Feb252025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 10:00 AM
AKTA-AKTA YANG TELAH DIPERKENANKAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia. Ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta-akta seperti berikut:

  1. Akta Tatacara Mal Mahkamah (Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025; 2. Akta Perkongsian Data 2025; 3. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025; 4. Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025; 5. Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2025; dan 6. Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 2025.

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kita mulakan dengan Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Perdana Menteri menyatakan, komitmen kerajaan atas cadangan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang akan memastikan tiada sesiapa pemilik tanpa kira kaum, diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan seperti yang dinyatakan dengan jelas pada Perkara 13 dalam Perlembagaan Persekutuan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Gopeng. Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar ini terangka lebih dari sepuluh tahun yang lalu. Pertama, tidak timbul sama sekali bahawa pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan. Malah status tanah yang asal kekal sama ada rizab Melayu atau status kekal tidak akan berubah.

Keduanya, kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan. Dalam mana-mana negara yang pesat membangun dan muncul bandar-bandar yang kian berkembang tentunya kita hadapi bangunan yang tidak selamat, bangunan kawasan sesak dan miskin di mana harus dibangunkan dan projek terbengkalai. Sebab itulah sejak 2012, garis panduan dikemukakan. Pada 2013, diusulkan dan seterusnya tahun 2015 proses penggubalan dimulakan.

Jadi soal gopoh itu saya tidak faham mengapa dibangkitkan sekarang. Saya nak jelaskan, untuk makluman semua sebelah sini dan sebelah sana. Tahun 2020 Yang Berhormat, Mantan Menteri Wilayah Tan Sri Anwar Musa menerajui program pembaharuan ini terutama rumah pangsa yang berumur atau berusia lebih 40 tahun.

Tahun 2021, Menteri Perumahan, Datuk Hajah Zuraida memulakan penggubalan RUU PSB. Pada 22 Mac 2022, Menteri KPKT, Dato' Seri Reezal Merican meneruskan dan menegaskan prinsip yang sama. YB Arau, pada September 2022 malah menetapkan DBKL telah mengenal pasti 30 buah kawasan untuk pembaharuan semula.

Sejak 2012, 74 kali sesi libat urus diadakan dan kita mengambil kira masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita ambil- umpama contoh, saya pergi ke Flat Sri Perlis, Bandar Tun Razak di antara yang paling lama, satu kamar- yang paling daif. Bagi

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

tahap kerajaan yang melihat semua- projek-projek baharu dan mercu tanda dan perumahan baik, kita tak boleh biarkan begitu sahaja. Maka perundingan harus dimulakan, tapi ada kes seperti mana yang kita tahu, ada kes di salah satu projek di Rumah Pangsa Kudalari kah apa? Razak- rumah pangsa di Jalan Tun Razak ya.

Situ semua setuju, sorang tak setuju. Sampai sekarang lapuk, lembap, daif di tengah-tengah kota besar. Apakah kita boleh korbankan seluruh projek yang dipersetujui oleh 99 persen hanya semata-mata dengan kerana seorang? Sebab itu ada ambang persetujuan yang dicadangkan.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Kalau bangunan itu kurang 30 tahun, 80 peratus kena setuju. Bukan dipaksa, lepas itu, baharu dimulakan rundingan. Kalau 75 peratus yang melebihi 30 tahun- 75 peratus bagi bangunan melebihi 30 tahun dan 51 peratus, simple majority bagi rumah yang terbiar atau terbengkalai. Jadi, jawatankuasa eksekutif- tidak juga timbul mengambil alih peranan kerajaan negeri kerana tanah kerajaan negeri kekal dalam hal yang tersebut.

Saya tidak mahu menyentuh kerana rang undang-undang itu belum pun dibentangkan, tapi prinsip ini saya jamin termasuk selaras dengan kehendak Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Dalam menggubal ini, kita tidak mengetepikan prinsip ini dan juga prinsip-prinsip perundangan yang sedia ada. Kita ambil contoh Residensi Kerinchi yang dekat. Berapa kos rumah yang dianggap miskin? Itu semasa pengambilalihan dan pembangunan semula. Itu kosnya RM70,000, 418 kaki persegi.

Kemudian, dinaikkan kepada 882 kaki persegi. Makna, syaratnya tidak boleh murah daripada dulu, tidak boleh kecil daripada dulu. Itu prinsip-prinsip yang dalam- diterima pakai yang dibuat...

[Tepuk] Akhirnya, dari RM70,000, kos naik sampai RM300,000, RM350,000, RM400,000. Ini bagi saya, Tan Sri dan kerajaan- ini cara kita nak bantu kerana saya tak sanggup lihat kawasan-kawasan yang begitu daif. Tak timbul ini soal rizab Melayu, tanah Melayu. Tak timbul. Ini semua, suara-suara yang sebenarnya lari daripada - kalau betul nak tolong Melayu, ini cara dia...

[Tepuk] Maknanya, orang-orang yang miskin, yang kita gunakan seluruh tenaga, jana untuk membangunkan mereka. Macam siapa sebut tadi? Razak Mansion. Harga rumah terus meningkat, kawasan meningkat - 800 kaki persegi daripada asalnya 400. Yang saya sebut tadi yang Jalan Tun Razak itu, Desa Kudalari. Lari sampai sekarang tak sampai-sampai, maknanya gagal kita. Dengan perundangan ini

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

umpamanya, masih kita santuni seorang yang tak setuju itu, masih, terpaksa. Proses meditasi itu mesti diteruskan, tapi projek tidak boleh ditangguhkan.

Kemudian, soal pemilikan, macam Rumah Pangsa Sri Pahang. Saya tidak mahu jelaskan secara terperinci di sini. Cuma nak menyebut untuk makluman kita, prinsip ini dipelihara. Saya nak tanya, apakah pilihan dia? Apakah kita boleh biar?

Yang saya tahu sangat Seri Perlis, Bandar Tun Razak. Kadang memang saya lihat itu, bila saya lihat itu saya beritahu Menteri mesti lakukan sesuatu segera. Tak boleh kita biar orang miskin, majoriti Melayu, India di situ, ada sedikit Cina, tetapi majoriti Melayu dalam keadaan begitu, tapi jamin hak dia kekal. Jamin, rumah itu akan lebih mahal, lebih baik. Kalau sekarang satu bilik sekurang-kurangnya dua bilik- tiga...?

draft • 10:10 AM

Seorang Ahli

Tiga bilik.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tiga bilik. KPKT kata tiga bilik, TPM 2 sokong, tapi memang tiga bilik, itu syarat dia. Maknanya, bila mereka lihat itu, saya rasa boleh kita laksanakan. Insya-Allah.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Gopeng.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penjelasan yang bagi saya sangat jelas, komprehensif dan sungguh meyakinkan di mana sekali gus menafikan kesemua- pertuduhan-pertuduhan liar yang berniat politik, yang berniat jahat kononnya memainkan persepsi dan emosi rakyat dalam menentang RUU ini.

Mereka sentiasa lupa bahawanya perkara ini sudah ambil proses yang panjang.

Mereka terlibat dalam perkara ini. Sama ada mereka itu tak peka waktu mereka jadi kerajaan, mereka malas ataupun mereka hanya mainkan isu ini...

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Gopeng.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

...Semata-mata untuk politik.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan. Soalan, Gopeng.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Maka, saya ada dua soalan tambahan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pertamanya, yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi tentang beberapa projek yang berjaya dilaksanakan. Adakah ketika Akta Pembaharuan Semula Bandar ini diperlukan sedangkan tanpa akta ini sekali gus beberapa projek telah pun berjaya dilaksanakan seperti projek di Residensi Kerinchi, Razak Mansion, Rumah Pangsa Sri Pahang dan sebagainya?

Penting juga, soalan kedua. Apakah peranan kerajaan negeri dalam pelaksanaan RUU URA ini? Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Ada projek dijalankan, tetapi mengambil masa 10 tahun. Dia kira proses. Ada yang mengambil kaedah menggunakan kuasa pengambilan tanah, ada yang dirujuk ke mahkamah. Dalam semua kes mahkamah Yang Berhormat Pendang, semuanya pampasan itu jauh lebih rendah daripada apa yang dikemukakan.

Jadi kalau tanya saya Tan Sri Yang di-Pertua, apakah kita pilih? Kita nak biar dan kemudian dirujuk ke mahkamah kerana pampasan mahkamah ikut nilai tapi kalau peranan tanggungjawab kerajaan ialah membangun semula. Kawasan lebih besar, harga lebih tinggi. Jadi, sebab itu harus diadakan undang-undang kerana pertama, saya kata sepertimana Desa Kudalari yang di Jalan Tun Razak, sampai sekarang terbengkalai. Tak mampu dibangunkan.

Kedua, percepatkan proses itu. Jadi, ini sebab mengapa saya rasa kebijaksanaan termasuk kerajaan-kerajaan terdahulu mencadangkan. Cuma, sepertimana kita tahu sebaik sahaja ada yang dianggap kontroversi, semua tangguh.

Kita mengambil keputusan walaupun ada kontroversi, ada tindakan dan fitnah dan mencemaskan, soal tanah Melayu dan sebagainya.

Saya nak sebut di sini, kerajaan ini kali pertama dalam sejarah sejak merdeka 1957 yang mengisytiharkan 50 ekar Bandar Seri Malaysia itu sebagai rizab Melayu.

Tak ada sebelum itu. Jadi, bagi saya tak usahlah gebang soal itu kerana on the record, belum ada kerajaan sebelum ini termasuk Perikatan Nasional yang berani mengisytiharkan mana-mana kawasan di Kuala Lumpur sebagai rizab Melayu...

[Tepuk]

draft • 10:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu nak tanya sedikit.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Terengganu.

draft • 10:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Setakat saya tengok Hansard-hansard Parlimen berhubung dengan soalan-soalan berkenaan dengan pembaharuan semula bandar yang dijawab oleh Menteri-menteri sebelum ini, tidak ada satu pun yang bercakap tentang penggubalan akta yang baharu yang ada berkaitan dengan pindaan-pindaan dan tidak ada satu pun berkenaan dengan penurunan had ambang persetujuan daripada 100 peratus termasuk dalam dokumen yang disebut tadi yang dikatakan ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Wilayah. Dalam tu masih perlukan 100 peratus had ambang persetujuan.

draft • 10:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jadi, Dato’ Seri, antara isu pokok yang jadi kebimbangan ialah sebelum ini 100 peratus pemilik STRATA tanah perlu diperolehi persetujuan. Dengan kaedah macam itu kita telah dapat melaksanakan Razak Mansion, Abdullah Hukum, Bangsar South. Dalam cadangan penggubalan, had ambang persetujuan diturunkan bukan sikit. Kepada 80 peratus, 75 peratus, 51 peratus. Ini bukan kecil. Baki 20 peratus, 25 peratus, 49 peratus, jika tak setuju, adakah maksudnya boleh diabaikan? Soalan saya, bersediakah kerajaan jika penggubalan yang memaksudkan semua hasrat murni yang disebut oleh Perdana Menteri tadi yang- kita setuju dengan hasrat murni itu, kita setuju, tapi kita tak setuju- boleh kah penggubalan itu, akta baharu ini tak memansuhkan penurunan had ambang sebegitu rupa?

Kemudian, bagaimanakah URA ini dapat memberi jaminan tidak berlaku perubahan polarisasi penduduk dalam kawasan pembangunan URA? Saya minta kalau boleh dikemukakan data berhubung dengan Kampung Kerinchi, Abdullah Hukum, Razak Mansion. Sebelum pelaksanaan dengan selepas pelaksanaan. Minta data pemilikan mengikut etnik sebab kita bercakap kemungkinan berlaku polarisasi kaum. Satu lagi, Dato’ Seri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang.

draft • 10:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bagaimanakah dengan nasib peneroka asal? Saya nak sebut tentang Kampung Setia Jaya yang baharu sahaja mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Rayuan yang mengiktiraf mereka sebagai peneroka asal bandar... [Menunjukkan sehelai kertas] Bagaimana kita nak melindungi kepentingan mereka ini? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

50 peratus terbengkalai. Yang 20 tahun dah terbengkalai, nak pertahan apa ni? Kalau nak bangunkan, kita kena bangunkan.

Mesti ada kuat kuasa undang-undang. Kalau tidak- kita nak jadi popular, tapi kita biar jahanamkan rakyat, terbengkalai tak ada rumah...

[Tepuk]

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Baik. Semua- bandar-bandar besar sebenarnya, semua tanpa kecuali di dunia, semua ada nilai ambang ya.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Soalnya, disoal mengenai sebelum ini tidak ada. Ada. Tadi, pagi-pagi tadi dalam taklimat disebut, saya tanya tadi. Betul, ada kenyataan-kenyataan media dan saya kurang pasti Hansard, tetapi kenyataan-

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kenyataan Menteri-menteri berkenaan. Saya tidak akan sebut kalau saya tidak pasti bila saya dapat penjelasan. Terima kasih Kuala Terengganu. Yang keduanya, tentang pemilikan etnik. Saya sebut tadi, siapa yang duduk di- katalah, saya bagi contoh tadi, di Perlis. Itu kalau sekarang ini 70 peratus Melayu, kekal kerana pemilik itu tidak langsung berhak- dalam undang-undang ini, tidak ada hak kita untuk pindahkan pemilik asal.

Jadi, soal pembangunan lain itu, itu soal lain. Tidak terkait dengan rang undang-undang ini. Jadi bagi saya, saya ingin bagi jaminan apa yang dibangkitkan oleh Kuala Terengganu, soal pemilik asal, tidak bangkit sama sekali. Nilai ambang ini perlu kerana saya beri contoh, ada projek Jalan Tun Razak, di mana seorang tak setuju, benda itu tertangguh. Ada prosesnya? Boleh bawa ke mahkamah. Berapa tahun? Lima tahun.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kemudian, nilai yang diberikan oleh mahkamah itu nilai semasa, tidak seperti mana yang kita bangkitkan. Dia akan dapat lebih kurang daripada sekarang. Jadi, kita ada pilihan. Kalau benar kita nak bela rakyat, guna ini supaya kita dapat tingkatkan rumah yang sekarang RM70,000, boleh jadi RM200,000. Kalau buat penilaian, dia kekal RM70,000. Jadi, kita ada pilihan dan ada rekod mahkamah, keputusan mahkamah. Soal peneroka asal, itu tidak terbawa dan tidak terkait dalam rang undang-undang ini. Itu kita akan bincang kemudian dan saya setuju, kita harus mempertahankan hak peneroka asal yang terutama di Kuala Lumpur.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Batu Pahat.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan tambahan kepada Perdana Menteri. Bagaimana RUU Pembaharuan Semula Bandar ini, yang digubal ini, akan dapat memastikan hak pemilik strata dan penyewa strata tidak terpinggir? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Seperti mana yang telah saya jelaskan, dia pertama, hak milik itu kekal. Dia, dua. Satu, status tanah. Kalau tanah itu strata status kekal ataupun rizab Melayu, tak boleh diubah.

Keduanya, pemilik asal itu dipertahankan. Tentunya penyewa itu harus dirundingkan kerana beda. Kita boleh runding dengan pemiliknya, bukan penyewanya, tetapi KPKT telah bagi jaminan. Mereka akan berunding dengan penyewa kerana selalunya projek-projek pembangunan ini akan lebih besar daripada projek asal, tetapi jaminan tentang pemilik asal tidak berubah sama sekali. Apa pun

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

sekali status tanah itu, sama ada private atau status tetap atau milik kerajaan ataupun rizab Melayu.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.

Boleh soalan, Tan Sri Speaker?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar. Silakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

2. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Muar. Tak pakai baju Melayu hari ini. Model pakaian tak ada hari ini.

Hari ini baju apa?...

[Ketawa] Terima kasih. Baik. Bergurau sahaja. Baik. Saya setuju dan TPM II di sini yang bertanggungjawab. Memang kita telah sejak tahun lalu memutuskan, bukan sahaja meneruskan program asal, tetapi mempercepatkan proses. Mempercepatkan proses itu bermakna, pengambilan tanah oleh kerajaan negeri dipercepatkan.

Semalam, saya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, kita singgung juga hal ini kerana projek umpamanya yang harus disegerakan di Kelantan, yang menghadapi masalah terbesar. Kemudian, tentunya Terengganu, Johor, Kedah dan lain-lain. Baik. Berapa projek yang kita tetapkan, yang diluluskan? 126 projek dengan kos RM22.57 bilion. 74 dalam pelaksanaan, 35 pra pelaksanaan. Baik.

Saya nak tumpu yang spesifik sikit ya. Ini TPM II menjelaskan, sehingga dekat peringkat pegawai KSN sendiri ditugaskan untuk menyelaraskan kerana saya anggap sebab Projek Tebatan Banjir ini projek keutamaan. Maka, umpamanya Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok. Jadi, pengambilan tanah sebelum ini lebih 24 bulan. Kerajaan negeri bagi jaminan, diselesaikan dalam tempoh enam bulan supaya kita boleh bergerak segera. Kemudian, kita mempercepatkan.

Dulu, kalau Rantau Panjang ada Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3. Sekarang, keputusan kita sekalikan tiga-tiga fasa itu, termasuk yang di bawah yang diselenggarakan oleh Majlis Keselamatan Negara kerana melibatkan rundingan kita,

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sungai Golok ke Rantau Panjang dan juga soal mengorek, membersihkan muara Sungai Golok yang melibatkan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Thailand, tetapi dengan menyegerakan, bermakna RM2 bilion- tambahan, tetapi dalam masa yang sama, bila kita menyegerakan, penjimatan kos ketiga-tiga fasa PLSB Sungai Golok itu kita jimat RM1.7 bilion.

Sebab itu saya katakan, soal tata kelola, ketelusan projek harus dijaga. Johor juga kita proses- mempercepatkan pengambilan tanah dan untuk TBBT negeri Johor, kosnya RM1.64 bilion, telah dimulakan. Yang Berhormat Muar iaitu Segamat dua projek, Batu Pahat dan Ledang. Maknanya, projek-projek ini diawalkan, yakni 12 bulan lebih awal daripada unjuran awal perancangan projek ini kerana dia mengambil masa. Apakah kelonggaran yang kita beri? Kita beri kepada kerajaan negeri, dia beri wang MARRIS. Menteri-menteri Besar minta supaya wang itu digunakan, termasuk untuk menyediakan Jambatan Bailey- Bailey Bridge. Kita setuju. Jadi, sejak 2024, kita beri kelonggaran itu kepada negeri.

Kemudian bila berlaku monsun, saya nak ucap terima kasih kerana NADMA, cekap dan berikan lebih dari RM200 juta kepada kerajaan negeri untuk membantu, termasuk ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Jadi untuk negeri-negeri, termasuk monsun timur laut, tambahan RM22.5 juta dalam bantuan makanan dan sokongan logistik disediakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Muar.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Saya perlu mulakan dengan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bantu isu tebatan banjir di Ledang dan Sungai Muar yang dalam proses dan kita mengucapkan terima kasih.

Mengikut Laporan IPCC yang terbaharu, Laporan Khas Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim, ia menunjukkan bahawa punca utama bencana alam adalah kerana isu perubahan iklim di peringkat global. Kita tahu bahawa Amerika Syarikat bawah Trump telah keluar daripada Perjanjian Paris. Sebagai Pengerusi ASEAN dan seorang pemimpin yang terkenal di negara Barat, Dato’ Seri pun pernah bersyarah di sana, dilantik di peringkat badan antarabangsa. Baru-baru ini melantik Prime Minister Thaksin dengan Mantan Menteri George Yeo, yang saya rasa adalah tindakan yang sangat baik dan wajar sekali.

Bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi ASEAN akan memastikan bahawa negara Barat, khususnya Amerika Syarikat akan

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

kembali semula untuk mengiktiraf isu perubahan iklim sebagai isu yang penting?

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tanpa mengira keputusan terakhir atau terkini Amerika Syarikat yang keluar daripada Perjanjian Paris, Malaysia kekal mengukuhkan hubungan kita dengan negara-negara lain kerana kita tidak menafikan tentang perubahan iklim yang memaksa kita membuat beberapa penyesuaian.

Sebab itu, umpamanya dasar kita, termasuk transisi tenaga dan peralihan tenaga yang kita gunakan di Semenanjung dan terutamanya di Sarawak...

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Itu kita akan teruskan cara yang lebih agresif dan lebih cepat. Jadi, sebagai Pengerusi ASEAN, saya lihat konsensus di ASEAN ini tidak berubah. Apakah kita mampu mempengaruhi dasar Amerika? Saya tidak fikir kita terlalu ambitious sampai ke situ. Cuma, kita jaga rakan-rakan dan jaringan yang sedia ada.

Mengenai pelantikan Thaksin, itu membantu kerana walaupun ada sedikit sebanyak kontroversi dibangkitkan, Dr. Thaksin telah bantu, pertama, untuk menyegerakan projek Sungai Golok-Rantau Panjang termasuk mengorek muara Sungai Golok. Dan ketiganya, malah beliau baru-baru ini ke Selatan Thai memohon maaf atas isu Tak Bai dan memberi jaminan akan bekerjasama dengan Malaysia untuk cuba menyelesaikan secara aman dan adil masalah yang dihadapi di sana.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tenom.

draft • 10:30 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan tambahan Tenom. Bagaimanakan kerajaan menyelaras sumbangan-sumbangan besar secara tunai oleh pihak berkaitan badan bukan kerajaan (NGO) dan juga GLC serta syarikat swasta yang mencecah sehingga kira-kira RM20 juta apabila berlaku sesuatu bencana seperti banjir? Ke manakah sumbangan ini dibelanjakan dan bagaimanakah ia diagihkan secara adil dan telus? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pengagihan daripada kerajaan, seperti mana yang saya sebut tadi, termasuk RM25 juta untuk Sabah dan Sarawak, itu khusus

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kepada nama-nama yang didaftarkan dalam PPS dan kerjasama dengan kerajaan- kerajaan negeri dan pejabat-pejabat daerah atau di Kelantan, pejabat jajahan.

Untuk GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN), kali ini mereka lebih aktif membantu sehingga mengumpulkan RM22.5 juta bantuan makanan dan barangan sokongan logistik. Itu pun diselaraskan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri atau ICU dan beberapa NGO yang diiktiraf yang boleh membantu mempercepatkan pengagihan makanan dan logistik kepada mangsa-mangsa banjir.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tumpat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pertama, saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana telah pun berusaha untuk menjalankan terus ketiga-tiga projek tebatan banjir satu, dua, tiga. Walau bagaimanapun, kerana projek ini telah pun ditangguhkan sejak 2022 dan kita difahamkan telah pun dilantik KSN dan semua agensi untuk mempercepat, di peringkat bawahan, kita belum melihat secara tuntas kesiapan projek ini khususnya untuk menghadapi banjir 2025 ini.

Jadi, saya ingin bertanya. Kerajaan memaklumkan tadi ada keuntungan RM1.7 bilion. Itu keuntungan daripada hasil penangguhan. Walau bagaimanapun, saya ingin tanya, berapakah kerugian yang dialami oleh kita, oleh kerajaan akibat daripada banjir 2024? Dan adakah rakyat Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang boleh di-compensate akibat daripada projek ini telah menyebabkan kerugian berganda daripada projek tebatan ini belum dibuat berbanding dengan bila ia ditangguhkan?

Yang kedua, kita dapati bahawa dalam kenyataan yang direkodkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memaklumkan bahawa peruntukan kepada MP pembangkang boleh diberikan tanpa syarat dan kita lihat YB Muar telah pun mengemukakan perbincangan dan sampai hari ini belum lagi terima sebarang peruntukan.

Jadi, soalan saya, khusus kepada pihak dan semua MP-MP yang terlibat dengan banjir, adakah kerajaan bersedia untuk memberikan peruntukan tanpa sebarang syarat bagi membantu menyelesaikan isu rakyat? Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Ini sejak bila jadi wakil Muar?

Tetapi tak apa. Terima kasih, Tumpat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Projek ini, kalau ikut unjuran, yang fasa ketiga itu 2027 akan bermula, tapi saya telah bincang TPM II, PETRA untuk mempercepatkan kerana kerugian- benar, Yang Berhormat Tumpat, kalau kita tangguh pun, kita bayar. Kalau keseluruhannya hampir RM1 bilion satu tahun untuk seluruh negara, walaupun perkiraannya itu mungkin berbeda, tetapi setakat yang kita kaji daripada peruntukan-peruntukan ke seluruh pihak, masih banyak, tetapi apa yang kita lakukan sekarang ini ialah mempercepatkan, tetapi mempercepatkan itu bermakna ambil tanah itu kena cepat.

Kalau Yang Berhormat teliti, proses itu kadang negeri itu mengambil masa dua tahun.

Paling cepat satu tahun. Jadi, semalam dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, saya kata tak boleh. Kalau siap enam bulan, enam bulan kita mula.

Jadi, walaupun proses pengambilan tanah itu kadang-kadang masih lagi tergantung, persiapan awal itu telah dimulakan oleh PETRA. Maknanya, kita rencanakan memulakan fasa satu sudah mula, dua sudah- eh, tiga sudah, tinggal dua- tahun ini juga. Jadi, perancangannya mengikut PETRA, Mei ataupun akhir Jun.

Itu masih tertakluk kepada kecepatan atau kepantasan proses pengambilan tanah.

Saya faham kadang-kadang mengambil tanah itu menyentuh juga kampung dan kawasan penduduk. Jadi, kena runding dengan baik, tapi kalau kita tangguh satu tahun, dua tahun, banjir itu akan memberi kesan kepada ratusan atau ribuan orang.

Jadi, soal yang ganti rugi setakat yang kita mampu beri, kita beri setakat- saya faham tanpa kecuali, tapi kalau Yang Berhormat kenal pasti ada mana-mana rumah yang terkesan tapi tidak diberikan, saya sedia boleh betulkan kerana arahan kita jelas, mesti berikan kepada semua rumah yang terjejas. Jadi, saya tidak mahu ada pelanggaran daripada arahan umum ini.

Saya sekali lagi menyatakan persetujuan saya untuk mempercepatkan.

Malah, kita runding dengan Kementerian Kewangan, KSP pun ada, supaya kalaupun perlu dipindahkan sedikit peruntukan tebatan banjir itu, bagi saya dan kerajaan adalah antara keutamaan utama selain daripada masalah kemiskinan tegar.

Pasal peruntukan Yang Berhormat Muar, itu nanti saya rujuk kepada TPM I yang bertanggungjawab. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, sejak Ogos 2024 apabila buah durian segar dari Malaysia mendapat kelulusan untuk dieksport ke China, berapa jumlah keseluruhan eksport dalam tan metrik:

(a) bagaimana sambutan durian Malaysia di pasaran China; dan

(b) cabaran utama yang dijangka akan dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Raub.

Laluan pasaran durian segar dari Malaysia ke China telah diperoleh pada 19 Jun 2024 apabila protokol keperluan phytosanitary pengeksportan buah durian segar dari Malaysia ke China ditandatangani oleh kedua-dua negara. Dengan kelulusan 95 buah ladang dan 48 fasiliti pembungkusan oleh Pentadbiran Am Kastam China

(GACC), Malaysia telah memulakan pengeksportan sulung durian segar ke China pada 24 Ogos 2024 dengan kuantiti sebanyak 40 tan metrik menerusi penghantaran udara.

Bagi tempoh 24 Ogos 2024 sehingga 31 Disember 2024, data Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan sebanyak 413.61 tan metrik durian segar dari Malaysia bernilai RM24.84 juta telah dieksport ke China.

Berdasarkan tinjauan oleh Pejabat Penasihat Pertanian (PPP) di Beijing, durian segar Malaysia telah menerima sambutan yang amat menggalakkan di pasaran China di mana populariti durian Malaysia dianggap sebagai premium.

Durian dari Malaysia kini boleh didapati di 16 buah wilayah di China, antaranya di Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Tianjin dan Chengdu. Pejabat Penasihat Pertanian di Beijing juga aktif melaksanakan aktiviti promosi kepada pengguna di China untuk mengenali ciri-ciri dan kelebihan pelbagai varieti durian dari Malaysia.

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing durian segar adalah, yang pertama, pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Pada masa ini, durian dari Malaysia mendapat permintaan tinggi daripada negara seperti China, Singapura dan Hong Kong. Saiz pasaran durian segar di China pada tahun 2023 adalah bernilai RM32 bilion. Namun, permintaan durian segar bagi pasaran eksport tidak dapat dipenuhi oleh pengeluaran semasa. Bekalan buah durian segar hanya terhad pada musim tuaian, kebiasaannya hanya dua kali setahun.

Yang kedua, tempoh kesegaran ataupun shelf life durian segar yang pendek.

Durian yang dituai perlu dieksport dengan segera dan dipasarkan dalam tempoh tiga ke-empat hari bagi mengekalkan kesegaran dan kualiti. Ini berbeza dengan durian segar dari Thailand dan Vietnam yang mempunyai tempoh kesegaran yang lebih lama, sehingga 25 hari kerana amalan penuaian sebelum tempoh matang.

Ketiga, kos logistik, pengeksportan durian segar ke China dalam tempoh segera memerlukan pengangkutan udara pada suhu yang rendah menyebabkan kos penghantaran yang lebih tinggi berbanding durian segar dari Thailand dan Vietnam yang dihantar melalui jalan darat. Walaupun terdapat beberapa cabaran terhadap pengeksportan durian segar, kementerian yakin durian segar dari Malaysia yang berada dalam segmen premium mampu bersaing dan terus berkembang di pasaran China. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Raub.

draft • 10:40 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Speaker. Sebelum saya tanya soalan tambahan, saya ingin umumkan kehadiran dari Kolej Komuniti Bentong.

Selamat datang. Sudah balik?

[Ketawa] Soalan tambahan saya, kami tahu kerajaan sentiasa menggalak pekebun menanam durian kerana berpotensi tinggi yang dapat keuntungan yang lumayan.

Soalan saya adalah apakah langkah kerajaan dalam membantu pekebun durian yang berpuluh-puluh tahun untuk mendapatkan geran-geran tanah atau pajakan bagi kebun mereka.

Adakah kerajaan menyediakan subsidi atau inisiatif untuk bersedia menyewa tanah kepada golongan muda yang ingin menceburi industri pertanian durian?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Raub. Kementerian sentiasa menyokong kepada mana-mana pengusaha yang ingin melaksanakan penanaman durian yang berskala besar.

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Walau bagaimanapun, kuasa untuk mengeluarkan geran tanah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Ini berdasarkan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Namun, bagi membantu pengusaha tanaman durian di negeri Pahang, DOA ataupun Jabatan Pertanian boleh membenarkan sebahagian dari kawasan dalam Taman Kekal Pengeluaran Makanan ataupun TKPM bagi penanaman durian bergantung kepada permohonan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sepanjang Rancangan Malaysia Ke- 12, kementerian melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan pelbagai insentif bagi tanaman durian di bawah projek pembangunan tanaman buah-buahan jangka panjang. Bagi tahun 2021 hingga 2024 seramai 4,762 orang telah menerima manfaat seperti pembangunan infrastruktur ladang, input pertanian serta peralatan ladang daripada program ini.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Bagi menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran bahan makanan termasuk durian, kementerian juga menawarkan insentif cukai galakan pengeluaran bahan makanan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 sebagai suntikan kepada syarikat pelaksana dan pelabur untuk melaksanakan projek huluan ataupun upstream sektor makanan.

Insentif cukai ini melayakkan syarikat mendapat manfaat pengecualian 100 peratus cukai pendapatan perniagaan sehingga 10 tahun dan potongan cukai pendapatan berdasarkan perbelanjaan model yang layak. Sebelum memulakan projek tanaman durian mahupun pembesaran projek tanaman durian, pengusaha boleh membuat permohonan insentif ini kepada kementerian. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Salak.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, soalan tambahan Pasir Salak. Apa pendekatan yang dirangka oleh pihak kementerian supaya Malaysia dapat menembusi pasaran durian global secara meluas, tidak kepada tiga buah negara yang disebutkan tadi, yang mengambil kira persaingan pengeksport durian untuk negara-negara jiran seperti Vietnam dan Thailand.

Adakah kementerian juga mempunyai perancangan khusus untuk membantu pengusaha durian tempatan termasuk di tempat Parlimen Pasir Salak khususnya di Kampung Pasir Salak, di Kampung Kepala Pulau, Kampung Gajah Perak dan juga di Sungai Manik termasuk golongan bumiputera dan komuniti Orang Asli di kampung

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

bagi menggalakkan penanaman durian berskala besar di samping mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan penanaman durian.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pasir Salak. Kementerian sentiasa bersedia untuk membantu semua pengusaha dan juga petani durian tidak kira di skala kecil ataupun besar. Bagi kita, untuk memasarkan durian kita kepada pasaran antarabangsa seperti mana yang saya katakan tadi di negara China pasaran untuk buah durian adalah sebanyak RM32 bilion setahun dan daripada ini, 90 peratus itu dikuasai oleh negara jiran.

Malaysia hanya mampu menguasai setakat ini sebanyak 5 peratus sahaja dan itu pun adalah sebab kita menyasarkan kepada produk durian premium supaya kita boleh menjual kepada harga yang lebih tinggi dan bantu kepada pengusaha- pengusaha durian kita menjual pada harga yang lebih tinggi juga.

Jadi kita ada pejabat penasihat pertanian yang berlokasi di Beijing dan mereka sentiasa membuat usaha-usaha untuk mempromosikan buah durian segar dari Malaysia secara lebih meluas dengan pelbagai program seperti China-ASEAN Expo, membuat in store promotion, menjalankan program seperti Taste of Malaysia dan sebagainya dan juga jualan online di China melalui platform tempatan di sana seperti Taobao sebagai contoh.

Maka kita akan bantu lebih banyak pengusaha, yang penting mereka dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh GACC dan syarat protokol untuk mengeksport itu kita boleh bantu sebab macam mana juga pengeluaran hasil durian kita, dia belum mencukupi, jauh daripada mencukupi untuk memenuhi pasaran antarabangsa.

Bukan sahaja di negara China, kita sedang mengeksport kepada 31 buah negara durian segar dari Malaysia, tetapi negara China merupakan pasaran yang paling besar untuk- yang sedang menanti buah durian dari Malaysia. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

2. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kementerian bersedia mempertimbangkan untuk menaik taraf jalan seperti menarah bukit agar dapat mengurangkan kecuraman lereng Jalan Persekutuan FT234 Jalan Jerantut-Lipis yang terlalu tinggi khususnya di Bukit Mentimun dan Bukit Atap yang sering menyebabkan kenderaan berat terkandas sekali gus menghalang laluan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jerantut, jalan yang disebut ini iaitu Jalan Jerantut-Kuala Lipis merupakan jalan tunggal dua buah lorong dengan anggaran lebar maksimum jalan 6 meter dan panjang keseluruhan hampir 61.66 kilometer bermula dari Jalan Bentong-Gua Musang di Bandar Kuala Lipis dan berakhir jalan Bandar Jerantut.

Jalan FT234 merupakan jalan darat utama yang menghubungkan kawasan antara Jerantut ke Kuala Lipis selain dari Jalan Maran-Jerantut-Benta yang mempunyai jarak perjalanan lebih jauh serta keadaan jalan berselekoh. Setiap kali musim tengkujuh, laluan ini akan terputus disebabkan banjir di seksyen Kampung Sepial, Jambatan Sungai Kerak, Jambatan Sungai Teh.

Terdapat juga masalah kenderaan berat terkandas akibat daripada kecuraman jalan di kawasan Bukit Mentimun dan Bukit Atap yang menyebabkan laluan sering terhalang. Melalui RP5, RMKe-12 Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi setelah menerima permohonan kerajaan negeri Pahang telah meluluskan sebanyak RM121 juta bagi projek menaik aras Jalan FT234 Jalan Jerantut-Kuala Lipis daripada seksyen 42 hingga seksyen 48 dan daripada seksyen 55 hingga seksyen 57 buah Daerah Jerantut Pahang.

Lokasi Bukit Mentimun dan Bukit Atap adalah di dalam jajaran projek yang telah diluluskan ini. Skop kerja bagi projek tersebut ialah menaik aras jalan kepada RT3 sepanjang 3 kilometer, penggantian tiga buah jambatan di Sungai Sepial, Sungai Kerak dan Sungai Teh.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kerja-kerja geoteknik di Bukit Mentimun dan Bukit Atap, kerja elektrik, kerja perlindungan alam sekitar, pemasangan perabot jalan, membina sistem perparitan jalan, pengagihan utiliti dan pengambilan balik tanah. Jabatan Kerja Raya Malaysia telah memulakan kerja-kerja memuktamadkan skop dan kerja-kerja reka bentuk.

Kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula di tapak pada bulan Disember 2026.

Dengan siapnya projek naik aras jalan di tiga lokasi secara penggantian jambatan di

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

tiga lokasi lagi akan menyelesaikan masalah banjir dan mengurangkan kecuraman di jalan tersebut. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jerantut.

draft • 10:50 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengambil keratan. Dua keratan surat khabar. Pertama, daripada Kosmo, “Lori mengundur bila tak lepas daki bukit”. [Sambil menunjukkan keratan akhbar] Kemudiannya, ada satu lagi daripada surat khabar yang sama daripada berkenaan dengan — Daripada Harian Metro, “Sampai bila kami nak hadap lori mengundur, terkandas atas bukit”.

[Sambil menunjukkan keratan akhbar] dan hasil daripada terkandas ini, anak-anak sekolah kita ini terpaksa buat kelas dekat restoran berhampiran untuk dia tak ketinggalan dalam sistem persekolahan yang sedia ada.

Saya sendiri ada pengalaman tahun lepas pukul 2.00 pagi. Saya balik daripada Parlimen Lipis. Berhadapan dengan kes yang sama, terpaksa berhenti menghadap dengan rakyat saya yang terkandas kerana lori ini tak boleh naik ke jalan tersebut. Jadi, soalannya. Saya telah membawa isu ini daripada tahun lepas lagi, sebelum ini. Berkenaan dengan perkara ini dan jawapan Menteri pada waktu itu berkenaan dengan faktor blackspot, dia menyebabkan projek ini tidak diberikan keutamaan. Jadi, persoalan saya kalau dikatakan oleh jawapan tadi Disember 2026 baru dilaksanakan. Bagaimana keadaan yang berlaku sekarang? Sebab, kita lihat banjir akan tetap berlaku.

Keduanya, kemalangan akan tetap berlaku. Bezanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak ada kematian lagi. Apakah kita menunggu kematian untuk kita percepatkan? Jadi, saya mohon supaya projek ini dipercepatkan, pertama.

Kedua, mengadakan kerjasama dengan pihak MOT ataupun JPJ untuk memastikan kenderaan-kenderaan berat yang lalu di kawasan itu dapat diberikan panduan supaya tidak berlakunya masalah kemalangan di atas jalan tersebut. Mohon pandangan dan jawapan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kebetulan saya ada juga keratan surat khabar yang berkaitan. Ini gambar lori mengundur. Harian Metro, lori mengundur.

[Sambil menunjukkan keratan akhbar] Sama pula keratan surat khabar YB dengan saya.

[Ketawa]

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tetapi yang bezanya ialah Kerajaan Negeri Pahang telah memohon dan kita luluskan. Bukan YB yang memohon. Kerajaan Negeri Pahang.

[Tepuk] Ini juga gambar banjir dan sebagainya. Ada, ada gambar. Semua, semua ada. Lengkap.

[Sambil menunjukkan keratan akhbar] Saya ingin maklumkan, apabila kita menaikkan aras jalan tersebut untuk mengelakkan banjir, maka dengan sendiri kecuraman bukit yang berkaitan itu akan dapat dikurangkan dan Makmal Kejuruteraan Nilai ini yang menyebabkan lewat. Kita ada 29 projek KKR melalui jabatan, melalui Makmal Kejuruteraan Nilai. Tetapi, akan cuba mempercepatkan lagi. Itu sepanjang tahun ini dan jadual untuk kawasan jalan yang disebut ini, Makmal Kejuruteraan Nilai, Kementerian Ekonomi ialah pada September 2025.

Dia ada jadual setiap minggu, apa semua ini. Kita cuba mempercepatkan.

Mengenai gradien dan sebagainya, itu juga kita geoteknik melaksanakan segala perkara-perkara yang patut dilaksanakan dan tentunya reka bentuknya nanti adalah reka bentuk yang sesuai...

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Dengan kecerunan dan pada ketika yang sama, dapat mengelakkan banjir di kawasan itu. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker. Di Parlimen Tampin ada satu jalan yang dinamakan jalan FT001, di Bukit Putus.

Mempunyai kecuraman lereng dan selekoh yang tajam. Ia merupakan kawasan blackspot ataupun kawasan kemalangan maut. Saya mengharapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk segerakan melurus dan melebarkan jalan di Bukit Putus di FT001 di Parlimen Tampin. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan spesifik Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita akan jawab secara bertulis.

Tetapi, kita tahulah jalan ini. Jalan ini sangat terkenal, Bukit Putus. Ramai orang lalu jalan ini dan kita mengetahui tentang blackspot yang berkaitan dan jawapan terperinci akan diberikan kemudian. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker. Satu lagi, Speaker.

Berkenaan dengan JKR.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah, dah. Kita dah jawab dua soalan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Di Kenyir. Jalan Kenyir. Bab Kenyir-Gua Musang, yang runtuh. Kalau boleh itu ya? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jalan runtuh. Tentunya di antara yang dibuat oleh kerajaan melalui JKR...

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Runtuh banjir.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Apabila jalan runtuh ialah membuat laluan pintas yang lain dan kita memberitahu kepada pengguna melalui laman web kita. Jalan mana yang perlu dilalui sehinggalah jalan tersebut diperbaiki dan kita ada Cawangan Kejuruteraan Cerun di ibu pejabat yang akan sentiasa mengambil ingatan dan tindakan terhadap jalan-jalan runtuh. Bukan hanya jalan tempat yang YB sebut, tetapi contoh yang baru-baru ini di Sarawak ada banyak tanah runtuh akibat banjir. Semuanya itu dalam penelitian kami.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

draft • 10:50 AM

3. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah-langkah kementerian dalam menggalakkan pengeluaran dan penggunaan barang-barang yang diperbuat melalui reka bentuk mesra alam eco-design bagi memastikan ketahanannya dan kebolehan digunakan semula atau dikitar semula, selari dengan usaha kementerian dalam mengalihkan Malaysia ke ekonomi kitaran.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang yang sentiasa prihatin dalam soal kemampanan pembangunan negara.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI sentiasa mengambil kira aspek kemampanan dan kesejahteraan menjadi asas dan juga pegangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) dalam melaksanakan transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran.

KPKT amat menyokong pelaksanaan program atau inisiatif pengeluaran dan penggunaan produk mesra alam berasaskan kepada eco-design yang akan menggalakkan pengurusan semua jenis sisa secara lebih efisien seterusnya mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar.

draft • 10:50 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Usaha KPKT dalam hal ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 12 (Sustainable Development Goal 12) iaitu penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab (responsible consumption and production) dan indikator 12.5 iaitu pengurangan penjanaan sisa, substantially reduce waste generation. Sumbangan KPKT adalah kepada indikator 12.5 iaitu mengurangkan penjanaan sisa melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula serta penggunaan semula secara signifikan.

Reka bentuk dan spesifikasi produk turut memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap kebolehkitaran. Sebagai contoh, menggunakan kaedah pembungkusan produk daripada bahan biodegradasi. Manakala, produk yang direka bentuk serta tidak mesra alam dan tidak boleh dikitar semula akan meningkatkan jumlah pelupusan produk pasca pengguna di tapak pelupusan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan MADANI adalah kerajaan pertama dalam sejarah. Menubuhkan National Circular Economy Council (NCEC).

Ini juga merupakan kerajaan pertama yang melancarkan Blueprint Ekonomi Kitaran pada 6 Ogos tahun lepas dan Blueprint Ekonomi Kitaran telah menetapkan inisiatif ekonomi kitaran iaitu membangunkan garis panduan reka bentuk produk yang membolehkan satu standard diwujudkan sebagai rujukan pihak pengilang berhubung dengan spesifikasi dan penggunaan bahan yang bersesuaian untuk pembuatan produk mesra alam.

Dalam hal ini, kementerian MITI telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui inisiatif membangun dan mempromosikan garis panduan reka bentuk secara berfasa mengikut sektor serta memberikan bimbingan kepada industri dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk mesra alam.

Selain itu, KPKT bekerjasama dengan Majlis Rekabentuk Malaysia. Sebuah agensi di bawah MITI dengan memberikan input bagi pembangunan standard industri berkaitan dengan circular design practice. Objektif standard ini dibangunkan seperti SIRIM adalah sebagai untuk dokumen panduan kepada individu atau organisasi yang mempunyai minat dalam reka bentuk atau disiplin reka bentuk yang digunakan bagi barangan produk ketara (tangible product).

Kedua, asas pengiktirafan ataupun satu pensijilan untuk Goods Circular Design Award. Selain melalui standard dalam reka bentuk produk mesra alam, KPKT terus cakna dalam usaha memelihara alam sekitar. Saya beri contoh, kempen “Tiada Beg Plastik Sekali Guna”, single-use plastic bags telah dimulakan pada September

draft • 10:50 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

tahun lepas melibatkan 7,600 kedai di seluruh negara, termasuk 99 Speedmart, 7- Eleven, Lotus's dan lain-lain.

draft • 10:50 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Ini merupakan salah satu usaha strategik KPKT bersama pihak industri daripada sektor peruncitan untuk menangani kesan negatif penggunaan plastik sekali guna khususnya plastik jinjit sekali terhadap alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal di Malaysia.

Kempen ini turut disokong oleh Malaysia Retail Chain Association, Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia dan One Utama shopping centre. Usaha ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk mencapai transformasi ekonomi kitaran dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan sumber dan meminimumkan penjanaan sisa. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Selayang.

draft • 11:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Menteri atas jawapan yang lengkap. Kita semua tahu untuk menjayakan ekonomi kitaran, terdapat keperluan untuk orang ramai sedar tentang manfaat kitaran ekonomi. Soalan tambahan saya dalam dua bahagian. Pertama ialah apa langkah spesifik untuk menyedari orang ramai tentang ekonomi kitaran ini? Kedua ialah adakah cadangan daripada kerajaan untuk mengadakan sebagai bukan sahaja garis panduan tetapi mandatori untuk pelabelan untuk penggunaan dan reka bentuk supaya orang awam dapat tahu ada pilihan untuk sustainable economy. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat yang sangat prihatin. Saya bercadang untuk melantik Yang Berhormat sebagai ahli kepada National Circular Economy Council supaya institusi Parlimen ada wakil Parlimen yang duduk dalam council tersebut untuk memberikan kita input yang membina. Negara kita memerlukan politik yang membina. Bukan politik yang membinasa. Itu bezanya.

Oleh kerana itu saya memang – soalan tambahannya dua. Satu tentang kesedaran masyarakat. Kita akan kerjasama dengan semua pihak kerana kemampanan pembangunan negara, it takes a whole-of-nation approach. Ia memerlukan kerjasama semua pihak, sebelah sini, sebelah sana kerana bumi satu sahaja. Ini tanah air satu sahaja. Sama ada kemampanan itu kita akan buat publisiti secara besar-besaran melalui pelbagai saluran. Itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pihak sekolah, bermula daripada pihak pelajar.

draft • 11:00 AM

Tuan Nga Kor Ming

Kedua tentang reka bentuk. Memang seperti jawapan saya tadi KPKT sedang bercadang untuk ada kan satu standard reka bentuk (design). Apabila reka bentuk itu ada satu standard, maka dia bukan sahaja meningkatkan kesedaran, malahan dia menjadi pilihan pertama ataupun pilihan preferred choice oleh pengguna. Kita akan kerjasama sebagai satu pasukan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuantan.

draft • 11:00 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Memandangkan Malaysia sedang berusaha untuk beralih ke ekonomi kitaran atau disebut sebagai circular economy. Melalui pengeluaran barang-barang mesra alam dan reka bentuk eco-design, jadi bagaimana kementerian menangani isu ketidakseimbangan antara keperluan untuk mempromosikan reka bentuk mesra alam dengan realiti ekonomi, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana yang mungkin berhadapan dengan bebanan kos tinggi dalam pelaksanaan reka bentuk ini?

Seterusnya dalam menyokong pendigitalan kitar semula, apakah pelan kementerian menerusi PBT itu sendiri ke arah membudayakan amalan digitalisasi ini kitar semula dalam komuniti setempat dan sejauh mana aplikasi i-Kitar dapat dioptimumkan untuk membolehkan pengguna mengumpul wang hasil jualan barangan kitar semula seiring usaha kerajaan dalam aktiviti kitar semula? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Nga Kor Ming

Okey kepada Yang Berhormat Kuantan. Memang.

Transformasi digital memang sentiasa Kerajaan MADANI sentiasa cakna dan komited untuk melakukan. Saya bagi contoh di mana kita sekarang ada PBTPay.

Menerusi PBTPay, tidak lagi kita cetak untuk cukai taksiran secara hard copy. Semua boleh bayar menerusi satu app. Setakat ini kita dah kutip lebih RM500 juta melalui app tersebut. Inilah salah satu ekonomi kitaran yang telah berjaya.

Kedua, tentang untuk memperhasilkan, meningkatkan hasil khususnya daripada barang-barang lusuh yang telah pun boleh dikitar semula. KPKT berkerjasama dengan pihak swasta telah membina lebih 100 drive-thru recycling centre iaitu bermaksud mana-mana surat khabar lama, minyak masak yang telah lama boleh masuk ke drive-thru recycling centre, timbang, terus dapat duit balik. Ini adalah salah satu inisiatif. Ada pelbagai lagi inisiatif telah pun digariskan dalam Blueprint Ekonomi Kitaran. Itu Yang Berhormat jika berminat boleh dapat satu salinan

draft • 11:00 AM

Tuan Nga Kor Ming

daripada laman sesawang (website) memang telah pun kita upload untuk panduan kepada semua pihak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tan Sri. Sebelum soalan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Komuniti MADANI Daerah Daro dan Matu dari kawasan Parlimen Igan. Selamat datang ke Parlimen.

[Tepuk] Tan Sri, soalan saya nombor 4.

draft • 11:00 AM

4. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah usaha proses pemutihan pekebun kecil telah dijalankan melalui RISDA di seluruh negara bagi memastikan tiada golongan sasar yang tercicir daripada bantuan musim tengkujuh serta berapa sasaran penerima manfaat yang terlibat mengikut negeri bagi tahun 2025.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB Kuala Krau atas soalan.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui RISDA sentiasa prihatin dalam memastikan kesejahteraan pekebun kecil getah terbela dan tiada golongan sasar yang tercicir daripada menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi yang layak.

Sehubungan itu, usaha proses pemutihan pekebun kecil telah dilaksanakan melalui banci pekebun kecil getah pada tahun 2023 bagi mengenal pasti dan memastikan setiap pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA mendapat manfaat daripada setiap bantuan ataupun insentif yang disalurkan oleh kerajaan.

Pengemaskinian daftar BMT ini dibuat pada bulan Jun hingga September setiap tahun bagi memastikan senarai yang ada adalah up-to-date kemas kini.

Bagi sasaran penerima BMT mengikut negeri bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

NegeriPenerima BMT

Sarawak 51,433 Kelantan 42,978 Kedah 39,604 Pahang 24,237 Perak 19,485 Negeri 18,021 Sembilan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Johor 11,913 Terengganu 11,669 Sabah 6,309 Melaka 4,659 Selangor 1,616 Pulau Pinang 563 Perlis 552 Lembaga 86,323 Industri Getah Sabah FELDA 11,784 Keseluruhannya berjumlah 331,142 peserta. Bagi Daerah Temerloh, sebanyak RM3.19 juta diperuntukkan untuk 3,994 pekebun kecil yang layak memohon BMT. Figure ini tertakluk kepada kelayakan semasa. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih atas jawapan yang agak begitu padat. Soalan tambahan saya, kementerian telah memperkenalkan satu aplikasi RRIMniaga sebagai membolehkan bantuan kerajaan seperti insentif IPG dan juga IPL disalurkan terus ke akaun bank pekebun kecil getah. Jadi, soalan saya sejauh mana kerajaan menilai keberkesanan aplikasi tersebut dan berapa jumlah pekebun kecil yang telah menerima manfaat tersebut?

Selain itu, nyatakan cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil yang beradaptasi dengan sistem ini. Juga tadi tentang pemutihan sedangkan kebanyakan pekebun kecil ini usia tua, kurang kemahiran ICT, sejauh mana kemampuan mereka untuk online dalam permohonan BMT? Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, aplikasi RRIMniaga adalah di bawah seliaan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menggunakan aplikasi ini untuk merekod jualan urus niaga jual beli getah secara elektronik, mempercepatkan proses tuntutan insentif dan memastikan ketelusan dalam transaksi.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Namun begitu, RISDA tak ada akses untuk sistem ini. RISDA hanya menggunakan resit jualan daripada RRIMniaga untuk membuat permohonan

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

sebagai senarai semak permohonan bantuan insentif di bawah RISDA. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Manis.

draft • 11:10 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Malaysia pernah menjadi salah sebuah negara pengeluar getah utama di dunia, mungkin pada pertengahan abad ke-20. Sekarang mungkin sudah menjadi nombor empat ataupun nombor lima. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk menarik balik minat generasi muda, generasi pelapis ke arah perladangan ataupun tanaman getah sebelum Malaysia menjadi semakin corotlah dari segi pengeluaran getah dunia?

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Tanjong Manis atas soalan tambahan. RISDA ― Kementerian kita melalui RISDA sentiasa mengambil langkah untuk memastikan getah ini kekal sebagai tanaman utama ataupun tanaman komoditi di negara kita. Walaupun kadar ataupun jumlah ataupun getah ini makin berkurangan, maksudnya pekebun berkurangan, namun beberapa tindakan telah diambil.

Pertama sekali dari sudut harga. Kementerian kita bersama dengan Kementerian Komoditi telah memastikan harga yang boleh bersaing khasnya memperkenalkan insentif harga subsidi daripada kerajaan.

Kedua, kita juga telah memastikan kebun-kebun getah yang tak dituai, maksudnya yang tidak dituai diambil tindakan, dikenal pasti dan diambil tindakan bagi memastikan pengeluaran getah meningkat dari semasa ke semasa.

Ketiga, kementerian kita juga telah memberi galakan kepada pekebun- pekebun kecil khasnya memastikan getah ini bukan sahaja kita jual dalam bentuk skrap. Sekarang kerajaan kita di bawah Kementerian Komoditi dan juga Kementerian KKDW khasnya RISDA telah memperbanyakkan jualan lateks yang sebenarnya dari sudut penggunaan untuk negara kita adalah tinggi dan harga jugalah adalah tinggi.

Jadi, usaha yang kita laksanakan ialah untuk meningkatkan jualan lateks khasnya memperkenalkan depot-depot. Kita membuat depot-depot di kebun-kebun untuk memastikan jualan ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Kita juga bekerjasama dengan LGM dan juga komoditi bagi memastikan selain daripada getah ini, tanaman getah kita juga mempunyai insentif-insentif lain

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

bagi memastikan kebajikan pekebun-pekebun getah ini dapat kita jaga. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya menjemput Datuk Ir.

Shahelmey bin Yahya, Putatan.

draft • 11:10 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 11:10 AM

5. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [Putatan] minta Menteri Ekonomi menyatakan:

(a) bagaimana Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera

(PuTERA35) dapat menjadi jambatan kepada negeri Sabah untuk mencapai sifar kemiskinan tegar; dan

(b) bagaimana pelan transformasi tersebut dapat didukung sebagai prinsip utama dalam memandu kejayaan siri Rancangan Malaysia tanpa dibatasi dengan pertukaran kepimpinan negara.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Menteri Ekonomi - Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Putatan. Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 ataupun PuTERA 2035 dirangka bagi menambah baik agenda pembangunan bumiputera secara lebih menyeluruh ke arah mengangkat darjat dan martabat bumiputera.

Pelan komprehensif yang mengandungi tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiar ini tidak bersifat eksklusif kepada Bumiputera sahaja, malah turut memberi limpahan manfaat kepada kaum-kaum lain yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Menyentuh mengenai Sabah dan kemiskinan, insiden kemiskinan tegar bumiputera disasarkan kekal pada kadar kosong peratus, sifar miskin tegar pada tahun 2035. Bagi mencapai sasaran ini, antara ikhtiar yang telah ditetapkan di bawah PuTERA35 termasuk kepada bumiputera Sabah adalah seperti berikut:

(i) menokhtahkan kemiskinan tegar dalam kalangan bumiputera dengan memberi tumpuan kepada aktiviti ekonomi, akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan serta peluang pekerjaan;

draft • 11:10 AM

Menteri Ekonomi - Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

(ii) pengawalan sektor ekonomi oleh bumiputera dalam meningkatkan penyertaan dan kapasiti perusahaan bumiputera dalam aktiviti ekonomi bernilai tinggi; dan

(iii) memperkukuhkan kesedaran, pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip pemerkasaan agenda bumiputera di kalangan agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan ikhtiar.

Khusus untuk Sabah, Putatan, pada tahun 2025 ini Kementerian Ekonomi akan merangka program yang khusus untuk memberi tumpuan kepada 10 daerah termiskin di Malaysia. Sebelum ini, sebarang program pembasmian kemiskinan dibuat secara makro kemudian diserahkan kepada agensi dan selalu dilaksanakan secara makro. Itu selalunya ada juga kelemahan-kelemahan terutamanya dalam kes Sabah dari segi peruntukan, dari segi sumber yang dibekalkan apabila diagihkan secara makro dan menyeluruh itu.

Sebab itu kita lihat ada keperluan untuk kita mengambil sebagai anak angkat Kementerian Ekonomi terus 10 daerah termiskin ini. Insya-Allah kita akan bentangkan dan mula laksanakan. Oleh kerana saya ingat enam daripada 10 daerah termiskin di Malaysia ini adalah daripada Sabah, maka itu saya harap akan mempercepatkan lagi usaha untuk membantu dan membasmi kemiskinan di Sabah.

Bagi perkara-perkara lain, saya ingat PuTERA35 juga akan memberi tumpuan dari segi pembangunan infrastruktur dan sebagainya untuk kita mempercepatkan lagi usaha untuk membasmi terutama kemiskinan tegar di Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Putatan.

draft • 11:10 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam soal meredakan krisis kemiskinan, aspek penyaluran bantuan merupakan salah satu kunci penting.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah Kementerian Ekonomi dapat meformulakan satu pendekatan yang lebih berintegrasi dalam memastikan tiada kelompongan dalam aspek penilaian yang boleh menyebabkan keciciran bantuan kepada ketua isi rumah serta isi rumah berstatus miskin tegar yang menetap di kawasan luar bandar dan pedalaman di negeri Sabah?

Apakah dasar sinergi atau pelan kolaboratif pra Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang sedang dibangunkan secara bersama dengan kementerian-kementerian lain yang boleh dipadankan dengan usaha pembasmian kemiskinan yang

draft • 11:10 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

direncanakan di peringkat Kerajaan Negeri Sabah, terutamanya yang boleh mendorong penyertaan rakyat miskin sebagai sumber manusia dalam menjayakan perindustrian domestik serta keterjaminan makanan?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Putatan. Soalan yang pertama tentang mekanisme supaya penyaluran bantuan itu tidak tercicir kepada ketua isi rumah. Sebenarnya, sebelum kita sampai kepada soal penyaluran kerana pada pandangan saya kita tidak ada masalah yang besar dari segi penyaluran.

Contohnya, kerajaan melalui STR ataupun SARA sebenarnya telah terbukti boleh disalurkan terus.

Cabaran terutamanya di Sabah ialah ketersediaan data kerana keciciran itu sebahagian besarnya berpunca daripada data yang ada di dalam pangkalan- pangkalan data Kerajaan Persekutuan ataupun negeri sebenarnya tidak termasuk ketua-ketua isi rumah ini. Sebab itu, tumpuan sangat diperlukan untuk kita melengkapkan data ini. Sebab itu, kita akan bermula dengan daerah-daerah termiskin dahulu kerana saya faham kalau Ahli Parlimen semua merasakan bahawa kedudukan miskin tegar kosong peratus ini, susah untuk diterima kerana kita rasa di bawah ini banyak lagi orang susah.

Masalahnya kerana kalau ikut data kerajaan itulah. Saya sedia menerima sebenarnya ada jurang dalam data itu. Kalau kita terus mengambil pendekatan makro, kita tak turun dan kita tahu beberapa kawasan ini memang susah. Jadi, lebih baik kita alihkan sumber tenaga kita, petakan dan dapatkan data.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Daripada situ, penyaluran saluran kewangan itu sebenarnya amat mudah.

Kalau mereka tidak mempunyai bank akaun, memang kita kena turun dan pastikan bagi wang tunai tetapi yang lebih penting Tan Sri Yang di-Pertua, yang akhirnya yang lebih penting ialah apabila perkara itu dibuat secara bertumpu, maka kita boleh pastikan ada integrasi dengan program-program kerajaan yang lain bukan semata- mata yang berbentuk pemberian atau bantuan.

Contohnya, salah satu program IPR yang paling besar intan adalah di Kota Marudu. Sebenarnya itu adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan juga Lembaga Getah Sabah. Jadi kita menambah satu lagi saluran pendapatan mereka.

Mereka akan bermula dengan menoreh getah, selepas mereka menoreh getas pagi, mereka akan pergi usahakan pula intan. Jadi itu menambah bila mereka ada dua

draft • 11:20 AM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

saluran pendapatan yang inilah yang akan membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Pendang.

draft • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak dapat outcome ataupun hasil daripada keberhasilan PUTERA 35 dalam menganjak pembangunan sosioekonomi bumiputera yang adil dan saksama iaitu merentas wilayah, terutamanya disebut tadi dari segi KDNK per kapita serta penumpuan kepada kawasan yang majoriti bumiputera yang berada dalam kategori berpendapatan rendah. Di mana kesemua 10 daerah miskin di Malaysia ini mempunyai penduduk majoriti kaum bumiputera.

Sebagai negara yang bakal berdepan dengan status negara menua, sejauh manakah penekanan kerajaan dalam menangani isu kemiskinan pendidikan dan kesihatan yang boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kualiti hidup rakyat.

Misalnya kanak-kanak bumiputera di bawah usia lima tahun, merekodkan prevalent, bantut dan malnutrisi paling tinggi antara etnik. Apakah bentuk penjajaran kerajaan antara PuTERA35 dan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 ataupun TPB 30 yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

Mengapakah sumbangan PMKS bumiputera kepada ekonomi sebanyak 15 peratus di bawah PuTERA35 walaupun kerajaan sebelum ini telah meletakan sasaran yang lebih tinggi iaitu 20 peratus di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam tempoh yang lebih singkat.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan-soalan itu sebenarnya kalau nak jawab dia menjadi penggulungan perbahasanlah. Jadi, saya jawab Pendang secara dari segi konsep dan prinsip saja.

Di antara TPB dengan PuTERA35 sudah tentu kita telah melalui proses untuk kita menjajarkan balik sasaran. Memang setiap kali kita buat sasaran tapi tersasar. Jadi sebab itu kita kena perbetulkan balik. Saya bersetuju dengan beberapa diagnosis yang diberikan oleh Pendang tadi ya.

Sebab itu dalam RMK-13, penjajaran itu memang perlu berlaku dan sedang berlaku dengan PuTERA35. PuTERA35 adalah dokumen yang ada dahulu, kemudian semua program-program dan dasar kerajaan dijajarkan untuk memastikan kepentingan dan kebajikan bumiputera itu ditangani dalam program-program kerajaan.

Jadi, contoh yang paling baik, soal merapatkan jurang di antara penduduk bumiputera terutamanya daripada kawasan-kawasan yang miskin.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Pertama sebenarnya kalau mengikut kajian dia mestilah bermula seawal yang mungkin. Jadi kita juga kena beralih daripada bila kita bercakap tentang kepentingan dan kebajikan bumiputera daripada semata-mata bercakap mengenai geran, bantuan, perniagaan. Sebenarnya, tumpuan utama kerajaan akan beralih kepada menyediakan intervensi awal di peringkat awal di prasekolah. Jadi, soal pendidikan, soal bantut, soal pemakanan ini bila diselesaikan secara menyeluruh begitu dan itu jugalah konsepnya yang saya sebut kepada Putatan tadi.

Di Kementerian Ekonomi, kita akan memastikan bahawa selain daripada dasar makro yang menyeluruh, kita juga kena ada satu lapis lagi yang memilih kawasan- kawasan yang memerlukan intervensi yang lebih. Maksudnya sumbernya kena lebih dan itu bukan semata-mata soal infrastruktur, soal jalan malah sekolah dan juga pemakan dan sebagainya itu, kalau 10 daerah termiskin, 50 daerah termiskin ini perlukan bantuan yang khusus daripada Kerajaan Persekutuan.

Jadi, program-program intervensi dan tujahan yang besar di dalam RMK-13 nanti terutamanya yang bersabit dengan intervensi awal pendidikan dan kesihatan, itu akan dijajarkan pula dengan lapisan kedua iaitu mengenal pasti daerah-daerah termiskin yang perlu diberikan perhatian. Jadi, kita akan beralih kalau RMK-12 kita bagi kepentingan di peringkat negeri. Ada enam negeri termiskin yang perlukan peruntukan besar, tetapi kebanyakannya ini menjadi peruntukan infrastruktur.

Dalam RMK-13, kita akan beralih kepada selapis lagi iaitu kita tengok pula kepada daerah termiskin. Ada banyaknya di Sabah, sebahagian di Sarawak, satu di Kelantan contohnya. Jadi, ini akan diselaraskan supaya pelaksanaan itu akan dapat dilakukan dengan lebih baik. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih...

draft • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Speaker, saya nak minta Yang Berhormat Menteri bagi jawapan bertulis fakta-fakta itu. Saya nak bantu untuk saya nak tengok balik, review keberhasilan, mana outcome-nya nanti. Terima kasih lulus banyak APR dekat Pendang.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, baik. Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Alor Setar.

draft • 11:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan mengalu-alukan Muslimat Masjid Temerloh, Pahang yang ada di ruang pemerhati di belakang.

Jadi pemimpin tak boleh dendam, Soalan saya nombor enam.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta

draft • 11:20 AM

Menteri Belia dan Sukan menyatakan

(a) strategi baharu yang dirangka untuk menarik minat syarikat- syarikat korporat bagi menaja kejohanan tempatan dan antarabangsa mengambil kira kesukaran memperoleh tajaan seperti penganjuran Le Tour de Langkawi; dan

(b) usaha penambahbaikan berhubung garis panduan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan untuk menerima dana Kerajaan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Bismillahi Rahmani Rahim. Tan Sri Yang di-Pertua, ada dua komponen pada soalan yang dikemukakan oleh Alor Setar. Yang pertama strategi baru yang dirangka untuk menarik minat syarikat-syarikat korporat bagi menaja kejohanan tempatan dan antarabangsa mengambil kira kesukaran memperoleh tajaan contohnya seperti penganjuran Le Tour de Langkawi. Kalau kita ambil konteks Le Tour de Langkawi, untuk makluman Yang Berhormat, penganjuran LTDL ini salah satu perlumbaan basikal bertaraf antarabangsalah di Malaysia secara tahunan.

Tahun 2023, sebenarnya sebanyak tujuh syarikat telah pun menjadi penaja rasmi di acara ini dengan jumlah tajaan RM9.5 berbentuk tunai dan barangan. Tahun 2024, jumlah syarikat menjadi penaja rasmi untuk LTDL meningkat kepada 12 syarikat, dengan tajaan berjumlah RM10.2 juta juga berbentuk tunai dan barangan. Jadi, berdasarkan kepada penganjuran yang lepas, LTDL memang sentiasa berjaya menarik minat syarikat-syarikat korporat bagi menaja acara tersebut.

Namun, kita faham, konteks soalan yang dikemukakan oleh Alor Setar ini tidak hanya merujuk kepada LTDL tapi sebaliknya penganjuran kejohanan-kejohanan sukan secara keseluruhan. Maka demikian, di bawah kapasiti yang ada pada kementerian sebagai kawal selia – sebagai pengawal selia pada Akta Pembangunan Sukan dan sebagainya. Di bawah kapasiti kita, antara yang kita lakukan untuk pastikan penganjuran-penganjuran kejohanan sukan dan sebagai nya sama ada tempatan mahupun kebangsaan dan juga antarabangsa.

Antara lainnya adalah pengecualian cukai yang diberikan kepada syarikat swasta ataupun badan korporat yang terlibat secara langsung kepada sukan negara.

Majlis Sukan Negara merupakan entiti badan berkanun persekutuan di bawah KBS yang diberikan kelulusan bagi tujuan pengecualian cukai pada individu atau badan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

korporat yang memberi sumbangan dalam aktiviti sukan berdasarkan subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Akta 54.

Menerusi subseksyen 44(6) inilah, mana-mana individu atau badan korporat yang memberikan sumbangan bagi pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan sukan yang melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan akan diberikan insentif pengecualian cukai.

Justeru, penyumbang atau penaja yang memberikan sumbangan atau derma dalam bentuk wang tunai layak mendapat tolakan sebanyak 10 peratus daripada pendapat aggregate. Jadi, kementerian kita sentiasa terbuka dan alu-alukan syarikat- syarikat korporat tampil untuk kerjasama bagi mengukuhkan pembangunan sukan negara bagi menarik minat syarikat-syarikat korporat ini.

Beberapa strategi baru telah pun kita rangka menerusi Majlis Sukan Negara terutama sekali antara lainnya adalah untuk pertama menyediakan pakej penajaan yang lebih fleksibel dan menarik dengan pulangan yang jelas ROI meliputi ruang penjenamaan di pelbagai saluran seperti media sosial, televisyen, siaran langsung dan bahan promosi serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Yang kedua adalah memberi tumpuan dalam kegiatan yang melibatkan juga elemen tanggungjawab sosial korporat CSR. Ketiga adalah selari dengan dasar sains, teknologi dan inovasi negara. Strategi baharu yang dipertimbangkan adalah mempertingkatkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan. Dengan meneroka peluang-peluang penggunaan aplikasi mudah alih atau media maya seperti AI atau VR bagi menambah capaian tontonan pada bila-bila masa.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Keempat adalah mengukuhkan pembangunan jenama melalui pengiktirafan antarabangsa, sama seperti penganjuran Le Tour de Langkawi yang ada potensi untuk bawa ramai penonton dan juga pelancong antarabangsa. Strategi ini ialah yang kita tawarkan kepada syarikat-syarikat korporat tempatan yang berhasrat untuk mengembangkan pasaran jenama mereka keluar negara melalui penajaan atau CSR yang akan mewujudkan dan meningkatkan pengaruh penjenamaan penaja di peringkat antarabangsa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Bagi komponen kedua soalan ini iaitu penambahbaikan berhubung garis panduan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan untuk menerima dana kerajaan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Kementerian sentiasa komited dalam memastikan pembangunan dan kecemerlangan sukan dapat diperluaskan melibatkan semua pemegang taruh dalam meningkatkan indeks budaya sukan negara serta prestasi atlet dan pasukan negara kita.

Melalui Belanjawan 2025, sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi inisiatif Geran Padanan Sukan (GPS) dan RM25 juta di bawah inisiatif Dana Sukan Komuniti.

Sebelum ini hanya ada satu dana sahaja yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat sukan iaitu Kumpulan Wang Amanah Sukan. Sekarang kita ada tiga dana utama.

Geran Padanan Sukan, Dana Sukan Komuniti dan KWASN. Pada tahun ini, semua...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Ringkaskan. Soalannya tak ringkas.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa, ringkaskan jawapan atau bagi jawapan bertulis.

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Saya akan sambung dengan jawapan bertulis.

Cuma untuk memastikan kita dapat meluaskan penerimaan dana ini kepada semua pemegang taruh, kita sentiasa jalankan taklimat dalam talian dan juga secara bersemuka menerusi Hari Terbuka KBS ataupun Hari Terbuka Dana Sukan KBS di setiap negeri dan juga daerah sebenarnya. Kita komited untuk memastikan lebih banyak persatuan dan juga kelab-kelab sukan dapat memanfaatkan dana yang telah pun kita peruntukan oleh Kerajaan Perpaduan bagi membentuk Malaysia lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembudayaan sukan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Alor Setar.

draft • 11:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya diminta sekali lagi alu- alukan kehadiran guru, pelajar dari Sekolah Madrasah Idrisiah, Parlimen Kuala Kangsar.

[Tepuk] Soalan tambahan saya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas penjelasan yang terperinci dan tahniah atas inisiatif yang dibuat.

Sebenarnya, sejauh mana kebergantungan kejohanan sukan tempatan ini kepada penajaan korporat? Kalau terlalu tinggi bergantung kepada korporat, ada risiko yang kita semua telah sedia maklum. Kalau penaja itu Yang Berhormat, tarik diri saat akhir. Apa langkah segera yang boleh kementerian lakukan supaya kejohanan itu tidak terjejas?

Akhir Puan Yang di-Pertua, ketelusan dalam penajaan. Kita tahu ada kebimbangan Le Tour de Langkawi sebelum ini disebabkan isu kelewatan tunggakan

draft • 11:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

pembayaran menyebabkan berlaku masalah. Apa yang boleh kita buat untuk atasi isu ketelusan penajaan, isu tarik diri, penaja tarik diri saat akhir dan kebergantungan yang tinggi kepada penajaan korporat? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan juga Yang di-Pertua, contohnya kalau kita ambil konteks Le Tour de Langkawi.

Sebenarnya ada dua bentuk dana ataupun dua bentuk peruntukan yang disalurkan kepada kejohanan tersebut. Pertama, daripada kerajaan sendiri. Contohnya, 2023 kos keseluruhan adalah RM16.8 juta. RM9.5 juta datang daripada penaja-penaja rasmi iaitu syarikat-syarikat korporat. RM8 juta daripada kerajaan.

Jadi, penajaan lebih besar daripada dana yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Namun, pada tahun 2024 ada peningkatan daripada sudut penajaan. RM10.2 juta daripada kerajaan. Namun, daripada korporat juga meningkat RM12.7 juta. Ini kerana ada track baharu iaitu di Sarawak waktu itu. Jadi, kosnya meningkat.

Untuk kita pastikan bahawa ada ketelusan. Pertama, tentu sekali dalam memastikan syarikat-syarikat yang dipilih untuk jadi penaja itu adalah syarikat yang ada kredibiliti. Kedua adalah kita pastikan ada perjanjian yang jelas hitam putih. Itu satu perkara yang tidak akan dipertikaikan. Ketiga, saya rasa kita boleh melihat juga kepada komitmen – apa bentuk komitmen sebenarnya yang ditawarkan.

Sebelum penganjuran mana-mana sukan, kita harus pastikan bahawa due diligence telah pun dilakukan, dengan izin, kena periksa dan selidik dengan baik. Di bawah contohnya, Geran Padanan Sukan. Kalau kita ambil dan cuba apply kepada sukan-sukan lain, kejohanan-kejohanan lain. Kita tidak pernah benarkan dana tersebut diperuntukkan kepada mana-mana persatuan yang tak ada penyata kewangan yang kukuh.

Jadi, kita akan pastikan kita buat semakan terlebih dahulu kedudukan kewangan mana-mana syarikat atau mana-mana persatuan untuk pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran, ketirisan ataupun berlaku sebarang masalah seperti penajaan tarik diri.

Sebab penaja tarik diri ada banyak sebab juga. Tidak semestinya – kalau sebelum ini dikatakan ada tekanan dan sebagainya. Tidak semestinya kerana demikian antara lainnya juga kejohanan itu mungkin tidak memberi return seperti yang diharapkan. Jadi, itu perkara yang seharusnya kita lihat dan nilai terlebih dahulu. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan nombor tujuh, Yang Berhormat Kluang tidak hadir. Jadi, saya jemput Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.

draft • 11:30 AM

[Soalan No. 7 – YB. Wong Shu Qi (Kluang) tidak hadir]

8. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan perancangan kementerian bagi membaiki kerosakan dan menaik taraf infrastruktur, termasuk jalan raya dan jambatan serta masalah hakisan di Parlimen Dungun berikutan beberapa siri banjir besar yang melanda.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kepada YB Dungun. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya bersama Jabatan Kerja Raya sentiasa memandang serius terhadap aduan-aduan berhubung jalan Persekutuan yang rosak akibat bencana seperti banjir.

Merujuk kepada soalan Yang Berhormat, jalan Persekutuan di Daerah Dungun sepanjang 302.85 kilometer yang melibatkan 16 bilangan laluan merupakan jalan Persekutuan di selenggara oleh syarikat konsesi. Pada tahun 2023 hingga 2024, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM29.14 juta di bawah program penyelenggaraan berkala pavemen, berkala bukan pavemen, penyelenggaraan kecil jambatan, penyelenggaraan lampu jalan, lampu isyarat, dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja.

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan 24 bilangan kerja berkala pavemen, 18 bilangan kerja berkala bukan pavemen, enam bilangan kerja penyelenggaraan jambatan kecil dan 23 bilangan kerja penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di sekitar Persekutuan Daerah Dungun. Semuanya ini telah disiapkan sepenuhnya.

Di samping itu, bagi pelaksanaan kerja tahun 2025, jalan-jalan yang rosak telah dikenal pasti dan kita juga telah menyediakan anggaran penyelenggaraan jalan bagi tahun 2025 berdasarkan kerosakan jalan. Walau bagaimanapun, kelulusan kerja tertakluk kepada senarai keutamaan. Sehingga Januari 2025, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM12.53 juta di bawah program penyelenggaraan berkala dan juga dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja.

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan enam bilangan kerja berkala pavemen, lapan bilangan kerja berkala bukan pavemen dan semua kerja dijangka siap pada bulan Mac 2025. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dungun.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Selain penjelasan yang telah disebutkan, oleh kerana pembangunan di Daerah Dungun dengan jumlah kesesakan trafik sekarang ini. Ada dua perkara yang perlu juga diberi perhatian kepada pembangunan pembesaran jalan daripada dua kepada empat lorong dari Tanjong Jara AH18, Che Lijah 132 dan kedua, pembesaran jalan daripada dua kepada empat lorong daripada Bukit Bauk ke Kampung Nyior AH18. Ketiga ialah kerja-kerja pembaikan permukaan jalan yang sangat perlu di laluan FT18 dari simpang Bukit Besi hingga sempadan Kemaman yang masih banyak perlu dibaiki dan dipulihkan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Maklumat yang ada pada tangan saya ialah Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan juga JKR negeri telah memohon di dalam Rolling Plan Satu, Rancangan Malaysia Ke-13 kepada dua jalan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Dungun iaitu laluan seksyen 455 Bukit Bauk - Kampung Nyior, Dungun dan juga daripada persimpangan Tanjong Jara ke persimpangan Che Lijah.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jadi, kita akan meneliti cadangan yang diberikan oleh kerajaan negeri ini. Ia juga akan dikemukakan kepada agensi pusat.

Seterusnya, satu lagi, Yang Berhormat ada juga menyebut tentang laluan FT14 61.3 kilometer. Saya ingin memaklumkan ia adalah jalan yang diselenggara oleh konsesi. Untuk 2025 ini, kita memperuntukkan sebanyak RM7.08 juta untuk melaksanakan projek-projek penyelenggaraan jalan di tempat yang disebut oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.

draft • 11:40 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih, Puan Speaker.

Soalan Sandakan nombor 9.

draft • 11:40 AM

9. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah skim bantuan yang tersedia untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana di negara ini semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baharu dilaksanakan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sandakan. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan selamat pengantin baru kepada Sandakan...

[Tepuk] Yang Berhormat Yang di-Pertua, melalui Perintah Gaji Minimum 2024, gaji minimum RM1,700 sebulan adalah gaji pokok individu bagi memastikan pekerja dan keluarga dapat memenuhi keperluan asas. Manakala berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merujuk kepada kemiskinan mutlak isi rumah yang merangkumi PGK makanan dan PGK bukan makanan. Kadar PGK terkini iaitu pada tahun dua ― minta maaf, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya minta maaf. Salah ini. Minta maaf, Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang di-Pertua. Minta maaf.

Antara sokongan atau inisiatif yang diberikan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baru dilaksanakan adalah seperti pengurangan cukai. Dalam beberapa kes, kerajaan memberikan pengurangan cukai atau insentif lain kepada PMKS yang mampu mengekalkan pekerja walaupun dengan gaji minimum yang lebih tinggi.

Seterusnya, melalui Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 bilion untuk PMKS dalam bentuk geran pinjaman, jaminan dan sebagainya. Selain itu, government-linked investment company (GLIC) telah diberi mandat untuk melabur RM120 bilion dalam pelaburan langsung domestik. Bantuan sebegini membolehkan PMKS melabur dalam teknologi yang meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan menjamin pembangunan dan daya saing perniagaan PMKS jangka panjang.

Selain itu, kerajaan juga memberi penangguhan kuat kuasa kadar gaji minimum RM1,700 terhadap majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025. Penangguhan kuat kuasa ini mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan PMKS-PMKS. Langkah ini diambil bagi memastikan dasar yang diperkenalkan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun tanpa menjejaskan kelangsungan operasi mereka.

Inisiatif sebegini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan PMKS tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan strategi perniagaan serta mengimbangi keperluan kewangan. Ini secara tidak langsung akan membantu dalam

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

usaha pemulihan ekonomi syarikat dan memperkukuhkan daya saing mereka di pasaran.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sandakan.

draft • 11:40 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih atas jawapan tersebut. Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengalu-alukan kedatangan JKDB, Komuniti MADANI, ketua-ketua kampung serta pemimpin komuniti daripada Sandakan yang menghadiri sidang pada hari ini...

[Tepuk] Soalan tambahan saya adalah adakah kementerian risau akan impaknya dengan pelaksanaan gaji minimum baharu dan e-invois yang hampir serentak akan menyebabkan peningkatan kos menjalankan bisnes dan memaksa PKS untuk memberhentikan pekerja tempatan terutamanya pekerja berkemahiran rendah dan menyebabkan atau mempercepatkan peningkatan harga barang makanan? Jika ia berlaku, apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih, Sandakan.

Sebenarnya dari segi peningkatan gaji ini, setelah dibuat kajian yang kita nyatakan selama dua tahun sekali iaitu di bawah garis panduan yang melibatkan juga adalah dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi Sarawak serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, wakil majikan seperti Malaysian Employers Federation, wakil-wakil ini sebenarnya akan melaksanakan kajian selama tidak kurang daripada dua tahun sekali. Lantaran itu, sebab itu kalau kita menengok perbandingan sebelum-sebelum, kalau kita ambil bermula pada 2012, penglibatannya RM900; dan 2016― RM1,000; 2018 ― RM1,100; dan 2020 ― RM1,200 serta penyeragaman pada tahun 2022 sebanyak RM1,500.

Lantaran pada itu, kita meletakkan bahawa garis panduan ini, setelah dibuat kajian, melalui beberapa faktor yang saya nyatakan tadi untuk meletakkan kadar pengangguran adalah terletak daripada perkara tersebut. Maka, kita melihat dengan kenaikan gaji ini, sebenarnya pengangguran itu dapat diatasi lebih tinggi kalau dibandingkan 2020, 4.5 dan 2022 adalah 3.9.

Dari segi kenaikan kos makanan yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, sudah pasti kenaikan kos ini semasa ke semasa. Sebab itu jugalah kita meletakkan supaya kenaikan gaji itu untuk memastikan bahawa kos kenaikan

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

seperti Yang Berhormat katakan itu dapat membantu kepada masyarakat yang sedang menghadapinya.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu syarikat PKS yang lebih suka mengambil pekerja kontrak daripada pekerja tetap?

Yang kedua, apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk syarikat PKS yang mungkin beralih kepada e-dagang selepas kenaikan gaji minimum ini disebabkan kos yang meningkat? Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat.

Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu sememangnya berlaku perkara itu. Setiap kali Perintah Gaji Minimum diwartakan, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan satu surat kuasa kepada agensi untuk melaksanakan pelarasan harga kontrak tersebut tertakluk kepada syarikat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Sebagai contoh. Saya dapat gambaran bahawa Yang Berhormat menyatakan dari segi perolehan tersebut, umpamanya pembersihan kawasan, umpamanya pembekalan makanan mentah bermasak. Ini semua adalah berdasarkan kepada kontrak yang lalu sebelum gaji minimum. Maka, penyelarasan ini dibuat. Ini berlaku di mana-mana sebenarnya dan KESUMA telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau dan menyelaras yang dinamakan backlog bagi urusan tersebut.

Perintah Gaji Minimum ini dilaksanakan 14 sesi libat urus untuk memastikan bahawa perkara ini dapat berjalan dengan lancar. Dari segi perbincangan yang telah dilakukan bersama penglibatan urus tersebut, maka yang saya nyatakan tadi, sudah pastilah impak kepada perniagaan kecil dan mikro memperoleh modal dan membantu mereka dalam melabur kembali, yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, seperti e-dagang sebentar tadi.

Peruntukan besar sebenarnya daripada pihak kerajaan, daripada Kementerian Kewangan ― Menteri Kewangan II pun ada depan ini, melibatkan dalam RM40 bilion. Kalau tidak silap saya, RM40 bilion penglibatannya. Maka, inilah

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

agihan-agihan kepada yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi kepada bentuk pinjaman mikro, TEKUN dan membantu bagi penjaja-penjaja kecil.

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker.

Jangan ditunggu negara runtuh, Banjir iklan muncul di mana-mana, Soalan Kapar nombor tujuh.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Nombor 10.

Soalan Kapar nombor 10.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Oh, soalan nombor 10.

[Ketawa]

draft • 11:50 AM

10. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah polisi dan langkah kementerian menangani iklan bahan lucah di media sosial, tabloid dan media massa dalam talian yang boleh menjadi faktor rangsangan berterusan untuk individu melakukan gangguan seksual dan berpotensi mengakibatkan rumah tangga berantakan.

draft • 11:50 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

[Ketawa] Saya tak nampak landing dia. Baik, terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua.

Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun MCMC komited untuk memastikan keselamatan dan etika penggunaan media dalam talian tidak melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 dan undang-undang lain yang berkaitan.

Di bawah seksyen 233 Akta 588, pindaan 2025 yang berkuat kuasa 11 Februari 2025, penyebaran kandungan bersifat lucah bagi tujuan komersial jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM10,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. Kesalahan ini juga merupakan satu kesalahan boleh tangkap ataupun dengan izin, seizable offence. Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada mana-mana pihak yang dikenal pasti melakukan kesalahan tersebut bagi membendung penyebaran iklan bahan lucah di media sosial. Tindakan pemantauan proaktif oleh MCMC serta

draft • 11:50 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

kerjasama dengan penyedia perkhidmatan terus dipertingkatkan bagi memastikan iklan bahan lucah di media sosial dapat dikenal pasti, disekat dan diturunkan dengan kadar segera.

Dari 2022 sehingga 15 Februari tahun ini, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak MCMC berdasarkan Akta 588. Manakala, 3,670 laman sesawang telah dikenakan tindakan sekatan bagi tempoh yang sama.

Bagi memastikan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, MCMC telah mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta 588 bermula 1 Januari tahun ini.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang berdaftar mematuhi obligasi-obligasi di bawah Akta 588 serta mengamalkan kod tatalaku (amalan terbaik) yang telah diterbitkan oleh MCMC dan seterusnya meningkatkan akauntabiliti terhadap kandungan dan interaksi dalam talian yang disediakan kepada pengguna.

Selain itu, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CMCF yang merupakan organisasi kawal selia kendiri yang bebas dan didaftarkan di bawah MCMC sebagai forum industri akan menambah baik kod kandungan agar selari dengan pindaan Akta 588 dan keselamatan dalam talian.

Antaranya ialah kandungan yang melibatkan kanak-kanak atau CSAM mesti mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan mengelakkan sebarang bentuk eksploitasi termasuk melalui imej atau deskripsi yang boleh mendedahkan identiti atau membahayakan mereka. Ini bukan sekadar isu etika tetapi juga isu menjaga maruah dan kesejahteraan masa depan individu yang terdedah. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Menteri. Hakikatnya Menteri, saya akui itu adalah satu persiapan daripada pihak kementerian tapi malangnya masih banyak lagi iklan-iklan yang boleh merosakkan minda serta karakter rakyat terutama golongan rentan seperti anak muda, orang yang stres, suami isteri yang mungkin berantakan dan sebagainya.

Jadi, sebenarnya berapa pendapatan per iklan ini sehingga ia nya bercambah seperti cendawan kala hujan?

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Adakah kerajaan mempunyai pasukan khas? Tadi, Menteri ada kata yang memantau tapi pasukan khas spesifik untuk memantau dan membanteras secara efektif kegiatan-kegiatan seperti ini. Unfortunately, YB Menteri, masih – saya rasa masih berleluasa lagi. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat dan Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan isu ini, di pihak kementerian pada waktu ini saya tidak ada angka yang spesifik mengenai pendapatan yang diperoleh daripada iklan-iklan yang dimaksudkan. Tapi, semalam sewaktu saya menggulung ataupun menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada sebut bahawa sebagai pengguna bila kita melawat laman sesawang ataupun menggunakan media sosial, kebanyakan daripada iklan yang disajikan kepada kita adalah berdasarkan algorithm. Misalannya, kalau kita suka kucing, banyaklah kucing dan iklan-iklan berkenaan kucing yang kita akan terima. Maka, dari situ kita lihat sikap dan trend tontonan oleh pengguna itu sendiri menjadi satu pemangkin kepada bentuk iklan yang disajikan kepada mereka.

Maka, kalau seseorang itu mungkin ada potensi untuk menonton bahan- bahan yang tidak sepatutnya mereka tonton maka kadangkala iklan-iklan seperti itulah yang disajikan kepada mereka. Pada masa yang sama, di pihak MCMC memang ada pasukan yang khusus meneliti dari segi penguatkuasaan dan di pihak MCMC usaha kita adalah menerima aduan daripada pihak orang ramai di samping melakukan tindakan penguatkuasaan berdasarkan maklumat ini ataupun pemantauan di pihak MCMC.

Namun, dengan adanya penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian ataupun Online Safety Act kelak, kita akan tegaskan kepada platform-platform media sosial contohnya bahawa mereka juga mempunyai satu tanggungjawab atau dengan izin, duty of care, untuk mengelak daripada iklan-iklan, bahan-bahan yang tidak dibenarkan ditayangkan. Ini antara sebab kenapa kita perlu melesenkan platform- platform media sosial serta mendapatkan kerjasama mereka. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelutong.

draft • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya juga ingin tanya soalan tambahan berkenaan dengan iklan ataupun bahan-bahan di – Maafkan saya, bukan iklan tetapi bahan-bahan di media sosial, tabloid dan media massa yang bersifat fitnah atau hasutan. Bagaimana pihak kementerian ingin menangani perkara ini dan memastikan ia tidak berulang. Saya

draft • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

beri contoh, baru-baru ini kita dengar kelmarin kejadian yang melibatkan Sultan Selangor di mana Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah dan hasutan. Tetapi, selepas beliau meminta maaf, memohon ampun, pertuduhan ditarik balik.

Jadi, bagaimana kita ingin memastikan bahawa perkara-perkara ini tidak diulangi? Kalau diampunkan, dia dibenarkan dan pertuduhan ditarik balik, kita lihat bahawa perkara ini boleh menjadi satu perkara yang boleh diulangi oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, bagaimana kementerian ingin memastikan bahawa perkara-perkara yang bersifat fitnah dan hasutan terutamanya melibatkan pemimpin dan juga Raja- Raja kita tidak diulangi oleh pihak-pihak tertentu? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Yang di-Pertua, memang dalam isu ini kebiasaannya kita perlu pastikan bahawa pengguna sendiri elak daripada menyebar bahan-bahan fitnah ataupun yang bersifat hasutan, apatah lagi yang diklasifikasikan sebagai 3R. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada semalam di Mahkamah Sesyen di Sepang, satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang individu yang telah diarah untuk hadir ke mahkamah atas kes sebaran bahan fitnah yang melibatkan Majlis Raja-Raja.

Dakwaan kononnya ada undian 7-2 untuk menyingkirkan Perdana Menteri.

Jadi, individu tersebut telah dikesan, telah dibawa untuk dihadapkan ke mahkamah tapi beliau culas dan tidak hadir. Tengah malam tadi beliau telah ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah kerana menyebar satu bahan fitnah terhadap Majlis Raja- Raja, satu institusi yang sangat penting.

Jadi, saya ingin ingatkan bahawa kita semua sama ada Ahli Parlimen ataupun orang biasa mempunyai peranan untuk tidak menyebarkan bahan yang mana kesahihannya tidak kita pasti. Tak pasti jangan kongsi, semak sebelum sebar.

Manfaatkan aplikasi seperti AIFA, Chatbox yang dibangunkan oleh SEBENARNYA.MY di bawah MCMC untuk mengesahkan berita ataupun maklumat yang kita terima.

Kadangkala Puan Yang di-Pertua, terlalu mudah kita dapat mesej-mesej yang di dengan izin, copy paste, dari grup sebelah yang di-forward daripada grup- grup yang mana tidak di – perawinya tidak jelas. Jadi, di sini saya ingin bagi peringatan. Menyebar bahan fitnah juga satu kesalahan di sisi undang-undang.

Maka, kita gunakan, kita ambil ibrah (pengajaran) daripada apa yang telah berlaku. Jangan sebar fitnah. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Hassan bin Abdul, Karim Pasir Gudang.

draft • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Gudang nombor 11.

draft • 11:50 AM

11. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah masa depan kerajaan untuk memastikan gaji minimum pekerja dalam tempoh lima tahun akan datang dapat dinaikkan dari RM1,700 sebulan sekarang kepada tahap kadar kemiskinan negara iaitu RM2,208 sebulan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Pasir Gudang. Inilah soalan sebenar nombor 11, hampir sama dengan nombor 9. Itu yang tersalah baca tadi. Melalui Perintah Gaji Minimum 2024, gaji minimum RM1,700 sebulan adalah gaji pokok individu yang bagi memastikan pekerja dan keluarga dapat memenuhi keperluan asas. Manakala berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merujuk kepada kemiskinan mutlak isi rumah yang merangkumi PGK makanan dan PGK bukan makanan, kadar PGK terkini iaitu pada tahun 2022 adalah RM2,589 sebulan.

Sehubungan dengan itu, gaji minimum tidak boleh dibandingkan degan PGK.

Walau bagaimanapun, dalam penentuan gaji minimum, PGK merupakan salah satu indikator utama. Berdasarkan pelaksanaan enam perintah gaji minimum yang lepas, gaji minimum telah meningkat secara purata pada kadar antara lima peratus hingga enam peratus setahun bergantung pada kadar semasa indikator ekonomi yang digunakan dalam formula penetapan gaji minimum.

Bagi memastikan gaji minimum pekerja dapat dinaikkan dalam tempoh akan datang, KESUMA melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang juga dianggotai oleh wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, wakil majikan seperti Malaysian Employers Federation, wakil pekerja daripada kesatuan-kesatuan sekerja dan pakar-pakar ekonomi akan laksanakan kajian semula Perintah Gaji Minimum secara berkala.

Kajian semula ini dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun selaras dengan keperluan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] . Proses kajian ini melibatkan penelitian indikator ekonomi semasa mengambil kira indikator asas seperti Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

penengah gaji serta indikator penyelaras seperti produktiviti buruh, kadar pengangguran dan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Di samping itu, sesi libat urut dengan pemegang taruh dalam kalangan wakil pekerja, majikan dan pihak kepentingan lain dilaksanakan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas berkenaan impak Perintah Gaji Minimum yang telah dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang.

draft • 12:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas itu. Hanya soalan saya ialah tentang kenaikan gaji minimum yang terbaru ini, RM1,700 sebulan.

Adakah semua majikan di seluruh negara yang berkaitan telah mematuhinya?

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Yang Berhormat, sebenarnya kita baru bermula daripada bulan Februari dan sekarang Februari pun masih belum tamat tempoh. Kita masih melihat dari segi pelaksanaan tersebut dan secara detail pun mungkin kita boleh melihat pada Mac, mungkin pada Mac ataupun pada April. Bagi bawah lima orang kakitangan, bermula daripada bulan Ogos. Jadi, sekarang masih dalam semakan pelaksanaan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Soalan yang cukup baik sebenarnya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Zahari bin Kechik, Jeli. Jeli tiada dalam Dewan? Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.

draft • 12:00 PM

[Soalan No. 12 – YB. Tuan Zahari bin Kechik (Jeli) tidak hadir]

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 13.

draft • 12:00 PM

  1. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Kesihatan menyatakan cadangan kementerian untuk menyelesaikan masalah beban kerja melampau yang dihadapi oleh doktor, termasuk waktu kerja yang panjang, kekurangan sokongan kakitangan dan keadaan kerja yang tidak seimbang bagi memastikan kesejahteraan mental dan fizikal kakitangan kesihatan terjamin.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Sri Aman atas soalan yang prihatin terhadap kesejahteraan anggota KKM. Intipati soalan Yang Berhormat

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

adalah tentang cadangan bagi waktu kerja yang panjang, kerja yang tidak seimbang dan juga kekhuatiran berkenaan tentang kekurangan sokongan kakitangan.

Pelbagai faktor mempengaruhi beban kerja pegawai perubatan di KKM.

Peningkatan bilangan pesakit, complexity penyakit dengan izin, kedudukan dan waktu pengoperasian fasiliti, bilangan semasa anggota KKM dan lain-lain. Sehingga 31 Disember 2024, seramai 301,289 bersamaan dengan 97.6 peratus daripada 308,472 perjawatan telah diisi yang berkhidmat di KKM. Ini terdiri daripada 270,356, 89.7 peratus lantikan tetap dan 30,933 adalah lantikan kontrak.

KKM sentiasa memantau keperluan tenaga kerja bagi mengimbangi beban kerja anggotanya dan keperluan penyampaian perkhidmatan melalui outfit perjawatan dan beban kerja di fasiliti kesihatan. Sebagai keutamaan, KKM sedang membangunkan standard penanda aras yang mengintegrasikan keperluan sumber dan keperluan perkhidmatan khususnya bagi lima skim utama iaitu skim perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, jururawat dan penolong pegawai perubatan.

Selain itu, KKM akan memperkasakan penjadualan waktu bekerja anggotanya. Jemaah Menteri pada 24 Januari 2025, telah meluluskan pembatalan Projek Rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian yang lebih komprehensif dalam melalui penubuhan jawatankuasa khas yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman, mantan Ketua Pengarah Kesihatan.

Beban kerja anggota turut dipengaruhi dengan bilangan kehadiran pesakit di sesuatu fasiliti. Bagi mengoptimumkan perkongsian kehadiran pesakit, sumber manusia dan peralatan, program hospital kluster telah dilaksanakan. Proses stepdown pesakit stabil daripada lead hospital ke hospital yang kurang sibuk, turut membantu pengurusan pesakit lebih efisien seterusnya mengimbangi beban kerja anggota di fasiliti.

KKM sentiasa prihatin dan komited dalam memberikan sokongan terhadap keselamatan kesihatan dan kebajikan anggota. Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) menyediakan perkhidmatan sokongan emosi, psikopendidikan dan intervensi awal kesihatan mental kepada anggota KKM.

Program-program seperti perkhidmatan saringan kesihatan mental melalui aplikasi MyMinda di dalam MySejahtera, perkhidmatan tele-kaunseling melalui Talian HEAL 15555, penubuhan pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) di setiap daerah di seluruh negara dan penempatan 200 orang pegawai psikologi secara contract of service di daerah dan klinik kesihatan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) oleh JPA pula dilaksanakan dalam memfokuskan peranan rakan sekerja bertauliah bagi memberikan sokongan serta meningkatkan potensi anggota. Pelbagai insentif dan kemudahan turut disediakan bagi anggota KKM yang diarahkan bertugas seperti Elaun Tugas Atas Panggilan, on-call, Elaun Lokum, Elaun Pembedahan Elektif, Elaun Lebih Masa dan kemudahan cuti gantian.

Sebagai kesimpulan, KKM prihatin dan sentiasa memberikan sokongan terhadap kesejahteraan kakitangannya. Warga kerja yang sejahtera, tunjang utama dalam pemberian perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya rasa agak memuaskan kerana memberi penekanan dan mengambil kira kesejahteraan mental dan fizikal kakitangan kesihatan. Cuma saya ada sedikit lagi soalan yang ingin saya kemukakan. Sebagai usaha untuk menambah baik persekitaran (environment) kerja kakitangan, apakah langkah atau inisiatif yang sedang dipertimbangkan oleh kementerian termasuk dari segi peruntukan bajet, penambahan tenaga kerja (workforce) serta peningkatan infrastruktur kesihatan? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Antara perkara yang kita fokuskan ketika ini adalah menaik taraf fasiliti-fasiliti kesihatan di mana sejak tahun 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun meluluskan sejumlah peruntukan yang sangat besar. Daripada RM100 juta meningkat kepada RM150 juta dan bagi tahun 2025 ini, peningkatan sebanyak RM300 juta. 100 peratus peningkatan bagi menaiktarafkan klinik-klinik daif.

Ini juga berlaku bukan hanya di Semenanjung Malaysia tetapi di Wilayah Sabah dan juga Sarawak di mana peruntukan yang sangat besar diterima oleh kedua-dua wilayah ini. Selain daripada itu juga, kita juga telah membuat di bahagian pengurusan sumber manusia KKM, satu kajian yang sangat komprehensif berkenaan tentang beban tugas dan juga kita sentiasa mendengar keluhan-keluhan.

Sebagai contoh berkenaan tentang isu 42 jam kepada 45 jam yang dihadapi oleh jururawat. Satu sesi libat urut yang komprehensif sedang dilaksanakan.

draft • 12:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Selain daripada itu, kita juga memohon agar penglibatan badan-badan industri dan juga korporat untuk menyediakan satu program bersifat wellness kepada kakitangan supaya mengurangkan kadar stres. Beban kerja ini juga adalah satu masalah yang agak kompleks di mana beban kerja kadang-kadang kita lihat, merasakan beban kerja di Lembah Klang lebih tinggi tetapi sebenarnya beban kerja di kawasan-kawasan luar bandar seperti Sabah, di Kelantan, di Kedah juga adalah lebih tinggi.

Ini menyebabkan ramai kakitangan kita berada di dalam keadaan burnout dan juga kesihatan mental adalah merupakan fokus utama kami. Dan juga kami akan melibatkan wakil-wakil rakyat untuk membantu untuk meningkatkan motivasi pegawai-pegawai melalui menaik taraf facilities dan juga menyuntik sedikit dana bagi aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kesihatan mental kakitangan. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Langat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Puan Speaker. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan mencadangkan untuk memendekkan tempoh latihan housemanship, dua tahun kepada setahun. Persoalan saya, bagaimanakah kesediaan daripada sudut mungkin pakar-pakar kita untuk memantau keupayaan houseman, houseman ini? Dan saya kira saya menyokong kaedah ini sebab ia juga mengurangkan stres housemanship dalam tempoh kalau dua tahun itu.

Apakah kesediaan di peringkat JPA untuk menyediakan lebih banyak lagi perjawatan-perjawatan sama ada perjawatan tetap, doktor pakar dan sebagainya?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Apakah keputusan daripada Jemaah Menteri berkaitan dengan penambahan insentif on call RM55 hingga RM65? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri akan menggulung persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Berkenaan tentang elaun on call yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita menangguhkan buat sementara waktu bersama dengan jawatankuasa khas yang kita wujudkan, yang mengkaji berkenaan tentang isu WBB dan seterusnya kita akan teruskan keputusan yang telah diputuskan.

draft • 12:10 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Berkenaan tentang bagaimana untuk kita meningkatkan kapasiti, JPA telah pun meluluskan lantikan sebanyak 800 specialists dengan izin, setiap tahun kepada KKM dan ini akan membantu dari sudut latihan dan juga kapasiti KKM dan juga berkenaan tentang dasar memendekkan tempoh latihan housemanship ini adalah berdasarkan keperluan semasa dan juga kita cukup yakin bahawa latihan yang diberikan kepada houseman ini dan juga apabila mereka menjawat sebagai pegawai perubatan, kita mampu memberikan latihan yang terbaik dan juga kualiti kita adalah diakui bukan sahaja di negara ini tetapi di luar negara.

Perkara ini kita akan ulas melalui sesi libat urus yang kita akan adakan bersama dengan wakil rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran Jabatan Perdana Menteri di No.28 seperti dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri Menjawab ke atas Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 26 Februari 2025.”

draft • 12:13 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli- Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:13 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2024) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan (II) [Datuk Seri Amir Hamzah Azizan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:13 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan [Tuan Nga Kor Ming]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:13 PM
USUL
USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

draft • 12:13 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli

draft • 12:13 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [24 Februari 2025]

draft • 12:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Kementerian Pendidikan Tinggi mula menjawab.

draft • 12:13 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan dedikasi secara konsisten kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Kementerian Pendidikan Tinggi akan kekal memberikan sumbangan kepakaran dan kearifan agar dapat diterjemahkan dalam mendukung dan menjayakan apa jua agenda penting Kerajaan MADANI untuk rakyat dan negara. Justeru, dalam menggapai hasrat ini, kementerian terbuka dan mengalu-alukan sebarang cadangan, saranan dan lontaran idea bernas daripada semua Ahli Yang Berhormat yang dilihat bersesuaian dan relevan dengan situasi pendidikan tinggi negara.

Untuk makluman, terdapat 26 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara di bawah tanggungjawab KPT sepanjang sesi perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Oleh itu, izinkan saya menjawab dan mengulas perkara-perkara yang diutarakan sepanjang tempoh perbahasan di Dewan Rakyat mengikut kategori isu yang berbangkit.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya pertama sekali menyentuh tentang perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Ledang. Saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian mengenai Kurikulum Baharu Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang lebih komprehensif dan berimpak tinggi serta diterajui oleh modal insan yang terbilang.

Pelan baharu yang diberi nama Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 merupakan dokumen rujukan penting bagi mencorakkan hala tuju pendidikan tinggi negara untuk dekad mendatang agar selari dengan aspirasi nasional dan perubahan landskap global. Pembangunan PPTM yang telah dimulakan pada Mei 2024 dan didukung oleh 40 orang kumpulan pakar yang berpengalaman dari pelbagai bidang di dalam dan luar ekosistem pendidikan tinggi. Sepanjang tempoh penggubalan, pelbagai gerak kerja termasuk sesi libat urus dan proses pengumpulan data bersama pemegang taruh dilaksanakan dengan sewajarnya.

draft • 12:16 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sehingga 31 Disember 2024, Kementerian Pendidikan Tinggi telah melaksanakan 35 sesi libat urus yang melibatkan lebih 6,410 orang pemegang taruh dan yang terkini termasuklah dengan mengadakan pertemuan bersama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Sesi libat urus PPTM telah dijalankan secara menyeluruh dengan melibatkan semua pemegang taruh ekosistem pendidikan tinggi.

Pada masa ini, KPT sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan dokumen PPTM dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum pelan ini diluncurkan.

draft • 12:16 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Puan Yang di-Pertua, secara ringkasnya izinkan saya memberikan sedikit gambaran tentang pelan ini iaitu kita ingin melakukan satu transformasi pendidikan tinggi daripada pendidikan yang berstruktur dan pembelajaran formal kepada perluasan pendidikan secara dengan izin unbundling education dan pembelajaran sepanjang hayat. Ini sebagai contoh, kalau dulu kita memberikan penekanan kepada structured education dan formal learners dengan izin, kini kita menuju kepada unbundling of education dengan izin, and lifelong and lifewide learners dengan izin iaitu kita akan melihat dalam konteks pendidikan itu dengan lebih luas lagi.

Sebagai contoh lagi, kalau dulu kita memberikan fokus dalam rangka pendidikan tinggi kita 2015-2025. Kita memberi fokus kepada industri reading, job seekers ataupun kita dapat memberikan tumpuan kepada mereka yang ingin mencari kerja tetapi kali ini kita akan mengeluarkan daripada kepompong itu kepada keperluan masa kini dan masa hadapan kepada mereka yang mencari kerja. Dengan izin dalam bahasa Inggerisnya present and future ready job seekers and job creators. Itu antara lain.

Kalau dulu satu contohnya kita memberikan penekanan kepada yang berasaskan kepada nilai dan output driven talent dengan izin tapi kali ini bukan hanya berdasarkan kepada luaran nilai itu sahaja tetapi bagaimana nilai-nilai itu dapat dihayati dengan sepenuhnya, dengan izin juga iaitu value internalize and impact driven humanity centric talent. Itu antara lain dalam penekanan yang diberikan dalam reformasi dan transformasi pendidikan tinggi 2025 hingga 2035 nanti.

Isu yang kedua ...

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Menteri kerana yang disebutkan oleh beliau libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas yang saya pengerusikan itu kali pertama tahun lalu itu atas undangan kami tapi yang minggu lalu itu atas *you get yourself invited...

[Ketawa]* Atas cadangan beliau.

Saya rasa ini semangat libat urus yang baik.

Kita nak komen lebih sebab benda ini belum final tetapi kami amat teruja melihat apa yang telah dibentangkan. Cuma ada dua Yang Berhormat. Satu merujuk kepada pemurnian pelan pendidikan ini sebelum dibentangkan di Kabinet ialah kalau boleh menjawab, satu isu yang ditimbulkan dalam Dewan ini oleh saya dulu ialah apabila prasarana pendidikan kita ini mengembang, tubuhnya mengembang banyak sekali, tetapi jiwa dan semangatnya mengecut. Mungkin Yang Berhormat sebut tadi tentang internalize value tapi yang itu kita kena perhalusi lagi sebab on paper ia nampak cantik tetapi soal pelaksanaan nanti.

Soalan yang kedua ialah matlamat kita ialah melahirkan good man, bukan good worker. Saya setuju soal job creators dan bukan hanya job seeker tetapi soalan yang lebih asas ialah melahirkan good man dan bukan hanya good workers.

Persoalan kedua ini susah sedikit. Mungkin Yang Berhormat tak perlu jawab.

draft • 12:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ini kerisauan yang kami timbulkan semasa libat urus itu. Pelan Pendidikan Negara memang secara praktikalnya ada tinggi, ada sekolah tapi dia mesti bermula di atas. Bagi orang Islam permulaannya ialah model Rasulullah, kemudian bagaimana kita menuju menjadi model Rasulullah itu. Saya ada sedikit kebimbangan kerana ini ada dua kementerian.

Sebab itu saya kata Yang Berhormat tak perlu jawab tapi bawa ini ke Kabinet.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Nak memastikan supaya perancangan itu seamless atau mulus yakni dia betul-betul terpadu, tersusun, licin dan tidak terputus. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Menteri, Sungai Siput.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sila.

draft • 12:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Speaker. Saya mengambil ruang ini mengalu-alukan rombongan seramai 70 orang guru besar sekolah rendah dan sekolah menengah Parlimen Sungai Siput yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Tuan Ahmad Sabri.

Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, kita mengalu-alukan semua.

Baik, persoalan yang dibangkitkan oleh Indera Mahkota tadi adalah suatu persoalan yang penting untuk kita perhalusi bersama-sama. Sememangnya Puan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen yang berada dalam Dewan ini sama ada di sebelah sini mahupun di sebelah sana untuk turut bersama-sama memberi pandangan kepada satu dasar yang sangat penting untuk masa depan negara kita khususnya kepada generasi, termasuk generasi yang berada di hadapan kita ini kerana feedback-feedback dan input-input yang bernas sangat diperlukan untuk negara. Sebab itulah saya menawarkan diri. Biasanya menteri dipanggil untuk mengadap tapi saya menawarkan diri saya untuk dipanggil supaya kita memberikan penjelasan ini tentang satu dasar yang penting kepada kita.

Baik. Berkaitan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota khususnya dalam konteks hal membina manusia dan dari segi pemurnian penekanan kepada hal-hal yang berkaitan dengan nilai, itu adalah satu perkara yang sangat penting yang sememangnya diletakkan sebagai salah satu daripada 10 penanda aras utama dalam pendidikan tinggi kita iaitu apa yang disebut sebagai the tank shift dengan izin dan ini adalah antara penekanan yang akan kita berikan khususnya ketika mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini, dengan dunia AI yang semakin tidak menentu, yang begitu pantas sekali berubah dan memerlukan dari segi pembinaan nilai dan moral karakter kepada manusia itu sendiri.

Tapi saya juga sependapat dengan beliau dalam konteks pelaksanaan dan itu merupakan sering kali menjadi antara halangan-halangan tapi kita perlu memastikan supaya setiap perancangan yang kita lakukan ini dapat kita laksanakan dengan secara terfokus supaya setiap sektor yang ada di dalamnya dapat melaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Perkara yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Indera Mahkota berkaitan dengan matlamat. Jangan lupa matlamat pendidikan yang sebenarnya di universiti, pendidikan tinggi ialah untuk melahirkan manusia yang baik. Yang Berhormat Indera Mahkota tahu tentang istilah yang sering kali untuk melahirkan al- insanul soleh. Bukan hanya semata-mata warganegara yang baik tetapi juga sebagai insanul soleh dan kita terus memberikan penekanan-penekanan yang ini kerana ia merupakan satu prasyarat yang sangat penting dalam pembinaan jati diri seseorang mahasiswa atau penuntut di institusi pengajian tinggi.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Baik, seterusnya berkaitan dengan pelan yang bermula daripada atas ke bawah. Benar, seperti mana yang telah pun saya bentangkan juga kepada jawatankuasa. Dalam sistem pendidikan itu mesti ada proses kesinambungannya seperti apa yang disebutkan tadi juga seamless. Ia tidak boleh compartmentalize dengan izin ataupun kita kotak-kotakkan ia mengikut keperluan prauniversiti ataupun di peringkat menengah, peringkat rendah kerana kalau kita nak melihat satu sistem pendidikan yang menyeluruh, ia perlu bermula daripada bawah juga. Itulah yang sedang kita sedang usahakan bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Yang Berhormat Menterinya.

Izinkan saya pergi ke isu yang kedua iaitu perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Miri, Raub, Kuala Kedah dan Kuala Krai. Yang Berhormat Hulu Selangor ada membahaskan tentang budaya hedonisme susulan penganjuran konsert dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi awam dan juga IPTS.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Seperti yang kita sedia maklum, hedonisme ini merujuk kepada pegangan dan pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan. Pertama sekali, saya ingin tegaskan bahawa dan menafikan bahawa budaya sebegini menjadi satu gaya hidup mahasiswa-mahasiswi kita yang dikatakan lebih mementingkan penganjuran-penganjuran konsert sama ada di IPTA ataupun IPTS. Seperti yang kita sedia maklum juga, dari segi keperluan mengimbangi program-program yang dapat memberi manfaat kepada golongan mahasiswa-mahasiswi itu juga perlu kita berikan keutamaan kepada mereka tetapi jangan sampai ia melanggar tatasusila ataupun melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh universiti.

Oleh yang demikian, sebarang bentuk penganjuran yang hendak dilakukan atau dilaksanakan oleh mahasiswa ataupun pihak universiti, ianya mestilah tertakluk kepada peraturan-peraturan. Peraturan ini pula untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ia garis panduan yang telah dirangka yang disediakan oleh IPT masing-masing dan dalam usaha kita untuk menganjurkan sesuatu program itu ia akan melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar sendiri atau kesatuan mahasiswa di universiti yang berkenaan. Maknanya, ia tidak hanya dilakukan sepihak ataupun di pihak universiti untuk mengenakan sebarang sekatan kepada mereka. Sebab itu perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang program yang hendak dianjurkan. Sebab itu kita harap mereka faham tentang peranan universiti yang sebenarnya untuk dalam perkara-perkara yang melibatkan penganjuran seperti ini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dalam masa yang sama, kita jangan lupa dari segi peranan untuk kita berikan keseimbangan antara hendakkan hiburan dengan program-program ilmiah yang perlu diteruskan kerana universiti itu fungsinya untuk melahirkan golongan ilmuan dalam konteks kementerian. Sebab itulah kita laksanakan pelbagai program-program yang bersifat ilmiah. Sebagai contoh, pada tahun lalu kita menganjurkan satu program yang sangat besar yang dipanggil The Festival of Ideas yang dihadiri hampir 100,000 mahasiswa-mahasiswi daripada semua universiti awam dan swasta. Ia menjadi satu penganjuran perkara yang sangat baik kerana mahasiswa-mahasiswi berbincang tentang idea-idea baru dan berbahas perkara-perkara yang baik, bukan hanya untuk negara tetapi juga untuk masyarakat keseluruhannya.

Saya juga ingin membangkitkan tentang perkara yang diutarakan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah iaitu tentang keprihatinan beliau terhadap kebajikan mahasiswa khususnya mereka yang menginap di luar kampus disebabkan oleh peningkatan kos hidup. Saya sepertimana juga dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kita sangat prihatin dengan kehidupan para mahasiswa-mahasiswi kita.

Oleh yang demikian, antara usaha yang sedang kita lakukan ialah dengan menambah kolej kediaman melalui satu peruntukan kerajaan dengan Unit Kerjasama Awam Swasta yang melibatkan pelaksanaan. Sebagai permulaan, melibatkan lima kolej kediaman pelajar di universiti awam seperti yang telah pun dipaparkan sebelum ini iaitu UMPSA, USIM, UMT, UMK dan UTHM kerana ini antara universiti yang sangat memerlukan penambahan asrama di tempat mereka. Ini tidak bermakna di tempat-tempat yang lain tidak diperlukan tapi prioriti akan kita berikan kepada universiti-universiti ini terlebih dahulu.

Saya juga ingin menjawab perkara yang dibangkitkan oleh YB Miri iaitu berkaitan dengan aspek menyantuni kebajikan mahasiswa dan keluarga yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, KPT sebenarnya kita mainkan peranan penting bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir yang berlaku baru ini melalui koordinasi Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) yang berjaya sebenarnya kita menyampaikan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir dan tidak hanya bergantung pada agensi-agensi bantuan yang sedia ada. Jadi, kita membantu bersama-sama bagi meringankan beban mereka.

Melalui Yayasan Perkasa Siswa, kita juga melaksanakan program misi menyantuni mangsa banjir untuk mereka. Sehingga ke hari ini, keseluruhannya kita telah pun membantu—ini bukan hanya melibatkan di Miri tetapi juga melibatkan

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

secara keseluruhannya. Sejak tahun 2020 lagi, hampir 40,000 kesemuanya yang telah pun kita bantu dengan melalui misi yang telah pun dilaksanakan oleh mahasiswa-mahasiswi kita. Ini merupakan satu pendekatan kemasyarakatan yang baik dilakukan oleh para mahasiswa kita sekalian.

Yang Berhormat Kuala Kedah juga ada membangkitkan mengenai gejala yang tidak sihat di IPTA kita. Apa pun gejala-gejala yang tidak sihat sama ada yang amalan-amalan yang tidak mengikut lunas-lunas manusia. Jadi, kita telah pun kita tahu bahawa peraturan-peraturan itu ada. Di peringkat universiti ada peraturannya dan begitu juga dengan Perlembagaan ataupun undang-undang yang sedia ada.

Maka, setiap kes-kes yang melibatkan sebagai contoh ada melibatkan peristiwa yang memukul atau mencederakan sesiapa itu, maka kita telah mengambil pendekatan supaya kes-kes seperti ini dirujuk kepada pihak-pihak berkuasa iaitu pihak polis.

Yang Berhormat Kuala Krai juga membangkitkan perkara yang berkaitan dengan pelantikan Education Malaysia Jordan dan tentang hal pelajar-pelajar yang kita hantar ke Jordan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, melalui usaha berterusan dan penglibatan aktif KPT dan pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ), seramai 2,004 orang pelajar Malaysia telah berjaya kita tempatkan di sembilan buah universiti tempatan di Jordan.

Yang ditimbulkan ialah tentang kenapa kita turut menghantar ke universiti- universiti swasta di sana. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada sembilan universiti awam dan tiga universiti swasta yang di mana kita menghantar pelajar- pelajar kita ke sana dan bagi universiti swasta ini iaitu Universiti Zarqa, Applied Science Private University dan Jadara University ini. Kesemua sembilan-sembilan universiti ini, tiga daripada universiti swasta dan enam daripada universiti awam ini.

Ini adalah lanjutan daripada persefahaman yang telah pun ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan sebelum ini sehingga April 2029. Ini tidak bermakna universiti swasta ini tidak mempunyai kualitinya dalam kita nak menghantar pelajar-pelajar kita ke sana.

Jadi, saya harap saya menjawab persoalan yang ditimbulkan dan seperkara lagi saya tahu,Yang Berhormat yang bangkitkan itu kan?

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ya.

draft • 12:30 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Okey, satu lagi Yang Berhormat ada bangkitkan tentang pengarah yang tidak boleh berbahasa Arab. Itu saya ambil maklum. Saya, apabila mendapat maklumat itu saya telah meminta supaya dibuat semakan semula bukan hanya melibatkan Jordan tetapi melibatkan

draft • 12:30 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

juga di tempat-tempat yang lain di mana penguasaan bahasa itu sangat penting kepada negara berkenaan. Umpamanya kita menghantar Pengarah-pengarah Pendidikan kita ke negara-negara yang berbahasa Glosari Arab, tentunya mesti ada minimum requirement, dengan izin untuk mereka boleh berbahasa Arab juga. Lepas ini seorang lagi, saya bagi dekat Kuala Krai juga.

draft • 12:30 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat, soal penguasaan bahasa Arab atau bahasa-bahasa lain ini, saya cadangkan Yang Berhormat kena bincang juga dengan Menteri Luar sebab Menteri Luar pun akan ada masalah yang sama. Tetapi central agency ada masa dia tak begitu faham keperluan spesifik kementerian-kementerian yang memerlukan pegawai yang dihantar ke luar negeri yang boleh berbahasa Arab, Spanish dan sebagainya.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas respons kepada apa yang saya bangkitkan. Isu yang berkaitan, saya sebenarnya lepasan Jordan juga Yang Berhormat. Jadi, isu yang berkaitan dengan universiti swasta ini, ada beberapa isulah yang dibangkitkan.

Antaranya ialah kerana lokasi yang jauh daripada bandar, terpaksa menyewa di tempat yang agak jauh terutamanya menyulitkan bagi pelajar-pelajar wanita.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Keduanya ialah kenapakah tidak diutamakan universiti awam? Isunya ialah kerana pelajar terpaksa mengisi secara online. Walaupun pilihannya universiti lain tetapi ditempatkan oleh pihak PMJ di universiti yang bukan pilihan mereka dan juga bukan – dari sudut fakulti juga bukan pilihan mereka. Jadi, kenapakah tidak diutamakan universiti-universiti yang menjadi pilihan mereka? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat, bagi maklum balas kepada saya. Yang Berhormat belajar di sana, lebih tahu.

Walaupun saya pergi Jordan ini, saya ingat enam kali saya pernah pergi. Baik, bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi, benar. Bukan hanya melibatkan KPT, tetapi juga barangkali melibatkan Kementerian Luar. Speaker, saya menjadi Menteri Luar, itulah juga yang saya tekankan dari segi keperluan, dari segi penguasaan bahasa yang baik di kalangan kita. Kalau kita lihat, kalau kita hendak melaksanakan dasar-dasar yang baik ini, kena ada kemampuan untuk berbahasa dalam pelbagai bahasa. Jadi, terima kasih atas cadangan itu.

Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, dari segi masalah dari segi tempat tinggal dan sebagainya. Itu akan kita bangkitkan, saya

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

ambil perhatian perkara-perkara yang berkenaan. Tetapi saya juga ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, mulai Ogos 2024, Kementerian Pendidikan Tinggi Jordan telah pun memulakan satu sistem baharu. Tahun sudah iaitu kemasukan pelajar- pelajar antarabangsa ini ke universiti awam di Jordan ini di bawah satu sistem yang dipanggil unified admission system. Jadi, semua permohonan itu akan masuk dalam satu sistem ini dan tidak lagi berpusat dari segi pengambilan melalui sistem yang sebelum ini diambil melalui e-Timur Tengah. Apa pun dari segi penempatan- penempatan yang disebutkan, perkara yang dibangkitkan itu juga kita ambil perhatian untuk kita perbaiki dari semasa ke semasa. Yang Berhormat boleh terus memberikan maklum balas kepada saya.

Perkara yang ketiga. Isu yang ketiga yang hendak saya bangkitkan juga ialah berkaitan dengan kebolehpasaran graduan. Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Gombak dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Yang Berhormat Kubang Pasu juga menyentuh tentang under employment, dengan izin. Begitu juga Yang Berhormat Bachok mencadangkan tentang– akan digerakkan program kemahiran dan latihan yang relevan dengan keperluan industri dan ekonomi gig bagi mengatasi isu under employment. Saya ucap terima kasih atas cadangan-cadangan daripada kedua-dua Yang Berhormat berkenaan.

Baik, usaha untuk meningkatkan keboleh pasaran graduan dengan mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan pendidikan ini tidak hanya bersandar kepada usaha pembangunan bakat semata tetapi juga merangkumi strategi mewujudkan pekerjaan mahir serta pembangunan ekonomi yang mampan.

Justeru, KPT berpegang kepada prinsip tindakan kolektif melalui penglibatan pelbagai pihak secara holistik. Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, antara inisiatif yang digerakkan bagi menangani isu graduan bekerja tidak setara dengan kelayakan pendidikan atau, dengan izin, under employment ini adalah melalui pendekatan-pendekatan seperti berikut iaitu kita mempergiatkan kerjasama merentas kementerian dan agensi melibatkan kolaborasi serta perbincangan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah kita mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian KESUMA dan juga Kementerian Ekonomi.

KPT turut bekerjasama dengan IPT dan industri melalui kolaborasi platform di atas platform-platform yang sesuai seperti Majlis Pekerjaan Negara dan juga Majlis TVET Negara yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu ketidaksepadanan ini.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Demikian juga, KPT menggerakkan program apa yang dipanggil sebagai Government-Industry TVET, dengan izin. Government-Industry TVET Colaboration Body (GITC) yang berperanan sebagai badan perantara yang menghubungkan pihak kementerian dengan industri bagi melaksanakan kerjasama bersama dengan IPT.

Kita ada pelbagai program, termasuklah di peringkat politeknik sebenarnya.

Sebagai contoh, kita ada Program Industry@University, CEO@Faculty, Employability Advisory Committee dan Industry Advisory Council. Ini antara perkara- perkara yang kita lakukan dalam memastikan supaya hal-hal keboleh pasaran ini dapat kita tangani dengan baik antara pihak kerajaan dan juga dengan pihak industri.

Selain daripada itu juga Puan Yang di-Pertua, kita melaksanakan program pengukuhan, program pembangunan keusahawanan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan institusi pendidikan tinggi kita. Dalam usaha kita untuk membentuk minda pencari kerja ini kepada pencipta pekerjaan, as a job creator, dengan izin.

Yang Berhormat Gombak ada juga membahaskan tentang kebolehpasaran ini dengan cakupan yang lebih meluas. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan- pandangan beliau dalam konteks bagaimana beliau laksanakan di peringkat negeri Selangor. Kita mengharapkan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Selangor dengan pihak KPT dapat diteruskan. Namun, antara usaha di peringkat KPT yang kita laksanakan juga ialah dengan mewujudkan penubuhan konsortium universiti.

Bermakna, universiti-universiti pada hari ini tidak hanya melakukan kerja secara persendirian. Tidak ada lagi bekerja dalam konteks silo mereka, silo thinking, sehinggakan ada ruang-ruang yang boleh mereka lakukan secara bersama dengan menyediakan tenaga kerja yang lebih baik, hasil daripada program-program yang diaturkan, dapat kita laksanakan.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, kita lihat konsortium universiti-universiti ini telah berjaya kita laksanakan dan kita telah juga menandatangani – melalui konsortium universiti ini, kita telah menandatangani dengan pelbagai industri dalam negara, termasuklah antaranya, dengan izin, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Kerjasama yang kita tandatangani dengan Turkish Aerospace atau TUTAS Malaysia dan TUTAS Academy di Turkiye. Jadi, ini antara bidang-bidang khususnya dalam bidang teknikal dan aeroangkasa yang sedang kita lakukan.

Selain daripada itu juga, di peringkat MOHE ataupun peringkat KPT kita, kita ada program yang kita lancarkan sebagai MOHE Research and Industry-Infused

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Incubator Programmed (MRI3). Dia merupakan satu konsortium elektrik atau E&E yang sekarang ini diperdebatkan tentang kekurangan tenaga dalam bidang E&E yang sangat diperlukan oleh industri-industri E&E dalam negara kita kerana pelaburan yang begitu banyak datang, kita perlukan golongan engineers yang mempunyai kepakaran dalam bidang E&E ini. Kita telah pun mengadakan kerjasama dengan 19 universiti awam untuk membangunkan skills mereka. Sehingga kini, untuk pengetahuan Dewan sekalian, kita telah pun menandatangani MoU bersama dengan 27 syarikat daripada– dalam sektor E&E. USM antara universiti yang terulung yang dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ini, selain daripada MTUN Universiti.

Selain daripada itu juga, kita ada facility industry on campus seperti teaching factory, competent centers dan joint lab dan ini antara beberapa perkara konsep dan juga perkara yang kita lakukan, termasuk juga work based learning menerusi program industry driven aspirational learning dan pelbagai lagi perkara yang boleh kita– saya sebutkan di sini, termasuk antaranya program Structured Industry Apprenticeship Programmed for Integrated Circuit Design. Ini antara hal-hal yang berkaitan dengan E&E.

Kemudian program– satu lagi yang kita buat bersama dengan rakan Intel iaitu Strategic Intel iaitu melalui MOHE Intel Elite Internship Programmed. Di mana sebahagian daripada pelajar-pelajar kita ini dihantar ke luar negara untuk menambahkan lagi kemahiran mereka dalam bidang yang mereka ceburi ini.

Itu isu ketiga. Izinkan saya juga pergi ke isu ke– tujuh minit lagi. Isu kelima.

Saya ingat saya pergi dulu ke isu TVET, STEM dan data graduan bidang pertanian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, yang dibangkitkan juga oleh YB Sik. Tentang data rasmi dari segi sistem kajian pengesanan graduan yang dikeluarkan oleh KPT yang telah pun menceburi bidang pekerjaan iaitu seramai 76,000- pada tahun 2023 iaitu 76,431.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Selain daripada itu juga, dibangkitkan tentang hal yang berkaitan dengan STEM. STEM ini, seperti yang kita sedia maklum bahawa program-program STEM bagaimana kita dapat menarik minat di kalangan pelajar-pelajar kita, penuntut- penuntut kita untuk menceburi ataupun untuk mengambil kursus-kursus yang berkaitan dengan STEM ini, ia memerlukan proses seperti mana yang disebutkan oleh Indera Mahkota tadi, ia perlu ada seamless process daripada bawah dalam bagaimana kita menanamkan minat mereka ke dalam bidang STEM ini.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Usaha-usaha juga dilakukan. Antara lain, untuk pengetahuan sidang Dewan, iaitu selain daripada bidang yang diberikan penekanan STEM, ada bidang-bidang lain iaitu dengan menganjurkan mereka mengambil program-program tertentu khususnya dalam bidang-bidang teknikal di peringkat politeknik bagi membolehkan mereka akhirnya akan pergi ke haluan yang berkaitan dengan bidang engineering juga. Walaupun mereka bukan daripada STEM tetapi dengan program-program khas yang diatur untuk kelompok pelajar ini, kita telah pun berjaya melahirkan kalangan mereka yang mempunyai kompetensi sebenarnya. Maknanya, mesti ada langkah- langkah yang lebih inovatif untuk kita laksanakan usaha ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat.

Terima kasih, Yang Berhormat. Ringkas daripada Bachok.

Untuk pihak KPT melihat kembali polisi tentang kolej komuniti. Saya pernah bangkitkan sebelum ini dan telah dijawab oleh pihak kementerian. Kolej komuniti di Bachok itu telah pun ada majlis perasmian pecah tanah, tetapi tidak diteruskan kerana polisi yang baharu ialah jika sudah ada dua, tiga institusi TVET di sebuah Parlimen, maka tidak akan dibuka kolej komuniti.

Sedangkan, bagi saya, kolej komuniti ini ada tawaran yang tersendiri, program yang tersendiri, niche yang tersendiri. Jadi, amat sesuailah diteruskan.

Dasar awal, bahawa setiap Parlimen itu ada kolej komunitinya yang sendiri. Jadi, saya mohon pertimbangan Yang Berhormat, jasa baik Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Di peringkat awal, itulah cadangan di pihak kerajaan untuk memastikan supaya kolej komuniti ini dapat diwujudkan di setiap Parlimen. Termasuklah kawasan saya, saya pun nak juga.

Tetapi, secara realitinya, secara praktikalnya, kalau Yang Berhormat sedia maklum bahawa ada pelbagai institusi-institusi teknikal yang bersifat― untuk program- program asas dan sijil. Ada pelbagai.

Kita mendapati ada kawasan-kawasan tertentu sebenarnya dia mempunyai masalah untuk mendapatkan pelajar-pelajarnya dan tidak mencukupi. Saya pergi ada beberapa kawasan baru ini. Baru ini pun saya pergi ke Sabah, saya melihat sebuah kolej komuniti yang sangat baik. Ada tempat pula yang saya pergi, dia menghadapi masalah untuk mendapatkan pelajar-pelajar. Akhirnya, dia terpaksa menganjurkan kursus untuk orang kampung untuk masak dan sebagainya. Ini tidak memenuhi matlamat sebenar.

Sebab itu, yang kita nak berikan penekanan supaya kolej komuniti ini akhirnya dapat berperanan akan keperluan dan ekosistem dalam sesuatu daerah itu.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sebab itu kita sedang melihat semula, review, dengan izin, tentang keperluan- keperluan kolej komuniti ini di setiap kawasan. Baik.

Oleh kerana masa yang agak terbatas, Yang Berhormat, saya ada banyak perkara. Saya juga ingin membangkitkan perkara hal ehwal universiti awam, seperti mana yang kita sedia maklum, dibangkitkan oleh Masjid Tanah, dibangkitkan oleh Balik Pulau yang berkaitan dengan proses termasuk proses pemilihan dan kita dengar macam-macam cerita didengar sama ada dalam WhatsApp dan sebagainya.

Secara dasarnya, saya ingin maklumkan bahawa pelantikan naib canselor dan juga timbalan-timbalan naib canselor sesebuah universiti awam adalah mengikut prosedur dan ketetapan akta yang diluluskan oleh Parlimen iaitu merujuk kepada seksyen 4A, AUKU 1971 (Pindaan 2019) yang memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Penasihat bagi pemilihan tersebut.

Jadi, dia perlu melalui pelbagai saringan. Maksudnya, Menteri tidak boleh sewenang-wenangnya melihat seseorang itu― ada yang mengatakan ini kartel politiklah ataupun dengan permainan politik. Tidak boleh. Kerana ia perlu mengikut tatacaranya. Iaitu, sebagai contoh, bagi saringan pertama, iklan akan dikeluarkan.

draft • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Nanti kejap, Yang Berhormat.

Duduk dulu. Nanti lepas ini saya bagi.

draft • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Okey, okey.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Iklan akan dikeluarkan ya.

Apabila ada kekosongan, maka iklan akan dikeluarkan untuk setiap jawatan yang ingin ditawarkan.

Seterusnya, proses profiling. Yang Berhormat Indera Mahkota tahu. Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, kan? Profiling akan dilaksanakan oleh pengurusan universiti dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Kemudian, calon-calon yang layak, yang mohon itu, dan disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemu bual. Kemudian, temu bual akan dihadiri oleh Pengerusi LPU nya dan juga oleh wakil senat di universiti. Bukan Menteri yang mengendalikan. Ia dilakukan oleh seorang Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. Mereka akan turun ke bawah ke universiti berkenaan.

Dalam proses untuk melihat itu, bukan hanya mereka interview calon yang berkenaan tetapi juga keseluruhan yang berkaitan. Ini yang disebutkan oleh Indera Mahkota sebelum ini. Collegiality-nya, kena lihat. Kena lihat, tengok, dengar pandangan. Hasil daripada itulah kemudian dia akan dibawa balik dan kemudian

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

mereka akan membincang di peringkat jawatankuasa. Berdasarkan kepada calon- calon yang ada, merit akan diberikan kepada setiap calon itu.

Jadi, saya nak sebutkan di sini ialah pelantikan naib canselor adalah bersifat, dengan izin, judicious. Ia dirujuk berdasarkan saranan dan syor daripada lembaga pengurusan universiti, jawatankuasa dan Jawatankuasa Pemilihan Naib Canselor kepada Menteri.

Jadi, daripada nama senarai yang diberikan itu, yang layak, maka Menteri akan memilih calon sebagai naib canselor berdasarkan― bukan kuasa sewenang- wenangnya Menteri. Berdasarkan kepada undang-undang dalam Bahagian I seksyen 9(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti. Saya tidak melantik naib canselor secara sewenang-wenangnya atau secara semberono atau bukan disebabkan oleh faktor politik seperti mana yang disebarkan dalam WhatsApp layang dan sebagainyalah. Macam-macam ceritalah yang kita dengar. Jadi, saya nak terangkan dalam Dewan kerana itulah proses yang dilakukan.

Jadi, saya tengok― Yang Berhormat, ya, silakan.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan kerana masa sudah tamat.

draft • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut tentang proses pelantikan naib canselor universiti. Saya terpanggil untuk bertanyakan secara langsung kepada Yang Berhormat Menteri tentang isu yang berlaku kepada Naib Canselor UKM.

Media massa menyebut tentang adanya salah laku dan diambil tindakan dengan cara yang tidak proper. Akhirnya, Naib Canselor membuat laporan polis dan perkara itu masih lagi dalam siasatan. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah salah laku yang dikaitkan dengan Naib Canselor yang berkenaan sehingga dia diturunkan ataupun dia mengambil langkah untuk meletak jawatan? Sekian.

Mohon penjelasan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya ringkaskan, Yang Berhormat. Kalau saya nak jelaskan, banyak. Yang Berhormat boleh jumpa saya secara peribadilah sebab ada perkara yang mungkin agak terlalu sensitif.

Apa pun, saya sebutkan di sini, proses yang dibuat oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan itu adalah dengan tindakan beliau menghantar surat yang nyatakan tanpa ada tuduhan apa-apa secara rasmi yang dikenakan kepada dia. Itu

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

saya nak sebutkan di dalam ini. Bukan orang kata oleh kerana siasatan telah dibuat dan telah pun muktamad, maka dia dengan rela untuk meletak― tidak. Saya nak sebutkan di sini.

Tetapi, dalam masa yang sama, saya nak sebutkan di sini bahawa kita ingin menjadikan universiti itu adalah sebagai institusi akademia yang terunggul, tempat kita mendapat ilmu dan juga menyampaikan ilmu, membina manusia sama ada pelajarnya mahupun ahli akademiknya. Amat malang kalau sekiranya kita melihat universiti itu menjadi kilang pengeluaran fitnah, surat layang dan sebagainya.

Namun, sebagai kerajaan, kita juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan supaya pengurusan universiti itu dapat berjalan dengan sebaik-baiknya tanpa melakukan penganiayaan kepada mana-mana pihak. Mesti berlandaskan kepada peraturan dan undang-undang. Sebarang tindakan yang dibuat oleh Menteri atau sesiapa sahaja, sama ada Menteri atau lebih tinggi daripada Menteri dan sebagainya, dalam konteks universiti itu, mesti berlandaskan kepada peraturan.

Saya tidak boleh bertindak sesuatu yang di luar ruang lingkup undang-undang. Itu saya nak jelaskan. Saya berhenti di situ. Tak perlu saya nak jelaskan lebih lanjut lagi.

draft • 12:50 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Menteri, boleh saya? Tengok sikit.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ya. Berkenaan dengan proses pelantikan tadi, Menteri ada sebut tentang ada jawatankuasa carian iaitu search committee. Di mana, search committee ini akan melalui beberapa proses saringan dan sebagainya dan akan memberi rekomendasi kepada Menteri dan Menteri akan buat keputusan berdasarkan recommendation daripada jawatankuasa tersebut. Kadang-kadang ada bagi 10 nama, Menteri akan pilih satu nama sahaja.

Kita hendak pastikan bahawa 10 nama yang diberi itu, maksudnya kadang- kadang ada juga sebut bagi 10 nama tetapi Menteri pilih yang nombor 10, tidak pilih yang nombor satu. Itu cakap-cakap di luarlah sebab hendak kena tengok dari segi political inclination dan sebagainya. Diharap tidak berlaku.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 1:00 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, saya berharap dalam pelantikan Naib Canselor baharu UKM yang akan datang ini kita hendak tengok lebih telus lagi, dari segi pelantikan itu mestilah seorang yang profesional. Seorang yang boleh memberi kebaikan dan menaikkan nama UKM balik sebab saya rasa nama UKM sekarang tercemar dengan ada macam sedikit masuk campur daripada Istana Negeri Sembilan sebagai Pro- Canselor yang tarik balik “datukship” daripada Naib Canselor.

Ini menunjukkan ada. Somehow, ada – Istana prihatin tentang masalah yang berlaku di UKM. Jadi, saya hendak supaya kita mengeruhkan keadaan di UKM supaya pelantikan VC baharu ini betul-betul telus dan betul-betul seorang yang profesional, yang boleh menaikkan balik nama UKM. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya hendak sebutkan, hendak jelaskan, ini bukan soal telus atau tidak telus. Sama ada dia mengikut peraturan yang ada, sama ada Menteri ataupun mana-mana pihak menggunakan peruntukan undang-undang itu atau pun tidak. Itu yang paling mustahak sebab apa yang disebutkan oleh YB tadi, saya boleh sebutkan. Itu adalah anggapan-anggapan yang di...

[Tidak jelas] Kononnya dikatakan kalau ada 10 nama. Indera Mahkota tahulah.

Biasanya senarai yang terakhir tidak sampai 10 pun. Dua, tiga sahaja.

Memilih yang terbaik daripada kalangan yang baik-baik ini. Jadi, siapa yang terbaik daripada kalangan yang terbaik? Maka, akan dibuatkan penilaian di situ sebenarnya.

Ada aspek-aspek. Jadi, saya hendak sebutkan di sini, tidak timbul. Saya hendak jelaskan dalam Dewan ini kerana terlalu banyak tanggapan yang dilontarkan dan kita percaya apa yang disebutkan dalam sosial-sosial media, yang disebutkan dengan pandangan-pandangan, ditulis dengan begitu rupa, seolah-olah itu adalah fakta.

Saya perlu jelaskan di dalam Dewan ini Yang Berhormat dan termasuk yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan soal interference politic.

Saya hendak sebutkan juga di dalam Dewan ini interference dalam pelantikan Naib Canselor ini bukan dan sepatutnya bukan hanya – tidak sepatutnya datang daripada kalangan ahli politik dan juga tidak harus datang daripada kalangan the non-political actors.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kalau boleh Yang Berhormat, pendek sahaja?

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan yang terakhir, Yang Berhormat.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Ada dua perkara. Satu ialah Menteri sudah ikut proses. Ini bukan hanya KPT. Menteri lain pun sama juga. Siapa pernah jadi Menteri, dia tahulah. Menteri Digital pun ada. Proses sudah diambil. Sebaik-baiknya ketika pelantikan. Selepas pelantikan itu, cerita lain lagi. Jadi, ada masa kita bercampur apa yang berlaku selepas pelantikan. Semasa pelantikan, semua sudah ikut cara yang terbaik. Selepas pelantikan, itu bab yang lain.

Kedua, saya cadangkan ada waktunya kita dalam Dewan ini pun harus lebih tertib dengan menggunakan istilah lantikan politik. Saya ada pengalaman Tuan Yang di-Pertua, ketika saya jadi Menteri Luar kali yang kedua. Kita define sebenarnya bukan lantikan politik. Dia lantikan duta di kalangan diplomat atau lantikan duta bukan di kalangan diplomat sebab lantikan politik can mean anything under the sky. So, we have to be very cautious apabila menggunakan terma lantikan politik. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota tolong bantu menjelaskan kerana beliau pernah berada di sana, termasuk di Kementerian Luar sendiri, bagaimana proses yang dilakukan apabila lantikan seseorang itu yang berkaitan dengan kepentingan negara ya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya disuruh berhenti tadi ataupun Dato’ Speaker mahu saya terus ataupun saya...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya bagi sehingga last issue. Selepas itu, Yang Berhormat boleh menjawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya juga ingin bangkitkan iaitu perkara berkaitan dengan isu kemasukan ke IPTA dan juga tentang hal yang berkaitan dengan akademik dan kurikulum.

Saya pergi dulu ke hal yang berkaitan dengan kemasukan akademik ini ke IPTA yang dibangkitkan oleh YB Indera Mahkota, YB Jeli dan juga YB Kuala Kedah.

Saya faham akan pandangan mereka yang telah pun melontarkan sebelum ini tentang keperluan kokurikulum itu diangkat kepada 30 peratus.

Saya juga telah pun membangkitkan perkara ini di peringkat pelaksanaan iaitu dengan perbincangan dengan Menteri Pendidikan supaya hal-hal penilaian tentang peratusan itu kerana ia datang daripada – Bermula daripada Kementerian Pendidikan. Mungkin hal ini dapat kita dalami lagi bagi memastikan apa dari segi ratio yang hendak kita berikan bagi kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA. Sebagai

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

contohnya, pada hari ini kita ada 10 peratus untuk kokurikulum dan 90 peratus untuk kurikulum, 10 peratus kokurikulum, 90 peratus kurikulum.

Itu pun seperti yang kita sedia maklum menjadi satu perbahasan hangat setiap kali apabila pendaftaran-pendaftaran baharu dibuka untuk memasuki ke universiti. Walau bagaimanapun, kita ambil perhatian untuk kita teruskan perbincangan ini bagi memastikan apa ratio yang terbaik untuk kita pastikan. Boleh saya benarkan sedikit?

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, saya guna budi bicara saya. Last.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Menteri, sedikit berkaitan kemasukan ke universiti. Sedikit berbeza dengan konteks yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma, seperti mana yang saya pernah sebut dalam Kamar Khas sebelum ini berkaitan dengan tarikh kemasukan ke universiti atau masa kemasukan ke universiti itu.

Kita dengar sekarang ini Kementerian Pendidikan bercadang untuk membuka sekolah pada bulan Januari. Apabila sekolah dibuka pada bulan Januari, SPM berkemungkinan besar akan dilaksanakan pada bulan Oktober atau pun bulan November untuk membolehkan pemarkahan dibuat dan sekolah dimulakan pada bulan Januari. Sekarang ini universiti dan pengajian tinggi dibuka atau menerima kemasukan dalam bulan tujuh atau bulan lapan.

Jadi, saya mohon sekiranya diawalkan SPM itu, saya mohon Kementerian Pengajian Tinggi boleh duduk dengan Kementerian Pendidikan supaya kita pastikan tempoh untuk kemasukan ke universiti itu diawalkan. Kalau tidak, ia akan jadi satu tempoh yang terlalu panjang. Habis SPM bulan 11 katakan, masuk universiti bulan Ogos atau bulan September. Kalau sebelum COVID-19, kita gig ekonomi ini tidak begitu berkembang.

Sekarang ini anak-anak muda sudah boleh bekerja, sudah boleh dapat pendapatan. Jadi, kita takut terlalu lama tempoh itu, semangat untuk anak-anak ini meneruskan pengajian di pengajian tinggi itu semakin menurun. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya faham akan keprihatinan Putrajaya itu. Sebelum ini pun kita turut membincangkan perkara yang sama kerana kesenjangan masa lebih kurang tiga bulan ke empat bulan itu sebenarnya tidak memberi impak yang baik kepada perancangan ke hadapan mereka. Insya-Allah kita akan lihat sama kerana perkara ini perlu dilakukan secara bersama dengan

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kementerian Pendidikan. Saya ambil maklum perkara itu dan perkara ini pun telah kita juga bincangkan sebelum ini.

Akhir sekali, Yang Berhormat, saya bangkitkan tentang hal yang berkaitan dengan akademik dan kurikulum yang dibangkitkan oleh Paya Besar, dibangkitkan oleh Selangau, Jeli, Kuala Krau dan juga Padang Rengas. Saya ingin maklumkan bahawa program-program kejuruteraan polimer di universiti tempatan kita tawarkan di UTM, USM, UiTM, UniMAP, UniSZA. Ini antara program-program yang diatur.

Bagi Yang Berhormat Selangau menzahirkan keprihatinan tentang untuk penawaran kursus kecerdasan buatan AI, blockchain dan perkomputeran dan cloud ini. Kita telah pun juga melaksanakan. Dasar kita tahun sudah memulakan. Kita mulakan dengan UTM dan pada dasar kali ini kita minta semua universiti kita melaksanakan agenda-agenda baharu ini dalam kurikulum mereka.

Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas penglibatan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dengan membahas isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan negara kita. Khususnya dalam konteks Kementerian Pendidikan Tinggi ini. Insya- Allah, di pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ini, kita akan melaksanakan sebaik mungkin akan amanah dan juga agenda besar untuk negara kita ini dalam konteks Kerajaan MADANI yang ada ini. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.

Berikut saya mempersilakan Menteri Kementerian Digital untuk menjawab.

draft • 1:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang menyentuh isu-isu berkaitan dengan Kementerian Digital. Di antara Yang Berhormat-Yang Berhormat tersebut adalah YB Ledang, YB Kota Melaka, YB Kuala Kangsar, YB Kluang, YB Batu Gajah, YB Tanjong Piai, YB Shah Alam dan YB Padang Rengas.

Saya telah pun mendengar dan meneliti semua isu pandangan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan menjawab berdasarkan kepada tiga tajuk utama daripada perbahasan-perbahasan tersebut iaitu pertama Tuan Yang di-Pertua, aspek manfaatkan perkembangan pendigitalan

draft • 1:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

kepada rakyat. Kedua, aspek isu keselamatan siber dan ketiga- pembangunan AI sendiri di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang dalam perbahasan beliau telah pun membangkitkan isu berkaitan dengan kadar pendigitalan dalam kalangan rakyat Malaysia serta manfaat yang diperoleh rakyat terutama peniaga akibat transformasi digital. Sukacita saya nyatakan kadar pendigitalan diukur berdasarkan pencapaian kerajaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif kluster data dan kerajaan digital yang terkandung dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR negara dan berdasarkan kepada Pelan-pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 .

Kadar pencapaian keseluruhan setakat November tahun yang lalu iaitu 2024, Tuan Yang di-Pertua adalah sehingga 82.15 peratus. Pendigitalan memberi peluang besar kepada rakyat untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dan juga maklumat dengan lebih mudah dan pantas serta memudahcarakan rakyat untuk menjalankan urusan harian seperti pembayaran, pembelajaran dalam talian dan perkhidmatan kesihatan melalui platform-platform digital.

Justeru, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ledang dan juga Yang Berhormat daripada Tanjong Piai mengenai usaha kerajaan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada transformasi digital, Kementerian Digital telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan pengetahuan rakyat mengenai perkembangan teknologi masa kini di beberapa peringkat iaitu seperti berikut.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, peringkat perusahaan mikro kecil dan sederhana. Program-program seperti eUsahawan dianjurkan oleh MDEC bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran keusahawanan digital di kalangan individu, di peringkat pelajar dan juga usahawan mikro. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015 Tuan Yang di-Pertua, program ini telah melatih lebih daripada 563,000 orang usahawan di seluruh negara.

Kemudian, kita ada peringkat pekerjaan. Melalui inisiatif-inisiatif seperti MD Workforce Training, MDEC telah meningkatkan kemahiran serta melatih semula tenaga kerja tempatan melalui pelbagai program latihan dalam bidang kecerdasan buatan, perkomputeran awam, sains data dan animasi. Sehingga Disember tahun lalu 2024, seramai 12,964 orang telah menyertai program ini.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga ada inisiatif MD Workforce Place and Train turut dilaksanakan khususnya kepada rakyat Malaysia bagi

draft • 1:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

memperkasakan individu yang menganggur agar mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan khususnya kemahiran teknologi digital. Sehingga Disember tahun lalu 2024, seramai 2,645 orang individu telah pun menyertai program ini.

Kemudian ketiganya, kita memberi fokus kepada peringkat tertiary. Premier Digital Tech Institutions (PDTI) adalah merupakan sebuah program Yang di-Pertua, yang bertujuan untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi yang menepati kehendak industri. Menerusi program ini, MDEC berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memberi penarafan kepada institusi pendidikan tinggi terpilih khususnya yang mempunyai rekod prestasi dalam menghasilkan graduan berkualiti tinggi untuk pekerjaan bernilai tinggi berasaskan teknologi digital.

Kemudian yang keempat, di peringkat sekolah. Di peringkat sekolah Tuan Yang di-Pertua, ada program MyDigitalMaker yang merupakan sebuah inisiatif bagi mendekatkan generasi muda terutama murid sekolah dari dalam dan luar bandar untuk memahami teknologi seperti pengaturcaraan dan pembuatan 3D bagi memupuk minat serta kesedaran mereka meneroka dan seterusnya merangsang idea baharu dalam menghasilkan ciptaan inovasi digital.

Program Pencarian Cikgu Juara Digital juga telah dilaksanakan bertujuan untuk membina kumpulan pendidik pakar teknologi digital di setiap daerah serta meningkatkan potensi guru-guru dalam pendidikan digital di seluruh negara.

Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, seramai 356 orang guru telah dilatih dan mendapat pensijilan International Certification of Digital Literacy dalam data sains dan AI.

Melalui pendedahan dan latihan yang telah diberikan, guru ini akan diberikan latihan atau memberikan latihan kepada murid-murid di sekolah masing-masing.

Sepanjang tahun 2024, seramai 24,000 orang murid yang telah dilatih oleh guru-guru CJD ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, cukup jelas kita tahu sebenarnya apakah keperluan kita lihat daripada peringkat-peringkat tertentu.

Kita memberikan tumpuan dan fokus kepada apakah yang diperlukan dari sudut kemahiran yang perlu kita agihkan kepada murid-murid ataupun pelajar-pelajar yang berkaitan. Kemudian juga kita lihat kepada aspek guru-guru yang boleh diberikan latihan supaya mereka ini dapat menjadi fasih dalam aspek apa sebenarnya yang perlu diberikan dari sudut latihan kepada murid-murid tersebut.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital turut menyedari dan juga peka berkenaan dengan persepsi kesan perkembangan teknologi kecerdasan

draft • 1:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

buatan terutamanya terhadap peluang pekerjaan yang sedia ada sepertimana yang dibangkitkan oleh YB Kota Melaka semasa sesi perbahasan beliau.

YB Batu Gajah turut membangkitkan hal soal mengenai rancangan kerajaan untuk mempercepatkan transformasi digital dalam sektor awam serta usaha kerajaan meningkatkan kapasiti dalam kebolehan pekerja sektor awam dan juga swasta bagi mereka menghadapi cabaran perubahan digital masa kini. Sehubungan dengan itu, kementerian melalui fungsi dan peranan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan

(NAIO) telah merancang dan melaksanakan beberapa program inisiatif yang khusus bertujuan untuk menyedarkan kemahiran penggunaan AI kepada rakyat dan ia seperti berikut.

Pertamanya, kita ada program inisiatif *AI for Malaysia's Future

(AIForMYFuture).* Program kerjasama ini dengan pihak Microsoft telah dilancarkan pada 10 Disember tahun lalu. Tujuan program ini Tuan Yang di-Pertua, adalah bagi menyediakan platform kemahiran dan penghasilan bakat berkaitan AI yang menyasarkan seramai 800,000 penyertaan di samping memacu agenda transformasi AI menerusi kerjasama rentas sektor.

Keduanya, kita ada program AI at Work 2.0. Inisiatif ini Tuan Yang di-Pertua, adalah kerjasama di antara Kementerian Digital dan juga Google Cloud yang bertujuan merevolusikan produktiviti penjawat awam dengan mengintegrasikan alat AI generatif ke dalam tugas harian yang dilaksanakan. Program ini membolehkan kira-kira 445,000 penjawat awam mengakses ciri-ciri aplikasi seperti Gemini dalam Google Workspace secara percuma sehingga tahun 2028. Sebenarnya inisiatif yang fokus secara khusus kepada penjawat awam.

Program ini Tuan Yang di-Pertua, diperkenalkan supaya kita dapat melengkapkan semua penjawat awam dengan penyelesaian berasaskan AI untuk menjana idea, mengautomasikan tugas berulang, menganalisis data kompleks serta memperkemaskan aliran kerja mereka.

Pendekatan ini juga Tuan Yang di-Pertua, dijangka membolehkan penjawat awam untuk menumpukan lebih banyak masa kepada tugas strategik serta memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Jadi, kita ada teknologi kita bawa kepada penjawat awam dan dengan menggunakan teknologi itu, kita lihat mutu pekerjaan mereka meningkat. Di samping itu, masa yang mereka ada, masa lebihan yang mereka ada boleh ditumpukan kepada tugas-tugas yang lain.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, Pusat Kecemerlangan AI- AI Centre of Excellence. Kerajaan kini sedang merancang untuk menubuhkan AI Centre of

draft • 1:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Excellence yang bertujuan untuk menjadi pusat kepakaran yang menggabungkan penyelidikan inovasi dan juga latihan dalam teknologi AI serta bertindak sebagai platform untuk membangunkan solusi AI yang inovatif, menyediakan latihan kepada profesional dan industri serta mendorong kolaborasi antara sektor awam, swasta dan akademik.

draft • 1:10 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, selepas kita lancarkan Pejabat Nasional AI Office, kita dapat banyak feedback daripada industri, swasta dan sebagainya. Kita lihat ada keperluan kita untuk menubuhkan satu pusat ataupun dikenali sebagai Centre of Excellence di mana kita dapat berbincang sebenarnya apakah hala tuju bagi sektor-sektor tertentu. Kita dapat tahu peluang- cabaran mereka sebenarnya apa itu, solusi-solusi yang ada yang membolehkan masalah itu diselesaikan dan kita bincang bagaimana kita boleh memastikan bahawa solusi- solusi itu dapat kita hasilkan supaya kita dapat meningkatkan produktiviti dalam sektor-sektor tertentu tersebut.

Kemudian, yang keempat, kita ada portal Rakyat Digital. Tuan Yang di- Pertua, portal ini merupakan sebuah platform pembelajaran yang dibangunkan oleh MyDigital Corporation untuk menyediakan rakyat dengan pengetahuan asas berkaitan teknologi baharu muncul dan ia nya tanpa sebarang kos. Setelah kursus selesai, peserta akan menerima sijil ataupun lencana digital- digital batch yang diperibadikan. Buat masa ini, sebanyak tiga kursus tersedia dan empat kursus lagi akan tersedia dan kita harap ia dapat dilaksanakan di dalam tahun- dalam pertengahan pertama tahun ini, first half of this year.

Ia seperi berikut, first we have CyberSAFE untuk rakyat. Sehingga Februari tahun ini Tuan Yang di-Pertua, jumlah penyertaan sebanyak 3,244 orang peserta.

Kedua, kita ada AI untuk Rakyat. Sehingga Februari tahun ini, jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak 1,389,381 orang peserta. Yang ini ramai kerana kita buat target kita sebanyak sejuta tapi ia memang telah pun melebihi target yang disediakan oleh kerajaan.

Ketiga, Introduction to Generative AI. Sehingga Februari tahun ini, jumlah penyertaan sebanyak 1,553 orang peserta.

Empat, Cloud untuk Rakyat, jangkaan pelancaran kita harap akhir bulan Mac tahun ini, bulan depan.

Kelima, Blockchain untuk Rakyat juga diharap dilancarkan dalam bulan Jun.

Data untuk Rakyat, kita harap juga dalam pertengahan pertama tahun ini dan

draft • 1:20 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Pengkomputeran Kuantum untuk Rakyat, ini kita harap dapat dilancarkan di akhir tahun ini.

Jadi, kita lihat, kita- semua tahu dengan teknologi baharu, terdapat aspek- aspek seperti data, Blockchain, Cloud, pengkomputeran kuantum dan sebagainya.

Kita telah pun memilih sektor-sektor tertentu ini dan kita menyediakan apa yang disebutkan program-program yang khusus yang dibawa kepada rakyat supaya kita dapat tahu sebenarnya apakah teknologi-teknologi yang wujud ini.

Kursus CyberSafe untuk Rakyat, merupakan kursus komprehensif yang direka Tuan Yang di-Pertua. Ia untuk membekalkan rakyat dengan pengetahuan asas yang diperlukan bagi melindungi aset digital dalam dunia yang saling berhubung pada masa kini. Kursus ini merangkumi konsep asas seperti mengenal pastikan ancaman, menguruskan risiko dan melaksanakan langkah keselamatan yang diperlukan yang berkesan.

Program AI untuk Rakyat pula dibangunkan dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan asas terhadap kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) dan untuk meningkatkan literasi digital serta meningkatkan pemahaman mengenai AI di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Manakala bagi kursus Introduction to Generative AI, kursus asas ini membincangkan konsep-konsep utama AI Generatif, teknik yang digunakan dalam pembangunannya serta aplikasi praktikal dalam dunia sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua, peserta akan memperoleh pemahaman mendalam mengenai prinsip asas Gen AI, cara teknologi ini beroperasi dan yang penting bagaimana ia boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan inovasi serta kecekapan dalam pelbagai bidang.

Kelima Tuan Yang di-Pertua, kita ada Program Kepimpinan Digital Eksekutif and this is disebut sebagai Executive Digital Leadership Program. Program pensijilan selama tiga bulan ini menyediakan pengetahuan tentang perkembangan digital dan teknologi terkini serta mempersiapkan pekerja daripada sektor awam dan swasta dengan kemahiran untuk melaksanakan rancangan pendigitalan dalam organisasi masing-masing.

So yang ini akan fokus kepada organisation, apa yang diperlukan dan bagaimana mereka boleh mewujudkan dan menyiapkan pendigitalan atau rancangan pendigitalan dalam organisation mereka. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu pekerja merangka dan melaksanakan strategi digital yang berimpak tinggi serta bersesuaian dengan objektif organisasi masing-masing.

Setelah tamat program tersebut, peserta akan menerima juga sijil program daripada

draft • 1:20 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

SCS School of Business dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technnology atau MIT Sloan School of Management.

Daripada keseluruhan 205 orang peserta, seramai 158 orang individu ataupun 77 peratus daripada mereka terdiri daripada sektor awam. Manakala seramai 47 orang peserta, 23 peratus berasal daripada sektor swasta. Penyertaan yang tinggi dari agensi dan kementerian mencerminkan komitmen yang kita lihat yang semakin meningkat dalam aspek mempercepatkan transformasi digital dalam institusi awam. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, penglibatan profesional daripada sektor swasta menunjukkan kepentingan kerjasama merentas sektor awam- merentas sektor, minta maaf- dalam memajukan ekonomi digital Malaysia.

Memandangkan penyertaan sektor awam dalam EDLP adalah sangat signifikan adalah menjadi harapan agar para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperoleh dalam jabatan masing-masing. Dengan mengintegrasikan strategi digital, alat-alat dan rangka kerja ke dalam operasi harian, kerajaan dapat memacu peningkatan penggunaan teknologi digital, memperkemas operasi dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam. Jadi Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menyatakan di sini. Kita ada banyak teknologi yang berbeza dan ia semakin dalam proses pembangunan. Setiap hari kita lihat ada teknologi baharu yang dibangunkan.

Kita juga tahu bahawa sektor-sektor yang berlainan mempunyai cabaran- cabaran yang berlainan. Jadi apa yang kita hendak laksanakan adalah pastikan bahawa kita melihat kepada setiap sektor, kita faham apa cabaran tersebut dan teknologi yang boleh membantu sektor tersebut disalurkan kepada sektor-sektor tersebut. Di situlah kita dapat melihat nilai sebenar teknologi dalam aspek memperkasakan sektor-sektor tersebut.

Kita juga ada aspek kerjasama strategik di sekolah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital melalui MyDigital Corporation juga telah menjalinkan kerjasama strategik dengan sekolah pengkodan atau coding school yang dikenali sebagai 42 Malaysia. Ini dengan tujuan spesifik untuk membangunkan bakat digital negara.

Jalinan kerjasama ini merangkumi program pertukaran latihan industri, penyelidikan dan pembangunan bersama dan penglibatan dalam inisiatif Executive Digital Leadership Program seperti yang saya dah sebutkan tadi oleh MyDigital Corporation.

Tuan Yang di-Pertua, 42 Malaysia merupakan sebuah institusi pengkodan percuma dan inovatif yang bertujuan untuk membangunkan bakat digital Malaysia dengan menyediakan persekitaran pelajaran rakan sebaya yang unik. Inisiatif ini

draft • 1:20 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

memfokuskan kepada pembelajaran berasaskan projek dan menekankan kemahiran-kemahiran penting dalam menguasai ekonomi digital seperti kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaian masalah dan jalinan kerjasama.

Sebanyak dua buah kampus telah diwujudkan di Malaysia di bawah 42 Malaysia. Iaitu yang pertama di Kuala Lumpur, 42 KL. Ini dalam tahun 2021. 42 IP atau Iskandar Puteri pada September tahun lalu.

Manakala kita ini harap bahawa lagi satu kampus baharu iaitu Penang 42 akan diwujudkan dalam bulan empat tahun ini- 42 KL merupakan kampus pertama yang ditubuhkan di Asia Tenggara dan lebih daripada 25 pemain industri telah pun menjalinkan kerjasama dengan 42 KL- 42 Malaysia dijangka bakal mendatangkan impak besar terhadap landskap digital Malaysia dengan melahirkan para pengamal digital profesional yang berkemahiran tinggi dan sedia industri. Fokus program ini dalam menekankan keterangkuman dan inovasi bakal menyumbang kepada ekonomi digital yang lebih dinamik dan berdaya saing.

Daripada 2021 sehingga 2024 tahun lalu...

draft • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 1:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Seramai 250 graduan daripada program ini telah dilatih dan mendapat pekerjaan dalam beberapa sektor utama termasuk perkhidmatan teknologi maklumat IT, FinTech dan juga automatif ataupun logistik.

Untuk tahun 2025, dijangka seramai 650 orang peserta akan mengikuti program tersebut, program di bawah 42 Malaysia ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat aspek latihan, ia dilihat dari sudut bagaimana kita boleh memastikan latihan itu terangkum di dalam silibus ataupun modul-modul di sekolah, tapi selain itu, kita juga tahu bahawa selain daripada pelajar-pelajar di peringkat sekolah atau universiti, orang yang sudah pun sekarang bekerja dan sebagainya, kita mewujudkan suasana ataupun institusi-institusi di mana mereka juga dapat akses kepada latihan yang diperlukan supaya mereka ini dapat menggunakan teknologi dalam sektor-sektor yang tertentu. So, ini adalah satu yang merangkumi semua masyarakat yang memerlukan latihan tersebut...

draft • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 1:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sila Jelutong.

draft • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri.

Bercakap tentang sekolah ini saya bangun kerana saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di samping isu-isu yang melibatkan digital, saya mewakili masyarakat India yang berbahasa Tamil ingin mengucapkan terima kasih atas langkah-langkah

draft • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

yang telah diambil oleh Menteri dan kementerian dengan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat dengan Kementerian Pendidikan berkenaan dengan isu-isu SJK(T) Ladang Jeram di Pahang, SJK(T) Ladang Katumba di Kedah dan juga SJK(T) Sungai Bakap di Pulau Pinang.

draft • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menteri dan kementerian atas inisiatif yang telah diambil untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah ini dibina dengan seberapa segera yang boleh. Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kementerian, mewakili masyarakat Hindu di Pulau Pinang atas sumbangan Kementerian Digital baru-baru ini semasa sambutan Thaipusam. Di mana pelbagai kemudahan telah pun diberikan oleh Kementerian Digital, di mana kita lihat bahawa seramai 1.5 juta penganut yang datang ke situ mendapat manfaat daripada usaha Kementerian Digital. Saya ucapkan terima kasih kepada kementerian dan juga pimpinan Kerajaan Malaysia Madani oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih Menteri.

draft • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelutong.

Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada tugas saya. Saya tahu banyak daripada masalah-masalah ini sudah pun lama tertunggak dan seharusnya diselesaikan. Itu sebab saya memberikan penekanan atau fokus spesifik kepada aspek-aspek ini, sekolah-sekolah yang telah pun dinyatakan tadi, tapi masalah ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak. Kita lihat bagaimana Kementerian Pendidikan misalnya, telah pun memainkan peranan yang penting supaya kita dapat memahami isu-isu yang wujud dan yang penting sekali, bagaimana nak ambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah itu.

Kepada saya, yang penting ini, masalah ini perlu diselesaikan dan perlu diselesaikan segera. Itu sebab kita memberikan fokus yang spesifik. Saya kerjasama dengan semua, termasuk Yang Berhormat daripada Jelutong, Yang Berhormat dari Batu, juga daripada MITRA saling membantu saya, juga datang jumpa dengan saya.

Kita kerjasama. Tengok bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah ini kerana masalah-masalah ini sudah sekian lama. Saya rasa untuk masyarakat kita, ia akan memudahkan dan ia memanfaatkan semua kalau masalah ini diselesaikan, baharu kita bergerak ke depan. Marilah kita bekerjasama supaya kita boleh memastikan bahawa masalah yang dulu wujud itu kita dapat selesaikan dan kita dapat memperkukuhkan ekosistem yang sedia wujud untuk semua masyarakat di Malaysia.

draft • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, saya juga tidak melupakan jasa Menteri, di mana Menteri juga telah membawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Batu Caves. Saya juga dimaklumkan bahawa satu pengumuman telah dibuat. Sumbangan sebanyak RM1 juta kepada pengurusan kuil di sana, di Batu Caves. Ini juga perkara yang disambut baik oleh masyarakat Hindu di Kuala Lumpur dan di Malaysia secara amnya. Dalam masa yang sama, sebagai seorang Menteri yang lahir di Pulau Pinang, saya juga ingin mengemukakan permintaan, jangan lupakan Lembaga Wakaf Hindu. Kalau boleh juga, jaga-jaga sekali dan mohon juga sumbangan yang sama. Saya percaya Menteri prihatin juga akan memberi sumbangan...

draft • 1:30 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

RM1 juta juga.

draft • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

RM1 juta juga untuk Lembaga Wakaf Hindu. Terima kasih Menteri.

draft • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelutong.

Saya telah pun membawa permintaan ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan beliau memang prihatin. Beliau telah pun menyatakan beliau akan meneliti permohonan tersebut. Thaipusam ini memang bukan sahaja di satu tempat.

Kita kena lihat secara keseluruhan bagaimana bantuan itu dapat kita laksanakan kepada semua yang memerlukan. Saya sekali lagi mengulangi, apa yang penting adalah untuk kita bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Yang Berhormat dari Batu juga ada di sini sekarang. Saya rakamkan ucapan terima kasih. Let’s us work together to try and resolve this problem. Moving ahead. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan dengan jawapan saya. Aspek kedua yang ingin saya bangkitkan adalah aspek berkaitan dengan keselamatan siber. Tuan Yang di-Pertua, aspek atau isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Padang Rengas. Kegiatan penipuan ataupun scam Yang di-Pertua, sama ada secara dalam talian ataupun luar daripada talian adalah tertakluk kepada bidang kuasa PDRM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Bank Negara Malaysia atau agensi-agensi yang berkaitan bergantung kepada bentuk-bentuk penipuan yang dijalankan.

Penglibatan Kementerian Digital melalui CyberSecurity Malaysia adalah untuk menangani kes-kes penipuan dalam talian daripada aspek bantuan teknikal

draft • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

berhubungan aspek siasatan, aspek pembekalan maklumat, aspek penganalisisan forensik digital serta khidmat nasihat. Bagi membendung jenayah penipuan dalam talian, kerajaan menubuhkan Pusat Scam Respons Kebangsaan yang diumumkan dalam Bajet 2023 pada 7 Oktober 2022. NSRC adalah usaha merentas kementerian yang berfungsi sebagai pusat hentian setempat atau one stop centre untuk mengkoordinasikan respons pantas terhadap laporan jenayah penipuan atas talian melalui panggilan 997.

Ia Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk mengesan money trail, menahan wang bagi meminimumkan kerugian serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap scammer. Jadi, kita mewujudkan one-stop centre, di mana kita ini dapat mewujudkan disebut sebagai kerangka yang boleh mewujudkan usaha sama dalam aspek merentas semua kementerian yang bertanggungjawab supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan scam ini.

draft • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terkini– Yes, Jelutong.

draft • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri.

Menteri, pagi tadi juga saya telah membangkitkan perkara ini dan telah saya bahaskan dalam perbahasan saya, Dato’ Timbalan Speaker yang saya hormati.

Selain daripada isu-isu scam yang melibatkan jenayah, saya melihat bahawa kementerian Menteri dan juga Kementerian Komunikasi memainkan peranan penting apabila kita melihat kepada isu-isu yang melibatkan fitnah dan juga hasutan yang melibatkan pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu. Saya telah bangkitkan di Dewan yang mulia ini pagi tadi, bagaimana caranya bahawa kementerian Menteri dan juga Kementerian Komunikasi boleh memainkan peranan bersepadu untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang berunsur fitnah dan hasutan ini tidak dimainkan oleh pihak-pihak lawan.

Saya memberi contoh. Kelmarin kita lihat Dato’ Timbalan Speaker sebagai seorang pendakwa raya yang hebat di mahkamah dahulu. Pengampunan telah diberikan oleh Sultan Selangor kepada Menteri Besar Kedah selepas ucapan yang berbaur hasutan itu, beliau dituduh di mahkamah. Selepas beliau memohon ampun dan minta maaf dan Sultan Selangor telah menerima pengampunan, beliau telah dibebaskan, tapi apakah- bagaimana cara kita nak memastikan bahawa perkara ini tidak berulang? Kita tidak menghantar mesej yang betul di luar sana. Ia seolah-olah dia ada di antara dua darjat. Ada orang-orang yang mempunyai kedudukan dalam

draft • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kerajaan, Menteri Besar Kedah meminta maaf, dibenarkan, tapi rakyat biasa, kita hukum begitu.

So, soalan saya, bagaimanakah kita ingin menerapkan nilai-nilai menghormati Raja-Raja Melayu? Apakah fungsi yang boleh dimainkan oleh Kementerian Digital bersama-sama dengan Kementerian Komunikasi untuk menerapkan supaya memastikan rakyat Malaysia ini memahami Rukun Negara dan menghormati Rukun Negara? Terima kasih Menteri.

draft • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelutong.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa sebenarnya daripada dulu Tuan Yang di- Pertua, ada kerjasama merentasi kementerian iaitu di antara Kementerian Digital, Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri dan juga kita ada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, di mana yang bertanggungjawab untuk undang- undang. Kita lihat kepada pelbagai jenis undang-undang dan juga cadangan untuk macam mana kita dapat menyelesaikan masalah ini. Penting untuk kita memberi tumpuan yang spesifik kepada aspek ini.

Saya setuju dengan Yang Berhormat daripada Jelutong, tapi perkara ini dalam perbincangan antara kementerian. Saya rasa satu keputusan setelah dibuat akan kita umumkan berkaitan dengan aspek-aspek yang telah pun kita bincangkan.

Kita juga lihat ada beberapa tindakan yang telah pun diambil oleh Kementerian Komunikasi dalam aspek merangkakan undang-undang pindaan dan sebagainya yang telah pun dibawa. Itu dalam proses, Tuan Yang di-Pertua. Perbincangan dalam aspek ini masih berjalan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita sebut berkenaan dengan cyber security, sukacita saya juga nak nyatakan bahawa terkini, kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Siber iaitu dalam bulan Mac tahun lalu dan ia telah pun dikuatkuasakan dalam bulan Ogos tahun lalu. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber. CyberSecurity Malaysia sentiasa bersedia dalam memberikan perkhidmatan dan kepakaran daripada aspek teknikal, termasuk khidmat nasihat sekiranya diperlukan dan juga bersedia menjadi ahli jawatankuasa taskforce bagi perbincangan yang melibatkan ekosistem keselamatan siber dan digital negara seperti kewujudan investment scam ataupun skim pelaburan palsu.

draft • 1:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Dengan kepakaran teknikal yang sedia ada, CyberSecurity Malaysia dapat menyediakan sistem pengesanan awal- early warning system bagi mengenal pasti ancaman siber serta membangunkan mekanisme pertahanan yang lebih efektif.

Justeru, bagi menjawab pertanyaan kepada Yang Berhormat Padang Rengas mengenai kempen kesedaran keselamatan siber yang telah dilaksanakan di pelbagai peringkat, beberapa program seperti berikut telah pun dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai keselamatan siber.

Pertama, Jelajah Anti-Scam Kebangsaan. Program berbentuk siri penjelajahan ini diadakan bertujuan untuk memberikan informasi mengenai senario atau landskap keselamatan siber semasa, jenis-jenis ancaman dan serangan siber terkini.

Keduanya, kita ada CyberSAFE Awareness Talk, program ceramah kesedaran keselamatan siber yang dilaksanakan secara fizikal, hibrid ataupun online yang memberikan pendedahan daripada segi modus operandi jenayah siber, ancaman siber semasa serta tips amalan terbaik yang boleh diamalkan oleh orang awam.

Ketiganya, kita ada CyberSAFE untuk Rakyat yang merupakan kursus komprehensif yang merangkumi konsep asas seperti pengenalpastian ancaman, pengurusan risiko dan pelaksanaan langkah keselamatan yang berkesan.

Keempat, kita ada Modul Etika Siber Nasional. Modul ini dibangunkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid mengenai keselamatan serta etika dalam talian dengan memberikan panduan komprehensif tentang cara penggunaan di internet dan media sosial secara berhemah, bertanggungjawab dan selamat.

Kelima, kita ada Hari Keselamatan Internet. Sambutan ini diadakan pada bulan Februari setiap tahun bagi mempromosikan keselamatan internet serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan siber.

Jadi, sekali lagi, untuk merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Jelutong tadi, aspek-aspek keselamatan siber di dalam Kementerian Digital adalah difokuskan kepada aspek-aspek itu. Apa yang dibangkitkan tadi ini sebenarnya lebih ke arah Kementerian Komunikasi. Sepertimana saya sebut tadi, kita ada kolaborasi antara kementerian-kementerian dan perkara ini akan saya bangkitkan dengan Yang Berhormat Fahmi Fadil selepas daripada ini.

draft • 1:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Menteri, mohon mencelah.

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sila.

draft • 1:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya rasa penting ya berkaitan dengan kerjasama antara agensi kerajaan itu perlu diperkasakan dan dipertingkatkan.

Untuk makluman Menteri, memang saya setuju pemerkasaan cyber security itu sangat penting terutamanya kepada murid-murid sekolah. Sebab itu, MITRA telah bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia untuk membuatkan program bersama dengan 200 buah sekolah Tamil dan juga 300 buah sekolah menengah untuk pastikan murid-murid ini mengenal pasti macam mana menggunakan sosial media dengan baik terutamanya kepada anak-anak muda di luar sana yang boleh, dengan izin, bad influence daripada sosial media itu, kita nak mengambil tindakan. Terima kasih.

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Memang saya sedar berkenaan dengan program-program tersebut. Itu satu perkara yang memang kita alu-alukan. Saya harap bahawa bergerak ke depan, kita lihat bagaimana kita boleh memperhebatkan lagi program-program tersebut dan juga also to scale it, jadinya ia boleh memanfaatkan lebih pelajar, murid-murid kerana ini adalah satu perkara yang cukup penting.

Dalam hal kita nak memperkembangkan platform-platform digital kita, kita nak minta supaya seluruh rakyat Malaysia menggunakan platform-platform tersebut dan sebagainya, aspek keselamatan menjadi lebih penting. Jadi, kita kena fokus kepada aspek itu. Itu saya mengalu-alukan kerjasama dengan semua termasuk MITRA dalam perkara ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, aspek-aspek yang dibangkitkan seterusnya- saya terus ke aspek yang ketiga iaitu pembangunan AI sendiri di Malaysia. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kluang mengenai pembangunan AI sendiri di Malaysia, untuk makluman semua Ahli Dewan, meskipun pembangunan AI sendiri dilihat sebagai satu tindakan drastik selaras dengan visi negara untuk menjadi peneraju AI serantau, namun begitu beberapa aspek perlu diambil kira dalam dipertimbangkan seperti kos perbelanjaan, keupayaan pendidikan dan tahap sokongan teknikal semasa ini. So, itu memang satu perkara yang kita sedang melihat, sedang bincang dan sebagainya, tetapi aspek-aspek tertentu, seperti mana saya sebut tadi ini, kena kita pertimbangkan dengan lebih lanjut.

Meskipun AI tempatan memerlukan perbelanjaan besar daripada segi kos pembangunan dan penyelenggaraan, tetapi Kementerian Digital akan tetap menekankan signifikan dan keperluannya seiring dengan matlamat menjadi hab

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

universiti AI serantau. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian sedang mengkaji lebih mendalam termasuklah melihat kepada keperluan semua sektor supaya adaptasi AI dipercepatkan dengan lebih komprehensif. So, ia merujuk kepada aspek-aspek, Tuan Yang di-Pertua, yang kita perlukan untuk memastikan bahawa Malaysia dapat bergerak bersamaan dengan negara-negara lain apabila kita lihat teknologi yang membangun.

Namun begitu, hal tersebut bukanlah penghalang untuk Malaysia terus bergerak ke depan ya. Walaupun kita mengadakan perbincangan dan sebagainya, kita masih teruskan dengan usaha-usaha untuk membina Malaysia sebagai satu hab AI di rantau. Kementerian ini melalui Pejabat AI Kebangsaan terus komited untuk bekerjasama dengan pemain industri AI melalui libat urus dan kerjasama strategik dalam merancakkan penerapan teknologi AI.

Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bekerjasama dengan Global AI Village untuk memberi potensi sokongan kepada syarikat pemula- startup untuk membangunkan aplikasi AI melalui inisiatif-inisiatif sebagai NAIO Lab. Di bawah inisiatif NAIO Lab ini, program AI Rakan Tani misalnya telah dilaksanakan dan ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan menjana pendapatan para petani melalui aplikasi-aplikasi teknologi yang ada seperti WhatsApp yang diintegrasikan dengan AI.

Keberhasilan inisiatif ini akan dikembangkan kepada sektor utama yang lain seperti sektor pendidikan, sektor kesihatan, sektor pengangkutan, sektor keusahawanan dan juga sektor pelaburan dalam usaha kita merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan...

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Speaker.

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

...Hampir 450 pekerjaan berkemahiran tinggi kejuruteraan AI dalam tempoh tiga sehingga lima tahun yang akan datang.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Speaker, Shah Alam mohon mencelah.

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, NAIO juga sedang dalam proses merangka pembentukan kumpulan kerja yang memfokuskan kepada enam skop utama seperti kawal selia dan dasar AI, kedaulatan AI, sekuriti AI, tadbir urus dan etika AI, keselamatan AI dan bakat AI yang akan menyokong pusat kecemerlangan AI atau center of excellence, yang saya telah pun sebut tadi, rentas sektor kementerian dari segi sumbangan kepakaran dan saranan potensi serta adaptasi AI. Inisiatif ini juga bagi memupuk kesedaran adaptasi AI melalui

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

pembangunan kerangka strategi dan pelan hala tuju seterusnya memperlihatkan komitmen ke arah pembangunan teknologi AI tempatan.

Sila, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato’ Speaker.

Berkenaan dengan pembangunan AI ini, memang dulu ia sentiasa dikaitkan dengan kos yang besar, ratusan juta ataupun bilion untuk membangunkan AI, tetapi, sekarang bila kita dapat tahu bahawa DeepSeek boleh membangunkan satu aplikasi yang hanya menelan belanja kurang daripada US6 juta, kita tahu sekarang kita tidak boleh bercakap lagi tentang- macam dulu-dulu, belanja berbilion-bilion nak bangun Cyberjaya dan seumpamanya. Jadi, apa yang kita perlu lakukan ialah untuk pastikan bahawa negara kita mempunyai pool of resource yang banyak tentang pengetahuan AI ini.

Saya nak mencadangkan supaya pihak Kementerian Digital benar-benar bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi supaya kita develop kurikulum itu bukan sekadar kita mewujudkan universiti AI ataupun fakulti AI, tetapi sebenarnya kurikulum AI ini mesti sudah merentas kurikulum. Everybody- setiap orang mesti tahu tentang AI ini.

Jadi, dari situ, hasilnya nanti kita akan boleh mencungkil bakat-bakat yang boleh dilahirkan yang mungkin terpendam selama ini. Daripada situlah kita boleh membina talent-talent yang boleh membangunkan teknologi AI ini dan boleh dikembangkan ke pelbagai sektor dalam negara kita. Terima kasih.

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Saya setuju. Yang penting ini, kita menerima hakikat bahawa dunia teknologi ini bergerak dengan cukup pantas, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, adalah perlu untuk kita memastikan bahawa kita mewujudkan satu ekosistem di mana negara kita bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang dibawa oleh teknologi baharu apabila kita bergerak ke depan.

Itu sebab dalam tahun yang lalu, Tuan Yang di-Pertua, bila Kementerian Digital diwujudkan, aspek pertama yang kita lihat adalah bagaimana kita boleh memastikan kita membina satu ekosistem yang membolehkan negara ini menggunakan teknologi yang baharu. Itu lah aspek fokus pertama- dalam kementerian.

draft • 1:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, for the first year kita fokus di atas apa yang disebut sebagai ICT ataupun infrastructure, cybersecurity and talent. Infrastruktur itu adalah untuk kita membina atau memastikan bahawa kita ada apa yang disebut sebagai infra yang mencukupi.

Misal katanya kita ada connectivity. Kemudian, kita ada apa yang disebut sebagai data center dan sebagainya yang membolehkan kita menggunakan teknologi baharu ini. Kemudian, kita nak pastikan bahawa ia selamat. Kita fokus kepada siber sekuriti.

Ketiga yang sangat penting seperti mana diungkit oleh Yang Berhormat daripada Shah Alam adalah aspek berkenaan dengan bakat. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ada infra yang cukup baik yang memang selamat dan sebagainya. Tujuan kita mewujudkan platform-platform atau infra itu adalah untuk meminta rakyat Malaysia menggunakan teknologi yang baharu, menggunakan infrastruktur yang ada, menggunakan platform-platform yang ada. Sekiranya tak ada bakat berkaitan dengan bagaimana nak gunakan platform-platform itu. Ini menjadi masalah.

Jadi tahun ini kita memberikan fokus kepada aspek yang kedua, tahap yang kedua. Tahap kedua ini adalah untuk kita memastikan bahawa wujud kesedaran berkaitan dengan apa teknologi yang wujud. Bagaimanakah ia dapat membantu dalam aspek kehidupan seharian kita? Perniagaan kita dan sebagainya? Apabila ada kesedaran itu kita kena pastikan bahawa kita dapat meyakinkan rakyat untuk menggunakan teknologi. Ini adalah apa yang disebut sebagai adoption oleh Yang Berhormat daripada Shah Alam. So, itu menjadi fokus kita pada tahun ini.

Kita lihat bagaimana kita boleh pastikan bahawa apa yang kita bawa daripada Kementerian Digital dapat merangkumi seluruh rakyat Malaysia daripada semua sektor dan itu sebab kita mewujudkan National AI Office, kerana ia perlu dilihat secara whole-of-nation approach. Itu perkara yang kita beri tumpuan pada tahun ini.

Jadi kepada Yang Berhormat daripada Shah Alam, saya cukup bersetuju dan saya telah pun memberitahu kepada semua kementerian bahawa aspek AI ini merupakan satu aspek yang perlu dilihat oleh semua kementerian dalam masa yang sama apabila kita bergerak ke depan. Kita dalam Kementerian Digital kita akan berusaha bagaimana kita boleh mewujudkan ekosistem walaupun dari sudut undang-undang, dari sudut peraturan-peraturan dan sebagainya. Polisi yang dapat mendukung ekosistem ini supaya kita bersedia untuk bergerak ke depan apabila kita lihat teknologi-teknologi baharu seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Teknologi yang kita baca hari ini saya cukup- saya rasa kita semua setuju bahawa bergerak ke depan kita akan lihat teknologi-teknologi baharu dan

draft • 1:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

sebagainya. What is important is to make sure that we are ready. Our country is ready and then we are able to use this technology to empower all of us. Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi. Saya rasa saya akan berikan secara bertulis kerana masa sudah pun selesai, kecuali Tuan Yang di-Pertua inginkan saya teruskan.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya rasa saya dah bagi ruang.

draft • 1:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Ya, itu saya- minta maaf.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya rasa Yang Berhormat Menteri bagi jawapan bertulis.

draft • 1:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Baik.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Walau bagaimanapun, sebelum Yang Berhormat duduk saya ada pandangan nak bertanya.

draft • 1:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sila.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Maybe, saya percaya Yang Berhormat Menteri boleh menjawab. Dalam perspektif infrastruktur, adakah pencapaian Internet ini, adakah ia di bawah kementerian Yang Berhormat?

draft • 1:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, pencapaian Internet itu di bawah Kementerian Komunikasi.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 1:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tapi, aspek yang berkaitan dengan 5G itu di bawah DNB, di bawah kementerian saya. So, bila kita lihat kepada ketersediaan negara untuk menggunakan teknologi 5G khususnya untuk memastikan bahawa pusat-pusat industri memang mempunyai teknologi tersebut, supaya kita dapat melihat perniagaan-perniagaan itu berkembang menggunakan teknologi baharu, itu di bawah kementerian saya bekerjasama dengan MCMC Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih.

draft • 1:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Digital. Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersedia?

Baik, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberi jawapan kepada soalan-soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 1:50 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semua, salam Malaysia MADANI. Alhamdulillah. Washolatu wassalamu ala Rasulillah. Saya pertama-tamanya merafak syukur dan menjunjung setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, diberikan usia dan kekuatan, kesihatan untuk bersama membuat penggulungan perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada 40 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan selama tujuh hari yang lalu dan telah membangkitkan hampir 38 isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Bermula dengan YB Bakri berakhir dengan YB Tumpat.

Dato’ Yang di-Pertua, maaf, ya betul.

Dato’ Yang di-Pertua, saya bercadang untuk membahagikan ucapan penggulungan saya mengikut beberapa tajuk. Pertama ialah sumber manusia.

Kedua ialah inflasi perubatan. Ketiga adalah menangani kesesakan fasiliti kesihatan dan juga hal-hal yang terkait dengan perkara-perkara yang lain yang mungkin dapat saya jawab dalam masa yang diperuntukkan.

Sumber manusia. Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan penggulungan saya dengan menjawab isu-isu yang sering diperkatakan sejak mutakhir ini yang terkait dengan sumber manusia di Kementerian Kesihatan. YB Kota Melaka, Kuala Langat, Pulai dan Kuala Nerus telah membangkitkan mengenai isu waktu bekerja jururawat yang telah meningkat daripada 42 jam seminggu ke-45 jam seminggu atas SSPA.

Saya menginsafi. Saya sangat sedar dan sangat insaf akan keresahan, keluh-kesahnya. Pelbagai banyak suara khususnya daripada barisan jururawat.

Dalam hal ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan tempoh interim.

Kami memohon untuk diberikan sedikit waktu moratorium atau interim selama tiga bulan mulai 1 Disember 2024 hinggalah 28 Februari 2025, beberapa hari lagi bagi membuat persediaan ke arah pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam di Kementerian Kesihatan.

Dato’ Yang di-Pertua, kerja syif berbeza dengan kerja pejabat, waktu kerja pejabat. Justeru, dengan itu juga KKM masih lagi berhajatkan dan sedang memohon untuk interim ini ataupun moratorium ini diberikan kepada kami untuk kami dapat

draft • 1:54 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

laksanakan waktu bekerja yang diminta ini kerana kita melihat kepada beberapa perkara yang terkait dengan kebajikan dengan tekanan kerja dan sebagainya, jururawat khususnya dan skim yang lain yang terlibat dengan syif. Jadi kami mengharapkan, kita akan dapat mengharmonikan tuntutan ini dengan tuntutan jururawat ataupun bahagian program kejururawatan.

Sepanjang tempoh interim tersebut KKM telah mengambil sesi libat urus dan sesi dialog awam mengikut zon di seluruh negara. Antara hasil daripada dapatan libat urus kami antara lainnya kami memerhatikan untuk menetapkan atau memerhatikan keperluan, membantu penyelia dalam membuat penyusunan dan penjadualan. Penyelarasan pelaksanaan bekerja syif 45 jam ini, yang membincangkan isu di lapangan meliputi kebajikan anggota kesihatan dan juga meneliti cadangan penambahbaikan bagi memperkukuhkan pelaksanaan tadbir urus waktu bekerja syif di KKM sebelum diangkat untuk pertimbangan JPA.

Saya juga mengadakan sesi libat urus bersama kesatuan-kesatuan sekerja, tujuh jumlahnya, pada 20 Februari yang lalu sebagai susulan kepada libat urus kami yang pertama. Ini adalah mendapat pandangan menyeluruh daripada, secara lebih menyeluruh dan lebih tuntas berhubungan pelaksanaan waktu bekerja syif ini Dato’ Yang di-Pertua.

Saya masih lagi mahu untuk kita rundingan dibuat dengan pihak JPA. Apakah ertinya 42 campur tiga itu? Kita masih menimbang supaya- yang menjadi keluh- kesah kepada pihak ataupun jururawat ataupun workforce kami adalah penambahan 45 jam seminggu itu. Saya sangat sedar dan saya sangat insaf akan bebanan kerja ini kalau ditambah. Justeru dengan itu, saya masih mengambil sikap untuk berunding di pihak JPA supaya apa pun sebenar-benarnya jururawat ini telah bekerja lebih daripada 42 jam seminggu, sejak sekian lama ini kerana hal terkait rehat mereka, passing over mereka itu tidak diambil kira Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi, apakah dapat kita rundingkan supaya apa pun yang disebut dengan istilah 42 campur tiga itu ia tidak menambahkan lagi beban tugas kepada mereka. Ini yang kita nak harmonikan dengan tuntutan SSPA yang baharu ini supaya kita dapat satu penemuan yang win-win kind of situation ataupun untuk kami dapat relaikan pertikaian ini dan saya masih lagi mahukan pihak pengurusan tertinggi KKM berunding dengan pihak JPA. Sebab itu kami perlukan sedikit waktu lagi untuk kita dapat secara menyeluruh dan tuntas menyelesaikan masalah ini.

KKM beriltizam untuk memastikan pelaksanaan waktu bekerja...

draft • 1:54 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, boleh jawab Menteri?

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Sila Kuala Nerus. Baik, baik.

draft • 1:54 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Saya hendak menyokong ucapan Menteri. Memang pengalaman saya pun di hospital dan bersama dengan staff nurse ini sebab saya dulu pun doktor kerajaan. Walaupun kita namakan syif pagi, 7 pagi hingga 2 petang- tujuh jam, tapi kerja di hospital ini, dia tiada rehat, tiada waktu minum, tiada waktu lunch pun. Kadang-kadang tak dan, missed begitu sahaja dan dia terpaksa datang awal untuk pass the report. Sudah hendak balik pula, pass the report to the next itu. Kadang-kadang dia sudah bekerja sebenarnya hampir 10 jam dah. Jadi, kalau harap ada- saya sokonglah Menteri semua. Bincang dengan JPA, jangan samakan kerja syif nurse ini dengan kerja pejabat. Sangat-sangat berbeza. Itu atas pengalaman saya. Terima kasih.

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya sangat memahami perspektif dan juga keprihatinan sahabat saya Kuala Nerus yang tahu akan denyut nadinya kerjaya kejururawatan ini. Sukar untuk mereka yang tidak dapat menyelami ini. Saya mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak bukan sahaja dengan matronnya, dengan sisters-nya, dengan jururawat staff nurses-nya, dengan jururawat yang lain, jururawat desanya sehinggalah, tetapi yang relevannya di sini adalah mereka jururawat yang melalui pekerjaan secara syif, Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi, saya sangat memahami keperluan untuk kita merelaikan kegusaran ini sebab mereka seperti mana yang disebutkan tadi mereka bekerja dan saya telah sebutkan perkara ini in actuality, dengan izin, sebenar-benarnya mereka telah pun menjalankan tugas lebih daripada 45 jam pada apa yang menjadi status quo hingga hari ini, tetapi ia tidak mengambil kira waktu rehat mereka, waktu passing over mereka. Kesemua itu mahu digarap dalam skim yang baharu ini dan inilah perundingan yang akan kita terus lakukan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih sikit dan saya telah...

draft • 1:54 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri, Kota Melaka.

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila, Kota Melaka.

draft • 1:54 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Okey. Terima kasih Menteri. Jadi, saya hendak tanya, apakah pendirian Kementerian Kesihatan tentang isu ini?

Adakah kementerian- sekarang kementerian perlu berbincang dengan JPA. Jadi apakah pendirian Kementerian Kesihatan apabila berunding dengan JPA? Adakah kekal kepada 42 ataupun bagaimana? Terima kasih.

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kota Melaka ya. Saya tahu apa maksud Kota Melaka. Saya ulangi sekali lagi.

Persoalannya, kalau kita ingin tahu dari sudut hakikat dan realiti kerja itu, dia bukan hanya tertakluk kepada hanya angka dan bilangan, tetapi tahu akan sebenar- benarnya apa what- apa sebenarnya beban tugasnya?

Syif ataupun kerja secara syif ini apabila kita sudah ada sedikit sebanyak macam mana kita mencerakinkan syif, satu penjadualan yang baharu. Itulah sebabnya saya hanya boleh menyebutkan dalam sebutan yang tidak secara muktamad, tetapi saya mahu teruskan rundingan ini supaya dapat kita capai satu persefahaman dan muafakat dengan JPA...

draft • 1:54 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

[Bangun]

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Untuk perkara yang dimaksudkan dengan 42 campur tiga itu apa ertinya dari sudut beban kerja dan jumlah kerja. Jadi, ini izinkan kami...

draft • 1:54 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja...

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Izinkan KKM untuk terus berunding. Saya ingat soalan ini sudah...

draft • 1:54 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Sedikit daripada Bentong.

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey, Bentong. Sila, sila.

draft • 1:54 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Sedikit. Bentong just hendak- saya hanya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian dan Menteri sendiri kerana begitu concern dan mendengar rintihan daripada jururawat dan juga mereka dalam sektor kesihatan ini. Kami sangat berharaplah ada keputusan yang baik dan juga win-win situation, dengan izin, kepada kedua-dua belah pihak.

Terima kasih YB Menteri.

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih. Terima kasih YB Bentong. Saya tahu YB Bentong adalah seorang daripada bidang itu sebenarnya.

Suatu masa dahulu, I know you empathise- empati YB Bentong sangat tinggi. Baik, sedikit kalau saya boleh teruskan Dato’ Yang di-Pertua, hal masih lagi terkait dengan hal ini.

Mungkin boleh saya sebutkan mengenai kekurangan jururawat yang disebut oleh YB Pulai, YB Kuala Pilah dan Jerantut, selain pengambilan jururawat daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institut ILKKM itu. KKM juga akan

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

melaksanakan pengambilan dua- maaf. 3,228 jumlah jururawat pada tahun 2025, Dato’ Yang di-Pertua daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi jawatan tetap di KKM. Kita berdepan dengan supply-side dan ini bukannya satu yang terpaksa saya akui, it’s a global phenomena. Bukan nak mengambil menyalah, bukan nak mengambil keselesaan dengan menyebutkan perkara itu, tapi sebenar-benarnya kita berdepan dengan global shortage of jururawat.

Satu masa dahulu, Filipina menjadi pembekal dunia. Hari ini mereka berdepan dengan acute shortage to the tune of puluh ribu yang mereka hadapi.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada 2020-2024, KKM telah membuat pengambilan seramai 19,934 orang jururawat lantikan tetap dan kontrak. Dengan itu, dengan pengambilan jururawat-jururawat tambahan ini, kita harapkan dapat menangani sedikit keluh kesah tentang kekurangan jururawat di seluruh negara termasuk di Hospital Jerantut yang disentuh oleh YB Jerantut. Saya ada angka- angka ini tapi saya teruskan untuk memasuki satu lagi aspek hal yang terkait dengan jururawat ini.

Saya maklum tentang perbahasan YB Kuala Pilah yang khuatir bahawa kelonggaran syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit yang dikatakan, yang didakwa boleh menjejaskan kualiti jururawat yang bakal dilahirkan.

Ini pastinya sedikit menimbulkan kekhuatiran, kebimbangan pelbagai pihak.

Saya ingin tegaskan bahawa ini tidak akan menjejaskan kualiti latihan kejururawatan kerana, dengar baik-baik ya, kerana kelonggaran ini tidak melibatkan mata pelajaran teras yakni bahasa Malaysia, matematik dan sains. Itu kuncinya. Jadi- malah, kemahiran analitikal, pemikiran kritikal dan pemahaman daripada segi teori, masih kita kekalkan dari sudut kualiti dan keupayaan intelek ataupun keupayaan pengetahuan- knowledge yang masih kita kekalkan dan silibus pembelajaran masih dikekalkan yang sama.

Tambahan pula, ia juga tidak menjejaskan status akreditasi antarabangsa. Di antarabangsa, as far as you have got- as it stated, registered as nurse atau SN, then ia merupakan satu yang diiktiraf akreditasi antarabangsa itu dalam program kepada program-program Diploma Kejururawatan di Malaysia kerana ia tidak memenuhi standard akademik dan latihan yang ditetapkan. Jadi, itu perkara yang saya ingin tekankan untuk...

draft • 1:54 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri...

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

draft • 1:54 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ada soalan sedikit tentang jururawat...

draft • 1:54 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila YB Pulai. Sila.

draft • 1:54 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih. Terima kasih kepada Speaker, terima kasih kepada Menteri. Saya ucap tahniah ke atas keprihatinan...

draft • 1:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Keprihatinan.

draft • 1:54 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri berkenaan dengan jam waktu kepada 45 itu ya, tetapi saya juga bersetuju dengan pandangan Kota Melaka bahawa sepatutnya kementerian ada pandangannya tersendiri sebelum mereka, sebelum KKM berdepan dengan JPA ini kerana mengikut standard antarabangsa pun, di UK, 40 jam seminggu, di Australia, 38 jam seminggu.

Jadi, kalau kita tengok kepada peringkat antarabangsa ini, tidak wajar angka 45 itu. Itu ucapan terima kasih saya. Keduanya, saya hendak sedikit sentuh, saya dimaklumkan, disampaikan kepada saya maklumatnya adalah persekitaran kerja jururawat ini masih lagi perlu dipertingkatkan kerana persekitaran itu tidak begitu selesa kepada mereka.

Contohnya disebut kepada saya, kerja mereka ini bukan sahaja merawat, tetapi termasuklah mengambil ubat pesakit di farmasi, memeriksa stok alat tulis, memeriksa alat perubatan, memeriksa alat bukan perubatan, menyemak inventori, aset-aset dan sebagainya. Macam-macam tugas yang terpaksa dilaksanakan oleh para jururawat ini yang membebankan mereka.

Point saya adalah, pertamanya adalah bagus, kita sudah tambah, tapi rasa saya pun tidak cukup sebab yang diperlukan ini 9,000 difahamkan. Keduanya, persekitarannya itu bagaimana Menteri? Apakah kita ada strategi untuk memperbaiki persekitaran kerja para jururawat ini?

draft • 1:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, Menteri.

Menteri, sedikit, sedikit. Sedikit sahaja, Menteri.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih YB. Kulai yang merupakan Pengerusi PSC.

draft • 2:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedikit sahaja, Menteri.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, sila Jelutong.

draft • 2:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak tambah rakan saya, Pulai yang tak pergi makan, kerja kuat untuk memastikan kita membela

draft • 2:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kakitangan KKM bersama-sama dengan Timbalan Speaker juga yang tak makan, kerja waktu tengah hari. Sama-sama seperti Jelutong lah, seperti Menteri jugalah.

Kita nak mempertahankan semua kakitangan kementerian.

Saya nak cadangkan, kalau boleh berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pastikan bahawa kita agihkan satu dana di mana kita boleh menambahkan jururawat dan juga doktor. Saya bangkitkan kelmarin, Timbalan Speaker. Ini isu yang sedang menjadi buah perbincangan, buah mulut. Ketua Eksekutif PERKESO, Ketua Eksekutif HRD Corp dibayar jumlah yang begitu banyak gajinya. Saya dihubungi oleh jururawat dan doktor. Kalau kita tak boleh bayar jururawat dan doktor yang bekerja kuat, kenapa pula kita agihkan jumlah dana yang begitu banyak untuk kita bayar Ketua Eksekutif HRD Corp, ke TalentCorp dan sebagainya? PERKESO dibayar, tapi gaji jururawat, doktor, kita lihat seolah-olah kerajaan- we must have a priority, dengan izin, Timbalan Speaker.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, baik.

draft • 2:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Oleh sebab itu saya cadangkan, Jelutong cadangkan kalau boleh, kita minta bincang dengan JPA, dapatkan dana yang begitu lebih banyak lagi supaya kita tambahkan jururawat, tambahkan doktor supaya kita tidak memberi tekanan kepada jururawat ini yang memberi rawatan kepada pesakit-pesakit kita.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya YB Jelutong yang sangat peka dan ini bukan kali pertama pun beliau menunjukkan bahawa beliau prihatin akan perkara ini dan saya yakin dalam jawapan ini pun saya akan menyinggung hal ini. Bukan sahaja dari sudut remuneration ataupun bayaran gaji, upah dan sebagainya, tetapi ia juga terkait dengan banyak lagi hal yang dalam skema Skim Perkhidmatan Kesihatan. Kita sebagai sebuah kementerian, we are the most complex because we have 86 skim perkhidmatan dan salah satunya of course adalah program kejururawatan, kedoktoran dan sebagainya. Medical, perubatan dan sebagainya.

Jadi, ya saya mahu ambil sikap bahawa perkara itu adalah sangat penting untuk kita selaraskan dan rasionalisasikan supaya tidak wujud- satu jurang dan kesenjangan yang terlalu melampau dan saya sangat menyokong pandangan itu.

Walaupun bukan sayalah yang mempunyai kuasanya, tetapi saya yakin saya boleh mengangkat agenda ini sebagai satu yang penting untuk saya perjuangkan untuk kebajikan warga kerja besar Kementerian Kesihatan termasuklah khasnya jururawat.

draft • 2:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Yang Berhormat Menteri, Sibu sini.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ini tak boleh bergerak saya pada poin ini, Dato' Yang di-Pertua. Boleh saya langsungkan sikit?

draft • 2:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sikit, sikit sahaja.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh sikit Sibu, ya.

draft • 2:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

PSC member ini kita bagi ruang sikitlah.

draft • 2:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ya, tentang berita baru-baru ini dilaporkan bahawa Hospital Sibu di bahagian anesthesiology dan juga ICU, Hospital Sibu kekurangan kakitangan amat kritikal pada masa kini kerana kebanyakan houseman sekarang tidak dihantar ke Hospital Sibu tetapi hanya dihantar ke hospital- hospital regional Kuching sahaja. Jadi, adakah kementerian akan mengkaji balik polisi dan dasar ini?

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pastinya. Saya sangat mengikuti perbahasan itu ataupun discourse itu kalau tidak pun polemik itu dalam sosial media khasnya di X, tweet. Saya sebenarnya sudah menggerakkan dan menyebutkan, alert my KP, Datuk KP supaya segera menangani dan juga Dato’ Timbalan KP Perubatan supaya kekurangan itu segera diatasi. Saya dah sudah pun mengambil beberapa tindakan untuk segera perkara itu disusuli dan diambil tindakan.

draft • 2:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey, terima kasih.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Dato' Yang di-Pertua, saya meneruskan sikit lagi. Seterusnya, saya ingin menyinggung mengenai kekurangan doktor di Sabah khasnya yang dibangkitkan oleh YB Tawau dan Tenom. Saya sedar dan saya sangat insaf jurang ataupun nisbah perbezaan doktor kepada- nisbah doktor kepada penduduk.

Malaysia secara puratanya satu doktor kepada 406, Dato' Yang di-Pertua, tetapi di Sabah dan di Sarawak, kita masih lagi punya kesenjangan yang perlu kita tangani. Kalau di Sabah contohnya, satu doktor kepada 697 penduduk. Mungkin jauh lebih baik berbanding 2013, tetapi saya tidak berpuas hati lagi. Kita perlu menangani perkara ini dan perlu merapatkan perbezaan dan jurang kesenjangan ini with a better outcome closer to the national average, insya-Allah puratanya nisbah Malaysia.

Dato' Yang di-Pertua, kalau saya boleh sebutkan sikit? Baru-baru ini kita sering mendengar terdapat ramai petugas kesihatan meletakkan jawatan ke arah swasta yang menawarkan manfaatnya, tawaran gaji dan upah yang lebih mewah.

Saya juga perhatikan hal-hal yang terkait dengan statistik KKM dari tahun 2020

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

kepada 2024, bilangan Pegawai Perubatan termasuk Pakar Perubatan yang telah meletakkan jawatan. Saya tahu kalau ini saya sebutkan, esok front page lah ini. Ya, saya juga mengakui itu satu statistik yang saya memerhatikan dengan penuh insaf.

1,856 orang Pegawai Perubatan Tetap yang meninggalkan kita. 3,846 Pegawai Perubatan Kontrak dan 1,217 Dato' Yang di-Pertua, Pakar Perubatan.

Saya memerhatikan di sini, kalau Sabah, kalau boleh saya sebutkan, sehingga 31 Januari 2025, terdapat sebanyak 2,723 perjawatan tetap Pegawai Perubatan di Sabah. Daripada jumlah tersebut, pengisiannya 3,251 yang terdiri daripada 2,010 Pegawai Perubatan lantikan tetap dan 1,241 Pegawai Perubatan lantikan kontrak. Kekosongan Pegawai Perubatan Tetap sebanyak 713 Dato' Yang di-Pertua. Ia juga terkait dengan jumlah permohonan rayuan yang ditempatkan bertugas di Sabah, Sarawak. Ini juga menyinggung hal yang menjadikan terkesan dari sudut kekurangan dan shortage itu Dato' Yang di-Pertua, dengan izin.

Untuk tahun 2024, daripada 515 doktor yang ditempatkan di Sabah, seramai 98 doktor yang diluluskan rayuan tidak mahu ke Sabah. Ini antara perkara-perkara yang akan mengesan dan juga begitu data yang ada di Sarawak tetapi saya tumpukan hanya pada Sabah sahaja. Sementara itu, KKM telah melantik secara tetap seramai 13,349 Pegawai Perubatan Kontrak bagi tahun 2022 ke 2024 sebagai tetap, Dato' Yang di-Pertua. Bagi tahun 2025, KKM menyasarkan untuk melantik tetap seramai 3,200 Pegawai Perubatan Kontrak untuk kita naikkan sebagai untuk kita berikan status tetap, Dato' Yang di-Pertua.

Ya, saya telah sebutkan tadi. Justeru itu, KKM secara berterusan akan melaksanakan penempatan Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan ke kawasan- kawasan yang memerlukan ini dan untuk menangani kesenjangan ini terutamanya di Sabah dan juga di Sarawak. Ini sekali gus akan dapat menangani isu ketidakseimbangan agihan ataupun maldistribution yang terutamanya di luar bandar, Sabah dan Sarawak seperti yang disebut oleh YB Kuala Langat juga menyebutkan perkara ini.

Dato' Yang di-Pertua, pertukaran suka sama suka. Ini bagi antara lainnya untuk mengatasi hal kebajikan kakitangan. YB Pulai turut membangkitkan mengenai isu penukaran, maaf, isu pertukaran anggota KKM ...

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dato' Yang di-Pertua.

Dato' Yang di-Pertua, minta, Menteri.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ingat Menteri ini, dia jawab semua sekali walaupun tak ada Ahli-ahli Parlimen dalam ini.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak apa...

[Ketawa]

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Jadi, mungkin ada sebahagianlah.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, ya. Tak apa.

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Nantilah saya bercakap dahulu. Sebab itulah kalau boleh, jawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam ini...

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh, boleh. Baik.

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

...Termasuk isu-isu yang besar. Saya tak tahu hospital dah sebut atau tak. Saya minta Menteri.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, saya ingat ini Maran setiap kali kita berucap...

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Memang. Saya memang terlalu, terlalu amat-amat kecewa...

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tapi perkara itu telah saya jelaskan.

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

...Dengan apa yang berlaku.

draft • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, ya. Baik. Baik Yang Berhormat Maran, saya...

draft • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya minta kalau boleh, Menteri berikan penjelasan terkini...

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sudah saya...

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

...Tentang kedudukan- akhir ini, Dato' Yang di-Pertua. Nak beritahu Menteri, tanah ini dikatakan- kawasan Maran, dulu dikatakan tidak sesuai. Sekarang telah dicerobohi. Saya minta Yang Berhormat Menteri ambil tindakan. Kalau perlu buat siasatan, siapa dan saya tak pernah dapat maklumat daripada pegawai kesihatan yang mengatakan bahawa tanah ini tidak sesuai, tapi akhir ini, tanah ini telah dicerobohi. Saya minta. Ini demi kesihatan, kepentingan rakyat, Menteri. Please, tolong.

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, baik. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya malas sebut hal Raja-Raja sebab dulu banyak dah disuarakan. Terima kasih.

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya, YB Maran. Saya tahu YB Maran telah bangkitkan ini setiap kali dan saya tahu bahawa perkara ini masih lagi belum dapat penyelesaiannya, tapi sebenarnya telah pun saya jelaskan beberapa kali, tapi tak apa, saya teruskan dengan jawapan saya mahu berikan. YB-YB ini ada di sini ya. YB Pulai membangkitkan mengenai isu pertukaran anggota KKM. Ini satu perkara saya ingin sebutkan untuk kita garap persoalan suka sama suka ini. Saya perlu jelaskan dahulu. Berdasarkan kepada proses pertukaran biasa ya, seorang anggota boleh dipertimbangkan pertukaran selepas bertugas selama tiga tahun di satu-satu fasiliti.

Namun, KKM sentiasa mempertimbangkan secara case-to-case basis, dengan izin, sekiranya ada anggota yang mempunyai kesukaran dan hal-hal yang terkait dengan kebajikan domestik, rumah tangga dan sebagainya seperti ahli keluarga yang sakit. KKM akan mempertimbangkan pertukaran anggota tersebut berdasarkan kesukaran yang sedang dihadapi oleh anggota tersebut, Dato' Yang di- Pertua. Kita masih lagi meletakkan persoalan ihsan, persoalan empati itu dan boleh kita pertimbangkan secara khusus case-to-case basis ya.

Seperti yang diketahui umum, KKM mula memperkenalkan pertukaran secara suka sama suka ini. Melalui kaedah ini, anggota kesihatan boleh memohon bertukar sekiranya terdapat anggota lain yang berminat untuk menggantikan tempatnya. Dengan ini, saya kongsi bahawa KKM di peringkat akhir Dato' Yang di- Pertua, untuk membangunkan sistem platform permohonan pertukaran secara suka sama suka. Saya mengharapkan pelaksanaan sistem tersebut secara bersasar dan juga berfasa ini akan dapat mula kita gunakan kurang lebih, two months down the route, April Dato' Yang di-Pertua, tahun ini, April 2025. Saya beralih pada waktu bekerja berlainan.

draft • 2:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Timbalan Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sebelum beralih. Berkaitan dengan kekurangan ini, setelah kita buat banyak perjumpaan. Ya lah saya pun simpati dengan Kementerian Kesihatan, kekurangan doktor, kekurangan nurses. Ini timbul pula kekurangan pembantu perubatan, MA. Semua yang jumpa kita mengatakan kekurangan kakitangan, tetapi kenapa ada pula ketikanya pegawai kontrak ini, pembantu perubatan kontrak yang tidak diserapkan secara tetap? Doktor kontrak tidak diserapkan dengan lambat. So, sama ada perjawatan kurang ataupun

draft • 2:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

bagaimana perhubungan antara KKM dengan JPA soal perjawatan ini? Terima kasih.

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Dato' Yang di-Pertua, Kuala Nerus sangat memahami kekangan saya. Tidak semua dapat diselesaikan oleh Menteri Kesihatan ini. Kalau saya punya punca kuasa dan keupayaan, lama dah saya berikan peruntukan-peruntukan perjawatan yang diminta selama hari ini, juga termasuklah hal-hal yang terkait dengan hal on call, allowancesnya dan juga tentang promotion dan sebagainya.

Banyak hal yang saya rakamkan sebagai perkara-perkara yang terkait dengan kebajikan kakitangan, terutamanya pakar-pakar dan juga doktor-doktor, juga jururawat dan saya sangat memahami perkara ini. Ya, ini lah perkara yang on the daily basis ya, serangan dibuat ke atas Kementerian Kesihatan dan juga Menterinya.

Walhal, Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklumi, hal terkait dengan perjawatan dan juga upah dan bayaran, remuneration itu memanglah di luar kemampuan saya.

Apa yang saya mampu lakukan adalah untuk memajukan dan terus memajukan dan kalau tidak pun, mengasak perkara ini dan sentiasa membangkitkan perkara ini. Kerana saya sebutkan sekali lagi Dato' Yang di-Pertua, kementerian ini sangat kompleks dan tuntutan kerja seperti mana yang telah disebutkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat, sangat berbeza dengan hal kementerian. Mungkin KPM mungkin dua kali- ganda jawatan ataupun kakitangan daripada kami, tapi KKM punya sistem dan punya tugasan yang sangat berbeza ataupun lebih kompleks. Hal yang terkait dengan fasiliti, hal yang terkait dengan sumber manusia, hal yang terkait dengan delivery ataupun health deliverynya, penyampaian perkhidmatannya dan setiap skim perkhidmatan itu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus yang sangat memahami kekangan Menteri ini dalam mendapat perjawatan dan juga ada boleh saya sebutkan contohnya, promotion. Senior Consultant saya bekerja sudah hampir tujuh tahun selepas NSR, masih lagi di peringkat UD56 ya dan di luar, kalau mereka medical dan surgical, immediately they stepped out of KKM, they will be given RM100,000 dan sangat besar upahnya, tapi mereka kekal dengan kami, dengan hanya gaji UD56 kurang lebih begitu. Inilah antara perkara yang saya mesti perjuangkan kebajikan ini untuk memastikan antara lainnya attrition rate atau, dengan izin, peninggalan pakar-pakar kita dan hari ini juga jururawat kita sama ada ke seberang tambak dan juga luar negara yang lain, dapat saya bendung dan dapat

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

saya kekang, tetapi itulah hakikatnya dan saya akan- tidak kecewa. Saya akan terus memperjuangkan perkara ini.

Dato' Yang di-Pertua, hal waktu kerja berlainan ini telah saya sebutkan banyak kali dah kot. Saya mungkin boleh melangkah perkara-perkara ini. Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, ini satu yang sangat menarik.

Untuk pengetahuan semua, sebelum saya datang sebagai Menteri, dulunya duduk sebagai pembangkang dan kemudiannya sebagai backbencher. Hari ini sebagai Menteri yang mengemudi Kementerian Kesihatan ini. Inilah antara perkara yang saya ingin capai adalah untuk menubuhkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, tetapi saya tahu bahawa- saya boleh membacakan sedikit yang dibangkitkan oleh Kuala Langat, Kota Melaka.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, fungsi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan seperti dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak memberikan peranan untuk mewujudkan jawatan baharu, meskipun kita akan ada Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, tetapi tugas utama ataupun tujuan utama kita menubuhkan suruhanjaya itu masih lagi di luar punca kuasa suruhanjaya itu yang menjadi satu yang saya terpaksa berdepan dengan cabaran ini.

Maksud dengan kata lain, kalaupun kita akan ada- kita dapat wujudkan suruhanjaya ini, ia tidak akan memberikan peranan untuk mewujudkan jawatan baharu. Sebab itu kami dalam rakan KKM ini, dapat kami lakukan rakan KKM sebagai satu pendekatan yang sifatnya memperbaiki, saya istilahkan sebagai memperbaiki amalan dalam private wing FPP, full paying FPP. Di situ juga kita akan dapat membuat perjawatan, meningkatkan perjawatan dan menambah numeration dan upah kepada pakar dan juga kepada our nurses, kepada semua anggota sebagai the health team.

Dengan kata lain Dato' Yang di-Pertua, saya berpeluang untuk mengekalkan dan retain my specialist, retain my nurses, dengan izin, supaya dapat mengekalkan, mengelakkan mereka daripada meninggalkan kita. Sebab saya punya keupayaan, kerana saya punya revenues daripada rakan KKM saya. Mungkin saya tidak perlu syarah lagi rakan KKM ini.

Dengan itu, saya ada sedikit sebanyak kuasa dan punca kuasa untuk pertamanya, memperbaiki kalau dengan revenues yang kita ada itu, memperbaiki hal yang terkait dengan fasiliti kesihatan awam. Keduanya juga, sekali gus dapat memberikan cabaran kepada pihak swasta, bahawa apa yang istilah kami gunakan adalah a benchmark competition dan benchmark pricing untuk mereka tahu bahawa

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

mereka tidaklah seharusnya membuat pengenaan caj yang begitu tinggi. Kerana kita juga boleh mampu mendepani, mampu mengemukakan satu quality, affordable, premium economy facilities. Jadi, itu yang saya mahukan, dapat kita memberikan cabaran.

draft • 2:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Menteri, Padang Besar. Padang Besar.

draft • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, Padang Besar, sahabat saya, jiran saya, Kuala Selangor. Ya sila.

draft • 2:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ada bangkitkan tentang- walaupun banyak yang cerita tentang perjawatan, tentang doktor, jururawat dan juga MA, tapi jangan lupa yang allied health professionals, yang mana saya fokus sebelum ini pertanyaan saya tentang audiologist, keperluan untuk Program Universal Hearing Screening. Adakah ada cukup tenaga yang ada? Itu sahaja.

draft • 2:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Saya tidak sama sekali mengesampingkan ataupun mengetepikan semua hal yang sudah pun menjadi diiktiraf dalam allied health sciences dan akta itu. Memang kita sangat mahukan perjawatannya, pengisiannya juga diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Ini lah polisi dan sikap kami sebab mereka semua merupakan keanggotaan health team yang sebenarnya yang merupakan kakitangan warga besarnya KKM. Bukan sahaja perubatan, bukan sahaja kesihatan awam, bukan sahaja apa yang dikatakan sebagai pharmacy, dental dan juga keselamatan dan kualiti makanan, farmasi dan sebagainya, termasuk juga allied health sciences dan semua itu adalah sebahagian daripada keanggotaan warga besar kami, our health team. Jadi, terima kasih sahabat saya Sungai Besar.

draft • 2:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Menteri.

draft • 2:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Melaka.

draft • 2:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Boleh Menteri?

draft • 2:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, baik. Saya boleh- sebab saya punya waktu yang sangat...

draft • 2:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kota Melaka. Kawan, kawan.

draft • 2:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri, sedikit saja. Tentang suruhanjaya yang tadi Menteri sebut.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, jika buat masa ini suruhanjaya tidak ada punca kuasa, jadi adakah Kementerian Kesihatan merancang untuk kita bubar semula akta yang sedia ada supaya memberi punca kuasa kepada Suruhanjaya Kesihatan ini supaya kamulah yang menentukan berapa bilangan, jumlah doktor yang perlu kita upah, berapa gaji mereka? Supaya kita Kementerian Kesihatan ada punca kuasa yang lebih besar. Kita bubar saja undang-undang. Kita Parlimen adalah untuk kita bubar undang-undang yang kurang sempurna, kita perbaiki.

Lagi satu, Menteri, saya ada sebut tentang on call allowance yang diberikan kepada Pegawai Perubatan, anggota perubatan tidak pernah dikaji semula, disemak semula sejak 13 tahun yang lepas. Jadi, adakah kementerian ada rancangan untuk pertimbangkan, semak semula untuk naikkan allowance mereka? Kita perlu ingat waktu COVID-19, inilah kumpulan yang berada di barisan terdepan untuk protect kita waktu COVID-19. Kita tak boleh lupakan mereka. Terima kasih, Menteri.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, Kota Melaka.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan sedikit, Menteri.

draft • 2:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Menteri.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Masakan saya boleh lupakan frontliners saya. Masakan boleh saya lupakan. Pastinya tak boleh ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, Kuantan sikit.

draft • 2:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Boleh?

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Siapa itu..?

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan.

draft • 2:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kuala Langat.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kuala Langat dan juga Kuantan yang berdiri. Kuala Langat, sikit saja. Waktu saya dah injury time sudah ini.

draft • 2:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey, okey. Saya ingat ini berkaitan dengan suruhanjaya, saya ingat dah- sebab Menteri menyebutkan bahawa, ya lah, Menteri tidak ada punca kuasa untuk perjawatan-perjawatan yang tertentu dan saya juga nak sebutkan apa yang Kota Melaka sebutkan tadi.

draft • 2:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kalau kita lantik satu suruhanjaya yang sudah tentu terlibat yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang berkaitan, siapakah lagi yang JPA nak dengar ini untuk pertambahan penjawat-penjawat ini? Kerana ia memberi gambaran kepada doktor- doktor kita yang akan datang dan juga pakar-pakar yang akan datang. Saya kira kalau itu pun tidak boleh dilakukan, saya kira kita kena ubah akta kita sepertimana yang disebut oleh Kota Melaka tadi.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan sedikit.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Langat telah pun menyuarakan, Kota Melaka pun telah menyuarakan.

Di sinilah dalam proses legislation dan pindaan- inilah dia tempat the august house, dengan izin, yang membuat dan menggubal serta meminda akta-akta supaya ia selaras dengan keperluan semasa negara. Jadi, kalau ada kekangan seperti itu, saya yakin bermula daripada apa yang kita istilahkan sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (PSSC), Pulai Pengerusinya dan ramai lagi kawan-kawan sebelah sini dan sebelah sana, boleh mengemukakan dan memajukan hal ini.

Saya rasa itu lah proses legislation ataupun democratic process ataupun parliamentary process, legislative process yang kita harus gunakan. Kalau saya terkekang dengan hal ini, saya yakin daripada backbencher bersekali dengan opposition bench boleh bekerjasama untuk memajukan satu tekanan kepada kementerian, kepada saya, untuk kita akhirnya secara whole of government ataupun whole of parliament untuk memajukan ataupun membangunkan dan meminda ataupun membangunkan satu suruhanjaya yang lebih cocok dengan keperluan semasa.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Ya, Menteri, sedikit.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

That is future proof, that is also future proof that…

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sedikit, Menteri. Kuantan sedikit sebab saya tunggu lama juga...

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, sila.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

...Tapi tak naik-naik Kuantan itu.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ambillah sikit. Tak apa, boleh.

Sila, sila.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Jadi, berkaitan dengan permohonan tengok balik Klinik Kurnia yang menampung jumlah pesakit berpuluh

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

ribulah. Jadi, mungkin kalau tak dapat secara ini, mungkin boleh bagi secara bertulis jawapan yang telah saya bangkitkan. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sini boleh. Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Pasti saya akan minta pegawai untuk jawab segera. Kalau ada masa, memang saya boleh jawab.

Timbalan Yang di-Pertua, saya punya lagi beberapa isu yang lain. Saya telah cuba untuk memberi jawapan kepada hal yang terkait dengan Suruhanjaya Perkhidmatan. Saya- hal buli ini, dah banyak kali hal buli yang saya jelaskan. Tak perlulah ya. Dan inflasi perubatan, saya telah jelaskan hal inflasi perubatan, Timbalan Yang di-Pertua. Semalam dalam PAC, saya berdepan sebagai saksi dan juga pagi ini saya juga ada libat urus dengan backbencher. Saya mahu perkara ini difahami benar-benar apa puncanya, kalau boleh diizinkan Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lima minit untuk gulung semua.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey ya. Baik. Hal yang terkait dengan peningkatan kos perubatan ataupun, dengan izin, medical inflation menjadi satu topical issue ataupun topik yang sekarang ini menjadi satu perbualan nasional, as a national conversation di mana pun. Jadi, saya ingin tekankan bahawa perkara ini adalah sangat penting dan saya lebih senang untuk membaca ini daripada saya memberikan syarahan saya sendiri.

Seterusnya, saya beralih kepada ini. Pertama yang nak saya sebutkan, Bayan Baru membangkitkan ini dan juga- ya, Bayan Baru dan Bentong kedua-dua.

Katanya, kerajaan perlu mengawal harga rawatan di hospital swasta, meminda Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta [Akta 586] agar 70 peratus bekalan dan perkhidmatan dapat dikawal selia. Kedua, kerajaan melaksanakan skim insurans asas kesihatan.

Dan ketiga, menubuhkan healthcare commission sebagai badan kawal selia.

Ketiga-tiga perkara ini, saya rasa sangat munasabah. Cumanya, saya nak membuat sikit penjelasan di sini.

Hal ini, Timbalan Yang di-Pertua, kami KKM telah mengadakan libat urus bersama pelbagai pihak. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, 10 Disember dulu pun telah kita bangkitkan, telah kita adakan perbincangan. Dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara- Public Account Committee semalam mengenai isu inflasi perubatan dan juga kenaikan premium insurans. Sebelum daripada itu- sebenarnya ini bukan perkara baharu. April tahun lalu dan bersama dengan PSSC juga, tak silap

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

saya, ataupun dengan Bank Negara dan Gabenor Bank Negara pun bersama dengan kami untuk membincangkan perkara ini termasuklah MK II ataupun MOF.

Jadi, perkara ini, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, bukan dalam sehari dua ini saya bercakap ya. Saya telah bercakap perkara ini sejurus saya mengemudi kembali Kementerian Kesihatan telah saya bangkitkan. Sebab, saya tahu, kalau andainya tidak dikawal medical inflation di pihak sektor swasta ini dan juga dengan ancaman ITO ataupun insurance and takaful organization mahu meningkatkan ataupun menambah premium daripada julat 40 hingga 70 peratus penambahan premium, saya yakin dia akan akhirnya membebankan fasiliti-fasiliti awam sebab mereka yang the policy holders akan menyerahkan kembali kerana tidak mampu dan akhirnya semua akan berpusu-pusu beratur di fasiliti-fasiliti awam.

Itu akan merupakan satu double whammy, beban yang sangat, angkara yang sangat sukar untuk kami hadapi.

Justeru itu, saya sebutkan, Menteri ini bukan hanya Menteri KKM, Menteri ini bukan hanya mengawal selia public facilities, but as well, dengan izin...

draft • 2:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Datuk Menteri. Saya Beaufort boleh minta laluan sedikit- boleh? Sikit saja.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

30 saat.

draft • 2:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Okey. Saya mengucapkan terima kasih kepada KKM kerana telah membina klinik baharu di Parlimen saya iaitu di Kampung Kota Klias, tetapi satu, Datuk Menteri, saya memohon. Apabila saya ke lokasi tersebut, saya mendapati bahawa peralatan dan juga semua perabot masih lagi yang digunakan itu perabot-perabot yang lama dari bangunan yang lama. Jadi, saya mohon supaya diberi sedikit peruntukan untuk mereka membeli.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Insya-Allah. Saya mahu pastikan saya mahu ia equipment yang berfungsi...

draft • 2:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Dan saya akan susuli segera hal ini.

draft • 2:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sama ada ultrasound-nya dan yang lainnya...

draft • 2:30 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Ya, ya.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, Dato’ Yang di-Pertua saya belum sempat untuk memberikan syarahan tentang medical inflation ataupun peningkatan kos perubatan ini dan saya mahu menyimpulkan dengan tidak merujuk mana-mana nota ini dengan menyebutkan dalam satu minit yang terakhir ini bahawa Kementerian Kesihatan dan saya sendiri dan Timbalan saya, memandang isu ini sangat penting kerana ke depan nanti andainya ia tidak dapat dikawal, ia akan meletakkan- saya sebutkan sekali lagi bebanan kepada fasiliti awam dan juga rakyat sendiri akan terbeban dengan *medical inflation.

Medical inflation* ini kalau boleh saya sebutkan di atas apa yang telah saya sebutkan sebagai akta, akta kawalan, apa yang dikatakan Akta 586 ini Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya kita tidak ada kawalan ke atas pengenaan caj pihak swasta. Yang ada adalah dalam Akta 586 Schedule 13, dalam klinik-klinik swasta kita ada Schedule 7. Ini pun yang terkait dengan hanya hal yang sebagai konsultasi ataupun consultation fees, dengan juga beberapa prosedur.

Saya memandang perkara ini sekian lamanya dan saya tahu kalaulah terus- terusan pihak- apa yang dikatakan sebagai operator hospital-hospital swasta ini tidak sendiri melakukan ataupun restrain themself, dengan izin, mengekang supaya tidak mengambil profiteering ataupun keuntungan yang melampau maka berakhir dengan satu keadaan medical inflation. Medical inflation ini ada dua perkara, ada yang sifatnya munasabah, justeru kerana penggunaan teknologi, demographic transition into aging society, yang lebih kompleks dan sebagainya, tetapi ada juga faktor-faktor yang tidak munasabah, yang ini yang kita kena tangani, tetapi...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Masa sudah tamat. Baik, Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menyebutkan begini, saya akan- saya terus- terusan akan komited untuk mengekang medical inflation ini ataupun peningkatan harga kos kesihatan dan perubatan dan mengambil pendekatan sama ada melalui amendments of 586. Sama ada dengan memperkenalkan apa yang istilahkan hari ini sebagai cara untuk ada wujudkan satu sistem yang standardize yang namanya Diagnosis-Related Group (DRG) yang mana semua akan dapat kurang lebih mengenakan caj yang ada sistem dan ada metodologinya dan juga kita mahu melaksanakan paparan harga dengan lebih telus. Price transparency dari sudut drugs dan sebagainya...

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, kesemua ini dia tidak ada quick fix, tidak ada satu apa yang dikatakan sebagai mi segera hendak laksanakan penyelesaiannya, tetapi saya komited untuk mewujudkan sistem yang akhirnya akan dapat menangani medical inflation ini.

Pada waktu yang sama saya juga menangani transformasi reformasi pembiayaan kesihatan dengan memperkenalkan beberapa pendekatan yang lain seumpama outsourcing kami, seumpama leasing. Seumpama Rakan KKM, supaya kita akan dapat terus membangunkan perkhidmatan tanpa membelanjakan sebagai capital outlay, perbelanjaan besar dari sudut kapital ataupun development expenditure itu dan dengan itu insya-Allah dapat memperbaiki dan to enhance further, dengan izin, untuk kita perkasakan lagi health care delivery.

Di samping dipihak awam dan juga kita mahukan pihak swasta terus dapat dibangunkan. Jangan terlalu- kita mengambil tindakan sehinggakan mereka juga akan terkekang. Jadi, saya mahukan kedua-kedua public and private facility ini bergandingan untuk public daripada general taxation, itu daripada cukai. Itu daripada peruntukan kerajaan, tetapi di private sector itu Tuan Yang di-Pertua, kita mahu majukan satu...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri...

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yang dikata- last, 30 saat. The private health insurances cara begitu, dengan kita akan pembiayaan sebegitu, yang akan dapat terus membangunkan juga yang mengizinkan pihak swasta, private health facility untuk juga diberikan ruang mereka terus dibangunkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, maaf Ahli-ahli Yang Berhormat kalau tidak terjawab lagi, pastinya kita akan memberikan jawapan itu secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

draft • 2:40 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Kota Melaka, Ledang, Bagan, Ayer Hitam, Hulu Terengganu, Padang Besar, Libaran,

draft • 2:45 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Sungai Besar, Gerik, Putrajaya, Bentong, Mas Gading, Batang Sadong, Kuala Pilah dan Jempol, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh isu- isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(KUSKOP) sepanjang sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dari 4 Februari hingga 18 Februari yang lalu.

Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan mengambil kira pandangan tersebut dalam pelaksanaan program keusahawanan dan koperasi kementerian. Dengan mengambil kira perkara yang dibangkitkan, penggulungan saya pada hari ini berdasarkan kepada tiga topik utama, yang telah dibangkitkan iaitu pertama program keusahawanan dan skim pembiayaan. Kedua, gerakan koperasi dan ketiga tentang e-Invois dan kesan penyelarasan gaji minimum.

Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang untuk memberi laluan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Seandainya tidak ada, saya akan beri secara bertulis.

draft • 2:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh.

draft • 2:45 PM

Datuk Ewon Benedick

Ahli Yang Berhormat Ledang, Padang Besar, Libaran, Sungai Besar, Bentong, Bagan dan Kuala Pilah telah menyentuh mengenai pelaksanaan program keusahawanan seperti digitalisasi perniagaan, cadangan program, permohonan premis Tamu Desa, cadangan penetapan peratus barangan tempatan oleh pelabur asing dan yang melibatkan kumpulan sasaran secara khusus seperti usahawan TVET, usahawan muda dan usahawan di Sabah dan Sarawak.

Ahli Yang Berhormat Ledang ada di sini?

draft • 2:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 2:45 PM

Datuk Ewon Benedick

Bentong?

draft • 2:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 2:45 PM

Datuk Ewon Benedick

Kuala Pilah?

draft • 2:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 2:45 PM

Datuk Ewon Benedick

Tapi yang ini satu data yang- satu jawapan yang saya ingin kongsi untuk makluman Dewan dan juga penonton kita di luar sana. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara program dan inisiatif yang disediakan oleh KUSKOP kepada usahawan PMKS bagi meningkatkan adaptasi digitalisasi adalah seperti berikut.

Pertama, penyediaan studio TikTok Shop oleh TEKUN Nasional dengan kerjasama TikTok Shop Malaysia yang menyediakan studio bagi usahawan untuk

draft • 2:45 PM

Datuk Ewon Benedick

mengadakan penstriman langsung dengan teknologi terkini bagi meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran produk pertama. Studio pertama telah dilancarkan pada 16 Februari yang lepas di Penampang, di Pejabat TEKUN Cawangan dan seterusnya studio kedua kita akan lancarkan pada 17 Mac ini di Pejabat TEKUN Kuala Lumpur.

Kedua, SME Technology Transformation Fund oleh SME Bank yang menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk mengadaptasi digitalisasi dan automasi operasi perniagaan menggunakan aplikasi IR 4.0. Sepanjang tahun 2024, seramai 212 usahawan telah menerima pembiayaan berjumlah RM278.09 juta di bawah inisiatif ini.

Ketiga, skim pembiayaan online TEKUN oleh TEKUN Nasional yang menyediakan modal pembiayaan secara mudah dan cepat kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian bagi mendapatkan peranti dan peralatan berteknologi. Sejak diperkenalkan pada tahun 2022 sehingga tahun lepas, seramai 2,184 usahawan telah menerima pembiayaan berjumlah RM17.58 juta.

Keempat, SME Corp. Malaysia menyediakan bantuan Geran Padanan melalui skim peningkatan kapasiti dan keupayaan PKS BAP serta Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) bagi membantu PMKS meningkatkan pengeluaran produk sekali gus melibatkan penjimatan masa dan kos melalui adaptasi digitalisasi dan automasi serta teknologi.

Kelima, Institut Keusahawanan Negara menerapkan elemen digitalisasi dalam program bimbingan keusahawanan seperti penggunaan platform penghantaran makanan, sistem point of sales dan pemasaran menggunakan platform-platform digital.

draft • 2:45 PM

Datuk Ewon Benedick

Keenam, program pembudayaan dan pemerkasaan keusahawanan penjaja dan peniaga kecil, empower PPK oleh KUSKOP bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjaja dan peniaga kecil dalam melaksanakan transaksi perniagaan secara digital. Pada tahun 2024, seramai 618 penjaja dan peniaga kecil telah menerima manfaat program ini.

Ketujuh, platform MyMall oleh KUSKOP yang menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma bagi produk atau perkhidmatan PMKS serta merangkumi latihan on boarding kepada usahawan terlibat. Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, sebanyak ataupun seramai 2,856 usahawan

draft • 2:50 PM

Datuk Ewon Benedick

berdaftar dengan platform ini dan telah berjaya menjana jualan sebanyak RM10.81 juta setakat ini. Ahli Yang Berhormat Libaran ada? Ini saya akan beri secara bertulis.

Ahli Yang Berhormat Padang Besar telah membangkitkan mengenai program keusahawanan kepada usahawan TVET.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menyahut aspirasi kerajaan dalam memperkasakan bidang TVET dan juga selari dengan keanggotaan KUSKOP sebagai Majlis TVET Negara, KUSKOP ada menyediakan program keusahawanan bagi melahirkan usahawan TVET iaitu seperti berikut.

Pertama, program Penempatan Latihan Kerjaya dan Keusahawanan bagi Graduan TVET oleh PROTEGE KUSKOP yang bertujuan memberi pendedahan awal pengalaman bekerja berasaskan teknikal dan kemahiran serta aspek keusahawanan kepada graduan TVET di syarikat-syarikat terpilih.

Kedua, Program Pensijilan Profesional bagi Graduan TVET B40 juga oleh PROTEGE KUSKOP yang menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan graduan.

Ketiga, program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksanakan oleh SME Corp. yang menekankan bidang TVET di mana SME Corp.

pada tahun 2023 telah bekerjasama dengan institusi pendidikan yang menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti TVET MARA. Pada tahun 2023, sebanyak 55 usahawan TUBE TVET telah menerima geran berjumlah RM1.08 juta dan 129 usahawan TUBE TVET telah menerima geran bernilai RM1.94 juta melalui pelaksanaan TUBE X yang telah dilaksanakan pada tahun 2024.

Keempat, bermula tahun ini tahun 2025, TEKUN Nasional telah memperkenalkan skim baharu iaitu Skim Pembiayaan TVET dengan dana awal sebanyak RM3 juta yang dijangkakan akan memberi manfaat kepada seramai 200 usahawan TVET. KUSKOP juga mengambil perhatian, cadangan Yang Berhormat supaya sinergi di antara industri TVET dan usahawan PMKS dapat dipertingkatkan.

Sebagai makluman, berdasarkan hasil tinjauan PMKS 2024 yang dilaksanakan ataupun dijalankan oleh SME Corp., 30.2 peratus usahawan PMKS lebih gemar menggaji pekerja lepasan TVET kerana mereka memiliki kepakaran dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

Yang Berhormat Mas Gading ada? Ada di sini? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur dalam negara, ini satu inisiatif kementerian untuk memberi fokus tambahan pada Sabah dan Sarawak seperti mana

draft • 2:50 PM

Datuk Ewon Benedick

yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai dengan program keusahawanan kepada usahawan-usahawan kita di wilayah Borneo.

Inisiatif yang telah diperkenalkan pada tahun 2024 bagi usahawan di Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut. Pertama, Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah melibatkan 54 tapak dengan peruntukan berjumlah RM10.29 juta dan 39 tapak Tamu Desa di Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM7.6 juta.

Kedua, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu yang dilaksanakan oleh TEKUN Nasional berjumlah RM3.5 juta telah disalurkan kepada 893 usahawan di Sabah dan sebanyak RM2.4 juta disalurkan kepada 490 usahawan di Sarawak.

Ketiga, di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus.

Plus ini maksudnya kita telah menyediakan satu kuota daripada peruntukan geran padanan BEEP ini untuk usahawan-usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan oleh SME Corp., telah memberi manfaat kepada seramai 113 usahawan di Sabah dengan geran bernilai RM8.39 juta dan 50 usahawan di Sarawak melibatkan geran berjumlah RM4.91 juta.

Selain program-program kursus tersebut secara keseluruhannya, pada tahun 2024, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM813. 4 juta kepada 53,365 usahawan PMKS dan koperasi di Sabah. Manakala di Sarawak pula KUSKOP melalui agensi-agensi telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1.084 bilion kepada 42,689 usahawan PMKS dan koperasi di Sarawak.

Yang Berhormat Bagan tidak ada di sini saya akan beri secara bertulis. Yang Berhormat Batang Sadong ada di sini, telah membangkitkan mengenai permohonan Premis Tamu Desa di Parlimen Batang Sadong.

Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP komited dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini terutama bagi Sarawak, KUSKOP bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak telah melaksanakan program Tamu Desa pada tahun lepas melibatkan 39 tapak di Sarawak.

Untuk permohonan Yang Berhormat bagi Parlimen Batang Sadong, saya akan meneliti permohonan tersebut bagi pelaksanaan program Premis Tamu Desa tahun ini. Yakinlah ini kerana dibawa sampaikan salam kepada usahawan- usahawan. Saya beri jaminan Batang Sadong akan mendapat kemudahan ini.

draft • 2:50 PM

Datuk Ewon Benedick

Dengan syarat MINTRED dan kementerian di Sarawak tidak ada halangan tentang permohonan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan mengenai usaha memperbanyakkan lagi insentif melalui dasar bagi menyokong pertumbuhan PMKS daripada aspek bimbingan, sokongan dan latihan termasuk pembiayaan dan teknologi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP telah membangunkan Pelan Strategik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana 2023-2030 sebagai hala tuju baharu PMKS dalam menyumbang kepada ekonomi negara kita. Pelaksanaan pelan ini akan menyokong Dasar Keusahawanan Nasional 2030 bagi mengukuhkan ekosistem keusahawanan agar lebih kondusif dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang mesra PMKS.

Sebanyak 13 strategi dan 56 inisiatif telah dibangunkan di bawah pelan ini yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pemulihan PMKS bagi tempoh 2023-2025 ini yang turut diselaraskan dengan tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12. Manakala fasa kedua bermula pada tahun 2026-2030 dengan fokus kepada pemecutan prestasi dan transformasi PMKS terutama untuk kita menskalakan perusahaan di negara kita ini daripada perusahaan bersaiz kecil kepada perusahaan bersaiz menengah dan seterusnya.

Selain itu, KUSKOP juga akan melaksanakan Kajian Separuh Penggal DKN 2030 ini bagi menjalankan analisis ke atas keberkesanan strategi dan mengenal pasti jurang yang dihadapi dalam mencapai sasaran DKN 2030 yang merangkumi usaha melaksanakan penjajaran strategi DKN 2030 dengan dasar-dasar nasional semasa.

Sebagai makluman Yang Berhormat juga, kita telah memperkenalkan dan telah melancarkan dua- dasar baharu iaitu Dasar Francais Negara 2030 yang telah kita luncurkan pada 7 Februari 2025 yang lepas dan juga Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 2 November 2024.

Tuan Yang di-Pertua, tentang Gerakan Koperasi. Ahli Yang Berhormat Kota Melaka ada di sini?

draft • 2:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Yang Berhormat Menteri, sikit, sikit.

draft • 2:50 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya boleh, silakan.

draft • 2:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Ada saya bangkitkan juga berkaitan dengan bebanan kenaikan harga barang. Barang basah, barang kering untuk usahawan informal, usahawan mikro.

draft • 2:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Bukan sekadar barang basah, barang kering tetapi mereka juga terbeban dengan kenaikan harga diesel. Yang kita tahu, 97 peratus PMKS, pemain industri perkilangan ini adalah usahawan-usahawan PMKS. Jadi, yang itu saya hendak tanyalah apa perancangan KUSKOP untuk menangani perkara berkaitan dengan ini? Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. KUSKOP, juga saya dan Ketua Setiausaha menganggotai NACCOL sebagai satu platform untuk kita membincang tentang kos sara hidup dan kesannya kepada stakeholders kita. Sudah tentu keanggotaan kita dalam jawatankuasa itu adalah melihat bagaimana kita dapat memberi pembelaan kepada usahawan-usahawan mikro yang seperti disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Saya juga mendengar mereka melalui platform Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan. Semua input-input ini kita akan bawa kepada platform yang berasingan, sama ada di NACCOL ataupun untuk inisiatif belanjawan akan datang supaya kita dapat menyediakan sokongan yang lebih baik kepada keperluan mereka. Pada ketika ini, kita meneruskan pemberian pembiayaan, geran- geran padanan, latihan dan bimbingan yang berterusan yang mereka perlukan.

Tidak dinafikan memang kos sara hidup ini memberi implikasi yang besar kepada mereka. Sebab itu kita akan mengadakan Kajian Separuh Penggal dan sudah tentu kita ada engagement dengan mereka. Dengan demikian, libat urus itu akan memandu kita kepada keperluan yang bersesuaian yang diperlukan mereka.

Dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13, sudah tentu KUSKOP akan membangkitkan keperluan ini kepada Kementerian Ekonomi untuk dijadikan sebagai inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh KUSKOP pada Rancangan Malaysia Ke-13 nanti.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kota Melaka? Nampaknya mahu saya beri secara bertulis. Yang Berhormat Hulu Terengganu?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Pun tidak ada. Yang Berhormat Gerik?

Ahli Yang Berhormat Gerik telah membangkitkan sokongan dan latihan serta pembiayaan yang diberikan kepada koperasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan program-program galakan perniagaan koperasi merangkumi sokongan modal pembiayaan dan bantuan perniagaan seperti pembiayaan tabung modal pusingan, pembangunan perniagaan melalui koperasi, program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi dan Program Penggalakan Koperasi Sebagai Perusahaan Sosial.

Bagi membangunkan modal insan koperasi pula, Institut Koperasi Malaysia

(IKMa) melaksanakan pelbagai program latihan dan bimbingan kepada koperasi seperti Program Pembangunan Kepimpinan Koperasi, Program Asas Perniagaan Koperasi, Program Khidmat Bimbingan Koperasi Bersasar serta Program Belia dan Komuniti Koperasi.

Bagi tujuan meningkatkan kompetensi pengurusan koperasi, Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) telah ditubuhkan pada 29 Mac 2023.

Pada 20 Februari tahun ini, UKKM telah menghasilkan kohort pertama seramai 13 orang graduan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dalam bidang koperasi.

Ahli Yang Berhormat Jempol?

draft • 3:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

YB.

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya, silakan.

draft • 3:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Gerik cuba bangkitkan sebenarnya adalah isu berkenaan dengan penubuhan ataupun kejayaan koperasi di daerah-daerah. Untuk bangunkan ekonomi luar bandar ini, Gerik cadangkan supaya pihak kementerian menyasarkan supaya setiap daerah ia ada satu koperasi super tau. Maknanya, koperasi yang betul-betul boleh hantar produk sampai eksport macam seperti apa yang kita cadangkan di Australia dan sebagainya.

Jadi, fokus kepada daerah. Satu daerah itu mesti ada satu koperasi yang super, kategori super. Sebab sekarang ini nampaknya pihak kementerian bagi pada semua. Kita faham benda itu. Tetapi fokus untuk menjadikan ada wujudnya koperasi yang bertaraf antarabangsa tadi itu, itu sepatutnya jadi satu – setelah sekian lama sepatutnya sudah jadi satu matlamatlah untuk negara kita.

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat, saya anggap itu sebagai satu cadangan. Sepertimana jaminan saya pada awal tadi, saya akan bawa cadangan- cadangan yang baik seperti ini untuk pertimbangan kita. Pun begitu, suka saya memaklumkan Yang Berhormat daripada masa ke semasa kita sentiasa mengadakan libat urus dan perbincangan dengan ANGKASA, dengan federasi- federasi koperasi. Bagaimana cadangan tersebut dapat dibuat kerana pada

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick

akhirnya, pada saya koperasi itu harus ada produk yang boleh diangkat ke pasaran antarabangsa.

Saya ambil contoh dalam delegasi yang saya ketuai ke misi perdagangan di Riyadh tahun lepas. Selain daripada usahawan PMKS, kita bawa bersama dua koperasi turut terlibat dalam misi perdagangan supaya diberi pendedahan bagaimana permintaan di pasaran antarabangsa ini. Akhirnya, selepas kita kembali, kita kembalikan kepada koperasi. Boleh ke tidak koperasi ini dapat membekalkan produk ataupun perkhidmatan yang diminta ataupun diperlukan oleh pasaran antarabangsa ini?

Dalam masa yang sama, sudah tentu melalui program-program sedia ada yang saya sebut tadi, program sokongan itu kita boleh pertimbangkan untuk mewujudkan apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi super koperasi di setiap daerah. Tetapi ini pada saya, saya lebih cenderung untuk memberi penelitian terlebih dahulu. Tetapi saya anggap cadangan Yang Berhormat itu adalah satu cadangan yang sangat baik.

Ahli Yang Berhormat Jempol? Saya jawab secara bertulis.

Ketiga, tentang pelaksanaan invois. Yang Berhormat Ayer Hitam?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 3:00 PM

Datuk Ewon Benedick

...dan Putrajaya. Dua-dua tidak ada di sini. Maka, dengan demikian, Tuan Yang di-Pertua, sepertimana saya katakan tadi selesailah sudah perbahasan. Saya ucap terima kasih kerana sentiasa memberi pandangan, teguran isu-isu yang di bawah seliaan kementerian. Saya beri jaminan Dewan ini.

We are a team that always make it happen.

Walaupun banyak cabaran tetapi kita dan saya memberi penghargaan kepada Timbalan Menteri saya, KSU saya, ketua-ketua agensi, semua anggota pasukan kerja KUSKOP, sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Saya harus merakamkan penghargaan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentiasa mengingatkan kami tentang tanggungjawab ini. Mudah-mudahan tahun ini tahun yang lebih baik kepada gerakan PMKS dan gerakan koperasi di negara kita dengan sokongan semua.

Dengan demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri pembentangan saya ini dengan ucapan terima kasih dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Sekarang saya

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk menjawab.

draft • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih iaitu Yang Berhormat Paya Besar, Ledang, Larut, Kota Melaka, Beluran, Indera Mahkota, Sri Aman, Masjid Tanah, Hulu Terengganu, Tanjong Karang, Ayer Hitam, Semporna, Besut, Kinabatangan, Bukit Gelugor, Tenggara, Tasek Gelugor, Sri Gading, Tawau, Kudat, Bayan Baru, Bangi, Betong, Puncak Borneo, Pagoh, Lubok Antu, Kluang, Machang, Wangsa Maju, Stampin, Arau, Baram, Sabak Bernam, Ranau, Seputeh, Tanjong Manis, Keningau, Kepong, Marang, Muar, Batang Lupar, Tenom, Bakri, Jerantut dan Setiu.

Sebagai Menteri yang menggulung pertama daripada Jabatan Perdana Menteri, saya mohon untuk menjawab hujah-hujah yang dipertanggungjawabkan kepada saya iaitu menyentuh hal ehwal perundangan yang melibatkan agensi yang saya sendiri bertanggungjawab iaitu Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Ketua Pendaftaran Mahkamah Persekutuan dan Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Bantuan Guaman.

Selain daripada itu, saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana saya akan jawab bagi pihak iaitu Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Parlimen, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, PETRONAS, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan Jabatan Audit Negara berdasarkan maklumat dan input-input yang dibekalkan oleh mereka.

Pelbagai isu telah dibangkitkan dalam perbahasan Ahli Yang Berhormat dan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih sekali lagi dan banyak persoalan-persoalan berfokus kepada reformasi undang-undang, reformasi institusi, penipuan dalam talian, PETRONAS dengan PETROS, kebebasan kehakiman, isu-isu Gaza, kes-kes rasuah dan lain-lain yang berkaitan.

draft • 3:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kerajaan MADANI sentiasa agresif dalam reformasi undang-undang selaku salah satu tonggak reformasi institusi dalam memastikan hak rakyat Malaysia secara amnya sentiasa terpelihara. Suka untuk saya nyatakan di sini bahawa reformasi perundangan yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini, bukan hanya satu perubahan pada undang-undang semata-mata tetapi undang-undang ini adalah berbentuk rakyat centric, dengan izin untuk rakyat MADANI yang menjadi pemacu kepada perubahan dan kualiti hidup rakyat serta menjadikan medium untuk menyesuaikan negara secara amnya kepada perubahan semasa, tidak kira di dalam dan juga di luar negara.

Yang Berhormat Paya Besar, Tasek Gelugor dan Yang Berhormat Bangi.

Yang Berhormat Bangi ada. Jadi, menzahirkan keprihatinan kerajaan dalam menggerakkan dan memperkasakan institusi Parlimen. Semalam Yang Berhormat, pihak Eksekutif yang juga kehadiran Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II bersama beberapa Ahli Parlimen pihak kerajaan dan pembangkang telah berdiskusi dan melihat kepada perincian tentang Rang Udang-undang Akta Perkhidmatan Parlimen bersama pindaan Perlembagaan. Tadi, sebentar tadi, pada pukul 1, saya percaya NGO-NGO, CSO telah juga dijemput memberi mereka pandangan, komen dan cadangan seterusnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan ini kepada Perlembagaan Persekutuan dan penggubalan Rang Udang-undang Perkhidmatan Parlimen ini merupakan agenda reformasi institusi yang direncanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha untuk memartabatkan institusi Parlimen.

Melalui inisiatif ini, perkhidmatan Parlimen mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia. Usaha murni kerajaan pada hari ini dapatlah kita lihat sebagai memberikan komitmen kerajaan yang mana pindaan ini kepada Perlembagaan dan kewujudan rang udang-undang ini bolehlah dipanggil sebagai mother of oviform, dengan izin. Kerana secara tidak langsung maksud separation of powers dari segi bidang kehakiman, eksekutif dan legislatif dapat ditafsirkan bebas.

Itu sebabnya Puan Yang di-Pertua, Dewan mulia ini akan melihat bahawa di dalam pembentangan yang akan dilakukan pada empat hari bulan perbahasan ini, saya mencadangkan kepada semua Yang Berhormat untuk kembali membaca Hansard yang pada tahun 1992 di mana perkhidmatan ini telah dimansuhkan.

Sebahagian daripada kita Ahli Parlimen masih menjadi Ahli Parlimen pada tahun

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

1992 tersebut. Bacalah Hansard tersebut, cuba membaca dan memahami kenapa perkhidmatan Parlimen telah ditamatkan.

Saya yakin dan saya percaya Yang Berhormat sekalian yang begitu pakar dan mempunyai kefahaman yang saya percaya sezaman dengan tahun 2025 menerima hakikat bahawa perubahan ini perlu dilakukan sebagai komitmen kita kepada yang saya sebut tadi sebagai separation of powers, dengan izin.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam menggubal rang udang- undang ini, beberapa banyak sesi libat urus telah dilakukan. Bukan hanya tadi dengan NGO dan CSO, sebelum itu telah juga dinyatakan libat urus, mesyuarat jawatankuasa, kajian, tinjauan. Bermula daripada tahun 2023 dan tahun 2024 dan ia diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat kita, Setiausaha-setiausaha Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat, kemudian dibawa bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara.

Dan yang paling penting saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih ya, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh sama barisan Kabinet kerana akhirnya bersetuju bahawa pindaan ini dilakukan pada sesi ini, pindaan Perlembagaan dan kewujudan akta ini.

Kemudian, dengan persetujuan yang digerakkan secara agresif oleh Tan Sri KSN, Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri KPPA dan juga Ketua Pentadbir Parlimen kerana yang akan sebenarnya menjadi apa yang disebut pengguna, the user kepada pindaan ini dan kepada kewujudan ini ialah mereka-mereka yang bekerja untuk Parlimen kita. Jadi, saya percaya dan saya yakin masa yang lama diambil kerana ada yang setuju ada yang tidak dan pada kali ini, wujudnya sistem hibrid.

Saya berharap pada minggu depan dalam perbahasan Yang Berhormat- Yang Berhormat semua, kedua-dua pihak akan memberi pandangan, cadangan.

Saya yakin dan berharap bahawa selepas pindaan ini banyak lagi pindaan-pindaan boleh dilakukan selepas itu. Ini adalah langkah pertama. Yang Berhormat daripada Ledang ada?

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Oh, Ledang tak ada. Tapi Yang Berhormat daripada Ledang tanya saya soalan dengan undang-undang lapuk. Saya percaya mungkin saya jawab juga walaupun dia tak adalah sebab bagi saya undang- undang lapuk ini ialah satu soalan yang sangat penting, ya.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sebenarnya Puan Yang di-Pertua, kalau kita tengok kepada undang-undang kita yang kita berhadapan, banyak undang-undang kita, kita warisi daripada Kerajaan British sebab kita tahu adalah sistem koloni kerajaan, empayar British di mana negara-negara yang telah mereka colonize dengan izin, banyak undang-undang datang daripada perut mereka. Kita tidak boleh lari tentang kewujudan di mana undang-undang seperti Undang-undang Kontrak, Undang-undang Jenayah kita yang mana Yang Berhormat sebagai peguam-peguam tahu datang daripada banyak daripada negara India yang menjadi kata orang pemangkin kepada undang-undang yang wujud dalam negara kita.

Kalau kita tengok bahawa dalam perkara ini, sebagai contohnya undang- undang lapuk yang disebut pada tahun ini 2025, Bahagian Hal Ehwal Undang- undang akan memberi fokus kepada undang-undang komersial dan jenayah. Itu undang-undang lapuk tersebut. Satu Jawatankuasa Semakan dan Kajian Akta Kontrak 1950 [Akta 136] diwujudkan satu jawatankuasa 14 Januari 2025 yang mana kita tengok diharapkan kajian yang dia boleh buat dalam 18 bulan. Kalau kita tengok, ia dipimpin oleh beberapa orang hakim-hakim Mahkamah Persekutuan ya dan dipengerusikan oleh Yang Arif Datuk Vazeer Alam Mydin bersama 20 orang ahli jawatankuasa yang berpengalaman.

Kita berharap dalam jawatankuasa yang melihat kepada elemen kontrak ini, ia akan melihat kepada semua aspek-aspek yang kita lihat boleh melihat kepada kesan-kesan lapuk kepada undang-undang yang dulu wujud. Pindaan ini penting untuk dilihat sebagai pindaan yang saya dimaklumkan di sini dari segi rekod, pindaan yang terakhir kepada Akta Kontrak berlaku pada tahun 1976, Puan Yang di-Pertua.

Kalau kita tengok sebahagian besar daripada isi kandungan Akta Kontrak kita, kita tidak boleh lari bahawa istilah-istilah lama berteraskan pada prinsip undang- undang yang sudah tidak relevan dengan keperluan zaman moden mengakibatkan banyak peruntukan di bawah Akta 36 ini, hari ini tidak mampu menangani isu kompleks dalam transaksi terutamanya transaksi e-Dagang dan perjanjian berbentuk digital.

Ini cabaran yang sangat penting. Kerana hari ini, kalau kita tengok pun dalam talian kita, banyak dokumen bank pun, dokumen bank semua digital. Kemudian, kita juga tengok tandatangan juga digital. Ini yang kadang-kadang mereka melihat dari segi beban kepada pembuktian dalam kes-kes kontrak sebagai contoh, akan menjadi satu cabaran kalau pindaan ini dan kajian ini tidak dilakukan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Oleh itu, jawatankuasa ini adalah sangat penting untuk mengkaji pembangunan Undang-undang Kontrak dan menilai kembali cabaran-cabaran dan kelemahan di dalam Akta 136 untuk mengkaji keputusan yang penting. Kita melihat juga keputusan kes-kes mahkamah setakat ini supaya syor-syor dan kadang-kadang mahkamah kita juga memberi pandangan mereka, di mana perlulah pembaharuan laporan lengkap pindaan, hasil kajian itu dapat dilakukan. Itu Undang-undang Kontrak.

Sekarang saya nak masuk pada bab Undang-undang Jenayah. Undang- undang Jenayah Puan Yang di-Pertua, lagi dahsyat. Kalau kita lihatlah peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah, Akta Keterangan. Akta keterangan kita tahun 1950. Jadi, ini pun banyak persoalan ditimbulkan daripada pelbagai perkara seperti saya bagi keseluruhan 511 seksyen di bawah Kanun Keseksaan, 167 seksyen di dalam Akta Keterangan dan 444 seksyen di dalam Kanun Tatacara Jenayah yang kita perlu kaji semula melihat sama ada ia lapuk ataupun tidak lapuk.

Kemudian, beberapa pula dilihat mungkin masih relevan dan dengan kemajuan teknologi dan perkembangan dunia digital, elemen-elemen jenayah ini adalah lebih canggih yang menyebabkan proses pembuktian itu pun satu proses pembuktian yang memerlukan kecanggihan. Itu sebabnya peruntukan-peruntukan ini yang akan digubal perlulah dalam bahasa yang mudah dan dapat difahami oleh rakyat.

Di samping itu, kalau kita lihat pula peruntukan-peruntukan ini yang kita nak pinda undang-undang lapuk ini dapat memperkasa dan memperkukuhkan sistem keadilan jenayah dalam negara kita. Itu sebabnya Puan Yang di-Pertua, bagi pihak Bahagian Undang-undang, ini salah satu daripada komitmen dan iktibar yang berterusan yang dilakukan sebagai antara agenda reformasi Kerajaan MADANI supaya semua rakyat tidak ketinggalan bila cakap tentang proses keadilan sama ada melalui sistem sivil ataupun sistem jenayah.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi, Yang Berhormat Ledang juga tak ada di sini, tak masuk lagi — telah menimbulkan isu tentang Peguam Negara dan pendakwa raya. Saya dah jawab banyak kali ya dan Tan Sri Speaker juga telah tegur, kalau dah banyak kali jawab, tak payahlah jawab. Tapi saya nak maklum, pada bulan puasa ini, 8 Mac, beberapa daripada jawatankuasa dalam select committee yang dipimpin oleh Yang Berhormat Selayang, bersama beberapa barisan pembangkang dan kerajaan akan membuat

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

lawatan ke United Kingdom sebagai lawatan peringkat yang terakhir antara negara- negara, comparative yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Insya-Allah diizinkan oleh Allah, kita akan bertemu dengan The Right Honourable Shabana Mahmood MP, Lord Chancellor and Secretary of State for Justice. Dalam cadangan juga, berjumpa dengan Attorney General The Right Honourable Lord Hermer King’s Counsel dan juga berjumpa dengan Director of Public Prosecutions and Head of Crown Prosecution Service, Stephen Parkinson. Saya berharap dengan perjumpaan ini dan seterusnya perbincangan, dapatlah kita memberikan kajian yang lebih mendalam untuk melihat tentang keperluan kepada jawatankuasa ini untuk membawa kepada perbincangan yang lebih terperinci seperti yang saya sebut. Tetapi ada juga beberapa komen dibuat oleh beberapa pihak mengatakan kenapa nak pergi kepada negara yang jauh-jauh.

Tapi sebenarnya Puan Yang di-Pertua, antara cabaran kita ialah kita ini seperti saya sebut, hasil — lahir daripada hasil yang telah dikoloni oleh sistem British.

Negara-negara yang kita pergi adalah negara yang mempunyai sistem yang lebih kurang sama, tapi berubah ikut masa. Di United Kingdom dilihat sebagai punca kepada segala pemisahan, itulah akan menjadi rujukan untuk kajian yang lebih mendalam.

Yang Berhormat Ledang juga bertanya tentang reformasi institusi dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Walaupun dia tak ada, saya rasa ini ialah satu tajuk yang agak penting ya. Nak mengatakan di sini tentang berkenaan dengan Akta Kebebasan Maklumat, penubuhan Ombudsman Malaysia, penggubalan Rang Undang-undang Pendanaan Politik, pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 di mana kesemua ini diharap yang saya sebut banyak kali bahawa jikalau Kerajaan Malaysia dalam gerakan mahu melihat bahawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kita turun kepada tangga — menjelang tahun 2030 kepada tangga yang ke-25, perkara ini mesti digerakkan serentak ya. Satu tanpa yang lain, saya melihat akan wujudnya bukan kejanggalan, tetapi agak susah untuk dilaksanakan.

Kalau kita lihat di sini, Ketua Setiausaha Negara sendiri, Tan Sri Shamsul Azri pernah menyatakan bahawa dalam menggariskan pelan hala tuju CPI 10 tahun yang akan datang, menyatakan memberikan tumpuan kepada akauntabiliti bersama institusi kukuh dan berkesan serta kolaborasi yang strategik. Jadi di sini saya ingin tegaskan bahawa bagi pihak Kerajaan MADANI, komitmen itu memang ada.

Dalam memastikan pelaksanaan reformasi institusi ini dijalankan dengan tegas dan konsisten bagi memperkukuh sistem pentadbiran negara, perkara ini mesti

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

dilaksanakan kerana kalau kita lihat selalunya bila bercakap tentang elemen-elemen rasuah, adanya masalah antara pertama, isu tentang kebebasan maklumat yang dilihat sebagai cabarannya adalah kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sebab kadang-kadang antara cabaran yang paling utama jika maklumat itu datang daripada skop di bawah Akta Rahsia Rasmi. Ini mesti dicarikan jalan penyelesaian.

Kalau tidak, bagaimana maklumat hendak diberi kalau memberi maklumat pun dilihat sebagai satu jenayah, satu kesalahan? Ini menjadi ibu kepada gerakan ini yang bagi saya Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dalam proses mengkaji, dalam proses menganalisa dan membawa pakar-pakar untuk perbincangan.

Tetapi yang lebih penting ialah penerimaan daripada pihak kerajaan bahawa perkara ini mesti dilakukan. Tapi soalannya bila? Caranya bagaimana? Saya berharap kalau bolehlah, kita boleh bermula dengan pindaan kepada Akta Pemberi Maklumat. Kalau boleh pada sesi akan datang ataupun sesi ini. Saya berharap juga ia akan diikuti dengan kewujudan pindaan kepada akta bagi saya, kebebasan maklumat dan juga kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Kita juga tidak boleh lupa kepada apa yang disebut sebagai akta memberikan perlindungan, apa yang disebut sebagai Whistleblower Protection Act. Juga, saya melihat di sini antara kepentingannya ialah mewujudkan sistem Ombudsman dalam negara kita. Kalau perkara ini boleh dilakukan sekali Puan Yang di-Pertua, saya melihat ada satu balance yang lebih baiklah. Itulah harapan daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dalam reformasi institusi.

Saya sendiri yang dilantik sebagai Presiden kepada International Anti- Corruption Academy (IACA) Assembly of Parties di Vienna melihatkan ini adalah komitmen penterjemahan Kerajaan Malaysia berterusan kepada perjanjian penubuhan IACA sebagai organisasi antarabangsa serta menzahirkan sokongan terhadap kepercayaan yang diberi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Secara tidak langsung, saya percaya dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada ASEAN pada tahun 2025, program bersama ini akan dilakukan. Saya dimaklumkan bahawa perlunya satu program khusus di Malaysia yang disebut sebagai Regional Summer Academy dan semua mereka menjadi ahli di bawah IACA ini dijemput hadir. Pengalaman dan pendekatan yang dilakukan oleh suruhanjaya SPRM kita — kes-kes yang telah berjaya dilaksanakan dan dipantau bukan sahaja — SPRM bila bercakap di pentas antarabangsa Puan Yang di-Pertua, mereka bukan sahaja menyentuh tentang kes yang mereka membuat siasatan, tetapi lebih banyak kepada...

draft • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri.

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sekejap ya.

draft • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya mohon...

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bukan sahaja kes siasatan, tetapi juga kepada apa yang disebut sebagai recovery. Maknanya mendapat balik harta-harta yang telah diambil secara rasuah. Bagi saya itu satu balancing. Bukan sahaja investigation, tetapi recovery. Silakan Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih YB Menteri.

Semasa perbahasan, saya ada menyebut mengenai pandangan dan hala tuju kerajaan mengenai perkara 8(j) di dalam Senarai Persekutuan yang juga perlu dirujuk kepada senarai 2(c) Senarai Kerajaan Negeri Sarawak di mana ia menyebut hak minyak tersebut adalah di bawah kerajaan negeri.

Jadi, saya memohon — sebab kita di dalam Rukun Negara kita memartabatkan keluhuran Perlembagaan. Perkara ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan, maka ia perlu ditunaikan supaya kita boleh menghormati hak-hak semua rakan-rakan yang menubuh negara Malaysia yang tercinta ini. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan dan juga kementerian, sejauh mana undang- undang ini dihormati supaya kita dapat mengharmonikan hasrat semua rakyat Malaysia untuk mempunyai kesatuan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan dan kesatuan yang menjaga hak-hak setiap rakyat Malaysia?

Kedua, saya juga ingin...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Bertanya, apakah status PDA 1974 kerana setelah terbatalnya Emergency Ordinance 1969. Sepatutnya ini sudah tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak. Apakah pandangan dan juga petua-petua daripada kerajaan dan juga kementerian perundangan mengenai hal ini supaya rakyat Malaysia tahu dan kita sama-sama meminta hak kita supaya kita boleh menghormati di antara satu dengan yang lain? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya tak boleh jawab sebab saya bukan Menteri bertanggungjawab, yang boleh saya buat ialah bagi jawapan bertulis.

Tapi saya lihat sekarang ini memang ada satu jawatankuasa induk di mana MA63, yang banyak berpaksi kepada MA63 dan wakil daripada pihak Kabinet ialah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II. Saya cukup yakin bahawa memang satu proses yang ongoing discussion. Mungkin Puncak Borneo boleh

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

membawa cadangan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada jawatankuasa induk dan sebagainya. Tapi jawapan saya setakat ini, saya boleh bagi jawapan bertulis.

Disebabkan oleh masa, semua soalan tentang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, diikuti dengan Rang Undang-undang Pendanaan Politik dengan penipuan dalam talian diikuti dengan PETRONAS, PETROS itu secara bertulis. Berkenaan dengan isu-isu yang lain Puan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis kepada semua yang — Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk menjawab.

draft • 3:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

draft • 3:29 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Wilayah Persekutuan ini iaitu Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Seputeh.

Manakala ada seramai 26 orang lagi Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat yang menyentuh isu-isu yang berkaitan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan juga pentadbiran am JPM.

Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut adalah Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Julai, Yang

draft • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Pulai dan juga Yang Berhormat Pendang.

Jadi, saya mengucapkan terima kasih kerana telah menyumbang kepada pandangan yang bernas serta cadangan membina dalam usul Menjunjung Kasih Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025.

Jadi Titah Seri Paduka Baginda mengenai zero red tape dan rumah mampu milik yang baginda tekankan dilihat sepertimana juga yang telah saya sarankan dalam ucapan aspirasi saya kepada warga Jabatan Wilayah Persekutuan pada 19 Februari baru-baru ini. Ini adalah supaya tidak berlaku sebarang birokrasi yang berlapis-lapis yang tentunya menyusahkan ramai rakyat.

Saya juga telah menyampaikan komitmen di dalam Permukiman Jemaah Menteri baru-baru ini di PETRONAS Leadership Centre pada 21 dan 22 Februari, baru-baru ini untuk kita membangunkan rumah mampu milik sejumlah 139 tapak yang telah kita kenal pasti di Kuala Lumpur ini, yang berpotensi untuk membangun pembangunan semula.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ingin mohon juga memaklumkan bahawa saya pada hari ini kurang sihat, Tuan Yang di-Pertua. Jadi sekiranya saya tidak dapat meneruskan penggulungan ini, saya mohon juga izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk YB Timbalan Menteri MOSTI menggantikan saya. Terima kasih.

Jadi, saya mulakan dengan isu pengurusan Wilayah Persekutuan terlebih dahulu. Dalam perbahasan ini saya melihat beberapa isu utama telah diketengahkan merangkumi pembangunan bandar, kesejahteraan ekonomi, pengurusan tanah, pengangkutan awam serta juga aspek integriti dan pentadbiran. Jadi, saya mulakan ada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai sebagai isu yang pertama. Jadi, terima kasih Yang Berhormat.

Saya difahamkan Yang Berhormat ini merupakan kabinet bayangan ya, kepada portfolio saya. Jadi, itulah. Jadi, saya bagi yang pertama untuk saya menjawab. Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan kadar sewa tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh DBKL terutamanya mengenai kemampuan peniaga kecil, khususnya peniaga bumiputera untuk menanggung sewaan tersebut.

draft • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat juga turut menegaskan bahawa bazar Ramadan seharusnya memberi peluang kepada peniaga kecil dan tidak hanya dikuasai oleh syarikat- syarikat besar. Jadi, menjawab soalan ini saya ingin memaklumkan bahawa kadar sewaan adalah antara yang terendah, Yang Berhormat iaitu bagi setiap tapak bazar Ramadan di Kuala Lumpur ini, caj yang dikenakan hanyalah serendah RM500 sahaja. Di mana caj tersebut adalah termasuk cagaran RM200 yang akan kita pulangkan sekiranya tiada pelanggaran kepada syarat lesen.

Jadi ini bermakna, setiap penjaja hanya perlu membayar sekitar RM300 sahaja, Yang Berhormat untuk satu petak bazar Ramadan. Jadi kadar ini tentunya sangat lah berpatutan dan mampu milik, terutamanya bagi peniaga-peniaga kecil.

Jadi kadar ini juga agak rendah berbanding dengan caj yang dikenakan di setengah- setengah tempat yang mungkin dikelolakan oleh pihak swasta atau pun juga ini berlaku di beberapa kawasan-kawasan ataupun bandar-bandar di negeri-negeri lain.

Selain daripada itu, DBKL juga menjalinkan kerjasama strategik dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang Alhamdulillah, telah juga menanggung kos kanopi di semua lokasi bazar Ramadan di Kuala Lumpur ini. Jadi, ini memberikan manfaat tambahan juga kepada peniaga.

Penawaran tapak bazar juga dibuat berdasarkan permohonan dan kaedah cabutan undi. Ini sangat adil Yang Berhormat, bagi kawasan yang permohonannya melebihi jumlah tapak yang ditawarkan untuk memastikan peluang yang adil kepada semua peniaga kecil.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga membangkitkan isu mengenai rasuah dan tatakelola DBKL terutamanya mengenai keputusan SPRM untuk membenarkan DBKL menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu berkenaan dakwaan salah laku yang melibatkan seorang ahli lembaga penasihat DBKL.

Jadi menjawab isu ini Yang Berhormat, saya ingin menjelaskan bahawa DBKL mempunyai tatacara siasatan dalaman tersendiri terhadap sebarang aduan yang diterima oleh DBKL. Jadi, Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi di bawahnya juga mempunyai persediaan tatakelola masing-masing.

Walau bagaimanapun, Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi sentiasa terbuka dan bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya tanpa melindungi mana-mana pihak atau individu sekiranya ada agensi penguatkuasaan yang melaksanakan siasatan, contohnya SPRM atau sebagainya.

Kita memang tidak pernah berkompromi dengan masalah-masalah yang melibatkan tatakelola khususnya rasuah, ya. Jadi, DBKL juga akan menambah baik

draft • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

insya-Allah mungkin beberapa prosedur atau proses tatakelola. Saya telah juga meminta supaya DBKL memberi komitmen untuk memperkenalkan juga mekanisme pemantauan yang lebih ketat serta meningkatkan tahap ketelusan dalam setiap urusan yang dijalankan.

Perkara terakhir Yang Berhormat sentuh ialah berkenaan dengan isu pelaksanaan projek pembangunan semula Kampung Baru khususnya fasa satu yang melibatkan pembinaan menara bertingkat oleh Sang Suria Berhad. Projek ini melibatkan anggaran nilai pembangunan kadar GDB sebanyak RM2.68 bilion.

Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru Kuala Lumpur ini merupakan inisiatif penswastaan, sorry merupakan inisiatif kerjasama swasta di antara pemilik tanah dan petak dengan KL City Gateway Sdn Bhd.

KLCG ini merupakan pemaju hartanah yang sebelum ini dikenali sebagai Ritzy Gloss Sdn Bhd. Daripada 15 November 2024, Sang Suria Berhad telah pun memegang 20 peratus kepentingan dalam KLCG bagi melaksanakan proses pembangunan semula kawasan tersebut.

Jadi, penduduk asal Kampung Sungai Baru ini tidak akan terpinggir sudah tentunya kerana pemaju telah menawarkan tawaran usaha sama kepada mereka seperti unit gantian iaitu 969 kaki per segi sehingga 1,200 kaki per segi.

Bayaran persetujuan usaha sama, kos pindah keluar dan masuk rumah gantian, ex-gratia ubah suai rumah sedia ada, bayaran sewaan sementara atau rumah transit residensi Kerinchi KL Gateway dan bayaran lebihan tunai untuk lot teres.

Jadi, pemilik kepada unit flat ini akan menikmati sebuah rumah ganti dengan anggaran tawaran usaha sama ini di antara RM884,000 sehingga RM1 juta, Yang Berhormat. Jadi, manakala pemilik lot teres akan memperoleh sehingga antara tiga hingga sembilan unit rumah ganti dengan anggaran tawaran usaha sama antara RM2.7 juta hingga RM8.1 juta serta bayaran lebihan tunai juga. Jadi, perbezaan anggaran tawaran usaha sama dengan mengambil kira faktor luas lantai, flat atau rumah teres dan keluasan tanah lot teres.

Manfaat yang mereka terima adalah lebih baik berbanding sekiranya kawasan mereka itu tidak dibangunkan. Pendek kata di Kampung Sungai Baru ini, pembangunan ini tidak hanya memfokuskan keuntungan kewangan semata-mata tetapi juga memelihara identiti dan juga warisan budaya Kampung Baru sebagai sebuah kawasan penempatan bumiputera yang bersejarah.

draft • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi pembangunan semula kawasan Sungai Baru ini adalah selari dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang diwartakan, Pelan Induk Pembangunan Semula Kampong Bharu 2040 dan juga panduan pelaksanaan pembaharuan semula Kampung Baru.

Jadi panduan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membangunkan kawasan-kawasan yang telah usang dan tidak selamat serta berpotensi untuk dibangunkan semula bagi menyediakan penempatan kondusif secara mampan dan memberi nilai tambah dalam aspek ekonomi.

Di kawasan Sungai Baru juga berada di luar kawasan penempatan pertanian Melayu ataupun Malay Agriculture Settlement (MAS) yang tidak mempunyai sebarang sekatan pemilikan.

draft • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, saya menjawab benda ini. Walaupun perkara-perkara ini sebenarnya berlaku sebelum daripada saya kan? Pemaju dengan inisiatif sendiri telah juga memulakan rundingan dengan pemilik tanah sejak 2016 lagi Yang Berhormat, hingga Oktober 2020 dan tiada proses tender dilaksanakan. Pemilihan ketika itu ya. Jadi, pemilihan pemaju adalah berdasarkan persetujuan pemilik tanah sendiri dan PKB tidak mempunyai kuasa untuk menentukan pemaju yang dilantik.

Namun, PKB tetap terlibat sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan perlaksanaan pembangunan semula dan memastikan hak pemilik tanah terjaga, selaras fungsinya yang dinyatakan dalam Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 dan proses pembangunan semula kawasan Sungai Baru adalah setakat ini kita lihat memenuhi keperluan perundangan.

Saya beralih kepada isu yang seterusnya. Yang Berhormat Cheras pula telah membangkitkan cadangan untuk membawa pindaan Akta Ibu Kota Negara 1960 agar pelantikan Ahli Majlis DBKL dapat dilaksanakan, memberi lebih banyak suara kepada rakyat dalam pengurusan Kuala Lumpur. Menjawab kepada cadangan ini, kerajaan tidak pernah menolak keperluan terhadap pelantikan Ahli Majlis di Kuala Lumpur seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Cheras. Namun begitu, buat masa ini, pelantikan ini tidak dapat dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang- undang semasa iaitu Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 iaitu Akta 190. Walau bagaimanapun, kerajaan amat menghargai cadangan tersebut dan sentiasa terbuka untuk mencari pendekatan yang lebih inklusif. Untuk itu, saya juga telah mengarahkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL untuk melaksanakan kajian terhadap Akta Ibu Kota ini yang tidak pernah dipinda sejak tahun 1960. Jadi

draft • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

dalam hal ini, akta tersebut memperuntukkan maksimum sejumlah 15 orang ahli lembaga penasihat iaitu Lembaga Penasihat Bandar Raya Kuala Lumpur yang berfungsi sebenarnya untuk menasihati Datuk Bandar bagi pengurusan bandar raya.

Sebagai langkah lain, Majlis Menteri Wilayah juga telah diaktifkan kembali dengan keterlibatan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk meneliti isu-isu yang berkaitan dengan dasar. DBKL juga telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Konsultasi Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga yang memberikan ruang sebenarnya kepada Ahli- ahli Parlimen turut serta dalam proses perancangan dan juga pengurusan bandar Kuala Lumpur serta memastikan suara rakyat terus didengari dalam setiap keputusan yang diambil.

Yang Berhormat Kepong pula membangkitkan juga isu tentang kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Ini isu biasa yang khususnya berlaku pada waktu puncak.

Mencadangkan agar kerajaan mengenakan caj kesesakan serta sekatan nombor plat untuk mengurangkan jumlah kenderaan pada waktu puncak ini. Jadi, menjawab cadangan ini, saya ingin memaklumkan bahawa caj kesesakan ini adalah antara langkah yang dilakukan untuk menangani kesesakan dan ini kira juga kita sedang teliti dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040.

Jadi, satu kajian yang sebenarnya sedang dilaksanakan oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), bertujuan untuk menilai keberkesanan caj kesesakan dalam mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya serta untuk meningkatkan juga sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur ini.

Jadi, kajian ini melibatkan pelbagai aspek, termasuk kesan ekonomi kepada pengguna dan juga impak kepada pengangkutan awam. Jadi, kajian ini akan dibentangkan. Saya difahamkan kepada Jawatankuasa Kabinet Kesesakan Jalan Raya untuk dipertimbangkan selanjutnya sebelum sebarang keputusan akhir diambil.

Walau bagaimanapun, dalam menangani isu kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur khususnya Yang di-Pertua, penyediaan kepada suatu ekosistem yang lengkap harus disediakan bagi menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Satu kajian yang pernah juga dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Berhad pada tahun 2020 telah menunjukkan kerugian atas kesesakan jalan raya ini mencecah sehingga RM20 bilion pada ketika itu. Jadi, memang kita kena lihat isu ini dengan serius.

draft • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seputeh membangkitkan pula isu mengenai penjualan tanah kerajaan di Kuala Lumpur dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan pasaran yang merujuk kepada tanah di Kampung Bohol dan juga di Taman Desa. Jadi, menjawab tentang isu ini, pelupusan tanah kerajaan ini sebenarnya dilakukan mengikut peruntukan seksyen 76, Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995.

Proses ini melibatkan penilaian teliti daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan Malaysia yang menilai tanah tersebut mengikut harga pasaran yang wajar. Manakala penjualan tanah milik persendirian pula dilakukan berdasarkan prinsip willing seller, willing buyer, dengan izin, di mana harga jualan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat berdasarkan perundingan yang adil.

Di sini, saya juga ingin menegaskan bahawa proses pelupusan tanah kerajaan tidak sama dengan aktiviti jualan tanah persendirian. Begitu juga dengan isu tapak rizab balai polis di Taman Desa, ia nya adalah pelupusan tanah kerajaan dan bukannya penjualan tanah.

Jadi, saya juga ingin menegaskan bahawa pelupusan tanah rizab polis di Taman Desa juga mengikut prosedur yang sama seperti pelupusan tanah kerajaan lain dan proses ini melibatkan penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan juga.

Sekiranya tanah tersebut diperlukan untuk tujuan kemudahan awam seperti pembinaan balai polis atau sebarang kemudahan lain yang memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan akan mengambil langkah untuk mengenal pasti tanah-tanah lain yang lebih sesuai daripada tanah milik kerajaan atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Kerajaan komited untuk memastikan bahawa tanah yang dilupuskan adalah digunakan dengan cara yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam pembangunan kemudahan awam yang akan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan dasar dan perlaksanaan yang berada di bawah bidang kuasa JPA. Jadi, Yang Berhormat Masjid Tanah pula, saya mengambil keputusan untuk menjawab juga Yang di-Pertua kerana ia berkaitan dengan dasar. Yang Berhormat Masjid Tanah ada membangkitkan mengenai jumlah tuntutan yang dibuat bagi pembayaran pelarasan

draft • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

pencen. Ingin saya tegaskan bahawa penyelarasan pencen bagi pesara perkhidmatan awam dilaksanakan selaras dengan peruntukan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 iaitu Akta 238 yang menetapkan bahawa pencen atau elaun persaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji penjawat pegawai awam yang sedang berkhidmat.

Dalam hal ini, kerajaan telah pun melaksanakan penyelarasan pencen fasa satu pada Disember tahun lepas 2024, sejajar dengan pengumuman berkaitan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), manakala bagi fasa dua, penyelarasan akan dilaksanakan nanti pada 1 Januari 2026 kelak.

Sehubungan dengan itu, jumlah tuntutan yang dibuat bagi pembayaran penyelarasan pencen adalah dianggarkan sebanyak RM1.0 juta bilion, melibatkan seramai 531,976 pesara. Namun, kerajaan juga telah mengambil langkah untuk memfailkan permohonan penggantungan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penyelarasan pencen ini.

Pengiraan semula pencen dijangka mengambil sedikit masa kerana ia merupakan satu proses yang kompleks dan melibatkan pelbagai lapisan kelulusan serta semakan terperinci bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon juga untuk menjawab bersekali isu penamatan kontrak tanpa SPM dan kelayakan SPM yang telah dibangkitkan oleh YB Arau sebenarnya dan beberapa YB yang lain, termasuklah Sabak Bernam, YB Pendang, mengenai isu status perjawatan kakitangan kontrak yang tidak memiliki SPM. Berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Awam, kelulusan contract of service ini, dengan izin, di bawah peruntukan OS29000 bagi tahun 2024. Bagi kakitangan yang tidak memiliki SPM adalah sebanyak 2,037 orang.

Jadi, saya ingin tegaskan di sini bahawa tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh kerajaan untuk penamatan kontrak secara besar-besaran terhadap pegawai yang tidak memiliki SPM. Sebaliknya, pengurusan kontrak pegawai COS tadi adalah berasaskan keperluan perkhidmatan semasa serta persetujuan bersama antara kedua-dua pihak. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang menyatakan bahawa seramai 30,000 orang kakitangan perkhidmatan awam yang tidak memiliki SPM akan ditamatkan perkhidmatan adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

draft • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Bagi pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam tahun, tempoh perkhidmatan pegawai boleh diambil kira untuk menggantikan kelayakan

draft • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

SPM bagi pegawai tetap. Namun, bagi pegawai lantikan kontrak, tempoh perkhidmatan mereka tidak boleh diambil kira untuk menggantikan kelayakan SPM.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ada banyak lagi yang saya belum dapat jawab dengan masa yang telah tamat ini. Jadi, saya hanya mahu menjawab satu lagi saja isu. Yang di-Pertua, bolehkah?

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

Jawapan ringkas.

draft • 3:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ringkaskan. Kalau ringkas pun mengambil masa juga, Yang di-Pertua. Baik, kalau begitu, saya kira saya tamatkan dulu di sini, Yang di-Pertua, dan saya kira saya buat penutupan dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah memberikan pandangan dan sumbangan yang bernas dalam perbahasan pada kali ini. Selaku Menteri yang bertanggungjawab ini, saya mewakili pasukan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama kakitangan yang lain akan terus bertekad dan kekal komited untuk memperjuangkan pembangunan yang inklusif seiring dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar setiap lapisan rakyat mendapat manfaat daripada arus kemajuan negara.

Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat saya jawab, saya mohon untuk jawab secara bertulis. Akhir kata, saya menyembah junjung kasih di atas Titah Tuanku yang penuh kebijaksanaan dan semoga segala usaha kita dalam memajukan Wilayah Persekutuan dan negara ini akan terus diberkati oleh Allah SWT.

Saya tutup, Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi:

Di atas takhta raja berdaulat, Memayungi rakyat dengan seadilnya, Wilayah Persekutuan maju dan berkat, Tunjang negara gemilang dan berjaya Junjung kasih Tuanku. Semoga Allah SWT merahmati Wilayah Persekutuan, negara kita dan juga memberkati segala usaha kita dalam membangunkan negara yang tercinta ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjawab.

draft • 3:50 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Puan Yang di-Pertua, saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama merenung Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 59, mafhumnya “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” Puan Yang di-Pertua, izinkan saya merafak sembah serta menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas tahun 2025. Semoga pemerintahan Tuanku akan terus memayungi rakyat dan negara dengan kesejahteraan, perpaduan dan kemakmuran yang berkekalan. Negara dan rakyat amat beruntung dapat bernaung di bawah payung pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sentiasa mengambil berat terhadap segenap lapisan rakyat dalam negara ini.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.

Sebanyak 13 isu yang telah dibahaskan oleh 23 Ahli Yang Berhormat termasuk YB Pasir Mas, Hulu Selangor, Pokok Sena, Rantau Panjang, Ayer Hitam, Bagan Serai, Kepala Batas, Bukit Gelugor, Kuala Krau, Raub, Kubang Kerian, Kuantan, Kuala Kedah, Parit Buntar, Kuala Krai, Pasir Salak, Jerlun, Klang, Tampin, Setiu, Tumpat, Jasin dan Pulai.

Puan Yang di-Pertua, isu yang pertama, pertanyaan berkaitan logo halal dan isu melingkari sijil halal pada produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dan

draft • 3:52 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

pembekal sering mendapat perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada sesi kali ini, tiga Ahli Yang Berhormat Bagan Serai, Kuala Krai dan Tampin membangkitkan isu ini.

Yang Berhormat Bagan Serai dan Kuala Krai dalam perbahasan tempoh hari menghendakkan agar satu tindakan tegas diambil kepada mana-mana syarikat pengeluar atau pembekal yang menyalahgunakan logo atau sijil halal. JAKIM dan Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa konsisten dari masa ke semasa melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan ke atas pemegang Sijil Pengurusan Halal Malaysia (SPHM) bagi menilai kepatuhan terhadap prosedur pensijilan Halal Malaysia serta perundangan dan peraturan berkaitan. Hanya pemegang SPHM yang masih dalam tempoh sah sahaja dibenarkan menggunakan logo atau ungkapan halal pada makanan, barang-barang dan perkhidmatan yang telah dipersijilkan halal.

Sepanjang Januari sehingga Disember 2024, sebanyak 4,129 buah syarikat atau premis pemegang SPHM telah dipantau di seluruh negara. Hasil daripada pemantauan, didapati sebanyak 95 peratus syarikat mematuhi piawaian pensijilan Halal Malaysia. Tindakan penguatkuasaan di bawah Perintah Perihal Dagangan

(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 akan diambil terhadap mana-mana syarikat yang menggunakan logo atau sijil halal palsu selain daripada logo Halal Malaysia dan logo badan pensijilan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh KPDN, JAKIM dan juga majlis agama Islam negeri terhadap kesalahan yang menyalahi peruntukan Akta Perihal Dagangan 2011, antaranya berkaitan kesalahan pemalsuan ataupun penyalahgunaan logo halal.

Sepanjang 2024, JAKIM dan MAIN telah menguruskan sebanyak 337 aduan awam berkaitan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk berkaitan penyalahgunaan logo halal dan telah diambil tindakan. Sebanyak 433 kali pemeriksaan dan operasi telah dirancang dan dilaksanakan bagi menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat yang menyalahi perundangan sedia ada.

Yang Berhormat Tampin ingin tahu, apakah kesukaran untuk memperolehi pensijilan halal luar negara daripada JAKIM. Yang Berhormat juga mencadangkan JAKIM mengadakan kerjasama dengan HDC dan MATRADE.

Mengenai isu kesukaran untuk memperolehi pensijilan halal luar negara, sekretariat Majlis Halal Malaysia telah mengambil beberapa langkah termasuk

draft • 3:52 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

mengadakan pelbagai sesi libat urus dan pertemuan dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan di negara-negara berkenaan.

Selain itu, JAKIM juga terlibat secara aktif dalam pelbagai platform antarabangsa dan serantau bagi memberikan pandangan dalam bidang halal serta mendapatkan input ke arah peningkatan pengurusan pensijilan Halal Malaysia.

Kerajaan melalui JAKIM juga telah mewujudkan International Halal Authority Board di mana ini akan ke arah menggabungkan pihak berkuasa halal pelbagai negara dalam satu platform.

Sebagai model pensijilan halal dunia, JAKIM turut terlibat dalam memberi khidmat latihan teknikal dan sumbangan kepakaran berkaitan pensijilan standard dan pembangunan produk halal kepada badan-badan pensijilan halal serta syarikat pengeluar di luar negara.

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena di dalam perbahasannya ada menyentuh tentang perkembangan terkini jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang- undang Islam.

draft • 3:52 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Mengenai sijil halal untuk luar negara tadi, berapa tempoh masa untuk JAKIM memberi kelulusan kepada syarikat-syarikat? Sebab, saya dapati ada masalah yang kadang-kadang tunggu sehingga dua tahun tak selesai lagi mengenai sijil halal ini.

draft • 3:52 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut.

Umumnya, setelah diadakan beberapa penambahbaikan, daripada 90 hari, alhamdulillah, kita telah berjaya mempercepatkan pensijilan halal kepada 30 hari.

draft • 3:52 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Namun begitu, sekiranya ia melibatkan syarikat-syarikat yang dari luar negara, berdasarkan kepada dokumen dan lengkap dan keseluruhan syarat-syarat yang diperlukan, kita akan cuba mempercepatkan lagi perkara tersebut. Ini yang saya sebut tadi bahawa kita sudah ada platform dan beberapa pendekatan yang telah dilakukan untuk memastikan bukan sahaja kita mempercepatkan kelulusan pensijilan halal tetapi dalam masa yang sama, kita ingin memastikan bahawa sijil halal yang disahkan itu adalah yang tepat dan benar dan sahih. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, minta laluan sikit. Berkaitan dengan pemantauan, Yang Berhormat sebut terhadap premis-premis dan juga restoran yang disebut tadi. Adakah pihak JAKIM akan dapat dedahkan mana-mana restoran ataupun premis terutamanya francais luar negara

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

kepada umum supaya dapat diketahui oleh masyarakat dan dapat diambil tindakan oleh pihak premis berkenaan.

Ini kerana, saya dapati bila tahun lepas ada JAKIM umumkan beberapa syarikat atau beberapa restoran, bila mereka dapatkan semula sijil halal ini, dengan bangganya mereka pamerkan dan minta supaya pelanggan masuk ke restoran mereka dengan begitu bangga sekali. Terima kasih Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Setelah kita meneliti kes-kes dan perkara-perkara dan isu-isu yang berbangkit. Ia nya telah pun diberikan penambahbaikan. Malahan, JAKIM telah pun melakukan beberapa inisiatif kepada orang awam untuk memeriksa sendiri beberapa isu berkenaan dengan produk- produk halal melalui aplikasi Verify Halal dan ini juga akan membantu dan termasuk juga laman sesawang yang banyak membantu. Namun begitu, sekiranya ada persoalan ataupun tidak pasti, maka bolehlah merujuk kepada pihak berautoriti seperti JAKIM untuk mendapatkan pengesahan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pokok Sena di dalam perbahasannya ada menyentuh tentang perkembangan terkini Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, taklimat gerak kerja yang terkini jawatankuasa khas telah dibentangkan dalam MKI atau Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-72 pada 23 Ogos 2024.

Dalam melaksanakan kajian ini, jawatankuasa khas telah pun mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan termasuklah Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri, mufti negeri-negeri, Majlis Agama Islam Negeri-negeri, wakil daripada institusi Islam, mantan hakim dan individu serta pihak lain, mengikut keperluan dan kesesuaian untuk memberi input, pandangan dan cadangan kepada jawatankuasa khas terhadap isu yang dibincangkan.

Pendekatan sedemikian secara tidak langsung dapat membantu jawatankuasa khas untuk melihat kesemua aspek yang berkaitan secara holistik dan menyeluruh. Jawatankuasa khas ini telah menyediakan laporan akhir kajian, telah siap dan ia akan dibentangkan terlebih dahulu dalam MKI dan juga Majlis Raja-Raja

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

yang akan datang untuk mendapat perkenan. Kerajaan MADANI sentiasa peka dan mengambil berat terhadap perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu yang dibangkitkan di dalam perbahasan oleh Yang Berhormat Tumpat yang ingin tahu perkembangan terkini RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, RUU 355. Saya menjelaskan bahawa Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam turut meneliti cadangan pindaan kepada RUU 355.

Laporan hasil kajian oleh jawatankuasa khas ini telah siap dan akan dibentangkan kepada MKI dan Majlis Raja-Raja dan JAKIM akan memberikan taklimat mengenai cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ini dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri-negeri atas titah Pengerusi MKI sendiri, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang telah berlangsung pada 30 Julai 2024.

Selanjutnya, cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan pindaan kepada akta ini akan dibawa ke Parlimen bersama dengan suatu akta baru, Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dengan tujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

Yang Berhormat Rantau Panjang di dalam perbahasan telah membuat gesaan supaya institusi kehakiman syariah dapat dikukuh dan diperkasakan. Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Syariah memainkan peranan yang amat penting dalam mengendalikan hal ehwal perundangan Islam yang berkaitan dengan umat Islam, termasuk isu kekeluargaan, faraid, muamalat dan jenayah syariah. Bagi memastikan Mahkamah Syariah dapat beroperasi dengan lebih cekap dan efisien, kerajaan sedang dan telah mengambil beberapa langkah.

Di antaranya, pemerkasaan dasar perundangan dan kehakiman.

Penyelarasan undang-undang ini dilaksanakan menerusi beberapa jawatankuasa MKI iaitu Jawatankuasa Perundangan Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan. Pengurusan pentadbiran yang lebih efisien, peningkatan peruntukan bagi menambah baik infrastruktur mahkamah, meningkatkan keupayaan teknologi termasuk transformasi digital dalam pengurusan kes melalui pembangunan e-Syariah versi 3.0. Selain itu, kerjasama strategik antara institusi perundangan, peningkatan kesedaran dan pendidikan masyarakat dan di antara inisiatif yang paling signifikan...

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan sikit?

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri menyentuh tentang pendigitalan dalam Mahkamah Syariah.

Cuma saya ingin menarik perhatian, daripada segi aplikasi Jurnal Hukum. Saya menerima komen daripada peguam-peguam syarie, bukan setakat di negeri Kedah bahkan di negeri yang lain. Mereka tidak boleh membuat rujukan secara online, walaupun dibuat secara digital dinyatakan tadi. Kena beli buku secara hardcopy sedangkan kalau kita tengok kepada LawNet, SHLR, semua boleh kita download.

Jadi, saya mohon sedikit pandangan.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Sebenarnya Jurnal Hukum itu di antara jurnal yang menjadi rujukan kepada pengamal-pengamal undang-undang dan kita ambil perhatian perkara tersebut. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, usaha memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah bukan sahaja memperkasa agama Islam tetapi juga memastikan keadilan dapat ditegakkan dengan lebih baik dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Dengan pelaksanaan dasar yang lebih menyeluruh, peningkatan kapasiti mahkamah dan kerjasama erat antara pelbagai pihak berkepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya YB Jerlun bertanyakan apakah jaminan kerajaan terhadap agama Islam agar terus dipelihara dan dipertahankan? Kerajaan Perpaduan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan agama Islam dalam konteks negara yang berperlembagaan dan berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan dalam konteks maqasid syariah, tanggungjawab kerajaan terhadap agama Islam adalah sangat penting untuk memastikan agama Islam terus dipelihara.

Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pelaksanaan ini dan berikut adalah beberapa perkara yang telah dilaksanakan bagi memastikan agama Islam dipelihara dan dipertahankan.

(i) peruntukan Perlembagaan. Peruntukan Perlembagaan memberi jaminan terhadap kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan;

(ii) dari sudut pentadbiran, peranan Majlis Agama Islam di setiap negeri. Malaysia mempunyai Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab untuk mentadbir hal ehwal agama;

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

(iii) pengajaran dan pendidikan Islam. Kerajaan memastikan pendidikan Islam disediakan di sekolah-sekolah, universiti- universiti dan institusi pendidikan;

(iv) undang-undang Islam. Kerajaan menguatkuasakan undang- undang yang berkaitan; dan

(v) pengiktirafan terhadap institusi Islam termasuk perlindungan terhadap agama Islam menerusi dasar yang memelihara keharmonian antara agama-agama yang wujud di negara ini sambil menekankan peri penting mempertahankan agama Islam.

Menyentuh persoalan lanjut YB Jerlun, apakah langkah segera kerajaan dalam mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan? Kerajaan MADANI telah mengambil beberapa langkah berikut:

(i) pengukuhan institusi Islam;

(ii) memperkasakan pendidikan Islam;

(iii) menyediakan latihan dan pembangunan pendidikan agama; dan

(iv) menguatkuasakan undang-undang syariah termasuklah memperteguh peranan ulama dan ilmuan-ilmuan Islam.

Secara keseluruhan, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah untuk memperkukuh kedudukan agama Islam di semua peringkat lapisan masyarakat dan memastikan ia dilindungi dan dipelihara dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Hulu Selangor yang telah menunjukkan keprihatinan beliau kepada petugas penggali kubur yang kita ketahui juga penting dalam sebuah komuniti.

draft • 4:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Beliau mencadangkan agar ada insentif atau imbuhan yang diberikan kepada penggali kubur. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, buat masa ini belum lagi ada imbuhan dan insentif untuk penggali kubur sebagaimana yang diterima oleh imam, bilal dan lain-lain. Merujuk kepada amalan pemberian insentif ini, hampir kesemua masjid dan kebanyakan surau menubuhkan Biro Khairat Kematian dan Kebajikan, maka penggali kubur dan tukang mandi jenazah ini akan dibayar imbuhan sagu hati daripada peruntukan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kedah dalam perbahasan ada bertanyakan sama ada JAKIM akan membangunkan suatu kerangka dasar tertentu

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

bagi mengawal penggunaan kecerdasan buatan (artificial intelligence) dalam konteks agama Islam. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara yang dikeluarkan oleh MOSTI dan telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II pada 20 September 2024.

Garis panduan tersebut merupakan tatacara penggunaan teknologi artificial intelligence dengan izin, yang selamat melalui pematuhan tujuh prinsip AI yang bertanggungjawab. Garis panduan ini dilihat telah pun mengambil kira aspek-aspek Islam dan syariah sebagai agama Persekutuan di samping menekankan tanggungjawab AI dari perspektif Islam secara menyeluruh.

Secara asasnya, garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak MOSTI ini boleh menjadi kerangka dasar dalam memperincikan lagi penggunaan AI dari perspektif Islam dalam konteks Malaysia. Selain itu, Garis Panduan Kandungan Berunsur Islam Dalam Media Baharu oleh JAKIM juga boleh dijadikan sebagai sokongan dalam mendepani ancaman penggunaan AI bagi menjaga kemuliaan dan ketinggian Islam.

Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan berkaitan dengan pendanaan dan peruntukan kewangan kepada guru-guru tahfiz, madrasah, pusat pengajian Islam yang sering mendapat perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada sesi perbahasan kali ini, dua Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kuala Krau dan YB Pasir Salak.

Jadi, izinkan saya jawab satu soalan ini sahaja. Yang Berhormat Kuala Krau telah menggesa agar kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun kepada guru- guru tahfiz di sekolah-sekolah swasta yang berdaftar. Sebagai jawapan tersebut, dengan rendah dirinya kerajaan sentiasa mengambil berat berkenaan dengan kebajikan guru-guru agama dan bebanan ditanggung oleh pihak madrasah dalam menguruskan institusi pendidikan Islam dan kita juga sangat prihatin terhadap kebajikan guru-guru tersebut.

Kerajaan sentiasa prihatin perkara ini. Sebagi contoh, Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan penambahan seramai 1,500 guru KAFA baharu di seluruh negara. Namun begitu, walau bagaimanapun untuk elaun-elaun guru tahfiz kepada sekolah swasta, kerajaan boleh mempertimbangkannya mengikut keperluan dan berdasarkan kepada kemampuan kewangan di masa hadapan.

Alhamdulillah, Tuan Yang di-Pertua, sekadar itu sahaja penjelasan- penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan hal ehwal agama. Kepada yang belum sempat untuk dijawab, kita akan serahkan jawapan bertulis.

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri, ini satulah Jempol dulu. Ini seluruh negara sedang menunggulah keputusan ataupun pandangan. Kita tahulah proses itu ada prosesnya. Bukanlah tiba-tiba boleh diumumkan cuti. Jadi, Jempol [Tepuk] yang mencadangkan cuti Hari Raya Aidiladha daripada sehari, jadi dua hari. Jadi, seluruh negara sedang menunggu ini.

draft • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadi dua hari.

Apa jawapannya?

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Azab saya punya apa semua sokongan, daripada seluruh negara ya.

draft • 4:10 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sokong, sokong.

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi minta pertimbangan. Saya tak adalah. Ini saya faham prosesnya itu. Bukannya tiba-tiba boleh diluluskan. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Kita tunggu dulu apa- apa keputusan yang akan diumumkan di masa hadapan. Jadi, terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri, Pasir Salak, Pasir Salak.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Pasir Salak?

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak memohon untuk jawapan bertulis kerana 190,000 pelajar maahad tahfiz ini menunggu jawapan.

Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Ya. Saya sudah maklumkan sebentar tadi, jawapan- jawapan yang tidak sempat secara lisan akan diserahkan secara bertulis. Jadi kepada semua, izinkan sekali lagi saya untuk menutup kerana ini adalah penggulungan yang terakhir dengan dua rangkap pantun.

*Sidang Parlimen penuh wawasan, Terkadang sengit terkadang ramah, Ahlan wasahlan bulan Ramadan, Malaysia MADANI mendapat barakah.

[Tepuk]*

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Al-Quran bukan sekadar dibaca, Wajib di-tadabbur segala pesannya, Bersama menuju matlamat yang sama, Islam subur di bumi Malaysia. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, semua kementerian telah menjawab dan mana jawapan-jawapan yang tidak dijawab di dalam Dewan akan dijawab oleh Menteri secara bertulis. Komitmen yang telah diberi kepada Dewan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Paya Besar itu hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 26 Februari 2025.

draft • 4:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.16 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026