Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi pertanyaan bagi jawab lisan dengan saya menjemput Dato' Adnan bin Haji Abu Hassan, Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan Kuala Pilah di nombor satu.
1. Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan strategi untuk membantu orang kurang upaya (OKU) mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya memandangkan masih kurang kesedaran, kesediaan dan keyakinan majikan untuk mengambil pekerja OKU serta ketiadaan aksesibiliti di tempat kerja menyukarkan OKU untuk diterima bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) amat prihatin berkenaan penyertaan golongan orang kurang upaya dalam pasaran pekerjaan negara dalam memperkasakan usaha kerajaan untuk membantu OKU. KESUMA telah dipertanggungjawabkan mengetuai Jawatankuasa Pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jawatankuasa ini bertujuan untuk membincangkan dan mencadangkan langkah penyelesaian isu akses pekerjaan OKU.
Antara strategi-strategi yang telah dilaksanakan untuk membantu OKU mendapatkan akses pada pekerjaan adalah seperti berikut:
(i) menubuhkan sebuah pusat satelit MYFutureJobs khusus untuk golongan OKU di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi dan Yayasan Warisan Anak Selangor dan melaksanakan karnival pekerjaan secara bersasar khusus untuk golongan OKU;
(ii) melaksanakan Program Return to Work iaitu program pengurusan hilang upaya untuk membantu pencarum yang cedera atau
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
menghadapi penyakit untuk dipulihkan dan dikembalikan semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat. Bagi tempoh 2020 sehingga 31 Disember 2024, seramai 70,566 pencari kerja orang kurang upaya termasuk peserta Program Return to Work telah berjaya ditempatkan pekerjaan;
(iii) melaksanakan Program Disability Equality Training dan Return to Work Coordinator bertujuan untuk memberikan pendedahan serta sokongan kepada majikan bagi mengajikan pekerja OKU. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada majikan dalam penggajian OKU;
(iv) inisiatif Program Daya Kerjaya 2.0 di bawah Belanjawan 2024 dilanjutkan di bawah Belanjawan 2025 dengan bayaran insentif pada majikan sebanyak RM600 sebulan dalam tempoh tiga bulan; (v) selain itu, KESUMA menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah memfokuskan Program PWD Development iaitu salah satu inisiatif di bawah Program Latihan MADANI untuk memperkasakan OKU dengan kemahiran latihan akses melalui pelbagai kursus yang berfokuskan kompetensi atau persijilan.
Setakat 2 Disember 2024, sebanyak 1,915 OKU yang menyertai Program Present with Disability Development;
(vi) di samping itu, KESUMA menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memberikan pentauliahan kepada 1,582 pusat bertauliah di seluruh negara — di seluruh Malaysia di mana 9,222 daripada pusat ini telah menerima pelatih OKU untuk mengikuti latihan kemahiran. Dari jumlah tersebut, tujuh pusat bertauliah telah dikhususkan sepenuhnya kepada pelatih OKU;
(vii) dalam masa yang sama, JPK juga telah memberi pensijilan SKM kepada OKU mulai dari tahun 2020 hingga 2024. Seramai 1,724 pelatih OKU telah mendaftar dan lebih daripada 2,100 telah berjaya dipersijilkan; dan (viii) pada masa yang sama, KESUMA menerusi Jabatan Tenaga Manusia telah melatih pelajar-pelajar golongan OKU dan menyediakan bantuan berupa elaun RM300 sebulan serta pembiayaan yuran pengajian. Dalam tempoh tahun 2020 hingga 2024, sejumlah 245 orang pelajar OKU pelbagai kategori telah dilatih di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia dalam bidang teknologi reka bentuk grafik, teknologi elektronik dan teknologi mikronik.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Yang Berhormat pada tahun 2016, kementerian pernah memberi pelepasan cukai satu per sepuluh daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan setiap 10 tahun bagi majikan yang menyediakan kemudahan seperti tandas dan bangunan mesra OKU.
Soalan saya, adakah insentif ini masih diteruskan dan sejauh manakah keberkesanan dalam membantu meningkatkan pengambilan pekerja OKU? Dan jika tidak, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan insentif yang lebih berkesan dalam jangka masa lebih pendek? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang di-Pertua. Lepasan cukai tersebut adalah dari segi inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan iaitu dia terus diberikan kepada pekerja OKU sebanyak RM600 sebulan. Dan pelepasan cukai setakat ini RM7,000 bagi OKU dan RM6,000 bagi pasangan OKU dan RM8,000 yang mempunyai anak OKU. Itulah yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada inisiatif yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah sebentar tadi. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Ya, saya jemput Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Golongan OKU ini adalah golongan yang ditakdirkan oleh Allah Taala tidak cukup sempurna sifatnya dan tidak sempurna. Jadi, ini ialah ujian ataupun sebagai satu iktibar kepada kita yang sempurna ini untuk bagaimana untuk membantu mereka supaya menjadi — mereka dihargai dan juga kita terima apa yang Allah takdirkan kepada mereka.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Memandangkan isu ini bukanlah satu isu mudah dan saya fikir sangat kompleks kerana melibatkan kepelbagaian kategori OKU. Tidakkah pihak kerajaan berhasrat mengadakan satu jawatankuasa yang lebih berfokus bagi menangani isu pekerjaan di kalangan OKU ini? Saya faham, di sana adanya jawatankuasa pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi OKU atau pun MKBOKU. Namun, saya berpandangan, ia harus lebih diperkasa dan berfokus kepada golongan OKU ini yang mana mereka tidak minta dijadi ─ dilahirkan begini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat di- Pertua. Terima kasih Pendang. Pertamanya, persoalan ini sebenarnya beberapa inisiatif yang telah kita lakukan bagi memastikan orang kurang upaya ini mendapat latihan kemahiran dan akses kepada pekerjaan, yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Kita sebenarnya memberi juga persijilan iaitu di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
Lantaran itu, daripada latihan-latihan yang telah kita berikan berjumlah lebih kurang antaranya, lebih kurang dalam 75,566 sebenarnya yang telah menerima, mendapat
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
pekerjaan daripada tahun 2020 sehingga 2024. Itu jawapannya dan sudah pastilah daripada inisiatif yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, yang kita melakukan daripada beberapa kementerian, termasuklah Peguam Negara Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Pengarah Kesihatan, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.
Ini semua yang dilibatkan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi supaya ia menjadi lebih kukuh dari segi untuk memastikan bahawa golongan OKU ini tidak ketinggalan.
Memang kita tidak mahu dilahirkan seperti itu tetapi kita menyambut baik cadangan supaya kita perkasakan Majlis Pembangunan OKU ini, yang saya katakan yang terlibat di bawah beberapa kementerian sebentar tadi dan kami terlibat dalam bidang mencari pekerjaan. Yang lain-lain itu di bawah kementerian yang saya nyatakan tadi, Yang Berhormat, Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat di-Pertua.
[****Soalan No. 2** - YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) tidak hadir]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Datuk Wetrom bin Bahanda, Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Bulan puasa membawa kitab, Lepas berbuka rasa ceria, Soalan dua minta dijawab, Kekanda Timbalan Menteri Kerja Raya.
3. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tindakan pihak kementerian untuk memperbaiki jalanjalan Persekutuan yang tidak selamat akibat kerosakan dan berlubang di kawasan khususnya Kota Marudu dan negeri Sabah amnya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Yang di-Pertua, *Hukum puasa adalah fardu, Siang hari bulan Ramadan, Soalan dua Kota Marudu, Sila teliti inilah jawapan.
[Tepuk]* Tan Sri Yang di-Pertua, kementerian ini sentiasa memberi perhatian terhadap kerosakan jalan raya yang berlaku di Sabah, khususnya Daerah Kota Marudu. Untuk makluman, panjang jalan persekutuan di Kota Marudu adalah 31.213 kilometer dengan 0.803 kilometer telah diserah kepada projek naik taraf Lebuhraya Pan Borneo Pakej 1B, laluan Kota Belud ke Kudat.
Kementerian ini melalui JKR Sabah sedia maklum dan telah menerima laporan kerosakan. Punca kerosakan bagi kawasan ini adalah disebabkan oleh keadaan cuaca iaitu
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
hujan yang berlebihan sejak beberapa bulan ini dan juga kenderaan berat yang kerap menggunakan jalan persekutuan tersebut untuk mengangkut bahan binaan. Sebahagian laluan jalan persekutuan tersebut diguna oleh lori-lori pembinaan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej 1B itu yang baru saja dimulakan sejak bulan Oktober tahun 2024 yang lalu.
Selain itu, terdapat lori-lori lebih muatan dari pembinaan projek Kibing Solar Glass yang sedang dilaksanakan di Kudat turut menggunakan laluan Kota Marudu ke Kudat sebagai laluan utama membawa bahan binaan. Ini memburukkan lagi keadaan persekutuan sedia ada. Oleh itu, jalan persekutuan Kota Belud-Kota Marudu-Kudat ini perlu dinaik taraf dan ia juga sudah berumur jangka hayatnya melebihi 20 tahun.
Hanya pembaikan berskala besar dapat memulihkan struktur jalan tersebut untuk ketahanan jangka panjang. Setakat ini, anggaran kerosakan yang telah dikenal pasti di laluan itu mencecah RM71.2 juta bagi kawasan yang kritikal iaitu Road Condition 5. Kerosakan ini bukan sahaja menjejaskan jalan persekutuan di Kota Marudu malah berlaku Kota Belud sehingga ke Kudat.
Setelah meneliti semua anggaran kerosakan jalan dengan mengambil kira senarai keutamaan, kementerian telah meluluskan 16 arahan kerja dengan kos sebanyak RM47.45 juta bagi Daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Daerah Kudat. Kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan jalan ini akan dilaksana secara localize heavy patching dan pengukuhan semula road base menggunakan geo grid, glass grid bagi menggunakan struktur jalan yang telah gagal.
Kerja-kerja penyelenggaraan di tapak telah mula dilaksanakan oleh pihak syarikat konsesi sejak awal Februari 2025. Permohonan keseluruhan anggaran penyelenggaraan jalan tahun 2025 untuk berkala pavement bagi jalan persekutuan negeri Sabah adalah RM421.994 dan sehingga bulan Februari 2025, kelulusan berkala pavement yang telah diberikan pada jalan persekutuan negeri Sabah adalah RM117 juta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih kekanda Timbalan Menteri. Memang jawapan tadi pun mengakui bahawa antara penyebab kerosakan utama jalan-jalan ini adalah muatan yang berat daripada Syarikat Kibing yang sedang beroperasi di kawasan Sikuati dan juga lori-lori pengangkut batu ini yang melebihi had muatan. Difahamkan daripada konsesi, bahawa had muatan jalan ini adalah lebih kurang 10 tan tapi lori-lori yang melalui jalan ini sekarang adalah 35 tan. 20 tan muatan dan juga ditambah dengan berat lori 15 tan. Ini yang menambahkan jalan ini rosak teruk.
Jadi, soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah usaha ataupun bagaimana penguatkuasaan daripada pihak JKR sendiri dan juga penguat kuasa- penguat kuasa yang lain seperti JPJ? Kita tidak boleh tutup mata soal perkara ini sebab ia melibatkan nyawa rakyat kita.
Baru-baru ini, dua hari yang lepas seorang lagi meninggal penunggang motosikal di kawasan Matunggong sebab masuk tengah malam dia ternampak lubang jalan, dia masuk
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
dalam lubang dan accident, meninggal serta-merta. Jadi, untuk perkara ini, saya minta bukan sahaja kita memperbaiki jalan ini tapi juga penguatkuasaan harus dititik beratkan supaya perkara-perkara seumpama ini dapat kita kawal. Itu yang pertama.
Keduanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah ─ rakyat ingin tahu berapakah jumlah wang untuk mengatasi masalah ini di bawah MARRIS yang diterima oleh Kerajaan Negeri Sabah? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, Tan Sri Yang di-Pertua. Memang kita ada meletakkan tanda-tanda papan tanda had muatan dan had laju di jalan-jalan seluruh jalan persekutuan yang ada. Jalan negeri juga ada tanda-tanda itu. Jika tidak mengikuti had laju dan had muatan, 10 tan jadi 35 tan sepertimana yang disebut, saya kira Kementerian Pengangkutan melalui agensinya iaitu JPJ, sebagai yang disebut oleh YB tadi. Ia memerlukan pelaksanaan dan penguatkuasaan bagi melaksanakan supaya jalan tersebut tidak bertambah lagi rosaknya.
Kita menyatakan tadi RM117 juta sudah diluluskan setakat ini untuk pembaikan. Dan memang benar itu adalah untuk jalan persekutuan tetapi untuk jalan negeri yang panjangnya 21,321 kilometer jalan negeri, jalan persekutuan 960.4 kilometer. Jalan negeri 21,321 kilometer ini, untuk Sabah wang MARRIS ─ Kebetulan ada ditangan ini. Semua negeri wang MARRIS ini semua negeri daripada Johor sampai ke Sarawak. Untuk Sabah, pada tahun 2023, Kerajaan Persekutuan meluluskan kepada kerajaan negeri ─ MARRIS ini maksudnya Malaysia Road Record Information System. Itu MARRIS. Sistem Pangkalan Data Bagi Jalan Negeri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Mengikut Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Untuk Sabah, peruntukan pemberian MARRIS 2023, RM625,779,840. Untuk tahun 2024, bertambah sedikit kepada RM636,420,900. RM636.4 juta untuk wang MARRIS bagi membaiki jalan negeri, jalan perbandaran, jalan daerah di negeri Sabah. Terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Di Setiu ada jalan yang ─ jalan persekutuan yang membahayakan pengguna jalan raya disebabkan mendapan tanah di Kampung Air Sejuk. Saya nak tahu, sejauh mana perkembangan untuk membaik pulih jalan ini. Yang kedua, banyak jalan-jalan persekutuan yang rosak disebabkan oleh projek ECRL. Jadi, sejauh manakah tindakan kerajaan, tindakan Menteri dalam menyelesaikan isu ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Soalan spesifik. Setiu, di mendapan tanah di Air Sejuk ini, kita bagi jawapan bertulis kemudian. Dan ECRL adalah satu projek yang berfaedah untuk semua rakyat. Pada ketika yang sama, ialah kita memerlukan
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
pertanggungjawaban. Selain daripada itu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, mana jalan persekutuan kita akan laksanakan. Yang mana kerajaan negeri di Terengganu misalnya, kita beri wang MARRIS untuk baiki jalan RM246.1juta, 2023.
2024, RM251 juta wang MARRIS untuk Kerajaan Terengganu. Jika ia melibatkan jalan negeri, bolehlah digunakan dan untuk jalan persekutuan memang kita sentiasa melakukan dari semasa ke semasa apa yang kita istilahkan sebagai penyelenggaraan berkala pavemen atau penyelenggaraan berkala bukan pavemen, untuk kita memperbaiki jalan-jalan yang ada, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor empat.
4. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan status terkini analisis data daripada Banci Pertanian 2024 dan bagaimana hasil bancian ini akan digunakan untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara serta membangunkan Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu (MySAgR).
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi, salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam memperkukuhkan pengurusan data agromakanan melalui pendekatan inklusif. Antaranya menerusi pelaksanaan Banci Pertanian 2024. Kutipan data banci ini telah bermula pada 7 Julai 2024, bertujuan untuk menghasilkan data yang inklusif, relevent dan bertepatan masa, Meliputi sektor tanaman, ternakan, perikanan serta perhutanan dan pembalakan bagi menyokong perancangan dan dasar yang lebih berkesan.
Pelaksanaan kutipan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM telah ditutup pada 10 Oktober 2024 dan aktiviti mopping-up dengan izin, juga telah selesai pada 15 Disember 2024, bagi memastikan liputan banci yang menyeluruh. Status terkini analisis data Banci Pertanian 2024, adalah di peringkat pemuktamadan dapatan awalan banci. Pada masa yang sama, DOSM bersama-sama dengan Kementerian Pertanian, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta agensi- agensi negeri dan daerah sedang giat melaksanakan analisis data bagi tujuan pengesahan dan pengabsahan data.
Dapatan daripada Banci Pertanian 2024, akan dimanfaatkan untuk membangunkan Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu atau Malaysia Statistical Agriculture Register
(MySAGR). Intergrasi Data Banci Pertanian 2024, dengan data pentadbiran dari kementerian dan agensi yang berkaitan akan menghasilkan pangkalan data yang lebih komprehensif dan bersepadu. Selain itu, hasil analisis data Banci Pertanian 2024, akan digunakan untuk penerbitan statistik pertanian secara berkala serta merangka, memantau dan menilai program bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Antaranya termasuklah pengemaskinian indikator pertanian dalam keluaran dalam negeri kasar pertanian serta pembangunan indeks harga input pertanian dan indikator keterjaminan makanan negara. Kementerian yakin bahawa pengumpulan dan analisis data yang terkini dan komprehensif memainkan peranan yang penting dalam perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang lebih tersusun dan efektif dan penggunaan data yang tepat dan releven, membolehkan sumber yang terhad dibahagikan secara lebih cekap dan berkesan sekali gus meningkatkan tahap keterjaminan makanan negara.
Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Daerah Baling bukan sahaja terkenal dengan sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan getah tetapi juga meningkat berkembang dalam industri buah-buahan seperti durian dan buah-buahan tempatan yang lain, yang menjadi sumber pendapatan mereka. Namun, cabaran seperti perubahan iklim, kos input pertanian yang meningkat dan akses kepada teknologi moden, sering membataskan potensi sebenar sektor ini.
Berdasarkan data Bancian Pertanian 2024, apakah inisiatif khusus yang dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan produktiviti petani kecil di Baling serta memastikan keterjaminan makanan di negeri Kedah, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Daerah Baling tidak terkecuali daripada dijalankan Bancian Pertanian 2024, khususnya daripada Jabatan Perangkaan dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, walaupun industri getah ini bukan di bawah Kementerian Pertanian tetapi kita juga masukkan perhutanan, pembalakan dan komoditi yang lain dalam bancian ini dan kita telah mewujudkan 15 task force dalam pelbagai bidang dan sektor untuk memastikan kita mendapat data yang terkini.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Jadi, bagi apabila kita telah mengumpulkan data-data tersebut, dia akan membantu kerajaan merangka dasar dan pelaksanaan program yang lebih tepat kepada sasaran. Khusus bagi Daerah Baling, saya boleh menyenaraikan inisiatif yang telah dibantu secara bertulis. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, salam Ramadan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perangkaan, DOSM dan semua kementerian serta agensi kerajaan telah terlibat dalam menjayakan Operasi Banci Pertanian 2024. Saya difahamkan kali terakhir bancian tersebut dilakukan pada tahun 2005 iaitu satu tempoh yang cukup lama.
Berhubung bancian tersebut, saya ingin mengetahui adakah terdapat sebarang penemuan baharu, khususnya berkaitan penglibatan golongan muda dalam industri pertanian
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
yang merangkumi empat subsektor utama iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan agriculture. Dan apakah dasar atau program yang akan dilaksanakan oleh kementerian, hasil daripada dapatan bancian berkenaan bagi memantapkan lagi kemampanan sektor pertanian negara. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Dalam kita untuk mengumpulkan data daripada bancian pertanian ini, ia memang untuk membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan juga pengagihan apa-apa bantuan yang ada kepada golongan yang lebih bersasar. Apabila kita dapat mengumpul data bancian ini, kita tidak mengecualikan petani ataupun golongan daripada golongan umur muda sebab antara satu cabaran di negara kita adalah berkaitan dengan petani menua.
Dan isu petani menua ini adalah cabaran yang dihadapi bukan sahaja oleh negara kita tetapi malahan negara di seluruh dunia. Maka dengan data yang kita kumpul ini, kita telah dapat menyasarkan subsidi dan insentif secara lebih bersasar. Kita dapat mengagihkan pembangunan dan merancang pembangunan infrastruktur pertanian mengikut keperluan kepada kawasan-kawasan tersebut dan kita boleh meningkatkan penggunaan teknologi dan R&D di kalangan pengusaha pertanian.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Kita juga dapat mengenal pasti di mana kita boleh menyasarkan peningkatan latihan kepada petani dan kita akan mengambil kira khususnya golongan petani muda. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput seterusnya Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Pulai nombor 5. Terima kasih.
5. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Kesihatan menyatakan maklumat berkaitan jururawat:
(a) berapa jumlah yang telah berhenti daripada KKM dan alasannya; dan
(b) jumlah diperlukan di semua fasiliti kesihatan lama dan baru
(mengikut bebanan kerja, bukan jumlah post), berapa peratus yang telah diisi mengikut pecahan institusi dan bagaimana mengatasinya.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Di sini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan juga ingin mengiktiraf keprihatinan Yang Berhormat Pulai yang sentiasa konsisten dan juga berdasarkan maklumat yang saya ada, beliau telah pun bertanya hampir lebih lima kali persoalan berkenaan tentang isu berkaitan dengan jururawat. Yang lepas adalah pada 24
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Februari 2025 di Kamar Khas dan pagi ini saya akan menjawab sekali lagi berkenaan tentang isu berkaitan dengan jururawat.
Sehingga 31 Disember 2024, seramai 70,229 jururawat yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan yang terdiri daripada 69,114 anggota lantikan tetap dan 821 adalah lantikan kontrak interim yang mengisi jawatan tetap jururawat sedang berkhidmat di KKM meliputi hospital, klinik kesihatan, institusi perubatan, institusi latihan KKM dan ibu pejabat kesihatan KKM.
Secara keseluruhan, pengisian jururawat di KKM telah mencapai 88 peratus berbanding 79,814 perjawatan jururawat yang ada di KKM. Berdasarkan rekod kesihatan, seramai 582 jururawat telah pun meletak jawatan pada tahun 2024. Antara alasan peletakan jawatan yang diberikan adalah bekerja di sektor swasta, isu penempatan, mengikut pasangan, waktu bekerja syif, masalah kesihatan pegawai dan keluarga dan juga adalah berkaitan masalah peribadi.
KKM adalah komited untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif meningkatkan jumlah jururawat untuk kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Inisiatif tersebut antaranya pengambilan jururawat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diteruskan bagi memastikan bilangan jururawat yang mencukupi di fasiliti yang berkenaan.
Pengambilan dibuat secara berfasa dalam kalangan graduan Diploma Kejururawatan daripada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta graduan Diploma Kejururawatan dan institut latihan KKM. Jumlah pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan di institusi latihan KKM ditingkatkan daripada 1,000 kepada 2,000 pelatih. Manakala, penawaran kepada jururawat masyarakat ke program Peningkatan Secara Lantikan (PSL) juga ditingkatkan daripada 800 ke 1,000 orang setahun.
Penamatan moratorium bagi program Diploma Kejururawatan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 1 Ogos 2024. Setakat ini sebanyak tujuh kolej telah memohon untuk membuat program baharu bagi Diploma Kejururawatan mengemukakan permohonan kepada agensi pusat untuk mewujudkan jawatan tambahan jururawat khususnya bagi fasiliti KKM baharu yang dinaik taraf.
Syarat kemasukan ke Diploma Kejururawatan lepasan SPM yang dilonggarkan kepada tiga kredit iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik ataupun Matematik Tambahan, kredit salah satu mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris dan mendapat kepujian mana-mana satu pelajaran lain untuk mengikuti program ini. Keputusan ini adalah khusus bagi menyasarkan peningkatan lepasan pelajar SPM ke bidang kejururawatan yang merangkumi pelbagai lapisan dan hanya akan dilaksanakan bagi pengambilan 2025 dan juga 2026.
Inisiatif lain telah diambil bagi menggalakkan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan dengan membuka peluang kepada lepasan graduan sijil lepasan Malaysia seperti lepasan Sijil Vokasional (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Persekolahan Malaysia (STPM),
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), O-Level, A-Level dan International General Certificate of Secondary Education. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Menteri atas jawapan itu. Kita ada— melalui segi unjuran ini, ada 35,000 lagi kekosongan jawatan jururawat ini di seluruh negara. Ditambah pula, kita akan ada hospital yang baharu seperti HSA2 dan juga Hospital Pasir Gudang dan lain-lain lagi ya. So, maksudnya kita perlukan lebih ramai lagi jururawat di seluruh negara.
Soalan saya adalah apakah kita telah— apa usaha-usaha untuk memperbaiki persekitaran kerja jururawat ini? Apakah tarikan kebajikan untuk menarik mereka untuk bekerja di bidang ini? Maksud saya, apa inisiatif kebajikan yang kita boleh berikan kepada mereka?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Berdasarkan unjuran yang telah kita lakukan, sekurang-kurangnya— pada tahun ini, unjuran yang ke hadapan, kita memerlukan lebih kurang 43,243 jururawat yang boleh membantu agar delivery system kesihatan awam ini berjalan dengan lancar. Walaupun demikian, ini bergantung kepada keputusan agensi pusat dan juga kita sedang berdepan dengan menghasilkan jururawat ketika COVID, kita tidak dapat melaksanakannya tetapi pada peringkat ini, kita sudah mula mendapat hasil tuaian, menghasilkan kejururawatan.
Walaupun demikian, masih tidak mencukupi memandangkan kita berdepan dengan cabaran pembukaan hospital-hospital baru seperti contoh yang akan dibuka seperti Petrajaya di Sarawak. Kita akan memerlukan peningkatan di Pusat Jantung Sabah pada masa akan datang dan juga projek-projek baharu seperti HSA yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat.
Ya, saya bersetuju berkenaan tentang keperluan kebajikan. Pelbagai usaha sedang dilaksanakan dan diperbincangkan. Kita memerlukan bukan hanya daripada peringkat kerajaan, tetapi juga memerlukan kerjasama antara swasta dan juga kerajaan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Public private initiative bagaimana untuk kita mewujudkan perks seperti kalau pihak industri dapat memberikan diskaun kepada penjawat kakitangan kesihatan ini, adalah satu perkara yang kita galakkan. Sebagai contoh, sekiranya kita mendapat satu kerjasama, sekiranya kakitangan kesihatan menunjuk kad kesihatan mereka, dapatlah diberikan sedikit diskaun seperti apa dilaksanakan oleh Apple yang memberikan diskaun kepada warga pendidik.
Itu adalah antara kriteria-kriteria dan juga kita sedang mengkaji kemungkinan sama ada kerajaan mempertimbangkan kaedah lama dahulu untuk memberikan ration kepada kakitangan kesihatan dan juga dalam bentuk yang lebih baik dan juga kita sedang mengemukakan beberapa tuntutan agar beberapa kriteria-kriteria pemberian elaun ini dapat dipertimbangkan oleh agensi pusat seperti JPA. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah menjawab soalan. Cuma apa yang saya faham daripada yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, ada banyak sebab yang menyebabkan jururawat kita berpindah ke sektor swasta ataupun yang berhenti.
Dalam— ini kemungkinan besarnya kerana antaranya ada beban tugas yang ditanggung oleh jururawat di hospital dan juga pusat kesihatan kita itu agak meningkat.
Ini dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada Julai tahun lepas, didapati seramai 2,245 jururawat mohon untuk berhenti kerja sama ada untuk keluar negara ataupun untuk ke sektor swasta. Maklumat terkini yang diberi kepada kita ini, sehingga 31 Disember 2024, kita masih ada 14,731 kekosongan yang tidak diisi. Jadi, apa sebab yang tidak diisi kerana perjawatan sudah ada? Ini mungkin ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan di antara KKM dengan JPA.
Manakala, cadangan kerajaan untuk tambah waktu bekerja daripada 42 jam kepada 45 jam, ini juga satu lagi akan menambahkan beban kepada jururawat kita. Juga premium insurans kesihatan yang meningkat, di samping penetapan [Tidak jelas] payment juga akan melibatkan lebih ramai pesakit-pesakit akan beralih ke premis kerajaan. Ini juga antara beban-beban yang akan ditanggung oleh sektor awam.
Oleh itu, tindakan kerajaan yang mewujudkan skim perkhidmatan MADANI adalah satu usaha yang murni dan saya amat menyokong usaha tersebut kerana sebahagian daripada pesakit itu boleh dialihkan kepada sektor swasta dan bila mereka mendapat rawatan awal di sektor swasta, tahap primer ini, kita dapat mengurangkan bilangan yang terpaksa masuk hospital. Diberi rawatan awal, cepat baik, tidak ada komplikasi dan mereka sepatutnya – akhirnya dapat mengurangkan beban kepada hospital.
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya apa dia, Yang Berhormat? Soalan dia?
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Soalan saya?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Oleh itu, saya nak bertanya kerajaan.
Adakah kerajaan bersedia untuk memperluaskan Skim Perubatan MADANI ini ke seluruh negara?
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Hari ini hanya ada 10 daerah sahaja.
Yang kedua, sebelum ini, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, Terengganu ada juga membuat skim yang hampir sama iaitu Skim Kad Sejahtera untuk penggal lepas. Tetapi, oleh sebab kekangan kewangan negeri Terengganu, royalti tak dapat, maka kita berhentikan dan pihak kerajaan ada memohon, hantar surat permohonan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk diberi peruntukan khas sekitar RM5 juta sahaja kita belanja setahun untuk Skim Kad Sejahtera Terengganu melibatkan 20,000 keluarga golongan
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
rentan dan B40. Oleh itu, saya harap akan dapat pertimbangan di pihak Yang Berhormat Menteri untuk diberi kelulusan supaya sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban di hospital-hospital kerajaan di negeri Terengganu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Jelas. Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Kuala Nerus yang cukup panjang. Walaupun demikian, untuk menjawab persoalan Kuala Nerus dan juga Pulai sebentar tadi, berdasarkan rekod yang saya terima, lebih kurang 1,754, dalam tempoh lima tahun, jururawat kita beralih dan memilih untuk keluar.
Walaupun demikian, tidak semua angka ini menunjukkan bahawa mereka mencari tempat yang lain kerana kalau berdasarkan rekod, 27.98 peratus adalah merupakan masalah peribadi dan ini adalah merupakan peratusan tertinggi. Akan tetapi, ada juga yang memilih untuk keluar iaitu 18.22 peratus, sebanyak 390 orang daripada jumlah angka-angka tersebut.
Terdapat juga isu yang besar seperti isu penempatan, Tan Sri Yang di-Pertua.
Masalah yang kita terima adalah apabila tawaran yang diberikan tidak menepati cita rasa pemohon. Sebagai contoh, kebanyakannya beranggapan apabila mereka mendapat tawaran kerja kerajaan, contohnya menjadi jururawat, kebanyakannya ingin ditempatkan di kampung- kampung sendiri. Contoh, negeri-negeri yang sangat popular seperti Kelantan, seperti Terengganu, Sabah dan juga Sarawak. Walaupun demikian, kita berdepan dengan masalah kekurangan jururawat di negeri-negeri seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan juga Johor dan khususnya di Selangor. Ini akan memberikan satu cabaran kerana penempatan tersebut adalah khusus bagi menampung keperluan negeri-negeri tersebut.
Juga, seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, terdapat lebih kurang sejumlah kekosongan yang berlaku. Ini bukanlah kekosongan yang berada di fasiliti semasa. Ini adalah kekosongan yang diwujudkan bagi fasiliti-fasiliti yang baru. Sebagai contoh, sesuatu projek yang mencapai 85 peratus siap, kita akan memulakan exercise, dengan izin, untuk memohon perjawatan tersebut dan jawatan pula wujud, dan masalah yang berlaku di lapangan adalah kadang-kadang hospital berdepan dengan masalah hospital sakit.
Contoh seperti di Subang Jaya. Kita mempunyai satu jumlah kekosongan tetapi fasiliti tidak disediakan walaupun kita menjanjikan fasiliti tersebut siap. Sama seperti fasiliti di Miri. Kita mempunyai satu angka dan juga telah lulus tetapi sehingga kini, hospital tambahan tersebut belum lagi mula beroperasi. Ini adalah merupakan angka-angka yang telah ada yang menyebabkan kita dilihat tidak mengisi kekosongan tersebut.
Berkenaan tentang Skim Perubatan MADANI. Kita akui itu adalah merupakan satu skim yang diperakui oleh pihak industri, masyarakat, yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi ia memerlukan sesuatu jumlah yang sangat besar, Tan Sri Yang di-Pertua. Ini kerana, dalam tempoh beberapa bulan, Skim Perubatan MADANI ini telah pun habis diguna pakai. Saya bagi contoh pada tahun 2024, hanya sekitar bulan April, kita telah pun menghabiskan dalam sejumlah RM100 juta.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga terdapat beberapa buah negeri yang memperkenalkan seperti di Selangor dan juga yang terkini di Sarawak, telah pun memperkenalkan kad mesra ataupun kad kesihatan bagi khusus kepada warga emas. Tetapi, untuk melaksanakan program-program sedemikian memerlukan kekuatan fiskal yang kuat bagi sesebuah negeri. Kerajaan Pusat masih lagi belum mampu untuk membantu menyediakan skim-skim tersebut kepada negeri- negeri tertentu tetapi kita akan mencuba.
Saya yakin Kementerian Kewangan akan cuba untuk menambah kuantum kepada Skim Perubatan MADANI pada masa akan datang supaya kita dapat memperluaskan lebih daripada 10 daerah pada masa yang akan datang.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tadi saya sebut Terengganu, penggal lepas, kita ada Kad Sejahtera, RM5 juta sahaja setahun. Saya harap dapat dipertimbangkanlah.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Perkara tersebut akan saya bawa kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah rancangan kementerian untuk membantu Kerajaan Sarawak dalam usaha mempromosikan hab halal di Tanjong Manis ke peringkat antarabangsa.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Tan Sri. Terima kasih, Tanjong Manis. Saya ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh negara.
Sehingga kini, sebanyak 14 taman industri halal berstatus HALMAS Halal Malaysia telah dibina di seluruh negara dengan jumlah keluasan 13,000 ekar tanah tersedia untuk aktiviti perdagangan dan pelaburan. Sebanyak 2,078.6 ekar ataupun bersamaan 15.3 peratus telah berjaya dibangunkan dengan jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM16.75 bilion sejak 2012 sehingga 2024.
Antara segmen yang menjadi tumpuan adalah makanan dan minuman (F&B), kosmetik dan penjagaan diri dan pemprosesan produk makanan yang merangkumi 361 buah syarikat yang terdiri daripada 51 buah syarikat multinasional dan 310 buah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Tanjong Manis Halal Hub di Sarawak merupakan salah satu taman industri halal yang berstatus HALMAS sejak tahun 2010 dengan jumlah keluasan tanah tersedia sebanyak 9,984 ekar untuk aktiviti pelaburan berkaitan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 487.2 ekar
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
ataupun 4.9 peratus tanah telah dibangunkan untuk kemudahan infrastruktur asas aktiviti pertanian iaitu penanaman nanas dan aktiviti akuakultur iaitu ternakan udang. Jumlah pelaburan yang direkodkan adalah sebanyak RM18 juta meliputi satu syarikat asing dan dua syarikat tempatan, anak syarikat kerajaan negeri.
Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global, sistem rantaian nilai atau rantaian bekalan industri halal perlu diperkukuh dengan memberikan penekanan terhadap peranan taman industri halal supaya menjadi lebih mesra industri. Ini adalah usaha untuk menarik pelaburan strategik baharu dalam industri halal di samping mengembangkan perniagaan sedia ada dalam negara. Usaha ini melibatkan empat tindakan utama:-
(i) meningkatkan aktiviti promosi di taman industri HALMAS sebagai destinasi pelaburan;
(ii) mewujudkan perkhidmatan sokongan dan fasilitasi berinovasi;
(iii) mempertingkat perkongsian fasiliti perniagaan (shared services); dan
(iv) menggalakkan integrasi perniagaan melalui platform pendigitalan.
Untuk maklumat Yang Berhormat, HDC sebagai agensi bertanggungjawab di bawah kementerian sedang melaksanakan kajian penambahbaikan rangka kerja HALMAS yang baharu termasuk Tanjong Manis Halal Hub di Sarawak. MITI bersama HDC sentiasa bekerjasama untuk mengukuhkan dan mempromosikan industri halal di Malaysia dan di luar negara selaras dengan sasaran Halal Industry Master Plan 2030.
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya harap usaha berterusan daripada MITI dan juga HDC akan berhasil untuk membawa semua halal hub di seluruh negara mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Soalan tambahan saya. Melihat ke hadapan, apakah prospek ataupun outlook tentang potensi industri halal di peringkat antarabangsa? Kedua, apakah ada kesan terhadap prospek industri halal ini dengan iklim pentadbiran baharu Amerika Syarikat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Tan Sri. Memang keperluan produk-produk halal di antarabangsa sangat luas dan juga sentiasa meningkat. Salah satu sebab ialah lebih ramai Muslim ataupun umat Islam berada di negara-negara yang dahulu mereka tidak berada, seperti negara Barat, ataupun negara-negara yang terima pelancong umat Islam sekarang.
Tuan Liew Chin Tong
So, masa depan produk halal memang cerah dan adakah ini akan diganggu oleh pentadbiran Trump yang baharu? Saya rasa kalau melibatkan pengeksportan ke Amerika Syarikat memang ada kemungkinan ada kesan. Ini akan – kajian akan dilaksanakan tetapi
Tuan Liew Chin Tong
kalau tidak melibatkan pengeksportan ke Amerika Syarikat, pandangan saya ialah besar kemungkinan tidak diganggu oleh pentadbiran baharu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tanjong Manis itu sesuailah strategik untuk dijadikan untuk pasaran utara ASEAN. Soalan saya, apakah langkah kementerian untuk memperkukuhkan hab halal yang sedia ada? Saya nampak tadi banyak tetapi sejauh mana kita hendak perkukuhkan lagi untuk pasaran antarabangsa?
Dalam masa yang sama adalah halal certification untuk persijilan halal. Setakat ini persijilan halal ini masih sukar dan adakah yang selalunya orang luar faham, halal certification ini ataupun sijil halal ini hanya pihak JAKIM dan juga kerajaan negeri yang terlibat? Adakah pihak lain yang boleh dimanfaatkan terutamanya universiti-universiti kita yang mana banyak kepakaran yang boleh dijadikan one stop centre untuk persijilan halal? Itu sahaja soalan saya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I (TPM I) telah mengkaji untuk mempercepatkan proses-proses untuk memberikan persijilan halal dan juga di bawah HDC, memang proses ataupun program untuk mendapatkan persijilan halal ialah salah satu program konsultasi ataupun satu services, perkhidmatan yang boleh dipromosikan sebagai sektor baharu membantu syarikat- syarikat tempatan dan juga membantu negara-negara lain untuk mewujudkan perkhidmatan ataupun persijilan halal adalah salah satu konsultasi, perkhidmatan konsultasi yang boleh kita uruskan sebagai satu negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menambah bilangan unit rumah baru di tapak sedia ada di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang bagi menjimatkan kos kewangan kementerian dan memastikan permintaan terhadap rumah PPR dapat direalisasikan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, selaras dengan matlamat Dasar Perumahan Negara 2018-2025, Kerajaan MADANI sentiasa memberikan komitmen yang berterusan dalam menyediakan program perumahan mampu milik yang bertujuan memastikan agar setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengambil kira sama ada secara pemilikan ataupun sewaan, shelter for all.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Sehingga 31 Disember 2024, Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah pun diluluskan oleh kerajaan dengan 3,574 unit rumah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak enam projek telah pun siap dibina melibatkan sejumlah 3,268 unit rumah.
Manakala satu lagi projek dalam peringkat pembinaan yang melibatkan 150 unit dan seterusnya satu lagi projek melibatkan sejumlah 156 unit rumah masih di peringkat perancangan.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat Gua Musang, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun membelanjakan hampir RM150 juta bagi penyediaan 1,000 unit rumah PPR Gua Musang yang telah pun siap sepenuhnya pada 31 Disember 2013 dan sehingga kini PPR Gua Musang telah memberi manfaat kepada 927 buah keluarga yang sedang mendiami unit PPR ini secara kaedah sewa beli ataupun rent-to-own. Manakala baki 73 unit lagi dalam proses pembaikan oleh Jabatan Perumahan Negara dan seterusnya akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di Parlimen Gua Musang, Kelantan kelak setelah diperbaiki.
Sehingga kini masih belum ada sebarang cadangan diterima daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menambah bilangan unit rumah di tapak sedia ada iaitu PPR, Gua Musang. Namun untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Gua Musang, tapak PPR Gua Musang berkeluasan 13 ekar tersebut telah pun dibangunkan secara optimum dengan 1,000 unit rumah, bangunan ancillary dan juga bangunan guna sama.
Untuk makluman, KPKT sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan permohonan pelaksanaan PRR baharu daripada kerajaan negeri mahupun swasta. Justeru, merujuk kepada cadangan pelaksanaan PRR baharu di tapak sedia ada di PPR Gua Musang, permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada KPKT melalui kerajaan negeri dan kerajaan negeri pula hendaklah seterusnya memastikan tapak yang dicadangkan bagi projek tersebut yang terletak – berada di tempat lokasi yang strategik dan selesai semua urusan hak milik sama ada diberikan secara percuma ataupun pada kadar nominal kepada KPKT dan mempunyai keadaan fizikal yang baik serta bebas daripada sebarang beban.
Tertakluk kepada hasil penilaian tapak cadangan tersebut, KPKT akan mengemukakan permohonan seterusnya, pelaksanaan projek tambahan baharu tadi kepada Kementerian Ekonomi. Untuk kelulusan pelaksanaan projek ini juga adalah tertakluk kepada perimbangan semasa kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih, Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup komprehensif. Cuma dua perkara yang saya hendak highlightkan di sini ialah pertama, berkenaan dengan baki. Baki unit yang belum didiami ini sebenarnya sejak daripada awal 2013 lagi, sedangkan kita sendiri pun telah membuat permohonan kementerian untuk naik taraf ataupun selenggara supaya pemohon-pemohon yang masih
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
menunggu giliran untuk mendiami premis tersebut tidak menunggu terlalu lama. Pada saya, kalau kita tengok fizikal dekat tapak sebenarnya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggilah untuk diselenggara.
Keduanya, sebelum ini kerajaan telah memberi makluman bahawa sebenarnya di PPR Gua Musang, unit yang sebenarnya ialah jumlah 1,500 dan fasa pertama telah siap sebanyak 1,000 unit. Jadi soalan saya, baki yang 500 unit lagi dan soalan kedua sayanya ialah berkenaan dengan isu kenderaan terbengkalai di premis PPR ataupun mana-mana premis dalam KPKT terutamanya di bandar-bandar besar yang mana kita tengok isu ini sebenarnya telah menjejaskan parking ataupun ruang parking kepada kenderaan-kenderaan lain. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan jumlah sepatutnya 1,500 instead of yang kita bina 1,000 itu saya kira saya perlu semakan semula Tuan Yang di-Pertua tetapi berdasarkan kepada perbincangan kita di peringkat pasukan, memang tapak yang telah pun didirikan PPR Gua Musang itu telah pun digunakan seoptimumnya. Adapun yang selebihnya itu kita akan susuli bersama dengan Yang Berhormat.
Berkaitan dengan kenderaan rosak dan terbengkalai, Tuan Yang di-Pertua. Bagi kediaman berstrata swasta, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan harta bersama adalah merangkumi ruang letak kereta umum. Ini adalah merupakan tanggungjawab pihak pengurusan sama ada pemaju, sama ada dia dalam tempoh pengurusan pemajuan ataupun Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan juga Perbadanan Pengurusan (MC) di mana seksyen 9(1) dan juga 21(1) dan 59(1) di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, Tuan Yang di-Pertua telah pun memperuntukkan bahawa kewajipan pihak pengurusan untuk menyenggarakan dan menguruskan sepatutnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama serta menjaganya dengan baik dan pembaikan yang dapat digunakan oleh mereka.
Sekiranya terdapat kenderaan rosak dan terbengkalai Ahli Yang Berhormat yang telah pun diletakkan di ruang guna sama, pihak pengurusan mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan tersebut seperti mana yang telah pun dipersetujui oleh Mesyuarat Agong Tahunan di peringkat JMC ataupun pengurusan bersama. Walau bagaimanapun, sekiranya kenderaan diparkir tersebut di ruang persendirian, ini adalah menjadi hak dan tanggungjawab pemilik lot-lot yang berkaitan.
Bagi kawasan perumahan rakyat PPR pula, ejen pengurusan akan memainkan peranan bagi menguruskan dan menyelenggara bangunan dan harta bersama merangkumi tempat ruang letak kereta, Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, berapakah jumlah projek PPR yang dikategorikan sakit atau mengalami kelewatan di seluruh negara sehingga 2024?
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Batu Pahat kerana prihatin terhadap projek perumahan rakyat. Adapun soalan itu sangat spesifik, saya mohon untuk memberikan jawapan bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Riduan bin Rubin, Tenom
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, salam Ramadhan, soalan saya soalan 8.
8. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah bentuk penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi memperkemas dan memperkasa proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek berkepentingan awam di Sabah kembali berulang.
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Tenom. Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 telah memperkenalkan Garis Panduan Penyediaan RMKe-13 dan juga permohonan projek pembangunan tahun 2026-2030 sebagai sumber rujukan kementerian atau jabatan atau agensi-agensi kerajaan bagi menambah baik dan memperkemas proses pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan. Garis panduan ini menetapkan beberapa pendekatan baharu sebagai mekanisme kawalan kos bagi mengekang ketirisan dan pembaziran sumber kewangan kerajaan serta mengelakkan kelewatan pelaksanaan projek pembangunan di seluruh negara.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat] Berikut adalah beberapa pendekatan baharu yang telah pun diperkenalkan bagi pelaksanaan RMKe-13 yang akan datang. Pertama ialah dengan kita memecahkan kepada dua kategori projek-projek belanja pembangunan. Kalau sebelum ini semua projek daripada yang sekecil-kecilnya beberapa juta sehingga projek yang berbilion ringgit boleh dikemukakan oleh kementerian-kementerian atau agensi setiap tahun. Sekarang ini kita telah pecahkan bahawa projek bernilai tinggi dengan kos melebihi RM300 juta, permohonan hanya boleh dikemukakan setiap dua tahun sekali bermula untuk RP1 ini dikemukakan antara 1 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025. Sekiranya tidak dikemukakan kali ini, maka ruang seterusnya
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
dalam tahun 2027 ya. Bagi projek yang bernilai di bawah RM300 juta, itu boleh dikemukakan setiap tahun melalui rolling plan seperti biasa.
Tujuan kita pisahkan sebegini ialah kerana satu daripada faktor yang menyumbang kepada pelaksanaan projek yang cacamarba ialah kerana perancangan yang dibuat itu tidak berpadanan dengan saiz projek. Kalau perancangan projek-projek besar selalunya 60 ke 70 peratus daripada usaha itu sebenarnya dibuat merancang. Apabila perancangan itu dibuat dengan baik, maka ia akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan hanya mengambil masa 30 peratus sahaja.
Sebelum ini keadaannya berbeza oleh kerana tuntutan supaya permohonan itu dibuat setiap tahun boleh dibuka setiap tahun, maka ada kecenderungan untuk memohon sahaja tanpa dibuat perancangan yang baik. Setelah mendapat kelulusan itu, maka ada banyak tambahan yang akan menyebabkan berlaku pelbagai masalah dalam pelaksanaan.
Dato’, boleh kalau saya satu minit sahaja lagi untuk saya habiskan ya. Jadi itu adalah perubahan yang besar. Di samping itu kita juga ada beberapa arahan yang baharu termasuklah untuk mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan kita ada Bank Tanah daripada JKPTG. Arahan ini ialah sebarang projek itu perlulah merujuk kepada tanah yang sedia ada terlebih dahulu. Bukan memohon peruntukan untuk membeli tanah, sedangkan ada tanah-tanah yang boleh digunakan yang sudah pun berada di dalam Bank Tanah kerajaan.
Kita juga mewajibkan bahawa kementerian dan jabatan perlu merancang berdasarkan kos kitaran hayat yang memberi nilai terbaik secara keseluruhan dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua untuk melihat kepada total life cycle cost. Bukan sekerat-sekerat kerana kadang-kadang ada kecenderungan untuk mohon peruntukan nampak kecil tetapi lepas buat itu segala jenis tambah baik yang nak kena buat itu untuk tempoh 10 tahun sebenarnya lebih mahal kepada kerajaan.
Perkara-perkara lain akan terus dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang baik dan begitu komprehensif yang diberikan.
Sering kali kita bertemu situasi di mana peruntukan pembangunan yang tidak habis digunakan dalam satu tahun kewangan dikembalikan semula kepada Kerajaan Pusat yang menyebabkan projek yang telah diluluskan tergendala atau terpaksa melalui satu proses permohonan semula yang begitu panjang.
Apakah langkah tegas yang akan diambil oleh kementerian bagi memastikan mekanisme fleksibel diwujudkan supaya dana yang telah diperuntukkan tidak lupus atau dikembalikan seperti contoh dana tersebut disimpan dalam Tabung Khas Amanah Negeri
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
untuk memastikan kesinambungan projek tanpa perlu proses permohonan berulang sekali gus mengurangkan pembaziran masa dan birokrasi? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Tenom. Perkara itu sebenarnya perlu dibincangkan dengan lebih mendalam dan di luar bidang kuasa Kementerian Ekonomi sebenarnya kerana dia membabitkan beberapa perkara ya.
Pertamanya membabitkan Perlembagaan dan juga dia membabitkan bagaimana kerajaan dan juga negeri dan kementerian-kementerian menguruskan belanja pembangunan seperti yang telah ditetapkan di dalam Kumpulan Wang Amanah Pembangunan.
Kedua, dalam konteks Sabah contohnya ia juga merujuk kepada rundingan MA63 dan perkara-perkara lain ya, Cuma, secara peraturannya sekarang ialah sebarang wang yang tidak dibelanjakan ataupun perbelanjaan itu kurang daripada yang diluluskan, perlulah dikembalikan semula kerana setiap RM1 daripada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan ini adalah wang yang dipinjamkan kerana kita masih lagi di dalam belanja defisit.
Jadi, kalau contohnya kita sediakan satu tabung dan wang itu kekal di dalam tabung tersebut, baik di peringkat negeri atau baik di peringkat agensi sementara tabung itu akan mendapat hasil daripada kadar faedah simpanan wang itu di bank, tetapi Kerajaan Persekutuan pula perlu menanggung bayar bunga ke atas pinjaman yang diambil untuk membiayai belanja pembangunan. Jadi, ini perkara-perkara yang perlu diperhalusi dan dibincangkan secara bersama. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tadi Menteri ada memaklumkan bahawa kerajaan meletakkan garis panduan dan untuk mengelakkan ketirisan dan kelewatan dan tentang permohonan projek yang boleh dibuat.
Kalau RM300 juta ke atas dua tahun sekali.
Adakah juga pihak kementerian mengambil kira ketidaksamaan jurang sosial ekonomi dalam memastikan perancangan projek-projek RMKe-13 di kalangan wilayah dan negeri daripada terus wujud walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan jurang pembangunan kemajuan antara Wilayah Sabah, timur dan utara yang tidak sekata? Sebagai contoh, Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang sebanyak RM10.5 bilion yang dianugerahkan kepada syarikat bersama antara SRS dan juga Gamuda dan kerajaan negeri. Berdasarkan prinsip Perdana Menteri sendiri sebelum ini yang berkenaan ketelusan dan akauntabiliti dalam memberi kontrak secara rundingan terus berbanding dengan melalui proses tender yang terbuka.
Soalan saya, bagaimanakah kementerian memastikan bahawa semua pemberian projek sama ada secara tender atau terbuka atau terus mematuhi prinsip value for money, ketelusan dan bebas daripada unsur favoritism ataupun campur tangan politik bagi
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek kepentingan awam seperti Sabah kembali berulang di seluruh negara? Sekian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Merbok. Soalan itu tidak ada kena mengena sebenarnya dengan soalan yang dibawa asal oleh Tenom. Soalannya ialah bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa peruntukan- peruntukan di dalam RMKe-13 itu dapat dilaksanakan dengan baik supaya tidak ada kelewatan?
Soal LRT Mutiara itu tidak ada kena mengena dengan RMKe-13 pun. Dlulus di dalam RMKe-12 dan jabatan atau kementerian yang bertanggungjawab adalah Kementerian Pengangkutan. Jadi, mungkin Merbok kalau sangat-sangat nak tanya soalan itu bolehlah tunggu giliran Menteri Pengangkutan untuk tanya.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Dari segi bagaimana kita memastikan jurang ini dikurangkan. Perkara itu terus berlaku dan saya berkali-kali menyebut tetapi tidak mahu disambut di sebelah sana bahawa sebenarnya peruntukan kepada enam negeri termiskin daripada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah jumlah peruntukannya itu, adalah jauh lebih banyak negeri-negeri lain dan itu dikekalkan.
Cuma saya berharap bahawa jurang untuk menutup jurang ini tidak hanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan semata-mata. Ini tanggungjawab bersama yang perlu juga dipikul oleh kerajaan negeri masing-masing, supaya bila ada hubungan beginilah barulah kita boleh menarik pelaburan dan juga perniagaan untuk masuk.
Kalau semata-mata dilihat untuk menutup jurang ini adalah permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan, itu telah berlaku daripada tahun 2021 dan diteruskan sehingga sekarang tetapi tidak ada tanda-tanda bahawa jurang itu akan dapat ditutup dengan baik di beberapa buah negeri, kecualilah saranan saya kerajaan-kerajaan negeri itu pun menyambut baik dan mempunyai kerangka ekonomi mesra perniagaan yang perlu diusahakan secara bersama. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Komunikasi menyatakan senarai syarikat yang telah memohon lesen kelas pemberi perkhidmatan aplikasi penyedia, berapa yang telah diluluskan dan apa tindakan kepada mereka yang belum memohon atau tidak berjaya dalam permohonan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Salam berpuasa.
Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memastikan industri komunikasi dan multimedia di dalam negara dikawal selia dengan baik demi kebaikan rakyat. Selari dengan matlamat Kerajaan MADANI mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga, MCMC telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan juga penyedia perkhidmatan media sosial, penyedia perkhidmatan bermula 1 Januari 2025 ke atas penyedia perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelesenan.
Sehingga 25 Februari 2025, tiga syarikat penyedia perkhidmatan telah dilesenkan iaitu WeChat International Private Limited dan juga TikTok Private Limited pada 1 Januari 2025 dan juga Telegram Messenger Incorporated pada 2 Januari 2025. Manakala bagi status permohonan lesen ASPC iaitu class license oleh Meta yang mengoperasikan platform Facebook, Instagram dan juga WhatsApp, MCMC telah mengeluarkan notis Menteri pada 28 Januari 2025 menurut peraturan 23(2) di bawah Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 2000 bagi membenarkan penyedia perkhidmatan berkaitan iaitu Meta Services LLC dan WhatsApp Services untuk berdaftar sebagai pemegang lesen ASPC kelas C. Penyedia perkhidmatan tersebut kini di dalam proses menyediakan dokumen yang perlu bagi tujuan pendaftaran tersebut.
Bagi platform X dan Google iaitu untuk platform YouTube, MCMC sedang menjalankan penelitian yang lebih mendalam bagi memastikan segala isu berkenaan penguatkuasaan kerangka pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan ini dalam diselesaikan untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat.
Berhubung tindakan ke atas penyedia perkhidmatan, MCMC boleh mengambil tindakan di bawah seksyen 126, Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025 iaitu Akta amendment 1743 ke atas mana-mana penyedia perkhidmatan yang beroperasi tanpa lesen.
Pindaan akta yang berkuat kuasa mulai 11 Februari 2025 memperuntukkan bahawa jika disabitkan kesalahan, penyedia perkhidmatan berkenaan boleh dikenakan penalti iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda selanjutnya RM100 ribu bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari, kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Dalam kes pelanggaran ini, MCMC akan mempertimbangkan tahap keseriusan pelanggaran impak serta kekerapan dan rekod pematuhan penyedia perkhidmatan yang dimasukkan dalam memutuskan tindakan yang bersesuaian. Mengambil kira semua faktor tersebut, MCMC sedang menjalankan penelitian yang lebih mendalam bagi memastikan segala isu berkaitan penguatkuasaan kerangka pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan dapat diselesaikan untuk mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat. Sekian, jawapan saya, terima kasih
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di- Pertua, pertama sekali saya nak minta clarification daripada Timbalan Menteri. Apa beza antara kategori yang pertama tadi, yang kata WeChat, TikTok, Telegram itu yang telah dilesenkan dengan yang kedua Meta yang ada notis Menteri. Jadi, apa perbezaannya?
Kemudian mengenai tindakan tadi, bila tindakan itu akan mula dikuatkuasakan sebab tadi disebut bahawa YouTube belum mohon dan belum dapat lesen. Jadi, adakah akan dikuatkuasakan? Tapi sebenarnya soalan itu nak minta clarification. Sebenarnya soalan saya Yang di-Pertua ialah kita lihat banyak akaun-akaun sosial media. Yang terbaru ini ada 18 akaun syarikat media Malaysia yang diturunkan, disalahkan oleh ialah algorithm AI mereka. Tapi sebelum itu, banyak lagi akaun-akaun penggerak media sosial yang juga diturunkan akibat daripada MCMC, SKMM minta syarikat-syarikat turunkan.
Jadi soalan saya dan kebimbangan saya Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, ialah adakah proses pendaftaran ini akan digunakan oleh kerajaan terutamanya apabila kita menghadapi pilihan raya negeri, pilihan raya umum nanti untuk menurunkan kandungan-kandungan yang mungkin tidak disenangi oleh pihak kerajaan? Adakah ia akan disalahgunakan oleh pihak kerajaan nanti? Terima kasih, Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih. Kerangka untuk pelesenan ini sudah berkuat kuasa sejak 1 Januari. Tetapi memang setakat ini Meta belum dalam lesen dan juga X dan juga Google belum dapat lesen lagi. Tetapi, seperti yang saya sebut dalam jawapan saya, tindakan undang-undang kami belum ambil sebarang tindakan undang-undang kerana hasrat kami adalah untuk memastikan kita boleh mewujudkan satu persekitaran ekosistem yang selamat.
Jadi, kami masih dalam proses untuk engage dengan platform-platform provider seperti yang saya sebut tadi dan proses telah mulakan oleh Meta, X dan juga Google. X ─ mereka mempertikaikan bahawa mereka mempunyai lapan juta pengguna di platform mereka. Lapan juta pengguna Malaysia dalam platform mereka.
Oleh sebab itu, X cakap bahawa mereka tak perlu memohon lesen tersebut. Jadi oleh sebab itu, MCMC juga perlu buat survey kita sendiri untuk memastikan jumlah pengguna yang ada supaya kita boleh counter argue dengan X untuk pastikan bahawa sama ada mereka perlu dapatkan lesen di bawah kerangka pelesenan ini.
Jadi juga soalan yang penting daripada kerisauan Yang Berhormat adalah sama ada MCMC akan salah guna kuasa yang telah diperuntukkan di bawah kerangka baharu ini.
Pertama, saya nak tegaskan di sini kalau kita nampak atau melihat kepada keseluruhan penurunan mengikut elemen, kebanyakannya adalah untuk kes-kes judi iaitu 63 peratus dan
Puan Teo Nie Ching
juga 22 peratus adalah untuk kes-kes penipuan scam termasuklah akaun palsu dan juga penyamaran.
Kes-kes yang disebut oleh Yang Berhormat seperti media sosial, media akaun yang telah diturunkan oleh TikTok kebelakangan ini, kerana mereka adalah media outlet.
Sebenarnya, adalah oleh sebab kesalahan AI mereka. Itu bukan di bawah permintaan daripada MCMC.
Jadi, saya percaya bahawa sekiranya kita nak wujudkan ekosistem yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga, kita perlu memantau platform provider ini kerana apa yang kita risau sekarang dan apa yang kita nampak sekarang, kenapa banyak akaun- akaun palsu yang menyamar PMX, yang menyamar YB Seputeh, yang menyamar YB Bagan dan saya percaya juga akan keluar video-video yang menyamar sepertilah MB daripada Terengganu kerana ini adalah tokoh-tokoh terkenal dalam negara kita.
Puan Teo Nie Ching
Tetapi Meta masih menerima duit daripada scammer untuk profit mereka, untuk keuntungan mereka. Jadi, kalau kita terus biarkan Meta teruskan operasi seperti ini, saya rasa mereka akan ambil satu sikap di mana atau pun pendekatan bahawa mereka lebih mementingkan profit mereka over the interest of internet user. Ini masalah yang kita nampak sekarang.
Seperti yang kita telah wujudkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, kita akan wujudkan satu platform di mana sesiapa kalau kandungan mereka telah diturunkan, boleh ke boleh file complain dalam tribunal tersebut. Contoh mereka mempertahankan kenapa post mereka tidak sepatutnya diturunkan. Jadi, itu bukan segala kuasanya di bawah MCMC. We got a check and balance procedure untuk memastikan bahawa setiap keputusan daripada MCMC juga boleh dicabar. Terima kasih.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, beza kategori satu, kategori dua tadi tak dijelaskan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya kira Timbalan Menteri bagi jawapan secara bertulis lah. Sila Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya faham bahawa antara kepentingan untuk lesen penyedia perkhidmatan ini adalah untuk melindungi pengguna juga. So, dari segi operasi yang telah dijalankan terutamanya untuk melindungi pengguna ini, seingat saya pada tahun lepas, ada operasi yang dilaksanakan oleh PDRM dengan MCMC di bawah Ops Pedo iaitu untuk menangani kes kesalahan seksual secara dalam talian, yang melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. Apakah ada usaha MCMC dan juga pihak kementerian untuk meneruskan operasi-operasi begini setelah adanya juga lesen penyedia perkhidmatan? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila. Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Mestilah MCMC akan teruslah bekerjasama dengan semua penguat kuasa, termasuklah PDRM dan sebagainya. Kerana untuk bekerjasama dengan PDRM tentang ─ memang banyak kes adalah tentang kes penipuan, kes CSEM, child sexual abused content dan juga sebenarnya kita juga bersedia dan selalu bekerjasama dengan lah seperti lah dan juga lah MOH atau pun KKM, kerana mungkin juga ada produk-produk yang dijual dalam platform tetapi sebenarnya tak dapat kelulusan daripada MOH.
Kita juga bekerjasama lah dengan KPDN apabila ada aduan-aduan atau pun kes-kes penyalahgunaan hak cipta atau pun cap dagangan dan paten. Jadi, kami akan sentiasa bekerjasama dengan semua platform provider dengan semua penguat kuasa. Tetapi pada masa yang sama, kalau kita nak go after the person behind the account, kami perlu dapat kerjasama daripada penyedia platform kerana MCMC sahaja kita tak dapat lah trace back siapa pemegang akaun tersebut tanpa kerjasama daripada penyedia platform.
Kerana semua maklumat tentang IP address itu bersama dikekalkan oleh platform provider. Jadi, sebab itu sangat-sangat penting adalah kita memastikan semua penyedia platform ini bekerjasama dengan baik dengan PDRM, dengan MCMC dan semua penguat kuasa di Malaysia untuk pastikan bahawa kita boleh lah mengatasi jenayah-jenayah dalam talian ini dengan lebih efektif dan berkesan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi. Seterusnya, Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Puan Isnaraissah Munirah Majilis [Kota Belud] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:
(a) usaha yang diambil bagi meningkatkan kadar sara diri (SSR) bagi beras, ayam dan juga telur di Sabah; dan
(b) sejauh manakah kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi sebarang inisiatif atau program KPKM bagi meningkatkan kadar produktiviti pertanian di Sabah sebagai contoh benih padi baru.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Indera, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Pada masa ini, kadar sara diri (SSR) bagi beras di negeri Sabah adalah sebanyak 22.8 peratus. SSR ini menunjukkan lebih 75 peratus keperluan domestik ditampung melalui beras import.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Justeru bagi meningkatkan SSR bagi beras di Sabah, antara usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ialah yang pertama menambah baik infrastruktur pengairan dan saliran. Kedua, menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam penanaman. Ketiga, memperkenalkan variety padi baru dan menggalakkan penggunaan benih padi sah daripada Semenanjung. Keempat, menyediakan latihan berkaitan pengurusan penanaman.
Manakala kadar sara diri untuk daging ayam di Sabah pada tahun 2024 adalah 96.49 peratus dengan jumlah pengeluaran sebanyak 60 juta kilogram. Manakala keperluan daging ayam di Sabah adalah sebanyak 64 juta kilogram. Oleh itu terdapat keperluan sebanyak 4 juta kilogram yang perlu diimport bagi mencukupi keperluan rakyat Sabah.
Bagi bekalan telur pula, Sabah mencatatkan kadar sara diri sebanyak 100.5 peratus pada tahun 2023 dengan pengeluaran sebanyak 867 juta biji telur. Berdasarkan rekod, jumlah pengeluaran ini mencukupi untuk keperluan tempatan.
Oleh yang demikian, antara usaha yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Sabah bagi meningkatkan kadar sara diri ayam dan telur adalah dengan mewujudkan lebih ramai pengusaha ternakan ayam di Sabah melalui pertama, Program Insentif dan Bantuan Kewangan. Kedua, penawaran kursus penternakan. Ketiga, bekalan anak ayam.
Bagi jawapan bahagian yang kedua. Secara keseluruhan, kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan KPKM adalah kukuh dan berterusan. Dengan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif yang disasarkan untuk meningkatkan produktiviti terutamanya padi di negeri tersebut. Usaha-usaha ini diharapkan dapat memastikan keterjaminan makanan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti pertanian di Sabah.
Melalui Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024 iaitu mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar dengan kerjasama kerajaan negeri dan juga KPKM, perancangan bagi negeri Sabah juga telah dibuat melibatkan pemulihan kawasan terbiar sawah padi bagi tiga daerah luar jelapang, seluas 681 hektar iaitu di Daerah Papar, Tuaran dan Sook. Sekian dan terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2022 yang menunjukkan inisiatif SMART SBB telah gagal dilaksanakan mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Daripada sasaran 150,000 hektar kawasan sawah padi. Hanya 3,762 hektar sahaja yang diusahakan atau pun 25 percent. Soalan tambahan saya, berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setakat ini dan Sabah khususnya?
Kedua, saya ingin tahu peratusan terkini keluasan sawah padi yang telah diusahakan secara SMART SBB? Lepas itu, adakah sasaran bagi kadar SSR beras negara pada kadar 75 peratus pada tahun 2025 dan 80 peratus pada tahun 2030 itu dapat dicapai dan peranan Sabah dan Sarawak melalui sasaran ini? Soal harga ayam dan telur di Sabah ini lagi satu perkara yang selalu lebih mahal daripada Semenanjung dan Sarawak.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kalau saya sentuh berkenaan harga, mungkin ia di bawah bidang kuasa KPDN tetapi saya ingin tanya peranan kementerian. Kenapa seolah-olah isu ini tidak dapat diselesaikan?
Apakah mungkin masalah kah cabaran yang kita hadapi dan adakah dasar kerajaan negeri yang menyebabkan harga ini tidak dapat dikawal dan dipaksa dijual dengan harga yang lebih mahal? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud suka bertanya soalan yang berpanjang-panjang, termasuk juga Laporan Ketua Audit Negara. Saya sebenarnya sangat mengharap Kota Belud akan berbahas pada minggu lalu tetapi tidak ada, walaupun saya bersedia untuk menjawab.
Tetapi secara ringkas berkaitan dengan SMART SBB di seluruh negara, dia dibiayai oleh pihak swasta. Bukan melibatkan peruntukan kerajaan. Sehingga Januari tahun ini, sebanyak 25 syarikat peneraju telah memberikan komitmen dalam pelaksanaan SMART SBB ini. Sehingga Januari 2025, keluasan SMART SBB yang telah diusahakan adalah seluas 35,982.24 hektar di seluruh negara melibatkan 11,675 orang pesawah.
Purata hasil adalah sekitar enam hingga tujuh tan metrik per hektar. Kadar SSR beras di Sabah, dia masih agak rendah. Itulah sebab kita memerlukan kerjasama yang lebih erat di antara Persekutuan dan negeri khususnya kerana negeri merupakan pemilik tanah-tanah yang ada di Sabah.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Kalau jika dibandingkan dengan Sarawak, Sarawak dijangka mencapai SSR 100 peratus beras menjelang tahun 2027 melalui projek penanaman padi yang menggunakan benih hibrid. Memandangkan masa saya sudah– telah tamat, saya akan menjawab yang lain secara bertulis Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita tengok Sabah dan negeri-negeri pengeluar padi utama seperti Kedah dan Kelantan, Perlis, antara cabaran yang dihadapi untuk mencapai kadar sara diri ini ialah masalah kualiti benih padi. Jadi, berkenaan dengan benih padi ini, kita tengok rungutan pesawah ini, benih padi yang dibekalkan oleh pemihak, pembekal swasta ialah benih padi yang kurang kualiti.
Dulu kalau tabur di petak sawah, 85 peratus jadi. Tapi sekarang ini tinggal 75 peratus sahaja terpaksa top-up untuk memastikan padi dapat dikeluarkan dengan baik. Jadi, soalan saya, apakah tindakan ataupun perancangan pihak kementerian untuk mengatasi masalah kualiti benih padi untuk pesawah? Minta komen sikit daripada pihak Yang Berhormat Menteri tentang kajian MARDI beras putih import di campur dengan beras putih tempatan 50 peratus.
Apakah tindakan drastik daripada pihak kementerian untuk mengatasi masalah beras campur ini? Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat. Hasil kajian yang didapat oleh MARDI yang dikeluarkan pada minggu lalu, dia menunjukkan bahawa kerajaan telah menjalankan komitmen dia untuk membuat siasatan yang menyeluruh adakah betul-betul ada pencampuran dengan beras putih dan beras import. Hasil kajian MARDI sudah keluar. Ini antara usaha dalam program untuk reformasi industri padi beras negara kita.
Jadi sekarang kita buat kajian terhadap Akta 522 dan kita dapati bahawa akta itu tidak memberikan kuasa atau tiada peruntukan yang jelas untuk mendakwa kesalahan pencampuran beras di mahkamah. Maka itulah sebab sekarang kita akan membuat lagi usaha yang lebih untuk bagaimana kita boleh memperhalusi kaedah dan mekanisme yang terbaik untuk mengawal pencampuran di antara beras putih tempatan dan beras import.
Kita akan memberi maklumat secara berfasa perkembangan usaha reformasi padi dan beras di negara kita. Sekian dan terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sila Menteri.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 4 Mac 2025.” Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan baki perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu dibaca kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus pertama tahun 2024 ini dibentangkan menurut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau tidak diperuntukkan sepenuhnya dalam Belanjawan 2024 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini. Suka saya mengumumkan bahawa anggaran perbelanjaan bekalan pembangunan tambahan pertama bagi tahun 2024 adalah lebih rendah iaitu RM22.4 bilion jika dibandingkan dengan tambahan tahun 2023 yang berjumlah RM29.5 bilion.
Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 yang dibentangkan adalah berjumlah RM20,191,299,500 untuk pembiayaan perbelanjaan bekalan yang boleh diringkaskan seperi berikut. Sebanyak RM3,108,700,800 adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2024 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindahan ini dicaj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah maksud B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindahan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Subseksyen 10(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) dan bukan satu perbelanjaan baru. Tetapi ia merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2024 yang berjumlah RM84,011,595,464.
Sebanyak RM50,912,700 adalah bagi me-recoup semula jumlah yang telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka untuk menampung perbelanjaan- perbelanjaan yang tidak diperuntukkan bagi tahun 2024 seperti yang terkandung dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2025.
Sebanyak RM17,031,686,000 adalah merupakan peruntukan tambahan langsung kepada kementerian, jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi daripada peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada tahun 2024. Manakala sebanyak RM3,108,700,800 adalah merupakan pindahan hasil kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian-kementerian yang terlibat di dalam Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini adalah seperti berikut:
(i) Kementerian Kewangan, sebanyak RM15,776,161,130;
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
(ii) Kementerian Pendidikan, sebanyak RM1,763,672,170;
(iii) Jabatan Perkhidmatan Awam, sebanyak RM1,148,146,080;
(iv) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, sebanyak RM1,077,146,055;
(v) Kementerian Pendidikan Tinggi, sebanyak RM417,999,870; dan
(vi) Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak RM8,194,200.00.
Butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 Tahun 2025 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Keras Perintah 1A Tahun 2025.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama tahun 2024 berjumlah RM2,308,070,450. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM447,800,150 adalah merupakan pendahuluan yang telah dikeluarkan dari simpanan luar jangka. Anggaran tambahan diperlukan bagi membiayai projek-projek pembangunan bagi maksud-maksud berikut:
(i) Sebanyak RM1,860,270,300 untuk Kementerian Kewangan;
(ii) Sebanyak RM407,800,000 untuk Kementerian Pertahanan; dan
(iii) Sebanyak RM40,000,000 untuk Jabatan Perdana Menteri.
Selain daripada itu, anggaran tambahan ini juga mengandungi permohonan dan peruntukan tanda atau token sebanyak RM150 bagi beberapa kementerian. Peruntukan tanda ini adalah bagi mewujudkan butiran baharu untuk membolehkan pindahan peruntukan dilakukan antara butiran. Penerangan dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama tahun 2024 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 tahun 2025 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2A tahun 2025.
Tuan Yang di-Pertua, perlu saya maklumkan di sini bahawa anggaran perbelanjaan tambahan yang dipohon ini berjumlah RM20,191,299,500 untuk perbelanjaan Bekalan dan RM2,308,070,450 untuk perbelanjaan Pembangunan adalah sebahagian daripada jumlah perbelanjaan sebenar tahun 2024.
Walaupun perbelanjaan tambahan ini dibentangkan, namun hakikatnya dari segi defisit fiskal, kerajaan telah mencapai defisit 4.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu lebih rendah atau lebih baik daripada sasaran 4.3 peratus berdasarkan Belanjawan 2024 yang diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2024 selepas ucapan ini. Saya mohon mencadangkan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa usul di atas nama Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan juta tujuh puluh ribu empat ratus lima puluh ringgit (RM2,308,070,450) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2024 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2025 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahaskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai pembahas bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 ada 11. Pertama, Yang Berhormat Bagan, diikuti Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Bayan Baru.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekadar peringatan dan pemakluman, hari ini merupakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan 2024. Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 67(5), saya ingin mengingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
mengehadkan perbahasan di peringkat dasar kepada dasar-dasar am dan pentadbiran kerajaan yang berkaitan dengan rang undang-undang ini dan usul sahaja.
Saya persilakan Yang Berhormat Bagan, lima minit.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Berapa minit?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Lima.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Lima.
[Ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Semuanya lima minit, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 sejumlah RM20.2 bilion dan juga usul Peruntukan Tambahan Pembangunan sebanyak RM2.3 bilion yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi.
Sememangnya ini adalah kelaziman prosedur Parlimen untuk menegakkan akauntabiliti dalam proses belanjawan, khususnya belanjawan di luar jangkaan. Ada keperluan untuk perbelanjaan luar jangkaan, berikutan ketidaktentuan ekonomi ekoran dasar ekonomi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang agak bercelaru, berkisarkan pelaksanaan tarif secara menyeluruh dan juga pertumbuhan ekonomi negara China, rakan dagang terbesar Malaysia yang agak lemah dan juga penurunan permintaan semikonduktor secara global.
Sebelum ini pertumbuhan ekonomi dilihat sebagai lembab. Harga eksport Malaysia pada Januari 2025 naik 0.3 peratus, berbanding Disember 2024 sungguhpun dijangka naik sebanyak lima peratus oleh pakar ekonomi. Kenaikan juga disebabkan oleh kenaikan harga seperti harga minyak. Itulah sebabnya indeks nilai seunit eksport meningkat 0.3 peratus pada Januari 2025 sungguhpun indeks volum eksport menurun sebanyak 11.6 peratus. Dari segi perbandingan tahunan, indeks nilai seunit eksport meningkat 2.7 peratus. Namun, indeks volum eksport berkurang 2.4 peratus.
Dato’ Yang di-Pertua, jualan kenderaan pada Januari 2025 merosot sebanyak 40 peratus, berbanding dengan Disember 2024. Perbandingan tahunan menunjukkan penurunan sebanyak 27 peratus. Kita tahu bahawa penjualan kenderaan adalah satu indikator, petunjuk tentang pertumbuhan ekonomi dari segi akar umbi.
Kalau kereta banyak dibeli, tentu itu menunjukkan ekonomi adalah lebih baik sungguhpun penurunan ini disebabkan oleh bulan bekerja yang singkat, 19 hari kerana cuti Tahun Baharu Cina serta pembelian awal kenderaan pada Disember 2024. Soalannya ialah, sama ada penjualan kenderaan akan pulih ke jumlah asalnya pada bulan Disember 2024.
Kesemua ini Dato’ Yang di-Pertua, adalah tanda amaran bahawa tekanan ekonomi hanya akan bertambah dengan faktor global di luar kawalan kerajaan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Oleh demikian, adalah perlu kerajaan meringan beban kewangan perniagaan, khususnya industri kecil dan sederhana. Saya tidak mahu mengulangi syor saya sebelum ini berikutan menaikkan nilai ambang e-invoicing daripada RM150,000 kepada RM500,000 setahun untuk jumlah jualan ataupun mengecualikan majikan daripada membayar sumbangan KWSP sebanyak dua peratus untuk pekerja asing ataupun menangguhkan pelaksanaan pengapungan minyak RON95.
Kesemua ini akan tambah beban kewangan kepada para peniaga. Kalau boleh, boleh naikkan itu tax relief ataupun pelepasan cukai kepada IKS kerana mereka memang perlukan banyak bantuan. Sungguhpun kita tahu kerajaan telah berjaya untuk membangunkan ekonomi yang pesat tapi kalau kita pergi ke akar umbi, memang mereka menyatakan bahawa sekarang susah untuk jalankan bisnes mereka. Saya harap ini boleh diberikan sedikit perhatian kepada golongan ini.
Pada masa yang sama, saya juga ingin membangkitkan satu perkara. Kerana kalau kita lihat dari segi peruntukan di bawah Belanjawan 2022 contohnya, sebanyak RM11.4 bilion telah diperuntukkan untuk akaun bumi. Ini kita tidak ada bantahan. Memang kita sokong. Tapi pada masa yang sama, dalam Belanjawan 2022 hanya RM345 juta diperuntukkan untuk golongan bukan bumi iaitu sekadar tiga peratus daripada apa yang diberikan kepada kaum bumi.
Di sini, saya ingin syorkan kalau boleh untuk Kerajaan MADANI yang jaga semua, boleh naikkan daripada tiga peratus kepada 10 peratus iaitu apa yang dipinjam kepada golongan bumi, kita tiada bantahan, kita sokong tapi daripada bilangan jumlah yang diberikan kepada kaum bumi, bagi 10 peratus yang diberikan kepada kaum bumi kepada kaum bukan bumi. Contohnya, kalau diberikan kepada kaum bumi RM12 bilion, minta kepada kaum bukan bumi RM1.2 bilion. Itu saya rasa memang akan bantu kita rancakkan pembangunan ekonomi.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Sila Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Pertamanya, selamat berpuasa, selamat menyambut Ramadan. Moga beroleh keberkatan dan keampunan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, yakni kedekut. Dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan seluas-luasnya, yakni boros kerana akibatnya akan tinggallah engkau dalam keadaan yang tercela serta sempit keputusan.” Surah Al-Isra, ayat 29.
Tuan Yang di-Pertua, masalah di hadapan kita ialah sejumlah wang yang terlebih belanja tahun lepas, melebihi belanjawan asal yang telah diperuntukkan. Belanja mengurus RM20.1 bilion, belanja pembangunan RM2.3 bilion. Pastinya ada keperluan tertentu yang
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja melebihi peruntukan asal ataupun mungkin kerana timbul perkara di luar jangka dan harapnya bukanlah disebabkan kelemahan dan pembaziran di pihak kerajaan.
Sukalah diingatkan, Parlimen sebelum ini telah meluluskan suatu akta untuk mendisiplinkan Putrajaya dalam aspek pengurusan kewangan dan hutang kerajaan iaitu Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023. Justeru, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan apakah langkah mitigasi, langkah kawalan yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mengawal perbelanjaan dan hutang kerajaan, selaras dengan objektif fiskal di bawah Akta 850 tersebut?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dua item yang Bachok ingin bangkitkan dalam masa yang serba terhad ini. Perbelanjaan kerana hutang negara terlebih belanja RM700 juta.
Keduanya, subsidi produk petroleum terlebih belanja RM12.6 bilion. Tuan Yang di-Pertua, Bank Negara Malaysia melaporkan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir 2024 berjumlah RM1.247 bilion, meningkat berbanding RM1.172 bilion pada akhir 2023, manakala hasil kerajaan pada tahun 2024 mencecah RM324.6 bilion.
Adapun dengan peruntukan tambahan RM700 juta ini, bayaran khidmat hutang kerajaan dianggarkan berjumlah RM50.5 bilion, melebihi paras 15.5 peratus daripada hasil kerajaan pada 2024. Dalam hal ini, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Kewangan berhubung komitmen kerajaan bagi mencapai paras hutang berhemat dan selamat, selaras dengan objektif fiskal yang digariskan di bawah Akta 850 dibangkitkan sebelum ini.
Selain itu, sukalah Bachok menyarankan supaya penerbitan instrumen pembiayaan patuh syariah bagi membiayai hutang sektor awam dan sektor swasta dalam negara hendaklah dipertingkatkan dan diberikan keutamaan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam global, di samping limpahan keberkatan yang seiring dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada subsidi produk petroleum. Jika dilihat pada perincian, item terbesar dalam bajet tambahan ini datangnya daripada bajet untuk produk petroleum ini. Subsidi produk petroleum terlebih belanja RM12.6 bilion, lebih separuh, 62.5 peratus daripada keseluruhan bajet peruntukan tambahan yang dimohon oleh Yang Berhormat Menteri hari ini. Saya anggarkan daripada jumlah tersebut, kos terbesar datang daripada subsidi petrol yang belum bersasar berbanding subsidi diesel yang telah pun bermula penyasarannya pada pertengahan 2024.
Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, persoalan tentang ukuran kelayakan dan kaedah pelaksanaan subsidi petrol bersasar masih belum dimuktamadkan. Malah, setelah dibangkitkan dalam soalan lisan saya pada Menteri Ekonomi dan juga Menteri Kewangan.
Menteri Ekonomi menjawab pada 19 Februari 2025, masih memperhalusi dan masih diperhalusi. Manakala, Menteri Kewangan jawab pada 26 Februari 2025, kaedah-kaedah penentuan dan mekanisme pelaksanaan masih dalam penelitian, masih meneliti.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Jadi, mohon kepastian Yang Berhormat Menteri Kewangan, bilakah perkara asas ini boleh dimuktamadkan iaitu kriteria layak ataupun tidak layaknya? Ini kerana saya bangkitkan di sini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kepastian dalam perkara ini, layak ataupun tidak layak terima subsidi, subsidi petrol, subsidi diesel, elektrik, pendidikan, kesihatan, kos tambang haji, layak masuk MRSM dan pelbagai lagi bantuan kerajaan adalah penting supaya rakyat juga dapat menyusun belanjawan mereka. Rakyat juga dapat menyusun belanjawan peribadi dan belanjawan keluarga dan seterusnya menyerap segala kesan yang terhasil daripada belanjawan kerajaan jika ketidaktentuan dasar penyasaran subsidi di peringkat kerajaan ini masih berterusan.
Bachok bimbang, bukan kerajaan sahaja yang perlukan bajet tambahan, rakyat juga terpaksa sediakan bajet tambahan pada tahun-tahun mendatang, Tuan Yang di-Pertua*.
[Tepuk]* Akhir, dua rangkap pantun:
*Buah nangka, buah mertajam, Mari dikait untuk kenduri, Usah suka pinjam meminjam, Kalau berduit belilah sendiri.
Apa guna melompat pagar, Bila kaki awak tersangkut, Apa guna bercakap besar, Bila janji tidak diikut.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua*.
[Tepuk]*
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Silakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.
Selamat berpuasa, selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua. Izinkan saya mulakan perbahasan dengan menggariskan Dasar Penjanaan Ekonomi Negara dengan mengulas tentang produk buatan Malaysia. Pepatah kata, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” lebih baik di negeri sendiri. Produk buatan negara luar mungkin lebih terkenal dengan jenamanya yang sudah lama terbina. Namun hari ini, tidak dinafikan mutu barangan buatan Malaysia. Begitu juga dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pakar tempatan tanpa mengira sama ada mereka menuntut pelajaran di universiti tempatan atau negara luar.
Saya melihat dalam usaha kerajaan untuk mempromosikan produk tempatan, namun tidak cukup. Khususnya dalam kerangka konteks trade war ataupun peperangan dagangan sedunia sekarang. Dalam usaha merealisasikan dasar dan kempen yang sedia ada, kerajaan disarankan agar mengutamakan kontraktor tempatan sebelum outsource kepada syarikat asing dan ini termasuk perunding dan konsultan tempatan yang berkaliber.
Dato’ Yang di-Pertua, isu ini perlu diperhalusi kerana ia amatlah rugi apabila kita mengutamakan kepakaran luar tanpa memberi peluang dan menggembleng tenaga yang
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
secukupnya kepada pakar tempatan. Harga mereka bukan sahaja mahal tetapi juga tidak memindahkan pengetahuan dan ilmu kepada tempatan. Sewajarnya kita mengutamakan insourcing, dengan izin, iaitu membina kepakaran dalaman kementerian ataupun kerajaan, kemudian beralih kepada perunding tempatan dan akhirnya, baru perunding luar.
Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak percaya kepada dasar mempromosikan produk barangan tempatan secara buta-buta sebenarnya, kerana ini tidak membantu. Kerana ia akan mengembangkan sikap kebergantungan dan subsidi yang tidak terhasil. Saya lebih cenderung kepada sokongan eksport ataupun export support, khususnya daripada agensi seperti MATRADE dan KUSKOP. Sokongan eksport dapat memperluaskan pasaran sedia ada dan memberikan lebih banyak keuntungan untuk melabur semula dalam pemasaran, mutu dan kecekapan operasi sesebuah syarikat. Kemudian, kebolehan produk-produk tempatan ini untuk diterima di peringkat antarabangsa pastinya menjamin pasaran mereka di tempatan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Masalahnya, saya melihat MATRADE masih kurang strategik dari segi sokongan eksport. Perlu ditanya sama ada MATRADE akan diupayakan lagi supaya dapat mencetuskan eksport kita ke luar negara?
Kedua adalah perolehan strategik. Saya nampak kadangkala ada hasil ciptaan teknologi tempatan lebih digemari di luar negara daripada pasaran tempatan. Contohnya, kita mempunyai jenama lif sendiri, EITA yang bertaraf antarabangsa. Namun, selalunya tidak diberikan ruang yang secukupnya melalui perolehan kerajaan. Saya ingin mengetahui, sama ada scoring perolehan kerajaan melalui MOF melibatkan produk hasil tempatan dengan jenama tempatan atau tidak? Apakah langkah seterusnya untuk memperkembangkan lagi perolehan bagi produk ataupun barangan tempatan?
Dato' Yang di-Pertua, atas kekangan masa, saya ingin menjurus kepada satu isu yang serius iaitu syarikat amanah peribadi ataupun private trust. Puan Yang di-Pertua, promoter menggunakan syarikat amanah peribadi di bawah SSM untuk membungkus pelaburan mereka sebagai amanah peribadi atau amanah tunai. Mendakwa bahawa mereka tidak menjual produk pasaran modal atau skim pelaburan tertentu dan oleh itu, tidak memerlukan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Pelabur dijemput untuk melanggan saham atau instrumen dalam syarikat swasta.
Produk pelaburan ini menjanjikan pulangan yang tinggi, kadang sampai 30 peratus setahun.
Jauh lebih tinggi daripada kadar deposit tetap untuk menarik pelabur. Untuk menjangkau lebih ramai pelabur runcit, mereka bekerjasama dengan ejen-ejen. Ejen insurans, ejen hartanah, pegawai bank yang mendapat komisen atau lebih, berdasarkan jumlah dana yang dikumpul.
Ejen diberi tahu pula bahawa produk ini tidak memerlukan kelulusan SC kerana di bawah
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
seksyen 17, Akta Syarikat Amanah 1949, mereka berada di bawah SSM tetapi SSM juga tidak menguatkuasakan hal ataupun isu ini.
Jadi, syarikat amanah peribadi (private trust) ini mendakwa mereka hanya bertindak sebagai penjaga aset dan bukan pengurus pelaburan. Walaupun terdapat aduan yang berlonggok-longgok kepada SC, Bank Negara dan polis, tindakan yang diambil masih minimum dan tidak banyak kenyataan amaran dikeluarkan kepada orang awam. Terdapat kelemahan dalam Akta Syarikat Amanah 1949, Puan Yang di-Pertua.
Untuk makluman, sekarang private trust ini telah disalahgunakan untuk menjual skim pelaburan berpulangan tinggi kepada orang awam. Saya bimbang skim ini berisiko gagal kerana tidak dikawal selia dan apabila pelabur tidak dapat mendapat balik kembali wang mereka, ia boleh menjadi isu sosial yang besar.
Bank Negara dilihat lemah dan lembab dalam mengambil tindakan seperti kes insurans perubatan swasta. Rakyat mula bertanya-tanya bahawa sama ada BNM ini berkhidmat untuk rakyat atau pun untuk maha kaya? Jadi, saya mencadangkan supaya segera meminda Akta Syarikat Amanah 1949 supaya mewajibkan penglibatan pengurus dana berlesen dalam skim pelaburan ini. Pokoknya, perlu reformasi segera dalam pengawalseliaan syarikat amanah peribadi untuk mengelakkan risiko skim pelaburan yang menipu pelabur runcit dan menyebabkan ketidakstabilan serta menjejaskan keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, dengan kelulusan bajet tambahan ini, saya menyeru agar kita semua perketat lagi usaha gigih kita daripada semua lapisan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya nak menyentuh berkenaan dengan isu PMKS ataupun mikro, kecil dan sederhana ini.
Kerajaan telah memperkenalkan sistem e-invois yang kononnya bertujuan untuk meningkatkan pematuhan cukai dan mengurangkan ketirisan hasil negara. Namun, pelaksanaannya yang tergesa-gesa menimbulkan banyak persoalan.
Pertamanya, beban kepada perusahaan mikro, kecil, sederhana dan peniaga kecil.
Kita faham kepentingan pendigitalan dalam percukaian tetapi apakah kerajaan sudah membuat kajian menyeluruh tentang kesannya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana ini? Ramai peniaga, khususnya di luar bandar, masih belum bersedia dengan sistem e-invois ini. Mereka bukan sahaja perlu menanggung kos tambahan untuk perisian dan latihan tetapi juga berdepan dengan risiko penalti jika gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kecekapan sistem dan keselamatan data. Soalan utama ialah, adakah sistem e- invois ini benar-benar sudah bersedia untuk dilaksanakan secara menyeluruh? Kita tidak mahu sistem ini menjadi satu beban birokrasi yang melambatkan urusan perniagaan dan merugikan PMKS ini yang mana pendapatan mereka di bawah RM150,000. Jadi, impak terhadap harga barangan.
Pelaksanaan e-invois secara terburu-buru boleh meningkatkan kos operasi perniagaan. Akhirnya, akan dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga barang. Jadi, adakah kerajaan telah menilai kesan ini? Yang mana akhirnya, konsumer akan menanggung semua ini akibat daripada pelaksanaan sistem yang belum lagi kita buat satu feasibility study, empirikal yang tepat untuk kita laksanakan.
Dalam nada yang sama, saya ingin mencadangkan supaya nilai ambang pengecualian nilai jualan tahunan daripada RM150,000 dinaikkan kepada RM500,000 setahun kerana nilai RM500,000 adalah lebih adil. Selari dengan nilai yang dikecualikan GST beberapa tahun lepas. Nilai RM150,000 ini amatlah rendah bersamaan dengan nilai jualan harian sebanyak RM417 sehari sahaja. Ini jelas membebankan peniaga kecilan yang terpaksa menyediakan segala keperluan untuk melaksanakan e-invoicing. Ia juga memberi tekanan kepada syarikat-syarikat persendirian kecil yang menjalankan perniagaan secara bermusim ataupun tidak konsisten dalam tempoh masa setahun.
Contohnya, ini nak musim raya. Pasar Ramadan, meniaga kuih-kuih dalam tiga ke empat hari sebelum Hari Raya. Jadi, kita nak lihat berkenaan begini, kita perlu melihat kepada nilai ambang. Nilai ambang ini juga perlu diperluaskan kepada peniaga yang berniaga di atas talian seperti peniaga online seller yang menjual di atas talian di platform Shopee, Lazada dan sebagainya. Jadi, saya nak menyentuh juga yang kedua, berkenaan dengan siapa yang benar-benar layak dalam menyatakan bahawa golongan T20 dan sebahagian daripada T15 akan dikecualikan daripada subsidi. Namun, tidak ada definisi jelas tentang siapa yang tergolong dalam kategori T15 ini.
Adakah jika kerajaan hanya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata, tanpa mengambil kira faktor kos sara hidup dan komitmen kewangan ataupun standards of living?
Ramai golongan setengah akan terjejas. Adakah sistem pangkalan data yang digunakan benar-benar tepat dan dikemas kini? Jika kadar kaedah penyasaran ini menggunakan sistem MyKad atau aplikasi khas, adakah kerajaan sudah melakukan ujian menyeluruh bagi mengelakkan keciciran atau penyalahgunaan? Kesan kepada harga barangan dan kos hidup.
Jika subsidi bahan api dan elektrik dikurangkan, sudah pasti operasi syarikat dan industri akan meningkat. Akhirnya, rakyat biasa yang akan menanggung akibatnya dalam bentuk kenaikan harga barang keperluan ataupun household yang digunakan.
Apakah langkah mitigasi kerajaan untuk memastikan penyasaran subsidi ini tidak menyebabkan lonjakan inflasi yang lebih tinggi? Kita mahu sistem percukaian dan subsidi yang lebih adil tetapi pelaksanaan dasar yang terburu-buru tanpa perancangan rapi hanya akan menambahkan beban kepada rakyat dan peniaga. Menangguhkan pelaksanaan e-
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
invois bagi PKS sehingga sistemnya benar-benar mesra pengguna dan tidak membebankan peniaga kecil. Menjelaskan mekanisme penyasaran subsidi secara lebih telus, termasuk memberikan definisi jelas tentang golongan yang layak. Menilai semula impak dasar ini terhadap harga barang dan kos sara hidup sebelum sebarang pemotongan subsidi dilakukan.
Saya nak bangkitkan satu perkara. Saya nak bertanya dan dapat penjelasan daripada Kementerian Kewangan. Benar kah Penang LRT Project telah diberi direct award kepada SRS Consortium dan GAMUDA yang bernilai RM8.31 bilion? Saya amat berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan konkrit dalam hal ini dan juga apa yang dibangkitkan tadi dalam sesi kali ini dan Pendang juga berharap dapat jawapan bertulis untuk rujukan masa hadapan dan menilai fakta-fakta yang diberi itu dengan fakta-fakta yang telah disebut sebelum ini. Adakah benar ataupun adakah sama? Sebab, kita dah ada kes. Nominal KDNK 5.9 dengan official KDNK 5.1 disebut oleh Menteri Kewangan. Jadi, saya nak tengok. Semak balik kenyataan-kenyataan yang disebut oleh Menteri-menteri ataupun daripada pihak kerajaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, atas peluang yang diberikan kepada saya turut serta dalam perbahasan Belanjawan Tambahan 2024 pada hari ini. Saya memulakan ucapan saya dengan menyampaikan salam Ramadan kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam, yang telah mula menjalani ibadah puasa sejak semalam, 1 Ramadan. Saya mulakan perbahasan dengan menyebut ataupun merekodkan ucapan syabas dan tahniah kepada KWSP atas kejayaan pelaburannya pada tahun lepas, tahun 2024 yang menunjukkan bahawa peningkatan hasil ataupun keuntungan daripada pelaburan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ia menunjukkan bahawa KWSP di bawah pengurusan yang ada, selaras dengan Kerajaan Malaysia MADANI yang ada pada hari ini menuju ke hala tuju yang betul. Kejayaan memberikan dividen 6.3 peratus yang diumumkan dua hari lepas, sangat ─ sesuatu berita yang saya rasa perlu diberikan penghargaan oleh semua pihak, khususnya pencarum.
Sebanyak RM73.2 bilion telah diberikan kepada para pencarum. Antara yang mendapat limpahan itu termasuk saya, sebab saya pun pencarum KWSP. Saya percaya ramai rakyat Malaysia sangat menghargai kejayaan KWSP ini.
Dato' Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan merujuk kepada pembentangan oleh Yang Berhormat MK II tadi, belanja tambahan ini saya nampak ada perkara yang di luar jangka. Kalau luar jangka, kita mohon bajet tambahan itu biasa tetapi ada perkara yang saya rasa bukan di luar jangka. Saya berikan contoh, apa itu luar jangka? Di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya, empat pilihan raya kecil diadakan pada tahun lepas, itu luar jangka. Ada berlaku
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
kematian terhadap wakil rakyat sebelum itu, sesuatu yang kita tidak sangat tetapi berlaku dan akhirnya kena ada belanja, itu okey.
Macam mana pula dengan apa yang saya katakan bukan di luar jangka. Saya berikan dua contoh yang setiap kali dalam belanjawan tambahan mesti ada. Satu, kos iaitu berkenaan dengan subsidi untuk minyak paket bersubsidi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Kedua, belanja untuk pembersihan dan keselamatan, di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dua ini setiap tahun hampir sama. Saya berikan fakta. Saya bukan setakat rujuk kepada booklet yang diedarkan kali ini tetapi saya rujuk kepada booklet yang ada pada tahun-tahun yang sebelumnya sebab saya turut berbahas ketika itu. Saya berikan contoh yang kos tadi, untuk minyak paket bersubsidi.
Kali ini RM1 bilion, tahun lepas RM1.1 bilion. Untuk kos pembersihan dan keselamatan, kali ini RM1.7 bilion, tahun sebelum ini RM1.9 bilion.
Jadi saya hendak tanya, dari segi merangka belanjawan tahunan ia adalah sesuatu yang dijangka, kenapa tak dimasukkan dalam belanjawan asal tahun 2024 sebab benda ini berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Dia bukan first time. Bukan kali pertama berlaku, patutnya dimasukkan. Andai kata kalau untuk pekerja keselamatan dan pembersihan, ada berlaku kenaikan gaji contohnya ketika ini. Nilai gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 ada berlaku penambahan itu okey. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan (II) apabila menggulung nanti, kenapa perkara yang dah kita jangka dan berulangan setiap tahun masih dimasukkan dalam belanja tambahan dan bukannya di dalam perbelanjaan asal.
Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan berkenaan dengan luar jangka juga.
Saya hendak tanya kepada Kementerian Kewangan, apakah unjuran kita? Apakah yang kita jangkakan sekiranya berlaku kenaikan tarif daripada Amerika terhadap komponen-komponen industri pembuatan kita, khasnya komponen-komponen E&E kita yang dieksport ke Amerika?
Kita tidak tahu berlaku tidak, kita harap tidak berlaku tetapi sekiranya berlaku sebab kita tahulah kepimpinan pentadbiran yang ada di Amerika ketika ini, dalam keadaan yang kita tak boleh jangka. Kita tak tahu apa akan berlaku di bawah Presiden Trump?
Kita dah tengok dah dua tiga hari dulu video yang viral. Seorang pemimpin negara lain boleh confront dekat White House. Ini sesuatu yang kalau dari segi protokol antara negara, dia tidak ada mutual respect langsung. Jadi, apakah persiapan kita, unjuran kita dan juga perencanaan kita untuk menghadapi dunia atau daripada Amerika sendiri yang payah hendak dijangka. Sebab saya rasa walaupun payah hendak dijangka, expert kita, pakar-pakar kita di Kementerian Kewangan, Bank Negara sepatutnya ada buat jangkaan tertentu untuk kita menghadapi masalah yang mungkin berlaku ini.
Jadi itu sahaja sebab saya akan bahas di peringkat Jawatankuasa nanti, spesifik kepada beberapa kementerian. Jadi di peringkat dasar, ini sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Akta Perbekalan Tambahan 2024 yang melibatkan sejumlah wang RM20.19 bilion. Ini satu jumlah yang agak besar, iaitu lebih kurang 6.7 peratus dari jumlah Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 – RM303.8 bilion.
Untuk membiayai perbelanjaan lebih daripada RM20 bilion ini, kerajaan menggunakan dua kaedah. Pertamanya menggunakan Kumpulan Wang Luar Jangka sejumlah RM50.9 bilion, yang termasuk perbekalan tambahan B.4 - Suruhanjaya Pilihan raya.
Kemudian B.12 – RM42.72 juta. Seterusnya, kaedah kedua ialah cara langsung iaitu RM20.14 bilion. Persoalan yang timbul ialah pertamanya menggunakan luar jangka, wang luar jangka, kumpulan luar jangka ini sepatutnya digunakan dalam situasi di mana negara dalam keadaan krisis umpamanya tetapi dalam keadaan masa kini ekonomi kita boleh dikatakan baik, KDNK lebih daripada lima peratus.
Keduanya, penggunaan secara langsung dari manakah wang ini diperolehi?
Pinjaman dari mana KWSP, KWAP, mohon penjelasan daripada Menteri Kewangan. Kalau pinjaman, ia bermakna kerajaan menambahkan lagi beban hutang yang sudah pun amat tinggi jumlahnya. Sekarang hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 ialah RM1.173 trilion, meningkat sebanyak RM92.9 bilion atau naik 8.6 peratus, berbanding tahun 2022, Laporan Ketua Audit Negara. Ia terdiri daripada pinjaman dalam negeri 97.5 peratus dan luar negeri 2.5 peratus.
Sehubungan itu, saya mohon Menteri Kewangan menyatakan, dari manakah wang secara langsung ini diperolehi. Di samping itu fizikal deposit kerajaan juga akan meningkat.
Kerajaan telah meletakkan sasaran deposit 4.1 peratus per GDP bagi 2024. Saya juga ingin meminta jawapan atau respons daripada Menteri Kewangan mengenai perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2024 yang tidak diperuntukkan ataupun tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya dalam Akta Perbekalan 2024 seperti berikut.
Pertamanya. Maksud B.4 – SPR. Saya faham dan setuju dengan peruntukan tambahan ini RM80 juta sebab kita ada pilihan raya kecil. B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam, RM1.15 juta. Salah satu peruntukan ialah Bantuan Aidilfitri Tahun 2024 sepatutnya sudah dimasukkan dalam Belanjawan Asal 2024 kerana kita sudah tahu lebih awal bila kita hendak raya. Maksud B.11 – Perkhidmatan Awam Am Perbendaharaan, tambahan RM12.6 bilion dulu RM47.9 bilion untuk perbelanjaan subsidi petroleum. Mungkin ini sudah dimaklumkan oleh pembahas sebelum saya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kemudiannya maksud B.63 – Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi peruntukan besar dalam Bajet 2024, RM52.79 bilion. Persoalannya kenapa jumlah RM1.76 bilion tidak dimasukkan bagi Bajet 2024? Saya percaya kita sudah tahu lebih awal tentang kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah-sekolah serta institusi di bawah KPM. Ini satu perkara yang perlu dibuat setiap tahun.
Kemudiannya B.64 – Kementerian Pendidikan Tinggi, RM417.9 bilion, bajet asal RM12.2 bilion untuk keperluan tambahan operasi universiti awam dan hospital pengajar universiti. Soalan saya ialah perkara yang sama, kenapa tidak dimasukkan dalam Bajet 2024.
Kita dah tahu, kita mesti ada perancangan untuk masa depan.
Rumusannya, pertamanya apakah langkah ataupun mitigasi kerajaan untuk memastikan perbekalan tambahan yang dilakukan setiap tahun ini dapat dielakkan atau dikurangkan, sepertimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, kita harus belanja berhemah sepanjang masa. Kerajaan perlu membuat perancangan belanjawan dengan lebih baik dan lebih rapi. Itu sahaja ucapan saya Puan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, Ramadan Kareem kepada semua. Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Ampang untuk turut dalam perbahasan mengenai Akta Perbekalan Tambahan 2024 iaitu bagi tahun 2025 yang berjumlah hampir RM26 bilion yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan (II).
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Apa pun, Ampang faham dan akur peri pentingnya peruntukan tambahan ini demi memastikan kelicinan, ketangkasan dan keseimbangan operasi dan perkhidmatan kerajaan serta kecekapan tanpa menjejaskan disiplin dan konsolidasi fiskal sebagaimana yang digariskan dalam Akta 850 - Kewangan Awam dan Tanggungan Fiskal 2023.
Walau bagaimanapun, Ampang rasa jumlah yang dinyatakan ini iaitu sebanyak, perbelanjaan mengurus tambahan berjumlah RM20 bilion hampir dan begitu juga pembangunan berjumlah RM2 bilion. Itu juga perlu menjadikan satu perkara yang menarik minat kepada Ampang untuk berbahas.
Apa pun, namun Ampang inginkan kepastian dan juga penjelasan tentang dampak peruntukan tambahan ini terutama dalam tiga perkara ini, Yang di-Pertua iaitu pertama, berkaitan dengan jumlah hutang baharu Kerajaan Persekutuan. Apakah dengan perbelanjaan yang ada ini, kita mahu lihat bagaimanakah status hutang baharu sebab Alhamdulillah, kita tengok yang lepas-lepas itu trend penurunan hutang daripada RM100
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
bilion pada 2022, kita tengok telah turun RM85 bilion pada 2024 malah dijangka susut ke RM80 bilion pada 2025. Jadi, saya harap ianya diperjelaskan.
Keduanya tentang jumlah – apakah kedudukan terkini jumlah defisit fiskal Kerajaan Persekutuan? Apakah ia juga dalam trend penurunan sepertimana yang dijangkakan dan mohon diperjelaskan supaya kita boleh tengok, walaupun mungkin terpaksa kita membuat perbekalan tambahan ini tetapi kita masih dalam keadaan yang terbaik dalam fiskal kerajaan sebenarnya.
Ketiganya berkaitan dengan perkara yang sama. Apakah nisbah defisit fiskal kepada KDNK terus susut juga? Kita hendak lihat juga perkara ini. Mohon diberi gambaran tentang tiga perkara di atas yang telah saya nyatakan. Juga Yang di-Pertua, dari mana sebenarnya kewangan ini diperolehi? Kalau kita tengok, belanjawan itu telah dikemukakan, tiba-tiba kita ada tambahan RM26 bilion yang perlu dibelanjakan. Jadi, dari manakah sebenarnya perbelanjaan ini dapat diambil?
Seterusnya Yang di-Pertua, saya juga merasakan meskipun belanjawan ini akan dapat sokongan, tetapi Ampang ingin menekankan buat ke sekian kalinya kepentingan memahami dan juga menjunjung aplikasi inti pati dan prinsip tadbir urus dan tatakelola yang baik. Untuk itu, saya menekankan di sini, kita perlu beri perhatian terhadap tiga perkara pentinglah. Saya yakin Menteri Kewangan dan juga seluruh Kabinet juga mengatakan begini tetapi saya mengharapkan supaya pertamanya, mekanisme pemantauan perbelanjaan yang ketat demi memastikan dana awam digunakan secara optimum.
Saya tengok apa yang Rasah kemukakan itu, saya nampak relevan. Kita lihat kadang-kadang tiap-tiap tahun benda yang dimohon itu adalah dalam butiran-butiran yang sama, kod-kod objek yang sama. Jadi, patutnya ia perlu dielakkan. Bila kita ada mekanisme pemantauan perbelanjaan dan kita sudah boleh projek, akan datang berapakah sebenarnya belanjawan itu perlu diletakkan? Itu tidak kita nafikan juga. Kadang-kadang, ada juga belanjawan yang terlebih dimohon dan ianya menyebabkan perkara-perkara sampingan yang perlu kita perhatikan supaya tidak ada ketirisan dan juga pembaziran.
Keduanya Yang di-Pertua, saya lihat di sini kaedah untuk mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan tambahan dengan merancang perbelanjaan dengan lebih baik. Malah memperkenalkan langkah-langkah penjimatan kos demi mengurangkan keperluan pembekalan tambahan. Contohnya, mungkin nanti kita akan sentuh dalam butiran yang khusus. Contohnya, kalau kita lihat kadang-kadang pengambilan pekerja-pekerja, kadang-kadang daripada kita buatkan pekerja kontrak, mungkin terlalu banyak, kadang- kadang kita boleh rekonsiliasi supaya ianya mungkin pekerja tetap itu lebih baik, contohnya.
Perkara-perkara itulah perlu dipertimbangkan.
Ketiganya Yang di-Pertua, juga kita mahu melihat bagaimanakah strategi meningkatkan daya tahan dan kemampuan fiskal kerajaan di semua peringkat supaya perbelanjaan yang tidak diduga jangka pendek, tidak melibatkan risiko besar kepada kedudukan kewangan. Jadi, bagaimanakah usaha-usaha ini yang akan dibuat oleh Menteri
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
di masa akan datang dan apakah ianya berkaitan – apakah fokus untuk meningkatkan kecekapan dalam perbelanjaan yang ada? Jadi, itu sahaja Yang di-Pertua. Ampang menyokong penuh rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat berpuasa, salam Ramadan Karim kepada semua rakyat Malaysia, orang-orang muda.
Saya menyentuh perkara khusus, bukan khususlah. Perkara yang dibincang pada hari ini. Jadi, yang pertama sekali ialah disebut ini ialah perbelanjaan P.6 – RM40 juta untuk Majlis Keselamatan Negara (MKN). Cuma dalam pembentangan ini, kami tidak tahu. Kami tergagau-gagau, [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] di mana kita hendak rujuk. Kita hanya dapat rujuk di Kertas Perintah yang telah diletakkan itu tetapi keterangan tidak jelas.
Kita tidak pasti. Saya percaya, bukan niat kerajaan untuk menyorok tetapi kita tidak dapat maklumat untuk kita persembahkan ucapan yang baik. Tapi sekarang pun baik juga ya.
MKN Yang Berhormat. Yang Berhormat mungkin tidak boleh jawab. Yang Berhormat minta kementerian ini jawablah. Saya percaya dia lebih kepada persempadanan. Sekarang ini, sempadan ini adalah satu benda yang cukup sensitif. Pada masa yang lepas, saya pernah minta supaya kerajaan membubuh, meletakkan bendera sebagai mercu tanda bagi tiap-tiap pulau di kawasan sempadan.
Kawasan sempadan ini banyak pulau. Sempadan dengan Philippine dan juga yang lain-lain. Dia ada pulau-pulau kecil. Kita kena letak bendera sebagai mercu tanda. Kalau tidak, orang nampak macam kosong. Kadang-kadang, orang tidak tahu pun kewujudan pulau itu sebenarnya di sebelah sempadan mana. Jadi, itu yang terbaik supaya kerajaan meletakkan tanda dalam bentuk bendera supaya semua pihak mengetahui ini kawasan Malaysia.
Sesetengah orang kata, bendera ini tidak tahan lama. Ya, kita bagilah kerja sedikit kepada kawan-kawan kita yang menjaga laut supaya sentiasa melihat bendera tersebut dan menggantinya dari masa ke semasa. Apa yang berlaku di Pulau Pisang, apa yang berlaku di sempadan dengan Singapore, tidak ada satu – mesti letak bendera. Ada pulau yang mereka sewa daripada kita tapi kita punya. Letak bendera kita. Mereka hanya sewa, tidak boleh letak bendera mereka. Jadi, saya minta kerajaan bagi perhatian tentang MKN.
Kemudian yang keduanya ialah Yang Berhormat, di antara pinjaman yang besar ialah berhubung dengan Danaharta dan juga DanaInfra dan juga Prasarana – hutang Prasarana.
Jadi, di antara hutang makin besar, oleh sebab MRT tidak tercapai matlamatnya. Laluan satu hanya mencapai 35 peratus daripada sasaran pada tahun 2023. Laluan dua mencapai 45.6 peratus. Jadi, kerugian yang besar. Tugas kerajaan yang dikatakan hebat ini, tugasnya buat
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
promosi supaya orang naik MRT. Mula dengan Menteri dahulu, Menteri Kewangan naik MRT, Speaker naik MRT. Saya memang selalu naik dah. Tiada masalah.
Jadi, kita kena buat promosi. Contohnya, ini cakap bukan seronok-seronok Yang Berhormat, saya duduk di Belanda. Saya belajar di Belanda*. I...
[Tidak jelas] my master* dekat Holland ya. Perdana Menteri Holland naik basikal. Rajanya pun kadang-kadang naik basikal, naik basikal pergi office. Akhirnya, seluruh orang Holland naik basikal dan antara negara yang penduduk mempunyai basikal yang banyak ialah Holland. Ada basikal naik dua orang, tiga orang, empat orang pun ada. Jadi, promosi itu penting ya.
Kemudian yang berikutnya ialah Yang Berhormat, Kementerian Pertanian. Baru-baru ini disebut tentang ada campuran beras import yang dimasuk beras tempatan. Saya tidak dengar satu pengumuman di pihak kerajaan, apa tindakan akan diambil? Sebab di antara kilang-kilang yang mengeluarkan beras tempatan ialah kilang BERNAS dan juga kilang – BERNAS pun swasta, kilang-kilang swasta. Jadi, mereka ada campuran.
Apakah tindakan kerajaan? Sudah beratus juta mereka untung. Adalah orang hendak bagi derma sedikit dekat petani tapi kita kena ingat, kita sudah rugi – bukan rugi apa, rugi makanlah kot ya. Tapi mereka untung. Padahal saya kata, untuk selesaikan masalah ini, apungkan beras tempatan. Bukan apungkan beras import. Beras import kita tidak tahu dia beli harga berapa, kemudian dia panggil apung di sini. Beras Thailand mahal, beras Kemboja dengan Vietnam rendah tapi balik sini diapungkan. Kita tahu akhirnya, untung satu beras import itu sudah mahal, dapat jual dengan mahal. Yang keduanya campur lagi beras tempatan. Demikianlah, rakyat Malaysia ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, pencen, saya setuju. Pencen kalau banyak lagi pun saya setuju. Orang-orang yang pencen, kami ― walaupun ada di pihak tertentu terutama kerajaan untuk memberhentikan pencen tetapi kami menyokong pencen. Kita menyokong. Yang ini satu kita cukup sokong ya.
Kemudian, apa itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang akhir sekali, sebagai landing- nya, ialah kerajaan mesti berlaku adil. Titah Sultan Pahang ― Yang Berhormat tak pergi ya, saya pergi. Dia kata, pemimpin hendaklah adil, berterus terang, terbuka, amanah. Jadi, kerajaan sekarang ini kerajaan yang pegang amanah. Amanahnya ialah bila kita ada peruntukan, bagi sama rata kepada rakyat. Orang dah tahu tajuk dia apa dia, kan? Tetapi, tak apa, bulan puasa, saya cakap sekali lagi sebab saya nak jaga puasa saya supaya puasa saya pahalanya semua mantap, tak mahu rugi ya.
Jadi, saya ambil firman Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Saya mengingat-ingat sahaja, bukan menegur ya. Kerajaan mesti berlaku adil bagi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang...
[Tepuk] Supaya sifatnya sebagai Pengerusi ASEAN itu dihormati. Ini di semua negara lain hormat pembangkang, mari Malaysia tak hormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Speaker. Tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana mendapat hasil tambahan sebanyak RM21 bilion dan dengan ini bolehlah membelanjakan tambahan.
Namun, mungkin terlepas pandang untuk memikirkan penyelesaian isu hasil bersih 40 peratus Sabah. Hasil kewangan tambahan ini menunjukkan mungkin kedudukan kewangan Kerajaan Pusat sudah bertambah baik dan isu pembayaran hasil 40 peratus itu mungkin boleh dipertimbangkan sekurang-kurangnya. Keningau memohon bagi pihak Sabah, supaya pembayaran interim itu ditambah RM400 juta supaya pembayaran interim itu menjadi RM1 bilion.
Kedua, juga pemberian peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak.
Selalunya hanya separuh sahaja yang ditambah sebab mengikut rekod, hanya separuh sahaja. Yang separuh itu adalah peruntukan projek-projek sambungan. Maka itu, saya juga ingin mencadangkan supaya tambahan RM1 bilion dipertimbangkan untuk mengganti atau menambah kekurangan peruntukan pembangunan yang dikatakan RM6.6 juta tetapi hanya separuh sahaja yang ditambah kerana projek-projek sambungan daripada tahun 2023.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin bertanya kedudukan status Hospital Tambunan yang sakit dan sepatutnya telah disiapkan. Begitu juga bertanya status mengenai Kompleks Kesihatan di Keningau. Sama ada dia ― bila projek ini akan dimulakan?
Dengan itu, Keningau mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam kita bercakap tentang perbelanjaan kerajaan, penting untuk kita lihat juga daripada sudut hasil kerajaan. Jadi, saya ingin menyentuh perbekalan tambahan ini melalui dua lensa hasil kerajaan iaitu hasil daripada PETRONAS dan juga hasil daripada SST.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu komponen besar hasil kerajaan adalah hasil daripada PETRONAS dan industri petroleum negara. Sejak PETRONAS ditubuhkan, syarikat ini telah menyumbang lebih RM1.3 trilion kepada negara. PETRONAS, kita tahu, merupakan angsa emas bagi negara ini. Tanpa PETRONAS, tentunya Malaysia tidak berada pada tahap yang kita ada pada waktu ini. Kita masih bergantung kepada hasil petroleum. Sebagai contoh, dividen PETRONAS pada tahun 2024 adalah sebanyak RM32 bilion. Kita tahu bahawa hasil petroleum termasuk cukai petroleum telah menyumbang kepada sekitar 20 peratus hasil negara.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
PETRONAS juga menjadi salah satu platform untuk melahirkan Bumiputera berpendidikan tinggi, berkelayakan dan pakar dalam pelbagai bidang. PETRONAS juga merupakan platform untuk melahirkan atau telah melahirkan ramai kelas pertengahan Bumiputera. PETRONAS juga banyak melahirkan vendor-vendor Bumiputera yang akhirnya mampu bersaing bukan sahaja di negara ini, bukan sahaja di rantau ini tetapi di seluruh dunia.
PETRONAS ini cukup dekat di hati saya kerana saya melihat anak-anak muda PETRONAS membesar di depan mata sewaktu saya mengajar di Australia lama dahulu.
Baru-baru ini, PETRONAS mengumumkan bahawa mereka dalam proses rightsizing yang antara lain, kata mudahnya, proses untuk memecat pekerja. Tentunya apabila PETRONAS ingin melaksanakan rightsizing, maknanya apa? Saiz yang ada sekarang adalah saiz yang tidak betul, tidak tepat ataupun saiz yang salah. Sebab itu dikatakan perlu diadakan rightsizing. Kalau itulah hujahannya.
Namun begitu, saya ingin memohon kerajaan untuk berterus terang sebenarnya.
Saya mohon kerajaan berterus terang, apakah hala tuju PETRONAS dalam mana keputusan rightsizing ini diambil? Berapakah jumlah pekerja-pekerja yang akan hilang pekerjaan?
Bilakah mereka ini akan mula meninggalkan PETRONAS?
Kita banyak bercakap tentang brain drain, bagaimana pakar-pakar kita dalam negara akan lari ke luar negara untuk mendapat peluang yang lebih baik. Apakah kerajaan tidak melihat bahawa tindakan untuk membuang pekerja-pekerja ini merupakan satu lagi perkara yang boleh menyumbang kepada brain drain kepada negara ini? Apakah kerajaan tidak melihat bahawa tindakan kerajaan menjual Bandar Malaysia bernilai RM12 bilion kepada PETRONAS itu ruang untuk meletakkan anak-anak muda, pekerja-pekerja PETRONAS ini?
Apakah ruang PETRONAS untuk terus berkembang di luar negara tidak ada tempat untuk anak-anak muda ini?
Jadi, saya ingin meminta kerajaan Yang Berhormat Menteri berterus terang kepada rakyat, apa yang sebenarnya berlaku dalam PETRONAS? Apakah faktor dalam negara dan apakah faktor luar negara yang membawa kepada keputusan ini? Ini merupakan perkara yang amat penting.
Walaupun perkara asasnya kita dimomokkan seolah-olah rightsizing ini dilakukan sebagai satu perkara biasa, memang pernah dilaksanakan pada tahun 2016, namun pada waktu itu, seingat saya, harga minyak dunia berada pada tahap yang paling rendah antara terendah sekitar USD30 setong. Saya nak tanya, apakah PETRONAS sedang menghadapi situasi yang sama? Di mana, kita lihat keadaan di luar sana dalam industri gas dan minyak tidaklah seteruk pada tahun 2016.
Jadi, kerajaan dalam konteks ini, saya mohon, memandangkan PETRONAS merupakan antara penyumbang hasil terbesar negara untuk satu tempoh yang panjang, berterus teranglah kepada rakyat, apakah hala tuju PETRONAS pada masa akan datang?
Kerana, apabila ramai beribu-ribu pekerja ini dibuang, tentunya struktur PETRONAS itu akan terjejas. Ataupun ini merupakan satu proses untuk mengeluarkan pekerja-pekerja lama yang
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
mana tahap gaji mereka lebih tinggi untuk mengambil pekerja-pekerja baharu dan sebagai satu proses penjimatan? Jadi, sekali lagi, saya mohon supaya kerajaan cukup telus dan berterus terang dalam hal ini.
Kedua, saya ingin sentuh, Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan SST. Jika kita lihat antara rungutan paling besar di luar sana adalah berkaitan dengan apakah hala tuju kerajaan tentang SST ini. Kita tahu dalam jawapan terkini kerajaan berkaitan dengan high value goods tax (HVGT) yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023, dikatakan HVGT ini akan ditangguhkan pelaksanaannya tetapi komponen ini akan dimasukkan dalam peluasan skop SST yang akan bermula pada 1 Mei.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Apa sebenarnya berlaku? Industri di luar sana memerlukan satu kepastian ke arah mana kerajaan ingin membawa sistem cukai SST ini. Kerajaan tidak boleh umumkan dalam satu belanjawan akan laksanakan itu, akan laksanakan ini, terus mengembangkan skop dari tahun ke tahun, terus menaikkan nilai SST ataupun peratusan SST dari tahun ke tahun. Tidak ada kesudahan. Ini akan menimbulkan kesan kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dalam negara melihat bahawa sistem cukai kita tidak mempunyai satu kestabilan.
Jadi soalan saya kepada kerajaan, bagaimanakah atau setakat manakah kerajaan akan terus memperluaskan skop SST ini? Dan bilakah sistem cukai yang ada sekarang ini akan mencapai satu tahap yang lebih stabil? Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana berjaya mencatat beberapa kejayaan yang begitu cemerlang sekali, terutamanya KDNK kita naik 5.1 peratus, pelaburan tertinggi memecah rekod dua tahun berturut-turut 2023 dan 2024 dan total investment telah memecah rekod sebanyak RM708 bilion.
Ketiga adalah pengangguran yang terendah dalam 10 tahun 3.1 peratus dan EPF kita juga menunjukkan peningkatan changing of investment and commercial climate. Maka kita boleh mencatat 6.3 peratus dividen. Tahniah kepada kerajaan.
Saya hanya ada satu isu tetapi tiga poin Puan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin go straight to the point adalah sebab utama inflasi medical ya iaitu medical inflation naik kerana antaranya adalah NCD kenaikan penyakit tidak berjangkit, perkembangan teknologi, gaji jururawat dan sebagainya kos input menaik dan juga aging society. Tetapi, kenaikan caj hospital swasta yang tidak terkawal adalah puncanya, adalah punca yang menyebabkan inflasi dan juga kos hospital yang begitu tinggi. Jadi mengikut statistik Bank Negara Malaysia dan juga KKM, hanya 30 peratus bil hospital swasta dikawal oleh Akta 586 iaitu charge this
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
specialist. Selebihnya 70 peratus tidak dikawal langsung iaitu hospital supply dan services yang langsung tidak dikawal.
Contohnya, kita tengok ada face mask. Face mask ini biasa. Face mask sekarang satu kotak RM5 sahaja, satu kotak 50 keping di dalam. Tetapi hospital swasta caj satu face mask RM2. Ini bermaksud bahawa keuntungan 2,000 percent. Kedua, surgical glove, glove ini.
[Sambil menunjukkannya] satu kotak 100 glove hanya jual RM10 sahaja. Tetapi di hospital, dia caj satu pasang RM20, satu pasang RM20.
Jadi Puan Yang di-Pertua, ini excessive profiteering to me. Jadi Puan Yang di-Pertua, sekarang Malaysia ini adalah the biggest glove producer in the world. Kita ada Top Glove, macam-macam, the best, the biggest, palinglah murah di Malaysia ini. Tetapi kenapa hospital swasta caj RM20 satu pasang? Tidak masuk akal langsung sekali.
Jadi Puan Yang di-Pertua, ini adalah excessive profiteering yang menyebabkan caj hospital swasta ini meningkat. Saya baru-baru ini terima minggu lepas, satu pesakit masuk hospital dia buat knee surgery, replacement, orang tua. Dia punya hospital bil RM39,000.
RM39,000. Tinggal hospital dua hari, RM39,000. Hospital consultant untuk pakar-pakar yang under control hanya RM7,800.
Tetapi yang tidak control, yang hospital supply ini amount to RM32,000, RM32,000.
Puan Yang di-Pertua, ini semua tak ada control, tak ada kawalan. Jadi kita amat kesian kepada pesakit. Pesakit ini tidak berdosa. Mereka masuk hospital, dia tidak mahu masuk hospital.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Minta maaf YB, saya tak cukup masa. Tak ada orang nak sakit, tak ada orang nak accident. Tapi masuk mereka jadi mangsa. Jadi kita mahu satu kawalan.
Dulu – jadi saya ingin minta Menteri KPDN, menggunakan Akta 723, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, Price Control and Anti-Profiteering Act. Kita bukan nak strangulate them, we want to regulate. Fair, kalau you caj RM1 kah, 50 sen, okeylah dengan glove ini.
Tetapi takkan RM20 satu pasang.
Dua, tiga tahun yang lepas. Saya masih ingat apabila harga telur naik daripada 40 sen sehingga ke 50 sen, KPDN masuk untuk kawalan harga. Tetapi sekarang kenapa kita tidak boleh control hospital swasta yang clearly 2,000 percent profit? Ini perlu kita kawal.
Jadi Puan Yang di-Pertua, poin yang kedua saya nak bangkitkan ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, okey. Kita mengadukan bahawa caj hospital swasta yang sangat tinggi – kami dapat – semua orang complained tentang caj hospital.
Buang nanah RM12,000. Satu apendiks RM33,000. Knee surgery RM39,000.
YB Sungai Siput baru-baru ini bagi tahu complained masuk, demam biasa sahaja masuk hospital dua hari RM6,000. Kenapa begitu mahal? Saya nak bagi tahu hospital swasta
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
ini adalah for profit. Mereka listed dalam Bursa Malaysia. Setiap tiga bulan, mereka kena laporkan berapa keuntungan. Itu yang menyebabkan mereka terpaksa untuk dapatkan keuntungan lebih tinggi, naikkan harga ini, harga itu.
Jadi kita harus faham bahawa this is an unhealthy situation. Hospital sepatutnya menyelamatkan nyawa, bukan menjadi alat perdagangan. Baru-baru ini saya – Ambassador Korea, His Excellency Yeo Seung-bae, dia memberitahu saya bahawa di Korea, hospital tidak boleh list di Bursa Korea, tidak boleh, kerana mereka hanya boleh – mereka hanyalah to save life, not for profit, hospital di Korea.
Jadi saya ingin menyeru Menteri Kewangan, saya ingin menyeru supaya Bank Negara Malaysia look into this issue. Kita nak jaga rakyat, bukan nak jaga kapitalis-kapitalis.
Saya pro-market, no problem but I’m anti profiteering. Saya tidak suka bahawa orang menggunakan orang yang tidak berdosa, sakit, accident dan mengaut keuntungan daripada mereka.
Jadi, Bank Negara Malaysia harus mengkaji sama ada Malaysia harus membenarkan listing of hospital in Bursa. Sekarang hospital Bursa list valuation 40 price earning ratio, 40, 43. Mereka beli jual hospital.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Macam with they sell and buy hospital like nobody’s business. This is too much.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Last sekali, Khazanah dan EPF. Sebagai pemegang besar this private hospital, contohnya IHH, KPJ. Why not delist? Okay, keep it private supaya ia tidak terkesan dengan the pressure shareholders demanding high profit. Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, kita rakyat kalau kita complain tentang kenaikan kos hospital dan swasta dan juga insurans, kita kena jaga diri kita sendiri kerana akhirnya kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Semasa Tahun Baru Cina dan tidak lama lagi raya dan juga buka puasa, kita makan minum dan sebagainya. Banyak yang tidak sihat dan tidak exercise. Jadi itu sebab Malaysia ini obesiti paling tinggi di South East Asia. Banyak sakit jantung, banyak isu diabetic. Jadi akhir sekali, saya menyeru kepada rakyat di luar, kita pun kena bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jaga kesihatan. Jaga makan minum, exercise. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab masa 30 minit.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Pertama, saya mengucapkan selamat Ramadan untuk semua orang yang berpuasa dan insya-Allah semua ibadat kita diterima oleh Allah SWT.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2024. Seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas melibatkan pelbagai isu. Semua pandangan, teguran dan cadangan yang telah diberikan amatlah dihargai.
Izinkan saya menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan yang berkenaan rang undang-undang ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan di atas idea yang dikemukakan dan Kementerian Kewangan akan menelitinya lanjut selepas ini. Antara pembahas yang dinyatakan sebentar tadi adalah Yang Berhormat Bagan, Bachok, Petaling Jaya, Pendang, Rasah, Kubang Pasu, Ampang, Arau, Keningau, Putrajaya dan Bayan Baru.
Yang Berhormat Bachok dan Ampang membangkitkan soal usaha kerajaan dalam menguruskan hutang kerajaan. Seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI mewarisi beban hutang yang tinggi yang mencecah RM1 trilion pada akhir tahun 2022.
Setakat tahun ini, paras hutang mencapai RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK.
Semua sedia maklum selagi mana kerajaan mengamal perbelanjaan defisit, selagi itulah jumlah hutang akan terus meningkat. Memandangkan Malaysia mengalami situasi defisit sejak 1998 sehingga kini, maka kerajaan meminjam setiap tahun bagi membiayai defisit fiskal untuk menampung perbelanjaan pembangunan negara.
Kita tidak pernah meminjam untuk menampung perbelanjaan operasi semasa.
Sebaliknya kita meminjam bagi membiayai pembangunan masa depan negara dan hasil yang kita raih mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi. Maka sebab itulah sejak Kerajaan MADANI mentadbir negara, komitmen utama kita adalah untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten iaitu dari 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada lima peratus 2023, seterusnya mencapai 4.1 peratus tahun 2024 iaitu lebih rendah daripada sasaran 4.3 peratus.
Kerajaan terus komited untuk mengurangkan defisit dengan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025 seterusnya ke arah mencapai komitmen FRA serendah tiga peratus KDNK.
Selaras dengan pengurangan defisit, ia akan mengurangkan pertumbuhan jumlah hutang dengan dikurangkan pinjaman hutang baru setiap tahun oleh kerajaan. Ia telah berkurang daripada hampir RM100 bilion pada 2022 kepada RM96.6 bilion 2023 seterusnya pada sekitar RM77 bilion pada tahun 2024.
Trend penurunan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada KDNK dapat dikurangkan supaya tidak melebihi 60 peratus dan defisit fiskal pada kadar tiga peratus dapat dicapai dalam tempoh jangka masa sederhana seperti yang
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023. Oleh itu secara umumnya, kita berada di landasan bagi mencapai ketetapan yang digariskan dalam FRA pada penghujung tahun 2028 bermula dengan mencapai defisit tiga peratus.
Dalam Belanjawan 2025, salah satu strategi kerajaan adalah untuk mengurangkan peruntukan perbelanjaan pembangunan kepada RM86 bilion selaras dengan pengurangan defisit fiskal tetapi dilaksanakan juga projek secara usaha sama swasta (PFI) bernilai RM9 bilion dan juga komitmen pelaburan langsung domestik syarikat GLIC sebanyak RM25 bilion.
Strategik ini meningkatkan pelaburan awam kepada RM120 bilion untuk 2025 supaya merancakkan pertumbuhan walaupun kadar hutang baru yang lebih rendah. Beberapa Ahli- ahli Yang Berhormat ada menyentuh mengenai pelaksanaan program penyasaran subsidi bahan api oleh kerajaan antara Yang Berhormat Bachok dan Pendang.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun 2024 kerajaan membelanjakan lebih RM70 bilion untuk subsidi insentif dan bantuan. Perbelanjaan ini melebihi anggaran asal Belanjawan 2024 sebanyak RM58 bilion. Antara sebab utama peningkatan tahun lalu adalah untuk menampung keperluan tambahan bagi subsidi produk petroleum iaitu RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
Belanjawan 2024 disediakan berdasarkan andaian penyasaran subsidi diesel dan RON akan dilaksanakan pada awal tahun 2024. Akhirnya kerajaan telah hanya melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada bulan Jun 2024 dan telah menangguh pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 kepada tahun 2025. Langkah ini mengambil kira penyasaran subsidi juga telah dilaksanakan pada tahun 2024 untuk elektrik pada bulan Januari 2024 dan selanjutnya tarif air pada bulan Februari 2024.
Kerajaan juga meneliti mekanisme penyasaran subsidi RON95 secara terperinci bagi memastikan rakyat sekurang-kurangnya 85 peratus warganegara terus menikmati subsidi petrol RON95. Penjadualan penyasaran semula subsidi merupakan penyumbang utama kerajaan menampung komitmen tambahan RM12.1 bilion berbanding anggaran asal untuk subsidi petroleum sebanyak RM18.52 bilion.
Ada Yang Berhormat yang membangkitkan bahawa penyasaran subsidi diesel telah memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat dan tidak dinilai secara menyeluruh, termasuk impak kepada sektor pertanian. Andaian Yang Berhormat bahawa sektor pertanian tidak diambil kira dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel adalah tidak benar sama sekali.
Di bawah Program BUDI MADANI yang kerajaan umumkan, terdapat tiga subprogram pertama iaitu Program MySubsidi Diesel melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0), BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi. Di bawah SKDS 2.0, 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat yang menggunakan fleet card kekal menikmati harga diesel pada kadar RM2.15 seliter.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian, golongan petani dan pekebun kecil yang layak di bawah BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi. Sehingga 31
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Disember 2024, lebih 140,000 penerima BUDI Individu dan 110,000 BUDI Agri-Komoditi telah diluluskan dalam tempoh enam bulan pelaksanaan sejak Jun 2024 dengan jumlah pembayaran sebanyak masing-masing RM190 juta dan RM70 juta.
Kerajaan MADANI telah memperuntukkan sebanyak RM2.279 bilion pada tahun 2025 kepada pesawah dalam bentuk bantuan tunai serta bukan tunai. Bagi memastikan keterjaminan makanan menjadi agenda utama negara. Bantuan ini diperuntukkan melalui Skim Insentif Pengeluaran Padi, subsidi benih padi sah, subsidi baja racun, padi bukit bagi membantu pesawah padi bukit dan huma di Sabah dan Sarawak.
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Subsidi Harga Padi serta yang terkini Skim Perlindungan Takaful Tanaman Padi dengan pampasan sehingga RM3,000 sehektar.
Belanjawan MADANI 2025 telah menambah baik insentif dan bantuan pesawah seperti kenaikan bantuan bajak sebanyak RM60 sehektar daripada RM100 sehektar semusim kepada RM160 sehektar semusim. Kenaikan bantuan racun makhluk perosak sebanyak RM100 sehektar daripada RM200 sehektar semusim kepada RM300 sehektar semusim.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bantuan pembajakan, racun dan insentif penuaian yang diterima pesawah pada musim penanaman pada tahun 2025 berjumlah RM210 sehektar semusim bagi menstabilkan kos operasi sektor pertanian berbanding RM100 sehektar pada tahun sebelumnya untuk memberi manfaat seramai 200,000 pesawah yang berdaftar.
Setakat ini, penyasaran subsidi diesel telah menjana penjimatan dana kerajaan sekitar RM600 sebulan. Penjimatan yang diperolehi akan memastikan lebih banyak sumber untuk disalurkan kepada sektor kritikal lain yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan antaranya seperti jalan hospital dan sekolah. Contohnya juga peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun 2024.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan komited mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif selaras dengan hasrat menaikkan lantai di bawah Ekonomi MADANI.
Di samping itu, pelbagai operasi penguatkuasaan juga akan terus diperkasakan melalui Ops Kesan, Ops Catut, Ops Terjah, Ops Tiris, Ops Menu, Ops Pasar dan Ops Samar oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Semua operasi ini adalah untuk membendung sebarang usaha untuk menjejaskan kestabilan bekalan, barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran.
Kerajaan sentiasa memantau situasi semasa termasuk pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel dan sekiranya perlu, menambah baik daripada semasa ke semasa dibuat dalam memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Berhubungan dengan penyasaran subsidi petrol RON95 dan mekanismenya yang bakal dilaksanakan, ia adalah selaras dengan penyasaran subsidi elektrik dan diesel iaitu melibatkan penetapan harga berperingkat di mana majoriti rakyat layak untuk subsidi dan akan terus dapat menikmati harga bersubsidi. Penyasaran subsidi elektrik mengguna pakai pendekatan iaitu pengguna elektrik dengan tahap penggunaan yang lebih tinggi, dikenakan tarif elektrik yang lebih tinggi.
Penyasaran subsidi diesel pula menetapkan harga jualan di pam tanpa subsidi iaitu pada masa ini RM3.18 seliter. Subsidi kemudian disasarkan kepada sektor yang layak seperti kenderaan sektor logistik dengan menggunakan kaedah fleet card untuk terus membeli diesel pada harga bersubsidi RM2.15 iaitu lebih rendah RM1 seliter sementara pengguna yang layak menerima bantuan tunai BUDI MADANI.
Penyasaran subsidi RON95 perlu dilaksanakan disebabkan perbezaan harga yang besar yang menyebabkan ketirisan dalam subsidi petrol dan digunakan oleh kumpulan yang tidak sepatutnya. Berdasarkan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biar saya habis dulu, boleh? Saya ada banyak lagi nak habis. Fasal soalan banyak tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Berdasarkan data semasa, dianggarkan penggunaan petrol dan petrol oleh bukan warganegara dan sektor komersial termasuk aktiviti penyeludupan melebihi 20 peratus daripada jumlah penggunaan. Memandangkan perbelanjaan subsidi RON95 tahun 2024 hampir berjumlah RM20 bilion, jika ketirisan bukan warganegara, perniagaan dan golongan kaya dapat ditangani, ia bakal menjimatkan penjimatan lebih RM8 bilion setahun.
Peralihan daripada pemberian subsidi pukal dengan harga runcit bersubsidi kepada semua pengguna tanpa had kepada penyasaran subsidi memerlukan penentuan kaedah bantuan yang bersesuaian untuk digunakan. Bagi penyasaran subsidi RON95, kerajaan akan menggunakan MyKad sebagai rujukan utama menentukan status kewarganegaraan.
Manakala, kaedah-kaedah lain melalui kriteria lain seperti pemilikan kenderaan sama ada yang bermotosikal atau berkereta termasuk lokaliti penerima subsidi masih dalam penelitian.
Kerajaan juga sedang meneliti pendekatan yang digunakan bagi menentukan julat pendapatan isi rumah bagi memastikan majoriti 85 peratus rakyat tidak akan terjejas apabila penyasaran subsidi petrol RON95 dilaksanakan kelak. Kebolehlaksanakan teknologi MyKad ini terbukti berkesan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan pagi pembelian barangan keperluan asas terpilih sejak tahun 2024. Tahap penggunaan di negeri Kelantan dan Perlis mencecah 99 peratus.
Bermula 15 Januari 2025, kerajaan telah menyalur SARA melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar. Pada Januari 2025, penyaluran bantuan SARA melalui MyKad diperluaskan juga ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
hanya negeri-negeri Semenanjung pada tahun 2024. Pada April tahun ini, SARA akan diperluaskan kepada 5.4 juta penerima, termasuk isi rumah B40. Bagi memenuhi keperluan penerima SARA, bilangan kedai runcit dan pasar raya di bawah program telah mencecah 2,100 dan akan terus ditambah bagi memastikan terdapat kedai berdekatan dengan semua penerima.
Seperti penyasaran subsidi diesel, pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 juga akan melibatkan penetapan harga pam mengambil kira harga pasaran. Manakala, penerima subsidi RON95 layak akan meliputi lebih 85 peratus pengguna warganegara akan terus menikmati petrol RON95 yang bersubsidi. Bagi meredakan kebimbangan rakyat, kerajaan akan memastikan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 yang menyeluruh dan berkesan seperti tindakan menyeluruh yang diambil dalam subsidi diesel.
Ini termasuklah memastikan bahawa kumpulan rakyat yang layak akan terus mendapat insentif atau bantuan sewajarnya, di samping menggunakan mekanisme yang mudah dan holistik untuk penyebaran maklumat atau penerangan penyasaran subsidi yang berkesan selain mengekang daripada berlakunya cubaan pencatutan atau kenaikan harga mendadak dalam kalangan pengusaha yang tidak bertanggungjawab.
Kerajaan komited untuk terus membela nasib rakyat termasuk golongan pertengahan dalam menghadapi kos sara hidup. Yang Berhormat Bagan dan Pendang ada menyentuh mengenai e-Invois serta kesannya kepada PMKS. Pelaksanaan e-Invois fasa tiga secara menyeluruh sepatutnya bermula 1 Julai 2025 yang melibatkan semua jenis perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Namun, bagi terus membantu PMKS untuk mempunyai tempoh persediaan yang secukupnya, kerajaan bersetuju supaya fasa pelaksanaan e-Invois bagi PMKS yang mempunyai nilai jualan antara RM150,000 sehingga RM500,000 setahun ditangguhkan ke 1 Januari 2026.
Sebagai tambahan, tempoh peralihan selama enam bulan juga akan disediakan kepada kumpulan peniaga ini yang akan memberi manfaat kepada lebih daripada 240,000 PMKS. Pada masa yang sama, kerajaan sedar akan cabaran yang dihadapi oleh PMKS dalam mengadaptasikan e-Invois, terutamanya dalam aspek penerapan teknologi dan jurang kesediaan pengetahuan berkenaan e-Invois . Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memberi pengecualian daripada pengeluaran e-Invois kepada peniagaan kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah nilai ambang RM150,000.
Langkah itu memberi manfaat kepada lebih 700,000 peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak atau penjaja yang tidak perlu mengeluarkan e-Invois. Walaupun terdapat kelonggaran yang disediakan, kerajaan menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e-Invois selaras dengan aspirasi ke arah pendigitalan perniagaan. Inisiatif e-Invois dapat membantu PMKS mempunyai sistem perekodan jualan dan pembelian serta penyimpan rekod yang lebih teratur, yang mana akhirnya dapat melancarkan operasi perniagaan.
Pelaksanaan e-Invois telah bermula sejak 1 Ogos 2024 bagi syarikat yang mempunyai jualan tahunan melebihi RM100 juta. Mulai 1 Januari 2025, pelaksanaan e-Invois fasa kedua pula bermula bagi syarikat yang mempunyai jualan di antara RM25 juta ke RM100 juta.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sejak pelaksanaan e-Invois, sebanyak 25,173 syarikat telah menggunakan sistem e- Invois yang melibatkan pengeluaran RM181.3 juta e-Invois secara keseluruhan. Pelaksanaan e-Invois ini bukan sahaja melibatkan syarikat atau pembayar cukai fasa pertama dan kedua tapi turut diikuti oleh syarikat yang berada dalam fasa ketiga secara sukarela. Ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik di kalangan syarikat dalam mematuhi pelaksanaan e-Invois.
Yang Berhormat Rasah dan Kubang Pasu telah membangkitkan berkenaan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan unjuran asal, peruntukan sebanyak RM2.5 bilion telah disediakan semasa penyediaan Belanjawan 2024 mengambil kira yang diperlukan bagi bayaran AP58(a) iaitu kebenaran khas menggunakan peruntukan semasa bagi penyelesaian perbelanjaan atau bil yang telah ditanggung pada tahun sebelumnya, yang mana bekalan atau kerja telah diselesaikan.
Sebanyak RM409 juta komitmen tambahan, susulan pelarasan kadar kontrak berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum sebanyak RM344 juta, kenaikan cukai SST sebanyak dua peratus yang berkuat kuasa mulai Mac 2024 sebanyak RM48 juta dan memenuhi tuntutan perbelanjaan semasa sehingga pertengahan Disember 2024 sebanyak RM959 juta. Manakala keperluan peruntukan tambahan berjumlah RM1.76 bilion telah disediakan.
Kementerian mengambil maklum yang proses penyediaan belanjawan harus dipercepatkan dan kita akan berusaha untuk tahun ini, agar kita tidak lagi ada perlu menambah tambahan di masa-masa yang depan untuk subjek ini. Ini menunjukkan Kerajaan MADANI kekal komited untuk memastikan bayaran komitmen bulanan kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan dipenuhi berdasarkan obligasi kontrak.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau telah menyentuh mengenai penyaluran dana tambahan antaranya kepada DanaInfra Sdn. Bhd. dan Prasarana. Peruntukan- peruntukan tambahan untuk DanaInfra dan Prasarana adalah untuk bagi menampung pelunasan komitmen kewangan bagi pembiayaan Projek Infrastruktur Pengangkutan Awam iaitu MRT1 dan 2, LRT3 dan Projek Lebuhraya Pan Borneo. Prasarana juga bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam darat meliputi perkhidmatan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan serta perkhidmatan LRT, Monorel di Lembah Klang.
Berkaitan dengan persoalan ─ berikutan projek LRT Penang, asalnya projek ini adalah projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah dianugerahkan kepada SRS Konsortium Sdn. Bhd. melalui proses tender terbuka. Berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih projek ini, penglibatan SRS adalah wajar mengambil kira implikasi perundangan dan kos pampasan kepada Kerajaan Pulau Pinang memandangkan perjanjian project delivery partner (PDP) yang telah ditangani pada 1 Julai 2020.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Kubang Pasu telah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, minta penjelasan sikit.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya terima kasih. Kalau Yang Berhormat tak boleh jawab, tak apa, jawab bertulis ya. Tentang Infra ─ Prasarana dan juga yang saya telah sebut sebentar tadi. Yang Berhormat, sasarannya rendah. Jadi, lepas itu Yang Berhormat boleh sebut Kerajaan MADANI. Ini Kerajaan MADANI tak sampai sasaran.
Contohnya ialah kita kena ada promosi, kita buat kemudahan yang hebat tapi orang tidak pakai dan kita kena bayar. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat meminta supaya pihak- pihak yang berwajib untuk melaksanakan, membuat promosi, nombor satu.
Yang tadi Yang Berhormat sebut, Yang Berhormat sebut tentang diesel ya, diesel.
Yang Berhormat, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan RM180 juta untuk bagi kepada petani. Untuk apa, diesel? Yang Berhormat, bukan semua petani pakai diesel. Yang pakai diesel ini ialah pengusaha traktor, machine padi dan juga lain-lain lagi. Mereka ini telah naikkan harga perkhidmatan berdasarkan kepada keadaan semasa.
Jadi, apabila kita bagi RM180 juta ini, apakah mereka akan menurunkan kadar perkhidmatan yang mereka kenakan pada petani? Siapakah regulator-nya? Siapakah badan yang untuk menguatkuasakan harga pertanian? Sudah pasti Yang Berhormat tak boleh jawab ini. Memang tak boleh jawab. Serah kepada Menteri Pertanian sebab Menteri Pertanian sekarang ini akan menjawab dengan saya tentang beras tempatan dan import yang dicampur itu kononnya tidak ada satu undang-undang untuk kita ambil tindakan.
Saya akan cadangkan bahawa sebenarnya undang-undang yang ada itu mencukupi untuk kita ambil tindakan. Orang terus untung beratus juta Ringgit, kita kata tiba-tiba tidak ada undang-undang yang boleh diambil tindakan kepada mereka. Ada ya. Jadi Yang Berhormat, itu serah kepada Menteri Pertanian. Tapi saya nak sebut ini supaya rakyat Malaysia nampak bahawa saya telah timbulkan benda ini. Saya minta supaya subsidi diesel itu tak payah bagi sebab mereka dah naikkan harga perkhidmatan tapi bagi kepada petani terus RM180 juta sebab bendang kami kena penyakit dan lain-lain lagi.
Baru-baru ini bila kerajaan isytiharkan harga lantai pada hari Khamis. Patutnya kalau ikut Menteri Pertanian kata, laksana serta-merta tapi dilaksanakan pada hari Ahad. Yang Berhormat, tiga hari petani tak buat kerja sebab nak tunggu harga lantai. Akhirnya banyak padi yang rosak, sayang. Saya melawat semua kawasan lengang, sunyi sepi. Hari Sabtu semalam...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat, boleh saya teruskan tak Yang Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya nak beritahu bahawa peruntukan tambahan yang dibagi itu tidak menjamin kepada kesejahteraan. Yang Berhormat baca Yang Berhormat. Pada pandangan saya, Yang Berhormat tak payah baca. Yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berhormat jawab yang kami tanya. Sebab pembacaan itu ialah cerita apa yang kerajaan nak buat. Yang kami nak tanya ialah apa yang telah kerajaan ─ telah lakukan. Shut up, bulan puasa.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat kata...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, masa, masa Yang Berhormat. Tapi kalau Yang Berhormat bagi ruang, Yang Berhormat nak jawab banyak benda itu ya. Jadi plan out dan nampak gaya paling kuat bagilah seminit dua. Kalau tidak, your whole time will be taken.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Okey, kita teruskan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi. Yang Berhormat Kubang Pasu menyentuh tentang tambahan Kementerian Pendidikan Tinggi. Berapa institusi awam, contohnya UiTM, USM, USIM dan UIAM telah mengemukakan permohonan tambahan peruntukan bagi tujuan perbelanjaan utiliti disebabkan kedudukan rizab yang semakin berkurang. Sehubungan itu, peruntukan tambahan disediakan untuk mereka, untuk keperluan operasi. Seperti Yang Amat Berhormat semua sedia maklum, dalam tambahan kali ini kita terpaksa buat tambahan untuk empat pilihan raya kecil iaitu...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di- Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
RM8 juta...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak jawab soalan saya, dah pergi tajuk lain dah itu. Nilai ambang daripada RM150 ke RM500,000 tadi tak berjawab lagi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih banyak. Saya dah kata kita akan anjakkan dia kepada tahun depan Januari tahun depan.
Akhir sekali, mungkin ada soalan yang ditanyakan berkenaan RM40 juta dalam JPM untuk peruntukan tambahan. Sebenarnya ini bukan projek baharu. Ini hanyalah pindahan butiran projek daripada Kementerian Dalam Negeri kepada JPM bagi menyambung pelaksanaan projek MyDigital ID. Jadi, sebagai penutup saya mengakhiri penggulungan ini dengan sukacita merakamkan...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, soalan PETRONAS dengan SST tadi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ucapan penghargaan dan terima kasih ke atas pandangan dan input yang dikongsikan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, minta jawab soalan PETRONAS dengan SST tadi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebenarnya...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya ada tanya berkaitan – kita bercakap tentang belanja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kita nak kena cakap tentang hasil. Jadi, saya sentuh tentang hasil tadi. Mohon Yang Berhormat Menteri berikan sedikit jawapan. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih tapi sebenarnya pertanyaan Putrajaya tidak ada mengenai rang undang-undang ini dan tidak ada dalam butiran yang ada.
Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker. Kalau saya boleh sedikit untuk tidak kata bahawa pertanyaan saya tidak ada kaitan, itu tidak benar. Itu saya hendak kena jelaskan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Apa yang dibentangkan tadi adalah berkaitan dengan perbekalan tambahan.
Maknanya, perbelanjaan tambahan. Daripada mana datangnya duit belanja ini? Tentulah daripada hasil. Itulah perkara yang tadi saya tekankan tadi. Dua komponen hasil utama, PETRONAS dan juga hasil SST. Saya hanya minta Menteri jelaskan dua itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri boleh memilih untuk menjawab bertulis. Baik. Saya arahkan sedemikian lah. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order, point of oder Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, ya. Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebenarnya Putrajaya tadi bercakap sama dengan Ampang. Di mana sumbernya, ya. Okey, 35(1), Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
35(1), ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
“Seorang Ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi, maka hendaklah dia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi. Seorang Ahli tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi.” Saya tengok banyak orang bercakap, baca. Dia tak perlu kat Pengerusi. Ini telah dibincangkan sepanjang Parlimen. Sebelum Yang Berhormat masuk Parlimen, kami dah bincang dah daripada dahulukala kami bincang tentang apakah Menteri wajar baca ataupun menghala kepada Pengerusi. Ini sesetengah orang tak menghala Pengerusi. Dia baca. Dia kena tengok kepada Pengerusi. Kalau tak boleh selalu pun, sekali-sekala. Macam saya, saya tengok sampai habis. Jadi, kalau sekiranya kita baca apa yang pegawai bagi, jadi di manakah kehebatan kita seorang Menteri? Kena jawab depan kami semua.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Arau, Arau, dulu Arau jadi Menteri baca ke terus...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar. Saya tengah berurusan dengan Yang Berhormat Arau. Saya benarkan, baru bercakap. Yang Berhormat Pendang pun jangan daripada sana pula. Saya nampak. I am going to be strict, I tell you. Ini first warning, Yang Berhormat Kampar. Warning pertama Yang Berhormat Pendang kerana bercakap.
Baik, saya hanya benarkan Yang Berhormat Arau untuk bercakap. Yang Berhormat, ini bulan puasa, ya. Tolonglah ya. Okey Yang Berhormat, habiskan. Selepas itu, saya akan menjawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Yang Berhormat. Bila seseorang Ahli bangun bercakap, mesti menghalakan kepada Speaker. Cuba tengok persidangan di Britain yang kita ambil contoh. Semua Perdana Menteri dia bercakap, cara cakap dia jawab sekejap sahaja. Kemudian, semua orang boleh bercakap. Jadi, kita baru nampak bahawa kita berbahas. Bukan kita datang membaca. Kalau kita datang membaca, jadi apa yang kami cakap, tidak dijawab. Terima kasih Speaker, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya selalu cakap 35, 36, 37 itu adalah garis panduan untuk berbahas. Tapi I’m being sincere di bulan-bulan puasa inilah. Yang Berhormat ini, banyak yang tahu peraturan tapi langgar semacam. Ha, tak tahulah sebab apa. Sebab airtime daripada luar nak menunjuk Yang Berhormat bekerja, let us be ikhlas lah. Ini bulan-bulan puasa ini.
Kalau kita yang buat undang-undang sini tapi kalau ini pun kita tak boleh buka, tak boleh ikut, apa rakyat tengok?
[Sambil menunjukkan buku Peraturan Mesyuarat] Nak kena tegur, nak kena tegur. Saya tak nak jadi guru besar. Ini bulan-bulan puasa. Tapi kalau terpaksa saya cakap, saya bercakap. I was an enforcement officer for 30 over years. Menguatkuasakan undang-undang. Kalau kita sendiri di Dewan 222 orang ini, tak boleh ikut peraturan ini, how do you expect rakyat di luar itu?
35(1) itu senang sahaja. Arahan dah tetap, senang. Bercakap menghadap Yang di- Pertua tapi kita dalam Dewan ini, kita bagi ruang. Nak pusing kanan ke kiri. Lagi satu Yang Berhormat, okey ini saya buat petua ya. Berkaitan sama ada Menteri atau yang menjawab itu bercakap memberi direct kepada saya ataupun membaca daripada teks, tidak menjadi masalah kerana keyword-nya menjawab. Cara menjawab itu sama ada dia baca ke atau pegawai dia bagi, but it still an answer, dengan izin. Itu petua saya. Saya benarkan walaupun dibaca daripada teks.
Baik, kita balik kepada urusan kita. Allahuakbar. Baik. Yang Berhormat Menteri sudah selesai jawab ya? Jadi, mana yang dibangkitkan perlu dijawab bertulis, sila jawab bertulis ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah Majlis.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan dua bilion tiga ratus lapan juta tujuh puluh ribu empat ratus lima puluh ringgit
(RM2,308,070,450) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2024 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2025 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]* [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM20,191,299,500 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2024 bagi Maksud-maksud Bekalan B.4, B.7, B.11, B.12, B.25, B.63 dan B.64 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM2,308,070,450 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2024 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.10, P.21, P.23, P.27, P.28, P.30, P.33, P.43, P.46, P.48 dan P.60 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 Tahun 2025 dan Kertas Perintah 2 Tahun 2025, masing-masing dijadikan anggaran perbelanjaan.
Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2024 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama Tahun 2024 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
tambahan ini juga diberi dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A Tahun 2025 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2024 dan Kertas Perintah 2A Tahun 2025 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2024. Oleh itu, saya tidak berhajat untuk memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kepala Bekalan B.4 dan B.7 dan Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri dibuka untuk dibahaskan.
Senarai di dalam tangan saya seramai lima orang Yang Berhormat akan berbahas iaitu pertama, Yang Berhormat Rasah, diikuti dengan Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tumpat dan Menteri akan menjawab dalam 15 minit.
Sebelum saya memanggil pembahas, ingin saya ingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat diingatkan untuk turut mematuhi Peraturan Mesyuarat 67(9) yang mengehadkan perbahasan peringkat Jawatankuasa kepada butir-butir yang terkandung dalam anggaran belanja yang diminta diuntukkan perbelanjaan tambahan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa berbahas peringkat jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin bangkitkan.
Sebanyak enam kementerian yang terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini, manakala sembilan lagi kementerian hanya melibatkan token yang tidak perlu dibahaskan.
Peringkat jawatankuasa yang melibatkan enam kementerian, setiap pembahas diberikan lima minit bagi setiap kementerian. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan di peringkat yang akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang pertama, B.4 di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya nampak ada tambahan RM8.1 juta diperlukan. Memang kita tahu diperlukan untuk melangsungkan ataupun melaksanakan Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, Kuala Kubu Bharu, Nenggiri dan Mahkota pada tahun lepas. Itu kita setuju.
Cuma, saya ambil kesempatan ini hendak tanya pada pihak Jabatan Perdana Menteri dan juga SPR, bagaimana dengan pilihan raya negeri, PRN Sabah yang kita memang tahu tahun ini akan dilaksanakan. Jadi, macam mana keadaan dia? Sebab kalau ikutkan satu pilihan raya kecil (PRK) purata RM2 juta, berapakah belanja untuk Sabah yang ada kalau tidak silap saya 73 Dewan Undangan Negeri. Jadi, apakah forecast (jangkaan) sebab ia
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
pastinya akan berlaku? Jadi, apakah kesiapsiagaan perencanaan ke arah melaksanakan PRN Sabah pada kali ini?
Perkara kedua di bawah Maksud B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam. Diperuntukkan lebih RM1.148 bilion. Saya nampak ada satu butiran, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
(BKKA). Saya setuju ini biasa, kita bagi kakitangan awam sebelum sambut Aidilfitri. Cuma, ini saya hendak tanya kenapa pada tahun lepas butiran yang sama, tajuk yang sama, bantuan yang sama di bawah Kementerian Kewangan?
Saya ada bawa buku pada tahun lepas, kenapa ada pindaan sebegitu? Daripada asalnya di bawah Maksud B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan, B.11. Sekarang ini pinda ke B.7. Apakah punca kuasanya sudah berubah selepas kita melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada beberapa bulan yang lepas? Mohon Menteri memberikan jawapan berkenaan pada perkara ini.
Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan Dato’ Pengerusi adalah di bawah maksud ― ini Perbelanjaan Pembangunan Maksud P.6 – Jabatan Perdana Menteri di bawah Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara, RM40 juta diperuntukkan khas untuk projek MyDigital ID. Saya hendak sebut ini, kalau hendak ikutkan ayat dalam buku yang diedarkan kepada kami, dikatakan bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta adalah dikehendaki bagi membiayai pindaan butiran projek MyDigital ID daripada Kementerian Dalam Negeri kepada Jabatan Perdana Menteri bagi menyambung pelaksanaan projek.
Saya hendak tanya, kalau MYDigital ID bidang kuasa dipindahkan dari KDN ke JPM, setakat pinda macam ini perlukan RM40 juta. Apakah sebab dia? Saya kalau RM40 juta ini dibelanjakan untuk pembangunan untuk membolehkan sistem itu lebih maju, lebih kata orang menjamin keselamatan ID setiap pengguna yang terlibat tidak kira pemohon STR kah ataupun pembayaran cukai yang terlibat dengan LHDN dan sebagainya. Kalau itu saya rasa kita patut sokong. Tetapi kenapa kalau dipindahkan terus dari KDN ke JPM terus RM40 juta.
Jadi, apakah jenis tambah baik? Tetapi saya nampaklah ia bertujuan untuk mewujudkan gerbang single sign-on, log masuk tunggal ke aplikasi kerajaan dan swasta.
Jadi, apakah sistem ini sebelum ini ketika di bawah KDN tidak ada dan hanya wujud selepas dipindahkan ke JPM? Mohon Yang Berhormat Menteri yang akan menjawab dalam perkara ini memberikan penjelasan sebab ia melibatkan RM40 juta. Itu sahaja Dato’ Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan peruntukan tambahan RM40 juta kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) P.6 di bawah
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Jabatan Perdana Menteri (JPM). MKN adalah agensi utama dalam menangani isu keselamatan negara, termasuk urusan bencana kawalan sempadan, keselamatan siber dan ancaman keselamatan dalam negara. Oleh itu, kita bersetuju bahawa peruntukan kepada MKN amat penting, namun persoalannya ialah mengapa tambahan RM40 juta ini diperlukan dan bagaimana ia akan digunakan.
Dato' Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan konkrit daripada kerajaan, mengapa peruntukan asal tidak mencukupi? Apakah keperluan spesifik yang memerlukan tambahan RM40 juta ini dan adakah ia untuk menampung perbelanjaan operasi yang meningkat atau bagi projek yang baru? Kita perlu memastikan bahawa peruntukan ini benar- benar memberi manfaat kepada keselamatan negara dan bukannya disebabkan kelemahan perancangan kewangan.
Dalam MyDigital ID adalah satu inisiatif penting dalam pendigitalan perkhidmatan kerajaan tetapi persoalan utama ialah sejauh mana projek ini akan meningkatkan keselamatan rakyat dan kecekapan kerajaan serta mengapa RM40 juta tambahan diperlukan. Saya ingin mendapatkan penjelasan konkrit daripada pihak kerajaan, mengapa bajet asal tidak mencukupi yang melaksanakan MyDigital ID? Adakah kos projek meningkat disebabkan teknologi tambahan atau pelaksanaan lebih awal daripada jadual? Adakah kerajaan telah menilai keberkesanan MyDigital ID sebelum meluluskan dana tambahan ini?
Jika projek ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan siber, mengelakkan penipuan identiti dan memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan secara digital, kita boleh mempertimbangkannya. Namun kerajaan perlu memastikan bahawa perbelanjaan ini tidak membazir dan sistem ini benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat. Kita bersetuju bahawa identiti digital yang selamat dan berpusat boleh membantu mempercepatkan urusan rasmi rakyat, mengurangkan kes penipuan identiti dan memastikan transaksi dalam talian lebih selamat.
Tetapi saya ingin tahu bagaimana MyDigital ID akan berfungsi secara praktikal dan sejauh mana ia boleh melindungi data peribadi rakyat. Adakah sistem ini telah diuji sepenuhnya untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi daripada serangan siber?
Apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan tiada kebocoran data dan salah guna maklumat rakyat? Kita tidak mahu sistem ini diperkenalkan tergesa-gesa tanpa perlindungan data yang kukuh kerana kebocoran maklumat peribadi boleh membawa risiko besar kepada keselamatan rakyat.
Dato’ Pengerusi, saya juga ingin mendapatkan kepastian mengenai bagaimana RM40 juta ini akan digunakan? Adakah ia akan dibelanjakan untuk pembangunan sistem MyDigital ID itu sendiri, keselamatan siber dan perlindungan data pengguna atau kempen kesedaran kepada rakyat mengenai penggunaan MyDigital ID.
Kerajaan perlu menjelaskan kos sebenar projek ini dan siapa penyedia teknologi yang akan melaksanakan sistem ini? Adakah projek ini dilaksanakan melalui tender terbuka atau diberikan kepada syarikat tertentu tanpa persaingan? Saya mencadangkan supaya
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
laporan perbelanjaan projek ini dibentangkan secara berkala kepada Parlimen bagi memastikan ketelusan dan tiada ketirisan penggunaan dana ini.
Dato’ Pengerusi, satu lagi isi penting yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kerajaan akan melindungi data pengguna dalam MYDigital ID. Saya ingin bertanya, apakah jaminan kerajaan bahawa maklumat rakyat tidak akan disalahgunakan oleh pihak ketiga termasuk pihak teknologi luar negara. Adakah kerajaan telah menyediakan undang-undang atau dasar yang jelas bagi mengawal penggunaan dan penyimpanan dalam data identiti digital?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Bagaimana kerajaan memastikan bahawa MyDigital ID tidak akan membuka ruang kepada pengawasan keterlaluan ke atas rakyat? Kita mahu identiti digital yang selamat dan mesra pengguna tetapi kita juga mahu jaminan bahawa data peribadi rakyat akan dilindungi sepenuhnya.
Dato’ Pengerusi, sebelum kita meneruskan peruntukan tambahan ini, kerajaan perlu menjawab beberapa soalan utama. Mengapa RM40 juta tambahan diperlukan untuk MyDigital ID? Bagaimana peruntukan ini akan digunakan secara spesifik? Apakah jaminan keselamatan terhadap data rakyat dalam sistem ini? Bagaimana kerajaan memastikan ketelusan dan tiada ketirisan dalam...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung 30 saat.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey, Dato’ Pengerusi. Saya berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan yang jelas dan meyakinkan sebelum dana ini diluluskan. Setiap ringgit yang dibelanjakan, mestilah benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan tidak menimbulkan risiko keselamatan kepada maklumat peribadi mereka.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Tuaran? Jika tidak ada, saya persilakan Yang Berhormat Arau. Jika Yang Berhormat Arau pun tiada, saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada isu-isu berkaitan dengan P.4 iaitu SPR, tentang apakah status terkini, cadangan untuk reformasi bagi SPR diletakkan di bawah Parlimen? Apakah juga tindakan oleh kerajaan berkenaan dengan pelantikan, usaha kita supaya mengusulkan Pengerusi SPR itu dicadangkan oleh pihak JPKP Reformasi Dalam Parlimen? Itu yang pertama.
Kedua, adakah pihak SPR akan bergerak supaya Malaysia akan beralih ke sistem perwakilan berkadar yang dilihat lebih adil berbanding dengan sistem first past the post
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
kerana ia membayangkan pilihan berjuta rakyat Malaysia. Banyak negara sudah bergerak kepada sistem ini. Kita lihat hari ini, perjalanan PRK sebagaimana PRK Sungai Bakap, Kuala Kubu Baharu, Neggiri dan Mahkota menyebabkan banyak kos-kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan mengganggu perjalanan pentadbiran. Sedangkan kalau ini dibuat secara proportionate role, makna PRK berkali-kali tidak perlu dilakukan.
Ketiga, berkaitan dengan gerrymandering. Sekarang ini timbul masa atau sampai masa untuk gerrymandering. Kita melihat kebimbangan rakyat sekiranya berlaku ketidakseimbangan penentuan sempadan kawasan pilihan raya yang dibuat berdasarkan kepada perwakilan dan juga kerajaan atau badan tertentu sahaja menyebabkan ketidakseimbangan kelebihan dalam perwakilan.
Jadi, apakah jaminan supaya bila berlakunya gerrymandering ataupun persempadanan semula ini, perwakilan kepada rakyat yang mempunyai suara majoriti akan dapat dijamin dan dibela supaya tidak terjadi lebih ramai wakil daripada parti ataupun pihak yang tertentu sedangkan rakyat di luar mengundi orang lain yang lebih ramai? Kerana kita lihat hari ini bila berlaku ketidakseimbangan ini, kadang-kadang banyak isu-isu polemik yang menyentuh parti atau menyentuh agama atau pun pihak tertentu yang menyebabkan keresahan kepada rakyat secara keseluruhan.
Seterusnya, berkenaan dengan adakah terdapat lagi pengundi hantu yang bukan warganegara, yang terlibat dalam mana-mana PRK dalam empat PRK yang disebut di atas?
Adakah hari ini semua kes-kes yang membabitkan kes ketika pilihan raya telah diselesaikan oleh pihak kerajaan sebelum datang pilihan raya kecil yang baharu?
Seterusnya, berkenaan ketidakseimbangan media dan maklumat palsu sepanjang berlaku PRK atau PRU. Banyak berlaku ketidakseimbangan daripada sudut liputan, khususnya kepada pihak parti pemerintah, di mana tidak ada liputan seimbang. Ini tidak memberikan pendidikan yang baik kepada rakyat untuk memberikan peluang dan ruang yang sama supaya mereka dapat melihat satu isu daripada dua ataupun tiga pihak yang berbeza.
Jadi, kita lihat hari ini manipulasi media sosial telah pun berlaku, menyebabkan kadang-kadang pengundi dipengaruhi oleh fear mongering ataupun politik ketakutan dan janji kosong. Jadi, menyebabkan mereka mengundi dalam keadaan mereka hanya terpengaruh dengan perkara tersebut.
Jadi, hari ini saya mencadangkan supaya pendidikan politik dan etika kempen yang sihat mestilah ditekankan oleh pihak SPR. Kita lihat juga kadar mengundi. Kadar keluar mengundi di Sungai Bakap – 59 peratus, Kuala Kubu Baharu – 61.5 peratus, Neggiri – 73.9 peratus dan Mahkota – 53.8 peratus. Jadi, kita lihat bila berlaku PRK, kadar keluar mengundi adalah sangat rendah dan tidak membayangkan keseluruhan majoriti rakyat pada ketika itu.
Jadi, hari ini saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan menggubal satu akta supaya mengundi ini dijadikan satu perkara yang mandatori. Bukanlah kita hendak menghukum mana-mana pihak yang tidak keluar mengundi tetapi memberikan kelebihan dan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
insentif kepada rakyat kita yang keluar mengundi supaya kadar mengundi ini akan tetap menjadi relevan dan berkesan kepada keputusan demokrasi itu sendiri.
Seterusnya, berkaitan penyertaan golongan muda. Kita lihat hari ini, golongan muda, terutamanya di universiti. Kadar keluar mengundi juga sangat rendah. Jadi, apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak SPR untuk membuat pendidikan politik kepada rakyat kita, terutamanya kepada golongan muda, supaya mereka ini mengundi dengan berdasarkan kefahaman, bukan hanya kepada emosi semata-mata?
Saya mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan peta pilihan raya elektronik supaya menyediakan peta interaktif yang memaparkan politik semasa, sebelum pilihan raya, data demografi untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman pengundi mengenai kawasan pilihan raya mereka.
Seterusnya ketujuh, berkenaan dengan ketidakstabilan politik dan lompat parti.
Negara kita telah memperkenalkan Akta Lompat Parti. Walau bagaimanapun, lepas Akta Lompat Parti, kegiatan ini lebih memuncak. Jadi, apakah sekarang ini jaminan kepada rakyat yang keluar mengundi untuk PRK? Akan datang ini, PRK Ayer Kuning dan sebagainya, kita tidak akan berlaku lagi isu-isu yang berkaitan lompat parti dan perkara ini kalau terus berlaku, menyebabkan rakyat terus kecewa dan tidak selesai juga dengan isu rasuah dan janji tidak ditepati.
Apakah jaminan kerajaan agar RUU ini dapat digunakan sepenuhnya dan boleh dipinda untuk mengelakkan kerugian ini tidak berlaku, terutamanya kepada Ahli-ahli Parlimen dan juga Adun?
Terakhir, berkenaan dengan penyalahgunaan jentera kerajaan semasa tempoh kempen. Kita lihat banyak berlaku. Bila berlaku kempen, terutamanya PRK, melibatkan penggunaan jentera kerajaan. Jadi, kita lihat sebagai contohnya, berlaku perayaan rumah terbuka Aidilfitri dan sebagainya di beberapa tempat yang melibatkan pilihan raya kecil. Jadi, ini menjadikan seolah-olahnya menggunakan sumber kerajaan untuk berkempen dan tidak adil untuk parti lawan.
Jadi, apakah jaminan pada kali ini, dengan kita luluskan RUU pada hari ini, perkara- perkara seperti ini tidak akan berulang? Kerana kita melihat, bukan hanya rakyat Malaysia tapi seluruh dunia melihat bagaimanakah ketelusan dan integriti pilihan raya kita di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Arau.
Saya sudah panggil nama. Hendak berucap atau tidak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat panggil nama?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terlompat sedikit. Tadi saya dekat luar.
Tidak sempat masuk.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Bukan tidak mahu berucap, sebab mengikut giliran. Saya ikut giliranlah tapi ada orang tidak ada, jadi termasuk nama saya. Okey Yang Berhormat, ini pasal P.6 Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat. Ini ialah hendak sambung projek Kementerian Dalam Negeri yang sekarang ini dia masuk di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu MyDigital.
Yang Berhormat, hendak tanya. Siapakah yang mengusulkan, siapakah kontraktor yang membuat MyDigital? Hendak tanya itu sahaja supaya rakyat Malaysia tahu sebab benda ini bawah Kementerian Dalam Negeri. Sekarang dibawa kepada JPM.
Yang Berhormat, MyDigital ini ialah single sign-on ataupun log masuk tunggal, Yang Berhormat. Dia ini sudah pasti ianya akan melibatkan soal-soal keselamatan sempadan dan sebagainya. Di samping itu, kita memperkenalkan MyDigital ini tapi MKN sekarang ini, dia terikat dengan Dasar Keselamatan Negara.
Dasar Keselamatan Negara ini akan tamat pada tahun ini iaitu 2021 – 2025, yang melibatkan kedaulatan dan keutuhan wilayah, kestabilan dan sosiopolitik, kesepaduan nasional, tadbir urus baik, keutuhan ekonomi, keadilan sosial, pembangunan mampan, keselamatan rakyat dan pengiktirafan antarabangsa. Apakah ada pihak kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Dasar Keselamatan Negara yang baru? Jadi, ini termasuk bawah tajuk yang diperbincangkan.
Kemudian, yang keduanya Yang Berhormat. Ini ialah...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Arau, Arau, laluan sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hulu Terengganu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pengerusi, apa pandangan Arau bahawa MyDigital ini dipindah dari Kementerian Dalam Negeri kepada Jabatan Perdana Menteri? Ada menampakkan sesuatu keganjilan dan adakah kerajaan juga bercadang untuk hendak pindahkan Jabatan Pendaftaran Negara kepada Jabatan Perdana Menteri? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Terima kasih. Soalan itu agak hebat. Tolong jawab. Masuk kepada soalan saya tanya kepada Menteri. Kenapa dipindahkan ya? Jadi, ya kenapa dipindahkan? Jadi, Yang Berhormat jawab kenapa dipindahkanlah. Tapi saya hendak sebut di sini ialah berhubung dengan keselamatan sempadan. Yang Berhormat tidak perlu menjawab, jawab bertulis ya. Sekarang ini kita dapati, kita membuat jalan masuk rasmi tapi sekarang ini yang cukup popular kita sekarang ini ialah jalan masuk tidak rasmi dan ini adalah melibatkan penyeludupan yang besar, yang berlaku.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penyeludupan pelbagai ― senjata api, dadah, diesel, petrol, beras dan juga minyak masak, gas, lembu dan sebagainya. Ini merupakan aktiviti jenayah yang dilakukan di
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sempadan termasuklah sempadan sepanjang Sungai Golok, kalau di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan. Jadi, sekarang ini kita telah memperkenalkan pelbagai cara.
Ini MyDigital ini mungkin salah satu tetapi di antara cara yang popular ialah pakai dron. Tetapi, saya hendak tanya, apakah kesan penggunaan segala kehebatan dunia ini?
Apakah kesan? Apakah impak, apakah kesan di mana jenayah penyeludupan itu kurang?
Tetapi, pada pandangan kami, jenayah itu berterusan dan dalam keadaan tertentu mungkin ada peningkatan.
Jadi, saya minta supaya kerajaan melihat perkara ini dan saya minta supaya apa- apa pengenalan kepada sistem baharu yang melibatkan caj kepada rakyat, sudah pasti pelbagai pihak berebut-rebut untuk memperkenalkannya. Contohnya ialah seperti yang berlaku kepada ― kerajaan tidak jawab sampai hari ini. Yang berlaku kepada Amin, Dato’ Seri Amin. Orang sebut Dato’ Seri Amin Bangla. Kerajaan tidak jawab.
Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dengan seronoknya memberitahu bahawa dia menyambung kontrak Amin walaupun Dato’ Seri Amin itu telah diminta oleh Kerajaan Bangladesh untuk dihantar balik kerana terlibat dengan pelbagai jenayah pemerdagangan manusia dan sebagainya. Kerajaan diam. Banyak benda yang kita tanya, kerajaan diam.
Hari ini pun saya tahu kerajaan diam sebab Menteri dia memang tidak layak untuk jawab benda-benda ini sebab dia Kementerian Kewangan, dia jawab kewangan sahaja. Hat yang lain-lain itu, dia akan jawab bertulis. Tidak apa. Saya dah bercakap, jawab secara bertulis pun tidak apa.
Termasuk Kementerian Dalam Negeri sebab Timbalan Menteri Dalam Negeri yang tidak lama lagi akan dapat menteri baru iaitu Menteri Pertanian akan pindah ke sana. Kenapa tidak jawab fasal kes apa itu Amin Bangla? Kenapa? Kenapa kerajaan menyimpan? Apakah kerajaan mahu menyorok?
Sebab, beberapa kali bila kita sebut fasal addendum, semua orang melompat.
Padahal saya baru buat agreement dengan sebuah syarikat iaitu untuk Kuala Lumpur Maraton, dia masuk dalam agreement, dia masuk beberapa addendum. Dia orang duk ingat addendum ini kes Dato’ Sri Najib. Tidak. Addendum lain pun banyak. Jadi, jangan sebut tak boleh sebut addendum di Parlimen. Ini salah. Addendum ini ialah perkara-perkara tambahan yang disebut dalam perjanjian. Kes Najib, tidak apalah, Sultan Pahang sudah bagi Titah bahawa kita mesti amanah, adil dan sebagainya. Apakah kita sekarang ini amanah ataupun tidak? Adil ataupun tidak? Terbuka ataupun tidak? Berterus terang ataupun tidak?
Terima kasih, Tuan Pengerusi yang hebat...
[Tepuk] Semoga Allah berkati di bulan puasa ini kepada semua kita dan kita pesan kepada anak-anak buah kita jangan koyak berlebihan. Kadang-kadang bila saya masuk TikTok, ada yang terkoyak berlebihan. Tidak boleh. Kita kena sederhana bulan puasa, cari keredaan Allah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berikut. Yang Berhormat Tuaran tidak mahu berucap? Silakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Sebenarnya saya telah menyenaraikan sebagai itu tetapi tidak ada confirmation. Sebenarnya saya, Tuan Pengerusi, mahu sedikit bahas bagi Maksud P.6 iaitu merujuk kepada peruntukan yang RM40 juta tambahan itu.
Dalam hal ini, Tuan Pengerusi, saya sebenarnya mahu merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan projek sakit terutama sekali di Sabah. Apa yang telah berlaku, dua orang Menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak ― Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Penampang. Jadi, saya ingin tahu, kenapakah projek-projek sakit ini berlaku? Ini bukan sesuatu yang baru, sudah berkali-kali berlaku dan disebut berkali-kali di Dewan yang mulia ini. Tuaran ingin tahu, apakah pembaharuan- pembaharuan yang dibuat untuk memastikan supaya projek sakit ini tidak lagi berulang?
Apa yang sangat menarik dan sangat serius ialah dikatakan bahawa ada projek yang telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi sehingga pada hari ini belum lagi bermula. Jadi, ini adalah sesuatu yang sangat serius. Kenapakah projek-projek seperti ini telah disenaraikan tetapi belum bermula sehingga pada hari ini?
Antara perkara-perkara yang sering disebut ialah berkenaan dengan penyediaan tapak, selepas itu dari segi perolehan dan sebagainya. Tetapi, kenapa projek itu dicadangkan sebelum ada tapak? Dan apabila dilaksanakan, ada juga berlaku di mana projek itu dimulakan tetapi laporan Environmental Impact Assessment (EIA) belum lagi dibuat.
Akhirnya, projek itu dihentikan.
Jadi, dalam kesempatan ini, Tuan Pengerusi, saya ingin tahu dan minta penjelasan, berapakah sebenarnya projek yang sakit bagi semua kementerian yang sedang dilaksanakan di Sabah? Dan yang kedua, apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk memulihkan projek-projek ini? Apakah langkah-langkah untuk memastikan supaya tidak ada lagi perkara projek sakit ini tidak lagi berulang di masa akan datang?
Saya juga ingin tahu, bagaimana penyelarasan dibuat di antara ICU dengan JKR Sabah? Saya difahamkan ada juga projek yang dalam rekod ICU sakit ataupun tidak berjalan tetapi apabila lawatan di tapak dibuat, projek sudah bermula. Saya difahamkan pihak JKR Sabah dia tidak buat update, dia tidak key-in. Bila ditanya kenapa tidak dibuat, rupanya di sana kekurangan kakitangan.
Jadi, di manakah penyelarasan untuk memastikan supaya kakitangan yang diperlukan, engineers-engineers yang diperlukan di Sabah itu dapat ditingkatkan? Terutama sekali apabila Kerajaan Persekutuan telah menurunkan kuasa kepada Sabah untuk melaksanakan projek-projek yang bernilai RM50 juta ke bawah dan tentunya ini memerlukan kakitangan ataupun jurutera-jurutera yang lebih. Jadi, jika sekiranya hal-hal seperti ini ― projek bermula tetapi tidak di-update dan selepas itu dalam rekod ICU dia nampak tidak bergerak dan di sini dia nampak projek sakit, di lapangan tidak sakit. Jadi, di sini nampaknya dari segi tatakelola pelaksanaan projek-projek pembangunan itu nampak kejanggalan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terakhir, Tuan Pengerusi, ialah dari segi pelaksanaan keseluruhan projek-projek yang telah diluluskan di bawah setiap tahun. Contohnya, dalam apa yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Tenom pagi tadi, yang dapat dilaksanakan hanya 40 peratus tetapi apabila diumumkan dalam kelulusan bajet memang cantiklah, RM6.66 bilion telah diluluskan, diperuntukkan kepada Sabah dan sebagainya.
Tetapi, akhirnya yang dapat dilaksanakan hanya 40 peratus dan yang lebihnya itulah pertanyaan yang dibalik-balik seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Tenom pagi tadi, ke manakah duit itu, apakah dapat diteruskan dengan projek itu dan sebagainya. Itu sangat- sangat tidak membantu bagi kita untuk memastikan yang kita ini ada keseimbangan dari segi pembangunan di antara Semenanjung dan Sabah.
Dan pertanyaan Tuaran ialah apakah langkah-langkah yang mahu diambil memastikan agar kesemua projek yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini setiap tahun itu dapat dilaksanakan? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Berikut, saya mempersilakan Menteri. Ada dua Menteri yang akan menjawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
Saya memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk menjawab 10 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh Kepala P.6 – Jabatan Perdana Menteri, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 dan juga Kepala B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024.
Jadi, Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas tadi termasuklah YB Rasah, YB Padang Rengas dan juga YB Arau.
Jadi, saya mulakan dengan isu terkait dengan projek pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) atau kini dikenali sebagai MyDigital ID yang diluluskan di bawah Majlis Keselamatan Negeri, JPM.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang mempersoalkan apakah justifikasi penambahan RM40 juta peruntukan DE kepada JPM untuk menyiapkan MyDigital ID, suka dijelaskan ― tetapi YB Arau tidak ada pula di sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Suka dijelaskan tapi YB Arau tak ada pula di sini. Suka dijelaskan ya bahawa tanggapan tersebut adalah tidak tepat. RM40 juta ini adalah sebenarnya merupakan perpindahan siling sahaja bagi tahun 2024 melalui perpindahan daripada Kementerian Dalam Negeri ke JPM tanpa sebarang pertambahan peruntukan sepertimana yang telah disebut tadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
oleh tiga Ahli Yang Berhormat. Mengimbau sejarah pembangunan projek MyDigital ID ini, butiran projek pembangunan MyDigital ID adalah berasal dari butiran projek Pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara – JPN, KDN.
Walau bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 1 Mac 2024 telah memutuskan agar projek ini diselaras oleh pihak MKN sehingga siap. Ini bukan main pindah- pindah seperti mana yang didakwa tadi oleh Hulu Terengganu. Ini bukan main pondok- pondok, kita nak pindah-pindah. Ini adalah daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri atas beberapa pertimbangan. Di antaranya adalah sebab keselamatan data kerana Agensi Keselamatan Negara (NACSA) berada di sana.
Sehubungan dengan itu, saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat ambil perhatian bahawa RM40 juta yang diterima di bawah P.6, JPM ini adalah pindah butiran dan bukannya tambahan peruntukan DE. Dalam konteks projek kerajaan, pindah butiran merujuk kepada proses pemindahan tanggungjawab, peruntukan atau elemen tertentu dalam suatu projek daripada satu entiti atau kementerian kepada entiti atau kementerian yang lain.
Keputusan memindahkan MyDigital ID ke JPM ini adalah untuk memastikan pendekatan yang lebih holistik sejajar dengan inisiatif pendigitalan nasional dan langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan serta penyelarasan dasar berkaitan identiti digital dalam perkhidmatan kerajaan dan sektor swasta.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri, sikit.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sekejap, saya jawab dahulu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ha, ini bukan main pondok ini. Ini saya serius.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sebab saya ada 10 minit sahaja Yang Berhormat ya. Minta maaf, saya jawab dahulu. Agensi pelaksana projek pembangunan MyDigital ID yang dilantik oleh kerajaan ialah MyDigital ID Sdn. Bhd. atau MYDID SB dan MYDID SB ini telah diletakkan di bawah kawal selia JPM. Syarikat MYDID SB telah dinaik taraf ke status Tier 1 di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, Kementerian Kewangan. Jadi, projek pembangunan MyDigital ID di bawah seliaan MKN JPM ini sehingga siap sepenuhnya selaras dengan MJM 1 Mac 2024 yang saya telah sebut tadi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, Menteri, boleh?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sepanjang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh? Berkaitan MyDigital ID tadi.
Ringkas sahaja, Tuan Pengerusi. Apakah pemindahan tersebut akan berkekalan selamanya?
MyDigital ID ini akan berada di bawah JPM ataupun selepas ini akan berpindah balik kepada JPN kerana saya faham bahawa Jabatan Pendaftaran berada di bawah KDN. Itu persoalan saya. Ini bukan main pondok-pondok, ini serius. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, saya akan jawab nanti. Saya baca dahulu jawapan seterusnya. Sepanjang proses pemindahan ini, pelbagai pertimbangan telah pun diambil kira termasuk aspek perundangan, infrastruktur teknologi serta pemerkasaan sistem keselamatan
Dr. Zaliha binti Mustafa
data bagi melindungi maklumat peribadi rakyat. Saya ada minta juga JPM menyediakan kronologi penuh pemindahan MyDigital ID ini daripada KDN kepada JPM lengkap dengan punca kuasa dan juga surat rujukan dan kronologi yang disediakan menunjukkan perpindahan berlaku dengan sangat teratur.
Ahli-ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan jumlah pengguna semasa dan semasa pendaftaran penggunaan MyDigital ID. Sehingga Januari 2025 baru-baru ini, sebanyak 1.8 juta rakyat Malaysia telah pun mendaftar MyDigital ID dengan sasaran 15 juta pengguna menjelang Julai tahun ini. Bagi mencapai sasaran ini, kerajaan telah merangka pelbagai langkah strategik termasuklah integrasi sistem aplikasi kerajaan, pendaftaran penjawat awam sebagai KPI serta juga mempertimbangkan insentif dan subsidi kepada pengguna. Setakat ini, 10 aplikasi telah pun diintegrasikan, 12 masih lagi dalam proses. 12 lagi dalam perancangan dan lapan masih lagi dinilai.
Bagi meningkatkan kemudahan pendaftaran, kerajaan telah melaksanakan pemasangan 2,219 kiosk touch point dan juga tablet di pelbagai lokasi seluruh negara termasuklah di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN), pejabat kerajaan di Putrajaya, juga di premis komersial seperti Tealive dan juga Bask Bear Coffee. MyDigital ID akan digunakan dalam Sistem Sumbangan Tunai Rahmah dan semua subsidi bersasar akan menggunakan MyDigital ID bagi meningkatkan keperluan penggunaannya.
Untuk makluman, buat masa ini semua aplikasi kerajaan masih boleh diakses secara dual mode dengan izin, iaitu sama ada menggunakan paparan pemuka asal ataupun MyDigital ID.
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Dalam hal ini, MyHRMIS mobile yang digunakan oleh penjawat awam adalah satu- satunya aplikasi yang hanya boleh diakses menggunakan MyDigital ID. Sehubungan dengan itu, peratusan penjawat awam dan penerima STR yang mendapat MyDigital ID dijangka boleh mencecah sehingga 90 peratus menjelang Julai tahun ini.
Dari aspek keselamatan. Ini juga telah dibangkitkan tadi. MyDigital ID Sdn Bhd akan bekerjasama dengan NACSA untuk memastikan perlindungan data dan juga mengelakkan ancaman siber. Ini isu jumlah pengguna semasa dan sasaran pendaftaran pengguna ini juga telah dijawab tadi dan saya juga telah menjawab panjang lebar dalam jawapan bertulis saya yang telah dikemukakan oleh YB Tebrau dan juga YB Subang dalam mesyuarat ini.
Bagi menerangkan isu seperti mana yang disebut oleh YB Padang Rengas tadi tentang penipuan identiti. Kerajaan sedang memperhalusi kerjasama dengan empat syarikat telekomunikasi iaitu XOX, U Mobile, CelcomDigi dan juga Maxis bagi verifikasi kad sim menggunakan MyDigital ID. Melalui kaedah ini, pengguna perlu mengesahkan identiti mereka menggunakan MyDigital ID semasa pendaftaran baru kad sim atau pengaktifan semula kad sim sedia ada.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Langkah ini dapat mencegah pendaftaran sim palsu dan menyukarkan scammer daripada menggunakan nombor yang tidak sah. Sekiranya sistem ini dilaksanakan, kerajaan dapat memastikan hanya pemilik sebenar yang boleh menggunakan nombor mereka dan scammer tidak lagi dapat mendaftarkan kad sim menggunakan maklumat palsu atau kad pengenalan orang lain sekali gus ini akan mengurangkan juga risiko jenayah siber dan penipuan dalam talian.
Isu terakhir mengenai MyDigital ID seperti mana yang dinyatakan oleh YB Arau tadi adalah cadangan peluasan single sign on (SOD) MyDigital ID kepada aplikasi lain seperti di perbankan. Contohnya, Maybank2u, CIMB Clicks dan juga iRakyat atau pembekal telekomunikasi seperti Maxis dan juga CelcomDigi. Dalam hal ini, kerajaan memang mempunyai perancangan supaya MyDigital ID tidak terhad digunakan sebagai SSO bagi aplikasi kerajaan sahaja tetapi juga aplikasi komersial yang lain. Walau bagaimanapun, peluasan ke aplikasi komersial dijangka akan mengambil sedikit masa lagi disebabkan jumlah akaun pengguna aplikasi kerajaan yang tinggi sehingga 81 juta akaun.
Sekadar menyebut beberapa contoh Tuan Pengerusi, aplikasi MySejahtera misalnya mempunyai 25 juta akaun pengguna, MyJPJ dan PADU masing-masing mempunyai 10 juta akaun pengguna. STR dan LHDN, 8.83 juta akaun pengguna dan juga MyHRMIS Mobile, 1.3 juta akaun pengguna. Jadi sebelum saya beralih kepada soal JPA pada perbekalan B.7, saya ingin ringkaskan di sini bahawa MyDigital ID ...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Pengerusi, soalan saya tadi masih belum dijawab.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sekejap. Nanti kalau saya tak jawab, saya jawab secara bertulis.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ha ringkas sahaja.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ha, ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jawapan itu bukan panjang pun.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, saya teruskan dahulu. Saya teruskan dahulu.
MyDigital ID bukanlah super apps ataupun aplikasi tunggal kepada semua penyampaian perkhidmatan kerajaan dan buat masa ini, orang awam masih lagi boleh menggunakan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) untuk memuat turun aplikasi kerajaan yang telah disahkan selamat, dipercayai dan juga sahih.
Belum ada perancangan untuk menjadikan MyDigital ID ini sebagai aplikasi e-kad pengenalan sepertimana yang mungkin kita boleh lihat di negara-negara lain Tuan Pengerusi, seperti di Thailand dan perkara ini perlu sebenarnya diperhalusi oleh Kementerian Dalam Negeri dan memerlukan pindaan ke atas akta sedia ada iaitu Akta Pendaftaran Negara 1956 iaitu Akta 78. Dan sebenarnya architecture dengan izin, sistem MyDigital ID yang dibangunkan tidak mengumpul data peribadi, tidak memantau sebarang data atau aktiviti pengguna dalam talian dan MyDigital ID merupakan kaedah yang selamat untuk mengenal pasti identiti pengguna dalam talian tanpa menyimpan sebarang data peribadi.
Dr. Zaliha binti Mustafa
MyDigital ID menyediakan identiti yang unik bagi pengguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian dan dilengkapi dengan lapisan keselamatan termasuklah encryption.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB. Menteri, satu minit sahaja lagi.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Pengerusi, boleh tak tiga minit? Sikit sahaja lagi saya menjawab tentang JPA.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dua minit.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pengerusi, soalan saya tak jawab lagi.
Masa dah nak habis. Ke tak nak jawab? Kalau tak nak jawab, beritahu tak nak jawab.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya jawab yang B.7 dahulu sebab ada yang bertanya lebih awal. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, sebagai mana Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun 2024 JPA telah diperuntukkan sebanyak RM479.5 juta di bawah VOT B.7 untuk menampung kos pengoperasian termasuklah bayaran emolumen, perkhidmatan, perolehan aset serta pemberian dan kemudahan kepada pihak berkepentingan, termasuklah pesara kerajaan di bawah kawal selia JPA.
Walau bagaimanapun dalam Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk memanjangkan Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
(SSPA) Tahun 2024 kepada pesara kerajaan dan veteran berpencen melibatkan amaun RM1,000 seorang.
Selain daripada itu YB Rasah ya, seperti yang YB Rasah sebut, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2024 sebanyak RM250 seorang turut diberikan kepada kumpulan yang sama sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kenapa ia ditukar daripada B.11 kepada B.7 itu adalah bagi tujuan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini (BKKA), JPA mengemukakan permohonan perbelanjaan melebihi peruntukan kepada MOF.
Walau bagaimanapun bagi tahun 2023, MOF memutuskan supaya implikasi kewangan berkaitan BKKA ini dicaj di bawah VOT B.11 iaitu perbendaharaan am. Namun begitu, bagi tahun 2024 Kementerian Kewangan telah juga memberikan kelulusan kepada JPA supaya perbelanjaan sama dicaj di bawah VOT B.7. Jadi itulah sebab kenapa ditukarkan dan kuasa dan tanggungan bagi penetapan VOT yang sesuai ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, masa dah habis YB Menteri.
Yang lain jawapan bertulis YB Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jawapan bertulis ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, saya boleh buat jawapan bertulis kepada jawapan- jawapan- mungkin soalan-soalan yang saya belum jawab. Tuan Pengerusi, saya kira kebanyakan isu yang dibangkitkan telah pun kita jawab. Menyentuh kepada Kepala B.6 Jabatan Perdana Menteri, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 dan Kepala B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam dan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 telah saya jawab. Jadi sekiranya masih ada yang tidak sempat saya jawab YB Pengerusi, maka saya pohon untuk mengemukakan secara bertulis. Jadi, itu sahaja daripada saya. Boleh saya akhiri dengan pantun?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Okey pantun boleh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Pantun boleh.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Bahas di Dewan peruntukan tambahan, Mengharap berkat di bulan Ramadan, Selamat berpuasa saya ucapkan, Sucikan jiwa kukuhkan iman. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab dan juga menjawab pantun tadi.
[Ketawa]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
*Bendera berkibar di tepi titi, Ramai berkumpul di balai desa, SPR bertugas penuh integriti, Menjamin pilihan rakyat berkuasa.
[Tepuk]* Tuan Pengerusi, bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya mengucapkan terima kasih kepada dua Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Tumpat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa rang undang-undang ini dan menyentuh Butiran B.4 mengenai perbelanjaan oleh SPR.
Izinkan saya menjawab kepada isu-isu yang telah dibangkitkan. Yang Berhormat Rasah ada tak?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ada? Oh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Okey. Tuan Pengerusi, beliau telah membangkitkan satu soalan ramalan tetapi jawapan ini tetap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rasah, kos bagi melaksanakan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah adalah dianggarkan sebanyak RM96 juta. Anggaran kos ini adalah merangkumi perbelanjaan bagi antara lain perkhidmatan makanan, minum petugas-petugas pilihan raya, bayaran honorarium dan elaun petugas pilihan raya, sewaan dewan, khemah, peralatan ICT dan kenderaan serta percetakan dokumen pilihan raya.
Walau bagaimanapun, sekiranya kos bagi pelaksanaan pilihan raya ini meningkat, Suruhanjaya Pilihan Raya akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan. Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, kos bagi pelaksanaan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang lepas pada tahun 2020 adalah sebanyak RM130 juta.
Kos ini adalah lebih tinggi kerana pilihan raya tersebut telah dilaksanakan semasa pandemik COVID-19 dan mengikut garis panduan pencegahan COVID-19 yang berkuat kuasa pada masa itu, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tumpat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak ada. Boleh ─ tak apa sebab ada sebab dia tak dapat ada di sini tapi boleh bagi jawapan sahajalah terus.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Secara tulis atau secara oral?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Oral, oral.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oral, terima kasih. Telah membangkitkan beberapa perkara. Satu, adalah inisiatif reformasi mengenai mekanisme pelantikan Pengerusi SPR. Kerajaan Malaysia komited untuk melaksanakan reformasi undang-undang dan institusi untuk meningkatkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam sistem kerajaan dan demokrasi negara.
Antara reformasi yang dicadangkan adalah menyemak semula peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang untuk meningkatkan autonomi dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta memperkenalkan mekanisme untuk meningkatkan kebebasan fungsi dan perjalanan SPR. Pada masa ini pelantikan Pengerusi dan anggota SPR adalah dibuat menurut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada yang berkuat kuasa.
Mengenai perkara yang kedua, pendidikan demokrasi yang dilaksanakan oleh SPR.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi sejak tahun 2017. Bertujuan supaya segenap lapisan masyarakat diberi kefahaman terhadap pentingnya demokrasi.
Aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya, proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan implikasinya terhadap negara serta menjelaskan isu-isu cabaran yang sering dibangkitkan semasa pilihan raya diadakan.
Selain itu, APR juga menggunakan medium aplikasi teknologi media sosial bagi menyalurkan maklumat berhubung kefahaman mengenai demokrasi dan proses pilihan raya di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran pengundi secara langsung dan tidak langsung.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
APR turut bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah agensi- agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan dalam peringkat perlaksanaan program pendidikan pengundi untuk memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses pilihan raya.
Ketiga, peratusan keluar pengundi semasa pilihan raya kecil pada tahun lepas.
Peratus keluar mengundi bagi empat pilihan raya kecil sepanjang tahun 2024 adalah 61.51 peratus bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Selangor, 63.45 peratus bagi PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang, 73.8 peratus bagi PRK negeri Kelantan dan 53.84 peratus bagi PRK Mahkota, Johor.
Berhubung cadangan peta persempadanan diberikan secara elektronik. Ini adalah satu cadangan yang baik dan akan diteliti secara lebih lanjut terutamanya dari segi undang- undang.
Berkenaan sistem pengundian ‘One Man One Vote’ pula, berdasarkan makluman- makluman balas daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menjalankan urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri berlandaskan kepada prinsip-prinsip dan tatacara persempadanan yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan serta menurut bidang kuasa SPR yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan, prinsip-prinsip persempadanan yang dipegang oleh SPR adalah seperti berikut.
(i) kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
(ii) mengambil kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian;
(iii) jumlah pemilih yang lebih kurang sama bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran berhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar luas bahagian pilihan raya patut diberikan pertimbangan; dan
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Menteri, dua minit ya. Dua minit Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dua minit sahaja lagi.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
(iv) mengekalkan hubungan masyarakat tempatan.
Berdasarkan tatacara yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, satu notis berkenaan syor kajian semula persempadanan akan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
disiarkan atau dipamerkan dan SPR hendaklah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat dalam tempoh pameran tersebut.
Penggunaan jentera kerajaan, akhir sekali. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan kempen politik adalah tidak dibenarkan. Sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai maklumat mengenai kejadian sedemikian, Yang Berhormat boleh melaporkan kepada SPRM dan PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Tuan Yang di-Pertua, ini sahaja perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Kalau ada perkara-perkara yang saya tidak jawab. Satu jawapan bertulis akan dibuat. Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Menteri minta laluan sikit? Yang Berhormat Menteri, laluan sikit.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang perbelanjaan yang digunakan untuk tujuan pilihan raya oleh parti politik. Cuma, saya mendapat penjelasan adakah di bawah perancangan ini dan tambahan peruntukan ini akan ada cadangan untuk mengemukakan Akta Pendanaan Politik seperti mana yang telah ditimbulkan sebelum ini? Sekian.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat bangkitkan mengenai dana politik...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Pendanaan, political financing.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
...yang dicadangkan oleh kerajaan dan sedang diperhalusi sekarang. Sebenarnya perkara itu ada beberapa perbincangan telah dibuat di jawatankuasa. Saya pun ada terlibat dalam beberapa perbincangan tersebut. Tapi satu keputusan muktamad belum dibuat dan saya berpandangan mungkin tak lama lagi satu keputusan muktamad akan dibuat. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,156,340,280 untuk Kepala B.4 dan B.7 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Kepala B.4 dan B.7 jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kepalan Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan kini terbuka untuk dibahas.
Saya ada senarai pembahas. Setiap pembahas diberikan lima minit sahaja. Bermula dengan Yang Berhormat Tuaran. Kemudian Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Temerloh dan akhir sekali Yang Berhormat Rasah.
Saya jemput Yang Berhormat Tuaran untuk mulakan perbahasan. Lima minit Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2025 peringkat Jawatankuasa. Dalam masa lima minit yang diberikan Tuaran ingin membahaskan bagi maksud B.11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM12,624,721,820 ke atas anggaran asal 2024 yang sudah pun diluluskan oleh Parlimen sebanyak RM35,839,231,000.
Tuan Pengerusi, Kabinet Persekutuan telah membuat keputusan untuk menurunkan hal ehwal elektrik daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah pada tahun 2023.
Untuk makluman di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan hal ehwal elektrik adalah di dalam Senarai Persekutuan. Proses penyerahan ini akan memakan masa tujuh tahun iaitu bermula Januari 2023 hingga tahun 2030.
Dalam masa tujuh tahun tersebut, Kerajaan Persekutuan komited untuk memberi subsidi merangkumi tariff support subsidy (TSS), subsidi minyak, subsidy large solar system
(LSS) dan subsidy untuk feed-in tariff (FiT) yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah khususnya dalam hal tarif elektrik yang disalurkan kepada satu-satunya syarikat utiliti di Sabah iaitu Sabah Electricity Sdn. Bhd. sebanyak RM3.5 bilion.
Jadi, Tuan Pengerusi sebanyak RM3.5 bilion sudah pun disediakan untuk proses penyerahan itu dalam masa tujuh tahun. Pertanyaan Tuaran ialah apakah asas-asas pertimbangan bagi Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan sejumlah RM3.5 bilion yang telah pun diputuskan sebagai subsidi elektrik kepada Sabah dalam tujuh tahun itu?
Pertanyaan Tuaran ini saya buat kerana mulai daripada tahun lepas, tahun 2024 sehingga tahun 2030, di mana sasaran kita pada tahun 2030 ialah pada ketika itu Sabah Electricity akan menjadi sebuah syarikat utiliti yang financially sustainable pada ketika itu.
Pertanyaan ini sangat kritikal pada ketika ini kerana setiap tahun, contohnya tahun ini tahun 2025, Kerajaan Persekutuan telah pun membuat satu komitmen kepada Sabah untuk memberi subsidi elektrik iaitu sebanyak RM700 juta. Tetapi jumlah subsidi yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah ialah RM944 juta. Ini bererti adalah lagi RM244
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
juta yang berkurangan, tidak cukup. Maknanya subsidi daripada Kerajaan Persekutuan tidak akan mencukupi.
Jadi, pertanyaan kita ialah siapakah nanti yang bertanggungjawab untuk membayar kekurangan RM244 juta itu? Dan saya juga ingin ― Tuaran juga ingin bertanya kenapakah RM244 juta ini tidak dapat di bayar sepenuhnya daripada RM3.5 bilion yang sudah pun diluluskan oleh pihak Persekutuan yang termasuk dalam transformasi sehingga tahun 2030.
Itu pertanyaan saya.
Seperti juga yang saya telah pernah nyatakan di Dewan yang mulia bahawa kos jualan setiap unit elektrik di Sabah Electricity ialah 43 sen seunit sedangkan jualan kepada kita pengguna ialah 34.2 sen unit elektrik. Jadi, kita kerugian lebih kurang 10 sen selama ini dan kerugian ini memang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dalam membentuk tariff support subsidy. Ini bererti bahawa Sabah Electricity terpaksa menjalankan operasi pembekalan elektrik dalam keadaan yang rugi.
Jadi Tuaran memohon bertanya kepada pihak kerajaan bagaimanakah perkara ini yang RM244 juta itu dapat diselesaikan untuk tahun ini? Bagi tahun lepas, saya juga ingin menyatakan bahawa masih lagi ada RM473 juta yang belum dibayar oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tuaran, satu minit ya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, terima kasih. RM473 juta yang belum lagi dibayar. Jadi - dan masih menunggu - pihak Sabah Electricity masih lagi menunggu sehingga pada hari ini, pada ketika ini. Jadi, Tuaran ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri, apakah status pembayaran tersebut? Apakah dia akan dibayar atau tidak dibayar? Apakah dia kalau tidak dibayar, bagaimanakah pihak Sabah Electricity dapat memastikan agar operasi pembangunan Sabah Electricity itu dapat dijalankan sebaik mungkin? Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya menyokong, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya, lima minit.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali Tuan Pengerusi, beberapa perkara yang saya cadang nak sentuh di peringkat Jawatankuasa ini telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri sewaktu beliau menggulung di peringkat dasar tadi. Jadi, saya akan tumpukan kepada perkara-perkara yang tidak disentuh atau tidak disentuh secara mendalam dalam sesi perbahasan ini. Pertama sekali Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Saya mohon Menteri menyatakan jumlah subsidi diesel yang telah dibelanjakan bagi tahun 2024 mengikut kategori iaitu fleet card SKDS, BUDI MADANI dan juga BUDI Agri-Komoditi. Seterusnya, saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
jumlah penerima subsidi diesel berdasarkan setiap kategori tersebut. Maknanya, SKDS beberapa syarikat, BUDI Agri-Komoditi berapa ramai dan begitu juga dengan BUDI MADANI?
Seterusnya, saya mohon Menteri menyatakan jumlah subsidi yang disalurkan berdasarkan jualan di stesen minyak mengikut negeri, termasuk bagi negeri Sabah dan Sarawak? Saya juga ingin bertanya, apakah penjimatan daripada kenaikan harga diesel adalah seperti mana yang dijangka oleh pihak Kementerian Kewangan di peringkat awal ia dilaksanakan? Saya mohon Menteri menyatakan secara bertulis jumlah perbelanjaan bagi subsidi diesel bermula daripada tahun 2010 sehingga tahun 2024. Ini bertulis pun tak apa.
Mengenai subsidi bersasar petrol ini seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, syarat kelayakan siapa yang boleh terima, siapa yang tak boleh terima ini, sehingga ke hari ini masih belum ditetapkan. Kita sudah sampai ke hampir ke pertengahan tahun 2025.
Kalau ikut perancangan asal kerajaan, nak laksanakan dalam pertengahan 2025. Jadi, boleh tak diberi paling lambat ini bila rakyat boleh tahu ini, siapa yang masuk dalam golongan T15 ini?
Seterusnya, berkaitan dengan pendekatan untuk penyaluran bantuan ini. Saya telah cadangkan di Dewan ini banyak kali bahawa untuk memastikan bantuan ini dapat disalurkan dengan lebih menyeluruh dan efisien, perlu ada satu one stop center untuk menilai siapa yang layak, siapa tak layak. Kementerian boleh datang atau keluarkan pelbagai inisiatif yang nak dilaksanakan tetapi one stop center inilah yang akan membuat penilaian. Jadi, ia nya lebih kurang central link di Australia. Kami di peringkat - di sebelah pembangkang telah cadangkan perkara ini dalam tawaran kami untuk PRU Ke-15 yang lepas.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh ya? Ringkas, berkaitan dengan ini. Sebelum ini kita digendangkan dengan data PADU. Persoalan saya, apakah keberkesanan data tersebut tak mampu untuk nak melaksanakan masalah subsidi ini? Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Itu yang berkait dengan soalan yang saya tanyakan tadi. Inilah juga saya sebut sebelum ini di Dewan ini juga. Saya kata, data itu sudah ada tetapi kalau tidak ada agensi khusus, maknanya dia akan berterabur, siapa yang akan menggunakan data itu? Lebih baik kerajaan susun balik semua yang ada, tak perlu cari sumber baharu pun. Kakitangan sumber manusia dan sebagainya boleh gunakan semua yang sedia ada dan buat one stop center. Insya-Allah, ia nya lebih mudah dan lebih menyeluruh. Kami telah cadangkan perkara ini banyak kali.
Seterusnya, saya nak masuk pada Butiran 010000 – Faedah Dividen dan Lain-lain Kenaan Bayaran Hutang Negara. Saya mohon Menteri nyatakan jumlah sebenar hutang baharu kerajaan bagi tahun 2024. Saya mohon juga Menteri nyatakan berapakah hutang baharu yang telah diambil kerajaan sejak 1 Januari 2025 sehingga ke hari ini? Saya sebut tentang hutang baharu ini kerana bermula 2018, definisi hutang ini dimasukkan juga- definisi dalam hutang ini dimasukkan juga liabiliti. Oleh itu, saya mohon Menteri menyatakan jumlah keseluruhan hutang dan liabiliti kerajaan meliputi hutang langsung kerajaan, jaminan
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
pinjaman yang ditanggung kerajaan serta liabiliti lain, termasuk bayaran pajakan bagi Projek Kerjasama Awam-Swasta (PFI).
Saya mohon Menteri nyatakan secara bertulis, yang ini tak apa, panjang sikit. Hutang dan liabiliti kerajaan untuk setiap tahun bagi tahun 2018, setiap tahun ya, sehingga tahun 2024. Saya juga mohon Menteri menyatakan kesemua projek PFI yang telah ditandatangani sejak kerajaan ini mula ditubuhkan dan berapakah nilai bagi setiap PFI yang telah ditandatangani ini? Seterusnya berapakah bayaran balik setiap tahun yang perlu dibayar oleh kerajaan untuk PFI-PFI ini? Jadi, ini merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan PFI ini, termasuklah juga sewaan helikopter dan sebagainya. Jadi, kalau boleh- kalau saya boleh minta supaya Menteri senaraikan sejak kerajaan ini masuk, apakah projek-projek PFI yang telah dilaksanakan? Berapa jumlahnya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sandakan, lima minit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi Tuan Pengerusi, peruntukan tambahan sebanyak RM12.624 bilion telah diperuntukkan di bawah B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai.
Jadi, ini merupakan satu peningkatan yang ketara sebanyak 37 peratus berbanding jumlah yang telah dibentangkan dalam Bajet 2025, hanya tiga bulan lalu. Apakah faktor utama yang menyebabkan lonjakan ini dalam tempoh yang begitu singkat? Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri Kewangan II. Daripada jumlah tambahan ini, berapa banyak yang diperuntukkan untuk subsidi dan berapa banyak yang disalurkan sebagai bantuan tunai? Reformasi subsidi bahan api yang telah dirancang tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kemampanan kewangan negara.
Namun, mengapa terdapat keperluan untuk tambahan peruntukan subsidi yang begitu besar? Adakah kerajaan memperkenalkan bentuk subsidi baharu atau pun adakah perubahan dalam strategi untuk pengurangan subsidi yang diumumkan sebelum ini?
Berapakah penjimatan dan berapakah fleet card yang telah di-issue-kan? Jadi, data ini adalah penting untuk membuktikan kepada rakyat bahawa inisiatif kerajaan dan all the decisions made, dengan izin, adalah bermanfaat. Bagaimanakah tambahan peruntukan ini akan mempengaruhi Skim Sentuhan Kasih Rakyat? Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan bentuk bantuan lain, terutamanya dalam menghadapi kenaikan gaji minimum yang dijangka akan meningkatkan kos sara hidup dalam masa terdekat? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan.
Saya seterusnya menjemput Yang Berhormat Temerloh, lima minit Yang Berhormat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih kepada Pengerusi.
Temerloh ingin mengambil kesempatan ini untuk membahaskan peningkatan perbelanjaan tambahan mengurus sebanyak RM12.6 bilion dalam B.11 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Soalan utama yang timbul ialah mengapa peningkatan ini diperlukan dan bagaimana peruntukan ini akan dibelanjakan? Perkara 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai yang diberikan kepada golongan yang layak. Temerloh masih menunggu kemiskinan tegar dapat dinoktahkan. Seperti janji oleh Kerajaan MADANI dalam pembentangan Bajet 2023. Berapa ramai rakyat B40 yang dikategorikan menikmati peruntukan tambahan ini?
Walaupun kita memahami keperluan perbelanjaan tambahan ini untuk menampung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan, kita juga harus memastikan setiap sen yang dibelanjakan adalah berasaskan keperluan sebenar. Mengikut prinsip ketelusan serta kebertanggungjawaban. Ketelusan dalam pelaksanaan perbelanjaan ini adalah penting untuk mengelakkan pembaziran dan ketirisan dana awam. Seterusnya, Temerloh pasti peruntukan tambahan akan memberi impak kepada defisit fiskal negara. Bagaimana kerajaan dapat memastikan sumber pendapatan mencukupi supaya perbelanjaan negara lebih cekap dan berkesan? Adakah kerajaan bercadang mengenakan berbagai cukai baharu untuk mendapatkan hasil?
Tuan Pengerusi, Temerloh mendesak agar Kementerian Kewangan memberikan laporan terperinci mengenai bagaimana peruntukan tambahan ini digunakan? Serta memastikan mekanisme pemantauan yang ketat untuk mengelakkan disalahgunakan. Dalam permohonan perbekalan tambahan kali ini bahawa lebih RM12.6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan untuk tujuan B.11, Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Apakah kriteria perbelanjaan yang terlibat? Temerloh ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai justifikasi tambahan ini. Adakah terdapat ketirisan dalam perancangan awal belanjawan atau adakah keadaan luar jangka tidak dapat dielakkan?
Kita melihat peningkatan kos yang ketara akibat faktor seperti inflasi, perubahan dasar, bencana alam dan sebagainya. Jika ini menjadi sebab, Temerloh ingin mencadangkan agar perancangan jangka panjang dibuat dengan lebih teliti supaya perbekalan tambahan seperti ini dapat dikurangkan pada masa hadapan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Selain itu, Temerloh juga ingin menyentuh isu keberkesanan perbelanjaan yang telah dilakukan sebelum ini. Kita sering melihat bagaimana bajet tambahan diluluskan, tetapi masalah asas masih berulang. Kita telah memperuntukkan sejumlah RM35.8 juta dalam belanjawan asal tetapi kita memerlukan tambahan sebanyak RM12.6 juta.
Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa peruntukan tambahan ini benar-benar menyelesaikan isu yang
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
dibangkitkan terutamanya kenaikan kos hidup rakyat dan bukan sekadar perbelanjaan sementara tanpa penyelesaian jangka panjang?
Bantuan kepada e-Kasih yang dikategorikan sebagai penerima bantuan STR hanyalah sebahagian sahaja golongan yang berdaftar. Ramai lagi golongan B40 tidak berdaftar sebagai golongan e-Kasih kerana beberapa halangan. Temerloh mohon supaya pendaftaran e-Kasih dipermudahkan dan diperluaskan kepada golongan yang layak dan diberikan kebenaran kepada Ahli Parlimen di kawasan masing-masing untuk pengesahan status pemohon.
Tuan Pengerusi, isu peningkatan peruntukan kepada B.12 – Kumpulan Wang Terkanun yang melebihi RM3.15 juta. Ke mana wang ini akan disalurkan dan apakah impak terhadap pengurusan fiskal negara? Peningkatan peruntukan kepada kumpulan wang terkanun biasanya berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, kenaikan bayaran pencen dan ganjaran penjawat awam.
Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) memerlukan dana tambahan untuk menampung peningkatan jumlah pesara dan pelarasan kadar pencen. Temerloh ingin penjelasan tentang pelaburan yang dibuat oleh KWAP sebanyak RM200 juta dalam eFishery, syarikat Indonesia tahun 2023. Apakah yang terjadi kepada pelaburan tersebut?
Pembayaran hutang kerajaan dan kadar faedah dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan kadar faedah yang lebih tinggi, pembayaran hutang kerajaan turut meningkat menyebabkan keperluan peruntukan tambahan. Berapakah jumlah hutang negara daripada institusi kewangan tempatan dan antarabangsa? Berapakah jumlah terbitan sekuriti kerajaan seperti sukuk dan juga bon hingga 2024? Dan, berapakah pertambahan dari tahun 2022?
Bank Negara Malaysia sebagai pemegang saham terbesar PayNet iaitu 36 peratus dan mencatat keuntungan bersih RM217 juta. Sekali lagi, Temerloh menyokong petisyen untuk menghapuskan caj RM1 setiap kali mengeluarkan wang dari ATM di luar rangkaian bank.
Perbelanjaan pembangunan negara, Kumpulan Wang Pembangunan, memerlukan dana tambahan. Adakah peruntukan ini digunakan untuk menguruskan projek terbengkalai terdahulu?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, satu minit ya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Implikasi peningkatan RM3.15 juta ialah beban fiskal dan defisit belanjawan. Kerajaan perlu merangka strategi untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung keperluan wang ini tanpa terlalu bergantung kepada pinjaman atau hasil cukai semata-mata.
Keperluan ketelusan dan akauntabiliti setiap peruntukan tambahan harus disertai dengan laporan terperinci mengenai penggunaannya supaya tidak berlaku ketirisan atau salah guna dana. Agensi yang menerima peruntukan ini perlu bertanggungjawab...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Temerloh, minta pencelahan. Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Boleh tak?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Satu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih. Saya nak terus kepada― dengan keadaan perbelanjaan kita yang tinggi ini, RM1.23 trilion tadi disebut oleh Menteri, adakah kerajaan telah merancang untuk sekarang ini― hutang kita meningkat kerana perbelanjaan setiap tahun defisit dan sekarang ini, adakah kerajaan merancang sampai satu ketika, kita breakeven point ataupun appreciate? Adakah kerajaan merancang itu? Macam mana pandangan?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih. Saya setuju untuk dijawab oleh Menteri Kewangan.
Seterusnya, terakhir, Temerloh menggesa kerajaan untuk lebih telus dalam menguruskan kumpulan wang ini serta memastikan setiap ringgit yang telah diperuntukkan memberikan manfaat maksimum kepada rakyat dan negara. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh.
Seterusnya, pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Rasah. Lima minit, YB.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan. Saya ada dua perkara.
Pertama, di bawah Maksud P.10 iaitu peruntukan pembangunan di bawah Butiran 09000, 09200. Ada peruntukan tambahan yang diperlukan iaitu lebih RM1.8 bilion. Kalau kita tengok, peruntukan asal adalah RM12.2 bilion. Jadi, ada peruntukan tambahan ini lebih 10 peratus daripada peruntukan asal, saya difahamkan adalah untuk projek infra yang terlibat bayaran tambahan.
Saya nak tanya. Kenapa ada pertambahan lebih 10 peratus? Bukan tak boleh tambah. Sekiranya ada keperluan untuk kos meningkat yang melibatkan pembangunan projek infra untuk kepentingan rakyat, saya rasa itu patut. Cuma, kenapa berlaku banyak?
Sebab, kalau ada berlaku kelewatan dan sebagainya, patutnya kontraktor sendiri yang kena tanggung. Sebab, bagi saya, kos keseluruhan sesuatu projek patutnya telah ditetapkan di awal projek.
Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri yang menjawab nanti memberikan perincian projek mana― saya rasa bukan semua projek. Projek mana yang terlibat disebabkan tambahan kos ini?
Dan perkara kedua, di bawah peruntukan bekalan bagi Maksud B.11, RM12.6 bilion diperlukan untuk hanya satu perkara sahaja, iaitu keperluan perbelanjaan subsidi produk petroleum. Saya percaya ini berkaitan dengan subsidi diesel dan RON95. Kalau kita rujuk butiran yang sama pada tahun sebelumnya, iaitu ketika itu, Kementerian Kewangan meminta
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
RM4.4 bilion, bukan sahaja untuk subsidi yang melibatkan petroleum, tetapi subsidi bil elektrik dan BKKA yang saya sebutkan tadi di peringkat dasar. Kalau pada tahun sebelumnya, RM14.4 bilion diperlukan untuk perkara yang bukan setakat produk petroleum tetapi melibatkan bil elektrik dan juga perkara lain. Kali ini, RM12.6 bilion khas untuk produk petroleum.
Saya nak tanya kepada kerajaan. Kenapa boleh jadi macam ini? Padahal kita telah mula melaksanakan subsidi bersasar untuk diesel pada bulan Jun tahun lepas yang dikatakan— saya pernah tanya soalan hari itu. Kerajaan jawab bahawa penjimatan subsidi dianggarkan dalam RM600 juta setiap bulan untuk diesel. So, kalau enam bulan kita laksanakan subsidi bersasar sepanjang tahun lepas, patutnya jumlah subsidi yang kerajaan kena bayar, kena tanggung untuk produk petroleum itu dah berkurangan. Sebab, kalau satu bulan itu kita jimat RM600 juta, maknanya dalam enam bulan kita boleh jimat RM3.6 bilion.
Jadi, kenapa masih ada perkara ini lagi? Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan RM12.6 bilion yang diminta ini.
Saya juga nak tanya berkenaan dengan produk petroleum ini. Kita tahu kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar untuk RON95 tak lama lagi, pertengahan tahun ini. Jadi, macam mana mekanisme pelaksanaannya secara detail? Saya juga ambil pendekatan pada hari ini menyeru kerajaan supaya lebih awal maklumkan mekanisme ini. Sebab, kalau diesel tahun lepas, dia banyak melibatkan kenderaan perniagaan. Yang domestik tak banyak.
Kereta persendirian tak banyak. Guna fleet card dan sebagainya lebih mudah. Tapi, kalau melibatkan RON95, sebab dia melibatkan kebanyakan pengguna jalan raya, kereta persendirian, jadi saya nak tanya, bilakah mekanisme yang lengkap boleh dimaklumkan kepada rakyat Malaysia, kepada pengguna jalan raya?
Sebab, saya tak mahu nanti berlaku keadaan yang mana rakyat mungkin tak faham, kurang jelas, kurang mendapat info dan sebagainya dan menyebabkan pelaksanaannya terjejas dan ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan menuduh kerajaan untuk menghapuskan subsidi. Saya tahu ini bukan pemansuhan subsidi. Ini penyasaran semula kepada rakyat yang layak. Jadi, bila boleh diumumkan mekanisme untuk RON95?
Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan II untuk menjawab selama 15 minit, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Tuan Pengerusi, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada lima Ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi Kementerian Kewangan yang melibatkan
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Maksud B.11, B.12 dan P.10 iaitu Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Rasah. Izinkan saya untuk menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Tuaran, selaras dengan persetujuan pemindahan kuasa selia bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 3 Januari 2024, Kerajaan Persekutuan antara lain komited menyediakan subsidi elektrik sebanyak RM3.54 bilion selama tujuh tahun sehingga tahun 2030.
Pasca penyerahan kuat kuasa kawal selia. Ini adalah berdasarkan unjuran asal yang disediakan oleh SESB. Dalam masa yang sama, jumlah tersebut juga mengambil kira trend perbelanjaan SESB pada tahun-tahun sebelum ini. Sebagai contohnya subsidi SESB pada tahun 2020 adalah sekitar RM0.5 bilion.
Sehingga Disember 2024, Kerajaan Persekutuan telah selesai menyalurkan sebanyak RM507 juta subsidi elektrik berdasarkan tuntutan yang disemak dan disahkan oleh ECOS kepada Sabah Electricity. Kerajaan juga telah meluluskan permohonan bayaran ICPT Jun hingga Disember 2023 kepada Sabah Electricity berjumlah RM162 juta. Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga telah meluluskan moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan sekitar RM65 juta.
Bagi tahun 2025, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM700 juta subsidi electricity meningkat RM193 juta daripada peruntukan 2024, sebanyak RM507 juta. Selaras dengan penyerahan SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah, ia memerlukan usaha sama dan kebertanggungjawaban bersama untuk terus menambah baik penyediaan perkhidmatan electricity serta menyumbang kepada keperluan operasi dihadapi oleh Sabah Electricity. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Sabah, untuk mendapatkan kuasa kawal selia bekalan electricity, Kerajaan Negeri Sabah perlu merancang hala tuju industri electricity dengan sebaiknya.
Berkenaan subsidi, untuk makluman Yang Berhormat, sejak kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi di Semenanjung Malaysia melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) pada 10 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2024, kerajaan telah mendapat penjimatan sekitar RM600 juta sebulan bersamaan lebih kurang RM7.2 bilion setahun. Penyasaran subsidi ini juga terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan yang tidak layak dan dilihat melalui penurunan ketara jualan diesel di stesen minyak sebanyak kira-kira 25 peratus atau hampir tujuh juta liter sehari.
Jualan diesel secara komersial pula menunjukkan peningkatan hampir 50 peratus atau empat juta liter sehari menggambarkan betapa banyaknya kuantiti diesel bersubsidi yang telah dibeli oleh sektor industri dari stesen minyak sebelum harga runcit diesel diapungkan secara terkawal pada masa ini. Di bawah SKDS 2.0, 23 jenis kenderaan diesel
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
pengangkutan barangan darat yang menggunakan fleet card menikmati harga diesel pada kadar RM2.15 yang melibatkan lebih 100,000 syarikat yang telah berdaftar.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian, golongan petani dan pekebun yang layak di bawah BUDI Individu dan BUDI Agro-komoditi.
Sehingga 31 Disember 2024, lebih 140,000 penerima BUDI Individu dan 110,000 penerima BUDI Agrokomoditi telah diluluskan dalam tempoh enam bulan pelaksanaan sejak Jun 2024 dengan jumlah bayaran yang masing-masingnya RM190 juta dan RM70 juta.
Penjimatan ini membolehkan kerajaan menyalur semula peruntukan untuk pembiayaan projek-projek pembangunan serta mengukuhkan jaringan sosial rakyat melalui program bantuan seperti STR dan SARA. Melalui Belanjawan 2025, kerajaan telah meningkatkan bantuan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion pada tahun sebelumnya.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, tahun 2025, kerajaan membelanjakan lebih RM70 bilion untuk subsidi, insentif dan bantuan. Perbelanjaan ini melebihi anggaran Belanjawan 2024 sebanyak RM58 bilion. Antara sebab yang saya katakan tadi semasa penggulungan dasar kerana dalam perancangan awal untuk tahun 2024, penyasaran subsidi RON95 sepatutnya bermula bulan Mac tahun lalu dan subsidi diesel juga bulan Mac tahun lalu. Kerana kita hanya menyasarkan semula subsidi diesel bulan Jun, ada kekurangan sedikit belanjawan yang disediakan dalam Belanjawan 2024, sebegitu juga untuk RON95.
Ada juga pertanyaan tadi tentang mekanismenya, saya telah terangkan dalam penggulungan dasar saya yang mana dikatakan tadi masih dalam perincian. Yang pentingnya kita kena buat cara perincian yang halus dan yang tepat. Kita tak nak buat cara yang gopoh di mana kita boleh membuat pencarian yang salah. Jadi, biarlah masa untuk kerajaan bagi habis apa yang dia nak buat untuk yang ini. Kita ambil cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat semua agar komunikasi dan cara untuk kita mengawal prosesnya akan dibuat dan ditambah baik.
Ada juga anjuran, pertanyaan yang dibuat mengenai beberapa perkara yang berkaitan hutang dan liabiliti. Sehingga akhir Disember 2024, jumlah hutang dan pendedahan liabiliti Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM1,632.4 bilion atau lebih kurang 84.5 daripada KDNK berbanding RM1,533.6 ataupun 84.1 peratus pada tahun 2023. Peningkatan yang besar ini adalah disebabkan peningkatan dalam hutang Kerajaan Persekutuan untuk pembiayaan fiskal defisit negara.
Namun, seperti saya terangkan semasa penggulungan dasar, defisit fiskal tiap-tiap tahun makin berkurangan. Inilah usaha kerajaan untuk mengurangkan beban di masa depan.
Jadi, usaha kita di bawah FRA adalah untuk terus mengurangkan defisit fiskal tiap-tiap tahun sehingga dia menjadi lebih kurang daripada tiga peratus sebelum tahun 2028.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, data tadi hutang langsung dan juga liabiliti-liabiliti lain ya? Saya just nak dapatkan confirmation termasuk PFI dan sebagainya? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Semua ada termasuk off-balance sheet. Ada beberapa perkara lagi yang diketarakan dan data-data yang dikehendaki. Jadi kita akan perhalusi permintaan data. Kalau diizinkan, saya akan jawab data-data itu secara bertulis kerana dia memerlukan nombor yang lebih rapi lagi daripada apa yang saya ada buat masa sekarang. Kalau ada apa-apa lagi yang saya tidak jawab buat masa sekarang, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,776,141,130 untuk Kepala B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Seterusnya, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebentar, tukar Pengerusi.
[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng mempengerusikan Jawatankuasa]
Kepala P.21 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Oleh sebab P.21 hanya token sahaja, P.21 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.23 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Oleh sebab P.23 hanya token sahaja, P.23 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.23 anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.23 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala B.25 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kepala Bekalan B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka untuk di bahas. Senarai pembahas adalah seperi berikut. YB Rasah, YB Hulu Terengganu, YB Pasir Gudang dan Yang Berhormat Bagan Serai.
Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Maksud B.25 bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Satu perkara saja di bawah ini, iaitu ada perbelanjaan tambahan yang diminta lebih RM1 bilion berkenaan dengan subsidi program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ataupun Kos.
Puan Pengerusi, setiap tahun, setiap kali ada belanjawan tambahan, ini antara yang dikemukakan untuk di bahas dan diluluskan. Tahun sebelumnya, ikut rekod saya, saya nampak tahun sebelumnya RM1.1 bilion, tahun ini RM1 bilion. Masih jumlah yang besar, jumlah yang lebih besar daripada belanjawan asal yang diluluskan. Kalau ikutkan rekod yang saya nampak ada di sini yang diluluskan dalam belanjawan asal tahun 2024 adalah RM800 juta, kali ini RM1 bilion.
Saya nak tanya, apakah kerajaan, khasnya KPDN ada apa-apa perancangan jangka panjang untuk atasi masalah ini. Kalau tidak, Yang Berhormat Menteri, tahun depan bulan dua ke bulan tiga sekali lagi kita akan bahaskan benda yang sama untuk tahun 2025. Sebab saya nampak benda ini asyik– dia kitar semula setiap tahun. One year, one cycle setiap tahun macam ini. Jadi, ada tak apa-apa cara untuk kita mengatasi masalah ini?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya nak sebut secara terbuka, saya nampak di sini catatannya dikatakan bahawa purata harga pasaran sawit mentah adalah lebih tinggi kalau dibandingkan tahun sebelumnya. Betul. Tapi, kita kena ingat, kita ini pengeluar sawit, kita ini pengeksport sawit.
Kita jual, bukan kita beli. Benda ini hasil produk perladangan tempatan kita. Saya mohon cadangkan pada petang ini, boleh tak kerajaan wujudkan satu skim? Ini mungkin bukan setakat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mungkin Kementerian Kewangan dan sebagainya, Perladangan semua kena terlibat.
Satu effort ya, pendekatan kerajaan rentas kementerian yang mana apabila harga mentah sawit itu meningkat, syarikat-syarikat besar yang eksport sawit, untung banyak sebab harga dia lebih, gunakan keuntungan itu. Peratusan daripada keuntungan yang mereka dapat itu bantu kerajaan secara direct. Saya tahu kalau dia untung banyak, dia bayar cukai syarikat, itu okey. Itu kita teruskan dengan apa sahaja mekanisme yang ada untuk bayar cukai di bawah LHDN.
Tapi boleh tak kalau ada certain percentage tertentu yang akan ditanggung oleh syarikat-syarikat ini untuk meringankan beban kerajaan. Sebab apa yang akan terjadi sekarang ini adalah bila harga minyak sawit dunia yang meningkat, kerajaan kena bayar lebih, kena tanggung lebih on the subsidy padahal kita pengeluar. Kalau harga minyak sawit dunia itu turun, subsidi yang kerajaan tanggung itu kurang. So, sepatutnya, bila naik itu, kita happy sebab kita penjual, kita untung banyak. Itu cara yang sepatutnya.
Jadi, saya mohon mungkin kerajaan kena bincang dengan syarikat besar, gunakan pendekatan paling kurang separuh daripada subsidi itu, biar syarikat besar yang dapat keuntungan yang sangat besar ini, bukan berjuta, berbilion, supaya bantu kerajaan. Akhirnya rakyat yang senang. Itu yang pertama.
Yang keduanya, Yang Berhormat Menteri, sekarang ini, di mana-mana, di sana-sini masih ada berlaku kekurangan stok minyak paket. Kerajaan bagi 60,000 tan metrik setiap bulan, masih kurang. Saya dah sebut ulang kali dah. Okey. Walaupun ada penguatkuasaan, ada tindakan, saya nampak ada KPDN ada buat kerja tapi, cuma benda itu masih berlaku.
Jadi macam mana, ada tak cara pendekatan yang betul-betul berkesan untuk kita pastikan satu ketirisan itu.
Ketirisan di sini bukan sebab setakat kita hantar ke sempadan. Saya bagi contoh, kalau di negeri yang tak ada sempadan dengan jiran kita, ada restoran besar, hotel besar beli minyak paket boleh tak kerapkan lebih banyak penguatkuasaan. Sebab kalau penjaja itu, kita fahamlah. Kalau penjaja untuk Bazaar Ramadhan ini kita faham. Mereka ini perlukan dia, harga dia lebih murah. Kalau tidak, mereka ini yang tanggung besok susah pula rakyat jelata kita. Jadi, boleh tak penguatkuasaan lebih dikerapkan ke atas syarikat-syarikat ataupun restoran besar, hotel besar yang memang tak layak untuk dapat subsidi ini.
Jadi saya berharaplah soal minyak masak paket bersubsidi ini, masalah yang timbul itu boleh kita noktahkan. Sebab kita ini pengeluar minyak dan kita mempunyai minyak yang cukup. Dia beza dengan padi dan beras, SSR kita tak tinggi. Ini 100 percent SSR kita. Jadi
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
apa sebabnya? Jadi saya petang ini, saya ambil kesempatan dan saya juga minta kalau boleh kerajaan gunakan pendekatan yang bersama dengan kementerian yang lain, agensi yang lain supaya masalah ini kita tak payah bincang, setiap kali berulang.
Minta Yang Berhormat Menteri, tolong pertimbangkan, boleh tak 60,000 tan metrik itu kalau boleh naik sikitlah. Terutama kalau untuk bulan puasa ini, bulan Ramadhan, Bazar Ramadhan. Untuk satu bulan pun jadilah, naik kepada 70,000 tan metrik. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Wahai orang yang beriman, kenapa kamu cakap, kamu dok buat. Sesungguhnya kemurkaan Allah bagi mereka yang cakap sahaja tak buat apa yang dicakapkan.” Terima kasih Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup B.25, iaitu tambahan sebanyak RM1 bilion lebih untuk digunakan. Sebenarnya duit ini telah digunakan. Cuma untuk formaliti sahaja diminta diluluskan di Dewan yang mulia ini.
Tahap rasional yang diberikan di sini adalah kerana purata harga palm olein yang dikatakan meningkat, itu perlu kepada peringkat ini. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Rasah sahabat saya, Pengerusi Jawatankuasa Select Committee yang mengatakan bahawa setiap tahun, bila timbul peringkat awal Dewan bersidang ini, kita minta bajet yang sebesar ini. Walaupun dulu lebih tinggi sekarang lebih rendah. Tapi persoalannya bilakah permohonan ini perlu dinoktahkan?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, kalau dah kebiasaannya begitu kenapa tidak dalam bajet yang mula-mula dibentangkan itu dimasukkan terus apa yang diperlukan oleh kementerian agar ianya tidak perlu lagi bajet tambahan, Menteri.
Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, Pengerusi dikatakan juga bahawa kerajaan telah menoktahkan miskin tegar di negeri-negeri ataupun di kawasan seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Putrajaya dan sebagainya. Dan persoalan saya sebagaimana yang ditanya oleh Rasah bahawa yang dinoktahkan miskin tegar juga kekurangan minyak subsidi ini. Jadi persoalannya, kenapa hal tersebut berlaku dan sampai bila masalah kekurangan minyak subsidi ini ataupun COS ini akan terus dialami oleh rakyat?
Ini kerana rata-rata hari ini saya yakin di Lanang sendiri pun orang kampung yang hendak beli minyak yang harganya RM2.60 satu kilo cuma masa-masa tertentu sahaja. Dan saya yakin di seluruh negara walaupun kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 60,000
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
tan metrik sebulan tapi masih tidak cukup, kenapa ianya berlaku? Adakah kerana kekurangan penguatkuasaan ataupun kerana berlaku ketirisan atau berlaku penipuan sebagaimana yang berlaku kepada beras putih kita Yang di-Pertua.
Saya merasa sedih kerana perkara ini saya bawa sejak daripada Januari ataupun Februari 2023 lagi mempersoalkan ke mana hilangnya beras putih tempatan. Tapi dinafikan oleh menteri. Menteri menafikan menteri kata Yang Berhormat makan beras mahal sepatutnya beras putih. Dan hari ini terbukti bahawa beras tersebut telah dicampur tetapi sehingga hari ini tidak ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk hendak membawa mereka yang khianat ini, khianat kepada rakyat, khianat kepada orang miskin, khianat kepada petani, kepada ke muka pengadilan. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku dan dikatakan oleh menteri tidak ada akta.
Tadi saya dengar Timbalan Menteri Pertanian menjawab tidak ada peraturan untuk hendak mendakwa mereka yang menipu ini. Saya rasa itu satu perkara yang mustahil. Di sebuah negara yang maju, sebuah negara yang merdeka lebih 60 tahun tidak ada akta untuk hendak mendakwa mereka yang menipu dan mengkhianat rakyat. Ini pasal perut Tuan Pengerusi, pasal kekenyangan, pasal makanan. Jadi, kalau Kementerian Pertanian tidak ada akta, kenapa tak bekerjasama dengan Kementerian KPDN yang ada Akta Perihal Dagangan yang menipu packing ataupun bungkusan beras campur ataupun beras tempatan dicampur ditulis beras import. Jadi, bayangkan Tuan Pengerusi berapa juta duit telah diambil oleh mereka-mereka yang menipu yang mengkhianat ini untuk mereka makan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terengganu, minta laluan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sila.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Adakah apa ini― setuju tidak dengan saya Hulu Terengganu berkenaan dengan satu hukum ataupun undang-undang yang kata tidak ada bila yang bertentangan dengan mereka-mereka ini dikatakan tidak ada hukum.
Tetapi yang kerajaan yang melawan dengan kerajaan pukul 3 pagi pun boleh ambil. Apakah kita tengok penipuan ini sampai tak ada hukum ini? Ini yang kita rasa pelik ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Masuk dalam ucapan saya. Itulah yang berlaku. Maknanya berlakunya pendakwaan terpilih mereka yang menentang kerajaan akan dipercepatkan pendakwaan kemudian baru siasat, mereka yang menyokong kerajaan dibiarkan. Jadi, saya yakin mereka yang terlibat dengan penyorokan dan juga penyembunyian beras putih tempatan ini adalah mereka-mereka yang maha kaya yang diluahkan oleh Perdana Menteri kita menentang maha kaya tapi dalam masa yang sama mereka seolah-olah menyokong maha kaya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, masa dah tak cukup. Kalau dulu kalau kita dengar ucapan daripada Perdana Menteri, “Saya malu bila menjadi pemimpin membiarkan anak-anak miskin membayar untuk sekolah mereka, untuk pendidikan mereka.” Hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya malu menjadi pemimpin untuk membiarkan orang miskin sukar untuk mendapat beras putih tempatan. Terima kasih Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Pengerusi.
Pasir Gudang ingin membahaskan Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak di bawah Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Puan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, pembahas yang pertama Rasah, yang kedua Hulu Terengganu dan yang ketiga Pasir Gudang, kami semua ini daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi kos hidup, rentas parti, ada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Tujuan kami ialah untuk membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini khususnya dalam perkara ini skim penstabilan harga minyak.
Yang Berhormat Menteri, saya ada satu cadangan sama ada munasabah atau tidak cadangan saya ini, Kerajaan Persekutuan bermula dengan kementerian memikirkan sudah sampai masanya ada satu polisi, satu dasar berkenaan dengan minyak sawit ini. Malaysia ini bukan calang-calang negara. Kita pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, yang pertama Indonesia. Indonesia walaupun dia pengeluar pertama yang terbesar minyak sawit ini tapi penduduknya 300 juta. Manakala kita Malaysia pengeluar nombor dua, penduduk kita hanya lebih kurang 33 juta.
Adakah cadangan saya ini munasabah iaitu kerajaan membuat suatu ketetapan utamakan dulu rakyat Malaysia pengguna dalam negeri ini. Ertinya jangan kesemua sebahagian besar minyak sawit dieksport keluar. Kita utamakan, penuhkan dulu keperluan rakyat negeri ini. Tak ramai rakyat kita hanya 33 juta. Adakan satu kuota kita arahkan syarikat- syarikat besar sebahagiannya itu ialah GLC kerajaan, FGV, Sime Darby dan sebagainya ertinya minyak sawit yang dikeluar daripada kilang-kilang mereka itu kita kawal untuk kuota yang cukup rakyat kita sendiri. Lepas itu yang lebih itu banyak yang lebih itu, itu eksportlah.
Eksportlah ke luar dunia.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Pasir Gudang, minta sikit Tangga Batu.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya. Silakan, silakan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Pasir Gudang. Dia sebenarnya kalau kita lihat kerajaan mengenakan windfall tax kepada industri sawit yang saya banyak kali tanya dengan Menteri Komoditi mengatakan bahawa setahun kita kutip lebih kurang dalam 1.12 bilion yang kita ambil daripada industri sawit dan digunakan untuk, sebenarnya untuk mensubsidi minyak masak. Apakah tidak cukup diambil daripada industri ini? Itu pertanyaan saya, terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pasir Gudang, sikit Pasir Gudang. Hulu Terengganu. Sikit sahaja.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sila, sila, sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya sokong dengan apa Pasir Gudang cuma ringkas Pasir Gudang. Setuju kah Pasir Gudang bahawa kerajaan terpaksa mewujudkan dua tier, two tiers pricing, hat jual dalam negeri murah untuk rakyat, yang hendak jual eksport itu dengan harga semasa. Setuju tak Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya saya bersetuju. pandangan daripada Tangga Batu dah dulu, Hulu Terengganu kita utamakan rakyat kita dulu. Dan kita nasihatkan kita pada syarikat-syarikat pengeluar minyak sawit ini selepas kita dapat penuhi tuntutan pengguna kita lepas itu kita eksportlah. Juallah dengan harga pasaran dunia dan penting ini minyak sawit, minyak masak ini kalau Jualan Rahmah buka pukul 8 sekejap habis.
Semua rakyat kejar minyak paket ini. Kesian juga takkan lah tiap-tiap tahun macam gitu.
Makna Kementerian Perdagangan ini bukan kerja dia jual minyak paket ini. Kita buat polisi, kita uruskan negara tetapi ini utamakan rakyat.
People first before profit. Ini yang berlaku sekarang terbalik. Keuntungan didahului, kepentingan rakyat dikemudiankan. Jadi masa pun dah tamat. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Saya ingin membahas berkenaan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
(2024) 2025 bagi maksud B.25 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Peruntukan asal yang dianggarkan dalam perbelanjaan 2024 iaitu Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) sebanyak RM845.5 juta. Anggaran perbelanjaan pengurusan pula RM1.8 bilion dan peruntukan tambahan bagi COSS sebanyak RM1.077 bilion. Seperti dinyatakan dalam Kertas Perintah 1A 2025, jumlah peruntukan tambahan ini sebanyak RM1.077 bilion, khususnya untuk menampung tambahan subsidi Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Jadi, kadar peruntukan subsidi ini jika dibandingkan dengan keseluruhan daripada perbelanjaan mengurus bagi kementerian, meningkat daripada 46.6 peratus kepada 66.6 peratus.
Berdasarkan kenyataan ini, peruntukan ini adalah disebabkan peningkatan kepada peningkatan harga pasaran RBD palm oil, yakni minyak masak yang telah diproses dan ditapis. Daripada RM4,031 per metrik tan pada tahun 2023, meningkat kepada RM4,411 per metrik tan tahun 2024. Peningkatan harga ini hanyalah 9.4 peratus sahaja. Pertanyaan saya, mengapa pertambahan peruntukan bagi COSS ini mengalami peningkatan melebihi daripada 100 peratus atau secara tepatnya, meningkat sebanyak 127.4 peratus daripada peruntukan asal? Secara statistiknya, peruntukan menampung tambahan ini untuk menampung kenaikan harga pasaran RBD palm oil sepatutnya hanyalah berjumlah RM79.49 juta sahaja, bersamaan
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
dengan 9.4 peratus peningkatan. Kadar yang sama seperti peningkatan purata harga pasaran. Kemanakah perbelanjaan tambahan sebanyak RM1.077 bilion ini dibelanjakan?
Mohon penjelasan.
Sebagai mana yang semua kita sedia maklum, inilah yang dibahas, yang diutarakan oleh di sebelah sini dan di sebelah sana ialah berkenaan dengan soal ketirisan. Ia nya tidak dapat diselesaikan sampai pada masa kini. Begitu juga dengan soal baru ini apabila isu beras tiba-tiba pula - saya agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh MyCC. MyCC dia kata, tiada siasatan kartel beras dibuka iaitu pada 28 Februari 2025. Sedangkan dulu, disebut oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyebut, MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi beras. Jadi, kot mana ini? Berlaku pertelagahan antara satu sama lain.
Berkenaan dengan minyak masak subsidi, kerajaan telah pun memberikan sebanyak RM60 juta pek sebulan yang diberikan untuk rakyat Malaysia. Saya dah tengok di sini, statistik yang menerima sumbangan daripada Sumbangan RAHMAH. Dia tidak sampai pun- lebih kurang hanya dalam empat juta sahaja keluarga. Kalau seorang makan tiga kilo, baru dok ada 12 juta. 60 juta pek ini, satu pek, satu kilo. Lebih itu, sebenarnya boleh buat mandi pun. Bukan boleh buat masak. Boleh mandi dengan harga yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Persoalannya, kenapa berlaku sedemikian rupa? Maka, begitulah - inilah keadaan yang kita dapat tengok.
Maka, bahagian keduanya ialah berkenaan dengan soal penguat kuasa. Kita tahu selain daripada penyalahgunaan jualan dalam negara, berlaku juga seludup di luar negara.
Jadi, hal-hal yang berlaku seperti begini kita minta supaya pihak kementerian dengan kerjasama daripada KDN, menguatkuasakan untuk tangkap golongan-golongan yang mengkhianat negara ini. Jangan pula buat salah, nanti disebut apa, ‘Oh, dirampas minyak di Kelantan’. Kelantan itu sempadan dengan Siam. Jangan dok buat salah negeri, pasal negeri kita memerintah. ‘Oh, ini pasal negeri pembangkang’. Kena ingat, polis itu di bawah Pusat.
Janganlah kadang-kadang benda-benda macam ini - saya dok tengok kadang-kadang agak sedihlah apabila isu-isu macam ini pun kita hendak mempolitikkan.
Maka dengan sebab itu Puan Pengerusi, begitu juga dengan masalah beras pada hari ini, menjadi dilema kepada kami yang nak bayar fitrah, terutama rakyat-rakyat. Apabila amil tanya, “Awak makan beras import ke, beras tempatan?”. Jadi, hat yang pembayar import - pembayar beras itu bagi tahu - pembayar fitrah bagi tahu, “Saya makan beras tempatan tapi pack dia ialah daripada import”. Jadi, pelik. Jadi, hat belakang itu beritahu dekat kawan dia, beritahu kepada amil hat kutip fitrah itu, beras ‘sekartel’. Beras kartel itu berapa rate, kita tak tahulah. Inilah yang berlaku pada hari ini di negara kita. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerus - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 10 minit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Puan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang terlibat dengan perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2024 di bawah kepala B.25 dan Butiran 040400 yang berkaitan program khusus di bawah Kementerian KPDN iaitu Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).
Benarlah sebagaimana yang disebut, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah sebelum tadi bahawa tahun lepas, perkara yang sama terpaksa dibawa ke Parlimen untuk memohon peruntukan tambahan ini dipersetujui di Parlimen. Saya melihat Ahli-ahli yang berbahas juga adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang sama, yang prihatin tentang isu ini.
Tahun lepas, YB Rasah, YB Pasir Gudang, YB Hulu Terengganu dan juga YB Bagan Serai telah bangkit untuk berbahas tentang perkara ini.
Sekiranya ditanya tentang apakah pelan KPDN bagi menangani masalah ini?
Pertama, kalau kita lihat daripada statistik semenjak Program COSS ini dilaksanakan, dikawal selia oleh KPDN, peruntukan daripada tahun 2017, contohnya adalah RM691 juta. 2018 - RM488 juta. 2019 - RM269 juta. 2020 - RM528 juta dan apabila harga CPO meningkat begitu tinggi bermula tahun 2021, ia telah pun mencecah RM2.1 bilion. 2022 - RM2.4 bilion. 2023 - RM1.6 bilion dan 2024 - RM1.9 bilion kerana harga CPO itu telah pun– dan juga harga RBD palm oil itu telah pun melebihi threshold 2,300.
Untuk makluman juga, pada bulan Januari 2025 ini, harga telah meningkat dengan jauh lebih tinggi. Kalau ditanya, apa pelan kita? Pertama adalah untuk meminta peruntukanlah daripada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi sebut kenapa tidak dimasukkan terus dalam peruntukan? Di pihak kementerian, kita membuat unjuran dan kita sememangnya memohon peruntukan sebagai unjuran kita. Namun, mungkin Kementerian Kewangan ada pertimbangan-pertimbangan tertentu dan mungkin Hulu Terengganu boleh selepas ini bertanya terus secara langsung dengan MOF.
Apakah pelan jangka panjang? YB Rasah sebutkan tadi. Pertama, dari segi- kita perlu melihat di dalam Dewan ini ada cadangan. Contohnya ada cadangan supaya dimansuhkan program COSS diganti dengan pemberian tunai.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Yang kedua, ada juga cadangan sebagaimana YB Hulu Terengganu sebenarnya tahun lepas ketika membahaskan perkara yang sama telah membangkitkan dinaikkan harga daripada RM2.50 satu kilogram itu kepada RM3.50 yang melibatkan elemen penyasaran diesel. Namun, sebagaimana kita maklum bahawa kita berhadapan dengan agenda-agenda besar penyasaran subsidi diesel bermula dengan yang lepas dan pada tahun ini RON95.
Jadi, kerajaan tidak mahu mengambil pendekatan tergesa-gesa. Kita melihat kepada apakah aspek penyasaran diesel yang perlu diutamakan dan setakat ini, di hadapan kita,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
perkara yang paling penting adalah berkenaan dengan RON 95 kerana kita― tadi pun Yang Berhormat Pasir Gudang sebut, KPDN ini patutnya kerja lain daripada menjual minyak. Saya setuju dengan Yang Berhormat kerana ini perkara besar dan daripada bajet mengurus pun, banyak COSS. Kalau ambil langkah mudah, mungkin kita pun bersetuju bahawa mansuhkan program ini, tetapi hakikatnya kita perlu melihat kepada kesan kepada rakyat kerana ini melibatkan keperluan harian masyarakat. Jadi, dari segi program ini diteruskan atau tidak, setakat ini kita melihat bahawa program ini perlu diteruskan dengan beberapa penambahbaikan.
Dibangkitkan oleh YB Rasah, YB Hulu Terengganu pun bersetuju dan khususnya YB Pasir Gudang mengemukakan cadangan tentang bagaimana syarikat-syarikat besar pengeluar minyak ini perlu memberi keutamaan kepada bekalan dalaman dahulu.
Sebenarnya tidak ada isu dari segi bekalan. Bekalan untuk dalaman itu mencukupi. Isunya adalah penjualan oleh syarikat-syarikat minyak besar ini kepada kepenggunaan di dalam negara adalah harga yang sama, mengikut harga pasaran dunia. Harga CPO tersebut.
Dan untuk makluman, sebagaimana syor sejak sekian lama, supaya diperkenalkan apa yang disebut sebagai mekanisme two-tier pricing dan, untuk makluman, KPDN telah pun membawa perkara ini kepada Jemaah Menteri dan telah pun diputuskan supaya Kementerian Perladangan dan Komoditi meneliti perkara ini, kesesuaiannya untuk dilaksanakan untuk membolehkan sekurang-kurangnya keperluan domestik, khususnya minyak kemasan botol, yang juga kita control the price, tanpa subsidi dan juga program ini dapat dipertimbangkan supaya harga itu berbeza dijual domestically, dengan izin, dengan harga yang dijual di peringkat CPO pasaran dunia.
Jadi, saya mengalu-alukan cadangan yang dikemukakan oleh YB Rasah, YB Pasir Gudang dan juga YB Hulu Terengganu tadi. Kita berharap bahawa perkara ini dapat disusul khususnya oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi kerana kita merupakan negara antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh?
Okey, kita dah tengok stimulus budget ini setiap tahun. Yang ini, kita dah belanja. Cuma nak lulus, nak endorse sahaja.
Jadi, saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah pengalaman-pengalaman kita yang lepas-lepas dengan perkara-perkara yang begini menyebabkan kita boleh ambil tindakan untuk tidak ada lagi stimulus budget pada tahun- tahun yang depan? Sebab, pengalaman ini yang mengajar kita bagaimana kita nak avoid from the same happen berlaku lagi kepada kita.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab di KPDN, saya amat berharaplah sekiranya Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan unjuran permohonan peruntukan kita setiap tahun.
Saya melihat ada dua perkara, Yang Berhormat, dalam pelaksanaan COSS.
Pertama adalah kemampanan program ini kerana kita melihat harga CPO dan juga RBD Palm
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Olein itu semakin meningkat yang menuntut kita untuk melihat semula kadar threshold yang telah ditetapkan RM2,300 per metrik tan terlebih dahulu. Jadi, kosnya amat tinggi.
Ada cadangan daripada Yang Berhormat Rasah minta ditambah, Yang Berhormat Bagan Serai pula membangkitkan kenapa perlu 60,000 metrik tan tersebut. Namun, hakikatnya, tanpa tambahan 70,000 pun, kos dari tahun ke tahun semakin meningkat. Jadi, kemampanan program ini untuk pada masa yang ke hadapan.
Yang kedua adalah bagaimana untuk memastikan ia sampai kepada golongan sasaran dari segi penguatkuasaan dan juga monitoring 60,000 metrik tan. Maksudnya, setiap bulan sepatutnya ada 60 juta minyak masak paket ini sampai di sasaran. Daripada golongan sasar― inilah cabaran kita.
Dan saya melihat, Puan Pengerusi, selain daripada aspek penguatkuasaan, banyak mana pun penguatkuasaan yang kita lakukan, ramai macam mana pun anggota-anggota penguatkuasaan kita, tanpa usaha penguatkuasaan itu disertai dengan aspek pengurusan risiko leakages risk management, ia tidak akan memberikan impak sebagaimana yang dihajatkan. Itu sebabnya saya pernah sebut semasa menggulung baru-baru ini bahawa kita dalam usaha rintis untuk memperluaskan sistem eCOSS sedia ada yang sekarang ini monitoring, pemantauan daripada pengeluar hinggalah kepada peringkat peruncit. Tetapi, tidak ada rekod kepada siapa peruncit jual. Itu sebab berlakunya penyelewengan.
Contohnya, dijual kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan termasuklah aspek penyeludupan.
Jadi, usaha kita merintis, insya-Allah, kita akan bawa kepada Jemaah Menteri. Tidak perlu sistem baru. Kita perluaskan sistem eCOSS ini untuk perkenalkan aplikasi mobile system eCOSS di mana data pembelian di peringkat pengguna itu kita boleh capture. Jadi, di peruncit, kita boleh tengok, semak siapakah data-data yang membeli. Dan pada masa yang sama, dengan aplikasi mobil ini diwujudkan, maka kita boleh membuat larangan segera supaya pembelian oleh warganegara asing itu dikuatkuasakan. Kita ingin laksanakan sekian lama tetapi peruncit kita bertanya. Kita keluarkan larangan bagaimana ingin atau pun boleh kita kuat kuasakan. Jadi, ini kedua-dua aspek yang kita lihat.
Saya pun berhajat untuk membentangkan pelaksanaan aplikasi mobil eCOSS system ini, sebelum ke Jemaah Menteri, mungkin saya boleh dapatkan pandangan dalam select committee untuk kita memastikan. Kerana, satu perkara kita kena lihat bahawa ia tidak menyukarkan rakyat dan pengguna kita. Tetapi, mahu tidak mahu, kita perlu laksanakan kerana program ini, implikasi kewangannya adalah cukup besar, menghampiri RM2 bilion setahun, kalau mengikut harga CPO dan juga RBD Palm Olein pada hari ini.
Puan Pengerusi, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai sebentar tadi, untuk makluman Yang Berhormat Bagan Serai, saya boleh bagi butiran lanjut. Namun, pengiraan 60,000 metrik tan yang diputuskan pada tahun 2017 tersebut bukan hanya mengambil kira keperluan domestik isi rumah tetapi juga dalam komponen itu, selain daripada domestik, juga diambil kira keperluan untuk membantu peniaga kecil dan industri mikro,
Datuk Armizan bin Mohd Ali
begitu juga pengusaha kantin sekolah dan dewan makan asrama dan begitu juga pusat-pusat jagaan warga emas dan OKU. Jadi, maksudnya, pengiraan 60,000 ribu metrik tan itu diasaskan bukan hanya kepada keperluan domestik.
Jadi, Puan Pengerusi, saya fikir saya telah pun menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan. Di peringkat KPDN, kita akan melihat kepada aspek bukan hanya memohon peruntukan kepada MOF tetapi kita akan melihat kepada aspek pengurusan risiko yang saya sebutkan tadi leakages risk management melalui sistem eCOSS yang diperkasakan melalui pengenalan aplikasi mobil sistem eCOSS dan komitmen kita untuk melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih agresif. Kita mahu mereka-mereka yang terlibat dengan penyelewengan, dengan penyeludupan ini sedar bahawa apa yang mereka lakukan adalah satu tindakan sabotaj terhadap usaha kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup rakyat.
Dengan sistem ini, saya berharap mereka mulalah untuk mencari rezeki baharu yang lebih berkat daripada terlibat dengan penyeludupan dan juga penyelewengan. Jadi, dengan itu saya sekali lagi ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Berhormat yang terlibat dan terima kasih. Sekian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,77,146,050 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala P.27 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya. Oleh sebab P.27 hanya token sahaja, P.27 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.28 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Timbalan Yang di-Pertu
Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan. Oleh sebab P.28 hanya token sahaja, P.28 tidak perlu dibahas.
Kepala P.28 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Timbalan Yang di-Pertu
[Tiada perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.30 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Oleh sebab P.30 hanya token sahaja, P.30 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.33 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Oleh sebab P.33 hanya token sahaja, P.33 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.33 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.43 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh sebab P.43 hanya token sahaja, P.43 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.46 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab P.46 hanya token sahaja, P.46 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.48 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh sebab P.48 hanya token sahaja, P.48 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024]
Kepala P.60 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2024] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Jelebu, YB Tanah Merah, YB Pendang dan YB Arau. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu – tiada. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengerusi.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Pengerusi. Maaf, Pengerusi. Pengerusi, saya sebenarnya menyokong permohonan MINDEF bagi mendapatkan bajet tambahan RM407 juta untuk membiayai selenggara pesawat dan radar tentera udara kerana asas MINDEF nyatakan ini sangat kuat dan kukuh terutama melibatkan keperluan penyelenggaraan radar pesisir pantai.
Sebenarnya MINDEF, setahu sayalah sewaktu saya dulu pada waktu zaman Perikatan Nasional, TUDM sentiasa memohon bajet yang sewajarnya kepada TUDM setiap tahunan ialah hampir RM1.5 bilion. Tetapi kerajaan hanya bagi selalunya, separuh. Daripada dahulu lagi, separuh ataupun dua pertiga sahaja bajet yang TUDM mohon. Jadi, apabila peruntukan ini kurang, maka sebab itulah ia menjejaskan perancangan dan bajet TUDM. Jadi, sepertinya maintenance, penyenggaraan dan sebagainya. Jadi, bayangkan ya bila bajet yang tidak cukup bila kita bagi. Saya ambil contoh macam Sukhoi. Sukhoi ini, kita ada Sukhoi tapi tidak semua yang kita boleh susukan. Sukhoi kita – saya tahu boleh terbang semua. Tiada masalah. Tetapi kita tidak boleh menggunakan semua kerana maintenancenya tidak cukup, duit maintenance itu tidak cukup.
Jadi, di sini saya ingin mendapat beberapa penjelasan daripada MINDEF. Bilakah radar jarak jauh milik Angkatan Tentera Malaysia akan mula beroperasi bagi mengawal kedaulatan Malaysia di Laut China Selatan dan Pulau Layang-Layang? Saya juga mohon penjelasan daripada MINDEF mengenai perancangan masa hadapan tentera TUDM bagi inventori sedia ada – 18 buah pesawat MiG-29N dan juga tujuh buah baki pesawat latihan jenis Aermacchi MB-339 yang digantung penggunaan sejak 2018.
Saya mencadangkan supaya pesawat MiG-29N ini dilupuskan dan dijual kepada negara lain yang berminat. Saya difahamkan ada beberapa negara yang berminat untuk membeli pesawat MiG-29N kita mengambil kira TUDM telah melaksanakan penyelenggaraan pesawat dengan baik serta tempoh jam penerbangan pesawat berkenaan yang rendah.
Mungkin MINDEF boleh mempertimbangkan penjualan pesawat ini kepada negara seperti Sudan ataupun terutama negara India dalam pertukaran (trade-off) alat-alat ganti pesawat jenis Sukhoi milik TUDM yang kini sukar mendapat alat ganti akibat daripada kesan perang Ukraine-Russia. Saya kira perkara ini boleh dimasukkan dalam agenda mesyuarat Malaysia- India Defense Cooperation tahun ini. Selain itu juga, saya ingin mencadangkan pesawat MiG- 29N ini untuk dijadikan monumen di pintu masuk utama kolej tentera udara sama ada di Alor Setar ataupun Ipoh.
Tuan Pengerusi, isu keselamatan kedaulatan negara memang kita – diberi tanggungjawab kepada Angkatan Tentera Malaysia tetapi apabila setiap tahunan, peruntukan yang diberi kepada MINDEF tidak mencukupi dan kita menganggap negara kita tidak
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
berperang, maka tidak perlu bagi peruntukan, tapi inilah jadinya. Ingatlah peribahasa, if you pay peanuts, you will get monkeys. Jadi, sebab itulah harapan saya kepada– apabila TUDM memohon bajet tambahan ini, ia juga menggambarkan kelemahan, kelemahan di pihak kerajaan.
Apa pun saya harap bajet ini tidak digunakan untuk tujuan lain seperti membayar syarikat swasta dalam pembekalan helikopter secara pajakan. Walaupun bajet RM407 juta ini dinyatakan untuk membiayai selenggara pesawat dan radar tentera udara, saya khuatir bajet keseluruhan ini yang diluluskan tahun lepas kepada MINDEF akan dipindahkan, akan dipindah guna menggunakan NOC (Notice of Change) untuk membayar pembekalan helikopter secara pajakan yang kita tahu paling mahal dalam sejarah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya mohon jaminan daripada MINDEF perkara tersebut. Saya sebenarnya, isu pajakan ini yang paling mahal ini, apabila kita- saya tengok dari sektor keperluan user.
Ibaratkan macam inilah, kita bayar Rolls Royce. Bila kita bayar Rolls Royce, kita harapkan ATM dapatlah Rolls Royce, janganlah diberi X50. Ia mesti memenuhi betul-betul keperluan, kehendak angkatan tentera. Saya mohon helikopter yang dibekalkan kepada ATM yang MENHAN berkata akan pada tahun 2027, sekiranya setelah dibekalkan baru didapati ia gagal memenuhi keperluan.
Kerana apa Tuan Pengerusi, saya ada tanya soalan, soalan saya yang soalan bertulis. Ada tak klausa yang antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Weststar Aviation yang bagi melindungi kepentingan Angkatan Tentera Malaysia sekiranya syarikat ini gagal membekalkan helikopter yang menepati spesifikasi keperluan dan disahkan betul.
Maksud dia, sebab MENHAN kata 2027 barulah helikopter akan dibekalkan. Kerana apa? Bagi saya, kalau macam kita kata nak beli kereta, kita buat test drive dahulu tetapi malangnya dalam konteks pajakan yang paling mahal, RM16.6 bilion ini, tak ada langsung.
Sebenarnya dalam angkatan tentera sepatutnya dia ada uji nilai tanpa obligasi sepertinya supply artillery di mana mereka-mereka yang berminat akan membuat uji kaji di mana Turki buat, China buat, semua negara, Perancis buat, tanpa obligasi. Syarikat yang nak membekal, tanpa obligasi, tak ada melibatkan kos kepada ATM.
Akan tetapi dalam hal konteks helikopter AW1- helikopter yang dibekalkan kepada tentera, tak ada langsung uji nilai. Ini besar ini Tuan Pengerusi, RM16.6 bilion ini Tan Sri. Kita pun dalam akaun pun memang tak akan ada ini. RM16.6 bilion ini satu jumlah yang besar, ini duit rakyat.
Sebab itulah- jadi saya nak tahulah, seandainya apabila waktu 2027, tiba-tiba dilihat tak boleh, Menteri kata boleh buat underslung meriam. Saya kata, tidak ada dalam sejarah dalam negara ini, tak ada satu negara yang boleh underslung meriam. Underslung muatan boleh sebab dalam brosur kata boleh tetapi didapati kata waktu 2027, masa 2027 tak boleh buat. Jadi, ada tak- apakah yang nak jaga klausa yang boleh menjaga kepentingan Angkatan Tentera Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Pengerusi. Saya nak menyentuh berkenaan dengan, sebenarnya duit ini pun telah dibelanjakan, yang mana dalam Butiran 12.1 P.60 ini, P.0060 ini berkenaan dengan penyelenggaraan pesawat dan radar tentera udara. Jadi mengikut rekod Angkatan Tentera Malaysia ini, seperti mana yang lepas- lepas, sangat tidak berkeyakinanlah. Tidak boleh nak achieves dia punya due date yang telah diletakkan dan masih lagi sampai sekarang, tiap-tiap tahun minta stimulus ataupun minta peruntukan tambahan. Untuk apa?
kita nak kena tengok duit yang dibelanjakan ini adalah duit rakyat. Jadi, anak cucu kita katalah macam RM16.8 bilion disebut tadi, RM16.6 bilion ini, saya ingat dua keturunan bayaq tak habis lagi ini. Anak-anak cucu kita terpaksa bayar. Jadi sebab itu kita prihatin, kita kritik, kita tanya tapi tak jawab dengan betul. Jadi saya nak minta, macam mana kes yang berlaku yang dibuat oleh Menteri minggu lepas berkenaan dengan pembelian helikopter dibandingkan dengan Poland.
Saya nak sebut di sini, Menteri mengatakan di Parlimen minggu lepas- minggu lalu, adalah tidak benar. Poland membeli 30 buah AW149, helikopter AW149 versi military dengan harga RM8.7 bilion termasuk pasang di Poland. Logistik, training, simulator packages, logistic package, stock of spare and consumable part, equipment and untuk ground crew FLIR, chauffeur training pilot, persenjataan dan lain-lain lagi.
Kesemua 32 buah helikopter AW149 tersebut akan siap pada 2023 hingga 2029.
Sebanyak lapan buah helikopter AW149 Poland telah siap. Apa dengan kita yang kita banding dengan Poland tadi ini? Kita bayar lebih mahal dari mereka iaitu RM16.5 bilion atau lebih untuk 28 helikopter yang sama iaitu AW149, AW139, AW119 untuk 15 tahun. Tahun ini, sewa beli lepas 15 tahun akan dijual ke kerajaan dengan harga RM1 tetapi tak berbaloi.
Saya mendapat laporan ini bahawa Poland, ini daripada yang link saya sebut ini daripada syarikat Leonardo.
[Menunjukkan satu dokumen] Syarikat Leonardo ini telah saya link, saya dapat perbandingan bahawa saya tak nak lah nak sebut Menteri ini memberi complicated, salah laporan tetapi saya tak nak. Saya hendak Menteri jawab betul sahaja.
Saya tak hendak nak bawa usul apa dipanggil 36(12) ini, mengelirukan Dewan. Saya tak nak.
Saya nak Menteri jawab betul sahaja apa yang sedang berlalu sekarang ini. Tak payah pusing sana, banding sana, banding sini sebab kalau banding pun tak betul. Kami check, dengan Poland beza lebih kurang 50 peratus harga yang kita beli. [Menunjukkan satu dokumen] Kita terpaksa, tengok ini. Kita bayar dengan RM16 bilion lebih dan akhirnya dengan sewa beli ini tinggalkan ledger book RM1. Sama ada kita nak jual ataupun syarikat itu hendak ambil balik, itu cerita lain.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Akan tetapi, kita terpaksa menanggung beban dengan kos yang tinggi, kualiti rendah, kapasiti rendah menyebabkan kita kerugian. Ini keselamatan negara. Minta jawablah dengan betul, tak payah sembunyilah. Kalau melibatkan sekuriti, tak mahu jawab, jangan jawab. Tulis mai kat kita, kita nak tahu, kita nak banding perbelanjaan kerajaan ini.
Jadi, saya tengok di sini, lebih mengejutkan, kos seunit AW149 ini lebih mahal daripada pesawat pejuang FA50 yang dibeli dengan harga RM341 juta seunit termasuk penyelenggaraan. Satu lagi saya nak masuk, adakah logik sebuah helikopter utiliti lebih mahal daripada pesawat pejuang? Saya nak tanya pihak Menteri ataupun pihak angkatan tentera.
Adakah- Satu lagi yang saya nak bangkit berkenaan dengan radar. Radar ini yang sekarang ini kita tambah lagi RM561 juta, tiga biji lagi. Tiga radar lagi, tiga set radar lagi.
Adakah bekal model yang dibekalkan oleh Thales yang juga pemasang kepada radar ini jenis GM403 ataupun GM400 Alpha. Clear yang kan benda ini sebab dia ada perbezaan dari segi perkhidmatan dia kepada negara.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Pendang, boleh mencelah?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sila.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Pendang, saya nak sentuh fasal pajakan yang helikopter yang RM16.6 bilion. Ya, saya fikir, ya lah sekarang kita rakyat Malaysia diminta telan bulat-bulat, okey ini pajakan selama 15 tahun, RM16.6 bilion, terima sahajalah. Jadi, patut tak kita ini sebagai rakyat ataupun angkatan tentera perlu diberi perincian. Weststar perlu memperincikan RM16.6 bilion ini, berapa kos helikopter, berapa kos maintenance, berapa kos insurans? Barulah, rakyat boleh sama ada barulah bila dipersembahkan kepada rakyat, dibentangkan, barulah kita sama ada boleh terima atau tak terima.
Ini, 15 tahun, RM16.6 bilion dan setuju tak Pendang bahawasanya Menteri MENHAN telah mengelirukan kita apabila mengatakan Poland, Menteri pada tempoh hari mengatakan Kerajaan Poland membeli, hanya beli sahaja. Tak ada melibatkan maintenance tetapi hari ini Pendang kata melibatkan ia juga termasuk selenggara dan sebagainya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Harga lebih murah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Maka jelas, Menteri, dan harganya pun lebih murah, jauh lebih murah. Jadi, ini menunjukkan apakah setuju bahawasanya Menteri kita mungkin dikelirukan oleh pegawai ke ataupun Menteri sendiri yang mengelirukan kita? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih. Masukkan dalam ucapan saya. Yang seterusnya, saya ada lagi satu bukti.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey. Saya akan gulunglah. Boleh bagi saya satu minit? Jadi, saya akan gulung untuk saya landing. Saya dapat lagi satu.
[Menunjukkan satu dokumen] Apa yang saya kata hari ini dengan berita daripada Air Times yang mengatakan hujah harga pembelian AW149 untuk Poland adalah helikopter sahaja.
Tidak benar, yang dijawab oleh Menteri itu tidak benar.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Ini, [Dicelah] Menteri kata, tidak benar. Maknanya kita kena berterus teranglah. Cerita yang sebenar, tak payahlah ada hanky-panky. Saya takutlah dok tuduh orang sakau, sakau, sakau, mungkin mereka yang sakau? Sebab nak mengelabukan mata kes yang berlaku ini, tuduh orang lain sakau. Sebenarnya sakau itu kembali kepada mereka. Sekian, terima kasih.
Wabillahi walhidayah assalamualaikum.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Seterusnya, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat berpuasa semua. Bersabar-bersabar, jangan koyak ya. Okey, peruntukan tambahan. Kita dah belanja sudah. Kita kena luluskan yang ini, tidak ada masalah, sebanyak RM407,800,000. Okey, di antaranya ialah termasuk penyelenggaraan aset Tentera Udara seperti helikopter Nuri― tetapi sekarang sudah kita sudah bersetuju untuk hendak sewa RM16.5 bilion yang Pendang dan juga Tanah Merah bercakap tadi.
Kemudian kita hendak selenggara pesawat lama termasuk Program Perlanjutan Hayat Kapal (SLEP) bagi Sukhoi Su-30MKM iaitu menambahkan jangka hayat lagi 10 tahun.
Kemudian kita akan beli dijangka F/A18C/D milik Kuwait, kita akan beli secondhand dan dijangka dimuktamadkan pada tahun ini. Jadi, persoalannya sekarang ini kita sudah macam orang kenal pula sudah. Hendak beli pesawat secondhand Dato’ Pengerusi, secondhand, dalam masa yang sama kalau sudah tidak cukup duit kita sewa. Jadi, orang panggil negara secondhand, negara sewalah gaya itu. Tidak bolehkah kita beli baru?
Saya hendak beritahu bakal Menteri Dalam Negeri ya. Hendak dengar ya. Ini siapa Malaysia kerana kita lupa siapa Malaysia. Malaysia adalah di antara negara yang terkenal di dunia. Asia Pasifik GDP, Malaysia nombor enam. Hoi, nombor enam. Berderet negara lain tetapi Malaysia nombor enam. Kewangan Islam Dunia, Dunia, Malaysia nombor 1, Timbalan Menteri Kewangan, nombor 1. IQ, ha ini IQ, depa macam-macam kata kat orang kan, IQ Malaysia nombor 22 dunia. Daripada negara berderet yang ada pelbagai manusia kaya-kaya tetapi Malaysia nombor 22.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian dari segi peringkat Asia, sains, teknologi dan juga inovasi, Malaysia nombor 29 jauh sedikit tetapi okey ada nombor. Halal hab, halal hab. Mamat, halal hab Malaysia nombor 1, hebat. Universiti yang terbaik di dunia Malaysia nombor 59, di peringkat ASIA nombor 12. Ini kekuatan yang ada di peringkat dunia, mari tang pertahanan tercorot.
Pasal apa? Beli secondhand dengan sewa. Kita kena mampu untuk membeli baru dan kita kena masuk dalam Belanjawan yang khusus untuk membeli benda baharu sebab negara lain boleh beli baharu, negara minyak tak dak, apa pun tak dak tetapi semua beli barang baharu, Yang Berhormat.
Okey, yang keduanya saya mencadangkan Pangkalan Tentera Udara ini ditambah.
Satu ditambah lagi satu di Sabah di kawasan sebelah Semporna dan dua lagi ditambah di Sarawak. Sarawak satu ini― lagi satu saya mencadangkan supaya Beting Patinggi Ali dijadikan Pengkalan Tentera Udara dan juga Pengkalan Tentera Laut di Terumbu Layang- layang. Terumbu Layang-layang kita sebelah kiri, Vietnam sebelah kanan, Philippines, sebelah hadapan dia ambil seorang dua pulau, China. China membangunkan tambun tanah di situ sehingga menjadi Pengkalan Tentera Laut dan juga udara yang terbesar.
Di depan Terumbu Layang-layang, Pulau Layang-layang kita. Pulau Layang-layang ialah sebuah terumbu kecil tetapi kerajaan telah tambun sehingga menjadi satu kawasan seluas 83 ekar― saya tak pasti, ekar ke hektar tetapi kita ada pesawat yang boleh kita turun ke sana dan kita ada pangkalan kecil Tentera Laut. Jadi kita cadangkan supaya di Beting Patinggi Ali tambun tanah jadikan Pengkalan Tentera Udara dan juga Laut di sana.
Kalau dia orang kata hendak ambil modal mana, ini yang jadi nombor satu dalam dunia ini di mana― kita ada nombor dalam dunia tetapi bila sampai tang pertahanan kita tidak ada nombor. Sekarang kita hendak bernombor. Wujudkan pangkalan baharu, pangkalan tentera udara di Beting Patinggi Ali. Tambun tanah, tidak ada masalah. Kalau pertahanan ini kami tidak cakap banyak sangat, yang kami dok cakap yang tegur ini sebab penyalahgunaan.
Itu sahaja, yang lain kita tidak tegur. Kerajaan boleh membuat perbelanjaan yang hebat dari segi pertahanan sebab semua negara berebut untuk beli barang baharu. Kita berebut hendak beli barang secondhand. Kita kena ingat beli barang secondhand risikonya cukup tinggi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Arau, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Juga yang masih dok ada itu kita perbaiki tetapi kita sanggup sewa sampai RM16 bilion.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Arau, sedikit fasal Beting Patinggi Ali tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Speaker boleh ya..
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya setuju apa yang dikatakan oleh Arau tadi. Apa pandangan Arau berkenaan dengan Ambalat, Ambalat yang dikatakan sampai sekarang Ahli Parlimen tidak tahu apa isi perjanjian tersebut. Apa pandangan Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isi perjanjian? Masuklah sebahagian ucapan saya bagi kawan-kawan sana jawablah kalau boleh. Tidak boleh pun tidak apalah,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
jawab bertulis tetapi sekarang ini saya Parlimen tinggal empat hari lagi Pengerusi. Saya bertegas saya hendak bagi jawapan kata ya, kita akan buat. Itu cukup habis cerita. Kalau kata kita akan bertulis semua menari-nari. Kita hendak satu pendirian tegas daripada kerajaan. Kerajaan tidak boleh lagi hanya tunggu PMX kasihan dekat dia. Dia kena pergi luar negara lagi. Jadi dia selepas itu dok fikir― ini kami dok berdoa bulan puasa supaya hatinya berubah untuk bagi peruntukan lagi.
Jadi macam-macam dalam kepalanya. Saya minta Menteri tolonglah dia. Tolong sama-sama untuk buat komitmen. Bakal Menteri Dalam Negeri buat komitmen tetapi cuma sebelum Menteri Perdagangan Dalam Negeri tolong jawab kenapa beras tempatan dengan beras import bercampur, itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
[Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, 10 minit.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dato’ Pengerusi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Arau atas perbahasan RUU Perbekalan Tambahan 2024 terkait dengan P60 – Kementerian Pertahanan.
Seperti mana kita tahu bahawa bajet tambahan kita ini yang berjumlah RM407,000,800 adalah terkait dengan dua perkara. Pertama, terkait dengan senggaraan pesawat dan juga radar. Kedua, terkait dengan pembayaran perolehan Fighter Lead-in Trainer ataupun kita sebut Light Combat Aircraft (LCA) fasa yang pertama.
Jadi kita seperti mana yang kita tahu, seperti mana yang disebut juga oleh Yang Berhormat Tanah Merah tentang bajet kita di mana keperluan bajet di Kementerian Pertahanan itu melalui penyelenggaraan sama ada radar mahupun pesawat kita yang melibatkan 52 kontrak pertahanan ini menelan belanja hampir RM1.4 bilion setahun. Jadi, kalau kita tahu bahawa siling kita setakat ini adalah sebanyak RM800 juta. Jadi, sudah barang pasti kita cuba memanfaatkan bajet yang telah diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada kita tetapi dalam masa yang sama kita tahu bahawa ada beberapa isu yang mengekang kita juga untuk memastikan bahawa kita memerlukan bajet tambahan.
Antaranya saya lihat bahawa kita di Kementerian Pertahanan memang kita menggunakan garis 20 peratus daripada garis luar jangka kita tetapi kalau kita melihat kepada apa yang berlaku sekarang di mana kita ada peningkatan antara 30 hingga 40 peratus luar jangka ini yang melibatkan penyelenggaran kita. Sebab itu kalau kita lihat kita memerlukan bajet-bajet tambahan ini. Contohnya kalau kita lihat macam A400, kalau kita lihat pada tahun 2024 kita menghadapi masalah brake dan kosnya agaklah tinggi kerana ia bukan sahaja melibatkan brake tetapi melibatkan hidraulik dan juga keseluruhan daripada sistem tayar itu dan ini memerlukan peningkatan kepada keperluan bajet kita.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Begitulah juga kalau kita lihat macam F/A18. So, kita boleh melihat bahawa kadang- kadang ia melihat juga kepada modul ataupun kerangka itu sendiri ada keretakan dan seumpamanya. Mungkin tidak kita letakkan dalam bajet kita tetapi bila ini berlaku dia sebenarnya memerlukan bajet tambahan daripada kita. Ini antara yang dibangkitkan seperti mana yang dibangkitkan oleh Tanah Merah kerana saya fikir Tanah Merah faham persoalan bajet di Kementerian Pertahanan itu tetapi yang paling penting bagi kita adalah bagaimana kita boleh memastikan bahawa keperluan bajet kita itu untuk kita menguruskan perbelanjaan kita bagi kita menyelenggara sama ada pesawat kita mahupun radar kita itu dibuat bagi memastikan operasi-operasi kita itu tidak tergendala.
Ini antara perkara-perkara yang saya ingin bangkitkan. Begitulah juga tadi Tanah Merah ada menyebut tentang MiG. Kita tahu bahawa kita telah menghentikan operasi dan ada beberapa cadangan Tanah Merah untuk dilihat kepada sama ada bagaimana ia mahu dilupuskan, dilupuskan kepada pihak ketiga. Terpulang kepada pihak ketiga untuk menggunakannya ataupun berkolaborasi dengan pihak-pihak yang memerlukan MiG itu.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi, kita akan ada beberapa proses pelupusan itu dan kita akan pastikan bahawa dia dilupuskan mengikut proses yang telah kita tetapkan di Kementerian Pertahanan itu.
Begitulah juga tadi ada disebut tentang keselamatan, kedaulatan negara. Saya tidak nafikan kerana kita tahu bahawa dalam kes kita di peringkat Kementerian Pertahanan ini sama ada darat ataupun udara kita ataupun laut kita. Kalau kita lihat dalam Laporan Audit hari itu, ada dilihat juga dan kalau kita lihat operasi kita ini cukup tinggi dan kalau kita lihat dalam keadaan- keadaan tertentu macam laut, kita melalui high tempo.
Maknanya, penggunaan kita jauh lebih tinggi daripada apa yang telah kita rancang.
Jadi, kita mahu kalau boleh kita mempunyai suatu aset yang dapat dimanfaatkan, sesuai dengan aspek-aspek yang telah kita sebutkan tadi. Memang saya tahu bahawa banyak dibangkitkan oleh Tanah Merah, Pendang bangkitkan dan Arau bangkitkan. Saya mungkin tidak mengambil kesempatan ini kerana masa yang agak terhad.
Hari itu pun Yang Berhormat Menteri Pertahanan pun sudah menjelaskan tentang sewaan helikopter itu. Walaupun hari ini kita banyak membincangkan tentang bajet tambahan dari segi penyelenggaraan tetapi saya harus juga ─ saya selalu melihat cara kita, apa yang dikemukakan Yang Berhormat Menteri Pertahanan, sebenarnya tidak menyorok apa-apa.
Itu sebab setiap daripada perkara-perkara, hari itu Menteri Pertahanan apabila dia menjawab, dia menjawab dua perkara sahaja dalam penggulungan itu dan banyak masa dia habiskan untuk menjawab persoalan sewaan helikopter itu. Sebab itu saya fikir dalam kita mahu menjelaskan, memberikan kefahaman tentang sewaan helikopter itu, ia bukan sahaja dilihat dari segi harga seperti mana yang disebut oleh Pendang itu. Saya tahu hujah Pendang itu tetapi ianya harus dilihat dari segi penyelenggaraan, dari segi kewangan dan kemampuan kewangan negara. Begitulah juga...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Haji Adly bin Zahari
Nanti kejap, saya habiskan dahulu. Dari segi kebolehoperasiannya kerana kita tahu pada hari ini, antara kekangan terbesar kita adalah kalau kita menyediakan bajet secara tahunan, kita takkan upaya mempunyai bilangan helikopter yang sebanyak itu dan menyebabkan kesannya adalah kepada operasi kita.
Kadang-kadang operasi melibatkan keselamatan anggota kita, itu harus kita mengambil kira.
Sebab itu dalam kita membuat pertimbangan sewaan ini, semua aspek itu harus kita mengambil kira. Kita jangan menggadaikan nyawa anggota-anggota kita hanya kerana kita tidak cukup aset. Ini yang paling penting.
Sebab itu bila kita memberikan konklusi dalam aspek sewaan ini, kita harus mengambil kira semua aspek itu. Sebab itu saya minta supaya dalam kita melihat ini sebab itu Yang Berhormat Menteri sendiri dalam menjelaskan sewaan itu mengambil kira semua aspek itu. Saya fikir aspek itu cukup penting kerana kebolehmampuan dan operasi kita adalah antara aspek yang cukup penting bagi memastikan bahawa kesiapsiagaan kita menjaga kedaulatan dan keamanan negara kita itu sentiasa kita berikan perhatian. Begitu jugalah kalau kita lihat tentang dari segi keperluan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini sudah hendak pindah tajuk itu. Ini saya hendak tajuk tadi itu. Saya tidak pertikai, masalahnya yang kita hendak bangkitkan di sini jawapan tak konsisten, perbandingan antara helikopter yang dibeli oleh Poland dengan Malaysia. Termasuk dalam ini yang saya sebut tadi, yang Poland beli dengan RM8.7 bilion, termasuk logistik, training, maintenance, simulated package, logistic package, spare parts, consumables, equipments untuk ground crew, semua termasuk tetapi Menteri jawab tidak ada. Ini yang saya bangkit.
Saya tahu ini sekuriti negara tetapi satu, kita beli dengan harga yang sekali ganda meningkat daripada RM8.7 bilion, jadi RM16.6 bilion. Ini yang kita ─ jawab betul sahajalah.
Kalau tidak boleh jawab betul ─ secara sekuriti, bertulis takpa, mai kat kami. Kami boleh terima sebab ini yang kita hendak bangkit. Jawab tidak betul. Kita boleh buat usul mengelirukan Dewan tetapi kita tidak hendak. Ini Kementerian Pertahanan ini, sekuriti negara, kita hendak Menteri jawab bagi betul dari segi figure sahaja. Teknikal apa semua itu, tidak payah jawab, itu rahsia negara, orang lain tahu kalau dia jawab dalam ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, Yang Berhormat.
Sila Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya fikir jawapan Menteri yang dibuat oleh Menteri Pertahanan itu inklusif, membawa maksud keseluruhan daripada apa yang dibangkitkan oleh Pendang itu, telah dinyatakan oleh Menteri Pertahanan. Itu yang saya sebut tadi bahawa bukan sahaja kita melihat dari segi aspek harga itu tetapi kita harus juga melihat bahawa kos itu melibatkan juga kos untuk tempoh 15 tahun.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sebab itu jangan kita compare, kita beli dan memanglah kalau kita tahu bila kita beli, memang ada penyelenggaraan, latihan dan seumpamanya tetapi harus juga diambil kos dan kadar kenaikan inflasi itu untuk tempoh 15 tahun ke hadapan. Itu harus diingat. Sebab itu kalau kita melihat perbandingan-perbandingan yang dibuat, saya fikir di kala Yang Berhormat Menteri membentangkan jawapan terkait dengan apa yang dibangkitkan oleh Pendang itu, kita mengambil semua faktor-faktor itu, telah kita nyatakan sepertimana yang saya sebutkan tadi. Sebab itu saya fikir Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, itu antara perkara-perkara yang dibangkitkan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab bertulislah. Saya minta jawab bertulis, boleh tak? Yang jawab tadi, bagi jawapan bertulis. Saya hendak bertulis sebab yang saya minta dahulu, sampai sekarang, satu jawapan bertulis tak dapat lagi.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Apa Yang Berhormat Menteri jawab hari itu nanti saya bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Pendang, tidak ada masalah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bertulis, ah okey. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Begitu juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau kerana sering membangkitkan tentang kepentingan sempadan kita, terutamanya di Beting Patinggi Ali. Selalu kita sebut bahawa itu cabaran kita dan kita tegaskan bahawa kita akan sentiasa tegas untuk memastikan wilayah kita sentiasa kita jaga.
Itu perkara pertama.
Tetapi dalam masa yang sama, kita juga harus ingat bahawa kita menggunakan apa- apa isu yang terkait dengan keselamatan kita sama ada melalui diplomasi, sama ada melalui perbincangan. Tetapi kawasan seperti mana Beting Patinggi Ali, harus kita tegaskan, ia adalah kawasan kita dan kita akan memastikan bahawa keupayaan ketenteraan kita boleh menjamin kedaulatan dan kesejahteraan kita pada masa kini dan pada masa yang akan datang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit Yang Berhormat, sedikit sahaja.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya rasa itu sahaja jawapan saya, Dato’ Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tepuk meja, sokong ini. Hendak tanya sedikit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Arau, Timbalan Menteri sudah selesai, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di Beting Patinggi Ali- Saya hendak saya tanya macam ini, Yang Berhormat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Timbalan Menteri sudah selesai, Timbalan Menteri sudah selesai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kapal pengawal China itu ialah kapal perang. Kapal navy kita kecil sahaja. Apakah itu boleh menjaga keselamatan atau tidak?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenapa tak hantar kapal yang lebih besar? Terima kasih Pengerusi, selamat berpuasa di Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Isu Yang Berhormat Arau bangkitkan sudah banyak kali isu yang sama Yang Berhormat dan jawapan pun sudah banyak kali diberikan, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, yang ini lain.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sama, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kapal belum lagi, kapal China besar, kapal kita kecil sahaja. Kapal APMM pun comel.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, thank you.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tolong jawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat- Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.60 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2024 ]
Kepala B.63 - Jadual] – Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdulla
Kepala Bekalan B.63 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahaskan. Ada tiga orang pembahas.
Pertama, Yang Berhormat Ampang. Kedua, Yang Berhormat Setiu dan yang ketiga, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sila, Yang Berhormat Ampang. Lima minit.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ampang ingin membahaskan di bawah B.25, B.010200 iaitu berkaitan dengan isu penambahan bajet sebanyak RM1.8 bilion. Kita dapati bahawa sebenarnya- saya faham bahawa tambahan ini adalah untuk ─ saya difahamkan sebab sepatutnya untuk menampung atau terkait berkaitan dengan pengurusan sekolah.
Jadi, apakah ianya menjurus kepada hanya perkhidmatan pembersihan sekolah ataupun perkhidmatan keselamatan sekolah ataupun ianya berkaitan dengan benda-benda yang lain? Itu pertama. Kalau ianya berkaitan dengan dua perkara tersebut Yang Berhormat Pengerusi, saya dapati pernah sebenarnya pengurusan isu keselamatan ─ perkhidmatan keselamatan dan pembersihan ini dibuat oleh pengetua sekolah sendiri. Ianya kita lihat bila
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
mana pengurusan ataupun pengetua sendiri yang mengendalikan isu ini, kita dapati banyak peluang pekerjaan yang disediakan kepada ibu-ibu tunggal, kepada golongan miskin di kawasan tersebut dan sebagainya.
Tetapi bila pada tahun 1997 sehingga sekarang, ianya diswastakan. Saya dapati sebenarnya selain daripada peluang-peluang ini amat jarang diperolehi oleh mereka dan kita dapati pula sebenarnya ianya lebih di-dominant oleh pekerja-pekerja asing sebenarnya.
Tetapi apa yang lebih meruntun adalah bila mana antara dua golongan pekerja ini, pekerja daripada tempatan dan ada juga yang migrant. Kita dapati ada banyak isu-isu berbangkit disebabkan mereka ini dikenali sebagai pekerja kontrak sahaja.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Mereka ini bukan pekerja tetap, mereka pekerja kontrak. Malah, ada yang bekerja sampai 18 tahun di satu-satu sekolah itu masih dikenali sebagai pekerja kontrak. Jadi, setiap kali bertukar pengurusan ataupun kontraktor, mereka kekal dalam keadaan tangga gaji yang sama. Jadi, tidak ada kenaikan tangga gaji dan sebagainya.
Saya tahu aspek ataupun perkara ini sebenarnya membincangkan berkait dengan beberapa agensi juga ataupun kementerian ― Kewangannya, KESUMA nya tetapi saya yakin yang saya nak sentuh ini supaya ianya mestilah kita pandang juga justifikasi yang kita buat ini apakah juga akan menambahkan juga aspek kebajikan kepada pekerja, itu penting, khususnya pekerja-pekerja rakyat Malaysia yang bekerja di bidang perkhidmatan pembersihan sekolah dan perkhidmatan keselamatan.
Begitu juga saya dapati mekanisme yang digunakan oleh pekerja-pekerja swasta atau kontrak-kontrak swasta ini, mereka saya dapati bahawa kehidupan ataupun banyak rungutan yang berlaku kepada pekerja. Yang jadi malangnya, kita dapati rungutan ini tidak ditangani. Tetapi, saban tahun kita lihat perbekalan ini masih lagi menuntut untuk ada tambahan-tambahan yang dibuat.
Jadi, untuk itu, saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah justifikasi ini?
Kemungkinan ada penyelarasan gaji yang telah pun dibuat iaitu gaji minimum? Ataupun ianya adalah untuk menampung kontraktor-kontraktor yang gagal sebenarnya melaksanakan tanggungjawab yang menyebabkan pertukaran kontraktor, re-tender dan sebagainya, akhirnya kerajaan terpaksa menambah kewangan yang banyak, hampir RM1.8 bilion ini?
Dan selainnya, saya ingin mengatakan di sini bahawa sekarang ini kalau boleh saya mencadangkan supaya kita kembalikan semula kuasa untuk memastikan pelantikan kontraktor-kontraktor dibuat oleh pihak sekolah ataupun ― sekarang ini PPD, mungkin. Jadi, dia macam ayam dengan telur. Bila ada masalah sahaja, oh, ini katanya PPD. Walhalnya, sekolah itu mesti memastikan keselamatan anak-anak, mesti memastikan kebersihan sekolah. Ianya tidak terjaga bila ada isu-isu berbangkit yang diuruskan oleh pihak kontraktor ini.
Jadi, saya harap sangat supaya perbincangan ini bukan sahaja bercakap tentang perlunya tambahan tetapi perlu memikirkan semula apakah tanggungjawab ini patut diberikan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
kepada pihak swasta semata-mata ataupun perlu dilihat semula, diberikan di bawah pengurusan sekolah, iaitu lebih memastikan supaya bukan sahaja kita bagi tanggungjawab tetapi kita bagi kuasa sekali supaya ianya boleh dilaksanakan. Sekarang tidaklah berlaku, oh, tanggungjawab itu kita pantau tetapi kita tak ada kuasa untuk menegur ataupun menukar.
Jadi, saya mohon kepada pihak kerajaan untuk memberikan penjelasan tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, saya menyokong supaya ianya ditambah bajet yang disebut. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Sila, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan RUU Perbekalan Tambahan (2024) bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, yang mana perbekalan tambahan ini ada berkaitan dengan kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta institusi-institusi di bawah kementerian. Kementerian Pendidikan diperuntukkan sebanyak RM1.76 bilion untuk perbelanjaan mengurus dalam RUU ini.
Dato’ Pengerusi, pertama, saya ingin membangkitkan berkenaan isu kebajikan pekerja kontrak yang berkhidmat di sekolah-sekolah serta institusi di bawah KPM. Mereka ini terdiri daripada pengawal keselamatan, pekerja pembersihan serta tukang kebun yang memainkan peranan yang penting dalam memastikan persekitaran institusi kerajaan kita bersih, selamat dan berfungsi dengan baik.
Meskipun mereka ini bekerja di premis kerajaan, namun mereka tidak dapat menikmati gaji setaraf dengan pekerja kerajaan sama ada yang berstatus tetap ataupun kontrak. Bukan itu sahaja, mereka juga sering berdepan kelewatan pembayaran gaji serta eksploitasi oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh kerajaan.
Dato’ Pengerusi, saya mendapat makluman bahawa sering kali apabila gaji minimum dinaikkan, para pekerja kontrak ini tidak menerima kenaikan tersebut dengan serta-merta kerana kontraktor memberi alasan bahawa kerajaan belum membayar kepada mereka.
Sampai bila pekerja-pekerja ini harus menjadi mangsa kelemahan sistem ini?
Oleh itu, saya ingin membangkitkan persoalan, sejauh manakah audit tahunan secara berkala dilakukan ke atas kontraktor-kontraktor lantikan kerajaan ini? Adakah dalam kontrak baharu kerajaan menetapkan syarat supaya gaji pekerja dibayar mengikut gaji minimum yang ditetapkan?
Dato’ Pengerusi, kedua, saya ingin menyentuh berkenaan isu keselamatan pelajar khususnya berkaitan dengan kejadian kanak-kanak dilanggar di hadapan sekolah baru-baru ini. Insiden seperti ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
melibatkan keselamatan dan nyawa kanak-kanak yang sepatutnya berada di persekitaran yang selamat ketika pergi dan pulang dari sekolah.
Keselamatan murid bukan menjadi tanggungjawab ibu bapa sahaja tetapi juga menjadi tanggungjawab KPM serta pihak sekolah. Justeru itu, pihak KPM perlu memastikan bahawa pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah bukan sekadar menjaga pintu tetapi juga memainkan peranan aktif dalam melindungi murid termasuk ketika mereka keluar dan masuk dari kawasan sekolah.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak KPM, adakah kontrak pengawal keselamatan ini yang dilantik turut merangkumi tugas untuk memastikan keselamatan murid di luar perkarangan sekolah atau hanya terhad kepada kawasan dalam pagar sekolah sahaja? Selain itu, adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan pengawal keselamatan bagi sekolah yang mempunyai murid yang ramai serta berada di lokasi yang berisiko tinggi?
Selain penguatkuasaan dan kawalan, kesedaran murid dan ibu bapa mengenai keselamatan jalan raya juga perlu ditingkatkan. Saya mencadangkan agar kerajaan memperkasakan kempen kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya dengan bantuan melibatkan agensi seperti JPJ dan PDRM.
Akhir sekali, Dato’ Pengerusi, saya ingin juga membangkitkan isu mengenai elaun guru yang dibebankan dengan tugas sebagai warden untuk menjaga keselamatan pelajar.
Oleh kerana tugas ini merupakan satu tugas yang membebankan dan berat, saya mencadangkan agar warden dilantik bukan dari kalangan guru. Atau kalau dilantik di kalangan guru, mestilah kerajaan menambah elaun warden sesuai dengan tugas mereka.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat berpuasa. Terima kasih. Saya juga diberi kesempatan Pengerusi untuk membahaskan tentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 peringkat Jawatankuasa bagi peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi aspek kawalan keselamatan dan kebersihan sekolah.
Kita dimaklumkan bahawa di bawah B.63 iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana ada penambahan lebih RM1.7 bilion yang dikehendaki bagi menampung bayaran kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta institusi di bawah kementerian adalah satu yang perlu diperincikan dan diteliti dengan sebetul-betulnya sebelum kita menerima tambahan penambahan ini.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Pengerusi, justeru itu, saya juga mohon diberi justifikasi berkenaan peruntukan tambahan untuk kontrak kawalan keselamatan ini. Di mana, pertamanya, apakah penambahan peruntukan ini diperlukan kerana lanjutan kontrak sedia ada atau pun merupakan bayaran kontrak yang baharu yang diperuntukkan bagi 2025?
Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah pengawal-pengawal keselamatan ini diinsuranskan? Di mana, mereka kebanyakannya terpaksa menjaga iaitu kawasan-kawasan lalu lintas di luar sekolah, di mana saya difahamkan bahawa mereka ini bukanlah dalam skop kerja mereka tetapi mereka terpaksa menjalankan kerja-kerja ini walaupun bukan dalam skop kerja yang sebenarnya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sekiranya mereka ini diarahkan untuk menjaga keselamatan di kawasan jalan raya, saya mohonlah kalau boleh mereka ini diberi insurans untuk memastikan keselamatan daripada pekerja-pekerja ini.
Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan kebersihan di mana ada sekolah-sekolah – sekolah ini ada kebun-kebun yang mana mereka menjalankan kebun, contohnya kelapa sawit. Tetapi semasa proses tender kebun-kebun sawit ini dimasukkan di dalam bayaran untuk tender pembersihan. Tetapi apabila mereka menjalankan tugas pembersihan, kawasan yang ada kebun sawit ini mereka tidak membersihkan, menyebabkan kawasan-kawasan ini terbiar dan akhirnya claim ataupun bayaran yang dibuat kepada pembersih adalah termasuk dalam kawasan yang mempunyai kebun-kebun sawit ini.
Seterusnya, saya juga ingin bertanya kepada kementerian adakah pengawal keselamatan ini diberi lanjutan umur? Contohnya sekarang ini hanya 60 tahun sahaja.
Setengah-setengah sekolah yang diberi kebenaran untuk hingga 60 tahun lebih mengikut kesihatan ataupun mendapat recommendation daripada pengetua ataupun guru besar.
Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah pengawal keselamatan ini juga dibenarkan untuk bekerja hingga 24 jam dan tanpa henti dan akhirnya esok disambung lagi? Ini saya nampak menyebabkan tahap kecergasan mereka adalah terhad dan menyebabkan keselamatan pelajar ataupun guru-guru di sekolah agak terabai.
Saya juga ingin menyentuh tentang perihal keselamatan juga, saya ingin membangkitkan sedikit pertanyaan, adakah pertambahan bayaran ini kekal turut meliputi aspek keselamatan lain seperti pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) ataupun sistem pagar atau pintu keselamatan yang lebih baik di sekolah dan di institut pendidikan yang berisiko tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan peruntukan ini juga dilihat turut merangkumi bayaran kontrak kebersihan di sekolah serta institusi di bawah kementerian berdasarkan pengalaman sebelum ini terdapat aduan bahawa sesetengah syarikat pembersihan yang tidak dilantik, tidak menjalankan tugas dengan baik tetapi masih menerima bayaran penuh daripada kerajaan. Oleh hal demikian, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai apakah mekanisme yang ditetapkan kementerian dalam menilai prestasi syarikat yang dilantik?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sehingga kini adakah terdapat tindakan tegas terhadap syarikat yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik?
Saya juga ingin mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan mekanisme pemantauan digital di mana pihak sekolah dan institusi pendidikan boleh melaporkan prestasi syarikat keselamatan dan kebersihan secara langsung kepada kementerian. Ini juga bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam tindakan terhadap syarikat yang gagal memenuhi tanggungjawab mereka. Sebagai sebuah kementerian yang menguruskan peruntukan yang besar, saya juga berpendapat KPM perlu memastikan bahawa perbelanjaan tambahan ini dikawal selia dengan baik dan tidak berlaku ketirisan.
Bertitik tolak dari itu saya ingin mencadangkan agar suatu laporan yang berkala bagi setiap suku tahunan mengenai penggunaan peruntukan tambahan ini dan dibentangkan di Parlimen.
Saya juga berharap kerajaan dapat memberikan jawapan yang jelas dalam meyakinkan supaya isu ini dapat ditangani dengan segera. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya silakan Yang Berhormat Menteri menjawab 10 minit.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh perkara berkaitan dengan KPM khususnya bagi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan iaitu perkhidmatan 2K.
Secara keseluruhannya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Belanjawan 2024, sebanyak RM52.79 bilion telah pun diperuntukkan kepada KPM di bawah peruntukan mengurus. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.5 bilion telah pun diperuntukkan untuk perkhidmatan 2K. Di samping itu, peruntukan tambahan telah pun dibelanjakan oleh KPM pada tahun 2024 adalah sebanyak RM1.89 bilion bagi perkhidmatan 2K. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira penyelarasan keseluruhan peruntukan yang diterima oleh KPM bagi tahun 2024. Jumlah peruntukan tambahan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM1.76 bilion.
Untuk tahun 2024, perkhidmatan 2K melibatkan 2,128 syarikat bagi KPK iaitu perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan. Sebanyak 1,458 syarikat telah dilantik melibatkan 10,822 premis milik KPM. Bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), sebanyak 670 syarikat telah pun dilantik melibatkan 10,827 premis KPM.
Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebersihan di premis KPM termasuklah sekolah, blok pentadbiran, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri serta institusi pendidikan KPM seperti IPG, IAB, kolej vokasional, kolej matrikulasi.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan tambahan yang diperlukan bagi tahun 2024 adalah untuk menampung perkara-perkara seperti berikut:
(i) bayaran komitmen bulanan kontrak bagi PKK di antara bulan Ogos sehingga Disember dan kontrak KPK di antara bulan Oktober sehingga bulan Disember yang sedang berkuat kuasa;
(ii) untuk menampung kenaikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan
(SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula bulan Mac bagi kontrak PKK;
(iii) bayaran bawah Arahan Perbendaharaan AP58 iaitu perkhidmatan telah selesai dilaksanakan pada tahun 2023 dan bayaran ini dibuat menggunakan peruntukan tahun 2024 disebabkan penutupan awal akaun pada tahun 2023; dan
(iv) bayaran penyelarasan kadar kontrak berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) pada tahun 2020 sehingga 2022 bagi kontrak yang masih berkuat kuasa yang telah tamat tempoh kontrak sehingga 30 Jun 2024 juga memerlukan peruntukan tambahan seperti yang kita sedang bentangkan pada hari ini.
KPM sentiasa komited untuk memastikan pembayaran kepada kontraktor dibuat melalui jadual bagi mengelakkan bayaran AP58. Proses pembayaran kepada kontraktor perlu dilakukan setiap bulan tertakluk kepada pematuhan dokumen yang lengkap. Terdapat isu di mana kontraktor lewat menyerahkan dokumen kepada KPM bagi proses pembayaran. KPM sangat berharap kerjasama semua kontraktor terlibat untuk mengemukakan tuntutan dan dokumen yang lengkap.
Berkenaan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang tadi sama ada peruntukan tambahan ini adalah melibatkan perkhidmatan lain. Di sini saya nak menyatakan bahawa ia hanya melibatkan dua perkara, perkhidmatan 2K iaitu perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan dan juga perkhidmatan kawalan keselamatan iaitu kebersihan dan juga keselamatan di premis KPM.
Ada juga soalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang sama ada ia didominasi oleh pekerja-pekerja asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk perkhidmatan 2K ini sama ada kontrak di bawah Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan ataupun Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK). Bagi perkhidmatan pembekalan kebersihan – bagi perkhidmatan kebersihan, pihak KPM dan juga MOF membenarkan pengambilan warga asing di lima negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor dengan nisbah 70 peratus 30 peratus. Maksudnya maksimumnya 70 peratus warga asing. Namun demikian, bagi kontrak keselamatan kesemua syarikat yang dilantik wajib untuk melantik pekerja-pekerja tempatan. So, untuk keselamatan 100 percent, 100 peratus pekerja-pekerja tempatan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Ada dibangkitkan juga berkenaan dengan kebajikan pekerja-pekerja kebersihan dan juga keselamatan. Ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat Ampang, Setiu dan Kulim-Bandar Baharu ada bangkitkan berkenaan dengan kebajikan. Nombor satu saya hendak menyatakan di sini bahawa kesemua syarikat yang dilantik ini adalah wajib untuk mematuhi perintah gaji minimum yang telah pun mula, yang telah pun ditentu dan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun semasa.
Tahun lepas tahun 2024, telah pun dinaikkan kepada tahap RM1,700. Tahun 2022, RM1,500. Tahun 2020 RM1,100 dan RM1,200 bergantung kepada lokasi dan perintah gaji minimum ini seperti yang saya sebut tadi juga merupakan salah satu faktor kenapa kita perlu satu peruntukan tambahan berbanding dengan apa yang telah pun diperuntukkan pada tahun semasa kepada pihak KPM.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan kontrak ini diberikan kepada pihak swasta. Sememangnya sekiranya prestasi pekerja-pekerja yang terbabit adalah tidak mematuhi ataupun tidak up to the mark dengan izin, maka pihak sekolah dan juga melalui pihak PPD boleh memberikan feedback atau pun balasan kepada pihak KPM.
Sekiranya pihak KPM mendapati sememangnya terdapat breach of contract dengan izin, ataupun pemecahan dari segi kontrak maka pihak KPM akan mengulaskan komen dan juga pandangan KPM kepada pihak MOF, Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya. Ada menyatakan berkaitan...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Menteri, Timbalan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
...Oleh Yang Berhormat Setiu. Ya, sila.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Okey, ini yang saya mohon supaya diperhatikan sebab bila lantikan itu dibuat dan akhirnya bila ada aduan-aduan oleh pekerja kepada majikan mereka tentang salah laku dan sebagainya, ia nya di refer di bawah JTK, Jabatan Tenaga Kerja.
Sebenarnya banyak pihak sekolah tidak dapat nak mengatakan itu dalam tanggungjawab mereka untuk perbetulkan disebabkan lantikan itu dibuat di bawah MOF. Jadi di situlah sebenarnya nampak ada sedikit loophole yang mungkin mohon pada kementerian untuk melihat pendetailan ini sebab aduan itu selalunya tidak capai.
Pengalaman saya sendiri pernah bawa 68 pekerja untuk diberikan keadilan ke Jabatan Tenaga Kerja. Bukan mudah tetapi dapat dilakukan. Tetapi pihak sekolah lepas tanganlah kebanyakannya, tidak mahu ambil tanggungjawab tersebut.
Tuan Wong Kah Woh
Okey, terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat Ampang. Pihak KPM mengambil maklum. Seperti yang saya kata tadi, sememangnya pihak sekolah pada bila-bila masa boleh memberikan feedback dan juga pandangan terhadap prestasi kontrak yang dilaksanakan.
Isu yang sama juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu berkenaan dengan kontraktor yang tidak dapat laksanakan tugas dengan baik tetapi masih
Tuan Wong Kah Woh
mendapat bayaran. Apakah mekanisme pematuhan? Suka untuk pihak KPM menjawab bahawa syarikat yang gagal untuk mematuhi ketetapan dalam kontrak akan didenda. Ini seperti mana yang telah pun di maktub dalam dokumen perjanjian yang telah dipersetujui dengan pihak syarikat.
Ada dinyatakan berkenaan dengan pembayaran gaji kelewatan oleh pihak syarikat kepada pihak pekerja oleh Yang Berhormat Setiu. Dalam perkara ini, tanggungjawab pihak KPM adalah untuk memastikan bahawa jumlah amaun yang patut dibayar di bawah kontrak itu dibayar tepat pada masanya.
Apabila kita faham bahawa seperti yang saya kata tadi kita lebih daripada- kita ada banyak syarikat-syarikat yang terbabit. Maka, dari segi pelaksanaan ataupun pembayaran gaji oleh setiap syarikat kepada pekerja-pekerja ia adalah termaktub. I mean terkawal, dikawal dengan akta Employment Act yang diguna pakai dan juga Labour Act yang diguna pakai.
Pada masa yang sama, berkenaan dengan isu Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, insurans pekerja. Semua pekerja di bawah kontrak keselamatan dan kebersihan mesti di carum dengan Skim Insurans Pekerjaan. Perkara ini termaktub dalam kontrak dengan pekerjaan. Isu berkenaan dengan umur pekerja pengawal keselamatan lebih daripada 60 tahun. Sebenarnya pengawal keselamatan dalam kontrak PKK adalah sehingga 65 tahun.
Pada masa yang sama, Yang Berhormat Setiu ada menyatakan berkenaan dengan elaun kepada guru yang menjadi warden kepada sekolah. Juga saya ingin nyatakan bahawa berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022, elaun warden asrama telah pun dinaikkan sebanyak 25 peratus. Kadar baharu adalah seperti berikut. RM350 setiap bulan, ketua warden asrama dan RM300 untuk warden.
Pada masa yang sama kenapa warden ini kita hendak melantik di kalangan guru ataupun AKP kerana pihak KPM percaya bahawa guru ini merupakan golongan ataupun kumpulan yang paling dekat dengan anak-anak kita, yang boleh menyelesaikan dan memahami isu-isu yang dihadapi oleh anak-anak kita.
Saya ingat begitu sahaja jawapan daripada KPM berkenaan dengan isu-isu yang berbangkit. Pihak KPM juga- ada satu lagi. Dinyatakan bahawa sama ada Yang Berhormat Setiu ada nyatakan sama ada pihak KPM boleh pertimbangkan untuk meningkatkan bilangan anggota ataupun pengawal keselamatan di sesebuah sekolah.
Norma bagi PKK iaitu bagi pengawal keselamatan adalah mengikut bilangan ataupun kategori premis masing-masing. Saya bagi sikit contoh ya. Sekolah kurang murid (SKM) kurang daripada 150 orang, dia ada dua syif. Setiap satu syif diberikan seorang. So, jumlahnya dua orang. Sekolah harian biasa tanpa asrama, dua syif. Setiap syif dua orang.
Jumlahnya empat orang.
Sekolah harian biasa berasrama termasuk bagi asrama satu jantina dalam kawasan sekolah ada dua syif, tiga orang setiap syif dan menjadikannya sebagai enam orang. Secara-
Tuan Wong Kah Woh
jumlahnya enam orang. Sekolah harian berasrama termasuk bagi asrama dua jantina dalam kawasan sekolah. Syif satu, tiga orang, syif dua, empat orang dan jumlahnya tujuh orang.
Kami ada satu senarai yang menyatakan kategori premis, sebanyak 24 premis telah pun dinyatakan dan kesemua ini pelantikan ataupun norma bilangan pengawal keselamatan diberikan adalah berdasarkan kepada ini. Bilangan pekerja pembersihan pula ditetapkan dengan beberapa kriteria termasuk keluasan premis, aras tingkat, blok, kubikel tandas dan juga termasuklah sesi persekolahan sama ada sesi sekolah satu sesi atau dua sesi.
Dengan itu, terima kasih. Sekali lagi saya ucapkan atas komen dan juga pandangan input daripada rakan-rakan sekalian...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya sedikit lagi.
Tuan Wong Kah Woh
Ya. Ya, sila jika ada masa.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tentang kebersihan tadi. Ada kompaun sekolah apabila masa tender itu dia kira keluasan sekolah. Tapi bila ada setengah- setengah kawasan sekolah yang ada kebun sawit apa semua itu masa pembersihan tidak dibersihkan. Tetapi masa claim, depa menggunakan mengikut tender asal. Adakah masih kekal macam itu?
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Segala claim ataupun tuntutan oleh mana-mana pihak ataupun mana- mana syarikat adalah tertakluk kepada perjanjian yang telah pun ditandatangani antara pihak syarikat dengan pihak kerajaan.
Sekiranya berlaku apa-apa kemusykilan ataupun berlakunya apa-apa isu berkaitan dengan tuntutan tersebut, pihak KPM mengalu-alukan segala pandangan dan juga maklumat untuk boleh diberikan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan isu-isu yang terbabit di sekolah mana, syarikat mana dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,763,672,170 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala B.64 - Jadual] – Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdulla
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.64 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi terbuka untuk dibahas. Ada empat Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Dungun.
Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kapar. Sila, Yang Berhormat Tuaran, lima minit.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan bagi Maksud B.64 Kementerian Pengajian Tinggi, Butiran 10100 – Pengurusan Kewangan dan Akaun.
Melibatkan tambahan sebanyak RM417,099,870 ke atas RM30,238,600 yang anggaran hasil 2024 yang sudah pun diluluskan oleh Parlimen.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuaran ingin bertanya, wang sebanyak lebih RM417 juta ini dibelanjakan untuk apa?
Kenapakah pada ketika dibentangkan dalam Belanjawan dahulu sejumlah itu tidak dibentangkan, tidak dimasukkan? Hanya RM30 lebih juta yang telah dibentangkan pada ketika Belanjawan dibuat pada tahun lepas. Tuaran seterusnya mahu berbahas tentang perbelanjaan yang melibatkan pembelajaran dan pengajaran bahasa-bahasa etnik dalam sistem pendidikan negara yang melibatkan Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazan-Dusun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Tuan Pengerusi, dalam sistem pendidikan negara kita terdapat 420 sekolah rendah yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Kadazan-Dusun melibatkan 48,172 pelajar dan 1,191 guru namun hanya 239 guru yang terlatih dengan opsyen Bahasa Kadazan-Dusun.
Manakala di sekolah menengah pula, sebanyak 46 sekolah yang melibatkan 6,439 pelajar dan 113 guru. Namun bilangan guru yang terlatih dengan opsyen Bahasa Kadazan-Dusun hanyalah 41 orang.
Daripada perangkaan ini Tuan Pengerusi, jelas memperlihatkan kepada kita keperluan untuk melatih lebih banyak guru-guru yang terlatih. Perlu juga ditegaskan bahawa hanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim sahaja yang menawarkan pengajian Bahasa Kadazan-Dusun di peringkat sarjana muda sampai ke peringkat PHD. Graduan daripada UPSI ini pada prinsipnya hanya dilatih untuk guru-guru Bahasa Kadazan-Dusun di peringkat sekolah menengah manakala di peringkat sekolah rendah ianya dilatih di IPG Kent dan IPG Keningau.
Tuaran mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana bermula pada tahun ini 2025, UPSI buat pertama kalinya memulakan pengajian Bahasa Kadazan-Dusun sebagai major di bawah Unit Bahasa Etnik bersama-sama dengan Bahasa Iban dan Bahasa Semai. Sebelum ini pengajian bahasa-bahasa ini hanyalah pada tahap minor sahaja. Namun, isu kelestarian pensyarah ketiga-tiga bahasa ini perlu dirancang dengan terperinci. Sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri pada ketika ini Pensyarah Kanan bersara secara mendadak tetapi tidak ada penggantinya.
Jadi, Tuaran minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan apakah langkah- langkah pembaharuan untuk memastikan sumber manusia pensyarah bahasa-bahasa etnik ini ada pensyarah pengganti berkesinambungan dan lestari. Untuk ini Tuaran memohon mencadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan untuk memberi biasiswa kepada calon-calon yang layak melanjutkan pelajaran pengkhususan Bahasa Semai, Bahasa Iban dan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Bahasa Kadazan-Dusun ke peringkat sarjana dan PHD semata-mata untuk memenuhi keperluan yang saya sebut tadi.
Tuaran juga mohon mencadangkan supaya pembelajaran dan pengajaran Bahasa Kadazan-Dusun dimulakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Saya fikir Yang Berhormat Timbalan Menteri menyokong ini. Ini UMS pun di kawasan Yang Berhormat dan untuk makluman Tuan Pengerusi, UMS sudah sekian lama wujud kerusi Kadazan-Dusun dan Bahasa Kadazan-Dusun di UMS sudah ditawarkan kepada sesiapa pelajar yang berminat untuk mempelajarinya tetapi belum lagi diperluaskan untuk melatih guru-guru Bahasa Kadazan- Dusun seperti apa yang dibuat oleh UPSI.
Jadi, kesemua cadangan Tuaran ini tentunya memerlukan peruntukan dan sebab itulah Tuaran merayu supaya peruntukan yang secukupnya disediakan untuk memastikan agar semua guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa etnik itu adalah terlatih dengan opsyen yang sepatutnya iaitu Bahasa Semai, Bahasa Kadazan-Dusun dan Bahasa Iban.
[Berucap dalam bahasa Kadazan-Dusun] Jadi, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas keizinan untuk saya membahaskan peringkat jawatankuasa Maksud B.64 Kementerian Pendidikan Tinggi Peruntukan Tambahan di mana tambahan sebanyak RM417,999,870.00 yang dikehendaki bagi menampung keperluan tambahan operasi universiti awam dan hospital pengajar universiti
(HPU).
Bolehkah diberikan pecahan kepada keperluan peruntukan tambahan ini untuk perbelanjaan bagi maksud Kementerian Pendidikan Tinggi. Kos operasi universiti awam Tuan Pengerusi, berkenaan dengan peruntukan tambahan operasi universiti awam atau UA, saya ingin menyentuh tentang kerugian universiti awam yang dikatakan berpunca daripada yuran pelajar tidak mampu menanggung kos operasi. Soalan saya, adakah perbekalan tambahan ini bertujuan menampung kos operasi yang dimaksudkan.
Sebagai peringatan, di universiti awam bukanlah berorientasikan keuntungan dan tujuannya adalah bagi memastikan seramai mungkin pelajar dapat menyambung pengajian tinggi mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan ekonomi. Sudah sekian lama yuran universiti awam tidak banyak berubah bagi menjamin akses rakyat kepada pendidikan tinggi tidak terganggu.
Jika universiti awam mula bergantung kepada yuran untuk menampung kos operasi, maka sudah tentu tidak ramai pelajar yang mampu masuk ke universiti. Oleh yang demikian,
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
saya berharap perbekalan tambahan ini, mampu menampung sepenuhnya kos operasi yang diperlukan di universiti awam tanpa perlu adanya kenaikan yuran bagi menampung kos operasi.
Di samping itu, kementerian juga perlu memberikan perhatian kepada statistik Kementerian Pendidikan Malaysia yang menunjukkan 300,000 lepasan SPM memilih tidak melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dengan pelbagai alasan seperti kos sara hidup, persepsi sijil akademik tidak lagi bernilai dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif selain tarikan terhadap gig ekonomi. Masalah-masalah ini mestilah ditangani dengan segera.
Seterusnya Pengerusi, saya berharap kementerian bersedia untuk mempertimbangkan semula diskaun bagi meringankan beban peminjam kepada bayaran balik PTPTN berasaskan kepada kos sara hidup mereka yang tinggi hari ini kerana kenyataan Menteri KPT, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan inisiatif diskaun bayaran balik PTPTN seperti yang telah dibuat sebelum ini. Oleh sebab katanya, berdasarkan kepada walaupun berjaya meningkatkan kutipan bayaran balik yang tinggi kalau adanya diskaun kepada bayaran balik PTPTN, namun kos yang perlu ditanggung kerjaan juga adalah tinggi. Saya berharap kerajaan mempertimbangkan semula diskaun kepada bayaran balik PTPTN.
Seterusnya, yang ketiga Tuan Pengerusi, kerjasama strategik universiti awam dengan IPT milikan negeri. Saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap kepentingan menggalakkan kerjasama strategik antara universiti awam dengan institusi pendidikan tinggi milikan kerajaan negeri. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia mempunyai institusi pendidikan tinggi masing- masing. Di Terengganu ada University College TATI, Kedah ada UniSHAMS, di Sarawak ada University Technology Sarawak, Selangor ada UNISEL dan begitu juga di negeri-negeri lain.
IPT-IPT ini sebahagiannya sudah mempunyai kemudahan lengkap dan terletak di lokasi strategik. Saya berharap dengan itu, kerajaan mempunyai satu inisiatif bagaimana merancakkan kerjasama strategik antara Universiti-universiti Awam dengan IPT-IPT milik negeri ini.
Juga pohon supaya kerajaan juga melihat kepada kolaborasi yang boleh dibuat dengan universiti-universiti antarabangsa. Apakah yang menghalang kerjasama rapat dengan institusi pendidikan tinggi di negeri-negeri. Saya percaya jika kerajaan komited terhadap pembangunan sektor pendidikan tinggi antara persekutuan dan negeri, maka akan dapat melahirkan graduan yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan industri pada masa kini. Terima kasih Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Pengerusi, atas peluang yang diberikan kepada saya. Jam menunjukkan lima petang. Ini kali kelima saya bangkit membahaskan Belanjawan Tambahan 2024.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk Maksud B.64 Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya nampak satu peruntukan tambahan yang banyak diminta, RM417 juta berbanding dengan peruntukan asal hanya sekitar RM30 juta sahaja. Ini adalah perbelanjaan mengurus, bukan perbelanjaan pembangunan. Saya nak tanya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kenapa diperlukan satu peruntukan yang besar yang telah dibelanjakan pada tahun lepas? Kita ada 20 universiti awam, empat hospital pengajar universiti (HPU). Jumlah RM417 juta ini, adakah ia ditaburkan, diagihkan kepada semua yang terlibat, 24 institusi yang terlibat ataupun hanya setakat yang tertentu sahaja?
Secara butirannya, saya nampak perinciannya, ia di bawah Butiran 4000 iaitu di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap. Jadi, adakah ia menunjukkan bahawa pada tahun lepas, IPTA kita banyak menganjurkan program-program khusus yang sebelum ini ataupun tidak termasuk dalam takwim ataupun perencanaan asal? Kalau tidak, dia tidak mungkin tiba-tiba jadi macam ini. Sebab saya rasa ini tidak ada kaitan dengan pembangunan.
Ini bukan perbelanjaan untuk pembangunan universiti kita.
Jadi, kenapa tiba-tiba jadi banyak? Sebab kementerian ini ataupun subjek ini bukan merupakan perkara yang setiap tahun ada belanjawan tambahan. Kalau tadi kita tengok KPM, KPDN banyak melibatkan belanja tambahan setiap tahun. Ini berbeza sedikit. Jadi, saya nak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti supaya memberikan sedikit perincian berkenaan dengan program.
Saya nak tanya, apakah jenis program tersebut yang bersesuaian dengan keboleh pasaran mahasiswa kita? Itu yang pertama. Sebab tidak guna kalau kita buat banyak program dan sebagainya tetapi ia tidak bersesuaian, tidak selari dengan keperluan pasaran semasa.
Nanti mahasiswa kita keluar, tidak dapat cari kerja, satu lagi masalah. Kita nak program yang boleh menyediakan mahasiswa kita untuk alam pekerjaan. Jadi, keboleh pasaran mahasiswa itu sangat mustahak.
Keduanya, berkenaan dengan program ini juga. Saya nak tanya, ada tak program- program yang menunjukkan bahawa mahasiswa kita ataupun konsep kemahasiswaan tersebut diangkat kesatu tahap yang lebih tinggi? Termasuk demokrasi dalam kampus yang membolehkan anak-anak muda kita, mahasiswa yang menjadi tonggak harapan kita, harapan masa depan kita supaya diberikan lebih banyak peluang untuk terlibat menjadi pemimpin di dalam kampus.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, program-program sebegini dan apakah program sebegini akan diteruskan untuk tahun ini? Kalau program yang baik, saya rasa untuk mahasiswa, wajar, wajib kita teruskan.
Malahan, belanja yang lebih besar patut diberikan supaya lebih ramai mahasiswa terlibat dan mendapat manfaat.
Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan di sini adalah, saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada minggu lepas, yang menunjukkan bahawa lima research universiti yang kita ada. Lima universiti utama yang kita ada menghadapi masalah mendapatkan penyelidik ataupun post graduate Ph.D dikatakan bahawa ada kekurangan dan sebagainya, tidak ramai yang berminat. Jadi, untuk spesifik untuk perkara ini. Ia memang dicatatkan, direkodkan dengan jelas dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Jadi, apakah pihak kementerian ada bersama dengan pihak pentadbiran universiti– lima universiti yang terbabit - UM, UPM, UKM, USM dan UTM, untuk memastikan kita tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan para penyelidik. Khasnya di peringkat post graduate untuk Ph.D dan sebagainya, supaya pendidikan kita sentiasa boleh bergerak di hadapan dan negara kita menjadi hab kepada pendidikan tertiary education untuk rantau ini.
Ini yang saya rasa kementerian bersama dengan semua pengurusan universiti awam di Malaysia wajar memberikan perhatian supaya negara kita boleh maju ke hadapan dan menjadi pesaing di peringkat global. Itu sahaja Dato’ Pengerusi, ucapan saya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera, Ramadan Kareem dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Bajet 2024, khususnya peruntukan tambahan B.64 bernilai RM417,999,870 untuk Kementerian Pendidikan Tinggi.
Saya ingin menumpukan perhatian kepada isu peningkatan kos pengurusan universiti awam dan hospital pengajar yang semakin membebankan institusi pengajian tinggi di negara kita dan sepatutnya sudah dijangka oleh pihak kerajaan. Universiti awam menghadapi tekanan kewangan yang semakin meruncing akibat pemotongan geran kerajaan dalam bajet tahunan. Walaupun bajet tahunan 2024 ini bertujuan untuk menampung sebahagian kos operasi, isu asas yang lebih besar ialah ke berlanjutan pembiayaan universiti awam dalam jangka panjang. Setuju tak, Menteri?
Beban kewangan universiti. Banyak universiti awam terpaksa mencari sumber kewangan alternatif, termasuk meningkatkan yuran pelajar pasca siswazah, memperkenalkan program pendidikan eksekutif berbayar serta mengurangkan pengambilan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
tenaga pengajar baharu. Ini memberi kesan kepada kualiti pendidikan dan penyelidikan negara. Pemotongan peruntukan dan kesannya, kerajaan telah mengurangkan geran operasi universiti secara berperingkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada masa yang sama, universiti awam dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengekalkan kecemerlangan akademik dan penyelidikan. Walhal, ini semakin tidak berapa eloklah. Akibatnya, universiti semakin bergantung kepada kutipan yuran yang akhirnya memberi tekanan kepada pelajar dan keluarga mereka.
Cadangan alternatif. Kerajaan perlu menilai semula model pembiayaan universiti.
Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah geran penyelidikan bersasar, memastikan dana penyelidikan diagihkan secara lebih efektif dengan memberi keutamaan kepada projek yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan keperluan industri tempatan.
Model pembiayaan hibrid menggalakkan perkongsian awam swasta untuk menampungkan sebahagian kos operasi universiti. Insentif kepada universiti berdikari.
Memberi insentif cukai kepada universiti yang berjaya menjana pendapatan sendiri melalui penyelidikan, industri dan inovasi teknologi. Mengenai hospital pengajar, kos operasi yang meningkat ini, hospital pengajar dan berfungsi sebagai pusat latihan untuk pelajar perubatan dan penyelidikan perubatan juga menghadapi cabaran kewangan yang serius.
Peningkatan kos perkhidmatan kesihatan, kos ubat-ubatan, peralatan perubatan dan penyelenggaraan hospital pengajar semakin meningkat. Tanpa dana tambahan yang mencukupi, hospital pengajar berdepan risiko pengurangan perkhidmatan yang boleh menjejaskan latihan pelajar perubatan dan penyelidikan.
Banyak lagi saya nak sebut tapi yang paling penting ini, kesimpulan begini, Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan tambahan ini merupakan langkah sementara untuk menangani keperluan mendesak tetapi kerajaan perlu mengambil pendekatan lebih menyeluruh bagi memastikan kelangsungan kewangan universiti awam dan hospital pengajar. Pelaburan dalam pendidikan tinggi dan kesihatan bukan sekadar perbelanjaan tetapi merupakan strategi jangka panjang untuk pembangunan negara, bikin negara, nation building.
Oleh itu, saya menyeru kerajaan untuk lebih serius dalam merancang pembiayaan pendidikan tinggi agar tidak membebankan universiti, pelajar dan tenaga akademik. Saya juga mahu tahu, kenapa kerajaan gagal mengunjurkan keperluan peruntukan mengurus bagi menampung keperluan operasi universiti awam dan hospital pengajian universiti? Sepatutnya boleh masuk dalam belanjawan asal. Sepatutnya anggaran jumlah dana yang diperlukan untuk menampung kos seperti pengurusan, penyelidikan, pembangunan infrastruktur, gaji kakitangan dan lain-lain bagi memastikan bajet yang diperuntukkan adalah mencukupi dan selari dengan keperluan sebenar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dengarlah luahan daripada ketua kepada universiti-universiti. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, “Banyak
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
bangunan di bawah seliaan universiti telah usang dan memerlukan penyelenggaraan...” ― ini dia sebut ya. “Untuk membaiki bangunan yang rosak, dah lama, baik pulih asrama serta memperbaiki atap yang bocor.” Begitu juga dengan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), “Fasiliti yang terbaik dapat membantu memberikan pengalaman pembelajaran kehidupan lebih baik kepada mahasiswa.” USM― eh, bukan. USIM. Naib Canselor USIM juga berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan penyelidikan bagi aspek kewangan Islam, ekonomi halal dan orang kurang upaya meliputi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam memastikan ia berimpak dan bermanfaat kepada umat sejagat.
Tuan Pengerusi, di tangan saya ini adalah dokumen kerajaan ― Perintah Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2024 bagi Kerajaan Malaysia. Yang di ruang lima ini, anggaran asal 2024 yang diluluskan. RM30,238,600 sahaja. Betul ya? Menteri mengangguk. RM30 juta. Tapi, yang nak minta diluluskan pada hari ini, Tuan Pengerusi, ialah ruang enam ini, RM417,999,870. Berapa kali ganda itu? Makna, asal RM30 juta, ini nak minta hari ini RM417 juta untuk ditambahkan. Hampir 14 kali ganda, Tuan Pengerusi. Sepatutnya terbalik.
Maknanya, asal itu RM400 lebih ke, yang hari ini minta RM30 juta, okeylah juga.
Jadi, saya mahu penerangan yang meyakinkan daripada pihak kerajaan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Berikut, dipersilakan Menteri untuk menjawab. 10 minit.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Maaf, apa. Bukan juta, bilion.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Itu yang saya diam saja.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi ya. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pertamanya, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2024 di peringkat Jawatankuasa pada kali ini. Terdapat seramai empat orang Yang Berhormat menyentuh berkenaan dengan kementerian ini secara spesifik tetapi daripada perbahasan yang telah ditimbulkan tadi, saya akan bahagikanlah penerangan ini kepada, pertamanya, kepada isu sebenar tentang perbelanjaan, dan selepas itu, saya akan cuba bentang tentang isu-isu lain yang mungkin juga berkaitanlah dengan isu yang telah ditimbulkan.
Untuk makluman, kerajaan mengekalkan pemberian geran mengurus tahunan kepada semua universiti awam di mana kaedah penyaluran geran mengurus berasaskan keperluan emolumen universiti awam dan siling indikatif anggaran perbelanjaan mengurus
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
tahunan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Seperti yang kita sedia maklum, penyaluran ini berlaku sebanyak empat kali setahun seperti mana ketetapan yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.
Penyaluran geran mengurus kepada universiti awam adalah melalui kaedah seperti berikut. Ini kaedahnya untuk kefahaman kita bersama. Untuk universiti penyelidikan, geran mengurus daripada MoF adalah untuk membiayai pembayaran emolumen sahaja. Untuk universiti bukan penyelidik (non-RU), geran mengurus adalah untuk membiayai pembayaran emolumen dan sebahagian keperluan pengoperasian universiti seperti utiliti, sewaan dan pembelian perkhidmatan. Kos-kos yang lain adalah ditampung menggunakan sumber dalaman yang dijana oleh aktiviti pendapatan yang dibuat oleh universiti awam sendiri.
Selanjutnya, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM418 juta yang kita telah bincangkan tadi kepada 20 universiti awam yang berjumlah RM341 juta dan empat hospital pengajar sebanyak RM77 juta melalui dua surat kebenaran berbelanja bertarikh 23 dan 27 Disember 2024 bagi menampung pengoperasian yang turut termasuk pelarasan emolumen bagi pelaksanaan SSPA di UA dan HPU.
Yang Berhormat Kapar ada sebut tadi tentang figure. Saya mengangguk bukan saya kata itu betullah. Saya tidak tahu maklumat dari mana. Tetapi, untuk makluman Yang Berhormat Kapar, jumlah permohonan keseluruhan yang telah kita hantar kepada MoF adalah RM573,292,623. Itu yang jumlah permohonan kitalah.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Minta maaf, Menteri. Ini kerajaan punya. Muka surat 15.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ha, ini dokumennya... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey. Tapi, ini yang kita...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kertas Perintah 1 Tahun 2025.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey. Ini yang kita hantar kepada MoF lah. Okey.
Peruntukan disalurkan oleh MoF ini adalah 100 peratus untuk tujuan emolumen dan sebahagian non-emolumen yang keutamaannya ialah untuk perkhidmatan klinikal dan pengoperasian hospital seperti utiliti, sewaan dan bekalan dan bahan-bahan lain yang meliputi 30 peratus secara purata daripada jumlah peruntukan.
Justeru, bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas, KPT ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MoF yang telah meluluskan peruntukan tambahan ― ini yang diminta perincian oleh Yang Berhormat Dungun tadi tentang HPU mana yang terlibat. Ini melibatkan RM77 juta tambahan, empat buat HPU, iaitu:
(i) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, UKM;
(ii) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia;
(iii) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM; dan
(iv) Hospital Sultan Abdullah, UiTM.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Kelulusan peruntukan tambahan ini adalah satu cerminan komitmen kerajaan untuk memastikan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada rakyat dan pengoperasian hospital tidak terjejas.
Dalam hal berkaitan, universiti awam disaran untuk meningkatkan pendapatan daripada sumbangan dan derma termasuk wakaf. Ini antara inisiatif kita dan saya ucapkan terima kasih kepada YB Kapar yang juga telah mencadangkan beberapa kaedah untuk kita menambahkan dana ini. Tapi, yang ada sekarang ini, disarankanlah kepada universiti awam kita untuk meningkatkan pendapatan daripada sumbangan dan derma termasuk wakaf, endowment dan zakat bagi meringankan kos operasi dan pembiayaan pelajar yang ditanggung oleh pihak universiti. Kita akan ambil kira cadangan-cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar tadi untuk kita masukkan dalam kaedah kita untuk menjana pendapatan.
Untuk makluman juga, selaras dengan dasar untuk mengurangkan kebergantungan universiti awam terhadap dana kerajaan― ini polisi yang telah kita sebelum ini juga dan sekarang ini kita teruskan ― KPI penjanaan bagi tahun 2025 juga telah dinaikkan daripada 35 peratus kepada 40 peratus bagi universiti penyelidikan dan daripada 20 peratus kepada 25 peratus bagi universiti bukan penyelidik (non-RU). Ini yang sebenarnya polisi yang saya fikir juga menyebabkan pendapatan kos operasi tidak dapat ditanggung oleh universiti awam kita. Itulah pihak kerajaan telah menambah peruntukan-peruntukan yang diperlukan yang telah diminta oleh universiti.
Okey, selanjutnya, saya ingin menjawab beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh, yang pertamanya, Yang Berhormat Tuaran tentang pembelajaran etnik di universiti. Ini memang saya fikir telah dijawab juga dalam Kamar Khas secara terperinci. Memang kita komited untuk memastikan bahawa bahasa etnik ini kita akan perkasakan. Terutama di Sabah ini, kita mahu pastikan bahawa bahasa Kadazan Dusun dan Murut ini akan terus diperkasakan. Setakat ini, Yang Berhormat Tuaran, UPSI sahaja yang mengadakan program untuk khusus kepada bahasa-bahasa etnik ini termasuklah bahasa Semai.
Jadi, cadangan untuk biasiswa kepada pelajar-pelajar yang mengambil ini, kita cuba kaji. Dan juga cadanganlah ― ini pun baik untuk kita adakan di UMS.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Mungkin ini akan memudahkan – untuk memudahkan pelajar-pelajar daripada Sabah ini dapat belajar. Ya Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu utama di sini ialah untuk memastikan agar dia punya kesinambungan pensyarah- pensyarah. Sebab pensyarah-pensyarah yang ada sekarang dia semakin berumur dan dia akan bersara tidak lama lagi. Jadi untuk mencari penggantinya begitu payah sebab tidak ada perancangan untuk melatih ya sehingga ke peringkat sarjana dan sebagainya. Jadi cadangan Tuaran tadi untuk biasiswa itu adalah kepada mereka yang mengambil sejarah Sarjana Bahasa Kadazan Dusun di peringkat sarjana.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Begitu juga dengan bahasa Iban dan bahasa semua yang sepertinya sebenarnya sebab pada hari ini kalau tidak ada pensyarah terputuslah program ini. Jadi itu yang perlu diperincikan lagi Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tuaran di atas cadangan. Kita akan cuba kaji. Okey untuk Yang Berhormat Dungun tentang kerjasama strategik antara universiti awam dan juga universiti kerajaan negeri. Saya fikir ini pun satu cadangan yang perlu kita fikirkan bersama dan sebenarnya sekarang ini kita telah sedang merangka pelan pendidikan tinggi nasional kita yang baru. Dan di dalam pelan tersebut memang kita antara yang kita perincikan ialah bagaimana kita wujudkan kerjasama ini dan yang keduanya tentang bagaimana kita menjadikan negara ini menjadi global hab untuk pendidikan.
Jadi maknanya cadangan untuk kolaborasi dengan antarabangsa ini pun kita ambil kira.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, mungkin tambahan ini kerjasama dengan industri kesihatan menjalin kerjasama dengan sektor swasta dalam bentuk penyelidikan bersama, perkongsian fasiliti dan penajaan teknologi perubatan bagi mengurangkan koslah.
Dan saya ini sebenarnya nak bantu kementerian, kalau sebab yang saya lihat di sini diluluskan RM30 juta. Jadi kalau betullah yang dihantar oleh kementerian kepada kewangan kepada MOF, bagi RM30 juta sahaja maknanya minta Kementerian Kewangan bagi lebih sikitlah pada KPT kan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri sikit. Sambung apa yang disebut oleh Kapar tadi, kebanyakan teaching hospital ini dia ada private wing yang menyediakan perkhidmatan swasta yang berbayar dan mungkin mereka dapat generate income yang lebih berbanding dengan saluran biasa. Soalan saya kalau Yang Berhormat Menteri boleh sediakan data, berapa percent teaching hospital yang beroperasi yang terpaksa menanggung kos yang tinggi ini, berapa percent sumbangannya daripada private wing ini tadi? Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey Yang Berhormat Kapar kita ambil kira pandangan dan nanti yang itu perinciannya mungkin saya boleh buat jawapan secara bertulislah walaupun Yang Berhormat tidak turut membahas dalam perkara ini. Dan saya fikir antara juga yang saya mahu sentuh tentang disebut oleh YB Rasah tentang program-program yang meningkatkan kualiti mahasiswa kita. Untuk makluman semua, kita ada untuk tahun lepas, kita sudah mulakan program yang kita panggil karisma. Ini melibatkan mahasiswa dan juga pensyarah muda.
Dan ini mungkin antara yang dapat program-program yang boleh membantu mahasiswa kita dan juga pensyarah muda kita untuk meningkatkan keupayaan merekalah dari segi kita melahirkan bakat-bakat terbaik negara ini. Saya fikir itu sahaja, yang lain kalau tidak sempat saya jawab, saya mohon untuk dijawab secara bertulis. Dan sekali lagi Dato’ Pengerusi, sekali lagi saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Sekian, terima kasih. Ramadan Kareem.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM417,999,870 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual] [Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Usul Anggaran Pembangunan Tambahan (Tamb.)(Bil.1) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Bacaan Kali Yang Ketiga Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi peruntukan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subsekyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan juta tujuh puluh ribu empat ratus lima puluh ringgit (RM2,308,070,450) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2024 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2025 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah Usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10 pagi, hari Selasa, 4 Mac 2025.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]