May052025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
MESYUARAT KHAS DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat pagi, salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan kepada saya pada 22 April 2025; supaya diadakan satu mesyuarat khas pada hari ini, Isnin 5 Mei 2025, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Mesyuarat, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Urusan mesyuarat hari ini adalah penerangan daripada Perdana Menteri berhubung dengan kesan pengumuman terkini Kerajaan Amerika Syarikat berkenaan tarif baharu import terhadap ekonomi negara dan tindak balas kerajaan dalam perkara ini. Saya membenarkan Ahli Yang Berhormat untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan semasa penerangan daripada Perdana Menteri ini. Seterusnya Yang Amat Berhormat Menteri akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat, bersama-sama kita di Dewan ini, Dewan yang mulia ini adalah Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Negara, [Tepuk] Ahli-ahli Dewan Negara serta Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri.

[Tepuk] Yang Berhormat, dalam kesempatan ini juga dan dengan perasaan yang amat dukacita serta penuh kesedihan, saya merakamkan bahawa Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 14 April 2025.

Allahyarham merupakan seorang tokoh negarawan, pemimpin yang ulung berjiwa rakyat dan besar jasa serta sumbangannya kepada negara. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar, yang amat dirasai segenap lapisan masyarakat di negara ini. Saya bagi pihak Dato’ Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta bagi pihak Parlimen Malaysia seluruhnya mengucapkan setinggi-tinggi

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham dan untuk mengenang jasa Allahyarham, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dan semua hadirin sekalian berdiri bersama-sama saya. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat dan hadirin yang beragama Islam, diharap dapat menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan kepada yang bukan beragama Islam, diminta bertafakur untuk seminit. Al-Fatihah.

Hadirin semua berdiri.

draft • 11:00 AM

[Dewan bangun dan bertafakur selama satu minit]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM
PENERANGAN DARIPADA YAB PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
KESAN PENGUMUMAN AMERIKA SYARIKAT BERKENAAN TARIF BAHARU IMPORT

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberikan keterangan di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i). Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Speaker Dewan-dewan Negeri, saya mulakan untuk melahirkan ucapan takziah ke atas pemergian Almarhum Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri, anak Kepala Batas, Pulau Pinang dan menjadi Perdana Menteri yang telah menabur jasa dan khidmat cemerlang kepada negara.

Tun Abdullah Badawi adalah seorang yang mempunyai susuk yang sederhana tapi telah merangka beberapa pembaharuan awal reformasi termasuk Parlimen yang akan dikenang sepanjang zaman. Negara telah memberikan penghormatan tertinggi untuk disemadikan roh Yang Amat Berhormat Tun Abdullah di Makam Pahlawan. Bagi pihak kerajaan, saya percaya rakyat Malaysia, kita merakamkan takziah kepada keluarganya dan mohon kepada Allah SWT mudah-mudahan roh disemadikan bersama kalangan orang yang soleh.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ucap terima kasih kerana kesempatan diberikan untuk memberikan penjelasan mutakhir tentang keputusan tarif import yang tidak terduga, yang menggugat bukan sahaja Malaysia tapi sistem perdagangan dunia.

draft • 11:08 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Tarif import ini maksudnya keputusan unilateral Amerika Syarikat mengenakan kadar cukai yang membebankan sehingga memberi tekanan dan halangan kepada negara pengeksport. Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump mengumumkan langkah-langkah tarif timbal balas kepada hampir semua negara termasuk Malaysia. Malaysia dikenakan tarif 24 peratus walaupun kadar ini ditangguhkan untuk tempoh 90 hari dengan mengenakan kadar asas sementara 10 peratus dan sepertimana dimaklumkan, eksport terbesar kita di bidang semikonduktor setakat ini dikecualikan.

Tetapi kita berpandangan seperti juga rakan-rakan kita ASEAN bahawa kurang wajar tindakan itu diambil kerana bertentangan dengan keputusan Pertubuhan Perdagangan Dunia yang diasaskan oleh kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat sendiri pada tahun 1948.

Ini tentunya akan membebankan negara-negara berkembang terutama Global South dengan negara selatan*.

The strong do what they can, and the weak suffer what they must*. Ini satu kenyataan sejak zaman Thucydides dalam History of the Peloponnesian War. Sebab itu diadakan sidang khas ini supaya Kerajaan MADANI dapat menjelaskan ikhtiar-ikhtiar sedang diambil dan mohon kesepakatan bersama dengan mendengar cadangan balas Ahli-ahli Parlimen untuk kita kemas kini.

Negara yang sehaluan dengan kita meneruskan perbincangan yang agresif. ini termasuk ASEAN, China, Jepun dan negara-negara serantau. Insya-Allah, akhir bulan ini kita adakan Sidang Kemuncak ASEAN bersama-sama Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China dan tentunya perkara ini juga akan menjadi agenda utama. Kita jangka akan memuktamadkan rundingan penambahbaikan perjanjian perdagangan bebas FTA ASEAN-China dalam masa terdekat.

Jadi, kita membuka ruang mempelbagaikan pasaran. Daya tahan ekonomi domestik dan keyakinan itu perlu. Kita tidak harus terjebak dengan tekanan atau merasa sesak dengan tekanan luar. Kita punya angka dan data yang mampu dikendali dan dimanfaatkan dengan bijak dan kita harus yakin sepertimana tertera dalam Al-Quran Karim dan surah Al-Syuura 42(12). [Membaca ayat Al-Quran] “Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga yang menyempitkan; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Perlu ditegaskan bahawa asas ekonomi yang kukuh dan apa yang kita ungkapkan sebagai economic resilience, domestic economic resilience, kita mampu mendepani masalah ini.

Ini melibatkan reformasi struktur, di bawah Kerangka Ekonomi MADANI. Ini kerana setelah melihat mikroekonomi negara, kita berjaya mencatat pertumbuhan KDNK 5.1 peratus pada tahun lalu. Mengurangkan defisit fiskal dari 5.5 peratus 2022 kepada lima peratus 2023 dan 4.1 peratus defisit fiskal tahun lalu. Unjuran kita bagi 2025 adalah 3.8.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Kadar inflasi 1.8 peratus ketimbang 2.5 peratus tahun 2023. Kadar pengangguran kekal rendah pada 3.3 peratus. Pelaburan yang diluluskan bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM378.5 bilion iaitu paras tertinggi tercatat dalam sejarah negara.

[Tepuk] Jumlah perdagangan 2024, RM2.9 trilion ringgit iaitu peningkatan 9.2 peratus ketimbang 2023. Eksport meningkat 5.7 peratus kepada RM1.5 trilion. Import meningkat 13.2 peratus hampir RM1.4 trilion. Jadi, prestasi kukuh ini menghasilkan lebihan dagangan RM137 bilion berturut-turut selama 27 tahun sejak 1998.

Dengan Amerika Syarikat, jumlah perdagangan pada tahun 2024 dengan Amerika Syarikat itu tinggi. Rekod RM325 bilion iaitu 11 peratus daripada jumlah perdagangan. Amerika Syarikat juga merupakan destinasi terbesar bagi eksport barangan Malaysia berjumlah RM199 bilion iaitu 13 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Manakala import dari Amerika Syarikat mencecah RM126 bilion, sembilan peratus daripada jumlah import Malaysia. Kita punyai lebihan dagangan sebanyak RM72 bilion.

Saya sebut perkara ini untuk menunjukkan bahawa apa saja keputusan Amerika Syarikat jika tidak dikendali dengan berhemah dan bijaksana tentu akan memberikan kesan kerana jumlah, saya katakan pelaburan Amerika Syarikat keseluruhannya RM166 bilion yang telah mewujudkan 200,000 pekerjaan di negara ini. Tetapi pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat juga tidak kecil. Pelaburan Malaysia yang diluluskan di Amerika Syarikat itu lebih RM35 bilion keseluruhannya, sektor tenaga, bahan kimia, makanan, logistik dan teknologi tinggi. Pelaburan berkaitan kerajaan dalam bon dan pasaran modal mencecah RM182.7 bilion iaitu USD43.5 bilion, jadi juga tidak kecil.

Oleh itu, kerajaan menolak dakwaan Amerika Syarikat bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import Amerika Syarikat ke Malaysia. Ini tidak benar dan disanggah oleh kebanyakan negara kerana jumlah import Amerika Syarikat dari Malaysia 2024, itu mesti diukur dan secara menyeluruh dan tidak digunakan sebagai asas untuk mengenakan tarif timbal balas 24 peratus ya. Jadi kita menganggap pengiraan ini tidak mencerminkan tahap tarif sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh. Wakil kita, Menteri MITI perdagangan, telah kemukakan langsung kepada pimpinan Amerika dalam isu tersebut.

Secara purata, tarif yang dikenakan ke atas import barangan Amerika Syarikat hanyalah pada kadar 5.6 peratus. Ini diakui oleh Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat dalam Laporan 2025 National Trade Estimate Report on Foreign Trade Barriers of the President of United States on the Trade Agreements Program yang diterbitkan pada 31 Mac 2025.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Kerajaan mengambil serius tindakan pengenaan tarif timbal balik (reciprocal tariff). Oleh itu, kita mengambil kira kepentingan Amerika Syarikat sebagai destinasi eksport dan sumber pelaburan terbesar. Kita berpendirian untuk meneruskan perbincangan secara pragmatik dan

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

berteraskan kepentingan negara di samping mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dagang Malaysia.

Jadi, kita telah membuat keputusan yang alhamdulillah bermakna kerana tidak hanya bergantung kepada satu pasaran besar. Dalam beberapa tahun ini kita telah secara agresif membuka ruang perdagangan baru menjelajah ke seluruh dunia, mencari rakan dagang baharu termasuk GCC negara Teluk yang alhamdulillah akan hadir dalam persidangan akhir tahun ini dengan negara China, Jepun, Korea dan lain-lain dan BRICS kerana kita dapat menembusi pasaran Mesir umpamanya, Brazil dan Afrika Selatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita juga menekankan tentang keperluan meningkatkan Intra- ASEAN trade. Peningkatannya itu tidak terlalu melonjak tinggi, 4.2 peratus dan kepada Kesatuan Eropah (EU) meningkat kepada 2.6 peratus. Satu kesan positif ialah kesediaan EU untuk menyegerakan FTA Malaysia EU dan berikutnya ASEAN-EU. Sepertimana saya sebut tadi, peningkatan eksport ke pasaran bukan tradisional pada 2024 itu membanggakan.

Saya sebut tadi tentang Mesir. Dengan negara Mesir, peningkatannya ialah 53.6 peratus.

Pakistan, 29 peratus peningkatan dan Kemboja 30.1 peratus. Ini menunjukkan bahawa lawatan- lawatan ke luar negara membuka pasaran baru. Peru, Brazil umpamanya memberi ruang kepada syarikat kita dan juga eksport barangan kita.

Soal sekarang ialah impak ke atas eksport Malaysia dengan tarif Amerika Syarikat. Pada tahun lalu umpamanya, produk elektrik dan elektronik (E&E) merupakan eksport utama yang menyumbang hampir 60 peratus eksport Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu RM119.9 bilion ke Amerika Syarikat. Walaupun sekarang ini dikecualikan tapi kita harus pantau dengan teliti kerana apa-apa keputusan yang melibatkan E&E import ke Amerika Syarikat tentunya akan menjejaskan pengeluaran bidang semikonduktor E&E di Malaysia.

Yang penting ialah bahawa Kerajaan MADANI harus membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh serta mempelbagai produk dan pasaran eksport negara. Kita amalkan ekonomi terbuka dan oleh yang demikian, selain daripada meneruskan urusan dagang pelaburan dengan Amerika Syarikat, kita harus lebih bersungguh-sungguh membuka ruang dan pasaran baharu.

Suatu hal yang memprihatinkan ialah angka-angka terkini mengenai pertumbuhan ekonomi dunia yang dijangka menurut IMF World Economic Outlook antara bulan April dan Januari 2025 akan lebih sederhana. Ekonomi global telah disemak dari segi unjuran pertumbuhan kepada 2.8 peratus ketimbang 3.3 peratus sebelumnya. Unjuran pertumbuhan Amerika Syarikat turun daripada 2.7 kepada 1.8; Indonesia dari 5.1 kepada 4.7; Thailand dari 2.9 kepada 1.8; Malaysia dari 4.7 kepada 4.1.

Jadi, sekarang kita sendiri pantau apakah kesan sekiranya berlaku kerana pengumuman Presiden Trump adalah menangguhkan pelaksanaan selama 90 hari dan memberi ruang kepada

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

perbincangan yang lebih teliti dan menyeluruh. Walaupun saya tidak dapat mengumumkan proses secara terperinci kerana semua perbincangan yang diadakan baru-baru ini termasuk oleh rombongan yang diketuai oleh Menteri MITI, ini kerana terikat dengan non-disclosure agreement

(NDA). Ini amalan antarabangsa.

Mana-mana perjanjian sebelum dimuktamadkan itu mesti jaga kerahsiaan tetapi tentunya sebaik dimeterai kita akan memaklumkan kepada Jemaah Menteri dan seterusnya kepada Parlimen. Tetapi seperti mana saya sebut, sekarang Kementerian Kewangan, Bank Negara dan badan-badan bertanggungjawab terpaksa meneliti semula secara dekat dan terperinci tentang unjuran dan kesannya kepada sektor dan juga kepada ekonomi secara menyeluruh.

Kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dengan mengambil beberapa ikhtiar awal.

Umpamanya menubuhkan Pusat Tindakan Geoekonomi Negara yang melibatkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan lain-lain yang saya pengerusikan untuk memastikan kita mengikuti perkembangan secara dekat dan dalam masa singkat ini pun telah kita adakan sidang sebanyak tiga kali.

Pada 10 April yang lalu, Malaysia menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri-menteri Ekonomi ASEAN mengenai tarif timbal balas Amerika Syarikat. Jadi, kita agak proaktif dan kerjasama Menteri ASEAN kita hargai kerana memberikan suatu komitmen untuk mengadakan perbincangan sementara ada dua hala (bilateral), ada juga konsensus supaya kita dapat mengemukakan dalam rundingan dengan Amerika Syarikat, pandangan ASEAN dan strategi yang diambil oleh ASEAN.

Kita lebih bimbang kerana kesan kepada PKS dan juga kestabilan ekonomi ASEAN.

Tetapi ASEAN secara senada setuju langkah yang lebih berhemah adalah untuk meneruskan rundingan dua hala dan peringkat ASEAN dan tidak mengambil tindakan balas kepada Amerika Syarikat kerana perkara ini masih awal belum dimuktamadkan. Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN juga telah diwujudkan. Ini pertama kali kerjasama kesepakatan di antara negara-negara ASEAN untuk mengadakan strategi bersama dalam menghadapi Amerika Syarikat. Pada 19 Mei akan datang, Menteri-menteri Perdagangan ASEAN dijadual mengadakan pertemuan dengan negara China.

Awal April juga kita mengadakan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor Negara, Bank Negara ASEAN dengan penekanan dan maksud yang sama. Sepertimana yang saya sebut sebentar tadi Tan Sri Yang di-Pertua, lawatan kerja oleh Yang Berhormat Menteri MITI, pendek tetapi berkesan dan cepat diberi layanan. Kita merupakan di antara 18 buah negara yang setakat ini berjaya mengadakan mesyuarat dengan pihak Amerika Syarikat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Setakat ini, tawaran Malaysia kepada Amerika Syarikat termasuklah menangani halangan bukan tarif yang disenaraikan dalam National Trade Estimate Report 2025 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Tapi yang menarik ialah pertemuan rombongan kita yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri MITI dengan Ambassador Jamieson Greer, United States Trade Representative dan Tuan Yang Terutama Howard Lutnick, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat. Maklum balas amat positif dari kerajaan Amerika Syarikat. Jemaah Menteri dan NGCC telah bersetuju supaya rundingan itu diteruskan dengan prinsip-prinsip yang kita sepakati.

Perbincangan juga saya adakan melalui perbualan telefon berkali-kali dengan rakan-rakan sejawat ASEAN mulai 28 April yang lalu supaya pandangan kita itu merupakan pandangan bersama sebagai satu kekuatan blok ekonomi yang besar kerana keseluruhannya kekuatan ASEAN itu melebihi dari segi jumlah ekonominya USD4 trilion. Ini besar, dengan penduduk mencecah seramai 640 juta orang.

Ini selaras dengan ungkapan yang pernah disebut oleh Amartya Sen, “Globalisation is not a monologue. It must be a conversation among equals”. Jadi sebab itu, kita alu-alukan pengakuan dan kerjasama Amerika Syarikat untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia. Terdapat kemungkinan setakat ini untuk mengurangkan tarif timbal balik yang dikenakan. Saya tegaskan bahawa proses ini masih di peringkat awal dan tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan ya, tetapi program dan perbincangan dilanjutkan.

Langkah-langkah yang diambil seperti yang saya sebut, pertama ialah Pusat Tindakan Geoekonomi Negara untuk memantau keseluruhannya, petunjuk ekonomi, tempahan pembuatan, eksport, jualan runcit, pemberhentian pekerjaan sekiranya ada pekerja, sekiranya ada — serta pertumbuhan pinjaman dan libat urus dengan pihak industri akan dipergiatkan.

Kedua, rundingan penyelesaian tarif timbal balas dengan Amerika Syarikat, apa yang kita tekankan? Ia termasuk pelaburan perdagangan dua hala. Malaysia Aviation Group (MAG) tahun lalu telah mula rundingan awal tahun lalu, rundingan dengan Amerika Syarikat untuk membuat tempahan 30 pesawat Boeing yang kini sudah dimuktamadkan. Proses perdagangan dan pelaburan akan dipermudahkan — mudah cara, akan dimudah cara seperti dalam bidang pertanian, kewangan dan digital selari dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Ini umpamanya telah menarik penglibatan Google, Amazon, Microsoft sebagai sebahagian daripada usaha memajukan agenda digital sektor awam. Dasar mesra pelaburan juga dirangka bagi mempertingkatkan perlindungan hak harta intelek dalam bidang seperti cip elektronik.

Ketiga, membantu pengeksport yang terjejas khususnya PKS. Sebagai langkah permulaan, sukacita diumumkan kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan kerajaan sebanyak

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan khusus untuk membantu pengeksport PKS.

[Tepuk] Kerajaan turut bersetuju menambah dana pembiayaan mudah sebanyak RM500 juta melalui institusi-institusi pembangunan kewangan untuk manfaat usahawan PKS yang terjejas. Ini akan kita pantau khususnya dengan syarikat-syarikat PKS.

Keempat, menggalak kerjasama serantau dan pasaran baharu. Seperti yang saya tegaskan tadi, peningkatan dengan EU, Timur Tengah dan negara-negara teluk, Asia Tengah dan Amerika Selatan dan Afrika. Dan mengukuhkan integrasi ASEAN, projek pembangunan merentasi ASEAN seperti Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid) yang telah disepakati dan telah diputuskan untuk merancakkan aktiviti ekonomi dan disegerakan. Perdana Menteri Vietnam akan menandatangani perjanjian awal pada akhir Mei ini.

Selain itu, beberapa langkah lain yang diambil seperti meningkatkan ikhtiar mempercepatkan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ); projek pembangunan kawasan sempadan selatan Thailand di bawah projek pembinaan jambatan persahabatan kedua rantau panjang Sungai Golok di Narathiwat; Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Kastam Sadao Thailand yang merancakkan pembangunan ekonomi di selatan Thailand dan utara Malaysia termasuk Perlis, Kedah dan Kelantan.

Kemudian, kita bicara juga tentang pembangunan di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Nothern Corridor Economic Region) iaitu pembangunan Perlis Inland Port yang merupakan projek pelabuhan darat yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti logistik bernilai tambah.

Pembangunan Chuping Valley Industrial Area. Pembangunan kemudahan dan prasarana untuk tujuan pelancongan di Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam.

Kerajaan MADANI juga telah menyediakan peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf prasarana di sempadan antara Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan, Indonesia. Usaha memantapkan di peringkat ASEAN Plus Three untuk mengukuhkan kerjasama kewangan termasuk menambah baik bantuan kecairan serantau Chiang Mai yang disebut Chiang Mai Initiative, iaitu menggunakan local currency tempatan untuk membolehkan penyelesaian perdagangan menggunakan mata wang tempatan. Ini telah meningkat di Indonesia, Thailand dan juga negara China.

Kemudian, rundingan dengan EU yang kini telah dipersetujui untuk dipercepatkan EU- Malaysia. Kemudian CPTPP; Malaysia pada minggu lalu telah membuat penghantaran minyak sawit mampan ke United Kingdom tanpa sebarang tarif.

[Tepuk] Ini satu kejayaan besar.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Kemudian Rundingan Perjanjian Perkongsian Malaysia-EFTA, selesai pada April 2025 dan akan dimeterai pada bulan depan, insya-Allah. FTA ini sepertimana yang saya sebut Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada Eropah — Kesatuan Eropah (EU) juga dengan Republik Korea serta Kerajaan Jepun yang menghubungi kita berulang kali untuk meningkatkan kerjasama perdagangan setelah timbul isu tarif ini.

Kerjasama dengan negara GCC itu menarik kerana GCC sekarang merupakan kekuatan ekonomi yang agak gagah dan boleh juga meningkatkan usaha dalam bidang kewangan Islam, perdagangan halal, digital dan juga dari segi tenaga (energy). Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM50 juta kepada MATRADE memandangkan tugas yang bertambah dan pemusatan kegiatan dalam mencari pasaran baharu.

Kita juga sekarang mengambil keputusan untuk memudahkan perniagaan dan juga tokoh- tokoh profesional modal insan global ke Malaysia. Ramai permohonan-permohonan baru yang akan diberikan keutamaan terutamanya yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan khusus AI, digital, dan lain-lain.

Kelima, mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dan kelulusan kerajaan termasuk untuk pelaburan. Dalam kerangka ekonomi, dalam unjuran untuk tahun ini dan tahun depan, kita merasakan projek-projek pelaksanaan itu harus disegerakan dan ini termasuk pelaksanaan pemantapan prosedur perolehan kerajaan yang dilaksanakan terutamanya yang melibatkan kontraktor kecil di kategori G1 dan G4. Had sebut harga ditingkatkan dari RM1 juta ke RM3 juta dan had cabut undi daripada RM100,000 kepada RM200,000 untuk mempercepatkan kerja selenggara serta pembaikan seperti sekolah daif, klinik, jalan-jalan desa dan sebagainya.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

Setakat ini, Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) berjaya dilaksanakan untuk mempercepatkan proses, terutama di Forest City dan JSSEZ yang dimulakan sejak Februari 2025. Sukacita diumumkan bahawa penubuhan IMFC berdasarkan tahap kejayaan mempercepatkan proses kelulusan pelaburan dan projek. Kita akan perluaskan untuk dalam kadar segera di Pulau Pinang dan di Sarawak bagi menyediakan perkhidmatan kepada para pelabur, di samping memantau prestasi kelulusan projek.

Keenam, meneruskan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI, terutama dalam memperkukuh daya tahan dan daya saing ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, hal ini sangat penting kerana membina kekuatan negara ini mestilah dengan semangat dan resilience yang luar biasa di kalangan rakyat. Ini mesti diperhebatkan dengan pelbagai kaedah yang telah diperkenalkan, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), meningkatkan aktiviti nilai tambah bidang utama seperti E&E dan memperkukuh rantaian nilai domestik. Setakat 2025, RM8.5 bilion telah diperuntukkan, termasuk pelaburan modal teroka serta dalam projek

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri

semikonduktor oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), RM8.5 bilion dalam masa singkat.

Sebagai usaha memacu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kerajaan telah meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB), terutamanya tenaga solar. 2,000 megawatt di bawah LSS5 (Fifth Large Scale Solar) yang melibatkan pelaburan sebanyak RM6 bilion dan kerajaan juga akan memperluas penggunaan panel solar atas bangunan kerajaan, terutama sekolah dan hospital. Agenda digital akan diutamakan penerima gunaan teknologi terkini.

Selain daripada fakulti AI di UTM, juga kegiatan di universiti-universiti lain. Tetapi yang menarik juga ialah kejayaan UPM yang diberikan tumpuan untuk post quantum cryptography yang merupakan di antara yang dapat menarik perhatian penyelidik dunia. Saya ucap tahniah kepada UPM dalam hal ni ya, iaitu dengan blockchain untuk pembudayaan digital dalam sektor awam yang akan juga menjadi pemusatan kegiatan mereka.

Kerajaan ingin menegaskan ─ ha, ini penting kerana banyak dibangkitkan. Apakah perbincangan dengan Amerika Syarikat dan negara lain, CPTPP dan EU akan menyebabkan beberapa dasar induk kita ditukar? Jadi, ingin saya tegaskan. Beberapa dasar utama negara, dasar bumiputera, keperluan vendor tempatan, perlindungan sektor strategik, tidak akan dirobah dalam semua rundingan ini. Ini kerana sementara kita mahu mengikut agenda perdagangan bebas, kita tidak boleh mengelak daripada melihat kepada kepentingan keselamatan dan kepentingan strategik negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, sekali lagi saya tekankan, asas ekonomi yang kukuh, yang sebenar menjamin kejayaan kita. Bukan kejayaan rundingan perdagangan, bukan kerana upaya menarik pelaburan asing ataupun membuka ruang pasaran baharu. Sebab itu saya percaya dan yakin dengan kekuatan kepimpinan jentera kerajaan, sektor swasta dan tenaga kerja yang cemerlang akan dapat menyelamatkan negara dalam menghadapi kemelut sementara ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Perdana Menteri. Ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Sebelum itu, ada usul dari Menteri.

draft • 11:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) dan 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus hingga selesai Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas isu-isu yang dibangkitkan semasa penerangan daripada Perdana Menteri dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.”

draft • 11:45 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:45 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

draft • 11:45 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:45 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya menerima senarai panjang Ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian untuk sidang kali ini dan saya akan bacakan nama-nama yang diberikan kepada saya. Setiap pembahas diberikan lapan minit, kecuali Pengerusi Backbenchers dan Ketua Pembangkang, 15 minit-15 minit ya. Baik, kita akan mulakan dengan YB. Paya Besar, diikuti dengan Larut, Bagan, Bachok, Subang, Machang, Jelebu, Tangga Batu, Betong, Kubang Pasu, Batu Kawan, Tuaran, Pasir Mas, Sri Gading, Arau, Kota Belud, Muar, Julau, Putrajaya, Petaling Jaya, Tanjong Karang dan Puchong. Untuk itu, saya jemput YB. Paya Besar memulakan dengan 15 minit dari sekarang.

draft • 11:45 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tan Sri, boleh tak dibuat rayuan?

Sebenarnya, saya masukkan nama tapi belum ada peluang untuk berbahas. Boleh tak? Tak payah lapan minit pun, saya rasa empat ke lima minit, saya rasa boleh habis. Terima kasih.

draft • 11:45 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan pertimbangkan sebentar lagi. Baik, silakan Paya Besar.

draft • 11:45 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismilllahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

draft • 11:47 AM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam.

draft • 11:47 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa khabar semua?

draft • 11:47 AM

Beberapa Ahli

Baik.

draft • 11:47 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri di-Pertua, bagi pihak Ahli-ahli Parlimen kerajaan, saya juga turut ingin mengambil kesempatan untuk turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi di atas pemergian besar buat keluarga dan negara kita, Malaysia. Tan Sri, sesungguhnya Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin negara yang telah membawa negara dalam suatu kerangka yang lebih besar berkaitan hubungan luar negara dan hubungan melibatkan anak-anak muda dan mahasiswa.

Secara peribadinya Tan Sri, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Semasa kepimpinan beliau, beliau menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang mampu mengangkat suara mahasiswa kepada pihak pentadbiran kerajaan tertinggi. Inilah sumbangan. Saya dan Ahli-ahli Parlimen kerajaan mendoakan agar Allahyarham Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tan Sri Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka akan bergerak perlahan.

IMF ─ laporan tinjauan April 2025 telah memberikan unjuran baharu bahawasanya keseluruhan ekonomi global akan berlaku penurunan iaitu 2.8 peratus berbanding 3.0 peratus pada tahun lepas. Negara maju, advanced economy juga menghadapi perkara yang sama, sekitar 1.4 peratus berbanding 1.8 peratus pada tahun 2024.

draft • 11:47 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Negara membangun, emerging market and developing countries juga mengalami kesan yang sama, menurun dari 3.7 peratus kepada 4.3 peratus pada tahun lepas.

Saya, bagi pihak Ahli-ahli Parlimen Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan MADANI kerana mengadakan sidang khas pada hari ini. Ia merupakan satu ruang yang baik untuk kita mendengar perbahasan dan perbincangan bagi kedua-dua pihak kerana kedua-dua pihak juga pernah menjadi kerajaan suatu ketika dahulu. Itu sebabnya bagi saya perbincangan ini amat penting dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Persoalannya Tan Sri, mengapa angka kadar pertumbuhan ini mengalami penurunan?

Pada hemat saya, keseluruhan ekosistem negara dunia kini sedang melakukan pembetulan dan sedang melakukan penyesuaian untuk menghadapi pasca 9 Julai 2025. Sekali lagi, Ahli Parlimen Kerajaan merasakan tindakan unilateral yang dibuat oleh Amerika Syarikat adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana ia telah melanggar prinsip-prinsip perdagangan yang termaktub dalam WTO yang diasaskan pada tahun 1948 yang di antaranya Amerika Syarikat juga menjadi

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

pengasasnya. Adakah ini mengetepikan prinsip-prinsip perdagangan yang adil yang agar perjuangan yang dahulu tidak dilupakan semata-mata hanya untuk memikirkan kepentingan negara-negara yang mempunyai kuasa yang besar?

Akan tetapi persoalannya saya, Tan Sri Yang di-Pertua kepada pihak kerajaan. Ya, betul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi menyatakan unjuran-unjuran ekonomi yang dilaporkan oleh IMF tetapi saya mahu agar kerajaan menyegerakan pengumuman KDNK Malaysia. Kita tahu Tan Sri Yang di-Pertua, KDNK ini dilaporkan oleh dua platform yang penting.

Satunya melalui laporan tahunan dan kajian ekonomi dan monetari oleh Bank Negara.

Saban tahun dikeluarkan unjuran KDNK negara dan juga unjuran KDNK negara dikeluarkan melalui belanjawan tahunan tetapi ada keperluan yang mendesak dan kewajaran untuk kita segerakan pengumuman KDNK negara agar kita dapat semua pihak mengetahui tentang bagaimana untuk kita melakukan tindakan pembetulan dan penyesuaian terhadap suasana dan situasi yang kita hadapi pada hari ini.

Bimbang saya Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita melambatkan pengumuman ini, kita juga akan merencatkan pengumuman Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas yang bakal diumumkan pada tahun ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, ekonomi uncertainty, ketidaktentuan ekonomi ini bukanlah satu perkara yang mudah dan saya yakin hujahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi telah menunjukkan Kerajaan MADANI sedang mengambil tindakan yang sebaiknya. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, World Uncertainty Index (WUI) mencatatkan pada paras 48,146 mata quarter 1, 2025 yang seolah-olahnya menunjukkan bahawasanya kita sedang menghampiri paras zaman COVID-19 iaitu pada kadar 55,685 mata pada suku pertama tahun 2020.

Dari sudut indeks Global Economic Policy Uncertainty mencatatkan peningkatan sekitar 460 mata 2025 melepasi paras siling indeks pada 2020 iaitu 436 mata. Bila kita melihat Trade Policy Uncertainty (TPU) menunjukkan peningkatan indeks yang melepasi pada paras April 2020.

Itu sebabnya Tan Sri Yang di-Pertua, polarisasi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara sangatlah berkaitan rapat dengan skala ketidaktentuan polisi global dan persoalan saya, apakah strategi yang lebih cepat untuk kita ambil? Adakah Malaysia akan mengambil langkah secara mitigasi, berubah ataupun menyesuaikan diri atau kekal menerima tingkatan tarif yang akan dikenakan nanti?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang mungkin kita boleh mengambil sebagai panduan. Pertamanya, berkaitan kepelbagaian pasaran dagangan

(trade diversification) yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Saya ucapkan terima kasih kerana Kerajaan MADANI mendengar apa yang telah kami dan saya bangkitkan dahulu berkaitan trade diversification.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya lihat hari ini kita dah pergi ke negara The Southern Common Market seperti Argentina dan Paraguay. Disebut GCC, disebut African Continent, disebut BRICS study, namun perkara yang pentingnya adalah bagaimana untuk memastikan jentera yang membuat eksplorasi kepelbagaian pasaran dagangan ini mempunyai kekuatan yang mutlak? Persoalan saya, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, duit yang dibekalkan kepada agensi-agensi tersebut ini mencukupi?

Jangan kita hanya menyatakan kesediaan untuk membuat penerokaan dan penembusan pasaran baharu tetapi kita menganggap hanyalah negara kita sahaja yang berada dalam dunia ini. Bukan negara kita sahaja Tan Sri yang terlibat dan terkesan. Banyak negara terkesan dan terlibat. Itu sebabnya saya minta supaya kerajaan pastikan kita cukup keupayaan kerana kita ada kekuatan yang luar biasa berada di seluruh dunia, office kita dan kita mesti memastikan bukan sahaja kita meneroka, kita juga harus menembusi halangan-halangan yang ada.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang keduanya...

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih jiran. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi umum khusus tambahan untuk MITI. Yang itu saya rasa memang wajar tetapi dalam rundingan dengan Amerika Syarikat, ada lima perkara itu. Salah satu daripadanya mungkin ada kaitan dengan salah sebuah agensi saya tak nak sebutlah sebab biarlah kerajaan yang sebut agensi mana itu.

Agensi itu mengeluarkan sesuatu produk yang sangat mustahak, satu dunia cari kita sebab kita punya standard ini the golden standard. Saya sebutlah Halal Certification tetapi bukankah perlu agaknya ditambah juga peruntukan kepada JAKIM supaya lebih efisien, itu maksud saya. Apa pandangan Paya Besar?

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya setuju dengan pandangan Indera Mahkota dan sebenarnya saya hendak sebut Tan Sri dalam perkara yang ketiga kerana kita tidak boleh lagi hanya bergerak hanya satu kementerian sahaja. Whole-of- nation approach, whole-of-government approach mesti dilaksanakan kerana apa? Kerana perkara yang complexity memerlukan teamwork yang besar.

Tan Sri Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya ingin nyatakan iaitu rantaian bekalan tempatan, localization disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi.

Kita tidak boleh salahkan sepenuhnya kepada Amerika Syarikat, Tan Sri Yang di-Pertua kerana “propertisme” ini adalah hak negara masing-masing tetapi dalam konteks kita sebagai negara yang berdaulat, kita juga mempunyai keupayaan untuk selamatkan industri kita.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kalau kita lihat OECD Survey Economic: Malaysia 2024 menyatakan bahawasanya PMKS lah yang seharusnya menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara dan saya yakin pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi, RM1 bilion jaminan kerajaan melalui SJPP adalah permulaan yang baik tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini jaminan kerajaan. Jadi bolehlah tingkatkan kepada RM10 bilion kerana ia akan memberi ruang dan peluang bukan sahaja kepada PMKS yang mempunyai keupayaan tetapi ia juga sebab bila ketidaktentuan jangkaan yang berada di hadapan ini kita perlu lakukan sesuatu.

Kita mesti pastikan local content requirement untuk government project, bukan sahaja government project, GLC, GLIC, State Government-Linked Company mesti kita enforce sebaik mungkin 30 peratus yang telah termaktub dalam tatacara kewangan Malaysia mesti kita uphold the principle of the local procurement kerana ini Tan Sri akan memberi kesan kepada banyak keadaan yang ada.

Kita bimbang Tan Sri Yang di-Pertua, kesan pembinaan tarif ini akan jatuh kepada pasaran pengguna seperti mana dilaporkan oleh Federal Reserve System dalam laporan the Beige Book menyatakan ada keupayaan untuk memindahkan kesan tarif ini kepada disposal income.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya juga berharap sangat Tan Sri Yang di-Pertua supaya kita ada kepelbagaian sumber bahan mentah dan kita mesti lakukan sesuatu yang amat penting.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu ini juga perlu kita ambil untuk kita melihat dalam konteks certificate of origin. Saya lihat ada juga perkara-perkara yang perlu kita pertimbangkan kerana transshipment misuse ataupun transshipment fraud atau yang dilakukan origin washing ini juga berlaku di negara kita. Banyak data-data, banyak international media yang bangkitkan isu ini seperti Bloomberg Financial Times membangkitkan bahawasanya rerouting goods ini berlaku di negara kita. Itu sebabnya saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya ambil balik kuasa untuk menyerahkan COO ini kepada chamber mesti diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya oleh pihak MITI. Kerana apa? Kerana kita tidak boleh biarkan origin washing berlaku di negara kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak kerajaan kerana menyatakan stimulus package tadi. Cumanya saya minta juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan I untuk melihat satu lagi agensi, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga mesti diperkasakan untuk kita menghadapi pasca 9 Julai 2025 kerana apa, impak juga akan melibatkan kepada pekerja-pekerja dan mereka juga mungkin akan menghadapi

draft • 12:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

masalah cash flow dalam keluarga mereka dan akan memberi kesan kepada ekosistem dalam keluarga mereka.

Puan Yang di-Pertua, saya mengharapkan sangat juga untuk kita melihat what’s next?

Adakah hanya tarif sahaja yang menjadi kegusaran kepada kita? Puan Yang di-Pertua, kita melihat ada perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang kerana ada kuasa-kuasa besar dunia atas nama kemajuan teknologi canggih rupa-rupanya juga menekan ekonomi Malaysia.

Bukan sahaja ekonomi negara kita, tetapi juga menekan ekonomi rumah tangga, ekonomi keluarga. Di atas nama teknologi canggih ini menyebabkan kita terpaksa mengikut teknologi dan teknologi ini yang saya ingin nyatakan di Dewan yang mulia ini kita sebenarnya tidak memberi penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan di Malaysia.

Saya bimbang kerana kita perlu ada concerted effort untuk memastikan kitalah peneraju kepada teknologi berasaskan pelaburan sumber asli yang ada dalam negara kita bukan hanya sekadar meminjam atau mengguna teknologi-teknologi yang berada di luar negara dan itu sebabnya saya minta sangat dalam sidang khas ini supaya kerajaan melihat what’s next after tariff. Saya bimbang sekiranya teknologi yang ada pada hari ini, kita akan ketinggalan.

Puan Yang di-Pertua, dua minggu lepas saya berada di Shanghai. Lawatan saya ke Huawei. Saya bertanya kepada pihak Huawei bagaimana persediaan mereka untuk menghadapi kesan Trump. Apa jawab pihak Huawei kepada saya. Mereka memberitahu mereka telah bersedia dua tahun sebelum ini. Kenapa Malaysia tidak bersedia? Mereka tidak bimbang dengan apa tekanan daripada pihak US kerana mereka mempunyai keupayaan R&D yang tersendiri. Mereka mempunyai keupayaan dalam bidang research and development. Mereka ada 104,000 penyelidik daripada 204,000 pekerja dalam bidang Huawei. Mereka ada pelbagai teknologi. Mereka akan memilih teknologi mana yang mampu untuk dikomersialkan.

Malaysia bagaimana? Itu sebabnya tarif bagi saya ini satu perkara yang amat penting tetapi yang lagi penting saya minta pihak kerajaan untuk melihat apakah ruang-ruang yang perlu kita tambah baik untuk memastikan Malaysia tidak boleh lagi dibuli oleh kuasa-kuasa yang besar.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Larut.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak semua rakan-rakan saya dari sebelah sini untuk merakamkan ucapan takziah terhadap Allahyarham Tun Abdullah Badawi. Kita berdoa semoga Allahyarham rohnya ditempatkan bersama para mereka yang solehah yang kita

draft • 12:04 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

sama-sama doakan supaya – kerana dia banyak berjasa dengan negara. Sebab itu saya ucapkan takziah bagi pihak kami kepada keluarga Allahyarham.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini adalah satu-satunya hari yang agak bersejarah apabila kita membincangkan satu perkara untuk kepentingan negara. Kita seperti biasa sentiasa melaungkan bahawa pembangkang adalah merupakan satu kumpulan yang bertanggungjawab. Kita mencari pendekatan dan solution yang terbaik untuk negara terutamanya apabila Trump atau Kerajaan Amerika mengumumkan tarif timbal balas bukan hanya kepada Malaysia tapi seluruh dunia. Jadi sebagai satu kumpulan yang sentiasa mahu melihat dan mencari jalan demi kelangsungan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, kita juga akan sentiasa dapat memberikan cadangan- cadangan yang terbaik.

Pertamanya saya nak memaklumkan kita tidak mahu Malaysia menjadi mangsa dalam peperangan dagangan di antara the two super powers. Kalau saya melihat daripada jawapan atau keterangan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan juga statement yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri MITI, ia seolah-olah bahawa ada pertembungan di antara dua negara besar ini US dan juga China ini menyebabkan kita terpaksa mencari jalan. Jadi kami di sebelah sini ingin menasihatkan kepada kerajaan supaya polisi kita yang sentiasa neutral itu harus kita pertahankan. Jangan sesekali kita nampak seolah-olah kita berpihak kepada satu negara semata-mata.

Maka sebab itu hari ini bila kita lakukan perbincangan seperti ini, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan walaupun sudah ada pasukan geoeconomics yang ditubuhkan.

Dulu semasa kita membincangkan perkara TPP, CPTPP, kita bukan hanya membawa perkara itu dalam Parlimen tapi kita menubuhkan Jawatankuasa Kokus Ahli-ahli Parlimen, sama ada datang daripada kerajaan dan juga bukan kerajaan, kerana kita nak menilai segala apa yang kita lakukan itu biarlah transparent sebab seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi, ada perkara-perkara yang tidak boleh kita bincangkan di sini, NDA. Tapi kalau dalam kokus, maka sudah tentu pihak pembangkang akan memberikan cadangan-cadangan, pandangan-pandangan kami apabila ia nya dibawa dalam jawatankuasa yang kita sama-sama boleh bincangkan bersama.

Sebab itu saya mohon kalau boleh perkara ini diambil kira oleh kerajaan. Sebab dulu kita pernah buat. Sebab itu saya nak mencadangkan supaya perkara ini juga dilakukan.

draft • 12:04 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Larut, belakang, Kota Bharu.

draft • 12:04 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 12:04 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Ketua Pembangkang membangkitkan perlunya kerajaan menubuhkan satu pasukan atau satu kokus untuk membincangkan terma-terma perundingan, terms of negotiation

draft • 12:04 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

yang nak dibawa oleh kerajaan kita dengan Kerajaan Amerika Syarikat. Sesuai sangat sebagai mana dulu CPTPP tahun 2016 ada satu kokus, pengerusinya daripada backbenchers, ahli-ahlinya juga daripada pembangkang. Itu satu pandangan yang cukup baik.

draft • 12:04 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Cuma saya nak tanya Larut, adakah Larut boleh bersetuju bahawa kalau kaukus ini diwujudkan, perlu melibatkan wakil-wakil daripada kerajaan negeri kerana di negeri-negeri juga mempunyai industri yang melibatkan Amerika Syarikat? Sebagai contohnya di Kedah, ada plant untuk Porsche: assembly plan for Porsche di Kulim dan juga di Kelantan, ROHM-Wako, syarikat daripada Japan, SME yang membuat cip dan sebagainya. Melibatkan juga kerajaan negeri.

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.

Inilah sebabnya saya memohon supaya kerajaan lebih terbuka untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut kerana ini adalah masalah ekonomi negara. Maka, ia membabitkan semua kerajaan negeri. Semasa kita – dulu pernah kita lakukan, sekarang juga boleh kita lakukan. Saya mohon sangat perkara ini dilakukan sekali lagi.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Earlier Yang Berhormat Larut katakan bahawa dalam pertembungan antara Amerika dengan China ini, Malaysia have to stay neutral. Apa yang jelas sekarang ini tarif yang dikenakan oleh Amerika, the first round, ia Malaysia berbeza, lebih tinggi daripada Singapura, lebih tinggi daripada Filipina.

We are seen to be inclined kepada sebuah negara China. Sebab itu, kita berhadapan dengan tarif yang lebih tinggi.

Akan tetapi tidak tekan kerajaan dalam mengangkat China dalam lawatan Presiden China baru-baru ini, adakah ini tidak menunjukkan bahawa kita terlalu memihak satu pihak dalam pertembungan ini? Saya dimaklumkan – kita dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membuat lawatan ke Rusia dan ini juga dilihat sebagai satu lawatan yang cementing bahawa kita ini too pro kepada blok yang bertentangan dengan Amerika. Adakah ini baik Yang Berhormat Larut?

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Beluran. Itulah yang saya katakan tadi supaya kita jangan nampak seolah-olah kita memihak kepada satu negara semata- mata. Jadi, polisi kita sebagai sebuah negara yang terbuka – open economy dan juga sebagai trading nation ini, biarlah kita berperanan mempunyai polisi seperti dahulu. Kita agak neutral di sini.

Keduanya, saya nak bincangkan tentang kesan terhadap ekonomi negara bila tarif timbal balas yang dikenakan kepada Malaysia ini. Pertamanya, tentang kesan global. Keduanya, tentang cabaran dalaman kita dan ketiganya, tentang fiscal policy. Sebagai ekonomi terbuka ini, maka sudah tentu kita terkesan secara langsung dan tidak langsung. Sebelum kita dikenakan

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

tarif sebanyak 24 peratus, saya nak peringatkan kepada semua walaupun Yang Amat Berhormat Tambun tadi kemukakan satu angka yang cantik, tapi nilai lebihan dagangan kita menurun sebenarnya.

Pada 2024, RM136 bilion dikatakan besar tetapi kalau dibandingkan dengan tahun 2023, ia RM214 bilion. Bermakna kita sudah berkurangan. Begitu juga kalau dibandingkan dengan tahun 2022, RM255 bilion. Ini merupakan nilai lebihan dagangan. Itu belum ada tarif. Maka sebab itu, saya mohon supaya kita mengambil ini satu yang serius kerana ia membimbangkan kita semua.

Janganlah kita mengambil sambil lewa sahaja seolah-olah perkara ini tak mustahak langsung. Jadi, sebab itu bila dibawa dalam Parlimen ini, saya merasakan kerajaan sedar bahawa ia merupakan sesuatu yang amat penting dan membimbangkan supaya kita sama-sama boleh bincangkan perkara ini.

Saya juga ingin mengingatkan kepada semua, banyak perkara yang – sektor yang terpenting dalam negara kita ini adalah sektor-sektor yang juga kita banyak eksport ke Amerika.

Bukan sahaja E&E tetapi juga pembuatan timber product sebagai contoh, furniture sebagai contoh, rubber glove sebagai contoh. Banyak perkara ini juga – sektor ini juga kita eksport. Maka, sebab itu saya memohon supaya kita ambil tindakan dan supaya kita dapat membantu mereka yang memasarkan produk ini ke Amerika dan kalau boleh bersedia untuk mencari pasaran- pasaran yang baru yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat tadi.

Saya ingin seterusnya untuk mengingatkan kepada kerajaan, walaupun produk elektronik, farmaseutikal dan energy seperti yang diumumkan tadi dikecualikan tarif – ini buat masa ini. Tapi kita kena fikirkan sama bahawa komponen-komponen tentang barangan-barangan tersebut mungkin datangnya juga daripada China. Saya risau kalau ini akan ditekan oleh Amerika untuk mengumumkan the country of origin daripada bahan-bahan yang kita perolehi, maka saya yakin mungkin ada dasar-dasar baharu yang akan dikenakan kepada Malaysia. Maka, sebab itu saya ingin supaya kita bersedia dan menilai kembali tentang perkara-perkara yang akan diambil dalam tarif yang akan diumumkan, tambahan-tambahan yang akan diumumkan oleh Amerika pada masa hadapan.

Saya juga ingin maklumkan bahawa tarif ini juga boleh menggugat keseluruhan ekosistem ekonomi dalam negara kita termasuk sektor pertanian. Maka, saya ingin mengingatkan kerajaan supaya kalau boleh, kita melihat ini sebagai satu-satu lagi perkara atau sektor yang penting demi untuk masa depan. Food security sebagai contoh. Saya ingin supaya kalau boleh kerajaan membuat kajian ini supaya kita dapat mengurangkan bahan-bahan yang kita import tentang produk pertanian ataupun bahan-bahan atau produk-produk makanan yang kita banyak import itu. Sepatutnya kita ambil kira supaya kita dapat membantu petani-petani daripada sekarang.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tarif ini kita kena faham – Trump ada empat tahun. Maka, bermakna tarif selama empat tahun ini mungkin mengakibatkan food security dalam negara kita. So, tadi tidak ada pun Yang Amat Berhormat ambil kira tentang isu ini. Jadi, saya ingin memberi penekanan supaya kerajaan juga ambil kira tentang kedudukan petani-petani ataupun nelayan-nelayan atau semua produk yang mengakibatkan pertanian dalam negara kita.

Akhirnya, saya ingin membuat beberapa cadangan. Pertama, kita segera lindungi dan redakan kebimbangan pemain industri terutamanya sektor pembuatan dan SMEs yang akan mengakibatkan kenaikan kos serta kelembapan permintaan. Tadi, Yang Amat Berhormat Tambun ada umumkan dana sebanyak RM1 bilion, jaminan dana tersebut. Saya merasakan bahawa RM1 bilion ini boleh kita tengok kembali dan jemput semua the industry players untuk kita fikirkan juga tentang insentif-insentif lain yang boleh kita berikan.

Contohnya, tentang tax delay. Saya mencadangkan tax delay ini kerana saya fikir, kalau kita boleh lakukan, kita berikan satu tempoh yang agak panjang kepada eksport market tadi– players tadi, kita boleh spread-kan over empat tahun sebagai contoh. Sebab Trump empat tahun, tarif ini mungkin berbeza polisinya pada presiden yang akan datang. Jadi, sebab itu kita berikan a longer period of time untuk mereka yang dapat menentukan supaya tidak ada pembuangan pekerja-pekerja dan demand terhadap market ini, boleh kita mencari pasaran-pasaran yang baharu.

Saya juga ingin mencadangkan...

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sebelum akhir Larut.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Supaya export incentives – kita berikan export incentives ini supaya mereka sendiri fikirkan pasaran-pasaran baharu yang boleh mereka cari.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, bukan hanya kerajaan yang membuka jalan tapi kita berikan export incentive. Kalau selama ini dia eksport sebanyak RM1 bilion, kalau dia tambah lagi export market ke negara- negara lain, kita berikan insentif-insentif untuk mereka mencari jalan kerana mereka lebih tahu siapa yang memerlukan produk-produk mereka. Begitu juga dengan sektor-sektor yang lain, kita tingkatkan produktiviti supaya the domestic demand itu boleh kita buat melalui kempen-kempen Beli Barangan Malaysia or Buy Malaysian Goods sebagai contoh. Ini akan memberikan lagi peluang untuk kita pertingkatkan produktiviti supaya ianya dapat membantu dari segi ekonomi, domestic economy Malaysia sendiri.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, ini lain sikit Larut. Terima kasih.

Terima kasih atas pandangan diberi untuk membantu kerajaan. Cuma persoalan saya di sini Larut ialah berkaitan dengan betapa seriusnya isu tarif ini, tapi mereka yang penting TPM1, TPM2, Menteri Ekonomi tidak berada dalam Dewan. Apa pandangan Larut? Apakah itu wajar? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak tambah tentang apa yang saya sebutkan tadi. Jadi, akhirnya saya ingin mendesak kerajaan kalau boleh kerajaan perlu prihatin dan ambil serius kesan pelaksanaan tarif ini. Kita tangguhkan sebarang perubahan dasar terutamanya Dasar Fiskal Negara kita yang boleh memberi tekanan kos dan melemahkan sentimen perniagaan dan akhirnya membebankan pengguna. Saya nak bagi contoh tentang kenaikan harga RON95 pada Jun 2025 ini supaya kerajaan ambil kira dan kalau boleh kita tangguhkan, kita tangguhkan.

[Tepuk] Begitu juga dengan kenaikan tarif elektrik pada Julai 2025 dan kita tangguhkan juga langkah peluasan skop SST. Ini sepatutnya kita ambil kira juga. Akhirnya saya mohon kepada kerajaan ― tadi Yang Amat Berhormat maklumkan beli pesawat 30 buah pesawat Boeing itu dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kalau boleh kita tangguh, kita tangguhkanlah dahulu. Inilah permintaan kami di pihak sini dan saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan.

draft • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Penerangan Tentang Pelaksanaan Tarif Timbal Balas Amerika Syarikat Terhadap Malaysia.

Sebelum saya mulakan ucapan saya, saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri Tun Pak Lah yang telah kembali ke rahmatullah. Tentu beliau sebagai anak negeri Pulau Pinang amat disayangi oleh rakyat Pulau Pinang. Kami dalam DAP ucap takziah kepada ahli keluarganya.

Puan Yang di-Pertua, sejak pelaksanaan tarif timbal balas, Liberation Day oleh Presiden Amerika Syarikat pada 2 April 2025 ke atas semua negara, ekonomi sedunia kian bergelora sehingga menjejaskan pasaran modal, pertumbuhan ekonomi dan pengawalan inflasi. Kerajaan telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi GDP Malaysia untuk 2025 di antara 4.5 hingga 5.5 peratus. Selepas pelaksanaan tarif timbal balas atau tarif, IMF telah menurunkan GDP Malaysia kepada 4.1 peratus sedangkan Bank Dunia menurunkannya kepada 3.9 peratus. Ada penganalisa ekonomi swasta yang meramalkan GDP Malaysia mungkin turun lebih rendah lagi kepada 2.1 peratus.

Sungguh pun begitu, kadar pengangguran sebanyak 3.1 peratus untuk 2025 tidak dijangka berubah banyak. Inflasi diunjurkan di antara dua peratus hingga 3.5 peratus untuk 2025 dan dijangka kekal pada julat ini. Sungguhpun kadar inflasi turun kepada 1.4 peratus pada bulan Mac 2025, peningkatan kos sara hidup yang ketara masih dirasai oleh rakyat jelata kerana

draft • 12:23 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

kenaikan inflasi ditumpukan kepada barangan keperluan asas. Sungguhpun pelaksanaan tarif sebanyak 24 peratus amat tidak adil kepada Malaysia kerana reciprocal tariff atau tarif timbal balas sebenarnya ialah 5.6 peratus, bukan 24 peratus.

Kementerian Kewangan dan juga Kementerian MITI telah memilih tindak balas yang bijak dan berhemah dengan berunding dengan Amerika Syarikat, memperluaskan ruang perdagangan dengan negara-negara lain serta memberikan sokongan dan bantuan kepada industri yang terjejas. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri MITI atas usaha gigih beliau untuk mempertahankan kepentingan negara Malaysia. Di samping itu, kemungkinan besar rakan dagang utama Amerika Syarikat, China dan Jepun menghadapi kemelesetan ekonomi.

Malah GDP Amerika menguncup sebanyak 0.3 peratus untuk suku pertama tahun ini sedangkan Jepun telah menurunkan pertumbuhan GDP untuk tahun ini sebanyak separuh daripada satu peratus hingga 0.5 peratus.

Di sini saya ingin mengesyorkan lima langkah fiskal dan kewangan untuk menangani cabaran reciprocal tariff dan kemelesetan ekonomi yang mungkin melanda kita khususnya bagi industri kecil dan sederhana yang menyumbangkan 39 peratus kepada GDP negara dan demi menyelamatkan ekonomi Malaysia. Ada kebimbangan besar bahawa sekiranya ini tidak dilakukan, sumbangan IKS kepada GDP negara akan menyusut kepada 35 peratus sekiranya perlindungan yang sewajarnya tidak diberikan oleh kerajaan kepada IKS.

Pertama, membekukan segala syor-syor menambahkan beban kewangan kepada industri seperti cukai atau kenaikan tarif elektrik 14.2 peratus dan pelaksanaan e-invoicing pada bulan Julai 2025 serta menangguhkan pengapungan minyak RON95 kepada harga pasaran.

Pengumuman Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan menangguhkan peluasan skop cukai SST pada 1 Mei 2025 amat dialu-alukan. Kerajaan juga harus menimbang menarik balik cadangan sumbangan KWSP dua peratus oleh majikan bagi pekerja asing.

Kedua, menurunkan kadar faedah OPR Bank Negara sebanyak satu peratus daripada tiga peratus sekarang kepada dua peratus. Memandangkan kadar inflasi kian terkawal, sasaran utama harus ditumpukan kepada menggerakkan pertumbuhan ekonomi yang boleh dijalankan dengan menurunkan OPR dan kita harap tindakan agresif lagi oleh Bank Negara untuk membangunkan ekonomi.

Ketiga, pakej rangsangan ekonomi untuk membantu sektor terjejas dan pekerja yang kehilangan pekerjaan. Selain daripada geran kerajaan sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, sektor perbankan harus diwajibkan untuk memberikan pinjaman mudah atau memberikan kelonggaran ke atas pinjaman yang sedia ada. Jangan hanya tahu untung tapi tidak tahu menanggung beban bersama-sama.

Keempat, memberikan peluang perniagaan dan membuka akses kepada industri tempatan dengan mewajibkan semua pelabur asing dan tempatan diwajibkan membeli sekurang-

draft • 12:23 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

kurangnya 50 peratus barangan tempatan. Banyak IKS membuat aduan bahawa kontraktor asing yang memenangi pembidaan kerajaan dan swasta hanya membeli barangan daripada negara asal mereka sehingga IKS tempatan tidak memperolehi sebarang tempahan perniagaan. So, sekiranya tidak ada tempahan perniagaan, mereka tidak boleh survive dan kita bimbang mungkin terpaksa gulung tikar.

Satu perkara yang sama penting juga ialah melindungi perniagaan tempatan daripada peralihan perdagangan atau trade diversion terutama sekali tindakan lambakan produk-produk oleh negara-negara yang disekat daripada memasuki pasaran Amerika Syarikat.

draft • 12:23 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Seperti negara China, kita bimbang sekiranya produk tak boleh masuk ke Amerika Syarikat, adakah mereka akan beralih masuk ke negara Malaysia dan kalau ini berlaku, adakah tindakan anti lambakan barangan boleh dipertingkatkan supaya dapat melindungi industri tempatan agar mereka tidak ditimbun dengan barangan murah asing sehingga peniaga tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menjualkan barangan mereka.

Saya harap mungkin peruntukan tambahan diberikan kepada MITI untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan sedemikian kerana ini amat penting untuk survival IKS dan industri tempatan dan yang terakhir.

Kelima, meningkatkan perbelanjaan pembangunan kerajaan agar dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi khasnya sektor perkhidmatan kewangan dan logistik seperti mengembangkan kargo pelabuhan dan lapangan terbang.

Ini penting untuk mengurangkan defisit perkhidmatan yang dialami oleh Malaysia dengan negara lain khususnya Singapura. Dari segi logistik, kalau pelabuhan kita dapat menampung kargo-kargo yang dimuatkan, saya rasa defisit dari segi perkhidmatan logistik, bolehlah dikurangkan. So, ini juga akan membantu kita menggerakkan ekonomi kita. Ini kerana dengan perbelanjaan pembangunan yang bertambah, ini akan memberikan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Puan di-Pertua, sebagai penutup, dalam detik cabaran ekonomi global dan pelaksanaan tarif dan demi memperkukuhkan dan mengekalkan ekonomi, semua rakyat Malaysia harus bersatu di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

[Tepuk] Kurangkan isu sensitif agama dan perkauman yang mencetuskan perpecahan rakyat agar kita sama-sama berusaha dengan bersatu hati dan satu tekad untuk menjaminkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan, saya jemput Yang Berhormat Bachok.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillah. Terima kasih Puan Yang Berhormat di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang kepada Bachok untuk turut serta dalam perbahasan yang penting hari ini berkenaan dengan kesan dan tindakan terhadap dasar tarif pihak Amerika Syarikat ke atas semua import ke negara tersebut, Malaysia tidak terkecuali.

Dua perkara yang Bachok ingin bangkitkan yang pertama pendekatan keseluruhan negara ataupun whole of nation approached satu saranan. Kedua, kedaulatan ekonomi negara suatu penegasan.

Puan Yang di-Pertua, secara ringkas, impak kepada Malaysia amat ketara dalam pelbagai aspek antaranya risiko penguncupan eksport, kehilangan daya saing negara, kesan domino kepada pengilang dan pengeksport tempatan serta tekanan kepada pengusaha kecil, sederhana untuk mengadaptasi perubahan.

Itu belum dikira kesan langsung kepada rakyat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kenaikan harga barang, pengurangan atau penyasaran subsidi yang mungkin ditangguhkan serta risiko pemberhentian pekerja dan pertumbuhan ekonomi yang diunjur lebih perlahan.

Justeru, segala cadangan dasar yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang antaranya penangguhan cukai, insentif eksport dan skim perlindungan industri amatlah disokong dan wajar diberikan perhatian.

Pada masa yang sama, saya hargai usaha yang telah dirangka oleh pihak MITI. Bagi menangani cabaran baharu ini, namun Puan Yang di-Pertua, saya berpandangan, ikhtiar yang berat ini tidak mampu untuk dikendalikan secara sepihak oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi, memerlukan suatu pendekatan keseluruhan negara atau whole-of-nation approach dalam aspek persediaan, pelarasan dan penyelarasan, 3P yang saya simpulkan melibatkan pemain industri, dewan perniagaan, kalangan teknokrat dan ahli akademik termasuk pemegang taruh terpenting kerajaan-kerajaan negeri.

Negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Melaka yang merupakan pangkalan kepada pelbagai kluster industri harus dilibatkan secara langsung dalam usaha penyelarasan dasar perdagangan, pelaburan dan pelabuhan. Manakala negeri-negeri yang kaya sumber seperti Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Pahang yang banyak menyumbang kepada sektor komoditi pertanian, sumber tenaga dan mineral harus dilibatkan dalam diversifikasi eksport dan pembangunan industri hiliran yang dibangkitkan oleh Kota Bharu dan juga Larut sebentar tadi.

Dalam hal ini Puan Yang di-Pertua, kerajaan negeri perlu diberikan maklumat awal dan terperinci tentang sebarang perubahan dasar tarif luar negara agar mereka – negeri-negeri ini

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

boleh menyusun semula insentif di peringkat negeri, melaraskan respons pelaburan serta membantu industri tempatan menyesuaikan diri dengan landskap dagangan yang lebih mencabar.

Ada beberapa negeri yang sudah bergerak, Selangor, Johor, Penang. Negeri-negeri lain perlu menyusul. Yang – kita pun menyambut baiklah, hari ini turut hadir yang dihormati Datuk- Datuk Speaker Dewan Negeri. Jadi, mungkin perkara ini boleh dipertimbangkan untuk dibahaskan secara langsung oleh – dalam sidang DUN Khas di peringkat negeri masing-masing.

Pendekatan menyeluruh ini bagi memastikan penyelarasan antara strategi perdagangan dipihak MITI. Dasar fiskal dipihak MOF, perancangan ekonomi oleh EPU, diplomasi antarabangsa, Wisma Putra dan pengupayaan ekonomi negeri dipihak UPEN dapat diwujudkan secara bersepadu.

Ini penting Puan Speaker supaya kerjasama negeri dan Persekutuan berlaku di atas prinsip kesaksamaan fiskal dan federalisme yang bersifat reciprocal. Selingan sikitlah Puan Yang di-Pertua mengusik tengah hari ini. Dalam banyak-banyak negeri, saya kira Selangor yang akan soft landing dalam isu ini, Menteri pun senyum itu kerana desas desus yang dinafikan sebelum ini saya dengar ada perkembangan baharu lepas raya baru-baru ini. Jadi, kita tunggulah, tak lama lagi mungkin Selangor bakal mendapat MB yang baharu, MITI bakal mendapat Menteri yang baharu.

[Tepuk] Sahabat saya Menteri Ekonomi yang boleh bercuti waktu negara berdepan dengan perang ekonomi ini, saya serah kepada rakyat untuk menilainya.

Beralih kepada topik seterusnya Kedaulatan Ekonomi Negara Satu Penegasan. Puan Yang di-Pertua, dalam dunia yang kian dicengkam oleh persaingan kuasa besar, Malaysia tidak boleh leka atau alpa dalam mempertahankan kedaulatan ekonomi negara. Kedaulatan ini bukan sekadar dalam neraca pelaburan semata-mata, tetapi mencerminkan keupayaan negara untuk membuat keputusan ekonomi secara bebas berdasarkan kepentingan nasional, jauh sekali untuk tunduk kepada sebarang bentuk penjajahan baharu oleh mana-mana kuasa besar dunia.

Pada masa sama, Malaysia perlu mempercepat – yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya kira seluruh Dewan setuju bahawa usaha ini perlu dipercepatkan, bukan sekadar ke hulu ke hilir, telefon sana-sini, kerap kali yang disebutkan oleh Perdana Menteri. Tetapi kena expedite the process. Mempercepatkan kepelbagaian rantaian bekalan dan memperkukuhkan hubungan dagang pelbagai hala di peringkat ASEAN, OIC dan kerjasama perkongsian ekonomi RCEP dan CPTPP.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bachok, Bachok, saya minta Bachok tarik balik tadi itu yang kata telefon ke hulu, ke hilir itu. Itu maksudnya Perdana Menteri dia cakna, dia bertindak, dia bekerja.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Hulu Langat.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Untuk menyelesaikan masalah itu. Saya hendak minta Bachok tarik balik. Sebab itu sangkaan buruk itu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya minta tarik balik.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Apa perkataan yang salah itu?

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya minta tarik balik.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduklah Hulu Langat.

[Sistem pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk Hulu Langat.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk, sila duduk. Tenang, tenang semua. Hulu Langat, rehat dulu Hulu Langat.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

Duduklah...

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat lain, sila duduk. Hulu Langat, sila duduk.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Melampau ini. Saya bukan sangka buruk pada PM, ini satu pujian. PM rajin –– luar negara, rajin telefon pemimpin luar negara, itu satu pujian, satu kehebatan. Apa ini Hulu Langat. Duduk, duduk, you duduk, you duduk, you duduk.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Bachok sila.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Puan Yang di-Pertua, pada masa sama...

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bachok, minta laluan sikit. Menenangkan keadaan. Terima kasih, inilah Hulu Langat...

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dak, dak. Penggal lepas tak dok dia, tidak huru-hara Dewan. Ini baru ada sehari dah huru-hara.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, persoalan saya kepada Bachok.

Apakah dalam memperkasakan usaha untuk hartal hari ini perlu disegerakan pelantikan Duta Amerika yang masih kosong sehingga sekarang? Apa pandangan Bachok?

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Setuju Hulu Terengganu, setuju.

Jadi, yang berundingnya Menteri. Duta pun belum dilantik jadi amat, saya kira amat tempanglah proses komunikasi kita dengan pihak Amerika Syarikat. Jadi, saya setuju pandangan Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya terus landing Puan Yang di-Pertua.

Justeru, Parlimen Malaysia hendaklah menolak sebarang bentuk penindasan, dominasi atau perlakuan berat sebelah yang menjejaskan kebebasan kita dalam menentukan masa depan ekonomi negara. Segala bentuk rundingan perdagangan, respons dan tindakan terhadap dasar tarif luar hendaklah dinilai dari aspek kedaulatan ekonomi negara.

Ini termasuklah ketegasan dalam melindungi kepentingan dan keunikan Malaysia.

Terutamanya produk sawit tempatan, pensijilan halal, dasar bumiputera dan mineral kritikal seperti nadir bumi REE yang menjadi rebutan dunia perlu dipertahankan. Berniaga kain ke hujung desa, saya bagi pada Hulu Langatlah jawab kat luar nanti lah.

Berniaga kain ke hujung desa, Ditawar tinggi orang kota, Biar kecil nama Malaysia, Jangan digadai maruah kita. Akhir Puan Yang di-Pertua, betul-betul akhir ini sebab seminit dua dia kacau tadi. Saya tinggalkan perbahasan dengan mengajak sekalian Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil panduan daripada surah Al-Kharaj dan perihal perjalanan kaum Mekah, musim panas dan musim sejuk.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, kerana kebiasaan aman tenteram kaum Kharaj penduduk Mekah itu. Iaitu kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka menjalankan perniagaan pada musim sejuk ke negeri Yaman dan pada musim panas ke negeri Syam. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah ini yakni Kaabah.

Dialah Tuhan yang memberi penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Subang.

draft • 12:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Puan Speaker. Puan Speaker, ucapan saya hari ini tidak akan mengkritik atau memuliakan sesiapa. Tugas saya adalah untuk memberi pandangan rasional terhadap isu yang penting ini. Saya bermula dengan cuba memahami apakah punca dan matlamat tarif ini dari perspektif Amerika Syarikat.

Pada pandangan saya, terdapat beberapa sebab utama termasuklah:

(a) memperlahankan post-COVID consumer spending yang banyak ini dan mengalih budaya Amerika hyper consumerism kepada budaya yang lebih suka pelaburan;

draft • 12:42 PM

Tuan Wong Chen - Subang

(b) menjana pendapatan melalui cukai import untuk mengurangkan defisit fiskal Amerika Syarikat. Ini juga sebahagian daripada program DOGE yang diketuai oleh Elon Musk;

(c) menggalakkan syarikat multinasional Amerika seperti Intel dan Apple untuk kembali membuka kilang di Amerika Syarikat onshoring.

Tetapi ramai pakar berpendapat bahawa punca utama isu tarif ini adalah berkait dengan perkara geopolitik Amerika Syarikat lawan negara China. Mulai tahun 1990-an, negara China mula maju ke depan sampai ke masa Beijing Olympics 2008, China telah mula menonjolkan kehebatan ekonomi dan keyakinan diri. Ini diikuti oleh Dasar Belt and Road Initiative yang memperluaskan pengaruh globalnya pada tahun 2013.

Amerika Syarikat pula cuba mula menyekat China dengan dasar Presiden Obama iaitu Pivot to Asia pada tahun 2011. Dari Obama ke Trump, kemudian ke Biden dan sekarang kembali kepada Trump, nampak jelas bahawa dasar menyekat China ini berterusan. Oleh demikian, dasar tarif ini adalah sebenarnya sambungan dasar besar itu.

Tarif yang dikenakan kepada China adalah 145 peratus dan lebih kurang 90 negara lain dikenakan tarif 10 ke 50 peratus. Silakan.

draft • 12:42 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Subang. Tapi apa pandangan Subang, kalau saya mengatakan bahawa satu lagi masalahnya di Washington D.C.

ialah Amerika tidak pernah ada strategi dan matlamat geopolitik yang jelas dalam dia nak berlawan dengan China itu tapi dia tidak ada cohesive planning. Dia ada macam-macam. Ada masa kata nak constrain, ada masa kata nak content dan sebagainya.

draft • 12:42 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih. Pandangan itu menarik tetapi saya sebenarnya percaya deep state Amerika ini lebih bijaksana daripada Presiden dia ya. Jadi, walaupun kita tak suka cara dia bercakap, cara dia memberi pandangan dia, rasa di dalam Kerajaan Amerika Syarikat ini memang dia ada plan yang lebih mendalam ya.

Oleh demikian, Ahli-ahli Parlimen semua, rakan-rakan saya semua, saya ingin beritahu bahawa bagi penyokong-penyokong Presiden Trump, mereka rasa dasar tarif agresif ini merupakan alat rundingan yang terbaik kerana ia memaksa negara-negara lain untuk memberi konsesi perdagangan yang lebih kepada Amerika Syarikat sekarang. Pada masa yang sama, inilah dia kehebatan dia ya. Mereka berpendapat bahawa dasar ini akan menimbulkan satu indirect scenario. Di mana negara-negara lain macam kitalah ya, pun akan pula menghadapi masalah lambakan barangan dumping daripada China. Maknanya dia pandai. Dia minta kita bagi konsesi.

Pada masa yang samam kita juga akan menghadapi masalah dumping daripada China. Tetapi memang betul. Saya setuju dengan ramai pendapat yang lain itu, ialah bahawa dasar agresif ini

draft • 12:42 PM

Tuan Wong Chen - Subang

memang membawa keburukan yang teruk kepada Amerika Syarikat dan juga dunia. Krisis ekonomi akan berlaku ya.

Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah memimpin dunia dengan peraturan-peraturan dasar perdagangan bebas dan globalization. Amerika Syarikat juga memberi kestabilan melalui Dolar sebagai the global reserve and settlement currency. Tetapi dengan dasar tarif agresif ini, Amerika Syarikat telah mula menghakis elemen keyakinan dan ketentuan dan Dolar Amerika Syarikat juga nampak jatuh terjejas. Namun saya percaya Dolar Amerika Syarikat masih merupakan the last focal cut dalam percaturan dasar agresif ini.

Tuan Speaker, jadi ya lah kita faham dia punya motivation, apakah Malaysia harus buat?

Pertama, sebagai negara dagangan, kita mesti bersikap neutral dan bijaksana. Iaitu sensitif kepada kehendak Amerika Syarikat dan juga negara China. Kita perlu memahami motif utama Amerika Syarikat walaupun kita tak setuju dengan cara dia. Kita kena fahami sebab kita kena dapat menjangka langkah mereka yang seterusnya.

Amerika Syarikat merupakan pelabur terbesar di negara kita dari kualiti pelaburan yang terbaik, iaitu di dalam bidang teknologi seperti semiconductors. Malaysia juga tertanam dalam rantaian bekalan mereka, dengan izin, we are deeply embedded in the American technology supply chain. Maka kita tidak mempunyai pilihan selain dan dengan izin, to engage the American tactfully.

Sebagai pembukaan rundingan baru ini, saya nak syorkan kita boleh mencadangkan perkukuhan penguatkuasaan berkaitan sekatan penyebaran Artificial Intelligence. We have to tighten AI diffusion dan juga bertekad untuk lebih mematuhi rules origin and no to transshipment.

Pada masa yang sama, kita juga mesti mendalami tindak balas China terhadap Amerika Syarikat. Negara China adalah rakan dagangan terbesar kita yang cukup setia. Kita patut berasa empati. We must have the empati for them. Kita harus meneroka perdagangan yang lebih besar, tetapi yang penting seimbang dengan China. Dengan izin, way possible as true friends of China, we must expand free trade but fair trade with China.

Terdapat juga potensi besar foreign direct investment dari China. Namun sebelum itu kita perlu memastikan bahawa Amerika Syarikat akan fokus hanya pada isu rules origin and local content requirements dan tidak mencampur adukkan isu seperti share ownership by Chinese company. Oleh kerana kedudukan unik Malaysia ini, saya rasa Perdana Menteri kita, kawan baik saya, Tengku Zafrul, mereka mempunyai peranan yang penting sebagai perantara yang jujur, the honest broker kepada kedua-dua kuasa besar ini.

Tuan Speaker, izinkan saya mengalih pada isu competitiveness Malaysia berbanding jiran kita dan juga tentang ASEAN. Berapa negara jiran kita mendapat tarif yang lebih tinggi? Kita dapat 24 peratus. Indonesia 32 peratus, Thailand 36 peratus, Vietnam 46 peratus. Tetapi kita

draft • 12:42 PM

Tuan Wong Chen - Subang

kena peka lah bahawa walaupun kadar tarif ini berterusan, ia tak ada change ya, kita tak tahu lagi.

draft • 12:42 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kita akan dapatkan kelebihan pricing competitiveness.

This is a reality. Tetapi kita jangan terbuai dan terperangkap kerana kadar ini mungkin berubah dan juga the US market will ultimately shrink, get smaller. Negara-negara ASEAN sudah pun berlumba-lumba untuk merundingkan tarif yang lebih rendah termasuk kitalah ya. Apa yang kita kena buat sebagai Chair ASEAN pada tahun ini? Ialah mewujudkan satu set of Asian ASEAN principle mengenai tarif dan selepas itu kongsi strategi dan beri hasil rundingan kepada tiap-tiap ahli anggota ASEAN.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih. Saya cuma nak katalah, ucapan saya ini panjang sikit, semua boleh baca dalam Facebook, saya cuma nak kata ini, ya. Yang paling penting ialah kita kena pakai ujian ini untuk Malaysia untuk mereformasikan negara kita.

Take this opportunity, reduce the national debt, lawan corruption, lawan transshipment, lawan benda-benda yang tak betul ya dan selepas itu kalau Donald Trump nak buat lagi perkara baru, we will be more ready untuk menghadapinya. Terima kasih semua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya bangkit pada hari ini bukan sekadar untuk memberi pandangan. Tetapi untuk menyuarakan kebimbangan yang mendalam bahawa negara ini sedang berdepan satu bentuk serangan ekonomi yang belum pernah kita hadapi dalam dekad ini.

Tetapi malangnya, tindak balas kerajaan seolah-olah masih dalam zon selesa. Bukan dalam mod kesiapsiagaan perang. Tan Sri Yang di-Pertua, apabila Presiden Trump umum tarif timbal setinggi 24 peratus ke atas eksport kita dan hanya diberi penangguhan 90 hari. Itu bukan sekadar statistik perdagangan, ini, itu adalah pengisytiharan perang ekonomi secara terang- terangan.

Negara-negara seperti Singapura dan Jepun tidak berlengah, mereka menggandakan pelaburan strategik membentuk pelan kecemasan ekonomi dan mempercepat pelaksanaan dasar lindung nilai ekonomi mereka.

Tapi di Malaysia tiada satu pun tadi dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun menyebut ini sebagai krisis nasional, tiada amaran, tiada kesedaran awam, tiada pengisytiharan darurat ekonomi sedangkan seluruh sistem eksport kita khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik yang menyumbang 60 peratus eksport ke Amerika Syarikat kini berada dalam kedudukan paling terdedah.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tan Sri Yang di-Pertua, ucapan Yang Amat Berhormat Tambun tadi lebih menumpukan kepada angka-angka lama, statistik 2024 yang sudah tidak lagi relevan dalam realiti pasca tarif Trump. Kita perlukan forecast bukan nostalgia. Kita perlukan resilience building, bukan sekadar menyebut ekonomi domestik kita kukuh.

Saya ingin bertanya, mana pelan mitigasi khusus bagi sektor yang terjejas. Apakah bantuan yang akan disalurkan kepada pemain industri? Di manakah insentif untuk mengalihkan pasaran eksport ke wilayah alternatif yang agresif?

Tan Sri Yang di-Pertua, kenapa kerajaan lambat bertindak? Trump naik bukan kejutan.

Sejak November lagi bila Trump menang semua orang tahu Trump akan kembalikan dasar America First. Ramai pakar ekonomi dah menjangkakan dasar perlindungan yang akan beliau lakukan pada kali ini. Dulu pun penggal pertama dah buat kenaikan tarif 20 peratus ke atas solar, aluminium dan keluli. Presiden Biden pun teruskan. Tapi kerajaan pimpinan Tambun sibuk jalan sana sini, sibuk pergi beraya. Ketika AS kenakan tarif ke atas Mexico, Kanada, ke China, apakah tindakan kerajaan ketika itu? Diam seribu bahasa.

Baru kita panik bila Malaysia dikenakan 24 peratus. Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun hanya bertindak reaktif bukan proaktif. Kenapa kerajaan lalai selama ini?

Jangan kita lupa tahun 1997 dulu, menteri kewangan ketika itu tidak berbuat apa-apa dalam tempoh yang lama. Beliau hanya jadi pak turut kepada IMF yang menyebabkan inflasi dan kadar pengangguran naik mendadak.

Allahyarham Tun Daim terpaksa dipanggil selamatkan negara oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu. Ini fakta dan sudah banyak ditulis secara ilmiah oleh pakar-pakar dalam dan luar negara.

[Tepuk] Pakar ekonomi dalam dan luar negara sudah ramal kesan perang dagang, IMF, World Bank telah buat unjuran ekonomi akan berkembang dengan lebih perlahan. Tapi kerajaan sibuk menyanyi lagu ‘tunggu sekejap’ dan retorik Malaysia MADANI sambil mengabaikan amaran.

Kesan perang dagang ke atas Malaysia amat serius. Amerika dan China adalah rakan dagang terbesar kita. Mereka itu tulang belakang ekonomi kita tapi bila Amerika dan China sakit, kita kebas. Kita akan alami kerugian dalam jangka pendek jika perang dagang ini berterusan.

Kita negara pengeksport. Maka apabila pasaran luar lemah kita akan terkesan.

Sehingga kini tidak ada satu pun polisi yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun untuk kita hadapi ribut yang akan melanda. Tiada pelan, tiada strategi yang hanya jalan sana sini cari publisiti.

Apa yang patut kita lakukan? Apakah pilihan kita? Kita ada pilihan Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya huraikan dulu apa yang tak patut kita buat? Pertama, kita tak boleh lawan dengan naikkan tarif, kita negara kecil, pasaran kita adalah global tak boleh lawan dengan sesiapa. Jadi tindakan

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

MITI betullah, no reaction retaliation dengan izin. Bagus, saya puji. Tapi yang kedua saya nak tegur sikitlah Menteri MITI.

Jangan korbankan kedaulatan negara dan daya saing negara. Kenyataan yang MITI buat baru-baru ini membimbangkan sepertimana yang dilaporkan seolah-olah kita mahu memujuk Amerika dengan mengorbankan perolehan kerajaan, melonggarkan sektor halal, bertolak ansur dalam agenda bumiputera. Ini yang dikatakan non-tariff barriers itu.

Ini pengkhianatan dan jual maruah bangsa kalau dibuat. Agenda bumiputera sudah dianaktirikan dan diabaikan ketika ini. Sekarang nak ratah lagi. Langkah ini akan merugikan negara terutamanya orang-orang Melayu. Jangan kita longgarkan dasar ini supaya hanya manfaat pada satu negara luar sahaja.

Terdapat laporan juga yang kerajaan akan beli aset daripada Amerika Syarikat untuk kurangkan defisit perdagangan seperti aset pertahanan, keselamatan dan perolehan oleh GLC, PETRONAS, KTMB, MAHB di bawah MOF. Betul ke ini? Kalau betul perlu dijelaskan.

Tadi Yang Amat Berhormat Tambun kata banyak butiran di bawah NDA tak boleh dijelaskan. Jadi apa yang boleh masyarakat dan PMKS tahu rundingan-rundingan ini kalau semuanya kita simpan. Yang kedua...

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Sikit.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Nak sambung yang tadi. Ingatan kepada kerajaan itu sebab ada nota-nota di sebelah sana, di sebelah Washington DC yang membayangkan bahawa dalam rundingan-rundingan ini, ia ada kemungkinan melibatkan the US, dengan izin. The US might compell countries to make changes in their tariffs and regimes related to government procurement, digital economy, subsidies, IPR protection dan sebagainya for promoting the US interest. Saya rasa kalau diizinkan saya nak cadangkan itu disambung dalam kupasan Yang Berhormat Machang tadi, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, masukkan ucapan beliau dalam ucapan saya. Jadi apa yang perlu kita buat Tan Sri Yang di-Pertua? Pertama, hentikan hasrat naikkan SST Mei ini. Hentikan dulu.

Kedua, harga minyak global jatuh 25 peratus sejak Januari dan 20 peratus sejak April yang pertama. Tapi kerajaan nak teruskan hapus subsidi minyak. Ini bukan masa yang sesuai.

Tangguhkan dulu penghapusan subsidi minyak sehingga krisis ini selesai.

Dengan menunda kenaikan penghapusan subsidi petrol, kita boleh memberi ruang bernafas kepada industri dan pengguna yang sedang bergelut. Ketiga, lupakan dulu pengurangan defisit fiskal. Ini bukan masa untuk potong perbelanjaan tapi kena ada suntikan terutamanya ke dalam sektor berimpak tinggi yang mempunyai high economy multiplier terutama kepada kontrak kecil di seluruh negara. Tadi saya dengar apa Yang Amat Berhormat Tambun

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

cakap saya puji dan sokong bukan kita bangkang semata-mata. Tapi jangan taksub dengan defisit. Jangan dengar sangat penasihat Barat.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Keempat, insentif kepada pengeksport juga harus ditambah baik dan diperluas. Saya dengar tadi daripada Tambun. Baik, saya sokong dan saya setuju.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya harap bila kita berdepan dengan suasana yang tidak menentu ini, mindset rakyat perlulah diberi penerangan yang jujur tentang krisis. As I said just now, not a single word called crisis was mentioned by the Prime Minister. Ini satu perkara yang tidak baik, kerana apa? Kerana kita seolah-olah merendah-rendahkan situasi yang bakal berlaku. Mudarat yang besar yang bakal berlaku. Dan atas itu juga saya merayulah kepada pihak kerajaan dan Kerajaan Negeri Sarawak, capai kata sepakat rundingan win-win untuk kes PETROS dan PETRONAS. Kita perlukan kestabilan ekonomi, kestabilan politik.

Pada masa yang sama juga, nasihat saya kepada kerajaan, jangan masuk campur lantikan hakim yang kamu sendiri perjuangkan reformasi baru-baru ini. Kerana apa? Dikhuatiri pelabur-pelabur asing akan rasa syak dan wasangka ke atas keutuhan governance kita pada hari ini.

Jadi, kalau kita berupaya menjaga semua ini, saya yakin kita semua mampu mendepani apa saja cabaran, termasuk perang dagang yang Trump lancarkan pada kali ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Berikutnya, sebelum saya meneruskan. Usul perbahasan ini adalah berkaitan dengan Peraturan 11(3). Peraturan semuanya telah mengikut atur cara dan Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita pastikan perbahasan berjalan dengan lancar ya.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jelebu.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya membincangkan atau membahaskan isu tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada negara Malaysia dan juga 180 wilayah termasuk negara kita.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan kerana telah memanggil mesyuarat khas pada hari ini untuk

draft • 1:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

membincangkan isu ini secara tuntas dan juga antara — Malaysia antara negara terawal yang membincangkan berkenaan perkara ini dalam sidang Parlimen yang menunjukkan bahawa ini adalah sangat penting untuk memerlukan ataupun menentukan hala tuju perdagangan negara.

Apa yang boleh saya katakan ialah Malaysia antara negara yang sebenarnya tersepit dengan dan menjadi mangsa kepada perang perdagangan antarabangsa Amerika dan juga China. Ada sesetengah pihak memberi pandangan ─ jika Amerika Syarikat mengenakan tarif yang tinggi, kenapa tidak Malaysia beralih saja kepada urus niaga ataupun beralih kepada negara lain? Ini sebenarnya tidak semudah itu, Dato' Yang di-Pertua. Kerana Amerika Syarikat adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia selepas China bagi tahun 2024.

Saya nak sebut balik angka 2024 walaupun Machang kata ini adalah nostalgia angka yang tidak sesuai lagi sekarang. Tapi Machang, dengan angka-angka inilah, maka tindakan dan juga rancangan masa depan yang berasaskan kepada angka ini. Angka, jumlah perdagangan Malaysia-China pada tahun 2024, RM484 bilion, 16.8 peratus dan daripada angka ini, nilai eksport RM187 bilion, nilai import RM296 bilion yang membawa kepada dagangan surplus sebanyak RM72 bilion.

Tapi kalau kita banding pula dengan — itu China ya. Berbanding pula dengan Amerika, tahun 2024, direkodkan RM324 bilion, yang mana RM194 bilion adalah hasil eksport, RM126 bilion adalah hasil import yang membawa kepada dagangan defisit ataupun dagangan surplus sebanyak RM70 bilion, dengan China dan juga Malaysia membawa dagangan defisit RM108 bilion. Sebab itu dalam isu ini, saya sebut angka tadi Dato' Yang di-Pertua dan sebab itu dalam isu ini, tarif Amerika Syarikat, saya berharap agar kerajaan mengambil pendekatan yang win-win situation, ibarat “tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berselerak”.

Apa kesannya kepada rakyat Malaysia? Secara amnya, rakyat Malaysia tidak terkesan secara langsung terhadap kenaikan tarif Amerika Syarikat ini. Yang terkesan adalah rakyat di Amerika Syarikat yang hendak mendapatkan barang atau perkhidmatan daripada Malaysia. Akan tetapi, kerajaan tidak boleh memandang ringan terhadap kesan tidak langsung yang mungkin diterima oleh rakyat Malaysia berkaitan dengan perkara ini.

Apabila bercakap soal kesan kenaikan tarif ini, sebenarnya ia adalah berbeza-beza mengikut sektor. Ada sektor yang berhadapan dengan kesan negatif dan ada juga sektor yang berhadapan dengan kesan positif. Sebagai contoh saya nak bagi tahu di Dewan yang mulia ini, barangan E&E umpamanya, electric dan electrical merupakan produk eksport tertinggi ke Amerika Syarikat pada tahun 2024, juga masih lagi dalam angka 2024, yang bernilai RM119 bilion yang merupakan lebih daripada 60 peratus daripada jumlah eksport ke Amerika Syarikat.

Kilang E&E yang membekalkan barangan siap dan komponen ke Amerika Syarikat berkemungkinan berhadapan dengan penurunan permintaan, susulan kenaikan harga barangan tersebut. Penurunan permintaan ini akan menjejaskan keseimbangan kos pengoperasian, sekali

draft • 1:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

gus menyebabkan berlakunya kemungkinan pengecilan saiz ataupun pengecilan operasi untuk jangka masa panjang. Ini akan mengakibatkan ramai di kalangan rakyat-rakyat kita akan kehilangan pekerjaan.

Jika perkara ini berlaku, apakah langkah — soalan saya kepada pihak kerajaan ya.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat yang terjejas ini?

Adakah kerajaan ataupun sebarang kemungkinan kerajaan akan menyediakan sebarang pakej rangsangan sama ada secara terus kepada syarikat yang terkesan ataupun kepada pelabur asing untuk menarik pelaburan baharu di Malaysia?

Situasi yang berbeza Dato' Yang di-Pertua, berlaku di sektor lain seperti eksport produk berasaskan kelapa sawit, getah dan industri perabot. Pada tahun 2024, eksport perabot Malaysia ke Amerika, 2.4 peratus. Kalau kita banding dengan negara lain; Vietnam sebanyak 19.8 peratus; Indonesia, 24 peratus; Kemboja bawah sikit, 2 peratus. Tetapi tarif yang dikenakan kepada Vietnam, Indonesia dan Kemboja jauh lebih tinggi berbanding dengan Malaysia. Vietnam, 46 peratus; Indonesia, 32 peratus; Kemboja, 49 peratus.

Jadi, secara tak langsung, ia mencipta peluang yang signifikan kepada Kerajaan Malaysia untuk meluaskan pasaran perabot ke Amerika Syarikat atas faktor harga yang lebih kompetitif dan mampu kita tawarkan. Kita boleh lihat kemungkinan kenaikan eksport perabot Malaysia ke Amerika untuk tahun-tahun yang akan datang. Keadaan yang sama juga berlaku dalam sektor kelapa sawit dan getah di mana pesaing utama Malaysia iaitu Indonesia dan Thailand juga dikenakan tarif yang lebih tinggi.

Isu yang saya nak bangkitkan pada hari ini antaranya adalah bagaimana kerajaan dan kementerian-kementerian yang terlibat memastikan syarikat Malaysia yang berpotensi mendapat kesan positif daripada tarif Amerika Syarikat ini tidak akan terlepas peluang dan dapat memaksimumkan segala ruang dan peluang yang ada untuk memperluaskan pasaran mereka.

Isu tarif ini mungkin difahami dengan jelas oleh beberapa oleh pegawai di pihak kementerian dan pegawai-pegawai atasan, tetapi rakyat di bawah di sana memerlukan penjelasan yang lebih lanjut.

Saya ucapkan tahniah kepada pihak MITI yang telah mengambil langkah dengan menubuhkan task force committee dengan izin, selepas pengumuman tarif dibuat oleh Amerika ini. Saya juga difahamkan task force ini telah pun melakukan pelbagai sesi libat urus bersama pemain industri dan juga persatuan pengeksport. Maklumat penting yang telah pun dilakukan oleh task force committee ini perlu disebarluaskan lagi untuk dapat bantu semua pihak yang terkesan akibat pengumuman ini. Kerajaan perlu pastikan, dengan izin Dato' Yang di-Pertua, no one left behind supaya soal pengurusan risiko dan impak hasil daripada tarif timbal balik ini yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

draft • 1:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato' Yang di-Pertua, apakah langkah alternatif yang saya nak cadang yang perlu diambil oleh Malaysia? Antara tindakan awal yang boleh diambil oleh MITI berkaitan dengan isu tarif ini ialah menghantar seorang ketua perunding yang mungkin sudah pun diambil oleh pihak kerajaan untuk mengadakan rundingan yang terperinci untuk mencapai situasi menang-menang dengan pihak Amerika Syarikat.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri ataupun pihak yang telah pun dilantik sebagai ketua perunding untuk menyatakan apakah tawaran-tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan saya merasakan bahawa tawaran Kerajaan Malaysia dan apa juga tawaran balas oleh pihak Amerika Syarikat perlu dijadikan sebagai satu maklumat umum, bukan saja di Dewan Rakyat malah untuk perkembangan ataupun makluman kepada rakyat dalam negara kita.

draft • 1:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Berdasarkan rundingan awalnya Dato’ Yang di-Pertua, apakah terdapat sebarang perkembangan positif daripada pihak Amerika Syarikat? Hanya respons Amerika Syarikat terhadap apakah tawaran-tawaran timbal balas yang dikemukakan oleh kerajaan dan juga dijawab oleh pihak Kerajaan Amerika. Saya harap supaya rundingan atau tawaran yang dibuat, selain daripada berpaksikan kepada kepentingan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, perdagangan negara, kerajaan tidak boleh mengabaikan sebarang kepentingan syarikat tempatan dan juga rakyat keseluruhannya dan yang paling utama Dato’ Yang di-Pertua ialah maruah Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

Sebagai kuasa besar dunia, terdapat kemungkinan yang Amerika Syarikat akan berkeras untuk meneruskan tarif timbal balik ini dan tidak mempedulikan segala rundingan atau pun perbincangan antara G2G bersama dengan Amerika dan juga negara-negara yang lain. Bagi Malaysia, apakah persediaan dan langkah yang bakal diambil oleh Malaysia jika perkara ini berlaku?

Saya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun beberapa hari lalu yang menyebut bahawa Malaysia bersederhana dan perlu mengimbangkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat dan juga negara lain.

Saya berpandangan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk Malaysia memperkukuhkan perdagangan sedia ada dengan negara lain dan dalam masa yang sama, meneroka perdagangan baru. Sebagai langkah strategik, Malaysia perlu memperluaskan pasaran eksportnya ke negara-negara lain yang lebih stabil dalam soal dasar perdagangan.

Tumpuan boleh diberikan kepada ASEAN, Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika dan negara yang berpotensi untuk membantu Malaysia mengurangkan kebergantungan pasaran atau pun kebergantungan kepada pasaran Amerika dan menyebabkan risiko penerbangan. Malaysia perlu mengukuhkan diplomasi perdagangan dengan mendapatkan lebih banyak perjanjian dua hala

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

serta meningkatkan penglibatan dalam inisiatif serta perkongsian ekonomi komprehensif serantau.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung dalam satu minit.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Perjanjian komprehensif dan progresif bagi perkongsian Trans-Pacific dan BRICS. Dato’ Yang di-Pertua, ini adalah untuk meningkatkan daya saing jangka panjang. Kerajaan perlu memperkukuhkan ekosistem inovasi dalam negara, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan harus ditingkatkan, terutamanya sekali dalam sektor-sektor strategik.

Dato’ Yang di-Pertua, teks ini saya masukkan sepenuhnya dalam Facebook saya untuk dibaca oleh kawan-kawan di luar. Tetapi saya nak sebut Dato’ Yang di-Pertua, saya minta izin sedikit lagi untuk buat penutup. Penutup dia Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, Malaysia perlu menunjukkan kematangan dasar serta keupayaan negara untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global. Malaysia tidak boleh bertindak balas secara konfrontatif atau pun secara retaliasasi. Sebaliknya, memperkukuhkan kekuatan sendiri, memperluaskan kerjasama serantau dan antarabangsa serta merangka dasar jangka panjang yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Walaupun Malaysia ini sebuah negara kecil tetapi peranan Malaysia dalam perdagangan dunia adalah sangat besar. Malaysia tidak boleh dilihat sebagai negara kecil yang mudah dibuli dan mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar. Akhirnya, apa juga situasi yang dihadapi oleh kerajaan pada masa ini dan akan datang, kita letakkan kepercayaan kepada kepimpinan negara, terutamanya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun.

Yang pertama, untuk mengutamakan kedaulatan negara sebagai asas dalam hubungan antarabangsa. Yang kedua, memastikan ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan yang penting sekali ialah untuk memelihara segala kepentingan dan hak rakyat, khususnya kaum bumiputera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Berikut, saya mempersilakan...

draft • 1:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 1:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak boleh hanya bertindak secara reaktif. Sebaliknya, perlu memperkukuhkan kedudukan strategiknya dalam ekosistem

draft • 1:14 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

perdagangan global yang semakin terpecah. Malaysia perlu kekal tidak berpihak kepada mana- mana kuasa besar dagangan dunia, walaupun kita menjadi rakan dagangan utama kepada Amerika dan juga China. Perancangan jangka panjang ekonomi Malaysia dalam menghadapi impak perang dagangan antarabangsa menuntut satu pendekatan komprehensif yang menyatukan dimensi diversifikasi pasaran, pemerkasaan inovasi, pembangunan mampan serta tadbir urus yang tangkas dan berasaskan data.

Tuan Yang di-Pertua, setiap kesulitan pasti ada peluang yang boleh diraih. Setiap kesusahan, ada kesenangan. Industri sawit telah memainkan peranan penting dalam menyelamatkan dan menstabilkan ekonomi Malaysia semasa berada dalam krisis kewangan, termasuk krisis kewangan Asia 1997-1998 dan krisis COVID-19, berikutan adalah contoh- contohnya. Industri sawit menjadi sumber pertukaran wang asing yang konsisten. Minyak sawit merupakan antara eksport utama Malaysia, menyumbang berbilion ringgit setiap tahun.

Sewaktu krisis kewangan, apabila nilai Ringgit jatuh, pendapatan eksport dalam mata wang asing seperti USD meningkat nilainya dalam Ringgit. Ini membantu menampung defisit akaun semasa dan mengukuhkan kedudukan reserve negara. Industri sawit menyumbang kepada tiga juta pekerjaan secara langsung dan tidak langsung semasa krisis yang menjadi sektor penampan bagi tenaga kerja yang terjejas dalam industri lain seperti pembuatan dan pelancongan.

Ketiga, penstabil ekonomi luar bandar. Kebanyakan ladang sawit terletak di kawasan luar bandar. Pendapatan berterusan dari sektor ini menyokong kestabilan ekonomi tempatan dan penggunaan domestik. FELDA, RISDA dan MPOB memainkan peranan besar dalam memastikan pekebun kecil terus menerima sokongan dan pendapatan. Keempat, permintaan global yang kukuh. Permintaan global terhadap minyak sawit untuk makanan, biofuel dan produk penjagaan diri kekal tinggi walaupun dalam krisis. Ini menjadikan industri sawit antara sektor yang crisis resilient, tidak mudah terjejas. Yang kelimanya, semasa kejatuhan harga minyak mentah atau sektor elektronik, sawit menjadi penyumbang alternatif yang mengurangkan kebergantungan kepada satu sektor sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dalam senario di mana negara lain, misalnya China, turut dikenakan tarif tinggi oleh Amerika, Malaysia mungkin berpeluang mengisi kekosongan dalam pasaran tertentu sebagai sumber alternatif kepada eksport dan import. Pada tahun 2024 sahaja, Amerika mengimport sekitar 1.8 juta metrik tan...

draft • 1:14 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tangga Batu.

draft • 1:14 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

...minyak sawit, di mana majoritinya dari Indonesia. Ya, silakan.

draft • 1:14 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Tangga Batu bolehlah kita anggap pakar tentang kelapa sawit ini kerana dia dulu pun Tuan Yang di-Pertua,

draft • 1:14 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

terlibat dalam perniagaan ini dan tentu juga terlibat – ada pengalaman berunding dengan negara- negara tertentu yang membeli kelapa sawit. Saya ada satu perkara yang saya hendak tanya Tangga Batu. Bila Malaysia berunding dengan Amerika Syarikat, negara lain juga berunding dengan Amerika Syarikat. Kita berunding dengan dia, dia tahu apa kita nak, dia tahu apa dia offer. Orang lain berunding dengan dia, orang tu tahu apa dia sahaja. Amerika yang tahu semua orang punya.

Yang saya risaukan ialah berlaku apa yang disebut information asymmetry. Dia yang tahu semua benda, jadi dia buli je lah atau pun dia boleh manipulasi sebab orang lain tak tahu semua benda yang dia tahu kerana dia berunding dengan semua orang tapi semua orang tak berunding sesama sendiri dengan dia. Jadi, apakah ini – apakah Yang Berhormat rasa kerajaan perlu bukan sahaja berunding sendirian tetapi secara berkelompok dengan ASEAN dan sebagainya.

draft • 1:14 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, saya sangat setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Indera Mahkota dan masukkan dalam ucapan saya. Baik. Pada tahun 2024 sahaja, US mengimport sebanyak 1.8 juta metrik tan minyak sawit, di mana majoritinya dari Indonesia. Eksport produk sawit Malaysia ke Amerika pada tahun 2024 berjumlah 198,000 metrik tan atau 10 peratus dari jumlah import minyak sawit Amerika dan 1.1 peratus dari jumlah eksport minyak sawit Malaysia.

Ketegangan trade dispute antara US dan China, berkemungkinan China akan mengubah trade flow within the vegetable oil complex, dengan izin. Pendekatan menaikkan tarif import soya bean kepada 25 peratus oleh China terhadap soya bean Amerika menyebabkan import soya bean US ke China menurun sebanyak 57 peratus atau 8.6 juta metrik tan, data 2018 dan import soya bean dari Brazil ke China meningkat sebanyak 41 peratus atau 21.8 juta metrik tan.

draft • 1:14 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kesan dari ini, jumlah import minyak sawit ke negara China meningkat sebanyak lima peratus ataupun 5.3 juta metrik tan. China pasti akan mencari alternatif baharu menggantikan import soya dari Amerika dan meningkatkan permintaan minyak sawit atau vegetable fat bersumberkan minyak sawit. Oleh itu, Tangga Batu melihat ini adalah peluang terbaik bagi Malaysia memperluaskan dan mempertingkatkan pasaran minyak sawit Malaysia, terutama negara China dan lain-lain negara.

Apa yang perlu dilakukan di samping mengadakan rundingan perdagangan dua hala, jumlah pengeluaran produk sawit Malaysia juga perlu ditingkatkan. Tangga Batu telah menyentuh isu hasil sawit per hektar stagnated sejak beberapa tahun yang lalu sekitar 16 hingga 17 tan sehektar sejak kebelakangan ini perlu intervensi dari kerajaan secara serius. Sudah berulang kali dibangkitkan jumlah pokok tua yang semakin meningkat dan program penanaman semula yang

draft • 1:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

sangat perlahan sudah pasti akan menyebabkan hasil sawit berkurangan dan menjejaskan peluang Malaysia untuk meraih nilai eksport yang lebih tinggi.

Meningkatkan aktiviti hiliran seperti oil and chemical dan produk kesihatan, meningkatkan peruntukan R&D bagi mempercepatkan proses mekanisasi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menyebabkan ia memperbanyakkan penyertaan rakyat tempatan dalam industri perladangan. Ini ada kaitan yang dengan mempertingkatkan domestic consumption sebagai strategi dalam menghadapi global economic slowdown. EU deforestation regulation, Tangga Batu merakamkan ucapan tahniah kepada MPOC dan MPOB yang berjaya meningkatkan jumlah eksport minyak sawit Malaysia ke EU dari 48,539 metrik tan pada tahun 2023 kepada 96,903 metrik tan pada tahun 2024.

Namun jumlah ini masih kecil berbanding dengan jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia yang berjumlah sekitar 18 juta tan setahun. Oleh itu, Tangga Batu menyeru agar gap yang ada, dengan izin, yang ada di antara MSPO dan EUDR perlu diselaraskan segera agar minyak sawit Malaysia dapat memasuki pasaran Eropah dengan lebih besar lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks petani dan nelayan, apabila harga equipment dan lain- lain yang datang dari Taiwan dan China yang masuk ke Malaysia akan jadi lebih murah. Oleh itu, kita harus mengambil kesempatan ini mestilah digunakan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penggunaan teknologi dan AI bagi memacu peningkatan produktiviti hasil pertanian dan nelayan dan kita memperbaiki kita punya masalah...

[Tidak Jelas] Sekian, terima kasih.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 1:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas keprihatinan beliau yang telah memanggil sidang khas ini merupakan satu langkah yang memperlihatkan kepimpinan responsif dalam kita mendepani cabaran global semasa.

Tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import bukan sekadar menggugat perdagangan antarabangsa bahkan secara langsung menggugat kestabilan ekonomi negara kita. Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, tidak boleh mengambil pendekatan menunggu dan melihat. Maka persoalannya, bagaimanakah kita mengekalkan segala momentum pertumbuhan dalam suasana yang serba mencabar ini serta bagaimanakah Malaysia menangani segala impak terhadap pelaburan bagi sektor yang terkesan seperti E&E dan impak kepada industri domestik?

draft • 1:23 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Antara pendekatan strategik yang telah dilakukan, saya difahamkan terutamanya menggunakan saluran diplomatik dengan Amerika Syarikat untuk merundingkan pengurangan atau pengecualian tarif terhadap produk-produk tertentu. Betong ingin mohon penjelasan, apakah pendekatan yang akan diambil oleh Malaysia untuk memastikan kepentingan Malaysia terjamin dalam rundingan dengan Amerika Syarikat?

Dalam rundingan ini, adakah kerajaan yakin bahawa Amerika Syarikat akan memberi pengecualian tarif walaupun Malaysia sudah buat tawaran? Bagaimanakah jika Amerika Syarikat tetap akan mengenakan tarif nanti? Keduanya, menggandakan kerjasama dua hala seperti yang telah dinyatakan oleh yang lain-lain melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) atau rundingan semula dasar perdagangan. Persoalannya, bagaimanakah Malaysia akan memanfaatkan FTA sedia ada seperti ATIGA, CPTPP dan RCEP sebaik mungkin bagi menangani kemungkinan penurunan permintaan dari Amerika Syarikat.

Ketiga, mengurangkan kebergantungan kepada Amerika Syarikat dengan meneroka pasaran baru seperti China, India, ASEAN, Timur Tengah dan Afrika dan perkukuhkan rangkaian serantau. Betong minta penjelasan sejauh manakah perdagangan bebas yang sedia ada seperti yang saya nyatakan tadi ATIGA, CPTPP dan RCEP dapat membantu Malaysia khususnya perniagaan dan pengeksport Malaysia supaya mempelbagaikan pasaran produk dan perkhidmatan ke pasaran baru selain daripada Amerika Syarikat? Betong mendesak agar kerajaan melalui MOF perlu menyediakan sokongan teknikal dan dana kewangan kepada syarikat ataupun agensi-agensi tempatan agar mereka mampu manfaatkan kelebihan tarif dan meneroka pasaran-pasaran baru.

Yang keempat ialah menggalakkan syarikat tempatan untuk meneroka peluang eksport ke pasaran-pasaran bukan tradisional. Persoalannya, apakah langkah pematuhan ataupun compliance yang perlu diambil oleh pengeksport Malaysia bagi memastikan produk mereka boleh menembusi pasaran Amerika Syarikat mahupun pasaran yang bukan tradisional ini?

Kelima, perlulah fokus kepada pengeluaran bernilai tinggi dan produk inovatif agar dapat bersaing walaupun dikenakan tarif serta meningkatkan automasi dan produktiviti industri tempatan.

Dato’ Yang di-Pertua, mengenai kesan dan impak tarif terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan haruslah mewujudkan mekanisme pemantauan berterusan untuk menilai impak tarif ke atas sektor- sektor utama Malaysia.

Oleh itu, penubuhan petugas khas ataupun Pusat Tindakan Geoekonomi Negara untuk memantau, membuat kajian serta analisa data daripada pelbagai sumber tentang impak tarif Amerika Syarikat terhadap sektor-sektor utama adalah penting. Kerajaan hendaklah melaksanakan kajian kesan ekonomi secara berkala dan cepat untuk menyesuaikan strategi negara. Tarif ini sudah tentu memberi kesan seperti kehilangan pekerjaan, penguncupan perniagaan serta gangguan dari ketidakstabilan rantaian bekalan.

draft • 1:23 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Maka adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan jaringan keselamatan sosial ataupun social safety net dengan izin, seperti memberi insentif fiskal dan bantuan kewangan pada perusahaan kecil dan sederhana PKS yang tertekan? Betong berpandangan bahawa kerajaan perlu merangka pakej rangsangan khas untuk membantu industri dan mengurangkan impak di samping itu juga, menggalakkan penggunaan skim Jaminan Kredit Eksport dan kempen promosi eksport oleh MATRADE. Persoalannya, bagaimanakah PKS Malaysia boleh mengubah cara pengurusan perniagaan selaras dengan perubahan dasar tarif Amerika Syarikat?

Seterusnya, mohon juga penjelasan daripada kerajaan bagaimana kerajaan berusaha dalam menyediakan, meredakan kegusaran pihak industri terutamanya PKS dan juga rakyat yang risau dengan kehilangan pekerjaan.

Dato’ Yang di-Pertua, dari segi dasar perdagangan bebas yang lebih progresif, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dan mengemas kini dasar perdagangan negara supaya lebih fleksibel dalam menangani halangan tarif? Apakah usaha kerajaan untuk mendorong penyertaan aktif dalam perjanjian perdagangan serantau dan global?

Dato’ Yang di-Pertua, mengenai kemungkinan lambakan barangan ataupun produk yang tidak terjual di negara lain, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk memastikan Malaysia ini bukan a dumping ground dengan izin, bagi barangan tersebut? Apakah persediaan Malaysia dalam menghadapi lambakan barangan import di pasaran domestik dan pelbagai negara yang tidak dapat mengeksport barangan mereka ke Amerika Syarikat? Dalam hal ini, kerajaan perlu segera memperkasakan lagi Akta Anti-Lambakan ataupun Anti-Dumping Act ini dan mempertingkatkan lagi penguat kuasa.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia mempunyai peluang keemasan untuk memimpin rantau ini ke arah bentuk blok ekonomi yang lebih berdaya saing, tahan terhadap tekanan luar. Justeru, saya mencadangkan Malaysia memperjuangkan penubuhan ASEAN Strategic Supply Chain Council untuk memperkukuhkan integrasi rantaian bekalan serantau dan meningkatkan usaha membangunkan ASEAN Single Market sebagai alternatif kepada penggantungan eksport kepada pasaran luar rantau.

draft • 1:23 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

ASEAN mesti menjadi buffer zone terhadap sebarang ketidaktentuan ekonomi global.

Persoalannya, adakah Malaysia akan turut mempertahankan kepentingan negara-negara ASEAN lain atau berunding sebagai pihak negara-negara ASEAN?

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks BRICS, adalah wajarlah untuk Malaysia meneliti potensi mempereratkan kerjasama strategik dengan negara-negara dalam blok ini dan lebih-lebih lagi memandangkan BRICS kini memperluaskan pengaruhnya dalam ekonomi global. Namun begitu, Malaysia mesti berpegang teguh pada prinsip kecuali yang menjadi asas dasar luar negara.

draft • 1:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Akhir sekali, kita harus mengimbangi hubungan dengan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China, India dan negara-negara ASEAN dengan bijaksana dan berpandukan kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Keadaan dunia yang semakin berpecah kepada blok kuasa, keupayaan Malaysia untuk kekal berkecuali, fleksibel dan pragmatik akan menjadi aset strategik utama untuk mengharungi ketidaktentuan global ini.

Betong percaya bahawa krisis ini bukan sahaja ancaman tetapi peluang untuk kita memperbaharui asas ekonomi kita. Maka dengan pelan tindakan yang jelas, disiplin fiskal yang kukuh dan solidariti nasional, maka Malaysia bukan sahaja boleh bertahan, malah boleh bangkit lebih kuat. Sekian, terima kasih.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 1:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 2 April 2025, dunia telah dikejutkan dengan pengumuman tarif timbal balik oleh Presiden Trump, apa yang beliau panggil sebagai hari pembebasan. Ia memberi kesan yang teruk kepada negara-negara Asia khususnya.

Bagi rakyat Malaysia, tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ini amat menakutkan dan mereka bimbang apakah kesan buruk terhadap kehidupan mereka. Membuat anggaran tentang impak dari tarif agenda Presiden Trump ini dengan lebih luas amat sukar sekali, very unpredictable dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Malaysia sekarang berada dalam krisis ataupun national crisis. Saya tak tahu sama ada lebih buruk dengan COVID-19 ataupun sama ataupun lebih baik. Ia bererti bahawa semua langkah dan tindakan kerajaan mestilah sesuai dengan keadaan ini. Tujuan utama Presiden Trump mengenakan tarif timbal balik ini ialah untuk memperkayakan Amerika Syarikat, itu yang disebut selalu dan menggalakkan rakyat mereka membeli produk keluaran tempatan dan sekali gus memajukan industri domestik mereka.

Secara spesifiknya, rasional Amerika Syarikat di sebalik Liberation Day tarif ini ialah ‘America First, Make America Great Again’. Penjanaan pendapatan dengan memenangi kehilangan cukai korporat dan hutang negara mereka sejumlah 600 bilion Amerika.

Tuan Yang di-Pertua, ia sebenarnya ialah trade war antara Amerika Syarikat dan China.

Tempias terkena kepada negara-negara lain termasuk negara kita, Malaysia sendiri. Saya meneliti tentang kenyataan pemimpin tertinggi kita, semuanya baik, bukan tak baik tapi tak bunyi tegas, kemas dan konkrit bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul di kalangan rakyat sekarang ini.

draft • 1:31 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat seperti pemimpin negara-negara lain. Saya bagi contoh pemimpin Singapura. Apa kata Perdana Menteri Singapura? Dengan izin, time for economic overhaul. Bayangkan dia hanya kena 10 percent untuk ke depannya bukan macam kita. Dia kata, time for economic overhaul, major restructuring needed are made. US tariff, dengan izin.

Seterusnya saya nak sentuh sedikit tentang perdagangan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Ini penting kerana untuk menunjukkan betapa pentingnya dagangan dengan Amerika Syarikat. Suka atau tidak suka, kita kena terima kenyataan ini bahawa kita perlu buat sesuatu untuk menentukan kita berada pada jajaran yang betul.

Perdagangan sepertimana disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi RM325 bilion jumlah perdagangan, 11 peratus daripada jumlah perdagangan seluruh negara kita.

Eksport Amerika Syarikat kepada kita RM199 bilion, 13 peratus daripada jumlah. Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat, RM127 bilion, sembilan peratus dari jumlah dan lebihan dagangan kepada Malaysia ialah RM72.4 bilion ataupun hanya 0.05 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, lebihan dagangan kepada Malaysia yang menurun adalah petanda baik berhubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika. Terdapat sedikit pencanggahan dari segi lebihan dagangan sebanyak RM8.9 bilion, ini angka kita dan Amerika Syarikat, angka dia RM24.8 bilion. Kita RM15.9 bilion. Kunci kepada percanggahan ini ialah disebabkan oleh kaedah penilaian free on board, FOC record Amerika ialah CIF ataupun cost insurance dan freight. Itu dia benda yang berbeza dan juga kadar pertukaran wang.

Perlu juga diketahui bahawa defisit dagangan dengan Amerika Syarikat dengan Malaysia, sebenarnya menunjukkan penurunan dari tahun 2019 ke 2024. Ini sebenarnya satu plus point kepada Malaysia bagi berunding dengan Amerika Syarikat, dia turun. Sebenarnya jika diambil kira keterlibatan syarikat-syarikat Amerika Syarikat dalam sektor perkhidmatan, lebihan dagangan Malaysia jauh lebih rendah daripada RM24.8 bilion mengikut angka Amerika Syarikat.

Top lima produk dieksport ke Amerika Syarikat, E&E RM120 bilion, 60 peratus tinggi.

Kalau dia buat sesuatu, kita teruk. Optical scientific equipment, RM13 bilion, 44 peratus.

Machinery equipment, 87.8 peratus. Beberapa produk ni special sikit. RM7.41 bilion 3.7 percent, wood product RM6 bilion. Khusus bagi E&E. E&E sahaja dekat RM50 bilion termasuk dalam tarif 24 percent. Manakala E&E terpilih kebanyakan semikonduktor dengan nilai RM7.3 bilion, 58.7 peratus buat sementara waktu tidak termasuk dalam senarai tarif 24 *percent.

Rubber glove* ini Tuan Yang di-Pertua, juga terkesan dengan tarif 24 peratus tetapi lebih berdaya saing berbanding dengan negara-negara pengeluar yang lain yang dinaikkan 32 sehingga 49 peratus. Negara China 145 peratus pada 2024, market share. Glove Malaysia di Amerika ialah 47.4 peratus.

draft • 1:31 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pada 8 Julai 2025, semua kita akan tahu tarif sebenar yang akan dikenakan. Pelaburan Amerika Syarikat di Malaysia pun tinggi. Sejak 2021, Amerika Syarikat melabur di Malaysia sejumlah RM200 bilion dengan mewujudkan 312,815 orang peluang pekerjaan, 89 peratus pekerjaan sektor pembuatan diisi oleh rakyat Malaysia termasuk pengurusan R&D. Purata gaji bulanan pekerja-pekerja ini ialah RM6,553 berbanding dengan purata Malaysia, RM3,212.

Impak kepada Malaysia dengan tarif ini, hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat besar kemungkinan nilai perdagangan akan menguncup sebab dia pun tak larat nak bayar tarif syarikat-syarikat di Kedah, Kulim Hi-Tech Park banyak saya berhubung dengan mereka, dia kata depa hold kan sebab pihak pengimport di sana nak pengeksport kita dibayar, kita tak mampu. Mungkin itu akan dibincangkan kemudian hari.

Seterusnya, pelaburan yang tentunya akan terjejas mungkin rendah daripada 2024, banyak syarikat hold back untuk melabur dan membesarkan pelaburan mereka. Kemudian pelencongan dagangan China, dumping product daripada negara China akan datang ke negara kita. Cross perniagaan [Tidak jelas] akan meningkat, impak secara langsung terhadap E&E dan bekalan E&E. Impak terhadap sektor-sektor lain tentunya perabot, tarif lebih baik kepada Malaysia berbanding dengan Vietnam dan Cambodia dan akan memberi peluang baik kepada Malaysia, akhirnya Malaysia mampu meningkatkan market Amerika Syarikat.

Syor, cadangan way forward. Malaysia mempelbagaikan pasaran produknya ke lebih banyak negara-negara Timur Tengah, benua Afrika, negara-negara European Free Trade Association (EFTA), Norway, Switzerland, Iceland dan juga negara CCCP dan sebagainya. Pada 2024, nilai perdagangan antara Malaysia dengan EFTA ialah RM14.4 bilion.

draft • 1:31 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Percepatkan perjanjian dengan MEEPA adalah satu perkara yang amat baik ataupun dengan negara-negara EFTA ini. Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut, pada bulan Mei, tandatangan akan diadakan. Seterusnya, segerakan FTA dengan Kesatuan Eropah, UK, Korea Selatan dan sebagainya. Mengadakan EFTA dengan lebih banyak negara. Pembangunan — saya nak sebut ini benda yang penting. Pembangunan special economic zone, Johor- Singapore. Ini satu benda yang amat baik yang perlu disegerakan dan dipercepatkan.

Seterusnya, saya nak sebut juga pembangunan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam, selatan Thailand. Ini kawasan Kubang Pasu. Ada lebih dari 4,000 ekar tanah MOF Incorporated yang sedang dibangunkan dan GDP RM24 bilion. Kalau mengikut statistik dagangan antara dua hala Thailand dengan Malaysia ialah RM140 bilion setahun, sama banyak nilai import dan eksport. Nilai perdagangan ini dijangka meningkat kepada RM160 bilion dalam tiga tahun yang akan datang. Pihak kerajaan perlu mempertingkatkan bajet infrastruktur di SBEZ Bukit Kayu Hitam ini.

draft • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Banyak lagi saya nak sebut tapi saya nak langkah sikit. Sat lagi kalau tidak sat lagi Tuan Yang di-Pertua kata habis dah masa.

Mengadakan engagement secara strategik di peringkat tinggi. Ini Menteri MITI sudah pun buat.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tak cakap apa pun.

draft • 1:40 PM

[Dewan ketawa]

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Perkukuhkan.

Perkukuhkan — dia dok tengok saya satu macam, naik seriau jugalah. Dok tang tu, siapa pun kena dengar kata.

Perkukuh dan percepatkan pembangunan industri halal Malaysia supaya eksport produk halal dari Malaysia dapat dipertingkatkan. Perkukuhkan lagi Intra-ASEAN Trade. Ini banyak boleh buat. Banyak. The RM4 trillion dia punya the trade at the moment. RM1 trilion kalau dia buat betul-betul antara negara-negara ASEAN ini, maka hasilnya akan jadi lebih baik.

Kolaborasi yang lebih mendalam dengan BRICS, CPTPP, Benua Afrika dan Global South. Ini Menteri MITI dia tahulah. Dia dok buat kerja ini. Dia rajin. Seterusnya, semak semula atau tangguh kenaikan tarif elektrik pada Julai tahun ini. Kalau tidak, teruk. Lepas ini lagi teruk.

Dah la mai dengan tarif, mai dengan elektrik lagi, tutup kedailah depa. Penjimatan perbelanjaan kerajaan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam menangani isu tarif ini.

Kemudiannya, subsidi pembatalan subsidi RON95 harus ditangguh kepada masa yang lebih sesuai.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kubang Pasu, saya rasa dah cukup kot.

draft • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Rumusan sikit saja.

Lagi dua minit saja, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua ini kita tengok elok, lama segak juga.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya bagi lagi 30 minit, saya padam.

draft • 1:40 PM

[Dewan ketawa]

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Then, banyak faktor crucial yang perlu diambil perhatian secara serius ...

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bukan 30 minit ya, 30 saat.

draft • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dalam proses rundingan dengan Amerika Syarikat. Antaranya, Malaysia sekarang ini dilihat sebagai yang

draft • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

mempunyai hubungan yang lebih erat dengan China berbanding dengan Amerika. Prinsip berkecuali perlu kita pertahankan. Malaysia perlu memberikan penekanan terhadap keperluan menangani NTV seperti mana yang diserlahkan dalam National Trade Estimate 2025 Amerika Syarikat, jika ia tidak menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.

Saya percaya, Amerika Syarikat akan mempertimbangkan pengurangan tarif 24 persen jika Malaysia menawarkan pakej yang menarik. Tarif semikonduktor juga akan terus dikecualikan jika Amerika Syarikat berpuas hati dengan rasional.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, masa sudah cukup dah kot.

draft • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tahniah kepada Menteri MITI. Satu, last ini. Last dah.

Semakan KDNK perlu dibuat segera. Orang lain dah buat. Negara lain dah buat. Sebab banyak pihak membuat pelbagai unjuran.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ada yang buat tiga...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Rasa boleh duduk dah itu.

draft • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Kawan.

draft • 1:40 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya bersyukur kerana berkumpulnya kita dalam Dewan yang mulia ini adalah demi kesejahteraan keluarga MADANI dari segi pembangunan ekonomi dan manusiawi.

Pengenalan tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat ke atas 57 buah negara dan wilayah, sememangnya telah menggegarkan dunia termasuk Malaysia. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling berpotensi terkesan dengan pelaksanaan tarif timbal balik memandangkan Amerika Syarikat merupakan negara kedua tertinggi dalam senarai eksport dari Pulau Pinang dengan nilai RM76 bilion bersamaan 17 peratus daripada keseluruhan nilai eksport negeri pada tahun 2023. Malah, negara tersebut juga merupakan rakan dagangan utama kepada Pulau Pinang dengan lebihan dagangan bernilai RM57.7 bilion pada tahun 2024. Justeru, pelaksanaan tarif ini dikhuatiri bakal memberi impak serius kepada Pulau Pinang dan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

draft • 1:44 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Susulan daripada dua perbincangan meja bulat yang diadakan oleh kerajaan negeri bersama-sama pihak industri daripada sektor semikonduktor, kejuruteraan serta sektor sokongan termasuk wakil akademik dan pegawai kanan kerajaan, maklum balas utama yang diterima adalah jelas iaitu kurangkan kos pengoperasian perniagaan, tangguhkan pelaksanaan cukai baharu dan tingkatkan efficiency kerajaan dalam menghadapi situasi ini.

Hasilnya, Pulau Pinang memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas pemantau tarif Pulau Pinang dan menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kit alat penyesuaian perdagangan atau trade adaptation toolkit. Kit ini bertujuan membantu pengeksport serta barisan pengusaha tempatan daripada komuniti perusahaan kecil dan sederhana untuk memahami landskap serta hal-hal yang berkaitan. Antaranya, panduan navigasi tarif, alat pengoptimuman perjanjian perdagangan bebas (FTA), kolaborasi pasaran eksport dan sokongan transformasi digital.

Oleh itu, saya menyeru kepada pimpinan Kerajaan Persekutuan supaya dapat bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dalam Malaysia agar dapat memberikan bantuan jangka masa pendek kepada pengusaha PKS.

Dato' Yang di-Pertua, saya memuji usaha Kerajaan Persekutuan kerana telah menubuhkan Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), pasukan petugas tarif MITI serta menjalinkan rundingan dua hala dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat. Langkah-langkah ini menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam menangani ketegangan perdagangan tanpa mengambil jalan balas dendam.

Dalam Pulau Pinang menyambut baik hasil daripada misi rundingan ke Washington D.C.

yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri serta Yang Berhormat Timbalan Menteri II dalam perbincangan bersama wakil perdagangan kanan Amerika Syarikat dan Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick, kami yakin bahawa rundingan ini akan membawa kepada penyelesaian yang saling menguntungkan berteraskan kepercayaan, keadilan dan perkongsian strategik jangka panjang.

Pelantikan bakal Ketua Perunding Malaysia merupakan langkah yang tepat pada masanya. Namun, kita harus mengakui bahawa ia sebenarnya merupakan penyelesaian jangka masa pendek. Apa yang kita perlukan adalah penyelesaian strategik dan jangka masa panjang untuk mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat sebagai salah satu rakan perdagangan utama. Salah satu langkah penting ialah pelantikan seorang duta besar yang diperuntukkan khusus ke Amerika Syarikat. Peranan ini amat penting bukan sahaja untuk mewakili kepentingan Malaysia tetapi juga bagi mengangkat keutamaan dan aspirasi negara di peringkat tertinggi di Amerika Syarikat.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada lawatan Menteri-Menteri ke Washington D.C.

setiap masa.

draft • 1:44 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Seorang duta yang berdedikasi akan memastikan suara Malaysia sentiasa didengari dan kepentingan kita sentiasa dilindungi dalam hubungan dua hala yang amat penting ini.

Berdirinya saya mewakili seluruh rakyat Pulau Pinang menaruh harapan tinggi kepada Kerajaan Persekutuan bahawa perlunya memperkasa peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN. Peluang ini perlu dimanfaatkan bagi mengembalikan keseimbangan kuasa antara ASEAN dan Amerika Syarikat. Salah satu langkah penting adalah mempercepatkan Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat.

Forum peringkat tinggi ini adalah amat penting untuk membingkai semula rundingan perdagangan secara lebih adil dan untuk menzahirkan suara ekonomi kolektif ASEAN. ASEAN perlu lebih lantang bersuara bukan sebagai 10 pasaran yang berpecah tetapi sebagai satu blok yang bersatu padu. Malaysia yang memegang peranan sebagai Pengerusi harus memimpin dengan tegas dan jelas.

Sebagai penutup kata, saya ingin menegaskan komitmen Pulau Pinang dalam menyokong strategi nasional yang sedang digerakkan termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Perjanjian Komprehensif (CPTPP) dan RCEP.

Ketika kita mengharungi landskap global yang berubah dengan begitu pantas yang mana norma perdagangan yang telah lama wujud kini turut dicabar. Adalah amat penting untuk Malaysia tidak hanya dilihat sebagai sebuah negara perdagangan semata-mata sebaliknya juga sebagai sebuah ekonomi berasaskan teknologi.

Kita harus melihat perubahan ini sebagai satu peluang, bukan sekadar ancaman.

Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya komitmen Kerajaan MADANI dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara teknologi yang sebenar selaras dengan matlamat NIMP dan NETR. Kita mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat teknologi tempatan sedang beroperasi pada tahap kecanggihan tinggi. Dengan sokongan dasar yang tepat, mereka mampu melonjak ke tahap kepimpinan global. Oleh itu, kita perlu menggandakan usaha untuk merangsang pelaburan domestik dan memperkukuh permintaan dalam sektor-sektor strategi agar seiring dengan objektif negara.

Pulau Pinang bersedia untuk memimpin gerakan ini, bekerjasama rapat dengan semua peringkat kerajaan bagi mempercepatkan pertumbuhan juara teknologi tempatan. Sudah tiba masanya kita bergerak melangkaui pelaburan langsung asing (FDI) dan mula memberikan tumpuan kepada pelaburan yang didorong oleh kekuatan domestik. Ini adalah masa yang untuk membina ketahanan dan bukan kebergantungan. Dengan itu sekian terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.

draft • 1:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan penjelasan Perdana Menteri tentang respons Malaysia terhadap kesan tarif timbal balik Trump.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan Presiden Trump untuk mengenakan apa yang dikatakan sebagai tarif timbal balik secara unilateral telah mengubah sistem perdagangan global dalam sekelip mata. Kesannya sangat besar ibarat gelombang global yang tidak lagi boleh dikembalikan kepada asal. Selepas pengumuman tarif timbal balik Presiden Trump pada 2 April 2025 dan walaupun tarif itu hanya akan dikuatkuasakan pada 1 Julai 2025 iaitu dua bulan akan datang, namun kesannya sudah mula dirasai sejurus selepas pengumumannya.

Selain daripada stock market crash, antara kesan yang lain ialah adjustment oleh pelbagai sektor di seluruh dunia dan operasi mereka yang akhirnya memberi kesan kepada permintaan komoditi mengakibatkan penurunan menjunam harga brand minyak mentah petroleum sebanyak 14 peratus daripada USD73 ke USD63 dan penurunan harga minyak mentah kepala sawit sebanyak 17 peratus daripada RM4,796 kepada RM3,974.

Akibatnya wilayah seperti Sabah yang mengeksport hanya RM400 juta kepada US pun terkesan khususnya terhadap pungutan hasil kerana hasil Sabah bergantung kepada pungutan dari cukai jualan komoditi minyak mentah petroleum dan minyak mentah kelapa sawit. Oleh itu, unjuran RM6.44 bilion pungutan hasil Sabah pada tahun ini tidak mungkin akan tercapai lagi.

Sebab itulah rakyat tertunggu-tunggu apakah respons serta hala tuju Kerajaan Malaysia mengharungi terutamanya sekali kesan negatif tarif timbal balas Trump ini. Tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana mengadakan sidang khas Parlimen hari ini untuk memberi kenyataan hala tuju Kerajaan Malaysia dan seterusnya memberi peluang dan ruang kepada Ahli-ahli Parlimen membahaskan hala tuju tersebut.

Dalam merumuskan hala tuju tersebut, tentunya kerajaan mengkaji dan meneliti kenapa Presiden Trump mengambil langkah drastik tersebut. Umum mengetahui bahawa langkah ini diambil oleh Trump sepertimana yang dinyatakan oleh rakan-rakan yang lain adalah untuk mengembalikan kepuasan Amerika dari segi politik dan ekonomi yang semakin menurun sebaliknya China pula bertambah besar kuasa ekonomi dan politiknya.

Oleh itu, Trump mahu memaksa kuasa besar seperti China untuk berunding pelbagai isu perdagangan supaya ianya memihak kepada Amerika. Namun, walaupun tarif yang dikenakan pada China mencecah 145 peratus, China tidak berganjak untuk berunding malah telah pun melawan balik menyebabkan ketegangan perdagangan global yang semakin merunsing.

Sementara itu Trump menangguhkan perlaksanaan tarif tersebut ke bulan Julai tahun ini untuk memberi peluang untuk perundingan di kalangan negara-negara rakan dagang. Selain

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

daripada China, kebanyakan negara-negara kecil dan sederhana juga sudah mula berunding dengan Amerika. Dalam hal ini, mesti bersiap-siaga berunding dengan Amerika. Saya juga bersetuju langkah yang telah diambil oleh pihak MITI supaya mengambil langkah perundingan daripada langkah untuk retaliation sebab kita ini adalah ekonomi yang kecil. Dalam hal ini, Tuaran ingin bertanya siapakah dari Malaysia yang dilantik berunding itu. Barangkali Yang Berhormat Menteri MITI boleh nyatakan dalam Dewan yang mulia ini.

Sementara itu, kadar inflasi yang kian memuncak dan peningkatan pengangguran yang menjurus kepada kemelesetan ekonomi Amerika terutama di kalangan kawasan penyokong kuat Trump berpotensi menyebabkan rethinking terhadap Trump sama ada meneruskan strategi tarif, terutama sekali menjelang pilihan raya kongres pada November tahun hadapan iaitu 2026. Ada juga kemungkinan perlaksanaan tarif ini sebagai short lift, barangkali tidak lama. Walau bagaimanapun, kita harus sedar bahawa Trump telah bersedia, telah berfikir tentang perkara ini selama 40 tahun. Memang dalam pemikirannya sebagai seorang ahli perniagaan yang dia akan melaksanakan perkara ini walaupun barangkali pakar-pakar ekonomi memikirkan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana perlaksanaan tarif ini adalah hanya salah satu daripada panjang lagi senarai, panjang lagi senarai strategi Trump untuk melaksanakan America First dan Let’s Make America Great Again, maka negara kita mesti bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan perlaksanaan strategi-strategi lain oleh Trump. Sebab ini hanya baru tarif, banyak lagi yang akan dilaksanakan oleh Trump ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sebagai seorang ahli perniagaan yang kini mempunyai kuasa politik yang sangat besar, dia akan laksanakan strategi lain. Kita mesti bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan- kemungkinan.

Oleh yang demikian in the short-term, ketahanan ekonomi kita mesti dipantau dengan rapi. Kerajaan mesti membuat engagement terhadap setiap sektor dan di mana terkesan kerajaan mesti mahu bersedia untuk memberi bantuan dan sokongan agar jangan ada lay off terhadap pekerja akibat penutupan kilang dan sebagainya, di mana-mana yang terkesan.

Kerajaan juga perlu meneruskan engagement saya bersetuju dan rakan-rakan yang mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan membuat engagement dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mengenal pasti cabaran-cabaran in the short-term, medium-term and long-term supaya kerajaan dapat memberi keutamaan untuk menggemblengkan sumber-sumber asli mahupun sumber modal insan yang terdapat di negeri-negeri berkenaan untuk memaksimakan potensi untuk merancakkan lagi pelaburan khususnya dalam industri hiliran.

draft • 2:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Modal insan perkhidmatan awam perlu diberi latihan yang cukup, yang berterusan untuk memastikan agar jentera kerajaan bersedia untuk mempertahankan ekonomi kita. Sebagai contoh di Sabah sudah sekian lama kita berjuang untuk memperhebatkan downstream processing di sektor kelapa sawit. Namun pelbagai hambatan yang perlu ditempuhi. Kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan free zone di POIC Lahad Datu sebagai contoh memerlukan segala sokongan dan bantuan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Banyak potensi tetapi perlu banyak bantuan termasuklah perwujudan sebuah lapangan terbang baharu, pembinaan lapangan terbang baharu di Lahad Datu. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah juga perlu menumpukan perhatian tentang penyelesaian terhadap pelbagai masalah bekalan air, bekalan elektrik di Sabah yang sangat kritikal sebab inilah input paling kritikal dalam perusahaan.

Selain daripada itu, hal-hal logistik seperti kereta api perlu dinaik taraf yang menghubungkan taman-taman perindustrian di Sabah, menghubungkan ke pelabuhan dan sebagainya dan pelabuhan perlu ditingkatkan. Kesemua ini perlu dipersiapkan untuk memastikan agar perancangan perindustrian dalam sektor pembuatan dapat diteruskan.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya duk gulung, Puan Yang di- Pertua. Kedudukan geopolitik Sabah dalam ASEAN juga perlu dimanfaatkan sebaik-baik mungkin dalam menggemblengkan segala kekuatan sumber-sumber asli serta kekuatan geografi seperti kedudukan Taman Perindustrian POIC di Lahad Datu, Taman Perindustrian SOGIP di Sipitang dan Taman Perindustrian KKIP di Kota Kinabalu.

Oleh itu dalam menangani kerenah Presiden Trump ini, Tuaran mencadangkan supaya suatu taskforce ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan juga di setiap kerajaan negeri, terutama sekali negeri Sabah diletakkan di Jabatan Ketua Menteri peringkat negeri untuk mencadangkan pelbagai strategi kepada kerajaan supaya respons-respons sama ada dari segi short-term, medium-term dan long-term dapat dilaksanakan sebaik-baik mungkin. Saya mengucapkan terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 2:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua sebenarnya kita telah mengadakan sidang Parlimen pada hari ini yang agak lewat berbanding dengan negara-negara lain.

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya ambil contoh Vietnam mengadakan Sidang Khas Parlimen dalam isu tarif ini 3 April 2025. Perdana Menteri mereka berucap membentangkan langkah mitigasi dan berjaya mendapatkan penangguhan tarif 90 hari daripada Amerika. Thailand pula 9 April 2025 sudah bersidang tergempar. Menteri Kewangan mereka bentang pelan tindakan untuk rundingan balik cukai import. Singapore pula walaupun Singapura walaupun berdepan pilihan raya umum tetapi 8 April 2025 Perdana Menteri mereka telah umum tubuhkan pasukan petugas nasional. Kita, 5 Mei 2025 hari ini baru kita hendak bincang dan baru kita hendak bentang di Sidang Parlimen Khas.

Apa pun tidak ada masalahlah. Better late than never, dengan izin Puan Yang di-Pertua tetapi kita hendak kata inilah tahap seriusnya kita. Tengoklah semasa saya berucap ini sebagai rekod tidak ada seorang pun Menteri penuh yang ada di dalam Dewan ini. Tidak ada seorang pun, padahal kita bersidang sehari sahaja, bukan lama pun. Sehari sahaja kita hendak bersidang ini, kita selepas ini hendak buat phone call, hendak buat majlis raya, hendak buat video TikTok dan sebagainya boleh sebelum kita hendak bersidang pada bulan Jun.

Puan Yang di-Pertua, kita semua sedar bahawa isu tarif Amerika Syarikat ini bukan isu kecil dan kita semua sudah jangka inilah isu yang akan berlaku sejak daripada kempen Presiden Amerika yang mana calon yang menang pada hari ini telah menyebut tentang isu tarif ini dalam kempennya. Sebab itu saya pelik bila Perdana Menteri kata tadi ia perkembangan yang tidak dijangka. Eh, seluruh dunia sudah jangka. Seluruh dunia sudah menjangka, tiba-tiba kita kata tidak dijangka. Tidak apalah tetapi apa yang kita hendak sebut bahawa ini sebenarnya sepatutnya sudah kita jangka dan kita sudah bersedia daripada awal dan ia menjejaskan jutaan Ringgit hasil eksport negara kita.

Dalam saat getir seperti ini pun, kerajaan hanya menghantar pegawai junior ataupun dengan maaf, Menteri yang agak junior untuk berunding dengan Washington. Sepatutnya macam jiran kita, Indonesia menghantar Menteri Penyelaras Ekonomi mereka setaraf Menteri Kewangan.

Vietnam hantar Timbalan Perdana Menteri mereka untuk berunding dengan Amerika. Kita hantar dengan maaflah Timbalan Ketua Setiausaha yang agak junior dalam perkhidmatan. Jadi, tidak nampak mana seriusnya kita sepatutnya kita hantar Menteri Kewanganlah kalau boleh ataupun...

draft • 2:03 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih. Menteri Ekonomi bercuti, Indera Mahkota tidak tahu kah. Menteri Ekonomi bercuti. Jadi — sebulan pula bercuti.

Selamat datang Menteri MITI, maaf ya tadi saya petik sedikit hendak rekod Menteri MITI masuk balik.

draft • 2:03 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kita hendak hantar Menteri — yalah Menteri MITI pun dah agak senior tetapi orang tidak nampak kekuatan ialah dari sudut parti sendiri pun tidak ada. Mungkin tidak ada lagilah kekuatan itu.

[Tepuk] Jadi saya harap supaya kalau boleh ada pemimpin yang agak senior untuk dihantar

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

pergi. Kalau Menteri Ekonomi pun kita panggil dia balik sebab tidak munasabah luluskan cuti — eh kita dalam keadaan hendak berperang sekarang ini. Kita hendak berperang sekarang ini perang ekonomi tiba-tiba perang ekonomi kita memberikan cuti sebulan kepada seorang Menteri yang memegang portfolio yang agak penting.

[Tepuk] Ini satu saya rasa satu perkembangan yang agak luar biasa yang berlaku di dalam negara kita pada hari ini. Tidak ada isu lain kerana isu pemilihan parti. Peliklah, kita sedang diketawakan perkembangan ini.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perkara yang semakin mendesak iaitu pergantungan Malaysia kepada kuasa-kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan China. Tahun 2024 menyaksikan lebih 25 peratus eksport cair Malaysia bergantung kepada dua negara ini. Dengan China menjadi rakan dagang terbesar kita selama 16 tahun berturut-turut merekodkan perdagangan melebihi USD212 bilion. Fakta ini kelihatan hebat di atas kertas tetapi ia merupakan pedang bermata dua. Bila mereka menghulur, kita gembira. Bila mereka menarik balik mengenakan tarif unilateral tadi, kita terduduk.

Saya ingatkan Dewan ini bahawa dunia sedang bergegar dengan perebutan hegemony, dengan izin when elephant fights, it’s the grass that suffers, dengan izin. Itu Kota Raja minatlah ini tetapi sebenarnya ini peribahasa berasal dari Afrika ini. Dia ada asal usul. Jadi kita ini Tuan Yang di-Pertua, bukanlah gajah. Kita ibarat rumput di tengah-tengah dua ekor gajah besar. Kalau kita terlalu condong kepada satu pihak, kita akan dipijak oleh pihak satu lagi. Jadi, kita perlu mengekalkan dasar bebas, neutral dan berprinsip. Jangan sekali-kali kita menjadi alat kepada kuasa besar dunia yang hanya memikirkan kepentingan mereka.

Dalam soal perdagangan dan hubungan antarabangsa...

draft • 2:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pasir Mas, Pasir Mas tanya sedikit boleh, Pasir Mas?

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bolehlah. Sedikit-sedikit.

draft • 2:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, ini baru betul sahabat.

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terus, terus.

draft • 2:03 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Adakah Malaysia sekarang ini dia tidak bebas maksudnya? Adakah Malaysia sekarang kalau kita lihat sekarang ini dia berpaksi kepada sesuatu negara? Sedangkan amalan negara kita ini kita negara bebas, maksudnya kita bebas untuk berkawan dengan Amerika, bebas berkawan dengan China dengan Rusia dan sebagainya.

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kita sudah faham, kita sudah faham.

Sebab itulah kita sebut dalam perbahasan kita ini untuk mengekalkan. Dalam mengekalkan bermaksud kita kekal dengan keadaan kita yang ada pada hari ini. Jadi, saya rasa bahasa ini kita kena faham sedikit maksudnya.

Jadi, bila saya kata kita kena kekalkan keadaan kita telah diamalkan daripada dahulu lagi bahawa jangan sekali-kali kita dilihat condong kepada mana-mana pihak dan saya ingin

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk bertanya kepada pihak kerajaan.

Pengumuman dana tambahan hari ini untuk PKS yang diumumkan pada hari ini adakah ia sebahagian daripada pakej RM40 bilion yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 tempoh hari yang merangkumi kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan perniagaan dan pelbagai agensi untuk sektor PMKS dan PKS.

Kalau ini benar-benar dana baharu, alhamdulillah tetapi kalaulah ia merupakan pengumuman yang sudah diumumkan sebelum ini, maka ia tidak nampak berbeza. Jadi, jangan nanti pengumuman ini nampak gah tetapi sebenarnya kitar semula angka yang lama.

Saya lebih suka menambah cadangan supaya kerajaan membina konsortium dalam kalangan PKS tempatan. Manfaatkan program seperti SME Go Global dan galakkan eksport bumiputera serta menyediakan tabung khas bagi menampung usaha diverkasi pasaran. Kita mahu supaya dalam tempoh lima tahun tidak ada satu pun negara yang menyumbang lebih 10 peratus import kita supaya kalau satu jatuh, kita masih punya 10 lagi untuk berdiri.

draft • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tan Sri Yang di-Pertua, jangan kita ulang kesilapan terlalu bergantung kepada satu sumber. Jangan sampai akhirnya, kita hanya menjadi pemain pinggiran dalam ekonomi dunia, sekadar pembekal bahan mentah kepada industri negara maju. Saya ingin mengangkat satu isu yang sudah lama menjadi rahsia terbuka tetapi masih belum ditangani dengan serius. Struktur ekonomi Malaysia yang terlalu bergantung kepada sektor pembuatan berasaskan pemasangan dan komoditi mentah. Walaupun sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM881.8 bilion pada suku keempat 2024, pertumbuhan ini banyak disumbangkan oleh aktiviti pemasangan dan pengeluaran produk dengan margin yang rendah seperti elektronik dan komponen automatif.

Jadi, model ekonomi ini menyebabkan industri lebih cenderung mengambil tenaga buruh murah dan berkemahiran rendah, sementara graduan universiti pula terpaksa mengemis pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka. Oleh yang demikian, kita perlu berhenti menjadi tukang jahit dalam rantaian nilai global. Malaysia memiliki potensi besar dalam sektor bernilai tinggi seperti semikonduktor dan tenaga boleh diperbaharui. Sebagai contoh, Terengganu mempunyai simpanan unsur nadir bumi sebanyak 7.19 juta tan iaitu 44.4 peratus daripada jumlah nasional.

Jadi, kerajaan perlu memberi perhatian serius kepada pembangunan Wilayah Utara dan Pantai Timur seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kawasan-kawasan ini bukan sahaja kaya dengan sumber semula jadi tetapi juga mempunyai kedudukan geografi yang strategik untuk pembangunan industri dan pelabuhan. Tanah yang luas dan kos operasi lebih rendah menjadikan kawasan ini sesuai untuk pembangunan industri berteknologi tinggi.

draft • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pasir Mas, Sik nak mohon sikit penjelasan.

Adakah Pasir Mas bersetuju bahawa kerajaan dalam keadaan yang lemah, dalam menentukan

draft • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

perdagangan yang lebih proaktif ini? Ketika dalam penjelasan tadi, dilihat bahawa kita tidak ─ kita hanya reaktif di atas apa yang berlaku dan tidak ada persediaan di peringkat awal, jaringan perdagangan dengan serantau dan alternatif yang ada. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju soal kenyataan ini?

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Sik. Saya rasa boleh masukkan dalam ucapan saya dan kalau kita lihat, dulu tahun 2013 ketika kita berdepan dengan isu TPPA, saya nak sebut bagaimana kerajaan pada masa itu, Barisan Nasional sebagai kerajaan. Buat satu kaukus, yang wakil rakyat daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pada masa itu, bentuk satu kaukus, bincang perjanjian kerjasama Trans-Pacific (TPPA) pada masa itu. Itu isu TPPA. Hari ini, isu ini tidak kurang besarnya berbanding dengan TPPA tapi tidak ada lagi kaukus yang bincang...

draft • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekarang ini dah puji UMNO.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...di antara kerajaan dan pembangkang. Hulu Langat kata apa? Puji UMNO sekarang? Tak apa, UMDAP mantap. Baik, yang berikutnya. Terakhir, nak habis dah.

draft • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, dulu pun PAS dengan DAP lah!

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Landing, landing.

draft • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, dulu pun PAS dengan DAP!

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Landing, landing.

draft • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, dulu pun cium mulut juga.

[Pembesar suara ditutup]

draft • 2:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey, saya nak landing. Dia yang menyampuk, dia pula yang koyak. Baik. Saya nak landing ini, Puan Yang di-Pertua. Sebab itulah saya rasa kerajaan perlu memperlihatkan konsistensi dalam mengeluarkan pandangan dan apabila pelabur- ini masanya untuk menarik pelabur dan kerajaan perlu dilihat konsisten di dalam meletakkan apa-apa jua pendirian dan apa-apa jua isu.

Saya ingin menyentuh, walaupun tidak ada kaitan tapi bila Perdana Menteri dilihat seolah-olah macam mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan isu sebenar, pelabur agak kurang yakin dengan kemampuan kita untuk berdiri. Dalam isu rundingan PETROS dan PETRONAS, sebagai contoh. Saya boleh bagi contoh. Ambil contoh.

draft • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dalam bulan Januari lepas, PM keluar ─ Sikit lagi. PM keluarkan kenyataan...

draft • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tak berkaitan, tak perlulah ucap di sini. Sila duduk.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, terima kasih. Tetapi rundingan dah selesai- tetapi sekarang, rundingan masih belum selesai. Jadi, kenyataan- kenyataan sebegini menyebabkan orang kurang yakin kepada kita, negara kita, Malaysia. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.

draft • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dah, duduklah, duduklah. Merapu sahaja. Duduk, duduk. Duduk. Merapu sahaja.

[Pembesar suara ditutup]

draft • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 2:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana terlebih dahulu mengizinkan saya merakamkan penghargaan di atas peluang untuk berbahas isu yang penting kepada negara. Isu tarif ini bukan sahaja isu perdagangan tetapi kedaulatan ekonomi negara, yang mana kita sedia maklum, perkara ini adalah perkara berkaitan dengan maruah dan juga kesan yang terus kepada eksport negara, pelaburan dan juga pekerjaan rakyat. Walaupun mungkin Pasir Mas menyatakan kita telah lambat, pihak kerajaan lambat bertindak. Namun, mungkin Menteri MITI akan dapat memberikan penjelasan tarikh-tarikh perbincangan dan juga bagaimana respons daripada kerajaan yang telah melaksanakan tanggungjawab yang sangat penting dan sangat bermakna kepada kita semua.

Kalau kita lihat bagaimana khususnya Perdana Menteri telah memainkan peranan yang penting untuk merangka dan memimpin respons strategik negara bukan sahaja di peringkat nasional, peringkat negara kita tetapi di peringkat serantau yang melibatkan negara-negara ASEAN. Tindakan unilateral Washington mengenakan tarif sehingga 24 peratus terhadap Malaysia memberi kesan langsung kepada ekonomi, bukan sahaja kepada negara kita, bahkan seluruh dunia yang melibatkan banyak perkara-perkara yang diperlukan untuk diperbincangkan ataupun mengambil pendekatan rundingan secara berasingan, walaupun Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

Rakyat Malaysia, khususnya para pemain industri dan penggiat ekonomi telah menarik nafas lega dengan peranan aktif yang dimainkan oleh Malaysia selaku di peringkat ASEAN dan menunjukkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan kepentingan ekonomi negara dan rantau sambil mencari penyelesaian jangka panjang yang mampan.

Data rasmi daripada MITI menunjukkan bahawa jumlah perdagangan dua hala Malaysia- Amerika Syarikat pada tahun 2024 mencecah RM324.91 bilion, meningkat 29.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat meningkat kepada RM198.65 bilion, manakala import ialah RM126.26 bilion. Ini menjadikan lebihan dagangan

draft • 2:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

kepada kita sebanyak RM72.39 bilion. Antara produk eksport utama Malaysia ke Amerika Syarikat adalah produk E&E sebanyak RM119.86 bilion, peralatan saintifik dan optik sebanyak RM12.92 bilion.

Jentera peralatan dan alat ganti sebanyak RM8.78 bilion, produk getah sebanyak RM7.41 bilion. Produk kayu sebanyak RM6.02 bilion. Ini menunjukkan ketergantungan kita kepada pasaran Amerika. Maka, langkah kerajaan yang sedang berunding sambil mencari alternatif pasaran baharu adalah tepat dan strategik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam semangat konstruktif, izinkan Sri Gading mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan. Yang pertama, ASEAN wajar bergerak ke arah satu suara yang lebih utuh, walaupun rundingan dilakukan secara individu, yakni berasingan. Kita perlu memastikan bahawa kadar dagangan diberi secara adil dan setara kepada semua negara ASEAN agar tidak berlaku ketidakseimbangan yang merugikan.

draft • 2:14 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sri Gading, minta pandangan sikit daripada Sri Gading.

draft • 2:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Silakan.

draft • 2:14 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tadi saya macam percaya Sri Gading, bila Beluran sebut tadi, kita di Malaysia ini, dua minggu yang lepas, Presiden China datang ke Malaysia. Maksudnya, kita nak jadi China. Lepas itu, ini PM nak pergi ke Rusia pula, kita nak jadi Rusia pula. Lepas itu, kalau PM pergi Amerika Syarikat? Kita menyokong Amerika pula? Kalau PM pergi Mongolia? Kita nak jadi Mongolia pula? Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Sri Gading. Kemudian, jadi Perdana Menteri ini pun jadi susah. Telefon orang tak boleh, naik kapal terbang tak boleh, naik kereta tak boleh. Menyanyi sikit pun tak boleh. Eh, Perdana Menteri nak menyanyi, biarlah dia menyanyi. Apa dia masalahnya? Dulu sebelah sana lantik jadi duta, tak buat apa pun. Silakan Sri Gading. Terima kasih.

draft • 2:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey, terima kasih atas pandangan.

Apa pun yang penting kepada kita, itulah usaha kerajaan untuk menjadikan pasaran kita seperti mana yang disebut tadi, supaya berlaku kepada semua tempat. Yang kedua, kerajaan boleh mengurangkan kos operasi perniagaan, khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana

(PKS). Dicadangkan supaya nilai ambang pendapatan bercukai untuk kadar cukai 15 peratus dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM300,000 dan nilai ambang untuk kadar 17 peratus dinaikkan daripada RM600,000 kepada RM700,00. Ini akan memberikan PKS menikmati penjimatan cukai tahunan sebanyak RM10,000.

Ketiga, kita tidak boleh terus bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat. Malaysia melalui pemerkasaan agensi MATRADE mesti meluaskan jaringan ke pasaran baharu seperti India, Rusia dan Negara Teluk dan juga Afrika. Dengan peruntukan yang telah diumumkan sebanyak RM50 juta, Sri Gading merasakan sama ada cukup tak cukup, kalau katakan tak cukup,

draft • 2:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

perlu ditambahkan lagi kerana permintaan tinggi daripada produk halal, kewangan Islam, teknologi pertanian dan tenaga boleh baharu sangat bermakna kepada negara-negara di atas permintaan tertinggi negara-negara lain.

draft • 2:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Di samping itu kerajaan boleh menyediakan skim jaminan pinjaman tanpa geran bagi PKS yang ingin menembus pasaran luar serta mewujudkan geran padanan untuk pensijilan eksport seperti HACCP, ISO dan halal antarabangsa.

Kita juga perlu meningkatkan kegiatan promosi barangan Malaysia, khasnya komoditi tempatan seperti minyak sawit dan perabot ke pasaran negara baharu. Ini bukan sahaja meningkatkan hasil negara tetapi juga menaikkan pendapatan rakyat terutama dalam industri pertanian dan perkilangan.

Yang keempat, memperkukuhkan perdagangan intra-ASEAN. Malaysia wajar mengetengahkan dasar ASEAN First dalam perolehan kerajaan dan GLC. Ini akan menstabilkan ekonomi rantau serta mengurangkan kebergantungan kepada pasaran luar.

Kelima, masa depan perdagangan adalah digital. Jika produk fizikal dikenakan tarif, kita mesti beralih kepada perkhidmatan digital yang lebih bebas dari sekatan konvensional. Malaysia perlu menerajui perdagangan digital ASEAN meliputi e-dagang, green tax dan AI.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menghadapi tekanan ekonomi dari luar termasuk tarif oleh Amerika, kerajaan telah mengambil pendekatan yang tepat. Namun, Sri Gading ingin tegaskan dua perkara penting. Yang pertama, terdapat kebimbangan kononnya dasar kuota bumiputera akan digadai dalam rundingan perdagangan iaitu berkenaan non-tariff barrier.

Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini, walaupun Perdana Menteri tadi telah tegaskan. Kerajaan tidak semestinya menggadaikan prinsip kuota bumiputera. Prinsip keadilan ekonomi untuk bumiputera adalah tiang seri kestabilan negara. Segala rundingan mestilah berpaksikan Perlembagaan dan tidak mengorbankan hak yang telah dijamin.

Yang kedua, berkaitan industri halal. Sri Gading menyokong penuh agar JAKIM terus diberi mandat utama dalam pensijilan halal negara. Namun, JAKIM perlu berubah, lebih pantas, responsif dan bersedia bekerjasama dengan industri. Dunia halal global berkembang pesat dan Malaysia mesti menjadi peneraju, bukan pengikut.

Dengan pendekatan menyeluruh dan prinsip yang jelas, saya yakin Malaysia boleh sahaja mampu mempertahankan kedudukan ekonominya, malah muncul sebagai pemimpin serantau dalam perdagangan adil dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia, orang muda.

Hari ini hari yang sepatutnya rakyat Malaysia menunjukkan kesepaduan yang luar biasa.

Termasuk perbincangan di Parlimen ini biarlah perbincangan ke arah menjurus rakyat bersama.

Tetapi nampaknya macam ada orang terlepas kandang hari ini membuat gangguan kepada orang lain.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya, saya – tadi masa PMX, Yang Amat Berhormat membuat penyampaian tadi, dia sebut Kerajaan MADANI. Saya ingat elok sebut Kerajaan MADANI bersama dengan rakyat. Sebab kami bersama, akan bersama-sama dengan kerajaan untuk memastikan maruah Malaysia – memastikan negara Malaysia, maruah dan juga ekonominya dipertahankan. Ini biar bersama. Sebab saya telah melalui satu zaman yang panjang, mungkin Tuan Speaker belum lahir lagi iaitu ataupun belum jadi Ahli Parlimen, krisis ekonomi 1997, kita ada pendekatan kita.

Saya ada bersama dan ada bersama dengan Perdana Menteri masa itu dan juga Timbalan Perdana Menteri yang sekarang Perdana Menteri, ada bersama. Ada tindakan-tindakan yang diambil cukup menarik. Rakyat Malaysia bersama. Selepas COVID-19, kita juga ambil tindakan bersama yang cukup luar biasa di antaranya ialah – saya akan sebut dalam pengakhiran ucapan tadi. Usaha-usaha yang dibuat untuk membolehkan rakyat bersama menghadapi perkara ini.

Cuma tadi Perdana Menteri saya nampak agak hambar membuat ucapan tadi. Mungkin letih dan sebagainya, tetapi saya percaya sebab Timbalan Perdana Menteri tidak ada bersama dan Menteri Ekonomi pun tidak ada. Jadi, nampak macam lesu sikit. Jadi, saya minta Tengku Zafrul, Menteri maaf, Yang Berhormat Menteri sekejap lagi bila berucap bagi sikit bersemangat supaya – kalau kami hendak bersama hendak sokong, biar sokongan yang lebih bersemangat.

Kalau hambar-hambar, kami tak mahu sokong. Sebab kami pejuang, kami pejuang rakyat, kami hendak tengok rakyat bersama dengan kami.

Jadi, yang pertama sekali, seperti yang ...

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu yang kalah dekat Air Kuning itu.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan lepas kandang.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu yang kalah dekat Air Kuning itu.

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta jangan lepas kandang ya, kalau terlepas kandang macam ini susah.

[Tepuk] Okey, tetapi yang ini sebelum saya, sebelum saya hendak sebut yang lain, saya hendak sebut kita hendak bersatu padu ini, memang ramai orang hendak bersatu padu, tetapi ada orang

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

yang tidak suka bersatu padu sebab kalau bersatu padu, dia akan hilang kedudukan. Jadi ada orang yang kita cuba bercakap baik pun, dia cuba menggila-gila kacau kita. Tidak boleh buat macam itu, saya tidak benarkan Hulu langat. Saya anggap ini adalah satu perbuatan terlepas kandang.

Okey Yang Berhormat, semasa Yang Berhormat berunding baru-baru ini, seperti Machang telah sebutkan, apakah kita mendapat khidmat runding daripada BCG? Kalau Yang Berhormat dapat khidmat runding daripada BCG, ini adalah satu yang cukup tidak bagus. Itu sebab saya setuju dengan pandangan kawan-kawan, sepatutnya dua Menteri. Menteri MITI dan juga Menteri Ekonomi patut pergi bersama.

Saya percaya Menteri MITI – Menteri Ekonomi berada di Malaysia. Hari ini pun ada, dengar cerita dia hendak masuk tadi, tak masuk lagi ya. Sepatutnya dia bersama. Sebab Yang Berhormat adalah seorang Senator yang akan habis perkhidmatan, habis tahun ini, jadi siapa hendak sambung? Yang Berhormat mungkin jadi duta selepas ini, tetapi duta tak sama dengan perundingan. Biar ada seorang Menteri bersama. Kalau Menteri Kewangan tidak boleh, sekurang-kurangnya Menteri Ekonomi.

Yang saya sebenarnya rindu kepada formula dia. Mungkin ada formula baharu yang boleh diperkenalkan untuk kita dengar dan perbincangan bersama. Hal ini penting Yang Berhormat. Next trip...

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, Speaker. Peraturan Tetap.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mesti dapatkan ...

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker. Peraturan Tetap. Duduk Arau.

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

36(6), 36(6).

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang keduanya ialah ...

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau duduk, Peraturan Tetap.

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei, shut up you.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, duduk!

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Hulu Langat bangkitkan Peraturan Mesyuarat. Ya, peraturan mesyuarat yang mana?

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

36(6).

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu, tunggu. Ya.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain. Dia sebut ‘kandang’, dia tuju Hulu Langat. Kandang ini

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

untuk binatang, kandang ini untuk babi. Sebab itu di Air Kuning tak ada isu, terpaksa minta tolong dengan babi. Babi pun dah tak nak tolong dah Perikatan Nasional ini, masalahnya.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh saya teruskan.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Orang cari pengundi, bukan cari babi, bukan cari tahi. Ini jadi masalah. Jadi Ahli Parlimen lama, tua bangka, tetapi akhlak tak ada, adab tak ada. Samakan orang dengan binatang.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini, saya hendak minta dia tarik balik, Speaker, saya hendak minta dia tarik balik. Ini tak ada adab. Kurang ajar.

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat...

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mari sini kalau berani.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kurang ajar.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bodoh.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bodoh.

draft • 2:23 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya hendak kena sambung, boleh tak?

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh sambung.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Sekejap lagi kamu tunggu dekat situ.

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, ini orang yang macam ini, macam mana boleh kita layan. Parlimen ini patutnya berjalan dengan aman dan damai. Ada orang macam ini, sepatutnya kita hendak...

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak, dia mengeluarkan perkataan ‘kandang’ tadi.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, okey.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak Speaker, saya minta Speaker, dia tarik balik.

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat ...

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya minta dia tarik balik.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak sebut siapa-siapa. Saya sebut ada orang terlepas kandang.

draft • 2:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia sebut Hulu Langat tadi.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kita akan check Hansard dulu. Saya pun tak perasan.

draft • 2:23 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau? Arau, on mic.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta Yang Berhormat bagi masa sikit, saya minta supaya apa yang kita laksanakan 1997, kita cadangkan supaya kerajaan membuat pelaburan. Itu sebab banyak universiti telah ditubuhkan 1997 apabila kerajaan sendiri masuk dalam pelaburan.

Yang keduanya memperkenalkan pre-emptive iaitu untuk projek-projek kecil seperti yang Yang Amat Berhormat sebutkan tadi ialah sesuatu yang cukup baik.

draft • 2:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian yang kedua Yang Berhormat, selepas COVID-19 kita bersatu padu. Kita membelanjakan wang untuk rakyat dan dengan itu kerajaan telah ambil pendekatan bahawa semua rakyat mesti diberi keadilan yang sama. Itu sebab masa itu Ahli-ahli Parlimen semua telah diberi peruntukan yang sama Yang Berhormat.

Jadi pada hari ini, saya mencadangkan supaya semua kita diberi peruntukan yang sama ataupun tarik balik peruntukan daripada semua pihak, semua tak payah dapat. Itu lebih mudah.

Speaker pun tak dapat, kami tak dapat. Tetapi ini akan merugikan rakyat sebab duit yang kita dapat ialah duit rakyat supaya rakyat diberi kebersamaan. Saya percaya PMX faham yang saya maksud bahawa kita nak satu perpaduan negara yang lebih hebat. Menghadapi Amerika bukan satu perkara yang senang.

Kita tahu bahawa walaupun kita pengerusi ASEAN tetapi Amerika telah berunding satu- satu. Dengan Indonesia, RM290 juta pasaran, dengan Vietnam, RM125 juta pasaran, kita RM35 juta pasaran yang kecil dan mereka tidak mahu berunding sebagai negara ASEAN dan kita Yang Amat Berhormat telah sebutkan bahawa ASEAN akan mengadakan dialog dengan beberapa negara termasuk ASEAN–China. Saya minta juga masuk ASEAN–US supaya kita boleh dapat sesuatu yang cukup baik.

Jadi Yang Berhormat, sebelum saya habiskan ini, saya minta supaya kerajaan meneruskan apa itu sumbangan tunai kepada rakyat dinaikkan untuk membolehkan apa ini pelancongan tempatan juga local consumption dengan izin dapat dipertingkatkan. Dengan itu, seperti juga Kerajaan Taiwan yang memperuntukkan sebanyak RM88 bilion untuk menghadapi masalah ini, saya mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM10 bilion yang mana termasuk di dalamnya kandungan yang memberi perhatian khusus kepada pertanian.

Seperti saya bagi contoh Yang Berhormat, kerajaan inilah masanya untuk mengapungkan harga beras tempatan sebab super white Malaysia adalah kualitinya sama dengan Thailand.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau sekiranya Thailand bila dia import kita apungkan tetapi super white tempatan kita tetapkan harga. Kalau kita apungkan beras tempatan, jadi ekonomi kita penanaman padi akan lebih orang kata menarik dan orang berlumba-lumba untuk tanam padi. Yang Berhormat, saya minta maaf sebab tak dapat meneruskan kerana telah diganggu serta Yang Berhormat minta saya berhenti.

Tetapi saya nak bagi tahu kerajaan mesti bersama atas kesepaduan dan juga konsolidasi ekonomi iaitu rakyat bersama dengan kerajaan dan namakan usaha ini sebagai usaha Kerajaan MADANI dan rakyat, bukan Kerajaan MADANI saja. Kalau untuk Madani saja, kami tak mari hari tapi kami mari ini kerana kami nak bersama Madani dan juga rakyat. Dengan itu biarlah kita diberi keadilan bersama. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 2:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, nothing is certain. Itulah yang boleh digambarkan dengan pentadbiran Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump bukan sahaja Malaysia, hampir semua negara di dunia terkesan dengan tarif timbal balas yang dikenakan. Hari ini saya berharap kita datang dan berbahas as a nation instead of being government and opposition.

Namun kerajaan juga harus bertindak dan membuat pilihan yang terbaik, berhati-hati di dalam mendengar dan membuat keputusan ke atas apa sahaja syarat atau tawaran yang diberikan Amerika kepada kita. Jangan mudah setuju, tidak juga mudah menolak. Apa yang penting, Malaysia tidak boleh terperangkap dengan permainan negara-negara besar dan dilihat menyebelahi mana-mana pihak sama ada Amerika ataupun China.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun tarif timbal balas oleh Amerika ini memberikan kesan kepada ekonomi negara. Dari sisi lain, tindakan ini membolehkan kita menyesuaikan semula strategi perdagangan dan mempelbagaikan pasaran dengan mengambil peluang sebaiknya perjanjian perdagangan sedia ada seperti RCEP, CPTPP dan ASEAN Plus 3. Sedikit sebanyak kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada pasaran utama seperti Amerika dan China.

Negara-negara ASEAN yang mempunyai kira-kira 647 juta penduduk dan pasaran sebesar ini, sememangnya satu peluang yang perlu diberikan perhatian khusus dalam memastikan ekonomi kita berdaya tahan dan stabil. Namun dalam kita mengejar peluang ini, terdapat cabaran dalam kita berinovasi dan menambah nilai kepada sumber mentah dan produk tempatan negara. Peranan ini bukan terletak semata-mata kepada kerajaan, pihak industri dan swasta juga perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam mewujudkan ekosistem yang

draft • 2:33 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

kondusif bagi pertumbuhan syarikat tempatan berasaskan teknologi terkini. Saya sokong apa yang dibahaskan oleh Paya Besar sebentar tadi.

Apabila melihat kepada angka yang dilaburkan dalam R&D di Malaysia, masih banyak ruang yang perlu diperbetulkan. Lihat sahaja nisbah perbelanjaan R&D antara sektor awam dan swasta, 59 kepada 41 yang mana ketika ini lebih banyak dibelanjakan oleh kerajaan berbanding sektor swasta dan ini tidak mencerminkan nisbah yang sepatutnya dan jika dibandingkan dengan Singapura, mereka telah melaburkan kira-kira dua peratus daripada KDNK mereka bagi sektor R&D berbanding Malaysia pada kadar satu peratus dan kadar itu disumbangkan secara signifikan oleh sektor swasta. Bagaimana pula dengan sektor swasta kita?

Cabaran seterusnya adalah dalam sektor pendidikan khususnya dalam bidang TVET dan STEM. Bukan sahaja dari sudut infrastruktur, sokongan pembelajaran yang perlu segera ditambah baik, malah ekosistem ini perlu lebih mesra, mudah didekati dan menyeronokkan.

Akses pembelajaran yang sama rata sama ada di luar bandar dan di bandar, begitu juga wilayah- wilayah dalam Malaysia sama ada di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan cabaran sumber manusia dan kepakaran di Malaysia. Tidak dinafikan di negara kita ramai yang memiliki bakat dan kepakaran. Namun, dua isu utama yang perlu diatasi iaitu tangga gaji dan juga persaingan dengan pekerja asing.

Saya ambil contoh di Sabah, anak-anak Sabah ramai yang berbakat dan pakar dalam bidang masing-masing. Namun tiada pekerjaan untuk mereka di sini. Kalau ada pun kekosongan kerja, gaji yang ditawarkan jauh beza dengan apa yang ditawarkan di sini dan ini dibuktikan dengan data yang dikeluarkan oleh DOSM bahawa perniagaan di Sabah antara paling rendah menawarkan gaji berbanding negeri-negeri lain. Kesannya, orang Sabah terpaksa berhijrah ke sini dan keluar negara dan ini sangat merugikan.

Isu keduanya adalah mengenai pekerja asing. Kita lihat apa yang berlaku di Singapura.

Rakyat di sana sudah pun bersuara mengenai peluang kerja yang terhad kerana terpaksa bersaing dengan warga asing. Tidak dinafikan kepentingan untuk mendapatkan pakar di Malaysia namun untuk tempoh jangka panjang kita perlu lindungi rakyat kita sendiri.

Seterusnya, cabaran negara dalam mengoptimumkan sepenuhnya sumber bumi kita yang pelbagai. Kita tidak boleh terus menjadi negara pengeksport bahan mentah tetapi kita perlu memperluaskan dan memperkasakan industri hiliran negara. Dalam pada kita menekankan mengenai kepentingan sektor strategik negara seperti industri semi konduktor, kita perlu melihat dengan lebih luas apa yang sedia ada di sekeliling kita, yang potensinya belum diterokai sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk Malaysia berdaya tahan dan tidak mudah dibuli, kita memerlukan apa yang dipanggil positive leverage sama ada dari sudut kemahiran, kepakaran, sumber dan juga produk yang penting. Namun, kita juga perlu sedar bahawa ini tidak akan terjadi

draft • 2:33 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

dengan sekelip mata. Atas sebab itulah mengambil kira pergerakan trend dunia hari ini yang bergerak pantas khususnya dalam bidang-bidang baharu yang melibatkan sains dan teknologi, AI dan sebagainya setiap dari kita sama ada yang tua mahupun muda perlu segera beradaptasi.

Bukan sahaja dari segi sudut ilmu pengetahuan dan kepakaran, apa yang lebih penting infrastruktur yang menjadi tulang belakang kemajuan ini perlu segera dipenuhi sama ada di bandar ataupun luar bandar. Begitu juga dengan keseimbangan apabila masalah dan cabaran seperti tarif ini berlaku, negeri yang mungkin banyak terkesan adalah Pulau Pinang, Johor dan Selangor dan apabila ini berlaku negara secara langsung akan terkesan teruk.

Saya bagi analogi yang bersifat realiti. Satu keluarga yang memiliki lima anak. Anak yang sulung sahaja menjadi tempat bergantung. He or she is the breadwinner of the family dan sekiranya apa-apa kejadian yang buruk berlaku ke atas beliau, apa yang akan terjadi kepada keluarga ini? Sebab itu negara ini perlu dibangunkan secara seimbang semua wilayah dan negeri dibangunkan malah setiap satunya memiliki keunikan ekonomi dan pasaran tersendiri.

Maka kesan pelaksanaan tarif ini kita dapat kurangkan dan negara tidak akan bergantung kepada pasaran-pasaran tertentu sahaja. Sebelum ini kita ada Dasar Pandang ke Timur yang mana kita mengambil contoh baik dari negara Jepun dan Korea Selatan. Saya tidak mempersoalkan dasar ini, namun mengapa kita memandang jauh ke timur sana, sedangkan wilayah kita yang berada di timur yang luas dan kaya dengan sumber alam tidak diberikan perhatian khusus untuk dibangunkan.

draft • 2:33 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Dengan kedudukan Sabah dan Sarawak yang strategik, ditambah pula dengan keluasan tanah yang subur, sumber mineral yang pelbagai, begitu juga dengan potensi ekonomi hijau dan biru, kelebihan dan potensi yang ada ini bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi Malaysia, malah memperkukuhkan daya tahan negara dalam menghadapi situasi sepertimana yang berlaku pada hari ini.

Namun, potensi di Sabah hanya dapat direalisasikan sekiranya kerajaan menyegerakan perkara-perkara tersebut:

(i) pembangunan infrastruktur asas;

(ii) akses pendidikan yang meluas dan menyeluruh berkaitan teknologi baharu dan memperhebatkan program reskilling dan upskilling;

(iii) connectivity sama ada dari darat, udara dan air;

(iv) memodenkan syarikat tempatan dari sudut tadbir urus dan produktiviti; dan

(v) yang terakhir, kerajaan perlu menjelaskan status pelepasan karbon di Sabah untuk dimanfaatkan sepenuhnya.

draft • 2:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Justeru, saya ingin mencadangkan agar kerajaan meneliti semula perancangan dan perbelanjaan dalam pelan pembangunan negara khususnya dalam RMKe-13. Tumpuan dan peruntukan besar perlu disediakan bagi membangunkan Sabah dan Sarawak, like it or not. Puan Yang di-Pertua, hidup ini keras dan dunia hari ini semakin mencabar dan lihat sahaja apa yang berlaku. Untuk kita menghadapi, mengharungi cabaran ini, kita perlukan pemimpin yang berkualiti, berintegriti, tegas dan mempunyai vision. Ini penting agar rakyat bukan sahaja dapat dibela tetapi kita juga tidak mudah dibuli oleh mana-mana negara luar especially di Sabah. Tidak guna kita memiliki pemimpin negara yang memiliki ciri-ciri yang saya sebutkan tadi tetapi apabila sampai ke peringkat pelaksanaan yang melibatkan negeri, ia gagal kerana akibat kelemahan tadbir urus oleh pemimpin.

Untuk Sabah dibangunkan sekali gus membantu Kerajaan Persekutuan mencapai hala tuju yang disasarkan, saya pohon dan menuntut rakyat Sabah agar memilih pemimpin negeri yang benar-benar boleh bekerja, yang benar-benar boleh deliver, yang dalam hatinya, bangunkan Sabah dan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Dengan permulaan perang dagang yang dimulakan oleh Presiden Trump, kesannya melibatkan satu dunia. Satu pengumuman yang menggoncangkan satu dunia. Ekonomi di Amerika Syarikat menyusut buat pertama kali dalam tiga tahun.

Moody’s Analytic dan J.P. Morgan menganggarkan bahawa kegawatan ekonomi akan meningkat 50 peratus ke 60 peratus or the possibility of the recession will increase by 50 to 60 percent. Kadar pengangguran dianggarkan akan meningkat ke 5.3 peratus dan dalam tempoh masa dua hari sahaja (48 jam), $6.6 trilion Dolar Amerika Syarikat telah pun dihapuskan dalam nilai pasaran kerana ketidaktentuan ekonomi yang telah pun diadakan melalui pengumuman Presiden Donald Trump. Syarikat besar dan kecil, akhirnya teruk terkesan. Kos sara hidup dan barang asas bagi rakyat, turut teruk terkesan. Malaysia tidak terkecuali daripada perang dagang ini.

Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi. Saya faham, mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berniat baik untuk katakan bahawa banyak sektor di Malaysia akan terkecuali seperti sektor E&E dan sektor semikonduktor. Tetapi saya rasa, kita perlu jujur dan ikhlas dalam kita menerangkan apa sebenarnya yang akan berlaku. Ini kerana dengan kejujuran dan ikhlas ini, akhirnya akan sampai kepada rakyat dan rakyat tahu walaupun mungkin ada kesusahan dan kegawatan dalam tempoh masa yang singkat, tetapi dengan

draft • 2:42 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

bantuan-bantuan yang mencukupi, Malaysia boleh mara dan bangkit semula ke keadaan yang lebih baik.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata kita tidak akan banyak terkesan. Mari kita lihat apa sebenarnya yang berlaku. Kalau kita lihat Bursa Malaysia nak dibandingkan dengan tahun lepas, Bursa Malaysia telah merudum dalam lapan peratus. Aliran keluar dana asing yang berjumlah RM8.68 bilion setakat suku tahun pertama 2025, kedua tercorot di ASEAN. Indeks Pengurus Pembelian ataupun dikenali sebagai Purchasing Managers’ Index turut buat pertama kali dalam tempoh masa yang agak panjang, sorot bawah 50. Apa maksudnya? Maksudnya adalah banyak syarikat dan pengguna tidak ada kuasa beli kerana perang dagang yang dimulakan oleh Presiden Trump.

Walaupun kerajaan pada hari ini masih berpendirian tidak ingin menilai semula jumlah kadar KDNK negara tetapi kita lihat UOB dan juga Maybank telah pun menganggarkan the growth of GDP daripada lima peratus, kurang satu peratus ke empat peratus. Walaupun jumlahnya bunyi kecil, alah ada pengurangan satu peratus sahaja, tetapi satu peratus tersebut bersamaan dengan RM17 bilion. RM17 bilion itu cukup untuk membina dalam 200 hospital awam di seluruh Malaysia.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katakan sebentar tadi bahawa sektor E&E dan semikonduktor dikecualikan dalam perang dagang ini, itu tidak tepat. Kita lihat pengumuman pada dua minggu yang lepas, di mana syarikat solar di Malaysia akan teruk terkesan kerana perang dagang tarif ini. Di mana tarif akan dikenakan dalam 30 peratus ke 50 peratus yang akhirnya akan menyebabkan syarikat solar di Malaysia tidak lagi kompetitif, khususnya bagi pasaran Amerika syarikat.

Walaupun ada pengecualian sementara bagi sektor E&E dan semikonduktor tetapi kalau kita baca apa yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat, itu adalah bagi pengeluaran high value chain. Akan tetapi di Malaysia, kita masih lagi terfokus bagi industri packaging, assembly dan testing which is low value chain yang besar kemungkinan tetap akan dikenakan tarif.

Tetapi kalau kita nilai juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump selepas itu, dia katakan pengecualian itu hanya sementara kerana dia ingin mengeluarkan dasar tarif khusus bagi sektor semikonduktor supaya akhirnya, pekerjaan-pekerjaan semikonduktor itu dapat dikembalikan semula, reshoring kepada Amerika Syarikat.

Kenapa saya katakan semua ini? Saya katakan semua ini bukan untuk mengherdik usaha baik kerajaan. Saya memuji apa Yang Berhormat Menteri Tengku Zafrul lakukan apabila beliau cepat pergi ke Amerika Syarikat berjumpa dengan Secretary of Commerce. So he is not there to ridicule. Tetapi kita perlu berterus terang, apakah impak kesan kepada industri semikonduktor, E&E kepada rakyat secara keseluruhan. Contoh terbaik adalah untuk melihat di negara jiran contohnya. Di Singapura, Prime Minister Lawrence Wong contohnya ikhlas, jujur

draft • 2:42 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

beritahu rakyat, this would be cloudy time, difficult time. Saya rasa Malaysia perlu ada keberanian dan kejujuran untuk lakukan perkara yang sama.

Sebab itu saya ingin mencadangkan beberapa perkara dan ingin menanyakan beberapa soalan kepada kerajaan. Pertama sekali, what is our revise GDP numbers? Perkara ini kita perlu jujur. Jangan beritahu apabila sudah terlalu lambat. Kalau UOB ataupun Maybank menganggarkan ada penguncupan – bukan penguncupan tetapi ada pengurangan daripada lima peratus ke empat peratus, be honest and we need to tell the people what are the consequences. Kedua, bagi pelaburan-pelaburan yang telah dijanjikan (committed investment), adakah dengan situasi ekonomi dunia pada hari ini, contohnya sebelum ini banyak syarikat Amerika Syarikat telah pun menjanjikan billion Ringgit of investment tetapi kerana pengumuman Donald Trump, adakah pelaburan-pelaburan ini akan terkesan? Kalau ada, apakah tindakan susulan yang akan kita ambil?

Ketiga, Malaysia yang banyak mengharapkan pelancong-pelancong daripada negara China untuk datang bagi Visit Malaysia 2026, jelas dengan perang dagang ini, kuasa membeli rakyat China akan teruk terkesan. Daripada terkesan, mungkin mereka tidak lagi akan datang ke Malaysia. What is our next step? Apakah tindakan susulan yang akan kita lakukan supaya kita bersedia dengan impak ini khususnya apabila GDP numbers kita turut terkait dengan sektor pelancongan negara?

Terakhir sekali berkaitan khusus tentang Muar. Muar terkenal dengan hab perabotnya.

At this highest, kita berjaya mengeksport RM13 bilion setahun bagi sektor perabot. Bagi Amerika Syarikat, from 100 percent of the import numbers dari Malaysia, lima peratus datang daripada industri perabot. Persoalan saya, ini adalah salah satu industri yang akan teruk terkesan khususnya apabila ada juga tanggapan bahawa banyak syarikat China hanya berpangkalan di Malaysia untuk meletakkan label dan eksport semula ke Amerika Syarikat.

Persoalan saya, apakah kerajaan akan lakukan untuk membantu industri perabot di Malaysia yang banyak berpangkalan di Muar dengan jumlah eksport yang mencecah lebih RM10 bilion? Saya berharap persoalan-persoalan ini dapat dijawab oleh Yang Berhormat Menteri nanti.

Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah isu yang sangat panas, isu yang penting untuk kita bahaskan walaupun tidak secara terbuka tetapi penyelesaiannya perlu dibuat serta-merta iaitu isu di antara PETRONAS dan PETROS.

Saya mencadangkan dan menasihati supaya Kerajaan Persekutuan dan negeri adakan gencatan senjata seperti apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sarankan while we are going through in economic crisis. Ini adalah masa untuk kita sebagai rakyat Malaysia bersatu padu untuk mencari jalan penyelesaian.

draft • 2:42 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Perkara ini penting Puan Pengerusi kerana kalau kita lihat apa yang diumumkan baru- baru ini, syarikat gergasi ConocoPhillips yang sebelum ini menjanjikan pelaburan bersama berjumlah RM13 bilion telah menarik semula pelaburan tersebut.

draft • 2:42 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dalam penarikan tersebut mengatakan, bahawa penarikan itu berlaku kerana ketidaktentuan perjanjian di antara PETRONAS dan PETROS. Ia yang bermula dengan ConocoPhillips. Kerisauan saya ini akan menular kepada banyak syarikat-syarikat yang lain. Ini adalah perkara yang saya sangat risau. Saya faham bahawa dalam bab ini kita perlu ada win- win solution. Tetapi apabila negara kita kini terhimpit kerana isu ekonomi, kerana isu geopolitik, at the moment kita perlu tangguhkan perbincangan-perbincangan ini, fokus untuk menguatkan Malaysia dahulu sebelum kita bincangkan perkara-perkara yang sangat sensitif.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat, boleh mencelah, boleh menanyakan?

draft • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf kerana masa dah habis. Sedikit sahaja saya nak rumuskan. Isu yang terakhir jikalau dibenarkan adalah ― saya faham tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tekankan bahawa banyak perbincangan dengan Amerika Syarikat telah pun ditutup melalui non-disclosure agreement (NDA).

Kalau diizinkan Puan Pengerusi, saya cadangkan supaya ada tubuhkan satu jawatankuasa khas ataupun select committee supaya perkara ini boleh dibincangkan bersama.

Mengapa? Tadi kita ada dengar dalam Dewan ini banyak aligasi ataupun alligation yang mengatakan bahawa ini mungkin akan menyebabkan dasar affirmative bumiputera terkesan dan banyak lagi perkara lain.

Kalau kita tidak rundingkan dengan baik, saya takut isu ini akhirnya akan jadi isu yang jauh lebih besar yang tidak terkawal dan akhirnya keupayaan Malaysia dan Menteri untuk berunding dengan baik ya, berunding dengan baik menunjukkan bahawa beliau ada sokongan rakyat secara keseluruhan akhirnya terjejas. At times you need unity in political will untuk pastikan bahawa negara dapat rundingan yang terbaik. Jikalau negara yang kita runding itu sedar dan perasan bahawa ada ketidaktentuan politik dan akhirnya tidak ada kuasa politik yang stabil, ini akan menjejaskan kebolehan negara kita untuk mendapat rundingan yang terbaik.

Izinkan saya rumuskan 15 saat sahaja. Dalam kesempitan ini Puan Pengerusi, Malaysia perlu berani mengambil kesempatan. Sebab itu kalau ditakdirkan selepas tamatnya tempoh 90 hari ini, Malaysia tetap dikenakan tarif dan negara-negara lain di ASEAN tetap dikenakan tarif, saya berharap bahawa kerajaan bijak merancang supaya akhirnya even with the tariff, we can win out of this.

Kerana contohnya negara paling dekat yang kita bertanding dalam industri semikonduktor seperti Vietnam dikenakan tarif yang jauh lebih tinggi. Even in that particular

draft • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

formula, Malaysia perlu mencari kebolehan sama sahaja bagaimana India contohnya, selepas ini akan dapat pelaburan berjumlah berbilion ringgit daripada Apple in trade rerouting kerana China turut terkesan. Saya berharap kita berjaya mengambil kesempatan dalam masa kesempitan ini.

Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Julau.

draft • 2:50 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Premis dasar tarif Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump adalah untuk mengurangkan defisit negara Amerika dengan dunia bagi mencapai matlamat mereka menjadikan Make America Great Again. Sejak tahun 2021, defisit dagangan Malaysia dengan Amerika didapati telah berkurangan secara konsisten daripada RM41 bilion pada tahun 2021 kepada RM24.8 bilion pada tahun 2024 dan merupakan salah satu negara yang dikenakan dalam kadar tarif terendah di ASEAN.

Malaysia telah membuktikan diri sebagai rakan dagang yang stabil dengan memainkan peranan penting dalam melengkapkan keperluan industri melalui pembekalan produk seperti barang E&E, farmaseutikal, automatif dan aeroangkasa, MNE, perabot serta getah. Malah banyak syarikat dari Amerika Syarikat menubuhkan operasi mereka di Malaysia. Namun begitu, dasar tarif baharu oleh Amerika Syarikat bakal memberi impak besar kepada Malaysia.

Keyakinan pengguna di Amerika telah menunjukkan tanda penurunan. Apabila permintaan penggunaan menurun, eksport Malaysia ke Amerika juga akan terkesan. Ini akan menyebabkan lebihan kapasiti di kilang-kilang kita dan akhirnya mungkin membawa kepada penutupan operasi dan pemindahan syarikat ke lokasi lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merupakan Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang disandang sejak beberapa tahun. Dalam tempoh ini, saya meneliti bagaimana industri perabot negara berkembang, menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran global. Industri ini bukan dibina dalam masa yang singkat tetapi telah dibangunkan secara berperingkat selama beberapa dekad melalui usaha berterusan seperti semua pihak daripada pengeluar bahan mentah, penguasa perabot hingga kepada pemain eksport.

Kini hampir 53 peratus daripada eksport perabot negara kita adalah ke Amerika Syarikat.

Maka, perubahan dasar perdagangan global khususnya perang tarif antara negara memberi impak besar kepada industri kita. Namun begitu, Malaysia berpotensi untuk meraih manfaat daripada situasi ini. Dalam market share export ke Amerika kerana kadar tarif kita lebih rendah pada masa ini berbanding dengan negara jiran seperti Vietnam, China, Indonesia dan juga Thailand. Ini menjadikan produk kita lebih kompetitif dari segi harga berbanding produk dari

draft • 2:52 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

mereka yang selama ini menguasai pasaran eksport perabot dalam jumlah besar ke Amerika Syarikat.

Walaupun begitu, saya ingin tegaskan bahawa kita perlu berhati-hati dalam beberapa bulan yang akan datang kerana masih terdapat ketidaktentuan dari segi hala tuju tarif dan dasar perniagaan. Ini adalah amat penting untuk perunding di MITI dan kementerian kita untuk terus bekerja keras. Bukan sahaja untuk mempertahankan pasaran yang sedia ada, tetapi juga untuk meneroka pasaran baharu agar industri ini terus mampan dan berdaya saing dalam jangka panjang.

Sekiranya Amerika Syarikat mengenakan tarif yang tidak memihak kepada kita, persoalannya ialah jika eksport ke pasaran tersebut berkurangan, ke manakah pengeluar kita boleh mengalihkan jualan mereka dalam masa terdekat dan ke pasaran manakah yang mampu menyerap jumlah dagangan sebesar itu dalam jangka pendek? Kita mesti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan worst case scenario, dengan izin.

Kerajaan perlu memikirkan langkah-langkah yang bersasar untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor ini. Kita perlu memberikan insentif khusus mengikut keperluan industri, bukan sahaja syarikat besar tetapi juga pengusaha kecil yang menghasilkan komponen kecil kepada industri besar. Ada yang tidak berdaftar sebagai syarikat Sdn. Bhd. tetapi mereka adalah nadi kepada keseluruhan rantaian industri perabot.

Tuan Yang di-Pertua, isu transshipment juga perlu diberi perhatian. Ada syarikat luar menggunakan Malaysia sebagai pintu belakang untuk mengelak tarif tinggi yang dikenakan kepada negara asal seperti negara jiran terutamanya China. Ini bukan sahaja menjejaskan integriti dagangan kita malah boleh menyebabkan tindakan balas daripada Amerika. Saya menyeru agar certificate of origin dengan izin dikembalikan kepada badan pengawal selia kerajaan dan bukannya diberikan kepada badan-badan perdagangan semata-mata.

Kita juga perlu memperkukuh peranan agensi seperti MITI dan MATRADE. Dana tambahan wajar disalurkan kepada mereka bagi membolehkan lebih banyak misi perdagangan ke pasaran baharu dijalankan secara proaktif. Saya telah menyata sebelum ini tentang keperluan untuk melantik envoy bukan sahaja ke Amerika Syarikat, tetapi juga ke negara-negara seperti China, India, Afrika dan Timur Tengah. Sudah tiba masanya kita mengembalikan sistem envoy ini. Negara-negara yang masih belum mempunyai duta wajar diberi perhatian. Langkah ini bukan sekadar untuk tujuan diplomatik tetapi juga penting bagi memperkukuh hubungan perdagangan dan membuka lebih banyak peluang eksport.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga perlu berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya fenomena dumping. Sekiranya negara seperti China dan Vietnam tidak lagi dapat mengeksport produk mereka ke Amerika Syarikat, mereka mungkin akan melimpahkan produk tersebut ke pasaran negara lain. Ini boleh memberi kesan negatif kepada industri tempatan kerana mereka

draft • 2:52 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

menjual pada harga yang sangat rendah sekali gus menjejaskan daya saing pengeluaran tempatan kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Bukan sahaja kita kehilangan pasaran Amerika tetapi juga berdepan kesukaran untuk bersaing di pasaran serantau.

draft • 2:52 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Dalam masa yang sama, kita perlu berhati-hati dan lebih selective terhadap pelabur asing yang ingin masuk ke Malaysia semata-mata untuk mengambil kesempatan daripada kadar tarif kita yang lebih rendah ke Amerika. Mereka akan membawa keseluruhan rantaian bekalan dari negara asal mereka tanpa memberi manfaat kepada ekonomi tempatan. Oleh itu, perlu ada syarat yang jelas. Pelaburan asing mesti memberi peluang kepada penduduk tempatan termasuk dari segi pekerjaan dan pembinaan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali dengan beberapa nilai asas yang menjadi panduan kita termasuk komitmen terhadap multilateralism dan rule-based principles, kita tidak boleh tunduk kepada panik dan mengetepikan prinsip perdagangan adil dan rasional yang telah membawa manfaat kepada semua negara sejak sekian lama.

Sebagai sebuah negara dagang, isu ini adalah isu nasional. Kita tidak boleh bersikap tunggu dan lihat. Tarif sedang dilaksanakan, kesan sedang berlaku, kita mesti bersedia dan kita mesti bertindak sekarang. Jika kita bersatu dengan dasar yang jelas dan kepimpinan yang berwibawa, saya yakin Malaysia bukan sahaja mampu menghadapi cabaran ini, malah boleh memanfaatkan krisis ini untuk mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi kita. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 3:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagai pembahas terakhir daripada sebelah Perikatan Nasional ini, saya ingin membawa kita bersama untuk melihat kembali apa-apa perkara yang telah disentuh oleh pembahas.

draft • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tanjong Karang last.

draft • 3:01 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Perikatan Nasional.

draft • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh, Perikatan Nasional.

draft • 3:01 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tanjong Karang sudah tinggalkan kami.

[Ketawa]

draft • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh, baik. Lupa, terlupa, silakan.

draft • 3:01 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pembangkang memulakan perbahasan dengan memberi pelbagai cadangan untuk kerajaan menangani keadaan apabila tarif timbal balik ini diperkenalkan. Begitu juga pembahas-pembahas lain daripada pihak kami telah memberi penjelasan yang begitu mendalam dengan isinya yang cukup baik.

Saya pada petang ini ingin menyentuh beberapa perkara yang amat penting untuk kita bawa bersama untuk rakyat di bawah sana melihat kesan daripada pelaksanaan tarif timbal balik ini kepada Malaysia secara keseluruhannya. Apabila diumumkan tarif timbal balik ini pada 2 April 2025, ia telah mewujudkan ketidaktentuan di seluruh dunia. Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia yang selama ini bercakap tentang ekonomi terbuka, perdagangan bebas, tiba-tiba semenjak beberapa tahun yang lepas mula bergerak ke arah perdagangan yang lebih tertutup melalui pengenalan pelbagai jenis tarif.

Sebagai sebuah negara dagangan, suka atau tidak kita akan terkesan dengan tarif ini sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Kesannya bukan kecil. Kesan langsung kepada pengilang-pengilang, kesan langsung kepada industri termasuklah industri kecil dan sederhana dan kesan tidak langsung kepada pengguna adalah amat besar. Kalau kita tidak kena cara menangani kesan tarif ini kepada ekonomi, kesan jangka sederhana dan jangka panjangnya mungkin akan jauh lebih besar daripada kesan pandemik COVID-19.

Sebab itu, apabila kita bercakap tentang ketidaktentuan ini, apa yang paling penting adalah untuk kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat secara tuntas, supaya rakyat tahu bahawa apa sebenarnya yang berlaku dan apa kesan kepada mereka dan mengurangkan ketidaktentuan yang ada.

Namun begitu, apabila saya melihat ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi, tidak ada banyak perkara baharu yang boleh disampaikan kepada rakyat sekurang- kurangnya untuk mengurangkan ketidaktentuan. Kita perlu ingat bahawa antara komponen utama dalam pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara adalah perbelanjaan pengguna.

Selain daripada itu juga, komponen pelaburan daripada syarikat swasta dan juga import ataupun eksport bersih kita. Tiga komponen utama ini adalah merupakan komponen yang akan menentukan setakat mana ekonomi kita akan berkembang.

Namun begitu, apabila kita bercakap tentang ketiga-tiga komponen ini, tahun ini sahaja — kalau kita campur tahun lepas lagi banyak. Tahun ini sahaja akan berlaku beberapa dasar, akan berlaku pelaksanaan beberapa dasar yang telah diumumkan oleh kerajaan. Ini termasuklah kenaikan harga RON95 apabila subsidi bersasar dilaksanakan, tarif elektrik dan juga perluasan

draft • 3:01 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

skop SST. Apabila saya duduk mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya amat berharap bahawa ada penjelasan tentang perkara ini.

Apabila tidak ada penjelasan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, saya amat berharap bahawa Menteri Kewangan seharusnya ada di sini untuk menggulung, sekurang- kurangnya kita boleh dapat penjelasan. Menteri Ekonomi seharusnya ada di sini untuk menggulung, sekurang-kurangnya untuk kita dapat penjelasan. Timbalan Menteri Kewangan saya tunggu dari tadi, nasib baik dia masuk. Dari tadi saya tengok timbalan pun tidak ada. Kita sebagai kerajaan di sebelah sana, rakyat Malaysia ingin melihat bahawa kerajaan serius untuk menangani perkara ini.

Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, di sini walaupun saya tahu penggulungan ini oleh Menteri MITI, tetapi saya ingin bertanya kepada kerajaan beberapa perkara asas penting yang memerlukan penjelasan bagi memastikan ketidaktentuan ini dapat diminimumkan. Pertama sekali berkaitan dengan perluasan skop SST.

Asalnya SST hendak dilaksanakan pada 1 Mei 2025, 28 April 2025 beberapa hari sebelum itu kerajaan umum akan tangguh dan akan digazetkan perluasan skop ini pada 1 Jun 2025. Soalan saya, berapa lama hendak tangguh sebenarnya? Adakah penangguhan ini selepas gazet hendak laksanakan terus? Adakah penangguhan ini bermakna sepanjang tahun ini tidak ada perluasan skop SST ataupun apa maksud penangguhan tersebut?

Yang kedua adalah berkaitan dengan kenaikan tarif elektrik. Pada 26 Disember 2024, TNB membuat kenyataan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan bermula 1 Julai 2025 dengan kadar sekitar 14.2 peratus bagi tempoh 2025 hingga 2027.

draft • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat, Yang Berhormat berdua bersembang saya di sini boleh dengar.

Peraturan menyatakan bila ada Yang Berhormat berbahas, tolonglah bagi perhatian. Kalau ada yang agak mustahak itu, keluar di sana boleh, silakan ya. Peringatan, silakan. Saya bagi masa.

draft • 3:01 PM

Seorang Ahli

Terima kasih.

draft • 3:01 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih banyak Tuan Speaker, memandangkan terdapat sedikit gangguan kepada fokus saya, tambahlah lima minit.

[Ketawa] Saya sentuh balik berkaitan dengan kenaikan tarif TNB. Ini perkara asas yang cukup penting.

Kesannya bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada industri secara keseluruhan. Telah diumumkan akan naik pada 1 Julai 2025 dan kenaikannya sekitar 14 peratus kalau figure itu tepat dalam kiraannya dan kenaikan ini akan berlangsung untuk tempoh 2025 sehingga 2027.

Sehingga ke hari ini, ini dah masuk bulan Mei. Sehingga ke hari ini tidak ada penjelasan oleh kerajaan. Siapa yang kena? Siapa yang tidak kena? Apa kesan kepada industri? Berapa banyak kenaikan kepada industri? Tidak ada. Sedangkan kalau dilaksanakan bermula 1 Julai tahun ini, kesannya adalah akan berlangsung dari tahun 2025 sehingga tahun 2027.

draft • 3:01 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang subsidi bersasar. Semasa pembentangan Belanjawan pada 18 Oktober 2024, Menteri Kewangan umumkan bahawa subsidi bersasar akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2025 dan diberi jaminan bahawa 85 peratus rakyat tidak akan terkesan, cuma 15 peratus yang akan terkesan. Kami di sebelah sini bertanya, setiap kali sidang duk tanya soalan sama. Siapakah yang dikatakan T15 ini? Siapakah yang dimaksudkan dalam kumpulan T15? Lepas sehari kata akan jelaskan, akan jelaskan. Akhir sekali, saya ingat Menteri Ekonomi. Menteri Ekonomi kata akan diberi penjelasan pada suku pertama tahun 2025.

draft • 3:01 PM

Seorang Ahli

Dah cuti dah.

draft • 3:01 PM

Seorang Ahli

Ini kita dah masuk bulan kedua, suku kedua tahun 2025 dan Menteri Ekonomi sedang bercuti. Makna, nak tunggu sebulan lagi baru nak faham, apakah itu T15 nak dilaksanakan pada pertengahan tahun 2025? Dalam keadaan tak ada tarif pun, perkara ini akan memberi kesan kepada rakyat, kepada industri, apatah lagi dalam keadaan tarif timbal balik ini. Jadi, di mana kerajaan? Di mana Menteri? Menteri nak bercuti, saya tak ada masalah tetapi saya nak bercerita bagaimana kami sewaktu menguruskan COVID-19.

Menteri MITI ada sekali, bermesyuarat setiap hari melihat data-data ekonomi, melihat data-data kesihatan, minta dengan Perdana Menteri cuti sehari sahaja pada hari raya. Itulah komitmen kerajaan dalam keadaan krisis. Sebab itu saya mohon pada kerajaan. Ambil serius perkara ini, kurangkan ketidak ketentuan ini, apa sebenarnya nak dibuat. Bercakap tentang data- data PADU. PADU dilancarkan pada 2 Januari 2024. Minta rakyat isi sehingga 31 Mac 2024. 13 bulan telah berlalu. Di mana definisi T15 pun, masih belum ada.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, tadi Ketua Pembangkang telah memberikan cadangan supaya kerajaan melihat semula kesesuaian pelaksanaan kenaikan tarif elektrik, pelaksanaan subsidi bersasar dan juga pelaksanaan SST tadi. Selain daripada itu, kalau kerajaan tak nak buat juga, kerajaan berkeras nak melaksanakan. Saya mohon, berilah ketentuan kepada rakyat dan industri, apa sebenarnya yang hendak dilaksanakan? Tuan Yang di-Pertua, sedikit saya menyentuh tentang dasar-dasar.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kena gulung dah? Tambahlah sikit lagi. Panjang.

Jejas fokus ini. Tambah dua minit boleh ya?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung. Saya akan berhentikan mic ini bila masanya nanti.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Ketawa] Gulung itu, maknanya panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh sedikit lagi tentang dasar-dasar antarabangsa

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

dalam konteks tarif ini. Apa yang kita perlu lihat apabila disebut tentang tarif ini. Kita tahu Amerika Syarikat bukannya hanya memfokuskan kepada tarif.

Saya ingin quote, dengan izin, apa yang disebut oleh Peter Navarro - White House trade advisor. Dia kata, “Lets take Vietnam, when they come to us and say, we will go to zero tariff, that means nothing to us, because it is the non-tariff cheating that matters”. Maknanya, apa? Tarif ini adalah sebahagian daripada pelaksanaannya membolehkan perbincangan lanjut dilaksanakan tentang perkara-perkara berkaitan dengan sekatan bukan tarif ataupun non-tariff barriers. Sebab itu saya ingin sentuh satu perkara berkaitan dengan non-tariff barriers ini.

Berdasarkan laporan- dalam laporan 2025 National Trade Estimate Report on Foreign Trade Barriers. Apa yang disebut pada muka surat 254, bagaimana mereka melihat protokol pelaksanaan untuk mendapat pensijilan halal itu merupakan satu trade barriers. Salah satu trade barriers dan perkara berkaitan birokrasi. Umumnya saya setuju, yang ini lambat, yang itu lambat.

Itu tak apa.

Tetapi apabila disentuh bagaimana protokol kita itu berbeza dengan negara lain dan ini saya nak ingatkan kerajaan, kita berada dalam keadaan di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup dihormati dalam konteks pensijilan halal.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Gold Standard.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Gold Standard of the world. Kita kena ingat, dijangkakan sehingga pada tahun 2030, nilai dagangan halal ini bakal mencecah lebih USD5 trilion. Pasaran ini pasaran besar. Kalau nak ikut apa yang disebut dalam laporan, mereka mempertikaikan kaedah kita menguruskan daging halal, sebagai contoh.

Apabila kita lihat requirement JAKIM, JAKIM minta supaya kalau sembelih itu, fatwanya ataupun pusat penyembelihannya, khusus. Maknanya, kena ada fasiliti khusus, penyimpanan khusus, tak boleh campur. Penghantaran khusus, tak boleh campur, sampai ke tahap itu kerana konsepnya adalah halalan thoyyiban. Jadi, saya nak tanya pada kerajaan. Adakah kerajaan sanggup berkompromi dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal dengan pensijilan halal yang cukup baik? Adakah kita nak berkompromi dalam konteks tarif ini?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Seterusnya, saya mohon supaya dalam konteks halal juga, kerajaan memberi lebih kapasiti kepada JAKIM. Bagi bantuan sebaik-baiknya untuk mengurangkan birokrasi, mempercepatkan proses. Bagi kepakaran, bagi teknologi supaya domain dan kita punya niche, dengan izin, dalam bidang halal ini dapat terus kita pertahankan dan tingkatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sekali lagi saya mohon pada kerajaan, ambil serius perkara berkaitan dengan tarif timbal balik. Kalau tidak kena cara, kesan jangka masa sederhana dan panjangnya jauh lebih teruk

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

daripada apa yang berlaku sewaktu pandemik COVID-19. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 3:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua.

Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa ini bukan sekadar krisis berkaitan eksport kita ke Amerika tetapi ancaman serius kepada tatakelola antarabangsa yang sebelum ini membolehkan negara-negara sedang membangun untuk memanjat tangga pertumbuhan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan perusahaan serta meningkatkan taraf hidup Malaysia sepanjang 60 tahun ini.

Ekonomi Amerika Syarikat menguncup sebanyak 0.3 peratus pada suku pertama 2022 dan ini sebelum Trump mengumumkan tarif tinggi terhadap rakan dagangan utama Amerika Syarikat pada 2 April. Kejutan tarif ini dijangka akan menjerumuskan ekonomi global yang sudah lembap ke dalam kemelesetan menjelang hujung tahun ini.

Maka, saya menggesa Ahli-ahli Dewan supaya segera melengkapi diri dengan rasa keterdesakan ataupun sense of urgency, dengan izin. Kita perlu bersatu hati dalam Dewan ini, tidak kira Ahli kerajaan atau Pembangkang, untuk bersama membicarakan strategi yang menyeluruh. Strategi yang menghubungkan reaksi segera kita dengan matlamat jangka panjang tanah air tercinta kita ini.

Dato' Yang di-Pertua, sering kali kita mendengar bahawa tarif Trump tidak akan terlalu menjejaskan Malaysia kerana akhirnya, beliau akan mengekalkan tarif hanya terhadap China. Ini adalah satu kesilapan tanggapan yang serius. Hakikatnya, pemisahan ekonomi secara mendadak antara dua kuasa besar dunia yang bersaiz hampir sama dan saling bergantung dalam rantaian bekalan global yang kompleks ini sudah cukup untuk menolak kedua-dua blok dalam kemelesetan.

Malangnya, kedua-dua mereka adalah dua rakan dagangan terbesar Malaysia.

Tambahan, impak second order ataupun tidak langsung- impak tidak langsung iaitu lambakan barangan dan kelembapan ekonomi selepas tembok tarif didirikan antara Amerika dan China adalah serius dan skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia.

Dato' Yang di-Pertua, Malaysia berisiko tinggi mengalami kelembapan ekonomi pada tahun ini ataupun lebih teruknya, kemelesetan. Ini adalah kerana pendapatan negara amat bergantung kepada perdagangan iaitu 130 peratus daripada KDNK, antara yang tertinggi di Asia.

Selain itu, eksport Malaysia juga menyumbang 65 peratus daripada KDNK pada tahun 2023, lebih tinggi daripada penggunaan swasta yang hanya berjumlah 60 peratus.

draft • 3:15 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Dalam situasi ini, saya ingin cadangkan empat langkah untuk merangsang ekonomi,

draft • 3:15 PM

selain daripada apa yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun tadi

(i) menawarkan insentif khusus bagi penarikan pelaburan high tech kerana negara-negara lain seperti Thailand dan Vietnam dalam saat- saat ini menawarkan pakej yang sangat-sangat menarik. Mereka akan cabut lari atau tidak datang ke Malaysia sekiranya kita tidak bertindak cepat daripada pengecualian cukai kepada MNC-MNC ini. Saya cadangkan supaya kita menggantikan dengan subsidi gaji kepada jurutera-jurutera dan pekerjaan-pekerjaan lain yang bernilai tinggi selama dua hingga tiga tahun kepada penggajian jurutera-jurutera ini.

(i) memperketat dasar kandungan tempatan dalam perolehan GLC. Dato' Yang di-Pertua, kita sering mendengar bahawa perlu ada local content 30 peratus, 40 peratus. Namun selama ini, tidak dipandang berat. Saya berharap kali ini kita boleh meminta GLC membuka dan memperketatkan lagi ketetapan tersebut selain membuka ruang pelaburan kepada pelabur-pelabur swasta untuk turut serta.

(iii) adalah untuk memecah sistem perbankan yang sekarang bersifat monopolistik dengan mengeluarkan lagi dua hingga tiga lesen bank untuk memenuhi keperluan PKS atau SME kita.

(iv) adalah mengambil kesempatan ini sekiranya kemelesetan ekonomi berlaku, kita ambil kesempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing yang berkemahiran rendah.

Dato' Yang di-Pertua, SME umpama nadi negara kita.

draft • 3:15 PM

selain daripada apa yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun tadi

Dalam perbahasan hari ini saya juga ingin bersuara secara khusus untuk kelompok yang merupakan wira yang tidak didendang iaitu PKS ataupun SME kita. Keadaan rantaian perbekalan global yang kian terputus-putus bakal memusnahkan ribuan SME kita yang merupakan pembekal atau vendor kepada MNC yang mana berisiko berpindah keluar dari Malaysia. SME ini memerlukan pasaran jaminan kredit serta sokongan peralihan perniagaan mereka dalam saat- saat kritikal ini. Kalau kita tidak buat apa-apa, ramai antara mereka akan lingkup dan tutup kedai.

Puluhan ribu pekerjaan akan musnah dan sukar untuk kita membina semula kekuatan jentera perusahaan tersebut pada masa akan datang.

Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana berjaya mengumumkan pagi tadi beberapa langkah yang sangat tepat pada masanya untuk membantu dan menyokong SME kita. Namun, pada masa yang sama, saya juga ingin menyahut pandangan beberapa anggota Dewan lain tadi supaya mempertimbangkan penangguhan pembayaran cukai SST ataupun

draft • 3:20 PM

selain daripada apa yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun tadi

peluasan SST kepada kategori yang baharu untuk tempoh-tempoh yang kita menghadapi kesusahan sekarang. Selain itu, saya juga mencadangkan Dato’ Yang di-Pertua supaya reformasi struktur kerajaan perlu dijalankan dengan kesempatan ini supaya langkah-langkah yang disebut tadi supaya dasar-dasar yang diumumkan pagi tadi boleh tercapai.

Pertamanya, meletakkan SME Corp semula daripada KUSKOP kepada MITI supaya MITI boleh mengesan, mengikuti perkembangan serta membantu SME secara langsung dan lebih berkesan. Kedua menambahkan belanjawan MITI selain RM50 juta yang diumumkan kepada MATRADE, MITI perlukan bantuan lain supaya dapat membantu SME mencari dan menembus pasaran baharu serta berupaya menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan seperti siasatan anti-lambakan dan salah guna sijil tempasal, certificate of origin dengan izin. Dan yang selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh satu industri strategik yang dapat memacu pembangunan negara kita iaitu bidang tenaga boleh diperbaharui ataupun RE.

Saya mencadangkan menilai semula syarat pemilikan ekuiti tempatan khususnya dalam program seperti LSS. Pada masa ini, keperluan pemilikan 51 peratus oleh rakyat Malaysia mengehadkan kemasukan model asing secara langsung. Kita boleh dan harus mempertimbangkan untuk melonggarkan syarat ini secara berperingkat misalnya bagi projek berskala besar melebihi 100 megawatt atau dengan memperkenalkan sistem berperingkat yang memberi lebih fleksibiliti jika kandungan tempatan dalam EPC atau O&M adalah tinggi.

Selain itu, kita harus memodenkan dasar berkaitan tanah dan pelesenan. Bayangkan kita jika dapat memperkenalkan portal digital berpusat untuk kelulusan RE kita di bawah MIDA ataupun Suruhanjaya Tenaga yang menyenaraikan zon-zon tenaga boleh baharu yang boleh diluluskan lebih awal dengan proses sewaan dan penukaran status tanah yang lebih pantas ini pasti akan menjimatkan masa dan kos pelabur-pelabur.

Dato’ Yang di-Pertua, kita juga tidak boleh menafikan keperluan untuk mempercepatkan integrasi teknologi grid dan penyimpanan tenaga dengan liberalisasi pemilikan sistem penyimpanan tenaga seperti BESS, Battery Energy Storage System dan pumped hydro dengan izin, dan dengan insentif yang sesuai, kita boleh memanfaatkan potensi penuh tenaga boleh baharu tanpa gangguan kepada kestabilan grid.

Seterusnya sudah tiba masanya Malaysia menggubal dasar khusus untuk tenaga angin pesisir pantai. Ini adalah bidang baharu yang berpotensi tinggi dan kerajaan boleh menetapkan peraturan pemilikan contohnya dasar sewaan lautan dan kelulusan alam sekitar untuk menarik pelabur tempatan dan global.

Akhirnya ketelusan dan kepastian dasar juga adalah kunci. Kita harus memperkenalkan kalendar tender lima tahun yang berkala, sesi konsultasi awam yang terbuka dan pusat sehenti untuk membimbing pelabur asing dalam proses pelesenan dan penyambungan grid.

draft • 3:20 PM

selain daripada apa yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun tadi

Masanya tidak mengizinkan. Rumusannya bagi saya kita harus mencari peluang dalam cabaran kuiz ini untuk mereformasikan karenah birokrasi yang lapuk, menyusun semula struktur ekonomi supaya lebih mementingkan mutu pekerjaan daripada tanda ukur KDNK sahaja dan melihat ke luar bahawa bagaimana Malaysia sebagai pengerusi ASEAN cuba memainkan peranan pendamai yang konstruktif serta berimpak dalam pentas dunia ini. Saya akhiri dengan sepatah pantun.

Pagi cerah burung berseri, Hinggap seketika di dahan nipis, Jangan gentar pada tarif yang naik, Dalam cabaran ada peluang manis. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 3:20 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan ke atas Yang Amat Berhormat Tambun yang telah menjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini tentang asas-asas strategi dan langkah-langkah positif yang bakal dilakukan Malaysia termasuk usaha bersama negara-negara ASEAN dalam menangani implikasi polisi tarif tinggi oleh Presiden Trump terhadap perdagangan global ASEAN dan Malaysia khususnya.

Tarif unilateral Amerika Syarikat ini sebenarnya akan mengesankan langsung terhadap pasaran Amerika Syarikat itu sendiri. Rakyat Amerika Syarikat sendiri akan terkesan dan mengalami kenaikan hampir kesemua barangan import di pasaran Amerika Syarikat. Ini bakal mencetuskan inflasi pengguna yang lebih tinggi kerana kos barangan asing dipindahkan kepada pengguna. Sektor peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat dijangka turut menerima tekanan kos yang besar.

Tuan yang di-Pertua, izinkan Tanjong Karang ingin mengulas lebih lanjut dengan cadangan yang agak sedikit berbeza. Hakikatnya tarif tinggi Amerika Syarikat bukan sahaja memberi tekanan kepada ekonomi global, malah bakal menyusun semula peta perdagangan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, kita Malaysia sebenarnya masih boleh berlapang dada dan bersyukur walaupun Presiden Trump mengenakan tarif sebesar 24 peratus kerana kadar ini sebenarnya masih jauh lebih rendah berbanding negara-negara pesaing utama seperti:

(i) Vietnam, 46 peratus;

(ii) Thailand, 36 peratus;

(iii) Cambodia, 49 peratus;

draft • 3:24 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

(iv) Indonesia,32 peratus; dan

(v) China, 145 peratus.

Kewujudan keadaan ini sebenarnya menjadikan kita Malaysia lebih kompetitif secara relatif di pasaran Amerika Syarikat dalam pelbagai sektor khususnya elektronik dan perkilangan ringan ketimbang pesaing-pesaing lain.

Malaysia tidak harus bersikap pasif apatah lagi memandang negatif kepada pasaran Amerika Syarikat atau jangan sekali-kali kita cuba lari dari pasaran Amerika Syarikat, sebaliknya Tanjong Karang menyarankan take the bull by the horns dengan izin. Malaysia perlu lebih agresif menggunakan peluang ini dan berusaha menjadi peneraju serantau dalam penguasaan pasaran Amerika Syarikat pasca tarif.

Tuan yang di-Pertua, di mana ada cabaran, di situ ada peluang. Jadi dengan kesempatan ini Malaysia harus mengoptimumkan kelebihan dan peluang yang ada ini dengan menyusun langkah-langkah dan strategi kita bagi menembusi pasaran Amerika Syarikat secara lebih agresif, mengukuhkan Malaysia sebagai hab elektronik bernilai tambah tinggi, mencari dan menambah pasaran-pasaran baharu seperti ASEAN, China dan juga Timur Tengah.

Akhirnya Tanjong Karang mengemukakan persoalan, adakah Malaysia di bawah pimpinan bijaksana Yang Amat Berhormat Tambun sudah bersedia ke arah ini iaitu untuk menembusi lebih agresif di pasaran Amerika Syarikat? Dan apakah strategi-strategi mampan kita telah diatur untuk bergerak lebih pantas ke arah menguasai pasaran Amerika Syarikat ini?

Sekian, Tanjong Karang mohon menyokong.

draft • 3:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong.

draft • 3:24 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Dato’ Speaker kerana izin Puchong untuk membahas yang memberi impak kepada Malaysia bukan sahaja dalam satu, dua tahun ini tetapi untuk jangka masa panjang. Dato’ Speaker, pada tiga hari bulan April yang lalu, Presiden Trump telah mengejutkan seluruh dunia dengan pengumuman tarif timbal balas yang begitu tinggi kepada hampir semua negara yang berdagang dengannya. Sarah Bianci dari Evercore ISI menyatakan bahawa polisi baharu ini jika tidak disemak semula adalah lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan oleh Akta Tarif Smoot-Hawley pada tahun 1930.

Akta ini meningkatkan tarif ke atas lebih daripada 20,000 barangan import Amerika Syarikat daripada 13.5 peratus kepada hampir 20 peratus dengan tujuan asalnya melindungi petani dan pengeluar Amerika Syarikat pada awal The Great Depression.

draft • 3:29 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tetapi apakah impaknya? Ia mengundang reaksi balas dari negara-negara dagang utama dan menyebabkan eksport merosot dan pengimport menurun di seluruh dunia. Walaupun pakar- pakar ekonomi tiada persetujuan sama ada akta Smoot Hawley adalah punca utama the great depression kerana ada juga yang berpendapat bahawa punca utama ialah polisi kewangan Amerika Syarikat. Tetapi apa yang kita boleh pasti ialah akta Smoot Hawley menjadikan kemelesetan ekonomi lebih teruk, lebih panjang dan merebak ke seluruh dunia.

Dato’ Speaker, the great depression melanjut lebih 10 tahun dan tamat dengan Perang Dunia Kedua. Apabila negara tidak berdagang, apabila kepentingan bersama berkurang, kemungkinan peperangan akan meningkat. Dengan itu, Puchong ingin menyatakan sokongan kepada pendekatan kerajaan apabila kita menghadapi tarif 24 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat iaitu kita tidak membalas dengan tarif tinggi dengan segera tetapi kita mencari jalan untuk berunding. We did not retail yet, but negotiate.

Puchong berpendapat bahawa masih ada ruang rundingan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara dagang termasuk China memandangkan Amerika Syarikat akan mengadakan midterm election pada tahun depan. Kerajaan Trump perlu memastikan tarif baharu yang dikenakannya tidak ekonomi ataupun meningkatkan inflasi Amerika Syarikat kepada kadar yang tidak boleh dikawal supaya Republican masih menang dalam Kongres mereka.

Dato’ Speaker, kini hubungan Amerika Syarikat dan China masih tegang dengan kedua- dua pihak tidak berkompromi. Selepas Trump mengenakan tarif 145 peratus terhadap barangan China, China membalas dengan tarif yang tinggi juga. Apabila kedua-dua gajah bergaduh, negara- negara lain di dunia perlu tenang dan kita perlu memastikan bahawa respons kita boleh membantu untuk menurunkan suhu perang dagang dunia dan tidak meningkatkannya.

Oleh itu, Puchong ingin menyatakan harapan saya yang besar terhadap kerajaan sebagai Pengerusi ASEAN dalam menjayakan ASEAN China dan ASEAN US Summit. Puchong juga menyambut baik apa yang diumumkan oleh Yang amat Berhormat Perdana Menteri, di mana Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN China akan diperbaiki. Puchong juga ingin mencadangkan kerajaan untuk meneroka kemungkinan adakah mungkin kita juga mengadakan ASEAN China-US Summit untuk memperbanyakkan rundingan pelbagai peringkat antara ASEAN US dan China untuk kefahaman dan kepentingan bersama.

Dato’ Speaker, untuk jangka masa pendek, Puchong berpendapat bahawa kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih drastik dengan anggapan bahawa kita akan mengalami krisis ekonomi pada tahun 2025. Jangan tunggu sampai statistik keluar kerana statistik keluar selepas kejadian berlaku. Sebagai contoh, kita sentiasa ukur GDP tetapi selepas suku itu berlalu, baru kita umum angka. Oleh itu, we need to be more proactive, Dato’ Speaker.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Dato’ Speaker, IMF International Monetary Fund telah pun menurunkan ramalan perkembangan GDP dunia dari 3.3 peratus ke 2.8 peratus tahun ini. Ahli ekonomi di JP Morgan kini juga percaya bahawa peluang kemelesetan adalah 60 peratus. Walaupun selepas 90-day post dan andai kata kita mencapai best case scenario di mana kadar tarif Amerika Syarikat dapat disemak semula kepada kadar yang lebih munasabah untuk semua negara.

Pakar-pakar ekonomi seperti Paul Krugman dan Ketua Ekonomi IMF Pierre-Olivier Gourinchas berpendapat bahawa the damage is done, dengan izin. Kerana ia tidak — kerana pengumuman ini membawa uncertainty, ketidaktentuan among the business community.

Ketidaktentuan inilah yang memberi impak negatif kepada ekonomi kerana apabila berdepan dengan ketidaktentuan, reaksi kebanyakan syarikat ialah kita akan berhenti watch and see. Kita akan mengurangkan pelaburan, kita akan mengurangkan pembelian dan inilah yang mencipta kitaran yang negatif untuk ekonomi dunia.

Dengan itu, Puchong sangat percaya bahawa perlu mengambil langkah proaktif untuk merancakkan ekonomi di Malaysia. Dengan itu, Puchong ingin menyeru kerajaan untuk bermula menyediakan belanjawan tambahan krisis tarif Amerika Syarikat. Dengan mengambil pertimbangan seperti berikut, satu, sudah ramai yang telah pun mencadangkan iaitu menangguhkan perluasan SST dan rasionalisasi subsidi RON95 untuk tahun 2025.

Kedua, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk semak semula tarif electric-based tariff Semenanjung Malaysia untuk tempoh kawal selia tiga tahun 2025 hingga 2027 RP4. Dato’ Speaker, TNB telah pun mengumumkan pada Disember 2024, peningkatan tarif asas sebanyak 14.2 peratus.

Ini akan membebankan jika ia dilaksanakan starting 1st of July — 1 Julai ini, ini akan membebankan PKS kita di suasana ekonomi yang tidak menentu ini.

Puchong berpendapat bahawa terdapat ruang untuk semak semula tarif asas RP4. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, CapEx RP4 yang ditetapkan pada RM26.6 bilion berbanding dengan CapEx RP3 pada RM20.55 bilion — saya ulang, supaya di Hansard betul. RP4 CapEx RM26.6 bilion. CapEx RP3 RM20.55 bilion. Dengan kata lain, CapEx RP4 adalah kira-kira 30 peratus lebih tinggi daripada CapEx RP3.

Jika kita buat historical comparison, peningkatan CapEx dari RP2 ke RP3 dan dari RP1 ke RP2 adalah kurang daripada 10 peratus. Ini bermaksud bahawa 30 peratus peningkatan ini boleh ada ruang untuk penurunan. Oleh itu, Puchong sangat percaya PETRA mampu untuk berunding semula dengan TNB sama ada kita boleh semak semula.

Selain itu, OpEx juga ada ruang untuk penurunan memandangkan anggaran harga bahan api bagi tempoh dua tahun akan datang telah pun menurun. Puchong juga ingin menyeru PETRA supaya menanggung CapEx contingency yang telah diluluskan pada RP4 sebanyak RM16.3 bilion kerana kos-kos ini akan pass now to the consumer. Oleh itu, Puchong sekali lagi menyeru PETRA untuk semak semula tarif asas RP4 bersama TNB.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Seterusnya, saya nak cadangkan Dato’ Speaker. Sementara kita menunggu keputusan semak semula RP4, Puchong ingin mencadangkan kerajaan untuk melanjutkan pelaksanaan RP3 selama satu tahun lagi sehingga Julai 2026. Ini kita telah buat sebelum ini. Adalah semasa krisis COVID-19, di mana kita melanjutkan RP2 selama satu tahun dan menangguhkan pelaksanaan RP3. Saya rasa bahawa magnitud krisis ini adalah sama dengan covid dan ia justified pelanjutan RP ini.

Dato’ Speaker, kerana tiada masa, saya nak habiskan dengan apa yang saya rasa adalah sangat penting untuk jangka masa panjang bagi negara kita. Memang kita ada banyak pakar ekonomi yang ada banyak anggaran apa yang akan terjadi dalam masa satu, dua tahun ini. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar geoekonomi — geopolitik dan juga pakar-pakar ekonomi bersetuju bahawa we are heading to a multipolar world.

Oleh itu, apa yang sangat penting untuk negara kita yang kita perlu membuat persediaan hari ini, adalah Malaysia untuk masa depan, kita perlu mewujudkan lebih ramai pakar geopolitik yang unggul dan diplomat yang hebat. Hubungan antarabangsa dan Kementerian Luar Negeri akan memainkan peranan yang sangat penting pada masa depan dalam ekonomi negara. It is no longer about how much you know, it is no longer about what product you produce, how cheap, how efficient, but who are your friends and fools. Oleh itu, Puchong ingin membuat cadangan terakhir supaya JPA boleh mewujudkan biasiswa dan laluan kerjaya berprestij tinggi dalam menyediakan talent pool yang berkualiti dalam hubungan antara dan perdagangan antarabangsa untuk masa depan negara. Itu sahaja yang saya nak cadangkan. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Berikut pembahas yang terakhir saya mempersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Tan Sri Speaker khususnya kerana memberi pertimbangan khas kepada rayuan saya untuk berbahas pada hari ini. Tanpa Tan Sri, tanpa budi bicara baik Tan Sri, hajat saya tidak akan kesampaian. Terima kasih.

Sepertimana yang kita sedia maklum, Malaysia ini dikenakan 24 peratus reciprocal tariff.

Terima kasih kepada Shah Padang Besar yang juga memperjuangkan. Walaupun Malaysia bersama lebih daripada 75 buah negara lain, yang telah menerima penangguhan selama 90 hari bermula 9 April tahun ini tetapi ia belum akhir.

draft • 3:39 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Dalam perkara ini, kadar tarif tidak memberi gambaran penuh impak keseluruhan terhadap ekonomi negara. Kita perlu melihat juga peranan Malaysia dalam rantaian bekalan dunia serta kebergantungan ekonomi negara terhadap perdagangan antarabangsa. Sekitar 10 peratus daripada keseluruhan KDNK negara adalah hasil eksport terus kepada pasaran Amerika Syarikat dan daripada itu, lebih 60 peratus daripada eksport ini terdiri daripada produk E&E

(elektronik) dan juga peralatan industri selama ini yang menjadi tunjang kepada industri pembuatan negara.

Jadi, dari data MATRADE menunjukkan ASEAN sebagai destinasi eksport terbesar:

Malaysia, 29 peratus; Amerika Syarikat, 13.2 peratus; dan China, 12.4 peratus.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, ini sangat membimbangkan. Malaysia secara tidak langsung terlibat dalam rantaian bekalan global yang menuju ke Amerika Syarikat. Sebagai contoh, komponen elektrik, elektronik dan bahan mentah dari Malaysia digunakan di kilang-kilang di China sebelum dihantar ke pasaran Amerika. Maka, jika Trump menutup pintu kepada produk akhir daripada negara-negara yang paling terkesan, permintaan terhadap barangan separuh siap dari Malaysia juga turut menjunam. Itu adalah risikonya.

Ini bermakna bukan sahaja eksport terus akan terjejas tetapi eksport tidak langsung juga akan merosot. Industri utama seperti semikonduktor, logam, kimia dan pembuatan berasaskan kepada eksport akan mengalami kejatuhan ketara. Manakala, pelabur luar mungkin akan membekukan pelaburan, akan mula keluar dari Malaysia. Contohnya, solar panel dari Asia Tenggara khususnya Malaysia, Vietnam dan Thailand ke Amerika Syarikat mengalami kenaikan 3,521 peratus berbanding sebelumnya dan ini turut memberi kesan kepada FDI di Malaysia.

Kalau itu jadi, Malaysia akan tutup kedai kerana pasaran itu sudah terjejas.

Dari segi kesan rantaian pada Ringgit akan terus tertekan dan lebih dagangan boleh hilang begitu sahaja. Kita antara paling terkesan dari segi impak kepada negara. Malah, lebih teruk daripada Philippines dan juga Singapore dan Indonesia. Ini kerana Malaysia memiliki industri yang lebih berintegrasi dalam rangkaian bekalan global serta kebergantungan ekonomi kepada dagangan antarabangsa yang tinggi yang menjadikan kejatuhan lebih parah bila permintaan luar runtuh.

Situasi hari ini, Malaysia berisiko untuk dihimpit dari dua arah. Dihentam depan oleh tarif Amerika Syarikat dan dihimpit dari belakang jika rantaian dagangan dengan China terjejas.

Seperti yang diumumkan oleh Trump, tarif ini telah dijadikan asas rundingan dengan setiap negara perlu berunding secara individu dengan mereka jika mahu kadar tarif tersebut diturunkan.

Apa yang peliknya, Trump kata Malaysia kenakan tarif 47 peratus. Manakala MITI pula membidas

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

kadar tarif yang dikenakan ke atas Amerika Syarikat hanya 5.6 peratus. Bagaimana Malaysia nak memperbetulkan keadaan ini? Adakah ia kesilapan metodologi? Ataupun ada faktor lain iaitu non- tariff barriers?

Ini yang sebenarnya kalau 5.6 peratus berbanding 47 peratus, Trump pakai hentam saja.

Sebab mana yang defisit perdagangan, dia bahagi dua, dia terus tambah kepada titik perpuluhan terdekat. Itu nampaknya trend itu, perkiraan itu begitu saja. Jadi, kalau Malaysia dah yakin bahawa 5.6 peratus itu adalah tarif yang kita kenakan ke atas Amerika Syarikat, sudah tentunya ada yang tersurat dan juga tersirat. Apa dia?

Tadi kita ada membincangkan tentang TPP. Sebelum itu juga ada rundingan dan saya setuju dasar di Malaysia, konteks, cerita berlainan, kena crowd out certain industry. Jadi, apakah dalam keadaan ini, dalam negotiation ini, adakah kita masih berpegang kepada prinsip ini? Ini kerana saya yakin yang 41.4 peratus yang perbezaan ini tersurat atau tersiratnya sesuatu yang tidak kena. Jadi, saya rasa mungkin MITI, Menteri MITI lebih arif tentang perkara ini kerana ini adalah kepentingan negara yang perlu kita lihat secara mendalam.

Dalam keadaan global ini saya rasa, kita perlu lakukan seperti kawan-kawan lain pun bersetuju. Pertama, menangguhkan kadar kenaikan dan peluasan skop cukai jualan SST. Tak boleh sebab 9 Julai dah genap 90 hari. Bila sampai tarikh itu, kita perluaskan lagi SST, bayangkan kenaikan tarif elektrik penghulu kepada segala kenaikan, tambah lagi kalau kita nak rasionalisasi subsidi dan kita tidak bagi subsidi pada petrol. Maka, dua, tiga perkara ini akan menghancurkan PMKS.

Jadi, saya nak merayu kepada kerajaan. Fikirkan 9 Julai ini satu tarikh yang diberikan oleh Trump. Bayangkan kalau 1 Julai kita mulakan semua tindakan ini, kenaikan tarif, kemudian SST diperluaskan mungkin bulan Jun atau bulan Julai. Kemudian, kita ada rasionalisasi minyak ataupun petrol. Ini akan memberi kesan.

Saya nak merayu satu perkara yang penting. Kita dah bincang di sini. Kawan-kawan daripada blok kerajaan, pihak sana pun dah sebut. Kenapa tidak e-invoicing yang begitu relevan kepada PMKS, turunlah kepada paras – yang bawah RM500,000 setahun itu tak payah tertakluk kepada e-invoicing seperti zaman GST. Ini akan memberikan satu kesan yang sangat baik kepada kita. Ini secara peniaga kecil ini mereka perlukan ini. Tak banyak, pernah kita buat. Jadi, saya mintalah, daripada tadi saya sebut beberapa perkara termasuklah yang e-invoicing ini, threshold ini, ambangnya kita anjak kepada RM500,000. Ini bantu.

Jadi, bila sampai 9 Julai ini, akan kita nilai sama ada waktu itu mahu atau tidak mahu kita kenakan suatu dasar ataupun kita teruskan. Jadi, pada pandangan saya sudah kita lihat, terang lagi bersuluh. Banyak perkara yang tak boleh selesai. PMKS tidak akan mendapat keuntungan lebih daripada 10 percent. Kalau kenaikan tarif elektrik 14.2 peratus, saya rasa ramai yang akan menggulung tikar.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jadi, saya merayu kepada kerajaan lihat perkara ini. Ya, faktor luar kita tak boleh control tapi faktor dalam itu kita boleh control. Tangguhkan seketika. Kalau ada keadaan terpaksa, baru kita fikirkan macam mana. Beri mereka ruang untuk bernafas. Jangan pula mereka tersepit.

Jadi, Tan Sri Speaker, memang saya ucapkan terima kasih. Tapi bila saya baca pada hari ini, kita datang berbincang, mendengar apa penerangan Menteri itu baik. Sebab itu saya sanggup. Kalau tidak orang tanya, “Mana Ayer Hitam?” Saya ada. Walaupun semalam boleh pergi Australia, saya tak pergi. Sebab saya rasa ini isu yang sangat penting.

Tapi kalau bandingkan dengan sidang khas dulu yang kita juga pernah terlibat, biasanya ada resolusi. Tapi mungkin ada sebabnya. Saya tak tahu. Mungkin daripada ...

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ayer Hitam.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Resolusi itu — sekejap. Resolusi itu sebenarnya memperkuatkan lagi bahawa kedua-dua blok kita sokong tindakan kerajaan yang kita hantar Datuk Seri Zafrul ini kuat. Ini wakil daripada Parlimen. Itu yang saya nak lihat kerana tanpa fahaman politik tak kira siapa, ini adalah kepentingan negara. Ia sepatutnya diterjemahkan dalam satu resolusi yang boleh diangkat sepertimana kita pernah menentang dulu Palestin dengan Israel. Macam mana kita buat satu resolusi yang memang menggemparkan dunia kerana kitalah antara Parlimen yang berani buat satu resolusi.

Saya faham. Resolusi ini kalau silap dia punya ayat, mungkin ada bawa padah. Tapi dalam keadaan ini daripada kita datang dengar pendengaran, kurang sedap. Kalau ada resolusi, lebih baik. Saya cadangkan supaya kita buat sesuatu, diterjemahkan dan tindakan yang lebih solid untuk Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Ayer Hitam. Walaupun lewat tetapi hebat. Itu beza Ayer Hitam. Kita telah mendengar 23 orang Ahli Yang Berhormat telah pun berucap. Maka, sekarang masanya untuk kita mendengar apakah yang akan diperkatakan dan apakah yang akan dicadangkan ataupun apa juga yang akan dihidangkan kepada kita.

Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab. Masanya, 30 minit. Silakan, Menteri.

draft • 3:40 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi khas ini khususnya Yang Berhormat Paya Besar, Larut, Bagan, Bachok, Subang, Machang, Jelebu, Tangga Batu, Betong, Kubang Pasu, Batu Kawan, Tuaran, Pasir Mas, Sri Gading, Arau, Kota Belud, Muar, Julau, Putrajaya, Petaling Jaya, Tanjong Karang, Puchong dan Ayer Hitam termasuk yang mencelah seperti Beluran.

draft • 3:50 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Sumbangan pandangan oleh semua pihak amatlah penting dalam mendepani cabaran ekonomi dan geopolitik semasa terutamanya berhubung isu tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat. Antara perkara utama yang dibangkitkan termasuk keperluan mempercepatkan pelaksanaan pelan strategik untuk sektor yang terjejas, nak memperluaskan pasaran eksport, meningkatkan sokongan kepada PMKS dan juga pengeluar tempatan, menangguhkan dasar fiskal yang menekankan kos sara hidup, memperkukuh tindakan anti-lambakan atau dengan izin anti-dumping serta mengekalkan prinsip kedaulatan dalam rundingan dengan kuasa besar.

Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas ucapan pembukaan beliau. Seperti yang ditegaskan, isu tarif ini bukan semata-mata isu perdagangan, ia adalah ujian terhadap daya tahan ekonomi negara, dasar perdagangan serta diplomasi kita dalam persekitaran ekonomi terutamanya geoekonomi yang mencabar.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelaburan, perdagangan dan industri, saya akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga isu-isu yang tular di media serta pandangan luar Parlimen. Saya nak struktur ini mengikut empat bahagian utama.

Bahagian pertama, kedudukan ekonomi Malaysia dan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat.

Bahagian kedua, strategi kerajaan untuk melindungi ekonomi negara.

Bahagian ketiga, daya saing industri dan persepsi umum Dan bahagian empat, tadbir urus ketulusan dan isu strategik.

Penjelasan ini, saya akan sampaikan dengan penuh ketelusan dan prinsip. Pada masa yang sama, saya akan juga menjawablah soalan-soalan ataupun cadangan-cadangan yang telah dikemukakan pada hari ini.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker, boleh mencelah sekejap.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, boleh bagi?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Okey, isu tarif ini Yang Berhormat Menteri adalah dua kementerian yang penting, MITI dengan ekonomi. Tapi nampak ― dan kewangan.

Tapi ekonomi tak ada dalam Dewan dan dilaporkan bercuti. Kenapa dalam keadaan begini, krisis kita, Menteri Ekonomi yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas tarif, sebahagian daripada tarif itu juga tapi tidak nampak kesungguhan dalam menangani krisis yang sedang dihadapi oleh negara.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Kita di peringkat kerajaan telah menubuhkan NGCC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana kementerian MITI adalah sekretariat kepada NGCC ini dan Menteri Ekonomi adalah salah satu anggota tetap NGCC, jadi beliau memang terlibat.

Begitu juga dengan Menteri Kewangan II dan semua agensi-agensi yang berkaitan termasuklah

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

juga kementerian-kementerian lain yang ada urusanlah. Tetapi pada masa sama dari segi pelaksanaan, ia melibatkan Ahli-ahli Jemaah Menteri dan semua perbincangan di NGCC pada masa ini juga diberikan tumpuan oleh Jemaah Menteri kita dan kelulusan terakhir adalah melalui Kabinet lah dan Jemaah Menteri.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Menteri Ekonomi dah clear kan office, betul kah tu?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Ketawa] Itu kena tanya kementerian...

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Itu terkeluar tajuk tu.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Ketawa] Terkeluar tajuk.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tapi Menteri ni, Menteri three in one. Dia tiga kementerian dalam satu ni. Hebat! Silakan Menteri.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Speaker, saya just nak dapat penjelasan Menteri. Adakah Menteri akan jawab perkara-perkara yang kami sentuh berkaitan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi ataupun tidak?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Saya akan sentuh...

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jawab, sebab...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Semua termasuklah Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Ekonomi, ada juga Kementerian Tenaga.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Baik dan isu pertama yang saya dengar hari ini banyak YB-YB bangkitkan ialah isu unjuran KDNK kita. Saya juga ingin merujuk kepada terutamanya YB Paya Besar dan beberapa lagi YB di sini untuk kita menyegerakan semakan semula unjuran pertumbuhan 2025.

Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan tidak akan menunggu sehingga pembentangan belanjawan 2026 untuk mengemaskinikan unjuran tahun 2025. Namun begitu, landskap ekonomi global pada masa ini sangat dinamik. Ia dipengaruhi oleh ketidaktentuan dasar tarif Amerika Syarikat yang kita tahu asyik berubah-ubah dan hasil rundingan tarif dengan negara- negara yang terlibat dan satu potensi tindakan balas daripada rakan dagang utama. Sepertimana ucapan penerangan tadi, besar kemungkinan kita tidak dapat mencapai unjuran Belanjawan 2025 bagi pertumbuhan KDNK, pada 2025 ini unjuran kita 4.5 hingga 5.5 peratus.

Kementerian Kewangan dan Bank Negara akan memantau serta menilai kesan tarif secara menyeluruh tetapi seperti yang disebut memang kita rasa tidak dapat mencapailah unjuran yang telah diumumkan sebelum ini. Kedudukan unjuran KDNK 2025 akan disemak semula apabila terdapat kepastian yang lebih tinggi terhadap dasar pentadbiran baru Amerika Syarikat serta hasil rundingan dua hala berhubung tarif balas. Tunggu, sekejap lagi.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Walau bagaimanapun, ketidakpastian unjuran ini tidak akan menjejaskan respons dasar kerajaan, ketangkasan kita. Kita akan terus bertindak secara bersasar dan berdasarkan data termasuk pemantauan rapi terhadap petunjuk mikroekonomi serta perkembangan dasar perdagangan antarabangsa. Ini bagi memastikan kestabilan ekonomi dan perlindungan kepada golongan yang terkesan. Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya nak sambung sikit yang Putrajaya ada timbulkan tadi. Persoalan saya, ada tak kemungkinan bukanlah hari ini tapi dalam masa terdekat atau apabila laporan nanti dibentangkan dapat dibezakan kesan terhadap ekonomi ataupun masalah ekonomi kita sebelum berlakunya tarif dengan selepas berlakunya tarif. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya. Buat pada masa ini memang ada dibincang dan seperti yang disebut tadi, kerana situasinya asyik berubah, sentiasa berubah. Kita sedang menjalankan beberapa simulasi dan ada tiga simulasi yang sedang kita buat kajian terutamanya dari segi pelaburan, perdagangan dan juga impak-impak kepada sektor- sektor tertentu. Pada masa yang sama, kita juga perlu berbincang dengan sektor-sektor yang terkesanlah terutamanya sektor-sektor industri seperti disebut oleh Muar tadi, perabot. Ada juga sektor yang lain terutamanya sektor E&E.

Kita dapat lihat bahawa kesan-kesan ini akan kita ketahui lebih lanjut apabila perundingan ini diselesai dan juga apabila Amerika Syarikat membuat keputusan yang terakhirlah. Ini akan ― saya percaya apabila dalam perbincangan saya dengan Gabenor Bank Negara contohnya, beliau akan mendapat data yang lebih lengkap supaya dapat memberi unjuran yang lebih jelaslah kepada semua.

Pada masa yang sama, kita telah― pada awalnya ada juga yang sebut pasal nilai ringgit tadi. Nilai Ringgit menyusut, namun telah menunjukkan pemulihan ketara. Sejak 2 Januari, kita telah kukuh lebih lima peratus tetapi pada buat masa ini kerana isu-isu yang dibangkitkan ataupun dibincangkan oleh Trump ini telah mengakibatkan kesan yang negatif kepada sesetengah currency kitalah.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, boleh sikit?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada sebut berkaitan data sebentar tadi kerana sebelum membuat simulasi ataupun membuat jangkaan, data mesti diambil oleh semua pihak.

Jadi, bagaimana NGCC juga adakah akan mengadaptasi teknologi AI dalam erti kata data fusion, sebab saya yakin data kita ni berselerak sangat Yang Berhormat Menteri, di mana-mana semua ada.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tetapi adakah kita membiarkan data-data yang mungkin bernilai tetapi penafsiran itu hanya dibuat berdasarkan ketidakcukupan pengalaman yang akhirnya menyebabkan kita tidak dapat membuat prediction. Yang ini yang saya sebutkan tadi supaya KDNK negara mesti disegerakan, diumumkan. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya. Seperti saya sebut tadi, KDNK negara akan kita update, akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Saya difahamkan dalam perbincangan dalam NGCC, kita pun ada bertanya apakah unjuran KDNK ini akan diubah memandangkan kesan ekonomi kepada negara kita. Bank Negara telah memberikan jawapan kepada kita di NGCC bahawa mereka memerlukan lebih masa.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Data ada. Data memang ada. Cuma unjuran itu, data yang kita ada adalah bergantung kepada tarif yang akan dikenakan kepada negara kita dan juga tarif kepada seluruh dunia dan pada masa ini seperti yang saya sebut, isu ini belum lagi dimuktamadkan. Jadi oleh itu, Bank Negara berpandangan supaya kita selesaikan dulu isu-isu ini, dapat lebih data dan pada masa yang sama buat beberapa senario yang menunjukkan apakah kesan ekonomi dan unjuran itu ada di NGCC ada dibincang tetapi belum lagi diumumkan kerana kita belum ada data yang terkinilah dan pada beberapa hari...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas Menteri, Hulu Terengganu. Ia berkait dengan data ini. Persoalan saya, ke mana perginya data PADU yang menelan belanja puluh juta. Adakah ia masih tidak boleh dilaksanakan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Saya teruskan dulu ya. Beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Larut, Machang, Kubang Pasu dan Putrajaya telah mencadangkan supaya langkah fiskal yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 termasuklah perluasan skop SST, perlaksanaan e-Invois dan penyasaran semula subsidi RON95 ditangguhkan. Sebagai mana yang dihuraikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, asas ekonomi masih lagi kukuh dan defisit fiskal telah dikurangkan daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 4.1 peratus pada tahun 2024.

Hasil penyasaran subsidi seperti elektrik dan diesel serta pembaharuan SST yang diperkenalkanlah. Pendekatan kerajaan, kita akan buat bersasar seperti yang disebut oleh Putrajaya tadi, menarik subsidi daripada bukan warganegara, sektor komersial dan kumpulan berpendapatan tinggi sambil mengekalkan sokongan kepada rakyat biasa. Hasilnya kadar inflasi kita terkawal pada 1.8 peratus dan pertumbuhan KDNK mencapai 5.1 peratus pada tahun 2024.

Jadi, memandangkan keberkesanan reformasi ini adalah penting untuk kita meneruskan langkah pembaharuan fiskal demi memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara dan

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

mewujudkan ruang fiskal mencukupi untuk masa hadapan. Jadi penyasaran subsidi RON95, perlaksanaan e-invois dan perluasan SST akan dilaksanakan secara berhemah agar tidak membebankan rakyat biasa.

E-invois pula menyasarkan pengurangan ketirisan akibat ketidakpatuhan cukai. Jika kerajaan menyimpang daripada pengurusan fiskal yang bertanggungjawab, ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta mengundang risiko terhadap kestabilan mikroekonomi. Namun demikian, kerajaan sentiasa memantau keadaan global dan akan menyesuaikan perlaksanaan dasar sekiranya perlu.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, boleh sedikit. Tadi Yang Berhormat bercakap tentang polisi dan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur. Jadi banyak perkara yang saya bangkitkan tadi ketidaktentuan dalam negara berkaitan dengan polisi yang telah diumumkan. Macam tadi Yang Berhormat sebut tentang SST sebagai contoh, kata tangguh tapi tangguh sampai bila.

Kedua disentuh tentang subsidi bersasar. Kata nak buat pertengahan tahun, ini dah masuk bulan Mei, siapa yang kena, siapa yang tak kena, masih belum ada data. Begitu juga dengan tarif, siapa yang kena tarif, peningkatan tarif dan sebagainya, masih belum ada. Adakah Yang Berhormat boleh berikan jawapan lebih spesifik, contohnya T15, T15 ini siapa. Kedua, SST tadi adakah sepanjang tahun ini tak ada, sehingga tahun depan atau sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Dalam isu ini, T15 dan juga isu mengenai SST sama ada dilanjutkan atau tidak, pada masa ini saya tidak dapat memberikan jawapan yang ini. Cuma pada masa yang sama, saya akan berbincanglah Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan II mengenai isu ini.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Menteri, yang ini yang kita cuba bangkitkan. Clarity yang paling mustahak dalam negara kita. Bila kita nak membincangkan isu dasar fiskal tadi, walaupun Yang Berhormat kata kerajaan akan lakukan secara berhemah, tapi tidak ada clarity di situ. Kita kena lihat bahawa semua dah mengaku.

Saya dengar tadi ramai daripada sebelah sana pun bercakap bila kita nak tangguhkan ini, ini adalah kerana kita terasa bahawa ekonomi kita akan terbeban dengan tarif yang dikenakan ini. Sebab dia bukan hanya isu negara, tapi isu seluruh dunia. Kebanyakannya akan terkena tentang isu ini. Maka sebab itu, kita mencadangkan ini adalah kerana nak memastikan bahawa pengeksport kita, pengeluar kita tahu untuk mengkaji bukan hanya atas sikap tarif tadi sahaja tapi nak menentukan supaya dia bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di hadapan mereka.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Ya dalam perbincangan saya juga dengan all the other chambers, chambers-chambers

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

industri-industri yang rasa akan terkesan dan setengah itu mungkin akan terkesan lebih daripada industri yang lain, kita memang mengambil maklumlah yang terutamanya dalam industri E&E contohnya. Walaupun semikonduktor dikecualikan tapi bukan semua.

Sektor E&E adalah terlibat dalam sektor semikonduktor. Begitu juga sektor perabot terutamanya di Malaysia ini semua sektor perabot adalah syarikat-syarikat tempatan dan kebanyakannya pun PKS. Mereka menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kos yang akan naik kerana isu yang seperti RON95, isu tenaga elektrik. Yang Berhormat Putrajaya pun ada di sini. Dia pun memang telah dimaklumkan mengenai kebimbangan industri-industri.

Jadi pada masa ini, kita masih lagi membuat kajian kepada isu-isu yang telah dibangkitkan dan pada masa yang sama, saya yakin seperti yang saya sebut tadi, kita akan memantau keadaan ini dan akan menyesuaikanlah perlaksanaan dasar sekiranya perlu. Tapi pada masa ini, belum lagi ada keputusan tapi pada masa yang sama perbincangan telah pun dimulakan dengan industri-industri yang terkesanlah.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sedikit saya mohon Tan Sri Speaker, memandangkan Menteri yang lain tak ada, Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan II tidak ada dan saya tahu Menteri MITI terhad jawapan dia. Jadi, saya mohon kalau boleh Menteri, sebab soalan ini soalan penting. Minta supaya kementerian lain jawab apa yang kita tanya itu dalam masa lima hari. Isu berkaitan dengan T15, apa semua itu, tunggu lama ini. Sepatutnya kerajaan gunakan ruang ini untuk jelaskan kepada rakyat. Ini isu penting. Jadi kalau boleh Tan Sri Speaker, minta Menteri yang tak ada dekat sini bagi jawapan bertulis lima hari tentang soalan-soalan yang kita tanya. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Yang di-Pertua, mohon laluan Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh, boleh.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kita dalam keadaan sekarang ini, 8 July we will know, what would be our tariff-lah dengan izinlah. La ni semua 10 peratus. Tapi kita kena buat projection tentang ekonomi negara, keadaan ekonomi negara, employement dan sebagainya. For example what is the best scenario? The best scenario is 10 percent. I mean dia tak pi 24 persen.

The worst scenario is Presiden Trump kata, “I want to stick 24 percent”. In the middle maybe is somewhere in between, 50 percent or whatever. Are we going to do projection from now or do we have to wait until 8 July, so that we know what is going to happen. Dalam masa sekarang ini, lama lagi Julai ini, lagi tiga bulan lagi kan, dua bulan lebih lagi. Itu soalan pertama.

Keduanya Yang Berhormat Menteri, engagement dengan pemain-pemain industri amat- amat penting bagi pihak MITI to do it sebab industri ini dia ada pandangan macam-macam dan mereka sekarang memang ada masalah. Bukan SME sahaja tetapi even multinational sometime

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

they called me, dia kata “We hope MITI can help us to get us engage in discussion or what not, so that we can find what’s the best solution to help them will all these tariffs. Terima kasih banyak Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 4:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja tambahan. Saya mohon jasa baik budi bicara Yang Berhormat Menteri, kalau boleh untuk adakan satu sesi tertutup bersama pemain-pemain industri perabot khususnya yang berpangkalan di Muar. Yang Berhormat Menteri tadi ada katakan berkenaan isu kenaikan tarif elektrik, perang dagang.

Saya harap kalau ada perjumpaan ini secepat mungkin, saya boleh lihat apa yang Yang Berhormat Menteri sangat proaktif. Bukan setakat berunding untuk Malaysia tetapi berjumpa dengan pemain semikonduktor, E&E. Saya rasa the final component iaitu sektor perabot ini banyak membantu. Kalau boleh adakan perjumpaan terus dengan Yang Berhormat Menteri untuk pastikan bahawa bantuan diberikan kepada mereka. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya dah berjumpa dengan pihak industri, semua industri termasuklah perabot. Perabot saya dah jumpa dua kali dan juga saya difahamkan Cabinet colleague, Yang Berhormat Datuk Seri Johari pun telah jumpa mereka dan pada masa yang sama, mereka ada membuat beberapa cadangan yang kita sedang perhalusi terutamanya dari segi sektor pasaran akses pada negara- negara lain kerana Amerika Syarikat merupakan negara yang terbesarlah yang kita mengeksport kepada — eksport perabot kita. Lebih kurang 60 peratus daripada jumlah eksport perabot adalah kepada satu negaralah kepada Amerika Syarikat.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Oleh itu, kita akan teruskan perbincangan dengan pihak pembuatan-pembuatan perabot.

Cuma pada masa yang sama, ada juga perbincangan yang kita perlu perhalusi dan ada juga perabot-perabot yang datang dari luar negara juga dan dia gunakan kita punya COO sebagai produk Malaysia. Oleh itu, saya hendak mengambil kesempatan mengenai apa yang telah dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat di sini mengenai isu...

draft • 4:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Speaker, minta Yang Berhormat Menteri respons on my question tadi. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, respons daripada question, dia hendak tahu mengenai unjuran. Unjuran dari segi eksport, pelaburan seperti juga unjuran ekonomi. Kita sudah ada buat juga beberapa simulasi dan pada masa ini, kita hendak buat secara detail-lah, secara gradeller, dengan izin. Oleh itu, kita perlukan lebih masa sedikit kerana- saya bagi contohlah.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Satu contoh, di satu syarikat di Johor juga, syarikat multinasional ini, ekosistem dia besar.

Walaupun dia syarikat Amerika Syarikat tetapi ada 300 syarikat Malaysia yang adalah sebahagian daripada rantaian bekalan kepada satu syarikat ini. Jadi, kita kena buat kajian lebih menyeluruh kerana bantuan-bantuan yang banyak Yang Berhormat-Yang Berhormat bangkitkan pada hari ini, kita hendak lebih bersasar supaya industri yang terkesan itu bukan sahaja industri yang besar ataupun industri itu satu yang dapat.

Dia memang rantaian bekalan ini mungkin dia melintas ataupun dia cover other industries. Industri-industri lain juga terlibat. Oleh itu, kita perlukan lebih masa. Kita tahu kesannya memang negatif dan ada yang- bagi sektor seperti gloves, rubber gloves contohnya. Mereka sebenarnya positif kesannya tetapi pasarannya akan mengecil kerana pada masa yang sama, pengeksport-pengeksport dari China akan mengeksport kepada negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat, yang mungkin pengeksport kita juga akan terkesan. Oleh itu, kita perlukan sedikit lebih masa dan bekerjasama juga dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Perladangan dan juga Kementerian Abang Mat Sabu.

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dalam isu JAKIM tadi, bukan sahaja...

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Pertanian.

draft • 4:10 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kementerian Pertanian.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Ketawa] Kementerian Pertanian.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Sorry, sorry. Hendak pastikan Yang Berhormat Kota Raja tengah mendengar.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Pada masa yang sama, kita juga ingin memastikan dari segi sudut bukan perdagangan dan pelaburan sahaja tetapi dari sudut sektor-sektor yang lainlah. Terima kasih. Ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat, saya hendak tanya, dalam rundingan yang MITI lakukan di Washington. Apakah benar mereka berminat sebagai timbal balas untuk mengurangkan tarif ini, mereka berminat dengan sumber mineral kita, critical minerals kita, REE yang berada di dalam deposit SG4 kita? Apakah pendirian kerajaan dalam hal ini? Pertama.

Macam Ukraine, dia buat deal dengan Zelensky ketika mana di Vatican dan dapat— dah sign dah pun. Jadi, saya hendak tanya ini, adakah benar mereka meminta daripada Malaysia?

Kedua, tentang halal. Tadi banyak Ahli-ahli Parlimen bangkitkan tentang halal, potensi halal hab ini ataupun standard halal ini dijadikan leverage untuk kitalah, kembangkan eksport kita. Tetapi malangnya Yang Berhormat Menteri dan saya boleh sahkan ia bersama dengan Kota Raja, kita bersama di Kazan dua tahun dahulu, Yang Berhormat Kota Raja.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya, Kota Raja, satu pentas. Wakil JAKIM pun ada tetapi penerangan wakil JAKIM amatlah mengecewakan. Ramai pihak-pihak di luar sana yang beri teguran kepada kami, susah hendak buat halal standard dengan Malaysia akibat macam-macam kerenahlah. Jadi, saya rasa mungkin NGCC kena ambil JAKIM punya role sementara waktu, letak bawah MITI dahulu kah, untuk percepatkan rakan dagang halal kita ini. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Isu pertama tadi yang disebut mengenai isu strategik mineral lah. Dalam definisi Amerika Syarikat, dia guna strategic mineral, ia cover a lot of resources, terutamanya rare earth. Mereka memang ada membangkitkan dan saya berbincang dengan negara-negara lain yang mempunyai strategic mineral ini juga. Mereka juga telah berbincang dengan Amerika Syarikat dan kita hanya mengatakan bahawa kita selepas sign NDA ini, kita boleh bincang lebih lanjut mengenai semua isu-isu. Tetapi isu yang sensitif, isu yang akan membuatkan Malaysia tidak berada di dalam situasi yang lebih positif, kita tidak akan setujulah.

So, isu halal pun ada dibangkitkan tetapi isu halal itu nanti saya akan bagi sedikit pencerahan. Ada betul juga apa yang Yang Berhormat Machang cakap tadi, cuma kita buat some improvement, some penambahbaikan dalam proses kita. Tetapi to be fair, dengan izin, kepada JAKIM, bukan sahaja JAKIM tetapi juga kita perlu bekerjasama dengan PDS. Dia ada beberapa kementerian yang terlibat, bukan sahaja JAKIM.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri, Bangi.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya cuma hendak respons kepada apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Machang untuk keluarkan halal daripada JAKIM. Saya rasa itu tak wajar cadangan itu. Saya rasa daripada kita buat satu benda yang buat begitu ekstrem macam itu, lebih baik kalau perlu, kita perkasakan lagi JAKIM itu sendiri kalau perlu. Tetapi kalau untuk keluarkan, saya rasa so far, dengan izin, apa yang telah JAKIM buat dengan halal dan sebagainya, memang perkara yang baik. Sebab itu kita dilihat sebagai world leader dalam persijilan halal ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Memang — saya tidak kata kita setuju untuk keluarkan, cuma kita kena menambahbaikkan proses kerana ada isu-isu yang kita boleh menambah baik, penambahbaikan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya, Menteri kata selepas ini tetapi kalau boleh, kita selesaikan soal pensijilan halal ini. Dia ada dua komponen besar. Komponen satu ialah the actual protocol yang tadi Putrajaya jelaskan dari A sampai Z, yang itu kita tidak boleh compromise. Sebab kita punya memang the Gold Standard of the world. Komponen kedua itu soal pentadbiran, soal lambat, yang itu yang saya maksudkan, yang kami maksudkan, kena diperbaiki sangat-sangat itu.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Setuju. Jadi, isu persijilan halal yang dibangkitkan sebenarnya ada isu persijilan halal itu dibangkitkan oleh Amerika Syarikat, terutamanya dalam report dialah. Report National Trade Estimates, sebagai salah satu halangan bukan tarif ataupun non-tariff barrier. Kita sudah pun tegaskan kepada mereka bahawa kerajaan akan terus mengekalkan standard itu.

Standard itu kita akan kekalkan, yang mematuhi syariah, yang memelihara kepentingan pengguna, terutamanya di kalangan umat Islam. Kita sudah- memang kita tahu ia diperakui seluruh dunia, salah satu yang terbaik di dunia. Walau bagaimanapun, terdapat ruang penambahbaikan dari segi proses yang boleh dilaksanakan supaya ia lebih efisien dan tidak menjejaskan aliran perdagangan. Ini kita setujulah, di NGCC pun kita ada bincang. Oleh itu, we have to, dengan izin, call a spade, a spade-lah.

Juga pada masa yang sama, ada isu baru-baru ini dan dibangkitkan juga beberapa YB di sini ialah kita punya pengeksport dari China cuba mengelakkan tarif Amerika Syarikat dengan mencuci asal produk melalui negara ketiga seperti Malaysia. Ada beberapa YB-YB di sini telah membangkitkan isu ini. Kita sebenarnya kita akan menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk sijil asal. This is the certificate of origin, dengan izin, yang palsu, yang mengelirukan, yang bertujuan untuk mengelakkan tarif. Ada beberapa report, laporan daripada Bloomberg hari ini, laporan daripada Financial Times, Paya Besar pun ada bangkitkan tadi. Jadi, untuk makluman Dewan ini, CEO preferential bagi negara yang mempunyai FT dengan Malaysia ini dikeluarkan oleh MITI.

Bagi negara yang tiada FTA dengan Malaysia, contohnya Amerika Syarikat, kita ada non- preferential certificate of origin yang dikeluarkan oleh dewan-dewan perniagaan. Namun, berikutan dakwaan ini dan untuk meningkatkan kawalan, MITI akan mengambil alih pengurusan pengeluaran NPCO khusus untuk destinasi Amerika Syarikat Jadi, mulai esok kita tidak akan benarkan lagi dewan-dewan perniagaan untuk mengeluarkan NPCO ini. Kerana memang banyak saya rasa kompelin ataupun daripada pihak- pihak industri yang mengatakan banyak barang-barangan daripada negara lain di cop macam dia datang daripada negara kita. Ini bermakna, NPCO ini untuk Amerika Syarikat yang telah selalunya dikeluarkan oleh Chambers of Commerce tidak lagi akan dibenarkan dan permohonan bagi CEO yang melibatkan Amerika Syarikat, country of origin akan dipusatkan di bawah MITI.

Kita juga bercadang untuk mengumumkan langkah ini secara rasmi selepas mesyuarat hari ini dan bermula efektif untuk esok.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Menteri, saya rasa ada satu soalan yang agak relevan. Selalunya US, dia akan memantau Malaysia dari segi keluaran ataupun pengeksportan minyak ke China. Kekhuatiran saya ialah local production hanya 400,000

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

barrels tetapi mengikut laporan sumbernya yang telah kita tahu diterbitkan dalam jurnal tertentu menyatakan dari Malaysia pergi ke China 1.4 million.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kekhuatiran saya, mungkin dalam keadaan ini seperti mana yang certificate of origin dan sebagainya timbul, gunakan apa, minyak dia bawa daripada Iran dan sebagainya. Saya khuatir kalau ini berlaku, kita akan dihukum penalti. Jadi adakah semasa rundingan ini, perkara ini dibangkitkan? Kalau tak bangkit, kita memang doalah, alhamdulillah sebab tak ada isu.

Kalau ada, tak boleh jawab sebab kita punya keluaran 400,000 barrels, tak boleh jawab berapa telaga minyak kita ada. So, saya tak tahu sebab saya tak nak masuk ke isu dia. Kalau tidak, dia memang terkangkang tak boleh jawab. Jadi, saya tak tahu sama ada benar atau tidak kerana salah pakai apa certificate. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

So, isu ini tidak dibangkitkan dalam mesyuarat tetapi memang ada laporanlah. So, kita dah buat siasatan terutamanya isu ini sebenarnya minyak daripada Iran ke China dan ia berlaku di luar of our boundaries lah dan tidak dibangkitkan. Tetapi dalam rundingan, bagi ketelusan dalam rundingan dengan pihak Amerika Syarikat, tadi Yang Berhormat Larut ada dengan beberapa Yang Berhormat lain ada menyebutkan cadangan supaya kita lebih inklusif dan pada masa yang sama, saya menerima baik cadangan dan idea yang dikemukakan khususnya dengan penubuhan satu kaukus Parlimen dengan keanggotaan terdiri daripada kedua-dua pihak penyokong kerajaan dan juga pembangkang.

draft • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Selain itu, Menteri juga akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan dari kerajaan negeri.

Tujuannya kita nak memberi pandangan, bukan sahaja terhadap kandungan rundingan tetapi juga pelbagai isu yang berkaitan dan menyentuh isu tarif timbal balas yang kita hadapi ini. So we can talk about dengan izin, other things other than tarif lah.

Saya yakin dengan penglibatan rapat daripada kedua-dua belah pihak, ia akan dapat membantu saya dan para pegawai kita juga untuk menangani isu ini dengan lebih efektif dan juga dengan lebih menyeluruh.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik sikit.

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Mana satu?

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Sik dahulu.

draft • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik, ya. Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Pertanyaan saya, bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat strategi perundingan kita dengan

draft • 4:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

US itu untuk kita lebih adillah dilihat oleh US sebagai rakan dagangan itu termasuk juga kita mengekalkan prinsip dalam soal hak kemanusiaan dan keadilan sejagat yang hari ini kita lihat US itu antara punca kepada konflik yang berlaku di Asia Barat dan sebagainya. Jadi bagaimana kita juga menetapkan prinsip dan juga dasar luar negara kita yang kita mengatakan US sebahagian daripada negara yang perlu perbetulkan kembali penglibatan mereka dalam perang di Asia Barat dan sebagainya? Itu sangat penting sebab prinsip itu tidak kita lepaskan ketika dalam perundingan ini. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Prinsip itu kita tidak lepaskan.

Begitu juga dengan isu-isu non-tariff barrier mengenai procurement kerajaan, begitu juga dengan isu-isu hak-hak bumiputera. Itu kita punya red line lah dan pada masa yang sama, mereka tidak ada isu mengenai kalau kita teruskan perbincangan dan kita terang-terang memaklumkan kepada mereka manakah isu yang kita tidak boleh pertimbangkanlah dalam isu non-tariff barrier.

Kita ada sebut mengenai isu bumiputera, kita ada isu procurement kerajaan juga dan beberapa isu lainlah tetapi pada masa yang sama, ada juga isu-isu yang kita perlu beri pertimbangan contohnya halal tadi. Kita mungkin kena lihat semula dan juga daripada segi agriculture. Ada juga permohonan untuk mereka mengeksport produk-produk yang sebelum ini kita tidak benarkan kerana tarif kita pun tinggi. So, isu-isu ini kita perlu mempunyai minda yang terbuka untuk memberi pencerahan kepada mereka kenapa kita tidak boleh buat ataupun kenapa kita boleh beri pertimbangan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri.

draft • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih Menteri. Kita sehari suntuk berada di sini, Speaker. Jadi persoalan saya, apakah yang dicadangkan oleh Ayer Hitam tadi perlu satu resolusi dibuat untuk nak tengok sama ada kita bersetuju ke tak bersetuju ke dengan apa yang berlaku, untuk keputusan kita berada di sini sehari suntuk. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya. Baik, silakan Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, menyambung daripada apa itu, pakar mencelah tadi, iaitu kita punya tajuk perbincangan hari ini ialah penerangan Menteri, impak daripada Trump tariff ya. Jadi, conclusion itu saya nak tengok yang penghabis itu. Apa dia persediaan kita? Di antara benda yang besar yang disebut tadi ialah kaukus Parlimen. Saya minta kalau ada kaukus Parlimen, jangan ambil kami dua orang. Mesti sana enam, sini empat. Macam itu. Kalau kita ikut parti, yang ini susah.

Sebab kalau kami dua sahaja di sana, kalau dua orang sakit, jadi kita ada masalah. Kami tak boleh ambil tanggungjawab kepada kaukus itu. Kita buat macam selepas Covid dahulu, kan.

Selepas Covid, masa rundingan TTP dahulu, kaukus kita melibatkan lebih kurang sama banyak, enam, empat begitu. Jadi, kalau apa-apa keputusan dibuat, biar kita bersama dan kita tak mahu

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

gangguan. Saya nak tanya banyak tadi tetapi saya telah diganggu dengan dahsyatnya oleh pihak tertentu. Jadi, saya minta kaukus ini ialah dalam bentuk enam, empat. Itu nombor satu.

Nombor dua. Yang Berhormat, ini soalan saya tadi, saya tak dapat tanya. Ini orang kampung nak tanya ini, dia tanya saya ini. Dia tanya berapa Malaysia rugi? Malaysia eksport RM199 bilion, Amerika eksport kepada kita RM126 bilion. Jadi kalau dia kena 24 percent, berapa kita rugi rakyat nak tanya? Adakah rugi ini, rugi untung ataupun rugi sebenarnya sebab ada dua jenis kerugian. Satu rugi, tauke itu rugi untung tapi kerugian sebenarnya ialah kerugian semua.

Jadi saya nak tanya, berapa Malaysia rugi hasil daripada pemikiran Trump ini?

Keduanya, tadi PMX telah menyebut bahawa pasaran baru. Kita nak tanya, pasaran baru ini berapa nilai? Sebab kalau kita cakap pasaran baru sahaja, South Africa, Middle East, berapa nilai? Kalau nilainya bagus, why not kita teroka pasaran baru? Yang keduanya, pasaran baru ini, bila kita nak mula? Sebab macam kita dok sebut pelaburan masuk RM100 bilion tapi sampai hari ini, satu batang tiang tak nampak lagi. Jadi kalau kata pasaran baru itu, bila? Adakah minggu depan? Bulan depan? Sebab kita nak tahu secara khusus bilakah pasaran baru ini boleh dimulakan ataupun setakat statement begitu sahaja, untuk menyeronokkan hati?

Kita hendak hari ini, biar rakyat bersama untuk menghadapi masalah yang kita hadapi bersama. Dengan syarat satu sahaja, kerajaan jangan zalim kepada semua orang. Adil kepada semua. Timbalan Perdana Menteri dok ada di sini. Adil kepada semua. Jadi, kami seronok nak menyokong. Tapi kalau tak adil kepada kami, bagaimana kami nak sokong Yang Berhormat? Nak senyum pun tak boleh. Terima kasih..

draft • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Lanjutan daripada Hulu Terengganu dengan Arau. Tentu ada persoalan kenapa kerajaan kemukakan perbincangan kita hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 14. Kalau hendak Dewan ini memutuskan sesuatu, kenapa tidak dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3)? Menggunakan 14, Ministerial Statement, makanya tidak ada keputusan yang konkrit yang dapat kita angkat sebagai keputusan kita hari ini. Kenapa dibuat di bawah 14 not under 27(3)? Itu merupakan keputusan kerajaan. Berbalik dengan soal tarif, Yang Berhormat Menteri. Pagi tadi Ketua Pembangkang ada mengatakan bahawa posisi Malaysia tidak harus dilihat sebagai menyebelahi pihak China tetapi we have to stay neutral.

Tetapi, tindak tanduk yang dibuat oleh kerajaan ketika ini, kita dilihat bahawa kita menyebelahi China. Adakah itu memberi advantage kepada kita? Yang itu minta jawapan daripada Menteri.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut dan juga Beluranlah. Tadi Yang Berhormat Beluran pun ada mencelah. Kita dalam situasi geopolitik yang tidak menentu ini, memang dari hari pertamalah, from day one, kita menekankan bahawa Malaysia punya position adalah sebagai negara yang

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

berkecuali. Sama juga dengan ASEAN dan ASEAN pun berkecuali, neutral. Oleh itu, kalau kita lihat macam lawatan rasmi China, Presiden Xi baru-baru ini, dia bukan sahaja melawat negara kita. Dia juga melawat Cambodia dan Vietnam dan kita sebagai Pengerusi ASEAN, memang kenalah menjadi sebagai pengerusi, kita berjumpa juga dengan negara-negara lain.

Contohnya tadi pun ada Yang Berhormat Beluran menyebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri insya-Allah akan mengadakan lawatan kerja ke Rusia dan pada masa yang sama, Menteri Luar Negeri pun telah buat pengumuman yang kita telah berhubung dengan pihak Amerika Syarikat State Department dan Secretary of State telah berbincang dengan Menteri Luar kita supaya kita adakan ASEAN-US Special Summit.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Oleh itu, kita sebenarnya hendak jumpa dengan semua. Saya pun berjumpa dengan Secretary of Commerce dan juga USDR. Kita — dalam pertemuan itu saya menegaskan Malaysia adalah negara yang neutral, perdagangan dengan China adalah penting, perdagangan dengan EU juga adalah penting. Oleh itu, kita hendak menjadi ahli BRICS contohnya yang China ada di situ, Rusia dan India dan juga South Africa. Tetapi pada masa yang sama kita hendak menjadi rakan dagang dengan EU. Kita berunding semula EU Malaysia FTA.

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Speaker minta laluan sikit Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi memang kita sebut kepada mereka.

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Menteri jawab dulu.

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey, okey, alright.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Neutral. That one is clear- lah Yang Berhormat Beluran. Tetapi memang lah ada pandangan yang mengatakan kadang- kadang kita terlalu fokus kepada satu pihak, tetapi sebenarnya kita ada sesi libat urus dengan semua. Saya pun akan pergi ke mesyuarat APEC dua minggu –– minggu depan di mana USDR akan ada di situ. Begitu juga dengan Korea, Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang adalah ahli APEC.

Jadi kita— kerana kalau kita lihat dari segi perdagangan Amerika Syarikat dengan Malaysia lebih kurang 16 ke 15 peratus pada tahun 2024. Negara China pun lebih kurang sama yang lain pun adalah lebih kurang 70 peratus dengan seluruh dunialah. Jadi, oleh itu, memang kita perlu memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang neutral.

Mengenai soalan daripada Yang Berhormat Arau tadi dia tanya fasal kesan tarif.

Contohnya, kalau 24 peratus ini dikenakan sepenuhnya, barangan dari Malaysia memanglah

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

akan jadi mahal di pasaran Amerika Syarikat. Ini boleh menyebabkan pelanggan di sana membeli kurang. Jadi, kilang di Malaysia mungkin terima kurang tempahan dan pada masa yang samanya terutama dalam sektor-sektor yang terkesanlah. Jadi, kalau kurang permintaan, risikonya ialah kita tengah buat kajian kepada pekerjaan juga bukan sahaja dari segi keuntungan. Risiko kepada pekerjaan dan juga pendapatan negara pun akan terkesan dari hasil eksport yang jatuh.

Tetapi, kita belum dikenakan tarif lagi 24 peratus dan sekarang kadar asasnya ialah lebih kurang 10 peratus dan kita sedang runding dengan Amerika Syarikat. Ringkasnya rugi itu ada kalau tarif dikenakan penuh, tetapi kita tak akan tunggu, kita sudah mula dari awal untuk kurangkan risiko dan untuk lindungi rakyat. Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya, terima kasih Menteri. Saya sebenarnya hendak mengimbau ada tadi satu ayat yang digunakan oleh Puchong yang saya setuju. Soal kita ini hendak — kita percaya kepada multipolar world, betul ya Puchong dan itu dasar luar Malaysia sejak azali dan sambungan kepada Beluran tadi, saya tidak, saya tak perlukan jawapan sangatlah, tetapi sekadar untuk mengingatkan Dewan.

Ada waktunya dalam hubungan antarabangsa ini, optik itu sangat mustahak. Antara yang saya belajar mula-mula jadi Menteri Luar dulu ialah apabila KSU saya bagi tahu dia kata Dato’ yang paling utama we have to be measured in our words and in our action. Saya tunggu duta dari dalam bilik dengan di luar bilik, itu pun dia orang kira. Saya bagi seorang duta 40 minit, seorang duta lagi 45 minit, kalau dua super power itu pun dia kira.

So, the optics saya rasa itu yang — ya. Jadi itulah. Jadi, saya harap sangat Yang Berhormat supaya kita dipihak kerajaan — we understand the difficulties to navigate, we understand. But sometimes we have to be very measured dengan izin in our words and in our action. Sebab orang memerhati yang itu.

Yang Berhormat pergi berunding itu, dia orang tak perhati sangat, orang perhati Perdana Menteri, itu hakikat. Suka tak suka, itu hakikatnya dan kita kena jawab. Is Malaysia having a pro- China? Dia bukan tengok kepada pada Menteri MITI yang buat kerja sampai tak tidur malam, dia tengok aksi dan perkataan yang digunakan oleh ketua kerajaan.

So, we have to very cautious terutama dalam suasana sekarang, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Speaker, sikit sahaja.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya hendak pergi kepada same subject. Tambun menjadi Perdana Menteri hendak masuk tiga tahun, November ini tiga tahun. Beliau tidak pernah jumpa dengan Presiden Amerika dulu dan juga sekarang. Adakah

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

kita ada sebarang usaha untuk menentukan Perdana Menteri kita berjumpa dengan Presiden Trump hari ini. Biden dah habis selesai. Sebab sekarang ini yang ini sangat penting untuk memadamkan persepsi yang di gembar-gemburkan di luar sana bahawa kita ini memang very close to China but not in United States. Ada usaha tak?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Thru APEC or whatever is difference thing, but going to Washington to the White House like all others Prime Minister did before is very important for us. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, terima kasih. Seperti saya sebut tadi, kita – melalui Kementerian Luar telah pun mencadangkan supaya ada mesyuarat antara leaders of ASEAN, Ketua-ketua Negara ASEAN bersama juga dengan Donald Trump dan pada masa ini kita menunggulah. Dan satu soalan...

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Maksud saya bukan melalui mesyuarat. Going to White House.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Itu saya biar Menteri Luar lah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dia beza bacaan macam bekas Menteri luar cakap tadi. Orang baca semua.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Nak tanya, perjumpaan terakhir...

draft • 4:30 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

This is untuk kepentingan negara YB Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, saya faham. Jadi, saya biar Menteri Luar memberi maklumlah. Saya tak tahu the latest. Cuma saya hendak tanya, bila Perdana Menteri yang terakhir jumpa Presiden Trump pun sudah lama kan? Tapi tak apalah.

New market access — tadi ada tanya fasal pasaran baru. Tadi Yang Berhormat Arau pun ada mencadangkan. Saya setuju dengan cadangan itu. Pihak MATRADE sudah pun memulakan market-market baharu ini. Tadi saya hendak — satu pasaran ialah Mesir. Yang Amat Berhormat Tambun tadi ada sebut fasal Mesir contohnya. Eksport kita pun lebih — naik lebih 50 peratus pada tahun 2024 untuk Mesir. Pakistan dan Kemboja juga satu pasaran baharu, naik pun lebih kurang 29 dan 30 peratus.

Satu pasaran yang baharu yang ada FTA dengan kita ialah UK melalui CPTPP. Malaysia dah hantar penghantaran pertama minyak sawit daripada Malaysia ke UK tanpa tarif. Ini di bawah CPTPP. Kita fokus juga kepada Timur Tengah, kita akan umumkan FTA Malaysia GCC ataupun Malaysia Timur Tengah. Insya-Allah pada akhir bulan ini. Ini selari dengan pembukaan semula.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, tindakan segera ini juga diambil. Alhamdulillah, tadi Yang Amat Berhormat Tambun ada mengumumkan ada peruntukan juga untuk syarikat-syarikat PKS kita untuk mengakses market baharu RM50 juta kepada MATRADE dan pada masa yang sama kita kena tingkatkan diplomasi ekonomi kita. Jadi, kita tak boleh tunggu, kita kena percepatkan apa yang telah dibuat dalam masa dua tahun ini kita akan tingkatkan dan dengan ada peruntukan yang lebih, mungkin dapat membantu lebih banyak PKS kita untuk mendapat akses kepada pasaran-pasaran baharu.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, tadi PMX umum — saya ingat RM1 bilion— RM1.5 bilion...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Oh, itu SJPP.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi impak daripada perbincangan hari ini tak berkesan. Taiwan 88 bilion Yang Berhormat. Jadi ada satu kesan, kalau kita hendak supaya hari ini kita umumkan RM10 bilion kerajaan akan injek ataupun masukkan dalam pasaran ataupun dalam usaha untuk menyelesaikan masalah.

Jadi kalau begitu, rakyat akan seronok dengar benda ini bahawa usaha kerajaan sekarang ini di mana dalam zaman inilah kita tengok bajet kita telah melambung daripada – sampai RM330 bilion. Jadi kita hendak tengok bagaimana kerajaan menghadapi masalah ini dengan memasukan tambahan RM10 bilion. Lagipun kita sudah belanja dengan begitu banyak, tambahan RM10 bilion, saya ingat tak ada masalah terutama dalam memberi perhatian kepada sektor pertanian. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Yang Berhormat nanti kita akan memberi pertimbangan. Saya bincang dengan Kementerian Kewangan. Satu lagi isu yang...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Last sekali Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini ASEAN Dialogue ini, kita ASEAN Plus China. Kenapa tak masuk USA, kenapa tak masuk ASEAN plus US? Sebab US kata kita memihak kepada China, kalau jemput dia sekali datang bersama, saya percaya dia akan melihat bahawa kita adil. Sebagai Pengerusi ASEAN yang terhebat ialah dengan jemput US di ASEAN Dialogue dengan US, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri, YB Menteri. Maaf YB Menteri, saya hendak— Bangi. Sebab saya dengar banyak kali tentang persepsi-persepsi. Saya cuma hendak tahu, sefaham saya lah, saya bukan orang pandai, tetapi tarif yang dikenakan kepada kita ini bukanlah sebab kita dekat dengan China ke, kita dekat dengan orang itu ke, tetapi dikenakan dia ambil trade deficit dia plus ada formula dia sendiri. Sebab itu dia kenakan 24 peratus.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi tak ada kena mengena pun kita ini rapat dengan mana-mana negara pun. Malahan, yang rapat dengan ini macam Israel pun dikenakan tarif. Betul atau tidak? Jadi saya nak— sebab saya tak pandai, tak macam sebelah sana. Jadi saya nak tahu betul kah tidak? Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Dalam perjumpaan saya dengan pihak Amerika Syarikat, mereka tidak ada membangkitkanlah isu sama ada kita ini rapat dengan China. Cuma dia mengambil maklum yang Malaysia dan negara-negara di Asia memanglah perlu mempunyai hubungan dagang dengan China.

Dia tiga isu saja dengan China. Satu ialah dari segi security of technology. Dia nak pastikan syarikat-syarikat Amerika Syarikat di sini yang mengimport teknologi yang tinggi ataupun produce the high-end technology tidak pergi kepada negara China. Unless dia bukan dalam list export restriction.

Kedua yang saya sebut tadi mengenai certificate of origin. Dia tidak mahu negara-negara Malaysia, Vietnam, Singapura dan semua negaralah yang China menggunakan kita sebagai transshipment hub, datang ke sini dan mengeluarkan CO.

[Dicelah] [Ketawa] Nanti saya bagi. Itu yang kedualah.

Ketiga, dari segi non-tariff barriers. Apa yang saya sebut tadi kalau apa yang diberi kepada negara-negara lain, Amerika Syarikat contohnya kepada negara China, mereka hendak same treatment lah, equal treatment kerana mereka bukan dalam FTA. Jadi oleh itu, sesetengah benda yang kita bagi kepada China contohnya, kalau mereka bukan di dalam FTA, tidak dapat menikmati tarif yang samalah. Oleh itu kita kata, “Boleh. Kita bincang dulu”. Saya nak pergi maklumkan kepada semua di sini, rundingan Malaysia-Amerika Syarikat masih lagi pada peringkat awal, melibatkan perbincangan skop dengan teknikal saja baru dan tertakluk kepada non-disclosure agreement. Ini kita nak melindungi kedudukan strategik negara dan keyakinan pelabur. Kita tak ada bincang lagi isu yang disebut hari ini. Semua kita baru cakap what is the scope, kita nak discuss dengan the technical part.

Namun begitu, kerajaan komited kepada prinsip tadbir urus baik dan sekiranya sebarang cadangan dasar yang boleh dikemukakan, yang memerlukan keputusan bersifat struktur, ia akan melalui tiga proses. Satu ialah proses semakan dalaman yang ketat. Kedua, kelulusan Jemaah Menteri dan ketiga, jika perlu kita bentangkan di Dewan yang mulia ini.

Jadi memastikan ketelusan dalam rundingan pihak Amerika Syarikat, saya dah terima baiklah cadangan yang dibuat oleh beberapa Yang Berhormat di sini. Kita buat satu kaukus Parlimen, kita ikut apa yang dia buat masa CPTPP. Bukan satu ahli, satu ahli. Saya baca dalam report itu lebih kurang lima hingga enam ahli ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Juga pada masa yang sama kita perlu libatkan pihak-pihak industri. Juga saya sebut tadi kita akan juga melibatkan pihak- pihak berkepentingan dari kerajaan negeri juga.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

10 saat saja Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, boleh bagi Muar last? Selepas itu Menteri gulung.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya puji usaha Yang Berhormat Menteri, sangat proaktif. Cuma soalan saya, bila Kerajaan Malaysia nak melantik duta Malaysia ke Amerika Syarikat untuk membantu usaha Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, saya difahamkan oleh Kementerian Luar dan proses telah berjalan dan kita menunggu keputusan daripada pihak Amerika Syarikat. Boleh gulung?

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, kita sebenarnya berdasarkan semua fakta, prestasi dan dasar yang telah saya bentangkan, izinkan saya simpulkan bahawa pendekatan kerajaan dalam menangani cabaran tarif import Amerika Syarikat adalah berhati-hati tetapi tegas berpandukan prinsip dan fakta, bukan tekanan geopolitik atau retorik luar.

Kita sebenarnya tidak memilih jalan yang mudah. Kita tidak tunduk kepada tekanan. Kita memilih untuk berunding secara berprinsip dan strategik, demi mempertahankan pekerjaan rakyat, keyakinan pelabur dan juga kedaulatan dasar negara. Jadi pendekatan ini merangkumi penubuhan NGCC dan juga pasukan petugas khas di peringkat kementerian dan agensi, pendekatan diplomatik berasaskan perdagangan bebas, multilateralism dan juga dasar berkecuali. Langkah kita juga kita perkukuhkan struktur ekonomi kita melalui NIMP, NETR dan sebagainya. Jaminan bahawa dasar pemerkasaan vendor tempatan, hak bumiputera dan keselamatan teknologi negara, kita tidak akan kompromi.

Jadi dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar ini, Malaysia kena terus beranilah membuat keputusan strategik dan konsisten dalam pelaksanaan dasar dan cekap dalam komunikasi kita, bukan demi menyenangkan pihak luar tetapi demi kepentingan jangka panjang negara dan rakyat.

Jadi dengan izin Allah SWT dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya yakin kita mampu mengemudi cabaran ini dengan tenang, berstrategi dan juga bermaruah serta terus memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaulat. Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:40 PM

[Dewan tepuk]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawapan yang bagus.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Terima kasih Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah urusan Dewan hari ini. Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

[Mengetuk tukul] Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan berjumpa lagi.

draft • 4:40 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026