Mar052025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Kita mulakan sesi Majlis dengan pertanyaan bagi jawapan lisan. Dengan sedemikian saya mempersilakan Dato' Ngeh Koo Ham, Yang Berhormat Beruas.

draft • 10:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh kerajaan di Jajahan Gua Musang, Kelantan memandangkan beberapa orang telah dibunuh oleh gajah dan harimau kebelakangan ini di kawasan tersebut dan penduduk hidup dalam ketakutan dan banyak tanaman telah dirosakkan oleh gajah-gajah yang berkeliaran.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

draft • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya tahu ini merupakan antara keprihatinan utama kepada Yang Berhormat Beruas.

Untuk makluman, Kementerian NRES menerusi PERHILITAN memandang serius mengenai konflik manusia dan hidupan liar, termasuklah gajah dan harimau yang berlaku di Gua Musang. Kalau ikut rekod PERHILITAN, kita menerima sebanyak 337 aduan konflik hidupan liar pada tahun lepas 2024 melibatkan 218 aduan konflik berkaitan dengan gajah dan 47 aduan berkaitan dengan harimau.

PERHILITAN telah mengambil beberapa tindakan bagi menangani konflik manusia dan hidupan liar yang melibatkan gajah dan harimau di Gua Musang. Ini termasuklah:

(i) 306 kali kawalan rondaan serta pemantauan di kawasan konflik yang terletak di kawasan habitat hidupan liar;

draft • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

(ii) memasang 15 unit perangkap apabila kita terima aduan konflik harimau serta menjalankan 10 kali operasi tangkap pindah melibatkan gajah; dan

(iii) membina dua unit sistem pagar elektrik gajah ataupun SPEG kekal di Kampung Orang Asli Pos Pasik dan Kampung Orang Asli Pos Aring 5 bagi mengelak kemasukan gajah liar ke kawasan penempatan dan kebun penduduk;

(iv) kita juga menggalakkan penternak haiwan membina kurungan ternakan dengan lebih kukuh dan menguruskan haiwan ternakan dengan lebih sistematik dan bertanggungjawab bagi mengurangkan konflik harimau;

(v) mengadakan empat kali program kesedaran awam bersama masyarakat setempat bagi memberi kesedaran kepada penduduk mengenai pengurusan konflik kehidupan manusia; dan

(vi) lima kali sesi libat urus dengan pemegang taruh dengan yang terlibat dengan pembangunan tanah di kawasan berhampiran habitat hidupan liar dan juga tentang pengurusan konflik kehidupan liar.

Untuk makluman, PERHILITAN juga telah membangunkan pelan tindakan krisis konservasi — PERHILITAN juga telah membangunkan Pelan Tindakan Krisis Harimau Malaya 2021-2030 dan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) sebagai panduan dalam pengurusan konservasi serta krisis harimau dan gajah yang lebih menyeluruh.

Pada tahun lepas juga, kita telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman akibat serangan hidupan liar, BKHT yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam Belanjawan 2024. Ini diterajui oleh NRES dan melibatkan PERHILITAN, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan juga Sarawak Forestry Corporation di Sarawak.

Untuk makluman, bantuan ini adalah bentuk kewangan yang diberikan secara one- off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat kerosakan — akibat serangan hidupan liar. Pada tahun 2024, hampir RM1 juta, RM978,000 telah diagihkan kepada 246 pemohon. Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini, langkah-langkah yang kita ambil ini tidak boleh dibuat secara tersendiri. It cannot be taken in isolation, dengan izin.

Kita pasang pagar gajah. Kita mungkin juga di beberapa tempat buat laluan untuk hidupan liar dan sebagainya. Tetapi tanpa kita ambil pendekatan yang menyeluruh, maka kita tidak dapat menyelesaikan. Sebab isu pokok dia masih lagi tentang soal habitat hidupan liar.

draft • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Bila habitat hidupan liar ini telah pun terganggu, maka kita akan terus berdepan dengan masalah ini.

Tahun 2019, kerajaan telah memperkenalkan ecological fiscal transfer dengan jumlah RM60 juta. Antara tujuannya adalah untuk kita galakkan kerajaan-kerajaan negeri menambahkan kawasan perlindungan. Sedikit saja Yang Berhormat. Tetapi — dan kita telah tingkatkan 2021 - RM70 juta, 2022 - RM70 juta. Naik Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan Perpaduan kita kepada RM150 juta, RM200 juta. Tahun ini RM250 juta. Dan kita lihat di Semenanjung, kita ada peningkatan kawasan perlindungan di negeri Pahang, Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan.

draft • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, total kawasan perlindungan yang ditambak ialah 15,000 hektar yang diwartakan baru sebagai kawasan hutan simpanan ataupun rizab hidupan liar di Semenanjung.

Malangnya negeri Kelantan tidak termasuk walaupun kita juga memberikan EFT kepada negeri Kelantan. Jadi, saya juga berharap negeri Kelantan dapat mengambil contoh negeri- negeri lain yang saya sebut tadi untuk menambah kawasan perlindungan yang akan membantu usaha kita dalam berdepan soal konflik manusia dan hidupan liar.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Beruas.

draft • 10:10 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Myanmar dan dalam sejarah negeri-negeri Semenanjung Malaysia, gembala-gembala gajah atau dalam bahasa Inggeris mahout dapat menjinakkan dan mengendalikan gajah-gajah dengan baik. Soalan tambahan saya ialah kenapa kerajaan tidak mewujudkan satu sekolah melatih gembala-gembala gajah untuk mengatasi konflik antara gajah dan manusia?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman, sebenarnya kementerian menerusi PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah melaksanakan latihan kepakaran dalam pengendalian gajah kepada kakitangan PERHILITAN dengan menggunakan kepakaran daripada India sejak tahun 1970-an. Kita juga sememangnya adakan siri lawatan dan pertukaran kemahiran dengan kerjasama agensi berkaitan di Thailand dan juga Indonesia.

Sejak itu, kepakaran pengendalian dan latihan gajah telah diaplikasikan oleh kakitangan yang terlibat dalam pengurusan gajah, terutamanya di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Saya syorkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, kalau belum sampai, saya galakkan bukan Yang Berhormat sahaja pergi ke Kuala Gandah tetapi boleh bawa rombongan daripada kawasan. Sebab itu antara exhibit konservasi kita yang telah mendapat perhatian dari seluruh dunia.

draft • 10:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jabatan PERHILITAN telah membangunkan dokumen National Occupational Skill Standard (Konservasi Hidupan Liar) husbandry Gajah dan translokasi gajah tahap tiga dan ini telah pun diluluskan oleh KESUMA pada tahun 2014. Kita mengambil perhatian cadangan, mungkin kita lebih khusus lagi tentang soal latihan mahout untuk menangani konflik manusia dan gajah kerana isu ini menjadi semakin serius akhir-akhir ini, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan saya ialah tentang apakah kerajaan bersedia. Kita tengok mutakhir ini banyak sangat konflik antara manusia, gajah, harimau dan kera ya.

Jadi, persoalan saya ialah apakah kerajaan bersedia untuk memastikan setiap negeri mempunyai rangkaian laluan ekologi yang bersambung? Kita sekarang ini ada tetapi dia tidak bersambung menyebabkan ancaman itu agak serius. Kalau kita lihat kepada Pelan Koridor Ekologi Kebangsaan, kalau boleh kita perluaskan dengan pusat konservasi gajah itu sendiri.

Di samping itu saya tengok soalan kedua saya ialah baru ini di kawasan saya, dari kawasan di Lipis, gajah masuk dalam rumah pun tengah malam dan musnahkan tempat tidur dia, katil dan sebagainya dan ini sangat serius. Persoalan ialah pampasan yang diberi terlalu lewat. Ada penduduk mengadu sampai lebih hampir setengah tahun pampasan belum dibayar ya kepada kerosakan yang dialami. Mohon penjelasan, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian atas soalan yang dinyatakan. Tentang soal rangkaian ekologi, ini memang perkara yang penting sebab kalau kita tahu kompleks hutan kita sudah pun terpisah. Misalnya antara negeri Johor dengan negeri Pahang yang dulu bersambung sekarang telah pun terpisah.

Antara beberapa buah negeri juga di utara atau di tengah Semenanjung juga kita mengalami masalah terpisahnya kawasan-kawasan hutan. Jadi, bila kita bercakap misalnya Malaysia hari ini liputan hutan kita melebihi 50 peratus. 54 peratus daripada kawasan tanah di negara, seiring dengan komitmen kita sebelum ini.

Tetapi bila adanya, contohnya lebih raya, adanya landasan kereta api, adanya pembangunan, ladang dan sebagainya, maka kompleks hutan ini terpisah dan ini akan meningkatkan konflik sebab banyak binatang-binatang seperti gajah, harimau, mereka memerlukan ruang rayau yang luas, yang cukup untuk mereka survive atau pun mereka hidup.

Jadi, bila perkara itu tidak berlaku, ada pemisahan, maka akan berlakulah konflik antara manusia dan hidupan liar. Kita sudah ada beberapa projek. Kalau di Sabah misalnya, sudah pun ada satu syarikat sawit yang telah menyediakan koridor. Dia menanam makanan-

draft • 10:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

makanan yang digemari oleh gajah pygmy ─ gajah di negeri Sabah berbeza sikit dan juga pokok-pokok hutan dan ia dilalui oleh gajah. Itu tanah sawit, tanah milik syarikat ladang.

Tetapi untuk meminimakan konflik, mereka buat demikian. Di Semenanjung, kita juga untuk Central Forest Spine ada beberapa inisiatif di Sungai Yu, kita juga ada di beberapa tempat lain, laluan sama ada di bawah jalan ataupun di atas viaduct. Risiko dia ada juga sebab kadang-kadang ada pemburu ataupun poachers dengan izin. Bila dia tengok itu laluan, dia tunggu dekat situ. Tetapi sekarang kita tingkatkan ranger komuniti untuk kita cuba atasi.

Kita ada Central Forest Spine punya master plan dan kita sedang dalam usaha untuk meningkatkan hubungan antara kompleks-kompleks hutan yang ada dalam Central Forest Spine. Itu juga ditekankan dalam agihan EFT kita.

Saya akan ulangi dalam mesyuarat saya dengan kerajaan-kerajaan negeri pada bulan ini, dalam agihan kali pertama untuk EFT di bawah Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine. Seterusnya dan kalau nak bagi contoh juga seperti ECRL. Rel kereta api itu dibuat tinggi supaya untuk membantu mengurangkan konflik antara hidupan liar dan manusia.

Tentang soal pampasan yang diberi terlalu lewat ya. Untuk makluman, sekarang yang kita ada, pertama ialah sekiranya berlaku kematian atau kecederaan, dia ada pampasan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya ingat dua tahun lepas dibangkitkan di sini oleh Yang Berhormat Speaker sendiri. Kita membincangkan tentang masalah di kawasan Yang Berhormat dan kemudian kita berbincang. Selepas itu kita membincangkan tentang bantuan untuk kerosakan harta dan juga kebun yang dialami oleh penduduk kampung dan juga masyarakat Orang Asli.

Maka kita telah ─ Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah perkenalkan BKHT pada Belanjawan 2024. Kita sedang menilai semula pelaksanaan itu supaya dapat meningkatkan keberkesanannya dan saya cuba juga memberitahu kepada pihak Kementerian Kewangan bahawa ini sebenarnya walaupun sebab dulu kita bajet kan RM10 juta. Kita belanja tak sampai RM1 juta. Tetapi saya rasa walaupun dilihat kecil tetapi ini satu dasar yang penting.

Kita cuba juga nak memudahkan kerenah-kerenah birokrasi supaya isu rakyat ini dapat kita tangani segera. Sebab kita tak nak nanti bila kalau penduduk dah marah dan sebagainya, kita faham itu ialah soal kehidupan mereka. Mungkin ada yang ambil jalan yang tidak eloklah, meracun binatang-binatang ini dan itu yang bukan outcome yang kita inginkan.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Yang Berhormat Dungun.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan perancangan kementerian dalam menyediakan sokongan kepada usahawan kecil dan sederhana di Parlimen Dungun agar mereka dapat terus berkembang, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi sekarang.

draft • 10:10 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyediakan beberapa program dan inisiatif keusahawanan di bawah Perancangan Strategik Kementerian Tahun 2025.

Bagi menyokong pengembangan perniagaan usahawan kecil dan sederhana di seluruh negara, termasuk kepada PKS di kawasan Parlimen Dungun. Di kawasan Parlimen Dungun, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan dan melaksanakan Program Bimbingan Keusahawanan pada tahun 2024 seperti berikut:

(i) pembiayaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia kepada seramai 3,501 sahabat usahawan AIM dengan nilai berjumlah RM39.6 juta;

(ii) pembiayaan oleh TEKUN NASIONAL kepada seramai 286 usahawan, dengan nilai berjumlah RM8.9 juta;

draft • 10:10 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

(iii) pembiayaan oleh Bank Rakyat kepada seramai 59 usahawan dengan nilai berjumlah RM1.5 juta; dan

(iv) Program Bimbingan Usahawan oleh Institut Keusahawanan Negara yang telah memberi manfaat kepada seramai 50 orang usahawan tempatan.

Secara keseluruhannya, KUSKOP melalui agensi-agensi sentiasa komited dalam menyediakan sokongan kepada usahawan PKS melalui pelbagai aspek seperti berikut.

Pertama, menyediakan skim pembiayaan kepada usahawan PKS melalui agensi- agensi di bawah KUSKOP seperti Bank Rakyat dan SME Bank. Dan sebagai makluman Yang Berhormat, pada tahun lepas SME Bank telah menyalurkan pembiayaan kepada empat syarikat ataupun usahawan di Parlimen Dungun dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM8.25 juta.

Kedua, meningkatkan kapasiti dan keupayaan PKS melalui Program Pembangunan PKS secara bersepadu dan bersasar seperti Program Pembangunan Kapasiti Vendor di bawah KUSKOP dan Program Business Accelerator dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera yang dilaksanakan oleh SME Corp.

draft • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Sebagai makluman di bawah Program Peningkatan Enterprise Bumiputera bagi Parlimen Dungun tahun 2024, sebanyak lima usahawan telah mendapat bantuan di bawah program ini dengan nilai pembiayaan sebanyak RM630,000.

Yang ketiga, menyediakan bantuan bagi meningkatkan adaptasi digitalisasi dan automasi perniagaan melalui SME Technology Transformation Fund oleh SME Bank dan penyediaan Studio Tiktok Shop oleh TEKUN Nasional.

Keempat, menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan serta pemasaran produk di bawah Institut Keusahawanan Negara seperti Program Bimbingan Bisnes Bumiputera dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

Yang kelima, melaksanakan Program Galakan Eksport dan Penyertaan dalam misi perdagangan di luar negara seperti Program Pengukuhan Eksport PKS oleh SME Corp dan Program Business Export Programme yang dilaksanakan oleh SME Bank.

Dan yang keenam, menggalakkan penglibatan usahawan untuk menjalankan perniagaan dalam program-program anjuran KUSKOP dan agensi seperti Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan serta Showcase 1 Daerah 1 Industri. Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, kita di kementerian mempunyai ketetapan di mana setiap kali berlakunya banjir, kita boleh memberikan moratorium kepada usahawan-usahawan ini, tiga hingga enam bulan untuk distrukturkan ataupun dijadualkan semula pembayaran pembiayaan mereka. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Dungun.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Wan Ramli - Dungun

Terima kasih Menteri atas penjelasan. Kerajaan melaporkan bahawa pada tahun 2024, seramai 212 orang usahawan telah menerima pembiayaan di bawah SME Technology Transformation Fund (SSTF) untuk menyokong pendigitalan dan automasi operasi perniagaan menggunakan aplikasi-aplikasi IR 4.0. Daripada 212 orang tersebut, bolehkah nyatakan jumlah usahawan dari Dungun yang menerima pembiayaan tersebut. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang di-Pertua, soalan ini sangat spesifik.

Saya beri secara bertulis kepada Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya difahamkan KUSKOP ada memperkenalkan Dasar Pandang ke Malaysia Timur dengan memberi tumpuan khas kepada pembangunan PMKS serta koperasi di Sabah dan Sarawak.

KUSKOP juga telah turut menggandakan usaha menerusi penyaluran geran khusus iaitu Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) untuk usahawan bumiputera Sabah dan

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sarawak serta pengujudan premis Tamu Desa sebagai fokus tambahan. Tahniah KUSKOP dan Kerajaan MADANI yang prihatin terhadap usahawan bumiputera.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapat kepastian, apakah pula perancangan khusus KUSKOP terhadap pembangunan PMKS di kawasan Semenanjung yang mungkin sedikit berbeza cabarannya berbanding Sabah dan Sarawak. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah kita laksanakan di bawah inisiatif belanjawan dan juga inisiatif sedia ada kementerian di seluruh negara. Dan Dasar Pandang ke Timur dalam negara ini, adalah untuk kita menjiwai aspirasi sesuai dengan keperluan dan cabaran yang dinamik di Sabah dan Sarawak, terutamanya dalam sektor keusahawanan dan koperasi. Sebab itulah kita laksanakan inisiatif yang bersesuaian dengan aspirasi di situ.

Contohnya yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, Tamu Desa iaitu untuk kita membantu menyediakan premis yang lebih baik kepada usahawan mikro, usahawan kecil yang berniaga di luar bandar, di tamu-tamu mingguan kerana tidak mungkin tidak dilihat oleh usahawan di situ, penglibatan aktif Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan apa ini kemudahan seperti ini. Yang berlaku adalah di bandar dan di pekan-pekan besar. Tapi di kampung-kampung, di tamu itu, KUSKOP itu telah mengangkat dan kita raikan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk disediakan inisiatif belanjawan tahunan untuk menyokong program ini.

Yang kedua, BEEP Plus iaitu kita ambil satu kuota daripada program BEEP ini, bumiputera apa ini Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Daripada jumlah yang diperuntukkan itu, kita wujudkan satu kuota kepada bumiputera Sabah dan Sarawak kerana dalam libat urus saya dengan stakeholders kita di situ pada awal 2023, mereka mengeluh kerana jumlah pembiayaan yang mereka dapat geran di bawah program BEEP ini terlalu rendah berbanding dengan di Semenanjung. Sebab itu kita wujudkan satu kuota daripada keseluruhan belanjawan untuk program BEEP itu kita khususkan kepada bumiputera Sabah dan Sarawak.

Tetapi fokus tambahan ini, di Sabah dan Sarawak tidak menjejaskan fokus sedia ada kita di seluruh negara, di negeri-negeri di Semenanjung. Malah setiap kali kita lancarkan apa ini inisiatif setiap tahun, awal bulan Februari yang selalu dapat, adalah usahawan-usahawan koperasi di Semenanjung. Jadi, itu tidak ada keraguan kerana dari segi akses kepada maklumat usahawan-usahawan dan koperasi di Semenanjung ini terlalu cepat dan mereka terus tampil kepada kementerian, ke agensi kita untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

draft • 10:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Dalam RMKe-13, ya kita mempunyai fokus menskalakan perusahaan kecil menjadi perusahaan menengah dan sudah tentu itu akan memberi impak yang besar kepada usahawan-usahawan di Semenanjung Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Tuan Hoeard Lee Chuan How Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 10:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tuan Speaker, soalan 3.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik-tasik semula jadi dan lombong-lombong sedia ada.

draft • 10:20 AM

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ipoh Timur bertanyakan soalan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik-tasik semula jadi dan lombong-lombong sedia ada.

Jadi, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA sentiasa terbuka dan mengalu-alukan cadangan pembangunan projek loji jana kuasa solar di badan dan permukaan air, termasuk tasik semula jadi, kawasan lombong dan bekas lombong sedia ada.

Dalam konteks hala tuju dan kawal selia bekalan elektrik hijau, PETRA telah membuat dua penyesuaian dasar yang penting untuk menggalakkan loji jana kuasa solar di badan dan permukaan air iaitu pertama, untuk mewujudkan kategori khas solar terapung atau dengan izin floating solar di bawah program solar berskala besar LSS. Yang ini sebagai contoh untuk LSS ke-5.

Daripada 20,000 megawatt yang kita buka untuk keseluruhannya, 500 megawatt itu adalah untuk solar terapung dan untuk LLS 5 Plus pun kita juga gandakan iaitu 500 lagi megawatt untuk secara floating solar. Manakala perkara kedua adalah untuk membuka pemasangan solar di badan dan permukaan air di bawah Program Solar for Self-Consumption

(SELCO), dengan izin.

Jadi, PETRA berpandangan bahawa pembangunan projek logi jana kuasa solar yang memanfaatkan kawasan brown field dengan izin, ini dapat mengelakkan penebus gunaan tanah, selain membolehkan kawasan tanah sedia ada digunakan untuk aktiviti ekonomi lain yang juga produktif seperti untuk tujuan pertanian atau agromakanan dan juga industries. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih, Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Kita sedia maklum bahawasanya solar terapung ini adalah sesuatu yang baik. Malah, kalau ketimbang dengan solar bertanah itu, dia mendatangkan manfaat seperti dia mengurangkan penyejatan air atau evaporation, keberkesanan penjanaan itu lebih tinggi, malah tambah 10 ke 15 peratus penjanaan. Baik, tapi kalau kita dengar jawapan tadi, nisbah antara yang diluluskan bertanah dengan yang atas air itu, sebenarnya yang atas air itu kurang.

Saya nak bertanya, adakah pihak PETRA akan pertimbangkan untuk meningkatkan portion dengan izin, untuk solar terapung ini khususnya untuk negeri-negeri seperti negeri Perak, negeri Menteri KPT, negeri Menteri MOSTI, di mana kita punya banyak sangat tasik- tasik semula jadi, mahupun tasik-tasik bekas lombong untuk kita meningkatkan lagi keberkesanan penjanaan tenaga melalui float solar, khususnya floating solar dan adakah punya apa-apa insentif dan geran khusus, khususnya kepada GLC-GLC yang memegang tanah-tanah atau tasik-tasik ini dan juga punya dasar yang khusus untuk meningkatkan integrasi grid dengan loji-loji solar terapung ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timor. Seperti yang saya nyatakan, kalau kita nak buat perbandingan sebelum adanya kuota khusus dalam LSS5. Kalau ikut apa yang ada ketika ini, yang sedang beroperasi sebagai solar terapung ada lima iaitu jumlahnya 99.97 megawatt. Jadi, sebenarnya peningkatan yang kita usahakan untuk LSS5 dan 5+ ini kepada 1,000 megawatt ini sebenarnya agak signifikan.

Perkara yang kedua, kalau kita rujuk juga untuk perancangan bagi pembinaan solar terapung ini, kita perlu merujuk kepada garis panduan perancangan daripada PLANMalaysia iaitu Garis Panduan Perancangan Pembangunan Solar, yang mana di situ dinyatakan kaedah ataupun proses yang sebaiknyalah. Sebab sebagai contoh, dari segi halangan itu sebenarnya dasarnya tidak menghalang. Tetapi kita juga kena observe dari segi sama ada kawasan tersebut mempunyai keadaan yang sensitif kepada alam sekitar dan sebagainya.

Jadi, di situ juga saya percaya setiap pemaju yang ingin membangunkan kawasan ladang solar terapung perlu juga merujuk kepada jabatan atau agensi yang berkaitan, terutamanya badan seliaan air negeri. Pada masa yang sama, untuk kita tengok juga sebenarnya bila kita buka dua gigawatt dalam LSS5, kita juga kena tengok nisbah permohonan kerana permohonan itu memang lebih banyak di atas tanah. Maka, kalau kita sempitkan ruang tersebut, maka peluang untuk pembinaan ladang solar untuk kategori tersebut pula agak mengecil.

Cuma, dari segi potensi, betul. Yang Berhormat nyatakan tadi, Perak antara negeri yang berpotensi. Secara atas kertasnya, untuk di Semenanjung ini, potensi kita ada sekitar

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

5.2 gigawatt untuk kita bina ataupun rancang. Tetapi insya-Allah perkara itu kita perlu lakukan secara berfasa ataupun dari semasa ke semasa.

Cuma, sama ada untuk kita bagi geran dan sebagainya, perkara ini boleh rujuk kepada MIDA ataupun program yang lebih tertumpu soal sama ada, ada tax incentive dan sebagainya, itu lebih menjawab di peringkat MIDA. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jerantut.

draft • 10:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Melihat kepada jawapan daripada pihak kementerian tadi, menunjukkan bahawasanya kita menggalakkan kepada pembinaan floating solar untuk penambahan tenaga boleh baharu (TBB). Soalannya ialah apakah kerajaan menggalakkan pelaburan tempatan ataupun pelabur asing untuk bersama-sama memajukan teknologi ini dan apakah jaminan daripada pihak kerajaan untuk memastikan yang the EPCC 4 ataupun projek itu akan diberikan kepada kontraktor tempatan?

Sedikit extension daripada soalan Ipoh Timor tadi. Adakah — ada tak tax incentive kepada kerajaan negeri yang memberikan ruang tanah ataupun tasik? Jawapan bertulis ada 5.2 gigawatt tadi, potential. Definitely, akan ada lokasi-lokasi daripada pihak kementerian.

Boleh tak pihak kementerian bagi jawapan bertulis di manakah lokasi-lokasi strategik yang dilihat berpotensi untuk mewujudkan floating solar ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut. Berkaitan soalan yang dikemukakan, soal potensi tadi, saya rasa Yang Berhormat boleh rujuk kepada laporan Malaysia Renewable Energy Roadmap. Di situ memang ada gambaran yang secara on paper mengikut negeri, di mana kawasan-kawasan yang berpotensi. Cuma, berkaitan dengan insentif, macam mana Yang Berhormat soal cukai dan sebagainya, itu lebih tepat untuk ditujukan kepada peringkat MOF. Mungkin Yang Berhormat boleh susuli di sana.

Cuma, untuk dari segi kaedah, untuk kita terus menggalakkan pembinaan ladang solar sama ada bentuk kajian dan sebagainya, ini kerana kalau kita lihat dari segi solar terapung ataupun pembinaannya itu memang memerlukan kerjasama, terutamanya di peringkat negeri.

Jadi, sebab itu dari segi sama ada mana-mana pembinaan itu, selain kalau macam solar terapung yang solar biasanya, kita lebih terjurus kepada keperluan cahaya tenaga matahari yang mencukupi ataupun yang konsisten. Tetapi dalam keadaan solar terapung ini, ada beberapa pertambahan pertimbangan yang perlu dibuat.

Cuma, sama ada untuk dari segi pihak pelabur luar negara dan sebagainya, syarat yang kita wajibkan adalah semua syarikat yang melabur itu perlu dipegang majoritinya, at least 51 peratus oleh pihak syarikat tempatan. Itu untuk menjamin juga kelangsungan kita

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

dan untuk seterusnya, saya rasa kurang-kurang dah menjawab soalan asas tadi. Tapi dari segi sama ada yang akan datang ini, kita memang selepas LSS5+ ini, kita akan buka LSS6.

Itu perkara yang kita akan teliti untuk meneruskan agenda di — untuk terus memperbanyakkan solar terapung. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut saya mempersilakan Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 10:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah kerajaan untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) akan merapatkan jurang pembangunan digital antara negara anggota, serta bagaimana Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan memimpin usaha ini untuk memastikan transformasi digital yang inklusif di rantau ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ataupun Digital Economy Framework Agreement

(DEFA) merupakan inisiatif strategik ASEAN untuk memanfaatkan kuasa pendigitalan bagi memangkin perdagangan serantau yang lebih lancar dan selamat.

DEFA akan menjadi perjanjian digital serantau yang pertama seumpamanya.

Negara-negara anggota ASEAN akan melaksanakan langkah-langkah supaya dasar serta peraturan pendigitalan masing-masing diseragam dan disaling kendali ataupun inter- operable. Ini bertujuan menjadikan ASEAN rantau yang berdaya saing dan kondusif untuk perniagaan serta membangun ekosistem ekonomi digital serantau.

Sebelum perjanjian DEFA dirundingkan, ASEAN telah menjalankan kajian terperinci untuk memahami kedudukan ekonomi digital di negara-negara anggotanya dan ASEAN secara keseluruhannya serta mengukur potensi nilai yang boleh dibawa oleh DEFA. Kajian ini meneliti perbezaan dasar pendigitalan perdagangan antara negara anggota, mengkaji semula usaha semasa ASEAN dalam integrasi digital dan mengenal pasti amalan terbaik daripada perjanjian perdagangan digital antarabangsa lain sebagai penanda asas seperti yang dirangka oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Di bawah Kepengerusian ASEAN 2025, DEFA sememangnya merupakan salah satu Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang telah MITI kenal pasti untuk dimuktamadkan rundingannya pada akhir tahun ini. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berperanan dalam menggerakkan agenda utama integrasi ekonomi serantau di bawah Wawasan Komuniti ASEAN 2025 yang menekankan komitmen terhadap pembangunan yang saksama dan merapatkan jurang pembangunan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Ke arah itu, Malaysia menekankan dua pendekatan utama untuk melancarkan proses rundingan DEFA. Pendekatan pertama adalah program peningkatan keupayaan dasar negara-negara anggota ASEAN. Fokus ini diberi kepada bidang pendigitalan yang lebih kompleks dan terkini terutamanya dalam penggunaan teknologi digital, pengurusan data dan perlindungan siber di dalam rantaian perdagangan.

Pendekatan kedua adalah menekankan pelaksanaan DEFA secara berperingkat dan berfasa seperti yang diamalkan ASEAN dalam pembentukan komuniti ekonomi, terutamanya di dalam perjanjian perdagangan bebas.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ada ringkas lagi sedikit. DEFA sememangnya selari dengan agenda negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dipacu digital dan peneraju serantau dalam ekonomi digital pada tahun 2030. Ia selari dengan dasar-dasar kebangsaan seperti Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan dasar-dasar sektoral kelolaan MITI iaitu Rangka Tindakan Perdagangan Nasional dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih atas jawapan yang baik. Dato’ Yang di-Pertua, perusahaan mikro, kecil dan sederhana menyumbang 97 peratus daripada keseluruhan rantaian perniagaan dan menjadi tunjang utama ekonomi serta tenaga kerja untuk negara. Namun, mereka masih berdepan dengan cabaran besar dalam akses kepada teknologi digital, latihan, modal serta jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Apakah langkah konkrit kerajaan untuk menangani cabaran ini dan memastikan inisiatif di bawah DEFA ini benar-benar memperkasakan PMKS, bukan sekadar menguntungkan syarikat besar dan pemain teknologi multinasional? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, terima kasih kepada Kuala Terengganu atas soalan.

Memang kerajaan berhasrat untuk memastikan DEFA ― bukan sahaja Kerajaan Malaysia tetapi semua kerajaan-kerajaan anggota ASEAN berhasrat untuk menjamin bahawa PMKS di seluruh ASEAN dipastikan diberikan peluang untuk berkembang dan DEFA memberi akses bukan sahaja kepada syarikat-syarikat besar tetapi juga kepada semua syarikat di ASEAN.

Untuk negara-negara ASEAN yang belum lagi bersedia, pendekatan berfasa akan berlaku supaya mereka boleh melaksanakan DEFA. Untuk Malaysia, memang jaminan kerajaan adalah untuk memastikan PMKS dapat melibatkan diri dan juga tidak dianaktirikan.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft • 10:40 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, bagaimanakah kedudukan cabaran pembangunan digital bagi setiap negara anggota ASEAN termasuk negara Malaysia?

Adakah kita mendapat kerjasama dengan negara bukan ASEAN? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Bukit Bintang. Untuk DEFA, memang DEFA hanya untuk anggota-anggota ASEAN. Tetapi, kalau Malaysia bersama dengan ASEAN dapat mewujudkan satu pasaran yang saling inter-operable, saling kendali di ASEAN, maka ASEAN boleh jadi satu platform yang besar untuk syarikat-syarikat digital dari Malaysia dan juga dari negara-negara ASEAN. Kalau ASEAN boleh jadi satu platform ataupun satu pentas yang kukuh untuk semua peniaga atau syarikat digital serantau, maka mereka boleh berdaya saing untuk pentas antarabangsa. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selanjutnya, saya mempersilakan Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.

draft • 10:40 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan Batu nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan adakah kementerian mempunyai sebarang kerjasama dengan negara- negara yang lebih maju dalam teknologi tenaga nuklear seperti Perancis atau Jepun bagi membantu Malaysia membangunkan infrastruktur nuklear sebagai alternatif kepada ‘sumber tenaga’ yang selamat dan efisien.

draft • 10:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia menyokong dan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan dan penggunaan sains dan teknologi nuklear secara aman sama ada di peringkat antarabangsa ataupun kebangsaan.

Untuk tujuan ini, Malaysia telah menyertai kerjasama pelbagai hala (multilateral) organisasi antarabangsa semenjak menandatangani Statut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 15 Januari 1969. MOSTI melalui Nuklear Malaysia juga telah menjadi ahli International Project on Innovative Nuclear Reactors and Fuel Cycles (INPRO) di bawah rangka kerjasama IAEA sejak tahun 2012. Pada masa ini, terdapat 47 ahli INPRO yang terdiri daripada pelbagai negara, termasuklah Jepun dan Perancis.

Melalui penglibatan aktif Malaysia dalam program INPRO, Malaysia dan ahli INPRO yang lain telah terlibat dalam projek dan perancangan jangka panjang dan kerjasama mengenai inovasi dalam reaktor kitaran bahan api dan pendekatan institusi yang

draft • 10:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

menggalakkan pembangunan mampan tenaga nuklear. Menerusi penyertaan kepada IAEA dan INPRO, Malaysia telah mendapat pelbagai manfaat dalam penggunaan teknologi nuklear terutamanya dalam pembangunan modal insan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi nuklear termasuk dalam bidang tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik.

Selain itu, MOSTI melalui Nuklear Malaysia juga mempunyai hubungan kerjasama yang aktif dengan Agensi Tenaga Atom Jepun (JAEA) sejak tahun 2012 bagi membangunkan keupayaan modal insan dalam teknologi nuklear dan teknologi berkaitan dengannya. Nuklear Malaysia dan JAEA menawarkan tiga bidang utama iaitu kejuruteraan reaktor, kesiapsiagaan kecemasan radiologi dan nuklear serta pemantauan radioaktiviti alam sekitar.

Melalui kerjasama erat di antara Nuklear Malaysia dan JAEA, kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi di Jepun dapat dipindahkan dan berupaya membangunkan modal insan dalam tiga bidang tersebut untuk keperluan sektor-sektor lain yang terlibat.

Kepakaran Malaysia turut diperakui di peringkat antarabangsa melalui pelaksanaan projek kerjasama penyelidikan melibatkan Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi dalam bidang teknik ujian tanpa musnah (NDT). Teknik ujian tanpa musnah (NDT) adalah penting untuk memastikan keselamatan dan prestasi loji kuasa nuklear mematuhi peraturan keselamatan dan piawaian yang ketat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk Perancis pula, MOSTI bercadang mengadakan lawatan kerja ke Perancis bagi meneroka pertukaran pengetahuan, amalan terbaik kawal selia dan pembangunan kapasiti khususnya dalam keselamatan nuklear, tadbir urus dan dasar. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Batu, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri atas jawapan. Soalan Batu. Adakah Kerajaan Malaysia berkomited dengan teknologi small modular reactor (SMR) yang tertakluk dalam World Economic Forum?

Dan juga, sepertimana kita ketahui, China sedang melaksanakan projek perintis thorium molten salt reactor (TMSR) di Gurun Gobi dan dijangka beroperasi seawal tahun 2029.

Adakah MOSTI mencadangkan untuk melaksanakan kerjasama dengan negara-negara seperti negara Eropah dan China dalam pembangunan teknologi SMR ini?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Sebenarnya selain daripada Jepun dan Perancis, MOSTI juga bekerjasama dengan beberapa negara dalam bidang sains dan teknologi berkaitan dengan nuklear.

Pertamanya, MOSTI menjalinkan kerjasama dalam pembangunan kapasiti teknologi small modular reactor (SMR) sejak 2024 iaitu tahun lepas.

draft • 10:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

Sebagai contoh, program FIRST dari Kerajaan Amerika Syarikat, iaitu Foundational Infrastructure for Responsible Use of Small Modular Reactor Technology, menyokong negara yang berminat meneroka potensi SMR dan teknologi nuklear termaju.

Program ini memastikan penggunaan teknologi nuklear memenuhi piawaian keselamatan tertinggi dengan sokongan daripada IAEA. Setakat ini, terdapat 38 negara termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand dari Asia Tenggara telah menerima manfaat daripada program FIRST ini.

Untuk negara yang lain, MOSTI telah pun mengadakan lawatan penanda aras

(benchmarking visit) ke negara China pada September 2024.

draft • 10:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

Pada masa akan datang, kami akan adakan lawatan ke Perancis juga. Selain daripada itu, baru-baru ini Februari, MOSTI telah pun mengadakan lawatan benchmarking juga di Rusia, di mana kami cuba mendapatkan maklumat teknikal mengenai teknologi floating power unit (FPU) SMR kitaran bahan api nuklear dan juga penguatkuasaan nuklear dan aspek keselamatan nuklear. MOSTI melalui agensi nuklear telah melaksanakan loji perintis pengekstrakan dan penulenan torium daripada mineral tempatan iaitu monoxide dan xenotime sebagai potensi terlibat dalam rangkaian bekalan bahan api pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya beri perhatian soal penggunaan torium dalam reaktor nuklear sebab saya tengok bahawa sekarang ini kita Malaysia mempunyai reserve torium yang agak besar Th-232. Persoalan saya ialah antara negara yang agak ke hadapan dalam penggunaan torium ialah India dan dia telah mulakan proses itu. Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk meneliti penggunaan torium yang dianggap kurang risiko kepada keselamatan?

Kedua, tentang kita punya pusat penyelidikan nuklear kita di Bangi, usia sudah 43 tahun. Satu tempoh yang sangat panjang. Saya minta kementerian memberi perhatian serius terhadap masa hadapan risiko-risiko keselamatan dan tingkatkan usaha arah penyelidikan torium di Pusat Nuklear Negara, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebenarnya memang dari segi kegunaan torium sebagai bahan api nuklear yang paling ke hadapan mungkin India dan sekarang China. Sebenarnya kami memang berhasrat untuk bekerjasama atau berkongsi pengetahuan ataupun dapatkan technology transfer daripada negara-negara tersebut. Tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, menggunakan torium sebagai bahan api nuklear sekarang masih di peringkat yang

draft • 10:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

sangat awal, belum ada mana-mana negara yang boleh katakan teknologi ini sangat-sangat matang.

Saya bagi contoh seperti yang dibuat di China, thorium molten salt reactor itu. Ini merupakan reaktor generasi keempat yang boleh dikatakan paling terkini, paling selamat.

Tetapi itu pun operasi mereka baru membangunkan dijangka pada tahun 2029 baru mereka akan mengoperasikan SMR tersebut. Kita ini masih dalam peringkat untuk pilih mana partner yang boleh kita belajar.

Untuk soalan kedua itu tentang nuklear Malaysia memang kita ada research Reactor TRIGA PUSPATI yang sudah berumur lebih pada 40 tahun. Tetapi oleh kerana maintenance itu sangat bagus dan setakat ini masih beroperasi, berfungsi dengan baik. Saya bagi jaminan bahawa Kerajaan Malaysia akan memberikan tumpuan dan juga akan memberikan fokus untuk memastikan keselamatan penggunaan reaktor tersebut. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut saya mempersilakan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Yang Berhormat Julau.

draft • 10:50 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha yang sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan bekalan air bersih disalurkan ke sekolah-sekolah di kawasan khususnya sekolah di luar bandar yang belum mempunyai akses air bersih. Jelaskan langkah-langkah konkrit yang diambil untuk menangani isu ini serta jangka masa pelaksanaannya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih soalan dari Yang Berhormat Julau. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan 6 telah menggariskan setiap sekolah di Malaysia tanpa mengira lokasi sains jenis perlu mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minima bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan juga kondusif.

KPM telah membangunkan sistem telaga tiub di sekolah-sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak yang dibina secara berperingkat dari tahun 2002 sehingga 2016. Sehingga tahun 2016 sebanyak 419 buah sistem telaga tiub telah pun dibina di sekolah-sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak dengan kos berjumlah RM194.25 juta. Sehingga tahun 2024, sebanyak 117 buah sistem telaga tiub sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak telah pun dikeluarkan dari senarai penyelenggaraan dan dilupuskan berikutan sekolah sama ada telah pun disambung ke bekalan air bersih awam ataupun sekolah telah pun berpindah.

Manakala setakat tahun 2024, sebanyak 302 buah sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak masih mempunyai sistem telaga tiub yang beroperasi dan sistem ini sekarang diselenggara secara berkala melalui kontrak projek perkhidmatan penyelenggaraan sistem

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

telaga tiub sekolah-sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pada masa yang sama, pada tahun 2024 sebanyak RM30.6 juta telah pun dibelanjakan untuk menyelenggara 302 buah sistem telaga tiub sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak. Tahun ini sebanyak RM40 juta telah pun disalurkan kepada JPS bagi melaksanakan penyelenggaraan bagi 302 buah sistem telaga tiub ini. RM40 juta ini adalah setakat sekarang peruntukan yang telah pun disalurkan.

KPM dengan kerjasama rapat dengan Kerajaan Sabah dan juga Sarawak dan juga JKR telah pun melaksanakan pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dari tahun 2021 sehingga sekarang dengan jumlah nilai kontrak peruntukan yang diluluskan RM94.5 juta. Ini adalah dari tahun 2021 sampai sekarang. Di bawah projek ini, sebanyak 90 buah sekolah telah pun dikenal pasti dan disenaraikan bagi projek ini iaitu di Sabah, 79 buah. Di Sarawak,11 buah.

Pembinaan sedang giat dilaksanakan dengan purata kemajuan fizikal projek bagi 64 buah sekolah mencapai 59.85 peratus. Tempoh kontrak kerja ditetapkan selama dua tahun dan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025. Pada tahun 2025 juga, 16 buah sekolah telah pun diluluskan penukaran skop projek kepada penggunaan teknologi Penjanaan Air Atmosfera (AWG).

Kini pihak JKR Malaysia sedang dalam proses memuktamadkan supplemental agreement untuk pelaksanaan skop baharu ini. Manakala 10 buah sekolah lain di Sabah dalam proses kelulusan penukaran skop kepada AWG Penjana Air Atmosfera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Julau.

draft • 10:50 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ya, terima kasih. Berdasarkan kos pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub yang menelan RM94.5 juta untuk 90 buah sekolah di Sabah dan Sarawak. Saya faham bahawa faktor geografi dan bentuk muka bumi memainkan peranan dalam justifikasi kos tersebut. Namun di kawasan luar bandar Sarawak terutamanya di rumah panjang, sistem bekalan air graviti telah lama digunakan dengan keberkesanan yang tinggi.

Sistem ini pada dasarnya melibatkan pembinaan empangan kecil dan telah terbukti mampu membekalkan air bersih kepada penduduk rumah panjang yang tidak mempunyai akses kepada bekalan air terawat. Berdasarkan pengalaman kami dalam pembinaan sistem bekalan air graviti, kosnya jauh lebih rendah, kurang dari RM50,000 sahaja untuk satu iaitu hanya sekitar lima peratus sahaja daripada kos berbanding dengan bekalan air telaga tiub, malah lebih berkesan dan mampu menyediakan air bersih yang mencukupi sepanjang tahun.

draft • 10:50 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan penggunaan sistem bekalan air graviti sebagai salah satu pilihan untuk membekalkan air sementara ke sekolah-sekolah luar bandar pada masa hadapan di Sabah dan Sarawak? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan daripada Julau. Pertama sekali, KPM mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Julau berkenaan dengan cadangan untuk sistem pembinaan empangan air graviti.

Dari segi pemilihan ataupun pemilihan projek yang mana satu atau pendekatan yang mana satu yang digunakan oleh pihak KPM, KPM selalunya ada kolaborasi dan perbincangan dengan agensi-agensi negeri untuk memastikan projek mana ataupun pendekatan mana yang lebih berkesan yang mempunyai satu impak keberkesanan yang tinggi.

Seperti yang saya jawab tadi juga kita mempunyai daripada 419 buah sistem telaga tiub yang telah dibina di sekolah, yang masih beroperasi di 302. Yang tidak lagi beroperasi ataupun telah dismantled dengan izin, 117.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Antara 117 ini, 111 sistem itu telah pun tidak beroperasi adalah kerana kita telah berjaya disambung dengan bekalan air bersih awam. So, secara jangka masa panjang, pihak KPM sememangnya selalu dalam perbincangan dengan agensi negeri sama ada dengan agensi di bawah Kerajaan Sarawak ataupun Sabah untuk menentukan apakah pendekatan yang kita hendak pakai sekarang dan untuk jangka masa panjang, bagaimana kita boleh menyalurkan pembekalan air bersih ataupun air bersih terawat kepada sekolah-sekolah dan premis pendidikan yang terbabit. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kangar.

draft • 11:00 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih YB. Menteri. Isu di Perlis ini agak berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak. Di Perlis ini, daripada segi iklim ataupun cuaca kemarau dan juga sering berlaku kebocoran paip-paip utama memandangkan paip-paip utama agak lama.

Maka, ini telah menjejaskan termasuklah sekolah-sekolah. Kadang-kadang berlaku ketiadaan air di asrama-asrama dan bila ini berlaku, pelajar-pelajar ataupun murid-murid diarahkan untuk balik. Maka, ini akan mengganggu persiapan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka yang tinggal agak jauh dari sekolah.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:00 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Soalan saya ialah setakat manakah usaha KPM untuk menyediakan tangki air simpanan bagi kegunaan murid-murid, terutamanya di asrama.

Soalan kedua, adakah terdapat jangka masa khusus untuk proses pembaikan paip-paip utama di dalam kawasan sekolah yang boleh mengganggu perjalanan sekolah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Kangar tadi berkenaan dengan penyelenggaraan dan juga penyediaan tangki air, khasnya di kawasan sekolah asrama penuh. Di sini, saya ingin menyatakan bahawa Tuan Yang di- Pertua, berkenaan dengan aset-aset di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadi ada disebut berkenaan dengan paip-paip yang rosak. So, itu bergantunglah kepada paip sama ada ia di bawah premis institusi pendidikan ataupun di luar dari premis.

Untuk segala kerja penyelenggaraan di bawah premis institusi pendidikan, sememangnya setiap tahun pihak KPM ada menyediakan satu jumlah sebanyak RM900 juta sehingga RM1 bilion bagi tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan dan peruntukan penyelenggaraan ini akan dibahagikan kepada setiap JPN mengikut keperluan dan sememangnya sekiranya ada kes-kes spesifik seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kangar adalah dialu-alukan untuk memberikan input dan maklumat yang lebih lanjut kepada KPM bagi tindakan seterusnya.

Kita hendak menjamin bahawa anak-anak kita mempunyai satu situasi ataupun fenomena pembelajaran yang kondusif. Ini merupakan tanggungjawab KPM. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan memastikan logo halal dari luar negara memenuhi piawaian seumpama JAKIM dan rancangan memperketatkan prosedur pengiktirafan halal antarabangsa.

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Tumpat. Puan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) mengambil langkah proaktif dalam memastikan logo halal dari luar negara memenuhi piawaian dan standard yang setanding dengan standard halal Malaysia.

Langkah ini dilaksanakan melalui pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara yang merangkumi prosedur yang menyeluruh serta pemantauan berterusan terhadap badan pensijilan halal luar negara atau foreign halal certification body dengan izin, yang diiktiraf.

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Bagi memperkukuh integriti sistem pengiktirafan halal, JAKIM kini sedang menjalankan prosedur semula terhadap prosedur pengiktirafan FHCB iaitu Malaysia Procedure for the Recognition of Foreign Halal Certification Bodies bagi memastikan prosedur sedia ada kekal relevan dan selaras dengan keperluan halal global yang sentiasa berkembang.

Setakat ini, sebanyak 85 badan persijilan halal luar negara telah diiktiraf oleh Malaysia yang terdiri daripada 47 buah negara yang aktif memberi pensijilan halal kepada produk yang diimport ke Malaysia. Perkara tersebut adalah selaras dengan keperluan dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 seperti yang terkandung dalam Perintah 5(1).

JAKIM turut menjalankan audit dan pemeriksaan berkala terhadap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf bagi memastikan standard halal Malaysia terus dipatuhi. Audit ini meliputi audit dokumentasi, lawatan ke premis pengeluar serta pemantauan berterusan terhadap persijilan produk halal luar negara. Produk luar negara yang dikenal pasti diimport ke Malaysia adalah terdiri daripada produk makanan, barang gunaan dan produk kosmetik.

Selain itu, JAKIM juga sedang dalam proses akhir membangunkan sistem permohonan pengiktirafan bagi FHCB secara atas talian, MyIHAB. Pembangunan sistem permohonan pengiktirafan FHCB secara atas talian yang sistematik ini akan dapat membantu pihak JAKIM dalam mempertingkat kecekapan dan integriti dalam menguruskan proses permohonan FHCB.

Selain itu, kerajaan melalui JAKIM turut memberi penekanan kepada peningkatan kapasiti dan latihan kepada badan pensijilan luar negara bagi memastikan mereka memahami dan mengaplikasikan piawaian halal Malaysia dengan lebih baik.

Kerajaan turut mengukuhkan kerjasama strategik antarabangsa dengan negara pengeksport melalui memorandum kerjasama yang dimeterai dengan negara-negara Islam seperti Indonesia dan Arab Saudi. MOC ini memainkan peranan penting dalam memudahkan akses produk halal merentasi sempadan selain memperkukuh kerjasama dan perdagangan halal di peringkat global.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempertingkatkan kecekapan prosedur pengiktirafan halal antarabangsa sekali gus mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama dalam ekosistem halal global. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tumpat.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kerana usaha yang dijalankan. Saya ingin bertanya, dalam usaha mempamerkan ataupun meluaskan lagi hala tuju halal, negara kita bukan hanya menumpukan kepada produk tetapi juga kepada services dan juga data. Kita difahamkan pihak negara telah mempunyai beberapa perkara yang berkaitan dengan perkara ini.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan AI dan blockchain bagi memantau pematuhan badan halal luar negara secara masa nyata sekali gus memastikan produk luar memenuhi syarat JAKIM sebelum masuk ke Malaysia kerana hari ini, perdagangan global ini berlaku secara serentak.

Kedua, bagaimanakah Malaysia boleh menggunakan pengalaman dalam membangunkan standard halal global untuk kini menerajui AI dalam hukum Islam sebagai rujukan antarabangsa? Sebelum ini kita tahu bahawa dalam JAKIM ada IslamGRID dan kemudian ada i-FIQH. Sekarang ini ramai yang merujuk AI khususnya untuk mendapatkan hukum. Bagaimana kerajaan nak cater segmen ini dan adakah kerajaan boleh menempatkan pegawai-pegawai halal di semua darjah ataupun daerah di Malaysia? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Tumpat atas soalan tambahan. Kerajaan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dan sedang meneliti potensi penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta blockchain bagi memperkukuh pemantauan pematuhan badan pensijilan halal luar negara secara masa nyata. Langkah ini selari dengan usaha memastikan semua produk import mematuhi standard halal JAKIM sebelum memasuki pasaran Malaysia.

AI membolehkan data pematuhan dianalisis secara automatik mengenal pasti ketidakkonsistenan dalam pensijilan serta mengeluarkan amaran awal terhadap sebarang ketidakpatuhan. Sementara itu, teknologi blockchain memastikan setiap peringkat rantaian bekalan halal direkod dan disahkan dengan telus serta tidak boleh diubah menjadikan pemantauan lebih cekap dan berintegriti.

JAKIM dan agensi berkaitan berpotensi bekerjasama dengan badan pensijilan halal antarabangsa bagi mengintegrasikan sistem ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemantauan halal global berasaskan teknologi.

Berkaitan dengan penggunaan AI dalam konteks perkembangan, kalau kita ada IslamGRID seperti Yang Berhormat sebutkan tadi dan kemudian beralih kepada i-FIQH. Jadi, sepertimana yang saya nyatakan, JAKIM sentiasa mengenal pasti dan mengambil kira perkembangan teknologi semasa dan sudah tentu usaha untuk menggunakan AI ini dalam konteks penentuan hukum dan sebagainya, yang ini JAKIM sudah tentu akan mengambil kira dan akan memastikan teknologi ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

Selain daripada itu juga, JAKIM akan memastikan supaya setiap data ataupun keputusan yang diambil berdasarkan penggunaan AI ini adalah selari dengan kehendak hukum syarak. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan daripada Tenggara, apakah kejayaan dan penglibatan Malaysia dalam industri halal di peringkat global dan apakah usaha signifikan yang boleh dimunculkan atau

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

diinisiatifkan oleh Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini untuk menyeragam, mengiktiraf standard halal ASEAN supaya dapat memudahkan sektor kepenggunaan Muslim negara-negara serantau ASEAN. Mungkin melalui garis panduan yang seragam Muslim Best ataupun Halal ASEAN. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara, terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Dalam konteks kejayaan JAKIM di peringkat antarabangsa, banyak pencapaian yang telah diperolehi. Saya nyatakan di sini ya, sekurang-kurangnya ada dua yang agak signifikan iaitu penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa melalui pembangunan the Standard Metrology Institute for Islamic Countries

(SMIIC) sebagai ahli board director, technical committee dan juga working group.

Sehingga kini terdapat 17 bilangan standard yang dibangunkan oleh SMIIC melibatkan penglibatan aktif kumpulan pakar daripada Malaysia dan saya difahamkan daripada 17 standard yang diambil kira oleh SMIIC, 16 daripada itu adalah standard yang diperkenalkan di peringkat JAKIM atau Malaysia.

Yang kedua Puan Timbalan Yang di-Pertua, pengiktirafan yang dilakukan oleh JAKIM terhadap badan pensijilan halal luar negara ataupun foreign halal certification body. Sehingga kini, terdapat 85 badan pensijilan halal luar negara ataupun FHCB daripada 45 buah negara yang telah diberi pengiktirafan oleh JAKIM. Jadi, selain daripada itu, saya ingat untuk 10 tahun berturut-turut, JAKIM ─ pensijilan halal JAKIM diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.

Dalam konteks peranan yang dimainkan oleh JAKIM dalam kepengerusian halal ini, Malaysia terlibat bersama-sama dengan Indonesia, Thailand dan Growth Triangle IMT melalui ASEAN Working Group Halal Food, Malaysia juga bercadang untuk menganjurkan ASEAN Halal Laboratory Conferance bagi memperkukuhkan kepakaran analisis halal di kalangan negara-negara ASEAN. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puan Yeo Bee Yin, Puchong.

draft • 11:10 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya soalan 8.

draft • 11:10 AM

8. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah kementerian merancang untuk mengawal selia pelepasan efluen dari kilang-kilang dengan menggunakan loading dan bukannya concentration, terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan kilang seperti Pasir Gudang. Apakah langkah-langkah yang diambil.

draft • 11:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dalam proses untuk menyemak semula Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Efluen Perindustrian) 2009 dan dalam proses semakan ini, JAS akan menilai dan

draft • 11:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

memperkemaskan kaedah kawal selia pelepasan efluen industri bagi memastikan kelestarian alam sekitar terjamin dan kaedah pengawalseliaan yang sedang diperhalusi adalah kawalan pelepasan melalui kepekatan ataupun concentration dengan izin beban, loading dan lain-lain parameter, termasuklah bahan cemar baharu ataupun imaging pollutants.

Namun, selain daripada pelepasan efluen perindustrian, ada juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai yang perlu diberi perhatian, termasuklah daripada punca-punca tidak bersumber, non point source solution seperti pasar basah, tempat cuci kereta, restoran, dobi, air larian permukaan malah juga kalau kita lihat sektor penternakan dan ini berada di luar badan kawal selia Jabatan Alam Sekitar tetapi di bawah kawal selia agensi-agensi lain yang berkaitan.

Untuk masa ini, langkah yang diambil oleh JAS dalam memastikan kualiti air sungai terjamin:

(i) menjalankan pengawasan kualiti air sungai secara berterusan. Kita ada 30 stesen pengawasan automatik dan 1,353 stesen pengawal manual yang melibatkan 672 sungai di seluruh negara;

(ii) kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengemukakan input bagi pembangunan dan perancangan industri baharu;

(iii) meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pematuhan peraturan yang sedang berkuat kuasa; dan perancangan industri baharu; dan

(iv) meningkatkan aktiviti pendidikan dan kesedaran kepada pihak industri mengenai kepentingan pengurusan efluen yang bertanggungjawab, sama ada menggunakan amalan terbaik dan termasuk juga penggunaan teknologi rawatan yang lebih cekap dan mesra alam.

Tetapi sebagai makluman Yang Berhormat, JAS telah pun melaksanakan dua kajian jumlah beban harian maksimum ataupun total maksimum daily load. Pertama, di Sungai Semenyih pada tahun 2018. Saya tak pasti ini pada zaman Yang Berhormat atau sebelum dan kedua ialah di Sungai Perai pada 2023. Ini dua kajian yang dibuat oleh JAS untuk TMDL.

Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah melaksanakan kajian TMDL dan pengurusan lembangan sungai bersepadu, integrated river basin management (IRBM) bagi sungai-sungai di seluruh negara yang bertujuan untuk memastikan sumber air bersih dan mencukupi. Jadi, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puchong.

draft • 11:10 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Menteri.

Menteri, saya nak dapatkan penjelasan daripada Menteri, bilakah peraturan yang baru ini akan dibentangkan dan adakah loading akan di-include ataupun concentration dan loading juga ada di peraturan tersebut?

draft • 11:10 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Yang kedua adalah berkenaan dengan sama ada Ketua Pengarah JAS dengan kuasa yang diberi di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, Seksyen 11(3)(a) dan (3)(b) di mana mereka boleh meletakkan syarat baru kepada lesen yang sedia ada ataupun kilang yang ada berkenaan untuk mendapatkan the effluent, syarat effluent yang lebih ketat daripada apa yang ada peraturan, terutamanya di kawasan seperti Pasir Gudang. Adakah ketua pengarah telah membuat demikian ataupun belum lagi kuasa ini digunakan? Juga sorry, satu lagi adakah kuasa ini digunakan untuk menambah lebih banyak lagi stesen automatik pencemaran.

draft • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dinyatakan tadi. Tentang langkah-langkah yang kita sedang ambil dan status pelaksanaannya, kita memang ─ semakan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 sedang dilaksanakan bersama-sama dengan peraturan berkaitan dengan kumbahan dan juga kawalan pencemaran daripada stesen pemindahan sisa pepejal dan kambus tanah.

draft • 11:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ini semua peraturan daripada 2009. Jadi we are trying to look at it holistically dengan izin supaya kita bila merangka peraturan ini, kita dapat melihatnya secara keseluruhan dan mengambil kira semua elemen-elemen yang disebut sebentar tadi. Buat masa...

draft • 11:10 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Puan Speaker, soalan saya ialah bilakah peraturan ini akan...

draft • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita sedang ─ sebab itu saya nyatakan bahawa kita dalam proses sebab dia bukan hanya melibatkan PPKAS, efluen perindustrian tapi kita nak laksanakan, seiring juga dengan kumbahan dan juga kawalan pencemaran daripada stesen pemindahan sisa pepejal dan kambus tanah. So, kita nak laksanakan secara in total, bukan piecemeal. Tentang tempoh masa itu, saya tak dapat berikan sekarang but it is in the works. Sebagaimana dimaklumkan, kajian tentang TMDL pun kita telah buat pada tahun 2018 dan tahun 2023 di peringkat JAS. Jadi, itu semua akan diambil kiralah.

Kedua, sama ada KP boleh menggunakan kuasa yang ada untuk meletakkan syarat yang lebih ketat, semakluman yang saya ada buat masa ini belum lagi tetapi saya maklum.

Makna perkara-perkara ini sebenarnya banyak terletak di bawah bidang kuasa tanpa kita perlu pun pinda akta. So, it should be more straight forward daripada pindaan akta yang lebih panjang lebarlah.

Tentang Sungai Kim Kim, tadi disebut tentang Pasir Gudang dan Sungai Kim Kim.

Apa soalan Yang Berhormat tadi?

draft • 11:10 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Adakah KP telah menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 11(3)(a) untuk tambah stesen automatik di sungai-sungai yang environment sensitive ataupun yang tertekan pencemaran.

draft • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, buat masa ini yang saya nyatakan bilangan tadi is the latest number yang kita ada tentang bilangan stesen automatik dan manual. Stesen automatik ini sebenarnya lebih penting lah berbanding bukan apa tapi manual ini kos untuk kita mentadbirnya memakan masa dan juga agak dia tidak begitu, dia memerlukan banyak usaha untuk yang manual.

draft • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, kita memang fokus kepada automatik. Bilangan terkini yang saya ada ialah bilangan yang telah saya sebut sebentar tadi di seluruh negara dan sememangnya, risiko pencemaran kawasan-kawasan yang banyak industri, itu merupakan antara tumpuan untuk sebarang pemasangan pengesan ataupun tentang kualiti air yang ada buat masa ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Menteri. Soalan tambahan saya, kita lihat dari segi keberkesanan kaedah baru loading ini, apakah keberkesanan yang dapat kita perolehi daripada kaedah baru loading berbanding dengan kos concentration. Kedua, dari segi kos, mana lebih tinggi. Yang ketiga, negara-negara yang telah mempraktikkan kaedah baru ini.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tentang kos yang tu, saya kena – sorry tentang negara-negara yang telah pun melaksanakan tindakan yang menggunakan loading, yang tu saya kena jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Tetapi untuk makluman, ini ada perbincangan yang panjang lah tentang keberkesanan loading dan antara loading concentration dan sebagainya tetapi yang bagi kita sebab itu kita sedang, telah laksanakan kajian di dua tempat yang saya sebut tadi, untuk melihat mana yang lebih – apa elemen- elemen yang perlu kita ambil kira di dalam untuk kita menilai pencemaran di sesuatu kawasan sungai. Jadi, itu yang kita sedang lakukan buat masa ini.

Bagi kita, kita akan lihat secara keseluruhan, termasuk soal efficiency iaitu bagaimana nak dapat keputusan yang terbaik, tentu soalan kos juga tidak dapat kita lari tetapi kita tidak akan meletakkan isu kos itu sebagai satu-satunya perkiraan. Kalau kita rasa dah ada teknologi lebih baik yang dapat memberikan pembacaan yang lebih tepat, maka kita akan beralih kepada teknologi tersebut.

draft • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Puan Speaker.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Sabri bin Azit.

draft • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Puan Speaker, Puan Speaker, satu soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak, saya sudah panggil Tuan Sabri bin Azit, Jerai.

draft • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Isu hidup dan mati 500,000 rakyat Pasir Gudang Puan Speaker.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerai. Sila duduk.

draft • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Soalan nombor 9.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan perancangan untuk memperkasa AUKU dalam memastikan media sosial digunakan sebaiknya sebagai platform perdebatan secara kritis, perkongsian maklumat yang benar dan bukan medan menabur fitnah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, pertamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai atas soalan yang telah dikemukakan. Pada masa ini, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] atau kita kenali sebagai AUKU tidak mengawal selia media sosial dan mana-mana platform yang lain. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, media sosial dikawal selia oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Maka sekiranya terdapat sebarang pelanggaran dan ketidakpatuhan, agensi penguatkuasaan boleh mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat.

Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa media sosial sewajarnya digunakan sebaiknya oleh mahasiswa supaya tidak hanya menjadi platform untuk perdebatan intelektual yang kritis dan perkongsian maklumat yang sahih tetapi juga mengelakkan penyebaran fitnah yang boleh merosakkan imej institusi pendidikan tinggi.

Dengan hubungan ini, seperti yang saya maklumkan tadi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengingatkan kita terutama mahasiswa, supaya jangan melanggar undang-undang negara dengan menyebar fitnah dan berita palsu, jika tidak mahu dikenakan tindakan atau hukuman di bawah Akta 588 ini.

Malahan bukan saja Akta 588, negara turut mempunyai Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan [Akta 574] dan lain-lain akta yang bersesuaian yang boleh digunakan untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan yang tidak wajar, termasuk mahasiswa.

Justeru, kementerian berpandangan bahawa undang-undang negara sedia ada yang berkuat kuasa telah memadai dan tiada keperluan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dengan mengadakan peruntukan khusus dalam AUKU berkenaan perkara ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Tambahan daripada itu, di bawah AUKU, mahasiswa boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan universiti, kaedah-kaedah tatatertib pelajar mengikut institusi pendidikan tinggi masing-masing sekiranya pihak IPT mendapati mahasiswa tersebut bersalah dalam menggunakan media sosial secara tidak wajar dan telah melanggar peraturan IPT, maka akan dikenakan tindakan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPT melihat sebarang pindaan terhadap AUKU sebelum ini dan masa hadapan adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang pemerkasaan kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat di dalam AUKU dan bukan sesekali untuk menjadikan AUKU sebagai satu instrumen untuk menguatkuasakan sesuatu yang berbentuk punitif dan menghalang agenda pemerkasaan dan agenda reformasi yang mendasari Kerajaan MADANI buat masa ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerai.

draft • 11:20 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan kebebasan kepada mahasiswa di seluruh ─ golongan, khususnya soalan saya sejauh manakah audit dan pantauan dari jawatankuasa yang dibentuk dapat mengelak salah guna khususnya dalam menggunakan kempen pilihan raya kampus termasuk di media.

Keduanya, adakah kerajaan berhasrat memberi kuasa kepada universiti dalam membentuk jawatankuasa khas pemantauan media berkenaan untuk menjaga nama baik universiti dan pelajarnya sepertimana yang berada di pusat.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat.

Puan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi, memang dengan akta-akta yang ada ini sudah memadai ya buat masa ini untuk kita mengawal selia tentang program-program atau penggunaan media sosial di kalangan mahasiswa. Kita yakin mahasiswa sudah matang dalam pemikiran mereka. Kebanyakan mereka berumur lebih daripada 18 tahun dan saya yakin, mereka faham tentang akta-akta yang sedang berkuat kuasa dan kita harap lah kepada semua mahasiswa supaya berhati-hati dalam memberi komen ataupun menggunakan media sosial.

Sempena bulan puasa ini, marilah kita sama-sama menghayati ya tentang pesanan, tentang konsep Tabayyun ini. ini pesanan kepada mahasiswa melalui surah Al-Hujurat yang maksudnya “wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah yang menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menyimpang sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Petani.

draft • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita tahu seperti yang jawapan tadi kita ada

draft • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

pelbagai akta. Akta 588, Akta Fitnah, Akta Hasutan dan sebagainya. Tapi masih ada mahasiswa yang menggunakan platform ini untuk perkara-perkara yang negatif sehingga menyebarkan fitnah dan sebagainya.

Soalan saya adalah apakah peranan atau usaha daripada pihak kementerian KPT itu sendiri untuk membina kesedaran dan pembinaan karakter yang positif dalam kalangan mahasiswa agar dapat mengamalkan kebebasan bersuara tapi dengan penuh integriti dan penuh tanggungjawab. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Anak muda yang memang dekat dengan mahasiswa kita. Untuk makluman, memang yang disebut tadi itu untuk AUKU ini kita tidak mahu menghalang. Kita tidak mahu dilihat oleh mahasiswa sebagai bersifat punitif, mengekang pemikiran mereka. Jadi, apa yang kita buat ialah kita lakukan banyak program berkaitan mahasiswa.

Antaranya, pendidikan dan kesedaran digital. Ini kita terangkan tentang penggunaan internet, media sosial dan apa implikasinya jika menyalahi undang-undang tersebut. Kita juga ada program-program pembangunan karakter yang positif. Contohnya Program Pemukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi sejak tahun lepas ya. Ini mengangkat kepimpinan mahasiswa tersebut supaya mereka memahami tentang dasar-dasar kerajaan dan juga bagaimana menjadi insan dan juga warganegara yang baik.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dan kita juga ada Parlimen Mahasiswa. Ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk melontarkan pandangan mereka. Jika mahu mengkritik kerajaan pada mana-manalah, kerajaan ataupun mana-mana agensi, gunakanlah platform tersebut, Parlimen Mahasiswa tersebut untuk memberi pandangan bernas mereka tentang apa yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Kita juga mengadakan program berbentuk kerohanian. Ini pun penting sebab kita mahu supaya mahasiswa kita ini faham, ada jati diri mereka supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan. Contohnya, pengajian kitab Turath oleh syeikh dan tuan guru terkemuka, kuliah Zohor, seminar dan kursus teras pengajian Islam dan juga program- program lain yang melibatkan kepelbagaian agama dan kaum ini.

Jadi – kita juga meningkatkan budaya perdebatan kritis. Untuk makluman semua, mahasiswa boleh mengadakan program di universiti masing-masing dan mereka terbuka untuk menjemput mana-mana daripada parti politik ataupun NGO untuk mereka gabungkan bersama dan biarlah mereka berbincang secara kritis, berdebat dan biarlah mahasiswa menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Ini antara kita laksanakan dan kita harap mahasiswa kita akan lebih perkasa selepas ini dan akan matang menilai mana yang fitnah dan mana fakta yang benar. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.

draft • 11:30 AM

10. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Perdana Menteri menyatakan proses untuk tukar alamat mengundi sekarang ini agak rumit dan susah menyebabkan pengundi tidak tukar tempat mengundi walaupun telah menetap di tempat baharu. Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menjadikan proses ini lebih mudah dan relevan sesuai dengan kemajuan teknologi semasa.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tebrau seseorang pemilih yang telah berpindah tempat mastautin dan berhasrat menukar bahagian pilihan raya boleh memohon pertukaran bahagian pilihan raya. Pemilih hendaklah terlebih dahulu mengemas kini alamat mastautin mereka di Jabatan Pendaftaran Negara.

Nombor dua, permohonan pertukaran bahagian pilihan raya boleh dilakukan secara atas talian mahupun secara manual melalui saluran berikut;

(i) secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;

(ii) di ibu pejabat SPR;

(iii) pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara;

(iv) pejabat pos di seluruh negara; dan

(v) program outreach SPR.

Semua permohonan pertukaran bahagian pilihan raya yang diterima melalui Borang A akan diproses dan disemak sebelum pemilih di peraku untuk melayakkannya mengundi dalam bahagian pilihan raya yang baharu dalam satu pilihan raya umum atau kecil selaras dengan keperluan Peraturan 12A(1) dan 12A(2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih) 2002. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau.

draft • 11:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Menteri atas jawapan. Dalam satu komuniti demokrasi yang subur dan sihat memang adalah lebih wajar sekiranya pengundi di kawasan tersebut boleh menentukan wakil rakyat mereka dan tidak sepatutnya ditentukan oleh pengundi dari luar yang tidak tinggal di kawasan tersebut.

Begitu juga samanya, adalah mereka yang tinggal di kawasan itu yang lebih arif dan pandai siapa wakil rakyat mereka dan ada direct connection dengan wakil rakyat tersebut.

Maka soalan saya kepada Menteri ialah adakah kementerian ada buat apa-apa program untuk meningkatkan kesedaran ataupun program mungkin di shopping mall kah mana-mana untuk kita sediakan tempat untuk menolong rakyat untuk menukar kawasan mengundi? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Yang Berhormat, Yang Berhormat sendiri sedar bahawa satu di antara yang dibuat oleh SPR

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

adalah outreach program bermakna mana-mana Ahli Parlimen termasuk kerajaan dan pembangkang yang ingin adakan program di kawasan mereka boleh memohon kepada SPR supaya mereka mengadakan program tersebut di kawasan.

Selain dari itu, kerajaan SPR kerap kali mengadakan temu cara, interview di TV dan sebagai dan juga outreach kepada sekolah-sekolah, di mana anak-anak kita pun tahu apa yang perlu dibuat.

Seperti Yang Berhormat Tebrau kata, sesuatu tempat di mana pengundian berlaku pilihan utama adalah pengundi-pengundi di sana untuk memilih seorang wakil rakyat bukan mendaftar pemilih-pemilih dari tempat luar untuk memilih di kawasan tersebut.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, outreach program ini adalah satu di antara sangat successful pada sekarang dan ia kalau ada cara-cara lain, Yang Berhormat boleh bercadang kepada kita. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masjid Tanah.

draft • 11:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Speaker. Pada Ogos 2020, SPR telah pun menyediakan satu laporan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan juga undang-undang pilihan raya. Jadi laporan ini telah sertakan 49 syor penambahbaikan sistem pilihan raya negara dan ia ambil masa tiga sampai 10 tahun.

Apa perkara yang telah pun ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi pun dah dimasukkan ke dalam perkara yang kesembilan iaitu pemerkasaan rekod kemas kini pemilih.

Soalan saya sejauh manakah pelaksanaan penambahbaikan 49 perkara ini yang telah pun berjaya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ini? Dan apakah cabaran terbesar SPR untuk melaksanakan secara total 49 syor ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat kita perlu fikir. Saya setuju bahawa pada 22 Ogos ini ada satu di mana penyiasatan telah dibuat dan mengimplementasikan satu program yang baharu.

Tetapi, kita perlu faham Yang Berhormat bahawa kita mengalih kepada satu proses intervention technology, AI dan sebagainya. Ini semua akan merangkumi semua perkara ini akan diambil kira.

Pada masa sekarang bila saya menjawab, tidak ada satu – satu tak boleh dalam satu situation memberitahu apakah keberkesanan yang telah dibuat dari 2020 tetapi boleh diberitahu bahawa jika ada mana-mana pemilih yang telah menukar address, beliau semestinya ia dapat diimplementasikan oleh SPR dalam jangka masa sebelum pilihan raya.

Ini yang sedang dilakukan.

Hasratnya, hasrat SPR adalah sebagai dalam talian untuk membuat penukaran alamat dan sebagainya. Saya harap ia dapat diimplementasikan dari apa yang kita tahu di seluruh dunia di mana registration boleh dibuat dengan serta merta. Di New Zealand saya

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

difahamkan dalam 24 jam boleh dibuat. Kalau boleh buat di New Zealand, kenapa kita tak boleh mengikutinya. Ini adalah satu proses challenge pada masa sekarang. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7 malam. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 6 Mac 2025.” Terima kasih.

draft • 11:38 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:38 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN PARLIMEN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.

[4 Mac 2025]

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas untuk hari ini YB Paya Besar, YB Bangi, YB Parit Buntar, YB Tenggara, YB Sri Gading, YB Padang Serai, YB Petaling Jaya, YB Betong, YB Jerantut, YB Sungai Petani, YB Tuaran, YB Langkawi,

draft • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

YB Shah Alam, YB Rasah, YB Arau, YB Tanjong Piai, YB Tampin, YB Tanjong Karang, YB Kota Melaka dan YB Kota Belud.

Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 11:38 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi juga ruang untuk saya turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025.

Saya yakin pemisahan kuasa yang sedang dilakukan Kerajaan MADANI memenuhi prinsip sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan supaya reformasi yang dibuat ini akan memastikan keadilan dan keseimbangan dalam berintegriti, dalam kita menguruskan urusan rakyat dan Malaysia.

draft • 11:39 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya yakin Puan Yang di-Pertua, kuasa autonomi yang akan diberikan kepada Parlimen setelah kita menidakkan dan menghilangkan 33 tahun yang lepas, jawatankuasa atau Majlis Perkhidmatan Parlimen akan berfungsi sepertimana yang terkandung dalam pindaan Perlembagaan yang telah kita lakukan semalam. Saya yakin apabila kita menghilangkan pada tahun 1992, ia sikit sebanyak telah memberi kesan yang amat menyeluruh bukan sahaja kepada Ahli-ahli Parlimen tetapi juga kepada rakyat yang di luar sana.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kerajaan kerana berjaya untuk memastikan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen dikembalikan setelah 33 tahun.

Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan 2025 sebanyak 148 telah mengundi untuk meluluskan pindaan Perlembagaan yang membenarkan fasal-fasal tertentu bagi membolehkan Rang undang-undang Perkhidmatan Parlimen telah dilaksanakan.

Puan Yang di-Pertua, saya melihat bagaimana kerajaan hari ini walk the talk, apabila mereka menyatakan ingin membuat satu reformasi dan akhirnya yang dibentangkan di Parlimen. Bukan sahaja reformasi kerana kuasa autonomi ini telah diperkukuhkan lagi sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan diletakkan sebagai asas utama dalam kita memastikan kuasa autonomi ini sentiasa dilihat Parlimen sebagai institusi bebas dan berdaulat.

Saya lihat bagaimana pindaan dibuat dalam fasal-fasal tertentu. Sebagai contoh, apabila kita lihat dalam Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, pemilihan Jawatankuasa Penasihat Parlimen semuanya wakil-wakil itu ada perkataan dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi dalam pindaan yang ada pada hari ini, ia telah menghilangkan lantikan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ini jelas menunjukkan bahawasanya ada pengukuhan yang dilakukan bagi memastikan sistem Berparlimen Raja Berperlembagaan yang kita sedang lakukan ini akan memenuhi kehendak sepertimana kehendak rakyat terbanyak iaitu rakyat yang mengundi kita.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Paya Besar.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Paya Besar. Saya ingin tanya juga kita lihat bahawa kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan rang undang-undang ini bersama-sama dengan pindaan yang telah diletakkan di atas meja kita pagi ini yang menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walk the talk apabila sesuatu dijanjikan perkara itu dilaksanakan. Kita lihat bahawa pindaan dalam peringkat jawatankuasa juga telah diletakkan di atas meja kita.

Saya cuma ingin tanya, apa respons Yang Berhormat berkenaan dengan pihak pembangkang yang abstain daripada mengundi. Bukankah mereka tidak mahu rang undang- undang ini diluluskan oleh Parlimen? Bukankah ini mengkhianati hasrat pemisahan kuasa di antara Parlimen, jawatankuasa kehakiman?

draft • 11:40 AM

Seorang Ahli

Sembang, sembang. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, minta dia tarik balik. Ini masalah. Apa yang pertanyaan yang macam ini? Ini hak kami. Nak abstain ke, nak tolak ke, nak apa ke, hak kami. Kenapa dipersoalkan? Kita sebagai law maker, pembuat undang-undang. Kita nak tengok benda yang betul.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hanya tanya kepada Yang Berhormat Paya Besar untuk respons.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini tidak betul ini.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila duduk, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Speaker, apa yang ditanya oleh Jelutong telah dijawab oleh Yang Berhormat Besut.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, jadi tidak perlu jawab.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya kira jawapan tersebut sesuai kerana pembangkang sendiri jawab.

[Tepuk] Saya tidak faham kenapa mereka tepuk.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, itu sebabnya when you can’t read between the line dan inilah yang saya sebutkan Puan Yang di-Pertua, pindaan telah jelas menunjukkan bahawasanya kita mahu lakukan suatu Perkhidmatan Parlimen. Sudah pasti perkara yang asas mesti melakukan pindaan kepada Perlembagaan. Jadi, apabila Yang Berhormat Besut telah sebutkan apa isi hati di pihak sana, saya kira itulah yang saya sebutkan tadi. Cuma saya

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

harap comprehend isu ini mesti difahami supaya kita dapat sukses dan you can’t be able to read between the line. Puan Yang di-Pertua, saya harap apabila kita meletakkan sasaran untuk memastikan autonomi ini diperkukuhkan, berkesan, menjaga kepentingan rakyat dan elemen keseimbangan. Saya harap MPP yang akan diwujudkan setelah kita luluskan nanti rang undang-undang ini mesti memenuhi kehendak seisi Dewan sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Kerap kali saya bangkitkan di sini Puan Yang di-Pertua, bagaimana pemerkasaan JKPK. Saya nak beritahu kepada Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, kita sebagai 10 jawatankuasa telah menggunakan masa yang begitu panjang. Terdapat 250 aktiviti, 158 bilangan mesyuarat, bilangan lawatan 56, perjumpaan 36.

Jadi, rang undang-undang ini mesti memperkasakan JKPK bukan sahaja dari segi dana tetapi mereka juga perlu diperkasakan dari segi keanggotaan. Saya juga setuju pandangan kedua-dua pihak supaya kita masukkan dalam JKPK ini adalah daripada Dewan Negara.

Saya juga bersetuju supaya fasiliti dapat diperkasa dan diperelokkan supaya kemudahan kepada Ahli-ahli JKPK dapat memastikan keseimbangan sepertimana yang telah dinyatakan oleh Ketua Majlis semalam dalam bacaan kali kedua pindaan Perlembagaan.

Akhirnya Puan Yang di-Pertua, saya harap sangat MPP ini juga mesti kerana kerajaan walk the talk. Kerajaan telah membentangkan Kertas Merah ini menunjukkan Ketua Majlis telah walk the talk. So, Ketua Majlis telah beritahu pandangan pihak pembangkang untuk menambah jumlah itu. Mereka bukan nak menambah jumlah, mereka mahu supaya nama pembangkang itu ada. 1963 hanya seorang sahaja. Kerajaan MADANI tambah dua orang. Bukan sahaja itu, jawatankuasa Pemilih dimasukkan dalam pindaan ini. Ini yang dinamakan walk the talk. Cumanya, bagi memastikan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan pada masa-masa yang akan datang Puan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya masukkan dalam statut berkaitan perbelanjaan pusat khidmat Ahli Parlimen bagi kedua-dua belah pihak. Kerana apa? Kerana bagi saya akta ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada staf dan keberkesanan tetapi juga kepada keanggotaan Dewan tersebut.

Bukan sahaja kepada Dewan Rakyat tetapi juga kepada Dewan Negara kerana wakil rakyat mesti ada ofisnya tersendiri. Wakil rakyat tidak bolehlah mengatakan kalau rakyat tidak boleh nak jumpa, sebab tidak ada ofis. Tetapi kalau kita masukkan dalam statut ini Puan Yang di-Pertua, sepertimana kita masukkan elaun-elaun Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara, kita masukkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen sebagai kos. Kerana apa Tuan Yang di- Pertua...

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Paya Besar.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Puan Yang di-Pertua, sekejap saya bagi. Puan Yang di-Pertua, kita mesti pastikan di antara pemahaman kos operasi dengan kos pembangunan. Ya betul, kalau kos pembangunan itu merupakan prerogatif daripada kerajaan, saya setuju perkara itu. Tetapi kos operasi dan keanggotaan Dewan ini, mempunyai semangat dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Ahli Parlimen yang sedang kita bahaskan ini.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya, saya...

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sesiapa saja jadi kerajaan, Puan Yang di-Pertua,...

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Paya Besar, sikit. Paya Besar.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Saya yakin dia akan memberikan kelebihan. Saya bagi sikit.

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih sahabat Paya Besar.

Berkaitan dengan peruntukan Parlimen. Kita memang setujulah apa yang dikatakan oleh setiausaha tadi. Cuma persoalan saya, janji yang dinyatakan oleh Ketua Majlis untuk memberi peruntukan yang sama rata kepada pihak pembangkang dan kerajaan. Adakah kita termasuk dalam walk the talk? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ingat kalau nak kena bincang walk the talk ini Puan Yang di-Pertua, pihak pembangkang kena walk the talk sekiranya betul-betul nak semak dan imbang, mestilah dilakukan berdasarkan apa semak dan imbang. Bukan hanya memastikan rang undang-undang ini mahu dibahaskan.

Ramai saya lihat hari ini list sepanjang lebar sampai kita terpaksa memanjang ke Dewan. Tetapi kenapa semalam abstain, kalau nak walk the talk.

[Tepuk] Saya tak nak main polemik politik Puan Yang di-Pertua, tetapi saya fikir Pusat Khidmat Ahli Parlimen mesti menginstitusikan dalam statut. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.

Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah buat Kerajaan MADANI atas keazaman politik ataupun dengan izin, political will untuk membawa rang undang-undang ini ke Parlimen untuk dibahaskan. Insya-Allah, nanti kita akan luluskan. Seperti yang telah disebut oleh beberapa Ahli Parlimen sebelum ini, pihak eksekutif sebenarnya tidak rugi pun kalau rang undang-undang ini tidak diluluskan.

draft • 11:49 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang rugi ialah kita sebagai Ahli Parlimen, terutama sekali backbenchers yang tidak ada jawatan eksekutif dan sudah tentu rakyat di luar sana. Semalam Puan Yang di-Pertua, kita telah mengorak langkah yang penting. Langkah pertama untuk mengembalikan autonomi Parlimen. 148 orang Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini telah menyokong pindaan Perlembagaan yang membuka tirai kepada rang undang-undang yang kita bahaskan ini.

Pihak sebelah sana abstain, kita pun tak tahu apa sebab tetapi mungkin mereka merasakan bahawa perkara ini tidak perlu diberi sokong.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bangi, Bangi.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ada, tak ada, saya tak bagi.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bangi cerita fasal abstain ini tak habis-habis.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak bagi, tak bagi. Tak bagi, tak bagi.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak ─ okey, bagi peluang lah, kalau nak bagi sokongan.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat. Yang Berhormat Besut, sila duduk.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa pembesar suara] Masalah belum bercakap lagi.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Duduk, duduk, duduk. Floor saya, floor saya.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Floor saya, floor saya. Semalam dia dah bahas. Semalam saya duduk atas sana, dia dah bahas, tak apa, duduk.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya la, siapa nak jawab abstain?

Siapa nak jawab?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, mahu rehat sekarang? Mahu rehat? Silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Nampak sangat Puan Yang di-Pertua, mereka begitu defensif bila bercakap tentang ini. Sebab mereka tahu, mereka sebenarnya not on the right side of history. Saya teruskan. Saya menyambut baik keputusan kerajaan seperti yang telah dizahirkan semalam oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat pindaan tambahan. Kita ada sekarang ini pink bill, naskhah pink. Yang mana kita lihat telah dimasukkan apa yang telah dimohon, dipinta oleh pihak civil society dan juga pihak pembangkang.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli-ahli yang akan dimasukkan nanti adalah melalui Jawatankuasa Pemilih dan dua daripada yang akan hadir ataupun dipilih itu adalah daripada pihak pembangkang. Pindaan ini juga kita harus ingat, lahir daripada sesi libat urus yang diadakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Undang- undang Reformasi Institusi bersama-sama dengan Pertubuhan Masyarakat MADANI atau civil society organization, dengan izin. Yang menunjukkan sekali lagi bahawa Kerajaan MADANI ini sentiasa terbuka dan mendengar. Tuduhan bahawa kerajaan ini autokratik dan zalim,...

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Mohon laluan sikit.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...langsung...

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bangi, mohon laluan sikit.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tak bagi, terima kasih, duduk, duduk.

Zalim, langsung tidak berasas. Dalam rang undang-undang ini dan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia, jelas bahawa kerajaan mengambil pandangan dan input daripada pemegang taruh yang akhirnya dizahirkan dalam RUU yang dibentangkan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan sekiranya Rang Undang-undang PSA ini diluluskan kelak. Cadangan pertama saya adalah untuk mewujudkan satu jawatankuasa bersama yang terdiri daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, yang bertindak sebagai pemantau kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen dalam mereka melaksanakan fungsi-fungsi yang ada di bawah RUU ini.

Kita ada dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen, Ahli-ahli Parlimen, Senator, juga Yang di-Pertua daripada kedua-dua Dewan, Timbalan-timbalan, juga SUDR dan sebagainya.

Tetapi apa yang saya cadangkan ini adalah satu entiti yang mewakili Parlimen secara keseluruhan, mewakili Ahli-ahli dalam Dewan ini dan juga Ahli-ahli dalam Dewan Negara yang akan, dengan izin, menjadi satu badan direct oversight body ke atas Majlis Perkhidmatan Parlimen ini.

Kedua, saya juga berharap bahawa dengan RUU ini, kita juga dapat melihat bagaimana kita dapat membuat pindaan dan penambahbaikan ke atas aturan Mesyuarat.

Saya setuju dengan apa yang telah diusulkan oleh Yang Berhormat Paya Besar tadi untuk memperkasakan JKPK. Satu lagi perkara yang saya fikir kita perlu pertimbangkan adalah untuk menambah jumlah hari kita bersidang. Sebab sekarang ini ada banyak rang undang- undang. Kerajaan hari ini memang Kerajaan MADANI yang bekerja.

Banyak rang undang-undang yang mereka nak luluskan. Tetapi disebabkan terlalu banyak, maka kita terpaksa kadangkala tak cukup masa untuk kita nak bahaskan. Satu minit lagi sahaja, Puan Yang di-Pertua. Saya juga amat bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Paya Besar tadi. Supaya kos untuk mengendalikan pusat khidmat itu, tidak kiralah daripada pihak pembangkang atau pihak kerajaan, kita maktubkan dalam undang-

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

undang supaya mereka ataupun Ahli Parlimen tak perlu keluar duit sendiri untuk mengendalikan pusat khidmat ini.

Saya jadi Ahli Parlimen, alhamdulillah buat masa ini saya Ahli Parlimen kerajaan. Kita tak tahu apa akan berlaku nanti. Tetapi sekurang-kurangnya untuk pusat khidmat itu perlu ada dana yang diberikan kepada pihak sebelah sini dan pihak sebelah sana untuk memastikan bahawa mereka dapat melaksanakan, bukan mereka, kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen. Akhir sekali...

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Bangi, Bakri.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya Bakri.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Bangi, saya perhatikan bahawa dengan adanya rang undang-undang ini ataupun akta baharu ini, makna secara rasminya kuasa cabang perundangan telah boleh kata lebih bebas daripada eksekutif. Inilah sebenarnya apa yang diperjuangkan oleh pihak kami ya. Pihak kami- walaupun apabila kami duduk di sebelah sana sebagai pembangkang.

Sebagai satu pembangkang yang konstruktif, inilah perjuangan kita dan apabila kami duduk di sini sebagai kerajaan, kita laksanakan reformasi ini. Jadi, saya nak kaitkan perkara ini dengan apa yang berlaku pada semalam iaitu pembangkang abstain dan tidak ingin mengundi, menyokong pindaan Perlembagaan ini. Adakah saya boleh simpulkan dan sekiranya Yang Berhormat Bangi, adakah Yang Berhormat Bangi setuju bahawa saya simpulkan, bahawa pembangkang pada hari ini adalah pembangkang yang tidak konservatif?

Hanya ingin mengacau, membuat kacau kepada apa usaha murni daripada pihak Kerajaan MADANI.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya amat bersetuju.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya minta Bakri tarik baliklah.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya amat bersetuju. Tak apa, tak apa, tak apa, floor saya. Dah nak habis dah, ini floor saya, sudah nak habis.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini mengelirukan. [Pembesar suara dimatikan] 36(12), saya...

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebut.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan Dewan 36(12).

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia tak boleh menyebut kita ini buat kacau. Apa yang kita buat adalah mengikut peraturan. Kita ─ sebab kenapa yang kita abstain, salah satunya, draf kepada undang-undang itu tidak dibuat secara yang betul.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, tak ada, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pengecualian, 5 dengan 5A satu perkara yang...

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya ─ 36(12) itu tak betul, Puan Yang di- Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya rasa 36(12) pun tak betul. Jadi, sila duduk.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak betul, okey. Tak apa, duduk, duduk, duduk. Saya nak habis sudah ini. Jadi...

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengelirukan masalahnya.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa, Yang Berhormat Besut. Sekarang saya guna 37(2) untuk tidak membagi Yang Berhormat Besut untuk mencelah lagi dan saya minta Yang Berhormat Bangi, sila gulung.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Nak gulung sudah ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Jadi, saya ulangi gesaan sama yang saya buat semalam untuk kita bersama- sama on the right side of history, dengan izin. Jadi, saya juga nak ingatkan bahawa apa yang kita buat sekarang ada gema. There are echoes in the future what we do now, dengan izin.

Kalau- kita sekarang ini ada satu peluang keemasan untuk kita kembalikan autonomi Parlimen ini.

Kalau tidak semua, sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit supaya kita dapat benar- benar memartabatkan Dewan yang mulia ini dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya, insya-Allah. Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim, salam sejahtera, selamat menyambut Ramadan. Parit Buntar bangun untuk membahaskan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan di Parlimen baharu-baharu ini. Parit Buntar percaya RUU Perkhidmatan Parlimen dirangka bertujuan menambah baik mutu perkhidmatan yang lebih cekap dan juga cemerlang.

Namun, ada beberapa perkara sekiranya tidak diperhalusi, RUU ini akan mengundang isu-isu yang negatif kepada sebahagian besar anggota Perkhidmatan Parlimen seperti kehilangan peluang naik pangkat kerana keterbatasan. Ada kemungkinan anggota Perkhidmatan Parlimen yang sedia ada akan memilih untuk menolak tawaran menyertai Perkhidmatan Parlimen di bawah RUU ini.

Sebab itulah semalam kita tidak mengundi. Walaupun bermacam-macam sangkaan disebut oleh beberapa Ahli Parlimen pihak kerajaan tetapi itu hak kami untuk tidak mengundi.

Bukan kerana membantah tetapi kita merasakan bahawa RUU yang dibentangkan tidak

draft • 11:58 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

cukup masak, tidak dibentang dengan sedalam-dalamnya yang melibatkan semua pihak, [Tepuk] termasuk pegawai dengan staf perkhidmatan Parlimen itu sendiri.

Sebab itulah kita minta tangguh, tunda. Bentuk jawatankuasa untuk mengkaji secara yang mendalam supaya memberi keadilan kepada semua orang. Contohnya, dalam RUU Perkhidmatan Parlimen, tidak disebut langsung fungsi dan posisi Ahli Parlimen itu di mana?

Hanya menganggotai satu Jawatankuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen, dua orang sahaja dari pembangkang, dua dari kerajaan. Sedangkan semalam ada yang membincangkan supaya ditambah Ketua Pembangkang ataupun Ketua Backbencher ada dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen, barulah mereka boleh berperanan memberi pandangan-pandangan dan sebagainya.

draft • 11:58 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ada beberapa jawatankuasa lain yang dalam RUU ini seperti Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen dan Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen. Ada baiknya salah seorang yang dilantik ialah Ketua Pembangkang dan juga ketua backbencher. Barulah RUU yang dicadangkan itu nampak memberi keadilan kepada semua parti-parti politik yang terlibat.

Masalahnya, Ahli Parlimen sekalian, bila tak dibincangkan secara mendalam, dibentang, kita bagi cadangan, saya percaya apa pun yang dicadangkan oleh pihak pembangkang tidak akan dimasukkan untuk dipinda. Ini pindaan yang dibuat ini kerana PMX sebut...

[Sambil menunjukkan sekeping kertas] Kalau PMX tak sebut, yang sebut pembangkang, mesti tidak akan dibuat pindaan.

Banyak kali dalam RUU yang dibentangkan dalam Parlimen, banyak cadangan daripada pembangkang untuk baik itu, baik ini dan sebagainya, tak ada pun dia buat. Tapi bila PMX sebut, barulah dipinda dalam statut ini. Ini tahniah, terima kasihlah. Tapi tak cukup.

Tidak cukup hanya sekadar masukkan dua orang Ahli Parlimen pembangkang dan dua kerajaan, bahkan dimasukkan Ketua Pembangkang dan ketua backbencher dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen. Sebab, mereka akan berperanan untuk turut serta dalam mengubal apa saja perkara yang memberi faedah kepada anggota Parlimen itu sendiri.

Parit Buntar ingin menyatakan dan menyokong beberapa cadangan daripada Ahli Parlimen kerajaan sendiri supaya status ini turut dimasukkan peruntukan yang perlu diberi kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira politik. Sebab, suatu ketika nanti kalau kerajaan sebelah sana akan tumbang― bila-bila masa boleh tumbang.

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

Betul.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Politik boleh berubah. Mungkin ada ‘Langkah Rembau’, mungkin ada ‘Langkah Bagan Datuk’ dan sebagainya. Tumbang kerajaan, kita pula yang perintah.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sudah tentulah bila RUU ini masukkan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti, esok kita memerintah pun mereka akan dapat peruntukan, tak perlu merayu-merayu. Sekarang kita merayu. Jenuh. Berjumpa jenuh, tak dapat juga. Sedangkan dalam manifesto Pakatan Harapan, dimasukkan memberi peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen, tak kira kerajaan, tak kira pembangkang.

Justeru, saya menyarankan supaya― dan bersetuju dengan beberapa cadangan Ahli Parlimen pembangkang yang lain semalam untuk menangguhkan seketika supaya RUU ini memberi keadilan kepada semua yang berkhidmat di Parlimen dan juga kepada Ahli Parlimen itu sendiri.

Saya nak bagi contoh. Kalau misalnya RUU ini diluluskan, pegawai yang berkhidmat di Parlimen yang kita pun tak tahu sama ada kontrak, ada pencen ke tidak pencen, kalau mereka rasa jemu berkhidmat di Parlimen, nak berpindah ke Jabatan yang lain, sebab jemu, adakah dibenarkan? Kalau tak dibenarkan, apa nasib mereka nanti? Dan bagaimana pula dengan Ahli-ahli Parlimen yang tak bersetuju untuk berkhidmat di bawah RUU ini? Adakah mereka boleh berpindah ke jabatan yang lain? Ini semua mesti diambil kira.

Sebab itulah semalam kita tak mengundi. Bukan membantah reformasi. Sepatutnya reform itu juga berlaku dalam perjalanan Parlimen itu sendiri. Barulah namanya reform. Kalau Speaker ada tiga timbalan, bukan dua, dan salah seorang Timbalan daripada pembangkang, baru betul-betul reform. Yang kedua, kerap kali Speaker, dua timbalan tak ada, Ahli Parlimen kerajaan jadi speaker. Apa salahnya sekali-kali Ahli Parlimen Besut jadi speaker?...

[Tepuk] Ahli Parlimen Ketereh jadi speaker? Ahli Parlimen Arau jadi speaker? Ahli Parlimen Parit Buntar pun boleh, apa salahnya? Dalam usul Kamar Khas, kami diberi peluang untuk jadi speaker. Mengapa dalam sidang Parlimen, kami tak diberi peluang? Kalau diberi peluang, barulah betul-betul rentas parti, barulah betul-betul reform.

Akhir sekali, Tuan Speaker. Saya bagi sepuluh soalan lisan, satu pun tak naik. Yang lain pun sama juga. Soalan yang dijawab secara bertulis ada yang tak jawab soalan. Nak tanya tak boleh sebab bertulis. Saya tanya lain, jawab lain berjela-jela. Jawapan tak ada.

Nak tanya tak boleh. Nak baca pun jadi buang masa, rugi. Satu.

Kalau betul-betul reform― satu lagi. Kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri ada sekali sekala. Kerap kali Menteri pun tak ada, Timbalan pun tak ada. Tak boleh ke buat jadual? Hari Menteri tak ada, Timbalan ada.

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Parit Buntar, sedikit, Parit Buntar.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kacau betullah Hulu Terengganu ini. Boleh, sebab kawan.

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ada juga satu reformasi apabila dalam sesi ini, sebelas kali telah dipanggil kuorum untuk mencukupkan mesyuarat. Adakah itu satu reformasi juga? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Itu ‘reforbasi’...

[Ketawa]

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tiga puluh saat lagi ya.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih.

Itu baru betul-betul reform. Saya fikir apabila RUU ini dibentangkan, yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Parlimen, walaupun tidak ada huraian, kita baru faham rupanya hanya melibatkan pegawai, staf dan beberapa yang ada di Parlimen tapi tidak melibatkan Ahli Parlimen itu sendiri. Justeru, sepatutnya RUU yang nak digubal dan diluluskan ini mestilah diperhalusi sungguh-sungguh melibatkan semua Ahli Parlimen, barulah betul-betul ia suatu yang reform.

Akhir sekali. Masalah claim. Gaji, tak ada masalah. Ikut jadual. Claim bulan sepuluh, sebelas, dua belas ada Ahli Parlimen yang tak dapat. Bangi pun tak dapat lagi rasanya. Mengapa lambat? Nak masuk― ini nak habis, esok dah habis dah. *Claim...

[Dicelah]* Nak raya pula itu. Kami tak ada peruntukan. Kerajaan tak apa, ada peruntukan.

Rakyat jumpa hari-hari nak beli baju raya tak ada duit. Macam-macam lagi. Masjid-masjid minta duit buat moreh. Peruntukan tak ada. Duit claim-lah kita nak bagi untuk masjid buat moreh, bukan untuk poket sendiri. Sampai sekarang, claim pun tak dapat lagi. Dah tak ada duit sangat ke? Sebab itulah, saya setuju dengan beberapa cadangan supaya dana yang diperuntukkan kepada Parlimen itu dimasukkan terus. Tak payah tunggu pejabat kewangan hantar. Saya tanya pejabat, “Kenapa claim tak dapat?” “Pejabat MOF tak bagi lagi.” Eh, tak ada duit sangat ke?

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB dah lama sangat dah ini.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kita dah berkhidmat begitu lama, sidang pun nak habis, tapi claim bulan Disember dan November tak dapat lagi.

Jadi, saya harap Menteri akan jawab elok-elok supaya kita puas hati.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi dekat― Bangi ini dah dekat sana dah.

draft • 12:07 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Saya nak mulakan dengan menyokonglah Parit Buntar tadi. Parit Buntar, Tenggara sokong itu. Bab yang claim itu...

[Ketawa] Jadi, sebab itulah kita agaknya kena sokong reformasi ini. Mudah-mudahan sedikit daripada apa yang kita lakukan ini dengan sejarah di dalam Dewan ini, pemindaan Perlembagaan semalam, hari ini berkaitan dengan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen, boleh perelokkan hal claim itulah.

Jadi, Tenggara ingin menyentuh berkaitan dengan rang undang-undang ini adalah, sebagaimana disebut, 1963, dimansuh 1992, dah 30 tahun. Jadi, RUU ini penting. Tadi disebutkan dalam banyak masalah yang dibangkitkan oleh both side-lah, daripada sebelah kerajaan mahu juga daripada pihak pembangkang. Sebenarnya reformasi ataupun pembaharuan yang hendak dilakukan ini adalah bertujuan untuk kebaikan.

Semalam disebut oleh Yang Berhormat Menteri, SUDR kita ini, saya baru tahu, tidur dekat Parlimen masa dia mula-mula berkhidmat di Parlimen ini. Seorang pekerja― ataupun pengalaman pekerjaan yang kita dengar ini yang sangat menyentuh hatilah. Sehinggalah dia menjadi SUDR. Jadi, saya nak merakamkan ucapan syabaslah kepada SUDR. Dalam hansard, ini dirakamkan.

Dan sebenarnya dalam sektor kerajaan, ramai kalangan kakitangan-kakitangan kerajaan ini yang bekerja macam semangat SUDR ini, terutamanya masa mereka bujanglah.

Dan bila mereka naik itu, mereka akan melalui semua rintangan dan halangan, maka dia sampai kepada satu tahap. Jadi, untuk Parlimen kita ini― saya ada 17. Tak lamalah. 17 tahun perkhidmatan dalam Kerajaan Malaysia ini. Yang terakhir di Majlis Tindakan Ekonomi.

Saya melihat untuk menjadikan Perkhidmatan Parlimen kita ini terkhusus kepada Parlimen ini adalah sangat baiklah kerana dia akan mempertingkatkan profesionalisme kakitangan- kakitangan di dalam institusi Parlimen tersebut.

draft • 12:07 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Saya pun hendak membahas ini saya tanya juga dengan dua tiga orang staf, dia orang suka dengan perkara ini. Cuma, apabila menjadikan undang-undang ini kelak satu kenyataan, pelaksanaan itu mestilah diteliti. Sekarang ini setakat pada nota yang saya ada ini, kita tahu separation of powers, kemudian imej kita ini di Dewan Rakyat, di Dewan Negara macam rubber stamp kadang-kadang. Jadi yang dimomok-momokkanlah.

Jadi berkaitan dengan profesionalisme ini untuk pandangan Tenggara lah, untuk pelaksanaannya peringkat awal nanti kelak adalah dengan menerapkan sistem hybrid.

Maksudnya kita hendak open penjawatan itu kepada orang awam, tetapi dalam masa yang sama juga dia mestilah ada juga dalam kalangan pegawai-pegawai Parlimen ini nanti, satu yang terlatih sendiri daripada sistem yang ada sekarang ini dan perlu juga dipertimbangkan pegawai-pegawai daripada kalangan gred-gred lain itu. Maksudnya daripada institusi pengajian tinggi misalnya yang arif tentang bidang kenegaraan tentang Parlimen untuk dipelawa untuk masuk.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Kemudian berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas kita di Parlimen. Kita ada banyak jawatankuasa. Mungkin kita boleh invite juga beberapa pegawai daripada kementerian-kementerian yang terlibat untuk memperkasakan reform Parlimen ini. Jadi kalau Jawatankuasa Pilihan Khas kita ini yang melibatkan kementerian-kementerian tertentu ada kalangan pegawai-pegawai daripada kementerian yang sudilah untuk menyertai servis Parlimen ini sebab saya rasa masuk dalam Perkhidmatan Parlimen selepas rang undang- undang ini dia macam one-way ticket sahaja. Maksudnya kalau ada dalam kalangan kakitangan kerajaan yang memilih untuk ke Parlimen dia tidak akan boleh patah balik ke perkhidmatan dia.

Di situlah yang saya hendak tekankan di sini, Tenggara hendak beri pandangan, pelaksanaannya besok mestilah dengan sedikit ganjaran yang lebih daripada kementerian- kementerian lain. Bukan hendak membezakan, tidak. Tetapi sebab di sinilah tempat membentuknya undang-undang, membuat keputusan-keputusan negara.

Jadi tidak salah kalau orang yang memilih untuk berkhidmat di Parlimen ini diberikan lebih sedikit kelebihan daripada yang lain. Bukan yang lain-lain tidak penting, penting. Tetapi di sinilah punca kuasa punca kuasa itu datang daripada belanjawan, daripada pelbagai isu yang timbul di sini. Jadi kalau dilaksanakan kelak saya harap boleh dilaksanakan sistem hybrid. Sebelum dibuka, diberi keutamaan kepada yang ada dalam Parlimen ini. Kemudian kalau dibuka itu dipilih-pilih yang tertentu supaya menjadikan mantap. Kemudian kursus- kursus untuk mempertingkatkan profesionalisme pegawai-pegawai ini hendaklah dilakukan secara terancang dan mungkin boleh dimasukkan dalam rang undang-undang ini.

Sedikit Tuan Yang di-Pertua, kita tahu ada yang membincangkan tentang agak kontradik dan pesimistik sedikit tentang kita punya reformasi ini. Ada yang cakap retorik, ada yang cakap reformati dan sebagainya. Pada Tenggara, something is better than nothing.

Pada masanya sampai, kita inilah yang menintakan sejarah, melakukan perubahan selepas 30 tahun sudah tidak ada, diwujudkan semula dengan harapan dan niat bulan Ramadhan pula untuk supaya rang undang-undang ini boleh menala dan menghakupayakan lagi pengurusan, pentadbiran dan kepegawaian di Parlimen ini dan better late than never.

Walaupun lambat, ia tetap juga baik kepada reformasi yang hendak kita lakukan dan Tenggara berharap mudah-mudahan dengan termeterainya rang undang-undang ini akan melakukan satu kebaikan dan reformasi yang sebenar dapat dilihat ke arah memperkasakan lagi institusi keparlimenan baik Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat.

Satu soalan daripada Tenggara adalah, tinggalkan dengan soalan Tuan Yang di- Pertua, adakah mungkin nanti akan dituruti oleh dewan-dewan undangan negeri yang lain?

Kalau ada begitu, mungkin dia akan menjadi satu standardization yang baik untuk imej negara. Itu sahaja dari Tenggara, sekian terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sri Gading. Lima minit, Sri Gading.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali, Sri Gading menyokong akta ini dan apabila kita membincangkan tentang RUU Perkhidmatan Parlimen, disebut oleh Parit Buntar tadi, claim tidak dapat daripada bulan 11, 12. Sebab itu kita kena pinda. Sebab itu kita kena tukar daripada diuruskan kewangan oleh pihak lain, maka diuruskan oleh pihak Parlimen ini sendiri. Itu sepatutnya. Jadi jangan lepas ini tidak hendak sokong. Itu yang pertama.

Yang kedua apabila Parit Buntar kata hendak tukar kerajaan, cukup-cukuplah.

Zaman dahulu rakyat melihat bahawa pertukaran Parlimen disebabkan oleh langkah yang tidak sihat, akhirnya Parlimen pun tidak bersidang, ditutup, takut. Tetapi Perdana Menteri kita pada hari ini berani buat pindaan..

[Tepuk] yang menyebabkan kalau kita lihat bukan sahaja pindaan yang telah 33 tahun berhenti.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sri Gading, mencelah sedikit. Sri Gading, bagi laluan.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sekarang ini dibuat. Kamu bercakap, saya tidak pun masuk campur pun, kita dengar dengan baik.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tadi panggil Parit Buntar tadi.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Selagi kita bercakap, itu baru adil. Itu tidak adil, awak bercakap...

draft • 12:14 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya hendak tanya sahaja.

draft • 12:14 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hendak tanya tidak boleh?

draft • 12:14 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, semua. YB Parit Buntar, tadi Sri Gading tidak bagi, jadi sila duduk. Sila teruskan Sri Gading.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau tidak hendak bagi...

draft • 12:14 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Duduk, duduk.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jangan sebut nama Parit Buntar.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Dalam pertemuan di antara Ketua Whip dan Ketua Pembangkang, apa permintaan pembangkang dalam masa pertemuan dengan Tan Sri Speaker? Dia minta pembangkang mesti ada dalam jawatankuasa ini.

draft • 12:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Perdana Menteri sudah berikan laluan, ada dua orang termasuk juga daripada Senator. Jadi ini memberikan ruang kepada kita sebenarnya bagaimana keterbukaan reformasi yang dibuat walaupun pihak pembangkang tidak undi, berkecuali dan sebagainya, itu menunjukkan bahawa mereka telah yang istilahnya mati akallah, nak tokok. Itu antara bendanya.

Tuan Speaker, perkara seterusnya yang berkaitan dengan yang dinyatakan oleh pihak tertentu menyatakan bahawa kenaikan pangkat tidak berlaku. Sri Gading mencadangkan supaya kakitangan kerajaan ataupun Ahli Parlimen ataupun kakitangan dalam Majlis ini di bawah peruntukan Perkhidmatan Parlimen ini, kakitangannya dibuat seperti mana guru di mana guru ada time-based. Jadi dia tidak akan berlaku ketidaknaikan pangkat ataupun tangga gaji dia. Kalau dia tidak naik ketua pun, tapi tangga gaji dia terus bergerak sampai ke Jusa dan sebagainya kerana itu yang berlaku dalam perkhidmatan sebagai guru. Jadi kita harapkan bahawa perkhidmatan Parlimen ini juga kakitangannya time-based dia akan terus naik bergerak. Itu yang pertama.

Kedua, kalau kita lihat bahawa ada pandangan yang menyatakan seolah-olah pegawai-pegawai ini tidak boleh hendak pindah dan sebagainya. Kita perlu faham, bila mereka meminta pekerjaan sebagaimana orang minta jadi cikgu, orang minta jadi tentera, dia ada tempoh dia, dia ada minat. Apabila dia berminat dia akan terus berusaha ke arah itu dan inilah satu perkara yang baik kepada kita kerana kita perlukan di dalam Parlimen ini orang- orang yang betul-betul mahir, orang yang betul-betul kompeten dan profesionalnya itu bertingkat kerana keyakinan dia, keinginan dia dan kesungguhan dia sebagaimana yang diceritakan oleh SUDR masa bujang dahulu itu. Jadi inilah antara perkara yang pada saya pertama tadi tentang kenaikan, yang kedua tentang pegawai, persaraan dan sebagainya perlulah kita pertimbangkan dalam peraturan-peraturan yang akan datang.

Sebagaimana yang kita lihat tentang kewangan pada hari ini. Jawatankuasa pilihan khas, saya duduk dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Antarabangsa. Nama Jawatankuasa Antarabangsa, sepatutnya pergilah ke luar negara dengan bajet daripada Parlimen. Tetapi Parlimen cuma ada RM2 juta yang diberi peruntukan.

Dia hendak dibagikan kepada 10 jawatankuasa, mana munasabahnya RM200,000 hendak pergi luar negara. Jadi peruntukan-peruntukan ini perlu kepada jawatankuasa pilihan khas, bukan sahaja untuk melawat – melihat negara luar dan sebagainya tetapi pada waktu yang sama, jawatankuasa ini perlukan pegawai penyelidik yang akan diuruskan oleh Parlimen itu sendiri. Sekurang-kurangnya contoh 10 jawatankuasa, berapa orang yang perlu untuk pegawai penyelidik supaya kita betul-betul dapat membantu bukan sahaja Parlimen tetapi kerajaan kerana dalam jawatankuasa pilihan khas adalah terdiri daripada pembangkang dan juga Ahli Parlimen di peringkat kerajaan. Ini usaha yang terbaik di mana walaupun dikatakan tidak ada reformasi, reformati, tetapi saya yakin dan percaya orang di sebelah sana dia mati akan untuk menyokong pindaan ini yang membawa kepada kebaikan kepada negara dan kepada rakyat seluruhnya. Sekian terima kasih, Sri Gading menyokong.

draft • 12:14 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih Yang di- Pertua Speaker. Jadi, banyak yang disebutkan oleh sahabat-sahabat, pembahas-pembahas menuduh di sebelah sini seolah-olah tidak menyokong reformasi. Kita tidak mengundi ataupun abstain itu untuk menunjukkan bahawa kita tidak yakin dengan apa yang akan dijanjikan oleh kerajaan pada hari ini.

[Tepuk] Saya tengok kerajaan pada hari ini menimbulkan ataupun membawa RUU ini untuk memotretkan bahawa ini adalah satu kerajaan reformasi tetapi sebenarnya ia hanyalah kosmetik sahaja.

[Tepuk] Sebab itu rakyat di luar sudah hilang kepercayaan yang lebih kuat terhadap kerajaan ini. Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan – Yang di-Pertua Speaker, Ahli Sidang yang dihormati sekalian... [Dewan riuh] Ingat nak ceramahlah itu.

[Ketawa] Bulan-bulan puasa ini dia merepek sedikit. Jadi, semua cadangan yang dibahaskan oleh pembahas-pembahas dalam membincangkan rang undang-undang pada hari ini, kita boleh wujudkan jawatankuasa khas. Itu sebab kita abstain, kita mohon pihak kerajaan untuk wujudkan jawatankuasa khas ini supaya kita boleh bincangkan semua cadangan-cadangan yang dibuat oleh sebelah sana ataupun di sebelah sini supaya penambahbaikan, kita boleh bagi dia lebih komprehensif, lebih syumul kepada RUU ini.

Yang di-Pertua Speaker, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara berkenaan RUU berkaitan Perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen 2025 ini. Saya merasa terpanggil untuk menyuarakan pandangan dan kritikan konstruktif terhadap rang undang-undang ini, khususnya dari perspektif pembangkang yang sentiasa berusaha memastikan bahawa setiap undang-undang yang diluluskan, benar-benar memenuhi kepentingan rakyat dan memastikan keadilan serta ketelusan dalam pentadbiran negara.

Pertama, adakah autonomi Perkhidmatan Parlimen adakah ia benar-benar bebas?

Yang di-Pertua, RUU ini bertujuan untuk menubuhkan Perkhidmatan Parlimen yang berasingan daripada perkhidmatan awam biasa. Namun, persoalan yang timbul ialah adakah Perkhidmatan Parlimen ini benar-benar autonomi dan bebas daripada pengaruh Eksekutif?

Mengikut seksyen 3, Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, Perkhidmatan Parlimen sepatutnya menjadi satu perkhidmatan yang berasingan dan tertakluk kepada akta tersebut. Namun, dalam RUU 2025 ini terdapat beberapa perkara yang menimbulkan keraguan tentang autonomi sebenar Perkhidmatan Parlimen. Contohnya, dalam Fasal 2(3) RUU 2025 disebut bahawa pelantikan anggota Perkhidmatan Parlimen tertakluk kepada terma dan syarat yang

draft • 12:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah ia berunding dengan Majlis Perkhidmatan Parlimen. Persoalannya, siapakah yang mengawal Majlis Perkhidmatan Parlimen ini?

Adakah ia benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif?

Dalam konteks ini, saya ingin membandingkan dengan negara-negara Komanwel seperti Australia dan United Kingdom. Di Australia, seksyen 9(2) Parliamentary Services Act 1999 dengan jelas menyatakan bahawa Perkhidmatan Parlimen adalah bebas dari pengaruh Eksekutif. Begitu juga di United Kingdom, House of Common Administration Act 1978 menekankan autonomi kewangan dan pentadbiran Parlimen. Yang di-Pertua, satu lagi isu penting yang perlu dibahaskan, yang berkaitan dengan kewangan Parlimen. Dalam Fasal 12 RUU 2025 disebut bahawa kerajaan akan menyediakan dana yang mencukupi untuk Perkhidmatan Parlimen. Namun, persoalannya adalah bagaimana dana ini akan diurus dan dipantau?

Yang di-Pertua, saya ingin menyebut sedikit tentang kedudukan dan kepentingan Ahli-ahli Parlimen. Tanpa Ahli Parlimen, Parlimen itu sendiri tidak wujud. Ahli Parlimen adalah tunggak dan asas kepada kewujudan Parlimen. Di dalam draf RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 ini langsung tidak disentuh mengenai kedudukan, kepentingan dan peruntukan bagi seseorang Ahli Parlimen. Saya juga hendak mengambil kesempatan dalam perbahasan ini untuk menyebut tentang isu ini. Tiada sebarang provinsi dibuat mengenai sebarang peruntukan dana atau kemudahan bagi seorang Ahli Parlimen, terutamanya daripada blok pembangkang. Sepatutnya ada provinsi khas mengenai peruntukan dana dan kemudahan untuk seseorang yang terpilih sebagai Ahli Parlimen seperti ruang pejabat, penyelenggaraan Pusat Khidmat Ahli Parlimen, pegawai-pegawai penyelidik dan kakitangan sokongan.

Jika ini adalah pindaan kepada ibu segala reformasi, selepas dua tahun, sepatutnya perkara ini dimasukkan. Inilah masanya, selepas dua tahun..

[Tepuk] ...berpuluh tahun melaungkan, menggemakan ‘reformasi, reformasi’. Selepas dua tahun, hendak wujudkan RUU ini, perkara ini pun tidak dapat dimasukkan. Walaupun sebenarnya janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan ketika kempen dalam manifesto adalah memasukkan peruntukan sama rata yang dibayar kepada Ahli Parlimen melalui Parlimen Malaysia. Perkara ini pun tidak masuk, sebab itu kita abstain. Jadi, ini ketegasan saya pada hari ini. Itulah sebab saya tinggalkan parti itu 2020. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang kita kena fikirkan bila kita mahu gubal rang undang-undang ini adalah kita sebagai Malaysian bah. Bukan sebab saya kerajaan dan kerajaan nanti yang akan dapat nama nanti. Saya rasa kita kena lari daripada

draft • 12:25 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

mindset sebegini. PSA belongs to all of us. Bukan setakat Ahli Parlimen kerajaan, kita semua adalah orang yang terlibat kepada perubahan ini.

[Tepuk] Ini adalah rang undang-undang kita, 222 Ahli Parlimen. Banyak-banyak rang undang-undang yang kita gubal selama ini, inilah yang berkenaan kita. Orang boleh kutuk kita apa sahaja di luar tetapi yang tahu tugas kita sebenar adalah kita, yang merasa sakit itu, kita. Yang terpaksa meminjam untuk menolong rakyat adalah kita.

Di luar sana ramai yang menganggap Parlimen as a joke tetapi masih ramai Ahli-ahli Parlimen yang bermati-matian, yang berhabis bah, menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Pun begitu, kewujudan PSA ini perlu dirasai. Jangan orang bilang nanti, PSA ini ada atau tiada, sama sahaja. Peranan dan kuasa yang ada di Parlimen perlu dihormati. Apabila arahan yang dibuat oleh Speaker kepada Menteri atau Timbalan Menteri dan juga arahan daripada SUDR kepada mana-mana kementerian, ia perlu diikuti dan dipatuhi. Begitu juga dengan soalan-soalan daripada Ahli Parlimen, Menteri atau Timbalan Menteri dan kementerian perlu ada kewajiban untuk menjawab kepada persoalan yang diutarakan. Jawapan-jawapan yang diberikan perlu menjawab persoalan. Itu penting dan kita kena ubah cara kita menjawab. Bahawasanya jawapan kementerian semua yang bagus- bagus, semua cantik-cantik sahaja jawapan tetapi hakikatnya, orang di bawah ndak rasa.

Kalau ndak ngam, ndak ngam lah bah. Janganlah kasi ngam sebab kita di sini mahu menyelesaikan masalah. Kita mahu kehidupan yang lebih baik. Kita kena hadapi sahaja apa sahaja isu di bawah sama ada ringan kah, berat. Barulah masalah dapat diselesaikan. Pihak Parlimen juga perlu ada tanggungjawab memantau, barulah PSA ini ada makna. Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya saya tiada masalah kepada perkara-perkara yang dibawa hari ini. Saya menyokong penuh hasrat kerajaan untuk memperkasa peranan dan fungsi pegawai dan staf Parlimen. Dengan syarat, segala input dan cadangan mereka telah diambil kira.

Begitu juga dengan peranan SUDR dan SUDN, di samping penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP), yang mana semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk dianggotai oleh Ahli Parlimen Pembangkang. Saya sokong 100 peratus.

Namun, saya percaya bahawa first step, it has to be the right step, barulah agenda MADANI dapat diangkat dan reformasi dapat dirasa dan dimaknai. Tujuan saya satu sahaja, dalam menggubal Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini iaitu selepas ini, Parlimen kena powerful dan bebas dari kuasa Eksekutif, yang betul-betul bebaslah, jangan kosmetik sahaja. Isu utama berkenaan kebebasan Parlimen yang ingin saya ulas adalah mengenai isu peruntukan Ahli-ahli Parlimen. Ini kali keempat sudah saya cakap dalam Dewan ini, dari penggal pertama hinggalah hari ini. Saya kekal konsisten bahawa peruntukan kepada Ahli Parlimen, tidak kiralah pembangkang kah, kerajaan kah, perlu diberikan secara adil dan sama rata tanpa sebarang syarat. Suka atau tidak suka kan, itu YB sudah menang bah, rakyat dia pilih dia. Macam mana dia mahu bantu rakyat dia, kalau tidak dapat peruntukan.

draft • 12:25 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Di kawasan orang susah, di kawasan orang yang punya pendapatan rendah, memang YB jugalah tempat dia orang mengadu dan minta bantu. Sebagai YB., ada musim- musim tertentu yang memang orang ramai akan datang. Contoh, musim daftar sekolah anak.

Contoh, musim pendaftaran universiti dan kita tidak salahkan rakyat bila dia pergi tempat Ahli Parlimen lepas itu dia pergi lagi tempat ADUN. Sebab apa? Sebab memang dia tidak mampulah. Kita faham harga uniform anak, persediaan masuk universiti. Semua itu pakai duit bah. Mana dia orang mahu dapat dalam keadaan segera sedangkan MP yang ada peruntukan pun sengsara inikan pula MP yang tiada peruntukan.

Kalau mungkin peruntukan pembangunan ini mungkin tidak dapat dibuat sekarang, saya cadangkan peruntukan office dimasukkan ke dalam kertas statut seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Paya Besar sebentar tadi. Parlimen perlu bagi peruntukan operasi untuk pusat khidmat rakyat kepada semua Ahli Parlimen. Ini paling basic lah ini, office itu, pusat khidmat itu adalah nadi kepada Ahli Parlimen. Kita bagilah.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada peruntukan untuk Parlimen bagi tahun 2017, peruntukan yang disediakan berjumlah RM121 juta. Lima tahun berikutnya iaitu pada tahun 2021, ianya meningkat kepada RM145 juta dan pada tahun 2025 diperuntukkan sejumlah RM180 juta yang mana RM12 juta diperuntukkan bagi Kepengerusian ASEAN.

Jika ditolak dengan jumlah ini, jumlah keseluruhan peruntukan bagi Parlimen untuk tahun ini sebenarnya tidak berubah dan sama dengan tahun lalu. Kalau kita mahu perkasakan Parlimen, peruntukan kena cukup. Jangan cakap pergi luar negaralah, mahu lawat penjara lah, lawat sawah padi lah dalam negara sendiri nanti tiada duit. Kita tidak mahu nanti apabila pertengahan tahun, dimaklumkan peruntukan sudah habis dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, adalah penting untuk kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri untuk memberikan komitmen di sini bahawa dalam tempoh transisi dua tahun ini, kerajaan akan mengambil kira setiap cadangan yang diberikan khususnya daripada 222 Ahli Parlimen untuk melakukan penambahbaikan yang perlu dan memastikan institusi Parlimen benar-benar bebas dan objektif untuk mereformasikan institusi Parlimen dapat dicapai. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya, lima minit ya Petaling Jaya.

draft • 12:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik prinsip reformasi institusi yang sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI iaitu dengan mengembalikan kebebasan Parlimen menerusi pengenalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Ianya pernah ada suatu ketika dahulu pada tahun 1963 namun telah dimansuhkan pada tahun 1992. Beberapa percubaan untuk mengembalikan PSA telah

draft • 12:32 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

dilakukan sejak 20 tahun yang lepas oleh pelbagai pihak namun pada hari ini, pujian harus diberikan kepada Kerajaan MADANI kerana komited untuk membebaskan institusi Parlimen dari kuasa Eksekutif.

Secara umum, pengasingan kuasa di antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman ini merupakan perkara asas bagi negara-negara demokratik yang mengamalkan nilai-nilai kebertanggungjawaban, ketelusan, profesionalisme dan tatakelola yang baik. Namun, pengalaman saya dengan Parlimen Malaysia bermula tahun 2008 apabila saya dilantik sebagai Pegawai Penyelidik Ketua Pembangkang iaitu Perdana Menteri sekarang menunjukkan yang sebaliknya. Masa itu, pejabat kami ditempatkan di tingkat 14, Bangunan Menara Parlimen. Masih teringat Parlimen pada masa itu dianggap sebagai rubber stamp.

Eksekutif tidak berminat untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memberikan semak dan seimbang kepada kementerian-kementerian Eksekutif.

Sekarang, kita bukan sahaja tertubuh sembilan JKPK malah dua daripada sembilan JKPK diterajui oleh wakil pembangkang. PAC pada waktu itu Tuan Yang di-Pertua, diketuai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan selalu diejek sebagai badan yang tidak bertaring. Sekarang Pengerusi PAC sudah diterajui oleh Masjid Tanah, tidak ada di sini? Dari pembangkang.

Semoga kerja-kerja semak seimbang diteruskan secara adil dan profesional.

70 tahun lepas juga tidak ada Kamar Khas. Segala urusan dibicarakan dalam Dewan yang memuatkan kesemua 222 orang, memperkukuh persepsi bahawa Dewan Rakyat memang adalah satu rubber stamp yang besar. Walaupun besar tetapi sekadar ceremonial. Bukan itu sahaja dalam ingat saya. Masa itu juga tiada kenyataan Menteri. Menteri lebih cenderung untuk serahkan tugas kepada Timbalan Menteri malah Setiausaha Parlimen untuk menjawab soalan-soalan Parlimen bagi pihak kementerian. Sekarang Tuan Yang di- Pertua, tiap-tiap minggu Ahli Parlimen diberikan ruang untuk bertanya kepada Menteri secara langsung dalam MQT bahkan bawah Kerajaan MADANI, Perdana Menteri tampil sendiri setiap Selasa untuk menguruskan sesi PMQ. Malangnya kadang ketua pembangkang dan ketua-ketua parti pembangkang yang tidak hadir sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihatkan RUU ini dalam bentuk statik, ianya pastilah akan dilihat kurang sempurna dan selalu ada ruang penambahbaikan. Itu adalah perkara yang biasa. Akan tetapi, jika kita menilai dokumen ini secara dinamik dan membandingkan ...

draft • 12:32 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Petaling Jaya, mohon laluan.

draft • 12:32 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tak ada masa lah. Tak izinkan. Dan bandingkan detik-detik lama ini dengan sekarang, kita tidak dapat menafikan bahawa Parlimen sudah ada progress yang fundamental. Reformasi ini bukan sahaja dirasa dalam Dewan tetapi juga di luar Dewan. Dulu himpunan di luar Parlimen adalah dianggap haram

draft • 12:32 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

dan berisiko ditangkap polis. Sekarang sudah ada ruang berhimpun dan semua pihak bebas untuk menunjukkan perasaan, menghantar memorandum dan membuat sidang media.

RUU ini yang kita bincangkan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, akan menjadi pelengkap kepada reformasi institusi yang kita lama bicarakan. Kita tak perlulah sebut bahawa RUU ini adalah berbentuk kosmetik. Kalau berbentuk kosmetik Tuan Yang di-Pertua, tak perlulah kita bawa untuk pindaan Perlembagaan. Tak perlulah juga kita buat pindaan pada hari ini yang mana kita masukkan dua ahli pembangkang dalam Majlis yang akan ditubuhkan dan tidak perlu juga kita bersusah payah untuk adakan libat urus yang begitu panjang.

Bagi saya, pindaan Perlembagaan semalam yang mendapat undi dua pertiga juga merupakan satu undi percaya kepada Kerajaan MADANI yang terus menerajui reformasi institusi dan 57 orang bagi saya, dianggap bertentangan dengan arus sejarah dan 57 orang ini tidak juga mewakili kesemua blok pembangkang. Saya khuatir mungkin ada beberapa pihak yang tidak hadir kerana mereka rasa malu untuk berdepan untuk mengundi.

Dato' Yang di-Pertua, bagi saya, ada beberapa aspek yang perlu kita tambah baik pastinya dan saya cadangkan yang pertama adalah kalau ikut laporan CPA – The Administration and Financing of Parliament turut menyatakan bahawa kebebasan Parlimen dalam menjalankan tanggungjawab dengan efektif dinilai daripada kebolehan mengawal sumbernya dan klausa 4 – Fungsi Majlis Perkhidmatan Parlimen adalah meliputi pelantikan dan terma anggota Perkhidmatan Parlimen. Bagi saya, sebaiknya kalau boleh dimasukkan satu klausa untuk memberikan satu jaminan kebebasan kewangan kepada Parlimen supaya kita boleh uruskan yang tadi Sri Gading kata keluar negara pun tak ada duit. Yang kata kita nak uruskan Jawatankuasa Pilihan Khas pun kita tak cukup dana. Kita mahukan satu jaminan yang lebih supaya kewangan itu adalah di bawah kuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen yang akan ditubuhkan nanti. Terima kasih banyak.

draft • 12:32 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Petaling Jaya. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Betong. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 12:32 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera. RUU ini merupakan satu inisiatif yang penting dalam usaha kita memperkukuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan Parlimen Malaysia. Maka dengan cadangan penubuhan Perkhidmatan Parlimen sebagai satu entiti berasingan daripada perkhidmatan awam serta pembentukan Majlis Perkhidmatan Parlimen, ia mencerminkan langkah yang progresif ke arah memberikan lebih autonomi kepada institusi Parlimen dalam kita menguruskan hal ehwal pentadbirannya sendiri.

Dato' Yang di-Pertua, namun demikian, walaupun RUU ini secara umumnya merupakan langkah yang baik, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi dan ditambah baik bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar akan berkesan.

draft • 12:38 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya jaminan kewangan yang lebih stabil dan mampan.

Merujuk kepada fasal 12, Bahagian V, RUU ini memperuntukkan bahawa kerajaan perlu menyediakan dana tahunan yang mencukupi untuk membolehkan Perkhidmatan Parlimen berfungsi dengan lancar. Ini merupakan satu aspek yang penting kerana ia memastikan Parlimen mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menjalankan tugasnya secara berkesan kerana hanya Parlimen yang mengetahui keutamaannya termasuk dalam memberi bantuan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini. Ia juga memperkasakan peranan pegawai-pegawai penyelidik yang dapat membantu Ahli-ahli Parlimen sekalian.

draft • 12:38 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Maka dalam sistem sebelum ini, peruntukan kewangan untuk Parlimen memang dikawal sepenuhnya oleh eksekutif dan yang boleh juga menimbulkan risiko ketidakseimbangan dalam pengagihan sumber. Maka dengan adanya jaminan kewangan yang melalui RUU ini, Parlimen dapat merancang perbelanjaannya dengan lebih baik tanpa bergantung sepenuhnya kepada budi bicara eksekutif.

Keduanya ialah ketelusan dalam pengurusan kewangan dan peruntukan dana.

Seterusnya, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada aspek pengurusan kewangan.

Maka dengan – walaupun RUU ini menetapkan bahawa kerajaan wajib menyediakan dana yang mencukupi bagi perkhidmatan Parlimen setiap tahun, Betong mohon penjelasan secara terperinci bagaimana dana ini akan diagihkan, dipantau dan juga diaudit nanti. Parlimen juga perlu dilihat sebagai sebuah institusi yang teliti dalam kawalan perbelanjaan dan tidak membazir wang rakyat tanpa kawalan perbelanjaan yang berkesan.

Parlimen harus menjadi contoh dalam pengurusan kewangan yang telus dan bertanggungjawab. Maka, dalam hal ini, dicadangkan satu Jawatankuasa Pemantauan Kewangan Parlimen hendaklah diwujudkan untuk menilai, menyemak perbelanjaan tahunan Perkhidmatan Parlimen. Jawatankuasa ini juga harus dianggotai oleh Ahli Parlimen daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang serta pakar kewangan yang bebas.

Laporan kewangan perkhidmatan Parlimen juga harus dibentangkan di Dewan Rakyat setiap tahun agar perbelanjaan dapat dipantau secara terbuka oleh rakyat dan wakil- wakil rakyat. Parlimen hendaklah telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Sebagai tambahan, audit tahunan oleh Jabatan Audit Negara perlu diwajibkan dan mana-mana ketirisan atau penyalahgunaan dana perlu dikenakan tindakan tegas. Ini akan mewujudkan persepsi bahawa Parlimen adalah sebuah institusi yang bebas.

Tuan Yang di-Pertua, had perbelanjaan juga perlu ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran. Contohnya, perbelanjaan operasi perlu diseimbangkan antara keperluan kakitangan dan juga kos pengurusan supaya tidak ada unsur pembaziran dalam penggunaan dana awam. Dengan ketelusan yang lebih tinggi dalam pengurusan kewangan, rakyat akan

draft • 12:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

yakin bahawa perkhidmatan Parlimen berfungsi dengan cekap, bertanggungjawab serta meningkatkan imej Parlimen sebagai sebuah institusi yang boleh dipercayai dan dihormati.

Yang ketiganya ialah memperkasakan hak dan kebajikan anggota perkhidmatan Parlimen. Mohon satu minit tambahan, ya. Tuan Yang di-Pertua, jika mahu menarik bakat terbaik untuk berkhidmat di Parlimen, butiran terperinci mengenai faedah pekerja termasuk perlindungan, sosial, hak terhadap kenaikan pangkat, pencen dan prosedur disiplin yang adil hendaklah diambil kira. Ini bagi memastikan supaya anggota perkhidmatan Parlimen dilindungi dengan baik dan diberikan hak yang setimpal dengan tugas mereka. Dalam hal ini, adalah dicadangkan supaya satu dasar kebajikan supaya lebih menyeluruh diperkenalkan termasuk perlindungan kesihatan, faedah insurans dan juga elaun khas bagi mereka yang bekerja lebih masa atau bertugas dalam keadaan berisiko.

Selain itu, mekanisme kenaikan pangkat yang lebih telus hendaklah diwujudkan supaya pegawai dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi dan pengalaman, bukan kerana hubungan politik atau kepentingan tertentu. Tuan Yang di-Pertua, ini akan membuka ruang kepada persaingan sihat dan membuka peluang serta menarik modal insan yang terbaik untuk berkhidmat di Parlimen. Di samping itu, sistem aduan pekerja yang bebas perlu diwujudkan untuk membolehkan pekerja perkhidmatan Parlimen melaporkan sebarang kes penindasan, salah guna kuasa atau ketidakadilan dalam perkhidmatan mereka.

Sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua, kita perlu terus berusahalah untuk kita memastikan Parlimen kita berfungsi dengan cekap, telus dan bertanggungjawab. Maka, dengan RUU ini dapat menjadi satu landasan yang kukuh bagi kita memperkasakan sistem demokrasi di negara kita. Sekian, Betong mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Betong.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jerantut. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

*Bismillahi rahmani rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Ramadhan Kareem. Terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Jerantut untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 dan terima kasih kepada pihak Menteri yang turut hadir pada pagi ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku semalam bukan penolakan. Apa yang berlaku semalam adalah hak yang ada pada semua Ahli Parlimen. Bila kita masuk je dalam Dewan ini, dia ada bahagian kerajaan, dia ada bahagian pembangkang. Dia ada benda yang kita boleh sokong, benda yang kita tolak dan boleh kita abstain, berkecuali. Ini bukan perkara dalam Al-Quran yang ada halal haram. Ini tak ada baina, baina. Jadi apa salahnya tindakan semalam? Kenapa mengatakan kami menolak?

[Tepuk]

draft • 12:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tadi, ada Ahli Parlimen kata, “Read between the line”. Bukankah patut anda yang membaca read between the line? Kenapa pembangkang? Dalam satu rang undang-undang yang membicarakan legislatif, kami abstain. Patutnya pihak kerajaan kena baca read between the line sebab bukan kami yang memerintah. Sebab ini adalah rang undang-undang yang membicarakan hak kita semua tidak kira sama ada kita kerajaan mahupun pembangkang.

Di mana logiknya yang mengatakan kami menolak dalam keadaan kami ditekan pagi, petang, siang, malam oleh kerajaan yang memerintah? Dan kezaliman yang dikenakan kepada kami dinyatakan dan disahkan oleh perbahasan Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan.

[Tepuk] Saya pun pelik dengan pemikiran certain Ahli Parlimen yang merendahkan pemikiran mereka ke bawah.

[Ketawa] Mana akalnya?

draft • 12:44 PM

Seorang Ahli

Tak ada akal. Masuk gua.

draft • 12:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dahlah bulan Ramadan.

Tak jujur dalam berbahas. Kita beritahu kenapa tidak di-detail-kan dalam satu jawatankuasa khas seperti yang kita buat sebelum ini. Kita buat satu Jawatankuasa Khas Anti Lompat Parti.

Bincang molek-molek sebab banyak penataan-penataan dan cadangan-cadangan bernas Ahli Parlimen sama ada daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Bukannya roket sains, Yang di-Pertua. Bukan perlu kajian. Hatta, apa yang dinyatakan itu ada dalam manifesto Pakatan Harapan. Kenapa tak masukkan lebih awal? Kenapa perlu ada dokumen sebegini?

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Sebagai pindaan?

Sebab itu, dalam pengalaman saya bersama dengan rombongan Tan Sri Speaker – alhamdulillah, saya diberikan peluang bersama dengan Tan Sri Speaker pergi menziarahi, melawati negara-negara Komanwel...

draft • 12:44 PM

Seorang Ahli

Oh, baru tahu. Tak ajak kami. Oh.

draft • 12:44 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft • 12:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dan baru-baru ini saya dapat bersama dengan Program Canberra Fellowships Program. Kita tengok bagaimana legislatif di Australia. Apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Padang Serai tadi sebenarnya adalah perkara yang kita mahukan dalam kita punya rang undang-undang ini. Sebab itu saya katakan ia bukan roket sains. Dia adalah business as usual yang kita boleh masukkan dalam rang undang-undang sebelum kita bahaskan.

Kita ambil contoh. Di mana autonomi fiskal yang ada kepada kita semua? Tadi banyak Ahli Parlimen yang berbicara tentang peruntukan, berbicara dengan claim, berbicara tentang – saya boleh katakan apakah bajet Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen? Bajet untuk Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia? Bagaimana tentang kumpulan penyelidik pegawai pejabat Ahli Parlimen? Bagaimana dengan kalau kita betul-betul nak reform, kenapa tidak kita wujudkan shadow minister atau pun shadow cabinet yang negara lain ada buat?

Negara maju ada buat. Kata kita nak follow negara maju dan ini benda yang tak salah.

draft • 12:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kemudiannya, kita ada khusus kepada Ahli Parlimen khususnya untuk operasi kepejabatan Ahli Parlimen dan juga peruntukan yang lain. Saya menyeru kepada pihak Menteri dan semua, kalau betul-betul kita mahu political will, kita pastikan selepas ini, insya- Allah, untuk pengetahuan semua kami di peringkat Perikatan Nasional kita akan bersetuju dengan rang undang-undang ini.

Cuma kita mahukan agar cadangan-cadangan yang diberikan oleh semua Ahli Parlimen sebab ini rang undang-undang kita dimasukkan dalam pindaan. Itu yang kita mahukan. Kalau kita rujuk kepada MPP yang menjadi satu poin perbahasan yang banyak kepada semua Ahli Parlimen, ada 13 ahli jawatankuasa, Yang di-Pertua. Daripada 13, dua diberikan kepada pembangkang. Saya pun pelik.

Kita ambil contoh komposisi dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Ada sembilan orang, tiga diberikan kepada ahli pembangkang. Apa yang kita nak takut? Kenapa kita tidak masukkan Ketua Pembangkang di dalam MPP? Kenapa kita tidak lebih banyakkan lebih ramai Ahli Parlimen di dalamnya? Semua ini adalah untuk menunjukkan ketelusan.

Kalau kita government of the day, apa yang kita nak takut kalau kita telah melaksanakan janji- janji kita.

draft • 12:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dia jadi takut ini Yang di-Pertua, kalau kita tidak melaksanakan janji-janji kita dan kita tidak melakukan full reform seperti yang dijanjikan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya seperti mana yang saya katakan tadi, kita tidak akan menolak rang undang-undang ini. Tetapi yang paling penting apa jaminan kerajaan untuk kita pastikan cadangan-cadangan bernas oleh semua Ahli Parlimen sama ada di peringkat kerajaan mahupun pembangkang dimasukkan sebagai bentuk pindaan kepada rang undang-undang ini. Kita harapkan kalau ia dimasukkan secara keseluruhannya, maka telah kita lakukan satu reformasi khusus untuk rakyat Malaysia. Tetapi kalau kita tidak melakukannya, maka tidak ada lagi reformasi. Itulah maksudnya ‘reformati’. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Sungai Petani untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang hari ini. Kita lihat semalam kita dah pun meluluskan satu pindaan, pindaan Akta Perlembagaan 2025. Itu adalah merupakan sejarah, merupakan satu ruang laluan pintu untuk kita masuk ke dalam PSA hari ini. Itu yang paling utama.

Apa itu pindaan yang kita dah pun buat semalam? Iaitu membolehkan Speaker dan timbalan-timbalannya baik Dewan Negara ataupun Dewan Rakyat berada dalam Majlis MPP

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Perkhidmatan Parlimen yang sebelum ini tak boleh pegang apa-apa jawatan termasuk organisasi dan perniagaan. Bagaimana dia nak mentadbir kalau kita menghalang ia di dalam Perlembagaan, sebab itu boleh duduk di dalam MPP.

Hari ini adalah PSA. PSA pentadbir keseluruhan yang mana MPP ini dipengerusikan oleh Speaker-speaker. Ada atau pun tidak wakil kerajaan? Jawapannya ada. Ada ataupun tidak wakil pembangkang? Jawapannya ada. Ada ataupun tidak penjawat awam?

Jawapannya ada. Ada KSU Kementerian Kewangan dan KPPA dan KP Parlimen sebagai setiausaha. Kita lihat bahawa RUU yang cuba kita pinda ini adalah RUU yang tertangguh setelah dimansuhkan selama 33 tahun. Padahal RUU ini adalah yang baik, yang boleh kita perkasakan. Ini adalah hak kita sebagai Ahli Parlimen, bukan hak eksekutif, bukan hak mana- mana orang lain tetapi adalah hak kita sebagai Ahli Parlimen untuk memperkasakan tugasan kita itu sendiri.

Kerajaan telah pun membuat sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuklah daripada pembangkang dan juga pihak-pihak NGO. Terdapat pelbagai nasihat, pandangan yang telah diteliti oleh pihak kerajaan sebelum kita pinda perkara ini dan kita lihat kalau dulunya satu saja wakil pembangkang, kini ditingkatkan kepada dua wakil pembangkang.

Saya masih berpegang kepada kata-kata oleh Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-udang bahawa ini adalah akta hidup, akta yang mana kita luluskan, kemudian kita perbaiki dari hari ke hari, kita bahas sebagai Ahli Parlimen.

Akan tetapi, saya amat kecewa ketika 148 daripada kita memahami erti demokrasi, memahami tentang pemisahan kuasa, ingin lakar sejarah, masih ada 57 daripada kita yang cuba untuk berkecuali.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sungai Petani, Sungai Petani, Sungai Petani. Anakanda Sungai Petani.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya tidak bercakap mana- mana. 57 daripada kita yang tidak mungkin tidak faham mungkin tidak faham bahawa ini yang cuba kita bawa. Tiga pemisahan kuasa iaitu legislatif ....

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Anakanda Sungai Petani, boleh sedikit. YB, YB...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, YB sekejap, sekejap.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sungai Petani, kenyataan ini kenyataan yang dibuat yang memahami demokrasi ...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tolong. YB Sungai Petani ada bagi laluan kepada Besut?

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tidak, tidak. Saya tidak bagi laluan.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey YB Besut, tolong turun – duduk.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya tidak menyatakan mana- mana pihak.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pernyataan yang dibuat tak ada jawapan.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Duduk YB Besut, melainkan ada standing order.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya standing order.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, standing order. Okey baik, duduk YB Besut.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua ...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

... mengelirukan.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap saya selesaikan.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(1).

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya pun standing order juga.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya, ya satu dulu. Mula-mula Pendang dulu.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengelirukan, 36(12).

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap YB Besut.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya bagi Pendang dulu standing order.

Yang mana satu YB?

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

36(1) ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

36 apa?

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Satu.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

“Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja dibenarkan bercakap.” Jadi disebut tadi dalam perbincangan semalam dia kata kami menolak. Kami bukan menolak sebenarnya. Kita ...

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya tak menolak.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak minta perbetulkan balik.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya nak minta Pendang perbetulkan kenyataan itu. Saya tidak cakap menolak. Saya ...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

No, no. 36(1)

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sungai Petani.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ya sila.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(1). Ini hak saya.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Maaf ya, maaf 36(1) tidak betul. 36(1) adalah untuk meminda akta induk. We are not amending a law.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Duduk, duduk. Terima kasih YB Pendang.

Okey YB Besut standing order.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Okey, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih. Izinkan saya teruskan 34 saat lagi.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak saya nak pergi 36(6). Minta maaf, minta maaf. 36(6). Minta maaf.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya rasa, saya rasa sekejap. YB Pendang, YB Besut. YB Pendang dah dapat peluang. Sekarang YB Besut pula.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(12).

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya silap sebut.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengelirukan, 36(12).

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

36(12). Apa yang mengelirukan?

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia menyebut dia kata hanya 148 orang sahaja Ahli Parlimen yang memahami maksud demokrasi dan sebagainya dan bermaksud pihak kita ini tidak faham.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak faham.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu mengelirukan. Kita semalam, saya membantah dari segi undang-undang...

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya kata...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sabar dulu.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Satu lagi, satu lagi.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap YB Pendang.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab kita ada sebab kenapa kita abstain. Saya nak beritahu kepada pengamal...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, tak apa. Dah, kita dah dengar daripada YB Besut. Jawapan.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dengar dulu, dengar dulu.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah dengarlah, dah dengar.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Makna kita ada benda perkara lain. Bukan kerana kita tak faham demokrasi.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya, ya, tapi sekarang...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey YB Sungai Petani. Jawapan daripada...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(6)

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Seratus empat...seratus empat..., saya tidak kata...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap YB Pendang. Saya dah berapa kali cakap YB Pendang! First warning ya!

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya kata 148 betul-betul memahami...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan tak boleh first warning.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Second warning YB Pendang!

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan mana boleh warning.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

148...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya boleh bagi warning! Ya, Sungai Petani.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. 148 memahami demokrasi dan juga RUU yang cuba dibawa. Kalau 57 yang lain tidak faham, saya tak tahu, saya tidak menuduh, saya tidak menuduh. Saya tidak menuduh.

Itu adalah tanggapan 57 yang lain.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Siapa yang tak faham itu.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sekali lagi Peraturan Dewan.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kalau faham, alhamdulillah.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kalau tidak faham, kita serahkan kepada Ahli Parlimen itu, okey. Saya tak sebut.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Menekan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey saya punya petua ...

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(12) secara berkenaan 36(12)...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut, saya punya petua sekarang.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya memutuskan bahawa ini tidak melanggar 36(12). Teruskan.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Walaupun cerita perkara yang lain?

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey dah YB Besut. YB Arau ada apa pula?

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab dia tak faham semalam...

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut. Saya dah buat petua. Kalau tak puas hati, tahu kan prosedur dia. Boleh buat appeal. Sila duduk. YB Arau, ada standing order?

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

44 bawah 43, saya bawa usul bawah 43.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang lain dah dapat peluang. YB Arau. Ada standing order kah atau nak bangun saja?

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya rasa...

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Saya menegur Yang Berhormat Speaker. Tenang, tenang.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya saya tenang, saya puasa ini YB tapi kalau tak dengar cakap saya, susahlah.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan berbincang kuasa Speaker kalau Speaker dok tempik macam ini, hilanglah kami. Ini Speaker diberi kuasa yang cukup hebat tau rang undang-undang ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Betul.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau macam ini Yang Berhormat bercakap, kami tak berapa seronoklah.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya lah, saya pun tak berapa seronok tapi bila saya dah bagi petua, saya minta semua dengarlah. Saya duduk atas dekat sini, saya nak jadi adil.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nanti nak buka puasa sekalikan. Ha dengar, dengar, dengar. Pendang, dengar, dengar.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, terima kasih. Apa lagi?

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan 36(6).

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas yang lainlah.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kami, disebabkan kami dikatakan tak faham tak boleh. Kami bukan menolak sebenarnya, kami minta ruang untuk kita bincang lagi sebab kita tengok ada perkara-perkara yang kita rasa pemusatan kuasa ini sangat besar.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, dah.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi sebab itulah kita minta. Kita nak, kita nak minta runding kembali.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Benda sama yang dibangkitkan oleh Besut.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Libat urus.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, saya faham. Perkara yang sama dibangkitkan oleh Besut. Saya setelah mendengar penjelasan daripada Sungai Petani tadi, saya membuat petua bahawa ianya tidak melanggar 36(6) yang telah dibangkitkan.

Teruskan.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Baik terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin teruskan.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Jelutong ada apa-apa lagi kah?

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan dengan peraturan yang sama.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Peraturan mana itu?

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36(12) juga.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana diberi peluang untuk berbahas. Jadi, kalau mereka ingin menyatakan sesuatu di mana mereka tidak bersetuju dengan Sungai Petani, maka mereka mempunyai ruang dan peluang untuk berbahas.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, baik.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau mereka sengaja berdiri dan mengganggu perbahasan, ini tidak membenarkan kita di sebelah kerajaan untuk menyampaikan hasrat murni kerajaan.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini bukan 36(12), maaf. YB Jelutong, tak apa.

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, no. Dato’ Speaker, Speaker, Speaker, saya ingin perbetulkan Speaker.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Jelutong.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Speaker, Speaker, gunakan 37(2) lah. Ini mengganggu.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Membangkitkan. No, no, no Speaker.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua sudah buat petua. Saya mohon sedikit masa tambahan.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Petua 37(2) juga.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, ini petua saya. Tidak ada lagi standing order. Semua duduk. YB Sungai Petani, teruskan.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Inilah masalahnya, dahlah tak sokong, kacau pulak kan. Lepas itu- baik. Tuan Yang di-Pertua, tetapi juga kita perlu lihat reformasi ini perlu secara menyeluruh. Kita ambil maklum dengan semua pihak-pihak NGO baik itu BERSIH, Rasuah Busters, IDEAS, Projek SAMA dan sebagainya untuk menuntut 100 peratus reformasi yang sebenar. Itu saya bersetuju. Sebab itu kita luluskan, kemudian kita ada pindaan-pindaan yang lain, berbincang dan sebagainya. Bayangkan, 33 tahun tidak diberikan peluang langsung oleh Eksekutif, tiba-tiba kita diberikan peluang, kita menolak dan kita cuba untuk menangguh. Siapa yang rugi? Kita yang rugi. Kita Legislatif, kita Ahli-ahli Parlimen, kitalah yang rugi, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sekejap, Yang Berhormat Jelutong. Saya juga ingin menambah, ada tiga perkara iaitu jumlah penyelidik. Kita sebagai Ahli Parlimen, mungkin ramai tidak faham. Ingatkan Ahli Parlimen ini perlu tengok longkang, perlu makan kenduri dan sebagainya tetapi tugas hakiki Ahli Parlimen adalah menggubal undang-undang untuk memastikan setiap kawasannya itu dijaga dengan baik dan juga dibawa suara rakyat di dalam Dewan ini. Inilah yang kita kurang...

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini bukan peraturan. Ini penjelasan. Minta penjelasan.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya mohon juga staf...

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Minta penjelasan.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya nak minta untuk pembangkang ini.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Anakanda Sungai Petani.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya nak minta untuk pembangkang ini.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Anakanda Sungai Petani.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sungai Petani, bagi tak laluan?

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tak bagi, tak bagi.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita cakap fasal Perlembagaan Persekutuan pindaan...

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ini Tuan Yang di-Pertua, saya mengaku...

[Pembesar suara dimatikan] kadang-kadang susah, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Orang bukan undang-undang ini yang payah ini.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kita cuba, inilah contohnya. Kita cuba untuk berbahas.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Orang undang-undang mungkin boleh faham. Yang bukan undang-undang...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut, saya bagi amaran pertama.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kita cuba berbahas sebagai Ahli Parlimen junior, ingin belajar daripada senior tetapi senior tak pernah memberikan contoh yang baik. Ini ialah contoh. Macam mana saya nak belajar daripada pihak senior?

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Senior nak bagi, nak bagi penjelasan.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Cukup, cukup Yang Berhormat Besut. Cukup, cukup. Saya rasa itu, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, apa masalahnya...

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

So, sekarang nak...

[Pembesar suara dimatikan] Jangan kacau orang lain, masuk nama, bahas. Kenapa tak masuk nama? Sekarang kacau.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Kampar, YB Kampar, duduk.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya dah bahas. Tapi tidak ada orang jawab.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Inilah buktinya, inilah buktinya ya.

[Pembesar suara dimatikan] Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup kecewalah, kecewa dengan 57 yang menolak...

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak usah kecewalah.

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kecewa dengan sifat Ahli Parlimen.

draft • 1:00 PM

Seorang Ahli

Sudah-sudahlah dok kata kami tak faham.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya sangat kecewa. Saya kecewa dengan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Macam ini nak belajarkah?

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...kepada saya. Kalau anak jantan, bagi saya explain.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Semalam telah menolak satu akta sejarah.

draft • 1:00 PM

Seorang Ahli

Mana ada tolak, mana ada tolak.

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...menolak...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Seorang Ahli

Oi, kami tidak tolaklah...

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Anak jantan. Sungai Petani, puasa cakap bohong ini.

draft • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Semalam saya kecewa sebab menolak akta yang penting untuk Parlimen.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Puasa buat fitnah ini, puasa.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, ibrah?

draft • 1:00 PM

Seorang Ahli

Tuduhan jahat.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah semua?

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya point of order.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ha, point of order apa?

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini sangkaan jahat.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami tidak menolak kelmarin, kami berkecuali.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sangkaan jahat tentang apa, YB Arau?

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tentang dia kata kita senior menolak hak.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tak. Baik, baik, yang mana satu...

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kejap Sungai Petani, Sungai Petani.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei, saya nak beritahu ini, Yang Berhormat jangan cakap terlampau hebat. Saya juga boleh menceritakan banyak benda.

Nanti terperangkap. Jangan hentam sahaja. Tidak boleh.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Apa sangkaan jahat dia?

draft • 1:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Boleh cerita banyak benda lagi.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia pernah keluar kenyataan sebagai Ahli Parlimen dulu, dia akan ambil dia punya kenyataan itu ya iaitu tentang money changer, okey. Sabar, ... semua. Kita ada yang kita akan bawa.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...juga beberapa pelantikan Parlimen yang kita akan bawa. Kalau betul-betul hendak berperang, kita perang. Tapi ini jangan tuduh kami menolak. Kami berkecuali sebab kami minta pindaan.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tadi pun banyak dah cakap dah tadi. Terima kasih Yang Berhormat Arau. YB Sungai Petani.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak faham. Saya dalam ucapan saya semalam...

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya tutup.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebut, saya menyokong.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua, minta petua...

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(6).

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah. Semua duduk. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Baik. Yang di-Pertua, sikit Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, Yang di-Pertua,...

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Sungai Petani, duduk.

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya menghormati pembangkang sebagai pembangkang yang baik tetapi kita...

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau hormat, jangan cakap bukan-bukan.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sebab itu ini adalah usaha reformasi....

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masalah tak hormatlah, cakap tidak elok.

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(6), 36(6).

draft • 1:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kita boleh melabelkan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Bapa Reformasi.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah sudah kah? Dah sudah? Kita semua- satu, yang Islam sedang berpuasa. Kedua, kita semua adalah Ahli-ahli Parlimen. Kita semua orang yang bertamadun. Tolonglah. Baiklah.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, Yang di-Pertua.

Saya minta...

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Apa, apa lagi?

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya minta daripada Yang di- Pertua, sekarang tuduhan-tuduhan yang dibuat, siapa yang nak menjawab sekarang?

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah banyak kali jawab tadi. Dah sudah lah itu.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, berkenaan dengan...

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dahlah, sudahlah itu.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang fasal Perlembagaan semalam.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut, YB Besut, sudahlah itu. Saya dah bagi kepada Yang Berhormat Tuaran. Apa lagi? Nanti bila ada pembangkang nak bahas, jawablah semua.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nak jawab macam mana, saya dah lepas semalam.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Siapa suruh masuk awal? Dah, Yang Berhormat Tuaran.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dah, saya Perlembagaan. Ini bukan... PSA, Perlembagaan.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Tuaran, teruskan.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pindaan Perlembagaan semalam.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Hormatlah sikit Yang Berhormat Tuaran.

draft • 1:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, saya boleh hormat tapi jangan bercakap tidak hormat kita.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah. Yang Berhormat Tuaran. Saya tidak bagi. Yang Berhormat Kampar, saya pun tidak bagi. Yang Berhormat Tuaran, teruskan.

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, point of order.

draft • 1:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Tuaran, teruskan. Silakan.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025. Bagi Tuaran, pembentangan rang undang- undang ini sudah sekian lama dinanti-nanti. Sejak pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, dimansuhkan pada tahun 1992. Selama sejak daripada 1992 itu sampailah tahun 2005 Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak persoalan yang berbangkit. Ada yang mengatakan bahawa...

draft • 1:06 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Standing Order 36(12).

draft • 1:06 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 1:06 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak minta 36(12), kita nak buat usul untuk Sungai Petani kerana dia mengatakan kami menolak tetapi dalam...

draft • 1:06 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:06 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, nanti masukkan usul.

draft • 1:06 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Nanti masuk usul, okey.

draft • 1:06 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih.

draft • 1:06 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini kena beri sikit masa, boleh tambah?

draft • 1:06 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya, saya tambah. Teruskan.

draft • 1:06 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi Tuan Yang di-Pertua, daripada 1992 sampai tahun 2005, ada yang mengatakan bahawa sama ada Akta Perkhidmatan Parlimen ini wujud ataupun tidak, kedudukan Parlimen, kedudukan doktrin pemisahan kuasa di antara cabang Kehakiman, Legislatif dan Eksekutif sama sahaja. Ada yang mengatakan demikian. Ini pandangan dia. Tetapi berlaku pada tahun 2005. Saya pun berada di Dewan yang mulia ini pada ketika itu. Apabila pihak Eksekutif telah melantik pegawai-pegawai PTD datang ke Parlimen. Pada ketika itu, saya juga berada dan Ahli Jawatankuasa dalam Kelab Penyokong Kerajaan pada ketika itu. Kami dalam Kelab Penyokong Kerajaan pun kami membantah langkah pihak Eksekutif untuk membawa pegawai-pegawai PTD untuk datang ke Parlimen sebagai kakitangan di sini.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan pada ketika itu ialah Yang Berhormat Johor Baru - Tan Sri Shahril, di dalam Dewan yang mulia ini mengatakan, ‘berdiri siapa yang menyokong supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1993 itu dihidupkan kembali’. Ramai kita berdiri. Sebelah sana pun berdiri, yang sebelah sini pun berdiri, kecuali ada beberapa Menteri tidak berdiri, terutama sekali mereka yang terlibat dalam pemansuhan Akta Perkhidmatan Parlimen 1992 itu. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya semalam dalam Rang Undang-undang Akta Perlembagaan pindaan semalam saya mengatakan, apa sebenarnya niat, apa sebenarnya tujuan menghapuskan Akta Perkhidmatan Parlimen 1993 itu? Siapa yang boleh menjawab itu? Apa kesannya? Apa kesan terhadap keutuhan Parlimen?

Sebenarnya, itu sebab kita tunggu-tunggu. Ini sebab saya bersetuju sangat dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun semasa membentang bahawa ini adalah bersejarah. Pembentangan kelmarin, pindaan Perlembagaan kelmarin itu bersejarah sebab kita balikkan Perlembagaan yang sepatutnya ada di sana. Ini bersejarah dan hari ini lagi bersejarah kerana kita kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen. Kita sebagai Ahli-ahli Parlimen mesti menyokong ini. Ada kurangkah, begitu?

draft • 1:06 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tetapi yang penting hidupkan dulu. Kita mesti menyokong ini. Kenapa? Kenapa, sebab ramai yang tidak sedar apa akibatnya kalau pentadbir kerajaan seperti PTD itu datang sini. PTD ini semuanya terlatih dari segi pentadbiran awam tapi dia tidak terlatih dalam konvensyen Parlimen. Kita ini menggubal undang-undang. Bayangkanlah kalau pegawai PTD dilantik dalam sistem kehakiman kita dan dia jadi pentadbir, apa jadi.

Begitu juga kita di sini. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, bayangkanlah apabila sesuatu dokumen diletakkan di atas meja kita ini. Apabila laporan-laporan daripada agensi kerajaan perlu dibentangkan di Parlimen. Apabila dibentangkan di Parlimen perkataan digunakan laid on the table, diletak di sini sahaja. Apabila di-laid sini diletak sini sudah dibentang.

Tetapi hari ini kenapa surat-surat seperti ini diletakkan di atas meja kita. Adakah surat jemputan seperti ini juga laid? Kad-kad hari raya. Kad Krismas diletak di sini. Adakah laid? Apabila saya masuk di Dewan yang mulia bermula 1999 Tuan Yang di-Pertua, setiap Ahli Parlimen kita ada pigeonhole dan surat-surat seperti ini dimasukkan di sana. Masukkan di sana. Hari ini tidak ada piegonhole dan surat pun datang di sini, laid. Inilah akibatnya pendaftar, pentadbir PTD. Saya bukan menentang PTD. Tetapi ini konvensyennya laid on the table. Sebab itu ada argument bila kita ini mengatakan, “oh, janganlah nanti ini, keluarga dia, orang-orang politik diletakkan di sini dan sebagainya”. Itu tidak berbangkit. Selepas nanti Akta Perkhidmatan Parlimen ini dihidupkan balik, maka pegawai-pegawai ini terlatih. Bukan sahaja terlatih dia akan berpengalaman. Dia akan melawat di Parlimen-parlimen yang lain dan dia akan betul-betul nanti menjiwai, menghayati sistem perundangan kita, sistem penggubalan undang-undang kita.

Sebab itulah Parlimennya, itulah Parlimennya. Sebab itu, Parlimen perlu closed service. Bukan hari ini letak sini lepas itu dibuang lagi. Dulu dia bertugas di sini selepas itu hari ini dia pengarah SKM kah? Suruhanjaya Koperasi dan sebagainya. Tak boleh. Dia kena di sini sebab konvensyen Parlimen itu, konvensyen perundangan itu sangat penting.

Jadi kita sebagai Ahli-ahli Parlimen tak perlulah kita berpolitik. Jangan bilang ini, ini, gaduh lagi. Ini melibatkan kita sebagai orang-orang legislative. Kita ini penggubal undang- undang. Biarlah kita— sebab for once-lah, this is reformasi. Kita balik kepada yang asal, kita terimalah. Ada yang mahu ubah-ubah, nantilah.

Sebab itu, kita mengatakan bahawa kita sebagai Ahli-ahli Parlimen selepas ini, bila ini dihidupkan balik, maka kita mahu supaya semua kakitangan Parlimen ini terlatih, berpengalaman, menjiwai, menghayati konvensyen peraturan dari segi penggubalan undang- undang. Itu sangat-sangat penting. Sebagai contoh, pihak eksekutif tidak boleh membelanjakan sesen pun duit rakyat tanpa kelulusan dari sini, sebagai contoh. Apa erti itu?

Apakah kita dapat menghayati? Sebab itu sangat-sangat penting apabila kita setiap itu apa erti perundangan kita.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi, tidak perlu kita bergaduh sebelah sini, sebelah sana. Kita semua ini Ahli-ahli Parlimen. Semua kita ini orang-orang yang menggubal ini. Lepas itu undang-undang kehakiman akan interpret apa yang kita buat di sini. Doktrin pemisahan itu sebab— I think for once...

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

…Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan ini sejarah, kita sokong sahajalah. Kita sokong dan ini apa yang dia telah buat itu. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini poin terakhir.

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dua minit tambahan Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Berapa?

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dua minit.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dua minit tambahan…

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Telah diberi.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey, terima kasih-terima kasih.

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat dah habis masa.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dah habis masa.

[Ketawa] Tambahan lagi, terakhir sudah. Jadi, saya cuba ingin mengatakan saya nampak dalam perbahasan ini pun gaduh tetapi selepas ini biarlah apa interpretasi dalam Parlimen ini diikuti dan dari segi pentadbiran kita— saya ingat selepas ini jangan lagi ada beginilah surat-surat ini. This is laid. Terima kasih kita ada pejabat sudah dan pejabat itu surat-surat macam ini letak situlah. Tetapi konvensyen-konvensyen yang lain itu perlu kita ikutilah. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya pun mohon menyokong. Jangan gaduh-gaduhlah ya sahabat dari Besut. Terima kasih, saya mohon menyokong.

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran.

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(12). Nanti Arau kata pembangkang tidak bantah pindaan Perlembagaan. Tapi mereka berkecuali. Saya rasa ini tidak memberi gambaran yang betul.

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, ya.

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya nak I put in record straight here.

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hey, kau nak apa?

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nanti, nanti.

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kau nak apa?

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini pindaan Perlembagaan, kita perlu 148 undi. Jika kurang satu undi, perlembagaan ini gagal— pindaan ini gagal.

draft • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei, kamu nak apa?

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bermakna ada usaha-usaha dari pembangkang untuk gagalkan pindaan Perlembagaan ini. Ini perkara yang benar.

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini kenyataan jahat ini.

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini usaha.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini usaha daripada pembangkang untuk gagalkan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Inilah kenyataan yang jahat.

draft • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, sila duduk.

Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat bangkitkan tadi saya tidak berada dalam sesi berkenaan yang dibangkitkan Yang Berhormat. Saya tidak boleh buat petua. Sekiranya Yang Berhormat tidak bersetuju dengan apa yang saya nyatakan sebagai petua saya, Yang Berhormat boleh buat usul di bawah peraturan yang sedia ada ya.

Sila Yang Berhormat Langkawi.

draft • 1:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Semalam Dato’ Yang di- Pertua bila saya pulang ke rumah anak saya ketawakan saya. Dia kata “Daddy kena buli di Parlimen”. Dia pun sedar, dia pun sebut 148. Saya kata dekat dia ini idola kamulah dari Muar.

Kalau tidak, tidak cukup dua pertiga, dua kolam.

Yang Berhormat, pagi ini saya membaca rakan saya menghantar WhatsApp dalam group SAHOCA 75-76 dan saya yakin dengan WhatsApp ini bahawa lakonan semalam ini berjaya meyakinkan rakyat bahawa kita menolak apa yang berlaku semalam. Pada hal borang itu tulis setuju, tidak setuju. Saya cadang kita masukkan berkecuali dalam borang tersebut. Baru mereka faham. Masih lagi dalam Dewan pun kata kita menolak. Saya tak mahu

draft • 1:16 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

lawan dengan siapa-siapa di sini tetapi dalam borang itu setuju, tidak setuju...

[Dicelah] Tidak mengundi. Tak ada berkecuali.

Saya cadangkan kepada Dewan masuk berkecuali supaya mereka faham. Jadi, sekarang ini entah apa yang pembangkang mahukan sebenarnya. Hari ini di Parlimen satu perkara bersejarah berlaku. Kerajaan memperkenalkan semula satu akta RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 yang mengalihkan kuasanya sendiri terhadap institusi Parlimen. Akta Perkhidmatan Parlimen wujud di zaman Tunku Abdul Rahman, memisahkan kuasa eksekutif terhadap Parlimen.

Tapi pada tahun 1993, Perdana Menteri Mahathir ketika itu meletakkan Parlimen di bawah Jabatan Perdana Menteri sekali gus Parlimen harus mengikut telunjuk penguasa.

Baru kita tahu rupa-rupanya itu tujuannya. Bila PMX Anwar Ibrahim naik, beliau tekad untuk mengembalikannya kepada keadaan asal di mana Parlimen seharusnya bebas daripada cengkaman eksekutif. Kita semua bersetuju cuma kita berkecuali kerana ada isu-isu yang kita bangkitkan nak dimasukkan dalam PSA ini.

draft • 1:16 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

“Parlimen perlu dijadikan entiti yang berasingan daripada perkhidmatan awam dan diperkasakan sebagai badan penggubal undang-undang. Parlimen seharusnya boleh mentadbir kewangan dan kakitangannya secara bebas tanpa campur tangan Perdana Menteri, sekali gus meningkatkan akauntabiliti dan integriti institusi Parlimen. Hari ini...”― ini yang sedap ini, Tuan Yang di-Pertua. *“Cadangan pengalihan kuasa kerajaan ini disokong oleh 148 orang Ahli Parlimen mencapai dua pertiga, namun tanpa sokongan pembangkang Perikatan Nasional. Have to give credit to Muar sebab sokong RUU ini.” “Tapi malang, pembangkang dari PN tidak mahu menyokong usaha reformasi institusi seperti ini. Agaknya mengapa? Tak faham? Atau semua benda nak dipolitikkan?

Adakah nak cakap lepas ini Parlimen yang bebas akan menyebabkan Melayu dan Islam hilang kuasa?”* Ini bacaan rakyat di bawah ini selepas kita dikatakan menolak rang undang- undang ini. Betapa sialnya apa yang berlaku ini kerana kita dilihat sebagai menolak sesuatu yang memerdekakan kita.

draft • 1:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 1:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

“You guys have lost the plot terribly.” Saya pun hairan. Dia tulis, kredit gambar YB Wong Chen.

Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau kita nak membuat reformasi ini untuk nak kekal berkuasa, untuk nak kekal membuli pembangkang, maka, insya-Allah, sekiranya di sebelah sini mengambil alih kerajaan, perkara yang sama akan berlaku. Will never end. This war will never end, Yang di-Pertua.

draft • 1:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 1:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi. Dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 1:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, isu peraturan.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa, Yang Berhormat?

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(9).

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

36(9)?

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

(c). 36(9)(c).

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

36...

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

(9)(c).

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

(9)(c)?

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

“Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948.” Yang Berhormat Langkawi telah memberi ucapan tadi, membacakan sesuatu daripada handphone. Dalam kenyataan beliau, beliau telah mengatakan bahawa orang Melayu, Islam akan hilang kuasa di negara kita. Bagi saya sebagai Ahli Parlimen kerajaan, kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dinyatakan kerana persepsi yang akan digunakan, walaupun ia dibacakan daripada handphone beliau, cara dan konteks di mana perkataan tersebut, kenyataan itu diluahkan adalah memberi persepsi dalam perbahasan rang undang-undang ini sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, orang-orang Melayu yang beragama Islam akan hilang kuasa di tanah air kita.

Maka, saya dengan segala hormatnya memohon kepada Yang di-Pertua supaya Yang Berhormat Langkawi diminta menarik balik kenyataan itu kerana itu bukanlah niat dan hasrat rang undang-undang ini.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, okey, saya faham.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Langkawi, adakah seperti mana...

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dato’ Yang di-Pertua...

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap. Sekejap, Yang Berhormat Langkawi.

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Nombor satu, saya...

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Langkawi, saya tak habis cakap lagi, Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sorry, Tuan Yang di- Pertua.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Langkawi, adakah seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Jelutong di bawah 36(9)(c) membawa maksud seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Jelutong?

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dato’ Yang di-Pertua, nombor satu, saya baca daripada handset saya ini dan ini menunjukkan keluhan di bawah.

Saya baca word by word, tidak ada tambahan.

Nombor dua, Tuan Yang di-Pertua, seperti mana dikatakan oleh Jelutong, Islam sudah lama, semasa Prophet Muhammad sehingga sekarang tidak pernah lupus...

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat faham apa yang saya minta Yang Berhormat lakukan? Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat membawa maksud dalam perbahasan Yang Berhormat tadi seperti mana didakwa?

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tidak.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya?

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tidak.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tapi Yang Berhormat...

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tidak bermaksud langsung.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tetapi Yang Berhormat ada sebut dan sebab itu tadi saya ada sebut Yang Berhormat, saya ada panggil Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat teruskan ucapan, saya biarkan. Tetapi apabila Yang Berhormat Jelutong bangkitkan, saya kira petua saya, Yang Berhormat perlu tarik balik apa Yang Berhormat nyatakan tadi...

[Tepuk] Boleh, Yang Berhormat?

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tarik balik itu yang mana bahagiannya?

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bahagian seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi.

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Bahagian mana itu, Tuan Yang di-Pertua?

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat sebutkan tadi Melayu dan Islam terancam apabila rang undang-undang ini telah dilaksanakan.

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ya, apa yang ditulis di dalam ini, Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu sebabnya tadi saya tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat baca kenyataan tersebut atau Yang Berhormat membuat interpretasi terhadap tulisan tersebut? Itu sebab saya tanya Yang Berhormat sebentar tadi.

draft • 1:22 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tidak interpret apa- apa. Saya hanya membaca untuk pengetahuan umum.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Itu sebabnya awal tadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Jadi, sekiranya begitu, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Langkawi hanya membaca kenyataan tersebut. Jadi, saya kira perkara selesai.

Sila, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 1:22 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order lagi, Tuan Spekear.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Point of order. Timbalan Speaker, saya belum habis lagi, Timbalan Speaker. Saya minta maaf. Timbalan Speaker, penjelasan Yang Berhormat Langkawi bahawa beliau membacakan WhatsApp. Kalau nak baca WhatsApp, baca di mana-mana, baca di rumah, dalam bilik tidur.

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Tetapi kalau buat ucapan itu di Parlimen...

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Jangan dibenarkanlah. Ini dah mengganggu.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, kalau buat ucapan di Parlimen...

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

You tak faham, buat usullah.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker...

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Kenyataan itu adalah kenyataan yang berbaur hasutan.

draft • 1:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai Ahli Parlimen...

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memang jelas, Tuan Yang di- Pertua.

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jelutong mempertikaikan keputusan Speaker.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan kalau dibenarkan untuk digunakan sebagai...

draft • 1:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Speaker, keresahan rakyat, kita bawa.

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masalah ini.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, isu perbahasan dalam undang-undang ini...

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Buat usullah, Jelutong.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memang dia melanggar peraturan.

draft • 1:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini semua bila sebut Islam, Melayu, dia sudah bangkit.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, sekejap.

Sekejap. Sekejap, Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Pendang, sila duduk. Saya tengah berurusan dengan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker.

draft • 1:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita orang Melayu tak boleh cakap pasal Melayu, Islam. 63 peratus umat Islam dalam negara ini...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, walaupun ia dibaca daripada WhatsApp, mungkin dihantar oleh orang lain, tetapi ia dibaca dan diulangi di Dewan yang mulia ini dan digunakan dalam perbahasan Yang Berhormat Langkawi untuk menentang rang undang-undang sekarang. Jadi, apakah mesej yang dihantar kepada orang di luar sana? Kalau undang-undang ini dibahaskan, diluluskan, Dewan Rakyat ini tidak menghormati orang-orang Melayu dan agama Islam? Kalau undang-undang ini dibenarkan untuk diluluskan...

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Maka hak orang-orang Melayu yang beragama Islam ikut terancam?

draft • 1:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita wakil rakyat, Dato’ Yang di-Pertua.

Keresahan rakyat, kita bawa ke sinilah...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, biar saya selesaikan dulu.

draft • 1:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang, apa Yang Berhormat Langkawi sebutkan tadi adalah bacaan daripada WhatsApp. Apa keputusan saya tadi, Yang Berhormat Jelutong, apabila dia membaca, rakyat di luar sana akan melihat. Maknanya, perbahasannya hanya berdasarkan persepsi, bukan berdasarkan fakta. Itu sebabnya saya anggap perkara ini selesai. Cuma, rakyat di luar sana dapat faham maklumat dan data yang diambil hanya berdasarkan apa yang dibaca dalam WhatsApp, bukan satu sumber yang diyakini. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, satu lagi soalan. Ia adalah sama dengan keadaan Machang yang membaca surat layang... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu sebabnya, Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong, sekiranya Yang Berhormat tak bersetuju dengan apa petua yang saya buat, Yang Berhormat usulkan. Sebab, saya lihat apabila rakyat di luar sana melihat perbahasan kita, dan perbahasan sepenuhnya tadi tertumpu kepada WhatsApp dari sumber yang, bagi saya, saya tidak boleh memihak kepada mana-mana, sumber yang, bagi saya, bukan seperti mana di bawah peraturan mesyuarat. Itu sahaja.

Silakan, Shah Alam.

draft • 1:22 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, saya ada Point of Order 36(4).

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua...

draft • 1:22 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini point of order baru, 36(4)...

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap.

draft • 1:22 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini point of order...

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sorry.

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, Yang Berhormat.

draft • 1:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order juga.

draft • 1:22 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya dulu, saya dulu. Adalah... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:22 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Siapa yang dulu, saya tentukan, Yang Berhormat. Siapa yang saya nampak dahulu, Yang Berhormat. Bukan Yang Berhormat yang tentukan.

Sila, Yang Berhormat Machang.

draft • 1:22 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya 36(6) merujuk pada kenyataan Jelutong.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa yang 36(6)Yang Berhormat? Yang Berhormat, 36(6) apa Yang Berhormat?

draft • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

“Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.”

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa sangkaan jahat Yang Berhormat?

draft • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, Jelutong mengatakan apa yang telah saya bahaskan tempoh hari, suatu tahun lepas ya berhubung dengan penjualan saham MAHB yang merujuk kepada surat layang, konon-konon surat layang ya. Kalau betul saya salah, rujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jangan ugut dan tuduh dalam ini. I can face the committee and defend and I will expose all the people behind this deal. Saya tak takut Tuan Yang di-Pertua..

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey Yang Berhormat.

Yang Berhormat! Okey, saya selesaikan dahulu Yang Berhormat.

[Tepuk] Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, sama jugalah kes tadi Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi merujukkan kepada sesuatu perkara yang lain. Dia membuat perumpamaan dalam perdebatan. Saya ambil kira untuk tidak membenarkan Yang Berhormat Langkawi untuk menarik balik kerana bagi hemat saya, itu hanya digunakan dalam penghujahan. Jadi tiada isu bagi Jelutong mengaitkan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Julau.

draft • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, 36(4). Ini isu penting.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Kalau kita berakhir dengan..

draft • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bukan, ini isu penting. Yang ini isu penting.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap yang berhormat.

Saya bagi Julau Yang Berhormat. Yang Berhormat Kampar, sit down.

draft • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini point of order, satu minit.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya tahu Yang Berhormat, sekarang saya bagi pada Julau dulu Yang Berhormat. Saya uruskan satu persatu. Biar saya berunding satu persatu, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Julau.

draft • 1:30 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Okey Dato’ Yang di-Pertua, Peraturan Dewan 36(5), seorang Ahli tidak dibenarkan menyebut nama Ahli yang lain. So, tadi Yang Berhormat daripada Langkawi ada menyebut, nama YB Ahli Parlimen Subang. So, minta dia tarik balik itu nama sahaja. Terima kasih.

draft • 1:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya begini Yang Berhormat, saya kira yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi sebentar tadi merujuk kepada perkara tersebut. Jadi saya kira...

draft • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Dia menyatakan kenyataan tersebut tiada kesahihan di situ. Jadi, saya anggap perkara itu adalah perkara yang tidak berada bawah peraturan mesyuarat. Sila, Kampar.

draft • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, terima kasih. Ini Point of Order 36(4), “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.” Tadi Langkawi dalam perbahasan telah menggunakan istilah “betapa sial”. “Sial” ini berdasarkan Kamus Oxford Dwibahasa membawa maksud jahanam, kecelakaan atau menyumpah. Jadi saya minta Langkawi supaya tarik balik perkataan “sial”. Jangan pakai perkataan ini. Hang paling veteran.

draft • 1:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Definisi itu pun tak betul dengan Dewan Bahasa. Dewan Bahasa ke definisi..

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Langkawi, sekejap. Dekat sini bukan kita nak tengok kamus Yang Berhormat. Biar saya selesaikan.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tapi kita nak perbetul.

draft • 1:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya hanya nak membantu.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Langkawi, adakah Yang Berhormat Langkawi sebut perkataan “sial” tadi?

draft • 1:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ya, saya sebut.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tarik balik Yang Berhormat.

draft • 1:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya sebut sebab saya melihat definisi itu sial ini tidak untung, selalu gagal dalam mendapat ─ tu semalam kata gagal. Tidak bernasib baik, selalu ditimpa kemalangan, selalu susah, memang susah sebab kadang-kadang Speaker pun tidak menyebelah kami. Sebab itu saya guna perkataan “sial”.

Cukup baik dah itu.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita orang Malaysia, Yang Berhormat. Ada adab ketimuran. Semasa Yang Berhormat berucap tadi, saya ada panggil nama Yang Berhormat. Yang Berhormat, bermakna saya dah jangka perkataan – bukan saya jangka. Pada hemat saya ketika itu, perkataan Yang Berhormat gunakan decorum. Tetapi Yang Berhormat teruskan. Jadi saya anggap tak apalah Yang Berhormat dah habis berucap, tapi apabila dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya membuat petua supaya Yang Berhormat tarik balik perkataan “sial” tersebut.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(12).

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap Yang Berhormat Pendang, saya tengah berurusan dengan Langkawi.

draft • 1:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jadi, dualah sekarang tak boleh pakai, derhaka dan sial. Saya tarik balik ya.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(12). Saya minta. Okey Tuan Yang di- Pertua, saya tengok tadi punca dia.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

36(12) apa Yang Berhormat?

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mengelirukanlah.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bacalah Yang Berhormat.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak apalah.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Baca, baca, Yang Berhormat.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey. “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis, dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.”

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Perkataan apa yang mengelirukan Dewan, Yang Berhormat?

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pasai tak faham bahasa Malaysia tadi.

Kita tengok Langkawi membuat – punca dia, Langkawi kenyataan, orang yang tuduh kami, menolak kami, PN lah, yang tuduh PN akan menggunakan isu Melayu sebagai alasan menolak pindaan perlembagaan. Itu punca dia. Bukan Langkawi kata kat siapa-siapa. Orang yang baca itu menuduh kami, orang di luar sana mungkin penyokong-penyokong PH lah.

Penyokong PH lah yang membuat kenyataan yang mengatakan kami ini menggunakan isu Melayu sebagai menolak pindaan perlembagaan, tidak, itu yang dimaksudkan oleh Langkawi. Tapi difahamkan kata kami menuduh mereka isu bumiputera, Melayu dan Islam ini tidak betul. itu yang dijawab oleh Langkawi. Ini saya katakan..

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Bahasa Malaysia ini kena faham, dengar baik-baik.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Janganlah teruih pi bangkit terus serang je. Apa ini Langkawi bawa, bangkit perkara resahan rakyat di luar sana mengatakan kami dituduh menolak Perlembagaan kelmarin, PN ini PN.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kecuali meminta masa untuk kita buat libat urus bincang lagi perkara-perkara yang ada kelemahan.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang bangun dengan penuh adab, membangkitkan peraturan mesyuarat. Habis saya panggil Yang Berhormat tiga kali, empat kali Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu peraturan mesyuarat, bila Speaker memanggil nama Yang Berhormat?

draft • 1:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat tak akur.

Jadi saya fikir, saya nak teruskan perbahasan dan saya minta Yang Berhormat bangkitlah peraturan mesyuarat supaya ia dapat mengimbangi perbahasan kita. Bukan sekadar untuk mencari populariti kerana ini last. Sila Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Setengah jam Dato’ Yang Di-Pertua.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, 5 minit.

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Setengah jam terganggu, boleh pengsan berdiri saya Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 1:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat duduk tadi.

[Ketawa]

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berbahas. Saya terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada lakaran sejarah dalam menyatakan sokongan terhadap pembentukan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025.

Ini bukan lakonan, bukan cubaan. Rang Undang-undang ini merupakan langkah penting bagi mengembalikan semula Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada tahun 1992. Dengan pemulihan ini kita dapat memastikan Parlimen mempunyai autonomi dalam pentadbiran dan kewangan sejajar dengan prinsip pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Bukan untuk mengancam tetapi untuk memulihkan. Namun terdapat beberapa aspek dalam RUU ini yang memerlukan penelitian lanjut. Saya ingin menyentuh tiga isu utama iaitu struktur dan pelantikan kakitangan, autonomi kewangan Parlimen dan pembentangan laporan tahunan Parlimen.

Yang pertama, struktur dan pelantikan kakitangan. RUU ini akan membolehkan Majlis Perkhidmatan Parlimen menguruskan pelantikan dan perkhidmatan kakitangan secara bebas. Ini suatu langkah yang baik. Namun kita perlu memastikan pelantikan Ketua Pentadbir Parlimen benar-benar bebas daripada pengaruh eksekutif.

Oleh kerana itu, saya ingin mencadangkan agar Ketua Pentadbir Parlimen mestilah sebahagian daripada Perkhidmatan Parlimen dan tidak diambil daripada perkhidmatan awam. RUU perlu memperincikan syarat pelantikan Ketua Pentadbir Parlimen agar ia benar- benar bebas daripada campur tangan eksekutif.

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang kedua, autonomi kewangan Parlimen. Salah satu elemen yang penting dalam pemisahan kuasa ialah kebebasan kewangan. Namun, di bawah RUU ini peruntukan tahunan Parlimen masih lagi bergantung kepada kementerian kewangan. Maka, Parlimen Malaysia masih tidak mempunyai mekanisme khas untuk menentukan perbelanjaan sendiri. Berbeza dengan negara-negara Komanwel seperti Australia dan United Kingdom.

Belum lagi ada mekanisme semakan bebas terhadap bajet Parlimen tanpa kawalan daripada eksekutif. Maka, saya mencadangkan satu jawatankuasa khas dalam Parlimen perlu ditubuhkan untuk mengawal perbelanjaan dan bajet secara bebas. Seperti Parliamentary Budget Office, yang diamalkan di Kanada.

draft • 1:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mewujudkan laporan tahunan kewangan yang dibentangkan secara terbuka bagi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. Yang ketiga, pembentangan Laporan Tahunan Parlimen. RUU ini mencadangkan Laporan Tahunan Parlimen dikemukakan kepada Yang di- Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Namun tiada jaminan laporan ini akan dibahaskan di Parlimen. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar pembentangan Laporan Tahunan dijadikan sebagai satu kewajipan untuk dibahaskan di Parlimen seperti yang berlaku di Australia dan juga United Kingdom.

Dato’ Yang di-Pertua, RUU Parlimen ini adalah merupakan satu langkah penting bagi memastikan institusi Parlimen benar-benar bebas dan berfungsi secara berkesan. Dalam masa yang sama, kita perlu memperhalusi beberapa perkara agar autonomi Parlimen bukan sekadar sebuah naskhah rasmi tetapi suatu realiti memperkukuhkan demokrasi. Saya cukup menyedari RUU ini tidak sempurna. Kita boleh sahaja bersikap tidak bersetuju atau berkecuali di atas kekurangannya. Namun saya ingin mengingatkan sebuah kaedah fiqah yang menyebut...

[Berucap dalam bahasa Arab] Kalau tidak dapat dilakukan semuanya, jangan tinggalkan semuanya. Saya yakin Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kuala Krau sangat setuju dengan saya kerana mereka mengaji fiqh Muwazanah, mereka mengaji fiqh al- Awlawiyyat.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh, boleh mencelah? Shah Alam.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Hendak habis, hendak gulung dah saya.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit sahaja.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sila, sila.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, kami bukan menolak. Sebab kaedah itu kita guna juga. Bukan tolak semua, bukan terima semua. Cuma menangguh supaya dibincangkan dengan lebih teliti, lebih mendalam.

[Tepuk] Jadi bukan kami tidak faham kaedah usul fiqh itu, faham. Tidak tolak.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar. Sebab itulah RUU adalah sebuah dokumen yang hidup. Jadi, jangan kita matikan sebelum ianya dihidupkan.

draft • 1:40 PM

Seorang Ahli

Ya.

[Tepuk]

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Oleh kerana itu, sewajarnya kita menyokong usaha murni ini sambil terus memperbaikinya demi kepentingan negara dan juga pertiwi.

Saya percaya RUU ini adalah langkah awal. Langkah awal Parit Buntar kepada sebuah institusi Parlimen yang bebas yang sentiasa melalui proses penambahbaikan.

Ia merupakan satu reformasi berani, Kerajaan MADANI yang akan disokong oleh pembangkang juga kerana mereka sudah nampaknya mula menyedari. Saya ingin ucapkan kredit kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tuan Speaker dan semua yang terlibat menjayakan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan sepenuh hati dan sesuci hati, Shah Alam mohon menyokong.

draft • 1:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Seterusnya Yang Berhormat Rasah.

draft • 1:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 pada hari ini yang mana kita hendak hidupkan semangat asal di awal negara kita mencapai kemerdekaan dengan adanya Parlimen dan kita ada Akta Perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun tidak ada.

Syabas dan tahniah kepada kerajaan, menunjukkan komitmen Kerajaan Malaysia MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat PMX dengan kerjasama daripada Speaker Dewan Rakyat dan juga pihak Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri yang menjadikan akta ini boleh dibentangkan, dibahaskan pada hari ini.

Ia juga selaras dengan janji kerajaan untuk mereformasikan institusi. Reformasi Parlimen merupakan salah satu reformasi yang amat mustahak dan selaras dengan doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Jadi, semalam kita mengorak langkah untuk membuat pindaan terhadap tiga fasa dalam Perlembagaan kita dan hari ini kita bahaskan untuk rang undang-undang yang baru ini.

Ada beberapa perkara Dato’ Speaker, yang saya hendak sebutkan yang saya rasa perlu diambil perhatian supaya akta ini dalam keadaan yang lebih baik. Yang pertama, di bawah seksyen 11 dalam draf yang dicadangkan berkenaan dengan jawatan Ketua Pentadbir Parlimen yang dikatakan sebagai ex officio kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Cuma masalahnya di sini, ex officio walaupun sebagai ex officio sahaja tetapi Ketua Pentadbir Parlimen sendiri jawatannya tidak termasuk dalam Perkhidmatan Parlimen, tetapi dalam perkhidmatan awam yang sedia ada. Saya anggap ini sebagai sesuatu yang perlu

draft • 1:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

diberikan perhatian, lebih-lebih lagi jawatan Ketua Pentadbir Parlimen ini diberikan kuasa yang sangat luas. Saya nampak Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Parlimen, termasuk perkara kewangan perkhidmatan Parlimen.

Kita hendak letakkan seorang pegawai tinggi yang bukan dalam perkhidmatan Parlimen untuk menjaga hal ehwal berkaitan dengan perkhidmatan Parlimen. Saya nampak ada kemungkinan boleh timbul sesuatu yang bukan kita niatkan ya, yang boleh tersasar daripada niat asal kita menggubal akta ini. Jadi saya mohon kepada pihak kerajaan supaya dipertimbangkan. Adakah lebih baik? Saya rasa lebih baik sekiranya Ketua Pentadbir Parlimen sendiri boleh diletakkan di bawah akta ini, perkhidmatan Parlimen sendiri supaya Parlimen jaga Parlimen menjadi satu kenyataan di bawah sistem yang kita ada.

Seterusnya di bawah seksyen 12, dana. Ya betul, kita perlukan dana dan ayat itu sangat singkat. Dikatakan bahawa kerajaan hendaklah mengadakan dana yang mencukupi.

Dana yang mencukupi membawa maksud apa? Siapa yang menentukan? Siapa yang ada kata putus akhir? Berapakah dana yang dikatakan cukup? Speaker yang tentukan?

Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara tentukan ataupun MOF yang tentukan? Itu yang saya rasa sesuatu perlu dipastikan perkara ini sebab tanpa dana yang cukup Dato’ Speaker, saya rasa banyak reformasi yang kita harapkan, banyak gerak kerja yang kita harapkan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Jadi, saya hendak cadangkan begitu. Saya nampak ada tiga jawatankuasa yang digariskan di bawah rang undang-undang ini iaitu di bawah Majlis yang diadakan.

Satu, Jawatankuasa Kenaikan Pangkat. Kedua, Jawatankuasa Tatatertib dan ketiga, Jawatankuasa Rayuan. Boleh tidak dimasukkan jawatankuasa yang keempat, iaitu Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan? Walaupun saya tahu di bawah seksyen 10 yang dicadangkan tersebut, Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) boleh mewujudkan, menubuhkan jawatankuasa pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

Tetapi adalah lebih baik, lebih sesuai manfaat sekiranya Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan terus dimasukkan supaya nampak. Kita ada satu pentadbiran kewangan yang lebih tersusun. Berapa banyak dana yang diperlukan daripada kerajaan dalam belanjawan negara dan saya hendak sebutkan segala perbelanjaan bajet untuk perkhidmatan Parlimen ini perlu dibentangkan dalam Dewan ini untuk tujuan ketelusan.

Kita hendak rakyat kita tahu bukan setakat Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) sahaja tahu, kita hendak rakyat tahu bagaimana Parlimen yang diberikan kuasa menggunakan dana awam untuk kepentingan sistem yang kita sedia ada supaya rakyat faham.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga hendak sebutkan satu perkara. Saya mohon sedikit masa tambahan berkenaan dengan JKPK. Kita ada 10 Jawatankuasa Pilihan Khas. Yang Berhormat Dato’ Speaker pun salah seorang, saya salah seorang. Apa kesukaran yang kita

draft • 1:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

hadapi, kita sama-sama tahu. Masalahnya bukan setakat dana tak cukup. Dana tak cukup itu betullah, itu yang pertama. Yang kedua, banyak perkara yang tidak dapat digerakkan sebab kekurangan penyelidik kakitangan.

Saya harap supaya JKPK sendiri diberikan satu fungsi, satu tambahan supaya semua rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh pihak eksekutif dalam Dewan yang mulia ini sebelum bacaan, kalau boleh sebelum bacaan pertama lagi sebelum blue bill ini ada lagi. Bincang dengan JKPK yang berkenaan. Saya berikan satu contoh yang terbaik yang saya rasa boleh kongsi bersama oleh semua yang ada dalam Dewan ini, saya memberikan kredit kepada Kementerian KUSKOP.

Kementerian KUSKOP dalam merangka satu akta baru yang akan menggantikan Akta Koperasi dan saya jangkakan mereka akan membentangkan untuk bacaan pertama dan kedua pada sesi yang datang, Jun dan Julai. Tetapi sesi libat urus dengan JKPK yang saya jadi pengerusi telah diadakan lebih awal supaya libat urus ini benar-benar membawa makna dan kami boleh memberikan input terhadap semua RUU.

draft • 1:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya harap langkah yang sama boleh dihormati ataupun dituruti oleh semua kementerian yang lain supaya akhirnya Dewan ini, Parlimen ini menjadi suatu institusi yang bermakna dan saya hendak sebutkan Dato’ Speaker saya pernah sebut, Dato’ Speaker pernah dengar ketika mesyuarat.

Saya hendak sebutkan untuk penjimatan kos. Ini melibatkan dana awam daripada rakyat, wang pembayar cukai dan sebagainya. Untuk Ahli Parlimen, untuk JKPK, ini mungkin ada kawan-kawan JKPK mungkin marah dengan saya. Semua penerbangan antarabangsa yang melibatkan lawatan kerja luar negara JKPK, jangan gunakan business class. Saya pernah cadangkan. Saya harap perkara ini adalah antara kata orang reformasi Parlimen yang kita perlu adakan supaya dana awam tidak dibazirkan hanya untuk kepentingan Ahli-ahli Parlimen tertentu naik penerbangan business class. Kalau rakyat boleh naik kelas ekonomi, apa salahnya Ahli Parlimen juga naik penerbangan kelas ekonomi supaya kita sama-sama mereformasikan institusi

draft • 1:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

yang hanya mengangkat ─ Ha, ini ada yang tengah bising, kawan saya tetapi saya kena sebut secara terbuka. Saya tahu ada kawan-kawan akan marah tetapi inilah cara dia, kita hendak berdepan dengan rakyat. Inilah reformasi yang kita hendak uar-uarkan walaupun kita sendiri, saya tahu...

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat...

draft • 1:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Duduk di business class jauh lebih selesa, boleh tidur dan sebagainya tetapi kalau business ─ kalau rakyat boleh duduk economy class, kenapa kita tidak boleh? Jadi, saya minta itu sahaja cadangan saya. Ada lagi satu poin, sebab masa tak mengizinkan. Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, rakyat Malaysia, orang muda, Ahli Parlimen, UMNO, UMDAP.

Speaker yang dikasihi.

Saya Yang Berhormat, pertama sekali saya hendak ucap terima kasih kepada penjawat awam, pihak eksekutif yang telah membantu kita selama ini. Saya hendak beritahu gaji Ahli Parlimen yang semua anda sekarang ini sedang menikmatinya dengan hebat dan dahsyat telah dibawa beberapa kali dan kali yang terakhir telah dibawa pada jam pukul 3 pagi. Yang Berhormat Speaker pun ada. Maka telah diluluskan sebulat suara. DAP pun setuju, setuju angkat tangan semua, tetapi setelah dibuat libat urus yang dahsyat.

Jadi, terima kasih di antara pegawai saya sebagai Menteri masa itu, di antara pegawai-pegawai yang tolong saya ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri tolong saya habis-habisan untuk menyediakan saraan Ahli-ahli Perdana Menteri yang untung ialah tuan-tuan sekalianlah. Ahli Parlimen di belakang kita sedikit, oleh kerana tidak ada pelarasan gaji, maka mereka berapa di peringkat gaji mereka, di belakang kita.

Maknanya saya ambil Ahli Parlimen Arau ini daripada orang lain, hat yang itu dia tidak dapat. Tetapi Ahli Parlimen selepas itu dia dapat kemudahan seperti sekarang. Malah Senator yang dilantik selepas zaman itu lebih tinggi pencennya daripada Ahli Parlimen yang terkebelakang.

Jadi, terima kasih Jabatan Perkhidmatan Awam sebab telah ada disebut perkataan kononnya kita dikongkong oleh pihak eksekutif. Kalau mereka tidak tolong, kita tidak ada di tahap ini. Saya tahu Yang Berhormat tidak ada, kebanyakan orang tidak ada, PMX ada. Saya disebutkan ada tetapi saya hendak tengok Hansard apa yang saya cakap dimansuhkan pada tahun 1992.

Tuan-tuan, bukan dimansuh kerana keseronokan ataupun sifat sadis kita.

Dimansuhkan sebab ada masalah. Di antara masalah besarnya ialah apabila jawatan yang dipegang itu kita tunggu sahaja sampai pencen baru boleh selesai. Itu masalahnya itu. Jadi, selepas itu dimansuhkan dan sekarang duduk di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kita ada seperti sekarang, selepas itu kita pun buat pindaan untuk buat hidupkan balik. Tidak ada masalah. Itu pada zamannya tetapi selepas ini mungkin ada masalah sebab kita kena ingat bahawa orang yang kita lantik ini dia akan duduk sampai pencen. Kita Ahli Parlimen ini kadang-kadang orang bercakap, tadi ada dua tiga orang bercakap, itu bagus.

Dia kena faham ini bukan untuk kita. Ini adalah untuk perkhidmatan Parlimen. Bukan untuk Ahli Parlimen. Itu kena fikir itu, gaji dan saraan masih di pihak kerajaan. Jadi, untuk perkhidmatan Parlimen, jadi cuma tambah beberapa perkara termasuk...

draft • 1:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Arau, minta sedikit, Arau.

draft • 1:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Termasuk kertas pink yang digunakan...

draft • 1:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Arau, minta laluan.

draft • 1:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 1:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak minta penjelasan daripada Arau. Adakah staf kakitangan ini, sekiranya diluluskan PSA ini, yang mana yang terbuka akan balik dikeluarkan dan JPA tidak lagi terlibat untuk hendak mengambil kakitangan baharu.

Dalam Parlimen ini hanyalah melibatkan yang diputuskan oleh Speaker sahaja.

draft • 1:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Masuk dalam untuk apa yang saya ucap. Saya ingat Menteri boleh jawab. Jadi, terima kasih.

Keduanya Yang Berhormat, setelah dimasukkan pindaan di sini iaitu memasukkan Ahli Parlimen pembangkang sebanyak dua orang tetapi dua orang daripada 11 orang. Ada beberapa Ahli Parlimen sebut tadi, dia kata daripada 11, kenapa ambil dua? Tidak bolehkah ambil 6 – 5. Itu baru ada keadilan sebab kita hendak bincang kerana kes kelmarin dan sebagainya, kita jangan lupa hari ini bukan kes kelmarin. Hari ini ialah Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen, kami semua sokong tidak ada masalah.

Kelmarin kami sokong tetapi kami minta buat pindaan tetapi didegilkan tak nak dimasukkan pindaan yang dicadangkan. Hari ini telah dimasukkan pindaan walaupun pindaan itu tidak adil. Daripada 11 hanya lantik dua. Saya hendak tahu, kalau sekiranya dua orang itu tidak dapat hadir ─ seorang selesema, seorang kena penyakit apa, akhirnya MPP itu dia bermesyuarat tanpa pembangkang.

Jadi kalau lantik 6 – 5 itu, kurang-kurangnya ada orang kata ruang tetapi macam mana pun sudah pasti pihak kerajaan tidak akan berbuat demikian sebab mereka hendak cakap mereka adil. Rakyat ─ saya hendak beritahu adil cop apakah kalau sekiranya mereka sembilan, kami dua. Adil, adil ya reformasi saya setuju. Reformasi MADANI dibuat perubahan memang tugas dia buat perubahan. Zaman itu, itu dia kita layak zaman itu. Zaman sekarang, zaman sekarang. Zaman Tun Mahathir dia buat Twin Tower. Sekarang dia mungkin hendak buat lima tower ka, mana tau. Ini zaman sekarang, moden, MADANI tetapi kalau MADANI tidak adil. Saya tak mahu cakap fasal peruntukan sebab dia kata tidak payah cakap fasal peruntukan. Kita macam begging pula di bulan puasa ini. Hendak bagi, bagi. Tidak mahu, sudah. Masa sembahyang terawih nanti angkat tangan berdoa, “Ya Allah, Ya Tuhanku... [Membaca doa dalam bahasa Arab]

draft • 1:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bercakap tanpa pembesar suara] Aamin.

draft • 1:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“Ya Allah Ya Tuhanku, cepatkan taubat atau azab kepada mereka yang menzalimi kami”.

draft • 1:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bercakap tanpa pembesar suara] Aamin.

draft • 1:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Keduanya Dato’ Speaker ialah jawatankuasa ini sebenarnya memberi kuasa yang mutlak, hebat kepada Speaker, alhamdulillah. Saya pun sokong sebab Speaker boleh buat keputusan. Masalahnya sekarang ini Speaker, apakah Speaker mampu untuk beri keadilan.

Yang Berhormat, semasa kita hendak buat Rang Undang-undang Lompat Parti, kita bermesyuarat memberi pandangan-pandangan, pendapat semua pihak membuat macam- macam cadangan. Akhirnya ada Akta Anti Lompat Parti. Kita pun buat pindaan Perlembagaan, semua sokong. Hat yang ini tidak ada langsung dibuat. Cuma dipanggil pagi itu untuk bincang. Panggil pagi itu, saya Ahli Jawatankuasa Dewan tidak dipanggil. Tidak nampak saya, cari. Di manakah? Mungkin mereka telefon saya tidak angkat. Tidak dipanggil.

Jadi, kita tidak libatkan urus semua, tiba-tiba kita buat pindaan selepas itu dapat 148, kita pun bergembira seronok. Tidak, belum seronok lagi. Selepas kita buat MPP ini, baru kita tengok kesan daripada apa yang kita buat. Tetapi saya hendak beritahu kepada rakyat Malaysia, kita tidak mendapat keadilan dan kelmarin kami bukan menentang. Kami berkecuali kerana kami hendak dimasukkan cadangan pindaan supaya keadilan itu dapat ditegakkan kepada semua. Pada masa sekarang, undang-undang ini...

draft • 1:51 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 1:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kita terpaksa sokong walaupun tidak adil kepada kami sebab kami tidak mahu anggota perkhidmatan Parlimen itu nanti pandangannya kurang bagus. Kita hendak bagi kita menyokong tetapi dengan pindaan ini kita dapati bahawa terdapat satu kumpulan yang berkuasa mutlak, yang puak-puak kami hanya tengok dan pandang tetapi tidak ada apa-apa masalah, tuan-tuan. Kita angkat tangan, kita ada Allah SWT, berdoa semoga kezaliman tidak dihentikan dan beri keadilan kepada kami.

draft • 1:51 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 1:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Speaker Paya Besar yang saya tahu akan membuat beberapa keputusan yang penting masa akan datang.

draft • 1:51 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Tanjong Piai.

draft • 1:51 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berbahas dalam Rang Undang- undang Perkhidmatan Parlimen yang saya kira cukup bersejarah pada hari ini. Setelah 33

draft • 1:59 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

tahun dimansuhkan, akhirnya RUU ini dikembalikan bagi mengiktiraf prinsip autonomi Parlimen secara rasmi dan seterusnya menguruskan fungsi pentadbirannya secara berasingan daripada sistem perkhidmatan awam.

draft • 1:59 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya menyambut baik cadangan penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) yang merupakan sebahagian daripada kerangka terbesar dalam RUU ini. Pastinya MPP yang akan menjadi majlis tertinggi di Parlimen selepas ini akan membolehkan Parlimen ini menentukan hala tujunya dengan bebas tanpa terikat kepada mana-mana pihak atau cabang pentadbiran negara. Namun, terdapat beberapa perkara yang saya dapat perhatian daripada kerajaan berhubung MPP ini. Pertamanya adalah apakah justifikasi penetapan komposisi MPP ini terutama hanya empat orang Ahli Dewan Rakyat dan dua orang Senator yang akan menyertai MPP ini.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Bagaimanakah pemilihan ahli-ahli MPP ini akan dibuat dan apakah telah ditetapkan keseimbangan empat orang Ahli Dewan Rakyat ini iaitu dua orang Ahli dari pihak kerajaan dan dua orang Ahli dari pihak pembangkang? Hal ini kerana saya berpandangan elemen keadilan itu perlu diterapkan dengan penyertaan daripada pihak kerajaan dan pembangkang secara konsensus di dalam MPP ini. Maka, adalah baik sekiranya wakil dari kedua-dua pihak dapat turut bersama-sama di dalamnya.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh mengenai kedudukan Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) dan Setiausaha Dewan Negara (SUDN) yang dijadikan sebagai terbuka atau open post. Ini menimbulkan sedikit kekhuatiran banyak pihak apabila dilihat membuka ruang terhadap unsur-unsur kronisme. Mungkin pihak kerajaan boleh menjelaskan dengan lebih baik, apakah rasional dijadikan kedudukan SUDR dan SUDN ini sebagai open post bagi meredakan salah faham mereka yang melihat ketetapan baharu ini daripada sudut pandangan negatif.

Bagaimanakah pula skala gaji dan jaminan bagi tempoh maksimum perjawatan bagi jawatan SUDR dan SUDN ini mengikut cadangan terbaharu? Saya berpandangan sangat wajar untuk kita memberikan penghargaan tertinggi kepada kedua-dua kedudukan ini yang sangat dihormati di Dewan yang mulia ini. Sudah tiba masanya kedudukan SUDR dan SUDN ini diletakkan setara dengan bidang tugas serta fungsinya yang sangat mencabar dalam pengurusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya terus berpandangan bahawa semua kakitangan Parlimen perlu ditempatkan di bawah Perkhidmatan Parlimen atau sekurang- kurangnya sebahagian besar Jabatan Parlimen harus disenaraikan secara jelas sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Parlimen. Namun di dalam RUU ini, ia tidak berlaku.

draft • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Sistem hibrid yang dicadangkan ini secara tidak langsung telah membezakan pengurusan Parlimen dan pengurusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Justeru, saya berhasrat untuk mendapatkan penjelasan mengenai rasional pelaksanaan sistem hibrid ini dan sejauh manakah ia memberikan peluang serta masa depan kerjaya kakitangan Parlimen yang lebih baik pada masa hadapan.

Pindaan ini membabitkan masa depan mereka dan kita semua. Setelah sekian lama, kita akhirnya berpeluang untuk mengubah sesuatu yang menjadi lebih baik dan saya berharap dengan RUU ini, kita berjaya memperkukuhkan salah satu institusi demokrasi terpenting di negara ini dengan penuh rasa bertanggungjawab. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini. Sekian, terima kasih.

draft • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Tampin.

draft • 2:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismilllahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 ataupun Parliamentary Services Act (PSA). Saya bangun untuk menyokong RUU ini bagi memastikan agenda reformasi undang-undang dan institusi dapat dilaksanakan oleh kerajaan terhadap tunjang utama badan demokrasi negara.

Syabas diucapkan kepada kerajaan dan pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha untuk memulihkan kebebasan pentadbiran Parlimen. Semoga dengan terlaksananya pembaharuan ini nanti, Parlimen Malaysia dapat menjalankan fungsinya sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas untuk manfaat dan kebaikan rakyat.

Tan Sri Speaker, sebagaimana yang diketahui, usaha mewujudkan semula PSA bukanlah suatu perkara yang baharu yang memeranjatkan. Sebelum ini, mantan Yang di- Pertua Dewan Rakyat pernah mengusulkan agenda pembaharuan ini. Walau bagaimanapun, usaha itu telah terbantut dan didakwa tidak mendapat persetujuan dari sekitar 70 peratus kakitangan Parlimen.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan.

Apakah perkara yang telah mendorong kepada kegagalan reformasi Parlimen yang pernah diusahakan sebelum ini dan bagaimanakah pula keadaannya ataupun sokongan mereka terhadap cadangan penggubalan RUU PSA pada kali ini? Saya berharap perkara ini dapat diambil kira oleh kerajaan supaya tidak timbul isu ketidakpuasan hati dalam kalangan kakitangan Parlimen yang sedang berkhidmat ketika ini.

Tan Sri Speaker, umum mengetahui Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab untuk memantau perjalanan persidangan, membantu dan

draft • 2:03 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan ketika bersidang. Selaras pindaan fasal 2 Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan, Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan bukan anggota perkhidmatan awam secara lantikan kontrak. Ini bermakna kedua-dua jawatan ini akan terbuka ataupun bersifat open post untuk diisi oleh mana-mana individu yang berkelayakan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, bagaimanakah kaedah atau proses lantikan kedua-dua Setiausaha Dewan ini akan dibuat. Siapakah individu atau pihak yang mempunyai autoriti untuk memberi cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan adakah wujudnya sebarang syarat atau kriteria tertentu yang digariskan menerusi RUU PSA ini? Saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan garis panduan awal berhubung tatacara dan latar belakang individu yang boleh dilantik untuk mengisi kedua-dua jawatan penting ini.

Perkara ini mustahak untuk dilaksanakan supaya nama baik institusi Parlimen tidak dicemari dengan sebarang fitnah ataupun tohmahan yang mungkin timbul pada kemudian hari. Saya berpendapat tiada gunanya kebebasan pentadbiran institusi Parlimen ini sekiranya posisi penting di kedua-dua Dewan ini diisi dengan lantikan politik secara semberono tanpa mengambil kira latar belakang seseorang.

Tan Sri Speaker, setelah tempoh masa peralihan berakhir yang mana telah ditetapkan tidak melebihi dua tahun, sebelum RUU PSA ini berkuat kuasa secara sepenuhnya kelak, saya ingin mengetahui apakah harapan di pihak kerajaan terhadap kebebasan pentadbiran institusi Parlimen ini. Secara peribadi, saya sama sekali tidak mahu tragedi pahit pada tahun 1992 berulang pada masa akan datang yang mana pada tahun itu, pemansuhan PSA terpaksa diwartakan kerana terdapat pertentangan antara Speaker Dewan Rakyat dan kakitangan Parlimen, termasuklah masalah dalaman dan isu-isu berkaitan.

Persoalan saya, adakah cadangan RUU PSA kali ini telah mengandungi perkara- perkara yang boleh menghindari daripada berulangnya sejarah hitam tersebut dan apakah pembaharuan yang telah digariskan menerusi cadangan PSA pada kali ini supaya tidak akan wujud sebarang percanggahan antara Majlis Perkhidmatan Parlimen dan kakitangan awam.

Tan Sri Speaker, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala pandangan dan persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian pihak kerajaan.

Tampin mohon menyokong. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 2:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Tanjong Karang.

draft • 2:03 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tanjong Karang mengambil tanggungjawab menyokong penuh terhadap Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 sebagai satu langkah untuk

draft • 2:08 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

reformasi institusi Parlimen yang amat diperlukan bagi memperkasakan cabang legislatif dan mendukung Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

RUU ini menandakan komitmen kita untuk memastikan institusi Parlimen berfungsi dengan lebih bebas, telus, efisien dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan penggubal undang-undang tertinggi negara sebagai entiti bebas yang tidak lagi disifatkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam. Ini adalah satu langkah penting untuk memperkukuhkan prinsip pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman selaras dengan amalan demokrasi matang.

Institusi Parlimen harus mempunyai autonomi kewangan, sumber manusia dan operasi tanpa campur tangan pihak eksekutif. Dana peruntukan institusi Parlimen perlu dikawal oleh badan Parlimen sendiri bukan oleh kementerian kerajaan dan badan bebas seperti Ketua Audit Negara perlu memantau kewangan Parlimen bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan serta meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran Parlimen.

draft • 2:08 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini turut memberikan penekanan kepada aspek pembangunan sumber manusia dalam institusi Parlimen itu sendiri. Dengan penyelarasan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, kita dapat memastikan pembangunan kerjaya pegawai dan kakitangan Parlimen tidak terjejas. Mereka wajar diberikan struktur perkhidmatan yang setara, peluang kenaikan pangkat yang adil serta manfaat yang bersesuaian dengan peranan mereka yang unik dalam demokrasi negara, sistem demokrasi negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan Tanjong Karang ingin bertanya dan memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kenapa bahagian atau komponen yang paling penting iaitu soal Ahli Parlimen langsung tidak dimasukkan di dalam RUU ini? Rasanya tidak lengkap atau seperti tidak bermakna RUU ini apabila Ahli Parlimen bukan sebahagian daripada RUU ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, institusi Parlimen harus mengiktiraf Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat secara saksama, sama ada Ahli Parlimen kerajaan ataupun Ahli Parlimen pembangkang kerana kedua-duanya berperanan penting dan mempunyai peranan tersendiri di dalam sistem Demokrasi Berparlimen.

RUU Perkhidmatan Parlimen mesti menggariskan kedudukan Ahli Parlimen dengan jelas bagi memastikan ketelusan, kesaksamaan dan keberkesanan dalam membantu rakyat tanpa mengira parti politik bagi memastikan rakyat di setiap kawasan mendapat manfaat yang adil, efektif dan telus serta mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan dana.

Antara perkara-perkara penting sebagai penambahbaikan yang mesti dimasukkan dalam RUU ini adalah pertimbangan sama rata di antara Ahli Parlimen kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang. Antaranya adalah peruntukan pengurusan kawasan Parlimen,

draft • 2:10 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

peruntukan pembangunan kawasan Parlimen, peruntukan program mesra rakyat, termasuk juga mekanisme penyaluran peruntukan dan ketelusan serta akauntabiliti itu sendiri.

Kesimpulannya, Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini bukanlah soal politik kepartian tetapi adalah soal kepentingan institusi legislatif negara kita. Dengan kelulusan RUU ini, kita membuka lembaran baharu dalam sejarah Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi Parlimen yang lebih bebas, lebih profesional dan lebih berdaya tahan dalam mendukung kepentingan rakyat dan negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, dengan izin, Tanjong Karang mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh. Saya jemput pembahas terakhir, Kota Melaka. Silakan.

draft • 2:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, akhirnya rang undang-undang untuk menubuhkan sebuah perkhidmatan Parlimen berjaya dibentangkan di Parlimen. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, YB Tambun dan terutamanya kepada Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, YB Pengerang dan juga semua barisan anggota Jemaah Menteri yang telah menyokong akta ini dalam mesyuarat Kabinet.

Tan Sri Speaker, mereka telah mencapai sesuatu yang kerajaan lain sebelum ini yang tidak mampu melakukannya dan kita telah tunggu 33 tahun. Saya lihat tahun ini akan merupakan satu tahun reformasi kerana minggu lepas kita baru sahaja luluskan satu akta iaitu Akta Majlis Media Malaysia, di mana juga merupakan satu reformasi memberi kebebasan bersuara, kebebasan media. Saya sokong rang undang-undang ini dan usaha- usaha berterusan untuk menubuhkan sebuah Parlimen Malaysia yang kukuh dan berautonomi.

Tan Sri Speaker, tidak dapat dinafikan bahawa RUU ini masih ada ruang untuk kita perbaiki, ya. Saya mengalu-alukan kesediaan dan ketelusan Menteri Undang-undang untuk memperakui bahawa penambahbaikan diperlukan dan untuk memberi komitmen bahawa penambahbaikan akan dilakukan kepada akta ini dalam tempoh peralihan dua tahun yang akan datang.

Sebab itu kita lihat selepas Kerajaan MADANI mendengar pandangan dan juga suara daripada semua pihak, mereka sudi membuat pindaan bagi rang undang-undang di peringkat Jawatankuasa. Jadi, ini satu petanda yang baik.

Saya lihat Akta RUU Perkhidmatan Parlimen ini sudah – kira sudah perfect, ya, pada peringkat ini. Barangkali kita perlu kerja kuat sikit untuk kita capai markah A, ya, kita nak score A ni. Mungkin sekarang ialah B+, kita nak A. Maka di sini saya ingin merumuskan beberapa

draft • 2:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

penambahbaikan utama yang diperlukan dan saya harap bahawa Menteri Undang-undang akan memberikan komitmen jelas dan spesifik bahawa kerajaan akan memenuhi penambahbaikan ini dalam tempoh peralihan.

Yang pertama iaitu berkaitan dengan isu akauntabiliti, di mana Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) seharusnya dipertanggungjawabkan kepada kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Jadi, saya sokong dua cadangan yang telah dikemukakan oleh ramai pihak termasuk rakan saya di Dewan ini iaitu penubuhan sebuah jawatankuasa bersama atau dengan izin, joint committee untuk menasihat dan memantau tugas dan aktiviti MPP termasuk perkara-perkara berkaitan dengan hal ehwal kewangan Parlimen.

Ini ada berkaitan dengan check and balance dan sebuah jawatankuasa bersama ini juga mampu menjadi saluran bagi mengumpulkan input daripada ahli-ahli kedua-dua Dewan mengenai belanjawan Parlimen.

Saya juga sokong cadangan bahawa MPP harus membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen, kalau boleh kita bahas di Parlimen laporan tahunan tersebut yang merangkumi penyata kewangan. Kewajipan ini harus dimasukkan di dalam Peraturan- peraturan MPP dan selanjutnya dalam Akta Perkhidmatan Parlimen melalui pindaan seterusnya.

Penambahbaikan yang kedua ialah di mana ada antara Ahli-ahli Dewan ini yang meluhurkan kebimbangan bahawa perkhidmatan Parlimen baru ini mungkin akan membawa risiko nepotisme dalam pengambilan kakitangan. Jadi, ada juga antara kalangan masyarakat sivil yang menyatakan kebimbangan bahawa RUU ini tidak akan menjamin dan melindungi kakitangan-kakitangan Parlimen iaitu impartiality dan juga non-partisanship, ya, dengan izin.

Maka, peraturan-peraturan pekerjaan di Parlimen harus mengandungi peruntukan yang menghalang nepotisme dan yang mewajibkan kesemua kakitangan Parlimen untuk menjalankan tugas secara saksama dan tanpa berpihak dan demi kepentingan terbaik Parlimen.

Kota Melaka, ya Tan Sri Speaker, saya selaku Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, saya juga harap supaya JKPK kami akan diberi peluang untuk mendapatkan penerangan dan juga laporan berkala daripada kumpulan nukleus untuk memastikan penambahbaikan akan dilaksanakan secara cekap dan berkesan. Saya harap YB Menteri akan memberi komitmen yang spesifik Kerajaan MADANI untuk menyokong dan mengusahakan cadangan ini yang mencerminkan harapan dan kehendak kebanyakan Ahli Dewan ini dan juga masyarakat sivil di luar Dewan.

Tan Sri Speaker, saya minta sedikit masa untuk saya landing, ya. Di mana saya lihat semalam kita baru sahaja luluskan satu pindaan Perlembagaan di mana pembangkang mereka ambil keputusan berkecuali. Jadi, nanti kita akan lihat sama ada pihak pembangkang apakah keputusan mereka. Sama ada mereka tolak, setuju ataupun berkecuali.

draft • 2:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akan tetapi saya nak tekankan di sini kepada masyarakat sivil di luar sana. Di mana apabila blue bill ini dibentangkan pada 24 Februari di Parlimen, 28 Februari, BERSIH bersama dengan beberapa CSO yang lain mereka kata blue bill ini hanya sekadar dapat 2C, 2E, 1E, 2C, 2D, 1E, ya. Mereka lihat daripada aspek pemimpin, autonomi, kewangan, perkhidmatan kepada Ahli Parlimen juga ketanggungjawaban awam.

Jadi, hari ini saya nak mereka lihat, ya, penyokong rakyat Malaysia di luar sana lihat, CSO di luar sana lihat. Apabila kita cuba nak membuat sesuatu pembaharuan untuk kebaikan Parlimen, apa yang dilakukan oleh pembangkang? Mereka ambil berkecuali, sikap berkecuali. Jadi, saya harap supaya BERSIH dengan NGO yang lain yang awal-awalnya hanya bagi kita sekadar 2C, 2D dan 1E...

draft • 2:13 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Ha, tak lulus UPSR.

draft • 2:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Barangkali mereka harus, ya, mereka harus semak semula, ya, kenyataan mereka.

draft • 2:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab selepas kerajaan dengar suara mereka, kita bentangkan pindaan di peringkat Jawatankuasa. Itu ertinya, kita dengar suara mereka. Pihak pembangkang kata, mereka tak dapat sokong sebab mereka berkecuali kerana mereka tidak terlibat dalam libat urus. Saya nak tekankan di sini Tan Sri Speaker, sebenarnya Bahagian Hal Ehwal Undang-undang telah adakan libat urus dengan semua Ahli Parlimen pada 13 Februari di Parlimen ini. Tan Sri Speaker tahu berapa Ahli Parlimen daripada pembangkang yang hadir dalam libat urus tersebut? Kita ada 68 pembangkang di sini. Hanya sekadar 12 saja. 12 saja Ahli pembangkang yang hadir di libat urus tersebut. Di sini mereka kata, mereka tak ada ruang untuk nak bersuara.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, masa.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tetapi kita sudah ─ bila kita buat libat urus, daripada 68 pembangkang, hanya sekadar 12 saja yang hadir.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, landing.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini telah menunjukkan mereka cuba ya, wayang-wayang dalam Parlimen, kononnya mereka tidak ada ruang. Itu tidak betul.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Standing order, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dan juga Tan Sri Speaker, dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Standing order, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada standing order. Berapa itu?

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

36(6).

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(6). Bacakan, apa dia?

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Seseorang Ahli tidak boleh ─ Maaf, 36(12).

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(12), tukar ya?

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang kelirunya?

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, beliau ─ Kota Melaka kata wayang, seolah-olah kami berkecuali ini satu wayang kerana kami tak hadir libat urus.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan wayang?

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bukan wayang, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Kota Melaka, dia kata bukan wayang. Okey. Jadi, itu penjelasan.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jangan tuduh.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kota Melaka teruskan.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kami minta special select...

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu ialah bagaimana saya menyifatkan perbuatan mereka, macam berwayang-wayanglah.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, tak apa. Kota Melaka.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dalam Dewan kata, tak ada libat urus.

Sebenarnya, ada libat urus, mereka tak hadir. Yang hadir hanya Padang Rengas, Pasir Salak, Lumut, Kuantan, Arau, Kangar, Pasir Mas, Kepala Batas, Rantau Panjang, Padang Besar, Kuala Krai dengan Langkawi.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 2:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kami diwakilkan, kami diwakilkan.

draft • 2:20 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Machang, Machang.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang berdiri ini pun tak hadir. Machang pun tak hadir.

draft • 2:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kota Melaka.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 2:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kota Melaka.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

68, Machang pun tak hadir.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dia tak layak nak berucap di sini. Dia tak layak nak bahas.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah bagi cukup masa, Kota Melaka. Last, okey.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, akhir, last. Tan Sri Speaker.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last sentence, last sentence. Landing, landing.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Mereka dalam perbahasan mereka kata, ya MPP, anggota daripada pembangkang dua saja, kurang sangat. Mereka nak lima ya, supaya lebih-

draft • 2:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Last point, last point.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tetapi Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker murah hati. Kita ada tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas. 10 Jawatankuasa, dua dipimpin oleh pembangkang menjadi pengerusi. Tan Sri Speaker, semak rekod mereka. Jawatankuasa Pilihan Khas yang dipimpin oleh pembangkang, pengerusi dia pembangkang. Mereka yang paling corot, tak ada panggil Mesyuarat. Dua Jawatankuasa yang dipimpin oleh pembangkang paling corot, tak ada panggil Mesyuarat.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 2:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Di sini nak tuntut lebih banyak anggota.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka, dah masuk isu lain ya?

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu semua wayang saja, Tan Sri Speaker.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, cukup.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau betul mereka niat baik, dua orang pun sudah cukup. Kita nak berkhidmat untuk rakyat, masuk dalam MPP untuk berkhidmat ya, Tan Sri Speaker.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, point taken, cukup.

draft • 2:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, itu saja. Akhir kata, saya sokong rang undang-undang ini. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri.

draft • 2:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Ramadan Tan Sri Speaker dan semua Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak

draft • 2:23 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025 daripada semalam dan juga hari ini.

Segala cadangan dan pandangan Yang Berhormat sekalian dihargai dan akan saya jawab yang mana diberikan masa dan kalau tidak, saya buat jawapan bertulis. Tetapi yang lebih penting, banyak semua Yang Berhormat cakap ini, banyak betulnya, Tan Sri. Kita harap dengan kelulusan rang undang-undang ini, kita akan mulakan langkah pertama dan diikuti dengan langkah-langkah seterusnya, supaya kita dapat memberikan lebih banyak autonomi dan kebebasan kepada Parlimen Malaysia yang menjadi sebahagian daripada terma separation of powers dalam sistem demokrasi negara kita.

Setakat ini, 35 Ahli Yang Berhormat ─ Bukit Bendera, Jerlun, Selayang, Tasek Gelugor, Sri Aman, Besut, Betong, Setiu, Gombak, Indera Mahkota, Jempol, Pengkalan Chepa, Batang Sadong, Sabak Bernam, Kluang, Paya Besar, Bangi, Parit Buntar, Tenggara, Sri Gading, Padang Serai, Petaling Jaya, Betong, Jerantut, Sungai Petani, Tuaran, Langkawi, Shah Alam, Rasah, Arau, Tanjong Piai, Tampin, Tanjong Karang, Kota Melaka dan Kota Belud.

Sebelum saya mulakan penggulungan, ingin saya menyatakan di sini bahawa memang betul bahawa undang-undang ini adalah bersifat organik. Ia akan sentiasa kita melihat untuk dinaikkan taraf, dibuatkan pindaan kerana ini adalah undang-undang untuk kita, Ahli Parlimen. Kitalah yang membuat undang-undang dan insya-Allah, isu-isu yang dibawa ini akan kita kendalikan daripada semasa ke semasa.

Tetapi yang lebih penting, menentukan kesimpulannya, Parlimen Malaysia sebahagian daripada kita menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan memberikan maksud sebenar bahawa Parlimen Malaysia pada masa selepas kelulusan rang undang- undang ini akan bergerak ke arah kebebasan profesionalisme dan berfungsi sebagai badan legislatif yang sangat berkesan.

Tan Sri Yang di-Pertua, mendengar semua perbahasan, saya nak merumuskan beberapa isu yang telah ditimbulkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Pertama, pemberian kuasa autonomi dalam aspek kewangan kepada Parlimen Malaysia. Kedua, pengoperasian MPP dan perkara lain berkaitan.

Ketiga, isu keanggotaan MPP dan penglibatan Ahli Parlimen pembangkang dalam MPP, tafsiran anggota perkhidmatan Parlimen di bawah rang undang-undang ini, rasional di sebalik sistem hibrid yang diperkenalkan oleh kerajaan, peranan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam kerangka rang undang-undang ini, cadangan penubuhan jawatankuasa antara Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat, rancangan semasa dalam tempoh peralihan sebelum rang undang-undang ini dikuatkuasakan dan kesediaan kerajaan untuk menepati jaminan yang diberikan oleh kerajaan dan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen iaitu constituency development fund.

draft • 2:23 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Inilah di antara isu dalam kelompok yang saya cuba akan menjawab dalam pendekatan secara berkelompok juga. Berkenaan dengan pemberian kuasa autonomi dalam aspek kewangan secara menyeluruh, banyak Yang Berhormat yang menimbulkan perkara ini, membangkitkan tentang pemberian kuasa autonomi, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan Parlimen.

Saya ingin menjelaskan bahawa di bawah rang undang-undang ini, Parlimen kini mempunyai autonomi untuk mengemukakan cadangan belanjawannya secara langsung kepada Kementerian Kewangan sebagai pemegang amanah kewangan negara, tanpa memerlukan kelulusan daripada Jabatan Perdana Menteri seperti yang berlaku sekarang.

Kelulusan bagi belanjawan Parlimen akan ditentukan oleh kedua-dua Dewan Parlimen, memastikan kebebasan kewangan yang lebih besar, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan sumbernya sendiri.

Berbanding dengan keadaan sebelum, perbezaan ketara yang dapat kita lihat, pelaksanaan rang undang-undang ini ialah pemberian status pegawai pengawal kepada Ketua Pentadbir Parlimen dan permohonan dapat dibuat terus ke Kementerian Kewangan tanpa melalui agensi kerajaan yang lain iaitu eksekutif tidak terlibat.

Bererti, legislatif memohon secara terus, directly, dengan izin. Dengan kelulusan rang undang-undang ini, Parlimen boleh memohon peruntukan kewangan serta proses perolehan secara terus kepada Kementerian Kewangan tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga. Kita juga menyaksikan satu langkah yang progresif dalam sejarah negara kita dengan memperkenalkan obligasi kewangan dalam fasal 12 yang mewajibkan kerajaan memperuntukkan dana tahunan yang mencukupi bagi perkhidmatan Parlimen.

Perkataannya adalah ‘hendaklah’, dalam bahasa Inggeris kalau kita tengok the English translation ialah perkataan ‘shall’. Jadi, tidak ada mengatakan perkataan ‘may’ tetapi ‘shall’. Maknanya, satu kewajipan. A legislative, a statutory obligation untuk Parlimen mendapat dana. Bererti, perlulah kita perbincangkan jumlah. Kita tidak boleh letakkan jumlah sebab kita tahu daripada setiap tahun mungkin jumlahnya akan berubah.

Langkah ini memastikan bahawa Parlimen mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menjalankan fungsinya dengan lebih efektif. Jadi Yang Berhormat sekalian, jangan khuatir sebab autonomi Parlimen dalam bentuk kewanganlah boleh dilihat sebagai kunci kepada kebebasan sebenarnya. Itu sebabnya dalam mencapai penting seiring dengan amalan baik negara maju seperti United Kingdom dan Kanada sebagai contoh, mengamalkan sistem kewangan autonomi untuk Parlimen. Langkah ini dapat memperkukuhkan kedudukan Parlimen sebagai satu badan yang bebas. Kemudian timbul pula isu tentang pengoperasian MPP dan perkara lain berkaitan.

draft • 2:23 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ramai Ahli Yang Berhormat yang tanya tentang MPP dan gerak kerja MPP. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, MPP ini diwujudkan sebagai badan tertinggi dalam

draft • 2:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Parlimen Malaysia yang bertanggungjawab merancang dan memantau pengurusan serta pentadbiran Perkhidmatan Parlimen. Sebarang keputusan berkaitan pengurusan, pentadbiran Perkhidmatan Parlimen melalui MPP yang menjadikan MPP ini sebagai satu badan yang bebas, telus dan berautonomi. Dalam erti kata lain, Tan Sri Yang di-Pertua, MPP ini, dengan izin, oversee all matters and ensure Parliamentary Services run smoothly. Dalam mendapatkan fungsi dan tugas MPP sepertimana yang dibangkitkan beberapa Yang Berhormat, MPP ini boleh menjemput mana-mana orang yang difikirkan wajar untuk menghadiri mesyuarat bagi tujuan mendapatkan pendapat pakar berhubung dengan apa-apa perkara di bawah fungsi MPP, di mana ini merupakan satu proses yang bersifat ad hoc sebagaimana termasuk dalam fasal 10(6).

MPP juga mempunyai kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa lain, jika mendapat keperluan, termasuklah penubuhan joint committee, yang mana disebut oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat, antara anggota Dewan Rakyat dan juga anggota Dewan Negara bagi tujuan penyelarasan kedua-dua Dewan.

Pendekatan ini memberikan fleksibiliti kepada MPP untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam dan bersifat holistik daripada pakar ataupun pihak berkepentingan yang sangat relevan. Dengan adanya mekanisme ini, dapat memastikan setiap keputusan yang dibuat ialah berdasarkan maklumat yang menyeluruh dan mempunyai keberkesanan pentadbiran serta ketelusan dalam proses membuat keputusan.

Isu keanggotaan MPP dan penglibatan Ahli Parlimen pembangkang dalam MPP.

Banyak yang menimbulkan. Tapi, seperti yang kita katakan, wakil-wakil yang disebut iaitu KSP, KPPA dan KP Parlimen dalam MPP ini, keanggotaan mereka hanya memberi nasihat.

Maknanya, mereka tidak mengundi dan mereka juga tidak boleh turut sama serta dalam proses membuat keputusan. Jadi, dia tak boleh buat keputusan. Keputusan adalah kita Ahli-ahli Parlimen yang diwakili oleh Speaker, dua-dua Speaker, kedua-dua Dewan punya Timbalan Speaker, Setiausaha-setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara, diikuti dengan wakil-wakil daripada Ahli Parlimen.

Jadi, di sini saya nak tekankan bahawa jika kedua-dua Pengerusi dan Pengerusi Bersama, maknanya kedua-dua Speaker, tidak dapat hadir, maka tidak akan diadakan mesyuarat MPP tersebut. Dia tak ada sebabnya Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kah, Dewan Negara boleh bergabung untuk membuat mesyuarat. Maknanya, mesyuarat perlu ada. Tak ada kedua-dua Pengerusi Bersama, tak boleh diadakan mesyuarat. Ini dalam fasal 3.

Kemudian, saya juga nak cakap tentang keanggotaan daripada blok kerajaan, blok pembangkang. Seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Majlis, kita akan mengangkat pindaan dalam jawatankuasa. Jadi, ini memang betul, sepertimana Yang Berhormat banyak berkata bahawa kerajaan mendengar tentang rintihan dan isu dan kekhuatiran. Kemungkinan timbul trust deficit, saya memahami.

draft • 2:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Walaupun Yang Amat Berhormat Ketua Majlis menekankan dalam standing order kita iaitu Perkara 76 tak dinyatakan pembangkang dan wakil kerajaan, tetapi, dengan izin, it is implied notation adanya disebabkan oleh jumlah wakil rakyat selalu setiap pilihan raya, pembangkang-kerajaan kadang-kadang bergerak, tengok kepada pilihan raya umum tersebut. Kadang-kadang kemungkinan banyak juga wakil-wakil rakyat yang berkemungkinan pada Pilihan Raya ke-16 bertanding atas tiket bebas. Mereka tak semestinya pembangkang.

Jadi, isu sekarang ini, adakah itu menjadi ukuran dan kiraan? Sudah tentu. Tertakluk kepada MPP untuk membuatkan penentuan.

Tafsiran anggota Perkhidmatan Parlimen di bawah rang undang-undang ini, ada yang bertanya. Jadi, saya nak rujuk pada fasal 18(2)(b), (c) dan (d). Juga, saya ingin menyatakan bahawa tidak semua perkara perlu diperincikan secara langsung dalam rang undang-undang ini. Kita menetapkan sebahagian daripada peraturan melalui mekanisme ini sebagai pendekatan yang fleksibel dan efisien. Kita berharap bahawa MPP dari masa ke masa dalam membuat mesyuarat boleh membuat pindaan berkala yang dibentangkan oleh Parlimen.

Saya cukup yakin kalau MPP yang mencadangkan pindaan, mesti lulus, Tan Sri Speaker. Sebab, sebenarnya belakang MPP adalah kita dalam Dewan ini. Kitalah buat undang-undang untuk kita dan kita luluslah undang-undang itu untuk kita. Jadi, saya tak ada khuatir adanya peranan eksekutif. Saya yakin eksekutif juga datang daripada kita akan membawa pindaan-pindaan berkala yang akan berlaku.

Kemudian, tentang rasional di sebalik sistem hibrid. Saya pun nak sebut kepada Yang Berhormat, kita semua tahu bahawa antara jumlah-jumlah pegawai-pegawai terlibat dalam jumlah lebih kurang 400. Kalau kita tak bertemakan sistem hibrid, bukan sahaja 33 tahun kelambatan kita nak membawa kepada rang undang-undang ini, mungkin lagi tambah 30, 40, 50 tahun akan datang pun tak dapat selesai.

Jadi, saya nak merekodkan terima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA bersama dengan Ketua Pentadbir Parlimen kita yang dapat berbincang bersama dan bertemu bual dengan ramai daripada kawan-kawan kita dalam Dewan dan juga yang bekerja di luar Dewan untuk bersetuju dengan sistem hibrid.

Saya secara peribadi berharap dengan sistem hibrid ini, kemungkinan ― mungkin berapa sesi Parlimen akan datang, mungkin yang daripada luar Dewan yang tak mahu dalam servis Parlimen yang dalam Dewan ini, mungkin lama-kelamaan daripada luar itu mereka nak tentukan bahawa mereka sebagai pegawai bertanggungjawab dalam Perkhidmatan Parlimen, semuanya dalam scale dan sistem yang sama. Berkemungkinan.

Tapi, sebenarnya saya pun nak tegur kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Sahabat-sahabat kita, bentara-bentara ini bekerja siang pagi, malam petang. Kita belum sampai, dia orang dah sampai. Kita dah balik, dia orang tak balik lagi. Saya harap dengan ada MPP ini, mereka ini kita utamakan. Sebab, nak menjaga kebajikan bukan hanya kebajikan-kebajikan bagi kita sebagai Ahli Parlimen.

draft • 2:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tanpa mereka, SUDR dan pegawai-pegawai dan tanpa bentara ― saya nak minta semua kita, bagikan tepukan kepada mereka...

[Tepuk] Sebab banyak membantu kerajaan, pihak pembangkang, Speaker dan Timbalan Speaker semua untuk menjalankan tanggungjawab. Saya haraplah dengan ada MPP ini, merekalah menjadi penumpuan pertama untuk kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan keselesaan bekerja dalam sistem Parlimen kita.

Itu sebabnya Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian...

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan, Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Arau.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah bentara-bentara ini mereka akan ada gaji baharu dan kenaikan pangkat? Sebab, kita menyebut nama mereka, saya tanya mereka semalam, “Kamu naik pangkah kah? Ada gaji baru?” Mereka kata tak ada.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau lulus hari ini, insya-Allah, persoalan itu Yang Berhormat boleh tanya dia orang lagi sekali. Sebelum itu, tak boleh tanya sebab tak lulus lagi, kan? Semalam nasib dapat 148. Kalau kita tak dapat, tunggu lagi berapa banyak tahun. Jadi, terima kasih Arau kerana tanya soalan. Lepas ini Arau tanya mereka bila dah lulus, Arau. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat ini Menteri. Jangan ungkit pasal cerita semalam sebab kita dah bincang dah.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya tak ungkit. Saya cakap tentang jumlah...

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau Yang Berhormat nak ungkit, kena ingat, kami tidak menolak. Malah, hari ini kita mungkin minta belah bahagi, kami nak buktikan kami menyokong rang undang-undang ini. Kami tidak ada masalah.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kalau macam itu, saya tak payah jawab, saya bagi jawapan bertulis sajalah.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kelmarin, kami sokong. Cuma, libat urus. Kami minta buat libat urus...

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Dan buat pindaan. Saya pun cadang pindaan satu, Speaker tolak terus. Amboi, cepat Speaker jawab ya. Saya buat pindaan sekejap, dua jam saja, Speaker dah jawab. Hebat Speaker. Tak payah sehari. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih, Arau. Apa pun, kita bercakap atas fakta ya, Tan Sri. Kenapa ― sebabnya, datang tak datang itu, terpulanglah pada masing- masing. Tapi, mana yang saya tahu, bagi blok kerajaan, kita nak tentukan ia bergerak supaya dalam kiraan 24 bulan itu, kita dapat melihat satu realisasi kepada pindaan Perlembagaan dan juga kewujudan RUU ini.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kemudiannya, ada juga bertanya tentang tempoh peralihan. Saya nak sebut di sini untuk direkodkan dalam masa dua tahun ini. Apa yang akan kita lihat dalam dua tahun ini oleh kumpulan nukleus, perlu dinyatakan dalam Hansard.

Pertama, penyusunan struktur dan peralihan pegawai. Peralihan memerlukan masa untuk menyusun semula struktur organisasi, termasuk pelantikan pegawai, pemindahan perjawatan serta penempatan sistem pentadbiran baharu.

Kedua, penyelarasan kewangan dan sumber manusia. Perubahan ini melibatkan perancangan peruntukan kewangan serta penyelarasan dengan agensi berkaitan seperti JPA dan MoF bagi memastikan kelangsungan operasi Parlimen tanpa gangguan.

Dan akhir sekali, pewujudan peraturan mekanisme pelaksanaan. Tempoh peralihan juga diperlukan bagi merangka dan melaksanakan peraturan pentadbiran serta SOP dalaman yang sejajar dengan undang-undang yang baharu. Jangka masa ini walaupun 24 bulan, Tan Sri Speaker, seperti yang kita bincangkan, kalau dapat diselesaikan dengan secepat mungkin oleh kumpulan nukleus, insya-Allah, kurang daripada 20 bulan dapat kita laksanakan. Itulah harapan yang akan dinyatakan oleh Kerajaan MADANI.

Kemudian, saya nak tekan kepada beberapa Yang Berhormat menimbulkan tentang jaminan kerajaan. Saya juga nak merekodkan berkenaan dengan jaminan kerajaan tentang apa yang disuarakan oleh NGO-NGO di luar sana, yang mana banyak berkata bahawa bagaimana komitmen konsep autonomi sebenarnya yang dijaminkan. Itu sebabnya dalam perkara ini, kita ― dan saya telah menyebut tadi tentang perkataan fasa kedua.

draft • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya juga nak sebut tentang beberapa NGO yang begitu terkenal dalam elemen- elemen penekanan isu-isu demokrasi dalam negara kita seperti Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH), Institute for Democracy, Economic Affairs (IDEAS), Institute for Political Reform and Democracy, Projek Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA) and Rasuah Busters. Mereka sentiasa membawa cadangan yang sama dan akhirnya dalam perkara ini mereka bersetuju bahawa pendekatan yang dimainkan oleh kerajaan adalah pendekatan yang terbaik setakat ini. Mereka menyatakan apa komitmen kerajaan.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa pertama, yang mana juga Yang Berhormat menimbulkan ialah penubuhan sebuah Jawatankuasa Parlimen Bersama yang berperanan memastikan MPP mengenai hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen. Jawatankuasa ini akan memastikan segala keputusan berkaitan pengurusan Parlimen dibuat dengan lebih telus dan bertanggungjawab.

Kedua, keperluan bagi MPP untuk membentangkan laporan tahunan serta penyata kewangan secara berkala. Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti serta memastikan Parlimen berfungsi dengan lebih cekap dan berintegriti.

Ketiga, penempatan kewajipan terhadap semua pihak Perkhidmatan Parlimen untuk bertindak secara adil, saksama, sentiasa mengutamakan kepentingan Parlimen.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi di sini Tan Sri Yang di-Pertua, dengan tiga perkara yang saya sebut itu adalah komitmen Kerajaan MADANI selepas rang undang-undang ini diterima dan kemudian dibawa ke Dewan Negara. Sebelum ia dikuatkuasa, inilah perkara-perkara, antara perkara-perkara yang perlu kita lakukan.

Jadi, Tan Sri sebagai sebahagian daripada Pengerusi bersama Presiden Dewan Senate, saya cukup yakin komitmen yang diminta oleh pihak-pihak NGO dan Yang Berhormat sekalian, kekhuatiran supaya tidak adanya salah guna dan sebagainya saya percaya komitmen yang diberikan akan dilaksanakan.

Tetapi saya juga nak tekankan di sini bahawa sudah tentu sebagai Ahli Parlimen, kita tidak boleh lari bahawa kewangan kita juga akan diaudit. Kita tahu bila kita audit, kita bawa dalam Dewan. Sejak dengan Kerajaan MADANI, semua laporan audit bukan sahaja diletak di atas Dewan tetapi dibahaskan. Jadi, bererti banyak check and balance.

Bukan sahaja melalui MPP, dengan beberapa jawatankuasa melalui daripada rang undang-undang tetapi sistem Parlimen yang diatur oleh Kerajaan MADANI, proses perjalanan Parlimen diatur oleh Kerajaan MADANI hari ini memberikan peluang untuk lebih banyak semak dan imbang, tatakelola. Jadi, itu kita kena memberikan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Ketua Majlis kerana membenarkan lebih banyak pembentukan yang lebih telus supaya negara kita dilihat sebagai sebuah negara yang mahu gerak kepada sifar kepada rasuah.

Itu sebab Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat tentang constituency development fund yang mana Yang Berhormat banyak berbahas, saya pun melihat bahawa ini yang mungkin MPP yang dipengerusikan bersama oleh Speaker-speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara kena melihat perlu ataupun tidak. Sebab kita tahu apabila cakap tentang CDF di United Kingdom sebagai contoh, mereka mempunyai akta mereka sendiri, dia tidak masuk di dalam akta Parliament Services Act. Hari ini kita punya akta ini tentang Akta Perkhidmatan Parlimen. Dia bukan tentang Akta Saraan Parlimen seperti yang kita ada pada ini, Akta Ahli- ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan beberapa pindaan telah dilakukan .

Yang kita melihat pada hari ini, yang saya sebut pada fasa pertama ialah kewujudan akta...

draft • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Perkhidmatan Parlimen iaitu dalam bacaan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen, pentadbiran perkhidmatan Parlimen dan perkara lain yang berkaitan.

Berkemungkinan perkara lain yang berkaitan ialah perkara lain yang boleh dibincangkan dan dibawa kepada eksekutif. Silakan Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Muar.

draft • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dia ada dua jalan. Satu adalah untuk kita menginstitusikan akta khas untuk

draft • 2:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

peruntukan Parlimen. Yang kedua, melalui pindaan Perlembagaan semalam dan Akta Perkhidmatan Parlimen secara minimum melalui MPP, kita dapat melengkapkan setiap Ahli Parlimen tidak kira dari kerajaan ataupun pembangkang dengan pegawai penyelidik contohnya. Dana minimum untuk pusat khidmat. Saya berharap this minimum threshold ini dapat diberikan kepada semua Ahli Parlimen supaya akhirnya kualiti perbahasan di dalam Parlimen dapat ditambah baik kerana setiap Ahli Parlimen dilengkapkan dengan pegawai penyelidik. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya, Yang Berhormat Muar terima kasih ya atas undi semalam.

[Tepuk] Itu sebabnya Tan Sri Speaker, saya kan dah kata di sini bahawa inilah kadang-kadang peranan yang dimainkan oleh mereka dalam yang mewakili diri mereka sebagai antara wakil rakyat yang mewakili – dia tidak mewakili sesiapa iaitu satu, bertanding atas tiket bebas. Mungkin mereka mempunyai kelebihan mereka untuk memilih dan juga menentang.

Tapi yang mana Yang Berhormat cakap itu saya dari segi prinsip itu saya setuju. Tapi kerana kita ada Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen, kita melihat kepada MPP sahaja. Yang saya sebut tadi tentang saraan yang disebut saraan yang mana Yang Berhormat kata tentang constituency development fund, yang mana Yang Berhormat sebut itu bagi saya mungkin boleh dilihat dalam Akta Saraan ataupun perbincangan seterusnya.

Tapi saya nak sebut di sini ya Yang Berhormat, antara cabaran yang dilihat dalam melihat dari segi pentadbiran ialah kita nak mentadbirkan Parlimen ini dahulu. Dia bukan berkenaan dengan Ahli Parlimen walaupun penentuannya melalui undi adalah Ahli Parlimen.

Tetapi peranan kita sebagai Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan dalam Parlimen menyeluruh ialah bertanggungjawab sebagai oversight body kepada eksekutif. Itu peranan pertama.

Betul Yang Berhormat kata kita dilantik, diundi oleh rakyat. Kita mewakili rakyat dan rakyat memerlukan banyak bantuan daripada kita. Saya setuju. Itu sebabnya kita lihat kepada mungkin Akta Saraan ataupun akta lain. Tapi di sini untuk perkhidmatan Parlimen ialah membantu Ahli Parlimen menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam Jawatankuasa Pemilih, dalam Select Committee, dalam PAC dalam semua Standing Order 76,78, 79, 80, 81, macam-macam yang diwujudkan memerlukan seperti yang saya sebut semalam tentang perlunya kewujudan Jabatan Parliamentary Draftsman, kewujudan tentang mempunyai researcher yang mencukupi.

Yang Berhormat sebut tadi tentang tak payahlah naik business class, zalim pada rakyat. Naiklah economy class. Yang Berhormat, sahabat saya sebut tadi. Terpulang pada kita masing-masing. Kalau kita tak nak business class, nak economy class, kita sendirilah.

Kalau kita tak nak naik kapal terbang, kita nak bawa kereta, kita sendiri. Tetapi yang penting peranan utama sebagai Ahli Parlimen ialah oversight body.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Itu sebab kita katakan bahawa Select Committee yang kita wujudkan perlu memainkan peranan dan mempunyai pakar untuk menasihati peranan Ahli Parlimen tentang memahami apa yang telah berlaku dalam kerajaan, undang-undang yang nak diwujudkan, cadangan pada undang-undang dan paling penting bagi saya kewujudan Parliamentary Draftsman Department sebagai contoh, yang mana Ahli Yang Berhormat boleh menimbulkan private member’s bills dan tidak ditolak atas masalah teknikal dan sekali lagi saya katakan yang paling penting tanggungjawab kita kepada rakyat dalam Dewan bukan sahaja mewakili rakyat tetapi menjadi mata dan telinga pada rakyat supaya tidak wujudnya pembaziran dan sebagainya.

Akhir sekali sebelum saya duduk, saya nak merekodkan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri, khasnya Bahagian Hal Ehwal Undang-undang yang dipimpin oleh Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Reformasi Institusi kerana mereka telah bergerak dan menyambung keperluan rang undang-undang ini daripada sejak beberapa Speaker-speaker yang lepas. Saya juga nak merekodkan terima kasih kepada speaker kita yang lepas Tan Sri Pandikar Amin, Tan Sri Rais Yatim, Tun Wan Junaidi, beberapa lagi ramai lagi Speaker kita, Tan Sri Harun. Ramai. Mereka dulu yang menjadi Speaker pada dua-dua Dewan bercakap hari-hari tentang memerlukan, wajar dikembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen.

Jadi saya ucapkan terima kasih kepada mereka dan merekodkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya berharap Yang Berhormat pembangkang, mungkin semalam mereka tidak mahu menyokong, restrained sebab mereka mengatakan atas tak cukup sebab, prinsip mereka, mereka tidak bersetuju tapi saya harap hari ini setujulah untuk RUU Perkhidmatan sebab mereka juga yang akan duduk dalam MPP ini dan mereka juga akan menjadi Ahli MPP. Jadi, saya ucapkan terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, tak payah minta. Yang Berhormat Menteri tak payah minta. Kami dah setuju, tak payah minta ya. Kalau minta macam kami ini – tak perlu minta. Ini hak kami, kami setuju pada hari ini.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat Arau, kalau tak minta tidak tahu Yang Berhormat Arau. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Yang Berhormat,...

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Kita akan undi. Undi itu akan...

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawab, jawab. Menteri jawab elok-elok.

Jangan main perli-perli orang.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sat lagi saya buat cadangan baru ini.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sabar Yang Berhormat, semua kita puasa.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nanti kita buat cadangan baharu.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tidak payahlah sensitif sangat Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kepada Menteri Undang-undang ini, sepatutnya siapa yang patut pegang, ha, baru tahu....

[Tidak jelas]

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan diputuskan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat perkataan lebih suara bersetuju tidak betul. Semua bersetuju, yang hadirlah.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, point taken, point taken. Baik.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lebih suara yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju. Sekarang semua bersetuju Yang Berhormat.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:50 PM

Fasal 1 hingga 2 - Tuan Pengerusi

Ya, Pasir Gudang fasal 1 dan 2 ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, terdapat banyak sekali – saya merujuk kepada fasal 2 dan beberapa fasal yang berikutnya. Sekali gus ya, 6, 7 dan 8.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terdapat banyak sekali dalam RUU ini diri Yang di-Pertuan Agong dilibatkan di dalam rang undang-undang pindaan Parlimen 2025 ini. Antaranya seksyen 2(3), seksyen 6(3), seksyen 7(8), seksyen 8(8), seksyen 13 dan seksyen 18(1). Kesemuanya ada enam seksyen.

Saya melihat Yang Berhormat Menteri, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 mengulangi hal yang sama seperti Akta Perkhidmatan Parlimen Tahun 1963, di mana Yang di-Pertuan Agong dilibatkan dalam pembuatan peraturan-peraturan perkhidmatan Parlimen.

Saya bimbang hal ini boleh menghasilkan risiko dan implikasi litigasi, pertikaian undang- undang kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sepatutnya Parlimen yang mulia ini cuba elakkan.

Contohnya, Baginda Yang di-Pertuan Agong mungkin boleh disaman di bawah prosiding semakan kehakiman dengan izin judicial review dan kalau kita membaca Perkara

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

182 Perlembagaan Persekutuan, wujud peruntukan bahawa prosiding terhadap Yang di- Pertuan Agong dan Raja-raja boleh dilakukan.

Tan Sri Pengerusi, walaupun RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 ini menyediakan satu peruntukan perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang di bawah seksyen 15 tetapi jika dibaca seksyen 15 itu dengan teliti yang dilindungi ialah anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen dan lain-lain, kecuali Yang di-Pertuan Agong. Kedudukan Yang di- Pertuan Agong tidak dilindungi sama sekali secara bertulis dalam seksyen-seksyen dalam RUU ini.

Malah Tan Sri Pengerusi, seksyen 15 RUU ini boleh dicabar di mahkamah sebagai tidak berperlembagaan dengan izin unconstitutional. Jadi, dengan rendah hati saya mohon penjelasan dan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, silakan Menteri.

draft • 2:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Jawab dulu, kemudian Arau pula.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bangun awal tadi.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Saya akan bagi Arau nanti, insya-Allah. Kita bagi Menteri jawab respons dulu. Ya, silakan Menteri kepada Pasir Gudang.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.

Sebenarnya Yang Berhormat Pasir Gudang bila kita sebut tentang Yang di-Pertuan Agong, saya nak merujuk kepada Perkara 40(3), maaf pasal Perkara 40(3) berkenaan dengan undang-undang Persekutuan yang boleh dibuat yang dikehendaki oleh Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dan atas syor-syor mana-mana orang ataupun kumpulan orang lain selain daripada Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya selainnya daripada fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, fungsi yang berkenaan dengan perjalanannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana perkara lain.

Yang mana secara spesifiknya yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, saya ingin merujuk bahawa dalam fasal 44 Perlembagaan, keanggotaan Parlimen dibaca, kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Maknanya dalam 44, disebut bahawa Yang di-Pertuan Agong sebahagian daripada Parlimen. Itu sebabnya kalau kita tengok pada fasal yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang berkenaan tentang apa yang disebut sebagai ouster clause memang ia juga dilihat dalam fasal 15 perlindungan terhadap guaman prosiding undang-undang Parlimen, bererti termasuk juga Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Ya, Arau. Rujuk...

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tan Sri Pengerusi, sebelum itu saya nak minta Menteri tolong jawab kenyataan daripada Tampin tadi. Tampin bertanya 1992 bila benda itu Akta Parlimen itu dimansuhkan, ia timbul masalah di antara Speaker dan juga pentadbir Parlimen. Jadi, dia tanya apakah telah diambil kira pelbagai aspek sama ada benda ini boleh berlaku pada masa akan datang? Ini pertanyaan Tampin. Saya minta Menteri jawab secara bertulis sebab benda itu penting sebab kita kena pegang rekod sebab yang ada masa 1992 itu ialah Tambun sendiri ada, Yang Berhormat Mat Sabu dan saya sendiri ada, ada di situ dan pun dok tengok Hansard apa yang saya cakap pada masa tersebut.

Tapi kita dapati bahawa masa itu berlaku pertikaian yang cukup hebat di mana pentadbiran Parlimen itu tidak boleh dibuat apa-apa perubahan selagi mereka tak pencen.

Akhirnya dimansuhkan akta itu. Jadi kita nak tengok Tampin tanya tadi, apakah diambil kira faktor-faktor ini. Terima kasih. Jawab bertulis dekat dia.

Saya telah membuat cadangan Yang Berhormat, saya buat cadangan tadi saya hantar dua jam yang lalu tapi Speaker ini belum dapat pegang jawatan ini pun dah hebat, dua jam dah jawab. Baguslah, alhamdulillah. Speaker jawab menolaklah cadangan saya.

Saya bukan buat usul Yang Berhormat, saya mencadangkan supaya dimasukkan bawah 4(1), (d) itu dimaksudkan (e) iaitu untuk mengadakan pusat khidmat Ahli Parlimen di kawasan, pembayaran sewaan pejabat dan utiliti termasuklah mengadakan pembantu tadbir dan penyelidik.

Bahasa ini bukan bahasa undang-undang, tidak mengikut laras undang-undang sebab saya buat sendiri dan terjemahannya ialah ‘To establish the service centre for Members of Parliament in their respective constituencies, the payment includes office rental and utilities include providing administrative assistant and researcher. Ini bukan ikut laras undang-undang Yang Berhormat terjemah direct. Jadi kita seperti yang sahabat saya tanya tadi iaitu oleh kerana kita ini duduk – Menteri dah jawab tadi, kita duduk di bawah sistem saraan di bawah, kita duduk di bawah kerajaan. Jadi – tetapi tugas Parlimen ini nak pastikan supaya Ahli Parlimen mempunyai kemudahan yang macam ini.

Cadangan ini sebenarnya tidak bermakna kepada pihak kerajaan. Mereka dah ada duit daripada ICU untuk office rental. Tapi kita nak tolak yang itu supaya semua orang dapat yang sama seperti yang dicadangkan oleh beberapa orang Ahli Parlimen.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tahu cadangan ini tak boleh diterima sebab terlampau – telah pun ditolak oleh Speaker. Saya minta dipertimbangkan oleh MPP yang hebat dan dahsyat yang akan dilantik nanti supaya yang ini dimasuk sebab ini janji. Yang Berhormat Speaker pun dah berjanji dengan saya secara verbal termasuk Ketua Pentadbir Parlimen bahawa akan dimasukkan pentadbiran pejabat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat berjanji, itu yang kami celapak mari kelmarin itu. Tengok-tengok tak ada di mana-mana. Jadi kami pun tersangkut. Yang Berhormat Speaker datang Majlis yang kita anjurkan berbuka puasa. Hari ini saya akan datang Majlis Yang Berhormat walaupun seorang saya akan datang menghormati Yang Berhormat.

Tapi, Yang Berhormat cakap itu ialah akan mewujudkan pusat khidmat dan juga researcher. Selamat datang Tambun di atas perbahasan yang sedang hebat berlaku. Kami telah menyokong tadi rang undang-undang tadi Yang Berhormat. Ya, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, sebelum Menteri jawab saya nak sebut kenapa saya tolak.

Pertamanya, Arau tidak secara jelas memohon apa yang dikehendaki. Pertama, kita masih lagi bincang RUU ini iaitu RUU berhubung dengan perkhidmatan pegawai-pegawai kita yang kita namakan seperti yang disebutkan tadi.

Yang saya sebut kepada Arau itu ialah semua saraan Ahli-ahli Parlimen ini ada di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237]. Jadi sebab itu, saya katakan harusnya ada Kertas Statut 235 Tahun 1983. Itu yang ada kaitan dengan Ahli Parlimen.

Tetapi, akta yang kita bincang ini ia tidak berkaitan dengan Ahli Parlimen sebab itu saya cadangkan bawa isu ini dalam Majlis yang kita akan tubuhkan MPP ini agar isu-isu yang berkaitan dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 itu boleh kita bincangkan. Itu maksud saya. Jangan kita masukkan dalam akta yang kita bincang sekarang, itu maksud saya.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya menyokong sepenuhnya Yang Berhormat. Boleh tak lantik saya masuk dalam jawatankuasa itu?

draft • 3:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Baik. Nanti kita ada Jawatankuasa Pemilih, insya-Allah. Silakan Menteri kalau nak respons.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Apa Yang Berhormat Arau timbulkan itu mungkin ucapan di peringkat dasar tapi tak apalah, mungkin saya boleh beri jawapan bertulis dalam Hansard ya. Akan tetapi sama ada, ada belakang tirai punya laluan dan sebabnya, saya tak boleh jawab. Saya tak ada di Parlimen pada tahun 1993, baru keluar daripada universiti.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lagipun ia dalam ucapan dasar ya?

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ucapan dasar.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

[****Fasal-fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

draft • 3:00 PM

Fasal 3 – - Pindaan YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri] Tuan Pengerus

Silakan Menteri.

draft • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Pengerusi, saya mencadangkan fasal 3 rang undang-undang dipinda dalam perenggan 3(2)(e) untuk menjelaskan bahawa dua orang Ahli Dewan Negara yang merupakan anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada Ahli yang dinamakan oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara dan diluluskan melalui satu ketetapan Dewan Negara.

Perenggan 3(2)(f), rang undang-undang dipinda untuk menjelaskan bahawa empat orang Ahli Dewan Rakyat yang merupakan anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen adalah terdiri daripada dua orang ahli kerajaan dan dua orang ahli kumpulan pihak pembangkang yang dinamakan oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat dan diluluskan mulai satu ketetapan Dewan Rakyat.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini saya buat cadangan. Sudah pasti terpaksa diundi. Perkataan ‘dua’ itu tulis ‘empat’. Dua orang ahli kumpulan pihak pembangkang, dia tulis perkataan ‘empat’. Ini cadangan kepada MPP nanti. Kalau nak buat sekarang, sudah pasti tak berjaya sebab saya pun tak sempat mengumpul askar-askar untuk mengundi. Jadi, sekarang ini kita cadangkan supaya MPP ini dimasukkan perkataan ‘dua’ itu jadi empat orang. Nampaklah MPP ini ada wakil pembangkang.

Dulu, masa dulu, Jawatankuasa Parlimen, DAP hanya tujuh kerusi tapi ada satu wakil. Sekarang kami ada 64, sebenarnya 74 lah asalnya ya. 68, maaf. 68 sebenarnya 74 tetapi hanya dua orang. Jadi, saya cadangkan supaya dijadikan empat orang. Tak bagi pun tak apa, kita jumpa di akhirat nanti tetapi saya minta supaya dipertimbangkan.

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi

Sila, Menteri.

draft • 3:01 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Nak jawab bagi ke tak bagi? Tak boleh Tan Sri Yang di-Pertua sebab semalam, Ketua Majlis menyebutkan pindaan seperti yang dinyatakan dan kita telah memberi notis kepada pindaan ini.

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 3:01 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tan Sri – Tuan Speaker.

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 3 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [****Fasal-fasal 4 hingga 19** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]

draft • 3:01 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Bomba tahun 1988 dibacakan kali kedua sekarang.

draft • 3:05 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 3:05 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian KPKT komited mendukung hasrat Kerajaan MADANI untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Hal ini juga selaras dengan hasrat asal penggubalan Akta Perkhidmatan Bomba tahun 1988 iaitu Akta 341 iaitu bagi menyediakan suatu kerangka perundangan yang memberikan punca kuasa kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk berfungsi dengan berkesan dan cekap bagi melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran atau kecemasan serta untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengannya bagi meningkatkan perkhidmatan pemadaman kebakaran, penyelamatan dan pemulihan bencana oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Akta 341 ini telah dipinda sebanyak tiga kali dan terakhirnya pada tahun 2018.

Pindaan-pindaan pada ketika itu antara lainnya adalah untuk memasukkan peruntukan khusus berkaitan dengan penubuhan pasukan bomba sukarela (PBS) bagi menyokong operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara.

Di samping itu, peruntukan-peruntukan lama turut diperkemaskan agar dia lebih relevan dengan peredaran zaman iaitu antaranya meletakkan tanggungjawab kepada pemilik atau pengurus premis untuk menubuhkan suatu organisasi keselamatan kebakaran agar usaha pencegahan dengan izin, preventive measures dapat diperkukuhkan.

draft • 3:05 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, selepas tujuh tahun setelah pindaan terakhir, kini sudah tiba masanya Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 diberikan perhatian dan diangkat untuk pertimbangan Dewan yang mulia ini. Tujuan objektif utama sudah pasti untuk memperkemaskan dan memperbaiki kelompangan ataupun lakuna dalam peruntukan- peruntukan perundangan yang sedia ada supaya ia dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan penyelamatan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dengan lebih baik selaras dengan moto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai tonggak penyelamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 yang dicadangkan pada hari ini adalah bagi mengadakan peruntukan.

Pertama, untuk pendaftaran pasukan bomba sukarela dan perkara lain yang berkaitan supaya kita dapat memperkasakan PBS ataupun pasukan bomba sukarela.

Kedua, pendaftaran perunding keselamatan kebakaran:

(i) Firma perunding keselamatan kebakaran;

(ii) Orang kompeten;

(iii) kontraktor keselamatan kebakaran;

(iv) Penyedia latihan dan pengajar; dan

(v) Kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran serta pasukan bomba persendirian bagi memastikan keseragaman serta penyelarasan aktiviti pencegahan dan penyelamatan yang lebih efektif oleh pihak- pihak berkaitan.

Secara keseluruhannya, rang undang-undang ini mengandung 21 fasal. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini.

Fasal 1 yang menyatakan tajuk ringkas dan memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam akta yang dicadangkan.

Fasal 2 adalah berkaitan dengan pindaan seksyen 2 Akta 341 untuk memasukkan beberapa takrifan baharu. Antaranya ialah laporan analisis risiko kebakaran pegawai bomba sukarela dan juga pengawal.

draft • 3:05 PM

Tuan Nga Kor Ming

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 4B bagi membolehkan Pegawai Bomba Sukarela memohon untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela serta Kuasa Pendaftar untuk mendaftarkan dan mengeluarkan perakuan pendaftaran selain menentukan kawasan jagaan. Pasukan bomba sukarela juga tertakluk kepada kawalan dan arahan langsung daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Fasal 4 bertujuan untuk menambah seksyen baharu 4BA hingga 4BH berhubung dengan pengurusan pasukan bomba sukarela yang merangkumi perkara berkaitan dengan

draft • 3:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

kewajipan pasukan untuk mengadakan Perlembagaan Kuasa Pendaftar untuk meminta maklumat serta peruntukan yang terpakai dan sumber kewangan pasukan tersebut.

Selain itu fasal ini menetapkan kewajipan untuk mengemukakan maklumat selepas mesyuarat agung. Ia juga untuk memperkenalkan tatacara penyelesaian pertikaian antara anggota hak untuk merayu kepada Menteri serta Kuasa Pendaftar untuk membatalkan pendaftaran pasukan dan akibat daripada pembatalan tersebut.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, fasal 5 digubal untuk memasukkan seksyen baharu 4DA, 4DB dan 4DC di mana pertama, seksyen 4DA dan 4DB memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuhkan Pasukan Kadet Bomba Malaysia dan peruntukan berhubung dengan orang yang boleh didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia.

Kedua, seksyen 4DC bertujuan pula memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk membenarkan penubuhan pasukan bomba persendirian melalui permohonan dan kuasa Ketua Pengarah JBPM untuk mengarahkan pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas mana- mana premis untuk menubuhkan suatu pasukan bomba persendirian jika penubuhan itu difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana wujudnya potensi bahaya atau risiko khas kebakaran kepada premis itu.

Fasal 6 digubal untuk meminda subseksyen 5(1) berkaitan dengan tugas JBPM berhubung dengan kewajipan untuk menentukan pengadaan, pemasangan, penyelenggaraan dan juga pengawalseliaan yang mencukupi bagi kelengkapan menentang kebakaran atau sistem keselamatan kebakaran di premis. Selain itu fasal ini juga menambah tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk mengadakan program latihan berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan tugas JBPM.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, fasal 7 digubal untuk bertujuan untuk meminda seksyen 7B memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah JBPM untuk mengeluarkan perintah tetap bagi kawalan, arahan dan maklumat am pasukan bomba sukarela.

Manakala fasal 8 digubal bertujuan untuk memberikan Ketua Pengarah JBPM kuasa berhubung dengan pengeluaran garis panduan bagi maksud melaksanakan peruntukan di bawah Akta 341.

Seterusnya fasal 9, digubal bertujuan untuk meminda seksyen 21 berhubung dengan kerugian akibat kebakaran yang turut memperuntukkan bahawa sebarang kerosakan atau kerugian yang ditanggung akibat tindakan Pegawai Bomba Sukarela dalam melaksanakan tugasnya semasa kebakaran hendaklah dianggap sebagai kerugian disebabkan kebakaran di bawah kontrak insurans.

Seterusnya fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 31 dengan memberikan kuasa kepada Menteri berhubung dengan penetapan fi bagi pengeluaran perakuan bomba.

Seterusnya fasal 11 dipinda bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu VA dan VB di

draft • 3:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

mana bahagian baharu VA iaitu seksyen 36A hingga 36J antara lain memperuntukkan berhubung pelantikan dan fungsi pengawal serta peruntukan untuk pendaftaran dan hal-hal yang berkaitan dengannya ke atas perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar.

Seterusnya bahagian baharu VB iaitu seksyen 36K hingga 36O mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran. Seksyen 36K memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan senarai kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran yang perlu didaftarkan. Sementara seksyen 36L hingga seksyen 36O antara lain memperuntukkan mengenai proses pendaftaran dan perakuan kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran.

Fasal 12 dibuat bagi menggantikan seksyen 44 memperuntukkan bahawa tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 341 boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya fasal 13 pula bertujuan meminda seksyen 49 dengan membolehkan Kumpulan Wang Kebajikan, Jabatan Perkhidmatan Bomba digunakan untuk memberi pampasan dan faedah lain kepada Pegawai Bomba Bantuan dan mengehadkan pemberian pinjaman wang daripada Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba hanya kepada Pegawai Bomba.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, fasal 14 bertujuan memasukkan seksyen baharu 50A yang mengadakan peruntukan bagi kesalahan penyamaran sebagai Pegawai Bomba, Pegawai Bantuan Bomba serta Pegawai Bomba Sukarela. Seperti Tuan Yang di-Pertua, sedia maklum sekarang ramai scammer di luar oleh kerana itu fasal ini perlu untuk kita pastikan tiada mereka yang menyamar untuk tujuan penipuan.

Manakala fasal 15 untuk meminda seksyen 53 untuk memperuntukkan kesalahan berhubung dengan pemakaian pakaian seragam atau pakaian bertanda khas Jabatan Bomba dan Penyelamat tanpa kebenaran Ketua Pengarah oleh mana-mana orang yang bukan Pegawai Bomba Sukarela. Walaupun cosplay ini sangat popular tetapi pakai uniform palsu ini tetapi salah, tetap salah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, fasal 16 bertujuan menambah seksyen baharu 58A yang memperuntukkan bahawa Majistret Kelas Pertama hendak mempunyai bidang kuasa penuh untuk bicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta 341.

Seterusnya adalah fasal 17 bertujuan untuk meminda subseksyen 59(1) dengan memperuntukkan bahawa kuasa Ketua Pengarah JBPM atau Pegawai Bomba diberi kuasa olehnya untuk mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh

draft • 3:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

kompaun hendaklah dibuat dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya dan fasal ini juga dipinda dengan menaikkan kompaun maksimum daripada RM500 kepada RM1,000 sahaja.

Seterusnya fasal 18 adalah pindaan kepada seksyen 60 berhubung dengan kuasa untuk memakai akta bagi vesel dan struktur yang boleh alih yang turut terpakai bagi kenderaan.

Fasal 19 bertujuan meminda seksyen 62 berhubung kuasa untuk membuat peraturan berkaitan dengan menetapkan kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran yang hendaklah didaftarkan, mengawal selia pasukan bomba persendirian, perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar serta menetapkan kategori bagi orang kompeten dan memperluaskan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan bagi mengawal selia pasukan bomba sukarela.

Seterusnya fasal 20 bertujuan untuk memasukkan Jadual baharu Ketiga berkaitan dengan latihan yang boleh dijalankan oleh penyedia latihan dan pengajar.

Akhir sekali fasal 21 iaitu mengadakan peruntukan bagi kecualian dan peralihan bagi pasukan bomba sukarela, perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran dan penyedia latihan dan pengajar.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, atas usaha gigih dan proaktif Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun 2023 negara kita mengalami kerugian akibat daripada bencana kebakaran sebanyak RM2.63 bilion. Tahun lepas kita telah berjaya untuk mengurangkan kerugian setinggi 40 peratus daripada RM2.63 bilion hingga RM1.5 bilion.

Kita selamatkan harta dan juga nyawa.

Sesungguhnya cadangan pindaan-pindaan yang saya bentangkan tadi adalah bertujuan untuk membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berfungsi dengan lebih berkesan, cekap untuk melindungi nyawa dan harta daripada risiko kebakaran, kecemasan dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengannya.

draft • 3:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Maka Tuan Yang di-Pertua, dengan perasaan penuh tawaduk dan rendah hati, saya dengan ini mohon mencadangkan.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah. Terima kasih YB Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminta Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya ada senarai pembahas, 19 orang pembahas. Saya akan bacakan semuanya. Setiap pembahas diberikan 5 minit.

Pertamanya, YB Jempol, YB Kuantan, YB Tebrau, YB Rompin, YB Keningau, YB Maran, YB Batang Lupar, YB Kuala Nerus, YB Kluang, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Beaufort, YB Kangar, YB Batu Pahat, YB Kuala Krau, YB Bentong, YB Kuala Langat, YB Kota Melaka, YB Padang Besar dan yang terakhir, YB Jelutong. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Jempol untuk mulakan perbahasan. 5 minit, Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ramadan Kareem* dan juga selamat petang.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba

(Pindaan) 2025. RUU ini adalah bertujuan untuk meminda Akta Bomba 1988 [Akta 341] yang kali terakhir di pinda pada 2018 bagi memperkasakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sesuai dengan cabaran dan keperluan semasa kini.

Jadi, Jempol terus fokus kepada tajuk pindaan pasukan bomba sukarela. Jempol menyambut baik seksyen 4B, Akta 341 bagi memastikan pasukan bomba sukarela di seluruh negara agar beroperasi secara seragam mengikut standard Jabatan Bomba dengan autonomi pentadbiran dikekalkan. Ini adalah penting agar Jabatan Bomba dapat memastikan penyelarasan, mengelakkan pertindihan tugas dan meningkatkan keselamatan serta keberkesanan operasi bomba sukarela.

Walau bagaimanapun, pindaan Akta 341 tidak menyatakan secara spesifik mengenai syarat kelayakan atau kompetensi pegawai bomba sukarela dalam kemahiran memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran. Persoalan Jempol, apakah inisiatif Jabatan Bomba bagi memastikan pasukan bomba sukarela mempunyai kemahiran asas secukupnya supaya boleh bertindak sebagai first responder, dengan izin, jika berlaku kejadian bencana mahupun kecemasan di kawasan masing-masing?

Pindaan seksyen 4B juga memperuntukkan tatacara baru penubuhan pasukan bomba sukarela. Persoalan Jempol, apakah status pasukan bomba sukarela yang sedia ada sekarang? Adakah mereka perlu mendaftar semula? Seterusnya, berapakah sasaran PBS baru yang akan ditubuhkan apabila RUU ini lulus dan berkuat kuasa kelak?

Tan Sri – Tuan Yang di-Pertua, pindaan seterusnya, berhubung dengan pasukan bomba persendirian. Pindaan seksyen 4DC memperuntukkan, Ketua Pengarah boleh membenarkan atau mengarahkan penubuhan satu pasukan bomba persendirian sekiranya wujud risiko atau potensi khas kebakaran di sesuatu premis. Ini merupakan suatu langkah yang baik. Namun persoalan Jempol, adakah kos penubuhan bomba persendirian ini akan ditanggung oleh kerajaan atau pemunya premis? Ini kerana terdapat elemen penalti

draft • 3:21 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

sekiranya arahan ini tidak dipatuhi dan sudah tentu akan membebankan kewangan pemunya premis sekiranya tiada bantuan dari pihak kerajaan.

Seterusnya, pindaan Bahagian 5A. Pindaan RUU ini juga memperkenalkan bahagian 5A iaitu berkenaan perunding dan firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar. Berkenaan pemantau perunding dan firma perunding keselamatan kebakaran, Jempol melihat pindaan ini penting agar Jabatan Bomba dapat memastikan laporan analisa risiko kebakaran disediakan oleh individu atau firma yang bertauliah dan benar-benar berkemahiran bagi mengurangkan risiko kebakaran dan keabsahan laporan atau tidak kompeten dapat dikawal– atau tidak kompeten dapat dikawal.

Persoalan Jempol, dari segi proses perancangan pembangunan sesebuah premis, di peringkat manakah laporan analisis risiko kebakaran diperlukan? Adakah peraturan ini akan meningkatkan kos pematuhan dan secara tidak langsung menjadikan proses mendapatkan Sijil Perakuan Bomba di premis semakin tinggi dan boleh menyumbang kepada kenaikan harga sesebuah bangunan komersial?

Tuan Yang di-Pertua, Jempol juga ingin merujuk kepada seksyen baru 36D iaitu permohonan pendaftaran profesion perunding dan firma, orang kompeten, kontraktor, penyedia latihan dan pengajar hendaklah dibuat kepada Jabatan Bomba. Persoalan Jempol, apakah kelayakan akademik, kemahiran teknikal atau pengalaman berkaitan yang membolehkan sesuatu individu atau syarikat yang memohon untuk mendaftar sebagai profesion-profesion yang dinyatakan di bawah seksyen baru 36D tersebut?

Jadi di kesempatan ini, sesuai dengan pindaan undang-undang ini, Jempol juga ingin menyentuh di kawasan sayalah di Jempol iaitu Pasukan Bomba Sukarela Pekan Rompin yang mula bergiat beraktif pada tahun 2010 sehingga 2019. Hari ini dia tidak aktif lagi kerana dia bergantung kepada kepimpinan komuniti di situ dan di Pasukan Bomba Sukarela Pekan Rompin ini sekarang ini sudah tidak aktif lagi kerana tidak ada yang minat.

Jadi dalam hal ini, sesuai dengan pindaan ini, Jempol juga mohon pertimbangan pihak KPKT untuk membantu memperkasakan semula Pasukan Bomba Sukarela Pekan Rompin di Jempol ini dengan menaik taraf peralatan yang usang, bantuan logistik, baju menentang kebakaran serta memberi bantuan kewangan secukupnya kepada PBS Pekan Rompin berdasarkan peruntukan seksyen 4BD(2) Akta 341.

draft • 3:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB...

draft • 3:21 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Jempol menyambut baik pindaan terhadap Akta 341 supaya Jabatan Bomba mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan cekap untuk melindungi nyawa dan harta benda daripada risiko kebakaran, di samping merakyatkan perkhidmatan kebombaan sepertimana yang terkandung dalam Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara 2021- 2030. Jempol mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft • 3:21 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi ruang kepada Kuantan untuk membahaskan RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025. Jadi, pindaan kepada RUU ini melibatkan 21 fasal dengan memasukkan banyak seksyen baharu, selain pindaan kecil pada beberapa seksyen.

Secara umumnya, pindaan ini dilihat penting untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan kebombaan dan penyelamat demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Yang pertama, saya mengalu-alukan usaha pendidikan keselamatan melalui platform Kadet Bomba Malaysia dengan memasukkan seksyen baharu, 4DA, 4DB dan 4DC. Pasukan Kadet Bomba telah mula diwujudkan sejak 30 tahun lepas dan telah dikenali. Saya yakin sambutan daripada pelajar di institusi pengajian atau latihan sangat menggalakkan dalam perkara ini.

Seterusnya, berkaitan pasukan bomba persendirian di premis iaitu merujuk kepada seksyen baharu, 4DC. Saya ingin tahu, setakat ini berapakah jumlah pasukan bomba persendirian yang telah diwujudkan di negara kita dan berapakah bilangan permohonan penubuhan yang telah diterima oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia? Dalam subseksyen (2) menyebut, Ketua Pengarah boleh mengarahkan pemunya premis untuk menubuhkan pasukan bomba persendirian sekiranya wujud potensi bahaya atau risiko khas kebakaran. Jadi, apakah jenis risiko dan bahaya yang dimaksudkan dalam seksyen ini?

draft • 3:28 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Antara maklumat yang saya peroleh buat masa kini, pasukan bomba persendirian telah diwujudkan di beberapa kawasan industri khususnya berkaitan minyak dan gas seperti di Kerteh, Terengganu dan Pengerang, Johor.

Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan kawasan industri yang berisiko tinggi berlaku kebakaran seperti dalam sektor minyak dan gas serta petrokimia untuk mewujudkan pasukan bomba persendirian berbanding hanya menunggu permohonan?

Ianya mengambil kira faktor keselamatan pekerja serta respons awal yang boleh diambil bagi mengelakkan kebakaran daripada merebak terus dan mengurangkan risiko kecelakaan yang lebih besar daripada berlaku.

Subseksyen (3) menyatakan Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat bagi penubuhan pasukan bomba persendirian. Saya ingin tahu, apakah syarat-syarat dan kriteria tersebut? Bagaimanakah skop operasi mereka? Adakah terhad di premis tersebut sahaja atau dibenarkan membantu operasi luar daripada premis tersebut? Saya juga ingin tahu, apakah ada audit secara berkala terhadap pasukan bomba persendirian? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian baru VA memasukkan berkaitan lima perkara iaitu

(i) perunding keselamatan kebakaran;

(ii) firma perunding keselamatan kebakaran;

(iii) orang kompeten;

(iv) kontraktor keselamatan kebakaran; dan

(v) penyedia latihan dan pengajar.

Saya melihat kemasukan bahagian ini amat baik dalam mengawal standard dan kualiti berkaitan perkhidmatan keselamatan. Lima entiti tersebut perlu membuat permohonan dan perlu membayar fi. Soalan saya, berapakah kadar fi bagi setiap permohonan entiti tersebut?

Selain itu, seksyen 36F menyatakan permohonan pendaftaran dibolehkan jika memenuhi syarat yang ditetapkan. Saya mohon pencerahan, apakah syarat-syarat tersebut?

Seksyen 36D menyatakan kadar hukuman bagi kesalahan berkaitan orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran, manakala seksyen 36E memasukkan kadar hukuman bagi kesalahan berkaitan penyedia latihan dan pengajar iaitu denda tidak melebihi RM100,000. Namun, seksyen 36C tidak menyatakan kadar hukuman sekiranya terdapat kesalahan melibatkan perunding keselamatan kebakaran dan firma perunding keselamatan kebakaran.

Soalan saya. Mengapa seksyen 36C ini tidak dimasukkan berkaitan kesalahan dan kadar hukuman? Sedangkan, mereka bertanggungjawab dalam menyediakan laporan analisis risiko kebakaran di mana dokumen ini sangat penting sebagai rujukan dalam beberapa perkara.

Seterusnya, Bahagian baru VB memperincikan berkaitan kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran. Saya amat bersetuju dengan ketetapan bahagian ini khususnya yang dinyatakan dalam subseksyen (2) pada seksyen 36K di mana peralatan berkaitan mestilah didaftarkan. Dengan ketetapan ini, diharapkan semua peralatan keselamatan kebakaran mematuhi standard yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat digunakan.

Soalan saya. Adakah peralatan yang digunakan oleh pasukan bomba persendirian juga mengikut spesifikasi dan standard yang sama oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia? Saya ingin mendapat kepastian, adakah peraturan seksyen 36K turut terpakai bagi alamat pemadam api yang tidak digunakan secara komersial tetapi penggunaannya secara persendirian? Contohnya, alat pemadam api kecil yang digunakan di rumah atau dalam kenderaan.

Seksyen 36O menyatakan berkaitan makmal pengujian kelengkapan menentang kebakaran. Soalan saya, berapakah makmal pengujian yang telah diiktiraf oleh kerajaan?

Saya mohon senarai lengkap semua makmal tersebut mengikut pecahan negeri secara bertulis.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian baru VA memasukkan berkaitan lima perkara iaitu

Akhirnya, saya ingin mengambil peluang ini, Tuan Yang di-Pertua, menyatakan bahawa masih ada lagi jawapan-jawapan yang belum diterima berkaitan persoalan yang kita tanya semasa sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong. Harap jawapan-jawapan itu dapat diberikan, oleh kerana hari esok hari last kita, Tuan Yang di-Pertua. Mohon Menteri dan pegawai-pegawai mengambil perhatian dan memberi jawapan-jawapan tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau. Lima minit.

draft • 3:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana membenarkan Tebrau untuk turut serta dalam perbahasan untuk pemindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Saya ingin mula dengan menyatakan bahawa pemindaan akta ini adalah satu pengiktirafan, penghargaan Kerajaan MADANI dan rakyat Malaysia kepada pasukan bomba kita yang kalaulah kita banding dengan pasukan beruniform yang lain, mungkin tidak setonjol, tetapi sebenarnya bomba ini memainkan satu peranan yang sangat penting dalam masyarakat dan komuniti kita ini. Bukan sahaja mereka bomba, tetapi juga mereka penyelamat. Walaupun kita kata bomba ini kita akan fikir bila ada kebakaran, tetapi agak paradoxical juga, masa banjir juga pihak bomba sebagai penyelamat juga akan keluar dan juga membantu menyelamatkan mangsa pada masa banjir.

Saya tertarik, Tuan Speaker, dengan seksyen 4BA iaitu penubuhan pasukan bomba sukarela; seksyen 4DA ― penubuhan Pasukan Kadet Bomba Malaysia; seksyen 4DC― penubuhan pasukan bomba persediaan di premis. Saya rasa ini merupakan satu usaha kerajaan untuk kita menyebarkan, meluaskan kesedaran dan mungkin sedikit kita mengalihkan juga tanggungjawab keselamatan kebakaran kebombaan kepada masyarakat dan juga komuniti tempatan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan saya kepada Bomba Sukarela Mount Austin dan juga Pasukan Bomba Sukarela Ulu Tiram yang telah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Tebrau selama ini. Saya amat haraplah kalau kerajaan boleh juga membantu mereka. Sebab, saya mendapati daripada mereka bahawa semua kerja yang mereka buat ini adalah sukarela. Memang sukarela. Tidak apa. Tetapi, saya harap kalaulah kerajaan boleh berilah sedikit elaun kepada mereka.

Mungkin elaun bulanan mungkin mencabar, tetapi fikirlah satu cara untuk memberi sedikit elaun. Bukan isu duit, tetapi isunya adalah pengiktirafan, penghargaan dan galakan.

Motivation kepada mereka.

Sekarang, setiap pasukan bomba sukarela, ia hanya dapat setahun RM3,000 sahaja daripada pihak kerajaan. Dengan tanggungjawab mereka yang buat untuk menyelamatkan

draft • 3:34 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

beberapa isu di kawasan, saya rasa RM3,000 itu tidak memadai. Kalaulah boleh, Menteri, sila perhatikan macam mana kita berikan mereka elaun yang sesuai.

Saya ada beberapa soalan, saya cuba pendekkan, kepada Menteri sahaja. Pertama, saya hendak tanya kepada Menteri, sebenarnya kita sekarang ini, PBS ini, kita pindah daripada ROS kepada terus di bawah Jabatan Bomba. Seramai 803,098 orang dan 369 pasukan bomba sukarelawan yang terlibat. Sebenarnya, boleh tidak jelaskan, apakah kelebihan atau advantage kita buatkan langkah ini untuk pindahkan mereka daripada ROS kepada terus di bawah Jabatan Bomba? Itu satu.

Kedua, berkenaan dengan pasukan bomba persendirian di premis. Saya harap Menteri boleh memberikan sedikit pencerahan, apa piawaian mereka? Siapa yang akan latih mereka? Dan seperti Yang Berhormat Kangar, saya pun juga hendak tahu, setakat hari ini, berapa pasukan yang telah ditubuhkan di seluruh Malaysia? Sebab, saya rasa ini adalah satu isu yang sangat penting. Memang tentunya industri oil and gas yang saya rasa tentunya akan terlibat. Selain daripada itu, industri mana yang juga terpaksa ataupun diarahkan untuk menubuhkan pasukan bomba persendirian juga?

Akhir sekali, saya juga ingin menanya kepada Menteri, adakah ahli atau orang yang bangkrap, muflis boleh memegang jawatan atau tidak dalam PBS ini di bawah Jabatan Bomba? Adakah dia sama juga seperti dengan ROS, tidak boleh, ataupun di sini ada kelonggaran yang berbeza?

Maka, dengan itu, terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya mohon menyokong.

draft • 3:34 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 3:34 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

draft • 3:39 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Tuan Yang di-Pertua, pasukan bomba sukarela (PBS) di Malaysia memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan awal dalam kecemasan terutama di kawasan yang jauh daripada balai bomba dan penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Penubuhan PBS adalah di bawah seksyen 62(1)(ca) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang membolehkan masyarakat setempat terlibat dalam pemadaman kebakaran dan penyelamatan sebelum ketibaan pasukan bomba rasmi.

Peranan dan tujuan. Saya sebenarnya amat menyokong dan melihat kewujudan PBS ini yang bertujuan untuk mengambil tindakan awal dalam kebakaran memberikan khidmat nasihat tentang pencegahan kebakaran dan mengeratkan koordinasi dengan JBPM serta

draft • 3:40 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

agensi lain. Namun, sejak sekian lamanya pasukan bomba sukarela ini ditubuhkan, keadaan mereka masih daif dan seolah-olah dipinggirkan. Ahli yang tidak cukup dan kurang terlatih, kelengkapan hanya pada asasnya sahaja dan tidak diberikan peranan yang lebih luas dari segi pengurusan mahupun pentadbiran. Malah SOP semasa di bawah bencana juga saya kira masih samar-samar.

Contohnya apa peranan mereka jika mereka tiba dahulu di tempat kejadian sebelum pasukan bomba sebenar tiba. Bagaimana PBS boleh bekerjasama semasa operasi memadam kebakaran? Adakah PBS juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti lif tersangkut panggil bomba, kucing atas pokok pun panggil, tidak dapat turun pun panggil bomba, operasi menyelamat semasa musim banjir, ular masuk rumah dan pelbagai lagi yang saya kira hari ini bomba sebenarnya pun tidak cukup kakitangan menangani semua ini Yang Berhormat Menteri.

Isu-isu berbangkit. Keterbatasan sumber dan infrastruktur. Pasukan bomba sukarela sering menghadapi keterbatasan sumber kewangan dan infrastruktur yang mempengaruhi keberkesanan operasi mereka. Contohnya, kekurangan jentera dan peralatan yang sesuai untuk tugas penyelamatan ini. Ini selaras dengan seksyen baharu 4BD yang dicadangkan memperkatakan tentang sumber kewangan sesuatu pasukan bomba sukarela.

Kedua, kebajikan dan pelindungan ahli. Meskipun PBS diberi insurans kelompok, namun masih terdapat kebimbangan tentang perlindungan yang lebih komprehensif bagi ahli- ahli yang berisiko dalam tugas mereka.

Ketiga, koordinasi dengan agensi lain. Terdapat keperluan untuk meningkatkan koordinasi antara PBS dengan agensi keselamatan lain untuk memastikan respons yang lebih efektif dalam kecemasan. Saya mencadangkan supaya menambah pembaikan dibuat.

Satu peningkatan sumber kewangan untuk PBS termasuk penyediaan jentera dan peralatan yang lebih baik untuk memperkuat keupayaan mereka.

Saya mengambil contoh di kawasan saya macam juga Jempol, ada satu pasukan bomba sukarela di Keratung. Nama pun Rompin tapi bezanya Rompin ini daerah. Yang sana pekan. Jadi, memang peralatannya saya kira amat daif. Ada 10 orang Yang Berhormat Menteri pasukan ahli bomba sukarela. Kereta pakai Proton Arena boleh muat dua orang.

Lapan orang bahan kereta sendiri. Jadi ini masalah. Jadi, soalan saya adakah kerajaan bersedia menyediakan peralatan dan kelengkapan setanding dengan pasukan bomba sebenar?

Yang kedua, perlindungan dan kebajikan ahli. Menyediakan pelindungan insurans yang lebih komprehensif dan faedah kewangan, kadar elaun yang lebih menarik kepada ahli PBS untuk menggalakkan lebih ramai menyertai pasukan ini di samping mereka terdedah kepada bahaya dan berisiko tinggi. Saya mengambil contoh, kalau RELA ada elaun, kenapa tidak pasukan bomba sukarela ini juga diberi elaun seperti mana pasukan RELA? Yang Berhormat Menteri kalau boleh ikut jam.

draft • 3:40 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Yang ketiga, latihan dan koordinasi. Meningkat frekuensi dan kualiti latihan bagi PBS serta memperbaiki koordinasi dengan agensi keselamatan lain untuk memastikan respons lebih efektif dalam kecemasan. Jalinkan kerjasama dengan PDRM, APMM, ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lain-lain lagi. Ini berkait dengan subfasal 6(d) bertujuan untuk memasukan perenggan baru 5(1)(d) untuk menambah tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengadakan program latihan.

Empat, digitalisasi dan teknologi. Mengintegrasikan teknologi digital dan AI dalam operasi PBS untuk memperbaiki komunikasi dan respons kecemasan seperti aplikasi pelaporan kecemasan dan sistem pengurusan ada. Jadi saya rasa itu sahajalah. Masa pun dah cukup. Walau apa-apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Rompin.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Maran sebagai pembahas seterusnya.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yang di-Pertua kerana izinkan saya turut membahaskan meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1998 yang dinamakan Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025.

Saya, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, tidak akan berfokus khusus kepada tajuk-tajuk pindaan yang dicadangkan dalam akta ini.

Pertama, saya nak ambil kesempatan atau mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Pengarah Bomba yang selama ini ada dan termasuk yang baharu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Abang yang kita kenal “abang sado” atau “abang bomba”, anggota bomba yang telah bertungkus-lumus menjalankan tugas menyelamat dan mempertahankan nyawa manusia dan harta benda dan juga keselamatan semua.

Kita tidak boleh nafikan peranan yang dimainkan oleh bomba. Di mana sahaja ada peristiwa bencana ataupun kemalangan, kebakaran, lemas, kemalangan jalan raya dan berbagai-bagai kemalangan seperti mana yang disebutkan oleh rakan saya di Rompin dan lain-lain tadi. Bomba tidak ketinggalan. Inilah peranan yang cukup besar yang harus kita berikan penghargaan kepada bomba, bahkan sepatutnya bomba ini ditaraf dinaikkan bukan sahaja di perjawatannya, dari segi anggotanya dan dari segi hak-hak lain termasuk elaun yang dicadangkan oleh beberapa Ahli Parlimen tadi.

Pindaan yang dilihat ini lebih tertumpu kepada usaha-usaha untuk melengkapkan dan mempertingkatkan lagi peranan dan tanggungjawab pegawai dan anggota-anggota bomba. Ia juga termasuk memartabatkan lagi pasukan-pasukan bomba sukarela.

Memerlukan pasukan Kadet Bomba Malaysia, keizinan untuk penubuhan pasukan bomba

draft • 3:45 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

persendirian. Saya bersetuju dengan cadangan-cadangan ini kerana dengan pindaan ini dibuat, saya ingin juga bertanya dalam kesempatan ini, apakah kerajaan bercadang untuk menswastakan pasukan bomba seperti mana yang berlaku di negara-negara lain?

Soalan juga sebagai sokongan, saya ingin bertanya berapa ramaikah anggota bomba di seluruh negara mengikut kaum pada hari ini Yang Berhormat Menteri? Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain sebab saya lihat agak kurang masyarakat Orang Asli kerana mereka juga terdedah kepada bencana kebakaran dan kehilangan di sungai dan sebagainya. Jadi, apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi jumlah kakitangan, anggota yang melibatkan berbagai kaum termasuk di lokasi-lokasi yang berbeza ini?

Saya juga meminta kerajaan menambahkan lagi peruntukan kebombaan di seluruh negara termasuklah bomba sukarela. Saya juga mencadangkan meminta supaya kerajaan mengkaji semula taraf perjawatan dan menambah lebih ramai anggota bomba kerana kita semua terdedah – semakin terdedah kepada pelbagai bencana. Hari ini boleh dikatakan berbagai-bagai kemalangan berlaku, kematian, pembunuhan dan berbagai-bagai yang memang tidak boleh dipisahkan dengan anggota bomba.

Polis mungkin juga ada peranan tetapi lepas tindakan yang dibuat oleh bomba dan sebagainya, tidak dinafikan juga pasukan JPAM, RELA dan sebagainya, baru polis akan ambil alih tetapi bomba adalah merupakan pada saya pasukan hadapan pergi bertanggungjawab membantu menyelamatkan masyarakat di negara kita.

Saya minta supaya bomba sukarela dan diberikan elaun khas sepertimana yang dicadangkan oleh beberapa yang lain tadi kerana mereka terpaksa korbankan masa mereka, kadang-kadang wang ringgit mereka dan sebagainya. Sebab itulah saya minta supaya peralatan-peralatan ini ditambah dari semasa ke semasa.

Saya juga bertanyakan beberapa perkara. Yang pertama, berapakah jumlah bencana kebakaran yang berlaku tempoh lima tahun yang lalu. Berapa ramai mangsa yang terbunuh?

Berapakah jumlah kerugian yang direkodkan walaupun Menteri tadi ada sebutkan dapat menjimatkan banyak bilion duit?

draft • 3:45 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ingin bertanya bencana mati lemas yang direkodkan dalam lima tahun yang lepas. Apakah pihak kementerian tidak bercadang untuk menambahkan lagi, memperluaskan lagi latihan kepada anggota-anggota bomba ini bukan sahaja di peringkat dalam negara, bahkan di luar negara. Saya juga mencadangkan supaya latihan-latihan yang diperluaskan lagi kepada bomba-bomba sukarela.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir saya ingin juga menambah satu perkara lain. Di samping penambahan perubahan atau pindaan undang-undang ini, kita juga tidak boleh nafikan bahawa keperluan penambahan keperluan peralatan balai-balai bomba mestilah ditingkatkan. Sebab itulah walaupun kita lihat mungkin agaknya dilihat bomba ini tidak begitu penting, tetapi kemalangan, kemusnahan, kematian yang berlaku akibat daripada bencana

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

kebakaran, hilang di sungai dan sebagainya sebenarnya mengorbankan banyak wang hasil daripada perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh masyarakat dan sebagainya.

Sebab itulah saya juga nak sebutkan di sini Menteri, jangan lupa balai bomba di Chenor masih belum dilaksanakan yang telah pun diberikan komitmen oleh kerajaan sebanyak RM800,000 bagi kerja-kerja tanah dan kerja-kerja awalan. Saya Dato’ Yang di- Pertua, amat menyokong pindaan ini kerana ini adalah membawa kesan yang cukup besar bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada negara keseluruhannya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Maran.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar, lima minit Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi rahmani rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk turut serta membahaskan RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 pada petang ini.

Secara dasarnya, saya menyambut baik usaha pihak kementerian untuk meminda rang undang-undang ini dalam usaha untuk merakyatkan lagi khidmat kebombaan ini dengan penumpuan kepada pengurusan pentadbiran dan pengawalseliaan pasukan bomba sukarela.

Ini kerana peranan pasukan bomba sukarela ini amat penting khususnya untuk penduduk di kawasan terpencil yang terletak jauh daripada balai bomba dan penyelamat yang kebanyakannya tertumpu di kawasan pekan dan bandar.

Kalau di bandar Tuan Yang di-Pertua, masa bertindak pihak bomba mungkin hanya 10 minit tetapi kalau di luar bandar ianya akan mengambil masa yang lama. Di Parlimen saya, Batang Lupar misalnya kawasan Sebuyau, Pusa dan Beladin terletak hampir sejam perjalanan daripada balai bomba yang terdekat di Betong dan Simunjan. Justeru itu, saya amat berterima kasih kepada pasukan bomba sukarela di Sebuyau, di Pusa dan di Beladin yang sedia berkhidmat untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan ini.

Kalau dilihat pada rang undang-undang ini, di bawah seksyen 4BD(2), Ketua Pengarah boleh dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana pasukan bomba sukarela. Maka, saya mohon supaya diperuntukkan peruntukan yang sewajarnya kepada pasukan bomba sukarela terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak termasuk di Parlimen saya, Batang Lupar.

Ini bagi membolehkan PBS ini dilengkapkan dengan latihan peralatan, kenderaan yang sesuai agar mereka dapat menyampaikan khidmat kebombaan dengan baik dan efisien.

Saya juga berharap agar pihak kementerian dapat melihat kepada penyediaan dana untuk

draft • 3:52 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

pasukan bomba sukarela bagi membantu mereka untuk mendapatkan premis yang lebih bermaruah bagi menempatkan pusat operasi dan stor peralatan.

Ada di antara PBS ini termasuk di kawasan saya masih belum mempunyai premis yang khusus untuk dijadikan bilik gerakan dan tempat penyimpanan peralatan mereka. Saya memahami bahawa pembinaan BBP akan mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya buat masa ini setiap PBS perlu ada premis sendiri untuk memudahkan operasi harian mereka.

Menyentuh mengenai pembinaan balai bomba dan penyelamat, saya ingin berterima kasih kepada pihak kementerian dan Menteri dan JBPM kerana telah mengambil inisiatif untuk membuat kerja-kerja awalan bagi pembinaan BBP di Sebuyau dan BBP di Pusa. Pada masa sama, saya juga mencadangkan agar pihak kementerian supaya dapat menilai semula kajian risiko kebakaran serta kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk menentukan pembinaan BBP di sesuatu kawasan.

Faktor seperti jumlah penduduk dan kekerapan berlaku insiden kecemasan mungkin kurang relevan di kawasan luar bandar dan pedalaman, sebaliknya harus dilihat juga faktor seperti jarak sesebuah kawasan daripada BBP yang terdekat.

Umum maklum di Sarawak sering berlaku kes kebakaran rumah panjang. Apabila berlaku insiden kebakaran rumah panjang di kawasan-kawasan yang terpencil, seluruh rumah panjang musnah dalam sekelip mata kerana pihak bomba terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke kawasan kejadian.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian, jika kita lihat di dalam buku anggaran perbelanjaan peruntukan untuk tahunan sudah ada butiran yang disediakan untuk pembinaan bangunan JBPM di Sarawak tetapi malangnya, tahun ini kita diperuntukkan hanya RM3.975 juta sahaja. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Menteri supaya kalau boleh dalam dua tahun sekali kita bagikan satu pembinaan balai bomba baru di Sarawak supaya dapat melengkapkan perkhidmatan bomba di Sarawak.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan dua soalan daripada rakan saya yang tidak sempat berbahas iaitu Yang Berhormat Batang Sadong. Beliau bertanya dua soalan iaitu apakah bentuk galakan tambahan yang akan diterima oleh pasukan bomba sukarela (PBS) selepas pindaan RUU ini dilaksanakan. Dan yang kedua, bagaimana JBPM memastikan PBS dapat ditubuhkan di kawasan-kawasan kritikal yang mempunyai response time yang tinggi daripada balai bomba dan penyelamat (BBP) yang berdekatan?

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar rang undang-undang ini dapat memperhebat dan memartabatkan peranan pasukan bomba sukarela di seluruh Malaysia.

Sekian, saya mohon menyokong.

draft • 3:52 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 3:52 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

[Membaca sepotong doa] Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk bersama-sama berbahas dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025.

Sememangnya kita tidak nafikan dengan peranan pasukan bomba sukarela sangat penting khususnya kalau di kawasan-kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Walaupun dalam KPI, bomba boleh sampai dalam masa 14 minit tapi bila di luar bandar itu, kadang- kadang rumah dah habis terbakar barulah pihak bomba sampai. Begitu pentingnya peranan mereka.

Cuma dalam pindaan ini tidak dinyatakan dengan jelas apakah perlindungan atau kebajikan yang kerajaan sediakan untuk mereka ini. Jadi mereka menjadi first liner tetapi tidak ada suatu penjelasan tentang kebajikan untuk mereka. Oleh itu, harap pihak kementerian dapat pertimbangkan perkara ini seperti yang dicadangkan oleh rakan sebelum ini.

Sementara dalam pindaan seksyen 4DB(4) dinyatakan bahawa ahli Pasukan Kadet Bomba Malaysia tidak berhak pada apa-apa elaun atau saraan. Saya bimbang pendekatan ini boleh membantutkan semangat penyertaan di kalangan remaja dan belia kita dalam pasukan kadet bomba ini.

Sementara seksyen 4BG juga menyatakan bahawa sekiranya pasukan bomba sukarela dibatalkan, mereka tidak berhak menerima sebarang pampasan bagi kerugian yang dialami. Tidakkah pindaan ini menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak menghargai sumbangan mereka? Ini juga perlu saya rasa diperhatikan.

Sementara seksyen 4DC, pindaan ini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mewajibkan pemilik premis menubuhkan pasukan bomba persendirian sekiranya terdapat risiko kebakaran. Walaupun dari aspek keselamatan, ia adalah suatu yang bagus. Akan tetapi, ia boleh menjadi beban kepada sektor swasta terutamanya bagi syarikat kecil dan sederhana PKS.

Menubuhkan pasukan bomba persendirian sahaja memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk latihan dan peralatan, tetapi juga melibatkan tanggungjawab pengurusan yang besar. Malangnya dalam pindaan ini tiada insentif atau bantuan kewangan yang ditawarkan oleh syarikat yang terpaksa menanggung kos ini. Selain itu, tiada garis panduan jelas mengenai operasi pasukan bomba persendirian. Adakah mereka perlu menjalani latihan berkala? Adakah mereka diwajibkan untuk memiliki peralatan tertentu?

draft • 3:57 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Jika tiada standard yang jelas, ini boleh menimbulkan masalah dari segi keberkesanan pasukan bomba persendirian serta tahap keselamatan yang ingin dicapai.

draft • 4:00 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Oleh itu, sebagai langkah sokongan kepada pindaan ini sejauh mana komitmen kerajaan untuk mewujudkan garis panduan yang jelas serta memberi sedikit insentif kepada pasukan bomba persendirian ini.

Manakala seksyen 36K, lampiran ini memperkenalkan keperluan untuk mendaftarkan semua peralatan menentang kebakaran. Mana-mana pihak yang menjual atau memasang peralatan tanpa pendaftaran boleh dikenakan denda sehingga RM500 ribu atau dipenjara selama lima tahun.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, memanglah tujuannya sangat baik untuk meningkatkan kualiti keselamatan. Akan tetapi, kos tambahan ini akhirnya akan ditanggung oleh pengguna termasuk pemilik premis perniagaan, bangunan komersial dan serta penduduk kediaman.

Sehingga proses pendaftaran ini melibatkan bayaran yang tinggi atau prosedur yang terlalu birokratik, ia boleh menyebabkan peningkatan harga peralatan keselamatan kebakaran. Ini boleh memberi kesan kepada keupayaan rakyat dan syarikat kecil untuk membeli peralatan yang mematuhi piawaian keselamatan.

Oleh itu, apakah jaminan kerajaan bagi memastikan mekanisme pendaftaran ini tidak membebankan industri dan pengguna. Dalam pindaan ini juga, tidak terdapat sebarang sebutan mengenai insentif kerajaan kepada syarikat atau premis yang melabur dalam sistem keselamatan kebakaran yang lebih baik. Inilah satu kelompongan yang perlu diberi perhatian.

Oleh itu, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan insentif seperti sokongan cukai, geran atau subsidi bagi perniagaan dan pemilik pengguna yang melabur dalam sistem keselamatan kebakaran yang berkualiti tinggi.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu keselamatan pendawaian elektrik ini sebagai pencegahan di rumah-rumah kediaman khususnya bagi golongan B40 yang berisiko tinggi. Rakyat terutamanya dalam kelompok B40 tidak mampu menanggung kos pendawaian semula, rewiring dengan izin bagi rumah lama yang berisiko tinggi mengalami litas pintas dan kebakaran.

Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan bantuan khas bagi kerja-kerja rewiring rumah B40 sebagai langkah pencegahan kebakaran dan melindungi nyawa serta harta benda rakyat? Juga adakah kerajaan akan menetapkan apa-apa syarat dan juga latihan kepada bomba sukarela dari aspek pemeriksaan keselamatan pendawaian dan pemeriksaan percuma oleh bomba sukarela ini untuk golongan B40? Mohon pencerahan daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.

draft • 4:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih, Dato Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025. Saya berpandangan bahawa ini adalah satu pindaan yang amat signifikan terhadap Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dalam memartabatkan peranan sang wira merah dalam masyarakat MADANI.

Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana sentiasa berusaha keras untuk meningkatkan imej sang wira merah.

Saya sehingga hari ini masih tidak dapat melupakan bagaimana megah dan bangganya Yang Berhormat Menteri kita berdiri bersama dengan anggota dan pegawai menaiki kenderaan urban search and rescue memberikan tabik hormat dalam perarakan Hari Kemerdekaan tahun lepas. Lalu menjadikan Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri pertama yang menyertai perarakan Hari Kemerdekaan. Tahniah Yang Berhormat Menteri.

Kebanggaan Yang Berhormat Menteri terhadap wira merah ini sebenarnya amat tepat kerana jasa wira merah yang tidak didendang ini amat besar terhadap komuniti dan masyarakat setempat daripada memadam kebakaran, menangkap ular hinggalah menyelamatkan anjing dan kucing di dalam longkang.

Justeru, usaha Yang Berhormat Menteri KPKT untuk menambah baik struktur pentadbiran dan pengurusan pasukan bomba sukarela (PBS) melalui satu pindaan seksyen dan lapan seksyen baharu haruslah disokong sepenuhnya dalam memantapkan lagi organisasi PBS ini.

Usaha ini amat penting agar PBS dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih lancar. Sebagai contohnya, seksyen 4BD(1) yang baharu memperuntukkan bahawa sesuatu pasukan bomba sukarela boleh menjalankan aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan dengan syarat aktiviti tersebut selaras dengan perintah tetap di bawah seksyen 7B.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adakah ini bermakna PBS boleh mengadakan jamuan kutipan derma atau sebarang aktiviti lain bagi mendapatkan dana operasi mereka? Apakah kawalan daripada pihak kementerian bagi memastikan perkara ini tidak disalahgunakan?

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, PBS memainkan peranan penting khususnya di kawasan luar bandar. Sebagai contoh, di Pekan Kahang luar kawasan saya tetapi kawasan Pekan Paloh ini – Pekan Kahang, maaf. Terletak antara bandar Kluang menuju ke Mersing. Ini adalah sebuah pekan kecil antara bandar Kluang dan Mersing dan PBS adalah barisan hadapan dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamatkan orang.

Ini kerana balai bomba terdekat memerlukan sekurang-kurangnya 45 minit untuk tiba dari Kluang. PBS Kahang telah banyak berjasa kepada komuniti setempat. Antaranya pada 29 Januari 2023, sebuah kedai terbakar di Pekan Kahang. PBS bertindak pantas mengawal

draft • 4:02 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

keadaan dalam masa 10 minit dan memadam api dalam 30 minit. 24 Mac 2023, sebuah kenderaan terbakar di Batu 17, Jalan Mersing. PBS Kahang segera bertindak dan berjaya memadamkan kebakaran. 26 Mac 2023 juga, ribut petir mengakibatkan pokok tumbang di Batu 20 Jalan Mersing menghalang laluan utama. PBS Kahang bertindak segera dan menyelesaikan masalah tersebut.

Pasukan PBS di Kahang ini secara average lah, puratanya umur semua 40 ke 50 dah. Memang 10 tahun lagi semua masuk warga emas tetapi mereka masih ambil tindak secepat mungkin setiap kali menerima panggilan daripada pihak polis atau orang awam.

Dengan ini, kecekapan PBS Kahang diiktiraf apabila mereka dinobatkan sebagai pasukan bomba sukarela terbaik di Johor pada tahun 2024. Namun, pencapaian ini tidak bermakna mereka bebas daripada cabaran khususnya dari segi kewangan.

Jadi di sini saya ingin minta bantuan Yang Berhormat Menteri peruntukan RM3,000 setiap tahun daripada kementerian tidak mencukupi. PBS Kahang berdepan dengan masalah peralatan yang usang dan tidak mencukupi. Kasut operasi mereka hanya diganti apabila sudah tidak boleh digunakan lagi. Silinder oksigen yang rosak tidak dapat diganti kerana tidak ada dana yang mencukupi.

Mereka terpaksa bergantung kepada sumbangan dan derma untuk memastikan kelangsungan operasi. Setiap kali saya berbincang dengan mereka, permintaan mereka bukanlah elaun atau insentif peribadi. Mereka hanya mahu peningkatan peruntukan tahunan supaya mereka tidak perlu lagi risau tentang mencari dana untuk membeli peralatan asas bagi menyelamatkan nyawa.

Jadi saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan peningkatan peruntukan kepada PBS khususnya di kawasan luar bandar termasuk di PBS Kahang di mana masyarakat setempat bergantung sepenuhnya kepada mereka dalam keadaan kecemasan.

Saya juga ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai seksyen 4BA. Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mewujudkan kuota wajib bagi wanita untuk menganggotai PBS? Atau adakah perancangan untuk mewujudkan PBS khusus dalam kalangan wanita? Bagaimana pula langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan peranan wanita terus diperkasakan dalam pasukan beruniform, khususnya di bawah JBPM? Wanita mempunyai peranan penting dalam operasi penyelamatan terutamanya dalam situasi yang memerlukan kepekaan...

draft • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

draft • 4:02 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

...Ya, dan kepakaran khas. Jadi saya akan landing. Maaf, Dato’ Timbalan Speaker. Seperti membantu – jadi wanita mempunyai sebenarnya kepakaran khasnya sangat membantu dalam situasi yang memerlukan kepekaan dan kepakaran khas seperti membantu mangsa wanita dan kanak-kanak dalam kecemasan.

draft • 4:02 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Saya berharap kementerian dapat memberikan penjelasan mengenai hala tuju penglibatan wanita dalam PBS serta sokongan yang akan diberikan untuk menarik lebih ramai penyertaan wanita dalam pasukan ini.

draft • 4:02 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Saya pohon Yang Berhormat Menteri memberikan statistik penglibatan wanita sebagai pegawai dan juga anggota JBPM dan juga PBS di seluruh negara. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang, peluang untuk sama berbahas di dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba

(Pindaan) 2025.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat evolusi pindaan RUU ini pada kali ini adalah sangat berbeza berbanding pindaan yang pernah dibuat pada tahun 1991, 1994 dan 2018 yang memperlihatkan komitmen kementerian dalam merakyatkan perkhidmatan kebombaan seperti mana yang terkandung dalam Dasar Kebombaan dan Penyelamat Negara 2021- 2030.

Tuan Yang di-Pertua, justeru di bawah pindaan ini terdapat beberapa perkara yang saya ingin sentuh untuk mendapat penjelasan oleh YB Menteri. Pertamanya berkaitan pasukan bomba sukarela. Di bawah subseksyen (3A) yang memperuntukkan bahawa PBS boleh didaftarkan mengikut syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan syarat penubuhan dan pembatalan ditetapkan oleh Menteri.

Jadi, saya ingin mendapat perincian lanjut, apakah kriteria yang ditetapkan bagi pendaftaran PBS ini dan apakah justifikasi syarat penubuhan dan pembatalan hanya boleh ditetapkan oleh Menteri dan bukan Ketua Pengarah JPM memandangkan ianya hanya sebuah pasukan sukarela.

Selain itu, berkenaan PBS ini juga, saya ingin mendapati bilangan terkini PBS di Kedah adalah sebanyak 44 pasukan dengan pasukan terbarunya ditubuhkan pada tahun ini ialah di Pulau Tuba, Langkawi; Ulu Bakai, Baling, Padang Serai, Kulim Hi-Tech serta UUM Bukit Kayu Hitam. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah bilangan PBS ini mencukupi terutamanya di negeri Kedah bagi membantu JBPM bertindak lebih awal di kawasan yang jauh dari balai bomba sedia ada.

Sejauh manakah bilangan bomba di 44 buah PBS di Kedah ini berupaya untuk membantu memendekkan tempoh masa bertindak atau response time PBS terhadap

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

panggilan kecemasan memandangkan national average response time yang ditetapkan pada ketika ini ialah di bawah sembilan minit 30 saat.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkenaan dengan seksyen 36 yang mengandungi peruntukan mengenai perundingan keselamatan kebakaran. Firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyediaan latihan dan pengajar. Saya memahami justifikasi seksyen ini yang ingin memastikan bahawa laporan analisis risiko kebakaran disediakan oleh individu atau firma yang berkelayakan dan berdaftar bagi menjamin keselamatan awam, mengawal kualiti dan profesionalisme.

Namun dengan mewajibkan pendaftaran perunding dan firma ini mungkin akan memberi tekanan kepada PBS terutamanya melibatkan implikasi kos yang akan dihadapi.

Untuk melantik perunding dan firma ini pastinya mencecah nilai ratusan dan ribuan Ringgit.

Lebih merisaukan mungkin ada di antara perunding dan firma akan menggunakan kesempatan untuk mengeksploitasi PBS ini untuk mendapat keuntungan.

Bagaimanakah kementerian melihat perkara ini dengan lebih mendalam dan sejauh manakah kementerian juga dapat membantu mengurangkan implikasi kos pelantikan perunding dan firma ini menerusi kos yang boleh ditanggung oleh kerajaan. Manakala berkenaan kontraktor keselamatan kebakaran pula, saya bimbang ramai kontraktor yang mengambil kesempatan di atas kelompongan undang-undang sedia ada.

Sebagai contoh, insiden kebakaran yang melibatkan sebuah syarikat multinasional yang beroperasi dengan sijil kebakaran yang telah tamat tempoh untuk dua kilang yang disewanya di Gelang Patah, Johor. Insiden ini membuktikan industri keselamatan kebakaran di negara ini masih lagi lemah dan ini diburukkan lagi dengan sikap sambil lewa segelintir premis terutama di zon-zon industri.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini amat baik namun secara holistiknya saya melihat keperluan untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap keselamatan kebakaran di zon- zon tertentu adalah lebih mendesak dan jauh, manakala komitmen kementerian dalam mempertimbangkan kewujudan undang-undang ini. Begitu juga dengan pindaan mengenai kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran di bawah subseksyen (6A).

Masih ramai dalam kalangan pemilik premis yang leka dan mengambil mudah akan kepentingan penyediaan kelengkapan menghadapi kebakaran. Saya ingin menyarankan agar kerajaan menyediakan satu insentif khusus seperti rebet tunai bagi menggalakkan lebih ramai pemilik premis khususnya premis persendirian untuk menyediakan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran...

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Kulim, Kulim, boleh mencelah tak? Tuan Speaker, minta izin sikit. Sikit saja.

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Boleh, boleh, boleh.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya nak tanya Kulim, sekarang ini terdapat sekolah-sekolah pusat pendidikan, taska, tabika di premis-premis perniagaan ini.

Apakah Kulim nak mencadangkan supaya pihak kerajaan, bomba wujudkan garis panduan khas dalam menangani isu ini. Sebab ini banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya, Maran saya setuju dan minta Menteri menjawab nanti. Pada masa yang sama, kementerian juga disarankan untuk memberi lebih pendedahan tentang jenis dan kualiti kelengkapan kebakaran yang boleh diperolehi di pasaran. Hal ini memandangkan terdapat ramai rakyat di luar sana masih keliru dengan mendapatkan kelengkapan kebakaran terbaik terutamanya dengan lambakan penjualan kelengkapan seperti alat pemadam api dan platform di atas talian. Malah menyentuh berkenaan hal ini, saya ingin mendapat...

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat gulung, satu minit.

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Mendapat penjelasan, sejauh manakah pemantauan kementerian bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dalam memantau penjualan kelengkapan kebakaran yang tidak mempunyai standard di platform atas talian.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit untuk menyinggung mengenai pasukan bomba bantuan. Untuk makluman, elaun PBB pada masa kini RM8 sejam selepas ianya dinaikkan daripada RM6 pada tahun 2021. Nilai ini dilihat tidak setara dengan kudrat bakti anggota yang bertungkus-lumus terutamanya yang telah berkhidmat lebih 10 tahun.

Jadi saya memohon kepada kementerian mempertimbangkan kenaikan elaun PBB ini kepada nilai RM10 ataupun RM13 sejam bagi melambangkan ihsan serta keprihatinan kerajaan dalam menghargai jasa mereka. Begitu juga saya ingin memohon pertimbangan kerajaan untuk menyerapkan anggota PBB yang kini...

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 10 saat.

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

...Seramai 2,145 orang sebagai Pegawai Bomba sepenuh masa. Pengalaman serta kepakaran dan kemahiran mereka sepanjang perkhidmatan tidak harus dipandang enteng dan melantik mereka sebagai Pegawai Bomba sepenuh masa juga adalah satu langkah terbaik kerajaan untuk terus memperkasakan institusi kebombaan negara ini.

Akhir kata, semoga RUU ini menjadi titik permulaan kepada transformasi institusi bomba untuk terus menyediakan khidmat terbaik untuk masyarakat dan negara. Dengan ini, saya menyokong RUU Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025. Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Beaufort.

draft • 4:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato' Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua, Kuala Terengganu.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

draft • 4:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sekejap, ya.

Ini Peraturan Mesyuarat, Perkara 36(12). Tadi saya daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Parlimen. Jadi semasa saya sedang bermesyuarat, ada satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Kota Melaka di dalam perbahasan beliau tadi mengelirukan dan menghina Majlis yang mana Kota Melaka telah membuat satu dakwaan yang sangat salah dengan menuduh bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) yang dipengerusikan oleh pembangkang adalah paling corot dan tidak pernah panggil mesyuarat.

Jadi saya tidak boleh berdiam diri dan saya berunding dengan sesama Ahli Jawatankuasa yang bukan saja terdiri daripada pembangkang tetapi juga termasuk juga daripada Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada penyokong kerajaan. Ini adalah sama sekali tidak benar kerana jawatankuasa ini telah bermesyuarat pada tahun 2023 lebih 10 kali.

Kemudian kita ada lawatan kerja tahun 2024. JPKP telah mengadakan 16 kali mesyuarat dan membentangkan empat penyata ke Parlimen.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya pun baru balik daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas berkaitan dengan Alam Sekitar, Sains dan Teknologi. Jadi, dakwaan Ahli Parlimen Kota Melaka bahawa JKPK di bawah kepimpinan pembangkang tidak pernah panggil mesyuarat adalah fitnah yang sangat jahat.

[Tepuk] Jadi, saya minta supaya...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

...tarik baliklah.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat ini adalah hak Ahli-ahli Parlimen atau untuk menyatakan berkaitan apa yang ketidakpuasan hatinya dan perkara yang dibangkitkan adalah 36(12). Alright, dalam perspektif ini ada dua perkara. Satu, di dalam Dewan. Okey, betul. Kedua, hanya saya tak boleh buat keputusan kerana saya tidak mendengar pun benda itu. Jadi, adalah sesuai satu Usul dibangkitkan. Kalau...

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Pukul 2.30 tadi.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau di depan saya tadi, saya boleh buat keputusan.

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Pukul 2.30 tadi.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon juga rujuk pada peraturan yang sama, 36(12) berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi. Saya mohon petua, walaupun Yang di-Pertua telah membuat petua atas isu ini. Bukankah perkara itu sepatutnya dibangkitkan ketika Yang Berhormat Kota Melaka sedang berbahas? Kita lihat bahawa — kita lihat Yang Berhormat Kuala Terengganu tidak hadir tadi, nombor satu.

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

I dalam Mesyuarat.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nombor dua...

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, nak bangun itu kena minta izin saya. Kan saya selalu cakap, Yang Berhormat-Yang Berhormat ini semua banyak langgar saja.

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya minta maaf.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jadi, tolonglah.

Kalau yang orang lain presiding, you nak bangun, bangunlah. Tapi dengan saya ini, saya catat. Satu, dua, tiga, 10 hari. Itu saja hukuman saya. Okey, teruskan.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kedua, Yang di-Pertua. Kita lihat juga ramai daripada Ahli-ahli di sebelah sana juga hadir dan ada beberapa daripada mereka juga menganggotai Jawatankuasa yang sama. Jadi, kalau benarlah perkara ini adalah tidak betul dan merupakan satu fitnah, saya menjangkakan bahawa sepatutnya perkara ini dibawa kepada Yang di-Pertua yang sedang mempengerusikan mesyuarat. Tetapi kita tahu bahawa apabila Yang Berhormat Kota Melaka berbahas tadi, tidak ada seorang pun daripada Ahli Parlimen Yang Berhormat di sebelah pembangkang yang bangun.

Jadi, kalau inilah caranya mereka membantah, kalau begitu, tiap-tiap kali perkara itu dibahaskan macam tadi bila Yang Berhormat Langkawi bangun dan menyatakan sesuatu, saya walaupun berada di luar Dewan telah mendengar ucapan ini, masuk ke Dewan dan membangkitkan isu peraturan. Kalau tidak, maka Yang di-Pertua tidak berada dalam keadaan untuk memperbetulkan sesuatu kesalahan yang nyata, Yang di-Pertua. Ini pandangan saya, Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang yang diberikan.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, 36(12) juga.

Jadi, perspektif ini macam saya cakaplah. Kata asas (the key word) adalah ‘di dalam Dewan’.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Apa yang telah diutarakan, diucap ‘di dalam Dewan’, semuanya recorded, okey? Jika kemudiannya ada Ahli-ahli Parlimen yang rasa ia melanggar Peraturan 36(12), 36(6) dan sebagainya, usulkan kerana saya percaya siapa yang duduk di sini, tak boleh buat keputusan benda yang dah lepas. Ini juga saya nasihatkan kepada Yang Berhormat.

Manakala saya bukanlah nak overruled Pengerusi yang membuat keputusan semasa pertelingkahan antara Langkawi dan Kota Melaka. Kalau kita lihat 36(12), macam saya cakaplah selalu. YB lihat 36(10) itu, lim 1, lim 2. Bila melibatkan perkauman dan sebagainya, it is already something not right already, according to the peraturan, dengan izin. Tapi bagi saya, kalau ada usul, benda itu dibuat keputusan berdasarkan atas fakta. Kalau saya...

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato' Yang di-Pertua...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, saya tak habis cakap lagi. 42 itu ada. Kalau saya, saya akan buat keputusan tarik balik. Tapi saya tidak boleh buat preside pada yang lepas. Itu kena melalui usul. Baik, itu saja. Kita jangan — kalau peraturan...

draft • 4:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato’, saya akan kemukakan usul.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Buat usul. Yang Berhormat mencerita benda yang dah lepas. Kalau benda itu berlaku depan mata, opsyen bagi Pengerusi untuk buat keputusanlah sama ada dia nak buat keputusan ketika dan masa itu ataupun dia nak dengan usul. Baik. Kita teruskan kepada perbahasan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kangar. Sebelum Yang Berhormat Kangar bercakap, tenang-tenanglah 36(10)(c) itu. Selalu sangat saya bercakap.

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar atau Beaufort?

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya?

draft • 4:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Beaufort belum, Dato’ Speaker.

draft • 4:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar dulu?

draft • 4:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Beaufort belum.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Teruskan.

draft • 4:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’, Beaufort belum.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ha, Beaufort.

Sorry. Itulah gangguan banyak. Okey, Beaufort. Selesaikan. Saya dah panggil pun tadi.

draft • 4:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan juga selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, atas

draft • 4:25 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 atau Akta 341, (Pindaan) 2025.

Dato' Yang di-Pertua, sumbangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menyejahterakan negara semangnya tidak dapat dinafikan. Khidmat cemerlang pasukan bomba sentiasa ditagih setiap masa tanpa mengira waktu bagi memastikan keselamatan orang ramai, harta benda terjamin, sekali gus membantu negara bergerak maju ke hadapan.

Atas dasar itu, gerak kerja pemantapan JBPM perlu diselaraskan dan dipermantapkan secara berterusan bagi mengimbangi situasi semasa yang semakin mencabar. Beaufort menyokong penuh Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 ini bagi memastikan perkhidmatan bomba terus diperkasa. Melihat kepada pindaan ini, fokus adalah tertumpu kepada isu dan juga cabaran berkaitan pengurusan dan pengawalseliaan pasukan bomba sukarela (PBS).

Perunding keselamatan, kebakaran dan firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran, kelengkapan menentang kebakaran atau perpasangan keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan juga pengajar dan pasukan bomba. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memfokuskan perbahasan ini kepada pasukan bomba sukarela. Peranan pasukan bomba sukarela adalah sangat penting untuk memberi respons terawal jika berlaku bencana dan kecemasan, khususnya di negeri Sabah, di mana kawasannya adalah luas dan tidak semua daerah di Sabah memiliki Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Atas dasar itu, pasukan bomba sukarela ini perlu diperhebatkan peranannya dengan memastikan kelengkapan alat bantuan pencegahan kebakaran perlu dibekalkan dengan secukupnya dan anggota PBS ini juga perlu menjalani latihan dengan lebih kerap agar mereka sentiasa bersiapsiaga sekiranya berlaku kebakaran dan juga kemalangan. Saya juga mengharapkan agar elaun PBS ini dapat ditingkatkan bagi menggalakkan lebih ramai lagi anggota PBS, terutama di kawasan pedalaman yang mempunyai risiko kebakaran.

Dato' Yang di-Pertua, di kawasan saya di Parlimen Beaufort, Daerah Menumbok tidak mempunyai balai bomba dan bergantung kepada balai bomba dari Kuala Penyu yang jaraknya lebih 45 kilometer dan mengambil masa perjalanan selama satu jam untuk sampai ke Daerah Menumbok. Atas dasar itu, pasukan bomba sukarela telah ditubuhkan di tiga buah kampung iaitu Kampung Sangkabot, Kampung Berangkut dan juga Kampung Mangsut yang mempunyai keahlian 30 orang untuk setiap PBS. Tetapi semua sukarela ini adalah berada dalam 18 kilometer daripada Daerah Menumbok.

Namun Tan Sri Yang di-Pertua, setiap kali berlaku kebakaran di Daerah Menumbok, kebakaran tersebut telah memusnahkan hampir 100 peratus rumah dan harta benda rakyat.

Lebih menyedihkan juga, ada kes kebakaran yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa.

Maka, atas dasar itu juga saya konsisten untuk meminta kepada kementerian sekurang-

draft • 4:25 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

kurangnya mewujudkan satu mini bomba di Daerah Menumbok dan perkara ini telah pun saya kemukakan ataupun bahaskan pada masa yang lepas.

Perkara ini juga kalau dapat ditubuhkan, akan dapat memperkasa peranan pasukan bomba dan juga penyelamat di daerah tersebut, khususnya di kawasan Parlimen saya sendiri. Dato’ Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya menyokong penuh Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] pindaan tahun 2025 ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:25 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Silakan, Yang Berhormat Kangar.

draft • 4:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, Kangar mengambil peluang untuk membahas Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Pindaan 2025).

Jadi, peranan bomba berada sama aras dengan pasukan beruniform yang lain.

Malah, tugasan pasukan bomba perlu lebih pantas terutamanya melibatkan kes-kes kebakaran. Oleh sebab itu, Pasukan Bomba Sukarela turut membantu pasukan utama. Di Kangar, terdapat satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS). Lokasinya terletak di Kuala Perlis.

PBS ini perlu diperkasakan supaya mereka dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan.

Fasal 4, seksyen baharu 4BA(1) yang berkaitan pasukan bomba sukarela perlu mengadakan perlembagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Jadi, walaupun PBS ini secara sukarela, tapi tahap sukarela dia berada di tahap yang tinggi dan mereka perlu mendapat sokongan yang kuat dari kerajaan, terutamanya KPKT lah, untuk mendapat bantuan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi sesuatu organisasi ataupun NGO, suatu perlembagaan penting supaya institusi ini dapat berkembang. Kita tidak mahu pasukan bomba sukarela hidup segan, mati tidak mahu. Jadi, sekurang-kurangnya dengan adanya perlembagaan, pasukan PBS ataupun pasukan bomba sukarela akan bergerak lebih efisien. Kita tidak mahu PBS menyumbang lebih banyak masalah berbanding dengan tujuan sebenar ia ditubuhkan.

Seksyen 4BA(2), pasukan bomba sukarela hendaklah ditadbir oleh satu jawatankuasa yang dipilih mengikut perlembagaan. Cuma, persoalan saya, siapakah yang akan terlibat di dalam jawatankuasa berkenaan? Adakah terdapat tempoh jawatankuasa berkenaan berkhidmat? Apakah isu-isu utama dalam pembentukan jawatankuasa ini? Ini bagi memastikan pasukan bomba sukarela ditadbir secara telus dan boleh terus berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat.

draft • 4:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dato’ Yang di-Pertua, fasal 4, seksyen baharu 4D berkaitan penubuhan Pasukan Kadet Bomba Malaysia, dan 4DA, Menteri boleh menubuhkan Pasukan Kadet Bomba Malaysia. Seksyen 4DB(1)(a), tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Jadi, sebenarnya di sekolah memang terdapat pasukan kadet bomba sama seperti kadet polis, kadet tentera dan sebagainya.

Tujuannya adalah untuk mengembangkan potensi murid supaya mereka menjadi pelajar-pelajar yang lebih berdisiplin. Untuk pasukan kadet bomba sekolah, ada sahaja pelajar yang berminat ya. Pelajar memang bab-bab bomba ini pun dia suka. Cuma, isu di sekolah, biasalah, isu kekurangan peruntukan untuk aktiviti kokurikulum.

Jadi, untuk menjadi kadet bomba lebih menarik, kerajaan melalui KPKT dan KPM perlu menyalurkan peralatan asas seperti pakaian seragam dan alat-alat keselamatan. Kalau kita tengok sekarang ini, pasukan kadet bomba sekolah ini nampak, orang utara cakap, ceroilah. Ceroi. Nampak tak menarik.

Tapi, kalau diperkasakan, maka kadet bomba akan menarik lebih ramai pelajar- pelajar untuk menyertai pasukan ini. Jurulatih-jurulatih daripada pasukan bomba, dia kena turun selalu untuk ke sekolah dan memberi kursus-kursus kepada guru-guru penasihat.

Sebab, guru-guru penasihat ini kadang-kadang mereka tidak ada pengetahuan berkaitan dengan kebombaan.

Seterusnya, setakat manakah pasukan bomba sukarela ini selari dengan pasukan kadet bomba sekolah? Adakah kadet bomba sekolah perlu mempunyai perlembagaan sama seperti PBS yang lain? Di peringkat KPKT, adakah Menteri KPKT akan dapat berkolaborasi dengan Menteri KPT dalam membangunkan pasukan sukarela di IPT? Adakah Menteri akan mengerakkan rakyat Malaysia dalam pelbagai kaum untuk membentuk pasukan bomba sukarela di seluruh negara? Jika usaha ini dibuat secara berterusan, saya pasti pasukan bomba sukarela akan terus berkembang dan menjadi pasukan backup yang cukup kuat untuk pasukan bomba yang tetap. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas inisiatif memperkenalkan pindaan terhadap Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Pindaan ini ialah langkah tepat dalam usaha memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan pasukan bomba kita khususnya pasukan bomba sukarela (PBS) yang telah memainkan peranan penting dalam keselamatan masyarakat.

draft • 4:35 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Batu Pahat ingin menzahirkan penghargaan kepada lebih 8,000 yang saya difahamkan anggota PBS di seluruh negara yang sentiasa bersiap sedia dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menangani insiden kebakaran dan kecemasan.

Pengukuhan peranan PBS ini melalui pindaan ini juga tentu akan memastikan mereka lebih bersedia dari segi latihan, kebajikan serta perlindungan sewajarnya semasa menjalankan tugas. Pindaan ini juga tentu memastikan anggota PBS mendapat elaun yang lebih wajar serta perlindungan insurans bagi menjamin kesejahteraan mereka.

Oleh itu, Batu Pahat bersetuju PBS harus diberikan akses kepada latihan profesional, peralatan yang mencukupi serta sokongan logistik bagi meningkatkan keberkesanan operasi mereka terutamanya di kawasan luar bandar.

Batu Pahat juga menyokong sebarang langkah pengiktirafan PBS secara rasmi dalam sistem keselamatan awam negara termasuk memperluaskan kuasa dan peranan mereka secara lebih tersusun. Banyak balai bomba sukarela beroperasi dengan sumber yang agak terhad. Oleh itu, saya Batu Pahat menyeru kerajaan dapat menyalurkan peruntukan khas kepada balai bomba sukarela ini bagi menaikkan taraf infrastruktur dan aset mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam Parlimen Batu Pahat, ada tiga DUN iaitu Rengit, Senggarang dan Penggaram. Alhamdulillah, di DUN Rengit ini sudah ada PBS yang sangat aktif. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Bomba Sukarela Parit Tengah, Rengit, Batu Pahat. Saya juga berhajat juga supaya satu lagi PBS diwujudkan di DUN Senggarang, di antaranya sebagai untuk mencapai KPI response time bawah 10 minit ke tempat kejadian.

Peranan PBS juga boleh diperkasakan dengan penglibatan yang lebih aktif, sekiranya pihak PBT dalam merangka pelan kecemasan komuniti, serta meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran di kawasan bandar dan luar bandar.

Dato’ Yang di-Pertua, difahamkan kerajaan telah menyediakan inisiatif skim insurans takaful kepada anggota bomba sukarela. Jadi, Batu Pahat ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif ini. Namun begitu, geran kepada PBS ini harusnya dipertingkatkan lagi kerana geran RM3,000 setahun macam tidak cukup. Jadi, kalau dapat tambah lagi RM1,000, jadi RM4,000 setahun pun memadailah.

Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini juga satu langkah yang amat penting dalam usaha meningkatkan kecekapan kawal selia serta standard keselamatan kebakaran di Malaysia.

Dengan pindaan ini, mudah-mudahannya aspek kawal selia akan diperketatkan lagi kepada perunding keselamatan kebakaran, kontraktor keselamatan kebakaran, orang kompeten, penyedia latihan keselamatan dan pengajar dalam bidang ini.

Oleh itu, semua pihak akan memainkan peranan besar dalam memastikan sistem keselamatan kebakaran negara kita ini mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Oleh itu,

draft • 4:35 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

dengan kawal selia ini, ia akan lebih sistematik dan membantu meningkatkan lagi profesionalisme industri serta mengurangkan risiko kecuaian dan kegagalan teknikal.

Batu Pahat juga menyokong beberapa aspek utama dalam pindaan ini termasuk sekiranya ada geran latihan atau pelepasan cukai kepada syarikat atau individu yang memenuhi syarat pendaftaran. Maka, ia sedikit sebanyak dapat membantu. Atau satu motivasi bagi mengekalkan standard tinggi dalam perkhidmatan mereka.

draft • 4:35 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Selain mengawal selia industri JPPM dan KPKT perlu mempergiatkan lagi kempen kesedaran kepada semua pemilik bangunan dan syarikat swasta agar mereka mengambil perkhidmatan pihak yang telah diiktiraf sahaja untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan dalam sistem keselamatan kebakaran. Dengan ini Batu Pahat percaya perkhidmatan bomba Malaysia akan terus maju dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Oleh itu Batu Pahat menyokong RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 dan berharap ia akan dilaksanakan dengan berkesan demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, Batu Pahat ingin menyokong.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 4:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam membahaskan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 untuk memperkukuhkan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam melindungi nyawa dan harta rakyat Malaysia dari kebakaran dan kecemasan yang mencecah RM1.56 bilion pada tahun 2024 yang lalu.

Bersangkutan dengan pasukan bomba sukarela, saya ingin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu dana khas yang diluluskan dalam belanjawan tahunan bagi PBS bagi memastikan kelangsungan operasi mereka terutama meningkatkan penyediaan bangunan yang sesuai dan peralatan yang lebih baik kepada Pasukan Bomba Sukarela ini seperti terutamanya di bandar Kerdau dan juga Rumpun Makmur dalam Parlimen Kuala Krau.

Juga bagi mewujudkan elaun khas yang berpatutan serta skim perlindungan bagi menjaga kebajikan mereka yang terlibat.

Penubuhan pasukan bomba bagi premis yang berisiko tinggi. Di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menyediakan satu insentif syarikat atau premis yang menubuhkan pasukan ini serta memastikan adanya audit berkala terhadap keberkesanan dalam menangani kebakaran. Cumanya tentang pindaan seksyen 62 untuk menggantikan

(c) dengan mengawal selia pasukan bomba persendirian, apakah aspek kawal selia terhadap pasukan tersebut dan sejauh manakah JPBM mempunyai kuasa untuk menyelaras pergerakan dengan pasukan bomba persendirian dalam situasi kecemasan? Ini penting

draft • 4:41 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

kerana sekiranya mengambil pengajaran dari negara luar seperti yang berlaku di Amerika Syarikat di mana sekiranya berlaku pertembungan antara awam dan persendirian, seterusnya mengganggu kerja penyelamat jika dibiarkan berlaku konflik sebegini, maka bomba persendirian tidak lagi berperanan membantu menjaga keselamatan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat.

Kawalan terhadap kelengkapan keselamatan kebakaran. Saya mengambil perkara ini sebagai penting kerana kelengkapan inilah yang juga berperanan bagi memastikan matlamat tujuan penubuhan sama ada bomba atau bomba sukarela ini tercapai kerana dalam perkhidmatan bomba sendiri yang secara langsung di bawah PBT, masih banyak kekurangan. Contohnya ada balai bomba yang mempunyai kenderaan yang berumur sudah 20 tahun lebih. Ada glove, ada pakaian yang terpaksa berkongsi di antara kakitangan- kakitangan sesama mereka.

Di samping itu, saya juga melahirkan suatu cadangan agar agensi-agensi kerajaan yang berisiko terhadap kebakaran terutama agensi FELDA kerana FELDA ini kawasan dia terlalu padat sedangkan bomba begitu jauh. Jadi apakah kiranya ada satu arahan atau perbincangan dengan agensi FELDA ini untuk mewujudkan bomba sukarela ini kalaupun tidak di setiap FELDA tetapi mengikut kadar jarak supaya apabila berlaku kebakaran atau apa-apa yang bersangkutan, maka dia sampai pada tempatnya dan waktu yang tepat bagi memastikan ianya dapat diselamatkan.

Yang paling akhir, apakah kementerian bercadang untuk mengiktiraf beberapa NGO yang telah terkenal, yang telah dimaklum terlibat dalam bantuan kecemasan, banjir dan sebagainya dan mereka mempunyai kelengkapan yang dikehendaki sebagai sebahagian daripada Pasukan Bomba Sukarela sebagaimana jabatan amal yang semua orang maklum.

Mereka terlibat dengan banyak tragedi, mudah-mudahan ianya akan memberikan satu insentif, bantuan kepada mereka bagi melaksanakan tugas-tugas mereka pada waktu-waktu yang dikehendaki.

Saya kira yang paling akhir mudah-mudahan hasrat ini akan mencapai matlamatnya dan rakyat terpelihara. Sekian, wabillahitaufiq, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.

draft • 4:41 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berbahas dalam Rang undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 ini. Ini merupakan salah satu langkah penting dalam memperkukuhkan keselamatan dari kebakaran dan mempertingkatkan kecekapan

draft • 4:45 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

perkhidmatan bomba di Malaysia. Peranan pasukan bomba ini sangat meluas, bukan sahaja meliputi pencegahan dan keselamatan dari segi pembakaran, akan tetapi juga kepada bencana alam, kemalangan jalan raya serta pelbagai insiden yang melibatkan nyawa dan bahaya yang tidak terhad kepada hanya manusia semata-mata malah terhadap binatang liar ataupun binatang peliharaan. Jadi saya fikir ini masa yang tepat untuk kita mengangkat martabat pasukan bomba kita dengan mewujudkan ekosistem sokongan yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Kerajaan tahun lalu telah memberikan komitmen untuk menaikkan gaji anggota bomba. Walau bagaimanapun, saya difahamkan elaun kritikal bagi pasukan bomba masih lagi dalam peringkat kajian. Saya berharap agar pada tahun ini ada berita baik untuk meningkatkan motivasi dan mendukung peranan mereka yang sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kes-kes yang melibatkan nyawa dan bencana.

Saya ingin meneruskan perbahasan dengan beberapa perkara di dalam RUU ini.

Pertama, berkenaan dengan kuasa Ketua Pengarah dalam pembatalan pendaftaran pasukan bomba sukarela iaitu seksyen 4BG. Saya lihat di sini Ketua Pengarah diberikan kuasa yang luas untuk membatalkan pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela atas beberapa alasan seperti melanggar peruntukan akta atau perintah tetap. Saya fikir perlu adanya garis panduan terperinci mengenai proses siasatan sebelum pembatalan dibuat.

Saya cadangkan agar diwujudkan satu mekanisme rayuan dan tempoh masa rayuan yang lebih jelas agar Pasukan Bomba Sukarela yang terbatal pendaftarannya masih lagi boleh membuat representasi sebelum keputusan muktamad berkenaan pembatalan. Malah adalah lebih baik sekiranya ada jawatankuasa bebas untuk menilai kesahihan sesuatu pembatalan bukan hanya bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendukung keperluan untuk menyeragamkan pengurusan dan kewangan Pasukan Bomba Sukarela ini agar lebih selaras dengan piawaian dan kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba. Malah RUU ini masih membenarkan Pasukan Bomba Sukarela untuk menjalankan aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan sendiri. Saya berharap agar ada prosedur dan pelaporan yang jelas bagi mengawal selia pengoperasian.

Cuma saya ingin bertanya, apakah ada data mengenai berapakah jurang sumbangan yang dapat dikutip oleh pasukan bomba sukarelawan di kawasan bandar dan juga di kawasan luar bandar dan apakah ada jurang yang besar dalam keupayaan mereka mendapatkan dana? Tahun lepas, Pasukan Bomba Sukarela seluruh Malaysia sekitar RM2.6 juta bagi meningkatkan keupayaan operasi dan keahlian. Namun bagaimanakah pengagihan dana ini dibuat? Apakah sama rata atau mengikut keperluan sesuatu kawasan?

Seterusnya, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan pasukan bomba persendirian dan beban kepada pemilik premis iaitu seksyen 4BC. Saya lihat di sini Ketua Pengarah boleh mengarahkan pemilik premis untuk menubuhkan pasukan bomba

draft • 4:45 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

persendirian sekiranya terdapat risiko kebakaran tinggi berdasarkan laporan analisis risiko.

Walau bagaimanapun, saya khuatir apakah kos sebenar bagi penubuhan pasukan ini dan apakah ia berkemungkinan membebankan pemilik premis kecil atau syarikat kecil dan sederhana PKS? Apakah terdapat sebarang insentif yang boleh diberikan kepada pemilik premis yang diarahkan untuk menubuhkan pasukan bomba persendirian?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan pendaftaran peralatan keselamatan kebakaran iaitu seksyen 36K. Di sini dinyatakan bahawa Menteri boleh menetapkan bahawa kelengkapan menentang kebakaran wajib didaftarkan.

Persoalan saya ialah apakah terdapat prosedur penilaian kualiti yang jelas dan apakah akan berlaku pertambahan kos kepada pembekal peralatan yang boleh meningkatkan harga kepada pengguna akhir? Bagaimanakah proses pendaftaran peralatan kebakaran dapat dijalankan dengan lebih telus dan cepat agar tidak merencatkan pembekalan terutamanya kepada Pasukan Bomba Sukarela dan juga pasukan bomba persendirian?

draft • 4:45 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang terakhir sekali Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini saya ingin membangkitkan perihal penubuhan Pasukan Kadet Bomba Malaysia iaitu seksyen 4DA, Pasukan Kadet Bomba Malaysia adalah salah satu inisiatif yang sangat baik. Kita tahu di sekolah-sekolah ada yang telah ada Kadet Bomba malah saya sendiri adalah produk Kadet Bomba di sekolah sehinggalah saya terlibat ke peringkat kebangsaan sebagai Kadet Bomba di sekolah. Jadi saya sangat bangga dengan Kadet Bomba di sekolah-sekolah sebenarnya.

Saya ingin bertanya kepada Menteri bagaimanakah Pasukan Kadet Bomba Malaysia ini dapat menjadi pasukan yang lebih baik daripada Kadet Bomba sedia ada? Apakah ada latihan-latihan khusus atau peruntukan kewangan khusus yang akan diberikan bagi mendukung Pasukan Kadet Bomba Malaysia ini?

Dato' Yang di-Pertua, saya berharap agar persoalan-persoalan ini dapat diperjelaskan oleh pihak kementerian. Saya juga sentiasa mendukung sebarang usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta kebajikan pasukan bomba kita. Oleh itu, Bentong menyokong. Sekian, terima kasih. Tahniah Menteri.

[Tepuk]

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Beralih kepada Yang Berhormat Kuala Langat untuk berbahas.

draft • 4:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

*Bismillahi rahmani rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua melibatkan saya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025. Saya kira pindaan ini akan memperkasakan lagi perkhidmatan bomba dan penyelamat di negara kita begitu juga organisasi dan masyarakat yang prihatin untuk mengawal dan melindungi nyawa dan harta daripada kebakaran dan kecemasan dan hal-hal yang berkaitan.

draft • 4:51 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Apa pun saya mengambil perbahasan ini berdasarkan kepada pengalaman saya di Kuala Langat. Di Kuala Langat ada satu Pasukan Bomba Sukarela di Sijangkang, di Taman Sijangkang Jaya yang saya kira pada suatu ketika awalnya ia adalah satu pasukan yang mempunyai kekuatan yang tersendiri kerana ianya juga dianggotai oleh penjawat-penjawat Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjadikan satu pasukan yang kuat.

Tetapi saya lihat pada hari ini, seolah-olah ianya telah terkubur dan saya melihat ada beberapa perkara antaranya adalah berkaitan dengan premis untuk menempatkan atau menyediakan stor sebagai tempat menyimpan peralatan-peralatan mereka yang dibekalkan sendiri oleh kerajaan dan juga mahupun yang diperolehi oleh mereka sama ada pembelian dan sebagainya.

Saya melihat pindaan-pindaan termasuklah seksyen baharu 4BA sehingga 4BH Pasukan Bomba Sukarela dan saya suka menyentuh berkaitan dengan sumber kewangan Pasukan Bomba Sukarela yang mana mereka ini boleh menganjurkan apa-apa juga aktiviti yang menjadi sumber untuk mendapatkan kewangan kepada mereka dan juga sumber daripada kerajaan sendiri.

Saya melihat mungkin ada perbezaan daripada pasukan-pasukan ini yang boleh mendapatkan sumbangan-sumbangan mungkin lebih besar ataupun mungkin agak sukar kepada mereka. Saya juga melihat bahawa harus ada satu peruntukan yang setimpal dengan kekuatan Pasukan Bomba Sukarelawan itu sendiri. Saya melihat antara mungkin pasukan bomba yang saya sebutkan tadi hari ini seolah-olah telah terkubur kerana kekuatan kewangan mereka dan juga soal premis yang saya kira harus mungkin di peringkat kerajaan sendiri dapat melihat apakah premis ataupun tempat-tempat yang tertentu ataupun tapak- tapak yang tertentu sama ada di taman ataupun di kawasan-kawasan tanah kerajaan yang boleh dibangunkan satu balai yang tersendiri untuk penempatan peralatan-peralatan mereka sekurang-kurangnya. Bukan berkongsi balai dan sebagainya yang akhirnya menjadi masalah kepada mereka.

Begitulah apa yang berlaku kepada Pasukan Bomba Sukarela yang saya sebutkan tadi. Mereka terpaksa menyewa premis-premis yang tertentu dan akhirnya mereka tidak berkemampuan, terpaksa berpindah daripada satu premis ke satu premis untuk meletakkan peralatan-peralatan penting dan akhirnya hari ini terkubur dan diserahkan peralatan- peralatan itu yang saya sebutkan tadi itu.

Saya juga melihat bahawa Pasukan Kadet Bomba Malaysia terutamanya di peringkat sekolah-sekolah ini adalah satu peranan yang sangat penting. Keterlibatan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan melatih pasukan-pasukan beruniform ini satu perkara yang terpenting. Cuma bagaimana kesungguhan di peringkat kerajaan untuk melihat pasukan- pasukan kadet ataupun pelajar-pelajar yang telah kita latih ini akhirnya mereka juga akan terlibat kepada Pasukan Sukarelawan Bomba yang mana mungkin ada satu keadaan yang

draft • 4:51 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

boleh menghubungkan mereka terlibat bukan sahaja di dalam sekolah tetapi di luar sekolah dengan pasukan-pasukan bomba ini.

Saya melihat bahawa pindaan subseksyen 62(ca) mengawal selia Pasukan Bomba Sukarelawan ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana dengan ada daripada bentuk kawal selianya ini bermakna pasukan sukarelawan ini dapat dijaga dengan baik dan tidak akan terkubur sedang ada penambahbaikan Yang Berhormat boleh dilakukan.

Akhirnya saya hendak menyentuh berkaitan dengan Kuala Langat ini. Kuala Langat adalah Klang Valley 2 yang membangun dengan pembangunan kawasan-kawasan perumahan, kawasan-kawasan bandar, Integrated Development Region in South Selangor

(IDRISS) dan juga pertambahan-pertambahan pembangunan Industrial Management Park. Begitu beratusan kilang-kilang yang ada di situ tetapi saya lihat balai bomba di Banting. Saya lihat balai bomba di Teluk Panglima Garang masih lagi berada di tahap yang saya kira kalau ada berlaku kebakaran sebagai contoh di kawasan pembangunan yang bertingkat ia tidak dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin kerana mereka juga tidak mempunyai skylist sebagai contoh.

Mereka tidak ada lori tank yang hari ini menjadi permasalahan sebab sumber air untuk memadamkan api juga selalu berlaku di kawasan Kuala Langat. Selain daripada itu juga, saya hendak tanya kepada pihak Menteri kalau di Kuala Langat ini saya lihat ada satu industri Kilang Plastik Megatrax yang sudah dua kali terbakar yang sehingga pada hari ini saya tidak ada jawapan apa punca pembakarannya. Kita tidak mahu ada aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan yang dilakukan kerana saya dengar-dengar seolah-olah begitu. Ia memberikan kesan apabila berlaku kebakaran yang sangat buruk kepada masyarakat tempatan.

Saya harapkan perkara-perkara ini tidak akan berlaku terutamanya di Kuala Langat yang saya kira hari ini cukup sinonim dengan kilang-kilang industri plastik recycle dan baru- baru ini ada 50 tan kelongsong peluru termasuk peluru hidup juga secara illegal berlaku di kawasan Kuala Langat tidak akan berlaku seperti ini. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu perbahasan saya.

draft • 4:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 4:51 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan atas pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Abang bomba merupakan hero negara kita, Timbalan Speaker. Tidak kira siang malam, waktu panas ataupun hujan lebat, tidak kira di mana-mana 24 jam mereka bersedia untuk berkhidmat untuk masyarakat terutamanya berlakunya kebakaran dan kecemasan.

Jadi kita harus memberikan penghormatan yang tertinggi kepada abang bomba.

draft • 4:57 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Speaker, saya ingin merujuk kepada Pasukan Bomba Sukarela di mana kalau mengikut angka yang kita tahu ada lebih daripada 300 lebih Pasukan Bomba Sukarela.

Jadi sudah pasti Pasukan Bomba Sukarela ini dapat memainkan peranan yang penting dalam membantu pasukan bomba.

Jadi dalam hal ini, saya melihat bahawa ada kekurangan dana bagi Pasukan Bomba Sukarela dan saya lihat kepada pindaan ini di mana di bawah 4BD(2) di mana Ketua Pengarah boleh dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana Pasukan Bomba Sukarela. Jadi dalam isu ini barangkali Menteri boleh terangkan kepada kita anggaran berapakah peruntukan akan diberikan kepada Pasukan Bomba Sukarela supaya mereka mempunyai kewangan yang cukup untuk bersedia berkhidmat untuk masyarakat.

Selain daripada itu, berkaitan dengan pemberian peralatan ataupun kenderaan penyelamat, di mana sudah pasti bagi Pasukan Bomba Sukarela kalau mereka hendak beli mereka juga menghadapi masalah. Jadi dari segi ini adakah kementerian bercadang supaya mereka dapat bantu untuk membeli secara pukal untuk diagihkan kepada Pasukan Bomba Sukarela yang memerlukannya.

Sebab kalau mereka beli secara pukal, sudah pasti harganya lebih murah dan juga mereka dapat sumber daripada contohnya daripada Jepun di mana Jepun setelah tiga hingga lima tahun mereka akan tukar kenderaan baru. Barangkali kita boleh beli daripada sana.

draft • 4:57 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Selain daripada itu, saya juga ingin menyeru supaya memandangkan sukarelawan ini, mereka menawarkan masa, tenaga dan juga menghadapi bahaya nyawa meraka. Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk memberi mereka perlindungan insurans dan juga memberi mereka sedikit elaun apabila mereka berkhidmat. Jadi dalam isu ini, saya harap supaya kita dapat membantu Pasukan Bomba Sukarela untuk bantu memberi bantuan kepada jabatan bomba.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Selain daripada itu, sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada abang bomba sebab saya selaku Ahli Parlimen sering kali apabila berlakunya kebakaran, apabila saya sampai ke tempat kejadian kebakaran, saya lihat pasukan bomba, mereka begitu berkesan sekali menjalankan tugas mereka untuk memadamkan kebakaran. Saya boleh lihat dalam masa satu minit lebih mereka dapat mengawal merebaknya api itu. Jadi saya rasa ini semua adalah kita perlu berterima kasih kepada abang bomba. Dengan kecekapan mereka, mereka dapat mengurangkan kerugian apabila berlakunya kebakaran.

draft • 5:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Cuma, satu yang saya nak minta ialah kadang-kadang saya lihat apabila saya sampai ke tempat kejadian kebakaran, abang bomba, mereka perlu cari pili bomba. Kadang-kadang adalah kerana sebelum itu ada penurapan jalan tidak ikut spec ke apa, mereka sudah tutup atau pili bomba itu telah dialihkan. Jadi dalam isu ini, barangkali kita perlu ambil berat supaya untuk memastikan pili bomba itu adalah boleh digunakan dan juga dalam keadaan yang baik.

Itu sahaja daripada saya, Timbalan Speaker. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Padang Besar, silakan.

draft • 5:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang beriman, yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan suatu akta yang meminda Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih atas kesediaan kementerian untuk penambahan balai bomba di Padang Besar iaitu di kawasan Beseri seluas 1.35 ekar telah dikenal pasti dan selesai pemilikan tanah. Kawasan kaki bukit sedang menunggu geran pemilikan tanah seluas dua ekar dan selesai membayar premium.

Berbalik kepada Akta Perkhidmatan Bomba, Akta 341 bermula pada 1991 dan telah beberapa kali dipinda dan pindaan terakhir pada tahun 2018. Undang-undang ini merupakan undang-undang yang memberi peruntukan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia supaya mampu beroperasi dengan lebih berkesan dalam melindungi nyawa dan harta daripada kecelakaan. Melalui sesi penerangan kementerian yang lepas, suka saya maklumkan pindaan ini sangat-sangat diperlukan dan inilah masanya.

Secara keseluruhan, terdapat 29 seksyen baharu serta 11 pindaan seksyen. Pada asasnya, pindaan ini berpotensi memperkukuhkan struktur organisasi bomba serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kebakaran dan penyelamatan. Pindaan ini juga dilihat mampu mengemas kini peruntukan dalam Akta 341 selaras dengan perkembangan teknologi dan amalan terbaik antarabangsa. Pindaan ini juga memberi peluang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan kebakaran dan peranan jabatan bomba.

Untuk perbahasan kali ini, saya memfokus kepada dua pindaan yang dicadangkan iaitu berkaitan kawal selia kelengkapan menentang kebakaran serta kawal selia orang yang kompeten. Pertamanya, telah menjadi kebiasaan untuk kementerian-kementerian mempunyai pasukan orang kompeten (OYK) dalam memacu dan menyokong pelaksanaan suatu akta dan peraturan. Kalau DOSH dengan pegawai keselamatan dan kesihatan, DOE dengan penilai impak alam sekitar dan pelbagai wakil lagi dari kementerian-kementerian lain.

Maka telah sampai masanya jabatan bomba juga mempunyai OYK sendiri. Setiap OYK

draft • 5:02 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

mempunyai ciri-ciri unik seperti mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam serta mempunyai kepakaran yang tinggi untuk sesuatu kemahiran.

Di samping itu juga, kefahaman tentang peraturan dan standard yang sangat-sangat diperlukan. Kebiasaannya, orang yang kompeten ini mempunyai sikap profesional seperti beretika dan berintegriti. Saya juga mencadangkan kepada kementerian untuk mengangkat OYK ini sebagai tenaga profesional di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Mungkin juga boleh dicadangkan OYK ini juga mempunyai pre-nominal seperti contohnya Ir., untuk jurutera dan Ts. untuk technologies.

Pindaan kepada RUU berkaitan dengan orang kompeten ini sedikit sebanyak mampu untuk menjadi punca kuasa kepada jabatan bomba mengurus pendaftaran pembaharuan perakuan serta pembatalan terhadap OYK yang dikawal selia. Dengan kewujudan mereka ini, pasti ia mampu untuk membantu pihak jabatan bomba sekali gus untuk memastikan kerja- kerja pengujian, penyelenggaraan dan pembaikan sistem kebakaran hanya dilakukan oleh individu atau firma yang berkelayakan dan berdaftar. Keadaan ini pastinya berusaha mengurangkan risiko kecuaian dan kesilapan yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai serta meningkatkan kualiti serta standard dalam industri keselamatan kebakaran.

Kedua, berkaitan kawal selia kelengkapan menentang kebakaran. Seksyen-seksyen ini amat mendesak apabila ia berkeperluan untuk memastikan kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran yang digunakan di premis-premis adalah berkualiti serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan. Sementelahan itu juga, pastinya jabatan bomba akan mampu mengeluarkan senarai makmal pengujian kebakaran bagi rujukan para pemegang taruh, pihak profesional dan pemain industri. Amalan ini bukanlah amalan baharu kerana di bawah kerjasama DOSH dan SIRIM sentiasa mengeluarkan senarai PPE yang diperakukan keupayaannya.

Bila berbicara tentang kelengkapan menentang kebakaran atau pemasangan keselamatan kebakaran, satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah berkaitan dengan Akta Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984). Seharusnya UBBL 1984 juga perlu diselaraskan bersama akta ini. Ia bertujuan untuk memastikan kawal selia yang lebih efektif dalam aspek keselamatan kebakaran bangunan di Malaysia. Beberapa sebab utama yang menyokong keperluan pindaan UBBL 1984 termasuklah perkembangan teknologi dalam sistem keselamatan kebakaran seperti sistem pemadaman automatik sprinkler dan sistem pengesanan kebakaran pintar perlu dimasukkan dalam peraturan baharu.

Pindaan UBBL ini juga boleh memperkukuhkan kuasa jabatan bomba dalam mengawal selia reka bentuk bangunan dan juga memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan kebakaran. Di samping itu juga, peraturan sedia ada mungkin perlu diselaraskan dengan kod antarabangsa seperti National Fire Protection Association dan juga International Building Code. Saya juga mengharapkan agar pemantauan yang lebih ketat

draft • 5:02 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

terhadap pangsapuri tinggi, kilang, industri, pusat beli-belah untuk memastikan pemilik bangunan mematuhi keperluan keselamatan kebakaran.

Di samping itu juga, keperluan pemeriksaan berkala bagi sistem keselamatan kebakaran perlu dinyatakan lebih jelas dalam perundangan. UBBL ini perlu diperluaskan bagi memasukkan peraturan keselamatan tambahan untuk golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Peraturan mengenai laluan keselamatan, sistem pencahayaan keselamatan dan alat pemadam api di bangunan kediaman perlu juga diperketat. Namun begitu, cadangan ini hanya mampu direalisasikan dengan murni apabila UBBL juga turut dipinda.

Seperkara lagi, pasukan sukarela (PBS) mengikut data sehingga Disember 2023, hanya terdapat 367 Pasukan Bomba Sukarela di seluruh Malaysia dengan lebih daripada 8,000 anggota dan bilangan balai bomba pada Mei 2024 adalah sebanyak 337 balai bomba.

Seperti sedia maklum, PBS ini juga merupakan tunjang untuk setiap komuniti.

draft • 5:02 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Padang Besar, Pasir Salak.

draft • 5:02 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Masa dah habislah.

draft • 5:02 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Boleh celah sikit?

draft • 5:02 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masa dah habis, Pasir Salak.

draft • 5:02 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Ha.

draft • 5:02 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tak boleh ya?

draft • 5:02 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Oleh yang demikian, melalui RUU yang dipinda itu, diharap Jabatan Bomba mampu memberi ruang yang cukup untuk menyelaras dan menyeragamkan latihan-latihan berkaitan dengan penyelamatan dan kebombaan serta boleh juga kementerian fikirkan insentif khusus untuk ahli PBS ini untuk mewartakan pelepasan khas kepada ahli PBS untuk bertugas kerana selama ini masih lagi bersifat atas budi bicara majikan.

Kesimpulannya Dato’ Yang di-Pertua, suka saya menyatakan di sini, pindaan ini mempunyai rasional dan kewajaran untuk dibentangkan dan disokong kerana ia membantu memperkukuhkan sistem pengurusan kebombaan, mempertingkatkan kecekapan operasi menyelamat serta memastikan keselamatan orang ramai dan aset negara lebih terjamin.

Oleh itu, Padang Besar menyokong penuh RUU ini. Yang baik kami sokong, yang tidak baik kami akan...

draft • 5:02 PM

Seorang Ahli

Lawan.

draft • 5:02 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Bukan lawan.

[Ketawa] . Kita akan tegur.

Insya-Allah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:02 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Pembahas terakhir, Yang Berhormat Jelutong.

draft • 5:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di-Pertua.

Saya mohon memulakan perbahasan saya dengan serangkap pantun.

*Gagah perkasa semangat membara, Bomba berjuang bertarung keringat, Baktimu perwira laksana kejora, Berkelip terang selamanya diingat.

[Tepuk]* Saya bangun kerana di kawasan Parlimen Jelutong, terdapatnya balai bomba yang paling besar di Pulau Pinang. Seperti yang telah saya maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri yang selalu memperjuangkan nasib pegawai-pegawai bomba. Anggota-anggota bomba di Jalan Perak banyak jasanya bukan sahaja kepada Parlimen Jelutong tetapi di seluruh Pulau Pinang.

draft • 5:09 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kadangkala bila berlakunya kecemasan, kebakaran, kemalangan di Seberang Prai, di Seberang Prai Selatan, di Seberang Prai Utara, mereka terus bergegas walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Jadi saya bangun kerana saya sering kali membantu anggota-anggota bomba dengan memberikan mereka peruntukan.

Saya lihat juga Yang Berhormat Menteri pagi tadi bersahur dengan anggota-anggota bomba. Saya cukup terharu kerana Yang Berhormat pagi-pagi bangun awal untuk bersahur walaupun Yang Berhormat Menteri selalu diserang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya lihat pendekatan yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri adalah cukup baik. Menunjukkan bahawa beliau sentiasa peka dan bersedia untuk turun padang.

Malahan, dalam bulan puasa yang penuh berkat dan barakah ini, saya juga lihat bahawa kesungguhan Yang Berhormat Menteri ini berbuka puasa dan juga bersahur memberikan semangat kepada anggota-anggota bomba. Maka saya menyokong rang undang-undang ini dan ingin saya menyentuh beberapa peruntukan.

Pertamanya iaitu seksyen 4BD(1) yang membenarkan Pasukan Bomba Sukarela mendapat sumber kewangan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti dengan syarat bahawa aktiviti-aktiviti itu mendapat kelulusan dan persetujuan Menteri Kewangan. Ini merupakan satu peruntukan yang baik kerana ia juga akan membenarkan Pasukan Bomba Sukarela untuk mendapat peruntukan dan dana untuk kos operasi mereka.

Saya juga lihat bawah peruntukan berkenaan dengan pasukan kadet adalah sesuatu yang perlu kita beri sokongan kerana Kadet Bomba juga merupakan salah satu cara di mana kita dapat memupuk semangat perpaduan, semangat sukarela di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Saya di sini cukup menyokong peruntukan ini di mana kita lihat juga dalam rang undang-undang ini terdapat juga peruntukan-peruntukan untuk meningkatkan taraf kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran. Jadi saya

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

melihat kepada peruntukan-peruntukan ini dan saya lihat kesungguhan Yang Berhormat- Yang Berhormat di sebelah sana. Saya perlu puji Yang Berhormat Padang Besar tadi yang menyatakan pendirian pembangkang untuk menyokong rang undang-undang ini.

Saya di sini juga ingin merayu kepada Menteri, saya lihat sejak Menteri menjadi Menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan bomba, terdapat ramai warganegara Malaysia yang sangat cenderung untuk memohon menjadi penjawat awam melalui pasukan bomba dan anggota bomba sukarelawan juga mula meningkat.

Kalau sebelum ini saya pernah meminta kerajaan memberi perhatian kepada mempelawa lebih ramai warganegara Malaysia yang bukan Melayu untuk menjawat penjawat awam. Saya juga ingin mempelawa, meminta, merayu kepada Menteri untuk juga mempelawa ramai daripada rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu untuk menjadi, memasuki Pasukan Bomba Sukarela dan juga menjadi penjawat awam melalui bomba sukarela.

Saya menyentuh perkara ini, Yang di-Pertua kerana baru-baru saya telah melontarkan satu soalan untuk bertanyakan berapakah anggota penjawat awam yang bukan Melayu yang menjawat penjawat awam, menjadi penjawat awam dalam kerajaan sekarang.

Daripada sistem HRMIS, maklum balas yang saya terima daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, daripada 1,266,474 orang hanya ada 47,960 orang penjawat awam keturunan India.

Jadi, saya melihatkan ini merupakan satu lagi reformasi yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan di mana kita perlu mempelawa ramai lagi warganegara Malaysia yang bukan Melayu untuk menjawat, menjadi penjawat awam terutamanya di dalam Pasukan Sukarela Bomba dan pasukan Bomba– perkhidmatan bomba kerana kita sedar bahawa kerjaya bomba ini merupakan sesuatu yang begitu suci di mana mereka akan terpanggil, dipanggil untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa sewaktu berlakunya kebakaran, malapetaka dan kemalangan. Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong sebagai pembahas yang terakhir. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selama 20 minit.

draft • 5:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya muliakan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 yang telah berlangsung di Dewan yang mulia ini.

Petang ini petang penuh permai. Alangkah baiknya di mana saya telah meneliti perbahasan

draft • 5:15 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

19 orang rakan-rakan sini, semua senada, sehati sejiwa menyokong penuh. “Terima kasih daun keladi, Jika ada bagi lagi”.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini, saya ingin menjawab tentang – untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di mana KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa fokus serta berkomited dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kebombaan untuk pastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara terus terjamin sebagaimana yang telah digariskan dalam Kerangka Strategik Malaysia MADANI, Teras Strategik Ketiga. Dalam hubungan ini, KPKT melalui JBPM telah membuat pindaan ke atas Akta 341 ini agar perkhidmatan kebombaan dapat dipertingkatkan kesatu tahap yang lebih baik lagi.

Tuan Yang di-Pertua, di mana saya akan mulakan penggulungan ini dengan menjawab beberapa soalan yang telah pun dibangkitkan oleh rakan-rakan. Pertama, YB Kuantan. Bertanya berapa jumlah pasukan bomba persendirian yang telah wujudkan dan berapa permohonan telah diterima.

Berdasarkan kepada senario semasa, penubuhan pasukan bomba persendirian dia hanya melibatkan entiti perniagaan yang mempunyai pelaburan bernilai tinggi serta berisiko besar sahaja. Entiti perniagaan ini pada asasnya sebenarnya memiliki keupayaan kewangan untuk menubuhkan pasukan bomba persendirian. Kebanyakan pun atas permintaan mereka sendiri.

Contohnya pasukan bomba persendirian di Pengerang, Johor, Bintulu, Gebeng dan Kerteh. Kesemuanya adalah industri oil and gas. Dengan adanya pasukan bomba persendirian di premis, risiko kebakaran dapat dikurangkan melalui tindakan pantas dalam mengawal kebakaran. Hal ini membantu mengurangkan kerosakan dan kerugian sekali gus membolehkan syarikat insurans menawarkan premium yang lebih rendah kepada pemilik premis kerana risiko kebakaran yang lebih rendah.

Seterusnya persoalan tentang syarat untuk penubuhan pasukan bomba persendirian. Menurut peruntukan ini, syarat yang ditetapkan adalah merujuk kepada National Fire Protection Association (NFPA) Codes and Standard bagi penubuhan pasukan bomba di premis. Bentuk syarat yang ditetapkan adalah termasuklah di mana *..

[Tidak jelas] ...* keanggotaan, keperluan peralatan asas, ketiga, personal protection equipment (PPE), keempat, keperluan jentera pemadaman dan penyelamatan, kelima, kaedah notifikasi, keenam, hak batasan pengoperasian berdiri sendiri serta ketujuh, pematuhan standard operation procedure (SOP).

Berkaitan dengan persoalan dengan berapa kadar fi. Kadar fi akan ditetapkan dalam peraturan, itu subsidiary legislation tapi kita akan pastikan fi itu berpatutan dan munasabah.

Berkaitan dengan syarat yang ditetapkan tentang bagi perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan dan sebagainya. Syarat tersebut akan di– juga ditetapkan dalam peraturan selepas ini.

draft • 5:15 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Seksyen 36DE, perunding keselamatan. Tentang persoalan adakah peralatan oleh pasukan bomba persendirian mengikut standard JBPM. Pada masa ini, memang dia tidak– tiada kawalan oleh JBPM sebab itu pindaan ini perlu untuk supaya kita pastikan semua mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan. Berkaitan dengan persoalan yang dibangkit oleh YB Kuantan juga, berapakah bilangan makmal pengujian diiktiraf dalam negara kita?

SIRIM, QAS, Forest Research Institute Malaysia (FRIM), European Technical Inspection Sdn Bhd telah pun diiktiraf sebagai makmal. Di luar negara pula, dekat Singapore, Australia, New Zealand, United Kingdom ada semua yang bertauliah adalah diiktiraf termasuk Germany and United States.

draft • 5:15 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

YB Tebrau. YB Tebrau telah pun sangat prihatin mengenai pemindahan pendaftaran daripada RoS ke Jabatan Bomba Perkhidmatan Malaysia berkaitan dengan Pasukan Bomba Sukarela. Pemindahan pendaftaran ini kelebihannya termasuk pertama, piawaian latihan yang seragam. Di bawah JBPM, Pasukan Bomba Sukarela akan dapat menerima latihan yang diselaraskan mengikut piawaian JBPM.

Kedua, akses kepada sumber dan kepakaran JBPM. Dengan berada di bawah JBPM, Pasukan Bomba Sukarela dapat memanfaatkan sumber, peralatan dan kepakaran yang dimiliki oleh JBPM, termasuk kerjasama dalam operasi khas serta latihan lanjutan.

Ketiga, pengiktirafan dan elaun. Kerajaan Madani sentiasa berusaha untuk memberikan pengiktirafan, menambahkan kebajikan, pengiktirafan dan motivasi kepada sukarelawan yang berdaftar di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, meningkatkan sokongan terhadap operasi JBPM melalui insentif dan peruntukan yang akan diusahakan.

Saya perhatikan ramai rakan memang prihatin tentang elaun yang dibayar. Untuk makluman semua, hari pertama saya diberikan tanggungjawab untuk menjaga bomba, waktu itu PBS menerima elaun RM1,500 setahun satu pasukan. Tahun lepas, saya tingkatkan kepada RM3,000. Hari ini saya tingkatkan kepada RM5,000 untuk setiap pasukan dan ia melibatkan jumlah peruntukan RM3 juta lebih tapi insya-Allah, ia akan dilaksanakan dengan sempurna supaya sang wira merah, sang wirawati merah yang dulu tidak didendang, kini kita diberikan pujian dan pengiktirafan.

YB Rompin. YB Rompin telah mengenai beberapa isu berkaitan dengan pegawai bomba sementara. Sukacita saya maklumkan, kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan bekalan peralatan jentera serta PPE, khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 untuk penyediaan jentera. Untuk makluman Yang Berhormat Rompin, sebenarnya bila saya diberikan amanah dan tanggungjawab, saya sentiasa pertingkatkan usaha perolehan aset dan juga peralatan untuk bomba.

draft • 5:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Untuk makluman semua, tahun ini sahaja kita peruntukan lebih RM200 juta untuk kita memperkasakan peralatan wira-wira merah kita. Terima kasihlah atas sokongan undi untuk bajet yang telah pun lepas tadi.

Yang Berhormat Maran, veteran kita dalam Dewan ini telah bangkitkan tentang beberapa isu, termasuk garis panduan di tempat taska dan tabika yang beroperasi di ruang komersial. Secara umumnya, penilaian JBPM ke atas kelengkapan menentang kebakaran atau per pasangan keselamatan kebakaran di taska dan di tadika adalah berdasarkan kepada peruntukan perundangan sedia ada seperti berikut iaitu pertama, Akta Perkhidmatan Bomba [Akta 341], Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UUKBS) 1984 dan juga di Sarawak ada Sarawak Building Ordinance.

Di samping itu, JBPM telah membangunkan Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 3/2022 tentang penentuan keperluan pemasangan keselamatan kebakaran bagi pusat asuhan kanak-kanak taska, tabika juga tadika. Ini bertujuan untuk mengkaji dan menentukan keperluan supaya pusat asuhan kanak-kanak tadika itu semua selamat dan juga pastikan sistem keselamatan kebakaran sedia ada dalam premis yang dicadangkan di selenggara secara berkala serta semua sistem berada dalam keadaan yang baik.

Yang Berhormat Batang Lupar telah bangkitkan isu bentuk galakan tambahan akan diterima oleh PBS. Tadi saya telah jawab, elaun tahunan naik sehingga RM5,000 setahun dan selain itu, penyaluran ini kita rasa selain daripada itu, JBPM akan membantu Pasukan Bomba Sukarela atas pengiktirafan semangat sukarelawan. Di mana kita akan bagi inisiatif seperti pengagihan geran bantuan kewangan.

Kedua, peruntukan kelengkapan pakaian perlindungan, personal protective equipment (PPE). Ketiga, inisiatif pembaikan balai untuk PBS. Namun, peruntukan ini sememangnya memang bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dan kelulusan Kementerian Kewangan.

JBPM - keutamaan akan diberi kepada lokasi jauh daripada balai bomba, kawasan luar bandar, pulau serta kawasan padat penduduk yang sukar akses. Kerjasama dengan PBT, kerajaan negeri, FELDA dan lain-lain agensi serta NGO dalam usaha untuk menarik minat orang awam untuk menyertai PBS. Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12, YB Batang Lupar, lapan projek telah diluluskan di negeri Sarawak. 2021, kita bina tiga balai baru di Belaga, Bintangor, Sibu Jaya. 2022, dua lagi- tambahan dua lagi balai bomba baru di Kidurong dan Lutong. Tahun 2023, balai baru di Asa Jaya. Tahun ini, insya-Allah kita akan berjaya membina lagi dua buah balai baru di Engkelili dan juga Dalak. Melalui Rolling Plan Kelima, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diluluskan dua projek di Sarawak tahun ini berjumlah kos RM25.3 juta.

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu telah bangkitkan mengenai kebajikan wira merah. Memang ini menjadi satu perjuangan saya juga, di mana untuk makluman Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Bomba sentiasa mengadakan perbincangan bersama

draft • 5:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

dengan JPA bagi meneliti isu kebajikan anggota bomba, termasuk kenaikan kadar Elaun Bantuan Insentif Bomba (BIB) bagi anggota bomba yang bertugas syif. Namun begitu, perkara ini sekarang sedang dalam peringkat pertimbangan JPA kerana baru mulai bulan lepas, SSPA. Kenaikan gaji penjawat awam paling tinggi pun lebih 40 peratus. Ini satu beban kewangan. Tidak kira siapa jadi kerajaan, dia akan jadi beban. Beban kita semua untuk kita pastikan dia dapat dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, dalam masa tiga tahun ini JPA telah pun meluluskan lima kenaikan elaun yang melibatkan anggota bomba iaitu pertama, kita bagi bayaran insentif ketukangan, to encourage the expertise. Kedua, bayaran insentif dan elaun kemahiran khas (specialties), bayaran insentif menyelam. Keempat, bayaran insentif ketukangan dog handlers (Unit K9) dan juga bayaran insentif pedalaman, di luar bandar. Maka, dengan insentif bayaran elaun ini – selain itu, bermula 1 Februari tahun ini, anggota bomba yang bertugas secara syif 12 atau 24 jam akan mendapat hari rehat mingguan sebanyak 26 hari setahun bagi mematuhi pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baru. Melalui sistem syif baru ini, anggota bomba akan bekerja 50 jam seminggu iaitu pengurangan sebanyak enam jam waktu bekerja.

Berkaitan dengan pendaftaran dan aktiviti perunding keselamatan kebakaran.

Perkara ini telah dilaksanakan secara pentadbiran sejak tahun 2006. Setakat ini iaitu pada tahun 2024, sebanyak 20 perunding keselamatan kebakaran telah didaftarkan yang mewakili sembilan firma perunding keselamatan kebakaran. Untuk makluman, laporan analisis risiko kebakaran, sebanyak 108 laporan telah diserah oleh perunding keselamatan dan diluluskan oleh JBPM.

YB Kluang. YB Kluang telah mengajukan sama ada JBPM mewujudkan kuota wanita? Memang wanita, khususnya pada hujung minggu ini kita akan menyambut Hari Wanita Sedunia. Sumbangan wanita memang sentiasa kita berikan pengiktirafan dan penghormatan. Okey, maka YB Kluang tanya, bagaimana peranan wanita diperkasa untuk terlibat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia? Untuk makluman, pada masa kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak menetapkan kuota wajib bagi penyertaan wanita dalam Pasukan Bomba Sukarela. Namun, JBPM sentiasa menggalakkan serta menyedari kepentingan wanita dalam operasi penyelamatan dan bantuan, malah sumbangan anggota Pasukan Bomba Sukarela amat dihargai tanpa mengira gender. Selain itu, JBPM juga menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti komuniti, khususnya dalam aktiviti keselamatan kebakaran seperti program yang telah diwujudkan, Program Celik Sedia Urus Risiko Isirumah ataupun SURI yang telah diperkenalkan oleh jabatan.

YB Kuala Nerus telah membangkitkan empat isu. Antaranya penubuhan bomba persendirian, di mana saya telah pun jawab tadi tentang syarat yang akan diberikan melalui garis panduan dan perintah tetap yang kita akan uruskan selepas ini dan juga kebanyakannya tentang kenaikan elaun, sudah saya jawab. Tentang balai bomba baru. Balai bomba memang

draft • 5:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

telah banyak kali saya jawab dalam soalan lisan dan bertulis. Okey, KPKT melalui JBPM sentiasa prihatin untuk pastikan kesemua diberikan perhatian dan dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat mengikut analisis risiko kebakaran setempat, mengikut ketetapan yang telah pun ditetapkan.

draft • 5:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Maka, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat rakan-rakan semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba 2025.

draft • 5:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Menteri, sikit.

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau. Tentang pertama tadi cadangan kepada agensi macam FELDA itu. Sebab dia padat dan jauh, bomba itu jauh, jadi macam mana pandangan daripada Menteri?

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Galakan FELDA untuk menubuhkan pasukan bomba persendirian di bawah bimbingan JBPM serta juga peneroka-peneroka juga digalakkan untuk menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela masing-masing. Ketika ini, untuk makluman Yang Berhormat, kita mempunyai 369 buah pasukan sukarela, dan saya haraplah kita tahun ini akan dapat mencapai 400 pasukan. Saya juga mohon jasa baik Yang Berhormat membantu menggalakkan, menyedarkan masyarakat supaya semangat sukarelawan berkhidmat ini disuburkan di masyarakat madani ini.

So, akhir kalam, saya mohon sokongan berterusan...

draft • 5:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri, Jempol.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jempol belakang Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Just saya nak mewakili― nak bagi kredit kepada Yang Berhormat Menteri dan juga KPKT. Iaitu sukacita saya memaklumkan bangunan baru, bina baru bangunan baru Balai Bomba dan Penyelamat Palong telah pun siap yang mana ia tergendala dan Yang Berhormat Menteri telah turun dan memaklumkan peruntukan tambahan dan telah pun siap dan menunggu tarikh penyerahan bangunan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan juga KPKT.

draft • 5:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Satu lagi. Tentang macam NGO-NGO yang telah terlibat banyak kali dalam misi penyelamat yang telah ada sebahagian besarnya kelengkapan, apakah kementerian bercadang untuk memberi pengiktirafan agar mereka juga diiktiraf di tempat kejadian?

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Memang mana-mana NGO yang tampil ke depan untuk membantu― sebab itu saya harap NGO itu dia dapatlah bergabung sebagai Pasukan Bomba Sukarela supaya mereka mendapat latihan dan kita juga boleh bagi insentif serta juga

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

peralatan. Kita sekarang ini dalam proses― ada juga peralatan yang masih boleh guna, second hand cars yang kena dimiliki oleh pasukan bomba, boleh juga kita selepas fine tune, refurbishment, kita serah kepada Pasukan Bomba Sukarela sebagai sentuhan kasih istimewa sebagai pengiktirafan kepada...

draft • 5:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ada lagi?

draft • 5:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kulim, Kulim. Maran dulu.

Saya bagi hormat pada Maran.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya tak bincang tadi. Cuma, saya minta pandangan. Kita ada dulu melantik pegawai-pegawai bomba kehormat ini terdiri daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen, DUN dan sebagainya. Mereka ini ambil, dapat baju semua. Tapi, saya nak cadangkan, apakah boleh, kalau boleh, mereka ini di-utilized, diberikan peranan untuk mengerakkan sama ada bomba di kawasan masing-masing, bomba sukarela dan sebagainya?

Sebenarnya, Yang Berhormat, kadang-kadang bagi kita yang berminat dengan kerja sukarela, memang kita mendampingi bomba. Saya sentiasa. Walaupun keadaan sekarang, saya masih bersama dengan bomba dan saya hargai mereka ini. Tetapi, bagaimana yang lain? Kalau boleh, kita gunakan ini supaya memberikan motivasi kepada anggota bomba sukarela dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey, tentang isu pelantikan pegawai kehormat ini, bagi saya, pasukan uniform it is sacred. Means that dia memang satu perkara. Kita ada bekas jeneral di sini. Sebab itu, dasar saya, kita dah berhentilah. Hanya mereka yang betul layak itu baru boleh diberikan pangkat kehormat. Kita tak nak lagilah macam dulu ramai pakai bomba punya― saya rasa Briged Jeneral pun setuju. Khususnya pernah berlaku dekat negeri Sabah, banyak dapat kolonel, leftenan tapi tak penah berkhidmat pun. Itu sebagai penghormatan profesionalisme pasukan bomba. Hanya mereka betul-betul layak akan dipertimbangkan untuk diberikan pangkat kehormat. Itu sebagai satu honor, dengan izin.

Saya tadi dah nak landing. Yang Berhormat, last question.

draft • 5:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tadi saya sudah kata akhir kalam.

draft • 5:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Lambat lagi buka puasa, YB.

Saya nak tanya, adakah masuk dalam pemerhatian KPKT tentang paip-paip bomba yang di tepi-tepi jalan itu? Kadang-kadang, banyak isu yang berlaku paip-paip ini tak di-maintenance. Apabila berlaku kebakaran, bomba nak mengambil air daripada paip itu tak dapat digunakan.

Jadi, banyak tempat-tempat yang menyebabkan kebakaran tidak dapat diselesaikan.

Kedua, persoalan saya nak tanya, adakah tangki-tangki bomba ini apabila berlaku kebakaran, dia wajib membawa air daripada balai bomba ataupun dia hanya bawa tangki

draft • 5:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

kosong dan ambil tempat di mana kebakaran itu berlaku baru untuk dia buat memadamkan kebakaran?

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih tentang keprihatinan Yang Berhormat. Untuk makluman, sekiranya ingatan saya, my memory serve me correct, dengan izin, yang dalam negara kita, kita mempunyai pili bomba air lebih 420,000. Sebab itu anggota bomba kita telah pun dikerahkan untuk membuat pemeriksaan secara berkala. Waktu tidak ada kecemasan, memang setiap hari ada anggota bomba kita ada jadual untuk pergi periksa pili air. Tapi, bayangkan, jumlahnya sangat besar. Sebab itu kita mohon jangan ada pihak curi air daripada pili bomba. Itu memang mendatangkan kesusahan. Bila berlaku kebakaran, tekanan air tidak cukup.

Saya haraplah di mana kita akan sama-sama― saya petang ini berasa terharu. Kita lihat di sebelah sini, sebelah sana semua sokong bomba. Sebab itu, wira merah memang negara kita perlu disokong, diperkasa dan penting dihargai jasa, bakti dan pengorbanan mereka. Tanpa mereka, operasi penyelamatan dan pemadaman kebakaran mungkin tidak dapat dilaksanakan secara efisien. Tambahan pula, apabila kita semakin menghampiri musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, maka wira merah, wirawati merah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kes-kes kecemasan. Justeru, wajarlah wira merah diperkasa, kesejahteraan rakyat terbela. Saya akhiri penggulungan saya dengan serangkap pantun.

Wira merah kebanggaan negara, Kebajikan mereka matlamat utama, KPKT sentiasa prihatin dan bersedia, Perkhidmatan bomba pasti terbela. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 5:30 PM
Fasal-fasal 1 hingga 21 –

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, Menteri...

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan...

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri, Menteri. Sekejap

draft • 5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri...

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kapar, Kapar.

draft • 5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sekejap. Dah nak inikan, Menteri. Saya rasa saya sokong ya...

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar, fasal berapa, Yang Berhormat?

draft • 5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tak ada. Ia keseluruhan.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh, Yang Berhormat. Yang Berhormat, ini peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar...

draft • 5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ya.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ikut Peraturan Mesyuarat ya.

draft • 5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, saya sokong tapi tambahkan sumber air.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Fasal berapa, Yang Berhormat Kapar?

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya setuju dengan Tuan Speaker, ini peringkat Jawatankuasa, kita tak boleh celah macam ini. Ini bukan pasar.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Duduk sekejap.

[****Fasal-fasal 1 hingga 21** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]

draft • 5:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpan Karbon dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan ialah Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon atau RUU CCUS.

RUU CCUS ini bertujuan untuk:

(i) mengadakan peruntukan bagi perkara berhubung dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan kekal karbon dioksida;

(ii) mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan mengurangkan kesan perubahan iklim;

(iii) memangkinkan pembangunan industri pemerangkapan penggunaan dan penyimpanan karbon sebagai suatu sumber baharu pertumbuhan ekonomi; dan

(iv) mengadakan peruntukan lain yang berkaitan dengannya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pemerangkapan dan penggunaan dan penyimpanan karbon atau dalam bahasa Inggerisnya carbon capture utilization and storge atau ringkasnya CCUS merupakan satu teknologi yang bertujuan untuk memerangkap, mengangkut, mengguna dan menyimpan karbon dioksida daripada punca- punca pelepasan utama.

CCUS adalah salah satu kaedah mitigasi yang penting bagi menyokong penyahkarbonan merentasi pelbagai sektor yang akan membantu negara mencapai matlamat perubahan iklim global di bawah Perjanjian Paris. Di bawah Perjanjian Paris, Malaysia telah menetapkan sasaran dengan izin nationally determined contributions untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau GHG sebanyak 45 peratus berdasarkan keluaran dalam negeri kadar pada tahun 2005 menjelang 2030.

Manakala di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Malaysia menetapkan aspirasi sasaran pelepasan GHG sifar bersih pada tahun 2050. Menyedari pentingnya teknologi CCUS dalam mengatasi impak perubahan iklim, Jemaah Menteri pada 30 Ogos 2023 telah mengiktiraf aktiviti CCUS sebagai salah satu strategi baharu pertumbuhan ekonomi bagi menyokong pembangunan hijau dan rendah karbon.

draft • 5:41 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Pelan Peralihan Tenaga Negara atau National Energy Transition Roadmap (NETR) yang diluncurkan oleh Kementerian Ekonomi pada bulan Ogos 2023 juga telah mengenal pasti inisiatif CCUS sebagai salah satu daripada enam pemacu pemelihara tenaga. Ini adalah bagi memastikan Malaysia bersedia untuk menghadapi cabaran peralihan tenaga negara dan mencapai aspirasi sifar bersih pada tahun 2050.

Bagi menzahirkan aspirasi kerajaan ini, RUU CCUS ini telah digubal berdasarkan prinsip Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 14(1) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan butiran 1(a), Jadual Kesembilan. Parlimen diberikan kuasa untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Butiran 1 berkenaan hal ehwal luar negeri termasuk berkaitan triti, perjanjian non-convention dengan negara lain adalah diletakhakkan di bawah Senarai Persekutuan.

Selanjutnya perkara 76(1)(a) Perlembagaan Persekutuan turut menyatakan kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi negeri-negeri dalam hal-hal tertentu seperti melaksanakan apa-apa triti perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dan mana-mana negara lain atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa dianggotai oleh Persekutuan. Justeru, penggubalan RUU CCUS secara dasarnya adalah untuk menyokong obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu dan Perjanjian Paris. Perkara ini dinyatakan dengan jelas di bahagian mukadimah RUU CCUS ini.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia amat bertuah kerana mempunyai potensi tapak penyimpanan karbon dioksida lebih daripada 150 gigatonne. Secara amnya, karbon dioksida boleh disimpan secara kekal di dalam dua jenis tapak penyimpanan iaitu medan minyak dan gas yang tidak digunakan lagi dengan izin, depleted oil and gas field dan ruang takungan air masih bawah dasar laut dengan izin, saline aquifer. Berdasarkan kajian oleh Global CCS Institute, Malaysia dianggarkan mempunyai kapasiti penyimpanan karbon dioksida sebanyak 13.3 gigatonne melibatkan medan minyak dan gas yang tidak digunakan lagi. Manakala kajian oleh Universiti Teknologi Malaysia menganggarkan Malaysia mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 140 gigatonne untuk tapak penyimpanan berbentuk ruang takungan air masin bawah dasar laut.

Berdasarkan data tersebut, Malaysia dianggarkan mempunyai kapasiti penyimpanan karbon dioksida antara yang terbesar di Asia Tenggara. Unjuran ini adalah melebihi daripada keperluan penyimpanan karbon dioksida domestik. Oleh hal yang demikian, lebihan ruang penyimpanan ini boleh dimanfaatkan untuk menawarkan perkhidmatan penyimpanan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia. Kedudukan Malaysia yang terletak dalam kawasan seismik rendah dan luar daripada Lingkaran Api Pasifik dilihat sebagai satu kelebihan yang mana ia menjadikan Malaysia sebagai tapak penyimpanan karbon dioksida yang selamat dan mampan. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)

draft • 5:41 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

mengesahkan bahawa penyimpanan karbon dioksida dalam geological formation dengan izin, adalah selamat. Dengan kemungkinan ketirisan kurang daripada 0.001 peratus.

Persidangan ke-28 negara ahli COP28 kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) yang berlangsung di Dubai pada tahun 2023 turut menggesa dan mengesyorkan negara anggota untuk melabur dan mempercepatkan penggunaan teknologi rendah karbon seperti CCUS. Berdasarkan pengalaman di Norway dan Jepun, teknologi CCUS terbukti selamat. Pengurusan karbon dioksida secara selamat dan mematuhi perundangan serta amalan baik yang diterima pakai di peringkat antarabangsa juga akan mengurangkan risiko luar jangka.

Melalui sesi libat urus Kementerian Ekonomi dengan pihak berkepentingan, terdapat keperluan agar RUU CCUS ini dan peraturan-peraturan berkaitan pengimportan dan penyimpanan karbon dioksida secara kekal di kawasan offshore dibangunkan dan dikuatkuasakan selewat pada 31 Mac 2025. Ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat merebut peluang pelaburan jangka masa panjang.

Tuan Yang di-Pertua, penggubalan RUU CCUS ini telah dilaksanakan berlandaskan pendekatan keseluruhan negara atau dengan izin whole-of-nation approach. Kementerian Ekonomi telah mewujudkan struktur tadbir urus inisiatif CCUS kebangsaan untuk memastikan aktiviti berkaitan CCUS yang akan dilaksanakan adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

Struktur tadbir urus ini terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan lima kumpulan fokus. Struktur tadbir urus ini diterajui oleh Kementerian Ekonomi dengan keanggotaan daripada wakil pelbagai kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan, kerajaan negeri, akademia dan pemain industri.

Untuk memastikan penggubalan rangka kawal selia CCUS adalah selari dengan perundangan dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, Kementerian Ekonomi telah melantik Global CCS Institute sebagai perundingan untuk menjalankan kajian bertajuk Malaysia CCUS Legal and Regulatory Framework Assessment and Comprehensive Study.

draft • 5:41 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Laporan awalan daripada pihak perundingan telah membandingkan perundangan mengenai CCUS daripada negara-negara yang telah terlebih dahulu melaksanakan CCUS dan telah pun mempunyai kerangka perundangan domestik seperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah. Secara amnya, RUU CCUS ini telah digubal berdasarkan amalan terbaik CCUS di peringkat antarabangsa dan telah mengambil kira keperluan pengurusan risiko yang cekap.

Tuan Yang di-Pertua, dalam proses penggubalan RUU CCUS ini Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bersetuju bahawa kuasa penggubalan undang-undang berkaitan suatu treaty, perjanjian atau konvensyen yang hendak dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 76(1)(a)

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian Kerajaan Persekutuan mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah menyatakan pendirian agar dikecualikan daripada pelaksanaan RUU CCUS ini. Perkara ini adalah berikutan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah merangka dasar dan peraturan sendiri bagi mengawal selia inisiatif CCUS di negeri masing-masing.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kuasa di bawah Perkara 74 dan 76 Perlembagaan, Jemaah Menteri pada 28 Februari 2025 telah bersetuju supaya RUU CCUS dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Persekutuan bahawa penetapan pemakaian RUU CCUS di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah tidak disifatkan sebagai mengurangkan, menjejaskan atau memberikan kesan negatif kepada kuasa Kerajaan Persekutuan dalam menguatkuasakan kuasa Kerajaan Persekutuan di seluruh Malaysia.

Ini terutamanya berkaitan dengan kuasa-kuasa yang termaktub dalam semua akta yang sedang berkuat kuasa di seluruh Persekutuan. Perkara ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan terutama kuasa di bawah Perkara 74 dan 76.

T uan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara ringkasnya RUU CCUS terbahagi kepada 10 bahagian dan mengandungi 53 fasal. RUU CCUS ini memperuntukkan kawal selia aktiviti CCUS bagi setiap rantaian nilai CCUS daripada pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan sehingga kepada aktiviti penyimpanan kekal karbon dioksida. Saya akan menghuraikan kesemua 53 fasal yang terkandung dalam RUU CCUS ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat.

Bahagian I mempunyai lima fasal yang menyentuhi mengenai tajuk tingkas dan permulaan kuat kuasa akta. Pemakaian akta di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Keperluan untuk akta ini dibaca secara bersama dengan undang- undang bertulis yang berkaitan. Takrif bagi perkataan yang digunakan dalam akta dan keperluan untuk melaksanakan amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon dioksida yang berhemah.

Bahagian II, mengandungi sembilan fasal iaitu fasal 6 hingga fasal 14 yang menerangkan peruntukan berhubung agensi perangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon Malaysia. Bahagian ini menerangkan mengenai pertubuhan, keanggotaan, fungsi dan kuasa agensi, pembatalan pelantikan dan pengosongan jawatan anggota agensi, atur cara mesyuarat agensi, penyediaan kemudahan oleh kementerian yang bertanggungjawab bagi membolehkan agensi menjalankan operasinya dan pelantikan entiti teknikal kompeten untuk menasihati agensi mengenai apa-apa perkara teknikal dan pengoperasian CCUS.

Bahagian III menerangkan tentang pemerangkapan karbon. Ia mengandungi dua fasal iaitu fasal 15 dan fasal 16 yang menerangkan mengenai keperluan untuk membuat pendaftaran dan permohonan bagi mendaftarkan pemasangan peralatan dan pemerangkapan karbon dioksida.

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Bahagian IV memperkatakan tentang pengangkutan dan penyimpanan karbon dioksida yang mengandungi empat fasal iaitu fasal 17 hingga fasal 20 yang memperuntukkan keperluan untuk membuat pendaftaran dan permohonan untuk mengangkut karbon dioksida, keperluan untuk memastikan karbon dioksida diperangkap di luar negara mematuhi kriteria arus karbon dioksida yang dinyatakan di bawah akta dan keperluan untuk mendapatkan permit import untuk mengimport karbon dioksida yang diperangkap di luar negara.

Bahagian V adalah mengenai penggunaan karbon dioksida yang mengandungi tiga fasal iaitu fasal 21 hingga fasal 23. Bahagian ini memperuntukkan keperluan untuk membuat pendaftaran dan permohonan untuk menggunakan karbon dioksida yang diperangkap di Malaysia dan larangan menggunakan karbon dioksida yang diperangkap di luar negara dan hanya untuk tujuan penyimpanan kekal di Malaysia.

Bahagian VI adalah peruntukan tentang penilaian dan penyimpanan kekal karbon dioksida di kawasan luar pesisir. Ia mengandungi sembilan fasal iaitu fasal 24 hingga fasal 32 yang memperuntukkan mengenai keperluan untuk mendapatkan permit bagi melaksanakan aktiviti penilaian luar pesisir tertakluk kepada pertimbangan syarat dan fi yang ditetapkan oleh agensi. Keperluan untuk mendapatkan lesen bagi mengendalikan tapak penyimpanan kekal karbon dioksida di kawasan luar pesisir tertakluk kepada pertimbangan syarat dan fi yang ditetapkan oleh agensi.

Keperluan kepada pengendali tapak penyimpanan luar pesisir untuk mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida. Obligasi yang perlu dipatuhi oleh pengendali tapak penyimpanan luar pesisir sepanjang tempoh pengendalian tapak penyimpanan semasa penutupan dan selepas penutupan tapak penyimpanan. Keperluan untuk pengendali tapak penyimpanan luar pesisir untuk membayar levi suntikan kepada agensi. Pemindahan obligasi tapak penyimpanan luar pesisir kepada kerajaan.

Bahagian VII mengandungi lapan fasal iaitu fasal 33 hingga fasal 40. Bahagian ini memperuntukkan perkara yang sama seperti di bawah Bahagian VI akta ini. Namun merujuk kepada penyimpanan kekal karbon dioksida di kawasan daratan. Sungguhpun demikian, bahagian ini tidak memperuntukkan bagi kutipan levi suntikan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, aktiviti-aktiviti penyimpanan karbon dioksida di kawasan daratan hanya dapat diputuskan setelah Kementerian Ekonomi melaksanakan kajian kebolehlaksanaan. Kajian ini adalah penting untuk memastikan aspek keselamatan awam dan pengurusan risiko diberi perhatian yang sewajarnya. Penyimpanan kekal karbon dioksida di kawasan daratan hanya akan dikuatkuasakan setelah perbincangan bersama pihak kerajaan-kerajaan negeri diadakan kelak.

Bahagian VIII adalah mengenai Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan yang mengandungi empat fasal iaitu fasal 41 hingga fasal 44. Bahagian ini memperuntukkan mengenai perwujudan dan sumber dana yang akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan, perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan dana

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

daripada kumpulan wang ini, kuasa agensi untuk membuat pelaburan menggunakan dana daripada kumpulan wang ini dan tanggungjawab agensi untuk menyimpan akaun dan membentangkan penyata akaun yang disahkan juruaudit di Parlimen.

Bahagian IX adalah mengenai aspek penguatkuasaan yang mengandungi dua fasal iaitu fasal 45 dan fasal 46. Bahagian ini menyentuh mengenai hal-hal yang berhubung dengan pegawai yang diberi kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan di bawah kuasa akta ini.

Akhir sekali Bahagian X memperkatakan peruntukan am yang mengandungi tujuh fasal iaitu fasal 47 hingga fasal 53. Bahagian ini memperuntukkan perkara-perkara antaranya mengenai rayuan kepada Menteri, pendakwaan, perlindungan daripada prosiding undang- undang dan kuasa Menteri untuk membuat peraturan standard dan garis panduan serta pengecualian.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, RUU CCUS merupakan komponen penting dalam memastikan Malaysia mendapat manfaat pelaburan dan juga limpahan ekonomi daripada aktiviti CCUS di sepanjang rantaian nilai.

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Berdasarkan laporan CCS Socioeconomic Benefits 2022 yang disediakan oleh PETRONAS, nilai pelaburan dalam industri CCUS di Malaysia diunjurkan mencapai lebih daripada USD200 bilion dalam tempoh 30 tahun. Dengan nilai pelaburan ini, ia dijangka dapat menyumbang kepada KDNK sebanyak USD200 bilion hingga USD250 bilion secara kumulatif dalam tempoh 30 tahun. Ini secara tidak langsung akan memberi limpahan ekonomi kepada beberapa sektor dan industri sedia ada.

Industri CCUS juga dijangka dapat mewujudkan sehingga 200,000 peluang pekerjaan baharu setahun ketika aktiviti puncak. Ini boleh merangsang pembangunan bakat dan kemahiran berkaitan ‘green skills’ dengan izin, dalam usaha Malaysia menarik pelaburan berskala tinggi terutama dalam teknologi CCUS. Dengan ini Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan kekal karbon dioksida untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan mengurangkan kesan perubahan iklim untuk memangkinkan

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

pembangunan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon sebagai suatu sumber baharu pertumbuhan ekonomi dan untuk mengadakan peruntukan lain yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut – YB Ipoh Timor, YB Tangga Batu, YB Setiu, YB Tebrau, YB Padang Terap, YB Machang, YB Petaling Jaya, YB Kuala Terengganu, YB Kepala Batas, YB Betong, YB Tumpat, YB Dungun dan YB Ampang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor, tak ada. Yang Berhormat Tangga Batu. Tangga Batu dulu.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan RUU CCUS.

Kita sedar bahawa penduduk dunia hari ini diancam oleh fenomena pemanasan global yang memberikan dampak yang memusnahkan terutama terhadap perubahan iklim, banjir, kemarau panjang dan akhirnya, merosakkan harta benda dan menjejaskan sektor sekuriti makanan. Pemanasan global ini disebabkan oleh pembebasan gas GSG terutamanya gas karbon dioksida yang tidak terkawal hasil daripada aktiviti manusia dalam membangunkan kemajuan dan memenuhi keperluan manusia menerusi kehidupan.

Kita memahami bahawa RUU CCUS ini memang sangat penting dalam menangani isu kesan perubahan iklim dan alam sekitar dalam mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Paris 12 Disember 2015. Namun, mengapa RUU CCUS ini dibentang dan mahu diluluskan dengan cara yang tergesa-gesa di mana bacaan kali pertama dibuat semalam dan hari ini kita sedang melalui proses bacaan kedua dan ketiga? Ia tidak memberikan ruang yang cukup untuk Ahli-ahli Dewan ini untuk meneliti butir-butir RUU ini dan menilai buruk baik kandungannya.

Kerajaan perlu berlaku adil dan telus dalam menangani isu besar ini. Ahli Dewan Rakyat memikul amanah dari rakyat dalam membuat peraturan dan undang-undang. Kita perlu faham bahawa kesilapan dalam membuat keputusan akan menghasilkan satu natijah yang buruk kepada masa depan rakyat dan negara terutama dalam isu perubahan iklim dan alam sekitar. Apakah kerajaan telah benar-benar melakukan libat urus secukupnya dengan stakeholders, mengambil kira pandangan pakar dan aktivis alam sekitar dan mereka yang memperjuangkan kepentingan awam?

Carbon capture, utilization and storage merupakan projek perintis di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera. Namun, ada yang mengatakan projek ini masih menjadi kontroversi dan mempunyai kesan terhadap risiko ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Adakah RUU ini telah mengambil kira secara terperinci beberapa isu seperti risiko kebocoran karbon? Penyimpanan karbon di bawah tanah boleh menghadapi risiko kebocoran yang

draft • 6:02 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

mana boleh membebaskan karbon kembali ke atmosfera dan membahayakan komuniti sekitar.

Karbon dioksida adalah gas yang tidak beracun, tetapi boleh menggantikan oksigen apabila dilepaskan dalam jumlah yang besar. Peningkatan kepekatan karbon dioksida di udara yang melebihi 10 peratus boleh menyebabkan nafas sesak dan kehilangan kesedaran dan malah dalam kes melampau, boleh menyebabkan kematian. Satu insiden kebocoran karbon yang signifikan iaitu peristiwa Tasik Nyos di Cameroon pada tahun 1986, di mana pelepasan mendadak karbon dioksida dari dasar tasik telah menyebabkan 1,700 kematian ketika itu. Walaupun kejadian ini adalah fenomena semula jadi, ia menunjukkan betapa bahayanya pelepasan karbon dioksida sekiranya ia berlaku dalam jumlah yang besar.

Selain itu, Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 ini kelihatannya lebih tertumpu kepada industri petroleum yang berasaskan kepada bahan api fosil. Namun dalam Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi, negara menghasilkan sebanyak 182.6 juta tan biojisim pada tahun 2022. Dari jumlah ini, 164 juta atau 90 peratus datangnya dari sektor pertanian dan perladangan.

Ini adalah suatu potensi yang sangat besar yang perlu diterokai dalam mengurangi pelepasan karbon ke atmosfera melalui program carbon dioxide removal (CDR). Program CDR ini diiktiraf oleh Puro.earth iaitu satu-satunya organisasi yang mengiktiraf program CDR dan mengeluarkan certificate CDR sebagai alternatif kepada carbon credit. Sebagai contoh, biojisim dari kilang sawit berkapasiti 45 tan boleh menghasilkan CDR sebanyak 16,000 tan setahun dan 1.9 megawatt tenaga hijau yang boleh diperbaharui.

Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu merujuk kepada keanggotaan Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia yang bakal ditubuhkan ini. Kita berharap agar mereka yang dilantik menganggotai agensi ini haruslah mereka yang benar-benar berkepakaran, kompeten dan bukannya semata-mata menjadi habuan jawatan politik yang boleh menyebabkan kegagalan agensi ini mencapai matlamat penubuhannya.

draft • 6:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tangga Batu, Sik. Sik pun mungkin boleh sikit — mohon sikit penjelasan ya? Boleh sikit, ringkas ya.

draft • 6:02 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya.

draft • 6:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kita mohon untuk Menteri menjawab ya.

Bagaimana RUU ini nampak dia hanya menumpukan soal penubuhan agensi, penubuhan proses, pelesenan, permit. Namun, tidak disebut soal liabiliti jika berlaku kebocoran karbon dioksida itu. Sudah pastilah kesan kepada kemalangan ini sangat berat kerana karbon dioksida ini ketika dia dimampatkan, hayatnya hingga 1,000 tahun. Kita tidak mahu berlaku seperti mana di Amerika Syarikat ya Yang Berhormat Tangga, di Illinois, Amerika Syarikat yang menyebabkan lebih 8,000 tan metrik karbon dioksida yang telah bocor yang

draft • 6:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

menyebabkan berlaku gegaran gempa bumi yang tidak pun sepatutnya berlaku di kawasan itu.

draft • 6:02 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya minta dimasukkan dalam ucapan saya dan itulah sebenarnya ucapan saya yang saya nak tambah tadi. Sekian, terima kasih.

draft • 6:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 6:02 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Kita berdiri di ambang sejarah. Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 bukan sekadar peraturan alam sekitar, ia adalah manifestasi dan manifesto keberanian ekonomi Malaysia. Ia menandakan peralihan kita dari sekadar mengikuti perubahan global dan corak dan trendnya kepada memimpin revolusi hijau di Asia Tenggara.

Rang undang-undang ini membuka peluang besar untuk Malaysia, kita mencipta industri baharu, memperkukuh daya saing tenaga dan mewujudkan ribuan, malah bukan ratusan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi. Ini bukan sekadar tindakan terhadap perubahan iklim, tetapi suatu pelan strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab karbon rendah yang menarik pelaburan dan membangunkan teknologi demi masa depan.

Bayangkan, sebuah industri yang menjana satu trilion Ringgit dalam tempoh 30 tahun.

Malaysia boleh menjadi peneraju serantau dalam teknologi penangkapan karbon, menarik pelaburan yang sebelum ini tidak pernah wujud di tanah air kita. Kita tak sekadar mengurangkan karbon, kita membina satu ekosistem ekonomi baharu. Syarikat tempatan akan menghasilkan peralatan penangkapan karbon dan membina infrastruktur penyimpanan.

Tambahan pula, jurutera dan engineer dan juruteknik tempatan akan mengendalikan loji-loji berteknologi tinggi, manakala pekerja-pekerja TVET memastikan operasi karbon sifar bersih berjalan lancar. Dengan bertindak sekarang, kita memastikan Malaysia bukan hanya pengguna teknologi hijau, tetapi kita juga pembekal utama kepada dunia.

draft • 6:08 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak dan gas. Ada ramai yang bimbang tetapi dunia sedang berubah. Jika kita tak beradaptasi, kita akan ketinggalan.

Teknologi CCUS adalah kunci transformasi industri tenaga kita memastikan PETRONAS boleh kekal sebagai pemacu ekonomi dengan operasi yang sejajar dengan matlamat iklim global hari ini dan masa depan.

Industri utama kita seperti besi, simen dan kimia akan terus berdaya saing tanpa dikenakan sekatan karbon antarabangsa dan pendapatan baru akan dijana melalui penyimpanan karbon dioksida dari negara lain menjadikan karbon sebagai sumber pendapatan dan bukan liabiliti sahaja.

draft • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dan saya tahu ada banyak yang bimbang dan ada banyak kebimbangannya. Adakah ia selamat? Adakah ia bertanggungjawab? Jawapan bagi saya setelah meneliti dan buat banyak kajian, ya dan kita telah memastikan ia dikawal rapi melalui apa yang termaktub dalam rang undang-undang ini.

Setiap fasiliti tertakluk kepada pemantauan ketat dengan sistem permit yang kukuh.

Hukuman berat bagi pelanggaran keselamatan termasuk denda besar dan hukuman penjara malah dana pematuhan jangka panjang dibiayai oleh industri dan bukan wang pembayar cukai untuk memastikan penyimpanan karbon kekal selamat selama beberapa dekad atau lebih.Ini bukan lesen untuk pencemaran dan mencemarkan, ini adalah alat kawalan bagi pelepasan yang sukar dielakkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah saat yang menentukan rang undang-undang ini adalah lebih daripada sekadar dasar alam sekitar ia adalah pelan hala tuju ke arah ekonomi masa depan (the economy of tomorrow) dengan izin, yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Undi untuk undang-undang ini adalah undi untuk Malaysia memimpin dan bukannya Malaysia yang ketinggalan.

Undi ini adalah undi untuk pekerjaan yang berkualiti dengan daya saing ekonomi dan kepimpinan global. Jangan biarkan Malaysia tersisih dari gelombang perubahan ini dan sebaliknya mari kita memandu perubahan ini menjadi peneraju ekonomi hijau Asia.

Saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini dan juga sebelah sana, ada kekhuatiran tak apa. Dengan undang-undang inilah sebenarnya yang akan menyelesaikan kekhuatiran-kekhuatiran dan kebimbangan tersebut. Saya menyeru supaya semua menyokong, meluluskan Rang Undang-undang CCUS ini dan ini adalah detik kita membentuk sejarah menjamin masa depan dan menjadikan Malaysia kuasa besar dalam teknologi bersih ini. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft • 6:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Setiu turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang CCUS 2025 ini. Saya ada beberapa persoalan untuk ditanya kepada pihak kementerian berkaitan RUU ini.

Pertama, adakah RUU ini akan melaksanakan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Impak Sosial (SIA) sebelum projek CCUS ini diluluskan? Penilaian ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden yang melibatkan kesihatan rakyat dan alam sekitar. Saya melihat salah satu kekurangan dalam RUU yang dibentangkan ini adalah tiada peruntukan yang jelas bagi penilaian kesan alam sekitar dan sosial yang terperinci.

draft • 6:13 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kedua, bagaimana kerajaan akan memastikan keselamatan penyimpanan karbon bawah tanah dan masa tempoh yang panjang tanpa berlaku kebocoran yang boleh membahayakan rakyat dan alam sekitar? Siapakah yang akan bertanggungjawab menanggung liabiliti bagi sebarang kemalangan yang akan berlaku?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh fasal 8, fungsi dan kuasa agensi. RUU ini mencadangkan penubuhan Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia yang akan mengawal selia industri CCUS ini. Saya ingin menegaskan bahawa penubuhan sesebuah agensi yang mempunyai kuasa besar dalam kawal selia industri baru seperti ini memerlukan tahap ketelusan yang tinggi serta penglibatan pelbagai pihak khususnya kerajaan negeri yang mempunyai kepentingan langsung dalam soal pengurusan sumber dan tanah negeri.

Maka, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah penubuhan agensi ini melibatkan wakil daripada kerajaan negeri? RUU ini tidak menyatakan secara jelas sama ada wakil daripada kerajaan negeri akan dilibatkan dalam agensi ini. Hal ini menjadi satu kebimbangan utama kerana industri CCUS ini melibatkan penggunaan sumber negeri khususnya dalam penyimpanan karbon di kawasan daratan persisir negeri-negeri tertentu.

Kedua, di bawah Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan, tanah dan sumber asli adalah hak negeri. Oleh itu sebarang projek CCUS yang memanfaatkan tanah antara sumber negeri perlu mendapat persetujuan negeri. Namun dalam RUU ini tidak dinyatakan dengan jelas peranan kerajaan negeri dalam keputusan berkaitan penyimpanan karbon di kawasan negeri masing-masing. Oleh itu kerajaan, perlu memastikan ada perwakilan rasmi daripada kerajaan negeri dan agensi ini bagi memastikan kepentingan negeri tidak dipinggirkan.

Saya juga mencadangkan kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan CCUS Negeri Persekutuan bagi membolehkan kerajaan negeri terlibat dalam proses membuat keputusan berkaitan projek CCUS di negeri mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya sentuh fasal 19 berkaitan isu pengimportan karbon dari luar Malaysia yang dibenarkan dalam RUU CCUS ini. Persoalan utama yang saya ingin ajukan kepada kerajaan ialah satu, kenapa Malaysia perlu mengimport karbon dari luar negara? Kedua, adakah ini bermaksud Malaysia akan menjadi tapak pelupusan karbon bagi negara asing seperti mana negara kita pernah dikatakan sebagai tong sampah dunia akibat isu sisa plastik import. Apakah jaminan kerajaan bahawa import karbon ini tidak akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat?

Tuan Yang di-Pertua, dalam fasal 33 hingga 40, RUU ini menetapkan bahawa aktiviti penyimpanan karbon di kawasan daratan tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri. Ini bermakna kerajaan negeri mempunyai peranan penting dalam menentukan sama ada sesuatu projek sisa ini boleh dilaksanakan di negeri masing-masing. Namun, saya ingin menekankan beberapa perkara.

draft • 6:13 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Satu, adakah negeri akan mendapat hasil yang adil dari projek ini? Kedua, bagaimana hasil CCUS akan dikongsi antara negeri dan Persekutuan? Ketiga, apakah mekanisme perundingan antara negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini? Sepatutnya perkara ini perlu diperjelaskan dalam RUU ini bagi memastikan keputusan dibuat secara bersama.

Untuk akhirnya, saya mengharap kerajaan meneliti semula fasal-fasal dalam RUU ini. RUU ini perlu diperhalusi dengan teliti bagi memastikan ia benar-benar membawa manfaat kepada rakyat dan tidak hanya menguntungkan syarikat besar semata-mata. Selain itu, perlu ada mekanisme kawal selia yang ketat untuk mengelakkan penyalahgunaan atau kelemahan dalam pemantauan aktiviti CCUS ini. Sekian, terima kasih.

draft • 6:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 6:13 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini merupakan satu rang undang-undang baru. Di sini saya amat mengalu- alukan usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan juga ekonomi negara dan apalagi dengan adoption of new green energy source. Saya juga tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri tadi bahawa kita wajar mewujudkan 200,000 pekerjaan baru.

Memang CCUS ini adalah tepat masa untuk kita perkenalkan sebab isu inilah adalah selaras dengan apa yang dibentangkan iaitu terma utama di COP29 yang dijalankan di Baku, Azerbaijan pada November tahun lepas.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Ekonomi kita kerana Kementerian Ekonomi sebenarnya telah membawa RUU ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi pada tahun lepas dan ini merupakan satu usaha bagi saya yang murni. Saya harap lebih banyak Menteri dan juga kementerian bolehlah buat sedemikian supaya bawa dulu rang undang-undang yang ingin dibentang kepada Jawatankuasa dulu selepas dapat pandangan daripada Jawatankuasa, barulah kita keluar blue bill ini.

draft • 6:18 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tapi Tuan Yang di-Pertua, itu adalah tahun lepas, sekarang adalah tahun 2025.

Walaupun beberapa bulan sahaja telah berlalu, banyak benda sudah berbeza. Secara amnya, memang saya sokong CCUS ini tetapi ada beberapa kebimbangan, saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan atau memberi pencerahan. Walaupun beberapa bulan, apa yang sudah tukar?

Pertama, yang paling penting. Amerika Syarikat telah tarik keluar daripada Paris Agreement, itu sangat penting. Donald Trump sudah tarik balik Amerika Syarikat dari Paris

draft • 6:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Agreement. Hari ini, pejuang di negara Barat, the Western countries, EU dan Amerika Syarikat mungkin tidak lama lagi akan ada Pelan Perdagangan Tarif pula. Adakah dunia Barat masih komited untuk melawan penukaran iklim ini, climate change? Itu menjadi satu isu yang kita kena fikirkan.

Contohnya, di COP29, negara-negara membangun, developing countries, kita minta RM500 bilion untuk deforestation supaya kita tidak deforestation tetapi mereka hanya bersetuju untuk bagi RM300 bilion. Padahal, merekalah ─ Western countries ini sendirilah yang menjadi penyumbang utama karbonisasi.

Akan tetapi apabila mereka hendak buat itu, dia paksa kita pula untuk ikut tetapi apabila kita minta duit untuk kita tidak tumbangkan pokok-pokok kita, hutan rimba kita, mereka tidak bagi seperti yang kita minta. Ini bukan kali pertama kita nampak hipokrasi Barat ini. Ada banyak contoh. Mereka guna terms ESG semua itu, kita tengok contohnya, EV.

Apabila mereka mulakan revolusi EV ini, katalah berapa baiknya, kita kena gunakan kereta electric vehicle. Adalah company contoh, Volvo pada 2021, dia kata by 2030 kita akan semua kereta EV. Volkswagen sama. Semua akan jadi EV tidak lama lagi.

Tetapi apabila China ini memasuki kepada pasaran EV, satu tahun boleh keluarkan lima juta EV, tiba-tiba mereka shift the goal post. Kata sekarang, tidak apalah, EV itu pun bukan bersih juga, kita akan terus keluarkan kereta ICE juga. Dalam keadaan ini, dengan negara-negara Barat ini, mereka boleh shift the goal post anytime.

Adakah mereka akan commit dalam isu CCUS ini? Sebab ini ada kaitan sebab saya hendak tahu, apakah kos untuk negara kita kalau kita hendak melabur all in untuk menjadikan hub CCUS ini? Saya tidak hendak nanti kita sudah commit untuk hendak buat CCUS tetapi akhirnya, tidak ada pelanggan yang hendak datang.

Kedua, saya juga hendak tanya. Mana negara sebenarnya yang telah buat CCUS ini dan mendapat apakah feedback mereka? Saya bukan kata negara di Barat seperti Europe atau Amerika Syarikat. Di Asia, mana negara yang membangun, yang sebenarnya telah melakukan ini? Kita perlu belajar daripada mereka sama adakah itu adalah berjaya? Satu lagi, saya juga hendak tanya kepada Menteri, sebenarnya berapa karbon dioksida yang dilepaskan di Malaysia oleh industri kita atau kereta kita yang dilepaskan? Saya juga harap data tersebut.

Seterusnya, saya juga minta kementerian jelaskan, apakah implikasi kewangan ataupun impak kepada ekonomi kita dan industri kita yang biasanya akan melepaskan karbon dioksida itu? Adakah kalau dengan CCUS ini, kos perniagaan mereka akan bertambah?

Akhir sekali, ini isu teknikal sedikit, dalam seksyen 6 dan seksyen 7 ─ keanggotaan agensi. Di sini ada ditulis, anggotanya terdiri daripada pengerusi yang dilantik oleh Menteri dan juga ketua setiausaha kementerian, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar. Tetapi saya tidak nampak wakil daripada Jabatan Geologi. Bagi saya, adalah sangat penting dalam pembangunan CCUS ini. Dengan itu, saya berharap Menteri boleh memberi sedikit

draft • 6:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

penjelasan. Walau bagaimanapun, Tebrau tetap sokong pembangunan CCUS di Malaysia.

Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 6:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Malaysia berada pada kedudukan yang terbaik sebagai hub serantau pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), menyumbang kepada amalan mampan dalam sektor minyak dan gas seperti yang ditekankan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR). CCUS adalah tumpuan utama dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih pada tahun 2050.

Isu perubahan iklim bukan lagi sekadar perbincangan akademik tetapi satu realiti yang perlu ditangani dengan dasar yang kukuh dan langkah pelaksanaan yang teliti.

Teknologi CCUS sering dikatakan sebagai penyelesaian penting dalam usaha mencapai sasaran pelepasan sifar bersih di Malaysia. Namun, ada beberapa isu yang perlu diperhatikan sebelum RUU ini diluluskan.

Pertama, berkenaan dengan proses asas CCUS iaitu penangkapan karbon dioksida yang dihasilkan oleh aktiviti industri yang melepaskan sisa karbon yang tinggi seperti penghasilan tenaga elektrik daripada pembakaran arang dan gas. Karbon yang ditangkap ini kemudiannya digunakan bagi pelbagai tujuan. Akan tetapi penggunaan utama bagi karbon yang ditangkap oleh proses tersebut adalah bagi pengambilan semula minyak yang dipertingkatkan (EOR). Satu proses di mana karbon akan dibenamkan ke dalam sesebuah telaga minyak bagi meningkatkan jumlah minyak yang boleh diekstrak daripada telaga minyak tersebut. Oleh sebab itu, biarpun diketengahkan sebagai solusi pengurangan karbon, CCUS secara keseluruhan sebenarnya dilihat menghasilkan lebih banyak pelepasan karbon kerana ia membolehkan pengekstrakan minyak yang lebih banyak dari asal melalui proses EOR. Ini memberikan kesan kepada risiko kesihatan dan alam sekitar.

Kedua, kita sedia maklum bahawa pelaksanaan karbon CCUS memerlukan pelaburan yang besar dalam teknologi infrastruktur dan penyelenggaraan jangka masa panjang. Menurut Panel antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), apabila dibandingkan dengan penggunaan langkah mengurangkan perubahan iklim yang lebih terbukti seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti angin dan solar secara besar- besaran.

Dilihat pemerangkapan karbon adalah paling mahal, namun paling tidak berkesan dalam mengurangkan karbon dioksida. Saya mengambil satu lagi contoh, berdasarkan laporan daripada Cement and Concrete Association (CNCA), pelaksanaan CCUS akan

draft • 6:25 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

melibatkan kos tambahan yang dianggarkan lebih daripada dua kali kos pengeluaran simen berdasarkan anggaran semasa. Tidakkah ini memberikan kesan terhadap peningkatan kos pembinaan infrastruktur seperti perumahan dan juga lain-lain kos? Apakah bentuk insentif fiskal atau bantuan kewangan yang akan diberikan kepada sektor yang terkesan dengan pelaksanaan CCUS?

Tuan Yang di-Pertua, fasal 5(c) ─ aktiviti pemerangkapan, penggunaan, penyimpanan karbon seperti ini dan termasuklah apa-apa standard yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Soalannya, apakah jaminan kerajaan untuk memastikan bahawa CCUS Malaysia diiktiraf dalam mekanisme Carbon Border Adjustment Mechanism (CBAM) Kesatuan Eropah bagi mengelakkan eksport dikenakan takrif karbon yang tinggi? Jika CCUS Malaysia tidak diterima dalam mekanisme CBAM, apakah pelan alternatif kerajaan untuk memastikan daya saing industri tempatan di pasaran global?

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Kedah telah mengorak langkah dengan penerokaan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) menerusi projek rintis di premis kerajaan negeri dalam menjayakan inisiatif rendah karbon secara terancang. Langkah ini sejajar dengan Dasar Tenaga Negara 2022/2040 dan selari dengan matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Selain itu, Langkawi akan dijadikan pulau rendah karbon menjelang tahun 2035.

draft • 6:25 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Oleh itu, bagi memastikan kejayaan langkah kerajaan negeri ini, pendekatan cooperative federalism perlu diperkukuhkan dengan peranan yang lebih jelas antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam aspek perundangan, kewangan, infrastruktur, kredit karbon serta pendidikan tenaga hijau. Soalan saya, apakah langkah sokongan kerajaan terhadap inisiatif negeri sesuai dengan rangka cooperative federalism? Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft • 6:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya agak terkejut bila dapat melihat rang undang-undang ini. Saya ingat yang hendak bentang ini Yang Berhormat Setiawangsa, rupanya Yang Berhormat Pandan.

Bila saya tengok dan hidu rang undang-undang ini, saya ingat bau pokok tetapi rupanya bau duit.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita lihat pada hari ini ialah rang undang-undang ini membicarakan tentang potensi penjanaan kekayaan baharu melalui apa yang kita sebut sebagai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon atau saya akan gunakan istilah ringkasnya, CCUS. Kita faham untuk kita mencapai net zero 2050 bagi negara

draft • 6:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Malaysia, kita ada NTER. Bagus, saya puji Yang Berhormat Pandan kerana memperkenalkan dasar ini.

Pada masa yang sama, saya lihat pengenalan rang undang-undang ini dibuat secara tergesa-gesa. Framework tak jelas. Sepatutnya kita dahulukan matlamat Kementerian Alam Sekitar mencapai net zero itu dengan mengambil kira penyelesaian geoengineering, dengan izin, berasaskan CCUS ini.

Saya hendak cakap di sini, banyaklah perkara yang baik, kita tidak nafikan. Pada masa yang sama, sebagai pembangkang dan Ahli-ahli Parlimen, kita perlu check dan balance dasar kerajaan. Dan pada kali ini, saya dan rakan-rakan yang lain telah jelaskan kebimbangan-kebimbangan kami.

Saya hendak bawa hujah-hujah daripada pelbagai pihak. Antaranya, rakan baik Yang Amat Berhormat Tambun, Al Gore. Beliau kata tentang CCUS ini, “It’s a fraud. Seriously, they are way better of capturing politicians than they are capturing emissions.” Al Gore memerli industri CCUS ini sebagai satu industri yang sebenarnya di belakang itu dipelopori oleh big oil companies. Memang kita pun tahu sejarah CCUS ini digunakan untuk enhance oil recovery. Saya di PETRONAS dahulu, Pandan pun di PETRONAS dahulu, Jerantut pun di PETRONAS dahulu, kita tahu tentang hal ini. Kita yakin, seperti mana dalam NTER, antara projek yang menjadi sandaran ialah berkenaan dengan projek CCUS PETRONAS.

Kalau kita lihat dari segi matlamat alam sekitar, rang undang-undang ini tidak jelas menggambarkan bagaimana ia dapat membantu dan menyokong kita mencapai net zero kerana ia amat jelas berkenaan dengan ekonomi semata-mata. Kita tahu di dunia ketika ini ada 26 CCUS. 0.1 peratus sahaja yang berjaya mereka dapat sedut dan tangkap dan simpan daripada emissions, dengan izin, yang tersebar di luar. Kadar keberkesanan pun tidaklah tinggi, sekadar 65 peratus. Laporan daripada Intergovernmental Panel on Climate Change

(IPCC), CCUS hanya mampu mengurangkan 1.1 peratus pelepasan karbon dioksida yang ada pada ketika ini.

Kebimbangan kita ialah dari segi pencemaran tadi ― carbon leakages. Di Queensland, Kerajaan Negeri Queensland telah halang penggunaan teknologi ini di Great Artesian Basin kesan kebimbangannya kepada sumber air bawah tanah. Kalau kita tahu, pencemaran CO ini boleh tingkatkan kadar arsenik dan plumbum dalam sumber air bawah 2 tanah ke tahap yang berbahaya untuk kita rakyat minum. Jadi, CO kalau larut dalam air, air 2 laut kah kalau kita hendak storage dia dekat dasar laut, kalau bocor, leakage, boleh tingkatkan kadar keasidan laut dan akan membahayakan makanan kita.

Jadi, apa yang ingin saya jelaskan pada perbahasan saya ini ialah kita perlu teliti lebih lanjut. Kenapa perlu kita tergesa-gesakan rang undang-undang ini tanpa ada sesi libat urus yang berkala dan lebih banyak, lebih teliti? Mungkinlah cadangan saya kepada Yang Berhormat Pandan, kalau Yang Berhormat Pandan bawa framework, contohnya carbon recycling. Industri ― kita ambil contoh Jepun yang dah maju ke depan dalam hal ini. Mungkin

draft • 6:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

civil societies dan Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak mampu memberi tanggapan yang lebih baik terhadap rang undang-undang ini.

Kita lihat tadi apa yang diterangkan oleh kementerian. Memang jelas rang undang- undang ini menjurus kepada how to monetize carbon dioxide for our economic growth. Bukan tak boleh, tetapi bagi saya perlu ditempatkan di kerangka yang lebih besar mengambil kira kepentingan alam sekitar dan juga keselamatan rakyat. Kalau benda itu bagus dan terbukti selamat dengan pemantauan yang baik oleh Kementerian Alam Sekitar dan sebagainya, dengan laporan berkala, oversight yang baik, saya rasa saya boleh menyokong.

Cuma, saya minta maaf, Yang Berhormat Pandan, saya tidak boleh menyokong rang undang-undang ini kerana saya yakin ia belum cukup masak untuk kita terima dan luluskan di Dewan ini. Jadi, saya merayu kepada rakan semua Ahli Parlimen, kita tundakan dahulu, rujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas dan kita akan luluskan lepas kita tambah baik. Ini yang saya cadangkan kepada Dewan yang mulia.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih. Saya ingin mula dengan katakan bahawa tadi Machang betul dengan katakan harus dirujuk RUU ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dan memang ia telah dirujuk. Ia dirujuk pada 29 Oktober 2024. Bukan satu dua bulan. Lima bulan lepas. Jadi, masa itu dengan kehadiran Putrajaya, dengan kehadiran beberapa ahli panel. Jadi, saya hairan mengapa tidak ada WhatsApp Group dalam pembangkang yang boleh kongsikan perkembangan tersebut.

draft • 6:35 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Lima bulan lepas, saya digantung, tidak boleh masuk Select Committee.

draft • 6:35 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Saya tidak bagi. Bagi saya teruskan dahulu, saya mula. Jadi, saya minta mula dengan bahawa libat urus ini telah lama dijalankan bukan sahaja dengan JKPK tetapi dengan kementerian, dengan pelbagai agensi dan libat urus itu memang sudah komprehensif. Namun, sebab perkara ini agak teknikal dan ia tidak melibatkan semua pihak atau tidak menarik perhatian semua pihak. Yang itu okey.

Kedua adalah tentang sama ada rang undang-undang ini komprehensif untuk menangani perubahan iklim. Dalam konteks ini, memang kalau kita lihat untuk carbon capture dan storage (CCUS) ini hanyalah sebahagian solutions kepada usaha kita untuk menangani perubahan iklim. Sebab, dalam NETR juga disebut bukan CCUS sahaja adalah satu-satu ultimate solutions. Kita ada peralihan tenaga dari segi solar, dari segi untuk biogas, biomass dan lain-lain. Tetapi, atas usaha semua.

draft • 6:35 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Kalau kita gandakan pun, kita perlukan CCUS untuk menangani satu tenaga yang kita panggil hard-to-abate ya, Puan Yang di-Pertua. Hard-to-abate ini apa? Industri pengeluaran simen, besi dan keluli serta tenaga. Jadi, kesemua ini bukanlah kata kita pasang semua solar panel, kita gunakan semua biogas, maka dunia ini tidak adalah pelepasan karbon dioksida. Masih ada sebab ada sektor yang perlukan dan mereka akan tetap keluarkan. Tetap akan ada pengeluaran karbon dioksida.

Menurut kepada analisis yang dilakukan, CCUS sebenarnya membantu sektor khususnya sektor-sektor sebegini yang hard to abate ini untuk menangani pelepasan gas karbon dioksida mereka. Tanpa CCUS, sektor ini dijangka akan terus menjadi penyumbang terbesar kepada pelepasan CO dalam semua negara, bukan sahaja di Malaysia, di seluruh 2 dunia sebanyak lapan peratus hingga 90 peratus.

Bagi saya, Persidangan ke-18 COP28 kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengiktiraf keperluan untuk mempercepat pelaksanaan teknologi sifar dan pelepasan rendah seperti CCUS. Ini bukan Malaysia sahaja yang kata, bukan sahaja kita buat suka-suka tetapi ini adalah satu resolusi yang dibuat oleh UNFCCC yang menerajui solutions dan menggemblengkan tenaga seluruh dunia untuk menangani perubahan iklim.

Izinkan saya bacakan. Perkara 28, “UNFCCC further recognizes the need for deep, rapid and sustained reductions in greenhouse gas emissions in line with 1.5 °C pathways and calls on Parties to contribute to the following global efforts ― accelerating zero and low- emission technologies, including, inter alia, abatement and removal technologies such as carbon capture and utilization and storage, particularly in hard-to-abate sectors.”

draft • 6:35 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Inilah yang kita sedang lakukan dan kita tengah lakukan untuk pastikan kita ada satu rancangan yang komprehensif untuk menangani perubahan iklim. Tadi disebut juga oleh Setiu bahawa kita bimbang Malaysia jadi tong sampah seperti apa yang berlaku kepada sisa plastik. Sebenarnya, Malaysia amat bernasib baik kerana dikurniakan dengan kawasan geologi yang unik dan sesuai untuk dijadikan tapak penyimpanan karbon dioksida melalui teknologi CCUS. Bukan semua negara ada endowments sebegitu, dengan izin.

Kedua adalah Malaysia tidak terletak dalam kita kata Ring of Fire, Pacific Ring yang tidak ada gempa bumi. Maka menjadikan Malaysia satu tapak dan sebuah negara yang diposisikan sebagai sebuah negara yang strategik untuk menerokai CCUS. Yang lain adalah tentang sebenarnya keberanian. Akhirnya kita nampaklah ada bangkangan, ada suara berbeza dan memang ini biasa. Akan tetapi yang penting adalah kita perlu ada langkah yang berani untuk menerajui sektor yang kita percaya akan mentransformasikan ekonomi kita.

Baru tadi disebut liputan Reuters bahawa kita akan menerajui chip design dan kita akan membayar pelabur USD250 juta, Puan Yang di-Pertua dalam chip design kerana kita

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

percaya, dalam lima hingga 10 tahun akan datang, Malaysia bakal dan berpeluang untuk menjadi sebuah kuasa rantau untuk champion, jadi champion dalam chip design. Sama dengan CCUS, yang mana kita harus melihat kepada kelebihan kita, cuba sedaya upaya untuk mencapai apa yang kita mahu. Wujudkan peluang pekerjaan, wujudkan syarikat yang baru, menarik pelaburan dan boleh ada latihan TVET supaya rakyat kita dalam 10 tahun ke 20 tahun akan datang masih ada kerja, pekerjaan yang setimpal dengan usaha mereka dan ada juga peluang pekerjaan yang bermutu tinggi. Jadi, itulah bagi saya adalah satu motif murni mengapa kita bentangkan Rang Undang-undang CCUS ini. Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 6:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismilllahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Kuala Terengganu untuk membahaskan Rang Undang-undang CCUS ini. Terlebih dahulu sebagai mewakili Jawatankuasa Khas Parlimen untuk Alam Sekitar, Sains dan Teknologi, saya menghargai taklimat yang telah diberikan oleh Menteri kepada jawatankuasa khas pada 12 November 2024. Terima kasih.

RUU ini sejajar dengan komitmen Malaysia di dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta mencapai sasaran net-zero emission menjelang 2050. Ia juga bertujuan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi hijau dan menjadikan Malaysia sebagai hab penyimpanan karbon serantau. Terdapat beberapa isu kritikal dan fasal-fasal RUU ini yang perlu diperhalusi bagi memastikan pelaksanaannya memberi manfaat kepada negara dan negeri-negeri juga bukan hanya kepada syarikat-syarikat besar semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 6, 7 dan 8. Penubuhan, keanggotaan, fungsi dan kuasa Agensi CCUS menggariskan penubuhan keanggotaan, fungsi dan kuasa Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia. Fasal 7 menyatakan bahawa keanggotaan agensi terdiri daripada KSU, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan enam anggota lain.

Persoalannya, adakah agensi ini akan mempunyai wakil juga daripada kerajaan- kerajaan negeri yang terlibat? Bagaimana dengan peranan dan keterlibatan negeri di dalam penyeliaan CCUS? Selain itu, apakah mekanisme semak dan imbang untuk memastikan ketelusan di dalam pengurusan, kelulusan lesen dan pengagihan hasil daripada CCUS ini?

RUU ini memberikan implikasi yang besar kepada negeri-negeri terutamanya negeri yang kaya dengan sumber tenaga seperti – RUU ini tidak melibatkan Sarawak kan? Ia cuma Wilayah dan juga Semenanjung. Terengganu dan Pahang yang berpotensi untuk dijadikan tapak penyimpanan karbon. Jika diuruskan dengan baik, CCUS boleh menjadi sumber

draft • 6:42 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

pendapatan tambahan kepada negeri melalui royalti, levi dan bayaran pelesenan. Saya ingin penjelasan kerajaan, adakah negeri akan mendapat pulangan yang sewajarnya atau Kerajaan Persekutuan akan mengambil semua sekali daripada inisiatif ini?

RUU ini juga menimbulkan persoalan autonomi negeri terhadap sumber asli mereka khususnya di dalam aspek pengurusan tapak penyimpanan karbon. Seperti yang kita ketahui, Sabah dan Sarawak mempunyai hak autonomi terhadap sumber asli mereka seperti mana Perjanjian Malaysia 1963. Namun adakah RUU ini menghormati hak negeri-negeri atau akan mencetuskan konflik seperti mana yang sedang berlaku berkaitan dengan royalti petroleum?

Tuan Yang di-Pertua, fasal 40 menyatakan bahawa Menteri hanya perlu berunding dengan kerajaan negeri sebelum meluluskan penutupan tapak penyimpanan karbon di daratan. Adakah kerajaan negeri akan mempunyai kuasa di dalam meluluskan projek CCUS ini di negeri masing-masing atau mereka hanya akan menjadi pihak yang diberitahu selepas keputusan dibuat? Justeru, saya menegaskan bahawa perundingan dan persetujuan rasmi daripada kerajaan negeri wajib diperolehi sebelum Kerajaan Persekutuan boleh menjalankan sebarang projek CCUS di negeri-negeri ini.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan projek CCUS memerlukan pelaburan yang besar, tenaga kerja yang mahir serta kepakaran di dalam pengurusan karbon. Ketiga-tiga aspek ini memainkan peranan yang penting di dalam menentukan kejayaan pelaksanaan projek ini. Persoalannya, sejauh mana kemampuan fiskal negara untuk membiayai projek ini?

Selain itu, bagaimana dengan kesiapsiagaan daripada segi pembangunan infrastruktur dan ketersediaan teknologi bagi memastikan kejayaan jangka panjang inisiatif ini?

Teknologi CCUS memerlukan pelaburan yang besar dan akhirnya kerajaan akan menanggung kos jangka panjang untuk penyelenggaraan dan pengawasan tapak penyimpanan karbon. Jika pelaksanaan CCUS gagal atau tidak mendapat pulangan yang diharapkan, negeri-negeri mungkin menanggung kerugian yang besar tanpa jaminan keuntungan untuk jangka panjang. Selain itu, adakah kerajaan menjalankan sebarang kajian tentang risiko jangka panjang termasuk penyelenggaraan dan pengawasan tapak penyimpanan karbon?

Tuan Yang di-Pertua, CCUS berpotensi mewujudkan pekerjaan baharu berkemahiran tinggi dan sederhana. Namun persoalannya adalah sejauh manakah kesediaan bakat tempatan di dalam bidang ini. Berapa ramai tenaga pakar tempatan yang kita ada di dalam bidang ini? Sekiranya jumlahnya kecil, apakah perancangan kerajaan di dalam melatih bakat dalam teknologi CCUS? Bagaimana kerajaan memastikan bahawa pekerjaan yang diwujudkan ini benar-benar akan memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan?

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. RUU ini membenarkan pengimportan karbon dioksida dari luar negara untuk penyimpanan kekal di Malaysia. Soalan saya kepada kerajaan adalah mengapa Malaysia perlu menerima karbon daripada luar negara? Adakah kita akan menjadi

draft • 6:42 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

tapak pelupusan karbon bagi negara-negara maju yang ingin melepaskan tanggungjawab pengurangan pelepasan mereka?

Siapa yang akan mengawal jumlah dan jenis karbon yang diimport? Walaupun fasal 28 menyatakan bahawa karbon dioksida yang diimport perlu memenuhi kriteria tertentu, tetapi bagaimana kita memastikan ia tidak disalahgunakan untuk membuang sisa industri berbahaya ke negara kita?

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini mempunyai potensi yang baik untuk pembangunan ekonomi hijau tetapi kelemahan di dalam fasal-fasal tertentu boleh memberi kesan yang tidak baik. Itu sahaja pandangan saya. Terima kasih.

draft • 6:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 6:42 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismilllahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kepala Batas untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini. Puan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menolak kepentingan teknologi CCUS dalam mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai sasaran net zero. Namun Kepala Batas berpendapat ada beberapa isu asas perlu diperhalusi dengan tuntas.

Puan Yang di-Pertua, pertama ialah kesan ekonomi dan kos pelaksanaan. Menurut laporan Global CCS Institute, kos menangkap satu tan CO2 boleh mencecah USD50 hingga USD120 bergantung pada sektor dan teknologi yang digunakan. Manakala, menurut International Energy Agency (IEA) pula, kos untuk membangunkan infrastruktur CCUS boleh mencecah antara USD50 hingga USD100 per tan untuk CO2 yang ditangkap ini. Adakah Malaysia bersedia untuk menanggung kos ini? Sekiranya kos ini dipindahkan kepada syarikat besar melalui insentif cukai, apakah impak strategi ini terhadap unjuran hasil negara?

Jika kita lihat pengalaman negara lain seperti Norway dan juga Kanada, kos operasi yang tinggi sering menjadi faktor kepada kegagalan ataupun kelewatan projek malah pelaksanaan projek CCUS ini turut melibatkan kepada subsidi kerajaan yang tinggi.

Bagaimanakah kerajaan merancang untuk membiayainya kelak?

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, keberkesanan dan risiko teknologi CCUS.

Daripada segi teknikal, keberkesanan CCUS masih menjadi perdebatan.

draft • 6:48 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Data menunjukkan bahawa kadar kejayaan projek CCUS secara global adalah sekitar 65 hingga 85 peratus sahaja. Ini berbanding masih terdapat pelepasan karbon yang tinggi ke atmosfera. Lebih membimbangkan kajian oleh Global CCS Institute menunjukkan beberapa tapak penyimpanan karbon mengalami kebocoran yang boleh membawa risiko pencemaran bawah tanah dan juga air bawah tanah.

draft • 6:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Contohnya yang berlaku di insiden Lake Nyos 1986 di Cameroon di mana pelepasan gas CO2 secara tiba-tiba telah menyebabkan kematian lebih daripada 1,700 orang.

Persoalannya, adakah negara sudah bersedia untuk menanggungni atau pun menangani isu seperti ini?

Kita perlu mengambil iktibar seperti mana yang pencemaran yang berlaku terhadap di Sungai Kereh di Pulau Pinang. Sebelum ini saya ada bawakan dalam sidang ini, selama lebih 40 tahun masih lagi gagal ditangani sehingga kini turut menjejaskan pendapatan pesawah dan pengusaha asas tani yang rata-rata adalah Melayu Islam. Manakala Sungai Kim Kim di Johor pula kesannya bukan sahaja terhadap alam sekitar, bahkan lebih buruk menjejaskan tahap kesihatan melibatkan kira-kira seramai 5,848 kanak-kanak dan juga orang dewasa yang terpaksa mendapatkan rawatan sepanjang tempoh berlakunya bencana ini.

Puan Yang di-Pertua, yang ketiga, isu akauntabiliti. Siapa yang perlu bertanggungjawab jika berlaku kebocoran atau pun kegagalan dalam proses penyimpanan karbon? Apakah mekanisme pemeliharaan strategik dalam pengurusan operasi dan keselamatan? Adakah terdapat mekanisme pampasan atau pun mitigasi yang jelas dalam akta ini? Apakah kesan kesihatan dan keselamatan akibat potensi kebocoran CO2. Di beberapa buah negara syarikat swasta diberikan insentif untuk menjalankan projek CCUS tetapi apabila berlaku masalah, kerajaan terpaksa menanggung kos pemulihan.

Kepala Batas mengambil contoh seperti kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. Kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan kos kecemasan yang besar sebanyak RM6.4 juta untuk tujuan pembersihan Sungai Kim Kim. Kerajaan perlu berhati-hati agar akta ini tidak dijadikan sebagai alat untuk greenwashing oleh syarikat besar dalam sektor minyak dan juga gas. Kajian oleh Stockholm Environment Institute menunjukkan bahawa beberapa syarikat menggunakan CCUS sebagai alasan untuk terus mengeluarkan bahan api fosil dengan alasan mereka menangkap semula karbon yang dilepaskan.

Kepala Batas juga ingin tahu bagaimanakah akta ini akan bertindak sebagai instrumen penguatkuasaan dalam menggariskan pencapaian bandar bebas karbon seperti yang dianugerahkan kepada Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) yang menerima Anugerah Berlian Bandar Rendah Karbon oleh Malaysia Green Technology and Climate Change (MGTC) walaupun masih lagi dalam proses permohonan kelulusan EIA.

Puan Yang di-Pertua yang keempat, alternatif yang lebih berkesan sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber hutan hijau tropika dan ekosistem karbon biru, kita sepatutnya meneliti kaedah alternatif yang lebih murah dan lestari seperti pemuliharaan hutan dan tanah gambut yang terbukti lebih efektif dan menyerap karbon semula jadi.

Peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin yang mampu mengurangkan pelepasan karbon secara langsung, inisiatif ekonomi karbon rendah seperti pajakan karbon yang boleh memberikan insentif kepada syarikat untuk mengurangkan

draft • 6:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

pelepasan mereka, penyelesaian berasaskan alam semula jadi seperti pemuliharaan ekosistem bakau.

Kajian oleh United Nations Environment Programme (UNEP) menunjukkan bahawa pemuliharaan hutan boleh menyerap karbon 40 kali lebih murah berbanding CCUS. Oleh itu, dasar lebih strategik mungkin ialah memberi insentif kepada peralihan tenaga dan pendalaman semula hutan.

Akhirnya Puan Yang di-Pertua, walaupun cadangan akta ini mempunyai matlamat yang baik, kita tidak boleh terburu-buru dalam pelaksanaannya. Sebagai mana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran, Surah Al-A'raf ayat 31 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi setelah Allah memperbaikinya”. Maka, berdasarkan kepada prinsip ini, kita perlu memastikan bahawa sebarang pelaksanaan dasar iklim bukan sahaja berasaskan inovasi teknologi tetapi juga mengambil kira keberkesanan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Dan malah Sahabat Alam Malaysia juga turut menggesa Kerajaan Persekutuan dan khususnya Menteri Ekonomi supaya tidak tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang ini tanpa perbahasan dan perundingan dengan lebih teliti. Justeru, Kepala Batas menyeru agar kerajaan menjalankan kajian lebih menyeluruh dan mendapatkan maklum balas yang lebih luas sebelum menggubal akta ini supaya kita tidak terperangkap dalam solusi teknologi yang akhirnya lebih memudaratkan daripada memberi manfaat. Sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 6:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Selamat petang, salam sejahtera. Terima kasih di atas peluang untuk sama-sama terlibat untuk membahaskan Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 ataupun singkatan CCUS. Dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), CCUS ini merupakan salah satu daripada enam pemacu peralihan tenaga negara dan CCUS ini sebagai kaedah peralihan tenaga dan CCS untuk industri akan menjadi sumber pertumbuhan ekonomi baharu dan membantu mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih sifar. Maka, RUU CCUS ini akan memberikan kuasa untuk membenarkan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan CO2 di kawasan di darat (onshore) dan luar pesisir (offshore).

Puan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Menteri Ekonomi dan Kementerian Ekonomi di atas inisiatif dan usaha untuk mengadakan libat urus dengan Kerajaan Sarawak yang diadakan pada 30 Oktober 2024 yang lalu mengenai pelaksanaan CCUS di Malaysia.

draft • 6:54 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Penghargaan dan terima kasih juga saya berikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi kerana telah mengambil kira segala pandangan serta pendirian berkenaan pelaksanaan CCUS di Sarawak terutamanya dari aspek perundangan.

Untuk makluman, Sarawak telah pun menggubal undang-undangnya sendiri untuk mengawal selia pelaksanaan CCUS ini di Sarawak iaitu melalui Kanun Tanah Sarawak dan Land (Carbon Storage) Rules, 2022. Maka oleh itu, di bawah seksyen 32B(1) Kanun Tanah Sarawak, tiada seorang pun boleh menggunakan atau menduduki mana-mana tanah untuk penyimpanan karbon tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah kanun tanah tersebut.

Untuk makluman, berdasarkan kepada Sarawak Authorization of Boundaries Order 1954, sempadan Sarawak merangkumi kawasan pelantar benua (continental shelf) iaitu dasar laut dan subpermukaan yang terletak di bawah laut lepas yang bersempadanan dengan perairan Wilayah Sarawak. Sebagai tambahan, Natural Resources and Environment (Control of Conveyance of Scheduled Gases) Rules, 2024 telah turut digubal bagi mengawal selia pengangkutan, aliran karbon dioksida dari negara asing ke Sarawak untuk penyimpanan kekal seperti yang telah diperuntukkan di bawah Land Carbon Storage Rules tersebut.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman, sesi libat urus di antara Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Sarawak telah dibuat sebelum ini di mana di dalam sesi tersebut secara dasarnya Kerajaan Sarawak tiada bantahan ke atas inisiatif CCUS yang dicadangkan oleh Kementerian Ekonomi. Walau bagaimanapun, dalam soal pemakaian rang undang- undang ini, pendirian Kerajaan Sarawak adalah jelas iaitu Sarawak telah pun mempunyai undang-undang untuk mentadbir urus pelaksanaan CCUS di Sarawak. Maka oleh itu, rang undang-undang ini tidak perlu dipanjangkan ke Sarawak. Dalam erti kata lain, rang undang- undang ini diluluskan hendaklah tidak terpakai di Sarawak.

Puan Yang di-Pertua, maka saya merujuklah kepada Bahagian I fasal 2 yang bertujuan untuk memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Maka Betong bersetuju dan berterima kasih kerana pendirian Sarawak telah diambil kira agar akta ini tidak terpakai di Sarawak. Maka, amat pentinglah untuk menghormati kehendak Sarawak dan biarlah Sarawak sendiri menguruskan sumber asli di Sarawak seperti yang termaktub dalam undang- undang Sarawak.

Jadi, untuk makluman, Sarawak telah pun mempunyai pelan hala tuju berkaitan dengan CCUS melalui Sarawak CCUS Roadmap yang mana Petroleum Sarawak Berhad

(PETROS) telah dilantik sebagai pengurus sumber bagi tujuan pelaksanaan CCUS di Sarawak. Maka oleh hal demikian, ingin ditegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan CCUS di Wilayah Sarawak hendaklah ditadbir urus sepenuhnya oleh undang-undang Sarawak memandangkan bangunan tapak penyimpanan karbon sama ada di darat (onshore) atau di luar pesisir (offshore) berkaitan dengan penggunaan tanah yang sepatutnya berada dalam bidang kuasa perundangan dan eksekutif Sarawak.

draft • 6:54 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Namun demikian, Betong turut berpandangan bahawa usaha perlu dilakukan untuk mengharmonikan lagi rang undang-undang ini bagi memastikan pelaksanaan CCUS yang lebih efektif di Malaysia. Akhir sekali, maka dengan kuat kuasanya RUU ini nanti sudah tentu akan memberikan impak yang positif kepada industri tempatan dengan mewujudkan peluang perniagaan tempatan dan juga pekerjaan untuk rakyat. Maka oleh itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 6:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pemerangkapan Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya untuk mencari satu lagi sumber baharu bagi ekonomi negara.

Walau bagaimanapun perkara ini merupakan satu industri baharu. Saya ingin merujuk terus kepada rang undang-undang, kepada rang undang-undang yang pertama berkaitan dengan seksyen 5 yang menyebut 5(c) yang menyebut apa-apa standard yang dikehendaki ataupun dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf oleh peringkat kebangsaan antarabangsa.

Soalan saya ialah, apakah badan dan standard kebangsaan yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan berhubung dengan perkara ini. Itu yang pertama. Kedua, disebut tentang bawah seksyen 14, pelantikan entiti teknikal kompeten, pemerangkapan karbon di bawah 14(a), (b) pengangkutan karbon dioksida, penggunaan karbon dioksida, penyimpanan luar pesisir karbon dioksida dan penyimpanan daratan karbon dioksida.

Soalan saya ialah, apakah agensi yang sekarang ini yang mempunyai bidang kuasa yang telah pun dilatih dan berapa ramai kah pakar yang wujud dalam kesemua agensi-agensi yang telah disebutkan dalam 14(1)(a) hingga (e) ini.

Seterusnya berkaitan dengan di bawah seksyen 19(1) yang menyebut bahawa pengimportan karbon dioksida yang di perangkap di luar Malaysia tidak boleh melainkan jika karbon dioksida itu mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida yang dinyatakan di bawah seksyen 28.

Soalan saya ialah, di bawah seksyen 28 menyebut secara umum. Jadi apakah garis panduan yang terperinci yang akan diguna pakai sebelum kita meluluskan rang undang- undang ini. Ini merupakan satu perkara baharu yang memerlukan satu penjelasan yang lebih tuntas kepada semua pihak dan kita lihat juga dalam akta ini banyak menyebut tentang obligasi-obligasi.

draft • 7:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Soalan saya ialah, bagaimana tentang kesalahan-kesalahan? Kita lihat di bawah seksyen 52 dan seksyen 48 menyebut bahawa pendakwaan boleh dibuat dengan keizinan bertulis pendakwa raya. Soalan saya ialah sekiranya ini hanya dibuat di bawah kuasa menteri tanpa dijelaskan kerana kita lihat dalam seksyen-seksyen lain, dalam akta-akta lain kebanyakan kesalahan hukuman dibuat secara terperinci dalam akta tersebut. Bukan dibuat secara peraturan sebagaimana ini dan saya kira sebelum ini diwartakan, ianya harus juga dibentangkan di Parlimen supaya kita dapat lihat penjagaan, ketelitian, perincian tentang perkara ini.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan penarikan diri Amerika Syarikat daripada Perjanjian Paris yang bakal berkuat kuasa pada 27 Januari 2026 dijangka meningkatkan pelepasan karbon global dan melemahkan komitmen antarabangsa terhadap perubahan iklim. Bagaimana Malaysia menangani kesan ini, khususnya untuk mengurangkan impak terhadap industri, eksport dan daya saing negara jika negara-negara lain turut mengendurkan komitmen iklim mereka?

Seterusnya berkaitan dengan kesediaan industri dan kapasiti teknikal. Peralihan kepada pasaran karbon memerlukan kapasiti dari segi pelaporan, pemantauan dan pengesahan MRV yang tinggi. Banyak syarikat di Malaysia terutamanya perusahaan kecil dan sederhana, tadi disebut mungkin ada beribu-ribu peluang pekerjaan. Soalnya masih di peringkat awal untuk memahami keadaan ini. Jadi bagaimanakah kerajaan bersedia untuk melakukan perkara ini.

Seterusnya tadi disebutkan bahawa negeri Sarawak dan Sabah dikecualikan kerana mereka telah mempunyai enakmen sendiri. Soalnya ialah adakah negeri-negeri lain sekiranya mereka juga menggubal enakmen-enakmen tersendiri negeri mereka boleh mengeluarkan diri mereka daripada terikat dengan akta ini? Sekiranya itu dibenarkan, apakah diberikan penurunan dan perluasan kuasa negeri dalam penguatkuasaan ini? Contohnya sekarang Sabah dan Sarawak dikecualikan. Apakah penurunan kuasa untuk penguatkuasaan itu diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak?

Seterusnya berkaitan dengan di Malaysia kita ada Bursa Carbon Exchange. Mungkin carbon exchange berkaitan carbon credit tapi adakah berkaitan dengan CCUS? Jadi ini juga saya perlukan jawapan.

Terakhir, walaupun rang undang-undang ini bercakap tentang pemerangkapan karbon, saya juga ingin mengharapkan pihak menteri dapat mempertimbangkan insentif untuk pemerangkapan karbon yang lebih efektif iaitu penjagaan hutan. Jadi dalam hal ini, bagaimanakah kerjasama yang akan dibuat dengan kementerian-kementerian lain khususnya untuk memastikan bahawa pemerangkapan hutan secara semula jadi dapat dibuat oleh pihak negara kita.

draft • 7:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya juga mendapati dalam satu laporan...

[Tidak jelas] Review bahawa pelaburan sekitar satu peratus KDNK setahun dapat mengurangkan MC, dapat mengelakkan kerosakan ekonomi sehingga 20 peratus KDNK akibat perubahan iklim jika tiada tindakan diambil.

Jadi kita boleh membuat akta ini tetapi kita harus memperincikannya kerana ini perkara baharu dan kita tidak mahu Malaysia terus menjadi tempat penyimpanan dan pembuangan mana-mana sisa yang tak dikehendaki oleh negara-negara maju. Sekian, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 6 Mac 2025.

draft • 7:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.05 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026