Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan sesi pada pagi ini, soal jawapan lisan ─ Pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan. Saya mempersilakan Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Bersekutu bertambah mutu, Soalan Jempol nombor satu.
1. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Pengangkutan menyatakan tindakan tegas kementerian dalam usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat terutamanya lori memandangkan terdapat 1,457 kes kematian dicatatkan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November 2024.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Dato’. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Saya mohon izin, untuk menjawab pertanyaan ini, bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Gua Musang kerana menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Silakan Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tahun 2024 telah melihat jumlah tindakan penggantungan lesen pengendali dan permit kenderaan paling tinggi ke atas syarikat yang gagal audit pematuhan Kod Amalan
Tuan Loke Siew Fook
Industri untuk Keselamatan Pengangkutan ataupun ICOP menyebabkan kemalangan atau terlibat dalam ketidakpatuhan berkaitan.
Ini adalah selari dengan pendirian tegas Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan memastikan pematuhan keselamatan terhadap kenderaan berat. Sejumlah 247 lesen pengendali telah digantung pada tahun 2024, berbanding 101 pada tahun 2023 dan 94 pada tahun 2022, manakala hanya lapan lesen pengendali digantung antara tahun 2019 sehingga tahun 2021.
Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat juga telah menggantungkan 23 permit kenderaan pada tahun 2024 atas ketidakpatuhan keselamatan jalan raya. Tempoh penggantungan boleh sampai 90 hari untuk ketidakpatuhan yang serius.
Selain itu, MOT melalui APAD juga telah membatalkan tujuh lesen pengendali, antara tahun 2022 sehingga 2024 berbanding tiada pembatalan antara 2019 hingga 2021.
Apabila lesen pengendali sesebuah syarikat digantung atau dibatalkan, semua kenderaan yang berdaftar di bawah syarikat tersebut tidak boleh beroperasi. Antara syarikat yang lesen pengendalinya telah digantung termasuk sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan mempunyai lebih daripada 1,000 kenderaan. Seperti yang telah dilaporkan oleh media, syarikat tersebut terpaksa membuat pengumuman di Bursa Malaysia berkenaan tindakan pergantungan oleh APAD kerana terdapat implikasi serius ke atas operasinya.
Ini adalah hasil daripada ketegasan MOT yang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan walaupun ke atas syarikat besar apabila berlakunya ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai di jalan raya. MOT akan meneruskan tindakan tegas ini di samping menambah baik inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya yang lain, termasuk tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan berat yang melebihi muatan, memperketatkan lagi prosedur pemeriksaan berkala dan menambah baik pematuhan ICOP di kalangan pemain industri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan di atas jawapan yang diberikan. Memang cukup dahsyat apabila kita semua pernah melihat lori-lori yang membawa lebih muatan. Ia seperti kelihatan macam nasi lemak ya iaitu lori yang sepatutnya 30 tan tetapi berani membawa sehingga 50 atau 60 tan.
Ini bermakna telah 100 peratus melebihi muatan. Ini cukup membahayakan keselamatan nyawa pengguna jalan raya yang mana direkodkan sejak Januari 2019 hingga November 2024, sebanyak 1,457 kes kematian yang melibatkan kenderaan lori ini.
Jadi soalan tambahan saya, selain daripada menggantung atau membatalkan ya, lesen syarikat lori, apakah pemilik-pemilik syarikat lori ini boleh didakwakan ke mahkamah dan dikenakan denda yang setimpal? Apakah lori-lori tersebut yang dibuktikan ya, telah melebihi muatan boleh dilucutkan hak terus oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, terima kasih Yang di-Pertua. Ya, memang saya bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat. Memang kita tidak ada apa-apa kompromi terhadap pengendali-pengendali syarikat ini yang mengangkut barangan dengan had muatan yang begitu berlebihan.
Memang betul, dalam seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pengendali syarikat pengangkutan itu bukan sahaja boleh digantung dari segi lesen mereka tetapi juga boleh didenda dan didakwa di mahkamah sehingga RM 500,000 ataupun dipenjarakan tidak lebih daripada tempoh dua tahun.
Dan, memang betul juga kenderaan mereka juga boleh dilucuthakkan dan memang ada beberapa kes yang telah pun kita bawa ke mahkamah untuk memberikan satu signal ataupun mesej yang kuat kepada pengendali-pengendali ini supaya tidak membawa had muatan yang berlebihan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, ini mesej yang cukup tegas dan memang dalam Kementerian Pengangkutan kita juga sedang melihat dasar, sama ada bukan sahaja pemandu dan pemilik syarikat pengangkutan itu dikenakan tindakan. Malah, pemilik kargo juga bertanggungjawab yang perlu menghadapi hukuman dan sebagainya sekiranya mereka membenarkan kargo-kargo mereka ini dibawa dengan had muatan yang berlebihan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Menteri. Soalan tambahan saya, sejauh mana – adakah usaha yang dibuat oleh kementerian untuk bekerjasama dengan syarikat pengangkutan untuk memastikan mereka mengawal jadual waktu kerja agar tidak terlalu lama yang menyebabkan kepenatan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kedua, sejauh manakah kajian dibuat oleh kementerian untuk mengkaji keberkesanan lorong khas yang boleh dilalui oleh kenderaan berat lebih muatan ini? Adakah pemasangan — sejauh manakah pemasangan High-speed Weigh-in-Motion dipraktikkan untuk mengawal pergerakan kenderaan lebih muatan? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, terima kasih. Memang dari segi waktu bekerja itu, itu di bawah syarikatlah. Mereka perlu mengawalnya dan sebagainya. Memang ada garis panduan.
Sepatutnya, pemandu itu tak boleh memandu dengan terlalu lama dan sebagainya.
Dari segi Weigh-in-Motion, memang sudah ada perancangan dan telah pun diadakan proof of concept. Memang sekarang ini kita tengah membuat perolehan terhadap machine- machine ataupun kamera-kamera Weigh-in-Motion ini dan akan dipasang di beberapa lokasi sebagai satu permulaan.
Tuan Loke Siew Fook
Dari segi masa panjang, memang ini merupakan satu pendekatan yang kementerian akan ambil kira untuk dilaksanakan supaya pemasangan Weigh-in-Motion ini dengan lebih efisien untuk memantau pergerakan kenderaan-kenderaan berat yang membawa lebih muatan ini. Kita harap bahawa dengan adanya pendekatan ini, kadar kenderaan berat yang membawa had muatan berlebihan ini dapat dikurangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis – Berikut, mempersilakan Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor 2.
2. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan kementerian terhadap kerisauan lampin bayi yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya serta rancangan menetapkan standard keselamatan lebih ketat bagi produk bayi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, selamat pagi, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat di atas soalan tersebut. Yang Berhormat Tumpat, saya sama turut merasakan kerisauan ini seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tumpat, terutamanya kita sebagai ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil dan juga kita ambil berat berkenaan dengan semua kanak-kanak di dalam negara kita ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, aduan berkenaan dengan produk lampin pakai buang ini tak banyak ya. Kita tengok kepada aduan yang ada dalam bahagian kepenggunaan kita. Kita lihat bahawa daripada tahun 2015, hanya ada empat aduan sahaja.
Pertamanya, berkenaan dengan barang tiruan. Keduanya, berkenaan dengan barang lampin pakai buang yang dikhuatiri telah tamat tempoh dan menyebabkan ruam-ruam dan sebagainya. Itu aduan yang kita terima.
Saya nak maklumkan bahawa kalau sekiranya aduan itu berkaitan dengan barang tiruan, memang itu dalam bidang kuasa KPDN di mana kita pun telah dalam satu kes pada tahun 2017 telah pun mengambil tindakan berkenaan dengan satu syarikat di Sungai Petani yang terlibat dengan barang tiruan, lampin pakai buang tiruan di mana tindakan sudah pun diambil.
Namun, berkenaan dengan soalan yang bahagian kedua yang ditanya oleh Yang Berhormat Tumpat, berkenaan dengan pembangunan standard. Saya rasa ini adalah satu perkara yang amat penting untuk kita address, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Di Malaysia ini, kita ada 15 agensi yang terlibat dengan standard, termasuklah SIRIM dan termasuklah Medical Device Authority dan sebagainya.
Berkenaan dengan lampin bayi ini, saya harus berterus terang di sini bahawa dia ada banyak overlaps. Dia banyak overlaps dan dia ada banyak gaps juga. Tetapi, contohnya di
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
mana SIRIM telah pun membuat kajian chemical and consumer products di mana SIRIM telah buat testing berkaitan dengan sanitary towels dan juga lampin bayi. Testing ya.
Namun, berkenaan dengan pembangunan standard, saya ingin menyatakan di sini bahawa di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, KPDN mempunyai punca kuasa di bawah seksyen 19 yang menjelaskan bahawa, “Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan standard keselamatan berkenaan dengan:
(a) apa-apa barang atau kelas barang; dan
(b) apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan”. Maksudnya, ini adalah punca kuasa untuk menetapkan standard seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Tumpat tadi. Maka, mengambil punca kuasa ini, KPDN akan memulakan dia punya proses untuk membangunkan standard. Ini berkenaan dengan barang- barang bayi.
Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, kita perlu kerja dengan semua agensi- agensi yang lainlah. KKM, Jabatan Kimia dan sebagainya. Tetapi, saya nak maklumkan juga bahawa Bahagian Standard di bawah KPDN telah pun memaklumkan standard berkaitan dengan mainan bayi. Ya, mainan bayi. Toys kita dah siapkan dia punya standard tetapi insya- Allah, produk bayi keseluruhannya kita akan memulakan proses untuk engage dengan semua agensi-agensi dan membangunkan standard keselamatan produk bayi dan juga termasuk lampin pakai buang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah, syukur dengan laporan yang dimaklumkan.
Soalan saya ialah dalam usaha kita nak memberikan advokasi kepada ibu bapa dan juga pengguna yang menggunakan diapers sama ada lampin bayi ataupun lampin dewasa, adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pemberian baucar dalam platform e- Dagang kepada mereka kerana kita tahu bahawa hygiene poverty ini bukan benda yang kecil.
Ia melibatkan bilion kewangan yang perlu ditanggung oleh pengguna khusus untuk perkara ini. Kita juga ingin bertanya tentang isu pampers bio-degradable yang ada dalam pasaran kerana harganya mungkin lebih tinggi berbanding dengan pampers biasa.
Kedua, apakah mekanisme yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk menyemak keselamatan sama ada diapers ataupun tisu-tisu yang dijual secara online dalam menjamin ia selamat untuk digunakan oleh bayi dan juga pengguna? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Menteri.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat di atas soalan tadi. Okey, usaha advokasi ini berterusan kerana ia di bawah Bahagian Kepenggunaan, di mana kita sentiasa membuat advokasi dan penerangan berkenaan dengan hak-hak pengguna. Mereka harus tahu berkenaan dengan hak mereka dan kalau boleh mereka gunakanlah talian saluran untuk mengadu supaya boleh diambil tindakan oleh KPDN.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Berkenaan dengan pemberian baucar, saya kira boleh kita bincangkan sebab saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tumpat. Sebelum ini, kita bercakap tentang period poverty. Hygiene poverty berkaitan dengan lampin bayi. Ini juga satu perkara yang menarik. Mungkin kita boleh bincang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Cuma, ia boleh juga selain daripada produk Yang Berhormat, saya personally secara peribadinya mungkin mahu membawa balik kita kepada lampin basuh (washable diapers). Sekarang – dulu kita pakai kain ya. Sekarang, kita ada juga washable diapers. Mungkin itu juga boleh dijadikan sebahagian daripada advokasi untuk memberi penerangan supaya terhindar daripada penggunaan terdedah kepada kimia-kimia terlarang dan juga menyelamatkan alam sekitar sebenarnya kalau kita switch kepada washable diapers.
Jadi, itulah dia Yang Berhormat Tumpat. Saya harap dapat menjawab soalan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal tadi, yang mengatakan ada – sudah ada standard untuk toys, untuk alat permainan kanak-kanak. Saya menyambut baik sebagai seorang ayah. Bukan soal ibu sahaja, ayah pun prihatin terhadap keselamatan dan keperluan anak-anak kecil.
Saya nak tanya. Standard ini apa? Boleh tak Yang Berhormat Timbalan Menteri mengisahkan sedikit secara ringkas bagaimana permainan ini, standard untuk permainan ini?
Sebab saya nampak di kedai-kedai, ada banyak yang saya rasa kurang sesuai untuk anak- anak yang di bawah umur tiga tahun, bawah umur enam tahun. Jadi, mohon Yang Berhormat mengisahkannya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya, dalam masa yang singkat ini, saya boleh terangkan sedikit.
Dato’ Yang di-Pertua, antara standard yang dibangunkan ialah berkenaan dengan mainan cat (paint) ataupun cat yang digunakan untuk mainan. Kadang-kadang, cat itu toksik dan anak-anak gigit dan boleh menyebabkan terdedah kepada bahan-bahan toksik dalam paint tersebut, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, ini antara pembangunan standard dan barang-barang itu akan disenaraikan sebagai tidak selamat. Juga, berkenaan dengan boleh tercekik. Bila main, ada parts yang kecil-kecil dan sebagainya. Itu juga termasuk dalam pembangunan standard tersebut.
Jadi, yang itu kita dah siapkan. Kalau nak lebih panjang nanti Yang Berhormat Rasah, kita boleh duduk lagi ataupun saya boleh bagi jawapan bertulis berkenaan detail kepada pembangunan standard yang telah kita siapkan berkaitan dengan permainan, yang berkaitan dengan kanak-kanak. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Tuan Sim Tze Tzin, Yang Berhormat Bayan Baru.
3. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Kewangan menyatakan senarai 10 jenis penyakit yang paling kerap dituntut dalam insurans perubatan oleh rakyat Malaysia.
Nyatakan perbezaan caj hospital swasta mengikut pay and claim dan guarantee letter.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kewangan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Berdasarkan dapatan awal pangkalan data Tuntutan Bersepadu Industri Insurans dan Takaful atau ITO, antara jenis-jenis penyakit yang mencatatkan kekerapan tuntutan yang tinggi tanpa turutan tertentu untuk rawatan hospital pada tahun 2023 di bawah Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) termasuklah pneumonia, masalah berkaitan dengan tulang belakang, masalah sistem pencernaan, penyakit jantung, kecederaan sendi dan ligamen seperti dislokasi dan terseliuh, appendicitis acute, jangkitan virus dan influenza, masalah lain berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis dan jangkitan salur pernafasan atas atau dengan izin, upper respiratory infection, penyakit berkaitan telinga, hidung dan tekak (ENT) dan akhirnya demam.
Berdasarkan kajian ke atas bil tuntutan hospital swasta kepada pihak ITO, terdapat kes-kes tertentu yang menunjukkan jumlah kos rawatan yang lebih tinggi ke atas pesakit yang menggunakan guarantee letter berbanding pesakit yang bayar dahulu dan tuntut kemudian atau ‘pay and claim’ dengan izin. Memandangkan caj rawatan yang dikenakan adalah kurang telus, kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut isu perbezaan caj ini serta langkah-langkah susulan yang boleh diambil.
Kerajaan peka terhadap isu ini termasuklah terhadap pengalaman-pengalaman rakyat yang disuarakan semasa sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini. Oleh itu kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi tindakan bersepadu semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kewangan, hospital swasta dan pihak ITO sedang bekerjasama dalam mencari penyelesaian jangka masa panjang dan akan mengutamakan reformasi kesihatan yang menyeluruh untuk menangani isu inflasi kos perubatan dan caj-caj di hospital swasta. Ini termasuk meningkatkan ketelusan kos ubat-ubatan serta perbandingan kos perubatan lazim. Pelan tindakan bersepadu ini telah dibentangkan ke PAC semalam. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana mengesahkan bahawa terdapatnya perbezaan antara pay and claim dan juga guarantee letter. Itu sebab apabila rakyat masuk ke hospital swasta,
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
mereka terkejut kerana soalan pertama bukan tanya what’s going on with you? What happened to you? Tetapi soalan pertama adalah do you have an insurance? Jadi inilah masalah yang berlaku dekat Malaysia ini dan saya harap kerajaan akan reform. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah kita sekarang mempunyai – Bank Negara Malaysia pada 15 Januari, telah mengeluarkan satu pekeliling kepada semua ITO dan mereka kena mematuhi. Tetapi, sekarang kita dapati bahawa rakyat ada pelbagai confusion kerana pekeliling itu adakah itu retrospektif atau prospective? Ada pelbagai interpelasi yang tidak betul, maka surat-surat keluar itu masih mengelirukan rakyat. Saya minta supaya BNM look it into this problem. Juga, saya ingin membangkitkan kepada Yang Berhormat adalah tentang claim rejection oleh syarikat insurans semakin meningkat. Ada sesetengah rakyat yang masuk ke hospital dahulu, contohnya rawatan kanser. Dahulu mereka boleh claim certain procedure tetapi sekarang kena reject dan juga ubat generik. Sekarang mereka, syarikat insurans hanya telah mengeluarkan surat kepada hospital swasta bahawa mereka perlu tukar daripada originator kepada ubat generik. Sebenarnya, ada sesetengah ubat tak ada generik pun. Jadi, bagaimana menyelesaikan masalah ini dan syarikat insurans juga minta supaya hospital swasta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, last sekali adalah syarikat insurans juga minta hospital swasta bagi rebate yang tinggi antara 25 percent to 30 percent. Kalau tidak bagi rebate, maka mereka akan gugurkan daripada panel hospital mereka. Jadi, saya mohon supaya kerajaan look it into this dispute antara hospital swasta dan juga syarikat insurans.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Banyak soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri boleh jawab satu sahaja. Kalau hendak, ya.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan jelas.
Peraturan kita dalam Buku Peraturan, Peraturan 24. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri tetapi masa adalah kekangan ya.
Puan Lim Hui Ying
Okey. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru. Kita memang sedar tentang kepentingan isu ini dan semua memang amat-amat prihatin tentang isu ini.
Pertama, kerajaan menyedari dan ambil maklum masalah yang dihadapi negara pada waktu ini adalah rumit dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, hospital swasta, pihak ITO dan pengamal perubatan.
Puan Lim Hui Ying
Masalah ini atau isu ini tidak dapat diselesaikan begitu sahaja. Jadi kita memang sudah banyak inisiatif.
Antara inisiatif pembaharuan sektor kesihatan negara yang akan disegerakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan bagi tempoh tiga tahun ini termasuk merangkumi pindaan kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, meningkatkan ketelusan kos melalui penerbitan julat harga perkhidmatan rawatan lazim, perlaksanaan model pembayaran Diagnostic Related Group (DRG) untuk menentukan caj kos rawatan secara menyeluruh dalam menggantikan sistem fee for service yang diguna pakai sekarang dan menggalakkan rawatan berasaskan nilai. Juga, kita akan meluaskan mampu milik perkhidmatan kesihatan seperti Rakan KKM dan perkembangan hospital tanpa keuntungan.
Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia akan mentransformasi reka bentuk produk MHIT melalui pembangunan produk asas dengan ciri-ciri yang lebih mampan di samping mengutamakan penjagaan kesihatan berasaskan nilai.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru.
Beliau juga dalam Jawatankuasa PAC. Jadi ada apa-apa soalan, kita boleh juga seperti Yang Berhormat tadi, kita boleh bincang. Boleh dapatkan lebih jawapan yang diperlukan oleh Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya. Mohon sebab soalan yang tambahan saya tidak dijawab dengan tuntaslah. Jadi, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan bertulis kepada saya, boleh? Soalan yang saya bangkitkan tadi.
Puan Lim Hui Ying
Boleh.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Boleh, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin ingatkan, buka buku Peraturan itu, 24A itu jelas. Kita nak try bagi seberapa ramai Yang Berhormat untuk bertanya. Jadi yang lain-lain itu ambil consideration dan Yang Berhormat Menteri, you don’t have to answer dengan izin all of it. 24(3) itu jelas.
Baik. Berikutnya saya mempersilakan bagi soalan yang ketiga.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Temerloh.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Soalan tambahan
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelah. Silakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey terima kasih Speaker.
Soalan saya adalah berkaitan dengan jawapan juga. Tadi menyebutkan bahawa berlaku perbezaan dari segi tuntutan terutamanya daripada hospital swasta. Jadi soalan saya, adakah pihak Bank Negara Malaysia mengkaji kebolehlaksanaan Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan serta keberkesanannya dalam meningkatkan tadbir urus pembiayaan insurans ini? Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Kita sekarang buat sementara sekarang, Bank Negara Malaysia melalui Kementerian Kewangan, kita akan memperbaiki atau menambah baik daripada ketiga-tiga iaitu dari Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan juga dari ITO untuk mendapatkan satu mekanisme yang boleh kita katakan manfaatkan semua rakyat ketiga-tiga pihak. Satu penyelesaian dari win-win situation. Jadi tentang yang kebangsaan itu, itu kita boleh kaji tetapi bukan buat sementara sekarang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sirih pinang sirih berlipat, Atas meja hiasannya lawa, Soalan saya nombor empat, Sila jawab dengan wibawa, jangan sambil lewa.
4. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Menteri Luar Negeri menyatakan:
(a) status rundingan diplomatik terkini dengan negara China berkenaan isu Beting Patinggi Ali; dan
(b) adakah kerajaan sedar tindakan China mencerobohi kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) lalu bagaimanakah kerajaan memastikan perkara ini tidak berlaku lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Insya-Allah Arau, saya akan menjawab secara wibawa dan tidak sambil lewa.
Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia tidak pernah mengiktiraf apa-apa tuntutan China di Laut China Selatan berdasarkan Peta Sembilan-Garis atau dengan izin Nine-Dash Line Map, Konsep Empat-Sha atau dengan izin Four-Sha Concept, atau mana-mana peta yang diterbitkan oleh Kerajaan Republik Rakyat China yang meliputi kawasan maritim Malaysia.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Dalam hal ini, tiada status rundingan diplomatik dengan negara China berhubung isu Beting Patinggi Ali, memandangkan Beting Patinggi Ali sememangnya berada dalam kawasan maritim Malaysia berdasarkan peta baharu Malaysia 1979. Kerajaan sentiasa mengambil berat akan keselamatan perairan negara di Laut China Selatan, termasuk di kawasan Beting Patinggi Ali.
Kerajaan sentiasa memantau rapat sebarang perkembangan dan situasi semasa di kawasan dengan keterlibatan dan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan isu tersebut ditangani dengan segara dan efisien tanpa menimbulkan sebarang
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
ketegangan di lapangan. Pendekatan kerajaan ini dilaksanakan melalui mekanisme whole- of-govenment untuk menyelaras tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menjamin keselamatan perairan Malaysia. Setiap agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kepentingan negara sentiasa dipertahankan.
Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan di kawasan perairan negara. Tindakan-tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan berterusan di dalam kawasan maritim Malaysia bagi mempamerkan kehadiran atau dengan show of presence di kawasan tersebut.
Semua agensi penguat kuasa dan pemantauan maritim di negara amat komited dalam memastikan hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia adalah kekal terpelihara.
Pelaksanaan rondaan berkala dan operasi oleh pasukan keselamatan negara bertujuan bagi memastikan keselamatan aktiviti-aktiviti ekonomi negara seperti...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sebentar. Kita dengar Ketua Pembangkang berbincang. Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat, saya rasa kita dengarlah. Kalau agak mustahak itu, di luar boleh kita berbincang ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bincang fasal negara.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ketua Pembangkang kena dengar juga jawapan daripada saya, Ketua Pembangkang ya. Dato’ Yang di-Pertua, saya sambung. Pelaksanaan rondaan berkala dan operasi oleh pasukan keselamatan negara bertujuan bagi memastikan keselamatan aktiviti-aktiviti ekonomi negara seperti aktiviti eksplorasi dan eksploitasi hidrokarbon di kawasan tersebut sentiasa terpelihara sepanjang masa, di samping mempertahankan kedaulatan negara. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Arau untuk soalan tambahan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, apakah strategi kerajaan untuk memanfaatkan platform Kepengerusian ASEAN dalam konteks penyelesaian pertikaian di Laut Cina Selatan, termasuk konsensus antara negara-negara ASEAN untuk menyegerakan rundingan kod tatalaku dengan China sejajar dengan Konvensyen UNCLOS.
Jadi, bila tempohnya sampai, bila Yang Berhormat?
Kedua, ini adalah kita mendapat maklumat tentang kebocoran dokumen iaitu Duta Malaysia telah membantah China kerana telah membuat tuntutan mengarahkan supaya Malaysia menghentikan aktiviti-aktiviti minyak di kawasan yang berkenaan. Tadi jawapan Yang Berhormat kata, meneruskan aktiviti ekonomi. Tidak ada aktiviti ekonomi yang boleh dibuat di sana dan nelayan kita yang pergi ke sana, dihalau balik, Yang Berhormat. Jadi, saya nak tanya di kalangan anggota Kabinet ini, siapakah yang pernah pergi ke Beting Patinggi Ali? Satu tempat sumber gas dan minyak yang terbesar di dunia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pernahkah kita pergi ke sana? Dan kita hanya bagi jawapan di Parlimen ini dengan membaca tulisan yang dibuat tetapi ia sebenarnya tidak berlaku di sana. Kita sekarang ini menghadapi masalah sebab kapal pengawal China yang ada di sana lebih besar daripada kapal kecil APMM dan juga kapal tentera laut kita. Jadi, saya nak tanya, apakah benar? Kalau benar, apakah Yang Berhormat kena ambil tindakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang atau tidak, kami akan datang lagi di Parlimen bertanya, apakah kita nak serah kawasan ini kepada negara asing?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Dato’ Speaker. Arau ini nak bagi tahu dia ini memang satu-satunya Menteri Kabinet yang pernah datang ke Beting Patinggi Ali. Itu maksud dia itu yang diceritakan. Waktu dia menjadi Menteri sebelum inilah.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Mohamad bin Alamin
Cuma Yang Berhormat Arau, Arau kata tadi tak ada aktiviti ekonomi. Arau saya rasa silap. Saya nak bagi tahu, di kawasan Beting Patinggi Ali dan sekitarnya, ada tiga sebenarnya eksplorasi minyak dan gas sedang berjalan. Dua sedang berjalan di Kasawari dan Timi. Ini adalah di bawah kendalian PETRONAS dan satu lagi yang sedang dibina ialah di Rosmari-Marjoram yang di bawah SHELL Malaysia, Arau. Jadi, di kawasan ini memang sedang berjalan aktiviti-aktiviti ekonomi. Itu sebabnya agensi penguat kuasa sentiasa berjalan bagi memastikan kerja-kerja itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Keduanya Arau, kita sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, memang isu Laut China Selatan menjadi fokus utama. Cuma isu Beting Patinggi Ali yang dibangkitkan oleh Arau ini sebenarnya bukan antara isu yang kita rundingkan. Kerana apa? Kerana Beting Patinggi Ali adalah memang berada di kawasan kita. Di kawasan ZEE kita. Lebih kurang dalam 84 batu nautika sahaja.
Kita punya kuasa ZEE ini ialah up to 200 nautical miles. Beting Patinggi Ali 84. Jadi, memang kawasan kita. Jadi, tak ada yang perlu kita rundingkan tentang isu Beting Patinggi Ali ini. Tapi secara keseluruhannya, selepas 200 batu nautika itulah yang kita rundingkan, continental shelf yang dipanggil begitu, itu yang kita rundingkan. Jadi, mekanisme yang kita gunakan pada hari ini adalah mekanisme ASEAN. Kita manfaatkan Kepengerusian ASEAN pada tahun ini dan kebetulan juga kita menjadi sebagai negara pelaksana dan co-chair bersama dengan negara China.
Okey, ASEAN-China. Kita negara pelaksana dan juga co-chair dalam Jawatankuasa Kerja mengenai memuktamadkan COC ini Yang Berhormat Arau. Jadi, ada beberapa siri mesyuarat penting yang sedang berjalan dan telah berjalan sebelum ini untuk kita membincangkan. Kita telah bermesyuarat di Bali sebelum ini. Kita telah bermesyuarat di Bangkok. Kita telah bermesyuarat di Xi’an, China. Kita telah bermesyuarat di Vientiane, Laos.
Jadi, ini semua kerja kita ke arah memuktamadkan COC. Dan COC ini penting untuk kita muktamadkan supaya menjadi garis panduan kepada semua negara. Bukan sahaja negara ASEAN tetapi negara di luar ASEAN juga harus mematuhi COC yang bakal
Datuk Mohamad bin Alamin
dimuktamadkan ini. Insya-Allah, Malaysia dalam merundingkan COC ini kita tidak akan menggadaikan dan kita akan sentiasa memelihara hak kedaulatan negara insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr.
Timbalan Speaker. Dimaklumkan bahawa Malaysia telah menghadiri satu mesyuarat dan rundingan iaitu pelaksanaan iaitu mesyuarat mengenai pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan dan rundingan berkaitan Kod Tatalaku di Laut China Selatan di Jakarta pada minggu lepas. Jadi, saya mohon Menteri memberikan perkembangan mengenai mesyuarat dan rundingan yang penting ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Lanjutan daripada soalan tambahan Arau tadi berkait rapat dengan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Benar, Indonesia telah menganjurkan Mesyuarat Ke-23 Pegawai Kanan ASEAN China berkaitan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan pada 21 Februari 2025 yang baru lepas. Untuk makluman juga, ia juga disusuli dengan Mesyuarat ke-46 ASEAN China Joint Working Group On The Implementation of the Declaration on The Conduct of Parties in the South China Sea pada 22 hingga 23 Februari 2025 yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini.
Mesyuarat-mesyuarat ini untuk makluman Yang Berhormat Kuala Pilah, sebenarnya adalah penerusan kepada perbincangan perkara pelaksanaan Declaration on The Conduct on Parties in the South China Sea dan hala tuju selepas bacaan ketiga, Dato’ Speaker. Single draft negotiating text yang telah berjaya diselesaikan pada mesyuarat yang telah diadakan di Vientiane, Laos pada November tahun lepas.
Datuk Mohamad bin Alamin
Jadi, mesyuarat-mesyuarat ini akan diteruskan. Yang baru lepas ini kita mesyuarat di Jakarta dan mungkin lepas ini kita akan bermesyuarat di tempat yang lain pula untuk terus membincangkan dan juga memuktamadkan COC yang dibincangkan di antara ASEAN dan juga China. Kita manfaatkan framework ASEAN yang sedia ada ini.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan yang kelima. Saya mempersilakan Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Dato’ Dr. Timbalan Yang di- Pertua. Izinkan saya untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan Ahli Majlis Daerah Betong, Sarawak. Selamat datang ke Parlimen Malaysia dan juga rombongan-rombongan yang lain untuk turut hadir pada hari ini. Gopeng kemukakan soalan kelima.
5. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan statistik berkenaan perubahan iklim di kawasan Cameron Highlands:
(a) perubahan suhu dalam tempoh 10 tahun; dan
(b) jumlah kes kejadian tanah runtuh dan pemantauan pergerakan serta jumlah cerun berisiko tinggi.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Gopeng.
Berdasarkan rekod data meteorologi dalam tahun 1969 hingga 2024, suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.
Tahun 2024 mencatatkan sejarah sebagai tahun terpanas di Cameron Highlands dengan purata suhu harian mencecah 18.91 darjah Celsius. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.86 darjah Celsius berbanding purata suhu harian jangka panjang 1991 hingga 2020 iaitu 18.05 darjah Celsius. Suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Cameron Highlands ialah 27.9 darjah Celsius pada Mei 1998, manakala suhu terendah pula adalah 10 darjah Celsius pada Februari 1989.
Seterusnya, berhubung jumlah kejadian tanah runtuh, terdapat 689 kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands telah direkodkan dari tahun 1961 sehingga kini. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dipertanggungjawabkan melaksanakan projek penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di mana menerusi projek ini, sebanyak 45 cerun kritikal berisiko tinggi telah dikenal pasti di kawasan Cameron Highlands. JMG sedang melaksanakan pemantauan secara tahunan 19 cerun kritikal bermula 2021 sehingga kini. Selain itu, sebanyak lima lokasi di Cameron Highlands telah dipasang peralatan sistem amaran awal (early warning system). Kesemua maklumat bencana geologi tanah runtuh dan cerun kritikal ini dikongsikan bersama agensi dan jabatan berkepentingan yang terlibat bagi tujuan pengurusan dan mitigasi cerun serta kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana geologi tanah runtuh.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang dibentangkan tadi. Cuma, saya lihat dalam kita menghadapi perubahan iklim dan cuaca yang ekstrem, tempat ini sering kali dilanda dengan pelbagai musibah. Maka, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri di bawah NRES. Apakah langkah-langkah mitigasi yang sedang ataupun akan diambil oleh NRES di bawah bidang kuasa kementerian bagi mengawal kesan perubahan iklim di kawasan ini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan dalam hal ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedar akan risiko bencana hidroiklim yang disebabkan oleh impak perubahan iklim seperti kejadian banjir akibat episod hujan ekstrem, senario kenaikan aras laut yang berisiko menyebabkan hakisan dan banjir di kawasan persisiran pantai serta risiko peningkatan suhu dan episod pengurangan hujan semasa musim kering yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, kekurangan sumber air, risiko kebakaran dan jerebu.
Dalam usaha untuk menangani impak berkaitan perubahan iklim di Malaysia, kementerian ini dengan kerjasama dan sokongan daripada kementerian dan agensi terlibat sedang membangunkan strategi adaptasi yang komprehensif iaitu Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP).
Antara perancangan dan strategi adaptasi yang akan dipertimbangkan dalam pembangunan MyNAP bagi menghadapi impak bencana hidroiklim adalah pembinaan infrastruktur yang tahan lasak terhadap bencana hidroiklim seperti banjir, kenaikan paras laut dan musim kering termasuk sistem perparitan dan perlindungan pesisir pantai yang lebih berkesan. MyNAP akan memberikan gambaran keseluruhan serta solusi bagi mengurangkan ancaman perubahan iklim di negara kita.
Kerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa adalah sangat diperlukan untuk memastikan pengurusan dan pemeliharaan ekosistem ini lebih berkesan.
Kerajaan juga komited untuk meneroka semua penyelesaian berasaskan alam semula jadi yang berdaya maju untuk memerangi perubahan iklim dan melindungi warisan semula jadi kita dan sangat menghargai libat urus berterusan daripada Ahli Parlimen dan pihak berkepentingan lain untuk mengukuhkan usaha ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih, Menteri. Berdasarkan kepada kejadian-kejadian perubahan iklim yang sering kali berlaku di Cameron Highlands dan di seluruh negara, apakah status penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini dalam pembentangan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12? Adakah kerajaan bersedia mengkaji semula ataupun melihat semula akta dan peraturan berkaitan pengurusan bencana geologi tanah runtuh agar selari dengan keperluan dan kehendak semasa seperti perubahan iklim global? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PBGN ini ditubuhkan bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal bencana geologi, contohnya tanah runtuh.
Penubuhan pusat ini juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tindak balas bencana
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
demi memastikan keselamatan rakyat. Status terkini PBGN adalah penubuhannya telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan kini sedang dalam peringkat konsultasi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam.
Seterusnya, mengenai cadangan untuk mengkaji semula akta berkaitan pengurusan bencana geologi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Mineral dan Geosains
(JMG) sentiasa komited dalam menilai keberkesanan akta dan peraturan berkaitan agar sentiasa relevan dan inklusif dalam mendepani kesan perubahan cuaca dan intensiti hujan yang ekstrem yang diakibatkan oleh fenomena perubahan iklim. Dalam hal ini, Rang Undang- undang Penyiasatan Geologi dan Geosains (RUU PGG) sedang dirangka dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2026.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Yang Berhormat Ketereh.
6. Dato’ Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa operasi di ESSCOM diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri sedangkan ancaman sebenar di kawasan tersebut datangnya dari luar terutama dari Selatan Filipina.
Apabila ancaman yang melibatkan pencerobohan ke atas kedaulatan negara ianya perlu di pertanggungjawabkan kepada ATM.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Ketereh.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Keputusan kerajaan untuk menempatkan ESSCOM di bawah pengurusan Kementerian Dalam Negeri pada 2 Julai 2018 adalah tepat. Ini mengambil kira bahawa ancaman yang dihadapi masa kini di kawasan ESSZONE adalah tertumpu kepada aktiviti jenayah rentas sempadan. Oleh itu, inisiatif untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam wajar diterajui oleh jabatan dan agensi di bawah KDN yang mempunyai kepakaran untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.
ESSCOM Yang Berhormat, berhadapan dengan isu jenayah rentas sempadan seperti penculikan, militan, penyeludupan barang kawalan atau bersubsidi, barang tanpa cukai...
[Tidak jelas] serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang merupakan isu-isu penguatkuasaan berkaitan ketenteraman awam berbanding isu keselamatan kedaulatan negara Yang Berhormat.
Antara perundangan yang dikuat kuasa bagi menangani isu jenayah rentas sempadan termasuklah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Akta Culik 1961, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022, Akta Pendaftaran Negara 1959, Akta Perikanan 1985, Akta Enakmen Pelabuhan dan Lembaga 2022.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kebanyakan akta-akta ini di bawah Kementerian Dalam Negeri. Namun begitu, Angkatan Tentera Malaysia Yang Berhormat, yang juga sebahagian daripada komponen keselamatan di dalam ESSCOM turut memainkan peranan yang signifikan bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara terutama bagi melaksanakan ATM sebagai pasukan cegah lintang untuk menyekat pencerobohan tentera negara asing.
Pelaksanaan operasi-operasi keselamatan oleh pihak ATM untuk melindungi kepentingan negara dan keutuhan wilayah di kawasan hadapan Pantai Timur Sabah akan memastikan operasi jabatan dan agensi keselamatan dalam penguatkuasaan undang- undang negara dapat berjalan dengan lancar dan berkesan di kawasan ESSZONE khasnya.
Kesimpulannya Yang Berhormat, agenda utama keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini ialah mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang- undang dan institusi utama negara. Justeru, penempatan ESSCOM di bawah KDN merupakan keputusan yang tepat kerana jaminan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara aman, makmur, berdaulat dan dihormati di persada dunia berpaksikan kepada kesepaduan serta sinergi kerjasama yang efektif dan efisien antara jabatan, agensi persekutuan dan negeri dalam kluster keselamatan, penguatkuasaan dan pertahanan negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Ketereh, soalan tambahan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya faham apa yang Timbalan Menteri sebutkan tadi. Tetapi, saya tengok lebih jauh lagi kerana saya juga pernah bertugas di Filipina yang mana saya empat tahun sebagai penasihat pertahanan dan saya juga berada setahun di Mindanao, di Selatan Filipina dan banyak tempat-tempat di Selatan Filipina itu saya dah pergi dan saya dah lihat dan ramai kawan-kawan saya dekat sana. Jadi, apa yang saya nak sebutkan di sini, saya tidak nak argue dengan Timbalan Menteri tetapi saya nak ceritakan bahawasanya kalau kita tengok jenayah rentas sempadan, okey betul.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Tetapi soalnya kalau kita tengok lebih jauh lagi, contohnya, Sabah claim. Sabah claim ini tak pernah digugurkan oleh Kerajaan Filipina. Apa maksud Sabah claim? Maknanya, dia anggap Sabah itu negara dia sebab itu dia tak mahu – tak mahu ini. Dalam pilihan raya Presiden di Filipina kalau calon tidak menyebut fasal Sabah claim ini, tak menyokong, dia akan kalah. Jadi, kita kena faham itu. Kemudian, kalau kita tengok ancaman itu ancaman daripada luar, ancaman yang boleh menggugat kedaulatan negara. Contohnya, kejadian di Tanduo, Lahad Datu. Dia datang dengan bala tentera yang agak besar dan akhirnya diserahkan kepada tentera.
Jadi, saya cadangkan di sini, ini bukan apa, saya nak cadang sahaja. Kalau boleh kita bincang balik benda ini. Kita adakan satu ketumbukan tentera yang mantap, yang besar di sempadan Filipina agar dia tengok kita ini betul-betul ada di situ. Serius. Kita very serious fasal benda ini. Jadi, kita nak biar...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya tak ada soalan apa ini Dato’ Yang di- Pertua.
[Dewan riuh]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Cuma, saya nak cadangkan. Saya nak cadangkan...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, kuorum ini adalah untuk bertanya soalan bukan cadangan. Kalau tak ada duduk sahaja.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau tidak di cadang, duduk.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Untuk dibincangkan balik...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Sahabat saya yang baik hati.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Oh.
[Ketawa]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato’ Speaker, bagi ruang. Sabah ini.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya sayang Sabah itu sebab saya tanya soalan ini. Mengenai ESSCOM ini Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mana telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Najib Razak “Bossku” pada 7 Mac 2013.
Seorang Ahli
“Bossku”.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tepuk]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya ingin mengetahui adakah penubuhan ESSCOM berjaya menambah baik tahap keselamatan melibatkan kes penculikan ataupun kejadian lain yang direkodkan berlaku di ESSZONE bermula pada tahun 2015 hingga kini? Memandangkan tiada insiden penculikan yang berlaku dalam tempoh lebih lima tahun ini, adakah pihak ESSCOM mengesan sebaran cubaan untuk membina rangkaian ataupun menghidupkan kembali aktiviti jenayah kidnap of ransom ataupun Kumpulan Abu Sayyaf ataupun kumpulan kidnap of ransom di kawasan Pantai Timur, Sabah? Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Terima kasih pandangan Ketereh tadi. Secara relatifnya ESSZONE kekal stabil.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Berdasarkan kepada rekod Yang Berhormat, tiada insiden penculikan oleh kumpulan culik untuk wang tebusan atau kidnap yang berlaku dari 15 Januari 2020 hingga 25 Januari 2025. Tambahan lagi, ancaman daripada Kumpulan Abu Sayyaf yang berakar umbi di Philippines, disebut oleh Yang Berhormat Ketereh tadi juga telah semakin merudum kerana keberhasilan ESSCOM itu sendiri dalam menumpaskan sel-sel ASG dan KFRG di kawasan daratan dan perairan Sabah melalui siri-siri operasi khas secara bersepadu yang di laksana dengan kerjasama erat pasukan-pasukan keselamatan di negara ini khususnya di Sabah.
Kalau berdasarkan rekod ESSCOM sejak 2015, seramai 20 anggota ASG telah ditembak mati dan 17 anggota ASG KFRG telah pun ditangkap.
Tuan Yang di-Pertua, walau apa keadaan sekalipun, ESSCOM sentiasa berwaspada dan meletakkan tahap pemantauan keselamatan dan risikan yang utama terhadap ancaman kumpulan militan asing seperti RSF tadi dan juga ASG serta elemen jenayah rentas sempadan seperti kumpulan-kumpulan yang saya sebutkan tadi sebagai fokus kajian kita yang kita teliti dari semasa ke semasa.
Menjawab soalan Yang Berhormat juga, berdasarkan kajian dijalankan oleh ESSCOM, potensi ancaman militan dan aktiviti penyelidikan di sempadan perairan negara berada pada tahap terkawal, aman dan rakyat Sabah jangan bimbang ketika ini.
Perkembangan tersebut dibantu dengan operasi ketenteraan dan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa Philippines yang telah melemahkan aktiviti gerakan ASG atau KFRG.
Sementara itu, pengaruh dan gerakan kumpulan berkenaan turut – untuk bergiat aktif di Pantai Timur Sabah turut menurun ketika ini. Paling signifikan Yang Berhormat, saya ambil masa sikit. ESSCOM dan pasukan keselamatan di Zon Selatan Sabah Timur berhasil mengekalkan rekod sifar insiden penculikan sejak 15 Januari 2020 hingga kini yang mana telah menjadi petunjuk kejayaan mengekang ancaman militan untuk masuk negara ini dan membendung aktiviti penculikan di sempadan perairan negara.
Berdasarkan rekod oleh ESSCOM, beberapa subleader ASG telah berjaya ditangkap dan ditembak mati serta sel ASG turut tumpas di Pulau Timbang, Sandakan, masing-masing pada Mei dan Ogos 2021 melalui operasi-operasi khas di koordinasi ESSCOM sehingga menyebabkan ASG dan KFRG hampir lumpuh dari segi keupayaan untuk melakukan serangan dan penculikan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dalam hubungan ini, seramai 41 orang telah ditangkap kerana terbabit dengan kumpulan pengganas melalui operasi khas ESSCOM sejak 2018. Daripada jumlah tersebut ESSCOM berjaya menumpaskan lima sel ASG yang merancang untuk menjadikan wilayah ini sebagai kawasan mereka lah.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sehubungan dengan itu, semua kejayaan ini adalah penting kerana pasukan keselamatan dapat mengekang sel-sel ASG terbabit yang berpotensi mengancam keselamatan negara sama ada melalui yang mahu merancang atau ingin melaksanakan serangan pengganas secara domestik atau rentas sempadan di rantau ini sekali gus membantu mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam sini. Maknanya peranan ESSCOM sangat penting dan keputusan kerajaan meletakkan ia di bawah Kementerian Dalam Negeri adalah tepat, Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato’ Speaker, minta izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Memandangkan tadi Ketereh mencadang, ada ruanglah. Saya benarkan Semporna bertanya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Speaker kerana ia berhubung kait dengan keselamatan. Keduanya berhubung kait dengan ESSCOM juga di Pantai Timur kawasan yang saya juga mewakilinya. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan amalan.
Mengapa amalan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bila berlaku satu kejadian maka tambah lagi satu outfit dengan izin, ESSCOM? Sedang kita sedar bahawa di kawasan itu sudah ada tentera laut. Di kawasan saya sendiri, Semporna. Kita ada batalion di Tawau dan juga di Semporna, di Lahad Datu. Tentera Darat yang ada.
Ini akan mengurangkan perbelanjaan negara kita dengan kita mewujudkan ESSCOM. Persoalan dia yang dibangkitkan tadi ialah bagaimana supaya bukan hanya perbelanjaan besar juga ketirisan dapat dilakukan — Dielakkan. Keduanya untuk maximize the use dengan izin, of all the outfit yang ada. Tentera Darat, Tentera Laut dah ada di situ dah.
Tentera Udara pun mungkin di Labuan yang boleh dimanfaatkan.
Soalan yang pertama saya ingin, amalan. Bilakah agaknya supaya kerajaan jangan jadi nanti masalah masa depan, kejadian berlaku kita wujudkan satu outfit yang menelan belanja bukan hanya duit bahkan juga manpower? Keduanya, saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri tentang be very meticulous dengan izin, dari segi pengurusan pelancong yang datang ke kawasan-kawasan Pantai Timur?
Saya difahamkan ada di antara pelancong yang juga merupakan di antara mereka Dato’ Speaker, bekas penjenayah. Jadi, kita tidak mahu supaya keadaan ini berlaku di kawasan kita. Tahun lalu saya ada persoalkan ada pelancong yang menjadi peniaga.
Alhamdulillah, imigresen dah ambil tindakan. Tetapi saya juga difahamkan bahawa ada di antara mereka juga terlibat dalam kes-kes tertentu di negara mereka. Maka, saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri menapis. Adakan langkah-langkah untuk menapis pelancong-pelancong, khususnya yang ada kes jenayah yang ada untuk mengelak supaya mereka new, clear.
Mungkin tadi kita dah persoalan tentang Abu Sayyaf dari luar datang. Ini di dalam negara kita. Bagaimana sekiranya berlaku sesuatu networking yang ada di rantau Southeast Asia? Kalau kita tidak mengawal dengan baik, kemungkinan akan berlaku. Mereka juga
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
rangkaian dah ada di dalam dah ya. Di pihak luar. Saya minta supaya persoalan yang ini dapat dijawab secara baik oleh Timbalan Menteri. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Semporna. Apa juga isu berkaitan keselamatan di Sabah ini Yang Berhormat.
Saya percaya Yang Berhormat bekas Menteri Pertahanan dan Ketua Menteri Sabah faham.
Kita tangani dalam Jawatankuasa Bersama ESSZONE yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Menteri Sabah.
Segala isu-isu yang berkaitan yang disebutkan tadi juga ditangani dan diperhalusi, diperincikan dalam jawatankuasa ini. Malah, ada lagi jawatankuasa-jawatankuasa yang selain. Kita faham bahawa jenayah dan juga isu-isu di Sabah juga melibatkan pelbagai negara. Sebab itu ESSCOM kita memperluaskan kerjasama kita termasuk perkongsian maklumat pertukaran data dan perisikan melalui forum interaksi melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dalam negara dan juga pihak-pihak di luar negara.
Antaranya pihak berkuasa di Filipina dan Indonesia. Kalau di Filipina misalnya, Philippine National Police. Ini antara jabatan penguat kuasa yang kita sama terlibat.
Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri) serta keterlibatan dan inisiatif dalam Perjanjian- perjanjian Kerjasama Trilateral antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Dalam jawatankuasa yang disebutkan tadi, isu-isu defisit juga kita bincang dan penglibatan negara dengan negara luar juga kita tangani dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang kita sebut. Kita faham bahawa isu berkaitan dengan pelancong ini.
Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri khususnya Menteri Dalam Negeri sendiri membawa duta-duta negara-negara yang ada di Malaysia untuk ke kawasan-kawasan berkenaan bagi kita menjelaskan secara terperinci tahap keselamatan di kawasan berkenaan untuk meningkatkan keyakinan negara luar supaya isu ekonomi tidak terjejas terutama sekali isu-isu pelancongan. Kerana keterlibatan KDN dalam isu ini di Sabah juga tidak terhad dalam soal keselamatan. Ia juga terlibat dalam usaha-usaha untuk menangani kesan-kesan sosial dan ekonomi Yang Berhormat.
Selain daripada pencerobohan, soal-soal berkaitan dengan penyeludupan manusia, aktiviti haram, isu-isu biasa. Sebab itu, isu-isu yang disebut oleh Yang Berhormat soal-soal pelancongan memang menjadi perhatian utama kementerian dan kita ambil pandangan Yang Berhormat untuk lebih teliti dan menguatkuasakan peraturan supaya pelancong-pelancong yang hadir ke Sabah tidak di kalangan mereka yang mencurigakan. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut kita ke soalan selanjutnya. Saya mempersila Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan usaha yang sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti, terutamanya bagi memastikan graduan dapat memperoleh pekerjaan dalam bidang yang relevan dengan kelulusan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih. Okey. Terima kasih Yang Berhormat Batu atas keprihatinan tentang isu-isu generasi muda kita. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi berterusan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memastikan graduan yang dihasilkan berupaya memasuki pasaran pekerjaan serta memenuhi keperluan dan tuntutan seiring dengan perkembangan industri semasa. Sehubungan itu, antara inisiatif KPT bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperoleh pekerjaan dalam bidang yang relevan dengan kelulusan pendidikan mereka adalah seperti berikut.
Pertama, mempergiatkan kerjasama merentasi kementerian dan agensi. Kita mengadakan kolaborasi serta perbincangan dari masa ke semasa dilaksanakan dengan pelbagai platform dengan kementerian MITI, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan juga Kementerian Ekonomi yang bagi membantu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan IPT serta membantu graduan mendapatkan gaji yang setara dengan kelayakan pendidikan mereka. Sekali gus mengurangkan isu bekerja di bawah kelayakan pendidikan underemployment dengan izin.
Ketiga, memperkukuhkan kerjasama IPT dan juga industri. KPT mempergiatkan kolaborasi bersama industri melalui platform seperti Majlis Pekerjaan Negara dan juga Majlis TVET Negara di mana kolaborasi ini membincangkan isu-isu ketidaksepadanan penawaran dan permintaan tenaga buruh dan menjadi platform membincangkan isu-isu underemployment, dengan izin.
Pada masa yang sama juga, KPT turut menggerakkan Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) yang berperanan sebagai badan perantara yang menghubungkan pihak kementerian dengan industri bagi melaksanakan kerjasama bersama IPT dan merancang keperluan sumber tenaga.
Contohnya, bagaimana GITC terlibat dalam Inkubator Penyelidikan dan Serap Industri Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia yang telah dilantik sebagai peneraju bagi konsortium elektrik dan elektronik (E&E) sektor. Bagi membangunkan bakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang E&E.
Kementerian juga memperkukuh kerjasama dengan industri melalui program seperti industry at university, CEO@Faculty, Employability Advisory Committee dan juga Industry Advisory Council. Ketiga, pelaksanaan padanan pekerjaan dengan graduan menerusi kolaborasi dengan PERKESO. KPT turut terlibat dengan program karnival kerjaya yang dianjurkan oleh
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
PERKESO. Setakat ini pada sehingga 14 Februari 2025, seramai 5,831 graduan telah memperoleh pekerjaan melalui portal MyFutureJobs.
Keempat, kita juga di peringkat universiti mengadakan facility industry on campus seperti teaching factory, competence center dan joint lab yang memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar memperoleh kemahiran berasaskan industri dan pendedahan kepada teknologi terkini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Akhirnya, yang kelima pelaksanaan konsep work-based learning (WBL) menerusi program Industry Driven Experiential Learning (IDEAL) di bawah kerangka Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape (EXCEL). Contohnya program 2u2i dua tahun di universiti dan dua tahun di universiti dapat memenuhi keperluan industri di mana pelajar didedahkan dengan suasana sebenar penempatan di industri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Batu, soalan tambahan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan Menteri-menteri dan Timbalan Menteri yang sungguh komited. Sebab dengan dasar-dasar baru dan juga inisiatif- inisiatif kadar pengangguran Malaysia pada bulan Disember dan Januari telah mencecah paras terendah sejak sepuluh tahun dahulu.
Pencapaian ini adalah pencapaian Kerajaan MADANI untuk rekodkan dalam Dewan ini. Balik kepada soalan tambahan saya, bagaimana pihak KPT menjalankan saringan terhadap program-program yang ditawarkan oleh universiti awam? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Batu atas soalan tambahan. Memang di peringkat kementerian dan juga universiti awam dan juga swasta, kita memang amat menekankan supaya kursus-kursus yang ditawarkan memang bertepatan dengan industri. Di peringkat kementerian, kita ada dua jenis saringan untuk kelulusan program akademik:
(i) Mesyuarat Saringan Awam (MSA); dan
(ii) Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Tinggi (JKPT).
Setiap program ini akan melalui beberapa panel luar, kita juga melibatkan TalentCorp, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), MIDA, Jabatan Perangkaan, Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) dan juga Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan juga badan-badan profesional selain daripada pihak industri. Jadi, kita akan pastikan bahawa apa juga program yang ditawarkan di peringkat universiti sekarang ini memang perlu dipacu oleh industri.
Ini adalah asas kita untuk memastikan bahawa tidak timbul lagi atau kita kurangkan isu tentang underemployment ini dengan izin, di mana yang pelajar-pelajar kita, mahasiswa
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
kita bekerja dalam bidang yang selain daripada yang dipelajari di peringkat universiti semasa belajar. Jadi ini antara kaedah kita untuk memastikan program-program yang ditawarkan di universiti kita memang bertepatan dengan keperluan yang disedia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua. Saya masih ingin melihat tentang masalah isu padanan pekerjaan ataupun underemployment. Kalau kita lihat laporan daripada Khazanah Research Institute (KRI) pada tahun lepas menyebut bahawa satu pertiga graduan tempatan Malaysia yang memulakan kerjaya dengan pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka sepertimana yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi.
Soalan saya, apakah pihak kementerian ada inisiatif yang diberikan ataupun insentif yang diberikan kepada pihak majikan untuk menyelesaikan isu padanan pekerjaan bagi mahasiswa yang mengambil pekerjaan? Soalan kedua ialah apakah pihak KPT telah mengenal pasti jurang ketidakpadanan antara kelayakan graduan dan peluang pekerjaan dalam kalangan kelulusan TVET? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey. Untuk ke soalan yang pertama. Memang kita seperti yang saya sebut tadi, kita memang pastikan setiap program yang kita tawarkan memang mesti berpadanan dengan keperluan industri. Itu yang saya sebut tadi bahawa kita bersama-sama dengan Government-Industry TVET Coordination Body atau disebut (GITC).
Ini kita akan jadikan sebagai badan perantara untuk memastikan bahawa apa yang kita tawarkan di peringkat universiti ini memang bertepatan dengan keperluan mereka dan banyak inisiatif yang kita telah buat secara spesifiknya untuk memastikan bahawa program ini berjalan dengan lancar.
Seperti yang saya sebut tadi antaranya Industry on Campus, teaching factory dan juga beberapa inisiatif bersama dengan yang MIGHT. Antaranya MIGHT di mana kita mahu tentang aeroangkasa dan kita juga bekerjasama dengan konsortium elektrik dan elektronik untuk membangunkan bakat yang mempunyai pengetahuan tentang kemahiran sharp skill dan smart skill ini.
Untuk makluman Yang Berhormat juga yang saya sebut tadi tentang kebolehpasaran ini bukan hanya di peringkat universiti, kita juga sebenarnya memastikan bahawa institusi TVET kita di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi kita ada politeknik dan juga kolej komuniti dan memang kita sedang memastikan bahawa gap yang setakat ini memang agak juga membimbangkan untuk kita pastikan bahawa walaupun kebolehpasaran kita memang amat tinggi di peringkat politeknik ini tetapi memang apa yang kita perlukan yang dilahirkan itu memang bertepatan dengan keperluan industri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut soalan selanjutnya dipersilakan Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Janji manis banyak ditaburkan, Bila berkuasa lain kelihatan, Cakap berdegar soal keadilan, Soalan saya nombor lapan.
8. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan usaha terkini kerajaan bagi menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kini sedang giat dilaksanakan. Fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembinaan telah siap pada 30 April 2024 dan kini diikuti dengan fasa kedua. Apabila projek ini siap sepenuhnya maka terminal baru Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun atau 4 MPPA four million passenger per annum dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 2 Mei 2024, Kementerian Pengangkutan juga sedang meneliti skop teknikal dan anggaran kos bagi melaksanakan pemanjangan landasan di LTSIP dengan tambahan sebanyak 400 meter menjadikan keseluruhan landasan sejauh 2,800 meter.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sudah boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual.
Seperti mana-mana lapangan terbang domestik yang lain seperti di Kuantan dan Ipoh, walaupun tidak dikategorikan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa.
Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan negara untuk mewujudkan laluan baru termasuk laluan antarabangsa. Walau bagaimanapun keputusan untuk mewujudkan laluan tersebut adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan berasaskan kepada daya maju komersial dan daya tarikan ke destinasi tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan inilah typical jawapan bila saya tanya tentang lapangan terbang.
Apakah perancangan kerajaan untuk menaik taraf sehingga kepada Lapangan Terbang Antarabangsa. Di Pengkalan Chepa ini Yang Berhormat, tanah yang digunakan untuk
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
pembinaan airport termasuk fasa 1, fasa 2 pembaharuan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ini mula masuk kerja pada zaman Perikatan Nasional jadi kerajaan.
Soalan saya ialah, apakah perancangan terkini kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya, ada baki lagi hampir 400 ekar tanah yang di-reserved-kan untuk airportt tersebut. Saya nak tahu perancangan terkini. Tadi Yang Berhormat sebut daripada dulu lagi meneliti-meneliti untuk memanjangkan landasan. Soalnya sejak Yang Berhormat jadi Menteri kerajaan ini, apa perancangan yang sudah sedia ada setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan tentang perkara ini? Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, semasa Yang Berhormat Perikatan Nasional menjadi kerajaan, pemanjangan landasan tidak berada dalam skop tersebut. Skop untuk memanjangkan landasan sebanyak 400 meter itu adalah atas permintaan daripada Menteri Besar Kelantan semasa saya berjumpa dengan Yang Amat Berhormat di Kota Bharu pada tahun lepas. Saya bawa balik ke Kabinet, Kabinet terus bersetuju untuk memanjangkan landasan tersebut dan memang itu telah pun masuk dalam skop. EPU dah setuju, sekarang kita nak runding harga saja.
Tuan Loke Siew Fook
Memang akan dipanjangkan landasan 400 meter itu untuk membolehkan lebih banyak pesawat ataupun pesawat yang boleh terbang lebih jauh untuk narrow-body dan bukannya kita soal, kaji-kaji dan sebagainya. Memang dah boleh sekarang. Janganlah salahkan semua Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri juga ada tanggungjawab. Kalau nak dapatkan destinasi, ada Exco pelancongan, pergilah jumpa dengan destinasi-destinasi ataupun negara-negara lain untuk memasarkan Kota Bharu ini kepada pasaran lain.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Tepuk]
Tuan Loke Siew Fook
Sebenarnya sudah pernah ada, sebelum ini pernah ada.
2019, ada penerbangan antarabangsa ke Surat Thani oleh Malindo Air dan ke Singapura oleh Scoot.
Jadi selepas COVID-19, mereka berhentilah. Jadi sekarang ini, sama-samalah kita berusaha, kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Jangan rasa bahawa kita nak menganaktirikan Lapangan Terbang Kota Bharu ini dan saya sendiri pergi lawat tahun lepas, berjumpa dengan MB. MB terus bawa nak panjang landasan, saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet bersetuju. Jadi, jangan ada salah sangka. Yang Berhormat selalu kata kita tak tunai janji, tak tunai janji dan sebagainya. Janji kita tunai, kita akan panjangkan landasan untuk Kota Bharu. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Acap kali kita dengar anak tirilah, tak tunai janji. Jelas, terang lagi
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
bersuluh akan dapat pemanjangan dan bagi saya cemburu. Cemburu Ipoh Timor dengar bila kita yang sama taraf, bukan lapangan terbang antarabangsa, dah tekun, dah ada 20 lebih penerbangan seminggu ke Singapura.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Nak tanya soalan ke nak jack ini?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ke Singapura dah ada, dah adapun. Pun belum kita dapat memanjangkan. Tapi ya lah, tuduhan depa kita biarkan. Tapi soalan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan. Tidak, saya suruh duduk nanti.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Soalan saya, adakah pihak kerajaan, khususnya Menteri ─ Kementerian Pengangkutan punya usaha dan dasar yang spesifik untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri yang tekun, berputih tulang nak tambah lagi yang sedia ada penerbangan antarabangsa. Adakah ada apa-apa proses, bukan – ada apa-apa dasar dan juga insentif untuk menarik syarikat-syarikat yang memang ingin dan hendak dan bersiap-siaga dan bersedia untuk menambah penerbangan ke lapangan terbang seperti Ipoh dan juga Kota Bharu. Sekian, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertamanya, memang betul apa yang dikatakan oleh Ipoh Timor. Lapangan Terbang Ipoh ini walaupun dia lebih kecil daripada Kota Bharu, dah ada penerbangan antarabangsa malah empat penerbangan ke Singapura setiap hari. Untuk maklumat, kita tidak memilih kasih dari segi lapangan terbang sama ada itu berada dalam kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan ataupun tidak. Umpamanya, untuk lapangan terbang di Kota Bharu ini, peruntukannya lebih RM400 juta. Ipoh pun tak dapat RM400 juta. Dia punya peruntukan untuk tambahan pun dalam lingkungan RM50 juta sahaja untuk optimize Lapangan Terbang Ipoh.
Jadi, dari segi untuk memasarkan dan sebagainya, insentif ini boleh bincang dengan pihak Tourism Malaysia, boleh bincang dengan MAHB. Kerajaan negeri juga ada tanggungjawab sebab kerajaan negeri nak menarik pelancong masuk ke negeri tersebut.
Jadi, perlulah ada juga sedikit usaha daripada kerajaan negeri. Jadi, ini adalah satu usaha sama. Kita ada begitu banyak lapangan terbang di seluruh negara.
Setiap negeri nak tarik lebih banyak penerbangan masuk ke lapangan terbang masing-masing. Itu memang kita sokong tetapi janganlah meletakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri mesti ada usaha bersama.
Kalau nak memasarkan lapangan terbang, nak memasarkan destinasi itu, sama-sama kita berusaha. Kerajaan negeri, Tourism Malaysia, MAHB – kita sama-sama memasarkan destinasi tersebut supaya lebih banyak penerbangan masuk ke dalam negara kita. Apa pun lapangan terbang yang mereka nak masuk, kita tak ada masalah. Dia nak pergi ke Kota Bharu tak ada masalah, nak ke Kuala Terengganu tak ada masalah. Untuk pergi ke Alor Setar, Langkawi, Kuantan, semua kita bersetuju. Semua kita akan menyokong usaha tersebut.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, soalan seterusnya. Saya mempersilakan Puan Teresa Kok Suh Sim, Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan akan mengarahkan syarikat insurans untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan, bagi memastikan ketelusan dalam menentukan kenaikan premium yang munasabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Setiap ITO adalah dikehendaki untuk mengisytiharkan keuntungan dan kerugian mereka dalam penyata kewangan tahunan mereka selaras dengan Malaysia Financial Reporting Standard 17 (MFRS 17), dengan izin.
Pada masa ini, ITO tidak diwajibkan untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan. Namun demikian, kami menghargai cadangan Yang Berhormat dan akan menjalankan kajian yang lebih mendalam dalam mempertimbangkan kebolehlaksanaan pelaporan terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan.
Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysia telah mempertingkatkan standard amalan perniagaan MHIT. Ini termasuk usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna melalui penambahbaikan lembaran penzahiran produk atau dengan izin, product disclosure sheet yang lebih ringkas dan mudah difahami.
Penambahbaikan ini bertujuan untuk menggalakkan pemegang polisi lebih memahami terma dan syarat produk MHIT serta membuat keputusan yang lebih termaklum.
Lembaran penzahiran produk ini juga akan menyatakan nisbah tuntutan atau claim ratio pada peringkat industri untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna bahawa sebahagian besar premium adalah diperuntukkan untuk membayar tuntutan.
Untuk makluman, purata nisbah tuntutan industri bagi tempoh tiga tahun (2021 hingga 2023) adalah 72 peratus. Sebagai contoh, jumlah nisbah tuntutan ini akan dinyatakan dalam PDS atau product disclosure sheet yang telah ditambah baik di mana secara purata bagi setiap RM1 premium yang dibayar, 72 sen diperuntukkan untuk membayar tuntutan. Baki selebihnya digunakan untuk perbelanjaan pengurusan. Sebagai contoh, pelaburan dalam infrastruktur IT dan sistem untuk mengurus polisi dan tuntutan komisen ejen dan keuntungan kepada ITO jika ada.
ITO juga dikehendaki untuk memastikan sebarang amalan dalaman untuk mentadbir urus peningkatan premium produk MHIT perlu mengambil kira keseimbangan antara kemampuan pemegang polisi dan kemampanan produk MHIT. Sebagai contoh, ITO perlu memantau pengalaman kos tuntutan produk MHIT secara objektif dan hanya boleh menetap semula premium apabila kos tuntutan sebenar merosot secara berterusan dan melebihi nilai
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
ambang atau threshold yang ditentukan lebih awal dalam amalan dalaman ITO. ITO juga dilarang untuk menetapkan semula premium semata-mata untuk meningkatkan keuntungan ITO. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sekarang, apa yang saya dapati ialah ada sesetengah pembeli insurans perubatan, apabila mereka menghadapi masalah yang mana mereka rasa tidak dapat pampasan yang berpatutan daripada pihak syarikat insurans ataupun tidak dapat bayaran yang baik daripada pihak hospital, mereka tak tahu macam mana mereka adukan masalah mereka. Jadi, apakah juga langkah kerajaan khususnya Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan untuk mengatasi masalah peningkatan premium insurans perubatan yang banyak berlaku sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sekiranya pembeli insurans perubatan tidak menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada pihak ITO, mereka digalakkan untuk menghubungi pihak ITO masing-masing untuk membuat aduan dan mencari penyelesaian yang memuaskan. Sekiranya masih tidak menerima layanan yang memuaskan daripada pihak ITO, mereka boleh membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia.
Manakala sekiranya pembeli insurans perubatan tidak mendapat layanan yang berpatutan daripada pihak hospital swasta, mereka boleh membuat aduan melalui saluran aduan yang sedia ada di hospital swasta masing-masing. Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan adalah punca utama yang menyebabkan kadar tuntutan MHIT semakin meningkat.
Apabila tuntutan MHIT melebihi premium secara berterusan, dana premium yang terkumpul tidak akan mencukupi untuk membayar tuntutan oleh pemegang polisi.
Berdasarkan pemerhatian Bank Negara Malaysia, antara tahun 2021 hingga 2023, peningkatan kumulatif jumlah tuntutan MHIT adalah sebanyak 56 peratus manakala dalam tempoh yang sama, peningkatan kumulatif jumlah premium terkumpul MHIT hanya 20 peratus.
Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengutamakan reformasi kesihatan yang menyeluruh untuk menangani isu inflasi kos perubatan dan caj-caj di hospital swasta. Usaha ini termasuk mengkaji semula Akta 586 untuk memperkukuh pengawasan hospital swasta dan melaksanakan modul pembayaran Diagnostic Related Group (DRG).
Kerajaan juga akan meningkatkan ketelusan ubat-ubatan serta perbandingan kos perubatan lazim dan meluaskan pilihan mampu milik perkhidmatan kesihatan seperti Rakan KKM dan perkembangan hospital not for profit, dengan izin. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Assalamualaikum Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih. Syarikat insurans ini memang di bawah kawalan Kementerian Kewangan. Jadi, segala prosedur, segala kenaikan ataupun penurunan adalah dengan persetujuan Kementerian Kewangan. Jadi kita nak ambil kira kesan daripada kenaikan kos premium kepada golongan B40 dan M40 ini pada saat mereka paling memerlukannya. Ketika ini, selepas COVID-19, banyak penyakit meningkat dari segi ratio yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan.
Jadi, terutamanya golongan ini sebahagian besarnya menggunakan simpanan KWSP telah dihabiskan untuk membiayai kos rawatan perubatan. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan skim insurans atau takaful mampu milik untuk menghadapi risiko luar jangka bagi melindungi golongan rentan termasuk kajian kebolehlaksanaan untuk merintis kaedah skim perlindungan insurans baru dengan kerjasama sektor swasta dengan sebahagian besar daripada perbelanjaan pembiayaan kesihatan negara dibiayai oleh duit poket sendiri iaitu lebih kurang 37.2 peratus dan golongan berpendapatan rendah ini adalah yang paling terkesan dengan pembiayaan poket sendiri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Apakah usaha pembaharuan kerajaan ataupun Kementerian Kewangan untuk nak melindungi golongan yang saya sebut tadi? Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Pihak kerajaan sedang membangunkan produk perlindungan asas MHIT bersama-sama syarikat insurans dan pengendali takaful. Ini untuk memastikan terdapat produk MHIT asas yang lebih mampan untuk jangka panjang dengan kadar premium yang berpatutan kepada rakyat termasuk ahli KWSP di masa akan datang.
Namun, cadangan pelaksanaan subsidi untuk pembangunan produk perlindungan asas MHIT ini memerlukan kajian yang lebih mendalam daripada segi impak jangka masa panjang ke atas kos kesihatan secara menyeluruh keadaan kewangan kerajaan, kos premium dan manfaat perlindungan, beban penyakit dan kos penjagaan kesihatan, kemampanan jangka masa panjang polisi tersebut dan lain-lain lagi.
Pembangunan produk perlindungan asas MHIT ini juga perlu diiringi dengan reformasi dan pembaharuan sektor kesihatan yang lebih menyeluruh serta perlu disegerakan.
Ini termasuklah pelaksanaan langkah-langkah untuk membendung inflasi kos perkhidmatan kesihatan untuk mengurangkan tekanan ke atas premium produk MHIT.
Justeru itu, semua pihak berkepentingan termasuk KWSP, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, hospital swasta dan penanggung insurans dan pengendali takaful akan terus bekerjasama untuk mencari penyelesaian jangka panjang
Puan Lim Hui Ying
yang berkesan seperti peningkatan ketelusan harga kos perubatan dan pelaksanaan model pembayaran DRG yang saya sebut banyak kali, the diagnostic related group. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, saya nak minta jawapan bertulis sebab soalan-soalan tadi jawapan bertulislah dengan fakta-fakta golongan rentan tadi termasuk 37.2 peratus yang mana boleh dijawab mengikut fakta dalam jawapan bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang BERNAMA (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024 dan Rang Undang- undang Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman (Pindaan) 2025 seperti di nombor satu hingga tiga di dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 27 Februari 2025.” Terima kasih.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Puan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang BERNAMA (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Akta BERNAMA 1967 atau Akta 780 telah digubal pada tahun 1967 yang bertujuan untuk menubuhkan dan memperbadankan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA khusus sebagai agensi perkhidmatan berita nasional untuk menyebarluaskan berita ke seluruh negara.
BERNAMA memainkan peranan penting dalam memastikan penyampaian maklumat dan pelaporan berita mengenai dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan, di samping menjadi sumber rujukan utama organisasi media tempatan dan antarabangsa.
Secara dasarnya, matlamat utama BERNAMA adalah untuk mencari dan mengemukakan berita yang lengkap, objektif dan saksama mengenai apa-apa perkara kepentingan awam dan negara di dalam dan luar Malaysia.
Selanjutnya, BERNAMA juga berperanan untuk mengagihkan berita atau bahan berita kepada pelanggan dengan mengenakan bayaran sama ada dalam bentuk fi atau pertukaran berita. Selain itu, dalam melaksanakan fungsi pelaporan bahan berita, BERNAMA juga memastikan berita yang dilaporkan adalah secara benar dan patut tanpa menjejaskan kepentingan awam dan negara serta pandangan semua golongan penduduk Malaysia.
Dari segi tadbir urus, BERNAMA dikawal selia oleh lembaga pengelola yang terdiri daripada seorang pengerusi dan enam orang wakil dari tuan punya surat khabar yang merupakan pelanggan BERNAMA serta enam wakil daripada Kerajaan Malaysia. Melihat kepada perkembangan media terutamanya media cetak mutakhir ini dan bagi mengukuhkan pengawal seliaan BERNAMA, Kementerian Komunikasi mendapati bahawa terdapat keperluan supaya kuorum wakil tuan punya surat khabar diperluas kepada wakil organisasi media. Peluasan ini dihasratkan untuk menyumbang kepada peningkatan aspek komunikasi menjadi lebih berkesan kepada rakyat.
Oleh itu, mewujudkan persekitaran yang menyokong pembangunan industri media dan digital serta mengambil kira keperluan masa depan melalui penambahbaikan kerangka kawal selia sektor komunikasi yang efektif, kini adalah masa yang tepat untuk kerajaan meminda Akta 780.
Rang Undang-undang Akta 780 (Pindaan) 2024 ini bukan sekadar menawarkan reformasi kepada landskap media dan digital malah akan menjadikan aspek komunikasi kerajaan lebih berkesan dalam mendepani cabaran semasa. Penggubalan Rang Undang- undang BERNAMA (Pindaan) 2024 bertujuan untuk memastikan komposisi baru yang lebih dinamik sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa industri media supaya:
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
(i) menjadikan industri media lebih inklusif bukan sahaja terdiri daripada tuan punya surat khabar. Ini ayat yang ada dalam akta pada waktu ini malah turut melibatkan media cetak, elektronik dan digital;
(ii) mempertingkatkan ekosistem digital selaras dengan kerangka Malaysia Madani dengan mengoptimumkan penggunaan media digital seiring dengan media konvensional yang lain bagi membawa keseimbangan antara kedua-dua jenis media;
(iii) membentuk sinergi baharu dalam memperkukuh aspek komunikasi kerajaan kepada rakyat; dan
(iv) pindaan ini juga selari dengan visi Kementerian Komunikasi untuk memperkasa jaringan dan infrastruktur digital dan komunikasi sosial dalam menyebarluaskan maklumat kenegaraan kepada rakyat.
Puan Yang di-Pertua, Rang undang-undang BERNAMA (Pindaan) 2024 ini mengandungi lapan fasal seperti yang diperincikan dalam salinan rang undang-undang dengan izin, blue bill yang telah diedar kepada semua Ahli Yang Berhormat pada 12 Disember 2024. Secara umumnya, pindaan Akta 780 ini melibatkan aspek penggantian istilah daripada “tuan punya surat khabar” dan “surat khabar” kepada istilah “organisasi media”.
Pindaan yang melibatkan penggantian istilah tersebut adalah melibatkan fasal 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 780 bagi memasukkan satu tafsiran baharu organisasi media.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pengenalan istilah baru ini adalah merangkumi bukan hanya media cetak yakni surat khabar dan apa-apa media percetakan, tetapi juga turut meliputi komunikasi massa, iaitu media elektronik dan digital seiring dengan arus ledakan teknologi dan digital masa kini.
Pindaan-pindaan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3 hingga 8 adalah bersifat pindaan berbangkit kepada penggantian istilah tuan punya surat khabar dan surat khabar kepada organisasi media dan juga pindaan yang melibatkan pengemaskinian peruntukan berdasarkan praktikaliti terkini.
Puan Yang di-Pertua, pindaan Akta 780 membuktikan komitmen Kerajaan MADANI mewujudkan ekosistem media yang berintegriti dan adil di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Kerajaan ingin menegaskan bahawa pindaan ini selaras dengan keperluan terhadap aspek pengemukaan bahan berita yang dilihat berkembang pesat seiring dengan kemajuan dunia teknologi dan digital pada masa kini. Secara dasarnya melalui pendekatan dalam pindaan yang dilaksanakan, ia akan memperkukuh perjalanan operasi BERNAMA dengan lebih berkesan dan maju seiring dengan perkembangan semasa. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta BERNAMA 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Pasir Gudang, YB Besut, YB Besut, YB Jelutong, YB Kulim Bandar Baharu, YB Segamat, YB Tumpat, YB Mas Gading, YB Padang Rengas, dan YB Rasah. Saya menjemput YB Pasir Gudang. Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, saya telah membaca tentang Rang Undang-undang Akta BERNAMA ini untuk dipinda. Saya rasa pindaan ini sesuai untuk memperkemaskan BERNAMA sebagai agensi berita kerajaan dan apa yang saya tahu BERNAMA ini satu badan berkanun dan dia bergerak secara autonomous walaupun akan ─ ada disebut di sini, “empat orang anggota lembaga yang mewakili Kerajaan Malaysia hendaklah merupakan wakil daripada kementerian dan seterusnya.” Ertinya peranan BERNAMA ini sangat penting dan rata-rata rakyat mempunyai keyakinan terhadap laporan berita BERNAMA. Selalunya tepat, ada kewibawaan dan rakyat percaya tentang operasi BERNAMA ini. Jadi, saya menyokong untuk pindaan ini. Hanya saya mencadangkan untuk masa hadapan dan kalau Yang Berhormat Menteri Komunikasi dapat memulakan melaksanakan perubahan ini, adalah baik sekiranya BERNAMA ini kerajaan perlahan-lahan memberikan kebebasan kepada agensi BERNAMA ini beroperasi dalam sebagai media supaya BERNAMA dapat bermain di peringkat yang lebih luas, di peringkat ASEAN, di peringkat global dan ada contohnya yang boleh kita pelajari seperti British Broadcasting Corporation (BBC). Ertinya dia global.
Jadi, apa yang BERNAMA sudah buat sekarang ini bagus. Tetapi, ada juga baik BERNAMA merentas daripada dalam negeri kita bermula dengan regional ASEAN dan global.
Contohnya, Al Jazeera bertapak di Doha, Qatar. Saya pernah sampai ke sana dan melawat stesen Al Jazeera. Kalau dibandingkan dengan Angkasapuri kita, besarlah Angkasapuri kita.
Tetapi, Al Jazeera memainkan peranan yang meluas sebagai agensi berita. Jadi, saya percaya Yang Berhormat Menteri bersetuju kita kena think big, berfikiran yang lebih luas dan kalau kita lihat di Singapura ada Channel News Asia (CNA) iaitu dia menjadi agensi berita yang penting. Jadi, BERNAMA tidak boleh main di kolam yang kecil sahaja. Maknanya, kita mesti global.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, silakan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri walaupun apa yang diungkapkan Yang Berhormat
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Pasir Gudang mungkin tidak seratus peratus tepat dengan rang undang-undang ini. Tetapi, saya harap ia diambil kira sebab perkara ini pun pernah dibincangkan dahulu terutamanya dalam menteri menyediakan untuk bajet 2026, satu point yang sangat penting dari Yang Berhormat Pasir Gudang yang saya yakin satu Dewan akan menyokongnya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Indera Putera. Jadi, saya sambung Yang Berhormat Menteri iaitu kita tahun ini menjadi pengerusi ASEAN dan peranan Malaysia dalam negara di Timur Tengah isu Palestin penting.
Duta kita lima kali dipanggil oleh White House. Kenapa pendirian Malaysia tentang isu Gaza ini begitu berani. Ertinya dunia melihat.
Jadi, bermakna kita beransur-ansur memberi ruang kepada BERNAMA dan lebih 58 tahun ditubuhkan sejak tahun 1967. Biar dia membesar seperti saya sebut BBC tadi menjadi CNN macam begitu, Al Jazeera, Associated Press dan macam-macam lagi. Maknanya, kita bagi sokongan kepada BERNAMA. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bila sebut BERNAMA ini berita nasional. Nasional ini menyeluruhlah. Jadi, kena lebih bijak. Laporan-laporan perlu lebih bijak. Cuma dalam pindaan ini, ia melibatkan dari segi pertukaran nama sahaja tuan punya kepada organisasi. Cuma, saya lihat dari segi komposisi.
Komposisi dia ada dua, satu komposisi berkenaan dengan Lembaga Pengelola itu sendiri dan juga komposisi yang melibatkan anggota majlis penyelia, penyeliaan BERNAMA yang anggota majlis penyeliaan BERNAMA ini kalau dicadangkan dikatakan enam orang wakil, enam orang pengerusi, enam wakil kerajaan dan enam wakil tuan punya surat khabar, dahulu. Sekarang sudah diselia oleh organisasi.
Jadi, kalau kita lihat ada yang dilantik pada tahun 2023, sebenarnya ada empat sahaja bukan enam wakil kerajaan dan tidak ada wakil pun daripada pihak pembangkang.
Dalam yang anggota majlis, anggota lembaga ini juga sebenarnya bukan enam. Kalau dilantik 2023 itu, ramai ini Kementerian Komunikasi dan Digital.
Dahulu Digital sekarang sudah pinda, tetapi pelantikan akan hanya kepada Kementerian Komunikasi, Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar, Universiti Teknologi Mara, mewakili akhbar NST, Star, Sin Chew Daily, Sinar Harian, Borneo Post dan Delhi Ekspres. Satu pun tak ada daripada pihak pembangkang. Ini kata nasional, tetapi tidak ada, tidak diambil kira.
Saya akan terus kepada sedikit berkenaan dengan yang 32 itu, fasal 8 - 32 itu dengan pelantikan, iaitu mengosongkan jawatan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia kata, “Seorang anggota yang mewakili suatu organisasi media, anggota lembaga itu hendaklah mengosongkan jawatannya jika ia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan organisasi media yang diwakili...” Saya cadangkan supaya pindaan ini ia terlucut secara automatik sebab kalau dibagi pilihan, agak susahlah sebab pernah berlaku dalam kita punya Parti Bersatu sendiri. Maknanya, yang berpaling tadah, yang tidak mendengar apa- apa arahan daripada Bersatu sendiri, mereka tidak akan letak jawatan. Benda mudah- sebab dalam Perlembagaan Bersatu kita- 10.4 mengatakan bahawa, dia adalah secara automatik.
Dia tergugur. Jadi, perlu dipinda.
Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai dengan pelantikan Hakim. Saya tidak tahu- Hakim ini salah seorang yang sedang berkhidmat, dilantik sebagai Yang di-Pertua dalam Majlis Penyeliaan BERNAMA ini. Jadi persoalannya, apa justifikasi pelantikan sebagai penyeliaan ini untuk aduan sebenarnya, yang dianggotai oleh empat yang lain – KSU Kementerian Komunikasi, Pengarang Kumpulan NST, Canselor UKM, bekas Pengurus Besar BERNAMA. Jadi, komposisi tidak nampak telus, macam terpilih. Jadi, saya pohon jawapan yang diberikan oleh Menteri ini merujuk kepada apa yang saya nyatakan sebentar tadi.
Sedikit mengenai dengan– okey, sekarang saya ingin mendapat penjelasan mengenai dengan pihak kerajaan mengenai posisi jawatan yang diletakkan oleh pihak kementerian ini. Ini sama yang sebut tadi sebab lantikan tahun 2023 itu menampakkan pihak kementerian masih meletakkan wakil Kementerian Komunikasi dan ‘Digital’- itu kena ubah.
Tidak lagi digital. Digital sudah tidak ada. Jadi, ia boleh menyebabkan pindaan itu dapat membolehkan wakil tersebut berkhidmat secara rasmi dan sah.
Jadi, saya mintalah pihak kementerian supaya dapat mempertimbangkan apa yang cadangan saya dan membuat pindaan yang sewajarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya bangun untuk menyokong pindaan ini. Yang Berhormat Menteri, saya mengambil maklum bahawa rang undang-undang pindaan ini adalah bertujuan untuk memberi perluasan. Bukan sahaja merangkumi media cetak tradisional seperti surat khabar, tetapi juga wakil daripada media- platform elektronik dan digital. Saya ingin menyokong pindaan-pindaan yang dibuat dan pada masa yang sama, ingin memberi beberapa cadangan.
Pertamanya, saya setuju bahawa BERNAMA menjadi penyiar berita yang dapat membawa kepada rakyat semua- polisi-polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan, yang memberi manfaat kepada rakyat. Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan bahawa kita juga memberi penekanan kepada media elektronik dan digital yang melibatkan Bahasa Malaysia, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di kesempatan ini, saya ingin memohon kepada kementerian- saya sedia maklum bahawa terdapat beberapa buah platform media digital dan elektronik Tamil seperti Nambikkai, seperti Vanakkam Malaysia, seperti Tisagal, seperti Tina Thanthi, Tamil Lens dan Desam TV, di mana mereka menyiarkan berita-berita mengenai semua langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat iaitu penyelesaian-penyelesaian masalah rakyat dan sebagainya, terutamanya kepada masyarakat India.
Pada kesempatan ini, saya memberi contoh, Timbalan Speaker, isu perumahan yang telah diselesaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bersama dengan Yang Berhormat Menteri KPKT, melibatkan lebih kurang 245 keluarga di Kuala Kubu Baharu di Tanjung Karang. Di mana selepas 27 tahun, isu melibatkan 245 keluarga di Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak telah diselesaikan, di mana Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan- dijangka membelanjakan RM40 juta. Kerajaan Selangor dijangka membelanjakan RM35 juta untuk menyelesaikan masalah melibatkan isu perumahan rakyat Malaysia, terutamanya daripada kaum India yang tinggal di ladang-ladang tersebut.
Saya menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Menteri, kalau boleh terdapat apa-apa tabung dana dalam kementerian untuk diagihkan kepada media digital dan elektronik Tamil yang telah saya nyatakan tadi supaya kita dapat menyebarkan inisiatif dan langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia MADANI, terutamanya yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan masyarakat India.
Kerana seperti yang telah saya bahaskan sebelum ini Timbalan Speaker, kita lihat bahawa semua langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah- masalah rakyat, terutamanya yang melibatkan golongan kaum India, tidak diterbitkan dengan sempurnanya dan dibawa kepada masyarakat di luar sana. Ini menyebabkan pihak-pihak tertentu memainkan sentimen perkauman dan juga ia menyebabkan tanggapan yang tidak begitu baik terhadap kerajaan kita.
Pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kita juga perlu memastikan bahawa kita melindungi wartawan-wartawan kita. Kita melindungi semua- agensi-agensi yang menerbitkan berita-berita janganlah ia menjadi seperti kejadian yang melibatkan surat khabar Harakah, di mana jumlah yang terhutang sebanyak lebih kurang RM500,000 tidak dibayar sehingga lebih kurang setahun lebih dan terpaksa mereka pergi ke mahkamah untuk menuntut...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Puan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jelutong.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(1).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak memberi...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya minta laluan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini 36(1).
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bagi laluan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa masalahnya...?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan Dewan 36(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa itu...?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak boleh menyentuh perkara- perkara lain, selain daripada pindaan itu sendiri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya memberi contoh. Kalau tadi Ketereh menyebut tentang isu Bersatu, saya tidak membantah.
Itu tiada kena mengena langsung. Saya menyentuh tentang isu melibatkan penerbitan berita...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya sentuh, ada kena- mengena...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Dengan pindaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Berkenaan dengan pindaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup. Masa Yang Berhormat Jelutong pun sudah tamat...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Besut- Timbalan Speaker, saya ingin menamatkan perbahasan saya dengan mengatakan...
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Jelutong, laluan sikit, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak perlu, tidak ada masa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya- masa sudah habis. Saya tiada masa...
[Dewan riuh]
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Nampak, nampak Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Terengganu, saya tidak bagi laluan untuk Yang Berhormat berucap. Saya pun tidak bagi. Jadi, sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya akan habiskan. So, saya ingin mencadangkan supaya penekanan diberikan kepada...
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kata hendak habis dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Media digital dan online...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Media, digital dan online, terutamanya yang menyebarkan bahasa Tamil.
Timbalan Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya nampak macam Hulu Terengganu tersangkut tadi. Apa hendak cakap Hulu Terengganu...? Saya bagi laluan. Ada? Hendak bagi laluan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya pun tersangkut.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Kulim-Bandar Baharu. Saya bukan- Jelutong tadi, dia nampak dia mengutamakan bahasa Tamil. Saya bukan membangkang, tetapi kita ada Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan. Jadi, itu keutamaan. Jadi, kalau semua hendak bahasa Tamil, bahasa penting dan sebagainya, apa bentuk negara kita yang akan wujud untuk masa akan datang? Terima kasih Yang di- Pertua.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, terima kasih Hulu Terengganu. Masukkan juga dalam saya punya teks. Baik ya, terima kasih, Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Timbalan Speaker. Tentang apa yang dibangkitkan oleh Hulu Terengganu mengenai bahasa Tamil dan bahasa Cina. Saya ingin merujuk kepada Peraturan Dewan 36(9)(c). “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara kaum dengan satu kaum...”
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker telah dengar. Saya telah mengucapkan tadi Bahasa Malaysia, bahasa Cina, bahasa Tamil. Apa salahnya...? Mengapakah Hulu Terengganu bantah sangat kepada penggunaan bahasa Tamil dan Cina- apakah salahnya? Adakah itu pendirian Hulu Terengganu dan Bersatu dan PAS, Perikatan Nasional membantah kepada bahasa Cina dan bahasa Tamil?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi peluang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jawapannya, Tuan Yang di-Pertua, saya kata bukan membantah, tetapi Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Melayu, keutamaan Bahasa Melayu. Kena faham. Bahasa Melayu itu kena faham. Keutamaan kita Bahasa Melayu. Kita bukan mengetepikan bahasa lain.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, kalau orang Cina hendak guna bahasa Mandarin, orang India hendak guna bahasa Tamil, Orang Melayu, Bahasa Melayu, apakah bentuk perpaduan yang kita nak wujud? Itu maksud saya. Tak menyakitkan hati. Itu pandangan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua pun setuju dengan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kena reset balik saya punya masa. Tiga minit dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya guna balik peraturan...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker. No, Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya tak bahaslah kalau macam ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong, itu pandangan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pandangan, tetapi tidak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dan tadi, Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, dengar dahulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, tidak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, saya sudah kata itu pandangan Hulu Terengganu dan dia kata, “Tidak membantah apa-apa yang diucap oleh Yang Berhormat Jelutong”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah buat petua, saya mahu Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu teruskan ucapan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tetapi tidak boleh jadikan lawak jenaka, Timbalan Speaker. What is so funny about using Tamil and Chinese?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apakah yang begitu lawak jenaka sangat?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Saya minta Yang di-Pertua invoke 37(2). Mengganggu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapakah tidak boleh gunakan bahasa Tamil dan bahasa Cina?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apakah yang lawak sangat?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mengganggu- 37(2), mengganggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
What is so funny?... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk, semua...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Teruskan ucapan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Speaker tak adil. Tinggal satu minit lagi. Takkan saya hendak bahas satu minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi empat minit.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi empat minit.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Empat minit. Nasib baik.
Terima kasih, Tuan Speaker. Baik. Saya terpaksa potong-potong sebab banyak orang potong saya tadi.
BERNAMA sebagai agensi berita rasmi kerajaan perlu segera disegarkan bagi berdepan dengan arus transformasi digital dan persaingan sengit antara organisasi media yang wujud di Malaysia dalam menyampaikan berita yang sahih lagi diyakini oleh rakyat.
Kebelakangan ini, kita melihat pelbagai organisasi media diwujudkan dan ditubuhkan.
Kesemuanya berlumba untuk menjadi portal yang lebih cepat menyampaikan berita sehingga ada kalanya tanpa semakan fakta yang tepat.
Tuan Yang di-Pertua, justeru, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam menambah mutu BERNAMA ke arah menjadi peneraju dalam penerbitan berita dan kandungan yang lebih berwibawa. Namun, dalam pindaan yang dibawa pada hari ini, saya berhasrat untuk mendapat beberapa penjelasan yang lebih menyeluruh bagi mendapatkan gambaran penuh akan transformasi yang cuba digarap pada entiti BERNAMA ini.
Pertamanya, melalui pindaan takrifan dengan memasukkan perkataan, “organisasi media” yang merujuk kepada mana-mana entiti yang menjalankan aktiviti penyebaran berita atau bahan berita melalui surat khabar, penerbitan, radio, televisyen, atau apa-apa bentuk komunikasi massa yang lain termasuk platform elektronik atau digital seperti seksyen 2. Saya juga ingin mendapatkan pencerahan yang lebih jelas iaitu adakah organisasi media yang condong atau milik parti-parti yang menyokong kerajaan juga diklasifikasikan di bawah takrifan yang sama?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan pindaan seksyen 7 berkaitan keanggotaan Lembaga Pengelola BERNAMA pula, saya mengambil maklum akan matlamat asalnya untuk menjadikan keanggotaan Lembaga ini menjadi lebih inklusif dengan tidak
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
hanya terikat kepada wakil media cetak tradisional seperti surat khabar semata-mata, malah dengan membabitkan bersama media platform elektronik dan digital.
Namun, saya melihat komposisi semasa Lembaga ini iaitu enam wakil kerajaan dan enam wakil organisasi media ini sebagai sesuatu yang mungkin boleh ditambah baik.
Bagaimanakah kerajaan melihat keperluan untuk menambah jumlah komposisi Lembaga ini terutamanya wakil organisasi media kepada satu jumlah yang lebih daripada asalnya?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon dapat pandangan Yang Berhormat Menteri, sejauh mana kementerian menilai cadangan bilangan wakil organisasi media sebagaimana anggota tetap di dalam Lembaga ini boleh dipecahkan secara khusus mengikut jenis media yang diamalkan organisasi terbabit seperti wakil media cetak tradisional, elektronik, digital dan lain-lain?
Saya juga ingin mendapatkan pencerahan, adakah kementerian berhasrat untuk menambah wakil organisasi media dari portal bahasa Tamil? Memandangkan pada ketika ini, Lembaga ini dianggotai oleh News Strait Times, Star Media Group, Sin Chew Daily, Sinar Harian, Borneo Post dan Daily Express.
Selain itu, berapa langkah utama pula tempoh sah wakil organisasi media ini untuk menjawat sebagai ahli di dalam Lembaga tersebut? Apakah manfaat yang akan diterima atau dicadangkan oleh kementerian kepada wakil organisasi media yang menganggotai Lembaga ini? Apakah pula bentuk kesalahan yang boleh menyebabkan keanggotaan organisasi media di dalam Lembaga ini terbatal?
Tuan Yang di-Pertua, berhubung fungsi Majlis Penyeliaan BERNAMA pula, saya melihat penekanan yang dibuat oleh Majlis berkenaan yang mempertimbangkan sebarang aduan berkenaan kegagalan atau keingkaran oleh BERNAMA, oleh mana-mana pelanggan sebagai satu langkah berani yang perlu ditampilkan, tetapi soalannya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey. Sejauh manakah kementerian menilai komposisi Majlis ini sebagai satu jumlah yang masih munasabah? Boleh sambung sikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak boleh. Sila duduk...
[Ketawa]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan Akta BERNAMA ini, saya ucapkan terima kasih kerana Menteri konsisten dalam membawa perubahan dalam Kementerian Komunikasi.
Saya juga ingin menyatakan di sini dan juga ingin maklumkan kepada rakan sebelah sana Yang Berhormat Hulu Terengganu bahawa service of BERNAMA ini, kena ingat, it also
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
published news content in Chinese, Tamil, Spanish and Arabic beside of news published in Malay and English. Ia bermaksud bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah equally has been published by BERNAMA. Itu saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong.
Maksudnya, kita akui Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, Berita Nasional, tetapi bahasa Tamil dan bahasa Cina, lain-lain bahasa ini is equally has been distribute the same news. So, saya ingin menyatakan, di sinilah kita mahu membawa perubahan.
Lagi satu perkara yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan berita- sebentar ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Segamat. Segamat, sedikit.
Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma ingin menyatakan bahawa bahasa Tamil dan bahasa Cina bukanlah bahasa perbualan yang boleh ditertawakan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya setuju. Masukkan dalam ucapan saya.
Saya juga ingin menyatakan BERNAMA turut mempunyai saluran televisyen sendiri dipanggil BERNAMA TV di saluran 502 Astro, saluran 631 Unifi TV, saluran 121 MYTV dan siaran radionya sendiri dipanggil BERNAMA Radio di frekuensi FM93.9 di Lembah Klang. Ini bermaksud BERNAMA meliputi semua aspek, semua bahasa, semua wilayah termasuk di luar negara. Saya mohon juga kita kena ambil langkah yang lebih inklusif ya. No language has to be sat behind because kita di Malaysia ini mengamalkan semua bahasa, kita menghormati juga.
Oleh itu, Yang Berhormat, ada beberapa perkara yang saya ingin membangkitkan dan juga untuk memberi penerangan yang jelas. Kalau tidak, berkenaan dengan Kementerian Komunikasi ini, akan ada jugalah perkara yang akan disalah tafsir di luar sana. Kita harus memperkasakan BERNAMA because we have biggest challenge dalam social media di mana segala perkara yang disampaikan oleh kerajaan sentiasa dimanipulasi, difitnah dan sebagainya. Maka, BERNAMA ini harus dan wajar diperkasakan melalui penggubalan ataupun pindaan akta-akta sebegini.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Dengan ini, saya ingin menyatakan- untuk mendapat penjelasan berkenaan dengan pindaan jadual pindaan seksyen 25(B)(3), “Empat orang anggota lembaga yang mewakili Malaysia hendaklah merupakan wakil daripada kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab hal ehwal luar negeri...” Apakah maksud hal ehwal luar negeri ini? Harus juga Menteri menyatakan dan kerana ia perlu diperincikan, siapakah kementerian lain yang terlibat dalam akta ini jika diperlukan?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Seterusnya, seorang anggota yang mewakili sesuatu organisasi media dan adakah ini termasuk media-media siaran online akan juga diambil kira supaya- untuk diperkasakan dalam akta ini?
Seterusnya adalah berkenaan dengan perkara 8 yang saya sebut (11) dan (A), anggota media online ini akan diambil kira dan juga sama ada berita-berita luar negara juga kita akan ambil kira dalam akta ini.
Satu lagi perkara saya ingin sentuh kerana ia berkaitan dengan BERNAMA. Saya juga mohon Menteri juga meneliti segala- program-program yang kita siarkan ini dan memberi airtime yang lebih juga kepada BERNAMA supaya- ini berita nasional, it’s from government.
So, we need to spend more money. Of course, dalam akta ini dinyatakan tiadalah sebarang wang yang melibat, rang udang-undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan, tapi ia perlu, undang-undang ini, akta ini harus membantu supaya memperkasakan. Sudah tentu ia akan melibatkan kewangan.
Saya mohonlah Yang Berhormat Menteri untuk membantu airtime supaya liputan dalam semua bahasa ini dapat dibantu dan salurkan isu-isu ataupun inisiatif-inisiatif Kerajaan MADANI kepada rakyat, itu saya rasa adalah perkara yang sangat penting.
Saya juga, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasihlah kepada Kementerian Ekonomi, eh, Kementerian Komunikasi, maaf, kerana konsisten untuk memperkasakan Kementerian Komunikasi. Oleh itu, saya dengan ini menyokong, Segamat menyokong meminda Akta BERNAMA 1967. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan rang udang-undang untuk meminda Akta BERNAMA 1967.
Kita ketahui bahawa BERNAMA telah ditubuhkan pada tahun 1967, jadi umurnya dah hampir dah 60 tahun. Kita tahu bahawa fungsi BERNAMA adalah sangat berwibawa sampai pada ketika ini.
Jadi, saya setuju dengan cadangan daripada Pasir Gudang untuk mengangkat dan memartabatkan agar BERNAMA boleh menjadi pangkalan data yang berwibawa khususnya untuk menjadi punca ataupun pangkalan data bagi berita-berita untuk peringkat ASEAN dalam Bahasa Melayu kerana kita lihat antara pengguna yang juga melihat dalam trafik web di BERNAMA meliputi bukan hanya orang Malaysia- 78 peratus orang Malaysia, Singapura, Brunei dan juga UK serta India ada mengakses kepada berita daripada BERNAMA. Ertinya kita boleh mengembangkan perkara ini kepada peringkat yang lebih jauh, pertama.
Kedua, berkaitan dengan organisasi media. Bila disebut pada asalnya daripada surat khabar kepada organisasi media, saya ingin bertanya, sebelum pindaan, berapakah ahli di bawah BERNAMA yang terlibat dalam media? Apakah kriteria untuk menjadi entiti yang
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
diiktiraf untuk berada di bawah BERNAMA daripada segi kategori organisasi media?
Berapakah organisasi media yang sekarang ini berada dalam negara? Kalau mereka tidak berada dalam BERNAMA, tak mendaftar, apakah implikasi? Jadi, adakah juga kita boleh menerima untuk berada di bawah payung BERNAMA ini sampai menjadi ahli atau menjadi lembaga daripada media asing?
Jadi, kalau kita lihat di sini, kita tengok bahawa berita ini merupakan satu media untuk benteng kesetiaan nasional. Jadi, kita bimbang bila mana kita memperluaskan daripada cetak kepada media, maka kita akan terdedah kepada banyak- unsur-unsur lain, bagaimanakah kandungan-kandungan khususnya melibatkan digital dan media ini dapat dipantau? Kita lihat di luar negara khususnya di Australia, mereka telah meluluskan *National Security Legislation
(Amendment)* khas untuk menangani campur tangan asing. Di Indonesia, mereka mempunyai satu badan iaitu Nasional Penanggulangan Terorisme untuk memantau kandungan artikel dan terorisme. Di Singapura juga demikian. Jadi dalam hal ini, kita juga ingin memastikan ia tidak berlaku dalam organisasi kita.
Seterusnya yang ketiga, berkaitan dengan berita interaktif. BERNAMA hari ini terlibat dengan berita media cetak dan juga berita TV. Walau bagaimanapun, untuk menarik orang muda kepada berita-berita seperti dalam BERNAMA haruslah mempunyai satu, mempelbagaikan format supaya lebih interaktif, supaya orang muda akan lebih ramai mengikuti berita BERNAMA berbanding dengan berita-berita lain yang mungkin bersifat tidak ada kesahihan yang sebagaimana BERNAMA.
Terakhir, kita juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, sekiranya BERNAMA dalam konteks hari ini dipinda, adakah penambahbaikan yang akan diberikan kepada kakitangan BERNAMA khususnya dari segi teknologi, latihan dan skim gaji supaya berita-berita yang dapat dihasilkan lebih kompetitif kerana kita mempunyai kakitangan yang lebih bersemangat dan kita boleh mengambil kakitangan yang sangat kompeten dalam memenuhi hasrat negara untuk melahirkan berita-berita yang lebih baik dan lebih cepat serta dapat digunakan.
Terakhir berkenaan dengan bagaimanakah kita akan memantau penggunaan dan pelaburan dalam alat-alat berhubung dengan AI untuk menganalisis kandungan dan mengesan sebarang pandangan ataupun berita-berita negatif yang mungkin berlaku dalam keselamatan siber. Jadi dalam hal ini, kita juga percaya bahawa bila mana ia membabitkan lebih banyak media digital dan juga media online, ia akan lebih terdedah dan kita mahu supaya BERNAMA akan kekal menjadi pusat sumber yang berwibawa, yang boleh kita rujuk dan insya-Allah, dengan pindaan ini dengan wujudnya ahli-ahli lembaga yang berwibawa, kita tengok ia akan memberikan kebaikan kepada BERNAMA.
Terakhir merujuk kepada fasal 4. Bertujuan untuk meminda 10(b) Akta 780 bahawa ada fungsi Majlis Penyeliaan BERNAMA untuk mempertimbangkan aduan yang menyatakan sekiranya mana-mana pihak melanggar matlamat ataupun prinsip di bawah Akta 780. Dalam hal ini, sekiranya mereka ini boleh- kalau mereka berada di bawah BERNAMA, mereka boleh diadu. Sekiranya mereka tak ada BERNAMA, apa mekanisme yang ada untuk kita juga mengadu perkara-perkara ini kerana kita lihat kini dibuka bukan hanya kepada BERNAMA,
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
tapi kepada pelanggan surat khabar, radio dan televisyen? Saya pohon penjelasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya akan jemput Yang Berhormat Rasah dahulu, lepas itu Yang Berhormat Padang Rengas dan selepas itu Menteri menjawab.
Jadi, saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Akta BERNAMA (Pindaan) 2024.
Saya bangun untuk membahas dan menyokong inisiatif, cadangan daripada Yang Berhormat Menteri terhadap pindaan yang dikemukakan sebab saya rasa satu saja yang mustahak yang dalam pindaan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi tadi iaitu dengan menggunakan, menggantikan perkataan “tuan punya surat khabar” kepada “organisasi media”. Memang ada keperluan selaras dengan keperluan pendigitalan media kita pada ketika ini.
Saya memberikan satu contoh, Oriental Daily, salah satu surat khabar berbahasa Cina sebelum ini. Sekarang dia sudah tak print hardcopy. Dia tinggal digital punya saja. Jadi, membolehkan Oriental Daily itu terus kekal ya sebagai organisasi media.
Cuma saya nak tanya, dengan takrifan yang diberikan di bawah “organisasi media”, saya nampak skop untuk ini sangat luas. Bukan saja pengendali ataupun pengamal media untuk hardcopy surat khabar. Jadi, adakah dengan perluasan ini akan membolehkan wakil yang akan duduk dalam lembaga pengelola BERNAMA iaitu enam wakil tuan punya surat khabar sebelum ini, kini dijadikan tuan punya organisasi media. Sebab kalau kita tengok enam wakil tersebut, rata-rata daripada wakil surat khabar, pelbagai bahasa.
Jadi, bagaimana dengan struktur tersebut yang akan mungkin enam itu jadi tak cukup. Jadi, banyak persaingan untuk enam slot itu berbanding dengan sebelum ini. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri nanti menjawab itu boleh memberikan sedikit pencerahan berkenaan dengan perkara ini.
Saya ambil peluang untuk peringkat dasar ini menyatakan bahawa BERNAMA sebagai agensi berita nasional, saya harap BERNAMA boleh memainkan peranan yang lebih aktif dan proaktif dalam keperluan media pendigitalan media pada masa kini. Saya berikan satu contoh, saya gunakan Facebook saja. Itu belum lagi Instagram, TikTok dan sebagainya.
Jumlah follower untuk BERNAMA sebenarnya kurang kalau dibandingkan dengan Sinar Harian, Berita Harian dan sebagainya termasuk even media berbahasa Cina mempunyai follower yang lebih ramai daripada BERNAMA.
Setakat yang saya nampak itu, correct me if I am wrong. Yang Berhormat Menteri nanti. Satu juga saja. Sangat kurang, sebagai platform media nasional untuk negara kita.
Jadi, adakah langkah-langkah lebih proaktif untuk perkasakan BERNAMA ini sebagai agensi utama...?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Laluan sikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, 20 saat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit saja. Terima kasih. Terima kasih sahabat. Terima kasih Yang di-Pertua. Berkaitan dengan follower ataupun respons daripada BERNAMA ini, setuju tak Rasah bahawa rakyat hari ini telah tidak yakin dengan apa cerita yang dibawa oleh BERNAMA berbanding dengan media-media sosial yang lain? Apakah pandangan Rasah? Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tak anggap begitu, tapi saya anggap saya berpandangan positif bahawa teguran saya dibuat secara terbuka, bukan sebab tak yakin, tapi sebagai banyak pilihan. Rakyat banyak pilihan. Jadi, kerajaan sepatutnya menjadikan rakyat memilih BERNAMA.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, apakah usaha dan langkah-langkah dan pendekatan ke arah itu? Jadi saya mohon ada tambah baik. Saya nak sebut juga berkenaan dengan BERNAMA ini. BERNAMA ini sangat mustahak. Sebab bila fake news banyak, itu tempat rujukan kepada berita yang benar. Ini kadang banyak sangat media dia fake news. Saya sendiri saya nak kata semua secara terbuka dalam ini.
Saya kalau dapat siapa-siapa WhatsApp saya nampak dalam TikTok dan sebagainya. Saya semak dengan BERNAMA punya berita, tetapi cuma kadang BERNAMA itu tak banyak berita yang dia sebarkan.
Satu lagi masalah Yang Berhormat Menteri. Ini saya nak sebut secara terbuka. Kalau berbanding dengan banyak platform media yang lain, berita dia 24 jam. Zaman sekarang kita tak bergantung kepada surat khabar besok. Misal kata hari ini, apa yang kita bahas, bentangkan di sini kita tak bergantung kepada surat khabar besok. On the spot, rakyat akan tahu apa yang kita cakap di sini.
Jadi, BERNAMA saya nampak siang hari dia ada sebaran dia, ada posting dia, tetapi waktu malam dia tak ada. Itu bagi saya dia tidak selaras dengan keperluan masa sekarang yang mana dunia bergerak dengan begitu pantas, media bergerak dengan begitu laju.
Sepatutnya ada platform 24 hours yang membolehkan rakyat Malaysia tak kira siang dan malam mempunyai peluang untuk mengetahui apa yang terjadi di seluruh pelosok dunia.
Perkara terakhir saya nak tanya, ambil kesempatan ini. Saya nak tanya, berapakah saraan untuk Pengerusi Lembaga Pengelola BERNAMA dan juga 12 wakil tersebut? Saya difahamkan ada pekerja kontrak yang bukan jawatan tetap di bawah BERNAMA. Betul atau tidak daripada Yang Berhormat Menteri. Ini bukan tuduhan, ini minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri betul atau tidak? Kalau tak betul, eloklah. Kalau betul ada yang pekerja kontrak, kenapakah kontrak? Patut kita serapkan dia sebagai tetap sebab ini agensi berita nasional. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih memberi ruang kepada saya untuk membahaskan rang undang- undang pindaan Akta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 1967 [Akta 780].
Pindaan ini mempunyai implikasi besar terhadap kebebasan media, ketelusan maklumat dan peranan BERNAMA.
Pertama, kita perlu melihat sama ada pindaan ini selari dengan prinsip kebebasan media yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. BERNAMA seharusnya berperanan sebagai sumber berita yang bebas, telus dan tidak berat sebelah. Jika pindaan ini memberi kuasa lebih besar kepada pihak eksekutif untuk mengawal atau mempengaruhi laporan berita, maka ia bercanggah dengan prinsip demokrasi yang kita junjung.
Puan Yang di-Pertua, kedua. Kita perlu meneliti kesan pindaan ini terhadap daya saing BERNAMA dalam era digital. Cabaran utama media arus perdana hari ini ialah kebolehpercayaan dan kebebasan laporan. Jika masyarakat melihat BERNAMA sebagai alat propaganda kerajaan, maka kredibilitinya akan terjejas dan sukar bersaing dengan media alternatif. Sepatutnya pindaan ini memperkukuhkan peranan BERNAMA sebagai badan berita yang profesional dan berkecuali. Bukannya memperketat kawalan terhadap BERNAMA ini.
Puan Yang di-Pertua, ketiga. Dari sudut keberkesanan operasi, adakah pindaan ini memberi ruang kepada BERNAMA untuk beroperasi secara lebih autonomi dalam menjana pendapatan? Kita sedia maklum cabaran kewangan yang dihadapi oleh BERNAMA. Oleh itu, sebarang pindaan harus memastikan BERNAMA dapat berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.
Saya juga ingin menegaskan bahawa BERNAMA tidak boleh dijadikan alat untuk menutup kelemahan kerajaan atau menyekat suara pembangkang. Sebaliknya ia perlu menjadi medium yang menyampaikan maklumat secara adil dan tepat kepada rakyat. Jika pindaan ini memberi lebih kawalan kepada kerajaan untuk menentukan hala tuju editorial, maka ia satu langkah ke belakang dalam memastikan kebebasan media yang sihat di negara ini.
Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya menggesa kerajaan untuk menjelaskan rasional sebenar di sebalik pindaan ini dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan? Kita mahukan BERNAMA yang benar-benar profesional. Bukan sekadar corong suara kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya menghargai pandangan, saranan daripada lapan Ahli Yang Berhormat yang telah bangkit untuk bahas pindaan Rang Undang-undang BERNAMA ini.
Sejujurnya Puan Yang di-Pertua, hasrat kita dari awal adalah untuk melihat kepada beberapa perubahan yang perlu dilakukan memandangkan industri berubah dengan terlalu pantas. Seperti yang ada disebut tadi oleh Yang Berhormat Rasah kalau tak silap saya mengenai apa yang telah berlaku termasuk dengan Oriental Daily. Jadi, kita lihat ada media-media yang sebelum ini beroperasi sebagai surat khabar, tetapi telah berubah jauh berbeza. Malah, kita lihat ada yang seperti Astro AWANI yang tidak ada surat khabar, tetapi telah lama berkecimpung dalam bidang penyampaian berita. Jadi, saya sejujurnya waktu menggalas tanggungjawab ini terasa ada keperluan untuk kita berlaku adil kepada semua pelanggan BERNAMA. Kerana untuk menjadi Ahli Lembaga BERNAMA, mereka perlu menjadi pelanggan.
Tambahan, mereka dalam akta yang sedia ada perlu menjadi surat khabar bukan organisasi media. Jadi, ada yang melanggan, tetapi bukan surat khabar. Jadi mereka tak layak untuk menjadi Ahli Lembaga BERNAMA. Jadi saya lihat ada keperluan untuk kita perbetulkan perkara ini dan ia juga adalah satu boleh, dengan izin, disebut sebagai symbolic gesture menunjukkan bahawa sekarang kita faham dan sedar berlaku perubahan yang sangat mendadak terutama pasca pandemik kepada sektor media itu sendiri. Perubahan ini akan terus berlaku. Kita jangka tekanan yang dialami oleh organisasi media akan terus mereka rasai.
Kalau sebelum ini Puan Yang di-Pertua, ada kumpulan organisasi media yang bertemu dengan saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengadu bahawa jumlah iklan yang ada selama ini banyak yang telah pergi ke media sosial tanpa melalui syarikat- syarikat media lagi. Ini mendatangkan kesan bukan hanya kepada organisasi media tersebut, tetapi juga daripada segi pekerjaan yang ada.
Baru-baru ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah bertemu dengan sejumlah organisasi media dan juga para wartawan. Ada di kalangan mereka yang telah kehilangan kerja. Maka, saya lihat rang undang-undang ini dibawa sebagai sebahagian daripada semangat mendepani zaman yang sedang pesat berubah. Menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan, saya ambil maklum Yang Berhormat Pasir Gudang tentang hasrat niat untuk menjadikan BERNAMA sebagai sebuah organisasi setanding, setaraf dengan beberapa buah organisasi seperti...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Al Jazeera dan BBC. Ya saya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya satu sahaja berkenaan dengan baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri mengadakan perjumpaan dengan wartawan dan sebagainya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Menteri juga menyebut ada exit of wartawan dan pengamal media ini may lost their job. Adakah kerajaan sedang berusaha untuk membantu golongan-golongan ini untuk menempatkan ataupun open any doors ya supaya tidak melabel kita ini kejam dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Banyak daripada syarikat media beroperasi sebagai syarikat yang berkeuntungan. Mereka niat dan motif objektif mereka adalah untuk sebagai sebuah bisnes, sebagai sebuah syarikat perniagaan. Maka, semestinya sebagai syarikat yang berprinsipkan keuntungan, sekiranya berlaku kerugian, mereka akan ambil tindakan-tindakan penyesuaian yang mereka rasakan perlu termasuk mencari satu equilibrium daripada segi jumlah pekerja yang ada.
Jadi dalam pertemuan baharu-baharu ini, saya beri penegasan bahawa sebagai Menteri Komunikasi, saya dan pasukan akan berusaha untuk membantu mereka sekiranya mereka ingin mendapatkan pekerjaan untuk menyalurkan mereka kepada pihak-pihak yang mungkin mencari pekerja daripada kalangan yang berpengalaman media ataupun membantu mereka daripada segi mendapatkan hak mereka sebagai pekerja.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ini antara yang kita usahakan. Hasrat Yang Berhormat Pasir Gudang untuk melihat BERNAMA memainkan peranan seumpama Al Jazeera dan BBC memang sejujurnya BERNAMA sejak ditubuhkan era 60-an menjadi suara negara kita di peringkat antarabangsa.
Bezanya dia adalah bersifat wire service yang mana kita menyalurkan berita dari Malaysia ke portal-portal dan juga sekarang syarikat-syarikat media yang lain. Mungkin perumpamaannya adalah seperti beberapa buah syarikat news wire service seperti Reuters, AFP dan beberapa yang lain. Mereka mungkin tidak mempunyai berita TV walaupun BERNAMA ada BERNAMA TV, tapi banyak daripada core business BERNAMA adalah fokus kepada aspek itu.
Saya juga telah minta supaya pihak kementerian meneliti seiring dengan perubahan yang kita bawa dengan rang undang-undang ini kepada operasi BERNAMA itu sendiri.
Apakah hala tuju bagi syarikat yang ataupun badan berkanun yang sangat penting? Bukan hanya untuk menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan tapi menjadi suara kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Yang Berhormat Besut ada bangkitkan dan di sini mungkin ada sedikit salah faham Yang Berhormat mengenai komposisi majlis ataupun Ahli Lembaga bagi BERNAMA disebut takrif kerajaan, wakil kerajaan. Dia bukan merujuk kepada ahli politik, tetapi kepada penjawat awam dalam kementerian-kementerian berkenaan. Tidak ada ahli politik yang dimasukkan dalam lembaga tersebut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Maksud saya wakil daripada pihak lain pembangkang dan sebagainya sebab apa yang disebut ada empat itu daripada Pengerusi, hakim itu nanti dan yang lain-lain itu empat orang lagi?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Itu Majlis Penyelia.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Penyelia. Bukan lembaga?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tapi dalam Majlis Penyelia dia berbeza.
Kalau Yang Berhormat lihat- saya cari sebentar. Dia memang tidak dikhususkan untuk Majlis Penyelia. Saya dapatkan di sini. Majlis Penyeliaan dianggotai oleh Yang di-Pertua dan di sini dia berbeza. Dia bukan anggota kerajaan. Maaf ya saya ambil- ya, tapi dia bukan merujuk kepada parti politik. Dia bukan merujuk kepada ahli politik ataupun daripada mana-mana badan perundangan. Dia adalah kepada penjawat awam dalam struktur kerajaan itu sendiri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Di tempat aduan ini Bahagian Pengelolaan ini ada tempat aduan. Siapakah yang patut berada untuk diadukan apa-apa masalah?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ini Majlis...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu yang fungsi pengelolaan ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Dia ada dua yang berbeza. Satu Lembaga Pengelola, that is the board, dengan izin. Dua, Majlis Penyelia. Majlis Penyelia dia berbeza. Majlis Penyelia itu dia bukan the board. Dia hanya memang kita boleh buat aduan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi apa kriteria lantikan sebagai yang Pengerusi pengelola tadi dan juga ahli-ahli nya, empat orang.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi anggotanya adalah seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang menjadi Yang Dipertua Majlis, seorang wakil Kerajaan Malaysia, seorang wakil surat khabar di Malaysia, Naib Canselor mana-mana satu universiti di Malaysia dan seorang yang lain. Jadi untuk tujuan...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu tanya tadi, justifikasi melantik Hakim yang sedang bertugas. Apakah tujuan sebenar daripada ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya ingin memberi nasihat kepada Yang Berhormat Besut, sila berdiri minta laluan dulu baharu berucap.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, saya minta laluan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya ingat bila Menteri mendengar itu dia bagilah itu secara tersirat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua ini tegas, bagus, tapi daripada segi ada beberapa struktur dalam Kementerian Komunikasi sendiri di mana seorang Hakim yang sedang berkhidmat menjadi sebahagian daripada sama ada Majlis seperti ini ataupun dengan izin, Tribunal Rayuan dalam MCMC contohnya.
Memang ada struktur-struktur tertentu di mana seorang hakim dalam saya fikir untuk tujuan memberi pertimbangan kepada apa-apa isu ataupun aduan yang dibawa kepada Majlis tersebut.
Yang Berhormat Jelutong ada bangkitkan isu tabung. Tabung untuk media. Saya buat semakan waktu ini tidak ada di kalangan media yang berbahasa Tamil yang merupakan pelanggan kepada BERNAMA. Jadi selepas ini saya akan minta Ketua Pengarang
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
BERNAMA untuk berhubung dengan mereka untuk pastikan mereka menjadi pelanggan kepada BERNAMA.
Setelah mereka menjadi pelanggan, ada beberapa boleh kita susuli termasuk keterlibatan mereka dalam Lembaga Pengelola, tapi dari segi kebajikan, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat memang BERNAMA mengelola apa yang dipanggil Tabung Kasih@HAWANA yang telah diberi peruntukan sebanyak RM1 juta pada tahun 2023 dan RM1 juta pada tahun 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membantu warga media tidak kira dari organisasi media yang sedang berdepan dengan isu-isu sama ada kebajikan, kesihatan, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri atas penjelasan. Saya juga difahamkan bahawa kementerian, jabatan dan agensi akan memilih media untuk diberikan media buy berdasarkan readership dan viewership, dengan izin, atau bilangan pembaca. Jadi cuma saya ingin mencadangkan bahawa memandangkan media- media online ini mempunyai viewership yang begitu tinggi, mungkin ia boleh diterapkan dan dimasukkan oleh kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Insya-Allah. Kita akan teliti. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bertanya, siapa organisasi media yang dimaksudkan.
Mereka layak menjadi ahli Lembaga Pengelola sekiranya mereka merupakan pelanggan kepada BERNAMA. Dia mesti organisasi media yang melanggan berita BERNAMA. Itu seperti yang ada dalam akta waktu ini. BERNAMA tidak mempunyai ahli media, tapi mereka merupakan pelanggan kepada perkhidmatan saluran berita rasmi dan daripada kalangan pelanggan-pelanggan inilah diberikan wang kepada mereka untuk menjadi sebahagian dari Lembaga Pengelola supaya beberapa perkara dapat dipertimbang.
Pihak BERNAMA terbuka untuk mendapat pandangan daripada kalangan, dengan izin pemegang taruh- stakeholders mereka iaitu pelanggan-pelanggan mereka yang merupakan organisasi media.
Adakah kita berhasrat untuk menambah jumlah anggota? Kalau kita berhasrat, dah masuk dalam rang undang-undang ini, tapi setelah kita beri pertimbangan dan Lembaga Pengelola juga telah memberi pertimbangan mereka merasakan tidak ada keperluan.
Sekarang ini 13 jumlah anggotanya. Jadi jumlahnya agak besar kalau nak dibandingkan dengan beberapa lembaga yang lain, maka mereka merasakan perlu ada keseimbangan.
Tidak perlu diperbesar, ditambah jumlah keanggotaan pada waktu ini. Mungkin pada masa depan sekiranya mereka merasakan ada keperluan maka ini boleh diberi pertimbangan.
Yang Berhormat Segamat mempersoalkan takrifan hal ehwal luar negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebelum ini kalau kita rujuk kepada akta sedia ada mereka memberi beberapa nama jawatan yang sangat khusus. Saya bagi contoh. Mereka menamakan contoh Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran dan Bahagian Penerangan Hal Ehwal Luar Negeri ataupun Bahagian Penerangan Luar Negeri. Ini adalah satu, dengan izin relic, dan dia agak anakronistik, luar daripada masanya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Oleh itu, kita, malah kalau kita lihat takrifan yang ada sekarang ini adalah kementerian pegawai dari ataupun seorang penjawat awam dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Jadi mungkin pada masa depan nama kementerian mungkin berbeza, tapi portfolio penerangan itu kekal dengan mana-mana satu kementerian. Oleh itu, kita lihat dia adalah untuk memastikan ada penyelarasan dan tidak ada salah faham dan dia akan rujuk kepada portfolio itu yang mana dipegang oleh Kementerian Luar.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Yang Berhormat Tumpat bertanya tentang media asing. Untuk makluman, saya cuba dapatkan senarai pelanggan, tetapi waktu ini saya tidak lihat ada media asing. Maaf, saya tengah dapatkan. Walaupun sekiranya ada media asing, dalam senarai setakat ini saya tak nampak nama media asing. Ada beberapa buah media asing termasuk GGPress Limited Quidco News, Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), Mediacorp dari Singapura, Bloomberg, dari Thomson Reuters dan Brunei Press.
Walau bagaimanapun, keputusan untuk memasukkan ahli lembaga adalah keputusan Menteri. Seharusnya Menteri yang telah angkat sumpah depan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong faham peri pentingnya kita menjaga aspek-aspek keselamatan termasuk bagi dalam ruang lingkup media.
Jadi insya-Allah daripada segi itu terjaga. Jangan risau. Mereka menjadi pelanggan untuk mendapatkan maklumat daripada ataupun berita.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya pun mencelah sedikit. Saya merujuk perkara ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Dah beri laluan ker?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya mohon untuk mencelah sedikit. Saya sebut perkara ini kerana Yang Berhormat Menteri, ada satu paparan dalam satu media bila mana ada pertandingan di antara Malaysia dengan China. Tanyalah rakyat kita, kadang- kadang ada rakyat kita ini dia tak sokong atlet kita kerana mereka mungkin rujuk pada berita- berita ataupun daripada sumber media yang hanya daripada media yang tidak berbahasa Melayu ataupun mungkin ada yang maybe daripada segi input.
So, dalam hal ini itu yang kita nak pantau. Sebab kalau hanya akhbar bercetak mungkin lain. Sekarang dah terbuka supaya semangat menjaga negara itu akan lebih dipertahankan. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya faham keadaan seperti itu. Di sini kita memang meletakkan menaruh harapan kepada Bernama sebagai agensi berita utama dalam negara kita terutama dalam isu-isu yang melibatkan sama ada isu-isu rantau dan luar negara. Maka BERNAMA menjadi rujukan.
Saya pohon supaya semua Ahli Yang Berhormat juga menggunakan BERNAMA sebagai kayu ukur untuk membuat pengesahan tentang berita. Mana-mana berita yang diterbitkan sekiranya tidak dilaporkan sama ada dalam BERNAMA atau pun media arus perdana, kita perlu berhati-hati.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kadangkala netizen boleh merekayasa grafik seolah-olah itulah headline-nya.
Kadang-kadang ini teguran yang saya perlu sampaikan juga kepada editor-editor yang sering kali memilih headline yang terlalu banyak Ajinomoto sampai BP pun naik. Jadi, kita kena berhati-hati. Kena cari titik keseimbangan antara click bait dan juga menyampaikan berita yang tepat.
Yang Berhormat Rasah dalam minit-minit yang terakhir. Yang Berhormat Rasah bertanya peranan dan juga maklumat mengenai saraan bagi ahli lembaga. Beberapa perkara ini dia adalah perkara yang spesifik. Saya akan jawab secara bertulis. Jadi, Puan Yang di- Pertua saya rasa mungkin tidak ada apa-apa perkara lain. Kita ada satu rang undang-undang yang bagi saya cukup besar selepas ini. Harapan saya kita akan dapat beri tumpuan dan terlibat dalam perbahasan yang akan datang, dalam rang undang-undang yang akan datang.
Saya rasa setakat ini dahulu jawapan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 8 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Komunikasi (Puan Teo Nie Ching) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil industri media yang turut bersama mengikuti perkembangan pembubaran RUU ini...
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, cadangan penubuhan satu jawatankuasa atau organisasi bagi menyelaraskan urus tadbir industri media di Malaysia telah dicetuskan sejak tahun 1973 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein yakni sudah lima dekad yang lalu.
Sejak itu kerajaan telah menerima pelbagai cadangan berbentuk serupa daripada industri media. Walau bagaimanapun, MJN prinsip untuk menubuhkan MMM hanya dikemukakan ke Jemaah Menteri dan diluluskan pada 6 Disember 2019. Mesyuarat Kick-Off Penubuhan Majlis Media Malaysia telah diadakan pada 16 Januari 2020 yang dipengerusikan oleh mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu YB Tuan Gobind Singh Deo dan dihadiri oleh wakil-wakil media.
Mesyuarat tersebut telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Sementara ataupun Jawatankuasa Protem dengan keanggotaan seramai 21 orang bagi menggerakkan usaha ke arah merealisasikan cadangan penubuhan MMM. Pada Ogos 2020, cadangan draf RUU MMM telah diterima daripada pihak Jawatankuasa Protem oleh kementerian.
Sejak awal tahun 2023 lagi, sesi perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Jawatankuasa Protem MMM telah giat dijalankan secara berkala- 26 sesi libat urus ataupun mesyuarat bersama Jawatankuasa Protem telah diadakan. Lima adalah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi sendiri dan 21 mesyuarat dipengerusikan oleh saya sebagai Timbalan Menteri Komunikasi.
Secara kesimpulannya, RUU MMM 2024 telah dihasilkan adalah daripada usaha dan kerjasama erat antara kerajaan dan juga wakil-wakil industri media. Jawatankuasa Protem kini merangkumi 40 orang wakil daripada ahli akademik, syarikat media, persatuan media, pengamal media, pengamal media bebas seperti Malaysiakini, Astro Awani, The Star, Berita Harian, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Persatuan Tamil Media Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Oriental Daily, Borneo Post Daily, Daily Express, Persatuan Wartawan Sabah, Central for Independent Journalist (IJ) dengan izin, Gerakan Media Merdeka
(GERAMM), National Union of Journalist Malaysia (NUJ) dengan izin, dan lain-lain lagi.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Hasilnya, rang undang-undang ini dapat digubal bersesuaian dengan hasrat industri media iaitu untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus media di Malaysia. Oleh yang demikian, saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk merekodkan penghargaan Kementerian Komunikasi kepada semua Ahli Jawatankuasa Protem yang terlibat dalam penggubalan RUU ini...
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai suatu badan atau majlis yang menguruskan dan memperjuangkan kepentingan media tempatan dan pengamal media yang menjadi suara industri termasuk meningkatkan standard dan kualiti ekosistem media Malaysia untuk mengharungi cabaran mendatang.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Maka, penubuhan Majlis Media Malaysia ini adalah komitmen Kementerian Komunikasi dan juga Kerajaan MADANI untuk menjamin kebebasan media bagi memastikan masyarakat umum mendapat informasi sahih, berintegriti dan adil. Trend peningkatan pelaporan yang tidak bertanggungjawab telah memberi kesan kepada masyarakat dan individu sehingga menimbulkan kekeliruan dan informasi tidak tepat berlegar di ruang massa.
Melalui penubuhan MMM, kerajaan yakin ruang semak dan imbang boleh dilaksanakan oleh pemain industri media sendiri bagi meningkatkan amalan integriti dan pematuhan ethical. Di sini letaknya tugas besar MMM dan pengamal media untuk menjamin integriti pelaporan kepada rakyat.
Antara halangan yang dihadapi oleh industri media, Malaysia tidak mempunyai kos etika pelaporan yang standard untuk diguna pakai oleh semua pengamal media di Malaysia.
Buat masa ini, pengamal media di Malaysia merujuk kepada kod etika yang dikeluarkan oleh organisasi masing-masing untuk membuat pelaporan sesuatu berita. Wartawan profesional perlu berpegang kepada ketetapan fakta setiap kali melaporkan sesuatu berita bagi memastikan pelaporan berita adalah lebih berkualiti dan dipercayai.
Buat masa ini, sekiranya orang awam merasa terjejas dengan pelaporan yang dibuat oleh pengamal media, mereka tidak mempunyai platform untuk membuat aduan dan tiada mekanisme penyelesaian selain melalui proses perundangan sedia ada di mahkamah. Jadi, proses ini akan memakan masa yang lama serta memerlukan kos yang tinggi.
Puan Yang di-Pertua, penubuhan majlis media juga bukanlah perkara baharu kerana beberapa buah negara lain telah menubuhkan majlis akhbar atau majlis media mereka sendiri sejak 1950-an lagi seperti di Jerman pada tahun 1956, India pada tahun 1966, Indonesia pada tahun 1968, Australia pada 1976, New Zealand pada tahun 1972 dan Ireland pada tahun 2008. Berdasarkan mekanisme majlis media di negara-negara tersebut, terdapat beberapa persamaan dalam tujuan penubuhan termasuknya sebagai saluran untuk menerima dan menilai aduan daripada orang awam berkaitan isu media. Majlis Media Malaysia turut akan menentukan standard berkaitan media, mewujudkan medium komunikasi antara orang awam dan media atau akhbar dan juga kerajaan serta menjadi sebuah badan yang memudah cara aduan yang diterima.
Justeru, kerajaan pada hari ini merasakan sudah tiba masanya untuk menubuhkan satu badan untuk menyelaraskan tadbir urus media di Malaysia yang diterajui oleh industri media sendiri. Penubuhan Majlis Media Malaysia dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dapat mewujudkan satu kod etika yang dapat digunakan secara menyeluruh oleh semua pihak. Bagi mewujudkan peraturan baharu, Kementerian Komunikasi telah melaksanakan proses Regulatory Impact Assessment (RIA), dengan izin, dan memenuhi kriteria-kriteria serta prinsip-prinsip utama pembentukan RUU.
Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang MMM 2024 mengandungi 23 fasal seperti yang diperincikan dalam saringan RUU, dengan izin, blue bill yang telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat pada 12 Disember 2024. Dengan izin, saya ingin menghuraikan beberapa fasal yang penting.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Fasal 2 mengandungi takrif bagi perkataan dan ungkapan tertentu untuk digunakan dalam akta yang dicadangkan. Beberapa tafsiran yang penting adalah seperti berikut:
(i) industri media.
(b) agensi berita diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia bagi tujuan mengumpul, menentusahkan dan menyebarkan berita, maklumat, gambar dan video;
(c) pertubuhan akhbar (pertubuhan berita) yang menerbitkan bahan bacaan bercetak atau digital secara harian atau berkala;
(d) penyiar iaitu stesen radio ataupun televisyen yang menyiarkan untuk pendengaran atau tontonan orang awam termasuklah bahan yang tersedia dalam format digital melalui internet;
(e) pengamal media;
(f) pengamal media bebas;
(g) media masing iaitu syarikat media yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan media asing yang mempunyai pengamal media di Malaysia dan menerbitkan kandungan berita dan kewartawanan di Malaysia ataupun tertentunya mengenai Malaysia;
(h) penerbit media;
(i) syarikat media; dan
(j) persatuan media tetapi tidak termasuk industri pengiklanan, penyedia perkhidmatan dalam talian dan entiti yang mengagregat atau membangunkan berita daripada sumber lain.
(ii) pengamal media, seorang wartawan, editor, jurugambar, juruvideo dan pereka grafik atau mana-mana orang yang terlibat dalam penciptaan, pengeluaran dan penyebaran kandungan untuk syarikat media dan orang itu hendaklah merupakan seorang pekerja kepada penerbit media.
Fasal 5 mengandungi peruntukan bagi fungsi Majlis. Antara fungsi Majlis ini adalah seperti berikut:
(i) untuk menetapkan dan mengawal selia standard dan tatalaku profesional pengamal media dan pengamal media bebas;
(ii) untuk menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam;
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
(iii) untuk menyelaras perkara berkaitan latihan, pembangunan, kapasiti dan pembangunan profesional wartawan dan pertubuhan media;
(iv) untuk menubuhkan, menguruskan dan menyenggara sesuatu pangkalan data yang mengandungi maklumat pengamal media dan pengamal media bebas untuk pembangunan berterusan industri media dan kewartawanan; dan
(v) untuk menentukan apa-apa mekanisme ketidakpuashatian dan prosiding tatatertib.
Fasal 6 mengandungi peruntukan bagi kuasa Majlis. Antara kuasa Majlis adalah seperti berikut:
(i) mengadakan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab;
(ii) menentukan perkara berkaitan dengan keahlian pentadbiran dan pengurusan Majlis;
(iii) menentukan dan mengenakan apa-apa fi, caj atau bayaran berhubung dengan keahlian Majlis dan perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis; dan
(iv) menjalankan siasatan terhadap sebarang aduan atau maklumat yang diterima terhadap pengamal media, pengamal media bebas melalui mekanisme ketidakpuasan hati.
Fasal 7 mengandungi peruntukan berhubung keahlian Majlis seperti berikut:
(i) syarikat media yang diwakili oleh penerbit media masing-masing ataupun pengurusan kanan yang dinamakan;
(ii) persatuan media yang diwakili oleh mana-mana ahli persatuan yang dinamakan pengamal media, pengamal media bebas; dan
(iii) ahli bukan media.
Fasal ini juga turut mengandungi peruntukan bagi kuasa Lembaga Majlis untuk mengenakan fi keahlian dan fi tahunan pada kadar yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Majlis dalam mesyuarat agung.
Fasal 8 mengandungi peruntukan bagi penubuhan dan keanggotaan lembaga.
Keseluruhan komposisi Lembaga MMM adalah seramai 21 orang yang terdiri daripada wakil syarikat media, persatuan media, pengamal media termasuk pengamal media bebas serta ahli bukan media.
RUU ini menjadi perintis dalam memperkukuh kedudukan wanita yang menetapkan bahawa setiap kategori ahli lembaga mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang wakil wanita. Selain itu, RUU ini juga menetapkan bahawa setiap kategori ahli harus merangkumi sekurang-kurangnya seorang wakil dari Sabah ataupun Sarawak di samping wakil tambahan
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
yang akan dilantik bagi memastikan keseimbangan daripada segi jantina, lokaliti serta kepelbagaian media berdasarkan bahasa dan format.
Fasal 15 mengandungi peruntukan mengenai mekanisme kawal selia yang berhubungan dengan aduan ketidakpuasan hati yang hendaklah dibuat dan diterima pakai oleh Majlis dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditentukan dalam mesyuarat agung.
Fasal 16 mengandungi peruntukan mengenai kuasa tatatertib Majlis terhadap ahlinya. Majlis hendaklah mewujudkan kesalahan tatatertib, mengadakan apa-apa hukuman tatatertib dan menetapkan tatacara prosiding tatatertib sebagaimana yang ditentukan dalam mesyuarat agung.
Fasal 17 mengandungi peruntukan mengenai penubuhan sebuah kumpulan wang yang akan dikenali sebagai Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia. Dalam tempoh Majlis menerima apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen atau badan berkanun, akaun dan Laporan Tahunan 1980 ataupun Akta 240 hendaklah terpakai bagi Majlis di mana majlis perlu membentangkan laporan kewangan tahunan kepada Parlimen.
Selain itu, Majlis hanya boleh menerima dana yang tidak dikenakan apa-apa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan luar negara untuk menggalakkan kesedaran dan memberikan pendidikan berhubungan dengan industri media tertakluk kepada kelulusan Menteri.
Puan Yang di-Pertua, penggubalan RUU Majlis Media Malaysia 2024 oleh Kerajaan MADANI mencerminkan usaha kerajaan bagi membuka jalan ke arah media yang lebih demokratik, bebas dan juga beretika di Malaysia. Majlis Media yang terbuka, bertanggungjawab dan telus dapat membantu membina keyakinan terhadap media selain menyumbang kepada kredibiliti organisasi media.
Saya percaya RUU ini akan memberikan pelbagai faedah kepada industri media dalam jangka masa yang panjang. Majlis Media Malaysia akan bertindak sebagai sebuah badan tadbir urus media yang bebas dengan mewujudkan komuniti media yang profesional dengan pelaporan yang beretika, adil dan tetap melalui sumber yang sahih.
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Bangi, YB Pasir Mas, YB Jempol, YB Machang, YB Puncak Borneo, YB Alor Setar, YB Rasah, YB Bagan Serai, YB Mas Gading,
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
YB Setiu, YB Kluang, YB Kuala Krai, YB Kota Melaka, YB Langkawi, YB Shah Alam, YB Jerantut, YB Ledang, YB Arau dan YB Sipitang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita teruskan perbahasan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024 dengan saya menjemput pertama Yang Berhormat Bangi, 5 minit. Silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah buat Kementerian Komunikasi kerana telah membentangkan satu rang undang-undang yang saya fikir cukup bersejarah.
Malahan tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa rang undang-undang ini adalah memberi, lebih memberi kesan kepada rakyat di luar sana berbanding dengan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang juga kita akan bahaskan dalam sidang kali ini.
Mengapakah saya kata demikian? Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen menjamin kebebasan Parlimen, sesuatu reformasi penting dalam institusi perundangan, tetapi daripada aspek impak langsung kepada rakyat saya fikir Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia ini memberi lebih kesan yang lebih besar kepada rakyat, mengapa...?
Saya mulakan Tan Sri Yang di-Pertua dengan peranan media. Media sering digelar sebagai estate keempat atau dalam bahasa Inggeris dengan izin, the fourth estate. Media memainkan peranan yang penting dalam sesebuah negara demokrasi untuk menjadi semak dan imbang kepada pihak kerajaan.
Sejarah manusia Tan Sri penuh dengan contoh-contoh bagaimana pemimpin yang bobrok, yang boros dan yang buruk dijatuhkan oleh mata pena sang wartawan. Mata pena sesungguhnya lebih tajam daripada mata pedang, tetapi media juga pada masa yang sama seperti industri dan profesion lain perlu ada kebertanggungjawaban dan juga accountability.
Maka, timbul keperluan untuk mencari keseimbangan untuk menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama memastikan kebertanggungjawaban media itu sendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam situasi sekarang sekiranya ada pihak yang tak puas hati dengan satu laporan media yang memerlukan media untuk mengambil tanggungjawab, dia ada dua pilihan. Satu pilihan untuk membawa satu tindakan saman sivil untuk defamation
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
atau fitnah dan kedua adalah untuk membuat laporan polis ataupun membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Untuk kedua-dua opsyen ini Tan Sri Yang di-Pertua, pengakhirannya adalah mahkamah untuk laporan Polis atau SKMM, ia akan menjadi satu siasatan jenayah yang mungkin mengakibatkan kepada tangkapan ke atas wartawan yang terbabit.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pengalaman saya sebagai peguam, saya sudah beberapa kali mewakili wartawan dan media yang telah dipanggil Polis ataupun SKMM.
Sepuluh tahun yang lepas, tahun 2015 Tan Sri Yang di-Pertua, saya mewakili tiga orang wartawan yang telah ditahan. Mereka adalah Zulkifli Sulong, Lionel Morais dan juga Amin Iskandar ditahan kerana satu laporan media. Ketiga-ketiga mereka terpaksa bermalam di lokap untuk satu malam.
Sekiranya 10 tahun lepas Tan Sri di-Pertua kita ada sebuah Majlis Media, apa-apa ketidakpuasan hati yang ada boleh diadukan kepada majlis tersebut dan inilah saya fikir adalah inti pati yang terpenting dalam rang undang-undang ini iaitu untuk menubuhkan sebuah Majlis Media yang akan menguruskan dan mengendalikan aduan-aduan terhadap media mengenai isu-isu berkaitan etika dan juga standard bagi pengamal media.
Rang undang-undang ini Tan Sri Yang di-Pertua pada saya adalah satu game changer, dengan izin. Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, maka media di Malaysia akan beralih daripada satu kerangka yang memerlukan, dengan izin, state intervention kepada satu kerangka self-regulation, daripada kawalan kerajaan kita mula berpindah kepada kawalan oleh media sendiri.
Rungutan, aduan, ketidakpuasan hati dan apa-apa perkara yang perlu resolusi berkaitan pelaporan oleh media akan diuruskan dan diselesaikan oleh satu mekanisme penyelesaian yang akan dirangka oleh Majlis Media ini kelak, Tan Sri Yang di-Pertua dan yang paling penting lagi mekanisme ketidakpuasan hati ini akan diwujudkan oleh Majlis Media itu sendiri, bukannya digubal oleh Parlimen ataupun oleh pihak kerajaan.
Sekali lagi, self-regulation, dengan izin, dan bukannya state intervention. Jelas daripada mula kerajaan mahu mewujudkan satu akta yang lahir daripada media sendiri dan oleh itu rang undang-undang ini banyak mendapat input seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Jawatankuasa Protem, Majlis Media Malaysia yang terdiri daripada pengamal media sendiri. Ini juga sesuatu yang saya fikir kita jarang lihat dan syabas buat kementerian kerana memilih untuk mengambil jalan yang ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya perlukan sedikit masa lagi. Penting ini Tan Sri Yang di- Pertua. Rang undang-undang ini juga memberi kuasa kepada Majlis untuk menetapkan standard dan tatalaku untuk dipatuhi oleh pengamal media. Saya pernah Tan Sri Yang di- Pertua bawa satu kes yang mana wartawan mencabar sepina yang telah dikeluarkan kepadanya untuk memberi keterangan yang mana sepina tersebut memaksa dia untuk mendedahkan sumber dia.
Kami pada masa itu bergantung kepada kod etika yang dikeluarkan oleh NUJ ataupun Kesatuan Wartawan Kebangsaan berkenaan tanggungjawab melindungi kerahsiaan
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
sumber atau dengan izin, confidence reality outsources, tetapi kod etika NUJ ini tidak ada kuat kuasa undang-undang, Tan Sri Yang di-Pertua. Disebabkan, NUJ itu sendiri tidak ada punca kuasa untuk mengikat. Dengan rang undang-undang ini, majlis ini akan diberi punca kuasa dan standard dan tatalaku ini akhirnya sepatutnya diiktiraf oleh mahkamah.
Sebab itu, saya nyatakan dari awal tadi bahawa rang undang-undang ini membawa satu impak yang besar dan kini rakyat mempunyai ruang dan peluang untuk bawa aduan mengenai media tanpa melalui sistem siasatan jenayah ataupun mengeluarkan duit untuk saman orang lain. Lebih penting lagi kerangka, dengan izin, self-regulation ini akan dapat memastikan bahawa media bebas menjalankan tanggungjawab mereka tanpa campur tangan kerajaan dan pada masa yang sama, memastikan kebertanggungjawaban pihak media dalam melaporkan berita.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya dah landing ini. Rang undang-undang ini Tan Sri Yang di-Pertua, sekali lagi membuktikan, membuktikan bahawa Kerajaan Madani ini benar-benar membawa reformasi dan perubahan positif. Jangan ada lagi suara-suara di luar sana yang mempertikaikan kredibiliti Kerajaan Madani ini untuk membawa semangat reformasi dalam pentadbiran Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya berbangga berdiri di sini. Anak kepada seorang wartawan veteran dan juga seorang pengamal undang-undang yang lama mempertahankan kebebasan media. Saya bangga membahaskan rang undang-undang yang cukup bersejarah ini. Kita akui rang undang-undang ini tidak sempurna, tetapi ia langkah pertama dan langkah penting. Kalau kita nak tunggu sampai semua sempurna Tan Sri Yang di-Pertua, memang sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat satu mekanisme, dengan izin, self-regulation untuk media.
Oleh itu, saya berharap kita sama-samalah dalam Dewan ini, tak kira di sini atau di sana. Kita bagi sokongan kepada rang undang-undang ini, kita luluskan dalam Dewan yang mulia ini, kita martabatkan media sebagai, dengan izin, the fourth estate dan kita iktiraf sumbangan setiap pengamal media dan jasa mereka kepada negara kita yang tercinta ini.
Oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya akhiri dengan menyatakan bahawa Bangi mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Bangi. Sekarang saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian atas usaha untuk menubuhkan, membawa rang undang-undang untuk penubuhan Majlis Media ini. Satu langkah yang baik dan bertepatan dengan masanya untuk kita menjaga kebajikan wartawan-wartawan khususnya. Cuma, beberapa perkara yang perlu untuk saya timbulkan persoalan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang pertama, kita tahu bahawa Majlis Media Malaysia ini seharusnya berfungsi sebagai sebuah badan bebas dan badan kawalan sendiri, self-regulation yang bebas daripada pengaruh kerajaan sebagaimana yang diamalkan di banyak negara demokratik yang lain, tetapi keputusan kerajaan untuk melantik dua orang wakil dalam Majlis ini menimbulkan kebimbangan besar kerana ia bertentangan dengan prinsip asas kawalan sendiri. Saya ingin melontarkan sekali lagi pandangan bahawa tidak perlu untuk wujudnya wakil daripada kerajaan kerana Majlis Media ini sendiri akan mengemukakan laporan setiap tahun di Parlimen kerana menerima dana daripada kerajaan. Di situlah kita boleh persoalkan sekiranya ada beberapa perkara yang perlu untuk dipersoalkan.
Sebagai perbandingan Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, negara-negara yang mengamalkan kebebasan media dengan baik seperti United Kingdom dan Jerman tidak membenarkan kerajaan campur tangan dalam badan kawalan kendiri industri media. Di UK, Independent Press Standard Organisation (IPSO) yang bertanggungjawab mengawal selia etika kewartawanan terdiri sepenuhnya daripada wakil media dan profesional berkaitan.
Begitu juga di Jerman, di mana badan yang dinamakan sebagai Deutscher Presserat ataupun Majlis Akhbar Jerman dikendalikan sepenuhnya oleh industri media sendiri tanpa campur tangan kerajaan. Akan tetapi kalau kita melihat model kawalan media dengan campur tangan kerajaan di China ataupun di Rusia. Di China, suruhanjaya penerbitan dan media berada di bawah kawalan kerajaan. Pegawai kerajaan berperanan besar dalam menentukan kandungan yang boleh dan tak boleh diterbitkan dan ini bukan model untuk kita contohi.
Begitu juga di Rusia, kawalan begitu ketat diberikan. Jadi, saya fikir kalau kita hendak bergerak, kita tak boleh bergerak ke belakang berbanding dengan Indonesia, Timor Leste yang mereka tidak ada kawalan di pihak kerajaan. Jangan kita terikut-ikut dengan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat.
Semalam Tan Sri Yang di-Pertua, 25 Februari 2025, Rumah Putih mengumumkan bahawa pegawai mereka akan menentukan organisasi berita mana yang dibenarkan untuk membuat liputan secara dekat terhadap Presiden Trump dan ini langkah ke belakang yang telah di-proposed oleh sebuah negara yang mendakwa mereka sebagai negara yang paling demokratik di dunia. Saya fikir kita tak perlu untuk jadikan ini sebagai contoh. Sebab itu, Majlis Media Malaysia ini memerlukan satu langkah ke depan untuk menonjolkan kita sebagai sebuah negara yang bebas.
Sebab itulah saya mohon supaya paling tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada, pas media untuk wartawan Harakah itu saya minta, kembalikanlah. Sudah pun hampir dua tahun dirampas daripada pihak kami dan saya telah mengemukakan rayuan. Kalaulah boleh diberikan kepada pihak kami untuk pas media ini, ini merupakan langkah yang begitu baik daripada pihak kerajaan meraikan demokrasi dan hak kebebasan media...
[Tepuk] Saya ingin memetik sebahagian taklimat Timbalan Menteri semalam menyatakan bahawa rang undang-undang ini dibawa antara lain kerana indeks kebebasan media Malaysia yang kurang memberangsangkan. Laporan daripada RSF- Reporters Without Borders, dalam Indeks Kebebasan Media Dunia meletakkan Malaysia di kedudukan di tangga
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
107, jatuh 34 anak tangga daripada tempat ke-73 tahun sebelumnya. Ini kemerosotan terbesar dalam kalangan negara Asia Tenggara. Menjadikan Malaysia bukan lagi negara dengan kebebasan media. Singapura dikenali sebagai negara dengan kawalan ketat ke atas media. Kita hanya berada satu tangga sahaja di depan Singapura yang berada pada tangga 108.
Kenapakah Malaysia melonjak naik pada tahun 2023 berbanding 2022? Kerana mengikut kata RSF ialah kerana kita melonjak naik pada ketika itu kerana mood dan harapan terhadap kerajaan baru pada tahun 2023 tetapi merudum pada tahun selepasnya, pada laporan 2023 kerana peningkatan tekanan politik terhadap media. Penapisan kandungan dalam talian, penggunaan undang-undang untuk menekan wartawan, siasatan polis ke atas Malaysiakini dan MalaysiaNow kerana laporan kritikal terhadap kerajaan. Rampasan kad media daripada agensi media serta sekatan akses terhadap portal berita TV Pertiwi.
Ini sebab kenapa Malaysia merudum jatuh dalam indeks RSF. Persoalannya, Timbalan Menteri kata bahawa rang undang-undang ini dikemukakan kerana laporan yang kurang memberangsangkan dalam indeks kebebasan media. Bagaimanakah rang undang- undang ini boleh mengembalikan kita semula ke indeks yang baik kalau sekiranya isu-isu yang dikemukakan oleh RSF itu tidak ditangani dengan baik oleh kita?
Jadi, rang undang-undang ini, sekali lagi saya kata rang undang-undang ini satu rang undang-undang yang baik, tetapi kalau tidak disusuli dengan kesungguhan, komitmen kerajaan untuk menjamin kebebasan media itu sendiri, bagaimanakah kita boleh kembali semula dalam indeks media yang bagus? Yang saya yakin, walaupun saya bukan tukang nujum, tetapi dalam Laporan RSF untuk tahun ini bagi tahun 2024, saya yakin bahawa kita tidak akan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan kerana tidak ada apa-apa langkah proaktif dalam menjamin kebebasan media.
Apatah lagi sering kali disebut bahawa, ‘Oh kerana kita ada undang-undang 3R menyebabkan Laporan RSF ini tidak memberangsangkan’. Kita tengok kerajaan pun tidak bertindak sangat kepada laporan yang membabitkan 3R. Saya ambil contoh, tahun lepas.
Saya ambil contoh, satu portal namanya Harapan Daily- mohon ampun pada Sultan Pahang pada 31 Mac 2024. Dalam satu laporan dalam portal Harapan Daily ini yang membuat laporan yang agak kurang tepat pada Titah Sultan Pahang dan mengundang murka. Dalam masa yang sama, Menteri yang saya petik namanya, “Fahmi arah siasat portal pro PH undang kemurkaan Sultan Pahang.” Ini diarah siasat 1 April 2024, sampai ke hari ini, kita tidak tahu apa tindakan. 1 April 2024, adakah laporan ini hanya kerana April Fool dan sebagainya? Saya tak tahu, tetapi ini menunjukkan bahawa walaupun Menteri sudah mengarah siasat, sampai ke hari ini kita tak tahu apa tindakan terhadap portal Harapan Daily yang telah membuat laporan yang menyentuh isu 3R.
Tadi ada Ahli Parlimen yang membangkitkan soal Harakahdaily tak bayar hutang dan sebagainya. Harakahdaily dah bayar pun kos percetakan ini, tetapi tak pernah lagi kami terpaksa ditegur dan mohon ampun daripada pihak Raja-Raja Melayu akibat laporan yang
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
tidak betul...
[Tepuk] Ini lagi teruk lagi. Bukan soal dua kesalahan tidak membenarkan- tidaklah menjadikan ia betul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pasir Mas, Jelutong minta laluan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila, sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya akui tetapi ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli PAS seperti Menteri Besar Kedah yang mengundang murka Sultan Selangor, yang menyebabkan Menteri Besar Kedah dituduh di mahkamah dan terserlah bahawa beliau telah memohon maaf. Jadi, tolonglah jangan nafikan fakta-fakta itu.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab itulah saya katakan Tan Sri Yang di-Pertua, kesilapan individu tidak boleh dikaitkan dengan parti. Kalau begitu, Yang Berhormat dari Beruas juga pernah menyentuh isu 3R dan beliau telah mohon maaf. Adakah itu menyebabkan parti anda sendiri dianggap sebagai parti yang murka?...
[Tepuk] Itu satu.
Yang kedua, soal...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Mencelah sikit.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sepuluh saat sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas, masa, Pasir Mas.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Beruas juga pernah menuduh PAS yang terlibat meletupkan rumah dia. Itu individu, tetapi kita tak buat apa-apa pun masa rumah dia terbakar dahulu. Jadi, adakah ini nak diambil kira? Saya nak minta pandangan dari Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ya, ya. Masukkan dalam ucapan saya. Jelutong, kesilapan individu tidak boleh dikaitkan dengan parti. Dua orang daripada aktivis parti kerajaan didakwa di mahkamah kerana menghina institusi Raja Melayu. Daripada parti kerajaan, dijatuhkan hukuman. Ada di penjara dan didenda RM5,000. Adakah itu boleh dikaitkan dengan parti itu sendiri? Tak boleh. Kalau itu dijadikan satu hukuman ataupun satu proses untuk kita menghukum secara general, saya rasa tidak ada parti yang selamat.
Semuanya pernah terlibat dengan saman sama ada kalah saman fitnah, disaman atau menyaman.
Saya ada di depan saya ini, berbelas-belas kes yang melibatkan pemimpin dalam kerajaan. Ada yang memohon maaf, ada yang terpaksa minta derma untuk bayar saman RM2.5 juta dan sebagainya. Itu individu, jangan kaitkan dengan parti.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jadi, sekian ucapan saya, Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi pihak kami, tidak ada masalah rang undang-undang ini diluluskan, tapi dengan pembaikan-pembaikan yang telah kita kemukakan. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Jempol melihat penggubalan RUU Majlis Media Malaysia 2024 ini suatu langkah positif bagi menubuhkan suatu pertubuhan yang menetapkan standard dan tatalaku bagi pengamal media supaya beretika dan bertanggungjawab. Jadi, tahniah kepada kementerian.
Kedudukan Malaysia di dalam Indeks Akhbar Dunia 2024 jatuh ke tangga 107 berbanding tangga 74 bagi tahun 2023. Diharapkan penubuhan Majlis Media Malaysia ini boleh menjadi pemangkin untuk meletakkan negara di kedudukan yang lebih baik.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam dunia informasi yang bebas tanpa sempadan, Jempol bersetuju dengan keperluan sesuatu standard etika kewartawanan yang harus dipatuhi oleh pengamal media. Persoalan Jempol, apa terma rujukan- terms of reference, dengan izin, yang akan diguna pakai oleh Majlis Media bagi menetapkan suatu standard yang harus dipatuhi oleh semua pengamal media yang sesuai dengan citra negara kita ini?
Tan Sri Yang di-Pertua, autoriti Majlis Media. Jempol difahamkan keahlian Majlis Media adalah bersifat sukarela dan tidak diwajibkan mengikut fasal yang sedia ada dalam RUU ini. Ini adalah berbeza dengan badan profesional lain seperti Majlis Peguam dan Majlis Perubatan Malaysia yang mempunyai keahlian automatik berdasarkan kuasa pendaftaran, pensijilan dan kebenaran pengamalan profesional ahli masing-masing.
Persoalan Jempol. Bagaimanakah kewibawaan Majlis untuk mengawal selia pengamal media supaya mengikut standard Majlis Media sedangkan badan ini tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen atau kebenaran beramal kepada mana-mana pengamal media atau wartawan? Apa pandangan kerajaan bahawa RUU ini, Majlis Media dilihat sebagai suatu badan yang bersifat paper tiger, dengan izin, kerana tiada kuasa mengeluarkan apa-apa pengesahan kepada ahlinya seperti kad perakuan media yang masih lagi dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia?
Tan Sri Yang di-Pertua, mekanisme ketidakpuasan hati. Jempol bersetuju sekiranya Majlis Media boleh berperanan sebagai pelindung kepada orang awam sekiranya mereka dianiaya oleh pengamal media yang tidak bertanggungjawab dengan berita atau pelaporan yang berunsur fitnah atau tidak tepat. Fasal 6(2)(d) memperuntukkan bahawa Majlis Media boleh menjalankan siasatan aduan awam terhadap pengamal media melalui mekanisme ketidakpuasan hati.
Persoalan Jempol. Sejauh mana kuasa Majlis Media dalam menetapkan solusi kepada aduan tersebut? Adakah prosedur tersebut bersifat rundingan seperti mediasi yang tidak mengikat pihak-pihak atau bersifat litigasi yang mewajibkan keputusan Majlis dipatuhi melalui kuat kuasa undang-undang? Sebagai contoh, adakah Majlis Media mempunyai kuasa perundangan untuk memerintahkan permohonan maaf dibuat secara terbuka kepada mangsa sekiranya berita yang dilaporkan media tersebut bersifat fitnah? Ataupun, adakah
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Majlis Media mempunyai kuasa untuk mengarahkan ganti rugi dibayar kepada mangsa kewartawanan yang tidak beretika?
Tan Sri Yang di-Pertua, kuasa Majlis Media dan undang-undang sedia ada. Dalam keinginan kita memperbaiki kedudukan negara di dalam Indeks Akhbar Dunia, adalah wajar bagi pihak berkuasa mereformasi struktur kawal selia media dalam membentuk persekitaran media yang lebih kondusif, demokratik, bertanggungjawab dan beretika dapat dicapai.
Agenda penubuhan Majlis Media Malaysia haruslah bergerak seiring dengan agenda-agenda reformasi perundangan yang lain seperti penelitian semula terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 dan juga beberapa peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Persoalan Jempol. Adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, misalnya, supaya memberi kuasa kepada Majlis Media Malaysia ini ia lebih berautoriti dalam memantau pengamal media?
Tan Sri Yang di-Pertua, akhirnya, Jempol secara dasarnya berpandangan bahawa penubuhan Majlis Media Malaysia ini adalah bertepatan pada masanya dengan pelbagai cabaran dunia informasi tanpa sempadan pada hari ini. Namun, dalam meluluskan akta ini, Jempol ingin menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan agar Majlis Media mempunyai kuasa secukupnya supaya mampu menjalankan mandatnya dengan lebih efektif.
Jempol mohon menyokong. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sekarang saya jemput Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas keizinan untuk saya membahas sama Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia.
Saya pun ingin memuji tindakan kerajaan untuk memperkenalkan rang undang- undang ini. Walau bagaimanapun, saya dan rakan-rakan daripada pembangkang melihat ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi untuk benar-benar mempertahankan kebebasan media dalam memastikan budaya demokrasi kekal subur.
Saya suka menyentuh apa Yang Berhormat Bangi perkatakan tadi, media adalah the fourth estate, tapi Yang Berhormat Bangi, media juga boleh dijadikan oleh kerajaan sebagai the fifth column, yakni media boleh digunakan oleh mana-mana pihak dari luar dan dalam untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.
Saya merujuk kepada rang undang-undang ini bahawasanya ada yang dikatakan klausa untuk regulate, dengan izin, pembiayaan ataupun dana yang diterima dari luar oleh media tempatan daripada dana asing. Dikatakan perlu mendapat keizinan Menteri terlebih dahulu. Dalam hal ini, ada yang dicadangkan oleh sebahagian wartawan supaya perkara ini tidak perlu selagi mana perkaranya melibatkan pembangunan kapasiti.
Saya ingin mengambil contoh, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung dengan laporan berita yang menunjukkan sebenarnya memang campur tangan dana asing
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
dalam penyuburan demokrasi, termasuk dalam media kita, memang telah lama berlaku di Malaysia. Saya ambil laporan The Star pada 2018. “Head of US think-tank reveals “long game” with Malaysian opposition parties...” yakni Pakatan Harapan. Dikatakan oleh salah seorang Presiden International Republican Institute (IRI) bahawasanya mereka bersama dengan National Endowment for Democracy telah lama bekerjasama dengan pembangkang, yakni Pakatan Harapan dahulu, untuk memastikan usaha-usaha Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke atas Barisan Nasional berlaku. Bila ditanya kepada Pakatan Harapan, Yang Berhormat Menteri Komunikasi tidak pula mengaku walaupun di belah Amerika, Washington mengaku.
Jadi, saya rasa pendirian saya sebagai Ahli Parlimen, kita boleh terima dana asing kecuali dengan cara kita benar-benar transparent. Untuk apa digunakan dana asing itu, ke mana ia pergi. Jangan ambil tapi sorok buat tak tahu. Nanti orang akan persoalkan integriti kerajaan dan parti-parti politik yang menerima dana asing melalui badan-badan media yang pro mereka.
Ini saya katakan tadi sebagai fifth column. Kalau kita lihat revolusi yang berlaku di Ukraine, apa yang berlaku Arab Spring di Timur Tengah, di belakang-belakang revolusi ini adalah wartawan-wartawan dan banyak sekali badan-badan media yang sebenarnya mempunyai agenda regime change ke atas negara-negara tersebut.
Jadi, kita perlu kawal selia dengan syarat Majlis Media Malaysia benar-benar bebas bukan sahaja daripada kerajaan dan juga dari luar. There must be a fine balance, dengan izin, agar kebebasan media benar-benar untuk rakyat, bukan untuk mana-mana ‘cukong’ media yang besar macam di Amerika.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kita lihat bagaimana Elon Musk memiliki X. Kacau bilau demokrasi di Amerika akibat itu. Sebelum itu kita ada Warren, bukan Warren Buffett. Minta maaf. Rupert Murdoch dengan konsortium media dia. Sebab itulah sebenarnya bila kita sebut tentang military-industrial complex oleh mantan Presiden Amerika Dwight D. Eisenhower sebenarnya mengikut C.
Wright Mills salah seorang sosiologi Amerika, sebenarnya ada komponen media, teknologi military-industrial complex. Sebab itulah saya katakan tadi kepada Yang Berhormat Bangi, yes, it is a fourth estate, but it can be turn into the fifth column.
Sebab itulah bila mana Kerajaan MADANI pada hari ini cuba menggunakan kuasa dan keupayaan kerajaan dan kementerian mengekang kebebasan bersuara. Sebab itu laporan Reporters Sans Frontières (RSF) jatuh daripada tangga 73 pada tahun 2023 kepada 107 pada 2024.
Kita- semua tahu media di Malaysia walaupun ada Majlis Media, mereka perlukan media baik daripada kementerian-kementerian. Berapa banyakkah media-media di Malaysia ini yang berani melaporkan dengan adil apa yang pembangkang katakan? Kalau tak dalam Dewan ini susah suara kami nak diambil oleh media-media di luar sana, sebab apa? Mereka takut nanti Menteri itu tarik balik bajet media. Jadi, Majlis Media Malaysia perlu benar-benar bebas agar wartawan-wartawan dan portal berita mempunyai kebebasan melaporkan berita
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
kepada rakyat. Bukan cakap saja depan, belakang kena ugut dengan Menteri. Ini perkara yang bagi saya munafik dalam kita memperkenalkan undang-undang sebegini.
Yang terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, kita maklum dengan apa yang berlaku terhadap gangguan seksual terhadap petugas wartawan. Baru-baru ini kalau kita lihat apa yang telah berlaku di PRK Sungai Bakap dikatakan laporan oleh Malaysiakini, petugas PH ganggu seksual wartawan. Alhamdulillah saya puji pada Menteri kerana ambil tindakan yang tegas terhadap apa yang telah berlaku. Cuma saya nak tanya, apakah jadi kepada mantan Pengarah J-KOM yang telah ditangkap dengan gangguan seksual?
Ini tidak memberi imej yang baik kepada kerajaan, kalau kita biarkan media fraternity disaluti dengan gangguan seksual, ini antara lelaki dengan lelaki, saya tak tahulah, ini bukan lelaki dengan perempuan. Ini lelaki dengan lelaki. Jadi, saya minta penjelasan Menteri, apakah yang telah dikenakan terhadap mantan Pengarah J-KOM ini?
Yang terakhir, saya harap Majlis Media Malaysia ini dapat benar-benar menaikkan suara rakyat dan memastikan demokrasi kekal subur bukan sekadar lips service, dengan izin.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang di-Pertua, Tan Sri Speaker, kerana telah memberi ruang kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang- undang Majlis Media Malaysia.
Seperti mana yang kita sedia maklum, MMM ini adalah sebuah organisasi yang mewakili industri media di Malaysia dan di mana badan ataupun organisasi ini mempunyai kebaikan dan keburukan dan bergantung kepada perspektif individu untuk melihat. Saya juga ingin melihat bagaimana dengan pendanaan Majlis ini sebab adakah kerajaan akan memperuntukkan dana untuk Majlis ini yang akan termaktub dalam rang undang-undang ini sebab saya difahamkan pendanaan itu adalah bergantung kepada permohonan. Jadi, saya merasakan ada baiknya kalau dana ini juga dimaktubkan dalam rang undang-undang supaya mereka akan mempunyai pendanaan yang berterusan.
Selain itu, saya juga difahamkan bahawa majlis ini boleh membuat fund raising, dengan izin, daripada mana-mana sumber. Saya amat khuatir kerana jika mereka mendapat dana daripada individu ataupun organisasi tertentu ia bisa mempengaruhkan keputusan dan juga tatakelola dan juga hala tuju majlis ini. Jadi, di mana kita melihat pada hari ini ramai daripada jutawan dan billionaire yang boleh mempengaruhkan hala tuju dan cara kepimpinan sesebuah negara akibat daripada dana yang mereka sumbang kepada organisasi-organisasi politik ataupun media-media tertentu.
Jadi, saya juga ingin mencadangkan supaya majlis ini bukan saja diwakili oleh wakil Kerajaan Persekutuan, tetapi juga diwakili oleh wakil daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan juga wakil daripada kerajaan Sabah. Manakala, saya juga mencadangkan supaya satu wakil persatuan media, pengamal media, pengamal media bebas dari Sarawak dan Sabah yang
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, sebab ini juga boleh meletakkan framework Perjanjian Malaysia yang menentukan hak kesaksamaan khasnya di dalam Majlis Media Malaysia ini.
Di mana pada hari ini kita melihat kuasa media itu begitu besar dan sudah pastinya kalau ada wakil-wakil daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, khasnya dari Wilayah Sabah dan Sarawak, sudah semestinya mereka boleh menyuarakan pendapat dan pandangan mereka demi kebaikan negara sebab it will be a balance because we have more representative form the industry plus from the Federal and also State Government. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat kepada keburukan yang akan berlaku di mana mereka akan mempunyai kekangan kebebasan media sekiranya Majlis ini dikuasai oleh orang-orang tertentu dan bagaimana kita hendak memastikan bahawa Majlis ini benar- benar bebas dan mempunyai kuasa untuk menentukan kebaikan untuk para-para pengamal media dan media yang dilaporkan. Kita juga ingin melihat keselamatan pengamal media itu sendiri sebab acap kali kita melihat ramai di antara pengamal-pengamal media ataupun pemberita-pemberita yang diugut kerana mereka melaporkan kebenaran.
Bagaimanakah Majlis ini boleh juga melindungi para pengamal-pengamal media ini?
Adakah perlindungan itu juga diterjemahkan dalam rang undang-undang ini supaya pengamal-pengamal media kita boleh melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, efektif dan telus dan melaporkan secara berhemah?
Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih kepada kementerian kerana telah membentangkan rang undang-undang yang cukup penting ini kerana pada masa hadapan kita akan berdepan dengan AI, dengan media yang begitu berkuasa. Majlis Media Malaysia ini adalah amat bertepatan dan amat sesuai dilaksanakan pada ketika ini dan saya memohon kepada semua untuk memberi sokongan walaupun apa yang dibentangkan dan telah disajikan kepada kita pada ketika ini belum begitu komprehensif, tetapi saya merasakan bahawa rang undang-undang ini amat bertepatan dan memadai setakat ini dan boleh diperbaiki daripada semasa ke semasa pada masa hadapan.
Jadi, saya melihat perkara ini adalah amat baik dan saya mengucapkan syabas kepada kementerian kerana telah membawa rang undang-undang ini untuk dibentangkan dan untuk disokong oleh rakan-rakan Ahli Parlimen semua.
Dengan itu, saya memberi sokongan penuh kepada Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia ini. Dengan itu, sekian terima kasih. Tuhan memberkati.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, media merupakan kuasa keempat dan kita perlu menyanjungi jasa mereka. Di mana saya lihat media telah memainkan peranan untuk menegakkan keadilan, mempertahankan demokrasi dan juga memainkan peranan semak dan imbang.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita boleh lihat melalui laporan daripada media, dia dapat membongkarkan banyak salah laku dan juga mereka- menegakkan keadilan kepada mereka, golongan yang telah ditindas. Kita perlu memberikan kepastian dan juga kepujian kepada pengamal media melalui siaran mereka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya beri satu contoh Tan Sri Speaker. Ini adalah laporan daripada Malaysiakini...
[Menunjukkan dokumen berkaitan] Ia berkaitan dengan tajuk, “Heavy Metals Found In Kelantan Orang Asli Blood, Community Fear Poisoned By Mining.” Ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Satu lagi laporan daripada Malaysiakini, “Red Rivers And Death: Natives Fight Iron Ore Mining In Kelantan Rainforest.”… [Menunjukkan dokumen berkaitan] Ini adalah laporan daripada Malaysiakini, di mana melalui laporan mereka, baharulah kita tahu, di Kelantan sana sejak tahun 2009 lagi sudah hampir 15 tahun, ada perlombongan di kawasan tanah yang telah diiktiraf, diwartakan sebagai Tanah Adat Orang Asli- 8,000 hektar, tetapi Kerajaan Negeri Kelantan menindas Orang Asli di Kelantan. Biarkan perlombongan sedemikian yang menjejaskan kesihatan Orang Asli di Kelantan.
Jadi, kita hendak ucapkan tahniah kepada pengamal media yang berjaya membongkar peristiwa sedemikian. Kalau tidak, kita tidak tahu Kerajaan Negeri Kelantan yang begitu kejam sekali menindas Orang Asli di Kelantan... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Jadi, ini satu contoh yang baik...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(12), 36(12)...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Tan Sri Speaker...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Selanjutnya...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan Dewan. Tan Sri Speaker, bila disebut perkataan “menindas” dan “kejam”, ini satu perkataan yang sangat ekstrem kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak boleh hendak jawab. Jadi, oleh sebab itu, kalau kejam dan menindas, tentulah pihak berkuasa akan mengambil tindakan, tapi sampai sekarang tiada. Saya hendak beritahu, kemungkinan kekejaman ini melibatkan pemimpin DAP juga yang mendapat tanah 10,000 ekar di Kelantan...
Beberapa Ahli
[Mencelah
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Jadi, kalau sebab tuduh kejam, itu saya rasa tidak sampai begitu sebab tidak ada laporan polis- menindas...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Kerajaan Kelantan hendak salahkan DAP lagi. Semua salah DAP...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bukan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa ini?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia pun sebut. Dia salahkan tadi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mimpi kah? Kerajaan Kelantan hendak salahkan DAP.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Ketawa] Sebab pemimpin...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa ini Pendang. Tidur kah?
Kerajaan Kelantanlah...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pemimpin DAP pun ada. Ada melibatkan pengambilan tanah, pembangunan tanah 10,000 hektar...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapakah pemimpin sana?
PAS lah.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
DAP hendak bangunkan tanah- Jelutong.
Betul kah itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mimpi kah Pendang? Kelantan siapa pimpin?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya tak apalah. You tuduh PAS, saya tidak kata apa pun. Saya tuduh DAP pula.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
DAP pimpin? Mimpi kah?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tuduh DAP pula.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini dia sebut- tindas, kejam...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya ingat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Itu satu perkataan yang sangat melampau.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka. Saya ingat ya- mungkin Kota Melaka, mungkin Kota Melaka tarik baliklah perkataan itu sebab siasatan mungkin akan dilakukan. Siapakah yang sebenarnya melombong? Adakah pihak kerajaan yang terlibat ataupun individu yang terlibat? Kita tidak tahu. Cuma laporan, itu yang telah dilaporkan. Mungkin siasatan sedang dilakukan. Jadi, saya ingat tidak adil juga untuk mengatakan kerajaan itu kejam. Tarik baliklah Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker, selepas laporan ini disiarkan...
[Menunjukkan dokumen berkaitan] Kementerian Sumber Asli...
Tuan Yang di-Pertua
Dah, dah, dah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Terus mengarahkan dua-dua kilang lombong itu ditutup. Itu jelas menunjukkan memang ada salah laku di sana. Sebab itu saya kata, sudah 15 tahun berlaku...
Seorang Ahli
[Mencelah]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, cuma...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tiada, tiada bawa ke mahkamah pun.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Itu yang tidak adil kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Cuma, cuma yang...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tiada, biar mahkamah putuskan.
Tuan Yang di-Pertua
...Yang melombong itu bukan kerajaan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tetapi kerajaan membenarkan syarikat perlombongan tersebut...
Tuan Yang di-Pertua
Betul.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Buat kegiatan lombong besi di kawasan yang telah diwartakan sebagai tanah rizab untuk Orang Asli.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Di Gua Musang pun ada kawasan rizab...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itu yang kejam yang saya maksudkan, Tan Sri Speaker.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Untuk Orang Asli, tapi pemimpin DAP buat...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Pembangunan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker, saya nak sambung...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Ucapan saya, Tan Sri Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, apakah ini?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, untuk memastikan, untuk memastikan media terus mempunyai ruang kebabasan bersuara, jadi sudah pasti langkah kerajaan di mana hari ini membentangkan rang undang-undang ini merupakan satu langkah yang betul...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, minta- sila buat petua tadilah.
Kalau kata tidak salah, tidak salahlah. Salah, salahlah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Dan sudah pasti Majlis...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia tidak tarik balik. Petua tadi dia tidak tarik balik lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya sudah beritahu dah, tarik, tarik balik perkataan “kejam” itu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Memang kejam Tan Sri Speaker.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tengok. Dia ulang lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itu memang kejam Tan Sri Speaker- 15 tahun...
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta Kota Melaka, sebab ini, siasatan belum dilakukan.
Kita pun tidak tahu adakah kerajaan terlibat secara langsung.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Syarikat siapa?
Tuan Yang di-Pertua
Perkataan itu sahaja.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Baik, baik. Kenapa saya hendak terangkan, kenapa saya gunakan perkataan “kejam”...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kerajaan tidak terlibat...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab sejak tahun 2009...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang buat ini syarikat.
Tuan Yang di-Pertua
Betul, betul.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini syarikat.
Tuan Yang di-Pertua
Tapi dalam kes ini, dalam kes ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kerajaan Kelantan berikan license kepada mereka yang buat perlombongan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
DAP juga kejam.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka, Kota Melaka, dalam kes ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Di Tanah Adat Orang Asli.
Tuan Yang di-Pertua
Betul, tapi...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itulah kata mereka kejam.
Tuan Yang di-Pertua
Perkataan “kerajaan kejam” itu sahaja- tarik balik. Yang lain itu okey bagi saya. Perkataan kerajaan itu sahaja. Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Okeylah, kalau, kalau Tan Sri Speaker hendak saya tarik balik, saya kata pihak yang terlibat, itu mereka adalah kejam...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dak, tak apa lah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, katakan pihak yang lain-lain itu okey bagi saya. Sebab kita tidak tahu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Syarikat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pihak-pihak yang terlibat itu adalah kejam.
Terima kasih Tan Sri Speaker...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia bukan kerajaan negeri yang melombong- syarikat. Pasal apa kerajaan kejam pula. Kerajaan PAS tidak kejam.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Mencelah] [Menunjukkan senaskhah dokumen]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kerajaan Kelantan berikan license kepada...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Lesen beri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Syarikat untuk lombong di Tanah Adat Orang Asli Kelantan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Lesen melombong semua orang beri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itu satu kenyataan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Federal pun beri melombong.
Tuan Yang di-Pertua
No. Okey...
[Tepuk] Keputusan saya Kota Melaka, please...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yes. Saya ulang...
Tuan Yang di-Pertua
...Tarik balik perkataan “kerajaan” itu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya tarik balik perkataan “Kerajaan Kelantan”...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya ganti dengan pihak yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker...
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, isu peraturan Tan Sri Speaker. Kita dengar tadi, saya tidak tahu kenapa. Peraturan Dewan 36(6), sangkaan jahat terhadap Yang Berhormat Pendang. Apakah lantang dia tuduh DAP? Kenapakah pula tiba-tiba dia sebut DAP? Tanah itu dimiliki oleh DAP, semua salah DAP. Pendang mimpi kah?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tidak sebut orang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Pendang tarik balik kenyataan itu. Kalau- Yang Berhormat Speaker, Kota Melaka akur...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya dengan rendah diri, dengan penuh takzim minta Pendang tarik balik kenyataan terhadap DAP. Semua salah DAP.
Dari dulu sampai sekarang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Memang salah DAP. Jadi serabut negara pun DAP.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta, walaupun dihalau keluar...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Islam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Semua kacau bilau ini pun pasal DAP.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dihalau keluar beberapa kali, dihalau keluar beberapa kali Pendang ini tidak insaf...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Menyentuh hak orang Islam pun DAP.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pendang tidak insaf.
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, Pendang, don’t cross that line. Don’t cross that line! Okey, anda bercakap selalu anda emosional- hancur negara ini kerana DAP, tak boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul. Betul.
Tuan Yang di-Pertua
...Kita sebagai MP, kena pakai otak juga. Hendak bercakap pakai otak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pakai otak. Pakai otak!
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, please...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jelutong pun pakai otak juga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya pakai otak. You tidak pakai otak!
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Otak apa? Berlindung di sebalik peraturan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa salahkan DAP, kenapa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Guna undang-undang, tapi anti Islam...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
...Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya minta dia tarik balik kenyataan anti Islam terhadap DAP. Kita ada Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam.
Bentong ada, ‘Bukit Gelugor’ ada, Bangi pun ada...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita ada Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam. Pendang ini tidak sesal daripada dulu.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudah dihalau keluar beberapa kali.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tengok? Dia kata saya tak sesal.
Berselindung di sebalik undang-undang.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tarik balik kenyataan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya membela Islam. Siapa kata kita anti Islam?
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, saya cukup kecewa dengan Pendang. What is wrong with you, Pendang?...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan emosional. Bercakap sebagai intelektual. You are a graduate. Anda bekas pegawai saya. *You are a graduate...
[Tepuk]* Tapi I hope you can behave like one. You orang Kedah. Malu kita. Kita kena jaga diri kita. Please. Bila bercakap, cakap dengan nada yang baik. You want to drive a point, drive a point pun, tetapi jangan emosional like this. It doesn’t help. Please, last warning, Pendang. Saya tidak mahu kes ini ditangguhkan.
Teruskan, Kota Melaka. Sit down everybody, sit down.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Last warning, sit down.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya boleh keluar sekejap?
Tuan Yang di-Pertua
You pergi baliklah kalau macam itu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya keluar ambil rehat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Berehat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Ketawa] Okey, saya minta kebenaran ya.
Tuan Yang di-Pertua
Please. Silakan
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, terima kasih Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dalam...
Tuan Yang di-Pertua
Ya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(6). Dia mengatakan dia pembela Islam. Saya tidak iktiraf dia pembela Islam. Dia tidak boleh sebut dia pembela Islam.
Tuan Yang di-Pertua
Arau, don’t get into that road lah.
Seorang Ahli
...Tarik balik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia sebut perkataan dia pembela Islam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Speaker, datang ke Jelutong tanya orang-orang Melayu di sana, orang Islam...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tidak iktiraf.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tanya di sana.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia kata dia pembela Islam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta dia tarik balik juga.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Sit down, sit down, sit down. Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa- tarik balik? Apa, apa hendak tarik balik, apa?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Sit down.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan kurang sopan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak tarik balik apa?
Tuan Yang di-Pertua
Arau, sit down. Arau bekas pegawai tinggi kerajaan. Arau bekas Menteri. Please, Arau. Sit down. Okey, sit down. Kota Melaka...
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tan Sri Speaker, saya hendak bangkitkan satu isu berkaitan dengan Rang Undang- undang Majlis Media Malaysia ini iaitu dalam RUU ini, kita tidak lihat tentang peruntukan mengenai prosedur operasi standard (SOP) ataupun kod etika. Jadi, saya difahamkan semua ini akan dibubarkan selepas Majlis tersebut dibentuk, maka mereka akan adakan semua SOP dan kod etika ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, di sini saya hendak tekankan bahawa ada juga pengamal media yang risau kalau SOP ini terlalu ketat, maka susah untuk mereka hendak membuat laporan. Ia berkaitan dengan kebebasan bersuara.
Saya beri satu contohlah Tan Sri Speaker, baru-baru ini ada satu laporan oleh Malaysiakini di mana ia mengatakan Wee Ka Siong dan MCA bantah dakwaan gugurkan aksara Cina di papan tanda Jalan Petaling. Ini merupakan satu laporan berdasarkan kepada kenyataan Ayer Hitam di mana Ayer Hitam mengatakan bahawa DBKL ingin gugurkan aksara Cina di papan tanda Jalan Petaling dua hari yang lepas.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Selepas itu DBKL mengeluarkan satu kenyataan kata, tak ada perkara sedemikian.
Jadi, dalam isu sedemikian, nampaknya ialah Ayer Hitam berbohonglah kalau berdasarkan kepada kenyataan daripada DBKL, Ayer Hitam berbohong. Jadi, kalau pengamal media dia buat laporan sedemikian, jadi bagaimana? Adakah mereka akan dilindungi ataupun mereka akan diambil tindakan. Jadi, ini sesuatu yang harus kita perhalusi supaya akhirnya apabila niat kita baik untuk mempertahankan kebebasan bersuara itu, kita jangan kerana itu maka, ada wartawan yang waswas tak berani hendak membuat laporan. Itu sahaja daripada saya Tan Sri Speaker, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahas berkenaan dengan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024.
Saya selalu menyebut tentang media terutamanya media sosial ini. Dia sudah menjadi satu akidah ataupun agama baharu kepada masyarakat pada hari ini. Kadang- kadang apa didedahkan oleh media lebih diterima daripada bagi orang Islam pula apa yang disebut dalam Al-Quran, hadis dan juga apa yang disebut oleh ulama.
Maka dengan sebab itu, dengan adanya Majlis Media ini, kita mengharapkan supaya profesional, etika kewartawanan ini dapat dikawal selia dan memudahkan penyelesaian melalui kewujudan satu mekanisme untuk menangani setiap aduan ketidakpuasan terhadap laporan media.
Kita tahu laporan media ini sebahagian disebutkan juga oleh wakil kawan saya dari Kota Melaka tadi, memang media ini kadang-kadang bagus untuk kita. Sebagaimana juga laporan daripada Berita Harian pada 4 Februari 2021 yang menyebutkan tentang, “Najis Babi Punca Pencemaran di Sungai Kereh.” yang berlaku di Tasek Gelugor di negeri Pulau Pinang.
Saya tidaklah sampai hendak menyebut negeri Pulau Pinang itu zalim kepada penduduk, pemimpin dia zalim kepada penduduk di sana, tapi itu contoh yang kita sebut tadi.
Tan Sri Speaker, justeru itu saya menyokong kebebasan media untuk melaporkan apa-apa berita tanpa kekangan. Namun begitu, pihak media seharusnya bertanggungjawab terhadap apa yang mereka laporkan dan saya juga tidak bersetuju seandainya rang undang- undang ini bertujuan untuk menekan media dan laporan yang bersikap kritikal terhadap kerajaan pada hari ini termasuklah juga kami ada juga empat negeri yang diperintah oleh kami, mungkin ada juga kekurangan dan sebagainya tidak mengapa, asalkan ia berfakta dan berdata. Ini kerana kita tahu bahawasanya kerajaan di dunia ini tidak ada yang sempurna yang bersifat kamalat, yang bersifat sempurna itu hanyalah Allah SWT.
Maka dengan sebab itu kita memerlukan kepada bentuk pemberitaan yang kritikal sebagaimana pepatah ada menyebut dia kata...
[Bercakap dalam bahasa Arab] “Apabila disempurnanya satu urusan, maka akan bermulalah di sana ada kecacatannya.” Sebab itu
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
setiap apa yang kita buat, kita tidak akan sempurna termasuklah juga apa yang dilakukan oleh kerajaan kami. Namun, biarlah pemberitaan itu ialah pemberitaan yang jujur kerana kita nampak kadang-kadang sindrom yang berlaku juga daripada kalangan pemilik-pemilik berita.
Mereka letak tajuk itu, tajuk itu agak sensasi, sedangkan isinya itu berbeza. Maka apabila diletakkan pula dalam media sosial, maka di sana cybertrooper- cybertrooper akan hentam membuatkan satu penghakiman media yang berlaku terhadap apa yang diberitakan oleh media ini.
Saya mengingatkan kepada media bahawasanya apa yang kita lakukan itu ia lebih berat kerana kadang-kadang fitnah yang kita keluarkan dalam bentuk mulut, zaman dulu tak berapa sangat kerana mati setakat dua, tiga cerita sahaja, tetapi zaman hari ini, apabila dicatat terhadap apa yang kita tulis, ia akan menjadi kekal sampai hari kiamat dan sampai kita mati nanti.
Begitu juga dengan ada wakil kerajaan, boleh wakil kerajaan, fasal kerajaan kata wang ini kerajaan beri. Namun begitu, saya mengharapkan supaya dua- wakil kerajaan dalam Majlis Media ini kalau boleh tidak adanya kuasa mengundi. Mereka boleh check, mereka boleh pimpin dan sebagainya kerana kita bimbang takut kebebasan media ini akan memberikan persepsi yang buruk kepada negara kita di mata dunia.
Kerana, Tan Sri Speaker, tahun 2024, kejatuhan Malaysia sebanyak 34 anak tangga daripada kedudukan 73 pada tahun 2023, naik kepada kedudukan 107 dunia daripada segi indeks kebebasan media dunia. Begitu juga berdasarkan kepada laporan global. Tahun 2023, dikeluarkan oleh Edelman Trust Barometer, indeks kepercayaan rakyat Malaysia media juga jatuh empat mata kepada 62 peratus berbanding tahun sebelumnya. Tertinggal oleh Indonesia sebanyak 75 peratus sedangkan kita 62 peratus. Thailand 66 peratus, sedangkan kita pula ialah sebanyak 22 peratus.
Tan Sri Speaker, saya juga mencadangkan supaya pelantikan anggota Majlis ini hendaklah melalui proses yang lebih telus terutama boleh kita buat melalui jawatankuasa bebas atau saringan oleh Parlimen lebih baik kerana amalan pelantikan jawatankuasa pilihan khas di parlimen yang diguna pakai dalam pelantikan Media Malaysia ini boleh melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan juga Pembangkang.
Begitu juga dengan kelulusan daripada pihak Menteri dalam soal dana asing. Perkara ini perkara yang perlu kita melihat juga kerana kita bimbang. Selalunya dana asing ini mereka beri kepada kita, mereka ada hidden agenda, dengan izin, untuk mereka melihat naratif mereka sendiri. Oleh itu, pada saya ialah kepercayaan untuk diluluskan oleh Menteri itu boleh, tapi dengan syarat biarlah ada SOP, berapa masa lama permohonan itu diluluskan oleh pihak Menteri. Jangan sampai setahun menyebabkan dana yang kita hendak dapat itu terencat daripada segi gerak kerja Majlis Media ini.
Akhir sekali ialah saya menyokong terhadap rang undang-undang ini dengan beberapa teguran dan sebahagiannya untuk meningkat ketelusan dan akauntabiliti media.
Dalam masa yang sama, kawalan kerajaan dan campur tangan politik hendaklah kita elakkan
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
supaya laporan ini selari dengan apa yang dikehendaki maklumat oleh rakyat. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Salam sejahtera, salam perpaduan...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tan Sri, Peraturan Mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12). Saya tidak ada dalam Dewan sewaktu perbahasan yang hangat tadi, tetapi saya dengar dari luar Kota Melaka ini sering menyerang Kelantan dengan fakta-fakta yang salah dan ini serius Tan Sri kerana kita bercakap dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
36 berapa itu?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...12. Peraturan Mesyuarat 36(12), kita bercakap dalam Parlimen, ia akan dipetik oleh media. Kita sedang bercakap, berbahas tentang tajuk media, kebebasan dan ketepatan maklumat. Tadi dia sebut- point saya Tan Sri, “tanah adat” di Kelantan, di Kelantan tak ada tanah adat, Tan Sri. Ini fakta yang salah. Ini bercakap tak pakai otak macam Tan Sri sebut tadi.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jadi, saya rasa dia kena perbetulkan yang itu. Walaupun mungkin tidaklah serius mana, tetapi laporan media, kalau Kerajaan Kelantan menceroboh tanah adat, berikan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab, ini satu laporan yang serius.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang keduanya Tan Sri, kes yang berlaku itu, pemantauan terhadap- yang menjejaskan kesihatan masyarakat Orang Asli itu di bawah agensi Federal, termasuk Jabatan Alam Sekitar dan juga mungkin Jabatan Kesihatan. Kerajaan negeri berkuasa untuk memberi permit. Orang yang bersalah itu tidak dikira beban kepada kerajaan negeri. Contohlah, kerajaan- KDN bagi lesen senjata api kepada Ahli-ahli Parlimen, ada Ahli Parlimen pergi tembak orang- mati. Adakah kita nak kata kerajaan itu kejam sebab bagi lesen? Orang yang bersalah itulah kejam. Itu yang kena perbetulkan, Tan Sri. Tanah adat itu tak ada di Kelantan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya buat sedikit penjelasan kenapa tadi saya kata begitu. Sebenarnya, semalam di Kamar Khas saya ada bangkit satu isu. Tajuk saya ialah ‘krisis keracunan logam berat di Kampung Kelai, Gua Musang, Kelantan’. Tajuk ini dituju kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Mengikut jawapan daripada Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Dia yang berikan jawapan, mengatakan seluas 8,000 hektar Tanah Adat Orang Asli yang telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKOA, tetapi didaftarkan atas nama kerajaan negeri. Kerajaan negeri telah memberikan lesen kepada syarikat untuk membuat perlombongan besi, telah menjejaskan Orang Asli di sana.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Daripada segi kesihatan mereka, pencemaran dan juga peluang untuk mereka mencari rezeki. 8,000 hektar telah diwartakan sebagai tanah adat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, Tan Sri Speaker, 36(12).
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itulah sebabnya saya kata...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(12).
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itulah sebabnya saya kata...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak betul itu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bila Kerajaan Persekutuan telah mewartakan 8,000 ekar itu untuk Orang Asli sebagai tanah adat. Kenapa Kerajaan Negeri Kelantan boleh benarkan, berikan lesen kepada dua syarikat...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Untuk membuat perlombongan di sana?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itulah sebabnya saya marah.
Tuan Yang di-Pertua
Ini keputusan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya nak mempertahankan hak Orang Asli di sana.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab itu saya kata mereka kejam. Itu lah sebabnya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ini keputusan saya, ini keputusan saya, sit down, semua orang duduk. Sebab kita pun tak ada apa yang berlaku dalam Kamar Khas. Jadi, saya minta Pengkalan Chepa, kalau tak puas hati, masukkan usul kepada saya terhadap Kota Melaka.
Saya akan check semua sekali dan kalau terbukti bahawa ada kesalahan, kita akan deal kemudian. Kalau tidak, tak habis kerja ini. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Okey, sambung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Peraturan 36(9)(c). Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948. Saya terdengar tadi ungkapan Pengkalan Chepa cakap “tak pakai otak”, “perlu cermin diri”. Mungkin Pengkalan Chepa perlu cermin diri...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, yang itu saya pun sebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minggu lalu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya... Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minggu lalu, Pengkalan Chepa telah mengulas tentang Akta Anti Diskriminasi mengatakan bahawa kalau akta itu digubal...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini lagi mislead.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Ia akan menyebabkan Mei 13 berlaku. Itu lah kenyataan yang tak pakai otak.
Seorang Ahli
Tengok, tengok itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Jelutong, duduk.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jelutong- rujuklah beliau.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jelutong lagi tak pakai otak.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sit down, sit down. Kita ada isu yang penting. Sebab itu saya mintalah ya, saya minta supaya kita bercakap- kita boleh- saya pun tahu, saya pun Ahli Parlimen 15 tahun di sini.
You all gaduh-gaduh sini, you all minum dekat luar. Gaduh-gaduh sini, minum dekat luar. Public yang tengok, ingat kot dia orang bergaduh sungguh. Yang kampung itu bertumbuk dek kerana you all. Jadi, be fair lah, be fair, okey. Cakap ada sempadan, kita you know where the red lines are, jangan cross.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, I agree, tetapi kenyataan Pendang mengatakan...
Tuan Yang di-Pertua
Dia refer…
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Anti Islam itu, is too much.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Is really too much.
Tuan Yang di-Pertua
So, saya anggap ini- ini- ini adalah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu perkataan kita tak boleh berkompromi. We will fight on this one.
Tuan Yang di-Pertua
Ini nasihat saya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia berselindung di sebalik peraturan dengan dia- dengan undang-undang dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu merupakan perkara serius.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
We cannot compromise on that. I will not compromise.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, cool, cool.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Apparently dia sindir.
Tuan Yang di-Pertua
Chill, chill, chill. Okey, okey. Ya, ya, Speaker yang kata “tak ada otak” tadi. Dia refer. Sebab itu saya kata, saya juga emosional hari ini. Sebab bila puasa too long, I harap you all please, saya puasa hari-hari sebab saya cuba contain diri saya. Jadi, kalau you all hormat saya puasa, saya akan hormat you all. Saya berpuasa hari-hari kalau ada persidangan. Sebab saya nak contain diri saya. Jadi, please chill semua, okey. Harap- harap. Okey, silakan Sri Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Mas Gading.
Tuan Yang di-Pertua
Sorry, Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Okey. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, kerana telah memberikan ruang kepada saya untuk turut serta dalam Perbahasan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024.
RUU ini bertujuan untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia sebagai badan yang mengawal selia etika kewartawanan dan membangunkan industri media secara lebih profesional, telus dan berintegriti. Namun, Mas Gading ingin mengangkat beberapa perkara yang memerlukan perhatian serius dan penambahbaikan. RUU ini menyatakan bahawa Majlis ini akan menjadi sebuah badan bebas, tetapi pada masa yang sama peranan kerajaan masih kuat. Terutama melalui peruntukan fasal 8(1)(b) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik dua anggota yang mewakili kerajaan.
Selain itu, Fasal 8(5) membenarkan Menteri melantik Anggota Lembaga Pengasas yang bertindak sehingga pemilihan penuh dijalankan.
Persoalannya, sejauh manakah autonomi Majlis ini dapat dijamin jika kerajaan mempunyai pengaruh dominan dalam pelantikan ahli-ahli lembaga? Saya percaya ini boleh menimbulkan persepsi bahawa majlis tidak benar-benar bebas dan mungkin tunduk kepada kepentingan pihak tertentu.
Oleh itu, kita perlu meneliti dengan lebih mendalam, sejauh mana RUU ini dapat menjamin kebebasan media tanpa mengkompromi integriti, ketelusan dan kepentingan awam? Adakah ia benar-benar mengukuhkan landskap media negara kita atau sebaliknya mencipta sekatan halus yang boleh menjejaskan kebebasan bersuara? Oleh itu, saya mencadangkan agar pelantikan anggota lembaga dilakukan secara bebas melalui proses yang lebih telus seperti penamaan oleh komuniti media sendiri tanpa campur tangan Eksekutif kerajaan.
Selanjutnya, bercakap tentang keterangkuman, keadilan dan atas dasar perpaduan.
Mas Gading juga ingin menyentuh tentang fasal 8(1)(c) hingga (e) yang menyentuh tentang keahlian anggota lembaga dari Sabah atau Sarawak. Ini satu perkembangan yang positif, tetapi Mas Gading percaya ia masih belum mencukupi untuk menjamin representasi yang inklusif dan adil bagi media di Sabah dan Sarawak. Mas Gading ingin mencadangkan agar peruntukan di bawah Fasal ini ditentukan pada Sabah dan Sarawak. Cuba fikirkan, apa kata kalau keahlian lembaga ini kita tukar kepada Sarawak atau Sabah atau Semenanjung? Kalau yang ini, saya akan bersetuju. Jadi untuk ini, Mas Gading berpendapat penggunaan perkataan “dan” di bawah Fasal ini adalah lebih adil dan inklusif.
Mas Gading juga ingin mencadangkan agar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan keanggotaan lembaga ini diisi wakil oleh Sabah dan Sarawak. Ini juga penting kerana realiti media di Malaysia Timur sangat berbeza dengan Semenanjung.
Termasuk dalam hal akses maklumat, cabaran logistik dan kepelbagaian bahasa serta budaya yang perlu diberi perhatian khusus. Mas Gading berbangga dan turut menyokong peruntukan yang mengangkat penglibatan wanita ke dalam Majlis Media ini.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Seterusnya Tan Sri Speaker, RUU ini memperkenalkan Fasal 15 dan 16 yang menetapkan mekanisme ketidakpuasan hati dan kuasa tatatertib. Namun, ia tidak memperincikan tentang jelas bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pengamal media sekiranya berlaku ataupun didapati melanggar kod etika. Jadi, Mas Gading percaya ini akan membuka ruang kepada tafsiran yang luas dan berpotensi untuk disalahgunakan.
Terutama jika mekanisme aduan ini boleh dipengaruhi oleh tekanan politik atau komersial atau pihak-pihak yang berkepentingan.
Mas Gading ingin mencadangkan agar mekanisme aduan ini dikendalikan oleh jawatankuasa bebas yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk wakil media, wakil akademik dan masyarakat sivil. Hukuman yang dikenakan pula mestilah bersifat progresif dan bertujuan untuk mendidik serta memperbaiki, bukan menghukum secara keterlaluan sehingga menyekat kebebasan bersuara. Beralih pula pada Fasal yang ke-17, yang menyatakan bahawa Majlis Media ini akan menerima dana daripada kerajaan, bayaran keahlian serta sumber lain yang sah.
Walau bagaimanapun, fasal 17(4) melarang Majlis daripada menerima dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dengan kelulusan Menteri. Ini menimbulkan persoalan. Jika majlis ini benar-benar bebas, mengapa perlu ada sekatan terhadap pembiayaannya?
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Dalam banyak negara, badan pengawalseliaan media mendapat pembiayaan daripada pelbagai sumber bagi memastikan mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.
Saya mencadangkan agar sekatan ini diperhalusi dan Majlis diberikan kebebasan untuk menerima dana daripada badan antarabangsa yang tidak mempunyai kepentingan politik, dengan syarat ia dilaporkan secara telus.
Tan Sri Speaker, perkara terakhir yang ingin Mas Gading sentuh ialah RUU ini tidak memperincikan bagaimana Majlis akan melindungi pengamal media daripada ugutan, tekanan atau tindakan undang-undang yang tidak adil.
Fasal 23 hanya memberi perlindungan kepada Majlis daripada tindakan guaman, tetapi tidak ada klausa yang secara khusus melindungi wartawan ataupun pengamal media dalam menjalankan tugas mereka. Dalam beberapa kes sebelum ini, kita telah menyaksikan wartawan diheret ke mahkamah atau digantung kerja hanya kerana melaporkan isu negatif.
Oleh itu, saya mencadangkan agar peruntukan khas dimasukkan ke dalam RUU ini untuk menjamin perlindungan undang-undang bagi wartawan dan memastikan mereka tidak didakwa sewenang-wenangnya selagi mereka bertindak mengikut etika kewartawanan.
Jadi, secara keseluruhannya, saya menyokong matlamat penubuhan Majlis Media Malaysia ini kerana ia berpotensi memperkukuhkan profesion kewartawanan dan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap media. Namun, saya menegaskan bahawa kebebasan dan keberkecualian Majlis ini perlu dijamin sepenuhnya agar tidak menjadi alat kawalan kerajaan terhadap industri media kita. Jadi, saya sangat berharap agar kerajaan dan semua pihak berkepentingan dapat meneliti cadangan-cadangan ini.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Dengan itu, Mas Gading menyokong rang udang-undang ini dengan menimbang penambahbaikan yang diutarakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia (RUU MMM) 2024.
RUU Majlis Media Malaysia 2024 sepatutnya menjadi langkah progresif dalam memperkukuhkan kebebasan media di negara ini. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki agar matlamat sebenar mewujudkan ekosistem media yang bebas dan bertanggungjawab dapat direalisasikan sepenuhnya.
Salah satu perkara utama yang menjadi persoalan ialah ketiadaan unsur serius dalam menangani undang-undang sedia ada yang mengancam kebebasan media dan kebebasan bersuara. Walaupun seksyen 5(1)(e) RUU ini menyatakan bahawa Majlis Media Malaysia berfungsi untuk mencadangkan reformasi undang-undang berkaitan media, tetapi tiada mekanisme yang jelas untuk memastikan cadangan ini diterima dan dilaksanakan.
Malah, cadangan masyarakat sivil dan Jawatankuasa Protem untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) telah diketepikan.
Lebih membimbangkan, pindaan terhadap CMA yang diluluskan pada 9 Disember 2024 memberikan kuasa lebih besar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) termasuk akses luar terhadap data komunikasi. Ini menimbulkan risiko kepada keselamatan sumber wartawan dan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
Tan Sri Yang di-Pertua, kelemahan ini turut memberi kesan kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia oleh Reporters Without Borders (RSF), dengan izin. Pada tahun 2024, kedudukan Malaysia jatuh sebanyak 34 anak tangga daripada tempat ke-73 pada tahun 2023 kepada tempat 107. Ini bukan sekadar angka tapi gambaran kepada peningkatan kawalan kerajaan terhadap media dan budaya penapisan yang semakin berleluasa.
Jika kerajaan benar-benar komited untuk memperkukuhkan kebebasan media melalui RUU ini, tindakan yang diambil haruslah selari dengan objektif tersebut. Sebagai contoh, usaha untuk meminda dan memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah bertentangan dengan semangat kebebasan media yang sepatutnya diperkasa melalui kewujudan MMM ini.
Selain itu, pindaan terhadap CMA yang memberikan kuasa yang lebih luas kepada MCMC untuk mengakses maklumat komunikasi boleh menjejaskan kepercayaan terhadap kerajaan. Tanpa perlindungan yang mencukupi terhadap pemberi maklumat dan wartawan,
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
RUU ini mungkin hanya akan menjadi sekadar rangka perundangan tanpa kesan yang signifikan dalam melindungi kebebasan media.
Tan Sri Yang di-Pertua, agar RUU ini tidak menjadi sekadar hiasan kosmetik tanpa keberkesanan sebenar, kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih serius dengan memastikan reformasi undang-undang yang menyekat kebebasan media dapat dilaksanakan. Beberapa cadangan yang perlu dipertimbangkan adalah- satu, memansuhkan atau meminda peruntukan undang-undang yang menyekat kebebasan media termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta seksyen 211 dan 233 CMA 1998 yang sering disalahgunakan untuk mengekang kebebasan bersuara dalam talian.
Kedua, menyemak semula beberapa akta lain yang boleh disalahgunakan untuk menyekat akses kepada maklumat berkepentingan awam termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948, seksyen 3(2)(a) Kanun Keseksaan dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Ketiga, memperkenalkan perundangan yang jelas untuk melindungi wartawan dan sumber maklumat termasuk mekanisme perlindungan terhadap penyiasatan atau pendakwaan yang bermotifkan politik.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya berpandangan rang udang-undang ini perlu diperhalusi agar benar-benar berfungsi dalam memperkukuhkan kebebasan media dan bukan sekadar menjadi alat kawalan terselindung. Jika kerajaan benar-benar serius dalam melaksanakan reformasi media, maka tindakan berani perlu diambil untuk memastikan undang-undang sedia ada yang menekan kebebasan bersuara dapat dihapuskan atau dipinda dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024 yang saya sifatkan amat tepat dalam keadaan penuh mencabar dilalui oleh industri media khususnya bidang kewartawanan negara.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh enakmen rang udang-undang ini yang bertujuan memberi kuasa dan ruang kepada pengamal media untuk mengawal selia secara kendiri.
Media yang bebas dan berkualiti amat penting dalam memperkukuhkan sistem demokrasi negara kita. Tanpa media bebas dan berkualiti dan juga berkredibiliti, demokrasi tidak akan berfungsi. Dalam konteks ini, bebas bukan sahaja bermaksud bebas daripada campur tangan politik, tetapi juga bebas daripada pengaruh kepentingan perniagaan. Ini kerana syarikat besar yang mempunyai kuasa ekonomi mampu mempengaruhi agensi media, syarikat media melalui pembelian iklan dan penajaan yang akhirnya boleh menjejaskan ketelusan serta kebebasan editorial mereka.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Faktor utama yang menentukan kebebasan media adalah sumber kewangan. Jika sesebuah syarikat media tidak mempunyai pendapatan yang stabil daripada langganan pembaca atau sumber pengiklanan yang pelbagai, ia berisiko untuk bergantung kepada kepentingan politik atau korporat yang boleh mempengaruhi laporan mereka. Justeru, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi tentang bagaimana enakmen RUU ini dapat menangani cabaran kewangan dalam industri media negara kita bagi memastikan bahawa kebebasan dan kelangsungan organisasi media yang benar-benar berfungsi untuk kepentingan masyarakat.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, isu media berkualiti adalah salah satu objektif utama dalam penubuhan Majlis Media Malaysia. Kita bukan sahaja mahu memastikan media bebas daripada pengaruh politik atau perniagaan, tetapi juga mahu memastikan laporan akhbar kita, laporan media berkualiti.
Sebuah masyarakat berinformasi dan sistem demokrasi yang kukuh tidak akan berfungsi sekiranya media kehilangan kredibiliti. Masalah kredibiliti media semakin meruncing akibat kehilangan pendapatan stabil pengiklanan. Apa yang saya telah bangkit tadi.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kita dapat melihat bagaimana ada agensi berita yang sanggup melaporkan isu-isu remeh seperti pergaduhan rumah tangga antara ibu mertua dan menantu seolah-olah ia adalah drama bersiri semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan. Walhal berita sebegini tidak memberi manfaat yang sebenar kepada masyarakat langsung. Selain itu, media arus perdana kini semakin banyak menggunakan tajuk berita yang bersifat clickbait, dengan izin, mirip strategy content farms juga dengan izin, yang hanya bertujuan mendapatkan ‘click’ daripada pembaca bagi meningkatkan pendapatan iklan dalam talian.
Saya ingin merujuk fasal 6(2)(a) rang undang-undang ini dan meminta penjelasan bagaimana Majlis Media Malaysia akan mengawal penggunaan tajuk berita clickbait dengan izin, yang semakin berleluasa dalam media atas talian. Penggunaan tajuk clickbait sebenarnya adalah satu taktik halus memperdayakan pembaca. Tajuk berita sengaja dibuat dengan nada sensasi atau mengejutkan, tetapi kandungan sebenar berita tidak sepadan dengan tajuk berkenaan.
Lebih malang terdapat berita seolah-olah memberi gambaran bahawa sesuatu kejadian berlaku dalam negara, tetapi setelah disiasat oleh pihak berkuasa seperti PDRM, ternyata kejadian itu berlaku di luar negara. Itu bukan sahaja satu bentuk penipuan, malah turut membazirkan masa pihak berkuasa yang terpaksa menyiasat laporan berkenaan. Bagi saya ini adalah satu bentuk tipu daya terhadap pembaca dan satu percubaan tidak beretika untuk meningkatkan trafik laman berita semata-mata. Oleh itu, saya meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi untuk menjelaskan apakah kaedah pengawalan yang akan digunakan oleh Majlis Media Malaysia bagi menetapkan satu standard kewartawanan beretika dan apakah bentuk hukuman yang boleh dikenakan kepada media yang terus menggunakan tajuk clickbait secara tidak bertanggungjawab?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, saya mohon masa yang lebih panjang kerana saya ada dua tiga isu yang hendak bangkit lagi. Saya ingin mengetahui bagaimana Majlis Media akan menetapkan standard kewartawanan beretika di bawah fasal 6(2)(a) dahulu. Wartawan dilatih dengan prinsip penulisan - who, what, when, where, why, how (5W1H), yang mesti ditetapkan diletakkan di perenggan pertama atau kedua. Perkara ini juga diajar di universiti- universiti dalam bidang kewartawanan. Saya dahulu wartawan.
Namun kini, kita melihat banyak laporan berita yang tidak lagi mengikuti prinsip ini.
Banyak berita menggunakan tajuk yang tidak tepat clickbait, mengelirukan dan memaparkan tatabahasa yang kurang betul. Itu realitinya sekarang. Banyak portal berita tempatan terlalu bergantung kepada copy paste journalism dengan izin, tanpa usaha menyemak semula atau menyesuaikan konteks berita mengikuti fakta yang betul.
Akhirnya, akibatnya kita sering melihat berita luar negara yang diterjemahkan sebulat-bulatnya, tetapi masih menggunakan frasa seperti “Negara kita” dalam berita itu.
Seolah-olah kejadian itu berlaku di Malaysia. Itu bukan sahaja menunjukkan kelemahan editorial, malah mencerminkan kurangnya kawalan kualiti dalam laporan media. Yang lebih membimbangkan kesilapan seperti ini boleh menyebabkan salah faham di kalangan pembaca terutamanya jika berita itu berkaitan dengan isu keselamatan, ekonomi atau dasar antarabangsa.
Kalau dahulu wartawan perlu membuat kajian, menghubungi sumber sahih dan mengesahkan fakta sebelum menulis berita. Kini trendnya hanya salin tampal iaitu copy- paste dan muat naik secepat mungkin semata-mata untuk mengejar click dan trafik laman web. Sebab itu saya rasa penting Majlis Media Malaysia bukan sahaja menetapkan standard kewartawanan beretika, tetapi juga mewujudkan mekanisme pemantauan terhadap laporan berita yang dihasilkan secara sambil lewa. Jika terus dibiarkan, kredibiliti media tempatan akan semakin terhakis.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Majlis Media untuk menetapkan standard kewartawanan yang lebih profesional dan beretika, seperti yang dinyatakan dalam fasal ini.
Isu terakhir, Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan fasal 15(1) berkaitan mekanisme ketidakpuasan hati.
Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi, mengenai bagaimana mekanisme ini akan diwujudkan? Adakah mekanisme ini akan menyediakan saluran aduan supaya orang ramai yang tidak berpuas hati dengan laporan media atau pengamal media boleh membuat aduan dan majlis akan bertindak sebagai badan timbang tara.
Selain itu, bagaimana pula jika pengamal media atau wartawan dikenakan tindakan undang-undang seperti disaman atau disoal siasat oleh pihak berkuasa seperti PDRM atau SKMM? Adakah Majlis Media akan memainkan peranan dalam memberikan perlindungan atau bantuan kepada wartawan yang menjalankan tugas mereka dengan beretika?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong RUU ini dengan berharap ia akan memperkukuhkan kebebasan serta kredibiliti media di Malaysia. Rang undang-undang ini bukti bahawa Kerajaan Malaysia MADANI menunaikan janji reformasi, tanpa media bebas dan berkredibiliti demokrasi tidak akan berfungsi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang pada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Majlis Media Malaysia 2024.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan hari ini seperti yang kita ketahui semua semasa menjadi ataupun semasa sebelum menjadi kerajaan telah menegaskan bahawa akan menjadi sebuah kerajaan yang telus dan melaungkan kebebasan sedia. Namun realitinya pada hari ini kebebasan media menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. Malaysia berada di kedudukan yang ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berbanding tangga ke-73 tahun lepas.
Kedudukan Malaysia kini menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata. Walaupun penubuhan Majlis Media Malaysia bertujuan memperkukuh tadbir urus media, terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin menjadi alat kawalan yang boleh menyekat kebebasan akhbar. Kritikan utama menyatakan bahawa RUU ini berpotensi menjadikan media sebagai alat kawalan. Mengurangkan autonomi pengamal media dalam melaporkan isu-isu kritikal.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada fasal 5 dan 6 iaitu bertujuan mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasa Majlis Media Malaysia. Dalam isu mewujudkan ekosistem industri media yang progresif, bagaimana kerajaan memastikan keberkesanan fungsi penubuhan Majlis Media Malaysia bukan sahaja sebagai badan kawal sedia kendiri, tetapi juga sebuah entiti yang benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh atau campur tangan kerajaan untuk menjamin hak kebebasan media?
Sejauh mana mekanisme kawal selia industri media menerusi kod tatalaku profesionalisme pengamal media dengan peraturan tersendiri mampu memartabatkan keupayaan wartawan untuk mengutarakan pandangan konstruktif atau melaporkan isu-isu berkaitan kepentingan awam ke arah mencapai hasrat independent journalism. Apakah usaha pembaharuan kerajaan terhadap ruang lingkup peranan dan tradisi kewartawanan, konvensional agar ia kekal relevan dalam pasaran media massa dengan evolusi digital cetak dan elektronik. Sejauh mana peranan ataupun sejauh manakah kerajaan mengimbangi antara tanggungjawab pengamal media untuk melaporkan kebenaran tanpa merasa takut terutama isu-isu sensitif atau kritikan konstruktif terhadap kerajaan serta meraih perbezaan pandangan melalui pelaporan objektif dan hak orang awam untuk mendapatkan maklumat yang telus. Mengambil tindakan MCMC sejak mutakhir ini di mana pengamal media
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
sering dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai kandungan yang dilaporkan menerusi portal berita dan laman atas talian.
Tan Sri Yang di-Pertua, apa jaminan kerajaan terhadap para pengamal media tidak akan berdepan dengan risiko undang-undang atau sebarang tindakan yang boleh mengongkong kebebasan media agar sekatan terhadap isu 3R tidak menjadi norma di bawah Kerajaan MADANI, di sebalik kemerosotan Indeks Kebebasan Media negara tahun lalu.
Malah, insiden seperti rampasan komputer riba daripada wartawan dalam kes membabitkan editor eksekutif Malaysiakini juga berpotensi mewujudkan precedent berbahaya sehingga mengancam kebebasan media.
Adakah kerajaan turut menjalankan postmortem tentang implikasi tindakan pihak berkuasa dan siasatan berterusan yang menyasarkan wartawan hanya kerana memetik kenyataan pihak lain dalam platform awam.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Seperti yang disuarakan oleh tokoh wartawan negara dan veteran media tempatan, lantas bertentangan dengan semangat keterbukaan yang dilaung kerajaan apabila sesetengah portal berita yang dilabelkan sebagai menyinggung. Itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, tetapi akhirnya disekat oleh MCMC.
Dato’ Yang di-Pertua berkaitan dengan kod etika ataupun pemberian perakuan media. Persoalan saya ialah apakah usaha kerajaan mengharmonikan kod etika pelaporan menerusi Kod Etika Wartawan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan agar ia tidak bertentangan dengan usaha mewujudkan self-regulation dalam industri media. Sejauh mana peranan Majlis Media akan dijajarkan dengan kerangka perundangan yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Adakah kerajaan juga akan mengkaji semula proses pemberian Kad Perakuan Media dan pembatalan akreditasi media supaya ia dibuat secara adil bagi mengelakkan isu seperti pembatalan tag perakuan media wartawan di Harakahdaily daripada berulang? Apakah usaha penambahbaikan terhadap SOP dan garis panduan wartawan mengenai kebenaran memasuki premis-premis kerajaan atau sidang media rasmi mengambil kira insiden seperti wartawan portal Malaysiakini yang disekat daripada membuat liputan dalam sebuah acara polis pada Ogos tahun lalu?
Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan penubuhan dan keanggotaan dalam Lembaga Majlis iaitu Bahagian III dalam akta. Persoalan saya ialah apakah kriteria yang diguna pakai oleh- untuk memastikan pelantikan enam wakil tambahan secara telus dari segi kepelbagaian media, kesaksamaan jantina dan lokaliti, perincian mengenai komposisi keahlian bukan pengamal media? Apakah takrifan kerajaan terhadap amal media bebas mengambil kira peningkatan ketara bilangan pempengaruh media sosial yang ada pada hari
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
ini? Penyertaan dua perwakilan kerajaan yang dilantik Menteri dalam Lembaga Majlis Media Malaysia dengan kuasa pengundian dan pembuatan keputusan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Adalah bertentangan dengan badan yang mempunyai kawalan kendiri serta mengetepikan kebebasannya. Hal ini mengancam asas demokrasi dan menghalang Majlis Media daripada menjalankan fungsi rasminya. Niat untuk mempromosikan kebebasan media dalam seksyen 5(1)(b) dan memenuhi kepentingan awam secara berkesan.
Terakhir Dato’ Yang di-Pertua ialah soalan saya, apakah kewajaran di sebalik penyertaan perwakilan kerajaan dalam Lembaga Majlis Media Malaysia? Bagaimanakah Majlis Media dapat mencapai tujuan sebagai badan kawalan kendiri seperti yang terdapat di pelbagai negara termasuk negara jiran Indonesia, Timur Leste dan sebagainya apabila Lembaga Majlis Malaysia dianggotai perwakilan kerajaan? Itu sahaja Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebelum saya mula memanggil saya ingin peringatkan satu perkara.
Apa yang saya lihat, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mengendahkan langsung peraturan.
Kemelut-kemelut yang berlaku ini jelas.
Untuk makluman, perkara Peraturan 36(10) saya baca ya. Pasal apa yang saya kaji dan saya lihat, ia berpunca kerana tidak mengikuti peraturan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat please listen dan selepas itu ada sedikit perkara yang saya nak maklumkan ya.
36(10) menyatakan (c) ya. “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948.” Polemik yang berlaku is all about that ya. Ambil maklum Peraturan 42, I have no two ways about it. Kalau anda-anda, Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut Peraturan 42 dan meneliti Peraturan 36(10), tidak ada jadi haywire. We make a mockery over this Dewan. Ambil- dengan izin ya. We do not want it to be a mockery. Saya tidak teragak memperkuat kuasakan Peraturan 44 to the maximum. I do not want to see any nonsense during apa saya persidang. Baik dipersilakan berikutnya Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam membahaskan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia Tahun 2024 pada hari ini. Saya bangun untuk membahaskan dan menyatakan sokongan terhadap komitmen Kerajaan Malaysia MADANI yang melalui Kementerian Komunikasi membentangkan akta ataupun rang undang-undang baharu ini
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
yang saya percaya ia boleh melonjakkan, mengangkat kita rakyat Malaysia supaya mendapat akses info yang sahih dengan integriti yang tinggi dalam keadaan yang adil.
Di samping itu ia akan melonjakkan kod etika pelaporan dan tatalaku para pengamal media di negara ini supaya rakyat akan mendapat info yang tepat dengan cepat. Saya juga ambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Damansara yang telah memulakan gerak kerja ketika beliau menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia pada tahun 2019 yang mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri ketika itu walaupun sekarang Yang Berhormat Damansara yang ketika itu Yang Berhormat Puchong, sekarang Yang Berhormat Damansara ada di kementerian yang lain. Sudah tentu hari ini juga merupakan satu lagi langkah Kerajaan Malaysia MADANI yang sentiasa berusaha ke arah mereformasikan institusi yang ada seperti mana yang dijanjikan.
Saya percaya dengan adanya Majlis Media Malaysia (MMM) ini, saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan gulung nanti, sama ada mekanisme majlis ini seperti mana Majlis Peguam yang kita ada. Sebab Yang Berhormat pun bekas pengamal undang- undang, saya pengamal undang-undang, saya nak tanya apakah ia lebih kurang macam ini.
Maknanya dia self-governed daripada pengamal itu sendiri. Kalau ini cara dia, saya rasa ini sesuatu yang wajar disokong semua Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini sebab ini selaras dengan kebebasan yang kita mahukan, yang kita harapkan.
Saya nak sebut juga berkenaan dengan perkara yang sama. Tadi saya dengar ramai sebut tentang kebebasan bersuara. Betul. Ini adalah kebebasan ataupun hak asasi yang dinyatakan dengan jelas dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan kita. Kebebasan bersuara. Walaupun ia bukan mutlak, tetapi ia sesuatu yang patut diberikan kepada rakyat Malaysia.
Bagaimana dengan adanya akta baharu ini, ia boleh mengangkat tahap kebebasan bersuara di negara kita sekiranya hanya dengan akta ini sahaja tanpa ada pindaan terhadap undang-undang ataupun akta yang lain? Jadi, ini agak substantif. Bagaimana akta ini boleh membantu? Mohon kerajaan memberikan sedikit pencerahan berkenaan ini. Jadi, bagaimana akta ini juga boleh mengangkat Indeks Kebebasan Media kita? Kalau sebelum ini ada berlaku penurunan, macam mana kita nak angkat semula di mata dunia?
Seterusnya bagaimana dengan kebertanggungjawaban para pengamal media dengan adanya undang-undang baharu ini yang membolehkan majlis ini menyelia tingkah laku mereka, tatakerja mereka. Jadi, mohon pihak kerajaan memberikan sedikit pandangan.
Saya nak merujuk kepada dua, tiga seksyen yang disebutkan. Pertama, seksyen 2 dalam blue bill ini memberikan tafsiran tentang industri media di bawah sub (f), media asing. Yang lain itu saya rasa tidak ada masalah. Media asing.
Bagaimanakah undang-undang yang kita ada ini yang kita bahaskan pada petang ini, boleh mempunyai kesan untuk mengawal media asing? Kita taulah media asing ini terutamanya dari barat. Dia ini ingat dia sahaja besar dia nak ikut standard dia, dia nak ikut cara dia, dia belum tentu nak hormati undang-undang kita di Malaysia ini. Jadi, bagaimana undang-undang ini boleh terpakai secara adil kepada semua pengamal media? Jangan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
pengamal media tempatan sahaja yang ikut ini. Asing itu mungkin dia ada kebebasan ataupun keistimewaan. Jadi, saya nak tanya kerajaan bagaimana untuk memastikan semua yang terpakai secara sama rata?
Kedua, di bawah seksyen 8, Lembaga Majlis. Ada dikatakan pengerusi dengan syarat menjadi pengerusi di bawah seksyen 9 sangat baik terutamanya seksyen 9 sub (2) yang mengatakan jelas bahawa dia ini tidak boleh lantikan politik dan sebagainya. Cuma yang saya dengar ada rakan-rakan tadi menimbulkan kemusykilan terhadap dua anggota yang dinamakan oleh Menteri yang mewakili kerajaan. Yang dua anggota ini yang mewakili kerajaan, adakah lantikan politik ataupun pegawai tinggi dari Kabinet, daripada kementerian ataupun agensi yang terbabit? Saya nak mohon penjelasan daripada kerajaan.
Sekiranya ada wakil kerajaan yang bukan berlatarbelakangkan politik, tetapi daripada agensi yang terbabit, saya rasa ia boleh ya lah, tengok apa pendekatan dia untuk sama-sama kita mengangkat, memastikan semua pihak harmoni dalam Majlis tersebut.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dan saya hendak sebut juga berkenaan dengan satu seksyen tempoh jawatan seksyen 10(6). Maknanya seorang yang jadi pengerusi lepas dua penggal, setiap penggal dua tahun, lepas empat tahun, dia kalau gap satu penggal dia boleh datang balik. Begitukah cara dia? Itu ikut apa yang saya faham, saya mohon penjelasan daripada Timbalan Menteri nanti. Sebab kalau itulah caranya, maknanya orang itu boleh lepas gap dua tahun, dia boleh ulang balik jadi pengerusi.
Sebolehnya saya cadangkan supaya tak berlaku benda ini. Biar lebih ramai pengamal media kita yang ada ramai, ada giliran, ada peluang hendak jadi pengerusi. Dan satu lagi perkara terakhir yang saya hendak sebutkan berkenaan dengan pendanaan asing di bawah seksyen 17(4) dikatakan tidak boleh tapi ada pengecualian di bawah seksyen 17(5) dengan kelulusan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, how to justify perkara ini?
Sebab sebolehnya bila berlaku pendanaan daripada negara asing, terutamanya dari negara Barat, saya bimbang satu, jangan ada media kita nanti terpengaruh oleh ya lah pandangan ataupun pendirian politik, pendirian daripada negara yang memberikan dana tersebut. Kita tidak hendak benda itu berlaku. Daripada kita mungkin tak kaya tak apa tapi setakat kita kena pastikanlah Majlis ini boleh berfungsi dengan baik dengan dana yang secukupnya yang membolehkan tatakelola dia dalam keadaan yang baik.
Jadi saya mohon kepada Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti memberikan huraian berkenaan dengan masalah yang dikemukakan. Saya menyokong RUU ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Dr. Tuan Yang di-Pertua. Organisasi media adalah tunjang utama sistem demokrasi, dikenali sebagai the fourth estate atau estate keempat. Ia berperanan sebagai jagauan atau watchdog dalam masyarakat. Peranan media lebih daripada sekadar melapor, mengulas dan membawa wacana. Ia membentuk fikiran masyarakat seterusnya menentukan masa depan negara.
Bila kita sebut fikiran masyarakat, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Bagaimanakah kita hendak mold-kan mereka-mereka ini supaya berperanan lebih baik kepada Masyarakat, supaya masyarakat tidak terdorong kadang-kadang dengan tipu helah mereka-mereka ini.
Dato’ Yang di-Pertua, bagaimanapun media legasi semakin ditinggalkan pembaca.
Arus perdana, format pelaporannya yang usang, saingan daripada media sosial dan opinion leader yang tidak lagi memerlukan platform konvensional. Kos operasi dan keuntungan yang merudum menjadi cabaran besar buat organisasi media di seluruh dunia. Ini termasuk di Malaysia apabila beberapa penerbitan utama ditamatkan. Contohnya, Malay Mail menamatkan penerbitan fizikalnya pada Disember 2018 manakala Kumpulan Utusan berdepan dengan masalah yang sama setahun kemudian.
Saya berada di dalam Dewan Negara selama dua penggal dan sekarang ini dalam Dewan Rakyat, saya memerhati secara ikhlas, kerajaan mana sekalipun yang memerintah, media ini menjadi satu wadah perjuangan kepada mereka dan kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka ini membela pemberita-pemberita ini. Cuma kita hendak minta supaya janganlah kasar sangat. Ini sampai tak bagi ruang langsung.
Saya bagi contoh, baru-baru ini juara kapal layar pulang ke Langkawi, maka sambutlah kami di airport dan pemberita pun ramai berada di airport. Sama-samalah kita memberi kenyataan. RTM datang bisik kepada saya. Dato’, minta maaf kami tak dapat cover Dato’ kerana Dato’ pembangkang. Masya-Allah saya kata, tak apalah. Kita pun tak kisah, tak kisah. Cuma saya kata tadi saya minta supaya beri ruang. Ya, kita faham mana-mana dunia sekalipun, di England kita lihat Financial Times, Sun, Guardian masing-masing ada laporan mereka di atas. Media lain, CNN sokong Trump, Fox. Jadi perkara-perkara ini kita minta supaya be lenient a little bit. Kita tahu masa Tun Mahathir dulu pun sama. Sama. Let us be very truthful with it, dengan ikhlas. Cumanya tahap mana kita hendak kontrol ini. Lebih-lebih lagi sekarang kita sudah ada media masing-masing. Bila exposure tidak dibagi oleh pihak kerajaan, maka timbullah macam-macam fitnah. Dan saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, siapa yang audit berita-berita ini? Last week, saya quote satu nama semasa ucapan saya berhubung dengan pendatang haram, human trafficking, saya sebut nama dalam Dewan hari itu kerana Edisi Siasat menyebutnya. Maka saya quote kan, saya hendak tanya apa yang berlaku kepada orang di-quote-kan oleh Edisi Siasat ini.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Masya-Allah tuan-tuan, saya dibawa berjumpa dengan orang yang saya sebut dalam Parlimen, menangis saya. Rupanya orangnya cukup baik, dia kata Dato’, “Saya teraniaya Dato”. Dia ada anak bini, dia jumpa minta saya tarik balik video tersebut, insya-Allah. Saya kata dekat dia saya akan tarik balik. Dia berkhidmat kepada negara tapi oleh kerana ada perselisihan faham di antara agensi, maka dia menjadi scapegoat (kambing hitam). Jadi saya hendak tanya, siapa audit berita-berita yang keluar FMT, Edisi Siasat, MalaysiaKini. Siapa audit? Dan kalau tak betul, apa tindakan yang kita ambil?
Saya harap dengan Majlis ini kita dapat selesaikan masalah ini. Isu yang membawa kepada cadangan penubuhan Majlis Media ini ialah perlunya satu badan yang menjadi arbiter kepada pelaporan media. Selama ini peranan itu dimainkan oleh Kementerian Komunikasi dan SKMM yang sangat tidak adil. Saya minta maaf kerana saya terpaksa menggunakan ayat ini.
SKMM terutamanya telah berlagak menjadi abang besar sehingga ke tahap membuli media-media yang tidak sebulu dengan kerajaan. Sebagai contoh, pada 2023, SKMM telah menyekat laman MalaysiaNow, UtusanTV dan TV Pertiwi. Saya minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan bantahan ini.
Saya mendapat maklumat bahawa tindakan menyekat akses kepada TV Pertiwi adalah kerana laporan-laporan yang amat kritikal kepada rakan saya DAP sehingga ada pihak di Putrajaya yang saya gunakan bahasa, panas punggung. Dato’ Dr. Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Dengan kata lain, Majlis ini membolehkan media untuk menjalankan kawal selia sendiri, kendiri dari bawah ke atas bottom-up berbanding bawah ke atas top-down sepertimana yang ditetapkan dalam Bahagian IV rang undang-undang ini. Mekanisme ketidakpuasan hati dan prosiding tatatertib.
Satu paragraph lagi ya Dato’. Saya ingin menegaskan akan peri pentingnya Majlis ini untuk bebas daripada pengaruh kerajaan.
Menerusi fasal 8 rang undang-undang ini, Menteri boleh melantik dua anggota yang untuk mewakili Kerajaan, yang mana anggota yang dilantik untuk mewakili kerajaan itu hendaklah dalam kalangan orang yang terlibat dalam industri media. Apakah mekanisme yang ada untuk memastikan wakil kerajaan ini tidak masuk campur dalam keputusan Majlis Media? Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Malaysia MADANI. Yang pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
membahaskan mengenai Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia 2024. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas pembentangan rang undang-undang ini yang bagi saya merupakan satu reformasi penting dalam membentuk landskap media yang lebih tersusun dan berwibawa dalam negara kita.
RUU ini julung kali diperkenalkan bagi mewujudkan sebuah badan kawal selia industri media yang berfungsi untuk memastikan kebebasan media selari dengan prinsip akauntabiliti dan etika kewartawanan, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk memperkukuhkan demokrasi, ketelusan, serta profesionalisme dalam industri media. Tidak boleh disangkal lagi, negara kita Malaysia memerlukan sebuah badan yang bebas tetapi bertanggungjawab dalam memastikan industri media berkembang dengan penuh integriti.
Kehadiran Majlis Media Malaysia bukanlah untuk menyekat kebebasan akhbar tetapi untuk menggariskan standard dan garis panduan yang jelas bagi pengamal media. Kita sedia maklum tentang fungsi ataupun peranan kewujudan Majlis Media ini tetapi saya ingin menggariskan empat perkara yang saya kira menjadi teras dan pokok kepada peranan Majlis Media Malaysia ini. Iaitu yang pertamanya, menyediakan kod etika dan garis panduan industri mengendalikan aduan mengenai salah laku media, meningkatkan profesionalisme dalam kewartawanan dan tidak kurang pentingnya, memastikan keseimbangan antara kebebasan media dan kepentingan awam.
Cuma saya ingin mengajukan beberapa persoalan, Dato’ Yang di-Pertua. Yang pertamanya ialah di manakah kedudukan pengamal media sosial yang tidak disebutkan secara jelas dalam rang undang-undang ini? Sedangkan kita tahu bahawa media sosial ini sekarang sudah mengambil peranan sebagai media arus perdana berbanding dengan media tradisional.
Di mana kah juga kedudukan portal parti-parti politik yang juga tidak kurang berperanan mempengaruhi pemikiran, sentimen masyarakat dalam negara kita ini?
Kerana kita tidak mahu ada mana-mana parti politik yang menggunakan portal mereka ini untuk mempengaruhi masyarakat dengan menimbulkan sentimen-sentimen yang menarik pengaruh ataupun meraih pengaruh tetapi mengetepikan etika editorial ataupun pelaporan mereka. Ada portal-portal ini yang semalam mereka mengeluarkan satu publication, hari ini dah tak ada dah. Error 404. Hari ini keluarkan lagi satu, lusa error 404 lagi setelah ditegur oleh netizen kerana berlakunya kesalahan-kesalahan ataupun laporan yang tidak tepat.
Saya sangat bersetuju dengan rakan saya dari Kluang sebentar tadi kerana memang terdapat juga beberapa etika editorial dan pelaporan yang pada saya amat membimbangkan.
Tajuk-tajuk yang disensasikan. Walaupun pelaporannya benar, tepat tetapi kadang-kadang tajuk itu disensasikan semata-mata untuk nak meraih trafik ataupun meraih peningkatan readership dan seumpamanya.
Masalahnya ialah tajuk-tajuk ini sahajalah kebanyakan masyarakat kita membacanya dan memberikan komen-komen yang kadang-kadang komen itu lebih panjang lagi daripada tajuk. Jadi ini, etika editorial dan pelaporan kewartawanan ini pada saya amat penting dan saya sangat berharap bahawa Majlis Media Malaysia ini dapat memainkan peranan untuk mendidik
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
kewartawanan kerana profesion kewartawanan ini sangat penting untuk mendidik tahap pemikiran masyarakat kita di Malaysia ini.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
[Bangun]
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua ialah saya meneliti tentang...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Shah Alam, mohon mencelah. Boleh?
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sila.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Shah Alam bagi ruang, walaupun saya tak ambil bahagian. Apakah pandangan Shah Alam berkaitan dengan MMM ini.
Kepentingan kewangan juga satu perkara yang penting, di mana untuk memperkasakan media- media ataupun sosial media di dalam negara ini. Memang satu badan untuk pantau dan satu perkara yang sangat bagus. Kita setuju. Batu memang secara peribadi sangat bersetuju.
Berkaitan dengan kewangan, saya harap kerajaan memberi cukup ─ dana yang cukup untuk mereka mengurus dengan integriti dan juga program-program kesedaran dan juga program memperkasakan media-media. Mohon pandangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, 90 minit, gulung.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya. Ya. Saya akan terus gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
90 saat.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Memang dari segi pendanaan kepada Majlis Media Malaysia ini sangat penting dan saya benar-benar berharap agar pihak Kerajaan Madani memberikan peruntukan yang secukupnya untuk memastikan bahawa majlis ini dapat berdaya maju dan juga berdaya tahan. Keanggotaan Dato’ Yang di-Pertua, tentang Majlis Media Malaysia ini yang dua anggotanya adalah daripada yang dinamakan oleh kerajaan ataupun mewakili kerajaan.
Saya tidak fikir ia nya menjadi satu masalah kerana keanggotaan keseluruhannya adalah 20 orang anggota, dua daripada 20, dia tidak akan boleh mempengaruhi tetapi dia penting untuk mewakili kerajaan. Dan saya kira daripada pembangkang pun boleh bersetuju kerana Majlis Media ini dia terpakai untuk mana-mana kerajaan. Lainlah kalau di pihak pembangkang tidak berminat untuk menjadi kerajaan, maka mereka boleh teruslah membangkang cadangan ini.
Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang di-Pertua, 36(6).
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...dengan syarat bahawa RUU ini benar-benar bertujuan memperkukuhkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia sangkaan jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...kebebasan media secara profesional...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk. Kita guna 37(2), duduk.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...dan bukan sebagai alat untuk menyekat suara rakyat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia cakap, pembangkang tak minat.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kita mahu melihat sebuah Malaysia di mana media berfungsi....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya duduk.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Media berfungsi dengan penuh tanggungjawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...telus, bebas daripada pengaruh yang tidak wajar.
Shah Alam dengan sepenuh hati...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bodoh.
Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...dan sesuci hati menyokong RUU Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk Jerantut membahaskan Majlis Media Malaysia 2024. Untuk pengetahuan Shah Alam, kami berminat menjadi kerajaan. *Insya-Allah.
[Tepuk]* Sebab itu kami masuk pilihan raya. Insya-Allah, sikit lagi. Sikit lagi.
Seorang Ahli
Sabar. Sabar.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Kita anggap itu adalah doa daripada Shah Alam untuk memastikan kita boleh jadi kerajaan yang akan datang.
Seorang Ahli
*Insya-Allah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]*
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Penubuhan Majlis Media Malaysia telah menjadi satu topik yang telah dibincangkan daripada 2018 dan ia merupakan satu move yang – usaha yang baik, yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kerana ia adalah satu target untuk merealisasikan sebuah badan kawal selia sendiri bagi industri media yang kita namakan sebagai self regulatory body, dengan izin. Ia merupakan satu langkah yang tepat serta paling dinanti-nantikan dalam memastikan ekosistem media yang lebih telus, kemudiannya yang profesional dan yang paling penting, ethical reporting iaitu bertanggungjawab.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Oleh yang demikian, saya ingin mempromosikan satu program yang cukup penting pada hari esok yang di mana kita akan ada Program Himpunan Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat.
[Tepuk] Yang kita akan buat pada esok petang, Khamis, 6.45 petang di Masjid Negeri Sultan Alam Ahmad Shah 1, Kuantan. Program ini tidak mendapat liputan daripada media.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat, boleh saya mencelah?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Jerantut, saya pun tertanya-tanya. Berita bahas Majlis Media Malaysia ini dan BERNAMA tadi, liputan ada, Yang Berhormat, oleh BERNAMA tetapi dalam bahasa Inggeris. Macam mana orang-orang Pahang hendak tahu? Termasuk Tuan Yang di-Pertua di depan saya.
Terima kasih.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya bersetuju dengan Machang dan saya mohon supaya pihak Menteri dan Timbalan Menteri, kalau boleh, hantar team media untuk buat liputan langsung program yang bersejarah esok bagi rakyat negeri Pahang. Insya-Allah...
[Tepuk] Saya juga menyeru kepada Yang Berhormat Menteri, bagilah ruang bebas sikit kepada kami di peringkat pembangkang untuk bersama dengan entiti media negara seperti BERNAMA. Sebab, saya diberikan maklum, kita tidak adapun Ahli Parlimen pembangkang yang boleh berbincang dengan tuntas di dalam forum-forum di BERNAMA untuk memberikan pendedahan kepada rakyat. Kita bukan hendak bergaduh di dalam media macam BERNAMA ini tetapi rakyat akan meneliti kebijaksanaan idea yang boleh kita bangunkan negara secara bersama di media-media tersebut. Untuk menaikkan rating BERNAMA, itulah caranya, insya- Allah. Terdapat beberapa perkara dalam RUU ini yang perlu diteliti dan dipinda agar Majlis Media Malaysia ini benar-benar dapat berfungsi sebagai badan kawal selia yang bebas dan berkesan. Di antaranya, kebimbangan yang dinyatakan oleh kebanyakan Ahli Dewan kita berkenaan dengan pelantikan dua wakil kerajaan.
Sebagai satu cadangan balas, kalaulah suntikan kewangan daripada kerajaan ini perlu diaudit ataupun diletakkan dua wakil daripada kerajaan ini untuk melihat perjalanan perbelanjaan Majlis Media Malaysia, saya mencadangkan supaya, pertamanya, kita boleh letak wakil SPRM di dalam Majlis Media Malaysia untuk memastikan perjalanan kewangan yang tepat. Apatah lagi dalam rang undang-undang ini membolehkan adanya pendanaan asing dengan syarat mendapat kelulusan pihak Menteri.
Jadi, kalau adanya wakil SPRM, insya-Allah, kita boleh pastikan perjalanan kewangan Majlis Media Malaysia ini, walaupun mendapat dana pendanaan asing, adalah teramat terkawal daripada sudut undang-undang negara. Juga, kita harapkan kalaupun ada wakil, mereka adalah sebagai pemerhati dan tidak ada kuasa untuk mengundi.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Dato’ Yang di-Pertua, mekanisme aduan yang lebih jelas dan bebas. RUU ini membenarkan Majlis Media Malaysia mengendalikan aduan dan menjalankan prosiding tatatertib ― seksyen 15 dan 16 tetapi tidak memperincikan prosedur serta perlindungan kepada media daripada penyalahgunaan kuasa.
Oleh yang demikian, cadangan daripada Jerantut adalah untuk kita wujudkan tribunal bebas dalam Majlis Media Malaysia untuk menangani aduan dan memastikan keputusan dibuat berdasarkan piawaian etika dan bukan tekanan politik. Dan kita hendak bertanya kepada pihak kementerian, apa mekanisme semak dan imbang dalam memastikan Majlis Media Malaysia tidak dipengaruhi oleh wakil kerajaan ataupun entiti-entiti yang tidak sepatutnya?
Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, kita tidak boleh membicarakan kebebasan media tanpa membincangkan undang-undang yang menyekatnya. Walaupun seksyen 5(1)(e) menyebut tentang reformasi undang-undang, ia tidak memberi komitmen jelas untuk memansuh atau meminda undang-undang drakonian seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media 1998 serta Akta Hasutan 1948.
Oleh yang demikian, kita harapkan, bila berlakunya satu political will, untuk kita bebaskan media kita dalam keadaan terkawal agar kita boleh naik daripada ranking yang ke bawah kepada yang ke atas.
Akhir sekali, dalam kita menyambut baik usaha untuk memastikan ruang demokrasi dalam konteks kebebasan media ini diperkasakan, harus diingat bahawa Majlis Media Malaysia ini sebenarnya harus benar-benar bebas daripada sebarang unsur pengaruh politik kepartian terutamanya daripada mereka yang berkuasa. Sudah tiba masanya Malaysia level up dan memelihara kebebasan media dan menggalakkan persekitaran pelaporan yang beretika di Malaysia.
Saya menyokong rang undang-undang ini dengan syarat pindaan-pindaan daripada saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Maka, dengan ini, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Saya ingin membuka bicara perbahasan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia pada petang ini dengan menyambut baik rang undang-undang ini dan penubuhan Majlis Media. Ia telah tertunggak sejak 50 tahun lalu. Dan satu perkara yang jelas, inilah satu sejarah di mana akan tercatat mereka yang membahaskan ini dalam Hansard, mereka yang akan menyokong penubuhan Majlis Media Malaysia. Tahniah kepada semua dan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan yang bawa perkara ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Keduanya, Dato’ Yang di-Pertua, sebahagian daripada ini adalah juga sebahagian daripada usaha pembaharuan. Setuju, kita perlu tingkatkan dari segi tahap piawaian kewartawanan, kebebasan media dan juga pembelaan pengamal media.
Saya ingin sebut sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Yang Berhormat Menteri baru nak keluar...
[Ketawa] Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini.
Boleh tolong dengar sekali. Terima kasih...
[Ketawa] Terima kasih kerana hormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri pada Oktober 2023 lagi pernah sebutkan dan dilaporkan dalam Berita Harian bahawa media juga ada kemungkinan buat kesilapan dan mungkin ada agensi yang mempunyai agenda tersendiri. Siapa boleh bertanggungjawab untuk mengambil tindakan atau membuat keputusan sama ada sesuatu laporan itu beretika atau sebaliknya?
Tanpa Majlis ini, peranan ini perlu dimainkan oleh kerajaan dan ia menjadi polemik.
Akibatnya, kerajaan dikritik kerana ada campur tangan dalam kebebasan media. Jadi, kewujudan Majlis ini sangat penting kerana peranan ini boleh dimainkan oleh mereka. Jadi, Yang Berhormat Menteri, kalau nak keluar, silakan. Tak ada masalah.
Dato’ Yang di-Pertua, antara perkara penting dalam penggubalan RUU ini, saya rasa ada lima elemen. Yang pertama ialah kita nak elakkan kesamaran ataupun, dengan izin, ambiguity. Yang kedua ialah kita nak wujudkan keluwesan ataupun keanjalan, fleksibiliti.
Yang ketiga, kita nak wujudkan keterangkuman ataupun inclusivity. Yang keempat, kita tidak mahu ada percanggahan di antara undang-undang ini dengan undang-undang yang lain, ada keharmonian. Dan yang kelima ialah mesti ada punca kuasa yang jelas. Jadi, saya ambil perkara-perkara tersebut sebagai asas.
Oleh sebab itu, saya ingin membangkitkan beberapa perkara untuk penjelasan dan pertimbangan. Yang pertama, tadi ada rakan sebutkan tentang penyedia perkhidmatan dalam talian. Benda ini benar, perkara ini tidak termasuk dalam sembilan kumpulan yang ditafsirkan sebagai industri media. Ia tidak termasuk industri pengiklanan penyedia perkhidmatan dalam talian dan entiti yang mengagregat atau yang membangunkan berita daripada sumber lain. Jadi, mungkin boleh dijelaskan, apakah asasnya untuk tidak memasukkan penyedia perkhidmatan dalam talian sedangkan ini adalah media yang sedang berkembang pesat?
Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan pematuhan kod tatalaku atau garis panduan Majlis Media Malaysia sebagai suatu pembelaan yang sah. Antara insentif kritikal bagi media ialah terdapat lindungan apabila pematuhan terhadap kod atau garis panduan Majlis Media Malaysia ini boleh digunakan sebagai pembelaan undang-undang dan mempunyai kewajaran dalam prosiding kehakiman. Jadi, ini perkara penting, saya rasa, kalau kita nak sebut tentang kebebasan.
Apakah boleh kod tatalaku ini digunakan sebagai pembelaan untuk kita bawa dalam kehakiman, dalam mahkamah sebagai kewajaran untuk pembelaan? Adakah ini dipertimbangkan dalam akta ini serupa dengan yang ada dalam seksyen 98 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Seterusnya ialah berkenaan dengan keperluan meminta kelulusan daripada Menteri apabila menerima dana daripada entiti asing. Ini dalam klausa 17(5), muka surat 18, daripada RUU ini di mana dalam subseksyen ini menyebutkan bahawa Majlis boleh terima dana asing untuk menggalakkan kesedaran dan pendidikan bagi media tetapi ia tertakluk kepada kelulusan Menteri.
Jadi, apakah kewajaran di sebalik keperluan untuk mendapatkan kelulusan daripada Menteri ini sedangkan ia sememangnya saya percaya dan yakin bahawa ia sudah tertakluk kepada garis panduan oleh Menteri Kewangan? Jadi, mungkin memadai untuk sekadar itu dan itu boleh menjadi sebagai satu kaedah untuk semak dan imbang selain daripada pelaporan dibuat kepada Jawatankuasa Audit Negara ataupun kepada Parlimen.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan komitmen untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan media. Tadi saya ada dengar rakan-rakan ada sebutkan juga, rakan dari Jempol dan rakan-rakan yang lain, bahawa antara perkara penting juga supaya Majlis Media ini dapat berperanan dengan baik ialah adanya keharmonian ataupun usaha-usaha komitmen untuk seterusnya mengkaji semula ataupun memansuhkan antara undang-undang drakonian yang lain seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan dan juga Akta Pemberi Maklumat 2010 yang belum lagi digubal.
Jadi, saya percaya ini adalah juga langkah – ini Majlis Media ialah satu langkah ke hadapan tetapi kita juga mesti ada reformasi yang lain, yang boleh kita kukuhkan lagi aspek kebebasan media dan untuk menjamin keberkesanan Majlis Media Malaysia. Dengan itu Dato' Yang di-Pertua, saya menyokong RUU Majlis Media Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia, orang muda. Pertama tadi Menteri ada.
Kenapa Menteri tak jawab? Dia Menteri, dia pergi mana? Saya tengok dia dok ada dekat situ saja. Masuk, dia jawablah sebab benda ini penting, Majlis Media. Sepatutnya Menteri jawab ini. Ini adalah sejarah. Walaupun kita kata di zaman Allahyarham Tun Razak nak cuba bawa, akhirnya tak bawa, hari ini dia bawa sebab ada keperluan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Sama saja Arau. Timbalan Menteri pun boleh jawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Masa ini ada keperluan Majlis Media, kita bawa.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Timbalan Menteri pun boleh jawab, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini satu yang cukup baik. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, 35 itu jelas, 36 pun jelas. Minta laluan. Jangan terjah. Nak masuk rumah pun ketuk pintu. Bagi salam. Ini hentam semacam saja. Ya, Yang Berhormat Batu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Terima kasih.
[Tepuk] Ini masa kerajaan sekarang keperluan ditubuhkan Majlis Media. Jadi, masa dulu kita tubuh Akta Keselamatan Dalam Negeri, diperlukan kerana ramai yang harus ditangkap kerana mengancam keselamatan. Sekarang media. Jadi, Majlis Media ini penting kerana zaman ini ialah zaman media.
Yang Berhormat, saya nak sentuh tentang perkara 8. Ini pelantikan. Seorang pengerusi, semua 21, okey? Alright. Pengerusi, okey, kerajaan lantik. Kemudian dua, kerajaan lantik lagi dua orang, jadi tiga. Kemudian, empat lembaga daripada syarikat media.
Empat, jadi tujuh. Kemudian, empat daripada persatuan media, 11. Kemudian, empat lagi daripada 7(1)(c).
Satu kategori yang terdiri – bukan media. Ini maknanya TikTokers, macam- macamlah. Macam saya juga layak sebab kalau nak ikut senarai TikTokers itu, influencer, jadi empat. Tetapi yang perkara (f) ini Yang Berhormat, dilantik – yang lembaga yang ada itu melantik mana-mana orang daripada kategori (a), (b), (c) tadi. Makna kata dia bebas. Nak lantik daripada syarikat media ataupun pengamal media tapi oleh kerana wakil yang bukan media ini, TikTokers ini dia cuma empat orang.
So, lepas ini kalau undi dia kalah. Saya nak cadangkan supaya ditetapkan macam ini. Syarikat media, satu. Pengamal media, satu. Kemudian empat lagi daripada yang bukan media, yang bebas. Dengan itu, mereka akan ada lapan orang, di sini ada 10 orang, 11 orang.
Jadi, dengan itu kita bagi keadilan. Kalau kita benarkan syarikat media dengan pengamal media, mereka tak akan ambil TikTokers. Jadi, kita dah rugi. Enam orang ini ialah lantikan bebas. Jumlah dia 21, Yang Berhormat.
Jadi, yang saya nak pertikaikan kenapa enam orang ini tak dibagi syarat. Syarikat media, satu, Yang Berhormat. Saya dah hafal yang ini. Saya dah pernah ini, Yang Berhormat.
Saya dah kira tadi. Syarikat media, satu. Pengamal media, satu. Empat lagi mesti ambil daripada wakil bebas. Dengan itu wakil bebas, kita ada lapan orang. Jadi, yang lain itu ialah sudah pasti kerajaan akan ada satu orang pengerusi dan dua orang wakil kerajaan.
Saya tahu kerajaan telah berjanji bahawa kalau kerajaan tidak lagi memberi sumbangan dan maka wakil kerajaan tidak diperlukan. Alright, very good. Tetapi Yang Berhormat, saya tidak setuju iaitu dana asing dibenarkan masuk. Untuk apa? Dulu memang ada parti politik yang menerima dana asing tetapi sekarang ini kita media, biar media tempatan, Yang Berhormat. Zaman sekarang ialah sosial media itu lebih hebat dan dahsyat daripada media utama. Oleh kerana media utama sudah ada syarikat media, sudah ada pengamal media, maka social media tidak ada wakil. Empat orang tak cukup. Mesti ada sekurang-kurangnya lapan orang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, 8(c) Yang Berhormat, ataupun dalam 7(c) ataupun 8(f) itu, supaya wakil yang bukan media ini dibenarkan lapan orang. Sudah pasti yang itu eloklah dipilih di kalangan PN.
Salam PN best kepada semua.
Akhir sekali Yang Berhormat sebab saya seorang pematuh undang-undang yang cukup dahsyat di Parlimen ini, saya nak menyentuh tentang sumbangan kerajaan ini. Saya rasa sumbangan kerajaan biar berterusan. Kalau kerajaan kata nak bagi RM20 juta sebagai permulaan sebagai contoh, sumbangan kerajaan ini biar berterusan supaya dia boleh berdikari. Dalam masa yang sama Yang Berhormat, saya setuju dengan kawan-kawan saya, supaya ada laporan berita terutamanya di pihak syarikat media. Laporan berita berhubung dengan apa yang akan berlaku di Pahang pada esok hari iaitu ‘Rakyat Bermunajat, Raja Berdaulat’.
Kenapa tidak dibuat laporan penuh? Sebab dia melibatkan Raja. Raja Berperlembagaan. Kita kena hormat tapi kalau yang lain-lain itu, dibuat laporan yang tidak – macam-macam tetapi perkara yang akan berlaku di Pahang tidak dibuat. Rakyat Malaysia, saya menyeru kepada rakyat Malaysia. Hadir ramai-ramai di Pahang iaitu ‘Rakyat Bermunajat, Raja Berdaulat’.
Akhir sekali Yang Berhormat Speaker, yang terlupa saya nak sebut tadi ialah perkataan “kejam”. Tadi disebut bahawa kejam jangan dipakai. Alright. Kita tak pakai kejam, kita pakai zalim. Kerajaan sekarang zalim. Tak bagi peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Yang Berhormat cuba tengok apa yang berlaku di Indonesia. Sebagai Pengerusi ASEAN...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Pengerusi ASEAN, patutnya dijadikan contoh dan teladan. Indonesia tidak ada soal pembangkang, yang ada Ahli Parlimen. Philippine tidak ada pembangkang. Cambodia tidak ada pembangkang dari segi peruntukan dan juga Thailand tidak ada pembangkang.
Jadi, sebagai Pengerusi ASEAN, tunjukkan contoh yang baik yang dinasihati oleh Thaksin, tunjuk contoh yang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan bersifat zalim kepada pembangkang. Bulan puasa, Yang Berhormat. Bulan puasa. Yang Berhormat ini seorang alim.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau masuk baca doa. Alhamdulillah.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dah Yang Berhormat, cukup. Cukup Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Landing dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baik, Yang Berhormat, terpaksa menyokong perbuatan zalim pihak kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagus. Majlis Media ini bagus. Jadi, kalau bagus, kami tidak ada masalah untuk menyokongnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi yang lapan orang ahli itu, saya minta diambil daripada kalangan pembangkang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Kesempatan ini juga saya mengingatkan 35(1), 37(1)(b). Kita nak masuk rumah orang itu kena gunakan petua dalam Dewan ini.
[Tepuk] Baca. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Sipitang terpanggil untuk turut bersama berbahas yang berkaitan dengan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia ini kerana merasa ini sesuatu yang amat penting dan besar impaknya bukan sahaja kepada kita yang berada di Dewan yang mulia ini tetapi juga kepada rakyat marhaen di luar sana yang dambakan suara denyut nadi mereka mendapatkan pembelaan menerusi pelaporan media dari semasa ke semasa.
Memulai perbahasan dengan ketulusan dan harapan, Sipitang ingin menyatakan pendirian, menyambut baik penubuhan Majlis Media Malaysia ini kerana ia satu langkah mulia untuk memperkukuh, mempertabat dan keadilan dalam dunia kewartawanan tanah air.
Seiring perkembangan ini, Sipitang ingin menegaskan bahawa pembelaan terhadap nasib wartawan dan media harus menjadi teras utama untuk dijunjung oleh Majlis Media Malaysia ini.
Jangan ada ruang untuk menekan, menindas atau menyisihkan mereka yang membawa suara kebenaran. Sebaliknya berikan mereka pembelaan yang sewajarnya kerana tanpa kebebasan media maka tiadalah suara yang berani untuk menyoal dan menegur.
Sebagai wakil rakyat dari jauh nun di Borneo, mewakili Sabah dan Sarawak di sebarang Laut China Selatan, Sipitang ingin menitipkan harapan agar kepentingan dan untuk nasib media serta wartawan di wilayah kami turut sama diambil kira dan tidak dipejamkan sebelah mata.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Perlu disedari dan diingat selalu bahawa negara kita bukan hanya terbina oleh entiti bernama Semenanjung yang mendominasi tetapi juga dari Sabah dan Sarawak yang jaraknya jauh sehinggakan kadangkala terabaikan. Media ini, di Borneo ini sering kali terpinggir dan kadangkala terabaikan. Media ini adalah seolah-olah bagaikan hanya pewaris sejarah tanpa tempat dan medan informasi masa kini. Mungkin kami jauh tetapi untuk
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
makluman Dato’ Yang di-Pertua, kami tetap wujud dalam setiap hela nafas bangsa. Jangan biarkan kami terus terpinggir dalam arus perubahan yang seharusnya memberikan kesaksamaan kepada semua.
Justeru, Majlis Media Malaysia hari ini perlu berdiri teguh bukan hanya untuk menjaga kepentingan yang ada di hadapan mata tetapi juga untuk menegakkan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar, tanpa mengira lokasi. Jadikan majlis ini bentang yang kukuh untuk menjaga kebebasan bersuara agar wartawan dapat terus menjalankan tugas mulia mereka dengan penuh integriti dan tanggungjawab.
Dalam hal ini, sukacita Sipitang menyokong penuh penglibatan media di Sabah dan Sarawak menganggotai Majlis Media Malaysia ini. Ini penting kerana keanggotaan media dari Sabah dan Sarawak akan membolehkan mereka mengetengahkan apa jua hal-hal yang bersangkutan kepentingan media yang berbangkit pada masa hadapan. Ia termasuklah soal kebajikan petugas media di kedua-dua negeri ini, baik dari segi kebajikan, merangkumi perlindungan insurans mahupun insentif elaun dan skala penggajian.
Inilah harapan kami demi untuk masa depan yang bebas dan adil, seimbang dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak ke seluruh tanah air. Kita juga mengharapkan bukan sekadar itu, malah keanggotaan ini kita mengharapkan supaya ia juga diambil bersandarkan kepada apa yang telah dipilih oleh kerajaan negeri masing-masing, Sabah dan Sarawak untuk menganggotai jawatankuasa ini. Dato’ Speaker, inilah harapan kami untuk masa depan media di kawasan kami, khususnya di negeri Sabah dan Sarawak ini.
Dato’ Yang di-Pertua, berbalik kepada Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia ini. Sesungguhnya merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem media negara. Sebagai salah satu usaha untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan media, RUU MMM ini diharap menjadi sebuah badan yang dapat mengawal dan mengawasi industri media dengan lebih berkesan dan pastinya membawa beberapa manfaat iaitu:
(i) memperkukuh kebebasan akhbar dan media;
(ii) menggalakkan etika dan profesionalisme dalam industri media;
(iii) meningkatkan kualiti maklumat dan berita; dan kemudiannya
(iv) meningkatkan perlindungan untuk wartawan.
Sebagai kesimpulan Dato’ Yang di-Pertua, marilah kita sama-sama mendukung kepentingan dan perjuangan rakan-rakan wartawan dan media yang banyak membantu kita menerusi laporan setiap publisiti selama ini secara adil dan objektif, beretika dan profesionalisme. Kita menghargai sumbangan para wartawan dan media yang masih mampu bertahan sehingga kini di sebalik cabaran global yang memaksa banyak akhbar konvensional ditutup dan ramai kehilangan pekerjaan.
Saya punya ramai sahabat wartawan. Salah seorang sahabat karib saya Yang Berbahagia Datuk Lichong Angkui, Ketua Pengarang Akhbar Utusan Borneo Sabah. Mereka adalah insan-insan yang biasa, yang menulis bukan kerana nama tetapi kerana menyampaikan suara denyut nadi rakyat dan atas sifat kasih sesama insan seperti yang
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
diungkapkan oleh Datuk Ramli Sarip dalam lagu puitisnya, ‘Bukan Kerana Nama’.
*[Menyanyikan rangkap lagu] Dengarlah hai teman, Dengarkan bersama, Aku menulis bukan kerana nama, Kerana sifat kasih, Pada sesama insan, Dan menyatakan kasih sayangku, Kita sama semuanya sama, Apa yang ada hanyalah kehidupan.
[Tepuk]* Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak boleh dinafikan, johan.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Majlis sekarang tibalah pembahas yang terakhir telah membahas iaitu Yang Berhormat Sipitang. Sekarang tibalah masa untuk Menteri menjawab.
Saya allocate-kan masa 25 minit. Walau bagaimanapun, budi bicara. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada 18 orang Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan RUU ini dan juga terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Sipitang kerana sebuah lagu yang cukup manis.
[Ketawa] [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan satu penubuhan satu jawatankuasa atau organisasi bagi menyelaraskan urus tadbir industri media di Malaysia telah dicetuskan sejak tahun 1973. Sejak itu, kerajaan terima banyak cadangan yang berbentuk serupa daripada industri media. Tetapi kita tunggulah sampai tahun 2019, masa Yang Berhormat Damansara memegang jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang membawa kertas MJM ke Jemaah Menteri dan dapat kelulusan daripada Jemaah Menteri pada 6 Disember 2019 untuk menubuhkan sebuah Majlis Media Malaysia.
Jadi bagi pihak Kementerian Komunikasi, memandangkan Yang Berhormat Damansara duduk di Dewan, saya juga nak rekodkan penghargaan kami kepada beliau kerana tanpa usaha beliau, sudah tunggu lebih dari 50 tahun, barulah ada seorang Menteri yang bawa perkara ini masuk ke dalam Jemaah Menteri.
[Tepuk] Protem Committee telah dibentuk pada 16 Jun 2020. Pada Ogos 2020, Protem Committee sebenarnya telah siap dengan draf RUU MMM dan hantar kepada Kementerian Komunikasi pada masa itu tetapi tanpa sebarang perkembangan sampailah awal tahun 2023.
Barulah kementerian sekarang di bawah Yang Berhormat Menteri Lembah Pantai, barulah kita engage balik dengan Protem Committee . Akhirnya pada hari ini, kita mampu bentangkan RUU MMM ini untuk bacaan kedua.
Jadi semasa perbahasan tadi, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang questioned keikhlasan Kerajaan MADANI untuk mempertahankan kebebasan media. Saya percaya bahawa inisiatif kementerian ini untuk engage dengan Protem Committee sampai tahap kita
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
mampu bawa RUU ini ke Dewan Rakyat pada hari ini untuk bacaan kedua dan harap bacaan ketiga juga. Ini telah membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dan juga kerajaan ini untuk membebaskan media. Set pertama.
Kedua, RUU ini dalam pandangan saya, cukup unik, cukup istimewa kerana kita kerja secara rapat dengan civil society, dengan Protem Committee. Ahli dalam Protem Committee ini, pada tahun 2020, 21 orang. Sampai 2023, jumlah ahli-ahli dalam Jawatankuasa Protem telah meningkat ke 40 orang. Ini telah menunjukkan bahawa Protem Committee dan juga inisiatif daripada kerajaan ini diterima baik oleh industri media.
Ketiga, dalam rang undang-undang ini, kita ada perintis dalam memperkukuh kedudukan wanita yang menetapkan bahawa setiap kategori ahli lembaga, mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang wakil wanita. Kami juga telah menjadi perintis dalam memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak kerana RUU ini juga menetapkan bahawa setiap kategori ahli harus merangkumi sekurang-kurangnya seorang wakil dari Sabah dan Sarawak. Saya percaya ini juga membuktikan bahawa RUU ini bersifat progresif.
Selain daripada itu, kementerian telah menjalankan konsultasi yang ekstensif. Kami telah buat sesi taklimat kepada Ahli Parlimen kerajaan pada 20 Februari. Kami juga buat sesi taklimat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang pada 25 Februari. 21 orang Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang yang sign-up. Banyak juga yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Jadi saya nak ucapkan terima kasih juga. Selain daripada itu, kami juga membuat konsultasi-konsultasi ataupun sesi taklimat dengan pihak CSO dan juga pengarang-pengarang media. Jadi, ini sekali lagi menunjukkan dan membuktikan keterbukaan kementerian.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Dato’ Yang di-Pertua, semasa perbahasan, saya rasa antara 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan RUU ini, beberapa isu yang selalu dibangkit seperti Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Mas Gading dan sebagainya tanya kenapa perlu ada wakil kerajaan dalam Lembaga MMM dan Yang Berhormat Bagan Serai juga mencadangkan bahawa wakil kerajaan tidak diberi kuasa untuk mengundi.
Dato’ Yang di-Pertua, RUU memperuntukkan dua orang wakil kerajaan dalam Lembaga Majlis Media Malaysia kerana MMM adalah sebuah badan yang ditubuhkan melalui undang-undang kerajaan dan dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Komunikasi.
Oleh itu, wakil kerajaan wajar berada dalam Lembaga Majlis untuk urusan kerajaan seperti yang dijelaskan dalam RUU.
Wakil kerajaan ini hendaklah dalam kalangan orang yang terlibat dalam industri media. Dan kalau mungkin ada orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang miss out that part sebenarnya ini tulis dalam blue bill kita dengan izin, blue bill muka surat 26, huraian ke 11 yang menyatakan bahawa anggota yang dilantik mewakili kerajaan ini hendaklah dalam kalangan orang yang terlibat dalam industri media.
Maksudnya, wakil-wakil orang yang akan menjadi wakil kerajaan dalam lembaga ini kemungkinan besar adalah datang dari seperti RTM ataupun BERNAMA. Sekiranya mereka
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
juga pengamal media, saya rasa juga wajar ada kebaikan juga sekiranya mereka duduk dalam Lembaga MMM kerana mereka juga seorang pengamal media. Jadi, ini memang sudah tulis dalam RUU ini. Huraian kesebelas, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh rujuk kepada huraian itu.
Selain daripada itu, pihak industri media melalui Jawatankuasa Protem juga telah memohon supaya kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada MMM untuk menjalankan operasi dalam tempoh empat tahun, lima tahun atau pertamanya yang penubuhannya. Sekiranya permohonan ini diluluskan, wakil kerajaan daripada Kementerian Kewangan juga wajar berada dalam Lembaga Majlis untuk memantau penggunaan peruntukan dan hal ehwal kewangan MMM.
Sekiranya MMM tidak lagi menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan, maka tak perlulah ada wakil kerajaan daripada Kementerian Kewangan. Saya nak tegaskan di sini, dua orang daripada 21 orang anggota merupakan satu peratusan yang sangat kecil dan kita nak cakap bahawa oleh sebab ada dua orang wakil kerajaan yang duduk dalam lembaga ini, jadi MMM tak adil lagi, tidak impartial lagi, tak independent lagi, saya rasa kami sudah pandang rendah terhadap anggota-anggota lain yang duduk dalam lembaga.
Anggota-anggota lembaga yang lain ada wakil daripada organisasi media, adalah merupakan pengamal media dan juga adalah ahli-ahli akademia dan sebagainya. Saya percaya setiap orang yang dipilih untuk duduk dalam lembaga ini boleh memain peranan mereka secara berdikari dan tidak akan dipengaruhi oleh wakil kerajaan dengan begitu senang sahaja, two out of 21. Itulah yang saya nak tegaskan.
Dato’ Yang di-Pertua, semasa perbahasan, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat juga sentuh tentang masalah-masalah media pada zaman ini seperti Ahli Yang Berhormat Kluang yang bagi contoh seperti tajuk yang bersifat clickbait. Pelaporan berita yang remeh-temeh dan juga Yang Berhormat Shah Alam juga sentuh tajuk-tajuk yang mensensasikan.
Dan juga Ahli Yang Berhormat Langkawi tanya saya, siapa yang akan audit pelaporan oleh media ini tak kiralah MalaysiaKini, FMT, Edisi Siasat dan sebagainya. Memang saya rasa sepatutlah jadi satu consensus dalam Dewan yang mulia ini bahawa media-media kita juga menghadapi pelbagai-pelbagai cabaran oleh sebab dana yang tidak mencukupi dan mereka selalu mengguna pakai tajuk-tajuk yang bersifat clickbait.
Oleh sebab itu, saya rasa kita memang perlu seseorang ataupun satu organisasi untuk memantau audit pelaporan mereka dan siapa yang boleh buat kerja tersebut? Kerajaan tak boleh kerana apabila kerajaan ambil sebarang tindakan tak kiralah tindakan itu berasas atau tidak berasas, tuduhan akan keluar daripada pihak pembangkang juga yang cakap bahawa ini adalah campur tangan daripada kerajaan, ganggulah kebebasan media.
Dan akhirnya kedudukan Malaysia dalam RSF semakin menurun. Ini adalah cabaran yang kami hadapi. Sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan tak kira berasas atau tidak berasas akan mendatangkan kritikan seperti itu dan sebab itu saya percaya yang paling bagus untuk audit ataupun menilai, ataupun keluarkan dapatan sama ada sesebarang
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
pelaporan daripada media itu adalah adil, adalah beretika. Siapa yang patut menjadi expert dalam bidang ini? MMM.
Saya nak bagi satu contoh, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Kita telah terbitkan Etika Kewartawanan Malaysia yang sebenarnya versi pertama (first version) Etika Kewartawanan Malaysia ini diterbitkan oleh Malaysian Press Institute pada tahun 1989.
Selepas 35 tahun, JAPEN ambil inisiatif untuk kemas kini kod tersebut supaya kita boleh lebih sesuaikan, adapt-lah kepada perkembangan semasa. Tetapi walaupun niat kita adalah baik, kita hanya sebenarnya nak kemas kini kod etika supaya ia jadi lebih relevan kepada cabaran sekarang. Tetapi ada juga tuduhan-tuduhan bahawa ini adalah usaha-usaha kerajaan untuk mengawal media. Jadi kita perlulah elak itu daripada berlaku.
Jadi, sebab itu kita perlu empower, kita perlu bagilah kuasa kepada Majlis Media untuk keluarkan kod etika, keluarkan standard kewartawanan yang beretika untuk regulate industri mereka sendiri. Walaupun ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mungkin takut kod etika itu menjadi terlalu ketat, tetapi saya rasa kalau kod etika itu dihasilkan oleh MMM daripada industri mereka sendiri, ia akan menjadi lebih adil dan tiada sesiapa yang boleh tuduh MMM.
Kalau MMM juga dituduh bahawa mereka tidak adil ke bagaimana, tuduhan itu akan dihadapi oleh kerajaan juga dan sebab itu kita percaya kita ingin mewujudkan MMM supaya mereka berfungsi untuk keluarkan kod etika, standard kewartawanan untuk regulate industri mereka sendiri.
Bahagian IV RUU memperuntukkan kuasa kepada MMM untuk menentukan tindakan tatatertib, prosedur siasatan dan rayuan berhubung mekanisme ketidakpuasan hati.
Peruntukan ini memastikan MMM mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan apa-apa hukuman dan tindakan tatatertib ke atas ahlinya dan sekiranya terdapat sebarang aduan yang dikemukakan terhadap pengamal media yang bukan ahli MMM, MMM juga boleh menjalankan siasatan lanjut terhadap aduan tersebut menerusi mekanisme ketidakpuasan hati dan akan diwujudkan seterusnya mengesyorkan tindakan selanjutnya kepada pihak yang berkaitan ataupun bekerjasama dengan kerajaan untuk memberikan cadangan berhubung tindakan selanjutnya.
Jadi sebagai contoh, ada seseorang yang bawa satu aduan kepada MMM, MMM akan jalankan siasatan mereka. Mungkin mereka rasa bahawa laporan tersebut kurang beretika, jadi mereka boleh recommend, cadangkan dalam dapatan-dapatan mereka apalah tindakan yang perlu diambil. Sebagai contoh, suspended membership of MMM sebagai contoh, dengan izin ataupun cadangkan bahawa ataupun syorkan bahawa media tersebut perlulah terbitkan satu pohon maaf terbuka. Ataupun kalau sangat-sangat serius, mungkin boleh juga buat cadangan bahawa tindakan boleh diambil oleh AGC ataupun pendakwa raya ataupun pihak polis. Ini adalah apa cadangan yang boleh dibawa oleh MMM.
Pada masa yang sama, kita MMM juga boleh bantu kami untuk mendidik masyarakat supaya masyarakat juga lebih kita cakap literasi media supaya mereka tahu bahawa kalau ada portal-portal media walaupun panggil mereka sendiri media tetapi selalulah guna pakai
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
tajuk-tajuk yang sensational, provokasi. MMM juga boleh mendidik masyarakat nyatakan bahawa portal media ini sebenarnya tindak laku mereka sangat-sangat tidak beretika.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Kalau sebaliknya, MMM dapatan MMM adalah laporan tersebut adalah beretika, tidak melanggar apa-apa kod tatalaku dan tetapi pengamal media itu masih dibawa ke mahkamah.
Saya percaya di mahkamah dapatan daripada MMM ini juga akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh mahkamah.
Jadi ini merupakan perlindungan juga kepada pengamal media yang menjalankan tugas mereka secara beretika. Jadi pada masa yang sama, untuk semua warga Malaysia kita tak perlu takut kalau kita memang ada aduan, kita bolehlah pergi ke MMM. Tak perlulah dan bukan semua orang mampu untuklah cari, lantik seorang peguam, nak samanlah itu pengamal media ataupun media outlet ke mahkamah kerana itu memang akan mengambil masa yang panjang dan jugalah akan perlulah duit yang banyak juga.
Jadi ini adalah mechanism ketidakpuasan hati yang akan diwujudkan oleh MMM dan mekanisme ini akan diluluskan dalam AGM mereka, bukan ditentukan oleh kerajaan. Sekali ini adalah sebenarnya adalah satu jaminan bahawa tanpa campur tangan yang keterlaluan daripada kerajaan. Soalan lagi, kenapa perlu dapatkan kelulusan daripada menteri, bagilah penerima...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum itu YB Menteri, boleh saya tanya soalan? Bangi.
Puan Teo Nie Ching
Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Berkenaan dengan mekanisme ketidakpuasan hati itu yang mana kita tahu dalam rang undang-undang ini tidak dinyatakan dengan khusus apa mekanisme tersebut, ianya akan dirangka oleh MMM nanti. Soalan pertama saya, saya nak tahu, sekiranya rang undang-undang ini diluluskan dan menjadi akta nanti, adakah kita dapat satu gambaran berapa lama yang diperlukan oleh Protem Committee ini untuk akhirnya keluarkan kerangka mekanisme tersebut dan juga kod tatalaku yang akan mengikat pengamal-pengamal media itu. Itu soalan yang pertama.
Kedua berkenaan dengan saya tengok mekanisme ini kerangka dia dan sebagainya juga ada kuasa tatatertib. Saya fikir perlu juga untuk dinyatakan di sini dan diutarakan di sini supaya masuk dalam Penyata Rasmi sama ada kuasa yang dijalankan oleh MMM ini boleh disemak melalui dengan izin, judicial review di mahkamah. Ada tak apa-apa halangan daripada mana-mana orang yang tidak puas hati dengan mekanisme ketidakpuasan hati ini untuk membawanya ke mahkamah untuk judiciary. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bangi. Pertama kalau kita rujuk kepada Jadual Kedua telah sebut bahawa perenggan pertama telah sebut bahawa mesyuarat agung pertama Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelantikan anggota Lembaga pengasas. Jadi selepas RUU ini menjadi undang-undang, maksudnya telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan jugalah digazet, dapatlah royal assent dan digazet.
Puan Teo Nie Ching
Jadi, Lembaga pengasas akan dilantik dan dalam tempoh masa enam bulan anggota Lembaga pengasas perlulah memanggil mesyuarat agung pertama mereka. Dalam mesyuarat agung pertama ini, saya percaya mereka juga akan luluskan ataupun itu mekanisme untuk ketidakpuasan hati ini akan dibincang dalam AGM tersebut.
Jadi di sini saya tak berani untuk janji bila mekanisme ini akan difinalizekan oleh MMM tetapi ini adalah satu draf ataupun satu tempoh masa, timeline yang telah disebut dalam blue bill ini. Dalam- sebenarnya Protem Committee sekarang memang sudah ada satu mekanisme yang lengkap tetapi oleh sebab kerajaan rasa lebih bermakna kalau mekanisme ini diluluskan dalam AGM mereka.
Jadi apa yang saya boleh sebut di sini adalah kalau ikut draf setakat ini, tiada halangan untuk buat apa-apa judicial review dan juga nyata di sana bahawa sekiranya seseorang buat satu keputusan untuk nak bawa perkara ini pergi ke mahkamah, jadi MMM akan hentikan segala siasatan mereka.
Jadi ini juga tak jadi satu estoppel bahawa sekiranya you sudah fail satu aduan ke MMM, you tidak boleh bawa perkara ini pergi ke mahkamah. Tak ada effect estoppel seperti itu. Jadi tak ada juga apa-apa halangan yang menyatakan bahawa apa-apa dapatan daripada MMM tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk judicial review. Saya harap, saya dah jawab soalan Yang Berhormat okey. Okey, minta maaf ya.
Okey. Soalan seterusnya yang saya nak jelas ada yang tanya kenapa perlulah mendapatkan kelulusan daripada Menteri bagi penerimaan dana asing. MMM perlu mendapatkan kelulusan menteri bagi dana asing untuk memastikan sumber kewangan yang diperoleh oleh MMM boleh dipercayai dan tidak mengancam keselamatan negara.
Perkara ini merupakan perkara lazim apabila melibatkan penerimaan dana dari luar negara bagi memastikan sumber kewangan tidak bercanggah dengan prinsip dan keselamatan negara. Jadi ini bukan satu clause yang kita masukkan kerana ini merupakan subjek yang kita bincang di sini adalah MMM tetapi ini adalah satu klausa yang lazim, yang akan dimasukkan di- saya percaya di apa-apa akta Malaysia kita.
Ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang tanya saya bagaimana dengan Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan dan sebagainya. Bagi maksud cadangan pindaan kepada Akta Hasutan dan Akta Media Cetak, Majlis Media mempunyai fungsi untuk mencadangkan apa-apa pembaharuan undang-undang yang berhubungan dengan kebebasan media kepada kerajaan. Mereka bolehlah bawa apa-apa cadangan mereka kepada KDN dan kerana oleh sebab Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi, jadi saya tidak berhasrat dan tidak ada power, ataupun tidak di-authorize untuk bagi menjelaskan pendirian KDN ataslah perkara ini.
Tetapi saya nak sebut bahawa kami yang duduk di Dewan ini, kita adalah, we are the legislator. Kalau kita nak buat apa-apa undang-undang, saya rasa itu adalah di bawah kuasa kami dan kalau ada consensus, saya rasa pindaan kepada Akta Mesin Cetak bolehlah dibawa. Tetapi saya harap bahawa apabila sesuatu inisiatif dibawa oleh kerajaan, kami juga dapatlah sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching
Saya ada tiga minit lagi. Jadi saya nak tanya, okey berapa perkara mungkin saya tetapi YB Arau tidak ada di sini, okey. Okey, ada Yang Berhormat Arau cadangkan bahawa dia nak banyakkan lagi perwakilan daripada TikToker. Dia rasa tidak sepatutlah TikToker hanya limit kepada begitu. Dia nak kurangkan perwakilan daripada industri media tetapi nak banyakkan lagi perwakilan daripada TikToker.
Saya nak jelaskan di sini pertama, kalau kita rujuk kepada definisi ahli bukan media, ia bermakna individu, ahli akademi, pelatih media, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam bukan dari industri media. Sama ada TikToker seperti Ahli-ahli Yang Berhormat boleh diterima sebagai ahli itu bukan kuasa saya tetapi sekali lagi terpulang kepada MMM.
Mereka yang akan menentukan sama ada TikToker kah ataupun ahli-ahli politik yang banyak follower kat TikTok, dekat social media boleh menjadi seorang ahli. Tetapi yang saya nak tegaskan di sini sebenarnya komposisi untuk Majlis Media ini, Lembaga Majlis Media ini juga adalah cadangan daripada Jawatankuasa Protem.
Untuk kerajaan kerana ini adalah hasrat apa yang diingini oleh Jawatankuasa Protem, jadi kita sebagailah kerajaan yang duduk di kerajaan, kita terima cadangan mereka dan bawa ini ke Dewan Rakyat dan haraplah kita juga semua boleh dapatlah sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Jadi, sekali lagi saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mulakan inisiatif untuklah menubuhkan MMM dan juga kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Protem yang telah menyediakan draf pertama tentanglah RUU MMM ini. Tanpalah usaha mereka, kita tak ada satu RUU yang bolehlah dibahas untuk bacaan kedua pada hari ini.
Dan juga untuk semua Ahli Yang Berhormat yang telah menghadiri sesi taklimat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan RUU ini, saya juga nak ucap jutaan terima kasih. Sekiranya ada soalan-soalan yang saya tak sempat untuk jawab, saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 23 - Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya bagi tiga minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah 8(f). Hari ini saya tak sempat buat apa-apa sebab apa ini semua berlaku terkejut, tergempar. Saya hendak minta dipertimbangkan supaya lantikan empat orang daripada bukan pengamal media, fine. Tetapi lantikan tambahan yang enam orang itu, saya minta empat daripada bukan pengamal media, satu daripada syarikat media, satu pengamal media.
Jadi, dia orang ada dua. Empat bagi balik kepada bukan pengamal media.
Jadi, sekarang ini saya minta perkara 8(f) itu, hendak pinda tidak sempat, dicadangkan supaya yang enam orang tambahan itu mesti disyaratkan empat orang bukan pengamal media. TikTokers, kami lah. Kami lah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri. Yang Berhormat, sebentar. Ada — Yang Berhormat Pasir Gudang, tiga minit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Speaker dan Timbalan Menteri. Saya memang akan menyokong RUU ini, tetapi di peringkat jawatankuasa ini yang kita perlu teliti juga, saya ada beberapa pandangan untuk difikirkan sebelum diluluskan. Merujuk kepada fasal 8, muka surat 26. Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan keanggotaan lembaga. Fasal ini juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan dua anggota yang dinamakan oleh Menteri untuk mewakili kerajaan.
Tuan Speaker, fasal ini saya melihat sepintas lalu tidak demokratik. Ia agak bersifat regresif, mengongkong. Kalau boleh dipinda, dipinda. Kalau sudah tak sempat, hendak buat macam mana? Saya membuat perbandingan dengan Majlis Peguam Malaysia, Majlis juga.
Kita bincang hari ini Majlis Media Malaysia. Bagi Majlis Peguam Malaysia, dia satu badan yang autonomous juga, bukan bebas lepas begitu sahaja. Dikawal oleh Legal Profession Act 1976.
Tetapi dalam akta tersebut, yang mengawal Majlis Peguam Malaysia tidak ada wakil kerajaan dilantik. Ertinya, semuanya peguam profesional sepenuhnya. Jadi, saya berharap Timbalan Menteri kalau tidak dapat hendak pinda lagi last minute ini, kalau boleh aku janji daripada kerajaan bahawa dua wakil yang dilantik itu biarlah mereka berperanan dalam Majlis Media ini secara bebas, jangan dikongkong mereka. Biarlah mereka berperanan dengan sebaik-baiknya.
Kalau boleh, akan datanglah kalau perlu ada pindaan, fasal 8 ini tentang pelantikan dua anggota yang dinamakan oleh Menteri itu, kalau boleh digugurkan sama sekali. Tetapi untuk hari ini, kita luluskan rang undang-undang ini pun satu langkah ke hadapan. Sebelum ini tidak ada. Jadi, itu pandangan saya. Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, saya hendak throw idea sedikit ya, mungkin unconventional. Apa yang Yang Berhormat Pasir Gudang cakap itu is very relevant. Selain daripada itu, fasal 16 itu. Akta memberi kuasa untuk
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
tindakan tatatertib. Dalam tindakan tatatertib, kuasa memanggil saksi. Kalaulah saksi-saksi itu adalah orang awam, saya tak payah pergi. I mean to say to take into consideration kuasa memanggil. Anybody panggil even ahli pun, panggil, saya tidak mahu pergi, apa you boleh buat? I mean consideration. Apa yang Pasir Gudang cakap itu relevan. Okey. Yang Berhormat Kota Melaka tengah...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker, Kota Melaka ingin minta sedikit penjelasan daripada Timbalan Menteri, fasal 17(2)(a), “apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud akta ini”. Jadi hendak tanyalah, mungkin boleh beri penjelasan, kenapa ialah dari semasa ke semasa dan bukannya sebagai tahunan? Berapakah kuantum yang telah dirancang untuk bagi pada peringkat awal ini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Saya rasa tiga orang sahaja, cukup. Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Pengerusi Majlis, terima kasih tiga orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberikan pandangan mereka. Pertama, tentanglah — Arau telah keluar lagi.
[Ketawa] Okey.
Permintaan daripada Arau kerana tiada apa-apa usul untuk meminda RUU ini, tetapi saya rasa ahli-ahli Jawatankuasa Protem juga duduk dalam Dewan Rakyat ini.
Jadi, saya percaya pandangan beliau akanlah dipandang secara serius oleh Jawatankuasa Protem kerana akhirnya ini adalah kuasa oleh ahli-ahli dalam Lembaga MMM ini untuk melantik enam anggota lembaga tambahan. Ini bukan kuasa kementerian, ini bukan kuasa kerajaan, tetapi ini adalah kuasa lembaga untuk melantik enam anggota tambahan.
Jadi, ini jawapan untuk Arau.
Isu kedua yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, saya faham concern yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Tetapi seperti yang saya sebut tadi, kami telah sebenarnya menyatakan dalam huraian ke-11 untuk fasal 8 yang menyatakan bahawa “Anggota yang dilantik mewakili kerajaan ini hendaklah dalam kalangan orang yang terlibat dalam industri media”. Jadi, kami percaya bahawa kakitangan daripada BERNAMA dan juga RTM ini, mereka juga boleh bawa suara industri ke Lembaga MMM. Kami percaya bahawa kakitangan kerajaan akan bersifat secara profesional dan akan mewakili bukan sahaja kerajaan, tetapi juga buat yang terbaik untuk industri media.
Pertanyaan daripada Kota Melaka, sebenarnya isu ini juga selalu dipanggil semasa tempoh masa hampir dua tahun ini kerana ada juga pandangan bahawa sekiranya sebuah MMM memang menjadi berdikari, hendak buktikan bahawa tidak ada sebarang influences daripada kerajaan. Jadi, their funding ataupun dana mereka jugalah sepatutnya is completely free from the government, tidak perlu bergantung kepada dana kerajaan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Akan tetapi, kita percaya bahawa untuk permulaan penubuhan MMM ini, kalau tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan, memang sangat-sangat sukar. Memang sangat- sangat sukar. Untuk permulaan, saya percaya mereka memerlukan dana mungkin antara RM3 juta sampai RM5 juta setahun untuk setup MMM mereka.
Jadi oleh sebab itu, kerajaan setuju untuk mempertimbangkan permintaan ini.
Sekiranya satu hari MMM rasa mereka boleh berdikari, mereka tidak perlu apa-apa dana daripada kerajaan, jadi kerajaan juga bolehlah henti funding untuk MMM ini. Jadi, ini juga merupakan salah satu perkara yang selalu dibincang. Tetapi, kami akan tengok apa yang berlaku selepas MMM ditubuhkan dalam tempoh masa dua tahun, tiga tahun, lima tahun.
Saya percaya bahawa RUU ini masih lagi boleh dipinda ikut kesesuaian pada masa itu.
Sekian jawapan saya, terima kasih Dato’ Pengerusi Majlis.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
[****Fasal-fasal 1 hingga 23** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [****Majlis Mesyuarat bersidang semula]** [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Salam sejahtera, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian.
Tujuan rang undang-undang ini dibentangkan adalah untuk meminda Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 [Akta 389]. Rang Undang-undang Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman (Pindaan) 2025 ini telah disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. Rang undang-undang ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 24 Januari 2025. Rang undang-undang ini mengandungi sembilan fasal seperti yang berikut.
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Fasal 1 adalah mengandungi tajuk ringkas akta ini.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 389 untuk menghentikan takrif Menteri dengan takrif baharu untuk menggambarkan bahawa Menteri yang disebut dalam Akta 389 itu ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 389 yang berhubung dengan komposisi Lembaga Pemegang Amanah. Dengan ini, pengerusi lembaga hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri manakala anggota lembaga yang merupakan seorang wakil Kementerian Pendidikan Tinggi diganti dengan seorang wakil kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi kumpulan wang dan enam lagi orang anggota lembaga ini akan dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan pengerusi lembaga.
Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pengerusi dan enam anggota lembaga lain yang dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan pengerusi hendaklah dalam kalangan orang yang mempunyai kedudukan, pencapaian, pengalaman dalam bidang khairat atau pembangunan modal insan atau dalam kalangan profesional yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dalam perkara pendidikan, kewangan atau komersial.
Fasal ini juga bertujuan untuk melanjutkan tempoh jawatan pengerusi dan enam anggota lembaga lain daripada tiga tahun kepada empat tahun. Selanjutnya, fasal ini turut memperuntukkan bahawa semasa ketiadaan pengerusi, seorang anggota lembaga yang dipilih oleh anggota lembaga yang hadir dalam mana-mana mesyuarat hendaklah menjadi pengerusi yang mempunyai segala kuasa pengerusi.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 7A ke dalam Akta 389 ini bagi mengadakan peruntukan bagi objektif yang bagaimana wang kumpulan wang boleh digunakan untuk tujuan yang berikut iaitu meningkatkan nama baik dan memelihara warisan dan aspirasi Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman. Kedua adalah untuk mengesahkan individu daripada latar belakang berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran. Ketiga adalah untuk mengukuhkan modal insan Malaysia untuk menyumbang kepada penggunaan negara dan keempat untuk memupuk perpaduan dan meningkatkan penghayatan prinsip- prinsip Rukun Negara.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 8 Akta 389 ini bagi memperluaskan penggunaan baki kumpulan wang selepas membayar perbelanjaan yang disebut dalam seksyen 81 Akta 389 ini termasuk mengadakan apa-apa bentuk bantuan atau kelengkapan lain bagi apa-apa program atau skim sebagaimana yang ditentukan oleh lembaga dari semasa ke semasa dengan syarat, bantuan atau kelengkapan bagi semua program dan skim itu hendaklah mencapai objektif kumpulan wang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 7A.
Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa perenggan 8(2)(c) yang dicadangkan hendaklah terpakai kepada mana-mana warganegara Malaysia yang menurut hal keadaannya adalah sebab lain perlu pada pendapat lembaga diberi atau dibantu dengan
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
apa-apa bentuk bantuan atau kelengkapan lain bagi apa-apa program atau skim di bawah akta ini.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 9 akta ini untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap penerima apa-apa bentuk bantuan atau kelengkapan lain bagi apa-apa program atau skim yang diberikan atau dikurniakan di bawah akta ini semasa tempoh dia menerima bantuan atau kelengkapan bagi program atau skim itu hendaklah terus menjadi peserta dalam program atau skim yang diluluskan oleh lembaga dan hendaklah mematuhi tema dan syarat yang dikenakan oleh lembaga.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 389 ini untuk memperuntukkan bahawa lembaga boleh memberhentikan untuk memberi atau menyara atau membantu mana-mana penerima kurnia di bawah seksyen 2 Akta 389 ini jika lembaga mendapati bahawa pengurusan pernyataan, penerimaan dalam mana-mana program atau skim adalah tidak berfaedah atau tidak munasabah oleh sebab kemajuan, pengajian, penerimaan yang tidak memuaskan dan salah laku penerima.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Akta 389 ini bagi meningkatkan had pelaburan daripada maksimum 10 peratus aset kumpulan wang ini kepada maksimum 20 peratus aset kumpulan wang ini.
Fasal 9 memperkatakan tentang peruntukan kecualian dan pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian merupakan pindaan kecil atau berbangkit.
Pindaan-pindaan yang dicadangkan akan memberi manfaat kepada rakyat di mana Yayasan Tunku Abdul Rahman akan dapat memperluaskan objektifnya dan mempertingkatkan bantuan kepada rakyat terutamanya golongan belia serta menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.
Kesimpulannya, pindaan Akta 389 ini akan membolehkan YTAR atau Yayasan Tunku Abdul Rahman menambah baik perjalanan tadbir urus dan keupayaannya untuk memperkasakan golongan belia berpendapatan rendah dalam mencapai pendidikan tinggi, membangunkan kepimpinan dan jati diri demi masa depan sendiri dan menyumbang kepada negara sejurus kemudian memelihara warisan Tunku Abdul Rahman dalam memartabatkan perpaduan masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bismilllahi Rahmani Rahim. Terima kasih YB Menteri, ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya ada senarai pembahas. Senarai tak panjang, pendek sahaja, tiga pembahas.
Pertamanya, Yang Berhormat Bukit Bendera. Kemudian, Yang Berhormat Kapar dan yang terakhir, Yang Berhormat Kuala Kedah. Setiap pembahas saya berikan lima minit. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Bukit Bendera untuk berbahas. Salam MADANI dan salam mutiara kepada Ahli-ahli Parlimen yang dihormati dan juga rakyat Malaysia yang dikasihi. Yayasan Tunku Abdul Rahman ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memastikan pendidikan menjadi pemangkin keadilan sosial bagi rakyat.
Almarhum Tunku Abdul Rahman telah membayangkan sebuah negara di mana kekangan kewangan tidak akan menjadi penghalang kepada pendidikan. Di mana anak-anak Malaysia tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang ekonomi boleh mencapai kejayaan melalui ilmu. Hari ini kita membahas pindaan penting. Pindaan yang bukan sekadar perubahan prosedur tetapi mampu memperkukuhkan tadbir urus dan komitmen terhadap perpaduan nasional.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu pindaan yang paling penting ialah penstrukturan semula Lembaga Pemegang Amanah iaitu Perkara 3B. Pindaan ini memastikan bahawa lembaga tidak hanya diisi dengan pelantikan politik tetapi terdiri daripada profesional yang benar-benar berkelayakan untuk mengurus dengan baik. Sekali gus, peningkatan ketelusan dan juga kredibiliti dalam pentadbiran.
Jika kita benar-benar ingin membina sebuah sistem pendidikan yang mengangkat rakyat, bukankah kita perlu memastikan ia ditadbir oleh mereka yang paling berkemampuan?
Sebelum ini, dana ini hanya menyediakan biasiswa dan pinjaman pelajaran. Kini, skopnya diperluaskan bagi menyokong pelbagai keperluan pendidikan.
Merujuk kepada pindaan Perkara 5(b)(3) yang bermaksud, pelajar yang layak kini boleh menerima bantuan bukan sahaja untuk yuran pengajian tetapi juga untuk alat pendidikan seperti komputer riba, pengangkutan atau program pembangunan kemahiran.
Ramai pelajar kurang berkemampuan. Bukan sahaja menghadapi masalah membayar yuran tetapi juga akses internet, buku dan keperluan asas. Dengan meluaskan bentuk bantuan ini, kita memastikan tiada pelajar yang tercicir akibat kekangan kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masyarakat berbilang kaum, matlamat kita mestilah untuk hidup dalam keharmonian serta memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara kita. Pendidikan adalah asas kepada perpaduan negara. Ini secara aktif menyokong matlamat tersebut. Seksyen baharu 7A, Perkara 4(d) tambahan yang sangat penting iaitu menyokong perkara ini dengan jelas.
Masa depan Malaysia bergantung kepada generasi yang memahami nilai perpaduan.
Jadi, bolehkah kita benar-benar mengaku sebagai sebuah negara bersatu jika sistem
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
pendidikan kita tidak mencermini nilai-nilai bersama ini? Bukankah sistem pendidikan kita sepatutnya membentuk individu yang bukan hanya berilmu tetapi juga berbakti kepada masyarakat?
Yayasan ini bukan sahaja perlu menyokong kecemerlangan akademik tetapi juga menanamkan nilai-nilai yang dapat menyatukan negara kita. Sebuah yayasan tidak mampu bertahan jika tidak dapat fungsi untuk generasi yang datang. Jadi, subseksyen 13(2) akta utama dipinda dengan menggantikan perkataan “10 peratus” dengan “20 peratus”. Pindaan ini meningkatkan had pelaburan bagi memastikan pertumbuhan kewangan jangka panjang.
Jadi, langkah ini penting untuk mengukuhkan kedudukan kewangan supaya lebih ramai pelajar-pelajar mendapat manfaat untuk masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan ini bukan sekadar perubahan undang- undang. Ia adalah komitmen moral kita. Komitmen kepada sistem tadbir urus yang telus, tanggungjawab dan juga berasaskan merit. Kita bukan sekadar menggubal undang-undang tetapi kita sedang menentukan hala tuju generasi yang akan datang. Jadi, jika kita benar- benar percaya kepada keadilan dan kemajuan, maka kita tiada pilihan selain memastikan setiap anak Malaysia mendapat hak pendidikan yang sewajarnya.
Jadi, saya akhiri dengan satu ungkapan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman iaitu “kemerdekaan hanya boleh bermakna apabila kita dapat membebaskan rakyat daripada kebodohan dan kemiskinan”. Jadi, dengan ini Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.
Seterusnya, saya jemput pembahas yang kedua, Yang Berhormat Kapar. Lima minit, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk Kapar untuk membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 atau Akta 389. Akta ini mengandungi peruntukan mengenai penubuhan dan pengurusan dana Yayasan Tunku Abdul Rahman. Sebagai sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk menghormati warisan Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia dan bertujuan untuk memperkasa dan membangunkan belia dari latar belakang yang kurang diwakili supaya menjadi pemimpin, saya mahu tahu apakah status terkini yayasan ini? Apakah pencapaiannya? Siapa lembaga pengarahnya dan bagaimana dana yang diperolehi dari pelbagai sumber digunakan dengan telus dan optimum? Perlu dipaparkan pada public, Yang Berhormat Menteri.
Biasiswa Tunku Abdul Rahman ialah biasiswa ijazah pertama yang dibuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan layak serta mempunyai cita-cita yang kukuh untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Biasiswa ini dikatakan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik dan kecemerlangan berasaskan nilai dan pengalaman dan dikenali. Penerima biasiswa ini dikenali Sarjana Tunku, menjalani program kepimpinan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
selama dua tahun untuk memulakan perubahan sebagai pemimpin muda dalam komuniti dan negara mereka.
Soalannya, berapa orang kah pelajar yang telah mendapat manfaat dari biasiswa ini setakat ini dan bagaimanakah kerajaan menguar-uarkan wujudnya biasiswa khas ini?
Adakah pejabat Ahli Parlimen kami semua 222 ini menerima pemberitahuan dan berapa orang kah benefisiari pemegang biasiswa setahun? Apakah strategi yang ada untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan komuniti dalam program yang ditawarkan oleh Yayasan Tungku Abdul Rahman? Untuk mencapai tujuan tersebut, adakah kerajaan pernah mendapat cadangan atau menerima cadangan dan syor calon-calon biasiswa daripada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara?
Mengenai fasal 4 dan fasal 5, liputan penuh yuran pengajian, elaun bulanan dan tahunan untuk mengurangkan halangan dan memastikan pelajar cemerlang untuk berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan pembangunan holistik melibatkan program kepimpinan yang saya sebutkan ini dua tahun dikatakan sebagai duta nilai yayasan dan berkhidmat untuk Malaysia. Juga untuk keboleh pasaran (marketability) penerima biasiswa ini.
Soalan Kapar, berapa peratus kah pelajar yang telah menjadi pemimpin dalam masyarakat sejak kewujudan program kepimpinan ini dan di peringkat hierarki mana?
Mengenai sokongan kewangan, tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA di Malaysia, elaun sara hidup bulanan, elaun tahunan untuk pembangunan profesional dan projek komuniti, elaun sekali untuk perbelanjaan seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian formal atau penerbangan antara Malaysia Timur dan Barat.
Soalan saya, bilakah kali terakhir segala sokongan kewangan ini atau bantuan kewangan ini disemak dengan mengambil kira kos segala keperluan meningkat? Sekarang ini kos SST naik, semua benda naiklah. Jadi, saya nak tahu, nilai elaun-elaun dan bantuan kewangan yang tersenarai diliputi oleh dana ini. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pembiayaan dan sumber yang mencukupi untuk Yayasan Tunku Abdul Rahman meneruskan misinya?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Apakah rancangan masa depan untuk memperluas jangkauan dan impak Yayasan Tunku Abdul Rahman untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan outskirt, orang asal, Orang Asli dan sebagainya?
Akhirnya, pendapat saya, Yang Berhormat Menteri, yang fasal 3 itu. Menteri yang diberi kuasa melantik enam orang anggota Lembaga Pemegang Amanah bagi Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman ini mestilah berhati-hati memilih mereka yang benar- benar layak dan passionate, dengan izin, atau minat mendalam dan selari dengan hendak capai misi dan visi Yayasan ini. Saya rasa tiada keperluan kut untuk tambah daripada tiga tahun tempoh pelantikan hingga ke empat tahun. Mungkin ianya tidaklah wajib sangat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, yang paling penting tadi, karakter, profesionalisme dan komitmen ahli Lembaga Pemegang Amanah ini mestilah yang terbaik supaya segala yang diletak sebagai objektif penubuhan Yayasan ini dicapai, insya-Allah. Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Seterusnya, saya jemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Kuala Kedah. Lima minit, Yang Berhormat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut sama membahaskan Rang Undang- undang Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 (Pindaan 2025).
Saya meyakini bahawa akta Parlimen yang digubal ini adalah manifestasi hasrat Bapa Kemerdekaan, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kedah suatu ketika dahulu, untuk menampung bantuan dana pendidikan kepada anak-anak yang kurang berkemampuan bagi menyambung pengajian mereka ke peringkat tertinggi. Hari ini, YTAR melangkah ke hadapan dengan menawarkan biasiswa program mentoring pembangunan diri yang berdedikasi dan bersifat inklusif.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan merujuk kepada fasal-fasal yang ingin dipinda.
Pertamanya, fasal 2 yang menyatakan tentang maksud ‘Menteri’, pindaan kepada seksyen 2 Akta 389. Seperti yang diketahui bahawa sebelum ini, pindaan ini disyorkan kepengelolaan Yayasan ini adalah Yang Berhormat Menteri Pendidikan atau Menteri Pendidikan Tinggi. Walau bagaimanapun, situasi ini berubah setelah penjagaan YTAR ini dipindahkan ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) daripada bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah justifikasi pemindahan kepengelolaan YTAR ke bawah Kementerian Perpaduan Negara? Apakah bentuk impak yang dirasai selepas berlakunya perubahan struktur kepengelolaan YTAR dan sejauh manakah libat urus dilaksanakan dengan pemegang taruh berkaitan YTAR sebelum pindaan ini disyorkan?
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada syor dalam fasal 3 yang menyebut mengenai pindaan seksyen 5 dalam perenggan (b), penggantian wakil Kementerian Pendidikan Tinggi dengan wakil kementerian yang dipertanggungjawabkan. Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah dikekalkan di samping kehadiran wakil kementerian yang bertanggungjawab dalam sesuatu mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah. Begitu juga kehadiran wakil Kementerian Kewangan bagi memastikan prinsip good governance, dengan izin, itu berlaku.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya maksud “kalangan individu profesional berlatar belakang jurusan pendidikan” turut sama merangkul maksud ‘individu profesional dalam selok belok hal pengajian tinggi’ setidak-tidaknya dimasukkan ke dalam mana-mana seksyen berkaitan maksud ‘individu profesional’ berkenaan.
Saya membangkitkan perkara ini setelah mengambil kira prospek hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035 yang bakal dilaksanakan selepas ini nanti. Tentunya rentak pengajian, penawaran jurusan serta pendekatan dan hasil kemenjadian siswazah juga berbeza apabila pelaksanaan pelan ini berjalan.
Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah mekanisme dan kriteria pemilihan enam ahli Lembaga Pengarah oleh Menteri yang berpusat kepada apa yang ditakrifkan sebagai profesional dalam bidang masing-masing? Sejauh manakah peranan pihak KPT dilibatkan dalam merealisasikan misi YTAR bagi melahirkan pelajar seperti yang dicitakan oleh Yayasan sendiri? Apakah rasional tempoh perkhidmatan Pengerusi dan enam anggota Lembaga yang lain dipanjangkan dari tiga tahun ke empat tahun?
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi hal yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan fasal 6 berkait dengan pindaan seksyen 9 Akta 389. Pindaan ini mengehendaki supaya peserta yang dipilih mestilah terus menjadi peserta dalam tempoh yang ditetapkan dan hendaklah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan. Terkait dengan fasal ini, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah mekanisme penentuan kelayakan seorang peserta itu memenuhi syarat kelayakan, seterusnya ditawarkan tawaran bantuan kewangan dari YTAR?
Saya berpendapat bahawa kelulusan straight A akademik belum lagi memadai kerana kecemerlangan seseorang pelajar itu haruslah dinilai dari segenap sudut. Apa yang saya ingin katakan ialah seseorang pelajar yang memperoleh pangkat A dengan suasana kondusif, talian internet yang bagus serta akses pendidikan yang hebat tidak sama dengan situasi pelajar di luar bandar yang serba kekurangan. Sebagai contoh, anak-anak pelajar di pedalaman, luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak.
Jadi, apakah indikator yang menjadi rujukan ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk meletakkan sesuatu syarat penerimaan seseorang peserta di dalam permohonan skim bantuan kewangan YTAR? Dan apakah pihak Lembaga sememangnya membataskan jurusan-jurusan tertentu sebagai pilihan utama atau bersifat terbuka dalam semua bidang pengajian, termasuklah TVET atau institusi yang berteraskan tahfiz?
Akhir sekali, saya mengharapkan agar dengan pindaan yang disyorkan ini dapat memanfaatkan semua pihak terutamanya kepada anak-anak pelajar yang ingin mendapatkan biasiswa YTAR atau apa-apa sahaja program di bawah Yayasan ini. Demikian perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Baiklah, saya kini menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Selama tujuh minit, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada pembahas tiga orang ― Bukit Bendera, Kapar dan Kuala Kedah.
Yang Berhormat Bukit Bendera rightly menyebutkan tentang sejarah Tunku Abdul Rahman. Terima kasih. Saya bersetuju dengan apa yang telah dihuraikan. Beliau juga menyentuh pada perkara Akta 13 di mana pelaburan di bawah YTAR ini ditingkatkan daripada 10 peratus kepada 20 peratus. Juga disebut oleh YB Kuala Kedah.
Dan ini adalah hasil daripada perbincangan di antara lembaga-lembaga di bawah Yayasan ini dirasakan bahawa selama ini mereka telah pun melabur dalam keadaan yang amat cermat dan sekarang ini perlu mengambil lebih banyak lagi pelaburan kepada 20 peratus aset kumpulan supaya mendapat pulangan yang lebih banyak.
Sebab, selama ini, dengan had yang dulu, Yayasan ini cuma dapat pelaburan baharu ataupun daripada hasil interest dalam RM3 ke RM4 juta. Kalau ditambahkan kepada 20 percent, ia akan lebih naik. Sebab, untuk makluman Yang Berhormat semua, Yayasan ini tidak ada geran daripada kerajaan.
Yang Berhormat Kapar banyak merumus kesemua apa yang kita ada di Yayasan Tunku Abdul Rahman. Saya fikir ini ialah hasil daripada...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri cakap Kapar ke Kampar?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kapar. Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kampar ke Kapar?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kapar. Tak ada ‘M’.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, tak apa. Sorry kalau salah sebut. Terima kasih. Saya nampak, of course, semua perbahasan itu dalam menyokong pindaan ini. Tapi, banyak yang ingin diberi keterangan ataupun daripada angka-angka ― berapakah jumlah pelajar yang telah mendapat bantuan daripada biasiswa. Bagi saya check dulu ya. Saya ingat ― sebab kalau dulu, kita mempunyai biasiswa sahaja. Lepas itu, lepas 2019, di-expand untuk memberi bantuan kepada pelbagai program lain seperti Closing The Gap.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Paling banyak adalah Closing The Gap. Ini kita membantu anak-anak sekolah di Tingkatan 5 dan 6 sebelum mereka masuk ke universiti dan kita memilih mereka untuk macam pre. Pre, pengenalan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam berapa tahun lalu kita mempunyai lebih kurang 500 lebih Closing The Gap.
Kalau fully biasiswa dari tahun 2019 kepada tahun ini, tahun yang lepas, kita mempunyai lebih kurang 160 biasiswa, pelajar sekolah Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Satu lagi adalah FutureReady. FutureReady ini adalah kita juga membawa pelajar-pelajar untuk belajar dengan pelbagai industri supaya mereka dapat masuk kepada market, job market ya dan dari 2001 kepada tahun ini, kita telah rekrut lebih kurang 180 belia di masuk ke dalam program FutureReady.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Selanjutnya, YB Kapar juga ingin tahu berkenaan dengan elaun yang diberi. Banyak elaun yang diberi seperti elaun sara hidup, elaun tahunan, elaun tesis, elaun komputer, elaun pakaian dan juga yuran universiti. Satu soalan, berapakah jumlah student yang keluar daripada ini menjadi pemimpin ini? Saya tak boleh jawablah.
[Ketawa] Tidak ada angka. Maaf atas itu and then, okay.
Satu lagi saya kena jawab berkenaan dengan fasal yang disebut oleh Kuala Kedah tadi ialah berkenaan dengan fasal yang Menteri itu. Sekarang ini kalau kita melihat yang satu keutamaan ini telah pun berpindah-pindah. Kalau dulu mula-mula di bawah Kementerian Pendidikan selepas itu pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi dan sekarang di Kementerian Perpaduan.
Jadi, di bawah itu, sesiapa yang menjadi Menteri di setiap kementerian itu atau Menteri menjadi pengerusi dan kita fikirlah apabila kita selalu bermesyuarat, kita fikir supaya perkataan itu ditukar. Pelantikan pengerusi itu not necessary, tidak di automatik sebagai Menteri yang di dalam kementerian itu. Sebab itu, pindaan itu perlu supaya pengerusi itu akan dilantik oleh Agong, no doubt tapi bukan Menteri lagi. Orang yang luar, daripada di luarlah, yang ada pakar, ada pengalaman dan of course lebih itu adalah propose daripada, nasihat daripada Menteri untuk melantik ahli-ahli lembaga.
Tadi telah pun disebut pengalaman ataupun ahli-ahli lembaga yang dilantik itu, saya melihat sebab saya pun selama ini selalu mengikuti mesyuarat-mesyuarat lembaga itu, kita memang menjurus kepada yang amat berpengalaman, yang macam lawyers, bankers, top lawyers actually. Kalau kita melihat Shad Faruqi dengan kita and then dulu memang businessman, yang tokoh-tokoh. Mereka menjadi ahli lembaga dan sebab itu dalam pindaan fasal ini kita very clear. Mereka yang akan dibawa jadi lembaga ini adalah yang berpengalaman, yang macam-macam kriteria.
Kriteria itu very straight ya. Kita berharaplah ia dapat dilaksanakan seperti yang dalam kriteria-kriteria kita. Tapi setakat ini, saya melihat memang yang enam orang ahli lembaga itu memang dengan pengalaman yang cukuplah. Apa lagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Menteri perlu berapa lama lagi? Perlu berapa lama lagi?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
I think I don’t have anymore-lah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak ada ya?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, sudah. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang udang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 9 – Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada siapa? Ya, YB Kapar?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Pengerusi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dua minit ya. YB Kapar, dua minit.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ya. Tadi Menteri tak jawab. Saya tanya tadi, ada tak dapat nama daripada KRK? Makna grassroot Kementerian Perpaduan itu sendiri yang pelbagai kaum, pelbagai bangsa seluruh negara.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ada tak?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Memang tujuan scholarship ini adalah untuk kumpulan-kumpulan B40 dan untuk specifically, dikatakan untuk memilih kepada KRT itu, saya tak boleh jawab. Mungkin ada, mungkin tak ada setakat ini. Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada lagi? Tiada ya.
[****Fasal 1 hingga 9** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Untuk tujuan rekod ya, untuk tujuan rekod supaya rakyat Malaysia nampak. Pihak kerajaan yang ada 16 orang. Kami ada 17.
Kami diam saja.
[Ketawa] Walaupun tempik macam mana pun, kami 17.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau kami panggil 13(1), Parlimen ini ada masalah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya. Tak apa YB Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ucap terima kasihlah kami sebab...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Cukup, cukup korum YB Arau. Tak apa.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ucap terima kasih sebab kami tak panggil korum...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tidak Yang Berhormat Yang di- Pertua, akan kita panggil kuorum.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apa kuorum cukup, kuorum cukup.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di sana, enam bawah...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Arau baik hati, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hang nak panggil siapa pun tak sempat dah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apa. Terima kasih YB Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih rakyat Malaysia.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kita dah nak habis dah ini. Mana tadi saya?
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tengok jam 6.09. Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 27 Februari 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.09 petang]