Feb192025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Ekonomi menyatakan secara terperinci, sejauh mana pencapaian Malaysia dalam setiap satu dari 17 aspek Matlamat Pembangunan Mampan PBB (UN SDG) serta apakah cabaran yang menyekat usaha negara untuk merealisasikan semua matlamat ini.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan analisis terkini menggunakan data tahun 2022, sasaran pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan negara atau SDG pada tahun 2030 diunjurkan pada kadar 43 peratus perbandingan purata global 17 peratus. Analisis seterusnya akan dilaksanakan pada tahun 2025 menggunakan data 2023.

Secara umumnya 12 daripada 17 SDG menunjukkan trend yang positif. Antara SDG yang menunjukkan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1 tiada kemiskinan. Penurunan insiden kemiskinan mutlak pada kadar 6.2 peratus. SDG 5 kesaksamaan gender.

penguatkuasaan Akta Antigangguan Seksual 2022 dan pengoperasian Tribunal Antigangguan Seksual mulai Mac 2024 dan SDG 7 tenaga mampu milik dan bersih.

Prestasi yang memberangsangkan berhubung akses kepada tenaga elektrik sebanyak 99.7 peratus dan penggunaan tenaga boleh baharu pada tahap yang tertinggi iaitu 19.7 peratus. Ini disumbangkan oleh usaha-usaha seperti pengeluaran tenaga boleh baharu hidro dan pembinaan ladang solar terapung terbesar di Malaysia oleh Sarawak.

Antara cabaran utama untuk mencapai sasaran SDG adalah:

(i) aspek tadbir urus. Kadar kebergantungan yang tinggi pada kerajaan dalam perancangan dan pelaksanaan, kerjasama semua pihak berkepentingan perlu dipertingkat dan diselaras bagi membantu mengurangkan pertindihan dan mengoptimumkan penggunaan sumber;

(ii) aspek kapasiti pembiayaan yang terhad. Kemajuan teknologi termasuk tahap kesedaran dan amalan SDG yang berbeza. Usaha

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

perlu diperkukuh dalam membina rangkaian kerjasama yang lebih menyeluruh dengan pelbagai pihak bagi mempercepatkan pelaksanaan SDG. Selain itu, pelaksanaan aktiviti komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) akan terus dipergiat;

(iii) aspek pelaksanaan. Pelaksanaan SDG turut melibatkan isu yang merentas bidang tugas kementerian dan negeri. Pendekatan secara bersepadu diperlukan melibatkan penyelarasan semua pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan ahli akademik;

(iv) aspek luar jangka dan luar kawalan. Isu ini di peringkat global seperti perubahan iklim dan ancaman geopolitik memerlukan tindakan proaktif serta penyelesaian berkesan bagi memastikan kestabilan negara dan kesejahteraan masyarakat; dan

(v) aspek infrastruktur. Peruntukan yang tinggi di perlukan bagi membina dan menyediakan infrastruktur dalam menghadapi perubahan iklim termasuk peralihan kepada penggunaan tenaga boleh baharu.

SDG merupakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup masyarakat demi kemakmuran sejagat. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan dan meningkatkan kerjasama bagi memastikan pelaksanaan SDG yang lebih berkesan demi kesejahteraan generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cheras.

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Okey terima kasih. Apakah yang telah dilakukan untuk memastikan SDG 12 iaitu pengeluaran dan penggunaan bertanggungjawab dalam memastikan pengeluaran dan penggunaan plastik yang bertanggungjawab dalam menghadapi pencemaran plastik global dan mikroplastik dalam tubuh?

Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan SDG 3 kesihatan yang baik dan kesejahteraan dan SDG 6 air bersih dan sanitasi bagi semua Orang Asal kita memandangkan sebahagian besar daripada mereka hidup dalam keadaan yang lebih teruk daripada pelarian? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, dari segi SDG 12 penggunaan pengeluaran yang bertanggungjawab, ini adalah perlu diberikan keutamaan untuk berbincang bersama pihak swasta, pihak tempatan untuk melaksanakan pusat-pusat pengitaran recycling center dan dari segi memandangkan bagaimana kita dapat melaksanakan ia dengan harga yang tidak terlalu mahal. Satu. Kedua, adalah dari segi memastikan ia boleh menambah baik menjadi satu secular economy, dengan izin.

draft • 10:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Kalau dari segi kesihatan yang baik dan kesejahteraan, ini adalah antara yang telah diterajui oleh Kementerian Kesihatan dan kita sentiasa berbincang dari segi guidelines yang diberikan di bawah SDG tersebut untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan apa yang boleh dilaksanakan bersama dengan kementerian yang lain.

draft • 10:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Saya tak sempat nak menjawabkan yang soalan tersebut. Akan dijawabkan secara bertulis. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak bangkitkan tentang SDG ini di mana kementerian pasti memastikan agenda SDG ini turut dibawa bersama oleh kementerian yang lain memandangkan terdapat isu-isu rakyat yang kritikal masih belum diselesaikan seperti isu kehilangan beras tempatan, isu kos sara hidup yang tidak ada keseimbangan, infrastruktur yang masih belum selesai terutama di negeri- negeri di pantai timur dan ketiadaan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Bagaimana kerajaan boleh mendakwa kerajaan dalam pertumbuhan ekonomi sedangkan gaji median rakyat masih tidak seiring dengan peningkatan kos sara hidup?

Adakah kerajaan mengakui bahawa Dasar Gaji Minimum dan subsidi sedia ada masih gagal memastikan rakyat mampu hidup dengan selesa? Kalau tak dapat jawab secara ini, boleh bertulis pun tak apa.

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya akan menjawabkan secara bertulis. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya, soalan nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menambah baik syarat permohonan Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan yang memerlukan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih YB Kuantan atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah diluluskan untuk penjenamaan semula sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera melalui keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 Ogos 2024.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Selain perubahan nama yang lebih positif, penjenamaan semula berkenaan turut meliputi kenaikan kadar bantuan iaitu:

(i) daripada RM66,000 kepada RM79,000 bagi PPRS bina baharu di Semenanjung Malaysia;

(ii) daripada RM79,000 kepada RM85,000 bagi PPRS bina baharu di Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan; dan

(iii) daripada RM15,000 dan RM17,000 kepada maksimum RM20,000 bagi baik pulih PPRS di seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, keluasan rumah PPRS turut ditingkatkan daripada 660 kaki persegi kepada 680 kaki persegi.

Pelan baharu yang berkonsepkan mesra syariah dan susun atur baharu yang membolehkan rumah dibina secara melintang atau menegak bagi memberi fleksibiliti serta memberi suasana harmoni kepada aspek kejiranan.

Manakala kriteria-kriteria kelayakan PPRS masih dikekalkan kepada ketua isi rumah miskin dan miskin tegar dengan keutamaan diberikan kepada warga emas, orang kurang upaya, ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai dan juga mangsa bencana yang berskala kecil.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2025, sebanyak RM464.45 juta diperuntukkan untuk 2,703 PPRS bina baharu dan 10,281 PPRS baik pulih. Permohonan boleh dikemukakan melalui pelbagai saluran sama ada melalui permohonan secara individu, sistem eKasih dan juga pejabat daerah dan tertakluk kepada kesediaan peruntukan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuantan.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Speaker. Jadi, berdasarkan yang diberitahu oleh Timbalan Menteri berkaitan dengan peruntukan RM460.4 juta tersebut, apakah perancangan untuk menambah baik projek PPRS ini di bawah RMKe- 13 dengan kerjasama kerajaan negeri dan PBT bagi meringankan beban golongan sasar khususnya di Parlimen Kuantan?

Seterusnya berdasarkan kos semasa yang telah meningkat ketika ini, apakah KKDW ada perancangan untuk semak balik kadar bantuan siling bagi skop bina baharu iaitu daripada RM79,000 tadi kepada yang lebih tinggi dan juga baik pulih daripada RM20,000 tadi kepada mengikut harga semasa?

Akhirnya, saya ada mendapat aduan daripada masyarakat bahawa dulu satu geran, kita boleh buat dua atau tiga biji rumah di atas satu geran. Ketika ini – baru. Ini adalah yang terbarunya. Berdasarkan perundangan baru ketika ini, hanya satu gadaian sahaja bagi satu geran.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Jadi soalan dia, keadaan ini menyukarkan golongan B40 untuk memiliki rumah kerana itu sahaja tanah dia yang mereka ada. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kuantan. Untuk makluman YB Kuantan, seperti yang saya jawab tadi ya, sebenarnya peruntukan untuk rumah PPRS telah pun ditambah.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Baru saja ditambah tahun lepas daripada RM79,000 kepada RM85,000 seperti yang saya jawab tadi. Baik pulih daripada RM15,000 kepada RM20,000 telah kita tingkatkan.

Bagi perancangan RMKe-13, memang kita mempunyai kerjasama dengan kerajaan negeri dari sudut merancang jumlah dan juga peruntukan yang diperlukan bagi RMKe-13.

Memang KKDW mempunyai perancangan untuk memohon banyak lagi peruntukan untuk tujuan pembinaan PPRS memandangkan permohonan yang banyak dari setiap negeri yang belum kita dapat penuhi sepenuhnya.

Memandangkan pelaksanaan pada masa ini berdasarkan peruntukan yang kita perolehi, yang kita agihkan kepada kerajaan negeri berdasarkan kuota-kuota yang telah ditetapkan. Yang mana kuota ini, kita tetapkan berdasarkan jumlah rakyat termiskin di negeri berkenaan.

Berkaitan dengan isu yang dimaklumkan oleh YB Kuantan tadi...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Sekejap. YB Kuantan ya. Berkaitan dengan tanah tadi, yang ini KKDW tertakluk kepada kerajaan negeri. Maksudnya garis panduan penggunaan tanah di negeri berkenaan. Kita sebenarnya mengikut peruntukan yang ada pada kerajaan negeri untuk kita laksanakan program-program bantuan rumah. Saya tahu memang isu tanah ini merupakan salah satu sebab penolakan kelulusan untuk bina baharu rumah PPRS. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Manis.

draft • 10:10 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada kementerian. Disebabkan senarai menunggu ataupun banyaknya permohonan untuk mendapatkan projek PPRS ini, adakah kementerian bercadang untuk menggunakan sistem terkini dalam pembinaan menggunakan IBS, menggunakan modular yang terbukti lebih cepat dan mungkin lebih murah? Jadi, kita boleh mencapai pembinaan jumlah yang lebih banyak lagi dan cepat lagi untuk diberikan kepada penduduk yang memerlukan. Mohon jawapan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Tanjong Manis. Berkaitan dengan soalan tadi, ini merupakan satu cadangan yang baik. Satu cadangan yang baik. Our kementerian pun telah memikirkan cadangan ini tapi masih lagi di peringkat kajian. Masih di peringkat kajian memandangkan kebanyakan rumah PPRS ini di kawasan luar bandar yang mana tanah dia, struktur tanah pun perlu diambil kira apabila kita design dan reka bentuk rumahlah.

Jadi, setakat ini kita masih dalam kajian. Maksudnya kita pernah memikirkan untuk menggunakan kaedah baharu ini bagi memastikan pelaksanaan yang lebih cepat, lebih murah. Namun, kita perlu membuat penilaian yang lebih teliti bagi memastikan pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan dari sudut pelaksanaan khasnya kawasan-kawasan yang jauh di luar bandar yang akan melibatkan kos dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Pang Hok Liong, Labis.

draft • 10:10 AM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih Puan Speaker. Soalan Labis nombor tiga.

draft • 10:10 AM

3. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan impak terhadap Malaysia untuk menjadi pusat data serantau selepas arahan terbaru Amerika Syarikat yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara Tahap 2 berhubung akses terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) negara itu serta langkah- langkah yang akan diambil oleh Kerajaan demi menghadapi masalah ekoran daripada sekatan ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Labis. Kementerian MITI ingin menarik perhatian Dewan bahawa Bureau of Industry and Security Amerika Syarikat telah menerbit Framework of AI Diffusion iaitu satu peraturan eksport baharu bagi mengawal pengedaran cip pengkomputeran dan model kecerdasan buatan (artificial intelligence) secara global untuk melindung keselamatan negara Amerika Syarikat.

Kerangka ini telah berkuat kuasa mulai ― telah diumum pada 13 Januari 2025 dan sedang dalam menjalani proses konsultasi awam secara dalam talian yang mengambil masa selama 120 hari. Bermakna ini telah diumum oleh pentadbiran Biden dan akan ambil masa untuk konsultasi. Framework for AI Diffusion juga memperkenalkan sistem pelesenan global yang mengehadkan eksport cip AI ke negara berisiko tinggi tetapi memberi pengecualian lesen kepada entiti yang dipercayai (trusted entity) di negara berisiko rendah.

Kerajaan Amerika Syarikat telah mengenal pasti tiga kumpulan destinasi yang akan menerima layanan berbeza iaitu kategori 1 atau tier 1 adalah negara yang dibenarkan mengimport cip AI daripada Amerika Syarikat kerana negara tersebut mempunyai

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

persetujuan keselamatan ataupun hubungan keselamatan yang erat dengan negara Amerika Syarikat.

Tier 2 adalah negara selain daripada kategori pertama dan ketiga di mana negara- negara ini dibenarkan mengimport cip AI dalam kuantiti yang terhad. Ini termasuk negara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam. Negara-negara tier 2, peringkat tier 2 diberikan terhad dan boleh diberikan akses yang terhad dan terkawal dari segi pengimportan teknologi AI termaju.

Tetapi ini tidak mengganggu urusan ataupun pusat data yang lain. Pusat data yang lain yang memberi perkhidmatan transaksi e-dagang ataupun media dan penyimpanan data dijangka tidak terjejas oleh sekatan ini kerana mereka tidak menggunakan cip AI atau teknologi yang paling termaju. Malaysia dilihat akan menghadapi cabaran dalam penggunaan — pembangunan pusat data AI dengan sekatan ini tetapi tidak menjejaskan pembangunan ekosistem secara keseluruhan, ekosistem pusat data secara keseluruhan.

Kategori ketiga adalah negara-negara yang disekat ataupun tidak diberikan peluang untuk mengimport kerana hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat berbeza. Di samping itu, MITI akan berunding dengan Amerika Syarikat dan juga menggalak semua pemain industri termasuk syarikat-syarikat Amerika Syarikat di Malaysia untuk berunding dengan pentadbiran Amerika Syarikat dan memberikan maklum balas terhadap Framework for AI Diffusion dengan Amerika Syarikat secara berunding. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Labis.

draft • 10:20 AM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker atas jawapan yang agak panjang lebar. Soalan tambahan saya, kita tidak boleh menafikan bahawa sekatan cip semikonduktor ini akan menjejaskan industri semikonduktor negara kita ini.

Tetapi adakah Malaysia berpeluang untuk memanfaatkan situasi ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil dan juga akan diambil supaya untuk mengelakkan kerajaan negara Amerika Syarikat menggunakan sekatan ini sebagai senjata untuk― untuk ya, itu yang penting ― mengelakkan Amerika Syarikat untuk daripada menggunakan itu senjata untuk dengan izin, hold Malaysia to ransom oleh kerana atas alasan geopolitiknya.

Itu yang penting.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih. Sebenarnya cip AI melibatkan urusan yang paling termaju, yang paling berteknologi tertinggi tetapi semikonduktor secara keseluruhan sebenarnya dalam kehidupan kita semua. Dalam kereta ada semikonduktor, ada cip. Dalam mesin cuci baju pun ada cip. So, sebenarnya ekosistem semikonduktor tidak terganggu.

Tetapi ekosistem pusat data yang paling canggih yang bersifat AI ada kemungkinan akan diganggu dengan peraturan atau framework yang telah diumum tetapi belum dilaksanakan.

Perubahan teknologi seperti DeepSeek juga mungkin ada kemungkinan mengubah keadaan ini dan juga bagi negara kita, negara kita walaupun bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat untuk pengeksportan produk-produk semikonduktor dan juga semi-finished

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

goods semiconductor tetapi kerajaan memang berhasrat untuk mewujudkan dan membuka akses pasaran kepada negara-negara lain, negara di ASEAN, negara di CIS, negara di Timur Tengah, negara seperti di Amerika Selatan, Brazil ataupun di Afrika.

Ini adalah hasrat dan juga misi kerajaan supaya kita mengembangkan dan juga meluaskan pasaran kita dan mungkin satu hari nanti kita tidak bergantung kepada pasaran eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat sahaja. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, terima kasih Puan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri ya, baru-baru ini Timbalan Menteri ada beritahu mengatakan bahawa maknanya ia tidak menjejas, sekatan itu tidak menjejas data dan baru sekejap tadi pun ada Timbalan Menteri beritahu, tidak menjejaskan pusat data. Timbalan Menteri juga ada beritahu, dia kata, “Tunggu dan lihat potensi impak”. Tunggu dan lihat potensi impak.

Walaupun ada sekatan, tetapi hendak tunggu dan lihat lagi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.

Jadi, kita tahu bahawa industri semikonduktor ini menyumbang lebih kurang 40 peratus eksport dan juga satu perempat daripada KDNK. Jadi, persoalan saya, ada tidak apa- apa strategi, kita menggariskan, pihak kerajaan ini menggariskan apa-apa strategi penyusunan semula aliran perdagangan baru? Ada kah tidak? Jadi, termasuklah langkah- langkah untuk mempelbagaikan pasaran eksport. Jadi, kita untuk mengurangkan apa-apa risiko perdagangan pada masa sekarang. Dulu Biden, sekarang Trump.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Beza itu ya.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Besut. Seperti saya kata tadi, ia ada dua bahagian. Bahagian sekatan yang diumumkan adalah sekatan terhadap AI chip atau cip AI yang paling termaju dan paling canggih. Ini ada kemungkinan akan mengganggu pusat data yang mengguna pakai cip AI.

Tetapi ada banyak lagi pusat data yang hanya proses data media, data cloud, data yang lain yang tidak melibatkan pemprosesan AI untuk language model. So, kalau pusat data yang lain, tidak terganggu. Kalau pusat data yang paling canggih, ada kemungkinan akan terganggu tetapi Malaysia dalam tier 2. Tier 2 di mana cip terhad boleh diimport. Cip AI yang dengan had nombor berapa ia boleh diimport dan ini dibolehkan. Maka, saya kata untuk pusat data yang secara keseluruhan, ia tidak terganggu oleh framework yang telah diumum oleh Kerajaan Biden. Itu fakta dan hakikat. Seperti saya kata tadi...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Memang kerajaan ingin meluaskan pasaran dan juga untuk meluaskan teknologi kita supaya kita boleh mewujudkan lebih banyak teknologi. Di bawah National Semiconductor Strategy, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umum

draft • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

strategi untuk membangunkan dan meluaskan pasaran dan juga produk kita di dalam sektor semikonduktor. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status peruntukan RM20 juta dalam Belanjawan 2025 bagi pemerkasaan e-sukan dan adakah pihak KBS telah mengenal pasti lokasi pembinaan stadium e-sukan baharu di seluruh negara dengan kerjasama E-Sport Integrated dalam memacu pembangunan ekosistem e-sukan serta pembangunan bakat e-sukan.

draft • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan telah diperuntukkan RM20 juta dalam Belanjawan 2025 bagi pembangunan ekosistem e-sukan. Izinkan saya menerangkan sedikit mengenai status peruntukan ini.

Daripada peruntukan ini, sebanyak RM10 juta adalah merupakan peruntukan sedia ada di bawah Perbadanan Stadium Malaysia bagi tujuan naik taraf fasiliti sedia ada untuk dijadikan stadium khusus e-sukan. Jadi bukan pembangunan baharu.

Manakala sebanyak RM10 juta adalah peruntukan P.10 di bawah Kementerian Kewangan. Daripada jumlah RM10 juta tersebut, sebanyak RM8 juta adalah peruntukan tambahan bagi stadium khusus e-sukan dan RM2 juta5 lagi adalah peruntukan untuk dua program iaitu pembangunan bakat e-sukan dan pemerkasaan e-sukan melalui TVET yang masing-masing dengan agihan peruntukan RM1 juta. Skop peruntukan tersebut merangkumi satu, pembangunan bakat e-sukan.

Dalam usaha memperkukuhkan pembangunan bakat e-sukan, satu skim sokongan berbentuk Bootcamp akan dilaksanakan dengan penyediaan dana dalam memberi pendedahan kepada pasukan ataupun atlet e-sukan untuk ke kejohanan kompetitif pada peringkat yang lebih tinggi selain daripada sukan temasya yang sedia ada di bawah perancangan Majlis Sukan Negara.

Bootcamp ini boleh merangkumi latihan intensif, sesi simulasi perlawanan, analisis permainan dan bimbingan daripada jurulatih profesional untuk mempersiapkan pemain sama ada dari segi mental dan strategi permainan.

Keduanya, pemerkasaan e-sukan melalui TVET. Fokus saya pada tahun ini adalah untuk membangunkan TVET sukan. Sebagai pendedahan, satu sesi libat urus TVET sukan sempena simposium kemahiran Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan tahun lepas telah diadakan pada 13 November bersama 100 peserta dan 34 buah wakil industri sukan. Ini termasuklah penekanan ke atas TVET e-sukan dan sekarang, KBS sedang dalam sesi libat

draft • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

urus bersama pemegang taruh industri untuk mengenal pasti kursus yang bersesuaian untuk penawaran tersebut.

Naik taraf fasiliti sedia ada untuk dijadikan stadium khusus e-sukan, sekarang ini kita kurang membina fasiliti baharu kerana kekurangan dana. Jadi kita selalu mengoptimumkan fasiliti lama yang mungkin kalau kita bagi dana suntikan untuk dinaik tarafkan boleh membantu sukan-sukan tertentu. Jadi kita ada E-Sport Integrated Hub di Puchong, Selangor yang telah pun dinaik taraf. Kita juga ada pusat latihan Casa 1 di Bukit Jalil untuk atlet elit yang mewakili Malaysia. Kemudiannya, sekarang melalui kerjasama dengan Perbadanan Stadium Malaysia dan MESF, kita sedang dalam perbincangan fasa akhir untuk memuktamadkan konsep dan skop ubah suai stadium sedia di Bukit Jalil. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mersing.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baik usaha kementerian dalam program-program seperti Bootcamp dan juga TVET sukan. Jadi sebagai mana kita sedia maklum, Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2027 selepas 10 tahun kita menjadi tuan rumah.

Soalan pertama saya, bagaimana kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat teknologi global dan pemaju permainan bagi membangunkan industri e-sukan Malaysia sebagai hub utama di Asia Tenggara seterusnya meraih pingat di kejohanan seperti Sukan SEA ataupun Sukan Asia serta langkah-langkah untuk kebajikan atlet-atlet e-sukan ini.

Kedua, adakah kementerian merancang untuk melahirkan sukarelawan-sukarelawan dalam bidang e-sport ini bagi temasya-temasya contohnya Sukan SEA lah yang kita akan jadi tuan rumah nanti. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ada beberapa soalan di situ yang mungkin saya perlu jelaskan. Pertamanya, e-sukan diwartakan pada tahun 2023 dalam Akta Pembangunan Sukan kita. Bermaksud ini adalah industri baharu dan ekosistem baharu. Untuk agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita ada beberapa agensi yang sedang membantu bekerjasama untuk atlet elit mewakili Malaysia. Pingat, prestasi, semua itu di bawah Majlis Sukan Negara. Untuk industri e-sukan, untuk Malaysia Esports League, semua itu di bawah Impact, agensi yang berlainan.

Untuk sukarelawan pula, dibangunkan bersama dengan MESF oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara. Jadi agensi semua yang berlainan yang sedang membantu dalam ekosistem ini. Oleh kerana ini merupakan sukan baharu yang telah diwartakan, bermaksud ada pelbagai ekosistem perlu diperkasakan dan untuk tajaan pula Yang Berhormat, untuk tajaan kita ada mengadakan townhall untuk menarik minat corporate sponsor bagi tujuan penajaan Sukan SEA 2027.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kita sedang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut dan dalam masa terdekat, pasti ada Jawatankuasa Pengkomersialan untuk membincang dengan semua potential sponsor dengan izin, untuk tengok bagaimana dengan suntikan dana yang berlebihan, boleh menyiapkan prestasi atlet kita yang akan mewakili Malaysia. Tetapi untuk teknologi, yang itu di bawah Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, semua akan membantu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Speaker, Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, bagaimana komitmen dari kerajaan-kerajaan negeri dan juga universiti-universiti tempatan dalam meningkatkan prestasi e-sukan ini termasuk fasiliti e- sukan.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sebenarnya e-sukan, ramai yang mempunyai handphone, gajet di rumah. Semua boleh akses tetapi untuk fasilti khas, Kementerian Belia dan Sukan melalui persatuan Esport negeri masing-masing, mereka telah memberikan dana untuk naik taraf satu satu fasiliti, satu negeri.

Cuma untuk latihan training semua itu sangat bergantung kepada kerajaan negeri dan kita tahu kerana negeri semua selalunya memilih sukan yang mereka nak optimumkan untuk ke SUKMA dan pelaburan mereka kadang-kadang ada negeri yang akan mengabaikan sukan Esport tetapi yang paling penting, soalan Yang Berhormat mengenai peranan IPT untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan. Itu JBSN ada buat. Saya ada di sini, kursus e-sukan.

Melalui lima institusi pengajian tinggi iaitu UPSI, UNIMAP, UKM, Kolej Profesional MARA Indera Mahkota dan Swinburne University, Sarawak. Kursus ini telah disertai oleh 500 orang pelajar IPT, kursus termasuk short casting, marshaling, production dan lain-lain lagi untuk membantu mereka. Satu menarik minat bila mereka dilatih dan kemudiannya industri sukan ini boleh dibangunkan. Bukan sahaja untuk prestasi atlet tetapi sukarelawan dalam industri ini juga lebih ramai yang berminat bermaksud lebih banyak lagi kerjaya yang boleh diwujudkan dalam hal ini.

Tetapi yang paling penting, yang sedang kita laksanakan sekarang adalah perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membenarkan MESF dan kelab-kelab sukan e-sport diwujudkan di peringkat sekolah kerana ini merupakan sukan baharu yang telah diwartakan. Kena bagi sedikit masa kepada KPM untuk selaraskan dengan Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Klang.

draft • 10:30 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Soalan nombor 5.

draft • 10:30 AM

5. Ganabatirau A/L Veraman [Klang] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(i) jumlah doktor pelatih yang telah diserap ke dalam fasiliti-fasilti kesihatan negara sepanjang tahun 2024 serta jangkaan untuk tahun 2025, khususnya di Hospital Klang; dan (ii) adakah kementerian mempunyai statistik berkenaan jumlah doktor pelatih yang sedang menunggu penempatan setakat ini?

draft • 10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Klang. Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Malaysia MADANI semuanya.

Yang Berhormat Klang bertanyakan berkenaan jumlah pegawai perubatan siswazah ataupun PPS, House Officers namanya dalam Housemanship yang dilantik pada tahun 2024 khususnya di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) dan keduanya, berkaitan sasaran pengambilan PPS pada tahun 2025 dan jumlah PPS yang sedang menunggu penempatan.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, pelantikan pegawai perubatan siswazah dalam program Housemanship, House Officer (HO) itu dilaksanakan sebanyak – sekarang ini kita lakukan sebanyak enam kali setahun. Dulunya dalam tahun penggal pertama saya, ada yang menunggu setahun. Tapi sekarang ini, kita lakukan enam sekali setahun dengan selang masa dua bulan berbanding dengan tempoh menunggu satu tahun, tahun-tahun yang lalu, sebelum ini.

Berkaitan pertanyaan Yang Berhormat berkenaan jumlah pegawai perubatan siswazah yang dilantik pada tahun 2024, berdasarkan statistik KKM, semua graduan yang telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia, mereka kena berdaftar dahulu. Pada tahun 2024, iaitu 3,316 seluruhnya telah dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) dan ditempatkan di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 423 PPS telah ditempatkan di HTAR, Yang Berhormat Klang.

draft • 10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Bagi tahun 2025, Kementerian Kesihatan menyasarkan akan melantik seramai 3,000 pegawai perubatan siswazah yang akan ditempatkan di 49 hospital latihan siswazah. Kita hanya daripada 150 hospital seluruhnya, kita menempatkan ─ maaf, daripada seluruhnya hospital di negara ini, 49 hospital latihan siswazah sahaja yang kita tempatkan mereka ini.

Bagi suku pertama tahun 2025 ini, KKM telah pun melantik seramai 1,114 secara kontrak pegawai perubatan. Mereka dilantik sebagai Pegawai Perubatan Gred UD9 tetapi untuk menjalani latihan siswazah seperti mana yang saya sebutkan tadi di 49 HLS seluruh negara, Dato’ Yang di-Pertua.

Itulah dia yang saya perlu tekankan 49 hospital itu termasuk 14 hospital negeri (state hospital), 26 buah hospital berpakar major, 50 hospital berpakar minor dan tiga hospital pengajar universiti HUKM, PPUM dan HUSM dan satu Hospital Angkatan Tentera Tuanku

draft • 10:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Mizan, Dato’ Yang di-Pertua itu jawapan saya ringkasnya. Terima kasih Yang Berhormat Klang.

draft • 10:40 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Menteri yang memberi jawapan yang begitu lengkap. Menteri, apakah mekanisme kawalan yang dilaksanakan untuk mengekang budaya membuli doktor-doktor pelatih dan jururawat demi memastikan mereka tidak dieksploitasi oleh pegawai-pegawai atasan?

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ini termasuk soalan gejala buli ini Dato’ Yang di-Pertua. Baik dan khasnya sasaran utama selalunya HO lah House Officer dan juga yang baru-baru yang dikatakan yang doctors itu menjadi sasaran. Saya tekankan sekali lagi sangat mustahak untuk kita mewujudkan apa yang diistilahkan sebagai a just working environment, di fasiliti-fasiliti kesihatan. Bukan sahaja KKM, bahkan seluruh fasiliti kesihatan termasuklah MOHE dan juga ATM. Untuk kita mewujudkan apa yang dikatakan sebagai a just working environment ataupun suasana persekitaran kerja yang kondusif, yang penuh empati, adil dan menghormati satu sama lain yang senior, konsultan menghormati junior doctors, MO dan juga HO.

Itu adalah sangat mustahak dan peranannya HOD, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua penyelia adalah sangat mustahak, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, walaupun kita ada langkah- langkah yang khusus umpama wujudkan talian kesihatan mental, talian HEAL 15555 itu. Kita juga ada garis panduan pengurusan buli di tempat kerja bagi anggota KKM.

Kita juga membangunkan nota poket kesihatan mental di tempat kerja. Kita juga mengadakan perkhidmatan kaunseling oleh pegawai psikologi terlatih serta rakan pembimbing perkhidmatan awam yang dikatakan AKRAB. Kita juga menyediakan platform digital MyMinda dan pasukan Mental Health dan Psychological Support System (MHPSS), Dato’ Yang di-Pertua.

Semua ini adalah penting memperkenalkan program House Office Encouragement dan Reassurance to Sharing and Support (HEARTS). Namun, pada saya pokoknya Dato’ Yang di-Pertua adalah mustahak untuk kita bertanggungjawab khasnya ketua-ketua jabatan dan juga senior-senior konsultan pakar dan sebagainya untuk memastikan, mewujudkan budaya kerja yang adil, saksama penuh empati supaya kita lahirkan kerja berpasukan yang mantap, yang berpadu dan penuh belas ihsan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih YB Klang.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Karang.

draft • 10:40 AM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Cabaran untuk menjadi seorang doktor bertauliah itu amat tinggi sekali. Biasanya mereka adalah pelajar-pelajar pintar negara dan terpaksa belajar di universiti dalam tempoh lima ke enam tahun dan kemudiannya setelah lulus terpaksa pula menunggu untuk menjalani latihan sebagai doktor pelatih. Mereka terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan buli...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan. Terus kepada soalan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...termasuk buli dan juga waktu kerja yang tidak menentu. Jadi, saya ingin bertanya, ada tak statistik berapa peratus di antara pelajar-pelajar ini yang give up semasa menunggu untuk diserap sebagai doktor pelatih?

Berapa peratus juga yang give up sebelum menamatkan latihan doktor pelatih? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Beliau adalah sangat peka dengan hal seperti ini. Baik, walaupun pertanyaan itu adalah pertanyaan statistik dan saya perlu menjawab dengan berdasarkan statistik yang secara empirikal tetapi saya bersedia untuk memberi jawapan secara prinsip dan naratifnya dahulu. Soalan menanti, sebab suatu masa dahulu ya, betul penantian satu penyeksaan. Setahun mereka menanti untuk mendapatkan tempat sebagai Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dalam 49 hospital-hospital kita itu.

Tapi untuk sekarang ini Dato’ Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat Tanjong Karang, kita tidak lagi mendapati mereka kecewa lalu dan lantas meninggalkan kerjaya perubatan yang menjadi minat mereka. Jadi, tak timbul isu seperti itu. Maknanya, dalam setiap dua bulan kita mengambil membuat pengambilan dan dulunya betul, HO sebelum 2016 diberi UD9 itu sebagai perjawatan tetap.

Tetapi ketika 2016, kita mengambil pendekatan untuk memberikan mereka sebagai kontrak kerana exodus masa itu. Tetapi untuk pengetahuan semua jumlah penurunan atau peratus penurunan sejak 2016 hingga hari ini, penurunan jumlah yang telah yang balik berdaftar dan sebagainya itu at one time in the heat, in the height of apa yang dikatakan ramainya graduate-graduate perubatan semasa penggal pertama saya 2019.

We had about kita kurang lebih ada 6,000 lebih ─ 6,300 mereka yang balik, sama ada overseas dan local. Tapi, hari ini kalau kita tengok 2024, mereka hanya seperti saya sebutkan tadi 3,316, penurunannya average-nya almost 30 percent over. Kalau ini memang almost 50 peratus. Jadi, itu adalah hakikatnya, kenyataannya adalah tidak ─ mereka tidak tinggalkan kerjaya ini kerana menunggu lagi. Itu bukan masalah sekarang ini. Tetapi, hal tadi tentang buli itu saya akan berikan berapa yang tinggal, meninggalkan kerjaya ini dibuli. Saya ingat peratusnya itu adalah kecil, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis sahaja.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya bagi jawapan bertulis itu lebih tepat.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ayer Hitam.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Berpantun juga semasa bersenam, Jawab soalan nombor enam. Terima kasih

draft • 10:40 AM

6. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan pendirian semasa kerajaan dalam memuktamadkan hala tuju struktur tadbir sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' (MLFF) dan apakah status terbaharu rundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya mengenai pelaksanaan MLFF ini.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

*Memang ngam lauk ketam; Sarapan pagi enak rasanya; Soalan enam Ayer Hitam; Sila teliti jawapannya.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Ayer Hitam. Perjanjian pelantikan appointment agreement yang ditandatangani di antara pihak kerajaan dan syarikat pencadang iaitu KJS- SEP JV bagi pelaksanaan sistem kutipan tol secara aliran pantas pelbagai lorong atau multi lane fast flow, dengan izin MLFF telah berakhir pada 16 Disember 2024. Dalam tempoh perjanjian pelantikan tersebut tiga pihak utama iaitu kerajaan, 33 syarikat konsesi lebuh raya sedia ada dan syarikat pencadang selepas tiga tahun tidak dapat mencapai persetujuan untuk memuktamadkan rundingan dan secara langsung perjanjian pelantikan tersebut telah terbatal.

Pihak Kementerian Kerja Raya masih komited untuk melaksanakan sistem kutipan tol secara MLFF dalam memastikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna lebuh raya. Justeru itu, pihak kementerian akan mendapatkan hala tuju baharu daripada Jemaah Menteri untuk kaedah pelaksanaan MLFF ini dalam masa terdekat. MLFF merupakan satu inisiatif kementerian bagi masa depan untuk sistem kutipan tol.

Ini sejajar dengan pelan pelaksanaan sistem pengangkutan pintar negara dengan izin, intelligence transportation system (ITS). Melalui sistem kutipan tol MLFF, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan bagi membuat bayaran tol dan seterusnya melancarkan lagi aliran trafik di kawasan plaza tol.

Pengguna akan melalui transaksi pembayaran tol yang cepat dan efisien. Ia dilaksana melalui penyediaan platform sistem pembayaran terbuka, open payment yang lebih berkesan dan anti monopoli serta dapat memelihara alam sekitar daripada pelepasan karbon yang berlebihan di akibatkan oleh kesesakan trafik di plaza tol.

Beberapa negara di dunia seperti Singapura, Amerika Syarikat, Australia, Taiwan, Perancis, UAE, Kanada, Brazil, Austria sudah beralih menggunakan kaedah MLFF. Dirantau Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia juga telah mengorak langkah ke arah pelaksanaan sistem ini.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cadangan pelaksanaan MLFF di Malaysia akan menggunakan gabungan teknologi RFID dengan izin radio frequency identification dan ANPR iaitu camera automatic plate number recognition yang berupaya mengesan kenderaan berserta maklumat pengguna bagi tujuan pembayaran tol yang lebih lancar. Reka bentuk lebuh raya baharu juga telah disesuaikan dengan teknologi yang telah bersedia untuk pelaksanaan sistem kutipan tol secara MLFF. Halangan utama bagi rundingan dan gagal dengan perkara itu kerajaan persetujuan semua 33 syarikat konsesi tidak dapat dicapai. Hanya 20 yang setuju, 13 lagi tidak setuju. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ayer Hitam.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tak kenal maka tak cinta, Bila dah kenal bermulalah cinta pandang pertama, Tak baca tak tahu cerita, MLFF ini macam-macam cerita. Pelaksanaan MLFF ini dilihat tidak dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas di tol secara total. Jadi, dalam keadaan ini perlu satu kaedah yang terbaik diwujudkan oleh kerajaan agar ia memberi implikasi kos terutamanya tidak memberi implikasi kos kepada rakyat.

Soalan saya, apakah pandangan kementerian berhubung syor PAC yang nak melaksanakan analisis kos-faedah yang terperinci berhubung dengan MLFF. Sejauh manakah perkembangan kerjasama rentas kementerian telah diwujudkan dalam pelaksanaan ujian perintis MLFF ini seperti yang dilaporkan The Edge bakal bermula April nanti. Minta jawapan Timbalan Menteri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang bulan empat ini Ayer Hitam adalah usaha persendirian pihak PLUS. Itu yang berlaku. Jadi apabila perjanjian ini telah tamat, konsesi ada hak untuk melaksanakan MLFF mereka sendiri walaupun mereka tertakluk kepada arahan dan juga hala tuju yang akan diputuskan oleh Kabinet. Mengenai rentas kementerian, memang kita kena mendapatkan maklumat dan pandangan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) juga Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Peguam Negara dan juga Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Mengenai kos yang disebut RM3.46 bilion itu. Apabila disebut bahawa PAC mencadangkan supaya cost-benefit analysis dikeluarkan, itu semalam cadangan mereka dinyatakan bahawa cadangan asal RM3.46 bilion itu tidak datang duitnya daripada kerajaan.

Tidak ada dikenakan kepada pengguna kerana pada saat dan ketika ini plaza-plaza tol yang ada mempunyai kos yang tersendiri.

Antaranya kos maintenance plaza tol itu, kos elektriknya, kemudian penggajian pada staf yang ada di plaza tol yang berkaitan. Penjimatan itu yang digunakan untuk sistem MLFF tanpa meningkatkan kadar tol. Itu yang saya ingin nyatakan. Maka memang betul ia tidak

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

dapat menyelesaikan masalah trafik. Tapi ini salah satu cara untuk menyelesaikan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada Speaker.

Untuk soalan tambahan − enam ini, iaitu soalan MLFF ini. Saya agak setuju dengan cadangan kerajaan di mana walaupun ia tidak membantu mengurangkan sepenuhnya kesesakan di lalu lintas di lebuh raya, tapi banyak negara yang telah melaksanakan walaupun sepatutnya negara kita telah melaksanakannya iaitu pada tahun 2025.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, soalannya saya juga tertarik laporan PAC yang menyatakan bahawa kos yang jika kita bina MLFF ini terlalu tinggi iaitu RM3.64 bilion. Saya harap supaya ia tidak diberi kepada pengguna untuk ditanggung.

Sekiranya ia dilaksanakan...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Adakah kerajaan bercadang supaya tender terbuka dilaksanakan bagi CTC dengan central tolling agency dan juga adakah kerajaan bercadang isu ini supaya dapat diselesaikan dengan segera kerana banyak konsesi yang gagal mencapai kata putus. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih kerana bersetuju pada sistem ini. Memang betul dia tidak dapat menyelesaikan kesemuanya kesesakan itu. Ada lagi kaedah-kaedah lain. Sebagai contoh bagaimana pengaturan waktu keluar di lebuh raya oleh pengguna. Itu kita ada MyPLUS-TTA (travel time advisory) contohnya. Satu lagi penggunaan smart lane yang ada dah dilaksanakan pun. Satu lagi ialah bagaimana kaedah yang kita lebih lihat di negara-negara maju yang lain sentiasa kita dapatkan.

Satu lagi yang ditanya oleh Kulim-Bandar Baharu mengenai tender terbuka itu. Kita menanti keputusan Kabinet. Cabinet paper akan diserahkan tak berapa lama lagi. Kita hanya menunggu laporan daripada UKAS, MOF, MOT dan AG telah memberikan pandangan. Apa yang kita ingin harapkan ialah jika kita ingin melaksanakan program ini, perlu ada request for proposal (RFP) dengan izin.

RFP itu perlu mendapat persetujuan daripada semua 33 konsesi bahawa kita ingin melaksanakan RFP. Kemungkinan RFP itu bukan dibuat oleh kerajaan tetapi dibuat oleh syarikat sendiri. Ada beberapa kemungkinan cadangan-cadangan kita tunggu apa keakhirannya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Machang.

draft • 10:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tujuh.

draft • 10:50 AM

7. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Komunikasi menyatakan:

(a) justifikasi kenaikan harga minimum penghantaran barang kurier melalui Garis Panduan Harga Rujukan bagi Perkhidmatan Kurier sedangkan jumlah penjualan dalam talian semakin meningkat saban tahun; dan

(b) adakah kementerian dapat memastikan harga perkhidmatan kurier ini tidak dapat dinaikkan lagi bagi mengelak beban kepada rakyat

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua di bawah peruntukan seksyen 36 Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741] kadar bayaran pos yang ditentukan oleh pemegang lesen hendaklah berasaskan kepada prinsip bahawa:

(i) kadar secara munasabahnya, adil dan tidak berdiskriminasi;

(ii) kadar berorientasikan kos dan tidak mengandungi diskaun yang secara tidak munasabah memudaratkan peluang persaingan pemegang lesen yang lain;

(iii) kadar distrukturkan dan peringkat ditetapkan untuk menarik pelaburan dalam industri perkhidmatan pos; dan

(iv) kadar mengambil kira standard kadar yang disyorkan oleh suatu organisasi antarabangsa yang Malaysia merupakan anggota berhubung dengan perkhidmatan pos.

Pada tahun 2022 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperkenalkan Garis Panduan Harga Rujukan bagi Perkhidmatan Kurier untuk mengimbangi penyampaian perkhidmatan kurier yang berkualiti kepada pengguna dan persaingan yang sihat oleh industri termasuk penawaran harga perkhidmatan yang tidak predatory (predatory pricing) dengan izin.

Garis Panduan Harga Rujukan ini merupakan panduan harga yang boleh dikenakan oleh pemegang lesen kepada pelanggan mereka namun dia bukan harga minimum yang mandatori. Garis Panduan Harga Rujukan adalah kaedah kawal sela kendiri industri di mana penetapan kadar harga perkhidmatan kurier masih terpulang kepada pihak industri berdasarkan kos yang efisien selari dengan seksyen 36, Akta Perkhidmatan Pos 2012.

Puan Yang di-Pertua pertumbuhan pesat e-dagang telah mengubahkan landskap industri kurier negara di mana jumlah bungkusan telah meningkat dari 52 juta pada tahun 2015 kepada lebih daripada 899 juta sehingga suku ketiga tahun 2024. Industri ini juga telah menyediakan lebih 150,000 peluang pekerjaan sebagai tenaga kerja industri di mana 80 peratus daripada penghantar parcel terdiri daripada golongan B40.

Persaingan yang sihat dan penawaran harga yang kompetitif di antara syarikat- syarikat kurier memberikan kuasa memilih kepada para pengguna di Malaysia. Kementerian

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

melalui MCMC sentiasa mengutamakan kepentingan pengguna dari pelbagai sudut termasuk memantau kadar harga perkhidmatan yang ditawarkan.

Secara keseluruhannya pelaksanaan Garis Panduan Harga Rujukan bagi Perkhidmatan Kurier adalah satu langkah bagi mengimbangi kebajikan pekerja, kualiti perkhidmatan kepada pengguna serta persaingan sihat di kalangan para pemegang lesen perkhidmatan kurier. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Machang.

draft • 11:00 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil maklum dengan penerangan yang dibuat tadi berkenaan dengan cadangan penyelarasan harga. Tetapi, kita tahu buat masa ini ― saya bercakap dari perspektif pengguna. Ada caj penghantaran yang dikenakan kepada pengguna hampir sama dengan nilai barang yang dibeli. Biasalah, mereka bagi alasan seperti diesel subsidy ditarik, kenaikan tarif elektrik dan macam-macam lagi. Jadi, apa langkah kementerian untuk melindungi pengguna?

Walaupun saya faham kita serahkan kepada pasaran bebas untuk menentukan persaingan, pada masa yang sama, kalau ada persaingan itu yang boleh memudaratkan p- hailing drivers kita ― kita lihat kalau mana syarikat-syarikat kurier ini terlampau mengejar margin yang kecil itu, akhirnya ramai anak-anak muda yang bawa motosikal ini accident dan sebagainya kerana mereka terpaksa bersaing secara agresif dengan kurier-kurier lain. Jadi, apa cadangan kementerian?

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

Sebenarnya dengan penetapan kadar gaji minimum baharu bermula pada bulan Mei 2023 sertalah berdasarkan tekanan inflasi yang dihadapi oleh pemain industri telah mendorong pihak persatuan syarikat penghantaran Xpress Malaysia (MX) memohon MCMC untuk mengkaji semula kadar harga rujukan yang telah ditetapkan pada tahun 2022.

Kerja ataupun tanggungjawab MCMC adalah untuk memastikan kadar harga yang ditetapkan oleh semua pemegang lesen tidak rendah daripada kos sebenarnya. Ini adalah sangat penting untuk kita pastikan bahawa dia tidak ada persaingan yang tidak sihat.

Sekarang, sejaklah 1 Disember tahun yang lalu, kami telah mengkaji semula kadar harga rujukan ini kepada RM5 daripada RM4 pada tahun 2020. Sekarang kita tetap pada RM5.

Tetapi, sebenarnya kalau kita rujuk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh kebanyakan syarikat kurier sepertilah MRX, untuk Semenanjung, kadar harga perkhidmatan kurier adalah RM22.80. BEST Express, untuk Semenanjung, RM7.50. City-Link, DHL adalah RM8.00 dan RM8.60. FMX adalah RM9.20. Senarainya panjang lagi.

Jadi, apa yang saya nak sebutkan di sini adalah, pertama, kita nak pastikan harga yang ditawarkan oleh semua syarikat adalah tidak rendah daripada kos sebenarnya. Ada

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

syarikat yang tawar kos yang lebih rendah daripada kos sebenarnya kerana mereka dapat cross subsidy daripada bisnes yang lain. Itu adalah satu persaingan yang tidak sihat untuk syarikat kurier tempatan yang tidak dapat subsidi daripada bisnes yang lain. Itulah saya rasa unsur yang paling penting untuk kita pastikan bahawa kita mempunyai persaingan yang sihat Isu atau pun concern Ahli Yang Berhormat sama ada kos ini akan ditransfer kepada pengguna-pengguna dan konsumer akhirnya perlulah menanggung kos yang lebih tinggi, saya rasa kerisauan itu kita ambil kira juga kerana ― tetapi, mengambil kira kos yang telah ditetapkan oleh kebanyakan syarikat-syarikat yang lain sudah melebihi RM5, jadi saya rasa unsur itu tak tinggi.

Terima kasih. Itu jawapan saya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bintang.

draft • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat. Adakah caj perkhidmatan kurier yang dibenarkan yang dihadkan cajnya kerana harga barang tidak seberapa tetapi caj pengangkutannya agak mahal? Minta penjelasan.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

Pertama, kadar harga rujukan ini adalah harga rujukan sahaja. Sebenarnya dia bukan minimum price yang kita telah tetapkan yang cakap bahawa semua syarikat sama pemegang lesen perlu ikut. Apa yang mereka perlu buat adalah sekiranya kadar yang mereka tawarkan lebih rendah daripada harga rujukan yang telah ditetapkan, mereka perlu justified dan tunjuk kepada MCMC bahawa ini sebenarnya telah mencukupi untuk cover mereka punya kos sebenarnya.

Jadi, itu faktor pertama untuk kita pastikan bahawa dia tak ada terima subsidi daripada bisnes yang lain supaya kita pastikan ada saingan yang sihat. Juga, pada masa yang sama, kita juga perlulah menjaga kebajikan untuklah sepertilah e-hailing yang mereka banyak menghantar parcel ini yang kebanyakan mereka adalah daripada golongan B40.

Memang sebagai konsumer, sebagai pengguna, saya memang sukalah kalau harga penghantaran itu sangat-sangat tinggi. Lebih rendah lebih bagus. Tetapi, pada masa yang sama, kita juga nak pastikan bahawa kita boleh menarik pelaburan yang sihat dalam industri kurier dan pos ini. Pada masa yang sama, pekerja-pekerja, penghantar-penghantar parcel ini juga boleh dapatlah satu pendapatan yang bermaruah.

Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:00 AM

8. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan kerja-kerja serta kemudahan-kemudahan yang masih perlu disediakan di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Beladin sebelum ia dapat memulakan operasi sepenuhnya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memperuntukkan sebanyak RM16.51 juta bagi menyediakan kemudahan di Kompleks Perikanan LKIM Beladin yang memberi impak besar kepada 476 orang nelayan dan komuniti setempat.

Pada masa ini, kerja-kerja baik pulih Kompleks Perikanan LKIM Beladin sedang dilaksanakan melibatkan kemudahan blok pentadbiran, dewan pemasaran, tandas awam, rumah sampah, pondok pengawal, pusat pemprosesan hasil perikanan, stor penyimpanan kotak ikan serta kerja-kerja infrastruktur mekanikal dan elektrikal yang terlibat. Kompleks Perikanan LKIM Beladin dijangka dapat memulakan operasi sepenuhnya pada akhir Julai tahun 2025 setelah kerja-kerja baik pulih ini selesai dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, Kompleks Perikanan LKIM Beladin berhadapan dengan masalah bekalan air bersih serta capaian talian internet yang belum disempurnakan.

Kementerian akan berkerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan fasiliti kerajaan dapat digunakan secara optimum oleh pengguna.

Kementerian juga sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan komuniti nelayan melalui penyediaan kemudahan dan infrastruktur pendaratan ikan yang lengkap bagi menyokong aktiviti perikanan serta melancarkan kerja-kerja pendaratan ikan.

Sekian dan terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Lupar.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian akan memastikan Kompleks Perikanan LKIM Beladin ini turut disokong oleh fasiliti dan kemudahan seperti kilang ais batu, stesen penjualan minyak diesel bersubsidi serta bilik sejuk beku untuk penyimpanan dan pemprosesan ikan?

Serta, berapakah jumlah nelayan yang menerima bantuan daripada pihak LKIM dan apakah bentuk-bentuk bantuan tersebut? Saya mohon pihak kementerian memberikan sedikit peruntukan untuk memasang lampu limpah di pangkalan-pangkalan, jeti-jeti bagi memudahkan aktiviti para nelayan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Setelah jeti tersebut beroperasi dijangka pada hujung bulan Julai tahun ini, pusat jualan minyak diesel bersubsidi akan ditempatkan dalam kawasan kompleks. Manakala bagi pembinaan kilang ais batu pula, LKIM tidak berhasrat membina kilang tersebut kerana kos operasi yang tinggi.

draft • 11:00 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Namun, LKIM akan mempertimbangkan permohonan daripada pihak swasta untuk membina kilang ais batu di kawasan tersebut.

Bagi penyediaan bilik sejuk, boleh dipertimbangkan juga mengikut keperluan semasa sekiranya terdapat permintaan, disebabkan kebanyakan nelayan di Beladin merupakan nelayan tradisional yang tidak memerlukan penyimpanan hasil tangkapan kerana hasil tangkapan dijual terus kepada pengguna.

Pada tahun 2024, seramai 891 pemilik vessel di Parlimen Batang Lupar telah menerima subsidi diesel dan petrol berjumlah 282,000 liter dengan nilai subsidi berjumlah RM525,614.

draft • 11:00 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Selain itu, seramai 1,154 nelayan di Parlimen Batang Lupar telah menerima manfaat elaun sara hidup nelayan sebanyak RM300 sebulan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,296,300. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tumpat. Tumpat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Semalam merupakan Hari Paus Sedunia. Kita ucapkan Selamat Hari Paus Sedunia pada 18 Februari. Merujuk kepada objektif pembinaan mana-mana depot ataupun kompleks perikanan, tentunya merujuk kepada masa depan dan hala tuju negara.

Kita dapati hari ini satu fenomena global iaitu fenomena genetik dwarfisme telah menyebabkan permintaan ikan besar lebih banyak dipenuhi dan ditangkap bagi memenuhi pasaran tempatan dan juga antarabangsa, menyebabkan ikan-ikan kecil yang tinggal untuk membiak. Lama-kelamaan, ini akan mengganggu industri perikanan kerana gen ikan besar tidak lagi diwarisi.

Jadi, ini menimbulkan kesan jangka panjang kepada negara. Jadi soalan saya, apakah langkah dan polisi yang akan diperkenalkan ataupun telah diambil oleh kementerian, khususnya untuk mengatasi masalah ini? Soalan kedua, apakah status terkini peruntukan RM10 juta yang disediakan oleh LKIM khas untuk membantu membaik pulih kerosakan rumah nelayan yang terjejas akibat daripada hakisan pantai ekoran Monsun Timur Laut yang melanda keseluruhan Pantai Timur?

Apakah inisiatif sokongan ataupun daripada segi pembiayaan untuk membantu meringankan beban mereka sama ada dengan pinjaman yang membantu mereka dari segi infrastruktur ataupun pelonggaran masa operasi dan juga pengenalan teknologi baru?

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, satu soalan sahaja.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tumpat.

Memandangkan itu tidak berkaitan dengan soalan asal, saya akan jawab secara bertulis.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh. Saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya terus kemuka soalan, saya nak mengadu, Yang di-Pertua. Jam rosak, jam sana.

[Menunjuk ke arah jam] Okey. Soalan nombor 9. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

9. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah kementerian untuk menangani isu harga rumah yang semakin melonjak dan membebankan bakal pemilik rumah terutama dalam kalangan generasi muda yang baru berkerjaya.

draft • 11:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Hulu Terengganu secara bersekali dengan soalan 23 daripada YB Tampin bertarikh hari ini dan juga soalan nombor 69 daripada YB Port Dickson bertarikh 6 Mac 2025 kerana dia melibatkan persoalan yang menjurus kepada penjelasan yang lebih holistik berkaitan dengan rumah mampu milik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa komited dan cakna, memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal sama ada secara pemilikan ataupun sewaan, “shelter for all”, dengan izin.

Sejajar dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, KPKT juga berusaha mengimbangi antara keperluan menyediakan rumah mampu milik dengan harga yang mampu milik tanpa mengetepikan aspek kualiti pemajuan perumahan. Sukacita dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, kadar pemilikan rumah Keluarga Malaysia mengikut isi rumah sekarang telah pun mencapai 76.9 peratus.

Di peringkat Persekutuan, KPKT menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dan kini dinaik taraf menjadi Program Residensi Rakyat

(PRR), Program Rumah Mesra Rakyat (RMR), Program Perumahan Prima serta juga kediaman SPNB.

Selain KPKT, terdapat juga agensi-agensi penyedia perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri yang turut menyediakan perumahan mampu milik. Antaranya adalah Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Wilayah Persekutuan dalam melaksanakan Program Residensi Wilayah dan juga Residensi MADANI. Kerajaan negeri juga turut menyediakan perumahan mampu milik di setiap negeri melalui program perumahan mampu milik masing-masing.

Program perumahan yang dibangunkan kebiasaannya telah mengambil kira kumpulan sasar serta keperluan perumahan di negeri-negeri tersebut. Antara inisiatif untuk menyokong rakyat dalam pemilikan rumah mampu milik adalah antaranya pertama, Kerajaan

draft • 11:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

MADANI telah menetapkan sasaran penyediaan sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-12.

Sehingga 31 Disember tahun lepas, sebanyak 466,421 unit rumah mampu milik ataupun 93.3 peratus telah pun siap dibina, dalam pembinaan dan telah perolehi kebenaran perancangan di seluruh negara. Usaha ini akan terus dirancakkan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 kelak.

Kedua, Kerajaan MADANI akan memperluaskan lagi pembangunan Program Residensi Rakyat (PRR) dan juga Rumah Mesra Rakyat melibatkan peruntukan tahun ini sebanyak lebih kurang RM900 juta, termasuk pembinaan 5,410 unit Rumah Mesra Rakyat baharu di bawah Belanjawan 2025.

Ketiga, kerajaan menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) di bawah inisiatif i-Biaya iaitu jaminan pembiayaan sehingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama sama ada rumah baharu atau rumah sedia ada dan juga rumah lelongan. Ini akan memberi manfaat, termasuk kepada golongan muda dan golongan berpendapatan rendah serta sederhana. Di bawah belanjawan tahun ini, jaminan tambahan SJKP telah ditambah sebanyak RM10 bilion, di mana kini di bawah step-up financing, menjadikan keseluruhan jaminan SJKP pembiayaan telah berjumlah setinggi RM30 bilion.

Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang pelaksanaan SJKP kini sehingga tahun lepas, sebanyak 76,664 permohonan jaminan permohonan bernilai setinggi RM17.86 bilion telah diluluskan. Kerajaan tahun ini juga memperkenalkan pelepasan cukai sehingga RM7,000 bayaran faedah pinjaman perumahan pertama kepada golongan muda, bukan satu tahun tapi selama tiga tahun berturut-turut melalui belanjawan tahun ini.

Keempat, inisiatif proaktif melalui Program Perumahan Rakyat ‘sewa untuk beli’ (rent- to-own) yang membantu pemilikan rumah secara berperingkat oleh golongan berpendapatan rendah telah ditawarkan unit PPR tapi gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan. Skim rent-to-own ini turut menggalakkan golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah dengan cara menyewa dalam satu tempoh masa tertentu dan kemudiannya boleh memiliki untuk membeli rumah tersebut.

Kelima, pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri masing-masing dan daerah. Berdasarkan tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022 telah mengambil kira median pendapatan rakyat mengikut lokaliti masing-masing. Pemetaan ini menjadi panduan kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi penetapan harga jualan rumah yang sesuai di satu-satu lokaliti yang boleh diakses melalui dashboard maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysia Urban Observatory (MUO).

Tuan Yang di-Pertua, KPKT juga sentiasa selain daripada menjaga harga, kita juga berusaha untuk memastikan memelihara, melindungi hak pembeli melalui pemantauan

draft • 11:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

pengurusan projek perumahan yang teratur agar rumah mampu milik yang dibina itu memenuhi kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan.

Antara usaha ini termasuklah pertama, pelaksanaan standard perumahan mampu milik yang menggariskan spesifikasi utama, harga serta panduan bagi pembangunan rumah mampu milik sama ada oleh Kerajaan Persekutuan, negeri atau pihak swasta. Dia perlu selari dengan Standard Perumahan Kebangsaan (CIS) 2006-2019 oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Kedua, pemantauan pemajuan perumahan swasta berlesen melalui Housing Integrated Management System ataupun HIMS yang mewajibkan pemaju mengisytiharkan kemajuan pembinaan setiap suku tahun sehingga perakuan siap dan pematuhan CCC dikeluarkan. Ini selaras dengan seksyen 7F, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun Akta 118. Ketiga...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih panjang lagi?

draft • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, ringkas, sekejap. Pelaksanaan Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) oleh penilai yang dilantik melalui CIDB bagi menilai kualiti kerja pembinaan berdasarkan standard yang ditetapkan. Skor yang baik boleh meningkatkan reputasi pemaju dan mendorong pemaju untuk membina rumah memenuhi piawaian kualiti.

Last but not least, akhirulkalam, hak pembeli rumah turut dilindungi melalui tempoh tanggungan kecacatan ataupun defect liability period selama 24 bulan yang wajib dibaiki oleh pemaju seperti ditetapkan dalam perjanjian jual beli. Pembeli juga boleh membuat tuntutan sehingga RM50,000 di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah berkaitan ketidakpatuhan spesifikasi berdasarkan perjanjian jual beli, sebarang pertikaian lain di antara pembeli dan pemaju.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya segala usaha murni kerajaan ini sekiranya mendapat dukungan daripada Ahli Yang Berhormat, kita akan sama-sama memastikan supaya rakyat kita kesejahteraan sentiasa dibela, selaras dengan slogan kita, “Rumahku Syurgaku”, “Baiti Jannati”. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan yang panjang lebar tapi rasanya tidak menjawab pertanyaan saya iaitu menangani isu harga rumah yang semakin melonjak.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Persoalan saya Yang di-Pertua, dulu ada dilancarkan Program Simen RAHMAH.

Nampaknya harga simen RAHMAT itu tidak mampu untuk menyekat pelonjakan harga.

Persoalan saya, apakah program tersebut masih wujud lagi? Yang keduanya, apakah perancangan kerajaan untuk pastikan anak muda hari ini mampu untuk memiliki harga rumah

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

ataupun kerajaan ada tak satu cara untuk nak pastikan harga rumah itu tidak melonjak dengan begitu ketara? Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Yang di-Pertua, sebenarnya harga rumah mengikut statistik oleh NAPIC, memang harga rumah kita kini stabil, berkembang dengan sihat. Daripada segi transaksi ataupun perkembangan, dia tidak ada lonjakan secara mendadak. Ini adalah fakta.

Kita boleh lihat di mana di bawah Rancangan Malaysia, setiap kali ada kerajaan ada membuat perancangan seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk memastikan 500,000 unit rumah mampu milik telah — untuk dibina.

Tidak ada satu kerajaan pun sebenarnya mencapai target tersebut tetapi kali ini, saya yakin, insya-Allah di mana penghujung tahun ini, kita akan dapat mencapai 500,000 unit rumah mampu milik ditawarkan kepada rakyat kita yang dikasihi. Simen RAHMAH dan skim itu, kesemuanya adalah seperti yang saya terangkan tadi, panjang lebar. Semua inisiatif ini yang sedang kita rancak laksanakan. Saya yakin daripada sektor — perkembangan sektor hartanah kita, dia ada dalam keadaan yang sihat. Itu yang saya boleh beritahu Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Pulai, saya nak maklumkan jam digital itu dalam proses pembaikan semenjak pagi tadi dan kerja pembaikan akan disambung semula semasa lunch break nanti. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Speaker. Soalan saya begini. Ramai yang datang kepada kita di pusat khidmat ini, yang berkata bahawa dia dah mohon tetapi tak dapat ataupun lambat dan sebagainyalah ya. Boleh beri kepada kita, berapa— apakah faktor-faktor kegagalan permohonan ini dan berapa peratus yang gagal dalam permohonan ini? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Saya rujuk kepada soalan Yang Berhormat, permohonan itu sama ada permohonan Rumah Mesra Rakyat ke ataupun permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan. Sekiranya dari Rumah Mesra Rakyat, memang ini adalah satu produk yang amat popular sekali kerana dia diberikan dengan subsidi yang sangat besar, di mana setiap Rumah Mesra Rakyat dibina dengan kos RM75,000. Tetapi, pembeli ataupun rakyat hanya bayar RM55,000. Maka, dengan kata lain, setiap Rumah Mesra Rakyat kerajaan telah pun berikan angpau ataupun tanggungan subsidi RM20,000 setiap biji rumah.

Oleh kerana itu, memang berdasarkan kepada insentif yang ditawarkan, ini adalah tawaran yang sangat menarik dan menyebabkan senarai penunggu memang panjang. Oleh kerana itu, KPKT berhasrat untuk memohon peruntukan tambahan supaya kita tahun ini dapat menawarkan lebih lagi Rumah Mesra Rakyat untuk kepada pemilik tanah — rumah yang bertanah, untuk kita bantu.

draft • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Bagi SJKP, skim ini seperti yang saya terangkan. 76,000 peminjam telah pun mendapat biayaan daripada jaminan kerajaan dengan jumlah jaminan yang sangat tinggi iaitu RM17.6 bilion, supaya mereka apabila institusi kewangan berikan pinjaman, mereka tidak khuatir kerana pinjaman tersebut dijamin oleh kerajaan.

Oleh kerana itu, saya minta Yang Berhormat bantu KPKT mewara-warakan produk- produk, inisiatif-inisiatif, dasar-dasar kita yang berjiwa rakyat supaya sama-sama kita menjaga, membela kesejahteraan rakyat yang dikasihi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Chiew Choon Man, Miri.

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) inisiatif kementerian dalam memudahkan proses dan mengurangkan kos pengambilan pekerja asing; dan

(b) adakah kementerian mempertimbangkan untuk membenarkan pekerja asing berkemahiran bekerja di negara ini dengan jangka yang lebih lama, terutamanya di Sarawak.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat.

Pada masa ini, pengambilan pekerja asing masih lagi dibekukan sejak 18 Mac 2023.

Pembekuan ini ada dikekalkan setelah mengambil kira jumlah pekerja asing dalam negara yang telah menghampiri had siling 15 peratus seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Dalam tempoh pembekuan ini, kerajaan telah melaksanakan penambahbaikan dalam proses pengurusan pekerja asing bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan majikan tidak terjejas.

Selain satu inisiatif utama adalah pengurangan tempoh kemasukan pekerja asing ke dalam negara daripada 29 bulan kepada 15 bulan. Tempoh ini dikira daripada masa proses kelulusan kuota sehingga pekerja masuk untuk bekerja. Langkah ini bertujuan untuk memastikan elemen kesegeraan dalam proses kemasukan pekerja asing dan mengurangkan potensi penjualan kuota serta risiko isu pengabaian pekerja asing.

Selain itu, kerajaan juga telah mengadakan perundingan bersama negara-negara sumber berkenaan kos pengambilan pekerja asing bagi memastikan kewujudannya elemen menang-menang kepada pihak-pihak berkepentingan. Namun begitu, rundingan ini tidak pernah mengabaikan, malah mengutamakan amalan fair recruitment yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Pada masa ini, kerajaan telah pun memuktamadkan kos pengambilan pekerja dari negara Vietnam, Kemboja dan Indonesia, pembantu rumah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Perundingan lanjut sedang dilaksanakan dengan negara sumber lain seperti Bangladesh, India, Nepal dan Sri Lanka. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, penetapan kos adalah satu komitmen bersama antara negara sumber dan negara penerima.

Justeru, pemantauan kepada pihak-pihak terlibat dalam aktiviti pengrekrutan perlu diperkasakan, bukan sahaja di negara penerima tetapi juga di negara sumber bagi memastikan kos pengambilan terkawal.

Bagi penggajian pekerja bukan pemastautin di Sarawak, tempoh maksimum seorang pekerja bukan pemastautin dibenarkan bekerja ialah enam tahun, kecuali bagi ladang kelapa sawit berkeluasan 100 ekar lebih, 40.47 hektar dan ke atas iaitu 10 tahun. Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja bukan pemastautin yang tamat tempoh perkhidmatan dihantar pulang ke negara asal dengan memohon memo periksa keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Jika pekerja bukan pemastautin yang telah digaji oleh majikan masih berminat untuk bekerja dengan majikan yang sama, pekerja berkenaan boleh terus digaji oleh majikan selepas tempoh tiga bulan pekerja berkenaan kembali ke negara asal dan masuk semula ke Malaysia. Ini adalah tertakluk kepada polisi dan bidang kuasa kerajaan negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kerajaan secara berterusan merangka dan melaksanakan pelbagai perancangan strategi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam pasaran buruh negara. Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk memanjangkan tempoh jangka masa bekerja bagi pekerja asing di negara ini dengan menyasarkan pengurangan kebergantungan pekerja asing menjadi strategi utama penstrukturan semula pasaran buruh negara dan meningkatkan tenaga kerja mahir dalam sektor berteknologi tinggi untuk memacu ekonomi berimpak tinggi. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Miri.

draft • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Timbalan Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, masalah sekarang adalah pekerja asing yang mula masuk ke negara kita, mereka lepas dapat pengalaman, menguasai kemahiran tertentu dan sekiranya kalau dasar kita tidak membenarkan mereka untuk kekal bekerja dengan lebih lama, maka mereka akan terpaksa dihantar pulang dan mereka akan pergi ke tempat lain untuk bekerja. Lama-kelamaan, negara kita akan menjadi batu loncatan seolah-olah untuk mereka menguasai kemahiran dan pengaruh tertentu dan seterusnya, mereka akan pergi ke negara lain.

Juga, soalan seterusnya adalah apakah ketersediaan Kementerian Sumber Manusia untuk bekerjasama dengan MOSTI untuk kita memperkenalkan lebih banyak automation supaya kita boleh mengurangkan keperluan terhadap pekerja asing. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Miri.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh Yang

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Berhormat sebentar itu, saya sangat bersetuju. Tetapi, kita juga memandangkan kedudukan negara kita ini. Sampai bilakah kita nak kebergantungan kepada pekerja asing itu sendiri?

Kalau dalam Dewan ini, Yang Berhormat bertanya soal kebergantungan kepada pekerja asing dan mungkin dibangkitkan di kawasan Yang Berhormat perkara tersebut, yang mungkin mereka melebihi 20 ekar, 100 ekar kalau di dalam bidang perladangan, mungkin juga dalam bidang-bidang industri lain. Tetapi, dalam soal sekarang, bagaimanakah negara kita nak — dalam jangka masa panjang ini, kita nak mengurangkan pekerja asing itu.

Lantaran, kalau kita melihat dari segi peladang umpamanya, kita dah mula dengan menggunakan dron umpamanya untuk menabur baja. Juga, sekarang dah ada mesin-mesin utama untuk mengait kelapa sawit, untuk memotong pelepah dan sebagainya.

Sebab itu, kerajaan cuba untuk memastikan bahawa perkara ini, kita dapat pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing supaya kemakmuran itu dapat dinikmati kembali oleh rakyat kita itu sendiri sebenarnya. Kita dah mengambil contoh seperti Sime Darby umpamanya, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di- Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya nak bangkitkan berkenaan dengan pekerja asing juga iaitu pada Disember tahun lalu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim menekankan keperluan untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing, di mana melibatkan kos melebihi 40 bilion kiriman wang kepada negara asal mereka. Ini adalah satu aliran tunai yang sangat tinggi, mengambil kira kepada impak kepada cycle of economic dalam negara kita sendiri yang memberi kesan yang besar.

Jadi, Bank Negara yang membuat kajian menekankan kepentingan kajian untuk menamatkan pergantungan kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi dan juga pekerja asing berkemahiran rendah. Soalannya, kita nak kena bergantung kepada kemahiran ketidakpadanan yang kita lakukan ke dalam pasaran pekerja tempatan. Jadi, ini perlu ditumpukan. Jadi soalan saya, adakah pekerja tempatan yang ada pada hari ini tidak mempunyai kemahiran. Kalau tidak mempunyai kemahiran, apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan kemahiran pekerja tempatan agar dapat memenuhi keperluan semasa.

Saya juga ingin tahu, mengapa ─ ingin tahu perkembangan inisiatif kerajaan menggantikan pekerja asing dengan bekas banduan seperti yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia pada 2023. Apakah pencapaian program ini dan berapakah penempatan yang telah berjaya dilakukan. Sekian, terima kasih.

Banyak soalan di situ ya.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih saudara Pendang. Persoalan yang saya lihat daripada Pendang ini, walaupun banyak tetapi inilah yang sering diperbincangkan di Kementerian Sumber Manusia. Saya tahu Yang Berhormat sendiri, dua tahun sudah dia adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia dan inilah juga sebenarnya yang sering diperbincangkan di kementerian, bagaimanakah untuk pengurangan pekerja asing umpamanya dan juga untuk pengurangan kos dari segi menghantar kewangan tersebut yang melibatkan berbilion-bilion ringgit mengalir ke negara asing. Itu semua kita tahu sebenarnya.

Tetapi dalam soal ini, sebab itu sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyarankan supaya TVET itu diperkasakan dan lantaran itu juga diamanahkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk memperkasakan TVET dan kita di Kementerian Sumber Manusia, sebagaimana yang saya katakan tadi di bawah ILP ataupun ADTEC itu sendiri kita sebenarnya telah mengadakan kursus-kursus yang mungkin untuk menarik minat sebagaimana Yang Berhormat katakan tadi, menarik minat kepada pekerja negara kita ini untuk bekerja. Yang saya katakan kepada Miri sebentar tadi, bahawa di ladang itu sendiri kita telah mengamalkan seperti Sime Darby, mengamalkan penaburan baja melalui dron.

Sekarang kita di ILP dan ADTEC itu sendiri telah mengkursuskan supaya mereka dapat menguasai dron ini dengan baik agar mereka ini boleh berkhidmat di sektor-sektor seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Secara seterusnya kerjasama dengan HRD Corp dan PERKESO. Kita dah reskilled semula kepada pekerja-pekerja ini supaya reskilling semula pada pekerja-pekerja ini agar kita dapat permintaan yang menepati dalam sasaran dalam negara kita Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah…

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tan Sri, soalan yang ke- 11 tak dapat?

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak dapat.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Minta satu lagi.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Luar Negeri, seperti yang tertera di nombor 8 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 20 Februari 2025”.

Terima kasih.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 11:34 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Tan Sri Speaker, saya menyokong.

draft • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:34 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA MENTERI DALAM NEGERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
CADANGAN KAJIAN SEMULA AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri akan memberi penerangan berhubung Cadangan Kajian Semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012. Silakan Menteri.

draft • 11:34 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, saya bangun untuk membuat satu Kenyataan Menteri atau dengan izin Ministerial Statement berkenaan dengan satu tajuk iaitu Akta 747, singkatannya SOSMA 2012.

draft • 11:35 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, pada akhir kenyataan ini saya berharap rakan-rakan Ahli

draft • 11:35 AM

Yang Berhormat akan dapat memahami beberapa perkara

(i) Sedikit ulang kaji tentang apa itu SOSMA 2012,

(ii) Apakah ada keperluan mengekal, menansuh atau memindanya.

Saya akan berikan beberapa justifikasi.

(iii) Kalau kita ke arah untuk menambah baik, apakah elemen penambahbaikan yang boleh kita cadangkan.

(iv) Berdepan dengan tempoh penyelesaian kes SOSMA bila dibawa ke mahkamah terlalu lama masa menunggu. Apakah ada keperluan untuk kerajaan mengangkat cadangan supaya diwujudkan sebuah mahkamah khas.

(v) Yang paling penting juga ialah apakah peranan kerajaan dalam mencapai keseimbangan, di satu sisi sebagai kerajaan yang memikul amanah untuk menjamin atau berusaha ke arah mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam atas kepentingan keselamatan.

Di satu sisi lain, ada juga keperluan untuk menjamin bahawa hak asasi mereka yang terlibat itu tidak sampai terabai. Kemudian, pada akhir pembentangan ini, saya akan menunjukkan apakah hala tuju ke hadapan. Barangkali ada keperluan untuk segera kita wujudkan sebuah jawatankuasa khusus untuk memperhalusi perkara-perkara ini dan menetapkan satu tempoh, bilakah cadangan untuk kita kembali bentang di Parlimen.

Sebelum itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menunjukkan sedikit video clips pendek sahaja, sekitar barangkali kurang dua minit, untuk boleh kita memahami tentang penggunaan undang-undang ini dalam kes-kes jenayah yang bagaimana. Dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebelum Menteri meneruskan penerangan ini, jarang kita buat. Probably, ini among the first yang kita akan buat dan ini akan menjadi precedent.

Untuk itu, saya akan membenarkan Menteri untuk tayangkan rakaman video yang saya difahamkan images juga disturbing ya. Sebab itu saya menasihati semua Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai yang berada dalam Dewan ini adalah ─ Ini adalah untuk tatapan Ahli Yang Berhormat sahaja.

Saya tidak akan benarkan video ini disebarkan di luar dan pegawai-pegawai jangan ambil video ini. Ahli Parlimen juga jangan rakam video ini. Video ini ialah untuk consumption kita sahaja dan waktu ini saya akan arahkan technician untuk tidak menyebarkan di luar.

Untuk itu, silakan Menteri.

draft • 11:35 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, penjelasan. Adakah content ini tidak boleh disampaikan kepada rakyat di luar…

draft • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Content, boleh. Video ─ Yang saya cakap video clip.

draft • 11:35 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya lah. Kita ─ bolehlah, video itu boleh?

draft • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh. Cuma images itu jangan.

draft • 11:35 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak.

draft • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

[Tayangan video dimulakan]

draft • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak ada sound ya.

draft • 11:35 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, Tan Sri Yang di-Pertua. Menjawab Kota Bharu, saya telah pun meminta untuk pasukan polis memberikan taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen berkenaan dengan rupa bentuk jenayah yang polis berpendapat mereka perlu untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang ini. Kalau gambar statiknya, jauh lebih tragislah ya...

[Sambil menunjukkan gambar] Dikapak, diparang kepala, lengan, perut terburai, otak bersepai dan segala macam.

Itu semua kita akan paparkan pada Ahli Berhormat dalam taklimat nanti untuk kita memahami perspektif bahawa dalam banyak-banyak undang-undang yang ada di negara kita, di sana ada satu sudut bahawa dari sudut pandang pasukan penguat kuasa iaitu polis, mereka merasakan bahawa ada keperluan untuk peruntukan-peruntukan ini diguna pakai.

Jadi, ada ribuan, Tan Sri Yang di-Pertua, video dan foto yang kita akan tunjukkan kepada Ahli Yang Berhormat apabila proses jawatankuasa kita ini meneliti aspek yang akan kita tambah baik.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akta ini kita panggil Akta 747 atau dalam bahasa lengkapnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ia satu akta yang digubal khusus untuk menangani kesalahan keselamatan iaitu kesalahan-kesalahan yang disenarai dalam Jadual Pertama Akta 747 seperti:

(i) Bab VI - Kesalahan Terhadap Negara;

(ii) Bab VIA - Kesalahan yang Berhubung Dengan Keganasan;

(iii) Bab VIB - Jenayah terancang;

(iv) Bahagian IIIA - Akta Antipemerdagangan Orang iaitu Penyeludupan Migran; dan

(v) Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara.

Akta 747 digubal sejurus selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dimansuhkan. Negara pada saat itu masih berhadapan dengan masalah keselamatan dan ketenteraman awam yang dicetuskan oleh ancaman-ancaman keselamatan serius seperti keganasan, jenayah terancang, pemerdagangan orang, sabotaj dan pengintipan. Akta ini

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

digubal di bawah Perkara 149 di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mula berkuat kuasa pada 31 Julai 2012 melalui pewartaan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa SOSMA.

Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah berkenaan dengan kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti keganasan dan jenayah terancang dan sebagainya walaupun undang-undang itu berlawanan dengan mana-mana peruntukan di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13.

Tan Sri Yang di-Pertua, Akta 747 digunakan bagi menangani aktiviti jenayah serius, kompleks dan berstruktur yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam, beberapa contoh penggunaan yang berkaitan dengan jenayah terancang. Akta 747 digunakan untuk menangani kumpulan gengsterisme atau jenayah terancang yang menjalankan aktiviti haram seperti perdagangan dadah, pelacuran, rompakan bersenjata dan pemerasan. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengisytiharkan mana-mana pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang sekiranya didapati memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Setakat ini, 72 pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap telah kita senaraikan di bawah seksyen tersebut dan diwartakan. Misalnya, Geng 360 Devan, dianggotai 110 ahli yang menguasai aktiviti pengedaran dadah dari selatan tanah air hinggalah ke Pulau Pinang.

Seramai 82 orang anggota kumpulan ini telah ditangkap ketika operasi dijalankan dan seramai 63 orang telah dituduh di mahkamah dan kes telah pun disabitkan. 18 lagi telah dibebaskan dan satu dikenakan tindakan POCA.

Kumpulan ini, Tan Sri Yang di-Pertua, terlibat dalam kes tembakan rifle gang pada waktu puncak iaitu tengah hari di Jalan Setapak, Kuala Lumpur ketika mangsa berhenti di lampu isyarat merah. Bunuh dan mendatangkan cedera parah bagi menguasai lokasi pengedaran dadah dan melebarkan pengaruh mereka. Video yang kita saksikan tadi kejadian di siang hari. Kereta berhenti di lampu isyarat, anggota yang menaiki motosikal melepaskan tembakan. Daylight, insiden ini berlaku. Ketika operasi tangkapan dijalankan atas kumpulan ini, kita dapat merampas rifle lengkap bersama skop dan silencer, tujuh pucuk pistol, parang dan juga sejumlah dadah syabu.

Kedua, Geng Emi Keju, dianggotai 25 orang ahli. Aktif melakukan samun bersenjata di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. Kumpulan ini amat ganas, menggunakan senjata pistol dan senjata tajam ketika melakukan samun. Sebanyak lebih kurang 50 kes samun bersenjata berantai yang dikenal pasti dilakukan oleh kumpulan ini dan melibatkan kerugian jutaan ringgit. Seramai 25 orang anggota mereka ditangkap. Semua sekali kita tangkap. 22 orang dituduh, manakala tiga lagi dibebaskan. Tan Sri Yang di-Pertua, ketika mereka dibebaskan, ada kes ketika bawa ke mahkamah, berkerusi roda. Bebas sahaja, bunuh orang balik. Dia ada kes-kes yang begitu. Ketika dibawa ke mahkamah, berkerusi roda,

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

lemah. Tidak terfikir kita. Berapa hari lepas itu, dia menjalankan operasi balik dan bunuh itu sangat sadis.

Geng Jackie, 13 orang. Menjalankan aktiviti pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks. Ini di Johor. Wanita yang diperdagangkan terdiri wanita warga asing.

Diperdaya, dijanjikan pekerjaan dengan upah lumayan, tempat tinggal dan segala macam.

Dipaksa menjadi pelacur dan setiap hari kena memenuhi kuota pelanggan supaya kutipan itu tercapai. Gagal, bermaksud dipukul, dikurung dan kemudian diseksa terus-terusan. Ketika pasukan polis melakukan operasi, kita berjaya menyelamatkan sebahagian daripada mangsa ini dan kumpulan Geng Jackie ini dapat kita kenal pasti.

Geng Otong. Tan Sri Yang di-Pertua, bukan Etong. Etong watak wayang kulit. Ini Otong. Aktif melakukan penyeludupan migran, juga di Johor. Seramai 76 orang ahli kumpulan dikenal pasti berperanan dalam menjalankan aktiviti ini. Aktiviti apa? Smuggling of migrants. Ahli kumpulan termasuk dalam kalangan agensi penguat kuasa, lapan anggota polis dan juga lima anggota tentera. Pegawai kanan berpangkat ASP dan pegawai tentera berpangkat Mejar dan Kapten juga pihak polis berjaya lumpuhkan. 76 ditangkap, 59 dituduh dan manakala 17 lagi dibebaskan.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, undang-undang ini juga digunakan untuk jenayah pengedaran dadah yang digunakan untuk menghalang mereka daripada terus menjalankan aktiviti yang boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan negara. Ada connection dengan izin, di antara gengsterisme dengan pengedaran dadah. Misalnya, sindiket upik. Pada tahun 2023 Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dan ESSCOM telah menumpaskan kartel dadah syabu terbesar di Sabah diketuai seorang penaung badan bukan kerajaan, Datuk Maslan Sani. Sindiket menggunakan modus operandi dengan mendapatkan bekalan dari sebuah negara jiran dan seterusnya membawa ke Sabah menerusi keldai yang menggunakan penerbangan komersial dan kargo laut sebelum disimpan dan diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina. Bawa dadah dari negara jiran, jalan laut dan juga jalan darat. Pasaran mereka selain dari Sabah dan Indonesia dan Filipina, masuk kepada sempadan negara jiran.

Harganya berubah Tan Sri di-Pertua. Di sempadan harganya lebih murah berbanding bila dadah itu masuk ke kawasan lebih dalam.

Kita membekukan dan menyita aset 22 akaun bank berjumlah RM420,000, 18 kenderaan mewah bernilai RM6.6 juta, wang tunai dan barang kemas dan 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia, minyak dan gas, pembuatan dan sebuah feri juga rangkaian restoran makanan di Sabah. Begitu kompleks dan berstruktur bentuk jenayah ini yang tidak boleh kita selesaikan dengan reman 24 jam. Sambung tiga hari, sambung tujuh hari. Tak mampu pihak polis selesaikan apabila berhadapan dengan jenayah yang begini kompleks.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kita juga kenakan untuk kumpulan terrorist. Jenayah terancang yang melibatkan kumpulan pengganas atau kelompok extremist yang menjalankan aktiviti seperti perancangan serangan pengganas, pembunuhan beramai-ramai atau serangan besar.

Serangan Ulu Tiram adalah satu contoh yang berlaku pada 17 Mei. Dalam kejadian tersebut, dua anggota polis terkorban seorang lagi tercedera. Penyerang yang merupakan seorang anak muda awal 20-an, akhirnya mati ditembak oleh polis dan apabila pihak polis pergi ke rumahnya, di rumahnya cuma ada dua kitab. Pertama, buku untuk membetulkan bacaan tajwid al-Quran, yang kedua kitab jihad. Dua sahaja dan bila kita siasat pula, sedut daripada semua gajet dia, kita dapat dua. Satu, panduan buat bom dan yang kedua, panduan untuk menembak menggunakan pistol. Bayangkan anak muda awal 20-an, dia boleh rampas pistol polis, dia boleh tembak setelah dia belajar daripada Internet dan YouTube.

Dua sahaja bahan. Kitab dia apabila kita rampas, apa dia? Panduan membetulkan bacaan al-Quran. Kedua, jihad. Terus dan apabila keluarga ini, kita ambil semua sekali keluarga sebab daripada pagi kejadian Tan Sri Yang di-Pertua, bila pihak polis pergi ke rumah, soalan pertama daripada bapanya kepada pasukan polis adalah, “Dah mati dah? Polis sudah mati dah?” Dia tanya pula, “Bagaimana mati? Macam mana mati?” Bila disebut kata, “Ya, sudah mati. Anak pakcik yang bunuh.” “Alhamdulillah, anak saya sudah di syurga”. Ini adalah bentuk self-radicalization. Kita gunakan SOSMA, kita tangkap, tahan keluarganya. Sekarang ini masih lagi pending trial dan ini adalah satu bentuk ideologi yang sangat menganjurkan kepada keganasan dan dia pegang sebagai i’tiqad dia. Ya, sebuah kerajaan yang dianggap zalim dan dia sudah putus harap, tiada lagi cara. Barisan pertama yang dia mesti habiskan adalah pasukan polis.

Penglibatan dalam kegiatan subversif atau gerakan terancang. Kumpulan ini juga memerlukan penggunaan undang-undang seperti ini yang memilih untuk merancang atau menjalankan suatu kegiatan yang bertujuan untuk menjejaskan dan meruntuhkan kerajaan tidak secara undang-undang, tidak melalui jalur pilihan raya dan sebagainya.

Royal Sulu Force adalah satu contoh ketika 11 Februari 2013 di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Setelah semua proses rundingan gagal, pertempuran berlaku dengan pihak polis dengan Royal Sulu Force dan lapan anggota polis terkorban, 31 anggota Royal Sulu Force ditahan dan mereka dibicarakan di bawah Akta 747.

Tan Sri Yang di-Pertua, Akta 747 merupakan undang-undang prosedur yang membenarkan tangkapan bagi kesalahan keselamatan dan sebarang pendakwaan adalah merujuk pada undang-undang yang telah saya sebutkan tadi. Subseksyen 4(5) akta ini memperuntukkan kuasa seorang pegawai polis berpangkat Penguasa Polis atau lebih tinggi untuk melanjutkan tempoh tahanan reman bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 28 hari bagi tujuan siasatan ke atas mana-mana orang yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan keselamatan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dalam hal ini Tan Sri Yang di-Pertua, tempoh 28 hari bagi tujuan siasatan tersebut dapat membantu pihak polis menjalankan siasatan dengan terperinci ke atas kesalahan- kesalahan yang rumit dan kompleks memandangkan kes-kes tersebut memerlukan jumlah suspek yang ramai serta rangkaian organisasi dalam dan luar negara yang memerlukan kolaborasi dengan agensi penguatkuasaan dalam dan luar negara seumpama kes dadah yang dibawa dari negara luar. Untuk kita dapatkan bukti, ianya tidak terhad setakat agensi dalaman, tetapi kita juga harus menghubungi pihak negara luar.

Walaupun secara realitinya Tan Sri Yang di-Pertua, pihak polis mempunyai 28 hari untuk melakukan penyiasatan, tetapi secara praktisnya, secara tersiratnya pihak polis hanya ada 21 hari sahaja. Hal ini kerana tujuh hari sebelum tamat 28 hari, pihak polis kena serahkan kertas siasatan yang telah lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Dalam tempoh 21 hari tersebut, pihak polis perlu mengkaji segala maklumat hasil siasatan mahupun mendapat maklumat daripada agensi-agensi penguat kuasa yang lain seperti Bank Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam melengkapkan kertas siasatan. Pada hari reman yang ke-28, Timbalan Pendakwa Raya dikehendaki membuat keputusan sama ada untuk tuduh atau tidak subjek yang terbabit.

Dalam tempoh reman 28 hari, hak subjek yang ditangkap, masih terjamin di bawah Seksyen 5(1) di mana waris Kadim, subjek akan dimaklumkan segera tentang tangkapan dan penahanan di bawah Akta 747 dan subjek dibenarkan membuat rundingan dengan pengamal undang-undang pilihannya selepas 48 jam. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, rekod tangkapan di bawah Akta 747 bagi lima tahun terakhir dari tahun 2020 sehingga sekarang adalah seramai 3,452 orang. Daripada jumlah tersebut, 64 peratus atau 2,208 telah berjaya dituduh di mahkamah yang berkaitan keganasan, kesalahan penyeludupan migran dan kesalahan jenayah terancang. Manakala 884 orang lagi bersamaan 30 peratus telah dibebaskan di bawah pertuduhan Akta 747 dan disiasat di bawah peruntukan undang-undang pencegah atau dibebaskan.

Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan rekod PDRM daripada 2,208 subjek yang telah berjaya dituduh, tempoh masa yang paling singkat sehingga tamat proses undang-undang di mahkamah. Maknanya tangkap 28 hari, tuduh di mahkamah, kemudian mahkamah membuat keputusan. Paling singkat daripada 2,028 ini, ada yang sesingkat enam bulan. Paling lama ada sehingga empat tahun tujuh bulan. Dia ada spektrum dia. Saya akan membekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada 2,028, apakah julat masa yang menyaksikan bagaimana kes ini sedang diuruskan sekarang supaya berlaku adil sebelum kita membuat apa-apa syor untuk dipertimbangkan kepada Ahli Yang Berhormat. Sehingga kini, terdapat 409 subjek yang masih menjalani reman penjara sementara menunggu proses undang-undang selesai.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, saya sampai kepada bab yang paling penting. Sejak saya berada di kementerian ini, antara tugas awal yang kita buat adalah mewujudkan jawatankuasa untuk melakukan libat urus dan berjumpa semua stakeholders. Kemudian, cuba faham kritik terhadap undang-undang ini apa dia?

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Pertama, seksyen 4(5). Kuasa polis untuk menahan individu sehingga 28 hari untuk siasatan.

Kedua, seksyen 13. Semua orang yang ditahan di bawah akta ini tidak boleh diberi jaminan. Itu isu yang sangat, orang kata sangat fundamental lah, yang kita kena uruskan.

Ketiga adalah seksyen 13(2). Sementara tak ada langsung yang boleh diberi ikat jamin, 13(2) ini ada pengecualian dia. Kanak-kanak bawah 18, wanita dan pesalah yang sakit atau uzur tapi lelaki tak boleh.

Seterusnya adalah seksyen 30. Ini adalah berkenaan penahanan sementara menunggu proses undang-undang habis. Maksudnya, selepas 28 hari dibawa ke mahkamah, dibicara di peringkat mahkamah tinggi. Katalah tahanan SOSMA itu menang, DPP appeal.

Pending appeal mahkamah rayuan, walaupun dia menang mahkamah tinggi, dia masih lagi masuk dalam. Begitulah sehingga sampai ke Mahkamah Persekutuan. Jadi, kalau tempoh ini terlalu lama, di sini kritik berpendapat bahawa ianya perlu diteliti balik.

Tan Sri Yang di-Pertua, kementerian telah melaksanakan beberapa sesi libat urus.

Kerajaan ini berani tengok akta ini perlu kita tengok balik sementara ada keperluan seperti yang saya bina kewajarannya tadi berdasarkan kepada kes keganasan dan sebagainya.

Pada masa yang sama, harus ada jaminan berlaku keadilan dari sudut prinsip hak asasi. Kita tubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji undang-undang ini dan skop jawatankuasa merangkumi enam undang-undang di bawah bidang kuasa KDN.

(i) Akta Hasutan 1948;

(ii) Akta Pencegahan Jenayah 1959;

(iii) Akta Pencegahan Keganasan 2015;

(iv) Akta Perhimpunan Aman 2012;

(v) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1985; dan

(vi) Akta 747 Terma rujukan jawatankuasa ini juga termasuk mengenal pasti peruntukan di dalam undang-undang berkenaan yang tidak selari dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Mengkaji implikasi jika undang-undang berkenaan ada kewajaran dimansuh atau dipinda pada seksyen yang berkaitan. Beberapa sesi libat urus yang telah kita laksanakan termasuk membabitkan Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Badan Peguam Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, pengamal undang-undang, peguam, ahli-ahli akademik ataupun distinguish individual, dengan izin.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Hasil dari sesi libat urus yang telah diadakan, kementerian merumuskan terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu sambil memastikan bahawa undang-undang seperti Akta 747 ini berkesan bagi menangani aktiviti jenayah serius, kompleks dan berstruktur yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Hala tuju akta ini Tuan Yang di-Pertua, ialah tiga perkara.

Pertama, kerajaan akan membuat semakan semula terhadap senarai atau jadual kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dijamin atau unbailable offences. Ini tidak boleh jamin mutlak. Unbailable offences tidak boleh jamin mutlak. Kesalahan-kesalahan yang boleh dijamin dengan budi bicara mahkamah, nonbailable offences mengikut tahap keseriusan atau gravity of the offence. Ada 73 kesalahan yang terangkum di bawah akta ini. Mulai sekarang, kita akan semak balik dan kita akan tengok bahawa kesalahan apa yang kita kekal kategori sebagai unbailable, kesalahan apa pula yang kita pulangkan kuasa kepada mahkamah untuk membenarkan ikat jamin. Ini perubahan yang pertama.

Sekarang, tak boleh langsung kecuali tiga tadi. Wanita, kanak-kanak bawah 18 dan orang uzur. Selepas ini, kita akan tengok daripada 73, kat mana, seksyen mana di bawah kesalahan terhadap negara, di bawah kesalahan jenayah terancang, di bawah kesalahan ATIPSOM yang kita boleh serahkan kepada budi bicara mahkamah untuk membenarkan ikat jamin. Sebelum ini tak ada langsung.

Kedua, kita akan mengkaji keperluan dan kesesuaian mewujudkan mahkamah khas persis seperti mana Mahkamah Khas Jenayah Perasuah, Mahkamah Khas PATI, Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak, Mahkamah Khas ATIPSOM, Mahkamah Khas Alam Sekitar, Mahkamah Khas Siber. Sekarang, ada keperluan untuk kita pertimbangkan perwujudan mahkamah khas khusus untuk kes SOSMA supaya dia tidak menunggu lama kerana ketika lama menunggu itu pula, timbul isu jaminan.

Ketiga, kita akan mengkaji untuk meminda seksyen 30 berhubung penahanan sementara menunggu proses undang-undang habis, boleh dipertimbangkan untuk dipinda selari dengan cadangan seksyen 13 berhubung jaminan. Tadi saya terangkan seksyen 13, tak boleh sama sekali dibenarkan ikat jamin. Tapi kalau setelah kita serahkan sejumlah kesalahan kepada budi bicara mahkamah untuk dibenarkan ikat jamin, dengan sendirinya kita kena teliti semula seksyen 30 yang pada basisnya adalah ditahan sementara proses undang-undang selesai.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam hal ini, saya akan segera mengumumkan untuk pembentukan sebuah jawatankuasa khas bagi kali ini, bukan lagi libat urus biasa yang telah pun menghasilkan tiga, empat cadangan untuk menambah baik tetapi jawatankuasa ini khusus untuk memperhalusi cadangan bagi maksud akhirnya kita bentangkan cadangan pindaan itu di dalam Parlimen ini. Lagi cepat jawatankuasa ini menghasilkan dapatan, lagi cepat kita bentang. Kita ada sesi Julai, kita ada sesi Bajet, kita juga ada sesi Februari tahun

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

hadapan. Biar itu menjadi satu garis masa untuk menunjukkan bahawa kesediaan kita sentiasa terbuka dalam menambah baik dasar perundangan, peraturan serta usaha bagi memperkasa aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

Suka saya ingatkan bahawa sementara kita bergerak ke arah ini, itu tidak bermakna Kerajaan Madani ini mengambil sikap sambil lewa ataupun memandang ringan terhadap keperluan tentang kewujudan undang-undang bagi menangani ancaman jenayah keganasan, jenayah terancang yang sebenarnya masih lagi wujud dalam negara kita. Bila jawatankuasa ini nanti ditubuhkan, persoalan 28 hari tahanan, apakah boleh kita pecahkan kepada 14-14 dan sebagainya itu akan kita pertimbangkan. Buat masa ini, apa take home nya?

Pertama, 73 kesalahan di bawah SOSMA, kita akan teliti untuk mencadangkan kesalahan jenis mana yang kita boleh pulangkan kepada mahkamah untuk menimbangkan ikat jamin berbanding sekarang, tak ada langsung ikat jamin melainkan tiga. Wanita, kanak- kanak dan orang uzur.

Kedua, menimbangkan perwujudan mahkamah khas seperti mahkamah khas yang telah saya senaraikan tadi supaya membolehkan bahawa proses pengadilan di mahkamah itu berlaku dengan lebih cepat berbanding keadaan sekarang.

Ketiga, yang saya sebutkan tadi ialah berkaitan dengan seksyen 30, penahanan sehingga selesai proses undang-undang. Ini membuktikan kesediaan kita untuk berganjak daripada status quo sekarang tetapi tidak sama sekali mengabaikan prinsip dan tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman sambil memastikan hak asasi mereka yang terlibat itu juga terjaga. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi penerangan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Boleh?

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak umumkan. Sekejap ya.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya ...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap. Saya nak umumkan ini dahulu, nanti kejap.

Sebenarnya saya tidak membenarkan sebarang penjelasan mengenai Penerangan Menteri ini disebabkan beberapa Ahli Yang Berhormat telah membahas isu ini semasa Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja dan Yang Berhormat Menteri akan menjawab esok, 20 Februari.

Jadi, Yang Berhormat Menteri masa penggulungan boleh menjawab sekali arus apa juga yang akan dibangkitkan esok sebab kita running short of time. Jadi, sesiapa yang ada soalan, simpan soalan ini kerana esok ialah waktu Menteri menggulung dan bolehlah

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

dikemukakan kerana kita ada kementerian yang sedang menunggu dan kita running short of time.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri, saya berterima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya bagi Kota Bharu dulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tan Sri, for the clarification. Saya faham hasrat Yang di-Pertua. So, maknanya adakah content Penerangan Menteri oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri hari ini dianggap sebagai penggulungan yang boleh kita kemukakan soalan besok?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebahagian. It’s a part of penggulungan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

So, kita booking lah esok kita nak tanya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Sebab ia nya Majlis Penerangan dan Kota Bharu booking awal ya?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebab Damansara dengan Bagan pun tak setuju ini.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri, sebagai backbencher kerajaan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey, okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebagai backbencher kerajaan saya bangun hanya untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada penerangan yang telah dibuat oleh Menteri. Kerana isu ini merupakan isu yang hangat yang telah dibahaskan dan saya berterima kasih di atas tindak balas kerajaan dan respons kerajaan untuk mengambil langkah-langkah untuk memaklumkan perkara ini kerana ia akan diterima baik oleh masyarakat di luar sana. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dah sokong SOSMA kah?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dulu kata SOSMA lebih teruk daripada ISA. Dulu Jelutong sokong.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Inilah sebabnya saya tak bagikan bertanya sebab saya tahu kalau saya buka kita akan berhenti pukul 12.00 malam dan jam mungkin kita kena berhenti.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jelutong saja... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu, sebab itu, listen, listen. Saya tak benarkan lagi apa- apa berhubung dengan Penerangan Menteri tadi dan sekarang Setiausaha silakan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini satu penganiayaan...

[Tidak jelas] kita pun nak ucap terima kasih kepada Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik Setiausaha. Arau, Arau nak ucap terima kasih juga?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa dia?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau nak standing order?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan standing order. Standing order pun boleh, tak ada masalah.

[Ketawa]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey bukan standing order. Okey, silakan setiausaha.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jelutong saja... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Standing order pula?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1).

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa dia standing order nya?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak Yang Berhormat, saya, sebenarnya saya ini baru tengok ucapan Yang Berhormat di suatu tempat. Saya sampai sekarang sedih, air mata saya keluar sebab apa, Yang Berhormat kata “Saya pernah jual di pasar malam, pernah kutip makanan”. Sedih betul dan ini saya rasa Speaker yang cukup istimewa bagi sayalah. Tapi malangnya Yang Berhormat, Yang Berhormat menyokong mereka untuk menzalimkan kami yang memberi makan kepada anak-anak yatim dan juga orang miskin.

Yang Berhormat, tolong tengok balik ucapan Yang Berhormat ini cukup hebat.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Standing order berapa itu Yang Berhormat?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi yang keduanya ialah perkara 18(1) ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

18(1).

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1) yang saya bawa Yang Berhormat, satu pun tak diterima. Sudah 12 usul saya bawa.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Yang Berhormat berilah sedikit ihsan supaya kita boleh bincang, satu cukup di Kamar Khas.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya buka rekod Yang Berhormat boleh nak tepis tak sebab ada kes yang saya lepaskan Arau untuk dibuat...

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dulu, dulu.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ialah maksudnya Yang Berhormat kata tak pernah langsung.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak penggal ini. Penggal dulu Yang Berhormat bagus.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Penggal ini berapa hari baru.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Belum lagi.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baru berapa hari ini.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, baru penggal ini saya minta kalau boleh lepaskan ke Kamar Khas.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebab itu saya kata...

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Penggal ini paling banyak saya hantar, sehari lima saya hantar.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat harus berpandukan pada peraturan mesyuarat. Kalau Yang Berhormat hantar sebelum waktu tak boleh atau selepas waktu tak boleh. Yang kedua, telah pun dibincangkan dalam Parlimen kita pun tak boleh atau pun benda ini telah pun dibicarakan dahulu, tak boleh. Jadi ada peraturan-peraturan mesyuarat, carilah cara, helahnya supaya mengelakkan daripada ia nya tersangkut dengan peraturan mesyuarat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat sedia maklum Menteri banyak tak jawab yang kami timbulkan, kami ucap, dia tak jawab dia ambil tak tahu saja. Bagi mereka kalau tak jawab lama-lama dilupakan.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya banyak bawa berucap sini tak jawab. Saya tengok Menteri Kewangan nak jawab kejap lagi ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta supaya Menteri jawab setiap-setiap inci, jangan tinggalkan satu pun maka kami akan – kita akan berlaku adil.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang kedua Yang Berhormat seperti ucapan Tok Guru kelmarin ialah peraturan mesyuarat ini macam dipermain-mainkan oleh pihak sana. Dia tekan butang dia bangkit bercakap, tekan butang bangkit bercakap. Inilah punca pergaduhan sebenar di Parlimen. Rakyat Malaysia, orang muda, lihat inilah perkara yang tidak sewajarnya berlaku. Terima kasih Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Setiausaha.

draft • 12:10 PM
USUL
USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [18 Februari 2025]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita akan – kita ada banyak, panjang hari ini ya iaitu bermula dengan Kementerian Kewangan. Sebelum Menteri menggulung saya ingin – hari ini ialah bermulanya giliran Menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah diraja selama empat hari iaitu sehingga 25 Februari 2025.

Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak, saya ulangi, agar tidak membangkitkan isu baru semasa Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab soalan-soalan ataupun isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa perbahasan. Selain itu, Yang Berhormat Menteri juga boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berada dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan akan diberi jawapan secara bertulis.

Akhir sekali, pada Menteri yang telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan selama perbahasan usul ini maka ia perlu di e-melkan. Jadi, dulu hantar ke Parlimen dahulu dan Parlimen akan e-melkan.

Sekarang ini saya minta Menteri-menteri terus e-melkan jawapan-jawapan kepada Ahli Yang Berhormat dalam masa ataupun dalam tempoh lima hari. Jadi terus kita shortcut, jangan lagi pusing-pusing. Jadi pastikan ini terjadi. Untuk itu saya menjemput Menteri Kewangan silakan.

Menteri Kewangan ada 40 minit.

draft • 12:10 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, mewakili Kementerian Kewangan, izinkan saya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi

draft • 12:16 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

syukur dan menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Kelima Belas pada 3 Februari yang lalu.

Selaku Menteri pertama yang menggulung saya merakamkan jutaan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda. Tidak kurang pada 55 Ahli Yang Berhormat telah membahas dan menyatakan cadangan, teguran, serta pandangan masing- masing yang melibatkan Kementerian Kewangan. Berdasarkan isu-isu dibahaskan, izinkan saya menjawab beberapa perkara utama yang dibangkitkan.

Yang Berhormat Larut selaku Ketua Pembangkang telah membangkitkan bahawa tidak perlu dibanggakan dengan pertumbuhan ekonomi yang sememangnya dicapai setiap tahun tetapi hasil diraih itu perlu dikongsi dan disampaikan kepada rakyat di bawah. Kita semua sedia maklum bahawa penggunaan indikator pertumbuhan KDNK sebagai ukur prestasi ekonomi negara telah diguna pakai oleh semua negara. Pertumbuhan KDNK menggambarkan ekonomi yang berkembang, hasil meningkat dan peluang pekerjaan untuk rakyat bertambah dengan tawaran gaji yang lebih baik.

Di bawah kerangka Ekonomi MADANI yang menjadi asas pembaharuan ekonomi negara, Kerajaan MADANI tidak semata-mata menumpukan soal konsolidasi fiskal dan reformasi institusi awam sahaja. Malah, kita juga mengutamakan kepentingan meningkatkan nilai ekonomi dan kesejahteraan rakyat iaitu meningkatkan lantai dan siling negara.

Alhamdulillah, seperti mana baru diumumkan kita berjaya mencatat pertumbuhan KDNK sebenar sebanyak 5.1 peratus pada KDNK suku kedua. Dengan KDNK suku kedua 2024 merupakan tahap pertumbuhan tertinggi iaitu 5.9 peratus. Jika dibandingkan dengan KDNK sebenar 2023 iaitu hanya 3.6 peratus. Pencapaian 5.1 peratus ini melebihi unjuran Belanjawan 2024, antara empat dan lima peratus. Asas ekonomi...

draft • 12:16 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri saya silap dengar 5.1 ke 5.9?

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis dahulu. Tadi kan dalam berapa minggu ini Yang Berhormat-Yang Berhormat ada masa untuk berbahas, biarlah Menteri menjawab apa-apa yang ditanya itu ya. Jika dibandingkan dengan pertumbuhan KDNK sebenar 2023 ia hanya 3.6 peratus. Pencapaian 5.1 peratus melebihi unjuran asal Belanjawan 2024 antara empat hingga lima peratus. Dengan asas ekonomi yang kekal mampan.

draft • 12:16 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Speaker, minta sikit Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis dahululah.

draft • 12:16 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak, pasal dalam ucapan saya bangkit semalam.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya faham, saya faham Pendang.

draft • 12:16 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dalam ucapan Yang di-Pertuan Agong.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis. Saya tak bagi laluan.

draft • 12:16 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bila Menteri menjawab floor Menteri, Menteri tak bagi laluan, that it, done. Silakan Menteri.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dengan asas ekonomi yang kekal mampan, prospek pertumbuhan unjuran terus positif antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus menunjukkan daya tahan ekonomi walaupun dalam persekitaran global yang mencabar.

Memang kalau kita tengok dari segi nombor yang diumumkan, pertumbuhan Malaysia memang amat mampan sekali. Suku satu 2024, 4.2 peratus, suku kedua 2024, 5.9 peratus...

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Yang di-Pertua, Peraturan Dewan, 36(12), 36(12). Sebab 36(12) ini mengelirukan Dewan. Pada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diletakkan KDNK 5.9 peratus tapi Yang Berhormat Menteri sebut 5.1 peratus. Itu yang kita minta...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri —Sekejap, sekejap.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya pun bangkit semalam dalam ucapan saya ini, kes ini.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ini ruling saya. Biar Menteri habis jawab dulu sebab kalau tidak, dia terputus-putus. Habis Menteri jawab, selepas itu apa juga dibangkitkan, bangkitkan. Kalau tidak, tidak ada kesinambungan. Okey?

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Mesyuarat ini Tan Sri Yang di-Pertua...

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, itu peraturan. Saya rasa kena ambil kira juga ruling on that peraturan itu.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

You break dia. Dia mungkin ada isu yang nak bangkitkan.

Biarlah habis dulu. Selepas itu, apa-apa juga yang nak dibangkitkan, bangkitkan selepas ini.

Contohnya Menteri, Menteri sebut tadi satu, dua, tiga. Daripada you break now, putus, orang lain hilang konsentrasi.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak pasal yang kita sebut Peraturan Dewan sebab rasa ini...

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Speaker, itu peraturan. Peraturan dia, ada asas dia itu. Jadi, saya minta bagi ruang supaya address isu siap-siap. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu peraturan, ini ruling saya. Peraturan versus ruling. Itu ruling saya. Ruling saya, biar Menteri habis dulu, kemudian Menteri respons kepada apa soalan.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Oh, tak bolehlah Menteri. Sebab peraturan ini dia sebut tak betul, mengelirukan Dewan. 5.1...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang, listen to me very carefully. Biar Menteri jawab dahulu. You catit apa yang nak dibangkitkan. Habis sahaja Menteri, saya akan berikan masa untuk Pendang bangkitkan, apa yang nak Pendang, apa perhatian. Okey, boleh? Okey, Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Seperti yang saya katakan tadi, pertumbuhan ekonomi amat mampan sekali. Suku pertama 2024, 4.2 peratus. Suku kedua, 5.9 peratus, suku ketiga, 5.4 peratus dan yang baru diumumkan baru ini lima peratus untuk suku keempat.

Dari segi peratusan tahap pertumbuhan real GDP adalah 5.1 peratus. Tapi dari segi nominal- nya adalah 5.9 peratus. Jadi, tak ada apa yang berbeza, yang tersalah ya. Jadi, saya berharap pihak sebelah sana tak selalu mengungkit benda, saja nak mengungkit dalam Dewan ini. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bukan, bukan. Tadi —Saya balik. Bukan kita ungkit Tan Sri Yang di-Pertua sebab bila dia, KDNK ini dia average, average the whole year. Tapi bila disebut 5.1, itu adalah average. Orang lain sebut yang lain 5.1 peratus, Menteri dalam ucapan itu letak 5.9, also, average ya. So, tak boleh kita nak buat level satu, dua, tiga.

So, perbetulkan yang mana tak betul.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang. Pendang, listen to me.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik semua duduk dulu. Jemput duduk dulu. Menteri nak jawab soalan-soalan yang cukup substantif dibangkitkan oleh wakil kepada rakyat di sini.

Kalau kita nak debate pasal akademik, susahlah. Sebab itu saya katakan tadi, biar Menteri jawab dahulu.

Saya akan bagi ruang sebentar apa yang dibangkitkan sebab ini academic discussion. You kata begini, dia kata ini. Harus ada penemuan di mana-mana. Tetapi yang lebih penting sekali isu-isu dibangkitkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang nak dijawab oleh Menteri. Itu yang kita sering dengar dulu. Jangan tunjuk yang kita hebat lebih daripada orang lain, tak payah. Silakan Menteri.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker...

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tak kata hebat. Cuma saya nak tahu fasal...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no sit down! Sit down!

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tak kata hebat. Menteri cakap...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sit down!

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya pun —Tenang, tenang. Janganlah kalut Yang di-Pertua...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

One —Satu, duduk! Dua, duduk! Okay done.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tenang. Apalah.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab saya suruh kata berapa kali jangan lagi bangkit.

Seolah-olah tuan challenge saya. Tiga kali saya suruh dah. Sama-sama puasa, jangan, relakslah. Okey Menteri.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Peningkatan KDNK ini bukan sekadar angka tapi membawa limpahan langsung kepada rakyat meliputi kenaikan gaji, peluang pekerjaan berkualiti, bantuan dan perlindungan sosial yang lebih baik serta pertumbuhan sektor perniagaan dan perdagangan. Buktinya, pertumbuhan ekonomi mencipta peluang pekerjaan baharu sekitar 127,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor swasta telah berjaya diwujudkan pada tahun 2024. Kadar pengangguran berada pada tahap rendah iaitu 3.2 peratus pada suku keempat 2024.

Kedua, pertumbuhan ekonomi turut mencerminkan keyakinan pengguna dan pelabur kepada ekonomi Malaysia. Penggunaan swasta ataupun private consumption terus menjadi penyumbang utama KDNK sebanyak 60.7 peratus didorong peningkatan permintaan barangan keperluan dan perkhidmatan. Pelaburan, gross fixed capital formation mencatat pertumbuhan 12 peratus berbanding 5.5 peratus tahun 2023 iaitu tertinggi sejak 2012.

Peningkatan pelaburan swasta terutamanya dalam sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, digital dan tenaga boleh baharu menunjukkan keyakinan pelabur kepada prospek ekonomi Malaysia dan menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat.

Ketiga, pertumbuhan KDNK bermakna hasil kerajaan bertambah dan limpahan hasil ini membolehkan agihan lebih besar kepada rakyat. Agihan ini diterjemahkan melalui komitmen Kerajaan MADANI melaksanakan dasar dan strategi berani untuk kesejahteraan rakyat. Antaranya adalah menambahbaikkan bantuan tunai, gaji bermaruah, pelindung sosial serta pelaburan dalam infrastruktur asas seperti kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam.

Ini secara langsung telah membantu meringankan beban sara hidup rakyat.

Antaranya pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan. Berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja terkini bagi suku ketiga 2024, peningkatan median upah bulanan bagi sektor formal mencecah 5.6 peratus berbanding tahun lepas. Gaji minimum ditingkatkan pada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025. Gaji penjawat awam ditambah baik melalui Skim Saraan Perkhidmatan Awam dengan peruntukan tambahan RM10 bilion. Pendapatan minimum penjawat awam kini berjumlah RM2,115 sebulan.

Dasar Gaji Progresif juga diperkenalkan sepenuhnya tahun ini yang memanfaatkan 50,000 pekerja dengan peruntukan RM200 juta. Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan

(GLIC) dan syarikat berkenaan kerajaan (GLC) telah memberi komitmen ke arah memastikan setiap pekerja menerima sekurang-kurang gaji kehidupan wajar sebanyak RM3,100 di masa

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

terdekat. Langkah ini diharapkan menjadi teladan dan penanda aras gaji pada masa hadapan kepada majikan swasta yang lain.

Kedua, Kerajaan MADANI meningkatkan bantuan tunai rakyat. Peruntukan 2025, Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion yang memanfaatkan sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara berbanding RM10 bilion pada tahun 2024. Peruntukan 2025 bagi bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia turut ditingkatkan kepada RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion tahun sebelumnya. Ini bagi meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak keluarga miskin.

Ketiga, Kerajaan MADANI meringankan kos sara hidup rakyat dan membela kebajikan golongan rentan. Peruntukan 2025 bagi meringankan kos sara hidup rakyat ditingkatkan kepada RM1 bilion termasuk RM300 juta untuk menghebatkan Program Payung Rahmah...

[Meminum air] Kebajikan orang OKU dibela juga. Tidak seumpama sebelum ini.

Dengan peruntukan 2025 ditingkatkan kepada RM1.3 bilion selain tumpuan khas untuk pendidikan anak-anak autistik.

Ketiga, Kerajaan MADANI yang menaikkan harga lantai belian padi. Bukan sekali tapi dua kali iaitu dari RM1,200 pada tahun 2022 kepada RM1,300 – 2023 dan terbaru RM1,500 tahun ini, 2025.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kadar skim subsidi harga padi juga ditingkatkan kepada RM360 tahun 2022 kepada RM500, 2023. Dalam Belanjawan 2025, bantuan bajak ditingkatkan kepada RM100 sehektar kepada RM160 sehektar dan bantuan racun makhluk dinaikkan daripada RM200 sehektar kepada RM300 sehektar setiap musim. Kerajaan ini juga menaikkan insentif pengeluaran getah bukan sekali, tetapi dua kali juga iaitu dari RM2.50 kepada RM2.70 dan selanjutnya RM3.00 di tahun ini.

Keempat, Kerajaan MADANI mengutamakan prasarana awam berkualiti.

Kementerian Pendidikan dengan peruntukan RM64 bilion dan Kementerian Kesihatan dengan peruntukan RM45 bilion kekal dua kementerian yang mendapat peruntukan 2025 yang terbesar termasuk tumpuan menaikkan taraf sekolah dan klinik daif.

Tahun lalu, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah – nanti saya bagi masa. Tahun ini, tumpuan adalah untuk membaiki kantin dan musholla sekolah ke seluruh negara. Komitmen menaikkan taraf klinik daif seluruh negara diperkukuhkan dengan peningkatan peruntukan setiap tahun iaitu RM100 juta tahun 2023, RM150 juta tahun 2024 dan RM300 juta, 2025.

Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan meluluskan pembinaan 44 buah sekolah baharu iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini. Manakala klinik baharu pula adalah sebanyak 15 buah. Dengan pertumbuhan ekonomi membanggakan setiap tahun, Kerajaan MADANI akan terus pastikan limpahan manfaat dapat diagihkan secara mampan,

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat khususnya rakyat berpendapatan rendah.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Indera Mahkota.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Menteri. Yang ini bukan soalan tetapi mungkin boleh difikirkan. Tak semesti dalam sesi ini. Pendidikan, dalam perbahasan saya, saya ada menyebut soal kos yang sangat mahal untuk ibu bapa menghantar anak berbelanja ke sekolah. Persoalannya ialah – ini yang saya kata tak perlu jawab sekarang. Adakah semacam panduan daripada Kementerian Kewangan kepada kementerian-kementerian dari segi ialah bukan sahaja bajet diluluskan, fizikal itu saya tahu ada audit dan sebagainya, tetapi ada masanya the soft money yang melibatkan secara tak langsung rakyat berbelanja dalam sekolah bila menghantar anak ke sekolah. Jadi – sebab ini tak keluar dalam laporan audit tetapi rakyat merasanya.

Jadi apakah juga Kementerian Kewangan memantau soal-soal ini? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan dan pandangan itu, kita akan terus memantau dan terus akan menerima cadangan seperti berikut dan berbincang dengan kementerian-kementerian yang sepatutnya dibincangkan.

Yang Berhormat Kubang Pasu menyentuh kemampuan kerajaan dalam mencapai unjuran pertumbuhan KDNK 2025 antara 4.5 hingga 5.5 peratus. Seperti saya jelaskan tadi, Kerajaan MADANI berjaya mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 5.1 peratus melebihi unjuran Belanjawan 2024. Dengan ekonomi yang mengukuh, momentum tersebut diyakini berterusan dan positif untuk memacu pertumbuhan 2025 seperti mana diunjurkan meskipun persekitaran global yang mencabar.

Sebagai negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia terlibat secara langsung dalam rantaian bekalan global dan mengambil pendekatan neutral apabila berurusan dengan negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China yang merupakan antara dagangan utama negara. Dengan Amerika Syarikat dan China masing-masing membentuk 11.3 peratus dan 16.8 peratus daripada jumlah dagangan Malaysia 2024.

Dengan ketidaktentuan persekitaran perdagangan dunia, Malaysia secara aktif mempelbagaikan pasaran perdagangan dan pelaburan. Komitmen pelaburan asing menunjukkan momentum menggalakkan dari pelbagai sektor dan negara. Secara contohnya, pusat data seperti NVIDIA, Amazon dari Amerika Syarikat, syarikat elektronik Infineon dari Germany, NXP dari Belanda serta pelaburan automotif dari China.

Kemasukan FDI tersebut menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembinaan pada tahun 2024, kenaikan sebanyak 17.5 peratus berbanding 6.1 peratus pada tahun 2023.

Seterusnya, Yang Berhormat Putrajaya...

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan pusat data tadi, boleh saya bertanya sedikit? Tadi Yang Berhormat Menteri kata yang antara sektor yang mendapat

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

manfaat daripada pembangunan pusat-pusat data ini adalah sektor pembinaan. Jadi, secara umumnya, apabila selesai dibina itu, maka selesailah kesan kepada sektor pembinaan. Jadi, setakat ini, dari sudut peluang pekerjaan, dalam peringkat pembinaan ini, selain daripada peluang pekerjaan untuk sektor pembinaan, sektor-sektor manakah lagi yang mendapat manfaat daripada kemasukan dan pembinaan pusat-pusat data ini? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Seperti usaha kita untuk mempelbagaikan ekonomi tinggi di dalam negara ini, kita membawa masuk FDI seperti data center, data center dengan AI untuk menambah lagi aktiviti yang ada dalam negara ini. Bila construction data center telah selesai, kita berharap akan menarik juga perniagaan-perniagaan yang berkhususkan penggunaan AI untuk berada di dalam Malaysia.

Kita wujudkan juga syarikat-syarikat yang menggunakan AI di dalam negara kita. Fasal itulah dari segi meningkatkan kebolehan rakyat Malaysia, ada banyak usaha yang dibuat melalui universiti dan TVET untuk meninggikan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi berkaitan dengan itu. Sikit lagi saya hendak tanya tentang cukai. Pada masa ini, bagaimanakah keadaannya dalam konteks revenue kepada kerajaan apabila mereka ini membina data center dan data center ini siap, tetapi syarikat yang menggunakan data center itu berada di luar negara dan bagaimana kerajaan untuk pastikan bahawa revenue yang di- generate-kan oleh data center ini walaupun syarikat tersebut di-locate kan di luar negara, fizikalnya di data center di sini, bagaimanakah pengimbangan berkaitan dengan cukai dalam hal ini? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bila satu syarikat menggunakan data center, dia kena bayar service fee untuk penggunaan. Apa-apa keuntungan yang dapat daripada itu akan dicukaikan dalam negara. Usaha kerajaan adalah untuk mempelbagaikan juga industri- industri berkaitan dengan bila ada data center dekat sini, lebih senang orang membuat benda dekat sini kerana mengurangkan response time, latency akan berkurang, so kita bawa ke sini.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sikit lagi dari sudut cukai tadi, saya hendak pastikan sudut cukai tadi maknanya revenue...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Putrajaya, bagi saya habis, saya tak bagi laluan.

Dah dua kali dah saya bagi laluan, sampai saya habis.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ok.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya pun hendak habis soalan Putrajaya juga.

Seterusnya, Yang Berhormat Putrajaya menyentuh komitmen mengurangkan defisit, kadar defisit negara yang dikhuatiri memberi kesan kepada rakyat. Dalam menjayakan sebarang pembaharuan fiskal termasuk mengurangkan kadar defisit, kerajaan tidak sesekali berkompromi dalam soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Saya kira Yang Berhormat maklum, meskipun Kerajaan MADANI bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat, kerajaan telus menyediakan Belanjawan

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

2025 yang mengembang dan tertinggi pernah diumumkan. Walaupun defisit dikurangkan, perbelanjaan untuk manfaat rakyat, kita dapat – terus dapat ditingkatkan seperti bantuan tunai serta perbelanjaan ke atas pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas.

Usaha untuk mengurangkan defisit fiskal bukanlah bersifat memenuhi tuntutan segelintir pihak, sebaliknya langkah ini bermatlamat untuk memastikan pengurusan kewangan negara lebih mampan dan berdaya tahan bagi tempoh jangka panjang. Langkah pembaharuan fiskal yang memperkenalkan dapat menstruktur semula perbelanjaan yang lebih bersasar, mengurangkan ketirisan yang memberi manfaat yang lebih menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat.

Saya sudah terangkan tadi pelbagai usaha dan langkah Belanjawan 2025 seperti penambahbaik program SARA dan program Rahmah, kenaikan gaji rakyat serta kemudahan awam yang ditambah baik. Komitmen untuk mengurangkan defisit fiskal tidak sama sekali memberi kesan kepada usaha kita untuk melindungi kesejahteraan rakyat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Kota Melaka...

draft • 12:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, boleh saya dapatkan penjelasan, boleh?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagilah saya habis, tinggal 16 minit lagi.

draft • 12:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, terima kasih. Tidak apa, tidak apa.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Kota Melaka dan Bagan ada menyentuh mengenai langkah caruman KWSP bagi pekerja asing di Malaysia. Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah mencadangkan untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara membuat caruman di dalam KWSP. Sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sedang giat dilaksanakan demi memastikan dasar yang dibuat adalah secara holistik serta mengambil kira semua pandangan dan input daripada pihak terlibat.

Lanjutan daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 Februari 2025 telah mengumumkan caruman majikan akan ditetapkan pada dua peratus dan caruman syer pekerja sebanyak dua peratus sehingga kajian selanjutnya pada masa depan bagi mengambil kira kesesuaian masa. Perluasan liputan caruman KWSP kepada pekerja bukan warganegara adalah untuk mewujudkan layanan sama rata atau level playing field antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Tanpa caruman wajib untuk pekerja bukan warganegara, ia akan mengakibatkan kos penggajian pekerja asing lebih rendah berbanding menggaji pekerja tempatan. Dengan itu, perluasan mandatori caruman ini secara tidak langsung menggalakkan penggajian lebih banyak warga tempatan.

Langkah ini juga bertujuan untuk menyumbang kepada, pertama, peningkatan tahap daya saing sektor perniagaan tempatan di peringkat global. Kedua, mengurangkan kebergantungan tenaga kerja bukan warganegara dan mendorong peralihan perniagaan

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kepada automasi. Di samping mengurangkan kebergantungan kepada tenaga bukan warganegara, inisiatif ini juga menyediakan perlindungan sosial untuk pekerja bukan warganegara sama seperti warganegara supaya selaras dengan piawaian antarabangsa yang dinyatakan dalam Article 66 Convention 102 International Labor Organization. Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Arau— jangan kata saya tidak jawab.

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Menteri, sedikit Menteri. Menteri, sedikit berkaitan KWSP sebelum pergi ke lain itu, yang Kuantan tadi saya nampak tiada jawapan.

Cadangan daripada rakyat bahawa sebelum ini RM1,300 untuk pendaftaran haji— ada saya bangkitkan. Jadi, kita minta agar— oleh kerana jumlah untuk bayaran haji sekarang meningkat daripada RM11,000 kepada RM16,000 ataupun RM23,000 ataupun RM33,000 berdasarkan T20, M40 dan juga B40.

Jadi, kita ada bangkitkan dalam perbahasan tempoh hari menyatakan bahawa kita mohon agar baki yang tidak mampu dibayar oleh mereka yang dapat mengerjakan haji ini dapat diambil, ditingkatkan sebab dahulu RM1,300 berdasarkan RM9,000 yang dikenakan oleh kerajaan tetapi sekarang sudah jadi RM16,000 ataupun RM23,000 ini tadi. Jadi, kita minta juga pihak kerajaan mempertimbangkan agar mereka yang dapat tawaran haji, tak cukup duit, duit itu masuk terus daripada KWSP kepada Tabung Haji. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya akan berbincang dengan KWSP untuk inisiatif ini. Biar kami mengambil masa untuk melihat cadangan ini. Mungkin tidak dapat tahun ini tetapi insya-Allah kita akan buat satu untuk tahun yang akan datang. Untuk klarifikasi pengeluaran haji dalam KWSP adalah sebenarnya RM3,000.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri, Kota Melaka tentang caruman kepada pekerja asing. Kita lihat akan datang kita akan perkenalkan e-Invois dan juga kita akan perkenalkan minimum wage dan juga subsidi bersasar RON 95. Jadi, bagi SME mereka rasa mereka akan menghadapi satu cabaran tahun ini. Adakah kerajaan boleh pertimbangkan agar dua peratus yang perlu dibayar oleh majikan itu ditangguhkan buat sementara?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Kota Melaka. Saya rasa kerajaan telah pertimbangkan yang akan kita tidak mengenakan semua caruman yang seperti ada kepada warganegara Malaysia tetapi kita mula secara berperingkat dan kita mula dengan dua, dengan dua tahun ini. Peningkatan lain akan dikaji pada masa yang bersesuaian.

Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat..

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Arau menyentuh dasar Akaun Fleksibel KWSP. Untuk makluman Yang Berhormat, KWSP merupakan satu institusi keselamatan sosial yang diberi mandat oleh kerajaan untuk

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

membantu ahli menyediakan simpanan untuk pendapatan persaraan yang merupakan satu daripada sembilan cabang perlindungan sosial menurut ILO.

Pandemik COVID-19 yang berlaku merupakan satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dan telah menyebabkan krisis kesihatan dan kewangan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Berikutan itu bagi meringankan beban ahli, kerajaan memperkenalkan empat pengeluaran khas KWSP melalui i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas dengan jumlah pengeluaran RM145 bilion. Keempat-empat pengeluaran ini secara langsung telah membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup berikutan pendapatan mereka yang terjejas masa krisis ekonomi COVID-19. Kesemua pengeluaran berkaitan COVID-19 oleh KWSP tidak termaktub dalam Akta KWSP dan belum pernah dilaksanakan sebelum ini.

Meskipun pengeluaran ini bercanggah dengan mandat penubuhan KWSP, wujud kewajaran pelaksanaan inisiatif ini melihat kepada keterdesakan keadaan ketika pandemik tersebut sebagai langkah jangka masa pendek dan bersifat sementara. Lanjutan itu, KWSP pada 11 Mei 2024 telah memperkenalkan penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun, bertujuan untuk memperkasakan ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan jangka masa panjang terutamanya untuk persaraan serta keperluan kewangan jangka pendek dan sederhana.

Inisiatif ini telah membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang lebih cukup kelak. Akaun Persaraan (Akaun 1) bertujuan untuk simpanan persaraan dan terdiri daripada 75 peratus caruman. Simpanan ini boleh dikeluarkan oleh ahli bila mereka mencapai 55 tahun. Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada akaun ini bagi membantu ahli mencapai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 untuk kelangsungan hidup semasa persaraan. Simpanan asas ini membolehkan ahli memperolehi jumlah minimum RM1,000 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan selama 20 tahun iaitu sehingga 75 tahun selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.

Akaun Sejahtera bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Simpanan dalam akaun sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pra persaraan seperti tujuan perumahan, pendidikan, perubatan, pembelian insurans serta membantu meringankan ahli melalui pengeluaran mengerjakan haji seperti yang diceritakan tadi.

Akaun Fleksibel diperkenalkan bagi membantu ahli menangani keperluan kewangan jangka pendek yang boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk apa-apa tujuan mengikut keperluan terutamanya ketika kecemasan.

draft • 12:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, saya...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis dahulu, nanti saya bagi peluang sedikit. Secara tidak langsung secara amnya pengeluaran Akaun Fleksibel membantu ahli

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

memenuhi keperluan kewangan jangka pendek. Setakat 31 Disember 2024, jumlah ahli yang membuat pengeluaran Akaun Fleksibel adalah seramai 4.11 juta orang ataupun 31 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP yang di bawah umur 55 tahun melibatkan jumlah pengeluaran RM12.07 bilion. Jumlah baki simpanan keseluruhan Akaun Fleksibel pula adalah sebanyak RM7.73 bilion.

Secara tidak langsung, pengenalan Akaun Fleksibel ini dilihat dapat meningkatkan aliran tunai ahli ketika keadaan mendesak dan cadangan pengeluaran KWSP secara bersasar tidak lagi relevan untuk diperkenalkan buat masa ini memandangkan ahli boleh membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap ahli KWSP dapat mengurus kewangan mereka dengan yakin dan berdaya tahan dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar ini.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya ingin juga merujuk kepada contoh yang diberi oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Iaitu terdapat ahli yang mempunyai simpanan KWSP sehingga RM1.8 juta dan ingin membuat pengeluaran simpanan mereka. Di bawah polisi KWSP yang sedia ada, terdapat kemudahan kepada ahli di bawah umu 55 tahun yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan mereka. Di bawah polisi ini ahli boleh mengeluarkan sebarang amount lebihan daripada simpanan RM1 juta. Sila.

draft • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey. Terima kasih. Terima kasih Speaker.

Terima kasih kepada Menteri. Saya rasa saya bimbang takut soalan tak boleh jawab sebab saya banyak kali sebut tentang isu berkenaan dengan soal dasar kerajaan berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak dan juga soal kanak-kanak terbantut. Bila kita bincang soal kanak- kanak terbantut, mereka akan rujuk kepada KKM. Bila bincang soal penjagaan kanak-kanak akan merujuk kepada KPWKM.

Sedangkan kedua-dua kementerian ini tidak mempunyai bajet yang cukup untuk melihat, kerana kita bincang tentang soal kesejahteraan rakyat. Kita bincang panjang lebar soal persaraan, soalnya kita terpaksa import pekerja asing kerana kanak-kanak kita mungkin akan berkurangan. Jadi, dalam hal ini, apakah langkah yang akan diperkenalkan dan perlu diambil segera oleh pihak kerajaan kerana kita lihat jiran-jiran kita dah ambil langkah yang lebih drastik untuk mengatasi masalah terbantut. Sekarang ini, jumlah sangat tinggi.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi saya mohon supaya pihak kerajaan boleh mempertimbangkan satu dasar dan kerjasama antara kementerian supaya isu penjagaan kanak-kanak dan juga kanak-kanak terbantut diambil sebagai isu besar. Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, dimaklumkan sekarang hari ini setiap hari satu hingga lima taska terpaksa ditutup kerana mereka tak mampu nak bayar gaji minima. Jadi, saya mohon ini diberikan perhatian dan jawapan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Menteri jawab, Menteri ada exactly 4 minit lebih, gulungkan. Sebab kita ada kekangan masa. Saya tak akan berikan extension time. Tak ada.

Silakan Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey. Mungkin saya nak terangkan kalau kita tengok daripada segi apa yang YB Tumpat tanya tadi, dia tak dinaikkan semasa perbahasan titah diraja. Tapi, kita akan ambil prihatin cadangan dan isu-isu yang dibangkitkan untuk pertimbangan melalui cara-cara yang kita ada. Biarkan saya habis beberapa isu, jangan....

draft • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya dah bangkitkan, bukan saya tak bangkit.

Saya minta dahulu perhatian.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biarkan saya habis dulu, kalau ada apa-apa dan kita setuju macam mana kita nak bagi jawapan yang sepatutnya. Isu premium insurans dan takaful adalah satu isu yang penting yang memang selalu dibahaskan. Yang Berhormat Kuala Kangsar, Kota Melaka dan Bayan Baru ada menyentuh premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan MHIT. Kerjasama dan tindakan bersepadu semua pihak berkepentingan dalam sektor kesihatan adalah kritikal untuk memastikan produk terus mampan dan mampu milik dalam jangka masa panjang.

Bagi tujuan ini, BNM dan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, hospital swasta dan penanggung insurans dan pengendali takaful sedang bekerjasama dalam mencari penyelesaian jangka masa panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan.

Berhubungan dengan cadangan penubuhan jawatankuasa khas merentasi agensi atau kementerian, ia merupakan antara inisiatif yang dicadangkan Kementerian Kesihatan dalam Kertas Putih Kesihatan bagi memperkukuhkan koordinasi antara semua pihak berkepentingan.

Usaha ini termasuklah pelaksanaan, modal pembayaran Diagnostic Related Group dan peningkatan ketelusan kos ubatan-ubatan serta perbandingan kos perubatan lazim.

Langkah yang lain bagi membendung inflasi kos perubatan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan.

Antaranya pindaan kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan mempelbagaikan sumber bekalan ubat bagi memastikan harga lebih berpatutan.

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, BNM telah mengumumkan langkah- langkah interim bagi mengekangkan impak kenaikan premium dan sumbangan MHIT. Kepada pemegang polisi seperti yang diumumkan di awal bulan Januari. Ini adalah untuk mengurangkan beban buat sementara semasa inisiatif-inisiatif yang saya umumkan tadi berkesan untuk mengurangkan inflasi medical cost.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Minta penjelas Menteri. Dalam minit terakhir ini, boleh tak Yang Berhormat, orang yang paling layak memberitahu kita tentang penjualan saham RM163.6 juta saham dalam MAHB. Kerana Yang Berhormat ketika itu adalah CEO...

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Dan 12 bulan setengah ini, jualan berlaku zaman Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua. Yang disebut Chinese Wall. Ramai keliru. Dalam Chinese Wall ada seorang atau individu seorang yang digelar sebagai above the wall. Siapa dia dalam KWSP? Kalau Yang Berhormat selaku waktu itu adalah CEO, orang yang paling arif dalam keadaan ini, apa yang mendorong Yang Berhormat membuat satu keputusan dijual 9.88 peratus saham.

Kita nak dapat penerangan supaya lebih berlaku adil pihak kerajaan dapat terangkan.

Kedua above the wall, maksud dia akan buat– tidak ada conflict interest, dia akan tentukan dalam konsep diajukan oleh CFI mesti ada orang above the wall.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Ayer Hitam.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya cuma minta, kenapa? Kerana ini melibatkan implikasi kewangan terbesar.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point ayat – point dah jelas.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jadi, saya minta supaya dapat diterangkan macam bapa ada above the wall, dua orang anak. Anak itu kata bapa beli rumah RM250 ribu...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

  • jual RM600 ribu. Kemudian anak kedua kata saya beli balik RM1.1 juta. Apa implkasinya...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ayer Hitam, biar Menteri jawab.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya rasa, kita dapat satu gambaran jelas supaya berlaku adil kepada Menteri. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Tadi, Yang di-Pertua telah memberi panduan kepada saya yang saya ada beberapa minit saja ya.

Soalan yang diberikan oleh Ayer Hitam telah pun dijawab dalam PAC dan telah pun jawab dalam PSSC semalam dengan beberapa yang lalu. Tapi, esok, saya akan menjawab MQT dan saya akan juga menyentuh dengan isu-isu itu. Saya harap boleh bersabar sampai bila saya jawab itu.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri. Masa.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain-lain jawab bertulis ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya terima teguran daripada Yang di-Pertua dan saya akan memberi jawapan bertulis untuk apa-apa yang saya tidak dapat jawab buat masa sekarang.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tan Sri Yang di- Pertua, sedikit.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah. Dah. Menteri dah duduk dah.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tahu, tapi saya nak bagi – minta petua. Petua – saya dapat jawapan bertulis daripada Kementerian Kewangan, berhubung penjualan saham, MAHB dan sebagainya. Tapi, jawapan bertulis ini tidak lengkap.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, esok ada MQT, Menteri akan jawab tentang isu itu. Boleh bangkitkan esok.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, saya harap...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bangkitkan esok boleh? Bangkitkan esok.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri Kewangan. Saya jemput sekarang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam perpaduan. Tan Sri Yang di-Pertua, masa yang berbaki hanya dua minit, mustahil untuk saya menyelesaikan. Tapi...

draft • 12:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, saya akan ya – berapa minit Menteri nak?

draft • 12:58 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebagaimana yang diperuntukkan, sekurang-kurangnya 25 minit.

draft • 12:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, boleh. Silakan.

draft • 12:58 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tan Sri Yang di-Pertua dan rakan-rakan ahli- ahli Dewan Rakyat yang mulia ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah menyampaikan titah ucapan Baginda pada 3 Februari yang lalu. Patik dengan penuh takzim, merafak sembah dan menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berlandaskan kebiasaan menyampaikan amanat yang penuh bermakna.

Patik, bagi pihak KKW dan agensi-agensi di bawah patik berdoa semoga Allah subhana watala sentiasa mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku penuh kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan. Semoga di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negara akan terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keberkatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, seramai 44 ahli Yang Berhormat telah berbahas dan melontarkan pelbagai pertanyaan, isu, cadangan dan juga beberapa pandangan yang

draft • 12:58 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

melibatkan bukan hanya isu-isu yang berbangkit di sekitar tanggungjawab KKDW. Tetapi juga agensi-agensi di bawah seliaan saya seperti FELDA, NADMA, Angkatan Pertahan Awam dan juga Majlis TVET negara. Insya-Allah, saya akan selesaikan perkara ini dan ucapkan terima kasih.

draft • 12:58 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan ke seluruh 44 Ahli Yang Berhormat yang terlibat iaitu Hulu Selangor, Gua Musang, Paya Besar, Miri, Hulu Terengganu, Tenggara, Semporna, Tumpat, Kota Belud, Kuala Langat, Sik, Kulim-Bandar Baharu, Padang Terap, Segamat, Julau, Sri Gading, Libaran, Sungai Besar, Betong, Kudat, Dungun, Puchong, Lubok Antu, Bukit Bendera, Jelebu, Selangau, Tebrau, Ranau, Kuala Krai, Kuala Krau, Langkawi, Wangsa Maju, Baram, Rompin, Mas Gading, Tampin, Kota Marudu, Tangga Batu, Sipitang, Saratok, Beaufort, Jerantut, Kuala Pilah dan juga Jempol.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin meringkaskan kepada beberapa isu terutamanya mengenai agensi-agensi yang diletakkan di bawah saya selain daripada agensi di bawah KKDW. Pertamanya, isu yang paling hangat ialah mengenai TVET. Sri Gading umpamanya telah bertanya mengenai inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh institusi-institusi TVET dalam memastikan negara agar mempunyai tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berpandukan Dasar TVET Negara 2030, usaha ini merangkumi pemantapan institusi kurikulum berasaskan keperluan industri, peningkatan kemahiran tenaga pengajar, penglibatan industri dalam pelaksanaan latihan serta pemodenan alat bantuan mengajar bagi memastikan graduan TVET kekal kompetitif di pasaran kerja.

Bagi menjamin kualiti dan kesesuaian program TVET, dengan izin, Code of Practice for TVET Programme Accreditation telah diwujudkan sebagai garis panduan penyediaan kursus-kursus TVET bagi memastikan program yang ditawarkan menepati piawaian industri.

Standard dan kurikulum program TVET disemak dan ditambah baik serta berterusan dengan kerjasama industri bagi memastikan ia relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Penjajaran semula kursus turut memberi tumpuan kepada bidang strategik dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) serta high-growth, high-value bagi melahirkan graduan yang berdaya saing.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya ingin memaklumkan bahawa kini terdapat sebanyak 1,398 institusi TVET di seluruh negara dan kerajaan telah menyediakan bajet sebanyak RM7.5 bilion pada tahun ini. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini juga bahawa kebolehpasaran secara purata nasional untuk lulusan TVET adalah sebanyak 94.5 peratus. Manakala, institusi-institusi TVET di bawah MARA mempunyai kebolehpasaran pekerjaan atau employability sebanyak 98.7 peratus.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Majlis TVET dan 12 kementerian terlibat, kita amat yakin bahawa sikap dan juga pemikiran ibu bapa terutamanya serta pelajar- pelajar telah bertukar dan saya mengucapkan terima kasih atas dukungan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Kerajaan akan komited untuk turut menekankan pemodenan terutamanya dalam digitalisasi TVET dengan meningkatkan infrastruktur digital dengan penggunaan teknologi pembelajaran seperti AI, internet kebendaan (IoT) dan realiti terimbuh (AR) serta memperluaskan program lain, latihan-latihan profesional termasuk untuk memberikan pendidikan lanjutan kepada tenaga pengajar.

Ini telah ditanya oleh Libaran yang memohon supaya kerajaan merangka program- program yang berbentuk kemahiran TVET bagi memperkasakan kemahiran anak muda. Saya ingin memberitahu bahawa pada tahun lalu, jumlah yang telah menyertai TVET ini adalah seramai 423,000 peserta berbanding dengan jumlah penyertaan sebelum itu.

Tenggara bertanya mengenai usaha-usaha kerajaan untuk menubuhkan lebih banyak kampus satelit pusat latihan pengajaran dan kemahiran lanjutan. Saya ingin memaklumkan bahawa dengan adanya 1,398 institusi TVET di seluruh negara, maka keperluan untuk mewujudkan satelit baharu adalah tertakluk kepada permintaan oleh pihak swasta dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk memberikan latihan keterampilan atau kemahiran ini. Kita merasakan kerjasama dengan pihak China terutamanya daripada pihak Beifang daripada China amat dialu-alukan.

Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, setakat ini kita telah menerima kereta yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang menggunakan enjin EV sebanyak enam unit dengan jenama yang ternama di peringkat pasaran antarabangsa. Kita ucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan dan kita akan menggunakan sedaya mungkin yang boleh untuk menggunakan teknologi dan enjin baharu dalam pembelajaran untuk TVET terutamanya kursus-kursus automotif.

Sungai Besar bertanya mengenai Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan juga Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA). Saya ingin menyebutkan bahawa kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan KESUMA serta lain-lain kementerian dengan merujuk kepada Kementerian Pendidikan sahaja telah melaksanakan program TVET di 86 buah Kolej Vokasional yang merangkumi Program Vokasional Menengah Atas dan juga Perantisan Industri Menengah Atas. Apa yang kita lakukan sekarang ini ialah untuk mewujudkan teaching factory di beberapa institusi-institusi yang telah dikenal pasti dan kita telah mula melaksanakannya.

Untuk pengurusan bencana. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan bahawa terdapat 12 persoalan daripada 12 Ahli-ahli Parlimen yang telah membangkitkan perkara ini. Saya ingin menyatakan bahawa— alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Bencana Negara, Jawatankuasa Bencana Negeri dan Daerah

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

di semua negeri yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik walaupun di peringkat puncak, terdapat kira-kira 223,000 mangsa banjir.

Apabila Monsun Timur Laut berlaku baru-baru ini, ia telah disantuni dengan sebaik- baiknya dan jika adapun bantuan-bantuan yang belum sampai kepada pihak mangsa, kami ingin memberitahu bahawa bantuan itu telah diberikan kepada peringkat negeri dan peringkat negeri telah menyalurkan ke peringkat daerah. Mana-mana mangsa yang belum memperolehnya, insya-Allah dalam waktu terdekat kita akan bantu.

Bagi jalan-jalan yang rosak, jambatan yang runtuh dan sebagainya, kerjasama antara JKR dan juga pihak berkuasa negeri juga dengan Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia dengan menggunakan bailey bridge telah dilaksanakan sepenuhnya kerana kami mempunyai stok yang cukup untuk melaksanakannya. Lain-lain saya akan berikan jawapan secara bertulis untuk tiap-tiap Ahli Parlimen.

Untuk FELDA pula, saya ingin menyatakan bermula daripada tahun 2003, secara khusus bulan Oktober, FELDA telah menaikkan kadar pendapatan minimum peneroka dari RM120 seekar kepada RM150 seekar untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Pendapatan minimum ini merupakan pendapatan bersih yang diperoleh oleh peneroka setelah ditolak dengan kos operasi hutang dan juga caruman.

Insya-Allah, kita akan membuat beberapa lagi program di FELDA terutamanya rumah generasi yang telah mendapatkan peruntukan khas. Kita berterima kasih kepada pihak Kerajaan Pahang dan juga Johor yang telah mengambil inisiatif untuk menyediakan lot-lot tapak perumahan berkenaan. Lain-lain persoalan mengenai FELDA ini saya akan jawab secara bertulis dan secara spesifik kepada Ahli-ahli Parlimen yang berkenaan.

Mengenai Angkatan Pertahanan Awam, saya ingin menyebutkan bahawa APM telah membelanjakan sebanyak RM45 juta di bawah RMKe-12 bagi tujuan pembelian aset-aset bencana kerana Yang Berhormat Selangau bertanya mengenai berapakah peruntukan yang telah diberikan pada APM untuk membelikan aset. Insya-Allah, kecukupan kepada pembelian aset ini akan terus dipertingkatkan berdasarkan kepada keperluan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah mengambil beberapa peranan proaktif dalam Monsun Timur Laut baru-baru ini dan juga apabila Sarawak dan Sabah mengalami keadaan yang sama, NGO, kerajaan negeri dan juga agensi-agensi yang terlibat di kedua-dua negeri juga telah secara proaktif melakukan beberapa usaha untuk menyelesaikan dan menyantuni permasalahan itu.

Itu mengenai empat agensi yang diletakkan di bawah portfolio saya. Manakala, di bawah KKDW, saya ingin menyebutkan bahawa banyak persoalan yang ditimbulkan itu adalah terlalu spesifik di sesuatu kawasan. Saya berjanji, insya-Allah Tan Sri Yang di-Pertua, untuk memberikan jawapan bertulis sebaik saya tamat penggulungan ini. Insya-Allah, jika ada pertanyaan, saya bersedia untuk bertemu dengan tiap-tiap Ahli Parlimen yang bertanya. Saya

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana peluang yang diberikan ini, melebihi 11 minit daripada waktu ditetapkan.

draft • 1:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan sedikit? Ada banyak masa lagi.

draft • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada empat minit lagi. Silakan.

draft • 1:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh tidak saya dapatkan komitmen daripada Yang Berhormat Menteri berhubung komitmen Yang Amat Berhormat Tambun untuk memberi bantuan pembangunan kepada Machang? Dari segi pembangunan luar bandar, apa lagi yang boleh diberikan untuk membangun Parlimen saya? Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sentiasa membuka pintu pada Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat belah sana juga. Insya-Allah, saya akan cuba sedaya mungkin dan semaksimum mungkin untuk membantu Machang dan kawasan- kawasan Parlimen yang lain. Insya-Allah.

draft • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguhkan dan insya- Allah, kita sambung semula jam 2.30 petang. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.12 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Sesi untuk Menteri-menteri menjawab. Sebelum saya mempersilakan Menteri, saya ingin mengingatkan dua perkara sahaja. Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu baharu semasa YB Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada YB Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.

Kedua, selain itu Yang Berhormat Menteri juga boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini.

Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan ini boleh diberikan jawapan secara bertulis.

Berikut itu, dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:30 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya terlebih dahulu menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang Baginda perkenan sampaikan pada 3 Februari yang lepas sempena pembukaan rasmi Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.

Saya dan seluruh warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(PETRA) mendoakan semoga Tuanku dikurniakan kesembuhan, kesihatan dan keafiatan yang baik serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah PETRA di sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja dalam sesi Sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 57 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan lebih kurang 73 isu berkaitan dengan PETRA dan Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio yang saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut: pertama, banjir dan saliran; yang kedua, bekalan air dan pembetungan; yang ketiga, bekalan elektrik; keempat, tenaga lestari; kelima, hal ehwal Sabah dan Sarawak; dan yang keenam, Pelaburan Harta Tanah Berhad.

Mengambil kira isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat agak banyak dan masa yang diberikan juga terhad, maka saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab semua soalan. Oleh itu, saya mohon kesabaran dan kelonggaran Dewan ketika saya membincangkan isu-isu utama yang timbul daripada perbahasan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, seramai 30 Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Saratok dan Yang Berhormat Beaufort telah membahaskan isu banjir dan saliran melibatkan rancangan tebatan banjir ataupun singkatannya RTB, permasalahan saliran dan struktur sungai dan juga pengawalan hakisan pantai.

draft • 2:33 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Memandangkan isu-isu dibangkitkan merupakan isu-isu spesifik dan terdapat kekangan masa untuk sesi penggulungan ini, kementerian akan menjawab secara umum bagi perancangan dan pelaksanaan keseluruhan projek. Bagi soalan spesifik berkaitan dengan projek, kementerian akan memberi jawapan bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PETRA sentiasa komited dalam melaksanakan projek mitigasi banjir secara efektif bagi mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Impak perubahan iklim telah mengakibatkan perubahan kitaran hidrologi global dan menyebabkan peningkatan suhu bumi, perubahan pola dan jumlah hujan ke arah yang lebih ekstrem.

Peningkatan kejadian bencana berkaitan air memerlukan strategi menyeluruh untuk meningkatkan daya tahan iklim. Mengambil kira impak perubahan iklim yang melanda ketika ini, keadaan hujan adalah pada luar biasa dengan unjuran akan berlakunya peningkatan jumlah kekerapan dan tempoh hujan. Berikutan itu, kawasan-kawasan sebelum ini yang tidak berlaku banjir turut terkesan dan peningkatan jumlah kejadian banjir di kawasan hotspot banjir menjadi lebih kerap dan memberi kesan lebih besar berbanding keadaan sebelum ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai strategi utama untuk meningkatkan sistem saliran dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko banjir, PETRA melalui JPS menggunakan pendekatan secara struktur dan bukan struktur di seluruh negara. Melalui pendekatan secara struktur, PETRA melalui JPS melaksanakan projek rancangan tebatan banjir termasuk projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi. Pelaksanaan projek ini merangkumi skop membina dan menaik taraf pelbagai infrastruktur banjir seperti barn, flood wall, dengan izin, struktur kawalan, rumah pam, pintu air, kolam takungan termasuklah kerja melebar dan mendalamkan sungai.

Sehingga Rolling Plan Ke-5 Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak 136 projek tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion. Daripada jumlah tersebut, 35 projek sedang dalam peringkat pra-pelaksanaan dan 73 projek sedang dalam pelaksanaan. Melalui pendekatan bukan struktur, PETRA melalui JPS menyediakan pelan induk tebatan banjir di seluruh Malaysia secara berperingkat bertujuan untuk menyediakan pelan tindakan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh. Kajian-kajian ini mengambil kira faktor-faktor perubahan iklim dan perubahan guna tanah sebelum cadangan pelaksanaan projek fizikal.

Sehingga Rolling Plan Ke-5 tahun 2025, sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam pelan pula sedang dibangunkan. Manakala tiga lagi dirancang untuk mula dibangunkan bermula Jun 2025. Kementerian akan melaksanakan- sorry- kementerian juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pengoperasian dan kecemasan luar jangka bertujuan memelihara struktur-struktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara dengan kos

draft • 2:33 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

RM540 juta. Skop utama projek ini termasuklah kerja-kerja pemulihan saliran, parit, jalan, jambatan, struktur kawalan, pembetungan dan juga persisiran pantai yang terhakis.

draft • 2:33 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dato’ Yang di-Pertua, isu kedua bekalan air dan pembetungan. Ada 14 Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu berkaitan bekalan air dan pembetungan di kawasan masing-masing dan saya akan jawab secara bertulis kepada mereka, spesifik soalan-soalan tersebut.

Cuma, saya nak sentuh perkara yang secara umum iaitu untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2007, pembangunan infrastruktur sumber air baharu bagi negeri-negeri telah menstrukturkan semula industri perkhidmatan air, dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air melalui geran.

Pembiayaan pembangunan infrastruktur bekalan air baharu pula akan disediakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad ataupun singkatannya PAAB secara pinjaman. Bagi Sabah dan Sarawak, pembiayaan bagi sumber dan infrastruktur bekalan air serta pembetungan adalah secara pinjaman.

Dalam hubungan ini, perancangan bekalan air adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan operator air. Namun, Kerajaan Persekutuan masih akan tetap membantu kerajaan negeri dalam memastikan rakyat menikmati bekalan air yang bersih.

Kedua, berhubung kait dengan bekalan air pusat data. Kerajaan komited untuk memenuhi keperluan bagi menyokong perkembangan industri pusat data di negara ini. Dalam perkara ini, Kerajaan Persekutuan mengutamakan pelaburan pusat data yang membawa nilai tinggi ataupun high value dan ini akan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan, Perladangan dan Industri.

Perkara ini juga akan dibawa oleh semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri supaya pusat data dizonkan, menggunakan sistem penyejukan berpusat ataupun dengan izin, district cooling dan mengutamakan penggunaan air pulih guna. Selain itu, satu garis panduan teknikal akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada suku kedua 2025, sebelum kelulusan sebuah pusat data boleh diberikan oleh PBT bagi kebenaran merancang.

Oleh itu, kerajaan negeri disarankan untuk memastikan kecukupan sumber bekalan air sebelum sesuatu urusan pembangunan pusat data diberikan supaya keperluan domestik dan industri lain tidak terjejas.

Bagi menjawab soalan- Yang Berhormat Subang ada? Ada ya. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Subang, pembangunan infrastruktur sumber air baharu yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air, proses perolehan infrastruktur sumber air baharu yang dilaksanakan adalah tertakluk kepada tatacara perolehan kerajaan yang sedang

draft • 2:40 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

berkuat kuasa. Manakala, perolehan infrastruktur bekalan air adalah mengikut tatacara perolehan PAAB. Okey?

draft • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya. Terima kasih, Menteri. Sebenarnya, saya lebih fokus pada isu renewable energy, tetapi saya rasa, Menteri akan jawab nantilah, but just in case, saya kena pergi Chair meeting sekejap lagi. Kalau tak boleh, minta jawapan bertulis.

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk menjawab Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Batu Pahat berkaitan penggunaan sumber air alternatif untuk pusat data termasuk sumber air bawah tanah di negeri Johor, berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, sumber air melalui air permukaan ataupun surface water, dengan izin, adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan bekalan air negeri Johor.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak tujuh projek kajian berkaitan sumber dan bekalan air telah dilaksanakan di negeri Johor. Dalam hubungan ini, terdapat satu lagi projek yang akan dilaksanakan iaitu kajian kemungkinan bagi pembangunan sumber air lembangan Sungai Skudai. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri boleh memohon untuk melaksanakan kajian sumber air bawah tanah kepada PETRA atau Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, tertakluk kepada skop kajian yang hendak dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan.

Isu pelaksanaan projek bekalan dan sumber air. Soalan daripada Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Padang Rengas dan juga Yang Berhormat Jempol.

Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, hampir keseluruhan paip air di Labuan terletak di dalam koridor utiliti yang sama dengan jajaran utiliti-utiliti yang lain di bawah seliaan Sabah Electric City Sdn. Bhd, Indah Water Konsortium, Perbadanan Labuan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran. Nanti saya akan serahkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Labuan, memandangkan dia tak ada di dalam Dewan.

Untuk Kota Belud, ada, tak ada- ada, tak ada? Saya akan bagi jawapan bertulis.

Yang Berhormat Raub, tak ada? Juga bagi jawapan bertulis.

Padang Rengas? Ada. Okey. Yang Berhormat Padang Rengas telah bertanyakan mengenai isu bekalan air bersih di kawasan Padang Rengas.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kampung Jenalik mendapat sumber bekalan air dari zon LRA Sauk, Kolam RC Sauk dan dalam zon SK01 iaitu kawalan tekanan air bagi mengelakkan kekerapan paip pecah. Dalam keadaan normal, purata tekanan air di kawasan hujung dan tinggi Kampung Jenalik Hulu dan Jenalik Hilir adalah 10 meter. Jika tiada masalah level Kolam RC Sauk, tekanan air adalah mencukupi.

Kampung Kelaung pula terletak di dalam kawasan LRA Sauk. Setakat ini, tiada paip retikulasi di kawasan ini. Namun, kawasan ini telah dimasukkan dalam senarai cadangan

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

bekalan air luar bandar untuk penilaian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Okey?

Boleh ya?

draft • 2:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Okey. Ada satu lagi Kampung Ribu itu. Tekanan air rendah juga dan juga paip LAP yang sering pecah di kawasan Pekan Padang Rengas.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Baik. Saya ambil maklum dan akan disampaikan juga kepada pihak berkaitanlah, termasuk di peringkat kementerian.

Bekalan air luar bandar Sabah dan Sarawak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Julau.

Ada di Dewan- siapa di Dewan? Julau ada.

Yang Berhormat Julau telah bertanyakan soalan berkaitan bekalan air di luar bandar.

Itu ada- Selangau ada. Selangau. Sorry, bukan Julau, tapi Selangau. Oleh yang demikian, soalan ini lebih sesuai sebenarnya diajukan, pertama sekali kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk Sarawak, Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, dan juga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kerana kos pembinaan, penggantian dan pembaikan infrastruktur bekalan air terawat luar bandar adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan juga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Begitu juga untuk Kalabakan. Untuk FELDA Umai, yang ini di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu di bawah Badan Kawal Selia FELDA di mana portfolio ini di bawah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang pertama.

Projek pembetungan di Pasir Raja, Dungun dan Terengganu. Soalan yang dibangunkan oleh Yang Berhormat Dungun. Dungun ada, Dungun- Dungun tak ada? Saya bagi jawapan bertulis, mengikut apa yang diarahkan oleh Dato’ Yang di-Pertua.

Isu yang ketiga ialah isu kenaikan tarif elektrik. Lebih kurang 20 orang Ahli Yang Berhormat, daripada Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tanjung Piai dan Yang Berhormat Padang Rengas dan juga Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan isu berkenaan tarif elektrik di Semenanjung dan juga Kulim Hi-Tech.

Untuk Semenanjung, tarif elektrik- saya sebenarnya sudah pun menjawab secara terperinci pada 6 Februari yang lepas, daripada soalan lisan dan saya mengharapkan Ahli- ahli Yang Berhormat boleh merujuk secara detail jawapan yang telah saya berikan pada 6 Februari tersebut, tetapi apa pun jawapannya, pada masa ini, ST ataupun Suruhanjaya Tenaga bersama dengan PETRA sedang memuktamadkan jadual tarif baharu yang akan

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

dilaksanakan, bermula 1 Julai 2025. Kita akan mengambil kira input dan juga semua pandangan daripada para pemegang taruh dan kita sudah mengadakan libat urus dengan pihak industri dan semua pemegang taruh pada 13 Januari 2025 dan juga 5 Februari 2025 yang lepas.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kementerian memberi jaminan bahawa penetapan tarif elektrik di Semenanjung dan juga Kulim Hi-Tech Park akan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Ini bagi memastikan 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung serta pengguna dalam kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana akan terus kekal dilindungi.

Untuk Simpang Renggam, berhubung kait dengan isu kewajaran negeri mempunyai syarikat penjanaan sendiri, saya akan serahkan jawapan secara bertulis. Isu mengenai bahan api arang batu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang. Kementerian mengambil maklum...

draft • 2:50 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Menteri, Padang Serai. Padang Serai.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Padang Serai.

draft • 2:50 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Depan, depan.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Okey, sila.

draft • 2:50 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berkenaan dengan tarif elektrik di Kulim Hi-Tech Park yang saya bangkitkan ialah notis yang sangat pendek 24 jam itu. Jadi, pemain industri tidak bersedia. Bajet telah dibuat. Jadi, seolah-olah tidak mengambil kira perkara itu. Jadi, saya ingat kalau perkara itu nak dinaikkan, perlukan ada masa dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Seperti mana yang saya katakan, kita dah mengadakan dialog dengan mereka. Perjumpaan termasuk pihak pemain industri di Kulim Hi Park. Apa yang mereka suarakan sudah kami ambil maklum dan kita akan pertimbangkan untuk mereka memohon supaya penguatkuasaan tarif elektrik yang baharu itu bermula sama dengan di Semenanjung yang lain iaitu bermula Julai.

Kita sedang mempertimbangkan sebab ada kos implikasi kewangan, tetapi untuk itu sebenarnya kaedah kita setiap yang diperkenalkan sejak 2014 iaitu setiap tiga tahun akan ada kajian untuk tarif elektrik. Jadi, mereka sebenarnya sudah sedar dan tahu, tetapi apa pun kita sudah pun mengadakan perjumpaan dan kita akan mengambil kira pandangan mereka dan bagaimana kita dapat membantu untuk mempertimbangkan hasrat mereka.

Untuk Yang Berhormat Subang mengenai penggunaan bahan api- arang batu....

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, bagi saya beberapa minit sebentar.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sila.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, silakan.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Terima kasih Menteri. Saya cuma ingin memaklumkan dan memberitahu Dewan bahawa Ahli-ahli yang hadir di Dewan adalah daripada Parlimen Jelutong. Ada di antara mereka yang pernah menjadi ahli dalam parti DAP dan penyokong sejak mendiang Karpal menjadi Ahli Parlimen Jelutong. Terima kasih Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan...

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Amat Berhormat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Selamat datang ke Parlimen, orang-orang Jelutong. Untuk menjawab pada Yang Berhormat Subang, mengenai penggunaan bahan api arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik di Semenanjung. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk memastikan sumber tenaga elektrik negara dapat dibekalkan dengan mencukupi atau pun the security perspective dapat terpelihara.

Kedua, sustainable atau pun secara lestari dan yang penting pada kadar harga yang mampu ditanggung oleh pengguna, affordable, dengan izin. Pada masa ini, sektor penghasilan elektrik Malaysia masih bergantung kepada dua sumber bahan fosil utama iaitu gas dan arang bantu untuk memenuhi permintaan base-load yang mana campuran tenaga terdiri daripada 55 peratus arang batu dan 32 peratus gas.

Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai penjanaan elektrik yang utama disebabkan oleh kos penghasilan tenaga elektrik daripada arang batu masih lagi yang termurah dan ia adalah penting bagi memastikan kadar harga yang mampu ditanggung oleh pengguna.

Selain itu, sehingga Februari 2025 sebanyak 69 peratus arang batu diimport adalah dari Indonesia. Manakala 21 adalah dari Australia serta daripada Rusia dan juga Afrika Selatan. Masing-masing sebanyak tujuh peratus dan tiga peratus. Selaras dengan peralihan tenaga, sektor elektrik masih memerlukan bekalan gas yang tinggi bagi tujuan penjanaan elektrik iaitu sebagai transition fuel terutamanya dengan kemasukan loji-loji jana kuasa berasaskan gas bagi menggantikan loji-loji jana kuasa arang batu yang akan tamat tempoh perkhidmatannya.

Untuk makluman Yang Berhormat, gas asli tempatan yang dikeluarkan tidak mencukupi untuk menampung keperluan sektor elektrik di Semenanjung buat masa ini.

Negara terpaksa mengimport gas asli cecair atau pun LNG bagi memenuhi keperluan semasa. Sungguhpun begitu, kementerian komited untuk memastikan Malaysia terus meneroka untuk kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dan penghasilan elektrik termasuk potensi pelaksanaan dan...

[Tidak Jelas] Juga cofiring serta meneroka sumber tenaga yang lebih bersih dan boleh diperbaharui untuk penghasilan elektrik. Ya, sila.

draft • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Menteri. Sebenarnya dalam ucapan saya Menteri, saya tanya soalan tentang- kenapakah wheeling charges tinggi sangat untuk renewable energy? Wheeling charges. Maknanya 25 sen campur lagi 20 sen untuk bateri.

Sebab pada masa kini, conventional energy sama ada batu arang atau pun daripada gas adalah dijual pada tahaplah lebih kurang 53 sen. Untuk renewable energy daripada solar, bila kita campur wheeling charges ini, dia jadi 66 sen- 13 sen lebih mahal daripada conventional energy. Kalau kita nak renewable energy yang cukup untuk data center, untuk multinational company macam Nestle, kita perlu membuat insentif terbalik. Maknanya bagi insentif kepada renewable energy. Sebab itu saya minta kalau boleh itu kerajaan kaji turunkan wheeling charges itu setaraf dengan kos 53 sen. Maknanya kurangkan 13 sen lagi daripada wheeling charges. Itu sebenarnya soalan saya. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sebenarnya saya akan ada satu lagi topik berhubung kait dengan itu, tetapi terima kasih sebab memahami Yang Berhormat akan pergi ke mesyuarat...

draft • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Betul. Saya kena pergi sekarang.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ya. Saya akan respons berhubung kait dengan wheeling charges. Kita dah sebenarnya membuat interaksi dengan industry’s players. Mengapakah kita terpaksa mengenakan jumlah yang sedemikian? Disebabkan di Semenanjung, semua tenaga boleh baharu bergantung kepada solar.

Solar sifatnya intermittent. Bila intermittent, maknanya kita terpaksa perkukuhkan the transmission line. Disebabkan itu, kita kena perkenalkan juga battery storage supaya tenaga yang dibekalkan stabil dan tidak akan menjejaskan the transmission line. Sebab itu kita kena ada kos untuk invest supaya dalam best dan juga untuk strengthen the grid system. Sebab itu kos-kos itu terpaksa ditanggung dalam konteks wheeling charges. Kedua, untuk tenaga boleh baharu ia adalah premium. Sebabkan ada sektor-sektor tertentu sahaja menggunakan tenaga boleh baharu ini. Tenaga boleh baharu ini bila premium, maka mereka bila menggunakan mereka akan dapat juga RECs iaitu certificate daripada renewable energy certificate yang boleh diniagakan. Mereka akan dapat rebat dan sebagainya.

Kedua, mereka pematuhan kepada SEDANG. Sebab itu kita tak dapat bandingkan apple dengan orange. Dia tak sama. Base load yang ada sekarang ini berdasarkan coal dan juga gas firing ini. Ia nya akan tetap sebagai base load, tetapi tambahan itulah yang perlu kita mengenakan mengapa wheeling charges itu terpaksa dikekalkan. Kita sudah berinteraksi dengan pihak industri dan mereka memahami. Insya-Allah, sebab itu CREST yang kita perkenalkan sekarang ini sudah pun di-subsribe oleh kebanyakan industri players.

draft • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Menteri. Ya, saya setuju. Memang kalau dia nak bayar tetapi kalau hasrat kita ialah untuk membangunkan AI dan menarik lebih banyak

draft • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

hab untuk AI dan juga memastikan semua MNC di sini boleh mendapat RE100, tetapi nak suruh dia bayar RM0.13 lebih. That is 25 percent additional cost rasa susah. The industry is finding very difficult, dengan izin ya, *to make some money based on this kind of rates.

Wheeling charges* ini optional. Kerajaan 25 sen, you can reduce by 13 sen to 12 sen.

Battery charges kita can consider, tetapi setahu saya mengikut analisis-analisis engineering, kita tak perlu lagi membuat bateri sistem sebab grid kita boleh tampung another two or three gigawatts first.

Jadi, saya harap boleh kita ada transition yang lebih prihatin and lower down the cost. Saya mintalah kalau boleh itu if we cannot agree to disagree, kalau boleh buat satu kajian terperinci, I will supported. Thank you.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya akan mengambil pandangan Yang Berhormat Subang. Dan kita akan go back to the drawing board, dengan izin, untuk melihat apa yang dicadangkan tadi, tapi pada masa yang sama, Julai nanti, rate tarif akan berubah. Mungkin ia akan lebih dekat di antara yang sedia ada dan sebagainya, tapi kita akan baliklah untuk melihat dan saya akan minta ST untuk mengkaji balik apa yang disarankan oleh Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Izinkan saya- saya nak pergi ke Select Committee. Thank you. [Yang Berhormat Subang meninggalkan Dewan]

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sila, sila, sila. Satu lagi isu yang dibangkitkan ialah berhubung kait dengan tenaga nuklear. Yang Berhormat Tumpat telah menyatakan sokongan terhadap cadangan kerajaan serta membangkitkan keperluan bagi tindakan advokasi oleh kerajaan agar rakyat dapat memahami dan menerima bahawa tenaga nuklear merupakan sumber tenaga yang bersih dan hijau. Yang Berhormat Tumpat ada ya?

PETRA menyambut baik pandangan mengenai tenaga nuklear sebagai sumber tenaga bersih dan mampan. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, tenaga nuklear akan menjadi sebahagian daripada strategi peralihan tenaga negara bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mesra alam. Sehubungan itu, kerajaan akan menilai teknologi yang paling bersesuaian daripada segi kos dan tahap keselamatan serta memastikan advokasi rakyat dilaksanakan bagi meningkatkan pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap teknologi ini.

Reaktor TRIGA PUSPATI yang telah beroperasi sejak 1982 merupakan bukti kejayaan dan kepakaran rakyat Malaysia dalam mengendalikan fasiliti penyelidikan nuklear dengan selamat dan berkesan. Pengalaman lebih empat dekad ini membuktikan kemampuan negara dalam menguruskan teknologi nuklear secara bertanggungjawab dan akan dimanfaatkan dalam menilai keupayaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

campuran tenaga negara. Kerajaan akan terus memastikan setiap langkah yang diambil sejajar dengan standard keselamatan antarabangsa serta kepentingan strategik negara...

draft • 3:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ya, sila.

draft • 3:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya berminat dengan isu ini. Walau bagaimanapun, saya ingin mengetahui, apakah dan berapakah jumlah pakar-pakar nuklear yang ada dalam negara dan berapakah lagi persediaan kita untuk ke masa depan? Kerana kalau peralihan ini benar-benar berlaku, ia memerlukan tenaga yang lebih ramai. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk perancangan kita, kita sudah pun menubuhkan jawatankuasa di antara Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) serta PETRA. PETRA lebih kepada power generation, manakala MOSTI lebih kepada research and development untuk melahirkan sumber manusia- kepakaran yang mana sekarang ini kita memang ada fakulti khusus di UKM dan juga Universiti Tenaga Nasional. Memang ada fakulti tersebut yang melatih dan menguruskan. Profesional, kita ada. Sebahagian juga sudah pun pergi ke luar negara bila pada satu ketika dulu kita nak beralih kepada tenaga nuklear, tapi ditamatkan perancangan tersebut. Jadi, sebahagian mereka ada di luar negara, ada juga masih di dalam negara dan sebagainya.

Kita ada profesional yang cukup, teknikal yang cukup, tapi kalau diputuskan oleh kerajaan untuk menjanakan tenaga melalui nuklear, maka the technical aspect itu kita akan perincikan, termasuklah latihan- melahirkan profesional, technical support dan R&D perspective. Yang itu, pasti kita akan laksanakan. Buat masa ini, tenaga yang ada mencukupi sebab kita masih peringkat kajian untuk menentukan sama ada kita akan beralih kepada tenaga nuklear ataupun tidak. Itu keputusan muktamad belum ada.

Isu gangguan bekalan elektrik Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan. Ada kah Yang Berhormat Sandakan di sini? Saya nak rekodkan, selamat pengantin baharu kepada Yang Berhormat Sandakan...

[Tepuk] Cantik dia, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kalau tengok gambar itu, cantik sangatlah pengantin baharu kita ini...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tapi, Yang Berhormat, Yang Berhormat sedih, dia tak jemput.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ya. Tak apa, nanti dia buat majlis khusus untuk Ahli Parlimen di sini...

[Ketawa]

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu betul.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Tak apa. Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Sabah Sarawak sanggup bersama untuk sponsor. Bagi perkara berkaitan gangguan bekalan elektrik di Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan, dimaklumkan bahawa penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah fasa satu telah

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

dimuktamadkan dan berkuat kuasa pada 3 Januari 2024. Manakala bagi penyerahan Sabah Electricity Sdn. Bhd., ia akan dilaksanakan melalui fasa kedua yang dijangka akan selesai pada tahun 2030.

Sehubungan itu, segala perancangan untuk pelan pembangunan penjanaan elektrik, perolehan, pemantauan dan penelitian projek serta penyelesaian isu-isu dan masalah berkaitan pembekalan elektrik Sabah adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah sepenuhnya. Justeru itu, Yang Berhormat boleh memanjangkan perkara tersebut melalui Ahli Dewan Undangan Negeri untuk dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan memberi manfaat kepada rakyat di Sabah.

Selain itu, Yang Berhormat juga boleh merujuk perkara ini kepada Energy Commission of Sabah (ECoS) selaku badan kawal selia pembekalan elektrik di Sabah.

Kerajaan Persekutuan komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di negeri Sabah agar rakyat dapat manfaatnya serta sistem pembekalan elektrik menjadi lebih stabil dan terjamin. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek-projek bekalan elektrik Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 seliaan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah sehingga siap sebanyak 18 projek dengan jumlah RM2.1 bilion.

Okey ya, Sandakan? Okey, terima kasih.

Isu pengusikan meter. Kementerian mengambil maklum akan pengusikan meter oleh TNB di mana TNB pergi ke rumah pengguna dan membuka meter yang sedia ada tanpa penghuni rumah atau wakil dan membuat tuntutan kepada penghuni rumah. Penghuni rumah atau wakil hendaklah ada semasa TNB membuka meter.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Garis Panduan Prosedur Tuntutan Kerugian Hasil oleh Pemegang Lesen bagi Kes-kes Penggunaan Elektrik Dengan Curang, kemasukan pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen ke premis pengguna hendaklah dengan menggunakan kad kuasa atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh pemegang lesen sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah sub peraturan 10(2) Peraturan- peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.

Selain itu, pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada pengguna, pemilik, wakil premis tujuan pemeriksaan iaitu memaklumkan terus sekiranya pemilik premis hadir, atau meninggalkan surat pemberitahuan pemeriksaan dan pengujian terhadap pepasangan atau meter pemegang lesen di premis pengguna. Oleh itu, adalah jelas bahawa pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen telah menjalankan tugas berdasarkan peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa.

Dato’ Yang di-Pertua, isu yang keempat, tenaga lestari yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Simpang Renggam mengenai peranan kerajaan dalam menyediakan dasar tenaga boleh baharu yang lebih baik dan mesra. Yang Berhormat Rompin ada? Ada. Okey.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah pun menyediakan dasar TBB yang komprehensif melalui Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) serta National Energy Transition Roadmap (NETR) yang menetapkan hala tuju pembangunan TBB negara.

Antaranya, akses pihak ketiga melalui program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) dan Cross-Border Electricity Sales for RE (CBES RE) telah diperkenalkan untuk memperluaskan akses bekalan elektrik hijau serta membolehkan perdagangan TBB merentas sempadan dilakukan. Hasrat kerajaan adalah untuk memastikan supaya bekalan elektrik hijau dihasilkan oleh penjana TBB tempatan akan menjadi komoditi premium yang mampu memberi nilai dan pulangan lebih tinggi kepada pemain industri TBB.

Pada masa yang sama, bagi memberikan pilihan kepada pengguna, pelabur serta untuk mewujudkan persaingan yang adil dan sama rata bagi penjanaan elektrik secara konvensional berbanding penjanaan elektrik daripada sumber TBB yang juga bersifat kekal dan berterusan daripada sumber bio jisim, biogas, hidro dan juga solar hibrid ataupun solar berserta sistem penstoran tenaga, kadar caj akses sistem di bawah program CRESS yang lebih rendah iaitu 25 sen kilowatt jam telah ditetapkan. Langkah ini lebih adil kerana ia adalah apple to apple comparison, dengan izin, dan bertujuan menyediakan opsyen serta alternatif pembekalan elektrik hijau kepada pengguna, pelabur yang ingin memenuhi komitmen ESG.

Pendekatan ini juga dapat memastikan impak kenaikan tarif elektrik yang minimum kepada rakyat secara umum selain menggalak dan mempelbagaikan penjanaan TBB daripada sumber seperti biogas, biojisim dan hidro yang berupaya membekalkan elektrik secara berterusan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kementerian bersedia mengkaji cadangan dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Seterusnya isu yang kelima, hal ehwal Sabah dan Sarawak Dato’ Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI pada hari ini amat komited dan meneruskan perundingan mengenai isu-isu di bawah perjanjian MA63 yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak supaya dapat diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kerangka perundangan sedia ada.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, terdapat 29 tuntutan yang dibincangkan di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Sehingga kini, status kemajuan bagi 29 tuntutan tersebut adalah seperti berikut.

Sebelas tuntutan selesai sepenuhnya, iaitu pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah dan negeri Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182.

Manakala, untuk Jabatan Bekalan Air Sabah dan Sarawak, diberi kelulusan untuk tempoh satu tahun secara sementara sebab akan dinilai. Kalau ada keupayaan, maka barulah keputusan oleh Kementerian Kewangan untuk mengiktiraf mereka sebagai satu badan agensi ataupun Jabatan Teknikal.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi melantik wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap, penyerahan-penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di negeri Sabah, pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, penyediaan garis panduan penilaian semula tanah, dirizabkan bagi maksud Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak.

Penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah. Cadangan pindaan perkara 95B Perlembagaan Persekutuan mengenai ubahsuaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan. Empat tuntutan telah diselesaikan adalah di bawah kerajaan terdahulu iaitu penyerahan kuasa kawal selia gas kepada Kerajaan Negeri Sarawak, penyerahan semula kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan pada Kerajaan Negeri Sabah.

Pindaan Perlembagaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Selesai sebahagian kajian semula pemberian khas bagi negeri Sabah dan Sarawak di bawah perkara 112D dan juga penukaran status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan ke Pelabuhan Negeri, telah mempunyai keputusan dasar iaitu pemberian kuasa mengenai alam sekitar, kuasa mengenai pelantikan Suruhanjaya Kehakiman dan tenaga buruh di Sabah dan Sarawak. Yang dalam perbincangan masih ada lapan tuntutan dan tuntutan DELIMa, perkara terpaksa dirujukkan ke peringkat tertinggi.

Bila saya kata peringkat tertinggi ini ialah melibatkan Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak, yakni lebih kompleks. Pertama, berhubung kait royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak adalah laut wilayah, hak negeri ke atas pelantar benua dan juga duti setem yang dikenakan ke atas instrumen pemindahan dan caj penyewaan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan juga Kanun Tanah Sarawak.

Jadi, inilah perkara-perkara yang sedang dimuktamadkan di bawah MA63. Manakala yang last sekali ialah Pelabuhan Harta Tanah Berhad. Memandangkan Yang Berhormat takde di dalam Dewan, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ Yang di- Pertua, boleh tak saya minta laluan sedikit sebelum nak berhenti?

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Saya serahkan kepada Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Seminit ja.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dato’ Yang di-Pertua, pasai masa saya dah habis.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Seminit ja.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, perkara baharu atau lama?

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Perkara baharu.

Tidak- perkara lama yang dah disebutkan dalam ucapan saya. Isu dia mengenai tebatan banjir Sungai...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya bercakap Peraturan 42, dengar ya. Biar dengar saya putuskan, baharu Yang Berhormat cakap. Benda Yang Berhormat nak bercakap ini benda baharu ka benda lama? Kalau kena...

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Baru ka dak, lama pun dak, tapi benda tu saya bercakap masa dahulu saya memberi ucapan perbahasan...

[Ketawa] Kalau benda lama-lama ni payah juga, lama pun lama, baharu pun baharu.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sat, sat biaq saya bercakap dahulu na. Peraturan 42 tu jelas na. Kalau beradap baharu ada lama, kira baharu lah. Jadi, Yang Berhormat duduklah...

draft • 3:10 PM

[Dewan ketawa]

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pasai benda ni 20 tahun dah tunggu, tahun ini paling teruk. Tahun sudah paling teruk. Kena di kawasan Sungai...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Benda tu perkara baharulah. Duduklah sat. Nanti dalam sesi lain tu, bila Menteri yang berkaitan ada, tanyalah. Okey, terima kasih. Duduk. Yang Berhormat duduk dahulu.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya minta sikit ja.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak boleh.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Timbalan Perdana Menteri nak jawab dah tu.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya tak bagi.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Itu masalah nak cakap. Kadang-kadang bagi, kadang tak bagi. Kena tengok orang juga.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Takpe Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk, okey.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Yang Berhormat kalau ada perkara nanti, boleh tulis kepada saya. Insya-Allah saya akan melihat aduan Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey, Terima kasih, Timbalan Perdana Menteri.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Timbalan Perdana Menteri.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, memberikan pandangan dan juga teguran. Insya-Allah secara bersama kita akan memberikan khidmat terbaik bagi mencari penyelesaian kepada apa-apa sahaja permasalahan yang dibangkitkan, tapi yang lebih utama ialah untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri dan juga negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah dimaklumkan Yang Berhormat Menteri dan yang lain pun, yang telah memberi komitmen untuk memberi jawapan bertulis atas isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan Usul ini, maka ia perlu di-e-melkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam tempoh lima hari, ambil maklum.

Baik, berikutnya saya mempersilakan Menteri Kementerian Pengangkutan.

draft • 3:10 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 22 orang Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan yang membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

Kementerian Pengangkutan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, cekap dan berkesinambungan di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kualiti hidup dan menyokong ekonomi yang kompetitif. Saya akan memberikan jawapan mengikut sektor dan mulakan dengan sektor udara, terlebih dahulu.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun berkenaan dengan status permohonan lesen aerodrom untuk projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim KXP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOT melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), telah menerima permohonan rasmi yang lengkap daripada Kerajaan Negeri Kedah melalui suratnya bertarikh 19 September 2024, untuk menubuhkan aerodrom bagi Lapangan Terbang Kulim KXP.

CAAM dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, masing-masing telah melaksanakan penilaian teknikal dan kewangan serta seterusnya mengemukakan ulasan kepada MOT pada 4 Disember 2024 dan 9 Disember 2024. Masing-masing mengambil kira kepentingan cadangan projek ini, MOT telah mengedarkan Memorandum Jemaah Menteri berhubung permohonan ini kepada kementerian dan agensi pusat untuk pertimbangan dan

draft • 3:16 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

mendapatkan ulasan masing-masing daripada kementerian dan untuk ditetapkan hala tuju sewajarnya.

Selaras dengan perkara ini, Memorandum Jemaah Menteri berhubung permohonan ini akan dijangka, akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

draft • 3:16 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, saya pohon penjelasan. Adakah kuasa membenarkan itu di bawah MOT ataupun Jemaah Menteri?

draft • 3:16 PM

Tuan Loke Siew Fook

Dia di bawah MOT, tetapi sudah tentu perkara besar seperti ini, sebegini, atas isu- atas good governance, ataupun pentadbiran baik, kita rujuk kepada Jemaah Menteri lah untuk satu keputusan. Jadi itu yang saya katakan sebab ini perkara yang besar, membina satu lapangan terbang Yang Berhormat. Ini bukannya soal yang kecil. Jadi, kita sudah tentu mengambil kira pelbagai pertimbangan dan sudah tentu kita memerlukan ulasan daripada pelbagai agensi yang terlibat.

Sebab setakat ini, memang kita di peringkat MOT, penilaian kita ada. Saya tak payah sebutlah apakah penilaian kita, tetapi kita akan bentangkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapatkan ulasan daripada agensi dan kementerian lain. Dan sudah tentu keputusan akhirnya dimuktamadkan akan ditentukan oleh Jemaah Menteri dan kita akan mengambil tindakan, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan terhadap Lapangan Terbang Kuching. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan telah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baru. Kajian ini dijangka akan selesai pada suku ke-empat tahun 2025. Dalam hubungan ini, cadangan pembangunan LTAK akan dibincangkan dengan mendalam oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Sarawak selepas kajian kebolehlaksanaan tamat. Jadi, setakat ini di peringkat feasibility study ataupun kajian kebolehlaksanaan.

draft • 3:16 PM

Tuan Loke Siew Fook

Seterusnya, Yang Berhormat Langkawi telah mengetengahkan isu pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings oleh Kerajaan Sarawak.

Untuk makluman Yang Berhormat, perjanjian jual beli saham MASwings di antara Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group bagi pengurusan Perkhidmatan Udara Luar Bandar- Rural Air Services di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 12 Februari 2025 telah pun membuka ruang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk memperkukuhkan ketersambungan yang lebih luas ke destinasi domestik dan antarabangsa.

Pada masa yang sama pengambilalihan MASwings ini juga mencerminkan iltizam dan komitmen kerajaan Sarawak untuk memperkasakan perkhidmatan udara luar bandar khasnya demi manfaat rakyat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai mod

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di kawasan luar bandar dan dunia luar.

Dalam hubungan ini Kerajaan Persekutuan akan meneruskan subsidi perkhidmatan udara luar bandar sebanyak RM209 juta bagi tahun 2025. Komitmen kerajaan adalah untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan penerbangan RAS di Sarawak dan Sabah yang akan memberi manfaat besar kepada penduduk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Selaras dengan perkara ini, Kementerian Pengangkutan ingin menjelaskan bahawa pengambilalihan perkhidmatan RAS oleh kerajaan Sarawak tidak akan menjejaskan Perkhidmatan Udara Luar Bandar di kesemua laluan sedia ada, RAS.

Seterusnya, Yang di-Pertua...

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Minta izin Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Soalan saya juga tempoh hari, kenapa masih diberi bantuan sedangkan kita telah menyerah entiti ini kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Nombor dua, saya pohon Yang Berhormat Menteri agar dapat menyeru atau memohon supaya AirBorneo atau MASwings ini membawa penumpang-penumpang direct dari Kuching ke Langkawi? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang pertamanya nama pun Rural Air Services Yang Berhormat. Rural Air Services ini memang sesuatu perkhidmatan yang tidak menguntungkan dan memang memerlukan subsidi Kerajaan Persekutuan. Seperti yang dalam ucapan saya di Kuching pada minggu lalu untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar ini merupakan satu obligasi Kerajaan Persekutuan.

Jadi, sekarang ini kita, walaupun MASwings ini diserahkan kepada kerajaan Sarawak melalui AirBorneo, tetapi kita masih ada obligasi untuk membantu memastikan supaya penerbangan itu di kawasan luar bandar tidak terputus kerana kalau tidak sudah tentu mereka akan mengalami satu kerugian yang cukup besar. Seperti sebelum ini MASwings kita bagi subsidi juga, kita kena bagi subsidi kepada MASwings juga untuk beroperasi ataupun mana- mana pihak yang ingin beroperasi ataupun kerajaan meminta mereka beroperasi di kawasan luar bandar tersebut.

Kalau tanpa bantuan daripada kerajaan sudah tentu dia tidak akan ada syarikat komersial yang ingin melaksanakan tanggungjawab tersebut sebab dia tidak commercial viable dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita kena bantu, itu yang perlu kita fahami.

Yang keduanya, soal nak bawa penumpang Kuching terus ke Langkawi, itu terpulang kepada AirBorneo, tak ada masalah. Di peringkat Kementerian Pengangkutan kita tidak menyekat mana-mana penerbangan dia point to point, ke mana-mana pun boleh, tetapi kalau nak tarik AirBorneo ke Langkawi pihak Kerajaan Kedah juga ada tanggungjawab untuk

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

membuat pemasaranlah kepada syarikat penerbangan AirBorneo. Jadi saya terpulang kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk membuat keputusan masing-masing.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan daya saing Pelabuhan Klang.

Isu di bawah sektor maritim dan saya ingin mulakan dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kapar berkaitan apakah strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing Pelabuhan Klang agar setanding dengan pelabuhan-pelabuhan antarabangsa lain seperti Pelabuhan Singapura?

Yang pertamanya Yang Berhormat, untuk makluman Pelabuhan Klang memang berdaya saing maju. Untuk tahun lepas kita telah pun mencatat satu rekod pengendalian kargo mencecah 14.6 juta TEU, kontena TEU. Jadi kita secara tak rasmi berada dalam kedudukan 10 buah pelabuhan tersibuk di dunia.

Jadi secara rasminya akan diumumkan oleh badan antarabangsa dalam masa beberapa bulan lagi, tetapi ini menunjukkan bahawa Pelabuhan Klang ini cukup berdaya saing dan sudah tentu Kementerian Pengangkutan akan terus memacu pertumbuhan ini melalui Lembaga Pelabuhan Klang dan sentiasa akan merancang hala tuju pembangunan Pelabuhan Klang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memenuhi keperluan semasa aktiviti perdagangan negara.

Kementerian ini akan terus memperkasakan daya tarikan dan daya saingan Pelabuhan Klang sebagai maritime gateway dan hab logistik pilihan di rantau ini melalui usaha-usaha tersebut.

Pertama, peningkatan kesalinghubungan- connectivity Pelabuhan Klang dengan kluster industri dan ekonomi utama negara melalui perluasan jaringan pengangkutan dan penaiktarafan infrastruktur.

Kedua, pendigitalan perkhidmatan dan automasi operasi pelabuhan yang berperanan untuk memastikan prestasi produktiviti dan kualiti perkhidmatan di Pelabuhan Klang berada pada tahap yang cemerlang. Dua hari yang lepas saya juga telah mengumumkan bahawa kita telah pun melaksanakan Malaysia Maritime Single Window. Satu aplikasi ataupun sistem digital di mana kapal-kapal yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan juga di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara, mereka tak perlu lagi menyerahkan dokumen secara fizikal. Semuanya akan dapat dilaksanakan di atas talian ataupun digital; Seterusnya ialah peningkatan kapasiti pengendalian terminal Pelabuhan Barat- Westports di Pelabuhan Klang ini. Westports merupakan pelabuhan yang lebih besar dan Pelabuhan Klang yang mana kerajaan telah pun memberikan kelulusan untuk pembangunan Dermaga CT10 sehingga CT17. Jadi apabila Westports ini diperbesarkan ia akan melonjakkan kapasiti kendalian kontena Westports daripada 14 juta TEU kepada 27 TEU.

Pada masa yang sama kerajaan juga sedang merancang pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Usaha-usaha kerajaan seperti di atas akan meningkatkan lagi daya saing Pelabuhan Klang selain memperkukuh peranan Pelabuhan Klang sebagai pemangkin kepada pembangunan bidang ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan Pelabuhan Sandakan. Yang Berhormat Libaran telah membangkitkan isu berhubung usaha Kerajaan Pusat untuk merancakkan dan memperkasakan Pelabuhan Sandakan.

Untuk makluman Yang Berhormat tadbir urus dan program perancangan serta pembangunan pelabuhan di Sabah termasuk Pelabuhan Sandakan, Lahad Datu dan Kudat adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah. Namun begitu, MOT sentiasa prihatin akan keperluan pembangunan sektor pengangkutan secara holistik di seluruh negara termasuk di Sabah terutamanya industri pelabuhan agar dapat bersiap siaga bagi memanfaatkan peluang-peluang baru yang bakal muncul.

Dalam hal ini, MOT telah dimaklumkan oleh Lembaga Pelabuhan Sabah bahawa pada masa ini fasiliti pelabuhan di Pelabuhan Sandakan dan Pelabuhan Lahad Datu masih belum mencapai kapasiti yang maksimum dan mampu untuk mengendali lebih banyak kargo.

Lembaga Pelabuhan Sabah juga memaklumkan bahawa pada tahun 2020 pemanjangan Dermaga Pelabuhan Sandakan telah dilaksanakan yang meningkatkan kapasiti pengendalian kargo sehingga 1.8 juta tan metrik setahun.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya Yang Berhormat Kudat telah membangkitkan isu kenaikan tambang feri bagi laluan Kudat ke Pulau Banggi, Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, MOT sedia maklum mengenai isu ini serta kesannya terhadap penduduk tempatan. MOT juga amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat Kudat berhubung perkara ini. Sehubungan itu MOT akan mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan termasuk pengendali perkhidmatan feri bagi meneliti rasional di sebalik kenaikan tambang serta mencari pendekatan yang lebih seimbang dan berdaya maju.

Sepatutnya perkara ini tak berlaku Yang Berhormat Kudat sebab kenaikan harga diesel hanya di Semenanjung itu pun di Semenanjung, itu sebabnya operator-operator feri di Semenanjung kita memberikan subsidi diesel. Jadi saya perlu, memerlukan masa untuk melihat dan apakah punca operator-operator ini menaikkan harga dan sekiranya perlu kita sudah tentu bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menilai cadangan untuk pemberian subsidi diesel kepada sektor feri dan penumpang di negeri Sabah, tetapi apa yang saya nak nyatakan setakat ini harga diesel tidak naik di Sabah dan Sarawak, jadi itu sudah tentu mereka perlu memberikan penjelasan kepada pihak kerajaan, mengapa kenaikan harga tambang tersebut...

draft • 3:20 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Minta laluan Menteri.

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

draft • 3:20 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih. Alasan yang telah diberikan oleh pengusaha feri Kudat dan ke Pulau Banggi ini adalah disebabkan oleh kenaikan gaji pekerja dan saya rasa alasan ini tidak boleh diterima sepenuhnya disebabkan gaji pekerja ini saya rasa kenaikan tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan kenaikan harga tambang yang dikenakan kepada pengguna. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya akan minta pegawai di peringkat kementerian dan juga Jabatan Laut untuk berhubung dengan operator- operator supaya dapat kita sama-sama berbincang untuk menyelesaikan isu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Langkawi. Langkawi ada?

Mencadangkan supaya kerajaan memperkasakan industri kapal layar mewah di Pulau Langkawi. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan seksyen 61, Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003, menyatakan bahawa tiap-tiap kapal layar Langkawi hendaklah membawa perlindungan insurans terhadap risiko kerugian dan kerosakan kepada pihak ketiga khususnya tanggungan pemunya terhadap anak kapal dan berkenaan pemindahan kapal layar itu sekiranya kapal layar itu ditinggalkan ataupun menjadi bangkai.

draft • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Bagi maksud keperluan seksyen 61, keperluan insurans yang perlu dipatuhi adalah keperluan insurans perlindungan dan indemniti (P&I). Jabatan Laut Malaysia telah mengeluarkan Notis Perkapalan Malaysia, senarai pembekal perkhidmatan insurans atau jaminan kewangan yang diiktiraf oleh JLM bagi pengeluaran sijil insurans untuk peraturan konvensyen antarabangsa iaitu:

(i) The International Convention on Civil Liability for Oil Pollution Damage 1992;

(ii) The International Convention on Civil Liability for Bunker Oil Pollution Damage 2001; and

(iii) The Nairobi International Convention on the Removal of Wrecks, Nairobi Convention 2007. Jadi, pada masa ini kapal layar yang berdaftar di bawah Akta 630, boleh mendapatkan insurans P&I dengan merujuk MSN 1/2025 dan menyemak senarai penyedia perkhidmatan P&I di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemilik kapal layar yang bukan warganegara Malaysia dan menjalankan operasi di luar Malaysia, tidak tertakluk kepada MSN. Kapal layar tersebut boleh memilih mana-mana syarikat P&I tetapi tertakluk kepada keperluan dan peraturan negara kapal layar tersebut beroperasi.

Isu kekurangan syarikat insurans yang diiktiraf adalah di luar bidang kuasa MOT kerana semua penyedia perkhidmatan insurans di Malaysia tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Dalam hal ini, MOT melalui Jabatan Laut akan mengadakan perbincangan susulan bersama Bank Negara

draft • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Malaysia dan P&I Malaysia Sdn. Bhd. untuk menambah bilangan syarikat insurans bagi menyediakan perkhidmatan P&I kepada kapal layar yang berdaftar di bawah Akta 630.

Langkawi ada soalan?

draft • 3:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, saya bangkitkan perkara ini kerana di Langkawi sekarang ini terdapat satu kapal mewah,150- footers dan mempunyai 75 cruises. Bayangkan setiap pagi, breakfast mereka, lunch dan juga hi-tea serta dinner mereka itu di-order daripada penduduk-penduduk tempatan.

Sebab itu saya minta supaya dikaji semula isu kapal mewah ini kerana dia memberi secara tidak langsung income kepada penduduk-penduduk di Langkawi. Walaupun kita nampak kecil, tetapi sudah lebih sebulan kapal itu berada di situ tapi ia terpaksa bergerak kerana JLM tidak membenarkan mereka berth begitu lama di pulau tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya bersetuju bahawa memang kita tidak menghalang pertumbuhan industri kapal layar ini. Memang saya tahu dia punya economic spin-off itu besar. Kalau kita dapat menarik lebih banyak pemilik- pemilik kapal layar ini untuk berlabuh di negara kita, sudah tentunya ada impak ekonomi positif kepada masyarakat setempat.

Sudah tentu mereka memerlukan bekalan, makanan, pelbagai bekalan dan ini sudah tentu merupakan satu pulangan ekonomi kepada masyarakat setempat dan saya bersetuju.

Kita akan lihat bagaimana untuk membantu memudahkan proses supaya pemilik-pemilik kapal layar ini terus berdaftar di Malaysia dan juga dapat mereka menempatkan kapal mereka di negara kita.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk kepada isu sektor darat.

Pertamanya, isu keselamatan pengguna jalan raya yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor, Jelutong, Temerloh, Tebrau, Kuala Krau dan Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya, terutamanya kemalangan yang melibatkan kenderaan perdagangan, MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan dengan kerjasama PDRM telah melaksanakan operasi bersepadu melalui Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan, khususnya sepanjang musim perayaan.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya. JPJ turut melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap kenderaan perdagangan. Sebanyak 5,800 audit telah dilaksanakan ke atas 3,202 syarikat sepanjang 2019-2024. Dari jumlah tersebut, sebanyak 473 lesen pengendali dan permit kenderaan telah digantung manakala lapan lesen pengendali dan permit kenderaan telah dibatalkan.

draft • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tindakan ini telah diambil berdasarkan kes kemalangan, dapatan dari Laporan Audit Pemeriksaan dan Audit Keselamatan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat dan aduan.

Berhubung dengan penggunaan tayar celup, MOT melalui JPJ akan berkerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan kedai perkhidmatan tayar menjual tayar celup yang mempunyai pensijilan pematuhan terhadap standard mandatori seperti yang ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor 1959.

Terdapat tiga standard mandatori melibatkan tayar celup yang dikuatkuasakan oleh pihak JPJ iaitu:

(i) Malaysian Standard (MS) 224;

(ii) Peraturan United Nation (R108); dan

(iii) Peraturan United Nation (R109).

Selain itu, JPJ akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dari masa ke semasa melalui penguatkuasaan di jalan raya atau melalui pemeriksaan berkala di pusat pemeriksaan kenderaan motor bagi memastikan kenderaan perdagangan sentiasa menggunakan tayar yang mematuhi standard mandatori yang telah ditetapkan.

Berhubung dengan isu memandu di bawah pengaruh (driving under the influence), MOT telah pun menguatkuasakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2020.

Pindaan ini menetapkan hukuman yang lebih berat termasuk peningkatan denda, tempoh penjara lebih lama dan hukuman penjara mandatori bagi kesalahan tertentu termasuk pemanduan di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah.

Selain itu, pindaan selanjutnya telah pun dikuatkuasakan pada tahun yang sama iaitu menetapkan had kandungan alkohol dalam darah yang lebih rendah bagi pemandu selaras dengan syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kementerian berpendapat bahawa selain langkah perundangan, program kesedaran dan pendidikan juga perlu diperkasakan.

Sehubungan itu, kementerian giat menggalakkan inisiatif pencegahan seperti konsep designated driver dan penggunaan perkhidmatan awam seperti teksi dan e-hailing. MOT juga akan terus berkerjasama dengan KDN dan PDRM memperkasakan advokasi dan penguatkuasaan di seluruh negara. Kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO serta pengusaha premis makanan turut digalakkan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahayanya serta implikasi memandu di bawah pengaruh bahan terlarang.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan dengan isu-isu berhubung dengan projek RTS yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Simpang Renggam.

draft • 3:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Menteri, Kuala Krau. Tentang kesalahan lesen ini, saya ada menyebut tentang kajian yang hendak dilakukan tentang pemandu lori yang lesen mereka demerit itu, macam mana hasilnya? Lori dia kena denda tetapi lesen dia

draft • 3:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

tergantung terus menyebabkan susah untuk berurusan harian sedangkan kesalahan bersangkut dengan lori tapi lesen dia termasuk juga yang dibatalkan.

draft • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, lesen dibatalkan tidak sewenang-wenangnya oleh JPJ. Biasanya hukuman untuk menggantung lesen itu ditentukan oleh mahkamah. Sekiranya kes-kes yang serius, ada juga peruntukan di bawah Ketua Pengarah JPJ, boleh menggantung lesen seseorang itu. Tetapi kita akan lihat keseriusan kes- kes tersebut. Itu merupakan case by case punya basislah. Ia tidak secara dasarnya...

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri...

draft • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sudah tentu kita akan melihat juga tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, saya ada pandangan yang menyokong pandangan Menteri sebab kelmarin ada kemalangan di Pulau Pinang dan ia telah menjadi viral. Dua kanak-kanak yang sedang menunggang motosikal dibawa ke sekolah telah pun digilis oleh lori.

Akibatnya seorang kanak-kanak perempuan hilang kaki dan adiknya juga pergi ke sekolah hilang tangan kanan. Kedua-dua masih dirawat di hospital. Jadi, saya menyokong dan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian yang mengatakan bahawa lori itu dipandu dengan keadaan yang berbahaya. Oleh sebab itu, kita menyokong pendirian kementerian bahawa dalam kes-kes yang melibatkan kemalangan sebegini, kelmarin di mana video kejadian yang diambil di tempat kejadian telah viral. Kaki dan tangan putus, berdarah di tempat tersebut. So, ketegasan kementerian mengambil tindakan menggantungkan lesen pemandu-pemandu lori dalam kemalangan-kemalangan yang serius, berbahaya ini perlu saya sokong, kita sokong.

draft • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan, saya hendak beralih ke isu RTS. Yang Berhormat Ayer Hitam telah mencadangkan pelaksanaan projek elevated autonomous rapid transit (E-ART) di Johor sebagai satu sistem penyuraian trafik selepas pelaksanaan RTS. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah pun bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Johor bagi pelaksanaan projek E-ART di wilayah Iskandar Malaysia bagi melengkapi projek RTS yang dijangka beroperasi pada tahun 2027.

draft • 3:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kerajaan juga bersetuju supaya projek ini dilaksanakan secara kerjasama awam swasta melalui kaedah request for proposal. Jadi, sekarang ini memang proses RFP akan dilaksanakan oleh pihak UKAS Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi berkaitan.

Yang Berhormat Simpang Renggam juga telah mencadangkan isu perkongsian hasil RTS yang akan diperolehi bersama dengan Kerajaan Negeri Johor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek RTS Link ini adalah projek usaha sama di antara Kerajaan Malaysia

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

dan Singapura melalui bilateral agreement, di mana di dalam perjanjian ini dinyatakan skop kerja yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembinaan infrastruktur dan perolehan peralatan sistem.

Bagi pembinaan infrastruktur, mass rapid transit system (MRTS) adalah anak syarikat MRT Corp yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk pembinaan infrastruktur di Malaysia manakala land transport authority (LTA) adalah pihak yang bertanggungjawab bagi pembinaan infrastruktur di Singapura. Manakala, bagi perolehan peralatan sistem akan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama di antara Syarikat Prasarana Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia dan SMRT yang mewakili Kerajaan Singapura. Syarikat usaha sama ini dinamakan rapid transit system operation ataupun RTSO yang juga dilantik sebagai operator RTS Link sepertimana yang dinyatakan di dalam concession agreement.

Di dalam CA, kedua-dua kerajaan akan membuat suntikan modal kepada syarikat usaha sama tersebut. Ekuiti syarikat prasarana yang dipersetujui adalah 52 peratus manakala SMRT adalah 48 peratus. Syarikat RTSO selepas beroperasi akan membayar secara tahunan concession fee kepada kedua-dua buah negara berdasarkan peratus ekuiti yang telah ditetapkan di dalam concession agreement. Berdasarkan kepada bilateral agreement dan concession agreement, tiada peruntukan yang membolehkan keuntungan syarikat RTSO disalurkan ataupun dibayar kepada pihak yang ketiga.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Permatang Pauh telah membangkitkan isu pembiayaan sebenar oleh Kerajaan Persekutuan bagi projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang meliputi Segmen 1 iaitu Jajaran dari Pulau Silikon ke KOMTAR dengan sambungan ke Penang Sentral, Seberang Perai melalui Stesen Macallum iaitu Segmen 2.

Keseluruhan jajaran merangkumi 21 buah stesen. Jumlah peruntukan yang telah diluluskan termasuk kos pembinaan dan pengambilalihan tanah adalah sebanyak RM13 bilion setakat ini.

Kos sebenar projek adalah tertakluk kepada proses perolehan dan keputusan tender terbuka yang masih sedang berjalan untuk pakej kerja sivil bagi Segmen 2 dan sistem turnkey bagi Segmen 1 dan 2. Justeru itu, saya nak tegaskan bahawa angka RM13 bilion itu belum lagi muktamad. Setakat ini memang telah diluluskan RM13 bilion tetapi sudah tentu perlu diambil kira juga apa yang sedang dilaksanakan ataupun tertakluk kepada keputusan perolehan tender nanti.

Seterusnya, projek LRT Pulau Pinang mula dicadangkan pada tahun 2013 sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Pada peringkat awal, pelaksanaan projek ini dirancang untuk dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui hasil yang dijana daripada Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang, Penang Southern Island (PSI). Namun begitu, skop projek PSI telah dikurangkan daripada tiga pulau kepada hanya satu pulau bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar.

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Pada Mac 2023, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan bantuan dana bagi meneruskan pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang tanpa perlu bergantung kepada hasil daripada projek PSI. Berdasarkan permohonan tersebut, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengambil alih pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang sebagai sebuah projek di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, kos operasi LRT Laluan Pulau Pinang dirancang untuk dibiayai melalui hasil kutipan tambang dan sumber bukan tambang seperti yang dilaksanakan dalam operasi LRT dan MRT di Lembah Klang. Pendekatan ini diharap dapat memastikan kelestarian kewangan operasi sistem pengangkutan awam dan mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan dalam jangka masa panjang. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya sikit berkaitan dengan LRT ini? Katakanlah mengambil kira demografi di Pulau Pinang, hasil kutipan daripada passengers tak cukup, adakah kemungkinan untuk kerajaan terpaksa mengambil alih atau pump in balik peruntukan untuk membantu kesinambungan dan kelestarian LRT Pulau Pinang? Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tuan Yang di-Pertua, kita belum tentukan lagi pun daripada segi siapa operator dia. Mungkin operator ini merupakan syarikat milik kerajaan di Federal.

Kalau katakan operator umpamanya di Kuala Lumpur, di Lembah Klang, dia di bawah Prasarana. Jadi, Prasarana ialah syarikat di bawah MOF. Apa-apa kekurangan dana dan sebagainya akan ditampung oleh MOF dan sudah tentu ada mekanismenya. Akan tetapi kita belum lagi tentukan siapa operatornya.

Kemungkinan kita akan minta tender, siapa yang ada modal perniagaan untuk mengoperasikan LRT Pulau Pinang ini. Jadi setakat ini, kita fokus dahulu dengan projek pembinaan fizikal dan dalam masa yang akan datang, kita akan membuat keputusan apakah jenis modal operasi yang perlu kita laksanakan dan operator itu akan bakal ditentukan kemudian.

Seterusnya Yang Berhormat, saya ingin menjawab Yang Berhormat Tumpat berhubung dengan penyambungan ECRL di Kelantan, khususnya di sempadan Malaysia- Thailand. Untuk makluman Yang Berhormat, pemanjangan laluan ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang dinilai sebagai pendekatan yang berpotensi untuk menyumbang kepada kemampanan operasi ECRL sebagai laluan kargo utama selain KTMB dan dapat menyokong pengoperasian hab kargo pelabuhan darat di Rantau Panjang kelak.

Namun begitu, kementerian ini perlu meneliti kebolehlaksanaan jajaran tersebut kerana ia perlu mengambil kira peruntukan kewangan, modul pembiayaan, impak alam sekitar, sosioekonomi dan lain-lain. Anggaran kos untuk menyambung ECRL dari Tunjong ke Rantau Panjang adalah dalam lingkungan RM3 bilion.

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kuala Krai saya jawab secara bertulislah sebab isu spesifik.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Boleh?

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, ya.

draft • 3:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih di atas keprihatinannya Yang Berhormat.

Cuma saya agak terkilan apabila adanya hab untuk industri halal di Rantau Panjang tetapi tidak ada kemudahan pengangkutan yang sesuai. Banyak pelabur yang berminat nak melabur di situ tetapi kerana kemudahan pengangkutan itu menjadi satu penghalang. Jadi, sepatutnya dengan projek yang sedia ada, sepatutnya diberi keutamaan untuk supaya ia benar-benar menjana ekonomi terutama di kawasan sempadan. Minta pandangan Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, saya minta sekali terus.

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, sekalilah. Boleh.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bangkitkan tentang isu sambungan sehingga ke Tumpat itu kerana bagi saya, walaupun sekarang ini belum lagi, tidak dapat dilaksanakan tetapi sekurang-kurangnya terdapat jajaran lebih awal sebab kita percaya bahawa pada masa akan datang, ini adalah satu keperluan kerana jambatan yang telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri yang dulu berkenaan dengan Jambatan Tak Bai dengan Pengkalan Kubor telah pun diluluskan untuk kajian dalam RMKe-12.

Jadi kalaulah ini dapat disiapkan, maknanya kita juga akan menambah pada akhirnya. Jadi, kalau boleh ada dahulu jajaran, sekurang-kurangnya daripada segi lukisan, daripada segi perancangan kita sudah ada. Jadi kalau dapat dibuat, akan lebih mudah pada masa depan. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, rancangan memang ada. Saya sendiri untuk maklumat Yang Berhormat Rantau Panjang, tahun lepas saya turun sendiri sampai ke sempadan tersebut. Saya tengok sendiri landasan kereta api itu dan saya telah nyatakan secara terbuka, memang secara peribadinya saya menyokong. Sebagai Menteri Pengangkutan, sudah tentu saya menyokong untuk disambung ke Rantau Panjang sebab saya melihat connectivity itu bukan sahaja ada kepentingan untuk Rantau Panjang tetapi kepentingan untuk negara.

Ini kerana, apa yang penting ialah kita hendak sambung landasan kita ini ke Thailand.

Kalau kita dapat sambung ke Rantau Panjang, maksudnya kalau boleh bekerjasama dengan pihak negara Thailand, kita boleh sambung kepada rel rangkaian Thailand. Apabila

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

sambungnya ke rel rangkaian di Thailand, makanya kita buka lagi satu laluan kereta api dari Malaysia masuk Thailand boleh pergi ke Laos dan pergi ke negara China pada masa hadapan.

Jadi, sudah tentunya secara prinsipnya Kementerian Pengangkutan amat menyokong sambungan laluan tersebut ke Rantau Panjang tapi sudah tentu ada prosesnya yang kita perlu laksanakan dan seperti yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Tumpat, kerajaan memang berusaha untuk membantu menyokong perkembangan ekonomi di sempadan tersebut dan jambatan yang baru akan dibina di antara Thailand dengan Rantau Panjang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk Kuala Krai, saya jawab secara bertulis sebab arahan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua untuk isu-isu spesifik.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Tumpat tadi mungkin tertukar dengan Rantau Panjang.

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Bukan, yang Kuala Krai sebab Kuala Krai tanya pembinaan lot kedai dalam stesen KTM Kuala Krai. Itu spesifik. Kita boleh jawab secara bertulis. Status semasa berhubung kajian kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong dan Batang Lupar.

Untuk makluman Yang Berhormat, kajian kebolehlaksanaan projek Trans-Borneo Railway merupakan kajian jaringan utama rel menghubungkan Sabah dan Sarawak merangkumi skop teknikal, komersial, sosioekonomi dan modul pembiayaan projek.

Pada masa ini, pihak kementerian dalam fasa penilaian bagi perolehan perunding bagi kajian kebolehlaksanaan projek Trans-Borneo Railway ini. Berhubung proses pelantikan perunding, kementerian telah mematuhi garis panduan serta prosedur perolehan kerajaan yang ditetapkan di mana pelantikan perunding dijalankan secara tender terbuka bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam proses pemilihan. Hanya perunding yang berkelayakan dan berpengalaman dalam projek berskala besar serta berkaitan dengan pengangkutan rel dipertimbangkan.

Selain itu, struktur pembiayaan yang sesuai akan ditentukan selepas kajian kebolehlaksanaan selesai.

draft • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Seterusnya, berkenaan dengan inisiatif untuk menangani isu kesesakan jalan raya di Lembah Klang. Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan isu berhubung mengenakan charge kesesakan kepada pemandu yang memasuki kawasan tertentu pada waktu puncak dan sekatan berdasarkan nombor plate untuk mengurangkan jumlah kenderaan di Kuala Lumpur.

Secara ringkasnya, saya ingin nyatakan bahawa memang cadangan ini ada dibincangkan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet berkenaan kesesakan jalan raya. Namun begitu, kerajaan amat prihatin kepada kebajikan rakyat dan kita hendak

draft • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

fokuskan dahulu supaya sistem pengangkutan awam negara kita dapat diperkasakan dan dibangunkan supaya pilihan dapat diberikan kepada rakyat kepada pengguna sebelum apa- apa cadangan seperti ini dapat diputuskan ataupun dipertimbangkan.

Jadi untuk rakyat terutamanya penduduk-penduduk di Lembah Klang walaupun ada cadangan mengenakan charge kesesakan kepada pemandu iaitu conjunction charges, tetapi setakat ini kerajaan belum lagi memutuskan untuk memutuskan untuk mengenakan charge tersebut. Dan kita akan fokus kepada meningkatkan lagi akses kepada pengangkutan awam, terutamanya first and last mile connectivity. Jadi kita akan terus menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Jadi, ada pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan supaya dapat memperkasakan sistem pengangkutan awam dalam negara kita, terutamanya di Lembah Klang.

Yang Berhormat Tuaran, isu spesifik saya akan jawab dalam jawapan bertulis, begitu juga Kepala Batas juga isu spesifik, saya akan jawab secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya telah habis memberikan penjelasan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan. Isu-isu dasar yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan isu-isu berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan.

Saya akan terus memastikan supaya segala cadangan yang telah dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dapat kita sambut dengan baik supaya dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi memperkasakan sistem pengangkutan dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang telah disarankan jawapan-jawapan bertulis akan diedar dalam tempoh lima hari secara die-melkan. Berikut, saya mempersilakan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab soalan-soalan Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Menjunjung Titah Diraja Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Maka, saya mengambil maklum di atas saranan- saranan Seri Paduka yang telah memberi ucapan yang begitu menyeluruh, titah yang menyeluruh kepada kita semua di Parlimen ini.

Saya maklum bahawa isu padi dan beras terus menjadi perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat. Seperti yang telah saya jelaskan dalam Dewan ini pada 13 Februari yang lalu, kerajaan telah mengambil langkah-langkah tegas dalam menyelaras harga lantai belian padi serta mengekalkan harga beras putih tempatan. Komitmen ini kekal utuh dan kerajaan akan

draft • 3:52 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Speaker telah menegur saya dalam sesi yang lalu kerana terlalu banyak melayan pertanyaan daripada rakan-rakan Ahli Parlimen. Maka kali ini berilah peluang saya menjawab terlebih dahulu dan di hujung nanti kalau ada waktu kita akan memberi penjelasan.

Namun kita juga sedar bahawa cabaran dalam industri padi dan beras bukan sekadar tentang harga, tetapi juga infrastructure yang menyokong produktiviti mereka. Oleh itu, kerajaan tidak hanya tertumpu kepada kawalan harga tetapi juga kepada pembangunan infrastruktur pengairan. Satu faktor kritikal yang menentukan kejayaan sektor padi negara.

Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai, pengairan yang efisien adalah nadi kepada hasil padi lestari. Kita tidak boleh membiarkan pesawah bergantung kepada sistem takungan sendiri yang meningkatkan kos dan membebankan mereka. Oleh itu, kerajaan sedang melaksanakan usaha berskala besar untuk memastikan sistem pengairan dan saliran pertanian lebih moden, cekap dan mampan.

Pada tahun 2025, sembilan kajian pengurusan sumber air pertanian sedang dijalankan di IADA Kota Belud, IADA Kerian, MADA, IADA Batang Lupar, IADA Rompin, IADA Barat Laut Selangor, IADA Seberang Perak, IADA Ketara dan IADA Pekan dengan peruntukan sebanyak RM12.4 juta.

Kajian ini akan membantu KPKM mengenal pasti kaedah untuk meningkatkan kapasiti takungan air, mengenal pasti sumber air alternatif dan mengemas kini pelan induk skim pengairan di kawasan tersebut. Kita ingat semua kementerian termasuk Kementerian Pertanian, kerja kita menyambung kerja-kerja yang terdahulu, yang kurang diperbaiki yang dah baik diteruskan. Walaupun pelaburan dalam infrastruktur pengairan memerlukan perbelanjaan besar dan mengambil masa utk memberikan pulangan, ia merupakan satu keperluan strategik yang tidak boleh diabaikan.

Pada tahun 2025, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM113.2 juta bagi 54 projek pengairan dan saliran di kawasan Jelapang Padi. Daripada jumlah ini RM112.8 juta diperuntukkan bagi 51 projek sambungan dan RM0.4 juta bagi tiga projek baharu. KPKM juga tidak melupakan pesawah di luar kawasan jelapang. Sebanyak RM53.6 juta diperuntukkan bagi 25 projek untuk membangunkan dan naik taraf sistem pengairan dan saliran di kawasan ini, sekali gus menyokong dasar penanaman padi dua musim setahun. Ia melibatkan 19 projek sambungan sejumlah RM52.6 juta dan enam projek baharu berjumlah RM1 juta.

Selain pembangunan baru, KPKM juga peruntukkan RM55 juta bagi penyelenggaraan sistem pengaliran dan saliran seluruh negara bagi tahun 2025. Negeri Perak khususnya, menerima RM9.76 juta yang akan dilaksanakan melalui JPS Negeri Perak, IADA Kerian dan IADA Seberang Perak.

Sekali lagi saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan berada di negeri Kedah pada 27 Februari untuk

draft • 3:52 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

melancarkan Projek Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian yang akan menyokong Program Penanaman Lima Musim Dua Tahun yang menelan belanja kurang lebih RM1 bilion.

Ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan sektor padi negara terus berkembang dengan sokongan infrastruktur yang lebih moden dan lestari.

Dengan usaha ini kerajaan bukan sahaja membantu petani mengurangkan kos pengairan, tetapi juga memperkukuh daya tahan sektor padi terhadap perubahan cuaca dan cabaran masa hadapan. Ini bukan sekadar pelaburan dalam infrastruktur tetapi pelaburan untuk kedaulatan makanan negara. Namun, pembangunan infrastruktur pengairan sahaja tidak cukup jika kita tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk meneruskan industri ini.

Banyak ditimbulkan Ahli-ahli Parlimen di sini, soal penglibatan tenaga-tenaga baharu dalam pertanian. Di sinilah pentingnya menarik lebih ramai anak muda untuk terlibat dalam sektor pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Sik, berkaitan dengan penyertaan anak muda dalam sektor pertanian, khususnya industri padi dan beras.

Seperti yang beliau sebutkan 60 peratus daripada tenaga kerja dalam industri oleh terdiri daripada golongan tua. Manakala 40 peratus adalah golongan muda. Kita semua maklum bahawa sektor pertanian sering dilabel sebagai 3D. Inilah persepsi yang perlu kita ubah.

KPKPM melalui Lembaga Kemajuan Pertanian (MUDA) iaitu MADA dan agensi yang berkaitan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk merancakkan penglibatan anak muda dalam sektor ini dan nampaknya ia sedang menuju kejayaan.

draft • 3:52 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pertama, MADA Rice Training Center (MRTC). Pusat latihan ini melatih anak muda dalam pengurusan sawah secara moden. Sehingga 30 September 2024, seramai 536 pelatih telah menamatkan kursus dan 40 lagi masih menjalani latihan. Ini adalah langkah membina generasi pesawah yang lebih cekap dan berpengetahuan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua, Kumpulan Peladang Muda. Program ini menggalakkan penyertaan golongan muda berusia 18 hingga 40 tahun dalam sektor pertanian khususnya dalam pentadbiran pertubuhan peladang kawasan. Sehingga 31 Disember 2024, keahlian KPM MADA telah mencapai 7,233 orang, manakala keahlian KPM LPP secara keseluruhan adalah seramai 87,821 orang.

Ketiga, ahli jemaah pengarah muda. Bagi memperkukuh peranan belia dalam kepimpinan sektor ini, ahli jemaah pengarah muda diwujudkan sebagai pelapis kepada kepimpinan sedia ada dalam PPK. Di bawah LPP, terdapat 409 orang AJP muda di seluruh

draft • 4:00 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Malaysia. Ini membuka peluang kepada anak muda untuk mempengaruhi hala tuju sektor pertanian dari peringkat dasar.

Memang anak-anak muda banyak yang terlibat dalam perusahaan sawah padi sekarang di Kedah ada, di Sabak Bernam ada dan di Negeri Sembilan. Mereka turun membuat secara berskala besar dan dengan teknologi baru.

Keempat, penggunaan dron pertanian. Mekanisasi dan automasi telah menjadi tarikan utama kepada anak muda. MADA Agricultural Service Provider diwujudkan bagi membentuk dan menyelia perkhidmatan pertanian yang bertauliah, profesional dan berteknologi tinggi. Dengan adanya MASPRO, MADA berharap dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam sektor pertanian selari dengan perubahan teknologi masa kini.

Selain itu, KPKM telah membangunkan modul latihan penggunaan dron dan latihan tersebut akan dilaksanakan di Institut Pengurusan Peladang Tanjung Karang. Ertinya, sekarang anak muda yang nak terlibat dalam pengendalian dron pun ada tempat, pusat latihan.

Kelima, Program Agropreneur Muda. Sehingga 31 Disember 2024, terdapat seramai 450 usahawan yang telah menerima bantuan dan masih aktif bersama MADA. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk membina persepsi pertanian sebagai sebuah sektor yang berdaya maju, menjadikan agromakanan sebagai bidang janaan pendapatan serta bertujuan meningkatkan pendapatan golongan muda.

Pendang, rajin-rajinlah mendekati golongan muda ini. Pihak kementerian sedar bahawa...

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta celah. Sekejap nak tanyalah. Nak tanya saja. Nak tanya. Pasal apa, pasal kartel ini ada masalah besar ini.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Nanti dulu, nanti dulu. Bagi saya habiskan dulu.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tadi Pendang tak ada, Yang Berhormat. Tadi masa Yang Berhormat sebut tadi, Pendang tak ada.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya bangkit kelmarin dalam perbincangan saya tadi.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik. Terima kasih, terima kasih. Pihak kementerian sedar bahawa sejauh mana pun kita memodenkan pertanian, ia tidak bermakna jika tiada pelapis generasi yang mahu menyambung legasi ini. Sebab itulah saya gembira melihat anak-anak muda mula terjun secara intensif sekarang ini dan ramai dah yang terlibat.

Sebab itu, kita bukan sekadar mahu menarik minat anak muda tapi mahu membuka peluang ekonomi sebenar dalam sektor ini.

Tuan Yang di-Pertua, setelah membincangkan soal masa depan industri padi, beras melalui penyertaan anak muda, ada satu lagi isu yang tidak kurang pentingnya iaitu isu kartel

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

dan hasil padi dan beras. Ini semua akan kita ― laporan penuh nanti bila didedah oleh MYCC oleh Kementerian KPDN.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Persaingan Malaysia telah menyelesaikan kajian industri padi dan beras di Malaysia. Kajian ini bukan sahaja meneliti aspek pengeluaran tetapi juga tadbir urus industri padi dan beras negara bagi mengenal pasti sekiranya wujud tindakan tidak adil atau monopoli dalam pasaran.

Hasil kajian ini telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara pada 17 Disember 2024 dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingin maklumkan bahawa MYCC ini adalah hak miliknya. Oleh itu, sebarang pendedahan kepada umum tertakluk kepada bidang kuasa MYCC.

Kementerian mengambil maklum akan pandangan Yang Berhormat Pagoh berhubung dengan penyediaan kertas putih industri padi dan beras. Walau bagaimanapun, KPKM bercadang untuk melaksanakan kajian ekosistem padi dan beras negara secara menyeluruh bagi menetapkan hala tuju industri dalam jangka masa panjang. Pandangan Pagoh, kita ambil kira dan mengambil perhatian.

Justeru, usaha reformasi industri padi dan beras sedang berjalan dengan bersungguh-sungguh dan kementerian akan terus melaksanakan langkah-langkah yang perlu bagi memastikan sistem ini adil, telus dan mampan untuk jangka panjang. Saya sendiri― di mana kerajaan beri bantuan, saya akan cuba membuat lawatan mengejut. Kalau boleh, tanpa pegawai, tanpa tuan yang mendapat bantuan itu.

Saya nak melihat, betulkah bantuan yang diberikan itu berjalan dengan betul dan adakah ia sustainable. Sebab, kita tahu kadang bantuan kita beri, bila Menteri nak melawat, mereka sediakan dengan begitu baik, tapi kita pergi dua tahun kemudian, kadang tempat itu sudah tak ada lagi perusahaan itu.

Oleh itu, saya akan cubalah mana-mana tempat saya akan pergi dengan mengejut.

Kalau boleh tidak ada pegawai dan sebagainya, sebab saya nak lihat sendiri wang rakyat yang digunakan untuk membantu para petani atau penanam sayur dan sebagainya berjalan dengan betul.

Yang Berhormat Miri telah membangkitkan kebimbangan mengenai kesan banjir terhadap petani, pesawah dan nelayan serta impak kepada bekalan makanan asas. Miri ada? Walaupun tak ada, ini isu umum ya. Isu banjir ini adalah isu umum. Ini adalah kebimbangan yang sangat berasas kerana bencana bukan sekadar memusnahkan tanaman, ternakan tetapi juga meruntuhkan sumber pendapatan ribuan keluarga.

Sebagai sebuah negara yang semakin terdedah kepada perubahan iklim, kita melihat peningkatan kejadian bencana termasuk banjir yang semakin kerap dan lebih dahsyat.

Bencana yang melanda negeri Sarawak baru-baru ini adalah antara yang paling buruk dalam

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

sejarah. Maka, kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif bagi memastikan bekalan makanan asas sentiasa berada dan tidak terjejas akibat bencana ini.

Antara langkah segera yang telah diambil adalah meningkatkan kapasiti stok penimbal beras negara di mana jumlah keseluruhan stok fizikal beras dalam negara adalah 917,937 tan metrik meliputi stockpile beras negara sebanyak 200,000 tan metrik dan stok dagangan 717,937 tan metrik berupaya untuk menampung 4.59 bulan keperluan negara.

Stok ini boleh disemak dan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan situasi semasa, termasuk perubahan harga beras dunia dan gangguan rantaian bekalan global.

Alhamdulillah, kita daripada sejak merdeka sampai sekarang belum pernah putus beras. Cuma, kadangkalanya harga tinggi, kadangkala harga rendah. Tapi, daripada merdeka hingga sekarang, beras di Malaysia ini cukup kecuali sebelum merdeka, di masa perang Jepun.

Selain itu, bekalan ikan sejuk juga sentiasa disediakan supaya tidak berlaku kekurangan ikan bila berlaku satu malapetaka.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Datuk, sebelum masuk ikan, boleh masuk yang beras tadi, Datuk?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, sila.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Memang bekalan beras tak pernah terputus, Datuk. Betul, kita akui sejak zaman Menteri Pertanian dulu sampai saya, sampai Datuk, tak pernah putus. Tetapi sekarang ini, isu beras putih tempatan satu isu yang real, Datuk Menteri, yang benar-benar berlaku. Kalau kita pergi supermarket sekarang ini, pergi Giant kah, pergi mana, beras putih tempatan cuma ada hujung minggu saja, Datuk. Dijual dalam Jualan RAHMAH.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jualan RAHMAH lebih kurang 300 kampit per weekend. Kalau itu dikira, tak sampai 10 peratus sekarang ini. Jadi maknanya, yang kita keluarkan 60 peratus, kita import 40 peratus, dah tak diterjemahkan di peringkat pasar raya sekarang ini. Yang ini isu besar, Datuk Menteri. Are you aware of this? Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih kepada bekas Menteri Pertanian, yang depan ini semua bekas Menteri. Kadang-kadang itu pertanyaan hendak tahu, kadang- kadang hendak tanya betul kah jawapan yang menjawab itu. Tetapi saya melayan semua pertanyaan. Memang kita – dah saya bentang itu, saya tak mahu ulang iaitu kenyataan Menteri pada hari itu.

Mulai 1 Mac, kita akan berusaha sampai enam bulan ini, 24 juta beras kampit tempatan dan dia akan berada di pasaran selama enam bulan. Sesi yang pertama yang kita bentangkan pada hari itu. Purata empat juta kampit sebulan akan ada di pasaran. Kali ini, insya-Allah ada. Ini yang kita telah bentangkan pada minggu lepas dan saya tidak ulang lagi pembentangan itu.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, mungkin sikit, berkaitan dengan padi juga.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pakat tak jawablah ini.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Menteri, pandangan yang menyatakan punca lambakan beras import - beras putih import ini di antaranya ialah kita tidak ada kawalan harga beras import itu. Maknanya, tidak ada siling harga yang ditetapkan berbanding dengan harga beras putih tempatan. Jadi, adakah kerajaan melihat juga satu mungkin intervensi daripada kerajaan bahawa perlu ada harga siling beras import dan itu dapat mungkin mengawal dan mengembalikan balik beras tempatan itu? Itu yang pertama.

Yang kedua, terus saya tanya. Tadi disebut bahawa akan ada pelancaran lagi penanaman padi lima kali dua tahun oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Persoalan daripada pihak petani ialah adakah jaminan kerajaan bahawa ada bajet tambahan dari segi subsidi padi ataupun penanaman yang kelima itu adakah juga akan dimasukkan dalam bajet subsidi, termasuklah subsidi input, subsidi harga padi sepertimana penanaman empat kali itu? Itu pertanyaan pihak petani untuk mereka melakukan penanaman yang kelima itu dalam dua tahun ini, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, termasuk sekali, insya-Allah. Soal hendak silingkan harga beras import itu memang belum ada lagi perbincangan di peringkat itu sebab beras luar – beras import ini kalau naik harga begitu tinggi, kalau kita hendak capped price, kerajaan kena keluarkan belanja begitu banyak. Walau bagaimanapun, kita bincang dari semasa ke semasa. Enam bulan yang akan datang ini, yang saya bentangkan minggu lepas itu berjalan dahulu. Kemudian pada masa yang sama, kita akan lihat perkembangan- perkembangan harga beras dunia dan juga keadaan di Malaysia ini.

draft • 4:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Menteri, sikit dari Sungai Besar. Ini Yang Berhormat Menteri, kita sebenarnya pesawah di Sungai Besar hairan. Kita- hari itu saya sebut, kita ada 522,000 hektar, kita keluarkan 2.2 juta tan metrik padi. Bila diproses, jadi 1.4 juta tan metrik beras. Bila di packing, jadi 140 juta pack 10 kilogram. Kalau sebulan, 11.66 juta packing 10 kilogram. Kemudian, Yang Berhormat Menteri bercakap akan keluarkan, standby 24 juta dengan subsidi 150 juta disediakan. Jadi sebenarnya, ke mana beras kita ini, padi kita ini? Itu persoalan di peringkat pesawah, terutamanya rakyat jelata khususnya, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pendedahan daripada MyCC nanti akan terjawab itu semua. Jadi, bila– MyCC akan menerangkan kenapa jadi begitu. Saya dimaklumkan bahawa isu padi dan beras terus menjadi perhatian dan...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya dengar rakan- rakan saya bangkitkan dan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa tunggu MyCC akan menerangkan, pengumuman MyCC nanti jelas. Saya hendak tahu, sebelum MyCC keluarkan itu, apakah kementerian langsung tak tahu, kena hendak tunggu MyCC? Bukankah agenda

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

kementerian itu sendiri adalah kena jelas daripada mula? MyCC hanya membantu sama ada pendapatan yang kita tahu oleh kementerian itu boleh diperbaiki atau boleh diubahsuai. Itu yang kita hendak tahu.

Kalau kementerian ini Yang Berhormat Menteri bagi tahu dengan kita bahawa segala apa yang kita dah kaji sekarang ini, ada kartel, ada perkara-perkara yang boleh dielakkan, jadi kita senang hati. Tetapi suruh tunggu-tunggu ini, Menteri pun tak bagi tahu bila? Esok kah, minggu depan kah, setahun kah? Sebab itu kita hendak tahu jelas. Enam bulan itu, Alhamdulillah.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bayangan...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kata beras akan ada dalam masa enam bulan.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dato’ pun faham...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Semalam...

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Harga...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Semalam saya pergi ke Giant Hypermarket Setapak. Saya check. Dia kata, “memang tak ada beras tempatan ini, tak ada”.

Saya tanya, “berapa lama dah” Dia kata, “sudah hampir– sudah setahun tak ada”.

[Tepuk] Selepas itu yang Menteri jawab, “ada tetapi masa Jualan RAHMAH”. Apakah hanya Jualan RAHMAH sahaja? Apakah semua rakyat mesti pergi ke Jualan RAHMAH? Jualan RAHMAH hanya dilakukan pada hari minggu sahaja. Hari-hari lain...

draft • 4:10 PM

Seorang Ahli

300 kampit.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

300 kampit dalam satu supermarket. Hari- hari lain ini macam mana? Sebabnya di kampung saya, Jualan RAHMAH ini kalau dibuat di supermarket, Yang Berhormat pun tahu Batu Kurau, hendak pergi Taiping Supermarket jauh.

Yang Berhormat selalu pergi ke Batu Kurau. Daripada Selama, lagi jauh. Di Hulu Selama itu, hendak pergi ke supermarket juga jauh. Dah lah hendak beli beras itu harga dah naik, hendak dapat yang murah itu, akhirnya baiklah beli di kampung. Sebab nak naik kenderaan, hendak pergi beli di pekan, sudah menampung kos yang agak tinggi.

Sebab itulah kita hendak tahu. Kalau dulu cukup, sekarang tak cukup. Ada sesuatu yang kita hendakkan kepastian. Itu kita minta penerangan.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yes. Sebab itu kita tahu bahawa jualan yang harga RM2.60 ini ditetapkan 2008. Daripada 2008, sekarang sudah berlaku perubahan kenaikan gaji, kenaikan elektrik, kenaikan upah pekerja dan sebagainya dan ada kilang-kilang bumiputera yang sudah ditutup kerana tidak mampu mengeluarkan beras dengan harga RM2.60.

Maka, bila saya baca Laporan MyCC yang akan dibentangkan nanti, maka kita dapati ada perkara-perkara yang tak kena perlu diperbaiki di situ. Sebab itulah kita hendak kekalkan RM2.60. Hendak keluarkan 14 juta kampit beg dalam masa enam bulan, kita perlu 150 juta

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

untuk bantu pengilang-pengilang untuk mengeluarkan harga beras dengan RM2.60 buat sementara enam bulan ini dan kita akan melihat kemudiannya nanti perkembangan.

Kemungkinan masa akan datang, harga beras tempatan nanti lebih mahal daripada harga beras import pun mungkin boleh berlaku begitu. Yang sebenarnya sebut, orang ramai bukan mencari beras putih tempatan, dia mencari beras murah. Oleh sebab berlaku kenaikan harga import, satu kampit sampai RM40.00, maka mereka carilah beras yang murah. Beras murah itu, beras tempatan.

Jadi, berlakulah manipulasi terhadap beras tempatan itu. Apakah cukup undang- undang yang ada untuk kita mendakwa mereka? Sebab itu perlu pinda beberapa akta dan pindaan. Dalam masa enam bulan ini, kita akan buat semua secara menyeluruh satu industri padi ini. Bekas Menteri KPDN tahu perkara ini dan kita sedang lakukan yang terbaik untuk rakyat.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Cuma saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, bincang dengan KPDN. Semalam saya pergi ke supermarket ini. Dia kata, dalam beg itu dia tulis beras import, retail price RM48.00 tetapi hari ini promosi RM33.00, RM15.00 beza retail dengan promosi. Mana ada logik orang bagi sampai – beras ini, sampai 30 percent diskaun. Maknanya, sebab itu menyebabkan rakyat tertanya-tanya, apakah ini betul beras import ini atau beras yang sahabat saya kata beras tempatan, tukar jaket, pakai paket import. Yang itu yang kita hendak tanya.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik, yang bertanya itu bekas Menteri KPDN dan tahu jawapannya. Sebab itulah kita akan pergi step by step ke arah merealisasikan kembali dalam bentuk yang benar, apa yang berlaku dalam industri padi kita.

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya hendak bantu Datuk.

draft • 4:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya hendak bantu sedikit.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini saya tak done menjawab, banyak lagi ini.

draft • 4:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kasihan kepada Ahli-ahli Parlimen...

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Last, last, last.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar, Parit Buntar.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya, saya nampak bahawa ada usaha pihak kementerian especially Datuk Menteri untuk menangani masalah beras dimanipulasi, itu satu contoh cara mereka manipulasi. Tetapi di pihak kementerian while waiting untuk MyCC punya report,

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Peraturan tetap, Yang di-Pertua, 37...

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Menteri bagilah.

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

37(2)...

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Menteri bagi pencelahan, duduklah.

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya sebenarnya saya hendak minta Yang di-Pertua, masa Menteri menjawab itu singkat.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Hei, dia macam Speaker.

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Kami membahas, berbahas.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker, sudah macam Speaker.

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi saya hendak mohon supaya Yang di-Pertua tolong sebab saya hendak dengar jawapan daripada Menteri sebenarnya.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan mesyuarat, orang yang bangun kalau Menteri bagi, boleh. Menteri, saya tidak habis tadi tidak boleh tarik macam itu ya kerana gangguan yang itu. Datuk, while waiting untuk MyCC punya report, Datuk, you can do a lot untuk penguatkuasaan tetapi di peringkat kementerian, you only have 168. Ada 168 pegawai penguatkuasaan seluruh dunia ini yang boleh menguatkuasakan tentang beras, KPDN – pegawai KPDN tidak boleh, polis tidak boleh.

Di bawah Akta Beras only pegawai di bawah IPD – Industri Padi dan Beras dan sekarang ini ada 168 orang sahaja, tidak mencukupi. You have to look into this, kalau nak enforce RM2.60 itu kena tambah pegawai penguatkuasaan. Pengarah, KP IPD itu boleh lantik tetapi dia mesti JUSA C, upgrade-kan JUSA C baru lantik pegawai, yang itu perlu dipatuhi oleh kementerian.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya akan sampai jawapan itu insya-Allah sekejap lagi.

draft • 4:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam, Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar, boleh Parit Buntar? Menteri, Parit Buntar boleh?

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kerajaan juga telah berusaha mengerahkan Pusat Operasi FAMA...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi Menteri jawab dahulu. Bagi Menteri jawab dahulu.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bagan Serai, sudah jawab sedikit tadi, duduklah dahulu ya.

draft • 4:20 PM

Seorang Ahli

Parit Buntar.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit, sedikit tidak boleh?

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya, Speaker sudah tegur dahulu kerana terlalu banyak melayan sahabat-sahabat ini sampai tak terjawab.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Iyalah, isu rakyat ini, isu rakyat.

draft • 4:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tidak payah, Speaker jangan layan sangat. Kami nak dengar soalan lain. Masuk usul hari itu patutnya sudah bangkitkan perkara ini.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Soalan saya tidak jawab lagi?

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Nanti dahulu, nanti dahulu,saya akan sampai..

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Soalan saya tidak jawab lagi, soalan saya tidak jawab lagi masalahnya, bukan soalan Ahli Parlimen yang lain.

Dia hendak masuk tajuk lain sudah ini.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kalau dok ganggu banyak, kalau dok celah banyak tidak sampailah semua yang bertanya.

draft • 4:20 PM

Seorang Ahli

Betul. Carry on, carry on. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kerajaan juga mengerahkan Pusat Operasi FAMA untuk mengedarkan bekalan sayur-sayuran secara – ke kawasan yang terjejas akibat banjir. Selain itu, kerajaan turut mengaktifkan Program Jualan Agro MADANI di lokasi-lokasi strategik semasa musim tengkujuh. Ini berkaitan daripada soalan Miri tadi.

Di Parlimen Miri sendiri, kerajaan telah mengadakan satu program Program Jualan Agro MADANI pada Januari 2025 dengan nilai jualan mencecah RM15,000 ─ masih rendahlah serta penjimatan sebanyak RM4,546 kepada penduduk setempat. Susulan dengan isu banjir yang melanda, kerajaan kini sedang merancang dua lagi program Jualan Agro MADANI dalam bulan Februari di kawasan yang terjejas bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan harga makanan tertentu. Yang Berhormat Kubang Kerian telah mengemukakan persoalan sangat penting...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian tidak ada dalam Dewan. Boleh jawab secara bertulis.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Masa belum habis lagi.

draft • 4:20 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Kubang Kerian... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawab yang ada dalam Dewan.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kubang Kerian tidak ada, bertulis ya. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah menggandakan peruntukan bagi Tabung Bencana Pertanian kepada RM25 juta untuk tahun 2025 berbanding RM12.7 juta yang disalurkan pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, buat masa ini kadar bantuan masih kekal pada kadar maksimum 50 peratus daripada nilai kerugian.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk meneliti semula kadar bantuan ini pada masa hadapan. Kerajaan telah dan akan terus memberikan bantuan kepada golongan yang terkesan dengan bencana. Kadar bantuan Tabung Bencana Pertanian buat masa ini masih dikekalkan tetapi kerajaan sentiasa bersedia untuk menilai semula kadar ini berdasarkan keperluan dan impak semasa.

Kita telah bincang isu bencana alam dan cabarannya terhadap sektor pertanian.

Namun cabaran sebenar bukan hanya bertahan menghadapi bencana tetapi juga bagaimana kita bergerak ke hadapan menghadapi teknologi moden dan memastikan sektor ini kekal berdaya saing serta menarik kepada generasi yang akan datang. Hari ini pertanian bukan lagi sekadar soal tanah, benih dan baja, ia kini tentang inovasi, data, automasi dan kecerdasan buatan. Kita juga benar-benar serius mahu meningkatkan produktiviti, daya saing dan keterjaminan makanan.

Tiga Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Ledang dan Libaran telah membangkitkan persoalan kritikal tentang bagaimana kerajaan boleh mempercepatkan adaptasi teknologi dalam sektor pertanian. Kuala Terengganu dan Libaran telah mengemukakan persoalan penting tentang bagaimana kerajaan merancang untuk menyebarluaskan teknologi ini dengan lebih cepat dan berkesan kepada petani dan peladang di seluruh negara.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak hanya berbicara mengenai transformasi digital dalam pertanian tetapi telah mengambil langkah nyata bagi memastikan setiap petani dapat merasai manfaat teknologi moden. Dalam dunia yang semakin maju ini kita tidak boleh membiarkan teknologi kekal hanya dalam makmal atau ditangan golongan tertentu. Teknologi mesti dibawa ke ladang, ke sawah, ke reban dan ke lautan. Hanya dengan cara ini kita dapat meningkatkan hasil pertanian, mengurangkan kos operasi dan menjadikan sektor ini lebih menarik serta mampan untuk masa hadapan.

Bagi memastikan teknologi dapat disebarluaskan dengan pantas dan menyeluruh, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM77 juta menerusi Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan sepanjang Rancangan Malaysia Kedua belas. Program ini membolehkan jabatan dan agensi di bawah KPKM membangun infrastruktur ladang, membuat perolehan teknologi serta menyampaikan perkhidmatan kejenteraan, mekanisasi dan automasi ladang kepada golongan sasar di seluruh Malaysia.

Antara contoh yang telah dilaksanakan termasuk projek tanaman kontan secara fertigasi di Pusat Kecemerlangan Pertubuhan Peladang Kawasan..

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Menteri, sedikit sahaja fasal AI ini saya tertarik, tadi sebut. Kita baru hendak laksana, terima kasih. Saya hendak ucap terima kasih, pertama kami boleh makan ini buah pelam harum manis itu di atas kebaikan Menteri.

Keduanya, saya hendak tanya bila sebut AI tadi ataupun kecerdasan pemikiran ini dan – buatan ini, kecerdasan buatan ini dan juga sistem pengairan bersepadu. Sekarang ini

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

kementerian masih belum mempunyai angka untuk kita hendak dapatkan AI, ini daripada AI ini. Bagaimana dasar boleh digubal tanpa memahami tahap kesiapsiagaan sektor pertanian negara ini? Itu yang saya bangkitkan, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memanglah, AI ini perlu ada training atau latihan termasuklah pada petani-petani. Kita sentiasa menganjurkan berbagai kursus khasnya kepada petani-petani baharu yang hendak terlibat, anak-anak muda. Antara contoh yang dilaksanakan termasuk projek tanaman kontan yang saya sebut tadi. Kerajaan telah memperkenalkan penggunaan sistem robotik dan internet of things di Akuarium Tunku Abdul Rahman, Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang. Ini semua dijalankan secara moden.

Namun KPKM sedar bahawa tidak cukup sekadar menyediakan teknologi jika tidak ada tenaga kerja yang mahir untuk menggunakannya. Oleh itu, KPKM telah memperkukuhkan usaha membangunkan modal insan melalui TVET pertanian. Program ini menawarkan Skim Kemahiran Malaysia, Sijil Pertanian, Sijil Perikanan, Sijil Veterinar Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia.

Kerajaan juga memahami bahawa salah satu cabaran utama dalam memperluaskan penggunaan teknologi dalam pertanian adalah kos permulaan yang tinggi. Hendak start sesuatu projek itu dia mempunyai kos yang tinggi. Teknologi pintar sejumlah RM200 juta telah disalurkan melalui Dana Program Pembiayaan Agroteknologi MADANI bagi membolehkan pengusaha tani mendapatkan peralatan automasi dan sistem digital yang boleh meningkatkan produktiviti mereka.

Kalau kita tengok di negeri China, wanita umur 65 tahun pegang satu alat, traktor itu digerakkan dengan macam dia pegang telefon sahaja dan kita ke arah itu tetapi hendak capai itu mestilah sokongan kepada semua pihak dan juga peruntukan kepada hal-hal seperti ini, teknologi moden ini perlu dipertingkatkan oleh Menteri Ekonomi di sebelah saya ini.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan RM50 juta di bawah Dana Teknologi dan Automasi pada tahun 2025 bagi membantu petani-petani kecil dan usahawan ini mendapatkan akses kepada teknologi terkini dalam bidang pertanian.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, YB Ledang pula mencadangkan agar teknologi digital seperti IoT dimanfaatkan dalam projek-projek pertanian seperti penternakan ikan keli dan tanaman, fertigasi cili dan terung. Saya ingin memaklumkan KPKM sudah pun memulakan langkah ke arah ini melalui kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam inisiatif digital agroteknologi. Kerjasama ini melibatkan pemasangan sistem pertanian digital di ladang-ladang terpilih, yang mana pencalonan peserta adalah daripada KPKM serta sesi latihan digitalisasi melalui platform atas talian dan secara fizikal.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam, Menteri...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih banyak.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Last, ya. Saya ada seminit lebih saja lagi.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sikit, sikit lagi saja. Sabak Bernam berharap teknologi ini juga mengambil kira keselamatan hasil-hasil pertanian...

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan kacau.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

...Termasuk beras putih tempatan yang bakal diedarkan di pasaran tempoh enam bulan akan datang, 10 kilogram RM2.60 dijaga dengan rapi supaya tidak berlaku sepertimana bulan Disember sebanyak 5.3 juta pek satu kilogram beras tempatan dihanyutkan banjir begitu sahaja kerana air banjir pun sekarang sudah pandai pilih mangsa. Beras tempatan sahaja yang dihanyutkan, berat import tidak.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Letak tinggi sikit supaya tidak dihanyutkan. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya ingat, saya ingat itu salah faham itu.

Banjir yang berlaku di Kelantan, Terengganu, masa musim padi sedang dituai menyebabkan hilangnya beras putih itu. Bukan kampit-kampit beg itu hilang.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya. Tapi boleh jadi juga itu.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Boleh jadi juga itu. Kalau ada...

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya. Kalau dalam pek lagi senang hanyut.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kalau ada tu buatlah report kepada polis.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Buat, buat tinggi ya.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dia bila berlaku padi sedang masak...

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya, okey.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Berlaku banjir di Tumpat, di Pasir Mas, di Pendang, Kedah, di Kubang Pasu, musnah lebih kurang yang disebut tadi itu.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya dah cerita macam tu dekat rakyat.

Tapi...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bukan beras putih itu hilang. Ahli Parlimen ini kena cerdiklah sikit bila orang bagi perumpamaan.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Janganlah begitu...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jangan pergi terpa buta begitu pergi bersyarah dekat orang kampung...

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sebab rakyat bertanya jadi saya sampaikan di Parlimen. Saya dah terangkan sebiji macam Menteri terangkan kepada rakyat...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, kena faham...

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sabak Bernam, sila duduk.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Bila dikatakan kita kehilangan beras lebih kurang lima juta kampit kerana air banjir...

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Hah, kampit?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Bukan air banjir tu yang bawa kerana banjir yang menenggelamkan padi.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kampit, kampit.

draft • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kampit, bukannya padi.

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Okey.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kadang-kadang itu, geram juga. [Dewan ketawa] Digital Agriculture Technology Fasa 1 telah dilaksanakan...

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Dengan penglibatan 546 pengusaha tani yang menggunakan teknologi digital dan sektor tanaman, ternakan dan perikanan. Selain itu, 30,000 usahawan tani telah diberi latihan dalam Digital AgTech ini.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

Saya beri masa tambahan lima minit sahaja.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Hasilnya cukup membanggakan. Produktiviti meningkat sehingga 20 peratus, pendapatan meningkat 20 peratus dan kos operasi dapat dikurangkan hingga 30 peratus.

draft • 4:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini adalah bukti bahawa transformasi digital bukan sekadar teori tetapi realiti yang sudah menunjukkan impak kepada positif di lapangan.

Terima kasih kepada Ledang.

draft • 4:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Boleh saya sentuh sikit, YB Menteri?

Ledang.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih sebab saya sentuh banyak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham memang ada usaha-usaha yang dilakukan oleh KPKM yang sangat jelas untuk menggunakan teknologi moden dari segi pertanian. Yang saya cadangkan dalam perbahasan saya ialah supaya ada sinergi. Sinergi di antara KPKM dengan projek SejaTi MADANI yang dilaksanakan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sebab projek SejaTi MADANI ini dia di kampung-kampung dan mereka melaksanakan banyak projek-projek pertanian yang sebenarnya boleh dimodenkan dan ianya sudah pun dilaksanakan. Tinggal lagi kita mahu untuk memilih projek-projek ini dan

draft • 4:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

dijadikan sebagai asas juga untuk mendapat pendapatan baik untuk kampung selain juga untuk mengurangkan kos operasi. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Memang sekarang ini kadang- kadang ada satu tempat itu terlalu murah, ada tempat terlalu mahal. Kalau dengan sistem yang ada ini, kita boleh tahu di mana nak dapat tempat yang murah. Misalnya kalau petai.

Dia murah di Larut, di Selama. Misalnya diisytiharkan harga di sana berapa, maka orang di Kuala Lumpur atau di Klang boleh tekan komputer mengetahui ada petai yang murah di Larut.

Ertinya mereka boleh membawa petai itu ke tempat yang boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi. Ini saya ambil contoh yang kecillah. Misalnya tentang harga petai. Ini teknologi baharu ini memang dilaksanakan di negeri-negeri maju supaya tidak berlaku perbezaan harga yang begitu tinggi di tempat pengeluaran misalnya begitu tinggi, ada di tempat orang nak gunakan ia, harganya terlalu rendah. Jadi, dapat kita gunakan teknologi moden ini.

Fasa kedua program kini sedang berjalan dengan 200 pengusaha tani lagi bakal menerima solusi Digital AgTech. Ceritanya kita pergi ke arah pertanian moden sekarang ini.

Namun, persoalan pentingnya adalah bagaimana kerajaan boleh memastikan lebih ramai petani dan peladang terlibat dalam adaptasi teknologi ini?

Ia sedang berkembang, kita pergi galakkan, Ahli-ahli Parlimen semua kena berkunjung tempat-tempat yang tanaman padi ini, tanaman sayur, tanaman apa sekali pun dan kita hal kecukupan makanan ini, kita hendaklah bersifat color blind. Color blind ertinya jangan kira parti, jangan kira kaum yang pentingnya kita berusaha untuk keterjaminan makanan. Kalau saya misalnya pergi Kelantan nak cari kawasan mana yang kawasan AMANAH yang jadi wakil rakyat? Tak ada.

draft • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ada satu. Tak ada bendang. Jadi, kita pergi bantu mana yang berpotensi tak kira dia menyokong parti mana, puak mana sebab hal makanan ini kita kena lihat di sudut parti dan kaum mesti color blind. Kita lihat keupayaan mesti kita bantu. Kalau saya pergi ke Kedah, kalau tak mahu pergi ke bendang nak pergi ke mana? Jadi, kita kena lihat di situ iaitu kita kena membantu rakyat yang berpotensi.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya nak ucap terima kasihlah. Ini seorang Menteri yang — Betul, there is no color blind. Saya bersetuju sangat bab itu...

[Tepuk] Kami di sini pun sebenarnya tidak ada color blind. Sebab itu kami bila dengan Menteri Pertanian ni, kami bangkit nak beri cadangan adalah kerana kita tahu Yang Berhormat Menteri inilah satu-satunya Menteri yang tidak ada color blind dan dia boleh bincang dengan kita...

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kenapa?

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jangan nak marah-marah. Tak — Jadi, yang lain itu tak payah marah-marah pun.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kadang-kadang saya marah bila fakta tak betul...

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab saya tahu...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dia kata berjuta beras putih hilang dalam banjir. Yang hilang itu padi, jadi kena betul fakta sahaja. Saya tak marah.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya pun tadi tak nak ganggu. Saya nak beritahu sebenarnya 24 juta beg itu kalau 10 kilogram, Yang Berhormat Menteri tahu tak berapa banyak sebenarnya? Hanyalah...

draft • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

240 — Kalau kita — Hanya adalah 240,000 metrik tan sahaja pengeluaran kita. Kita perlukan 2.4 metrik tan. Itu hanya 10 peratus daripada apa yang dikeluarkan oleh petani-petani kita ataupun pesawah-pesawah kita. Tapi sebab saya tak mahu tegur tadi, tapi bila Yang Berhormat dah cakap ini, jadi saya tegurlah.

Saya tak mahu ganggu tadi. Saya kata ini sikit sangat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, ya...

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

10 persen sahaja. Kalau enam bulan 10 persen, kalau setahun baru 20 persen. Katalah enam bulan, 240 juta. Nama memang besarlah. 24 juta beg. Yes.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Empat juta sebulan. Empat juta beg...

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, empat juta sebulan tapi sebenarnya berapa ribu? Sikit sahaja, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang sikit penggunaan lebih banyak.

Sebab itu ada beras import, ada beras RM26.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, tetapi kita keluarkan 60 persen daripada apa yang kita hendak.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak cukup lagi.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab itu kita kata tak boleh, tak cukup.

Ini yang kita maksudkan tapi kita tak tegur tadi tapi bila Yang Berhormat dah kata begitu...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih sebab tegur.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cuma saya bangkit ini hanya nak mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian yang color blind…

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bukan, kalau saya...

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

…Dari segi sifat untuk menentukan kita ini maju dan terima akan cadangan.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Puan Speaker...

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau saya bersifat, kalau saya kepartian saya tak boleh turun ke Kedah, ke Kelantan, Terengganu, Perlis. Semua pembangkang yang ada depan saya ini. Tapi itulah negeri yang paling kerap saya turun.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Tahniah kepada Menteri Pertanian...

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, selepas ini surat akan menyusul dari Pengkalan Chepa.

[Ketawa]

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Apa dia?

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Surat akan menyusul dari Pengkalan Chepa, color blind.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya — Pengkalan Chepa berapa kali saya turun...

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ertinya kita dalam hal ini, dalam hal keterjaminan makanan...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar tak turun lagi.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Kita, nak pergi ke semua, memang...

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, ikut peraturan...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kena pergilah.

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Airport di Pengkalan Chepa.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kalau nak pergi ke semua, baik saya balik jadi Presiden Parti kamu.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kementerian juga bersedia...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Masuk ahli lah balik.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Masuk ahli balik.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya ucap terima kasih kepada semua.

Pandangan-pandangan yang diberi walaupun kadangkalanya fakta tidak betul, kita anggap juga itu sebagai fakta. Teguran pedih, panas, semua itu sebagai satu biasa dalam Parlimen ini. Yang pentingnya semua kena bekerja untuk keterjaminan makanan. Tidak kira parti, kena buat betul-betul. Kerana dia satu parti, dia berjaya. Tidak. Dia kerana atas usahanya. Itu yang kita harapkan dan kita akan membantu mereka yang ada telah ada bakat dalam usaha

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

mereka. Ini jaminan daripada pihak kita. Juga kena bantulah Kerajaan Perpaduan ini supaya dia kekal sampai pilihan raya akan datang. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Kementerian Ekonomi untuk menjawab.

draft • 4:40 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Puan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati sekalian. Terima kasih kepada 42 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian Ekonomi yang boleh saya rangkumkan kepada perkara-perkara seperti berikut:

(i) persoalan pertumbuhan dan kedudukan ekonomi negara;

(ii) keseimbangan pembangunan dan juga pembangunan antara wilayah;

(iii) pembasmian kemiskinan dan agenda pembangunan bumiputera; dan

(iv) penyasaran semula subsidi RON95.

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Besar dan Selangau ada menyentuh mengenai cabaran ekonomi global. Konflik perdagangan yang berterusan di antara negara China dan Amerika Syarikat telah memberi kesan kepada perdagangan dunia, termasuklah kepada Malaysia. Kedua-dua negara tersebut merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia pada tahun 2024 dengan jumlah perdagangan dengan China sebanyak RM484 bilion dan Amerika Syarikat sebanyak RM325 bilion.

Bagi menangani kesan konflik ini terhadap ekonomi negara, kerajaan akan memberi tumpuan kepada perkongsian perdagangan strategik dengan rakan dagang Malaysia termasuklah rakan-rakan dagang baharu. Usaha ini akan dapat mempelbagaikan perdagangan Malaysia, mengurangkan risiko daripada ketidakstabilan pasaran global dan meningkatkan integrasi ke dalam rantaian nilai global yang lebih dinamik.

Seterusnya, Pasir Puteh dan Pasir Gudang menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi negara. Untuk makluman Dewan, ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 5.1 peratus pada tahun 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun 2023. Pertumbuhan ini dipengaruhi oleh permintaan domestik yang menggalakkan berikutan pasaran buruh yang bertambah baik dan sektor pelancongan yang semakin pulih. Manakala, kadar inflasi bagi tempoh tersebut mencatatkan pertumbuhan yang lebih sederhana iaitu sebanyak 1.8 peratus.

Pertumbuhan 5.1 peratus ini wajar diletakkan dalam konteks yang lebih menyeluruh bagi tahun 2024. Kalau tidak, kita hanya dibekalkan dengan angka-angka. Maka kita tidak boleh membandingkan bagaimana angka itu mempunyai kesan kepada ekonomi. Tahun 2024

draft • 4:41 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

berlatar belakangkan pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus ini menyaksikan beberapa perkembangan memberangsangkan yang meliputi pelbagai aspek ekonomi seperti berikut.

Nilai pasaran syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia mencecah nilai RM2 trilion pada 7 Mei 2024 buat kali pertama dalam sejarah. Bagi separuh tahun pertama 2024, nilai dagangan harian purata ataupun dengan izin Puan Yang di-Pertua, average daily trading value di Bursa melonjak 59 peratus kepada RM3.27 bilion sehari berbanding RM2.06 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Maknanya, perdagangan yang rancak jual beli ini menunjukkan minat yang mendalam bukan sahaja bagi pelabur domestik tetapi juga dana-dana antarabangsa.

Seterusnya, penyenaraian awam syarikat-syarikat baharu ataupun IPO di bursa bagi tahun 2024 melonjak 72 peratus iaitu 55 penyenaraian baharu berbanding 32 dalam tahun 2023. Ini mungkin tidak ada makna bagi kebanyakan orang. Tetapi untuk mengukur prospek dan minat ekonomi dunia kepada Malaysia, wajar kita bandingkan bagaimana Bursa mendapat penyenaraian baharu sebanyak 55 buah syarikat. Bagi tahun 2024, hanya empat penyenaraian baharu di Singapura sahaja. Penyenaraian baharu sebanyak 55 syarikat ini adalah rekod tertinggi negara dalam tempoh 19 tahun.

Seterusnya kita lihat kepada inflasi. Inflasi bagi tahun 2024 seperti yang saya sebut sebentar tadi adalah 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malah, bila kita lihat kepada kadar inflasi bulanan, setiap bulan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, kita telah berjaya mengekalkan inflasi di bawah paras dua peratus ataupun lebih rendah daripada dua peratus itu iaitu bermula Julai 2023 sehinggalah Disember 2024, inflasi bulanan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya sebenarnya tidak pernah melepasi dua peratus iaitu mengekang inflasi di bawah dua peratus selama 18 bulan berturut-turut.

Inflasi bagi Disember 2024 ialah 1.7 peratus berbanding 3.8 peratus bagi Disember 2022. Maknanya begini. Kadar kenaikan harga selepas dua tahun daripada Disember 2024 bila dibandingkan dengan Disember 2022, kadar kenaikan harga telah diperlahankan sebegitu rupa bilamana kadar inflasi Disember 2024 adalah separuh daripada kadar inflasi Disember 2022. Kemudian, kita lihat kepada kadar pengangguran. Kadar pengangguran bagi Disember 2024 ialah 3.1 peratus iaitu kadar terendah yang dicatatkan sejak Mei 2015.

Kita sedia maklum tentang jumlah pelaburan yang diumumkan dan jumlah pelaburan yang diluluskan setakat sembilan bulan 2024 adalah RM254.7 bilion berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh yang sama 2023 iaitu peningkatan sebanyak 10.7 peratus. Dari jumlah RM254.7 bilion pelaburan yang diluluskan, RM106.7 bilion adalah pelaburan asing. Malah, pelaburan yang lebih tinggi adalah pelaburan domestik sebanyak RM148 bilion.

Ada yang berkata bahawa pengumuman-pengumuman ini hanyalah pengumuman tetapi tidak berlaku di bawah. Sebab itu angka pelaburan yang diluluskan, yang diumumkan oleh MIDA perlulah dibaca bersama dengan angka pelaburan yang diterbitkan oleh DOSM.

draft • 4:41 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Angka pelaburan MIDA adalah angka projek yang diluluskan yang akan mengambil masa dua, tiga, empat tahun akan datang untuk dilaksanakan.

Angka oleh DOSM ialah angka projek yang sedang berlaku. Jadi, sebab itu bila kita bandingkan data daripada DOSM setakat Jun 2024, sejumlah RM137.95 bilion aliran masuk FDI dilaporkan yang menunjuk dan membuktikan bahawa pelaburan-pelaburan yang telah diluluskan sebelum itu oleh MIDA sebenarnya sedang berlaku sekarang dan yang itulah juga yang menyumbang kepada semua angka-angka ekonomi yang saya sebut tadi.

Nilai dagangan Malaysia mencatat rekod tertinggi dalam sejarah negara kita pada nilai RM2.879 trilion bagi tahun 2024. Akhir sekali, defisit belanjawan negara bagi 2024 dikurangkan kepada 4.1 peratus iaitu lebih baik daripada sasaran yang kerajaan tetapkan sebanyak 4.3 peratus di dalam Belanjawan 2024.

Puan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang saya hormati, saya bentangkan semua tadi kerana semua ini dicapai dalam keadaan kerajaan mengimbangi dua keperluan yang sangat sukar.

draft • 4:41 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Satu, keperluan ialah mengukuhkan kedudukan fiskal kita. Maknanya, kita kena belanja dengan lebih berhemah, tidak berhutang dengan tidak cermat dan pada masa yang sama kita juga perlu menstrukturkan semula ekonomi kita supaya kita mula ada pertumbuhan dan pelaburan untuk jangka masa panjang dan akan datang. Trade-off-nya begini Puan Yang di-Pertua − mengawal perbelanjaan kerajaan contohnya dengan terlalu drastik untuk mengurangkan hutang dan defisit, risikonya kepada ekonomi negara akan berlaku kenaikan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Kalau terlebih pula, maknanya mengutamakan pertumbuhan semata-mata sehingga kita mengabaikan keperluan untuk mengawal defisit, itu akan menjerumuskan negara ke kancah krisis kewangan. Kerana pertama, ia berkemungkinan akan menyebabkan inflasi melonjak, tetapi pada masa yang sama, dia akan melemahkan lagi kedudukan kewangan negara akibat keberhutangan yang semakin tinggi.

Sebab itu, Puan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang saya hormati, prestasi ekonomi yang dicatatkan bagi tahun 2024 tadi, pertumbuhan yang kukuh, inflasi yang rendah, peluang pekerjaan yang bertambah dan pada masa yang sama kerajaan tetap berjaya mengurangkan defisit dan jumlah hutang baharu yang diambil setiap tahu. Ini hanya akan dapat dicapai dan telah dicapai kerana keyakinan daripada pelabur, daripada ekonomi kepada perancangan dan pengurusan ekonomi negara.

Ini bermakna kerangka ekonomi Madani yang seimbang di antara pertumbuhan dan melindungi rakyat terbanyak bila disertai pula dengan pelan-pelan sectorial yang khusus dan projek khusus seperti NETR, NIMP, NSS, JS-SEZ dan lain-lain, kita perlu beri sedikit penerimaan bahawa pelan-pelan ini, kerangka ekonomi dan pelaksanaan setelah dua tahun setakat ini berjaya meyakinkan pelabur untuk melabur dan turut serta dalam ekonomi negara.

draft • 4:50 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Pelaburan jangka panjang yang berterusan seperti yang berlaku sekarang akan mencipta kapasiti baharu ekonomi negara dalam sektor-sektor bernilai tinggi seperti peralihan tenaga, elektronik dan semi konduktor, perkilangan termaju, digital dan tech dan yang lain-lain yang secara berterusan akan menghasilkan peluang pekerjaan baharu yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada anak-anak kita.

Bersandarkan naratif dan prospek ekonomi yang disambut baik oleh pelabur seperti yang saya terankan tadi, kerana ini menjamin pertumbuhan jangka panjang dan sederhana.

Sekarang ini, kerajaan boleh memberi tumpuan yang lebih tumpuan yang seiring untuk memastikan limpahan ekonomi yang dirangsang oleh pertumbuhan tadi dapat dirasai secara adil oleh rakyat.

Jadi kalau ikut fasa menguruskan ekonomi kita seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, tumpuan dua tahun pertama ialah untuk membina naratif yang baik itu. Apabila sudah ada momentum sekarang ini, maka tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada perubahan struktur dan juga reformasi ekonomi supaya pertumbuhan itu limpahannya dapat dirasakan oleh rakyat sama ada melalui peluang pekerjaan gaji dan lain-lain.

Maka tumpuan-tumpuan di Kementerian Ekonomi bersama-sama dengan kementerian-kementerian lain adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi ini berlaku seiring dengan reformasi struktur yang mempengaruhi kos sara hidup rakyat iaitu satunya reformasi pasaran kerja dan satu lagi ialah reformasi yang bersabit dengan rantaian nilai dan juga pasaran pengguna.

Puan Yang di-Pertua, ini membolehkan saya menyentuh perkara yang banyak ditimbulkan oleh anggota-anggota Dewan. Paya Besar ada sentuh, Bachok tak ada dan ada beberapa yang lain berkenaan dengan inflasi. Kos sara hidup berkait rapat dengan harga barang. Semua parti yang ada dalam Dewan sekarang ini, pernah menjadi Kerajaan Persekutuan. Dan kita tahu bahawa menangani harga barang sebenarnya melibatkan beberapa perkara yang perlu diadakan dan dilakukan secara seimbang.

Pertama contohnya, mengawal inflasi bukan sama dengan menurunkan harga barang.

Ini perlu kita perjelaskan secara bertanggungjawab kepada rakyat di luar kerana kalau satu hari nanti pembangkang jadi kerajaan, pembangkang pun akan menangani masalah yang sama.

Jadi kefahaman bahawa mengawal inflasi itu tidak sama dengan menurunkan harga barang adalah sangat penting. Mengawal inflasi adalah memperlahankan kenaikan harga barang dari satu tahun ke satu tahun untuk mempertahankan kuasa beli pengguna. Dan bila itu dapat dibuat, kita boleh pastikan kenaikan gaji yang berlaku secara tahunan adalah setimpal dengan kenaikan kos.

Walau apa pun pandangan kita mengenai ekonomi Malaysia, prestasi mengawal inflasi adalah baik. Tidak banyak negara di dunia ini yang tumbuh pada kadar pertumbuhan kita yang berjaya mengekang inflasi di bawah dua peratus. Kalau dilihat di Amerika Syarikat sehingga

draft • 4:50 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

sekarang, tumpuan mereka ialah cuba mencapai sasaran inflasi dua peratus daripada dua tiga tahun yang lepas.

Jika kita berjaya mengekalkan inflasi pada paras sekitar dua peratus untuk beberapa tahun akan datang, campur tangan kerajaan untuk menaikkan gaji dan penghasilan kerja yang menawarkan gaji dan penghasilan kerja yang menawarkan gaji yang lebih tinggi akan mula meredakan tekanan kos sara hidup. Dengan izin Puan Yang di-Pertua, inflation point, we are looking at an inflation point when the wage growth surpass the inflation.

Perkara kedua mengenai inflasi ialah kos sara hidup berkait rapat dengan kecekapan pasaran berhubung penawaran dan permintaan. Pasaran yang cekap dan telus akan menterjemahkan turun naik harga sesuatu barang dengan baik. Pasaran yang ada kelemahan struktur akan menyebabkan kenaikan harga yang tidak melambangkan situasi penawaran dan permintaan. Sebab itu, kalau di Malaysia, selalu diperbahasakan kenapa barang hanya naik, tapi tak turun.

Kalau contohnya ada harga ayam. Pada ketika harga makanan siap dimasak dinaikkan atas alasan harga ayam naik, tapi bila harga ayam turun, harga barang masak itu tak turun.

Sebahagiannya ialah kerana pasaran kita masih lagi mempunyai kelemahan struktur dan dia tidak benar-benar melambangkan situasi penawaran dan permintaan. Perkara ketiga, kerajaan boleh memberi tumpuan yang lebih kepada sektor-sektor yang terdedah kepada ketidaktentuan harga dan bekalan ini.

Ini termasuklah makanan asas dengan memastikan sama ada harga dikawal atau bekalan itu mencukupi. Kota Raja tadi membentangkan bagaimana usaha kerajaan untuk memastikan bekalan itu mencukupi. Ini adalah perkara ketiga yang bersabit dengan kos sara hidup. Kerajaan juga contohnya boleh meningkatkan pelaburan dalam sektor pertanian tertentu untuk memastikan keterjaminan makanan, untuk meningkatkan penawaran dan bekalan. Pun begitu, ia tidak bermakna kerajaan boleh menetapkan harga semua perkara.

Terutama makanan yang sudah siap dimasak, kerana kalau percakapan yang paling utama di luar ialah soal harga barang makanan yang sudah siap dimasak. Yang ini tidak boleh kerana tidak ada piawai perbandingan contohnya untuk nasi lemak. Kalau kerajaan tetapkan nasi lemak RM3, Teluk Intan jual nasi lemak, nasi lemak dia ada ayam. Putrajaya, nasi lemak dia tak ada bilis, hanya ada telur. Jadi, kalau kita tetapkan RM3, Teluk Intan kata nasi lemak saya yang ada ayam ini macam mana saya nak jual dengan RM3? Sedangkan saya punya ada ayam, yang itu tak ada ayam.

Jadi, sebab itu, mengawal harga barang ini hanya menetapkan harga yang boleh dilakukan kepada barang-barang asas yang ada piawai. Beras, gula, dan ini menjadi kos input kepada barang akhir itu. Untuk kita memastikan harga turun naik harga barang akhir itu benar- benar melambangkan penawaran dan permintaan. Itulah yang perlu diberi perhatian supaya sistem pasaran kita itu lebih agile, lebih anjal dan juga lebih terbuka.

draft • 4:50 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Perkara keempat, kerajaan boleh membantu rakyat secara terus dengan memberi bantuan tunai seperti STR dan SARA atau memberi subsidi melalui Jualan Rahmah. Kalau dilihat, contohnya peruntukan RM700 juta diperuntukkan untuk memperbanyakkan saluran program kos sara hidup bagi mengawal harga barang tahun ini. Begitu juga RM250 juta untuk menampung kos pengangkutan untuk memastikan keperluan asas di kawasan pedalaman terutamanya di enam negeri ― Sabah, Sarawak, Terengganu, Kedah, Kelantan dan Pahang ― harganya itu lebih berpatutan dan terkawal.

Puan Yang di-Pertua, gabungan keempat-empat faktor ini yang diberi perhatian ― dan keempat-empat ini diberi perhatian oleh kerajaan. Saya ambil masa yang agak panjang untuk menerangkan bagaimana pendekatan bersepadu kerajaan dalam menangani inflasi dan kos sara hidup ini jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan juga jangka masa panjang. Yang inilah yang diberi perhatian oleh kerajaan untuk memastikan dasar-dasar dan program yang menyeluruh dari yang bersifat makro hingga kepada bantuan terus kepada penerima dan ini kita perlu terus perhebatkan untuk meredakan tekanan kos sara hidup rakyat.

Saya juga suka berkongsi dengan Dewan bahawa Kementerian Ekonomi juga telah menetapkan bahawa tahun 2025 ini, Kementerian Ekonomi bersama-sama dengan kementerian-kementerian lain yang terbabit akan memfokuskan kepada penambahbaikan rantaian bekalan makanan, dengan izin, supply chain dan perkhidmatan di dalam sistem ekonomi kita dengan berteraskan kepada ketelusan harga dan pasaran.

Itu juga ada disentuh oleh Kota Raja sebentar tadi bagaimana harga sesuatu hasil pertanian apabila dikeluarkan harga at farm, daripada ladang, harganya satu harga, tetapi bila sampai kepada pembeli di pasar borong ataupun di kedai-kedai, harganya itu berkali ganda lebih mahal. Ini adalah perkara-perkara yang perlu diselesaikan melalui penambahbaikan rantaian bekalan ataupun supply chain.

Hasil daripada fokus ini, insya-Allah, akan diselaraskan dengan kementerian- kementerian berkaitan untuk menguatkan lagi mekanisme pasaran dan persaingan serta melonjakkan kebertanggungjawaban peniaga dan pasaran kepada pengguna. Kita ada persatuan pengguna. Kita ada konsep konsumerisme. Tetapi, pandangan saya, peranan dan juga aktivisme mereka dalam menangani kenaikan kos sara hidup ini perlu diperhebatkan lagi kerana itu adalah satu komponen kepada satu sistem pasaran yang cekap dan telus yang boleh mengimbangi kenaikan harga barang di masa akan datang.

Sementara kerajaan tidak pernah menafikan bahawa tekanan kos sara hidup adalah isu utama rakyat, kita juga wajar membentangkan diagnosis dan penyelesaian yang objektif kepada rakyat termasuklah bahawa kadar inflasi pada 1.8 peratus bagi tahun 2024 itu adalah satu pencapaian yang baik dan kenaikan harga barang bagi 18 bulan yang lepas adalah jauh lebih rendah berbanding dengan 24 bulan sebelum itu.

draft • 5:00 PM

Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Puan Yang di-Pertua, kalau ada celahan? Sebelum saya beralih ke perkara yang seterusnya. Paya Besar.

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana address isu cabaran kos sara hidup dalam jawapan Yang Berhormat Menteri. Cuma, saya ada beberapa soalan, Puan Yang di-Pertua.

Yang pertamanya, apabila disebut pasal inflasi tadi 1.8, kita setuju sepertimana kenyataan Yang Berhormat Menteri. Cumanya, apabila kita melihat secara kategorinya dalam kategori perumahan, utiliti, gas naik sampai 3.2. Kalau kita dapat melihat, adakah kita hanya berasaskan kepada data untuk membuat semakan kepada inflasi?

Sebab, seperti mana yang acap kali saya bangkit, Yang Berhormat Menteri, EP dan PP yang dibuat oleh Bank Negara. Kerana, antara perceptions yang menyebabkan ketidakfahaman rakyat itu mesti ditangani. Itu sebabnya kita perlukan ada indikator tambahan. Saya faham inflasi ini adalah international standard organization yang menetapkan itu, tetapi apa salahnya untuk kita mengambil keadaan yang tambah baik dengan adanya indikator tambahan seperti mana yang dibuat oleh Bank Negara ― EP dan PP. Itu yang pertama.

Keduanya, saya nak minta pandangan Yang Berhormat sebab kementerian Yang Berhormat sedang merangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk kita melihat traditional asset dengan alternative asset ini. Kalau kebelakangan ini, Yang Berhormat Menteri, saya lihat alternative asset itu memuncak dari segi peratusannya. Bermakna, kita juga kena mengambil ruang dan peluang untuk mengambil keadaan tersebut kerana kalau kita biarkan alternative asset ini dibiarkan begitu sahaja, sudah pasti inilah yang akan menambahkan kekuatan kepada shadow economy.

Yang ketiganya, saya minta sangat, Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas nanti, literasi kewangan ini mesti diperkuatkan supaya kefahaman tentang ekonomi, kefahaman tentang kewangan ini dapat kita perjelaskan dan kita mudahkan di peringkat kurikulum tersebut. Jika kita dapat selesaikan ini, siapa sahaja yang menjadi kerajaan, Yang Berhormat, sudah pasti tidak akan menghadapi masalah ini kerana literasi kewangan itu berada di tahap yang memuncak.

Jadi, yang terakhirnya, saya juga nak melihat dapatan-dapatan daripada World Bank yang menyebabkan berlakunya keadaan kos sara hidup ini, salah satunya adalah inequality of opportunity. Bagaimana Yang Berhormat nak menyelesaikan keadaan ini? Supaya bukan sahaja kita menyelesaikan isu poverty tetapi inequality ini. Walaupun ada dalam framework Ekonomi MADANI tetapi laporan Bank Dunia dan pembentangan dibuat kepada Ahli Parlimen pagi tadi amat membimbangkan kami sebagai wakil rakyat di pihak kerajaan.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Ledang.

draft • 5:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya teruja mendengar tadi berkenaan dengan pentingnya untuk kita mereformasi pasaran buruh dan berkaitan dengan upah ataupun gaji. Dan yang saya sentuh dalam perbahasan saya ialah terkait juga dengan peluang pekerjaan di mana ia bukan hanya mewujudkan peluang pekerjaan tetapi kita juga harus menangani isu defisit kerja wajar. Maknanya, dalam defisit kerja wajar, dia bukan hanya melihat dari segi gaji, tetapi juga melihat dari segi jam bekerja ataupun ketidaksepadanan kerja, kerja yang selamat dan juga ada perlindungan sosial. Boleh YB berikan pandangan? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Paya Besar dan Ledang. Perkara yang seterusnya yang memang saya nak sentuh ialah pasaran kerja yang juga turut dibangkitkan oleh Ledang dan Paya Besar dalam perbahasan.

Berbalik kepada perkara-perkara yang disentuh oleh Paya Besar tadi. Saya bersetuju bahawa kerajaan memang perlu memberi penekanan kepada literasi kewangan dan ekonomi bermula daripada umur yang seawal mungkin. Ini antara perkara-perkara yang turut dibincang di dalam RMKe-13. Jadi, kita akan melalui proses itu. Tetapi, memang salah satu cadangan yang teras yang dibawa oleh Kementerian Ekonomi kepada kerajaan ialah keperluan untuk mengarusperdanakan literasi kewangan dan ekonomi ini seawal mungkin.

Sebenarnya bukan semata-mata untuk demi memudahkan menjelaskan tentang inflasi tetapi untuk memastikan bahawa tenaga kerja dan rakyat kita di masa akan datang berupaya untuk mencipta peluang penciptaan nilai yang lebih baik. Apabila mereka mempunyai literasi yang lebih baik, maka mereka boleh melihat perniagaan ini sebagai peluang, bukannya dia takut untuk berniaga.

Jadi, perkara itu sedang dipertimbangkan. Apabila itu berlaku, saya percaya sebenarnya DOSM dan juga Bank Negara memang telah ada pelbagai indikator yang pelbagai yang kalau dilihat secara keseluruhan, dia memberi gambaran yang lebih baik mengenai kedudukan ekonomi dan kenaikan harga barang, selain daripada yang disebut oleh Paya Besar tadi. Jadi, memang menjadi tanggungjawab pada kami di kerajaan untuk mengarusperdanakan indikator-indikator lain. Tetapi, saya pada hari ini berucap panjang mengenai inflasi supaya kita semua faham keutamaan untuk memahamkan perkara ini kepada rakyat.

Soal alternative asset. Yang itu, saya ingat bersabit dengan kripto dan sebagainya.

Memang sudah ada keputusan dan Bank Negara sekarang dalam proses untuk mempercepatkan kerangka dan sebagainya.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Soalan Paya Besar mengenai inequality. Sebenarnya, Laporan Bank Dunia itu dibuat bersama dengan Kementerian Ekonomi dan kami sangat bersetuju dengan dapatan. Itulah juga yang kami masukkan sebagai cadangan kepada kerajaan bahawa untuk menangani kemiskinan, dia bukan semata-mata soal bantuan, bukan soal ekonomi semata-mata tetapi

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

untuk memastikan, dengan izin, head start. Head start itu bermakna, intervensi negara mestilah bermula pada peringkat paling awal iaitu peringkat pra sekolah. Kalau anak-anak ini melalui proses sekolah tetapi terlepas peluang berbanding dengan anak dari keluarga yang lebih menengah atau lebih kaya, maka cerdik macam mana pun, jauh macam mana pun, sebenarnya jurang yang menghalang mobiliti sosial itu akan tetap wujud sehinggalah ke akhir hayatnya. Jadi, satu daripada tujahan utama di dalam RMKe-13 ialah untuk kita melihat bagaimana kita boleh mengalihkan sumber dan intervensi kerajaan kepada seawal mungkin, sebelum pun kanak-kanak itu bersekolah.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Putrajaya dan Temerloh, bagi saya terangkan sedikit mengenai pasaran kerja dan insya-Allah...

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Topik yang sama, boleh Yang Berhormat Menteri? Inflasi sedikit.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Ok, inflasi.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pertama sekali, saya dengar tadi penjelasan teorinya daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan inflasi. Saya rasa dari sudut teori, siapa yang biasa dengan ekonomi dan sebagainya, memahami apa yang dijelaskan.

Dari sudut kiraan juga, data-data inflasi ini dikira dengan piawaian antarabangsa yang telah digunakan. Cuma yang rakyat tanya di bawah sana adalah, data ini tidak reflect apa yang berlaku di bawah. Jadi, ini yang ramai bangkitkan tadi. Sebab itu saya kata, kalau kita tengok kiraan, maknanya dari sudut kiraan, saya bangkitkan di sini tempoh hari, kos penjagaan kanak-kanak, sebagai contoh. Wajaran dalam kiraan CPI ini saya dimaklumkan 0.5 peratus.

Sebab itulah kita tidak nampak perbezaan tetapi ibu bapa yang menghadapi situasi di bawah sana, seorang anak peningkatan sampai 30 peratus ada, 20 peratus ada. Kalau tiga orang anak, sudah berapa kos peningkatan untuk tahun ini? Ini belum termasuk lagi kos-kos beli barang sekolah yang dibangkitkan oleh Indera Mahkota.

Jadi, saya rasa dari sudut teorinya, penjelasan teori itu kita faham tetapi rakyat di bawah sana merasai tekanan. Apatah lagi tahun ini apabila kos tenaga akan dinaikkan, kenaikan takrif elektrik dan juga peluasan skop SST akan terus memberi tekanan. Jadi, ada perbezaan di antara data ekonomi yang mempunyai piawaian tersendiri dengan apa yang dirasai di bawah sana. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Putrajaya. Komen Putrajaya itu datang daripada seorang mantan Timbalan Menteri Ekonomi yang sebelum ini berada di tempat saya untuk membentangkan data-data yang sama dan dibuat oleh kumpulan yang sama dan dilaporkan pada piawaian yang sama. Sebab itu saya sebut, kita boleh mengatakan bahawa contohnya, rakyat tertekan dengan kos sara hidup. Saya tidak kecil hati pun perkara itu, memang itulah yang kita tumpukan. Tetapi kalau hendak mempersoalkan

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

seolah-olah bahawa data negara yang dibuat oleh penjawat awam yang sama yang bekerja dengan Putrajaya sebelum itu, yang itu saya tegur.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, kena jelas. Saya tidak persoalkan data ya.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Bagilah saya jawab. Bagi saya menjawab.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya jelaskan tadi, piawaian antarabangsa.

Cuma saya kata tadi, teori dan keadaan di bawah itu berbeza. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tidak mengganggu semasa Putrajaya membentangkan perkara tadi. Jadi apabila saya jawab, Putrajaya kena dengar. Jadi, sebagai Timbalan Menteri Ekonomi yang bertanggungjawab kepada data daripada DOSM, wajaran yang sama, kaedah yang sama, pematuhan kepada yang sama dan dari segi wajaran ini, bukannya kerajaan pandai-pandai buat. Dia perlu melalui proses. Sebab itu kita ada Household Income and Expenditure Survey yang mengambil masa satu tahun.

Melibatkan 90,000 isi rumah yang mewakili segala bentuk masyarakat kita dan berdasarkan inilah, maka wajaran itu ditetapkan, wajaran disemak. Hanya kerana kita berjumpa beberapa orang, yang saya tak nafikan dalam kelas tertentu, mereka merasa tertekan tetapi angka yang diberikan, baik inflasi, baik angka rasmi yang lain-lain, adalah angka yang mewakili keseluruhan negara. Kita tidak boleh hendak kata, contohnya kalau saya di bandar, pola perbelanjaan dan pendapatan pengundi saya di bandar itu mewakili seluruh negara. Begitu jugalah wakil-wakil rakyat yang lain.

Sebab itu kita ada pelaporan rasmi. Setiap dua, tiga tahun, setiap kali kita ada data baru, maka itu akan dipertimbangkan untuk menambah baik dan menyemak kembali wajaran.

Terutamanya, contohnya satu perkara sekarang ini yang sedang dilihat ialah wajaran kos untuk memelihara kucing. Untuk kebanyakan daripada keluarga negara kita ini, kos memelihara kucing, sebenarnya sudah menjadi kos yang utama. Jadi, kita kena bezakan di antara perkara yang kita hendak bawa sebagai ahli politik tetapi janganlah sampai kepada kita hendak menidakkan angka-angka itu.

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, sedikit Menteri.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Saya telah bentangkan angka, contohnya pada Disember 2024. Angka inflasinya 1.7 peratus berbanding dengan 24 bulan sebelum itu.

Disember 2022, dia telah sampai separuh turun ini. Saya faham, untuk kita buat TikTok, kita kena kata ‘rakyat sengsara, hidup seksa’ dan sebagainya. Boleh tetapi kena juga disandarkan kepada angka-angka ini. Itu menjadi tanggungjawab kami untuk tunjukkan bahawa sentimen itu sentimen tetapi kalau tidak bersandarkan kepada angka rasmi- tetapi bila tidak boleh disandarkan, jangan sampai mempersoalkan pegawai-pegawai kerajaan yang menyediakan angka-angka ini. Baik, Puan Yang di-Pertua...

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, sedikit sahaja.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, boleh? Sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri?

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Putrajaya, terima kasih. Temerloh, terima kasih.

Saya ada empat minit sahaja lagi.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya hendak sentuh sedikit tadi yang...

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Ledang dan juga Paya Besar lebih awal.

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Gaji minimum, gaji minimum.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Baik, sila duduk, sila duduk. Baik. Pasaran kerja. Negara sebenarnya meletakkan satu matrik khusus untuk memantau agihan pendapatan hasil penjanaan ekonomi kepada rakyat iaitu satu matriks yang dipanggil Compensation to Employee (CE), dengan izin. Bagi RMKe-12, sasaran CE adalah sebanyak 40 peratus. Iaitu 40 peratus daripada hasil ekonomi dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk gaji dan imbuhan.

Angka terkini yang kita ada, saya ingat setakat tahun 2023 dan angka itu sekitar 33 peratus. Di bawah Ekonomi Madani, sasaran CE diletakkan kepada 45 peratus dalam tempoh 10 tahun Kerangka Ekonomi Madani dilancarkan. Hakikatnya, saya perlu berterus terang dan saya ingat semua dalam Dewan tahu bahawa sasaran CE untuk RMKe-12 adalah sukar untuk kita capai. Kalau 2023 adalah 33 peratus, kita hendak capai 40 peratus menjelang akhir 2025, agak sukar. Ini akibat kesan berganda dua perkara. Satu ialah pertumbuhan gaji yang perlahan selama ini dan satu lagi ialah kesan krisis COVID-19 yang melanda ekonomi negara sebelum ini.

Bagi tempoh 2010 hingga 2023, berdasarkan laporan gaji dan upah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji penengah, median salary, dengan izin, hanya meningkat sebanyak secara purata 4.3 peratus sahaja setahun. Dalam tahun 2010, gaji penengah ialah RM1,500. Tahun 2023, gaji penengah ialah RM2,602 sebulan. Sebab itu tumpuan utama kerajaan ialah reformasi pasaran kerja yang mempercepatkan kenaikan gaji rakyat, termasuklah kenaikan gaji kakitangan awam, kenaikan gaji minimum dan juga gaji progresif.

Ada tanda-tanda awal yang memberi harapan kepada kita bahawa kita berupaya untuk mempercepatkan kenaikan gaji ini. Saya bentangkan beberapa contoh kenaikan gaji yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas. Contohnya, perbandingan gaji penengah di antara Jun 2023 dengan Jun 2024 dan ini berlaku sebelum pun pelaksanaan gaji minimum, sebelum kenaikan gaji kakitangan awam dan sebelum pelaksanaan gaji progresif.

Kenaikan itu telah berlaku iaitu gaji penengah naik dari RM2,600 dalam bulan Jun 2023 kepada RM2,745 dalam bulan Jun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. 5.6 peratus ini lebih tinggi daripada kenaikan tahunan purata 4.3 peratus setiap tahun daripada tahun 2010 ke tahun 2023.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Melalui projek rintis gaji progresif yang dilaksanakan antara Jun hingga Disember 2024, gaji penengah bagi pekerja di peringkat permulaan naik 12.8 peratus. Dengan izin, fresh graduate di bawah gaji progresif, kenaikan dia ialah 12.8 peratus dan bagi gaji penengah bagi pekerja berpengalaman, mereka yang dah bekerja dua ke tiga tahun, kenaikan gaji di bawah Skim Gaji Progresif ialah 9.1 peratus iaitu juga jauh lebih tinggi daripada kenaikan tahunan purata daripada tahun 2010 ke 2023. Kalau saya minta izin lima minit lagi, Puan Yang di-Pertua ya?

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lima minit.

draft • 5:20 PM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi oleh itu, saya yakin apabila data-data gaji dimuktamadkan bagi tahun 2025 dan tahun 2025 ini adalah tahun yang penting kerana ketiga- tiga campur tangan kerajaan dalam – untuk menaikkan gaji ini akan berlaku serentak.

Kenaikan gaji kakitangan awam, kenaikan gaji minimum dan juga pelaksanaan gaji progresif dengan menggunakan RM200 juta yang pertama.

Jadi, kita perlu menunggu data-data gaji untuk tahun 2025 tetapi saya yakin setelah ini berlaku, kita akan dapat menyaksikan kenaikan gaji penengah yang jauh lebih tinggi daripada yang pernah kita saksikan di antara tahun 2010 ke tahun 2023.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, sikit sahaja, gaji.

draft • 5:20 PM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

20 saat sahaja Temerloh, 20 saat sahaja.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Saya tertarik, saya menyokong tentang gaji yang dinaikkan tetapi kita mendengar juga rintihan daripada peniaga- peniaga khususnya daripada SME di mana mereka ini bila naik gaji minimum, mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi dan akhirnya barang naik juga, menyebabkan berhenti pekerja-pekerja. Daripada lima menjadi empat, daripada empat menjadi tiga. Jadi, kenapa kita tidak pulangkan? Mungkin ada budi bicara antara mereka. Sanggup menerima gaji yang lebih kecil asalkan mereka bekerja. Saya harap perkara itu dipertimbangkan. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Temerloh. Pertimbangan itu adalah memang salah satu daripada pertimbangan dalam pelaksanaan gaji minimum di mana-mana.

Keseimbangan di antara menaikkan gaji dengan kesan kenaikan gaji itu yang akan menyebabkan sebahagian tenaga kerja itu tidak berada dalam sektor formal. Sebab itu walaupun ada tuntutan di luar, kenapa tak naikkan RM2,000? Kenapa tak naikkan RM2,500?

Pertimbangan inilah yang ditentukan secara bebas oleh Majlis Perundingan Gaji Negara supaya kita boleh buat secara berfasa kerana seperti yang Temerloh sebut tadi, kalau dibuat secara tidak berhati-hati, maka ia akan memusnahkan peluang pekerjaan.

Kalau kita bagi pelepasan, maka membuka pintu pelepasan itu akan menyebabkan semua minta pelepasan. Jadi, ini adalah proses yang kita perlu lalui dan saya daripada tahun 2010 semasa gaji minimum dibentangkan, memang saya menyokong sepenuhnya asalkan kita mengimbangi kesan daripada kedua-dua ini.

draft • 5:20 PM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi, untuk saya teruskan. Saya mengenai gaji ini, saya hendak tutup begini ya.

Perancangan-perancangan kerajaan ini, campur tangan yang mendadak di dalam pasaran gaji, kesannya akan bermula 2025 ini dan apabila dicampur pula dengan pelaburan dalam sektor bernilai tinggi yang dijangka akan menambah peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi di masa akan datang, kombinasi dasar dan pertumbuhan ekonomi ini insya-Allah akan memastikan pertumbuhan gaji rakyat yang lebih rancak dan meletakkan negara di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran CE 45 peratus seperti yang ditetapkan di dalam Ekonomi MADANI menjelang tahun 2033.

Akhir sekali kerana masa yang pendek ini, saya perlu – saya ingat saya skip yang ini.

Saya nak menyentuh tentang beberapa perkara mengenai keseimbangan...

draft • 5:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri, boleh sikit?

draft • 5:20 PM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tak rasa Tuan Yang di-Pertua bagi. Jadi, kalau saya boleh gunakan. Ada Pasir Mas, Selangor dan banyak menyentuh mengenai keseimbangan pembangunan. Saya nak memperbetulkan sedikit tentang fakta-fakta yang telah dijadikan isu mengenai Kulim Hi-Tech Park. Lama dah ini. Dengan alasan, Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Ekonomi memangsakan rakyat Kedah kerana menafikan projek pelaburan ini. Daripada Dewan Undangan Negeri Kedah, sekarang masuk ke Dewan Rakyat.

Jadi, saya nak gunakan masa ini kalau boleh, untuk bentangkan fakta sahaja. Pokok Sena dan Jerlun telah membangkitkan mengenai isu Kulim Hi-Tech Park. Kulim Hi-Tech Park melalui PKEN Kedah telah diluluskan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah RMKe-12 seperti berikut.

Peruntukan pinjaman sebanyak RM195 juta bagi tujuan pengambilalihan tanah Zon Industri Fasa 5 dan juga yang tak disebut ini, peruntukan geran sebanyak RM132 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur asas Zon Industri Fasa 5. Dua minit lagi, nak habiskan ini ya? Baik. semasa KHTP melaksanakan tindakan pengambilan tanah seluas 452 ekar tersebut, terdapat bantahan penilaian harga daripada pemilik tanah asal yang besar dan mereka telah mengemukakan semakan kehakiman di mahkamah. Itu status dia sekarang.

KHTP sebenarnya telah pun mendapat RM185 juta itu malah telah pun digunakan pun.

Daripada RM185 juta itu, peruntukan yang telah digunakan untuk pampasan tanah, ada dua lot kecil yang telah pun dibeli sebanyak RM12.56 juta. Baki peruntukan telah pun diberikan kepada Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri bagi tujuan bayaran pampasan tanah yang lain, RM67.69 juta. Jadi sebenarnya yang telah dibelanjakan pun tetapi yang tidak disebut, begini ya. “Untuk memastikan projek itu dapat diteruskan, pihak KHTP oleh sebab tanah yang awal-awal itu dipohon...” Dia kata dia ada tanah ini tetapi tak ada tanah itu. Jadi, dia pun kembali kepada Kementerian Ekonomi, kata kami jumpa tanah baru dan mereka hanya menyebut bahawa mereka telah mengenal pasti lokasi alternatif yang dimiliki oleh Boustead Plantations Berhad.

draft • 5:20 PM

Dato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli

Atas dasar itu semata-mata, hanya dengan menyebut dalam mesyuarat, mereka menghantar notice of change supaya saya melepaskan baki itu. Tanah tak tahu ke mana, surat tak tahu ke mana tapi minta saya lepaskan dan itu dibuat pada 21 Mac 2024. Bagi tujuan semakan dan penelitian permohonan NOC ini dan ini terpakai kepada semua permohonan lain, bukan sahaja untuk kedah. Pihak Kementerian Ekonomi memohon supaya KHTP mengemukakan bukti bertulis dan komitmen bertulis daripada Boustead Plantations bahawa akan ada transaksi itu. Itu sampai sekarang, tak ada.

Sebab itu saya kecewa bila dijadikan isu politik di DUN. Kalau tak mula, saya tak jawab tapi bila mula, maka malulah kerana semua rakyat sekarang tahu bagaimana dengan hanya air liur, tanpa satu keping kertas pun yang membuktikan dah dapat tanah tapi dituduh Kerajaan Persekutuan memangsakan rakyat negeri Kedah. Sebab itulah, NOC itu tertangguh daripada Mac 2024.

Jadi Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya nak ingatkan Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan. Dah bagi dan dah salur pun. Cuma, macam kita buat pinjaman rumah. Kalau kita buat pinjaman rumah untuk beli rumah dua tingkat, kita kena beli rumah dua tingkatlah. Kita tak boleh nak kata, “Ha, duit itu tak apa, saya tak nak beli rumah ini, saya nak pergi beli kereta”. Tak boleh begitu. Itu peraturan biasa.

Keduanya, pinjaman itu kena bayar balik dan geran yang kami telah luluskan sebanyak RM132 juta tadi itu, itu bergantung pada pelaksanaan KHTP seperti yang dimohon.

Jadi saya harap, itu akan dapat menyelesaikan keadaan dan saya menunggu secara bertulis, bukti daripada Kerajaan Negeri Kedah bahawa sebenarnya tanah ini dah ada dan saya nasihatkan juga, lain kali jangan gunakan medan di DUN atau di tempat lain yang kami tak boleh jawab kerana bila kami menjawab, bila ada fakta itu maka itu akan memalukan semua orang.

[Tepuk] Jadi saya ingat setakat itu. Saya ucapkan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas masa tambahan. Sekian, selamat berpuasa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Hebat Menteri.

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.

draft • 5:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mulakan penggulungan Titah Diraja dengan serangkap pantun.

draft • 5:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Di awal kalam membuka bicara, KPKT menggulung perbahasan semua, Membawa harapan nusa dan bangsa, Malaysia MADANI dijulang bersama. Puan Yang di-Pertua, dengan penuh tawaduk dan rendah diri, Teluk Intan merafak sembah menjunjung kasih, memohon menggulung atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas. Sebagai sedikit sorotan ringkas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, dalam titah baginda telah menzahirkan ucapan syabas kepada Kerajaan MADANI atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan secara keseluruhannya.

Bagi memastikan prestasi negara dapat melimpahkan kemakmuran kepada seluruh rakyat, baginda telah menekankan antara lain, penyediaan rumah mampu milik yang berterusan kepada setiap rakyat serta penambahbaikan infrastruktur asas. Baginda turut bertitah supaya penekanan diberikan terhadap transformasi penyampaian perkhidmatan ke arah pendigitalan agar lebih cekap dan telus selain memudahkan rakyat melalui pengurangan red tape yang secara tidak langsung dapat menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara.

Selain itu, baginda turut telah menegaskan kepentingan dalam menjaga kebersihan dan keselamatan negara yang mampu menarik pelancong untuk datang melawat Malaysia selaras dengan tanggungjawab Kepengerusian ASEAN dalam tahun ini serta Kempen Melawat Malaysia 2026. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Dewan yang mulia serta diri saya sendiri juga mengenai Titah Kebawah Duli Tuanku berkaitan di mana Parlimen adalah sebahagian gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal serta medan semak imbang ke atas pentadbiran negara.

Baginda juga titah, Parlimen bukanlah tempat untuk menjerit, menabur fitnah, caci- mencaci dan berperangai tidak senonoh. Ahli-ahli Yang Berhormat, hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya sebagai ejen yang memecahbelahkan negara.

Sukacita saya kongsikan bait-bait Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Kelima Belas pada 23 Februari iaitu, “Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan, warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan. Tetapi warganya berminda pintar, memilih untuk menggabungkan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan. Warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah”. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI amat komited dalam memastikan prestasi negara terus meningkat di peringkat global melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif secara lebih inovatif. Perkara ini terbukti melalui peningkatan Indeks Inovasi Global pada tahun 2024 di mana Malaysia menduduki tanda ke-33 daripada 133 buah negara dengan skor kelulusan 40.5 peratus iaitu pencapaian tertinggi sejak tahun 2016.

draft • 5:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

KPKT berhasrat untuk mengekalkan status kementerian bertaraf platinum dan justeru itu, akan terus mengintegrasikan inovasi dalam setiap inisiatif di bawah kementerian ini agar dapat mewujudkan pembangunan yang lestari serta persekitaran yang mampan selaras dengan aspirasi negara.

Walaupun kerajaan sedang terus menerus menunjukkan komitmen dan prestasi yang memberangsangkan dalam melonjakkan nama negara di mata dunia dalam pelbagai aspek, janganlah usaha ini diremehkan dengan isu-isu yang membawa kepada perpecahan.

Sepertimana Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak semasa sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, “Negara kini sedang menghadapi perkembangan yang semakin mengancam perpaduan warga. Apabila agama dan kaum dijadikan benang tenunan untuk menganyam hamparan politik dan apabila agama dan kaum dijadikan mata wang yang sah ataupun legal tender untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang bernada keterlaluan dan slogan-slogan atas nama kaum yang bersifat provokatif semakin digemakan. Retorik dan slogan sedemikian laksana bara yang semakin menyalakan puntung, menyalakan unggun. Jika tidak segera dibendung, akan menyemarakkan api permusuhan yang boleh memusnahkan negara". Baginda turut bertitah, “Dibimbangkan rakyat semakin disemaikan prasangka, disuntik racun curiga. Rakyat kelihatan semakin hilang kompas pedoman untuk menemui titik penyatuan. Negara ketika ini memerlukan kebijaksanaan dan hikmah pimpinan yang membolehkan rakyat berasa senang dan selesa, tidak memiliki prasangka, tidak berasa curiga. Di sebaliknya berminda terbuka, menghargai kepelbagaian yang dikurniakan di bumi yang bertuah ini. Kaum, budaya dan bahasa yang pelbagai adalah antara ciptaan yang menunjukkan kebesaran Ilahi”. Baginda turut bertitah, *“Di samping isu agama dan kaum yang disensasikan, semakin didengari suara-suara sumbang yang tanpa segan silu mempersendakan institusi raja.

Sesungguhnya raja pemerintah itu di samping berperanan penting untuk memenuhi tanggungjawab pemerintahan menurut yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Turut berperanan utama menghubungkan tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kekayaan sejarah dan keagungan tamadun bangsa yang telah dibina melalui amalan budaya yang penuh dengan adab lagi beradat, kehalusan budi dan keindahan bahasa, lalu dijadikan asas untuk membangunkan negara bangsa yang berdisiplin, maju, moden lagi progresif.

Hal ini menjadi amat relevan, bertambah relevan, malah semakin relevan ketika masyarakat kita sedang berhadapan dengan pelbagai perbuatan subversif budaya dan sabotaj budaya. Belakangan ini, perbuatan mahu mengetepikan adab, malah memijak adat, semakin dipelopori oleh kalangan yang buta huruf terhadap sejarah negaranya, kalangan yang cetek tentang tamadun bangsanya, kalangan yang berminda budaya pelarian, minda*

draft • 5:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

*yang terapung-apung, minda yang tidak ada akar budaya, lalu melanggar adab dan menyisihkan adat.

Terlalu berharga untuk tamadun yang telah dibina, dibenarkan untuk dimusnahkan kerana perbuatan yang dicetuskan oleh individu dan organisasi yang longgar pegangan adat dan kosong fahaman adabnya. Cerdiknya tidak boleh diikut dan dungunya tidak boleh diajar, tetapi bernafsu besar untuk memperkenalkan tatacara baharu, bersuara dan berkelakuan sumbang tidak bertempat, mempromosikan tingkah dan laku yang sangat bercanggah dengan kesopanan adat dan kehalusan adab.

Warga perlu disedarkan untuk menolak perbuatan pencerobohan budaya dan ditolak secara total kata dan suara, tingkah dan laku yang melanggar sempadan adab dan adat.

Warga tidak boleh dibenarkan menjadi warga yang tidak bertamadun, miskin adab, papa adat”.* Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kata-kata hikmah daripada Titah Diraja Tuanku Sultan Perak yang bijaksana. Marilah kita merenung bersama-sama supaya kita mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan yang sedang berlaku. Selaku Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini, atas bahu kita adalah amanah dan tanggungjawab sebagai benteng perpaduan. Bukannya ejen perpecahan masyarakat berbilang kaum.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin di kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan enam bidang di bawah kementerian KPKT iaitu perancangan bandar, kerajaan tempatan, perkhidmatan kebombaan, pengurusan sisa pepejal, kesejahteraan komuniti serta perumahan.

Seiring dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, KPKT telah berjaya mencapai sasaran berikut sehingga 31 Disember.

Sukacita dimaklumkan, kepada Dewan yang mulia ini. Pertama, Rumah mampu milik. 93.3 peratus sasaran rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melibatkan sebanyak 466,421 unit rumah mampu milik telah siap dalam pembinaan dan telah pun mendapat kelulusan perancangan.

Kedua, KPKT memperuntukkan RM50 juta untuk menyelenggara dan menggantikan di mana sejumlah 151 lif yang uzur di bawah 76 projek lif MADANI dan perumahan awam telah disempurnakan.

draft • 5:30 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Ketiga, KPKT telah berjaya membina 7,243 unit MyKiosk dalam tempoh dua tahun sahaja dengan peruntukan RM150 juta dan ini telah berjaya mengubah nasib lebih 7,000 buah keluarga berpendapatan rendah dengan insentif enam bulan sewa percuma ditawarkan kepada penyewa MyKiosk.

Keempat, KPKT telah berjaya bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menaik taraf 11,397 tandas awam ke tahap tandas awam bersih menawan, wangi BMW,

draft • 5:40 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

dengan kerja PBT dan pihak sekolah dalam tempoh dua tahun sahaja dan melibatkan peruntukan sebanyak RM800 juta.

Kelima, KPKT telah berjaya menaik taraf Gerai-gerai MADANI. Sebanyak 193 gerai dan juga pasar awam 191 pasar melibatkan 91 PBT iaitu lebih kurang 384 pasar dan gerai medan selera telah berjaya dinaiktarafkan.

Keenam, di mana KPKT juga telah berjaya melaksanakan 934 projek infrastruktur awam di 613 buah Kampung Baru Cina di seluruh negara.

Ketujuh, KPKT menerusi SWCorp telah berjaya menutup 3,036 tapak pelupusan sampah haram melalui SWCorp. Ini adalah rekod paling tinggi dalam sejarah di mana 214 kes pendakwaan telah dibawa ke mahkamah dan 42 buah lori telah pun disita. Saya berikan amaran kepada ulat sampah, jangan sekali lagi untuk wujudkan tapak pelupusan sampah haram. Tindakan tegas akan diambil dan sekiranya disabit kesalahan di bawah Seksyen 84 Akta 672, bukan sahaja kompaun RM10,000 sampai RM100,000. Malah mereka yang wujudkan tapak pelupusan sampah haram boleh dipenjara enam bulan sampai lima tahun.

Oleh kerana itu, amaran telah diberi. Marilah kita pastikan Malaysia sentiasa bersih, indah, mampan dan sejahtera.

Kelapan, KPKT telah melaksanakan Hari Cuci Malaysia sempena World Cleanup Day melibatkan 58,000 peserta dalam gotong-royong dan mengutip sebanyak 4,645 metrik tan sampah, menjadikan sekali gus memecahkan tiga rekod Malaysia Book of Record.

Kesembilan, KPKT juga telah berjaya membina 109 Taman Rekreasi MADANI di seluruh negara pada tahun lepas dan melepasi sasaran awal sebanyak 100 buah taman.

Maka selaras dengan visi kita, satu tahun 100 taman, 10 tahun 1,000 taman untuk pastikan Malaysia menjadi negara taman antara yang paling indah dan bersih.

Kesepuluh, KPKT juga telah membaik pulih perumahan berstrata kos rendah awam, PPR dan swasta merangkumi 82.9 juta ...

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, minta maaf. Menteri ...

draft • 5:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sekejap. Bagi penyelenggaraan 339 projek melibatkan 280,668 penerima manfaat bagi tahun 2023 dan tahun 2024, KPKT juga telah pun melaksanakan 316 projek penyelenggaraan dan melibatkan 314,000 penerima manfaat bagi tahun 2024.

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey.

draft • 5:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terakhir, kesebelas iaitu KPKT telah menerusi PR1MA berjaya membangunkan 88 projek merangkumi 54,340 unit kediaman dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Untuk maklumat Yang Berhormat, waktu saya diberikan amanah, kita mewarisi 24 projek sakit PR1MA tahun ini, kita siap semua. Semua sihat, tidak ada satu pun yang sakit.

Okey.

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey satu saja permintaan.

draft • 5:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, satu minit.

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kerana kami ini menunggu jawapan daripada perbahasan kami dan kami tahu semua kejayaan daripada KPKT itu. Jadi itu sajalah, minta dipercepatkan jawapan.

draft • 5:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya boleh. Saya tahu. Tak apa, kesabaran adalah sebahagian dari keimanan. Saya minta Yang Berhormat sabar, okey.

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Habis masa. [Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 5:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Atas pelbagai pencapaian disebutkan tadi, KPKT telah menerima pengiktirafan sekali gus menerima Anugerah Pembangunan Negara 2024, menjadi kementerian pertama yang diberikan anugerah berprestij itu. Maka saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan, jutaan terima kasih kepada seluruh 22,000 warga keluarga KPKT atas segala jasa, bakti, pengorbanan dan juga sumbangan dalam memacu usaha menyejahterakan rakyat.

Maka Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini nak jawab pertama tentang Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB). KPKT ingin memberi penjelasan kepada Yang Berhormat Muar yang kini tidak ada dalam Dewan. Beliau telah mempersoalkan mengenai Akta Pembaharuan Semula Bandar dalam perbahasan semalam.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI sentiasa berusaha memastikan hak dan kepentingan rakyat terbela tanpa meminggirkan mana-mana pihak dengan prinsip kita, we leave no one behind. Untuk makluman, asas utama penggubalan Akta PSB ini berteraskan kepada empat tongkat. Ia bukan sahaja hanya pembaharuan tapi ia adalah urban redevelopment, urban regeneration, urban rejuvenation dan juga pemuliharaan sejarah warisan iaitu urban reconservation.

Selain itu, ia juga mengambil kira 10 prinsip yang secara strategiknya untuk memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan dan jaminan mengekalkan hak-hak yang dinikmati oleh pemilik hak tanah berdaftar. Antara prinsip utama Akta PSB adalah mendapatkan persetujuan pemilik, pengekalan penduduk asal serta menjaga kepentingan pemilik tanah dan kos caj penyelenggaraan yang sesuai dan berpatutan.

Selain itu, akta ini tidak sama sekali, tidak sama sekali akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak-hak golongan tertentu terutamanya dari aspek kaum atau tahap pendapatan khususnya kumpulan B40. Penetapan kriteria kawasan yang berpotensi adalah berpaksikan kepada keadaan fizikal, infrastruktur dan utiliti, sosial dan pengurusan hak tanah komuniti yang memberi kesan kepada kemerosotan kualiti hidup, ekonomi dan persekitaran yang tidak lagi selamat, tidak lagi kondusif dan mendatangkan bahaya bagi menghadapi cabaran dan kepesatan kawasan perbandaran pada masa hadapan. Kriteria- kriteria tersebut tidak mempunyai kaitan dengan aspek perkauman dan tahap pendapatan isi rumah.

draft • 5:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, tiada sebarang unsur paksaan pun atau isu gentrifikasi dalam penggubalan akta ini. Kita nawaitunya, niatnya adalah sangat suci. Kerajaan MADANI ini sedia untuk membantu. Sebab itu saya hari ini nak membetulkan kesilapan Yang Berhormat Muar di mana sifatkan Akta Pembaharuan Semula Bandar ini sebagai akta rampasan rumah. Ini adalah satu kenyataan yang salah, berniat jahat, bertujuan untuk memesong Dewan yang mulia ini khususnya setelah menghadiri sesi pembentangan taklimat. Masuk Dewan terus menabur fitnah. Inilah kita kata yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Yang Berhormat Muar, nawaitunya, niatnya sangat jahat dan memang tidak menghormati segala pendapat, jawapan yang diberikan oleh ketua-ketua pengarah jabatan yang beliau sudah dengar. Selepas itu masuk Dewan terus bohong, menabur fitnah, cari content, cari publisiti murahan. Sikap sedemikian khususnya untuk orang muda, saya jarang tegur tapi petang ini bagi tazkirah sedikit, wajib diperbetulkan supaya beliau bertaubat, tidak mengulangi kesilapan sedemikian pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, akta ini akan memastikan bahawa pemaju tidak dibenarkan menjalankan rundingan dengan pemilik harta tanpa campur tangan kerajaan berbanding sebelum akta ia digubal, boleh menyebabkan unsur paksaan dan ugutan kepada pemilik tanah tanpa intervensi pihak berkuasa. Intervensi pihak berkuasa tidak boleh berlaku hanya berpandukan kepada garis panduan semata-mata.

Dalam seperti dalam keadaan sekarang kerana tiada punca kuasa yang sah dari sisi undang- undang.

Tuan Yang di-Pertua, KPKT telah pun melaksanakan sesi libat urus dan taklimat kepada semua Ahli Parlimen berkaitan dengan penggubalan akta ini semalam. Kami juga telah mengadakan 72 kali, bukan sekali. 72 kali sesi libat urus termasuk menghormati Parlimen bersama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah pun dibuat di mana rata-rata diperjelaskan isu-isu yang berkaitan. Sebab itu saya harap beberapa kenyataan perlu saya rekodkan dalam Hansard.

kaedah perundingan dengan pemilik hartanah akan pastikan mereka menerima semula segala hak dan kepentingan yang wajar ataupun dengan kata-kata undang-undang, not less favourable terutama pemilikan semula hartanah baru sesuai dengan nilai hartanah sedia ada berdasarkan kepada nilaian masa hadapan yang akan ditampung oleh pemaju berdasarkan unjuran keuntungan yang akan dikawal dan dipersetujui oleh kerajaan.

Kedua, pengekalan pemilik hartanah penghuni di kawasan atau lokasi yang sama melalui pemilikan hartanah baru yang lebih tinggi nilainya dengan persekitaran dan infrastruktur yang bernilai lebih tinggi dari aspek ekonomi, infrastruktur baru serta kualiti persekitaran. Pihak kerajaan sama ada Persekutuan atau negeri akan menyediakan pelbagai insentif sebagai satu strategi untuk memacu keberhasilan pelaksanaan projek PSB dan tiada sebarang unsur rampasan tanah mahupun penindasan.

draft • 5:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ketiga, penetapan ambang persetujuan di antara 75 hingga 80 peratus adalah sebagai satu nilai ambang untuk pihak berkuasa memulakan projek PSB tertakluk kepada pencapaian nilai tersebut yang akan diperolehi secara perundingan dengan setiap pemilik tanah. Kegagalan mencapai nilai ambang, pihak berkuasa tidak akan meneruskan projek PSB.

Kesimpulannya, Akta PSB yang baru ini akan memberi jaminan terbaik kepada penduduk yang terhimpit dengan pelbagai isu semasa. Perbandaran dan berada dalam kawasan yang usang, daif, tidak selamat dan merosot kualiti hidup. Maka dengan itulah usaha murni kerajaan pada hari ini ke hadapan untuk membantu kumpulan yang terhimpit ini keluar dari masalah yang membelenggu, terutama dalam kawasan bandar.

Oleh itu seterusnya, saya ingin menjawab tentang bazar Ramadan. Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan kembali saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menegaskan agar semua PBT proaktif dalam mengurus dan menguatkuasakan lesen penjaja bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih ketat dan tegas.

PBT perlu memastikan para peniaga yang telah memperoleh kelulusan tapak perlu mengusahakan sendiri tapak jualan tersebut dan tidak meng-Ali Baba-kan kelulusan secara memindah milik sewa atau menjual semula lesen tersebut kepada pihak ketiga. Perbuatan mendapatkan keuntungan atas angin itu perkara lepas. Di bawah Kerajaan MADANI, dasar kita sangat jelas, di mana pengusaha yang dapat lesen perlu menjadi pengusaha. Bukan lepas itu, dapat 40 lesen, sewa, sendiri tak payah berniaga. Ini lesen – jika didapati akan dibatalkan dengan serta-merta.

Kita juga kena pastikan kadar sewa yang dikenakan oleh PBT hendaklah mempunyai hak siling yang munasabah dan berpatutan agar tidak membebankan rakyat untuk berniaga.

Sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang mengingkari kelulusan tersebut, memindah milik sewa atau jual semula lesen, PBT hendaklah membatalkan lesen tersebut dengan serta- merta dan tidak boleh berkompromi dalam isu ini.

KPKT juga telah mengenal pasti budaya mengaut keuntungan atas angin yang merupakan salah satu sebab utama mengapa harga barang di bazar Ramadan sangat mahal dan juga tidak berpatutan. Justeru, inisiatif tegas KPKT melalui PBT ini adalah bagi menjamin keadilan sosial dan kepentingan rakyat. Saya mengulangi, kepentingan rakyat wajib mendahului kepentingan kartel ataupun sindiket yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkaitan dengan bazar Ramadan.

Seterusnya ada juga Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Permatang Pauh cuba membawa, membangkitkan berkaitan dengan penjualan minuman beralkohol di kawasan majoriti Melayu. Ia ditentukan untuk makluman Dewan ini, perkara ini ditentukan oleh Jawatankuasa Pelesenan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, di mana PBT bertindak sebagai salah seorang ahli jawatankuasa.

draft • 5:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Permohonan permit aktiviti operasi menjual minuman keras dikeluarkan oleh Pejabat Daerah. Berdasarkan peruntukan Akta Kastam tahun 1967 serta Akta Eksais tahun 1976.

PBT pula bertanggungjawab mengeluarkan lesen premis perniagaan penjualan minuman keras selepas mendapat kelulusan oleh Pejabat Daerah mengikut Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian.

PBT tidak menguatkuasakan pematuhan penjualan minuman keras dan PBT hanya boleh mengambil tindakan penguatkuasaan atas kesalahan tidak mematuhi syarat-syarat lesen premis perniagaan yang telah dikeluarkan. Namun, PBT tidak berkompromi akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat- syarat dalam lesen iaitu melalui pembatalan lesen premis, pengeluaran notis arahan perniagaan serta-merta dan mengenakan tindakan kompaun.

Sukacita juga saya tegaskan, bahawa kita seharusnya faham sejak kemerdekaan negara kita adalah masyarakat berbilang kaum. Maka saya mengajak semua rakan-rakan sebelah sini, sana semua patutlah mengamal ─ kita ada sikap bertoleransi serta menghormati, saling hormat-menghormati adat serta budaya masyarakat yang lain.

Tan Sri Yang di-Pertua, tentang topik perancangan bandar. YB Subang menyentuh berkenaan kepentingan pusat data yang berupaya meletakkan Malaysia di landasan yang terbaik dalam pembangunan artificial intelligence ataupun quantum computing sekiranya Malaysia berjaya menjadi satu hab utama pusat data.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan salah satu negara yang tersenarai dalam pasaran pusat data global di mana negara kita berpotensi besar menjadi hab pusat data di Asia Tenggara, dengan sasaran pendapatan 3.6 bilion pada tahun ini. Pusat data utama di negara adalah di Cyberjaya, Kuala Lumpur dan juga Johor Bahru.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui PLANMalaysia telah berjaya menyediakan garis panduan perancangan pusat data dan telah pun diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Oktober dan dilancarkan pada 10 Oktober tahun lepas. Selain itu, garis panduan ini mengutamakan prinsip perancangan mampan di mana fokus pembangunan pusat data perlu meminimumkan kesan pembangunan kepada sumber semula jadi.

Hal ini kerana pembangunan pusat data akan menggunakan banyak sumber tanah, bekalan elektrik khususnya serta juga sumber air yang amat berharga. Justeru, penggunaan teknologi yang cekap tenaga dan menyumbang kepada tenaga boleh diperbaharui serta amalan pengurusan penyejukan yang jimat air perlu diutamakan.

Memandangkan Malaysia telah menzahirkan komitmen dalam Persidangan Perubahan Iklim, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Glasgow Scotland pada tahun 2021 untuk pelepasan sifar karbon menjelang 2050. Maka pengawalan pembangunan pusat data adalah penting untuk mencapai keseimbangan dalam memperolehi faedah ekonomi di samping pemeliharaan sumber alam semula jadi.

draft • 5:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun menyediakan garis panduan keperluan keselamatan kebakaran bagi data centre sebagai rujukan dan panduan kepada pemain industri dan pemilik pusat data dalam merancang dan mereka bentuk sistem pemasangan keselamatan kebakaran bagi pusat data.

Seterusnya, kerajaan tempatan. Seramai enam orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan dengan kerajaan tempatan. KPKT sentiasa mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian yang proaktif bagi penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan yang efektif dan berkualiti di kawasan PBT. Di bawah inisiatif Belanjawan MADANI tahun ini, KPKT telah diperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk menaik taraf sistem perparitan longkang di semua PBT seluruh negara.

KPKT melalui JKT menyediakan peruntukan projek kecil PB1 kepada PBT di seluruh negara untuk naik taraf dan menyelenggara sistem perparitan dan longkang di kawasan perumahan untuk mengelakkan kesan banjir. Hot spot akan diberikan keutamaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Miri, KPKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta kepada Majlis Bandaraya Miri pada tahun 2023 bagi kerja-kerja naik taraf sistem perparitan dan longkang yang lebih baik serta menyediakan pembetungan bagi menyalurkan aliran air.

Kesemua ini, isu-isu ini berkaitan dengan perparitan dan longkang, lebih sesuai dibangkit di Majlis Daerah dan Perbandaran dan saya akan susuli dengan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kapar dan yang terlibat.

Seterusnya, saya akan masuk kepada topik perkhidmatan kebombaan. Seterusnya lima orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berhubung dengan perkhidmatan kebombaan. YB Kapar membangkitkan isu kebakaran di kilang yang menggugat keselamatan pekerja dan penduduk serta sama ada penilaian risiko kebakaran. Kesemua ini adalah isu-isu spesifik yang didapati memang saya akan bagikan jawapan bertulis yang telah pun ada jawapan.

draft • 5:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, blanket urgent-lah sebab dia dah kerap berlaku, kan dan is a big industrial zone. So, saya harapkan perhatian lah oleh Menteri, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya memang. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat.

Untuk sukacita saya kongsikan kepada Yang Berhormat, tahun lepas atas usaha gigih dan langkah-langkah proaktif kita, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menurunkan kerugian harta benda. 2023, kita rugi 2.63 bilion, tahun lepas turun 40 peratus. Akibat bencana kebakaran, di mana kerugian telah turun kepada 1.5 bilion.

Maka tahun ini kita akan memperhebatkan lagi langkah-langkah proaktif mengawal selia aspek kesiapsiagaan bomba dan lain-lain. Kerjasama Yang Berhormat amatlah dialu- alukan untuk kita sama-sama menjaga keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat.

draft • 5:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Di sini, topik-topik seterusnya adalah pengurusan sisa pepejal. Sisa pepejal pun...

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, sebelum Menteri beralih ke topik lain, saya cuma ingin rakamkan dalam perjumpaan juga kelmarin tentang jasa bomba dan penyelamat di Jalan Perak di Jelutong. Jadi, saya cuma ingin merakamkan bahawa mereka bukan sahaja membantu apabila berlaku kebakaran di Jelutong, malahan di seluruh Pulau Pinang.

draft • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri di atas segala sumbangan dan bantuan yang telah diberikan untuk menaik taraf peralatan mereka. Terima kasih, Menteri.

draft • 6:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong yang sangat budiman. Memang wira merah, wirawati merah dan juga kita berpisah tiada. Itu sentiasa MADANI simpan dalam hati.

Seterusnya― saya minta sedikit masa injury time dari Tan Sri Speaker― tentang pengurusan sisa pepejal di mana tiga orang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu di bawah ini. YB Tenggara, YB Tangga Batu dan juga YB Kuala Langat.

Saya cuma hendak sentuh sedikit tentang YB Tangga Batu yang telah membangkitkan bilakah projek WTE di Sungai Udang, Melaka akan bermula serta justifikasi kapasiti waste to energy ditetapkan 970 tan sehari disebabkan gangguan bau busuk dan pencemaran sungai.

Untuk makluman, perjanjian konsesi antara kerajaan dengan pembida berjaya sedang dalam tahap akhir rundingan dan dalam proses akhir untuk tandatangan. KPKT menjangkakan Loji WTE Sungai Udang, Melaka akan beroperasi pada tahun 2030.

Pada masa ini, purata sisa pepejal di negeri Melaka adalah sebanyak 1,000 tan sehari merangkumi 650 tan sisa isi rumah dan 350 tan sisa industri komersial dan industri serta sisa pembinaan. Loji WTE akan dibina di Sungai Udang, direka bentuk dengan kapasiti 960 tan sehari untuk merawat sisa pepejal isi rumah dan, dasar KPKT adalah jelas, pembinaan WTE perlu disediakan dua relau dan mengguna pakai teknologi canggih yang terkini berasaskan kepada prinsip zero landfill, zero thrash dan zero toxic.

So, ini adalah perkara-perkara yang sempat saya sentuh. Walaupun ada lagi 96 perenggan dan jika dibenarkan, saya akan berterusan sampai lebih satu jam lagi, tetapi saya hormat masa dan Tan Sri Speaker. Yang tak sempat saya jawab, saya mohon jasa baik di mana kita akan bekalkan jawapan bertulis seperti biasa dalam tempoh lima hari bekerja.

Maka, dengan penuh rendah diri dan juga penuh bersyukur, saya sekali lagi akhir kalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang penuh kesabaran. Akhir kalam, marilah kita sama-sama menyemai perpaduan, menyemarakkan kemajuan dan mensyukuri kepelbagaian.

Sekian, terima kasih. Nandri vannakum, xie xie...

[Tepuk]

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sekarang saya jemput Menteri Luar Negeri. Silakan. 30 minit. Kalau perlukan injury time, beritahu.

draft • 6:00 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat penggulungan di atas perbahasan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan Dewan pada tempoh hari.

Ada sebanyak 31 Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Tuan Yang di-Pertua. Saya sekejap sahaja. Rasanya tidak sampai pun 10 minit. Pendek sahaja...

[Ketawa] Kerana tidak banyak pun yang perlu saya katakan kerana apa yang dibahaskan oleh rakan-rakan Yang Berhormat itu merupakan kebanyakannya adalah semuanya pendirian yang telah pun ditetapkan oleh Malaysia. Negara kita Malaysia amat konsisten khususnya di dalam isu untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan sebuah negara merdeka.

Tan Sri Yang di-Pertua, ada 31 pembahas dalam mengambil bahagian. Saya pecah- pecahkan kepada tajuk-tajuknya. Nombor satu, Kepengerusian ASEAN, ada 13 rakan Ahli Yang Berhormat yang membahaskannya. Kedua, dasar luar Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump, ada lapan orang Ahli Yang Berhormat membahaskannya. Selepas itu, ketiga, status keanggotaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS, ada satu pembahas.

Seterusnya, konflik Palestin-Israel, ada lapan orang yang membahaskannya. Isu maritim, ada tiga orang. Isu job scam dan juga pemerdagangan manusia, tiga pembahas. Isu sempadan negara, satu pembahas. Dan yang akhir sekali ialah pelantikan Duta Besar Amerika Syarikat, ada satu pembahas, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada hujahan dan pandangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan.

Saya ingin menyentuh segmen yang pertama iaitu Kepengerusian ASEAN tahun 2025, Tan Sri Yang di-Pertua. Hala tuju Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tan Sri Yang di-Pertua, dalam usaha memperkukuhkan komuniti ASEAN, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini telah menggariskan tiga keutamaan kepengerusiannya iaitu: pertama, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan usaha memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman, stabil, selamat dan makmur ketika berhadapan dengan cabaran geopolitik antarabangsa semasa dengan berlandaskan prinsip Kepusatan ASEAN ataupun, dengan izin, ASEAN Centrality.

draft • 6:03 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dalam konteks geopolitik global yang semakin rencam serta persaingan kuasa besar, Tan Sri Yang di-Pertua, ASEAN perlu meningkatkan kepatuhan kepada prinsip kepusatan ASEAN dalam memastikan ia kekal bersatu dan menjadi platform utama dalam mencari penyelesaian. Di samping itu, ASEAN perlu memainkan peranannya sebagai pemimpin architecture serantau dalam memastikan keamanan, kemakmuran dan kestabilan di rantau ini. Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, we are the speaker and not the spoken for. Kedua, Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan intra ASEAN yang dilihat masih berada di peringkat yang rendah, 25 peratus ke bawah, serta memperluaskan kerjasama dan perkongsian ekonomi dengan rakan-rakan di luar rantau ini.

Ketiga, Malaysia akan mempromosikan sebuah komuniti yang inklusif, mampan dan berdaya saing. Ini akan diterjemahkan melalui usaha-usaha merapatkan jurang pembangunan, meningkatkan kualiti kehidupan dan menangani impak perubahan iklim.

Pada tahun ini juga, ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045 dan empat pelan strategiknya yang bakal menjadi hala tuju strategik rantau ini bagi tempoh 20 tahun yang akan datang. Kali ini dia berlainan sedikit, Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau dahulu, Visi Komuniti ASEAN ini 10 tahun. 2015 bermulanya. Pada ketika itu, Malaysia menjadi pengerusi juga, kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2015, kita telah pun menaja Visi Komuniti ASEAN 10 tahun sampai 2025. Tetapi, kali ini kita telah pun bersetuju bersama supaya Visi Komuniti ASEAN ini kita panjangkan 20 tahun kerana banyak perkara yang perlu kita capai memerlukan jangka masa yang panjang. Jadi, kita buat Visi Komuniti ASEAN 2045, 2025-2045 iaitu selama 20 tahun.

Tan Sri Yang di-Pertua, visi ini menzahirkan aspirasi ASEAN dalam memacu rantau ini sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari segi aspek politik, ekonomi dan sosial. Ini menjadikan ASEAN terus relevan dan berdaya tahan dalam mengharungi cabaran serta peluang yang bakal mendatang. Cabaran ada, peluang pun banyak. Kita harus berbangga kerana Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai peneraju utama atau, dengan izin, permanent shepherd pembentukan visi ini semenjak tahun 2022.

Seperti mana yang telah dipersetuju oleh para pemimpin ASEAN, Visi Komuniti ASEAN 2045 ini dan kesemua pelan strategik tersebut akan diperakukan oleh para pemimpin ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal diadakan pada bulan Mei hadapan ini. Dalam hal ini, Malaysia sekali lagi akan mencatatkan sejarah sebagai negara tuan rumah yang menyaksikan visi ini diperakukan dan dilancarkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Visi Komuniti ASEAN 2045.

draft • 6:03 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Keduanya, pengukuhan kerjasama ASEAN. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam usaha untuk terus memacu kerjasama serantau, Malaysia juga akan memberikan tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ASEAN melalui perkongsian amalan terbaik dalam memastikan

draft • 6:10 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

keselamatan siber, transformasi digital yang terangkum serta menangani perubahan iklim yang berkesan. Malaysia juga telah menggalakkan kerjasama serantau bagi mempercepatkan pembangunan kapasiti teknologi di negara anggota yang kurang maju. Kerajaan Malaysia yakin bahawa melalui pendekatan yang terangkum, kerjasama erat di kalangan negara anggota dan sokongan daripada rakan dialog ASEAN. Kita ada 10 rakan dialog Tan Sri, iaitu dengan Amerika, Australia, UK, Korea, Jepun, China, New Zealand dan yang lain-lain. Itu rakan dialog kita dengan ASEAN. Cabaran global semasa kini dapat ditangani secara bersama. Ini termasuk dasar fahaman perlindungan dan ancaman perang perdagangan, terutamanya di antara Amerika Syarikat dan China.

Dalam memperluaskan kerjasama dan perkongsian ekonomi, Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC China semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada bulan Mei nanti. Ini juga merupakan sebagai kita punya platform untuk kita memperkasakan dari segi perdagangan dan juga kerjasama ekonomi. Pada masa yang sama, ASEAN juga terus memperkukuhkan lagi kerjasama dengan negara Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan dagang dan pelaburan utama ASEAN sejak sekian lama. Malaysia juga sedang berusaha dalam masa yang sama untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat sama ada diadakan di Amerika atau pun di Malaysia.

Berkenaan dengan krisis di Myanmar, Tan Sri Yang di-Pertua. Beralih kepada krisis- krisis Myanmar ini, dia kekal sebagai salah satu cabaran besar ASEAN.

draft • 6:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, boleh sikit?

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dalam hal ini...

draft • 6:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, boleh sikit? Berkaitan Amerika Syarikat ini.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ya.

draft • 6:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ada usaha yang dibuat perbincangan dengan pihak Kerajaan Amerika Syarikat. Cumanya Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat Global Economic Policy Uncertainty Index (GEPU) yang juga berlaku uncertainty. Saya lihat kita dah mencecah– global dah mencecah hampir 339 indeks berbanding kalau kita nak bandingkan 10 tahun yang lepas, hanya berada di paras 100 indeks GEPU. Cumanya, bagaimana kerajaan boleh bagi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawasanya kerajaan akan memastikan aliran pelaburan FDI dari Amerika Syarikat ke Malaysia terus meningkat? Kenapa Yang Berhormat Menteri, GEPU ini ada dua driver yang menentukan indeks ini naik atau turun iaitu US Federal Reserve dan juga Trump 2.0 ini? Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat keupayaan Malaysia untuk memastikan FDI daripada Malaysia– daripada Amerika Syarikat ini terus berada

draft • 6:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

dalam Malaysia, mereka tidak beralih balik ke negara asal mereka? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih kepada rakan daripada Paya Besar kerana bertanyakan tentang bagaimana cara Malaysia untuk navigate hubungan baik kita yang selama ini antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Bahkan, Amerika merupakan negara yang cumulatively– secara cumulative-nya merupakan pelabur yang terbesar di negara kita. Itu sebab nasihat saya kepada rakan-rakan semua, supaya kita juga perlu berhati-hati. Bukan sahaja kita perlu menjaga kedaulatan dan hak kedaulatan kita, kita punya sovereignty dan juga soverign right. Tetapi dalam hal yang sama, kita juga mesti menjaga ekonomi negara. Kerana ekonomi di negara ini penting dan kita walaupun dalam semangat kita dalam sesuatu isu berkenaan terutamanya di Timur Tengah untuk kita menyokong tapi dalam masa yang sama, kita jangan pula menidakkan hubungan baik selama ini dan merupakan negara yang terbesar secara kumulatifnya melabur di negara kita.

Jadi, ini yang sedang dilakukan oleh Kementerian Luar untuk kita navigate dengan secara teratur agar nanti kita tak dengar guruh di langit, air tempayan kita curahkan, ya. Air di tempayan dah penuh dah. Secara- kalau nak tahu Dato’ Yang di-Pertua, jumlah dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat sebanyak RM324 bilion untuk tahun 2024. Ia merupakan jumlah dagangan yang amat besar dan yang penting sekali, jumlah itu betul. Tapi dari segi siapa yang mendapat keuntungan. Kerana daripada RM324 bilion itu, Malaysia mengeksport RM198 bilion kepada Amerika. Manakala kita mengimport RM126 bilion. RM70 bilion trade surplus in our favor ataupun berpihak kepada kita.

Jadi, ini perlu kita ingat dalam kita bersorak-sorak, dalam kita apa kan? Tetapi periuk nasi kita pun, kita kena jaga. Supaya kita tidak nanti salah- Kita nak tembak, salah pokok yang bergoyang, pokok lain yang kita tembak, itu pun tak betul juga. Jadi, kita kena berhati-hati dalam hal ini. Walau bagaimanapun, Malaysia secara terasnya, kita punya dasar luar negara, kita- dasar luar negeri berprinsip. Kita tidak akan menyokong dan kita akan terus mengutuk negara- negara yang mengamalkan dasar-dasar apartheid, dasar-dasar yang melakukan genosid, yang crimes against humanity dan yang lain-lain.

Jadi, untuk menjawab soalan Paya Besar tadi. Kita perlu berhati-hati dalam mengurus dasar luar kerana Kementerian Luar sekarang ini mementingkan dasar luar. Bukan sahaja dasar luar mengurus hubungan dua hala biasa, hubungan dua hala ataupun berbagai hala tapi hubungan perdagangan itu yang perlu kita lihat juga agar yang pastinya ialah ekonomi negara kita tidak terjejas disebabkan oleh kita salah langkah, salah kita mencongak tentang dasar luar kita dan akhirnya, kita yang rugi. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Indera Mahkota.

draft • 6:10 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat.

Ini sebagai Pengerusi ASEAN dan Amerika. Orang yang sama dulu ketika menjadi Presiden

draft • 6:10 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Amerika Syarikat, dia tak tahulah apa sebabnya, dia tak hadir ASEAN Summit. Itu menyebabkan siapa pun jadi pengerusi masa itu, ada sedikit gangguan bila nak hedging keseimbangan dengan kuasa-kuasa besar yang lain. Saya harap kita berusaha sedaya upaya.

Bukan soal suka tak suka tapi sebagai Pengerusi ASEAN, saya harap kita dapat pastikan Amerika Syarikat, Presidennya datang ke ASEAN Summit yang kita jadi tuan rumah.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, kita memang ada di dalam kita punya ada East Asia Summit, kita ada ARF ataupun regional forum kita. Amerika ada di situ tetapi jarang sekalilah Presidennya yang hadir. Selalunya yang hadir sama ada Naib Presiden ataupun dia punya Setiausaha Negara. Apa yang nak kita lakukan, yang saya sebut tadi Tan Sri Yang di-Pertua ialah kita cuba mengimbangkan supaya kita jangan nampak leaning towards anybody. Kita tak mahu dilihat condong kepada sini. Kita dah ada ASEAN-GCC China. Itu sebabnya saya katakan, kita melambungkan idea. Di peringkat Menteri-menteri Luar bersetuju dah dengan cadangan Malaysia untuk kita mengadakan summit khas ataupun Sidang Khas ASEAN-US dan boleh jadi kita nak adakan di Amerika supaya kita tidak dilihat condong ke mana-mana. ASEAN akan terus memacu hala tuju ASEAN ini sebagai satu ASEAN yang bersepadu dan kita dilihat terus berkecuali dan tidak kita tidak memihak kepada mana-mana. Insya-Allah Tan Sri. Terima kasih.

Tan Sri Yang di-Pertua, Myanmar ini kekal sebagai masalah kepada ASEAN. Itu fullstop. Kekal sebagai masalah, sebagai satu cabaran yang besar kepada ASEAN. Dalam hal ini Tan Sri Yang di-Pertua, penting agar langkah penyelesaian politik diambil bagi memastikan Myanmar terus kekal sebagai sebahagian daripada ASEAN. Kita tidak mahu lihat Myanmar ini berpecah menjadi negara yang daripada satu negara, menjadi lima buah negara. Kerana puak- puak yang bertentangan amat serius sekali di sana. Kita nak supaya Myanmar kekal sebagai sebuah negara dan ia kekal sebagai ahli ASEAN. Itu sebabnya kita mesti berhati-hati seperti yang saya sebut semasa menjawab soalan lisan di Dewan yang mulia ini baru-baru ini. Ia memerlukan kesediaan semua pihak di Myanmar untuk berdamai. Malaysia kesal bahawa setelah lebih empat tahun, masih tiada perkembangan bermakna dalam pelaksanaan kemuafakatan lima perkara ataupun, dengan izin, five point consensus yang kekal sebagai rujukan utama ASEAN dalam memudah cara penyelesaian damai krisis di Myanmar.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Malaysia dalam hal ini, Tan Sri Yang di-Pertua, telah melantik kita punya utusan khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar untuk memudah cara libat urus bersama pemegang taruh Myanmar bagi memastikan objektif five-point consensus tercapai. Ini termasuk mempromosikan dialog yang inklusif serta mematikan penyaluran bantuan kemanusiaan dapat dihantar tanpa diskriminasi. Sekarang ini ada tetapi tidak sampai. Dia sampai ke satu pihak dan dia menyekat. Sudah tidak sampai kepada kumpulan sasar, rakyat biasanya.

Banyak bantuan telah pun dihantar.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpandangan mekanisme troika juga perlu dimanfaatkan sebagai salah satu usaha ASEAN dalam membuka jalan penyelesaian damai bagi krisis tersebut. Troika ini dia merupakan gabungan tiga negara. Negara yang menjadi pengerusi tahun ini, negara yang menjadi pengerusi tahun lepas dan negara yang jadi pengerusi tahun depan. Jadi, maknanya sekarang troika ini Malaysia, Laos dan juga Filipina sebab Filipina akan menjadi sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2026.

Malaysia turut bimbang akan perancangan pihak berkuasa Myanmar untuk mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini. Kita dengar khabar Tan Sri Yang di-Pertua, dia hendak mengadakan pilihan raya umum. Kita tidak setuju kerana pilihan raya mesti yang diadakan tanpa landasan asas yang betul dan tidak ada keterlibatan semua pihak akan menyebabkan situasi dalaman lebih memburuk lagi di Myanmar.

Malaysia juga menyeru agar semua pihak menghentikan keganasan. Itu dalam kita punya five-point consensus. Hentikan keganasan ya, bukan susah sangat. Hentikan keganasan, lantik special envoys, penghantaran bantuan dan kita hendak supaya Myanmar segera kembali mengadakan kerajaan yang demokratik, elected democratic.

Malaysia juga menyeru agar semua pihak hentikan keganasan dan mempermudah usaha ASEAN dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia telah menyumbang sebanyak 200 ribu Dolar Amerika melalui Pusat AHA daripada bulan Disember 2024.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, mengetengahkan perpaduan masyarakat Malaysia di platform ASEAN. Yang Berhormat Selayang telah pun bertanya...

draft • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh saya minta penjelasan?

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ya?

draft • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Berkenaan dengan Myanmar itu sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke topik lain.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Silakan.

draft • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya ingin bertanya, adakah Malaysia juga mengadakan libat urus dengan pihak pembangkang. Maksudnya parti Aung San Suu Kyi, yang sebenarnya mereka yang menang pilihan raya.

Keduanya ialah adakah kita juga ada libat urus dengan pihak China? Saya lihat sekarang negara China bersama dengan military rejim Myanmar dan juga Thailand, mereka sedang berusaha untuk mengambil tindakan terhadap semua sindiket scam dekat Myanmar itu. So, saya lihat China kalau mereka berminat, dia sebenarnya boleh adakan, mungkin libat urus yang lebih baik dengan pihak military rejim...

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih YB. Memang betul pihak kita, kita punya special envoys berhubung dengan semua pihak. Bukan dengan Aung San Suu Kyi sahaja kerana di Myanmar itu dia bukan satu dengan satu. Dia SAC ataupun Junta, dengan banyak puak. Yang antara satu puak pun dia tidak kenal satu sama lain, dia

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

tidak bercakap satu sama lain. Tujuh, lapan puak yang berasingan Arakan nya, Shan nya, Kachin nya, Brotherhood nya, macam-macam. Jadi, semua pihak ada agenda masing- masing.

Jadi, baru-baru ini kita punya utusan khas Tan Sri, telah pun pergi ke Myanmar, telah pun berhubung dengan setiap orang. Dengan NUG nya dan macam-macam lagi dan juga berjumpa dengan pihak Junta itu sendiri. Laporan telah dibagi kepada saya dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita hendak kumpulkan dia punya agenda dia apa.

Apa wishlist dia. Kebanyakannya semua hendak supaya dia bebas menjadi sebagai kuasa autonomi.

Ini besok kita akan bentangkan pula dengan pihak SAC sama ada bersetuju atau tidak. Boleh jadi concept federalism. Kita kata orang di Malaysia pun kita punya federalism negeri ada yang tidak bersama dengan Kerajaan Pusat tetapi kita boleh menjadi sebuah negara yang boleh bekerjasama supaya yang penting rakyat Myanmar itu sendiri akan dapat menjalankan kehidupan yang bahagia.

Tentang China tadi Tan Sri Yang di-Pertua, memang kita tahu, memang kita dalam komunikasi, memang kita minta supaya wakil kita di Thailand dengan negara-negara yang berhampiran dengan Myanmar ini perlu mengatasi masalah transborder crime ini. Negara China telah pun menjalankan suatu usaha untuk memastikan supaya rentas sempadan terutamanya job scam dan juga judi haram ini, mereka perangi dengan begitu kuat sekali.

Thailand telah pun diminta supaya memotong bekalan elektrik dan macam-macam lagi.

Sebab itu baru-baru ini kita ada dapat banyak pembebasan daripada orang yang terlibat. Rakyat Malaysia baru-baru ini 15 orang. Yang baru-baru ini kita dapat risikan 22 orang rakyat Malaysia juga akan dibebaskan dan semuanya berada dalam kem transit di Thailand.

Itu kita sedang usahakan, Tan Sri Yang di-Pertua tetapi kita tak nak uar-uarkan apa yang kita lakukan kerana benda ini sangat sensitif. Biar dia berlaku begitu dan ia tidak dapat mengganggu gugat, insya-Allah.

Tan Sri Yang di-Pertua, perpaduan masyarakat Malaysia di platform ASEAN. Yang Berhormat Selayang telah bertanya mengetengahkan pelbagai kaum serta agama di peringkat ASEAN. Tan Sri Yang di-Pertua, ASEAN terdiri daripada negara anggota yang pelbagai, baik dari segi bangsa, budaya, agama, bahasa dan sistem politiknya. Namun, komitmen untuk bekerjasama demi manfaat bersama menjadi kekuatan utama ASEAN dalam mengukuhkan komuniti serantau.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berhasrat untuk memperkukuhkan ke saling fahaman dan nilai keterangkuman di kalangan negara anggota melalui pelbagai inisiatif seperti kerjasama pendidikan, pembangunan modal insan. Ini akan menjadikan rantau ini lebih teguh serta mampu berdiri bersama dalam menghadapi pelebaran cabaran dan peluang di global.

Untuk dasar luar Amerika Syarikat, Tan Sri...

draft • 6:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Menteri, boleh mencelah? Sebagai – Saya cuma ingin bertanya sebagai Pengerusi Kepengerusian ASEAN ini, bagaimana kita hendak memainkan peranan untuk mempercepatkan lagi penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN ini? Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Kalabakan. Timor- Leste ini telah pun dijadikan sebagai rakan negara pemerhati sejak tahun 2022 dan mereka memohon supaya dijadikan sebagai anggota ASEAN tetap sepenuhnya. Itu sebabnya kita semasa mesyuarat ASEAN, ketua pemimpin-pemimpin ASEAN di Vientiane tahun lepas, kita telah pun mengadakan suatu persetujuan supaya bagaimana cara untuk kita mempercepatkan proses menerima Timor-Leste ini sebagai anggota tetap ASEAN.

Maka itu, kita telah bersetuju mengadakan satu unit khas di Sekretariat ASEAN di Jakarta untuk membantu negara Timor-Leste. Ada 88 lebih dokumen instrumen yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste. Kebanyakannya adalah merupakan tunggak ekonomi. Daripada 88 itu, 69 instrumen yang perlu dipenuhi Timor-Leste. Kita mencadangkan, Malaysia mencadangkan, saya sendiri mencadangkan Tan Sri Yang di-Pertua, semasa di Vientiane tahun lepas. Kalau hendak ikutkan, 88 instrumen itu hendak dipenuhi syaratnya, sampai 20 tahun tidak dapat.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan supaya Timor-Leste memenuhi syarat 20 peratus dahulu, 20 instrumen dahulu dan kemudian secara perlahan-lahan, beransur-ansur, Timor- Leste memenuhi syarat itu setelah mereka menjadi sebagai ahli penuh ASEAN. Insya-Allah dan kita telah pun menubuhkan dan kita telah pun memberikan sedikit sumbangan supaya sekretariat ini dapat ditubuhkan segera dan telah pun ditubuhkan membantu Timor-Leste untuk mereka dapat memenuhi syarat-syarat terutamanya dari segi ekonomi, Tuan Yang di- Pertua.

Berkenaan dengan dasar luar Amerika di bawah Presiden Trump. Ramai yang bertanya...

draft • 6:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh sedikit? Sebelum Yang Berhormat Menteri masuk kepada dasar luar Amerika. Cumanya, Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan rundingan tatacara Code of Conduct Laut China Selatan yang sudah berlarutan 15 tahun ini kerana saya lihat kita ada hubungan baik dengan Beijing dan walaupun 15 tahun ini yang saya lihat Beijing agak berdolak-dalik dalam untuk mengelak penggunaan UNCLOS ini. Jadi, perancangan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, bagaimana kita nak mempercepatkan persetujuan Beijing ini? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih, Paya Besar. Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan code of conduct memang ada tajuk selepas ini yang saya

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

nak sentuh berkenaan dengan maritim termasuk Laut China Selatan iaitu kita, Malaysia pada tahun ini menjadi sebagai country partners untuk kita —Bukan country partner. Negara fasilitator dengan China...

draft • 6:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dengan China untuk kita mengurus berkenaan dengan hal ehwal ASEAN dengan China. Kita salah satu keutamaan kita adalah untuk kita pastikan supaya code of conduct ini dapat kita rundingkan bersama.

Code of conduct ini dah berjalan dengan baik dan saya yakin bahawa dengan Kepengerusian ASEAN dan Malaysia pula menjadi sebagai country facilitator dengan China. Saya yakin bahawa kita akan dapat berunding dengan baik dengan negara-negara ASEAN dan berunding dengan negara China supaya code of conduct ini yang mana ia perlu berasaskan kepada undang-undang antarabangsa dan juga konvensyen antarabangsa berkenaan dengan Convention on the Law of the Sea 1982, insya-Allah, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mohon mencelah, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tan Sri. Saya juga membangkitkan dalam isu Kepengerusian ASEAN ini berhubung dengan human trafficking. Saya membangkitkan soal ini kerana berlaku pendatang haram ke Langkawi baru-baru yang sudah menjadi kenyataan umum. Saya rasa prinsip ASEAN untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, negara-negara ASEAN, saya rasa sudah tidak relevan lagi kerana kita yang menjadi mangsa kepada human trafficking ini.

Saya minta dan pohon supaya dalam ASEAN ini supaya dibincangkan perkara ini.

Malah, semasa saya membangkitkan isu ini dalam Select Committee International Affairs and Trade yang saya menjadi ahlinya bersama-sama dengan ambassadors daripada ASEAN countries. Kita seolah-olah tidak dibenarkan bercakap langsung soal human trafficking ini kerana terlalu sensitif katanya. Jadi, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dari segi pandangan Kementerian Luar Negeri. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Memang ada, Tuan Yang di- Pertua. Itu sebabnya saya tadi saya katakan saya buat segmentize-kan kita punya tajuk-tajuk.

Segmentize tentang job scam dan pemerdagangan manusia ini akan saya sentuh selepas ini. Sabar, YB ya.

Berkenaan dengan dasar luar Amerika di bawah Presiden Donald Trump. Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia menghargai hubungan erat dengan Amerika Syarikat yang telah lama terjalin sebagai rakan ekonomi dan pelabur utama. Hubungan ekonomi Malaysia- Amerika adalah kukuh dan saling menguntungkan. Amat menguntungkan kita. 70 bilion daripada beratus bilion tadi, 70 bilion daripada hampir kita punya dagang dua hala, 300 bilion.

Kita dapat trade surplus dengan Amerika kebanyakannya adalah dalam E&E, 70 bilion.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ini merupakan suatu yang perlu semua orang tahu. Semua rakyat Malaysia mesti tahu dan kita Yang Berhormat mesti tahu bahawa hubungan kita dengan Amerika adalah hubungan yang amat menguntungkan kita.

Jadi, kita dalam usaha untuk kita mengurus hal ehwal dasar luar kita, kita juga perlu berhati- hati kerana kita tidak mahu nanti dia akan merugikan kita dalam masa jangka panjang, Dato’ Yang di-Pertua.

Mengenai perubahan dasar oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang baharu, Malaysia berkemungkinan besar akan menerima kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada dasar America First serta perlindungan perdagangan. Ini termasuk, Tan Sri Yang di-Pertua, kadar tarif yang tinggi terhadap produk import tertentu yang sememangnya boleh memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan global. Namun Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan juga melihat perubahan dasar ini juga membuka peluang kepada kita untuk meneroka sektor baharu yang boleh memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara.

Sebagai pengeksport utama dalam industri elektrik dan elektronik, Malaysia akan terus memanfaatkan kepakaran yang ada untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang teknologi tinggi serta memperluaskan akses pasaran eksport ke rantau lain termasuk Kesatuan Eropah dan juga dengan negara-negara BRICS. Itu sebabnya BRICS ini penting kerana kita tak mahu tergantung —Bergantung kepada satu sumber sahaja, Tan Sri Speaker.

Melalui hubungan diplomatik yang stabil, Malaysia yakin bahawa hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Amerika Syarikat akan terus berkembang. Dalam kerjasama dalam, dengan izin, Indo-Pacific Economic Framework (IPEF) juga memberi peluang kepada Malaysia untuk terus mengambil bahagian dalam inisiatif ekonomi yang dirangka oleh pihak Amerika Syarikat ke arah mengukuh kestabilan di rantau ini.

Dalam mengimbangi cabaran geopolitik terkini, Malaysia akan meneruskan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat dan negara China. Pendekatan ini membolehkan Malaysia untuk terus memperluaskan perdagangan dan pelaburan di tengah-tengah ketegangan geopolitik dunia yang berlaku sekarang ini.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri...

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ya.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Minta sedikit penjelasan. Di samping kita sekarang lihat Rumah Putih ini dihuni oleh seorang yang mempunyai genocidal intend, dengan izin, yang masih tak habis-habis memainkan peranan sebagai pemaju hartanah, itu sebenarnya membawa ketidaktentuan bukan sahaja ekonomi global tetapi geopolitik yang tidak menentu. Sebab dia tak tentu hala. Tak tentu hala itu, ya kita iktiraf bahawasanya Malaysia —Perdagangan antara Malaysia bersama dengan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang amat-amat menguntungkan. Ini tidak dapat dan tidak boleh dinafikan.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Namun demikian, dalam peranan yang kita main sebagai Pengerusi ASEAN pada ketika ini, kita mempunyai tanggungjawab yang sangat besar khususnya dalam konteks persenjataan tarif yang sedang digunakan untuk menekan negara-negara Global South atau negara-negara mereka beranggap bermusuhan —Bukan sahaja yang bermusuhan, malah negara yang menjadi ally, menjadi rakan kepada Amerika Syarikat pun kena.

Jadi, adakah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Malaysia punya hasrat untuk menggembleng ASEAN sebagai satu wadah yang punya ekonomi yang cukup besar, kuasa membeli yang cukup besar, kuasa politik yang cukup besar dengan 10 negaranya, adakah Kerajaan Persekutuan selaku Pengerusi ASEAN pada ketika ini menggembleng ASEAN untuk mengambil satu pendirian yang jelas untuk memerangi persenjataan tarif ini yang sedang dilakukan oleh seorang yang tidak tentu hala, yang menghuni Rumah Putih itu?

Sekian.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih, Ipoh Timur. Saya tidaklah nak bersetuju dengan perkataan “seorang yang tak tentu hala”...

[Ketawa] Kalau dia tak tentu hala, dia tak jadi presiden. Yang tak tentu halanya, kita dalam Dewan ini. Kita jangan ikut apa —Kalau kita lihat cara dia, cara dialah, seorang businessman. He is straight to the point. Walaupun kita kata tak tentu hala, mengatakan persenjataan tarif, dia memang jelas mengatakan, bahawa walaupun negara ‘allies’ dia tapi merugikan Amerika because — sebab dia nak lihat supaya keuntungan kepada Amerika dia dulu. America First. ‘Make America Great Again’. Jadi, itu sebabnya dia boleh —Siapa sangka bahawa Lavrov boleh duduk dengan Secretary of State America? Siapa sangka Amerika kata, “Europe atau pun NATO, you do your own business. Why must the American soldiers fight in Europe?” Dengan izin. That kind of thing, I think is ada positifnya, Tan Sri. Dia melakukan satu perkara, dia nak selesaikan perkara.

They want to close chapter by chapter. Jadi, kita tak perlu risau pulalah. Kita nak menjerit-jerit mengatakan —Dia tak ada apa-apa dengan kita tapi bila sampai masanya nanti, itu sebabnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN seperti yang saya sebutkan tadi Tan Sri Yang di-Pertua, kita nak mengadakan Special Summit, ASEAN-US di Amerika. Di situ nanti, kita letakkan kita punya wish list dan kita dengar apa wish list dia.

Saya rasa berurusan dengan orang seperti ini, dia nak dengar apa kita ada dalam benda ini. Rather than kita pergi sana minta nyawa. I think dia tak suka orang minta nyawa.

Dia suka orang yang bertegang dengan dia. Itu sebabnya bila rakan allies dia yang baik, utara dan selatan dia, bila rakan utara dan rakan selatan kata, “You impose tariff on us, we going to retaliate”.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

So itu yang berlaku dan dia tarik balik. Jadi berurusan dengan orang macam ini senang daripada berurusan dengan orang depan cakap lain, belakang dia buat lain. Jadi tidak boleh, kita tidak main belakang ini ya.

[Ketawa] Saya tarik balik.

[Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang saya telah maklumkan di Dewan ini, antara pertimbangan Malaysia dalam menyertai BRICS adalah dasar luar negara yang mendukung kepentingan kerjasama serantau dan pelbagai hala dengan izin, multilateralism. Ini membolehkan Malaysia dan masyarakat antarabangsa bersama-sama menangani pelbagai cabaran global yang mendesak. Sebagai sebuah negara berdagang ataupun dengan izin trading nation, Malaysia sentiasa meneroka dan mempelbagaikan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan baru tanpa terlalu bergantung, saya ulang, tanpa terlalu bergantung kepada pasaran tradisional sedia ada. Itu sebab kita membuka peluang-peluang dagang, pelaburan kita, kita hendak jadi sebagai anggota BRICS, kita hendak buka banyak pelaburan, banyak peluang lagi dengan negara-negara BRICS yang ekonominya besar yang dia punya ekonomi melebihi 40 peratus GDP dunia.

Penglibatan Malaysia sebagai negara rakan BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan Tan Sri Yang di-Pertua. Melalui BRICS, Malaysia juga akan terus memperjuangkan agenda Selatan Global ataupun Global South dengan izin, yang dapat menyumbang ke arah pembangunan global dan peradaban dunia yang lebih adil dan saksama.

Saya pergi kepada konflik Palestin-Israel. Ramai yang bertanya Tan Sri Yang di- Pertua berkenaan dengan tentang ini. Pemulihan dan pembangunan semula di Gaza. Kita sedia maklum Tan Sri Yang di-Pertua bahawa konflik Palestin-Israel yang berlarutan ini telah mengakibatkan rakyat Palestin menderita tanpa berkesudahan. Sebagai negara yang sentiasa menjunjung tinggi keadilan dan hak asasi manusia, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk turut serta dalam usaha pemulihan ini. Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, Malaysia tidak akan berputus asa untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Malaysia juga sentiasa menyokong sebarang inisiatif antarabangsa dalam usaha memulih dan membangunkan semula Palestin terutamanya di Gaza.

Dalam konteks bantuan pasca-konflik di Gaza, Malaysia kini sedang meneliti dan merangka kerjasama dengan negara-negara sepemikiran ataupun like-minded countries dengan izin, dan pihak berkepentingan lain terutamanya dalam bidang perubatan, pendidikan serta pemulihan dan pembangunan semula infrastruktur asas di Gaza.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang saya pernah nyatakan dalam Dewan yang mulia ini, Malaysia telah pun diminta untuk mempengerusikan secara bersama dengan Jepun.

Pihak Jepun meminta kita supaya kita selaku Pengerusi ASEAN minta supaya kita mempengerusikan mesyuarat Conference on Cooperation among East Asian Countries for Palestinian Development (CEAPAD) yang keempat yang hendak dibuat di Kuala Lumpur.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Kita sedang berunding di peringkat pegawai, kita pun sudah bertemu dan kita hendak supaya tarikh yang sesuai untuk peringkat Menteri dan juga kalau boleh nanti di peringkat pemimpin negara. Antara tumpuan kerjasama...

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, mungkin Sik sedikit tanya. Tan Sri Yang di-Pertua, saya dalam perbahasan ada membangkitkan isu kita ataupun dasar kita untuk pembangunan semula Gaza. Namun, saya juga menyentuh soal kenyataan Yang Berhormat Jelutong yang nampak sangat bertentangan dengan dasar kita ini. Beliau dengan begitu nampak tidak tepat mengatakan ini suatu yang akan ditolak oleh rakyat Malaysia untuk membantu Gaza. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri tegur Yang Berhormat Jelutong dan ini sudah pasti memberi kesan kepada komitmen kita bersama.

Jelutong tidak ada petang ini, dia pergi mana? Sepatutnya tidak timbul soal kita berpecah, soal ataupun konsisten kita membantu Gaza ini di pihak pembangkang dan seluruh rakyat akan membantu semula Gaza. Kita tahu pembangunan semula Gaza itulah pembangunan untuk manusia yang telah pun dinafikan hak yang sangat-sangat dahsyat yang berlaku sebelum ini. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih. Saya taklah sampai hendak menegur Jelutong ke sesiapa dalam Dewan ini. Dia mempunyai hak untuk memberi pandangan. Tetapi sokongan kita kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan sebuah negara yang merdeka amat konsisten. Dia berasaskan kepada prinsip. Kita punya prinsip negara kita, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin ini bukan baru-baru ini, kita menyokong sejak dari 50 tahun yang lalu. Jadi kita amat konsisten dalam hal ini dan saya harap supaya rakyat Malaysia dan juga terutamanya rakan-rakan dalam Dewan ini faham bahawa ini adalah merupakan dasar negara kita untuk kita pastikan supaya negara yang ataupun rakyat ataupun sesiapa sahaja yang menghadapi kekejaman, sesiapa sahaja yang diancam, dibunuh ataupun menghadapi genocide, kita akan dengan tegasnya menyatakan bahawa kita tidak mahu berkompromi dengan sesiapa.

Sokongan kita kepada rakyat Palestin ini adalah amat jelas, tidak ada siapa yang mengatakan. Sama ada kita hendak sebagai negara yang ke depan sangat untuk memulihkan Gaza itu, kita tengoklah keupayaan kita. Kita ini cuma menjadi fasilitator. Apa yang saya sebutkan tadi kita diminta oleh Jepun iaitu pengerusi kepada CEAPAD ini. Dia minta kita menjadi pengerusi bersama untuk memanggil negara-negara sepemikiran. Jepun merupakan negara G7, negara kaya, kumpulan negara kaya-kaya ini. Jepun boleh membawa suara negara kaya ini. Tetapi dia mahu supaya Malaysia sebagai negara yang boleh membawa suara di Global South untuk sama-sama pastikan bahawa dunia sepemikiran, dunia sepakat untuk kita pulihkan semula Gaza secara beransur-ansur, secara perlahan- lahan dan kita menunggu sepatutnya sidang Liga Arab berlaku pada 17 hari bulan, dua hari lepas tetapi mereka menangguhkan ke tujuh hari bulan dan kita juga telah pun menyatakan

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

persetujuan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya sendiri akan menghadiri sidang tergempar Menteri- menteri Luar OIC yang akan diadakan di Jeddah pada 7 Mac nanti, insya-Allah.

Di situ nanti kita bawa suara Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sebagai Pengerusi bersama CEAPAD bahawa ini cadangan yang hendak dibuat oleh East-Asean country.

CEAPAD ini negara-negara ASEAN, yang tidak menjadi ahlinya ialah Myanmar sahaja.

Tetapi dia juga ada merupakan, Korea juga bersama di situ dan Jepun. Jepun Pengerusi tetap dia. Dia minta kita menjadi pengerusi. Kita merasa bangga bahawa Jepun meletakkan kepercayaan, penghormatan kepada kita untuk menjadi pengerusi bersama Tuan Yang di- Pertua, ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri, boleh?

Ledang. Terima kasih. Saya baru kembali dari Islamabad, Pakistan menghadiri satu Persidangan Antarabangsa Echo of Palestine di mana telah ditegaskan berkenaan dengan prinsip-prinsip untuk kita memperjuangkan nasib Palestin dan juga rakyatnya. Antara perkara penting yang saya rasa boleh difikirkan oleh kerajaan dan juga negara kita ialah bahawa perjuangan ini bukan hanya kerana semata-mata Palestin sebenarnya, tetapi dia menyentuh tentang prinsip keadilan dunia, prinsip maruah dan prinsip kebebasan negara-negara yang bebas.

Sekiranya dibenarkan apa yang dilakukan oleh pihak Israel dan juga sekutu termasuk Amerika Syarikat, maka ianya mengakibatkan boleh berlakunya satu order baru sehingga akhirnya boleh juga mencengkam negara-negara yang lain. Oleh kerana itu, saya cadangkan juga kepada pihak kerajaan dan juga negara kita supaya kita memang teruskan dengan mengajak negara-negara yang ada pemikiran bersama ini termasuk negara-negara di Asia Selatan contohnya seperti Pakistan dan lain-lain. Global South satu pihak tetapi juga negara- negara Asia Selatan dan juga Asia Pasifik.

Ini satu kerja yang memang mencabar tetapi saya rasa inilah satu kekuatan dan keunikan untuk Malaysia menggambarkan diplomasi dan hubungan baik kita untuk mengajak lebih ramai daripada negara-negara lain untuk memastikan supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang, normalisasi dan sebagainya itu. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya amat bersetuju dengan Ledang Tan Sri Yang di-Pertua bahawa kita punya sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin ini berasaskan prinsip. Kita bukan mengatakan kita menyokong Palestin, tetapi kita akan menolak sebarang apa jua bentuk kekejaman sebarang apa jua bentuk penindasan yang melanggar undang-undang antarabangsa, prinsip antarabangsa, konvensyen- konvensyen antarabangsa ataupun Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Sama juga kesnya kita dahulu kita menyokong perjuangan di Afrika Selatan yang menolak dasar yang begitu kejam, dasar Aparteid mereka terhadap rakyat Afrika Selatan. Kita very konsisten dalam hal ini.

Malaysia memang jelas pendirian kita bahawa kita bukan kerana orang kata Palestin ini kita

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

orang Islam, kita membantu dia, nothing to do with religion. Tak ada kena mengena dengan agama.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Akan tetapi atas asas dasar kita bahawa kita menolak sebarang bentuk kekejaman, menolak sebarang bentuk penindasan, dalam apa sahaja bentuk pelanggaran undang- undang antarabangsa dan kita tidak bersetuju dan tidak bersama dengan mereka-mereka ini, insya-Allah. Saya juga mempengerusikan bersama semasa di Bangsa-Bangsa Bersatu tahun lepas iaitu ASEAN ECO.

draft • 6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Apa yang disebut oleh Ledang tersebut memang benar. Kita juga menggunakan pelbagai pentas. Pentas platform-platform yang baik daripada segi OIC nya, baik NAM nya, baik ASEAN nya, baik Negara-negara Teluknya, GCC. Itu sebabnya penting kita mengadakan kita punya sidang kemuncak ASEAN GCC itu sendiri. Kita juga bersama-sama dengan negara-negara lain di atas kumpulan- kumpulan Liga Arab dan juga lain-lain agar suara bersama itu penting untuk membawa bahawa kita nak supaya keadilan terhadap rakyat Palestin untuk membentuk negara mereka yang merdeka sendiri dapat dijelmakan. Insya-Allah.

draft • 6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi, saya hargai dan rasa semua pihak kena menyokong dasar yang telah dibuat mengenai Palestin ini. Cuma, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut dia tidak berkaitan dengan agama. Saya rasa dia berkaitan dengan bangsa, agama dan berkaitan dengan naluri manusiawi sebab di Palestin itu ada Baitulmaqdis, ada Masjidil Aqsa yang mengikut agama Islam ini mesti dipertahankan, dibebaskan. Jadi, dia berkait sebenarnya dengan agama. Saya rasa mesti berkait dengan agama. Sebab itulah rakyat Palestin di Gaza mereka sanggup untuk tidak keluar, lawan sehingga mati syahid kerana kaitan dengan kepercayaan agama. Saya rasa Yang Berhormat Menteri sedia arif tentang perkara tersebut.

Kedua, akhir sekali Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Saya sentuh tentang two-state solution dalam ucapan perbahasan. Saya meminta supaya kita tidak mengiktiraf two-state solution kerana akhirnya nanti kita akan mengiktiraf Palestin dan Israel, kedua-dua sebab two-state solution. Betul, kita ada hubungan diplomatik tapi kita tidak boleh mengiktiraf kumpulan minoriti yang akhirnya memaksa majoriti menerima minoriti itu. Palestin telah hilang 70 peratus lebih tanahnya kepada Israel. Jadi, saya rasa tidak. Macam ada kontradik pendirian kita. Kita menyokong Palestin tetapi dalam masa yang sama, kita tidak jelas menolak ataupun tidak Israel. Bila two-state solution itu disebut, jadi macam tidak jelas. Saya rasa kita kena lebih tegas. Apatah lagi bila diajak oleh Jepun tadi, kita kena seru ke arah perkara ini. Itu pandangan saya, Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Menteri, sebelum pergi ke two-state solution, saya nak tanya tentang Gaza punya redevelopment plan. Boleh tak YB Menteri?

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Let me answer dulu ya. Ada dua perkara. Satu, berkenaan dengan― saya kata tadi bukan semata-mata berasaskan kepada agama. Sebab dasar Malaysia, kita menentang sebarang bentuk kekejaman, menentang sebarang bentuk penindasan, menentang sebarang bentuk negara yang melanggar undang- undang antarabangsa, yang melanggar segala piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan segala konvensyen-konvensyen. Itu asas kita.

Kita tak katakan pula ia tak ada kena-mengena dengan agama. Boleh jadi rakyat Malaysia, itu kerana dengan kita agama. It’s okey tapi bukan semata-mata pada itu. Asas kita ialah kita negara yang berkecuali tetapi dalam masa yang sama, kita tidak akan menyokong dan kita mengutuk sekeras-kerasnya negara yang melanggar sebarang bentuk piagam dan juga treaty dan juga konvensyen-konvensyen antarabangsa. Itu asas kita. Itu sebabnya kita juga menyokong dulu South Africa. Dia tak ada agama Islam pun, kebanyakannya bukan agama Islam tetapi kita menyokong perjuangan mereka.

Nombor dua tadi, berkenaan dengan two-state solution. Tan Sri Yang di-Pertua, two- state solution ini bukan baru. Dah lama. Dah lama dan apa pilihan kita? Kerana, two-state solution ini telah diperakukan, telah diluluskan oleh United Nation Security Council, Majlis Keselamatan pada 1947 lagi. Akan tetapi pada ketika itu, ada negara-negara, orang-orang di negara Arab tidak mahu menerima two-state solution ini tetapi disebabkan oleh telah diperakukan oleh Resolusi 242 tahun 1947, negara Israel ditubuhkan.

Itu sebabnya sekarang kita katakan two-state solution itu mesti kita― kerana the one state is already there. By right, kita katakan one state solution lah sebab one state is already establish. One state solution tetapi sebab dah ada Resolusi 242, 1947 semasa ditubuhkan negara Israel, pada ketika itu negara-negara Arab tak mahu menerima negara Yahudi dan negara Arab dan juga Baitulmaqdis diuruskan oleh Bangsa-bangsa Bersatu, dia tak mahu.

Jadi, sekarang apa pilihan kita? The only option kita ada, dengan pilihan cuma ada iaitu kita revise balik resolusi yang telah diluluskan dan telah pun diperkasakan. Itu sebabnya Oslo Accords pada 1993 semasa di Oslo, kemudian dibuat lagi di 1995 di Washington. Kita nak supaya dikuatkuasakan balik Resolusi 242 itu dengan mengambil kira― ha, ini kita kena clear― dengan mengambil kira― tadi kita takut Israel dah membesarkan kawasan― dengan mengambil kira bahawa sempadannya adalah mengikut Garis Sempadan 1967. Maknanya Israel perlu berundur daripada Bukit Golan, daripada apa semua, kena berundur kalau ikut Garis Sempadan 1967. Jadi, itu yang kita perlu faham supaya nanti kita dapat ialah sebuah negara Palestin yang merdeka.

Bila dah ada negara Palestin yang merdeka, ada sempadannya. Bila dah ada sempadannya, maka bolehlah tentera pengaman Bangsa-bangsa Bersatu dihantar ke situ menjaga sempadan kedua buah negara. Sekarang ini Palestin tak ada negara, tak ada

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

sempadannya. Kalau nak hantar pengaman pun kat mana? Jadi tak boleh, Tuan Yang di- Pertua. Akan tetapi, ini penting untuk kita dapatkan impian rakyat Palestin untuk mempunyai negara mereka yang merdeka, kita perlu sokong. Tidak bermakna pula nanti bila kita dah ada kita punya two-state solution, negara Palestin merdeka telah ditubuhkan, kita nak memperakukan dengan hubungan diplomatik dengan Israel, itu perkara kedua. That is different issue already. Sama ada kita nak memperakukan Israel after this, terpulang kepada kita. Itu cerita lain. Kalau semua rakyat Malaysia kata, ‘Okeylah, kita perakukan’, kita perakukan tetapi untuk setakat hari ini, kita belum lagi ada hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja yang saya hendak sampaikan.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun] .

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bangi, belakang itu.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh tak YB. Menteri?

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Sila.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya setuju sebenarnya kita ada obligasi moral untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin ini dan sebenarnya kita harus berbanggalah sebab Jepun menjemput kita untuk menjadi pengerusi bersama dalam pembangunan semula Gaza ini tetapi saya lihat polemik di luar sana ialah berkenaan dengan apa yang diumumkan sebagai nak membina masjid, hospital dan sekolah yang mana ada yang mengatakan bahawa kenapa kita gunakan dana kita untuk bantu sana? Kita masih perlukan lagi, di sini perlukan sekolah dan sebagainya. Dah tentu kita pun tahu sebenarnya realitinya lah, hospital yang diperlukan di sana dan di sini amat berbeza. It’s probably dengan izin, field hospital tetapi polemik di luar sana yang dimainkan.

Jadi mungkin ada peluang ini, mungkin YB Menteri boleh jelaskan tentang kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu tentang pembinaan masjid, hospital dan juga sekolah ini. Apa? Dia guna dana apa dan sebagainya supaya kita boleh noktahkan polemik tersebut tentang perkara ini. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Bangi. Tan Sri Yang di-Pertua, banyak orang berdebat. Saya faham, saya tahu bahawa orang mengatakan ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Saya dah terangkan dalam Dewan tempoh hari, tak ada kera nak kita susukan pun dan tak ada anak di sini yang mati kelaparan.

Kita nak membantu itu ikut kemampuan tetapi kita nak menjadi sebagai negara yang mahu mengajak negara sepemikiran bak kata sahabat kita tadi, kita nak membawa semua atas apa jua sama ada daripada South Asia kah, Middle East kah mana-mana, South Asia kah supaya kita dapat mengumpulkan negara yang sepemikiran ini untuk kita merancang. Itu sebabnya di Mesyuarat OIC yang akan datang ini, di Mesyuarat Liga Arab pada 4 hari bulan ini, dia akan merancang macam mana cara.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Mesir dah ada dia punya rancangan tetapi kita nak kena bincang dahulu kerana kita tak boleh buat sendiri-sendiri, Tuan Yang di-Pertua. Dia nak buat rancangan, nak suruh kita ikut. Jadi, kita nak dengar dahulu apa rancangan dia dan juga kita nak menguatkan sifat ini supaya kita dapat mengumpulkan dana. Jadi Malaysia pula, tempoh hari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan apa salahnya menggunakan Duit Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKP)?

Kita mengumpulkan RM99 juta hasil daripada baik budi rakyat Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Wisma Putra mengumpulkan RM99 juta Tuan Yang di-Pertua dan kita telah disburse kan RM67 juta. Kita ada lagi lebih kurang RM30 juta dan duit ini boleh kita buat sebuah masjid, sebuah hospital, sebuah sekolah. Tak bangga kah kita ada hospital Malaysia, ada masjid, ada sekolah Malaysia? Bila orang tunjukkan sekolah daripada negara dari ASEAN, kita marah. Apa pasal Malaysia jauh sangat ketinggalan? Tak bersama? Tapi bila kita hendak bantu, banyak marah. Itu sebab tadi yang disebut oleh Ipoh Timor tadi, yang tidak tentu hala itu bukan di sana, di sini.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, ini kita ada tabung amanah, Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dikumpulkan oleh Wisma Putra. Saya hendak ambil kesempatan ini, Tan Sri Yang di-Pertua, supaya saya minta rakyat Malaysia, kalau satu orang bagi 50 sen satu hari pun, tak apa. Kita bukan hendak banyak-banyak. Lama-lama esok, membukitlah ia. Membukitlah derma kita untuk kita buat sekolah, untuk kita buat hospital, untuk kita buat masjid. Sebiji buah tangan Malaysia untuk kita jadikan― kita menjerit-jerit, kita begitu lantang di peringkat antarabangsa, kita begitu – semua pentas antarabangsa kita menyuarakan tentang hak rakyat Palestin. Tapi, akhirnya bila dia orang minta hendak buat masjid pun orang marah, hendak buat sekolah pun orang marah. I think something is very wrong with us, Tan Sri Yang di-Pertua, dengan izin.

draft • 7:00 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Menteri, saya ada juga bangkitkan tentang badan-badan NGO yang mengutip derma untuk tujuan pembangunan Palestin. Jadi, saya bangkitkan supaya kita memantau NGO-NGO ini sebab sebelum ini kita dengar ada NGO yang ambil komisen sehingga 40, 50 peratus daripada kutipan. Jadi, minta komen Menteri.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya tak nak komenlah tentang NGO-NGO, tapi saya minta, saya harap rakyat Malaysia― ada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diurus oleh Kementerian Luar Negeri. Tabung ini, dia punya pemegang amanah ialah Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan juga Timbalan Ketua Setiausaha II, III dan bermesyuarat dan kita laporkan ke Kabinet kepada siapa kita bagi, kepada pihak mana, berapa, berapa balance dia. Semua kita buat secara telus. Kita lapor kepada Kabinet secara berkala. Mesti kita laporkan secara quarterly kepada

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Kabinet. Tahun lepas, kita mesyuarat lima kali. Trustee ini, pemegang amanah ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Dan kita minta orang audit.

Jadi, saya harap supaya rakyat Malaysia bagi kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin ini yang diuruskan oleh Kementerian Luar Negeri. Kadang- kadang banyak orang mengambil kesempatan atas nama rakyat Palestinlah, atas perjuangan, penderitaan Palestin tapi bak kata sahabat kita tadi, 40 peratus, 50 peratus komisen. Ada simpan sampai ada jongkong emas semua sekali, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, tidak sampai hasrat kita. Orang menderma di atas asas untuk membantu tapi akhirnya tidak sampai kepada hasrat penderma tersebut. Insya-Allah.

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, Menteri perlukan berapa minit lagi?

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tak tahu. Banyak lagi ni. [Dewan riuh]

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita kena set. Kalau Menteri kata 20 minit, 20 minit.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Boleh, 20 minit.

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh? Okey, 20 minit lagi.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Sebelum azan, habislah.

Sahabat-sahabat, sabar, sabar ya.

Cadangan pengambilan alih Gaza oleh Amerika Syarikat. Pada 5 Februari yang lalu, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi menolak dengan tegas sebarang cadangan dan pemindahan secara paksa rakyat Palestin. Tindakan tidak berperikemanusiaan ini merupakan pembersihan etnik yang jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi PBB. Penafian hak rakyat Palestin, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk menentukan nasib mereka sendiri serta mencabuli kebebasan mereka adalah tidak boleh diterima sama sekali dan ia hanya akan membawa kepada kemudaratan yang berlarutan.

Malaysia kekal teguh dalam solidaritinya bersama rakyat Palestin. Satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah melalui penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Pendekatan ini kekal sebagai pendirian prinsip Malaysia dan sejajar dengan sokongan jangka panjang masyarakat antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara.

Masyarakat antarabangsa mesti bersatu dalam menyeru penjelasan yang adil dan berkekalan ini, yang dihormati serta diterima oleh rakyat Palestin. Sehubungan dengan itu, seperti yang terkandung dalam Resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab 2024 yang diterima pakai pada 19 November 2024, Malaysia menegaskan semula agar semua negara yang masih belum menyokong penyelesaian dua negara segera mengambil langkah untuk mengiktiraf negara Palestin dan menyokong keanggotaan penuhnya dalam Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini merupakan langkah yang penting. Pertama, ke arah memastikan keselamatan dan keamanan jangka panjang bagi rakyat Palestin dan kestabilan rakyat di Timur Tengah.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Di peringkat antarabangsa, Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia akan memanfaatkan semua platform berbagai hala untuk menyuarakan kebimbangan terhadap sebarang pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Pada masa yang sama, Malaysia akan terus meningkatkan hubungan diplomatik dengan rakan serantau dan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat melalui dialog terbuka mengenai isu-isu global yang penting termasuklah keamanan di Timur Tengah bagi menggalakkan penyelesaian yang adil dan berkekalan.

Pendekatan ini membolehkan Malaysia terus menjaga kepentingan negara sambil memperjuangkan hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa seperti di PBB, OIC, ASEAN+6 dan lain-lain.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia dengan beberapa negara OIC bersetuju untuk mengusulkan penganjuran mesyuarat tergempar, seperti yang saya sebutkan tadi, Menteri-Menteri Luar pada 7 Mac yang akan datang. Mesyuarat tergempar ini adalah usaha diplomatik Malaysia bagi menggabungkan pendirian semua negara-negara OIC secara kolektif dalam menolak sebarang usaha mengambil alih wilayah Palestin yang menyebabkan pemindahan secara paksa rakyat Palestin.

Tan Sri Yang di-Pertua, di peringkat ASEAN, Malaysia terus menyuarakan isu Palestin melalui pelbagai platform seperti Forum Serantau ASEAN (ARF), Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan mesyuarat-mesyuarat plus one melibatkan rakan-rakan dialog ASEAN.

Di bawah Kepengerusian ASEAN, dua kenyataan ASEAN mengenai isu Palestin telah dikeluarkan baru-baru ini. Pertama, kenyataan Pengerusi ASEAN mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas pada 21 Januari 2025. Kedua, kenyataan Menteri- menteri Luar ASEAN mengenai hak rakyat Palestin berkaitan penentuan nasib sendiri pada 12 Februari baru-baru ini.

Menteri-menteri Luar ASEAN menyeru masyarakat antarabangsa untuk menghormati undang-undang antarabangsa. Tetapi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak beritahu, inilah pertama kalinya ASEAN secara kolektif menyuarakan tentang Palestin.

Selalunya ada satu dua negaralah, tak payah saya sebut, yang kadang-kadang amat susah untuk menyokong sebarang bentuk kenyataan berkenaan dengan Palestin. Tapi kali ini, kita berjaya mengumpulkan semua negara ASEAN, semua Menteri-menteri Luar ASEAN bersama-sama menyokong dan menolak sekeras-kerasnya pemindahan secara paksa rakyat Palestin, Tan Sri Yang di-Pertua.

Menteri-menteri Luar ASEAN menyeru masyarakat antarabangsa untuk menghormati undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hak asasi manusia serta menggesa semua pihak untuk mengekalkan momentum perjanjian gencatan senjata secara berperingkat dan pembebasan tebusan bagi memastikan penyelesaian berkekalan. Malaysia akan terus menyeru agar ASEAN bersatu dalam memperjuangkan keadilan bagi Palestin serta menggunakan platform antarabangsa untuk

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

menegaskan komitmen mutlak atas usaha penubuhan negara Palestin yang berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Keselamatan maritim termasuk di Laut China Selatan, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Sri Aman bertanyakan tentang ini. Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa cakna terhadap keselamatan kawasan perairan negara dan amat komited dalam memastikan hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia sentiasa kekal terpelihara melalui tindakan yang diambil di kawasan maritim negara, dengan izin, show of presence di kawasan maritim negara kita.

Kerajaan juga melaksana pendekatan, dengan izin, whole of government untuk menyelaras tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menjamin keselamatan perairan Malaysia, termasuklah dalam memastikan keselamatan aktiviti-aktiviti ekonomi negara seperti aktiviti eksplorasi, eksploitasi hidrokarbon dan kawasan perikanan negara sentiasa terpelihara sepanjang masa.

Malaysia juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara-negara jiran dalam usaha mempertahankan keutuhan sempadan perairan negara. Antaranya, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand telah melancarkan Malacca Straits Patrol sejak tahun 2004. Ini bertujuan memastikan Selat Melaka sebagai satu laluan perdagangan antarabangsa strategik dan banyak digunakan oleh kapal-kapal perdagangan sentiasa selamat.

Kedua, kita punya kerjasama Malaysia, Indonesia, Filipina melalui mekanisme, dengan izin, Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) demi mempertingkatkan situasi keselamatan di Laut Sulawesi dan Laut Sulu. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, tahun 2023, zero kes. Kosong.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Kes kidnap for ransom tak ada. Dulu, kawasan ini memang tempat orang kena culik dan minta ransom di kawasan laut, terutamanya di antara Malaysia dan Filipina dan juga di Sulu, Tuan Yang di-Pertua dan juga di Sulawesi. Inisiatif sebegini telah berjaya mempertingkatkan keselamatan di perairan negara. Kerajaan akan meneruskan hubungan kerjasama yang memanfaatkan negara dari segi keselamatan dan perdagangan maritim.

Isu Laut China Selatan pula, kita perlu pastikan bahawa ketegangan geopolitik tidak meruncing dan menggugat keamanan, keselamatan dan perdagangan di kawasan tersebut.

Saranan Malaysia adalah supaya semua pihak bertindak secara berhati-hati dan mengamalkan dialog dan diplomasi untuk menyelesaikan sebarang pertikaian berasaskan prinsip undang-undang antarabangsa, termasuklah UNCLOS ataupun Konvensyen Undang- undang Laut 1982.

Malaysia menyambut baik kemajuan dalam rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan atau, dengan izin, Code of Conduct in the South China Sea dan berharap agar

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

momentum positif ini akan berterusan semasa Kepengerusian ASEAN, Malaysia pada tahun ini. Saranan mengenai Pusat Maritim ASEAN. Yang Berhormat Indera Mahkota menyaran – Sila.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat menyebut Laut China Selatan dan saya percaya Yang Berhormat merujuk kepada UNCLOS iaitu Undang-undang Laut Antarabangsa. Yang Berhormat sedia maklum bahawa China tidak mengiktiraf Undang- undang Laut Antarabangsa, di mana kita mengadakan peta berdasarkan dotted line tapi China dia buat dash line. Dulu nine-dash line. Saya dengar cerita sekarang ini ten-dash line.

Jadi, saya ingin tanya Yang Berhormat. Sebab jawapan tadi ialah jawapan yang cukup berdiplomasi tapi apakah usaha dibuat supaya negara-negara ASEAN pegang kukuh kepada keputusan Undang-undang Laut Antarabangsa? Kita pula tidak mengiktiraf nine-dash line yang diperkenalkan oleh China. Kalau tidak, seperti yang saya sebut selalu bahawa China berada di kawasan Beting Patinggi Ali yang jaraknya ialah 4,000 kilometer daripada Hainan, melalui Filipina, Vietnam, Brunei, malah Thailand pun, baru sampai ke Beting Patinggi Ali yang sudah dekat dengan Natuna. Jadi, saya nak bertanya. Apakah kerajaan bercadang untuk negara-negara ASEAN sebulat suara menentang nine dash line yang diperkenalkan oleh China? Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Arau. Berkenaan dengan kita punya Code of Conduct, tadi saya sebut bahawa di Laut China Selatan ini Tan Sri di-Pertua, dia amat rumit. Kita bukan sahaja berhadapan dengan negara China tapi kita juga ada masalah dengan semua lateral states dalam negara. Ada kawasan bertindih Malaysia-Filiphina, Malaysia-Thailand, Malaysia-Indonesia, semua ada. Bukan China sahaja.

Jadi, itu sebabnya saya katakan tadi, kita mesti menggunakan diplomasi dan soft diplomacy dan juga dialog supaya kita dapat pastikan isu Laut China Selatan ini kita bersama sebagai satu suara, kita menggunakan mekanisme ASEAN. Betul, China kata dia tidak perakui UNCLOS, Konvensyen Laut Antarabangsa tetapi kita mengguna pakai Konvensyen Laut Antarabangsa ini (UNCLOS 1982) dan semua negara lateral states ini pun memperakuinya. Adalah lebih baik Laut China Selatan ini bukan diurus secara bersendirian oleh negara-negara. Kita nak supaya Laut China Selatan ini kita ada suatu common understanding. Itu sebabnya kita nak lihat kawasan mana yang masih bertindih antara Malaysia dengan negara jiran. Kalau boleh, kita nak jadikan ianya sebagai kawasan kita nak usahakan bersama. Ini supaya kita dapat menikmati hasil-hasil di situ ya. Macam Vietnam baru-baru ini, Tan Sri di-Pertua. Mencadangkan kepada kita supaya yang bertindih tersebut- kawasan laut yang bertindih tersebut, tempat perikanan. Dia nak ajak Malaysia supaya why not- mengapa tidak Malaysia dan Vietnam mengusahakan secara bersama kawasan tersebut tanpa kita mengusik tentang sovereignty.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, kita tidaklah orang kata, bertelagah ataupun sentiasa saja berlaga di dalam kawasan laut tersebut. Kita urus dengan bersama. Jika kita dapat buat ini Tan Sri di-Pertua, maka ada usaha secara bersama untuk mempertahankan hak kita di Laut China Selatan, insya-Allah dan dengan negara China, kita akan uruskan dengan secara diplomasi, soft diplomacy, dengan berdialog. Kita yakin supaya kawasan ini dapat kita tangani dengan baik dan apa yang penting ialah supaya Laut China Selatan akan terus menjadi satu kawasan yang bebas, kawasan laluan perdagangan yang banyak dan ia tidak menjadi kawasan yang ada konflik dan akan merugikan semua pihak. Anything happens in South China Sea, the whole lot of us is going to suffer, dengan izin Dato' Yang di-Pertua’ ya.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, cuma sedikit saja.

Ucapan tadi menarik dan mengamankan jiwa yang mendengar. Tapi apakah Yang Berhormat sedar bahawa kehadiran China di Beting Patinggi Ali ialah pencerobohan, bukan tuntutan bertindih. Tuntutan bertindih ini macam dekat-dekat sempadan Vietnam, Filipina, China sendiri tetapi dia masuk ke kawasan kita, kawasan 80 kilometer daripada Bintulu, Sarawak.

Kawasan EEZ kita ialah 200 batu nautika tapi dia masuk kawasan 80 batu nautika. Jadi, dengan China ini bukan dia bertindih, menceroboh. Jadi, saya cadangkan supaya pencerobohan ini dihalang dengan nota yang lebih keras sebab tentera mungkin wallahu‘alam tetapi nota bantahan yang lebih keras yang bukan dibuat sebulan sekali, dari semasa ke semasa.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya tak ada menggunakan Dato' Yang di-Pertua’, tuntutan bertindih dengan negara China. Saya mengatakan tadi antara sesama negara lateral states. Dengan negara China, kita memang tahu bahawa mereka memperakukan laut kita sebagai laut mereka. Jadi, ini perlu kita rujuk kepada badan dunia, Bangsa-Bangsa Bersatu dan perlu kita adakan dialog dan perlu adakan diplomasi. Ini kerana kita tidak mahu- kita nak mengelakkan sebarang pertelingkahan yang boleh merugikan semua pihak, terutamanya kalau kita bertelingkah dengan negara China. Dia merupakan rakan dagang kita yang utama, rakan dagang yang paling besar selama 15 tahun berturut- turut, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, kita dalam usaha kita nak pastikan yang ini dapat diurus dengan baik, kita jangan rugi pula lebih banyak, Dato' Yang di-Pertua. Kerana ekonomi negara kita banyak juga bergantung kepada ekonomi perdagangan dengan negara China, insya-Allah.

draft • 7:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, sedikit ya.

Dimaklum dalam Dewan ini oleh Timbalan Menteri Luar pada tahun lepas, kita sedang di peringkat ASEAN draf Kod Tatalaku Laut China Selatan (CoC) bagi kita memastikan bahawa China juga bersetuju di atas CoC ini. Bagaimana perkembangan dalam beberapa bulan ini, draf ini sama ada sudah pun diangkat kepada negara ASEAN sendiri untuk persetujuan dan negara China itu sendirilah. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dia perkembangannya baik, Tan Sri Yang di-Pertua ya. Kita sebagai country coordinator, Malaysia dengan China untuk tiga tahun yang akan datang ini, mulai tahun ini, kita berurusan dengan baik. Baru-baru ini kita ada Mesyuarat SOM ataupun Senior Officials Meeting di China dan minggu depan akan ada lagi mesyuarat berkenaan dengan CoC di Jakarta. Ini sedang kita urus dengan baik. Itu sebab saya kata tadi, cara diplomasi, soft diplomacy ini penting. Kita tahu apa yang dilakukannya dan seperti kata Arau tadi, kita hantar nota-nota diplomatik membantah ya. Mereka juga membantah, mereka kata kita berada dalam laut dia. Kita juga membantah dan keberadaan aset kita pun kita buat juga tapi aset kita ini kalau kena dia punya ombak pun kita tenggelam, Dato' Yang di-Pertua’.

Kita tak punyai aset yang canggih kalau nak dibandingkan dengan negara mereka.

Jadi, itu sedang kita lakukan dan usaha untuk kita menamatkan rundingan Tingkah Laku di Laut China Selatan atau pun Code of Conduct ini dilakukan dengan begitu teliti. Tapi apa yang penting ialah seperti yang saya sebutkan tadi, Laut China Selatan ini mesti diurus secara bersama, secara kolektif sebagai satu suara ASEAN. Kalau tidak nanti, kita akan diadu domba dan kita berpecah. Akhirnya, akan merugikan semua negara dalam ASEAN dan yang untungnya, satu pihak. Jadi, kita tidak mahu itu berlaku. Jadi, kita mesti tahu apa yang dirundingkan dan kita nak supaya kita bertukar-tukar nota.

Itu sebabnya kita akan adakan kita punya mesyuarat bersama dan kita nak pastikan supaya CoC ini dapat dimuktamadkan dengan baik. Jika boleh, kita dapat muktamadkan semasa Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025 ini oleh Malaysia, insya-Allah. Mengenai Pusat Maritim ASEAN. Buat masa ini belum ada lagilah hasrat nak buat Pusat Maritim ASEAN. Tapi apa yang kita lakukan Indera Mahkota, kita nak menaik taraf kita punya Jabatan Maritim di Wisma Putra dengan kita mengambil, melatih seramai mungkin tenaga-tenaga pakar yang menganggotai. Ini penting kerana kita saya sebut tadi sebagai country coordinator dengan China dan kita – terletak di atas bahu kita terutama tentang maritim, tentang CoC dan pelbagai lagi. Kita memerlukan satu jabatan yang kuat, jabatan dikandungi ataupun yang ada pakar-pakar dalam bidang masing-masing, insya-Allah. Silakan.

draft • 7:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Dia bukan sangat hendak jadi pusat peringkat ASEAN kah apa tapi betullah ayat Yang Berhormat tadi sebab kerja-kerja Jabatan Maritim di Wisma Putra tu banyak sangat. Saya mencadangkan supaya dinaik taraf, itu supaya – betullah, tambah tenaga pakar, juga aset-aset tertentu yang boleh menyebabkan kecekapan kita meningkat. Kalau perlulah, kena juga lebih – bukan lebih coordinate, beberapa jabatan lain, agensi lain yang juga ada maritim ini tapi fungsi dia tak sebesar yang di Kementerian Luar.

Jadi, saya kata kesempatan sebagai Pengerusi ASEAN itu boleh digunakan untuk – kalau dinamakan sebagai Pusat Maritim ASEAN, macam dulu kita buat siasat. Itu pun kita

draft • 7:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

ambil kesempatan tertentu tapi kami akan sokonglah ini terutama nanti kalau pergi ke Bajet 2026 itu. Saya rasa JPA, MoF, they must understand the kind of job yang Kementerian Luar kena buat, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih diucapkan kepada sahabat saya. Tan Sri Yang di-Pertua, saya sambung ya. Isu job scam dan pemerdagangan manusia. Kerajaan mengambil maklum bahawa isu job scam ini yang didalangi oleh sindiket antarabangsa merupakan isu yang bersifat dengan izin cross-cutting Tuan Yang di-Pertua, yang merentasi pelbagai agensi kerajaan. Selaras dengan inisiatif Kerajaan MADANI dalam mencapai inspirasi dengan izin whole of government, Kementerian Luar dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bekerjasama secara menyeluruh merentasi sempadan portfolio masing- masing untuk menyelesaikan isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Sebagai langkah penyelesaian lebih sistematik, satu Jawatankuasa Khas yang terajui oleh Kementerian Luar dulu telah ditubuhkan tetapi sekarang ini kita hendak alih bukannya Kementerian Luar tetapi dia diterajui oleh National Strategic Office di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mereka mempunyai kepakaran yang berkenaan dengan cross-cutting agensi, mereka boleh uruskan dengan baik dan jawatankuasa khas ini memang telah ditubuhkan Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian Luar juga melaksana pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dengan menyertai program-program outreach dan juga mengadakan pesanan- pesanan awam melalui RTM dan BERNAMA.

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah pencegahan seperti hebahan yang dinyatakan tadi, KLN sentiasa komited untuk meningkatkan jalinan kerjasama peringkat antarabangsa melalui hubungan diplomatik erat yang sedia terjalin antara perwakilan Malaysia luar negeri dan kerajaan-kerajaan asing.

Kita sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham mengapa rakyat Malaysia senang sangat tertipu. Beribu-ribu rakyat tertipu termasuk rakyat negara-negara lain dan kita – apa yang kita boleh buat ialah untuk kita menyelamatkan mereka. Itu pun bukan mudah.

Tetapi, baru-baru ini kita dapat selamatkan 15 orang dan bakal lagi 22 orang, itu pun di atas usaha negara China yang mendesak negara Thailand untuk mengambil tindakan tegas terhadap job scam dan juga kawasan sempadan ini kerana berbilion-bilion bisnes Tuan Yang di-Pertua dan kita susah.

Jadi, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Thailand ini merupakan satu langkah yang amat baik dengan memotong bekalan elektrik dan macam-macam lagi dan mengambil alih kawasan sempadan, kawalan sempadan dengan tegas, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 7:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat sikit?

Kita melihat isu yang berkaitan dengan job scam ini dibantu oleh individu ataupun entiti tertentu yang mereka juga kalau tengok dalam medsos berjaya bawa pulang mangsa-

draft • 7:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

mangsa ini. Apakah ini dalam pengetahuan kerajaan dan ada kolaborasi dengan pihak berkuasa ataupun dengan Wisma Putra?

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Ya, kerjasama dan kolaborasi Wisma Putra untuk membawa pulang rakyat-rakyat ini kerana pengakhir ceritanya kita punya kedutaan-kedutaan di negara-negara tersebut yang perlu memainkan peranan penting untuk kita mengenal pasti bahawa rakyat ini rakyat Malaysia. Memperakukan mereka yang dibebaskan itu rakyat Malaysia dan jika mereka tidak ada travel document ataupun sijil perjalanan, kedutaan kita akan mengeluarkan sijil perjalanan terhad (one way) balik ke Malaysia dan macam-macam lagi.

Itu sebabnya baru-baru ini, satu orang di Cambodia, dia telah pun ditipu dan akhirnya minta keluarga dan saya ataupun pejabat Consular kita telah pun memohon kita punya kedutaan di Cambodia untuk pergi melawat. Bukan dekat, 300 kilometer jauh Tan Sri Yang di-Pertua, untuk pegawai kita pergi untuk meninjau keadaannya. Dia duduk satu sel dengan lelaki, kita keluarkan supaya dia duduk sel yang berasingan dan cuba untuk kita meyakinkan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan, kita hendak bawa dia balik.

Memang kita punya kedutaan-kedutaan memainkan peranan yang penting dan NGO- NGO yang terlibat pun dia memerlukan kerjasama daripada kita punya kedutaan untuk memastikan rakyat kita yang tertipu. Tetapi hendak kata tertipu pun susah juga Tan Sri.

Mereka ini kadang-kadang ada masalah dekat sini, dia pergi sana. Jadi, susah hendak cakap.

Jadi pelbagai latar belakang. Jadi, kita berusaha dan insya-Allah kedutaan-kedutaan kita akan terus memberikan kerjasama untuk kita membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, untuk kita pastikan ia selamat dibawa pulang.

Last sekali berkenaan dengan – ada dua muka sahaja Tan Sri, isu sempadan. Isu sempadan ini, Padang Besar. Malaysia memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan, kestabilan serantau melalui pelbagai inisiatif politik keselamatan seperti ZOPFAN, Zon Bebas Nuklear Asia Tenggara atau pun Perjanjian Bangkok 1995 (SEANWFZ). Langkah- langkah ini telah membantu mengukuhkan kestabilan di rantau ini serta memperlihatkan komitmen Malaysia dalam memastikan ASEAN kekal sebagai zon yang aman, selamat, bebas dan berkecuali.

Malaysia komited untuk memperkukuhkan kawalan sempadan dan penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras ancaman seperti migrasi haram, keganasan, pemerdagangan manusia, pengedaran dadah, penggubalan wang haram dan jenayah siber.

Ini penting untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, Tan Sri yang di-Pertua, kerjasama ASEAN menyediakan ruang untuk memperketatkan kawalan sempadan masing-masing dan penyelaras penguatkuasaan undang-undang secara lebih berkesan sekali gus memperkukuhkan keselamatan serantau dan melindungi kedaulatan negara masing-masing.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ada satu soalan daripada Julau. Yang Berhormat Julau hendak tanya sama ada kita memilih calon-calon sesuai untuk menjadi sebagai head of mission ataupun duta ataupun high commissioner. Saya menegaskan Tan Sri Yang di- Pertua, bahawa kerajaan amat cakna dalam mempertimbangkan calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dilantik sebagai duta-duta Malaysia ke luar negara.

Justeru, calon yang akan dilantik kelak perlulah mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa serta memiliki tahap kefahaman yang tinggi dalam aspek geopolitik dan ekonomi global. Kriteria-kriteria ini adalah penting untuk memastikan mandat yang diamanahkan dapat di laksana dengan berkesan demi kepentingan negara dan hubungan dua hala antara Malaysia dan juga negara-negara rakan.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, dia juga tanya sama ada perlu kita ada jawatan special envoys untuk ke Amerika Syarikat. Jadi, itu boleh dipertimbangkan special envoys. Dulu kalau di Timur Tengah, kita ada duta tetapi kita juga ada special envoys pada masa yang sama.

Sama ada keperluan yang ada, kita akan pastikan dan kita teliti dengan baik kerana seperti yang saya sebut tadi, kepentingan Malaysia, hubungan dua hala Malaysia dengan Amerika ini amat penting. Ia merupakan negara cumulatively secara cumulative-nya merupakan pelabur yang terbesar di Malaysia dan hubungan dagang dua hala pun memihak kepada kita, memihak surplus sebanyak RM70 bilion, bukan kecil Tan Sri Yang di-Pertua dan kita merupakan negara yang mengeksport 25 peratus keperluan semikonduktor Amerika Syarikat.

Ini merupakan satu jumlah yang besar. Jadi, insya-Allah kita pertimbangkan untuk pada ketika dan waktu yang sesuai insya-Allah. Jadi, itu sahajalah Tan Sri Yang di-Pertua, penjelasan saya kepada rakan-rakan yang bertanya. Rakan-rakan Yang Berhormat yang mengambil masa, saya ucap terima kasih kerana mahu bertanyakan tentang urusan bagaimana Kementerian Luar Negeri menyelaras Kepengerusian ASEAN. Malaysia sebagai pengerusi, bagaimana kita menyelaras keadaan di Laut China Selatan, berkenaan dengan Myanmar dan yang lain-lain. Terima kasih Tan Sri Yang di-Petua. Assalamualaikum.

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, waalaikumussalam. Terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 20 Februari 2025. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

draft • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026