Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Alhamdulillah. Ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:
Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025; 2. Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025; 3. Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025; 4. Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2025; 5. Akta Amanah Labuan (Pindaan) 2025; 6. Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025; 7. Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan
(Pindaan) 2025; 8. Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2025; 9. Akta Keselamatan Dalam Talian 2025; 10. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2025; 11. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2025; 12. Akta BERNAMA (Pindaan) 2025; 13. Akta Majlis Media Malaysia 2025; 14. Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman (Pindaan) 2025; 15. Akta Perbekalan Tambahan (2024) 2025; 16. Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2025; 17. Akta Perkhidmatan Parlimen 2025; [Tepuk] 18. Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025;
Tuan Yang di-Pertua
Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025; dan 20. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.
[Setiausaha membacakan Perutusan] Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut:
(D.R.63/2024) Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024; 2. (D.R.62/2024) Rang Undang-undang BERNAMA (Pindaan) 2024; 3. (D.R.1/2025) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman (Pindaan) 2025; 4. (D.R.5/2025) Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2025; 5. (D.R.4/2025) Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025; 6. (D.R.3/2025) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025; 7. (D.R.8/2025) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(Pindaan) 2025; 8. (D.R.2/2025) Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025; 9. (D.R.10/2025) Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025; dan 10. (D.R.9/2025) Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025.
Yang Ikhlas, t.t [SENATOR DATO AWANG BEMEE BIN AWANG ALI BASAH] “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bersidang mulai hari ini hingga 28 Ogos 2025 selama 24 hari. Antara urusan penting yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ialah Rang Undang- undang usul berkaitan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 dan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM. Mesyuarat kali ini dijangka akan kerap bersidang hingga larut malam.
Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025
(PSA) telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Akta Perkhidmatan Parlimen telah mengembalikan automoni Institusi Parlimen Malaysia, memperkasa demokrasi Malaysia dan memperkukuh prinsip pemisahan kuasa. Saya mengucapkan penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat yang sama-sama menyokong kewujudan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia telah menjadi Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi tahun 2025 dan setakat ini empat persidangan AIPA telah berlangsung iaitu melibatkan The 4th Meeting of the Coordinating Committee of Women Parliamentarians of AIPA (WAIPA) di Kuching, Sarawak; The 2nd Consultative Meeting of Young Parliamentarians of AIPA (YPA) di Klang, Selangor dan The 8th of AIPA Advisory Council on Dangerous Drugs (AIPACODD) di Kuantan, Pahang yang mana ketiga-tiga mesyuarat ini diadakan dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pahang.
Berkesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pahang atas penganjuran siri persidangan AIPA secara bersama.
Selain itu, mesyuarat The 4th ASEAN-AIPA Leaders' Interface pula telah diadakan di Kuala Lumpur semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan Mei yang lalu dan mesyuarat seterusnya ialah Perhimpunan Agung AIPA dijangka akan berlangsung pada 17 hingga 22 September 2025 di Kuala Lumpur.
Ahli Yang Berhormat, dalam pada itu saya ingin memaklumkan kepada semua Yang Berhormat, berkenaan kewajipan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan oleh Yang Berhormat di Dewan Rakyat. Sebelum ini kesemua Ahli Yang Berhormat telah membuat ujian kesihatan untuk dua tahun berturut-turut dan saya mengucapkan syabas dan tahniah.
Bagi tahun ini, Ahli Yang Berhormat diwajibkan menjalankan kesihatan sebelum 7 November 2025. Surat mengenai pemeriksaan kesihatan akan diedarkan dalam masa terdekat.
Tuan Yang di-Pertua
Pemeriksaan kesihatan ini sangat penting dan membantu Ahli Yang Berhormat untuk mengetahui tahap kesihatan pada peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan segera diambil.
Ahli Yang Berhormat, selain jadual kementerian menjawab semasa Sesi Pertanyaan- Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, bagi mesyuarat ini juga telah diletakkan atas meja Ahli Yang Berhormat. Saya turut ingin mengingatkan Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, sama ada Yang Berhormat yang bertanya dan anggota pentadbiran yang menjawab. Pematuhan ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan ini – di Dewan yang mulia ini.
Saya menyasarkan supaya pertanyaan bagi jawapan lisan ini hingga ke soalan nombor 15.
Sekian, Yang Berhormat sekalian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini dengan saya menjemput Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Apa khabar semua?
Beberapa Ahli
Baik.
[Tepuk]
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Izinkan saya, Tan Sri Yang di- Pertua untuk memulakan dengan serangkap pantun.
*Dari Paya Besar ke Dewan Rakyat, Medan bersuara dibuka pintu; Semoga usaha mendapat berkat, Soalan saya nombor satu.
[Tepuk]*
1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah hala tuju Dasar Luar Malaysia pasca-ASEAN 2025 dan bagaimana ia menyesuaikan diri dengan landskap geopolitik Indo-Pasifik yang kian berubah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri. Tiga minit, Menteri.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Paya Besar yang tanyakan soalan berkenaan dengan pasca-ASEAN 2045, ke mana arah hala tuju Dasar Luar Malaysia.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Datuk – Tan Sri Yang di-Pertua, Dasar Luar Malaysia pasca-ASEAN 2025 akan terus memberi fokus untuk memperkukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa berlandaskan prinsip kedaulatan, kebebasan dan berkecuali yang berobjektifkan pembangunan serantau dan global yang mampan.
Selaras dengan itu, visi ASEAN 2045, Tan Sri Yang di-Pertua, Masa Depan Bersama ataupun dengan izin, 2045: Our Shared Future yang telah diterima pakai dan diluluskan pada Sidang Kemuncak ASEAN 46 pada Mei yang lalu, akan bertindak sebagai rujukan ASEAN bagi dua dekad yang akan datang dalam memperkukuhkan agenda pembangunan ekonomi serantau dan juga komuniti serantau sebagai persiapan memasuki fasa integrasi masa depan.
Visi ASEAN 2045, Tan Sri Yang di-Pertua, menggariskan pendekatan strategik yang menyeluruh dan seimbang merangkumi ketiga-tiga tonggak iaitu tonggak keselamatan dan politik, tonggak ekonomi, tonggak sosiobudaya dan tambah lagi satu iaitu tonggak connectivity iaitu untuk kita merangkumkan selaras dengan ASEAN. Kita pengerusi iaitu inclusivity dan sustainability. Dalam hal ini, Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia menyasarkan ASEAN menjadi sebuah komuniti yang teguh, inklusif dan mampan serta berdaya saing.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, landskap Indo-Pasifik kian berubah dan semakin mencabar dengan persaingan geopolitik dan geoekonomi yang melibatkan kuasa-kuasa besar.
Sehubungan dengan ini, Malaysia akan kekal komited dalam memainkan peranan sebagai sebuah negara yang proaktif dan menyumbang dengan secara positif terhadap keamanan dan kestabilan Indo-Pasifik selaras dengan prinsip bebas, berkecuali, kepusatan ASEAN dan yang menjadi asas kepada blok ASEAN sekian lama.
Ke arah ini, Malaysia akan mempergiatkan aktiviti diplomasi seperti memperkukuhkan ASEAN sebagai pemegang taruh utama Indo-Pasifik, menyesuaikan dasar luar dengan realiti geopolitik baru, meningkatkan keupayaan diplomasi ekonomi dan keselamatan, memperkasakan kerjasama selatan-selatan dan mengutamakan diplomasi kemanusiaan dan pembangunan mapan.
Malaysia juga, Tan Sri Yang di-Pertua, menekankan kepentingan pembinaan kepercayaan secara strategik melalui dialog, budi bicara dan diplomasi terangkum. Malaysia percaya bahawa keterlibatan secara konstruktif dan inklusif merupakan kunci dalam mengurus ke perbezaan, mengelakkan ketegangan serta memelihara keamanan serantau dan antarabangsa.
Pendekatan ini selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN seperti yang saya sebutkan tadi, “Keterangkuman dan Kemampanan” yang menekankan tanggungjawab bersama membentuk rantau ASEAN yang mantap.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Paya Besar. Soalan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, Ahli Yang Berhormat, dengan landskap geopolitik Indo-Pasifik yang semakin kompleks, kemunculan pakatan minilateralism seperti AUKUS dan Quad serta pelaksanaan insentif serantau seperti ASEAN Outlook the Indo-Pacific (AOIP) dan Treaty of Amity and Cooperation (TAC).
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah pendekatan Dasar Luar Malaysia dalam menyesuaikan diri dengan realiti baru? Sejauh mana perkembangan pelaksanaan AOIP dan berapakah jumlah rakan dialog ASEAN yang minat dalam kerangka AOIP ini?
Dan yang terakhir, Yang Berhormat Menteri, apakah kriteria penting sesuatu negara untuk menyertai TAC? Dan baru-baru ini kita faham Algeria dan Uruguay sain secara rasmi di Sidang Menteri Luar ASEAN yang ke-58 dan apakah perkembangan terkini berkaitan TAC?
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri. Satu minit.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih. Soalan Paya Besar berkenaan dengan ASEAN Outlook Indo-Pasific. Tan Sri Yang di-Pertua, kawasan Indo-Pasifik ini bermakna daripada Lautan India – Hindi sampai ke Pasifik. Dia punya keluasan tu besar, iaitu termasuklah daripada Pantai Timur Afrika sampailah ke Pantai Timur Amerika.
Jadi, semua negara-negara yang ada di dalam lingkungan kawasan tersebut mempunyai kepentingan dalam Indo-Pasifik.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Maka ASEAN Outlook Indo-Pacific ini Dato’ Yang di-Pertua, menjadi sebagai suatu kerangka yang dipersetujui bersama oleh ASEAN. Bahawa ASEAN tidak boleh terkecuali daripada mengambil bahagian dalam Indo-Pasifik punya kerangka ini kerana berbagai-bagai mekanisme yang telah pun diwujudkan termasuk AUKUS iaitu tiga buah negara, Amerika, UK dan juga Australia, mengadakan kerangka pertahanan bersama mereka termasuk Quad-nya empat negara iaitu India, Amerika, Australia dan juga negara Jepun. Jadi, ini merupakan suatu kerangka yang ASEAN mesti mengambil bahagian. Maka itu sebab wujudnya ASEAN Outlook on Indo-Pacific kerana ia perlu kita suaikan diri dan menjadi sebagai suatu pemain utama untuk kita memastikan kawasan Indo-Pasifik ini terus bebas, aman dan berkecuali.
Dalam TAC pula soalan tadi, TAC ini ada 57 buah negara yang telah pun menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan dengan ASEAN. TAC ini dimulakan pada 1967, 1976, minta maaf, sorry, dah banyak, 57 buah negara termasuk 10 buah negara ASEAN, termasuk dua buah negara yang baru-baru ini menandatangani iaitu Algeria dan Uruguay. Banyak lagi negara yang nak masuk menandatangani Perjanjian TAC ini iaitu Cyprus,
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sweden dan ada lagi satulah. Dia ada tiga buah negara dalam kita telah pun luluskan, akan ditandatangani semasa sidang kemuncak yang ke-47 insya-Allah Dato’. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, 1997 Tuan Dr. Mahathir, 2018 Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Selang beberapa minggu, 2025 Prabowo, Presiden Indonesia hadir dijemput oleh Presiden Perancis ke Perarakan Hari Kebangsaan, Bastille Day. Mengapa Yang Amat Berhormat Tambun tidak dijemput. Malah, walaupun beliau seorang Pengerusi ASEAN beliau disambut oleh seorang prefare, pegawai perkhidmatan awam yang protokol jauh lebih rendah berbanding dengan Presiden Prabowo yang mendapat sambutan daripada Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau?
Jadi, saya lihat Yang Berhormat Menteri, liputan media berkenaan lawatan Pengerusi ASEAN ke Paris tidak luas. Le Figaro, Le Monde, Le Parisien, tidak membuat liputan hatta tentang syarahan perdana di Sorbonne. Jadi, apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju, it was a missed opportunity untuk Wisma Putra mengangkat semula diplomasi kita ke tahap kuasa besar Perancis ini kerana kekurangan engagement yang strategik seperti yang saya katakan tadi? Terima kasih. Apa komen?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sila Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Lawatan itu adalah merupakan Perdana Menteri singgah untuk dalam perjalanan ke Rio de Janeiro menghadiri sidang BRICS di Brazil. Kami di pihak Wisma Putra memandangkan ada jemputan-jemputan oleh kedua-dua buah negara yang telah lama menjemput Yang Berhormat Perdana Menteri kita ke Itali dan juga ke France. Jadi, kami mengambil peluang dalam perjalanan tersebut, Perdana Menteri singgah.
Lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke France adalah lawatan rasmi.1 Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, maka singgah di situ dan setakat kalau nak dikatakan kalau lawatan biasa itu dia Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diberikan penghormatan yang tinggi juga kerana diberikan penghormatan pemeriksaan barisan, itu oleh guard of honor dia, semua ada. Jadi, tidaklah betul mengatakan bahawa kita ini, lawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke Perancis itu tidak mendatangkan makna tetapi ia memberikan makna kerana yang pentingnya ialah semasa mengadakan perbincangan dua hala antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Presiden Macron. Berbagai-bagai perkara yang telah pun dibincangkan termasuk perbincangan empat mata, Tan Sri Yang di-Pertua ya, begitu juga di Itali.
1 Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 23 Julai 2025
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, jika nanti kita pergi terus ke France untuk mengadakan lawatan rasmi insya-Allah, saya rasa ia akan disambut seperti di negara-negara yang lain, di mana kita mengadakan lawatan rasmi secara rasminya ke negara tersebut, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dahsyat, dahsyat. Dato’ Seri, sebelum ke soalan, can I ask a question? Pemakluman oleh Tan Sri tadi, ada tak rang undang-undang yang diluluskan Dewan ini dan Dewan Senat yang belum ditandatangan, perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia?
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan check, baik. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan nombor dua, Tan Sri Yang di-Pertua.
2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan perlaksanaan inisiatif MyDigital setakat ini khususnya berkaitan pendaftaran MyDigital ID, integrasi sistem kerajaan dengan platform digital dan impaknya kepada penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Tuan Yang di- Pertua, soalan Yang Berhormat Beluran ini kita lihat ada merangkumi tiga aspek Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan perkembangan MyDigital ID, kemudian integrasi sistem dan impaknya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga suku kedua tahun 2025, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mendaftar MyDigital ID adalah kira-kira 2.8 juta orang, meningkat daripada jumlah 1.8 juta pendaftaran yang dicatatkan pada suku pertama tahun 2025.
Jumlah ini dijangka terus meningkat dengan pengembangan kes pengguna atau use case, dengan izin.
Dalam konteks MyDigital ID, kes penggunaan bermaksud aplikasi atau perkhidmatan tertentu di mana MyDigital ID digunakan sebagai kaedah pengesahan identiti. Contohnya, log masuk ke portal MyGOV menggunakan MyDigital ID.
Kedua, mengakses aplikasi MyJPJ dengan pengesahan MyDigital ID dan ketiganya, verifikasi pemilik kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID. Jadi, semakin banyak kes penggunaan MyDigital ID ini diperkenalkan dalam sistem dan perkhidmatan kerajaan dan juga swasta, semakin tinggi keperluan pengguna untuk mendaftar MyDigital ID. Ini kerana setiap kes penggunaan baru mewujudkan keperluan pengesahan identiti digital sekaligus mendorong peningkatan pendaftaran dalam kalangan rakyat.
Menyentuh isu integrasi MyDigital ID pula, ketika sesi penggulungan pembekalan tambahan pertama tahun 2024 pada 2 Mac 2025, saya juga telah memaklumkan bahawa telah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
ada 10 sistem aplikasi kerajaan telah diintegrasikan dengan MyDigital ID, 12 dalam proses dan 12 dalam perancangan dan lapan pula dalam penilaian. Ini melibatkan 42 sistem keseluruhannya.
Terkini, jumlah integrasi telah meningkat secara signifikan kepada 35 sistem aplikasi kerajaan, 17 lagi sedang dalam pelaksanaan manakala 21 dalam perbincangan awal. Di samping itu, tujuh sistem aplikasi bukan kerajaan telah pun berjaya diintegrasikan dan dua lagi sedang dilaksanakan, menjadikan jumlah keseluruhan integrasi adalah sebanyak 82 sistem. Ini peningkatan hampir dua kali ganda Yang Berhormat, berbanding dengan Mac lalu.
Selanjutnya, keterangkuman MyDigital ID akan turut melibatkan aplikasi digital daripada sektor kewangan dan juga perbankan dan setakat ini, sebanyak enam buah bank telah selesai menjalani fasa pengujian sandbox di dalam pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM). Hal ini membuktikan usaha dan keyakinan institusi kewangan dan perbankan telah dalam mempertingkatkan kemajuan bidang teknologi kewangan iaitu fintech menerusi penggunaan identiti digital yang sahih dan juga selamat.
Dari segi keselamatan pula, MyDigital ID menggunakan teknologi biometrik, e-KYC dan juga kriptografi, serta tidak menyimpan data peribadi pengguna bagi mengurangkan risiko kebocoran. Selain daripada itu, MyDigital ID turut mengambil langkah proaktif menerusi jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber. Antara usaha yang bakal dilaksanakan ialah melalui pelaksanaan verifikasi identiti pemilik kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID yang dijangka akan mula berkuat kuasa pada akhir suku ketiga tahun ini, yakni tahun 2025, dengan kerjasama SKMM dan juga syarikat pengendali telekomunikasi.
Jadi ringkasnya, Yang Berhormat, pelaksanaan MyDigital ID ini tentunya memberi impak kepada beberapa kumpulan termasuklah rakyat, yang mana melalui rakyat, jaminan keselamatan pengesahan identiti digital yang sahih serta memudahkan juga akses kepada perkhidmatan digital kerajaan dan juga swasta. Sektor bukan kerajaan juga mendapat impaknya di mana kepercayaan pelanggan dan mengurangkan risiko penipuan dalam talian meningkat.
Yang ketiganya, agensi-agensi kerajaan kerana dapat mempercepatkan penyampaian perkhidmatan awam sudah tentunya dan mengelak pertindihan data dan membolehkan penyaluran bantuan yang lebih bersasar.
Dan keempatnya, industri khusus berkaitan dengan teknologi kerana MyDigital ID dapat memperkukuhkan daya tarikan pelaburan melalui kesiapsiagaan infrastruktur digital dan keselamatan siber negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang terakhir Yang di-Pertua, pelaksanaan MyDigital ID ini mencerminkan komitmen dan juga usaha kerajaan bersama-sama pihak bukan kerajaan dalam kita memastikan keselamatan identiti digital rakyat Malaysia akan sentiasa terpelihara. Ia juga merupakan sebahagian daripada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
langkah transformasi digital kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital negara di samping mewujudkan ekosistem digital negara yang lebih selamat, mampan dan juga berdaya saing.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tan Sri. Tiga hari lalu kita ada dimaklumkan gangguan terhadap sistem e-gate di CIQ Johor. Satu — sebab dikatakan disebabkan oleh integrasi sistem MyIMMs ini. Jadi, sebenarnya Tan Sri, inilah kebimbangan rakyat Malaysia, kebimbangan awam, kebimbangan umum terhadap inisiatif-inisiatif digital seperti ini.
Kebimbangan privasi — terhadap privasi dan keselamatan, kebolehpercayaan infrastruktur digital, kebimbangan terhadap agensi pelaksanaan sendirian berhad, company yang melaksana inisiatif ini, kebimbangan terhadap akses dan keterangkuman digital, kebimbangan terhadap kepenggunaan meluas dalam sistem kritikal, kebimbangan terhadap potensi penyalahgunaan.
Ini antara keraguan ataupun kebimbangan awam, umur terhadap inisiatif-inisiatif seperti ini. Sebab itu kita lihat, setakat ini 2.8 juta sahaja yang mendaftar berbanding dengan PADU ataupun BUDI MADANI lebih 10 juta. Jadi, sejauh mana kebimbangan-kebimbangan ini akan diambil kira dan untuk melaksanakan inisiatif MyDigital ini agar ianya akan dapat dicapai matlamatnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pasti itu adalah kebimbangan bukan sahaja daripada Yang Berhormat Beluran eh. Tapi bahkan kebanyakan daripada kita.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, langkah-langkah keselamatan memang kita sedang laksanakan bersama dengan MyDigital ID ini dan saya kira di antara perkara-perkara yang banyak kita laksanakan ialah untuk memastikan sebenarnya keselamatan ini dijaga. Sebab itu, tadi saya sebut data itu kita tidak simpan ya. Tetapi itu adalah untuk memastikan supaya keselamatan itu dijaga dengan baik.
Yang Berhormat, sebenarnya untuk kita menggalakkan ya, lebih ramai lagi mereka- mereka menggunakan MyDigital ID ini, kita ada kekangan ya. Di antara kekangannya ialah untuk mereka mendaftar dalam MyDigital ID ini adalah bersifat sukarela. Jadi, inilah di antara perkara- perkara yang kita kena bincangkan dengan lebih terperinci lagi bagaimana untuk memastikan rakyat lebih ramai lagi mendaftar dalam MyDigital ID ini.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, kerajaan juga tengah — sedang melihat kemungkinan untuk kita apa ini — mewujudkan mungkin akta yang boleh menggalakkan ataupun mewajibkan mungkin rakyat untuk mendaftar apa ini MyDigital ID. Kita juga melaksanakan kerjasama-kerjasama dengan pelbagai pihak dan entiti termasuklah entiti swasta untuk kita juga meningkatkan penggunaan MyDigital ID ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan saya Yang Berhormat, apakah langkah produktif yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berhadapan dengan kekangan capaian internet serta tahap celik digital yang rendah tidak terpinggir daripada pelaksanaan MyDigital ID ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik. Seperti saya sebut tadi, kita — MyDigital ID sedang memperluaskan engagement ataupun sesi libat urus dengan pelbagai-bagai pihak. Jadi, sudah tentunya seperti saya sebut dalam pelaksanaan kita juga kita melihat — melibatkan SKMM dalam perkara ini yang juga boleh membantu dari sudut pencapaian Internet di kawasan- kawasan pedalaman dan akhirnya membantu mereka-mereka yang duduk di pedalaman itu juga bersama-sama dalam menggalakkan penggunaan MyDigital ID ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Sivakumar Naidu, Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Digital menyatakan kesiapsiagaan negara menghadapi gelombang kecerdasan buatan, termasuk strategi pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan dan tahap integrasi AI dalam tadbir urus serta sektor ekonomi utama.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan ini, izinkan saya jawab dengan soalan Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas 5 Ogos 2025 dan juga daripada beliau pada 30 Julai 2025 kerana perkara-perkara sama yang diungkitkan boleh dijawab dalam jawapan yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan penghargaan atas soalan aspek yang sangat penting berkaitan dengan AI. Kita lihat kepada dasar dan hala tuju strategik.
Pertama, dari sudut dan juga hala tuju strategik. Malaysia kini berada dalam kesediaan atau keadaan bersedia untuk menghadapi gelombang teknologi AI disokong oleh strategi pemindahan teknologi yang praktikal, pembangunan bakat tempatan, kesedaran awam serta juga yang penting pelaksanaan dasar dan kawal selia yang menyeluruh.
Penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan ataupun NAIO, National AI Office merupakan salah satu daripada langkah yang kita ambil, pihak kerajaan dalam pelaksanaan dasar juga lihat kepada aspek tadbir urus dan pematuhan etika keselamatan serta kedaulatan digital terhadap AI. Sebagai asas pelaksanaan, kerajaan telah pun merangka dan melaksanakan pelan hala tuju AI negara 2021 sehingga 2025 dan pelan ini bertujuan memacu pemindahan teknologi AI melalui pembangunan bakat, kerjasama penyelidikan dan pembangunan R&D, pengoperasian sandbox serta pembangunan standard keselamatan.
NAIO kini sedang merangka Pelan Tindakan AI Kebangsaan untuk jangka masa 2026 sehingga 2030 bagi memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab AI serantau. Pelan ini menetapkan sasaran peningkatan pencapaian Malaysia dalam penarafan global berkaitan AI.
Malaysia kini berada di tangga nombor 26 daripada 36 negara di dalam Stanford HAI AI Index 2023 dan ke-24 daripada 193 negara dalam Oxford Insights Government AI Readiness Index 2024. Dan usaha sedang diambil untuk memperkukuhkan lagi pencapaian penarafan yang lebih tinggi.
Kedua, dari segi pembangunan bakat tempatan, kerajaan telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif berskala besar untuk meningkatkan kesiapsiagaan tenaga kerja negara terhadap penggunaan teknologi AI. Antara inisiatif yang kita laksanakan adalah Program AIForMYFuture bersama Microsoft yang menyasarkan hampir 800,000 rakyat Malaysia melalui modul interaktif dan latihan bimbingan. Untuk memperkasakan pelajar dan pendidik, MDEC turut melaksanakan program seperti MyDigitalMaker dan Cikgu Juara Digital yang menekankan kemahiran digital seperti robotik dan analitik data di peringkat sekolah.
Sementara itu, kita juga ada inisiatif sebagai AI at Work bersama Google yang menyasarkan latihan kepada 445,000 penjawat awam melalui penggunaan aplikasi AI seperti Gemini dan NotebookLM bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
Ketiga, kita melihat kepada aspek kerangka perundangan. Kerajaan sedang meneliti cadangan menggubal akta khusus berkaitan AI bagi mengimbangi keperluan tadbir urus dan aspirasi Malaysia sebagai peneraju serantau.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, ada butir-butir berkaitan perkara itu yang kita bekerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, saya akan beri secara bertulis. Kalau tidak, ianya agak panjang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Gobind Singh Deo
Dan saya harap bahawa setakat itu, jawapan yang dikemukakan dapat saya jawab. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri. Silakan Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Kita berada dalam satu zaman revolusi digital yang cukup mencabar. Apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang memang tidak dapat kita bayangkan. Malah setiap hari kita melihat ada sahaja benda baru wujud dalam dunia maya ini.
Bagaimanakah persediaan kerajaan untuk kita menempuh cabaran? Dan apakah bentuk kerjasama strategik yang sedang dan akan dilaksanakan bersama dengan negara-negara maju dalam bidang artificial intelligence ataupun kecerdasan buatan? Dan bagaimanakah hasil kerjasama ini akan dapat memberi manfaat secara langsung kepada negara kita Malaysia?
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga bersetuju ini adalah satu aspek yang sangat penting dan kita kena lihat bagaimana kita dapat menyediakan negara untuk menghadapi cabaran yang bakal kita hadapi dalam masa yang akan datang.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Yang Berhormat, bila kita sebut berkaitan dengan AI ini, AI adalah satu perkara yang bukan sahaja kita perlu lihat dari sudut Malaysia tapi kita juga perlu lihat dari sudut rantau ASEAN dan juga sudut global.
Tuan Gobind Singh Deo
Jadi dalam perkara itu, kita memang ada pelbagai jenis urusan dan mesyuarat dengan negara-negara lain untuk memastikan bahawa kita sedar berkaitan dengan apakah sebenarnya preparasi yang dibuat oleh negara-negara tersebut dan kita juga di Malaysia boleh memastikan bahawa kita dapat membinakan ekosistem di Malaysia yang bersedia supaya kita dapat juga berkerjasama dengan mereka bergerak ke depan.
Beberapa perkara perlu kita lihat. Aspek connectivity misalnya, aspek compute power aspek data dan data sharing dan sebagainya. Kemudian kita ada aspek security (keselamatan) dan juga aspek bakat. Jadi dalam keadaan tersebut, memang permintaan ada di peringkat kementerian dan sebagainya. Kita misalnya ada ASEAN Digital Ministers Meeting atau ADGMIN yang diadakan setiap tahun di mana setiap negara akan menghantar Menteri Digital untuk
Tuan Gobind Singh Deo
memberitahu memaklumkan ketersediaan negara mereka dalam bidang-bidang yang saya sebut tadi dan di situ ada perbincangan berkaitan dengan hala tuju ke depan. Daripada situ kita juga melihat kepada perbincangan dengan negara-negara global yang lain.
Yang Berhormat, kita bulan depan juga akan mengadakan satu acara di Malaysia iaitu ASEAN AI Summit 12 dan 13 hari bulan Ogos tahun ini. Situ menjadi lagi satu pentas di mana kita dapat mengumpul semua minda daripada negara-negara serantau dan juga peringkat global untuk kita bincang perkara berkaitan dengan ketersediaan negara-negara bukan sahaja dalam rantau kita tetapi di peringkat global.
Dan bagaimana kita boleh bersama-sama menghadapi cabaran yang akan datang dan memastikan bahawa setiap negara adalah bersedia dan kita boleh menggunakan kekuatan- kekuatan di antara kita semua untuk memastikan bahawa kita bersedia untuk teknologi masa depan dan cabaran yang bakal kita hadapi itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang di-Pertua. AI hanya sebijak data yang dilatih padanya. Jadi dalam kita menuju integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor awam dan tadbir urus, muncul satu cabaran baharu yang semakin membimbangkan iaitu penyalahgunaan AI dalam risiko berat sebelah dan diskriminasi sebab data input itu ya.
Kehilangan akauntabiliti, bukan manusia yang memutuskan siapa accountable, nak salahkan siapa dan sebagainya.
Jadi soalan saya, apakah langkah Kementerian Digital untuk menggubal rangka kawal selia ataupun undang-undang khusus bagi mencegah penyalahgunaan teknologi AI seperti deepfake terutamanya boleh memberikan kesan langsung kepada integriti pentadbiran, keselamatan data kerajaan serta persepsi-persepsi awam terhadap dasar-dasar kerajaan apabila AI digunakan secara meluas dalam tadbir urus digital negara dan juga kedaulatan digital? Sikit.
Adakah kerajaan akan menggubal — mewujudkan suruhanjaya etika dan keselamatan AI kebangsaan yang bebas dan dwipartisan supaya ianya boleh merangkumi semua pihak? Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Kita kena lihat aspek keselamatan apabila perbincangan berkaitan dengan AI dari sudut kepercayaan. So, di sini adalah aspek apa yang disebut sebagai trust ya yang kita nak wujudkan satu kerangka di mana kita boleh memastikan bahawa apabila seseorang itu menggunakan satu platform, beliau yakin bahawa platform itu adalah selamat. Data yang digunakan itu adalah selamat. Data yang beliau akan gunakan daripada platform dan sebagainya itu juga adalah
Tuan Gobind Singh Deo
selamat. Jadi dari sudut itu saya setuju kita kena lihat bagaimana kita ada satu agensi yang dapat melihat kepada aspek ini.
Sekarang Kementerian Digital sedang dalam proses merangkakan apa yang kita sebut sebagai digital trust dan data safety strategy bergerak ke depan. Saya harap bahawa kita dapat mengemukakan strategi itu sebelum akhir tahun ini. Ia telah pun disiapkan dan telah pun dikemukakan kepada saya.
Soal yang berbangkit adalah siapakah yang akan melaksanakan dan memastikan bahawa dasar ini dapat kita laksanakan bukan saja di peringkat kerajaan tapi juga di peringkat sektor swasta, itu kita dalam proses perbincangan sekarang.
Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, dalam bulan Januari tahun ini, kita telah pun meluluskan Akta Perkongsian Data. Di dalam akta itu, kalau Yang Berhormat dapat lihat — meneliti akta itu, kita telah pun mewujudkan Data Committee dan Data Committee itu bertanggungjawab sekarang untuk melihat kepada aspek data bagaimana ia dapat dikongsikan, aspek-aspek keselamatan dan sebagainya.
Banyak kerja yang harus kita laksanakan bergerak ke depan. Dalam negara kita ini juga kita lihat data ini banyak masih analog lagi, masih visual dan audio dan sebagainya. Proses pendigitan perlu dilaksanakan. Di dalam proses tersebut kita kena lihat kepada aspek-aspek security layers, privacy dan sebagainya. Kita sedang membincang dan melihat ke dalam semua aspek ini secara keseluruhan dengan CyberSecurity Malaysia dan juga dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi di bawah kawal selia kementerian saya.
Sebenarnya ini adalah aspek yang sangat penting. We are trying our best to get it done by this year. Tapi saya memberi pengesyoran kepada Yang Berhormat di sini bahawa aspek ini memang kita lihat dengan serius dan kalau ada apa-apa tambahan ataupun maklumat ataupun hendak bantu dalam perkara itu, please come and see me and we will work together on it. Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dwipartisan Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Definitely.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Negara ini negara hukum, Perdana Menteri boleh naik boleh turun; Sabtu ini rakyat berhimpun, Mereka mahu Anwar turun.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Soalan saya nombor empat, [Tepuk] Mohon Menteri jawab cepat-cepat; Takut nanti tak sempat, 26 hari bulan sudah dekat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tak hormat demokrasi.
4. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan justifikasi kenaikan kos haji 2025, status pelaburan Tabung Haji dan jumlah kuota haji Malaysia yang tidak digunakan bagi tahun 2020 hingga 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Harmonikanlah perbincangan kita ya. Harmonikanlah. Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Kuota haji rasmi tahunan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600. Kuota ini ditetapkan berdasarkan keputusan persidangan Pertubuhan Negara- Negara Islam (OIC) yang menetapkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Islam sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2020 dan 2021, tiada kuota diperuntukkan susulan daripada pandemik COVID-19 manakala pada tahun 2022 pula, Kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya 45 peratus daripada kuota asal bagi seluruh negara Islam di dunia selepas pandemik COVID-19 reda, menyebabkan kuota haji negara Malaysia hanyalah sebanyak 14,306.
Tiada kuota rasmi haji Malaysia yang tidak digunakan bagi tahun 2020 hingga 2025.
Bagi tahun 2025, tiada peningkatan kos haji bagi seorang jemaah muassasah. Jumlah kos haji adalah sama seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM33,300.
Dari segi prestasi pelaburan, Tabung Haji telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024 yang merupakan kadar tertinggi dalam tujuh tahun. Jumlah agihan keuntungan adalah sebanyak RM2.92 bilion, memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit. Agihan keuntungan adalah hasil aktiviti pelaburan yang berpandukan disiplin alokasi aset strategik ataupun SAA yang dirangka berasaskan tahap toleransi risiko yang bersesuaian demi menjaga kemampanan portfolio pelaburan Tabung Haji. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Pangkalan Chepa. Tanya soalan, jangan berpolitik. Silakan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, sudah habis. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tadi jawapan Yang Berhormat Menteri menyebut tidak ada kuota haji untuk tahun ini yang tidak digunakan. Kebiasaannya selepas kuota rasmi diberikan, pada kebiasaannya akan ada kuota tambahan bergantung kepada tahap keakraban antara kerajaan semasa dengan Kerajaan Saudi. Jadi, yang saya maksudkan kuota tambahan itu kebiasaannya akan berlalu begitu sahaja, sedangkan ramai rakyat memerlukan dan di luar sana ada travel yang mampu untuk menguruskan pada saat-saat akhir seperti ini. Jadi itu yang saya tanya dan kalau masa akan datang pihak kerajaan ada kuota lebihan seperti itu, saya cadangkan supaya diberikan kepada travel agent yang berdaftar dengan Tabung Haji itu sendiri.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kemudian Yang Berhormat sebutkan tadi berkaitan dengan kos haji. Kalau jawapan Yang Berhormat tadi menunjukkan bahawa perkongsian keuntungan tahun 2000 – tahun lepas adalah sebanyak 3.25 peratus, tahniah saya ucapkan kerana kenaikan selepas tujuh tahun. Tetapi soalnya, mengapa perkongsian keuntungan itu tidak diolah dalam rupa bentuk bayaran untuk subsidi ataupun tanggungan sebahagian kepada B40 dan B50 untuk mengerjakan haji?
Cuma saya pertikaikan bagaimana laporan Ketua Audit Negara, satu lagi Yang di-Pertua.
Pada tahun 2024, Tabung Haji kerugian sebanyak RM690 juta daripada empat subsidiari termasuk kerugian besar di United Kingdom. Mohon penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Ada tiga soalan yang dikemukakan di situ.
Yang pertama berkaitan dengan kuota tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 1446 Hijri yang lalu, tidak ada kuota tambahan yang diberikan kepada mana-mana negara. Untuk tahun 1445 Hijri, ada kuota tambahan yang diberikan kepada Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia dan Alhamdulillah, keseluruhan daripada kuota tambahan yang diberikan kepada Tabung Haji telah digunakan, termasuklah digunakan oleh pengelola jemaah haji. Untuk tahun yang lepas ini memang tidak ada negara pun diberikan kuota tambahan.
Bagi soalan yang kedua berkaitan dengan dividen ya, tambahan 3.25 peratus dividen tersebut. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat, Tabung Haji dalam usaha untuk memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia, khususnya di kalangan orang- orang Islam tentang kaitan haji ini dengan kemampuan ataupun istitha'ah, itu asas daripada kewajipan haji tersebut.
Jadi bermula daripada tahun 2022, memang subsidi yang diberikan oleh Tabung Haji kepada jemaah-jemaah haji, khususnya di kalangan B40 dan M40 itu makin berkurangan. Ini adalah asas untuk mendidik orang-orang Islam tentang kewajipan haji tersebut. Jadi, atas dasar tersebutlah, maka Alhamdulillah, kalau kita tengok jumlah jemaah haji yang layak untuk menunaikan haji untuk dua tahun yang lepas, mereka ini memang secara sukarela. Tahun 2024
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
seramai 263, tahun 2023, seramai 396 jemaah haji yang tidak mahu menerima bantuan subsidi ataupun bantuan haji yang diberikan.
Jadi, yang ini menunjukkan, Tan Sri Yang di-Pertua, makna kefahaman masyarakat, hasil daripada penjelasan yang diberikan kepada mereka, bahawa kewajipan ini melibatkan itu. Jadi, sebab itu mereka ini tidak mahu menerima subsidi ataupun bantuan haji yang diberikan kepada mereka. Jadi, akibat daripada itulah, kita menerima dividen yang agak tinggi untuk tahun lepas.
Hasil daripada jumlah keuntungan yang diterima bersama-sama dengan penolakan bantuan haji yang diberikan.
Berkaitan dengan soalan yang ketiga itu tentang laporan daripada audit, yang ini adalah kesan daripada perubahan interest rate yang berlaku di United Kingdom - Ini sebahagian daripada maklumat yang diterima. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Balik Pulau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Menteri atas jawapan yang agak panjang. Saya ingin membawa semula tentang kisah 47 jemaah haji yang terkandas, kisah yang menyayat hati, mereka dikurung di sebuah rumah di tengah padang pasir dan dua daripada yang so-called ustaz ini telah pun ditangkap.
Saya nak tanya ke depan, bagaimana kita nak menghalang daripada ejen-ejen haram ini daripada memberi tawaran pakej haji dan boleh juga mereka membawa masuk ke Mekah dan Madinah tanpa umrah haji yang sah, tanpa lesen, sorry visa haji yang sah? Adakah ini mungkin kerana langkah-langkah ini tidak dapat dijalankan sebab urusan umrah ini di bawah MOTAC, urusan haji di bawah Menteri Agama? Mungkin ada overlap ataupun percanggahan dari segi punca kuasa dan penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Usaha-usaha untuk memberikan pencerahan dan penjelasan kepada umat Islam berkaitan tentang kepentingan untuk mendapatkan permit yang sah sebelum masuk haji itu berterusan. Kita berikan termasuklah sampai ke khutbah Jumaat, kita masuk juga untuk mengingatkan umat Islam tentang keperluan untuk mematuhi peraturan tersebut.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Selain daripada itu, kita telah mewujudkan satu jawatankuasa khas antara PDRM, Tabung Haji dan juga MOTAC untuk menghalang mana-mana syarikat ataupun pihak yang cuba untuk membawa umat Islam untuk menunaikan haji tanpa permit. Sekiranya ada maklumat yang kita terima, Tan Sri, kita boleh halang. Tetapi kumpulan yang 47 itu, apa yang berlaku, kita tidak boleh menghalang kalau mereka ini nak bergerak ke negara lain. Jadi, yang kumpulan tersebut dia pergi seolah-olahnya nak bercuti ke Turki ke, ke UAE, kemudian daripada situ mereka bergerak masuk ke Mekah untuk menunaikan haji. Jadi, ini masalah yang timbul daripada apa yang berlaku tersebut.
Berkaitan dengan persoalan sama ada umrah itu terletak di bawah kuasa MOTAC ataupun Tabung Haji? Saya rasa dia tidak menjadi isu walaupun kita akan bincangkan untuk cari jalan yang terbaik dalam konteks umrah untuk letak di bawah Tabung Haji dan sebagainya, itu kita boleh lihat dan perbincangan akan kita jalankan dengan pihak-pihak MOTAC. Tapi saya tak nampak yang itu menjadi isu-isu utama dalam — saya rasa, kesedaran di pihak masyarakat dan juga sifat tanggungjawab di kalangan pengelola-pengelola travel agent ni yang perlu kita tekankan. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tan Sri Speaker, rindu tak bersidang agak lama. Pergi terus soalan 5.
5. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini dan perancangan kerajaan dalam meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan bagaimana Kerajaan dapat memastikan bahawa penguatkuasaan akta ini dapat menjaga keselamatan pemberi maklumat, terutamanya dalam kes-kes berprofil tinggi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, dia tak rindu kat saya sebab semalam kami bersama dalam pemukiman wakil rakyat dan...
Tuan Yang di-Pertua
Nasib baik.
[Ketawa]
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Kerajaan MADANI. Tuan Yang di-Pertua, status terkini dan perancangan kerajaan dalam meminda akta ini, bagi untuk menjawab soalan Yang Berhormat, ingin saya menyatakan bahawa pindaan kepada akta ini telah dibacakan buat kali pertama pada 6 Mac 2025 dan seterusnya akan dibentang bagi bacaan kedua dan ketiga pada mesyuarat kali ini di mana pindaan ini merupakan fasa satu dalam inisiatif memperbaharui dan mengukuhkan undang-undang dengan izin, good governance atau tadbir urus yang baik dalam
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
sistem perundangan. Daripada senarai persidangan eh, Tan Sri Yang di-Pertua, insya-Allah pada esok hari pindaan kepada akta ini akan dibuatkan pada bacaan kali kedua.
Untuk pengetahuan kepada Yang Berhormat ya tentang soalan Tan Sri Yang di-Pertua, ingin saya menyatakan dalam pindaan ini, bagi fasa pertama ialah kewujudan satu jawatankuasa perlindungan pemberi maklumat yang berperanan untuk menyelia pelaksanaan akta ini oleh agensi penguatkuasaan, mengumpul statistik serta data berkaitan pendedahan dan aduan yang dibuat di bawah Akta 711 ini.
Pindaan ini juga dilihat akan membawa cadangan penambahbaikan kepada seksyen 6 supaya perlindungan kepada pemberi maklumat tetap sah meskipun pendedahan tersebut melibatkan peruntukan kerahsiaan atau tatacara khusus di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Di dalam soalan kedua, dalam soalan Yang Berhormat berkenaan dengan bagaimana akta ini dapat menjaga keselamatan pemberi maklumat? Ingin saya maklumkan pada Tan Sri Yang di-Pertua bahawa, saya percaya dengan merealisasikan hasrat bagi Kerajaan MADANI untuk meningkatkan integriti nasional adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan keselamatan pemberi maklumat dijamin di bawah undang-undang ini. Bagi menjunjung inisiatif tersebut, dari segi kerahsiaan maklumat, seksyen 8 Akta 711 akan terus terpakai secara automatik pada semua individu yang diiktiraf sebagai pemberi maklumat di bawah akta ini.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Identiti dan maklumat berkaitan pemberi maklumat dilindungi dan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran kecuali bagi tujuan siasatan atau prosiding undang-undang seperti yang dinyatakan secara jelas di dalam akta ini. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tan Sri Speaker, terima kasih Menteri.
Apakah keputusan kerajaan untuk meminda definisi pemberi maklumat yang layak dalam akta supaya tak tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang boleh mengekang atau dijadikan alasan untuk mengecualikan pemberi maklumat daripada perlindungan di bawah akta? Dan memandangkan kriteria ini boleh menakutkan pemberi maklumat daripada membuat laporan.
Dan seterusnya, apakah komitmen daripada kerajaan ke atas ketelusan dan jaminan tidak campur tangan eksekutif dalam kes-kes profil tinggi kerana struktur sekarang ialah di tangan Peguam Negara manakala SPRM menyiasat? Dan terakhir, tadi Yang Berhormat sebut jawatankuasa. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu badan bebas atau ombudsman? Apakah maksud jawatankuasa itu sebagai satu ombudsman khusus yang bertanggungjawab memantau ketelusan pelaksanaan akta ini dan memastikan tiada campur tangan eksekutif dalam proses siasatan dan perlindungan kepada pemberi maklumat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, Tan Sri Yang di-Pertua, saya sebut tadi jawapan saya ialah fasa pertama dengan kewujudan satu jawatankuasa untuk menilai statistik dan sebagainya. Yang mana Yang Berhormat membawa ini memang kita lihat sebab kadang-kadang masalah dalam pemberi maklumat ialah bila dia memberi maklumat terhadap agensi penguatkuasaan (enforcement agency). Itu sebabnya kalau kita lihat dalam fasa kedua, memang kita memerlukan satu sistem yang bebas yang dipanggil ombudsman supaya jaminan itu diwujudkan dan dikekalkan. Ini akan kita lihat pada fasa kedua.
Tapi saya nak menyatakan bahawa kejayaan kepada mana-mana dalam negara kita dari segi undang-undang yang kita sebut tentang elemen reformasi institusi ialah yang paling penting ialah kewujudan pemisahan pendakwaan raya, AGPP itu. Di mana Bahagian Hal Ehwal Undang- undang bersama jawatankuasa di bawah Dewan Rakyat ini telah membuat kajian pada peringkat akhir, dah selesai dah. Ini sekarang kita nak bawa kepada Mesyuarat Kabinet.
Dengan ada pemisahan ini, dengan dibaca bersama kewujudan ombudsman pada fasa kedua, insya-Allah, dengan pindaan pada akta ini, kita nak menjamin bahawa bila bercakap tentang pendakwaannya, tidak adanya tekanan yang diwujudkan.
Tapi saya juga nak tegur di sini, banyak orang bertanya, kenapa bila pemberi maklumat pergi ke media, dia juga boleh dilihat sebagai salah satu daripada yang dibuatkan tuduhan ya.
Sebenarnya di luar sana, di dunia ya, Tan Sri Yang di-Pertua, prosedur dia, dia memang tak boleh terus pergi kepada media. Pemberi maklumat mesti pergi kepada agensi yang bertanggungjawab sebab agensi nak menilai kesahihan maklumat tersebut.
Dan kalau kita lihat juga salah satu daripada sebab penekanan yang kita tidak boleh memberikan galakan ya bagi dari segi dasar kerajaan, pertama sekali kita nak menghalang supaya tidak adanya abuse of system, dengan izin ya. Keduanya, kita nak menentukan bahawa rahsia negara itu tidak menjadi pada tahap di, disebut oleh pemberi maklumat terutama sekali dalam isu national security, Tan Sri Yang di-Pertua.
Kemudian, diikuti dengan proses due process iaitu perlunya prosedur undang-undang.
Kalau dia contohnya pergi kepada media, akan wujudnya satu premis Trial by Media, dengan izin. Maknanya media ada membuat keputusan, maknanya orang awam ada buat keputusan tentang kesalahan. Ini pun tidak adil kepada sistem proses undang-undang yang ada dalam negara kita.
Dan akhir sekali ialah kita juga mesti menentukan bahawa galakan yang kita nak galakkan ini kepada elemen pemberi maklumat, dia mesti kepada badan-badan agensi yang bertanggungjawab untuk menilai sebab kesalahan tetap kesalahan, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tetapi kadang-kadang pemberi maklumat, kalau dilihat oleh badan agensi tersebut, perlu diberikan perlindungan.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Premis keduanya, selain daripada dia jadi pemberi maklumat, Tuan Yang di-Pertua, ialah isu yang dikatakan memasuki dalam elemen Witness Protection Program. Maknanya, dia kena mendapat perlindungan pengsaksian. Jadi, kalau dia jadi pemberi maklumat, dia dilihat sebagai, walaupun dia terlibat dalam kesalahan tersebut, kemungkinan agensi bersetuju dan diberi pula witness protection. Itulah rangkaian gerakan yang kita lihat dalam kes pemberi maklumat dalam negara kita. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya pun rindu Menteri punya jawapan, jawapanlah bukan rindu dia. Terima kasih.
Mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, soalan saya, saya ingin merujuk kepada Hansard Dewan Rakyat. Semasa Akta ataupun Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat dibentangkan pada 20 April 2010 ya. Semasa membentangkan, Menteri pada masa itu telah menyatakan bahawa tujuan akta ini adalah untuk menggalakkan pemberi maklumat (whistleblowers) membuat pendedahan kelakuan tidak wajar mana-mana orang kepada pihak berkuasa.
Yang kedua, tujuannya kerana undang-undang sedia ada yang melindungi saksi dan informer tidak cukup, maka diadakan undang-undang ini. Yang ketiga, yang ini penting. Yang ketiga, dikatakan undang-undang ini dibuat untuk memberi pelindungan dan kekebalan, kekebalan kepada pemberi maklumat daripada tindakan sivil, jenayah dan tatatertib, dengan bahasa Inggeris dipanggil protection against detrimental actions.
Jadi, saya ingin merujuk kepada satu kes yang baru-baru ini berlaku iaitu skandal mineral Sabah yang bermula sejak daripada...
Tuan Yang di-Pertua
Panjang soalan ini. Boleh rumuskan?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, Saya nak tahu, pemberi maklumat dalam kes ini bernama Albert Tei — Datuk Tei Jiann Cheing. Beliau telah beri maklumat. Beliau telah menyerahkan maklumatnya kepada SPRM.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dia telah diancam bunuh oleh pihak- pihak tertentu. Dia telah buat report polis. Tetapi akhirnya, soalan saya...
Tuan Yang di-Pertua
Yes.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Atas dasar apa Albert Tei pada 30 Jun 2025 dituduh di bawah seksyen 16BA Akta SPRM, dihukum di bawah seksyen 24, 20 tahun, boleh sampai 20 tahun. Atas kategori apa? Beliau yang memberi maklumat (whistleblower) dituduh di mahkamah, bercanggah dengan tujuan kekebalan tadi?
Yang keduanya, adakah kemungkinan, kemungkinan pada pandangan Menteri, sebagaimana kes-kes jenayah yang lain, seorang tertuduh (accused person), akhirnya dalam
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
tempoh perbicaraan, ditawarkan menjadi saksi kepada pendakwa dan kes terhadapnya ditarik balik? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Very specific Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya nak jawab secara general ya, saya tak nak pergi pada kes sebab pada saya, kalau kes dalam proses berjalan boleh dilihat sebagai sub judice. Tapi kalau kita baca kepada Akta Pemberi Maklumat ya, dia memang ada senaraikan proses tentang mendapat perlindungan melalui apa ini enforcement agency seperti dalam seksyen 3.
Kemudian kalau kita tengok pula tentang whistleblower protection dalam seksyen 7, itu kita nak buat pindaan kepada esok hari itu. Tetapi setakat ini sebelum pindaan, kalau kita tengok, kita baca dengan seksyen 7. Yang menyebabkan bahawa apa pun dia mesti bersama dengan agensi yang bertanggungjawab.
Kalau dia contohnya pergi kepada media tanpa pergi kepada agensi tersebut terdahulu, elemen seksyen 7 untuk mendapat perlindungan itu tidak dapat diberikan sebab di dalam seksyen ini dia menyatakan bahawa whistleblower protection bawah seksyen 7 menyatakan pertama, protection of confidential information, immunity from civil and criminal action, protection against detrimental action. Maknanya agensi itu membuat penentuan tersebut.
Bezanya sekarang dalam negara luar ialah ada negara luar dia pun kadang-kadang dia pergi pada media dan kalau dalam masa berapa hari agensi-agensi tidak membuatkan pelaksanaan itu, dia akan membuatkan proses yang berlainan. Tapi dalam negara kita, sejak daripada tahun 2010 yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu itu, memang kita mempunyai apa yang disebut proses mekanisme yang ada.
Saya sebut tadi bahawa tentang fasa satu itu kita wujudkan satu jawatankuasa dalam pindaan ini. Tetapi yang mana Yang Berhormat Ayer Hitam tanya tentang perlunya badan bebas.
Secara peribadi saya melihat kalau ia nak berjaya memang mesti dirangkaikan dengan satu badan bebas. Ini saya nak melihat kepada fasa kedua yang saya harap boleh kita bawa supaya kerajaan dapat bersetuju.
Kalau tidak memanglah kadang-kadang banyak orang berkata bila bawa itu nak ke tidak ke ataupun ada ke ketulusan di pihak badan berkuasa, pihak berkuasa dalam elemen pemberi maklumat. Itu sebabnya, apa pun pemberi maklumat mesti mendapat yang disebut sebagai dia mempunyai tagging, dia boleh mendapat pelindungan maklumat. Saya sebut tadi dalam jawapan saya kepada Yang Berhormat Ayer Hitam, saya kata, kadang-kadang pemberi maklumat, dia bukan sahaja mendapat pelindungan pemberi maklumat, dia mesti mendapat juga ikatan dengan Akta Pelindungan Saksi.
Maknanya dia two in one. Dan kalau nak mendapat Akta Pelindungan Saksi, Tan Sri Yang di-Pertua, agensi juga akan memberikan pelindungan saksi pada dia. Kalau diberi pemberi
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
maklumat dalam kes-kes yang begitu besar, tak ada perlindungan saksi, susah juga dia nak keluar masuk dalam kehidupan dia. Jadi, dia mesti dalam elemen pemberi maklumat diikat dengan apa ni, perlindungan saksi. Penentunya adalah agensi-agensi yang bertanggungjawab, Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua .
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, soalan Ledang nombor 5, eh nombor 6. Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
6. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, platform antarabangsa atau inisiatif diplomatik khusus yang akan digunakan oleh Malaysia untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza dan untuk menyokong resolusi aman terhadap konflik yang melibatkan Israel termasuk ketegangan Israel-Iran.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada sahabat Yang Berhormat daripada Ledang berkenaan dengan Gaza. Isu Gaza ini Tan Sri Yang di-Pertua, merupakan isu yang seluruh negara dalam dunia terlibat kerana isu Gaza ini merupakan satu perlanggaran hak asasi manusia, satu kekejaman zaman moden, satu pembunuhan beramai-ramai, satu keadaan genocide yang amat melampau yang telah pun dilakukan terhadap rakyat Palestin, terutamanya di Gaza dan sekarang dah merebak di Tebing Barat.
Makanya Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia dari sejak berpuluh tahun dahulu sokongan Malaysia, rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin ini amat jelas dan kita sentiasa membawa suara rakyat Malaysia di persada dan juga di pentas antarabangsa baik di Bangsa- bangsa Bersatu, baik di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu, baik di forum-forum antarabangsa, sama ada di bilateral ataupun secara multilateral, Dato' Yang di-Pertua.
Rakyat Gaza dibunuh begitu rupa sehinggakan seolah-olah nyawa orang-orang Palestin di Gaza dan juga di Tebing Barat ini tidak mempunyai harga. Bayangkan Dato’ Sri Yang di-Pertua, rakyat yang kelaparan, kebuluran dah hampir empat bulan tiada bantuan yang masuk, masuk pun 10 treler satu hari itu pun tak cukup, dipanggil, ditubuhkan di pusat untuk menerima bantuan makanan. Ramai wanita, anak-anak yang keluar yang kelaparan hendak mengambil makanan, tetapi ditembak begitu rupa.
Ini suatu – saya tak boleh hendak bayangkan perkataan apa hendak kita bayangkan kepada rejim Zionis Israel ini. Apakah mereka manusia ataupun syaitan bertopengkan manusia yang boleh melakukan kekejaman begitu rupa? Jadi, Malaysia tak akan berhenti, saya harap
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dewan yang mulia ini juga tidak akan berhenti menyuarakan sokongan kita terhadap penderitaan, kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Baru-baru ini syukur alhamdulillah Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Mesyuarat ASEAN yang baru-baru ini Malaysia dan Jepun mempengerusikan bersama. Saya dan rakan sejawat saya daripada Jepun mempengerusikan bersama iaitu mesyuarat untuk kita, bagaimana cara untuk terus memberikan sokongan dan dukungan dan bantuan dan seterusnya membuat hala tuju untuk kita bawa ke Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, bawa ke Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Malangnya Dato' Yang di-Pertua, walaupun kita mendapat sokongan majoriti di dalam usul untuk kita menubuhkan negara Palestin yang merdeka di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, tetapi ianya diveto oleh kuasa lima kuasa tetap di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu.
Itu sebabnya kita semua minta supaya suatu pindaan terhadap charter Bangsa-bangsa Bersatu supaya anggota tetap yang lima di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu ini yang mempunyai kuasa veto ini, veto itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, jika ia nya ada kekejaman terhadap manusia, adanya genocide yang dilakukan ataupun pemusnahan terhadap infrastruktur awam. Ini sedang kami usahakan Tan Sri Yang di-Pertua. Kita harap supaya kita mendapat sokongan ramai daripada ahli-ahli masyarakat antarabangsa semasa dibawa di dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September ini, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih, Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan penegasan semula tersebut dan saya sambut baik dan kita harus sokong pindaan tadi yang disebut pindaan piagam kepada PBB, khususnya yang berkenaan dengan Majlis Keselamatan. Kuasa veto itu tidak boleh dikenakan sekiranya menyentuh tentang isu-isu kemanusiaan terutamanya.
Semalam sahaja untuk makluman Ahli Dewan, ratusan lagi rakyat Palestin di Gaza yang terbunuh, bukan kerana berperang, bukan kerana menembak, tetapi hendak dapatkan bantuan asas sahaja yang dikatakan oleh rejim Zionis Israel ialah ini adalah Hamas yang laksanakan, tetapi hakikatnya yang dilakukan tembakan itu ialah daripada IDF, daripada Israel sendiri.
Kalau kita lihat kepada Konvensyen Geneva yang keempat 1949, Peraturan Hague 1907 memang jelas sebutkan bahawa orang awam di wilayah yang diduduki mesti dilindungi dan dibekalkan dengan bekalan asas. Jadi, tidak ada sebab langsung sepatutnya mereka ini untuk dapatkan bantuan dihalang ataupun dilengah-lengahkan.
Justeru, soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah Malaysia untuk kita menghentikan tindakan perlanggaran ini sahaja yang berterusan oleh rejim Israel? Maknanya
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
berikan bantuan makanan, bagi laluan mudah, dapatkan bantuan asas sambil kita juga mengurangkan, meredakan ketegangan serantau dan global.
Dan satu lagi kalau dibenarkan Speaker, soalan ringkas sahaja. Apakah pendirian Kementerian Luar berkenaan dengan pelantikan calon Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Nick Adams yang terkenal sebagai seorang yang kontroversi, melawan perjuangan Palestin dan juga menyentuh isu-isu Islam. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih sahabat daripada Ledang. Berkenaan dengan usaha Malaysia yang berterusan untuk kita terus membawa suara negara-negara sepemikiran dengan kita, tidak akan kita hentikan baik di apa jua pentas, baik di BRICS, baik di G20, baik di NAM, baik di OIC, baik di ASEAN dan juga perjumpaan-perjumpaan dua hala. Itu merupakan asas kepada perbincangan kita.
Pertemuan saya dengan Setiausaha Negara, Secretary Rubio baru-baru ini di Kuala Lumpur semasa menghadiri Sidang ASEAN, saya telah mengatakan, mengapa tidak dihentikan peperangan ini kerana kita tahu bahawa yang boleh memberhentikan peperangan ini adalah antaranya sekutu kuat rejim Zionis Israel iaitu Amerika. Jadi, saya tanya dengan beliau dan beliau menyatakan berbagai-bagai alasanlah.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, kita akan terus dan kita akan bawa suara rakyat Malaysia.
Ini sokongan terhadap perjuangan Palestin ini merupakan prinsip asas Dasar Luar Malaysia terhadap sokongan kepada rakyat Palestin itu. Kita tidak akan berganjak, alhamdulillah Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun pada awalnya semasa selepas 7 Oktober, banyak negara-negara terutamanya negara Barat yang telah pun menyatakan bahawa mereka bersimpati dengan Israel, mereka menyokong Israel di atas apa yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza kerana mereka kata iaitu Israel mempunyai right to self defense, dengan izin.
Saya bertanya kepada mereka, apakah dengan membunuh wanita dan kanak-kanak itu boleh dijadikan sebagai right to enforce self defense – mempertahankan diri? Kalau ya pun, berapa ramai perlu dibunuh rakyat Palestin ini sehingga orang-orang Israel berpuas hati terhadap membalas dendam terhadap rakyat Palestin.
Ini perlu kita, tetapi alhamdulillah sekarang negara-negara yang dahulu kuat menyokong Israel, rejim Zionis Israel Tan Sri Yang di-Pertua, semua sekarang sudah beralih angin termasuk negara-negara besar di Eropah dan baru-baru ini Jepun dan juga negara-negara rakan dialog ASEAN telah pun menyatakan bahawa mereka menyatakan bahawa perbuatan melampau rejim Zionis Israel telah melampaui batasan dan peperangan dan kekejaman di sini, di Gaza ataupun di Wilayah Palestin perlu dihentikan.
Itu sebabnya semua negara Tan Sri Yang di-Pertua telah bersetuju untuk kita membawa usul dan juga meluluskan usul two-state solution supaya negara rakyat Palestin mempunyai
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
negara mereka yang merdeka dan mereka tadbir dengan sendiri. Insya-Allah saya dah lihat penghujungnya, tetapi kita perlukan, yakinkan sekutu kuatnya iaitu pihak Amerika Syarikat, itu sahaja - kerana merekalah yang pada saya, pada hemat saya Tan Sri Speaker, mereka memegang anak kuncinya.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bahkan saya menyoal soalan yang sama, “You are the one holding the keys. You can stop the war tomorrow if you like, if you want it.” Tetapi mereka mengatakan mereka bertukar- tukar goalpost. They kept on changing the goalpost. I told them, “Why you are keeping? You are the goalkeeper. Why you allow them to change the goalpost?” Tetapi itulah soalan yang tak – mereka tak boleh jawab Dato’ Yang di-Pertua dan saya berharap supaya Dewan yang mulia ini terus membawa suara negara kita supaya rakyat Palestin diberikan hak untuk mentadbir negara mereka sendiri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Perkembangan terkini di Timur Tengah, kita semua maklum.
Bukan saja Zionis semakin mengganas ke atas penduduk di Gaza, bahkan mereka juga menyerang negara-negara jiran sekitar, termasuklah terkini Syria dan juga Iran. Ini akan membawa kepada peperangan yang berpanjangan di sana. Saya ingin tahu apa tindakan lanjut daripada pihak Wisma Putra pasca resolusi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC pada Mei yang lalu, yang menyentuh secara khusus isu kekejaman Zionis membuka segera sempadan Rafah sebagai laluan bantuan kemanusiaan selain penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Sejauh mana resolusi ini digerakkan secara aktif bagi mendapatkan sokongan dunia dan yang penting ialah pelaksanaan terhadap resolusi tersebut berdasarkan apa yang digariskan.
Selain itu, apa pelan tindakan di peringkat kementerian sendiri selepas menghadiri persidangan kumpulan The Hague yang diadakan di Columbia baru-baru ini dalam konteks yang sama dan soalan yang tidak dijawab berkaitan dengan – daripada Ledang tadi ialah pelantikan Nick Adams sebagai Duta US ke Malaysia. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tan Sri Yang di-Pertua, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC baru-baru ini pada bulan Mei adalah merupakan suatu sidang kemuncak yang merupakan suatu perkara yang baru kita mulakan dan ia merupakan suatu perkara yang amat baik. Berbagai-bagai perkara, kita tidak saja membincangkan berkenaan dengan bagaimana untuk menghentikan kekejaman Israel, rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tapi macam-macam lagi lah ya, berkenaan ekonomi dan yang lain-lain. Memang sebulat suara negara-negara dalam ASEAN, sebulat suara.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Untuk pertama kalinya, kita dapat sebulat suara mengeluarkan kenyataan bersama. Dulu nak minta kenyataan bersama, di kalangan ASEAN pun susah. Tak dapat nak keluarkan kenyataan bersama tapi sekarang dah boleh dah, kita buat kenyataan bersama. Kita boleh buat sidang bersama dengan Jepun dan Korea untuk berbincang tentang rakyat Gaza. Itu alhamdulillah, dah dapat kita buat dan yang pentingnya ialah kita pastikan supaya negara sepemikiran ini sentiasa saja mengadakan rundingan dan kita akan membawa secara sebulat suara.
Tetapi susahnya, malangnya Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun mendapat sokongan majoriti di dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Security Council (Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu) ini iaitu negara anggota tetap yang lima itu ada kuasa veto.
Berbagai, banyak, banyak kali kuasa veto telah pun digunakan walaupun Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu telah pun meluluskan dengan suara majoriti. Ini yang kita nak supaya diadakan rombakan, diadakan perubahan terhadap kuasa veto oleh ‘The Permanent Five’ atau pun Negara Tetap Lima ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang sedang kita lakukan dan kita sedang usahakan.
Soalan kepada Nick Adams itu kita belum terima lagi permohonan agreement daripada US. Kita biar dulu, kita tengok macam mana dia minta agreement dan semestinyalah nanti Wisma Putra, Kementerian Luar Negara, Kementerian Luar Negeri akan memberikan pandangan dan pertimbangan-pertimbangan untuk dibawa ke Kabinet dan Kabinet akan memutuskannya.
Datuk Sri Yang di-Pertua, ya, itu sajalah jawapan saya kerana kita belum dapat, kita dengar cakap saja, nanti kita tolak orang kata, kita tak minta pun. Jadi pun malu kita, jangan kita malu, jangan kita “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pertahanan menyatakan langkah kerajaan membina keupayaan pertahanan kendiri dan ketenteraan termasuk pembangunan teknologi senjata tempatan dan pengurangan kebergantungan kepada kuasa luar dalam menghadapi ancaman masa depan seperti yang dilakukan oleh negara Iran.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Kurau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Krau, Krau.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kuala Krau.
Tuan Yang di-Pertua
Krau ya.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ya, Krau. Kementerian Pertahanan sememangnya berpendirian bahawa keupayaan pertahanan kendiri merupakan teras kepada kedaulatan, keselamatan dan kebebasan negara, khususnya dalam menghadapi landskap geopolitik yang semakin mencabar. Bagi Malaysia, usaha pembangunan keupayaan pertahanan kendiri meliputi pembangunan teknologi, sistem persenjataan, prasarana penyelenggaraan dan pemantapan modal insan tempatan dengan tujuan mengurangkan kebergantungan kepada kuasa luar serta meningkatkan kecekapan tindak balas terhadap sebarang ancaman.
Dalam hal ini, selaras dengan Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan yang telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada bulan yang lepas dan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen dalam masa terdekat, Kementerian Pertahanan akan dan telah pun mengambil langkah-langkah berikut dalam usaha pembangunan keupayaan pertahanan kendiri. Antaranya:
(i) memperkasakan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan
(STRIDE);
(ii) memperkenalkan pendekatan ekosistem bersepadu dalam membina keupayaan sains, teknologi dan inovasi pertahanan;
(iii) penstrukturan semula Malaysian Industry Council for Defence, Enforcement and Security kepada Majlis Strategik Industri Pertahanan bagi penambahbaikan tadbir urus yang telah pun dilaksanakan;
(iv) membangunkan dasar Program Kolaborasi Industri (ICP) sektor pertahanan yang komprehensif; dan
(v) menubuhkan syarikat bertujuan khas di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi mempertingkatkan jalinan pembangunan industri dalam ekosistem pertahanan tempatan serta memperkasakan pengurusan ICP.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan juga sedang memuktamadkan Dasar Industri Pertahanan Negara sebagai rangka kerja strategik untuk memperkukuh kemandirian, inovasi dan kemajuan teknologi dalam industri pertahanan Malaysia. Dasar Industri Pertahanan Negara ini kini di peringkat akhir penyediaan dan dijadualkan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan hadapan.
Selain daripada itu, kerajaan juga menerima dan sedang menimbang tawaran kerjasama R&D dengan negara-negara sahabat, terutamanya Turkiye dalam pelbagai bidang industri pertahanan seperti sistem keselamatan sempadan, sistem radio profesional, sistem pertahanan udara dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jumpa Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Jawapan yang saya kata amat baik. Cuma beberapa persoalan yang saya ingin timbul. Yang pertama sekali, sejauh manakah kebanyakan cadangan-cadangan ini mengambil kira kerjasama dan pandangan daripada MINDEF dan menentukan polisi setiap perkara yang bersangkutan dengan pertahanan negara? Sebagai contoh, saya nak melihat bagaimana industri yang membabitkan ketenteraan ini selepas satu-satu masalah selepas daripada perkapalan LCS.
Sekarang ini, kita dimaklumkan dan saya minta penjelasan tentang masalah yang dihadapi oleh SME Ordnance yang berpusat di Batu Arang, yang membekalkan peluru pada ATM yang berdepan dengan masalah kewangan. Tiba-tiba ada cadangan pula nak wujudkan pusat pembuatan peluru di Kuala Lipis tanpa mengambil kira kesan yang telah berlaku di Batu Arang.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Semua pelan penambahbaikan keupayaan pertahanan ataupun pengeluaran produk-produk pertahanan tempatan semuanya dilaksanakan berdasarkan keperluan pengguna akhir iaitu ATM.
Pendekatan kita sekarang ialah dalam apa saja yang hendak dibuat, sudah tentulah pada akhirnya pihak swasta akan lihat sama ada perolehan akan dibuat oleh Kementerian Pertahanan ataupun tidak. Jika tidak, apa-apa usaha mereka itu tidak akan memberi sebarang manfaat dan untuk itu, atas sebab itulah kita ada, kita wujudkan dan kita susun semula majlis yang melibatkan pelbagai pihak dalam industri pertahanan, dalam sektor pertahanan negara.
Yang mana, apa saja yang kita setuju untuk kita bangunkan penyelidikan dan pembangunan, ia mestilah selari dengan keperluan Angkatan Tentera Malaysia dan usaha-usaha penyelidikan yang dibuat itu juga berasaskan kepada spesifikasi yang diletakkan, ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Soal penyertaan, kita terbuka. Kita memang menggalakkan kerana ada setengah- setengah syarikat yang dibuka itu, mereka menyedari bahawa mereka wujud bukan hanya untuk memenuhi keperluan angkatan tentera kita, malah jika demikian mereka diwujudkan, maka tentunya tak cukup untuk mereka berdaya tahan kerana permintaan kita adalah kurang daripada jumlah yang sepatutnya yang mereka boleh keluarkan.
Jadi, return to investment mereka itu memerlukan mereka dapat menjual lebih banyak dan atas sebab itulah banyak kilang-kilang yang dibuka, bukan hanya untuk memenuhi keperluan tempatan tetapi juga untuk luar negara. Jadi, berasaskan pada itu, kita tidak menahan mana- mana pihak untuk membuka dan melabur dalam negara kita. Jadi, ini merupakan satu persaingan yang sewajarnya kita galakkan dalam industri pertahanan negara.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Soalan tambahan, satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ok ya, silakan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat, Tan Sri Speaker. Saya nak tanya. Satu ialah mudah je soalan ni. Sejauh manakah keberkesanan klausa keperluan technology of transfer dalam setiap kontrak? Kerana setiap kontrak pembelian aset di Angkatan Tentera selalunya ada klausa transfer of technology.
Jadi kepada Yang Berhormat Menteri, saya nak tahulah. Boleh tak bagi saya satu contoh success story klausa transfer of technology ini dalam masa 10 tahun? Ada tak setiap kali pembelian, ada transfer of technology, klausanya. Tapi ada tak satu success story? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya.
Memang dalam setiap kontrak perolehan pertahanan, kita ada apa yang kita panggilkan sebagai Industry Collaboration Program yang merujuk kepada soal pemindahan-pemindahan teknologi dan pemindahan teknologi ini diberikan kepada syarikat-syarikat yang sememangnya menjadi pemain industri pertahanan.
Antaranya kalau kita lihat, syarikat-syarikat yang mengendalikan maintenance, repair, overhaul kita punya kapal terbang Sukhoi dan juga F-18 itu dilakukan dalam negara. Dan bila kita merujuk pada pemindahan teknologi, ia bukannya bermakna syarikat yang terima teknologi itu terus dapat mengeluarkan satu-satu aset peperangan, kadang-kadang teknologi dalam komponen aset-aset sedemikian. Jadi, itu antara contoh.
Tetapi yang penting, seperti yang telah saya katakan tadi. Kita dalam soal untuk pastikan ICP ini benar-benar berkesan, atas sebab itulah kita telah mewujudkan satu syarikat bertujuan khas bagi tujuan untuk memantau pelaksanaan ICP dan mengaudit syarikat yang terima teknologi. Dulu-dulu ada kemungkinan syarikat yang terima, tak mampu untuk mengurus teknologi yang diberi. Asal ada, asal dinyatakan, asal dinamakan syarikat terima teknologi. Dia buat tak buat, dia mampu terima teknologi itu, sesuatu perkara yang tidak dapat hendak disahkan.
Jadi, atas sebab itulah kementerian kita wujudkan syarikat ini untuk mengaudit, untuk memastikan syarikat itu layak terima teknologi itu. Dan syarikat itu benar-benar manfaatkan teknologi itu bagi memantapkan syarikat supaya syarikat boleh menjadi mantap, besar. Bukan sahaja menyumbang kepada industri pertahanan negara tetapi juga boleh mengeksport teknologi yang telahpun mereka terima dan mereka tambah baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya, saya jemput Datuk Lo Su Fui, Tawau.
Datuk Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pendidikan paling penting dan mulia, Pelajaran wajib relevan dengan dunia; Dasar jangan atas kerja sahaja, Nombor lapan, itulah soalan saya. Terima kasih.
8. Datuk Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Pendidikan menyatakan bagaimana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan diperkasa bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui penerapan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan TVET selari keperluan semasa dan persaingan global memandangkan 160,000 penganggur di Sabah dan 600,000 di seluruh negara masih belum bekerja pada 2024.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, sila Menteri.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam usaha membangunkan potensi setiap murid melalui penyediaan pendidikan asas yang berkualiti serta pelaksanaan informasi pendidikan yang sedang digerakkan secara menyeluruh. Melalui pelan pendidikan baru PPM 2026–2035, KPM merangka lima fokus utama iaitu kualiti, akses dan ekuiti, ketersediaan sumber dan kecekapan, keluwesan serta kemampanan.
Pelan ini memberi penekanan kepada penjajaran kurikulum dengan realiti pasaran, pembelajaran berasaskan teknologi seperti AI dan pemerkasaan ekosistem TVET. Pelantar Pembelajaran Digital Delima telah diperkenalkan sejak Julai 2019. Pelantar ini dilengkapi dengan 16 aplikasi kecerdasan buatan. Antaranya seperti Gemini, ChatGPT, Bing AI dan Conker AI yang berperanan membantu guru dalam merancang pengajaran, menyediakan kuiz serta mencipta sumber pendidikan yang dapat meningkatkan produktiviti dan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai langkah inovasi, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mempersiapkan AI powered classroom di 11 buah sekolah sebagai permulaan dan kelas-kelas yang tersedia untuk dinaik taraf bagi menyediakan laluan pembelajaran yang diperibadikan dan adaptif.
KPM juga dalam proses memuktamadkan garis panduan literasi AI yang dijangka siap pada September 2025 bagi memastikan penggunaan teknologi ini dilaksanakan secara beretika, selamat dan berpandukan nilai murni. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mempertingkatkan kesediaan murid, kurikulum baru turut memperkenalkan asas AI di peringkat sekolah rendah, manakala penerokaan lanjut aplikasi AI diteruskan di peringkat menengah.
Kurikulum ini dirangka berasaskan kompetensi dengan penekanan terhadap komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis, keusahawanan dan literasi digital. Fasih digital merupakan salah satu daripada tujuh kompetensi teras yang digariskan dalam kurikulum persekolahan 2027.
Kompetensi ini merangkumi keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran digital secara kreatif dan beretika dalam menyelesaikan masalah serta menghasilkan inovasi melalui pendekatan pemikiran computational.
Dalam aspek pendidikan teknikal dan vocational, Program TVET di bawah KPM terus menunjukkan prestasi memberangsangkan. Berdasarkan data sistem kajian pengesanan graduan TVET, kadar kebolehpasaran graduan menunjukkan peningkatan progresif iaitu 99.16 peratus bagi tahun graduasi 2022, 99.38 peratus bagi tahun 2023 dan 99.91 peratus bagi tahun
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Bermula pada tahun 2025, dua kursus teras disiplin berteraskan AI ditawarkan dalam Program Diploma Teknologi Pengkomputeran dan Diploma Teknologi Maklumat di kolej vokasional iaitu Computer Vision in Computing Technology dan Computer Vision in Information Technology. Di samping itu, satu kursus elektif baru iaitu generative artificial intelligence kini ditawarkan kepada semua program diploma di KV.
Usaha berterusan untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan turut dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Industri, pelaksanaan latihan amali, on the job training serta penerapan kemahiran insaniah dalam kurikulum. Kolaborasi dengan industri berimpak tinggi turut diwujudkan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada murid memiliki keupayaan dan tahap kemahiran tinggi serta memenuhi permintaan industri bagi tenaga kerja tempatan. Selain itu, melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Industri TVET, KPM turut menjalinkan pelbagai kerjasama dengan pihak industri dalam memastikan Program TVET KPM diiktiraf di peringkat industri dan antarabangsa serta menyediakan laluan kerjaya murid dalam pelbagai bidang.Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tawau.
Datuk Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas pembinaan lima sekolah baru di Tawau dan penurunan peruntukan baik pulih sekolah daif di Sabah. Namun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2024, dianggarkan seramai 284,700 orang belia direkodkan sebagai penganggur di seluruh Malaysia. Di Parlimen saya, banyak top student, dengan izin, peringkat sekolah menengah yang merupakan graduan mahasiswa, masih sukar mendapat pekerjaan kerana apa yang mereka pelajari tidak relevan dengan keperluan industri. Minta jaminan untuk melaksanakan kajian dan pelaksanaan yang update, dengan izin, agar syllabus pembelajaran kekal relevan seperti AI dan TVET, sekaligus dapat memenuhi keperluan pasaran masa kini dan mengurang jumlah pengangguran. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Speaker, saya ambil maklum tentang kegusaran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, sebenarnya kita sudah ada satu sistem yang menyediakan, yang kita sebut sebagai mengesan dan juga memastikan bahawa anak-anak kita ini diberikan ruang dan peluang untuk memastikan mereka ini memilih bidang yang bersesuaian dengan kelayakan dan kelulusan mereka. Mereka ini akan dipandu Yang Berhormat, oleh guru-guru kaunseling dan juga guru-guru yang akan memastikan bahawa berdasarkan keputusan dan juga maknanya, penglibatan mereka dalam kokurikulum akan melayakkan mereka juga melihat kepada apakah kursus-kursus yang wajar untuk mereka tekuni pasca, khususnya selepas SPM.
Puan Fadhlina binti Sidek
Walau bagaimanapun, kami ambil perhatian di atas cadangan tersebut dan melihat secara keseluruhan pandangan-pandangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey, terima kasih Tan Sri Speaker. Dalam kita nak - dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ya, dalam nak memperkasakan pendidikan, ia memerlukan kerjasama semua pihak, bukan kementerian sahaja.
Dalam semua – oleh itu, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, ya.
Bagaimanakah prosedur ataupun organisasi, seperti syarikat ke, yayasan ke, ataupun wakil-wakil rakyat, kami ini sama ada sebelah kerajaan ataupun pembangkang, untuk kami boleh memberi sumbangan kepada di mana-mana satu kawasan. Seperti kita nak bagi sumbangan baju sekolah ke, beg sekolah ke, alat tulis dan juga nak bagi prosedur sumbangan kepada guru-guru untuk meningkatkan motivasi mereka.
Sebab apa, saya tengok apabila di pihak terutama di pihak pembangkang ini, kalau nak bagi sumbangan, berbagai-bagai masalah. Terutama macam saya di Tanah Merah, nak kena melalui koperasi, lepas tu yang terakhir, tak boleh bagi langsung. Kita nak bagi sumbangan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Tan Sri Speaker, saya mencelah, minta maaf.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ya, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Tapi soalan itu sudah ada dalam soalan 15, Tan Sri Speaker. Jadi, beliau utarakan dalam soalan yang berbeza dengan apa yang sedang kita bincangkan ketika ini.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ada Yang Berhormat Menteri, tak susah, jawab je Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat nombor 15.
Tuan Yang di-Pertua
Kejap, kejap. Ah, yang bertanya, tamatkan soalan. Menteri jawab.
Nak jawab, tak jawab, itu cerita lain. Tapi tamat, habis dah soalan tu?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Sudah habis. Saya cuma nak tanya bagaimanakah prosedur sumbangan supaya kita memperkasakan pembangunan pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, baik. Terima kasih. Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Tanya sama nombor 15 Yang Berhormat, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput…
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Jadi, jawab je lah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Pedoman Yang Tan Sri Speaker, sama ada nak menjawab terus yang soalan 15.
Tuan Yang di-Pertua
Saya mungkin tak sempat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab kita berhenti 11:43. So, saya minta menteri jawab mungkin bertulis ke, apa ke. Ada jawapanlah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey, tak ada masalah. Ada jawapan, ada jawapan. Kita akan berikanlah Yang Berhormat, sebab soalannya nombor 15. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Tak lepas.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri, jangan emotional. Jawab sajalah, Yang Berhormat Menteri. Perkara mudah saja.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jawapannya dah ada dalam soalan nombor 15. Saya akan berikan secara bertulislah.
Tuan Yang di-Pertua
Dak, tak akan sampai. Menteri tak boleh buat lagu itu. Menteri tak boleh detail soalan itu akan ada. Sebab kita tak akan sampai nombor 12. Tak akan sampai.
[Dewan riuh]
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Jawab, sama ada saya akan perhatikan masalah itu. Habis. Itu jawapannya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya jawab Yang Berhormat sebab jawapan itu sangat ringkas sahaja sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila jawab.
Puan Fadhlina binti Sidek
Berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh Tanah Merah tersebut, isu yang dibangkitkan itu harus melalui dua yang kita sebut sebagai peringkat iaitu harus melalui proses tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti. Jadi, semua bentuk sumbangan atau pendanaan awam hendaklah disalurkan mengikut ketetapan yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Bilangan 3, Tahun 2018, Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan Daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta Kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 29 Mac 2018.
Jadi, sumbangan-sumbangan ini juga bagi memastikan interaksi yang profesional di institusi pendidikan serta mengutamakan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga sekolah. Sebarang lawatan atau penglibatan orang kenamaan dan ahli politik adalah tertakluk kepada pematuhan Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bilangan 4, Tahun 2023, Garis Panduan Perundangan…
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri, digalakkan ataupun tidak digalakkan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
...atau orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, bertarikh 21 Februari 2023.
Kedua-dua garis panduan ini, Tan Sri Speaker, adalah penting dalam memastikan sumbangan dan penglibatan luar dapat dilaksanakan secara berhemah, berfokus kepada manfaat pendidikan dan selaras dengan prinsip ketelusan serta keharmonian ekosistem sekolah.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tan Sri Speaker, boleh Tan Sri Speaker, sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang - masa berucap besok. Masa berucap itu, masukkan soalan itu.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey, boleh. Tapi masalahnya, dia tak bagi langsung. Itu yang saya isunya. Jawapan bagus, nampak cantik tapi masalah, tak dibenarkan langsung.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, masa berucap, masa berucap masukkan. Yang Berhormat, satu.
Seorang Ahli
Itulah jawapan, itulah jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Usul.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang di-Pertua, Tan Sri Pengerusi, Perintah Tetap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan…”
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tan Sri Pengerusi, sebelum Perintah Tetap. Sebelum usul, boleh saya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Beruas, nanti kejap. Menteri ini dulu. Teruskan, silakan Menteri. Beruas sekejap. Silakan Menteri. Ada gangguan, minta maaf. Teruskan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
“...Dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025, Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pemeriksaan Awam
(Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025 seperti di No.1 hingga 3 dalam Aturan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 22 Julai 2025.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang disebutkan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Beruas. Apa masalah?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin memohon untuk mengetahui, bilakah usul saya merujuk Yang Berhormat Ahli Parlimen Pendang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan timbul dan dibahaskan dalam sesi ini?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, untuk makluman Beruas, bersabarlah. Masih dalam pertimbangan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang Di- Pertua. Tan Sri di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Lim Hui Ying
Tan Sri Yang di-Pertua, selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap perlindungan bagi semua pengguna kredit di Malaysia, Rang Undang- undang Kredit Pengguna atau RUUKP yang komprehensif adalah dicadangkan. Pada 4 Mac yang lepas, RUUKP telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Usaha kerajaan untuk menggubal RUUKP telah dilaksanakan melalui satu proses libat urus meliputi semua pihak berkepentingan iaitu kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan, wakil industri, persatuan pengguna serta orang awam. Objektif utama RUUKP adalah untuk melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara dengan mengawal selia semua perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit, memastikan perlakuan yang baik dan amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh peserta industri kredit dan menggalakkan kemajuan industri kredit yang adil, cekap dan telus.
Rang undang-undang ini digubal bagi menangani dua permasalahan utama yang dikenal pasti melalui analisis pemerhatian serta rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Permasalahan pertama ialah kelompongan yang nyata disebabkan oleh kewujudan peserta industri yang tidak dikawal selia, di mana perniagaan mereka turut menyasarkan pengguna kredit yang rentan dan terdedah kepada risiko eksploitasi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Bagi mengurangkan risiko ini, RUUKP digubal untuk mengawal selia pemberi kredit yang semakin berkembang seperti syarikat beli sekarang, bayar kemudian, dengan izin, buy now, pay later atau BNPL dan pemberi perkhidmatan kredit seperti syarikat pemungutan hutang yang tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berkuasa. Situasi ini jika tidak dipantau dan dikawal, boleh
Puan Lim Hui Ying
menimbulkan risiko kepada perlakuan tidak adil dan bersifat memperguna serta tahap keberhutangan isi rumah yang tidak terkawal.
Datuk Yang di-Pertua, jumlah bilangan transaksi BNPL telah meningkat daripada 83.8 juta transaksi pada separuh tahun kedua 2024 kepada 102.6 juta transaksi pada separuh tahun pertama tahun ini. Jumlah nilai transaksi BNPL telah meningkat daripada RM7.1 bilion pada separuh kedua tahun lepas kepada RM9.3 bilion pada separuh pertama tahun ini, mencatatkan peningkatan sebanyak 31 peratus.
Sementara itu, jumlah akaun BNPL yang aktif juga telah meningkat daripada 5.1 juta akaun pada akhir tahun 2024 kepada 6.5 juta pada akhir bulan Jun tahun ini. Pertumbuhan ketara BNPL boleh menimbulkan risiko kemudaratan, terutamanya kepada pengguna kredit rentan iaitu mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau berpendapatan rendah atau kurang arif dalam urusan kewangan.
Puan Lim Hui Ying
Pelbagai aduan juga telah diterima mengenai isu perlakuan atau tatacara pemungut hutang yang menggunakan kekerasan dan melakukan gangguan melampau terhadap pengguna kredit. Aduan turut diterima mengenai mereka yang menonjolkan peranan sebagai orang tengah atau pembantu untuk menguruskan hutang tetapi sebenarnya mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan melalui kaedah memperguna atau penipuan. Banyak desakan telah disuarakan agar mereka ini juga dikawal selia.
Bagi menangani permasalahan ini dalam usaha melindungi kepentingan pengguna kredit, sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan ditubuhkan di bawah RUUKP. Suruhanjaya ini akan mengawal selia sektor perniagaan yang kini tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak melalui rangka kerja pelesenan dan pendaftaran yang akan dilaksanakan di bawah RUUKP.
Terdapat enam jenis sektor perniagaan yang akan dikawal selia di bawah RUUKP yang terbahagi kepada dua kategori.
Kategori pertama merangkumi tiga jenis perniagaan kredit yang perlu mendapat lesen daripada SKP iaitu skim BNPL, pemajakan dan pemfaktoran termasuklah perniagaan patuh syariah.
Manakala kategori kedua merangkumi tiga jenis perniagaan perkhidmatan kredit yang perlu didaftarkan iaitu pemungutan hutang, pemerolehan, pinjaman atau pembiayaan terjejas serta kaunseling dan pengurusan hutang.
Selaras dengan pendekatan menyeluruh kerajaan, RUUKP juga memperuntukkan dua jenis perniagaan kredit yang perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu kemudahan pembiayaan patuh syariah dan pemajak gadaian patuh syariah atau dikenali sebagai al-Rahnu. Suruhanjaya kecil — minta maaf, Suruhanjaya
Puan Lim Hui Ying
Kredit Pengguna akan ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
Suruhanjaya ini akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh pelaksanaan pengawal seliaan melalui suatu rangka kerja pelesenan dan pendaftaran yang berstruktur, dengan matlamat mempertingkat pelindungan pengguna kredit, terutamanya golongan rentan.
Melalui pelaksanaan RUUKP, kerajaan menzahirkan komitmen yang tinggi untuk mewujudkan ekosistem kredit yang lebih selamat demi menjamin kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, permasalahan kedua ialah landskap kredit pengguna di Malaysia mempunyai rangka kerja pengawas seliaan yang berbeza-beza. Ini telah menyebabkan tahap kawal selia yang tidak setara ke atas pemberi kredit bukan bank dan standard perlindungan yang tidak sekata serta mencukupi kepada pengguna kredit. Perlindungan yang tidak seragam dalam sektor kredit pada masa ini telah menyebabkan ramai pengguna kredit terdedah kepada amalan yang tidak adil dan bersifat memperguna.
Tambahan pula, ramai dalam kalangan pengguna kredit tidak pasti pihak berkuasa yang perlu dihubungi untuk membuat sesuatu aduan di bawah undang-undang yang sedia ada.
Rangka kerja pengawal seliaan yang tidak selaras ini disebabkan oleh ketidakseragaman dalam standard dan peraturan bagi perlindungan pengguna kredit.
Pada masa ini, kawal selia terhadap industri kredit pengguna berada di bawah pelbagai akta yang ditadbir oleh beberapa kementerian dan agensi di bawah undang-undang berlainan.
Seperti berikut:
Pertama, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 di bawah KPKT yang terpakai kepada aktiviti pemberian pinjaman wang dan pemajak gadaian tetapi tidak termasuk kemudahan pembiayaan patuh syariah dan pemajak gadaian patuh syariah.
Kedua, Akta Sewa Beli 1967 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terpakai kepada syarikat sewa beli dan penyedia jualan kredit.
Ketiga, Akta Koperasi 1993 yang ditadbir oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai badan kawal selia koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Keempat, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 yang mengawal selia institusi kewangan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Kementerian Kewangan.
Akhirnya kelima, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang mengendalikan pembiayaan rakan kerakan dengan izin, peer-to-peer financing dan pembiayaan harta tanah oleh orang ramai dengan izin, property crowdfunding ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah Kementerian Kewangan.
Puan Lim Hui Ying
Bagi menangani permasalahan ini, RUUKP yang berfungsi sebagai Akta Induk akan memberi kuasa kepada SKP dan pihak berkuasa pengawal seliaan dan penyeliaan yang lain iaitu KPKT, KPDN, SKM, BNM dan SC untuk mengawal selia industri kredit masing-masing. Pengawal seliaan ini berdasarkan prinsip dan amalan terbaik yang ditetapkan di dalam RUUKP. Ini akan membolehkan perlindungan yang menyeluruh serta layanan lebih adil kepada semua pengguna kredit di dalam negara.
Pendekatan kawal selia secara bersepadu akan dilaksanakan secara berfasa dengan mengambil kira kesediaan industri serta keupayaan SKP yang akan dipertingkatkan dari fasa ke fasa seterusnya, seperti berikut:
Di peringkat awal iaitu pada fasa 1, SKP akan mengawal selia semua perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit yang masih tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berkuasa. Sementara itu, perniagaan kemudahan pembiayaan patuh syariah dan pemajak gadaian patuh syariah akan dikawal selia oleh KPKT.
Ini disusuli dengan fasa 2 yang melibatkan pemindahan tanggungjawab kawal selia aktiviti kredit iaitu pemberian pinjaman wang dan pemajak gadaian di bawah KPKT serta sewa beli dan jualan kredit di bawah KPDN kepada SKP. Fasa dua dijangka akan bermula pada tahun 2028.
Fasa ketiga yang dijangka bermula pada 2031 berlandaskan aspirasi ke arah pemusatan pengawal seliaan pelakuan bagi keseluruhan aktiviti dalam pasaran kewangan di Malaysia selepas kajian menyeluruh dibuat oleh kerajaan nanti.
Pendekatan berfasa ini bertujuan supaya transformasi pengawalseliaan terhadap industri kredit pengguna dan proses peralihan berjalan dengan teratur bagi mengurangkan risiko pelaksanaan terhadap industri kredit pengguna. Di samping itu, ia juga membolehkan SKP membina keupayaan dan kapasiti untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dengan baik dan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama RUUKP adalah untuk melindungi pengguna kredit, termasuk mereka yang rentan, kurang berdaya tahan dan kurang kuasa tawar menawar apabila berurusan dengan peserta industri. Takrifan pengguna kredit merujuk kepada individu yang mendapat kredit bagi tujuan persendirian termasuklah pinjaman sosial serta perusahaan mikro dan kecil dengan pinjaman tidak melebihi RM300,000. Takrifan pengguna kredit yang luas ini menunjukkan hasrat kerajaan untuk memastikan isi rumah dan perniagaan yang rentan dilindungi secukupnya. RUUKP ini merangkumi 135 fasal terbahagi kepada 10 bahagian dan mempunyai tujuh jadual. Saya memohon untuk menghuraikan beberapa peruntukan utama di dalam RUUKP seperti berikut:
Suruhanjaya Kredit Pengguna Bahagian kedua RUUKP merangkumi peruntukan bagi penubuhan, fungsi dan kuasa SKP. Selain mengawal dan menyelia peserta industri yang tidak
Puan Lim Hui Ying
dikawal selia pada waktu ini, fungsi utama SKP yang terkandung dalam fasal 7 adalah seperti berikut:
(a) menasihati Menteri Kewangan dalam semua perkara berhubung kredit pengguna;
(b) menasihati Kerajaan tentang dasar kebangsaan yang melibatkan kredit pengguna;
(c) menggalakkan perlakuan yang sepatutnya seperti adil, profesional dan bertanggungjawab di kalangan peserta industri; dan
(d) menggalakkan perkembangan industri kredit pengguna agar cekap dan telus.
RUUKP juga memperuntukkan penubuhan Lembaga Pengarah SKP di mana keanggotaannya akan dilantik oleh Menteri Kewangan atas syor lembaga pengarah tersebut.
Fasal 26 memperuntukkan SKP untuk menubuhkan suatu kumpulan wang yang membolehkannya menjana pendapatan antara lainnya daripada fee yang dikenakan ke atas peserta industri di bawah pengawalseliaannya.
Walau bagaimanapun, dana yang disumbang daripada fi pengawalseliaan dalam fasa 1 dijangka rendah memandangkan jumlah entiti yang dikawal selia oleh SKP adalah tidak begitu besar.
Justeru untuk memastikan kemampanan kos operasi SKP, fasal 27 membenarkan pihak berkuasa pengawalseliaan dan penyeliaan selain KPKT dan KPDN untuk memberi pendanaan kepada SKP.
Puan Lim Hui Ying
Ini terhad kepada tujuan penubuhan dan pengendaliannya sehingga 31 Disember 2030.
Pendanaan daripada pihak penyelia membolehkan SKP menampung kos operasi dan meningkatkan keupayaan secara berfasa tanpa membebankan kewangan kerajaan dalam fasal 1 dan fasal 2.
Fungsi dan kuasa pihak penyelia. Pihak penyelia yang dimaksudkan dalam fasal 34 merujuk kepada SKP, KPKT, KPDN, SKM, BNM dan SC. Bagi memastikan tahap perlindungan pengguna kredit yang lebih menyeluruh serta konsisten, setiap pihak penyelia digalakkan untuk menerapkan aspek aset perlindungan kredit pengguna yang terkandung di dalam RUU KP melalui pengeluaran peraturan, standard atau garis panduan kepada peserta industri kredit di bawah pengawalseliaan masing-masing. Ini akan mengikat keperluan pematuhan dari segi undang-undang.
Jawatankuasa Penasihat. Fasal 37 memperuntukkan keanggotaan Jawatankuasa Penasihat yang akan dianggotai oleh wakil daripada SKP, MOF, KPKT, KPDN, KUSKOP, SKM, BNM dan SC. Jawatankuasa Penasihat ini akan berperanan sebagai platform penyelarasan dan
Puan Lim Hui Ying
pelaksanaan dasar berkenaan perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit merentas kementerian bagi agensi berkaitan. Ini akan menyokong SKP dalam memacu usaha penambahbaikan struktur kawal selia kredit pengguna dan pelaksanaan RUUKP secara keseluruhan dan berkesan.
Pelesenan dan pendaftaran. SKP bertanggungjawab untuk melesenkan tiga jenis perniagaan kredit termasuk perniagaan patuh syariah dan mendaftarkan tiga jenis perniagaan perkhidmatan kredit seperti yang telah diperincikan tadi. RUUKP juga mempertanggungjawabkan KPKT untuk melesenkan dua jenis perniagaan kredit iaitu kemudahan pembiayaan patuh syariah dan pemajak gadaian patuh syariah.
Pemohon yang ingin menjalankan perniagaan pemberian kredit atau perkhidmatan kredit akan dinilai berdasarkan kepada keperluan layak dan sesuai dengan izin, fit and proper requirements seperti yang diperuntukkan dalam fasal 45 dan fasal 62 termasuk kebolehdayaan perniagaan dengan izin, business viability dan keupayaan tadbir urus.
Perniagaan kredit Islam. Fasal 81 menetapkan bahawa pemberi kredit patuh syariah mesti memastikan semua urusan perniagaannya mematuhi prinsip syariah. Fasal 83 dan 81 menekankan kepentingan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Majlis Penasihat Syariah SC sebagai badan berautoriti di dalam pematuhan prinsip syariah.
Perlakuan perniagaan bagi perlindungan pengguna kredit. Fasal 84 menekankan kewajipan peserta industri untuk memastikan perlakuan perniagaan yang adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kredit. Fasal 85 menggariskan aspek-aspek perlakuan perniagaan yang perlu dipatuhi. Peserta industri yang akan dikawal selia oleh SKP adalah tertakluk kepada standard yang akan ditentukan oleh SKP kelak seperti berikut:
(i) menjauhi perlakuan perniagaan yang dilarang seperti penipuan, paksaan atau gangguan kepada pengguna kredit;
(ii) promosi yang benar dan sesuai;
(iii) ketelusan dan pendedahan maklumat yang jelas, tidak mengelirukan dan tepat pada masanya;
(iv) terma yang adil dan tidak berat sebelah dalam perjanjian kredit;
(v) pengenaan faedah, keuntungan, fi atau caj yang berpatutan;
(vi) penilaian kemampuan pengguna kredit untuk berhutang;
(vii) amalan kutipan hutang yang berhemah;
(viii) penyediaan bantuan kepada pengguna kredit yang menghadapi kesusahan kewangan di luar jangka;
(ix) pengendalian aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang cekap;
(x) kompetensi pegawai atau wakil syarikat apabila berurusan dengan pengguna kredit; dan
Puan Lim Hui Ying
(xi) perlindungan data pengguna kredit.
Fasal 86 mewajibkan pemberi kredit untuk mempertimbangkan permohonan pengguna kredit yang menghadapi kesulitan kewangan luar jangka seperti penyakit kronik, kehilangan kerja atau bencana alam agar pembayaran balik pinjaman dapat dilakukan dengan lebih adil.
Pemeriksaan, penyiasatan dan penguatkuasaan. RUUKP memberi kuasa menyeluruh kepada SKP dan pihak penyelia untuk menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan. RUUKP juga menyediakan kuasa tambahan dalam aspek pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang melengkapi perundangan sedia ada serta memperkukuh keupayaan SKP dan pihak penyelia dalam menangani ketidakpatuhan terhadap undang-undang, peraturan dan standard yang ditetapkan.
Terdapat empat kategori tindakan penguatkuasaan yang diperuntukkan iaitu tindakan pentadbiran di bawah fasal 106, tindakan penguatkuasaan sivil di bawah fasal 109, tindakan penguatkuasaan jenayah dan tawaran kompaun. Perluasan skop penguatkuasaan memberi keanjalan kepada SKP dan pihak penyelia untuk mengambil tindakan yang sesuai dan berkesan demi melindungi pengguna kredit. Terdapat sejumlah 57 kesalahan jenayah yang dikenal pasti di bawah RUUKP. Hukuman maksimum untuk kesalahan sangat berat di bawah RUUKP adalah denda tidak melebihi, tidak melebihi RM5 juta ataupun hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Hukuman yang keras ini menunjukkan keseriusan kesalahan tersebut dan ketegasan kerajaan melaksanakan RUUKP demi melindungi pengguna kredit. RUUKP turut mengandungi tujuh jadual yang menjadi pelengkap kepada fasal-fasal utama. Tujuh jadual ini memperincikan maklumat tambahan seperti senarai kredit yang tidak tertakluk kepada RUUKP dan takrifan secara lebih terperinci yang menyokong pelaksanaan peruntukan dalam fasa-fasa utama.
Tuan Yang di-Pertua akhir kata, Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini adalah satu usaha kerajaan yang bersepadu ke arah transformasi landskap pengawalseliaan industri kredit bagi merealisasikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan perlindungan kepada semua pengguna kredit di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Yang Berhormat-Yang Berhormat selamat kembali bersidang. Baik, Yang Berhormat Menteri, ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Selamat datang balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna, perlindungan kepentingan pengguna kredit, pengawalseliaan dan penyeliaan perniagaan kredit konvensional atau Islam dan perniagaan perkhidmatan kredit, perlakuan yang sepatutnya dan amalan peminjam bertanggungjawab dalam industri kredit dan penggalakan suatu industri kredit yang adil, cekap dan telus. Dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkait, dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Sebelum saya membaca senarai-senarai pembahas, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat, circumference dan kawasan perbahasan jatuh pada Peraturan 38(1). Kalau kita lihat, bill ini adalah bill baru, jadi ia terikat dengan Peraturan 38(1). Walau bagaimanapun, ia dalam ambit yang berkaitan dan tidak sesuai untuk keluar daripada apa yang di, akan dibahaskan. Manakala itu, ingin saya mengingatkan Peraturan 36(1) itu hanya pindaan oposisi kepada ini. We — Dengan izin, we are going to debate a new bill to become law, jadi it is required dengan izin, berkaitan Peraturan 38(1). Bagi yang tidak fasih, sila telaah-kan.
Baik. Berikut adalah senarai-senarai pembahas. Disenaraikan di sini seramai 23 orang Yang Berhormat yang akan berbahas. Setiap Yang Berhormat akan diberi lima minit. Dimula dengan pembahas Yang Berhormat Paya Besar, diikuti Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sadong, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Wangsa Maju dan yang terakhir, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dengan sedemikian, saya mempersilakan pembuka tirai, Yang Berhormat Paya Besar untuk membuka perbahasan pada bill baru ini iaitu Bill — Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025. Silakan, Yang Berhormat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, lebihan keberhutangan isi rumah adalah satu perkara yang serius yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan kita semua. Jabatan Insolvensi menunjukkan sejak tahun 2019 hingga 2023 sebanyak 34,016 orang diisytiharkan bankrap.
Daripada jumlah tersebut, majoriti yang paling ramai individu berusia 35 hingga 44 tahun, 13,073
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
orang. Personal loan adalah punca utama keberhutangan dalam kes kebankrapan sebanyak 49.22 peratus berbanding jenis pinjaman kewangan yang lain.
Saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dengan bacaan kali kedua Akta Kredit Pengguna ini sebentar tadi, kerajaan telah menzahirkan komitmen berterusan untuk merungkai persoalan: apakah langkah dan pendekatan serta penggubalan undang-undang yang relevan untuk mengharmonikan industri kredit ini dari sudut pengguna dan pemberi kredit. Saya tahu, Tuan Yang di-Pertua, usaha ini telah dimulakan semenjak tahun 2016 dan telah melalui pasang surut untuk merealisasikan langkah ke hadapan ini.
Isu ini sudah pasti dekat di hati saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dan saya telah berulang kali suarakan dalam Dewan Yang Mulia ini, baik sewaktu ucapan pencadang perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja, mahupun dalam sidang-sidang yang lalu. Semasa tempoh khidmat saya di Kementerian Kewangan dahulu, saya juga melihat bahawa terdapat suatu keperluan mendesak untuk akta induk seperti ini digubal.
Ketika kita berhadapan dengan krisis COVID-19, pihak kerajaan sukar untuk melaksanakan polisi bantuan kredit secara menyeluruh kerana landscape institusi pemberi kredit pada waktu ketika itu terpecah-pecah- fragmented. Bagaimana kita nak kawal selia setiap entiti yang berbeza dan untuk menyeragamkannya? Inilah menjadi masalah ketika pelaksanaan moratorium secara menyeluruh pada ketika itu kerana usaha penyelarasan dasar menjadi rumit.
Bank Negara boleh mengeluarkan arahan, Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta FSA, tetapi persoalannya, bagaimana pula dengan ribuan entiti kredit yang lain?
Tuan Yang di-Pertua, akibatnya wujudlah ketidakseragaman. Apakah nasib pengguna yang terdedah kepada amalan kutipan hutang yang tidak beretika? Laporan Q2 2024 BNM menunjukkan agregat nisbah hutang isi rumah kepada KDNK meningkat 84.2 peratus dan ini menunjukkan bahawa rakyat kita berada pada tahap yang membimbangkan. Setiap ringgit yang kita – mereka perolehi sebahagian besarnya dimakan oleh hutang, bukan untuk simpanan.
Mereka terperangkap dalam sistem yang tidak menyebelahi mereka.
Data AKPK melalui laporan dwi tahunan mendedahkan lebih daripada 112,000 permohonan kes yang diluluskan tahun 2023 hingga 2024. Bagaimana pula Tuan Yang di-Pertua, dengan permohonan yang tidak diluluskan? Puluhan ribu rakyat kita setiap tahun terpaksa mengetuk pintu AKPK meminta bantuan daripada AKPK.
Apakah punca mereka terjerumus dalam hutang kritikal? Ini kerana perancangan kewangan yang tidak terkawal dan lemah dan adakah usaha literasi kewangan melalui Financial Education Network (FEN) tidak berjaya.
Tuan Yang di-Pertua, diburukkan lagi dengan akses yang mudah kepada kredit yang tidak terkawal, menjanjikan bulan dan bintang, akhirnya memerangkap mereka dalam kitaran faedah yang ganas.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jika mereka ini semua sudah terbeban dengan kemudahan kredit yang sedia ada dan diisytiharkan muflis, maka mereka akan beralih ke pilihan yang lebih berbahaya, iaitu pinjaman wang tidak berlesen- along. Adakah akta ini Tuan Yang di-Pertua akan mengekang aktiviti along sehingga ke akar umbi? Kita sebagai penggubal dasar mesti bertindak segera. Jika tidak, kita akan melahirkan satu generasi yang hilang harapan- hopeless generation. Generasi ini akan percaya, tidak kira sekuat mana mereka bekerja, mereka tidak akan bebas daripada belenggu hutang.
Tuan Yang di-Pertua, meluluskan rang undang-undang ini akan menjadi sia-sia jika jentera pelaksanaannya lemah, lambat dan tidak bersepadu. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar pihak kerajaan memastikan pemindahan fungsi kawal selia aktiviti kredit pengguna yang kini berada di bawah KPDN, KPKT, SKMM dan SC mesti digerakkan segera kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna kerana kita kena lakukan perkara ini tanpa kompromi.
Jika tidak Tuan Yang di-Pertua, ia akan menyebabkan pertindihan kuasa yang bukan sahaja membazir sumber kerajaan, tetapi juga membuka kelompangan- loopholes untuk pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem yang sedia ada.
Semua fungsi Tuan Yang di-Pertua, mesti berada di bawah satu bumbung. Badan SKP ini akan lebih berfokus dan kuasa yang ada mesti terpusat. Ini juga akan mengurangkan risiko salah guna kuasa kerana akauntabiliti terletak pada satu entiti yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, secara jujurnya saya khuatir jika proses peralihan ini dilewat- lewatkan, saya khuatir jika lambat nanti kita akan terperangkap dalam kerenah birokrasi the four antara agensi-agensi yang telah saya nyatakan di awal tadi. Ini bukan masanya Tuan Yang di- Pertua untuk mempertahankan portfolio atau kuasa sedia ada. Ini adalah masa untuk kita melakukan apa yang terbaik untuk isi rumah B40 dan M40 yang terbeban dengan hutang.
Maka, secara tak langsung Tuan Yang di-Pertua, kita akan menambah baik deposit income rakyat dan seterusnya meningkatkan lagi kebolehupayaan belanja domestik yang akan memberi pertumbuhan kepada KDNK negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih di atas peluang untuk Masjid Tanah turut sama membahas. Rang undang-undang ini sangat penting kerana dalam struktur semula ekosistem kredit yang tidak berlesen dan juga sektor kewangan bukan bank, khusus dalam meledakkan penggunaan BNPL di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah.
Jadi, saya tengok dalam situasi ini, mereka yang berpotensi menjadi mangsa ini adalah wanita dan juga anak muda. Sebagai seorang wanita yang juga mempunyai anak muda yang meningkat dewasa yang membesar dalam era digital, saya amat bimbang bila betapa mudahnya generasi muda hari ini terperangkap dengan budaya hutang senyap dan terlalu banyak iklan agresif yang ditawarkan “bayar kemudian”, seolah-olah tiada kesan buat mereka sedangkan diri mereka sedang mencipta hutang di awal usia 20-an tanpa faham risiko masa panjang.
Tidak juga dinafikan bahawa BNPL sebenarnya juga banyak membantu kaum wanita yang menjadi penyumbang ekonomi kepada keluarga, dari peniaga kecil sampai ke penjawat awam. Mereka menggunakan BNPL ini untuk membeli barangan asas rumah, makanan, ubat- ubat anak, peralatan sekolah. Jadi, bila caj tersembunyi ini mula menghimpit, maka mereka menanggung tekanan kewangan secara diam-diam dalam rumah. Jadi, rang undang-undang ini mestilah menjadi alat untuk melindungi mereka ini dan ini adalah permulaan keadilan sosial dan juga hak pengguna demi masa depan mereka.
Daripada kita tengok statistik, pengguna aktif BNPL ini telah pun mencecah kepada 5.1 juta orang yang mana berumur daripada 21 hingga 45 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM5,000, Yang di-Pertua. Jadi, jumlah transaksi BNPL sepanjang 2024 juga adalah sebanyak 12 bilion. Enam bulan pertama 4.1 bilion, tetapi bila enam bulan yang kedua telah meningkat kepada 7.1 bilion. Jadi, ini angka yang sangat membimbangkan.
Jadi, saya ingin bertanya: adakah Suruhanjaya ini benar-benar mempunyai kuasa perundangan yang mewajibkan penetapan had kredit berdasarkan prestasi kewangan dan juga kemampuan peminjam?
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jika tidak, rang undang-undang ini hanya akan dilihat sebagai kosmetik saja tanpa indikator pengukuran kemampuan pengguna yang menjadi mandatori dan juga bebas kos kepada pengguna. Sistem ini boleh merubah menjadi perangkap hutang baharu. Pada masa kini, hutang BNPL telah pun mencecah RM2.8 bilion iaitu menyumbang kepada kos 0.2 peratus hutang isi rumah. Jadi sebagai perbandingan, di United Kingdom, pemberi kredit BNPL ini tertakluk kepada penilaian kemampuan pengguna oleh Financial Conduct Authority (FCA) dan proses ini wajib sebelum menjadi transaksi melepasi had tertentu. Di Australia pula, penggubal undang-undang kini sedang menggubal peraturan BNPL setara dengan pinjaman peribadi termasuklah sekatan ketat terhadap promosi dan juga pengiklanan.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan yang keduanya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan struktur yuran dan juga penalti. Yang mana – soalan saya, di manakah keadilannya? Fasal 123 memberikan ruang terlalu besar kepada kredit, pemberi kredit untuk menentukan garis panduan mereka sendiri termasuklah faedah, penalti dan juga yuran. Beberapa negara seperti Australia dan juga Sweden telah pun mengharamkan dan ataupun mengehadkan penalti lewat bayar dalam BNPL ini secara mutlak dan sebagai contoh di Sweden, kerajaan mengehadkan penalti kepada kadar tetap maksimum bagi mengehadkan peminjam miskin dikenakan caj berlebihan.
Di Australia pula, Afterpay dan juga Zip, dua gergasi BNPL ini telah dilarang mengenakan penalti lewat bayar melebihi jumlah asal hutang. Jadi perlu ada semakan daripada pihak Suruhanjaya bagi menetapkan siling penalti dan juga faedah bagi memastikan struktur ini tidak membebankan pengguna ataupun mendorong amalan pemangsaan kewangan.
Jadi, saya ingin tahu bagaimanakah akta ini selesaikan permasalahan yang dilaporkan oleh pengguna berkaitan dengan seksyen 123 ini dan kita harus pertahankan hak pengguna dan terakhir, pemasaran, dari segi piawaian pemasaran dan ketelusan transaksi. RUU ini mestilah memperkukuhkan piawaian pemasaran etika, iklan yang agresif, terma kecil yang mengelirukan serta pengutip hutang yang muncul sebelum gaji masuk dan ini adalah antara aduan yang paling lazim yang tidak ditangani.
Jadi saya mendesak agar notis pembayaran yang ada diwajibkan termasuklah had minimum bilangan hari sebelum pengutipan dilakukan dengan notifikasi yang lebih jelas. Jadi, saya harap juga dan juga saya memberikan cadangan supaya semua pemberi kredit berlesen ini di wajib untuk memaparkan lesen peraturan mereka secara terang dan juga jelas di laman web ataupun di aplikasi dan juga kalau dapat, Suruhanjaya juga dapat mewujudkan satu talian aduan khas 24 jam bagi kes-kes penipuan dan juga salah laku BNPL dan sebarang perubahan kepada fi dan penalti hanya boleh diluluskan selepas sesi libat urus awam.
Jadi ini amat penting sekali RUU ini untuk kita laksanakan dengan tegas dan berpihak kepada rakyat. Kalau tidak, ia hanya akan menjadi instrumen baharu bagi kapitalisme yang memeras rakyat atas nama kemudahan kewangan. Itu saja. Terima kasih daripada Masjid Tanah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana izin Puchong untuk membahas Rang Undang-undang Kredit Pengguna. Pembentangan RUU ini adalah sangat perlu dan tepat pada masanya kerana kita tengok pertumbuhan pesat perkhidmatan buy now pay later (BNPL).
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tuan Speaker, saya agak memerhati bahawa pasaran BNPL global yang telah pun menumbuh dengan begitu besar dan menurut Bank Negara, nilai transaksi enam bulan BNPL telah pun meningkat di Malaysia, telah pun meningkat tiga kali- ganda dari separuh pertama tahun 2023 pada 2.7 bilion kepada 9.3 bilion bagi separuh pertama untuk tahun ini. Dan juga pada tahun: enam bulan ini sahaja kita telah pun menyaksikan 100 juta transaksi yang dibuat dalam enam bulan ini sahaja dan ia telah pun sekarang akaun aktif BNPL telah pun mencecah 6.5 juta akaun.
Dan Tuan Speaker, tadi kita Paya Besar dan juga Masjid Tanah telah pun membangkitkan isu berkenaan dengan keberhutangan. Oleh itu, hari ini saya nak fokus kepada perbahasan saya kepada yuran transaksi peniaga iaitu merchant fees.
Puchong ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan merchant fees iaitu yuran peniaga yang dikenakan oleh syarikat perkhidmatan BNPL. Di Malaysia, kalau kita tengok, yuran peniaga BNPL boleh mencecah lima hingga enam peratus ataupun lebih tinggi.
Manakala kalau kita tengok yuran kad kredit dan juga payment gateway seperti iPay88, biasanya mereka charge 1.5 peratus hingga 3.5 peratus. Sekarang peniaga ataupun merchants, retailer, mereka sedia membayar yuran yang lebih tinggi kerana BNPL boleh meningkatkan retail conversion rates dan juga average ticket size. Dengan pendek kata, pengguna cenderung berbelanja lebih banyak dengan BNPL.
Apa yang kita perlu tahu ialah peniaga mengenakan harga runcit yang sama untuk mereka yang bayar dengan BNPL, kad kredit dan juga tunai. Oleh itu, kos transaksi yang lebih tinggi bagi BNPL itu sebenarnya ditanggung bersama ataupun socialize untuk semua pelanggan.
Dengan erti kata lain, pelanggan bayar tunai sebenarnya memberikan sikit subsidi ya kepada pelanggan BNPL. Ini adalah senario di mana peratusan transaksi BNPL adalah rendah berbanding dengan cara pembayaran yang lain. Kalau lebih ramai mengalih ke BNPL, kita akan mengalami satu senario di mana kos transaksi secara keseluruhannya akan meningkat iaitu akan menaikkan harga benda untuk semua orang.
Kos transaksi ini, yang lebih tinggi ini akan menjadi lebih jelas dan lebih sticky apabila salah satu pemain BNPL mendapat market share yang sangat tinggi dan akhirnya sangat tinggi dan juga orang ramai sudah biasa menggunakannya seperti Grab dan Shopee. Kita baru-baru ini tengok macam mana Grab meningkatkan fees mereka untuk peniaga. Ini adalah senario di mana syarikat-syarikat yang sebenarnya dalam pasaran kompetitif, mereka boleh behave seumpama satu monopoli. Kerana apa? Kerana mereka adalah, mereka ada market share yang besar dan juga stickiness untuk pengguna dan pesaing ataupun pemain lain tak boleh masuk ataupun mendapatkan market share kerana there is barrier of entry yang sangat tinggi dari segi kos dan juga teknologi.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Oleh itu, Puchong ingin mendapatkan pandangan daripada kerajaan. Sama ada kerajaan akan meletakkan peraturan untuk mengehadkan kadar yuran peniaga ataupun kerajaan akan terus menggunakan market forces, kuasa pasaran kompetitif untuk mengawal yuran transaksi.
Dato’ Yang di-Pertua, walaupun inovasi BNPL menawarkan kemudahan dan fleksibiliti kepada pengguna, kita juga perlu akui bahawa impak yang boleh ditimbulkan.
Yang pertama, adalah kos transaksi. Yang kedua, mungkin yang telah dibangkitkan oleh Paya Besar iaitu peningkatan keberhutangan. Ketiga, kekurangan kesedaran, tapi yang ketiga yang saya nak menarik perhatian Dewan yang mulia ini adalah berkaitan dengan kesan ke atas industri lain.
Kita perlu tahu bahawa BNPL adalah di pasaran kredit pengguna. Pertumbuhan pesat BNPL akan memberi kesan kepada industri kredit tradisional seperti bank dan institusi kewangan yang lain. Mereka perlu bersaing dengan BNPL. Apa yang saya khuatir ialah apabila mereka bersaing, sebab persaingan sangat sengit kerana reward sangat tinggi – apa yang saya katakan, market share tinggi, stickiness of the pengguna, if you are the eventual winner, reward sangat tinggi kerana ada persaingan sengit ini, apa yang saya khuatir ialah ia akan membawa kepada amalan pinjaman yang kurang bertanggungjawab supaya mereka boleh dapat market share.
Mereka akan pinjam siapa-siapa sahaja. Oleh itu, saya juga nak tahu apakah langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan ditubuhkan supaya persaingan ini tidak menimbulkan pinjaman yang tidak bertanggungjawab.
Akhir sekali, Dato’ Speaker, saya ingin juga mencadangkan kepada kerajaan, mungkin bukan kepada kementerian, tapi kementerian boleh membawa ini, adalah satu, untuk memasukkan literasi kewangan ke dalam kurikulum sekolah. Kanak-kanak dan remaja perlu diajar dengan pengurusan wang, apa itu kredit, apa itu pelaburan.
Tuan Speaker, untuk saya, literasi kewangan adalah life skill, kemahiran hidup yang sangat-sangat penting, yang perlu diberi lebih keutamaan di kurikulum sekolah. Kalau boleh, saya cadangkan supaya Kementerian Kewangan boleh mencadangkan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya kita masukkan life skill yang sangat penting ini dalam kurikulum sekolah.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Yang kedua ialah, melancarkan kempen kesedaran awam. Kerajaan secara keseluruhannya perlu meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat di Malaysia supaya kita bukan tahu sahaja apakah opsyen yang mereka boleh dapat dari segi kredit, tetapi mereka juga perlu tahu bagaimanakah untuk membelanja pendapatan mereka. Seperti berapa peratus untuk membelanja, berapa peratus kita perlu menyimpan, berapa peratus kita perlu melabur. Saya nak cadangkan kepada Bank Negara dan juga kementerian supaya melancarkan satu kempen besar- besaran berkenaan dengan literasi kewangan di kalangan masyarakat.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Secara kesimpulannya, Puchong menyokong RUU ini dan saya hanya nak kerajaan untuk mengambil langkah untuk memastikan bahawa pengguna tidak jatuh ke dalam perangkap hutang. Itu sahaja, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan laluan kepada Bachok untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU yang amat dinantikan ini. Bertujuan untuk mengawal selia dan melindungi risiko keberhutangan rakyat dalam negara.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) yang terdiri daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti atas usaha bersepadu untuk merangka penggubalan RUU ini. Malah, usaha untuk mengawal selia keberhutangan rakyat adalah sama pentingnya dengan langkah untuk mengawal keberhutangan kerajaan kerana kedua-duanya mempunyai kesan dan risiko yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya fokuskan topik perbahasan terhadap Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian- buy now pay later (BNPL) seperti yang digariskan dalam Fasal 4 dan Jadual 2 RUU ini. Saya juga telah bangkitkan isu ini dalam perbahasan Belanjawan 2025 yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, pengguna di Malaysia, khususnya dalam kalangan generasi muda bawah 40 tahun, berisiko terjerumus ke dalam kancah hutang isi rumah yang lebih tinggi akibat kecenderungan menggunakan kemudahan Skim BNPL. Apa yang kita bimbang ialah peluasan kemudahan BNPL kepada transaksi yang bernilai lebih tinggi dan tempoh bayaran sehingga 24 bulan, berbanding tempoh lazim satu hingga enam bulan. Walaupun Bank Negara sebutkan kadar tunggakan masih rendah sekitar 2.9 peratus, potensi risiko hutang tertangguh dan psikologi kecenderungan berhutang tetap wujud, terutama dalam kalangan generasi muda dan golongan B40. Semua ini perlu diambil kira dalam penetapan peraturan, standard dan garis panduan oleh Suruhanjaya Kredit Pengguna yang ditubuhkan melalui Fasal 6, 7 dan 8 RUU ini supaya benar- benar dapat melindungi kepentingan pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga Disember 2024, terdapat 12 penyedia BNPL yang aktif, termasuk empat yang mematuhi prinsip syariah. Tiga penyedia utama Shopee SPayLater, Grab PayLater dan Atome menguasai lebih 95 peratus pasaran. Tiga player ini menguasai lebih 95 peratus pasaran dari segi akaun aktif, jumlah dan nilai transaksi.
Soalan saya, adakah wujud elemen monopoli atau oligopoli dalam sektor yang lumayan ini, yang dibangkitkan oleh Puchong juga tadi dan apakah langkah kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak persaingan supaya kepentingan pengguna lebih terjamin?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian kepada keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) berhubung kemudahan BNPL bertarikh 24 Januari 2024. Saya petik, dengan izin. Menurut seksyen 52, Akta Bank Negara Malaysia 2009, “Majlis Penasihat Syariah pada mesyuarat ke-220 telah memutuskan bahawa kemudahan BNPL adalah dibenarkan, dengan syarat kemudahan tersebut di struktur menggunakan kontrak syariah yang bersesuaian bagi memelihara hak dan kewajipan pihak-pihak yang berkontrak.” Selaras dengan maqasid syariah, penyedia perkhidmatan kewangan Islam digalakkan untuk menerapkan amalan bertanggungjawab dalam menilai kemampuan pengguna dengan mengadakan proses penilaian kredit secara menyeluruh yang dibangkitkan oleh Masjid Tanah. [Merujuk kepada senaskhah dokumen] Jadi soalan saya, adakah mekanisme yang diperuntukkan dalam RUU ini boleh memenuhi setiap kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dan adakah mekanisme ini bersifat mengikat- binding, dengan izin, atau sekadar menjadi panduan kepada penyedia perkhidmatan BNPL bukan bank yang tidak dikawal selia oleh Bank Negara?
Selanjutnya, Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 85(1) RUU ini, peraturan mengenai perlakuan perniagaan. Ada beberapa perkara lah saya ingin minta di pihak kementerian, di pihak Bank Negara membuat penegasan.
Pertamanya, perlakuan perniagaan yang dilarang hendaklah dikekang, termasuk pujukan yang agresif, manipulasi kontrak, pemberian kredit tanpa semakan dan taktik kutipan hutang yang menindas, disebut oleh Timbalan Menteri sebentar tadi.
Yang keduanya, promosi dan iklan BNPL yang bersifat mengelirukan. Contoh, tanpa faedah. Contoh, mudah lulus. Contohnya, beli dulu fikir kemudian. Jadi, ini semua perlu didedahkan risikonya. Sebagaimana orang nak beli rokok lah. Ada gambar bahayanya rokok itu.
Jadi, BNPL pun kena dedahkan risiko kepada pengguna dan penilaian kemampuan kredit dibangkitkan tadi dan bantuan kepada pengguna yang bermasalah, ada dalam peruntukan RUU ini, perlu diperincikan. Kalau boleh, penjadualan semula moratorium dan rujukan automatik kepada AKPK bagi kes yang kritikal.
Sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua. Sedikit ingatan kepada rakan-rakan, adik-adik generasi muda, termasuk mahasiswa yang mula terperangkap dengan hutang BNPL ini.
Lengkapkan diri dengan pengetahuan pendidikan kewangan, sentiasa berwaspada dengan perangkap hutang, amalkan perbelanjaan berhemah dan sediakan simpanan untuk keperluan di masa depan. Perlu difahami bahawa isu keberhutangan rakyat bukan isu terpencil. Ia menyentuh soal kesejahteraan keluarga, kestabilan ekonomi dan masa depan generasi muda. Oleh itu, kerajaan hendaklah melindungi kepentingan pengguna, seterusnya menghalang pemodal daripada terus mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan di atas kesempitan pengguna.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Anak ayam di atas pagar, Turun ke tanah makan padi; Kalau hutang wajib dibayar, Kalau janji wajib ditepati. Sekian daripada Bacok. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025.
Ini adalah satu bill yang amat besar dan amat signifikan kerana ini adalah satu Suruhanjaya yang baharu dan dia merangkumi satu: apa ni, pasaran kredit yang below 300,000 yang begitu besar sekali.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MOF kerana ingin memperkenalkan akta ini. Saya rasa dalam kehidupan kita dalam Malaysia ini, ada golongan- golongan tertentu yang memerlukan kredit. Sama ada mereka peniaga kecil, sama ada keluarga menghadapi masalah kesihatan, kemalangan dan sebagainya dan mereka memerlukan kredit atau satu jumlah wang untuk membantu mereka pada saat-saat kritikal. Itulah sebab ada banyak- syarikat-syarikat yang memberi pinjaman wang sama ada berlesen atau tidak berlesen. Yang tidak berlesen itu dinamakan along.
Itulah sebabnya ada wujudnya pasaran kredit ini. Walaupun banyak yang membahaskan tentang BNPL, tetapi saya nak tumpukan kepada syarikat-syarikat pemberi pinjaman wang berlesen dan tanpa berlesen. Jadi, saya sebagai pembuka tirai, saya kata bahawa kredit itu diperlukan ya, sama ada dalam saat-saat genting. Walau bagaimanapun, saya memberi penghargaan kepada kementerian kerana regulate tentang syarikat-syarikat pemberi kredit ini, pemberi pinjaman wang kerana ada isu-isu yang sangat besar.
Setiap Ahli Parlimen, saya percaya bahawa sudah tentunya pengundi akan datang untuk berjumpa kita, mengadu kepada kita tentang masalah along. Meminjam, tetapi mendapat tekanan, diugut dan menyebabkan keluarga mereka ini tertekan. Jadi, ini adalah isu yang utama.
Saya rasa kementerian kena perhatikan. Contohnya, tetapi kita kurang faham tentang isu along ini kerana walaupun KPKT memberi lesen kepada syarikat-syarikat peminjam berlesen, tetapi apabila mereka beroperasi, mereka menubuhkan syarikat yang lain.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Apabila orang awam dia tengok poster, dia tengok oh, pinjaman wang berlesen: telefon, telefon- mereka selepas berjumpa mereka akan di-refer kepada syarikat yang lain di mana yang tidak berlesen berlaku. Jadi, mereka adalah satu kumpulan, satu organisasi. Jadi saya harap
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
bahawa kerajaan harus — walaupun memberi lesen, tetapi kena tengok mangsanya. Mangsa itu mereka meminjam daripada syarikat yang lain, tetapi berkaitan. Selalunya regulate official sekarang, akta ini dia regulate yang berlesen, tetapi yang tidak berlesen itu macam mana?
Dan mereka: kalau kita regulate ini, dia akan membantu syarikat-syarikat underground, ekonomi yang lebih besar. Jadi, ada isu ini yang perlu kita tengok dengan lebih teliti.
Isu yang kedua, saya rasa adalah pentingnya bahawa kerajaan menubuhkan agensi untuk credit worthiness. Setiap rakyat Malaysia ini, dia harus ada skornya untuk melayakkan mereka meminjamkan duit. Okay, credit rating atau credit worthiness. Dulu apabila saya bekerja di Amerika Syarikat, kami yang pekerja di sana, setiap orang, rakyat Amerika Syarikat, mereka mempunyai credit score mereka. Apabila mereka credit score yang baik, kalau pinjam beli kereta, pinjam beli rumah, bayar setiap bulan tanpa gagal, maka credit score bagus.
Maka apabila credit score bagus, you akan ditawarkan pelbagai facilities untuk meminjam contohnya credit card, personal loan dan sebagainya. Dia tak jadi masalah, tetapi berlaku di Malaysia ini walaupun kita ada CTOS dan sebagainya, tetapi rakyat rata-rata tidak faham tentang credit score diri sendiri. Saya tak tahu saya punya credit score sekarang, tetapi apabila di Amerika Syarikat, saya key in saya punya social security, dia akan keluar you punya credit score. You can buy your credit score dan credit score itu akan melayakkan kita untuk membeli rumah pada mungkin discounted interest rate dan sebagainya kerana seorang yang disiplin bayar dan sebagainya, maka layak untuk mendapat diskaun dan sebagainya.
Jadi kalau Malaysia, kita boleh adakan credit rating, credit worthiness, credit score yang lebih transparent dan setiap rakyat Malaysia itu dapat, maka dia akan membantu untuk memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan. Kerana kita tahu bahawa mereka ini orang yang disiplin dan kita akan membantu mereka, senang. Kalau tak ada — jadi, itu akan mengurangkan isu peminjaman along. Kerana, tak ada credit score, kita dianggap sebagai tak ada credit worthiness. Semua terpaksa pinjam daripada along. Sebab bank tak mahu pinjam. Bank, masalah bank adalah mereka hanya pinjam duit kepada orang yang kaya sahaja. Orang yang susah, penjaja kecil nak dapat bank loan, susah. Susah. Jadi, ini adalah isu yang the problem dengan capitalism ini. Capitalism ini dia bantu orang yang kaya menjadi lebih kaya, orang yang susah tetap susah dan terpaksa pinjam dengan along.
Isu yang akhir yang saya ingin bangkitkan adalah tentang aduan. Sebab contohnya ada orang yang mengadu kepada saya tentang isu along, saya pun tak tahu. Saya kata lapor polis sajalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, saya akan gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, saya minta supaya ada satu — kalau ada Suruhanjaya SKP ni dia kena ada hotline yang betul-betul membantu bagaimana untuk menyelesaikan masalah kerana isu kredit ni dia macam-macam. Ada BNKL, ada isu along, ada penghutang dan sebagainya. Jadi dia perlu ada hotline yang betul-betul.
Akhir sekali adalah isu tentang kita: saya ingin menarik perhatian kepada Dewan ini, kuasa yang sangat besar diberikan kepada kuasa penyiasatan. Ada yang boleh penyiasatan tanpa waran pun boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat 30 saat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita tanpa waran. Ini agak kuasa yang besar dan saya harap digunakan sepenuhnya untuk mengatasi masalah along yang menyebabkan rakyat terseksa. Pakai kuasa ini ya, betul-betul menguat kuasa kepada along yang tanpa berlesen. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat] Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk menyatakan pandangan saya terhadap Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025 yang merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan perlindungan pengguna atau rakyat khususnya dalam konteks kemunculan sistem buy now, pay later (BNPL) yang semakin popular. Saya bimbang akan menjadi NPL semakin meningkat sekiranya undang-undang ini tidak dapat mengawal kredit yang berleluasa dalam negara kita dan juga menimbulkan gejala sosial. NPL ini maksudnya non- performing loan yang sekarang ini pun sudah menjadi satu masalah kepada negara dalam zaman inflasi ini dan akan meningkatkan lagi non-performing loan bila kita legalize-kan dengan izin, undang-undang ini.
Jadi, saya nak cadangkan supaya kredit-kredit ini — syarikat-syarikat kredit ini kita mansuhkan, kita bagi kemudahan kepada bank-bank yang menjalankan transaksi peminjam ini.
Jadi oleh sebab itu, kita tengok di Malaysia sekarang ini seramai 5.1 juta pengguna aktif telah menggunakan BNPL. Majoritinya berumur antara 21 hingga 45 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan. Ini adalah kelompok yang berisiko tinggi, terperangkap dalam hutang yang tidak terkawal yang mana unjuran sistem ini digagaskan oleh kerajaan pada hari ini.
Pada tahun 2024 jumlah transaksi BNPL telah mencecah RM12 bilion, meningkat hampir 50 peratus dari separuh pertama ke separuh kedua tahun pada tahun yang kedua. Jumlah
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
pinjaman tertunggak pula telah mencecah RM82.6 juta, satu angka yang membimbangkan jika trend ini terus dibiarkan tanpa pengawasan yang ketat. Sebab itu saya sebut NPL, non- performing loan. Ini akan menjadi satu barah kepada rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun ke bawah seperti mana angka yang saya sebut tadi. Inilah angka-angka yang kita ambil daripada DOSM, official figure yang kita dapat daripada Jabatan Perangkaan.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Adakah akta ini memberi kuasa yang jelas kepada suruhanjaya untuk menetapkan had kredit individu berdasarkan kelayakan dan kemampuan kewangan pengguna? Jika tiada had dan tiada penilaian kemampuan yang wajib, maka BNPL ini akan menjadi perangkap hutang yang besar kepada rakyat. Oleh sebab itu, saya syorkan agar RUU ini memperuntukkan penilaian kemampuan secara menyeluruh dan percuma sebagai syarat mandatori sebelum pengguna ditawarkan kredit BNPL.
Struktur yuran dan penalti fasal 1, 2, 3 dalam RUU ini memberi kuasa kepada pemberi kredit untuk menetapkan sendiri struktur fees dan penalti. Ini membolehkan ruang kepada amalan tidak adil seperti caj tersembunyi, penalti yang lewat bayar yang melampau dan kadar keuntungan yang tidak munasabah. Bila kita beli sesuatu barang, kita tak kena bayar, kita bayar kemudian dan akhirnya sampai satu peringkat, kita tidak mampu membayar. Dia akan menyebabkan hutang ini akan menjadi non-performing loan dan akan membebankan rakyat.
Oleh sebab itu, saya di segi peribadinya tidak setuju. Buy first, pay later ini adalah satu tekanan kezaliman kepada kehidupan sosial orang-orang sekarang, terutamanya anak-anak muda sekarang.
Oleh sebab itu, saya melihat beberapa negara maju telah menghapuskan penalti lewat bayar BNPL ini atau mengehadkan kadar keuntungan. Malaysia juga harus ke arah itu. Saya harap Malaysia yang nak bergerak ke arah maju yang disebut-sebut dikenali seluruh dunia selalu berhubung dengan negara sana, GST ataupun SST. Saya suka travel ini, kita akan dapat manfaat daripada apa yang kita telah berjalan ke sana sini untuk kita dapat yang terbaik bagi kita membina rakyat kita dan juga negara kita yang tidak terbeban dengan hutang.
Oleh sebab itu, saya mohon kerajaan mempertimbangkan agar struktur fi BNPL ini disemak dan dikawal oleh suruhanjaya, bukan ditentukan oleh unilateral oleh pemberi kredit.
Pemberi kredit ini mempunyai kuasa yang besar. Dia akan menimbulkan gejala sosial. Kalau tak mampu bayar, akhirnya mereka akan menggunakan sistem di luar tanpa undang-undang, sistem yang mana kita katakan jungle system, iaitu dengan izin along, pembunuh, gangsterism akan mengambil alih tugas untuk menghukum mereka yang tidak bayar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kita tak hendak negara kita menjadi seperti ini. Oleh sebab itu, piawaian pemasaran dan etika ini haruslah dibanyakkan iklan BNPL yang mengelirukan. Kita tengok sekarang ini, iklan BNPL ini sangat mengelirukan. Bayar kemudian, tanpa faedah, tiada slip gaji, tetapi maklumat
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
sebenar tentang caj tambahan dan penalti sering disorok. Tak sebut perkara-perkara ini, yang ini yang penting. Yang menjadi punca gejala sosial, yang disorok inilah.
Kenapa- apa tak didedahkan? Kerana nak beri pinjaman, dan akhirnya mereka boleh menguasai bila kita terhutang. Orang semakin miskin, dan mereka, mereka ini menekan. Ini juga satu sistem kapitalis yang sangat zalim, yang kita harap, kerajaan pertimbangkan balik berkenaan dengan unsur pindaan RUU yang fasal 123 ini.
Saya ingin tahu apakah RUU ini akan memperkenalkan standard iklan dan pemasaran yang telus dan beretika, termasuk mewajibkan pemberi kredit mendedahkan maklumat penting secara jelas dan jujur. Mereka mesti mendedahkan syarikat mereka dan juga pendaftaran mereka, siapa lembaga pengarahnya, siapa chairman executive nya supaya memberi satu keyakinan kalau apa-apa berlaku, kita boleh rujuk terus kepada ROS ataupun membuat repot kepada pihak yang berkuasa untuk mengambil tindakan, kalau lari daripada dasar yang kita telah tetapkan ini.
Di akhir sekali, saya harap RUU ini memperuntukkan pengawalan selia terhadap syarikat pengutip hutang yang digunakan oleh penyedia BNPL. Ini yang saya sebut tadi ini, kadang- kadang menggunakan golongan-golongan along yang disebut sebenarnya kumpulan gengsterisme. Mereka ini mendapat makan, mendapat upah daripada apa yang sedang dilakukan dalam sistem BNPL ini.
Kita perlukan peruntukan yang tegas untuk melindungi pengguna daripada amalan tidak beretika ini. Saya mohon agar RUU ini turut dimasukkan kewajipan kepada industri BNPL ini untuk membiayai kempen kesedaran dan pendidikan literasi kewangan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan undang- undang ini, namun perlindungan pengguna perlu menjadi keutamaan, bukan sekadar membuka jalan untuk industri berkembang. Kita tidak mahu melihat BNPL menjadi bentuk lintah digital yang menyedut kewangan rakyat secara senyap-senyap. RUU ini mesti dibina atas semangat keadilan, bukan untuk mempercepatkan urusan industri, tetapi untuk melindungi rakyat dari bahaya hutang yang tersembunyi.
Saya mengakhiri dengan pantun. Mana pantun saya tadi tu? Ha, dah...
Lagu lama lagu keroncong, Lagu keroncong halwa pendengaran; Belum berkuasa sudah sombong, Sudah berkuasa lupa daratan. Jadi saya harap dengan itu, sekian ucapan saya. Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Siapa tu, lupa daratan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya terus ke perbahasan. Konsep beli dulu bayar kemudian ataupun buy now pay later (BNPL) bukan lagi sekadar fenomena kewangan baharu, tetapi cerminan kepada perkembangan Ekonomi Digital Negara yang pesat. Skim ini semakin penting terutamanya sebagai saluran pembiayaan segera bagi usahawan kecil, perniagaan mikro dan golongan rentan yang kurang akses kepada pembiayaan konvensional.
BNPL semakin popular dalam kalangan milenial dan Gen Z, namun berisiko mendorong pembelian impulsif dan beban hutang tersembunyi jika tidak dikawal. Penggubalan RUU Kredit Pengguna ini tepat pada waktunya untuk mewujudkan Suruhanjaya Kredit Pengguna ataupun SKP dan rangka kawal selia menyeluruh.
Namun begitu, saya ingin mencadangkan tiga penambahbaikan penting bagi memperkukuhkan keberkesanannya. Yang pertama, pemantauan berasaskan isi rumah bukan individu semata-mata. Walaupun had buy now pay later lazimnya dihadkan kepada RM2,000 ataupun RM3,000 setiap individu, dalam realiti masyarakat kita, satu keluarga boleh mempunyai beberapa akaun BNPL yang digabungkan boleh melebihi kemampuan kewangan sebenar isi rumah.
Akhirnya, beban ditanggung oleh seorang ketua keluarga. Maka, RUU ini wajar meletakkan asas pemantauan yang mengambil kira komitmen kewangan isi rumah secara agregat agar kita tidak mewujudkan jurang risiko baharu dalam bentuk hutang terkumpul, tersembunyi dalam satu keluarga.
Kedua, pengecualian bersyarat kepada peniaga mikro. Skim BNPL turut digunakan oleh peniaga kecil sebagai modal pusingan, terutamanya untuk perolehan inventori jangka pendek.
Oleh itu, saya mencadangkan agar RUU ini tidak mengenakan peraturan terlalu ketat yang menghalang pertumbuhan sektor mikro ini, sebaliknya wujudkan satu kategori khas BNPL untuk perniagaan mikro. Kategori ini boleh ditadbir dengan pengecualian bersyarat, contohnya hanya kepada peniaga berdaftar dan mempunyai rekod aliran tunai asas. Pendekatan ini akan mengimbangi keperluan perlindungan pengguna dan rangsangan ekonomi keusahawanan pada masa yang sama.
Ketiga, penubuhan pusat data- buy now pay later khas tidak disatukan dengan C-C-R-I- S ataupun CCRIS. Saya ingin mencadangkan supaya semua maklumat berkaitan dengan BNPL dikumpulkan dalam satu pusat data khas BNPL yang tidak digabungkan atau dilaporkan dalam sistem kredit konvensional seperti CCRIS. Ini kerana CCRIS dikaitkan dengan langsung dengan
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
kelayakan pinjaman yang besar seperti perumahan ataupun kenderaan dan jika BNPL dimasukkan ke dalam sistem ini, ia nya boleh menjejaskan peluang pengguna berpendapatan rendah untuk mendapatkan pembiayaan masa hadapan.
Sebaliknya, pusat data khas ini boleh diwujudkan di bawah SKP bagi membolehkan pemantauan risiko kredit BNPL secara khusus termasuk had pendedahan pengguna dan kelakuan pembayaran tanpa mengganggu rekod kewangan utama. Ini akan memastikan keberkesanan BNPL sebagai instrumen mikro-kredit kekal terpelihara.
Tuan Yang Di-Pertua, satu tinjauan terbaru oleh Shopee melalui SPayLater menunjukkan 81 peratus daripada 40,000 rakyat Malaysia menggunakan buy now pay later untuk mengurus kejutan kewangan, terutamanya untuk keperluan asas seperti susu formula bayi, kos perubatan, pembaikan kenderaan dan perlindungan insurans.
Ini membuktikan peranan BNPL bukan sekadar kemudahan kewangan tetapi juga berfungsi sebagai penampan sosio mikro dalam situasi kecemasan. Kita juga harus sedar bahawa buy now pay later adalah hasil daripada ekosistem ataupun transformasi ekonomi digital.
Oleh itu, aspek keselamatan siber dan perlindungan data peribadi perlu diberi perhatian serius dalam pelaksanaan RUU ini.
Sistem digital yang digunakan oleh penyedia BNPL mesti tertakluk kepada garis panduan keselamatan yang ketat agar maklumat peribadi pengguna tidak terdedah kepada penyalahgunaan atau pencerobohan siber.
Akhir kata, saya menyokong penuh matlamat RUU Kredit Pengguna ini untuk mewujudkan industri kredit pengguna yang bertanggungjawab, telus dan berdaya saing. Dengan pelaksanaan yang cermat dan berpandangan jauh, RUU ini berpotensi menjadi kerangka undang-undang utama yang membentuk sistem kredit pengguna yang mesra rakyat, selamat dan progresif. Sekian, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Majlis akan berehat, mesyuarat ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang- undang Suruhanjaya Kredit Konsumer 2025 ini. Yakni satu rang undang-undang untuk memberikan perlindungan kepada pengguna dari eksploitasi kredit tidak beretika termasuk oleh penyedia buy now pay later, dengan izin, syarikat pemberi pinjaman peribadi dan juga institusi perbankan arus perdana. Namun, RUU ini tidak akan bermakna jika kerajaan terus membiarkan sistem ekonomi menekan rakyat secara systemic. Kita mesti jujur. Poket rakyat hari ini koyak dan ini bukan sekadar retorik pembangkang.
Data menunjukkan kos sara hidup kian melambung. Beban tambahan dari dasar Kerajaan MADANI sendiri. Kenaikan cukai jualan SST dari enam peratus ke lapan peratus walaupun kononnya hanya melibatkan perkhidmatan tertentu, realitinya, kos perniagaan meningkat dan akhirnya ditanggung pengguna melalui harga makanan, pengangkutan, servis dan barangan keperluan harian.
Menurut FOMCA, pengguna berpendapatan Bawah 40 kini berbelanja lebih 55 peratus pendapatan bulanan hanya untuk makanan dan pengangkutan. Dan ini juga memberi kesan kepada disposable income, dengan izin yang mana mereka terjebak dengan buy now pay later itu sendiri. Dan kenaikan tarif surcaj elektrik memberi kesan kepada harga barang pengeluaran di Malaysia di sektor PMKS. Dan lebih malang di bawah Kerajaan MADANI pada hari ini, gaji median di Malaysia pada tahun 2023 hanyalah RM2,424.
Menurut Bank Negara, 76 peratus rakyat dewasa tidak mampu menampung perbelanjaan kecemasan berjumlah RM1,000. Hutang isi rumah kini mencecah 82.5 peratus daripada KDNK negara, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Dan ini menunjukkan rupa wajah sebenar ekonomi di bawah MADANI yang mana bank lebih banyak biayai hutang peribadi daripada ekonomi sebenar. Hampir 70 peratus pinjaman bank disalurkan kepada sektor pengguna, personal loan, kad kredit, BNPL dan bukannya kepada industri produktif yang ada pada hari ini.
Jadi, wajarlah dengan adanya rang undang-undang ini, kita perlu bukan saja memantau peminjam-peminjam berbentuk baharu ini, tetapi juga merangkumi bank-bank yang ada di Malaysia. Kerana apa? Kerana bank-bank yang ada di Malaysia pada hari ini mencatat keuntungan yang luar biasa. Saban tahun antaranya 44 bilion, ya. Jadi, bank tak pernah rugi.
Yang rugi, yang koyak adalah rakyat. Jadi, bila rakyat koyak dan rakyat tenat dari segi ekonominya, maka itulah skim buy now pay later ini, “tumbuh seperti cendawan selepas hujan”.
Menawarkan mudah, cepat, tanpa slip gaji. Ini adalah formula kepada kegagalan negara kita kalau mana secara systemic tidak dibendung, tidak dipantau, tidak diselia oleh rang undang- undang yang seperti ini.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi, menurut kajian Bank Negara menunjukkan 25 peratus pengguna BNPL lewat membayar balik, lalu dimasukkan ke dalam senarai hitam, sekali gus menjejaskan masa depan kewangan mereka. Jadi, saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk menambah baik RUU Suruhanjaya Kredit Konsumer ini dengan mengambil kira dengan izin, perluas mandat suruhanjaya untuk menyelia semua bentuk kredit termasuk bank dan syarikat milik GLC.
Tetapkan had faedah dan caj penalti yang boleh dikenakan oleh pemberi kredit. Wajibkan pelaporan pinjaman buy now pay later ini dan kredit mikro ke dalam sistem laporan kredit nasional CCRIS dan CTOS, dengan izin untuk memantau pendedahan sebenar hutang pengguna.
Cadangkan had minimum 70 peratus pinjaman bank kepada sektor yang produktif, real economy, bukan hutang peribadi. Gerakkan audit bebas ke atas keuntungan bank setiap tahun dan laksanakan cukai keuntungan luar biasa jika perlu.
Rakyat hari ini tidak minta banyak. Mereka hanya minta barang, barang mampu milik, pendapatan yang bermaruah dan berpatutan dan sistem ekonomi yang adil. Bukan sistem yang menyuap bank dan membiarkan rakyat berlapar dan terpaksa terjebak dengan skim buy now pay later ini.
Jadi, di samping kita meluluskan rang undang-undang ini, saya mengharap pihak Kementerian Kewangan mengambil maklum what you are addressing is just the symptom, not the root cause of the people’s problem. Ya, saya minta kerajaan ada political will untuk ambil tindakan ke atas bank-bank yang menjerut dan menjerat rakyat.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Minta celah. Petaling Jaya celah sekejap boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Masa sudah tamat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Masa sudah tamat.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tapi adakah simptom ini wajar ditangani?
Masalahnya adalah – soalan saya. Adakah simptom ini wajar ditangani ataupun tak perlu buat apa-apa? Minta pandangan Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Aik. Saya setuju. Saya bukan menolak rang undang-undang ini. Saya setuju...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ha, setuju. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Setuju. Saya setuju, tapi saya nak ingatkan Kerajaan MADANI: do not ignore the problem. The real problems outside that cause all these mess in the people’s pocket, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Macang. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Ini bagi saya merupakan satu langkah yang penting untuk memperkukuhkan lagi sistem perlindungan pengguna dan pengawalseliaan industri kredit di negara kita.
Seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, RUU ini bertujuan untuk memelihara kepentingan pengguna, memperkukuh pengawalseliaan dan menggalakkan amalan peminjaman yang lebih adil dan telus.
Bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa kelemahan dan jurang yang wujud dalam sistem sedia ada yang saya bimbang tidak dapat sepenuhnya dikawal oleh RUU ini. Kebimbangan ini timbul atas pemerhatian mekanisme dan sistem undang-undang sedia ada yang mana fenomena atau salah laku masih berleluasa walaupun undang-undang untuk mengawalnya telah pun wujud berpuluh-puluh tahun.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Dalam kesempatan ini saya cuba memberikan beberapa cadangan supaya Dewan yang mulia ini dapat berdebat, berbahas dan turut menyumbangkan idea dan pandangan untuk memastikan bahawa RUU ini benar-benar mencapai objektifnya dalam melindungi pengguna dan menstabilkan pasaran kredit.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, salah satu itu yang saya lihat banyak dibincangkan juga dalam Dewan mulia ini dan sering dihadapi oleh pengguna kredit adalah peminjaman – adalah pinjaman tidak sah ceti haram ataupun lebih dikenali sebagai along yang berleluasa.
Meskipun kita sudah mempunyai Akta Pemberi Pinjam Wang Tahun 1951, lebih daripada 70 tahun, namun aktiviti pinjaman haram terus wujud dan memberi beban kepada pengguna terutamanya yang tidak tahu hak-hak mereka.
Apabila pengadu atau pengguna kredit ini cuba untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia ataupun cuba mendapat bantuan daripada pihak polis, aduan mereka sering kali dilihat sebagai pertelingkahan antara dua individu dan akan dinasihatkan untuk memulakan tindakan guaman melalui mahkamah sivil walaupun dalam kebanyakan masanya pihak yang menuntut hutang ataupun along ini telah menggunakan keganasan. Tambahan lagi, kadar faedah yang dikenakan kepada pengadu selalunya jauh lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan melalui undang-undang.
Walaupun RUU ini memberi kuasa kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna untuk mengawal memberi kredit berlesen, adakah suruhanjaya ini mempunyai kuasa penguatkuasaan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
terhadap pinjaman yang tidak sah masih dan terutamanya dalam konteks platform digital dan media sosial?.
Saya mencadangkan supaya RUU ini diperluaskan dengan pengawasan terhadap pinjaman dalam talian dan pemasaran pinjaman yang tidak sah termasuk pengenaan penalti lebih berat bagi pihak yang terlibat dalam kegiatan ini. Jika tidak, suruhanjaya ini seolah-olah harimau yang tidak bertaring.
Pada masa yang sama, saya meminta supaya kerajaan memberikan penjelasan yang lebih terperinci berkenaan dengan pihak penguat kuasa yang bakal terlibat terutamanya pada peringkat akar umbi. Apakah mekanisme atau platform aduan atau maklum balas yang mudah akses yang akan diberikan kepada orang ramai supaya orang ramai mudah mendapat bantuan di bawah RUU ini dan pada bila-bila masa sahaja mereka memerlukan bantuan?
Kerajaan juga diminta supaya menggariskan garis masa usaha-usaha pembudayaan dan pemantapan daya agensi-agensi atau mana-mana pihak penguat kuasa yang akan terlibat dalam menguatkuasakan rang undang-undang ini.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang mendesak yang juga banyak diperbincangkan adalah taktik pemasaran buy now, pay later yang sebenarnya boleh dilihat sebagai satu perkhidmatan kredit yang semakin berkembang dalam sektor E-dagang. Walaupun skim bayaran seperti ini semakin popular, ia tidak dikawal selia dengan ketat. Malah memberi peluang kepada amaran overlanding ataupun caj kewangan yang tinggi kepada pengguna.
Saya berharap dengan penggubalan RUU ini, kita menutup kelompangan dalam undang- undang ini. Dan saya meminta supaya kerajaan memberikan penjelasan bahawa sejauh manakah RUU ini memperuntukkan kawalan yang jelas kepada modal BNPL ini yang sering kali disalahgunakan oleh pemberi pinjaman untuk mengenakan caj tersembunyi kepada pengguna.
Untuk ini, saya mencadangkan supaya modal BNPL ini dimasukkan secara lebih terperinci dalam RUU ini dengan memperkenalkan had maksimum pembiayaan dan penjelasan yang lebih jelas mengenai caj dan penalti yang terlibat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Akhir kata, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, di Malaysia ini tidak kurang undang-undang. Undang-undang itu ada, apa yang kurang adalah penguatkuasaan dan mekanisme terutamanya apabila mangsa atau pengguna memerlukan bantuan.
Maka, saya mengesyorkan atau menggesa kerajaan supaya melihat dan memberikan, menitikberatkan perkara ini, apakah mekanisme untuk membantu pengguna. Marilah sama-sama kita menutup segala kelemahan yang ada untuk mencipta satu persekitaran yang lebih sihat.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Speaker.
Secara umumnya pindaan rang undang-undang ini satu langkah yang baik untuk memastikan amalan pemberian kredit kepada mereka yang memerlukan itu supaya ia nya dapat bergerak dalam masyarakat secara adil terutamanya segmen beli sekarang, bayar kemudian.
Amalan ini kalau sekiranya tidak dikawal dengan baik, akan membawa satu musibah malapetaka bencana kepada keluarga, masyarakat dan juga negara. Mereka yang pinjam melalui saluran ini kebanyakan yang terdiri dari kalangan yang tidak boleh pinjam melalui kewangan ataupun bank kerana tidak ada slip gaji. Bank pun tidak beri mereka pinjam, maka jalan pintasnya ialah melalui ruangan yang boleh mereka pinjam iaitu kepada pemberi pinjam wang (EPW).
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat sahabat saya, boleh masuk sikit?
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Sekejap. Puan Speaker, memanglah dalam hal ini kita melihat bagaimana kajian yang dibuat oleh Bank Negara dan juga AKPK, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.
Penemuan yang mereka temui ialah yang pertama, ramai rakyat yang tidak tahu kadar sebenar pinjaman – faedah pinjaman tadi. Yang kedua, ada yang tidak menabung langsung dan tidak tahu asas kepada pengurusan belanjawan.
Yang ketiga, sebilangan besar rakyat mudah terpengaruh dengan iklan hutang segera beli dahulu dan bayar kemudian. Begitu juga dengan terpengaruh dengan skim pelaburan palsu.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh bagi dulu, jelas kemudian.
[Ketawa]
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Suasana ini amat membimbangkan kerana apabila Kementerian Kewangan sendiri menyatakan bahawa hutang isi rumah kini mencecah RM1.63 trilion bersama dengan 84 peratus nilai KDNK Malaysia. Ini satu jumlah yang sangat besar.
Dalam hal ini, kita melihat Rang Undang-undang Kredit ini merangkumi semua jenis penyedia kredit bukan bank yang terdiri daripada pelbagai jenis perkhidmatan.
Selain itu, kewajipan modal minimum dengan nilai yang besar mungkin dilihat secara umumnya baik, tetapi ia juga perlu mengambil perkiraan kerana ini mengehadkan untuk ada agensi-agensi untuk memberikan pilihan kredit terutama golongan B40 yang berada di kawasan luar bandar.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Adakah kita boleh membuat cadangan supaya agensi yang nak melakukan pinjaman ini, mereka ini boleh berikan secara berperingkat-peringkat ataupun erti kata ada tahap percubaan sebelum mereka diberikan lesen penuh supaya memudahkan mereka yang berada di kawasan luar bandar untuk membuat pinjaman.
Puan Speaker, saya nak memberikan beberapa perkara yang perlu diambil ingatan.
Pertamanya ialah rang undang-undang ini mesti menetapkan kadar faedah maksimum yang lebih munasabah terutama bagi pinjaman mikro. Jangan halalkan penindasan atas nama lesen kerana hari ini sebenarnya berlaku pinjaman-pinjaman berlesen, tapi tindakan yang nak pungut itu ialah menggunakan gengster dan sebagainya.
Yang kedua, wajibkan semua PPW dan BNPL membuat semakan keupayaan bayar agar peminjam tidak terlebih hutang. Ini juga kena buat sebab itu kalau kita tengok peraturan yang diletakkan oleh bank itu betullah, dia semak gaji kita, semak kita punya pinjaman kita, mampu bayar atau tidak, tapi PPW ini mereka tak check sebenarnya.
Yang ketiga, wujudkan mekanisme penyelesaian pertikaian jelas, tribunal khas atau saluran aduan bebas untuk pengguna yang dizalimi.
Yang keempatnya, apa yang menjadi kebimbangan kita adalah yang kita sebut tadi, yang menyebabkan mereka ini terpaksa meminjam sehinggakan meningkat kepada RM1.63 trilion.
Namun begitu, saya ingin memberikan juga tentang perkara yang keempat, adakan kempen literasi kewangan nasional. Rakyat kita perlu diajar membezakan antara keperluan dan kehendak, macam disebutkan oleh Bachok tadi terutama dari kalangan anak-anak muda dan juga dari kalangan mereka baru nak membina karier kerana mereka tidak memahami tentang risiko hutang.
Akhirnya, yang kelima ialah untuk jangka panjang kita perlu galakkan sistem kewangan Islam yang berasaskan keadilan dan berkongsi risiko, bukan sistem riba yang menindas. Kalau dalam Islam, antara lapan asnaf yang boleh menerima zakat ialah mereka yang disebut sebagai al-gharimin iaitu mereka yang dibelenggu dengan hutang. Sebenarnya di pejabat zakat sepatutnya menyediakan untuk mereka ini dapat menyelesaikan hutang mereka, bukan hutang macam kita hutang kereta, hutang rumah sebagainya. Ini soal keperluan-keperluan asas yang mereka alami. Terima kasih kepada Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Undang-undang Kredit Pengguna 2025 di Dewan Yang Mulia ini. Puan Yang di-Pertua, RUU ini memperlihatkan keperluan untuk mengawal selia pemain industri kredit pengguna yang sebelum ini tidak dikawal selia. Saya yakin reformasi ini dapat memberikan perlindungan kepada pengguna terutamanya rakyat biasa dan kumpulan perusahaan kecil, mikro, kecil dan sederhana ataupun MSME di mana mereka ini sering kali terhimpit dengan kesukaran mendapatkan pinjaman melalui saluran yang tepat.
Meneliti permasalahan yang dialami oleh kumpulan MSME terutamanya penjaja-penjaja kecil, kita sedar bahawa kumpulan peniaga kecil ini terkapai-kapai apabila mereka perlu mendapatkan pertolongan dari peminjam yang tidak sah, dalam kes ini along yang tidak berlesen bagi memulakan perniagaan atau bertahan dalam perniagaan mereka.
Untuk makluman Dewan, along memang merupakan satu fenomena yang amat unik di negara ini yang telah berlanjut selama berdekad-dekad. Iklan, notis dan banting memang ternampak di tepi-tepi jalan. Perhentian bas, tiang lampu, kadang depan sekolah dan hospital.
Pelancong yang mengunjungi negara kita kadang terkilan dengan betapa berleluasanya along berada di negara kita. Manakala kita pula terlalu biasa dengan keadaan yang ada sekarang seperti semburan cat merah, notis tuntutan hutang yang dipaku di depan rumah dan umpamanya.
Puan Yang di-Pertua, cabaran yang saya lontarkan kepada Suruhanjaya yang bakal ditubuhkan ini adalah adakah jumlah peminjam-peminjam tidak sah di negara kita ini dapat diserap dalam sistem yang lebih rasmi. Ekosistem sekarang adalah sememangnya ada keperluan yang mendesak daripada penjaja-penjaja kecil, pesakit yang susah nak membayar deposit hospital waktu lewat malam, ibu bapa yang terpaksa mendahulukan bayaran untuk membeli buku-buku sekolah, kesemua ini menuntut perwujudan along-along ini. Bahkan kata mereka, “Kami bukan along, kami cuma nak tolong.”
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
YB.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Pandangan ini ada tepatnya. Peniaga kecil memilih untuk menjadikan along tidak berlesen ini sebagai tempat pembiayaan kewangan mereka adalah kerana proses pinjaman yang lebih mudah dan cepat diperolehi. Sekejap.
Kadang-kala dalam tempoh satu jam saja mereka sudah dapat meluluskan wang berbanding dengan institusi kewangan yang sedia ada apabila mereka perlu menunggu proses yang begitu lama, rumit dan perkara ini juga telah membantutkan hasrat mereka untuk mendapatkan akses pembiayaan yang tepat. Silakan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat, saya nak tanya adakah yang memang setuju bahawa syarikat-syarikat along ini dan juga pemilik syarikat dan pekerja- pekerja dalam syarikat ini wajar kita blacklist dan juga mendedahkan jumlah syarikat-syarikat ini yang telah diambil tindakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Segamat.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat boleh sambung sikit? Sedikit saja.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Sila.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Tadi sahabat saya daripada Bagan tidak bagi laluan. Ini, Yang Berhormat, sedar tak bahawa mutakhir ini, kegiatan along-along ini memang licik iaitu menawarkan bukan-bukan, tetapi in return bayaran dia, banyak orang sudah hidup sengsara. Jadi dengan hanya regulasi seumpama ini, akta seumpama ini mungkin boleh menghapuskan mereka-mereka yang terlibat terdahulu dan kerajaan perlu melantik agensi-agensi yang di-regulate ini secara fresh blood, yang baru punya, supaya mereka tidak menghisap darah seperti along-along tersebut terdahulu.
Terima kasih.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Lintah darat namanya kepada along-along ini dan saya setuju, memang perlu diambil tindakan yang tegas. Namun, telah pun berdekad-dekad kita berbahas dan kita menguruskan keadaan ini, tetapi masih ada wujudnya dan saya nampak kewajaran untuk wujudkan rang undang-undang ini adalah exactly untuk menangani isu yang kita tidak dapat tangani sebelum ini.
Cuma, kita tidak boleh melihat dari sudut membendung dan menekan sahaja, Puan Yang di-Pertua. Sebaliknya, kita perlu merangka supaya peminjam-peminjam sah ini lebih berupaya, lebih berdaya saing dan lebih cekap serta kos pematuhannya tidak terlalu berat supaya akhirnya semua- peminjam-peminjam yang tidak sah ini akan hilang kerana telah menjadi peminjam wang dan diganti dengan peminjam-peminjam wang yang sah. Sebaliknya, sekiranya kita menggunakan pendekatan untuk menghukum, akhirnya rakyat yang susah mendapat pinjaman ataupun terpaksa menanggung kos pinjaman yang lebih tinggi.
Jadi, soalan saya adalah apakah rancangan dan hala tuju kementerian dalam membawa pemberi-pemberi pinjaman wang ini masuk dalam pengawal seliaan kredit pengguna, Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini? Saya juga ingin meneliti bahawa adanya keperluan untuk ditangani masalah penguatkuasaan. Saya setuju dengan Bakri tadi. Dah berdekad-dekad, tetapi selalunya bila laporan polis dibuat, dimaklumkan bahawa kes ini adalah kes sivil, tetapi secara terangnya kita telah tahu kes ini adalah bersifat komersial kerana yang memberikan pinjaman wang ini tidak berlesen mengapa tidak ada, soalannya adalah mengapa Bank Negara Malaysia dan SKP ini bagaimana dapat kongsikan maklumat dengan PDRM supaya pemberi pinjaman kredit ini tidak berlesen dan tidak lagi boleh terus bermaharaja lela?
Dan akhirnya tentang BNPL. Saya cepat je, ringkas sebab saya nampak sebenarnya BNPL sekarang banyak bergantung dan terikat dengan prinsipal mereka. Saya bagi contoh, Shopee, guna SPay Later, tapi SPay Later, kalau kita masuk Shopee, hanya boleh gunakan SPay Later. Kalau kita gunakan Grab PayLater, hanya boleh digunakan dalam Grab. Jadi soalan saya
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
adalah mengapa kita tidak boleh membuka platform ini supaya kesemua pemain industri boleh menawarkan perkhidmatan BNPL kepada pengguna-pengguna tersebut supaya amalan bersifat oligopolistik ini, yang tidak sihat ini dapat juga dibendung dan dalam rancangan rang undang- undang ini untuk tangani sama-sama.
Jadi itu saja perbahasan saya. Cuma soalan terakhir adalah adakah penilaian skor kredit tadi disebut oleh Bayan Baru tentang credit scoring, adakah kementerian juga melihat credit score ini dari segi kebolehmampuan, affordability dan peminjam tersebut dan bukan sekadar kemampuan pembayaran balik je ataupun repayability. Ini adalah kerana walaupun peminjam tersebut mampu membayar balik, tetapi keadaan kewangannya sebenarnya sudah kritikal dan terlalu lewat untuk terlepas daripada bankruptcy sekiranya kita tidak mengambil satu pendekatan yang lebih holistik. Sekian saja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
*Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus mulakan dengan isu yang pertama yang saya nak bangkitkan ialah isu kebebasan Suruhanjaya Kredit Pengguna dan tadbir urus. Fasal 6 RUU ini menubuhkan Suruhanjaya Kredit Pengguna ataupun SKP sebagai badan berkanun yang akan mengawal selia semua aktiviti kredit pengguna bukan bank. Menurut fasal 9, suruhanjaya ini akan diurus oleh suatu lembaga pengarah yang pengerusinya adalah pengerusi eksekutif bersama ahli-ahli lain yang dilantik oleh Menteri Kewangan.
Jadi satu sudut, penubuhan SKP ini langkah positif untuk menyelaraskan pelbagai sektor kredit pengguna di bawah satu payung. Namun, kelemahan yang dibimbangi adalah dari segi kebebasan dan ketelusan tadbir urus suruhanjaya ini. Memandangkan pelantikan ahli lembaga dibuat oleh menteri, timbul persoalan sejauh mana SKP ini benar-benar bebas daripada campur tangan politik dan juga pengaruh industri? Kita mahu SKP bertindak tegas melindungi pengguna, bukan sekadar menjadi rubber stamp kepada kehendak kerajaan ataupun pemain industri.
Di peringkat antarabangsa, suruhanjaya atau badan regulatory yang efektif lazimnya mempunyai autonomi jelas. Di UK sebagai contoh, misalnya Financial Conduct Authority (FCA), beroperasi dengan independency tinggi dan akauntabiliti kepada Parlimen, bukan hanya kepada menteri. Memastikan kepentingan awam mengatasi tekanan politik atau komersial. Kita perlu meneliti sama ada SKP kita akan diberi autonomi serupa. Contoh tempatan sebelum ini, beberapa agensi penguatkuasaan kewangan menghadapi kritikan kerana kurang ketelusan dan tidak proaktif sehingga isu seperti pinjaman along masih berlarutan sampai ke hari ini.
Kemudian isu yang kedua saya nak sebutkan ialah pertindihan kawal selia dan pelaksanaan berfasa. RUU ini bercita-cita menyeragamkan kawal selia kredit pengguna tetapi
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
saya perhatikan wujud struktur berbilang agensi dan pelaksanaan berfasa yang boleh menimbulkan kekeliruan. Fasal 34 sebagai contoh, mengiktiraf pelbagai pihak berkuasa kawal selia dan penyeliaan- regulatory and supervisory authorities. Selain SKP, termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPKT serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Fasal ini menyatakan bahawa kuasa RSA di bawah akta ini adalah tambahan kepada kuasa sedia ada di bawah undang-undang masing-masing. Maknanya, wujud rejim kawal selia selari, di mana agensi-agensi tersebut terus mengawal sektor masing-masing mengikut undang- undang sedia ada. Kelemahan di sini ialah potensi pertindihan bidang kuasa, Tuan Yang di- Pertua.
Kemudian, saya nak sebutkan cadangan supaya kerajaan mempercepatkan penyelarasan agar pertindihan diminimumkan. Tempoh peralihan wajar dipantau rapi, mungkin dipendekkan jika boleh dan garis panduan interim yang seragam patut dikeluarkan oleh SKP bersama KPKT, KPDN supaya semua pemberi kredit lama atau baru mematuhi prinsip perlindungan pengguna yang konsisten. Sebagai contoh, SKP boleh menetapkan kod etika sementara yang turut mengikat pemberi pinjam wang berlesen dan syarikat sewa beli melalui agensi masing-masing.
Saya juga menggesa supaya fasal peralihan memperincikan mekanisme penyelesaian pertikaian bidang kuasa antara agensi agar aduan pengguna tidak terbiar hanya kerana kekeliruan agensi mana yang sepatutnya bertanggungjawab. Jadi, soalan saya kepada Menteri, mengapa kerajaan memilih untuk mengekalkan rejim selari buat masa ini dan bagaimana koordinasi antara SKP dengan KPKT serta agensi lain dapat dilaksanakan untuk memastikan tiada kekosongan atau percanggahan dalam perlindungan pengguna sepanjang tempoh peralihan?
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana rakan-rakan juga bangkitkan tadi iaitu tentang buy now pay later (BNPL). Kebimbangan utama ialah risiko hutang tersirat dan kelonggaran kredit yang ditawarkan oleh BNPL. Ia digambarkan tanpa faedah tetapi sebenarnya dalam kejahilan ataupun dalam limitation untuk mendapat maklumat, kadangkala pengguna ini mengambil cara yang mudah, tak mempedulikan terms yang ada itu sehingga mereka terjebak kepada hutang dan faedah yang tersirat.
Jadi, contoh di Australia, satu tinjauan dibuat oleh Good Shepherd mendapati 84 peratus kaunselor kewangan melaporkan klien mereka cuba menangani hutang dengan membuka akaun BNPL tambahan. Bila dah di-limit, dia buka akaun lain dan dia diberi dengan 8,000, kalau Shopee, 7,000 lebih dan sebagainya. Akhirnya, mencetuskan spiral hutang yang tidak terkawal. Begitu juga di UK, pihak berkuasa mendapati 5.3 juta rakyat dewasa mempunyai hutang BNPL mencecah sekitar RM270, dan lebih satu juta orang melebihi 500 Euro. Majoritinya golongan
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
muda. Jadi, saya mengharapkan dengan adanya RUU ini, kita akan mencapai target dan juga hasrat yang dicita-citakan oleh kerajaan yang akan meluluskan RUU ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Penghala Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. RUU Kredit Pengguna 2025 bukan sahaja relevan, malah ia nya amat mendesak untuk kita luluskan dan ia bukan sekadar rangka kerja perundangan, tetapi ia nya satu usaha untuk menyeimbangkan antara inovasi kewangan dan perlindungan sosial agar rakyat tidak terjerat dalam hutang yang membebankan. Jadi, Betong ingin menyentuh secara terperinci fasa-fasa utama dalam RUU ini, khususnya dari perspektif luar bandar yang turut terkesan secara langsung oleh perubahan ini.
Puan Yang di-Pertua, RUU ini melalui fasa-fasa utamanya memberi kuasa kepada suruhanjaya tersebut untuk menyelia, memberi kredit, memperkenalkan lesen dan pendaftaran baharu dan melaksanakan tugas kawal selia. Namun begitu, masih banyak yang perlu diperhalusi. Merujuk pada bahagian 1, fasal 1 hingga 5, RUU ini menetapkan pemakaian kepada semua pemberi kredit dan perkhidmatan kredit. Dalam hal ini, antara perkara yang wajar diteliti adalah pelaksanaannya di kawasan luar bandar yang perlu dilakukan secara berperingkat supaya pemberi kredit dan perkhidmatan kredit tidak terbeban secara tiba-tiba serta membolehkan syarikat-syarikat tersebut menyesuaikan diri, sebab penduduk di luar bandar juga tidak akan kehilangan akses kepada kemudahan kredit secara tiba-tiba.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada bahagian 2, perenggan 1, fasal 6 hingga 21, bagi maksud pemilihan anggota lembaga. Perlu dipertimbangkan agar satu pencalonan yang boleh memperlihatkan bahawa suara masyarakat di luar bandar turut diwakili di dalam lembaga tersebut. RUU ini secara prinsipnya ingin mewujudkan ekosistem kredit yang adil dan inklusif.
Maka, keanggotaan lembaga juga mesti mencerminkan prinsip ini. Perwakilan masyarakat luar bandar adalah sebahagian daripada pendekatan all of society governance yang telah digunapakai di negara-negara maju seperti Australia dan New Zealand dalam pelantikan lembaga awam.
Antara kriteria yang boleh dipertimbangkan adalah calon yang mewakili organisasi dari luar bandar, mempunyai pengalaman mengurus isu kredit komuniti seperti koperasi desa, pertanian, ekonomi mikro serta mampu menyuarakan pandangan secara efektif dan memahami struktur dasar awam.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada bahagian kelima iaitu pelesenan dan pendaftaran di bawah fasal 44 dan 61 berkaitan kehendak kewangan minimum bagi pendaftaran.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi, di bawah - di kawasan luar bandar terdapat penyedia kredit berskala kecil yang tidak mampu memenuhi syarat kewangan sedia ada. Jadi dalam hal ini, adalah dicadangkan supaya diwujudkan kategori lesen mikro bagi penyedia kredit dengan syarat yang lebih fleksibel.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Lesen mikro ini akan membolehkan penyedia kredit skala kecil untuk kekal sah dan terus memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di luar bandar. Ia juga membolehkan inisiatif pembiayaan mikro berkembang tanpa kerenah birokrasi yang keterlaluan.
Seterusnya di bawah Bahagian VII berhubung dengan perlakuan perniagaan bagi perlindungan pengguna kredit fasal 84 hingga 87. Penduduk luar bandar sering kali menjadi mangsa perlakuan perniagaan yang tidak adil termasuk cas tersembunyi dan tekanan hutang.
Oleh itu, Betong ingin mencadangkan supaya program literasi kewangan berasaskan komuniti dilaksanakan bermula di sekolah, masjid ataupun balai raya. Manakala kios fizikal Suruhanjaya Kredit Pengguna disediakan di daerah luar bandar untuk kemudahan aduan dan mendapatkan maklumat. Jadi, pendekatan ini mampu memperkasakan pengguna di luar bandar agar celik hal hak dan lebih berdaya kawal dalam urusan kewangan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin pergi kepada Bahagian VII dan IX.
Pemeriksaan dan penyiasatan serta penguatkuasaan yang bermula dari fasal 88 hingga fasal 120. Saya ingin menyentuh secara khusus mengenai penguatkuasaan. Penguatkuasaan perlu dilakukan dengan berhemah. Pegawai penyiasat mesti menjalani segala latihan khas agar faham konteks sosioekonomi dan budaya di luar bandar. Dalam hal ini, pendekatan pemulihan dan pendidikan perlu diberi keutamaan sebelum hukuman.
Dan akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya skim pematuhan terkawal selama 12 bulan dilaksanakan bagi penyedia kredit mikro yang gagal mematuhi secara tidak sengaja.
Tujuannya ialah untuk membina ekosistem kredit yang bertanggungjawab tanpa membunuh gerakan ekonomi mikro tempatan.
Jadi di Bahagian X, peruntukan am, di bawah fasal 1, 2, 3, saya ingin memohon pertimbangan agar satu garis panduan khas bagi kuasa luar bandar dirangka yang merangkumi perkara seperti penyediaan dokumentasi bercetak yang mudah difahami dan juga sokongan pentadbiran dan pemantauan kepada koperasi kredit komuniti. Selain itu, perlu ada mekanisme pengecualian kepada peraturan yang tidak sesuai di pedalaman serta pemantauan impak khusus bagi zon berisiko tinggi di kawasan pedalaman.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali RUU ini bukan sekadar kerangka undang-undang, ia adalah deklarasi bahawa pengguna kredit di Malaysia tanpa mengira lokasi, latar atau status digital akan mendapat perlindungan, pendidikan dan suara yang adil dalam sistem kewangan negara. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya mengucapkan terima kasih atas peluang membahaskan Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025. Sebagai wakil rakyat daripada kawasan luar bandar seperti Padang Terap, saya menyambut baik usaha kerajaan menggubal satu kerangka perundangan yang menyeluruh yang dapat melindungi rakyat daripada bahaya, risiko kredit ataupun hutang yang tidak terkawal terutama melalui kemunculan sistem seperti beli sekarang bayar kemudian.
Fasal 1 hingga 5 dengan jelas menetapkan permulaan kuat kuasa pemakaian tafsiran dan siapa yang dikategorikan sebagai pengguna kredit. Saya berpuas hati apabila RUU ini memasukkan perusahaan mikro dan kecil serta penjamin sosial sebagai pengguna kredit yang dilindungi. Ini penting kerana di kawasan seperti Padang Terap, majoriti rakyat bekerja sendiri, berniaga kecil-kecilan dan sering menjadi penjamin kepada saudara mara yang mereka perlu dilindungi.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna di bawah fasal 6 hingga 8 yang diberi kuasa untuk mengawal selia, memantau dan menyiasat semua aspek berkaitan kredit pengguna. Namun begitu, saya ingin menyatakan kebimbangan terhadap skop kuasa suruhanjaya yang terlalu luas khususnya dalam fasal 8(2)(h) yang membenarkan suruhanjaya menggunakan semua harta alih dan tak alih sebagaimana yang difikirkan sesuai untuk manfaat. Kuasa ini seharusnya diiringi dengan kawalan Parlimen bagi mengelakkan penyalahgunaan atau pelaburan berisiko tinggi.
Selain itu, fasal 33 membenarkan suruhanjaya menubuhkan atau menyertai pertubuhan perbadanan. Ini juga membuka ruang kepada potensi konflik kepentingan. Maka saya mencadangkan satu garis panduan khas atau audit bebas diwujudkan bagi memastikan suruhanjaya kekal berperanan sebagai pengawal selia bukan pemain industri.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 81(1) dan (2) Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025 dengan jelas menetapkan bahawa setiap pemberi kredit Islam hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa perniagaan, hal ehwal dan aktiviti mereka mematuhi prinsip syariah.
Tambahan pula, mereka boleh mendapatkan nasihat daripada Majlis Penasihat Syariah bagi sebarang urusan yang memerlukan penentuan hukum syarak.
Dalam era digital yang pesat berkembang hari ini, pelbagai model baharu perkhidmatan kewangan telah muncul, buy now, pay later. Sehingga ini sebanyak 12 syarikat BNPL telah beroperasi di Malaysia dan sebahagian telah mendapat pengiktirafan patuh syariah. Saya
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
berpandangan bahawa Majlis Penasihat Syariah yang dirujuk dalam fasal 81(2) harus diberikan peranan yang lebih aktif dan berwibawa. Bukan sahaja menjadi tempat rujukan teknikal, bahkan juga menetapkan piawaian asas pematuhan syariah yang wajib dipatuhi oleh semua pemberi kredit Islam termasuk penyedia perkhidmatan kewangan baharu seperti BNPL.
Hal ini penting bagi memastikan integriti sistem kewangan Islam di Malaysia sentiasa terpelihara dan tidak dicemari oleh amalan kewangan yang menyimpang, tetapi berselindung di sebalik label yang Islamik. Langkah ini juga secara langsung akan melindungi pengguna Muslim daripada terjerumus dalam amalan riba, Gharar dan transaksi tidak patuh syariah yang mana kesannya bukan bersifat kewangan, malah membawa implikasi sosial dan agama yang serius.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Padang Terap, nak mohon laluan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Ya, sila Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Padang Terap. Saya ingin bertanya, adakah Padang Terap bersetuju sekiranya negara kita ini mula bergerak ke arah sesuatu yang lebih memanfaatkan rakyat di negara kita, antaranyalah untuk kita mewujudkan secara meluas sosioekonomi baharu seumpama jual beli tanpa riba, pembiayaan makro Islam sebagai alternatif kepada sistem kapitalis dan mungkin juga boleh diperkenalkan amalan kewangan beretika dengan memperkenalkan konsep ta’awun? Sekarang ini konsep [Tidak jelas] konsep keuntungan, tapi bolehkah diperkenalkan konsep ta’awun untuk memastikan pinjaman yang dibuat ini kepada tujuan-tujuan yang memberi manfaat kepada rakyat? Mohon pandangan Padang Terap. Terima kasih.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Pematang Pauh. Saya anggap semua- cadangan-cadangan itu sangat baik, cadangan yang untuk yang bersifat Islamik dan masukkan ucapan Pematang Pauh dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berpandangan bahawa fasal 29 dan 30 berkaitan laporan tahunan dan penyertaan akaun suruhanjaya masih belum mencukupi. Suruhanjaya ini akan memegang kuasa besar dan dana awam. Maka, saya mencadangkan agar laporan setengah tahun dibentang di Parlimen secara berkala, bukan hanya kepada Menteri. Ini penting demi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan semak imbang secara institusi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa kadar keberhutangan isi rumah kini telah mencapai paras yang membimbangkan.
Dari tahun 2018 hingga tahun 2023 purata pertumbuhan tahunan hutang isi rumah di Malaysia ialah sebanyak 5.1 peratus. Menurut Bank Negara Malaysia, pada hujung Disember tahun lepas, kadar hutang isi rumah telah meningkat kepada RM1.63 trilion iaitu bersamaan 84.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar. Malah pada tahun 2021, Malaysia merupakan negara kedua tertinggi di Asia Tenggara dari sudut kadar hutang isi rumah. Jika kita lihat pecahan hutang isi rumah pula, sebanyak 62.3 peratus ialah pembelian harta tanah kediaman, 14.8 peratus ialah pembelian kereta penumpang, 8.9 peratus hutang peribadi dan 3.3 peratus hutang kad kredit.
Tidak cukup dengan tekanan sedia ada hutang isi rumah ini, kini rakyat terdedah kepada bahana transaksi pembelian melalui perkhidmatan buy now, pay later yang menjadi salah satu pintu masuk yang mudah kepada hutang tanpa melalui semakan kredit yang ketat. Ini membuka ruang kepada ketagihan membeli secara ansuran walaupun di luar kemampuan sebenar pengguna.
Peningkatan transaksi BNPL dari RM4.9 bilion kepada RM7.1 bilion pada separuh kedua tahun 2024 menunjukkan berlakunya perubahan ketara dari sudut akses dan budaya pengguna.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Oleh itu saya percaya dengan Rang Undang-undang Kredit Pengguna ini ia boleh menyediakan kerangka yang jelas dan komprehensif dalam mengawal selia pengamalan dan pengurusan hutang negara ini yang kompleks dan memerlukan kerjasama rentas dari kementerian. Ini merupakan salah satu langkah penting ke arah mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih adil, telus dan bertanggungjawab khususnya dalam konteks peningkatan fenomena buy now pay later dalam kalangan rakyat Malaysia.
Saya berharap melalui RUU ini semakan kelayakan kredit kepada pengguna BNPL ini akan mempunyai kawalan dan SOP yang ketat dan efektif. Setakat ini penyedia-penyedia perkhidmatan BNPL ini mempunyai had kredit tertentu yang berbeza dan mereka tidak mempunyai data yang dikongsi yang dapat mengesan kadar hutang pengguna yang membeli barangan melalui BNPL ini. Pengguna khususnya belia boleh menggunakan BNPL dari lima penyedia yang berbeza dengan had kredit yang berbeza dan masih melepasi kelayakan untuk penggunaan khidmat BNPL dalam platform yang keenam.
Puan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna yang disebutkan dalam RUU ini. Namun saya ingin menekankan bagaimanakah
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
penguatkuasaan ini akan dilakukan? Dan apakah melibatkan tambahan kewangan yang membebankan dalam memastikan pelaksanaan dasar ini. Saya mencadangkan, agar SKP turut diperkasakan dengan penglibatan masyarakat sivil dalam menjalankan pemantauan, pelaporan serta aduan daripada pengguna khususnya dari pengguna BNPL.
SKP juga perlu membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen secara telus dan terbuka agar kita dapat menilai sejauh mana keberkesanan dasar dan mencadangkan penambahbaikan yang berasaskan data yang sebenar. Kita juga memerlukan data menyeluruh berkenaan pengguna BNPL ini yang gagal membayar. Walaupun menurut BNM, hutang BNPL hanyalah 0.2 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah dan jumlah tertunggak BNPL kekal rendah pada tahap 2.9 peratus pada jumlah baki terkumpul, apakah terdapat unjuran berapa peratuskah yang telah gagal dan bakal gagal dalam pembayaran semula BNPL ini?
Saya juga ingin tahu bagaimanakah syarikat-syarikat BNPL mengendalikan kutipan hutang ini? Adakah mereka menggunakan ejen pemungut hutang yang berlesen dan mematuhi etika? Saya menyokong sepenuhnya cadangan dalam RUU ini untuk mengetatkan tatacara dan etika ejen pemungut hutang. Kita tidak mahu lagi mendengar kisah pengguna yang diugut, dimalukan bahkan ada yang mengalami tekanan mental akibat gangguan yang berterusan daripada ejen kutipan hutang. Kerajaan mesti memastikan proses kutipan hutang ini dilakukan secara berhemah, beretika dan mematuhi hak asasi pengguna.
Puan Yang di-Pertua, RUU ini juga perlu disokong dengan kempen pendidikan kewangan yang berterusan. Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta NGO, NGO yang berkaitan perlu diberikan dana yang mencukupi untuk melaksanakan sesi bimbingan dan pendidikan hutang terutamanya kepada golongan muda. Kita juga perlukan data siapakah peruncit atau peniaga yang menggunakan khidmat BNPL ini. Adakah syarikat besar ataupun SME? Adakah peruncit luar negara yang mendominasi sistem ini atau peniaga tempatan?
Sekiranya penguatkuasaan terlalu ketat apakah impak ekonomi kepada peniaga tempatan?
Maka saya berharap agar pendekatan kita bersifat seimbang dan melindungi pengguna tanpa membantutkan perniagaan tempatan.
Yang terakhir Puan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama kita tidak mahu penguatkuasaan yang terlalu ketat sehingga memaksa pengguna yang benar-benar terdesak memilih jalan pinjaman tidak berdaftar yang jauh lebih berisiko dan bahaya. Laluan kepada kredit yang sah dan beretika harus kekal terbuka namun dipandu dengan disiplin kawal selia yang kukuh.
RUU ini adalah salah satu langkah yang ke hadapan yang wajar, namun ia hanya akan bermakna jika dilaksanakan dengan ketelusan, keberanian dan komitmen kepada kebajikan rakyat. Maka saya menyeru agar kita semua meneliti pelaksanaannya dalam menghadapi realiti
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
kehidupan rakyat yang kini dihimpit hutang dan kos sara hidup yang tinggi. Sekian, Bentong menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan dan ruang kepada Kuala Krai untuk turut sama dalam perbahasan RUU Kredit Pengguna 2025.
Tuan Yang di-Pertua, kita akui masalah akarnya adalah ekosistem kredit bukan bank yang tumbuh secara cepat dan wujud amalan buy now pay later (BNPL) yang tidak seragam.
Menjerumuskan pengguna muda kepada hutang berlapis tetapi RUU ini masih kabur tentang had kos efektif dan mekanisme pencegahan over commitment pengguna secara proaktif. Tanpa formula telus atau siling kadar efektif maka matlamat melindungi pengguna mungkin hanya retorik.
Penubuhan suruhanjaya dan pengiktirafan berbilang regulatory dan supervisory authority
(RSAS) nampak menyeluruh. Namun risiko pertindihan muncul kerana RUU ini mewujudkan rejim selari di samping kuasa undang-undang sedia ada agensi masing-masing. Tanpa protokol keutamaan kuasa yang jelas pertikaian bidang kuasa boleh melambatkan penyelesaian aduan pengguna.
RUU ini memberikan lesen pendataran dan keperluan deklarasi berlapis. Koperasi mikro yang ingin menawarkan inovasi kredit bertanggungjawab mungkin terhalang oleh kos tadbir urus awal, lalu pasaran semakin berkonsolidasi kepada pemain besar yang potensi menekan daya saing harga rakyat biasa. Dari sudut pengguna mikro dan perusahaan kecil, RUU ini mengiktiraf mereka sebagai kredit konsumer di bawah had tertentu namun tanpa kewajipan terang dan jelas untuk menyediakan modul literasi kewangan pra-kelulusan. Kita bimbang usaha menangani hutang tak berdaya bayar hanya berlaku reaktif menerusi kaunseling selepas terperangkap bukan preventif.
BNPL kekal fenomena berkembang pesat dipacu budaya memberi segera dan platform digital. RUU menyasar BNPL, tetapi garis panduan perilaku khusus sebelum dimuktamadkan.
Tanpa parameter ini kegagalan mengekang hutang berganda boleh berterusan walaupun rangka undang-undang diwujudkan.
Tuan Yang di-Pertua, RUU mencakupi perkhidmatan kutipan semula, namun tanpa piawaian terperinci mengenai tempoh masa, larangan, bentuk intimidasi halus serta hukuman progresif atas pelangganan berulang. Kita bimbang normalisasi tekanan psikologi ke atas
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
peminjam yang sedang rapuh ekonomi. Media dan pakar boleh — telah menekankan risiko amalan tidak adil.
Dalam ketiadaan kerangka menyeluruh, tetapi kerangka itu mestilah spesifik bukan sekadar prinsip umum. Ini belum lagi dibincangkan berkaitan dengan amalan penipuan dan riba dalam sistem kredit pengguna. Dari perspektif maqasid syariah, kita wajib memastikan perlindungan harta ataupun Hifdz al-Mal dan menutup jalan kezaliman hutang. Al-Quran memberi amaran tegas tentang perniagaan yang menindas antanya ayat dalam surah An-Nisa ayat 29, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil.” Tanpa pindaan substantif kita mungkin meluluskan rang undang-undang yang kelihatan kukuh di atas kertas, tetapi kurang berkesan dalam menangani hutang tidak mampan, kos kredit tinggi dan perlindungan data pengguna sementara masyarakat berpendapatan rendah, terus terhimpit oleh inflasi dan tekanan kewangan digital baharu. Adakah suruhanjaya mempunyai peruntukan undang-undang penetapan hak kredit kepada pengguna berdasarkan kelayakan dan prestasi kredit, yang dilaporkan menjadi salah satu punca kepada perangkap hutang yang dialami oleh rakyat Malaysia?
Pada masa ini hutang BNPL dilaporkan mencecah RM2.8 bilion menyumbang kepada 0.2 peratus hutang isi rumah negara. Adakah akta ini memperuntukkan keperluan mandatori kepada pemberi kredit untuk mempunyai indikator tahap pengukuran kemampuan pengguna yang jelas, ataupun indikator ini seharusnya tidak memberikan implikasi kos kepada pengguna kredit. Dan menyeluruh sebelum ditawarkan servis BNPL kepada pengguna?
Tuan Yang di-Pertua, mungkin sedikit di luar skop tetapi isu penting ini juga terkait dengan pinjaman. Saya hendak dapatkan kepastian terhadap polisi kerajaan khususnya Bank Negara berkaitan dengan terdapat satu pihak hendak kurangkan hutang isi rumah. Contohnya ialah antaranya RUU kita pada hari ini, tetapi pada pihak lain khususnya bank membuka ruang pinjaman sehingga RM400,000 personal loan.
Kepada BNM, kenapa BNM berikan had maksima pinjaman terlalu tinggi sehingga RM400,000 kepada bank-bank tanpa ada kawalan yang sepatutnya apabila ditawarkan pinjaman kepada pengguna? Bagaimana pihak kerajaan dapat mengawal dua isu ini khususnya jika terdapat pihak yang berselindung di sebalik sistem kewangan berlesen yang menghasut pengguna agar membuat pinjaman atau asas menyatukan pinjaman dan baki lagi melabur dengan pihak berkenaan?
Fenomena ini berlaku khususnya kepada penjawat awam akan menyebabkan rasuah ataupun ruang rasuah terus terbuka kerana dengan pendapatan yang sedia ada, tidak lagi dapat menampung bayaran hutang yang bertimbun-timbun dan berlipat-lipat. Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menolak keperluan reformasi.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya menuntut reformasi yang benar-benar melindungi bukan sekadar memusatkan kawal selia, RUU ini perlu diperkaya dengan perlindungan kuantitatif, mekanisme pencegahan dan prinsip syariah yang hidup.
RUU – saya akhiri dengan sebuah pantun.
RUU Kredit Pengguna dibentang, Semoga semua dapat manfaatnya; 26 Julai kita sama-sama datang, Raikan demokrasi untuk semua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Di mana kita sedia maklum bahawa kredit yang menjadi beban kepada rakyat adalah merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Dan hari ini Kerajaan MADANI telah berusaha untuk melindungi rakyat daripada kerakusan sistem kredit yang tidak beretika, tidak telus dan menindas rakyat khususnya peminjam.
Ini satu langkah reformasi struktur yang patut dipuji dan alhamdulillah daripada ucapan semua pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang, nampaknya bersama-sama untuk menyokong RUU ini.
Puan Yang di-Pertua, industri kredit memang berkembang pesat. Namun, undang- undang yang menyelia industri ini macam terpinggir buat masa ini. Dan hasil daripada data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana terdapat 250 entiti yang terlibat dalam pemberian kredit yang tidak dikawal sepenuhnya secara sistematik.
Ini termasuk syarikat-syarikat pengguna yang seperti mana beli dulu bayar kemudian- buy now, pay later (BNPL). Syarikat-syarikat kutipan hutang dan peminjam tanpa berlesen yang menekan rakyat apabila sampai waktu untuk mengutipnya. Bayangkan Yang di-Pertua, golongan B40 dan M40 termasuk dalam kawasan Sri Gading menjadi mangsa kepada faedah berlipat kali ganda, caj tersembunyi dan paling menyedihkan gangguan kutipan yang dibuat sewaktu mereka bekerja di tempat kerja.
RUU KP akan menubuhkan satu badan kawal selia baharu yang dipanggil Suruhanjaya Kredit Pengguna di mana kalau kita lihat di sini bahawa suruhanjaya ini mempunyai satu kuasa yang sangat besar daripada proses pelesenan, pemantauan, penguatkuasaan hinggalah kepada mekanisme perlindungan dan bantuan kepada pengguna.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Cadangan daripada kami, daripada Sri Gading, supaya dapat betul-betul suruhanjaya ini membantu sekiranya mangsa kehilangan pekerjaan ataupun terlibat dalam bencana banjir dan sebagainya dengan menyusunkan kembali bersama dengan peminjam supaya pembayaran dan juga penangguhan dapat dikemukakan berdasarkan kepada isu yang dialami oleh pengguna tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kongsikan beberapa kes sebenar yang menjadi bukti bahawa amat penting RUU KP ini dilaksanakan. Pertama sekali tentang gangguan kutipan hutang, seperti mana yang saya telah sebut, di mana kalau kita dapat melihat ribuan pengguna menghadapi gangguan hutang ini apabila mereka kutip.
Ada di kalangannya diugut melalui telefon, diberikan gambaran yang begitu tidak munasabah dan sampai kepada kutipan-kutipan yang memberikan satu tekanan emosi bukan saja kepada penghutang tetapi juga kepada keluarga yang mengambil hutang tadi.
Begitu juga dengan bagaimana yang dikatakan tentang BNPL tadi ya yang melampau di mana agensi kaunseling dan pengurusan kredit melaporkan pada tahun 2023 sahaja, 53,000 rakyat Malaysia di bawah umur 30 tahun mendapati – menghadapi hutang RM1.9 bilion sebahagian besarnya datang dari pengguna BNPL, kad kredit dan pinjaman peribadi. Di sini jelas kepada kita juga, berdasarkan pada Bahagian IV, fasal 80, 83 produk Islam yang tidak patuh syariah.
Saya juga ingin menyentuh isu terdapat produk kewangan yang ditapis – ditulis sebagai Islamik, tetapi menggunakan caj tersembunyi dan tidak patuh syariah walaupun menggunakan istilah dan label seolah-olah hanya menipu pengguna.
RUU KP akan memberi kuasa kepada SKP dengan kerjasama BNM dan Securities Commission untuk menjalankan audit syariah memastikan label ini digunakan dengan tepat, menggunakan tindakan ke atas pelanggaran jika terbukti menggunakan riba dan caj tidak telus.
Selari dengan amalan antarabangsa, kita dapat melihat bahawa rang undang-undang ini tidak bergerak bersendirian. Ia seiring dengan trend global dalam perlindungan pengguna.
Sebagai contoh, di UK, Financial Conduct Authority mewajibkan penilaian kemampuan sebelum kredit diberikan. Di Australia, perlindungan pengguna dikawal selia oleh National Consumer Credit Protection Act sejak 2009.
Begitu juga dengan kepentingan rakyat akar umbi. Sebagai Wakil Rakyat daripada kawasan luar bandar seperti Sri Gading, saya ingin tekankan bahawa rakyat saya sering menjadi sasaran pinjaman microcredit, sewa beli dan sistem pembiayaan alternatif. Dengan adanya RUU KP, mereka akan mendapat hak kepada maklumat telus. Tiada lagi print kecil yang mengelirukan, saluran aduan resmi dan neutral bukan sekadar terpaksa reda dengan layanan buruk, perlindungan daripada ejen yang menggunakan taktik tekanan dan ugutan.
Dan yang akhir sekali, saya Sri Gading menyokong namun ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahan untuk kebaikan Bahagian III...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, ringkaskan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ya, sila: sikit sahaja lagi.
Penubuhan Tribunal Khas Kredit Pengguna yang dicadangkan, satu tribunal khas bawah SKP untuk menangani kes pertikaian kecil berhubung hutang pengguna terutamanya bawah 50,000. Yang kedua, pengiktirafan NGO pengguna supaya NGO pengguna seperti FOMCA, CAP dan PPIM diberikan peranan rasmi sebagai rakan pemantau SKPM. Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading, saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya bersama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kredit Pengguna 2025 ini dengan hasrat memperkukuh perlindungan kepada rakyat khususnya pengguna kredit di luar bandar seperti di daerah saya, Daerah Sik. Dan saya menyatakan bahawa jelas walaupun langkah untuk mewujudkan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) ini amat dialu-alukan, namun beberapa kekurangan dalam perincian rang undang-undang ini boleh membuka ruang untuk penindasan yang terselindung. Ruang wujudnya satu bentuk baharu ‘along berlesen’ yang menggunakan perundangan untuk menekan rakyat masih ada kerisauannya di pihak rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, bebanan hutang rakyat satu realiti yang pahit yang sedang membelenggu negara. Mengikut data Bank Negara, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK pada akhir tahun 2024 itu sebanyak 81.9 peratus, antara kedua yang tertinggi di Asia.
Laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga menunjukkan bahawa lebih 30 peratus isi rumah B40 menghadapi kesulitan membayar komitmen hutang bulanan. Manakala, hampir 60 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan tiga bulan gaji. Sebagai contoh, di Kedah sendiri, dalam laporan oleh sebuah akhbar melaporkan pada Mac 2024, bahawa seorang petani di Daerah Baling — Ada Parlimen Baling sini? Hilang tanah pusaka setelah gagal membayar pinjaman RM5,000 yang dikenakan bunga harian oleh along. Beliau mendatangi pinjaman melalui borang dalam talian tanpa memahami syarat yang berat sebelah.
Beberapa kritikan saya dalam RUU ini iaitu yang pertama, tiada had kadar faedah yang jelas. Fasal 42 hingga 44 memberikan kuasa pelesenan tapi tiada siling kadar faedah atau keuntungan yang ditetapkan secara eksplisit dalam RUU ini. Ini berbeza dengan beberapa amalan di negara-negara luar termasuk di United Kingdom, Financial Conduct Authority menetapkan kadar faedah tahunan APR maksimum bagi payday loan dengan izin ialah 100
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
peratus. Itu APR termasuk semua caj. Di Korea Selatan, kadar faedah maksimum pinjaman pengguna ditetapkan pada 20 peratus tahun yang berkuat kuasa 2021.
Tanpa siling kadar yang ditentu dalam undang-undang ini, pemberi kredit boleh menetapkan kadar yang tidak munasabah lebih-lebih lagi kepada golongan kredit miskin ini yang kita dilaporkan oleh media mencecah sehingga 600 peratus faedah yang dikenakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kedua, perjanjian kredit tidak telus di dalam bahasa undang-undang.
Fasal 3(2), melarang kontrak untuk menolak pemakaian akta ini, namun dalam realiti banyak peminjam menandatangani perjanjian tanpa kefahaman sebenar bahasa undang-undang yang digunakan dalam borang pinjaman adalah kompleks dan tiada keperluan dalam RUU untuk penyediaan versi ringkas, jelas atau dalam bahasa ibunda seperti bahasa Melayu atau bahasa Tamil.
Ya, saya mencadangkan wajibkan ringkasan maklumat kewangan disediakan kepada peminjam sepertimana amalan dengan izin, key fact statement di Singapura dan di Australia.
Beberapa penambahbaikan yang saya cadangkan untuk RUU ini itu:
Pertama, penubuhan sistem penilaian dan pemantauan bebas walaupun suruhanjaya diberi pelbagai kuasa fasal 6 hingga 8, namun, tiada jaminan ketelusan dan saya mencadangkan penubuhan Lembaga Pemantauan Bebas Pengguna Kredit di bawah Parlimen untuk mengaudit prestasi SKP.
Kedua, pemakluman berkala kepada Parlimen setiap enam bulan tentang senarai syarikat dilesenkan, kadar faedah dikenakan dan aduan rakyat.
Ketiga, pelaporan senarai hitam atau watch list along yang berlesen. Wujudkan sistem senarai awam syarikat yang dikenakan tindakan sepertimana yang dilaksanakan oleh dengan izin, Consumer Financial Protection Bureau di Amerika Syarikat yang menyenaraikan syarikat peminjam yang melanggar peraturan.
Tuan Yang di-Pertua, kita belajar dari beberapa buah negara yang disebut tadi oleh dua ahli Parlimen termasuk di Australia, di United Kingdom dan sebagainya.
Kita juga melihat kesan-kesan buruk jika penggunaan kredit tidak dikawal sepertimana di Filipina. Pelesenan syarikat fintech yang menyebabkan lonjakan aplikasi pinjaman mudah, lebih 2,000 aduan diterima dalam tahun 2023 akibat penyalahgunaan data dan ugutan dalam talian. Beberapa pengguna dibunuh kerana gagal bayar pinjaman walaupun pinjaman itu sangat kecil.
Dalam soal prinsip pandangan Islam dan prinsip syariah yang kita tetapkan di sini, sudah pastilah ini jelas sepertimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 275 [Membaca sepotong ayat al-Quran] dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya, cadangan saya bawa fasal 80 hingga 83, kredit Islam perlu diperluaskan, wajibkan semakan Majlis Penasihat Syariah secara berkala dan tidak hanya rujukan teknikal.
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, realiti di luar bandar bukan sekadar teori dan undang- undang. Sebagai mewakili penduduk di kawasan luar bandar di daerah saya, saya melihat sendiri bagaimana usaha mikro diusahakan oleh wanita-wanita desa terpaksa meminjam dari agensi pelaburan palsu melalui aplikasi-aplikasi di media sosial. Anak muda dijadikan penjamin sosial tanpa sedar dan dipaksa berhutang orang lain kerana namanya digunakan.
Terakhir sebagai penutupnya, saya mengesyorkan yang pertama, masukkan kadar faedah maksimum dalam peruntukan undang-undang, bukan sekadar garis panduan.
Kedua, tubuhkan mekanisme pematuhan luar dan bebas ke atas Suruhanjaya.
Ketiga, wajibkan sistem pendidikan kewangan kepada semua peminjam-peminjam; dan yang keempat, kenakan hukuman berat kepada pemberi kredit berlesen yang menyalahguna lesen termasuk melucut lesen seumur hidup.
Terakhir, saya mohon agar RUU ini perlu diperkemaskan dan dimantapkan lagi supaya rakyat marhaen tidak perlu lagi diperas hutang. Mereka perlu dibela, bukan dibiarkan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama berbahas dalam usaha memperkukuhkan penggubalan Rang Undang-undang Kredit Pengguna iaitu RUUKP dan penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP).
Pertama sekali, Batu Pahat ingin menyentuh tentang keperluan penambahbaikan terhadap kerangka undang-undang kredit pengguna yang sedia ada walaupun terdapat pelbagai peruntukan di bawah akta-akta yang berlainan. Ia masih belum merangkumi keseluruhan ekosistem industri kredit negara.
Sebagai contoh, pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta syarikat sewa beli dan jualan kredit yang berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup masih beroperasi dalam silo, kawal selia yang berbeza. Kebanyakan entiti ini juga tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menjalankan penilaian kredit secara menyeluruh atau menyelesaikan aduan pengguna secara efektif.
Justeru itu, perubahan SKP amat penting untuk menyelaras dan pengawasan yang merentas kementerian dan agensi. Oleh itu, Batu Pahat ingin bertanya, apakah jenis aduan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
pengguna yang paling tinggi yang direkodkan pada masa ini yang bakal dapat ditangani oleh penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna?
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat turut ingin menarik perhatian terhadap had pemberian kredit khususnya dalam konteks kemudahan beli sekarang bayar kemudian iaitu buy now, pay later (BNPL) yang semakin meluas penggunaannya.
Banyak syarikat BNPL tidak berdaftar sebagai pemberi kredit sah. Ada pengguna yang melakukan pelbagai pembelian daripada pelbagai penyediaan perkhidmatan hingga nilai keseluruhan transaksi mencecah ratusan ribu ringgit.
Sekiranya berlaku pertikaian atau kegagalan membayar balik, pengguna bakal terdedah kepada risiko hutang yang berlebihan. Maka, persoalan yang timbul, adakah Akta SKP ini mempunyai kuasa mencukupi untuk memantau dan melindungi pengguna dalam konteks BNPL yang tidak terkawal ini?
Begitu juga dalam sektor pembekalan bahan binaan pada kontraktor kecil termasuk mereka yang tidak berdaftar dengan SSM. Wujud banyak transaksi kredit yang tidak dilindungi oleh sebarang kerangka perundangan, iaitu adakah kes-kes sebegini termasuk dalam bidang kuasa SKP yang bakal ditubuhkan?
Timbalan Yang di-Pertua, isu BNPL ini memerlukan perhatian yang sangat serius.
Sehingga kini terdapat 16 syarikat BNPL beroperasi dengan jumlah transaksi mencecah RM102 juta dan nilai pinjaman keseluruhan sebanyak RM9.3 bilion, meningkat drastik berbanding RM2.7 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2023. Dengan kadar faedah sekitar 1.5 peratus sebulan, BNPL berisiko menyumbang kepada lonjakan hutang isi rumah yang kini sudah mencapai 84 peratus daripada KDNK.
Oleh itu, apakah SKP ini akan diberikan kuasa untuk mengawal atau menetapkan had kadar faedah yang dikenakan oleh penyedia kredit seperti BNPL? Dan apakah mekanisme yang akan digunakan untuk mengehadkan pembelian pengguna bagi memastikan jumlah ansuran tidak mengganggu kemampuan asas sara hidup isi rumah?
Dalam masa yang sama, kita juga akui bahawa penubuhan SKP ini memerlukan perbelanjaan besar dari sudut infrastruktur, sistem dan sumber manusia. Oleh itu, apakah strategi Kerajaan untuk menjana sumber pendapatan bagi SKP agar tidak membebankan fiskal negara atau pengguna?
Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai agensi pemungut hutang.
Ketika ini terdapat 188 syarikat berdaftar yang menjalankan aktiviti pemungutan hutang.
Namun aduan berkaitan salah laku dan tindakan tidak beretika oleh sesetengah ejen termasuk dalam kes melibatkan pinjaman tidak formal seperti along semakin meningkat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Dengan itu, penubuhan SKP ini, adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan garis panduan dan etika profesional yang wajib dipatuhi oleh semua ejen pemungut hutang?
Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali Batu Pahat ingin mengangkat isu industri sewa beli kenderaan. Jika dahulu tempoh pinjaman sekitar empat tahun, kini boleh mencecah hingga sembilan hingga 10 tahun. Walaupun ia memberi sedikit kelegaan dari segi komitmen bulanan, namun wujud kes di mana kenderaan sudah rosak atau tidak bernilai selepas enam tahun, tetapi pengguna masih menanggung hutang selama empat tahun lagi.
Justeru itu, adakah SKP ini akan mengkaji semula mekanisme sewa beli ini, termasuk cadangan menyesuaikan tempoh bayaran balik mengikut jenis kenderaan, status pekerjaan atau tahap keupayaan kewangan pembeli?
Oleh itu sebagai penutup, Batu Pahat ingin menyokong. Terima kasih,
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai khususnya Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) yang ditubuhkan sejak Julai 2021 di mana pasukan ini bertanggungjawab untuk menggubal Akta Kredit Pengguna yang bertujuan memantapkan penguatkuasaan dan kawal selia sektor perkhidmatan kredit oleh institusi kewangan dan bukan kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh lima minit ini saya akan fokuskan pada dua perkara
Pertama, saya akan menyentuh tentang buy now pay later atau beli sekarang bayar kemudian (BSBK).
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh lima minit ini saya akan fokuskan pada dua perkara
Kedua, saya akan menyentuh beberapa perkara spesifik di dalam RUU ini. Pertama, saya meneliti data-data berkaitan buy now pay later (BNLP) ini dan jika kita lihat data berkaitan jumlah transaksi pada separuh pertama tahun 2023 terdapat 30.6 juta transaksi. Jumlah transaksi pada separuh pertama tahun 2024 meningkat kepada 62.2 juta iaitu peningkatan sebanyak 103 peratus. Jumlah transaksi terus meningkat kepada 102.6 juta pada separuh pertama tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 65 peratus.
Berkaitan nilai transaksi pula, pada separuh pertama 2023, jumlah nilai transaksi BNPL adalah RM2.7 bilion. Nilai transaksi meningkat kepada RM4.9 bilion pada separuh pertama 2024 iaitu peningkatan sebanyak 81 peratus. Nilai transaksi terus meningkat bagi separuh pertama 2025 kepada RM9.3 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 90 peratus. Data-data ini terutamanya data nilai transaksi menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi di antara
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh lima minit ini saya akan fokuskan pada dua perkara
tahun 2024 dan 2025 iaitu sebanyak 90 peratus berbanding pertumbuhan sebanyak 81 peratus di antara tahun 2023 dan 2024.
Selain itu, sekitar 90 peratus mereka yang menggunakan perkhidmatan buy now and pay later ini berumur antara 21 hingga 45 tahun. Ini menunjukkan golongan dewasa muda dan pertengahan umur merupakan kumpulan yang terbesar, 73 peratus daripada mereka yang menggunakan perkhidmatan ini adalah mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, 21 peratus pula berpendapatan RM5,000 hingga RM10,000.
Data-data ini menunjukkan bahawa kita telah bergerak ke satu zaman baru yang jauh berbeza daripada apa yang berlaku sebelum ini. Khususnya dalam konteks pengguna, dalam konteks kaedah pengguna berhutang. Sehingga Disember 2024 terdapat 12 syarikat yang menawarkan perkhidmatan BNPL dan di dalam fasal 7 disebut bahawa antara fungsi Suruhanjaya ialah menggalakkan perkembangan industri kredit pengguna. Maknanya apa?
Kerajaan sendiri ingin melihat bahawa industri kredit pengguna ini terus berkembang. Ini termasuklah BNPL.
Mengambil kira semua- data-data ini dan maklumat yang saya kongsikan tadi, industri kredit pengguna ini jika kita lihat trendnya, industri kredit pengguna ini akan berkembang dengan begitu pesat, khususnya BNPL dalam tempoh yang mendatang. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Kredit Pengguna perlu memainkan peranan penting mengawal selia BNPL ini. Jadi, saya mohon Menteri menjelaskan beberapa perkara.
Pertama, apakah Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk menetapkan had kredit BNPL kepada pengguna supaya dapat mengelakkan pengguna daripada terjerumus dalam lingkaran dan kitaran hutang yang berterusan?
Yang kedua, apakah Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mengawal atau mengehadkan caj-caj yang berkaitan yang dikenakan oleh syarikat tersebut? Ini termasuklah caj- caj lewat bayar dan caj-caj tersembunyi yang lain.
Ketiga, adakah kerajaan akan menetapkan satu standard pengukuran kemampuan pengguna? Saya khuatir, sekiranya tidak ada satu standard pengukuran kemampuan pengguna, apa yang berlaku dalam konteks persaingan dalam banyak-banyak syarikat ini, maka masing- masing akan merendahkan standard kemampuan pengguna ini dan memberikan hutang yang seterusnya akan memberi kesan kepada pengguna yang terperangkap dalam satu lingkaran dan juga satu lingkungan hutang yang semakin lama semakin membesar.
Seterusnya, saya mohon juga Menteri menjelaskan mengapa kerajaan perlu mengambil tempoh tiga hingga lima tahun untuk melaksanakan fasa kedua? Khususnya untuk meletakkan fungsi-fungsi kawal selia yang berada di bawah KPDN dan KPKT kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakannya secepat mungkin?
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh lima minit ini saya akan fokuskan pada dua perkara
Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada topik kedua iaitu isu-isu spesifik dalam RUU.
Pertama...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan ya. Masa sudah tamat, ringkaskan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ringkas saja, terima kasih. Suruhanjaya Pengguna ditubuhkan untuk mengawal selia pemain industri kredit pengguna yang tidak dikawal sebelum ini.
Jadi soalan saya, dalam konteks pelesenan sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian V RUU ini, adakah selepas pewartaan akta ini pemberi kredit sedia ada perlu memohon lesen? Jika ya, berapa lama tempoh maksimum untuk mereka memohon lesen? Apakah implikasi kepada pemberi kredit yang telah wujud sebelum pewartaan akta ini tetapi tidak dapat memenuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya?
Dan yang terakhir adalah berkaitan dengan Majlis Penasihat Syariah. Disebut dalam akta ini bahawa ada dua Majlis Penasihat Shariah iaitu Majlis penasihat Shariah Bank Negara dan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti. Disebut dalam akta ini bahawa syarikat yang memberi kredit ini boleh merujuk kepada Majlis ini melalui pihak penyelia mereka. Maknanya dalam konteks ini sama ada melalui Suruhanjaya sendiri ataupun melalui KPKT.
Soalan saya, adakah syarikat ini perlu pergi kepada pihak penyelia mereka dan penyelia yang akan pergi merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah? Ataupun proses ini akan dapat berlangsung terus daripada syarikat tersebut dengan Majlis Penasihat Shariah tadi? Saya rasa itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker untuk bagi peluang kepada Batu dan saya menyokong RUU Kad Kredit Pengguna ini dengan beberapa cadangan dan juga perkara yang ingin saya bangkitkan.
Hari ini, ramai rakyat kita terutamanya anak muda, pekerja, B40 dan suri rumah menggunakan perkhidmatan BNPL atau buy now, pay later dengan izin, untuk membeli keperluan asas, pakaian, makanan malah barangan lain. Mereka meminjam tanpa sedar bahawa mereka meminjam, tanpa penilaian kelayakan, tanpa sempadan kredit dan tanpa sedar bahawa mereka boleh terperangkap dalam hutang berulang.
Menurut data 2024, lebih 5.1 juta rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan BNPL.
Transaksi mencecah RM9.3 bilion setakat separuh pertama tahun 2025, tapi lebih
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
membimbangkan, kadar ‘petunggakan’ mencapai hampir tiga peratus dengan nilai lebih RM80 juta tertunggak.
Timbalan Speaker, dengan RUU ini, saya percaya kawal selia berkaitan dengan kad kredit pengguna ini akan diperkasakan. Walaupun Malaysia ini baru kita mula, ada beberapa negara yang telah pun bertindak lebih awal khususnya untuk membantu golongan muda di negara tersebut. Contoh, Australia, UK, Canada.
Antara perkara yang mereka buat adalah penyedia BNPL wajib menilai kemampuan bayar sebelum meluluskan sebarang transaksi. Mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Kredit Pengguna yang ketat, termasuk had penalti dan larangan caj tersembunyi. Kontrak yang telus dan adil, tiada lagi terma kecil yang memerangkap pengguna. Pengiklanan dikawal ketat terutamanya terhadap frasa seperti “Zero percent tanpa caj.” Ada juga negara yang agensi kredit, pelaporan kepada agensi kredit secara automatik dan saluran bantuan untuk pengguna bermasalah kewangan adalah mandatori. Penyediaan ini semua diwajibkan untuk menawarkan pelan pembayaran semula jika pengguna hilang pekerjaan atau sakit.
Banyak perkara kita boleh belajar daripada ini. Apa yang kita perlukan adalah moral dan kewangan yang berprinsip. Terutamanya nombor satu, kesedaran pengguna mesti diperkasakan.
Semua transaksi dan peminjam perlu telus dan direkodkan. Penyedia BNPL mesti bertanggungjawab seperti institusi kewangan lain.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Batu juga ingin memberi beberapa cadangan penambahbaikan RUU ini. Nombor satu, penilaian kemampuan bayar wajib untuk BNPL. Wajibkan setiap penyedia BNPL menjalankan penilaian kewangan asas terhadap pengguna sebelum transaksi pertama dibenarkan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Jika pemberian pinjaman wang berlesen perlu buat demikian, kenapa tidak menyedia kredit digital?
Nombor dua, siling kredit dan had akaun aktif BNPL mencadangkan siling kredit nasional.
Contoh, RM1,500 untuk pengguna baru serta had maksimum dua akaun BNPL aktif serentak untuk seorang individu.
Nombor tiga, pelaporan ke CCRIS dan CTOS secara automatik. Semua transaksi BNPL mesti dilaporkan ke dalam sistem CCRIS untuk mengelakkan pengguna berhutang senyap tanpa jejak kredit.
Nombor empat, bantuan kewangan luar jangka diwajibkan. RUU ini perlu menyatakan kewajipan penyedia BNPL menyediakan pelan penstrukturan semula bagi pengguna yang jatuh sakit, kehilangan kerja atau mengalami bencana.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Nombor lima, Modul Pendidikan Kredit Nasional cadangkan kolaborasi SKP, BNM dan KPM memperkenalkan modul literasi kewangan digital dari peringkat menengah lagi, terutama dalam penggunaan BNPL, kredit kad dan pinjaman mikro.
Nombor enam, Laporan Tahunan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) ke Parlimen.
Pastikan SKP sebagai pengawal selia baru membentangkan laporan tahunan kepada Dewan Rakyat, termasuk jumlah aduan, kadar tunggakan dan tindakan penguatkuasaan dan analisis kesan dasar.
Kesimpulannya Tan Sri Speaker, ini adalah
RUU ini adalah, satu harapan, tapi tanpa pengawasan dan pelaksanaan tegas, ia akan menjadi undang-undang kertas, bukan pelindung rakyat. Saya berdiri hari ini bukan menolak inovasi kredit digital, tetapi menolak penindasan sistematik ke atas rakyat yang tidak sedar mereka sedang meminjam. Hutang zaman sekarang bukan lagi dalam buku hutang: yang dalam buku hutang. Ia dalam telefon pintar, dalam e-dagang dan tiga kali bayar.
Undang-undang kita mesti melangkah setapak ke hadapan. RUU ini tidak boleh hanya menjadi satu garis dasar. Ia mesti menjadi pelindung aktif. Bukan sekadar melindungi daripada hujan, tetapi dari badai ekonomi senyap yang sudah melanda rakyat. Batu menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Batu. Sekarang saya jemput Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kita selalu mendengar kisah dan cerita, aduan sama ada di pusat-pusat khidmat kita ataupun di Dewan: dalam Dewan ini sendiri. Berbagai- bagai cerita berkenaan dengan rumah yang disimbah cat. Kita dengar ugut-mengugut. Kita dengar berbagai-bagai cerita berkenaan dengan - berkaitan dengan gengsterisme. Kita mendengar tentang mereka yang buat pinjaman tanpa mengetahui syarat-syarat pinjaman itu.
Kita mendengar tentang terma pinjaman yang tidak jelas dan telus. Kita dengar kadar faedah dan fi yang melampau dan sebagainya. Kita terus mendengar dan sehingga hari ini kita mendengar di Dewan ini. Kita akui bahawa perkara ini tidak boleh kita biarkan berterusan dan kita bertekad untuk memastikan bahawa keadaan ini kita menanganinya sebaik yang mungkin. Dan rangka ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan secara penuh komitmen untuk berusaha sedaya upaya untuk menggubal RUU yang kita sedang bahaskan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, senarionya selalunya pengguna adalah menjadikan bank itu sebagai pilihan pertama untuk mendapatkan pinjaman. Mereka sama ada individu ataupun perusahaan kecil dan sederhana, pergi ke bank. Apabila pergi ke bank, sering kali tidak dapat kelulusan dana pinjaman. Apabila keadaan itu berlaku, apa yang dibuat oleh individu atau pengusaha itu adalah untuk mencari pilihan-pilihan lain. Dan pilihan-pilihan lain ini kita tahu
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
memang ada dan mereka ini pergi bertemu, berbincang dan membuat permohonan untuk buat pinjaman.
Ini adalah satu saluran yang boleh membuka ruang yang lebih luas, beri peluang kepada mereka untuk mereka berkembang perniagaan kecil-kecil mereka dan ini adalah peluang untuk mereka teruskan berniaga untuk sara hidup keluarga dan kawan-kawan ataupun rakan kongsi mereka, tapi hakikatnya - hakikat dia, kita pemain-pemain dalam industri ini, sama ada yang kita sebut banyak kali dalam perbahasan ini- buy now pay later. Pemain seperti syarikat pemfaktoran, syarikat pemajakan, agensi pemungut hutang dan sebagainya ini.
Pemain-pemain dalam industri ini sekarang ini hakikatnya tidak dikawal selia dan menjadi satu perkara yang penting untuk kita pastikan bahawa pemain-pemain dalam industri ini dikawal selia dan ini melibatkan pemain-pemain melebihi 250 pemain-pemain dalam industri ini sekarang yang tidak dikawal selia langsung.
Jadi, bertepatanlah untuk kita mengambil satu tindakan yang berani dan penuh komitmen, bersama-sama untuk memastikan bahawa semua pihak yang memerlukan, yang berniaga dalam industri ini dapat dikawal selia sebaik yang mungkin semoga semua dipelihara dengan adil dan saksama.
Tan Sri Yang di-Pertua, mari kita lihat sedikit trend. Banyak juga telah disebut dalam Dewan ini hari ini, ya. Trend seperti jumlah transaksi bagi - ini satu daripada pemain saja ataupun industri BNPL ini. Satu, ya. Kita tahu separuh tahun yang pertama 2024, hanya RM4.1 bilion.
Separuh yang pertama 2025, menjadi berganda sehingga RM9.3 bilion. Bilangan transaksi pula ya, separuh tahun 2024, 62.2 juta transaksi.
Separuh pertama 2025, bertambah kepada 102.6 juta transaksi. Ini adalah trend yang jelas di hadapan kita yang menggambarkan bahawa industri ini terus berkembang dan ini adalah satu multibillion dollar punya industri dan industri adalah industri, tetapi kita juga perlu memberi kepentingan kepada pengguna kepada industri ini. Ini rakyat-rakyat yang pergi mendekati industri-industri ini untuk mendapat pinjaman, moga dapat dimanfaatkannya bersama. Oleh kerana industri dan pengguna ini perlu kita seiringkan dan sejalan, kan. Ini adalah memerlukan satu rang undang-undang yang dapat memelihara kepentingan kedua-dua pihak dalam industri.
Tan Sri Yang di-Pertua, satu perkara yang saya ingin perlu sebutkan
disebutkan oleh - dalam pembentangan awal, bahawa rang undang-undang ini perlu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa. Fasa pertama adalah untuk kita kawal selia pemain-pemain industri yang belum dikawal langsung. Fasa kedua dan ketiga. Dan saya harapkan sangat, semoga kerajaan terus beristiqamah untuk memastikan bahawa ia tidak berhenti setakat fasa satu saja, tetapi diteruskan dengan fasa kedua dan ketiga. Dengan itu Tan Sri Yang di-Pertua, Wangsa Maju pohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tanjung Karang.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya bangun hari ini untuk mengutarakan beberapa persoalan kritikal berhubung pelaksanaan Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025. Rang undang-undang ini secara prinsipnya saya sokong, tetapi mestilah ditegaskan bahawa pelaksanaannya perlu menjunjung keadilan ekonomi, keterangkuman sosial dan integriti institusi.
Tan Sri Yang di-Pertua, BNPL atau buy now pay later ini agak baru dan tiada regulasi dan ia nya semakin hari semakin popular. Terutama apabila semua merchant menyediakan perkhidmatan ini, maka hampir semua rakyat, terutama sekali anak-anak muda akan pasti menggunakan kemudahan BNPL.
Pertamanya, saya ingin bertanya. Apakah dasar sebenar kerajaan dalam pemberian lesen kepada penyedia kredit pengguna di bawah rang undang-undang ini? Adakah kerajaan bersedia memberi keutamaan kepada institusi kewangan yang mesra rakyat seperti koperasi kredit, NGO kewangan dan pemain kecil yang terbukti membantu rakyat selama ini?
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Atau adakah lesen ini bakal dimonopoli oleh kartel korporat besar, pemain fintech luar negara dan syarikat-syarikat pelaburan yang hanya melihat rakyat sebagai nombor di dalam lembaran keuntungan?
Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kerajaan benar-benar jujur ingin melindungi pengguna, maka kerajaan mesti jawab, siapa yang akan paling dilindungi oleh rang undang-undang ini?
Adakah rakyat marhaen yang meminjam RM30 untuk membeli sehelai seluar atau pemodal besar yang kendali ribuan pinjaman BNPL dengan algoritma dan tanpa sentuhan manusia?
Soalan kedua dari Tanjong Karang. Menyentuh perkara ini secara langsung, bagaimanakah kerajaan akan memastikan bahawa pelaksanaan sistem semakan kredit ini tidak menyebabkan rakyat B40 dan M40 terus terpinggir daripada akses kepada keperluan asas melalui pembiayaan kecil. BNPL dan pinjaman mikro bukan pilihan mewah, ianya satu-satu ruang bernafas untuk rakyat kita. Janganlah kerana mahu kelihatan profesional dan sistematik, akhirnya kita menggantung periuk nasi rakyat dengan alasan mereka gagal skor kredit.
Tan Sri Yang di-Pertua, kalau sistem ini terlalu ketat dan eksklusif, saya ingin tanya, apakah bentuk intervensi yang akan kerajaan perkenalkan bagi mereka yang gagal lulus semakan kredit? Adakah akan wujud satu skim jaminan kredit mikro, dana khas, subsidi silang atau rakyat disuruh pergi ke along atau peminjam digital yang semakin bercambah kerana sistem formal terlalu keras dan tidak memahami realiti hidup orang miskin.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam keadaan ekonomi rakyat yang rapuh ini, saya juga ingin tahu, kenapa kerajaan tidak menambah baik agensi sedia ada seperti Bank Negara, KPDN atau AKPK dan sebaliknya menubuhkan satu lagi suruhanjaya baru. Tidakkah ini mewujudkan pertindihan fungsi, birokrasi baru dan potensi pembaziran sumber awam? Kita tidak mahu satu lagi suruhanjaya “gajah putih” yang hanya kuat atas kertas tetapi lemah dalam membela rakyat.
Akhir sekali, saya ingin meminta jaminan tegas daripada kerajaan bahawa Suruhanjaya Kredit Pengguna ini tidak akan menjadi alat korporat, tidak dikuasai oleh pelobi dan tidak beroperasi sebagai rubber stamp kepada syarikat-syarikat besar. Kita sudah lihat terlalu banyak institusi yang kelihatan gah dari luar tetapi longgar dari segi integriti dan keberanian mempertahankan hak rakyat di bawah. Jadi, saya berharap kita jangan ulangi kesilapan yang sama.
Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang kredit ini hanya akan bermakna jika ia meletakkan rakyat kecil di tengah-tengah perhatiannya, bukan sekadar mengatur pemain industri. Jangan jadikan RUU Kredit Pengguna ini sebagai lesen besar untuk pemain besar tetapi jerat kecil untuk rakyat kecil. Saya mohon kerajaan menjawab secara jujur, bukan dengan retorik kosong tetapi dengan dasar yang tegas, telus dan berpihak kepada rakyat terbanyak. Sekian, Tanjong Karang mohon jawapan yang tuntas daripada pihak Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput yang terakhir. Arau, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih rakyat Malaysia, orang muda.
Speaker hari ini cukup manislah, kalau macam ni berterusan, selalu bagus ya. Walaupun tadi tertekan sikit, tapi Speaker steady je dan Speaker menegur Menteri Pendidikan yang saya rasa perlu ditegur kerana banyak perkara-perkara yang tidak menjurus ke arah pendidikan dilakukan oleh Menteri. Dia emotional lah. Orang jadi Menteri Pendidikan mesti steady sikit lah. Kalau Speaker jadi Menteri Pendidikan, itu yang terbaik. Sebab apa? Steady. Sebab kita nak pendidikan, bukan kita menjerit-jerit tentang sesuatu perkara yang tidak wajar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya terima kasih Speaker sebab suruh Menteri jawab, sementara nak tunggu 15, jawab sekarang, Alhamdulillah dan Menteri telah jawab. Itu bukan payah pun nak jawab. Terima kasih Speaker sebab Speaker yang baik. Kalau boleh, jangan kira yang saya tegur tu. Baru sekarang, baru kira eh. Hat tadi cuma benda...
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, kita masuk tajuk kita.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, hal ini satu ya. Saya ni tak berapa pandai sangat tapi saya nak, saya dah tanya kawan saya daripada Putrajaya tadi tentang Jadual
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kedua. Menteri tolong tengok Jadual Kedua, “...beli sekarang, bayar kemudian, Islam”. Jadi, kalau orang yang baca ni, beli sekarang bayar kemudian, Islam. Jadi kalau orang yang baca ni dia pening kepala sikit atas apakah, kemudian masuk Islam kah, kita tak faham. Jadi saya tengok bahasa Inggerisnya, ialah, Islamic buy now, pay later scheme. Jadi, Islamic di sini, bukan agama, ini ialah secara Islam.
Jadi, sepatutnya yang terjemahan dalam bahasa Melayu ini dimasuk secara Islam ataupun patuh syariah, bukan sebut 'Beli sekarang, bayar kemudian, Islam'. Yang Berhormat tengok ni, jadual yang kedua perkara (j), (k), (l), (l) ah, (l). Dalam bahasa Inggeris dan juga tu – Yang Berhormat lebih pandai, tapi Yang Berhormat lupa tengok terjemahan tu, perkataan Islam dengan Islamik.
Okey, yang pertama sekali ialah, kita sedia maklum, buy now, pay later ni, orang selalu menjuruskan kepada barangan. Adakah kita membeli duit sekarang, bayar kemudian? Jadi, orang menjurus kepada barangan. Barangan ni sekarang sedang berlaku. Di mana kita isytiharkan beli barangan, beli perabot, tapi kita ambil duit, ini berlaku. Saya bimbang buy now, pay later ini akan menjurus kepada wujudnya along-along kecil. Orang yang nak minta tolong uruskan pinjaman, kemudian pengguna kena bayar. Pengguna dia tak kira dah, dia akan bersetuju saja asalkan dia dapat wang yang dia kehendaki. Jadi, orang yang menguruskan pinjaman.
Kemdian Yang Berhormat yang paling penting sekarang ini, rakyat Malaysia nak tengok berapa ceiling interest, kadar faedah, berapa? Kalau bank, kita tahu. Bank kita tahu 3.5 persen, tapi yang ini berapa persen? Dalam 11 syarikat yang telah disebutkan, Yang Berhormat tidak masuk insolvensi, yang merupakan satu masalah besar kepada orang-orang muda sekarang ni.
Ini ada 11 ini.
Daripada 11 ni, yang mana buy now, pay later? Koperasi ada barang okey. Suruhanjaya Koperasi ada barang. Tapi pemberi pinjaman wang ni, dia jual barang apa? Jadi, adakah dia nak tolong kita beli barang di sesuatu premis kedai dan sebagainya? Daripada 11 ini, yang mana terlibat dengan skim beli sekarang, bayar kemudian? Yang mana satu daripada 11 ini? Adakah semua ini termasuk dalam buy now, pay later? Jadi, perkara itu bermakna Akta Pemberi Pinjaman Wang, pemberi pinjaman wang juga terlibat. Kalau sekiranya orang melihat yang mudah melalui koperasi, dia pergi koperasi lah.
Kalau kita tetapkan silingnya, mungkin tiga persen ke lima persen, okey. Sebab kita tahu along sekarang ni ada orang pinjam RM100,000, dengar kata, interest-nya melambung sampai RM1 juta. Padahal kita kena tetapkan bahawa sekiranya dia pinjam RM100,000, kita tetapkan bahawa interest yang dikenakan itu tidak – dia tidak akan – akan membayar hanya mungkin RM150,000 kah setahun dan sebagainya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dalam keadaan sekarang ini seperti yang disebut oleh Putrajaya tadi, ini satu benda yang memeranjatkan rakyat Malaysia. 2023, RM2.7 bilion, tapi 2025, RM9.3 bilion. Ini apa nak jadi rakyat Malaysia? Rakyat Malaysia bermakna semua berhutang, semua berhutang. Saya berhutang, kredit kad lah, berhutang juga. Jadi semua kita sudah hidup dalam dunia hutang.
Dunia sekarang ni ialah dua jenis, satu perang, satu hutang. Jadi sekarang ini, kita sedang, apa itu, dunia sedang membiarkan orang bunuh orang di Gaza, yang dilakukan oleh Israel dan disokong oleh Amerika Syarikat, tapi orang tak berani. Bukan tak berani, orang berani pun tak boleh buat apa sebab ada kuasa veto dan sebagainya.
Jadi, yang keduanya ialah hutang. Semua orang berhutang dan kita menggalakkan satu suruhanjaya untuk mengesahkan hutang. Apakah kehadiran suruhanjaya ini untuk mengesahkan hutang ataupun menguatkuasakan? Kalau menguatkuasakan, bererti sekarang ini along untuk kutip wang, dia ada gangster. Pasukan pengutip wang yang cukup hebat. Apakah dengan ada suruhanjaya ini, suruhanjaya nak syaratkan bahawa tidak ada lagi pengutip wang yang menyeksa peminjam?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, itu dia beberapa perkara kecil sahaja Tuan Speaker yang saya nak sebutkan di sini bahawa biar kehadiran suruhanjaya ini bukan sahaja hanya suruhanjaya, tetapi menguatkuasakan undang-undang supaya apa yang dibuat oleh along yang sedang di — rakyat sedang apa itu — hadapi sekarang ini banyak dalam kes-kes bunuh diri yang berlaku di tempat pusat judi dan sebagainya kerana melibatkan along.
Apakah dengan kehadiran suruhanjaya ini boleh membantu rakyat Malaysia dan juga lain-lain pihak supaya tidak ditekan oleh pemberi pinjaman.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Sekarang saya jemput untuk Menteri jawab isu-isu yang dibangkitkan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebelum itu Tuan Speaker, saya bangun 18(1). Tadi saya tak sempat 18(1). Saya nak minta bahawa 18(5) itu, sebab dunia sedang menghadapi masalah, 18(5) mesyuarat khas hanya satu, usul satu hari.
Saya nak mencadangkan supaya sekurang-kurang dua usul satu hari. 18(5) Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat kata boleh, okey. Sekarang ini saya dah hantar dua usul. Satu usul berhubung dengan ikon anak muda Salvador yang hebat dapat 30,000 ekar daripada Sabah.
Orang Sabah bagus, Alhamdulillah.
Yang keduanya ialah tentang perhimpunan awam 26 hari bulan. Jadi, saya buat dua usul sekali. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terlebih...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, 20 minit ya?
Puan Lim Hui Ying
Tan Sri, sebab banyak...
Tuan Yang di-Pertua
Sebab kita ada dua bill lagi.
Puan Lim Hui Ying
20 minit sahaja? Okey. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan berhubung dengan penggubalan Rang Undang-undang Kredit Pengguna atau (RUUKP) sebentar tadi.
Seramai 24 orang ahli Yang Berhormat telah menyentuh pelbagai perkara dan saya tidak akan menjawab dari setiap Ahli Parlimen tetapi akan merangkum dari segi topik. Jadi, pertama sekali tentang penggubalan RUUKP yang akan membawa kepada penubuhan SKP iaitu Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan mengawal selia tiga jenis perniagaan kredit dan tiga jenis perniagaan perkhidmatan kredit.
Yang Berhormat Batu Pahat telah tanya tentang jangkaan bilangan. Pada masa sekarang, untuk syarikat beli sekarang, bayar kemudian iaitu BNPL ada 16, syarikat pemfaktoran 20, syarikat pemajakan 16, pemeroleh pinjaman ataupun biayaan terjejas tujuh, agensi pemungutan hutang 188, agensi kaunseling dan pengurusan hutang enam.
Jadi, lebih kurang kita ada 253. Tentang pelaksanaan berfasa yang memberi — tentang pinjaman tanpa lesen. Ramai Yang Berhormat telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along.
Untuk menjawab isu ini, izinkan saya menyentuh tentang pemberi pinjaman wang berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 atau Akta 400 serta pelaksanaan berfasa pengawal seliaan industri kredit pengguna.
Bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas aktiviti pemberi pinjam wang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan persefahaman dengan pihak Polis Diraja Malaysia untuk menangani permasalahan along. Dalam hal ini, antara cabaran pengawalseliaan yang dihadapi termasuk kes sesetengah pemberi pinjam wang tanpa lesen yang beroperasi dengan menggunakan nama entiti pemberi pinjam wang berlesen seperti yang di — telah dihujah oleh Yang Berhormat Bayan Baru.
Cabaran pengawalseliaan lain adalah kaedah faedah pinjaman yang dikenakan kepada peminjam yang melebihi hak 18 peratus yang ditetapkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Antara langkah pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang diambil oleh KPKT, termasuk
Puan Lim Hui Ying
mewajibkan pelesenan sah bagi semua pemberi pinjam wang mengenakan hukuman denda atau penjara ke atas pihak yang melanggar undang-undang.
PDRM mempunyai kuasa untuk menyiasat, membuat tangkapan tanpa waran dan merampas dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan dalam membanteras pemberi pinjam tanpa lesen.
Dengan penggubalan RUUKP, pelaksanaan pengawalseliaan industri kredit pengguna akan dilaksanakan secara berfasa. Di dalam fasa satu, KPKT masih kekal sebagai pengawal selia bagi industri pemberi pinjam wang dan industri pemajak gadaian.
Saya akan skip beberapa lagi faktor yang saya telah ulangkan. Yang Berhormat Paya Besar dan...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh? Topik tadi, kerana saya tanya tadi, berkaitan dengan fasa-fasa tadi. Kalau kita tengok, tempoh yang diambil itu sehingga tiga hingga lima tahun. Jadi, soalan saya tadi, apakah cabaran yang dihadapi oleh kementerian yang menyebabkan — cabaran yang dihadapi oleh kerajaan menyebabkan tempoh yang panjang diperlukan.
Mengapa kita tak gabungkan terus apa yang ada, bagi memastikan semuanya di bawah satu payung.
Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Ya, akan datang eh. Sabar eh Yang Berhormat. Yang Berhormat Paya Besar dan Sri Gading telah mengajukan soalan tentang pemindahan kuasa daripada KPKT kepada SKP dan mengapa perniagaan pemberi pinjam wang tidak akan dikawal selia secara langsung oleh SKP pada fasa satu.
Pelaksanaan pendekatan berfasa RUUKP ini bertujuan untuk memastikan proses transformasi pengawal seliaan terhadap sektor pemberian pinjaman wang serta peralihan fungsi kawal selia dapat dilaksanakan secara teratur dan terkawal. Sekali gus mengurangkan risiko gangguan atau ketidakstabilan dalam pelaksanaan dasar.
Di samping itu, pendekatan berfasa membolehkan SKP membina dan memperkukuh kapasiti serta keupayaan institusinya secara progresif agar SKP dapat memikul tanggungjawab pengawal seliaan yang lebih meluas dengan cekap dan berkesan.
Demi peningkatan, demi meningkatkan perlindungan pengguna kredit, sokongan turut diberi oleh KPKT, KPDN dengan mengguna pakai RUUKP sebagai akta induk untuk mengukuhkan pengawal seliaan ke atas peserta industri kredit masing-masing dalam fasa satu.
Bagi persediaan fasa satu, KPKT sebagai pihak berkuasa pengawal seliaan dan penyeliaan akan mengambil langkah untuk memberi untuk pemberi pinjam wang berlesen, mematuhi aspek-aspek pelindungan pengguna kredit yang diterapkan dalam RUUKP. Dengan penggubalan RUUKP, KPKT akan mendapat mandat perundangan tambahan untuk mengawal
Puan Lim Hui Ying
seliaan perniagaan patuh syariah bagi kedua-dua sektor iaitu peraturan pinjaman dengan kadar pajak gadai.
KPDN pula akan meminda beberapa peruntukan dalam Akta Sewa Beli 1967 untuk memperkukuh pelindungan pengguna serta memodenkan peruntukan sedia ada.
Untuk soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat, sektor sewa beli dijangka akan dikawal selia oleh SKP di bawah fasa dua. Manakala cadangan supaya SKP membuat peraturan mengenai tempoh bayar balik mengikut jenis kenderaan atau status pekerjaan adalah satu keputusan komersial. Yang perlu diserahkan kepada pihak industri bergantung kepada model perniagaan dan pengurusan risiko syarikat pemberi kredit masing- masing.
Memandangkan terdapat pelbagai akta dan pihak berkuasa yang mengawal selia industri kredit di fasa satu, Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah bertanyakan sama ada RUUKP akan menyebabkan duplikasi undang-undang atau pertindihan kuasa.
RUUKP seperti telah diulang, dia akan dirangka sebagai akta induk yang bersifat pelengkap kepada akta-akta sedia ada di bawah pentadbiran pihak berkuasa, pengawal seliaan dan penyeliaan, dan tidak menduplikasi fungsi atau peranan kementerian serta agensi yang sedia ada.
RUUKP turut memperkukuhkan peraturan sektor kredit patuh syariah yang dengan penglibatan langsung KPKT, Bank Negara Malaysia dan Pasukan Petugas Pemantauan Kredit Pengguna dalam membangunkan peraturan baru iaitu peraturan pembiayaan patuh syariah dan peraturan pajak gadai patuh syariah.
Jadi, lagi satu, okey, ini merupakan topik yang amat-amat hot hari ini iaitu hampir semua pembahas telah bangkitkan perkara tentang buy now pay later. Berhubung dengan isu skim beli sekarang, bayar kemudian. Di sini saya ingin menghuraikan perkembangan terkini industri buy now pay later di Malaysia.
Pasaran buy now pay later di Malaysia kian berkembang dengan pesat. Pada ketika ini, terdapat 16 syarikat yang menawarkan skim beli sekarang, bayar kemudian di Malaysia seperti SpayLater, Atome, Grab PayLater merupakan tiga skim terbesar dengan bahagian pasaran melebihi 95 peratus.
Di samping itu, terdapat juga empat penyedia buy now pay later yang menawarkan skim BNPL patuh syariah iaitu SpayLater, Boost’s PayFlex, Moby Islamic dan Duit. Setakat 30 Jun 2025, terdapat 6.57 juta pemegang akaun skim buy now pay later yang aktif.
Puan Lim Hui Ying
Bagi separuh pertama tahun ini, bilangan transaksi buy now pay later adalah sebanyak 102.67 transaksi yang berjumlah RM9.3 bilion. Ianya telah meningkat dengan ketara iaitu 31 peratus berbanding dengan 7.1 bilion pada separuh kedua tahun 2024. Lebih 80 peratus daripada
Puan Lim Hui Ying
keseluruhan penggunaan buy now pay later adalah daripada pengguna yang berumur 21 sehingga 45 tahun. Manakala golongan belia iaitu berumur 30 tahun ke bawah, merangkumi kira- kira 40 peratus daripada jumlah transaksi buy now pay later. Secara amnya, skim buy now pay later digunakan untuk pembayaran pembelian makanan, barangan runcit dan pengangkutan dengan purata pembelian bagi setiap transaksi adalah sebanyak RM91.
Jumlah pinjaman buy now pay later pada 30 Jun 2025 adalah sebanyak RM3.8 bilion.
Ianya merangkumi 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia. Daripada jumlah keseluruhan pinjaman buy now pay later tersebut, kira-kira 40 peratus disumbangkan oleh golongan belia dan dengan jumlah buy now pay later yang tidak berbayar iaitu overdue pula ada terkawal iaitu sebanyak 121.8 juta atau 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman buy now pay later.
Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Bentong, menurut kajian pasukan petugas CCOB yang melibatkan lebih kurang 21,000 pengguna aktif buy now pay later, sebanyak 88 peratus daripada mereka berjaya melunaskan hutang sepenuhnya pada tarikh ansuran yang ditetapkan. Sementara itu, 12 peratus membuat bayaran lewat tetapi masih mampu menyelesaikan hutang buy now pay later mereka. Hanya kurang daripada satu peratus pengguna didapati langsung tidak berupaya untuk membayar balik hutang tersebut.
Tambahan pula, lebih daripada 70 peratus daripada 20,000 pengguna aktif buy now pay Later yang terlibat adalah di kalangan mereka berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM5,000 sebulan. Sungguhpun begitu, sebahagian besar daripada mereka menyatakan bahawa mereka mempunyai lebihan wang pada setiap akhir bulan untuk simpanan atau perbelanjaan.
Berhubung dengan kebimbangan mengenai buy now pay later yang dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat, izinkan saya menghuraikan pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terjerumus ke dalam kancah hutang yang boleh membawa kepada peningkatan muflis melalui penggunaan skim buy now pay later yang tidak terkawal.
Melalui RUU KP, SKP akan melaksanakan rangka kerja pengawalseliaan buy now pay later yang menyeluruh dan mampan. Syarikat BNPL akan diwajibkan untuk melakukan penilaian kemampuan berhutang sebelum meluluskan pinjaman kepada pengguna kredit. Ini untuk memastikan pengguna kredit mampu membayar balik wang yang dipinjam tanpa mengalami tekanan kewangan yang serius dan akhirnya terjerumus dalam perangkap hutang.
SKP akan memastikan pematuhan industri BNPL terhadap keperluan melaksanakan penilaian kemampuan berhutang tersebut.
Kebanyakan pengguna BNPL pada waktu ini mengambil pinjaman yang secara perbandingannya adalah dalam jumlah yang kecil dan tidak melepasi ambang tindakan undang-
Puan Lim Hui Ying
undang sebagai muflis. Namun, perkara ini akan dipantau dengan rapi dan tindakan sewajarnya akan diambil untuk memastikan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh industri BNPL.
Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan berkenaan dengan rangka kerja pengawalseliaan yang bakal diperkenalkan oleh SKP akan turut menetapkan keperluan agar penyelia BNPL mendedahkan secara telus semua maklumat berkaitan terma kredit termasuk fi dan caj yang dikenakan sebelum sebarang kemudahan kredit ditawarkan kepada pengguna.
Kerajaan juga menekankan kepentingan literasi kewangan agar rakyat lebih bijak mengurus kewangan dan memahami risiko penggunaan BNPL secara berlebihan. Pendekatan ini bertujuan melindungi pengguna daripada beban hutang yang tidak terkawal serta menggalakkan amalan pinjaman peminjaman yang bertanggungjawab.
Merujuk kepada persoalan oleh Yang Berhormat Bayan Baru dan Batang Sadong bagi membina data kredit berpusat, semua penyelia BNPL akan diwajibkan untuk melapor data kredit pelanggan mereka kepada agensi pelaporan kredit pilihan seperti CTOS dan Experian. Langkah ini amat penting sebagai permulaan untuk mewujudkan sebuah pangkalan data bagi pengguna kredit BNPL termasuklah golongan pekerja gig yang tiada rekod dengan mana-mana institusi kewangan. Rekod pembayaran kredit yang positif dapat membantu mereka memperoleh akses kepada produk kredit yang lain.
Berhubung dengan persoalan Yang Berhormat Bakri, Puchong, Kuala Krai, Bagan Serai tentang literasi kewangan. SKP memberi penekanan kepada usaha pendidikan dan sokongan kepada pengguna kredit, terutamanya masyarakat di luar bandar melalui kerjasama erat dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK memainkan peranan penting dalam membantu pengguna memahami risiko sebenar yang berkaitan dengan penggunaan BNPL serta tanggungjawab kewangan yang perlu dipikul. Melalui sesi kaunseling kewangan individu dan program pengurusan hutang, AKPK membimbing pengguna untuk mengurus hutang secara berstruktur dan berhemah.
Selain itu, AKPK juga menjalankan pelbagai program celik kewangan yang merangkumi topik seperti pengurusan aliran tunai, penggunaan kredit secara bertanggungjawab dan amalan pembelian yang bijak. Di samping itu, usaha pendidikan kewangan turut disokong oleh Jaringan Pendidikan Kewangan atau dengan izin, Financial Education Network melalui inisiatif seperti FEN Proaktif dan Bulan Literasi Kewangan. Program-program ini menyasarkan golongan belia, masyarakat umum serta perniagaan kecil dan mikro dengan mesej utama berkaitan pengurusan kewangan berhemat, celik kewangan digital dan kesedaran terhadap jenayah penipuan kewangan.
Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Puchong, SKP juga akan turut meneroka kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan kementerian yang lain bagi menyasarkan pelajar sekolah dan pelajar di institusi pengajian tinggi untuk memperluaskan program literasi kewangan
Puan Lim Hui Ying
ini dengan memberi kesedaran terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah dan bijak.
Sekarang, berkenaan dengan implikasi penggubalan RUUKP ke atas pengguna kredit dan pemberi kredit.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sedikit sebelum pindah topik baru berkaitan dengan SKP tadi. Saya dan sahabat-sahabat lain ramai bertanya tentang apakah SKP akan menetapkan had maksimum kadar faedah bagi BNPL ini? Dan apakah SKP juga akan menetapkan kadar maksimum untuk setiap individu ini sebab dia banyak akaun? Kalau ada 12 akaun, buka 12 akaun sebagai contoh. Apakah pendekatan yang akan dipertimbangkan oleh SKP berkaitan dengan perkara ini? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Isu ini juga dibangkit oleh ramai Yang Berhormat.
Jadi, tentang, tentang cadangan pengenaan had kadar faedah, caj yuran peniaga dan juga had transaksi BNPL serta kemungkinan pemindahan kos pengawalseliaan dan sebagainya.
Jadi di bawah RUUKP, pemberi kredit bukan bank seperti syarikat yang menawarkan skim BNPL dikehendaki mematuhi keperluan amalan pemberian kredit yang bertanggungjawab bagi melindungi pengguna kredit.
Ini termasuk melakukan penilaian kelayakan kredit dan penilaian kemampuan berhutang terhadap pengguna kredit sebelum menawarkan pembiayaan. Perkara ini penting agar peminjam mampu membayar balik wang yang dipinjam tanpa mengalami sebarang tekanan kewangan yang serius dan akhirnya terjerumus dalam perangkap hutang.
Secara amnya, keperluan penilaian kelayakan kredit dan penilaian kemampuan berhutang ini tidak akan menghalang akses kepada kredit dan agenda keterangkuman kewangan. Sebaliknya, keperluan penilaian ini akan memastikan pemberi kredit tidak memberi kredit secara sewenang-wenangnya dan hanya memberi kredit pada jumlah yang sesuai dengan tahap kemampuan pengguna kredit. Pendekatan seimbang juga diambil oleh SKP bukan sahaja untuk mengawal selia para peserta industri, malah untuk menerapkan nilai-nilai positif di kalangan pengguna.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Pendang.
Puan Lim Hui Ying
Saya ada banyak...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sikit je...
Puan Lim Hui Ying
Saya hanya dua minit saja.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini penting.
Puan Lim Hui Ying
Nanti semua kena jawab secara bertulis. Tan Sri sudah, sudah, sudah...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Eh, tak. Saya nak kena tanya. Bagilah sekejap saja. Sebab tadi disebut – Tan Sri Speaker, terima kasih. Disebut tadi apa ni BNPL dan juga melibatkan SKP ini, maknanya macam mana kerajaan nak mengawal majoriti yang terlibat dalam pinjaman sekarang berumur di antara 21 sehingga 45 tahun, yang mana berpendapatan bawah RM5,000.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, kalau ini yang dijawab oleh Yang Berhormat Tuan Menteri tadi, maknanya tidak ada pengawalan. Ini umur orang yang sangat, sangat signifikan dalam negara kita. Kalau mereka terlibat dalam banyak hutang, gaji mereka tak sampai RM5,000, tiga, empat ribu, tetapi hutang sekarang ini yang tertunggak lebih kurang 82.6 juta daripada 12 bilion hutang sekarang. Ia dah jadi NPL yang bertaburan, non-performing loan (NPL). Ia akan bawa kepada inflasi, risiko kepada negara.
Puan Lim Hui Ying
Jadi, saya tadi saya sudah beritahu yang itu adalah tanggungjawab pemberi kredit, okey. Mereka mesti membuat analisa sama ada peminjam itu boleh, mampu membayar balik. Jika dia rasa peminjam itu tidak langsung ada potensi untuk bayar balik, mereka tentu tidak akan memberikan kredit kepada mereka.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sekarang dah ada hutang tertunggak 82.6 juta daripada laporan yang kita buat, yang kita dapat. Maknanya...
Puan Lim Hui Ying
Okey, saya...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, macam mana nak atasi ni? Ini orang muda 21.45, 21.45.
Puan Lim Hui Ying
Okey, bagi Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya nak penjelasan tadi, saya dengar teliti jawapan Yang Berhormat tadi, cuma soalannya adakah akan ada ditetapkan kadar faedah yang maksimum? Maknanya, tak boleh suka-suka BNPL kenakan kadar faedah. Itu soalan yang tak dijawab tadi, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Pada setakat ini, dalam fasa satu, kita tidak akan tetapkan kadar maksimum. Walau bagaimanapun, kita mesti collect data. Jadi, kita dalam fasa satu, fasa dua kita akan kutip data dan kita, matlamat kita, kita akan tetapkan, tetapi kita tidak akan tetapkan pada fasa satu. That is the best I can give you.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Menteri perlukan berapa minit lagi?
Puan Lim Hui Ying
Perlu banyak lagi
Tuan Yang di-pertua
Ya , berapa minit?
Puan Lim Hui Ying
5 minit lagi boleh?
Tuan Yang di-pertua
Okey, max, saya bagi 5 minit lagi
Puan Lim Hui Ying
Max lah, okey. Okey, bagi caj bayaran lewat pula, ramai Yang Berhormat pun telah bangkitkan. SKP akan menetapkan keperluan agar caj tersebut dikenakan mengikut syarat yang jelas dan munasabah. Penetapan ini termasuklah memastikan caj berkenaan dikira berdasarkan kos sebenar yang ditanggung oleh penyedia BNPL dalam proses pengutipan hutang.
Juga mengenai hak yuran peniaga atau kadar diskaun peniaga, ia nya ditentukan berdasarkan persetujuan komersial okey, di antara pemeroleh peniaga dengan peniaga itu sendiri. Ia juga tertakluk kepada rundingan antara kedua-dua pihak bergantung kepada jumlah nilai jualan tahunan, kategori perniagaan dan sebagainya.
Penawaran skim BNPL di platform E-dagang adalah bergantung kepada model perniagaan yang digunakan oleh setiap penyedia BNPL. Terdapat juga platform eDagang seperti Lazada dan TikTok Shop yang membenarkan pelbagai skim BNPL ditawarkan melalui platform mereka.
Jadi sebagai contoh, pelanggan boleh memilih untuk menggunakan Atome sebagai salah satu kaedah pembayaran. SKP tidak berhasrat untuk mengawal atau mencampuri keputusan komersial yang dibuat oleh peserta kredit kerana fleksibiliti perlu diberikan kepada pemain industri bagi menggalakkan pertumbuhan dan inovasi dalam sektor ini.
Merujuk kepada persoalan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah bagi caj bayaran lewat, SKP akan menetapkan keperluan agar caj tersebut dikenakan mengikut syarat . Oh, saya sudah sebutkan tadi.
Jadi, topik yang lain berkenaan dengan implikasi kos kepada kerajaan. Untuk saya pendekkan, untuk masa ini tidak ada kos implikasi kepada kerajaan dalam bagi fasa satu dan fasa dua.
Next, ada tentang agensi pengutip hutang. Soalan berkenaan pelantikan ejen pengutip hutang yang berlesen dan beretika serta isu mengenai dan menangani penggunaan kekerasan, ugutan dan gangguan oleh agensi pengutip hutang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Yang Berhormat.
RUUKP dan standard perlakuan atau garis panduan akan memastikan agensi pengutip hutang beroperasi secara berhemah dan profesional. Ia melarang sebarang bentuk ancaman, kekasaran, pencerobohan, penipuan atau tindakan yang boleh memalukan dan mengelirukan pengguna kredit. Agensi pengutip hutang juga tidak dibenarkan menyamar sebagai pihak berkuasa atau cuba mengutip hutang daripada individu lain yang dikenali oleh peminjam.
SKP akan menjalankan pemantauan berterusan terhadap agensi pengutip hutang termasuk yang dilantik oleh penyedia BNPL dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran undang-undang termasuk denda, pembatalan pendaftaran dan penguatkuasaan jenayah. Selain itu, saluran aduan rasmi akan disediakan oleh pemberi kredit dan SKP akan
Puan Lim Hui Ying
membolehkan pengguna melaporkan salah laku, di samping usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap hak mereka sebagai peminjam.
Industri kutipan hutang turut menyaksikan usaha meningkatkan profesionalisme dan keyakinan awam terhadap industri ini. Sebagai contoh, penubuhan Persatuan Agensi Kutipan Pinjaman Profesional Malaysia (APDCAM) yang bertujuan untuk menetapkan etika amalan terbaik dalam kutipan hutang dan menjadi platform kepada agensi-agensi kutip hutang dalam pembangunan industri. Agensi ini telah ditubuhkan baru-baru sahaja sebab mereka memandang serius tentang perkara ini.
Berkenaan dengan skop pengutipan hutang yang akan tertakluk kepada pengawal selia SKP, RUUKP hanya tertumpu kepada kawal selia perniagaan yang berkaitan dengan industri kredit sahaja dan tidak merangkumi pihak yang bukan pemberi kredit. SKP akan mengawal selia agensi pengutip hutang yang berurusan dengan pengguna kredit bagi pihak penyelia kredit seperti syarikat BNPL, pemajakan, pemfaktoran dan sebagainya.
Agensi kutipan hutang yang berkhidmat untuk syarikat bukan pemberi kredit seperti syarikat telekomunikasi, TV berbayar atau syarikat perkhidmatan utiliti tidak termasuk dalam skop kawal selia SKP. Begitu juga dengan firma guaman yang menjalankan kutipan hutang bagi pihak anak guamnya di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976.
Jadi, masa saya pun sangat singkat. Jadi, untuk Yang Berhormat yang saya tidak sempat jawab, kita akan jawab secara bertulis. Jadi, saya yakin kita semua mahukan yang terbaik untuk rakyat. Dengan kesedaran ini kita dapat menzahirkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh perlindungan kepada semua pengguna kredit di Malaysia. Justeru, saya merayu sokongan penuh Yang Berhormat sekalian terhadap usul penggubalan Rang Undang-undang Kredit Pengguna.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 135 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Jadual jadi sebahagian dari rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula]
Tuan Yang di-Pertua
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam Malaysia MADANI, Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dibacakan kali kedua sekarang.
Dengan izin Tan Sri Speaker, saya mulakan pembentangan dengan dua rangkap pantun.
*Pergi ke kedai membeli bunga, Bunga dibeli cantik sekali, Alam sekitar perlu dijaga, Agar hidup sentiasa harmoni.
Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Jika tidak menjaga bumi, Nanti datang bencana alam.* Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2025 adalah bagi melaksanakan pindaan terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam tahun 2007 iaitu Akta 672 yang melibatkan pindaan seksyen sedia ada dan perwujudan seksyen baru.
Pindaan hari ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan membuang, mencampak, menempatkan atau meninggalkan atau menyebabkan untuk dibuang, dicampak, ditempatkan atau ditinggalkan apa-apa sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam dan untuk memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat perintah khidmat masyarakat yang menghendaki seseorang yang disabitkan kesalahan itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat sebagai tambahan kepada denda sedia ada yang dikenakan bagi kesalahan ini.
Secara ringkasnya, pindaan kepada Akta 672 ini adalah untuk menangani pembuangan sampah yang bersifat kecil seperti puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman, pembungkus makanan dan sebagainya. Tabiat pembuangan sisa pepejal atau sampah kecil merata-rata
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
tempat dalam kalangan masyarakat secara berterusan. Dalam keadaan negara kita sudah begitu pesat membangun secara fizikal, adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Walaupun perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sentiasa ditambah baik oleh Kerajaan MADANI saban tahun, namun tanpa perubahan sikap oleh rakyat, budaya kebersihan sukar dipertingkatkan. Justeru, pindaan Akta 672 ini adalah penting bagi menanamkan tanggungjawab dan kesedaran sivik yang lebih mendalam, meningkatkan kesedaran awam dan memupuk budaya menjaga kebersihan oleh rakyat yang menyumbang kepada Malaysia MADANI yang lebih bersih dan lestari.
Tuan Yang di-Pertua, melalui mandat Kerajaan MADANI baru-baru ini, saya telah mewakili tanah air kita dan telah dipilih sebagai Presiden Perhimpunan UN Habitat di Nairobi pada 31 Mei. Jadi, saya ingin menegaskan bahawa langkah memperkukuhkan kerangka perundangan bagi membentuk tabiat pembuangan sisa pepejal atau sampah kecil ini menunjukkan komitmen tinggi negara dalam melaksanakan agenda Pembandaran Baru atau
(UN Habitat New Urban Agenda) yang telah diterima pakai oleh 193 buah negara anggota sejak tahun 2016.
Dalam menerajui kepimpinan di peringkat bangsa-bangsa bersatu iaitu di UN Habitat, Malaysia juga telah menyatakan komitmen dalam empat thematic areas dan salah satunya adalah berkaitan dengan advokasi ke arah sifar sisa ataupun dengan izin, zero waste yang bukan saja bermaksud mengurus sisa pepejal dengan berkesan. Antaranya melalui kitar semula atau transformasi sisa kepada tenaga boleh baharu iaitu from waste to energy, from trash to cash tetapi juga memberi perhatian kepada pengurangan janaan sisa itu sendiri.
Sebagai perbandingan, terdapat beberapa negara di dunia telah mengenakan undang- undang khidmat masyarakat untuk melarang pembuangan sampah kecil ataupun anti-littering laws iaitu pertama, Singapura – jiran kita. Sebenarnya telah terkenal sebagai salah satu negara paling tegas dalam pelaksanaan undang-undang berkaitan pembuangan sampah, di mana bukan saja bayaran denda dikenakan, maka pesalah berulang with due respect, repeated offenders boleh dikenakan hukuman khidmat masyarakat dengan pemakaian baju ataupun vest khusus berlabel litterbug ataupun dalam bahasa kebangsaan ulat sampah.
Negara-negara lain, termasuk Jepun, Taiwan, Jerman, Australia, New Zealand dan Korea Selatan di mana telah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada dunia sebagai negara yang bersih, indah dan berdaya mampan. Bak kata pepatah Melayu, “yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”. Maka Malaysia sebagai pemimpin global dalam kemampanan pembangunan perbandaran, yang kini menjadi Presiden UN Habitat, wajib untuk negara kita menunjukkan teladan yang baik.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian KPKT telah melaksanakan program. Dulu, Cuti-Cuti Malaysia. Sekarang kita buat Program Cuci-Cuci Malaysia. Program Hari Cuci Malaysia sempena
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
dengan World Cleanup Day yang diiktiraf oleh bangsa-bangsa bersatu telahpun diadakan pada 28 September tahun lepas buat pertama kali dalam sejarah. Melalui inisiatif Hari Cuci Malaysia, negara telah mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records bagi kutipan sampah sebanyak 4,645.5 metrik tan dalam jangka masa satu hari sahaja. Ini membuktikan bahawa janaan sisa pepejal adalah tinggi dan lebih menyedihkan apabila ianya dibuang merata-rata.
Justeru, satu tindakan tegas perlu dikuatkuasakan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Pada masa ini, penguatkuasaan berkaitan dengan pembuangan sampah kecil masih dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui punca kuasa di bawah seksyen 47 dan 48 Akta Jalan Parit dan Bangunan tahun 1974 ataupun Akta 133. Selain itu, PBT juga mempunyai punca kuasa berkaitan dengan penguatkuasaan pembuangan sampah kecil di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii), Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976 ataupun Akta 171, melalui perwataan undang-undang kecil.
Namun begitu, berdasarkan kepada rekod jumlah sampah kecil yang dikutip, jelas menunjukkan bahawa pengenaan denda oleh PBT tidak lagi menjadi halangan. It doesn’t serve as a deterrent at all kepada pesalah untuk tidak mengulangi tabiat buruk tersebut. Justeru, hukuman berbentuk perintah khidmat masyarakat wajar diperkenalkan kepada pesalah yang disabitkan dengan kesalahan membuang sampah kecil oleh mahkamah. Hasrat utama kerajaan adalah untuk kita ada empat hasrat:
(i) mendidik pesalah supaya prihatin terhadap kebersihan persekitaran yang memberi manfaat kepada komuniti;
(ii) memberi keinsafan dan kesedaran kepada pesalah dengan berkehendaki pesalah memakai jaket khas dan menjalani hukuman mengikut tempoh jam agregat yang ditetapkan;
(iii) mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan; dan
(iv) mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar dan risiko penyakit bawaan vektor.
Empat perkataan – aspek mendidik; kedua, memberi keinsafan; ketiga, mencegah; keempat mengurangkan kesan pencemaran.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Bak kata pepatah Melayu, “biar miskin harta, jangan miskin minda”. Jadi, negara kita sudah merdeka sejak tahun 1957. Kini pun sudah masuk abad 21. Semua orang pergi sekolah, takkan tak tahu mana nak buang sampah.
Okey, pindaan Akta 672 hari ini, merangkumi beberapa perkara-perkara berikut:
(i) larangan pembuangan sampah kecil di tempat awam atau jalan awam;
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
(ii) pemberian kuasa kepada mahkamah untuk mengenakan denda dan membuat satu perintah masyarakat tidak lebih daripada 12 jam kepada orang yang disabitkan dengan kesalahan membuang sampah;
(iii) kuasa pemantauan kepada pegawai yang diberi kuasa melaksanakan perintah khidmat masyarakat; dan
(iv) kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkaitan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat.
Dalam jangka masa panjang, Malaysia perlu membudayakan tabiat mengurangkan janaan sampah atau sisa-sisa kecil dalam kalangan masyarakat demi menjaga kelestarian alam sekitar kerana kemampanan adalah salah satu daripada enam teras utama Malaysia MADANI.
Dan supaya kita dapat menjaga kelestarian alam sekitar tidak menyumbang kepada impak negatif perubahan iklim dunia.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya rang undang-undang hari ini mengandungi empat fasal yang melibatkan:
(i) tajuk pemakaian dan permulaan kuat kuasa pindaan akta;
(ii) dua pindaan seksyen; dan
(iii) satu tambahan bahagian kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Saya mohon untuk menghuraikan setiap bab dalam rang undang-undang ini. Tajuk ringkas pemakaian dan permulaan kuat kuasa.
Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas, pemakaian dan kuat kuasa seperti berikut:
(i) akta ini dikenali sebagai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025,
(ii) pemakaian akta ini di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, negeri Sabah dan Sarawak amat dialu-alukan untuk memakai akta yang sama melalui ordinan masing-masing dan
(iii) tarikh kuat kuasa bagi akta ini ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia dan wilayah Labuan.
Kedua, pindaan seksyen 2, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Fasal 2 adalah berkaitan dengan pindaan seksyen 2, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 untuk meluaskan takrif sisa pepejal. Pindaan seksyen 2 bertujuan untuk memperluaskan takrifan sisa pepejal supaya tidak terhad kepada benda yang sudah pecah, lusuh, tercemar atau rosak sahaja. Malah turut merangkumi sisa pepejal masih dalam keadaan yang baik seperti botol dan plat plastik serta lain-lain.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Bahagian baru VIIIA ini, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Fasal 3 merupakan penambahan bahagian baru VIIIA ke dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang mengandungi seksyen 77A, 77B dan 77C. Pewujudan seksyen 77A akan menjadikan pembuangan sisa pepejal di tempat awam atau jalan awam sebagai satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000.
Takrifan jalan awam dalam seksyen baru ini termasuk mana-mana Jalan Persekutuan, jalan negeri, jalan di kawasan perumahan, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambung kepada jalan itu yang disenggarakan dan dijaga oleh mana-mana pihak berkuasa Persekutuan, negeri atau mana-mana orang persendirian atau badan persendirian.
Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam akan meliputi mana-mana kawasan yang boleh diakses oleh orang awam termasuk jalan-jalan di bawah seliaan agensi berkaitan, di bawah Kementerian Pengangkutan serta jalan-jalan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Perwujudan seksyen 77B melibatkan lapan subseksyen baru iaitu subseksyen 77B(1), 77B(2), 77B(3), (4), (5), (6), (7) dan sehingga (8), 77B(8) seperti berikut. Subseksyen 77B(1), ia memberikan kuasa kepada mahkamah sebagai tambahan kepada hukuman bagi kesalahan pembuangan sisa pepejal di tempat awam atau jalan awam di bawah seksyen baru 77A untuk memerintahkan orang yang disabitkan di bawah seksyen baru ini untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat selama tidak lebih daripada 12 jam.
Kedua, subseksyen 77B(2) menghendaki mahkamah untuk mempertingkatkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan bagi melaksanakan perintah khidmat masyarakat.
Mahkamah juga perlu menerangkan kepada orang yang disabitkan itu mengenai kesan perintah khidmat masyarakat itu dan akibat tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat itu.
Ketiga, subseksyen 77B(3) menghendaki mana-mana pegawai yang diberi kuasa selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen 77B(1) untuk menentukan masa dan tempat untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu serta jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan. Pegawai yang diberikan kuasa juga bertanggungjawab untuk memaklumkan masa dan tempat untuk melaksanakan khidmat masyarakat serta jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan oleh orang yang disabitkan tersebut.
Yang keempat, subseksyen 77B(4) dan juga (5) memperuntukkan bahawa pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat, orang yang disabitkan oleh pegawai yang diberikan kuasa adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Yang kelima, subseksyen 77B(6). Ia memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang disabitkan di bawah subseksyen 77B(1) dan tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat adalah melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000.
Yang keenam, subseksyen 77B(7) memperuntukkan bahawa sekiranya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun melakukan kesalahan di bawah seksyen 77A, peruntukan berhubung dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] adalah terpakai untuk pesalah di bawah umur.
Yang ketujuh, subseksyen 77B(8) mentakrifkan maksud ‘kanak-kanak’ sebagai seorang yang di bawah umur 18 tahun dan ‘khidmat masyarakat’ sebagai satu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar, yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan tempat awam.
Yang kesembilan, perwujudan subseksyen 77C adalah bagi mengadakan peruntukan untuk pegawai yang diberi kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat oleh seseorang yang disabitkan di bawah perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1).
Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 108, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Akhir sekali, fasal 4, ia melibatkan pindaan seksyen 108(2), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dengan memasukkan dua perenggan baru yang berkaitan dengan kuasa Menteri untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan serta cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya, cadangan pindaan yang saya bentangkan tadi adalah selaras dengan slogan kita, “Malaysia Bersih, Rakyat Sejahtera” dan ia bertujuan memastikan perintah khidmat masyarakat dilaksanakan melalui prosedur perundangan yang penuh tertib dan teratur dalam menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam dan jalan awam.
Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat ini mencerminkan usaha kolektif Kerajaan MADANI untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, kondusif dan harmoni demi kesejahteraan rakyat. Justeru, bagi mewujudkan punca kuasa yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengawal selia aktiviti pembuangan sampah kecil serta melaksanakan perintah khidmat masyarakat, Akta 672 perlu dipinda dan penguatkuasaannya akan meliputi negeri-negeri yang menerima akta tersebut termasuk Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Hukuman yang diperkenalkan ini bukanlah suatu yang baharu kerana di peringkat global ia telah pun dilaksanakan melalui perundangan khusus negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, United Arab Emirates (UAE) dan Australia. Malah, di peringkat rantau ASEAN juga, Filipina, Thailand, Indonesia telah melaksananya, walaupun tidak secara menyeluruh.
Justeru, wajarlah cadangan Kementerian KPKT untuk memperkukuhkan perundangan negara melalui pelaksanaan perintah khidmat masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah- sampah kecil ini disokong sepenuhnya oleh seisi Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya menerima 14 nama, saya akan bacakan semua nama-nama ini dan setiap orang diberikan lima minit untuk berbahas. Bermula dengan Kota Melaka, Kuantan, Tebrau, Padang Serai, Kluang, Tangga Batu, Rasah, Padang Besar, Selayang, Merbok, Puncak Borneo, Batu, Kapar dan Ipoh Timor. Kita mulakan dengan saya menjemput Kota Melaka. Silakan, lima minit dari sekarang.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang mengizinkan saya mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025. Tan Sri Speaker, seperti yang kita maklum, ya saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada Menteri kerana atas kejayaan pelantikan sebagai Presiden Perhimpunan Agung UN Habitat. Ini bukan sahaja satu pengiktirafan untuk Menteri tetapi juga untuk Kerajaan MADANI dan juga untuk Malaysia, di mana Malaysia kembali menjadi pemimpin dunia. Tahniah kepada Menteri.
Tan Sri Speaker, tentang kebersihan awam. Ini memang satu isu yang penting, di mana kita lihat tabiat suka membuang sampah itu masih berleluasa. Dan kita lihat penguatkuasaan yang sedia ada, denda yang sedia ada ini barangkali tidak begitu berkesan. Sehingga insiden yang terbaru ini ialah pada 12 Julai ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam satu tinjauan mengejut. Baginda telah berjalan kaki sepanjang 3.2 kilometer itu, telah melihat bagaimana tahap kebersihan persekitaran. Baginda telah tegur di mana keadaan longkang bersumbat, sampah telah dibuang di tepi jalan dan juga dahan pokok di atas laluan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, ini menunjukkan bahawa sudah tiba masanya kita perlu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kebersihan awam ini. Jadi, bagaimana kita hendak memupuk tanggungjawab sivik ini dan bagaimana amalan menjaga kebersihan ini akan menjadi suatu budaya, akan menjadi satu cabaran kepada kita. Jadi, saya berpendapat bahawa tepat pada masanya Menteri membawa rang undang-undang ini untuk kita buat pindaan, untuk kita mencapai matlamat tersebut.
Jadi Tan Sri Speaker, kalau kita lihat rakyat Malaysia apabila mereka pergi ke Singapore, mereka akan disiplinkan diri sendiri. Mereka tak berani hendak buang sampah di Singapore tetapi sekembali balik ke Johor Bahru, kita boleh lihat tabiat buang sampah itu akan kembali. Jadi, kalau kita lihat kepada contoh ini, sebenarnya rakyat Malaysia, dia boleh ada disiplin tanpa dia boleh buang sampah. Jadi, bagaimana kita hendak memastikan supaya mereka ikut apa yang mereka lakukan di Singapore itu nampaknya ialah kita perlu meningkatkan tentang penguatkuasaan.
Jadi, dalam bab ini saya hendak tanya kepada Menteri. Apakah strategi kerajaan dalam melaksanakan pemantauan terhadap pematuhan rang undang-undang ini selepas ia dikuatkuasakan? Sebab isu yang kita lihat selalunya ialah penguatkuasaan itu. Penguatkuasaan itu kalau berkesan, maka kita akan berjaya.
Jadi, selain daripada itu Tan Sri Speaker. Saya lihat kadang-kadang masalah buang sampah ini ada juga berkaitan dengan polisi ataupun dasar. Saya datang daripada Melaka, kawasan saya, Jonker Walk itu suatu tempat tumpuan pelancong. Setiap Sabtu, Ahad, ramai pelancong akan pergi ke sana sama ada pelancong tempatan ataupun daripada luar negara.
Akan tetapi setiap kali selepas pukul 11 malam, sepanjang jalan Jonker Walk itu akan penuh dengan banyak sampah.
Jadi, dalam bab ini bila kita tanya, ada yang kata sebab tak ada tong sampah di sana, sebab itu mereka tak tahu hendak buang mana, mereka just campak - buang di tepi jalan. Kita lihat perkakas yang digunakan, bekas air yang digunakan, mereka beli tapau itu semua dia pakai plastik. Jadi, semua ini barangkali kita perlu tinjau supaya akhirnya kita tidak wujudkan banyak sampah.
Begitu juga saya hendak menarik perhatian Menteri tentang isu yang berlaku di kawasan perindustrian - sedikit sahaja, Tan Sri Speaker. Di kawasan perindustrian, buat masa ini mereka sudah berhenti mengutip sampah domestik. Jadi, apa berlaku ialah di mana pekilang di sana, mereka akan minta dia punya pekerja asing untuk buangkan sampah domestik tersebut. Dan seperti yang kita maklum, pekerja asing ini bila dia nampak tak ada tong sampah, tak boleh buang dalam tong sampah, apa mereka buat? Dalam mereka balik ke hostel mereka, mereka akan campak begitu sahaja.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, ini akan menjadi suatu masalah pula. Ia menjadikan berlakunya sampah di merata tempat dan juga akan mengakibatkan banjir kilat apabila hujan lebat. Jadi, dalam bab ini saya harap supaya kementerian dapat berbincang dengan SW Corp. supaya kita cari satu penyelesaian. Kalau dikatakan di kawasan perindustrian, kilang, mereka memang tak kutip sampah domestik. Bolehkah kita tambahkan sedikit cukai taksiran mereka supaya kita juga kutip sampah daripada tempat tersebut?
Begitu juga dengan Kampung Baru dan juga Kampung Melayu yang berdekatan dengan bandar, di mana hari ini mereka juga tak ada perkhidmatan kutip sampah domestik ini dan dia akan menimbulkan masalah, di mana mereka akan buang sampah merata-rata. Itu sahaja daripada saya, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tan Sri Dato’ Yang di-Pertua.
Saya mulakan dengan memetik Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 77.
*Auzubillahiminashaitannirrajim.
[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Maksudnya, “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” Tan Sri Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pekerja sektor pembersihan di seluruh negara, khususnya dalam Parlimen Kuantan, sama ada bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Mereka adalah hero negara yang sentiasa tekun menjalankan tugas dalam memastikan negara kita dalam keadaan bersih dan lestari. Saya ingin menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan dan kelestarian alam bukan sahaja terletak di bahu pekerja pembersihan mahupun pihak berkuasa seperti SWCorp bahkan seluruh lapisan masyarakat perlu sentiasa cakna dan mengambil peranan dalam peranan ini.
Dato’ Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan RUU ini memasukkan bahagian baharu VIIIA berkaitan larangan terhadap pembuangan sisa pepejal. Secara asasnya, saya menyokong pindaan ini dengan memperkemaskan berkaitan larangan pembuangan sisa pepejal serta memasukkan perintah khidmat masyarakat jika disabitkan melakukan kesalahan berkaitan.
Seksyen 77A menyatakan kesalahan jika membuang sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000, (2) seksyen ini juga menyebut “Mana-mana orang yang melanggar.” Jadi di sini persoalannya, kurungan ini seolah- olah dirujuk kepada individu. Jadi soalan saya, sekiranya pelanggaran ini dibuat oleh pekerja
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
sesebuah syarikat, adakah hukuman dikenakan kepada individu, pekerja sahaja atau syarikat berkenaan turut disabitkan bersalah? Adakah pihak pengurusan seperti pemilik syarikat atau pengarah urusan juga turut dikenakan tindakan?
Saya melihat kadar denda ini perlu lebih tinggi sekiranya kesalahan dilakukan oleh sesebuah syarikat ataupun arahan daripada syarikat atau perniagaan berbanding kesalahan yang dilakukan oleh individu. Ini kerana kebiasaan jumlah sisa daripada syarikat ini, contohnya seperti kontraktor binaan, dalam keadaan jumlah yang lebih besar ataupun banyak dan tindakan tersebut seolah disengajakan.
Saya menyokong pindaan pada seksyen baharu 77B yang memasukkan berkaitan perintah khidmat masyarakat sebagai tambahan kepada denda. Seksyen ini menyatakan tempoh perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 12 jam. Jadi soalan saya, adakah terdapat kadar minima tempoh perintah khidmat masyarakat tersebut? Contohnya, minima 2 jam, 4 jam ataupun sebagainya dan apakah indikator yang diambil kira dalam menentukan tempoh khidmat masyarakat bagi suatu kesalahan?
Saya ingin mencadangkan agar pelaku khidmat masyarakat juga diwajibkan memakai vest khas bertulis “Khidmat masyarakat” seperti yang dilaksanakan, seperti dinyatakan oleh Menteri tadi. Dilaksanakan di Singapura, United Kingdom, sebagai suatu kempen kesedaran kepada orang ramai berkaitan seriusnya pihak kerajaan dalam mengatasi masalah ini.
Banyak video dan rakaman dikongsikan oleh netizen berkaitan perbuatan membuang sampah dan sisa pepejal sama ada dalam sungai, tempat rekreasi mahupun di atas jalan raya.
Persoalannya, apakah tindakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam memantau salah laku ini dan pemantauan berkaitan kegiatan membuang sampah dan sisa pepejal boleh ditingkatkan dengan pemasangan CCTV khususnya di kawasan- kawasan tumpuan orang ramai.
Contohnya dalam kawasan saya sendiri, di kawasan pantai di Kuantan. Pada hari Minggu juga banyak orang ramai, tumpuan di kawasan tersebut. Ada ketikanya memang kita akui terdapat sisa-sisa sampah. Jadi sekiranya ada CCTV di kawasan-kawasan seperti ini, pesalah dapat dikenal pasti dan notis amaran dan kompaun kesalahan dapat dilakukan.
Tan Sri Yang di-Pertua, memetik laporan agensi berita BERNAMA, SWCorp telah menutup lebih 2,600 tapak pelupusan sampah haram di tujuh negeri sepanjang tahun 2024.
Persoalannya, mengapa banyak tapak pelupusan sampah haram di negara kita? Adakah kerana tapak pelupusan sampah tidak disediakan dengan mencukupi? Jadi, saya berikan contoh. Lori sampah ini tidak boleh masuk ke kawasan-kawasan kampung dan juga pinggir bandar untuk mengutip sampah. Jadi, mereka perlu kawasan untuk membuang sampah. Jadi, apabila tiada tapak disediakan maka wujudlah tempat pembuangan sampah haram serta tidak diuruskan dengan baik.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi, saya harap perkara ini diberi perhatian khususnya di kawasan-kawasan pinggir bandar dan kampung juga perlu disediakan tapak pembuangan sampah dan sisa pepejal. Jadi merujuk kepada statistik anggaran penjanaan sisa pepejal di Malaysia yang dikeluarkan oleh KPKT pada tahun 2023, sebanyak 14.25 juta tan sisa pepejal di rekod. Angka ini semestinya semakin meningkat saban tahun selari dengan peningkatan bilangan penduduk di negara kita.
Jadi, kerajaan terpaksa membelanjakan satu amaun yang besar bagi menguruskan sisa pepejal daripada proses bermula kutipan, kumpul dan juga pelupusan.
Namun, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah mengenai kempen pendidikan dan kesedaran awam berkaitan kitar semula. Statistik Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, kitar semula yang di rekod ialah 31.52 peratus berbanding sasaran 40 peratus menjelang 2025. Jadi, angka ini jauh berbanding dengan negara maju yang mencatatkan purata 60 peratus. Oleh itu, dalam kita membicarakan soal pindaan yang berbentuk hukuman pada hari ini, kita perlu juga tingkatkan lagi kesedaran masyarakat.
Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan meningkatkan usaha kempen kesedaran kitar semula di pelbagai sektor sama ada awam, swasta serta setiap peringkat, sama ada peringkat taman perumahan, JKK, seterusnya universiti dan seterusnya sampai ke peringkat sekolah. Perlu ada tindakan dengan menambah bilangan tong-tong sampah kitar semula di kawasan awam, khususnya lokasi tumpuan orang ramai bagi membudayakan di kalangan masyarakat serta menambah recycle one stop center bagi kemudahan orang ramai menghantar barang-barang terpakai. Sekian, terima kasih. Kuantan menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Yang di-Pertua Speaker. Tebrau ingin mulakan dengan menyambut baik pindaan hari ini yang bagi Tebrau cukup bermakna dan dengan izin, long overdue.
Pindaan petang ini kita akan memperkenalkan undang-undang yang akan melarang pembuangan sisa di tempat awam khususnya melalui peruntukan baru di bawah seksyen 77A yang melarang antaranya pelupusan sisa atau sampah secara tidak wajar di tempat awam atau di jalan raya. Bagi saya, ini merupakan satu langkah penting dan satu tanda komitmen kerajaan dalam kita memperkukuhkan penguatkuasaan serta memupuk kesedaran sivik rakyat terhadap penjagaan alam sekitar kita. Tambahan pula, seksyen 77B turut diperkenalkan untuk membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah.
Ini juga mempunyai unsur untuk mendidik mereka agar mereka lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap kebersihan persekitaran. Namun, saya ingin minta Menteri memberi sedikit
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
pencerahan. Apakah jenis hukuman khidmat masyarakat yang bakal boleh dikenakan atau dilakukan kepada pesalah-pesalah?
Dato’ Speaker, kita warga Malaysia ini, kita harus berani dan tidak perlu kita malu. Kita perlu berani menerima hakikat bahawa kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia dalam hal ini masih berada pada satu tahap yang tidak memuaskan. Bagi saya, ada banyak ruang lagi untuk kita tingkatkan tahap kesedaran sivik khususnya dalam isu pembuangan sampah ini.
Apalagi kalau kita bandingkan dengan jiran kita Singapura ataupun negara Jepun. Saya bagi satu contoh, Dato’ Speaker. Kalaulah siapa yang pernah melawat ke Jepun, akan nampak sebenarnya di Jepun ni, dia tak banyak tong sampah dan orang Malaysia ni yang biasalah ya, yang kalau nampak tempat tu ada ruang, dia akan buang sampah. Mereka tak faham macam mana orang Jepun ni ada disiplin untuk tidak buang sampah di merata-rata tempat.
So, bila dia tanya orang Jepun, “Kalau tak ada tong sampah, apa yang you buat dengan sampah di tangan awak?” Jawapan orang Jepun, kagum. Dia tengok, dia jawab, “Kalau sampah di tangan, kecil, letak dalam poket. Kalau besar, angkat di tangan, sampailah kita jumpa tempat untuk buang sampah, barulah kita buang.” Itulah cara yang betul dan bagi saya, orang Jepun ni dia tidak takut kalau didenda. Dia takut bila dia dimalu. Budaya mereka yang dihina sekiranya dia buang sampah di merata-rata tempatlah, itulah yang bagi saya, kita patut memupuk. Bagus kalau ada denda tapi saya harap kerajaan boleh fikir secara makro. Melalui pendidikan, kesedaran, kita buatlah orang Malaysia supaya mereka faham. Kalaulah mereka buang sampah di merata-rata tempat, malulah, adalah muka mereka.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Dato’ Speaker, Tan Sri Speaker, namun realitinya, kalau kita kata masalah pengurusan sisa pepejal ini dia semakin meruncing disebabkan oleh beberapa faktor yang saling berkait.
Antaranya ialah tahap kesedaran sivik yang rendah seperti kita bincang, dan dia juga termasuk juga isu sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak kita yang membuat sisa secara haram.
Dan dia juga termasuk juga isu tempat pelupusan sampah yang makin tidak mencukupi. Semua ini sebenarnya telah memburukkan lagi keadaan dan saya ingin membawa satu isu tempatan di kawasan Tebrau.
Pada 1 Mac 2025, Tapak Pelupusan Tanjung Langsat telah ditutup. Akibat daripada penutupan ini, sisa pepejal dari kawasan seperti di Tebrau, di Pasir Gudang terpaksa dibawa ke Tapak Pelupusan Sanitari Seelong yang turut menampung sisa dari Johor Bahru dan Kulai.
Pemindahan ini telah menyebabkan jarak penghantaran meningkat kira-kira 50 kilometer.
Bagi kenderaan kutipan sisa seperti lori, tempoh perjalanan menjadi lebih lama.
Kesannya kekerapan kutipan sisa di kawasan-kawasan di Tebrau, termasuklah di kawasan taman atau Kampung Pasir Putih, telah kurang kerap. Yang ini tentunya telah menyebabkan
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
penimbunan sampah dan menjejaskan kebersihan serta kesihatan penduduk setempat. Situasi ini lebih meningkatkan kos logistik, penggunaan bahan api dan pelepasan karbon ke udara.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Selain daripada itu, saya juga menerima aduan daripada masyarakat, Puan Speaker, khususnya berkenaan kesesakan serius di Tapak Pelupusan Seelong akibat peningkatan kebergantungan kepada satu tapak sahaja. Banyak syarikat atau pihak kini tidak dapat lagi memenuhi frekuensi perjalanan kutipan sisa yang ditetapkan. Kesannya kelewatan dan gangguan dalam sistem pengurusan sisa pepejal kini wujud.
Keadaan ini juga telah mendorong kepada kemunculan tapak pelupusan haram yang tidak diurus dengan baik. Isu ini juga membangkitkan pencemaran alam sekitar dan masalah sosial apabila masyarakat terpaksa hidup berhampiran dengan timbunan sisa yang tidak dikutip.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sedikit saja Speaker. Puan Speaker, Malaysia kini mempunyai 137 tapak pelupusan yang masih beroperasi dengan lebih 82 peratus daripada sisa negara dihantar ke tapak-tapak tersebut. Di Johor sahaja, setiap hari kita sudah hantar hampir 4,500 tan sehari atau 1.6 juta tan ke tapak pelupusan. Dan sekiranya isu ini tidak diselesaikan, Malaysia dijangka akan kehabisan ruang pelupusan sisa pepejal menjelang tahun 2050.
Itulah justeru, sedikit sahaja, Puan Speaker. Saya harap kerajaan bolehlah kita memberi sokongan kepada satu solusi jangka panjang melalui sistem waste to energy. Teknologi sekarang sudah ada. Contohnya, loji waste to energy pertama yang kita buka di Tanah Merah Port Dickson pada tahun 2023, sekarang mampu memproses 800 tan sisa sehari dan menghasilkan 15 megawatt tenaga elektrik cukup untuk membekalkan tenaga kepada 12,000 hingga 15,000 isi rumah. Ini adalah cara yang betul, praktikal dan mampan.
Kesimpulannya, landing, pindaan undang-undang ini bukan sekadar berkaitan dengan aspek perundangan. Namun, turut menyentuh pendidikan sivik, kesedaran awam, kelestarian alam sekitar dan kecekapan pengurusan sisa secara nasional. Hanya melalui pendekatan yang inklusif dan berteknologi tinggi, kita mampu memastikan kebersihan, kesihatan dan masa depan alam sekitar terus terpelihara untuk generasi yang akan datang.
Sekian, Tebrau mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut bangun pada petang ini untuk turut membahaskan tentang Pindaan Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bagi pindaan 2025.
Isu kebersihan dan pembuangan sampah ini bukanlah isu baru. Isu yang kita sebut- sebutkan, tapi kalau kita lihat kepada sejarah kebersihan di negara kita ini ada tahap peningkatannya, sudah semakin baik tapi perlu diperbaiki dan sebagainya. Jadi, Tuan Yang di- Pertua, saya tidak mahu bercakap panjang bab ini. Ada beberapa perkara yang saya lihat dalam pindaan rang undang-undang ini dapat kita kenal pasti ada beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian.
Antara isu yang saya akan bangkitkan ialah yang pertama, ketidakjelasan definisi sisa pepejal. Fasal 2, pindaan seksyen 2 Akta 672 memotong frasa ‘kerana sudah pecah lusuh tercemar atau selainnya rosak’ dari takrif sisa pepejal. Menurut analisis yang dilakukan, implikasinya bahan yang masih berfungsi seperti perabot lama boleh dikategorikan sebagai sisa, berpotensi meningkatkan beban pengurusan sisa bahan pepejal sebanyak 38,000 tan sehari.
Laporan daripada SWCorp tahun 2022.
Persoalannya, mengapa tidak merujuk takrif lebih menyeluruh seperti dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membezakan antara sisa dan bahan boleh guna semula.
Yang keduanya, ketidaksediaan infrastruktur untuk larangan pembuangan sisa Seksyen 77A. Rang Undang-undang memperkenalkan larangan membuang sisa di tempat awam.
Tetapi yang pertama, kekurangan bekas sampah. Hanya 35 peratus kawasan awam di Malaysia mempunyai tong sampah yang mencukupi. Laporan KPKT tahun 2024.
Yang kedua, konflik dengan akta lain. Takrif jalan awam dalam seksyen 77A(3) bertindih dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 berpotensi menimbulkan kekeliruan penguatkuasaan.
Isu yang ketiga ialah isu pelaksanaan khidmat masyarakat seksyen 77B. Peruntukan khidmat masyarakat 12 jam mempunyai beberapa kelemahan berikut. Ia menjadi beban kepada PBT. Kekurangan 1,500 pegawai penguat kuasa di kawasan, di seluruh Malaysia. Laporan audit 2023 dan menyukarkan pengawasan kita.
Yang keduanya, risiko diskriminasi. Tiada garis panduan nasional untuk jenis kerja perkhidmatan masyarakat. Membuka ruang kepada PBT menetapkan syarat berbeza, contoh di bandar dan juga di luar bandar. Ketiadaan mekanisme rayuan. Pesalah tidak boleh merayu jika diarahkan kerja berisiko tinggi, seperti membersihkan longkang tanpa peralatan keselamatan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Perkara yang keempat adalah ancaman kepada peniaga kecil. Denda maksimum RM2,000 seksyen 77A dan RM10,000 kerana gagal patuh pelaksanaan khidmat masyarakat seksyen 77B(6) akan membebankan peniaga pasar malam. 72 peratus bergantung kepada pembuangan sisa di tempat awam kerana kekurangan kemudahan khusus kerajaan KPDNHEP tahun 2024.
Yang seterusnya, peniaga makanan gerai, tiada peruntukan untuk pusat pengumpulan sisa khas seperti di Singapura.
Yang seterusnya, perlindungan tidak cukup untuk kanak-kanak seksyen 77B(7).
Walaupun merujuk Akta Kanak-kanak 2001, ketiadaan modul pendidikan, pelaksanaan khidmat masyarakat untuk kanak-kanak hanya terhad kepada kerja kebersihan, tidak seperti model UK yang merangkumi bengkel kesedaran alam sekitar. Dan risiko stigmanya ialah tiada mekanisme penyembunyian identiti untuk mengelakkan pelabelan sosial.
Seterusnya, yang keenam, tidak telusan kewangan. RUU ini mengakui implikasi kewangan belum dapat ditentu sahkan. Tetapi kos pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat dianggarkan RM50 juta per tahun untuk latihan pegawai dan sistem pemantauan berdasarkan model pelaksanaan di Selangor. Tiada peruntukan untuk kempen kesedaran, hanya 0.5 peratus daripada bajet penguatkuasaan sedia ada diperuntukkan untuk pendidikan awam.
Laporan KPKT tahun 2025.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan penambahbaikan. Pindah takrif sisa pepejal dengan merujuk Akta 127 untuk mengelakkan tafsiran yang terlalu luas. Seterusnya, wajibkan penyediaan infrastruktur sebelum kuat kuasa Seksyen 77A termasuklah satu tong sampah per 50 meter di kawasan bandar standard WHO, Pusat Pengumpulan Sisa Khas untuk Peniaga.
Garis panduan nasional untuk pelaksanaan khidmat masyarakat termasuk senarai kerja yang sesuai mengikut usia ataupun kesihatan seseorang individu.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang seterusnya mekanisme aduan untuk pesalah. Peruntukan khas untuk kanak-kanak berdasarkan [Akta 611]. Kerja berbentuk pendidikan bukan fizikal. Pelindungan identiti melalui sistem pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, RUU pindaan ini adalah baik. Jadi perlu penambahbaikan seperti cadangan ataupun perkara-perkara yang saya bahaskan tadi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025. Salah satu pindaan penting dalam RUU ini adalah memperkenalkan perintah khidmat masyarakat sebagai satu bentuk hukuman bagi kesalahan membuang sisa pepejal di tempat awam.
Saya berpandangan bahawa langkah ini amat tepat pada masanya dan bersesuaian dengan keperluan mendidik masyarakat. Ia bukan sekadar menghukum, malah memberi peluang untuk membentuk semula pemikiran dan sikap masyarakat terhadap isu kebersihan awam.
Puan Yang di-Pertua, mengapa saya menyokong pendekatan ini? Hakikatnya, ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini masih berpegang kepada pemikiran sempit bahawa memelihara kebersihan rumah sendiri sahaja sudah mencukupi. Asalkan rumah sendiri bersih, mereka anggap sudah selesai tanggungjawab mereka. Sampah di luar rumah, sampah di longkang atau di tepi jalan, dianggap tanggungjawab pihak lain. Biasanya disandarkan kepada kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.
Saya sendiri pernah menyaksikan bagaimana seorang penduduk menunggang motosikal dari rumah semata-mata untuk membuang satu beg sampah sisa makanan ke dalam sungai.
Alasannya mudah. Tak mahu bau busuk di hadapan rumah sendiri. Lebih baik buang jauh sikit.
Biar rumah sendiri bersih. Malangnya, tindakan ini mencemarkan alam sekitar yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat. Termasuk diri sendiri dan generasi yang akan datang.
Walau bagaimanapun, saya juga setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Melaka dan Kuantan sebentar tadi iaitu berkenaan isu pengurusan sisa pepejal di kawasan kampung yang masih belum dimasukkan ke dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sebahagian kawasan kampung telah ditawarkan oleh PBT untuk dimasukkan. Di mana mereka mula membayar cukai taksiran dan mendapat kemudahan penyelenggaraan seperti pembersihan tempat awam, jalan raya dan perparitan.
Namun demikian, juga ramai yang walaupun ditawarkan ataupun belum ditawarkan untuk membayar cukai taksiran, mereka tak ada penyelenggaraan, tak ada tempat untuk membuang sampah. Jadi, siapa yang bayar untuk mereka? Mereka hanya bakar mungkin di laman depan rumah. Kepada mereka yang sudah ditawarkan untuk masuk ke dalam kawasan PBT, cabaran ada juga. Cabaran utama adalah sukar untuk mendapatkan persetujuan penuh 100 peratus daripada seluruh penduduk kampung tersebut untuk masuk ke kawasan PBT, tiada sepenuhnya, bukan 100 peratus nak bayar cukai taksiran. Akhirnya, semua orang buang di tempat mana-mana yang dianggap tak ada tuan, jadi longgokan sampah sarap.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Jadi, kita perlu sedar bahawa pengurusan sisa pepejal, setiap beg sampah yang kita buang di luar sana bukanlah percuma. Setiap beg sampah yang dibuang memerlukan kos untuk dilupuskan. Malangnya, masih ramai yang tidak sedar hakikat ini.
Puan Yang di-Pertua, bagi saya, perintah khidmat masyarakat ini bukan sekadar satu hukuman berbentuk fizikal, tetapi satu bentuk pendidikan komuniti yang memberi kesan langsung kepada pesalah. Kalau dia kotorkan tempat awam, biarlah dia sendiri turun padang membersihkan. Inilah yang kita mahu tanamkan sebagai satu bentuk keinsafan dan tanggungjawab sosial.
Oleh itu, saya menyokong pindaan ini dan mengalu-alukan inisiatif kerajaan ini. Namun begitu, saya ingin memohon penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri, berkaitan beberapa perkara berbangkit.
Pertama, bagaimanakah kerajaan memastikan kadar denda atau tempoh jam perintah khidmat masyarakat ini ditetapkan secara adil dan munasabah? Apakah garis panduan yang akan diguna pakai bagi memastikan kesalahan kecil, iaitu dia buang mungkin satu beg dengan satu lori ataupun dia buang satu mungkin botol air saja dengan kuantiti yang lain itu lain. Jadi, bagaimana kita pastikan tidak keterlaluan dan sementara kesalahan itu lebih serius dikenakan hukuman yang setimpal?
Kedua, bagaimanakah perintah ini dilaksanakan apabila melibatkan kanak-kanak?
Adakah kementerian bercadang memperhalusi perintah ini selari dengan Akta Kanak-kanak 2001 dalam kes tertentu? Bolehkah ibu bapa menjalankan perintah khidmat masyarakat tersebut bagi pihak anak? Atau apakah mekanisme alternatif yang dicadangkan?
Jadi, Puan Yang di-Pertua, saya akan landing dah. Ramai di luar sana yang sayang akan negara kita menyambut baik pindaan ini. Namun, yang paling penting sekali adalah bagaimana kita memastikan pelaksanaan undang-undang ini berjalan dengan berkesan. Khususnya, apabila pesalah ditangkap dan diarahkan menjalankan khidmat masyarakat.
Jadi, adakah SWCorp akan menambah bilangan CCTV mudah alih, mobile CCTV dengan izin, untuk memantau lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat longgokan sampah?
Selain itu, bolehkah rakyat memberi cadangan kepada pihak berkuasa mengenai kawasan yang memerlukan pemasangan CCTV ini? Saya percaya, kerjasama erat antara rakyat dan kerajaan amat penting bagi memastikan undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bagi saya, sekiranya perkara ini diurus dengan baik, pindaan ini bukan sahaja mengubah tabiat buruk masyarakat tetapi juga menjadi sebahagian daripada pendidikan sivik yang lebih luas, demi membentuk Malaysia MADANI yang lebih bersih dan bertanggungjawab. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Keluang. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk memperbaiki tahap kebersihan dan membentuk satu sikap bertanggungjawab dalam masyarakat terhadap pentingnya menjaga kebersihan adalah suatu yang sangat penting dan sangat diperlukan. Pindaan kepada [Akta 672] Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ini dikatakan bertujuan untuk menangani isu pembuangan sampah kecil seperti puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman dan pembungkus makanan di tempat awam serta di jalan awam.
Sampah yang dikutip oleh jenis ini pada tahun 2020 adalah sebanyak 13,000 kilo, meningkat dengan drastik kepada 5.8 juta kilogram pada tahun 2024. Mengapa berlaku dengan drastik? Apakah tabiat rakyat? Atau bilangan tong sampah juga tidak mencukupi? Namun, sifat yang tidak bertanggungjawab ini perlu dibendung. Pindaan ini menjuruskan kepada pengenalan terhadap hukuman berbentuk khidmat masyarakat bagi kesalahan ini.
Namun, usaha membentuk budaya dan kesedaran menjaga kebersihan di kalangan masyarakat juga tidak seharusnya tertumpu kepada hukuman semata-mata. Tetapi juga perlu dilakukan melalui pendidikan dari kecil melalui institusi keluarga dan sekolah. Kita sudah mempunyai program kitar semula sampah berdasarkan kepada kod warna seperti biru untuk kertas, hijau sisa organik, coklat untuk kaca dan sebagainya. Sejauh manakah keberkesanannya? Tadi Kuantan beritahu bahawa setakat ini pencapaian hanyalah 3.1 peratus saja. Dan bagaimanakah langkah yang akan dilakukan oleh KPKT bagi mencapai KPI ini?
Tuan Yang di-Pertua, pembaziran makanan hari ini berjumlah lapan hingga 10 juta tan setahun. Apakah pencegahannya kerana ia melibatkan kos dan juga energi?
Walaupun pindaan akta ini melibatkan aktiviti pembuangan sampah oleh pihak individu, melibatkan sampah-sampah kecil seperti yang saya sebutkan tadi. Namun, sekiranya tabiat ini melibatkan orang ramai, maka perkara yang kecil akan menjadi besar dan akhirnya tidak terkawal.
Di dalam pindaan RUU ini, kita dapat melihat betapa seriusnya kerajaan mahu menghukum mereka yang membuang sampah. Namun, bagaimana pula apabila pusat-pusat pelupusan sisa pepejal milik kerajaan melakukan kesalahan yang sama, mencemarkan alam sekitar dan sungai?
Sebagai contoh, apa yang berlaku di Sungai Udang? Berlaku pencemaran di Sungai Air Batu, di Sungai Udang yang bertukar hitam akibat pencemaran air resapan sehingga menjejaskan penduduk sekitar terutama mereka yang menjalankan aktiviti pertanian di sepanjang Sungai Air Batu hingga ke Sungai Leweh.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kejadian terbaru berlaku pada bulan Julai 2025. Ia diyakini berpunca daripada pelepasan air larut resapan dari loji rawatan sisa enap cemar LTP di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Sungai Udang.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Namun pada peringkat awal, Kerajaan Negeri Melaka menafikan perkara ini seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan berdasarkan pemeriksaan serta-merta yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kemudian, beberapa hari kemudian, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Perubahan Iklim pula membuat statement yang berbeda, mengatakan bahawa punca pencemaran ini adalah daripada kebocoran air resapan yang masuk ke dalam Sungai Air Batu.
Dalam laporan tersebut, saya baca, Exco juga mengatakan bahawa siasatan mendapati bahawa memang berlaku kebocoran disebabkan oleh kapasiti maksimum, sedangkan loji tidak mampu menampung.
Sebagai Ahli Parlimen, saya telah membawa perkara ini di Dewan yang mulia ini melalui perbahasan untuk meminta tindakan segera kementerian seawal bulan Mac 2023. Saya telah membawa isu ke dalam Dewan ini kerana pencemaran sungai ini bukan berlaku baru sekali.
Berlaku berulang-ulang kali dan operator yang mengendalikan pusat pelupusan ini telah didenda sebanyak beberapa kali. 50,000, 90,000 dan terbaru ini saya dengar-dengar sekitar 100,000.
Apa puncanya? Puncanya kerana beban yang diterima, volume sampah yang masuk melebihi 1,000 tan. Sedangkan kapasiti landfill ini hanyalah sekitar 900 tan dan loji penapisan leachate boleh membuat sekitar 400 kubik meter sedangkan air ini melebihi.
Saya baru-baru ini melawat ke pusat ini mengatakan bahawa mereka telah membangunkan loji penapisan leachate yang baharu, juga berkapasiti 400 liter. Mungkin cukup dan sebenarnya loji ini sepatutnya ditutup pada tahun lepas tapi disambung sebab menunggu siapnya projek WTE (waste to energy) yang akan mempunyai kapasiti sebanyak 970 tan.
Tapi saya juga mengambil kesempatan ini untuk memberitahu langsung kepada Menteri bahawa kapasiti 970 tan ini tidak cukup kerana hari ini sampah yang masuk ke Sungai Udang melebihi 1,000 tan dan saya diberitahu bahawa WTE kan ada tapi landfill juga selnya juga akan di-extend. Jadi, saya rasa kalau kita tidak melihat isu ini secara serius, saya tidak fikir isu kebocoran leachate dapat ditangani dengan berkesan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sikit lagi.
Oleh itu, bagi saya sebagai kesimpulan, saya percaya selain undang-undang untuk memastikan rakyat membuang sampah dengan cara yang betul, pendidikan juga harus ditingkatkan, kempen dan di samping itu, fasiliti membuang sampah mestilah cukup supaya dapat menampung sampah yang dibuang, barulah sistem ini berjaya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. aya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 pada petang ini.
Walaupun suara saya tak macam biasa, seksi dan yang dengar mungkin terseksa, tetapi semangat saya untuk membahaskan RUU ini tetap berkobar-kobar, selaras dengan semangat daripada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal yang saya percaya telah melakukan segala homework untuk memastikan bahawa pembentangan pada hari ini mendapat sokongan semua. Sudah tentu saya akan menyokong tapi sebelum saya menyokong Yang Berhormat Menteri, saya ada beberapa perkara yang saya nak mendapatkan, ya, pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya, di bawah Seksyen 77A baru yang dimasukkan tersebut, disebut sisa pepejal. Saya nak berikan satu contoh, satu keadaan di mana sekiranya ada sesiapa dia saja tuang ini kopi ini. Saja dia tuang kopi, cecair, dia tak buang cawan ini. Kopi ini bukan bahan kimia, bahan bertoksik ataupun racun, tapi dia mengotorkan jalan. Apa akan terjadi? Nak tanya Yang Berhormat Menteri. Ini soalan cepumas.
Saya nak tanya juga berkenaan dengan perintah khidmat masyarakat. Ada dikatakan bahawa apabila mahkamah, saya percaya Mahkamah Majistret dalam hal ini, menjatuhkan hukuman denda boleh mengenakan tambahan kepada hukuman denda adalah khidmat masyarakat menimbang keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan. Maknanya, dari segi fizikal dan mental pesalah tersebut diberikan pertimbangan.
Saya nak tahu di sini, apakah ia menjurus kepada elemen-elemen yang dipertimbangkan dalam jenayah iaitu actus reus dan mens rea? Sekiranya ya, kenapa ada seksyen di bawahnya iaitu subseksyen (7) dan (8) yang menyentuh berkenaan dengan kanak-kanak? Sekiranya ada seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ataupun 10 tahun, dia buang satu cebisan kertas, apakah tertakluk kepada kesalahan ini?
Saya nak juga nak ambil tahu, bagaimana dengan keadaan seorang autisme? Walaupun autisme itu mungkin dewasa. Saya kenapa saya nak bangkitkan ini, Yang Berhormat Menteri, saya menyokong, saya menyokong. Saya anggap ini sebagai satu approach yang baik. Saya dengar dari Kota Melaka tadi, rakyat Malaysia pergi Singapore, dia berdisiplin. Masuk balik saja tambak Johor, perangai dia berbeza. Maknanya kita boleh sebenarnya mengikuti, mematuhi peraturan. Cuma sebelum ini kita tak ada peraturan. Jadi ini satu pendekatan yang sangat baik dari Kerajaan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Cuma dari segi human rights, apa akan terjadi? Ini yang saya bimbang sekiranya ia membawa kesan yang kata orang sesuatu yang pihak tertentu ataupun golongan segelintir autisme dan sebagainya yang tak patut dihukum, dihukum pula dengan ya kesalahan di bawah ini.
Saya juga nak tanya, daripada kajian dengan negara-negara yang telah melaksanakan khidmat masyarakat ini, ada tak unsur over punishment? Sebab kita nak hukum. Siapa buat salah, kita hukum. Tapi jangan sampai level over punishment. Biar hukuman itu setara dengan kesalahan yang dilakukan.
Keduanya, bagaimana dengan pesalah ataupun penjenayah yang berulang, repeated offender? Dia ini suka saja buang. Dah kena sekali, tak apa dia bayar. Mungkin kali pertama mahkamah lepaskan dia, hanya kenakan denda saja. Tapi dia tak serik, dia terus buat salah.
Boleh tak kita gunakan pendekatan yang progresif yang mana sekiranya dia kali kedua, ketiga dan seterusnya, biar dia bertambah.
Saya ambil satu contoh, iaitu kalau seseorang itu hilang MyKad kita. Kalau tiga kali dia hilang, dia kena denda RM1,000. Kalau kali pertama itu, tak silap saya RM100. So, itu cara dia.
Kita nak yang berkala itu, yang suka sangat buat salah macam ini. Kena hukum lebih daripada yang first time, yang mungkin tak sengaja dan sebagainya.
Satu soalan lagi Yang Berhormat Menteri, bagaimana dengan pemantauan terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat ini? Daripada siapa? Direct daripada Kementerian KPKT, daripada pihak penguasa tempatan di kawasan masing-masing ataupun daripada polis ataupun mahkamah? Sebab bagi saya pemantauan ini sangat mustahak. Dia melibatkan di peringkat pelaksanaan. Kita nak perkara yang baik dari segi teori dia, dari segi perancangan dia baik supaya dilaksanakannya juga dalam keadaan yang baik.
Soalan terakhir saya, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua. Adalah berkenaan dengan tadi ketika mahkamah buat keputusan sama ada seseorang itu akan dikenakan khidmat masyarakat, ada disebut fizikal dan mental. Siapa yang akan membuat pengesahan ini? Daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun daripada doktor perubatan, daripada Jabatan Kesihatan? Jadi, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti. Terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya berbahas pada hari ini berkaitan dengan cadangan pindaan ke atas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].
Pindaan ini antara lain mencadangkan peruntukan baharu yang memperincikan kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Yang kedua, penambahan hukuman kepada — melalui perintah khidmat masyarakat sebagai alternatif kepada denda. Yang ketiga, memberi kuasa tambahan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan PBT untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan. Dan yang keempat, memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang berkaitan.
Puan Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah ini namun kita ingin tegaskan bahawa jika pindaan ini hanya menumpukan kepada warganegara Malaysia sahaja, maka kita akan kehilangan peluang besar untuk membentuk imej negara yang benar-benar tegas dan konsisten. Dalam soal kebersihan, terutama kita akan menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan iaitu Tahun Melawat Malaysia 2026.
Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah perintah khidmat masyarakat ini akan turut terpakai kepada pelancong asing yang melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam seperti yang diperuntukkan dalam pindaan ini?
Puan Yang di-Pertua, pelancongan bukan hanya setakat pelancongan yang mempromosikan makanan, seni budaya atau keindahan alam. Pelancong juga terkait, berkait rapat dengan persepsi pelawat terhadap disiplin dan penguatkuasaan undang-undang di sebuah negara. Jiran terdekat kita sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, iaitu Singapura. Mereka mempunyai undang-undang yang tegas. Denda akan dikenakan serta-merta apabila seorang individu membuang sampah seperti gula-gula getah, puntung rokok atau plastik makanan atau sebagainya di tempat awam.
Malah ada yang diarahkan menjalani corrective work order dengan izin iaitu melaksanakan kerja pembersihan awam di khalayak ramai sambil mengenakan jaket khas.
Pelancong pun tidak terkecuali. Hasilnya, Singapura, sepertimana yang kita tahu, diiktiraf sebagai negara yang terbersih di dunia dan diakui oleh pelancong serata dunia.
Puan Yang di-Pertua, kita juga berhadapan cabaran besar dalam hal ini. Kita dapat melihat kawasan tumpuan pelancongan seperti tempat awam, taman awam, pantai dan laluan pejalan kaki di pusat bandar dikotori dengan aktiviti pembuangan sampah seperti cawan plastik, minuman, straw, puntung rokok dan sebagainya.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Lebih mendukacitakan, banyak daripada sampah ini dibuat oleh pelancong asing yang mungkin tidak memahami atau tidak menghormati budaya kebersihan di negara kita. Maka saya ingin mengusulkan kepada kementerian beberapa perkara.
Yang pertama, pelancong asing turut dilibatkan dalam perintah khidmat masyarakat dan disebut jelas di dalam akta. Tindakan ini bukan bersifat menghukum tetapi mendidik sebagai bentuk pendidikan sivik dan membuktikan bahawa negara kita adalah negara yang berdaulat, mempunyai undang-undang yang perlu dihormati.
Yang kedua, laksanakanlah mekanisme tangkapan dan pelaksanaan yang praktikal dengan melatih penguatkuasa PBT dan JPSPN untuk mengendalikan kesalahan-kesalahan kecil secara cekap, sopan tetapi tegas termasuk kepada pelancong. Kita juga perlu menyediakan sistem pembayaran kompaun digital, daftar kesalahan serta koordinasi dengan agensi pelancongan, imigresen dan pihak-pihak pelancongan untuk mengesan pelaku dan melaksanakan hukuman.
Yang ketiga, kita perlu mencontohi negara lain dalam penguatkuasaan seperti jiran kita yang cukup tegas iaitu Singapura. Negara Rwanda yang mengharamkan penggunaan beg plastik kepada semua pihak termasuk pelancong, Australia yang melaksanakan denda serta-merta terhadap pelancong yang membuang sampah di kawasan awam. Dan juga Jepun yang sebagaimana disebutkan tadi yang terkenal dengan disiplin rakyatnya tentang kebersihan.
Yang keempat, kita perlu educate rakyat dan pelancong dengan izin seperti menyediakan papan tanda di lokasi strategik seperti di lapangan terbang, terminal feri, stesen pengangkutan dan hotel. Letakkan papan tanda, video penerangan, pengumuman di dalam kapal terbang dan risalah ringkas tentang undang-undang kebersihan di negara kita.
Yang kelima, Tahun Melawat Malaysia 2026 sesuai dijadikan titik perubahan. Tahun 2026 bukan sekadar kempen pelancongan tapi juga peluang kita untuk menjenamakan semula Malaysia sebagai negara yang bersih, berdisiplin dan profesional.
Puan Yang di-Pertua, walaupun akta ini mampu memberi kesan yang baik kepada negara, tetapi ada beberapa perkara perlu diambil perhatian, iaitu risiko kekeliruan pelaksanaan antara agensi akibat daripada pertindihan pihak berkuasa tempatan, SWCorp dan agensi negeri yang tidak selaras dengan jelas. Yang kedua adalah kekangan tenaga kerja dan logistik penguatkuasaan yang boleh menjejaskan pelaksanaan secara efektif.
Yang ketiga, bagaimana jika pelancong melanggar peraturan? Apakah mekanisme yang akan digunakan sebelum mereka keluar? Sebagai penutup, izinkan saya menekankan bahawa kebersihan bukan sahaja perkara yang boleh diambil enteng, tetapi juga soal maruah negara.
Apabila pelancong asing dapat melihat bahawa undang-undang kita dapat dilaksanakan secara konsisten tanpa mengira siapa pelakunya, sama ada rakyat tempatan atau pelancong, ini memberi imej yang baik kepada negara.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan sekadar tahun pelancongan tetapi juga tahun tanggungjawab sivik dan penghormatan kepada undang-undang. Saya percaya pindaan Akta 672 adalah langkah ke hadapan. Tetapi kejayaan bergantung kepada keberanian kita untuk melaksanakannya secara tuntas. Saya dengan ini menyokong akta ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya menjemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Saya menyambung baik usaha di pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam memperkasakan usaha ke arah memastikan bahawa kebersihan awam dapat dipertingkatkan bagi keselesaan masyarakat melalui Akta Pembinaan ini. Saya menyokong pindaan dalam RUU ini dengan sepenuhnya. Tetapi saya ingin membangkitkan kebimbangan terhadap dua perkara.
Pertama ialah penguatkuasaan terhadap pembuangan sisa pepejal secara haram.
Kedua, usaha kerajaan Malaysia menganjak pengurusan sisa pepejal daripada ekonomi linear ke ekonomi kitaran.
Pada 2023, kerajaan melalui Menteri KPKT telah pun mengumumkan bahawa sebanyak 2,093 tapak pelupusan haram telah ditutup. Ini dibuat bersama dengan anggaran kos pembersihan sebanyak RM1.6 juta pada tahun 2023. Hasil daripada operasi ini, sebanyak lima kes pendakwaan telah disabitkan di mahkamah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam, seksyen 71. Denda yang dikeluarkan ialah hanya RM168,000 berbanding dengan kos yang telah digunakan untuk pembersihan.
Seksyen 71 memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melupuskan atau membuang sisa pepejal secara haram boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun. Akan tetapi, tahun kebelakangan, dapat menyaksikan kenaikan kadar pembuangan sisa pepejal secara haram biarpun hukuman berat telah diperuntukkan di bawah Akta ini dan juga seperti yang diumumkan oleh kerajaan Johor pada tahun lepas.
Oleh yang demikian, saya ingin meminta Menteri untuk menyatakan — Satu, apakah statistik terkini berkenaan dengan kadar pembuangan secara haram yang telah direkodkan pada 2024 sehingga hari ini terkini, serta operasi yang telah dijalankan di bawah seksyen 71, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam 2007? Dan kedua, adakah kerajaan bercadang untuk meminda seksyen 71 Akta ini, bagi menaikkan kadar denda dan kadar hukuman penjara yang dikenakan dalam usaha untuk memperkukuh elemen pencegahan seiring dengan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang telah menaikkan kadar denda sebanyak RM10 juta maksimum serta lima tahun penjara?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kebimbangan yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan langkah kerajaan dalam menganjak pengurusan sisa pepejal yang kini adalah berdasarkan kepada ekonomi linear ke ekonomi kitaran. Usaha ini boleh dilihat melalui penghasilan blueprint ekonomi kitaran bagi sisa pepejal di Malaysia 2025 sehingga 2035 di mana langkah seperti Skim Peluasan Tanggungjawab Pengeluar [PSUTRO] telah dan akan diimplementasi oleh kerajaan pada masa mendatang.
Akan tetapi, saya menyesali keputusan kerajaan untuk meluaskan penggunaan fasiliti sisa buangan kepada tenaga ‘waste to energy facility’ sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ini saya percaya bertentangan dengan amalan ekonomi kitaran yang baik. Dan pada masa yang sama, menggalakkan amalan menghapuskan sisa buangan, berbanding dengan memanjangkan tempoh hayatnya seperti dianjurkan oleh ekonomi kitaran. Mengikut hierarki di bawah ekonomi kitaran, proses insinerator terletak di peringkat terbawah setelah semua proses 9R telah dijalankan dan ia nya hanya patut dilaksanakan bagi langkah terakhir dalam pelupusan sisa pepejal.
Oleh yang demikian, saya khuatir bahawa langkah peluasan kaedah insinerator sebagai sebuah kaedah pengurusan sisa pepejal dapat menggugat usaha kerajaan dalam implementasi ekonomi kitaran.
Oleh yang demikian, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan.
Satu, apakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan sebarang bentuk perundangan bagi mengawal selia industri serta fasiliti insinerator di Malaysia?
Dan kedua, apakah garis masa sebelum sebuah bentuk perundangan, garis masa yang spesifik kepada fasiliti insinerator dapat dibentangkan di Parlimen? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Merbok. Terima kasih.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Atas peluang yang diberikan kepada saya ini untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya berdiri hari ini dengan penuh rasa tanggungjawab demi menjunjung prinsip keadilan sosial, kelestarian alam sekitar dan tadbir urus yang menyeluruh, khususnya dalam isu pembuangan sisa pepejal yang semakin mendesak dan menjijikkan.
Saya menyokong maksud asal rang undang-undang ini, terutamanya dalam seksyen 1 hingga seksyen 3, yang secara jelas melarang mana-mana individu daripada membuang atau
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
meninggalkan sisa pepejal di tempat awam dan jalan awam, kecuali dalam bekas yang disediakan. Ini selaras dengan prinsip Islam yang mengangkat kebersihan sebagai sebahagian daripada iman dan tanggungjawab bersama dalam memelihara persekitaran.
Namun yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini terhadap penambahan seksyen baharu 77A yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi larangan terhadap perbuatan membuang, mencampakkan, menempatkan atau meninggalkan atau menyebabkan untuk dibuang, dicampakkan, ditempatkan atau ditinggalkan apa-apa sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam, kecuali dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud itu.
Bagi maksud seksyen ini, jalan awam, termasuklah mana-mana jalan Persekutuan, jalan negeri, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambungan dengan jalan itu yang disenggara dan dijaga oleh mana-mana pihak berkuasa Persekutuan atau negeri atau mana- mana orang persendirian atau badan persendirian. Iaitu keterbatasan skop penguatkuasaan undang-undang ini hanyalah kepada kawasan yang berada di bawah pentadbiran pihak berkuasa PBT sahaja.
Persoalan besar timbul di sini. Bagaimanakah undang-undang ini boleh dikuatkuasakan secara berkesan di kawasan luar bandar, di kawasan hutan, laut, estet, kampung tradisional, perkampungan Orang Asli atau tanah kerajaan yang belum diwartakan sebagai kawasan PBT?
Contoh, di tempat saya sendiri, di kawasan hutan paya bakau Sungai Merbok. Tempat ini sangatlah cantik dan menarik untuk dilawati tetapi dicemari oleh pembuangan sampah haram yang berleluasa di kawasan tersebut. Saya telah dua kali membawa pejabat daerah dan juga SWCorp melawat kawasan tersebut tetapi atas alasan beberapa kekangan iaitu kurang peruntukan untuk kita menguruskan sisa pepejal di kawasan yang tidak berada di bawah kawasan PBT.
Jadi, saya secara realitinya banyak kawasan luar bandar yang tidak mempunyai sistem kutipan sisa yang sistematik, tiada kemudahan pelupusan yang sesuai, malah tiada penguatkuasaan yang jelas untuk bertindak terhadap pelaku yang membuang sampah secara haram.
Berdasarkan kekangan ini, saya mencadangkan agar satu tambahan seksyen baharu dimasukkan dalam RUU seperti berikut. Iaitu bagi maksud penguatkuasaan seksyen ini, kawasan yang tidak termasuk dalam bidang kuasa pihak tempatan hendaklah ditakrifkan sebagai termasuk tetapi tidak terhad kepada kampung tradisional dan kampung baharu, kawasan hutan simpan dan paya bakau, penempatan Orang Asli, kawasan estet dan tanah pertanian, tanah kerajaan yang tidak diperuntukkan, tapak sementara atau kediaman tidak formal yang diduduki secara sah.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya juga mencadangkan agar pejabat daerah, JKK, MKK atau agensi lain yang sesuai diberikan kuasa interim untuk melaksanakan pengurusan dan pelupusan sisa dan menyediakan kemudahan yang sewajarnya secara rasmi di kawasan-kawasan berkenaan serta dibenarkan untuk menguatkuasakan undang-undang ini secara penuh. Menteri yang berkenaan juga boleh dengan kelulusan Menteri Kewangan, memperuntukkan dana khas atau peruntukan pembangunan bagi maksud pelaksanaan dan pengurusan sisa pepejal di kawasan-kawasan tersebut.
Saya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat meneliti cadangan ini dan membawa pindaan sewajarnya ke Dewan yang mulia ini demi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira lokaliti.
Tuan Yang di-Pertua, undang-undang tanpa pelaksanaan yang menyeluruh hanya akan menjadi teks yang mati. Kita tidak boleh menilai keindahan bandar sahaja dan menutup mata terhadap kekotoran yang berleluasa di kawasan desa. Jika benar kita ingin mewujudkan Malaysia yang bersih dan sejahtera, maka keadilan dan penguatkuasaan mesti menjangkau ke seluruh pelosok negara, tidak kiralah di bandar atau di kampung.
Saya berharap pihak kementerian akan mempertimbangkan dengan serius cadangan pindaan ini demi memastikan undang-undang ini benar mencerminkan realiti di lapangan. Sekian, saya menyokong rang undang-undang ini dengan pindaan yang dicadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin berbahas dan memberi sedikit cadangan mengenai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam iaitu juga dikenali sebagai Akta 672.
Akta ini diperkenalkan untuk memperkukuhkan sistem pengurusan sisa pepejal di negara kita. Namun, setelah 15 tahun dikuatkuasakan, beberapa kelemahan telah dikenal pasti yang memerlukan perhatian serius dan juga pindaan yang sesuai.
Selain daripada pindaan seksyen 2 dan juga pindaan seksyen 108 yang dicadangkan, saya juga memohon mencadangkan supaya kementerian juga mewajibkan pengasingan sisa di punca untuk kesemua negeri. Sebab walaupun pengasingan sisa pepejal ini ataupun waste ini telah diperkenalkan tetapi pelaksanaan tidak menyeluruh kerana tidak semua negeri menerima pakai akta yang sama. Jadi kalau boleh, Kerajaan Persekutuan berbincang dengan kerajaan negeri dan benarkan kerajaan negeri membuat akta ataupun ordinan mereka sendiri tetapi ia selari dengan hasrat Akta 672 ini.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, selain daripada itu, saya juga mencadangkan kepada kementerian untuk melihat dan menaikkan penalti ataupun penguatkuasaan yang lebih tegas. Kerana saya percaya penalti yang dikenakan dan juga tindakan yang dikenakan setakat ini begitu rendah dan juga tidak berkesan. Di mana rakyat tidak rasa takut dengan apa yang dikenakan ataupun tindakan ataupun penalti yang dikenakan. Jadi, kerajaan harus mengambil sikap yang lebih tegas untuk melihat kesalahan seperti tabiat kutu sampah ataupun litterbug, dengan izin dan juga pembuangan sampah haram dan juga tidak mengasingkan sisa-sisa sampah mereka dan juga sabotaj sistem pembersihan negara.
Jadi, saya bersetuju dengan rakan-rakan yang lain, di mana juga ada perlunya menggunakan CCTV di tempat-tempat yang sering dijadikan tempat longgokan ataupun pelupusan sampah haram.
Seterusnya, saya juga menggesa supaya kementerian melihat sisa-sisa elektronik dan juga sisa merbahaya domestik. Kerana untuk menambah satu seksyen baru berkaitan dengan pengurusan e-waste dan juga sisa toksik rumah tangga harus dilihat juga dalam pindaan ini.
Sebab dia tidak menyentuh mengenai sisa elektronik dan sisa merbahaya domestik.
Jadi, saya juga ingin melihat supaya kerajaan memberi insentif dan galakan kepada industri ataupun penduduk-penduduk tempatan yang melaksanakan sampah-sampah mereka yang diasingkan dan mereka mempunyai sifat untuk menjaga kebersihan supaya ada carrot ataupun insentif yang diberi untuk mendorong mereka melakukan kerja-kerja pembersihan sampah.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dan selain daripada itu, saya juga mencadangkan supaya peruntukan khas untuk penggunaan teknologi pintar sebab kalau kita ingin melihat kebersihan, kita – we have to spend and to do something about it. Seperti sensor tong sampah, pemetaan laluan kutipan optimum dan juga sistem aduan digital.
Dan kalau boleh, saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian ataupun mana- mana NGO mewujudkan laman media sosial Litterbug Watch Group Malaysia supaya rakyat boleh membuat aduan dan mendedahkan siapa kutu-kutu sampah ataupun litterbug yang mereka tangkap melalui video dan sebagainya dan mereka publish di dalam media sosial ini supaya mereka mempunyai kesedaran dan mempunyai rasa malu, supaya mereka tidak melakukan perkara tersebut lagi. Jadi, ini boleh menambah baik kecekapan, mengurangkan kos operasi jangka panjang dan mendedahkan kutu-kutu sampah ini kepada masyarakat supaya mereka rasa malu dan sedar tentang perbuatan pengotoran mereka itu.
Jadi saya amat bersetuju dengan pindaan Akta 672 ini. Namun begitu, saya menggesa kementerian dan juga kerajaan memberi kesedaran dan kempen kesedaran yang meluas dan berterusan supaya kesedaran itu dapat dilaksanakan dan memberi kesedaran yang berterusan
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
kepada masyarakat kerana walaupun ada undang-undang dan penalti dan sebagainya tetapi kalau mereka ini tidak sedar maka perkara itu akan berulang.
Jadi dengan itu, saya menyokong segala pindaan akta ini supaya ia boleh melahirkan generasi kita yang bersih dan sudah semestinya kalau negara kita bersih, rakyat kita juga sihat.
Dengan itu, saya menyokong. Sekian, terima kasih dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh anak-anak Sarawak dan Selamat Hari Kemerdekaan Sarawak yang bakal disambut hari esok. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker untuk bagi Batu peluang lagi sekali untuk berbahas RUU Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2025. Saya sebenarnya sangat-sangat menyokong RUU ini sebab dengan pelaksanaan ini saya berharap – contoh, saya ini Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, di mana saya tengok Menteri ini sungguh semangat. Saya sangat kagum, very handsome, dengan izin. Pastikan dengan RUU ini, Kuala Lumpur pun shiny, dengan izin. Ada sahabat-sahabat daripada Kuala Lumpur akan setuju dengan saya.
Dengan mulut yang sama, yang memuji, saya juga ingin membangkitkan satu isu di kawasan Batu, khususnya di sekitar pasar borong ataupun pusat bandar utara di mana pernah jadi ataupun pernah menjadi highlight di mana tahun 2023, keluar artikel di NST. Pusat bandar utara adalah satu-satu tempat di Kuala Lumpur, the most dirtiest in Kuala Lumpur, dengan izin dan ribuan tan sisa organik seperti sayur-sayuran, buah-buahan yang tidak terjual, kotak pembungkusan dan sisa lain dihasilkan.
Malangnya, banyak sisa begini tidak diurus dengan baik. Sampah dibuang terus ke dalam longkang dan sungai berhampiran. Akhirnya, sampah hanyut ke kolam takungan. Jadi timbunan busuk, pencemaran air dan menjadi habitat tikus dan serangga serta meningkatkan risiko penyakit bawaan air.
Yang Berhormat Menteri, hal ini bukanlah masalah baru. Sudah puluhan tahun penduduk di kawasan Batu, terutamanya sekitar Selayang. Selayang ini ada dua kategori. Satu, pasar borong dan juga ada kawasan perumahan. Sekitar pasar borong ini, Pusat Bandar Utara ini, dia termasuk perumahan dan juga perniagaan. Perniagaan majoritinya jual sayur dan juga buah- buahan.
Atas sebab itulah saya berpandangan bahawa RUU Sisa Pepejal ini perlu diperkemaskan dengan penambahbaikan yang lebih konkrit dan praktikal terutamanya untuk mengatasi isu lapangan seperti di sekitar Pasar Borong Selayang. Izinkan saya cadangkan beberapa perkara.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Pertama, wujudkan kewajipan undang-undang untuk mengasingkan sisa di punca, khususnya di sekitar pasar borong, pasar basah dan premis komersial yang menghasilkan sisa organik dalam jumlah besar. Pengusaha pasar mesti menyediakan tong besar, kawasan stor yang sesuai dan bekerjasama dengan syarikat pengurusan sisa untuk tujuan kompos atau biogas.
Kedua, masukkan klausa yang jelas melarang pembuangan sisa ke dalam longkang dan sungai atau bakar dengan penalti lebih berat bagi pesalah berulang. Saya percaya tanpa ketegasan, amalan membuang sisa ke longkang akan terus berulang.
Tiga, memperjelaskan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mereka mesti memastikan tong sampah mencukupi, jadual kutipan lebih kerap dan pekerja pembersihan mencukupi. Pihak berkuasa juga mesti melaksanakan audit kebersihan secara berkala dan laporkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal.
Keempat, saya rasa, saya menggesa kerajaan menyediakan peruntukan untuk menggunakan teknologi seperti CCTV untuk memantau pembuangan sisa haram serta sistem digital untuk merekodkan data sisa secara tepat.
Kerajaan juga harus memperkenalkan inisiatif kepada peniaga pasar yang patuh. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada hukuman dan denda tetapi juga wujudkan ganjaran seperti potongan sewa tapak atau pengurangan lesen bagi perniagaan yang menguruskan sisa dengan betul.
RUU ini juga mesti selari dengan agenda alam sekitar negara dan komitmen iklim kita. Sisa pepejal yang tidak diurus dengan baik akan menghasilkan gas metana yang berbahaya. Dengan pengurusan yang lebih baik, bukan saja kita membersihkan pasar dan sungai, malah kita dapat mengurangkan pelepasan karbon selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan.
Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa pengurusan sisa pepejal adalah tanggungjawab bersama. Undang-undang yang baik tanpa pelaksanaan yang tegas tidak akan membawa makna. Saya berharap pihak kementerian dapat mengambil kira realiti lapangan seperti di kawasan pusat bandar utara dan menambah baik RUU ini agar lebih praktikal, berkesan dan mesra komuniti.
Saya menyokong RUU ini dengan syarat penambahbaikan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Yang di-Pertua.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sebelum saya meneruskan perbahasan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada Yang di-Pertua dan kepada seluruh rakan-rakan Sarawak di sini dan ke seluruh diaspora Sarawak termasuk di Kapar. Saya ada 1,000 pengundi daripada Borneo di Kapar ya.
Terima kasih atas peluang ini untuk turut sama membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] itu.
Sebagai Ahli Parlimen Kapar, sebuah kawasan yang semakin pesat membangun tetapi masih berdepan cabaran pengurusan sisa pepejal yang kritikal. Jadi, saya ingin membawa kepada perhatian Dewan Yang Mulia ini. Dah berapa kali jugalah saya bawa ya tapi kerana kita nak membahaskan rang undang-undang yang terlibat dengan perkara ini, saya harap pihak kementerian akan ambil tindakan yang tepat, efektif dan menyeluruh, insya-Allah.
Merujuk bahagian huraian muka surat lima di blue bill ini, [Sambil menunjukkan blue bill] Bahagian baharu VIIIA. Saya merujuk kepada cadangan pindaan Akta Ibu selepas seksyen 77, Bahagian VIIIA, khususnya 77A(1) “Tiada seorang pun boleh membuang, mencampakkan, menempatkan atau meninggalkan atau menyebabkan untuk dibuang, dicampak, ditempatkan atau ditinggalkan apa-apa sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam kecuali di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud itu.” Jadi, saya mahu kepastian, adakah istilah “di mana-mana tempat awam” itu meliputi parit, sungai atau tepi parit, longkang dan sungai? Bagi saya selama ini, pelbagai jenis laluan air seperti saya senaraikan tadi adalah seolah-olah tempat pelupusan sampah yang haram dan merbahaya bagi manusia dan haiwan serta alam sekitar.
Contohnya ya, saya rasa Menteri pun tahu kut ya. Di mana Sungai Klang ini yang 120 kilometer ini menjadi nadi pembangunan di Lembah Klang. Telah dan masih menjadi tempat yang menerima sampah sisa pepejal mahupun sisa toksik cecair seperti yang digembar-gemburkan di dalam media massa pada 18 Jun 2025 “Sungai Kapar Kecil menjadi biru”. Bayangkan sungai, bukannya longkang, menjadi biru.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dan, kalau ikut The Star, Metro News, menjelaskan berlaku dua premis. Satu, kilang kitar semula plastik dan satu lagi stor lateks mengakibatkan air bertukar biru. Jadi, selain daripada sampah domestik dan individu juga atau keluarga, tetapi juga sisa pepejal yang berskala lebih besar iaitu industri.
Jadi saya mohonlah, Kapar mohonlah sebagai zon industri yang agak besar dan signifikan, saya mahu tahu setakat manakah pihak KPKT dan kerajaan secara whole-of- government approach yang berjaya mengenal pasti kilang-kilang yang dilabelkan sebagai berisiko lebih tinggi menjadi punca pencemaran dan diambil tindakan berjaga-jaga dan diuruskan supaya segala proses perniagaan mereka ini tidak menjejaskan pihak lain.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, Kapar mengalu-alukan segala aktiviti perniagaan, tapi janganlah sampai mengganggu gugat kesejahteraan orang lain. Jadi, di Kapar ini ada pelbagai tempat juga yang industri juga yang tidak terkawal masalah pembuangan haram sisa pepejal dalam industri ini sekitar Meru, di Bukit Kapar, Kampung Rantau Panjang, Taman Kapar Perdana dan juga sisa pepejal yang daripada kampung kalau tadi Tangga Batu kata Kampung Sungai Udang di Melaka, ini Kampung Sungai Udang di Kapar, Kampung Delek dan sebagainya.
Jadi, saya ingin bertanya apakah data hotspot pembuangan haram telah dikumpulkan oleh SWCorp atau PBT di kawasan Kapar ini. Apakah pendekatan penguatkuasaan berfokus lokasi, targeted enforcement yang dirancang, siapa agensi penguat kuasa utama di lapangan PBT, SWCorp atau pihak polis dan cadangan khidmat masyarakat sebagai latihan bersama komuniti Kapar. Kerajaan perlu bersedia dulu dengan khidmat dan infra yang terbaik sebelum rakyat jelata dihukumkan.
Saya tidak ada masalah dengan pendidikan masyarakat, latihan kesedaran sivik, pemuliharaan alam sekitar bersama pelajar sekolah dan remajanya tetapi biarlah kerajaan juga, you have to provide the service, the effective efficient service dahulu.
Sikit lagi, last sekali Speaker. Insentif kepada komuniti berprestasi baik. Saya juga menyarankan agar komuniti rukun tetangga KRT yang aktif dalam pengurusan sisa diberikan insentif khas atau pengiktirafan. So, you have to provide – tadi nak hukum yang bersalah, tapi yang baik pun nak kena di apa – supaya boleh promote budaya yang apa – diskaun cukai pintu, atau sumbangan dana kepada komuniti yang mencapai KPR kitar semula.
Jadi, penutup Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini baik, tetapi penguatkuasaan, pendidikan dan penyertaan komuniti adalah kunci utama. So, di Kapar, rakyat sudah letih dengan longgokan sampah ini, pencemaran bau dan kelemahan kutipan.
RUU ini akan gagal jika agensi pelaksana tidak diberi mandat yang jelas dan dipantau secara berkala. Jadi, Kapar mahu, rakyat Kapar mahu menuntut penyelesaian yang konkrit bukan sekadar janji undang-undang atas kertas Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih atas ruang yang diberi kepada wakil tunggal daripada negeri yang belum angkat [Akta 672]. Sebuah negara ini atau itu terbina bukan semata-mata atas batu bata dan undang-undang tetapi atas akhlak dan budaya rakyatnya. Bangsa yang tidak ada budi, hilang seri negara. Dan salah satu cerminan paling nyata akan budi rakyat ialah tahap kebersihan awam dan sikap sivik kita terhadap ruang bersama atau common space.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dalam tamadun-tamadun yang kita kagumi ambil contoh Jepun, Korea negara-negara Scandinavia di mana kebersihan itu menyerlah. Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab tetapi ia adalah satu budaya, ia adalah sebahagian daripada maruah bangsanya. Kata orang tua kita, “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya” dan dalam apa nama – budaya Cina pula, ada pepatah orang lama yang...
[Berucap dalam bahasa Mandarin] Berkawan dengan bunga yang wangi, lama-lama turut berbau harum dia orang itu sendiri.
Demikianlah pentingnya kita membudayakan kebersihan dari akar umbi agar anak bangsa kita tidak hanya hidup di negara yang bersih tetapi juga menjadi penyumbang kepada kebersihan itu.
Timbalan Speaker, rang undang-undang ini meskipun pada permukaannya nampak kelihatan sebagai alat penguatkuasaan dan penalti dan punitif semata-mata. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah satu instrumen pembentukan bangsa. Ia adalah kunci kepada satu fasa baharu dalam pembangunan tamadun Malaysia yang lebih matang. Pindaan terhadap [Akta 672] ini bukan sekadar mahu menghukum mereka yang membuang sampah sebarangan, ia mahu mendidik menyedarkan dan menanamkan rasa tanggungjawab sivik dalam diri setiap warga.
Peruntukan baharu seperti khidmat masyarakat untuk pesalah bukan sekadar hukuman, ia adalah ruang pembetulan, peluang pemulihan. Dan kenapa perlu pulih? Bila ada orang yang dia boleh bawa sampah, sampah bukan sahaja kecil, sampah besar, katil, sofa ke tempat pembuangan sampah di depan pasar. Kalau orang itu tak perlu dipulih, saya tak tahu apa yang perlu dipulihkan.
Namun dalam menyokong penuh RUU ini, saya ingin mengemukakan beberapa soalan yang penting demi memastikan kita sebagai pembuat dasar bersedia untuk mendapat full public buy-in dengan izin, dan memaksimumkan impak positif pelaksanaannya.
Pertama, bagaimana kerajaan bercadang untuk memastikan keseragaman pelaksanaan khidmat masyarakat di semua wilayah dan daerah supaya ia benar-benar mendidik dan tidak hanya menjadi simbolik semata-mata dan hukuman semata-mata.
Yang keduanya, bagaimana kita akan menangani risiko penganiayaan terhadap golongan rentan seperti OKU atau warga emas sekiranya mereka dikenakan perintah khidmat masyarakat. Adakah fleksibiliti dan budi bicara telah digariskan dengan jelas.
Ketiganya, dalam aspek pendidikan sivik ia sendiri, yang bagi saya adalah tunjang kepada rang undang-undang dan spirit di sebaliknya, apakah pelan komunikasi awam yang akan dan bakal dilaksanakan serentak dengan pelaksanaan akta ini dan supaya rakyat tahu dan rakyat faham dan menyambut baik matlamat murninya.
Keempat, bagaimana punca kuasa yang diberikan oleh akta ini boleh diguna pakai di negeri-negeri seperti negeri Perak yang belum lagi dan harap-harap bakal mengangkat [Akta 672]. Ada negeri-negeri lain juga kan?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa undang-undang ini akan hanya berjaya jika dilaksanakan dengan niat nak mendidik, bukan menghukum dengan pendekatan memperkasa dan bukan untuk menindas.
Kerajaan MADANI mahu Malaysia bersih bukan sahaja di mata pelancong, tetapi juga hendak rakyatnya sendiri menjadikan kebersihan sebagai sebahagian daripada jiwa dan akhlak kita. Marilah kita menanam semangat baru ini dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kebersihan sebahagian daripada iman dan iman itulah yang membina kekuatan bangsa.
Saya menyokong penuh sepenuh-penuhnya rang undang-undang ini. Moga ia menjadi batu loncatan kepada satu anjakan tamadun Malaysia yang lebih tinggi, lebih beradab dan lebih maju. Ipoh Timor menyokong penuh-penuhnya.
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera dan salam perpaduan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta memberikan pandangan yang bernas dalam perbahasan Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 yang berlangsung di Dewan yang mulia sempena petang yang penuh permai ini.
Saya mengambil maklum bahawa seramai 14 orang ahli Yang Berhormat telah pun membahaskan isu-isu berkaitan dengan pindaan kepada [Akta 672] khususnya mengenai kesalahan membuang, mencampak, menempat atau meninggal atau menyebabkan untuk dibuang, dicampak, di tempat atau ditinggalkan apa-apa sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Pindaan ini turut memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah khidmat masyarakat sebagai hukuman tambahan kepada denda kompaun yang telah dikenakan ke atas seseorang yang disabitkan kesalahan.
Pelbagai pandangan yang bernas telah dikemukakan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat menggambarkan satu komitmen yang tinggi semua pihak sama ada sebelah sini atau sebelah sana dalam usaha meningkatkan kebersihan, pengurusan sisa dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Dan saya perhatikan rata-rata sokongan daripada seisi Dewan untuk Kerajaan MADANI memenuhi hasrat murni ini supaya Malaysia kekal bersih, rakyat sejahtera
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
dan saya juga perhatikan semua Ahli Yang Berhormat minta kerajaan mengambil tindakan yang tegas dalam melaksanakan pindaan rang undang-undang ini.
Maka penuh dengan perasaan penuh tawaduk dan rendah hati, saya nak minta kerjasama semua Ahli Yang Berhormat, 222 Ahli Parlimen apabila KPKT mengambil tindakan tegas terhadap ulat sampah, jangan-jangan ada Ahli Yang Berhormat pula menjadi jaguh untuk mempertahankan mereka yang buang sampah merata tempat. Bila mahkamah jatuhkan hukuman, maka biarlah kita tegakkan keadilan sosial supaya tidak dipolitikkan ataupun jadikan isu polemik.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, itu — dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian KPKT melalui JPSPN dan SWCorp sentiasa fokus, cakna dan komited untuk menerajui agenda kebersihan negara melalui pelaksanaan yang dasar, penguatkuasaan serta peningkatan kesedaran awam terhadap mutu pengurusan sisa pepejal serta perkhidmatan pembersihan awam.
Pindaan petang ini bukan satu ubat mujarab ataupun ‘Aladdin lamp’ selepas undang- undang diluluskan maka semua sampah akan hilang, tidak. Ia memerlukan the whole nation approach, kerjasama semua pihak untuk kita pastikan kebersihan ini adalah seperti yang dikatakan oleh Ipoh Timor. Ia adalah pembinaan tamadun Malaysia sebahagian daripada akhlak mulia malahan sebahagian daripada keimanan fardu kifayah yang perlu kita amalkan supaya Malaysia bersih, rakyat sejahtera.
Ini adalah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Kemampanan, ihsan, kesejahteraan semua adalah terangkum dalam aspek pindaan ini. Pindaan ini turut selaras sebenarnya dengan Dasar Kebersihan Negara yang menekankan kebersihan adalah sebagai tanggungjawab bersama. Ia juga — pindaan ini juga menyokong pelaksanaan dalam Dasar Alam Sekitar Negara dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang memperkukuhkan sistem pengurusan sisa dan amalan ekonomi kitaran.
Tuan Yang di-Pertua, dari sudut antarabangsa pindaan ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal – SDG), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu khususnya SDG 11 — bandar dan komoditi mampan, SDG 12 — penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab dan SDG 13 — tindakan terhadap perubahan iklim.
Selain itu sebagaimana telah saya jelaskan, Malaysia baru dilantik sebagai Presiden UN- Habitat dan di mana kita telah pun menyatakan komitmen dalam memacu agenda zero waste atau sifar sisa dalam kalangan 193 buah negara anggota UN-Habitat. Justeru, pengukuhan aspek perundangan untuk membendung masalah pembuangan sampah kecil dan seterusnya membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat adalah satu bukti komitmen negara yang paling tinggi. Statistik kutipan sempena World Cleanup Day yang meningkat secara
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
drastik membuktikan keperluan mendesak terhadap pendekatan sistem merit yang lebih menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mulakan dengan penggulungan dengan menjawab isu- isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pertama berkaitan dengan Yang Berhormat Kota Melaka. Ini berkaitan dengan penguatkuasaan bagaimana PBT diperkasakan dalam hal ini. Dan untuk makluman, ini hari ini petang ini ada tiga pindaan.
Ini adalah pindaan ibu. Selepas ini ada lagi dua pindaan berbangkit tetapi isu semua sama. Maka kita boleh ringkaskan perbahasan. Itu cuma pastikan undang-undang itu konsisten dan undang-undang seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tidak menjadi bahan hiasan atau simpanan dalam archive sebaliknya undang-undang ini dilaksanakan dengan penuh komitmen dengan sokongan seisi Dewan.
Keberkesanan pelaksanaan undang-undang hari ini semestinya memerlukan strategi pemantauan yang komprehensif serta penguatkuasaan yang efisien. Dalam hal ini, pelaksanaan perintah khidmat masyarakat sudah tentunya dan juga saya faham melibatkan kos untuk penambahan bilangan pegawai penguat kuasa serta penyediaan peralatan, kelengkapan yang diperlukan. Namun kementerian KPKT berpandangan bahawa langkah ini adalah suatu bentuk pelaburan yang tidak dapat dielakkan. It’s actually is national investment.
Dan jika kita mahu menuai hasil yang optimum, beberapa strategi telah disusun dalam usaha memperkasa keupayaan PBT untuk melaksanakan penguatkuasaan akta. Pertama, peningkatan kakitangan di mana KPKT sedang dalam perancangan penambahan bilangan pegawai yang berkuat kuasa untuk penguatkuasaan dan pemantauan, okey.
Kedua, pembangunan kapasiti. Pegawai sedia ada dan yang baharu akan dilatih secara menyeluruh mengenai prosedur SOP serta juga pelaksanaan perintah khidmat masyarakat.
Ketiga, kerjasama antara agensi. PBT akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti SWCorp, JPSPN dan lain-lain untuk berkongsi sumber dan kepakaran untuk mengoptimumkan pengoperasian.
Keempat, penggunaan teknologi. Sudah tentunya kerajaan akan mempertimbangkan penggunaan teknologi moden termasuk facial recognition technology supaya ia membantu pemantauan dan pengurusan data untuk meningkatkan kecekapan dan juga ketelusan.
Kelima, perancangan dan pengurusan sumber yang cekap. Sumber sedia ada akan dioptimumkan untuk menampung keperluan baharu untuk pastikan kelancaran pengoperasian.
Berkaitan cadangan Kota Melaka berkaitan pengenaan cukai taksiran lebih tinggi, itu kita akan perhalusi dengan mendalam untuk mengambil kira pelbagai faktor. Namun saya yakin bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan ini perlu dipikul secara bersepadu oleh semua pihak. Oleh kerana itu saya amat berterima kasih, hari ini Dewan ini betul-betul menjadi satu
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Dewan musyarakah untuk kita bertukar-tukar pandangan yang membina, perbahasan secara profesional, secara objektif. Inilah Dewan yang mulia yang rakyat mahu kita lakukan bersama.
Saya percaya ini melibatkan amalan semua pihak dengan izin, it’s actually require a Public-Private-People Partnership (4P) principle. Perbelanjaan kerajaan dapat dikawal, kita memang di bawah Program Bandar Selamat pun CCTV akan diperhebatkan di sekitar kawasan hotspot termasuk pasar awam, kawasan destinasi pelancongan supaya ulat sampah tidak akan dibenarkan bermaharajalela.
Sebenarnya tentang kesedaran sivik dan pendidikan, untuk makluman Dewan ini, kini di bawah Dasar Pendidikan Negara, setiap warganegara menerima pendidikan percuma 11 tahun tak kira mana-mana sekolah aliran. Takkanlah kesedaran sivik itu dari tadika sampai Tingkatan 5 pun tak tahu. Ini semua sudah masuk dalam sukatan pelajaran. Maka, orang Melayu kata, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
Tak — Jika masih lagi lepas pergi sekolah dapat ijazah, masih lagi buang sampah maka saya rasa sudah memadailah dia terima memang berbaloi untuk setimpal menerima hukuman masyarakat. Itu tidak ada alasan, okey bagi saya kerana semua orang sudah menerima pendidikan percuma. Pelaksanaan khidmat masyarakat ini dikena — ada ditanya oleh Kuantan sama ada syarikat ataupun akan dikena. Khidmat masyarakat ini akan tumpu — akan dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam ataupun di jalan awam.
Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, semua tempat awam terangkum dalam akta ini. Hutan kah, pantai kah, kampung kah, bandar kah, semua kita akan merangkumi tempat awam. Dan dia juga termasuk jalan awam, jalan perumahan kah, jalan Persekutuan kah, jalan negeri kah semua akan juga terangkum dalam. Oleh kerana itu, nasihat tazkirah petang ini jangan buang sampah merata tempat. Sampah itu ada tempatnya iaitu di tong sampah bukan di tempat awam ataupun di sungai ataupun longkang. Itu adalah tazkirah petang ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Walau bagaimanapun, bagi PESP melibatkan pembuangan sampah haram dalam kuantiti lebih besar, iaitu memang saya sedar dia juga melibatkan sindiket. Sebenarnya peruntukan telah ada dalam Akta 672 iaitu seksyen 71. Siapa-siapa buang sampah besar, yang berkuantiti besar itu, dia akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, Seksyen 71 [Akta 672]. Hukuman ini boleh dikenakan kepada pekerja, syarikat mahupun majikan yang disabitkan kesalahan tersebut.
Maka undang-undang kita, kerangka undang-undang sangat komprehensif. Hukuman penjara lima tahun, denda RM100,000 menanti mereka yang buang sampah secara berskala besar tapi pindaan hari ini adalah untuk pembuangan sampah kecil.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Okey, ada juga yang bertanya, Kuantan bertanya apakah kadar minimum pelaksanaan perintah masyarakat. Di bawah RUU ini, kerajaan tidak tetapkan tempoh minimum yang diperuntukkan. Kita hormat doktrin pengasingan kuasa. Mahkamah akan mempunyai bidang kuasa dan budi bicara dalam menetapkan tempoh pelaksanaan khidmat masyarakat setelah mempertimbangkan faktor fizikal dan juga mental seperti yang dibangkitkan oleh Rasah. Autisme child, whatever, mahkamah mempunyai budi bicara. We were also examining the mental state sama ada dia sesuai ataupun tidak, kita pulangkan kepada budi bicara mahkamah untuk memperhalusi isu tersebut.
Ada juga bertanya tentang usaha kempen kitar semula perlu dipertingkatkan di semua sektor dan komuniti. Memang, kerajaan sentiasa melaksanakan kempen komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam secara berterusan. Malahan, buat pertama kali di bawah Kerajaan MADANI, for the first time, we set up a National Circular Economy Council (NCEC).
Saya bagi contoh, NCEC berjaya telah melaksanakan di mana lebih hampir 8,000 kedai sudah mengharamkan penggunaan plastik sekali guna. Single-use plastic bags have been disallowed in more than 8,000 outlets termasuk 7-Eleven, 99 Speedmart, semua sekarang tak ada lagi lah. Itu memang adalah langkah kita untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal serta memupuk kesedaran awam.
Ada juga bertanya mengapa lagi ada tapak pelupusan sampah haram. Memanglah macam manusia ni “lain padang, lain belalang”. Sebenarnya tapak pelupusan sampah memang cukup untuk mengikuti lokaliti di setiap negeri namun dalam banyak keadaan di mana kita lihat, dengan izin, the illegal dumping sites berlaku seringkali disebabkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya pihak industri yang mengelak untuk membuang sampah industri di tapak pelupusan yang telah ditetapkan kerana mereka tidak mampu membayar fi yang dikenakan bagi pihak kerajaan menguruskan sisa pepejal industri secara teratur. Oleh sebab itu, dalam dua tahun ini di bawah SWCorp, kita telah memperhebatkan lagi tindakan penguat kuasa undang-undang dan berjaya mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah.
Tahun lepas kita tutup lebih 2,600 tapak pelupusan sampah haram. Itu bukan saja haram tapi haram jadah kerana memang pembuangan sampah ini memang sangat-sangat menjijikkan.
Kerana dia membawa penyakit vektor, penyakit berjangkit kepada kawasan komuniti setempat.
Ini adalah sikap yang amat menjijikkan dan tidak boleh dibenarkan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang telah minta apakah jenis perintah khidmat masyarakat untuk kesalahan pembuangan. Untuk makluman Dewan ini, perlu saya jelaskan jenis perintah khidmat masyarakat yang akan dibuat melalui peraturan. Kita akan tetapkan peraturan yang terperinci, antaranya seperti berikut;
(i) mengutip sampah kecil di tempat awam,
(ii) mencuci longkang; dan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
(iii) sempena dengan bukan reformasi tapi revolusi tandas awam.
Kita kini ada kempen tandas BMW. Saya mohon rakan-rakan untuk menguar-uarkan apa itu tandas BMW, bersih, menawan dan wangi. Dalam tempoh dua tahun ini, Kerajaan MADANI telah menaik taraf hampir 12,000 tandas awam, meningkat ke tahap BMW (Bersih, Menawan, Wangi).
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Padang Besar minta, kalau bolehlah, Perlis pernah membuat permohonan untuk BMW itu. Minta agar diberi perhatianlah, terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Boleh, ini memang dialu-alukan. Nanti saya jemput Yang Berhormat turut lawat bersama. Ada juga tandas ini kini sangat menawan dan wangi, dia tidak berbau lagi.
Baru semalam ini, minggu lepas, saya baru pergi ke Pasar Siti Khadijah di Kelate nu. Kita bagi, Kerajaan MADANI bagi RM7 juta untuk meningkatkan mercu tanda Kota Bharu, Serambi Mekahlah kononnya. Dulu tandasnya memang kotor, sekarang kita ada tandas sejahtera, dekat Pasar Siti Khadijah, di negeri Kelate. Tak kecek Kelate pun Nga Kor Ming bagi RM7 juta juga.
So, apakah jenis, kategori? Sebab itu, ada juga YB Kluang kata, tanya bagaimana kerajaan akan pastikan denda yang adil dari segi jumlah tempoh ini bagi memastikan pengenaan tempoh jam melaksanakan perintah khidmat masyarakat yang adil. Mahkamah bukan kerajaan, mahkamah diberikan kuasa untuk mengeluarkan perintah khidmat masyarakat dengan mengambil kira keadaan fizikal, mental serta kesesuaian yang disabitkan kesalahan.
Maka, ditanya juga bagaimana dengan budak-budak, kanak-kanak, itu jangan risau.
Mahkamah boleh mengeluarkan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 ataupun Akta 611. Dalam hal ini, semua prosedur berkenaan dengan pelaksanaan khidmat masyarakat oleh pesalah kanak-kanak tertakluk kepada peruntukan yang telah pun diperincikan dalam Akta 611 iaitu identitinya tidak boleh diuar-uarkan, mukanya akan kita tutup supaya kita melindungi kanak-kanak.
Semua itu telah diperincikan di bawah Akta 611 tapi ia tidak memperuntukkan penggantian pelaksanaan khidmat masyarakat oleh ibu bapa pesalah kanak-kanak. Tak boleh kata anak 17 tahun buang sampah, lepas itu minta datuk, nenek, ayah, ibu untuk buat khidmat masyarakat, tak boleh. Siapa buat? Siapa tanggung, that is fair. Siapa lakukan? Dia pula yang kena tanggung.
Tapi, hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah mengikut kesesuaian setakat keadaan fizikal dan juga mental. YB Rasah pula…
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masih banyak?
Tuan Nga Kor Ming
Ini boleh minta masa lebih kerana, selepas itu ada dua lagi pindaan tapi kedua-dua pindaan ini pindaan berbangkit. Saya percaya itu sangat cepat kerana semua isu
Tuan Nga Kor Ming
yang bernas telah pun berjaya dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi yang saya telah mengikuti dengan penuh teliti, dengan penuh perasaan tawaduk.
Saya dengar dengan baik, memang itu semua adalah cadangan, pandangan yang bernas. Jadi, kerana itu penggulungan ini boleh dipanjangkan. Selepas ini, memang cepat, masih waktu maghrib jauh lagi, still ada masa.
Bagaimana kerajaan mahu pastikan pelaksanaan? Okey, Rasah kata apa mekanisme pemantauan pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat? Adakah menjadi beban kepada pesalah? Contoh ini tadi saya dah jelaskan, di mana budi bicara mahkamah.
Pelaksanaan perintah ini bertujuan untuk sebenarnya kita bukan nak menghukum saja tapi nak memberikan kesedaran. Dah lama lah, dua tahun lagi negara kita dah menyambut kemerdekaan 70 tahun. Macam manusia lah, dah sampai dah tua-tua ni, dah sampai lah umur 70 tahun, takkan tak tahu nak mana nak buang sampah pula. Jika tak ada tong sampah, bawalah sampah balik rumah macam orang Jepun, sampai rumah baru buang.
Mengapa buang atas jalan, masuk longkang, masuk sungai? Itu saya rasa tak boleh diterima. Okey, orang yang dikenakan ada tanya sama ada dia akan disenaraikan mempunyai rekod jenayah. Orang yang disabitkan dengan kesalahan di bawah pindaan ketiga-tiga akta ini, untuk makluman Dewan ini dia tidak akan mempunyai rekod jenayah.
Memandangkan Akta 672, Akta 171 serta Akta 133 yang akan saya cadangkan untuk dipinda petang ini, tidak disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini tahun 1991 ataupun Akta 7. Saya rasa itu jelas. YB Padang Serai tanya tentang ketidakjelasan dan taksiran semua sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Nga Kor Ming
Sama ada akan ada diskriminasi dan lain-lain. Jawapan saya, taksiran sisa pepejal telah diluaskan bagi membolehkan sisa pepejal tidak hanya apabila apa- apa benda tersebut dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selain rosak.
Seperti Rasah kata, minum kopi itu tuang, itu masih juga. Itu air itu, kopi ke teh ke, semua sisa pepejal. Dia masih masuk dalam takrifan sebagai sampah. Kamu tak boleh kata bahawa bekas ini, lepas itu tuang air, lepas itu ambil bekas, itu bukan. Kita kena sedar kerana kelestarian alam ini perlu kita lindungi bersama.
Tuan Nga Kor Ming
Bagi perkara penguatkuasaan sampah kecil di jalan awam, sebenarnya tidak ada pertindihan bidang kuasa antara pegawai yang diberi kuasa dengan pegawai penguat kuasa di bawah Akta 33 iaitu tentang Akta Pengangkutan Jalan tahun 1987. Cadangan KPKT untuk mewujudkan seksyen 77A bertujuan untuk menangani isu pembuangan sisa termasuk sampah kecil di tempat awam atau jalan awam. Sehubungan itu, walaupun peruntukan ini mempunyai objektif yang sama dengan Akta Pengangkutan Jalan iaitu menguatkuasakan kesalahan
Tuan Nga Kor Ming
membuang sisa namun tujuan dan skop penguatkuasaan kedua-dua adalah berbeza di mana Akta 333 lebih berfokus kepada kesalahan pembuangan sisa yang boleh menggugat keselamatan lalu lintas.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tiada risiko diskriminasi dalam pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat kerana mahkamah diberikan budi bicara sama ada Perintah Khidmat Masyarakat wajar dikenakan kepada pesalah terbabit dan mahkamah juga perlu mempertimbangkan keadaan fizikal dan mental orang disabitkan sebelum Perintah Khidmat Masyarakat diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, mahkamah juga ada kuasa. Katakan, jika orang itu disabit kesalahan tapi dia ingkar perintah mahkamah, tidak mahu jalankan hukuman Khidmat Masyarakat, maka di bawah bidang kuasa mahkamah majistret, under inherent jurisdiction of the court, di mana mahkamah ada kuasa untuk jatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang ingkar perintah mahkamah dan tidak mahu melaksanakan hukuman Khidmat Masyarakat. Itu jelas, memang tiada kadar denda baru, mengapa ditingkatkan itu bertujuan untuk mendidik dan membentuk sikap penuh bertanggungjawab oleh juga penjaga, penjaja, peniaga kecil untuk sama-sama memastikan kebersihan tapak jualan dan memudahkan kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor dilantik oleh PBT.
Ini selaras dengan garis panduan pengurusan pasar malam, pasar harian, pasar tani di kawasan PBT yang telah pun KPKT keluarkan pada 30 Ogos 2019 untuk memberi panduan kepada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan serta semua pihak yang terlibat dalam merancang, mengawal serta menguruskan aktiviti pasar malam, pasar harian, pasar tani di Malaysia yang termasuk dengan pengurusan kebersihan dan kesihatan serta peranan dan tingkah laku pengusaha dan penjaja.
Perintah Khidmat Masyarakat ini akan dikenakan kepada – itu tidak akan kira umur, tadi saya jelaskan. Ada juga yang kata sama ada pelancong masuk, kena ataupun tidak? Di bawah Perlembagaan Persekutuan, its equality before the law. Itu jelas. Di bawah undang-undang, Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, sama ada dia pelancong ke, pekerja asing ke, warga negara, semua sama rata. Siapa buang sampah, siapa buat, siapa tanggung. Maka hari ini juga merupakan satu medan atau platform yang penting kerana tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia. Kita dijadikan dia sebagai tahun kesedaran sivik juga, di mana kita sasarkan 35 juta pelancong asing akan masuk tanah air kita. Maka jika mereka buang sampah merata tempat, hukuman yang sama akan dikenakan. Tiada diskriminasi, semua orang sama. Bagi memastikan pelaksanaan Perintah Masyarakat yang adil, mahkamah diberikan kuasa budi bicara dan lain- lain.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Padang Besar juga telah pun katakan tahun depan Tahun Melawat Malaysia, adakah ini terpakai kepada pelancong asing? Saya telah pun jawab. Pelancong semua akan – YB Selayang juga ada, Puncak Borneo. Puncak Borneo ada tanya kerajaan wajar memperluaskan pelaksanaan pengasingan semua punca. Yes, separation at source ini memang penting. Penguatkuasaan ini di negeri-negeri. Sebab itu kita harap semua negeri akan menerima Akta 672 kerana ia telah mula dilaksanakan pada tahun 2016, melibatkan sektor isi rumah.
Pelaksanaan tersebut seterusnya telah diluaskan ke sektor komersial, industri, institusi dan pembinaan bermula pada tahun 2018.
KPKT sentiasa committed dalam melaksanakan separation at source tersebut dan mengalu-alukan mana-mana negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, Pulau Pinang, yang masih belum menerima pakai Akta 672 turut melaksanakan separation at source di bawah perundangan masing-masing. KPKT menggalakkan, mengalu-alukan kerjasama daripada pihak luar dalam menjayakan pelaksanaan Khidmat Masyarakat ini. Sebenarnya semua Ahli Yang Berhormat yang saya hormati di sini, sebenarnya semua merupakan duta kebersihan negara, supaya kita memainkan peranan kita turun padang ke kawasan, mendidik pengundi- pengundi supaya sama-sama kita menjayakan Agenda Nasional, misi negara supaya Malaysia bersih, indah dan sejahtera.
YB Selayang juga ada tanya tentang ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Tahniah Yang Berhormat telah dilantik sebagai ahli majlis National Circular Economy Council. Tentang rawatan sisa pepejal menggunakan teknologi, the waste to energy berasaskan kepada thermal akan mengurangkan sehingga 100 peratus sisa pepejal ke tapak pelupusan. Konsep konvensional ini, dulu jika kita buat tapak pelupusan, dia lebih kurang lima kilometer radius tidak boleh dibangunkan tapi sekiranya kita buat WTE, hanya lima sampai 10 ekar tanah saja diperlukan. Itu kita kena pertimbangkan because land is premium and it’s going to be super premium dengan izin in future.
Konsep yang telah terbukti berkesan. Kita mengkaji semua amalan yang terbaik di luar negara, sama ada di Eropah, Jepun, China. Itu kita memang sentiasa memantau sama ada negara-negara maju berjaya melaksanakan waste to energy. Untuk makluman, memang kita ada scientific evidence membuktikan di negara maju ini dia beroperasi. WTE ini beroperasi pada suhu minimum yang tinggi iaitu 850 darjah Celsius ke atas. Mana-mana masuk, semua habis, hangus semua. Ia adalah terlaras dengan polisi semasa KPKT iaitu sifar sisa, sifar toxic dan ekonomi kitaran.
Our policy is clear, Tuan Yang di-Pertua. Zero waste, zero toxic and circular economy.
Komitmen jitu KPKT dalam menerajui teknologi terkini pengurusan sisa pepejal adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI. Saya rasa di kawasan Parlimen Tuan Yang di-Pertua
Tuan Nga Kor Ming
Cameron Highlands pun sama but the Incinerator was a first generation sebab itu dia tak cukup canggih lagi.
Saya bagi contoh dekat Singapura. Dia negara Republic Island sangat kecil tapi dia ada lima WTE. Malaysia sampai hari ini dua sahaja. Dekat Thailand 33, dekat China 1,072 WTE. So it’s actually a proven concept. Jika itu memang membahayakan, takkanlah negara China, Singapura dan Thailand, Jepun akan membenarkan WTE di negara mereka? Itu teknologi WTE di zaman abad 21 ini telah terbukti dia selamat kerana dilengkapi dengan sistem rawatan gas iaitu air pollution control yang telah terbukti mampu merawat gas-gas berbahaya sebelum dilepaskan ke alam sekitar dan ia dipantau 24 jam oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mencegah isu- isu berkaitan pencemaran serta kacau ganggu kepada penduduk dan alam sekitar.
Kualiti pelepasan gas yang terawat akan dipantau atas talian. We have an online monitoring system oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menggunakan Continuous Emission Monitoring System (CEMS) seperti mana yang disyaratkan di dalam kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA). EIA juga menetapkan penglibatan pihak berkepentingan termasuk orang awam dan laporannya boleh dicapai melalui laman web perpustakaan Enviro Digital @DOE.
Kerajaan ini bukan sahaja accountable tapi kerajaan ini memang percaya dengan ketelusan. Mana-mana siapa yang berminat boleh juga pantau bersama dengan DOE. Ini adalah langkah-langkah proaktif untuk memastikan tiada isu melibatkan pencemaran persekitaran oleh Jabatan Alam Sekitar dan selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling tahun 1974 ataupun Akta 127.
Maka sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua yang budiman dan beriman, di mana Perintah Khidmat Masyarakat yang diperkenalkan melalui pindaan ini, dia bertujuan mendidik pesalah. Kita bukan saja nak menghukum tapi kita juga nak mendidik secara langsung melalui pengalaman praktikal agar dapat menanamkan rasa tanggungjawab sivik dan kesedaran terhadap kebersihan awam. Pendekatan hari ini selari dengan amalan restorative justice yang diguna pakai di negara-negara maju yang telah pun terbukti berkesan dalam menangani kesalahan kecil berkaitan dengan alam sekitar.
Langkah ini memperlihatkan tekad Kerajaan MADANI dalam melaksanakan transformasi dasar secara inklusif dan berimpak tinggi. Selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia negara maju berteraskan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
Tuan Nga Kor Ming
Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri, tanya sikit boleh, Menteri? Hulu Langat.
Tuan Nga Kor Ming
Boleh, boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak tunggu jawapan daripada Menteri soal berkaitan dengan sampah di kampung tradisi ini. Kalau di taman-taman itu memang PBT ambillah, kan? Cuma, jadi masalah kepada kita ini, sampah di kampung-kampung ini sebab tidak diurus, satu. Kemudian, dia tak ada PBT sebab – ya lah, dia tak bayar cukai taksiran. Jadi, kita nak minta satu jawapan yang konkrit daripada Yang Berhormat Menteri. Tahniah Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Hari ini Yang Berhormat pakai betul-betul segak, very smart looking. Tapi bagaimanapun tadi Yang Berhormat tidak terlibat dalam perbahasan. Tadi senarai saya empat belas, ini nombor kelima belas. Bagaimanapun saya memang jawab, adalah tanggungjawab kita untuk memujuk. Kadang-kadang itu kehendak orang kampung. Dia tak mahu bayar cukai pintu. Oleh kerana itu, dia enggan serahkan bidang kuasa di bawah PBT. Kita tak mahu paksa. Kita cuma nak menggalakkan serta untuk menyemarakkan lagi kesedaran.
Oleh kerana itu, bagaimanapun undang-undang hari ini pindaan, dia merangkumi semua tempat awam. Seperti yang saya jelaskan tadi, kampung ke, semua pun akan kita rangkumi.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh Tangga Batu sikit, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Nga Kor Ming
Sebab itu dia masih tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah untuk jatuhkan hukuman.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh sikit, Tangga Batu sikit? Sebab Projek WTE di Tangga Batu, di Sungai Udang itu, 970 tan kapasiti. Sedangkan sampah dia melebihi 1,000 dan saya diberitahu bahawa landfill akan diteruskan juga walaupun dah ada WTE.
Jadi, masyarakat kalau boleh tidak mahu ada landfill lagi. Minta jawapan daripada Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Memang kita tahu landfill is not sustainable anymore. Itu - sebab itu kita cuma memperkenalkan langkah-langkah yang terkini iaitu from waste to energy. Bagi Sungai Udang, berita baik adalah bulan lepas, baru akhirnya perjanjian konsesi dimuktamadkan.
Kita telah pun memberikan tempoh untuk syarikat konsesi pastikan pembinaan dilakukan segera untuk menyelesaikan masalah sampah di Sungai Udang.
JPSPM akan memantau dan mana-mana sampah sekiranya dia telah melimpah keluar dan tempat itu kita akan pindah ke transfer station yang berdekatan supaya dia tidak berlaku masalah pencemaran yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Bagaimana - landfill masih diteruskan katanya sebab kapasiti hanya 970 tan?
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Jadi, permintaan daripada masyarakat kalau boleh landfill itu no more once you have the WTE.
Tuan Nga Kor Ming
Ya, WTE itu, okey. Landfill yang sedia ada itu, kita nak pastikan, memang dia ada jangka hayatnya. Sekiranya jangka hayatnya sudah sampai ke penghujung hayat, kita akan tutup selamat. Saya bagi contoh, ada juga dekat FELDA Tenggara Johor. Di bawah inisiatif hijau JPSPM, tahun lepas kita berjaya transformasi tapak pelupusan sampah yang kotor, kini menjadi Lestari Park...
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
...tempat rekreasi awam untuk warga FELDA beriadah, jogging di atas tapak pelupusan sampah yang telah berjaya kita buat transformasi to become a public recreational park. Kita pakai nama Lestari Park.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Menteri, Tenggara.
Yang Berhormat Menteri, Tenggara.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya nak sahkan, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Itu saksi, bukti Yang Berhormat memang sentiasa prihatin, amat prihatin tentang tersebut. Saya harap Yang Berhormat juga mengunjung Lestari Park tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, maka...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan terakhir ya.
Tuan Nga Kor Ming
Soalan terakhir, ada lagi? Jika tak ada, maka sekali - Tuan Yang di-Pertua, saya mohon berkongsi kata-kata azimatlah daripada Martin Luther King Jr. dengan izin, "The time is always right to do what is right. The time is now and it is now or never." Maka, kini adalah masanya, sekarang adalah waktunya, kita adalah penggeraknya. Justeru, dalam memastikan komitmen padu untuk mengindahkan, membersihkan dan memastikan komitmen padu untuk satu Malaysia yang mesra alam dan sejahtera.
Saya mohon sokongan berterusan dari seisi Dewan, semua Ahli Yang Berhormat yang saya muliakan, meluluskan cadangan pindaan yang akan dilaksanakan bagi Rang Undang- undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibaca kali kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu) dan diluluskan]
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, RUU Kerajaan Tempatan 2025 adalah bagi melaksanakan pindaan terhadap Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 iaitu Akta 171 yang melibatkan perwujudan seksyen baru sebagai punca kuasa bagi pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat bagi kesalahan melanggar undang-undang kecil di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii) Akta 171. Rang Undang-undang ini adalah pindaan berbangkit seperti sebelum ini iaitu Akta 672, adalah bagi melaksanakan pindaan terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang telah pun kita baca, dibahas, digulung, diluluskan tadi.
Justeru, objektif dan hasrat yang ingin dicapai melalui pindaan Akta 171 ini adalah sama iaitu untuk memastikan pengukuhan perundangan secara holistik dan konsisten berkaitan Perintah Khidmat Masyarakat dan pelaksanaan yang teratur. Untuk makluman juga, Akta 171 ini pernah dipinda sebanyak lima kali dan terakhir pada tahun 2007. Pindaan kepada Akta 171 pada ketika itu antara lainnya untuk memasukkan peruntukan khusus berkaitan dengan pelarasan semula bidang kuasa dan memperjelas penguatkuasaan dan kawal selia PBT (pihak berkuasa tempatan).
Sebagaimana telah dijelaskan, penguatkuasaan berkaitan pembuangan sampah kecil masih dilaksanakan oleh PBT melalui punca kuasa di bawah seksyen 47, 48, Akta Jalan, Parit dan Bangunan Tahun 1974 atau pun Akta 133. Selain itu, bagi PBT yang tidak mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Akta 672, mempunyai punca kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi kesalahan pembuangan sampah kecil di
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
bawah subperenggan 71(1)(a)(ii) Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976 iaitu Akta 171 melalui perwartaan undang-undang kecil.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi tiga fasal yang melibatkan tambahan dua seksyen baharu kepada Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976. Ringkasnya, ia akan menyentuh perkara seperti berikut iaitu:
(i) pemberian kuasa kepada mahkamah berhubung pengenaan denda serta perintah khidmat masyarakat tidak lebih daripada 12 jam atas kesalahan pembuangan sampah;
(ii) kuasa pemantauan kepada pegawai yang diberi kuasa berhubung pelaksanaan perintah khidmat masyarakat; dan
(iii) kuasa membuat undang-undang kecil berkaitan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat.
Saya mohon untuk menghuraikan pindaan di dalam rang undang-undang ini.
Tajuk ringkas pemakaian dan permulaan kuat kuasa.
Fasal satu mengatakan tajuk ringkas pemakaian kuat kuasa seperti berikut.
Pertama, Akta ini dikenali sebagai Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025.
Kedua, pemakaian Akta ini di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri Sabah dan Sarawak amat dialu-alukan untuk menerima pakai pindaan ini dan mengikut ordinan masing-masing.
Yang ketiga, tarikh kuat kuasa bagi akta ini adalah ditetapkan oleh ― (a) Menteri berhubung dengan suatu negeri selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri itu melalui pemberitahuan warta dan Menteri boleh, selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri, menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan.
Kedua, ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan melalui pemberitahuan dalam Warta.
Dan ketiga, pihak berkuasa negeri boleh, melalui pemberitahuan warta, mengecualikan mana- mana bahagian, mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana peruntukan akta ini setelah berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan untuk meluaskan mana-mana atau kesemua peruntukan akta ini untuk terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana kawasan dalam negeri itu yang bukan di bawah mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, seksyen baharu 104A Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976.
Fasal 2 adalah bertujuan memasukkan seksyen baharu iaitu 104A yang melibatkan sembilan subseksyen.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Subseksyen 104A(1) memberikan kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan orang yang disabit atas kesalahan pelanggaran undang-undang kecil di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii) Akta 171 untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat selama tidak lebih daripada 12 jam sebagai tambahan kepada denda yang boleh dikenakan oleh mahkamah di bawah undang-undang kecil itu.
Subseksyen 104A(2) menghendaki mahkamah untuk mempertimbangkan keadaan fizikal dan mental serta kesesuaian orang yang disabitkan untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat. Mahkamah juga perlu menerangkan kepada orang yang disabit itu mengenai kesan perintah khidmat masyarakat itu dan akibat sekiranya gagal mematuhi perintah khidmat masyarakat itu.
Subseksyen 10A(3) menghendaki mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis untuk menentukan masa dan tempat untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu. Selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat oleh mahkamah di bawah subseksyen 10A(1), pegawai tersebut juga bertanggungjawab untuk memaklumkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan oleh orang yang disabit tersebut.
Subseksyen 10A(4) dan (5) memperuntukkan bahawa pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat orang yang disabitkan hendaklah diawasi oleh pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis dan tertakluk kepada apa-apa undang kecil di bawah akta ini.
Subseksyen 10A(6) memperuntukkan pihak berkuasa tempatan untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan dan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat melalui undang-undang kecil yang konsisten dengan hukuman khidmat masyarakat di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Subseksyen 104A(7) memperuntukkan bahawa mana-mana orang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000.
Subseksyen 104A(8) memperuntukkan bahawa sekiranya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun melakukan kesalahan bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii) Akta 171, peruntukan berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-kanak 2001 atau Akta 611 adalah terpakai. Subseksyen 104A(9) mentakrifkan kanak-kanak, siapa kanak-kanak? Kanak-kanak adalah seorang di bawah umur 18 tahun. Dan khidmat masyarakat, apakah khidmat masyarakat? Khidmat masyarakat adalah satu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar dan dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan tempat awam.
Seksyen baharu 121A Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Akhir sekali, fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu 121A. Seksyen ini adalah bagi mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai PBT yang diberi kuasa secara bertulis untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat oleh seseorang yang disabit di bawah satu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 10A(1).
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya cadangan pindaan-pindaan yang saya bentangkan tadi adalah bertujuan memastikan perintah khidmat masyarakat dilaksanakan melalui prosedur perundangan yang tertib dan teratur dalam menangani isu pembuangan sampah. Pindaan hari ini juga dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menyokong hasrat kerajaan dalam mewujudkan negara yang lebih bersih, indah dan sejahtera.
Justeru, bagi mewujudkan punca kuasa yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengawal selia aktiviti pembuangan sampah serta melaksanakan perintah khidmat masyarakat, Akta 171 perlu dipinda untuk menyediakan punca kuasa kepada pihak PBT bagi melaksanakan perintah khidmat masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Sebelum saya membaca senarai Yang Berhormat akan membahas― sebagai refreshing memory, perbahasan ini tertakluk kepada Peraturan 36(1) iaitu perbahasan berkaitan pindaan kepada akta. Jadi, cuba sebaik mungkin berdasarkan kepada pindaan tersebut, melainkan ia amat sensitif ya. Substantif. Maaf. Sensitif pula dah.
Baik, senarai pembahas adalah seperti berikut iaitu dimulakan oleh Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Bukit Bendera dan akhir sekali Yang Berhormat Ampang. Masa diberi lima minit. Walau bagaimana, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi.
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri tiada? Baik.
Dengan sedemikian, kita ke Yang Berhormat berikutnya, Yang Berhormat Temerloh.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, nama saya telah hantar tapi tak masuk. Bayan Baru.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Nama saya pun ada masuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat mana tadi? Selayang ya? Mana? Bayan Baru ya. Tidak ada dalam senarai. Walau bagaimanapun, saya benarkan. Bayan Baru.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Bagaimana Klang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat...
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Klang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
...Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya pun ada hantar nama saya, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang ada pada saya hanya lapan. Sebentar, sebentar. Biar saya semak balik dengan SUDR.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan panggil SUDR. Senarai pada saya ini ada lapan tolak satu je, tiba-tiba dah banyak pula dah ini. Sebentar kita tunggu SUDR.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri ada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ada ke Bakri?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Saya berpandu kepada senarai. Panggil SUDR.
Kalau ikut rekod ini, dia beri lapan. Yang Berhormat Masjid Tanah tarik diri tinggal tujuh.
Sekarang saya tengok ada tiga, empat orang lagi Yang Berhormat pula bangun. Jadi untuk memberi ruang dan berlaku adil, biar saya consult dengan SUDR. Sementara itu, biar Yang Berhormat… [Berbincang dengan SUDR] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Baik.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita kena akur kepada Speaker punya keputusan.
Speaker telah menetapkan lapan tolak satu Masjid Tanah. Dengan sedemikian, hanya tujuh yang akan berbahas. Masa yang diberi pun bagi setiap orang lima minit tertakluk kepada budi bicara saya. Saya silakan Yang Berhormat Temerloh. Bagaimanapun…
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua, saya ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa dia?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri ada di dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bakri tidak ada dalam – Bakri? Baik Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bakri menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan RUU ini. Sebagai saya rasa usaha untuk kesetaraan ya berkenaan dengan pindaan RUU Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang telah diluluskan sebentar tadi.
Intipati RUU ini adalah untuk memperkenalkan ya hukuman bentuk perintah khidmat masyarakat. Saya lihat ini merupakan satu langkah yang progresif untuk mengubah tabiat masyarakat dan meningkatkan tahap kebersihan kawasan awam.
Saya memohon supaya Menteri ada? Menteri memberikan penjelasan kepada Dewan yang mulia ini. Sejauh manakah pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat ini? Dia lebih berkesan kepada — kalau berbanding dengan cara-cara hukuman yang lain, seperti denda dan penjara. Bukan saya maksud. Maksud saya bukan untuk saya nak galakkan ya, hukuman- hukuman tersebut, tetapi saya rasa Menteri perlu memberikan penjelasan ya bagaimanakah ianya berkesan, lebih berkesan berbanding dengan hukuman yang lain?
Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa kekangan pelaksanaan, terutamanya dari aspek penguatkuasaan di lapangan. Apa yang saya perhatikan, banyak pihak berkuasa tempatan dan juga SWCorp berhadapan dengan masalah kekurangan pegawai, peralatan, dan keupayaan logistik untuk menguatkuasakan undang-undang secara berkesan. Akibatnya, banyak lokasi telah menjadi hotspot bagi aktiviti pembuangan sampah secara haram.
Dalam pengalaman saya sebagai ADUN, saya pernah mempengerusi satu task force untuk menangani isu hotspot tapak pembuangan sampah secara haram di sekitar daerah Johor Bahru. Apabila aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa, maklum balas yang sering diterima adalah bahawa rakaman CCTV atau dashcam tidak mencukupi untuk digunakan sebagai bukti pendakwaan.
Malah, pegawai memaklumkan bahawa tindakan hanya boleh diambil jika mereka sendiri berada di lokasi semasa kejadian berlaku. Keadaan ini telah membataskan keberkesanan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
penguatkuasaan. Pegawai terpaksa menyamar atau menjalankan operasi mengejut di lokasi hotspot. Ini bukan sahaja membebankan dari segi sumber, tetapi juga menghasilkan jumlah pendakwaan yang terlalu rendah untuk menjadikan satu bentuk deterrent yang berkesan.
Maka saya berharap untuk pelaksanaan mekanisme yang baru ini, kita perlu menambah baik mekanisme tanggungjawab pembuktian. Bukti rakaman CCTV, dashcam dan mungkin telefon bimbit, ya rakaman telefon bimbit yang sahih dan tidak dimanipulasi, wajarlah diberikan nilai provatif yang lebih besar di sisi undang-undang.
Ini akan membolehkan lebih ramai rakyat mengambil bahagian secara lebih aktif dalam membantu PBT dan SWCorp dalam membanteras kesalahan pembuangan sampah secara haram. Kita harus memperkasakan komuniti supaya mereka menjadi mata dan telinga kepada penguatkuasa lain. Bukan semata-mata bergantung kepada jumlah pegawai penguatkuasa yang ada di lapangan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin juga menyentuh tentang keupayaan terutamanya dari segi kewangan untuk pihak-pihak berkuasa tempatan yang lemah. Sebagai contoh majlis-majlis daerah yang tidak mempunyai hasil yang tinggi. Malah saya jangka masih ramai, masih banyak lagi pihak-pihak berkuasa tempatan masih bergantung kepada bantuan yang disalurkan melalui sama ada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Jadi, pelaksanaan RUU yang baru ini adakah ianya telah menambahkan beban kepada PBT, PBT yang kurang berupaya ini?
Jadi bagaimanakah pihak kementerian untuk membantu PBT, PBT ini supaya mereka juga boleh menguatkuasakan RUU yang bakal diluluskan ini nanti? Perkara ini penting sebab sekiranya satu undang-undang hanya diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini, tetapi tidak boleh atau tidak berupaya untuk dikuatkuasakan pada peringkat akar umbi, peringkat lapangan.
Ianya seolah-olah kita tidak pernah meluluskan undang-undang ini. Maka, saya meminta pihak apa tu, Menteri ada? Memberikan jaminan atau memberikan satu rancangan bagaimanakah pihak kementerian dapat membantu memperkasakan PBT, PBT yang kurang berkeupayaan ini?
Saya harap dengan lulusnya RUU ini, kita dapat membentuk, menghasilkan satu persekitaran yang lebih bersih dan indah untuk masa hadapan generasi akan datang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Untuk makluman, Yang Berhormat Bayan Baru akan ambil tempat Yang Berhormat Masjid Tanah ya. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Pertua. Saya bangun menyokong prinsip yang terkandung dalam fasal 2 rang undang-undang ini, mencadangkan satu seksyen baru 104A dimasukkan ke dalam Akta 171 yang memperuntukkan mengenai pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat oleh pihak berkuasa tempatan terhadap individu yang melanggar undang-undang kecil.
Seksyen 73(1)(a)(ii), Akta 171 membolehkan pihak berkuasa tempatan menetapkan undang-undang kecil dan mengenakan hukuman denda dan tambahan khidmat masyarakat.
Seperti apa-apa kerja atau khidmat tanpa bayaran untuk faedah masyarakat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Pindaan ini amat dialu-alukan kerana pendekatan ini lebih progresif dan mendidik bukan semata-mata menghukum terutama bagi kesalahan di bawah undang-undang kecil PBT seperti membuang sampah merata-rata, menjual makanan dan minuman tanpa lesen, merosakkan kemudahan awam, meletakkan kenderaan di tempat larangan serta gagal memelihara kebersihan premis perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, kesan pindaan seksyen 104A boleh mendatangkan, pertamanya kesan positif, pendekatan lebih manusiawi, tidak semua kesalahan patut dihukum dengan wang atau penjara. Ini memberikan ruang dan peluang untuk pemulihan dan penginsafan.
Kedua, penjimatan kos. Mengurangkan kos kerajaan dalam mengurus tahanan atau proses perundangan yang panjang.
Yang ketiga, manfaat kepada masyarakat. Tenaga kerja sukarela daripada pesalah boleh menyumbang kepada kerja-kerja kemasyarakatan seperti kebersihan dan penyelenggaraan.
Keempat, menggalakkan tanggungjawab sosial. Pesalah lebih memahami kesan perbuatan mereka dan insaf apabila diminta memberi khidmat kepada komuniti yang terjejas seperti mencuci tembok, mencuci longkang, membersihkan tempat awam.
Namun begitu, Temerloh mohon penjelasan bagaimana persiapan menghadapi beberapa cabaran dan halangan.
Pertama, risiko pelaksanaan tidak konsisten.
Kedua, bagaimana pengawasan dan pemantauan?
Ketiga, sejauh manakah kekangan sumber dan penguatkuasaan dapat diselesaikan?
PBT tiada Pegawai Khas untuk menyelia pelaksanaan khidmat masyarakat, kekurangan tenaga dan pekerja. Beban tambahan kepada kakitangan sedia ada seperti penguatkuasaan dan jabatan kebersihan. Implikasi undang-undang menjadikan khidmat masyarakat satu bentuk hukuman yang sah dan serius setaraf dengan denda atau penjara.
Seksyen 104A(9) implikasi pelaksanaan perintah khidmat masyarakat kepada kanak- kanak. Pelaksanaan mesti mesra kanak-kanak. Tidak boleh menjatuhkan hukuman sama seperti orang dewasa. Pengawasan wajib khidmat — Pengawasan wajib masyarakat mesti dilaksanakan di bawah pengawasan ibu bapa, penjaga atau Pegawai Pemulihan yang dilantik.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ketiga, perintah mesti sesuai umur dan keselamatan. Kerja-kerja yang diberikan tidak boleh membahayakan atau memalukan kanak-kanak.
Keempat, pendekatan pemulihan dan kesedaran. Matlamat utama ialah mendidik, bukan menghukum, contohnya melalui kempen kesedaran atau aktiviti komuniti.
Tuan Yang di-Pertua, Temerloh ingin penjelasan untuk menghadapi cabaran. Pertama, kurang kepakaran PBT dalam hal ehwal kanak-kanak. Tiada SOP khas dari Akta Kanak-kanak yang merujuk kepada khidmat masyarakat. Perlu penyelarasan antara dua bidang. Ibu bapa tidak bekerjasama. Ada kes di mana keluarga sendiri tidak prihatin untuk memastikan anak mereka patuh kepada perintah.
Stigma komuniti terhadap pesalah muda. Masyarakat mungkin memandang serong terhadap mereka yang menjalani khidmat masyarakat. Temerloh mencadangkan latihan kepada pegawai PBT dalam pendekatan mesra kanak-kanak. Sediakan modul khas khidmat masyarakat untuk kanak-kanak.
Ketiga, libatkan sekolah atau NGO remaja dalam pelaksanaan.
Keempat, tingkatkan kerjasama antara PBT, JKM dan Mahkamah Juvana untuk keselarasan pelaksanaan.
Kesimpulannya, penutupnya, subseksyen 104A(8) menunjukkan pendekatan berhati- hati dan berperikemanusiaan dalam menangani kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak kanak- kanak. Ia penting untuk memastikan keadilan tidak menindas tetapi mendidik dan membina masa depan yang lebih baik. Namun pelaksanaannya memerlukan panduan, pemantauan dan kerjasama pelbagai pihak. Bukan hanya bersandarkan kepada PBT sahaja. Pindaan ini akan mewujudkan satu budaya baharu dalam masyarakat Malaysia iaitu budaya bertanggungjawab, bersih dan beradab terhadap ruang awam yang kita kongsi bersama.
Di negara maju seperti Jerman, Jepun dan New Zealand, khidmat masyarakat telah terbukti mengurangkan kadar kesalahan berulang terutama dalam kalangan golongan muda.
Akta ini bukan sekadar pindaan tetapi keberkesanannya melalui penguatkuasaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
...dan salam sejahtera Dato' Timbalan Yang di-Pertua yang saya hormati.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Menteri, saya berpendapat rang udang-undang pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ini jangan terburu-buru diluluskan kerana selepas saya teliti, tujuan pindaan rang undang-undang ini baik tetapi caranya ada yang bercanggah dengan undang-undang. Jadi saya merasakan tujuan baik tidak boleh menghalalkan cara. Kerana itu saya cadangkan rang undang- undang ini dikaji dan disemak semula kerana saya bimbang rang undang-undang ini mungkin tidak sah atau ultra vires, tidak berperlembagaan kerana seksyen baru yang hendak dimasukkan, seksyen 104A(1) bercanggah dengan Perkara 6(1) Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 104A(1) menyatakan antara lain, ia boleh dikenakan di bawah undang-undang kecil itu membuat satu perintah khidmat masyarakat. Saya lihat dalam RUU ini diberi tafsiran, apa itu khidmat masyarakat? Dinyatakan di dalam rang undang-undang ini di bawah seksyen 104A(9), khidmat masyarakat ertinya satu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar.
Katanya ialah suatu kerja atau perkhidmatan yang tidak dibayar. Apa yang saya faham suatu kerja atau perkhidmatan yang tidak dibayar yang mesti dilaksanakan sebagai hukuman boleh membawa makna suatu amalan perhambaan (slavery) ataupun buruh paksa. Bolehlah kita rujuk kepada kamus dan saya lihat kamus Oxford language menyatakan makna perhambaan ialah satu keadaan di mana seseorang terpaksa melakukan kerja berat tanpa bayaran atau penghargaan.
Ini yang saya bimbangkan Yang Arif. Misalnya, Dewan ini, Parlimen pernah meluluskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman lebih 10 tahun dilaksanakan dan baru-baru ini Mahkamah Persekutuan menyatakan, seksyen 9(5) itu unconstitutional, bercanggah dengan Perlembagaan.
Saya merujuk kepada Perkara 6(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan izin, no person shall be held in slavery. Perkara 6(2), all forms of forced labor are prohibited. Perlembagaan negara kita menyatakan dengan jelas tidak ada rakyat warga negara boleh diperlakukan sebagai hamba dan sebarang bentuk buruh paksa adalah dilarang oleh Perlembagaan Persekutuan ini.
Selanjutnya, seksyen baharu yang nak dimasukkan iaitu seksyen 104A(6) menyatakan pihak berkuasa tempatan boleh membuat undang-undang kecil. Untuk apa? A menyatakan untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan di bawah satu perintah khidmat masyarakat.
Saya ingin membangkitkan keabsahan atau legitimasi pihak berkuasa tempatan untuk membuat undang-undang kecil kerana di seluruh negara kita terdapat 20 Majlis Bandaraya, 40 Majlis Perbandaran dan 91 Majlis Daerah di seluruh Malaysia. Pihak berkuasa tempatan dari kedudukan Datuk Bandar, Yang di-Pertua Perbandaran, Yang di-Pertua Majlis Daerah serta ahli majlis yang membentuk pihak berkuasa tempatan ini, mereka semua dilantik bukan dipilih oleh rakyat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sebagai contoh, terdapat hampir dua juta penduduk Bandaraya Kuala Lumpur sekarang.
Mereka tidak memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur, mereka tidak memilih melalui pilihan raya, semuanya dilantik. Jadi adakah sah, saya ulang sekarang, adakah sah Pihak Berkuasa Tempatan Kuala Lumpur sebagai misalan membuat undang-undang kecil seperti yang disebut di dalam seksyen 104A(6) untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan di bawah perintah khidmat masyarakat.
Jadi saya mengesyorkan jika RUU pindaan ini nak diluluskan maka dua perkara perlu dilakukan. Pertama, mungkin bukan masa yang terdekat, dalam masa sederhana ini, hidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan, local government yang pernah wujud sejak berdekad sehinggalah tahun 1965 dan yang kedua, batalkan perintah khidmat masyarakat yang bersifat perhambaan, iaitu berkhidmat tanpa gaji secara paksa. Sebaliknya, saya mencadangkan sejumlah gaji atau elaun yang minimal dan wajar wajib dibayar kerana kerja-kerja khidmat masyarakat tersebut. Itu saja, Tuan speaker, pandangan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Jerlun juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pindaan 2025.
Saya terus kepada pindaan. Fasal 2, dimasukkan seksyen baharu 104A ke dalam Akta 171 yang berhubungan dengan Perintah Khidmat Masyarakat ke atas individu yang disabitkan atas pelanggaran undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan atau PBT, khasnya subseksyen 73(1)(a)(ii). Merujuk Akta ibu, subseksyen 73(1)(a)(ii) berkait rapat soal memelihara tempat awam supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kekotoran atau sampah sarap, bangkai binatang, air simbahan dan sebagainya.
Pihak PBT memainkan peranan penting dalam menyokong ekosistem perniagaan khususnya bagi perniagaan kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi tempatan dengan menyediakan kemudahan seperti tapak perniagaan yang strategik, lesen yang mudah diakses, serta infrastruktur asas seperti tandas awam dan tong sampah, bertujuan untuk memastikan persekitaran perniagaan yang bersih, teratur dan selamat. Usaha ini bukan saja membantu peniaga kecil berkembang tetapi juga menyokong pencegahan isu kebersihan dan kesihatan awam sejajar dengan Dasar Kebersihan Negara yang diperkenalkan pada tahun 2019.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini ialah: pertama, sejauh manakah usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang saksama kepada peniaga termasuk tapak strategik untuk perniagaan, lesen yang mudah diakses serta infrastruktur seperti tandas awam dan tong sampah untuk menyokong pencegahan isu kebersihan dan kesihatan awam?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Kedua, apakah langkah-langkah konkrit yang telah atau akan dilaksanakan oleh PBT untuk memastikan kemudahan ini mengambil kira keperluan bersesuaian bagi peniaga dari segi logistik tanpa menjejaskan prestasi perniagaan khususnya peniaga kecil sambil mempromosikan persekitaran perniagaan yang bersih dan teratur?
Selain itu, kebersihan di medan selera tidak diberikan perhatian di sesetengah pihak berkuasa tempatan. Tandas kotor tak dicuci, ada tandas tetapi tiada air atau ada tandas tetapi sentiasa berkunci. Ini menyukarkan pengunjung ke medan-medan selera di bawah PBT. Isu ini juga sering berlaku di medan-medan selera di bawah PBT seluruh negara dan isu tersebut tak pernah selesai. Apakah langkah segera untuk menangani isu kebersihan dan kemudahan tandas di medan selera tersebut?
Satu perkara lagi berkaitan anjing-anjing liar yang dibiarkan berkeliaran dan membuang najis di merata-rata tempat, terutamanya di taman-taman hingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk bahkan hingga mengancam nyawa kanak-kanak. Di kawasan saya sendiri di satu tempat namanya Kodiang, Kedah, anjing-anjing liar masuk ke persekitaran rumah, menggigit kasut dan pakaian di ampaian dan ini menyusahkan kehidupan penduduk.
Saya pernah membawa isu ini ke PBT untuk tindakan tetapi PBT menyatakan mereka tidak ada bidang kuasa dan hal berkaitan anjing liar ini di bawah Jabatan Veterinar dan Perhilitan, sedangkan peruntukan sudah pun ada. Subseksyen 104(1) tentang kuasa mahkamah untuk membuat suatu perintah khidmat masyarakat kepada pesalah di bawah Subseksyen 73(1)(a)(ii) Akta 171 sebagai tambahan kepada denda yang dikenakan oleh mahkamah.
Ia memberi gambaran bahawa pesalah terutamanya individu dari kelompok berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar denda dan terpaksa memikul dua bentuk hukuman serentak iaitu kena bayar denda dan perintah khidmat masyarakat. Persoalan saya ialah pertama, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan diambil untuk memastikan hukuman ini tidak mewujudkan beban tambahan kepada golongan berpendapatan rendah sambil memastikan pesalah berpendapatan tinggi turut menjalani hukuman secara adil dan berkesan?
Kedua, adakah operasi seperti pelarasan hukuman berdasarkan keupayaan kewangan atau program sokongan dipertimbangkan untuk mencapai keadilan yang saksama? Subseksyen baharu 104A(2) tentang pertimbangan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan bersalah dan untuk menerangkan kepada pesalah tersebut mengenai kesan Perintah Khidmat Masyarakat itu dan akibat tidak mematuhi Perintah Khidmat Masyarakat.
Saya nak tanya, pertama, adakah sekarang ini mahkamah dilengkapi dengan kepakaran psikiatri dan psikologi untuk menilai pesalah menjalani khidmat masyarakat?
Kedua, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan diambil untuk meningkatkan akses kepada pakar kesihatan mental di mahkamah sambil memastikan proses ini tidak memperkukuh stigma terhadap isu kesihatan mental?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Seterusnya, subseksyen baharu 104A(3) tentang kewajipan pegawai PBT yang diberi kuasa secara bertulis untuk menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendak dilaksanakan. Pemberian kuasa ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan hukuman yang fleksibel dan sesuai dengan keperluan komuniti. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan kuasa ini dilaksanakan dengan adil dan telus.
Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, pertama, apakah mekanisme yang sedang atau akan diperkenalkan untuk mengelakkan potensi penyalahgunaan kuasa, pilih kasih atau layanan tidak setara antara pesalah ketika menentukan masa, tempat dan jenis khidmat untuk pesalah?
Kedua, adakah langkah seperti garis panduan, standard atau pemantauan oleh pihak ketiga bebas dipertimbangkan untuk memastikan pelaksanaannya yang saksama dan konsisten?
Ketiga, adakah pegawai PBT diberi latihan dalam pengurusan hukuman alternatif dan hak asasi manusia?
Akhirnya, fasal 3 dimasukkan sebagai seksyen baharu 121A ke dalam Akta 171 berkaitan kuasa pegawai PBT yang diberi kuasa secara bertulis untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat oleh seseorang pesalah.
Merujuk panel Reform International 2024, keberkesanan pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat banyak bergantung kepada integriti dan profesionalisme pegawai pengawasan termasuk latihan khusus dalam pengendalian pesalah bukan banduan. Namun begitu, seksyen 121A tidak memperincikan piawaian atau mekanisme akauntabiliti untuk pegawai PBT yang dilantik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat saya tutup mic.
Dr.Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Persoalan saya di sini, pertama, sejauh manakah pemberian kuasa pengawasan kepada pegawai PBT di bawah seksyen 121A menjamin pelaksanaan perintah khidmat masyarakat yang adil, profesional dan berorientasikan pemulihan khususnya dalam pemantauan bebas atau piawaian latihan pengawasan?
Akhirnya, berapakah anggaran kos pelaksanaan dasar perintah khidmat masyarakat atau penyediaan kemudahan awam oleh pihak PBT? Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya kira lima kali, akhirnya. Baik, berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat, Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. RUU ini merangkumi pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dan penguatkuasaan hukuman tambahan bagi hukuman sedia ada. Isu pembuangan sampah kecil walaupun nampak remeh dan kecil pada zahirnya tetapi ia memberi kesan yang besar dalam jangka masa panjang. Ia bukanlah isu baharu tetapi saban tahun kita melihat betapa seriusnya masalah pencemaran akibat sampah yang dibuang secara sebarangan ini. Tindakan tegas dan pendekatan yang lebih sistematik perlu diambil tegas dan kesedaran masyarakat dapat dibentuk dengan lebih berkesan.
Sebagai contoh, berdasarkan statistik audit sisa buangan semasa Program Hari Cuci Malaysia 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 September 2024 telah pun di rekod bahawa sebanyak 51.9 kilo sisa buangan terdiri daripada sisa makanan, 64.3 kilo adalah kertas, 127.6 kilo adalah plastik dan 541 batang puntung rokok ditemui, manakala 6.1 kilo adalah besi dan aluminium. Angka-angka ini menunjukkan bahawa sisa buangan yang kelihatan kecil sebenarnya terkumpul dalam jumlah yang amat besar.
Dalam hal ini, pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat merupakan satu usaha murni bagi mendidik masyarakat, bukan semata-mata untuk menghukum. Pendekatan ini sejajar dengan semangat pendidikan awam dan pemulihan yang lebih berkesan dalam jangka masa panjang. Justeru, saya bersetuju dengan pelaksanaan PKM bagi mereka yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil. Ia bukan saja mendidik tetapi juga memberikan pengajaran secara langsung kepada pesalah.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam pindaan, individu yang ditangkap kerana membuang sampah kecil akan dikenakan denda sehingga RM2,000 dan sekiranya didapati bersalah akan diarahkan menjalankan Perintah Khidmat Masyarakat tidak melebihi 12 jam.
Kegagalan mematuhi arahan ini pula boleh menyebabkan mereka dikenakan denda tambahan antara RM2,000 hingga RM10,000.
Walau bagaimanapun, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan satu alternatif kepada bayaran denda itu iaitu memperkenalkan konsep rumah hijau. Melalui pendekatan ini, jumlah denda yang dikenakan boleh disalurkan terus kepada tabung pemeliharaan alam sekitar, program komuniti hijau atau inisiatif kitar semula.
Dengan cara ini, hasil daripada denda tersebut dapat dimanfaatkan secara lebih berkesan dan menyumbang kepada pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar di negara kita.
Pada masa yang sama, pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat ini perlu dikaji dan dirancang secara menyeluruh dan adil. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah mechanism dan kriteria yang digunakan untuk menentukan jumlah jam
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
PKM? Adakah jumlah jam ini ditentukan secara tetap atau ia mengambil kira jenis dan kuantiti sampah kecil yang dibuang oleh pesalah? Adakah Perintah Khidmat Masyarakat ini akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan tahap kesalahan atau adakah satu pendekatan seragam digunakan untuk semua pesalah tanpa mengambil kira keadaan mereka? Persoalan ini penting untuk memastikan prinsip keadilan tidak diketepikan dalam pelaksanaan undang- undang.
Saya turut ingin menyentuh soal pemantauan dan pelaksanaan hukuman ini. Adakah kerajaan akan menubuhkan badan pemantauan khas untuk menyelia pelaksanaan PKM atau ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan atau PBT? Kita tidak mahu pelaksanaan ini menjadi medan salah guna kuasa, pembulian atau penghinaan kepada pesalah.
Ia perlu dijalankan dalam semangat mendidik, bukan menghukum secara membuta tuli. Kita perlu memastikan bahawa sebarang tindakan yang diambil bersifat telus, adil dan tidak selektif. Kita tidak mahu wujud persepsi bahawa hukuman yang dikenakan lebih bersifat membalas dendam kepada individu yang tersalah langkah.
Selain daripada itu, hukuman dan tindakan undang-undang pihak kerajaan juga harus menumpukan kepada aspek pendidikan dan kesedaran awam. Kita perlu memperkukuhkan program kitar semula yang melibatkan bahan-bahan seperti plastik, kertas dan aluminium. Kita juga harus memberi perhatian kepada infrastruktur. Kemudahan tong kitar semula yang mencukupi dan sistem pengurusan sisa yang efisien perlu disediakan terutamanya di kawasan bandar dan kawasan tumpuan awam. Tanpa kemudahan ini, masyarakat akan kekal tidak peka walaupun dididik secara teori. Oleh itu, saya menyambut baik pindaan Rang Undang-undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima Yang Berhormat Tanjong Piai, berikut dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya berdiri di sini untuk membahas Rang Undang-undang Kerajaan Tempatan, satu RUU yang pada asasnya bukan sekadar soal pindaan perundangan tetapi soal mengubah cara fikir kita semua.
Menurut seksyen baharu 104A, RUU ini memperkenalkan Perintah Khidmat Masyarakat.
Satu mekanisme di mana mahkamah boleh menjatuhkan hukuman kepada pesalah tertentu untuk menjalankan Khidmat Masyarakat dan bukan sekadar membayar denda. Sekilas pandang, ia mungkin tidak kedengaran luar biasa tetapi mari kita renungkan maknanya.
Daripada hanya membayar denda kerana membuang sampah, sekarang si pesalah perlu kembali ke lokasi dan membersihkan semula kekotoran yang mereka sendiri tinggalkan. Ini bukan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
sahaja memberi impak yang lebih bermakna dan bukan sekadar membayar denda tetapi ia membawa kesan yang lebih personal.
Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi pencerahan. Soalan saya, jika kenderaan syarikat buang sampah haram, adakah hanya pekerja yang kena ataupun majikan juga boleh dikenakan hukuman seperti kerja sosial ataupun PKM? Namun begitu, Dato’ Yang di- Pertua, idea yang baik belum tentu menjadi dasar yang berkesan. Jadi, kebimbangan saya, siapa yang akan pastikan pelaksanaannya berjaya?
Beban kini terletak di bahu pihak berkuasa tempatan. Jadi kalau menurutkan seksyen baharu 121A, “Seseorang pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat di bawah suatu Perintah Khidmat Masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 104A(1).” Jadi, mereka perlu menyusun jadual, menetapkan tugasan, menjamin keselamatan, mengawasi pesalah dan juga berhubung dengan mahkamah. Namun, RUU ini menyatakan bahawa kesan kewangan belum dapat ditentukan, ibarat memberi tugas baru tanpa menjamin peralatan atau gaji.
Jadi, PBT di bandar-bandar besar mungkin mampu menanganinya tetapi bagaimana dengan PBT kecil di kawasan luar bandar? Adakah kakitangannya sudah pun, orang kata, terlalu dibebankan dan juga boleh dikatakan bajet pun cukup-cukup makan. Adakah kita sedang menyediakan mereka untuk jaya atau untuk gagal?
Jadi satu lagi perkara, Perintah Khidmat Masyarakat ini dihadkan kepada hanya 12 jam dalam tempoh enam bulan. Ia bersamaan dengan tiga petang menyapu daun dan membersihkan longkang. Jadi, jika tugasan terlalu ringan atau lebih buruk, tiada makna. Pengajaran tidak akan melekat, ia hanya menjadi syarat formaliti, sedangkan apa yang kita perlukan adalah perubahan sikap, bukan setakat procedure. Namun begitu, masih ada pindaan yang saya cukup-cukup puji. Hakikat bahawa pesalah juvana diletakkan di bawah Akta Kanak-kanak menunjukkan keprihatinan yang wajar. Anak muda harus dipulihkan dan bukan hanya dihukum kerana kebarangkalian mereka tidak mampu memahami kesalahan yang telah dilakukan.
Jadi, justeru inilah pandangan saya. Saya menyokong RUU ini sebab saya mahu rakyat Malaysia rasa bangga terhadap persekitaran mereka. Saya mahu mereka membina generasi yang tidak melangkah melepasi sampah tetapi membongkok dan memungutnya. Namun, untuk semangat ini menjadi kenyataan, kita perlukan dua perkara. Satu, garis panduan yang jelas dan kedua, PBT yang diberi kuasa dan bukan dibebankan.
Dan izinkan saya akhiri dengan mesej kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang menonton.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Kalau kita biarkan fitnah berleluasa, kitalah yang akan hancurkan kepercayaan sesama kita. Kalau kita hina pemimpin yang baik, jangan hairan bila negara dipimpin oleh yang tamak.
Kalau kita asyik salahkan orang lain, sampai bila kita nak belajar untuk berubah. Sampah di jalan, bukan salah angin tapi tangan kita yang malas buang di tempatnya. Nak lihat mentaliti sesebuah bangsa, tengok cara mereka jaga tandas awam pun dah cukup.
Dengan ini, Bukit Bendera menyokong.
[Tepuk] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bendera. Berikut silakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi Bayan Baru pembahas terakhir ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada lagi Yang Berhormat, seorang lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ada Ampang juga ya? Okey, terima kasih. Kedua terakhir dan terakhir masuk ke senarai dalam RUU Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Dan saya juga berterima kasih kepada Menteri kerana dia duduk daripada RUU terdahulu sampai sekarang dan mendengar setiap perbahasan. Tahniah kepada Menteri [Tepuk] dan juga jangan lupa juga tahniah kepada Besut kerana Besut hanya seorang pembangkang yang berada dalam Dewan ini sahaja. The last man standing.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin – saya setuju dengan semua - segala pindaan RUU kepada Akta Kerajaan Tempatan ini. Ini adalah untuk menyelesaikan sampah-sampah yang kecil.
Tapi saya ingin menarik perhatian Menteri. Bagaimana pula dengan sampah-sampah yang besar? Dari segi – apa maksud saya sampah-sampah besar? Adalah sampah-sampah seperti kereta usang, yang besarnya dan juga motosikal usang yang selalunya diletakkan, dibuang begitu saja di parkir-parkir seluruh negara, terutamanya di kawasan-kawasan bandar.
Dan di sana terletaknya di dalam JMB, terutamanya rumah-rumah flat kos rendah, di mana parking-nya sudah tidak mencukupi tetapi dipenuhi dengan kereta-kereta usang. Dan ini menyebabkan masalah-masalah seperti nyamuk denggi, ular-ular dan sebagainya, banyak masalah yang besar kepada kesihatan awam.
Walau bagaimanapun, kita tidak mempunyai akta atau SOP atau garis panduan yang jelas untuk melupuskan sisa-sisa besar - sisa-sisa pejal besar seperti kereta usang dan motosikal usang. Dan itulah saya nampak bahawa ada keperluan. Menteri, saya minta Menteri bawa satu perubahan kepada wajah bandar kita, terutamanya kita ada Visit Malaysia Year seperti yang
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
dinyatakan oleh Menteri. Kalau kita lalu flat-flat yang lama, kita nampak kereta usang dan sebagainya. Memang sakit dipandanglah.
Jadi, saya ingin minta Menteri bantulah kami untuk membawa satu akta RUU atau perubahan, terutamanya melupuskan kereta-kereta usang. Sebab sekarang, dia punya SOP lama. Pertamanya, kita kena lapor kepada polis. Lepas polis, tiga bulan baru boleh datang siasat.
Letak notis pun kena tiga bulan. Lepas itu, PBT kata mereka tidak ada kuasa masuk ke JMB kerana kawasan JMB, tak ada kuasa. Dan lepas itu, dimaklumkan pula sebenarnya yard PBT tak ada tempat lain, tak ada ruang lagi lah, semua sudah penuh dengan kereta usang.
Bagaimana kita menyelesaikan kereta-kereta usang? Kita Malaysia ni penuh dengan kereta dan penuh juga dengan kereta usang, terutama yang di parkir-parkir sekitar bandar. Jadi, bolehkah Menteri bawa perubahan kepada ini? Ini hanya isu yang saya bangkitkan untuk perhatian Menteri. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, saya rasa Yang Berhormat Menteri pun dengar, ada kaitan dengan ini tak? [Sambil mengangkat blue bill] Jadi Yang Berhormat Menteri, tak perlu jawablah. Yang mana yang berkaitan. Peraturan 36(1) itu jelas. Tapi walau bagaimanapun kan - kita dengar dan Yang Berhormat Menteri jawablah mana yang relevan. Sekian, saya persilakan berikutnya - saya persilakan Yang Berhormat Ampang untuk berbahas.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya sebenarnya bersyukur kerana Ampang dapat peluang untuk membahaskan rang undang- undang ini di bawah Akta 171 yang mengambil maklum dua perkara tambahan. Bagaimanapun, saya rasa banyak perkara yang telah disinggung oleh pihak rakan-rakan dan juga Menteri juga telah tadi dah menjawab dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal.
Saya sebenarnya bila membaca perkara ini Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa dah sampai masa lah kita beralih daripada obligasi asyik membayar denda, dihukum, disita dan sebagainya. Akhirnya, kita bagi peluang kedua kepada masyarakat untuk sedar kesalahan- kesalahan ini sebenarnya boleh kita berikan mereka kefahaman bahawa kita semua ada obligasi sosial yang perlu kita perbetulkan.
Jadi, saya juga merasakan khidmat masyarakat ini sebenarnya tidak bercanggah dengan apa yang telah pun dikemukakan dalam akta Persekutuan. Kerana dalam Perlembagaan Persekutuan - kerana bagi apa yang saya dah maklumkan bahawa Perkara 6(3) “...kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada suatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa”. Jadi, saya
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
rasa dah sampai masanya kita menggunakan klausa ini untuk mengambil tindakan-tindakan susulan.
Apa pun, saya ingin mengatakan di sini, corrective work order ini, dengan izin, ataupun khidmat masyarakat ini perlulah kita tengok satu usaha yang sepatutnya perlu kita ada tanggungjawab memupuk. Walau bagaimanapun, saya ada sedikit kebimbangan. Kerana bagi saya, apa yang saya lihat, keghairahan ini nanti akan boleh mengundang beberapa perkara jika ya, PBT tidak mempunyai pemerkasaan yang baik sama ada dalam bentuk kakitangan yang mencukupi ataupun kemahiran kakitangan itu sendiri.
Terutama dalam konteks mereka sendiri tidak dibekalkan dengan ilmu – apa ni, sosial ataupun pekerja sosial yang baik. Kerana bagi kita, ini bukan sesuatu budaya yang biasa yang ada di PBT. Kerana di PBT itu biasanya kita sita, kita tangkap orang sebab tak ada lesen, kan?
Salah guna dan sebagainya. Kali ini adalah khidmat masyarakat.
Jadi, saya nak tanya pada Menteri. Apakah dengan adanya khidmat masyarakat ini nanti, kita akan selarikan dengan Akta Pekerja Sosial yang akan diadakan oleh – saya dengar daripada KPW yang akan dilaksanakan? Dan saya mencadangkan supaya KPKT mesti mengambil maklum bahawa pegawai-pegawai yang diberikan kuasa itu nanti perlulah diberikan satu ilmu ataupun kompetensi untuk mereka boleh memastikan bahawa usaha-usaha ini boleh mengalih kepada attitude yang lebih baik. Pertama.
Yang keduanya, saya nampak pekerja-pekerja yang sosial ini – yang kompeten ini perlulah mengambil tahu bahawa ada obligasi mereka terhadap akta. Terutamanya bila kita berkaitan dengan insiden ataupun perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak di bawah Akta 611. Ya, agak sensitif ya. Kerana akta ini ataupun di bawah umur 18 tahun ini, banyak perkara yang perlu – fragile, yang perlu ditangani.
Jadi untuk itu, saya ingin tanyalah. Apakah kalau ada – telah ada mekanisme yang perlu dibuat? Dan kalau boleh, selari dengan peruntukan yang sedia ada bahawa khidmat masyarakat ini hanya tertakluk kepada kanak-kanak 12 hingga 18 tahun. Bila disebut umum saja itu, 18 ke bawah. Saya harap ia tidak diguna pakai kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun kerana dia ada obligasi yang lain yang perlu dilaksanakan.
Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya lihat akta ini nanti akan meringankan beban sedikit pada sistem kehakiman, terutama pada kes-kes kecil yang melibatkan denda-denda yang tak melebihi RM200. Jadi, tak semualah nak pergi ke mahkamah. Jadi dengan ini, saya rasa di pihak di peringkat PBT ataupun kerajaan tempatan boleh menyelesaikan urusan ini. Tetapi concern saya, dengan izin, masih lagi, apakah pihak berkuasa tempatan mampu untuk melaksanakan perkara ini? Jika di antara perkara yang paling besar, tidak ada element infrastructure yang baik seperti CCTV diselarikan juga, ianya nanti agak susah untuk kita laksanakan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Itu juga saya ingin mengatakan di sini akhirnya adalah saya mengharapkan juga supaya akta ini dibuat secara keseluruhan. Dan saya menampakkan bahawa dengan memberikan kuasa yang lebih kepada KPKT, saya rasa KPKT boleh memainkan peranan. Tetapi kita dengar ada kekangan sebab walaupun kalau kata kerajaan tempatan tetapi kerajaan tempatan belum dilaksanakan secara sepenuhnya. Maka, saya mengharapkan supaya ianya perlu dilihat juga ke arah untuk memperkasakan sepenuhnya kerajaan tempatan itu.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Oleh itu, sesungguhnya undang-undang ini saya rasa menepati bukannya sekadar menghukum. Jadi, saya mengharapkan supaya matlamat mendidik dan membina masyarakat madani dapat kita laksanakan.
Dengan ini, Ampang menyokong...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Menteri, lapan orang telah berbahas. Sekarang masa tiba untuk Yang Berhormat Menteri menjawab 10 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan juga ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta memberikan pandangan yang bernas dalam perbahasan Rang Undang-undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025 yang berlangsung di Dewan yang mulia ini. Sejak pukul 3.30 saya duduk di sini mendengar dengan tekun dan teliti. Lima jam. Saya ucap tahniah dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang masih lagi bertahan, berdaya tahan dan juga satu-satu wakil pembangkang masih dalam Dewan ini.
Saya mengambil maklum bahawa seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan isu berkaitan pindaan kepada Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 [Akta 171], khususnya mengenai pelaksanaan perintah khidmat masyarakat bagi kesalahan melanggar undang-undang kecil di bawah sub perenggan 73(1)(a)(ii) akta tersebut. Segala pandangan yang dikemukakan mencerminkan harapan tinggi terhadap peranan pihak berkuasa tempatan sebagai barisan hadapan dalam membentuk komuniti Malaysia, negara yang bersih, sihat, hijau dan sejahtera.
Perlu ditegaskan bahawa pindaan kepada Akta 171 ini sebenarnya merupakan suatu pindaan berbangkit iaitu daripada pindaan Akta 672 yang baru sahaja diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebentar tadi. Justeru, tanpa perlu melengahkan ucapan penggulungan ini, saya
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
mohon izin Tuan Yang di-Pertua terus menjawab kepada isu-isu perbahasan yang telah pun dibangkitkan tadi oleh Ahli Yang Berhormat.
Pertama, tentang Bakri. Yang Berhormat Bakri telah pun bangkitkan bahawa sokongan undang-undang ini untuk membentuk budaya menjaga kebersihan― ya. Seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI berteraskan kepada kemampanan dan kesejahteraan masyarakat sebagai tonggak utama, KPKT yakin bahawa pelaksanaan perintah khidmat masyarakat memang berupaya membentuk generasi muda yang berdisiplin dan mementingkan aspek kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Berbanding dengan hukuman penjara, kompaun, seterus, sebenarnya hukuman khidmat masyarakat ini lebih jurus untuk memupuk keinsafan. Apabila mereka dihukum buat hukuman masyarakat sambil sapu jalan 12 jam sambil cuci longkang, sambil cuci tandas, mereka yang disabit kesalahan, ia akan menimbulkan keinsafan. Itu kita berikan peluang dalam sebagai satu proses pemulihan seorang insan supaya dia dari segi keugamaan dia ada akhlak dan juga akidah.
Okey, akhlak itu sangat penting untuk sebuah negara itu menuju menjadi sebuah negara madani supaya rakyat itu perlu berakhlak mulia. Dan sebahagian daripada akhlak mulia itu adalah tanggungjawab rasa kebertanggungjawaban untuk menjaga kebersihan awam.
Oleh kerana itu, memang kita akan melakukan pelbagai langkah proaktif untuk pastikan pelaksanaan yang efektif seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Antara mekanisme pemantauan dan pengawasan yang sedang dipertimbangkan termasuk kerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dengan penggunaan CCTV termasuk teknologi AI yang canggih, facial recognition dan lain-lain.
Saya bagi contoh. Seperti di Putrajaya, kita sudah memasang command centre.
Command centre itu dengan ribuan CCTV ini, maka siapa-siapa yang buat sampah, imej itu it will be captured by CCTV dengan high-definition CCTV. Maka itu boleh mampu dikemukakan sebagai keterangan dalam mahkamah untuk mensabit kesalahan.
Cadangan ini, kita akan― sudah tentunya ia melibatkan kos dan juga implikasi kewangan. Tapi, sebagai sebuah negara yang ingin menuju menjadi negara maju, sudah tentunya ia merupakan satu national key strategic investment yang perlu kita pikul bersama.
YB Temerloh tentang pesalah kanak-kanak. Perlu mesra kanak-kanak, tidak membawa aib kepada mereka ― memang. Pindaan akta ini jelas. Pegawai PBT perlu diberi pembangunan kapasiti dalam menangani pesalah dalam kalangan kanak-kanak. Mereka perlu faham sepenuhnya, bukan sahaja peruntukan dalam Akta 171 tetapi juga Akta Kanak-kanak 2001 iaitu Akta 611.
Hal ini telah pun diambil kira dalam pelan pelaksanaan oleh kementerian untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan bukan sekadar di atas kertas.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Selepas rang undang-undang ini diluluskan di Dewan yang mulia ini, Jabatan Kerajaan Tempatan bersama dengan SWCorp dan JPSBN, mereka akan bermusyarakah berbincang untuk keluarkan garis panduan dan SOP supaya semua PBT itu akan mengambil kira dan juga mengguna pakai SOP tersebut untuk pastikan keadilan sosial kepada semua.
Dan Pasir Gudang― Pasir Gudang menyifatkan hukuman khidmat masyarakat sebagai penghambaan ataupun slavery. Itu, saya― I beg to differ. Ini Perlembagaan Persekutuan itu walaupun menjamin kebebasan asasi, tetapi mana-mana kesalahan yang disabit oleh mahkamah tidak boleh dianggap sebagai satu penghambaan ataupun slavery. Ini jelas. Maka, isu tersebut sebenarnya tidak timbul. Okey.
Selain daripada itu, Jerlun telah pun tanya siapa diberi kuasa, adakah mahkamah dilengkapi kemahiran. Okey. Bagi memastikan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat yang teratur, pihak kerajaan telah merancang beberapa strategi untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan oleh PBT.
Pertama, peningkatan kakitangan. Penambahan bilangan pegawai yang diberi kuasa untuk penguatkuasaan dan pemantauan tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan agensi pusat. Bagaimanapun, memang ini abad ke-21, dengan izin, all of us has to be multi-tasking.
Oleh kerana itu, pegawai penguat kuasa undang-undang di peringkat PBT tambah dengan satu skop khidmat masyarakat― sebenarnya kerjanya sifat yang sama juga. Cuma, dia di― kuasanya diperluaskan supaya mereka dibenarkan untuk mengenakan hukuman khidmat masyarakat. Itu sama juga dengan kuasanya untuk melakukan penguatkuasaan terhadap peniaga tanpa lesen dan lain-lain. Oleh kerana itu, ini adalah memang sedia daripada satu skop kerja, tugas.
Bagaimanapun, kita akan membantu untuk memberikan pembangunan kapasiti, kerjasama antara agensi, penggunaan teknologi terkini serta perancangan dan pengurusan sumber yang cekap. Ini adalah antara yang telah pun sedang dirancang dan bakal dilaksanakan.
Perintah khidmat masyarakat ini bertujuan memberikan, seperti yang saya katakan tadi, memang untuk memberikan penginsafan dan kesedaran kepada masyarakat terhadap kebersihan awam.
Maka, seterusnya berkaitan dengan cadangan Tanjong Piai di mana― betul, akta ini akan memberikan kuasa sebenarnya mahkamah. Mahkamah akan menetapkan jumlah masa, hukuman berdasarkan pertimbangan berkaitan dengan jenis kesalahan, keadaan fizikal dan mental pesalah. Bagi memastikan pelaksanaan undang-undang yang berkesan, sudah mestinya kapasiti sumber manusia dan keupayaan PBT dalam menjalankan tugas perlu diberikan perhatian.
Selain itu, aspek peralatan dan kelengkapan juga perlu dipastikan seiring dengan keperluan bagi menguatkuasakan akta termasuk penyediaan tong sampah yang lebih banyak.
Meskipun ia melibatkan peruntukan sumber tambahan, KPKT berpandangan bahawa langkah ini merupakan satu bentuk pelaburan strategik yang tidak dapat dielakkan demi memastikan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
keberkesanan jangka panjang rang undang-undang ini. Perincian lanjut berkaitan keperluan sumber dan pelaksanaan akan diteliti dan dimuktamadkan.
YB Bukit Bendera― okey. Di mana saya sukacita nak jawab iaitu kerajaan melalui KPKT sedang melaksanakan kempen komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
That means that dengan izin, Communication Education and Public Awareness (CEPA) secara berterusan bagi mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dan kebersihan. So, dengan salah satu aspek CEPA saya hendak menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat buatlah TikTok, video, macam-macam posting dekat social media untuk membantu kerajaan memupuk kesedaran kerana ia melibatkan kerjasama semua pihak.
It’s actually take a whole nation approach. It is not an isolated effort, dengan izin supaya semua bekerja sebagai satu pasukan. Kerajaan telah mula akan terus meningkatkan usaha untuk memaklumkan perkara ini melalui pelbagai saluran merangkumi media arus perdana, merangkumi TV, radio, surat khabar serta posting di media sosial yang lebih mudah untuk dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
Bayan Baru, pandangan Yang Berhormat Bayan Baru amat bernas. Kementerian sememangnya sedang meneliti hal tentang kereta-kereta usang dengan lebih mendalam supaya tindakan dapat diambil dengan lebih teratur. Untuk makluman Bayan Baru dan Dewan yang mulia ini KPKT sedang berbincang rancak dengan MOT, Kementerian Pengangkutan supaya kereta-kereta yang usang berusia khususnya telah wujud sejak zaman P. Ramlee itu wajib dilupuskan mengikut cara dan tatatertib yang telah pun ditetapkan supaya ia tidak lagi menjadi wabak pembiakan nyamuk Aedes serta lain-lain.
YB Ampang, terima kasih di mana telah membangkitkan beberapa isu untuk menjawab bagi memastikan kerajaan dapat melaksanakan perintah khidmat masyarakat secara seragam di semua tempat. Kerajaan melalui KPKT telah menyediakan garis panduan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat. Garis panduan ini telah menerangkan berhubung mekanisme pelaksanaan secara jelas merangkumi prosedur penguatkuasaan. Oleh kerana itu, mahkamah diberikan kuasa menjatuhkan hukuman dan kita akan terus — untuk tuan.
Sedikit lagi sahaja, saya di sini sekali lagi saya rasa semua persoalan yang di bahas telah pun saya jawab dan saya merakamkan penghargaan di mana jelas ini mendapat sokongan seisi Dewan, untuk melaksanakan hukuman pihak khidmat masyarakat dan dengan ini saya sekali lagi mohon mencadangkan dan saya mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua.
Adalah penting kita mengadakan belas kasihan kepada pekerja-pekerja pembersihan kita yang bekerja bersusah payah untuk menjaga kebersihan. Mereka – usaha, jasa, bakti, pengorbanan mereka this adalah unsung heroes which must be appreciated.
[Tepuk]
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Aunty-aunty, makcik itu yang cuci tandas, yang potong rumput, yang untuk cuci longkang itu wajib kita berikan penghormatan kerana merekalah kita negara kita bersih, alam sekitar kita lestari. Dan usaha mereka ini sudah tentunya tidak harus dibebankan lagi dengan makhluk- makhluk ataupun mereka yang sekelompok mereka yang tidak bertanggungjawab buang sampah merata tempat. Ini bukan jaman batu, ini jaman abad ke-21. Oleh kerana itu, saya mohon menyusulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 3 – Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak ada perbahasan. Fasal- fasal...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dato’.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya perlu..
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat hendak...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Berbahas, sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berbahas, baik. Saya bagi 3 minit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, sikit sahaja. Hadir sahaja tak berbahas pun tak elok juga.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tapi saya nak ingatkan ya, 36(1).
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, betul. Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Topik khusus yang ini sahaja.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, yang pertama ini Pengerusi, seksyen baharu 104A ini, yang fasal 2 subseksyen baharu 104A(1). Persoalan yang saya ingin timbulkan di sini, adakah perintah khidmat masyarakat ini merupakan hukuman berganda iaitu dua bentuk hukuman serentak. Bermaksudnya kalau ada hukuman penjara, ada hukuman
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
denda. Biasanya dalam hukuman disebut hendaklah dipenjara atau denda, hendaklah dipenjara dan denda tetapi ini disebut. Wording yang digunakan adalah sebagai tambahan. Tidak pernah saya tengok akta sebelum ini yang disebut ada tambahan kepada hukuman yang didraf.
Maksudnya kalau hendak denda, denda dan juga penjara. Itu yang saya maksudkan.
Dan, subseksyen 104A(2) mahkamah ini diberi kuasa untuk menimbang ya keadaan fizikal dan juga mental orang yang disabit. Jadi, persoalan yang saya hendak sebutkan di sini, adakah pertimbangan itu merupakan hanya suatu prosedur kosmetik sahaja ya. Maknanya, dia tentukan fizikal dia. Tempang ke ataupun sebagainya dan dia nampak macam tak berapa betul, dia akan tentukan mempertimbangkan sebagai orang yang keadaan fizikalnya tak boleh nak meneruskan khidmat masyarakat.
Jadi, saya nak nyatakan bahawa tiada nya mechanism yang telus diambil. Makna, tidak ada dalam mahkamah itu dinyatakan dengan jelas, hendaklah dibantu. Dibantu oleh pakar-pakar yang untuk menentukan keadaan fizikalnya juga mental, sebab kalau kita lihat mahkamah ini bukan dia pakar dalam bab-bab begini ya.
Kalau dalam kes undang-undang tanah pun, pengambilan tanah kalau kita tengok, dia akan diapit oleh pengapit. Dua orang pengapit. Inilah yang saya cuba maksudkan dan yang akhir subseksyen 104A(3) kuasa-kuasa yang diberi kepada pegawai-pegawai ini. PBT, biasanya kalau kuasa diberi hendaklah dijalankan secara saya cadangkan hendaklah dijalankan secara adil dan telus ya.
Sebab kita akan lihat kalau ada kuasa biasanya akan ada potensi penyalahgunaan kuasa itu sendiri. Ada mungkin, ada pilih kasih dan sebagainya. Jadi persoalannya, saya hendak tanya apa mekanisme yang ada untuk menentukan supaya mereka ini tidak menyalahgunakan kuasa dalam menentukan khidmat masyarakat yang ditentukan. Itu sahaja, terima kasih, Dato' Yang di- Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat.
Silakan, Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat Besut yang telah pun bahas dalam peringkat Jawatankuasa. Dua isu ditimbulkan iaitu pertama adakah rang undang-undang ini mengenakan hukuman berganda? Sukacita saya hendak perbetulkan takrifan akta jelas ia adalah untuk mengenakan kedua-dua bentuk hukuman iaitu denda dan perintah khidmat masyarakat. Ini perkara biasa, semua akta pun sama ada disabit kesalahan dijatuhkan hukuman denda, penjara ataupun di sabitan. Itu pun tidak dianggap sebagai hukuman berganda kerana mahkamah mempunyai budi bicara untuk tentukan.
Yang kedua tentang mental dan fizikal pesalah. Klausa ini bersifat manusiawi dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Dia bukan bersifat kosmetik dan memang sekiranya mahkamah merasa perlu, katakan itu OKU, katakan warga emas, maka — adakah pesakit
Tuan Nga Kor Ming
mental, maka mahkamah ada budi bicara untuk melantik mana-mana pakar perubatan untuk membantu mahkamah.
Tuan Nga Kor Ming
Itu adalah amalan biasa. Dalam semua kes prosiding, Yang Berhormat Besut sebagai mantan Hakim Mahkamah Sesyen, memang arif dalam soal ini, cuma dia nak cuba menguji Menteri pada waktu malam. Itulah hasrat nawaitu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, jangan, ini salah sangka ini.
Sangkaan buruk.
Tuan Nga Kor Ming
Ini bukan sangkaan buruk, ini pujian. Ini memang, saya rasa saya dah jawablah, straightforward.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak. Maksud saya, sekarang okay, kita dah ada akta.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 42 itu jelas.
Saya bercakap, dengar. Keputusan saya, saya nak teruskan dengan prosiding kerana saya guna Peraturan 37(2). Teruskan Yang Berhormat, saya nak tutup.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat, Menteri.
[****Fasal-fasal 1 hingga 3** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu) dan diluluskan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 22 Julai 2025. [Mengetuk tukul].
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.42 malam]