maklumat adalah satu pelaburan, bukannya kos. Lebih mahal harga yang perlu dibayar oleh negara jika ketakutan terus membungkam kebenaran.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang terakhirnya adalah isu budaya, yang mana kita perlukan budaya keberanian.
Kita perlu bergerak ke arah budaya keberanian institusi di mana, yang benar wajar dilindungi dan yang menindas diberi pertanggungjawaban. Jangan kita sekadar menghukum mereka yang membocorkan tetapi gagal menghukum mereka yang melakukan rasuah itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, RUU ini sangat baik. Dengan syarat, pelaksanaannya mesti disusuli dengan mekanisme pemantauan bebas, keterbukaan laporan dan pengiktirafan kepada pemberi maklumat yang jujur. Ada beberapa contoh di mana kes penganiayaan, tekanan atau balas dendam telah berlakon kepada pemberi maklumat atau whistleblower di Malaysia.
Antaranya, isu pembocoran maklumat NFC – National Feedlot Corporation oleh Pandan pada tahun 2012 hingga 2016, di mana salah guna wang awam bernilai RM250 juta.
Akibatnya, dia dituduh di bawah Akta BAFIA kerana dedah dokumen perbankan. Jadi, Akta 711 ini dilihat gagal melindungi pemberi maklumat yang bertindak demi kepentingan awam.
Begitu juga, pemberi maklumat berkenaan alam sekitar, pencemaran sungai dan sebagainya, di mana tindakan kilang-kilang haram yang melepaskan pencemaran di sungai.
Banyak aktivis atau pekerja yang melaporkannya diugut, dibuang kerja atau saman. Jadi, dilihat tiada perlindungan sewajarnya diberi pada pemberi maklumat dalam sektor alam sekitar.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, Malaysia masih belum mencapai tahap perlindungan pemberi maklumat yang kukuh dan menyeluruh. Banyak kes menunjukkan bahawa mereka yang mendedahkan salah laku terdedah kepada risiko balas dendam. Rang Undang-undang 2025 yang sedang dibahas ini adalah peluang terbaik, peluang yang besar untuk kita memperbaiki kelemahan ini. Tetapi, hanya jika pelaksanaannya dilakukan dengan jujur, bebas dan bebas dari campur tangan politik, dan ia benar-benar melindungi mereka yang bercakap demi kebenaran. Gerik mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Saya bangun untuk turut menyokong rang undang-undang ini kerana ia membawa satu reformasi yang amat penting.
Kita lihat bahawa sejak beberapa tahun ini ataupun sejak daripada masa pemerintahan Tun Mahathir lagi, negara dibelenggu oleh pelbagai masalah yang melibatkan rasuah. Kalau kita lihat, salah satu kejadian yang berlaku pada tahun 1995, Kilang Besi Perwaja yang ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai projek utama dasar perindustrian Tun Mahathir, menanggung kerugian sebanyak USD1 bilion, RM2.5 bilion pada masa itu.
Bayangkan, ini adalah kejadian yang berlaku pada tahun 1982. Ramai dah lupa.
Ramai yang mengagung-agungkan Tun Mahathir sekarang. Ramai yang bersekongkol dengan Tun Mahathir sekarang. Bayangkan, kalaulah ada Whistleblower Protection Act
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
seperti yang kita cadangkan sekarang, kita boleh – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini boleh memastikan bahawa ketirisan-ketirisan yang berlaku sejak permulaan tahun 1982 dalam kes Perwaja Steel, ramai yang lupa, boleh kita elakkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan lupa bahawa niat ikhlas kerajaan membuat reformasi institusi ini, menggubal dasar undang-undang ini adalah untuk memastikan bahawa ketirisan yang berlaku sebelum ini, kita pastikan tidak berlaku lagi.
Of course, kita tidak boleh melupakan kes pen – Jana Wibawa semasa pemerintahan Pagoh. Juga berlaku di mana ada pihak-pihak yang telah dibawa ke mahkamah dan dituduh.
Jadi, ruang dan peluang yang ada di bawah akta ini akan memberikan peluang bagi pemberi- pemberi maklumat untuk memberikan maklumat, memastikan bahawa perkara-perkara yang berlaku di bawah kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak akan berlaku.
Kita lihat juga isu Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibahaskan esok. Saban tahun kita dengar tentang ketirisan berbilion-bilion ringgit. Walaupun teguran demi teguran demi teguran dibuat kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan sebagainya, ketirisan-ketirisan ini masih lagi berlaku.
Jadi, saya merasakan bahawa inilah reformasi yang dinanti-nantikan. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Menteri dan Timbalan Menteri, Yang Berhormat Ipoh Barat di atas inisiatif yang telah diambil, selain daripada penggubalan pelbagai reformasi undang-undang, pemansuhan hukuman mandatori dan undang-undang yang lain. Ini menunjukkan bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun bukan sahaja sekadar kita melaung-laungkan slogan, tetapi juga memastikan bahawa reformasi-reformasi ini dilaksanakan, dibentangkan, dibahaskan dan juga diberikan nyawa dengan implementasi.
Saya sedar bahawa di bawah pimpinan Yang Berhormat Pagoh, kita tidak pernah membentangkan apa-apa reformasi seperti undang-undang yang ada sekarang. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong dan, pada masa yang sama, saya berharap bahawa rang undang-undang ini akan memastikan bahawa pemberi-pemberi maklumat digalakkan untuk memberikan maklumat bukan sahaja di jabatan-jabatan tetapi juga di― individu-individu yang mempunyai maklumat tentang salah laku, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai perkara lain akan tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat.
Dan saya berharap bahawa roh undang-undang ini juga diberi kesan supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia benar-benar menghormati peruntukan- peruntukan yang ada dalam rang undang-undang ini. Supaya apabila seseorang itu tampil ke hadapan, mereka akan meneliti sama ada rakaman audio, rakaman video ataupun apa-apa dokumen yang ada untuk kita memastikan bahawa pelakuan-pelakuan rasuah yang berlakulah, seperti yang telah saya katakan tadi terutamanya pada tahun 1982 apabila Tun Mahathir memerintah, kehilangan yang kita alami di bawah skandal Perwaja Steel tidak akan berulang pada masa yang akan datang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sekian, terima kasih. Jelutong mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua memberi ruang kepada Masjid Tanah untuk sama-sama berbahas pada hari ini. Rang undang-undang yang dibentangkan ini walaupun kelihatan progresif dengan penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat tetapi masih lagi gagal menyentuh akar masalah iaitu ketakutan campur tangan politik dan juga tiada jaminan bebas terhadap integriti proses pendedahan.
Yang pertamanya, saya ingin menyentuh tentang berkenaan dengan isu pelantikan pengerusi dan juga ahli jawatankuasa oleh Menteri. Bagaimana rakyat ingin percaya kepada sistem ini sekiranya Menteri boleh menjadi subjek aduan itu sendiri dan diberi kuasa penuh melantik pengawas terhadapnya? Dan kalau kita lihat, ini bukannya reformasi tetapi ini bagaikan ilusi, Yang Berhormat Tan Sri. Sebagaimana United Kingdom, sistem seperti Public Interest Disclosure Act meletakkan agensi pelaksana di bawah pengawasan bebas dan di Malaysia pula terbalik. Kita bagi semua kuasa kepada Menteri yang akhirnya berpotensi boleh melantik orang yang mungkin menjamin kepentingan politik, bukannya kepentingan rakyat.
Dan saya gesa supaya mekanisme pelantikan jawatankuasa ini diubah, sebagaimana yang telah disebut oleh sahabat saya Kota Bharu, melalui select committee di Parlimen ataupun dicadangkan oleh badan bebas seperti SUHAKAM dan juga menepati beberapa kriteria kelayakan yang telus dan juga boleh disemak oleh rakyat.
Yang keduanya, saya ingin menyentuh bahawa rang undang-undang ini tiada jaminan perlindungan menyeluruh kepada pemberi maklumat. Di bawah Akta 711 ini, perlindungan ini terhad kepada maklumat yang disalurkan kepada agensi yang tertentu sahaja. Tetapi, realitinya, ramai pemberi maklumat lapor kepada media, kepada wakil rakyat, kepada NGO, kepada pihak awam apabila sistem dalaman itu telah gagal.
Jadi, kita dengar tadi betapa ramai Ahli Parlimen di sini yang menyentuh tentang isu Albert di Sabah dan juga seseorang pemberi maklumat yang membuat rakaman audio pendedahan politik tetapi akhirnya tidak dilindungi dan juga ditinggalkan. Jadi, saya mohon definisi pemberi maklumat ini agar dapat diperluaskan dan diberikan secara jelas agar ia nya dapat meliputi maklumat yang disalurkan kepada mana-mana pihak yang berautoriti termasuklah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, media dan juga masyarakat sivil.
Cuma, kaedahnya haruslah difikirkan.
Ketiga, saya ingin menyentuh tentang risiko penyalahgunaan peruntukan untuk membatalkan perlindungan. Pindaan seksyen 11(1)(a) memasukkan frasa “dengan sengaja” dalam tafsiran “niat pemberi maklumat”. Soalnya, siapa yang tentukan niat di sini? Kalau maklumat itu memalukan kerajaan, adakah ia nya akan ditafsirkan sebagai pendedahan yang tidak ikhlas? Dan ini memberikan ruang kepada manipulasi secara luas-luasnya.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan pindaan ini perlu diperhalusi supaya ia nya tidak dapat digunakan sebagai satu alasan ataupun satu medium untuk mengugut ataupun menakutkan pemberi maklumat. Kita dengar tadi bila Jelutong cakap, oh, waktu zaman dia membuat reformasi dan sebagainya― ramai ya sahabat-sahabat sini, begitu juga dengan YB Subang. Dan kita nak supaya reformasi benar-benar dijalankan dalam waktu ini sewaktu mereka berada dalam kerajaan, bukan hanya menjerit sewaktu berada di waktu kerusi pembangkang tetapi diterjemahkan sebenarnya pada waktu ini.
Yang di-Pertua, kenapa perkara ini penting? Kerana hari ini kita berada di dalam zaman di mana rakyat disiasat kerana bagi pandangan. Telefon dirampas tanpa waran.
Malah, ahli politik pembangkang digertak apabila kita mengangkat suara rakyat. Malah, saya juga kena saman kerana saya memberi maklumat dalaman oleh pihak-pihak yang minta saya suarakan. Jadi, perkara-perkara itu, adakah ia nya― apa mereka ini dilindungi? Termasuklah juga ahli-ahli politik di sini. Jadi, apa gunanya pindaan di sini sekira akhirnya nanti tiada pihak pun yang berani bersuara ataupun pihak-pihak yang berani bersuara ini, mereka ini yang akan diburu akhirnya? Jadi, saya ingin tegaskan di sini bahawa kita tidak perlukan undang- undang yang nampak indah di atas kertas tetapi ia nya gagal menjadi pelindung di lapangan.
Sebab itu, Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengingat dan saya juga ingin menyentuh di dalam Dewan ini bahawa ruang ketirisan dan salah guna paling besar di Malaysia bukan saja berlaku di warung, di jalanan, tetapi juga berlaku di dalam jabatan kerajaan, GLC, kontrak-kontrak besar dan juga peruntukan persekutuan.
Laporan Ketua Audit Negara, PAC, Biro Aduan Rakyat SPRM sendiri setiap tahun menunjukkan pendedahan besar tentang kepincangan tadbir urus. Namun, apabila diberi maklumat, di kalangan penjawat awam khususnya, tampil di hadapan, mereka tidak dilindungi, malah ada ugutan. Mereka harus― mereka akan dipindahkan, mereka akan digantung tugas ataupun ditekan secara senyap. Dan selagi kita tidak memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat dalam sektor kerajaan, selagi itu banyak lagi perkara yang akan berlaku kerana mereka berada dalam ketakutan.
Dan mengapa RUU ini tidak memperincikan bagaimana ia nya akan diselaraskan secara sah dan juga sistematik dengan badan-badan pemantau seperti PAC, SISPA, SPRM dan juga PDRM? Tanpa penyelarasan ini, akan berlaku pertindihan fungsi. Pemberi maklumat tidak tahu mana saluran yang sah, mana saluran yang mereka rasa selamat kerana mereka pun tak tahu siapa yang boleh dipercayai. Dan akhirnya, kes yang dibongkar senyap begitu sahaja. Dan lebih menyedihkan, tiada satu KPI pun yang jelas dalam RUU ini untuk menilai keberkesanan perlindungan ini terhadap pengurangan salah laku.
Jadi, sebab itu, Yang di-Pertua, kerajaan ini, sebagaimana yang saya sebut, yang melaungkan reformasi, jadi buatlah yang terbaik kerana apabila kita lihat dalam banyak perkara apabila kita suarakan dan kita bongkar, tetapi yang diburunya adalah orang yang membongkarkan perkara tersebut. Jadi, janganlah kita takut dengan bayang-bayang. Yang kita perlukan adalah sistem pengawasan bebas, definisi pemberi maklumat yang luas,
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
pelantikan jawatankuasa yang telus dan bebas pengaruh eksekutif dan jaminan perlindungan sebenarnya dan bukannya bersyarat ataupun bermotif politik Sekian, terima kasih, daripada Masjid Tanah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Yang di-Pertua, selaku Ahli dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, saya lihat dan faham hasrat baik daripada kerajaan dalam meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Saya juga sambut baik apa yang telah dibahaskan oleh sahabat saya tadi, YB Subang, berkenaan perlu ada ruang pembaikan.
Meneliti empat pindaan seksyen dan satu seksyen baharu di dalam Akta 711 ini, saya ingin sentuh seksyen baru 5A dan pindaan kepada seksyen 11. Berkenaan seksyen baru 5A iaitu penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat. Saya lihat fungsi yang dicadangkan adalah relevan dan diperlukan. Cuma, saya mohon dijelaskan berkenaan keanggotaan jawatankuasa ini. Apakah kriteria dan syarat pemilihan pengerusi dan anggota- anggota jawatankuasa yang dilantik? Adakah mereka ini akan terdiri daripada anggota penguat kuasa, penjawat awam, NGO dan sebagainya?
Kedua, bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa anggota ini dilihat benar- benar bebas dalam dapatan dan siasatan yang dijalankan agar mengurangkan persepsi yang tidak perlu dari rakyat?
Ketiga, sejauh manakah kuasa yang ada pada jawatankuasa ini? Adakah dapatan dan syor yang diberikan sama ada seseorang itu layak atau tidak diberikan perlindungan akan dituruti dan dipatuhi?
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Seterusnya, saya pergi kepada pindaan seksyen 11 iaitu berkenaan pembatalan perlindungan pemberi maklumat yang memberikan budi bicara kepada agensi penguat kuasa penilai sama ada perlindungan kepada pembeli maklumat perlu diberikan atau dibatalkan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun pendekatan ini dikatakan selari dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, keraguan di kalangan rakyat dengan kebiasaan yang berlaku di dalam negara ini perlu diberikan perhatian khusus. Sejauh mana jaminan kerajaan bahawa apabila pemberi maklumat tampil memberikan maklumat, aduan itu akan disiasat? Itu pertama.
Kedua, berapa lama akan disiasat? Berapa lama keputusan? Ketiga, ada asas atau tiada asas? Keempat, ada atau tidak SOP garis masa penyiasatan? Saya ambil contoh kes yang melibatkan ADUN-ADUN Sabah dan pemberi maklumat Albert Teh. Rakyat melihat
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
seolah-olah apabila dakwaan melibatkan penyokong-penyokong dan ahli kerajaan, siasatan yang akan mengambil masa yang lama tetapi yang bukan geng kerajaan, yang bukan sokong kerajaan, punya cepat kena siasat. Apa bah, objektif kita dalam membuat RUU whistleblower ini?
Pertama, untuk melindungi saksi kita terhadap perkara salah laku, sama ada kes rasuah kah, kes pembunuhan kah, kes dadah atau apa sahaja kes yang berkaitan. Do you think that we can get all these information dari awal sampai hujung, siapa yang terlibat, apa motif perkara ini dilakukan kalau tidak melibatkan orang dalam? Rasanya kita tidak akan dapat bah, semua maklumat ini hanya kalau kita dengar daripada orang luar yang tidak terlibat dalam transaksi itu. Sebab itu saya berpendirian agar semua whistleblower layak menerima perlindungan daripada pihak berkuasa sehingga siasatan habis dijalankan dan hukuman sudah bermula.
Sama ada beliau harus dihukum kerana terlibat dalam transaksi itu, maka ia bergantung kepada kesalahan yang beliau lakukan dan berapa berat kesalahan itu. Sebab kita sudah ada keputusan kan, siasatan? Kita tahu sudah boleh pakai kah tidak maklumat dia itu. Ada whistleblower kita mungkin terpaksa melakukan sesuatu kerana diugut atau mungkin beliau berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Ada juga yang memang terlibat sebagai salah satu pelaku utama. Ini saya setuju, perlu ada hukuman. Sebab itu dari awal, walaupun perkara ini tidak termasuk dalam RUU ini tetapi ia sangat berkaitan.
SPRM harus berada di bawah bidang kuasa Parlimen. Bukan di bawah Perdana Menteri kah atau mana-mana entiti. Kita mahu SPRM ini bebas bah. Sebagai contoh, kes rasuah Sabah yang melibatkan ADUN-ADUN, especially kes yang melibatkan profil tinggi dan merupakan public interest. Ia nampak lama betul untuk disiasat. Berbakul sudah itu video keluar. Mengaku lagi menerima duit. Lambat betul bah, siasatan dilakukan. Macam mahu tanya lagi, mahu rujuk lagi SPRM. I am so sorry to say this tapi macam mana bah, kita mahu yakinkan rakyat kalau begini tindakan kita? Siasat sahaja lah bah, reformasi kan?
Tuan Yang di-Pertua, tatakelola, tadbir urus, integriti, saya sokong penuh. Saya sokong penuh. Namun, jangan hanya di bibir. Jangan hanya dijerit-jerit. Bukan sahaja benar- benar dilaksanakan tetapi perlu menyeluruh dan yang paling penting, adil. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
(Pindaan) 2025 pada hari ini. Pertama, saya menyambut baik inisiatif, usaha daripada Kerajaan Malaysia MADANI yang melakukan satu lagi langkah yang saya anggap selaras dengan reformasi institusi yang diuar-uarkan. Saya dimaklumkan bahawa sebelum ia dibentangkan di Parlimen, blue bill ini, RUU ini telah ada perbincangan yang berterusan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
dengan JKPK yang berkaitan iaitu berkaitan dengan reformasi institusi. Saya anggap ini sesuatu yang baik dan wajar kita sokong.
Saya juga menyambut baik beberapa fasa yang telah dimasukkan. Cuma saya rasa ada beberapa perkara yang perlu diberikan penegasan ataupun penjelasan lanjut oleh Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti supaya rakyat, bukan sahaja kami Ahli Dewan dalam Dewan yang mulia ini, faham. Tetapi yang lebih mustahak adalah rakyat Malaysia, terutamanya sesiapa yang ada apa-apa maklumat yang berkaitan dengan apa-apa masalah rasuah ataupun jenayah, salah laku dan sebagainya, boleh tampil ke hadapan. Tahu akan perlindungan yang diberikan kepada mereka.
Jadi, saya nak sebut di sini. Pemberi maklumat ini kita kena hargai sebab pemberi maklumat ini lah yang akan membantu kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya boleh melakukan sesuatu berdasarkan info ataupun maklumat yang mereka ada. Jadi, kita jangan pandang remeh maklumat mereka. Menjadi tanggungjawab agensi kerajaan, agensi penguat kuasa untuk menyiasat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tapi ya lah, maklumat itu kena sahih. Itu tanggungjawab pemberi maklumat. Tapi kena siasat. Kalau tak siasat, kita tolak, itu tak betul.
Saya nak tanya, yang pertama. Dengan ada pindaan ini, apakah seorang pemberi maklumat yang genuine akan rasa dirinya lebih selamat, dirinya dalam keadaan yang lebih dihargai, dirinya dalam keadaan yang lebih selesa untuk beliau menyampaikan maklumat yang boleh membawa kepada pembongkaran apa-apa salah laku dan rasuah? Itu yang jadi mustahak. Sekiranya pindaan ini boleh melakukannya, sudah tentu ia membantu. Ia sesuatu yang dialu-alukan.
Saya nak sentuh tiga sahaja seksyen yang berkenaan. Seksyen 2, saya terkejut sikit.
Ini ada takrifan untuk Menteri. Kenapa pada asalnya tahun 2010, 15 tahun dulu, apabila akta ini mula-mula digubal, tak diberikan takrifan tentang Menteri? Apakah ada omission kerajaan ketika itu? Mohon penjelasan.
Perkara kedua yang saya nak sebut, seksyen 5A iaitu pembentukan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat. Seorang pengerusi, tujuh orang anggota. Saya nak tanya, mereka ini siapa? Saya dengar rakan-rakan daripada kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan kebimbangan mereka. Saya nak tanya, yang jadi pengerusi itu apakah ada keperluan dia ini pegawai kanan kerajaan daripada agensi yang lain ataupun mesti setara Hakim Mahkamah Tinggi kah ataupun paling kurang, Hakim Mahkamah Sesyen, supaya perkara yang sepatutnya boleh dilakukan? Begitu juga anggota yang akan menganggotai jawatankuasa ini. Tolong maklumkan kelayakan mereka ini untuk memberikan keyakinan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang bakal memberikan maklumat kepada agensi penguat kuasa.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dan saya nak sebut di sini, saya nampak yang jawatankuasa ini berfungsi untuk penyeliaan, pemantauan dan pengumpulan statistik. Tapi saya nampak dalam RUU blue bill
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
yang diberikan kepada kami, tak sebut macam mana mekanisme dia. Jadi, minta Menteri ketika menggulung nanti, boleh memberikan serba sedikit berkenaan dengan mekanisme supaya lebih meyakinkan. Saya tak mempertikaikan. Niat tu baik, saya tahu. Cuma nak meyakinkan rakyat.
Perkara terakhir bawah seksyen 11(1) Pembatalan Perlindungan. Ya lah, betullah, kalau sesiapa yang telah menyertai kelakuan tidak wajar, sesuatu yang apa sengaja buat salah tu, tak ada perlindungan. Tapi ada satu proviso pula pengecualian. Kenapa jadi macam ni? Jadi, yang memberikan tafsiran, sama ada dia masih tertakluk kepada — ataupun masih mendapat perlindungan ataupun dibatalkan perlindungan tu, siapa?
Kalau agensi yang terbabit — saya berikan contoh. Saya tak nak pertikaikan mana- mana agensi. Kalau SPRM yang menyiasat kes rasuah dan SPRM yang menentukan sama ada seseorang itu layak diteruskan perlindungan ataupun dibatalkan, saya rasa ada konflik di sana. Apa kata ada satu badan khas, pihak khas yang tiada kepentingan yang tidak terlibat dalam operasi penyiasatan, penguatkuasaan yang menentukan sama ada seseorang pemberi maklumat itu layak diteruskan perlindungan sebab ini penting.
Satu, kita tak nak insiden yang di Sabah itu menjadi polemik yang berterusan. Yang keduanya, kita nak melihat benar-benar apa yang berlaku reformasi daripada Kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada ini benar-benar dapat diaplikasikan di peringkat akar umbi untuk semua rakyat Malaysia supaya negara kita dalam keadaan yang lebih baik untuk memerangi rasuah dan gejala salah laku selepas ini. Sekian, terima kasih Datuk Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Puan Yang di-Pertua, lama kita dah tak jumpa. Hari ini boleh bertemu muka balik. Daripada – terima kasih.
Jadi, atas apa ni kesempatan yang diberikan kepada saya, saya ingin turut serta membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat iaitu (Pindaan) 2025 [Akta 711] yang turut melibatkan rujukan kepada Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696].
Pertama kali saya ingin menyentuh fasal 5 yang memperkenalkan peruntukan baharu berkaitan Akta Perlindungan Saksi. Kita harus akui sistem perlindungan terhadap saksi dan pemberi maklumat di negara ini masih longgar dan tidak konsisten.
Puan Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan Tahunan SPRM 2023, hanya 12 peratus saksi menerima perlindungan menyeluruh. 12 peratus sahaja. Maksudnya daripada 100 peratus hanya 12 peratus saja yang diberi perlindungan menyeluruh. Ini mungkin against the
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
current government kut. Yang lagi selebihnya 88 tu, mereka ni mungkin bertentangan dengan kerajaan jadi tak dilindungi dan memberi...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tohmahan tu, tohmahan tu…
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak ada. Saya kata kemungkinan, saya kata mungkin. Kalau tak mungkin, okeylah. You cakap tohmahan, saya setuju.
[Ketawa] Okey, baik.
Berdasarkan laporan ini, kita — saya nak bagi satu kes yang sangat signifikan.
Timbalan Menteri Undang-undang, please listen my statement. Okey, kisah yang sangat signifikan ini, ini adalah angka yang amat kecil berbanding jumlah siasatan dan tangkapan yang dilakukan. Kita tidak boleh lupa kes Albert di Sabah ini. Soalnya, adakah pindaan ini benar-benar akan melindungi orang seperti Albert Tei ini atau sekadar menghiasi buku undang-undang? Undang-undang kita buat tetapi bila bertentangan dengan kehendak — kemungkinanlah. Kalau tak benar, sila perbetulkan dalam jawapan penggulungan Menteri nanti. Kalau tak benar, sila jawab kata tak benar. Jadi, yang benar begini. Jadi, senang saya akan dapat jawapan.
Jadi, sekarang tak dapat jawapan, jawapan pi rata baru — jadi kami pun tak faham jawapan tu sama ada melindungi pemberi maklumat atau whistleblower ni atau tidak sebab kes yang terbaru ni sangat-sangat memberi satu kehilangan, keyakinan rakyat kepada kerajaan memerintah sekarang ni. You salah seorang jadi Ahli Kabinet.
[Ketawa] You have to responsible all these things.
So, bila saya bangkit ni, saya ni sekarang ni whistleblower-lah.
[Dicelah] Ya, saya setuju. Saya ni whistleblower tapi saya immune dalam House of Parliament tapi kalau di luar mungkin bahaya kepada saya.isu ini sebab 700,000 hektar ini yang diberi kepada somebody ini satu perkara...
Seorang Ahli
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ha? 70,000? 70,000 hektar. Kalau tak benar, sila jawab. Mungkin saya dapat hearsay ataupun saya dengar daripada telinga saya yang tak benar ini. Betul atau tidak 70,000 hektar di Sabah ini dapat kepada orang-orang yang dekat dengan kerajaan sekarang? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dikatakan — kalau tak benar, sila jawab. Ini bukan saya tuduh, saya bertanya. Kalau tak benar, sila jawab tak benar. Ini perkara yang sangat besar, 70,000 hektar satu jumlah yang besar, dekat nak sama dengan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Is it right? Jika pengadu juga adalah melakukan kesalahan, adakah beliau terus akan hilang kelayakan perlindungan? Okey, katalah si yang terlibat di Sabah ini juga ada terlibat kesalahan tapi dia buat report, adakah dia diberi perlindungan dalam akta ini? Ini yang kita persoalkan. Nak pinda akta itu, akta ini untuk nak mengekang kebaikan dan juga salah laku dan beri perlindungan kepada whistleblower ataupun pemberi maklumat ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Oleh sebab itu, saya nak sebut, adakah terdapat ruang imuniti bersyarat demi membolehkan kebenaran itu didedahkan? Kita tidak mahu pemberi maklumat takut tampil hanya kerana khuatir akan dihukum sebelum sempat kebenaran keluar. Hari ini amat malang bila Laporan Audit Negara, negara leaking, bocor 48.87 bilion. Satu jumlah yang besar yang mana MINDEF adalah terlibat. Saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan saya yang lepas berkenaan dengan MINDEF ini. Logistik, pembelian helikopter, pembelian radar, pembelian alat-alat kelengkapan ketenteraan tetapi tak dijawab sampai sekarang. Tiba-tiba hari ini apa yang saya bangkitkan, disebut oleh Lembaga Audit Negara, MINDEF the highest leaking dalam investigation of Lembaga Audit Negara. Eh, ini it’s not small money man, dengan izin jumlah yang besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik, banyak lagi saya ada tiga, empat muka surat lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okeylah, kalau macam itu, MINDEF, UKM, tempat pendidikan, KPDNNK, Kementerian Komoditi yang mana Menteri dia berhenti, ganti pula pemangku baharu ni, tak selesai lagi. Ini kes kelapa sawit. Apa ini? Kita buat undang-undang macam-macam tapi tak memberi perlindungan dan bocor semakin teruk.
Dulu ni ada gelombang satu kumpulan daripada parti tertentu berguling-guling atas jalan bila berlaku bocor, berlaku rasuah. Sekarang bila menjadi kerajaan, senyap diam je, macam kepala kena katok eh, tak bunyi dah. Dulu ni jangan, terkinja-kinja, melompat-lompat.
Tidur atas jalan. La mana? Awat tak lompat lagi la ni? Ini yang kita nak bangkit, biarlah kita bercakap integriti kita masa kita jadi berkuasa dan tidak berkuasa adalah sama. Benda yang tak betul, tak betul. Benda yang betul, kita akan katakan betul. Ini yang perlu ada kepada sebuah kerajaan.
Sekarang ni apa saja official statement daripada kerajaan, rakyat buat main-main ya.
Tak percaya. Tak pernah ada lagi sebuah kerajaan yang begini, rakyat main emoji gelak 50,000. Check dalam media sosial, check dalam FB. Malu kita macam ni. Kita sebut baru- baru ini potensi pelaburan…
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Potensi MOA, memorandum of understanding. It’s not memorandum of agreement. MoU. Kalau agreement, boleh kita terima.
Where is that investment come to Malaysia? Until now, we haven’t received any, dengan izin.
Janganlah cakap benda-benda yang tak ada official, kita terus bercakap dulu, baru fikir. Mulut pergi dulu, otak mai belakang. Tak boleh macam itu sebagai sebuah kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi oleh sebab itu, saya nak menggulung. Last kali.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ada-ada nak gulung dah. Jika benar- benar ingin Malaysia bebas rasuah dan telus, kita mestilah bermula dengan satu perkara iaitu melindungi mereka yang berani bercakap benar, bukan menekan mereka.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Oleh sebab itu, kerajaan mesti menubuhkan satu pasukan untuk melindungi whistleblower ini ataupun pemberi maklumat ini. Jadi, terima kasih Puan Yang di-Pertua yang saya lama tak jumpa. Hari ini lepaslah saya punya ingatan saya kepada Puan Yang di-Pertua yang lama kita tak jumpa. Sekian, saya mohon mencadang dengan pindaan dan penambah baik.
Saya nak baca satu surah sebelum saya tutup.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Sebaik-baik pelindung adalah Allah SWT. Bergantunglah pada Allah SWT. Sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Speaker. Saya nak mula dengan macam inilah. Dalam landskap politik dan pentadbiran negara kita yang sentiasa berubah, komitmen terhadap reformasi institusi sering menjadi ukuran utama keikhlasan sebuah kerajaan dalam menjunjung prinsip keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang- undang. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menunjukkan iltizam politik yang tinggi dalam membawa perubahan menyeluruh terhadap struktur pentadbiran negara.
Sejak kita mengambil alih pemerintahan pada hujung tahun 2022, Kerajaan MADANI bukan sahaja tidak melupakan semangat reformasi, malah telah mengambil pelbagai langkah konkrit untuk membuktikan bahawa agenda reformasi bukan sekadar slogan, tetapi satu amanah yang kita tunaikan dengan serius. Puan Speaker, contohnya dalam tempoh dua tahun tujuh bulan sahaja kita telah mulakan reformasi pelbagai. Contohnya, kita mansuhkan hukuman mati mandatori. Kita dikriminalisasikan percubaan membunuh diri. Kita berani, besok kita akan bentang dan bahas laporan audit negara. Dulu tak ada, kini kita berani.
Kerajaan MADANI telah luluskan Fiscal Responsibility Act. Tidak ada kerajaan mana di negara di dunia ini yang berani untuk ikat tangan sendiri dalam isu fiscal responsibility. Kita telah luluskan Parliament Services Act untuk menjamin dan mempertahankan kebebasan badan legislatif dan sampailah kita baru-baru ini kita berani untuk meminda Perlembagaan untuk memastikan hak wanita orang Malaysia juga mendapat hak untuk kita memberi kewarganegaraan kepada anak mereka.
Langkah-langkah ini bukan mudah untuk kita laksanakan. Ia memerlukan keberanian politik, pengurusan persepsi serta rundingan pelbagai pihak kepentingan. Namun, kerajaan
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
ini tidak pernah berganjak daripada landasan reformasi, sebaliknya kita terus mara selangkah demi selangkah dalam suasana yang mencabar dan kadang-kadang pun tidak menentu.
Saya berani kata apa yang kita lakukan dalam dua tahun tujuh bulan ini jauh lebih banyak daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan 33 bulan itu.
Puan Speaker, saya sebagai rakyat Malaysia yang saya cintakan progress juga. Kita tentu mahu melihat perubahan berlaku dengan pantas. Namun kita juga perlu memahami bahawa reformasi yang berkualiti tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa atau dengan secara populis. Ia perlu melalui proses penggubalan yang teliti, rundingan yang luas, serta penilaian risiko yang menyeluruh. Di sini Kerajaan MADANI mengambil pendekatan yang berprinsip dan bertahap. Sebarang perubahan mestilah dilaksanakan setelah menimbang kepentingan jangka panjang, kesan perundangan serta keseimbangan antara idealisme dan realiti pentadbiran.
Saya hanya nak kata ini dalam sini, dalam menilai komitmen kerajaan, kita tidak boleh hanya melihat apa yang belum dilaksanakan tetapi juga perlu menghargai apa yang telah mula dibina dengan susah payah. Reformasi bukan proses satu hari. Ia adalah perjalanan jangka panjang yang memerlukan ketabahan, keikhlasan dan sokongan berterusan daripada rakyat semua.
Puan Yang di-Pertua, hari ini kita, saya menyambut baik Rang Undang-undang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini. Saya menyokong seluruh hati. Walau bagaimanapun, saya rasa mungkin ada satu dua isu teknikal yang mungkin...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tebrau, boleh sikit tak Tebrau?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Cepat sikit.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Pendang ada menyebutkan soal berkaitan dengan laporan daripada Ketua Audit Negara yang menyebutkan soal berkaitan dengan soal berlaku ketirisan di FELCRA, UKM dan juga di Kementerian Pertahanan. Saya nak tanya pandangan daripada Tebrau. Kita tak halang maksudnya polis SPRM masuk siasat. Kita tak halang dan kita tak akan — maksudnya mempertahankan kalau andai kata berlaku ketirisan, kezaliman dan juga amalan rasuah dekat tiga agensi yang disebutkan itu tadi. Saya minta pandangan daripada Tebrau. Terima kasih.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya cukup setuju dengan pandangan Hulu Langat. Kita tidak pernah takut. Malah kita mengalu-alukan sekiranya ada apa-apa ketirisan dan itulah bukti bila kita berani Hulu Langat, untuk kita bahas laporan audit negara. Dulu tak ada sekarang kita berani.
[Tepuk] Puan Speaker, rang undang-undang ini membuktikan bahawa kerajaan ini ada jiwa reformasi dan kita sedia untuk melangkah satu langkah lagi untuk kita memperbaiki sistem yang sedia ada. Dalam apa yang telah dibahaskan oleh kawan-kawan di dewan, saya juga mengambil pandangan tentang kebebasan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat juga. Sekarang tujuh orang ahli yang dipilih ini, dia dipilih oleh Menteri. Mungkin ada nampak, mungkin ada conflict of interest.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Bagi saya, lagi sesuailah kalau boleh, jawatankuasa ini melibatkan contohnya anggota pihak bebas seperti daripada Majlis Peguam, NGO dan kalau boleh juga kita boleh incorporate bekas hakim yang berwibawa untuk duduk dalam jawatankuasa ini supaya dia nampak lebih telus, supaya kurangkan persepsi negatif terhadap jawatankuasa ini dan akhir sekali saya hanya nak mengatakan janganlah ragu keazaman kita Ahli-ahli Parlimen dan juga Kerajaan MADANI untuk terus me-reform-kan Malaysia.
Sekian, terima kasih. Tebrau menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput, Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Puan Speaker, Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 ini merupakan satu akta yang menjadi tunjang kepada reformasi institusi negara. Ia memberikan satu isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam memperkukuhkan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran. Akta ini sejak awal kewujudannya berhasrat untuk memberi ruang kepada sesiapa sahaja sama ada penjawat awam mahupun sektor swasta yang ingin melaporkan salah laku pentadbiran khususnya isu rasuah dan salah guna kuasa yang merugikan negara.
Dari tahun 2018 hingga tahun 2023 sahaja iaitu dalam tempoh lima tahun, negara ini telah kerugian sebanyak RM277 bilion. Bayangkan apa yang boleh kita lakukan dengan RM277 bilion ini khususnya melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan. Berapa banyak doktor dan guru yang boleh kita tambah? Berapa banyak hospital dan sekolah yang boleh kita bina? Berapa banyak jalan dan infrastruktur yang boleh kita perbaiki dengan jumlah ini?
Disebabkan ini, saya mendukung RUU ini kerana ia bukan sahaja menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan untuk melaporkan kelakuan tidak wajar akan tetapi turut memperkukuh perlindungan terhadap mereka.
Salah satu pindaan utama yang saya lihat di sini ialah cadangan penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat di bawah seksyen 5A. Jawatankuasa ini akan menyelia pematuhan pelaksanaan akta serta mengumpul statistik dari agensi penguatkuasaan. Ini adalah langkah yang wajar supaya kita boleh berterusan menganalisis trend kelemahan pelaksanaan atau kadar keberkesanan perlindungan.
Saya juga ingin tahu berapa banyak aduan dan laporan yang telah diterima dan diselesaikan setakat ini dan apakah sasaran terkini dalam mempercepatkan penyiasatan dan memperbaiki mekanisme pelaporan dan tindakan. Semalam Menteri ada menyebut tentang fasa kedua untuk memastikan mewujudkan satu ombudsman yang bebas dan boleh memastikan bahawa badan yang bebas ini tidak akan ada campur tangan eksekutif di dalam mana-mana kes berprofil tinggi. Saya mendukung usaha ini bagi memastikan agenda reformasi institusi yang kita tegakkan dapat dilaksanakan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Puan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik peluasan perlindungan fizikal kepada pemberi maklumat melalui seksyen 7(3) dengan merujuk kepada Akta Perlindungan Saksi 2009. Ini membolehkan pemberi maklumat yang berdepan ancaman serius seperti ugutan atau keganasan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam program perlindungan saksi.
Selain itu, seksyen 11 turut memberi kuasa kepada agensi penguat kuasa untuk membatalkan perlindungan sekiranya pemberi maklumat terlibat secara sengaja dalam kesalahan yang didedahkan. Namun, saya memuji pindaan 11(1)(a) yang memberikan budi bicara kepada agensi untuk mengekalkan perlindungan ini jika pendedahan itu memberi manfaat besar kepada kepentingan awam. Ini selari dengan prinsip good faith and public interest dengan izin seperti yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Bagi hemat saya, budi bicara ini tidak cukup sekiranya hanya pada pertimbangan agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab semata-mata.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Apa-apa kes yang ada mestilah turut dipertimbangkan dan dirujuk ke satu badan yang bebas seperti yang disebut sebelum ini. Penubuhan Ombudsman bebas dan pemisahan kuasa Pendakwa Raya daripada Peguam Negara ini penting untuk menjadi saluran aduan luar sistem yang eksekutif, memantau aduan salah guna kuasa sekiranya agensi gagal melindungi pemberi maklumat. Pemisahan fungsi pendakwaan pula adalah langkah penting dalam memastikan proses pendakwaan tidak dipengaruhi politik. Ini akan meningkatkan keyakinan pemberi maklumat bahawa siasatan terhadap pihak berkuasa tertinggi sekalipun akan dibawa ke muka pengadilan secara bebas.
Saya juga ingin mencadangkan sekiranya laporan telah dibuat kepada agensi yang bertanggungjawab dan tiada tindakan yang diambil dalam had tempoh tertentu, pemberi maklumat boleh diberikan hak untuk membawa pendedahan tersebut kepada media atau umum tanpa dikenakan tindakan undang-undang, asalkan dilakukan dengan niat yang baik dan atas dasar kepentingan awam.
Saya fikir perkara ini perlu dipertimbangkan di Malaysia agar pemberi maklumat mempunyai saluran lain agar sebarang kes yang dilakukan tidak ditenggelamkan dan disenyapkan. Saya memahami prinsip kita tidak mahu apa-apa kes dihakimi oleh media seperti yang Menteri sebutkan iaitu trial by media. Akan tetapi sekiranya segala rang undang- undang sedia tidak memadai dan tidak mendatangkan hasil, saya percaya pemberi maklumat harus mempunyai saluran yang lain.
Puan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya percaya bahawa RUU ini sekiranya dilaksanakan dengan baik bukan sahaja akan melindungi pemberi maklumat, akan tetapi dapat memastikan maklumat yang diberikan itu tepat dan juga melindungi pihak yang dituduh daripada fitnah dan laporan palsu yang boleh menjejaskan kredibiliti pihak tertuduh.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Akhir sekali, RUU ini adalah tonggak kepada usaha besar kita membina negara yang lebih telus, bertanggungjawab dan berani menegakkan kebenaran. Kita tidak boleh bersikap selektif dalam pelindungan dan kita tidak boleh menyeru rakyat untuk bercakap benar jika mereka tidak dilindungi sepenuhnya. Dengan itu, Bentong menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hidup Hajah Bentong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Puan Pengerusi.
Hari ini saya berdiri untuk menyatakan dengan jelas dan tegas. Kalau kita betul-betul berniat ikhlas ingin memerangi rasuah, kita perlu menghapuskan, membakar jambatan kepercayaan di antara pemberi dan penerima rasuah. Itu adalah jalan yang terbaik untuk menghapuskan ekosistem rasuah yang kian lama menular daripada setiap jabatan, agensi, kementerian, daripada atas ke bawah kerana ada kepercayaan secara langsung atau tidak langsung. Kalau kamu laporkan sesuatu salah laku, kamu akan diambil tindakan jenayah, dengan itu we are partners in crime dengan izin.
Selagi tidak ada satu undang-undang yang tegas untuk memastikan bahawa pelindungan diberikan bukan setakat kepada pimpinan tertinggi tetapi sampai ke pegawai terendah sekali, selagi kita tidak menghapuskan ekosistem tersebut, selagi itulah rasuah akan menular. Saya agak risau kerana apabila saya lihat pindaan yang dicadangkan ini, ia baik, saya tetap akan sokong tetapi ia tidak mencukupi kerana jikalau pindaan itu tidak disusuli dengan tindakan keras dan tegas dari kerajaan, persepsi di luar sana begitu berbeza.
Kita perakui Whistleblower Act ini bukanlah perkara yang baharu, ia telah diperkenalkan lebih 10 tahun yang lepas. Tetapi walaupun kita sudah ada, tindakan kerajaan sebagai contohnya, tidak memberikan pelindungan kepada pemberi maklumat dalam skandal Sabah, akhirnya menyebabkan bakal-bakal whistleblower yang lain, pemberi maklumat yang lain takut ingin ke depan kerana sudah ada precedent yang tidak baik.
Jikalau seseorang yang berani, bukan setakat berhadapan dengan SPRM tetapi dengan media, grilled publicly and privately, boleh diambil tindakan jenayah, bagaimana lagi orang-orang kecil? Pegawai kerajaan yang takut berdepan dengan Menteri, pegawai Menteri ataupun pengerusi GLC ingin melaporkan rasuah yang berskala besar apabila sudah ada precedent yang sangat teruk.
Saya membaca satu persatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri, oleh pihak SPRM yang mempertahankan tindakan jenayah yang diambil. Mereka kata, “Ah, ini adalah orang yang melakukan jenayah.” Betul. Tetapi ekosistem jenayah rasuah itu adalah ekosistem yang menyeluruh. Kalau seseorang kontraktor tidak memberikan duit rasuah kepada pimpinan tertinggi, kontraktor tersebut tidak akan diberikan tender. Sebab itu, jikalau kita ingin membunuh ekosistem tersebut, kita perlu pastikan penerima atau pemberi yang
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
bertindak dahulu akan diberikan perlindungan supaya pada masa yang akan datang Menteri akan takut. “Oh, mungkin sekarang orang ni saya boleh percaya, lima tahun yang akan datang saya tak boleh percaya, dia dilaporkan, dia selamat, saya kena.” Atau pemberi tu boleh lakukan perkara yang sama.
Tetapi jika kita letakkan prasyarat ha, everyone must come with clean hands. Macam mana kita nak hancurkan jambatan kepercayaan di antara pemberi dan penerima dan menghapuskan ekosistem tersebut? Sebab itu, kerisauan saya walaupun ia nampak cantik di atas kertas tetapi kalau tindakan tidak diambil ataupun tetap diambil ke atas mereka yang memohon pelindungan ini, buat apa ada atas kertas jikalau tidak dilaksanakan dan akhirnya rakyat di luar sana takut ingin ke depan untuk melawan rasuah walaupun secara diam-diam.
Tadi saya dengar ada banyak yang bangkitkan soal — ini bila kita bincangkan soal skandal Sabah, ada banyak lagi telah dilaporkan oleh MalaysiaNow. Saya berharap ini dijawab oleh pihak Menteri walaupun saya tak nak ulas panjang sebab telah diulas, bukan sekadar di luar tetapi di dalam Parlimen. Ini perkara yang sangat besar. Kalau kita ikut apa yang dilaporkan, empat kali saiz Kuala Lumpur, I can’t even imagine sejujurnya. Boleh diberikan pada tempoh masa skandal ini dikeluarkan. Kelulusan dalam tempoh masa kurang sebulan. Tidak ada tender terbuka. Saya tak yakin sejujurnya, maybe the Prime Minister didn’t even know about this. Tetapi kalau tidak ada tindakan, tidak ada siasatan yang dibuat, barulah orang akan kata mungkin ada budaya untuk bersekongkol. Tindakan perlu diambil, jawapan wajib diberikan di dalam Dewan ini juga.
Yang terakhir, saya lihat ada cadangan penubuhan jawatankuasa yang dilihat sebagai jawatankuasa bebas to mediate, siapa yang patut diberikan pelindungan, siapa yang tak patut. Saya rasa ini adalah tindakan yang baik. Cuma kalau kita lihat pelantikannya ni, pelantikannya 100 peratus di bawah budi bicara Menteri. Di sini ada konflik pertindihan kepentingan. Saya ingin mencadangkan supaya ia dipinda di dalam akta ini supaya cara pelantikan itu dan scope of duty boleh diletakkan supaya tidak ada pertindihan kepentingan ini. The last thing which you want adalah akhirnya ada jawatankuasa ini semua dilantik oleh Menteri, tidak ada kepercayaan umum di luar sana dan akhirnya orang tidak ingin ke hadapan.
Untuk saya rumuskan cadangan saya ini, akhirnya cara terbaik untuk kita matikan ekosistem rasuah ini adalah untuk memisahkan kepercayaan di antara pemberi dan penerima. Sesiapa yang berani ke hadapan dulu akan diberikan perlindungan. In English, it’s called a prisoner’s dilemma. You act first, you get protected. You act last, you get victimized. Dengan itu, Puan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan memastikan, jangan hanya guna alasan, “Oh, you must only come when your hands are clean.” Realitinya ekosistem tersebut tidak membenarkan mana-mana pihak untuk jadi bersih. Sebab itu kita perlu cari jalan tengah untuk memastikan ada keberanian supaya seorang dahulu ke hadapan dan akhirnya ekosistem itu berjaya kita hapuskan. Terima kasih Puan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang- undang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang membolehkan pindaan dilakukan terhadap akta ini. Sudah sekian lama iaitu sejak Parlimen Penggal Kelima ini dibuka, kami daripada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkenaan dengan integriti, governance dan anti-rasuah telah menyuarakan tentang beberapa agenda reformasi undang-undang yang wajar disegerakan dan sebaik-baiknya dilaksanakan pada penggal ini juga untuk membuktikan bahawa kita serius dan benar-benar beriltizam untuk melaksanakan agenda reformasi.
Di antaranya ialah pemisahan institusi kehakiman. Di antaranya juga ialah Akta Perkhidmatan Parlimen. Di antaranya juga ialah Akta Pendanaan Politik dan kita sudah menyaksikan satu daripadanya iaitu Akta Perkhidmatan Parlimen sudah pun diluluskan di Dewan yang mulia ini dan hari ini saya ingin menzahirkan rasa bangga dan ucapan setinggi- tinggi penghargaan kerana Kerajaan MADANI sudah pun menunjukkan kesungguhan untuk melakukan satu lagi agenda reformasi undang-undang yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang cintakan integriti, akauntabiliti dan juga ketelusan iaitu dengan adanya Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Puan Yang di-Pertua, empat seksyen yang telah pun dikemukakan dan disebut oleh ramai daripada kalangan Ahli-ahli Dewan, saya tidak bercadang untuk menyentuh kesemuanya tetapi pada saya, di antara game changer ataupun perkara penting di dalam pindaan ini ialah melibatkan seksyen 6 yang membolehkan siapa sahaja mendedahkan salah laku berdasarkan kepercayaan yang munasabah dengan membatalkan proviso bahawa maklumat pendedahan itu tidak dilarang secara khusus oleh mana undang-undang yang bertulis. Pada saya, ini adalah merupakan di antara penghalang utama kenapa rakyat sebelum ini mungkin berada dalam keadaan yang ketakutan ataupun khuatir jika pelaporan yang akan diambil tindakan kerana ianya terkait dengan undang-undang seperti Undang- undang Kerahsiaan Rasmi ataupun yang melibatkan aspek keselamatan negara.
Dan yang keduanya ialah berkenaan dengan seksyen 5A. Apa pun yang kita lakukan, saya menyanjung tinggi kesungguhan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang menyelia pelaksanaan dan kutipan statistik dari agensi penguatkuasaan. Tetapi saya percaya, skop jawatankuasa ini tidaklah seharusnya melibatkan penyeliaan pelaksanaan ataupun kutipan statistik semata-mata tetapi ianya juga
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
harus melibatkan dari sudut audit dan semakan apakah benar-benar berlaku reformasi ataupun anjakan daripada pindaan yang dilakukan terhadap Akta 711 ini.
Oleh sebab itu, jawatankuasa ini mestilah pada pandangan saya, inklusif dan merangkumi pelbagai pihak dan juga pemegang taruh sama ada di pihak kerajaan, NGO, pengamal undang-undang ataupun kehakiman ataupun mereka di antara yang berusaha dengan bersungguh-sungguh menunjukkan keazaman untuk mewujudkan sebuah negara yang penuh integriti dan mengamalkan tatakelola yang baik.
Puan Yang di-Pertua, pada saya, inilah di antara usaha Kerajaan MADANI untuk membanteras rasuah dari segi sudut akar umbi serta memulihkan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara. Pindaan ini memang belum sempurna. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh ditambah baik untuk kita maju ke hadapan.
Bagi memperkukuhkan keberkesanan akta ini, saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan memikirkan untuk ke hadapan nanti beberapa perkara yang melibatkan insentif terhadap pemberi maklumat yang menyelamatkan harta awam ini. Sebagai contoh Korea Selatan, pemberi maklumat boleh menerima ganjaran sehingga 30 peratus daripada nilai yang diselamatkan oleh kerajaan. Amerika Syarikat begitu juga di bawah False Claims Act, pemberi maklumat boleh menerima antara 15 hingga 30 peratus daripada wang yang dikutip hasil daripada tindakan undang-undang susulan pendedahan mereka.
Dan satu lagi yang penting juga Puan Yang di-Pertua ialah bagaimanakah kita juga nak memastikan bahawa ekosistem sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang Ahli Dewan tadi supaya ianya tidak sahaja berkenaan dengan kepentingan kerajaan ataupun harta awam tetapi ia juga mestilah dipanjangkan kepada institusi di peringkat swasta. Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah rancangan untuk memanjangkan, meluaskan Akta Perlindungan Maklumat ini supaya ianya juga melibatkan institusi ataupun sektor-sektor swasta.
Akhirnya Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah medan perjuangan integriti. Ia bukan sekadar perundangan tetapi pelindung kepada rakyat yang ingin melihat keadilan ditegakkan, salah laku dihentikan dan negara ini dibina di atas kebenaran. Oleh itu, Syah Alam menyokong penuh usul ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Izinkan saya mulakan dengan menyebut nama mendiang iaitu Irene Fernandez, satu nama yang tidak asing lagi bagi antara ramai kita di sini. Kerana keberaniannya bersuara mengenai penderitaan, eksploitasi terhadap pekerja migran, beliau terpaksa menempuh 13 tahun pendakwaan di mahkamah. 13 tahun kerana hanya bercakap benar. Tapi itulah harga yang terpaksa dibayar oleh seorang wanita di Malaysia kerana mendedahkan ketidakadilan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi meskipun berdepan pelbagai cabaran, beliau tetap komited berjuang. Bak kata pepatah, “alah bisa tegal biasa”. Jadi, kisah beliau dan juga keheningan ramai lagi yang tak berani mengikut jejak langkahnya adalah sebab utama mengapa Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat bukan sahaja tepat pada masanya, malah amat diperlukan.
RUU ini membawa satu mesej yang jelas iaitu di Malaysia, kita mesti melindungi mereka yang melindungi kebenaran.
Puan Yang di-Pertua, RUU ini mengukuhkan akta asal dalam empat cara utama.
Pertama, melalui penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat. Kita akhirnya menginstitusikan sebuah mekanisme pemantauan. Bukan sekadar dalam teori tetapi secara nyata. Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan perlindungan terhadap pemberi maklumat dan juga mengumpul data penting yang boleh memacu penambahbaikan dasar pada masa hadapan. Paling penting, ia dilakukan tanpa menjejaskan kerahsiaan identiti pemberi maklumat seperti yang dilindungi di bawah seksyen 8.
Kedua, RUU ini secara jelas menghubungkan perlindungan pemberi maklumat dengan Akta Perlindungan Saksi 2009. Jadi buat pertama kali, mereka yang mendedahkan salah laku atau rasuah dan berisiko terhadap keselamatan diri, boleh mendapat perlindungan yang lebih baik termasuklah perlindungan fizikal, penempatan semula dan juga langkah keselamatan lain yang penting. Jadi, ini bukan sekadar penambahbaikan prosedur. It is a moral commitment, dengan izin. Satu pengiktirafan bahawa ancaman yang dihadapi oleh pemberi maklumat itu nyata dan tanggungjawab kita adalah untuk melindungi mereka, bukan meninggalkan mereka.
Puan Yang di-Pertua, pindaan yang ketiga iaitu penambah perkataan “dengan sengaja” dalam seksyen 11(1)(a) merupakan satu langkah besar ke arah memperkukuh keadilan dalam undang-undang ini. Sebelum ini perlindungan boleh ditarik balik walaupun pemberi maklumat melakukan kesilapan secara tidak sengaja ataupun bertindak dengan niat baik. Kini, penarikan balik hanya boleh berlaku jika terdapat niat jelas dan sengaja. Jadi, pindaan ini mencerminkan semangat keadilan yang sebenar dan juga memastikan undang- undang kita tidak menghukum keberanian. Ia melindungi mereka yang bertindak dengan integriti dan juga mencegah penyalahgunaan oleh mereka yang berniat jahat.
Puan Yang di-Pertua, ketika kita bersedia menyambut Visit Malaysia 2026 dengan izin, kita bukan sekadar membuka pintu kepada dunia. Dunia sedang memperlihatkan nilai yang kita pegang. Jadi, biarlah antara nilai itu ialah Malaysia melindungi mereka yang berani bersuara, bukan menghukum mereka. Jadi, jangan sekadar bercakap tentang reformasi dan integriti. Kita luluskan ia dalam bentuk undang-undang.
RUU ini bukan sahaja satu langkah ke hadapan untuk tadbir urus yang baik tetapi satu jaminan kepada rakyat Malaysia. Apabila kita berani melindungi penyampai kebenaran, kita bukan hanya memperkukuh negara. Kita memulihkan maruah, membina semula kepercayaan dan menghormati semangat sebenar sebuah demokrasi kerana dalam sebuah
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
demokrasi yang matang, integriti bukan barang dagangan. Ia mesti dilindungi, dihormati dan dipertahankan dengan sepenuhnya.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Whistleblowers are the immune system of a healthy democracy, dengan izin. Seperti yang pernah dikatakan oleh Edward Snowden. Tanpa mereka, rasuah merebak tanpa kawalan dan binasalah negara kita. Apabila kita melindungi mereka yang membongkar rasuah, kita sedang melindungi integriti negara kita. Oleh itu, Bukit Bendera menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang. Selamat Hari Sarawak.
[Tepuk] selamat maju jaya. Selamat kepada Premier Sarawak, Abang Jo dan sahabat saya daripada Lanang, Selamat Hari Sarawak ya. Terima kasih.
Untuk dua minit yang pertama ya, yang pertama sekali — dan saya dapat maklumat tapi ini bukan pemberi maklumat untuk kes-kes tertentu. Maklumat bahawa esok akan banyak benda akan turun. Mydin pun sudah buat usaha untuk menurunkan kos harga barang. Di seluruh dunia Yang Berhormat, semua minyak dah turun. Kalau minyak dah turun apa erti?
Erti semua barangan lain boleh turun. Minyak turun, barangan lain turut turun, elektrik pun boleh turun. Jadi kita, syorkan supaya Yang Amat Berhormat besok akan umumkan sesuatu, turun harga minyak dan kos sara hidup.
Yang keduanya ialah kita minta harga lantai padi dinaikkan sebab bila kos pengeluaran kurang, Yang Berhormat, dinaikkan kepada 1,800. Ini permulaan whistleblower bagi tahu saya.
[Ketawa] Kemudian, bantuan tunai ya terutamanya diperluaskan. KWSP Akaun 3 dibenarkan, Akaun 1 masuk Akaun 3, 50,000. Dan akhir sekali ini ialah untuk...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apa ini kena mengena dengan rang undang- undang ini? Pemberi maklumat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Whistleblower bagi tahu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Hah, turun harga minyak ini semua tak kena mengena punya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seputeh tak baca buku ya. Okey, saya hendak maklumkan bahawa satu benda yang besar yang ada di hadapan mata. Ini melibatkan akhirat Yang Berhormat ya, termasuk akhirat. Kita, kita pegang amanah. Bila dia bagi jawatan, jangan kata rezeki. Ini amanah. Amanah Perdana Menteri dan juga semua Menteri Kabinet ialah supaya bagi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hangpa pecah amanah, hangpa tanggung di akhirat. Tak bagi di dunia, kita jumpa di akhirat. Rezeki di tangan Allah SWT.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Tidak jelas] Madani.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang kedua ialah tentang apa yang kawan-kawan kita sebutkan tadi. Di Malaysia ini, ini tak berlaku sudah tau. Cuma di Malaysia yang masih berlaku lagi, dia berlaku balik. Dahulu dia berlaku sekali, cuma dah berhenti sekejap. Sekarang dah ada orang kata Prime Minister de facto. Orang panggil dia bos.
Saya jumpa PMX, saya tak panggil dia bos, saya panggil Dato’ Seri. Semua kita panggil Dato’ Seri tetapi orang ini panggil dia bos. Orang panggil dia bos. Yes, boss. Mereka ini ialah di kalangan anggota keselamatan dan juga lain-lain lagi. Saya umumkan besok. Ini whistleblower beritahu dekat saya, saya umumkan esok tentang satu orang yang menggelarkan dirinya — bukan menggelar. Dia orang panggil dia bos. Itu sebab banyak benda yang dia minta projek dan sebagainya mendapat kejayaan ya.
Jadi, tak payah tanggung tajuk itu sebab apa masa sudah hampir sudah tiga minit ya. Jadi, saya setuju dengan kawan-kawan supaya tengok balik kes 70,000 hektar yang kita sebutkan dan juga lain-lain lagi. Sekarang yang saya hendak sentuh ialah tentang pemberi maklumat. Yang Berhormat, dilantik oleh Menteri. Menteri melantik apa itu, pengerusi. Main- main saja. Ini bukan main-main. Lantik pengerusi, selepas itu lantik lagi tujuh orang.
Bererti pemberi maklumat ini Yang Berhormat, pemberi maklumat ini dia akan menghadapi sekumpulan manusia yang akan mendengar. Tujuh orang itu tak tau siapa dia.
Saya minta tujuh orang yang dilantik ini kalau orang Islam, suruh sumpah dengan al-Quran.
Taubat kalau dia tak pecah maklumat sebab orang bagi maklumat.
Pertama dia bagi pada pegawai. Pegawai bagi tau dekat pegawai-pegawai dia.
Kemudian, tujuh orang jawatankuasa. Semua orang dah tahu. Akhirnya, pemberi maklumat menghadapi masalah kerana apa itu dia akan diketahui. Kalau macam ini Yang Berhormat, kita akan menghadapi masalah.
Saya cadangkan Pengerusi itu kalau boleh ambil bekas Ketua Hakim, Tengku Maimun kah, Fairuz kah, bekas-bekas Ketua Hakim jadi pengerusi tetapi kalau boleh seperti kawan-kawan saya sebutkan buat suruhanjaya. Kalau takat Menteri yang lantik pengerusi, jadi dia timbul masalah sebab apa sudah pasti kalau pengerusi yang lantik — Menteri lantik pengerusi, kalau Menteri itu pegawai dia terlibat dengan kes salah laku, sudah pasti pengerusi takkan siasat. Jadi, masih lagi berlaku apa ini, pemberi maklumat tidak mendapat perlindungan, semua orang bersetuju.
Timbalan Menteri mungkin tak berapa ada — tak ada pengalaman tetapi semua bersetuju. Tetapi masa jadi pembangkang dahulu, cakap fasal pemberi maklumat, berdegar- degar. Kes rasuah berdegar-degar seperti kawan saya sebut berguling-guling atas jalan kes rasuah sekarang banyak kes rasuah didiamkan. Malah tadi bila Perdana Menteri menyebut bahawa bilion-bilion ini telah pun ada gaji yang telah dibayar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak tanya. Dalam masa enam bulan, berapa bilion boleh pacak tiang?
Hendak pacak tiang pun belum buat lagi, plan majlis bandaran belum lulus lagi tiba-tiba sudah ada peluang pekerjaan, sudah ada tiang. Saya hendak bagi tau, saya, kalau saya ada duit banyak macam orang lain di dunia ini saya tak melabur di Malaysia sebab market dia kecil.
Di Indonesia, market-nya besar. 287 — satu juta manusia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Malaysia 33 juta. Kalau dia hendak masuk, di atas dasar lain. Di atas dasar kerana di Malaysia ini kita mengeluarkan barangan yang berkualiti ya. Jadi, pemberi maklumat mesti mendapat perlindungan yang sepenuhnya, Yang Berhormat ya.
Akhir sekali, seperti yang telah disebutkan, whistleblower baru pass maklumat tadi bahawa dengar cerita hendak cuti tiga hari seminggu. Hendak kerja empat hari, jangan cari pasal. Orang yang paling — negeri yang paling lazy dalam dunia, the laziest country in the world ini ialah — Tau siapa dia? Switzerland. Dia kerja sehari saja sebab apa dia ada duit banyak, dia tak pernah pergi tengok pun bank akaun. Tetapi kita ini bank akaun semua kita minus. Kalau cuti tiga hari, kerja empat hari kita akan menghadapi masalah.
Kita kena ikut proses biasa dan jangan ingat bahawa bila turunkan harga barang, 26 hari bulan ini kami tak buat perhimpunan turun. Perhimpunan turun akan jalan terus.
[Tepuk] Turunlah apa pun kami akan terus mengadakan perhimpunan turun. Ya. Yang ini bahasa yang hebat-hebat ini dahulu, Yang Berhormat selalu pakai. Sekarang saya ambil alih, Yang Berhormat. Selepas ini, saya akan masuk belah sana, saya mungkin kurang pakai sikit ya.
Jadi, 26 orang — hari bulan tetap turun, turun harga barang.
[Dewan riuh]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Turun!
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih dan kita minta 70,000 ekar disiasat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Arau cakap politik sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Salam sejahtera dan selamat petang.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua atas ruang dan juga peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025.
Puan Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 iaitu Akta 711 ialah akta bagi memperuntukkan perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan yang tidak wajar. Perkara ini adalah selaras dengan inisiatif
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
yang telah diterajui oleh kerajaan dengan menandatangani United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) pada 20 September 2008.
Pada tahun 2025 ini, cadangan pindaan dan juga penambahbaikan Akta 711 juga merupakan antara inisiatif di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional (NECP) bagi tahun 2019– 2023 di bawah Strategi 5, menginstitusikan kredibiliti agensi penguatkuasaan undang-undang dan objektif strategik, 5.3, memperkukuh agensi penguatkuasaan undang-undang.
Puan Yang di-Pertua, adalah perlu untuk kita fahami, rasuah merupakan musuh utama negara yang mampu memberikan kesan negatif terhadap pembangunan ekonomi negara dan atas dasar itu Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat perlu bergerak seiring dalam langkah usaha kita membanteras rasuah dalam negara. Melalui pindaan terhadap rang undang-undang perlindungan pemberi maklumat, terdapat empat cadangan pindaan utama dalam akta iaitu:
(i) seksyen 5, cadangan penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat;
(ii) seksyen 6, pendedahan kelakuan tidak wajar:
(iii) seksyen 7, perluasan perlindungan fizikal melalui Akta Perlindungan Saksi 2009; dan
(iv) seksyen 11, pembatalan perlindungan pemberi maklumat.
Puan Yang di-Pertua, melihat kepada pindaan ini berkenaan seksyen 5, cadangan penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang berperanan memastikan akta ini dapat dipenuhi dan memberi jaminan perlindungan kepada pemberi maklumat.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Saya amat bersetuju dengan cadangan ini kerana ianya akan memberi keyakinan kepada pemberi maklumat bahawa laporan salah laku yang telah dilaporkan kepada agensi terlibat akan dapat diproses dan dipantau oleh jawatankuasa ini dan hak pemberi maklumat juga akan dapat ditegakkan.
Melalui pindaan seksyen 6, pendedahan kelakuan tidak wajar. Melalui pindaan ini, ia akan membolehkan seseorang pemberi maklumat untuk membuat pendedahan kelakuan tidak wajar tanpa menetapkan had ataupun limitasi terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Menteri — saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Menteri, adakah seorang yang membuat pendedahan kepada media umum contohnya seperti kes rasuah ADUN-ADUN di Sabah yang diviralkan melalui media akan dapat perlindungan di bawah akta pindaan ini.
Kedua, sekiranya seseorang itu telah melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap salah laku tetapi tiada tindakan yang diambil dan pemberi maklumat tersebut mendedahkan melalui media sosial untuk mendapatkan perhatian umum, adakah pemberi maklumat ini masih dijamin di bawah akta pindaan ini. Mohon penjelasan daripada Menteri.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Puan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 7 berkenaan perluasan perlindungan fizikal melalui Akta Perlindungan Saksi 2009. Kita maklum ramai pemberi maklumat di luar sana yang risau akan keselamatan mereka kerana ancaman keganasan dan bunuh yang melibatkan diri mereka dan juga keluarga terdekat. Mereka juga bimbang sekiranya mereka melaporkan salah laku, sudah tentu mereka akan berisiko untuk kehilangan kerja dan merasa tidak tenteram untuk tinggal di rumah.
Saya amat bersetuju dengan pindaan seksyen 7 ini yang memperluaskan perlindungan mereka di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 yang membolehkan pemberi maklumat mendapatkan perlindungan seperti mendapatkan tempat tinggal baharu, identiti baharu, serahan hidup dan keperluan yang dirasakan perlu. Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan usaha kerajaan untuk meminda RUU Perlindungan Pemberi Maklumat dalam usaha kita menggalakkan lebih ramai masyarakat yang berani tampil untuk memberikan maklumat bagi memerangi rasuah dan juga salah laku. Di samping itu, jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat juga dapat ditegakkan. Sekian, Beaufort menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa, 25 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
*Terbang merpati ke hujung desa, Singgah sebentar di pohon ara; Berani kerana benar, hendaklah sentiasa, Lindungi pemberi maklumat demi negara tercinta.
[Tepuk]* Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua 24 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025. Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab kesemua persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara lisan. Namun, andai masa tidak mengizinkan, saya memohon untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai perkara- perkara yang tidak dapat dijawab oleh saya secara lisan.
Sebelum saya mula menggulung pada hari ini, izinkan saya menegaskan bahawa kita bukan sekadar ingin memperkukuh undang-undang sedia ada, tetapi juga untuk memastikan perlindungan menyeluruh diberikan kepada pemberi maklumat, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan pendedahan kelakuan tidak wajar dapat disiasat sewajarnya. Rang undang-undang ini diyakini akan memperkasa urus tadbir yang
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
baik, meningkatkan keyakinan rakyat dalam membanteras rasuah secara menyeluruh dan seterusnya menyokong matlamat fungsi teras Ekonomi MADANI di bawah strategi tata kelola yang baik.
Puan Yang di-Pertua, setelah mendengar perbahasan sebentar tadi, saya dapat merumuskan beberapa isu yang dibangkitkan seperti berikut:
(i) cadangan penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat;
(ii) isu pendedahan kelakuan tidak wajar oleh pemberi maklumat;
(iii) perluasan perlindungan kepada pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Saksi;
(iv) potongan proviso seksyen 6 supaya perlindungan kepada pemberi maklumat tetap sah;
(v) isu berkaitan pembatalan perlindungan pemberi maklumat di bawah seksyen 11(1)(a);
(vi) pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat;
(vii) rasional terhadap cabaran yang dihadapi; dan
(viii) tidak ada kena mengena.
Ada banyak isu yang tidak ada kena mengena. Ahli Yang Berhormat, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan perkara-perkara mengenai Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat ini merupakan satu langkah proaktif kerajaan untuk menubuhkan satu platform pusat bagi memantau perlindungan pemberi maklumat tanpa sebarang pendedahan dibuat.
Pada masa sekarang, tiada sebarang platform yang melaksanakan pemantauan terhadap agensi penguatkuasaan terutamanya jika terdapat sebarang isu atau masalah.
Jawatankuasa ini juga tidak mengambil alih tugas agensi penguatkuasaan tetapi bertindak sebagai badan pemantau yang memastikan perlindungan kepada pemberi maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Agensi penguatkuasaan masih bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 711.
Oleh itu, sebarang perlindungan yang layak diterima oleh seseorang pemberi maklumat masih lagi tertakluk di bawah seksyen 7 akta ini.
Selain itu, kerajaan terima baik cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian supaya pihak yang menganggotai jawatankuasa ini adalah bebas dari konflik kepentingan dan benar- benar berkaliber. Antara anggota yang dicadangkan akan terdiri daripada pihak-pihak yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam aspek perlindungan pemberi maklumat termasuk NGO, CSO serta pakar akademik dalam aspek perlindungan kepada pemberi maklumat. Ini akan memastikan kebebasan, ketelusan tanpa konflik kepentingan serta semak dan imbang dalam pelaksanaan jawatankuasa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat ini merupakan satu, dengan izin, stopgap measure only, buat sementara sahaja sehingga satu agensi pusat ditubuhkan iaitu Ombudsman Malaysia yang akan mengambil alih fungsi dan tugas jawatankuasa ini dengan tambahan kuasa termasuk menerima aduan dari pemberi maklumat yang merangkumi kelakuan tidak wajar dan tidak memudaratkan.
Selain itu, jawatankuasa ini juga akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat. Ombudsman Malaysia juga akan memantau hasil siasatan yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan ini. Sebarang pelaporan kepada Parlimen sangat dialu-alukan bagi tujuan ketelusan dan akan dilaksanakan apabila agensi pusat ditubuhkan. Prosedur operasi standard (standard operating procedure) termasuk garis masa dan aspek-aspek berkaitan akan diperincikan dan ditetapkan semasa penubuhan Ombudsman Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Kepong, saya mengambil maklum berkenaan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong sebentar tadi dan juga oleh peguam kepada Albert Tei hari ini berkenaan dakwaan bahawa Albert Tei telah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah tetapi telah diberikan amaran oleh pegawai SPRM supaya tidak tampil di khalayak umum atau beliau akan berdepan dengan masalah. Perkara ini juga telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen.
Puan Yang di-Pertua, ini adalah satu dakwaan yang sangat serius dan tidak boleh diterima sama sekali. Mana-mana pemberi maklumat yang tampil ke hadapan untuk memberi maklumat mengenai apa-apa kelakuan tidak wajar tidak boleh disekat atau diancam oleh mana-mana pihak, apalagi pihak berkuasa sendiri yang sepatutnya melindungi pemberi maklumat di bawah Akta 711.
Saya ingin menasihatkan kepada individu yang bernama Albert Tei tersebut untuk segera memfailkan laporan berhubung isu ini kepada Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Aduan SPRM di bawah seksyen 15 Akta SPRM 2009 [Akta 694] dengan menamakan pegawai SPRM yang terlibat dalam dakwaan tersebut. Saya memberikan jaminan sepenuhnya bahawa Kerajaan MADANI tidak akan dengan ini compromise dalam isu-isu ancaman seperti ini dan tindakan yang setegas-tegasnya akan diambil sekiranya dakwaan tersebut didapati benar.
Beberapa Ahli Yang Berhormat juga telah membangkitkan, bertanya tentang perlindungan-perlindungan yang layak diberikan dan diterima oleh seseorang pemberi maklumat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tujuan utama akta ini masih tidak berubah iaitu untuk memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat berkaitan kelakuan tidak wajar dan tindakan yang memudaratkan.
Ketika proses penggubalan seksyen 6 semenjak tahun 2010 secara jelas telah memperuntukkan bahawa pendedahan hanya layak dilindungi sekiranya ia dibuat kepada agensi penguatkuasaan. Sekiranya pendedahan tersebut tidak disalurkan kepada agensi penguatkuasaan seperti yang ditetapkan, individu berkenaan tidak akan diiktiraf sebagai
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
pemberi maklumat di bawah takrifan seksyen 2 akta ini dan perlindungan di bawah akta ini tidak terpakai.
Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, kerajaan masih yakin identiti seseorang pemberi maklumat dapat dilindungi jika pendedahan dibuat kepada agensi penguatkuasaan sahaja.
Ini adalah penting bagi memastikan bukan sahaja identiti pemberi maklumat dilindungi tetapi maklumat yang didedahkan juga. Adalah turut dikhuatiri jika pendedahan dibuat kepada pihak media, perlindungan sukar diberikan dan maklumat berkaitan identiti dan maklumat yang diberikan akan tersebar luas.
Pada masa ini, tiada cadangan pindaan untuk menambah baik Akta 711 bagi melindungi pemberi maklumat yang membuat pendedahan secara terbuka kepada umum atau melalui media. Walau bagaimanapun, kerajaan sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan kaedah pelaporan termasuk kemungkinan membenarkan pendedahan dibuat kepada pihak lain selain agensi penguatkuasaan dengan matlamat menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan tanpa rasa takut.
Selain itu, kerajaan turut mempertimbangkan penubuhan institusi Ombudsman Malaysia yang dicadangkan untuk mempunyai peranan sebagai agensi pusat Akta 711 dan memberi ruang kepada satu mekanisme yang lebih bebas, telus dan mesra rakyat dalam menerima serta menangani aduan atau pendedahan, sekali gus dapat memperkukuh budaya integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran negara.
Manakala perluasan perlindungan di bawah program perlindungan saksi selain Bahagian Perlindungan JPM adalah berdasarkan beberapa syarat yang ditetapkan. Syarat yang pertama, permohonan adalah daripada saksi atau agensi penguatkuasaan yang mewakili saksi mesti atas dasar sukarela. Seterusnya, siasatan akan dijalankan terhadap permohonan berdasarkan seksyen 8 dan 9 Akta Perlindungan Saksi 2009 bagi menentukan sama ada saksi layak dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam program perlindungan saksi. Penentuan sama ada saksi layak diterima masuk ke dalam program adalah atas kuasa Peguam Negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi tempoh lima tahun terkini, seramai 621 orang pemberi maklumat telah diberikan perlindungan di bawah seksyen 7 Akta 711, manakala seramai 262 orang telah dipertimbangkan masuk dalam program perlindungan saksi pada tahun 2024. Melalui program perlindungan saksi ini, seksyen 13 Akta 696 menyatakan bahawa antara contoh bentuk sokongan adalah melalui perlindungan dan bantuan seperti tempat tinggal yang selamat, bantuan kewangan untuk saksi menyara hidup, pertukaran identiti dan bantuan psikologi.
Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan Ahli Yang Berhormat Subang dan lain-lain ahli telah membangkitkan mengenai pemotongan proviso di bawah seksyen 6 Akta 711. Dengan pindaan terbaru yang membuang proviso dalam seksyen 6(1), seseorang yang membuat pendedahan berkaitan kelakuan tidak wajar termasuk pendedahan maklumat yang termasuk sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Official Secrets Act) dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
seksyen 203A Kanun Keseksaan tidak boleh diiktiraf sebagai pemberi maklumat di bawah Akta 711 sekiranya pendedahan tersebut dibuat kepada agensi penguatkuasaan dan berasaskan kepercayaan yang munasabah terhadap wujudnya salah laku.
Oleh itu, dengan pembuangan proviso tersebut, pemberi maklumat yang memenuhi syarat ini di bawah Akta 711 tetap dilindungi daripada sebarang tindakan, walaupun maklumat yang didedahkan asalnya tertakluk di bawah undang-undang lain seperti OSA, melainkan perlindungan tersebut dibatalkan mengikut peruntukan seksyen 11.
Ahli Yang Berhormat Tumpat, Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Ahli Yang Berhormat Kepong, Ahli Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Masjid Tanah, Ahli Yang Berhormat Kota Belud dan Ahli Yang Berhormat Rasah dan lain-lain telah membangkitkan mengenai cadangan pindaan seksyen 11(1)(a).
Cadangan pindaan ini dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bagi cadangan pindaan baru.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, saya Bangi.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya nampak tadi YB Menteri dah pergi ke pindaan 11. Saya cuma nak dapatkan pengesahan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan jawatankuasa yang dicadangkan untuk ditubuhkan.
Saya ada tanya sebenarnya dalam ucapan saya, iaitu pengesahan daripada pihak kerajaan bahawa jawatankuasa yang akan ditubuhkan ini fungsi dia bukanlah untuk menentukan sama ada seseorang pemberi maklumat itu wajar diberikan maklumat atau tidak.
Maknanya, tugas dia bukanlah untuk melihat dari segi case-to-case basis sama ada pemberi maklumat ‘A’ itu patut diberikan ataupun pemberi maklumat ‘B’ patut diberikan atau patut dibatalkan, tetapi hanya dari segi general untuk memastikan bahawa fungsi bawah akta ini dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Jadi, saya nak minta pengesahan daripada pihak kerajaanlah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, tak perlu pengesahan.
Itu betul.
[Ketawa] …yang dinyatakan. Sebagai peguam Yang Berhormat, Yang Berhormat lebih arif. Fungsi dia adalah sedemikian. Dan saya - ramai di antara Ahli Parlimen berpendapat bahawa nampaknya dia bermain - jawatankuasa ini akan memainkan peranan kawal selia yang luar biasa. A bit more wide. Itu bukan sedemikian. Dan terhad dan itu adalah yang dia buat. Betul yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, maksudnya isu tentang takut ada berat sebelah? Pemberi maklumat A, dia tak bagi perlindungan, pemberi maklumat B diberi perlindungan disebabkan nantikan, Menteri itu tidak sepatutnya berbangkitlah kalau pengesahan ini, betul?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Betul Yang Berhormat, betul. Kerana hanya jawatankuasa ini akan mendapat statistik dan apakah tindakan yang telah diambil dan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
sebagainya tanpa nama orang yang membuat aduan kepada agensi tersebut. Siapa mereka, IC number mereka, jawatankuasa itu tidak ada hak dan tidak boleh dapat tahu. So, there is total protection in that sense. Tapi ini semua seperti saya kata, adalah stop gap measure sahaja. Kerana kita dalam merumuskan Ombudsman. Saya sebenarnya tak lama lagi lah.
Perkara ini telah dimulakan banyak lama dan saya difahamkan ia akan – undang-undang berkaitan akan dibawa tak lama lagi.
Yang Berhormat, ada lagi satu perkara di mana ramai yang kecil hati kerana mengatakan bahawa akta ini dibawa sekarang kerana terbongkar beberapa isu-isu terkini yang melibatkan kes-kes, mungkin di mahkamah dan sebagainya. Sebenarnya, ini bukan betul. Saya ada di Kabinet pada tahun 2019. Pada masa itu pun telah mula. Telah mula perubahan-perubahan ini.
Seperti yang sebelah sana mesti tahu dan ramai di antara yang duduk di kerajaan dapat tahu bahawa untuk membawa satu akta, it’s not overnight. It takes a long time dan cadangan-cadangan yang dibuat ini telah pun bermula. Fungsinya telah bermula dan perbincangan dengan stakeholders telah mula pada tahun 2019 semasa Pakatan Harapan menguasai kerajaan. Jadi, ini bukan tergesa-gesa membawa satu perkara untuk mengatasi masalah-masalah yang ada. Ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, Yang Berhormat Menteri. Saya boleh terima penjelasan Yang Berhormat Menteri. Cuma seperti mana dibangkit oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat tadi, the litmus test sekarang ini ialah kes di Sabah. Dan kita nak tahu apa siasatan rapi, adil yang boleh dibuat oleh agensi yang menerima aduan whistleblower ini. Whistleblower yang ada berkenaan hari ini tentang perlombongan di Sabah itu yang banyak bukti. Malaysia Now dah dedahkan dengan SSM dokumen dan sebagainya. Tiada - eh, this is direct nego dan sebagainya. Jadi, macam mana pihak kerajaan mahu meyakinkan rakyat, reformasi masih hidup?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Reformasi bukan sahaja hidup, sedang beroperasi.
[Tepuk] Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebenarnya, Yang Berhormat tahu semua maklumat ini kerana kita baca online news dan surat khabar, bukan? Saya pun tahu itu demikian. This is what we are saying. Kalau ada masalah, perlu membuat aduan dan penyiasatan akan dibuat di sana. If we go to media, then trial by media. Itu menjadi masalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap. Belum balik ke, Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Ketawa] Belum, belum Yang Berhormat.
[Dewan ketawa]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap, saya jawab ini. Kalau saya jawab – saya tak jawab, dia cakap saya takut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh balik tak?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jadi, YB Machang…
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] YB, boleh balik tak? Kalau balik, kita balik.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kenapa tak boleh balik? Yang Berhormat…
[Dewan ketawa]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dia mesti mahu balik.
[Ketawa] Sebenarnya pindaan ini Yang Berhormat, ini membolehkan pemberi maklumat terlibat untuk dilindungi pada masa ini, tidak boleh.
Sebenarnya Yang Berhormat, kalau bukan secara media, tindakan semestinya telah pun diambil. Bila mari ke media, itu merumitkan perkara, mengatakan ada orang terlibat. Jadi, orang fikir ada lah beberapa agensi that is compromised dan sebagainya.
Ini – yang dibuat sekarang ini bukan unik. All countries and most countries all like that. If you are in the government also you will be answering same like me, Yang Berhormat*.
There is no different. To score the point is not worth. We are not trying to move the goalpost.
There’s no issue.* Tetapi ini adalah perkara yang benar. Tetapi saya mesti berhenti sekarang supaya Jelutong diberi masa. Kalau tak…
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, sudah habis?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Belum, belum Yang Berhormat. Saya masih ingat lagi seperti Yang Berhormat katakan tadi tahun 2019, Yang Berhormat merupakan seorang Menteri di Kabinet dan memang kita pun ada berbincang tentang undang-undang. Tapi masalahnya, kita perlu ingat sejarah. Jangan lupakan sejarah.
Inisiatif dan reformasi-reformasi yang dibincangkan di Kabinet pada masa itu tak dapat kita laksanakan disebabkan oleh Langkah Sheraton. It’s very important. Itu adalah perkara yang secara tersirat dan tersurat, tak boleh kita lupakan dan jangan lupa niat kerajaan sekarang untuk melakukan perkara-perkara baik digugat sekali lagi. Digugat oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab dengan perhimpunan yang bakal diadakan. Ini yang rakyat perlu lihat.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara] Dia dah lupa dulu, dia pun sama juga berhimpun dulu.
Aduhai!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya perlu nyatakan di sini bahawa kita menyokong perkara yang baik tetapi kalau kerajaan telah pun diumumkan dan Tuanku telah pun mengilhamkan Kerajaan Perpaduan, tunggulah 5 tahun.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Bukan soal dia.
Soal dia, kita nak cakap...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat,…
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudahlah, Jelutong!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
…Sila duduk semua.
Machang, sila duduk. Timbalan Menteri, sila jawab.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya. Puan di-Pertua, ada dua perkara yang telah dibangkitkan oleh Jelutong yang kena mengena dengan pembangkang dengan kita.
Sebenarnya, bila kita mula pada tahun 2019 dan kita hilang kerajaan pada 2020, soalan yang mereka perlu jawab, dari 2020 hingga 2022, apa mereka buat?
Yang Berhormat, inilah – this is the basis. Kalau undang-undang ini – pembangkang sekarang, mereka ada lebih 600 hari. What were you doing? We started it. I know, I was in the Cabinet. Nothing was done. Banyak undang-undang yang dibawa sekarang, with the highest respect-lah. I’m asking the former Ministers and Deputy Ministers. Boleh pulangkan gaji ke? Kadang tak kerja.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat…
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
No, really. I mean…
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara] Kita sokong, pulangkan gaji.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Pendang, tohmahan- tohmahan yang dibuat sebelum ini, ketirisan dan sebagainya, semua tidak benar, Yang Berhormat.
Yang Berhormat bukan datang sini menghulurkan apa yang you suka, lepas tu ingat kita boleh jawab tetapi kalau mengenai dengan jabatan ni, kita akan jawab. Tapi pada keseluruhan Yang Berhormat, semua yang Yang Berhormat kata kerana mungkin takut kepada - kalau di luar Dewan ia akan defamation dan sebagainya. Yang Berhormat berkata sedemikian. Saya ingin katakan dengan tegas bahawa apa yang Yang Berhormat hujah dulu semua ini adalah tidak benar secara langsung. No basis, 100 percent.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, boleh?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara] Tipu, Yang Berhormat Pendang tipu.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya pun pernah duduk – Yang Berhormat, saya pun pernah duduk dekat kerusi Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat, sekejap. 36…
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Masjid Tanah. Masjid Tanah, ya.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat, saya pun pernah duduk dekat kerusi Yang Berhormat sebagai timbalan dan juga di bawah Wan Junaidi pada ketika itu. Banyak juga reformasi yang telah pun kita lakukan.
Dan bukan hanya – tidak adil Yang Berhormat kata kita tak lakukan apa-apa. Jadi, ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, ya.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara] Contoh-contoh, reformasi apa? Berikan contoh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara] Berikan contoh. Berikan contoh, kami nak tahu.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya pun nak tahu juga.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jangan cakap je. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat, minta kebenaran kalau mahu berucap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya minta kebenaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak dibagi. Sila duduk.
[Dewan ketawa]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit…
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat kawan saya, even saya tengah jalan pun kita buat Anti-Stalking Act tapi saya tak sempat nak selesaikan tapi diselesaikan oleh kerajaan lain. Ini itu tak ada masalah. Itu sajalah saya nak bagi tahu.
Kita - no offense pada ini.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
No offense. I agree with you. You see, it doesn’t take four years to do an Act of Parliament. These are matters could have been done in such an early area. Because, pada 2019 kita mula. Yang Berhormat menjadi Timbalan Menteri pada masa itu. Jadi kalau boleh, Yang Berhormat boleh terangkan, dalam dua tahun kenapa ia tidak boleh buat? Mungkin kita boleh semua faham mengenai perkara itu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Mungkin kita boleh semua faham mengenai perkara itu.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sebab mungkin pada ketika itu banyak reformasi lain. Pendekatan dan juga approach yang lain.
[Dewan riuh]
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Pastinya berbeza dengan apa yang Yang Berhormat pada ketika itu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yalah Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak ada lah Majlis Tanah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Okey, okey Yang Berhormat, kalau sedemikian, saya lepas kepada wakil rakyat dan rakyat untuk membuat kesimpulanlah.
Yang Berhormat Pendang boleh duduk, tidak ada asas Yang Berhormat. Yang Berhormat membangkitkan perkara-perkara.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apalah, baguslah.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebenarnya-sebenarnya …
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya disiplinkan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebenarnya …
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya cuba disiplinkan diri saya …
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebenarnya …
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak mahu jadi macam Hulu Langat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Cakap orang tipulah apa. Saya cuba nak baikkan. Nak cuba - kita cara matang dan educated untuk kita discuss.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tapi tak. Dia kata saya tipu tadi.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(6). Saya minta dia tarik baliklah. Dia kata saya tipu.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk semua. 37, saya akan kuatkuasakan. No to way about it. Sekarang floor Menteri. Jika Menteri benarkan, saya akan benarkan. Jika nak mencelah, 37(1) jelas dan bring the relevant authority.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Speaker, sebelum itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Refer by the book.
[Sambil menunjukkan buku Peraturan Mesyuarat]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(6), 36(6). Apa ni, sebelum Dato’ Speaker datang tadi, apa ni Hulu Langat kata Pendang tipu, saya minta tarik baliklah. Bukan ada saya cakap apa-apa lagi, saya cuma nak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sedang menggulung. Dia ada cakap Pendang tipu, tak eloklah macam itu. Kita nak,nak cuba harmonikan suasana yang dikatakan kita ni teruk, tak teruk dan juga lebih teruk.
Ada yang segmentize yang dibuat oleh Tan Sri Speaker pada itu hari dalam segmen... [Tidak jelas].
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, lain. Baik, apa yang dibangkitkan 36(1) itu, eh 36 tadi, berkaitan apa tadi Yang Berhormat?
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey baik, Pendang tipu. Saya masuk di sini, saya tak dengar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, ya, dengar, dengar what I’m going to say. Yang Berhormat Pendang, peraturan jelas. Jika itu menyinggung hak Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen, sila buat usul ya. Baik, terima kasih.
Kita start Yang Berhormat Menteri, please, you have dengan izin you have the authority under the 37? Nak benar atau tidak? If you tak benar, saya tak benar. Okey.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya, saya tidak ingin menjawab lagilah Yang Berhormat. Saya minta maaf kerana perkara yang dibangkitkan, tidak ada kena- mengena dengan, dengan jabatan ni. Saya beri kepada Yang Berhormatlah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih kepada Timbalan Menteri.
Apa yang disebutkan oleh MP Pendang tadi, saya mendengar dan saya teliti.
Maknanya, adakah RM48.78 bilion yang dikatakan lesap itu, duit ataupun projek yang diaudit oleh Laporan Ketua Audit Negara? Itu soalan saya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, kita perlu faham. Itu adalah mengenai auditor, dia jump the gun by one day. Saya akan jawab perkara yang dibangkitkan esok petang atau pada hari keesokannya. Yang Berhormat Pendang, dia tak mahu debate esok atau lusa. Jadi, dia debate sekaranglah.
The auditor’s report esok kan? Ha, tapi dia, saya ingat tak akan mari esok ke lusa.
Jadi, dia debate hari ni.
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Apa ni kita buat. Yang Berhormat, saya, saya sudah habis tapi saya kalau, kalau dibenarkan saya akan jawab tapi saya perlukan banyak masa lagi. Kalau, kalau dengan izin, saya boleh habiskan sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kalau habiskan sekarang. Perkara- perkara yang dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya jawab secara bertulis dan saya berterima kasih kepada semualah. Kalau saya ada cakap terlampau, saya minta maaf. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita terus kepada agenda Majlis. Yang Berhormat Menteri telah selesai menjawab. Dengan sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibaca kali kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [****Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya bagi tiga minit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya rujuk kepada terus kepada fasal 2 iaitu takrif baharu kepada seksyen 2 iaitu Menteri Undang-undang yang ada kuasa tapi Timbalan tak ada ya? Menteri saja ya?
Timbalan tak masuk? Timbalan tak masuklah sebagai yang melantik jawatankuasa? Menteri saja ya?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ini bukan sesi soal jawab soalan.
[Ketawa]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
La, saya tanya makna Menteri itu tak termasuk kah Timbalan?.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat. Ini bukan …
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mudah saja.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Rasanya clear kut. Kalau peguam …
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa yang susah sangat ini?
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk, duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk. Baik, Yang Berhormat Besut, saya bagi tiga minit. Jadi, terus kepada perbahasan. Bukan soal jawab, question dalam mahkamah ya dan Yang Berhormat Menteri akan jawab kemudian. Silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, saya tengok kalau, kalau Menterilah yang, yang diberi kuasa ya, timbul persoalan sebenarnya ya. Adakah ia akan mewujudkan satu konflik kepentingan, ya? Kalau Menteri ya. Sebab jika kalau, kalau Menteri itu yang, yang ditanggungjawabkan itu terlibat dalam kes yang disiasat contohnya dan kerana dalam peruntukan kita ini tak ada apa-apa pun yang menghalang Menteri daripada campur tangan dalam operasi jawatankuasa ini.
Jadi, saya cadangkanlah, kenapa Menteri ini tidak boleh kita gantikan dengan Suruhanjaya Bebas sepertimana dibuat bawah SPRM. Banyak lagi lah, ada dua tiga jabatan.
Contohlah, kita lihat kepada pelantikan hakim. PM ada kes, ada kes dengan Yusoff Rawther.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Contoh saja. Jangan bising, ya.
Dia ada konflik kepentingan. Jadi, dia yang menentukan pelantikan hakim-hakim, Ketua Hakim Negara dan sebagainya. Sepatutnya dirujuk kepada JAC. JAC juga sebenarnya salah.
Sebahagian, lima orang itu…
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dato’, Dato’.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
… dilantik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dato’, saya nak bangkitkan 36(12).
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya contoh, ini contoh cakap.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak, tak. Saya nak bangkit 36(12).
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya merujuk kepada fasal 2.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Besut. Ini, Yang Berhormat Besut duduk, Yang Berhormat. Bagi, bila, bila Ahli Yang Berhormat buka peraturan, saya layan dulu dan kita akan balik pada masa saya akan bagi.
Silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tadi Yang Berhormat Besut ada kata bahawa yang menentukan hakim adalah Perdana Menteri. Yang Berhormat Besut pernah jadi Majistret kah Hakim Mahkamah Seksyen? Dia patut tahu dalam Perlembagaan Persekutuan ada tiga badan yang menentukan, yang melantik hakim:
(i) Perdana Menteri;
(ii) Yang di-Pertuan Agong; dan
(iii) Majlis Raja-raja.
Ini dalam Perlembagaan Persekutuan 122B. Jadi, bila Yang Berhormat Besut kata bahawa Perdana Menteri, memberikan gambaran bahawa Perdana Menteri seorang sahaja yang menentukan siapa menjadi hakim, itu mengelirukan Dewan dan saya harap bahawa Yang Berhormat Besut tarik balik apa yang dia cakap tadi, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau Peraturan, saya layan. Peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(2), tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah. Yang Berhormat Besut merupakan bekas Hakim Mahkamah Seksyen dan beliau tahu bahawa peruntukan ini melarang kita berbincang tentang apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh mahkamah. Takkan Peraturan itu pun Yang Berhormat tidak tahu? Jadi, saya minta supaya kenyataan Yang Berhormat Besut tadi berkenaan dengan kes Yusoff Rawther dan PM itu juga dilarang sama sekali dan ditarik balik kenyataan itu kerana ianya dilarang sama sekali oleh Perintah 36(2). Seorang bekas hakim, takkan itu pun beliau tidak tahu?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya nak tanya…
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya 42 itu jelas. Dengar saya bercakap dulu, duduk ya. Alright, ada dua peraturan mesyuarat yang telah dibangkitkan. Satu, saya go yang paling senang nak diulas dan dibuat keputusan. Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan 36(2) dan kita ambil cognition dengan izin, bahawa benda itu sedang berlaku. Jadi, Yang Berhormat, that is not fair disebut dalam Dewan ini.
Okey, itu kena tarik baliklah ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tak cerita pasal pertimbangan. Apa yang pertimbangan di mahkamah, saya tak cerita fakta. Saya tak cerita fakta. Yang – kena ada dua, sama ada pada Pengerusi, Pengerusi berpendapat bahawa ini adalah berkenaan dengan kes yang melibatkan seseorang, yang memberi kesan kepada seseorang. Apabila kita sebut ada kes, takkanlah itu pun menjadi? Cuba kita tengok dalam 36(2), yang kedua itu, yang pertama itu memang pertimbangan. Yang kedua, Pengerusi sendiri yang kena timbang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, dengar saya cakap ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, kita tengok pada 36(2) ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cuba.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
36(2) ni is something that legislature, Dewan, Ahli-ahli kita tidak boleh intrude. Saya percaya sebab itu 36(2) ini berada.
Jika sesuatu – ini saya punya keputusan ya. Jika sesuatu kes itu sedang berjalan, sebagaimana Yang Berhormat Jelutong menyebut, saya membuat keputusan berdasarkan pada sini, pertimbangan mahkamah, perkara ini masih dalam pertimbangan mahkamah*.
There is no decision yet*, belum ada keputusan lagi ya, sebentar. Yang Berhormat, 42 itu, dengar saya bercakap ya. Jadi, atas keputusan 43, saya punya kuasa, saya membuat keputusan sedemikian ya. Jadi, habis perkara itu. Sekarang saya minta Yang Berhormat tarik balik yang itu.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tariklah balik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Makna, saya tak boleh bagi contoh maknanya dari segi untuk pelantikan, maksud saya.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
…Conflict of interest.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu-satu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya nak beritahu pasal conflict of interest, bukan dia ada kes di mahkamah tu…
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
…Pertimbangan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, the judge here is me, right?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, saya faham.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
…Tapi kena faham kita juga.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dengar, ini keputusan saya. Yang Berhormat, nak tarik atau tidak? My decision, Yang Berhormat duduk dulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang maksud tarik balik tu yang mana?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
…Berkaitan menyebut perkara Yusoff Rawther dan et cetera, et cetera. Kes itu bagi saya, bacaan saya, masih dalam pertimbangan mahkamah ya, jadi kita tak perlulah ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Makna saya kena tarik balik…
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tarik balik…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
…Perkataan conflict of interest…
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
…Itu saja ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Speaker, boleh saya mencelah?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Conflict of interest?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, yang lain, Yang Berhormat, tolong. Kalau tidak, ‘cacamerja’. Kita selesaikan satu-satu, ada dua fakta yang disebut dalam sini. Yang Berhormat Jelutong telah mengaitkan 36(2) iaitu tidak boleh sebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah. Baik, that is the keyword bagi saya. Ini keputusan saya. Saya memutuskan bab membangkitkan isu kes Yusoff Rawther dengan PM dan sebagainya, saya tidak benarkan. That is my decision under Peraturan 43 dengan sedemikian, bab itu sahaja saya minta Yang Berhormat tarik balik, okey.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di- Pertua…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bab yang dia ada kes, okey, tak apa. Tak apa, saya balik, saya tak sebut Yusoff Rawther, okey. Okey, saya sebut macam ni...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain duduk, dah cakap, kita selesai…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
… Macam ni…
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu-satu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya sebut macam ni, okey.
Saya hendak sebut bahawa...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya sebut tadi…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Seseorang…
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di- Pertua,…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
…Tak kira siapa dia, PM ke, siapa ke, yang ada kes di mahkamah, boleh tak maknanya menamakan seseorang hakim, untuk diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh memilih orang-orang tersebut.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang bab, you bahas bab cadangan saya tak boleh...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya menjadi isu tapi jangan kaitkan dengan kes dan Yang Berhormat telah tarikkan, tarik apa Yang Berhormat cakap. I predict that is over. Baik, sekarang teruskan, saya nak teruskan tentang isu yang kedua tadi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Speaker, 36(5). Dato’ Speaker 36(5).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak selesai lagi, Yang Berhormat Bangi punya cerita lagi ni. Hai, panjang kita ni. Okey, Yang Berhormat Bangi menyatakan Perkara 36(12), misleading the Dewan. Perkara ini very easy bagi saya ya. Yang Berhormat Bangi, fakta telah disebut dan saya cadangkan pasal 36(12) ni nak bawa jawatankuasa is very heavy, sampai enam bulan baru boleh kita gantung. I do not want to make decision on the spot. Jadi, usulkan, fakta itu boleh dikaji dan keputusan dibuat to be fair to Yang Berhormat Besut. Okey, boleh Yang Berhormat Bangi? Good.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selesai. Habis, bab ni dah habis. Sekarang kita ke Yang Berhormat Pendang, peraturan mana pula?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, 36(5). Dato’ Speaker, terima kasih. Cuma saya nak beri penjelasan berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Besut…
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau penjelasan tak payahlah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak, tak, tak. Berkenaan dengan satu, Yusoff Rawther ni ada dua kes...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dah, dah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Satu criminal, satu sivil. Yang criminal sudah selesai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekejap.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak disebut...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Sekejap, 37(1) tu jelas bawa peraturan. Sekarang nak ulas dia, saya tak benar nak ulaskan, pasal benda tu saya dah tutup dah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ha, okey. Okey, Yang Berhormat Menteri, teruskan. Sebentar, ya lupa. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada satu point lagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya nak berlaku adil.
Satu setengah minit sahaja.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, terima kasih. Okey, jadi, kredibilitinya jawatankuasa ini sebenarnya bergantung – ini fasal 3, saya merujuk kepada fasal 3 ya, seksyen 5 kalau tak silap. Kredibiliti dia ada, jawatankuasa ini bergantung kepada sepenuhnya pada proses pelantikan yang telus dan bebas daripada pengaruh politik. Hah, itu yang saya nak sebut. Maknanya, kalau Menteri yang melantik, akan ada pengaruh politik.
Jadi, kita apa salahnya pelantikan melalui Parliament Select Committee? Boleh buat, kita buat ataupun panel monetisasi parti, yang ini untuk kita pastikan adanya integriti. Ya, tadi dari segi conflict of interest, ini pasal integriti. Dua-dua ini perlu ada ya, pelantikan yang telus dan juga bebas. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, please answer to apa yang – dengan izin, yang apa telah Besut, Yang Berhormat Besut telah nyatakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, Yang Berhormat Besut, saya nak memperbetulkan sedikitlah. Yang Berhormat, pada jawatankuasa, perkara-perkara yang dibangkitkan adalah mengenai tujuan dan apakah asas akta atau rang undang-undang ini.
Kalau Yang Berhormat nak cadang, adakah ia bebas atau tidak atau dan sebagainya, itu Yang Berhormat boleh membawa satu pemindaan mengikut peraturan mesyuarat. Faham Yang Berhormat? Itu kita perlu ikutlah prosedur tapi oleh kerana saya tidak mahu elak dari jawab, nak jawab kepada perkara Yang Berhormat, saya bagi tahu dua perkara.
Satu, dalam jawatankuasa ini, di mana-mana punlah, ada seseorang yang diberi kuasa untuk menamakan siapa yang layak duduk di sana. Kalau pihak yang berkenaan, kalau Yang Berhormat atau lain-lain yang tidak ada kepercayaan, boleh mengambil tindakan sewajarnya dari segi undang-undang. Itu nombor satu.
Nombor dua, jawatankuasa ini bersifat pentadbiran sahaja dan tidak menerima apa- apa maklumat sulit tanpa isu Menteri membuat lantikan, itu kita perlu faham. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bangi, kita perlu fahamlah bahawa jawatankuasa ini bukan – dia tidak akan menyiasat sedalam-dalamnya perkara-perkara apa-apa pun. Dia hanya kawal selia saja. Itu saja boleh beritahu. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Alright, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat tadi tak minta, saya dah benarkan seorang saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, saya tarik kerusi tak sempat pegang tadi. Jadi, saya minta.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Perkataan “pentadbiran” tadi, apa makna “pentadbiran”? Jadi, apakah pentadbiran itu tidak mendalam seperti yang jawatankuasa? Sebelum pergi jawatankuasa, pentadbiran kena mendalam dulu sebelum pergi jawatankuasa. Yang menyebut tadi pelantikan ini ialah dari segi pentadbiran. Apa makna “pentadbiran”? Apakah pentadbiran itu tidak dalam seperti jawatankuasa? Apa maksud “pentadbiran” di sini?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, sebenarnya seperti yang saya kata, mungkin Yang Berhormat tak berapa dengar apa yang saya cakap. Ini adalah stopgap measure only. Ini bukan satu permanent ini kerana perkara yang patut dilakukan adalah oleh Ombudsman. Ya, saya difahamkan akan, satu undang-undang berkaitan akan diwujudkan pada hujung tahun ini dan ia akan kawal selia semua hal ini.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
We must understand that the separation very clearly. Itu nombor satu.
Nombor dua, Yang Berhormat, kita semua tahulah, bila ada jawatankuasa, kalau ada kekurangannya, tindakan boleh diambil. Kalau ada Yang Berhormat ragu atau tidak senang hati ya, there is a process to take place. Kalau jawatankuasa tidak ada lah, Yang Berhormat akan bangun kata kenapa tidak ada jawatankuasa? Kenapa tidak ada penamaan dan sebagainya? Yang telah dibuat, dibuat Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak suka, boleh membawa satu cadangan secara motion-lah supaya meminda apa yang dicadangkan oleh kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baik, okey, terima kasih. Tapi saya nak beritahu pada Yang Berhormat, bahawa jawapan yang besar tadi Yang Berhormat, perbahasan tadi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau, saya dah tutup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Jawatankuasa ni lemah. Kerajaan dan kami ya, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dah tutup Yang Berhormat.
Yang Berhormat, duduklah. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Supaya rakyat dengar bahawa saya tak puas hati dengan rang undang-undang ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Baik, kita teruskan.
[Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Pengerusi, saya mencadangkan rang undang-undang ini dipinda dalam fasal 6 sepertimana tertera di dalam kertas pindaan untuk memberi agensi penguatkuasaan kuasa untuk mengekalkan perlindungan kepada pemberi maklumat berhubung dengan sebab di bawah perenggan 11(1)(a) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]. Ini membolehkan agensi penguatkuasaan menggunakan budi bicaranya dalam memastikan perlindungan berterusan kepada pemberi maklumat apabila keadaan memerlukan.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan ini adalah hasil daripada sesi libat urus lanjut yang komprehensif bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Ahli-ahli Parlimen dan badan-badan bukan kerajaan iaitu dengan izin, Civil Society and Non-Governmental Organizations
(CSO/NGOs).
Pindaan ini adalah untuk bertujuan untuk memberikan agensi-agensi penguatkuasaan budi bicara yang lebih luas dalam mengekalkan perlindungan bagi seseorang pemberi maklumat yang terlibat dalam kelakuan tidak wajar yang didedahkan, mengambil kira fakta dan keadaan setiap satu kes yang berbeza terutamanya sekiranya pendedahan tersebut membawa manfaat besar kepada kepentingan awam.
Selain itu, pendekatan ini adalah juga selari dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa iaitu di mana sekiranya sesuatu pendedahan kelakuan tidak wajar itu dilakukan oleh pemberi maklumat berdasarkan kepada dengan izin, good faith dan dengan reasonable grounds, maka perlindungan pemberi maklumat itu patut dikekalkan. Adalah besar harapan Kerajaan MADANI bahawa dengan pindaan yang lanjut ini, mekanisme perlindungan pemberi maklumat di negara ini dapat terus diperkukuhkan selaras dengan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan pentadbiran awam. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baiklah, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini saya ingin bangun tentang pindaan yang telah dibawa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, peraturan saya layan. Jadi, ini peraturan ke apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Peraturan – tentang huraian yang dibagi di bawah pindaan ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya akan bagi ruang untuk bahas. Sebentar, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, duduk dulu ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya. Baik. Masalah ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentang sekarang ini terbuka untuk saya benarkan berbahas. Okey, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Nanti dulu. Ya, saya akan bagi, berapa sini.
[Sambil merujuk kepada blok pembangkang] , berapa sini. [Sambil merujuk kepada blok kerajaan] Yang Berhormat, don't cut the queue-lah ya. Baik. Saya akan buka untuk perbahasan. Saya membuat keputusan untuk memberi tiga daripada kanan. [Sambil merujuk kepada blok kerajaan] Tiga daripada kiri. [Sambil merujuk kepada blok pembangkang]. Kalau tidak ada orang, saya akan shift. By the six, saya akan tutup.
Baik, saya mulakan dengan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Yang Berhormat, pindaan ini bagus tapi sebelum pindaan ini dibuat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tiga minit ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Pelaksanaannya tak bagus. Fasal 6 rang undang-undang dipinda untuk memberi agensi penguat kuasa untuk mengekalkan perlindungan kepada pemberi maklumat dengan sebab di bawah perkara 11(1)(a) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Ini membolehkan agensi penguat kuasa menggunakan budi bicaranya dalam memberi perlindungan berterusan kepada pemberi maklumat.
Tapi kes Albert Tei, dia sepatutnya diberi perlindungan. Tapi agensi penguat kuasa kata dia tak layak dapat perlindungan. Orang yang nak menentukan layak tak layak itu siapa?
Jadi Yang Berhormat, kita sudah ada pindaan. Kita seronok sebab apa? Pemberi maklumat sekurang-kurangnya kalau sekiranya pemberi maklumat itu kata terlibat, tapi sekurang- kurangnya sekarang dia menjadi saksi untuk kepada kes yang berkenaan.
Yang Berhormat pun tahu kes jenayah. Kalau ada di kalangan ramai-ramai orang yang terlibat dengan jenayah, satu orang mahu jadi saksi, kita ambil dia jadi saksi walaupun dia terlibat. Di dalam kes Albert Tei, mungkin dia terlibat, wallahualam tetapi tiba-tiba dia telah diumumkan sebagai – maklumat yang diberinya tidak boleh dimasukkan di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi Yang Berhormat, kuasa kepada agensi penguat kuasa itu di tahap mana untuk membolehkan mereka terus memberi perlindungan kepada pemberi maklumat? Apakah sekurang-kurangnya kalau sekiranya berlaku berlainan, mereka tak boleh bagi perlindungan supaya jawatankuasa itu sendiri yang menyiasat untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat?
Yang kedua Yang Berhormat, kalau kita beritahu bahawa pemberi maklumat mendapat ganjaran tertentu seperti yang dibuat di US dan juga di Korea Selatan, di mana mereka boleh mendapat sampai 30 persen daripada hasil tangkapan ke dan sebagainya, kalau di Malaysia dia sebut macam ini, sudah pasti orang berlumba-lumba untuk beri maklumat. Tapi orang tak tahu sama ada pemberi maklumat nanti selamat ataupun tidak ataupun sekiranya dia beri maklumat, dia dapat habuan tertentu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey, sebelah kanan, sebelah kerajaan. Jika tidak ada, saya akan berikan kepada sebelah kiri. Silakan Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak bangkitkan perkara yang berkenaan dengan Akta 711 tadi ini yang mana kita lihat laporan 2023 oleh SPRM, hanya 12 peratus sahaja diambil tindakan. Ini menyebabkan kerana apa? Kerana whistleblower ataupun pemberi maklumat ni takut dengan keadaan sistem yang ada dalam negara kita walaupun ada Akta Perlindungan. Jadi, saya bimbang apabila diberi alasan pendedahan remeh atau mempersoalkan dasar kerajaan dan sebagainya, lebih-lebih lagi jika pendedahan ini menyentuh agensi yang mempunyai konflik kepentingan.
Apakah pindaan ini dibuat kerana kes di Sabah? Sebab itu saya sebut tadi pada Yang Berhormat Menteri, dia kata tak betul itu. Bila pendedahan dilakukan oleh media seperti MalaysiaNow, ini satu perkara yang besar. Bukan saya ambil di tepi-tepi jalan. Jadi kerajaan kena serius. Bila – tidak pun, buat satu investigation kepada MalaysiaNow ini, sebab ini media yang besar yang banyak pembaca. Kalau ini dikatakan perkara-perkara yang remeh tak betul seperti mana yang saya bangkitkan tadi, jadi satu yang sangat kita kesalkanlah.
Patutnya tangkap apa ini MalaysiaNow. Kenapa kamu dedahkan benda-benda yang tak betul ini? Apakah kerana Sabah ini ada kepentingan pihak-pihak tertentu menyebabkan mereka – kita tak boleh sebut, macam mana kes yang disebut kes Besut tadi. Tak boleh sebut sebab ada kepentingan sedang berjalan. Sedangkan ada dua kes. Satu jenayah, satu sivil.
Criminal dan sivil. Criminal ini dah selesai. Jadi dia tak sebut pun mana-mana pihak, secara general sahaja.
Jadi, oleh sebab itu kita takut dalam benda ini, sepatutnya pihak kerajaan untuk nak memerangi rasuah, tatakelola yang baik ini, sepatutnya kerajaan mesti merujuk kepada
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
negara-negara yang sudah ada perlindungan kepada pemberi maklumat seperti mana Financial Conduct Authority (FCA) daripada England yang meletakkan sasaran 52 peratus hasil daripada laporan-laporan ini. Kita baru 12 peratus, sangat-sangat sikit. Ini menyebabkan gejala rasuah ini akan berlaku berleluasa. Ia melibatkan selalunya rasuah ini melibatkan orang besar-besar. Macam saya tak ada duit apa ini nak rasuah apa? Macam Tan Sri Speaker – kami tak ada meniaga, tak ada buat apa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tetapi, yang menyebabkan orang yang memberi kelulusan, orang yang ada autoriti untuk nak memberi hak kepada petender-petender dan sebagainya, mereka ini. Sebab itulah, kes di Sabah ini, Albert Tei ini satu perkara yang besar. Sedangkan, syarikat yang masuk ini adalah kita tengok seperti mana yang dilampirkan oleh – dengan apa ini lesen daripada SSM.
Orang-orang tertentu, nama dalam ini. Satu benda yang sangat — kalau kerajaan anggap ini satu perkara yang kecil, remeh, tak ambil tindakan, ini I think, buatlah undang-undang apa pun. Malaysia tidak akan berjaya macam ini.
Sebut sahaja tatakelola tetapi mereka yang terlibat dalam perkara-perkara yang rasuah dan sebagainya, sekarang ini tak nampak. Okey. Oleh sebab itu, saya nak cadangkan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kita tengok kes, 45 peratus kes yang disebut pada tahun 2023, aduan rasuah dan adakah laporan tahunan jawatankuasa Akta 711 ini akan dibuka kepada awam selaras dengan prinsip open governance ataupun National Anti-Corruption Strategy (NACS) 2024–2028? Ini zaman inilah, sekarang ini, yang buat sekarang ini.
Jadi, saya ingat yang terakhir, apakah jaminan kerajaan bahawa pemberi maklumat dalam kes yang besaq seperti ini tidak akan ditekan, ditangkap atau dipinggirkan? Jika maklumat ini menyentuh tokoh berpengaruh atau individu yang dekat dengan kuasa politik, adakah Akta 711 ini akan tetap melindungi mereka? Adakah pembatalan perlindungan ini boleh digunakan sebagai senjata politik untuk menutup skandal tanah yang besar ini daripada perhatian awam?
Kami nak melihat bukti yang utama sekali, kes yang berlaku kepada Albert Tei di Sabah ini. Kalau ini tidak ada apa-apa tindakan seperti mana yang didakwa oleh MalaysiaNow, ini adalah satu hopeless daripada rakyat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Sebelah kanan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, Kota Melaka.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Kota Melaka. Tiga minit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Pengerusi. Saya nak tanya kepada Menteri.
Dengan kita luluskan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ini, adakah kerajaan yakin bahawa selepas ini, akan ada lebih ramai akan tampil untuk memberi maklumat kepada pihak SPRM supaya banyak kes yang dengan profil yang tinggi itu, kita dapat selesaikan?
Contohnya, kes yang melibatkan anak menantu Pagoh yang telah melarikan diri ke luar negara. SPRM nak tangkap dia. Dia tak berani nak balik. Anak menantu Pagoh. Jadi, adakah dengan pindaan akta ini, selepas ini, mereka yang tahu di mana anak menantu Pagoh itu sembunyi, mereka akan tampil pergi ke pejabat SPRM untuk buat — berikan maklumat tersebut kepada SPRM?
Barangkali, ada Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional yang mereka tahu mana anak menantu Pagoh itu tetapi mereka tak berani nak beritahu. Selepas pindaan ini, adakah dia akan memberikan satu...
[Dicelah]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini peraturan ini. Peraturan ini.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini peraturan. Bawa buku. bawa buku. Bawa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Peraturan berapa? Sebentar, Yang Berhormat Kota Melaka.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(6) ini, dia ada yang di sebelah kita ini tahu, Ahli-ahli Parlimen PN tahu pasal di mana beradanya menantu Pagoh.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini memang jahat ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, get to the point.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini tuduhan jahat ini. Tak. Suruh tarik baliklah, 36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. I get, I get. Saya dapat apa yang hendak disampaikan. Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk. Baik. 36 tadi, peraturan dibangkitkan, bagi saya, saya overruled, ya kerana bagi pada pendapat saya, mungkin ada. Okey. Jadi, itu keputusan saya. Teruskan, Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Pembahas, pembahas, pembahas yang terakhir di sebelah sini. Silakan, Yang Berhormat Machang. Tiga sahaja, Yang Berhormat. Saya dah buat keputusan tadi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Pengerusi, ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, kalau di sini tak ada kang, saya — Insya-Allah, ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Alright. Okey. Tiga minit ya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tiga minit.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyatakan sokongan saya kepada pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Subang tadi. Ya, berkenaan dengan keanggotaan yang bakal dilantik oleh Menteri untuk menganggotai Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat. Apakah saya — mungkin, kementerian boleh pertimbangkan cadangan Yang Berhormat Subang dan kami bersetujulah.
Bukanlah semua komposisi itu dilantik oleh Menteri sahaja. Masukkan juga wakil dari Bar Council, ahli akademik supaya nampak jawatankuasa ini lebih impartial, dengan izin, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bekas Ketua Hakim.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bekas Ketua Hakim Negara menganggotai Pengerusi, itu cadangan-cadangan tadi yang dilontarkan oleh banyak pihak di sini. Dan, saya juga ingin bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kenapa kita bangkitkan di sini? Kerana, kita ikhlas mahu lihat reform daripada rang undang-undang ini benar-benar dilaksanakan dengan baik. Bila mana di luar, rakyat timbulkan persoalan, aduan-aduan daripada whistleblowers ini tidak diendahkan dengan baik, dipandang enteng.
Contoh, saya ambil contoh. Laporan Bloomberg baru-baru ini yang mengatakan Yang Amat Berhormat Tambun mengarahkan Ketua SPRM tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya dan katanya, kena disaman, tak disaman-saman pun. Jadi, ini menjejaskan kredibiliti nama baik negara kita.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Tepuk]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bukan kita nak menjahanamkan kerajaan, tidak. Jadi, apa sahaja tohmahan, fitnah daripada whistleblowers, Bloomberg ke, MalaysiaNow ke, kerajaan perlu beri respons yang definitif dan jawatankuasa ini juga perlu berperanan. Tetapi, kalau semuanya lantikan Menteri, ada conflict of interest, itu yang dibangkitkan oleh kami tadi.
Macam mana jawatankuasa ini nak bertindak, memberi nasihat kepada badan-badan agensi yang ada kuasa untuk menghalang berlakunya salah laku, salah rasuah ini semuanya? Jadi, ini yang kami bangkitkan. Saya rasa, komposisi ini tidak begitu baik. Tidak
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
begitu adil. Perlu ada lebih ramai golongan-golongan yang bila dikatakan tadi, berkecuali daripada pentadbiran yang ada pada hari ini, ya. Mestilah bebas daripada pengaruh politik.
Jadi, kalau itulah menjadi persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli pembangkang dan juga rakyat di luar sana, saya yakin kalau agenda reform ini jujur dibuat, tak ada yang nak turunnya 26 hari bulan ini. Tetapi, disebabkan kegagalan-kegagalan yang berlaku, rakyat perlu turun untuk menyatakan bantahan dan kebimbangan kami kepada kerajaan pada hari ini. Jadi, turunlah Anwar 26 hari bulan ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, hold on. Yang Berhormat Jelutong, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Last, last pembahas, ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya turut serta kerana saya rasa bahawa pindaan yang dibuat ini, termasuklah apa yang telah dicadangkan dalam kertas, fasal 6, akan menyokong usaha kerajaan untuk kita mendapatkan maklumat. Dan, saya terdengar tadi, perbahasan Kota Melaka.
Saya tertarik. Kalau ini adalah pindaan yang dibuat, maka ruangnya adalah begitu luas untuk kita juga dapatkan maklumat mengenai skandal-skandal yang telah berlaku pada masa yang lampau. Saya beri contoh, skandal BMF, skandal Perwaja yang melibatkan bilion, berbilion-bilion ringgit ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa dan sebagainya.
Dan ketika itu, kita tahu siapakah yang menjadi Perdana Menteri. Tun Mahathir, yang sekarang melaung-laungkan kononnya nak menyelamatkan negara dan sebagainya. So, kita nak tahu bahawa perkara-perkara yang juga berlaku pada masa yang lampau, bolehkah kita siasat di mana kita boleh memberi ruang dan peluang untuk pihak-pihak yang terlibat semasa berlakunya skandal BMF, yang menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit?
Skandal Perwaja Steel yang menyebabkan kerajaan hilang berbilion-bilion ringgit juga disiasat.
Dan, kita — rakyat perlu tahu bahawa kononnya pihak-pihak yang ingin menyelamatkan negara, kononnya ingin turun ke jalanan dan menyelamatkan nasib rakyat, kononnya nasib rakyat terbiar dan sebagainya, adalah pihak-pihak yang sebenarnya telah menyebabkan kerajaan yang dahulu, negara kita hilang beratusan dan berbilion-bilion ringgit.
So, saya nak mintalah supaya perkara-perkara ini juga disiasat. Janganlah kita bersandiwara. Bersandiwara, bersandiwara...
[Dicelah]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
36(6) [Sambil menunjukkan senaskhah buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong.
Peraturan?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa dia?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, Yang Berhormat Jelutong membuat sangkaan jahat ke atas kami. Seolah-olah, terlibat dengan, dengan — yang nak turun ini, dia kata yang turun ini, terlibat bersekongkol dengan kerugian berbilion-bilion yang dahulu. Ini jahat, tak betul, Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta penjelasan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia kalah JAC itu. Pasal itu, orang tak undi dia. Dia ikat tradisi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, yang lain...
Seorang Ahli
[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Mana ada dia sebut.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain itu, duduklah ya.
Bagi sekarang, saya benarkan Machang untuk bercakap. Yang lain, tolong duduk Yang Berhormat. Okey.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Itu sahajalah yang saya nak nyatakan pada Tuan Yang di-Pertua. Saya minta dia tarik baliklah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya overrule, bermaksud tidak ada kesalahan dari perspektif itu. Teruskan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Itu sahaja ucapan saya.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jelutong, mintak penjelasan.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, ini floor Jelutong. Kalau Jelutong benarkan Yang Berhormat, barulah saya benarkan.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan. Boleh kah?
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Arau.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya nak minta penjelasan.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Arau.
Duduk. Ini floor Jelutong. 37(1) itu jelas. 37(2) itu. Yang Berhormat duduk. Kalau dia benar, saya benarkan. Kalau tidak, Yang Berhormat Jelutong, sila finish.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker saya tidak benarkan Arau. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apakah Yang Berhormat sedar BMF itu melibatkan ...
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat saya tak benarkan, duduk. Allah. Baik dalam Jawatankuasa yang ini. Menteri silakan jawab dalam lima minit. Yang Berhormat peraturan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya difahamkan 33 kalau boleh saya nak bangkitkan satu.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya dah panggil tadi Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tengah solat tadi. Sorry.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jadi saya serahkan sebelah sini. Alright.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh saja satu? Saya rasa bukan pasal isu politik kah apa. Saya just nak...
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tak benarkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, five minutes.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato' Pengerusi, sebenarnya saya tak perlu jawab langsung kerana semua perkara yang dibangkitkan bukan boleh dibahas sekarang. Perkara yang khusus adalah mengikut klausa enam iaitu mengenai perlindungan – saya baca yang depan kita hari ini bukan mengenai turun padang atau naik padang.
Walau apa pun, peranan 1A perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat boleh dikekalkan oleh agensi penguatkuasaan. Mana ada mereka debate mengenai perkara tersebut. Patut mereka bertanya kepada saya macam mana ini boleh berfungsi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Apakah experience sebelum ini Yang Berhormat. Jadi, tapi walaupun sedemikian, kerana Arau adalah senior member dan bekas Menteri Besar juga dan Menteri,saya jawab sedikit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum, YB Menteri, maaf boleh tak saya just – sebab ini penting. Saya sebenarnya nak tanya pasal benda yang apa YB Menteri cakap.
Sebab kalau kita tengok dekat dalam fasal pindaan ini, fasal 6 ini pindaan kepada seksyen
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya nak mungkin untuk for the purpose of Hansard dengan izin, mungkin pihak kerajaan boleh katakan bahawa apakah pertimbangan yang boleh diguna pakai oleh agensi penguatkuasaan ini untuk terus memberi perlindungan kalau difikirkan sesuai. Jadi, what are the considerations yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh agensi. Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri Dato’, Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama kerana saya lihat apa pindaan ini hasratnya bagus tetapi budi bicara itu kita tak tahu ruang lingkup dia setakat mana. Kalau boleh diberi gambaran sedikit, bagaimanakah keadaan yang membolehkan agensi yang berkaitan ini membuat keputusan untuk terus memberi perlindungan kepada pemberi maklumat tersebut.
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bangi dan Putrajaya sahaja yang telah dengan izinlah, telah membangkitkan perkara yang relevan.
Ahli-ahli yang lain semua relevan tapi tak relevan.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Menteri bohong. Saya baca yang ini tadi. Saya baca.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya baca.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya akan benarkan peraturan sahaja. Sekarang Menteri punya floor. Kalau dia tak bagi, Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau. Okey. Menteri. I get your point. Ini pada pandangan saya. Ini dalam Jawatankuasa. So answer only where is relevant. Alright. The rest itu...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Pengerusi. Ramai di antara Ahli Parlimen tidak fahamkerana apa pada committee stage, perkara-perkara yang khusus dibangkitkan kerana mengikut case law, perkara-perkara yang dibangkitkan di committee stage ini ia boleh dirujuk oleh mahkamah untuk intentional of Parliament.
Jadi, seperti Yang Berhormat Bangi bangkit, *he knows specifically this is an issue.
What is the ambit* dan seperti Yang Berhormat Putrajaya tanya. I think it is very relevant. Ini adalah kuasa yg akan diberi kepada agensi tersebut kerana sebelum ini Yang Berhormat, bila ada kuasa, mereka melakukan yang tidak wajar dan tidak ada perlindungan. Jadi, sekarang ia dilebarkan. It is extended supaya mereka walaupun ada perlanggaran undang- undang dan sebagainya agensi tersebut boleh memberi perlindungan.
We are actually opening up to give more opportunities and assistance to the agency to help these people. Kita perlu memberi perlindungan. Dato' Pengerusi itu adalah jawapan.
Tapi saya tak mahu lari dari asas ini.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yes, dalam Jawatankuasa.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Arau, kes Albert Tei berada dalam pertimbangan mahkamah dan tidak wajar untuk saya komen pada masa ini.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pada masa hadapan pemberi maklumat yang terlibat boleh dilindungi. This is prospective legislation. Not restrospective.
Pada masa ini ganjaran boleh diberikan mengikut seksyen 27(1). Pendang tidak berkaitan dengan pindaan dalam Jawatankuasa. Pendang pun sekarang sudah tukar tempat, tapi tak apa saya jawab juga. Dia nak lari dari kawasan. Keputusan kerajaan pada masa ini adalah pendedahan kepada media tidak boleh diberi perlindungan kerana identiti akan tersebar luas dan tidak boleh dilindungi. Selain itu boleh juga menjejaskan siasatan selepas ini.
Saya ada lagi dua perkara yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Melaka dan Jelutong. Saya rasa kena mengena. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana ada maklumat mengenai menantu Pagoh, mungkin mana dia duduk, di hotel mana, mungkin memberi maklumat kepada SPRM supaya tindakan susulan boleh diambil. Kalau Arau ada ...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia ada di terowong. Dia ada dekat terowong. Dalam kes terowong.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
[Dewan ketawa]
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Maklumat ini ada [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Teruskan Menteri. Wrap up your speech.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Akhir sekali Dato' Pengerusi, untuk menjawab Bangi dan Putrajaya, dua pertimbangan untuk kekal perlindungan ialah good faith and public interest. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.
[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal 6** sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Komunikasi (Puan Teo Nie Ching) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Finally, we reach that. We see the light at the end of the tunnel, dengan izin. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 23 Julai 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.50 malam]