Feb272025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai inisiatif untuk mengangkat martabat penghibur jalanan di Kuala Lumpur seperti di kota-kota utama dunia seperti London dan Paris dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memberikan permit rasmi kepada seniman jalanan sejak 10 tahun yang lalu, 30 Mac 2014 bagi memastikan aktiviti, dengan izin, busking di Kuala Lumpur ini dapat dikawal selia secara profesional.

Sehingga kini kita ada 579 seniman jalanan telah diberikan permit dengan pecahan yang berikut iaitu 374 orang adalah dalam kategori seni persembahan muzik dan 205 lagi dalam kategori seni visual kreatif seperti badut, maskot, silap mata dan juga pelukis inai.

Jadi, langkah ini membolehkan Kuala Lumpur mempunyai penghibur jalanan yang teratur, berkualiti dan juga mampu menjadi daya tarikan pelancong dan DBKL juga telah menubuhkan task force KL Street Artist yang bertanggungjawab terhadap beberapa perkara iaitu melakukan pemantauan berkala untuk memastikan pemegang permit mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk lokasi, waktu persembahan dan juga had bunyi.

Keduanya, mengeluarkan amaran dan tindakan penguatkuasaan kepada mereka yang melanggar peraturan seperti yang menyebabkan gangguan lalu lintas atau mengganggu premis perniagaan sekitar.

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Ketiga, bekerjasama juga dengan agensi lain seperti PDRM dalam menangani isu- isu seperti kesesakan trafik akibat daripada aktiviti busking di kawasan yang sibuk, contohnya di Bukit Bintang. Seterusnya menjalankan sesi pemantapan dan juga latihan bagi mendidik Kuala Lumpur Street Artist tentang kepentingan mematuhi etika persembahan, penjagaan imej serta tanggungjawab mereka sebagai duta budaya Kuala Lumpur.

Lebih-lebih lagi Yang Berhormat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan berharap seniman jalanan ini, terutamanya busker di Kuala Lumpur tidak hanya memainkan lagu-lagu yang satu jenis sahajalah. Mungkin dia orang boleh main juga lagu-lagu lain mungkin- ini perkataan yang biasa digunakan dangdut ke, lagu-lagu jiwang ke, orang kata ‘tangkap leleh’. Ini bahasa orang mudalah, tetapi juga turut memainkan lagu-lagu klasik dengan sentuhan moden bagi membantu pelancong mengenali muzik tradisional Malaysia seperti juga gamelan dan ghazal. Jadi, busker juga diharapkan dapat memperbaiki penampilan, tidak berpakaian yang tidak sopan ataupun yang tidak bersih ketika membuat persembahan dan berinteraksi dengan penonton secara lebih profesional dan juga sopan.

Bagi mencapai aspirasi di atas Yang di-Pertua, DBKL mewajibkan bengkel pemantapan street artist bagi setiap pembaharuan permit sebagai syarat utama untuk memastikan seniman jalanan ini terus mematuhi garis panduan dan meningkatkan kualiti persembahan mereka dan tujuan ini supaya mereka memahami peraturan dan juga garis panduan dan penghibur akan diberikan penerangan mengenai lokasi yang dibenarkan, waktu operasi serta had bunyi supaya persembahan ini tidak mengganggu juga suasana sekitar.

Keduanya, dalam bengkel ini kita boleh juga meningkatkan kualiti persembahan, latihan dan teknik vokal, permainan muzik, seni visual dan gaya persembahan pentas bagi membantu buskers tampil lebih profesional.

Ketiganya, kita juga mengajar kesedaran terhadap persekitaran dan kawalan bunyi.

Ini menekankan kepentingan menjaga suasana yang harmoni dengan tidak mengganggu perniagaan berdekatan dan juga laluan pejalan kaki.

Keempatnya, membangunkan identiti dan penonton dan panduan ini tentang cara mempromosikan diri, menarik perhatian penonton termasuklah pelancong serta membina imej yang lebih menarik dan akhirnya taklimat keselamatan dan peraturan undang-undang dengan kerjasama agensi seperti PDRM untuk memastikan penghibur jalanan ini memahami aspek keselamatan dan kepatuhan undang-undang semasa membuat persembahan.

Akhirnya, dengan langkah-langkah ini kita harapkan busker di Kuala Lumpur berkembang jadi satu elemen seni yang unik dan juga mengangkat peranan mereka membina Kuala Lumpur sebagai kota budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Batu.

draft • 10:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Menteri untuk bagi jawapan. Saya amat memuji ya inisiatif Menteri untuk menyokong dan mendukung seniman-

draft • 10:00 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

seniman atau street artist, dengan izin. Sebab peluang ini diberikan akan memberi mereka satu rezeki yang besar.

Soalan tambahan saya, mengapakah masih terdapat ramai penghibur jalanan yang beroperasi tanpa permit? Adakah cabaran utama yang mereka hadapi dalam mendapatkan permit? Selain itu, apakah inisiatif atau sokongan yang disediakan oleh DBKL bagi membantu mereka mematuhi peraturan dan memperoleh permit secara sah? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini DBKL tidaklah mempunyai data spesifik berapakah bilangan busker yang tidak mempunyai permit, tetapi berdasarkan pemantauan DBKL, kebanyakan penghibur jalanan yang tidak mempunyai permit ini adalah mereka-mereka yang tidak mematuhi peraturan, sama ada dengan membuat persembahan di kawasan-kawasan persendirian ataupun yang membuat persembahan tanpa kebenaran di lokasi-lokasi yang tidak dibenarkan. Contohnya di kawasan-kawasan yang seperti simpang jalan dan kawasan- kawasan lampu isyarat yang sesak dan juga berbahaya atau kawasan kediaman dalam pusat bandar.

Jadi, mungkin ramai lagi yang masih tidak mengetahui sebenarnya DBKL telah menyediakan 16 lokasi strategik sebagai kawasan rasmi bagi aktiviti busking ini. Contohnya di zon-zon komersial dan pelancongan seperti Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka, Medan Pasar, River of Life Brickfields dan Jalan Alor. Juga di zon-zon rekreasi dan sosial. Yang ini seperti di taman-taman awam serta medan selera DBKL yang bersesuaian. Setiap lokasi ini kita benarkan mereka beroperasi di antara 9 pagi hingga 12 malam, bergantung pada jenis persembahan dan juga kesesuaian kawasan tersebut.

Way forward kita, dengan izin, ke hadapan, Jabatan Wilayah Persekutuan akan juga mengadakan sesi temu rapat bersama penggiat seni pada insya-Allah suku tahun kedua ini bagi mendapatkan juga input awal yang kita ─ maksudnya kita adakan sesi temu rapat ini dengan mendapatkan input awal sebelum kita datang dengan Dasar Hiburan Wilayah Persekutuan. Yang ini, insya-Allah kita akan rangka.

Jadi, temu rapat ini akan turut melibatkan seniman jalanan, terutamanya buskers dan susulan daripada pertanyaan Yang Berhormat Batu pada hari ini, saya akan memohon juga supaya Jabatan Wilayah Persekutuan turut menjemput buskers yang tidak mempunyai permit bagi mendengar sendiri masalah atau cabaran-cabaran yang mungkin mereka hadapi dan bantuan apa yang mungkin kita selaku kerajaan boleh lakukan untuk memperbaiki isu-isu seperti ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Langkawi.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya melihat buskers ini bukan sahaja di kawasan

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Bandaraya Kuala Lumpur tetapi dia juga meliputi bandar raya-bandar raya lain dan mereka- mereka ini contoh di Langkawi sendiri, kita ada Makam Mahsuri. Mereka ini memainkan alat- alat tradisional gambus dan sebagainya. Mereka menjadi traditional music begitu popular di Pantai Cenang. Banyak saya melihat pelancong-pelancong yang berkumpul.

Begitu juga kalau di Bukit Bintang, kita melihat bagaimana Bob, penyanyi terkenal di Bukit Bintang itu yang seperti memanggil pelancong-pelancong untuk bersama-sama menyanyi dengan mereka, tetapi saya melihat Yang Berhormat Menteri, di tempat-tempat lain contoh di stesen kereta api, di airport ada juga penyanyi-penyanyi buskers ini yang kadang- kadang mereka ini agak kurang berpakaian cantiklah. Saya nak mencadangkan supaya DBKL mengambil mereka ini sebagai anak angkat dan pakailah mereka ini dengan pakaian yang cantik-cantik, display our batik dan sebagainya.

Dan saya ingin nak mencadangkan kita adakan satu fi atau pun satu bayaran royalti kepada mereka ini, kerana mereka bukan sahaja membantu DBKL daripada menceriakan, tapi mereka ini juga menghiburkan manusia-manusia, khususnya pelancong-pelancong yang mengambil bahagian. Baru-baru ini saya tengok orang Cina menyanyi, Jepun menyanyi, orang Arab pun menyanyi dan ini satu hiburan jalanan.

Saya minta supaya- saya faham bahawa soalan hari ini adalah DBKL, cuma saya nak minta juga sebab kita bertanya kepada Perdana Menteri supaya diluaskan lagi pertolongan kepada buskers-buskers ini, meliputi kota raya-kota raya di seluruh Malaysia, supaya mereka ini menjadi mereka-mereka yang menjadikan busking ini sebagai satu pekerjaan, tetapi atau pun part-time yang dapat membantu mereka daripada segi pendapatan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Langkawi. Saya kira cadangan-cadangan yang diberikan oleh Langkawi ini sangat baik untuk kita pertimbangkan dan kita juga dalam usaha sebenarnya untuk ─ tadi saya sebut untuk mengumpulkan buskers ini, penggiat-penggiat seni jalanan ini untuk kita dapat juga input- input lain yang mungkin boleh membantu mereka untuk meningkatkan taraf mereka.

Umpamanya pemakaian yang bersih, cantik, mungkin batik. Itu juga satu yang baik bagi saya untuk kita mempromosikan negara kita.

Begitu juga dengan cadangan bayaran royalti. Saya kira ini juga perlu diteliti ya dan juga boleh menjadikan satu pendapatan juga kepada mereka. Saya difahamkan juga sebenarnya di kawasan-kawasan atau pun bandar raya lain di sekitar negara kita ini, seluruh negara kita ini mempunyai cara berbeza untuk mereka menangani ataupun untuk mereka juga menggalakkan buskers di kawasan-kawasan bandar mereka, sebab ini memang menjadi satu tumpuan pelancongan dan tumpuan bukan sahaja pelancongan antarabangsa ya, tapi juga pelancong di domestik ini.

draft • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, saya kira saya akan mengambil teliti segala perkara yang telah disarankan oleh Langkawi untuk kita lihat tentang keperluannya dan mungkin juga kita boleh nanti masukkan dalam kita punya dasar-dasar untuk hiburan ini di- khususnya di Kuala Lumpur. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput soalan kedua, Dato' Azman bin Nasrudin, Padang Serai.

draft • 10:10 AM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua Speaker.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Perdana Menteri menyatakan, apa mekanisme caj kesesakan yang bakal digunakan sekiranya ia dilaksanakan dan jumlah penurunan kesesakan yang dijangka oleh kerajaan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan telah pun mengenal pasti ya tiga bandar raya di Malaysia ini yang berpotensi untuk kita melaksanakan caj kesesakan iaitu seperti di Kuala Lumpur, Georgetown dan juga di Johor Bahru. Walau bagaimanapun, Akta Fungsi-fungsi Menteri hanya mempertanggungkan saya kepada pentadbiran Wilayah Persekutuan. Sehubungan dengan itu, pertanyaan Yang Berhormat pada hari ini saya akan fokuskan dalam skop Kuala Lumpur sahaja.

Jadi, pada masa ini pelaksanaan caj kesesakan masih di peringkat kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan juga Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Kajian ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah mekanisme pelaksanaan, unjuran penurunan jumlah trafik serta kadar peningkatan penggunaan pengangkutan awam sekiranya caj ini diperkenalkan. Jadi, berdasarkan kajian awal, Yang Berhormat, beberapa mekanisme pelaksanaan yang telah digunakan di bandar-bandar antarabangsa turut kita pertimbangkan.

Di antara yang telah dilaksanakan, contohnya electronic license plat reader. Ini dilaksanakan di New York, di mana sistem ini mengenakan caj berdasarkan pembacaan nombor plat kenderaan secara automatik.

Keduanya, electronic road pricing. Yang ini dilaksanakan di Singapura, di mana caj kesesakan dikenakan secara elektronik mengikut zon dan waktu tertentu bagi mengawal aliran trafik.

Ketiga, congestion charge zone. Yang ini di London, di mana sistem akan mengenakan caj tetap ke atas kenderaan yang memasuki kawasan bandar tertentu pada waktu puncak. Contoh lain ialah road space rationing. Yang ini di Jakarta dilakukan dan juga di Beijing, di mana penggunaan kenderaan persendirian dihadkan berdasarkan nombor plat ganjil atau genap pada hari-hari yang tertentu.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat, pengalaman dari bandar seperti London dan Stockholm contohnya ya menunjukkan bahawa pelaksanaan caj kesesakan ini mampu mengurangkan kesesakan sehingga 20 hingga 20 peratus. Manakala di New York dan Singapura mendapati sistem ini boleh menurunkan jumlah trafik sehingga 10 hingga 15 peratus. Jadi, ini selari dengan kajian- hasil kajian antarabangsa jika caj kesesakan ini kita laksanakan di Kuala Lumpur, ia dijangka boleh mengurangkan kesesakan ini sehingga 20 peratus, Yang Berhormat.

Jadi, supaya berjaya, kadar caj kesesakan ini tidaklah juga boleh terlalu rendah dan hendaklah ditetapkan pada satu nilai yang akan menyurutkan atau, dengan izin, discourage pengguna daripada melalui jalan-jalan yang tertentu, tetapi kerajaan juga tidak mahu caj tersebut menambah beban pengguna jika diletakkan terlampau tinggi.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Semalam, dalam penggulungan Titah Diraja, dua hari lepas ya ketika menjawab soalan yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya ada menyatakan yang kajian Prasarana Malaysia Berhad ya pernah dilakukan pada tahun 2020, yang menunjukkan kerugian negara akibat daripada kesesakan jalan raya ini adalah sekitar 20 billion, satu angka yang tinggi.

Jadi, ini bermakna kalau kita buat anggaran bagaimana kalau setiap satu peratus kesesakan ini kita berjaya kurangkan, terutamanya di Kuala Lumpur ini kalau di CBD ataupun central business street, dengan izin, seperti di Bukit Bintang, Lembah Pantai, Setiawangsa dan juga Wangsa Maju kerajaan dapat mengurangkan kerugian sebanyak lebih kurang 200 juta ya.

Jadi, Kuala Lumpur adalah sebuah bandar raya yang mencatatkan purata kenderaan keluar masuk yang tinggi sehingga 1.5 juta sehari. Dan dalam masa 24 jam, dalam satu-satu masa, terdapat 6 juta- kenderaan dalam ibu kota ini. Jadi, dalam masa yang sama, jumlah pengguna pengangkutan awam agak rendah sekitar 25 peratus. Ini di Kuala Lumpur saya cerita ya.

Jadi, penggunaan pengguna jalan raya lebih memilih untuk membawa kenderaan sendiri berbanding menaiki pengangkutan awam mungkin disebabkan kelemahan kita dari sudut first mile dan last mile ini. Dalam hal ini, saya juga senada juga dengan YB Menteri Pengangkutan yang pernah menyatakan bahawa penguatkuasaan caj kesesakan ini, buat masa ini belum lagi sesuai dilakukan sebelum sesebuah bandar raya itu mempunyai integrasi sistem pengangkutan awam yang lengkap.

Jadi, ini juga saya telah jawab dalam penggulungan titah tempoh hari. Jadi, sehubungan dengan itu Jabatan Wilayah Persekutuan akan memastikan usaha memantapkan jaringan pengangkutan awam ini di Kuala Lumpur berjalan serentak dengan kajian caj kesesakan oleh MIROS dan MGTC ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Serai.

draft • 10:20 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jadi, pandangan saya kerajaan menyasarkan nisbah peratusan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030. Jadi, apa strategi kerajaan bagi memastikan ketersambungan first and last mile diberi keutamaan di bawah RMKe-13, supaya usaha memperluas rangkaian pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas dan rangkaian rel tidak hanya tertumpu di kawasan bandar utama tetapi merentas wilayah dan lokaliti.

Yang keduanya, sejauh mana kajian impak dijalankan terhadap kaedah caj kesesakan di bandar-bandar maju lain seperti London, Stockholm dan Milan, mengambil kira perbandingan antara ketersediaan infrastruktur pengangkutan awam. Sebagai kontra, masalah ketersediaan bas yang masih rendah menyebabkan kadar pemilikan kereta di Lembah Klang antara yang tertinggi di dunia, di mana hanya 55 peratus Lembah Klang diliputi oleh perkhidmatan rel dan bas. Ini bermakna banyak kawasan masih tidak mempunyai sebarang bentuk ketersambungan pengangkutan awam. Di Lembah Klang hanya terdapat 0.21 bas yang beroperasi bagi setiap 1,000 penduduk. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua, soalannya banyak ada tiga tu. Jadi, saya jawab beberapa perkara sahaja. Berkenaan dengan pelan tindakan ini, saya kira kerajaan memang mengambil berat tentang perancangan untuk kita mengurangkan kesesakan jalan raya dengan unjuran kita pada 24 peratus sehingga 40 peratus.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya kira ini mungkin segala permasalahan tentang keselamatan jalan raya dan kesesakan ini kita ada Jawatankuasa Kabinet, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Zahid ya.

Dan kita bincangkan banyak perkara tentang kesesakan dan keselamatan jalan raya.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, saya kira yang ini juga dibincangkan secara berterusan dalam jawatankuasa tersebut. Dan kajian oleh MIROS dan MGTC ini sebenarnya akan siap saya difahamkan akhir tahun ini. Jadi, saya kira yang itu mungkin akan dibawa juga kepada jawatankuasa ini dan kita akan lihat apakah sebenarnya kesan daripada beberapa cara yang kita, yang saya sebut tadi ada empat atau lima perkara daripada pengalaman negara-negara lain. Juga kita akan lihat kesan dan impaknya kepada rakyat di negara kita.

Jadi, yang selainnya Yang Berhormat, saya kira jawapan itu saya akan lihat, soalan itu saya akan lihat kembali dan saya akan memberikan secara bertulis nanti. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya dengar tadi jawapan yang telah diberikan khusus menyebut tentang perbandingan dengan London dan lain-lain.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kalau di London itu sendiri, saya telah saksikan semasa ke sana tahun lepas, memang kesesakan kurang, tetapi juga ada masalah daripada segi ekonomi.

Jadi soalan saya, adakah pelaksanaan caj kesesakan akan memberi kesan kepada sektor ekonomi di kawasan bandar, khususnya terhadap peniaga-peniaga kecil, kepada pengusaha logistik dan sektor pelancongan dan adakah kerajaan bercadang untuk memberikan sebarang insentif kepada peniaga yang mungkin terjejas akibat daripada pelaksanaan caj ini.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Jadi, saya juga difahamkan Yang Berhormat, sebenarnya kesan kepada ekonomi ini selepas pelaksanaan caj kesesakan ini di negara-negara lain ya, dia akan mengurangkan sedikit kesan dari sudut ekonominya dalam masa dua hingga ke tiga tahun. Selepas itu dia akan kembali pulih seperti yang diharapkan.

Jadi, pelaksanaan caj kesesakan ini sebenarnya ada kesan positifnya juga kalau kita lihat dari sudut ekonomi kepada peniaga kecil dan kajian ini, kajian antarabangsa ada dibuat dan menunjukkan bahawa pengurangan kesesakan ini boleh membawa manfaat jangka panjang ya dengan meningkatkan kebolehcapaian kawasan peniagaan dan menggalakkan lebih banyak aktiviti pejalan kaki serta penggunaan pengangkutan awam yang boleh membawa lebih ramai sebenarnya pelanggan ke kawasan-kawasan komersial.

Jadi, walau bagaimanapun Yang Berhormat, di Kuala Lumpur ─ saya tekankan di Kuala Lumpur ya bagi sektor logistik dan penghantaran ini, kita boleh mempertimbangkan beberapa perkara lah. Di antaranya mungkin sebagai contoh zon pengecualian waktu tertentu untuk membolehkan kenderaan logistik beroperasi tanpa dikenakan caj dalam tempoh di luar waktu puncak. Ha, yang itu kita boleh pertimbangkan.

Kenderaan-kenderaan seperti e-hailing ataupun teksi ataupun kenderaan persendirian kepada pemilik bangunan atau penginap hotel, contohnya di kawasan CBD ini, kita juga boleh berikan contoh diskaun ataupun insentif tertentu seperti pengecualian daripada caj kesesakan. Ini juga boleh difikirkan. Ini saya bercerita Yang di-Pertua ialah tentang Kuala Lumpur lah sebab saya bertanggungjawab terhadap Kuala Lumpur. Saya tidak mahu menjangkau lah kawasan-kawasan lain ya.

Bagi sektor pelancongan, kerajaan juga memahami terdapat kepentingan akses yang mudah bagi pelancong dan pengunjung di kawasan tarikan utama. Jadi, bas dan van pelancong juga mungkin kita boleh berikan juga pertimbangan untuk diskaun dan pengecualian dan akhirnya dalam rangka pelaksanaan caj kesesakan ini, kita akan

draft • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

memastikan juga sesi libat urus bersama wakil industri, komuniti peniaga, pengusaha logistik dan juga pihak-pihak berkepentingan, terus diadakan bagi kita mendapatkan pandangan serta juga merangka pelaksanaan yang lebih adil dan juga saksama dan berkesan kepada semua. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik seterusnya saya jemput Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

3. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, selari dengan usaha membantu lebih ramai usahawan terutama Perusahaan Mikro dan Informal, apa usaha yang dilakukan oleh agensi KUSKOP seperti TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) agensi dan apakah status pencapaian NPL agensi tersebut pada tahun 2024.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya iaitu TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sentiasa berusaha dalam mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) dan juga portfolio at risk (PAR). Ini bagi memastikan dana tersebut dapat disalurkan kepada usahawan lain yang memerlukan. Bagi tujuan ini, antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut.

Pertama, mengadakan program pendidikan kewangan bersama agensi kaunseling dan pengurusan kredit AKPK bagi memberi latihan pengurusan kewangan dan perancangan perniagaan untuk membantu usahawan mempunyai aliran tunai yang stabil dan seterusnya dapat melunaskan pinjaman dan ia termasuk mengadakan kursus seminar asas keusahawanan bagi memberi kesedaran kepada peminjam mengenai kepentingan bayaran balik pinjaman mereka.

Kedua, menjalankan pemantauan berkala dan penyeliaan secara rapi terhadap usahawan, termasuk memberikan sokongan bimbingan bagi membantu mereka mengatasi cabaran kewangan.

Ketiga, memperkukuhkan urusan komunikasi dalam proses pemungutan bayaran pinjaman melalui penghantaran peringatan automatik melalui aplikasi mudah alih, SMS atau e-mel yang memudahkan usahawan menguruskan jadual pembayaran mereka.

draft • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Yang keempat, menawarkan opsyen penstrukturan pinjaman kepada usahawan yang menghadapi kesukaran kewangan merangkumi pelan pembayaran yang lebih fleksibel seperti pelanjutan tempoh pembayaran atau pengurangan bayaran bulanan. Berdasarkan langkah-langkah yang telah diambil ini, TEKUN Nasional telah mencatatkan pengurangan kadar NPL daripada 12.6 peratus pada tahun 2023 kepada 9.8 peratus pada tahun 2024.

draft • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga telah menunjukkan kejayaan paling cemerlang sejak 38 tahun ditubuhkan dengan pencapaian portfolio at risk (PAR) pada tahun 2024 pada paras 0.02 peratus berbanding paras 0.09 peratus pada tahun 2023. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sri Aman, silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, terima kasih atas perkongsian dan penjelasan pihak kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Terutama berkenaan dengan langkah-langkah yang telah diambil pihak kementerian dalam menangani masalah ini.

Seterusnya, saya juga ingin mendengar pendapat Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan harapan apakah harapan pihak kementerian termasuk sendiri supaya pencapaian NPL ini dapat dikekalkan ataupun kalau boleh tambah baiklah untuk tahun ini dan seterusnya. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah tentu harapan saya adalah untuk kadar NPL ataupun kadar PAR Amanah Ikhtiar Malaysia ini dapat dikurangkan lagi dan apabila kita dapat mengurang, bererti kedua-dua agensi ini mempunyai dana yang boleh dipusingkan ataupun boleh dipinjamkan kepada usahawan-usahawan sedia ada ataupun lebih penting lagi kepada usahawan-usahawan baharu.

Itu sebabnya dalam kesempatan saya berjumpa dengan usahawan-usahawan ini, saya sering mengingatkan seperti mana diingatkan oleh pegawai-pegawai warga kerja TEKUN kita kepentingan pembayaran semula ini kerana kita maklum dalam belanjawan tahunan, Amanah Ikhtiar Malaysia contohnya, dia tidak dapat inisiatif belanjawan melainkan pinjaman yang diberikan kepada Amanah Ikhtiar ini.

Begitu juga dengan TEKUN Nasional. Walaupun kita mendapat secara puratanya RM330 juta inisiatif belanjawan setiap tahun untuk TEKUN, saya berharap ini dapat dikekalkan ataupun ditambah lagi walaupun kita dapat mengutip pinjaman itu, tetapi kita mahu menyalurkan lebih banyak lagi pembiayaan kepada usahawan-usahawan mikro, usahawan-usahawan kecil ini. Jadi, ini harapan saya dan kita akan teruskan usaha-usaha pendidikan dan kesedaran kepada usahawan-usahawan kecil dan usahawan mikro kita ini.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Rantau Panjang.

draft • 10:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, saya ingin tahu apakah punca masalah berlaku NPL di kalangan usahawan ini dan setakat ini berapa ramai di kalangan mereka yang benar-benar berjaya.

draft • 10:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Apakah pendekatan yang telah dibuat di KUSKOP untuk membantu usahawan- usahawan ini menangani cabaran dan risiko terutama dalam keadaan suasana ekonomi yang mencabar hari ini? Minta penjelasan.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 10:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana kita sedia maklum, dalam mana-mana perusahaan perniagaan ini sentiasa ada cabarannya, akan ada usahawan yang terkehadapan meraih pendapatan dan dapat memperluaskan perniagaannya dan sudah pasti akan ada usahawan yang berhadapan dengan situasi yang mencabar, terutama apabila produk dan perkhidmatan mereka itu serupa dengan usahawan-usahawan lain dalam persekitaran setempat itu menyediakan produk perkhidmatan yang sama. Sudah tentu pengguna itu akan memilih yang lebih baik pada pandangan mereka.

Jadi, persaingan ini menjadi salah satu sebab kepada cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan kita dan sudah tentu apabila produk, perkhidmatan itu tidak dilanggan, tidak dibeli, maka yang seterusnya adalah bagaimana membayar semula perniagaan ini. Selain itu, juga insiden-insiden seperti kematian dan hilang keupayaan untuk berniaga itu juga menjadi sebahagian daripada punca NPL ini sepertimana saya katakan tadi wujud bagi kedua-dua agensi ini.

Terkait berapa banyak usahawan yang berjaya, pada saya itu cukup banyak success story-nya, tapi secara detail, data itu saya boleh bagi kepada Yang Berhormat, tetapi success story usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN Nasional ini sangat banyak sekali.

Saya percaya di kawasan Yang Berhormat pun sudah cukup banyak. Malah penurunan kadar NPL oleh TEKUN Nasional, penurunan kadar PAR AIM ini sudah menjadi satu kejayaan pada pandangan saya kerana usahawan sudah berupaya membayar semula pinjaman mereka.

Dan demikian, kita mempunyai dana yang lebih besar, yang lebih banyak untuk kita pinjamkan kepada usahawan-usahawan baru. Itu pada saya satu kejayaan dan saya ingin untuk Dewan ini kita sama-sama rekodkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja kementerian khususnya TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia dan juga kepada usahawan-usahawan yang memastikan kutipan semula ini dapat dibuat. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan menjemput Datuk Seri Saravanan, Tapah...

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 1.

draft • 10:30 AM

1. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan [Tapah] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah penambahbaikan bagi menambah pokok-pokok atau binaan bagi membendung dan mengatasi masalah cuaca panas di dalam kawasan Tasik Titiwangsa.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tapah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Taman Tasik Titiwangsa merupakan antara taman rekreasi paling aktif di Kuala Lumpur dengan purata 2,200 pengunjung pada hari-hari bekerja dan meningkat kepada 6,300 orang pada hujung minggu serta juga cuti sekolah. Jadi, taman ini keluasannya 46.13 hektar ataupun 114 ekar dan terletak hanya tiga kilometer sahaja dari pusat bandar. Jadi, saya kira itulah menyebabkan kunjungannya begitu tinggi.

Ia telah dibuka secara rasmi pada 1 Februari 1980 oleh Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Hussein Onn dan pada asalnya kawasan ini merupakan bekas lombong dan juga kawasan lapang yang seiring dengan perkembangan bandar, ia telah dibangunkan secara berperingkat dengan landskap yang lebih terancang, termasuklah penanaman pelbagai jenis pokok bunga dan juga pokok rendang.

Jadi, transformasi Taman Tasik Titiwangsa ini dari kawasan lombong yang terbiar kepada sebuah taman hijau yang lebih lestari mencerminkan bagi saya kejayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam memperindah persekitaran bandar serta menyediakan pusat rekreasi yang mesra rakyat dan juga boleh dinikmati oleh semua lapisan penduduk.

Jadi pada tahun 2018, taman ini telah juga dinaiktarafkan secara menyeluruh melalui Projek River of Life yang menambah elemen-elemen rekreasi moden dan mesra pengguna dan kerja-kerja pembangunan ini siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2019 dan Taman Tasik Titiwangsa ini kini berwajah baharu dan kembali menjadi destinasi riadah utama di Kuala Lumpur ini.

Jadi pokok-pokok yang ditanam- ini Yang Berhormat concern tadi. Pokok-pokok yang ditanam di Taman Tasik Titiwangsa bukan sahaja berfungsi sebagai elemen landskap, tetapi juga memberikan pelbagai manfaat ekologi dan sehingga kini kita ada 3,781 batang pokok telah ditanam dan terdiri daripada pelbagai spesies.

Jadi, kalau saya nak namakan spesies ini banyak. Tak perlu ya, terbelit lidah juga kalau nak sebut ini nama-nama saintifik ini, tapi apa pun fungsinya bukanlah hanya sekadar kanopi- ia memberikan kanopi yang luas juga memberi teduhan yang baik kepada

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

pengunjung dan ia juga berfungsi sebagai elemen estetik, tetapi ia juga menghasilkan bau- bau yang wangi dan ini menarik lebih banyak fauna seperti burung dan juga serangga pendebunga.

Jadi, pokok-pokok yang besar membantu mengurangkan contohnya urban heat island effect, dengan izin, dan menjadikan kawasan itu lebih sejuk, lebih nyaman dan pokok- pokok di Taman Tasik Titiwangsa ini juga ditanam dalam kluster yang tertentu supaya membantu lorong angin semula jadi yang membantu juga pengudaraan dan pengurangan suhu sekitar. Kemudahan seperti gazebo kita buat juga dan wakaf turut disediakan di sekitar taman ini sebagai tempat untuk berteduh daripada terik matahari dan juga untuk berehat.

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, walau bagaimanapun, Yang Berhormat, DBKL bersedia dan akan meneliti keperluan untuk menambah lebih banyak pokok-pokok rendang di kawasan yang lebih strategik- mungkin seperti pejalan kaki ataupun kawasan lapang di pesisiran tasik juga boleh ditambah, dan ini sudah tentunya bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kawasan teduhan bagi keselesaan pengunjung serta memperkayakan biodiversiti flora dan fauna di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Tapah.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju seratus peratus atas jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai kedudukan Taman Tasik Titiwangsa. Baru-baru ini, saya pun telah melawat dua kali, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita perlukan lebih daripada apa yang sedia ada.

Walaupun saya bukan pakar- soalan saya bukan berunsur politik.

Walaupun saya bukan pakar taman, tetapi saya cukup berpengalaman mengenai Taman Tasik Titiwangsa, hampir 50 tahun. Saya dilahirkan, dididik, dibesarkan di kawasan Jalan Raja Muda, hampir dengan Taman Tasik. Maka itulah tempat kita renang sebelum diwartakan sebagai Taman Tasik dalam tahun 70-an dan 60-an.

Tambahan pula, itulah Yang Berhormat, satu-satunya tempat...

draft • 10:40 AM

Seorang Ahli

Ponteng.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

...Untuk dating tanpa kos untuk warga kota dalam alam remaja...

[Ketawa] Bukan pontenglah. Tempat dating zaman alam remaja- tanpa kos. Maka, saya tahu...

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Speaker senyum sahaja itu.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Maka, saya tahu bukan every nook and conner, every nook and bush in Taman Tasik Titiwangsa.

Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan hampir lima tahun. Maka, mengambil kira pengalaman saya Tuan Yang di-Pertua, kita perlu penambahbaikan di Taman Tasik Titiwangsa- mengambil kira perubahan

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

cuaca, the climate changes. Walaupun pokok-pokok ini daripada segi taman hijau, kita berjaya 100 peratus- terima kasih kepada DBKL dan kementerian. Kita memang berjaya sebagai taman hijau, tapi daripada segi taman membantu warga kota untuk mengatasi climate changes dan cuaca yang begitu panas, kita perlu penambahbaikan.

Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur meneliti dan memperhalusi untuk menambahbaikkan kedudukan Taman Tasik Titiwangsa.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, walaupun lari sikit daripada soalan asal. Ini berhampiran dengan Taman Tasik Titiwangsa ─ Institut Jantung Negara, Tuan Yang di-Pertua.

Memandangkan pintu masuk Institut Jantung Negara berlaku kesesakan lalu lintas amat teruk walaupun di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, sila mengambil tindakan yang sewajarnya. Mungkin satu hari kita boleh jadi mangsa sebab kesesakan lalu lintas, dua lane jadi satu betul-betul di hadapan pintu masuk IJN amat sesak. Minta kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL buat sesuatu yang terbaik demi kebaikan warga kota. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Cantiklah, Tapah.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya kira pertanyaan atau saranan tersebut memang sangat baiklah. Kita akan tengok juga tentang urusan-urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan. Jadi, saya kira yang itu kita boleh bekerjasama dengan KKM untuk melihat jalan masuk yang sangat crucial dan berdekatan dengan kawasan yang, contohnya IJN tadi.

Jadi, yang itu, insya-Allah, saya akan membuat urusan ataupun engagement dengan KKM dan kita boleh bekerjasama sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini dia bukan hanya berfungsi sebagai local authority, tetapi ada juga, macam contohnya state function, yang kita kena tengok sebenarnya. Jadi, dengan itu, saya berterima kasih atas saranan tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Merbok.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih. Soalan saya berkenaan dengan pokok juga, mungkin berbeza sedikit. Sejauh manakah usaha penambahbaikan DBKL terhadap penilaian risiko ke atas pokok-pokok yang dikenal pasti berisiko terutamanya di lokaliti hotspot mengambil kira insiden pokok tumbang yang berlaku sebelum ini?

Januari lalu, seorang wanita dan remaja dilaporkan cedera ekoran pokok tumbang di kawasan Jalan Pudu. Apakah status proses pelantikan kontraktor dan arborist iaitu doktor pokok dalam kerja-kerja penyelenggaraan di Ibu Negara? Bagaimanakah pihak DBKL memastikan supaya SOP yang dikemas kini dapat diseragamkan dengan PBT lain untuk meningkatkan keberkesanan pemantauan pokok-pokok teduhan yang berisiko tumbang mengikut lokaliti? Sekian.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya, kebetulan semalam saya baharu sahaja mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pengurusan Risiko Pokok Teduhan di Kuala Lumpur ini untuk kali pertama bagi tahun ini. Kita telah juga meluluskan Yang Berhormat, satu Pelan Strategik Pengurusan Risiko Pokok Teduhan Kuala Lumpur 2024-2030. Jadi, ini sebenarnya rentetan daripada peristiwa yang Yang Berhormat sebut tadi.

Jadi, dalam pelan tindakan kita ini, Tindakan 1, Objektif 6, kita ada sebutkan dalam dokumen ini tentang dana amanah awam, Yang Berhormat. Jadi, dana amanah awam ini untuk taman dan kawasan hijau, kita akan wujudkan contohnya penubuhan tabung endowment. Kita sedang teliti yang ini, Yang Berhormat. Ia dijangka berfungsi sebagai mekanisme pembiayaan jangka panjang yang juga melibatkan penyertaan sektor swasta dan masyarakat dalam usaha kita menghijaukan Kuala Lumpur ini dan sumber dana ini kita boleh dapatkan daripada kerajaan dan juga mungkin daripada pihak swasta sekali.

Yang Berhormat, sebenarnya dalam pelan tindakan kita itu agak insklusif juga. Saya ada di sini yang mungkin kita boleh kongsikan dengan Yang Berhormat. Kita mengambil kira banyak faktor termasuklah dalam Yang Berhormat sebut tadi, pengambilan arborist dan doktor-doktor pokok ini untuk kita dapatkan input daripada pelbagai pihak. Kita ada 13, lebih kurang, 13 members dalam jawatankuasa ini yang sebenarnya juga ada daripada kalangan penyelidik-penyelidik daripada FRIM dan pelbagai lagi.

Saya kira ini adalah satu ruang di mana kita boleh sebenarnya menyediakan satu pelan strategik yang baik bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan kita boleh juga berkongsi dengan mungkin PBT-PBT lain dalam kawasan-kawasan yang mungkin berisiko dengan masalah pokok dan pokok tumbang khususnya. Sudah tentulah dengan keadaan cuaca yang tak menentu ini, lebih banyak mungkin pokok-pokok yang tidak dijangka pun tumbang boleh tumbang dan memberi risiko keselamatan kepada orang ramai.

Jadi saya kira, insya-Allah, saya akan berkongsi dengan Yang Berhormat. Kita boleh duduk nanti berbincang untuk lihat mungkin input-input daripada Yang Berhormat sendiri untuk kita gabungkan dan kita masukkan sekali dalam pelan strategik itu. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Datuk Dr. Radzi bin Jidin, Putrajaya.

draft • 10:40 AM

2. Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya] minta Menteri Pendidikan menyatakan, status penyediaan bank soalan berpusat yang setara standardnya oleh KPM untuk membantu guru- guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) termasuk menyediakan soalan bagi ujian akhir sesi akademik.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya atas soalan yang diajukan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Ujian akhir sesi akademi yang diperkenalkan mulai Sesi Akademik 2022-2023 merupakan satu bentuk pentaksiran sumatif dalam komponen Pentaksiran Bilik Darjah. Ujian ini dilaksanakan seiring dengan peperiksaan akhir tahun yang sebelum ini dikendalikan oleh pihak sekolah di penghujung kalendar akademik. Ia melibatkan murid Tahun 4, 5, 6 bagi sekolah rendah serta murid Tingkatan 1, 2, dan 3 bagi peringkat menengah rendah.

Mulai Sesi Akademik 2024-2025, KPM memberikan autonomi penuh kepada sekolah dan guru dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik. Autonomi ini merangkumi aspek:

(i) penyediaan soalan ujian;

(ii) pentadbiran dan pengoperasian ujian; dan

(iii) pemeriksaan serta pelaporan.

Dalam memastikan kelancaran pelaksanaan dan kualiti pentaksiran, KPM telah menyediakan format pentaksiran serta modul perealisasian item bagi membantu guru dalam penyediaan soalan serta panduan penskoran. Selain itu, bagi memastikan soalan yang dibangunkan selari dengan kandungan kurikulum yang ditetapkan, KPM turut menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian Piawai sebagai rujukan utama bagi guru-guru kita.

KPM memberikan autonomi kepada guru dan juga sekolah dalam pentadbiran ujian ini yang mana setiap sekolah mempunyai keunikan sendiri dalam memenuhi keperluan murid dan menyediakan pentaksiran yang lebih bersesuaian dengan konteks pembelajaran mereka.

Selain itu, ujian akhir sesi akademik bukan bertujuan untuk membuat perbandingan prestasi antara murid, sekolah, daerah ataupun negeri tetapi ia lebih kepada membantu murid membangun serta memperkembangkan potensi diri mereka sebagai persediaan untuk fasa pembelajaran yang seterusnya. Guru juga dapat merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian untuk membantu murid kita mencapai tahap penguasaan yang lebih baik dalam pembelajaran mereka.

Dalam usaha memperkasa keupayaan guru, KPM setakat ini telah pun melatih seramai 259,656 orang guru dalam aspek penyediaan soalan dan juga pelaksanaan ujian.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dan juga kemahiran guru dalam aspek pedagogi serta pentaksiran pendidikan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Selain itu, bagi memastikan penjaminan kualiti yang berterusan, KPM melaksanakan kunjung bantu ke sekolah-sekolah bagi memberi bimbingan dan sokongan kepada guru dalam mengendalikan Ujian Akhir Sesi Akademik. KPM kekal komited dalam memberikan latihan serta bimbingan berterusan kepada guru bagi melahirkan tenaga pendidik yang berkualiti, kompeten dan berdaya saing dari aspek profesionalisme, pedagogi serta pentaksiran pendidikan. Dengan usaha yang berterusan ini, diharapkan sistem pentaksiran di negara kita akan terus berkembang dan mampu memberikan manfaat besar kepada generasi pelajar yang akan datang. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Putrajaya.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali saya dapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan sama ada Bank Soalan tersebut telah ditubuhkan sebelum ini dan akhirnya dibuat keputusan untuk tidak diteruskan atau memang tidak dibuat dari awal kerana pada waktu itu antara tujuan untuk ditubuhkan Bank Soalan ini untuk mewujudkan soalan-soalan yang agak standard yang boleh digunakan di mana-mana sekolah di seluruh negara. Jadi, kalau ada keperluan untuk kita bandingkan mata pelajaran tertentu daripada segi prestasi untuk kita membuat intervensi dan sebagainya, maka itu boleh dijadikan rujukan oleh pihak kementerian. Itu yang pertama.

Kedua, soalan saya adalah berkaitan dengan Pentaksiran Bilik Darjah ini, pada tahun 2022, dalam memperkasa PBD ini, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan inisiatif apa yang kita panggil Reading Progress. Reading Progress ini untuk membantu murid-murid khususnya dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris, termasuk juga Bahasa Melayu.

Saya hendak tahu, apakah status pelaksanaan inisiatif Reading Progress ini, beberapa buah sekolah telah terlibat dan apakah impak daripada pelaksanaan ini dan adakah kerajaan berhasrat atau KPM berhasrat untuk meneruskan pelaksanaannya ke seluruh sekolah di Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya atas dua soalan tambahan yang dikemukakan. Nombor satu, berkenaan dengan Bank Soalan. Sekiranya kita meninjau kembali, pelaksanaan UASA Ujian Akhir Sesi Akademik ini, pada tahun 2022 telah pun mula dilaksanakan 2022/2023 dan sesi akademik 2023/2024 yang mana Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen (APPI) telah pun digunakan yang mana ia dijadikan sebagai satu Bank Soalan yang mana soalan-soalan akan di-generate dari situ.

Setakat ini APPI ini masih digunakan tetapi bukan untuk UASA, tetapi sistem ini digunakan untuk peperiksaan yang lain dan juga apabila kita berbincang berkenaan dengan tujuan pembinaan Bank Soalan dinyatakan oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi adalah untuk memastikan standard soalan yang disediakan itu, bagi KPM seperti yang saya jelas dalam jawapan asal kami tadi, nombor satu dengan sistem yang kita ada, kita memberikan autonomi kepada pihak guru dan juga pihak sekolah untuk menyediakan item dan juga menyediakan soalan.

Ia berpaksikan kepada panduan yang telah pun kita berikan kepada guru, latihan yang telah pun kita berikan kepada guru dan pada masa yang sama, JSU yang telah pun disediakan. Bagi pihak KPM tidak ada kompromi terhadap standard soalan ataupun item yang dibangunkan itu dan apa yang penting adalah pihak guru dan sekolah memahami keperluan dan prestasi murid di sekolah masing-masing dengan lebih detil.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Sedikit maklumat tambahan kepada Yang Berhormat Putrajaya. Apabila pihak KPM membuat keputusan untuk memberikan autonomi kepada pihak sekolah dan juga guru, keputusan ini tidak dibuat secara melulu, tetapi ia telah pun melepasi banyak kali sesi libat urus, konvensyen, sesi meja bulat yang melibatkan guru besar, pengetua, pakar pendidikan, majlis guru besar, pengetua guru besar dan sebagainya.

Kesemua sesi libat urus bermula pada April 2023 sampailah Jun 2024 yang mana keputusan telah pun dibuat supaya UASA diteruskan dan sekolah diberikan autonomi dan pada masa yang sama, peratus dan gred telah pun digunakan untuk menggantikan tahap penguasaan yang digunakan sebelum ini kerana penggunaan peratus dan gred untuk menilai anak-anak kita adalah lebih sesuai dalam UASA yang merupakan satu ujian yang berpaksikan penilaian kognitif anak-anak kita.

Berkenaan dengan soalan kedua, Reading Progress untuk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu saya memohon izin supaya kami menjawab secara bertulis dalam perkara ini. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya menjemput Bukit Bintang.

draft • 10:50 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat. Sejak ujian UPSR dan PMR dihapuskan dan digantikan dengan PBD, bagaimana pencapaian akademik murid-murid masa kini dan apakah tindak balas rungutan ibu bapa dan masyarakat bahawa sejak dihapuskan ujian-ujian tersebut, pencapaian akademik murid-murid semakin merosot dan tidak ada semangat belajar dan tidak berdaya saing? Minta penjelasan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih atas soalan dari Bukit Bintang. Satu soalan yang amat famous bagi saya yang telah pun dijawab sebelum ini.

Nombor satu, KPM hendak menyatakan bahawa menurut keputusan SPM bagi kohort yang telah pun dibatalkan ataupun dimansuhkan PT3, pencapaian ataupun prestasi murid-murid kita tidak terjejas hasil akibat daripada pemansuhan PT3 tersebut.

Sememangnya kita nampak ada subjek-subjek- saya pernah jawab sebelum ini bahawa ada subjek-subjek yang juga menandakan satu peningkatan dari segi kadar kelulusan dan juga prestasi. Itu nombor satu.

Nombor dua juga, apabila kita berbincang berkenaan dengan pemansuhan PT3 dan juga UPSR, KPM sekarang memberikan tumpuan kepada pemerkasaan pentaksiran yang berasaskan sekolah melibatkan pentaksiran bilik darjah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kurikulum serta pentaksiran psikometrik dan suka saya menyatakan di sini bahawa pendekatan dan hala tuju KPM ini adalah selaras dan bergerak selari dengan agenda pendidikan global yang mana sebelum ini perbandingan kita telah membuat dengan beberapa buah negara yang lain seperti Finland, Amerika Syarikat, Jerman, Kanada,

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Australia, Scotland, Norway, New Zealand, Jepun, Hong Kong, dan Indonesia. Kesemua negara ini telah beralih daripada peperiksaan berpusat kepada PBS.

Pada masa yang sama juga, pelaksanaan ini juga adalah selari dengan Incheon Declaration And The Education 2030 Framework For Action, dengan izin, yang dibentangkan pada 21 Mei 2015 dalam World Education Forum di Incheon, Republik Korea. Deklarasi ini menggariskan pentaksiran pendidikan berkualiti melalui pentaksiran berterusan berasaskan bilik darjah serta pentaksiran yang lebih komprehensif. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

draft • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan Sungai Siput nombor 3.

draft • 10:50 AM

3. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, adakah kementerian mempunyai cadangan untuk memperhebatkan pelaksanaan program-program pembudayaan seperti Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics supaya lebih meluas dan selari dengan hasrat kerajaan untuk menarik minat masyarakat terhadap pembelajaran STEM.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Program Minggu Sains Negara merupakan program perdana MOSTI sejak tahun 2018 dalam usaha untuk membudayakan dan memperkasakan STI serta menggalakkan lebih ramai pelajar dan belia meminati bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Bagi pelaksanaan Minggu Sains Negara (MSN) 2025, konsep penganjuran akan menampilkan Karnival Minggu Sains Negara di enam zon seluruh Malaysia bermula April di Zon Sarawak diikuti Zon Sabah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Utara dan kemuncaknya adalah di Zon Tengah pada Disember 2025.

Selain Karnival MOSTI, dengan kerjasama rakan strategik akan melaksanakan jelajah sains yang komprehensif menerusi Program Kembara Sains Borneo ataupun KSB 2025 di Sabah dan Sarawak serta Rehlah Sains di empat buah negeri utara Semenanjung Malaysia. KSB 2025 dijangka menjelajah ke 23 buah lokasi di Sabah dan Sarawak yang melibatkan 30 buah sekolah dengan sasaran lebih 40,000 penyertaan. Rehlah Sains iaitu program khusus yang memfokuskan pelajar sekolah aliran agama dan tahfiz akan dilaksanakan di 15 buah lokasi di utara Semenanjung dengan sasaran penyertaan lebih 15,000 daripada 42 buah sekolah.

MSN pada tahun ini juga menampilkan pertandingan inovatif seperti Robot Tempur Malaysia yang terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan belia di peringkat ASEAN dan pertandingan jet kawalan jauh kebangsaan terbuka kepada pelajar sekolah seluruh negara.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Acara kemuncak MSN 2025 akan berlangsung di Kuala Lumpur di Zon Tengah dengan penglibatan dari Institusi Keahlian MyScience atau Rangkaian Kolaborasi Pusat- pusat Sains Malaysia, Pusat Sains Negara ASEAN, pihak industri dan rakan strategik. Selain pameran interaktif aktiviti menarik lain termasuk Karnival Kerjaya, Pelancaran STEM on Wheels PSN serta Pavilion MyScience. MSN 2025 menyasarkan penyertaan lebih 120,000 secara fizikal dan 1.2 juta secara dalam talian.

Tan Sri Yang di-Pertua, penganjuran Malaysia Techlympics diteruskan pada tahun ini yang mana merupakan tahun keempat penganjurannya sebagai satu inisiatif konsisten kementerian untuk membudayakan sains teknologi dan inovasi (STI) dalam kehidupan rakyat Malaysia khususnya di kalangan murid, pelajar serta belia.

Matlamat dan objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands on dan bukan formal berdasarkan kaedah experiential learning dan pertandingan melibatkan pelajar dan belia di peringkat umur 7 hingga 30 tahun.

Seiring dengan penganjurannya pada tahun keempat, Malaysia Techlympics 2025 akan menampilkan hampir 50 modul pertandingan yang merangkumi 10 tema dan bidang fokus utama MOSTI seperti kecerdasan buatan, robotik dan dron, bioteknologi serta angkasa serta teknologi aeroangkasa.

MOSTI mengharapkan dengan pelbagai pendekatan dan pengisian yang lebih menarik pada tahun ini akan dapat menarik minat masyarakat, khususnya pelajar sekolah untuk memilih bidang STEM sebagai pilihan utama dalam mengejar cita-cita mereka di masa hadapan. Diharap lebih ramai pelajar akan terinspirasi untuk melibatkan diri dalam bidang ini seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara dalam menghadapi cabaran global.

Sebelum saya mengakhiri, saya ingin memaklumkan di sini bahawa Pusat Sains Negara Kuala Lumpur akan ditutup sementara mulai 1 Mac hingga 30 September 2025 bagi melaksanakan kerja naik taraf. Ini bagi memastikan keselesaan pengunjung di masa akan datang serta PSN dapat terus menyediakan pengalaman pembelajaran sains teknologi dan inovasi yang lebih berkualiti serta selaras dengan perkembangan terkini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Sungai Siput.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI atas usaha yang telah diambil untuk memperhebatkan lagi pelaksanaan program-program Minggu Sains Negara. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, berkenaan dengan penutupan Pusat Sains Negara, kerisauan saya ialah penutupan Pusat Sains Negara sepertimana Yang Berhormat Timbalan Menteri maklumkan sebentar tadi untuk satu jangka masa tempoh enam bulan.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Jadi, kita semua sedia maklum Pusat Sains Negara ini merupakan salah satu daya penarik bagi generasi anak muda terhadap pendidikan sains khususnya STEM. Jadi, saya ingin hendak tanya, bagaimanakah MOSTI bercadang untuk melengkapi peranan Pusat Sains Negara bagi tempoh penutupan sementara ini. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Siput. Untuk makluman Yang Berhormat, penutupan sementara Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada usaha Pusat Sains Negara untuk memberi nafas baharu kepada Galeri Pameran Sains dengan pelaksanaan projek pembangunan dan naik taraf fasiliti serta kandungan pameran. Langkah ini bertujuan memastikan pengalaman pembelajaran sains di Pusat Sains Negara lebih interaktif, moden dan relevan selari dengan perkembangan sains dan teknologi terkini.

Sempena penutupan sementara bermula 1 Mac hingga 30 September 2025, Pusat Sains Negara (PSN) akan mempergiatkan program outreach atau jelajah sains ke seluruh negara bagi memastikan akses kepada program pembelajaran sains yang interaktif dan menyeronokkan terus diberikan kepada masyarakat. Antara inisiatif utama adalah penganjuran Kembara Sains Borneo di Sabah dan Sarawak serta Perkembangan Sains Ulul Albab di negeri-negeri utara Semenanjung.

Program ini akan dilaksanakan bersempena Minggu Sains Negara (MSN) iaitu selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh minat terhadap sains dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum. Melalui strategi ini juga Pusat Sains Negara bukan sahaja memastikan kesinambungan program...

[Tidak jelas] ...sains sepanjang tempoh penutupan malah akan kembali dengan wajah baharu yang lebih menarik bagi terus menjadi hab pembelajaran sains berimpak tinggi di Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Padang Terap.

draft • 11:00 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah tentang Geran STI MADANI yang mana Kementerian MOSTI memperuntukkan RM2 juta dan diperuntukkan RM10,000 kepada setiap Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan yang saya difahamkan disalurkan melalui ICU negeri-negeri. Jadi saya hendak tanya, apakah status Geran STI MADANI yang RM10,000 ini adakah disalurkan direct kepada Ahli Parlimen ataupun disalurkan kepada penyelaras Parlimen?

Soalan yang kedua berkenaan dengan kemunculan influencers ataupun pempengaruh STEM di media sosial, di TikTok, apakah concern daripada pihak kerajaan untuk menaikkan influencer STEM di media sosial dari sudut dana, apa-apa insentif dan sebagainya berbanding dengan influencer yang ditaja oleh syarikat makanan dan kecantikan? Terima kasih. Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat yang bertanya tadi. Pertama, saya hendak sentuh soalan berhubung dengan peruntukan RM20 juta untuk RM10,000 setiap Parlimen. Ini telah diputuskan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Sains dan Teknologi yang mana seperti biasa kita ada cara pelaksanaan peruntukan kerajaan ini.

Kita bukan tak nak salur kepada Ahli Parlimen pada kita pihak kerajaan pun kalau ada peruntukan yang diberi dia melalui proses iaitu ICU akan menjadi pelaksana ataupun apa nama pemantau kepada pelaksanaan apa juga bentuk program yang diperuntukkan oleh kerajaan. Termasuklah soal perbelanjaan RM10,000 kepada Parlimen yang ada di negara kita yang kita beri untuk tujuan memperkasakan lagi STEM di negara kita khusus kepada Ahli- ahli Parlimen yang kita tidak beza-bezakan.

Makanya pelaksanaan itu seperti Yang Berhormat sebut tadi, ya saya cakap gunakan ICU antara agensi yang akan memantau dan menyalurkan peruntukan ke Parlimen kita tetapi kita akan maklumkan Ahli-ahli Parlimen tentang pelaksanaan dan perbelanjaan terhadap peruntukan yang kita sediakan.

Terima kasih juga atas satu soalan berhubung dengan tadi influencer di mana – sebelum tadi saya hendak menyambut juga ini yang soal peruntukan tadi kita akan selaraskan juga dengan MOF, kita kena minta kebenaran ini menggunakan peruntukan kementerian supaya MOF bersetuju dan akan disalurkan selepas itu.

Berhubung dengan soal influencer ini saya akan mengambil perhatian terhadap pandangan Yang Berhormat sebab saya tidak dapat maklumat yang lebih tepat. Saya akan cuba kalau nanti esok kalau ada sudah maklumat kita akan bagi secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya menjemput Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.

draft • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan nombor empat, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

4. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan:

(a) tempoh masa bagi memastikan semua getah asli keluaran Malaysia memperolehi sijil MSNR (Malaysian Sustainability Natural Rubber); dan

(b) memandangkan unsur yang penting dalam pensijilan MNSR ialah Traceability (kebolehkesanan) adakah SMR dan lateks pekat berasaskan bahan mentah diimport juga mampu memperolehi sijil MSNR.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Kubang Pasu dana berseri, Kedah menghijau ada rezeki,

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

MSNR usaha murni, Jasa penoreh terus dihargai. Tan Sri Speaker, kementerian melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Agenda Nasional Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) Malaysia Sustainable Natural Rubber. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, MSNR adalah satu pengiktirafan berasaskan pendekatan kawal selia dan penguatkuasaan atau dengan izin, regulatory approach yang diwajibkan kepada pemegang lesen dan permit LGM untuk memastikan getah asli Malaysia yang dihasilkan dapat memasuki pasaran dunia sebagai produk mampan, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.

Penguatkuasaan pematuhan getah asli Malaysia (MSNR) telah bermula pada 1 Januari 2025. Pemegang lesen dan permit LGM dikenakan syarat lesen iaitu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) MSNR sekiranya ingin mendapatkan pengiktirafan MSNR daripada LGM. Sebagai persediaan, bermula 1 Julai 2024, LGM telah giat menjalankan pemeriksaan pematuhan MSNR terhadap pekebun kecil getah dan pemegang lesen LGM melalui kaedah bancian bersemuka serta pengumpulan maklumat lokasi kebun dan premis.

Sasaran LGM adalah memastikan 115,000 pekebun kecil getah sehingga Disember 2024 dan lebih daripada 300 estet di Semenanjung Malaysia selesai menjalani pemeriksaan pematuhan MSNR sepenuhnya sebelum 30 Disember tahun 2025.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Langkah ini adalah selari dengan pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah, European Union Deforestation Regulation (EUDR) yang akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Pelaksanaan MSNR bukan sahaja menyokong pematuhan kepada EUDR tetapi juga memastikan getah Malaysia kekal relevan di pasaran global. LGM dalam membangunkan sistem kebolehkesanan (traceability) yang dikenali sebagai MSNR Trace. Sistem ini adalah platform digital yang dibangunkan untuk mengesan rantaian bekalan getah asli secara menyeluruh, memastikan ketelusan, kemampanan dan akauntabiliti dalam pengeluaran getah.

Sistem MSNR Trace ini mengintegrasikan beberapa platform digital dalaman LGM seperti PAT-G, RRIM Johor Rubber, RRIM Niaga, RRIM Estet dan MyLesen. Sistem ini memainkan peranan penting dalam menangani isu alam sekitar dan sosial dalam industri dengan membenarkan pihak berkepentingan menjejaki transaksi getah mentah dari ladang hingga ke produk akhir. Pelaksanaan pensijilan MSNR pada masa ini akan memfokuskan kepada pematuhan aspek kemampanan yang melibatkan 100 peratus sumber bekalan getah tempatan sahaja. Ini adalah selaras dengan usaha memastikan kebolehkesanan bahan mentah dari dalam negara.

Walau bagaimanapun, pihak kementerian bersama LGM sedang bekerjasama dengan negara-negara pengeluar getah yang lain untuk memastikan Kesatuan Eropah

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

menerima konsep pengiktirafan bersama (mutual recognition) bagi sumber getah yang diimport. Pendekatan ini akan bergantung kepada sistem kebolehkesanan yang dibangunkan oleh negara-negara berkenaan dengan tujuan memastikan bekalan getah import juga dapat memenuhi standard kemampanan yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kubang Pasu.

draft • 11:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak ucap setinggi tahniah kepada Lembaga Getah Malaysia yang berjaya menghasilkan satu produk pematuhan MSNR. Ini adalah satu-satunya negara di dunia Tan Sri Yang di-Pertua yang berjaya melaksanakan program projek seperti ini. MSNR ini mampu memberikan peningkatan kepada pengeluaran getah dan di samping itu dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil sebab dijual dengan premium RM200 setan.

Soalan tambahan saya Tan Sri Yang di-Pertua ialah mengenai susu getah ataupun lateks pekat. Penggunaan lateks pekat bagi negara kita sekarang ialah 400,000 tan satu tahun Tan Sri dan pengeluaran negara kita hanyalah 20,000 tan. Ertinya ada 300,000 tan defisit yang kita import daripada negara Thailand. Dalam hubungan ini, saya nak ucap tahniah sekali lagi kepada Lembaga Getah Malaysia dan juga kementerian kerana melaksanakan Projek Inisiatif Pengeluaran Lateks sejak November 2023, supaya pengeluaran lateks dapat dipertingkatkan dan juga insentif RM2 sekilogram diberikan kepada pekebun kecil Tan Sri Yang di-Pertua. Ini satu program yang juga cukup-cukup baik.

Soalan saya ialah Tan Sri pertamanya, apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dari segi peningkatan pengeluaran lateks pekat ini melalui IPL+ ini? Keduanya, apakah sasaran peningkatan pengeluaran lateks setiap tahun dan tahun-tahun seterusnya umpamanya lima tahun yang akan datang. Juga negeri-negeri manakah yang akan terlibat dalam projek IPL+ ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey. So, yang pertama saya nak memberikan statistik untuk mengenai pengeluaran getah kita. Berdasarkan statistik getah tahun 2024, Malaysia telah mengeluarkan lateks sebanyak 19,274 tan dengan penggunaan hiliran tempatan sebanyak 215,816 tan. Manakala bagi getah kering ini termasuk cup lump, pengeluaran domestik mencatatkan 367,238 tan dengan penggunaan industri hiliran tempatan dan pasaran eksport yang sebanyak satu juta tan.

So, ini maksudnya masih ada satu gap yang besar. Cuma yang tadi Kubang Pasu dia ada bertanya dengan status ini pengeluaran lateks IPL+ kan? So, untuk ini setakat apa yang saya mendapati, jumlah pekebun kecil yang terlibat dalam projek rintis model baru IPL+ ini sehingga 31 Januari 2024, adalah 238 orang bagi negeri Perak dan 23 di negeri Kedah.

So, ini maksudnya projek ini masih ongoing dan gap yang untuk kita nak kurangkan itu masih di sana. So, selain daripada yang program IPL+, kita juga ada program konsolidasi

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

untuk ladang-ladang getah yang dah bertoreh ini dan untuk tahun ini, kita ada peruntukan 20 juta untuk melaksanakan program konsolidasi yang tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput.

draft • 11:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri, soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 11:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya yakin MSNR ini satu perkara yang baik. Cuma dua persoalan Tan Sri, berkaitan bagaimana literasi MSNR ini kepada small holders kerana Tan Sri, harganya boleh tahan juga kos untuk dapatkan MSNR ini.

Yang kedua, bagaimana MSNR ini dapat bersaing dengan sijil-sijil yang saya fikir kita mesti memastikan MSNR ini walaupun dia mempunyai international standard tetapi dia juga mampu untuk bersaing dengan Forest Steward and Council, Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC) kerana apa, kerana kita jangan hanya ada international standard tetapi hanya menjadi sijil jaguh kampung saja Tan Sri. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

So, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Paya Besar, MSNR ini dia ada lima prinsip:

(i) dia ada punyai tanah untuk penanaman getah;

(ii) dia penanaman getah berpandukan undang-undang;

(iii) kemampanan alam sekitar;

(iv) pematuhan sosial; dan

(v) kebolehkesanan rantaian bekalan.

Kesemua prinsip ini memang dia dapat memenuhi apa yang standard yang akan dikenakan oleh EUDR. Untuk menjawab soalan macam mana kita nak memastikan pekebun- pekebun kecil dia ikut bersama tanpa melibatkan kos yang tinggi. Sebenarnya ini yang skim ini dia bukan skim pensijilan. Dia ─ pendekatan dia adalah regulatory approach. Maksud dia, apabila pekebun kecil dia nak memperbaharui lesen mereka melalui ini [Tidak jelas] kita tambah syarat dia, dia kena mematuhi ini dan macam mana dia mematuhi bukan melalui ada auditor yang luaran datang buat audit dengan fi-fi atau kos yang bertambah.

Cuma daripada LGM kita yang turun padang, kita yang tolong kerana kita memahami 90 lebih peratus untuk pekebun kecil ini adalah bersifat berkecil-kecilan. So, kesemua ini kita telah mempertimbangkan sebelum kita memperkenalkan MSNR ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dato' Seri Amirudin bin Shari, Gombak.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

*MB Kedah maaf atas kenyataan, Soalan nombor 5 tentang kecerdikan buatan.

[Tepuk]*

draft • 11:10 AM

5. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Digital menyatakan strategi kementerian untuk mengimplementasikan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan agar usaha kecerdasan buatan terarah dan dioptimumkan serta mengelakkan pertindihan di antara kementerian dan agensi kerajaan. Apakah strategi supaya penjawat-penjawat awam dapat mendalami pemahaman dan pengoperasian sistem AI.

draft • 11:10 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tuan Yang di- Pertua, saya rasa kita semua setuju dunia teknologi sedang berkembang dengan sangat pantas. AI merupakan salah satunya penggerak utama teknologi masa kini dan ianya dijangka untuk mempunyai impak yang cukup besar terhadap semua sektor ekonomi bergerak ke masa depan. Malaysia sedang mengambil tindakan dan juga langkah agresif untuk memastikan bahawa negara kita bersedia untuk dunia teknologi dan khususnya teknologi AI ataupun dalam bahasa kebangsaan, kecerdasan buatan.

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Disember 2023, Kementerian Digital telah pun ditubuhkan dan matlamat utama kementerian ini ialah untuk menyediakan struktur dan ekosistem yang perlu bagi memastikan negara kita dapat mengguna pakai teknologi yang baru bergerak ke depan. Ini dengan matlamat jelas, iaitu kita kena memastikan Malaysia bersiap siaga menggunakan teknologi baru untuk membina Malaysia yang bersifat masyarakat digital, ekonomi digital dan juga kerajaan digital.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menjayakan aspirasi ini, kerajaan telah pun sebelum daripada penubuhan kementerian, merangka Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan 2021 sehingga 2025 ataupun Malaysia National Artificial Intelligence Roadmap 2021-2025.

Asas dasar ini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk menyediakan hala tuju strategik untuk teknologi AI Malaysia dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek yang tertentu

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua iaitu

(i) aspek tadbir urus;

(ii) aspek penyelidikan dan pembangunan;

(iii) aspek penyediaan infrastruktur digital yang diperlukan untuk menampung teknologi yang baru ini;

(iv) aspek menyediakan bakat memastikan bahawa kita ada bakat yang mencukupi untuk memberikan tumpuan kepada teknologi baru; dan

(v) aspek meningkatkan kesedaran.

Yang penting Tuan Yang di-Pertua, penerimagunaan teknologi di dalam semua sektor sama ada dalam sektor swasta ataupun awam di dalam negara kita.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua iaitu

Tuan Yang di-Pertua, itu 2021 sehingga 2025. Pada bulan Disember tahun yang lalu, kerajaan telah pun menubuhkan Pejabat Kecerdasan Buatan Malaysia ataupun National Malaysia ataupun National AI Office (NAIO). Tujuannya Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk menyelaras agenda AI Malaysia secara bersepadu. Matlamat NAIO adalah untuk melihat

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua iaitu

kepada perangkaan strategi baharu daripada 2026 sehingga 2030. Saya rasa dalam aspek ini, kita telah pun memberikan penekanan kepada beberapa aspek yang penting.

Pertama, kita lihat kepada apa yang saya sebut sebagai pelaburan yang bersifatkan teknologi baharu. Jadi, kita hendak pastikan bahawa apabila kita bergerak ke hadapan, kita tahu teknologi baharu itu akan tiba di negara kita dan kita kena pastikan bahawa negara kita mempunyai infra yang mencukupi untuk menampung AI ataupun teknologi baharu itu. Untuk menyediakan negara kita, kita kena memberikan fokus kepada pelaburan khususnya kita menyediakan infra yang mencukupi supaya kita boleh menggunakan teknologi baharu. Itu aspek yang pertama.

Kedua, kita lihat kepada aspek inovasi, Tuan Yang di-Pertua. Inovasi ini adalah sangat penting dalam aspek AI. Kita sering kali lihat pada masalah ataupun problem yang wujud sebelum daripada ini dan kita hendak lihat kepada bagaimana kita dapat mencari penyelesaian ataupun solution to this problem dengan menggunakan teknologi AI. Jadi, itu adalah aspek kedua yang kita berikan dalam merangka strategi bergerak ke depan.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ada infra yang mencukupi, kita melihat kepada pelaburan yang membolehkan infra itu didirikan. Kemudian, kita ada fokus kepada inovasi.

Kita kena lihat bagaimana kita ada kolaborasi. Maksudnya, kita ada kerjasama di antara industri tempatan, industri juga di luar negara dan memang kolaborasi di antara kerajaan negara kita dan juga kerajaan-kerajaan negara-negara rantau dan juga negara-negara global.

Keempatnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mewujudkan ekosistem sebegitu rupa, sudah pastinya kita perlu juga lihat kepada aspek polisi. Bagaimana kita boleh merangka polisi-polisi yang boleh memastikan bahawa jejak langkah kita ke depan itu adalah tepat, betul dan memang jejak langkah yang diperlukan dengan dunia AI yang baharu ini.

Kelimanya, aspek apa yang disebut sebagai governance Tuan Yang di-Pertua. Itu merujuk kepada aspek-aspek kita mendirikan sistem perundangan yang membolehkan AI ini dilihat dari semua sudut. Sama ada kita memerlukan peraturan-peraturan standard ataupun kita memerlukan perundangan daripada Dewan yang mulia ini. Itu adalah aspek yang kelima.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada pergerakan kita ke depan, memang daripada 2021 sehingga 2025, perkara-perkara tertentu diberikan penekanan tetapi saya rasa bergerak ke depan kita kena lihat bagaimana kita boleh mengembangkan kepada polisi-polisi yang terdahulunya wujud.

Aspek kedua yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor adalah berkaitan dengan apakah sebenarnya penyediaan kita dari aspek penjawat-penjawat awam. Yang Amat Berhormat, untuk makluman, dalam usaha kementerian memperkasakan penjawat awam dalam bidang AI, Kementerian Digital juga telah melalui NAIO melancarkan apa yang kita sebut-sebut sebagai AI at Work 2.0. Ini adalah dengan kerjasama Google, Tuan Yang di-Pertua. Inisiatif ini memberikan akses kepada 445 ribu penjawat awam dengan menggunakan tools seperti Google Workspace, termasuk Gemini dan juga NotebookLM.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua iaitu

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, usaha ini adalah susulan daripada pencapaian projek pilot atau pilot projek yang telah dijalankan ke atas 270 penjawat awam di mana 97 peratus peserta melaporkan penjimatan masa yang mereka menikmati selepas menggunakannya adalah sebanyak 3.25 jam setiap individu seminggu. Manakala, 91 peratus menyatakan bahawa Genei AI ataupun AI Generatif meningkatkan kualiti kerja mereka.

Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya juga hendak umumkan bagi memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab dalam sektor awam, Jabatan Digital Negara (JDN) telah pun mengumumkan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan AI Sektor Awam yang akan dilancarkan pada petang hari ini juga.

Garis panduan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan beretika Yang Berhormat, dalam sektor awam Malaysia untuk menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuhkan ketepatan pembuatan keputusan dan juga aspek pengoptimuman pengurusan sumber dan keselamatan awam. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Gombak.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Menteri atas jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Yang Berhormat Menteri, saya melihat AI ini memang satu teknologi yang baharu yang datang kepada kita dan boleh dikatakan Malaysia bergerak dengan agak pantas untuk menyerap ataupun beradaptasi dengan artificial intelligence.

Saya cuma ingin melihat antara perkara penting yang disebutkan ialah perasmian petang ini berkenaan dengan garis panduan tersebut kerana ada dua persepsi penting terhadap AI khususnya di kalangan pengurusan serta pentadbiran iaitu pertama, AI sebagai komplemen ataupun melengkapkan urusan-urusan seharian dan juga pentadbiran yang lebih cekap, yang lebih jitu serta lebih padat.

Kedua, AI menggantikan manusia dan juga tenaga-tenaga kerja ini. Jadi, kalau kita lihat ini, pandangan yang kedua ini agak berbahaya. Bagaimana kita ingin memastikan bahawa AI menjadi satu pelengkap kepada urusan kita supaya dia lebih intact, jitu dan lebih berkesan.

Perkara kedua Yang Berhormat, lima langkah Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi memang saya hargai. Namun begitu, saya lihat ada banyak kementerian yang akan terlibat dalam aspek artificial intelligence. KESUMA, sebagai contoh bilangan pekerja. MITI, sebagai contoh, yang melibatkan pelaburan. Kita lihat nanti Kementerian Inovasi, sebagai contoh MOSTI akan terlibat dalam inovasi bab-bab baharu.

So, siapakah yang akan menyusun ataupun memastikan koordinasi setiap kementerian ini dapat diaturkan supaya kita dapat capai ke tahap yang dibuat sebagaimana garis panduan yang disebut antaranya yang akan dirasmikan pada petang ini? Terima kasih, Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

draft • 11:20 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Beberapa hari lalu, saya di satu acara mendengar ucapan yang diberikan di situ dan ia berkisar kepada bagaimana AI ini boleh memperkasakan kita bergerak ke depan tetapi dalam acara tersebut, saya telah pun menyebutkan cara yang lain, perspektif yang lain. Kita kena lihat kepada the reverse. Kalau kita tidak mengadaptasikan AI, teknologi baharu maka di situ lah kita akan lihat bahawa kita akan jauh ke belakang.

So, bila kita sebut berkenaan dengan AI ini, ia bukan sahaja sekadar kita hendak memperkasakan kita. Tetapi kita juga hendak memastikan bahawa negara kita ini dapat berbangkit dan juga bergerak seiring dengan negara-negara serantau dan juga negara- negara global bergerak ke depan.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] So, this is where we have to make sure that we are on top of things practically lihat kepada apa yang berlaku dalam teknologi AI dalam dunia hari ini. Aspek yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat, saya setuju. Itu satu perkara yang penting berkaitan dengan kita kena pastikan bahawa AI ini dilihat sebagai pelengkap. Ia tidak akan mempunyai kesan di mana rakyat kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Ini adalah satu perkara Yang Amat Berhormat, yang kita telah pun melihat dan meneliliti.

Dengan kerjasama dengan KESUMA, baru-beru ini kita telah pun membuat pengumuman melancarkan apa yang disebut sebagai satu portal. Portal itu adalah portal yang melihat kepada pekerjaan-pekerjaan yang akan terkesan dengan wujudnya AI di dalam sektor-sektor tertentu dan portal-portal tersebut itu adalah mempunyai tugas yang khas.

Melihat bagaimana kita boleh memastikan bahawa pekerjaan-pekerjaan dalam sektor-sektor tersebut itu dapat kita ini, apa yang disebut sebagai reskill dan upskill supaya apabila sampai masanya di mana teknologi bersedia untuk mengambil alih pekerjaan itu, memang rakyat ataupun pekerjaan-pekerjaan dalam bidang-bidang tersebut itu bersedia untuk beralih ke pekerjaan yang lain tetapi di dalam juga sektor-sektor yang tertentu.

Jadi, memang ini adalah satu perkara yang kita sedang lihat kerjasama di antara Kementerian Digital, National AI Office dan juga KESUMA. So, memang saya hendak nyatakan di sini walaupun memang perbualan di situ adalah AI will have an impact on job, tetapi negara kita, kita telah pun melihat dengan mendalam perkara ini. Aspek pekerjaan itu sangat penting.

Kita memberikan tumpuan yang spesifik kepada aspek ini dan kita akan menyediakan satu rangka bagaimana dalam lima tahun yang akan datang biar AI itu bergerak ke depan

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

tetapi kita juga bersedia untuk masalah-masalah yang kita akan hadapi dari sudut pekerjaan dan sebagainya. Itu juga akan merangkumi aspek bakat.

Perkara ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat adalah berkaitan dengan koordinasi di antara semua kementerian. Saya setuju itu adalah satu perkara yang telah pun dibangkitkan, dibincangkan di peringkat Kabinet. Itu sebab kita telah pun mewujudkan National AI Office. National AI Office ini bekerjasama dengan setiap kementerian.

Yang Amat Berhormat, kita kena lihat kepada apakah sebenarnya fungsi AI tersebut.

Seperti mana saya sebut dalam ucapan awal saya tadi, AI tersebut itu melihat kepada masalah yang ada. Bagaimana kita boleh mewujudkan solusi atau solution untuk menyediakan atau menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Of course, improve productivity overall.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Setiap sektor itu yang diketuai oleh kementerian-kementerian masing-masing ada masalah-masalah yang tertentu. Ini bukan sahaja setakat kementerian-kementerian, juga peringkat negeri-negeri juga ada masalah-masalah tertentu. Jadi, di situ kita ada sistem di dalam NAIO di mana kita bekerjasama dengan kementerian. Masalah-masalah yang sedia ada itu kita lihat bagaimana kita boleh bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian.

Kemudian aspek bagaimana kita nak mengguna pakai atau mengimplementasi itu dibincang bersama supaya bergerak ke depan. Kita boleh melihat hasil daripada teknologi AI ini.

Ini saya hendak juga menyatakan bahawa adalah pendekatan yang kita akan menggunakan dengan kerajaan-kerajaan negeri dan juga kerajaan-kerajaan tempatan di seluruh negara kita. Terima kasih untuk soalan itu Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Karang.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai lepas ini.

draft • 11:30 AM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tanjong Karang ingin memanjang sedikit lagi berkenaan dengan persepsi negatif dengan kewujudan AI ini. Jadi, apakah strategi kerajaan bagi memastikan AI dan teknologi digital tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan secara besar-besaran dalam sektor perkhidmatan dan industri tradisional?

Kita sedia memahami dan maklum bahawa setiap kewujudan teknologi baharu yang pastinya ia seharusnya akan mewujudkan lebih banyak lagi peluang-peluang termasuk peluang-peluang pekerjaan yang tersendiri. Jadi, yang lebih pentingnya adalah kita kena lebih prihatin dan kena lebih proaktif mencari inovasi-inovasi baharu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Itulah sebab kita ini mendirikan ataupun melancar — Mengumumkan pencarian — Laporan hasil kerjasama di antara Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Digital. Ianya spesifik kepada aspek itu.

draft • 11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Yang Berhormat, sudah tentu AI ini akan mempunyai kesan terhadap pekerjaan- pekerjaan tertentu. Tetapi itu tidak semestinya bermaksud bahawa pekerjaan-pekerjaan itu akan hilang kepada teknologi keseluruhannya. Apa yang kita lihat di dalam penilaian dan laporan itu adalah bahawa pekerja-pekerja dalam sektor-sektor yang akan terkesan itu boleh kita ini upskill dan reskill supaya mereka masih dapat bekerja dalam sektor-sektor tersebut, tetapi pekerja-pekerjaan yang berlainan.

Itu adalah apa yang kita lihat hasil daripada laporan tersebut dan dalam masa yang sama sekarang ita ada platform yang saya sebut tadi. Di mana sekarang kita masih melihat kepada bagaimana kita boleh menyediakan negara kita untuk perkara ini apabila dan sekiranya ia berlaku bergerak ke depan. So, ini adalah satu perkara yang memang kita memberikan perhatian yang spesifik.

Dalam masa yang sama, saya juga ingin menyatakan Yang Berhormat bahawa teknologi itu juga akan memberikan peluang-peluang pekerjaan di dalam bidang-bidang yang baharu dan di situ juga kita akan lihat ramai keperluan, banyak keperluan untuk bakat-bakat baharu dan sebagainya di dalam sektor-sektor yang baharu. Itu juga adalah satu perkara yang kita melihat bagaimana kita boleh memastikan bahawa bergerak ke depan negara kita memang tersedia dengan bakat-bakat yang perlu untuk memang kita menjayakan ekosistem dan juga polisi yang berkaitan dengan AI negara kita bergerak ke depan. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, minta satu lagi sebelah sini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Datuk Seri Haji Jalaluddin...

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Bin Alias, Jelebu.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tadi sebelah sini, sebelah sini belum ada Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tadi tengah-tengah tadi, sana ada tengah-tengah, sini tak ada.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kerajaan, bukan kerajaan, itu sana, sila duduk.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kuala Krai, sila duduk. Speaker, soalan saya nombor 5 —Soalan saya nombor 6 Speaker. Kuala Krai selalu kacau saya. [Dewan ketawa]

draft • 11:30 AM

6. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah terdapat sebarang perancangan untuk menaik taraf kawasan

draft • 11:30 AM

Gua Pelangi di Jelebu sebagai kawasan geopark dan arkeologi memandangkan terdapat banyak unsur sejarah dan arkeologi di gugusan gua batu kapur ini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) mengambil maklum akan kepentingan Gua Pelangi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan sebagai tapak arkeologi prasejarah zaman paleolitik dan berpotensi dijadikan produk pelancongan.

Untuk makluman, Gua Pelangi dalam proses permohonan keizinan pihak berkuasa negeri (PBN) untuk diwartakan sebagai tapak warisan rizab arkeologi di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] bagi tujuan pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan.

Sehingga kini, MOTAC masih tiada perancangan pembangunan di kawasan Gua Pelangi.

Namun begitu ianya boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan peruntukan sedia ada. Selain itu, kajian ke atas Gua Pelangi akan terus dilaksanakan bagi memperolehi maklumat yang lebih signifikan ke atas tapak tersebut.

Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat Jelebu, kajian arkeologi di Gua Pelangi telah dilaksanakan pada tahun 2016 hingga tahun 2018 yang meliputi tiga fasa. MOTAC sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM), Lembaga Muzium Negeri Sembilan serta PBN bagi meneruskan penyelidikan ke atas tapak arkeologi Gua Pelangi melalui peruntukan yang diperolehi dari sumber KPT dan MOTAC.

Justeru itu, bagi meneruskan penyelidikan tersebut, pihak USM boleh memohon peruntukan seperti Kumpulan Wang Warisan (KWW), Geran Sokongan Sektor Kebudayaan

(GSSK) atau pun Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS). Walau bagaimanapun, MOTAC sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) dalam mempromosikan Gua Pelangi yang cara tidak langsung dapat membantu memberi nilai tambah demi memastikan kelestarian dan nilai tapak sentiasa kekal terpelihara. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelebu.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Speaker, saya hendak ucap terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri yang penuh berhemah kali ini. Yang Berhormat Speaker, pertamanya ialah Gua Pelangi ini adalah gugusan geopark yang terletak di kawasan Parlimen saya. Saya hendak sebut pagi ini Yang Berhormat, antara konsep pelancongan yang sesuai dibangunkan di kawasan ini adalah berbentuk geotrail dan juga georintis dan juga perkara yang berkaitan dengan landskap dan tempat budaya. Agak panjang sikit Speaker pasal saya dah bangkit...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan belum ditanya.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

...Sekarang saya sudah terus pergi ke soalan Speaker.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Fasal ini memang satu perkara yang perlu perhatian daripada...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, ya. Terus kepada soalan.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

...Kementerian.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Speaker, selain daripada Jelebu, saya juga memperjuangkan tempat pelancongan di kawasan Lanang kerana ini...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Peruntukan kementerian kepada MOTAC ini RM1.42 bilion. NGO banyak yang melakukan kerja-kerja untuk menguruskan tempat- tempat pelancongan seperti di Gua Pelangi. Soalan saya Speaker, soalan saya ialah adakah pihak kementerian menggunakan ataupun menjalinkan kerjasama dengan mana-mana komuniti dan NGO yang tentunya mesti diberikan peruntukan khusus untuk menguruskan tempat pelancongan kita?

Kalau berdasarkan peruntukan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat PMX peruntukan kepada Kementerian Pelancongan, saya fikir peruntukan untuk NGO bagi menguruskan tempat-tempat pelancongan terutamanya bagi Jelebu, Lanang dan Negeri Sembilan, boleh diselesaikan oleh Kementerian MOTAC tanpa sebarang pertikaian. Terima kasih Speaker. Garang Speaker hari ini.

draft • 11:30 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang telah dikemukakan tadi agak panjang, tetapi...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawapan pendek sahaja cukup.

draft • 11:30 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Jawapan saya –Jawapan saya tidak berniat untuk menjawab lebih panjang daripada Yang Berhormat Jelebu. Cuma, apa yang pihak kementerian telah lakukan berkenaan dengan penekanan yang dibawa oleh Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi penglibatan pihak-pihak ataupun badan-badan bukan kerajaan.

Setakat ini, saya boleh maklumkan ada dua program yang kita telah lakukan ataupun gerakan bersama. Pertama ialah program Jejak Warisan yang mengandungi pengisian seperti lawatan dan taklimat serta taklimat di tapak-tapak tertentu yang mempunyai nilai-nilai warisan setempat...

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kebiasaannya kerjasama ini dilakukan dengan pihak NGO. Ianya dilakukan supaya pihak NGO mampu mempromosikan tapak itu sendiri tanpa menunggu daripada pihak kementerian. Ini adalah salah satu tindakan yang proaktif. Kedua juga ialah program Tunas Arkeologi. Program Tunas Arkeologi ini memberi satu didikan dan juga kefahaman. Bukan setakat kita membuat lawatan, kita juga menyediakan kursus dan juga bengkel. Kebiasaannya program ini dilakukan dengan IPTA dan juga IPTS. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami di Padang Besar ada sekurang-kurangnya 20 tapak —Geo tapak dan empat bukit batu kapur Formasi Chuping yang menjadi mercu tanda Perlis iaitu Bukit Keteri, Bukit Chabang, Bukit Chuping dan Bukit Jernih.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Soalan saya, adakah kerajaan mempunyai pelan jangka masa panjang untuk membangunkan kawasan hutan batu kapur ini dalam usaha untuk memelihara kepelbagaian biologi di dalam - tanpa menjejaskan ekosistem semula jadi? Bagaimana kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor pelancongan geologi dan ekopelancongan di kawasan ini? Sebagai contoh, saya ambil Ko Yao Yai di Thailand yang boleh menjadikan contoh, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Sebenarnya, tapak geologi ini ia perlu ada satu koordinasi di antara pihak Kementerian MOTAC dan juga pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam kerana di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, agensi Jabatan Mineral dan Geosains yang dipertanggungjawabkan untuk melihat tapak geologi. Tetapi kita sentiasa mempunyai satu tindakan yang proaktif, di mana pihak kementerian akan mengenal pasti tapak-tapak yang dianggap boleh membawa potensi besar kepada sektor pelancongan. Kita akan berhubung dengan pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk merangka perkara- perkara yang boleh membawa kebaikan.

Keduanya juga, jikalau ada cadangan mahu melihat tapak itu dibangunkan.

Contohnya, kalau itu tapak melibatkan tapak warisan, boleh berhubung terus dengan Jabatan Warisan Negara supaya perancangan dan juga tindakan seterusnya dapat dibentuk dengan kadar yang baik. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

*Banduan terhormat Sungai Buloh, Soalan saya nombor tujuh.

[Ketawa]*

draft • 11:40 AM

7. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan inisiatif yang akan dilaksanakan dalam mengurangkan beban kos operasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berikutan kenaikan gaji minimum.

draft • 11:40 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengambil perhatian akan kesan kenaikan gaji minimum kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang akan meningkatkan kos operasi perniagaan mereka.

Dalam hubungan ini, KUSKOP menggalakkan usahawan PMKS untuk memberi penekanan kepada aspek pendigitalan dan automasi seperti pemasaran dalam talian dalam menjalankan operasi syarikat sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan kesan kenaikan tersebut. Bagi tujuan tersebut, antara program dan inisiatif yang disediakan oleh KUSKOP kepada usahawan PMKS bagi meningkatkan adaptasi digitalisasi adalah seperti berikut:

(i) penyediaan studio TikTok Shop oleh Tekun Nasional dengan kerjasama TikTok Shop Malaysia yang menyediakan studio bagi usahawan untuk mengadakan penstriman langsung dengan teknologi terkini bagi meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk mereka. Selaras dengan pelancaran di Penampang, Sabah pada 16 Februari yang lepas, sebanyak 12 studio TikTok Shop live hub akan disediakan di pejabat-pejabat Tekun Nasional di seluruh negara dan yang seterusnya akan saya lancarkan pada 17 Mac ini.

(ii) SME Technology Transformation Fund oleh SME Bank yang menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk mengadaptasi digitalisasi dan automasi operasi perniagaan menggunakan aplikasi IR4.0. Sepanjang tahun 2024, seramai 212 usahawan telah menerima pembiayaan di bawah program ini berjumlah RM278.09 juta.

(iii) skim pembiayaan online Tekun oleh Tekun Nasional yang menyediakan modal pembiayaan secara mudah dan cepat kepada usahawan bagi menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Bermula tahun 2022 sehingga 2024, seramai 2,184 usahawan telah menerima pembiayaan di bawah inisiatif ini dengan jumlah sebanyak RM17.58 juta.

(iv) SME Corp Malaysia menyediakan bantuan geran padanan melalui Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PMKS serta Program Peningkatan Enterprise Bumiputera bagi membantu PMKS

draft • 11:40 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

meningkatkan pengeluaran produk, penjimatan masa dan kos melalui adaptasi digitalisasi dan automasi serta teknologi.

(v) Institut Keusahawanan Negara menerapkan elemen digitalisasi dalam Program Bimbingan Keusahawanan seperti penggunaan platform penghantaran makanan, system point of sales dan pemasaran menggunakan platform-platform digital.

(vi) Program Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil (EmpowerPPK) oleh KUSKOP bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjaja dan peniaga kecil dalam menjalankan transaksi perniagaan secara digital.

(vii) platform MyMall oleh KUSKOP dibangunkan bagi menyediakan ruang pemasaran secara talian, secara percuma kepada PMKS.

Sekian dan terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, Menteri. Dengan tujuh inisiatif yang kita nyatakan tadi, sejauh mana sambutan mereka ini daripada PMKS? Saya ingin tanya juga, adakah inisiatif ini benar-benar memenuhi keperluan mereka? Apa yang mereka nak sebenarnya? Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan sama ada pihak KUSKOP ini ada membuat satu perangkaan? Maknanya, merangka apa-apa program pelan pemulihan dan sebagainya dalam – yang lebih komprehensiflah.

Contohnya, Program Subsidi Upah. Dulu pernah kita ada masa pandemik dulu, oleh kerajaan sebelum inilah. Jadi, saya ingin tahu dalam- apa yang pihak kerajaan merangka sekarang dalam keadaan ini? Adakah yang Program Subsidi Upah itu akan diperkenalkan?

Satu lagi.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu soalan sahaja.

[Ketawa]

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak. Dia berkait, dia berkait.

Okey. Dia berkait. Dia bukan ─ Nampak macam tiga, empat tapi dia berkait.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, ya, ya.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Dengan tekanan bebanan kos, makna gaji akan jadi lebih tinggi dan kos beban kepada pengusaha. Daripada beban tersebut, ada kemungkinan tak- maknanya, dia orang akan dapatkan pekerja-pekerja asing yang tak ada permit ini, PATI. Kemungkinan, kemungkinan. Apa langkah pihak kerajaan?

Kemungkinan, kemungkinan? Itu soalan saya.

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Orang Sabah cakap, banyak betul soalan itu.

Keduanya Yang Berhormat, subsidi upah ini ada kementerian yang berasingan yang dapat mengendalikan isu ini.

draft • 11:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

Tetapi kementerian saya akan melengkapkan usaha yang dibuat oleh KESUMA dalam konteks kita bekerjasama dan menyampaikan input-input yang kita dapati daripada stakeholders kita iaitu PMKS.

draft • 11:40 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

Tahun ini Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan mengadakan mid-term review, Kajian Separuh Penggal ke atas Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030) dan di sinilah kita mempunyai satu ruang untuk mengadakan libat urus dengan stakeholders ini, PMKS. Sejauh mana antara lainnya kesan pelaksanaan gaji minimum ini memberi kesan kepada mereka dan apa cadangan daripada mereka, termasuk yang disampaikan oleh Yang Berhormat tadi, gaji upah pernah ─ upah gaji dulu- subsidi upah, dulu pernah diperkenalkan.

draft • 11:40 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

Tetapi apakah ini sesuatu yang praktikal dilaksanakan?

Pada saya, saya lebih cenderung untuk mengadakan kajian separuh penggal ke atas Dasar Keusahawanan ini terlebih dahulu supaya kita dapat engage dengan PMKS di lapangan sana.

Dari segi sambutan, memang apa yang saya nyatakan tadi, mendapat sambutan. Ini pun kerana kita terbatas daripada belanjawan yang diperuntukkan kepada kita.

Jadi, saya perlukan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kementerian ini diperkuat dengan lebih besar lagi belanjawan pada tahun-tahun yang seterusnya, supaya kita dapat teruskan program-program yang saya sebutkan tadi. Selebihnya Yang di-Pertua...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawapan bertulis.

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

Ya. Jawapan bertulis.

[Ketawa]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau.

draft • 11:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Menteri, dengan kenaikan gaji minimum dan apa lagi dengan caruman dua peratus KWSP, tentu ini akan memberi kesan kepada kos perniagaan untuk PMKS. Dengan hampir 1 juta entiti perniagaan di Malaysia ini ataupun 97 peratus entiti perniagaan sebenarnya adalah golongan PMKS.

Sebenarnya, PMKS ini adalah tulang belakang ekonomi Malaysia. Ekonomi rakyat, Menteri. Maka, saya nak tanya kementerian. Salah satu benda yang kita kena buat sebenarnya adalah kita kena cuba tingkatkan produktiviti mereka. Sebab bila produktiviti itu naik, tentulah pengeluaran naik, barulah pendapatan mereka akan naik. Maka apa program dari segi produktiviti khususnya dari latihan semula ataupun dalam isu teknologi yang bakal diperkenalkan oleh Kementerian KUSKOP? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi untuk kita memberi fokus kepada peningkatan produktiviti di kalangan PMKS kita. Memang betul PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara kita di mana

draft • 11:50 AM

Datuk Ewon Benedick

48 peratus tenaga kerja di negara kita ini digaji oleh usahawan-usahawan PMKS. Satu peratusan yang cukup besar.

Sebab itu saya sebut tentang inisiatif Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PMKS tadi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corp. Program SME Technology Transformation Fund oleh SME Bank. Ini semua bertujuan untuk kita meningkatkan kapasiti dan produktiviti usahawan-usahawan. Itu yang saya sebutkan tadi saya perlu sokongan Dewan ini untuk kementerian ini didukung dengan bajet yang lebih besar supaya kita boleh bantu usahawan-usahawan PMKS ini pertama, meningkatkan kapasiti dan produktiviti mereka tanpa kita mengabaikan usahawan-usahawan mikro yang mungkin berhadapan dengan cabaran yang lebih besar.

Keduanya, memang ini fokus kita bermula tahun ini dan apatah lagi Rancangan Malaysia Ke-13 nanti untuk kementerian ini melihat kepada penskalaan daripada perusahaan kecil, kita mahu bangunkan lebih banyak perusahaan yang bersaiz sederhana. Ini fokus kita.

Untuk itu, kita memerlukan usahawan ini dapat adopt kepada digitalisasi, automasi, teknologi dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Chong Zhemin, Kampar.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 8.

draft • 11:50 AM

8. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan langkah-langkah yang diambil dan program yang dilaksanakan untuk memupuk semangat perpaduan di antara rakyat Malaysia.

draft • 11:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara telah mengubah Dasar Perpaduan Negara (DPN) 2021-2030 yang merupakan sebagai kerangka holistik untuk mengukuhkan perpaduan melalui pendekatan multidimensional yang berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Ingin saya maklumkan sini adalah bahawa Kementerian Perpaduan Negara adalah program base kementerian di mana kita mengadakan ekosistem dan tapak untuk rakyat berinteraksi, memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian ethnicity, agama, budaya dan sebagainya. Maka pelbagai pendekatan berorientasikan masyarakat telah digerakkan untuk kementerian memenuhi kepada keperluan Malaysia MADANI yang digariskan merangkumi tiga kluster utama program iaitu:

(i) Semarak Kenegaraan;

(ii) Semarak Perpaduan; dan

(iii) Komuniti Rahmah.

Pada tahun 2024, kementerian bersama-sama agensi di bawahnya telah berjaya melaksanakan lebih daripada 730 program. Ini seperti penguatkuasaan Rukun Tetangga.

draft • 11:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Rukun Tetangga adalah jentera utama kementerian dan banyak program telah kita adakan.

Satu agenda utama adalah untuk agenda ekonomi dan kesejahteraan hidup komuniti. Tahun 2024 sebanyak 152 Rukun Tetangga telah berjaya dijadikan sebagai Rukun Tetangga Progresif.

Di bawah program Sambutan Minggu Perpaduan, ini adalah program untuk kita mengadakan tapak integrasi dan sambutan peringkat kebangsaan telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang di Sarawak 2023, negeri Johor last year dan tahun ini kita akan adakan di Pulau Pinang.

Di bawah Program Penghayatan Rukun Negara, ini adalah untuk menjurus kepada patriotisme dan cintakan negara. Pelbagai program telah dianjurkan bagi peringatan terhadap Rukun Negara. Antaranya adalah Debat Perpaduan, Kem Kenali Kita, Kem Perpaduan Anak Malaysia, Jalinan Integrasi Mahasiswa dan sebagainya. Satu lagi di bawah kementerian kita, kita telah mengadakan Program Liga Sukan UNITI. Ini juga kita provide titik integrasi dan perpaduan yang mendapat sambutan begitu banyak. Dalam satu program kita telah mendapat penyertaan lebih kurang 23,000 peserta dengan penglibatan 2,300 pasukan.

Di bawah Jawatankuasa Harmoni, ini adalah program untuk menghormati kepelbagaian melalui agama. Inisiatif di bawah ini adalah yang telah dilancarkan pada 2024 adalah dengan tema Faham, Hormat dan Terima. Antara program yang dilaksanakan adalah Sambutan Minggu Keharmonian, podcast harmoni, dokumentari harmoni, dialog harmoni dan sebagai. Baru-baru ini kita telah mengadakan Jejak Harmoni dan Perarakan Harmoni bersempena Hari Wilayah Persekutuan.

Di bawah telah dimasukkan pelbagai agensi lain seperti Sukarelawan Siswa (YSS), muzium, perpustakaan dan arkib negara di bawah kesemua agensi ini. Kita telah pun mengadakan banyak program menjurus kepada integrasi dan diversiti. Misi sukarelawan siswa YSS, kita gunakan pelbagai misi kepada Sabah, Sarawak, Kelantan dan juga ke luar negara seperti di Vietnam. Ini menjurus kepada integrasi di kalangan ethnic group dan sebagainya.

Di bawah muzium, kita mengadakan pelbagai program menjurus kepada memahami sejarah dan warisan. Program seperti Citra Nusa Muzium dan sebagainya. Di bawah Arkib pun kita telah mengadakan banyak program yang menjurus kepada mengenali dan menghormati kepelbagaian bahasa dan warisan.

Pada tahun...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Menteri, ringkaskan.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey, 2025, tema kita ditukar kepada Harmoni Dalam Kepelbagaian. Kalau kita melihat tahun-tahun yang dahulu, tema kita adalah Unity in Diversity. Sekarang kita pergi kepada Harmony in Diversity sebab kita akan fokus lebih lagi dalam untuk menyatukan masyarakat melalui keharmonian dan kepelbagaian.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Di bawah itu kita ada empat ikhtiar program, Ekosistem Perpaduan, Inisiatif Harmoni MADANI, Eksplorasi Rukun Negara dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kampar.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih pada ucapan yang diberikan oleh Menteri. Secara amnya, saya rasa kita semua di sini boleh bersetuju bahawa semangat perpaduan di antara di kalangan rakyat Malaysia adalah kuat terutamanya semasa kita ada pemain Malaysia yang bermain di sukan antarabangsa, semua rakyat Malaysia tak kira kaum, bangsa, agama kita akan sokong pemain Malaysia bersama-sama.

Namun, ada sesetengah ahli politik untuk meraih undi, untuk meraih sokongan menggunakan isu-isu tertentu untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia. Jadi saya nak minta kementerian, apakah langkah-langkah yang boleh kementerian buat untuk mengatasi masalah ini? Kerana kita tahu kita tak mahu isu-isu dimainkan oleh ahli politik untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

draft • 11:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Itulah namanya politik ya. Politik, anything can happen. Walaupun kita ada kementerian, kita telah pun senaraikan, kita perlu mula membuat dasar, kita perlu membuat pelbagai aktiviti untuk menjurus kepada menghormati ethnicity, agama dan sebagainya. Tetapi kalau politik ingin memecahbelahkan ataupun mempunyai agenda sendiri, itu adalah di luar daripada apa yang kita dapat lakukan di bawah kementerian.

Walaupun kita memang memberi ekosistem ataupun platform untuk semua rakyat kita. irrespective walau politik, politician atau bukan politician untuk sama-sama menghormati kepelbagaian kita. Sebab itu kita telah selalu menyebut ataupun di bawah Harmoni, kita menggunakan tema Hormat, Faham dan Terima. Apabila kita menghormati kepelbagaian, kita terima dan the end of the day, kita dapat bekerjasama. Tetapi kalau politik untuk meraihkan undi dan meraihkan populariti, I think semua tahulah. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Adakah pihak kementerian dalam proses memformulasikan strategi memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk ini telah merujuk kepada Penyata Razak 1956 yang di antaranya – yang telah termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957, di mana kerana Tun Razak ini kita tahu adalah bapalah kepada Kementerian Perpaduan ya. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. ‘b’ mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ekoran dengan itu, to get to the bottom of the problem, kalau yang disebut oleh Kampar tadi mungkin yang lain-lain yang termasuk daripada sana atau di sini, take the bull by the horns. Adakah kementerian telah pun bersedia untuk memanggil macam PAC, kita buat public hearing untuk dengar semua pihak, not just the minority tapi the majority, not just

draft • 12:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

the majority tetapi the minority. Semuanya supaya mereka meluahkan what is the real problem? What are the main concerns? Apakah perkara core atau teras yang menyebabkan mereka tidak boleh dipadukan untuk betul-betul, the substance of it hendak mengukuhkan perpaduan ini? Get the common denominator. Sanggupkah Kementerian Perpaduan panggil semua ini? Sini, sana, orang politik, orang NGO, aktivis dan sebagainya.

draft • 12:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Inilah jadi masalah kita. Memang bahasa ini telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. I think there is no issue about it, no question about it. Kita pun memang dari sekolah kepada peringkat pekerjaan, memang bahasa Malaysia adalah bahasa utama kita. Walaupun bahasa lain kita hormati dan kita pelajari.

Kedua, apa Yang Berhormat cadangkan, saya menerima dengan hati terbuka dan kita boleh bincang dalam hal ini dan kita boleh bersama-sama untuk mengadakan satu libat urus atau pun perbincangan yang terbuka untuk kita mengenali apa sebenarnya masalah atau isu perpaduan dan keharmonian di negara kita ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 12:00 PM

9. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun guru-guru takmir yang mengajar di masjid daripada RM100 kepada RM150 bagi setiap kelas pengajian agar menetapkan jumlah kelas kepada sembilan kelas sebulan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Izinkan saya untuk memberikan pencerahan sebaiknya. Pelantikan guru takmir adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Negeri dan juga Jabatan Agama Islam Negeri.

Guru takmir memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kefahaman agama Islam dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Mereka menyebar ilmu agama Islam seperti akidah, fiqah, akhlak, tasawuf, tafsir, hadis dan sirah. Mereka adalah pembimbing masyarakat dalam memahami ajaran Islam secara lebih mendalam dan guru takmir bukan sahaja berperanan sebagai pendidik agama tetapi sebagai ejen perpaduan dan pembangunan masyarakat.

Bagi menghargai peranan dan jasa yang dicurahkan oleh guru takmir dalam mengimarahkan masjid dan surau, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan elaun mengajar agama kepada guru takmir sebanyak RM900 sebulan. Sekali gus, membantu kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan guru takmir. Pada peringkat awal pelaksanaan

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

program takmir iaitu pada 1985 lagi, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan kadar elaun mengajar guru takmir sebanyak RM30 sahaja bagi setiap satu kelas yang dilaksanakan di masjid dan surau.

Secara berperingkat, kadar ini dinaikkan kepada RM40. Kemudian, dinaikkan sekali lagi kepada RM80 dan yang terkini, kadar elaun ini telah menjadi RM100 bagi setiap kelas yang dilaksanakan. Ini bermakna, guru takmir akan dibayar setiap seorang RM900 bagi sembilan kali kelas yang dijalankan dalam sebulan.

Selain itu, kerajaan juga memberikan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak RM500 secara one-off kepada guru takmir yang berjumlah 5,000 orang di seluruh negara, melibatkan peruntukan berjumlah RM2.5 juta di bawah inisiatif Belanjawan 2025 Malaysia MADANI bagi menghargai sumbangan besar mereka kepada pengukuhan kefahaman Islam di kalangan ahli qariah dalam masyarakat.

Namun begitu, ingin dikongsikan bahawa kerajaan boleh atau bersedia mempertimbangkan untuk menentukan kadar baru elaun guru takmir di masa hadapan.

Bukan buat masa ini. Ini memandangkan kerajaan telah menaikkan kadar elaun tersebut pada 2021 daripada RM800 kepada RM900 sebulan. Selain itu, pihak masjid juga– terdapat juga pihak masjid dan pihak surau yang turut memberikan elaun tambahan kepada guru takmir yang mengajar kelas pengajian takmir sebagai salah satu daripada usaha memelihara kebajikan mereka. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Permatang Pauh.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik. Cuma kalau kita tengok sekarang ini di kalangan guru-guru takmir kita yang jumlah hampir 5,000 orang sebentar tadi, ada yang bekerja siang hari dan malam mengajar takmir. Tapi tidak kurang juga ada guru-guru kita ini yang sepenuh masa mengajar takmir, khususnya guru-guru yang dah berusialah.

Jadi, itu sebenarnya menjadi pertimbangan kepada soalan saya itu. Jadi, dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini, ada tidak bantuan atau sokongan tambahan kepada guru-guru takmir, khususnya yang berkhidmat sepenuh masa ini bagi mengiktiraf sumbangan mereka? Adakah pihak JAKIM bercadang untuk menambah kuota guru takmir, khususnya untuk memperluaskan peranan mereka mengajar di agensi- agensi kerajaan seperti penjara, AADK dan sebagainya? Khususnya dalam kita hendak membendung gejala ajaran sesat yang berleluasa dalam masyarakat Islam. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Suka saya kongsikan di sini bahawa bukan sahaja kerajaan menaikkan daripada RM800 ke RM900 kepada guru takmir. Namun begitu, kerajaan telah pun menambah bilangan guru takmir sebenarnya daripada 4,000 kepada 5,000 orang. Ini bermakna, itu merupakan salah satu

draft • 12:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

daripada komitmen untuk menambah baik dan juga menambahkan bilangan guru takmir di seluruh negara.

Merujuk kepada pandangan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, kita sebenarnya sememangnya sangat-sangat bersetuju. Namun begitu, melihatkan kepada kemampuan dan juga kenaikan yang telah pun dilakukan, yang agak signifikan, kita melihat bahawa ianya boleh dipertimbangkan di masa hadapan mengikut kemampuan negara. Oleh itu, kita akan sentiasa komited untuk memberikan penumpuan terhadap perkara ini dan ingin saya kongsikan di sini bahawa bilangan guru takmir dan kita juga sedang memperkemaskan lagi pengurusan dan juga pentadbiran guru-guru takmir di seluruh negara. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 3 Mac 2025.” Terima kasih.

draft • 12:07 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:07 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, “MENYEDARI bahawa dalam sistem akauntabiliti negara, Institusi Ketua Audit Negara merupakan agensi penyeliaan yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang badan eksekutif dengan penuh akauntabiliti. Ketua Audit Negara hendaklah menentukan sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud yang diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengannya, dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap pengelakan pembaziran atau keborosan seperti termaktub dalam Akta Audit 1957 [Akta 62] . MENYEDARI Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dilaksanakan dengan berkesan.

MENYEDARI bahawa LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Februari 2025 iaitu LKAN 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

draft • 12:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

MEMAHAMI bahawa LKAN membangkitkan isu-isu berkaitan perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit.

MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar menteri terlibat meneliti isu yang dibangkitkan. Segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti dan diambil tindakan pembetulan. Semua teguran seharusnya menjadi pengajaran supaya tidak berulang.

BAHAWA dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan Audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui daripada terus berlaku.” Puan Yang di-Pertua, seperti mana dimaklumkan dalam Dewan sebelum ini, peranan Jabatan Audit Negara (JAN) telah diperkukuhkan dengan pindaan kepada Akta Audit 1957

draft • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

[Akta 62] yang telah diluluskan di Dewan Rakyat yang mulia ini pada 3 Julai 2024 dan di Dewan Negara pada 24 Julai 2024 setelah 33 tahun tidak dipinda.

Pindaan Akta Audit ini merupakan perubahan signifikan yang dibawa oleh Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada sistem akauntabiliti awam, antaranya melalui pewujudan pendekatan pengauditan baharu yang dikenali sebagai follow the public money audit, dengan izin.

Selain itu, peluasan skop berkuasa Ketua Audit Negara merangkumi pengauditan badan lain termasuklah syarikat-syarikat yang menerima kepentingan kerajaan dalam bentuk jaminan kewangan. Ketua Audit Negara juga boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan berhubung pengauditan serta kuasa baharu untuk membuat susulan audit terhadap tindakan yang telah diambil terhadap apa-apa syor, ulasan atau pandangan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara.

Dalam usaha mengukuhkan ekosistem kewangan negara, JAN selanjutnya telah mewartakan 1,856 badan lain termasuk syarikat melalui Perintah Audit (Akaun Badan Lain)

(Pindaan) 2024 bagi tujuan pengauditan dan berkuat kuasa pada 1 November 2024. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 100.6 peratus berbanding 925 buah syarikat yang diwartakan pada tahun 2022.

Jabatan Audit Negara bertekad untuk meneruskan agenda memperkasakan tatakelola selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dengan memperkenalkan pendekatan baharu yang dapat memastikan kesemua 1,856 badan lain termasuk syarikat kerajaan yang diwartakan pada 1 November 2024 akan diaudit setiap tahun melalui sistem e-Self yang dibangunkan secara dalaman oleh Jabatan Audit Negara. Sistem ini telah pun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Februari 2025 yang lalu.

Isu yang dilaporkan dalam LKAN disusul melalui sistem Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara, dengan izin, Auditor General Dashboard (AGD) secara telus dan terbuka bagi memastikan tindakan pembetulan dan penambahbaikan dilaksanakan oleh pihak berkaitan.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa isu ketidakteraturan serius yang ditemui semasa proses pengauditan boleh dibawa ke perhatian Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) pada bila-bila masa. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Ketua Audit Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Keanggotaan JSLKAN terdiri daripada SPRM, AGC, JPA dan PDRM bagi memastikan isu-isu ketidakteraturan yang dibincangkan diambil tindakan oleh agensi penguat kuasa dan pihak yang diaudit.

Puan Yang di-Pertua, LKAN telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari Isnin, 24 Februari 2025 iaitu LKAN 1/2025 mengenai penyata kewangan agensi persekutuan tahun 2023. LKAN ini memfokuskan pengauditan terhadap penyata kewangan untuk memberikan pendapat sama ada penyata kewangan agensi persekutuan bagi tahun 2023

draft • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Selain itu, LKAN ini turut memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu analisis penyata kewangan agensi persekutuan tahun 2023 dan, kedua, fokus utama audit, dengan izin, key audit area terhadap perkara material serta signifikan yang memberi kesan kepada kedudukan kewangan agensi persekutuan.

Puan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI berpendapat bahawa LKAN wajar diteruskan perbahasannya di Dewan Rakyat ini untuk mendapatkan perhatian yang lebih mendalam daripada semua pihak. Sejak kali pertama diperkenalkan, Kerajaan MADANI telah empat kali mengemukakan usul bagi perbahasan mengenai LKAN yang mencatat sejarah dalam usaha mempertingkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan entiti awam.

Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan tadbir urus sektor awam dan diharapkan dapat menyokong pemantauan yang lebih berkesan serta meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan. Dengan izin, a transparent and accountable government is the foundation of a nation’s prosperity. With continued reforms, we move closer to the vision of a trusted, effective and high-ranking public sector. Memupuk kepada budaya kebertanggungjawaban dan ketelusan adalah kunci kepada transformasi pentadbiran awam. Dengan ini, Dewan Rakyat memainkan peranan yang amat penting dalam semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif memastikan integriti dan kecekapan mana-mana kerajaan terjaga. Ini juga, dengan izin, inline with the Yang Amat Berhormat Prime Minister’s vision transforming governance to one that is transparent and accountable, not only strengthen democracy but also enhances our global standing and competitiveness. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) wajar meneliti dengan teliti perkara-perkara yang dibangkitkan dalam LKAN. Adalah penting untuk memastikan PAC terus berfungsi dengan penuh integriti tanpa dipengaruhi oleh sebarang elemen politik atau kepentingan pihak tertentu. Walaupun PAC mempunyai kuasa untuk memeriksa pelbagai isu, adalah diharapkan agar LKAN diberikan keutamaan dalam setiap perbahasan PAC kerana Laporan Audit yang sah dapat memberikan lebih banyak keabsahan terhadap isu-isu yang dibangkitkan serta mengelakkan pengaruh laporan, dengan izin, hearsay atau sumber yang tidak rasmi seperti pihak ketiga ataupun media sosial.

Berdasarkan maklum balas daripada Jabatan Audit Negara, laporan-laporan Ketua Audit Negara belum lagi dibahaskan di peringkat mana-mana Dewan Undangan Negeri. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mencadangkan agar kerajaan-kerajaan negeri mengambil langkah-langkah dan mencontohi Kerajaan Persekutuan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli dewan undangan negeri untuk membahaskan LKAN di Dewan Undangan Negeri masing-masing selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

draft • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Usaha murni Kerajaan MADANI ini memberi peluang kepada lebih banyak Ahli Parlimen untuk terlibat dalam memastikan dana kerajaan digunakan dengan berhemah demi kepentingan awam. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menegaskan bahawa semua menteri yang bertanggungjawab, selaras dengan Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa, mesti meneliti setiap teguran yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dalam LKAN 1/2025 terutamanya isu berulang yang belum ditangani dengan tuntas oleh pihak yang bertanggungjawab.

Oleh itu, Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Saya mohon menyokong.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.

Sebelum saya membaca senarai pembahas, ada pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari ini, Ahli-ahli Yang Berhormat akan membahaskan Usul Laporan Ketua Audit Negara. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 38(1), saya mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar hanya membahaskan apa yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2025: Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 yang telah dibentangkan pada hari Isnin, 24 Februari 2025.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut. Setiap pembahas diberi lima minit sahaja.

YB Semporna, YB Pendang, YB Kampar, YB Tumpat, YB Rasah, YB Tanjong Karang, YB Pasir Gudang, YB Kuala Krai, YB Machang, YB Betong, YB Pokok Sena, YB Jerlun, YB Bukit Bendera, YB Besut, YB Padang Terap, YB Batu Pahat, YB Mersing, YB Kuala Langat dan YB Jelutong.

Saya jemput Yang Berhormat Semporna.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Datuk Speaker, memberi ruang bagi untuk saya turut berbahas walaupun masanya cuma 5 minit sahaja dan dalam kesempatan ini. Kita alu-alukan rombongan pimpinan-pimpinan masyarakat dari kawasan Balik Pulau, dekat belakang...

[Tepuk] Selamat datang ke Dewan Rakyat.

Setelah mendengar apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Undang-undang, tentang apa yang disebutkan terkandung dalam Laporan Audit di situ dan saya melihat perjalanan ini perlu ada perubahan dia, kandungan.

draft • 12:21 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Seperti selaras dengan apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Agong. The role not only the department but also, dengan izin, GLC-GLC yang ada kerana ini penting kepada kita.

Kalau peranan Audit ini is to scrutinize, dengan izin, what have you done? What is the outcome? How much money have you used? Pentadbiran-pentadbiran daripada segi keadaan bagaimana kewangan negara kita, kepentingan rakyat yang ada. Adakah ia memberi pulangan bukan hanya manfaat daripada segi pekerjaannya, hasilnya malahan juga kita dapati bahawa pada hari ini, oleh sebab sepanjang perjalanan diwujudkan Jabatan Audit, negara ini telah pun berhutang RM1.5 trilion. Jumlahnya cukup besar.

Di samping itu, kita sedar dan tahu hendak bayar hutang- interest sahaja bukannya principal, hampir RM50 bilion setiap tahun tak silap saya kerana saya dahulu bekas Menteri juga. Saya beri pandangan agar perkara ini perlu dihalusi, the way forward, dengan izin, Jabatan Audit Negara.

Saya juga berbahas dalam belanjawan baru-baru ini, bagaimana peranan jabatan ini untuk memastikan don’t only highlight. Jangan hanya menyedari, mengetahui bahawa perjalanan syarikat ini, syarikat itu, GLC itu, GLC ini, but there is no follow through, tidak ada follow through dia.

Kita tegur dalam Jabatan Audit, pelbagai ketirisan kewangan, kerugiannya. Malahan saya dapati juga dalam perjalanan, ada di antara pegawai-pegawai kerajaan bahkan juga bukan kerajaan, ada di antara YB-YB yang memegang jawatan berbagai. Contohnya, jabatan ini dia jadi pengerusi. Jabatan ini, dia jadi lembaga pengarah. That is conflict of interest. Why should we do that?

Di samping itu, kita juga ingin melihat supaya perubahan, bukan hanya teguran dari Jabatan Audit. Saya dahulu pun bersuara termasuk tentang 1MDB, tentang perkara di Jabatan Audit. We must scrutinize, dengan izin. There is no use, Parlimen dibentangkan laporan Jabatan Audit but there is no outcome. There must be a reform. Kita mahu supaya bagaimana perjalanan dia. There must be sort of like monitoring. Delivery unit contohnya, what is the outcome dari Jabatan Audit ini? Kita tak mahu nanti kementerian ini, GLC ini cuma tahu bahawa perjalanan dia dilaporkan di situ.

UMS, kerugian RM0.1 bilion yang ada, Universiti Sabah Malaysia. Kenapakah kita tidak tahu? Kenapakah kerugian UMS yang ada? Malahan kalau kita nampak, UMS cantik bangunannya, besar kawasan dia. Was it needed for us to have a bigger building, bangunan yang besar, tetapi content dia?

Dahulu saya masih ingat ada satu hospital di Lahad Datu, cantik hospital dia.

Menelan belanja berpuluh juta, tetapi content dia? Pakar dia, ubat dia, operation room dia, itu perlu dilihat. Pihak kerajaan perlu mengambil iktibar daripada bagaimana jabatan-jabatan yang telah disiasat.

Saya juga telah bangkitkan di Dewan yang mulia dalam perbahasan ─ ada GLC yang kerugian. Contohnya, Sabah Development Bank, non-performing loans hampir RM5 bilion.

draft • 12:21 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Duit di mana ini? Ini duit rakyat, duit umum bukannya duit seseorang individu, but what had the department scrutinize? Where’s the leakages, dengan izin? Should be make sure rectified. Jangan ia dibiarkan kerana saya bimbang sangat kalau keadaan ini berterusan maka saya jangka akan lagi banyak ketirisan yang akan berlaku. Kerugian negara kita, tetapi di samping itu, tidak seimbang dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat di peringkat negara ini.

Saya berharap sungguh agar setiap langkah contohnya jabatan-jabatan yang ada, pastikan GLC bawah kementerian yang ada, pemegang jawatan. There shouldn’t be any conflict of interest di situ.

Keduanya, kadang-kadang itu saya nampak dia pegang jawatan, but they are holding a very prominent post di peringkat atasan ─ KSN kah, Ketua SUK kah, KSU kah. Kadang- kadang itu kita bimbang. Who will question him? Jabatan Audit will question him or not? Ini yang kita bimbang sangat.

Datuk Speaker, kerana masa tidak mengizinkan, saya berharap sungguh. Pertama, seperti yang saya sebutkan tadi itu, kerugian GLC yang begitu besar dan follow through. The important part is that ada laporan audit, but what is the outcome? Apakah kesudahan dia?

Tak ada ertinya kita laporkan kerugian besar, banyak sangat beratus juta, but what is the action taken? Who is going to take action? Kita tak boleh berdiam diri kerana ini membabitkan masa depan negara kita.

Terima kasih banyak. Oleh sebab masa tak mengizinkan, cuma 5 minit. Banyak saya nak bahaskan. Terima kasih banyak Datuk Speaker.

draft • 12:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua yang saya muliakan dan saya hormati. Saya nak menyentuh terus kepada laporan, saya dah run through Laporan Ketua Audit Negara ini yang mana saya akan sentuh lebih terperinci berkenaan dengan Tabung Haji, yang mana yang menjejaskan keyakinan pendeposit kerana kerugian yang besar yang berlaku kepada subsidiari Tabung Haji.

Menurut Laporan Audit, anak-anak syarikat Tabung Haji mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM585 juta antara 2021 hingga 2023. Jika diperincikan, RM22 juta pada 2021 meningkat kepada RM97 juta pada 2022 dan melonjak terus kepada RM465 juta pada 2023. Persoalan besar, bagaimanakah kerugian ini boleh dibiarkan meningkat dalam tempoh tiga tahun tanpa kawalan?

Apa yang lebih mengejutkan, jumlah RM585 juta ini bersamaan hampir 20 peratus daripada jumlah keuntungan agihan Tabung Haji tahun 2023 iaitu RM2.72 bilion. Ini bukan angka kecil. Tabung Haji masih mampu mengagihkan keuntungan kepada pendeposit, tetapi

draft • 12:26 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

dengan subsidiari mengalami kerugian besar. Sampai bilakah keuntungan ini akan dapat dikekalkan?

Pelaporan Tabung Haji yang agak susah, yang agak complicated iaitu pelaburan anak syarikat Tabung Haji, LTH Property Holdings 3 Limited, pemegang pelaburan iaitu pelaburan dilaburkan di United Kingdom pada 2023, kerugian RM278.43 juta. Tahun 2022, RM54.9 juta dan 2021, RM0.14 juta. Jadi, bila dah berlaku kerugian begini, tidak ada kawalan- terus meningkat kerugian pada tahun demi tahun sehingga 2023, Puan Yang di-Pertua. Jadi, ini saya minta- kerana punca utama kerugian adalah pelaburan hartanah di United Kingdom ini melalui anak syarikat LTH yang saya sebut tadi iaitu LTH Property Holdings 2 and 3 Limited ataupun LTH Property Holdings 2 Limited and LTH Property Holdings 3 Limited.

Laporan audit menyebut kerugian ini berpunca daripada merosotnya nilai hartanah akibat kadar inflasi dan kenaikan kadar faedah di UK, tetapi persoalannya, tidakkah pengurusan Tabung Haji dapat menjangkakan risiko ini lebih awal? Fund manager dia mana?

Mereka tak bincang kah tempat pelaburan ini? Dia tentu berdasarkan pengalaman, track record ini, mereka dah ada persediaan awal sama ada untuk meneruskan pelaburan ataupun retract the investment. Hal ini, dengan izin, dan ini saya harap perkara ini tidak akan berlaku kerana kita dah tahu.

Jadi, saya menggesa kerajaan menjelaskan apakah pelan pemulihan yang telah dapat dirangka oleh Tabung Haji untuk memastikan subsidiari tidak terus mengalami kerugian? Adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula strategi pelaburan Tabung Haji bagi mengelakkan risiko tinggi seperti ini pada masa hadapan.

Kena ingat pengurusan Tabung Haji, bahawa duit yang di deposit oleh bakal-bakal haji ini hanya untuk mengerjakan amal ibadat, tetapi dilaburkan sehingga melibatkan kerugian duit rakyat. Tidak masuk sekupang pun duit negara.

draft • 12:26 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini semua duit pendeposit yang nak pergi buat kerja amal untuk masa depan, tiba- tiba dibuat begini. Saya harap Lembaga Pengarah mengambil perhatian tentang perkara ini.

Keduanya, saya nak menyentuh kerugian yang berlaku kepada- sebenarnya saya ada banyak syarikat. Satu lagi KWSP yang mana membuat pelaburan di negara yang diperbadankan iaitu KWASA Europe S.à r.l, di Luxembourg, yang mana kerugian pada tahun 2023, berjumlah 158.42 juta dan tahun 2022, 15.432 juta.

Jadi, kita tengok itu di Luxembourg. Di Guernsey ─ jadi, saya nak tanya macam mana Lembaga Pengarah yang boleh membuat keputusan untuk melabur di tempat-tempat yang kita tahu memang ada masalah di segi kebolehan mereka dalam, dalam ─ sebab itu adalah tempat yang sangat spekulatif dalam pelaburan. You tahulah Luxembourg ini tempat apa?

Tahulah. Jadi, yang kedua di Guernsey tempat yang kita pun tak pernah dengar. Macam mana Lembaga Pengarah KWSP boleh membuat keputusan untuk melabur di tempat yang mana kita tak tahu track record risikonya menyebabkan kerugian.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pada tahun 2023, kerugian pelaburan KWSP melalui Ameen Direct Equity I, L.P iaitu di Guernsey berjumlah 25.61 pada 2023 dan 2022 berjumlah 15.32 juta. Ini duit orang juga nak simpan untuk masa depan untuk kehidupan masa depan, tiba-tiba dibuat pelaburan yang mana kita tak tahulah ada kepentingan siapa sehingga tempat-tempat yang kita jarang dengar dia jadi tempat pelaburan...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini kita kena lihat balik sebab itu pasukan teknikal, pasukan legal, pasukan finansial yang ada dalam committee ini perlu lihat secara jelas dan pihak Lembaga Pengarah kena dengar pasukan-pasukan ini yang berpengalaman dalam tugas mereka sebagai orang yang terlibat dalam pelaburan jangka masa panjang.

Mereka ini adalah pegawai kerajaan. Saya dah habis dah.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi masa tak panjang, jadi saya nak menggulung teruslah di hujungnya. Iaitu laporan- Puan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara bukan sekadar dokumen. Ia adalah cerminan kepada kegagalan kerajaan dalam menguruskan dana rakyat. Berbilion-bilion ringgit telah hilang akibat keputusan pelaburan yang lemah, kelemahan tadbir urus dan kurang akauntabiliti. Jadi,sekarang ini saya nak harap mana-mana pihak jangan campur tangan kepada Laporan Ketua Audit Negara ini atas siasatan mereka kerana inilah satu badan yang paling integriti yang tidak boleh diganggu gugat.

Kalau ini juga dicampuradukkan termasuklah PAC yang satu badan dalam Parlimen ini yang sangat bebas. Tidak seperti SPRM, Polis dan sebagainya. Mereka ini tak ada kepentingan. Jadi, saya harap pihak kerajaan, pihak Parlimen memberi sepenuhnya kuasa autoriti yang ada dalam Perlembagaan mengikut ini kepada PAC dan Lembaga Audit Negara ini untuk menyiasat salah laku yang berlaku dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Pendang. Sebelum habis...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Puan Timbalan Speaker. Saya dengar ucapan Pendang tadi tentang KWSP. Saya hari ini bukan nak pertahankan KWSP, tetapi saya rasa kita perlu memberi satu gambaran yang benar ataupun yang lebih objektif tentang kerugian yang dialami oleh EPF.

Saya tahu ada yang cakap dia jurucakap rakyat, saya jurucakap EPF. Bukan. Kalau saya hari ini pembangkang saya tengok repot ini, ini bukan satu kerugian sebenar. Saya jelaskan. Kalau kita tengok dalam pelaburan memang kita ada untung ada rugi. Takkan ada satu pelaburan seratus peratus untung, tak ada.

draft • 12:33 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Warren Buffett pun pernah rugi melainkan kalau orang ini ada crystal ball dia boleh 100 peratus untung. Daripada repot ini pertama, sembilan EPF subsidiary ada kerugian 224 juta, ini saya tidak nafikan betul, tapi jangan lupa kita ada 34 subsidiari yang ada keuntungan RM2.754 bilion dan juga pada 24 subsidiari ini, ada RM1.819 bilion. Jadi, kerugian ini hanyalah lapan peratus daripada keuntungan.

Kita tengok betul-betul mengapa ada kerugian ini? Pertama, ini disebabkan oleh capital structure syarikat-syarikat ini. Ini semua investment holding company. Apakah itu investment holding company? Bermakna KWSP jika dia dah beli hartanah, dia tak beli hartanah terus masuk nama KWSP, dia set-up kan, bangunkan satu syarikat letak aset-aset itu di dalam syarikat itu.

Kalau aset syarikat itu kena berjalan, beroperasi- dia kena masuk capital, inject capital, tetapi KWSP tak inject capital directly. Dia buat secara shareholder advances.

Bermakna dia letak duit masuk ke dalam subsidiari ini dan subsidiari ini dalam bentuk pinjaman. Bermakna subsidiari ini perlu bayar balik faedah kepada EPF dan daripada 224 juta kerugian ini, RM189 juta adalah dalam bentuk faedah. KWSP dapat balik RM189 juta daripada RM224 juta.

Jadi, saya rasa adalah tidak adil katakan ini pelaburan yang tidak bagus sebab kita tahu ini investment holding company untuk long-term 10 tahun, 20 tahun. Pegang aset bukan hari ini untung rugi. Untuk menilai satu pelaburan sama ada betul-betul ada untung atau rugi, kita tak patut tengok kerugian. Saya memang akur ini satu kerugian, no issue, tetapi kalau kita nak tengok syarikat itu operating profit kita tahu semua, kita perlu tengok pada EBITDA.

Jadi saya minta kementerian untuk jelaskan, apakah earnings before interest, taxes, depreciation, and amortisation (EBITDA)...? Bermakna keuntungan itu adalah perlu sebelum income tax, sebelum faedah, sebelum depreciation sebelum amortisation. Jadi, itu boleh betul-betul menunjukkan- apakah syarikat itu ada operating profit ataupun operating loss.

Jadi, saya minta EBITDA untuk sembilan subsidiari ini.

Kedua, saya minta supaya kementerian bagi satu dashboard. Kita tahu ada dashboard dan ada lampu merah dan PAC setiap tahun kita ada mesyuarat dan kita akan bangkitkan dashboard lampu merah ini. Berapakah agensi yang masih dalam dashboard lampu merah untuk dua tahun berturut-turut isu belum selesai lagi? Jadi saya minta penjelasan daripada kementerian dan juga semalam atau kelmarin, saya baca dalam laporan berita ada seorang Ketua Pemuda MCA di Kulim-Bandar Baharu. Parti mana saya tak mahu sebut tak penting, okey.

Dia suruh saya letak jawatan kerana saya telah buat kenyataan dalam Dewan kalau EPF ada rugi satu sen pun saya akan letak jawatan. Come on what is this?... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Ini Laporan Ketua Audit Negara untuk subsidiari yang lain bukan MAHB. Saya kata kalau boleh buktikan KWSP rugi satu sen untuk MAHB, saya akan letak jawatan dan saya masih berpegang kepada janji ini.

draft • 12:33 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau hari ini insan ini boleh buktikan bahawa ada satu sen pun kerugian, beli RM2.50 jual RM6, beli balik RM11 ada rugi dan kerugian ini dicatatkan dalam penyata kewangan KWSP terus menerus. Hari ini saya letak ─ beri surat kepada Speaker saya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kampar, tapi tak boleh, saya tunggu tiga minggu tak ada apa- apa. Saya minta Menteri hari ini dengan jelasnya- dengan jelasnya beritahu Parlimen ini, beritahu satu Malaysia bahawa dalam pembelian dan penjualan MAHB langsung tidak ada satu sen kerugian dan langsung tidak ada kerugian yang dicatatkan dalam penyata kewangan.

Puan Speaker, saya rasa ini satu fitnah, satu pembohongan yang amat besar dan terang-terang dilakukan dalam Dewan ini. Dulu jika insan ini dia telah lakukan satu rekod Parlimen, ini satu rekod dunia tak pernah ada seorang government backbencher di dunia ini yang fitnah kerajaan sendiri kononnya mereka mencipta satu skandal EPF RM500 juta yang langsung tidak wujud. Manakah boleh ini berlaku? Kita sudah check, MOF sudah bagi kenyataan, EPF bagi kenyataan langsung tidak ada kerugian, tapi tak habis-habis lagi...

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 12:33 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Kata mengapa jual masa ini kenapa tak jual masa itu?

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat...

draft • 12:33 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi saya harap yang ada crystal ball ini boleh tengok...

[Menunjukkan senaskhah dokumen] Betul you ada graf saya pun ada graf. Kalau you nak pertikaikan kenapa jual masa ini kenapa you tak jual masa tinggi? Betul, I can ask the same thing kenapa tak jual sebelum COVID-19? Kita tahu, lepas COVID-19 semua airport tutup, tapi semasa itu kita tak tahu apa berlaku. When they are here, you don’t know what happen. Sama macam hari ini sudah sebelas- RM10.90, you don’t know what happen in the five years time.

Jadi, pada masa itu EPF telah buat keputusan, kita nak bayar dividen kerana EPF hanya boleh declare dividen jika ada realised gain, realised gain on the investment. Jadi, saya rasa ini bukan isu. Saya harap kementerian boleh beri satu jawapan yang amat jelas bahawa langsung tidak ada apa-apa kerugian dalam pembelian dan penjualan saham dan tidak ada apa kerugian yang direkodkan dalam Penyata Kewangan KWSP. Sekian, terima kasih.

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ─ terima kasih kerana dibenarkan untuk turut sama berbahas tentang Laporan Ketua Audit Negara untuk Bilangan 1 bagi 2025. Saya

draft • 12:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

merujuk kepada dua perkara, satu berkenaan dengan fokus utama audit dan kedua, apa-apa laporan yang berkaitan dalam laporan pada kali ini.

Pertama berkenaan dengan LPPKN. Disebut dalam Laporan Audit berkenaan dengan LPPKN. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan untuk operasi pengurusan LPPKN, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, hasil daripada audit ini untuk juga memastikan bahawa LPPKN bukan lagi berfungsi untuk program-program yang tidak wajib, tetapi selepas ini terus mewajibkan pendidikan keibubapaan kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada kakitangan awam dan dimasukkan dalam SKT kerana ini merupakan suatu pelaburan negara kepada keluarga. Itu yang pertama.

Kedua, merujuk kepada PTPTN di mana dalam laporan ini disebut dengan cara terperinci bagaimana kerugian ataupun ketidakmampuan untuk bayaran balik beberapa golongan pelajar dalam pinjaman PTPTN. Soalan saya ialah dalam sistem audit ini, adakah pihak audit melihat bagaimana sistem penawaran kursus yang ditawarkan oleh PTPTN bersesuaian dengan kerjaya yang akan dipegang atau dimasuki oleh graduan-graduan ini setelah mereka graduate?

Saya bagi contoh, kita mengetahui dalam negara kita antara pendapatan utama negara adalah melalui sektor pelancongan, tetapi kita difahamkan kebanyakan graduan diploma daripada pelancongan dan juga graduan mahasiswa pelancongan tidak dibayar gaji yang sepatutnya sebagaimana kehendak pasaran, tetapi dibayar gaji hanya gaji minimum menyebabkan ramai graduan daripada Diploma Pelancongan akhirnya masuk kepada bidang lain kerana mereka tidak dikenakan sepenuhnya. Sedangkan negara jiran kita Indonesia, Thailand sangat advanced daripada segi prasarana dan juga kepakaran dalam pelancongan.

Jadi saya kira sampai masa untuk semua- universiti-universiti di Malaysia, khususnya PTPTN untuk melihat perkara ini agar bersesuaian kerana kita dapati bila mana mereka ini dapat first class, mereka akan diberikan pengecualian 100 peratus.

Daripada segi pemantauan, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh PTPTN untuk memastikan pelajar-pelajar ini menghantar kesemua- keputusan-keputusan peperiksaan mereka bagi setiap semester khusus untuk kita memantau terus potensi-potensi pelajar yang akan dapat first class?

Kita juga ingin bertanya bila mana kerajaan membuat pengurusan untuk data-data bagi dana-dana penyelidikan, apakah penyelidikan yang telah pun dibuat berkenaan dengan pelancongan? Jadi dalam hal ini kita difahamkan tidak ada universiti ataupun kurang universiti yang menawarkan biasiswa ataupun geran untuk PhD bagi bahagian pelancongan.

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan berkenaan dengan UPM. Kita dimaklumkan bahawa negara lain memberikan peruntukan sebanyak empat peratus untuk penyelidikan bagi food sovereignty, manakala negara kita tidak sampai satu peratus dan satu peratus pun belum lagi dapat dihabiskan. Jadi apakah peranan khususnya UPM dalam

draft • 12:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

memastikan antara banyak-banyak geran PhD yang ditawarkan ini menyentuh tentang food sovereignty dan food security?

Biasanya berkaitan dengan UTM, kita lihat UTM antara yang cemerlang di samping UKM, tetapi UKM cemerlang pun banyak, yang tidak cemerlang yang tidak siap paper pun banyak juga. Cuma dalam kes UTM ini, negara sedang menuju ke arah pendapatan melalui REE dan juga nuklear. Jadi untuk kedua-dua bidang ini saya kira UTM adalah universiti yang tepat untuk menjalankan kajian ini. Berapakah kajian daripada dana penyelidikan ini yang telah ditumpukan untuk REE dan juga bagi nuklear?

Saya juga ingin bertanya tentang laporan tentang LTAT- dimaklumkan ada lima anak syarikat yang mengalami kerugian RM720 juta. Jadi, kenapakah perkara ini berlaku sedangkan kita ingat ini adalah satu sumbangan besar yang telah disumbangkan oleh anggota tentera, sepatutnya bukan RM720 juta, RM1 juta pun kita tidak mahu rugi. Jadi dalam hal ini kita mahu laporan yang lebih terperinci dan bukan hanya laporan audit, tetapi tindakan susulan seperti laporan kepada SPRM hendaklah dibuat supaya tidak berlaku kerugian sebagaimana yang disebutkan sebelum ini.

Begitu juga yang terakhir tentang LKIM. Kita lihat LKIM juga mempunyai ─ menuntut lebihan untuk kos pengurusan. Jadi daripada segi sosioekonomi rakyat berkenaan dengan nelayan dan keluarga nelayan serta sektor perikanan, kita belum lihat sebarang pelan tindakan yang tuntas untuk membantu nelayan bagi menghadapi teknologi dan juga masa depan baharu daripada segi sektor perikanan. Jadi dalam hal ini, adakah dalam audit ini kita boleh melihat hala tuju dan juga wawasan yang akan dibuat oleh LKIM, bukan hanya untuk membincangkan tentang sektor nelayan dalam bentuk tradisi, tetapi pembangunan anak keluarga nelayan dan juga nelayan moden yang akan dibentuk daripada kalangan generasi anak muda.

Terakhir berkenaan dengan KADA. Dalam laporan ini disebut tentang KADA, kita lihat juga bahawa KADA telah banyak membantu rakyat khususnya pesawah-pesawah. Walau bagaimanapun, kebanyakan prasarana yang dibina oleh KADA khususnya di Tumpat, Kelantan merupakan prasarana yang dibina seawal tahun 1980-an dan setelah 40 tahun, ia tidak lagi ekonomik.

Jadi, banyak kawasan-kawasan banjir bila kita lihat check balik, rupanya berpunca daripada banyak daripada sumber-sumber air ini yang telah tertutup. Jadi saya mohon untuk melihat juga berapakah peruntukan yang diberikan kepada KADA untuk membaik pulih dan menaik taraf prasarana-prasarana berkaitan dengan sawah padi kerana ia juga bukan hanya membantu pesawah, tetapi menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan yang terbabit? Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.

Pertama, saya ucapkan syabas kepada kerajaan kerana sekali lagi ya, ini kali keempat Kerajaan Malaysia MADANI membentangkan Laporan Ketua Audit Negara dan memberikan peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat membahaskannya...

[Tepuk] Supaya sama-sama kita mencari, apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk membantu mengatasi kekurangan ─ masalah yang berlaku dan kita meneliti syor ataupun cadangan daripada Ketua Audit Negara sendiri.

Jadi saya anggap ini sebagai salah satu reformasi terhadap institusi yang dijanjikan dan dilaksanakan setiap kali Persidangan Parlimen diadakan. Ia juga penting agar semua agensi kerajaan yang mendapat dana awam lebih bertanggungjawab. Konsep kebertanggungjawaban agensi tersebut sangat mustahak sebab yang digunakan itu adalah dana awam, duit rakyat Malaysia sendiri.

Saya juga menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Menteri JPM tadi yang mencadangkan supaya semua Dewan-dewan Undangan Negeri di Malaysia ambil langkah yang sama supaya membenarkan ADUN di DUN masing-masing membahaskan Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan agensi di negeri masing-masing. Itu saya rasa satu langkah yang sangat baik.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya lebih menjurus kepada pengurusan dana penyelidikan fundamental kepada lima research university (RU) iaitu UM, UKM, USM, UPM dan UTM. Kita tahu sejak 2006, hampir 20 tahun dulu, kerajaan menaik taraf lima buah universiti ini dijadikan research university, universiti penyelidikan dengan memberikan suntikan dana tambahan kepada universiti ini supaya R&D kita, penyelidikan dan pembangunan kita boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih baik tetapi saya cukup kecewa sedikit dengan figure yang ditunjukkan yang menunjukkan ada berlaku kelemahan.

Saya tidak mahu gunakan perkataan ‘kepincangan’ sebab kalau guna ‘kepincangan’ itu nampak sangat serius, tetapi kelemahan, kekurangan yang perlu ditangani segera sebelum ia berlarutan, tidak menjadi kepincangan yang tidak boleh dirawat nanti. Sebab saya sebagai alumni daripada two of the five RU, saya sangat concerned, sangat ambil berat terhadap apa yang terjadi terhadap RU kita yang sepatutnya menjadi agensi ataupun platform untuk kita memusatkan, melonjakkan tahap penyelidikan kita.

Saya hendak sebut ini kalau ikutkan tahap kemajuan projek, yang baik hanya 11.3 peratus. Macam mana boleh jadi macam ini? Yang memuaskan 27.5 peratus kalau yang baik campur memuaskan, tidak sampai 40 peratus. Kalau kita exam itu, tidak sampai 40 itu jangan harap boleh luluslah. Dah gagal itu. Yang kurang memuaskan itu 53.9 peratus, yang bermasalah 7.3.

draft • 12:45 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kalau inilah untuk seorang murid kita di sekolah untuk ambil exam, jawabnya gagal dan ini yang kita tak nak. Saya rasa tindakan yang drastik perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama dengan RU tersebut, universiti tersebut supaya atasi masalah ini sebab bagi saya penyelidikan ini penting dari segi mana? Bukan setakat kita hendak kata capai KPI, kita hendak melonjakkan apa nama jumlah ataupun figure itu nampak cantik. Jauh lebih mustahak adalah hasil penyelidikan ini sangat besar impaknya dan impak jangka panjang.

Saya bagi contoh, hasil-hasil pertanian daripada UPM ataupun mana-mana universiti yang berkaitan, daripada hasil penyelidikan tersebut hasilnya boleh dikomersialkan untuk hasil yang berjaya. Dan akhirnya ia membantu untuk kita melonjakkan keterjaminan makanan secara tempatan, mengurangkan pergantungan kita terhadap makanan yang diimport dari luar.

draft • 12:45 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kedua, kalau saya bagi contoh pasal AI, teknologi dan sebagainya. Ya lah, daripada kita puji negara lain maju, macam mana dengan kita? Dan hasil penyelidikan itu sebenarnya membawa impak besar untuk generasi akan datang, untuk pembangunan ekonomi, untuk membolehkan domestic industry, industri tempatan kita maju ke hadapan.

Jadi, saya mohon kepada kerajaan supaya ambil berat dan saya sangat terkejut dengan satu maklum balas yang diberikan di muka surat 79. Saya mohon izin baca sedikit.

“...menghadapi kesukaran untuk mencari pelajar Sarjana Ph.D yang berminat menjadi graduate research assistant (GRA) bagi melaksanakan projek penyelidikan. Selain itu, terdapat juga kekangan GRA yang tidak dapat memberikan komitmen terhadap projek.” Apakah generasi muda kita tak minat dengan penyelidikan? This is something wrong, suatu yang sangat serius dan kita perlu cari puncanya.

Saya harap perkara ini dapat ditangani dengan serius. Mungkin bukan KPT lagi, mungkin kita kena memupuk semangat tersebut di peringkat sekolah menengah lagi. KPM sendiri kena bantu bersama dengan agensi yang lain, we have to take it as a nation approach.

Satu pendekatan bersama rentas kementerian. Pastikan benda ini tak berlaku. Kalau negara kita nak maju, kita bukan setakat nak AI kita maju dan sebagainya sebab dunia sebut AI, tetapi semua sektor kita maju. Perkara ini tak boleh berlaku.

Saya ambil maklum perkara ini dan saya harap ada tindakan serius daripada semua kementerian yang terbabit. Jadi, setakat itu saja sebab kekangan masa, tapi saya harap supaya tindakan yang drastik terhadap syor yang dicadangkan oleh Laporan Ketua Audit Negara dan saya mohon satu. 20 saat, Dato' Yang di-Pertua. Ada tak audit- boleh tak Ketua Audit Negara melakukan audit ke atas Legal Profession Qualifying Board? Sebab tahun lepas sudah ada pindaan terhadap undang-undang sedia ada.

draft • 12:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, boleh tak saya cadangkan tahun ini, tahun 2025 diadakan audit? Sebab sejak 2007, tak ada audit dilakukan. Jadi, itu saja perbahasan saya. Terima kasih atas masa tambahan yang diberikan.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 12:50 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Tanjong Karang mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut sama membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025. Laporan ini adalah bukti keberkesanan sistem audit negara kita dalam memastikan accountability, ketelusan dan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan.

Jabatan Audit Negara telah menjalankan tugas mereka dengan baik dalam menganalisis dan menilai kedudukan kewangan 142 buah agensi Persekutuan, termasuk badan berkanun, GLC serta entiti lain yang menerima geran kerajaan. Tanjong Karang ingin menekankan bahawa 133 daripada 142 penyata kewangan agensi Persekutuan telah diberikan Sijil Ketua Audit Negara dengan pendapat tanpa teguran, unmodified opinion, dengan izin.

Ini menunjukkan bahawa majoriti agensi telah menguruskan kewangan mereka dengan baik dan mengikut piawaian perakaunan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil ringan sembilan penyata kewangan yang tidak menerima pendapat diubahsuai kerana salah nyata yang material.

Oleh itu, syor Audit perlu diberi perhatian serius oleh kementerian dan agensi yang terlibat untuk menambah baik sistem kawalan dalaman dan mengelak kelemahan berulang.

Laporan ini turut merekodkan lima buah agensi Persekutuan dan 21 syarikat subsidiari yang mengalami kerugian tiga tahun secara berturut-turut daripada tahun 2021 sehingga 2023, yang mana memerlukan perhatian dan tindakan segera.

Untuk tahun 2023 sahaja, UNIMAS mencatat kerugian tertinggi dengan berjumlah RM141.4 juta, UPM tempat kedua dengan RM127.1 juta dan SWCorp mencatat tempat ketiga dengan kerugian RM53.9 juta, USIM RM44.02 juta dan PPUM tempat kelima dengan kerugian RM33.44 juta. Kerugian PPUM ini bagi tiga tahun bertutur-turut juga menimbulkan persoalan kepada kita. Bagaimanakah sebuah hospital pakar yang dioperasikan sebagai private specialist hospital boleh mengalami kerugian? Sedangkan kita tahu, semua hospital pakar mencatat keuntungan berlipat kali ganda. Adakah kerana tidak ramai pesakit, tidak mampu dan tiada perlindungan insurans kesihatan dapat menerima rawatan di hospital pakar ini? Walaupun di hospital UM itu sendiri penuh sesak dengan pesakit-pesakit.

draft • 12:52 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Di sini KKM dan juga Kementerian Kewangan perlu tahu. Hanya 20 peratus sahaja rakyat Malaysia yang ada polisi perlindungan insurans kesihatan swasta, tetapi majoriti rakyat Malaysia atau sekitar 80 peratus tiada sebarang perlindungan insurans kesihatan dan mereka ini bergantung sepenuhnya kepada hospital kerajaan sahaja.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan harus bertindak segera untuk melebarkan perlindungan insurans kesihatan ini dengan menggalakkan rakyat atau pihak majikan memastikan semua pekerjanya dilindungi oleh perlindungan insurans kesihatan swasta atau mungkin penyelesaian terbaik adalah dengan mewajibkan semua syarikat insurans memperkenalkan pelan perlindungan insurans kesihatan yang mampu milik bagi golongan B40 dan M40. Ketimbang pihak kerajaan sendiri yang melaksanakan national health insurance scheme, dengan izin.

Tunggakan bayaran balik pinjaman PTPTN juga membimbangkan yang sekarang berjumlah RM43.7 juta dan ini pasti menjejas dana pendidikan negara. Kedudukan kewangan SWCorp tidak stabil dengan kerugian RM53.9 bilion sahaja tahun 2023 menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan mereka untuk meneruskan operasi. Langkah pemulihan perlu diperkenalkan dengan segera bagi menangani isu-isu ini agar kepercayaan rakyat terhadap pengurusan kewangan dapat dipertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, kerana masa dekat nak habis, Laporan Ketua Audit Negara ini bukan sekadar laporan biasa tetapi ia adalah alat semak dan imbang yang memastikan dana awam diurus dengan cekap, telus dan bertanggungjawab.

Namun, laporan ini tidak bermakna sama sekali kalau tiada tindakan susulan yang drastik dapat dilakukan bagi mengatasi semua permasalahan yang ada. Oleh itu, saya menggesa semua kementerian dan agensi terlibat untuk meneliti setiap teguran dalam laporan ini dan mengambil tindakan dan langkah pembetulan yang sewajarnya. Dengan ini, Tanjong Karang mohon menyokong LKAN 2025. Sekian, terima kasih.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 12:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang pada Pasir Gudang membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Saya melihat Kerajaan Madani ini berani, bukan setakat bentang, tetapi membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Yang kita nak bahaskan ini bukan perbelanjaan pentadbiran kerajaan- kerajaan yang lalu, tetapi laporan pentadbiran kerajaan sekarang, pada tahun 2023 laporan ini.

Jadi dalam hal ini, saya tabik dan salute kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana berusaha bersikap telus. Jadi, saya memulakan ucapan saya ini dengan pujian yang ikhlas. Namun begitu, izinkan saya untuk menegur tentang agensi-agensi kerajaan, agensi Kerajaan Persekutuan ini. Saya lihat, tiap-tiap tahun perkara seperti ini berlaku. Pada tiap-

draft • 12:57 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

tiap tahun perkara seperti ini berlaku. Kerajaan rugi berbilion Ringgit untuk satu tahun sahaja.

Bagi tahun 2023, kerajaan rugi RM2.8 bilion. Tahun-tahun sebelumnya serupa macam itu juga.

Jadi, saya lihat kita bahas di Parlimen, Ketua Audit Negara bentangkan akaun ini tapi tidak ada tindakan susulan. Tidak ada nampak pihak-pihak yang bertanggungjawab ini, yang agensinya rugi itu, tidak ada didakwa di mahkamah, tidak ada tindakannya. Jadi, kalau perkara ini berterusan, lama-lama ini sudah jadi rutin biasa, normalisasi tiap-tiap tahun, rugi bilion, bilion, bilion...

draft • 12:57 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Boleh ─ boleh mohon mencelah sedikit, Pasir Gudang? Saya hanya nak sentuh satu isu yang agak baharu ini, Yang Berhormat Pasir Gudang. Pada Julai 2023, KWAP telah melabur sejumlah RM200 juta ke sebuah syarikat start-up di Indonesia panggil e-Fishery dan RM200 juta itu adalah bersamaan 2.51 peratus dalam syarikat tersebut. Baru-baru ini telah dilaporkan syarikat ini kini terlibat dalam kes penyelewengan kewangan dan dalam keadaan begitu juga dilaporkan bahawa kemungkinan besar syarikat ini kalau digulung, kita akan dibayar less than 10 cent to a Dollar. Maknanya, daripada pelaburan RM200 juta itu, mungkin kita dapat kurang daripada RM20 juta balik sahaja. Maka, saya rasa benda ini perlulah dijelaskan oleh kerajaan kepada rakyat sebab ini duit rakyat, duit pencen. Setuju tak, Pasir Gudang?

draft • 12:57 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau dan saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan itu. Jadi, telah disebut sini, ada lima agensi- top five agency yang rugi berbilion, setengah bilion ─ EPF, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Lembaga Tabung Haji, FELDA dan juga KWAP yang disebutkan, Kumpulan Wang Amanah Pencen, tapi kerana masa terhad ini, saya tidak nak bicara yang rugi saja.

Tapi ada satu perkara yang disebut dalam Jadual 2.3 Laporan Ketua Audit Negara ini, tentang MARA. MARA ini untuk tolong masyarakat Melayu. Kerajaan untukkan geran pembangunan tahun 2023 sebanyak RM2.5 bilion tapi dalam laporan ini iaitu Jadual 2.3, agensi Persekutuan yang punyai baki geran, baki geran itu banyak.

Jadi, sebanyak ─ MARA ini ada baki geran pembangunan untuk MARA tahun 2023 hampir RM2.4 bilion. Jadi, saya minta Menteri yang berkenaan dan Pengerusi MARA kena jawab. Kerajaan MADANI ini nak tolong orang Melayu.

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:57 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Lebih RM2 bilion. Satu minit saja, tapi tak dibelanjakan. Ini nak tolong peniaga-peniaga Melayu, pelajar-pelajar Melayu, tapi hasrat kerajaan untukkan wang kepada masyarakat, nak diangkat, tapi pihak agensi ini tak gunakan wang ini. Jadi, saya minta kalau ada penggulungan ini, jawab. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:57 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, selamat petang, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita sambung balik kepada perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.

Sebelum itu, saya ingin mengingatkan berkaitan tatacara. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Peraturan 35(1), 37(1)(b) hendaklah diikuti dan Perkara 36(10), ini yang selalu menimbulkan polemik. Bila ada negatif, kita expect mesti akan dibalas dengan negatif. Jadi, elakkan. Berbahas dengan hemahlah ya. Ambil maklum ya, Peraturan (10)(c), “Perkataan- perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati...” Ini di antara Yang Berhormat yang berucap dan feedback. Saya terus terang cakap, I don’t tolerate this. Kalau maksimum 10 hari itu, saya akan buat. That is my promise. Itu janji saya. Saya hendak perjalanan Dewan ini aman dan apa yang keperluan rakyat, perbincangan kepentingan rakyat, itu adalah mustahak.

Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun untuk memulakan perbahasan.

draft • 2:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* Tuan Yang di-Pertua.

Merujuk kepada Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023 yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1/2025, Jerlun mendapati terdapat agensi yang mencatat lebihan- surplus dan kerugian- defisit sama ada agensi tersebut menerima dalam bentuk geran atau pinjaman. Di sini, saya rakamkan ucapan tahniah kepada KWSP, KWAP, LPPSA, Bank Negara dan Lembaga Tabung Haji yang ada lebihan (surplus) dalam pengurusan kewangan mereka.

Di sini, saya hendak fokuskan agensi yang mencatatkan kerugian (defisit). Antaranya, Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pendapatan- RM2.199 bilion. Perbelanjaan ─ RM2.93 bilion. Berlaku defisit terbesar sebanyak RM735 juta. PR1MA Malaysia Korporat, defisit juga, RM217 juta. UiTM- RM212 juta. UMS- RM141 juta. UPM- RM128 juta. Terdapat

draft • 2:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

juga agensi yang mengalami defisit tiga tahun berturut-turut seperti UMS, UPM, USIM, Pusat Perubatan UM dan SWCorp. Saya mendapati jumlah defisit menurun kepada RM2.01 bilion daripada RM3.64 bilion pada tahun 2022. Manakala bilangan agensi pula berkurang daripada 53 pada tahun 2022 kepada 45 pada tahun 2023.

Saya hendak tanya, bagaimanakah agensi-agensi kerajaan boleh terus beroperasi jika defisit semakin meningkat sedangkan lebihan besar dicatatkan oleh beberapa buah agensi yang lain? Mengambil kira trend kerugian syarikat subsidiari agensi kerajaan yang meruncing dalam penemuan audit, apakah strategi kerajaan untuk menilai keberhasilan?

Bukan sahaja daripada segi pengawasan berterusan terhadap pengoperasian anak-anak syarikat milik agensi persekutuan, tetapi lebih penting untuk menginstitusikan akauntabiliti menerusi mekanisme pendedahan kewangan yang lebih ketat secara berkala bagi mengelakkan ketirisan dan tadbir urus kewangan di peringkat sektor awam dan GLC.

Langkah ini penting memandangkan tahap ketelusan pelaporan kewangan anak- anak syarikat kerajaan masih berada pada tahap yang rendah tanpa pendedahan kewangan yang jelas dan terperinci sehingga menyukarkan proses pemantauan secara serius.

Adakah kerajaan turut mengkaji modul baharu seperti kewujudan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) di Amerika Syarikat sebagai usaha menyusun semula agensi- agensi persekutuan dan merombak birokrasi kerajaan? Kerana, sebarang langkah rasionalisasi subsidi terhadap rakyat hanya lebih bermakna jika kerajaan dapat menoktahkan isu ketirisan dan kerugian dalam agensi kerajaan.

Selanjutnya, saya ingin menyentuh tentang...

draft • 2:34 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang Berhormat Jerlun, pencelahan.

Pasir Salak.

draft • 2:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, ya.

draft • 2:34 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih, Jerlun. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Daripada kerugian-kerugian yang disebutkan oleh Jerlun tadi, adakah Jerlun bersetuju bahawa Kerajaan MADANI harus bertanggungjawab pada setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan dan kerajaan ini mesti mengatasi masalah yang melanda? Terima kasih, Jerlun.

draft • 2:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih, Pasir Salak. Saya bersetuju apa yang disuarakan oleh Pasir Salak itu dan mohon dimasukkan menjadi sebahagian daripada ucapan saya.

Selanjutnya berkaitan dengan larangan lantikan ahli politik dalam anak-anak syarikat kerajaan. Lantikan ahli politik aktif di dalam syarikat atau agensi kerajaan perlu dikawal ketat bagi memastikan tadbir urus yang lebih baik. Ini dapat mengelakkan konflik kepentingan atau conflict of interest, dengan izin, serta memastikan keputusan yang dibuat lebih berpaksikan kepada profesionalisme dan kecekapan.

draft • 2:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soalan saya di sini. Adakah kerajaan juga bercadang untuk mengkaji semula dasar pelantikan pegawai-pegawai eksekutif dan ahli lembaga pengarah syarikat subsidiari agensi- agensi persekutuan termasuk KPI bagi setiap entiti sebagaimana sektor swasta? Ini mengambil kira lebih 117 lantikan politik di bawah Kerajaan MADANI bagi jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah dalam syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan dan badan berkanun persekutuan. Apakah status saranan supaya CEO kepada GLC dan GLIC mengisytiharkan harta kepada SPRM serta komitmen kerajaan untuk melaksanakan pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran termasuk Menteri dan Timbalan Menteri seperti yang dijanjikan sebelum ini?

Yang terakhirnya, berkaitan dengan PTPTN. PTPTN, kita tahu merupakan suatu bentuk skim pinjaman yang diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan B40 untuk melanjutkan pelajaran dan mereka diberi pinjaman. Persoalan saya, bilakah semakan semula insentif diskaun PTPTN akan dibuat?

draft • 2:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Apa kaedah yang diguna pakai untuk mengenal pasti peminjam yang benar-benar tidak mampu membayar balik supaya pengklafikasian peminjam adalah berdasarkan kemampuan kewangan dan mengikut kategori isi rumah seperti B40 ataupun M40. Ini memandangkan golongan B40 dan asnaf yang mewakili sebahagian besar penerima PTPTN, agar kelonggaran dalam bentuk penangguhan bayaran atau pelan pembayaran fleksibel dapat terus dipertimbangkan oleh kerajaan.

Akhirnya, berapakah individu yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran surat peringatan, notis tuntutan dan saman penghakiman atas kegagalan pembayaran balik pinjaman PTPTN mengikut kategori pendapatan dan pecahan kaum setakat ini?

Secara keseluruhannya saya berpandangan rasionalisasi subsidi tidak sepatutnya hanya membebankan rakyat di bawah, tetapi perlu melibatkan agensi dan syarikat subsidiari kerajaan walaupun mengalami kerugian. Dengan pelaksanaan audit yang ketat, penilaian semula elaun dan KPI serta larangan lantikan ahli politik yang aktif, ketulusan dan kecekapan pengurusan dana kerajaan dapat ditingkatkan demi kebaikan rakyat dan negara.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila gulung.

draft • 2:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 2:40 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya saya

draft • 2:41 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

ucapkan terima kerana memberi ruang untuk saya turut berbahas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Siri Pertama 2025.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya sentuh ialah berkaitan dengan baki geran pembangunan di bawah MARA berjumlah RM2.4 bilion yang berkaitan dengan geran penganjuran pelajaran, geran usahawan dan geran pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dan Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Saya mohon dijelaskan pertama, mengapakah situasi ini berlaku? Jadi, satu kerugian sumber yang tidak dimanfaatkan.

Kedua, apa usaha di peringkat MARA untuk ke depan-ke depan harilah bagi memastikan geran pembangunan ini dapat dioptimumkan, khususnya melibatkan geran penganjuran pelajaran. Dalam hal ini, saya sependapat dengan Pasir Gudang yang telah berbahas sebelum rehat tadi.

Perkara yang kedua, berkait dengan geran pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

draft • 2:41 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pokok Sena, mungkin Sik sikit mencelah boleh?

draft • 2:41 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ya, sila, sila, bagi laluan.

draft • 2:41 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Pokok Sena. Adakah Yang Berhormat Pokok Sena bersetuju bahawa reformasi Parlimen dan juga tatakelola dan tataurus kewangan negara ini bukan hanya melibatkan Laporan Ketua Audit Negara, bahkan juga melibatkan agensi lain bagi memastikan tidak ada wang rakyat yang tercicir di merata- rata.

Saya mohon mungkin Yang Berhormat Pokok Sena untuk penjelasan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang membentangkan tadi yang menyebut soal peranan PAC. Adakah Yang Berhormat Menteri bermaksud bahawa PAC telah pun melaksanakan tugas di luar peraturan-peraturan mesyuaratnya kerana disebut bahawa PAC perlu menumpukan hal-hal dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Padahal Yang Berhormat Pokok Sena, dalam Peraturan Mesyuarat 77(1) menyatakan bahawa PAC berhak untuk membuat prosiding dan penyiasatan apa-apa yang berkaitan dengan perkara yang difikirkan berkepentingan rakyat termasuk yang sekarang ini sedang dilakukan prosidingnyalah. Berkaitan kenaikan inflasi ataupun premium insurans kesihatan. Begitu juga soal pembangunan Kuala Lumpur dan juga hal-hal lain yang sudah pastilah Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Menteri perlu dengan jujur mengatakan bahawa tidak boleh ada kesangsian terhadap peranan PAC ini termasuk yang disebut PAC melakukan prosiding dengan hanya hearsay.

Ini satu, saya sebut satu serangan kepada PAC yang tak sepatutnya disebut. Semua pelaporan PAC melalui Hansard yang kita membuat melalui prosiding kita termasuklah

draft • 2:41 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

laporan FELCRA dan sebagainya. Jadi, mohon Yang Berhormat Pokok Sena untuk penjelasan Menteri. Terima kasih.

draft • 2:41 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Dato’ Seri Yang di-Pertua, masukkan pencelahan Sik dalam ucapan saya. Jadi, Menterilah yang akan beri penjelasan.

Perkara kedua berkait dengan geran, baki geran pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang dinyatakan jumlahnya di sini sejumlah RM1 bilion lebih. Saya mohon perincian betuk baki geran pembangunan di bawah NCIA ini sama ada melibatkan pembiayaan projek infrastruktur, program modal insan, perniagaan tani, pusat kecemerlangan dan kajian serta berapa peratus daripada baki geran pembangunan ini yang melibatkan negeri Kedah? Jadi, ini permohonan khusus untuk hendak tengok berapa lagi baki geran untuk negeri Kedah.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, perkara terakhir yang saya ingin hendak sentuh ialah mengenai isu kerugian yang dialami oleh agensi-agensi. Antara isu yang menarik perhatian saya ialah mengenai agensi-agensi Persekutuan yang mengalami kerugian berturut-turut dalam tempoh 2021 hingga 2023. Contohnya Universiti Malaysia Sabah, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia.

Saya kira penjelasan Yang Berhormat perlu diberikan di sini adalah geran mengurus dan pendapatan janaan sendiri seperti yuran pelajar tidak dapat menampung perbelanjaan operasi universiti. Tiga daripada lima buah agensi yang mengalami kerugian berturut-turut dengan nilai yang sangat tinggi ini adalah daripada sektor pendidikan tinggi negara.

Jadi, soalan saya, apakah langkah kementerian yang bertanggungjawab bagi mengatasi kemelut ini? Apakah impak semasa terhadap operasi universiti dengan kerugian yang mencecah puluhan malahan ratusan juta ringgit ini? Bagaimanakah langkah semasa yang diambil oleh universiti? Bagaimanakah universiti-universiti yang lain? Apakah mereka juga mengalami nasib yang sama? Kesemua ini memerlukan penjelasan yang lebih lanjut daripada kementerian yang terlibat. Mohon perhatian dan penjelasan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 2:41 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Laporan Ketua Audit Negara 2025 ini adalah satu dokumen yang amat penting yang menjadi asas kepada akauntabiliti kewangan kerajaan. Laporan ini memberikan gambaran yang jelas tentang pencapaian, kelemahan dan peluang penambahbaikan dalam pengurusan kewangan agensi-agensi persekutuan.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada Jabatan Audit Negara atas laporan yang telus dan profesional ini. Sebanyak 142 daripada 145 penyata kewangan agensi telah diaudit dan disahkan dengan 133 menerima pendapat tanpa teguran. Ini

draft • 2:47 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

menunjukkan pematuhan yang baik terhadap piawaian perakaunan. Namun ada sembilan penyata kewangan menerima pendapat diubahsuai termasuk lapan pendapat berteguran dan satu pendapat bertentangan.

Dato’ Yang di-Pertua, ini menandakan bahawa masih ada kelemahan dalam pengurusan kewangan yang perlu diperbaiki segera.

draft • 2:47 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Betong, boleh mencelah Betong, Ledang?

draft • 2:47 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato’ Yang di-Pertua...

draft • 2:47 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sikit sahaja. Terima kasih Betong, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya cuma hendak pandangan Betong bahawa dalam Dewan yang mulia ini sebenarnya kita telah luluskan pada tahun lepas di mana Jabatan Audit Negara boleh audit mana-mana syarikat yang mendapat jaminan kewangan daripada Persekutuan atau sesebuah negeri. Ini diluluskan di sini dan sama-sama kita percayakan di bawah Kerajaan MADANI diluluskan dan akhirnya sekarang Jabatan Audit Negara sudah boleh audit penyata kewangan, pelaksanaan program, aktiviti pengurusan syarikat kerajaan yang mendapat jaminan Persekutuan dan juga sesebuah negeri. Setujukah Betong akan perkara ini?

draft • 2:47 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Ledang. Ya, saya bersetuju dan mohon masukan ucapan beliau dalam ucapan saya, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara 2025 ini menggariskan beberapa isu utama dalam pengurusan kewangan agensi-agensi Persekutuan yang memerlukan perhatian segera. Jadi, saya ingin menyentuh satu sahaja daripada fokus utama audit iaitu kelemahan dalam pengurusan dana penyelidikan fundamental di universiti penyelidikan utama negara iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

draft • 2:47 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Berdasarkan dapatan audit, hanya 11.3 peratus daripada projek penyelidikan yang dilaksanakan mencapai KPI penuh. Manakala, 42.1 peratus masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa dana yang diperuntukkan kepada universiti- universiti ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan yang sepatutnya.

Dato' Yang di-Pertua, kegagalan untuk mencapai KPI ini mencerminkan kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan dan membangkitkan persoalan mengenai tahap pemantauan dan kebertanggungjawaban pihak universiti dalam menguruskan dana yang diperoleh sekiranya dana pendidikan tidak digunakan secara strategik untuk menghasilkan inovasi dan pembangunan teknologi yang berimpak tinggi kepada ekonomi negara, ia akan menjadi perbelanjaan yang sia-sia.

Dato' Yang di-Pertua, bagi memastikan dana penyelidikan di universiti ini digunakan secara lebih strategik dan berimpak tinggi, kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme

draft • 2:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

pemantauan prestasi yang lebih ketat bagi setiap projek penyelidikan yang dibiayai. Dana- dana hanya harus diberikan kepada projek yang mempunyai keberkesanan tinggi jelas dengan hala tuju yang mampu menyumbang kepada pembangunan teknologi, ekonomi dan masyarakat.

Ini amat penting Dato' Yang di-Pertua, kerana agar ia dapat memenuhi misi universiti penyelidikan ini sebagai pemacu pembangunan negara dengan menyediakan platform untuk idea, untuk penyelidikan, inovasi, kreativiti, penciptaan kekayaan dan juga peningkatan kualiti hidup. Maka, audit berkala perlulah dilaksanakan bagi projek penyelidikan di mana setiap projek yang menerima dana wajib menjalani penilaian dalam tempoh awal pelaksanaannya.

Jika sesebuah projek gagal menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan, dana boleh dihentikan dan disalurkan kepada projek lain yang lebih berpotensi. Maka langkah ini dapat memastikan hanya projek berkualiti tinggi yang menerima pembiayaan, sekali gus meningkatkan kecekapan penggunaan dana penyelidikan negara. Sebagai contoh ya Dato' Yang di-Pertua, di Jerman, sistem pembiayaan penyelidikan dikawal selia oleh agensi mereka iaitu Deutsche Forschungsgemeinschaft (DFG) di mana setiap projek penyelidikan yang diberikan dana perlu melalui audit berkala dan mempunyai matrik pencapaian yang jelas sebelum dana tambahan disalurkan.

Maka selain itu, Jerman juga menggalakkan kerjasama yang kuat antara universiti dan industri di mana syarikat swasta turut membiayai sebahagian daripada projek penyelidikan untuk memastikan hasilnya boleh dikomersialkan dan memberi manfaat ekonomi secara langsung kepada mereka. Contoh satu lagi, di Amerika Syarikat, institusi seperti National Science Foundation (NSF) dan National Institutes of Health (NIH) menetapkan struktur pemantauan yang ketat termasuk penilaian berkala oleh panel pakar bebas. Mereka juga mengamalkan sistem, dengan izin, performance-based funding di mana dana hanya akan diberikan kepada penyelidik dan universiti...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 2:50 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

...Yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan KPI yang ditetapkan. Dato' Yang di-Pertua, bagi memastikan tadbir urus kewangan agensi Persekutuan berada pada tahap yang lebih baik, kerajaan boleh perkenalkan mekanisme audit berterusan bagi semua agensi yang menerima pendapat diubahsuai dalam laporan audit. Agensi yang menerima laporan audit dan tidak memuaskan, harus diwajibkan untuk mengemukakan pelan pemulihan kewangan dalam tempoh 12 bulan dengan pemantauan ketat oleh jabatan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Machang.

draft • 2:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk mengalu-alukan para pelawat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengalu-alukan kehadiran para pelawat daripada Parlimen saya, daripada Parlimen Machang...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah pada Jabatan Audit Negara kerana melaporkan satu dapatan yang bagi saya amat menarik. Ini satu bagi saya, perkara yang bagus dan perlu kita sama-sama meraikan di Dewan Rakyat ini.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya kecewa dengan penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Beliau seolah-olah cuba merendah-rendahkan kedudukan dan peranan PAC dengan mengatakan bahawasanya PAC hanya perlu bincang apa yang LKAN telah kaji dan laporkan. Adakah Yang Berhormat Menteri tidak sedar bahawasanya punca kuasa PAC bukan hanya ada dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Selain itu, kita juga ada punca kuasa PAC daripada Arahan Perbendaharaan. Ada juga dalam seksyen 5(3)(d) Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2024, Organisasi Kementerian-kementerian, Jabatan Perdana Menteri.

Saya fikir Menteri kena baca dulu, apa sebenarnya punca kuasa PAC. Fahami dan jika tidak mahu disiasat luar daripada LKAN, tutup sajalah PAC ini. Jangan mandulkan PAC...

[Tepuk] Rakyat nak tahu. Bila bentangkan laporan LKAN baru-baru ini, kerajaan tegur berkenaan dengan kerugian KWSP dalam beberapa pelaporan di luar, tapi kerajaan tidak berani mengkaji dan menyiasat kerugian penjualan saham KWSP yang memiliki MAHB, baru- baru ini.

Hari ini saya difahamkan Yang Amat Berhormat Tambun baharu beri komen dan beliau mempertahankan penjualan saham MAHB oleh KWSP- jual murah, beli mahal. Jom kita tengok daripada segi matematiklah. Benarkah KWSP tidak rugi? Kalau kita tengok kos asal saham RM6.08. Harga jual, RM6.70. 10.3 peratus lebihlah untung. Harga beli balik, RM11. Jadinya, duit masuk ketika jual, RM62.40 sen sesaham. Duit keluar ketika beli balik, RM4.30 sesaham. Beza RM62.40 dan RM4.30, ini kan jelas...

draft • 2:54 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Machang...

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ada kerugian sebenarnya...

draft • 2:54 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mohon mencelah.

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Kepada KWSP.

Ya silakan Shah Alam.

draft • 2:54 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya. Saya nak bertanya dengan Machang.

Bila KWSP beli dengan harga RM11, dia belum jual lagi. Bagaimanakah boleh dikatakan sebagai rugi?...

[Tepuk]

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Kan saya dah kata tadi. Modal asal itu dijual dengan harga yang murah. Ada opportunity cost di situ. Kenapa KWSP dipaksa membeli dengan harga yang lebih mahal walaupun kita tahu Khazanah dan KWSP tidak pegang...

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 2:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dato’ Pengerusi...

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tidak jual saham MAHB...

draft • 2:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Standing Orders...

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mereka dapat untung bila saham MAHB naik.

draft • 2:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Standing Orders...

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi Tuan Yang di- Pertua- saya tak beri yang lain untuk kacau saya, Tuan Yang di-Pertua. This is my floor...

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan Mesyuarat 36...

draft • 2:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Peraturan Mesyuarat... [Menunjukkan buku Peraturan Mesyuarat]...

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12)...

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua...

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana-mana. Point of order. Point of Order 36(12)

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Kampar...

draft • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Machang, saya akan beri masa. Peraturan Mesyuarat.

draft • 2:54 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey.

draft • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12).

draft • 2:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya dulu, saya dulu. Lebih asas. 38(1).

“Perbahasan atas apa-apa usul, selain daripada usul hendak menangguhkan Majlis Mesyuarat, dan perbahasan atas apa-apa Rang Udang-undang atau pindaan, hendaklah berkaitan dengan usul atau Rang Undang-undang atau pindaan itu.” Setakat yang saya tahu, dalam laporan LKAN itu, sekarang tidak ada kena-mengena dengan penjualan ataupun penyahsenaraian saham-saham MAHB. Ada berkenaan dengan KWSP, tetapi itu berkenaan dengan syarikat lain. Jadi, apabila Machang berbahas tentang perkara ini, saya percaya ia tidak ada kena-mengena dengan apa yang kita bahaskan iaitu laporan LKAN. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dato’ Pengerusi. Lebih penting peraturan mesyuarat...

draft • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

draft • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya tak benarkan lagi kan? Tolong duduk. Saya...

draft • 2:54 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of Order 36 ─ 36(12).

draft • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekejap. Faham.

42 itu nyata, bagi saya bercakap dulu. Kalau saya kata boleh bercakap, bercakaplah kan sebab peraturan 42 jelas. Sekarang saya nak settle-kan apa yang Yang Berhormat Bangi bangkitkan ya. Baik.

The point of ─ peraturan yang telah dibangkitkan oleh Bangi, 38(1). Betul? Betul Yang Berhormat Bangi? Cuba buka Peraturan 36(1). Ini ada kaitan. 36(1) menyatakan subject matter tersebut sahaja.

draft • 2:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi Yang Berhormat Machang, saya buat ruling, tidak boleh ya. Kena kaitkan juga dengan Audit. Tukar ke subject matter lain. Okey, selesai. Itu keputusan saya.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar ya. Yang Berhormat, apa dia?

draft • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okay. 36(12), mana-mana Ahli yang mengeluarkan perkataan yang mengelirukan Dewan.

Tadi Machang cakap ada kerugian. EPF telah buat kenyataan, tidak ada apa-apa kerugian. Menteri Kewangan pun telah buat kenyataan dan Machang pun tahu ini opportunity cost. Opportunity cost bukan satu kerugian sebenar. Ini tidak akan dicatatkan dalam income statement KWSP.

Saya minta Machang, sila tarik balik. Ini bukan satu kerugian. Tak ada mana-mana satu akauntan atau tak akan ada mana-mana satu investor yang akan kata ini satu kerugian.

Beli RM2.50, jual RM5.00. Beli balik RM11, itu transaksi baharu. This is a long position, beli lepas itu jual, bukan jual dahulu, baharu beli. No short selling from EPF. Saya minta Machang tarik balik ada kerugian RM500 juta.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, baik. Yang Berhormat Kampar. Ini ruling saya.

Ruling saya, Yang Berhormat Kampar telah bangkitkan Point of Order 36(12) ya.

Baik. Keputusan saya, sila buat satu usul, facts kan apa Yang Berhormat telah nyatakan kerana Tuan Speaker akan melihat pada keseluruhannya ya. So, semua semuanya di rekod di dalam Hansard. Baik, itu dua keputusan saya. Yang Berhormat Machang- sebentar, bagi saya bercakap dahulu. Sebagai mana yang telah saya nyatakan tadi, subject matter Yang

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berhormat Machang bercakap tadi has to stop, buka kepada benda lain. Saya benarkan dua minit. Silakan.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Setiausaha, dua minit.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya amat berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memahami dan pertimbangan yang kami bangkitkan. Ya, saya menyentuh komentar yang dibuat oleh Menteri tadi berkenaan dengan PAC. Jadi, wajarlah perkara ini saya bangkitkan dalam perbahasan agar Laporan LKAN ini dapat benar-benar mencapai tujuannya.

Kita pun tahu apa yang sedang berlaku tentang KWSP pada hari ini melibatkan segala bentuk pelaburan yang dibuat haruslah disiasat dengan lebih terperinci oleh PAC.

Yang lebih bebas tanpa pengaruh daripada kerajaan. Jadi, saya minta PAC membantu Jabatan Audit Negara untuk memanggil EY (Ernst & Young) untuk buat forensik audit ke atas pelaburan-pelaburan yang rugi-rugi belaka oleh KWSP ini. Termasuk MAHB ya.

Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, Menteri kenalah perbetulkan balik apa yang beliau katakan tadi. Sebabnya PAC sudah siasat Laporan Ketua Audit Negara ini bertahun- tahun lamanya. Pelbagai isu, COVID-19 tentang vaksin, salah tadbir urus 1MDB. Jadi, kenapa pada hari ini tiba-tiba sahaja Menteri kata PAC janganlah sekadar siasat apa yang ada dalam laporan. Tak boleh sebegitu, Tuan Yang di-Pertua.

Bagi saya, ini tidak adil yang dikeluarkan oleh Menteri Undang-undang. Seperti ada sesuatu yang ingin disorok oleh beliau pada hari ini. Sesuatu yang mungkin menyentuh kuasa di Putrajaya. Jadi, saya harap kita perlu memperbetulkan tanggapan Menteri Undang-undang dan kita minta PAC kekal bebas, berani pertahankan hak rakyat yang mahu kebenaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Machang, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 3:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, tetapi sebelum saya bermula, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pimpinan daripada rombongan dari Sekolah Wanita yang hadir ke Dewan Parlimen pada petang ini...

[Tepuk] Jadi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Parlimen yang dihormati dan juga rakyat Malaysia yang dikasihi. Salam sejahtera dan salam mutiara. Jadi, Laporan Ketua Audit Negara 2025 yang baharu sahaja dikeluarkan telah memberi gambaran penting mengenai prestasi kewangan syarikat subsidiari kerajaan. Dilaporkan bahawa sebanyak 40

draft • 3:03 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

buah syarikat daripada lima agensi Persekutuan mencatatkan kerugian berjumlah RM2.66 bilion dengan 21 syarikat subsidiari di bawah KWSP mencatatkan kerugian paling tinggi iaitu membabitkan nilai hampir RM1 bilion. Jadi, ini menimbulkan persoalan penting tentang pemantauan kewangan dan juga keberkesanan entiti-entiti dan kesannya terhadap dana awam.

Saya berdiri di sini bukan untuk menuding jari tetapi untuk memperkukuhkan tadbir urus akauntabiliti dan yang penting, memastikan bahawa sumber negara diurus dengan penuh integriti. Rakyat diminta untuk menyesuaikan diri dengan rasionalisasi subsidi. Subsidi bahan api, bantuan makanan dan perkhidmatan awam penting sedang dikaji untuk langkah penjimatan.

Namun, agensi kerajaan yang mengalami kerugian masih terus menerima suntikan dana. Seorang penganalisis bebas yang dipetik dalam Astro AWANI dengan tepatnya menyatakan bahawa langkah subsidi ini terhadap rakyat perlu diselaraskan dengan menghentikan pembaziran oleh agensi kerajaan yang mencatat kerugian. Ini bukan bermaksud semua syarikat kerajaan harus dibubarkan, tidak.

Banyak yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi dan juga perkhidmatan awam. Namun, jika dana terus disalurkan ke dalam entiti yang gagal tanpa akauntabiliti, kita perlu bertanya. Adakah syarikat-syarikat ini benar-benar membawa nilai kepada ekonomi negara dan bagaimana jumlah RM2.66 bilion adalah satu jumlah yang besar?

Jadi, cuba bayangkan berapa banyak sekolah, hospital, projek infra luar bandar yang boleh dibiayai dengan jumlah yang telah rugi? Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan berikut. Melaksanakan kajian prestasi yang telus terhadap semua syarikat subsidiari kerajaan. Bagi mengenal pasti mana yang boleh distruktur semula dan mana yang perlu dihentikan jika tidak relevan lagi.

Seterusnya, memperkasakan mekanisme pemantauan kewangan supaya setiap Ringgit yang diperuntukkan kepada entiti ini dapat dipastikan manfaatnya kepada ekonomi dan rakyat dan akhirnya, mengamalkan pendekatan kewangan yang lebih seimbang. Di mana langkah penjimatan tidak hanya tertumpu kepada subsidi rakyat, tetapi juga ke atas agensi kerajaan yang mungkin tidak efisien.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa berusaha ke arah tadbir urus yang bertanggungjawab. Ini adalah peluang untuk memperkukuhkan komitmen kita terhadap disiplin fiskal dan juga keyakinan, kepercayaan rakyat. Penemuan Laporan Ketua Audit Negara tidak harus dilihat sebagai kritikan semata-mata, tetapi sebagai seruan kepada tindakan yang lebih berkesan. Kita mempunyai kepakaran, kepimpinan dan juga instrumen- instrumen untuk menangani isu ini dengan lebih baik. Kita perlukan sekarang adalah iaitu kesungguhan politik untuk bertindak.

draft • 3:03 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Di sini rakyat berhak mengetahui bahawa kerajaan mereka membuat keputusan yang benar-benar mengutamakan kebajikan. Jika pengorbanan perlu dilakukan, ia mesti adil, berasas dan dilaksanakan secara menyeluruh, termasuklah kepada agensi-agensi kerajaan.

Saya yakin kerajaan mempunyai keazaman politik untuk memperbaiki keadaan. Rakyat sedang memerhati dan mereka berhak mendapat jawapan.

Ketirisan tidak boleh menjadi sesuatu norma. Ketelusan bukan satu pilihan, tetapi satu keperluan...

draft • 3:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB.

draft • 3:03 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Ya.

draft • 3:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh, sikit sahaja?

draft • 3:03 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Sila.

draft • 3:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, saya ingat dalam dua tahun lepas. Apabila kita hendak bahaskan LKAN ini, pihak pembangkang, mereka ramai-ramai buat walk out, tetapi saya melihat sudah dua tahun mereka bersama-sama dengan kita untuk membahaskan LKAN ini. Jadi, setuju tak Yang Berhormat bahawa sebenarnya ini membuktikan bahawa langkah kerajaan ini, untuk membolehkan kita membahaskan LKAN ini merupakan satu langkah yang tepat yang kini diakui sendiri oleh pihak pembangkang?

Terima kasih.

draft • 3:03 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih rakan saya, Yang Berhormat Bangi. Ya, saya setuju bahawa kerajaan memang membuat sesuatu yang- ke arah sesuatu yang adil. Jadi, di sini saya rasa kita mesti- macam mana pun mesti mengambil langkah yang tegas dalam memperkasakan akauntabiliti, memperbaiki dasar dan pastikan bahawa tadbir urus kita sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan juga negara.

draft • 3:03 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, dengan tadbir urus yang kukuh, bukan sahaja Malaysia akan terus maju tetapi kepercayaan rakyat semakin padu dan juga keadilan terjamin. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Besut.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terus kepada isu yang disebut dalam LKAN.

Isu pertama ialah mengenai dengan isu tunggakan bayaran balik PTPTN.

Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit, bayaran balik pinjaman pendidikan yang tertunggak telah menunjukkan peningkatan yang bermula pada tahun 2019 sehingga 2023.

Sehingga 2023 ini, jumlah tunggakan lebih kurang RM10.8 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam, manakala bayaran balik pinjaman ini diterima hanya RM3.5 bilion.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, isu yang saya hendak nyatakan ialah dengan peningkatan tunggakan bayaran balik sejak 2019 hingga 2023 menunjukkan adalah merupakan satu kelemahan mekanisme dalam kutipan bayaran balik. Selain itu, tindakan penguatkuasaan kutipan bayaran balik juga telah dihentikan antara 2018 sehingga 2023, sebenarnya dan hanya akan dikuatkuasakan semula secara berperingkat mulai 1 Ogos 2024.

Jadi, kebergantungan PTPTN ini kepada geran kerajaan menyebabkan tekanan kepada fiskal negara. Itu penting. Jadi, soalan dan tindakan. Apakah langkah konkrit yang akan diambil oleh kerajaan ini untuk mengurangkan jumlah tunggakan bayaran balik PTPTN ini? Susah hendak sebut ini. PTPTN. Adalah orang itu sebut pelik sedikit. Yang telah mencecah RM10.8 bilion.

Apakah antara strategi baharu kerajaan untuk meningkatkan kutipan bayaran balik?

Bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memastikan PTPTN ini terus mempunyai dana mencukupi untuk pinjaman baharu kepada pelajar memandangkan tunggakan yang tinggi dan kebergantungan PTPTN kepada pinjaman institusi kewangan serta penerbitan sukuk?

Dalam Bajet 2023, kerajaan telah memperkenalkan diskaun sehingga 20 peratus untuk penyelesaian penuh, 15 peratus untuk bayaran melalui potongan gaji atau debit terus dan lima peratus bayaran aplikasi MyPTPTN. Apakah hasil sebenarnya daripada insentif ini dan adakah kerajaan bercadang untuk melanjutkan atau menambah baik mekanisme ini?

Dan yang paling penting, semasa PRU-15 dan PRU-16, parti dalam kerajaan ada pernah berjanji untuk menghapuskan hutang PTPTN ini. Namun, sehingga kini, tiada pelaksanaan konkrit dilakukan. Jadi, apakah alasan sebenar kerajaan untuk tidak menunaikan janji? Dan adakah ia masih dalam pertimbangan?

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Point of order.

draft • 3:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of Order 36(12).

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Besut. Sebentar, sebentar. Peraturan mana?

draft • 3:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12), “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Dewan dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Tadi Besut dengan jelas menyatakan ada parti politik yang telah berjanji untuk mansuhkan PTPTN pada PRU-15 dan PRU-16. Saya minta Besut kata, sebut nama parti. Parti mana yang janji untuk mansuhkan PTPTN pada PRU-15 dan PRU-16? Minta. PAS! Parti PAS yang janji.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya sudah ingatkan ya. Perkara 36(10)(c) itu. Tidak perlulah hendak menekan-nekan.

Alright? Sampaikan. Dan Yang Berhormat tidak boleh paksa apa Yang Berhormat lain, untuk bercakap apa Yang Berhormat hendak. Jika Yang Berhormat tidak puas hati, sila usulkan 17 dan 18 itu ada. Faham?...

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Bangi.

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tuan Yang di-Pertua, peraturan.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya. Peraturan, saya benarkan.

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

36(12) juga. Saya lebih asaslah. Apa yang dikatakan oleh YB Besut itu, dia kata dalam PRU-16 ada orang menjanjikan, ada parti politik menjanjikan untuk menghapuskan hutang PTPTN. Kita belum ada PRU-16. Jadi, saya harap dia tarik baliklah.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yalah, saya tersalah. Itu 15 lah.

Alahai. Itu pun hendak...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, biar saya bercakap.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

37(2) lah guna.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan 42 itu jelas. Bila saya bercakap, yang lain diam ya. Baik. Saya sendiri dengar tadi, Yang Berhormat.

Belum lagi...

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Bagi saya habis cakap. Kalau semua bercakap, caca merca lah. Baik. Dengan jelas saya di sini pun mendengar. PRU-16 lagi tiga tahun setengah ya. Jadi, saya sarankan atas keputusan saya, tarik balik yang bab PRU-16 itu. Silakan tarik balik.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yalah, adalah. Kita manusia ada tersilap. Slip tongue ada.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Jadi, Yang Berhormat, tarik baliklah ya.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya tarik balik 16, 15. 16 mungkin ada lagi janji.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat, saya bagi satu minit sahaja. Gulung dan tamat. Fasal tadi ada gangguan. Jika tiada gangguan tadi, terus.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Gangguan pun dua minit.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu minit sahaja.

Setiausaha, satu minit.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Seterusnya berkenaan dengan SWCorp ini, pengurusan sisa pepejal, menghadapi ketidakpastian terhadap keupayaan meneruskan operasi kerana bergantung sepenuhnya kepada geran kerajaan.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, kebergantungan ini meningkat daripada RM1.4 bilion pada tahun 2021 kepada 1.5 pada tahun 2023.

Jadi, isunya, SWCorp ini menghadapi isu going concern ya menunjukkan bahawa syarikat ini tidak dapat beroperasi tanpa geran kerajaan. Bergantung pada geran kerajaan semata-mata. Ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan pengurusan SWCorp itu sendiri dalam mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam secara mampan.

Jadi, soalannya dan tindakan. Laporan Ketua Audit Negara 2023 ini menunjukkan bahawa SWCorp masih bergantung sepenuhnya kepada geran kerajaan yang terus meningkat setiap tahun. Apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan SWCorp ini kepada geran kerajaan? Dengan peningkatan perbelanjaan dan juga kebergantungan kepada geran kerajaan, apakah langkah kawalan telah diambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan perbelanjaan dalam SWCorp?

Adakah kerajaan juga berpuas hati dengan tahap kecekapan dan keberkesanan SWCorp dalam menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam, memandangkan peningkatan liabiliti dan ketidakpastian operasi yang dinyatakan dalam laporan audit? Adakah kerajaan bercadang untuk menswastakan sebahagian daripada operasi SWCorp ini bagi peningkatan kecekapan pengurusan? Adakah kerajaan bercadang untuk membolehkan cukai sisa pepejal atau insentif kitar semula diperkenalkan bagi meningkatkan pendapatan SWCorp?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 3:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang diberikan kepada Padang Terap untuk membahaskan Laporan Audit Negara. Saya ingin menyentuh satu isu sahaja iaitu tentang kerugian besar syarikat agensi persekutuan.

Saya merujuk kepada Laporan Audit Negara Bilangan 1/2025 bagi Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023, Jadual 2.13 bertajuk, “Syarikat subsidiari mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut sejak 2021 hingga 2023”, iaitu syarikat FIC Properties Sdn.

Bhd. di bawah FELDA, iaitu jumlah kerugian syarikat ini ialah RM409 juta pada tahun 2021, RM399 juta pada tahun 2022 dan RM160 juta pada tahun 2023.

Dalam laporan audit ini, menyatakan syarikat FIC Properties Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh FELDA mengalami kerugian adalah kerana belanja kos kewangan pembiayaan dan penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu. FIC Properties Sdn. Bhd. adalah anak

draft • 3:18 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

syarikat FELDA Investment Corporation (FIC) yang merupakan cabang pelaburan FELDA.

Syarikat ini terlibat dalam pelbagai projek hartanah termasuk pembangunan perumahan dan komersial.

Saya ingin membangkitkan isu pegangan saham FIC Properties Sdn. Bhd. dalam sebuah syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations sebanyak 37 peratus dengan pinjaman daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM2.3 bilion. Adakah benar jumlah pelaburan yang sebesar itu hanya bernilai lebih kurang RM200 juta ketika ini berbanding nilai pelaburan RM2.3 bilion pada tahun 2016?

draft • 3:18 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Apakah status tuntutan FELDA kepada Mahkamah Timbang Tara berkenaan put option terhadap Rajawali Capital International (RCI) dan PT Rajawali Corporate (RC)?

Apakah manfaat yang telah diraih oleh FELDA setakat ini, hasil daripada pembelian saham Eagle High Plantations ini. Apakah tindakan FELDA dalam pelaburan ini demi untuk kebajikan para peneroka FELDA? Kebergantungan FELDA kepada bantuan kerajaan bukan perkara baru. Mungkin masa untuk kita melihat prestasi FELDA dapat dipulihkan mungkin agak jauh.

Saya merujuk dalam jadual 2.7, agensi Persekutuan mempunyai pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan tahun 2023 iaitu FELDA sebanyak RM0.508 billion, yang mana pinjaman daripada Kementerian Kewangan ini bertujuan untuk membayar bantuan sara hidup dan pendahuluan kepada para peneroka. Begitu juga dalam laporan ini, menunjukkan FELDA antara agensi persekutuan yang menerima geran mengurus dan pembangunan yang tinggi berjumlah RM1.678 billion dan jumlah pinjaman yang dijamin kerajaan sebanyak RM6.928 billion.

FELDA menyaksikan sudah beberapa kali pentadbiran bertukar Menteri dan pengerusi. Ditambah dengan bantuan berbillion Ringgit daripada kerajaan. Namun prestasi FELDA dilihat tidak berubah. Tahun lepas kita menyaksikan Laporan Audit Negara 2022, FELDA mengalami kerugian lebih RM1 billion tahun ini. Dalam Laporan Audit 2023, kita juga melihat kerugian anak syarikat di bawah FELDA.

Pelbagai inisiatif diadakan untuk pemulihan FELDA. Bermula dengan Kertas Putih FELDA tahun 2019, sukuk RM9.9 billion, penghapusan hutang peneroka RM8.3 billion, jaminan kerajaan ke atas sukuk RM9.9 billion dan pelbagai bantuan diumum pada setiap kali sambutan Hari Peneroka tetapi prestasi FELDA masih suram. Di mana silapnya?

Pada pandangan dan pengamatan saya, suatu button reset restart dan reformasi besar-besaran perlu dilakukan terhadap semua peringkat pengurusan FELDA. Saya juga mencadangkan agar semua kerajaan negeri yang mempunyai Tanah Rancangan FELDA di negeri tersebut agar menubuhkan sekretariat khas bagi tujuan kelestarian dan kebajikan warga-warga FELDA supaya pemantauan kepada FELDA di negeri tersebut lebih utuh, mampan dan efektif seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Johor yang menubuhkan

draft • 3:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sekretariat Khas Hal Ehwal FELDA untuk memastikan kebajikan dan kepentingan seluruh warga FELDA di negeri Johor.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ─ Padang Terap juga ingin mencadangkan penubuhan unit kawalan bebas sebagai satu langkah strategik yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan pemantauan yang telus dan bebas terhadap semua syarikat subsidiary kerajaan dan agensi. Unit kawalan bebas ini perlu berfungsi untuk mencegah sebarang unsur penyalahgunaan kuasa atau rasuah yang boleh membawa kepada ketirisan dana awam dengan mewajibkan setiap agensi dan syarikat berkaitan kerajaan memberikan laporan kewangan yang jelas, telus dan bersandarkan fakta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Audit Negara dan pasukannya atas laporan yang teliti dan menyeluruh dalam Laporan Audit Negara Bahagian Pertama 2025.

Laporan ini memberikan gambaran jelas mengenai keberkesanan pengurusan kewangan negara serta ketelusan perbelanjaan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Laporan ini juga menunjukkan beberapa pencapaian positif termasuk peningkatan dalam pematuhan prosedur perolehan serta keberkesanan program kerajaan dalam beberapa sektor utama seperti kesihatan dan pendidikan.

Namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian segera bagi memastikan pengurusan kewangan negara lebih cekap dan bebas daripada ketirisan. Antara isu yang saya bangkitkan pada petang ini, iaitu tentang status kurang memuaskan iaitu laporan mendedahkan sebanyak 1,119 projek universiti di lima universiti yang terkemuka dalam negara telah dicatatkan sebagai status kurang memuaskan pada tahun 2023, dengan melibatkan kos mencecah hampir RM148 juta.

Projek-projek ini semuanya menerima dana yang diterima melalui dana penyelidikan fundamental iaitu DBF. Dalam pada itu, hampir 151 projek telah dikategorikan sebagai bemasalah dengan kos yang menelan hampir RM24 juta. UTM pula telah mencatatkan 263 projek tidak memuaskan, USM pula dengan 261 projek. Universiti Malaya dengan 145 projek dan UPM dengan 111 projek. Dalam pada itu, USM telah mencapai tahap kemajuan projek yang baik, yang tertinggi iaitu 206 projek, bersamaan dengan 37 peratus, sebanyak RM31 juta. Manakala tahap kemajuan projek UKM memuaskan, tertinggi iaitu 200 projek iaitu hampir 30 peratus, bersamaan dengan RM25 juta.

Justeru itu, Batu Pahat ingin menegaskan adanya keperluan untuk memperketatkan mekanisme pemantauan atau mensyorkan KPT atau universiti penyelidikan yang terlibat,

draft • 3:23 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

meningkatkan pemantauan secara berkala terhadap prestasi pelaksanaan projek supaya ia dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan.

Saya ingin menyentuh juga tentang bayaran balik PTPTN. PTPTN ini perlu dikaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan dan meningkatkan pemantauan terhadap pengurusan pinjaman pendidikan. Sehingga 31 Disember 2023, tunggakan anggaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah hampir RM10.8 billion menyebabkan 1.2 juta peminjam.

Bayaran balik pinjaman pendidikan yang tertunggak juga menunjukkan peningkatan tiga per lima dari tahun 2019 hingga 2023. Oleh itu, Batu Pahat mensyorkan PTPTN ini hendaklah dikaji semula secara bagaimana mengutip balik pinjaman dan pemantauan.

Melalui aset dan harta Kerajaan, terdapat beberapa kes ketidakselarasan dalam penyelenggaraan aset Kerajaan, termasuk aset yang tidak digunakan tetapi masih direkodkan dalam perbelanjaan tahunan. Oleh itu, Batu Pahat juga mencadangkan agar setiap kementerian dan agensi kerajaan melakukan audit dalaman berkala terhadap aset mereka dan mengoptimumkan penggunaannya.

Dan mengenai juga ketelusan dan perolehan Kerajaan, terdapat isu berkaitan amalan perolehan yang tidak mengikut prosedur dan anugerah kontrak secara langsung yang tidak berlandaskan keperluan sebenar. Jadi, Batu Pahat mensyorkan agar semua proses perolehan hendaklah dipantau dengan lebih ketat terhadap penggunaan teknologi digital dan sistem e-perolehan untuk meningkatkan ketelusan.

Beberapa agensi juga masih mencatatkan kerugian walaupun menerima suntikan dana kerajaan. Kerajaan perlu memastikan bahawa GLC yang tidak menunjukkan prestasi yang baik diberikan tindakan yang sewajarnya, sama ada melalui pengstrukturan semula atau pelaksanaan strategi baharu untuk meningkatkan daya saing.

Oleh itu Batu Pahat mencadangkan, segerakan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Khas untuk meneliti secara terperinci isu-isu yang dibangkitkan di dalam laporan namun masih tindakan susulan diambil dengan segera. Dan begitu juga penggunaan teknologi digital dan juga latihan dan peningkatan kapasiti program kerajaan dalam aspek pengurusan kewangan bagi memastikan perbelanjaan dibuat dengan lebih bertanggungjawab.

Oleh itu Batu Pahat berharap tindakan segera hendaklah diambil terhadap kelemahan yang dikenalpasti ini, demi memastikan pentadbiran negara yang lebih cekap, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 3:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Mersing.

draft • 3:23 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Pertama, saya merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2023, yang menunjukkan bahawa tunggakan bayaran balik pinjaman PTPTN telah mencecah RM10.853 billion melibatkan 1.2 juta peminjam sehingga 31 Disember 2023. Ini adalah satu angka yang membimbangkan dan menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan sistem pembayaran balik serta kelestarian model pembiayaan PTPTN.

Pertama, kerangka pembiayaan PTPTN yang lebih mampan. PTPTN masih bergantung kepada pinjaman daripada institusi kewangan tempatan untuk menampung keperluan peminjam baharu setiap tahun. Kebergantungan ini tidak lestari dalam jangka masa panjang kerana ia meningkatkan beban hutang kerajaan dan menjejaskan kestabilan fiskal negara.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah usaha yang telah dilakukan bagi mewujudkan kerangka pembiayaan PTPTN yang lebih mampan. Sejauh mana kajian terhadap mekanisme pembiayaan baharu melalui perjanjian tahap perkhidmatan SLA antara IPTA dan kerajaan. Apakah jaminan bahawa mekanisme ini dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan, sekaligus mengurangkan kadar tunggakan bayaran balik.

draft • 3:28 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Kedua, ketidakwujudan insentif diskaun dalam Belanjawan 2025. Dalam Belanjawan 2025, tidak terdapat sebarang insentif diskaun bayaran balik PTPTN, berbeza dengan tahun- tahun sebelumnya yang memberi potongan sehingga 20 persen. Bilakah semakan semula insentif diskaun PTPTN akan dibuat? Apakah kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti peminjam yang benar-benar tidak mampu membayar balik dan adakah kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan kelonggaran dalam bentuk penangguhan bayaran atau pelan bayaran fleksibel kepada peminjam daripada golongan B40 dan asnaf?

Ketiga, pinjaman PTPTN untuk M40 dan T20. Difahamkan bahawa peminjam daripada kumpulan M40 hanya menerima 75 persen daripada jumlah pinjaman penuh, manakala peminjam daripada kumpulan T20 menerima 50 persen sahaja. Walaupun dasar ini bertujuan untuk memberikan keutamaan kepada golongan B40, ia menimbulkan masalah kepada keluarga dalam kategori M40 dan T20 yang mempunyai anak yang ramai dan menetap di luar bandar.

Adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula kadar pinjaman bagi M40 dan T20 agar lebih fleksibel mengikut keperluan sebenar isi rumah dan adakah kajian impak telah dijalankan terhadap keluarga yang menghadapi kesukaran kewangan tetapi tidak layan mendapat pinjaman penuh?

Keempat, tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam PTPTN. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

peminjam yang gagal membuat pembayaran balik termasuk berapakah individu yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti surat peringatan, notis tuntutan dan saman penghakiman.

Apakah pecahan peminjam yang dikenakan tindakan ini berdasarkan kategori pendapatan dan kaum? Kita harus memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan ini tidak membebankan peminjam terutamanya mereka yang masih bergelut dengan kos sara hidup dan kadar pengangguran yang tinggi.

Kedua, isu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Dato’ Yang di-Pertua, Lembaga Pertubuhan Peladang merupakan antara lima agensi yang mendapat peruntukan pembangunan tertinggi bagi tahun 2023 dengan jumlah sebanyak RM1.754 bilion. Ini adalah satu jumlah yang besar dan rakyat berhak mengetahui bagaimana peruntukan ini dimanfaatkan.

Oleh itu, saya ingin bertanya. Pertama, apakah bentuk projek atau program yang telah dilaksanakan dengan dana tersebut? Bagaimanakah keberkesanan program-program ini dalam meningkatkan taraf hidup peladang dan memperkukuh sektor pertanian negara?

Lebih membimbangkan, laporan menunjukkan bahawa sebanyak RM1.112 bilion peruntukan pembangunan yang diterima oleh LPP tidak dibelanjakan. Ini menimbulkan tanda tanya, mengapa peruntukan ini tidak digunakan? Apakah langkah kerajaan bagi memastikan peruntukan ini dimanfaatkan dengan lebih cekap supaya tidak berlaku pembaziran akibat ketidakcekapan pengurusan dana. Jika dana tidak dapat dimanfaatkan mengapa peruntukan yang begitu besar diluluskan dalam belanjawan? Ini menunjukkan kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan dan akhirnya merugikan para peladang dan institusi pertanian negara.

Ketiga, isu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Dato’ Yang di-Pertua, LKIM telah menerima Sijil Ketua Audit Negara dengan penarafan pendapat diubah selama tiga tahun berturut-turut sejak 2021. Ini adalah satu isyarat jelas bahawa terdapat kelemahan serius dalam pengurusan kewangan dan tadbir urus LKIM. Oleh itu, saya ingin bertanyakan apakah punca sebenar yang menyebabkan LKIM terus menerima penarafan ini? Adakah ketidakpatuhan terhadap prosedur kewangan atau kelemahan dalam kawalan dalaman yang masih berlarutan? Bagi mengelakkan perkara ini dari terus berulang, apakah langkah- langkah pembetulan yang sedang dan akan diambil?

Bagi langkah jangka pendek, adakah kerajaan telah menjalan audit dalaman lebih ketat serta menambah baik sistem pematuhan perbelanjaan dan pengurusan aset LKIM?

Bagi langkah jangka panjang, apakah reformasi struktural yang akan dilakukan bagi memastikan LKIM mematuhi piawaian kewangan dan tadbir urus yang lebih ketat? Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berusaha Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh secara khususnya kepada laporan audit berkaitan dengan lima agensi persekutuan mengalami kerugian berturut-turut tertinggi sejak tahun 2021 hingga 2023, khususnya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang kita maklum bahawa pusat perubatan ini adalah institusi perubatan bawah badan berkanun dalam kampus Universiti Malaya sejak 1962. Kalau kita lihat kerugian pada tahun 2021, RM33.44 juta, kemudian 2022, RM50.94 juta dan pada tahun 2023 meningkat kepada RM61.3 juta.

Menurut Laporan Audit, pendapatan caj rawatan pesakit tidak dapat menampung perbelanjaan operasi telah menyebabkan PPUM mengalami peningkatan kerugian setara sebanyak RM61.3 juta pada tahun 2023 berbanding RM50.9 juta pada tahun 2022. Apakah kerangka kawal selia bagi memastikan supaya sebarang kerugian yang ditanggung tidak dijadikan sebagai justifikasi untuk menaikkan caj rawatan pesakit. Memandangkan pada Januari 2025 baru-baru ini, PPUM telah mengumumkan caj baharu dengan peningkatan hampir 233 peratus bagi fi rundingan susulan doktor perubatan kepada RM50 berbanding RM15.

Manakala harga konsultasi bagi klinik am dinaikkan kepada RM15 berbanding dengan RM5 sebelum ini. Isunya adalah pertimbangan bagaimana kenaikan caj ini untuk menampung kepada kerugian yang dialami dan juga bagaimana kenaikan caj siling juga mungkin akan memberi kesan kepada masyarakat ataupun pesakit.

Kita juga mendengar baru-baru ini, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) memaklumkan beberapa hospital swasta di negara ini berisiko dikeluarkan daripada senarai panel insurans dalam tempoh terdekat ekoran kegagalan memenuhi permintaan syarikat insurans untuk memberikan diskaun terlalu tinggi terhadap caj rawatan pesakit. Malah hospital swasta yang tidak lagi berada dalam senarai panel insurans juga tidak akan menerima surat jaminan daripada syarikat insurans. Situasi ini akan menyebabkan pesakit terpaksa membuat bayaran sendiri terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan insurans, sekiranya ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta terbabit.

Justeru, selain daripada langkah-langkah interim yang bersifat piecemeal, apakah pendekatan jangka panjang kerajaan untuk menyelesaikan rungutan pemegang polisi akibat kenaikan kadar premium insurans dan takaful, lebih-lebih lagi mengambil kira inflasi rawatan perubatan serta peningkatan kos penjagaan kesihatan melalui perkhidmatan fee for service yang sebahagian besarnya dibiayai perbelanjaan dari poket mereka sendiri. Adakah kerajaan juga berhasrat untuk mempertimbangkan keperluan menyemak perundangan sedia ada untuk mengawal lonjakan caj rawatan hospital swasta di sebalik keuntungan lumayan yang dijana oleh hospital swasta saban tahun.

Saya juga melihat bahawa – bagaimana peranan kerajaan untuk melihat satu kawalan kepada third party administration yang menunaikan bayaran daripada panel kepada

draft • 3:34 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

klinik-klinik ataupun hospital-hospital swasta selain daripada insurans-insurans ini. Saya juga nak bertanya, sejauh manakah keberkesanan ataupun sejauh manakah status diagnosis- related group (DRG) yang dikatakan akan dibangunkan, yang akan memberikan kesan kepada kos-kos rawatan terutamanya yang ada impaknya kepada third party administration yang saya sebutkan tadi. Begitu juga dengan syarikat insurans yang meletakkan premium yang agak tinggi pada hari ini walaupun mereka mendapat keuntungan yang besar pada tahun yang lepas.

Sejauh manakah keberkesanan mekanisme seperti diagnosis-related group dapat mengawal kos perubatan serta perolehan ubat generik berpatutan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan. Adakah kerajaan juga telah mengkaji semua komitmen perjanjian dengan syarikat-syarikat farmaseutikal bagi memastikan perolehan ubat-ubatan ini terkawal?

Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 3:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 3:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di-Pertua.

Saya mohon izin juga untuk membahas isu Laporan Ketua Audit Negara. Terutamanya laporan yang telah dibentangkan di muka surat 19 dan muka surat 112, melibatkan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang. Saya bangun kerana saya merupakan pesuruhjaya dan juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

draft • 3:39 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bertemakan Hinduism, a way of life, Yang di-Pertua, dengan izin dalam bahasa Tamil.

[Berucap dalam bahasa Tamil] Bermaksud, Hinduism, a way of life. Saya bersama-sama dengan pengerusi-pengerusi yang lain iaitu timbalan pengerusi, Yang Berhormat Senator Dr.

Lingeshwaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam bersama-sama dengan Dr. Vishanthini a/p Kanasan, Yang Berhormat Kumaresan a/l Aramugam, Yang Berhormat Kumaran a/l Krishnan, Yang Berbahagia Datuk Dhinagaran a/l Jayabalan yang merupakan Pengerusi MIC Negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato’ Parthiban a/l Sanderasaggram, Puan Jagruti B. Upadhyaya, Encik Sundraraj a/l Thannimalay, Encik Dinesh a/l Nagan, Encik Shanmuganathan a/l Govinda Konal, Encik Chandra Mohan a/l Krishnan telah menjadi Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu daripada 30 Ogos 2023.

Saya di sini menerima baik laporan dan teguran yang telah dibuat oleh Audit Negara terhadap pengurusan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang dan ingin saya nyatakan di sini bahawa perkara-perkara yang dilaporkan untuk diperbetulkan telah pun diselaraskan.

Perlu saya akui bahawa sebelum saya menjadi pengerusi, saya juga telah menjadi pesuruhjaya biasa dalam Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang tetapi saya ketika itu hanya menjadi pesuruhjaya biasa dan saya tidak merupakan pengerusi ketika itu.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Walaupun demikian, saya menyambut baik dengan teguran-teguran yang telah dibuat oleh Audit Negara berkenaan dengan pengurusan Lembaga Wakaf Hindu dan langkah-langkah yang Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang dan langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil untuk memastikan bahawa segala tatakelola, prosedur- prosedur, SOP-SOP untuk memastikan ketelusan dalam pengurusan dana Lembaga Wakaf Hindu akan kita patuhi.

Di sini, saya ingin menyatakan bahawa sejak tahun 2008, ketika Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang ini ketika itu telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, kita telah menerima dana sebanyak RM1.5 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ketika itu, Yang Berhormat Bagan merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selepas itu sekarang, kita menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja dan daripada Kerajaan Persekutuan, kita tidak menerima sebarang dana kecualilah pada tahun 2019 di mana ketika itu, Kerajaan Pakatan Rakyat telah menghulurkan bantuan dana daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM700,000 di mana Yang Berhormat Bagan merupakan Menteri Kewangan dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih.

Di kesempatan ini, saya ingin menyatakan bahawa Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang akan akur kepada Laporan Ketua Audit Negara dan menerima baik perbahasan yang diadakan pada hari ini kerana kita perlukan akauntabiliti. Sebab itu, saya memberi penekanan bahawa Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang perlu menjadi seorang Ahli Parlimen ataupun seorang Senator supaya perkara ini bila dibahaskan, boleh dibawa kepada perhatian Ahli Parlimen ataupun kepada Dewan Senat supaya sekiranya berlaku apa- apa perkara yang tidak sepatutnya berlaku, perkara itu boleh diperbahaskan dan diperbetulkan dan akauntabiliti Lembaga Wakaf Hindu juga boleh dipertahankan.

Kami juga sedia untuk menerima apa-apa teguran, sekiranya berlaku apa-apa kekurangan ataupun ketidakpatuhan dalam prosedur. Di sini, saya juga ingin menyatakan bahawa kesemua Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu yang bertugas sekarang, untuk makluman Yang di-Pertua, bertugas secara sukarela tanpa menerima sebarang elaun. Kalau sebelum tahun 2023, kami dibayar elaun RM200 kalau hadir mesyuarat. Selepas itu di atas permintaan semua — Tuan Yang di-Pertua, saya mohon masa sedikit kerana saya merupakan pembahas terakhir.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, silakan.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya berterima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk isu-isu melibatkan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang diperbahaskan di Dewan yang mulia ini. Selepas 2023 pada bulan Ogos ketika kita mengambil alih, semua pesuruhjaya telah membuat keputusan bahawa kami akan berkhidmat secara sukarela tanpa menerima sebarang elaun daripada Lembaga Wakaf

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hindu dan apa-apa elaun yang bakal diterima oleh kami disumbangkan kembali kepada Lembaga Wakaf Hindu untuk digunakan bagi kebajikan masyarakat Hindu di Pulau Pinang.

Baru-baru ini, saya mengambil maklum bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberi sumbangan. Saya menyambut baik dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Kuil Batu Caves sempena sambutan Thaipusam. Memang kehadiran beliau adalah sesuatu yang amat memberangsangkan. Tahun depan, saya menjemput Yang Amat Berhormat PMX kalau boleh, ke negeri Pulau Pinang pula kerana Pulau Pinang juga sambutan Thaipusam nya amat meriah.

Pada masa yang sama, di mana pengurusan Batu Caves telah menerima RM2 juta.

Saya juga memohon supaya dana yang sama, kalau boleh diberikan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang kerana terdapat ketelusan di mana segala wang yang diberikan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang itu akan kita teliti dan nyatakan dalam Laporan Audit Negara yang bakal dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa selepas saya mengambil alih sebagai pengerusi, saya juga telah di atas permintaan masyarakat Hindu di Pulau Pinang, mengadakan satu internal audit oleh sebuah firma audit yang berwibawa, yang bertauliah.

Kami telah mendapati bahawa telah berlaku beberapa salah laku oleh pengurusan sebelum ini memandangkan saya juga merupakan salah seorang Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu, saya mengambil tanggungjawab untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana saya telah menyatakan pendirian saya. Sekiranya saya sendiri telah melakukan apa-apa salah laku, saya sendiri boleh diambil tindakan dan saya sedia untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi.

Malangnya Tuan Yang di-Pertua, walaupun laporan SPRM telah dibuat, ada seorang executive director yang telah ditahan untuk siasatan dan pengerusi yang lama juga telah dipanggil untuk disiasat dan saya juga telah memberi percakapan saya. Sehingga hari ini, dukacitanya dimaklumkan, tidak ada sebarang tindakan lanjut. Maka, saya menuntut.

Sebagai seorang pengerusi yang bertanggungjawab, masyarakat Pulau Pinang terutamanya beragama Hindu, ada pihak-pihak tertentu yang melakukan demonstrasi Yang di-Pertua, di luar rumah Tuan Yang Terutama Tun pun mereka yang melakukan demonstrasi mengatakan bahawa siasatan SPRM ini adalah sesuatu perkara yang tidak berasas langsung.

Jadi, permintaan saya kepada Menteri dan Kerajaan Persekutuan dan kepada SPRM adalah memang kami mendapati bahawa ada salah laku dan kami telah melaporkan perkara ini kepada pihak SPRM. Maka, saya menuntut...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh Yang di-Pertua. Saya mohon supaya pihak SPRM mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dan saya mohon kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, supaya Kerajaan Persekutuan memberi sumbangan dana seperti yang telah dipohon oleh saya. Terima kasih Yang di-Pertua di atas peluang yang telah diberikan.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau mengikut rekod di sini, seramai 19 orang telah berbahas. Maka, tiba masanya untuk Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Seramai 18 orang, bukan 19 telah membahas Usul Laporan Ketua Audit Negara dan ini masa untuk Menteri-menteri menjawab. Kementerian yang pertama, saya mempersilakan Menteri atau Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab. Masa diberi, tujuh minit. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:40 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian. Sebelum saya meneruskan penggulungan perbahasan ini, terlebih dahulu saya ingin nak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, di atas penglibatan dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025, Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2025 di Dewan yang mulia ini.

Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan dan institusi Parlimen dalam memperkukuhkan tatakelola, mengelakkan ketirisan yang merugikan negara serta memastikan tadbir urus sektor awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

draft • 3:49 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2025 yang telah berlangsung pada hari ini, seramai dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Pokok Sena telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengajukan pertanyaan isu, cadangan dan pandangan berkenaan hal-hal di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan isu mengenai baki geran pembangunan di bawah MARA. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa komited dalam memastikan tatakelola serta tadbir urusan korporat MARA dan anak syarikat yang baik diamalkan dari semasa ke semasa.

Berkenaan isu baki geran yang masih tidak dibelanja berjumlah RM2.392 juta, RM0.86487 bilion. Baki tersebut merupakan komitmen perbelanjaan bagi projek-projek

draft • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

pembangunan di peringkat pelaksanaan dan akan dilunaskan pembayaran berdasarkan prestasi pelaksanaan projek merujuk kepada butiran seperti berikut:

(i) Geran Pembangunan Tertunda sebanyak RM715,530,342;

(ii) Geran Penganjuran Pelajaran Tertunda sebanyak RM1.590,200,467.59 atau singkatan RM1.59 bilion;

(iii) Geran Pembiayaan Perniagaan Tertunda RM22,255,511 dan dana lain sebanyak RM64,100,167; dan

(iv) akhirnya berjumlah RM2.392 bilion.

Geran Pembangunan Tertunda berjumlah RM715,530,342 adalah merupakan komitmen perbelanjaan bagi projek pembangunan yang di peringkat pelaksanaan dan akan dilunaskan pembayaran berdasarkan prestasi pelaksanaan projek berkenaan. Geran Penganjuran Pelajaran Tertunda berjumlah RM1.59 bilion adalah merupakan komitmen MARA bagi program penganjuran pembelajaran yang akan dilunaskan berdasarkan tempoh pengajian pelajar berkenaan. Maksudnya kelulusan penajaan tidak dibayar terus. Ia dibayar berdasarkan semester ataupun berdasarkan peringkat-peringkat yang telah ditetapkan.

Manakala geran pembiayaan perniagaan tertunda berjumlah RM22,255,000 adalah merupakan jumlah komitmen pembiayaan perniagaan bagi lima program pembiayaan di bawah MARA iaitu PUTRA, PUTEK, MISA, ProSPEC dan DanaNITA yang sedang dilaksanakan. Ini juga bermaksud pembiayaan keusahawanan di bawah MARA tidak dibayar secara terus tetapi berfasa-fasa mengikut prestasi keusahawanan berkenaan.

Manakala berkenaan dengan dana-dana lain yang berjumlah RM64,100,167 merupakan komitmen MARA bagi tujuan pelaksanaan program, projek peruntukan khas bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan, Institusi Pendidikan MARA dan peruntukan bagi PENJANA TVET, Program Baik Pulih Pusat Tahfiz dan juga Program Galakan Eksport Bumiputera. Namun begitu, setakat 31 Disember 2024, baki geran selepas pelunasan dan pelarasan geran adalah berjumlah RM269.22 juta.

MARA sentiasa mengoptimumkan peruntukan penganjuran pelajaran yang diluluskan oleh pihak kerajaan. Geran penganjuran pelajaran berjumlah RM2 bilion setahun adalah untuk menaja seramai 60,000 orang pelajar MARA yang merangkumi 40,000 untuk pelajar sedia ada dan 20,000 untuk pelajar baharu.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu- isu berkaitan tanggungjawab KKDW dalam Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2025. Segala pandangan, teguran, cadangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat akan diberi perhatian yang serius dan diterjemahkan ke dalam tindakan yang berkesan demi membela kepentingan warga pendesaan.

KKW komited untuk segera menangani setiap isu yang dibangkitkan dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelemahan yang telah dikenal pasti supaya tidak berulang.

draft • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan prinsip ketelusan, kami akan terus memperkukuhkan tatakelola serta tadbir urus kementerian dengan penuh integriti tanpa kompromi terhadap sebarang salah laku ataupun ketirisan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri KKDW. Kementerian seterusnya yang akan menjawab, saya mempersilakan Menteri atau Timbalan Menteri, Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab selama 10 minit.

draft • 3:50 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat petang dan salam sejahtera, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara LKAN 1/2025 berkaitan Penyata Kewangan Agensi Persekutuan bagi tahun 2023.

Perbahasan yang konstruktif dan pelbagai sudut pandangan yang diberikan mencerminkan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap pengurusan kewangan negara, terutamanya dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti serta keberkesanan perbelanjaan di dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan. Dalam konteks ini, kementerian ingin mengambil peluang untuk memberikan penjelasan terhadap beberapa isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat yang pertama dari Mersing. Beliau telah menyentuh berkaitan dengan agensi Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah Kementerian Pertanian, di mana Lembaga Pertubuhan Peladang merupakan antara lima agensi yang mendapat peruntukan pembangunan yang tertinggi bagi tahun 2023 dan Yang Berhormat telah bertanya, apakah bentuk projek ataupun program yang dilaksanakan?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyaluran geran yang diterima oleh LPP sepanjang tahun berjumlah RM1.754 bilion adalah terdiri daripada peruntukan geran pembangunan tahunan, peruntukan akaun khas dan peruntukan Skim Insentif Tanaman Padi atau SITP. Geran pembangunan untuk tahun 2023 yang diterima oleh LPP adalah sebanyak RM74.1 juta, di mana geran ini digunakan bagi menampung 18 program pembangunan yang telah diluluskan.

Antara program pembangunan yang dilaksanakan adalah yang pertama, Pemerkasaan Usahawan Peladang atau juga dikenali sebagai Rise Up. Yang kedua, pengukuhan dan pemodenan mekanisasi dan automasi pertanian. Yang ketiga adalah Geran Padanan Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana. Selanjutnya LPP telah disalurkan peruntukan khas sebanyak RM107.3 juta.

draft • 3:56 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Peruntukan khas ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Akaun Khas LPP dan Peruntukan Kerjasama Strategi. Akaun khas LPP adalah peruntukan yang diterima oleh LPP selain daripada peruntukan geran pembangunan bagi tujuan program-program tambahan yang dilaksanakan oleh LPP. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti usahawan tani, IPR-INTAN Putrajaya, program Pengukuhan Keterjaminan Makanan dan Insentif Benih Padi Sah.

Bagi peruntukan kerjasama strategi pula peruntukan ini disalurkan kepada LPP melalui kerjasama daripada kementerian, jabatan atau agensi di mana LPP merupakan agensi pelaksana yang juga agensi pembayar bagi pihak berkaitan.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:56 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Antara program kerjasama strategik yang dilaksanakan seperti Program Kebuniti dan Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan 2023. Manakala baki sebanyak RM1.57 bilion yang disalurkan adalah merupakan peruntukan Skim Insentif Tanaman Padi yang merupakan peruntukan terbesar yang disalurkan kepada LPP.

Peruntukan ini bukan peruntukan pembangunan LPP tetapi program kementerian yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi dan pendapatan pesawah, selain mengurangkan kos pengeluaran padi yang perlu ditanggung oleh pesawah serta memodenkan aktiviti tanaman padi dengan penggunaan baja berkualiti tinggi. Di bawah skim ini, LPP memainkan peranan yang penting selaku agensi pelaksana dan pembayar.

Yang Berhormat Mersing juga ada bertanya bahawa sebanyak RM1.12 bilion peruntukan pembangunan yang diterima, difahamkan tidak dibelanjakan dan ada tanya kenapa ini terjadi dan kenapa peruntukan tersebut tidak dibelanjakan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2023, Geran Pembangunan LPP masih berbaki RM24.9 juta.

Baki ini merupakan komitmen model yang sedang berjalan pada tarikh penutupan akaun LPP dan telah diselesaikan pada tahun berikutnya. Manakala baki peruntukan khas LPP dan kerjasama strategik masih berbaki RM87.6 juta. Salah satu baki adalah merupakan insentif benih padi sah tahun 2023 dan bayaran ini akan dibuat berdasarkan tuntutan oleh pihak pembekal mengikut kuota masing-masing.

Seterusnya, baki peruntukan Skim Insentif Tanaman Padi adalah sebanyak RM999.2 juta. Sebahagian besarnya adalah baki untuk bayaran SITP bagi musim kedua tahun 2023 yang telah selesai dibayar pada tahun 2024. Selain daripada itu, bagi tuntutan perubahan harga ataupun variation of price ke atas kontrak pembekalan input pertanian baja di bawah SITP oleh NAFAS, untuk tempoh 15 September 2021 hingga 31 Disember 2023, kelulusan untuk pembayaran hanyalah diperolehi pada bulan Disember 2024.

Sebanyak RM339.9 juta telah diluluskan dan dibayar oleh LPP pada tahun 2024 dan jumlah ini dibayar menggunakan baki yang sedia ada di LPP. Tambahan juga, bagi kelulusan pembekalan luar kontrak oleh NAFAS bagi tempoh 1 Julai hingga 14 September 2021,

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

kelulusan diperolehi pada bulan November 2024 untuk dibayar menggunakan baki SITP tahun 2023. Jumlah kelulusan adalah sebanyak RM176.4 juta. Pembayaran yang telah diselesaikan oleh LPP pada tahun 2024 adalah sebanyak RM158.9 juta. Manakala baki sebanyak RM17.4 juta masih dalam tindakan tuntutan oleh pihak pembekal.

Yang Berhormat Mersing juga ada menyentuh agensi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, juga satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan ada tanya di mana LKIM adalah satu-satunya agensi persekutuan menerima Sijil Ketua Audit Negara dengan penarafan pendapat diubahsuai selama tiga tahun berturut-turut sejak 2021.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penarafan pendapat diubahsuai selama tiga tahun ini adalah berkaitan dengan kesilapan perekodan dan pengiktirafan item dalam penyata kewangan. Walau bagaimanapun, pelarasan telah dilakukan dalam penyata kewangan bagi tahun 2024. Bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, LKIM telah mengambil beberapa tindakan proaktif yang melibatkan jangka pendek dan jangka panjang iaitu bagi tindakan jangka pendek:

(i) memperkemaskan prosedur aset dan SOP lain yang berkaitan LKIM dengan mengadakan beberapa sesi libat urus dengan bahagian-bahagian atau unit yang terlibat agar pelaksanaan tugas dapat dijalankan dengan cekap dan teratur;

(ii) menyenaraikan tarikh siap kerja bagi setiap projek pembangunan LKIM bagi memastikan semua aset-aset LKIM didaftarkan dan disusut nilaikan;

(iii) mempertingkatkan pemantauan kemajuan kerja setiap projek pembangunan LKIM bagi menangani isu-isu setiap projek LKIM siap;

(iv) pengiraan gantian cuti rehat yang diselaras dengan mengambil kira formula pengiraan discounted present value di dalam penambahbaikan sistem perakaunan sedia ada; dan

(v) mengadakan latihan dan kursus pemakaian piawaian perakaunan sektor awam Malaysia kepada pegawai-pegawai kewangan LKIM.

Manakala bagi tindakan langkah jangka panjang, kita yang pertama akan menaik taraf sistem perakaunan yang sedia ada kepada sistem perakaunan versi terkini dan yang kedua, mengadakan kursus-kursus kewangan dan perakaunan secara berterusan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing.

Soalan yang seterusnya telah diajukan oleh Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat ada di dalam Dewan?

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ada.

draft • 4:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Sekiranya tidak ada Yang di-Pertua Speaker, saya melihat masa saya pun hampir habis. Saya minta izin untuk menjawab Yang Berhormat Tumpat secara bertulis.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik.

draft • 4:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Dengan itu, saya mewakili Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengucapkan terima kasih sekali lagi atas perhatian yang diberikan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Sekian dan terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Ekonomi untuk menjawab selama lima minit.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Pertama 2025, Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023.

Berdasarkan sesi perbahasan yang telah berlangsung, hanya Yang Berhormat Pokok Sena yang telah berbahas berkaitan perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Ekonomi. Berdasarkan LKAN, NCIA mempunyai baki geran pembangunan sebanyak RM1.044 bilion dan pelunasan tahun 2023 sebanyak RM0.170 bilion.

Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan berkaitan pecahan projek di bawah NCIA mengikut jenis dan peratusan baki geran yang melibatkan negeri Kedah. Secara keseluruhan, projek di bawah NCIA mengikut jenis projek adalah 21 projek infrastruktur, 19 program modal insan, 4 perniagaan tani, 6 pusat kecemerlangan dan 6 kajian. Daripada RM1.044 bilion, 41 peratus merupakan projek infrastruktur di negeri Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Ekonomi terus komited untuk memastikan pematuhan tatacara kewangan dan prosedur penggunaan lebihan dana pembangunan bagi program projek yang melibatkan pihak berkuasa koridor supaya sebarang penggunaan lebihan dana pembangunan yang melibatkan peruntukan pembangunan pihak berkuasa koridor mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan.

Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PA3.2 mengenai Penyediaan dan Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan, bermula tahun 2024, sebagai menambahbaikkan pengurusan dana pembangunan, penyeluruhan dana hanya dibuat mengikut suku tahun dan mengikut keperluan. Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena yang telah membangkitkan isu berkenaan perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Ekonomi.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:07 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Ekonomi. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab selama lima minit.

draft • 4:07 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Kementerian Perpaduan Negara, cuma seorang saja yang membahas berkenaan isu Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang iaitu Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong telah pun dengan jelasnya, sepanjang ini telah pun menceritakan sedikit sebanyak latar belakang wakaf Hindu ini dan terima kasihlah atas input daripada Yang Berhormat

draft • 4:09 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Apa yang menjadi masalah di bawah LKAN 1/2025 adalah dikatakan salah nyata kewangan-kewangan semenjak daripada 2021 lagi, di bawah Geran Tabung Kebajikan dan Pelajaran bersamaan dengan peruntukan di bawah pejabat dan pengurusan. Maka, saya difahamkan, oleh itu sehingga tahun 2023, pendapatan tabung kebajikan telah terlebih nyata seperti yang tercatat dalam laporan tersebut.

Susulan pengambilan alih pentadbiran Lembaga Wakaf itu pada 1 September 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Jelutong sendiri dan berdasarkan keputusan mesyuarat Lembaga itu pada 24 Mei 2024, pihak pengurusan Lembaga telah diarah untuk menyelaraskan semula perkara ini berdasarkan keupayaan kewangan Lembaga menggunakan baki peruntukan perbelanjaan mengurus Lembaga tersebut. Maka, pelarasan peruntukan ini telah pun diselesaikan pada 27 Ogos 2024 tahun lalu.

Betul, YB Jelutong?

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul, Menteri.

draft • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Maka, selesailah pelarasan semua yang tercatat dalam Laporan Kewangan Audit itu. Juga, prosedur kewangan yang baharu telah pun diperinci pada 1 Januari 2024 bagi memastikan pengurusan Lembaga adalah mematuhi tatacara kewangan sewajarnya. Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma, sebelum Menteri berundur. Sebelum ini Menteri telah maklumkan ― tadi saya tidak berkesempatan untuk memaklumkan kerana masa. Kalau Yang di-Pertua boleh benarkan, satu minit sahaja.

Dalam pertemuan kami, kunjungan hormat kami ke atas Menteri bersama-sama dengan Timbalan Menteri, saya masih ingat lagi gambar dengan kalung malai yang ada di sini...

[Sambil menunjukkan gambar dalam telefon pintar] Yang kita jumpa. Kami juga telah mengemukakan surat secara rasmi daripada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang iaitu pada 16 Januari 2024.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, logiknya adalah seperti ini. Kalaulah kita memberi sumbangan kepada kuil di Batu Caves ― saya menyambut baik sumbangan kepada kuil di Batu Caves.

Tetapi, kuil di Batu Caves tidak memberi sebarang laporan kepada Ketua Audit Negara.

Walhal, Lembaga Wakaf Hindu, setiap satu sen yang dibelanjakan oleh kami akan disenaraikan dan diperincikan dalam Laporan Audit Negara.

Sebab itulah saya merayu dengan penuh takzim, kalau boleh Kerajaan Persekutuan dan saya ― berita ini adalah berita hangat. Kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi perhatian kepada masyarakat Hindu memang diterima baik dan pemberian dana di Batu Caves ini adalah sesuatu berita yang diterima baik di Pulau Pinang.

So, saya juga turut merayu dan saya memberi aku janji bahawa setiap satu sen yang disumbangkan oleh Kerajaan Malaysia MADANI akan kita perincikan dan pastikan wang ini yang diberikan secara ikhlas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sampai ke akar umbi, terutamanya masyarakat Hindu untuk memastikan kesemua perkara-perkara yang melibatkan mereka dibela.

Yang di-Pertua, saya mohon mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri ada hendak respons apa-apa?

draft • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

[Menggeleng]

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tidak ada. Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi untuk menjawab selama 15 minit. Ada banyak isu, Yang Berhormat Menteri. Pendidikan tinggi ― maaf. Bukan, pengajian tinggi.

draft • 4:10 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi penghargaan dan keprihatinan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 1 Tahun 2025 pada kali ini. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, saya ingin mengucapkan terima kasih juga atas laporan yang disediakan bagi membantu pihak kementerian untuk membuat semakan-semakan ke arah pembaikan.

Daripada 19 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara ini yang berbangkit di bawah Laporan Ketua Audit Negara, seramai sembilan orang telah menyentuh berkenaan kementerian ini secara spesifik. Oleh itu, izinkan saya menjawab dan mengulas perkara-perkara yang diutarakan sepanjang tempoh perbahasan pada hari ini.

Untuk makluman, kerajaan mengekalkan pemberian geran mengurus tahunan kepada semua universiti awam. Kaedah penyaluran geran mengurus ini adalah berasaskan kepada keperluan emolumen universiti awam dan siling inidikatif (SI) anggaran perbelanjaan mengurus tahunan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Penyaluran ini berlaku

draft • 4:14 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

sebanyak empat kali setahun sepertimana ketetapan yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan 1.2 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

Sebelum itu, saya ingin juga memaklumkan, apabila laporan yang menyatakan bahawa universiti rugi, istilah rugi itu saya telah merujuk semula kepada Ketua Audit Negara kerana saya ingin mendapat maklumat yang lebih jelas, tetapi apa yang dimaklumkan kepada saya sebenarnya dalam laporan itu tidak menyebut perkataan ‘rugi’ sebenarnya. Cuma, mungkin media menggunakan istilah ‘rugi’ kepada universiti. Dan saya juga telah pun membuat kenyataan balas bahawa, pada asasnya, IPTA-IPTA ini bukanlah sebuah agensi perniagaan.

Untuk makluman, kerajaan menampung 100 peratus keperluan emolumen sahaja bagi universiti penyelidikan iaitu UM, UPM, UKM, UTM dan USM. Manakala bagi universiti bukan penyelidikan pula, kerajaan menampung seratus peratus keperluan emolumen dan sebahagian keperluan non-emolument bagi tujuan pengoperasian universiti seperti penyelenggaraan dan pembaikan kecil, perhubungan dan utiliti serta sewaan. Selebihnya, kos-kos lainnya adalah ditampung menggunakan sumber dalaman universiti masing-masing melalui aktiviti penjanaan pendapatan mereka.

Sumber dalaman adalah penting bagi menampung perbelanjaan bukan emolumen yang tidak diperuntukkan sepenuhnya di bawah geran mengurus agar kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas. Sehubungan dengan itu, seperti yang telah pun saya sarankan juga kepada semua pihak, termasuklah universiti awam untuk meningkatkan penjanaan pendapatan melalui sumber-sumber lain termasuk melalui wakaf, endowment dan zakat.

Justeru, selaras dengan dasar mengurangkan kebergantungan universiti awam terhadap dana kerajaan, KPI penjanaan pendapatan bagi tahun 2025 telah dinaikkan daripada 35 ke 40 peratus bagi universiti penyelidikan dan daripada 20 peratus kepada 25 peratus bagi universiti bukan penyelidikan.

Perlu difahami juga bahawa surplus atau defisit dalam penyataan kewangan universiti awam merujuk kepada lebihan atau kurangan dalam pendapatan berbanding perbelanjaan. Pendapatan utama universiti adalah daripada sumber geran kerajaan dan yuran pelajar, manakala perbelanjaan adalah terutamanya untuk menampung perbelanjaan emolumen.

Dato’ Yang di-Pertua, YB Rasah dan YB Betong ada membangkitkan mengenai tahap kemajuan projek penyelidikan lima universiti ataupun research university yang telah diberi peruntukan tambahan selain kesukaran RU mendapatkan graduan selepas PhD untuk menjadi graduate research assistant. Dalam perkara ini, universiti awam telah diminta untuk mengenal pasti projek-projek yang mempunyai isu untuk dipantau dengan lebih dekat secara holistik supaya pada akhirnya projek tersebut boleh selesai dengan mencapai KPI dan objektif yang ditetapkan.

draft • 4:14 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Berhubung isu RU sukar mencari lepasan PhD menjadi GRA, antara usaha yang dilaksanakan oleh universiti-universiti untuk menarik minta GRA ataupun graduate research assistant ini ialah dengan mengadakan jerayawara dengan mengenal pasti pelajar yang cemerlang untuk jadi feeder sebagai GRA dan insentif penerbitan melalui penyelia.

Manakala dalam hal yang berkaitan dengan Universiti Malaysia Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna, untuk makluman Yang Berhormat, iaitu UMS sama seperti universiti awam yang lain, selaku badan berkanun, memperolehi peruntukan terhad berbanding dengan keperluan perbelanjaan sebenarnya. Perlu difahami bahawa universiti awam bukanlah agensi yang beroperasi bermotifkan keuntungan atau business institution. Justeru, peruntukan yang diterima oleh UMS ini sebenarnya adalah untuk tujuan emolumen dan sebahagian perbelanjaan utiliti sahaja.

draft • 4:14 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Perbelanjaan selebihnya adalah ditanggung melalui penjanaan pendapatan atau sumber dalaman. Bagi YB Tanjong Karang pula membangkitkan tentang hal Pusat Perubatan Universiti Malaya iaitu berhubung kerugian yang dihadapi oleh PPUM. Salah satu punca utama ialah hampir 90 peratus peruntukan yang diterima daripada kerajaan dan digunakan untuk perbelanjaan emolumen kakitangan. Ini menyebabkan baki peruntukan yang ada tidak mencukupi untuk menampung kos perkhidmatan operasi.

Untuk makluman, 70 peratus pesakit yang menerima rawatan di PPUM tidak dikenakan caj. Pesakit-pesakit yang tidak dikenakan caj ini adalah termasuk kakitangan kerajaan, pesara dan tanggungan, pihak awam negeri, badan berkanun negeri, badan berkanun persekutuan, pihak berkuasa tempatan, orang kurang upaya, penderma darah, pelajar sekolah dan kumpulan bersasar. Kekurangan sumber pendapatan dari sektor pesakit ini menyebabkan PPUM perlu bergantung kepada penjanaan sumber dalaman dan juga hasil bukan pesakit. Untuk makluman, bermula Ogos 2023, staf BPP dan BPT telah dikenakan caj dan kos rawatan boleh dituntut dari majikan masing-masing.

Yang Berhormat Kuala Langat turut membangkitkan hal yang sama dan untuk makluman, PPUM telah pun menyediakan kemudahan untuk pembelajaran, latihan, penyelidikan, pembelajaran pascaijazah dan perkhidmatan perubatan dalam menjalankan fungsi sebagai hospital pengajar universiti di bawah KPT. Rasionalisasi kadar caj ini bukan berasaskan keuntungan, sebaliknya pelaksanaan itu selaras dengan usaha PPUM meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan hospital khususnya untuk memastikan penjagaan yang terbaik kepada pesakit selain kemampanan kewangan PPUM.

Seterusnya, hal yang dibangkitkan berkaitan dengan PTPTN. Ini merupakan satu hal yang mendapat perhatian semua kalangan, yang dibangkitkan oleh YB Tumpat. Kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan peminjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman. Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif

draft • 4:20 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

yang dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam terutamanya mereka yang menghadapi kesukaran dalam membuat bayaran balik pinjaman seperti berikut:

(i) memohon penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan;

(ii) penstrukturan ataupun penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam; dan

(iii) bayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian untuk memberi ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya serta memperoleh pendapatan yang stabil sebelum memulakan bayaran balik.

Sehubungan dengan itu, suka saya menasihatkan mana-mana peminjam yang menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka, untuk tampil atau hadir berunding di mana-mana cawangan PTPTN di seluruh negara bagi mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi.

Yang Berhormat, kementerian sememangnya sentiasa memastikan kursus-kursus akademik yang ditawarkan oleh UA adalah relevan dan terkini. Dalam hal ini, UA perlu menjalankan analisa keperluan (need assessment) melalui Kod Amalan Akreditasi Program

(Code of Practice for Programme Accreditation) dengan izin, yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum sesuatu program diberi pertimbangan untuk penawaran.

Ini adalah selari dengan ketetapan standard COPPA.

Bagi kursus pengajian yang bernaung di bawah badan profesional, penawaran kursus pengajian yang berkaitan hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jawatankuasa teknikal bersama bagi memastikan kursus pengajian yang ditawarkan memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Kementerian turut menitikberatkan penglibatan pihak industri dalam membangunkan kurikulum kursus pengajian baharu dan menjajarkan semula kurikulum kursus pengajian sedia ada bagi memenuhi keperluan industri dan teknologi semasa.

YB Jerlun pula bertanya mengenai semakan semula insentif diskaun PTPTN dan kaedah mengenal pasti peminjam yang benar-benar tidak mampu membayar balik serta bilangan peminjam PTPTN yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atas kegagalan bayaran balik pinjaman mereka. Pada masa ini tiada insentif diskaun yang diberikan kepada peminjam dan ianya adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan PTPTN dan kerajaan.

Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang membuat penyelesaian penuh lebih awal, akan menikmati rebat atas ujrah yang dikenakan.

PTPTN sentiasa berusaha untuk membantu peminjam dalam mencari kaedah terbaik bagi urusan pembayaran balik pinjaman mereka. Terkini, PTPTN telah melancarkan kempen LESTARIPendidikan merangkumi inisiatif yang dirangka untuk meringankan beban peminjam iaitu PTPTN #BolehBincang. Peminjam boleh berbincang atau berunding untuk pelan

draft • 4:20 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka.

Melalui kempen ini, PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran bayaran balik yang lebih mudah, cepat dan selamat. Saluran tersebut disediakan untuk membantu dan memudahkan para peminjam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan dengan bayaran balik pinjaman.

Selain itu, beberapa peminjam PTPTN yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atas kegagalan bayaran balik pinjaman PTPTN. Sehingga akhir Januari 2025, sejumlah 2.1 juta notis peringatan telah dikeluarkan kepada peminjam yang gagal melaksanakan bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tindakan ini juga telah berjaya menarik peminjam untuk berunding dengan PTPTN.

Bagi peminjam yang tidak menghiraukan notis ini, tindakan yang lebih tegas akan diambil berdasarkan SOP yang telah ditetapkan. Sehingga akhir Januari 2025, sejumlah 2.1 juta notis peringatan telah dikeluarkan kepada peminjam yang gagal melaksanakan bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kita mengharapkan kepada mereka akan segera datang ke pihak PTPTN bagi mengadakan perbincangan dengan pihak PTPTN.

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Mersing dan juga Yang Berhormat Batu Pahat juga bertanya mengenai PTPTN. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan insentif diskaun telah meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman. Walau bagaimanapun, kos yang ditanggung juga adalah tinggi. Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan inisiatif tersebut sebaliknya melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara konsisten. Dengan pelaksanaan semula tindakan penguatkuasaan bayaran balik bermula Oktober, terdapat impak yang positif. Kita mengharapkan supaya semangat untuk membayar balik ini dapat diteruskan oleh para peminjam sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat...

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri, Menteri.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Yang telah mengambil bahagian...

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri, sedikit Menteri.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Dalam perbahasan...

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh bagi laluan sedikit?

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Bagi saya habis ayat dulu, lepas itu saya bagi dekat YB.

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Bahagian dalam perbahasan Titah Diraja serta menyentuh perkara-perkara berkaitan pendidikan tinggi pada sidang kali ini.

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, Menteri ya. Kita tahu bahawa peminjam PTPTN ini susah saya hendak sebut sikit. PTPTN, okey. Jadi, nampak macam pinjaman kepada mereka yang memerlukanlah. Maknanya daripada keluarga miskin kebanyakan, yang sederhana.

Jadi, kalau ikut janji seorang pemimpin sebelum ini, semasa beliau pembangkang, dia mengutuk kerajaan dulu. Kerajaan BN dulu, Kerajaan PN sebelum ini. Dia kutuk macam- macam. Memalukanlah, apa semua kerana tidak boleh memberi PTPTN secara free dan juga pengajian free. Ini yang saya hendak tahu, ada tidak cadangan untuk ke arah ini?

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, terima kasihlah Yang Berhormat dan Yang Berhormat pun jangan lupa yang sebahagian itu, suara itu juga datang daripada Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tapi datang, tapi tidak mengutuk.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut.

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini masalah memalukan...

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sudah YB Besut.

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Kerajaan sebelum ini...

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Apa pun Yang Berhormat...

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Memalukan. Itu yang...

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut, YB Besut.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ikut suara itu datang dari sebelah sana dulu.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut.

draft • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berjanji satu hal, berjanji satu hal...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berjanji biasa berjanji tapi mengutuk masalahnya.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Besut, duduk. Amaran pertama ya.

Jangan bangun tanpa minta kebenaran dahulu.

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Steady Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sama juga Jelutong.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Ketawa] Terima kasih Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah. Seterusnya saya jemput — Terima kasih ya YB Menteri Pendidikan Tinggi. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selama 10 minit YB.

draft • 4:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI. Kementerian KPKT menyambut baik pembentangan dan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen. Kerajaan MADANI adalah kerajaan pertama yang membenarkan Laporan Ketua Audit Negara di bentang dan dibahaskan, tidak pernah berlaku dalam sejarah. Inilah semangat reformasi.

Selain daripada itu, kita juga memperkenalkan Prime Minister Question Time

(PMQT), ini pun pertama kali dalam sejarah. Minggu depan kita akan saksikan sekali lagi Kerajaan MADANI mencipta sejarah di mana kita akan pinda Perlembagaan Persekutuan untuk memperkenalkan Akta Perkhidmatan Parlimen supaya doktrin pengasingan kuasa, benar-benar diamalkan menjadikan Malaysia sebuah negara yang demokrasi yang subur.

Inilah kerajaan reformasi dari rakyat untuk rakyat dan demi rakyat.

Saudara Yang Berhormat, di mana bagi terus memperkasakan usaha reformasi institusi di mana kita perbahasan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan agensi adalah penting sebagai elemen semak dan imbang bagi memastikan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan berkaitan telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mentransformasikan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara serta ekspektasi rakyat.

Sebelum melanjutkan penggulungan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tanjong Karang, Jerlun, Betong, Besut telah membahaskan isu yang membangkitkan dalam laporan tersebut berkaitan dengan Penyata Kewangan SWCorp dan PR1MA.

Bagi meneruskan sesi, saya jawab perbahasan di mana untuk makluman pertama, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang digubal di bawah Perkara 71(1) dan Perkara 80(2) Perlembagaan Persekutuan telah diwartakan pada 30 Ogos 2007 yang telah berkuat kuasa mulai 1 September 2011 di tujuh buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Penggubalan Akta 672 adalah untuk memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi pengawalan serta pengawalseliaan perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal terkawal serat pembersihan awam. Ini memberikan kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PSPPA. Selaras dan pengambilalihan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam oleh Kerajaan Persekutuan, satu perjanjian tripartite tiga pihak antara Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT telah ditandatangani bagi tempoh 22 tahun mulai 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2033.

draft • 4:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Berdasarkan Perjanjian Tripartite, PBT perlu membuat sumbangan bagi Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mengikut nisbah 60:40 dan kegagalan membuat sumbangan tersebut akan dianggap sebagai hutang PBT kepada Kerajaan Persekutuan.

KPKT melalui SWCorp sedang merangka strategi mengurangkan kebergantungan kepada geran Kerajaan Persekutuan. Antaranya pertama, meningkatkan kutipan sumbangan PBT menerusi sesi libat urus setiap bulan.

Kedua, KPKT akan mengadakan sesi libat urus untuk memastikan PBT membayar sumbangan pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam secara khusus dari kutipan cukai taksiran.

Ketiga, kita akan start mengkaji cadangan pemotongan peruntukan tahunan kepada PBT yang gagal menyalurkan sumbangan untuk digunakan bagi menyelaraskan bayaran yang tertunggak.

Keempat, melaksanakan kajian kemungkinan pelaksanaan direct building kepada pemilik premis seperti yang termaktub dalam Seksyen 30(1), Akta 672 di mana KPKT juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus melabur dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara, selaras dengan sustainable development goals agenda dan ini adalah tanggungjawab sosial kerajaan yang amat penting kepada rakyat.

Seterusnya bagi menjawab perbahasan berkaitan dengan Penyata Kewangan PR1MA yang dibangkitkan oleh Betong dan Jerlun iaitu penerimaan Sijil Berteguran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya sejak dari permulaan operasi pada tahun 2013, PR1MA telah berjaya memperoleh Sijil Tanpa Teguran audit bagi penyata kewangan daripada Ketua Audit Negara bagi 10 tahun berturut-turut.

Sijil kali ini, Sijil Berteguran ini adalah disebabkan oleh perbelanjaan yang tidak diperakaunkan, selaras dengan standard perakaunan. Walau bagaimanapun, tindakan pelarasan mengikut piawaian perakaunan telah diambil dalam Penyata Kewangan Tahun 2024. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan PR1MA, pelbagai strategi telah dirangka dan dilaksanakan untuk merangkumi aspek pembangunan, permohonan geran dan juga jualan iaitu pertama membangunkan projek baharu melalui usaha sama strategik dengan elemen pulangan yang bersesuaian seperti Projek Bandar Mini PR1MA Teluk Intan, Teluk Kumbar dan Residensi Brickfields 2.

Kedua, membangunkan tanah-tanah milik PR1MA sedia ada di seluruh negara yang akan memberikan pulangan yang lebih tinggi. Ketiga, membuat permohonan geran daripada kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan semasa melalui permohonan peruntukan geran pembangunan dan mengurus di bawah bajet tahun KPKT bagi projek-projek yang akan datang.

Setakat Disember 2024, PR1MA telah mencatat kutipan jualan sebanyak RM8.7 bilion melalui penjualan 44,830 unit rumah di seluruh negara. Ini bermakna, PR1MA telah

draft • 4:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

mempunyai aliran tunai yang kukuh melebihi RM1 bilion semenjak tahun 2019. Aliran tunai yang kukuh ini membolehkan PR1MA meneruskan aktiviti operasi dan pembangunan.

Walau bagaimanapun, PR1MA telah merekodkan defisit bagi tahun 2023. Ini sebab utama adalah kerana PR1MA memberikan diskaun dan rebat RM2.8 bilion kepada rakyat kita dalam kadar pemilikan perumahan di kalangan rakyat yang berpendapatan pertengahan. Itu adalah kerana kita laksanakan tanggungjawab sosial, social housing am. Ia juga disebabkan oleh tanggungan kos tambahan bagi pembayaran ganti rugi tertentu dan ditetapkan serta kenaikan harga bahan (variation of price). Selain itu PR1MA turut menanggung kos kewangan yang tinggi daripada pinjaman sukuk yang dijamin oleh kerajaan.

Kini, PR1MA turut berusaha memperkukuhkan operasinya melalui strategi dan perancangan pembangunan seperti berikut:

(i) melaksanakan model perniagaan yang lebih berkesan seperti model perniagaan secara usaha sama yang dipacu oleh jualan untuk pastikan kelestarian operasi;

(ii) membina 8,000 unit rumah setiap tahun untuk tempoh 10 tahun akan datang dengan sasaran keuntungan sebanyak RM25,000 seunit;

(iii) pembangunan ataupun penjualan dengan izin, monetisation tanah- tanah milik PR1MA sedia ada untuk tingkatkan aliran tunai serta kelestarian kewangan;

(iv) melaksanakan pembelian bahan binaan secara pukal untuk mengurangkan kos keseluruhan pembangunan; dan

(v) membangunkan projek baharu atas tanah milik PR1MA untuk maksimumkan nilai aset dan hasil jualan serta melaksanakan projek strategik kerajaan termasuk Bandar MADANI dan juga Program Residensi Rakyat.

Strategi-strategi yang dilaksanakan untuk meningkatkan jualan rumah PR1MA, kita yakin dengan pelbagai langkah yang sedang dilaksanakan, kita akan bakal memastikan supaya PR1MA tetap kekal, cekal serta lestari pada masa yang akan datang.

Maka Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 Tahun 2025. Sebagaimana yang telah dibentangkan, KPKT mengambil perhatian serius terhadap semua teguran dan cadangan yang teklah dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara.

Usaha pembaikan telah dan akan terus dilaksanakan untuk pastikan setiap kelemahan yang dibangkitkan dapat diatasi dengan segera dan juga berkesan.

Selain itu, langkah-langkah proaktif juga sedang diambil untuk meningkatkan tahap

draft • 4:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

kecekapan dan ketulusan dalam semua aspek pengurusan kedua-dua agensi ini bagi memastikan pengurusan kewangan di kedua-dua agensi dilaksanakan teratur, cekap, penuh bertanggungjawab demi manfaat rakyat dan negara. KPKT komited menjalankan tugas dan amanah dengan sebaik-baiknya selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI demi tanah air kita yang tercinta.

draft • 4:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Maka, akhir kalam Tuan Yang di-Pertua, saya menepati masa dan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang suci kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam. Semoga bulan yang mulia ini akan memberi sepenuh rahmat untuk kita semua agar lebih tawaduk dan komited dalam melaksanakan amanah kepada nusa dan bangsa. Sekian, terima kasih. Amar makruf nahi mungkar.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Menteri Kewangan II untuk menjawab selama 12 minit.

draft • 4:40 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebentar tadi. Seramai 18 orang Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Semua pandangan dan teguran dan cadangan yang diberi amatlah dihargai.

Kementerian Kewangan ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat kepada analisa Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan peningkatan lebihan semasa, selepas cukai dan zakat melibatkan 97 agensi iaitu daripada RM55.8 bilion pada tahun 2022 kepada RM73.9 bilion pada tahun 2023. Daripada 22 ke 23.

Antara Agensi Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan dengan lebihan semasa tertinggi yang menyumbang kepada pencapaian pada tahun 2023 ialah:

(i) KWSP, RM41.3 bilion;

(ii) KWAP, pada RM9.6 bilion;

(iii) Bank Negara, RM7.2 bilion;

(iv) LPPSA, RM3.1 bilion.

Semasa perbahasan tadi, Yang Berhormat Tebrau membangkitkan berhubungan kerugian pelaburan melibatkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Untuk makluman, 15 daripada 17 syarikat subsidiari KWAP merupakan syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan sebagai medium pelaburan hartanah di dalam dan di luar negara.

draft • 4:40 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tujuan penubuhan SPV ini adalah untuk memindahkan risiko-risiko berkaitan pelaburan daripada KWAP kepada SPV selain dapat mengoptimumkan hasil pelaburan luar negara termasuk melalui struktur modal yang berkesan daripada segi perspektif cukai.

Umumnya, jumlah kerugian dicatat tujuh syarikat subsidiari pada 2023 ialah RM80 juta.

KWAP kategorikan kerugian ini kepada tiga kategori iaitu pertama, struktur modal. Kedua, kemerosotan nilai hartanah komersial 100 Cheapside di UK dan penurunan kadar penghunian tahunan Menara Capsquare, Kuala Lumpur.

Kategori pertama iaitu struktur modal merupakan punca kerugian bagi lima syarikat subsidiari iaitu Prima Harta 3 (Lux) iaitu hartanah gudang logistik. Kedua, Prima Harta U

(Jersey) limited, hartanah komersial. Ketiga, Prima Harta 4 (Jersey) limited, hartanah penginapan pelajar. Keempat, Prima Harta 5 (Jersey) limited, hartanah komersial. Kelima, Prima Harta 6 (Jersey) limited, hartanah gudang.

Prima Harta 3 (Luxembourg) merupakan SPV yang didaftarkan di Luxembourg.

Namun, aset dimiliki sebenarnya merupakan gudang logistik Zalando di negara Jerman.

Penubuhan SPV ini dilaksanakan di Luxembourg atas kecekapan struktur untuk mempertimbangkan cukai dan pelaburan tersebut dibiayai melalui pinjaman pemegang saham, shareholder loan daripada KWAP.

Berhubungan dengan kerugian yang dicatatkan oleh Prima Harta 3, ia diakibatkan bayaran faedah atas pinjaman kepada KWAP yang merupakan sebahagian daripada pulangan atas pelaburan tersebut. Jika dikeluarkan bayaran faedah kepada KWAP, asas aset gudang tersebut menunjukkan keuntungan operasi nilai semasa gudang ialah EUR132 juta iaitu 40 peratus lebih tinggi daripada harga belian iaitu EUR92 juta.

Selanjutnya, bagi empat lagi syarikat subsidiari Prima Harta yang lain yang didaftarkan di Jersey sebenarnya menunjukkan merujuk kepada hartanah di United Kingdom.

SPV didaftar di Jersey atas pertimbangan percukaian dan pelaburan ini juga dibiayai melalui pinjaman daripada KWAP. Ingin saya mengesahkan bahawa setiap aset hartanah yang berkaitan sebenarnya menjana keuntungan di peringkat KWAP.

Penstrukturan modal subsidiari KWAP tersebut dibuat supaya meningkatkan kecekapan daripada perspektif cukai selain untuk meningkatkan pulangan pelaburan kepada KWAP. Dengan cara senangnya, kalau seseorang itu melabur, dia dapat dividen daripada ekuiti ataupun dia dapat pulangan faedah kalau dia bagi shareholder loan. Kalau kita campur keduanya ialah dikira total return daripada investment yang dibuat. Bila kita kira profitability, ia tidak merujuk kepada pulangan faedah kerana itu bila dimasukkan pulangan faedah, sebenarnya aset-aset ini adalah positif.

Kategori kedua ialah kerugian hartanah komersial 100 Cheapside di United Kingdom.

Di bawah syarikat Prima Harta 5 (Jersey) dan Prima Harta 5 (Jersey) limited, disebabkan kemerosotan nilai hartanah yang berlaku akibat kenaikan faedah sehingga menyebabkan kejatuhan nilai saksama hartanah di seluruh UK pada tahun 2021 sehingga 2023. Prestasi

draft • 4:40 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kewangan Prima Harta (Jersey) 5 telah menunjukkan pemulihan dengan penghunian tinggi iaitu mencapai 99.6 peratus dan telah mencatat keuntungan pada tahun 2024.

Kategori ketiga, kerugian di Menara Capsquare di bawah Capsquare Tower Sdn Bhd disebabkan penurunan kadar penghunian. Susulan itu, KWAP telah mengambil langkah melantik agen pemasaran luar bagi meningkatkan kadar penghunian bangunan dan memperkenalkan kadar sewaan yang lebih baik, lebih kompetitif untuk menarik penyewa baharu.

Walaupun Menara Capsquare menghadapi masalah kadar penghunian yang rendah, nilai semasa 2024 sebanyak RM505 juta iaitu lapan peratus lebih tinggi daripada harga belian RM466.8 juta. Aset-aset pelaburan hartanah lain yang dipegang oleh KWAP merekodkan kadar penggunaan yang baik dan memberi pulangan bersih yang positif. Pengurusan KWAP sentiasa memantau prestasi syarikat subsidiari yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun menyentuh hal berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mencatat defisit semasa RM735 juta pada 2023. Kekurangan tersebut bukan sesuatu kerugian untuk membimbangkan tetapi berbangkit berikutan keputusan Kementerian Kewangan mengurangkan penyaluran fee agensi kepada LHDN, daripada RM3.2 bilion pada tahun 2022 kepada RM2.1 bilion pada tahun 2023.

Langkah MOF dibuat setelah mengambil kira kedudukan reserve tunai LHDN yang mencukupi untuk membiayai sebahagian perbelanjaan LHDN pada tahun 2023. Bagi permulaan tahun 2023, LHDN mempunyai baki awal tunai berjumlah RM1.12 bilion. Dengan itu, jumlah defisit tahun 2023 ini dapat ditampung melalui sumber dalaman tanpa menjejaskan pengoperasian LHDN dari segi keperluan tunai.

LHDN juga masih mempunyai lebihan terkumpul yang positif sebanyak RM104.55 juta dan nilai aset bersih sebanyak RM279.66 juta pada 31 Disember 2023. MOF bertanggungjawab untuk menguruskan kedudukan aliran tunai negara dan memastikan keperluan tunai LHDN mencukupi bagi menjamin kelangsungan pengoperasian LHDN dan mencukupi untuk memenuhi tugasan mencapai sasaran kutipan cukai negara.

Yang Berhormat Bukit Bendera, Kampar, Pendang telah membangkitkan soal berkaitan KWSP. KWSP telah mengkategorikan kerugian yang dialami oleh sembilan subsidiari ini kepada tiga kategori juga. Kategori pertama, sama seperti saya nyatakan bagi KWAP iaitu struktur modal.

draft • 4:40 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pemilihan aset yang tepat serta struktur modal bersesuaian, termasuk pinjaman pemegang saham kepada subsidiari adalah antara yang diambil kira dalam pelaburan.

Melalui pinjaman pemegang saham yang diberi kepada subsidiari, KWSP mendapat pulangan pelaburan dalam bentuk faedah yang bersifat hemah percukaian (tax efficient).

Oleh kerana keuntungan diambil setelah kos faedah, ini menyebabkan syarikat subsidiari mengalami kerugian untuk tahun 2023. Syarikat subsidiari di bawah kategori ini

draft • 4:50 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

termasuklah Kwasa Europe, syarikat pegangan pelaburan hartanah pelbagai sektor di Belanda, Poland, Germany, Perancis dan United Kingdom di sektor logistik pejabat dan peruncitan.

Naungan Sentosa Sdn. Bhd, syarikat pegangan pelaburan hartanah dalam Bukit Bintang City Center dan MF BBCC Lalaport. Ketiga, Kwasa Utama Sdn. Bhd, syarikat pembangunan hartanah di Kwasa Damansara, termasuk Ibu Pejabat KWSP dan sebuah bangunan runcit. Keempat, Kwasa Singapore Duo Private Limited, syarikat pegangan pelaburan hartanah perhotelan di Singapura iaitu Hotel Sofitel.

Kelima, Common Icon Sdn. Bhd., pegangan pelaburan hartanah bagi Menara Axiata di KL Sentral. Nilai pasaran keseluruhan aset di bawah Kwasa Europe berjumlah Euro2.75 bilion iaitu 26 peratus lebih tinggi daripada kos perolehan sebanyak Euro2.18 bilion. Begitu juga dengan kuasa utama dengan nilai hartanah sebanyak RM433.13 juta melebihi kos pelaburan berjumlah RM370.2 juta.

Bagi subsidiari Naungan Sentosa Sdn. Bhd, KWSP telah mengambil langkah- langkah yang perlu untuk meningkatkan kadar pengunjung dan penghuni di outlet komersial di Kompleks Beli Belah Lalaport. Baru-baru ini juga turut dilancarkan Tuah 1895 sebagai komponen kulinari dan gaya hidup di kawasan tersebut. Pelaburan KWASA Singapore (Duo) Private Limited melibatkan komponen perhotelan di dalam Guoco Tower Singapore.

Selain itu, terdapat juga komponen residensi dan komersial melalui syarikat subsidiari Kwasa Singapore Solo, KWASA Singapore (Trio). Bagi tahun 2023, KWSP mencatat pulangan sebanyak RM16.26 juta melalui faedah dan RM19.1 juta melalui bentuk dividen.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri, satu minit sahaja lagi.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Nilai saksama pelaburan ini adalah lebih tinggi iaitu berjumlah hampir RM1 bilion juta berbanding RM800 juta sebelum ini. Jadi dari segi dasarnya, kalau kita tengok daripada pelaburan KWSP, treatment yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara tidak mengira faedah yang dipulangkan melalui pegangan saham KWSP. Bila dimasukkan hartanah-hartanah ini, masih positive operationally. Mungkin satu perkara saya nak ambil kesempatan. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengesahkan kepada YB Kampar yang tiada kerugian dicatat oleh KWSP berhubungan dalam urusan MAHB. Dengan itu, YB Kampar tak payahlah letak jawatan.

draft • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada jawapan Menteri. Jadi, sah di sini, di Dewan sini kita boleh mengumumkan secara sah KWSP tidak ada kerugian RM500 juta dalam penjualan saham MAHB. Ini semua rekaan ciptaan daripada Ayer Hitam dan saya minta Ayer Hitam hari ini dia bagi penjelasan kepada Speaker.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, Yang Berhormat Kampar...

draft • 4:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya rasa jawapan sudah ada. Saya minta dia tarik balik dan minta maaf.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey, tak apa, biar saya habis ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan ini.

Kesemua cadangan yang dikemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diteliti oleh Kementerian Kewangan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang beragama Islam. Sekian, salam sejahtera, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya, saya menjemput Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I untuk menjawab isu berkenaan dengan FELDA untuk lima minit, Yang Amat Berhormat.

draft • 4:50 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama menzahirkan penghargaan atas ruang dan kesempatan yang diberikan untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025, Penyata Kewangan Agensi Persekutuan, khususnya yang terkait dengan FELDA.

Saya mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Padang Terap yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengajukan pertanyaan membangkitkan isu cadangan serta pandangan berkenaan hal-hal di bawah FELDA ini. FELDA sangat komited dalam memastikan pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat yang telus serta bertanggungjawab. FELDA mengambil maklum dapatan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan akan terus melaksanakan penambahbaikan serta berterusan bagi memperkukuhkan aspek tadbir urus serta kecekapan operasi.

Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa laporan itu memperlihatkan kerugian. Faktor utamanya adalah disebabkan oleh penjejasan nilai saham di Bursa Efek Indonesia. Kita ketahui bahawa perkembangan keputusan prosiding timbang tara di antara FICP dan dua entiti Kumpulan Rajawali yang telah mendapat keputusan yang dikeluarkan pada 14 Jun 2024 oleh Panel Penimbang Tara Antarabangsa atau Arbitral Tribunal yang berpengalaman dan dilantik tertakluk kepada Peraturan SIAC.

Tribunal ini telah memberi keputusan memihak kepada FICP dan mengarahkan salah satu dari dua atau yang keduanya, RCI dan RC, untuk menjalankan tanggungjawab di bawah code option yang telah diberikan oleh tribunal berkenaan dengan membeli kembali saham Eagle High Plantations (EHP) pada harga dan kadar yang telah dipersetujukan oleh FICP.

draft • 4:54 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

FELDA dan FICP sentiasa tetap dengan pendirian bahawa hak put option FICP adalah sah dan amat berpuas hati bahawa tribunal juga secara muktamadnya menegakkan pendirian tersebut di dalam award yang telah diterbitkan oleh tribunal. Bagi mematuhi Peraturan-peraturan SIAC dan juga mengambil kira tanggungjawab FICP di bawah Peraturan SIAC, butiran lebih terperinci tidak dapat diberikan lagi buat masa ini.

Setakat ini, FELDA masih belum dapat manfaat daripada pelaburan ini kerana FELDA masih mempunyai tanggungan pinjaman GOVCO mengikut tempoh pinjaman yang ditetapkan bagi tempoh 20 tahun. Tindakan FELDA terhadap pelaburan ini demi kebajikan taraf peneroka FELDA dan warga FELDA seluruhnya, di mana FELDA akan memastikan jumlah tersebut diperolehi oleh FELDA dan FELDA kini sedang mempertimbangkan pilihan- pilihan sedia ada untuk memperakui dan melaksanakan award tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Seterusnya, saya jemput Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-undang dan Reformasi Institusi, untuk menjawab selama 10 minit.

draft • 4:54 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pagi hari pergi ke ladang, Menanam padi di pinggir paya, Audit telus laporan terang, Agar negara terus berjaya. Bagi pihak kerajaan dan Jabatan Audit Negara, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan di atas Usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025, Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023 dan menyentuh berkenaan dengan Jabatan Audit Negara iaitu empat Ahli Parlimen yang telah menghujah mengenai perkara ini. Satu, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Bentong.

draft • 4:59 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan perkara mengenai Legal Profession Qualifying Board dan telah menanya adakah audit telah dijalankan terhadap Lembaga ini memandangkan kita dapat tahu tahun dulu bahawa sebanyak RM55 juta wang telah dikutip dan tidak diaudit untuk lebih 17 tahun.

Untuk menjawab perkara ini, saya ingin bagi tahu bahawa pemindaan kepada akta Legal Profession Act telah dibuat pada tahun dulu tetapi akta itu belum lagi diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya difahamkan selepas ia telah diperkenan dan digazet, maka satu siasatan akan dibuat oleh Ketua Audit Negara dengan segera.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mengenai Yang Berhormat Kampar. Perkara yang dibangkitkan adalah mengenai dashboard beberapa agensi dalam Auditor General’s Dashboard yang mempunyai status lampu merah.

draft • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta maaf, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya.

draft • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya tanya berkenaan dengan audit tadi? Mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu gazet perlu diadakan sebelum audit itu boleh dijalankan. Adakah itu merupakan satu keperluan untuk gazet, for it to be gazetted first sebelum audit? Oleh kerana ketiadaan audit ini terlalu lama, more than I think 15 years. So, apakah pendirian kerajaan berkenaan perkara ini?

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, sebenarnya saya sependapat dengan Yang Berhormat. Bila saya duduk sana, saya pun percaya bahawa Ketua Audit Negara, as a matter of right, dia boleh audit semua jabatan dan sebagainya. Tetapi, ada akta-akta yang berkenaan, di mana keperluan dalam akta atau lembaga yang ditubuhkan memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk audit.

Satu di antara kekurangan Legal Profession Act adalah di mana berkaitan dengan Certificate of Legal Practice ini tidak ada klausa tersebut. Maka, kami telah membuat perbincangan tahun dulu, saya sendiri telah berjumpa dengan Ketua Audit Negara dan selepas itu menyegerakan satu pemindaan kepada akta itu dan itu telah siap.

Jadi, kita perlu faham ada kebenaran, baru boleh audit. That’s why sekarang kita telah meluaskan kegiatan Ketua Audit Negara di mana public money follows the audit di mana semua syarikat pun, atau NGO-NGO ― dulu tidak ada kuasa. Sekarang kalau kerajaan ada mengagihkan wang kepada mana-mana NGO atau mana-mana lembaga atau mana-mana organisasi ataupun syarikat-syarikat, Ketua Audit Negara ada kuasa dengan automatik untuk membuat penyiasatan dan lepas itu, laporan boleh dibuat. Itu jawapan saya.

Yang Berhormat Kampar telah bangkitkan yang saya ― jawapan kepada perkara itu adalah sehingga 27 Februari 2025, sebanyak 5,626 isu disusul di peringkat Persekutuan, di mana 5,312 isu telah selesai iaitu hijau, manakala 314 usul masih dalam tindakan ― kuning.

Tiada isu yang berstatus tidak tindakan ― merah. Bermakna, tidak ada tunggakan dalam mengambil tindakan atau lebih dari dua tahun.

draft • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat tidak berbahas, nak tanya juga?

draft • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada. Ada bahas. Saya nak...

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Privately, Yang Berhormat berkata akan bahas mengenai perkara ini tetapi tidak menunjukkan...

draft • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Adakah Yang Berhormat akan memberi peluang kepada...

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya terpulang kepada YB Timbalan Menteri, kalau nak bagi peluang.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kalau dia belanja kah apa, bolehlah.

draft • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Ketawa] Okey. Terima kasih.

Yang Berhormat, saya telah bahas tadi berkenaan dengan isu Lembaga Wakaf Hindu.

Sebelum ini, apabila Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan melalui ketirisan yang berlaku dalam HRD Corp, saya juga telah membahas dengan kita telah membahas, ramai Ahli-ahli Parlimen telah membahas.

Topiknya begini. Mengenai Lembaga Wakaf Hindu juga, saya telah menyatakan tadi bahawa saya telah membuat satu laporan SPRM apabila saya sebagai Pengerusi mendapati bahawa terdapat ketirisan berlaku ketika saya menjadi pesuruhjaya biasa. Tetapi, masalahnya adalah apabila saya mengambil alih, saya telah jelaskan sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, saya membuat laporan kerana kalau berlakunya salah laku di atas saya sendiri, saya sendiri terlibat, saya bersedia untuk diambil tindakan. Ini adalah ketelusan.

Soalan saya. Apakah gunanya kita membahaskan Laporan Ketua Audit Negara bila kita lihat ada ketirisan, ada laporan SPRM dibuat tetapi tidak ada tindakan langsung oleh pihak SPRM? Maka, ia menjadi sia-sia sahaja. Itu adalah persoalan saya. Dan saya bangkitkan soalan ini kerana Timbalan Menteri adalah seorang peguam yang pernah menjadi peguam lebih kurang 45 tahun, 50 tahun, lebih daripada itu. Berpengalaman.

Soalannya adalah, kita membahaskan isu ini ― di luar sana lihat kita bahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Kali pertama kita bahaskan. Kerajaan ini membenarkan perbahasan Ketua Audit Negara. Tetapi, persoalannya adalah apakah tindakan susulan yang akan diambil? Sekiranya berlaku ketirisan, adakah pihak SPRM akan bertindak? Kalau tidak bertindak, kenapa tidak bertindak? Bagaimana kita nak memperbetulkan keadaan ini? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat. Yang Berhormat, dua hari dulu, saya ada jawab soalan, perkara yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Di mana, nampaknya ada tindakan diambil dan ada pegawai-pegawai kerajaan yang tindakan telah diambil hingga turun pangkat, dibuang kerja dan juga kes-kes di mahkamah yang sedang berjalan. Bukan bermakna tidak ada tindakan langsung diambil. Tetapi, kita tahulah, sebagai peguam, ada banyak kes yang dibangkitkan tetapi tidak memuaskan penyiasatan tersebut. Maka, itu adalah kekurangan tersebut.

Mengenai perkara Yang Berhormat, saya difahamkan dari orang ramai, Yang Berhormat, saya nak kata di sini, ramai di antara Yang Berhormat puji Yang Berhormat

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Jelutong kerana dia adalah bukan sahaja sebagai seorang pakar undang-undang seperti Yang di-Pertua tetapi juga dia bila menjadi Pengerusi Hindu Endowment Board Penang, telus, terbuka dan berani mendengar apa-apa pandangan dari semua orang. Ini adalah satu yang beza.

Saya percaya organisasi-organisasi yang lain, lembaga-lembaga yang lain yang membuat penyiasatan dan sebagainya, saya pohon agar ia ditayangkan di online. Ini akan lebih telus. Semasa saya menjadi Menteri dulu, saya ada membuat penyiasatan kepada ― satu penyiasatan telah dibuat dan serta-merta selepas penyiasatan dibuat, ia dikemukakan di online supaya rakyat tahu. Ini penyiasatan dan apa yang outcome bukan untuk diguna Menteri sahaja tetapi untuk orang ramai.

Akhir sekali, Yang Berhormat, adalah perkara ― Betong ada di sini? Betong.

Semporna tidak ada di sini. Saya mohon kebenaran bahawa jawapan diberi secara bertulis dan saya boleh habis dalam satu minit. Terima kasih.

Yang Berhormat, perkara-perkara yang dibangkitkan...

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Betong ada. Betong di belakang.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Oh, minta maaf. Minta maaf. Saya cari di sebelah sana. Ha, ada. Ini Jelutong kacau sama saya...

[Ketawa] Yang Berhormat Betong jangan marah sama saya. Marah sama Jelutong.

Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai pengauditan. Pengauditan terhadap penyata kewangan agensi persekutuan dilaksanakan setiap tahun mengikut kehendak akta tubuh atau perlembagaan masing-masing. Satu minit, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik. Satu minit.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Perkara-perkara berbangkit yang ditemui semasa pengauditan termasuk berkaitan sebarang dana pendidikan atau dana penyelidikan di universiti akan disusul dengan pengauditan penyata kewangan tahun seterusnya.

Sebarang penemuan finding audit yang material, yang signifikan akan dilaporkan dalam Sijil Ketua Audit Negara. Bagi agensi yang mendapat sijil ubahsuai, tindakan seterusnya adalah seperti berikut.

Satu, memaparkan senarai isu sijil diubahsuai bagi agensi berkenaan dalam Paparan Pemuka Ketua Audit Negara (AGD) untuk memantau status tindakan yang diambil oleh susulan yang diambil oleh agensi tersebut.

draft • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kedua, Akademi Audit Negara menyediakan latihan dan kursus kepada agensi berkenaan seperti pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan kompetensi pegawai kewangan mereka. Ketiga dan akhir sekali, melibatkan pihak kementerian berkaitan Kementerian Kewangan bagi memantau agensi tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjawab selama lima minit.

draft • 5:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan mengenai isu pelaburan hartanah berkaitan dua anak syarikat tabung haji iaitu LTH Property Holdings 2 Limited dan LTH Property Holdings 3 Limited.

Setelah meneliti dan menekuni kesemua perbahasan Ahli Yang Berhormat, hanya Yang Berhormat Pendang sahaja yang telah membahaskan mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, pelaburan hartanah adalah pelaburan jangka panjang yang memberikan pulangan yang stabil dan mampan. Pulangan adalah dalam bentuk pendapatan sewaan dan juga keuntungan modal apabila hartanah dijual pada nilai yang bersesuaian. LTH 2 dan LTH 3 adalah syarikat bertujuan khas atau special purpose vehicle untuk pelaburan hartanah Tabung Haji di United Kingdom.

LTH 2 dan LTH 3 memegang pelaburan hartanah berkualiti tinggi yang terletak secara strategik di bandar London dan sekitarnya dengan kadar penghunian yang baik dan pulangan pendapatan sewa yang menguntungkan berdasarkan kadar pasaran. Kerugian yang dicatat oleh kedua-dua syarikat SPV ini adalah kerugian tidak realis ataupun book loss ataupun paper loss kesan penurunan nilai semasa hartanah. Tabung Haji masih memegang hartanah- hartanah tersebut kerana kerugian tersebut dijangka bersifat sementara kerana nilai hartanah di UK akan berubah mengikut kadar permodalan ataupun cap rate yang didorong oleh pergerakan kadar faedah dan kadar inflasi di United Kingdom.

Kadar inflasi yang tinggi akan mendorong kepada kadar faedah yang tinggi selari dengan usaha yang diambil oleh Bank of England dalam mengawal kadar inflasi, seterusnya akan menyebabkan cap rate meningkat dan akibat daripada ini adalah penurunan nilai hartanah. Sebelum sesuatu pelaburan dilakukan Tabung Haji, baik dalam negeri mahupun di luar negara, Tabung Haji akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study sebelum sesuatu pelaburan tersebut dibuat.

Kajian kebolehlaksanaan ini dilakukan oleh perunding dan konsultan bertauliah.

Untuk makluman, kadar faedah di UK telah dinaikkan secara mendadak sepanjang tahun 2022 dan 2023 iaitu dari 0.25 peratus kepada naik tinggi, 3.25 peratus tahun 2022 dan dari 3.25 peratus kepada 5.25 peratus dalam tahun 2023. Penilaian hartanah dilaksanakan bagi tujuan perakaunan (accounting) di setiap penghujung tahun dan sebarang perubahan nilai hartanah direkodkan ke penyata kewangan walaupun bersifat tidak realis ataupun unrealized.

draft • 5:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Tiada perancangan untuk Tabung Haji melupuskan hartanah terbabit dalam masa terdekat sehingga nilai pasaran mencapai tahap yang bersesuaian. Maka, kerugian yang direkodkan kesan penurunan nilai semasa dijangka bersifat sementara. Kerugian ini dianggap sementara kerana nilai hartanah dijangka akan meningkat semula memandangkan kadar faedah telah mula menurun semula selaras dengan kadar inflasi yang semakin terkawal di United Kingdom.

Untuk makluman, kadar faedah di UK telah diturunkan sebanyak tiga kali sejak Ogos 2024, dari 5.25 peratus kepada lima peratus pada Ogos 2024. Dari lima peratus kepada 4.75 peratus pada November 2024 dan alhamdulillah, dari 4.75 peratus kepada 4.5 peratus pada Februari 2025.

Tabung Haji menjangka penurunan kadar faedah ini akan memberi kesan positif terhadap nilai hartanah di UK dan ini akan membantu syarikat LTH 2 dan LTH 3 untuk merekodkan reversal ataupun pembalikan kerugian secara berperingkat selaras dengan peningkatan nilai hartanah seawal tahun 2025. Jika dilihat daripada segi aliran tunai dan keuntungan operasi iaitu dengan tidak mengambil kira kesan kejatuhan nilai hartanah dan kenaikan kadar faedah, kedua-dua syarikat SPV tersebut mencatatkan keuntungan operasi yang kukuh, disokong oleh hasil sewaan yang diterima mengikut pasaran, berdasarkan kontrak perjanjian sewaan jangka sederhana dan panjang.

Bagi pelaburan sedia ada, langkah yang dilakukan untuk mengukuhkan prestasi adalah untuk mendapatkan kepelbagaian penyewa yang akan menyokong pulangan stabil dan mampan walaupun berlaku perubahan nilai hartanah dalam jangka masa yang pendek.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat diberikan mengenai isu yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Laporan Ketua Audit Negara. Sekali lagi, terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan mengemukakan isu berkaitan dengan hal ehwal agama. Terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Semua Menteri dan Timbalan Menteri yang berkenaan telah menjawab. Jadi, Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hendaklah disetujukan.

draft • 5:10 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum tamatnya persidangan pada hari ini, saya mewakili Tan Sri Yang di-Pertua ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat pada minggu hadapan akan terus bersidang pada pukul 1 tengah hari.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pada kesempatan ini, Tan Sri Yang di-Pertua ingin mengucapkan salam Ramadan dan selamat menjalankan ibadah puasa yang akan bermula pada hujung minggu ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengajak. Ha, ini daripada saya sendirilah, mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada yang beragama Islam ataupun yang bukan Islam, dalam bulan Ramadan ini, kita banyakkan bersabar. Lebihkan senyuman, kurangkan pertelingkahan.

Insya-Allah. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 3 Mac 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 5:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.17 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026