Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta-akta berikut:
Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025; dan 2. Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu majlis iaitu Tuan Yang di- Pertua membenarkan cuti daripada menghadiri mesyuarat di bawah perkara 52(2) Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem, Ahli Parlimen bagi kawasan Serian dari 3 Februari 2025 sehingga 6 Mac 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat, kita mula sesi pada hari ini. Saya memulakan soalan-soalan bagi pertanyaan- pertanyaan Menteri dengan mempersilakan Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
1. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan tindakan tegas yang telah diambil oleh Kementerian dalam membanteras penyeludupan e-waste ke dalam negara, susulan serbuan besar-besaran ke atas kilang haram memproses sisa elektronik di beberapa negeri baru-baru ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Silakan untuk menjawab.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Sebagaimana kita lihat, banyak perhatian sedang diberikan tentang soalan. Tentang isu menyeludup e-waste ke dalam negara.
Kementerian memandang serius perkara ini dan mengikut dasar kita, kita sebagai salah satu signatory kepada Konvensyen Basel. Kita tidak menerima pengimportan e-waste dan yang melarang dan kita tidak membenarkan pengimportan e-waste berdasarkan polisi semasa negara dan ban amendment di bawah Konvensyen Basel.
Ini melarang negara-negara maju iaitu negara-negara Organisation for Economic Co- operation and Development (OECD) untuk mengeksport sisa berbahaya ke negara-negara membangun. Ops Hazard baru saja dilaksanakan di seluruh negara melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. Ini melibatkan pemeriksaan ke atas 47 premis. Kita berjaya menyita sebanyak 15,764.9 metrik tan e-waste yang dianggarkan bernilai sekitar RM55 juta.
Kita mendapati 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh merupakan premis barang lusuh, enam premis yang berlesen — enam premis berlesen di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga premis yang berlesen di bawah pihak berkuasa tempatan dan satu lagi gudang haram. Banyak di antara premis-premis ini juga berada di luar kawasan industri.
Misalnya di tanah rizab, ladang kelapa sawit, malah di kawasan hutan.
Kebanyakannya beroperasi secara haram dan tidak dilesenkan oleh PBT dan kebanyakan pekerja-pekerja terdiri daripada pendatang asing tanpa izin ataupun pekerja yang ada permit tapi menyalahgunakan permit kerja mereka.
Kesemua premis-premis ini telah disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang merangkumi pelbagai kesalahan. Misalnya gagal mematuhi syarat lesen yang ditetapkan seksyen 16, menjadi kemudahan penstoran luar tapak buangan terjadual tanpa lesen JAS, seksyen 18, gagal mengemukakan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, seksyen 19. Seksyen 34A gagal mengemukakan laporan kajian EIA dan seksyen 34B menempatkan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar.
37 premis ini telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah seksyen 38A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling terhadap lesen-lesen pengeluaran yang digunakan di dalam premis tanpa sebarang alat kawalan.
Sebanyak 59 notis arahan dan 27 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai tuduhan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. 52 kertas siasatan juga
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
akan dibuka bagi tujuan tindakan mahkamah. Sedikit lagi Yang Berhormat. Di bawah seksyen 34B sebarang penempatan pembuangan terjadual sama ada di darat atau perairan negara serta aktiviti transit atau membenarkan e-waste ditransit tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar adalah satu kesalahan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Berdasarkan pindaan kita yang baharu kita luluskan bersama-sama pada tahun lepas, denda maksimum telah naik ya. kalau dulu RM100,000 sekarang denda maksimum dia RM10 juta. Sekarang ada penjara mandatori tidak melebih lima tahun berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.
Namun, kita tahu kita perlu bekerja lebih keras lagi.
(i) Penurunan. Kita sedang mempertimbangkan penurunan kuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling kepada PDRM untuk jenayah alam sekitar.
(ii) Untuk memasukkan jenayah alam sekitar di bawah Akta Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dan juga akta-akta lain.
Ini kerana kalau di bawah AMLA, kuasa yang ada di bawah pihak berkuasa ini lebih keras untuk mengambil tindakan berbanding dengan perundangan yang lain.
(iii) Pindaan Akta Pelabuhan dan Peraturan Zon Bebas untuk tindakan terhadap ejen perkapalan yang membuat pengisytiharan palsu.
(iv) Menyenaraikan syarikat-syarikat yang kerap melanggar undang- undang.
(v) Meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada semua aktiviti kitar semula kita masukkan di bawah Jadual Kedua Perintah Kualiti Alam Sekitar.
(vi) Mewujudkan perundangan khusus untuk pengurusan pengimportan sisa.
(vii) Ketujuh mewajibkan pemeriksaan pihak ketiga bagi negara pengeksport sisa untuk memastikan barangan sesuai dengan ikrar.
(viii) Kelapan, mengharamkan pengimportan sisa dari negara yang tidak ratifikasikan Konvensyen Basel. Antara negara besar yang tidak ratifikasi ialah negara Amerika Syarikat.
Akhirnya, untuk mengutamakan sisa tempatan dan pengimportan sisa yang diperlukan oleh industri negara.
Akhir sekali sebagai makluman, petang ini Yang Berhormat Menteri KDN juga akan turut untuk melihat keadaan semasa di dalam operasi terbaru yang kita buat di antara pihak JAS dan juga pihak PDRM.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana telah bertindak pantas dalam menyerbu dan membongkar operasi hilang e-waste haram ini. Saya dimaklumkan ia didalangi oleh warga asing yang satu benda yang serius dan boleh mengancam keselamatan negara sekiranya tidak dibendung.
Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan sistem kawal selia yang ada dalam membanteras dan dalam membendung operasi kilang e-waste haram ini? Kedua, berapa orang kah kakitangan atau pegawai kerajaan yang telah diambil tindakan tatatertib susulan pendedahan operasi hilang e-waste ini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa tindakan kawal selia yang kita buat? Alhamdulillah ya saya boleh katakan terdapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Isu e-waste ini memang isu yang serius. Saya katakan kita dapat maklumat bahawa ada pegawai-pegawai kita tengah membuat penguatkuasaan e- waste.
Mungkin kita tak dengar e-waste sebelum ini macam dadah atau benda lain. Tetapi sekarang mereka dapat video call daripada tauke-tauke besar yang menjadi dalang ini menunjukkan video anak mereka di sekolah. Itu ialah satu betapa seriusnya masalah e-waste ini pagi ini.
Tetapi alhamdulillah dengan kerjasama baik antara semua pihak. Contohnya kita tengok di peringkat kastam misalnya sebab kastam bertindak sebagai untuk di pintu masuk negara kita. Dengan kerjasama yang baik dengan pihak kastam, bilangan kontena yang ditahan ya — saya bagi contoh, meningkat banyak 2019 apabila negara China mengetatkan kemasukan e-waste kepada sempadan mereka.
So, 2018 kita ada satu, 2019 kita ada 34 kontena. 2020 ada tiga, 2021 ada 11, 2022 ada11, 2023 ada 32, 2024 ada 329. Setakat Februari tahun ini, kita sudah ada 15.
Peningkatan besar ini bukan bermaksud dulu tidak berlaku. Tetapi alhamdulillah dengan sekarang kerjasama dengan pihak kastam dengan scanning yang dibuat di sempadan dengan lebih baik, maka kita — dan juga gerakan bersepadu.
Kita juga bekerjasama dengan NGO seperti BeST EarthAction network, terima e-mel daripada mereka bila mereka dapati ada kapal yang bergerak daripada misalnya daripada negara-negara maju bawa sisa-sisa ini, kemudian kita bertindak secara bersama. Itu yang kita dapat tahan 329 kontena pada tahun lepas. Jadi itu saya nak ucapkan penghargaan kepada semua pihak berkuasa yang telah terlibat dalam satu tugas yang sangat mencabar.
Tentang tindakan-tindakan ya kita sebagaimana saya sebut tadi kita memang bekerjasama dengan semua agensi yang terbabit termasuklah SPRM. Sekiranya kita dapati
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
ada mana-mana pegawai di peringkat kerajaan yang terlibat atau terbabit dengan soal — bersekongkol dalam soal e-waste ini, maka kerajaan tidak akan berdiam diri dan mereka akan dikenakan tindakan yang paling tinggi. Cuma, secara spesifik, saya tidak ada di sini. Kalau ada nanti, saya akan keluarkan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Kita sedang bincang tentang Basel Convention. Kita tahu kereta-kereta luput atau kereta-kereta lupus yang telah dilupuskan memang tertakluk di bawah Basel Convention. Tetapi sekiranya ia nya telah dipecahkan secara past-nya dengan izin boleh ada ruang bagi pertimbangan untuk diimport bagi extraction or recovery of mineral, dengan izin.
Dalam konteks di mana negara sedang membangunkan industri hiliran dalam pemprosesan ataupun pengasingan rare elements, adakah pihak kerajaan akan pertimbangkan satu strategi atau satu pelan yang lebih menyeluruh untuk pertimbangkan membawa masuk parts, malah kereta-kereta atau kenderaan-kenderaan luput untuk kita menggunakan industri hiliran itu sekali untuk recovery of minerals dalam kereta-kereta luput?
Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Basel Convention ini untuk soal barangan-barangan bahaya yang masuk ke dalam negara. Sebenarnya kalau dalam keadaan asal kalau sudah dia muda — misalnya saya bagi contoh ya, komputer lama ataupun iPad lama atau telefon lama, dalam keadaan yang intact sebenarnya itu biasanya bukan dikira sebagai e-waste tetapi kalau sudah mula dileraikan dan ada bahagian-bahagian di dalamnya itu baharu dikira sebagai e-waste.
Negara kita membenarkan kemasukan scrap metal dengan izin untuk masuk ke dalam negara untuk tujuan-tujuan tertentu dan ada peraturan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa.
Cuma, yang kita nak elakkan ialah masalah alam sekitar, sebab dalam soal e-waste ini kalau dia tidak diasingkan dengan baik, dia ada bahan-bahan pencemar yang sebenarnya akan menimbulkan risiko buat rakyat. Jadi, yang saya rasa di peringkat negara kita sedang tekankan. Kalau kita berbincang dengan pihak MITI sekalipun, kita bercakap untuk Malaysia menjadi high growth high value economy. Jadi, kalau setengah kerja-kerja yang dibuat untuk meleraikan dan melibatkan kerja- kerja yang mencemar dan membahayakan kesihatan, itu bukanlah saya rasa kerja yang kita nak uruskan. Sebab prinsip utama dia kita nak uruskan sisa kita yang tersendiri. Kita tak nak jadi tong sampah bagi dunia. Itu saya rasa prinsip kita sama ada dari segi e-waste mahupun dari segi plastik.
Jadi atas dasar itu, kita bukan menutup habis kepada soal recovery. Sebagai mana saya sebut scrap metal dibenarkan. Cuma, kita ada syarat-syarat tertentu tentang ketulenan, kebersihan scrap metal itu supaya tidak kemudian akan mengancam masyarakat setempat.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jadi, itu saya rasa menjadi antara perkara — kita tahu tentang soal urban mining dan sebagainya tetapi kalau kita dapat uruskan dengan baik sisa yang ada di dalam negara kita dulu itu sudah bagi saya menjadi satu perkara yang positif.
Untuk makluman ya, kita sejak tahun 2015 sampai tahun 2023, ada 764,453 metrik tan e-waste tempatan yang dihasilkan. Itu sepatutnya menjadi tumpuan kita untuk kita uruskan. Sebab kalau kita tidak dapat uruskan yang tempatan kita nak tambah pula dari luar kalau tanpa kapasiti yang cukup, dia akan jadi satu masalah alam sekitar yang akan menjadi mimpi negeri buat rakyat Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut ke soalan seterusnya. Saya mempersilakan Tuan Lee Chean Chung, Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
2. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah inisiatif terbaru Jabatan Imigresen Malaysia dalam memperkasakan penambahbaikan perkhidmatan terutamanya melibatkan urusan pas kemudahan imigresen seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Permit Masuk susulan kejayaan kementerian berjaya memperkenalkan pelbagai inisiatif dan reformasi baharu dalam urusan penting seperti perkara melibatkan perihal kewarganegaraan, isu-isu kesesakan di pintu-pintu masuk dan lain-lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Rakan saya dari Petaling Jaya dan Ahli- ahli Yang Berhormat, fungsi Jabatan Imigresen ini dalam perkara pas dan juga permit ya. Kita ada dua lapis sistem keberadaan kemasukan dan keberadaan warga asing di negara kita.
Yang pertama, visa. Visa, maknanya kebenaran masuk. Tapi bila dia dah berada di sini, tujuan dia berada di situ, kita keluarkan pas.
Jadi, kita ada lebih 11 pas, jenis pas ya. Yang paling popular, adalah pas pekerja asing. Kita panggil pas lawatan kerja sementara, tu paling tinggi. Okey. Yang kedua, adalah pas pelajar ya. Mereka datang ke sini, mereka belajar di universiti dan kolej di negara kita.
Maka kita bagi dia pas pelajar. Juga tinggi adalah pas pasangan kepada warganegara.
Warganegara kita, jodohnya itu adalah orang asing. Jadi, semasa berada di sini, mereka akan kita keluarkan pas. Namanya pas pasangan. Di sana ada juga pas untuk ekspatriat, golongan profesional yang bekerja untuk tujuan khusus dan mereka turut menyumbang kepada kepentingan ekonomi. Jadi, senarai pas ini ada lebih kurang 11 jenis.
Jadi totalnya Tuan Yang di-Pertua, setahun kita keluar hampir tiga juta pas. Baik, apakah
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
langkah pembaharuan? Langkah pembaharuan adalah Jabatan Imigresen kami laksanakan agenda digitalisasi.
Digitalis bermaksud urusan memohon pas selama ini, kena pergi kaunter. Jadi, kami sudah pun mula beralih. Walaupun bukan semua jenis pas, tapi pas-pas yang popular ini sekarang kami hanya uruskan secara atas talian. Besar manfaatnya Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, kita jimatkan kos kerajaan. Kami membelanjakan hampir RM13 juta, hanya untuk cetak pelekat. Bila satu pas dikeluarkan, kena tampal pelekat pada pasport. Sekarang tak perlu. Sebab mereka Cuma perlu bawa device dan status pas itu dalam device mereka.
Dan, untuk tujuan pemeriksaan, semua kakitangan imigresen yang berkenaan mereka sudah adapun sistem, juga menggunakan device untuk mengesan ketulenan bagi mengelakkan penipuan. Jadi, menjawab soalan Petaling Jaya, kami sedang berganjak ke situ. Pas lawatan kerja sementara bila tamat nak diperbaharui, majikan tak perlu lagi pergi ke kaunter. Hasilnya Tuan Yang di-Pertua, kaunter menguruskan pas ini mengalami pengurangan kesesakan sehingga 70 peratus. Dalam ucapan belanjawan, Tambun menyeru supaya perkhidmatan kerajaan ini bergerak ke arah itu.
Perkara kedua Yang di-Pertua, adalah permit masuk. Permit masuk ini, langkah pembaharuan yang kita buat sekarang adalah kebanyakan yang memohon permit masuk ini Tuan Yang di-Pertua, adalah isteri kepada warga asing. Isteri tu warga asing, berkahwin dengan jodohnya suami warga tempatan. Dalam setiap 100 permohonan permit masuk, ada banyak jenis tapi 80 peratus adalah isteri warga asing. Isteri kepada warganegara.
Sebelum ini, lima tahun dia kena berada di sini tak boleh keluarlah. Keberadaannya mesti ada di sini. Itu baru pas pasangan. Tahun keenam, dia mohon permit masuk. Maknanya dia boleh bekerja dan dia tak perlu lagi memohon kebenaran imigresen. Okey ya. Kemudian, kalau dia berhajat untuk dapat IC merah dan kemudiannya jadi warganegara, inilah jalurnya.
Tapi ada juga yang dapat permit masuk, dia tak nak give-up warganegara asal dia pun tak apa.
Jadi sebelum ini lima tahun. Kemudian dia kena tunggu dua tahun untuk mohon.
Langkah pembaharuan yang akan kami mulakan pada September tahun ini, memadai tiga tahun. Bukti keberadaannya di sini dengan status perkahwinan dia. Kalau dia berkahwin di sini, daftar perkahwinan di sini, tiga tahun. Kita bagi dia spouse visa, masuk tahun keempat dia boleh mohon permit masuk.
Tapi kalau dia mendaftar perkahwinan di luar negara, dia telah pun berkahwin tiga tahun atau empat tahun. Dia masuk sahaja ke negara kita, dia daftar perkahwinan dia, dia cuma perlu berada di sini setahun. Kemudian, tahun kedua dia dah boleh mohon permit masuk. Ini yang saya jelaskan yang ni sebab banyak pertanyaan di luar, sekarang bertanya termasuk Ahli-ahli yang berhormat, yang menulis kepada saya minta tolong dan sebagainya adalah kategori ini. Jadi, langkah yang kami buat adalah mulai September, kami akan permudahkan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sekarang ini, baki tertunggak cuma 11,700 dan komitmen KDN, khususnya Jabatan Imigresen by June, menjelang Jun tahun ini, kami akan selesaikan semua permohonan 11,700. Ini komitmen berterusan kami di KDN untuk mempermudahkan urusan sistem penyampaian kepada rakyat, merujuk pas dan juga permit masuk. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Syabas dan tahniah saya ucapkan. Ini merupakan satu reformasi yang sangat fundamental, yang mengizinkan spouse ataupun isteri yang merupakan warga asing kepada warganegara untuk cepat boleh diintegrasikan dalam masyarakat kita.
Persoalan saya adalah seiring dengan pengedaran masa, adakah Jabatan Imigresen Malaysia bersedia untuk mempermudah dan memberikan fasilitasi sewajarnya supaya dapat mengurangkan kebergantungan ejen, sebab banyak urusannya masih bergantung pada ejen dan terutamanya melibatkan pelabur asing dalam mendapatkan pas-pas tertentu bagi tujuan mereka tinggal di Malaysia untuk membuat proses due deligence sahaja. Due deligence sebelum membuat pelaburan. Ha, ini penting untuk menarik FDI. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Yang di-Pertua, soalan ini spesifik. Setakat mana peranan Jabatan Imigresen dalam mengurus satu segmen yang penting iaitu pelabur yang masuk ke negara kita ini, yang ekspatriat. Okey, yang kita buat sekarang adalah kalau kita ke KLIA, kita akan jumpa satu premis kita panggil Xpats Gateway. Maknanya dia turun sahaja di lapangan terbang, dia terus pergi ke situ untuk urusan.
Jadi dia tak perlu lagi melalui ejen, takde lagi, okey. Masalah ejen ini kalau dia mendarat, dia pergi kat luar dan dia nak datang berurusan, maka dia hire ejen. Okey ya. Tapi kita sediakan kemudahan impromptu. Kat situ dia, sampai kat situ kita proses. Ambil masa banyak sangat singkat. Okey, yang pertama.
Yang kedua, kita juga tak raikan peranan ejen sebab orang yang boleh berurusan dengan imigresen untuk tujuan pas kepada ekspatriat pelabur ini adalah orang yang diberi autoriti oleh syarikat. Kita akan hanya berurusan dengan orang itu. Ejen bukan orang yang diberi autoriti oleh syarikat. Jadi, takkan kita guna pakai khidmat mereka. Jadi, itu pun untuk makluman Petaling Jaya, kita akan keluarkan pula terbaru ini kita panggil pas untuk pelabur sahaja.
Ha, itu pas baru. Ini semua untuk membolehkan bahawa keberadaan mereka kita masuk mudah, ease of doing business itu yang mereka nak tengok. Lagi cepat permohonan mereka kita proses, kita permudahkan, maka lebih baiklah penerimaan mereka terhadap iklim perniagaan di negara kita. Itu peranan Jabatan Imigresen.
Jadi, ini juga sebenarnya merupakan satu kaedah kita panggil single-window bagi memudahkannya. Jadi kita akan mulakan seawal 1 April ini untuk pengeluaran pas pelabur
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
bagi tinggal lebih lama di sini, bagi menguruskan urusan pelaburan mereka dan proses pengeluaran pas itu juga, kita akan lakukan secara e-pass atau pas elektronik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniahlah di atas usaha kementerian untuk memperkasakan lagi untuk terutama perkhidmatan di pintu masuk. Soalan yang berbangkit ialah terutama di kawasan sempadan.
Sejauh mana kesedaran ataupun maklumat keterangan telah diberi kepada masyarakat. Sebab apa, bila contoh di kawasan saya di Rantau Panjang, apabila pintu melalui pintu pangkalan sungai ditutup, maka hanya satu sahaja laluan melalui pintu masuk ICQS Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tetapi, isu berbangkit apabila masyarakat hendak mohon pas untuk hendak ke Thailand, buku pas tidak ada. Pass border itu tidak ada di kaunter. Saya dimaklumkan sudah berbulan isu ini berlaku menyebabkan ada yang melibatkan masalah anak, ada masalah keluarga, ada masalah perniagaan terutama di sempadan, mereka tidak dapat menggunakan pas.
Jadi, sejauh mana, sekiranya e-pas ini diperkenalkan, maklumat ini dimaklumkan kepada masyarakat? Sebab, ini benar-benar menjadi satu beban terutama mereka yang bergantung kehidupan mereka, ekonomi mereka antara dua negara dan begitu juga mereka yang ada hubungan dengan saudara-saudara di negara jiran. Hendak balik raya ini, ramai sudah mengadu kepada saya, “Hendak balik macam mana?” Hendak buat border pass baru, tidak boleh. Sebab, buku hendak buat pas sempadan ini tidak ada di semua kaunter imigresen. Minta penjelasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, rakan saya dari Rantau Panjang. Yang dimaksudkan itu adalah border pass atau pas sempadan. Satu jenis pas yang hanya dikeluarkan untuk negeri-negeri bersempadan sahaja. Maknanya, kalau Kedah hendak masuk ke Sadao ke, Hadyai ke, border pass. Ataupun Langkawi hendak pergi ke pulau-pulau berdekatan sebelah Thailand. Begitulah Rantau Panjang.
Saya ambil maklum, terima baik maklum balas Rantau Panjang tentang kehabisan buku border pass. Sebelum kita lakukan anjakan saya sebut tadi berperingkat terhadap jenis- jenis pas tadi, kita utamakan dahulu pas-pas permohonan yang tinggi. Jadi, kategori itu nanti saya akan ambil maklum dan segera meminta pegawai yang berkenaan memastikan bekalan yang mencukupi sebagai langkah tindakan segera untuk menyelesaikan terutama musim perayaan yang sudah menjelang. Saya berterima kasih, hargai baik maklum balas dari Rantau Panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kepada soalan yang ketiga, saya mempersilakan Puan Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Ampang.
Puan Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
3. Puan Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan terperinci jangka pendek, pertengahan dan panjang untuk menangani lonjakan harga produk berasaskan kelapa terutama santan yang boleh menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan dan nilai berteraskan kelapa akibat kekurangan bekalan kelapa tempatan, kenaikan harga kelapa diimport dari Indonesia dan faktor cuaca.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Nampaknya Yang Berhormat yang bertanya telah menjawab sebahagiannya.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa peka terhad keperluan makanan negara khususnya dalam memastikan pembangunan industri kelapa negara terus berkembang. Berdasarkan Laporan Perangkaan Agromakanan Malaysia 2023, trend pengeluaran kelapa di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak lima tahun kebelakangan ini. Pada 2019, pengeluaran kelapa negara adalah sebanyak 536 juta biji dan telah meningkat kepada 623 juta biji pada tahun 2023.
Walau bagaimanapun, jumlah ini masih belum mampu memenuhi keperluan negara iaitu 1.3 bilion biji setahun atau 108 juta biji sebulan. Penggunaan per kapita kelapa juga meningkat daripada 22.7 kilogram per orang per tahun 2019, naik dua kilo lagi iaitu 2023 menjadi 24.90, menunjukkan permintaan yang semakin bertambah.
Lonjakan harga produk berasaskan kelapa terutamanya santan adalah disebabkan beberapa faktor utama.
Pertama, peningkatan harga kelapa di pasaran sejak November 2024 berpunca daripada kenaikan harga kelapa import dari Indonesia berikutan kekurangan bekalan serta peningkatan eksport kelapa Indonesia ke China. Harga kelapa import dari Indonesia pada Januari 2024 RM1.10 sebiji meningkat kepada RM1.80 sebiji Oktober 2024 dan RM2.20 sebiji pada hari ini. Buat masa ini, negara bergantung 98 peratus sumber import kelapa dari Indonesia.
Kedua, berlakunya fenomena melawas iaitu pertumbuhan pokok kelapa menjadi kurang produktif atau tidak optimum disebabkan gangguan dalam proses percambahan atau penghasilan buah kelapa akibat perubahan cuaca yang ekstrem dan tidak menentu yang boleh mempengaruhi kesuburan serta penghasilan kelapa. Faktor cuaca seperti kemarau dan banjir juga memberi kesan kepada pengeluaran kelapa di ladang.
Ketiga, trend petani tempatan yang lebih cenderung menjual kelapa muda berbanding kelapa tua turut menyumbang kepada bekalan yang tidak mencukupi untuk pemprosesan santan. Kebanyakan penanam kelapa di negara ini memilih untuk menjual kelapa muda kerana harga lebih tinggi dan tempoh tuaiannya lebih singkat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dalam menangani isu lonjakan harga produk berasaskan kelapa terutamanya santan, KPKM telah mengambil tindakan intervensi yang seimbang, antaranya pengurusan bekalan, penyelidikan dan pembangunan serta sokongan kerajaan bagi jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang.
Tuan Speaker, minta ― soalan ini masih panas sekarang ini. Soal santan. Di bawah intervensi jangka pendek, KPKM melalui FAMA akan membawa masuk 640,000 biji kelapa tua setiap bulan daripada Indonesia, Sabah dan Sarawak bagi memastikan bekalan kelapa bagi kegunaan Semenanjung terutama semasa musim perayaan mencukupi.
Sehingga 4 Mac 2025, FAMA dan FAMA Corporation telah membawa masuk bekalan kelapa tua sebanyak 734,096 biji dari negeri Sabah dan negara Indonesia dengan nilai belian RM1.615 juta. Bekalan kelapa tua tersebut seterusnya diedar oleh 42 pusat operasi FAMA ke pasaran melalui 509 buah outlet pemasaran FAMA seperti Agrobaazar Kedai Rakyat, Agrobaazar Rakyat, pasar tani, pasar tani kekal.
Sebahagian bekalan turut diagihkan kepada 16 pemborong dan 202 orang usahawan santan di seluruh negara. Langkah ini akan membantu menstabilkan harga dan memastikan kelangsungan bekalan industri pemprosesan santan dan produk berasaskan kelapa.
Di bawah intervensi jangka sederhana, KPKM melalui Jabatan Pertanian Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran kelapa tempatan. Di bawah Program Pembangunan Industri Kelapa 2021-2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah menyediakan insentif kepada petani untuk meningkatkan pengeluaran kelapa melalui:-
(i) tanam semula ― menggantikan pokok kelapa tua atau tidak produktif; dan
(ii) pemulihan pokok kelapa ― meningkatkan kecekapan dan produktiviti ladang sedia ada.
Petani juga diberikan bantuan dalam bentuk input pertanian seperti anak benih, baja, racun, racun perosak serta infrastruktur asas ladang termasuk penyediaan kawasan perparitan dan perparitan kecil ladang.
Di bawah intervensi jangka panjang, KPKM terus menggalakkan petani menanam variety kelapa berhasil tinggi seperti kelapa matag, Malayan Red Dwarf, Malayan Yellow Dwarf dan kelapa pandan. Sejak 2021 hingga 2024, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan industri kelapa melibatkan 943 petani dengan kawasan penanaman baharu seluas 1,870 hektar dan pemulihan kebun kelapa seluas 285 hektar. Sebanyak 1.2 juta anak benih kelapa berhasil tinggi telah dikeluarkan bagi menyokong projek membangunkan kelapa negara.
Tambahan pula, pada tahun 2024, Jabatan Pertanian telah menerima peruntukan RM3 juta melalui Projek Pengukuhan Pengeluaran Benih Kelapa di bawah Projek Keterjaminan Makanan. Projek ini telah menghasilkan sebanyak 524,606 anak benih kelapa melalui kerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan, GLC dan juga pihak swasta.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, KPKM percaya isu lonjakan harga produk berasaskan kelapa terutamanya santan dapat dikawal dan seterusnya diperbaiki dalam jangka panjang melalui peningkatan pengeluaran domestik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut, Yang Berhormat Ampang, soalan tambahan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya dapati baguslah banyak perancangan-perancangan yang ada, bukan sahaja dari sudut insentif, kita tengok ada juga program menangani masalah-masalah tiga perkara yang Menteri sebut tadi. Tetapi saya bimbang sebab kita lihat trend santan terutamanya dalam masa tiga bulan sahaja contoh hujung tahun lepas harganya lebih kurang RM8 hingga RM12 sekilo untuk santan segar tetapi sekarang RM15 hingga RM20 sekilo.
Jadi, ini akan menyebabkan perkara-perkara yang bersangkutan. Jadi soalan saya kalau kita masih bergantung sebanyak 90.8 peratus sebagaimana yang Menteri jawab daripada import terutamanya daripada Indonesia, jadi saya dapati ia akan tidak menjamin produk itu daripada pengeluaran sendiri.
Jadi, apakah sebenarnya Kerajaan Malaysia ada perancangan untuk mengutamakan penanaman secara besar-besaran ataupun berkelompok ataupun mengumpulkan pekebun- pekebun kecil ataupun menggunakan tanah-tanah terbiar untuk kita jadikan ia sebagai pengumpulan di bawah satu agensi seperti FELDA, FELCRA dan RISDA. Saya nampak ia lebih mantap di mana kita dapat menjadikan satu agensi fokus untuk memastikan isu produk kelapa ini ataupun penanaman kelapa ini.
Keduanya Yang di-Pertua, saya dapati ada satu jenis kelapa yang sekarang kalau kita guna jenisnya seperti kelapa gadung yang mana jangka hayatnya dan kos penjagaannya lebih mudah. Apakah kerajaan ada cadangan untuk mengambil benih-benih kelapa gadung ini untuk dijadikan penanaman di Malaysia? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Kelapa gadung memang para petani, penanam kelapa memohon tetapi ia di peringkat MARDI dan peringkat membuat kajian dan akan dihebahkan kepada umum pada 2026. Itu benih yang baharu. Memang keluasan penanaman kelapa pada 2023, 79,412 hektar.
Kebanyakannya pelaksanaan menanam kelapa di Malaysia adalah secara kebun kecil atau 93 peratus manakala selebihnya melibatkan secara estet. Memang sekarang ini bila berlaku kenaikan harga kelapa yang mendadak, sudah banyak pihak swasta yang datang menemu pihak kementerian dan bercadang untuk membuka ladang-ladang kelapa mereka.
Oleh itu, kita memberi galakan dan kerjasama sepenuhnya termasuklah penanam-penanam kelapa di Sabah dan juga di Sarawak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Bagi meningkatkan pengeluaran kelapa tempatan, kementerian tiada halangan dan menggalakkan pengeluaran kelapa dalam skala besar. Sebagai contoh di Sabah, pengeluaran kelapa skala besar dijalankan oleh PJ Nagus dengan keluasan 2,000 ekar dan akan ditambah 2,000 ekar lagi tahun 2026.
Pada tahun 2024, PJ Nagus mengeluarkan kelapa sebanyak 927,000 biji melibatkan varieti matang 331,000 biji dan 556 biji bagi varieti Nagus. Jadi memang ini sedang diusahakan termasuk pekebun-pekebun kecil yang kita lihat FAMA memainkan peranan di antaranya mengutip daripada pekebun-pekebun kecil itu supaya dia berada dalam pasaran kerana kita tahu harga kelapa, harga santan dia tidak sama di antara bandar, di antara kampung dan sebagainya. Oleh itu, peranan FAMA sekarang ini di antaranya mengutip daripada pekebun-pekebun kecil.
Saranan daripada Yang Berhormat Ampang amat dialu-alukan dan memang kita mahu FELCRA, FELDA dan juga syarikat-syarikat swasta terlibat dalam untuk mengembangkan penanaman kelapa dan ia menguntungkan sama ada jual kelapa muda atau kelapa tua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato’ Dr. Speaker, Menteri. Kita difahamkan terdapat Pusat Memproses Makanan FAMA seperti di Kuala Selangor yang berfungsi dalam pengeluaran dan pengedaran santan. Soalan Pasir Salak, adakah ia masih berfungsi sebagai sebuah pusat pengeluaran santan yang membekalkan santan ke pasaran serta sejauh mana kerajaan bercadang untuk menambah baik penyelidikan dan pembangunan R&D dalam varieti kelapa tinggi hasil serta amalan agronomi yang boleh meningkatkan kecekapan pengeluaran? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sama ada beroperasi sepenuhnya kilang santan ini saya akan check lah. Saya bagi jawapan sebentar lagi dengan bertulis atau berjumpa supaya saya check betul-betul nanti saya bagi angka-angka yang tidak kena sebab soalan itu soalan spesifik. Pada hari ini kita pergi kepada soalan umum, soal kenaikan harga kelapa dan sebagainya.
Memang sekarang ini kita sedang melaksanakan kajian Regulatory Impact Assessment bagi cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian akan disatukan. Dengan adanya lembaga ini, kita harap ia dapat dirancang dengan lebih baik terutamanya penanaman kelapa pada masa akan datang. Memang jauh sebab kita banyak import daripada Indonesia. Bila Indonesia hadapi masalah kenaikan harga, maka berlaku kenaikan harga santan di Malaysia.
Oleh itu, kita ada pula sekarang ini bila harga kelapa tinggi, ada pula di Pulau Pinang misalnya ada yang sawah padi mereka, mereka convert jadi tanaman kelapa. Kalau itu tidak
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
perlulah sebab padi pun kita perlu untuk beras masih belum cukup. Carilah tanah-tanah baharu, tanah-tanah di bawah kerajaan negeri untuk diusahakan tanaman kelapa.
Pasarannya terjamin untuk beberapa tahun yang akan datang kerana kita nilai importnya kita tahu bergantung kepada ihsan negara yang mengeksport itu.
Kalau mereka boleh jual di negeri lain dengan harga yang lebih kompetitif maka mereka kurangkan jualan mereka kepada kita. Tetapi sekarang ini di Indonesia tidak mengurangkan, cuma dinaikkan harga. Itu hak mereka kerana kita tahu pasaran kelapa bergantung kepada apa-apa pun bergantung kepada permintaan dan penawaran. Terima kasih.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tambahan, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Berikut Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, saya mula dengan memanggil Yang Berhormat-Yang Berhormat dengan soalan ya. Pertama saya mempersilakan Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandi, Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Pelantar Kalabakan semakin jauh, Tasik Lenggong damai menyatu, Kenangan lalu terus mengimbau, Mohon jawapan nombor satu.
1. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kementerian berhasrat menambah bilangan Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) di Pantai Timur Sabah memandangkan pada ketika ini hanya terdapat satu CIC di Pantai Barat Sabah dan ini menjejaskan kecekapan penyelesaian kes jenayah melibatkan kanak-kanak disebabkan oleh faktor keluasan geografi Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat. Dato' Dr. Yang di-Pertua, sahabat saya Kalabakan, CIC telah ditubuhkan pada 12 Februari 2002 dan lokasi pertama adalah di Kuala Lumpur.
Pada mulanya ia dikenali sebagai Child Protection Unit (CPU) sebelum ditukar kepada Child Interview Centre (CIC).
CIC merupakan sebuah pusat khas yang diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan temu duga terhadap kanak-kanak yang menjadi saksi atau mangsa jenayah
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
terutama dalam kes penderaan, eksploitasi seksual, keganasan rumah tangga serta kes-kes jenayah lain yang melibatkan kanak-kanak. Tujuan utama penubuhan CIC adalah untuk mengurangkan trauma yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa atau saksi kejadian jenayah ketika keterangan mereka diambil oleh pihak polis.
Selain itu, ia membolehkan kanak-kanak memberi keterangan dalam suasana yang lebih selesa, lebih kondusif. Pada ketika ini Yang Berhormat, terdapat sebanyak 34 Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di seluruh negara telah pun diwujudkan oleh PDRM. Dari jumlah tersebut, terdapat 28 pusat CIC di Semenanjung Malaysia, tiga di Sarawak dan tiga di Sabah, Yang Berhormat.
Untuk makluman, dua daripada tiga Pusat CIC di Sabah adalah di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu pertama di Sandakan dan juga di Tawau. Justeru, kementerian berpandangan dua pusat CIC di Pantai Timur tersebut adalah memadai ketika ini. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kementerian dan PDRM akan meneliti dan mengkaji keperluan penambahan pusat CIC di Pantai Timur dari masa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, soalan tambahan Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Timbalan Menteri, atas penjelasan yang begitu menyeluruh. Kes jenayah melibatkan kanak-kanak semakin membimbangkan dari tahun ke tahun terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. Mungkin kerana kekurangan pendedahan atau pun kesedaran terhadap jenayah kanak-kanak ini. Dalam proses temu duga kanak-kanak, mangsa jenayah memerlukan pendekatan khusus agar kanak-kanak mampu berkongsi maklumat tanpa rasa takut dan kesan trauma yang berpanjangan.
Jadi saya ingin bertanya, apakah langkah kementerian dalam menyediakan kapasiti daripada segi pegawai yang pakar dan kaedah interogasi yang moden, sebagai contoh untuk mengurangkan tekanan emosi. Dan sejauh manakah keberkesanannya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Dato’ Dr. Yang di- Pertua, sahabat saya Kalabakan. Saya nak bagi statistik dulu. Kalau kita lihat statistik jumlah rakaman dikendalikan CIC di negeri Sabah sahaja. Pada tahun 2003. 2023, jumlah keseluruhan adalah 385, 2024 sebanyak 476. Ada peningkatan sini.
KDN dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM mengambil pelbagai langkah strategik dalam usaha kita untuk meningkatkan kapasiti dan kepakaran pegawai-pegawai kita di CIC dalam menjalankan temu duga kanak-kanak dengan menekankan pendekatan berasaskan trauma, teknik forensik moden dan kaedah interogasi yang mengurangkan tekanan emosi, mengurangkan tekanan emosi kanak-kanak itu sendiri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Antaranya ialah kita mengadakan kerjasama dengan pakar forensik dan psikologi untuk memberikan latihan khusus dan teknik temu duga sensitif terhadap trauma kanak- kanak. Ini termasuk penggunaan pendekatan yang menggunakan kesejahteraan emosi kanak-kanak semasa proses tersebut.
Kedua, kita juga membangunkan latihan pelbagai agensi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDRM, ahli pasukan SCAN, NGO-NGO untuk meningkatkan penyelarasan dan memastikan konsistensi dalam menyediakan sokongan kepada mangsa serta dengan pihak Pendakwa Raya, berdamping guaman dan badan kehakiman khususnya mengikut fungsi dan peranan masing-masing.
Selain daripada itu, kita memperkasakan kemahiran melalui latihan dengan pihak- pihak antarabangsa sepertinya Department of Justice Amerika Syarikat, Operation Underground Railroad, United Nations on Drugs and Crime, Australian Federal Police dan juga pihak-pihak lain termasuk dengan FBI dalam memberi latihan dan kursus berkaitan sistem siasatan terutama siasatan terhadap kanak-kanak.
Sebenarnya terdapat pelbagai usaha untuk meningkatkan latihan dan kapasiti pegawai dalam temu duga kanak-kanak dan kita sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan semasa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang komprehensif.
Jadi soalan saya, semenjak CIC ini ditubuhkan, sudah berapa banyak kes yang telah pun dikendalikan? Kalau Yang Berhormat tidak ada data pada waktu ini, Yang Berhormat boleh jawab secara bertulis. Tapi apa yang penting Yang Berhormat, bila jenayah melibatkan kanak-kanak ini, sudah pasti melibatkan trauma yang agak lebih mendalam.
Jadi, apa bentuk mitigasi khusus KDN dalam menangani isu trauma ini? Adakah akan diperkenalkan alternatif lain kalau CIC ini agak kurang di beberapa tempat yang pedalaman untuk mengadakan alternatif temu bual secara dalam talian bagi menangani dan mempercepatkan kes-kes yang melibatkan jenayah kanak-kanak ini, Yang Berhormat?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, kebetulan data di tangan saya. Tadi saya sebut berkaitan data di Sabah.
Kalau kita lihat secara keseluruhan, tahun 2022 statistik jumlah rakaman yang dikendalikan
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
oleh CIC di seluruh negara, Yang Berhormat, perkara ini sebenarnya dalam pengetahuan Dato’ Speaker yang bekas anggota polis yang berpengalaman.
Tahun 2022 sahaja 2,013 kes rakaman, 2023, 2,483. Berlaku peningkatan lagi pada 2024 sebanyak 3,333 dan jumlah keseluruhan selama tiga tahun ini ialah 6,066 rakaman yang dibuat oleh pihak berkaitan. Sebenarnya, CIC ini dan fungsi dia adalah dia pusat temu duga kanak-kanak. Itu pusat khas yang kita wujudkan untuk menjalankan temu duga terhadap kanak-kanak yang menjadi saksi atau mangsa jenayah sebagai mana yang saya sebutkan tadi.
CIC ini, ia merupakan pusat rakaman keterangan kanak-kanak melalui rakaman video yang tertakluk kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2023 iaitu Akta A1688 di bawah seksyen 6, rakaman video saksi kanak-kanak. Bermakna, apa yang kita jalankan ini berdasarkan akta yang kita ada.
Sebenarnya, ketika ini memang terbukti kepakaran yang ada memang memberi kesan yang baik kerana kalau kita lihat, sejak ditubuhkan kita ada beberapa kejayaan dan juga kelebihan yang kita buat. Antaranya ialah kelebihannya kalau kita lihat, kita wujudkan persekitaran siasatan yang mesra kanak-kanak. Ia direka khas untuk mencipta persekitaran siasatan yang selesa, selamat bagi kanak-kanak. Ini membantu mengurangkan kebimbangan kanak-kanak.
Kanak-kanak akan kurang bimbang, dia confident, mahu memberi maklumat- maklumat dan tentunya kanak-kanak dalam semasa proses temu duga ini, pihak berkuasa yang kita tahu bahawa tidak mudah untuk kita dapatkan maklumat, tapi melalui kaedah- kaedah yang kita buat ini, kepakaran yang kita ada, dengan latihan yang cukup oleh pegawai kita, maka, ia membantu.
Pendekatan kita ialah pendekatan yang berasaskan trauma. Dato’ Yang di-Pertua, sikit tambahan, ya. Berasaskan trauma bermakna CIC, kita mengamal pendekatan yang berasaskan trauma yang mengambil kira kesan emotional dan psikologi yang dialami oleh kanak-kanak.
Teknik temu duga yang diguna adalah lebih lembut, pegawai yang terlatih mampu mengenali tanda-tanda trauma kanak-kanak bagi mengelakkan lebih banyak tekanan terhadap kanak-kanak. Maknanya, apa yang kita guna pakai ini ketika ini memang sangat berkesan dan kita gunakan teknik forensik yang moden dan tentunya latihan-latihan kepada pegawai kita ialah latihan yang profesional.
Kita juga ada lakukan multidisciplinary, pendekatan. Maknanya, fungsi CIC sebagai platform untuk kolaborasi antara pelbagai pihak, polis, pekerja sosial dan pakar psikologi.
Pendekatan ini memastikan setiap aspek keperluan kanak-kanak diberi perhatian daripada kebajikan mereka hinggalah kepada pengumpulan bukti-bukti sah, ini. Dan banyaklah antara kejayaan-kejayaan yang kita capai. Tentunya dia mengurangkan kebimbangan kanak-kanak untuk memberikan keterangan dan bukti yang kita perolehi dari proses ini akan lebih teguh dan berkesan dan saya yakin ia banyak membantu.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita lihat dari segi prosesnya kita adalah banyak langkah-langkah. Antara langkah kita buat sebelum temu duga, kita nilai awal dulu.
Nilai tahap emosi kanak-kanak, umurnya, kemampuan berkomunikasi, tempat temu duga, itu dinilai sebelum proses temu duga. Semasa temu duga juga kita ada proses dia. Temu duga hanya dilakukan oleh pegawai yang dilatih misalnya, pendekatan yang mesra kanak-kanak.
Kemudian kita juga mengambil kira selepas temu duga, apa proses-proses yang kita buat termasuklah sokongan psikologi.
Pusat CIC khas untuk rakaman kanak-kanak berumur 18 tahun ini secara alternatif.
Sekiranya kanak-kanak berumur 18 tahun boleh memberi keterangan secara konsisten.
Maknanya, jika dia bawah 18 tahun dia boleh keterangan secara konsisten, kita guna kaedah itu. Tapi ini ialah pusat khas untuk rakaman kanak-kanak berumur bawah 18 tahun secara alternatif. Yang penting kita sentiasa meningkatkan keupayaan kita dari masa ke semasa dan kita harap kita dapat terus mainkan peranan untuk memastikan bahawa kanak-kanak diberi pembelaan yang terbaik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan seterusnya, dipersilakan Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
*Bismilllahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Selamat pagi Menteri. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah hasil siasatan terkini berkenaan kes kemalangan maut yang meragut tujuh nyawa dan 33 orang cedera di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan dan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian kepada syarikat lori yang tercabut tayar itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, susulan daripada insiden kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan, Kementerian Pengangkutan melalui agensinya iaitu Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah melaksanakan siasatan terhadap insiden berkenaan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Hasil siasatan MIROS mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi insiden kemalangan tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pengurusan pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran. JPJ juga telah melaksanakan pengauditan iaitu JPJ Inspection and Safety Audit (JISA) yang bertujuan untuk memeriksa tahap pematuhan syarikat-syarikat berkenaan terhadap kehendak Kod Amalan Industri Keselamatan (ICOP). Hasil pengauditan ke atas semua kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Yinson Transport (M) Sdn. Bhd., keputusan audit JISA patuh 77 peratus;
(ii) V Travel Sdn. Bhd., keputusan audit JISA gagal 11 peratus; dan
(iii) SNC Maju Enterprise, keputusan audit JISA gagal 22 peratus.
Dari aspek tindakan perundangan, syarikat Yinson Transport (M) Sdn. Bhd. iaitu pemilik lori yang tercabut tayar sebelum kemalangan tersebut telah didakwa di mahkamah Alor Gajah di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 seperti berikut:
(i) seksyen 57(1)(b)(vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan semasa menjalankan perkhidmatan kenderaan barangan. Jika disabit kesalahan, pengendali berlesen boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 tetapi tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(ii) seksyen 80, lori milik syarikat berkenaan juga telah disita dan dimohon diperintah pelucuthakkan di mahkamah.
Siasatan oleh APAD pula mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan peraturan di bawah Akta 715 seperti berikut:
(i) kesalahan tidak mematuhi seksyen 58(1)(b)(i) Akta 715 iaitu pemanduan melebihi had laju;
(ii) seksyen 58(2) kerana tidak mematuhi keperluan amalan kod industri;
(iii) kesalahan di bawah seksyen 42(2) kerana tidak mematuhi keperluan amalan kod industri; dan
(iv) seksyen 42(1)(b)(i) iaitu rekod pemanduan melebihi had laju.
Selain daripada tindakan mahkamah terhadap Yinson Transport (M) Sdn. Bhd., permit kenderaan yang tayarnya tercabut juga telah dibatalkan berkuat kuasa 11 Februari yang lalu kerana rekod pemanduan melebihi had laju. Sebagai tambahan, syarikat V Travel Sdn. Bhd. telah digantung semua lesen kenderaan bermula 18 Februari sehingga 19 Mac kerana gagal mematuhi kehendak ICOP keselamatan.
Manakala, syarikat SNC Maju Enterprise telah digantung lesen pengendali selama 30 hari kerana gagal mematuhi ICOP dan permit kenderaan dibatalkan kerana rekod pemanduan melebihi had laju. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen bertarikh 3 Mac yang lalu.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membendung kejadian seperti ini, MOT telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang melibatkan pelbagai agensi serta kerjasama oleh badan penguat kuasa yang lain seperti PDRM bagi melaksanakan langkah strategik untuk menangani isu keselamatan dan kemalangan melibatkan kenderaan berat.
Tindakan utama yang telah dirangka melalui PPK ini adalah mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu dan efektif termasuk pelaksanaan high-speed weigh-in- motion. Selain itu, penambahbaikan prosedur dan aspek teknikal, pemeriksaan berkala PUSPAKOM diberikan penekanan kepada komponen kritikal seperti sistem brek dan tayar serta pemantauan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ yang memberi kursus kepada cawangan utama pemeriksaan kenderaan yang tinggi.
MOT juga akan melaksanakan penambahbaikan Kod Amalan Industri Keselamatan dengan memberi pentauliahan orang yang terlatih melalui kursus penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pemantauan berkala terhadap pematuhan ICOP oleh syarikat pengendali kenderaan berat dan meningkatkan advokasi pengendali dalam penggunaan sistem penjejak sejagat dan kamera papan pemuka dalam membantu pemantauan kepada pematuhan ICOP secara lebih efektif dan holistik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada pihak Menteri. Tahniah kepada pihak kementerian kerana telah melakukan siasatan yang telus, terperinci dan tindakan punitif kepada syarikat lori terbabit. Cuma sebagai concern kita semua, audit menunjukkan kegagalan di peringkat syarikat lori tersebut. Jadi, ini satu perkara yang saya nak tanya sikit kepada pihak kementerian.
Melihat kepada peningkatan statistik kenderaan berat di waktu puncak di atas lebuh raya dan melihat kepada tindakan-tindakan yang akan dibuat oleh pihak kementerian kepada syarikat-syarikat lori yang lain, persoalan saya, ada tak tindakan yang lebih bersifat dasar ataupun undang-undang baharu yang lebih ketat untuk memastikan perkara ini tidak berulang. Apatah lagi kita akan menyambut Aidilfitri sehari dua ini yang mungkin akan meningkatkan lagi jumlah kenderaan di atas lebuh raya.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Memang ada pelbagai pendekatan sedang kita laksanakan termasuklah juga ada larangan kenderaan berat pada waktu-waktu tertentu dan juga sudah tentu semasa musim perayaan, kita ada dua hari akan larang langsung semua kenderaan berat, kecuali beberapa sektor kritikal sahaja.
Itu dapat meringankan ataupun mengurangkan kenderaan berat di atas jalan raya semasa musim perayaan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Keduanya, sudah tentu dari segi kajian semula undang- undang yang lebih berkesan. Itu sedang dilaksanakan, sedang kita lihat di dalam Kementerian Pengangkutan. Seperti yang pernah saya katakan, kita juga nak letakkan
Tuan Loke Siew Fook
tanggungjawab itu bukan sahaja kepada syarikat pengangkutan, malah pemilik kargo juga perlu ada liabiliti, ada tanggungjawab.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Sekiranya kalau pemilik kargo itu, dia nak sengaja minta supaya syarikat pengangkutan bawa lebih muatan, ia juga mungkin perlu dikenakan tindakan.
Itu yang kita katakan bukan sahaja pemandu kena tindakan, bukan sahaja syarikat pengangkutan kena tindakan, pemilik kargo-kargo yang dibawa itu terutamanya syarikat- syarikat perlombongan umpamanya syarikat-syarikat pasir.
Kita tahu kebanyakan lori pasir umpamanya ada lebih muatan tetapi syarikat pengangkutan kita, tuan punya kargo yang minta mereka bawa lebih dengan kos yang rendah. Jadi, itu yang kita lihat daripada segi perundangan, ia perlu juga melibatkan. Kargo itu perlu ada tanggungjawab juga.
Selain itu, sudah tentunya kita juga ada dasar untuk cuba galakkan penggunaan rel daripada kenderaan berat ataupun lori di atas jalan raya. Apabila ECRL siap nanti, sudah tentu kita akan membuatkan beberapa dasar terutamanya ke Pantai Timur, ia sudah ada alternatif. Tak perlulah guna lagi lori-lori untuk membawa barangan ke Pantai Timur, sudah boleh pakai rel melalui ECRL.
Jadi, itu pelbagai insentif akan diberikan untuk memastikan lebih banyak pemilik kargo ataupun syarikat-syarikat pengangkutan menggunakan rel sebagai alternatif kepada lori berat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang menjalankan operasi khas memeriksa lori-lori yang bergerak di semua lebuh raya dan keseluruhan jalan raya juga demi keselamatan pengguna-pengguna lebuh raya serta mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha-pengusaha lori. Minta penjelasan.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Memang operasi khas diadakan dari semasa ke semasa. Penguatkuasaan itu memang berkala. Saya telah mengarahkan Bahagian Penguatkuasa JPJ supaya menjalankan penguatkuasaan itu sepanjang masa bukan sahaja ada operasi-operasi khas tetapi pada waktu-waktu biasa.
Pengarah Penguatkuasa diberikan mandat untuk melaksanakan apa sahaja yang perlu dan mereka mendapat maklumat-maklumat dari semasa ke semasa. Ada pengintipan dibuat di kawasan-kawasan yang hotspot dan sebagainya.
Memang operasi dibuat dengan begitu ketat sehingga memang ada juga yang mengeluh, yang mengadu sekarang ini penguatkuasaan lebih tetapi kita tak ada pilihan kecuali penguatkuasaan yang lebih tegas. Memang ketidakpatuhan itu amat tinggi dan bagi kita, keselamatan orang ramai adalah priority.
Saya memang memberikan sokongan penuh kepada JPJ untuk melaksanakan operasi mereka dan sudah tentunya juga ada tindakan-tindakan diambil untuk memastikan
Tuan Loke Siew Fook
syarikat-syarikat pengangkutan itu mematuhi audit. Itu sebabnya kalau kita lihat statistik tahun lalu, begitu banyak syarikat telah pun diaudit dan banyak juga digantung dan ini memberikan satu mesej yang kuat kepada syarikat-syarikat pengangkutan.
Memang kita gantung operasi mereka, memang ada kerugian yang besar. Kalau gantung 30 hari, bayangkan semua kenderaan mereka tak boleh bergerak 30 hari. Dia punya kontrak dengan syarikat-syarikat ini akan terjejas tetapi kita tak ada pilihan.
Tuan Loke Siew Fook
Kita nak bagi satu mesej yang kuat, yang jelas kepada syarikat-syarikat pengangkutan supaya berikan keutamaan terhadap keselamatan jalan raya dan perkara ini saya rasa tak ada kompromi dan saya harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong tindakan yang tegas ini supaya kita bagi satu amaran kepada semua pihak untuk menjaga keselamatan orang ramai. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Puan Speaker. Soalan Sandakan nombor tiga.
3. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah kementerian bercadang untuk menjalankan Audit Keselamatan Jalan Raya di Jalan Persekutuan 22 di Sandakan iaitu Jalan Utara Sandakan khususnya di kawasan Batu 5 di mana kemalangan jalan raya kerap berlaku.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sandakan atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sandakan, Audit Keselamatan Jalan Raya terdiri daripada lima peringkat utama yang dilakukan bagi sesuatu projek jalan raya. Setiap peringkat bertujuan untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sebelum, semasa dan selepas pembinaan.
Ia bertujuan untuk memastikan reka bentuk dan operasi jalan memenuhi piawaian keselamatan serta meminimumkan kemungkinan berlakunya kemalangan. Bagi Audit Keselamatan Jalan Raya yang dimaksudkan Ahli Yang Berhormat pula adalah di peringkat lima yang terbahagi kepada dua iaitu selepas pembinaan atau pada jalan sedia ada yang telah lama beroperasi.
Jadi, Audit Keselamatan Jalan Raya ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti risiko keselamatan yang ditemui dari semasa ke semasa. Bagi lokasi yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat Sandakan iaitu Jalan Kota Kinabalu, Sandakan, kawasan Batu 5 ini adalah di laluan Persekutuan FT022 yang berada di kawasan selekoh. Berdasarkan semakan, pihak JKR Sabah telah membuat pembaikan lampu jalan di kawasan selekoh ini pada tahun 2024 dan juga telah berhubung dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk isu dahan pokok yang menghalang pencahayaan dari lampu jalan. Seiring dengan itu, pihak JKR Sabah akan menambah fasiliti seperti papan tanda yang bersesuaian di kawasan selekoh ini.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Kerja Raya bersama-sama Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan tahap keadaan jalan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato Sri Menteri. Untuk soalan tambahan saya adalah dari segi keselamatan jalan raya selain daripada cuaca, keadaan jalan raya merupakan faktor utama. Ini termasuk jalan raya yang rata tanpa lubang, garisan jalan yang jelas dan juga lampu jalan yang terang serta berfungsi. Jadi, soalan saya adalah apakah jadual penyelenggaraan untuk lampu jalan di sepanjang Jalan Persekutuan 22 dan berapa banyakkan peruntukan setiap tahun?
Jika berlaku kerosakan, adakah terdapat bajet sedia ada atau perlu memohon dana tambahan dan berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan pada tahun lepas untuk kerja penyelenggaraan jalan raya bersamaan dengan semua lampu jalan raya? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, saya telah difahamkan oleh rakan saya Menteri Keterjaminan Makanan supaya mengucapkan tahniahlah kerana dia pengantin baharu. Betulkah? Congratulations. Okey, ini berita baik. Jadi, jawapannya...
[Ketawa] Okey, soalan tambahan. Ramai – banyak tadi ya. Tuan Yang di-Pertua, beberapa soalan tadi, bagi jadual penyelenggaraan lampu jalan di sepanjang Jalan Persekutuan 022 ini hanya dapat dilaksanakan satu ke dua bulan sekali memandangkan kekurangan tenaga kerja ataupun staf di JKR daerah.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kerja-kerja elektrik ini hanya dapat dilaksanakan pada waktu malam. Mengapa waktu malam? Sebab kita nak pastikan lampu itu betul-betul rosak ataupun dia belum rosak sampai perlu diganti dan sebagainya. Okey. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, bajet ada. Memang diperuntukkan setiap tahun bergantung pada permohonan oleh JKR Sabah. Ini penting ya, dari JKR Sabah berdasarkan keperluan di tapak. Sekiranya pembaikan jangka masa panjang ini diperlukan, JKR Sabah akan memohon peruntukan tambahan. Pembaikan jangka panjang merangkumi kerja-kerja penggantian kabel dan komponen-komponen yang sudah tamat tempohnya.
Jadi, permohonan dana tambahan hanya untuk pembaikan jangka panjang, penggantian kabel bawah tanah dan komponen yang dah mencapai tempoh luput. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, penyelenggaraan jalan daerah Sandakan, laluan R22 Kota Kinabalu, Sandakan adalah berdasarkan kepada Anggaran Penyelenggaraan Jalan ataupun APJ yang disyorkan oleh JKR Sabah mengikut senarai keutamaan negeri. Ini penting diketahui Yang Berhormat. Sila berhubung dengan JKR Sabah. Jadi, begitu juga pecahan yang telah dibelanjakan bagi Jalan Persekutuan Daerah Sandakan adalah seperti berikut.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Untuk skop kerja rutin, ia merangkumi secara ringkasnya kerja-kerja pavement, pemotongan rumput, penyenggaraan bahu jalan, penyenggaraan perabot jalan, penyenggaraan jambatan dan culvert dan penyenggaraan longkang. Jadi, Yang Berhormat Sandakan, kerja-kerja rutin ini sentiasa berjalan dari semasa ke semasa mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan. Sebab ini dalam konsesi syarikat, tak dimohon pun memang ada.
Jadi, bagi tahun 2023 Tuan Yang di-Pertua hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM7.71 juta untuk kawasan itu. Jadi, Yang Berhormat Sandakan, Kementerian Kerja Raya
(KKR) turut memberikan perhatian kepada kerja-kerja penyelenggaraan berkala pavement. Jadi, kalau bukan pavement juga, dan penyenggaraan cerun dan kerja elektrik di daerah Sandakan.
Dari tahun 2023 ke 2025, kerja-kerja yang dilaksanakan adalah seperti berikut.
Berkala pavement RM53.149 juta untuk 25 kerja ataupun sepanjang 39.2 kilometer. Untuk kerja berkala bukan pavement telah dibelanja RM6.6 juta untuk 12 kerja. Untuk kerja elektrik RM1.109 juta untuk enam kerja. Untuk cerun juga ada iaitu RM8.78 juta untuk tiga kerja. Jadi, setakat itulah yang khusus untuk kawasan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, Puan Yang di- Pertua, soalan asal Sandakan menyentuh tentang Audit Kemalangan Jalan Raya dan saya kira jalan raya ini menjadi aspek terpenting yang perlu diaudit untuk mengelakkan berlakunya kemalangan bukan setakat di Sandakan bahkan di seluruh negara. Menteri MOT dalam kenyataan akhbar ada menyebut, “Statistik terkini menunjukkan 5,029 berlaku kemalangan maut dan seramai 5,364 orang mati mulai Januari hingga Oktober 2024”. Paling ramai penunggang motosikal iaitu 65 peratus.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Soalan saya, Audit Keselamatan Jalan Raya ini antara lain bertujuan untuk mengenal pasti reka bentuk dan pembinaan jalan raya baharu yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang menangani segera dalam tempoh 24 jam selepas menerima e-aduan pengguna untuk memastikan elemen infrastruktur jalan raya seperti papan tanda jalan, tanda lalu lintas, lampu jalan, trafik signal yang rosak itu dibaiki dalam tempoh 24 jam? Yang kedua, adakah bercadang untuk mendokumentasikan kod amalan jalan raya secara ketat, secara formal untuk penambahbaikan bagi mengelakkan kemalangan berlaku?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang akhir, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan laluan khas penunggang motosikal di seluruh lebuh raya yang ada dalam negara kita ni untuk mengelakkan kemalangan jalan raya berlaku? Sekian, terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Ini soalannya ada kaitan dengan soalan asal sebab dia standard quality jalan kita, terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Memang ketiga-tiga isu yang dibangkitkan oleh Jerlun tu memang kita sedang menangani dan juga ada hala tuju yang tertentu. Pertama, untuk yang dikatakan kajian kemalangan itu berlaku dan saya pun tahu ini dari MIROS.
Jadi, kita difahamkan dalam kajian itu, saya tak tahu Yang Berhormat tahu kah tidak, difahamkan kemalangan ini berlaku atas bukan banyak sangat kerana kualiti jalan raya.
Hanya 13 persen kerana jalan raya, rosak dan sebagainya, 80 peratus itu adalah kecuaian yang membawa kereta atau motosikal. Ini hakikatnya yang ada dalam kajian MIROS tadi Yang Berhormat, bukan saya nak menuding jari kepada pengguna jalan raya. We must address this issue juga. Sebab itu saya suka kita mesti ada advokasi kepada pengguna jalan raya supaya mengguna jalan raya dengan kod etika yang terbaik, yang ditetapkan supaya selamat.
Kedua, sekarang memang kementerian, KSU sekarang akan menjalankan satu program untuk kita buat PCA ke seluruh jalan. PCA ini untuk kita mengenal pasti bukan kerana kita tengok ada jalan itu nampak macam dia rosak tetapi kita perlu melihat lebih mendalam. Kalau kita buat tampalan dan sebagainya, we are treating the symptoms. Kita nak treat the disease. Jadi, dia rosak nampaknya di atas tapi bawah sana sudah lebih rosak, jadi kena – sebab itu memang betullah cadangan daripada Yang Berhormat, kita perlu menjalankan satu siasatan yang lebih menyeluruh supaya kita dapat tahu apa sebenarnya patut kita buat untuk kita pastikan kualiti jalan itu tadi di tahap yang terbaik sebab dia ada piawaian jalan raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, ringkaskan jawapan Yang Berhormat. Ringkaskan jawapan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ringkas. Ini dua. Ketiga tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Laluan motosikal.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Laluan khas.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Laluan khas. Laluan khas Yang Berhormat, memang kita hendak lorong motosikal ini diadakan tetapi oleh sebab projek yang lama sukarlah kita nak pastikan ada kita buat lorong motosikal baru sebab ada sudah pengambilan tanah dan sebagainya. Kadang-kadang pengambilan tanah pun kita tak boleh buat, kalau bertingkat lagi sukar. Tetapi hala tuju ke depan, memang kami nak tekankan supaya ada lorong khas untuk motosikal. Cuma, kesan dia nanti memang dari segi kewanganlah, dia akan memberi kesan kepada kos akan meningkat tetapi bila kita memikir, menimbangkan kos dan nyawa, memang nyawa yang pentinglah.
Jadi, itu hala tuju kita dalam mara ke depan untuk kita pastikan mereka yang menggunakan motosikal ini, kita bantu untuk supaya mereka ada lorong. Tapi ini ialah isu besar dia nanti adalah peningkatan kos apabila kita buat ataupun laksanakan jalan itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah mitigasi yang diambil pihak kementerian bagi menjamin sektor pertanian tidak terjejas ketika musim banjir melanda terutamanya melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Yang Berhormat Datuk yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengambil beberapa langkah mitigasi yang proaktif bagi mengurangkan impak terhadap sektor pertanian ketika musim banjir khususnya di Pantai Timur.
Antara langkah-langkah utama yang dilaksanakan, yang pertama menyelenggara infrastruktur sistem pengairan dan saliran pertanian seperti sistem saliran, rumah pam dan kolam takungan. Bagi tahun 2025, sebanyak RM55 juta telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM dengan RM14.8 juta disalurkan khusus di negeri Pantai Timur.
Kedua, memastikan ketersediaan pam bergerak beroperasi dalam keadaan optimum di kawasan penanaman padi untuk mengepam air keluar. Ketiga, memastikan semua pintu kawalan pasang surut di kawasan penanaman padi fungsi dengan baik agar kawalan air lebih berkesan bagi mengekalkan paras minimum di pintu kawalan pasang surut. Melainkan Datuk kalau berlaku banjir luar biasa, itu lain. Macam banjir 2014, itu pam apa pun, dengan pam- pam hanyut.
Keempat, melaksanakan inisiatif pertanian pintar iklim dengan fokus kepada tiga aspek utama. Meningkatkan daya tahan sistem pertanian terhadap perubahan iklim, mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan memastikan pengeluaran makanan yang mampan serta berdaya saing. Pendekatan ini bertujuan untuk menangani cabaran perubahan iklim di samping memastikan produktiviti pertanian berterusan.
Saya lihat di Rantau Panjang ada penanam sayur, dia buat tinggi dah sayurnya itu tapi dia banjir luar biasa, sampai juga air ke sayur yang digantung itu. Ertinya kalau banjir luar biasa selalunya luar daripada jangkaan fikiran kita.
Kelima membangunkan varieti tanaman tahan cuaca ekstrem dan teknologi pertanian inovatif. Projek kerjasama antarabangsa oleh penyelidik dan kemajuan pertanian iaitu MARDI telah menghasilkan varieti padi tahan banjir, menggunakan gen submergence yang boleh bertahan dalam keadaan rendaman air 14 hari semasa peringkat vegetative. Varieti ini dijangka diperkenalkan 2028. Itu dia boleh tenggelam 14 hari, dia boleh hidup lagi.
Keenam, memperkukuh sistem pangkalan data infrastruktur dengan menggunakan teknologi seperti graphic information system. Sistem pangkalan data ini boleh dikembangkan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
dengan kolaborasi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Metrologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bagi membantu petani dan merancang penjadualan penanaman supaya risiko kerosakan terhadap hasil petani dapat dikurangkan.
Ramalan misalnya bulan Oktober akan banjir tahun lepas, tiba-tiba berlaku bulan September, maka padi tenggelamlah di Pasir Mas, di Tumpat, di Kedah, itu yang kehilangan equivalent dengan lima juta kampit. Bukan lima juta kampit ayaq bawa hanyut, tapi itu equivalent. Jadi, keadaan-keadaan begitu sebab itu ramalan cuaca kita, kita harap dapat diperbaiki supaya ia ramal dengan lebih tepat. Memang nak tepat 100 persen payah tapi sekurang-kurangnya larinya tidak jauh supaya kita lihat padi bila tenggelam, dua hari pun dah musnah. Kalau padi belum masak, kalau tenggelam dua, tiga hari dia boleh tahan lagi. PKPM komited melaksanakan langkah-langkah mitigasi dalam mendepani banjir bagi memastikan sektor pertanian negara kekal mampan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Datuk Seri Menteri yang telah memberi jawapan. Saya meneliti jawapan tersebut. Cuma saya ingin menyebut dalam bidang pertanian ini, ada dua perkara yang bertemu. Padi berhajat kepada air yang bertakung, tembikai dia tidak berhajat kepada air yang bertakung.
Dalam isu banjir, saya tidak nak sentuh, memang banjir ini adalah bukan saja padi, manusia pun boleh tenggelam. Cuma saya nak sebut bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Peruntukan padi, sejauh mana pihak kerajaan bersedia untuk membuat saliran yang mencukupi terutama sekali di kawasan Pasir Puteh? Kawasan penanaman timun ini, saliran daripada kawasan kebun sampai kepada Sungai Kemasin semula, daripada kebun. Adapun dalam kebun ke saliran itu serah kepada para petani.
Kalau boleh, pihak kerajaan bagi fokus di kawasan Pasir Puteh kerana mereka menghadapi kerugian yang besar bukan sahaja di musim tengkujuh, bila hujan turun sahaja, mereka berdepan dengan kerugian. Sejauh mana pihak kerajaan bersedia untuk buat ganti rugi di luar daripada musim banjir? Hujan biasa tenggelam. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Ustaz Datuk Dr., Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melaksanakan beberapa inisiatif utama untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian dapat diteruskan, walaupun dalam keadaan cuaca ekstrem. Kita tahu timun cina atau tembikai, dia ripe, masak, masa kering. Tadi macam tebu misalnya, dia mahu tempat lembap. Itu penanam-penanam hendaklah bijak untuk memilih tempat-tempat yang ditanam dan kita tahu Kelantan mempunyai tanah yang luas. Ada tanah- tanah yang kering, ada tanah yang selalu ditenggelami banjir. Kita harap para petani boleh memilih tanaman yang bersesuaian dengan cuaca di tempat mereka.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pada tahun 2025, KPKM telah menerima kelulusan dua projek baharu dengan siling kos projek RM16 juta bagi melaksanakan projek-projek menaik taraf pintu air dan rumah pam bagi kawasan luar jelapang. Ini termasuklah di kawasan Pasir Puteh. Spesifik kawasan Pasir Puteh, saya akan beri secara bertulis. Soal mangsa banjir sama ada nelayan atau petani.
Kalau ada yang tercicir, mereka terlibat tapi kerajaan belum memberi bantuan, kita harap Yang Berhormat memberi senarai itu kepada saya. Saya akan mengambil tindakan dengan segera.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Setelah mendengar jawapan daripada Menteri tadi, saya ingin bertanya soalan mengenai salah satu daripada langkah mitigasi. Tadi menyatakan ada sistem data dan yang telah diperolehi. Adakah sistem data ini terbuka untuk kegunaan penyelidikan dan juga perancangan bagi masa depan? Bagi mangsa banjir, adakah terdapat mekanisme untuk memastikan tuntutan daripada petani yang terlibat, di mana aset ataupun tanaman mereka rosak, bagi menentukan tuntutan mereka itu sahih dan betul? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Untuk misalnya infrastruktur, kita KPKM menghargai kerjasama yang begitu baik dengan terutama sekali Kerajaan Sarawak, terutama dalam hal pertanian ini. Soal tuntutan kalau berlaku kerosakan dan sebagainya, kita ada mekanisme sama ada kalau musnah terus, kalau dia musnah hanya separuh dan pampasan akan dikira oleh pegawai-pegawai kita dan disahkan oleh beberapa pihak. Maka, bantuan akan diberikan di mana saja ia berlaku sama ada tempat itu tanaman dalam bentuk private ataupun dalam bentuk syarikat yang kecil, pengusaha koperasi dan sebagainya. Kementerian akan tetap memberi bantuan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor 5.
5. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan garis panduan yang sewajarnya untuk menangani masalah peningkatan premium insurans perubatan swasta memandangkan kenaikan tersebut akan membebankan masyarakat, khususnya golongan M40. Sekiranya ya, nyatakan garis panduan-garis panduan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Di Malaysia, produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) ditawarkan dengan kadar premium yang ditetapkan semula secara berkala. Peningkatan inflasi kos perubatan dan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih tinggi adalah punca utama premium MHIT yang semakin meningkat.
Semasa menetapkan semula premium, pihak insurers and takaful operator (ITO), dengan izin,
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam dokumen dasar perniagaan MHIT.
Berdasarkan dokumen dasar ini, ITO hanya boleh menetap semula premium apabila kos tuntutan sebenar meningkat secara berterusan serta melebihi nilai ambang atau threshold, dengan izin, yang ditentukan lebih awal dalam amalan dalaman ITO. ITO juga tidak dibenarkan untuk menetapkan semula premium semata-mata untuk meningkatkan keuntungan ITO.
Namun demikian, menyedari akan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia juga telah mengambil beberapa langkah interim bagi mengekang impak kenaikan premium MHIT. Kerajaan memahami bahawa langkah interim ini hanya bersifat sementara dan inisiatif bersepadu dan komprehensif perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah inflasi kos perubatan.
Oleh itu, semua pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, hospital swasta dan ITO sedang bekerjasama untuk menyegerakan perlaksanaan inisiatif untuk membendung kadar inflasi kos perubatan. Usaha ini berlandaskan lima teras utama seperti yang berikut:
(i) peningkatan ketelusan kos, termasuk penerbitan harga ubat dan perkhidmatan kesihatan lazim serta mekanisme penganggaran untuk kadar inflasi perubatan;
(ii) perlaksanaan model pembayaran berdasarkan diagnosis-related group (DRG) secara berfasa oleh hospital swasta, oleh KKM, termasuk mengkaji keperluan untuk meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), selaras dengan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Disember 2024;
(iii) transformasi reka bentuk produk MHIT melalui pembangunan produk asas dengan ciri-ciri yang lebih mampan;
(iv) meluaskan pilihan kesihatan yang mampu milik melalui inisiatif Rakan KKM dan perkembangan hospital yang tidak berasaskan keuntungan; dan
(v) perlaksanaan rekod kesihatan elektronik, dengan izin, electronic medical records (EMR) untuk mengurangkan pertindihan ujian diagnostik yang membolehkan penjimatan kos dan kecekapan operasi Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan susulan saya, beberapa laporan meramalkan bahawa premium insurans perubatan akan naik antara 40 hingga 70 peratus tahun ini yang akan menguntungkan syarikat-syarikat insurans tetapi akan membebankan rakyat, terutamanya golongan M40.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Antara punca kenaikan premium tersebut adalah fee for service, dengan izin, di hospital- hospital swasta, di mana dikatakan terdapat over charging yang ketara oleh pembekal khidmat perubatan ataupun, dengan izin, medical service providers. Memandangkan keadaan tersebut, adakah kerajaan bercadang untuk menggubalkan undang-undang baharu untuk memperkenalkan cara-cara pembayaran yang baharu untuk menggantikan fee for service tersebut di hospital-hospital untuk mengurangkan kos rawatan yang akan juga mengurangkan premium insurans perubatan? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seperti yang diterangkan sebentar tadi, peningkatan MHIT yang meningkat adalah didorong oleh peningkatan inflasi kos perubatan dan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih tinggi.
Antara tahun 2021 hingga 2023, peningkatan kumulatif jumlah tuntutan MHIT adalah sebanyak 56 peratus, manakala dalam tempoh yang sama, peningkatan kumulatif jumlah premium terkumpul MHIT hanya 20 peratus. Oleh itu, kerajaan sedang bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam mencari penyelesaian jangka masa panjang dan akan mengutamakan reformasi kesihatan yang menyeluruh untuk menangani isu inflasi kos perubatan dan caj-caj di hospital swasta.
Antara strategi penting untuk mengatasi isu over charging seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi adalah menerusi pelaksanaan model pembayaran berdasarkan diagnosis-related group secara bersasar di hospital swasta oleh KKM. Untuk melaksanakan model pembayaran berdasarkan DRG, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan mengkaji keperluan untuk meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat, DRG adalah mekanisme pembayaran bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih moden dan holistik berbanding dengan mekanisme pembayaran yang sedia ada iaitu pembayaran fi untuk perkhidmatan atau, dengan izin, fee for service. Berbanding dengan fee for service, pembayaran berasaskan DRG yang dilengkapkan dengan pemantauan kualiti klinikal akan menggalakkan kecekapan kerana hospital didorong untuk memberikan rawatan yang lebih berfokus dan berkesan, mengelakkan prosedur dan ujian yang tidak perlu dan pada masa yang sama, memastikan pesakit mendapat penjagaan yang berkualiti. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Timbalan Speaker memberi pada Kulim, tak memberi pada Tanjong Karang. YB, jangan marah. Hari terakhir, saya ada enam soalan. Boleh, Tuan Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu soalan tambahan sahaja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Hari terakhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cepat tanya. Masa sudah habis.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Jelaskan bagaimana syarikat insurans dan takaful operator (ITO) dibenarkan menaikkan premium produk insurans dan takaful perubatan juga kesihatan secara mendadak walaupun ITO sudah mencatat keuntungan? Mengapa ITO tidak boleh menggunakan sedikit daripada keuntungan untuk menyerap kenaikan premium? Terima kasih. Satu soalan sahaja.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Peningkatan premium yang berlaku adalah disebabkan oleh kos inflasi perubatan yang tinggi. Secara lazimnya, pelarasan premium berlaku apabila kos tuntutan MHIT meningkat secara berterusan sehingga premium berisiko untuk tidak lagi mampan.
Untuk makluman Yang Berhormat, portfolio MHIT keseluruhannya mengalami kerugian pada tahun 2023/2024. Jika produk MHIT terus berada pada tahap tidak mampan, ada risiko produk tersebut tidak lagi ditawarkan oleh kebanyakan ITO pada masa hadapan, seterusnya akan menambah tekanan ke atas sektor perkhidmatan kesihatan awam.
Keuntungan portfolio lain secara amnya tidak wajar digunakan untuk menyerap kerugian portfolio MHIT kerana langkah ini boleh menjadikan premium produk lain, contohnya insurans hayat atau pendidikan lebih mahal serta tidak adil kepada pemegang polis yang tidak membeli MHIT. Sebagai contoh, pemegang polisi yang hanya membeli perlindungan hayat juga perlu membayar premium yang tinggi untuk menampung tuntutan produk MHIT meskipun produk perlindungan hayat tidak dipengaruhi oleh inflasi kos perubatan.
Namun begitu, kerajaan peka terhadap keluhan-keluhan rakyat mengenai isu ini.
Oleh itu, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan bersepadu bersama pihak-pihak berkepentingan yang lain dalam mencari penyelesaian jangka masa panjang dan reformasi kesihatan untuk menangani isu inflasi kos perubatan dan caj-caj hospital swasta. Ini termasuk meningkatkan ketelusan kos ubat-ubatan serta perbandingan kos perubatan lazim.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Mohamad Shafizan bin Kepli, Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah terdapat rancangan besar-besaran untuk menaik taraf bangunan tabika dan tadika KEMAS yang usang dan uzur terutama di Sarawak dan Sabah seperti mana usaha untuk menoktahkan sekolah dan klinik daif.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih YB Batang Lupar atas soalan.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sentiasa peka dan mengambil perhatian serius terhadap keperluan untuk menambah baik serta menaik taraf bangunan tabika dan taska KEMAS di seluruh negara terutamanya di Sarawak dan Sabah yang masih mempunyai banyak bangunan usang dan kurang selamat.
Pada tahun ini, KEMAS telah diluluskan peruntukan khas sebanyak RM40 juta untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih premis termasuk pembelian peralatan bagi tabika dan taska KEMAS seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, KEMAS Sarawak dan KEMAS Sabah masing-masing telah diperuntukkan sebanyak RM4 juta. Peruntukan ini diberikan dengan mengambil kira status bangunan sama ada milik KEMAS.
Bagi memastikan tabika dan taska KEMAS dapat beroperasi dengan selamat dan dalam persekitaran yang kondusif, kementerian melalui KEMAS sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala terhadap keadaan fizikal bangunan melalui pemantauan pengurusan yang dilaksanakan sepanjang tahun.
Bagi Parlimen Batang Lupar, KEMAS telah meluluskan sebanyak RM460,000 bagi tiga projek baik pulih tabika tahun 2025 iaitu di Tabika KEMAS Kampung Sungai Ladong berjumlah RM130,000, Tabika KEMAS Kampung Entanggor, Sebuyau juga RM130,000 dan Tabika KEMAS Kampung Tambak, RM200,000.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada KEMAS kerana telah dikurniakan Reader's Digest Gold Trusted Award sebanyak lima kali berturut-turut.
Semestinya keadaan bangunan yang baik dan selamat amat penting untuk mewujudkan persekitaran pengajaran-pembelajaran kondusif untuk anak-anak kita. Selain itu juga, kompetensi para guru juga memainkan peranan yang penting khususnya dalam soal pendidikan awal kanak-kanak.
Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, selain daripada menaik taraf bangunan yang daif dan uzur, adakah pihak kementerian melalui Jabatan KEMAS menetapkan keperluan untuk menaik taraf kelayakan tenaga pengajar di tabika KEMAS daripada kelulusan diploma sebelum ini kepada ijazah sarjana muda, setaraf dengan guru- guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Batang Lupar atas soalan tambahan. Soalan tambahan ini lari sedikitlah daripada soalan utama sebab soalan utama naik taraf bangunan tabika, tetapi soalan tambahan kepada pendidik masyarakat KEMAS. Namun begitu, saya jawab.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berperanan sebagai peneraju dan menyediakan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia melalui program tabika dan taska.
Bagi memastikan tahap profesionalisme dan kualiti pendidikan terus diperkasakan, KEMAS kini sedang dalam kajian bagi menyelaras kelayakan pendidik masyarakat dari gred S5 kepada gred S9 agar manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh oleh semua peringkat yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, satu sesi libat urus sedang dilaksanakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan berkaitan dengan perkara ini. Pada peringkat seterusnya, hasil kajian dan perbincangan akan dibawa kepada kementerian sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan tertakluk kepada implikasi kewangan kepada kerajaan.
Jabatan KEMAS akan memperhalusi cadangan untuk menaik taraf kelayakan tenaga pengajar di tabika KEMAS daripada diploma kepada ijazah sarjana muda setaraf dengan guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak.
Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 9,582 orang pendidik masyarakat KEMAS memiliki kelayakan diploma pada masa ini. Manakala 1,271 orang telah memperoleh ijazah sarjana muda. Angka ini mencerminkan tahap kelayakan akademik yang tinggi di kalangan tenaga pengajar sekali gus menunjukkan komitmen KEMAS bagi memastikan kualiti pendidikan awal kanak-kanak terus diperkasakan dan tenaga pengajar yang lebih berilmu dan berkemahiran.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sehubungan dengan soalan itu, saya ingin bertanya, adakah proses penaiktarafan sekolah-sekolah atau pun tabika dan tadika di Sabah, Sarawak serta Semenanjung ini juga memenuhi standard minimum infrastruktur pendidikan awal kanak- kanak sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kanak-kanak Malaysia? Satu.
Kedua, adakah kementerian bercadang untuk membangunkan pelan induk pembangunan pra sekolah luar bandar yang selari dengan Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk tadika dan tabika KEMAS di seluruh negara? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih YB Tumpat atas soalan tambahan. Memang menjadi hasrat kementerian, khasnya KEMAS, untuk menyediakan kemudahan, khasnya bangunan fasiliti, yang standardnya selaras dengan Kementerian Pendidikan. Maksudnya berdasarkan Pelan Strategik Pendidikan Negara.
Namun begitu, perkara ini dapat kita laksanakan terhadap bangunan-bangunan baharu. Maksudnya, pelaksanaan bangunan-bangunan baharu. Bagi program naik taraf, kita
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
masih lagi menggunakan skop yang sedia ada berdasarkan peruntukan yang kita terima dan juga kerja baik pulih yang kita perlu laksanakan.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Namun begitu, ada sesetengah perkara dapat kita pertimbangkan untuk dinaik taraf menjadi – mengikut standard pelan yang telah ditetapkan. Kita, kementerian komited untuk memastikan kemudahan-kemudahan ini selaras dengan standard keperluan yang disediakan oleh kerajaan pada masa ini. Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak, Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) statistik pembantu pegawai perubatan (MA) serta jururawat yang bertugas di hospital-hospital Kerajaan mengikut negeri dari tahun 2015-2024; dan
(b) justifikasi pertambahan jam bekerja jururawat dari 42 jam seminggu kepada 45 jam seminggu dan sejauh mana pertambahan jam kerja ini dijangka memberi tekanan kepada jururawat yang bertugas.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Soalan ini telah pun dijawab berulang kali oleh Kementerian Kesihatan dan juga pada 25 Februari yang lepas juga, Yang Berhormat Menteri turut menjawab persoalan yang telah pun dibangkitkan di dalam soal ucapan Titah Diraja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi boleh ringkaskan kalau pernah jawab.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus berkenaan tentang statistik pembantu pegawai perubatan
(MA) serta jururawat yang bertugas di hospital-hospital kerajaan mengikut negeri dari tahun 2015 ke tahun 2024. Saya tidak akan menjawab soalan ini secara lisan dan telah pun mengemukakan jawapan secara bertulis.
Walaupun demikian, data-data yang diberikan adalah spesifik untuk pegawai-pegawai MA dan juga jururawat yang berada di hospital, tidak mengambil kira pegawai-pegawai yang berada dan mengisi di institusi di bawah ibu pejabat KKM, jawatan kumpulan, jawatan simpanan dan juga di pusat-pusat latihan seperti di Institut Kanser Negara dan Institut Perubatan Respiratori.
Berkenaan tentang soalan yang kedua dibangkitkan, justifikasi pertambahan jam bekerja jururawat daripada 42 jam ke 45 jam. Pelaksanaan jumlah jam waktu bekerja syif 45 jam seminggu telah diperkenalkan menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) melalui pelaksanaan sistem waktu bekerja syif 45 jam.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Pegawai akan diperuntukkan satu jam waktu rehat pada setiap giliran syif, serahan tugas, passing over report, dengan izin, akan diambil kira dalam waktu bekerja syif di mana serahan tugas dibuat pada jam akhir sebelum tamat waktu bekerja syif bersekali dengan jam awal syif dan seterusnya.
Yang ketiga, memastikan pegawai mendapatkan waktu rehat mencukupi dan serahan tugas secara teratur. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, KKM telah diluluskan perlanjutan tempoh interim bagi pengecualian pelaksanaan waktu bekerja syif di KKM bagi tempoh tiga bulan bermula daripada 1 Mac hingga 31 Mei 2025. KKM perlu memastikan pelaksanaan waktu bekerja syif dipatuhi berdasarkan peraturan semasa yang berkuat kuasa mulai 1 Jun. Dan juga interim ini adalah diakibatkanlah suara-suara Ahli-ahli Parlimen yang menghendakkan KKM berbincang dengan KKM dan juga Yang Berhormat Menteri sedang mengusahakan perbincangan bersama dengan pihak JPA.
Beban tugas berlaku apabila anggota melaksanakan tugas melebihi kapasiti daripada ketetapan deskripsi tugas anggota tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia sangat memahami beban tugas jururawat dan in actuality, dengan izin. Sebenarnya, mereka telah pun menjalankan tugas lebih daripada 45 jam tanpa mengambil kira waktu rehat dan passing over. Pelaksanaan waktu bekerja 45 jam ini tidak menambahkan lagi beban tugas dan ini akan KKM harmonikan dengan ketetapan SSPA supaya kita dapat menyelesaikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang agak komprehensif.
Kita maklum KKM mengalami kekurangan pegawai termasuklah penolong pegawai perubatan dan jururawat. Kami di JKPK Kesihatan telah diberi taklimat pada minggu lepas tentang kekosongan yang tidak diisi sehingga 31 Disember 2024. Penolong pegawai perubatan seramai 3,682 dan jururawat seramai 14,731. Purata pengisian adalah sekitar 83 peratus. Saya rasa angka ini tidaklah teruk sangat dan telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini bahawa kekosongan yang tidak diisi ini adalah untuk hospital- hospital baharu yang belum siap.
Soalan tambahan saya ialah, sejauh mana wujudnya isu maldistribusi atau pun dengan izin, maldistribution tenaga kerja kesihatan khususnya perjawatan penolong pegawai perubatan dan jururawat di antara negeri-negeri dan juga di antara bandar dan serta dengan luar bandar? Saya bimbang kita hanya berbincang mengenai beban tugas yang tinggi dalam sektor kesihatan awam. Tapi adakah perkara yang sama berlaku di seluruh premis KKM?
Kekurangan yang sama atau pun ada tempat yang lebih tenaga, ada tempat yang kurang tenaga?
Sejauh mana kajian telah dibuat oleh KKM tentang distribusi beban tugas ini? Adakah KKM berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
mengendalikan sendiri pengagihan dan pengambilan kakitangan baharu seperti mana yang dilakukan oleh kementerian lain seperti contoh Kementerian Pendidikan? Dia ada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
...Dia akan lebih – KKM lebih tahu di mana kurang lebihnya, dia sendiri yang mengatur pegawai mereka. Terima kasih Yang di- Pertua.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.
Satu soalan tambahan yang sememangnya telah pun diperbincangkan. Buat ketika ini, antara perkara yang ingin kami laksanakan adalah melaksanakan satu sesi libat urus yang lebih kerap bersama dengan Ahli Parlimen untuk mendapatkan pandangan-pandangan daripada akar umbi.
Dan juga salah satu isu yang kita bincangkan adalah berkenaan tentang maldistribusi dan bukan hanya khusus kepada penolong pegawai perubatan tetapi juga kepada jururawat dan juga pegawai-pegawai perubatan di mana kita melihat terdapat fasiliti-fasiliti telah pun mencapai satu tahap optimum dan juga lebihan tenaga kerja tetapi di kawasan-kawasan yang mendesak seperti di Selangor, di Johor ataupun di Penang, masih lagi berdepan dengan masalah distribusi, lebihan tenaga dan kekurangan tenaga.
Walaupun demikian juga, maldistribusi ini memerlukan kajian yang sangat terperinci.
Kita sedang berusaha untuk mewujudkan satu dashboard yang membolehkan Yang Berhormat Menteri dan juga pegawai tertinggi KPM – KKM untuk melihat keadaan maldistribusi ini dengan menggabungkan kesemua bahagian-bahagian daripada perubatan, kesihatan awam, pengamal – MA dan juga jururawat.
Cuma kita sedang mengenal pasti bagaimana untuk kita mengharmonikan isu berkenaan tentang beban kerja, isu berkenaan tentang kekosongan premis dan juga isu premis-premis baharu yang perlu diisi dengan kakitangan yang diperlukan. Dan juga kita sedang mengkaji apakah unjuran sebenar yang diperlukan KKM untuk menampung kekurangan atau pun lebihan kakitangan ini kerana kita sentiasa bercerita berkenaan tentang kekurangan, kekurangan, kekurangan tetapi kita tidak bercerita berapakah jumlah kakitangan mencukupi untuk menampung sistem kesihatan ini.
Dan juga kita telah pun memperbaiki beberapa perkara. Sekarang kita sedang memobilisasikan pegawai-pegawai kerana kalau Yang Berhormat melihat data yang diserahkan, terdapat kakitangan-kakitangan kita berada di bukan perkhidmatan atau pun bukan melakukan clinical works dan ini kita mobilize-kan secara berfasa. Kita juga sedang menunggu hasil pengeluaran dan kita mempunyai lebih kurang hampir 10,000 pengeluaran yang akan kita hasilkan dalam tempoh dua, tiga tahun selepas pasca Covid ini. Dan juga – selain daripada itu, kita juga melihat outfit – mengambil kira keperluan tambahan kerja ini berdasarkan keperluan – kemampuan kita untuk mengadakan dana bagi penyediaan emolumen.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan berkenaan tentang suruhanjaya kesihatan, perkara tersebut sememangnya ada disebut, ada diusahakan. Walaupun demikian, kita sedang mempergiatkan dulu perbincangan secara diplomatik antara KKM dan juga JPA untuk meningkatkan pertambahan kakitangan kami di Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berapa ramai pembantu perubatan dan jururawat yang berhenti setakat ini untuk menyertai hospital-hospital swasta dan perkhidmatan keluarga negara dan berapa pula jururawat baru lepasan kolej pembantu yang diambil berkhidmat dalam sektor awam? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah pun menjawab soalan ini pada beberapa hari yang lepas. Saya tidak mempunyai data yang terperinci. Kita akan berikan sekali lagi jawapan secara bertulis.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun demikian, ketika ini kita sedang menjalankan produksi penolong pegawai perubatan dan juga jururawat. Ketika ini terdapat 821 lantikan interim semasa yang sedang kita laksanakan dan juga di institusi latihan kita. Kita mempunyai lebih kurang 4,367 jururawat pelatih bagi jururawat masyarakat. Yang akan menjadi jururawat sebanyak 733 orang dan juga penolong pegawai perubatan adalah sejumlah 2,046 orang yang sedang dilatih dan akan keluar menjadi kakitangan awam pada masa akan datang. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Verdon bin Bahanda, Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lapan.
8. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Ekonomi menyatakan perbandingan kadar kemiskinan di Parlimen Kudat pada tahun 2023 ketimbang tahun 2024.
Apakah langkah kerajaan untuk menoktahkan kadar kemiskinan di Parlimen Kudat.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, berdasarkan Survey Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah Bersih (HIES) 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, insiden kemiskinan di Parlimen Kudat, Sabah telah berkurang kepada 34.7 peratus. Merangkumi sekitar 6,000 isi rumah pada tahun 2022 daripada 41.5 peratus pada tahun 2019. Data di bawah Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pula merekodkan sebanyak 4,283 isi rumah yang miskin di Kudat sehingga 31 Disember 2024.
Beberapa strategi jangka sederhana dan panjang untuk menangani kemiskinan dan ketidaksamarataan dari pelbagai dimensi akan terus ditumpukan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
memperkasa rakyat. Ini termasuk meningkatkan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin, meningkatkan akses kepada sokongan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan bagi mengekalkan tahap kualiti hidup tertentu serta meningkatkan daya tahan dan kesejahteraan isi rumah miskin.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Secara khususnya bagi Parlimen Kudat, sejumlah RM35.94 juta telah diperuntukkan di bawah Rolling Plan 5 pada tahun 2025 di bawah Perbelanjaan Pembangunan bagi projek yang dilabel sebagai kemiskinan. Projek-projek utama yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) Projek Bekalan Air Luar Bandar – menaik taraf Loji Rawatan Air Kanibungan;
(ii) Projek Bekalan Air Luar Bandar - sistem agihan dan retikulasi Daerah Pitas bagi Mukim Kalumpang, Dandum dan Pantai;
(iii) Projek Naik Taraf Jalan Radang dan Jalan Telaga, Pitas; dan
(iv) Projek Perumahan Rakyat, Pitas.
Kementerian Ekonomi turut melaksanakan program kemiskinan iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Seramai 110 peserta di Parlimen Kudat yang telah menyertai IPR dengan pecahan seperti berikut:
(i) 67 peserta bagi IPR Intan yang melaksanakan projek pertanian;
(ii) 4 peserta bagi IPR Insan yang mengusahakan vending machine, dengan izin; dan
(iii) 39 peserta bagi IPR Basmi Miskin Tegar yang terlibat dalam pelbagai program peningkatan pendapatan seperti perkhidmatan penghantaran, membaiki kereta dan penyediaan makanan.
Sekian Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sepertimana yang kita tahu, Kudat merupakan salah satu Parlimen antara Parlimen yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. Dua daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu di Daerah Pitas dan Daerah Banggi dalam kawasan Parlimen Kudat. Soalan tambahan saya, apakah perancangan daripada Kementerian Ekonomi untuk memperkasakan lagi - untuk menamatkan masalah kemiskinan di kawasan Parlimen Kudat ini dalam RMKe-13?
Soalan yang kedua saya, apakah projek-projek berimpak tinggi yang akan disenaraikan oleh Kementerian Ekonomi dalam RMKe-13 bagi kawasan Parlimen Kudat yang akan dibentangkan dalam bulan Julai nanti? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kudat, saya pun tidak ada jawapan yang itu.
[Ketawa] Saya belum memastikan lagi dari segi apakah rancangan yang akan datang untuk RMKe-13.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Mohon jawapan bertulis, terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Kalau saya dapat, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanyakan dengan soalan kemiskinan ini. Adakah pihak kementerian dalam masa terdekat ataupun dalam jangka masa panjang akan mengadakan taskforce untuk mengatasi masalah-masalah kemiskinan yang disebutkan di kawasan-kawasan yang kita dengar seperti Kudat, di Sabah, di Sarawak pun ada dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa pembesar suara] .
Tuan Yang di-Pertua
Ya, bagi jawab dahulu. Selepas itu, saya panggil Pendang.
Sabaq, boleh? Okey, bagi saya buat kerja saya, YB buat kerja YB. Okey, silakan.
[Tepuk]
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kita mempunyai strategi dan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Dari segi sederhana dan panjang, untuk menangani kemiskinan dan kesenjangan dari pelbagai dimensi merangkumi meningkatkan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan meningkatkan akses kepada sokongan sosial seperti pendidikan dan kesihatan serta perumahan.
Saya juga telah berbincang dengan bahagian kami di Kementerian Ekonomi untuk menilai semula di kawasan kemiskinan untuk bagaimana kita dapat membantu lebih yang apa kita memberikan sekarang. Insya-Allah dia akan membantu lebih baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ini kerana masalah ekonomi rakyat. Pendang nak tanya apa? Silakan. Barulah - macam itulah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Ketawa]*
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Ketawa] Dengan sistem data yang kita sediakan, dengan jumlah yang agak besar untuk menyediakan sistem data PADU ini, jadi dengan pengenalan data PADU ini saya berharap ia bakal memberikan satu definisi yang lebih tepat kepada – mengenai kumpulan B40 di seluruh Parlimen di Malaysia supaya kita akan dapat satu data yang tepat. Adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) agar lebih realistik dengan kos sara hidup semasa?
Selain itu, bilakah kerajaan akan membentangkan formula PADU sebagai asas strategi membasmi kemiskinan secara menyeluruh dan bersasar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah kementerian merancang untuk memperkenalkan dasar atau polisi khusus bagi menyokong peralihan kepada sistem penanaman padi perennial bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Padang Besar. Tuan Yang di-Pertua, sistem penanaman padi perennial adalah penanaman varieti padi hibrid yang telah dibangunkan oleh negara China. Melalui sistem ini, padi yang ditanam dapat dituai sebanyak dua hingga tiga kali secara berterusan.
Sistem ini dapat mengubah kaedah pertanian sedia ada dan cekap serta dapat menjimatkan tempoh dan kos bagi penyediaan tanah setiap kali musim penanaman.
Untuk makluman, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menggalakkan penggunaan benih padi sah yang berhasil tinggi. Justeru, sebarang kemasukan varieti benih padi hibrid dari negara luar, termasuk China, perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh agensi teknikal iaitu Jabatan Pertanian, Department of Agriculture dan Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terlebih dahulu. Ini bagi memastikan varieti benih padi yang dibawa masuk mematuhi piawaian dan bebas daripada sebarang penyakit dan perosak berbahaya kepada tanaman padi dalam negara.
KPKM yakin benar dan polisi sedia ada yang telah dibangunkan ini dapat menjamin keselamatan serta keterjaminan makanan negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri atas yang detil. Hasil kajian lima tahun di Yunnan University telah berjaya mencipta varieti PR23. Mereka mendapati sepanjang lima tahun padi tersebut ditanam, ia berjaya menghasilkan tuaian yang konsisten selama lapan musim iaitu empat tahun berturut- turut. Berdasarkan potensi PR23 yang menghasilkan 6.8 tan per hektar setiap kali musim selama lapan musim, bagaimanakah kementerian merancang untuk meningkatkan hasil produktiviti padi tempatan yang masih bergantung kepada sistem tanaman konvensional.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Padang Besar. Kerajaan mengambil maklum akan kenyataan YB Padang Besar berkenaan PR23 yang menghasilkan 6.8 tan per hektar setiap musim selama lapan musim. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa pada masa ini, sudah terdapat kawasan penanaman padi di Malaysia
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
yang boleh menandingi penghasilan PR23 malah terdapat kawasan yang melebihi 6.8 metrik tan per hektar. Padi yang dihasilkan ini adalah melalui pelaksanaan program Smart Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan yang telah diperkenalkan pada bulan Mei 2023.
Contoh kawasan yang kita bawa Ala Sekinchan itu, kawasan pembangunan pertanian IADA Kemasin Semerak Pasir Puteh, dapat 6.8 tan per hektar. IADA Ketara Terengganu, tujuh tan metrik per hektar. Kampung Gulau, Pendang, Kedah, tujuh tan per hektar, Kampung Lat Seribu, Perlis, 10.45 tan metrik per hektar. Yang paling penting, kita nak cari cara, mekanisme, perubahan sikap dan sebagainya bukan buat secara sambilan tetapi kita mesti ada tumpuan sepenuhnya.
Varieti-varieti baru misalnya Sabah masih lagi tidak mahu menggunakan varieti baru, masih dengan varieti lama sedangkan varieti lama hanya setakat paling tinggi, empat tan dan varieti baru, kita boleh lonjak sampai ke tujuh, lapan tan bahkan sampai ke 10 tan, 11 tan pun ada.
Oleh itu, apa yang di negara China itu, pihak MARDI dan pihak kerajaan ambil perhatian. Kalau nak memulakan buat research hal itu, kita boleh mulakan tetapi yang sedia ada ini perlu dikembangkan dan diusahakan secara yang lebih sistematik dan moden akan mencapai yang saya sebut tadi, beberapa tempat yang dicuba mencapai lebih daripada tujuh tan. Terima kasih.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan Ledang nombor 10.
10. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini pelaksanaan inisiatif penggunaan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik data dalam memperkukuh pengawasan dan penguatkuasaan keselamatan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, sahabat saya, Ledang. Penggunaan teknologi di dalam penugasan kawalan keselamatan negara memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan mengambil kira ancaman keselamatan yang semakin kompleks dan dinamik. Justeru, KDN sentiasa meneroka penggunaan teknologi baharu khususnya yang berasaskan kecerdasan buatan
(AI) dalam memperkasa pengawasan dan penguatkuasaan keselamatan negara iaitu melalui rancangan pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (SKSN).
Pembangunan sistem SKSN yang dicadangkan ini akan dilengkapi dengan sistem pengawasan terkini berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analitik data bagi membolehkan secara pantas dengan masa sebenar, real-time dan pengawasan sepanjang masa secara berterusan dalam melindungi sempadan daratan dan maritim negara Malaysia demi keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Untuk makluman Yang Berhormat, status rancangan pembangunan SKSN adalah seperti berikut. Kajian kebolehlaksanaan pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara melalui Institut Kawalan Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) KDN serta pasukan penyelidik dan pakar daripada universiti awam telah di laksana pada 7 September 2023 dengan tempoh kajian selama 14 bulan dan telah berakhir pada 6 November 2024 yang lalu.
Hasil akhir kajian telah merumuskan empat teras strategik ke arah pelaksanaan terhadap pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara iaitu:
(i) kerjasama dan integrasi data;
(ii) pengukuhan aset;
(iii) teknologi sempadan baru; dan
(iv) pemerkasaan modal insan.
Untuk makluman Yang Berhormat, hasil dapatan daripada kebolehlaksanaan ini menunjukkan bahawa pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara boleh dilaksanakan secara berperingkat melalui pendekatan quick win, tempoh kurang enam bulan. Jangkaan masa pendek, tempoh kurang setahun, jangkaan masa sederhana, tempoh antara satu hingga lima tahun dan jangka masa panjang, tempoh lebih daripada lima tahun.
Selanjutnya, sebuah pasukan petugas khas (task force) akan merancang keperluan reka bentuk, menganalisis keperluan peralatan serta aplikasi dan seterusnya menentukan kaedah proses perolehan berserta keperluan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-13 bagi pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara ke arah pengukuhan, pengawasan dan penguatkuasaan keselamatan negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya difahamkan bahawa KDN melalui yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri telah pun melaksanakan sistem pengecaman wajah menggunakan teknologi AI di pintu masuk sempadan di Terminal 1 dan 2 KLIA dan juga Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor bermula pada 1 Januari.
Jadi soalan saya, apakah manfaat dan kecekapan yang telah tercapai daripada segi perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat, meningkatkan integriti serta keselamatan negara. Apakah ada contoh-contoh dan kemudian, apakah jaminan kerajaan bahawa dengan pelaksanaan AI ini, maka kita tidak terdedah dengan risiko keselamatan, kebocoran ataupun hacking. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa teknologi sentiasa berkembang, perubahan sentiasa berlaku. Sebab itu dari masa ke semasa, pihak kementerian khususnya agensi dan jabatan berkaitan sentiasa meningkatkan keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran yang berbeza. Kalau kita lihat
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
sempadan negara ini, dia berbeza. Sempadan di Utara iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang berbeza keadaannya kerana topografi yang berbeza.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kalau kita lihat juga di sempadan Timur Kelantan, Terengganu juga berbeza ancamannya. Begitu juga di sekitar Selatan iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dan tentunya sempadan di Sarawak ia berbeza-beza. Sebab itu pendekatan yang kita gunakan berbeza antara satu sama lain dan sentiasa kita tingkatkan keupayaan kita. Tentunya dengan peralatan yang kita gunakan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tempoh hari, ia meningkatkan kembali daripada segi kawalan keselamatan dan dapat menyelesaikan masalah terutama sekali memudahkan urusan rakyat di kawasan terbabit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah berkenaan dengan sistem pengecaman muka di pintu masuk sempadan negara yang disebutkan tadi ini iaitu khusus tentang sistem Automatic Biometric Identification System (ABIS) yang telah diumumkan sebelum ini oleh pihak kerajaan yang dikatakan akan digunakan pada tahun 2026. Jadi, setakat mana status sistem ABIS ini?
Dan sepertinya juga soalan tadi ini, adakah sistem ini boleh mengatasi risiko kebocoran data peribadi. Sikit lagi, adakah pengaplikasian AI ini akan digunakan oleh syarikat Bestinet yang telah diberikan AST oleh pihak kerajaan yang sangat kontroversi sekarang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kebanyakan soalan tadi luar dari konteks ini tetapi saya nak sebut bahawa kita memang ke arah penggunaan AI dan perkara- perkara yang dibangkitkan tadi akan saya beri secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sila, Menteri.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, “Saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025, Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 seperti di No. 1 hingga No. 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini, selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Saya menyokong Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Wong Chen - Subang
Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(5) – ‘Menyebut nama ahli yang lain’ dan 36(6) – ‘Sangkaan jahat’. Tan Sri Speaker saya merujuk kepada ucapan kawan baik saya YB Langkawi semalam di mana beliau membaca satu WhatsApp yang tidak eloklah bagi dia. Dia memang sakit hatilah, sampai dia guna ayat yang tidak baik iaitu sial. YB Langkawi baca WhatsApp itu dan dia mengakhiri bacaan tersebut mengatakan – saya hairan dia tulis kredit gambar YB Wong Chen.
Pada masa itu saya tidak ada dalam Dewan. I tengok videolah. Kawan baik saya YB Julau menimbulkan Peraturan Mesyuarat 36(5) untuk mempertahankan nama baik saya.
Jadi Tan Sri Speaker, terima kasih kerana saya bangun sekarang untuk memberi penjelasan supaya pihak pembangkang di sebelah sana, termasuk YB Langkawi dapat the whole truth and nothing but the truth. Ramai pembangkang di sebelah sana itu ialah kita ini lawan politik, betul. Tetapi di Parlimen I treat you as my brothers and sisters, with respect.
[Tepuk] Jadi allow me dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, tidak YB, tidak, peraturan mesyuarat tidak membenarkan itu. Kalau ada apa-apa peraturan yang YB tidak puas hati, spesifik isu apa yang dibangkitkan. Tetapi jangan ceritalah latar belakang apa semua.
Tuan Wong Chen - Subang
Okey, baik.
Tuan Yang di-Pertua
Apa yang YB tidak setuju, apa benda sebab saya juga tidak berada waktu itu, jadi saya hendak dengar.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tan Sri. Tan Sri Speaker, saya hendak jelaskan pertama saya tidak tulis WhatsApp itu. Itu penting. Saya tidak tulis WhatsApp itu.
Kedua, WhatsApp itu kata pakai guna foto courtesy of YB Wong Chen. Siapa yang tulis WhatsApp saya itu, tidak tanya saya pun. Dia pakai foto apa? Saya pun tidak tahu. That means no courtesy given to whoever pakai foto itu. Itu sahaja.
Saya tidak minta ruling, saya cuma hendak penjelasan supaya you jangan kata saya yang buat WhatsApp itu, saya bagi permission dia untuk guna gambar itu. Yang itu penting.
Saya juga hendak nasihat siapa yang pakai, saya kena tulis WhatsApp itu sama ada Ahli Parlimen ataupun di luar, cari YB Langkawi cakap baik-baik dengan dia, apologize immediately. Itu sahaja, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, sebelum itu saya hendak buat ruling, sekejap. Sebab itu saya ingatkan dan saya juga mintalah dan saya akan maklumkan kepada timbalan- timbalan saya apa-apa juga dokumen yang kita tidak boleh verify-kan jangan gunakan dalam Dewan ini termasuk newspaper. Kita pun tidak tahu sama ada benda itu benda rasmi kah ataupun benda yang direka kah ataupun benda yang salah cetak kah, jadi kita tidak tahu.
Dalam Dewan ini kita cuma membenarkan dokumen-dokumen rujukan yang rasmi sahaja. Kalau tidak, jadi macam inilah. Kawan yang tidak tulis, someone posted bubuh fake news kita angkat, saya akan kenakan tindakan kepada siapa yang ─ sebab itu saya ingatkan, sebab yang keduanya kalau kita hendak sebut dalam Parlimen Peraturan Mesyuarat kita, kita sebut nama kawasan.
Because kita tidak akan sebut nama kawan-kawan kita. Sebut kawasan mungkin kita ada pertembungan yang cukup fierce, yang cukup tidak seronoklah. Tetapi whatever it is gunakan nama kawasan, jangan sebut nama. Sebab itu ada dalam peraturan mesyuarat dan tidak cantik. Ya Kuala Terengganu, silakan.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tan Sri Speaker, semalam ketika saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Parlimen, saya telah membangkitkan ucapan yang dibuat oleh Kota Melaka yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen yang dipengerusikan oleh wakil daripada pembangkang tidak pernah memanggil mesyuarat dan mempunyai prestasi tercorot.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sebaik sahaja selesai mesyuarat, saya masuk dan saya menyebut perkara ini kepada Speaker dan Speaker telah meminta saya mengemukakan usul. Saya telah mengemukakan usul itu kepada Pejabat Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Beri saya masa sedikit. Saya siasat dan saya akan uruskan itu. Baik, silakan Setiausaha. Terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon D.R.
19/2024, Rang Undang-undang Mufti (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2024 seperti yang tertera di nombor 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul- usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat akan datang.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Minta Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 62.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tuan Yang di- Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik D.R. 47/2024, Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 seperti yang tertera di nombor 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.
[5 Mac 2025]
Tuan Yang di-Pertua
Baik dalam senarai yang saya ada, kita masih lagi ada dua orang yang belum berucap ya. Untuk itu masih lagi lima minit diberikan dan saya jemput Dungun. Silakan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas keizinan untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025. Dalam kerangka yang asal ketika dibentangkan berkait dengan rang undang- undang ini, mengambil kira konvensyen rangka kerja perubahan iklim PBB yang telah berkuat kuasa untuk Malaysia pada 11 Oktober 1994 dan juga Paris Agreement yang dibuat di Paris pada 12 Disember 2015 yang berkuat kuasa di Malaysia 16 Disember 2016.
Asas kepada Paris Agreement ini adalah berkait dengan mengurangkan kesan perubahan iklim itu adalah asas yang utama dan pertama dan dimasukkan bagi undang- undang yang disebut sebagai CCUS ini ialah untuk suatu sumber baru pertumbuhan ekonomi. Oleh kerana jika kita melihat kepada asas iklim kita melihat dahulu dalam sumber diri kita bagaimana sistem pernafasan kita adalah sesuatu yang sangat mudah diatur oleh Allah.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kita menyedut oksigen dan mengeluarkan carbon dioxide dengan tanpa perlu mencari tiba-tiba tempat di mana sedutan oksigen kita yang kita hirup sebagai sumber nyawa pernafasan kita diganti oleh Allah dengan sumber baru kemudian dikeluarkan pula dengan carbon dioxide. Tetapi di luar daripada kita kalau kita lihat kepada tumbuh-tumbuhan, pokok- pokok maka pokok-pokok menyedut carbon dioxide dan mengeluarkan oksigen. Maknanya bagi mengurangkan kesan perubahan iklim, kita perlu sebenarnya lebih banyak untuk menanam pokok-pokok seperti mana yang telah dibuat.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Ini adalah penting untuk kita mengambil kira kesan kepada impak asal perubahan iklim tetapi hari ini kita lihat bagaimana dimasukkan pula rang undang-undang ini untuk sumber baru pertumbuhan ekonomi. Secara asas, kita ada tiga perkara yang berkait dengan rang undang-undang ini.
(iv) berkait dengan financial ataupun kewangan;
(v) teknikal yang melibatkan inflasi struktur; dan
(vi) kesan sosial iaitu penerimaan masyarakat berkaitan dengan tempat simpanan CO2 berkaitan dengan keselamatan dan integriti tempat penyimpanan CO2.
Oleh itu pertama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang implikasi kewangan. Rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Oleh yang demikian, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk membiayai implikasi kewangan daripada RUU ini?
Adakah melalui peruntukan langsung daripada bajet tahunan, pinjaman antarabangsa atau melalui mekanisme Kerjasama Awam Swasta (PPP)? Jika kerajaan bercadang memberikan insentif atau subsidi kepada syarikat yang melaksanakan CCUS, berapa besar kah beban kewangan yang akan ditanggung oleh kerajaan?Daripada manakah sumber dana ini akan diambil?
Selain itu, bagaimanakah pula peruntukan kewangan untuk CCUS akan mempengaruhi pelaburan kerajaan ke dalam projek-projek tenaga bersih yang lain seperti solar dan ombak?
Kedua Tan Sri Yang di-Pertua ialah kalau kita melihat kepada CCUS ini adalah gabungan proses yang rumit. Pertama ia upstream pemerangkapan atau captured. Kedua ialah midstream iaitu compress untuk pengangkutan melalui pipeline atau maritime biasa dan akhirnya compress lagi untuk di-inject di storage site atau utilisation.. Keperluan kepada pembangunan infrastruktur ini bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga masa, tenaga kerja, kemahiran dan kepakaran dan lain-lain. Maka dari sebab itu, saya mohon penjelasan daripada Menteri, bagaimana bolehkah kita melihat dalam perbahasan Rang Undang-undang CCUS ini melibatkan sudah adakah negara-negara lain yang telah melaksanakan dasar dan undang-undang CCUS bagi dijadikan contoh berkaitan
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
peraturan dan perundangan dalam perlaksanaan CCUS? Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ampang sebenarnya ingin memuji terlebih dahulu rang undang-undang ini yang telah pun dapat dibentangkan setelah saya lihat sepertimana yang telah dibentangkan oleh Timbalan semalam iaitu setelah beberapa kajian telah dilakukan dan telah membuat perbandingan perundangan di peringkat antarabangsa serta libat urus dengan stakeholder yang ada.
Saya juga ingin menyatakan di sini, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana terus berinovasi dan juga berkreativiti dalam menguruskan hasil dan memastikan isu-isu kritikal semasa dapat ditangani dengan tuntas. Saya yakin rang undang-undang ini merupakan langkah strategik Malaysia untuk mempercepatkan usaha mitigasi perubahan iklim, yang lebih penting komitmen kerajaan yang ada untuk mencapai sifar bersih pada 2050 seperti mana Perjanjian Paris.
Walau bagaimanapun, Ampang mempunyai beberapa perkara yang mohon penjelasan daripada pihak Menteri. Pertamanya adakah dalam konteks ketersediaan teknologi CCUS di Malaysia ini, adakah Malaysia benar-benar bersedia dari segi teknologi dan tenaga pakar untuk melaksanakan CCUS ini? Ini kerana kita lihat teknologi CCUS ini masih dalam peringkat awal di Malaysia dan hanya diterajui oleh beberapa syarikat minyak dan gas seperti PETRONAS melalui Projek Kasawari CCUS di Sarawak. Jadi, kita lihat juga kebanyakan teknologi dan kepakaran CCUS diimport yang menyebabkan kebergantungan kepada import dari negara maju dan juga keterdedahan kepada dengan izin, forex fluctuation dan risiko peningkatan kos.
Jadi, saya nampak sama ada lagi kajian yang menunjukkan keupayaan CCUS untuk beroperasi secara efisien dan selamat dalam jangka panjang di Malaysia. Oleh itu saya mengharapkan supaya ada satu pelan pembangunan teknologi kerja, kepakaran tempatan dan teknologi dalam domain CCUS perlu diperincikan bagi mengurangkan kebergantungan ini.
Keduanya Tan Sri Speaker berkaitan dengan kos tinggi dan implikasi terhadap ekonomi Malaysia. Saya lihat di sini kos perlaksanaan CCUS terlalu tinggi sedangkan kadar pulangan belum mencapai tahap mewajarkan pelaburan dalam CCUS. Jadi, dengan ini kita lihat kos pembangunan infrastruktur CCUS dianggarkan bernilai berbilion Ringgit dan memerlukan sokongan kewangan besar khususnya dari kerajaan.
Projek CCUS di negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom telah dan sedang mengalami ledakan kos melebihi anggaran asal. Oleh itu, Ampang ingin mendapat perhatian daripada kerajaan, apakah kerajaan perlu ataupun sedang melaksanakan cost-
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
benefit analysis di mana kita lihat hasil ia nya nanti saya harap akan ada satu pilot project yang terperinci terlebih dahulu sebelum perlaksanaannya secara besar-besaran? Ini kerana kita lihat banyak concern daripada semua pihak bahawa perkara-perkara ini perlu ditangani dengan baik.
Seterusnya Tan Sri Speaker, perkara ketiga yang ingin disinggung oleh Ampang adalah tentang levi suntikan kerajaan terhadap pengendalian tapak penyimpanan CO2 ini.
Bagaimanakah levi suntikan akan dikenakan? Bagaimana hasilnya akan digunakan? Sebab kita lihat dalam fasal 30 dalam rang undang-undang ini memperkenalkan levi suntikan iaitu caj yang dikenakan ke atas syarikat dan yang menyimpan CO2 dalam tapak penyimpanan.
Jika kita lihat dekat sini, levi ini bertujuan sebenarnya untuk membiayai kawal selia dan pemantauan jangka panjang tapak penyimpanan dan mengelakkan bebanan kewangan terhadap kerajaan selepas operasi berakhir.
Jadi, yang apa lihat di sini jika levi terlalu tinggi, ia menghalang pula kita untuk pelaburan dalam CCUS pihak luar. Jika ia terlalu rendah pula, ia mungkin tidak mencukupi untuk menanggung kos pengawasan jangka panjang. Jadi, apakah pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan levi suntikan ini dapat mengimbangi kedua perkara ini?
Terakhir Tan Sri Speaker, agensi yang terlibat dalam CCUS ini juga saya lihat ada sedikit pertindihan. Jadi, bagaimanakah kawal selia dan pemantauan CCUS akan dijalankan?
Sejauh manakah kebebasan agensi yang mengawalnya? Kita ada pengalaman. Kadang- kadang dia bertindih antara alam sekitar, di antara agensi-agensi atau kementerian yang ada.
Jadi, kita mohon perkara ini dilihat supaya dari konteks penjelasan, saya dimaklumkan Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia akan ditubuhkan sebagai badan utama yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal ini. Jadi, difahamkan agensi lain akan mengeluarkan permit memantau operasi dan mengurus kumpulan wang pengawasan pasca penutupan. Jadi, kebimbangan inilah sebenarnya saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri supaya sekali gus ia juga tidak menjejaskan hak-hak kerajaan Persekutuan dan negeri.
Jadi akhirnya, saya ingin mengatakan di sini, kesimpulan agar rang undang-undang ini mesti memastikan keseimbangan antara kepentingan sosioekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat Malaysia supaya kita dapat memastikan Malaysia akan terus menjadi negara yang prihatin ke atas semua aspek ini. Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Ampang. Ampang ialah pembahas terakhir dan sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab. Silakan Menteri.
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingat seramai 11 orang yang telah berbahas.
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Ada persoalan-persoalan khusus yang dibangkitkan oleh mereka yang berbahas. Tapi saya ingat lebih baik saya mulakan dengan memberi penerangan menyeluruh kerana Rang Undang-undang CCUS ini mungkin rang undang-undang yang paling teknikal sekali yang dibentangkan di sini, memerlukan mereka yang pernah berkhidmat di dalam bidang kejuruteraan untuk memahami apa sebenarnya.
Negara – keadaannya begini. Lebih banyak negara-negara di dunia sekarang ini mengenakan cukai karbon. Ada yang sampai USD50 satu tan. Dia akan bergerak sehingga ke USD80 satu tan.
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, syarikat-syarikat di seluruh dunia yang sudah ada mekanisme cukai karbon ini, mereka perlu memilih sama ada mereka membayar cukai itu USD50, USD80 satu tan ataupun mereka memerangkap karbon, kemudian menyimpannya. Dengan cara itu, mereka tidak perlu membayar cukai. Jadi, ini akan mewujudkan satu industri baru di dunia. Kalau ada yang tanya, ada yang mengatakan bahawa ini adalah untuk kepentingan syarikat, ini akan mengabaikan rakyat. Tan Sri Yang di-Pertua, tiap-tiap tahun sekarang kita di negara ini pun terpaksa berdepan dengan kesan daripada perubahan iklim. Banjir, cuaca yang tak menentu, kemusnahan dan sebagainya.
Tidak kiralah sama ada kepimpinan di negara-negara seperti Amerika Syarikat menarik diri daripada Paris Accord tetapi kita tidak boleh lari daripada perubahan iklim. Jadi, dunia akan terus bergerak ke arah itu, yang inilah peluang yang kita perlu lihat. Kerana selain daripada tanggungjawab negara Malaysia untuk mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2050, kita juga mempunyai beberapa peluang dan cabaran yang perlu kita tangani.
Pertama, kalau kita tidak mempunyai mekanisme untuk menguruskan pelepasan karbon kita, syarikat-syarikat kita akan dikenakan penalti bila mengeksport ke luar negara.
Kerana di luar negara yang mempunyai mekanisme cukai karbon. Kalau tidak dibayar ataupun tidak diperangkap, maka itu akan menjadi satu bentuk tarif yang baru.
Kita juga akan berdepan dengan kesukaran untuk menarik pelabur masuk kerana pelabur hanya akan melabur di dalam industri yang mempunyai sifat hijau. Oleh itu, banyak industri-industri kita nanti akan berhadapan kalau mereka tidak boleh menunjukkan mereka memerangkap karbon. Jadi sebab itulah, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat bertuah kerana sebelum ini, kita ada minyak. Sekarang minyak kita nak habis. Jadi, minyak yang nak habis itu, kalau kita gunakan dengan baik, menjadi satu lagi punca industri yang baru.
Kerana ia meninggalkan lapangan-lapangan minyak yang tidak lagi diusahakan, yang sekarang ini kita boleh buat proses terbalik. Kalau sebelum ini kita sedut gas keluar, sekarang kita boleh suntik balik gas ke dalam. Ini akan menjadi hasil kepada kerajaan, ini akan memperkukuhkan ekonomi negara. Kepada rakyat sebenarnya, dia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan kerancakan ekonomi dan juga membantu negara sebenarnya untuk menangani masalah perubahan iklim.
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Saya juga ingin sebut satu perkara yang – Kemaman tidak ada tapi yang telah dibincangkan sepanjang hampir setahun sebenarnya dengan kerajaan-kerajaan negeri, termasuklah Kerajaan Negeri Terengganu, kerana laba yang paling besar ialah kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Kerajaan Terengganu sekarang, satu-satunya pusat industri yang ada di Terengganu adalah di Kerteh. Satu-satunya industri yang memberi peluang pekerjaan yang baik adalah industri minyak dan petrokimia di Kerteh. Industri itu sekarang ini ada had jangka masa kerana di luar pesisir pantai Terengganu, minyak dan gas itu sudah pun berkurangan dan pada satu masa akan habis.
Jadi, kepada Ahli Parlimen daripada Pantai Timur dan terutamanya daripada Terengganu, saya seru supaya kita berfikir. Kalau 15 tahun lagi dan saya, Tan Sri Yang di- Pertua, asal saya daripada situ. Saya orang Kemaman, daripada Kerteh. Saya tahu kalau tidak ada industri minyak di Kerteh itu, maka matilah Kemaman dan kesannya itu akan ada kepada seluruh negeri Terengganu.
Jadi, sebagai wakil rakyat sebenarnya, Dungun, Setiu yang ada ini. Sebenarnya apa perancangan kerajaan negeri untuk memastikan bila minyak itu tak ada, dia tidak ada kesan yang sebegitu besar kepada Terengganu. Sebab itu Kerajaan Negeri Terengganu adalah penyokong paling kuat kepada Rang Undang-undang CCUS ini. Kerana dengan adanya CCUS, kita boleh memanjangkan potensi Kerteh sebagai pusat industri. Kalau dahulu, industri di Kerteh bergantung kepada minyak yang kita ambil daripada luar pesisir pantai.
Sekarang ini kita boleh menggunakan kemudahan CCUS yang ada di luar pesisir pantai Kerteh dan juga di Kuantan, contohnya. Dengan adanya hab CCUS ini, ini membolehkan kita membawa masuk industri-industri berat ke situ kerana keperluan industri berat untuk memerangkap karbon dan menyimpannya di luar pantai.
Ini untuk masa depan negeri Terengganu, negeri Pahang dan sebab itu, Kemaman tidak ada – sebenarnya Kemaman telah berjanji dengan saya bahawa wakil rakyat daripada Perikatan Nasional akan menyokong penuh Rang Undang-undang CCUS ini. Kerana projek yang paling awal kalau diluluskan adalah di Terengganu dan kemudiannya, mungkin di Kuantan. Jadi, kalau wakil rakyat yang ada hari ini buat perangai macam masa pindaan Perlembagaan, tidak menyokong. Yang akan menjadi mangsa ialah negeri Terengganu sendiri kerana kita tak boleh teruskan dengan projek itu seawal yang kita nak umumkan seawal tahun 2025 ini.
Baik Tan Sri Yang di-Pertua, saya terus nak menjawab terus dengan masa yang ada, beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Sebelum saya nak jawab soal selamat kah tidak, teknologi, siapa nak bayar dan sebagainya ni. Kita kena faham bagaimana kaedah ekonominya untuk memastikan dan bagaimana industri CCUS ini akan berfungsi.
Kerajaan tidak mengeluarkan wang langsung.
Jadi, siapa yang membayar CCUS ini? Sebab itu saya sebut, apabila ada negara- negara di seluruh dunia dan di rantau ini, yang paling dekat dengan kita adalah ASEAN -
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
adalah Singapura. Singapura sudah pun ada cukai karbon dan di Malaysia sendiri, Yang Amat Berhormat Tambun pun sudah umumkan, kita akan mula mempertimbangkan cukai karbon untuk industri berat seperti besi, dalam masa yang terdekat.
Bila ada sahaja cukai karbon, maka akan ada orang ataupun syarikat yang akan membayar untuk menyimpan karbon ini. Kalau cukai karbonnya 50 Dolar satu tan, maka pilihannya ialah sama ada dia bayar cukai karbon atau dia bayar 50 Dolar itu kepada seseorang atau sesuatu yang boleh memerangkap karbon itu. Jadi sebab itu, tiba-tiba dia jadi satu peluang perniagaan yang baik, maka pelabur yang akan membayar untuk membina keseluruhan infrastruktur CCUS ini. Dia lebih kurang sama macam mana dalam industri gas, bagaimana satu kompleks LNG dibangunkan, Tan Sri Yang di-Pertua.
Maksudnya, apabila kita sudah ada satu tapak, sebelum pelaburan itu boleh dibangunkan, maka kontrak jangka panjang dengan pembeli perlu dimeterai terlebih dahulu.
Harganya ditetapkan untuk tempoh 15, 20 tahun berdasarkan kontrak-kontrak ini. Maka, wang itu sudah ada supaya pelabur kemudiannya boleh melaburkan wang, membangunkan dan boleh mula mengoperasikan dan kerajaan sebenarnya tidak ada pelaburan langsung.
Keadaannya sama. Kalau contohnya, entiti A ingin membangunkan satu kompleks CCUS di luar pesisir pantai Kerteh. Mereka akan memeterai perjanjian dengan syarikat B daripada negara C, syarikat D daripada negara F untuk tempoh 15 ke 20 tahun pada harga tertentu dengan kontrak itu. Maka, mereka akan melabur dan mereka akan dibayar. Kerajaan akan mengambil hasil daripada beberapa permit dan levi tapi semuanya akan ditanggung oleh syarikat-syarikat tadi. Jadi, dengan latar belakang itu, dia membolehkan saya untuk menjawab beberapa persoalan-persoalan khusus yang dibangkitkan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
YB.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Biar saya jawab dulu, Dungun. Ada beberapa persoalan yang ditubuhkan – Tangga Batu, saya ingat hampir semua daripada pembangkang menimbulkan soal selamat atau tidak selamat. Saya tengok hampir semua merujuk kepada satu carian Google yang sama iaitu kebocoran gas di Tasik Nyos di Cameroon.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Kita kena kembali kepada ilmu asas kimia kita. Sebenarnya karbon dioksida ini bukanlah disifatkan sebagai bahan kimia yang beracun. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pun, CO tidak dikawal secara spesifik kerana CO adalah satu gas semula jadi sama 2 2 seperti oksigen, sama seperti nitrogen.
Kalau tengok semua peraturan-peraturan pun, tidak ada yang memasukkan CO 2 sebagai, dengan izin, schedule waste kerana dia memang bukan bahan kimia yang terlarang ya. Berdasarkan Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change, kita semua tahu bahawa penyimpanan CO di dalam geological formation telah disahkan selamat dengan 2 kebarangkalian kebocoran kurang daripada 0.001 peratus.
Yang disebut oleh beberapa anggota Dewan mengenai Tasik Nyos itu, itu adalah bencana semula jadi apabila pergerakan di bawah tanah yang berdekatan dengan gunung
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
berapi menghasilkan tekanan gas yang melonjakkan gas itu meletup. Itu tak sama dengan aplikasi bila kita membina CCUS.
Saya nak bagi perspektif ini kepada mereka yang merujuk kepada satu carian Google sahaja ini untuk bawa ke Parlimen. Kalau nak ikutnya, dari segi industri petrokimia yang kita ada, semua bahan petrokimia yang kita ada baik di Pengerang, baik di Kerteh, baik di Gebeng, baik di Gurun, ini semua yang ada di seluruh Malaysia ini kan, termasuklah juga dari segi pengimportan gas baik di Pengerang, baik di Sungai Udang ― itu belum campur di Sabah dengan Sarawak, semuanya itu adalah unsur-unsur kimia yang jauh lagi berbahaya daripada CO .
2 Jadi, kalau kita mengambil pendekatan kita ambil satu carian Google, “Meletup ini, habislah kita”, kita tutuplah semua yang ada itu. Kenapa kita tidak membantah malah kita mahu ada projek besar minyak dan gas di kawasan kita tetapi bila sampai kepada CO yang 2 sebenarnya langsung tak berbahaya bila dibandingkan dengan hidrokarbon yang lain, kita bantah? Sama ada kita kurang ilmu atau pun kita sahaja nak bantah tanpa kita menggunakan akal. Kalau CO tak boleh, yang lain semua itu tak bolehlah.
2 Kenapa kita boleh mengoperasikan industri itu dengan baik? Kerana kita ada peraturan, kita ada teknologi, kita ada undang-undang, kita ada kepakaran, kita ada kawal selia. Itulah juga yang diperlukan melalui RUU CCUS ini supaya...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
...Walaupun secara kimianya CO ini tidak dikira 2 berbahaya, tetapi kita mengambil kira risiko-risiko, sebab itu perlu ada undang-undang, perlu ada peraturan, perlu ada kepakaran. Bila ini dibuat dengan baik, insya-Allah dia akan jadi lebih selamat berbanding dengan segala industri yang sedia ada sekarang.
Tumpat, saya nak jawab dulu. Kalau ada masa, baru saya boleh jawab balik.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya nak rujuk kepada perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Tak payah. Biar saya jawab dahulu. Bagi peluang, Tumpat. Dia jangan bila Menteri jawab, rasa terkena, terus nak jawab balik. Bagi Menteri jawab semua.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Bukan. Saya nak penjelasan. Bukan nak jawab balik. Nak penjelasan.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Seterusnya, banyak yang menimbulkan soal ini tergesa-gesa. “Kenapa nak buat tergesa-gesa?” Machang sampai beritahu ini menjejaskan rakyat dan tergesa-gesa.
Saya nak nasihatkan, lain kali bila kementerian buat sesi libat urus dengan Ahli Parlimen, silalah hadir. Kita dah bentangkan kepada Jawatankuasa Khas Kewangan.
Bentang. Kita bentang kepada Jawatankuasa Khas Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh pembangkang sendiri. Bentang. Kita buat SLU dengan Ahli Parlimen. Dah bagi makan pun
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
tetapi banyak yang tak hadir. Kita dah buat sesi libat urus dengan negeri-negeri. Kita dah buat sesi libat urus dengan NGO. Kenapa dikata tergesa-gesa?
Sebenarnya dasar kerajaan mengenai CCUS ini bermula seawal tahun 2013.
Memang telah dibuat keputusan, Malaysia memerlukan CCUS mengambil kira kepatuhan kepada pemerangkapan dan penyimpanan karbon seawal 2013. Tetapi, dia tak berlaku. Tiga puluh tiga bulan kita ada kerajaan lain, pun tak berlaku.
Jadi, bila sampai kepada peringkat kerajaan sekarang, bila kita melihat ada peluang terutamanya negara-negara seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan ini memang sudah ada cukai karbon dan mereka memerlukan tempat untuk menyimpan, dengan adanya CCUS ini, dia boleh memberi nafas baharu ekonomi kepada negeri-negeri yang agak terkebelakang ekonominya seperti Terengganu.
Maka, kita tak boleh tunggu lebih lama. Kalau yang ada kata kenapa nak disegerakan, itu pandangan beberapa NGO yang kami telah pun ambil kira tetapi pandangan itu ialah atas alasan CCUS ini tak boleh buat terus. Langsung tak boleh ada di Malaysia.
Jadi, kalau kami terus berbincang pun, Tan Sri Yang di-Pertua, itu tidak akan dapat apa-apa titik pertemuan kerana perbezaan pendapat itu sangat besar.
Tetapi kalau dari segi nak dikata tergesa-gesa sehingga tidak lengkap, kita dah ambil masa yang cukup panjang dan bentangkan kepada semua. Ini perlu supaya kita boleh memeterai perjanjian untuk projek di negeri Terengganu pun. Bila kita bentang dan umumkan lagi, saya harap jangan ambil nama. Sebab, saya nak rekodkan bagaimana susah payah kita sampai masuk ke dalam ini untuk negeri Terengganu ini. Pun dibantah juga semasa perbahasan.
Seterusnya, soal liabiliti.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Ditanya ― bagi saya jawab dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Dungun, sekejap ya.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Bagi saya jawab dahulu sebab masa ada dua minit lagi.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Nak jawab, jawab. Lepas jawab, tak bagi pun.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Kecuali Tan Sri bagi masa untuk selepas itu mereka mencelah, YB ya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, ini deal kita. Menteri habiskan dahulu. Insya-Allah, saya akan beri. Insya-Allah.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Seterusnya, soal liabiliti. Sebab itu saya rasa saya kena terangkan awal terlebih dahulu, Tan Sri, bagaimana industri ini akan berfungsi.
Banyak ahli yang berbahas tanya siapa yang tanggung kalau kerugian, kalau kebocoran dan sebagainya.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Rang undang-undang ini akan dibaca bersama-sama dengan semua undang-undang sedia ada. Undang-undang sedia ada ini tertakluk kepada semua peraturan dan akta sedia ada. Itu termasuklah yang mengawal selia segala soal pelanggaran undang-undang, soal liabiliti, soal liabiliti jenayah dan sebagainya. Samalah kalau kita buat kilang di belakang rumah kita. Kalau jadi apa-apa, maka akan ada kesan dari segi liabiliti jenayah dan liabiliti kewangan yang perlu dibayar.
Sama konsepnya sepertimana juga kalau sekarang ini syarikat minyak mengusahakan satu platform minyak di luar pesisir pantai. Liabiliti dari segi jenayah dan sebagainya tertakluk kepada undang-undang sedia ada. Yang berbeza dengan CCUS ialah kontraknya itu untuk sesuatu tapak adalah untuk tempoh tertentu ― 20 tahun, 30 tahun.
Selepas habis 20 atau 30 tahun, maka itu akan dikembalikan kepada kerajaan. Atau pun kerajaan mungkin membuat keputusan untuk menyambung balik, tetapi ada peruntukan untuk dikembalikan kepada kerajaan.
Soalnya ialah bila dikembalikan kepada kerajaan, siapa yang akan menanggung kalau ada liabiliti? Sebab itu kita ada Kumpulan Wang Amanah Pasca. Sebab itu bagi setiap satu tan yang disuntik, dia kena bayar levi kepada kerajaan. Sebab itu perlunya rang undang- undang ini supaya ada kumpulan wang amanah yang disimpan selama-lamanya sebagai insurans kalau selepas dikembalikan kepada kerajaan ada berlaku sesuatu dan kerajaan perlu berbelanja, maka itu akan dibayar daripada kumpulan wang amanah tersebut.
Kalau saya boleh dapat dua tiga minit lagi. Ada dua tiga perkara lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Hasil kepada negeri dan kuasa negeri ya. Dia berbeza dengan industri minyak. Industri minyak, kita ambil mineral daripada tanah dan kemudian kita jual. Maka, itu jadi sumber asli. Ini terbalik sebenarnya. Ini sebenarnya lubang dalam tanah. Tak ada hasil. Dia sebenarnya menjadi gudang. Dan sewaan pun, bagi syarikat- syarikat, dia hanya mengutip sewa sahaja.
Oleh sebab itu, hasil kepada kerajaan negeri adalah, kalau di sebelah darat untuk kita buat terminal, untuk kita buat pemprosesan, maka ini akan mewujudkan kawasan industri yang baru yang cukainya akan dikutip seperti biasa.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kepada Kerajaan Persekutuan, hasilnya hanyalah kalau syarikat itu ada untung, dia bayar cukai pendapatan macam biasa. Kalau dia tak ada untung, tak ada hasil langsung.
Tetapi, yang paling penting, dengan industri baharu ini, ia akan membolehkan perwujudan pekerjaan sehingga 200,000 jumlah pekerjaan menjelang 2050.
Ini bagi saya lebih penting daripada kutipan cukai oleh kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan terutamanya bagi tempat-tempat seperti Kerteh dan Kuantan yang
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
memerlukan CCUS ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi baharu kerana industri sedia ada yang berasaskan hidrokarbon itu akan mati bila gas dan minyak sudah tidak ada.
Saya telah menjawab sebenarnya soalan yang berkaitan kenapa kita perlu import karbon. Kita perlu import karbon kerana mereka membayar untuk kita membangunkan tempat-tempat penyimpanan ini. Ekonomi kita belum sampai ke peringkat yang mereka boleh membayar sendiri. Tanggungjawab kita melalui undang-undang ini ialah untuk memastikan bahawa ia dibangunkan dengan selamat dan segala peraturan dan juga kawal selia itu akan memastikan bahawa ia dapat dijalankan dengan profesional dan tanpa ada risiko kepada rakyat.
Soalan-soalan lain, termasuklah daripada kos yang ditanggung, saya dah jawab.
sebenarnya tidak ada kos yang ditanggung oleh kerajaan dan terakhir sebelum kalau Dato’ Yang di-Pertua bagi ruang untuk mereka mencelah beberapa kemudian. Ditanya berkali-kali tentang kepakaran rakyat kita untuk mengusahakan yang ini.
Sebenarnya kalau kita boleh mengusahakan pelantar minyak dengan baik, kepakaran untuk mengusahakan pelantar minyak itu adalah lebih tinggi daripada kepakaran untuk mengusahakan satu tempat penyimpanan karbon balik. Prosesnya ialah proses terbalik. Sebenarnya nak bawa keluar itu lagi payah daripada nak suntik balik.
Jadi, saya rasa kita tidak ada masalah untuk mempunyai tenaga kerja yang terlatih untuk kita usahakan perkara ini. Sebab itulah saya minta supaya kalau ia boleh diluluskan dengan segera dan dengan semua orang meluluskannya kerana ini akan membolehkan Malaysia menjadi pengemudi dunia dalam CCUS ini kerana memang betul hanya negara Norway sahaja sekarang ini yang berjaya melaksanakannya dengan baik.
Bukan sebab negara lain tak buat tetapi negara lain tidak ada ciri-ciri yang kita ada ini. Ada lapangan minyak yang dah tak pakai, ada tenaga kerja yang baik, ada pelanggan yang nak bayar. Jadi, ini adalah sangat penting untuk ekonomi Pantai Timur untuk tempoh 30 tahun yang akan datang.
Jadi, sebab itu Datuk Yang di-Pertua orang Pantai Timur, banyak kawan-kawan juga dari Pantai-pantai Timur. Demi untuk kita menutup jurang di antara Pantai Barat dengan Pantai Timur ini, saya mohon supaya Dewan meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-undang CCUS pada hari ini kecuali ada celahan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada celahan? Yang Berhormat Menteri, saya bagi lima minit kalau ada soalan. Sila.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya nak tanya Menteri kerana dalam Bajet 2023, 2024 dan 2025, tax exemption, allowances and duty exemption telah diberi kepada syarikat-syarikat yang venture dalam carbon capture ini. Jadi, setakat ini berapakah syarikat-syarikat yang telah menyahut tax exemption dan juga tax allowances dan duty exemption? Yang kedua, kalau boleh terangkan tentang projek kawasan carbon capture plant oleh PETRONAS di Bintulu iaitu di Sarawak
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
dalam Block SK316 yang dikatakan dalam fasa pertama dan selepas itu akan ada fasa kedua? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih YB Menteri. Saya tak merujuk kepada kes di Tasik Nyos. Tetapi, apabila YB Menteri menjawab, saya rasa nak bertanya penjelasan lebih lanjut. Kerana kalau secara semula jadi pun karbon dioksida ini lebih berat daripada udara biasa sebab itu dalam kes di Niosh itu dia turun menuruni bukit.
Jadi, dalam kes kita di Malaysia, bila kita capture balik nak masuk dalam kita punya bumi, bagaimanakah langkah yang akan kita ambil sekiranya kalau semula jadi pun boleh menyebabkan kematian? Dalam tindakan kita yang kita mungkin akan simpan lebih banyak daripada yang di Niosh itu, apa benda yang boleh kita buat? Sebab saya rasa kita perlu kepada pengetahuan rakyat tentang persediaan sekiranya berlaku sebarang kebocoran daripada tempat simpanan kita. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya nak menyebut kepada Dato’ Speaker dan juga kepada semua kerajaan.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
[Bangun]
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Bila disebut libat urus, saya sangat terkilan. Satu, kita berminat dengan libat urus, saya pergi hampir semua libat urus. Tetapi, kadang-kadang kita tak dapat hadir kerana libat urus dibuat pada waktu makan dan waktu solat. Di libat urus, dia punya kamera – bukan kamera, dia punya skrin berada di depan. Jadi, kalau kita berada di belakang, kita kena pusing belakang.
Ketika taklimat dibuat, libat urus dibuat, perkara sepenting CCUS, sepenting URA, sambil makan, sambil tanya soalan. Saya kira sudah sampai masa kita nak capai satu – kita baru selesai Parliamentary Services Act (PSA). Boleh tak kita ada ruang masa yang lebih luas untuk sebarang libat urus terutama kes-kes yang besar sebagaimana CCUS, URA dan sebagainya diberikan ruang yang sebaiknya bukan hanya dibuat ketika makan kah?
Saya faham, susah nak kumpul Ahli Parlimen. Tapi, Ahli Parlimen juga perlu solat, perlu makan dan kemudahan tidak banyak dan satu lagi dari segi masa juga terhad, 2.30 petang kita dah kena berhenti. Jadi, kemungkinan selepas ini libat urus seperti ini dibuat dalam masa yang lebih proper sebab kita nak bincang isu dasar dan isu negara. Terima kasih.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi? Boleh ya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Okey, okey, okey. Saya ingin bertanya, sekiranya kita luluskan ini hari ini, time line dari segi pelaksanaan, apa yang di dalam perancangan kementerian? Apakah kita sudah ada potential yang sedia ada yang bermaksud untuk menghantar karbon ini ke negara kita? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Tuan Yang di-Pertua, saya cuba jawab dengan cepat. Kepada Dungun, dua soalan. Soalan pertama, memang kerajaan dalam belanjawan- belanjawan yang lepas telah pun menyediakan insentif fiskal termasuklah daripada elaun pelaburan dan sebagainya. Saya tidak ada jawapan daripada Kementerian Kewangan tapi setahu saya memang tidak ada satu syarikat pun yang terlibat. Macam mana nak terlibat, undang-undang tak ada lagi. Bila tak ada undang-undang, maka walaupun ada insentif itu sejak tahun 2023, industri ini tidak boleh bermula.
Sebab itu, kalau orang tanya kenapa tergesa-gesa, sebab itulah. Kita patut dah buat lama dah tapi undang-undang ini tak ada. Jadi, sebab itu Kementerian Ekonomi ambil tanggungjawab dalam tempoh yang pendek kurang daripada satu tahun kita kena siapkan.
Selepas ini Dungun, saya berharap bila dah ada undang-undang ini barulah ada syarikat- syarikat yang boleh mula turut serta dan ambil insentif fiskal yang ada.
Soalan kedua Dungun, saya nak merujuk kepada Kasawari di Sarawak. Dia sedang berjalan walaupun konsepnya agak berlainan. Yang diusahakan di Sarawak untuk pemerangkapan karbon ini agak lain kerana lapangan gas mereka mempunyai kandungan karbon yang tinggi. Jadi, mereka perlu membuang kandungan karbon di lapangan sebelum gas itu boleh dicuci. Jadi, pada pengetahuan saya, projek Kasawari yang sedang berjalan sekarang ini bukannya untuk penyimpanan karbon yang diimport tetapi untuk membuang kandungan karbon daripada lapangan gas sedia ada.
Soalan Tumpat yang fasal keselamatan dan Tasik Nyos tadi kan, kalau berdasarkan kepada maklumat dan juga pengalaman yang ada sekarang ini, kita ada dua rujukan terbaiklah. Satu, tapak penyimpanan CCUS di Norway telah beroperasi lebih daripada 20 tahun dan telah menyimpan CO2 secara kekal melebihi 20 juta tan.
Dengan segala yang ada, kelebihan bila kita boleh membangunkan secara saintifik, kita boleh mengambil kira risiko-risiko yang dimaksudkan untuk memastikan ia selamat. Satu lagi bukti yang baik ialah tapak penyimpanan di Tomakomai di Jepun yang tidak pun terjejas walaupun dilanda gempa bumi dengan magnitud 6.7 skala Richter. Jadi, setakat ini itu adalah angka yang kita ada. Sudah tentu dia bergantung kepada engineering design. Reka bentuk engineering itu.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Soalan dan juga pandangan Tumpat mengenai SLU, yang itu saya harap dapat dipertimbangkan di peringkat Majlis Parlimen sebenarnya. Kerana kami di kementerian hanya mengikut apa yang ditetapkan oleh Parlimen. Kita tidak boleh mengganggu semasa urusan Parlimen dan masa yang diberikan kepada kami untuk sesi libat urus, hanyalah waktu tengah hari, yang itu sajalah kami ada. Kecuali kalau Ahli Parlimen kata hendak buat malam, kami datang malamlah. Tapi yang itu perlu ditetapkan oleh Parlimen dan dimaklumkan dan kita akan sesuaikan dengan sebaiknya, ya.
Soalan Kuala Terengganu, kalau ikut garis masa, saya berharap dia diluluskan hari ini secepat mungkin supaya saya dapat kuatkuasakan undang-undang ini menjelang 31 Mac
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Kenapa 31 Mac 2025? Kerana tender-tender antarabangsa untuk menyimpan karbon ini sedang berlaku sekarang. Kalau Malaysia tidak menguatkuasakan undang-undang ini menjelang 31 Mac 2025, kita terkeluar, kita tidak boleh hendak masuk bidaan. Bila kita tidak boleh nak masuk bidaan, katakanlah Indonesia dapat, kerana kita bersaing dengan negara lain ini, dengan Indonesia.
Kalau Indonesia dapat, sekali dia tandatangan kontrak, dia tandatangan kontrak 30, 40 tahun. Maka kalau ambil contohnya Kerteh tadi, kalau kita terlepas, terlepaslah Kerteh.
Maka kalau minyak itu tak ada, gas itu tak ada, jadi jangan datang tanya saya balik 10 tahun apa kita hendak buat dengan Kerteh. Sebab itu garis masanya begitu kerana memang kita sudah ada beberapa potensi pelanggan yang akan menghantar karbon ke Kerteh dan juga ke Kuantan dalam tempoh terdekat ini sebab itu ia perlu diluluskan dan dikuatkuasakan menjelang 31 Mac 2025. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 53 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Ekonomi (Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib) dan diluluskan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membentangkan rang undang- undang yang bernama Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 atau selepas daripada ini dirujuk sebagai RUU Iltizam.
Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, RUU Iltizam ini digubal bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kecekapan dan juga keberkesanan perkhidmatan kerajaan dengan menangani birokrasi, mengurangkan beban kawal selia dan melaksanakan penarafan prestasi perkhidmatan. RUU Iltizam ini juga dapat menyelesaikan masalah birokrasi serta menghapuskan peraturan, garis panduan, arahan pentadbiran yang tidak perlu atau lapuk bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan.
Seiring dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2024, RUU Iltizam menzahirkan komitmen meningkatkan kecekapan dalam aspek perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan komuniti perniagaan.
Untuk merealisasikan hasrat kerajaan, maka kerajaan telah merangka gerak kerja Iltizam dalam dua bentuk reformasi.
Reformasi pertama adalah reformasi struktur untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan beban peraturan atau yang dirujuk selepas ini sebagai beban kawal selia terhadap rakyat dan komuniti perniagaan.
Seterusnya reformasi kedua adalah revolusi proses untuk memudahkan urusan rakyat dan komuniti perniagaan melalui penambahbaikan perkhidmatan kerajaan dan keseragaman penyampaian. Kedua-dua reformasi ini merupakan misi kepada rangka kerja Iltizam. Teras rangka kerja Iltizam untuk reformasi struktur pula adalah dengan menggubal Akta Iltizam untuk mengawal selia kecekapan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan komuniti perniagaan.
Manakala revolusi proses adalah berteraskan prinsip tadbir urus pintar yang bertujuan untuk memudah cara peralihan ke arah penyampaian perkhidmatan Pintar. Melalui teras ini adalah menjadi aspirasi kerajaan untuk membuat anjakan besar di bawah reformasi struktur dengan mewajibkan semakan instrumen kawal selia serta mengurangkan 25 peratus beban kawal selia dalam tempoh tiga tahun.
Akhirnya memperkenalkan penarafan kawal selia kerajaan berdasarkan prestasi pelaksanaan reformasi struktur dan tadbir urus pintar sebagai merit dalam pemberian peruntukan dan juga insentif. Anjakan besar untuk revolusi proses pula adalah melaksanakan pendekatan satu masuk satu keluar atau dengan izin, one in one out ke atas peraturan sedia ada, memperkasa perkhidmatan kerajaan mulai model Government as a Platform (GaaP)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
dan one door policy. Menerima guna pendekatan keseluruhan negara melalui co-creation yang melibatkan rakyat dan komuniti perniagaan serta menjadikan komitmen iltizam sebagai salah satu petunjuk prestasi utama kementerian, jabatan dan juga agensi.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan reformasi ke atas kecekapan perkhidmatan kerajaan, maka kerajaan berpendapat pelaksanaan RUU Iltizam ini boleh menyelesaikan permasalahan utama dihadapi oleh rakyat termasuk yang berkaitan dengan urusan harian, perniagaan serta akses kepada perkhidmatan kerajaan.
Untuk makluman Ahli mesyuarat, penggubalan RUU Iltizam dibuat di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Butiran 6(c)(g) Senarai I, Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini secara ringkas saya akan menghuraikan RUU Iltizam yang terdiri daripada 14 fasal seperti yang berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan juga peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 mengadakan peruntukan bagi pemakaian akta yang dicadangkan bagi Kerajaan Persekutuan dan entiti Kerajaan Persekutuan. Bagi maksud RUU Iltizam entiti kerajaan ertinya:
(a) Mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, pihak berkuasa atau agensi bagi kerajaan atau mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan kerajaan. Keduanya, mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan di bawah suatu Akta Parlimen atau yang ketiganya pihak berkuasa tempatan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan juga Putrajaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Manakala bagi kerajaan bagi maksud kerajaan, rujukan dibuat kepada Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) yang menyatakan kerajaan bererti Kerajaan Malaysia.
Fasal 3 pula memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang bertulis yang berkaitan dan peruntukan akta yang dicadangkan hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan itu.
Fasal 4 mengandungi tarif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.
Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi prinsip iltizam. Prinsip iltizam menekankan tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan, menggalakkan budaya kerja beretika yang mengamalkan nilai integriti, akauntabiliti dan telus, melaksanakan reformasi struktur secara berterusan dan mengurangkan beban kawal selia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Fasal 6 bertujuan untuk mengenakan tanggungjawab ke atas entiti kerajaan untuk menjalankan semakan tatacara di bawah instrumen kawal selia mereka dan mengurangkan beban kawal selia sekurang-kurangnya sebanyak 25 peratus setiap tiga tahun. Fasal ini juga mengadakan peruntukan bagi dasar satu masuk, satu keluar, dengan izin, one in, one out, yang menghendaki sekurang-kurangnya satu instrumen kawal selia yang sedang berkuat kuasa dibatalkan sebelum satu instrumen kawal selia yang baru dikuatkuasakan.
Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perwujudan kadar penarafan untuk mengukur penilaian – untuk mengukur, menilai dan memantau keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan entiti kerajaan.
Fasal 8 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan kuasa Ketua Setiausaha Negara di bawah akta yang dicadangkan yang termasuklah merancang, melaksanakan dan memantau dasar berkaitan dengan prinsip iltizam.
Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan ketua entiti kerajaan di bawah akta yang dicadangkan yang termasuklah memastikan pengurusan dan perkhidmatan entiti kerajaan di bawah seliaannya selaras dengan prinsip iltizam dan menyediakan dan mengemukakan laporan prestasi perkhidmatan secara berkala kepada Ketua Setiausaha Negara.
Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengemukakan laporan prestasi perkhidmatan oleh ketua entiti kerajaan dan penarafan entiti kerajaan berdasarkan laporan itu. Fasal ini juga memberi Menteri kuasa untuk melantik orang yang mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengemukakan dapatan mengenai prestasi perkhidmatan entiti kerajaan. Entiti kerajaan yang mencapai tahap penarafan tertentu layak untuk mendapatkan insentif dan pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini telah memaklumkan – dimaklumkan tadi berkenaan kuasa persekutuan di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan mengambil maklum pemisahan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
Dalam hal ini, fasal 11 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa entiti kerajaan negeri boleh secara sukarela mengemukakan laporan prestasi perkhidmatan kepada Ketua Setiausaha Negara bagi maksud penarafan selaras dengan prinsip pemisahan kuasa di bawah prinsip federalisme.
Fasal 12 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penyediaan Laporan Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan oleh Ketua Setiausaha Negara yang perlu disediakan setiap tiga tahun. Laporan Iltizam hendaklah oleh Menteri yang bertanggungjawab di Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Fasal 13 bertujuan mengadakan peruntukan pengecualian bagi memudahkan pelaksanaan pengurangan beban kawal selia. Fasal ini menyatakan bahawa Menteri yang bertanggungjawab boleh, selepas berunding dengan Ketua Setiausaha Negara melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
(i) mana-mana entiti kerajaan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana entiti kerajaan; atau
(ii) mana-mana instrumen kawal selia atau mana-mana bahagian daripada instrumen kawal selia.
Daripada semua atau mana-mana peruntukan, akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat sebagai mana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu. Fasal ini juga memperuntukkan Menteri boleh membatalkan perintah pengecualian dengan syarat yang tertentu.
Fasal 14 bertujuan untuk memberi Ketua Setiausaha Negara kuasa untuk mengeluarkan arahan, pekeliling dan garis panduan bagi melaksanakan peruntukan Akta yang dicadangkan. Untuk makluman Ahli Mesyuarat, pada masa ini kerajaan sedang memuktamadkan garis panduan yang diperlukan bagi pelaksanaan akta ini. Kerajaan juga akan menyediakan apa-apa arahan atau pekeliling yang berkaitan pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadangkan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Dato’ Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan dengan menangani birokrasi, mengurangkan beban kawal selia dan melaksanakan penarafan prestasi perkhidmatan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai pembahas bagi Rang Undang-undang Iltizam ada 11. Pembahas yang pertama Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Rasah dan yang terakhir Yang Berhormat Pasir Mas. Sila, Yang Berhormat Petaling Jaya. 5 minit.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Sawah hijau padi menguning, Hasil dituai di kala senja, Birokrasi lancar urusan terjamin, Kemakmuran negara terus terjaga. Secara amnya, rang undang-undang ini berhasrat meningkatkan prestasi perkhidmatan awam di Malaysia. Prinsip Iltizam diperkenalkan bawah fasal 5 RUU ini di mana penekanan diberikan kepada kecekapan, tanggungjawab tadbir urus, reformasi struktur dan
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
keberkesanan kawal selia. Etika dan nilai seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan dititikberatkan bagi menjamin kualiti perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan berorientasikan kepentingan rakyat.
Jaminan ini sebenarnya merupakan tanggungjawab kerajaan sebagai penaung kepada rakyat Malaysia. Selama 12 tahun, Dato’ Yang di-Pertua, pekerja di kerajaan menghadapi real wage stagnation iaitu situasi bahawa pekerja tiada kenaikan gaji tetapi inflasi terus berlaku. Kerajaan MADANI telah menaikkan gaji penjawat awam pada tahun yang lalu untuk meningkatkan kuasa beli penjawat awam sebagai tindak balas kepada kenaikan harga umum. Ini juga merupakan batu lonjakan kepada kadar rasuah yang rendah dan motivasi yang lebih tinggi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja awam dalam negara kita.
Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Tambun dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri pada Disember yang lalu, kenaikan gaji penjawat awam mendatangkan hasrat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia untuk menyaksikan peningkatan dalam prestasi perkhidmatan.
Kini, RUU telah dibentangkan dalam waktu yang sangat singkat dan saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani kerana meningkatkan prestasi dan kecekapan kerajaan menjadi keutamaan kita kepada rakyat. RUU ini dibentangkan sebagai usaha kerajaan untuk bantu merealisasikan hasrat yang akhirnya akan memanfaatkan bukan sahaja pentadbiran kerajaan dan ekonomi negara tetapi yang paling penting memanfaatkan rakyat jelata yang memerlukan perkhidmatan awam.
Dato’ Yang di-Pertua, di sini saya nampak ada satu pendekatan serampang dua mata. Yang pertama, penghantaran perkhidmatan ini sekiranya dipertingkatkan lagi menjadi lebih cekap dan lebih berkesan, ianya akan bantu urusan rakyat jelata kita. Kita lihat sama ada inisiatif UTC atau pun urusan-urusan lain makin banyak telah pun dijadikan sama ada online atau pun dijadikan dalam bentuk single window atau pun satu tingkap. Jadi, pendekatan ini saya yakin akan mempertingkatkan lagi penghantaran kita, perkhidmatan kita kepada rakyat dan mendekatkan kerajaan dengan – dalam mata rakyat.
Bayangkan dulu kalau kita nak buat passport mengambil masa berhari-hari. Tetapi sekarang, dalam pengalaman saya untuk memperbaharui passport saya, saya mendapati bahawa saya boleh menghantar foto terkini. Tangkap gambar sendiri, hantar melalui online dan kemudian boleh pungut passport baru saya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Jadi, ni adalah satu peningkatan dan saya rasa kita tak boleh selesa dengan prestasi yang kita ada sekarang. Sebaliknya kita harus selalu berjaga-jaga untuk terus mempertingkatkan lagi. Fungsi yang kedua bagi saya adalah bagaimana kita nak memudah carakan pelaburan domestik dan juga pelaburan antarabangsa. Selalu kita mendengar adalah kerenah birokrasi mungkin atas motif ataupun asas yang mulia.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ada yang kata kita perlu semak seimbang, kita perlukan masa untuk semak dan menilai. Itu semua betul tetapi pada masa yang sama, wajar kita selalu meneliti, menyemak semula, adakah birokrasi itu menjadi apa yang disebut dalam rang undang-undang ini sebagai satu beban kawal selia (regulatory burden), dengan izin.
Rang undang-undang ini sebut dengan begitu nyata bahawa kerenah birokrasi ataupun regulatory burden ini harus disemak setiap tiga tahun dan kena pastikan semua pihak supaya mengurangkan beban kawal selia sekurang-kurangnya 25 peratus. Jadi, ini merupakan satu quantification yang sangat timing, sangat tepat pada masanya dan saya dengan ini menyokong penuh Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan dan ucapkan tahniah kepada Kabinet, kepada Menteri yang bertanggungjawab kerana sempat bentangkan rang undang-undang yang penting ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sila, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin memulakan dengan mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua anggota kerajaan sama ada di kementerian, jabatan, pejabat, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun yang telah berkhidmat dengan begitu cemerlang untuk rakyat dan negara Malaysia selama ini.
[Tepuk] Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan semua pihak yang mencetuskan dan telah mendraf, menulis rang undang-undang yang saya anggap sangat baik. Oleh sebab tiada preamble atau mukadimah, walaupun ucapan Menteri tadi agak menyeluruh, izinkan saya seminit, dua mengungkap beberapa sejarah perkhidmatan awam.
Satu, perkhidmatan Kerajaan Malaysia, perkhidmatan awam kita ini pada suatu ketika dahulu dianggap antara yang terbaik di wilayah sebelah sini. Saya anggap usaha kita pada hari ini adalah sebahagian daripada kaedah untuk mengembalikan kecemerlangan tersebut dan untuk facilitate supaya ia menjadi bertambah baik mulai daripada sekarang.
Kedua, selama ini pihak kerajaan khususnya pegawai-pegawai perkhidmatan kerajaan telah melakukan beberapa siri transformasi dan perkembangan menggunakan pelbagai idea dan model-model reform perkhidmatan awam. Daripada bureaucratic model kepada new public management kepada governance kepada join up governance kepada public value kepada Pelan Transformasi Kerajaan dan hari ini kita dengar model yang digunakan ada dua, yang saya sempat tangkap ialah government as a platform. Ini antara pemikiran dan cara gaya pentadbiran perkhidmatan kerajaan yang terbaru bermula dengan idea yang dicetuskan dalam tahun 2011 oleh kalau saya tak silap, Tim O’Reilly dan kemudiannya banyak digunakan di UK, di Estonia dan sebagainya. Saya harap
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat Menteri selain daripada RUU ini, dia tentu ada cara yang dia secara intensif terlibat juga dengan inisiatif-inisiatif lain oleh pihak kerajaan khususnya untuk menegakkan integriti, membasmi rasuah dan sebagainya.
Saya juga ingin memberitahu kepada Dewan bahawa idea tentang mempunyai kerangka baru dasar awam atau cara-cara baru berkerajaan ini sudah juga timbul sebelum daripada ini. Tadi saya sebut transformasi yang berlaku di pihak pentadbir-pentadbir dan pegawai kerajaan.
Di pihak Kabinet, saya ingin maklumkan bahawa semasa Perdana Menteri ke-7 dan Perdana Menteri ke-8, kebetulan Pagoh ada dalam Dewan pada hari ini. Ada seorang Menteri yang telah diamanahkan untuk berbincang dengan KSN pada masa itu dan KPPA masa itu.
Ia melibatkan tiga KSN dan tiga KPPA untuk mencari jalan bagaimana kita memperbaiki atau reform perkhidmatan awam tetapi tak sempatlah untuk melakukan sebab asalnya untuk dibentangkan satu white paper di Dewan yang mulia ini tentang keseluruhan.
Jadi, saya nak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab soal perkhidmatan awam, hari ini kita luluskan insya-Allah. Tetapi kalau boleh nanti buat satu ministerial statement, tak payahlah sampai satu white paper sebab ini cuma sebahagian daripada perkhidmatan awam. Tetapi keseluruhan perkhidmatan awam itu kalau boleh dibawa ke Dewan ini sebab apa-apa yang baik, yang ingin dilakukan oleh pegawai kerajaan ini ada constrains dia, Tuan Yang di-Pertua. Constrains dia ialah satu, campur tangan politik atau kedua, orang politik tak faham kerja pentadbiran, Menteri tak faham kerja KSN, KSU dan sebagainya.
Baik, saya hendak menyentuh beberapa perkara yang ringkas sahaja dalam RUU ini kerana masa tak mengizinkan. Pertama ialah Perkara 5, prinsip iltizam. Saya harap ia juga melibatkan kerangka pembangunan yang lebih luas di mana dijelaskan kerjasama antara kerajaan sebab kita selalu ada tiga sektor. Kerajaan dan politik, business dan civil society.
Saya harap ini dapat dimurnikan atau dijelaskan. Walaupun ia boleh berlaku secara online dalam sistem yang menggunakan digital tetapi falsafah itu mesti diteraskan. Begitu juga dengan kecekapan yang disebutkan bahawa 5A, kecekapan perkhidmatan. Saya harap ia termasuk soal subject matter expert. Ini saya dah sentuh dalam Dewan ini dalam ucapan sebelum ini dan juga soal akauntabiliti, integriti dan sebagainya.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketujuh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Indera Mahkota, sebelum terakhir.
Boleh? Sikit.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Masa tak adalah, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit, sikit. Berkaitan dengan kita dah ada Perintah-perintah Am Perkhidmatan Awam. Apakah perlu ditambah lagi dengan ada iltizam ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, terima kasih. Saya rasa ini sambungan yang tadi saya sebut. Tadi saya sebut hubungan antara RUU ini dengan inisiatif membasmi rasuah, integriti tetapi yang Hulu Terengganu itu dia lebih menjurus kepada general order dan sebagainya. Apa yang saya nak sebutkan ialah soal penarafan prestasi perkhidmatan.
Saya ingin cadangkan supaya ia bukan hanya penarafan peringkat kita, tempatan tetapi juga dibandingkan dengan penarafan peringkat antarabangsa. Misalnya apa hubungannya dengan kerja-kerja kita dengan SDG, sustainable development goal atau kalau guna model OECD pun ada, Open Government for Stronger Democracies atau sebelum inisiatif di UK menggunakan apa yang sekarang dipanggil government as a platform tetapi mereka masih juga menggunakan contohnya, open government partnership. Jadi, maknanya kita tak hanya terbaik dalam negara tetapi juga setaraf, kalau boleh lebih baik daripada yang berlaku di tempat lain. Terima kasih, saya menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Sila, Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua di atas peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025.
Dato' Yang di-Pertua, rakyat memang sudah terlalu lamalah berhadapan dengan kerenah birokrasi yang membebankan serta segala sistem yang begitu lambat sehingga lebih mudah meminta bantuan orang tengah berbanding berurusan terus dengan kerajaan. Maka hari ini, kita mahu penjelasan kepada rakyat, bagaimana kerajaan mahu memastikan RUU ini benar-benar akan mengubah cara kerja perkhidmatan awam.
Dato' Yang di-Pertua, proses mendapatkan bantuan kerajaan begitu rumit hingga rakyat lebih rela tak mohon langsung. Aduan rakyat sering terbiar tanpa tindakan dan pegawai kerajaan sekadar ambil maklum tanpa sebarang penyelesaian.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Soalan saya, dengan segala peraturan, KPI dan sistem yang sedia ada, mengapakah masih banyak kelemahan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan? Adakah wujud mekanisme penguatkuasaan untuk memastikan agensi kerajaan benar-benar bertindak atas reformasi ini atau sekadar slogan kosong? RUU ini juga merupakan- menetapkan bahawa beban kawal selia mesti dikurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus setiap tiga tahun. Ini satu janji yang besar dan soalan saya adalah, siapa yang akan memastikan setiap kementerian patuh kepada keperluan ini?
Jika ada kementerian gagal mengurangkan beban kawal selia, apakah tindakan terhadap mereka? Rakyat juga tidak mahu alasan bahawa ini hanya sasaran tanpa sebarang
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
akibat jika ia tidak dipenuhi. Jika kerajaan serius mahukan reformasi, mesti ada tindakan yang tegas terhadap kementerian yang gagal berubah.
Dato' Yang di-Pertua, RUU ini memperkenalkan sistem penarafan prestasi perkhidmatan kerajaan. Bagus tetapi saya bimbang ini hanya sekadar laporan di atas kertas yang tidak memberi kesan kepada rakyat. Contohnya, di U.K dan Singapura. Rakyat boleh memberi penilaian langsung terhadap perkhidmatan kerajaan dan data ini digunakan untuk membuat perubahan segera. Soalan saya, adakah penarafan ini akan dibuat secara terbuka, boleh diakses oleh rakyat dan bukan sekadar dokumen rahsia kerajaan?
Soalan seterusnya, adakah sistem ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan peruntukan kepada kementerian dan agensi yang berprestasi tinggi dan sebaliknya, mengurangkan bajet untuk yang gagal? Jika kerajaan benar-benar serius, maka agensi yang gagal perlu juga diambil tindakan, bukan sekadar diberi nasihat atau peringatan mesra. Rakyat tidak lagi mahu berurusan di kaunter kerajaan untuk urusan yang boleh diselesaikan dalam talian.
Sebagai contoh juga, di Estonia dan Singapura telah membuktikan bahawa hampir 99 peratus perkhidmatan kerajaan boleh diakses secara digital tanpa perlu rakyat beratur panjang. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan dalam memastikan prinsip one in, one out dalam regulasi baharu benar-benar dilaksanakan bagi mengelakkan pertambahan peraturan yang tidak perlu dan memberi beban kawal selia kepada rakyat serta sektor perniagaan?
Dalam hubungan ini, saya mahu Menteri menyatakan dengan jelas. Apakah sasaran kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus perkhidmatan kerajaan boleh dilakukan secara digital menjelang 2030? Adakah kerajaan sanggup membuat keputusan berani seperti menghapuskan borang fizikal sepenuhnya dalam kebanyakan transaksi kerajaan? Rakyat tidak mahu mendengar jawapan, ‘kita sedang dalam proses atau kita akan kaji’. Kerajaan seharusnya menghebahkan apa pelan tindakan dan bila ia akan dilaksanakan.
Dato' Yang di-Pertua, saya mahu mencadangkan dalam satu minit ini, beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan ini. Pertamanya, laporan reformasi tahunan.
Setiap kementerian mesti bentangkan pencapaian reformasi mereka kepada Parlimen.
Kedua, penalti kepada agensi yang gagal, potong bajet kepada kementerian yang gagal mencapai tahap kecekapan yang ditetapkan. Ketiga, penglibatan rakyat dalam penilaian perkhidmatan.
Wujudkan sistem dalam talian, di mana rakyat boleh memberi maklum balas secara langsung terhadap mana-mana agensi kerajaan dan keempat, pendigitalan penuh urusan kerajaan. Hapuskan borang fizikal dalam kebanyakan transaksi, kecuali untuk urusan yang benar-benar memerlukan kehadiran fizikal.
Jika kita tidak melakukan reformasi dengan ketegasan, maka RUU ini akan menjadi satu lagi janji kosong yang ditelan masa. Bagaimana penarafan prestasi perkhidmatan kerajaan di bawah akta ini akan dijalankan secara telus dan objektif serta sama ada laporan
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
prestasi ini akan dibuka kepada umum untuk rujukan rakyat bagi meningkatkan accountability di dalam pentadbiran negara.
Dato' Yang di-Pertua, rakyat tidak peduli berapa banyak undang-undang yang kita luluskan jika mereka masih berdepan dengan sistem kerajaan yang lembap, penuh birokrasi dan tidak mesra pengguna. Maka, RUU ini hanya akan bermakna jika kerajaan berani untuk benar-benar melaksanakannya dan bukan sekadar menjadikannya satu lagi dasar yang dipandang sepi. Maka, saya menyokong RUU ini tetapi saya mahu jawapan yang tegas daripada Menteri. Bukan jawapan yang selamat tetapi janji manis tetapi pelan tindakan yang jelas. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sila, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Dato’ Indera Yang di-Pertua, memberi ruang kepada saya untuk membahas sama Rang Undang- undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025. Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk menyokong rang undang-undang ini. Tetapi melihat kepada mutakhir ini, pelbagai kaedah, pelbagai undang-undang, pelbagai peraturan yang sudah baik ada dalam negara kita tetapi orang yang melaksanakannya itu ada masalah.
Bayangkan berlakunya pendakwaan terpilih dalam negara kita. Orang yang ada berpuluh-puluh pun boleh ditarik balik pendakwaan di saat akhir, apatah lagi perkara-perkara yang sekecil ini. Apa yang membimbangkan kita, ia merupakan senarai panjang kepada tambahan retorik baharu kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Walaupun di atas kertas nampak baik, saya amat-amat bersetuju dengan nada Betong tadi. Cuma saya hairan, dia banyak bangkang tetapi akhirnya, dia menyokong.
Saya di tengah kita bercakap tentang RUU Iltizam ini, rakyat di luar sana Tuan Yang di-Pertua, berhadapan dengan lambakan peraturan yang membelenggu peniaga dan juga rakyat kebanyakan. Perkhidmatan kerajaan yang lembap, yang tidak selaras dengan agensi.
Bayangkan, waktu rehat itu menjadi beban. Bila orang datang, kaunter sudah tutup.
Masa datang, orang yang hendak berurusan dengan kaunter kerajaan terpaksa mengambil cuti, sehari belum tentu selesai. Yang hilang pasport, bagaimana birokrasinya panjang, Tuan Yang di-Pertua. Ini di antara perkara-perkara yang menjadi rungutan-rungutan rakyat. Belum lagi kita melihat dalam medsos, bagaimana berlakunya ketegangan di kaunter- kaunter perkhidmatan kerajaan. Kemudian, sistem pemantauan yang kabur dan tidak telus.
Ini yang sedang dibicarakan pada hari ini.
Saya ingin sebut beberapa perkara di antara ─ mungkin dikatakan sebagai kelemahan kepada RUU ini. Pertamanya, saya hendak nyatakan tiada mekanisme pemantauan dan accountability yang tegas. RUU ini memberikan kuasa besar kepada Ketua Setiausaha Negara untuk mengawasi prestasi perkhidmatan awam. Namun, siapa yang
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
hendak pantau KSN? Siapa yang hendak pantau KSN? Adakah cukup sekadar Perdana Menteri?
Bila kita faham- bila dipantau oleh seorang Perdana Menteri, macam-macam boleh berlaku dari segi pelantikan, kenaikan untuk servis dan sebagainya. Kita sepatutnya kena ada satu pemantau bebas sebagaimana yang dibuat oleh Kerajaan Singapura. Mereka ada Public Service Commission (PSC) yang bebas daripada kerajaan untuk menilai prestasi sektor awam secara telus.
Keduanya, tiada perincian tentang hukum dan tindakan tegas terhadap agensi yang gagal, Yang di-Pertua. Ia sekadar menyatakan bahawa laporan prestasi akan dikaji dan penarafan akan diberikan tetapi tidak ada tindakan yang jelas kementerian atau agensi yang gagal mencapai standard kecekapan. Kita tidak mahu satu lagi beban kepada negara ini yang rakyat akan bercakap benda yang sama. Bagaimana Laporan Ketua Audit Negara, sebagai contoh. Kita mendengar pelbagai ketirisan, kelemahan tetapi tidak ada satu tindakan yang drastik yang diambil. Rakyat mahu melihat reformasi yang benar-benar berkesan, bukan sekadar laporan yang indah, yang tebal, dengan kos yang besar percetakannya.
Ketiga, yang saya hendak sebutkan Yang Berhormat Menteri iaitu pengurangan beban kawal selia 25 peratus. Ini sama ada gimik ataupun realiti untuk menampakkan lebih progresif. Yang itu saya tidak pasti tetapi sebagai pembangkang, saya kena bercakap dengan nada inilah, walaupun bulan puasa. RUU ini menetapkan 25 percent beban kawal selia dalam tempoh tiga tahun tetapi bagaimana ia hendak ditentukan 25 percent itu? Adakah kerajaan telah mengadakan kajian empirikal yang membuktikan 25 percent adalah jumlah yang realistik ataupun sekadar hendak menunjukkan nampak banyak, 25 percent? Itu soalan saya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jadi, hakikatnya, Yang Berhormat Menteri, rakyat masih terbeban dengan pelbagai birokrasi yang tidak relevan, permit perniagaan kecil yang lambat diproses, pendaftaran syarikat mengambil masa berbulan-bulan, sistem aduan yang tidak responsif sedangkan― Beberapa cadangan penambahbaikan. Yang pertama, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya ditubuhkan suruhanjaya pemantauan perkhidmatan awam yang bebas, bukan sahaja memberi kuasa besar kepada KSN. Sebagaimana Betong tadi, saya juga bersetuju kalau program digitalisasi diperbanyakkan dan diperluaskan dalam urusan sektor awam ini, sebagaimana beberapa negara seperti Estonia pun boleh buat sampai 99 percent urusan borang-borang ini melalui sistem digital.
Kemudian, ketiga, pemerkasaan perkhidmatan di peringkat negeri dan juga PBT.
Dan yang keempat, insentif kepada agensi yang cemerlang. Tadi Yang Berhormat sebut tentang akan dikenakan tindakan dan sebagainya. Agensi yang cemerlang, Yang Berhormat ada sebut tadi. Cuma, kalau di negara-negara maju, mereka memberi tambahan bajet kepada mana-mana agensi yang cemerlang itu sebagai salah satu inisiatif kepada mereka.
Itu sahaja yang nak sebut, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Silakan, Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin menyatakan sokongan penuh saya kepada rang undang-undang ini. Sebabnya, daripada dulu dan sampailah hari ini, saya menekankan mengenai sistem penyampaian kerajaan. Saya letakkan itu sebagai keutamaan saya apabila berbahas dalam belanjawan, begitu juga dengan Titah Diraja.
Macam mana rakyat mahu rasa kemajuan di peringkat akar umbi, itu adalah daripada sistem penyampaian kerajaan, penjawat-penjawat awam sebagai pelaksana. Malah, dalam mesyuarat-mesyuarat bersama agensi kerajaan sama ada di peringkat pusatkah, peringkat negerikah, inilah yang balik-balik saya suarakan. Memang saya tegas dan keras dalam hal ini dan saya minta maaflah kalau ada yang tersinggung. Tapi, saya tidak menyesal untuk berbuat begitu, for what I have done. Jangan kita dicap menjadi penjawat awam yang selalu tiada di ofis. Sekali pergi tengok, sana main golf. Pada hari bekerja ya. Ini bukan atasan sahaja. Sampai bawah. Apa bah perasaan kita bila rakyat berhabis minta uruskan permohonan ― apa-apa punya permohonanlah ― tiada pula dia? Sekali kena check, sana duduk-duduk minum kopi di kedai masa hari bekerja. Orang kampung berhabis datang daripada jauh berurusan tapi kita tidak urus bah permohonan orang ataupun kerja yang diberi kepada kita.
Rakyat memerhati di luar sana. Kerajaan bertukar ganti daripada parti politik A kepada parti politik B dan seterusnya, tapi result masih sama. Sekarang rakyat sudah pandai menilai dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem penyampaian kita.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kami ini ahli politik tidak perform lima tahun, boleh diganti oleh rakyat. Tapi, kalau pelaksana kita tidak perform, bagaimana rakyat mahu tukar mereka?
Saya di sini bukan mahu mereka dihukum, malah RUU yang dibentangkan hari ini pun bukan untuk menghukum penjawat awam. Tapi, saya mahu kita sama-sama berfikir. Apa yang kita ada hari ini, di luar sana masih ramai tidak dapat. Bukan senang tahu untuk dapat kerja dalam kerajaan. Nikmat yang Allah bagi ini gunakanlah sebaik-baiknya. Kerjalah untuk rakyat, kerja bersungguh-sungguh. Itu yang saya balik, balik, balik, balik, balik, balik cakap, “Mari kita kerja untuk Sabah dan rakyat Sabah”.
Dalam konteks ini, marilah kita berhabis bah, kerja kita berhabis untuk Malaysia dan rakyat kita. Kalau kita mahu maju, kalau kita mahu maju, mahu ke depan, kita kena kerja.
Macam mana mahu progress kalau kita tidak kerja?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek pembangunan, pelaburan, inisiatif dan program kerajaan untuk rakyat bukan hanya bergantung kepada Kerajaan Pusat semata- mata. Ianya juga melibatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya juga memuji pelaksanaan sistem penarafan kawal selia kerajaan yang akan menjadi medium untuk menilai prestasi agensi-agensi pusat, kerajaan negeri dan pihak PBT. Jadi, untuk kita bergerak ke hadapan dan mulakan perubahan, ketiga-tiga entiti kerajaan ini daripada peringkat atas sampailah pergi bawah perlu reform, perlukan perubahan.
Seperti yang saya selalu sebutkan, di Sabah ini dan juga di Sarawak, kami memang perlukan peruntukan yang besar berbanding negeri-negeri lain. Bukan sahaja disebabkan keluasan kami yang besar tetapi infra asas kami yang masih lagi jauh ketinggalan. Itu sebab peruntukan besar memang saya akan kekal konsisten tuntut setiap tahun.
Tapi, yang di peringkat negeri ini pula selalu mengecewakan saya. Apabila sudah diberikan peruntukan malah diberikan peluang untuk laksanakan sendiri projek ini, masih gagal untuk belanjakan sebaiknya. Sampai bila bah kita masih lagi berhadapan dengan isu tiada air, jalan raya berlubang? Ya, dalam konteks Sabah, memang payah sebab kita luas, but there must be progress to it bah. Saya ingin ingatkan kepada semua pelaksana di peringkat negeri Sabah especially, please-lah, kita berhabislah untuk Sabah. Please ya.
Ingat ini kata-kata saya. Kalau kita mahu Sabah maju, kita kena jadi orang yang bekerja.
Mesti kerja, mesti kerja kuat.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, saya perasan yang menjadi antara penghalang dan kelewatan dalam proses kerajaan adalah delaying tactic, beli masa. Lepas itu, minta macam- macam dokumen yang sebenarnya tidak perlu pun bah. Semata-mata tidak mahu buat keputusan dan tidak berani untuk mengambil tanggungjawab. “Oh, itu bukan tanggungjawab saya. Itu kerja dia orang”. Bertunjuk-tunjuk ini. Saya rasa KSN perlu cari jalan bagi menyelesaikan isu yang telah berlarutan dan berakar sekian lama ini. Keperluan untuk melahirkan pelaksana yang proaktif dan berdedikasi adalah sangat, sangat, sangat, sangat diperlukan sekarang.
Saya ada beberapa persoalan yang mahukan penjelasan daripada kerajaan.
Pertama, fasal 11 yang menyebut bahawa KSN boleh menerima, menilai dan menimbangkan laporan prestasi perkhidmatan yang dikemukakan secara sukarela oleh mana-mana entiti kerajaan. Soalan saya, adakah ini bermaksud kerajaan negeri boleh membuat sendiri laporan prestasi mereka dan diberikan penarafan oleh KSN? Jadi, kalau laporan tidak ngam pun dikasi kata ngam, apalah guna?
Kedua, mengenai fasal 10(6)(a) iaitu Menteri boleh menggunakan laporan prestasi perkhidmatan sesuatu entiti kerajaan sebagai kriteria untuk menentukan pemberian peruntukan kewangan kerajaan. Saya sokong. Cuma, persoalannya, di Sabah, macam saya cakap tadi, telah berakar masalah ini. Bagi saya, peruntukan bagi projek-projek infra asas jika dikurangkan, ianya tidak adil kepada rakyat Sabah untuk terus dihukum.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya cadang pemakaian RUU ini untuk Sabah perlu dilaksanakan secara berperingkat. Saya mohon agar Menteri dalam membuat keputusan, jangan kita buat keputusan pukul rata. Ndak adil bah. Ndak adil sebab kami masih bergelut dengan basic necessities yang ndak pandai bah ini selesai. Mungkin ada ways lain untuk mempercepatkan sistem penyampaian di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawab. Saya ada peranan, PM ada peranan, Menteri ada peranan, penjawat awam ada peranan, rakyat pun ada peranan. Kalau kita sama-sama bekerja bersungguh-sungguh dan meletakkan kecintaan kepada negara itu di tempat yang tinggi, saya pasti Malaysia akan terus maju dan makmur. Sabah, Sabah saya ini, Malaysia adalah negara saya bah. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud. Silakan, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Tuan? Dato’? Okey, saya terus kepada polisi satu masuk, satu keluar.
Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin menyentuh berkenaan dengan seksyen 6(3) ini dalam RUU ini, di mana jika kerajaan mahu memperkenalkan peraturan atau garis panduan baharu, mereka mesti membatalkan satu peraturan lama yang berkaitan, dan peraturan mana yang boleh dibatalkan sebenarnya, ini akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Saya tidak nafikan bahawa perkara ini perlu dalam mengelakkan pertambahan peraturan secara berlebihan yang membebankan rakyat.
Namun, apa yang menjadi kebimbangan saya adalah ― satu, berkenaan dengan risiko kehilangan peraturan yang penting. Jika peraturan lama yang masih penting dipaksa untuk dimansuhkan secara tergesa-gesa bagi memberi laluan kepada peraturan baharu, ini boleh menjejaskan keberkesanan kawal selia tersebut.
Kedua, kuasa terlalu besar kepada KSN. Ketua Setiausaha Negara ini mempunyai kawalan untuk menentukan peraturan mana yang perlu dibatalkan dan ia boleh menimbulkan isu ketelusan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ketiganya, proses pemansuhan mungkin tidak mengambil kira semua pihak yang berkepentingan. Sesi libat urus dengan pihak perniagaan, badan profesional atau rakyat akan dirujuk sebelum sesuatu peraturan dimansuhkan. Ini persoalan yang saya berikan.
Meskipun seksyen ini bertujuan untuk mengurangkan birokrasi dan juga peraturan berlebihan, ia secara tidak langsung boleh membawa kesan yang negatif jika tidak
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
dilaksanakan dengan teliti dan kuasa besar yang diberikan kepada KSN boleh disalahgunakan jika tidak dikawal dengan baik.
Jadi Puan Yang di-Pertua, kedua saya ingin bangkitkan seksyen 10(3) dan 10(6) dan seksyen 11(3) dan 11(5) mengenai dengan laporan prestasi entiti kerajaan sebagai kriteria memperuntukkan kewangan. Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah perkara ini boleh membuka ruang kepada penyelewengan atau diskriminasi politik terutama bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang kerana Menteri yang diberi kuasa ini boleh menggunakan laporan prestasi sebagai asas pemberian dana itu sendiri kepada mana-mana entiti kerajaan dan kerajaan negeri.
Oleh itu, soalan ini sebenarnya bagaimana pihak kerajaan akan memastikan diskriminasi politik ini tidak berlaku. Kerana kalau kita lihat dalam 10(3) dan 11(3) itu, kuasa Menteri adalah begitu besar sekali. Dia boleh berunding dengan KSN untuk melantik mana- mana orang, mana-mana orang ya dan juga yang mempunyai kelayakan yang sesuai untuk memeriksa dan menilai laporan prestasi perkhidmatan sesuatu entiti kerajaan.
Makna kalau mana-mana orang, boleh juga melibatkan kawan-kawan, melibatkan anak-beranak, melibatkan siapa-siapa sahaja. Makna itu termasuk mana-mana orang.
Kenapa kita tidak letak – dinilai oleh jawatankuasa yang khas dilantik. Dilantik jawatankuasa khas yang bebas. Baru tak timbul persoalan yang saya nyatakan sekejap tadi. Kalau mana- mana orang itu luas, bermacam-macam mana-mana orang. Yang ada rapat dengan kita dalam hal politik ataupun dalam hal keluarga dan sebagainya, kawan-kawan dan sebagainya.
Jadi, itu akan menimbulkan satu persoalan kepada masyarakat.
Kita lihat dalam seksyen 13 juga berkaitan kuasa Menteri memberi pengecualian. Jadi Menteri diberikan kuasa mutlak untuk mengecualikan mana-mana entiti kerajaan daripada pematuhan akta ini. Saya melihat perkara ini akan menimbulkan isu ketelusan dan berat sebelah. Sekiranya ia dilaksanakan secara tidak adil, jadi apakah mekanisme kerajaan dalam memastikan perlaksanaan RUU ini akan dibuat secara adil sepertimana yang digariskan?
Saya lihat RUU ini yang diberi nama Iltizam ini iaitu satu kesungguhan dan komitmen dalam melaksanakan tugas terutama melibatkan penjawat awam. Tapi masalahnya ada daripada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab, dengan suara-suara sumbang, daripada parti-parti tertentu pernah menyebut untuk mengurangkan kakitangan kerajaan. Ada yang sebut lima peratus, ada yang sampai 300,000 nak kurang, ada yang nak kurang 400,000.
Jadi, perkara-perkara ini saya rasa henti-hentikanlah dan saya minta juga daripada Menteri, kalau menjawab jangan marah dekat kitalah, macam Menteri Ekonomi. Kita sebagai pembahas, nama lagi bahas. Bahas kita ada kajian-kajian kita. Jadi jangan duduk condemn macam Menteri Ekonomi suka men-condemn, pegawai-pegawai kita, PN punya pembahas.
Ahli Parlimen PN, pembahas. Bahas ada yang mencadang, ada yang membangkang. Kalau nak ikut jadi macam ada Menteri cakap tadi, dia cakap apa. Dia kata jangan jadi perangai macam pindaan Perlembagaan. Kalau nak ikut, saya boleh juga kata.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jangan jadi pak turut. Buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau nak kira betul tak betul pinda Perlembagaan, kalau orang yang faham undang-undang, salah itu cara pindaan kepada Perlembagaan itu salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mengikut perundangan. Sebab meletakkan seksyen tidak kepada pengecualian tapi diletak kepada fasal lain. Daripada 5 kepada 5(a). Dua kesalahan yang berbeza. Satu general, satu secara spesifik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya cakap ini mungkin ramai tak faham. Saya rasa tak faham juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Puan boleh faham ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak faham.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak apa, saya cuba nak cakapkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi ramai pak turut. Yang menyokong itu, ramai pak turut
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab itu kita tak nak ikut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen yang dihormati dan juga rakyat Malaysia yang dikasihi.
Sebelum saya mulakan perbahasan, izinkan saya maklumkan bahawa kita telah kehilangan seorang kartunis berbakat iaitu Azmi Hussin, anak Pulau Pinang yang banyak memberikan impak dalam dunia seni. Karyanya bukan sekadar hiburan tetapi merakam budaya serta kisah masyarakat yang dihargai di dalam dan juga luar negara.
Dari kartun hingga ke mural, seni Azmi terus memberi inspirasi. Saya secara peribadi berpeluang bekerjasama dalam beberapa projek seni bersama beliau dan ia menjadi kenangan yang amat-amat bermakna. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Namun karyanya akan terus dihargai dan juga diingati. Semoga rohnya dicucuri rahmah. Al- Fatihah.
Puan Yang di-Pertua, hari ini kita bukan sekadar membahas sebuah rang undang- undang tetapi kita juga sedang menentukan hala tuju kerajaan yang Malaysia perlukan.
Pilihan di tangan kita yakni adakah kita mahukan sebuah kerajaan yang cekap, amanah dan telus atau sebuah kerajaan yang terperangkap dalam birokrasi, membiarkan rakyat terus menderita?
Malaysia mempunyai lebih daripada 1.6 juta penjawat awam, antara kadar tertinggi per kapita di dunia. Dengan tenaga kerja sebesar ini, tidakkah kita sepatutnya mencapai satu tahap kecekapan yang terbaik. Tidakkah kita patut menuntut perkhidmatan yang lebih pantas, pentadbiran yang lebih cekap dan juga sebuah kerajaan yang bekerja untuk rakyat.
RUU ini menguatkuasakan sistem penilaian prestasi perkhidmatan. Bukan sekadar hukuman tetapi sebagai pemangkin perubahan. Ia menuntut – minta maaf. Ia menuntut setiap kementerian, agensi dan juga entiti kerajaan untuk menilai diri mereka sendiri dengan memastikan ketidakcekapan dan juga yang lebih penting, ia dapat memperkenalkan sistem ketelusan sebagai senjata ampuh menentang rasuah.
Puan Yang di-Pertua, setiap tiga tahun, agensi kerajaan mesti mengurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus peraturan yang sudah usang. Sebagai contoh, proses perlesenan perniagaan di Malaysia ada kadang-kadangnya mengambil masa berminggu.
Kadang-kadang berbulan untuk diselesaikan. Jadi mengapakah usahawan perlu mengharungi perit, jerih mengisi pelbagai borang kelulusan yang bertindih dan juga kelewatan yang tidak diperlukan?
Dengan menghapuskan peraturan yang tidak relevan, kita dapat mempercepatkan lagi proses dan juga memudahkan urusan perniagaan dan juga sekali gus merangsangkan pertumbuhan ekonomi. RUU ini juga bertujuan untuk memastikan pembaharuan sebegini diteruskan dan diperluaskan, mengurangkan peraturan yang tidak diperlukan yang sering kali dijadikan punca amalan rasuah.
Sistem penarafan prestasi berasaskan keputusan. Ia menekankan ganjaran berdasarkan pencapaian nyata. Bukan sekadar usaha yang semata-mata. Jadi cuba bayangkan jika setiap agensi kerajaan memegang standard yang sama dan juga dinilaikan berdasarkan prestasi perkhidmatan mereka, cuba bayangkan. Jadi dengan pengukuran prestasi yang telus yang dipaparkan kepada umum, budaya, kronisme dan sebagainya dapat dihapuskan. Ini kerana agensi yang dinilai berdasarkan merit dan kecekapan, bukan hubungan ataupun pangkat. Jadi RUU ini memastikan bahawa penjawat awam menyesuaikan diri dengan dunia yang moden. Bukan hanya kekal dalam amalan usang.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi dengan mewujudkan dan juga mewajibkan kursus-kursus pendigitalan dan juga mewujudkan garis panduan perkhidmatan yang jelas, kita dapat menghapuskan orang tengah yang mungkin kadang-kadang mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi dengan izin, we need to adapt the changes as well as challenges of the 21st century. Kalau tidak negara dan juga rakyat kita akan ketinggalan.
Jadi sebagai penutup, seperti yang pernah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, Malaysia harus terus dipacu dengan gagah dan bertenaga. Negara ini tidak mempunyai ruang untuk ditadbir secara cemerkap, nanar dan tanpa hala tuju yang jelas.
Kata-kata ini mengingatkan kita akan pentingnya tadbir urus yang baik dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan juga kemajuan negara. Akhir kata, RUU ini bukan untuk menghukum tetapi adalah sebagai pemangkin perubahan ke arah kerajaan yang benar-benar cekap, amanah dan telus. Dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi Padang Rengas peluang untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025.
RUU ini jika dilaksanakan dengan baik mampu memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam.
Namun sebelum kita meluluskannya beberapa perkara perlu diperhalusi.
Pertama, ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan. RUU ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tetapi bagaimana kerajaan bercadang memastikan ketelusan dan pelaksanaannya? Adakah mekanisme pemantauan yang jelas bagi memastikan setiap kementerian dan agensi benar-benar mencapai tahap kecekapan yang ditetapkan? Apakah hukuman atau tindakan terhadap jabatan yang gagal mencapai sasaran prestasi mereka?
Kita tidak mahu RUU ini sekadar menjadi slogan tanpa perubahan yang ketara dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Kedua, pengurangan birokrasi yang menghambat urusan rakyat. Rakyat sering mengeluh tentang kelewatan dalam pemprosesan dokumen, permohonan lesen dan pelbagai urusan lain yang memakan masa. Jika kerajaan benar-benar serius mahu meningkatkan kecekapan perlu ada usaha yang lebih konkrit untuk:
(i) mengurangkan kerenah birokrasi yang membebankan rakyat dan perniagaan terutama dalam sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan pembangunan ekonomi;
(ii) mempercepatkan proses digitalisasi dalam perkhidmatan kerajaan supaya urusan dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan mudah; dan
(iii) kecekapan perbelanjaan dan pengurangan ketirisan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Puan Yang di-Pertua, RUU ini tidak boleh hanya tertumpu kepada produktiviti pekerja awam semata-mata tetapi juga bagaimana kerajaan membelanjakan wang rakyat? Laporan Ketua Audit Negara saban tahun mendedahkan pembaziran, ketirisan dan projek yang gagal.
Justeru, saya ingin bertanya apakah langkah yang diambil untuk memastikan setiap sen perbelanjaan kerajaan benar-benar memberi nilai kepada rakyat? Adakah kerajaan bersedia memperkenalkan mekanisme audit yang lebih ketat bagi mengekang pembaziran dalam pentadbiran awam.
Keempat, motivasi dan kebajikan penjawat awam. Kecekapan tidak boleh ditingkatkan hanya dengan mengenakan KPI yang tinggi kepada penjawat awam tetapi juga perlu mempertimbangkan kebajikan mereka. Jika beban kerja meningkat tanpa ganjaran setimpal, ia hanya akan menyebabkan tekanan kerja dan menjejaskan kualiti perkhidmatan.
Oleh itu kerajaan perlu menjelaskan apakah insentif yang akan diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi cemerlang. Bagaimana kerajaan akan memastikan bahawa RUU ini tidak disalahgunakan untuk menekan penjawat awam dengan beban kerja yang tidak realistik?
Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup RUU ini adalah satu langkah yang baik tetapi pelaksanaannya mesti tegas, telus dan tidak membebankan penjawat awam serta rakyat.
Jika ia hanya dijadikan satu lagi dokumen tanpa perubahan ketara dalam sistem perkhidmatan kerajaan maka ia tidak akan membawa manfaat yang sebenar.
Saya berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang saya bangkitkan sebelum RUU ini diluluskan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, antara fokus RUU ini adalah untuk mengawal beban kawal selia. Pada masa ini telah ada pelbagai instrumen kawal selia antaranya perundangan subsidiari, pekeliling, arahan, garis panduan, tatacara dan proses kerja. Itu sebahagian daripada beban kawal selia atau instrumen kawal selia yang perlu diikuti oleh entiti-entiti kerajaan.
Soalan saya apakah instrumen kawal selia sedia ada tidak mencukupi untuk menambah baik kecekapan perkhidmatan kerajaan? Soalan saya yang kedua apakah RUU yang sedang kita bahaskan ini akan menjadi satu lagi beban kawal selia kepada entiti-entiti kerajaan? Setakat mana pelaporan ini akan meletakkan satu lagi tanggungjawab kepada entiti kerajaan untuk mengambil ruang dan masa mereka. Setakat mana?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan definisi beban kawal selia yang mana dijelaskan ia nya adalah kehendak kawal selia yang tidak relevan, tidak cekap atau mempunyai kesan yang memudaratkan. Jadi ini penting untuk semua entiti kerajaan dalam
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
kita bercakap tentang RUU ini supaya semua entiti telah tahu apakah key business processes yang ada? Apakah komponen-komponen utama yang ada?
Kena analisa satu persatu untuk mengenal pasti di manakah kelemahan dan ketidakcekapan dalam beban kawal selia yang sedia ada, jadi ini penting. Di sini menjurus kepada sasaran seterusnya. Kalau disebut dalam fasal 6 dikatakan bahawa entiti kerajaan perlu mengadakan semakan tatacara di bawah instrumen kawal selia dan mengurangkan beban kawal selia sebanyak 25 peratus setiap tiga tahun.
Jadi soalan saya kalau kita bercakap tentang 25 peratus setiap tiga tahun kita ambil andaian tidak ada beban kawal selia baharu, ya. Katakan pada permulaan tahun itu ada 10 beban kawal selia. Maknanya 25 peratus daripada 10 ini adalah 2.5 dan pada akhir tahun ketiga itu ada 7.5 lagi beban kawal selia. Makna kita pergi kepada tahun berikutnya 25 peratus daripada 7.5 ini akan tinggal 5.63 lagi beban kawal selia.
Kalau kita tengok secara matematiknya, dengan andaian tidak ada beban baru maknanya beban asal ini dalam masa 15 tahun pun masih belum dapat diselesaikan ya. Itu saya nak tahu apakah rasional threshold 25 peratus ini dipilih? Kerana kalau kita lihat bukankah lebih baik untuk kerajaan membuat satu penyelarasan melihat key audit processes yang asas semua sekali dan daripada situ lah cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin.
Sekiranya tidak dapat diselesaikan maka agensi atau pun entiti yang berkaitan kena duduk tengok apakah resources ataupun sumber-sumber yang diperlukan daripada kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini.
Kalau tidak perkara yang boleh diselesaikan cepat sebab sasarannya 25 peratus takut nanti dia jadi lebih lambat penyelesaiannya kerana disebut sekurang-kurangnya.
Maknanya apa? Dah selesai 25 peratus dah mencapai matlamat. Jadi saya memohon kerajaan memberikan penjelasan sedikit berkaitan dengan perkara ini. Seterusnya fasal 10, saya ingin menyentuh fasal 10.3. Menteri hendaklah selepas berunding dengan KSN melantik mana-mana orang dengan kelayakan yang sesuai untuk memeriksa dan menilai laporan prestasi.
Soalan saya siapakah mana-mana orang ini? Apakah mereka ini dalam kalangan pegawai kerajaan ataupun mereka ini boleh dilantik daripada kalangan pihak swasta, institusi- institusi swasta dan sebagainya untuk melakukan pemeriksaan dan penilaian ke atas laporan? Apakah mereka yang akan melaksanakan pemeriksaan dan penilaian ini akan dibayar oleh kerajaan?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Maknanya ini merupakan satu review proses, formal review proses yang dibayar oleh kerajaan. Seterusnya soalan saya, apakah Jabatan Audit Negara tidak boleh diberi tanggungjawab untuk memeriksa dan meneliti laporan ini supaya tidak ada pertindihan. Kalau nak buat guna Jabatan Audit Negara, maka Jabatan Audit Negara ini kena diberi lebih banyak resources untuk membolehkan mereka melaksanakannya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya berkata demikian kerana apa yang kita takut nanti banyak sangat proses untuk review pelaporan ini menjadikan agensi kerajaan dan entiti ini dah jadi tak produktif, fokus kepada laporan satu, laporan dua, laporan tiga dan sebagainya. Jadi boleh tak pertimbangkan kalau perlu diletakkan di bawah Jabatan Audit Negara supaya lebih terselaras.
Seterusnya soalan saya, adalah berkaitan dengan fasal 13(1) yang menyatakan Menteri boleh selepas berunding dengan KSN, melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengecualikan mana-mana entiti kerajaan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana entiti kerajaan. Soalan saya, apakah asas yang akan digunakan oleh Menteri untuk mengecualikan mana-mana entiti ataupun mana-mana bahagian ini. Ini terlalu saya kata terlalu discretionary, maknanya kalau Menteri rasa yang ni perlu dikecualikan, maka dikecualikan entiti ini.
Jadi kalau ini berterusan, kepercayaan kepada sistem penilaian itu nanti, orang akan tanya kenapa tahun ini yang ini dikecualikan? Kenapa tahun depan yang ini dikecualikan?
Jadi apakah asas sebenarnya yang akan digunakan oleh Menteri untuk menilai yang mana perlu dikecualikan kerana ini terlalu umum dan ini melibatkan kepercayaan kepada pelaporan itu sendiri. Tengoklah nanti, kalau ada yang dikecualikan, tiba-tiba yang ini dikecualikan, yang itu dikecualikan, ada banyak persoalan apakah asas pengecualian tersebut dibuat.
Seterusnya merujuk
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Fasal 10.5 yang menyatakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sorry?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sedikit, sedikit, saya habiskan fasal ini.
Merujuk kepada fasal 10.5 yang menyatakan bahawa entiti kerajaan yang mencapai satu penarafan boleh dipertimbangkan untuk menerima insentif pengiktirafan dan tidak disebut dalam itu, apakah yang akan berlaku kepada entiti yang tidak mencapai taraf yang sewajarnya dan apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan.
Seterusnya apakah disebut dalam fasal itu juga berkaitan dengan peruntukan kerajaan. Perkara ini, penarafan ini akan digunakan untuk menetapkan peruntukan kerajaan.
Jadi soalan saya, apakah wajaran yang akan digunakan untuk penarafan ini dalam konteks penetapan peruntukan kerajaan. Akhir sekali adalah berkaitan dengan tentang iltizam berkaitan dengan reformasi struktur.
Soalan saya, apakah bila bercakap tentang reformasi struktur ini, apakah ini merujuk kepada pendekatan yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari ini untuk mengecilkan jumlah penjawat awam. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 yang dibentangkan dan dibahaskan pada hari ini.
Pertama, saya mendengar, meneliti pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tadi yang mengisahkan bahawa RUU ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, akauntabiliti, keberkesanan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat sambil mengurangkan birokrasi yang berlaku sejak sekian lama.
Saya menyambut baik, saya anggap ini sebagai salah satu langkah reformasi institusi yang kita harapkan, rakyat harapkan. Jadi syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia Madani, pimpinan Yang Amat Berhormat PMX. Kita mengorak langkah ke arah yang betul dan minggu ini, kita menunjukkan, kita membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia Madani adalah kerajaan yang mengangkat reformasi ke satu tahap yang lebih tinggi.
Cuma ada beberapa soalan yang saya nak kemukakan Dato’ Yang di-Pertua pada hari ini. Pertama, saya nak tanya. Dengan adanya RUU lepas ni akta baru ini, apakah akan berlaku pertindihan kuasa. Kita nampak badan ini bagus. Dia sebagai badan untuk memantau agensi kerajaan. Tapi macam mana dengan badan-badan yang kita sudah ada Ketua Audit Negara dan sebagainya. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Kedua, berkenaan dengan jawatan KSN, Ketua Setiausaha Negara. Kita tahulah kalau di perkhidmatan awam tu, KSN tu nombor satu. Penjawat awam nombor satu dalam sistem yang kita ada. Tapi, di bawah seksyen 8 dalam akta ini, dia menjadikan yang dah nombor satu itu lebih powerful lagi, lebih berkuasa lagi. Saya nampak semuanya berkisar pada KSN, Ketua Setiausaha Negara. Bagaimana peranan ketua setiausaha kementerian masing-masing? KSU di setiap kementerian, apakah fungsi mereka? Kenapa tak diwujudkan satu panel ataupun jawatankuasa yang diketuai oleh KSN tetapi dengan keterlibatan semua KSU?
Sebab saya rasa perkhidmatan awam ini di negara kita cukup ramai kakitangan awam dengan satu perkhidmatan yang menyeluruh. Dia tak boleh satu orang, dia kena ada satu mekanisme menyeluruh untuk memantau perjalanan yang sedia ada. Tata kelola kerajaan itu tak boleh dipantau oleh seorang saja, dia kena ada satu jawatankuasa. Jadi mohon pandangan daripada kerajaan.
Perkara ketiga yang saya nak sebutkan ialah berkenaan dengan sukarela daripada kerajaan negeri di bawah seksyen 11. Saya nampak kerajaan negeri tak termasuk tapi mereka boleh pilih. Di bawah subseksyen 4(b), dikatakan akan mendapat insentif dan pengiktirafan. Di bawah sub lima dikatakan peruntukan kewangan. Saya nak tanya peruntukan kewangan macam mana? Sebab ada peruntukan kewangan tertentu seperti MARRIS untuk jalan raya itu, itu dah ditetapkan oleh Perlembagaan, tak kira siapa kerajaan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
tetap kena bagi. Jadi peruntukan kewangan yang dikatakan ini macan mana bentuknya, dari segi aspek apa?
Saya nak tanya kerajaan juga, sebelum RUU ini dibentangkan pada hari ini di Dewan yang mulia ini, sudah ada tak diadakan apa-apa sesi libat urus dengan mana-mana kerajaan negeri? Apakah respons daripada kerajaan-kerajaan negeri sekiranya ada apa-apa sesi libat urus diadakan sebelum ini.
Perkara keempat Dato’ Yang di-Pertua yang saya nak sebutkan berkenaan dengan Laporan Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan di bawah seksyen 12. Dikatakan bahawa laporan kena siap setiap kali ada, setiap tiga tahun dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Saya menyambut baik. Cuma, saya rasa kalau tiga tahun kita bentang sekali, terlalu lama. Patutnya secara tahunan. Kalau dalam Dewan ini dibentangkan laporan daripada SUHAKAM, laporan daripada Ketua Audit Negara setiap tahun, kenapa laporan untuk ini tak boleh dibuat setiap tahun.
Saya nak sebutkan perkataan dibentangkan itu sebenarnya tidak menyeluruh.
Dibentangkan, letak atas meja dah dianggap dibentangkan. Itu peraturan kita. Saya nak sebut sepatutnya ataupun mungkin kerajaan boleh memberikan komitmen dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan ini sepertimana kita bentangkan, kita bahaskan RUU membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak untuk memberikan input, memberikan pandangan, memberikan komen masing-masing berkenaan dengan perjalanan akta ini.
Perkara terakhir Dato’ Yang di-Pertua yang saya nak sebutkan berkenaan dengan seksyen 13, pengecualian. Saya dengar rakan-rakan tadi ada sebut, pengecualian itu tak ada apa skop ataupun guideline yang perlu dipatuhi sebelum Menteri yang dimaksudkan, Perdana Menteri dalam memberikan pengecualian. Betul, saya ingatkan satu untuk sesiapa yang belajar undang-undang dia tahu. Lord Acton pernah sebut bahawa, power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely. Jadi saya nampak ini sebagai satu blanket yang mudah untuk – tapi Perdana Menteri ini saya percayalah, beliau adalah tokoh reformasi kita. Beliau sangat prihatin terhadap perkara ini tapi apa terjadi? Sekiranya kita dapat Perdana Menteri yang di kecualikan semua benda. Jadi akta yang esok ini, kalau kita dapat Perdana Menteri yang suka kecualikan semua, dia tak nak rakyat tahu semua apa akan terjadi? No meaning, tak ada makna akta ini.
Jadi saya mohon kerajaan memberikan perincian bagaimana pengecualian itu boleh dilaksanakan. Mesti ada kekangan tertentu, ada limit tertentu. Itu sahaja perbahasan saya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya menyentuh fasal 5, prinsip-prinsip iltizam. Di Malaysia Yang di-Pertua, jumlah penjawat awam adalah sekitar 1.6 juta orang yang turut merangkumi sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan.
Kalau di negara lain, sektor-sektor ini tidak diambil kira sebagai kakitangan awam jika kita kecualikan ketiga-tiga sektor itu, jumlah kakitangan awam di Malaysia sekitar 616,718 orang, kalau mengikut data yang saya semak. Dengan nisbah satu penjawat awam bagi setiap 51 rakyat Malaysia, maknanya ia tidaklah terlalu besar jika dinisbahkan dengan pengecualian ketiga-tiga sektor itu.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kita sering menyalahkan sistem birokrasi sebagai antara penyebab kepada kelemahan pentadbiran. Namun persoalan besar adalah bagaimana kita mahu menangani sikap dan mentaliti dalam sebahagian sektor awam yang sukar berubah. Sebagai contoh, meskipun terdapat pelbagai sistem digital diperkenalkan, masih ramai yang lebih gemar menggunakan kaedah lama. Bertangguh dalam melaksanakan tugas atau sekadar memenuhi prosedur tanpa memahami tujuan sebenar.
Kita juga melihat ada agensi-agensi yang lebih gemar bertindak sekiranya ada persoalan ini ditimbulkan ataupun ada isu semasa ditimbulkan. Saya ambil contoh dalam isu yang melibatkan seorang pelawak isu Harith Iskander, yang telah pun didenda dengan jumlah denda RM10,000. Setelah dua bulan kes ini berlaku tetapi dua hari lepas MCMC kata, kes ini dalam siasatan. Masih dalam siasatan. Tapi bila dibangkitkan akhirnya elok-elok sahaja semalam diumumkan didenda sebanyak RM10,000 oleh SKMM. Hantarannya itu, dua hari lepas masih belum lagi diturunkan.
Apabila berlaku sesuatu kes lain melibatkan tiga DJ sebuah radio yang dikatakan ada membuat penghinaan, saya inginkan bahawa persepsi rakyat seolah-olah bahawa adanya suatu kelemahan dalam mengadakan tindakan. Jadi bila orang luar tanya, apa pula tindakan terhadap isu penghinaan yang telah berlaku dua bulan lepas.
Akhirnya diumumkan semalam, selepas waktu berbuka puasa, dia upload dalam FB rasmi MCMC, mereka didenda RM10,000. Ertinya, kadang-kadang agensi bertindak seolah- olah kerana adanya isu-isu yang ditanya, yang berlaku sedangkan selama dua bulan ini, seolah-olah tidak ada apa-apa kemajuan. Jadi, saya ingin menyentuh bahawa kadang- kadang dalam melaksanakan kerja ini, penjawat-penjawat yang ada agensi-agensi perlu untuk lebih cekap untuk mengemukakan solusi dan juga mengemukakan apakah penyelesaian terhadap sesuatu isu.
Dalam isu beban kerja pula Yang Berhormat, Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, kita tahu bahawa semalam seorang Pegawai Tribunal Rayuan Kastam Kementerian Kewangan ditemui maut dalam pejabat Perbendaharaan kementerian itu di Putrajaya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu berusia 45 tahun, ditemui dalam keadaan terbaring atas lantai, leher dan kaki terjerut oleh cable tie. Isu ini masih dalam siasatan. Polis membuat kesimpulan awal bahawa ini akibat mati terkejut.
Tetapi kita bimbang kalau ia dikaitkan dengan beban kerja. Kalau ia merupakan berpunca daripada beban kerja dan ini bukan kes yang pertamalah yang dikaitkan dengan beban kerja. Sebelum ini pun, ada kes yang dikaitkan dengan beban kerja yang berakhir dengan perkara-perkara yang kita tidak diingini.
Setakat manakah beban kerja yang telah dibebankan kepada penjawat awam kita ini, pada hari ini? Bagaimanakah rang undang-undang ini dapat memberikan penyelesaian terhadap beban kerja ini?
Fasal 7, kaedah penerapan prestasi perkhidmatan. Kebimbangan besar Puan Yang di-Pertua yang berkaitan dengan sikap boleh kerja mekanisme penarafan prestasi perkhidmatan bagi kementerian dan agensi kerajaan. Apabila insentif diberikan berdasarkan penarafan ini, bagaimanakah kerajaan akan memastikan laporan dan data yang dilaporkan oleh entiti kerajaan tidak dimanipulasi? Apakah langkah untuk mengelakkan laporan dibuat sekadar untuk mendapatkan insentif tapi tidak mencerminkan realiti sebenar? Jika sistem ini tidak dikawal rapi, kita hanya akan melihat angka-angka yang cantik dalam laporan tapi rakyat tidak merasai sebarang perubahan sebenar dalam perkhidmatan kerajaan.
Hari ini, ramai yang berkata bahawa penilaian dalam sistem penjawat awam ini, walaupun kita ada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), ada SKT dan sebagainya tetapi hakikatnya ramai yang menikmati kenaikan pangkat ataupun prestasi yang cemerlang dikatakan daripada kabel-kabel dengan bos-bos ataupun pihak-pihak atasan dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah kita nak memastikan perkara ini dapat dikurangkan atau dapat ditangani persepsi seperti ini?
Kita tahu Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, bahawa dalam indeks World Competitiveness Ranking yang telah pun dikeluarkan untuk tahun 2024, Malaysia berada pada tangga 34. Tahun 2019, 22. Tahun 2022, kita tangga 27. Tahun 2021, 25. Tahun 2024 ini kita tangga ke-34. Paling rendah kedudukan 34 ini dalam tempoh beberapa tahun.
Daripada tahun 2019 sehingga sekarang, ini kedudukan kita yang paling rendah pada tahun 2024.
Saya masih ingat ketika kita berada pada ranking 27. Pada tahun lepas naik lima anak tangga daripada 32. Menteri dengan bangganya – bukan Menteri inilah, Menteri lainlah yang mengumumkan bahawa ini tandanya Malaysia telah pun bergerak ke depan dalam persaingan antarabangsa. Hari ini kita berada pada tangga 34 tangga paling rendah dalam persaingan antarabangsa.
Jadi, bagaimanakah rang undang-undang ini saya yakin salah satunya adalah untuk menangani isu-isu seperti ini? Tapi inilah angka yang saya persembahkan, yang saya bentangkan untuk menjadi satu peringatan kepada kita bahawa inilah saat kita berada pada saat yang paling rendah dalam ranking dikeluarkan World Competitiveness Index ini.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terakhir ini Puan Yang di-Pertua, kuasa besar Menteri sebagaimana telah disebut oleh rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen tadi, bahawa kuasa besar Menteri telah mengecuali mana-mana entiti kerajaan daripada pemakaian RUU ini, soalan saya kita tidak nafikan perlu ada ruang untuk pengecualian. Namun, siapa yang akan memastikan bahawa keputusan pengecualian ini tidak dibuat secara sewenang-wenangnya.
Jika, reformasi ini benar-benar penting, seharusnya tidak ada entiti yang berkecuali.
Sebaliknya kita melihat Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapakah yang boleh dikecualikan tanpa perlu merujuk kepada Parlimen atau badan bebas yang lain. Saya mencadangkan supaya sekurang-kurangnya ada mekanisme disemak dan diimbang.
Contohnya melalui Jawatankuasa Parlimen untuk menilai keputusan pengecualian ini bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua, Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Pembahas terakhir, saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di-Pertua.
Saya juga mohon izin untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini.
Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri dan kerajaan kerana telah membentangkan rang undang-undang ini. Saya sedar bahawa rang undang- undang ini bertujuan baik iaitu untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mudah dicapai.
Saya ingin hanya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa isu yang melibatkan kementerian-kementerian tertentu. Rata-rata sebelum saya memasuki inti pati ucapan saya, ingin saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua penjawat-penjawat awam yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan baik. Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penjawat-penjawat awam, terutamanya daripada pasukan petugas seperti Polis Diraja Malaysia, tentera, imigresen dan pihak penguat kuasa.
Pada masa yang sama, saya menganggapkan bahawa pembentangan rang undang- undang ini adalah wajib kerana dari semasa ke semasa kita lihat bahawa ada beberapa kementerian yang kita rasa mungkin perlu memainkan peranan yang lebih agresif dan lebih cekap untuk meningkatkan iltizam. Saya beri contoh Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan umpamanya. Dua, tiga hari ini kita lihat bahawa kita sentiasa dibelenggu oleh isu-isu yang boleh memecah belahan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum.
Kita perlu memastikan bahawa kita perlu menghormati semua agama. Agama Islam agama Hindu, agama Kristian, agama Buddha dan di negara kita, kita terdapat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama. Kita sentiasa memberi tekanan kepada prinsip bahawa Kepercayaan Kepada Tuhan, Rukun Negara kita. Semua agama perlu dihormati dan semua penganut-penganut juga perlu dihormati.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya menarik perhatian Yang di-Pertua kepada satu isu yang berlaku beberapa hari yang lalu dan sedang berlaku berulang kali. Saya ingin menyatakan di sini bahawa walaupun saya beragama Hindu, saya ingin memastikan bahawa semua agama perlu kita hormati.
Saya memberi contoh ada seorang bernama Zambri Vinoth yang sengaja selalu mengulangi perkara-perkara, kenyataan-kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti agama Hindu.
Walaupun beberapa kali laporan polis telah dibuat, kita lihat bahawa beliau tidak diambil sebarang tindakan.
Jadi, persoalan adalah kenapa beliau tidak diambil sebarang tindakan? Kalau Harith Iskander diambil tindakan, Cecilia Yap diambil tindakan, kenapa beliau tindak diambil tindakan?Seorang bernama Crimeman beliau ini berada di Germany dan sengaja meluahkan perkataan-perkataan yang menghina agama Islam. Crimeman ini saya percaya pihak Polis Diraja Malaysia telah pun mengeluarkan notis untuk menahan tapi tidak dapat dikesan.
Malangnya juga posting-posting Facebook beliau tidak dapat disekat, TikTok beliau tak dapat disekat. Beliau tidak berada di negara ini, berada di Germany tetapi kenyataan- kenyataan beliau yang menghina agama Islam menular di laman sosial.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, persoalan saya, bagaimana kita ingin meningkatkan kecekapan Kementerian Perpaduan untuk menyekat kenyataan-kenyataan ini yang berbaur hasutan? Sama juga dengan Zamry Vinoth, Firdaus Wong, kadang-kadang Zakir Naik dan beberapa individu seperti Vijayan Savarinathan dan Saravanan Shanmugam. Saya sebagai backbencher ingin memberi penekanan, kecekapan Kerajaan Perpaduan, terutamanya Kementerian Perpaduan perlu dipertingkatkan, termasuklah Polis Diraja Malaysia kerana kita perlu memastikan semua pihak perlu menghormati semua agama.
Saya ingin memberi penekanan. Saya menyambut baik perbahasan Yang Berhormat Pasir Mas tadi yang menyentuh kepada beberapa isu yang melibatkan Harith Iskandar dan Cecilia Yap yang telah diambil tindakan. Tetapi persoalan saya adalah semua agama perlu kita hormati, semua individu yang tidak menghormati agama lain perlu diambil tindakan.
Jadi, saya menggunakan ruang ini untuk menggesa kerajaan bahawa Rang undang- undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan ini adalah sesuatu yang perlu digubal, dibahas dan diluluskan dan saya memohon kalau boleh dengan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Jelutong. Jelutong boleh setuju dengan saya tidak, bahawa kalau rang undang-undang ini, kalau kita juga masukkan kerajaan negeri dan juga PBT, maka rang undang-undang ini akan menjadi lebih baik. Sebab buat masa ini, rang undang-undang ini hanya berdasarkan kepada ─ hanya terpakai kepada Kerajaan Persekutuan, agensi-agensi Persekutuan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau kita boleh masukkan kerajaan negeri lebih bagus supaya kita boleh lihat, biar rakyat di luar sana boleh lihat prestasi setiap negeri, termasuk bagaimana Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, bagaimana mereka mentadbir negeri mereka berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Apa pandangan Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon masukkan dalam ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua dan saya mohon sekali lagi gunakan kesempatan ini, akhir sebelum saya berundur diri. Menteri kepada isu Zamry Vinoth, tolonglah ambil tindakan kerana beliau telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dinyatakan.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, masa 20 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 12 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Iltizam ini iaitu YB Petaling Jaya, YB Indera Mahkota, YB Betong, YB Pengkalan Chepa, YB Kota Belud, YB Besut, YB Bukit Bendera, YB Padang Rengas, YB Putrajaya, YB Rasah, YB Pasir Mas dan YB Jelutong.
Terima kasih saya ucapkan kerana telah menyumbang pandangan-pandangan bernas serta cadangan membina dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya kira rata- rata menyokong, walaupun ada yang agak kritis, ada juga yang cuba mempolitikkan isu ini pun ada juga. Tetapi saya kira isu politik itu tidak relevan di sini dan rata-rata perbahasan yang diberikan agak substantial.
Banyak isu yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya kira dalam masa 20 minit ini mungkin saya tidak dapat menjawab semua soalan itu. Sebenarnya, banyak sesi libat urus (SLU) yang telah dilakukan oleh bahagian teknikal dan melibatkan pelbagai agensi sebenarnya, begitu juga dengan industri.
Jadi, saya akan menyentuh tentang beberapa perkara yang telah disentuh, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, tentang manfaat RUU Iltizam. Menjawab pertanyaan yang menyentuh isu ini daripada pengenalan RUU ini kepada kerajaan dan rakyat, seperti mana yang disebut oleh beberapa saya boleh catat tadi, YB Petaling Jaya, YB Betong dan juga Pengkalan Chepa dan lain-lain.
Rang Undang-undang Iltizam ini secara ringkasnya memberi manfaat secara langsung dan juga tidak langsung kepada rakyat dan juga industri. Manfaat langsungnya, pertamanya peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan. Yang keduanya, pengurangan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
sekurang-kurangnya 25 peratus beban kawal selia setiap tiga tahun, akan mempercepatkan proses kelulusan dan juga perkhidmatan kepada rakyat serta perniagaan.
Ketiga, penarafan kawal selia agensi kerajaan bagi merangsang peningkatan mutu dan kecekapan perkhidmatan kerajaan. Keempat, penjimatan kos kepada kerajaan dan sektor swasta. Seterusnya, pengurangan birokrasi akan menjimatkan juga kos operasi kerajaan serta mengelakkan proses dokumentasi yang berulang.
Jadi, ada beberapa Yang Berhormat tadi menyebut tentang mungkin apabila membuat banyak dokumentasi seperti seolah-olah ia melambatkan usaha-usaha kita untuk reformasi perkhidmatan kerajaan. Keenam, kos pematuhan ataupun compliance cost yang lebih rendah kepada syarikat dan individu kerana kurangnya prosedur yang membebankan.
Seterusnya, ketelusan dan akauntabiliti juga akan menjadi lebih tinggi.
Pembentangan laporan berkala kepada Parlimen akan meningkatkan pemantauan terhadap prestasi entiti kerajaan dan terakhirnya, penyampaian perkhidmatan yang lebih telus, mengurangkan risiko rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa. Manfaat yang secara tidak langsung adalah seperti peningkatan produktiviti ekonomi.
Keduanya, peningkatan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi hasil daripada proses perniagaan yang lebih lancar akibat pengurangan daripada birokrasi. Ketiga, pengurangan masa menunggu untuk kelulusan dokumen dan perkhidmatan kerajaan akan meningkatkan daya saing negara. Jadi, ini juga beberapa Ahli Yang Berhormat tadi menyebut tentang masa lama yang menunggu dan sebagainya.
Seterusnya, peningkatan kepercayaan rakyat terhadap ketelusan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan dan akhirnya, sistem insentif untuk agensi kerajaan berprestasi tinggi akan mendorong budaya kerja yang lebih dinamik dalam sektor awam.
RUU Iltizam ini dijangka akan membawa transformasi dalam sistem pentadbiran kerajaan dengan menjadikan perkhidmatan kerajaan lebih mesra rakyat, lebih cekap dan tidak juga membebankan. Prinsip RUU Iltizam ini juga digubal untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Malaysia di peringkat global. Jika kita melihat kepada salah satu komponen Iltizam iaitu pengurangan beban selia sebanyak 25 peratus.
Perkara ini telah menjadi sasaran yang digunakan secara meluas dalam pelbagai reformasi peraturan di peringkat global. Jadi, kita mengambil angka ini bukan secara petik- petik sahaja tetapi ia ada kajian yang dilaksanakan. Jadi, kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pengurangan beban kawal selia sebanyak 25 peratus boleh memberikan impak ekonomi yang besar tanpa menjejaskan perlindungan awam. Penemuan kajian EU telah mencadangkan bahawa pengurangan beban pentadbiran sebanyak 25 peratus akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di EU sebanyak 1.62 peratus. Jadi, ini adalah di antara kajian antarabangsa yang telah dilakukan.
Selain daripada itu, pelaksanaan Iltizam diharapkan dapat juga memperbaiki daya saing sektor perniagaan serta menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing. Sekali gus, meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ease of doing business di peringkat global,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
dengan izin. Reformasi struktur di bawah Iltizam mensasarkan peningkatan pencapaian daya saing negara dalam Laporan Daya Saing Global iaitu World Competitiveness Report (WCR), memandangkan 60 peratus daripada kriteria data kualitatif bagi WCR adalah berdasarkan persepsi sudut pandangan komuniti perniagaan.
Sasaran kerajaan melalui pengenalan RUU Iltizam ini adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 12 ekonomi paling berdaya saing menjelang tahun 2033. Jadi, saya kira ini menjawab pertanyaan Indera Mahkota tadi. Isu kedua yang dibawa tadi adalah tentang pemakaian RUU Iltizam ini di negeri dan juga di PBT. Tadi yang terakhir juga telah...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Menteri...
Dr. Zaliha binti Mustafa
...disebut tentang bagaimana kalau kita melibatkan sekali kerajaan negeri. Kota Belud menyebut juga tadi...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat, kalau boleh sebelum itu. Sedikit sahaja, sedikit. Yang Berhormat, tadi kajian di EU, saya okey dengan itu semua. Cuma, mungkin jawab di hujung nanti. Saya sebut tadi, misalnya open government partnership ini di Malaysia kita tidak buat. Sesetengah negara di Eropah, mereka sudah lama buat.
Apa yang saya cuba nyatakan ialah mereka menggunakan kerangka government as a platform, berasaskan dia sudah ada foundation kerana dia sudah buat beberapa perkara.
Maksud saya, macam orang masuk sekolah menengah, selepas dia masuk sudah tamat sekolah rendah. Kita ini melompat saujana, dengan izin, we are doing it like catching up.
Jadi, mungkin juga nanti boleh dijelaskan aspek-aspek latihan kepada pegawai-pegawai sebab ini lompatan saujana ini macam express class daripada sekolah rendah pergi ke sekolah menengah.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sebab itu kita sekarang ini hendak wujudkan akta lah.
Sebelum akta ini, kita rang undang-undang terlebih dahulu. Sebab, sebenarnya pencapaian- pencapaian ataupun kecekapan ini telah juga berlaku di banyak agensi-agensi kerajaan. Kita semua tahu dan kita biasa bekerja dengan kerajaan.
Cumanya, apabila kita laksanakan RUU ini atau kemudiannya bila dipersetujukan menjadi akta, maka dia lebih teratur bagaimana cara kita untuk memantau gerak kerja ataupun cara kerja ataupun tatakelola daripada pegawai-pegawai kerajaan, contohnya. Jadi, itu tujuan kita sekarang ini mahu supaya RUU ini nanti kelak dipersetujui supaya akhirnya kita ada akta yang lebih merangkum sebenarnya.
Saya teruskan, Yang Berhormat.
Baik. Menyentuh isu perkhidmatan kerajaan yang merangkumi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya Kerajaan Persekutuan sahaja. Jadi, dalam hal ini, adalah dimaklumkan bahawa RUU Iltizam ini hanya terpakai kepada kementerian, jabatan dan agensi di bawah Persekutuan termasuk semua badan berkanun dan PBT di Persekutuan ini.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Bagi kerajaan negeri, badan berkanun dan PBT negeri pula, walaupun RUU Iltizam ini tidak terpakai kepada mereka, namun berdasarkan fasal 11, sesuatu entiti kerajaan negeri yang berhasrat untuk melaksanakan iltizam boleh mengemukakan laporan prestasi perkhidmatan kepada Ketua Setiausaha Negeri secara sukarela ataupun opted in, dengan izin.
Fasal 11 ini juga memperuntukkan sekiranya entiti kerajaan negeri, termasuklah badan berkanun negeri, Menteri Besar Diperbadankan, contohnya Perbadanan Menteri Besar dan PBT negeri yang telah menghantar laporan prestasi perkhidmatan mereka sekiranya mereka mencapai penarafan tertentu, maka mereka juga layak sebenarnya untuk mendapatkan insentif dan apa-apa pengiktirafan, termasuklah pemberian dana kewangan mencapai penarafan tertentu. Maka, mereka juga layak mendapat insentif dan apa-apa pengiktirafan termasuk pemberian dana kewangan.
Jadi, seperti yang dinyatakan dalam fasal juga, laporan ini akan kita letakkan di Parlimen ini dan dia boleh diperhatikan oleh semua Ahli-ahli Parlimen dan dia adalah suatu sebenarnya pengiktirafan kepada mana-mana entiti, termasuk kerajaan negeri kalau mereka mahu bersama-sama dalam RUU Iltizam ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan ini sudah pun bermula sejak Disember 2023 dan penyediaan RUU Iltizam ini telah pun melalui pelbagai fasa. Tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebenarnya.
Tidak juga dilakukan secara unilateral. Dia mengambil pandangan pelbagai pihak. Jadi, proses mengenal pasti pinpoint oleh pihak industri semasa berurusan dengan agensi kerajaan telah dilaksanakan melalui 10 sesi libat urus di zon utara, zon selatan, zon Pantai Timur, di Selangor, di Putrajaya, Sabah dan juga Sarawak.
Proses validasi pula melibatkan 210 jam sesi bersama-sama dengan 300 pemegang taruh, termasuk pemain industri dan juga pengawal selia dan akhirnya 500 pinpoint telah dikenal pasti membebankan pelbagai sektor perniagaan.
Jadi, selain daripada itu, sesi libat urus bagi memberi penerangan dan juga mendapatkan cadangan penambahbaikan dalam membangunkan prinsip RUU Iltizam yang melibatkan kementerian, jabatan dan juga agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah diadakan di enam lokasi mengikut zon iaitu zon utara, selatan, tengah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pantai Timur, Sabah dan juga Sarawak. Ini termasuk mengadakan penerangan bersama wakil industri melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) pada 5 Februari baru-baru ini, bagi menjelaskan penggubalan RUU Iltizam, selain mendapatkan pandangan industri.
Secara umumnya, industri menyokong penuh reformasi tadbir urus yang diusahakan oleh kerajaan ini kerana timbal balik manfaat RUU Iltizam ini yang mempunyai impak yang tinggi. Tidak lupa juga sesi libat urus bersama kesemua 28 kementerian dan beberapa agensi terpilih yang telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 21 Februari 2025.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Isu lain yang saya kira ramai juga yang menyentuh tadi ialah tentang beban kerja penjawat awam yang bertambah, mungkin. Perkara ini telah disentuh juga oleh, contohnya YB Putrajaya juga dan Pasir Mas juga menyentuh hal ini.
Jadi, RUU Iltizam ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan dan bukan sebenarnya untuk menambah beban kerja kepada penjawat awam. Salah satu cara utama untuk mencapai matlamat ini ialah dengan mengurangkan kerenah birokrasi, menghapuskan prosedur yang tidak relevan dan menstrukturkan semula bentuk kawal selia yang menyulitkan kerja harian penjawat awam.
Jika RUU ini dilaksanakan dengan baik, insya-Allah penjawat awam akan dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien kerana proses yang tidak perlu akan dikurangkan atau dihapuskan dan penggunaan teknologi termasuk dalam pelaporan akan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan dan tugas berulang atau bertindan akan juga diminimumkan.
RUU Iltizam ini memperkenalkan pendekatan one in, one out yang memastikan bahawa setiap peraturan atau prosedur baharu yang diperkenalkan perlu disertai dengan pemansuhan peraturan lama yang setara. Ini bagi memastikan bahawa sebarang perubahan tidak menambah beban kerja secara keseluruhan. Sebagai contoh, jika satu instrumen kawal selia itu berkaitan dengan permohonan lesen, contohnya, yang baru diperkenalkan, satu instrumen kawal selia lama yang berkaitan dengan permohonan lesen juga yang tidak relevan perlu dibatalkan.
Pendekatan ini telah juga berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara yang telah kita lihat, contohnya United Kingdom, di Australia, di Korea Selatan, yang juga telah terbukti berkesan dalam mengurangkan beban kerja kakitangan awam serta meningkatkan juga kecekapan pentadbiran.
Selain daripada itu, RUU Iltizam juga menekankan penggunaan automasi, kecerdasan buatan (AI) dan integrasi sistem untuk mengurangkan tugas-tugas manual dan berulang yang sering menjadi beban kepada penjawat awam. Sebagai contoh, sistem MyBorder Pass di KLIA telah juga mempercepatkan pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR, mengurangkan beban kerja pegawai imigresen sendiri.
Begitu juga di DBKL, contohnya. Saya membawa contoh ini. Permohonan permit bagi kelulusan kebenaran merancang yang telah ditambah baik prosesnya dari sebelum ini ratusan hari, kemudian jadi 48 hari dan telah dipercepatkan lagi kepada tujuh hari mulai 1 Oktober 2024 dengan penggunaan sistem OSC 4.0. Selain daripada itu, Pensijilan Halal Malaysia 2.0 di bawah JAKIM juga telah mengurangkan prosedur pensijilan halal daripada 11 kepada lapan langkah sahaja, seterusnya mempercepatkan pemprosesan daripada 63 hari hingga tinggal 23 hari.
Jadi, kesemua ini, Yang di-Pertua, inisiatif ini membuktikan RUU Iltizam ini tidak bertujuan untuk menambah beban kerja tetapi mengurangkan tugas manual yang membazir masa dan juga tenaga.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Selain daripada itu, RUU Iltizam turut memperkenalkan sistem penarafan kawal selia bagi menggalakkan budaya kerja yang lebih dinamik dan berprestasi tinggi dalam sektor awam. Sistem penarafan ini membolehkan setiap agensi kerajaan mengukur prestasi mereka berdasarkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, mendapat insentif jika mencapai tahap kecekapan yang lebih baik serta meningkatkan akauntabiliti dengan adanya sistem ini. Agensi kerajaan akan lebih fokus kepada keberkesanan kerja berbanding dengan sektor mematuhi prosedur yang rigid yang akhirnya akan meningkatkan kepuasan penjawat awam kerana mereka akan menjalankan juga tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
Pelaksanaan sistem pengurangan beban kawal selia di negara lain juga menunjukkan bahawa penjawat awam tidak mengalami beban kerja yang bertambah tetapi sebaliknya dapat bekerja dengan lebih efisien. Sebagai contoh, di Kanada, pengurangan beban kawal selia melalui Red Tape Reduction Act 2015 berjaya menghapuskan prosedur yang tidak perlu sekali gus membolehkan penjawat awam memberi tumpuan kepada tugas yang lebih produktif.
Di Filipina pula, Ease of Doing Business Act 2018 memperkenalkan sistem pemantauan ke atas prestasi penjawat awam yang meningkatkan produktiviti tanpa menambah beban kerja mereka. Di Korea Selatan, sistem Sunset Clause memastikan bahawa setiap undang-undang atau peraturan baharu perlu dikaji semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun bagi memastikan tiada peraturan yang tidak relevan yang membebankan penjawat awam.
Jadi, RUU Iltizam mengambil inspirasi daripada model-model ini tetapi menyesuaikannya dengan konteks Malaysia bagi memastikan tiada peningkatan beban kerja kepada penjawat awam kita.
RUU Iltizam juga tidak memperkenalkan hukuman. Dia tidak bersikap punitif, YB Betong, kepada penjawat awam yang gagal melaksanakan perubahan, sebaliknya menggunakan mekanisme insentif dan pemantauan secara berkala. Tiada penalti atau tindakan disiplin secara automatik terhadap penjawat awam yang tidak mencapai sasaran, sebaliknya prestasi mereka akan diukur dan diberikan sokongan serta sumber tambahan bagi meningkatkan keberkesanan mereka.
Sebagai contoh, melalui Demerit Performance Evaluation System (DEEP), pemimpin dalam sektor awam akan dinilai berdasarkan KPI mereka, pencapaian KPI, namun penilaian ini lebih kepada penambahbaikan dan bukan sekadar hukuman.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, saya telah jelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa RUU Iltizam bukan tentang memberi kerja tambahan tetapi tentang mengubah cara kerja supaya lebih sistematik, digital dan berorientasikan hasil yang terbaik untuk rakyat. Saya suka juga menyentuh apabila Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini memperkenalkan kenaikan gaji yang signifikan bagi penjawat awam, maka dengan peningkatan gaji ini, sudah
Dr. Zaliha binti Mustafa
tentu wujud ekspektasi yang lebih tinggi terhadap prestasi penjawat awam, termasuklah keupayaan mereka untuk bekerja dengan lebih cekap dan bertanggungjawab.
Dalam konteks ini, RUU Iltizam menstrukturkan semula cara kerja supaya lebih efisien dengan pemansuhan prosedur yang tidak perlu, penjawat awam tidak perlu lagi berurusan dengan peraturan dan proses kerja yang berulang atau membazir masa, sebaliknya mereka dapat memberi fokus kepada tugas yang mungkin lebih strategik dan juga berimpak tinggi.
Isu keempat yang saya ingin sentuh ialah tentang instrumen kawal selia. Mengapa kena kurangkan instrumen kawal selia. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memahamkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menimbulkan isu ini tadi. Mengapa kerajaan berhasrat untuk mengurangkan instrumen kawal selia yang merangkumi peraturan dan juga arahan, pekeliling, garis panduan, prosedur dan juga proses kerja yang dikeluarkan oleh entiti kerajaan.
Walaupun bertujuan memastikan pentadbiran yang teratur, ada kalanya instrumen ini menjadi terlalu kompleks ataupun tidak lagi relevan menyebabkan kos pematuhan yang tinggi dan melambatkan proses pentadbiran serta juga perniagaan. Untuk menangani isu ini, kerajaan memperkenalkan beberapa mekanisme utama bagi mengurangkan beban kawal selia.
Pertama, RUU Iltizam ini menetapkan bahawa setiap instrumen kawal selia perlu disemak setiap tiga tahun bagi memastikan ia masih relevan dan juga berkesan. Semakan ini akan mengenal pasti instrumen kawal selia yang boleh dipermudahkan atau dimansuhkan bagi mengelakkan pertindihan atau ketidaksempurnaan dalam pentadbiran.
Kedua, kerajaan menetapkan sasaran pengurangan beban selia ini sebanyak 25 peratus dalam tempoh tiga tahun. Berdasarkan kajian yang saya sebut tadi, kajian antarabangsa yang menunjukkan bahawa langkah ini boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan juga daya saing negara.
Ketiga, RUU Iltizam ini memperkenalkan pendekatan one in, one out di mana setiap instrumen kawal selia baharu diperkenalkan, satu instrumen kawal selia lama yang setara perlu dibatalkan. Jadi, ini bertujuan memastikan jumlah instrumen kawal selia tidak meningkat tanpa kawalan dan mengelakkan instrumen kawal selia yang membebankan rakyat serta perniagaan.
Keempat, kerajaan boleh juga menggunakan standard cost model ataupun SCM untuk mengira kos pematuhan sesuatu instrumen kawal selia dan menentukan sama ada ia perlu dikekalkan, diubahsuai atau dimansuhkan. Model ini memastikan pengurangan beban kawal selia dilakukan secara sistematik tanpa menjejaskan kepentingan awam. Jadi, saya menolaklah tadi apabila ada yang kata bahawa hanya sesuatu pihak sahaja yang akan menentukan perkara ini.
RUU iltizam juga memastikan setiap kementerian dan agensi perlu melaporkan pencapaian mereka dalam mengurangkan beban kawal selia dan laporan ini akan
Dr. Zaliha binti Mustafa
dibentangkan kepada Dewan Rakyat untuk memastikan ketelusan serta juga keberkesanan pelaksanaan reformasi.
Isu kelima yang disentuh tadi ialah tentang pengecualian akta. Jadi, RUU Iltizam ini memperuntukkan mekanisme pengecualian bagi memastikan pelaksanaan reformasi kawal selia tidak mengganggu operasi kritikal kerajaan terutamanya dalam sektor yang melibatkan keselamatan, kepentingan negara dan juga situasi luar jangka.
Fasal pengecualian memberi kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab selepas berunding dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk mengecualikan mana-mana entiti kerajaan atau sebahagian daripadanya serta mana-mana instrumen kawal selia atau sebahagian daripadanya daripada pemakaian RUU Iltizam ini.
Pengecualian ini bertujuan memberikan fleksibiliti dalam pelaksanaan tanpa menjejaskan fungsi penting kerajaan. Walau bagaimanapun, Menteri juga boleh membatalkan pengecualian tersebut sekiranya terdapat keperluan untuk menyelaraskan semula suatu peraturan dengan objektif reformasi iltizam.
Jadi, beberapa situasi membolehkan suatu entiti kerajaan atau instrumen kawal selia dikecualikan daripada pemakaian RUU ini. Sebagai contoh, instrumen kawal selia dalam sektor kesihatan mungkin dan keselamatan yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian melalui permohonan kepada Menteri. Walaupun RUU ini...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri. Boleh sedikit?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya habiskan sikit.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sedikit boleh?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sikit, saya habiskan ini dahulu.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Walaupun RUU ini membenarkan pengecualian, ia tetap dikawal selia dengan ketat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan. Keputusan untuk memberikan pengecualian perlu melalui rundingan dengan KSN dan semua pengecualian akan diterbitkan dalam warta kerajaan untuk memastikan ketelusan. Ini mekanisme untuk ketelusan.
Jadi, Menteri juga mempunyai kuasa untuk membatalkan pengecualian jika didapati tidak lagi relevan atau disalahgunakan. Ini memastikan bahawa sebarang pengecualian diberikan hanya apabila benar-benar diperlukan dan tidak menghalang objektif utama RUU Iltizam dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Sila.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sedikit. Tadi Menteri bagi contoh tentang pengecualian untuk instrumen. Kalau boleh, Menteri bagi contoh sedikit pengecualian untuk entiti ini. Jadi sekurang-kurangnya ada rekod di sini, inilah situasi yang membolehkan entiti dikecualikan. Terima kasih Menteri.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dr. Zaliha binti Mustafa
Boleh saya jawab yang itu kemudian Yang Berhormat?
Jadi, saya teruskan dahulu. Ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, tiada sebarang pekeliling, prosedur dan peraturan yang terkecuali daripada pemakaian RUU Iltizam ini, termasuklah peraturan mesyuarat yang kita semua gunakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya sentuh isu yang seterusnya. Boleh saya dapat lebih masa?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, berapa minit lagi agaknya Menteri?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya rasa dalam mungkin lima minit, 10 minit boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, 10 minit.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik. Isu keenam ialah tentang tadbir urus RUU Iltizam dan pemantauan. Ini juga ramai yang sentuh tadi. Jadi, mengenai tadbir urus RUU Iltizam dalam pelaksanaannya, koordinasi antara kementerian akan diputuskan dan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Negara. Selain daripada itu, sistem penarafan kawal selia akan digunakan sebagai mekanisme pemantauan yang lebih granular di mana agensi kerajaan yang berjaya mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan akan diberi insentif atau pengiktirafan.
Dengan adanya pemantauan berstruktur ini, RUU Iltizam bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tetapi juga memastikan bahawa reformasi yang diperkenalkan memberi manfaat langsung kepada rakyat dan juga sektor ekonomi tanpa menjejaskan kecekapan tadbir urus kerajaan. Dalam pelaksanaan RUU Iltizam ini, Menteri bertanggungjawab membentangkan laporan Iltizam di Dewan Rakyat setiap tiga tahun serta mengeluarkan pengecualian bagi entiti tertentu selepas berunding dengan Ketua Setiausaha Negara.
KSN pula menyelaras pelaksanaan reformasi di semua kementerian dan agensi, memastikan semakan berkala setiap tiga tahun serta mengurus sistem penarafan kawal selia bagi memberi insentif kepada agensi berprestasi tinggi dan ketua entiti termasuk Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah bertanggungjawab pula dalam mengurangkan beban kawal selia di organisasi masing-masing dan memastikan pematuhan kepada one in, one out serta melaporkan status pelaksanaan kepada KSN dan Menteri bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Iltizam.
Saya ingin juga menyentuh tentang peranan sektor swasta di sini. Isu terakhir ini saya kira kalau saya diberi masa lagi. Isu terakhir ialah Ahli-ahli Yang Berhormat, RUU Iltizam juga menekankan peranan sektor swasta dalam reformasi kawal selia melalui mekanisme yang lebih sistematik dan juga inklusif. Salah satu platform utama yang digunakan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) yang berfungsi sebagai wadah rasmi untuk libat urus antara kerajaan dan juga sektor swasta sebelum sesuatu dasar atau peraturan baharu diperkenalkan.
Melalui PEMUDAH, kerajaan dapat mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi oleh dunia perniagaan seterusnya membangunkan penyelesaian kawal selia yang lebih bersasar dan mesra pelabur. Ini bermakna sebarang keputusan berkaitan dengan
Dr. Zaliha binti Mustafa
pemansuhan atau penyederhanaan peraturan tidak dibuat secara unilateral oleh kerajaan tetapi mendapat pandangan dan juga maklum balas daripada pelbagai pihak yang berkepentingan.
Dalam penglibatan sektor swasta ini yang lebih aktif, reformasi kawal selia akan lebih relevan dan sejajar dengan realiti industri, mengelakkan peraturan yang terlalu membebankan atau tidak praktikal. Selain daripada itu, RUU Iltizam juga membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kerajaan dan sektor swasta dalam aspek inovasi dan pendigitalan bagi mempercepatkan penyampaian perkhidmatan awam dengan mengurangkan beban kawal selia.
Syarikat-syarikat swasta boleh juga memainkan peranan lebih besar dalam menyokong inisiatif kerajaan digital termasuklah melalui pembangunan sistem automasi, aplikasi pintar dan juga integrasi data untuk memudahkan urusan dengan kerajaan.
Contohnya, penyederhanaan proses permohonan lesen dan permit boleh juga dilakukan melalui platform digital yang dikendalikan secara kerjasama antara kerajaan dan juga syarikat teknologi tempatan. Dalam hal ini, sektor swasta bukan sahaja berfungsi sebagai penerima manfaat reformasi kawal selia tetapi juga sebagai rakan strategik dalam membangunkan penyelesaian yang lebih cekap untuk ekosistem perniagaan dan pentadbiran negara.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Hal ini sejajar dengan pendekatan yang diambil oleh beberapa negara maju seperti United Kingdom dan juga Singapura, di mana sektor swasta diberi ruang untuk menyumbang kepada reka bentuk dan pelaksanaan reformasi kawal selia secara lebih aktif.
Perkara kelapan RUU Iltizam yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada.
RUU Iltizam ini bertujuan untuk menggantikan undang-undang sedia ada dan ─ tetapi ia tidak bertindak sebagai – tetapi bertindak juga sebagai pelengkap bagi memastikan kawal selia kerajaan lebih cekap dan responsif terhadap keperluan semasa.
Bagi memastikan keberkesanannya, pelaksanaan RUU ini perlu diselaraskan dengan undang-undang lain yang berkaitan untuk mengelakkan sebarang konflik perundangan atau pertindihan kuasa antara agensi kerajaan. Maksudnya dia menjadi pelengkap, dia bukan memansuhkan akta-akta sedia ada.
Oleh itu, reformasi yang dibawa oleh RUU Iltizam memerlukan penyelarasan dengan pelbagai kementerian dan badan kawal selia bagi memastikan keseimbangan antara kecekapan pentadbiran dan pematuhan kepada prinsip ketelusan serta tadbir urus yang baik.
Selain daripada itu, pemakaian RUU Iltizam oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga perlu mengambil kira undang-undang negeri bagi memastikan keseragaman pelaksanaan tanpa menjejaskan bidang kuasa masing-masing.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira mana-mana yang saya tidak jawab itu saya boleh jawab secara bertulis. Boleh?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Menteri, satu saja satu soalan. Fasal 10(3) berkaitan dengan definisi mana-mana orang. Saya ada bertanya apakah yang dimaksudkan dengan mana-mana orang sama ada pegawai kerajaan, swasta, institusi dan apakah mereka akan dibayar oleh kerajaan untuk membuat penilaian dan juga apakah telah dipertimbangkan peranan Jabatan Audit Negara dalam konteks ini supaya tidak ada pertindihan. Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Perkara yang sama, Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tentang pemilihan orang tu, sebenarnya dia ada kriteria- kriteria yang akan ditetapkan siapa yang boleh dijadikan sebagai kumpulan untuk kita menjadi rujukan dan sebagainya. Tentang pembayaran itu, setakat ini dikira sebagai probono lah, ya.
Tetapi mungkin ada kos-kos yang terlibat. Mungkin kita boleh – secara mungkin boleh bagi elaun dan sebagainya, itu akan dipertimbangkan. Baik.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ini bukan satu proper audit. Takkan kerajaan ambil syarikat audit, buat audit, bahagian dia tak ada. Ini satu...
Dr. Zaliha binti Mustafa
Buat masa ini, itu kita tidak pertimbangkan lagi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Cuma yang kita katakan tadi, orang-orang itu adalah mereka-mereka yang akan dilihat kriteria-kriteria yang tertentu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tan Sri Yang di-Pertua...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, saya ada timbulkan masa perbahasan tadi, perkara yang sama. Boleh tak kalau kuasa Menteri melantik mana- mana orang ni, mana-mana orang itu kita terus tentukan siapa mana-mana orang ini. Kalau kita letak dalam seksyen ini, maknanya ia terbuka. Makna kuasa Menteri itu luas. Jadi, kita terus lantik jawatankuasa yang bebas, yang ada kelayakan dan boleh menilai apa sahaja prestasi. Ini berkenaan dengan peruntukan yang akan disediakan, boleh pilih kemudian hari.
Itu yang masalah besar. Lantik terus jawatankuasa bebas, boleh?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, YB Besut. Saya kira itu boleh dipertimbangkan tapi setakat hari ini, RUU yang kita telah letakkan dalam fasal ini ialah “orang-orang” ya. Tapi of course, dalam masa yang sama nanti kita akan juga bina garis panduan, ya. So, saya kira dalam garis panduan kita boleh lihat perkara-perkara yang sebegitu. Terima kasih.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, akhir kata saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong RUU Iltizam ini atau Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan dan bersama-sama kita mencipta sejarah dalam pembaharuan tadbir urus untuk rakyat ini. Jadi, sekali gus sokongan terhadap RUU ini pasti akan menampilkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai pendukung kepada usaha kecekapan perkhidmatan kerajaan. Jadi langkah ini juga...
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, saya memang nak sokong ini cuma, tak perlu jawab yang ini. Saya nak ulang saja
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
saya punya seruan. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya menyeru, saya kata kita ni dah banyak berkembang, pegawai-pegawai kerajaan dah buat macam-macam reform tapi dia ada constrain dia kerana adalah campur tangan politiklah, itu ini dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua pun pernah jadi pegawai PTD. Jadi, tadi saya mencadangkan kepada Yang Berhormat mungkin dalam sesi akan datang buat satu ministerial statement tentang keseluruhan soal perkhidmatan awam di Malaysia. Kalau ada white paper lagi bagus tapi tak perlu white paper-lah tapi suatu laporan dan kita bahas dengan niat untuk memberikan dukungan kepada penambahbaikan. Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Indera Mahkota. Buat masa ini kita masih belum memikirkan untuk ministerial statement itu tetapi saya kira dalam proses itu nanti, jika perlu dan mungkin kita boleh lakukan satu ministerial statement.
Baik, saya teruskan, Yang di-Pertua. Jadi, langkah ini sebenarnya juga selari dengan agenda Kerajaan MADANI yang menjunjung tatakelola baik untuk menarik pelaburan dan menyediakan ekosistem ekonomi Malaysia yang lebih sihat. Jadi, selepas daripada lulusnya RUU ini, bukan lagi sekadar mimpi harapnya tetapi adalah hampir pasti Malaysia akan berada dalam kalangan 12 ekonomi paling berdaya saing menjelang tahun 2033 nanti.
Di samping kita dapat meningkatkan kedudukan negara dalam World Competitiveness Ranking dan juga meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Corruption Perception Index (CPI) sebagai mana yang telah saya sebut tadi. Jadi, sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, mohon saya izinkan menyampaikan dua rangkap pantun seperti biasa.
*RUU iltizam sudah dibaca, Reformasi bukan janji semata-mata, Urusan cekap tidak lengahkan masa, Rakyat lega hati pun gembira.
Dulu beratur panjang berjela-jela, Menunggu dokumen sampai terlena, Kini sistem lebih sempurna, Kerja selesai tiada yang sengsara.* Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Tuan Yang di-Pertua
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah) dan diluluskan]
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Saya mohon...
Tuan Yang di-Pertua
Belum lagi, sat. Maaf, Menteri teruskan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam ucapan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 18 Oktober 2024, kerajaan telah mencadangkan untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara Malaysia untuk mencarum ke dalam skim KWSP.
Cadangan ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memberi layanan yang adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan. Bagi melaksanakan cadangan tersebut, terdapat keperluan untuk meminda Akta Wang Kumpulan Simpanan Pekerja 1991
(Akta 452) melalui Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 bertujuan untuk mengadakan peruntukan yang berhubung dengan tanggungan untuk membayar caruman dan kadar caruman yang dikenakan ke atas pekerja bukan Warganegara Malaysia.
Rang undang-undang ini mempunyai 11 fasal seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan di bawah Akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda dalam kepala Bahagian VIIA Akta 452 untuk menggantikan perkataan “ahli kumpulan wang” dengan perkataan “pekerja” supaya selaras dengan pindaan yang dibuat di bawah fasal 3.
Fasal 3 bertujuan untuk menggantikan seksyen 70A Akta 452 dengan seksyen baharu untuk memperuntukkan bahawa Bahagian VIIA Akta 452 adalah terpakai bagi pekerja bukan warganegara Malaysia yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan imigresen.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 70C Akta 452 seperti berikut:
(a) subfasal 4(a) dan (c) untuk meminda subseksyen 70C(1) dan (3) Akta 452 untuk menggantikan perkataan “Ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “Pekerja” supaya selaras dengan pindaan yang dibuat di bawah fasal 3; dan
(b) subfasal 4(b) untuk memotong subseksyen 70C(2) Akta 452 bagi membolehkan pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran kesemua amaun dalam kreditnya untuk terus bertanggungan mencarum tanpa perlu mengemukakan notis untuk mencarum kepada KWSP.
Fasal 5 bagi subseksyen 70D Akta 452.
Fasal 7 bagi subseksyen 7FA Akta 452.
Fasal 8 bagi seksyen 7H Akta 452 dipinda untuk menggantikan perkataan “Ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “Pekerja” supaya selaras dengan pindaan yang dibuat di bawah fasal 3; Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 70E Akta 452 seperti berikut:
(i) subfasal 6(a) bagi memasukkan rujukan kepada subseksyen 43(8) Akta 452 untuk mengecualikan pekerja bukan warganegara Malaysia daripada membuat caruman sukarela;
(ii) subfasal 6(b) bagi memotong rujukan kepada subseksyen 55A selain subseksyen (2) Akta 452 bagi membolehkan pekerja bukan warganegara Malaysia semua atau sebahagian daripada amaun yang ada daripada kreditnya apabila pekerja itu mencapai umur 55 tahun; dan
(iii) subfasal 6(c) untuk menggantikan perkataan “ahli kumpulan wang” dengan perkataan “pekerja” supaya selaras dengan pindaan yang dibuat dalam fasal 3.
Ketujuh, fasal 9 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama Akta 452 dengan memotong perenggan 6 dan 7 Jadual untuk mengenakan tanggungan untuk membayar caruman ke atas pekerja bukan warganegara Malaysia.
Kelapan, fasal 10 bertujuan untuk meminda Jadual Ketiga Akta 452 untuk memotong Bahagian B dan D serta memasukkan Bahagian F baharu untuk menetapkan kadar caruman yang terpakai kepada pekerja bukan warganegara Malaysia.
Kesembilan, fasal 11 memperkatakan peruntukan peralihan.
Oleh yang demikian, pindaan yang dicadangkan ke atas Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 adalah penting bagi melaksanakan tanggungan untuk membayar caruman KWSP secara mandatori kepada pekerja bukan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
warganegara Malaysia selaras dengan inisiatif Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk meningkatkan perlindungan sosial yang setara antara pekerja warganegara Malaysia dan pekerja bukan warganegara Malaysia dalam pasaran buruh. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menerima senarai lapan orang pembahas.
Saya bacakan nama-namanya. YB Bagan, Jerlun, Tawau, Pasir Mas, Mas Gading, Shah Alam, Machang dan Seputeh. Kita mulakan dengan Bagan dan diberikan lima minit.
Silakan Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di- Pertua, saya ingin mencadangkan agar dikekalkan caruman KWSP RM5 syer majikan untuk setiap pekerja bukan warganegara bersama dengan syer KWSP pekerja asing sebanyak 11 peratus. Cadangan meningkatkan sumbangan majikan sebanyak RM5 untuk setiap pekerja asing kepada dua peratus sedangkan sumbangan sukarela kepada KWSP oleh pekerja asing yang dicadangkan dikurangkan daripada 11 peratus kepada dua peratus yang diwajibkan.
Cadangan caruman majikan sebanyak dua peratus telah mengundangkan perasaan kurang puas hati bila mereka telah pun dibebankan dengan pindaan kepada Akta Pekerjaan yang berkuat kuasa pada 2024 seperti berikut:
(i) jumlah waktu kerja mingguan disingkatkan daripada 48 jam kepada 45 jam yang menaikkan kos gaji sebanyak 10 peratus;
(ii) cuti bapa sebanyak tujuh hari untuk lima anak pertama; dan
(iii) cuti bersalin yang ditambah daripada 60 hari kepada 98 hari.
Kesemua ini menambahkan beban kepada perniagaan khususnya IKS tetapi mereka rela berkorban demi kebajikan pekerja Malaysia. Soalan yang mereka timbulkan ialah mengapa majikan Malaysia khususnya IKS perlu berkorban untuk pekerja asing dengan sumbangan dua peratus KWSP? Sumbangan KWSP oleh pekerja asing perlu dikurangkan daripada 11 kepada dua peratus. Bolehkah KWSP menyatakan caruman tambahan yang boleh diterima daripada syer majikan dua peratus ini?
Saya kurang bersetuju dengan pandangan yang diberikan bahawa keengganan mewajibkan sumbangan KWSP oleh majikan akan menyebabkan Malaysia dan majikan dikenakan sekatan kerana tidak mematuhi peraturan-peraturan Bangsa-bangsa Bersatu dan International Labour Organization (ILO).
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekiranya benar, mengapa ILO tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas Singapura? Sungguhpun Singapura tidak lagi mewajibkan sumbangan CPF yang sama dengan KWSP di sini, untuk pekerja asing daripada majikan sejak 2003 dan tanpa sebarang tindakan oleh ILO ataupun Bangsa-bangsa Bersatu.
Tuan Yang di-Pertua, Singapura boleh mengecualikan pekerja asing daripada sumbangan CPF tanpa sebarang sekatan dan Malaysia juga sedemikian sebelum ini. Kita tidak mewajibkan sumbangan KWSP oleh majikan tempatan. Mengapa perlu mewajibkan majikan tempatan bayar sumbangan KWSP untuk pekerja asing?
Kita lihat sekarang, Presiden Amerika Syarikat baru, Donald Trump secara terbuka mengingkari peraturan Bangsa-bangsa Bersatu dalam ILO dengan sewenang-wenangnya, malah akan menarik diri daripada beberapa institusi utama Bangsa-bangsa Bersatu tanpa sebarang tindak balas atau hukuman. So, memang institusi tersebut tidak ada moral standing, dengan izin untuk mengenakan sebarang sekatan ke atas Malaysia.
Oleh itu, mengapa pula Malaysia mesti patuhi peraturan antarabangsa yang merugikan negara kita dan perniagaan tempatan. Bila Amerika Syarikat begitu berani melindungi kepentingan rakyat dan negara mereka dan juga perniagaan mereka tanpa menghiraukan peraturan-peraturan antarabangsa tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, rasional majikan diwajibkan membayar sumbangan KWSP.
Dengan adanya sumbangan tersebut boleh menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih kompetitif kepada rakyat Malaysia dengan adanya lapangan setara atau labour flying fee tidak mencerminkan kedudukan sebenar di mana wujudnya kekurangan pekerja tempatan. Kita tahu memang wujud pekerjaan tempatan kerana kadar pengangguran dijangka susut kepada 3.1 peratus pada tahun ini. Dengan kata lain, kita akan mengalami keadaan full employment. Oleh itu, kekurangan pekerja ini buat masa kini hanya boleh diisi dengan pekerja asing. Tanpa pekerja asing, saya rasa sukar untuk kita menjalankan operasi di banyak kilang.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun lebih sedar perkara ini daripada saya.
Cadangan automasi dalam industri perlukan pelaburan yang besar yang kini tidak dapat ditampung oleh syarikat swasta dan kerajaan. Oleh itu, dalam keadaan ekonomi global yang kurang menentu masa kini khususnya dengan pelaksanaan dasar tarif secara membuta tuli oleh Donald Trump, saya ingin mencadangkan agar sumbangan majikan dikekalkan pada taraf RM5 setiap pekerja asing ataupun ditangguhkan sementara waktu sehingga keadaan ekonomi mengizinkan. Mari kita bantu perniagaan Malaysia dulu, put Malaysian business first, dengan izin. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker, ada Point of Order 36(12). Mana- mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
sebagai menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Pada 5 Februari, Ayer Hitam dalam Dewan ini telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat 500 juta kerugian MAHB dalam transaksi MAHB oleh EPF dan kenyataan ini jelas bercanggah dengan kenyataan yang saya keluarkan dan juga Kementerian Kewangan (II) keluarkan bahawa tidak ada apa-apa kerugian. Jadi tak mungkin ketiga-tiga kita memberi satu kenyataan yang betul.
Jadi saya telah terima dan saya telah rujuk Ayer Hitam gunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) dan telah utus kepada Speaker. Hari ini saya dapat keputusan daripada Speaker. Saya nak dapat satu kepastian daripada Speaker kerana peraturan mesyuarat ini ditolak atas tiga sebab. Sebab katakan ada tiga elemen yang perlu dipenuhi. Pertama, kenyataan yang diberikan hendaklah satu kenyataan yang mengelirukan Dewan. Saya rasa ini tak ada isu.
Kedua, ahli yang membuat kenyataan itu hendaklah tahu pada masa kenyataan itu dibuat, kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan semasa memberi kenyataan tersebut, ahli tersebut memang berniat untuk mengelirukan Dewan.
Jadi, saya nak dapat kepastian dari Speaker. Adakah bermakna pada masa Ayer Hitam membuat kenyataan itu, dia tidak tahu itu kenyataan tidak tepat? Bermakna pemahaman dia tidak betul. So, tak mungkin Ayer Hitam betul dan juga saya dengan Menteri Kewangan II pun betul, tak mungkin. Mesti ada seorang yang salah. Jadi, saya nak dapat kepastian Speaker mengapa saya dapat keputusan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Ayer Hitam – Ayer Hitam pula. Puasa ni dia jadi confuse. Kampar dalam peraturan mesyuarat kita, kalau Yang Berhormat tidak puas hati terhadap keputusan saya, Yang Berhormat boleh appeal, tulis balik dan saya akan pertimbangkan balik. Saya tak akan tidur malam memerhatikan setiap ayat yang Kampar...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker, saya faham dan juga saya hormat kepada keputusan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak dapat kepastian...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Berdasarkan elemen ini, adakah ia bermaksud...
Tuan Yang di-Pertua
Saya tak boleh – kita tak boleh ...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Adakah ia bermaksud Ayer Hitam pada masa itu dia tidak tahu kenyataan itu tidak tepat, makna dia sudah salah faham.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sebab tak mungkin dia betul, saya dengan Menteri Kewangan II pun betul.
Tuan Yang di-Pertua
Betul.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mesti ada seorang yang salah. Dia kata rugi, kita kata tak rugi. Jadi mesti ada orang...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, inilah keputusan saya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Keputusan saya – dengar betul-betul. Yang Berhormat tulis surat untuk buat rayuan untuk saya tengok balik keputusan yang telah buat sebab kita tak ada masa untuk debate di sini. Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Jerlun, silakan,
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2025 lalu, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengumumkan cadangan kerajaan untuk mewajibkan pekerja asing mencarum dalam KWSP seperti mana juga diwajibkan kepada pekerja tempatan.
Mengikut akta ibu, Akta KWSP 1991 menyatakan bahawa pekerja asing dalam negara kita diberi kebebasan sama ada untuk mencarum dalam KWSP ataupun tidak.
Terdapat 11 buah negara asing yang dibenarkan bekerja dalam negara kita, contohnya Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Thailand dan sebagainya dalam lima sektor khusus iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.
Dalam hal ini, Jerlun berpandangan dengan mewajibkan pekerja asing mencarum KWSP, ia dapat memberi manfaat kepada negara. Manfaatnya ialah yang pertama caruman daripada pekerja asing boleh meningkatkan jumlah dana yang akan diuruskan oleh KWSP.
Dana ini boleh digunakan untuk pelaburan dalam projek pembangunan, infrastruktur, perusahaan tempatan dan sektor strategik lain yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kedua, apabila KWSP lebih banyak dana dan bersedia untuk menambahkan pelaburan, ertinya KWSP boleh memperluaskan portfolionya dalam pasaran saham dan bon tempatan. Ini membantu menstabilkan dan mengukuhkan pasaran modal dalam negara.
Menjadikannya lebih menarik kepada pelabur asing dan pelabur domestik.
Ketiga, pekerja asing yang mempunyai simpanan persaraan melalui KWSP cenderung kurang bergantung kepada bantuan sosial. Apabila mereka bersara atau menghadapi situasi kecemasan, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial.
Keempat, dengan menyertakan pekerja asing dalam sistem simpanan persaraan dalam negara kita, ia memupuk rasa keterikatan dan tanggungjawab bersama terhadap ekonomi Malaysia. Ini dapat meningkatkan produktiviti dan komitmen mereka terhadap pembangunan negara.
Kelima, melalui caruman KWSP, maklumat mengenai pekerja asing ini dapat direkodkan dengan lebih sistematik. Ini memudahkan pemantauan kondisi kerja mereka dan
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
memastikan mereka menerima perlindungan yang sewajarnya selaras dengan standard buruh antarabangsa.
Saya merujuk blue bill ini.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Fasal 2 RUU ini iaitu pindaan Bahagian VIIA iaitu menyebut perkataan menggantikan perkataan ‘ahli kumpulan wang’ dengan perkataan ‘pekerja’. Saya rujuk akta ibu, terdapat juga perkataan ini iaitu ‘ahli kumpulan wang’ tetapi tidak dimasukkan untuk menjadi sebahagian daripada pindaan ini. Yang diambil hanya bahagian tujuh iaitu seksyen 70A.
Mengapa tidak ambil seksyen 2? Sebab seksyen 2 ini menjadi rujukan kepada tafsiran dan terma rujukan untuk peruntukan-peruntukan selanjutnya. Jangan ambil di tengah jalan. Patutnya diambil di awal sebagai rujukan. Di bawah Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri menetapkan syarat pekerja asing boleh memohon untuk bekerja dalam negara bermula usia 18 tahun sehingga 45 tahun.
Apabila permohonan pekerja asing ini diluluskan, mereka akan memegang pas lawatan, yakni kerja sementara PLKS, yang mana tempoh mereka dibenarkan bekerja bermula daripada 12 bulan atau pun satu tahun sehingga 10 tahun. Jika dirujuk fasal 10(b), pindaan Jadual Ketiga, diwujudkan bahagian F, di mana kadar caruman dan kadar caruman pekerja masing-masing dua peratus. Saya rasa kadar ini sangat kecil, sangat sedikit berbanding dengan kadar pekerja tempatan.
Jika betul kerajaan mahu melihat dana KWSP semakin meningkat dan berupaya untuk menyumbang, meningkatkan ekonomi dan merancakkan pembangunan dalam negara.
Mari kita lihat caruman pekerja tempatan. Gaji RM5,000 dan ke bawah, carumannya ialah 11 peratus caruman pekerja dan caruman majikan ialah 13 peratus. Manakala gaji RM5,000 hingga RM20,000, caruman pekerja ialah 11 percent dan majikan 12 peratus.
Persoalan saya di sini. Mengapa ada perbezaan yang ketara antara cadangan kerajaan untuk mengenakan sumbangan atau pun caruman warga asing hanya dua percent berbanding pekerja tempatan 11 percent? Sedangkan matlamat caruman tadi ini antara lain untuk meningkatkan ekonomi negara. Jika dilihat tempoh maksimum bekerja pekerja asing 10 tahun. Ada juga di kalangan pekerja tempatan yang hanya mampu bekerja 10 tahun tetapi caruman mereka kekal sehingga 11 percent. Jadi, Jerlun mencadangkan agar caruman KWSP pekerja asing ini dinaikkan daripada dua percent kepada satu jumlah yang munasabah atau pun menyamai 11 peratus kadar caruman pekerja tempatan.
Satu perkara lagi menyentuh tentang KWSP ini. Saya pohon kerajaan dapat memberi pertimbangan semula untuk pengeluaran Akaun 1 bagi ahli KWSP yang tidak mencapai umur persaraan lagi tetapi dia sudah mendapat tawaran untuk mengerjakan ibadah haji. Ini memandangkan kos ibadah haji sekarang ini meningkat sehingga RM33,300 bagi seorang jemaah haji.
Saya dimaklumkan, ada bakal haji di kalangan orang muda yang dapat tawaran haji, terpaksa menolak tawaran haji disebabkan tidak ada sumber kewangan yang lain selain
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
daripada KWSP untuk mencukupkan jumlah bagi membayar kos haji. Yang akhir, satu perkara lagi. Saya juga pohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan pengeluaran Akaun 1 dengan kadar yang munasabah.
Jika Akaun 2 atau pun Akaun 3, ini sudah tinggal kosong, dikeluarkan atau pun tidak aktif lagi, untuk tujuan pendidikan atau pun rawatan dan melangsaikan hutang. Saya banyak menerima e-mel daripada pencarum-pencarum KWSP ini yang mengeluh kerana mereka tidak ada semua sumber kewangan yang lain melainkan Akaun 1 sahaja dalam KWSP. Jadi, saya pohon pertimbangan kerajaan agar buat lah sesuatu yang terbaik kepada rakyat dalam negara kita yang menderita kesusahan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Sabah maju jaya. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2025 merupakan suatu pindaan yang signifikan dan membawa manfaat kepada mahupun pekerja warga asing dan juga majikan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas usaha yang diperkenalkan ini.
Saya melihat lonjakan jumlah pencarum daripada 22.6 ribu pencarum kepada hampir 2.5 juta pencarum dari kalangan bukan warganegara. Mampu membawa impak yang baik kepada para pencarum dan negara. Saya berharap dengan kenaikan jumlah pencarum ini, maka jumlah pulangan tahunan juga mampu ditingkatkan dari memberi manfaat kepada semua pencarum KWSP.
Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dengan melihat kepada modal antarabangsa adalah satu langkah yang tepat dalam kita memacu pembangunan negara, seiring dengan negara-negara maju di peringkat antarabangsa. Namun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi sedikit cadangan atas pindaan rang undang-undang ini. Pertama ialah saya harap semasa kita menjalankan pelaksanaan ini, kita mampu memberikan penentuan kepada pihak pelabur atau pihak majikan. Mengelakkan penimbulan kerisauan dan kebimbangan akta ini- ketidak tentu ini pelaksanaan.
Contohnya, mungkin kadar ini pencarum juga yang kita ubah dari masa ke semasa tanpa memberikan taklimat kepada pihak majikan. Ini akan menjejaskan emosi dan keyakinan kepada pihak pelabur. Justeru, menjejaskan prestasi pembangunan ekonomi kepada negara kita.
Kedua, saya ingin merujukkan satu semasa kita menjalankan ini langkah pelaksanaan peningkatan gaji minimum. Sebagai contoh, sebagai ini cermin kepada pelaksanaan ini pindaan PERKESO. Dalam beberapa kali kita peningkatan minimum gaji, saya memerhati banyak pembuangan pekerjaan. Kerana kepada majikan, untuk mereka menjimatkan kos belanja, untuk mengekalkan daya persaingan syarikat mereka, mereka terpaksa membuang pekerja-pekerja yang kurang kemampuan.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Malaysia bukan seperti luar negara. Luar negara, mereka ambil langkah seperti mereka menawar ini kursus peningkatan kemahiran atau seperti kursus seperti TVET untuk pekerja-pekerja yang kurang kemahiran. Memastikan mereka mendapat ruang dan peluang untuk melanjutkan pekerja mereka. Tetapi Malaysia yang beberapa kali peningkatan gaji minimum, saya tidak melihat apa-apa tindakan susulan untuk memastikan pekerjaan.
Seperti Sabah. Sabah tidak seperti Semenanjung. Kita ini tidak banyak kilang dan factory. Jadi, saya sendiri mengalami musim itu peningkatan gaji minimum. Banyak pekerja- pekerja kena buang. Ini terus menjejaskan kebajikan kepada mereka dan juga kehidupan kepada keluarga mereka. Jadi, saya sendiri menyeru kali ini- kalau kita peringkat ini tetap ada kebebanan besar kepada pihak majikan dan saya harap ada langkah yang wajar, yang kita ambilkan. Kita memastikan jangan ada lah berlaku peristiwa pembuangan pekerja bagi mereka.
Tuan Yang di-Pertua, satu juga isu saya ingin menarik kepada perhatian dalam Dewan yang mulia ini iaitu isu ini tidak berdokumentasi yang merupakan golongan yang unik di Sabah. Di Sabah, kita mempunyai lebih sejuta golongan tidak berdokumentasi iaitu kebiasaan 99.9 percent berlaku semasa bapa dia ialah warganegara dan mama dia bukan warganegara.
Dalam Perlembagaan Malaysia, golongan ini sepatutnya layak untuk memohon warganegara. Tetapi sebelum Sabah dan Sarawak, kita membentuk Malaysia dengan Malaya.
Kebanyakan surat nikah mereka tidak diiktiraf atau pun dasar ini- lewat pendaftaran kerana pengangkutan dulu di Sabah tidak begitu baik. Sekarang sudah menjelang kepada generasi kelima keturunan ini, mereka dibenarkan tinggal di Malaysia tetapi tidak dibenarkan bersekolah dan bekerja.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Jadi, dalam pindaan ini, saya harap pertimbangan dan jasa baik daripada PERKESO atau pihak kerajaan, kita boleh menyerap mereka ini golongan yang tidak berdokumentasi.
Sedangkan, saya mendengar ada usaha daripada kerajaan untuk kita mengiktirafkan ini UNHCR, tetapi kenapa kita tidak menyerap golongan ini yang sekian lama setelah 50 tahun sudah pun tinggal di Sabah ini sebagai satu golongan yang mencarum KWSP?
Itu sahaja. Saya harap ada pertimbangan jasa baik daripada pihak kerajaan dan KWSP. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Tawau. Saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih diberikan peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja pada hari ini. Saya mulakan dengan daya saing Malaysia menarik pekerja asing.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam persaingan ekonomi global, setiap negara berusaha untuk menarik tenaga kerja berkualiti tinggi untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri dan inovasi. Soalan yang harus kita tanya adakah langkah ini akan mengurangkan daya saing Malaysia dalam menarik pekerja asing berkualiti bila kita mengenakan caruman mandatori kepada pekerja asing.
Negara-negara jiran seperti Singapura dan juga Emiriah Arab Bersatu, sebagai contoh, tidak mengenakan caruman mandatori kepada pekerja asing. Jika Malaysia mula mengenakan syarat tambahan ini, tidak mustahil pekerja asing yang berkualiti tinggi akan beralih ke negara yang menawarkan syarat lebih fleksibel.
Kita bukan tidak setuju dengan langkah ini tetapi itulah kebimbangan-kebimbangan yang lahir yang patut disantuni oleh kerajaan. Ia boleh menyebabkan kita mungkin hanya akan menarik pekerja kurang mahir yang kurang memberikan impak kepada pembangunan ekonomi negara.
Saya petik data Bank Dunia tahun 2023. Kos tenaga buruh di Malaysia meningkat sebanyak 3.5 peratus setiap tahun. Tambahan caruman KWSP dengan minimum 13 peratus akan menambah beban ini. Laporan DOSM tahun 2023 menyatakan sektor pembuatan dan perladangan yang banyak menggaji pekerja asing menyumbang 22.8 peratus kepada KDNK.
Sebarang peningkatan kos boleh memberikan kesan kepada harga barangan asas seperti minyak sawit dan getah.
Tan Sri Yang di-Pertua, risiko majikan menggaji pekerja asing kontrak jangka pendek juga perlu untuk diambil kira. Bagaimana kerajaan akan menangani kemungkinan majikan cuba mengelak dengan menggaji pekerja asing secara kontrak jangka pendek? Jika majikan melihat caruman ini sebagai beban kewangan, mereka boleh sahaja menggaji pekerja asing dalam tempoh lebih singkat bagi mengelak daripada tanggungjawab mencarum.
Bukan itu sahaja. Kita berdepan risiko peningkatan penggajian pekerja asing tanpa dokumen sah kerana majikan akan mencari jalan mengurangkan kos mereka. Kita tidak mahu dasar yang bertujuan melindungi pekerja asing ini akhirnya membuka ruang kepada eksploitasi pekerja asing melalui skim kontrak yang tidak tetap.
Kita tahu juga bahawa dalam sistem sedia ada pun, terdapat majikan yang gagal mencarum KWSP bagi pekerja tempatan. Kini, dengan kewajipan baru ini, adakah kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan bagi memastikan semua majikan mematuhi kewajipan mencarum?
Kita berdepan dengan realiti bahawa masih ada majikan yang menyeludup pekerja asing secara haram melalui orang tengah. Jika masalah ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, rang undang-undang ini mungkin hanya akan memberikan manfaat kepada pekerja asing yang bekerja secara sah tapi tidak memberikan sebarang perlindungan kepada golongan pekerja asing tanpa dokumen yang jauh lebih ramai.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jadi, saya ingin tahu, apakah strategi kerajaan untuk memastikan pematuhan oleh majikan? Apakah tingkat penguatkuasaan yang akan dijanjikan oleh kerajaan? Dan apakah tindakan tegas yang akan diambil terhadap syarikat yang gagal mencarum?
Kita tidak boleh juga menafikan bahawa langkah ini akan meningkatkan kos operasi bagi syarikat yang bergantung kepada tenaga kerja asing. Sektor perladangan, pembinaan, perkilangan akan terkesan secara langsung. Bagaimana kerajaan mahu memastikan untuk menyerap kos ini, dalam isu industri ini, akan dialihkan beban kos mereka kepada rakyat sebagai pengguna akhir yang tentunya kita bimbang akan terbeban dengan kenaikan kos?
Tan Sri Yang di-Pertua, berbaki seminit setengah ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua bahawa Ahli-ahli Parlimen juga merupakan pekerja kepada rakyat masing- masing. Dalam penghujung sidang ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Salam Ramadan dan kita juga sudah pasti, selepas berakhirnya sidang ini, kita akan balik bekerja dengan rakyat masing-masing.
Yang membezakan kami pembangkang dengan kerajaan ialah Ahli-ahli Parlimen kerajaan ada peruntukan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan tetapi kami tidak ada sebarang peruntukan, Tan Sri Yang di-Pertua. Sedangkan, rakyat miskin di kawasan kami samalah juga rakyat miskin di kawasan Tuan-tuan sekalian. Apabila Ahli-ahli Parlimen kerajaan balik kepada rakyat masing-masing, mereka dapat mengagihkan peruntukan tetapi kami tidak dapat melakukan seperti demikian.
Jadi, saya mengharapkan supaya pada keberkatan bulan Ramadan ini, Tan Sri Yang di-Pertua, supaya dapat dibukalah hati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan kerajaan supaya dapat diberikan peruntukan kepada kami Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Saya kira kerajaan sudah cukup stabil dengan kestabilan yang sudah cukup. Dua pertiga sudah ada untuk hendak meminda Perlembagaan. Jadi, tidak memerlukan sebarang MOU...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Pasir Mas, boleh mencelah?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila, sila.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Cuma, kalau ikut liputan berita, memang diminta untuk mulakan rundingan untuk jawatankuasa. Apakah perkembangan di pihak sana setakat ini?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kalau nak kira runding, Petaling Jaya, saya tengok Muar pun dah kata dia dah runding, dah buat macam-macam dah. Sebab itu Muar ― tak apalah, beliau kreatif. Dia ada pakej. Dia boleh mem ‘bela’ dan membela rakyatnya...
[Ketawa] Tak apalah. Tapi kalau saya jadi model produk, saya rasa makin tak lakulah produk itu...
[Ketawa] Jadi, tidak ada cara lain.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Saya rasa lagi laku, Pasir Mas. Lagi laku.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Just kidding. Tapi, saya nak sebut bahawa soal rundingan, kalau tengok Muar pun dah kata beliau dah runding, dah buat macam-macam pun tak dapat juga. Jadi, soal rundingan ini, saya tak dapat jawab bagi pihak
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Perikatan Nasional. Tetapi, kalaulah rundingan itu menjadi syarat untuk diberikan peruntukan ini, saya kira jalan boleh dibuka semula.
Tetapi, apa yang kita lihat baru-baru ini, TPM menyebut bahawa akan dibentuk jawatankuasa dan sebagainya, time ini seolah di-drag, diheret, memanjangkan persoalan ini.
Jadi, atmosfera ini perlu untuk diharmonikan. Yang pentingnya, insya-Allah, saya harapkan supaya Ramadan ini membuka episod yang baharu untuk kami Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Senyum lebar itu tanda baik itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Salam sejahtera dan salam MADANI buat semua.
Pindaan terhadap Akta KWSP ini adalah satu langkah yang tepat dan wajar disokong.
Mewajibkan pekerja bukan warganegara untuk mencarum dalam KWSP bukan sekadar memastikan keadilan dalam sistem perlindungan sosial tetapi juga menunjukkan kematangan dan kesungguhan dalam Kerajaan MADANI dalam mengurus tenaga kerja dengan lebih bertanggungjawab. Polisi ini juga selaras dengan piawaian antarabangsa dan akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjamin kebajikan semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan.
Namun begitu, ada juga pihak yang menyoal sejauh manakah ia akan menjejaskan peluang pekerjaan tempatan, meningkatkan kos majikan dan apakah implikasi jangka panjang terhadap ekonomi negara serta kesejahteraan pekerja tempatan.
Tan Sri Speaker, pertama adalah dari sudut daya saing pekerja tempatan. Caruman daripada majikan kepada pekerja asing sebanyak dua peratus berbanding pekerja tempatan sebanyak 12 ke 13 peratus. Situasi ini berpotensi untuk mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan di mana sistem caruman ini telah menjadikan pekerja tempatan kurang kompetitif di mata majikan hanya kerana kos pekerja asing lebih murah.
Selain itu, cukupkah syer dua peratus pekerja asing ini? Contoh, kalau mereka hanya bekerja selama dua tahun dengan gaji minima RM1,700 sebulan, mereka hanya akan mendapat lebih kurang RM1,700 sahaja. Adakah jumlah ini memadai atau selari dengan kos sara hidup terkini?
Mas Gading ingin mencadangkan agar dasar ataupun syer pekerja asing ini dinaikkan sedikit lagi supaya mereka mendapat pulangan yang lebih besar apabila mereka pulang ke negara masing-masing nanti. Justeru itu, Mas Gading ingin mencadangkan untuk pertimbangan pada pindaan yang akan datang untuk meningkatkan kadar caruman pekerja asing ini secara berperingkat selepas pelaksanaan pindaan ini nanti. Contohnya, tahun pertama hingga tahun kedua, dua peratus majikan, dua peratus pekerja. Tahun ketiga hingga
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
tahun kelima, lima peratus majikan, lima peratus pekerja. Tahun keenam dan seterusnya, lapan peratus majikan dan lapan peratus pekerja.
Cadangan langkah ini berupaya memastikan majikan tidak melihat pekerja asing sebagai alternatif yang jauh lebih murah sekali gus mengekalkan daya saing pekerja tempatan dan situasi seperti ini akan menggalakkan majikan untuk mengelak daripada menggaji pekerja asing secara sah kerana nak elak bayar KWSP, sekali gus meningkatkan jumlah pekerja tanpa dokumen di Malaysia.
Tan Sri Speaker, persoalan kedua yang timbul adalah bagaimana pekerja asing ini akan mengakses simpanan mereka apabila mereka pulang ke negara mereka kelak. Jadi, RUU ini masih belum jelas tentang prosedur pengeluaran KWSP bagi pekerja asing yang telah tamat kontrak ataupun kembali ke negara asal. Jika tidak ada mekanisme yang jelas, kita khuatir akan ada kemungkinan berlaku aliran keluar tunai yang besar apabila pekerja asing ini nanti mengeluarkan semua simpanan mereka secara sekali gus.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Oleh itu, ia akan memberi kesan kepada kestabilan dana KWSP dan sekali gus, ekonomi negara kita. Maka, saranan Mas Gading adalah untuk diwujudkan satu struktur pengeluaran berperingkat bagi pekerja asing seperti berikut. 50 peratus simpanan boleh dikeluarkan serta-merta selepas mereka meninggalkan negara kita dan 50 peratus lagi dibayar secara ansuran dalam tempoh satu ke tiga tahun bagi memastikan aliran keluar tunai ini terkawal dan tidak menjejaskan ekonomi.
Sebelum mengakhiri perbahasan saya, saya ingin menyampaikan beberapa lagi persoalan iaitu apakah kesan RUU ini kepada pekerja asing yang telah mencarum pada kadar 11 peratus sebelum ini? Adakah mereka diberikan kebebasan untuk mengekalkan kadar 11 peratus?
Yang kedua, berapa lamakah waris pencarum dapat menuntut simpanan pekerja asing yang meninggal dunia? Yang ketiga, bagaimanakah pihak KWSP akan meningkatkan usaha untuk memberikan kesedaran kepada pihak majikan dan yang lebih penting lagi, kepada pekerja asing nanti berkenaan dengan pindaan ini kelak, khasnya bagi kawasan- kawasan yang terpencil dan di luar bandar?
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pindaan RUU KWSP ini merupakan satu langkah yang baik dalam menyebarkan perlindungan sosial kepada pekerja bukan warganegara. Namun, beberapa perkara perlu diperhalusi agar dasar yang diperkenalkan ini tidak mengganggu-gugat ekosistem tenaga pekerja dalam negara kita. Jadi, pentingnya agar pihak KWSP memastikan ketelusan dalam sistem pengeluaran simpanan serta mengukuhkan penguatkuasaan terhadap majikan yang gagal mencarum. Dengan mengambil kira semua kesalahan ini, Mas Gading mohon menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Sila, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, saya adalah merupakan pencarum KWSP sejak berumur 24 tahun. Alhamdulillah, saya telah menerima manfaat yang begitu banyak kerana kewujudan Akta KWSP ini yang mewajibkan majikan dan pekerja mencarum untuk simpanan hari tua. Selain dari simpanan hari tua, pelbagai manfaat lagi diperolehi dari simpanan ini seperti mengurangkan pinjaman perumahan, seperti membiayai yuran pendidikan sama ada diri sendiri ataupun anak-anak, membiayai kos perubatan kritikal dan pelbagai lagi manfaat sebelum sampai kepada hari tua tersebut.
Oleh itu, sejak dulu lagi, saya tidak pernah sangsi dengan kewibawaan dan kemampuan KWSP untuk menambah nilai dan memberikan pulangan kepada pencarum- pencarum. Baru-baru ini, KWSP mengagihkan RM73.24 bilion dalam bentuk dividen kepada pencarum, 6.3 peratus kepada – bagi simpanan konvensional dan 6.3 peratus kepada simpanan syariah.
Dato’ Yang di-Pertua, mewakili pencarum-pencarum semua dan diri saya sendiri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga KWSP, kepada Kementerian Kewangan, kepada Kerajaan MADANI kerana meluluskan dividen bagi tahun 2024..
[Tepuk] Tertinggi sejak 2017. Saya ada sikit lagi simpanan, Dato’ Yang di-Pertua.
Alhamdulillah. Rasanya, macam nak masukkan lagi, bukan nak simpan. Nak masukkan lagi kerana pulangan yang kita yakin dengan kemampuan yang ada di KWSP.
Oleh sebab itu, saya hairan. Kenapa ada pula pihak-pihak yang mempertikaikan? Dia kata, kenapa bagi tinggi sangat kepada pencarum, sampai hampir maksimum daripada pendapatan pelaburan kasar? Saya tak faham. Bagi pun tak boleh, rugi pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Tetapi, bila pula yang kita dengarnya KWSP ini rugi?
Memang biasanya, dalam mana-mana perniagaan, investment, dia tidak masuk dalam satu basket. Ada banyak. Ada yang mungkin untung sikit, ada yang mungkin rugi sikit, untung banyak dan seumpamanya. Tetapi, kita hendaklah ketahui bahawa apa yang dilakukan oleh KWSP ini adalah sebenarnya untuk memberikan pulangan, memberikan satu sekuriti kepada pencarum-pencarum, kepada pekerja-pekerja. Ini termasuklah juga dengan pekerja asing sebagaimana akta ini yang sedang kita bahaskan pada hari ini.
Cuma, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan ialah bagaimanakah dengan caruman pekerja bukan warganegara yang lebih rendah, iaitu dengan hanya dua peratus oleh majikan dan dua peratus oleh pekerja, boleh mengimbangi di antara keperluan ekonomi
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
negara dan juga kebajikan pekerja tempatan, dan kebimbangan yang disuarakan oleh Bagan sebentar tadi ada juga benarnya. Jadi, setakat manakah kerajaan telah mengadakan libat urus dengan pihak-pihak yang mungkin akan terkesan dengan akta ini khususnya di pihak PMKS yang kita tahu bahawa mereka tidak mempunyai dana yang besar untuk menambah kepada beban menggaji pekerja-pekerja yang mereka perlukan itu?
Saya kira, Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu ialah bagaimanakah kita boleh memberikan satu keyakinan bahawa usaha yang kita lakukan ini, tidak menyebabkan berlakunya pemindahan daripada pekerja yang sebelum ini memang sudah layak sehingga menyebabkan mereka lari menjadi pekerja asing tanpa izin.
Mungkin juga, sebaliknya, sebenarnya kaedah ini sekiranya dilakukan dengan betul, dengan kerjasama KDN, kita sebenarnya boleh menarik pekerja-pekerja PATI ini supaya bekerja secara sah kerana ada jaminan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang diwajibkan kepada majikan dan juga kepada pekerja ini.
Saya rasa, setakat itu sahaja, Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan selamat berpuasa. Ramadan Karim. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sila, Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya terlibat sama membahas pindaan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang mewajibkan caruman dua peratus oleh pekerja asing. Saya berdiri di sini pada hari yang mulia ini, untuk menyatakan sokongan penuh saya terhadap pindaan ini kerana ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada pekerja asing. Tetapi juga memberi manfaat besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan sosial secara keseluruhan.
Pertama, kita tahu dengan adanya caruman yang diwajibkan ini, kita dapat menjamin kesejahteraan pekerja asing. Kita kena akur dan iktiraf, 2.5 juta pekerja asing yang ada di Malaysia ini, mereka juga adalah nation builder. Walaupun mereka datang daripada negara yang berbeza, agama yang berbeza, kaum yang berbeza tetapi tangan-tangan dan kudrat mereka itulah yang membina negara kita.
Kita tahu, dalam kita mengangkat darjat dan martabat pekerja asing, mereka juga manusia dan kita tahu, dalam setiap urusan muamalah antara kerajaan, antara pekerja dan majikan, di situ ada keberkatan. Kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, para pekerja asing ini, rata-rata yang datang daripada negara Islamlah ya. Mereka ini dari segi kejujuran, tak dinafikan ada bad apples. Dalam setandan pisang itu pun ada yang buruk. Tetapi, rata-rata kalau kita lihat dari segi amalan mereka, yang istiqamah jaga solat dan sebagainya, saya fikir kerana itu jugalah negara kita membangun dengan baik. Keberkatan doa-doa daripada orang-orang ini, mustadh’afin ini yang membangunkan negara kita.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi, wajarlah kerajaan dan kita semua meluluskan pindaan ini kerana ia akan meningkatkan lagi, bukan sahaja nilai ekonomi tetapi juga keberkatan dalam kehidupan ekonomi negara kita. This cannot be quantified with economic model, dengan izin. Benda ini is spiritual. Insya-Allah, kalau siapa yang percaya dan saya yakin, sebagai umat Islam, kita percaya dengan keberkatan.
Yang kedua, manfaatnya ialah kita meningkatkan ketelusan dan keadilan sosial. Kita tahu, exploitation of foreign labour ini rampant, dengan izin, di banyak negara-negara, khususnya di negara kita. Jadi, dengan adanya caruman yang diwajibkan ini, saya yakin ia dapat sedikit sebanyak mengurangkan masalah-masalah sebegitu.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sudah tentu antara manfaat lain ialah kita dapat mengukuhkan dana KWSP untuk kepentingan negara. Kita tahu aliran modal keluar yang cukup banyak. Kalau mana pekerja asing ini kalau dia― dia ini berdikit-dikit dan kalau kita ada caruman yang disimpan dalam negara kita sekurang-kurangnya modal itu boleh dialirkan dalam ekonomi tempatan kita sewaktu mereka bekerja di sini.
Keempat, sudah pasti ia akan membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Pada masa ini, sekiranya berlaku kecemasan atau insiden yang melibatkan pekerja asing, kerajaan terpaksa menyediakan bantuan menggunakan dana awam. Dengan adanya simpanan KWSP, pekerja asing mempunyai akses kepada simpanan mereka sendiri sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dana awam dan membolehkan kerajaan menyalurkan sumber kepada golongan yang lebih memerlukan.
Sudah tentu, antara manfaat lain ialah dari segi keyakinan pelabur asing pun akan dapat dipertingkatkan. Bila kita ada sistem social protection yang robust yang mana keadilan sosial dapat dijamin bukan saja untuk pekerja tempatan tetapi juga untuk pekerja asing yang kita lihat kadangkala majikan protes, zalimi mereka, tak bayar gaji dan sebagainya. Oleh sebab kelemahan-kelemahan inilah yang menzalimi yang akhirnya yang menyebabkan ekonomi negara kita dipandang serong oleh pelabur asing. Sudah tentu yang antara yang lain manfaatnya ialah menggalakkan pengurusan sumber manusia yang lebih baik.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang bukanlah hendak protes atau bangkang semua benda. Benda yang baik saya sokong. Ini saya sokong sepenuhnya. Tiada bangkangan sama sekali. Jadi, janganlah di sebelah sana mengatakan kami tidak objektif. Konon-konon kami tidak mampu menilai yang mana satu intan yang mana satu kaca. Bila benda baik kita kata benda baik, benda yang betul kita kata benda betul, benda yang salah kita tegur.
Dalam soal penjualan saham MAHB oleh KWSP, bagi kami ia salah, dijual murah dibeli mahal. Ini kami lawan. Ini kami nak minta PAC panggil balik semua yang terlibat. Jadi, jangan halang pembangkang buat kerja pembangkang. Benda baik kita sokong. Siapa duduk atas Chinese wall kita hendak tahu juga dalam PAC nanti.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sempena bulan yang mulia ini dan raya lambat lagi, tapi saya ucapkan selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah, banyakkan baca al-Quran, insya-Allah saya doakan pindaan ini berjaya. Semoga keberkatan akan tiba dalam negara kita dan keadilan buat semua pencarum sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing dan semoga negara Malaysia menjadi baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur. Assalamualaikum, salam Ramadhan. Terima kasih. Jumpa lagi dalam sidang depan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh, boleh. Thank you. Ya, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya hanya jawab sikit ya. Machang, terima kasih tolong saya tadi.
Sebenarnya PAC dan saya juga berada bersama dengan Speaker dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, kami telah dengar semua alasan dan penerangan daripada pihak KWSP, daripada MAHB, daripada Khazanah, daripada Kementerian Kewangan. Kita semua ini jelas tentang yang isu yang dibangkitkan oleh Machang itu hanya Machang hendak main politik dan dengan mengulang-ulangi isu tentang MAHB bersama dengan Ayer Hitam. Janganlah, ini bulan Ramadhan, kena cakap benar dan betul tau.
Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Ketawa] Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat, 36(6*).
[Ketawa]* Saya tidak main politik Yang Berhormat. Saya rasa ada banyak lagi yang belum disiasat. MAVCOM belum panggil lagi.
Jadi, saya tahu PAC belum selesai lagi siasat. Tak apa, saya biarkan PAC siasat dulu. Saya tak hendak komen lanjut.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih. Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pindaan Akta KWSP dengan menghendaki majikan untuk membayar caruman KWSP untuk pekerja asing. Pindaan akta ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap semua pekerja termasuk pekerja asing yang telah banyak memberi pengorbanan dan sumbangan dalam banyak sektor di negara kita. Mereka adalah golongan yang bekerja dalam sektor 3D iaitu difficult, dirty and dangerous. Pekerja asing ini telah pun membantu negara kita menurunkan kadar inflasi dan kos hidupan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia selalu diserang oleh IWO dan NGO asing bahawa pekerja asing di negara kita ini tidak diberi layanan yang adil ataupun baik ataupun malah dianiayai. Peningkatan gaji minimum pekerja domestik dan pekerja asing kepada RM1,700 adalah dasar yang baik. Pengenaan caruman KWSP sebanyak dua peratus terhadap majikan dan pekerja asing juga merupakan langkah yang baik yang boleh menjawab segala serangan daripada ILO dan juga NGO-NGO pekerja asing.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu masalah yang dihadapi oleh majikan yang menggaji pekerja asing ialah mereka menghilangkan diri. Itu pekerja asing itu menghilangkan diri selepas mereka bekerja selama beberapa bulan ataupun malah beberapa tahun di negara
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
kita. Terdapat juga sindiket yang datang mencuri pekerja asing yang ada permit kerja dengan menawar gaji yang tinggi sedikit kepada mereka di tempat lain. Itu yang menyumbangkan ramai pekerja asing menghilangkan diri.
Selain itu, sesetengah pekerja asing yang tamat tempoh kontrak pekerjaannya terpaksa menghilangkan diri kerana mereka memang tiada apa-apa simpanan kerana mereka terpaksa bayar hutang kepada ejen ataupun along-along di negara asal mereka dan juga kepada agensi yang memperkenalkan mereka datang bekerja di Malaysia. Ada di antara mereka tidak mempunyai wang untuk membayar tiket penerbangan untuk balik ke negara asal mereka. Jadi, mereka tak ada pilihan tetapi terpaksa larikan diri daripada majikan selepas tamat tempoh kontrak pekerjaan dan bekerja secara tidak sah di negara kita.
Saya berpendapat caruman KWSP kepada pekerja asing dapat menegah pekerja asing untuk menghilangkan diri dan juga boleh menegah sindiket untuk mencuri atau menculik pekerja asing yang baru sampai di Malaysia. Ini kerana sistem caruman KWSP bagi pekerja asing adalah dapat membantu pekerja asing untuk menyimpan wang secara paksaan.
Contoh, sekiranya gaji bulanan seorang pekerja asing adalah RM2,000 jadi satu bulan campuran caruman KWSP di antara majikan dan pekerja asing ada RM80 satu bulan, satu tahun caruman ialah RM960. Jadi, kalau dia bekerja tiga tahun jumlah caruman KWSP adalah RM2,880. Kalau kita campur lagi dividen KWSP dia boleh dapat tiga tahun selepas itu RM3,000 lebih. Jadi, bila mereka tamat tempoh pekerjaan mereka, katakanlah tiga tahun di Malaysia, simpanan mereka di KWSP membolehkan mereka membiayai kos penerbangan dan perbelanjaan untuk balik ke negara asal mereka.
Pada pandangan saya, pekerja asing haruslah dibenarkan ataupun digalakkan untuk memberi lebih caruman dan bukan dua peratus sahaja kerana dividen KWSP adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar bunga simpanan di bank tempatan. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya tidak setuju seksyen 70E dalam pindaan akta ini iaitu pekerja asing hanya dapat mengeluarkan semua atau sebahagian amaun yang ada dalam akaun KWSPnya, bila pekerja itu mencapai umur 55 tahun.
Kenapakah pekerja asing hanya dapat mengeluarkan caruman mereka pada umur 55 tahun? kebanyakan pekerja asing yang bekerja di negara kita hanya beberapa tahun sahaja atau maksima 10 tahun mengikut undang-undang kita. Kita haruslah membenarkan mereka mengeluarkan caruman KWSP mereka sebelum ataupun selepas mereka meninggalkan Malaysia dan pulang ke negara asal mereka. Maksudnya, mereka boleh ambil keluar wang mereka bila mereka tunjuk ini tiket penerbangan balik ke Bangladesh, balik ke Indonesia, balik ke Myanmar, lepas itu KWSP pun boleh beri yang jumlah simpanan caruman mereka di KWSP.
Ini dapat mengatasi masalah ramai pekerja asing menghilangkan diri dan wang simpanan mereka di KWSP adalah simpanan bagi mereka untuk membiayai kos perbelanjaan untuk balik ke negara asal mereka. Jadi, sekiranya seorang pekerja asing yang
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
bekerja di Malaysia pada umur 20 tahun, dia hanya boleh berada di Malaysia selama 10 tahun. Jadi, maksudnya dia mesti meninggalkan Malaysia pada umur 30 tahun.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, dia kena tunggu lagi 15 tahun lagi berapa? 20 - dia harus saya tunggu apa not 10, 15 years, 25 tahun. Bila dia sampai umur 55 tahun baru boleh dapat caruman KWSPnya.
Sebenarnya ini adalah sangat tidak praktikal. Bila dia berada di Bangladesh, di Pakistan, di Myanmar macam mana mahu menghubungi KWSP untuk dapat balik duit dia?
Jadi saya hendak cadangkan kerajaan mengkaji semula tentang pindaan 70E ini supaya ia jadi lebih flexible jadi selagi pekerja asing balik ke negara asal mereka, tamat kontrak perkhidmatan mereka, mereka harus digalakkan bagi saya digalakkan untuk keluarkan ke semua caruman duit mereka di KWSP. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh, sila Yang Berhormat menjawab 15 minit.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(Pindaan) 2025. Rata-rata saya nampak sokongan yang padu yang diterima daripada semua pembahas.
Namun, ada juga pandangan dan cadangan yang diberi, yang diutarakan dan kita akan teliti dan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Seramai lapan orang Yang Berhormat telah berbahas dan menyuarakan pandangan, teguran dan cadangan berhubungan RUU ini antaranya Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Seputeh. Berdasarkan isu-isu yang dibahaskan, izinkan saya menjawab beberapa perkara utama yang dibangkitkan.
Pertama, perlu ditegaskan di sini setiap ikhtiar yang diusulkan oleh Kerajaan MADANI adalah untuk membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI. Ikhtiar memperluaskan liputan mandatori bagi caruman KWSP kepada pekerja bukan warganegara Malaysia adalah sejajar dengan usaha kerajaan merapatkan jurang kesaksamaan antara pekerja tempatan dan pekerja bukan warganegara bagi memastikan semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan mendapat perlindungan sosial.
Yang Berhormat Bagan telah menyentuh keputusan Singapore yang telah menghentikan caruman CPF kepada pekerja asing di negara mereka. Untuk makluman Dewan ini, Singapore dan Malaysia mempunyai keperluan dan kebergantungan kepada
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
tenaga buruh asing berikutan daripada faktor seperti struktur ekonomi dan demografik yang berbeza.
Walaupun Singapore telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan pekerja bukan warganegara Singapura menyertai Skim CPF, terdapat lebih 70 negara di seluruh dunia yang menyediakan perlindungan pendapatan persaraan mandatori kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan seperti berikut. Negara yang mempunyai kumpulan wang provident fund seperti India, Hong Kong dan Australia. Kedua negara ASEAN seperti Indonesia, Kemboja dan Thailand. Negara membangun seperti Libya, Tunisia dan Brazil dan negara OECD seperti German, United Kingdom dan Perancis.
Selain itu, negara yang mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada pekerja bukan warganegara seperti Bahrain 78 peratus, Oman 77 peratus turut bergerak ke arah memberi perlindungan persaraan kepada pekerja bukan warganegara. Cadangan mewajibkan pekerja bukan warganegara untuk mencarum adalah bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara kerana ia akan meningkatkan struktur gaji kebangsaan.
Dengan peningkatan gaji ini, isi rumah akan mempunyai kebolehupayaan yang lebih tinggi untuk membelanja seterusnya membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh itu, polisi untuk mewajibkan perlindungan sosial kepada pekerja bukan warganegara ini selari dengan amalan baik antarabangsa.
Yang Berhormat Pasir Mas ada menyentuh mengenai sokongan pertumbuhan ekonomi melalui peralihan industri ke arah Revolusi Industri 4.0 dengan mewajibkan caruman KWSP ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja bukan warganegara dalam jangka masa panjang sekali gus meningkatkan daya saing perniagaan tempatan yang mendorong kepada peralihan perniagaan kepada arah automasi.
Kebergantungan kepada pekerja bukan warganegara berpotensi untuk mengekang adaptasi teknologi. Menjejaskan peralihan industri di Malaysia ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 serta menyumbang kepada proses nyah industrialisasi dalam kalangan syarikat tempatan. Kertas dengan izin low-skilled foreign workers distortions to the economy yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia mendapati bahawa kadar kebergantungan industri kepada pekerja bukan warganegara mempunyai hubungan kait yang tinggi dengan tahap produktiviti industri tersebut. Sekiranya tiada caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara ini menyebabkan kadar untuk mengaji pekerja bukan warganegara lebih murah berbanding pekerja tempatan.
Maka sebab itulah adalah penting ikhtiar ini bagi mengelakkan ketidakseimbangan yang wujud dalam menggalakkan pengajian rakyat tempatan dalam pekerjaan. Selain itu, ia juga dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan pekerja bukan warganegara tanpa dokumen. Hanya pekerja sah mendaftar dengan majikan layak mencarum ke dalam KWSP.
Kepada pekerja bukan warganegara pula, caruman wajib KWSP adalah insentif yang boleh dikeluarkan apabila mereka kembali ke negara asal, bukan sahaja bila mereka berumur 55 tahun. Asalkan tamat tempoh permit pekerja dan bukti penamatan kerja yang permanent.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Shah Alam telah membangkitkan isu berkaitan sesi libat urus dan pelbagai pemegang taruh yang giat dilaksanakan demi memastikan dasar yang dibuat adalah holistik mengambil kira semua pandangan dan input pihak yang terlibat.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan dan KWSP telah mengadakan sesi-sesi libat urus dengan pemegang taruh termasuk kementerian, agensi, kerajaan dan persatuan majikan dan industri yang berkaitan bagi mendapat maklum balas mengenai pelaksanaan caruman KWSP ke atas pekerja bukan warganegara ini.
Antaranya membincangkan kadar caruman, kaedah pelaksanaan dan garis masa pelaksanaan. Secara prinsipnya majoriti pemegang taruh telah menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan liputan mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara dengan mengambil kira objektif dan manfaat pelaksanaan cadangan ini.
Bagi tidak membebankan majikan, kerajaan pada 3 Februari 2025, telah mengumumkan caruman syer majikan akan ditetapkan pada kadar 2 peratus dan syer pekerja sebanyak 2 peratus. Kadar caruman ini adalah lebih rendah berbanding dengan caruman mandatori yang ditetapkan oleh pekerja warganegara Malaysia dan pemastautin tetap iaitu 11 peratus bagi syer pekerja dan 12 atau 13 peratus bagi syer majikan.
Ini untuk memastikan peningkatan kos kepada majikan adalah terkawal dan berstruktur sekali gus mengurangkan kejutan ekonomi yang mendadak. Beberapa Ahli Yang Berhormat ada menyentuh mengenai kesaksamaan gaji dan layanan antara pekerja bukan warganegara dan pekerja warganegara. Antaranya Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Mas Gading.
Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan Belanjawan 2025, tujuan utama cadangan untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum kepada KWSP adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang kesaksamaan antara pekerja tempatan dan pekerja bukan warganegara bagi memastikan semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan dapat perlindungan sosial yang setara.
Pada masa ini, pekerja bukan warganegara diberi pilihan untuk menyertai Skim KWSP melalui konsep dengan izin, ‘once in, always in’. Kadar caruman yang ditetapkan adalah 11 peratus daripada kadar upah bulanan bagi syer pekerja dan hanya RM5 bagi syer majikan.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Setakat Disember 2024 hanya 22,635 atau 0.9 peratus daripada 2.5 juta pekerja bukan warganegara yang memilih untuk mencarum secara aktif ke dalam KWSP. Perbezaan kadar caruman syer majikan turut menyumbangkan kepada situasi di mana kos upah bagi pekerja bukan warganegara menjadi lebih rendah berbanding pekerja tempatan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia setakat Disember 2024, 14.4 peratus daripada tenaga buruh negara terdiri daripada pekerja bukan warganegara yang kebanyakan tertumpu kepada pekerja asas atau separuh mahir. Kebergantungan kepada pekerja bukan warganegara dapat menyumbang kepada permintaan yang rendah kepada tenaga sumber pekerja tempatan.
Kajian school-to-work transition service, dengan izin yang diterbitkan oleh Khazanah Research Institute pada tahu 2019 mendapati empat daripada 10 belia Malaysia berpendapat bahawa mereka terpaksa bersaing dengan pekerja bukan warganegara untuk mendapat pekerjaan berkemahiran rendah. Jadi, kalau jurangnya banyak pilihan majikan adalah clear mereka akan pilih yang mana akan lebih murah lagi. Jadi, dengan perubahan akta ini, ini akan mendorong lebih banyak orang melihat untuk menggaji rakyat tempatan.
Berdasarkan data DOSM 2023, median gaji bagi pekerja bukan warganegara adalah sebanyak RM1,529 sebulan iaitu hanya RM29.00 lebih tinggi daripada gaji minimum, tahun 2023. Laporan Kajian Bank Negara tahun 2018 menunjukkan bahawa kesediaan pekerja bukan warganegara yang diberikan upah yang rendah dalam industri akan mendorong kepada fenomena wage suppression, dengan izin.
Ini bermakna gaji akan ditarik ke bawah kerana ada opsyen yang memberi majikan untuk memilih yang lebih murah lagi. Ini akan menindas pekerja Malaysia juga, rakyat kita yang kita sepatutnya menjaga. Oleh itu, pelaksanaan caruman mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara dijangka dapat menggalakkan pihak majikan untuk mengambil lebih ramai pekerja tempatan dan memperkukuhkan struktur gaji pekerja tempatan ke arah aspirasi negara untuk mencapai negara berpendapatan tinggi. Ini turut menyumbang kepada peningkatan penggunaan swasta domestik atau dengan izin, domestic private consumption.
Yang Berhormat Mas Gading telah berbangkit berkenaan aliran tunai keluar negara sekiranya provision ini dikuatkuasakan. Majoriti pekerja bukan warganegara mempunyai kadar pendapatan boleh guna, disposable income yang lebih tinggi memandangkan mereka tidak perlu mencarum ke dalam KWSP. Ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada aliran keluar ataupun remittance dengan kadar sebanyak RM34.2 bilion kiriman wang rasmi setahun. Kadar ini secara langsung boleh memberi tekanan kepada nilai wang Ringgit Malaysia serta imbangan pembayaran negara, balance of payment.
Dengan pelaksanaan polisi ini, sebahagian daripada pendapatan pekerja bukan warganegara akan disalurkan ke dalam akaun KWSP pekerja bagi simpanan persaraan mereka dan secara langsung dapat mengekang sebahagian kiriman wang ke luar negara bagi pekerja bukan warganegara. Saya terima kasih kepada Yang Berhormat Tawau kerana idea-idea yang diberikan tadi dan juga yang diterima tadi di mana KWSP juga mengguna dana yang diterima untuk melabur dalam domestic economy. Jadi, ini juga memberi pulangan yang baik untuk negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Mas Gading telah menyentuh berhubungan mekanisme pelaksanaan dan penetapan kadar caruman
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KWSP kepada pekerja bukan warganegara. Dengan mengambil kira maklum balas yang dikemukakan oleh pelbagai pemegang taruh, cadangan ini akan dilaksanakan melalui pendekatan lunak ataupun soft approach. Dengan penetapan kadar caruman dua peratus bagi syer majikan dan pekerja masing-masing iaitu lebih rendah berbanding caruman pekerja tempatan. Berhubung dengan pendapatan pekerja bukan warganegara, KWSP sedang merangka pelaksanaan pendaftaran secara integrasi dengan pangkalan data agensi kerajaan berkaitan khususnya Jabatan Imigresen Malaysia, bagi proses pengesahan identiti dan pendaftaran pekerja bukan warganegara secara automatik dan pihak bank bagi mengesahkan maklumat akaun bank pekerja bukan warganegara yang tepat.
KWSP juga akan meluaskan saluran pendaftaran secara atas talian melalui i-Akaun majikan dan self service terminal bagi menangani jangkaan peningkatan bilangan ahli disebabkan KWSP. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi masa sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kadar caruman yang ditetapkan pada kadar dua peratus bagi syer majikan dan dua peratus bagi pekerja akan dikekalkan sehingga dimaklumkan oleh kerajaan sekiranya terdapat sebarang perubahan kelak. Ini untuk memastikan peningkatan kos pada majikan adalah terkawal dan berstruktur sekali gus mengurangkan risiko kejutan ekonomi yang mendadak.
Secara keseluruhannya, ikhtiar ini dijangka tidak memberi impak signifikan kepada kelancaran operasi dan sistem kestabilan sistem KWSP. KWSP giat menambah baik ketersediaan operasi dan sistem supaya pelaksana kelak adalah efisien dan lancar.
Yang Berhormat Jerlun juga ada membangkitkan perkara berkaitan mengapa tidak ambil seksyen 2 dan hanya meminda bahagian 7A. Untuk makluman Yang Berhormat, bahagian 7A adalah khusus terpakai kepada pekerja bukan warganegara di mana pindaan ini dibuat adalah untuk tujuan kejelasan kerana pekerja yang mempunyai negara domisil di luar Malaysia dan bekerja di Malaysia dan mempunyai pas kerja ini telah diwajibkan untuk mencarum dan tidak lagi memilih untuk mencarum kepada KWSP. Tarikh kuasa caruman adalah dicadangkan yang untuk pelaksanaannya. Kita menjangka KWSP akan melaksanakan skim ini mulai suku keempat tahun 2025.
Sebelum saya menutup ada juga satu isu yang dibangkitkan tadi kepada mereka yang sekarang ini telah mencarum warga asing. Mereka boleh membuat permintaan untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar yang dia buat sekarang. Kalau dia mencarum 11 peratus, dia boleh kekalkan kepada 11 peratus, tak payah turun kepada dua peratus. Itu kelonggaran yang memang sudah ada dalam KWSP.
Tan Sri Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini sukacita saya sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan RUU ini.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sesungguhnya input, pandangan yang diberikan adalah amat dihargai dan akan dipertimbangkan yang sewajarnya.
Rang undang-undang ini adalah penting bagi melaksanakan cadangan perluasan liputan caruman KWSP secara mandatori kepada pekerja bukan warganegara selaras dengan inisiatif Bajet 2025 yang bertujuan untuk meningkatkan perlindungan sosial yang setara antara pekerja warganegara Malaysia dan pekerja bukan warganegara dalam pasaran buruh. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk rang undang-undang ini untuk diluluskan bagi memastikan inisiatif Bajet 2025 bagi pekerja bukan warganegara ini dapat dilaksanakan pada tahun ini dan pelan pelaksanaannya dapat diambil selepas Akta 452 ini dipinda.
Sekian, saya berterima kasih kepada semua orang yang berbahas ini dan segala cadangan yang diterima. Saya mengambil peluang ini kerana ini hari akhir Dewan Rakyat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan insya-Allah semua orang Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Oh, silakan. Maaf.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tan Sri Yang di-Pertua. Oh, Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tan Sri Pengerusi, saya hanya nak rujuk kepada muka surat lima. Ini adalah di bawah huraian yang nombor tujuh itu, tentang Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 70E Akta 452. Jadi, saya baca. Subfasal 6(a) bertujuan untuk mengecualikan seseorang pekerja yang bukan warganegara Malaysia daripada membuat caruman sukarela di bawah subseksyen 43(8) Akta 452.
Selanjutnya, subfasal 6(b) bertujuan untuk membolehkan pekerja yang bukan warganegara Malaysia untuk mengeluarkan semua atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya apabila pekerja itu mencapai umur 55 tahun di bawah seksyen 55A Akta 452.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, ini adalah apa yang saya bentangkan dalam ucapan saya tadi, yang mana saya kata tidak setuju kerana seorang pekerja asing yang muda, bila dia datang pada umur 20, bila dia terpaksa balik selepas 10 tahun, umur 30. Jadi, dia kena tunggu 25 tahun lagi sampai umur 55 tahun boleh keluarkan duit mereka di KWSP. Saya hanya nak bangkitkan ini kepada perhatian Yang Berhormat Menteri Kewangan II supaya ini, kalau dia tidak melibatkan - dia hanya huraian sahaja, mungkin ini pinda sikitlah. Akan tetapi kalau ia libatkan akta RUU ini, mungkin ia perlu dibuat pindaan lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey. Nak ambil Kota Melaka dahulu ke, nak jawab dahulu?
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kota Melaka.
Tuan Pengerusi
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Fasal 10(b) tentang kadar caruman berdasarkan amaun upah bagi bulan itu oleh majikan, dua peratus daripada amaun upah bagi bulan itu. Tan Sri Pengerusi, kalau kita lihat buat sekarang ini, kini ialah pekerja bukan warganegara, mereka bayar bagi syer pekerja ialah 11 peratus, manakala bagi syer majikan ialah RM5 seorang.
Jadi, pertama sekali saya nak tegaskan bahawa kita sokong hasrat kerajaan seperti yang telah disebut oleh Menteri Kewangan II, ini adalah untuk kepentingan pekerja dan juga majikan sebab kita tahu pada masa akan datang, kalau kita tidak selaraskan, maka itu adalah satu diskriminasi.
Barangkali barang yang kita nak eksport ke luar negara itu tidak dapat dieksport, iaitu untuk kebaikan majikan. Itu saya faham. Jadi, memandangkan tahun ini kita dah naikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700. Itu sudah menjadi satu kos beban kepada majikan. Jadi, boleh kah kerajaan ataupun Kementerian Kewangan mempertimbangkan supaya kita tangguhkan yang dua peratus untuk majikan itu dan kita amalkan apa yang ada sekarang ialah RM5 untuk majikan.
Mungkin untuk enam bulan ataupun tahun depan, barulah kita mulakan dengan dua peratus dibayar oleh majikan. Itu saya minta supaya Menteri boleh pertimbangkan supaya kita bagi sedikit tempoh untuk majikan menyesuaikan diri mereka. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Silakan, Menteri. Ada lagi? Tak ada. Okey.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Tan Sri Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan Yang Berhormat Seputeh tadi. Kita kena ingat, yang apa yang kita bawa ke Dewan hari ini adalah pindaan kepada akta yang sedia ada.
Dalam akta yang sedia ada, kita dah juga ada pencarum-pencarum yang bukan warganegara, yang ada provision, yang membenarkan mereka membuat pengeluaran.
Dalam pengeluaran yang dibenarkan buat masa sekarang, seperti juga warganegara Malaysia kalau ada kerana hilang upaya, meninggal dunia dan seterusnya, mereka boleh mengeluarkan sepenuhnya dan bagi mereka yang bukan warganegara Malaysia, dalam provision yang ada sekarang, bila dia dah permanently keluar daripada Malaysia, dia boleh
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
juga mengeluarkan. Jadi, isu itu tidak berbangkit kerana dah ada provision dalam akta sekarang. Ini yang kita buat hanya untuk menjelaskan untuk mereka yang mencapai umur 55 tahun, akta ini akan terpakai untuk mereka juga untuk pengeluaran masa dia 55 tahun kalau dia orang masih berada di dalam Malaysia.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tan Sri, kalau boleh saya dapat pencerahan.
Daripada jawapan Menteri tadi, nampaknya pindaan ini ataupun sumbangan untuk EPF untuk pekerja asing ini telah lari daripada matlamat Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja iaitu simpanan untuk hari tua. Kalaulah pekerja-pekerja ini boleh ambil balik wang mereka apabila meninggalkan negara kita, itu bukan matlamat akta ini.
Jadi, cadangan saya ialah, ada satu masalah besar pekerja-pekerja asing di Malaysia, kalau kita nak menjaga kebajikan mereka, lagi baik kita gunakan- saya cadangkan kita gunakan sumbangan ini untuk membeli insurans kesihatan ataupun medical insurance untuk mereka. Kerana dari pengalaman, rakyat Malaysia boleh pergi ke hospital kerajaan dan membayar beberapa Ringgit sahaja untuk perubatan.
Akan tetapi kalau pekerja asing cedera atau sakit, mereka pergi ke klinik atau hospital kerajaan, mereka kadang-kadang perlu membayar berapa ribu Ringgit untuk diubati kerana mereka dikenakan kadar, dengan izin, we call the usual medical bill. Bukan seperti rakyat Malaysia, kita bayar RM5 sahaja sebagai token, di mana kerajaan memberikan perlindungan perubatan lebih kurang lebih daripada 95 peratus. Apakah kita gunakan? Saya cadangkan kalau kerajaan boleh ubah niat sumbangan ini untuk menjaga kebajikan daripada segi perubatan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya buat pembentangan tadi, ada beberapa isu yang kita buat. Kita harus maklum yang buat masa sekarang, bukan warganegara boleh mencarum ke dalam KWSP tetapi secara sukarela. Jadi, akta itu dah memang ada provision untuk membenarkan pengeluaran. So, kita tidak bercadang untuk menarik balik apa yang kita dah adakan dari dulu dan sekarang. Hanya kita buat clarification dalam segmen 70E yang bila dia sampai 55 tahun, dia boleh juga keluarkan, sama juga macam warganegara Malaysia. Itu sahaja yang kita buat pindaan dalam akta ini.
Matlamat untuk menggunakan caruman KWSP untuk penggunaan-penggunaan lain dan isu-isu untuk medical, mungkin lebih baik kita lihat daripada segi cara lain daripada apa yang dicadangkan di sini kerana ia memerlukan systematic review of healthcare provision yang ada dalam negara. Buat masa sekarang, saya rasa Kementerian Kesihatan masih melihat macam mana dia nak buat perbezaan antara local dengan foreign dan apa-apa ganjakkan yang dia akan buat. So, saya biarkan untuk dibuat oleh Kementerian Kesihatan.
Tadi ada Kota Melaka bertanya, kenapa tak kekalkan RM5 dan tahan kenaikan itu dahulu? Buat masa sekarang, kita berpegang kepada satu dasar asas, kenapa kita nak mengenakan dua peratus? Adalah kerana kita nak mengurangkan jurang di antara warganegara asing dengan warganegara kita. Di mana, kalau kita masih membenarkan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
mereka mencarum dari majikan dengan jumlah yang kecilnya, bukan warganegara ada diskaun dan dia akan menggalakkan suppression of wage yang ada dalam negara ini. Jadi, kerana itulah kita nak terus ke dua peratus.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kita harus ingat, bila cadangan untuk rang undang-undang ini dibuat pertama kali dicadangkan dulu, majikan mula-mula teringat yang kita akan mengenakan kadar 13 peratus atau 12 peratus. Jadi, bila Yang Amat Berhormat membuat penerangan pada 3 hari bulan, dia kata kita tetapkan kepada dua peratus, saya rasa majikan dah terima yang kadar itu adalah satu kadar yang munasabah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya ulangi.
[****Fasal-fasal 1 hingga 11** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan Yang di-Pertua
Berapa, Ayer Hitam?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
36(6). Sangkaan jahat.
Tuan Yang di-Pertua
36(6).
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tadi pada jam 4.12 petang, Ahli Parlimen Seputeh menyebut nama saya bersama dengan Machang. Saya minta beliau mohon maaf, tarik balik, sebab itu tidak adil bagi saya. Kerana, baru saya dapat surat daripada Speaker bahawa saya dirujuk di bawah Peraturan 36(12), ianya telah tiada wujud prima facie. Jadi, apa yang dia kata itu tidak adil untuk saya. Saya sokong bill ini. Tak ada isu. Tapi, janganlah tiba-tiba sebut nama saya. Tidak adil bagi saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya tidak preside waktu itu dan saya tak dengar. Jadi, adalah tidak adil untuk saya buat keputusan sekarang. Saya akan tengok Hansard balik dan, insya-Allah, meeting raya depan, kita akan ambil tindakan. Baik. Terima kasih, Ayer Hitam.
Menteri, silakan.
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat. Sebelum kita tangguhkan, saya ada beberapa perkara yang saya nak sebut di sini.
Seorang Ahli
Setuju!
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Yang pertama, Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac 2025 ini meraikan peranan dan sumbangan wanita― jangan siapa challenge, ya ― serta mengiktiraf cabaran yang masih dihadapi dalam mencapai kesaksamaan gender terutama dalam kepimpinan dan pembuatan dasar.
Malaysia sebagai Pengerusi AIPA tahun ini terus mendukung peranan wanita dalam representasi politik dan sosial melalui Himpunan antara Ahli Parlimen Wanita ASEAN
(WAIPA) untuk meningkatkan penyertaan dan perwakilan wanita dalam Parlimen negara- negara ASEAN dan membuat keputusan di peringkat serantau.
Selamat Hari Wanita. Semoga wanita terus diberi peluang dan ruang untuk menyumbang...
[Tepuk] Bersuara dan memimpin dalam setiap bidang khususnya di Parlimen...
[Tepuk] Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas telah berlangsung selama 18 hari mulai hari Isnin, 3 Februari 2025 hingga hari Khamis, iaitu hari ini, 6 Mac 2025. Mesyuarat pertama ini menyaksikan Dewan Rakyat telah meluluskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja dan 10 undang-undang serta beberapa usul termasuk usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025. Selain itu, tiga penerangan daripada Menteri-menteri telah diadakan di Dewan ini. Pada mesyuarat ini, kita telah menyaksikan sejarah baharu bagi institusi legislatif ini apabila Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 telah diluluskan...
[Tepuk] Ahli Yang Berhormat, pada tahun ini, di bawah tonggak legislatif, Parlimen Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA). Parlimen Malaysia akan terlibat secara langsung dengan lima program iaitu:
(i) Meeting of Women AIPA;
(ii) Meeting of Young Parliamentarians;
(iii) ASEAN-AIPA Leaders’ Interface Meeting;
(iv) The Seventh Meeting of AIPA Advisory Counsil on Dangerous Drugs; dan
(v) 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) General Assembly.
Ahli Yang Berhormat, saya dan timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Tidak saya lupakan juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan...
[Tepuk] Warga Parlimen Malaysia...
[Tepuk] Khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat...
[Tepuk] Wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan Dewan kali ini.
Saya mengucapkan kepada semua selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Tuan Yang di-Pertua
Akhir kata, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk tempoh berbaki dalam bulan Ramadan ini dan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan berjumpa lagi.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.49 petang]