Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia pada hari ini ialah delegasi daripada Parlimen United Kingdom.
[Tepuk] Yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Sir Lindsay Hoyle, *Speaker of the House of Commons.
[Tepuk]* Kepada Tuan Yang Terutama, kami mengalu-alukan lawatan yang bersejarah ke Dewan ini. Kami yakin lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang telah sekian lama terjalin antara Parlimen Malaysia dan United Kingdom. Welcome Sir. Baik, kita mulakan dengan menjemput Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.
1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan tahun ini satelit penderiaan jauh UzmaSat-1, sebuah satelit beresolusi tinggi telah dilancarkan oleh kumpulan UZMA Berhad. Persoalannya, apakah status semasa program pembangunan satelit penderiaan jauh negara (PSPJN) di bawah MYSA dan bilakah ia bersedia untuk dilancarkan kelak.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih YB Bentong.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah meluluskan Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) yang dilaksanakan melalui kaedah kerjasama awam swasta public private partnership (PPP) dengan izin. Di mana pendekatan PPP ini akan membuka peluang kepada sektor swasta untuk terlibat dalam pembangunan satelit dan memastikan penglibatan industri tempatan, khususnya dalam kepakaran sumber manusia dan penggunaan fasiliti teknologi angkasa tempatan.
Selain meminimumkan perbelanjaan kerajaan di samping mengurangkan risiko teknologi, pendekatan PPP ini juga membuka potensi baharu kepada sektor swasta tempatan untuk meneroka bidang seperti pembuatan, pelancaran dan penyediaan perkhidmatan satelit.
Tuan Yang di-Pertua, proses penilaian RFP dan pemilihan pembida telah berjaya diselesaikan pada November 2024. Pada masa ini, kerajaan berada dalam fasa rundingan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
dengan syarikat pembida yang telah terpilih bagi memastikan setiap keperluan projek dipenuhi secara sistematik dan menyeluruh.
Dalam usaha menjamin keberkesanan dan kejayaan program PSPJN, kerajaan bersama syarikat pembida yang akan mengadakan makmal pengurusan nilai atau value management lab dengan izin pada hari ini hingga 21 Februari 2025. Makmal ini akan menjadi platform untuk membincangkan secara mendalam aspek pelaksanaan projek dengan penekanan terhadap pengoptimuman kos dan sumber serta pelaksanaan langkah mitigasi awal bagi mengurus sebarang risiko yang mungkin timbul.
Satelit PSPJN dijangka akan memulakan operasi pada tahun 2028. Setelah satelit mula beroperasi, pembayaran off-take akan dibuat secara berkala dan berdasarkan jumlah data yang diterima dan diperakui oleh pihak kerajaan. Pendekatan ini membolehkan kerajaan memastikan pembayaran yang berpatutan dan sepadan dengan nilai data yang diperoleh, di samping mendorong syarikat untuk mengekalkan standard kualiti yang tinggi dalam penyampaian data satelit.
Keperluan ini akan diperhalusi dengan lebih terperinci dengan syarikat pembida semasa memuktamadkan dokumen perjanjian konsesi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang sangat komprehensif. Namun begitu, soalan tambahan adalah, saya ingin memohon penjelasan yang lebih lanjut mengenai status kesiapsiagaan negara dalam konteks penyertaan atau ratifikasi triti di bawah United Nations Committee on the Peaceful Uses of Outer Space. Apakah pertimbangan utama kerajaan dalam menilai penyertaan ini dan apakah impak yang dijangka terhadap Dasar Angkasa Negara, pembangunan teknologi serta kedudukan Malaysia dalam kerjasama antarabangsa khususnya ASEAN berkaitan eksplorasi dan penggunaan angkasa secara aman? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai pertanyaan triti angkasa, Mesyuarat Lembaga Angkasa Malaysia telah bersetuju untuk negara meratifikasi dan menyertai dua triti angkasa iaitu Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space including the Moon and Other Celestial Bodies
(OST 1967) dan Convention of Registration of Objects Launched into Outer Space (REG 1975).
Penyertaan dalam dua triti ini merupakan langkah pertama untuk mempamerkan ketelusan negara dalam menguruskan program angkasanya yang sentiasa menekankan aspek keselamatan serta memfokuskan kepada keamanan. Penyertaan ini juga selaras dengan usaha dan komitmen untuk melindungi kepentingan negara serta memberi isyarat diplomatik yang jelas kepada seluruh dunia termasuk ASEAN bahawa Malaysia komited untuk menjadi sebuah negara yang bertanggungjawab terhadap aktiviti angkasanya.
Tuan Chang Lih Kang
Ini akan meningkatkan reputasi negara sebagai sebuah negara angkasa baharu space immerging countries dengan izin selain daripada mampu menjadi instrumen keselamatan negara khususnya daripada insiden-insiden angkasa lepas. Sekian, terima kasih.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kejayaan pelancaran satelit UzmaSAT-1 membuktikan keupayaan syarikat tempatan untuk membangunkan industri ini. Adakah terdapat kajian impak yang dijalankan terhadap pelaksanaan program pembangunan satelit penderiaan jauh menerusi kaedah kerjasama awam swasta terutama dari segi penjimatan kos perbelanjaan, aspek perkongsian infrastruktur, penerimaan resolusi data serta destruksi data dalam masa nyata?
Sejauh manakah kaedah ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada langganan perkhidmatan imej dan data satelit asing bagi kegunaan agensi kerajaan dan pada masa yang sama, mengoptimumkan perbelanjaan keperluan data serta memperkukuhkan keupayaan negara sebagai peneraju teknologi angkasa di peringkat serantau? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Sebenarnya PSPJN ini memang adalah satu projek khusus untuk membantu negara kita.
Pertama, membina keupayaan untuk manufacture dengan izin, satelit negara sendiri terutamanya dalam remote sensing satellite. Keduanya adalah untuk kita mengoptimumkan perbelanjaan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap tahun negara kita, kerajaan membelanjakan kurang-kurangnya lebih kurang RM20 juta untuk membeli imej satelit sebab kita belum ada keupayaan untuk membina remote sensing satellite sendiri. Maka, kita terpaksa membeli daripada syarikat satelit luar negara.
Dengan adanya PSPJN ini, kita boleh pertama, membina keupayaan. Kedua, kita boleh mengoptimumkan perbelanjaan dan tidak akan memberikan beban perbelanjaan bajet kepada negara kita, kerajaan kita sebab kita bekerjasama. Selepas kita memastikan satelit yang dilancarkan itu boleh digunakan, baru kita akan mulakan pembayaran secara offtake dan kita memberi jaminan up sehingga RM50 juta untuk projek PSPJN ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput soalan nombor dua, Tuan Ir. Ts.
Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua.
2. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan relevensi pengalaman di dalam industri pemeriksaan kenderaan motor kriteria tidak dijadikan sebagai kriteria utama dalam pemilihan syarikat-syarikat yang bakal bersaing dengan PUSPAKOM dan apa lagi kriteria lain yang ada pada ketiga-tiga syarikat yang dipilih selain kedudukan kewangan yang kukuh.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera, selamat pagi Tan Sri Yang di-Pertua. Saya perlukan lima minit Tan Sri Yang di-Pertua untuk menjawab soalan ini.
[Ketawa] Bagi jawapan yang teliti supaya mereka faham kriteria-kriteria tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, konsesi PUSPAKOM selama 30 tahun telah pun tamat pada tahun lepas. Bagi mewujudkan persaingan yang sihat sekali gus meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, kerajaan telah membuka industri tersebut kepada pemain-pemain baharu. Sebagai langkah awal, Kementerian Pengangkutan telah memberikan kelulusan bersyarat kepada tiga syarikat baharu bagi melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan moto bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh syarikat kepada JPJ. Dalam fasa pertama, tawaran bagi permohonan PPKM yang dibuka pada 1 Julai 2024 dan ditutup pada 31 Oktober 2024. Sebanyak 12 syarikat telah mengemukakan permohonan bagi mengendalikan PPKM dalam tawaran fasa pertama ini.
Semua permohonan berkenaan telah dinilai mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan 2.8 - Tatacara Perolehan Secara Request for Proposal yang berkuat kuasa sejak 29 November 2022. Pemilihan syarikat juga dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan selaras dengan keperluan di bawah Akta Pengangkutan Jalan termasuk syarat kelayakan, prosedur, peraturan dan standard yang telah ditetapkan.
Antara syarat utama yang perlu dipenuhi oleh syarikat yang menyertai proses tawaran ini adalah seperti berikut:
(i) berdaftar dan berlesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta pihak berkuasa tempatan;
(ii) dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dalam kategori sendirian berhad ataupun berhad;
(iii) memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya RM10 juta sepanjang tempoh perkhidmatan;
(iv) mempunyai modal pusingan minimum RM5 juta setahun;
(v) memiliki Sijil Perakuan Pematuhan Standard daripada Jabatan Standard Malaysia di dalam tempoh dua tahun dari tarikh tawaran;
(vi) menyediakan wang deposit ataupun bon minimum lima peratus daripada nilai modal pusingan;
(vii) memperoleh sijil kemudahan yang diluluskan daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum pelesenan;
(viii) berdaftar sebagai ahli International Motor Vehicle Committee dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pelesenan; dan
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
(ix) pemegang saham, pemilik syarikat atau ahli lembaga pengarah tidak boleh mempunyai sebarang prosiding atau tindakan mahkamah atau disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
Selain itu, pelantikan syarikat juga dibuat berdasarkan beberapa kriteria lain seperti lokasi yang dipohon adalah selaras dengan senarai lokasi perkhidmatan PPKM yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan. Kertas kerja yang dikemukakan menunjukkan potensi dan komitmen tinggi bagi memastikan kelulusan bersyarat yang diberikan tidak disia- siakan. Hasil lawatan tapak mendapati lokasi yang dipilih sesuai untuk operasi PPKM dari segi keluasan, jarak dengan kawasan perumahan, status milikan tanah dan zon penggunaan tanah mengikut perancangan PLANMalaysia dan pelantikan syarikat melalui meliputi kawasan Semenanjung Malaysia serta Sarawak.
Hasil penilaian oleh Jawatankuasa Pelesenan dan Penilaian PPKM mendapati bahawa tiga syarikat yang terpilih memenuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan. Syarikat yang tidak berjaya dan syarikat yang berminat untuk membuat permohonan baharu, apabila permohonan dibuka semula pada 1 Mac 2025 boleh berbuat demikian.
Sejak tahun 1994, PUSPAKOM merupakan satu-satunya syarikat yang diberikan mandat untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh itu, tiada syarikat lain yang mempunyai pengalaman dalam melaksanakan fungsi- fungsi PUSPAKOM. Kriteria yang ditetapkan telah mengambil kira realiti tersebut. MOT telah menetapkan kriteria-kriteria untuk memastikan syarikat-syarikat baharu akan melabur untuk membina kepakaran dan keupayaan dalam industri pemeriksaan kenderaan. Keupayaan kewangan adalah faktor utama bagi memastikan syarikat dapat memenuhi semua piawaian yang ditetapkan termasuk penyediaan peralatan pemeriksaan, tenaga kerja dan kebolehlaksanaan operasi.
Bagi mengelakkan berlakunya konflik kepentingan, pemohon juga dibenarkan untuk mewujudkan syarikat baharu atau menggunakan syarikat tidak berkaitan peniagaan kenderaan bagi tujuan permohonan lesen PPKM. Ini bertujuan untuk mewujudkan pemisahan perniagaan dan mengelakkan situasi di mana syarikat yang mempunyai perniagaan kenderaan untuk meluluskan kenderaan melalui PPKM sendiri.
Surat tawaran kepada tiga syarikat yang terpilih pada 7 Februari lalu adalah kelulusan bersyarat Yang Berhormat, yang mewajibkan syarikat memastikan penyediaan infrastruktur, peralatan, tenaga kerja dan keperluan lain dalam tempoh 24 bulan sebelum lesen operasi dikeluarkan. Sekiranya syarikat gagal memenuhi syarat dalam tempoh yang ditetapkan, lesen operasi tidak akan diberikan.
Dalam tempoh pembangunan ini, MOT melalui JPJ akan melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan syarikat yang dilantik mematuhi semua syarat dan standard operasi PPKM yang telah ditetapkan. Lesen operasi hanya akan diberikan setelah syarikat berkenaan memenuhi kesemua keperluan peraturan dan kelengkapan peralatan serta bersedia untuk memulakan operasi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Menteri. Jawapan lima minit tadi Menteri, banyak bercerita tentang syarat-syarat pembidaan.
Pembidaan terbahagi kepada dua. Satu, technical bid dan satu lagi commercial bid. Biasanya mana-mana syarikat akan masuk, dia kena memenuhi kriteria technical bid terlebih dahulu dan kemudiannya barulah kita akan go ahead dengan commercial bid.
Soalan yang berlaku di luar sana ialah PUSPAKOM telah pun ditubuhkan pada tahun 1994. Betul cakap Menteri, dia adalah monopoli. Tapi di sana, ada lessons learnt, ada pengalaman MOT dalam menguruskan PUSPAKOM. Jadi, yang cuba yang perlu dijawab oleh pihak Menteri ialah apakah teknikal kriteria yang telah ditetapkan yang membolehkan tiga- tiga syarikat yang tidak ada pengalaman ini dipilih dari sudut teknikal kriterianya? Adakah kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan ketat untuk memastikan syarikat baharu ini mencapai standard yang ditetapkan? Itu pertama.
Kedua, apakah syarikat ini apabila diberikan 12 bulan tadi, kalau mereka tidak mampu untuk menyelesaikan perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh MOT, diberikan EOT ataupun kita stop terus? Biasanya kalau lambat, kita akan bagi EOT.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tapi oleh kerana ia melibatkan pemeriksaan keselamatan kenderaan yang kita tahu ada 6,000 kematian every month sekarang ini. Menteri pun telah jawab minggu lepas tentang isu teknologi ataupun penipuan bila berlakunya pemeriksaan di PUSPAKOM, jadi apakah ini satu KPI yang perlu kita tetapkan lebih stringent untuk memastikan keselamatan kepada pengguna. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih. Yang Berhormat. Saya nak betulkan dua fakta yang tersilap Yang Berhormat tadi. Pertamanya 6,000 kematian bukan sebulan, setahun.
Kalau 6,000 kematian sebulan itu amat teruklah, tapi dia setahun.
Keduanya bukan 12 bulan, kita bagi 24 bulan, okey. 24 bulan itu tak ada EOT. Ini bukan projek Yang Berhormat, ini bukan projek kerajaan. Ini kita bagi dia kelulusan bersyarat dia kena melabur, dia kena tubuhkan fasiliti dia dan baru kita bagi lesen operasi. Kalau semua kriteria teknikal dipenuhi, baru kita bagi lesen operasi.
Kalau 24 bulan itu dia tak dapat capai semua kriteria kita, tak bagilah lesen operasi.
Tak ada soal EOT. Memang saya dengan Yang Berhormat, saya pun amat prihatin terhadap keselamatan jalan raya. Saya pun tak nak syarikat yang tidak bertauliah diberikan lesen.
Sudah tentu semua syarikat-syarikat diberikan kelulusan ini mesti memenuhi semua kriteria.
Keduanya, satu aspek yang banyak orang tidak bercakap. Memanglah dia cakap lapan bulan sahaja. Ya betul lapan bulan ini, dia syarikat lapan bulan, dia SPV. Ditubuhkan untuk dia masuk permohonan untuk pemeriksaan kenderaan ini. Tetapi yang pentingnya syarikat yang dikatakan lapan bulan ini, dia ada RM20 juta modal berbayar dan dia ada perniagaan lain. Bukannya syarikat baharu, bukannya syarikat RM2. Syarikat yang ada RM20 juta, ada modal yang cukup.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman Yang Berhormat, syarikat ini milik penuh bumiputera. Ketiga-tiga pengarah itu bumiputera. Jadi kita kena ada keyakinanlah kepada syarikat-syarikat ini. Yang pentingnya ialah pemeriksa kenderaan itu mesti bertauliah. Apabila mereka sudah siapkan semua kriteria dan juga kelengkapan dan kemudahan, perlu ada pemeriksa kenderaan.
Setiap lorong itu mesti dilantik pemeriksa kenderaan yang bertauliah. Macam mana bertauliah? Dia ambil orang bekerja, mesti pergi kursus dulu, kursus yang ditetapkan oleh JPJ. Penilaian oleh JPJ terhadap tenaga manusia tersebut. Baru boleh bertauliah, baru boleh menjalankan fungsi pemeriksaan kenderaan.
Jadi prosesnya agak-agak panjang dan juga sangat teliti dan semua proses ini saya buat secara terbuka, tak ada sorok-sorok. Kita lantik syarikat terbuka. Kalau saya nak sorok- sorok, tak payah saya umum nama-nama syarikat ini. Jadi, tak ada apa-apa yang kita nak sorok. Yang pentingnya ialah kita nak buka pasaran ini supaya pasaran pemeriksaan kenderaan ini lebih kompeten, lebih berdaya saing dan lebih banyak pilihan kepada pengguna, termasuk satu pusat saya letakkan di Jerantut Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat Jerantut tak nak mengalu-alukan pusat pemeriksaan kenderaan di Jerantut. Memudahkan rakyat di Jerantut supaya tak pergi, tak payah pergi jauh. Dekat Jerantut pun boleh buat pemeriksaan kenderaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya nak tanya kepada Menteri, sebab saya pernah didatangi oleh pengusaha bas dan juga pengusaha lori di mana banyak perkara yang terlalu merumitkan di pihak pemeriksaan kenderaan ini, di PUSPAKOM dan sebagainya. Jadi sebab apa yang berlaku ada juga runner- runner yang telah di-engage oleh pengusaha-pengusaha ini. Kadang-kadang mereka merumitkan keadaan dan mereka bersekongkol dengan pegawai-pegawai PUSPAKOM sebab ada syarikat ataupun individu yang membuat pemeriksaan kenderaan, walaupun kereta mereka teruk, mereka pass-kan.
Jadi ini saya nak Menteri siasat perkara ini supaya ia berlaku adil kepada mereka- mereka yang betul-betul telah membuat pemeriksaan terhadap kereta telah repair dan sebagainya. Saya amat berterima kasih kepada Menteri. Usaha ini amat baik. I’m very practical person. You have done a good job to do this because if they continue to monopoly, it’s going to be become more worse. Jadi, saya mintalah suara-suara daripada bawah yang memberi feedback kepada saya, saya bawa ke Dewan ini supaya pihak Menteri dapat memperhalusi. Jadi kalau benarlah perkara ini berlaku, ia perlu diselesaikan dengan segera.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sila Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Puncak Borneo. Pertamanya saya harap Puncak Borneo juga boleh menasihati pengusaha-pengusaha bas dan sebagainya jangan pakai runner. Tak perlu runner. Jangan pakai runner untuk pergi buat pemeriksaan. Runner ini yang mengambil duit. Jadi yang pertamanya kalau ada isu integriti dalam PUSPAKOM, memang tidak akan dikompromi dan kita sedang buat pelbagai operasi sekarang ini. Operasi
Tuan Loke Siew Fook
menyamar pun ada daripada pegawai JPJ untuk masuk ke PUSPAKOM, tengok apa mereka buat, betul ke tidak. Kalau ada isu-isu integriti, memang tidak akan dikompromikan, okey. Itu yang pertama.
Keduanya, saya berharap Yang Berhormat juga kena beri nasihat kepada pengusaha bas. Ya, kalau dia tahu bahawa pemeriksaan kenderaan itu memang ada syarat-syarat dia.
Jadi kena pastikan supaya mereka memenuhi syarat-syarat tersebut umpamanya dia punya tayar. Ada yang tukar tayar yang tak elok untuk seolah-olah pass dulu dia tukar satu tayar dekat kedai tayar untuk lulus dulu pemeriksaan. Lepas itu keluar, tukar balik tayar yang tak elok. Itu perkara-perkara yang mesti kita berhentikan.
Itu yang saya katakan pemeriksaan yang tidak berintegriti tetapi PUSPAKOM kata masa dia periksa, dia okey. Dia punya tayar okey. Dia masuk pusat pemeriksaan itu tayar itu elok. Keluar sahaja dia tukar balik tayar yang tak elok. Jadi kita pula kena buat tindakan terhadap kedai tayar. Kedai tayar bukan bawah JPJ. Kedai tayar bawah KPDN, baru boleh masuk.
Jadi ini usaha-usaha yang banyak melibatkan pelbagai agensi yang kadangkala merumitkan kerja kita. Tapi kita tahu dalam masyarakat kita ini, mereka begitu kreatif kadangkala untuk cari jalan untuk mengelak daripada peraturan. Tetapi apa pun, mesej yang kita nak sampaikan ialah pemeriksaan kenderaan ini ialah untuk keselamatan. Betul seperti yang dikatakan Yang Berhormat, kita nak buka pasaran ini supaya monopoli itu dipecahkan.
Lebih banyak pemain industri supaya kita sama-sama tingkatkan kualiti pemeriksaan kenderaan supaya nak pastikan keselamatan di atas jalan raya. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik seterusnya saya jemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sama ada suatu Akta Anti Diskriminasi Kaum akan digubal untuk membendung gejala peristiwa perkauman yang kian melarat di kalangan pemimpin parti politik dan individu yang bersikap ekstremis serta rasis termasuk peristiwa terkini yang melibatkan seorang penjaja di Sepang.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini undang-undang sedia ada sudah memadai dalam memastikan hubungan antara kaum terpelihara. Sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama, boleh disiasat dan didakwa antara lain di bawah akta-akta seperti berikut.
Akta Kanun Keseksaan [Akta 574] . Banyak seksyen-seksyen yang dapat digunakan.
Seksyen 295 berkenaan dengan rumah ibadat, seksyen 296 berkenaan dengan perhimpunan bersembahyang, seksyen 298 berkenaan dengan kesalahan menyebut perkataan-perkataan ataupun perbuatan dengan niat jahat, juga melakukan kesalahan. Seksyen 298A juga di bawah Kanun Keseksaan, kesalahan di atas alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan dan sebagainya.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Seksyen 504 di bawah Kanun Keseksaan juga iaitu berkenaan dengan intentional insult juga menjadi kesalahan. Seksyen 505 berkenaan dengan public mischief juga menjadi kesalahan. Seksyen 501 berkenaan dengan criminal defamation. Seksyen 506 kesalahan apabila kita menakutkan secara jenayah.
Selain itu, kita juga ada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, subseksyen 8A(1) iaitu menjadi kesalahan dengan menyiarkan dengan niat jahat apa-apa perkara yang tidak benar yang dicetak, ditulis dan diterbitkan di bawah Akta Mesin Cetak. Juga di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 seksyen 233 juga menjadi kesalahan kalau apa-apa komen, permintaan, cadangan dan sebagainya yang dengan niat jelik, menjadi kesalahan di bawah akta tersebut. Di bawah Akta Hasutan, seksyen 4(1). Ini adalah Sedition Act yang banyak – yang penuh kesalahan, yang dapat diadakan di bawah Sedition Act.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Juga, di atas Artikel 8(1) Federal Constitution yang memberi equal rights before the law. Jadi, no discrimination against race is allowed. Maka dalam hal ini penguatkuasaan yang telus dan adil tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan kelas sosial adalah amat penting untuk memastikan keharmonian terus terpelihara.
Justeru, kementerian ini berpandangan tidak ada keperluan untuk menggubal ataupun memperkenalkan suatu undang-undang baharu seperti ‘akta diskriminasi kaum’ buat masa kini dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Namun demikian, sekiranya keadaan mendesak dan kerajaan berpandangan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan bagi tujuan mengekang setengah ucapan hate speech ataupun perbuatan provokasi, maka kementerian menyokong usaha tersebut.
Berkenaan dengan kes yang melibatkan seorang penjaja jagung di Sepang yang enggan menjual jagung kepada kaum India dengan meletakkan papan tanda berunsur perkauman, Kementerian Perpaduan Negara telah menggerakkan Anggota Kawasan Rukun Tetangga sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah tersebut yang kita menggunakan reformative approach, bukan punitive. Sesi permohonan maaf tersebut telah diadakan di sebuah restoran di Sepang yang turut dihadiri oleh wakil masyarakat India, pempengaruh, wakil penduduk, wakil dari Jabatan Perpaduan Negara dan juga pihak polis.
Maka, peranan Rukun Tetangga dalam menyelesaikan polemik ini turut memperkukuhkan keyakinan masyarakat dalam peranan KRT − kawasan Rukun Tetangga sebagai ejen perpaduan dan penyelesaian masalah. Ia juga menekankan pentingnya kerjasama antara pemimpin komuniti dan pihak berkuasa untuk memastikan suasana yang harmoni dan aman terpelihara.
Saya ingin menegaskan bahawa kita semua harus sentiasa berusaha memastikan bahawa setiap perkataan dan tindakan kita tidak menimbulkan perasaan tidak selesa, ketegangan atau salah faham dalam kalangan penganut agama, budaya dan kaum yang berbeza. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin bertanyakan berapa buah negara yang telah luluskan ‘Akta Anti Diskriminasi Kaum’ yang mempunyai track record yang baik telah mengurangkan gejala diskriminasi kaum dalam negara tersebut.
Berapakah negara?
Apakah halangan-halangan sekiranya kita hendak meluluskan atau menggubal itu Akta Diskriminasi Kaum supaya kita dapat mengurangkan ucapan-ucapan dan sentimen- sentimen yang menghasut kaum, sentimen kaum seperti yang berlaku oleh seorang pemimpin parti politik PAS yang menyalahkan kaum bukan Islam dan bukan bumi sebagai punca rasuah di Malaysia. Apakah tindakan yang diambil? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, beberapa negara memang mempunyai akta yang berkaitan dengan kesalahan hasutan ini. Seperti Singapura, dia ada Maintenance of Religious Harmony Act tetapi peruntukan di bawah ini adalah untuk membenarkan perintah sekatan sahaja terhadap individu yang menimbulkan kebencian antara kumpulan agama. Kita juga ada India Violence Prevention Act juga ia untuk mencegah kekerasan berasaskan humanity dengan fokus kepada pendidikan dan kesedaran untuk meningkatkan toleransi di kalangan pelbagai etnik dan agama.
Di Indonesia, kita ada Pancasila. Ini adalah similar dengan our Rukun Negara iaitu mempunyai lima prinsip. Di Nigeria, dia ada National Peace Committee. Ini sama sekali dengan yang kita ada di negara kita adalah di bawah Jawatankuasa Harmoni iaitu untuk menangani isu konflik berasaskan agama dan etnik dengan program-program yang disenaraikan untuk dilaksanakan bagi keharmonian dan perpaduan.
Berkenaan dengan yang soalan yang selanjutnya tadi berkenaan dengan tindakan. Seperti yang telah jawabkan, kita mempunyai banyak akta, di mana kesemua kesalahan ini dapat ditangani dengan pelbagai akta kita yang sedia ada. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya setuju dengan Bagan. Kita harus lihat dengan lebih serius tentang kewajaran mempunyai undang-undang ini. Walaupun saya tidak setuju contoh Bagan yang hujung tadi itu. Saya ada masalah sikit bila Menteri jawab soal Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. Saya rasa kita kena pergi beyond.
Sebab itu saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pernah ada cadangan tiga rang undang-undang;
(i) Rang Undang-undang Jenayah Kebencian Kaum dan Agama;
(ii) Rang Undang-undang Kesaksamaan; dan
(iii) Rang undang-undang Suruhanjaya Keharmonian Nasional Yang terbit daripada Majlis Konsultasi Perpaduan Negara yang tubuhkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib dulu yang buat kerja ini tahun 2015 hingga tahun 2017.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Semasa Perdana Menteri yang kelapan dan kesembilan, ketiga-tiga RUU ini masih ada di atas meja.
Ketika kementerian Yang Berhormat ditubuhkan saya difahamkan ketiga-tiga RUU itu dalam draf yang disiapkan oleh majlis ini dengan kerjasama Majlis Peguam was still on the table. Jadi, saya cadangkan elok dibincangkan balik sebab isunya sekarang bukan sahaja “hate speech”, dia dah jadi “hate spin”. Dia dah lebih dahsyat daripada hate speech. Jadi, saya tidak hendak detil lah Tuan Yang di-Pertua tetapi saya cadangkan elok dibincangkan dulu, dibincangkan dulu, lihat kewajaran untuk diadakan sama ada satu undang-undang yang merangkumi ketiga-tiga aspek tadi.
Saya bagi contoh ringkas saja. Saya puji KRT itu ambil tindakan pantas ya. Ini model yang digunakan di Australia dan juga di Singapura. Tetapi, KRT itu tidak ada autoriti hendak panggil. Itu kebetulan orang itu hendak datang. Itu yang RUU Suruhanjaya Keharmonian Nasional itu beri autoriti kepada siapa yang dilantik oleh Menteri untuk memanggil apabila berlaku benda-benda yang sedemikian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, kita ambil maklum dengan akta-akta yang telah dicadangkan kepada kerajaan yang terdahulu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama dan RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional. Tetapi saya difahamkan telah pun dibincangkan pada masa itu RUU Jenayah Kebencian dan Agama telah ditolak kerana kesemua peruntukan di bawah itu adalah terkandung dalam Kanun Keseksaan.
Juga RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional juga ditolak pada masa itu sebab ia termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Juga penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi pada masa itu mula-mulanya dipersetujui tetapi lepas disemak kembali juga tugas-tugas itu memang sudah terkandung dalam Kementerian Perpaduan dan Jabatan Perpaduan Negara.
Berkenaan dengan hasrat Yang Berhormat untuk ia disemak semula, kerajaan sekarang ini 21 Julai 2023 − tahun lepas Menteri Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri telah pun mengadakan sesi libat urus pada 21 hari bulan dan sesi libat urus ini adalah untuk mencadangkan sama ada mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada; kedua, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan dan juga mencadangkan perundangan alternatif bersifat sivil; dan keempat adalah untuk mengadakan modal perundangan yang lain.
Tetapi, selepas focus group dialog, didapati bahawa pemansuhan perundangan sedia ada seperti Akta Hasutan dan digantikan dengan penggubalan akta baharu yang lebih spesifik berbentuk autokrasi, jenayah dan juga pindaan yang sedia ada, semuanya masih kekal dan dialog itu tidak menghasilkan apa-apa conclusion yang menjuruskan untuk mengadakan alternatif akta baharu bagi diskriminasi dan sebagainya hasutan. Itu jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Yang Berhormat Menteri sebentar tadi mengambil masa lebih dua minit untuk menyenaraikan segala jenis undang-undang yang sedia ada, yang boleh diguna pakai ke atas mereka yang ingin memecahbelahkan perpaduan rakyat, yang bermain politik perkauman dan dengan bahasa mudah, racist. Akan tetapi apa guna ada undang-undang kalau tidak diguna pakai?
Baru-baru ini peniaga di Klang yang jelas racist. It cannot be any clearer, dengan izin saya baca Tan Sri Speaker. “Sorry. Ini jagung tidak jual sama orang...” — minta maaf. Saya kena guna perkataan yang unparliamentary tapi ini nak ungkapkan di sini. “... tidak jual sama orang keling”.
Persoalan saya mudah. Apabila seseorang sanggup dengan terbuka boleh iklankan perkara ini, mereka rasa seperti mereka berada di atas dan orang yang berbangsa India warganegara Malaysia berada di bawah. It is as if they are supreme and others are inferior. Selepas permohonan maaf, setelah sekian lama, saya masih menunggu, adakah kerajaan akan ambil tindakan jenayah ke atas individu yang terang-terang racist boleh mengiklankan perkara ini dengan jelas. Kalau tindakan tidak diambil...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
...Kita boleh — minta maaf.
15 saat. Kita bakal menormalisasikan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi peluang kat Muar tadi.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya harap tindakan undang- undang akan diambil. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Tapi saya rasa jawapan Menteri telah pun ada kan. Tak payah repeat soalan itu.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih YB. Ya, terima kasih. Seperti yang saya telah jelaskan tadi, kita menggunakan reformative approach ya, bukan penalti.
Sebab itu di bawah Kementerian Perpaduan, kita mempunyai bukan sahaja Rukun Tetangga, kita juga mempunyai mediators. Banyak mediators. Ada 571 orang mediators. Tapi kes ini sebelum sampai ke mediators, di peringkat Rukun Tetangga sudah diselesaikan because dengan polis tadi YB cakap tak ada orang yang dapat selesaikan, yang terlibat — polis yang terlibat. Kita — I think our community masih hormat penglibatan polis dan juga Ketua-ketua Rukun Tetangga yang ada di tempat itu. Akhirnya proses faham-memahami dengan solution untuk memohon maaf oleh penjaja tersebut telah pun disempurnakan dan kita anggap ia selesai peringkat itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan dengan menjemput Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan Batu nombor satu.
1. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan adakah kementerian menyediakan geran kepada usahawan tempatan untuk mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan mereka dan apakah program latihan yang ditawarkan untuk memperkasakan usahawan dalam penggunaan platform digital.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Batu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah membangunkan Pelan Strategik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2030 yang bertujuan untuk mentransformasikan PMKS di Malaysia menjadi perniagaan yang mampan serta dapat beradaptasi dengan trend baharu serta cabaran luar jangka melalui peningkatan produktiviti serta daya saing.
Dalam hubungan ini, antara bantuan geran yang disediakan kepada usahawan PMKS untuk mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan ialah bantuan geran padanan melalui Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS, Business Accelerator Programme
(BAP) serta Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corp bagi tahun 2024.
Bagi tahun 2024, seramai 226 usahawan telah menerima Geran BAP berjumlah RM26.31 juta dan seramai 222 usahawan juga telah menerima Geran BAP berjumlah RM34.4 juta. Kedua-dua program ini akan diteruskan pada tahun 2025 dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM55 juta bagi program BAP yang menyediakan pembiayaan secara hibrid dalam bentuk geran dan pinjaman mudah dengan nisbah 40:60 iaitu 40 persen geran dan 60 persen pinjaman mudah. Manakala, program BEEP pula melibatkan peruntukan RM30 juta bagi tahun 2025 disediakan dalam bentuk geran padanan dan pinjaman melalui penyedia pembiaya yang telah dilantik.
Selain itu, KUSKOP juga melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk memperkasakan usahawan dalam penggunaan platform digital bagi tahun 2024 dan juga akan dijalankan pada tahun 2025 seperti berikut.
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menerapkan elemen digitalisasi di dalam program bimbingan keusahawanan seperti penggunaan platform penghantaran makanan, sistem point of sales (POS) dan pemasaran menggunakan platform-platform digital, program pembudayaan dan pemerkasaan usahawan, penjaja dan peniaga kecil, empower PPK oleh KUSKOP bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjaja dan peniaga kecil dalam menjalankan transaksi perniagaan secara digital.
Platform MyMall oleh KUSKOP yang menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma bagi produk ataupun perkhidmatan serta merangkumi latihan on boarding
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
kepada usahawan terlibat. Akhir sekali, program N-GENE oleh PROTEGE yang merupakan latihan keusahawanan bagi membudayakan kemahiran, keusahawanan dan memberi pendedahan untuk mengembangkan perniagaan melalui latihan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang padu.
Dengan adanya pelbagai inisiatif daripada kementerian, ini tentunya akan meningkatkan prestasi digital economy. Apabila saya bersoal berkaitan dengan digital economy ini, GDP menyumbang kepada GDP kita hampir 23 peratus. Sasaran kita pada tahun 2025 adalah 25 peratus. So, saya harap dengan inisiatif dan komitmen kementerian, mungkin naik.
Soalan saya, adakah KUSKOP mengadakan kerjasama dengan mana-mana platform e-dagang lain untuk mempromosikan produk dan jualan usahawan di bawah KUSKOP? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih soalan tambahan daripada sahabat saya Batu. Sebenarnya inisiatif e-Invoicing ini sedang dijalankan. Program seminar e-Invoicing oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan bantuan kepada usahawan dalam pelaksanaan e-Invoicing di samping mewajibkan peserta untuk memohon nombor pengenalan cukai TIN. Dua siri program ini telah dilaksanakan pada tahun 2024, 315 usahawan terlibat di dalam siri nombor satu dan siri kedua dijangka akan diadakan pada tahun 2025, melibatkan lebih daripada 800 usahawan.
Kedua adalah pada tahun 2024, SME Corp telah bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Alliance Bank Berhad untuk memberi penerangan berkaitan inisiatif-inisiatif e-Invoicing ini kepada PMKS serta mempromosikan e-Invois di peringkat negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan diteruskan pada tahun 2025 bagi menggalakkan lebih ramai PMKS meningkatkan pengetahuan dan amal tadbir urus korporat yang lebih baik dengan menerima pakai e-Invois.
TEKUN Nasional juga telah bekerjasama dengan LHDN pada Januari 2025, turut mengadakan sesi taklimat melibatkan 103 usahawan bagi memberikan pendedahan, pelaksanaan e-Invoicing kepada PMKS. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang tuntas.
Soalan saya seterusnya tentang bagaimana keberkesanan ini diukur oleh pihak kementerian agar memastikan bahawa usahawan itu benar-benar mendapat manfaat daripada digital ini. Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh kementerian untuk memastikan bahawa usahawan ini benar-benar mengadaptasikan teknologi ini untuk keperluan mereka selepas menerima bantuan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Yang Berhormat daripada Padang Besar. Kementerian juga melakukan banyak inisiatif. Contohnya, inisiatif-inisiatif TikTok Shop Live Hub. KUSKOP melalui TEKUN Nasional telah bekerjasama dengan TikTok Shop Malaysia dalam menyediakan inisiatif platform digital TikTok Shop kepada para usahawan yang menyediakan latihan kemahiran penstriman langsung untuk meningkatkan jualan dan perluaskan pasaran produk mereka.
Sejak Mei 2024, seramai 257 usahawan telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan hasil keseluruhan jualan bernilai hampir RM5.3 juta termasuk peningkatan pesanan produk tersebut. Bagi tahun 2025 ini, KUSKOP akan bekerjasama dengan pelancaran TikTok Shop Hub Live di Sabah dan seterusnya di beberapa negeri seperti di Kuala Lumpur, Kelantan, Johor, Penang dan juga Sarawak.
Melalui inisiatif ini, usahawan boleh menggunakan penyelesaian penstriman langsung yang disediakan untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi di TikTok Shop termasuk green screen professional, pencahayaan bertaraf studio, noise cancelling microphone, tripod, monitor, internet berkelajuan tinggi dan banyak lagi.
Jadi, teknologi-teknologi terkini yang sedia ada di dalam studio juga membolehkan satu interaksi yang lebih menarik bersama pembeli di mana-mana. Promosi, pembuatan produk dan keunikan produk boleh dipamerkan dengan jelas untuk meningkatkan tahap keusahawanan mereka.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Idris bin Ahmad, Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Banyak agensi di bawah Menteri Agama, Umur Menteri masih tidak tua, Masalah Islam kita bantu bersama, Soalan saya nombor dua.
2. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah pembaharuan yang diambil Kerajaan bagi jangka masa pendek dan sederhana supaya pengurusan Tabung Haji akan terus cekap, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan jemaah haji dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri. Nak jawapan pantun pun 12 minit ya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai.
Lembaga Tabung Haji telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan pengurusannya terus cekap dan berdaya saing. Sebagai langkah penambahbaikan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
pentadbiran bagi jangka masa pendek, pada tahun 2021, TH telah melancarkan Rangka Kerja Pengawasan, dengan izin, TH Stewardship Framework berlandaskan maqasid syariah sebagai asas kawalan tadbir urusnya.
Pada tahun 2022, TH telah melancarkan Pelan Strategik HIJRAH24 sebagai strategi pengukuhan prestasi untuk jangka masa sederhana bagi memastikan TH kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa depan. HIJRAH24 mengandungi 24 inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tiga tahun bermula 2022 hingga 2024. Lima teras utama pelan ini termasuk:
(i) pengurusan haji yang cemerlang;
(ii) menjana pulangan dan lebihan aset yang mapan;
(iii) meningkatkan simpanan yang stabil;
(iv) memupuk modal insan terbaik; dan
(v) menerapkan prinsip maqasid syariah.
Agihan keuntungan kepada pendeposit untuk sesuatu tahun itu juga diisytiharkan berdasarkan prestasi dan kedudukan semasa kewangan TH. Agihan keuntungan adalah hasil aktiviti pelaburan yang berpandukan disiplin alokasi aset strategik yang dirangka berasaskan tahap toleransi risiko yang bersesuaian demi menjaga kemapanan portfolio pelaburan TH.
Alhamdulillah, hasil usaha keras semua warganya, kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh bagi empat tahun berturut-turut. Sejak tahun 2020 hingga 2023, TH telah mengumumkan agihan keuntungan pada kadar 3.10 peratus iaitu melebihi kadar simpanan 12 bulan perbankan Islam dan keuntungan tersebut diagihkan setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit. Pengumuman agihan keuntungan bagi tahun 2023 juga telah dibuat setelah penyata kewangan TH selesai diaudit dan ini merupakan pencapaian yang penting bagi TH.
Saiz deposit dan jumlah pendeposit juga telah meningkat dari RM75.9 bilion dan 8.97 pendeposit pada 31 Disember 2020 kepada RM91.7 bilion dan 9.54 juta pendeposit pada 31 Disember 2024 mencerminkan keyakinan tinggi masyarakat terhadap TH.
Selari dengan mandat penubuhannya, TH komited untuk memastikan dana pendeposit kekal selamat dan dilindungi dalam jangka masa panjang. TH sentiasa berusaha untuk menjaga pulangan yang stabil dan mapan sejajar dengan selera risiko pelaburannya yang sederhana.
Melangkah ke hadapan, TH komited untuk terus memacu transformasi organisasi secara berterusan bagi mencapai status sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi dan mapan.
Sehubungan itu, bagi memperkukuhkan lagi pelan jangka masa sederhana, pengurusan TH akan melancarkan FAITH27: Pelancaran Strategik TH 2025-2027 dengan kesinambungan beberapa inisiatif daripada HIJRAH24 berserta inisiatif-inisiatif baharu ke arah matlamat yang dituju. Objektif pelan ini adalah untuk mengemudi TH ke arah mencapai kemapanan kewangan dan menjadikannya sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang unggul dan berprestasi tinggi bagi terus berkhidmat berdasarkan mandat yang diberi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih, Menteri. Seperti yang dinyatakan oleh pihak Tabung Haji, ia akan fokus kepada soal legasi yang lama, isu-isu yang lama untuk menstabilkan dana dan kewangan Tabung Haji.
Persoalan saya ialah bagaimanakah pelaburan-pelaburan yang Tabung Haji buat, selain daripada pelaburan tradisional yang dibuat, iaitu penglibatan seperti mana teknologi hijau, dalam soal keterjaminan makanan, ekonomi digital dan juga industri halal di peringkat antarabangsa?
Satu lagi. Bagaimanakah perkembangan yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 September 2023 di dalam satu ucapan dia sempena dengan 60 tahun Tabung Haji? Di mana, ketika itu dia mencadangkan supaya Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. yang ditubuhkan di bawah sepenuhnya Kementerian Kewangan waktu krisis Tabung Haji dahulu untuk dikembali semula aset itu kepada Tabung Haji. Cuma saya nak tahu, apa perkembangan seterusnya? Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, Bagan Serai. Saya pergi kepada persoalan yang kedua. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 September 2023, Lembaga Tabung Haji telah memulakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB).
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Antara isu berbangkit adalah mengenai penebusan sukuk pada tahun 2025 dan kesan ke atas nilai aset milik UJSB.
Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memastikan penyerahan semula aset-aset TH kepada UJSB sebelum ini adalah teratur dan tidak mempunyai implikasi ke atas kedudukan kewangan TH dan pendeposit.
Sehubungan dengan itu, TH masih lagi meneliti opsyen terbaik dalam perbincangan dengan MOF dan UJSB yang mana dijangka dimuktamadkan, insya-Allah, pada suku pertama 2025. Langkah ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada pendeposit amnya dan juga TH khususnya.
Bagi soalan yang kedua pula, Yang Berhormat, bagi pelaburan, TH akan sentiasa melihat kepada sektor-sektor yang akan membantu untuk menjana pulangan yang mapan dan stabil. Jadi, dengan lain perkataan, Yang Berhormat, kepentingan pendeposit akan sentiasa diambil kira dalam konteks pelaburan-pelaburan dan tindakan-tindakan yang akan diambil oleh pihak TH. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya ingin menyentuh tentang aspek kesiapsiagaan keselamatan tentang jemaah haji ini terutamanya yang melibatkan jumlah kematian yang semakin tinggi dalam berhadapan dengan cuaca dan juga keadaan panas yang semakin melampau ketika ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Adakah kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem pemantauan kesihatan secara real time bagi jemaah haji supaya sebarang masalah kesihatan dapat dikesan dengan lebih awal? Terutamanya sekarang ini kita sudah berada di dalam alam teknologi AI dan seumpamanya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Dalam konteks kesiapsiagaan TH, TH sentiasa mengambil kira kebajikan dan juga keselamatan jemaah-jemaah haji. Dalam konteks penyediaan maklumat peribadi kesihatan yang melibatkan jemaah ini, teknologi banyak digunakan. Kalau dahulu, rekod kesihatan jemaah haji ini, jemaah haji ini terpaksa membawa rekod secara fizikal.
Jadi, sekarang ini melalui proses digitalization yang ada diamalkan di pihak Tabung Haji, kesemua maklumat peribadi yang melibatkan jemaah haji ini terdapat particulars mereka ini. Dalam konteks ini, pihak jemaah haji ini tidak perlu membawa rekod peribadi mereka itu ke Tanah Suci. Jadi, dengan adanya rekod-rekod ini, sekiranya apa yang berlaku kepada jemaah haji ketika berada di Tanah Suci di Mekah ataupun di Madinah, jadi tindakan yang dapat diambil secara segera oleh Tabung Haji.
Dan selain daripada itu juga, pihak Kementerian Kesihatan juga telah bekerjasama dengan Tabung Haji untuk memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah-jemaah haji Malaysia, khususnya dalam keadaan cuaca yang agak panas di Tanah Suci itu akan diambil kira. Dan sekiranya berlaku apa-apa, Tabung Haji akan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan, doktor-doktor yang dihantar semasa musim haji itu akan memastikan kesihatan dan apa jua yang berlaku pada jemaah haji akan diambil tindakan yang segera. Terima kasih.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tan Sri, minta satu soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya menjemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker, Batu Pahat soalan nombor tiga.
3. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan keluasan tanah milik Persekutuan dan DBKL yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai rumah mampu milik serta rancangan jangka pendek dan panjang bagi tujuan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya tanah-tanah pesuruhjaya, tanah Persekutuan ataupun PTP telah pun diperuntukkan bagi pelbagai kegunaan yang telah dirancang semenjak awal
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
pemilikannya. Ini termasuklah 84 lot merangkumi 406.5 ekar tanah PTP yang telah dinamakan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan iaitu JWP sebagai kementerian ataupun Jabatan Pengguna iaitu KJP.
Sehubungan dengan itu Yang Berhormat, buat masa ini tiada tanah PTP di Wilayah Persekutuan ini yang dalam cadangan untuk dibangunkan sebagai untuk rumah mampu milik.
Walau bagaimanapun, dalam konteks pembangunan dalam bandar, Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) dan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (DPTKL2040) telah mengenal pasti 139 tapak dengan keluasan keseluruhannya 3,036.81 ekar yang berpotensi untuk pembangunan semula.
Tapak-tapak ini merupakan kawasan yang berpotensi untuk dijadikan perumahan mampu milik apabila dibangunkan pada masa akan datang. Bagi memastikan sasaran pembinaan rumah mampu milik ini tercapai, draf PTKL 2040 telah memperkenalkan Zon Guna Tanah Kediaman 4 (R4) iaitu zon khusus bagi pembangunan rumah mampu milik, termasuk rumah perumahan awam dengan keluasan 354.47 hektar.
Selain daripada itu, perumahan mampu milik juga dirancang di zon pembangunan bercampur dengan tambahan keluasan- maaf. Selain daripada itu, perumahan mampu milik juga dirancang di zon pembangunan kediaman berintensiti tinggi, zon perdagangan dan juga zon pembangunan bercampur dengan tambahan keluasan sebanyak 253.39 hektar.
Keluasan yang berpotensi ini adalah untuk semua jenis kategori rumah mampu milik, tidak terhad kepada Projek JWP sahaja iaitu Residensi Madani dan RUMAWIP sahaja.
Perancangan ini tidak hanya tertumpu pada tanah-tanah kerajaan tetapi turut mengambil kira penyertaan sektor swasta, selaras dengan keluasan – kelulusan dan komitmen yang telah diberikan bagi tempoh sehingga 2040. Seterusnya, sebagai langkah proaktif dan inisiatif kreatif untuk memastikan perumahan mampu milik dapat diakses oleh golongan yang memerlukan, Draf PTKL 2040 turut menyenaraikan enam tapak bagi Perumahan Awam Sewa Bersubsidi (PASS) di atas tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dan program ini bertujuan untuk menyediakan kediaman sewaan yang berpatutan, khusus untuk golongan B40 dan sebahagiannya daripada M40 juga. Jadi, kerajaan sedar bahawa sasaran menyediakan rumah mampu milik ini perlu secukupnya. Di Kuala Lumpur tidak akan terasasi secara organik kerana sifat industri pembinaan adalah berorientasikan keuntungan. Sehubungan dengan itu, pembangunan rumah mampu milik di Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara yang lebih tersusun dan inklusif.
Kelmarin ya Yang Berhormat, dalam jawapan saya kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak juga saya ingin sebut sekali lagi. Sebanyak 80,000 unit Residensi MADANI dan RUMAWIP ini dirancang untuk dibina selama tempoh 10 tahun antara 2018 sehingga 2028.
Dan setakat ini, 91 peratus daripada sasaran tersebut telah pun berjaya dicapai dengan 72,864 unit telah siap dibangunkan melalui 101 projek di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga di Labuan. Dan kejayaan ini bukan sahaja secara kebetulan tapi merupakan hasil perancangan strategik kerajaan yang sentiasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
mengadaptasi penyelesaian kreatif bagi memastikan pembangunan rumah mampu milik ini dapat direalisasikan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih jawapan Menteri. Soalan tambahan saya. Tanah-tanah yang berpotensi ini, yang disebut oleh Menteri kadangkala tanah ini terhad, kecil. Bagaimana untuk merealisasikan pembinaan kemudahan asas seperti dewan, sekolah? Soalan kedua saya ialah rumah mampu milik ini dua bilik, tiga bilik dan berapa maksimum luas rumah mampu milik ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya jawab soalan yang kedua dahulu, Yang Berhormat.
Keluasan itu sebenarnya kita ada garis panduan baru, Yang Berhormat. So, kita mahu memberikan keselesaan kepada penghuni. Jadi, dia sekurang-kurangnya antara sehingga 800 kaki persegilah tapi ada juga rumah mampu milik yang dibina oleh pihak swasta sehingga 900 kaki persegi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan kepada soalan kedua daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, dalam PSKL 2040 dan DPTKL 2040 ini, pembangunan rumah mampu milik dirancang dalam skim pembangunan bercampur, yang turut merangkumi penyediaan kemudahan seperti sekolah, pusat komuniti dan juga infrastruktur awam dengan pendekatan pembangunan bersepadu dan penggunaan tanah secara optimum.
DBKL mempunyai piawaian perancangan yang jelas dalam perkara ini. Selain daripada serahan tanah bagi menyokong pembangunan kemudahan asas ini, kerajaan menggunakan mekanisme caj pembangunan serta kumpulan wang perkhidmatan kemajuan ataupun improvement service fund (ISF) yang dikutip daripada pemaju sebagai sumbangan kepada pembangunan infrastruktur awam, termasuklah kemudahan pendidikan ini tadi. Jadi, dana ini akan diserahkan kepada kementerian yang berkaitan. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan, sumbangan sekolah atau atas kegagalan pemaju untuk menyediakan kemudahan sekolah.
Jadi, pemaju yang membangunkan proses berskala besar juga diwajibkan untuk menyediakan atau menyumbang kepada pembangunan kemudahan asas melalui mekanisme yang ditetapkan oleh DBKL dan PBT yang berkaitan. Jadi, dengan pertambahan penduduk, Kuala Lumpur memerlukan, dengan izin, centrally located school. Tetapi kerajaan menyedari tentang sepertimana Yang Berhormat sebut tadi, keluasan tanah yang sangat terhad di Kuala Lumpur dan harga yang tentunya sangat tinggi atau melambung akan menjadi satu cabaran kepada kita.
Jadi sehubungan dengan itu, DBKL bercadang untuk juga berbincang dengan Kementerian Pendidikan nanti dan memperhalusi konsep pembangunan menegak dalam pembinaan sekolah baru di Kuala Lumpur. Jadi, kita juga mungkin boleh belajar Yang di- Pertua, daripada negara lain ya, Sebagai contohnya, konsep ini telah juga digunakan secara meluas di Australia. Di mana sekolah-sekolah yang dahulunya dibina secara konvensional
Dr. Zaliha binti Mustafa
merangkumi padang, beberapa blok bangunan dan kawasan rekreasi kini dipadatkan menjadi sekolah dua blok antara 10 hingga 17 tingkat tanpa kita mengorbankan elemen-elemen penting dalam pembelajaran.
Begitu juga sukan dan rekreasi dengan reka bentuk yang memanfaatkan setiap ruang sehingga mungkin ke ruang atas bumbung. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri. Mengambil kira 91 peratus daripada sasaran rumah mampu milik di sekitar Wilayah Persekutuan yang siap dibina bagi tempoh 10 tahun sejak tahun 2018, apakah usaha kerajaan untuk menyegerakan penyiapan baki unit rumah mampu milik yang sedia ada serta Projek Rumah Wilayah Persekutuan yang masih dikategorikan sebagai projek sakit?
Sebagai langkah ke hadapan, apakah perancangan kerajaan khususnya untuk menyediakan rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama menerusi Program Residensi Wilayah termasuk kriteria yang ditetapkan kepada pemaju perumahan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 20 peratus Residensi MADANI? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Banyak soalan itu tadi.
Cumanya, mungkin saya boleh jawab dari bawah soalan yang berkaitan dengan memastikan rumah mampu milik itu terbina. Jadi, seperti yang saya jawab tadi dalam soalan utama tadi, kita sebenarnya bukan sahaja di tanah-tanah milik DBKL atau kerajaan yang kita merancang untuk membina rumah mampu milik ini tetapi juga di tanah-tanah milik swasta. Jadi, yang ini kita biasanya kita ada garis panduan dan insentif-insentif yang diberikan kepada pemaju untuk memastikan mereka juga membantu dalam membina rumah mampu milik ini.
Berkaitan dengan apakah usaha kerajaan untuk memastikan selebihnya lebih kurang sembilan peratus rumah mampu milik dibina? Jadi, juga saya ada secara ringkasnya menjawab dalam jawapan utama itu bahawa kita akan meneliti dan menggalakkan bukan sahaja pemilik-pemilik daripada swasta untuk membina rumah mampu milik ini tetapi juga kita mengenal pasti tanah-tanah yang bersesuaian untuk kita melengkapkan another sejumlah lebih kurang sembilan peratus lagi untuk kita bina rumah mampu milik ini dan banyak tanah-tanah yang juga telah dikenal pasti untuk pembinaan ini.
Untuk pembeli rumah pertama ini tadi, saya kira yang ini mungkin kita kena berbincang semula dengan KPKT. Mungkin mereka juga ada inisiatif-inisiatif untuk membantu pemilik-pemilik rumah pertama ini. Bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan, sebenarnya kita juga melihat atas keperluan rumah yang mungkin untuk *family.
Family* yang mungkin baru bermula. Kita akan juga membantu mereka dari sudut mungkin berbincang dengan pihak kewangan dan sebagainya, bank dan sebagainya untuk membantu mereka dalam memudahkan pinjaman kepada pemilikan rumah-rumah ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Speaker. Mohon Menteri menjawab soalan 4. Terima kasih.
4. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah intervensi segera KPM terhadap calon SPM 2024 yang tidak menduduki peperiksaan SPM di mana kira-kira 10,000 calon SPM dilaporkan tidak hadir kertas pertama peperiksaan, sama ada mereka akan diberi peluang untuk menduduki SPM sesi kedua.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Kangar. Sebelum saya mula, saya ingin memohon izin daripada Tan Sri Speaker untuk menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan 10 pertanyaan yang lain. Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Batu Pahat bertarikh 24 Februari; Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Sungai Besar 27 Februari; Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kuala Krai bertarikh 5 Mac 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Wong Kah Woh
Kementerian Pendidikan Malaysia amat serius dalam menangani isu ketidakhadiran calon peperiksaan dan KPM hendak menegaskan bahawa ia merupakan satu isu non-negotiable, dengan izin, bagi pihak KPM. Melalui pelbagai intervensi, inisiatif dan usaha berterusan yang dilaksanakan oleh KPM sepanjang masa ini, jumlah ketidakhadiran calon dalam peperiksaan SPM 2024 telah mencatatkan satu penurunan.
Bagi peperiksaan SPM, KPM hendak menjelaskan bahawa terdapat enam kategori calon iaitu calon sekolah KPM, calon sekolah di bawah agensi kerajaan, calon sekolah menengah agama negeri, calon sekolah menengah agama rakyat, calon sekolah swasta dan yang keenam calon persendirian.
Analisis kehadiran calon bagi peperiksaan SPM yang dilaporkan setiap tahun adalah berasaskan calon yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran. Bagi peperiksaan SPM Tahun 2024, seramai 386,739 calon baharu telah mendaftar sekurang- kurangnya enam mata pelajaran. Daripada jumlah tersebut, 345,129 merupakan calon sekolah KPM.
Berdasarkan data sehingga 6 Februari 2025, seramai 8,076 calon dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis ketimbang 10,160 calon bagi SPM Tahun 2023.
Daripada jumlah tersebut juga, seramai 6,231 orang merupakan calon sekolah KPM ketimbang 8,676 calon bagi SPM Tahun 2023. Maka, adalah jelas bahawa statistik mencatatkan suatu tren ataupun satu angka penurunan dari segi ketidakhadiran. Namun demikian, data rasmi kehadiran calon bagi peperiksaan SPM Tahun 2024 hanya akan dikeluarkan pada hari pengumuman keputusan peperiksaan.
Tuan Wong Kah Woh
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menangani isu ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan SPM, KPM telah melaksanakan intervensi-intervensi yang sebelum ini pernah kami jawab. Saya cuba untuk ringkaskan. Pertama, memantau kehadiran murid ke sekolah secara harian melalui sistem e-Kehadiran dalam aplikasi pangkalan data murid. Ini membolehkan pihak sekolah memulakan melaksanakan intervensi dengan awal. Kedua, mengaktifkan task force intervensi murid berisiko cicir SPM pada semua peringkat dan kita mempunyai satu dashboard untuk memantau murid-murid berisiko cicir ini.
Ketiga, kita adakan dialog prestasi nasional bagi membincangkan isu berkaitan kehadiran calon SPM. Keempat, program-program seperti Ziarah Cakna, sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan PIBG, penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta kesemuanya telah pun dilaksanakan. Pada masa yang sama juga, kita juga bekerjasama erat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara, agensi tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan sebagainya bagi memastikan kelancaran pengendalian peperiksaan awam semasa musim tengkujuh ataupun bencana banjir.
Intervensi dan inisiatif sedia ada akan diteruskan serta ditambah baik untuk memastikan kehadiran calon semasa peperiksaan SPM semakin meningkat. Pada masa yang sama, KPM melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid Tingkatan 4 bagi memastikan mereka akan hadir menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025.
Maka, jelas intervensi ataupun pengesanan itu dilaksanakan pada peringkat yang amat-amat awal. Pengesanan awal juga membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi awal dan program SPM 2025 akan diteruskan dengan memberikan fokus kepada murid yang berisiko cicir bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran wajib lulus SPM iaitu Bahasa Melayu dan juga Sejarah.
Akhirnya, KPM turut menyediakan ruang dan peluang kepada calon yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024. Mereka boleh mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 atau tahun-tahun berikutnya sebagai calon persendirian.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih jawapan Timbalan Menteri yang nampak cool, nampak tenang dalam menjawab soalan daripada Kangar. Cuma, isu calon SPM yang tidak menduduki peperiksaan ini sebenarnya kerana murid-murid dia kurang berminat dan berkebolehan dalam menjawab peperiksaan. Langkah jangka pendek daripada kementerian kita dapati menampakkan kemajuan dan kita dapati ada penurunan dari segi ketidakhadiran murid dalam peperiksaan. Namun, apakah pelan jangka panjang KPM kekal dalam memastikan peperiksaan SPM kekal relevan memandangkan usia peperiksaan SPM sudah menjangkau lebih 60 tahun? Itu soalan pertama.
Seterusnya, soalan kedua. Apakah benar kolej matrikulasi dan kolej Tingkatan 6 yang menjadi institusi penting bagi lepasan SPM akan diletakkan di bawah KPT? Jika benar, apakah rasionalnya pertukaran ini dan ke manakah arah tuju guru-guru Tingkatan 6? Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Kangar dan terima kasih juga memberikan pengiktirafan ke atas kemajuan yang telah pun dicapai oleh pihak KPM dalam isu ketidakhadiran calon SPM ini.
Nombor satu, berkenaan dengan pelan jangka panjang. Seperti yang saya sebut dalam jawapan asal saya. Sememangnya dari semasa ke semasa pihak KPM mengambil inisiatif dan juga melaksanakan intervensi awal terhadap anak-anak kita yang telah pun yang mungkin berisiko cicir atau pun risiko berkecenderungan tidak hadir untuk ke peperiksaan SPM.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun lepas dan tahun ini pihak KPM dengan kolaborasi bersama-sama dengan Kementerian Kewangan telah pun mengadakan satu program, meluncurkan satu program iaitu Program Anak Kita yang mana salah satu fokus adalah berkenaan dengan pemecutan atau pun pengendalian calon-calon SPM kita.
Tahun lepas, jumlah peruntukan yang diberikan untuk Program Anak Kita adalah RM100 juta. Tahun ini, RM30 juta dan ia telah pun – dan pada tahun ini sahaja untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seramai 22,000 orang calon SPM yang terpilih di bawah Program Anak Kita akan menerima bantuan kit peranti atau pun tablet.
Ini bertujuan untuk menyokong inisiatif KPM memastikan tiada murid berhadapan masalah keciciran pembelajaran dan seterusnya menangani isu ketidakhadiran calon. Faktor ketidakhadiran calon ada banyak. Tadi Yang Berhormat ada sebut berkenaan dengan beberapa. Ada faktor yang dikenal pasti adalah bekerja, masalah keluarga, bencana, masalah kesihatan, berpindah ke luar negara, berhenti sekolah dan sebagainya.
Program Anak Kita ini bukan sahaja fokus kepada anak-anak kita yang bakal mengambil SPM tetapi ia juga untuk tujuan meningkatkan nombor satu, penguasaan 3M.
Nombor dua, berkenaan dengan isu keciciran.
Soalan terakhir yang dibangkitkan berkenaan dengan kolej matrikulasi dan juga kolej Tingkatan 6. Setakat ini, tidak ada apa-apa rancangan atau pun keputusan yang telah pun dimuktamadkan. Namun demikian, sekiranya – dan pada masa kini kolej matrikulasi dan kolej Tingkatan 6 masih kekal bersama-sama dengan KPM. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian bercadang untuk memperbanyakkan subjek bagi peperiksaan SPM Ulangan ini serta apakah usaha kementerian untuk menggalakkan calon SPM mengambil peperiksaan SPM Ulangan bagi membolehkan mereka memperbaiki keputusan SPM mereka? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Berkenaan dengan SPM Ulangan atau pun kita sebut sebagai SPMU. Nombor satu, bagi SPM Ulangan ini, setakat ini kita hadkan kepada tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan juga Matematik, yang mana Bahasa Melayu dan mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan SPM.
Tuan Wong Kah Woh
Demi untuk menggalakkan supaya anak-anak kita mengambil sijil SPM Ulangan ini atau pun seperti yang saya sebut tadi untuk menduduki SPM pada tahun-tahun hadapan, pihak KPM ada menyediakan satu sistem yang mana kita membenarkan supaya calon-calon untuk membuat sijil patching dengan izin. Iaitu untuk calon-calon yang pertama kali mengambil SPM tahun 2009, mereka boleh mengambil SPM atau pun SPM Ulangan selepas itu.
Sekiranya ada pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diambil itu, maka boleh lah membuat permohonan kepada KPM untuk membuat sijil patching. Sijil patching itu selepas di isu maka, ia akan memaparkan prestasi atau pun keputusan SPM bagi mata pelajaran tersebut yang terbaik.
Saya percaya bahawa usaha ini dapat juga untuk menggalakkan dan memberikan motivasi kepada calon-calon kita untuk memperbaiki keputusan masing-masing. Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor lima.
5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan perancangan utama kementerian untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan berapa jumlah pelancong yang disasarkan oleh kementerian yang akan datang ke Malaysia. Senaraikan acara-acara yang akan dilancarkan (main events).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Tuan Yang di- Pertua, perancangan utama kementerian untuk mempromosi Kempen Melawat Malaysia 2026 adalah meningkatkan kedatangan pelancong dengan menggalakkan pelawat harian untuk bermalam dengan menawarkan pakej-pakej yang dapat menarik pengunjung untuk bermalam. Contohnya, seperti pakej Midnight Sale di Johor Bahru.
Memanjangkan tempoh penginapan dengan memperkayakan pengalaman budaya dan ekopelancongan, memperkasa komuniti tempatan dan meningkatkan infrastruktur dan menggalakkan perbelanjaan pelancong dengan mempromosikan pengalaman pelancongan khusus. Contoh pelancongan kesihatan, pelancongan golf dan pelancongan gastronomi.
Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dijangka memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara khusus dalam sektor pelancongan seperti pengangkutan, penginapan, perkhidmatan restoran, hawkers stall dan produk tempatan.
Sektor pengangkutan seperti penerbangan, bas, Grab, teksi dan lain-lain akan menerima permintaan yang lebih tinggi. Ini dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang pengangkutan dan meningkatkan hasil pendapatan syarikat penerbangan dan pengangkutan awam.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
MOTAC telah membuat anggaran hasil 35.6 juta pelawat antarabangsa bagi Kempen Melawat Malaysia 2026. Walau bagaimanapun, kita telah berjaya mencapai lebih daripada sasaran asal kemasukan pelawat antarabangsa iaitu seramai 38 juta pada tahun 2024.
Sehubungan itu, MOTAC sedang mengkaji semula sasaran pelawat antarabangsa bagi Kempen Melawat Malaysia 2026 ini akan dimaklum kemudian setelah sasaran dianggarkan.
Sempena Kempen Melawat Malaysia 2026, MOTAC melalui agensi-agensinya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri, agensi swasta, NGO atau pun NPO dalam mengangkat acara-acara sedia ada yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang disebabkan sempena tadi.
Acara-acara tadi seperti Rainforest World Music Festival, Keretapi Sarong, Pameran MAHA, Midnight Mega Sale Malaysia, Program Iftar dan lain-lain juga akan diteruskan dengan sokongan VM2026. Sebelum ini, MOTAC telah pun mengadakan Midnight Mega Sale di Johor. Pada tahun ini, kita akan memperluaskan program ini sebanyak tiga atau pun mega sale di seluruh negara.
Kita juga akan mempromosikan pesta makanan atau pun food festival untuk semua negeri. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Tebrau, saya jemput.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dalam usaha untuk kita terus mempromosikan industri pelancongan di Malaysia. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri tadi, industri pelancongan ini memang penting untuk pembangunan dan penambakan ekonomi negara Malaysia.
Kalau kita tengok jiran kita di Thailand ya. Pada tahun 2024, jumlah pendapatan pelancongan untuk Thailand, ia telah mencatat USD48.45 bilion. Ia adalah bersamaan hampir tujuh peratus KDNK negara itu. Maka adalah pandangan saya, kerajaan kena terus, kita kuatkan usaha kita untuk menguatkan industri pelancongan Malaysia.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Soalan tambahan saya Tan Sri Speaker, selainlah daripada strategi-strategi yang telah diumumkan oleh kementerian dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia ini, apakah insentif atau geran yang disediakan oleh MOTAC kepada penggiat industri dalam merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan?
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat dari Tebrau. Selain strategi dan aktiviti promosi yang dijalankan...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato Sri Tiong King Sing
...Untuk mempromosikan kempen Melawat Malaysia 2026...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Dato Sri Tiong King Sing
...MOTAC juga menyediakan geran kepada penggiat industri pelancongan iaitu Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Geran Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) dan Geran
Dato Sri Tiong King Sing
Stimulus Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) untuk mempergiatkan lagi promosi pelancongan di dalam ataupun —Dan di luar negara. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Malaysia penah mencapai sebagai destinasi pelancongan Muslim yang terbaik. 2022, jumlah pelancong Muslim di Malaysia, 2 juta pelancong Muslim. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah strategi dan program-program yang dilaksanakan oleh MOTAC untuk meningkatkan pelancong Muslim di Malaysia melalui agensi di bawah MOTAC iaitu Islamic Tourism Centre (ITC)? Sebab saya kecewa video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, tak ada gambar-gambar masjid untuk menunjukkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik untuk pelancongan Muslim. Terima kasih.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Padang Terap. Inilah masalah dia...[Dewan ketawa] Saya sudah banyak kali jawab dalam surat khabar. Itu cuma kata-kata video, kita cuma nak promosi, bukan promosi video. Kita itu video, cuma nak launching logo sun bear. Kita punya video, ini hari nanti petang sikit saya pergi tengok dia baru final, baru keluar...
[Dewan ketawa]
Dato Sri Tiong King Sing
Janganlah semua main politikkan. Kita itu hari video keluar, cuma UNESCO punya bangunan kita kasi keluar saja.
Jangan salah faham, jangan mempromosikan tidak tentu punya. Jangan malu kepada negara kita. Kalau sebagai —Sebegitu, macam mana kita mempromosikan Visit Malaysia 2026, abang. Inilah masalah. Kita memang sekarang, saya sudah usaha. Kita sudah minta ITC menggalakkan dan lebih agresif mempromosikan Muslim-friendly tourism. Sekarang kita punya CEO yang baharu akan dalam tiga bulan, dia akan duduk itu kerusi. Kita akan mengagresifkan kepada itu Muslim punya tourism punya sektor. Tetapi, jangan kita, macam sikit-sikit saya pergi promosi di China lebih sikit, kita sudah bising. Tetapi kita mesti mahu mengakui China is a big market and pelancong-pelancong yang lebih datang daripada kita, they are [Tidak jeolas] ... spender also punya untuk non-Muslim food bukan ada untung sahaja. Muslim food pun ramai negeri China punya orang masuk makan juga.
So haraplah mari, sebelah sana, kita marilah bersama-sama, kempen untuk Visit Malaysia kita jayakan...
[Tepuk] Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Tan Hong Pin, Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua.
Soalan saya soalan nombor enam.
6. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah peranan MOSTI dalam pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) di Malaysia dan usaha yang sedang dibangunkan oleh kementerian.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Bakri. Tuan Yang di-Pertua, unsur nadir bumi (REE) yang merupakan salah satu daripada empat bahan termaju utama selain graphene, nitinol dan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
polimer selulosa berhablur mikro yang difokuskan di bawah Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara 2021-2030 (NAMTR) mempunyai nilai strategik tinggi dan terus dapat permintaan tinggi yang meningkat di peringkat global terutamanya dalam sektor-sektor strategik seperti elektronik, tenaga dan kesihatan.
Kepentingan REE yang meluas dalam teknologi moden dan menjadikannya komponen kritikal dalam menyokong daya saing industri negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memainkan peranan dalam pembangunan industri REE di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan, inovasi dan penerapan teknologi terkini.
MOSTI mengetuai Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan, Inovasi dan Teknologi bagi special taskforce yang ditubuhkan untuk REE.
Tanggungjawab utama MOSTI adalah memperkukuhkan ekosistem penyelidikan dan inovasi, memastikan pengurusan sumber REE yang mampan serta membangunkan bakat tempatan untuk memenuhi keperluan sektor ini.
MOSTI juga menyelaraskan pembangunan teknologi baharu untuk menyokong sektor REE secara lestari dan berdaya saing di peringkat global. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, MOSTI telah mengambil langkah-langkah strategik melalui inisiatif utama seperti berikut – Pertama, pembangunan Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara.
Pelan hala tuju ini memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi tinggi dengan REE sebagai salah satu program pemacu utama bagi memastikan Malaysia terus maju dalam bidang ini.
Kedua, penubuhan Konsortium Bahan Termaju Negara (NAMC). NAMC berperanan sebagai platform kerjasama antara agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan industri untuk memajukan pembangunan dan aplikasi bahan termaju di Malaysia.
Ketiga, program pembiayaan geran penyelidikan melalui dana strategik. MOSTI menyediakan dua jenis dana strategik iaitu Strategic Research Fund (SRF) dan di bawah SRF ini ada dua. Satu, Applied Research Grant. Kedua, Request For Proposal dengan kuantum pembiayaan sehingga RM15 juta bagi setiap projek.
Dana ini menyokong pelbagai Tingkat Kesiapan Teknologi (TRL) dan bertujuan untuk mempercepatkan inovasi teknologi yang berkaitan dengan industri REE. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MOSTI telah pun meluluskan secara bersyarat untuk sebuah syarikat yang bertapak di negeri Perak iaitu Petra Perintis Sdn. Bhd. sebanyak RM15 juta untuk membangunkan teknologi REE ini.
Keempat, kolaborasi berterusan bersama pemegang taruh. MOSTI terus mengukuhkan kerjasama strategik dengan pihak industri seperti PETRONAS, Sime Darby dan Perodua serta institusi akademik seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi PETRONAS dan lain-lain.
Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, ekosistem industri bahan termaju terutamanya industri REE yang mampan, berteknologi tinggi dan inovatif akan dapat diwujudkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua atas soalan yang begitu komprehensif dan banyak menceritakan apakah usaha MOSTI untuk membangunkan industri ini terutamanya dari segi aspek R&D.
Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh berkongsi dengan Dewan yang mulia ini serba sedikit berkaitan dengan hasil dapatan R&D tersebut. Sebab saya lihat ini satu industri yang begitu kontroversial dan Yang Berhormat Menteri sendiri dan saya pun, 13 tahun dahulu kami protes untuk membantah kerana kami percaya industri ini membawa impak negatif yang begitu teruk kepada alam sekitar.
Jadi, bagaimanakah usaha-usaha ataupun kerajaan dalam mengurus impak negatif tersebut terutamanya sekiranya zaman telah beralih, adakah ia hanya merupakan satu persepsi awam yang mungkin tidak betul? Maka saya harap pihak Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penerangan kepada Dewan yang mulia ini, apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengurus terutamanya persepsi awam terhadap industri ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Bakri. Puan Yang di-Pertua, saya perlu 10 minitlah...
[Ketawa] Ada beberapa soalan dan dalam soalan tersebut yang ditanya oleh Yang Berhormat Bakri. Pertama, apakah status ataupun bentuk R&D yang sedang dijalankan. Saya beri beberapa contoh Puan Yang di-Pertua.
Pertama, melalui Agensi Nuklear Malaysia. MOSTI ada beberapa perjanjian kerjasama bersama dengan syarikat untuk kita meneroka kajian dalam pemetaan keberadaan unsur nadir bumi. Kedua, aktiviti R&D unsur nadir bumi yang dilakukan di Agensi Nuklear Malaysia juga memfokuskan kepada perindustrian huluan dan pertengahan.
Tuan Chang Lih Kang
Antara projek yang berkaitan adalah kajian proses ekstraksi dan penulenan unsur nadir bumi daripada unsur xenotime dan monoxide dan penulenan neodymium daripada mineral tempatan untuk penghasilan super magnet.
Untuk menjawab soalan yang kedua tadi, memang kita ada satu persepsi bahawa industri ini dia mungkin tidak selamat sangat untuk alam sekitar dan juga kesihatan rakyat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, apa yang kita dapati di dalam Malaysia sekarang adalah ion-adsorption clay (IAC) di mana kita ada satu tahap untuk menguji tahap radioaktif itu. Mana-mana yang melebihi satu becquerel per gram, kita mengklasifikasikan sebagai bahan yang beradioaktif. Tetapi apa yang kita jumpa dalam Malaysia ini IAC adalah kita boleh dipanggil sebagai non-radioactive REE. So, itu adalah yang pertama.
Jangan risau sebab apa yang kita jumpa di Malaysia ini adalah iron-adsorption clay di mana tidak beradioaktif. Keduanya tentang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ringkaskan jawapan atau bagi jawapan bertulis.
Tuan Chang Lih Kang
Ini sangat ringkas...
[Ketawa] Saya cuba dalam dua ayat lagi. Apa yang kita lakukan untuk memastikan atau memberi jaminan kepada rakyat bahawa industri ini tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada negara kita. Kita selalu ada pelan komunikasi di mana di bawah nuklear, kita ada pelan komunikasi berteraskan Communication, Education and Public Awareness (CEPA).
Saya ingin menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat di luar sana, kita mesti selalu berdasarkan saluran maklumat yang sahih yang berautoriti, itu pertama. Kedua, kita kena berdasarkan fakta dan juga data saintifik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom
(LPTA) mengeluarkan lesen tenaga atom untuk tempoh maksimum tiga tahun di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom [Akta 304]. Ada tidak perancangan di peringkat kementerian untuk kita extend daripada tiga kepada 10 ataupun 15 kerana dengan lebih panjang ini, dia akan ada certainty pihak pelabur untuk melabur dalam teknologi REE di dalam negara kita. Itu yang pertama.
Kedua, sedikit lagi tentang Agensi Nuklear tadi. Bagaimana tugasan ataupun peranan Agensi Nuklear Malaysia untuk menyediakan prasarana untuk teknologi dan infrastruktur permintaan kepada EV untuk membantu kepada pelabur-pelabur di luar sana?
Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Jerantut. Yang pertama, soalan pertama adalah tentang tempoh lesen AELB di mana sekarang mengikut Akta 304 MOSTI hanya boleh memberikan lesen selama tiga tahun sahaja. Setiap tiga tahun kena membuat pembaharuan.
Sekarang MOSTI dalam proses untuk menimbangkan pindaan ke atas Akta 304 sebab kita dapat feedback daripada industri, memang tiga tahun itu terlalu singkat dan mungkin mereka tidak kurang yakin untuk melabur dalam industri ini. So jawapannya adalah ya, kami sedang dalam proses mempertimbangkan untuk lanjutan tempoh lesen.
Kedua, tentang prasarana dan juga bakat. Seperti yang saya nyatakan tadi, MOSTI melalui agensi nuklear dan juga tenaga atom, kami ada kolaborasi dengan beberapa universiti dan juga organisasi luar negara. Sebagai contoh, kami ada TENMAK dari Turki di mana kita ada kerjasama dengan salah satu agensi di bawah MOSTI iaitu MIGHT untuk mendirikan makmal pengujian super magnet di dalam Malaysia ini. So, ini adalah beberapa usaha yang kita sedang usahakan untuk menyediakan prasarana dan juga menyediakan bakat yang mencukupi untuk menampung keperluan industri. Sekian, terima kasih.
[Soalan No. 7- Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) tidak hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan nombor 7, Yang Berhormat Tanah Merah tiada dalam Dewan, jadi saya jemput Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Puan Speaker, soalan Sri Gading nombor 8.
8. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perubahan spesifik yang sedang dirancang dalam kurikulum kebangsaan untuk memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan teknologi AI. Adakah kementerian bercadang menambah elemen pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih soalan dari Sri Gading. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk mempersiapkan murid dalam menghadapi perkembangan teknologi yang pesat. Usaha ini juga selaras dengan hasrat Teras Ketujuh Nadi Keunggulan KPM iaitu meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah. Melalui kurikulum kebangsaan, mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) diperkenalkan di Tahap II dalam KSSR Semakan 2017 dan diteruskan di sekolah menengah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM).
Menerusi mata pelajaran ini, murid belajar membina atur cara mudah berasaskan blok dan asas, Internet Pelbagai Benda ataupun Internet of Things dengan izin. Pada peringkat menengah pula, mata pelajaran RBT diteruskan bersama-sama dengan mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) untuk murid menegah rendah. Antara kandungan ASK adalah pemikiran computational, pengaturcaraan berasaskan blok dan teks serta analisis data.
Seterusnya mata pelajaran Sains Komputer dan Reka Cipta ditawarkan di peringkat menengah atas. Murid diajar untuk membangunkan satu sistem maklumat berasaskan web berserta analisis data dan menggunakan beberapa bahasa pengaturcaraan. KPM terus mempergiatkan usaha untuk mempersiapkan murid menghadapi revolusi industri 4.0 dan teknologi AI dengan memperkenalkan pendidikan digital dan teknologi baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027. KPM sedang menggubal Kurikulum Persekolahan 2027 dengan memperkenalkan tujuh kompetensi yang perlu ada dalam semua mata pelajaran bagi melahirkan insan sejahtera. Salah satu kompetensi yang diberikan fokus adalah fasih digital.
Di samping itu, kemahiran khusus yang berkaitan dengan teknologi digital juga dimasukkan dalam mata pelajaran pembelajaran bersepadu bermula pada Tahap I dan juga Tahap II dan juga seterusnya dalam mata pelajaran teknologi digital pada tahap tiga di sekolah rendah. Kandungan teknologi digital akan diteruskan pada peringkat menengah rendah untuk memberikan peluang kepada murid menggunakan kompetensi digital tersebut dalam mana-mana mata pelajaran STEM pada peringkat menengah atas.
Bagi murid yang berminat untuk mendalami bidang ilmu teknologi digital pula, murid boleh memilih mata pelajaran elektif yang berkaitan menengah atas seperti sains komputer, teknologi digital dan komunikasi, reka bentuk dan teknologi serta mata pelajaran TVET.
Selain itu, untuk maklumat Yang Berhormat, KPM telah memperkenalkan elemen pendidikan kewangan yang mengandungi enam standard cilik kewangan yang diintegrasikan
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
dalam mata pelajaran Matematik pada ketika ini. Ia diperkenalkan kepada murid sekolah rendah mulai tahun 2012 dan kesemua standard cilik kewangan, ini telah dimasukkan ke dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam semua mata pelajaran secara langsung dan juga pada masa yang sama merentasi kurikulum.
Elemen pendidikan kewangan ini turut akan diintegrasikan melalui mata pelajaran Matematik dan lain-lain mata pelajaran berkaitan dalam Kurikulum Persekolahan 2027.
Sekian terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang panjang lebar berkaitan dengan komputer, sains komputer. Isu sekarang ini kalau kita lihat bahawa kepentingan rakyat ataupun pelajar berdepan dengan AI. Jadi persoalan saya adakah terdapat rancangan untuk membangunkan platform pembelajaran AI dalam bahasa Melayu yang lebih memudahkan murid-murid khususnya di kalangan pelajar-pelajar luar bandar untuk memahami dan memastikan akses kepada pelajar-pelajar di luar bandar dan seluruh negara. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dengan izin Puan Timbalan Yang di-Pertua , berkenaan dengan platform pembelajaran, sememangnya bagi pihak KPM, platform utama yang digunakan oleh KPM dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan digital adalah pelantar DELIMa kita yang mana ia telah pun dilancarkan sekitar tahun 2018 dan digunakan sehingga sekarang.
Tuan Wong Kah Woh
Atas platform pelantar DELIMa ini, sememangnya bahan-bahan DELIMa kebanyakannya adalah dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Pada masa yang sama juga, pelantar DELIMa ini juga disokong dengan aplikasi-aplikasi yang amat berguna.
Aplikasi-aplikasi seperti saya boleh sebut sikit, seperti ChatGPT, Gemini AI, Conker AI, Complexity, Tanya Buku dan sebagainya. Banyak aplikasi ini adalah dalam bahasa Inggeris dan pada masa yang sama, ia juga mempunyai banyak aplikasi yang memberikan kemudahan dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa kebangsaan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Pada masa yang sama, selain aplikasi-aplikasi yang ada daripada segi penjanaan video oleh cikgu-cikgu kita, aplikasi-aplikasi sokongan yang dibangunkan oleh cikgu-cikgu kita, kesemuanya, kebanyakannya adalah dalam bahasa kebangsaan iaitu dalam bahasa Melayu. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang di- Pertua. Mengikut kajian Bank Dunia pada tahun 2022 menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia masih tertumpu kepada hafalan berbanding dengan kemahiran penyelesaian masalah dan inovasi yang merupakan komponen penting dalam Revolusi Industri 4.0 dan AI.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Jadi, berdasarkan elemen AI yang telah diperkenalkan KPM dalam silibus sekolah sama ada di peringkat rendah ataupun menengah, sejauh manakah teknologi AI dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar mengambil kira cabaran ekosistem di sekolah itu untuk menyokong pembelajaran AI serta akses kepada infrastruktur digital yang masih terbatas. Apakah pendekatan kementerian untuk membangunkan kerangka dasar pendidikan AI yang inklusif dalam mengimbangi antara kebergantungan murid terhadap penggunaan AI seperti ChatGPT untuk mendapatkan maklumat dengan pantas, tetapi tidak bergantung sepenuhnya sehingga mengabaikan aspek berguru untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Apabila kita berbincang berkenaan dengan pembelajaran dengan menggunakan AI, sememangnya nombor satu, KPM hendak menegaskan bahawa AI ini merupakan fokus utama bagi KPM pada masa kini dan juga dalam rancangan pelan pembangunan pendidikan baharu kita iaitu pada tahun 2027.
Apabila kita sebut berkenaan dengan pendidikan berpaksikan kepada AI, kita bergantung pada dua pendekatan iaitu nombor satu, learn about AI dengan izin; nombor dua, learn with AI dengan izin. Learn about AI adalah memahami dan juga menguasai AI dengan memperkenalkan elemen AI dalam kurikulum ataupun dalam mata pelajaran khusus. Itu satu.
Learn with AI, kita tahu bahawa dalam kehidupan kita dan dalam proses pembelajaran kita, teknologi ataupun pengetahuan AI ini dapat diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang masa. Ini dapat diintegrasikan ke dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang lain selain daripada mata pelajaran khusus. So, ini merupakan dua pendekatan yang digunakan oleh pihak KPM khasnya dengan bantuan daripada pelantar DELIMa.
Untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah kita ataupun ekosistem pendidikan kita dapat menyokong perkembangan AI ataupun perkembangan digital ini, maka pada akhir tahun 2023 telah pun diluncurkan Dasar Pendidikan Digital oleh pihak KPM. Kita menggariskan beberapa teras yang mana antaranya adalah daripada segi untuk melahirkan anak-anak kita yang fasih digital, untuk melahirkan guru-guru kita yang mahir daripada segi digital dan pada masa yang sama juga, untuk meningkatkan info struktur dan juga infrastruktur di semua sekolah. Sedikit statistik yang boleh saya bagi di sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, ringkaskan.
Tuan Wong Kah Woh
Ya. Pihak KPM mempunyai tahap kompetensi — mempunyai satu garis ukur untuk tahap kompetensi digital guru. Dapatan sehingga 31 Januari 2025, sejumlah 402,124 orang PPP telah selesai pengesanan tahap kompetensi digital. Tahap asas, 23.88 peratus. Tahap pertengahan, 74.32 peratus. Tahap lanjutan, 1.8 peratus. Pada masa yang sama, dari tahun 2022 sehingga tahun 2024, pihak KPM dan kerajaan telah pun melaksanakan pengedaran ataupun agihan komputer riba kepada sekolah-sekolah dengan
Tuan Wong Kah Woh
jumlah peranti 244,158 unit. Usaha ini tetap akan diteruskan. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Digital menyatakan adakah pihak kementerian telah meneliti cadangan untuk mewujudkan Suruhanjaya Data dan bagaimana ia dapat memperkukuh fungsi Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dalam aspek pemeliharaan privasi data untuk mengurangkan insiden kebocoran maklumat peribadi serta membendung ketirisan data peribadi yang berkait rapat dengan jenayah scam.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Soalan nombor 9. Tuan Yang di-Pertua, data merupakan aset yang sangat berharga di dalam era digital ini. Dengan mengembangkan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan ataupun kita sering kali sebut AI dan pembelajaran mesin atau machine learning, jumlah data yang didana, jumlah data yang disimpan dan jumlah data yang diproses semakin meningkat dan ini secara mendadak. Malaysia juga tidak terkecuali Tuan Yang di-Pertua, daripada mengikut arus global ini di mana negara turut berusaha memanfaatkan potensi yang sangat besar data dalam pelbagai sektor untuk mendorong inovasi dan juga dalam perkara hal pembangunan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi hab AI dan digital terkemuka di ASEAN dan seterusnya di peringkat dunia, aliran data di negara ini sedang dan akan terus meningkat dan berkembang pesat. Malaysia telah menerima pelaburan pusat data sebanyak RM114.7 bilion daripada tahun 2021 sehingga 2023. Ini sekali gus akan terus merancakkan lagi ekonomi digital negara serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia di dalam arena teknologi global.
Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan perkembangan pesat ini, adalah penting supaya kerajaan memperkukuh tadbir urus data negara. Kementerian Digital sedang dalam penelitian untuk menubuhkan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data yang akan bertanggungjawab untuk mengawal selia dasar, keselamatan dan juga tadbir urus data di negara ini bagi memastikan pengurusan data negara adalah lebih teratur dan juga lebih selamat.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini juga telah membangunkan beberapa perundangan dan ini bertujuan untuk memperkukuhkan landskap regulatori digital dan data negara dari aspek keselamatan data, dari aspek perlindungan data, dari aspek inovasi data dan juga penyimpanan data antaranya yang mana adalah seperti berikut, pertama Puan Yang di-Pertua, kita ada membentangkan dan meluluskan Akta Keselamatan Siber tahun lalu iaitu di dalam bulan Mac. Kemudian, kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi yang dipinda dalam tahun lalu.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Ketiga, kita ada Rang Undang-undang Perkongsian Data yang telah pun diluluskan hujung tahun yang lalu dan kita jangka akan diwartakan pada 20 Februari tahun ini. Kemudian yang keempat, Dasar Pengkomputeran Awam Negara yang akan dilaksanakan di dalam suku kedua tahun ini. Dalam hal ini, mekanisme penguatkuasaan juga akan dipertimbangkan Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, satu pasukan penasihat [tidak jelas] ... telah pun didirikan iaitu terdiri daripada pakar-pakar industri. Ianya telah diwujudkan. Pasukan ini berperanan untuk meneliti dan mengemukakan syor kepada Kementerian Digital berkaitan rangka kerja tata kelola data yang bersesuaian dengan keperluan negara serta cadangan- cadangan tindakan yang perlu diberi perhatian dalam memperkukuhkan tadbir urus data.
Tuan Yang di-Pertua, Rangka Kerajaan Kepercayaan Digital juga akan dibangunkan dan ini bertujuan untuk memberi hala tuju kepada usaha-usaha kerajaan dalam kita memastikan ekosistem pendigitalan termasuk aspek data adalah selamat dan boleh dipercayai. Pada masa ini, Kementerian Digital melalui CyberSecurity Malaysia (CSM) sedang membuat rumusan kajian berkaitan kepercayaan digital bagi memberi gambaran mengenai cabaran keselamatan siber di Malaysia. Usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan serta mengenal pasti jurang dan ruang penambahbaikan yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi soalan tambahan, dalam suasana di mana kepercayaan rakyat terhadap keselamatan digital ini semakin terhakis akibat kebocoran maklumat dan sebagainya dan juga disebabkan jenayah siber, jadi Gerik nak tanya, sejauh mana tindakan kementerian dalam menilai dan menambah baik perisian sedia ada, kawal selia dan berapa lama kekerapan mengubah undang-undang yang mungkin jadi lapuk dan sebagainya dan bagi menangani krisis global yang berlaku ini. Adakah negara kita ini mempunyai bilangan pakar siber yang mencukupi untuk menangani segala hal ancaman ini? Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Yang di-Pertua, soalan ini memberi tumpuan kepada aspek bagaimana kita boleh menilai dan juga menambah baik perisian, kawal selia dan undang-undang keselamatan data peribadi dalam kita bergerak ke depan. Saya rasa ini adalah satu aspek yang penting Yang Berhormat kerana kita semua tahu seperti mana yang saya sebut tadi kalau kita melihat dunia digital ini berkembang pesat dan memang kebergantungan kita kepada teknologi baharu seperti AI dan sebagainya meningkat, maka di situlah kita lihat penggunaan lebih data. Jadi, perlu untuk kita memberikan lebih perhatian kepada aspek penilaian dan penambah baik serta undang- undang keselamatan yang diwujudkan.
Puan Yang di-Pertua, usaha dalam menilai dan menambah baik perisian kawal dan juga keselamatan data, dapat dilihat dalam beberapa aspek. Ia di dalam Kementerian Digital, dikendalikan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi yang ia sedang giat
Tuan Gobind Singh Deo
meningkatkan aktiviti penguatkuasaan, memperhebatkan program-program advokasi serta juga menaik taraf perisian, aplikasi dan keselamatan yang diguna pakai dalam mengawal selia undang-undang keselamatan data peribadi.
Antara tindakan yang diambil adalah pertamanya, aktiviti-aktiviti pemeriksaan sistem data peribadi di bawah seksyen 101 Akta 709 pada tahun 2025 yang akan ditingkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding dengan tahun yang lalu. Selain daripada aktiviti pemeriksaan di premis syarikat dan organisasi, Pesuruhjaya PDP juga akan meningkatkan lagi aktiviti penilaian kendiri secara atas talian bagi meningkatkan pematuhan syarikat dan organisasi dalam proses data peribadi.
Keduanya Puan Yang di-Pertua, aspek peningkatan lagi aktiviti serbuan dan ini adalah hasil ataupun berdasarkan aduan perlanggaran data dan insiden siber yang berlaku di syarikat dan organisasi yang memproses data peribadi dengan transaksi komersial.
Pesuruhjaya PDP akan membuka pejabat di zon yang bermula dengan pembukaan pejabat di Zon Sabah dan Sarawak dan kemudian diikuti dengan zon-zon yang ditentukan. Ini bertujuan untuk memudahcarakan penyelarasan dan juga pelaksanaan aktiviti-aktiviti serbuan di negeri-negeri dan setiap zon yang berkaitan.
Kemudiannya ketiga Yang di-Pertua, aspek memperhebatkan program advokasi dan kesedaran perlu ditingkatkan dan ini berkaitan dengan kepentingan pematuhan pemprosesan ataupun undang-undang pemprosesan data peribadi dengan transaksi komersial yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip perlindungan data peribadi. Bagi tujuan ini, pesuruhjaya akan berkerjasama dengan peneraju forum pengguna data bagi setiap golongan pengguna data melalui slot kesedaran prinsip perlindungan data peribadi di dalam penganjuran persidangan dan seminar bagi setiap sektor yang terlibat. Kemudian...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan Gobind Singh Deo
Yang akhir, pembangunan projek keupayaan automasi sokongan perisikan bagi pengurusan kes ketirisan data peribadi akan dipertingkatkan. Ini adalah di mana kita lihat sistem perisikan pertama di Malaysia. Tujuannya Tuan Yang di- Pertua, adalah untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman gelap ataupun dark web.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Projek ini dibangunkan berikutan peningkatan kebimbangan terhadap isu penjualan dan transaksi data peribadi melalui platform beli-belah dalam talian termasuk laman sesawang gelap. Projek ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2025.
Beberapa lagi aspek ada disenaraikan di sini. Saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana ia agak panjang dan mempunyai butir-butir tertentu, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya meneliti ucapan atau jawapan Yang Berhormat
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri sebentar tadi. Saya ucapkan tahniah pada kerajaan ada usaha yang berterusan.
Soalan saya kepada Menteri adalah berkaitan data sebagai komoditi. Bagaimana kementerian Yang Berhormat melihat aspek bukan sahaja keselamatan tetapi kualiti data yang di-store dalam pusat data kita? Adakah kita ini raw data, clean data, structured data atau unstructured data kerana data akan menjadi komoditi bagi negara kita. Kalau kita bercakap tentang AI, asasnya ada data. Bagaimana Yang Berhormat melihat dan meneroka kualiti data yang sepatutnya disimpan di negara kita dalam memastikan industri AI kita berkualiti tinggi dan memberi impak kepada ekonomi negara? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yan Berhormat. Ini soalan yang cukup penting. Bila kita sebut berkenaan dengan data ini, kita kena lihat kepada tujuan kita kumpul, menyimpan dan menggunakan data tersebut. Jadi, teknologi-teknologi yang masing-masing ada keperluan data untuk tujuan-tujuannya yang tertentu. Jadi, kalau kita lihat dari segi teknologi seperti ChatGPT dan sebagainya di mana kita ada apa yang disebut sebagai large language model dan sebagainya. Perkara yang sering kali berbangkit adalah berkaitan dengan apakah data yang kita boleh dapat melalui aplikasi-aplikasi tersebut.
Adakah data-data yang kita terima itu adalah data-data yang selamat untuk kita pakai? Adakah data-data tersebut telah pun melalui proses di mana ia telah pun dipinda atau sebagainya? So, the integrity of the data is key. So, kita kena lihat kepada aspek-aspek tersebut tapi Yang Berhormat dapat juga faham bahawa ia sangat luas kerana ia bergantung pada sektor-sektor yang menggunakan data tersebut dan apakah sebenarnya keperluan sektor-sektor tersebut.
Jadi dalam keadaan tersebut, kita lihat sekali lagi kepentingannya kita untuk mewujudkan suruhanjaya ini kerana suruhanjaya ini bertugas untuk melihat kepada apakah sebenarnya keperluan sektor-sektor tertentu dan bagaimana kita boleh membina polisi-polisi yang akan memudahcarakan dan juga menentukan bahawa data yang kita gunakan untuk sektor-sektor tertentu adalah data-data yang selamat untuk kita pakai buat tujuan solusi yang kita sebut itu.
So, secara asasnya, yes. Kita perlu lihat kepada sebenarnya jenis data yang kita kumpul, cara ia disimpan, pastikan ia selamat, pastikan data yang kita gunakan itu adalah data yang tepat, apa disebut-sebut— integrity is intact dan sebagainya tapi itulah proses yang kita melalui commission ataupun suruhanjaya yang kita hendak dirikan itu. Saya tetap menyatakan pendirian saya bahawa bergerak ke depan Puan Yang di-Pertua, data ini adalah menjadi aspek yang paling asas.
Jadi, untuk kita menyediakan negara untuk masa depan, cabaran-cabaran terhadap data, keselamatan dan sebagainya, saya rasa satu suruhanjaya adalah perlu supaya kajian yang berterusan dapat dilaksanakan dan kita boleh membina kerangka yang perlu untuk menggariskan polisi-polisi dan juga perundangan yang perlu supaya kita ada ekosistem data yang kepada saya, yang baik untuk masa depan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Soalan saya nombor 10.
Terima kasih Yang di-Pertua.
10. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan penjelasan mengenai status reformasi Sijil Amalan Guaman (CLP) bagi graduan undang-undang luar negara, termasuk cadangan Kerajaan untuk penambahbaikan serta tahap penerimaan pembaharuan ini oleh pihak-pihak berkepentingan dalam industri perundangan seperti Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pada tahun 1981, Senate of the [Tidak jelas] of Court and Bar di United Kingdom telah memutuskan bahawa bermula dari tahun 1983, hanya graduan undang-undang yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kelas Dua Rendah, Lower Second Class atau lebih tinggi dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Bar di United Kingdom. Sebelum itu, Bar di United Kingdom telah menerima ijazah kepujian dalam apa-apa kelas termasuk ijazah am (general degree) sebagai kelayakan untuk menduduki peperiksaan Bar di United Kingdom. Yang memperoleh kelas ketiga, tidak dapat meneruskan peperiksaan Bar di United Kingdom dan apabila mereka kembali ke Malaysia, mereka tidak dapat beramal sebagai peguam bela dan peguam cara kerana tidak ada laluan (pathway) untuk mereka diterima masuk dalam profesion undang-undang di Malaysia.
Lanjutan itu, peperiksaan Sijil Amalan Guaman (Certificate in Legal Practice) telah diperkenalkan pada tahun 1984 sebagai satu langkah sementara iaitu dengan izin, a stop gap measure bagi maksud membolehkan graduan undang-undang yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan sekurang-kurang Kelas Kedua Rendah dari United Kingdom menjadi orang berkelayakan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166]. Oleh itu, tujuan asal peperiksaan CLP bukanlah untuk menjadi satu peperiksaan tetapi sebagai alternatif kepada peperiksaan Bar di United Kingdom.
Pada masa ini, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, Lembaga Kelayakan sedang mengambil langkah-langkah yang strategik untuk mengadakan satu common bar course atau common bar examination untuk— yang lebih komprehensif supaya selari dengan peperiksaan Bar di peringkat antarabangsa seperti kursus latihan Bar (Bar training course) di United Kingdom. Dalam hal ini, Lembaga Kelayakan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan kepada Lembaga Kelayakan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kurikulum CBC bagi membincangkan secara khusus mengenai kurikulum dan silibus CBC. Jawatankuasa Kurikulum CBC ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Peguam Malaysia yang juga merupakan salah seorang ahli lembaga kelayakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Selain itu, Lembaga Kelayakan juga sedang menjalankan kajian mengenai pelaksanaan bar training course di United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura.
Dalam hal ini didapati bahawa negara-negara ini mempunyai kaedah pelaksanaan bar training course yang berbeza-beza. Lembaga Kelayakan akan meneliti kaedah-kaedah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
pelaksanaan tersebut dalam membentuk kaedah pelaksanaan CBC-CBE yang bersesuaian dengan kehendak profesion undang-undang di Malaysia.
Selain itu juga, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan sesi perbincangan meja bulat bersama-sama ahli akademik dari universiti swasta dan awam serta peguam pada 5 Februari 2025 bagi membincangkan secara komprehensif antara lain mengenai keperluan pelaksanaan CBC, CBE di Malaysia.
Seterusnya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM telah turut menganjurkan satu sesi dialog bertajuk The Future of Legal Education in Malaysia yang terbuka kepada orang awam pada 12 Februari, last week yang telah dihadiri oleh 130 peserta terutama pelajar-pelajar undang-undang yang membincangkan isu-isu berhubung dengan pendidikan undang-undang termasuklah peperiksaan CLP dan perlaksanaan CBC, CBE di Malaysia.
Akhirnya, untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan sesi dialog awam tersebut, cadangan pelaksanaan CBC, CBE telah diterima baik. Walau bagaimanapun, perbincangan lanjut yang terperinci bersama-sama pihak berkepentingan masih perlu dilaksanakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang diberikan mengenai peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) sebentar tadi. Saya ingin mengajukan soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Lembaga Kelayakan Profesional Undang-undang hanya mengadakan mesyuarat antara empat hingga lima kali setahun. Saya memahami bahawa kebanyakan ahli-ahli lembaga adalah individu-individu yang mempunyai beban tugas rasmi yang berkaitan dengan sektor awam ataupun juga daripada sektor swasta.
Namun, pada pandangan saya sebagai lembaga kelayakan bagi sebuah badan profesion, perkara ini tidak dapat diterima sama sekali untuk lembaga ini berfungsi secara berkesan, perlu ada ahli-ahli lembaga yang dapat memberi fokus sepenuhnya dan menyumbang lebih banyak masa bagi tugas-tugas rasmi lembaga.
Sehubungan dengan itu, adakah kerajaan terbuka untuk menambah baik Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ini termasuk dari segi struktur, keahlian dan kuasa lembaga tersebut? Mohon pandangan Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Perhatian yang baik kepada pihak yang berkenaan. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat bahawa jumlah mesyuarat Lembaga Kelayakan yang diadakan setiap tahun pada masa ini ialah hanya lebih kurang empat mesyuarat sahaja adalah tidak mencukupi dan perlu ada lebih banyak mesyuarat dalam setahun bagi membolehkan lembaga lebih aktif supaya polisi-polisi yang terbaru, supaya perkara-perkara yang terbangkit mengenai hal ehwal undang-undang dan pelajaran dapat dibincangkan dan satu cara penyelesaian dapat didapati.
Pada masa ini, lembaga terdiri daripada Peguam Negara, dua orang hakim, Pengerusi Majlis Peguam dan seorang Dekan Fakulti Undang-undang. Setiausaha lembaga
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
pula adalah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Oleh itu saya memahami bahawa ahli- ahli lembaga itu mempunyai beban tugas-tugas rasmi yang berat dan mungkin tidak dapat mengadakan lebih banyak mesyuarat disebabkan kesuntukan masa. Not focus, ini satu perkara yang kita perlu terima.
Oleh itu, saya berpandangan bahawa lembaga kelayakan memerlukan pembaharuan secara menyeluruh dari pelbagai aspek. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang sedang mengkaji penambahbaikan ini. Dalam hal ini, itulah sebab kita mengadakan meja bulat pada 5 Februari 2025 dan juga forum awam pada 12 Februari.
Pada masa ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang sedang meneliti untuk menambah baik keahlian lembaga untuk melibatkan lebih ramai peguam dan ahli akademik sebagai ahli lembaga, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Selain itu, saya berpandangan bahawa lembaga yang memerlukan bahagian-bahagian yang berbeza seperti bahagian dasar, kewangan dan sumber manusia untuk berfungsi dengan lebih efektif dan menjalankan semua fungsinya dalam perkara-perkara yang berada dalam penelitian hal ehwal undang- undang.
Adalah diharapkan bahawa dengan penambahbaikan ini yang dirancang untuk lembaga kelayakan akan dapat berfungsi dengan lebih baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang status reformasi sijil CLP ini. Kita sedia maklum bahawa program CLP ini dia boleh meningkatkan pengetahuan dan kepakaran graduan undang-undang khususnya yang keluar daripada luar negara ataupun yang mempunyai ijazah dalam negara yang beroperasi di dalam negara kita Malaysia. Maknanya universiti luar negara, operasi di Malaysia ataupun IPTS seperti MMU, Multimedia Universiti.
Soalan saya soal reformasi Sijil Amalan Guaman ini yang menyentuh tentang syarat untuk kelulusan CLP itu. Saya dapati dia terlalu ketat sangat sedangkan graduan undang- undang itu sudah pun lulus di peringkat ijazah pertama dengan cemerlang, dengan baik.
Adakah kerajaan bercadang untuk sekadar menguji kefahaman mereka tentang kandungan Perlembagaan Persekutuan, akta-akta tertentu yang related dengan kes-kes mahkamah?
Satu perkara lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Setiap pendaftaran sah bagi tempoh maksimum lima tahun di mana graduan undang-undang dibenarkan menduduki peperiksaan maksimum empat kali. Gagal lulus dalam empat percubaan akan menyaksikan calon secara kekal disekat daripada mengambil peperiksaan CLP, sekali gus mengakhiri harapan mereka untuk menjadi seorang peguam bela dan peguam cara.
Soalan saya, apakah punca utama kegagalan graduan undang-undang dalam CLP tersebut sehingga mereka tak boleh ataupun tak berpeluang menjadi seorang peguam bela, peguam cara. Sekian.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, terima kasih kepada soalan yang khusus. Yang Berhormat, sebenarnya kita perlu faham ada perbezaan di antara kualifikasi akademik di universiti dan kualifikasi profesional, ia berbeza kerana profesional praktikal. Dia ada- kalau Yang Berhormat, saya tidak berapa pasti Yang Berhormat peguam atau tidak tetapi kalau tanya kepada peguam-peguam, dia tahu bahawa apa yang dia belajar sebagai akademik adalah sangat berbeza dengan profesional.
Profesional itu ketat, dia standingnya tinggi. Dia perlukan sekarang di seluruh dunia dia ada practical training, advokasi, forensik, sains dan sebagainya. Maka ia tidak membolehkan semua graduan yang mendapat kualifikasi yang tinggi pada akademik semestinya mendapat kelulusan di praktikal. Itu nombor satu.
Nombor dua Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat tanya itu kenapa sekat bagi lima tahun dan boleh duduk hanya peperiksaan empat kali. Yang Berhormat sebenarnya tidak ada beza, kalau di UK pun sama juga. Di banyak negara yang lain dia ada had masa yang tertentu. Maka ini adalah satu conformity universal, universal standards yang sedang diikuti oleh certificate legal practice di Malaysia.
Namun demikian, dari perbincangan yang kita telah ada pada 12 Februari yang lepas nampaknya ada beberapa pandangan yang terbaru yang akan diambil kira. Saya harap dengan penambahbaikan Legal Profession Qualifying Board ini, mereka dapat menghalusi pandangan-pandangan yang telah dibuat supaya reformasi ini akan terjadi dengan betul- betul. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, ada baik? Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran Ahli-ahli yang membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti senarai pembahas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 19 Februari 2025.” Terima kasih.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [17 Februari 2025]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas untuk hari ini YB Cheras, YB Marang, YB Tampin, YB Pendang, YB Sandakan, YB Muar, YB Kota Marudu, YB tangga Batu, YB Sepitang, YB Alor Setar, YB Batang Lupar, YB Padang Rengas, YB Bandar Kuching, YB Pengkalan Chepa, YB Putatan, YB Jerai, YB Batu Pahat, YB Kuala Nerus, YB Tenom, YB Bakri, YB Saratok, YB Beufort, YB Lawas, YB Jerantut, YB Beruas, YB Jempol, YB Setiu, YB Hulu Langat, YB Jasin, YB Kuala Pilah, YB Pasir Salak dan YB Shah Alam.
Saya jemput Yang Berhormat Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Puan Ynag di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Cheras untuk menyertai perbahasan menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
Pada kesempatan yang ada ini saya hendak mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Baginda yang kini sedang menjalani rawatan di luar negara. Seluruh
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
negara mendoakan yang terdapat buat Tuanku. Cheras menjunjung tinggi Titah yang telah disampaikan Tuanku pada 3 hari bulan Februari 2025 yang lepas.
Kita semua perlulah menghayati Titah yang telah disampaikan ini sedalam-dalamnya dan berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Saya amat bersetuju dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku terutamanya untuk kerajaan untuk terus meneruskan mengurangkan ketirisan dan juga semua halangan-halangan ataupun red tape yang sering membelenggu rakyat.
Puan Yang di-Pertua, berkenaan – dengan ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini ada memaklumkan bahawa kos pengurusan bantuan-bantuan untuk rakyat adalah terlalu tinggi terutamanya apabila dibandingkan dengan jumlah bantuan yang benar-benar sampai ke tangan rakyat. Dalam simposium kebangsaan menoktahkan kemiskinan.
Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan ada keadaan di mana kira-kira 80 peratus dana yang di peruntukan untuk matlamat menghapuskan kemiskinan digunakan untuk perbelanjaan mengurus dan hanya 20 peratus dara dana ini yang benar sampai ke tangan rakyat yang memerlukan.
Agensi-agensi dan program yang dilaksanakan ini semua ditubuhkan untuk melaksanakan program untuk membantu rakyat. Sebaliknya, sejumlah besar peruntukan mereka habis untuk perbelanjaan mengurus. Saya pasti yang ketirisan seperti ini berpunca dari pelbagai sebab, mungkin ada orang tengah yang menyeleweng bantuan-bantuan itu, mungkin ada bantuan yang tidak disasarkan sebaiknya. Mungkin ada juga program bantuan untuk rakyat yang tidak direka dengan baik, langsung membawa kepada kos pengurusan yang terlalu tinggi. Ketirisan yang ini perlu dihentikan segera supaya golongan rentan yang menjadi sasaran bantuan ini dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih baik seperti yang diniatkan melalui bantuan-bantuan sosial ini.
Saya ingin menggesa kerajaan untuk mengenal pasti dan mendedahkan ke mana dana-dana ini telah tertiris dan menjelaskan apakah rancangan kerajaan untuk menutup kelompongan sedia ada untuk mengelakkan perkara seperti ini dari berulang lagi. Pastilah golongan miskin dan yang memerlukan sangat marah apabila mendengar mengenai ketirisan sebegini di mana sejumlah besar peruntukan yang dibelanjakan untuk pengurusan program sedangkan mereka yang menjadi kumpulan sasar perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan yang mereka layak untuk terima.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat semua kepada sebuah laporan kajian terbitan UNICEF pada bulan Mei 2024 yang bertajuk Living on the Edge telah mendapati kadar bantut dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di flat kos rendah di Kuala Lumpur adalah dua kali ganda berbanding kadar purata. Kurang daripada separuh kanak-kanak yang ditinjau oleh kaji selidik ini dapat makan lebih dari dua kali sehari, sedangkan saya yakin, ada di kalangan kita di sini makan lebih tiga kali sehari. Saya harap, kerajaan dapat meneliti laporan ini dan pertimbangkan sebaik-sebaiknya untuk melaksanakan cadangan-cadangan intervensi yang disyorkan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Puan Yang di-Pertuan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini telah pun berkali-kali menyatakan komitmen kita kepada prinsip takbir urus yang baik, cekap bersih dan telus. Salah satu mekanisme utama untuk kita penuhi prinsip ini adalah melalui pelaksanaan proses tender terbuka untuk semua perbelanjaan besar kerajaan.
Namun begitu, baru-baru ini kita dikejutkan dengan dakwaan terdapat salah laku Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di mana beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit telah dianugerahkan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang berhubung kait dengan seorang Ahli Lembaga Penasihat DBKL sendiri. Ahli Lembaga Penasihat DBKL ini sepatutnya melindungi wang cukai yang dikutip dari rakyat dan bekerja keras untuk menaikkan imej Kuala Lumpur di mata dunia. Bukannya menyebat wang rakyat untuk keuntungan sendiri.
Kita dapat lihat di sini, bukan sahaja terdapat satu konflik kepentingan yang sangat jelas, di mana syarikat yang berhubung kait dengan seorang Ahli Lembaga Penasihat DBKL masih boleh dianugerahkan projek DBKL, tetapi proses ini bertambah buruk melalui rundingan terus tanpa melalui proses tender terbuka. Saya berharap pihak kerajaan dapat menyiasat perkara ini hingga ke pangkalnya dan menetapkan proses tatakelola yang padi di DBKL untuk mengelakkannya berulang kejadian seperti ini. Saya sentiasa percaya yang DBKL berpotensi menjadi ibu negara bandar contoh kepada semua bandar-bandar lain dalam negara. Malangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih tidak mempunyai bentuk pentadbiran yang demokratik.
Oleh itu, Puan Yang di-Pertua, untuk memperkenalkan reformasi bagi mendemokrasikan DBKL, saya ingin menggesa Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membawa pindaan kepada Akta Ibu Kota Negara untuk melaksanakan sistem pelantikan Ahli Majlis di peringkat DBKL bagi membolehkan suara rakyat diangkat dalam proses pentadbiran ibu kota kita.
Puan Yang di-Pertua, pihak berkuasa tempatan di semua negeri yang lain ada Ahli Majlis mereka sendiri yang dilantik, namun tidak untuk DBKL. Saya faham mereka yang merasakan masih terlalu awal untuk kita melaksanakan pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan khususnya Kuala Lumpur yang sepatutnya sebagai lokal motif dalam menerajui pilihan raya kerajaan tempatan akibat permainan sentimen perkauman dan persepsi salah terhadap merit sistem demokrasi tempatan ini.
Tetapi, warga mana-mana bandar sekalipun perlulah diberikan suara mereka dalam proses pentadbiran kawasan setempat di mana mereka akan berpeluang untuk menentukan masa hadapan komuniti mereka sendiri melalui Ahli Majlis yang dilantik ini. Ahli Majlis yang dilantik ini mampu menjadi pemerhati dan penyemak imbang terhadap tingkah laku dan tindak tanduk birokrasi pentadbiran di ibu kota negara supaya Kuala Lumpur dapat menjadi sebuah bandar bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan kita semua.
Puan Yang di-Pertua, tahun 2025 menandakan 80 tahun berakhirnya perang dunia kedua. Walaupun negara kita masih lagi belum terbentuk sebagai sebuah negara yang Merdeka dan berdaulat semasa berlakunya perang dunia kedua dan kita merupakan salah
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
satu daripada jajahan British pada waktu itu, perkara ini tidak bermaksud tidak ada kita terlibat secara langsung dalam konflik global itu. 83 tahun yang lepas, pihak Jepun telah menjajah Tanah Melayu dan kedatangan mereka ini telah membawa kepada pertumpahan darah secara besar-besaran.
Terdapat banyak kejadian di mana seluruh kampung dihapuskan seperti Kampung Jelondong atau Yu Lang Lang di Jelebu Negeri Sembilan di mana kesemua 1,477 penduduknya dibunuh oleh rejim penjajah Jepun.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Dalam pertanyaan-pertanyaan saya sebelum ini di Dewan yang mulia ini, kerajaan menyatakan bahawa kita tidak ada apa-apa majlis sambutan khusus untuk memperingati mangsa kezaliman perang dunia kedua yang telah terkorban di negara kita. Perlu untuk saya tekankan di sini bahawa adalah penting untuk kita semua memperingati tragedi global ini, untuk kita memperingati segala pengorbanan nenek moyang kita di tanah yang kita kongsi bersama ini dan untuk kita menginsafi kekejaman perang terhadap umat manusia.
Dengan ketegangan geopolitik antarabangsa masa kini di mana kuasa-kuasa besar dunia bertelagah setiap hari di mana kuasa barat yang pada suatu masa dahulu melihat diri mereka sebagai polis dunia, kini tidak lagi berminat untuk menegakkan prinsip keamanan dan kerjasama antarabangsa, penting untuk kita memperingati betapa buruknya kesan perang kepada kita semua dan untuk kita memainkan peranan pendamai di persada antarabangsa.
Oleh itu, akhirnya, Puan Yang di-Pertua, bersempena dengan 80 tahun berakhirnya perang dunia kedua, saya harap kerajaan pada tahun ini akan dapat menganjurkan satu sambutan peringatan peringkat kebangsaan untuk mempromosikan keamanan dunia kerana ia berfungsi sebagai peringatan penting tentang akibat buruk peperangan serta mencegah tragedi yang serupa.
Setakat ini sahaja perbahasan saya pada hari ini. Saya mohon menyokong Usul Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Cheras. Saya jemput Yang Berhormat Marang...
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalamualaikum. Salam sejahtera, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan dan semua Ahli Yang Berhormat.
Saya mulakan ucapan perbahasan dengan menyebut Firman Allah Taala...
[Membacakan sepotong ayat Al-Quran] “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman, mengerjakan amal yang soleh, berpesan-pesan, nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan bersabar menghadapi ujian.” Ayat ini mengemukakan tiga tonggak penting bagi menyelamatkan manusia dalam kehidupan bermasyarakat, individu dan keluarga. Yang pertama, beragama. Kedua, bermasyarakat. Ketiga, kebebasan bersuara.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ketika kita mencapai kemerdekaan dahulu, dalam pilihan raya pra-kemerdekaan, telah digubal perlembagaan negara oleh Suruhanjaya Reid. Walaupun suruhanjaya itu tidak mewakili penduduk Malaysia― semua daripada wakil-wakil penjajah yang dilantik― namun, Ahli-ahli Parlimen dan parti politik yang ada pada masa itu, termasuk PAS satu parti pembangkang sahaja, bersetuju meletakkan asas-asas penting dalam perlembagaan.
Pertama, beragama. Sebagai syiar kepada beriman. Kedua, bermasyarakat.
Menerima masyarakat majmuk. Ketiga, kebebasan bersuara, demokrasi berparlimen. Dalam Islam, amal makruf dan nahi mungkar. Tonggak yang tidak boleh dipinda dan diubah. Tidak dinafikan di sana dalam Perlembagaan ada kelemahan-kelemahan yang perlu direformasikan, diislahkan dan diubah. Tiga tonggak ini sangat penting.
Dalam konsep beragama, kita menetapkan Islam adalah agama persekutuan. Dalam masa yang sama, Perlembagaan juga menjamin kebebasan agama-agama lain yang dianut.
Soalnya, mengapa disebut Islam agama negara, tidak disebut agama lain? Di sini perlu kita memahami objektif Islam itu yang berbeza dengan takrif agama lain. Mesti ditafsirkan, mengikut kitab suci Al-Quran, pada addin. Bukan religion atau agama dalam bahasa asing.
Supaya merangkumi segala aspek, mengatasi masalah kemajmukan masyarakat beragama.
Apa yang tidak ada dalam agama lain. Islam menjamin keselamatan, kebebasan hak penganut-penganut agama lain.
Disebut dalam kitab suci Al-Quran beberapa ayat. Antara Firman Allah Taala...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kalau Allah tidak menjadikan kumpulan Islam itu berkuasa memerintah, melaksanakan Islam yang sempurna, nescaya roboh rumah-rumah ibadat pelbagai agama.” Kuil Yahudi, gereja Kristian, masjid-masjid, tempat-tempat sembahyang.
Dalam sejarah, sering kali ada satu agama berkuasa menekan agama lain. Islam mengharamkan paksa terhadap agama lain. Konsep tiada paksaan dalam agama diamalkan kerana Islam mesti reda dengan hati yang ikhlas. Firman Allah Taala hingga peringkat...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-An’aam, ayat 108. “Jangan kamu orang-orang Islam memaki tuhan-tuhan orang bukan Islam dengan sebabnya mereka memaki Allah secara melampau, mencetuskan salah faham. Biar Allah yang menentukan mereka pada hari kiamat.” Sampai begitu sekali.
Firman Allah Taala...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Allah Taala tidak melarang kamu berbaik dengan orang yang berbeza agama dengan kamu yang tidak bermusuh dan tidak berperang dengan kamu, tidak menghalau kamu dari tanah air kamu. Kamu berbuat baik pada mereka dan berlaku adil. Allah mengasihi orang yang berlaku adil.” Bukan Islam mendahulukan kedamaian. Tengah-tengah perang... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jika mereka cenderung mahu berperang...”― tengah perang, mereka mahu damai. Damai. Bertawakal kepada Allah walaupun tengah perang.
Kedamaian diutamakan.
Ini satu prinsip yang wajib ditunaikan. Kalau Islam menceroboh, melanggar prinsip ini, wajib dihukum orang Islam itu. Walaupun hari ini ada undang-undang antarabangsa dan
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
sebagainya, kuasa besar penjajah boleh langgar undang-undang antarabangsa macam sarang labah-labah, tapi kalau orang Islam langgar peraturan ini, menceroboh orang bukan Islam, kerajaan wajib membayar pampasan. Dihukum orang Islam itu. Ini syariat Islam.
Kalau tidak, mereka berdosa selepas meninggal dunia. Bukan dari segi undang-undang sahaja.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kedua, kita menerima masyarakat majmuk, berbagai-bagai kaum yang sengaja diwujudkan oleh penjajah. Di sini ada penduduk asal ─ bumiputera, orang Melayu yang asal tinggal di sini. Kemudian penjajah membawa kaum lain yang dijajah di negeri lain, di India, China dan lain lagi dibawa ke sini. D longgok di sini, jadi kuli mereka, jadi pekerja mereka untuk kepentingan mereka, jadi tentera mereka, petugas mereka. Bahkan, dalam Perang Dunia Pertama, Kedua yang wakil sebut tadi.
Statistiknya, orang ni yang paling ramai jadi korban mangsa perang. Jadi askar, terpaksa berperang. Ini berlaku. Dipaksa begitu. Oleh sebab Islam menerima kewujudan manusia masyarakat majmuk. Walaupun lain bangsa, lain negara, menganggap manusia adalah satu keluarga. Firman Allahu ta’ala, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai manusia, bertakwa kepada Allah yang menjadikan kamu daripada jiwa yang satu (Adam dan Hawa), dan kamu adalah satu keluarga antara satu sama lain.” Asalnya satu ibu bapa, kemudian berpecah menjadi bangsa-bangsa yang banyak.
Asal manusia ini satu keluarga. Yang kedua, Surah Hujurat, [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Kamu berkenalan antara satu sama lain.” Hidup bermasyarakat. Tak mungkin satu bangsa itu hidup bersendirian. Tak mungkin satu negeri dalam dunia berakhir di negeri lain kerana berbagai hasil, berbagai kebolehan. Mesti ada tukar-menukar antara satu sama lain.
Barulah boleh hidup secara MADANI yang ditambah dengan MADANI yang berakhlak, bermoral dan beriman. Ini yang penting. Kita menerima hakikat ini kerana inilah yang diajar oleh Islam.
Mengapa Perlembagaan menyebut hak istimewa bumiputera dan orang Melayu? Ini kerana kita menghadapi masalah penyusunan masyarakat. Jadi, dipecut oleh penjajah.
Penjajah sengaja membiarkan Pantai Timur, Utara, termasuklah Malaysia Timur ketinggalan dalam pembangunan. Seluruh pembangunan di Pantai Barat. Ini berlaku. Penjajah yang buat begitu. Bila kita mewarisi kemerdekaan, dia orang ini masih ada. Tak dapat diselesaikan lagi, masih ketinggalan. Walaupun Malaysia Timur ada hasilnya, walaupun Pantai Timur ada hasil dia, utara ada hasil dia tapi pengagihan hasil itu masih tidak adil. Kerana sebab itu, perlu kita tegakkan keadilan kepada masyarakat dalam masyarakat majmuk ini.
Walaupun disebut hak istimewa Melayu, bumiputera kerana majoriti yang miskin dan daif ialah bumiputera dan orang Melayu. Majoriti bagi yang miskin dan ketinggalan dalam pendidikannya, dalam ekonominya, dalam berbagai-bagai, ketinggalan. Kaum lain lebih maju kerana mereka duduk di bandar. Ini yang berlaku. Walaupun demikian, disebut hak istimewa tetapi adil untuk semua. Orang Cina yang miskin, India yang miskin, siapa yang miskin, wajib
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
ditolong. Sama. Tak ada beza. Dalam hal ini kita mesti meraikan titik persamaan antara bangsa-bangsa. Ada titik persamaan. Sama.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Marang, sedikit pencelahan.
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Tak cukup masa.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Marang, sikit je.
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju tak Marang bahawa apabila Islam mengurus, Islam mentadbir, agama lain dan bangsa lain akan selamat? Setuju tak Marang?
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya, masukkan dalam ucapan saya.
[Ketawa] [Tepuk] Senang je, itu mudah je. Di sana ada titik persamaan, ada perbezaan. Kalau lapar, sama-sama lapar, tak ada beza agama apa pun. Tapi makanan halal dan haram, jaga. Dalam masalah halal dan haram, kita tak boleh paksa penganut agama lain.
Menghalalkan yang mereka haram. Tak boleh dalam Islam. Itu hak mereka. Agama mereka benar minum arak, makan daging babi, tak boleh larang. Tapi jangan jual pada orang Islam.
Orang Islam jaga dia, dia jaga dia. Titik persamaan sama. Kalau miskin, susah sama. Tak ada beza, sakit, susah itu. Tetapi makanan beza dan sebagainya.
Contohnya di sana, perkara yang perlu kita raikan, perkara perbezaan. Kita perlu bertasamuh, bertoleransi. Contohnya, bahasa yang berbeza. Kita telah menerima bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa rasmi. Dalam masa yang sama, bahasa-bahasa lain diizinkan. Untuk menuntut ilmu, boleh kita belajar bahasa-bahasa yang lain. Tak jadi salah untuk menambahkan ilmu. Tetapi bahasa rasmi mestilah bahasa kebangsaan. Ini utama.
[Tepuk] Apa berlaku pada hari ini? Bercelaru. Bercelaru. Kedai-kedai di ibu negara, di bandar- bandar, semua bahasa ada. Bahasa Melayu kadang-kadang halus je. Bahasa Inggeris besar.
Dalam majlis, orang putih ada tiga ekor je. Yang orang kita ni ramai. Semua boleh bahasa Melayu, cakap Inggeris juga. Surat rasmi cara di mahkamah masih lagi ─ Kita lihat negara lain pergi ke PBB, pemimpin mereka berucap dalam bahasa ibunda dia. Pemimpin kita, tidak. Berucap dalam bahasa Inggeris, dalam bahasa asing. Kecuali negeri yang fikirannya dijajah. Banyak pemimpin Afrika cakap Perancis. Pemimpin Amerika Latin cakap Sepanyol. Tempat Inggeris, bercakap Inggeris juga. Tapi negeri yang ada identiti dia, ada jiwa bangsa dia, cakap bahasa dia. Ini sangat penting. Oleh sebab itu, kita perkasakan bahasa kebangsaan ini, sangat penting. Perlu disedari.
Yang kedua, keadilan ekonomi. Kita perlu merakyatkan ekonomi. Dalam ucapan, kenyataan-kenyataan, banyak ekonomi kita meningkat, ekonomi kita tinggi, bertambah itu, bertambah ini, mata wang kita naik. Tetapi tak turun pada rakyat. Rakyat menghadapi masalah inflasi, masalah pengangguran, masalah kekayaan berpusing kalangan tertentu.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang dikarang oleh ─ yang dilarang oleh Quran.
Tak boleh kekayaan negara ini berkisar pada orang kaya tertentu. Tak salah nak jadi kaya dalam Islam. Kaya sebanyak-banyaknya, boleh. Tetapi kaya yang halal, kaya yang baik,
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
kaya yang bersyukur. Bukan kaya dengan rasuah, kaya dengan penyelewengan, kaya dengan menipu tapi kaya sungguh-sungguh.
Tunaikan kewajipan bermasyarakat. Turun pada rakyat. Masih banyak rakyat yang menganggur. Kadang-kadang yang menganggur tu, yang terpelajar. Yang terpelajar menganggur tu. Lulus universiti. Tak dapat kerja kerana kita tak boleh mewujudkan pekerjaan.
Patut kita wujudkan pekerjaan. Ibn Khaldun kata, kalau pekerjaan diwujudkan dengan banyak, hasil banyak. Tak payah nak cukai. Akan jadi begitu. Tambahkan hasil negara dengan wujudkan pekerjaan. Wujudkan kepakaran, kemahiran, sama ada yang dibina oleh kerajaan atau swasta, rakyat yang dibantu oleh kerajaan. Ini cara dia.
[Tepuk] Ini caranya. Dulu ada subsidi, ada macam-macam. Bagi tolong-tolong itu tapi bocor tengah jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa sudah tamat.
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Gulung? Oh, ingatkan panjang lagi.
[Ketawa] Ya, Yang Berhormat. Zaman feudal sudah habis. Zaman dulu, zaman feudal. Zaman Raja mengaku tuhan. Zaman dulu. Raja mengaku tuhan. Firaun, Namrud.
Zaman feudal. Kekayaan, kuasa puak-puak tertentu sahaja. Zaman itu sudah berlalu, zaman feudal ini. Islam menghapuskan zaman feudal. Mewajibkan zakat, mewajibkan cukai pada orang yang berada sahaja. Orang yang tak mampu, tak kena cukai.
Dalam Islam, orang kaya bayar zakat. Orang bukan Islam yang kaya, bayar jizyah, bayar kharaj. Sami-sami, paderi-paderi tak bayar cukai. Ini dalam Islam. Termasuklah orang yang tak ada kerja, orang miskin, tak ada cukai. Ini dalam Islam. Yang kena bayar cukai, mereka yang berada sahaja, mampu. Ini semua kena cukai. Ini masalahnya. Kemudian, peluang pekerjaan tak banyak. Yang ada kelulusan tinggi, kerja lain. Yang bahagian pertanian, jadi cikgu. Yang bahagian perikanan, jadi petani. Agih tak menentu. Ini yang berlaku. Yang luar negeri, tak mahu balik. Yang belajar luar negeri. Kerajaan bagi biasiswa, tak mahu balik. Kerja luar negeri. Ini satu masalah yang perlu kita atasi. Kurang pekerjaan.
Kemudian, masih lagi projek sia-sia, masih ada. Projek sia-sia, projek membazir, projek membuang garam di laut. Tak ada guna buang garam di laut.
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Saya nak tunjuk tempat saya di Terengganu, masalah hakisan pantai. Tambak laut, perlu ditambak laut. Dia tambak laut ini dengan pasir, guna pasir selama 40 tahun. Tahun ini angkut pasir, tambak laut, mari ombak musim tengkujuh, hilang. Tahun depan ambil pasir pula. Tahun depan ambil pasir pula, saya pun tak tahu jenis apa Yakjuj dan Makjuj ke apa ini?
Nak buat macam mana?
Takkan nak buat dekat – saya pergi di Thailand, saya pergi di Eropah, pergi. Dia boleh pecah ombak Lautan Atlantik Pasifik pun boleh pecah, boleh buat. Mengapa kita jadi
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
sia-sia? Ini kerana nak bagi projek kepada kawan-kawan. Bagi projek kepada kawan-kawan.
Ini masalahnya. Geng, pada kroni.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini masalah yang kita hadapi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Selesaikan masalah ini.
Kemudian, ada satu lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Dah habis dah?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Saya harap – satu lagi ialah kebebasan bersuara. Saya minta supaya peraturan-peraturan Parlimen ini dikaji semula.
[Tepuk] Banyak standing order. Jadi sesiapa yang tertulis, yang dibuat secara spontan. Bila pembangkang tegur, siapa tegur kita nak marah, buat paper, tak boleh bercakap. Tak boleh bercakap ini. Ini bercanggah “amar makruf nahi mungkar”. Bercanggah polisi demografi.
[Tepuk] Ini tidak boleh, tak boleh, kecuali kata-kata lucah, kata-kata kesat yang tak... [Tidak jelas] Ini tak apa. Ini tak boleh cakap, fasal ini saya cakap yang ini kerana nak selamatkan diri. Tak tahan marah. Tak tahan marah. Nabi sebut dalam hadis.
[Membaca sepotong hadis] .
Orang yang hebat ini bukan orang yang cepat marah, tak tahan. Orang yang dapat menahan diri bila dia marah. Ini orang yang hebat.
[Tepuk] Ini bila kritik tak tahan diri. Bangun, buat peraturan tak boleh. Tak boleh cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah lebih.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Akhirnya, saya nak minta supaya keadilan berlaku, beri peruntukan kepada parti-parti pembangkang [Tepuk] kerana demokrasi ini bukan sahaja untuk kerajaan, untuk pembangkang. Lepas pilihan raya tak ada dah. Sama semua rakyat.
Ketiga, saya nak sebut tentang D8. Ajak negara Islam yang kita gabung selama ini sungguh-sungguh. Saya sangat dukacita kerana Sidang Kemuncak di Cairo, Perdana Menteri tak hadir. Hantar Menteri. Semua negara-negara lain hantar Ketua Negara. Kita hantar Menteri sahaja. Tak sungguh.
[Tepuk] Ke kerana bergantung dengan Bank Dunia, dengan IMF ataupun BlackRock. Saya tak tahu, wallahualam. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Marang. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI.
Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ampun Tuanku. Patik bangun untuk menjunjung kasih dan menjunjung tinggi ke atas Titah Ucapan Tuanku di dalam Dewan yang mulia ini serta mendoakan semoga Tuanku segera dikurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan.
Puan Speaker, meskipun Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tempoh hari kelihatan ringkas. Namun inti pati titah ucapan tersebut tetap sarat dengan pelbagai aspek penting buat pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Segala pandangan, nasihat dan teguran Tuanku mengenai tingkah laku kita sebagai Ahli di dalam Dewan yang mulia ini hendaklah dihormati dan disambut baik dengan hati yang terbuka oleh semua pihak. Dewan yang mulia ini sememangnya bukanlah tempat sebarangan untuk kita bertikam lidah, bertegang urat dan menyemai kebencian. Sebaliknya Dewan yang mulia ini hendaklah dijulang martabatnya. Hentikanlah tabiat dan tindakan bermain politik atas setiap isu yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.
Puan Speaker, baru-baru ini Bank Dunia sekali lagi menyarankan supaya Malaysia memperkenalkan semula sistem percukaian GST. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, apakah pendirian terkini kerajaan berhubung saranan Bank Dunia tersebut? Hal ini kerana menurut Bank Dunia, pelaksanaan semula sistem percukaian GST berupaya menangani isu ketidaksamaan ekonomi dalam kalangan rakyat dengan lebih berkesan dan memperkukuh mobiliti.
Saranan ini perlu dipertimbangkan semula dengan rasional, khususnya daripada sudut kecekapan sistem percukaian agar negara dapat mengorak langkah ke depan dan meningkatkan hasil negara. Sekiranya saranan tersebut sekali lagi diketepikan oleh kerajaan, maka saya ingin mengetahui, apakah perancangan ke depan kerajaan untuk menambahkan ruang fiskal dan merapatkan jurang ekonomi rakyat?
Puan Speaker, minggu lalu cadangan mewujudkan portfolio Menteri Agama Hal Ehwal Bukan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri telah bergema di dalam Dewan yang mulia ini. Saya tidak pasti atas dasar apa cadangan tersebut disuarakan. Namun yang pastinya, cadangan tersebut telah menimbulkan keraguan dan ketidaksenangan dalam kalangan rakyat.
Lebih menyebalkan, ada juga pihak-pihak yang menyambut dan mengiakan kononnya atas dasar keharmonian dan perpaduan serta mengelakkan ketegangan antara kaum. Adakah selama ini masyarakat di Malaysia telah hidup dalam keadaan yang tidak
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
harmoni? Perkara sebegini tidak pernah timbul sebelum ini. Mengapa sekarang?
[Tepuk] Barangkali mungkin ada yang terlupa...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Tampin.
Minta laluan Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bahawa tanah ini adalah ada Raja-Raja Melayunya dan ada Perlembagaan Persekutuan yang telah mengikat sejak sekian lama.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tampin. Boleh Tampin minta laluan sikit?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Selaku ahli UMNO – sekejap. Hujung sekali. Selaku ahli UMNO, kacaulah Kuala Krai. Selaku ahli UMNO, saya dan rakan-rakan akan kekal berprinsip dan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 kerana ini – disebabkan itulah kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni selama ini.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tampin, satu, satu. Ini membayangkan pandangan...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sekejap, sekejap. Tunggulah. Banyak lagi ini. Banyak lagi, banyak lagi.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini ahli UMNO tapi ucapan itu wakil parti mana itu?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Banyak lagi. Saya tetap UMNO, bukan UMDAP. Pandangan peribadi atau pandangan pihak mana sekalipun, waima apa jua alasan dan hujahnya, janganlah jadi seperti “kaduk naik junjung” yang hanya sekadar mampu bermimpi di siang hari.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Setuju Tampin, setuju.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sabar, sabar. Apa gunanya penggubalan Akta Anti Diskriminasi Kaum sekiranya kamu sendiri pun gagal untuk menghormati dan mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Hidup Tampin! Hidup Tampin!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila ikut peraturan mesyuarat. Jangan tekan mic dan terus berucap, Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okey, saya minta laluan.
Minta laluan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kalau nak minta laluan, minta izin dulu Yang Berhormat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya minta laluan Yang Berhormat.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ikut peraturan. Sabar, tunggu dulu.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okey.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang telah melakukan tindakan tepat dengan menolak mentah-mentah cadangan tersebut.
Puan Speaker, berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan dan upacara kematian orang selain Islam serta kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam. Selaku orang Melayu yang beragama Islam dan wakil rakyat yang perlu menyantuni semua pihak yang terdiri daripada pelbagai latar kaum dan agama, saya berpendapat, sememangnya ada keperluan besar. Jika tidak untuk diri saya, mungkin diperlukan oleh para pegawai saya untuk membuat susun atur dan sebagainya.
Saya tidak bermaksud untuk memandang rendah tentang akidah umat Islam di negara ini, apatah lagi memperlekehkan pengetahuan dan kefahaman mereka. Bagi saya, menerusi garis panduan tersebut, kefahaman umat Islam mengenai agama lain akan lebih jelas dan akan mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di dalam negara ini.
[Tepuk] Ya, Kuala Krai. Silakan.
[Dicelah] Tadi beria-ia benar.
Seorang Ahli
Kuala Krai tak ada.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ini dah hilang dah. Puan Speaker, sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, saya dapati hubungan dan perpaduan antara kaum seakan-akan kian merapuh. Di saat ada pihak-pihak yang mengkritik mengenai garis panduan untuk orang Islam yang kononnya bakal menimbulkan ketidakharmonian kaum. Di saat ada pihak-pihak yang mencadangkan dan menyokong agar wujudnya Menteri Hal Ehwal Bukan Islam akan memperkukuhkan perpaduan kaum. Terbaru, untuk menggubal “anti diskriminasi kaum” atas alasan menjamin keharmonian dan perpaduan kaum.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tampin, boleh dapat penjelasan tak?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Hakikatnya, hubungan dan keharmonian kaum ini sebenarnya berbalik kepada diri kita sendiri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tampin, boleh dapat penjelasan?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kita yang mencorakkan hubungan dan perpaduan kaum di Malaysia ini selepas dasar pecah dan perintah yang telah diterapkan oleh British.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Cuba kita lihat Kawasan Rukun Tetangga
(KRT) umpamanya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tampin, boleh dapat penjelasan?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Penglibatan kaum untuk mengambil bahagian tidak seimbang dan kebanyakan kawasan kaum Cina hanya mahu terlibat di dalam kawasan Kampung Baru sahaja.
Contoh yang kedua, Tabika Perpaduan. Taburan murid di tabika berkenaan langsung tidak mencerminkan komposisi kaum di negara ini. Keterlibatan kaum Cina cukup rendah di sana. Sistem pendidikan kita sendiri hari ini seharusnya mengikut kepelbagaian kaum untuk
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
memupuk semangat perpaduan negara sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku. Ahli-ahli Dewan yang mulia ini hendaklah menjadi benteng perpaduan dan bukanlah ejen perpecahan rakyat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tampin, boleh dapat penjelasan?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ya, ya, silakan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tampin. Kalau rakan seorang bukan Islam meninggal dunia, kita nak menziarahi mendiang berkenaan, adakah perlu kita – kalau kita diperlukan mendapat kelulusan daripada JAKIM dahulu, kita tak ada masa, bukan? Jadi kalau panduan sedemikian akan merumitkan keadaan. Kita hanya menghormati kawan yang meninggal dunia. Jadi harapan saya ialah...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Okey, Beruas. Saya faham maksud Beruas itu. Saya setuju juga dengan Beruas. Sebenarnya, garis panduan itu adalah untuk umat Islam supaya tak terbabas daripada akidah.
[Tepuk] Itu sahaja. Dia tak melibatkan kaum lain. Saya selalu pergi untuk rumah orang meninggal, kaum lain, bangsa lain, perayaan. Saya selalu hadir di sana supaya saya nak ingatkan diri saya, jangan saya lari daripada akidah saya.
[Tepuk]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Seorang Ahli
Setuju Tampin, setuju.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...Jadi isunya ialah...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Puan Speaker, baru-baru ini...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beruas, sila duduk.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dah, dah. Saya tak ada masa dah, okey.
Baru-baru ini saya telah berpeluang ke Manila dan berkesempatan untuk bertukar buah fikiran dengan beberapa Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Filipina. Saya telah dimaklumkan bahawa Filipina amat mengagumi negara dalam pensijilan halal. Namun mereka berdepan kesukaran untuk memperoleh sijil halal negara. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Apakah punca permasalahan ini dan adakah negara-negara lain juga turut mengalami gangguan yang serupa?
Sekiranya pihak JAKIM mempunyai sebarang masalah atau kekangan untuk menguruskan permohonan pensijilan halal daripada luar negara, saya mencadangkan supaya JAKIM menjalankan kerjasama dengan HDC dan MATRADE di peringkat antarabangsa. Negara luar khususnya negara-negara ASEAN dan negara rakan dagangan yang lain tidak sepatutnya berdepan dengan gangguan sebegini. Malaysia hendaklah mengambil kesempatan yang ada dan sentiasa ke depan dalam hal-hal pensijilan halal supaya kita dapat menjadi negara peneraju di peringkat antarabangsa.
Puan Speaker, selaku orang kampung, tidak lengkap rasanya kalau saya tidak menyentuh berkenaan hal ehwal masyarakat di luar bandar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tampin, minta laluan. Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tak bagi kerana tak ada masa lagi.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya tak ada masa lagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang, Pendang. Minta sokong.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
...Khusus untuk orang kampung saya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Nak sokong saja.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sebagaimana yang diseru oleh Tuanku iaitu kerajaan hendaklah terus membantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan.
Saya juga turut berpandangan sedemikian dan mengharapkan agar segala permasalahan serta isu berbangkit yang terkait di kalangan kumpulan berkenaan hendaklah segera diselesaikan oleh kerajaan.
Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan yang telah bertindak pantas dengan membuat penyelarasan semula harga lantai belian padi kepada RM1,500 per tan metrik dan mengekalkan harga beras putih tempatan serta menyerap kos pengeluaran sekitar RM150 juta. Harap-harap pihak di sebelah sana juga menyokong hasrat kerajaan untuk membantu para petani dan pesawah ini.
Sehubungan dengan itu, saya juga mengharapkan tindakan yang serupa turut dilakukan bagi membantu pekebun kecil sawit dengan menambah peruntukan sebanyak RM100 juta menerusi program tanam semula. Usaha ini bagi membolehkan pekebun kecil sawit dapat menikmati program tersebut dengan kaedah geran penuh seperti daripada tahun 2016 hingga 2019 sebelum ini. Tindakan ini bakal membantu pekebun kecil sawit dan boleh menyumbang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kepada kadar tanaman semula yang sedang menunjukkan trend penurunan. Manakala bagi membantu mengubah nasib pekebun kecil getah yang terus bergantung kepada harga lantai sebanyak RM3 sekilogram. Cadangan untuk menjadikan RISDA sebagai pembeli getah tunggal pekebun kecil hendaklah disegerakan, dilaksanakan bagi memastikan pekebun kecil dapat menikmati harga jualan getah yang bermaruah.
Selain itu, dasar buy Malaysia rubber first juga perlu diperkenalkan dengan menetapkan syarat kepada pemain industri untuk membeli dan menghabiskan stok getah tempatan sebelum dibenarkan untuk mengimport.
Begitu juga dengan mengenakan cukai terhadap getah import yang mana pada masa ini tidak dikenakan sebarang cukai, berbanding getah yang dieksport iaitu cukai sebanyak 14 sen sekilogram. Sekiranya pembaharuan ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan, saya yakin pendapatan pekebun kecil getah dapat ditingkatkan. Daya saing Malaysia di pasaran eksport akan lebih kukuh dan kehidupan pekebun kecil getah akan bertambah baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa sudah tamat.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Puan Speaker, saya gulung. Saya ikut perintah Puan Speaker. Itu sahaja yang saya dapat sampaikan buat masa ini. Semoga segala pandangan dan persoalan yang telah dibangkitkan mendapat perhatian kerajaan.
Amal muamalat lebih berhemat, Di hujung hikayat tamat riwayat, Raja berdaulat lagi terhormat, Disanjung rakyat hingga akhir hayat. Sekian sahaja, menjunjung penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mula sesi petang perbahasan. Sebelum itu, saya membuat sedikit penghebahan.
Yang Berhormat Shah Alam kerana memiliki — Akan menghadiri urusan di Istana Selangor, saya naikkan beliau kepada pengucap yang nombor 10 nanti. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang untuk membuka tirai sebelah petang ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* “Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir; Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah; Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah; Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat; Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat; Bagi kamu, agama kamu dan bagiku, agamaku.” Sadaqallahul Azim. Usul — Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang akan saya sentuh isu ekonomi, pekerjaan, pertahanan dan pertanian. Terlebih dahulu, saya ingin merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas, walaupun saya tak ada pada hari titah dibaca oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Saya ingin memulakan dengan satu persoalan penting berhubung percanggahan angka KDNK 2024 yang disebut dalam Titah Diraja tempoh hari. Dalam titah tersebut, kadar
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
KDNK yang dinyatakan adalah 5.9 peratus, sedangkan angka rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara dan DOSM masing-masing adalah 5.1 peratus.
Persoalan saya, apakah punca percanggahan angka KDNK yang dipersembahkan kepada Istana Negara dan rakyat? Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan angka 5.9 peratus untuk dimasukkan dalam Titah Diraja? Apakah langkah kerajaan untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan angka ekonomi negara? Bagaimanakah kerajaan memastikan angka ekonomi mencerminkan realiti sebenar yang dirasai rakyat, bukankah sekadar statistik yang indah di atas kertas?
Ketelusan dalam ekonomi adalah soal integriti negara. Ia bukan sahaja melibatkan imej kerajaan tetapi juga maruah Parlimen dan Istana Negara. Saya nak menyentuh isu penamatan kontrak 30,000 kakitangan yang tiada SPM. Ini adalah maruah tenaga kerja negara.
Dato’ Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya bangkitkan mengenai penamatan kontrak 30,000 kakitangan awam yang tiada SPM dalam pelaksanaan SSPA ini. Mereka terdiri daripada pekerja sokongan seperti pemandu, pembantu am pejabat, pengawal keselamatan dan pekerja teknikal yang telah lama menabur bakti kepada negara. Isu yang timbul, kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba. Ramai yang berkhidmat lebih 10 tahun terpaksa menganggur tanpa pampasan. Masalah kebajikan keluarga. Kebanyakan mereka ketua keluarga yang menanggung anak-anak sekolah. Mengapa isu ini penting?
Mereka adalah tenaga kerja yang berpengalaman yang telah melalui pelbagai latihan. Penamatan secara besar-besaran meningkatkan kadar pengangguran, khususnya mereka berusia 40 tahun ke atas yang sukar mendapat pekerjaan baharu. Cadangan penyelesaian, program reskilling dan upskilling perlu diadakan kepada mereka. Kerajaan perlu menyediakan latihan semula dalam bidang teknologi digital, automasi dan perkhidmatan teknikal.
Skim peralihan kerjaya (career transition programme) yang perlu diadakan oleh kerajaan kepada mereka ini. Adakan kerjasama dengan syarikat swasta dan GLC untuk menyerap tenaga kerja yang diberhentikan. Keutamaan jawatan kontrak. Beri keutamaan kepada mereka dalam pengambilan jawatan kontrak baharu di kementerian dan agensi kerajaan.
Saya nak menyentuh juga berkenaan dengan — Sediakan skim pampasan khas kepada mereka yang berkhidmat melebihi 10 tahun secara kontrak. Saya nak menyentuh juga berkenaan dengan e-Invoicing yang telah bermula pada tahun tahun lepas iaitu ke atas syarikat yang mempunyai penjualan tahunan melebihi RM100 juta, bermula pada 1 Januari tahun ini.
Perolehan di antara RM25 juta sehingga RM100 juta bermula 1 Julai akan dikenakan kepada semua peniaga kecuali perniagaan dengan jualan tahun RM150,000. Saya ingin mencadangkan supaya ambang pengecualian nilai jualan tahunan daripada RM150,000 dinaikkan kepada RM500,000 setahun kerana nilai RM500,000 adalah adil, selari dan nilai
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
yang dikecualikan GST beberapa tahun yang lepas. Nilai RM150,000 ini adalah amat rendah bersamaan dengan nilai jualan harian sebanyak RM417 sahaja.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan perolehan helikopter AW149.
Keputusan bagi pihak kami adalah merugikan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan isu perolehan 28 helikopter AW149 daripada Leonardo yang menelan belanja sebanyak RM16.54 bilion selama 15 tahun untuk kita leasing ataupun kita sewa kepada satu syarikat.
Perbandingan kos dan spesifikasi ini, AW149, 28 unit bernilai RM16.54 bilion ataupun RM606 juta seunit. EC725, 28 unit. Jika dibeli terus, hanya RM6.38 bilion, RM228 juta seunit termasuk penyelenggaraan. Kos helikopter versus pesawat pejuang KAI, FA-50, 28 unit hanya RM9.55 bilion termasuk penyelenggaraan.
Mengapa keputusan ini diambil, dibuat? Adakah sesuatu benda yang di-hidden-kan, disembunyikan? Kos tinggi spesifikasi AW149 hampir tiga kali ganda lebih mahal. Sewa, strategi merugikan. Kita tengok tiada manfaat kepada industri tempatan berbanding dengan EC725 yang menyokong industri aeroangkasa tempatan. Perbelanjaan luar biasa semasa krisis hutang negara sedang menghadapi hutang RM1.61 trilion.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Siapakah yang mendapat manfaat daripada perjanjian sewa beli ini? Mengapakah kerajaan memilih sewa yang jauh lebih mahal berbanding dengan pembelian terus. Akhirnya akan menjadi ─ selepas 15 tahun akan tinggal ledger, book ledger RM1. Adakah kerajaan nak membeli ataupun nak serah balik kepada syarikat yang menyelenggara, yang menyewakan helikopter ini kepada kerajaan?
Harga ini kita tengok memang amat merugikan. Kenapa? Kerajaan membuat perbelanjaan yang dalam sejarah logistik angkatan tentera yang paling besar pada kali ini 16.54 billion. Tadi saya bandingkan kalau helikopter fighter jet yang harga tak sampai 10 billion, yang ini helicopter. Komersial dipindahkan menjadi helikopter perang. Yang ini satu perkara yang menjadi persoalan. Saya harap kerajaan review balik perolehan yang telah diberi kepada syarikat ini.
Jadi, saya nak sebutkan juga kenapa kerajaan memilih model sewa yang jauh lebih mahal berbanding dengan pembelian terus. Apakah kajian perbandingan kos? Kos benefit analysis dilakukan sebelum keputusan dibuat? Oleh sebab itu, kita melihat ini kerajaan perlu review balik, perlu pertimbangkan semula dari segi perolehan. Akhir sekali saya ingin mengangkat suara pesawah yang menjadi tulang belakang keterjaminan makanan negara.
Harga lantai 1,500 per tan metrik yang baru diluluskan. Kos input melonjak, baja racun dan benih naik 30 peratus hingga 50 peratus. Ya, memanglah masa dulu tak naik sebab kos proses tak naik. Sekarang kos daripada A sampai ke Z sampai ke harvest dah meningkat, menyebabkan 1,500 tak lagi berpadatan, berpadanan dengan kos memproses untuk mengeluarkan beras dan juga mengeluarkan padi dan beras ini.
Jadi kita harap, kita haraplah kerajaan menimbang balik. Saya mencadangkan 1,800 agak relevan lah. Jadi, untuk petani-petani yang merupakan menyediakan makanan untuk
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
kita di seluruh Malaysia, bermula daripada Jelapang Padi di Kedah dan juga di seluruh negara ini. Kalau mereka ini tak berusaha bekerja, teruk juga kita nak kena makan padi. Kalau kita nak import boleh, tapi kalau orang tak mau jual, kita nak makan apa? Duit banyak tapi kita nak beli, negara luar tak mau jual kat kita. Ha, ini kena fikir. Itu dipanggil food security. Jadi, oleh sebab itu saya nak menyentuh berkenaan dengan perpaduan negara.
Kementerian Perpaduan Negara. Apakah kaedah metodologi yang digunakan oleh Kementerian Perpaduan Negara untuk nak mengharmonikan, menyatu padukan rakyat dalam negara kita ini. Saya nak tanya kerajaan, apakah model? Apakah metodologi yang digunakan sebab sekarang ini kita tengok apa yang berlaku di akhir-akhir ini, tidak akan mengharmonikan rakyat malah merenggangkan lagi perpaduan antara kaum ini.
Tengok sebagai contoh, Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Ipoh berhasrat memperluaskan lokasi larangan jualan arak di kawasan majoriti Melayu Islam, namun seorang Menteri daripada DAP terus melatah, sehingga melanggar sempadan bidang kuasa kerajaan negeri. Rata-rata kedai serbaneka di kawasan majoriti Melayu Islam ini adalah beragama Islam.
Apakah niat pendirian seorang Menteri DAP ini ingin mereka juga terlibat dalam transaksi jual beli kepada orang-orang Islam, kalau tak ada niat untuk nak mengganggu gugat akidah umat Islam. Dan baru-baru ini, ada seorang Menteri daripada DAP juga menyindir, memperlekeh, mempermain-mainkan agama Islam iaitu nak mengadakan solat hajat. Dia tahu ka macam mana nak solat hajat? Nak kena ambil wuduk ke dak? Berapa rakaat nak kena buat solat hajat? Apa nak dibaca? Jangan main, kalau tak reti. Ini kita tegur, kita tegur supaya kita lebih mengharmoni. Jangan sebut.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak bagi. Duduk, duduk, duduk dulu hang mengarut ja, duduk!
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Pendang…
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pada september 2023, seorang lagi Ahli Parlimen, hang pun ada. Tunggu, duduk situ.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi peluanglah. Adakah Pendang...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak bagi, tak bagi, tak bagi..
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yalah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pada Disember 2023, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham mencadangkan agar pakar Perlembagaan daripada kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam. Bukankah ini cabaran kepada Islam? Hang nak buat apa campur? Orang Melayu Islam tak nak ganggu pun kamu sebagai ─ Agama kamu buatlah saya baca surah tadi...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini fitnah lah...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Telah melarang. Jadi oleh sebab itu...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, ini fitnah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau tidak ada niat untuk nak memperlekeh, menghina, semua ini bermula bila DAP menjadi kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya ambil peraturan 42, dengar apa saya nak cakap ya.
Yang Berhormat, saya bagi 30 saat lagi, Yang Berhormat lain duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya sangat hormati di atas keputusan yang selalu dibuat. Jadi, kita nak harmoni ini jangan ganggulah sebab kita orang Islam bertolak ansur tinggi. Saya baca tadi kami tak boleh nak mengganggu gugat hak orang bukan Islam.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan tetap.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi ─ jadi saya nak sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Silakan Yang Berhormat, peraturan. Yang Berhormat tekan. Tekan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 36(6), “Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa, siapa-siapa ahli yang lain”.
Tadi, Pendang telah membuat kenyataan mengelirukan dan mengaibkan saya dengan perkara yang tidak betul. Dalam cadangan saya, saya langsung tak hina Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, go through to the point.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, bacalah kenyataan akhbar saya dan isunya ialah cadangan hanya supaya pandangan orang bukan Islam, diambil kira kalau-kalau ada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang akan ada kesan ke atas orang-orang bukan Islam. Dalam jawatankuasa itu, ada 11 orang beragama Islam. Saya hanya mencadangkan dus orang. Satu daripada badan bukan peguam dan satu daripada orang bukan Islam yang fasih dalam Perlembagaan. Apa salahnya? Niat saya baik supaya ianya tidak didebatkan di Parlimen ini dan menjadi isu perdebatan orang awam. Kalau boleh semua isu-isu Islam ini dibincangkan dalam satu jawatankuasa.
Jadi, tadi dikatakan saya telah mencampuri hal ehwal orang Islam adalah tidak betul.
Langsung tidak betul. Saya mohon beliau menarik balik kenyataan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, I get your point. I get your point. Dengar apa saya nak cakap Peraturan 42. Yang Berhormat Beruas, jika anda mendapati apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pendang adalah fakta yang salah, saya minta Yang Berhormat Beruas usulkan ya. I want to go on with this.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih. Saya akan usulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dengan izin, I want to go on with this. Dan tanpa gangguan. Yang Berhormat Pendang saya bagi 30 saat, tutup. Kalau tidak, saya tutup mikrofon.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey baik. Terima kasih. Dato’ Yang di- Pertua, isu yang saya bangkitkan hari ini adalah untuk ketelusan, untuk kebaikan, untuk ─ saya gulung dah ini. Untuk perpaduan nasional. Sebab kami bertolak ansur, tak pernah ganggu hak orang bukan Islam.
Oleh sebab itu kerajaan mesti bertindak segera kerana rakyat menanti penyelesaian yang jelas, adil dan berkesan, termasuk juga pesawah adalah penjaga keterjaminan makanan. Pekerja kontrak adalah nadi perkhidmatan awam dan pertahanan negara adalah soal keselamatan yang tidak boleh dikompromi. Saya mohon kerajaan mengambil tindakan segera dan menjawab segala persoalan ini dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Jadi, pada tahun 2025, bermula dengan ketidakpastian global yang semakin meningkat, baik dari segi politik mahupun ekonomi dengan Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN, keperluan untuk kestabilan dalaman adalah lebih terdesak. Jadi, setiap wakil rakyat sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri harus mengambil kepentingan negara dan bukan terjebak dalam politik populis yang hanya mengundang perpecahan.
Jadi Dato’ ─ Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi peringatan yang jelas bahawa tumpuan utama kita haruslah pada pembangunan negara. Oleh itu saya ingin menggariskan beberapa isu kritikal yang perlu diambil perhatian, terutamanya dalam konteks Sandakan dan juga Sabah.
Pertama, adalah berkenaan ekonomi dan pentadbiran yang mengoptimumkan peruntukan pembangunan. Dato’ Yang di-Pertua, ketika belanjawan 2025 dibentangkan, Sabah menerima peruntukan pembangunan yang terbesar dalam sejarah sebanyak 6.7 billion termasuk geran khas 300 juta. Namun, persoalannya adalah keberkesanan peruntukan ini.
Penggunaan dana. Berapakah daripada 6.7 billion ini benar-benar dimanfaatkan untuk pembangunan yang diperlukan. Saya masih bimbang dengan kadar perbelanjaan dengan rendah di mana hanya separuh daripada bajet pembangunan Sabah digunakan dan selebihnya dikembalikan ke Putrajaya.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Seterusnya adalah berkenaan dengan ketelusan dan keutamaan projek. Kita mesti memastikan dana ini dibelanjakan secara strategik. Misalnya untuk meningkatkan kemudahan hospital dan infrastruktur yang penting, bukannya untuk projek-projek yang tidak memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat. Contohnya, kita seharusnya membelanjakan peruntukan untuk peralatan perubatan hospital daripada memasang sistem facial recognition dengan izin, di semua hospital di Sabah untuk kakitangan hospital mendaftar masuk dan daripada membelanjakan untuk menanam bunga di pembahagi jalan.
Dana seharusnya digunakan untuk memastikan semua lampu jalan yang tidak berfungsi, berfungsi.
Jadi seterusnya adalah mengenai desentralisasi pentadbiran bagi mengatasi birokrasi yang menghalang pelaksanaan projek. Saya menggesa kerajaan untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada Sabah dalam membuat keputusan perbelanjaan. Dengan lebih autonomi, kita dapat memastikan projek-projek kritikal disegerakan dan setiap Ringgit yang diperuntukkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Saya juga ingin mencadangkan supaya pasukan audit antara kementerian ditubuhkan untuk memastikan setiap perbelanjaan dipantau dengan lebih ketat.
Seterusnya saya ingin membangkitkan mengenai krisis tenaga di Sabah, masalah berulang tanpa penyelesaiannya. Sejak tahun lalu, Sabah mengalami catuan elektrik akibat kekurangan tenaga yang kronik. Gangguan bekalan elektrik bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat, tetapi juga menghalang pertumbuhan ekonomi dan pelaburan. Margin rizab bekalan Semenanjung Malaysia mempunyai margin rizab antara 28 peratus hingga 36 peratus dan Sarawak 22 peratus ke 25 peratus dan margin rizab tenaga Sabah hampir sifar.
Jadi, pelaburan diperlukan. Sabah memerlukan loji tenaga 1,000 megawatt di Pantai Barat dan juga loji 600 megawatt di Pantai Timur bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi untuk 15 tahun ke 20 tahun yang akan datang. Jadi, saya menggesa kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada isu ini kerana tanpa penyelesaian segera, Sabah akan terus mengalami stagnancy ekonomi.
Ketiga, impak gaji minimum baharu, menyokong atau membebankan ekonomi. Jadi pada 1 Februari 2025, gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 telah berkuat kuasa. Kesan positif adalah ia dijangka meningkatkan kuasa beli dan merangsang pasaran domestik.
Cabaran kepada SME, namun adalah peningkatan ini membawa kesan negatif kepada pengusaha kecil dan sederhana terutamanya di luar bandar. Jadi, saya menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk menjalankan kajian impak bagi menilai sama ada peningkatan gaji ini menyebabkan keberhentian pekerja, peningkatan kos sara hidup ataupun penutupan perniagaan kecil.
Keempat, berkenaan dengan infrastruktur jalan persekutuan di Sandakan. Jadi, jalan persekutuan 22 adalah tulang belakang sistem pengangkutan di Sandakan, tetapi keadaannya semakin kritikal dengan peningkatan jumlah pengguna jalan raya. Saya
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
menggesa kajian keselamatan dan kapasiti dijalankan segera bagi menangani kesesakan dan kemalangan yang semakin kerap terutamanya di kawasan tersebut.
Persimpangan SK St. Monica, Batu 5; persimpangan St. John, Batu 1.5; persimpangan Jalan Cecily North, Batu 4; persimpangan Bandar Utama; dan Taman Tyng, Batu 6; Bulatan Buaya; dan Bulatan Helang, Batu 7. Sekali lagi saya ingin membawa isu berkenaan dengan Jalan Persekutuan Ranau-Sandakan iaitu daripada Batu 16 ke 32 dinaiktarafkan ke jalan dua hala dengan segera oleh kerana kesesakan yang teruk dialami oleh pengguna jalan raya dan juga dijawab oleh Menteri sendiri di sidang Parlimen yang lalu.
Isu kelima adalah berkenaan dengan perumahan mampu milik untuk menyelesaikan masalah setinggan di Sabah. Sabah khususnya Sandakan mengalami masalah serius dengan jumlah kampung setinggan yang tinggi. Realiti sebenar adalah bukan hanya saja pendatang tanpa izin (PTI) yang tinggal di kawasan ini, tetapi juga rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Kesan negatif adalah kampung setinggan menyumbang kepada kecurian elektrik dan air, pencemaran, jenayah dan keadaan perumahan yang tidak selamat. Penyelesaiannya adalah untuk mempercepatkan pembangunan skim perumahan mampu milik untuk golongan ini. Ini perlukan kerjasama antara KKTP dan juga KPKT, Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Mengubahsuai bangunan terbiar untuk unit perumahan boleh menjadi salah satu solusi untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.
Keenam adalah berkenaan dengan perkembangan kompleks LKIM di Sandakan bagi industri perikanan. Industri perikanan di Sabah menyumbang lebih daripada RM500 juta eksport setiap tahun dan juga merupakan nadi ekonomi Sabah. Namun, kekurangan infrastruktur seperti jeti yang memadai atau stor sejuk dan kemudahan pendaratan di Sandakan yang terus menghambat potensi pertumbuhan industri ini.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah status terkini kompleks LKIM yang dirancang di Sandakan? Bilakah projek ini akan siap? Apakah langkah yang konkrit yang akan diambil untuk memastikan pembelian diesel subsidi dijalankan dengan sistematik untuk menyokong nelayan? Tindakan yang segera kami perlukan dan penyelesaian telus amat diperlukan juga untuk memastikan Sabah terus maju dan industri perikanan tidak akan kekurangan infrastruktur yang diperlukan.
Seterusnya adalah poin ketujuh adalah mengenai isu kegagalan pengurusan sisa di Sandakan. Keperluan yang terdesak untuk tapak pelupusan sisa sampah yang memenuhi piawaiannya. Majlis Perbandaran Sandakan telah menganggarkan bahawa bandar ini menghasilkan sekitar 400 hingga 450 tan sisa pepejal setiap hari yang dibuang ke tapak pelupusan sampah di Batu 8. Malangnya, tapak ini bukan sahaja tidak diurus dengan baik, malah tidak memenuhi piawaian pengurusan sisa moden seperti rawatan larut resapan dan juga kawalan yis.
Kesan daripada kegagalan ini sangat serius dan amat membimbangkan kerana Sungai Seguntor kini adalah antara menjadi sungai yang paling tercemar di Sandakan dan membuktikan bahawa pencemaran air akibat larutan resapan yang tidak terkawal. Oleh itu,
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
kementerian perlu mengambil langkah yang tegas dengan segera untuk membangunkan tapak pelupusan sampah dengan teknologi pengurusan sisa yang terkini.
Seterusnya adalah berkenaan dengan industri pelancongan dan nasihat perjalanan pantai timur Sabah, travel advisory dengan izin. Sabah kaya dengan potensi pelancongan, tetapi nasihat perjalanan antarabangsa terhadap Pantai Timur masih menjadi satu penghalang. Walaupun Amerika Syarikat dan Jepun telah menurunkan tahap nasihat perjalanan mereka, negara seperti Australia, UK, Kanada dan New Zealand masih mengekalkannya. Jadi, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Negeri perlu meningkatkan usaha diplomasi dalam memperbaiki persepsi keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah, termasuk kawasan Sandakan yang terlibat.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu yang amat penting untuk dibahaskan adalah mengenai inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan belia. Jadi, apakah inisiatif KBS untuk membantu golongan belia yang terlibat? Saya berharap KBS dapat terus komited dalam mempertimbangkan usaha ini untuk menggalakkan lebih banyak kerjasama yang lebih erat dengan kementerian- kementerian yang lain bagi membanteras isu mental di kalangan belia.
Seterusnya adalah berkenaan bumbung kolam renang kompleks sukan yang telah diluluskan, tetapi belum lagi dilaksanakan. Berkali-kali diluluskan, tetapi belum lagi dilaksanakan. Jadi, saya ingin mendapatkan status pembinaan bumbung tersebut kerana ia merupakan satu-satunya kolam renang untuk latihan bagi atlet di Sandakan.
Poin saya yang terakhir adalah Dato' Yang di-Pertua, saya terkejut apabila mengetahui bahawa seramai 8,076 calon SPM pada tahun 2024 tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis. Jadi, mengapakah ini berlaku? Kita perlu mengenal pasti sebab utama pelajar gagal menamatkan STPM dan mengambil langkah intervensi yang awal.
Akhirnya adalah berkenaan dengan MA63. Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan kadar pemberian khas kepada negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan kepada RM600 juta bermula pada tahun ini. Tetapi isu-isu lain di bawah MA63 belum lagi diselesaikan dan akan terus dipantau oleh pihak berkenaan. Jadi, saya ingin mendapatkan status terkini untuk memastikan hak Sabah dan dianaktirikan demi Sandakan dan demi Sabah.
Kesimpulannya adalah Dato' Yang di-Pertua, saya berharap perbahasan ini dapat membuka mata semua pihak mengenai kepentingan menangani isu-isu asas dengan segera dan efektif. Kita mesti memastikan setiap sen duit negara diperuntukkan digunakan secara optimum dan juga bersifat progresif dan berani dalam menangani isu tenaga, gaji minimum, perumahan, pendidikan. Kita perlu bergerak ke hadapan dengan tindakan yang konkrit, bukan sekadar retorik politik. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya nak mulakan ucapan saya dengan bantahan saya kepada cadangan kerajaan untuk meluluskan Urban Renewal Act. Tadi saya dah tanya beberapa soalan di bawah. Saya rasa jawapan tidak tepat dan saya perlu bangkitkan di dalam Parlimen ini kerana saya rasa ini adalah pengkhianatan terbesar kepada golongan susah yang tinggal di kawasan bandar.
[Tepuk] Saya tak nak undang-undang ini dipanggil kerana Urban Renewal Act, saya rasa yang lebih tepat adalah Akta Rampas Rumah. Saya ulang, ini adalah Akta Rampas Rumah.
Mengapa?
Pertama sekali, kita perlu tanya persoalan siapa yang menduduki PPR dan flat yang tersedia? Majoritinya adalah golongan susah, B40 ataupun M40 dan mengikut data yang baru kita dengar di taklimat bawah, majoritinya adalah golongan Melayu dan India. Sebelum ini, jikalau pemaju syarikat swasta ingin ambil alih secara paksa, ingin ambil alih mana-mana PPR, flat, kawasan terbiar, mereka perlu berunding dengan setiap satu pemilik property tersebut. Tetapi dengan adanya akta ini, kerajaan sekali gus telah pun menurunkan nilai ambang persetujuan daripada 100 peratus kepada 80 peratus.
Maksudnya, jikalau golongan majoriti setuju, golongan minoriti akan terseksa kerana rumah mereka akan dirampas bukan oleh kerajaan tetapi oleh pemaju syarikat swasta, golongan maha kaya yang kerajaan kata ingin lawan berhabis-habisan. Yang lebih teruk, ini adalah golongan yang memilih jalan untuk tinggal di bandar. Besar kemungkinan kerana ini adalah rumah turun temurun yang diwarisi daripada atuk ataupun ibu ayahnya.
Besar kemungkinan mereka bekerja di kawasan berdekatan, mereka memerlukan akses kepada MRT, LRT dan mereka adalah golongan yang susah dan bandar dikenali sebagai pusat pekerjaan, pusat inovatif, pusat kreativiti. Tetapi, kini golongan yang susah ini akan diusir keluar daripada bandar dan akhirnya masalah gentrifikasi akan berlaku dan kita dengar pengesahan daripada penjawat awam di bawah tadi kata, gentrification will happen. Saya tak salahkan penjawat awam, ini adalah realiti apa yang akan berlaku.
Kita dengar cadangan pampasan daripada kerajaan. Kerajaan kata tak apa, we will give fair market value atau above market rate, one to one. Ini saya lihat daripada jawapan rasmi Menteri kepada wawancara The Edge. The Edge is no simple news portal, it’s a fair news portal. Jawapan Yang Berhormat Menteri adalah, saya beri contoh. Ini adalah contoh seseorang yang duduk di PPR Flat Gombak, seseorang itu mewarisi PPR flat daripada ibunya yang membeli RM70,000.
Kini fair market value bukan lagi RM70,000. Bayangkan kita naikkan RM250,000, banyak. Tapi RM250,000 jikalau diberikan kepada keluarga muda ini, ask yourself, tepuk dada tanya selera. Boleh tak saya beli PPR, boleh tak saya beli flat, boleh tak saya beli apartmen, kondominium yang baru di kawasan yang sama di Gombak ataupun di kawasan sekitar Gombak ataupun bandar Selangor? Tak ada. Paling murah, RM500,000.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Dengan itu, keluarga ini yang sebelum telah berjaya dibandarkan akan diusir keluar daripada kawasan bandar tersebut. Apa jawapan Menteri? Jawapan Menteri adalah, I kid you not, ini bukan saya main-main, ini daripada The Edge report pada Jun 17 2024. Menteri kata, “Kalau harganya terlalu tinggi, tak apa. Keluarga ini ambil pinjaman, take a loan”. Saya tak sedar bahawa kerajaan ini lebih utamakan pemaju daripada golongan rakyat susah yang telah berjaya dibandarkan. What kind of attitude is this? Bayangkan dulu apabila mereka berada di kerusi pembangkang, mereka mati-mati pertahankan golongan susah Melayu di kawasan bandar, di Kuala Lumpur. Masa itu, pemaju perlu ada persetujuan 100 peratus. Kini, mereka yang turunkan daripada 100 peratus ke 80 peratus. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana mereka nak menyembunyikan muka dan prinsip mereka kerana realitinya mereka ingin usir mereka keluar.
Bukan setakat kos one-off bila beli. Kita dengar, tadi kau orang ada dekat bawah. Kos maintenance akan naik bukan sekali ganda, naik lebih empat kali ganda. Kalau sebelum ini cost maintenance fee setiap bulan bukan setiap tahun RM50 contohnya, kini boleh mencecah RM200 kerana kiraannya tetap menggunakan per square feet. Ini bukan- this is not fair kerana pemaju yang ambil alih, contoh dia ambil alih, flat itu hanya ada empat tingkat. Bila pemaju ambil alih, dia bukan kekalkan empat tingkat, dia naik 20 tingkat, dia bina banyak apartmen mewah yang akhirnya akan diduduki oleh golongan mewah atau orang yang tidak berwarganegara Malaysia.
Dah lah KL ini dah padat, jammed lagi teruk. Sekarang yang lebih mencemaskan golongan susah, pertengahan yang tinggal di bandar, ingin dapat pekerjaan yang baik, gaji yang baik, akan dikeluarkan. Ini masalah yang sangat serius dan tadi saya dah jawab sebab saya tahu nanti mereka akan kata, “Oh Saddiq, takkan lah kamu nak biarkan flat-flat teruk ini? Oh, dia kotor. Tidak bersih”.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Eh, itu tanggungjawab kerajaan. Kerajaan should help out. Kalau betul masalah kotor, tidak dibiayai dengan baik, then pertama, kerajaan mungkin boleh enforce better maintenance collection. Itu pertama.
Kedua, then berikanlah peruntukan, bantu mereka, jangan usir mereka keluar daripada tanah milik mereka.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Muar, minta sikit.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf, minta maaf sebab saya kena ─ ada banyak perkara saya nak bincangkan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak, nak tolong.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf. Ada dua perkara mereka kata. “Ah Saddiq, tengok Singapura, tengok Hong Kong”. Ini dua contoh mereka berikan. Contoh utama, Singapura dan Hong Kong. Ada tiga perbezaan Singapura, Hong Kong dengan Malaysia. Pertama, Malaysia alhamdulillah dikurniakan dengan tanah yang begitu luas. Malaysia is not a country suffering from land deficit. Kita ada banyak tanah. Itu yang pertama.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kedua, lihat sahaja syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Saham Malaysia yang memiliki tanah. Dia punya landbank, ini syarikat-syarikat gergasi. Landbank mereka Tuan Yang di-Pertua, kadangkala lebih besar daripada negeri. Saiz negeri di Malaysia and yet you want to prioritize pemaju daripada keluarga-keluarga susah ini. Itu yang kedua.
Ketiga, perbezaan, ini saya paling takut sekali Tuan Yang di-Pertua. Kuasa lobi puak pemaju ini sangat besar dan kuat sekali dan di Malaysia, apabila kita tidak ada Akta Pendanaan Politik, masalah ini akan menimbulkan pandora’s box yang lebih besar. Kalau saya nak ambil alih tanah ya, selepas ini proses rundingan telah pun berpihak kepada pemaju. Saya boleh berikan dana politik kepada parti-parti politik dalam kerajaan atau pembangkang yang bakal jadi kerajaan supaya proses rundingan yang sebelum ini adil kerana ia rundingan pemaju dengan semua pemilik.
Kini, kerajaan masuk campur, kerajaan becomes the backer of pemaju. Apa akan jadi kepada nasib golongan susah khususnya komuniti Melayu dan India yang kalau ikut data tersedia, adalah majoriti golongan PPR dan pemilik flat. Itu adalah perkara yang pertama.
Saya harap bahawa kerajaan dan pembangkang boleh bersatu hati bangkang perkara ini, jangan hanya sokong apabila kita di pihak pembangkang.
[Tepuk] Isu yang kedua.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Muar, Muar. Boleh?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf sebab saya ada banyak perkara yang saya hendak ulas.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya hanya nak bantu untuk poin dua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Isu yang kedua. Minta maaf, standing order. Saya nak ulas, kalau nak bahas, boleh bahaskan dalam ucapan Yang Berhormat. Isu yang kedua, berkenaan sistem pendidikan negara. Sebagai salah seorang anak cikgu, saya risau apabila peranan sekolah kebangsaan iaitu sekolah terutama, sekolah pilihan utama kini telah digantikan dengan sekolah swasta, sekolah antarabangsa atau kadangkala sekolah vernakular.
Saya tak salahkan pemilik sekolah swasta ataupun pemilik sekolah vernakular ini tetapi realitinya pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu contohnya di La Salle, kamu pergi ke kelas-kelas, memang masyarakatnya berbilang bangsa dan agama. Bukan setakat berbilang bangsa dan agama tetapi ada wakil B40, M40, T20, semua bersama. Tetapi pada hari ini, sangat berbeza sekali sampai ada laporan yang mengatakan bahawa ada kelas-kelas yang tidak ada komuniti Cina langsung. Perkara ini bukanlah perkara yang baharu tetapi perkara yang sangat mencemaskan kerana sekolah kebangsaan yang dahulu merupakan pilihan utama kini telah digantikan dengan sekolah antarabangsa ataupun sekolah vernakular.
Saya ada dua cadangan. Pertama sekali adalah supaya kerajaan memberikan insentif khas kepada sekolah kebangsaan supaya ibu bapa menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
(i) pastikan bahawa semua murid yang memasuki sekolah kebangsaan diberikan tablet percuma supaya akhirnya jurang digital, jurang pendidikan itu dapat dikurangkan;
(ii) pastikan bahawa makanan berkhasiat, berkualiti, sarapan percuma kepada semua diberikan dan yang sudah ada, ditingkatkan supaya akhirnya insentif untuk ibu bapa memilih sekolah kebangsaan itu meningkat;
(iii) rombakan silibus yang berdasarkan kepada kata-kata pakar dan melalui jawatankuasa dwipartisan supaya kalau ada perubahan kerajaan, ia tidak akan berubah berkali-kali.
Mengapa saya katakan ini? Kerana, kerisauan saya adalah akhirnya sekolah yang merupakan punca perpaduan, sekolah yang sepatutnya fokus kepada kualiti, kini apabila kerajaan tidak berjaya untuk membangunkan kualiti sekolah kebangsaan, ia seperti melepaskan tanggungjawab tersebut kepada sektor swasta untuk ambil alih.
Sebab itu pada hari ini, kita lihat orang Melayu juga, sebab itu saya tak nak jadikan ini isu perkauman. Golongan Melayu M40 yang hanya bergajikan RM3,500 ke RM4,000 sanggup membayar yuran bulanan yang tinggi untuk menghantar anak mereka kepada sekolah swasta kerana isu kualiti. Dalam bab ini, saya berharap bahawa kita ada keberanian moral dan politik untuk merombak sistem pendidikan sebelum terlalu lambat.
Jangan hanya kita sebagai penggubal dasar di dalam Dewan ini apabila kita diberikan pilihan untuk menghantar anak dan cucu kita, kita hantar mereka kepada sekolah swasta, sekolah antarabangsa, ada juga yang hantar ke luar negara. Saya tak nak judge mereka, itu okey, tetapi apabila kamu penggubal-penggubal dasar di dalam Dewan ini, apabila cadangan reformasi itu dibuat, janganlah kita bangkang, janganlah kita tolak walhal kita nak kekalkan sistem persekolahan yang terbaik untuk anak kita tetapi kita sendiri tak mampu untuk perbaiki kualiti sekolah kebangsaan sampai kita ada keyakinan dan kemajuan untuk hantar mereka ke sekolah kebangsaan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Salah satu ciri utama negara maju adalah apabila penggubal dasar sendiri meletakkan keyakinan yang tinggi kepada institusi awam seperti hospital, sekolah untuk menghantar anak dan cucu kepada sekolah tersebut kerana mereka yakin bahawa itu adalah pilihan yang terbaik.
Isu ketiga yang saya hendak tekankan adalah berkenaan isu perkauman yang baru- baru ini dibangkitkan di Kelang di mana salah seorang racist hawker dengan izin telah pun mengeluarkan satu iklan papan tanda yang mengatakan – minta maaf saya perlu bacakan perkara ini “sorry, ini jagung tiada jual sama orang...”, minta maaf. Ini satu perkataan yang unparliamentary tetapi ini bukan saya kata. Ini perkara yang dikatakan di luar. “...saya tidak jual sama orang keling”. Saya katakan ini kerana saya dengar jawapan Menteri Perpaduan, dia kata “tak apa, kita dah ada rundingan, orang itu dah minta maaf, dengan itu kita tutup buku”. Kita perlu lihat
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
niat seseorang itu. Bila dia ditangkap perkara ini, bukannya minta maaf. Apabila ada salah seorang wanita berbangsa India tangkap menggunakan video, bukti jelas bahawa orang ini racist, dia marah wanita berbangsa India ini. Bukannya minta maaf, marah. Dan apa kita lakukan? Kita biarkan, kita hantar wakil, dia minta maaf, kita lupakan. Walhal banyak lagi kes- kes lain, kalau ada isu perkauman, keagamaan yang melampau, terus kena caj masuk mahkamah tetapi kes begini, kita nak lupakan.
Saya sangat sympathetic kepada komuniti India khususnya Tuan Yang di-Pertua kerana lazimnya merekalah yang terbiar. Saya beri satu contoh. Ini bukan Syed Saddiq. Ini pakar melalui Khazanah Research Institute (KRI) yang mengeluarkan data pendidikan menunjukkan bahawa salah seorang yang berbangsa India, dia punya family gap, jikalau mereka – contoh kalau ibu mereka hanya ada SPM, individu – anak yang berbangsa India ini untuk naik lebih tinggi daripada ibu bapanya, jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang lain.
Dalam bab ini, what message is government sending? What message is government signally kalau kita tidak biarkan stereotaip sebegini dilawan, ditentang berhabis-habisan.
Adakah komuniti India, martabatnya jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan bangsa lain? Secara tidak langsung dan tanpa ada tindakan, dengan itulah kita normalisasikan tindakan sebegini. Bangsa India tak boleh sewa rumah saya, tak boleh datang premis saya. Tak apa, minta maaf it is enough. Perkara sebegini saya harap ada tindakan yang jelas supaya kerajaan menghantar signal yang jelas.
Isu yang kelima berkenaan isu peruntukan. Ini saya kena bangkitkan kerana saya sebagai Ahli Parlimen Muar, saya rasa paling konsisten dan berkali-kali cuba berunding kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan saya ikut petua Perdana Menteri. Kata perlu runding dengan TPM2. Saya sudah runding lima kali. Surat demi surat telah pun dihantar. Lebih 400 hari tetapi bantuan daripada kerajaan ke pusat khidmat − kepada Parlimen Muar, kosong RM0. Kalau tak nak kasi, cakap je dalam Dewan ini tak nak kasi. Jangan bermuka-muka, di luar kata lain, di dalam kata lain, di luar kata lain lagi.
[Dewan riuh]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebab itu tak baik. Dalam bab ini, saya berharaplah – sebab itu, ini bukan perkara saya bangkitkan bila saya pembangkang. Kerajaan saya bangkitkan benda sama juga.
Perkara ini kita perlu ada politik yang matang. Supaya akhirnya, tidak kira kamu dalam kerajaan ataupun pembangkang, nasib rakyat di kawasan kamu akan terbela dan bantuan itu akan diberikan tidak ikut warna politik. Bagaimana kita hendak jadi negara maju kalau perkara asas sebegini pun kita tidak boleh selesaikan walhal sudah dijerit berpuluhan tahun apabila berada di kerusi pembangkang. Saya sudah cuba berkali-kali, tidak berjaya. Sebab itu saya lari daripada Muar ke Parlimen. Baru-baru ini jadi model, ada Ahli Parlimen marah saya bila saya jadi model. Saya terpaksa jadi model. Alhamdulillah, dapatlah sumbangan lebih RM1 juta bagi Parlimen Muar.
[Tepuk] Yang terakhir, 30 saat. Saya hendak dedikasikan ucapan saya kepada isu Palestin.
Isu ini adalah isu yang dekat dengan hati. Bukan setakat saya sebagai warganegara Malaysia
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
nor Muslim tetapi orang yang kisahkan isu peringkat kemanusiaan. Tadi dah banyak saya marah. Kini saya hendak puji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula berkenaan isu Palestin. Saya rasa dalam bab ini, kita tidak boleh ikut warna politik ataupun parti politik.
Tetapi ketegasan untuk membela Palestin itu wajar dipuji. Saya tidak faham mengapa ada pihak yang mempertikaikan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin menghantar bantuan atau ingin membina sekolah atau ingin membina hospital bagi warga Palestin. Saya hendak berikan tiga sebab mengapa saya pertahankan perkara ini.
Yang pertama sekali, dalam kita hendak bina hospital ataupun sekolah, kosnya sangat kecil kerana bukannya duit suntikan terus daripada kerajaan. GLC akan bantu.
Warganegara Malaysia akan bantu. Maksimum kalau kosnya RM100 juta pun, that is only 0.005 percent of OGDP in total. Sangat kecil. Bandingkan dengan negara lain seperti Indonesia yang menghantar lebih RM200 juta. Egypt yang ingin menampung kos perumahan.
Kalau hendak dibandingkan dengan Jepun, negara-negara lain, berbilion Ringgit. Di Malaysia sangat kecil sekali. Itu pun sudah dipertikaikan tapi jangan lupa, Malaysia as prior to become a middle power – golongan kuasa pertengahan di dunia.
Ingat dulu, apabila Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir membuat pilihan untuk membantu Bosnia, pilihan untuk membantu Egypt, bantu Republic of Czech, Sudan – akhirnya kerana hubungan yang akrab, kerajaan tersebut memilih PETRONAS sebagai rakan dagang utama untuk pelopori telaga minyak dan gas yang baru. Walaupun ada pertandingan daripada, Shell atau Exxon Mobil − PETRONAS diberikan keutamaan, we gain a lot of our benevolent tapi ini bukan setakat benda. Kita beri satu, kita hendak dapat sepuluh. Tidak ─ tetapi ini adalah isu perikemanusiaan. Ya, mungkin melalui takdir Allah SWT, kita berjaya untuk dilahirkan di bumi Malaysia bertuah ini. Tapi bayangkan mereka yang tidak begitu bernasib baik dengan kita. Dilahirkan di bumi Palestin, tanah dirampas, ibu bapa dibunuh, lihat adik kena pukul, kena tembak depan mata dan selepas itu kita hilang sifat perikemanusiaan untuk bantu mereka.
Dalam bab ini, saya memberikan sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Perana Menteri. Saya harap kita jangan politikkan isu ini. Saya harap sebagai Parlimen Malaysia kita dapat bersatu hati untuk membela golongan Palestin. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas peluang yang telah diberikan untuk saya berbahas dalam ucapan menjunjung kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Dato’ Yang di-Pertua, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen untuk merealisasikan hasrat dan harapan Titah yang telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia. Bukan sahaja dijunjung tetapi kita kena laksanakan. Kerajaan serta semua ahli wakil rakyat disuruh untuk membantu memperkasa ekonomi rakyat dalam sektor pertanian, komoditi dan juga rantaian bekalan makanan. Kerajaan harus membantu mempertingkatkan usaha dalam meningkatkan hasil para petani, nelayan dan juga penternak. Rakyat kawasan luar bandar yang aktiviti ekonomi mereka lebih tertumpu dalam bidang ini, mestilah dibantu bagaimana untuk meningkatkan hasil serta pemasaran yang sempurna melalui kementerian- kementerian, jabatan-jabatan serta GLC yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan.
Dengan beberapa pelan bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan, rakyat harus dipermudahkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Rakyat di bawah sana tidak tahu pun bahawa mereka mempunyai peluang untuk menaik taraf ekonomi mereka dengan pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Peranan kementerian serta agensi kerajaan perlu dilipat gandakan dalam program penerangan perkara-perkara seumpama ini bagi manfaat rakyat jelata.
Dato’ Yang di-Pertua, berhubung dengan ekonomi rakyat, penglibatan GLC seperti FELCRA merupakan salah satu cara kerajaan untuk membantu ekonomi rakyat. Walau bagaimanapun, satu program itu perlu dikaji ataupun sama ada ianya sesuai menepati tujuan asal atau pun merugikan rakyat. Minggu lepas saya telah diberi taklimat oleh tuan-tuan tanah yang diusahakan oleh FELCRA di Ladang Paku Matunggong dalam Daerah Kota Marudu.
Saya difahamkan bahawa ladang ini telah dibuka pada tahun 2000 dan sepanjang program ini dilaksanakan, kos pembangunan lebih kurang RM2.8 juta yang dikira sebagai pinjaman ataupun hutang kepada para peserta. Sehingga tahun 2023, hutang peserta masih lagi berbaki RM971,283. Pemberian dividen pula kepada para peserta tidak setimpal dengan hasil keluasan tanah mereka. Ada peserta yang mendapat dividen kurang dari RM1,000 dan ada juga yang lebih teruk menerima kurang dari RM100 dalam setahun.
Dato’ Yang di-Pertua, ada kes-kes peserta yang bayar dividen langsung tidak dapat dalam setahun. Contohnya dalam tahun lepas, tahun 2024. Daripada 36 peserta ini tidak mendapat satu sen pun dividen pada tahun yang lepas.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Sebab itu mereka berpesan kepada saya dalam Dewan yang mulia ini supaya, kalau boleh, tanah ini dapat dikembalikan kepada mereka dan kos yang masih berbaki, hutang yang masih berbaki itu dapat dihapuskan oleh pihak kerajaan. Juga, alam masa yang sama, mereka meminta kepada pihak kerajaan, ihsan daripada kerajaan supaya tanah ini diberikan geran kepada mereka untuk menanam semula untuk mereka usahakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, para peserta telah meminta saya untuk menyampaikan perkara ini sebab inilah salah satu cara kita untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat seperti mana yang dinyatakan oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi merancakkan pembangunan ekonomi terutama kawasan luar bandar, keperluan jalan raya yang baik adalah merupakan keutamaan yang perlu diambil perhatian serius oleh pihak Kerajaan. Alhamdulillah, pada tahun yang lepas, telah dinyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa beberapa batang jalan di Kota Marudu telah pun diluluskan peruntukan di bawah KKDW, iaitu Jalan Terintidon, Kota Marudu dan juga jalan Sebayan-Nangka di sebelah Matunggong.
Saya mohon kepada kerajaan agar kelulusan ini bukan setakat kelulusan, tetapi dapat disegerakan pelaksanaan, termasuk reka bentuk jalan, supaya proses tender dapat dilaksanakan dengan seberapa yang segera kerana ianya merupakan keperluan rakyat yang amat-amat mendesak. Begitu juga jalan-jalan yang pernah saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini supaya dapat dipertimbangkan untuk diluluskan dalam RMKe-13 ini.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat dari Sabah, Kota Marudu ingin bercakap soal keadaan jalan raya utama yang bukan sahaja rosak teruk tetapi berlubang. Tengah jalan ada kolam. Keadaan jalan ini bukan sahaja amat menyusahkan rakyat, tetapi dalam masa yang sama mengancam nyawa rakyat kita.
Saya ada menyaksikan depan mata, berlaku di jalan Kota Marudu ke Kota Belud, bagaimana sebuah kereta Proton lswara telah melantun di atas jalan raya apabila tayar depannya masuk ke dalam lubang jalan, dan insiden ini mengakibatkan ketiga-tiga penumpang terkeluar daripada kenderaan tersebut. Pemandunya mati serta merta dan dua lagi penumpang telah cedera parah.
Selain dari itu, banyak lagi kemalangan maut yang telah diakibatkan oleh jalan yang rosak teruk ini. Dua minggu yang lepas, penunggang motor juga maut ketika masuk lubang di atas jalan raya dan perkara ini berlaku di kawasan bandar raya yang sepatutnya keadaan jalan mestilah baik dan selamat untuk para pengguna.
Dato’ Yang di-Pertua, siapa yang bertanggungjawab dalam semua kes kemalangan ini? Adakah salah pihak konsesi ataupun tiada pemantauan daripada pihak berwajib?
Sekiranya syarikat konsesi ini gagal melaksanakan penyelenggaraan jalan dengan sempurna mengikut terma kontrak, kita cadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya batalkan kontrak mereka ini. Kita kena sahut cabaran Yang Amat Berhormat Tambun yang sering menyatakan soal tatakelola, soal kualiti kerja. Kota Marudu meminta agar kita mesti tegas soal keselamatan rakyat. Jangan lihat siapa tuan punya syarikat tersebut, ambil tindakan dengan kadar yang segera. Jangan biarkan rakyat ataupun banyak lagi nyawa rakyat yang terkorban dengan kelalaian yang berlaku.
Dua hari lepas, saya balik di kawasan Kota Marudu, Dato’ Speaker. Keadaan jalan belum ada perubahan pun, walaupun sudah diviralkan dalam media sosial keadaan jalan yang teruk ini. Walaupun ada sedikit lubang di jalan yang telah ditampal, tetapi tidak sampai seminggu tampalan itu akan hilang semula. Yang kita tidak tahu, macam mana kualiti konsesi ini telah melaksanakan tanggungjawab.
Jalan KK-Kota Belud ke Kota Marudu ke Kudat merupakan jalan persekutuan yang sekarang dikendalikan sebuah syarikat konsesi masih dalam keadaan yang teruk. Lagi
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
ditambah teruk dalam musim tengkujuh. lni terbukti dengan surat yang telah diutus oleh jurutera Bahagian Kawasan Utara, JKR Kudat kepada jurutera kanan Unit Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan, Kawasan Pantai Barat Utara, JKR Sabah bertarikh 21 Januari 2025 yang mengarahkan pemegang konsesi dapat melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan kadar yang segera. Saya ingin baca salah satu perenggan empat dalam surat JKR tersebut. “Oleh yang demikian, pejabat ini merayu kepada pihak tuan agar mengarahkan pihak konsesi bertanggungjawab bagi menumpukan usaha menyelenggara sebaik jalan KK-Kudat (R01) pada waktu ini.” Selain itu― dan ini juga memerlukan lebih banyak program penyelenggaraan berkala iaitu turapan semula bukan sahaja untuk tampal lubang, turapan semula secara menyeluruh laluan yang telah rosak.
Dato’ Yang di-Pertua, Saya minta Dewan yang mulia ini agar perkara ini mendapat perhatian yang serius daripada kerajaan. Jangan kerana mungkin tuan punya konsesi itu mempunyai hubungan dengan kerajaan, kita akan membuta tuli tidak akan mendengar keluhan rakyat di bawah sana.
Dato’ Yang di-Pertua, minggu lepas juga telah viral di media sosial, seorang warga emas yang tidak mendapat khidmat kesihatan daripada pihak Hospital Kota Marudu dan terpaksa ke klinik swasta yang sudah tentu memerlukan kos bayaran yang tinggi berbanding hospital kerajaan. Kita telah mendapatkan komen daripada pihak Pengarah Hospital Kota Marudu dan keadaan sebenar bukan begitu. Keluarga pesakit tersebut telah tidak dapat menunggu giliran seperti yang disyorkan oleh pihak hospital dan terus ke klinik swasta yang tidak perlu menunggu lama untuk dilayan.
Kita telah juga membuat siasatan lanjut, perkara seumpama ini banyak berlaku.
Bukan sekali dua, tetapi banyak kali berlaku. Ada yang menunggu daripada pagi hingga petang baru tiba giliran untuk diperiksa oleh doktor yang bertugas.
Dato’ Yang di-Pertua, ini disebabkan oleh kekurangan doktor yang ada di Kota Marudu. Saya minta daripada pihak kementerian agar perkara ini dapat dipertimbangkan agar penambahan doktor dan bangunan Hospital Kota Marudu yang baharu dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin.
Dato’ Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya ingin nyatakan sebelum saya mengakhiri ucapan. Saya dapat maklumat daripada rakan-rakan Parlimen dan juga rakyat di bawah, mereka berdepan dengan masalah rakyat kita yang amat sukar untuk mendaftar dalam eKasih dan menyebabkan mereka tercicir daripada bantuan kerajaan. Saya faham ada beberapa kriteria yang diperlukan bagi syarat pendaftaran bagi rakyat kita untuk mendaftar eKasih. Kita lihat sendiri mereka yang daif dinafikan pendaftaran oleh petugas- petugas yang diamanahkan.
Untuk itu, saya minta pihak Kerajaan MADANI supaya pejabat Parlimen boleh menyokong dan mendaftarkan rakyat kita yang layak. Atau mana-mana pegawai yang dimanahkan sebagai pendaftar harus mengambil kira syor daripada pejabat Parlimen agar
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
mana yang layak untuk didaftarkan, kita daftarkan eKasih supaya mereka boleh dapat bantuan daripada kerajaan.
Saya amat kasihan dengan mereka yang tiada rumah yang memohon eKasih, saya hantar kepada Kementerian KKDW, lulus oleh pihak Menteri, tapi bila tapisan eKasih, mereka tidak layak untuk mendapat bantuan dan hak mereka telah dinafikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon agar perkara ini dapat diperhalusi agar rakyat kita di bawah akan dapat dibela bukan sahaja untuk tujuan perumahan ataupun bantuan rumah, tetapi juga untuk tujuan program-program ekonomi rakyat. Semua program kita mesti berlandaskan kepada laporan eKasih ataupun register eKasih. Bagaimana rakyat kita yang tidak mempunyai eKasih? Saya minta ketelusan daripada pihak kerajaan agar perkara seumpama ini dapat dipertimbangkan.
Seperkara lagi, Dato’ Yang di-Pertua. Bagi Rancangan Malaysia Ke-13 yang saya difahamkan akan dibentangkan dalam bulan Julai ini, saya minta supaya mana-mana perkara yang penting untuk rakyat, terutama di kawasan Kota Marudu, harus dimasukkan dalam RMKe-13. Contohnya seperti mana jalan-jalan utama yang diperlukan oleh rakyat, jalan Tagibang-Garung-Koromoko, jalan Guomon, Matunggong, jalan Rampai-Bonsiku- Kirangawan dan lndarason Darat ke Muhang dapat dimasukkan dalam perancangan RMKe- 13.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kota Marudu dengan yakin dengan perancangan yang begitu teratur dan sistematik oleh Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Kita mampu untuk melaksanakan lima tahun lagi untuk melihat tiada lagi daerah yang termiskin di Malaysia.
Sebagai wakil dari Sabah, saya juga ingin mengingatkan semua kita dan Kerajaan MADANI, sudah tiba masanya selari dengan perancangan RMKe-13, impian Sabah untuk mengecapi 40 peratus dalam MA63 dapat direalisasikan supaya pembangunan dilipatgandakan untuk merapatkan jurang pembangunan yang begitu besar antara Semenanjung dan juga wilayah Sabah. Rakyat Sabah meletakkan harapan yang amat tinggi dan yakin kepada kemampuan dan kesungguhan Yang Amat Berhormat Tambun dalam menyelesaikan masalah 40 peratus ini yang gagaI diselesaikan oleh mana-mana kerajaan atau mana-mana pimpinan yang lepas.
SekaIi lagi saya merayu, demi rakyat Sabah yang juga rakyat Malaysia, apa yang terkandung dalam MA63...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
...Dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat negeri Sabah. Rakyat Sabah sejahtera dan makmur menggambarkan keseimbangan kemajuan, kemakmuran dan dedikasi kepimpinan Kerajaan Malaysia di mata dunia.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Kota Marudu mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tangga Batu, duduk dulu, duduk, duduk. Yang Berhormat Shah Alam, saya difahamkan Yang Berhormat perlu ke Istana kan?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya, Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jadi, saya bagi laluan, jalan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Nanti, lepas Alor Setar, Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau hendak sekarang, saya bagi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tak, selepas Alor Setar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu merafak sembah menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen baru-baru ini.
Seluruh warga Tangga Batu mendoakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan perawatan, perubatan Baginda Tuanku, dianugerahkan kesembuhan, kembali sihat, pulang ke tanah air, Aaamiiin.
Tuan Yang di-Pertua, industri sawit merupakan salah satu dari tonggak kepada ekonomi negara, menyumbang lebih daripada RM100 bilion kepada KDNK. Mengurangkan jurang kemiskinan, terutama di luar bandar. Jumlah pengeluaran sawit ataupun TBS 15.49 tan sehektar pada tahun 2022, 15.79 tan sehektar pada tahun 2023 dan 16.7 tan sehektar pada tahun lepas, jauh di bawah potensi sebenar yang pernah dicapai oleh industri ini dan ini sangat membimbangkan.
Sepatutnya dengan adanya pro journey dan kerun baharu yang mempunyai high side ratio, dengan izin, berpotensi menaikkan jumlah hasil buah sawit melebihi 22 tan sehektar.
Malangnya, hasil tandan sawit kekal rendah, walaupun kita telah pulih daripada COVID-19.
Selain kekurangan tenaga kerja, faktor utama dan sering di bahas di Dewan yang mulia ini adalah jumlah keluasan pokok tua yang sangat tinggi. Kadar penanaman semula yang rendah sekitar satu hingga dua peratus sahaja berbanding lima hingga enam peratus pokok memasuki fasa menua menyebabkan produksi sawit akan terus rendah. Buat masa ini, lebih daripada 1.5 juta hektar pokok sawit berumur lebih daripada 20 tahun. Menjelang tahun 2027, jumlah pokok tua akan meningkat kepada dua juta hektar atau 35 peratus daripada jumlah keluasan tanaman sawit. Penurunan hasil sawit bukan sahaja menjejaskan pekebun sawit, malah seluruh rantaian bekalan supply chain juga akan terjejas.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kerajaan mengenakan pelbagai jenis cukai terhadap industri ini tetapi dalam Bajet 2025, tidak ada satu langkah drastik yang bersifat holistik, yang diambil oleh kerajaan dalam membantu industri untuk mempercepatkan proses penanaman semula. Hanya sekadar RM100 juta sahaja buat pekebun kecil persendirian yang mampu menyelesaikan sekitar lima hingga enam ribu hektar setahun sahaja atau 0.75 peratus dari 794,000 hektar milik pekebun kecil persendirian. Ini tidak mencukupi dan perlu ditambah peruntukan. Tidak ada bantuan insentif diberikan kepada industri bagi mengimbangi kenaikan kos [Tidak jelas] .. yang agak mahal melebihi RM25,000 sehektar sekarang. Mungkin syarikat gergasi perladangan tidak terjejas tetapi saya yakin pekebun kecil dan syarikat kecil sederhana mengalami kesan yang sangat buruk. Tangga Batu mencadangkan pendapatan windfall levi yang berjumlah hampir RM1 bilion setahun dan reinvestment allowance dapat digunakan sebagai insentif bagi menggalakkan dan mempercepatkan proses penanaman semula.
Negara India merupakan negara pengimport minyak sawit utama dunia, terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. Tangga Batu juga ingin tahu, apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi menstabilkan harga minyak sawit Malaysia? Apabila India yang merupakan antara pembeli utama sawit, akhir-akhir ini telah mengurangkan pembeliannya dan beralih kepada minyak soya dan disebabkan harga sawit yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, negara tidak boleh terus bergantung kepada eksport minyak sawit mentah sebagai pendapatan utama industri. Untuk kekal kompetitif, kita perlu mempertingkatkan eksport produk hiliran yang mempunyai value creation, dengan izin, dan harga eksport yang lebih baik dan tinggi. Industri oleochemical umpamanya, dibangunkan dengan nilai RM7 bilion, telah menyumbang 20 peratus daripada oleochemical dunia yang bernilai RM22 bilion atau 17.6 peratus daripada jumlah eksport produk sawit negara. Industri ini telah memperkerjakan seramai 3,500 dan 25,000 lagi secara tidak langsung dari rantaian produksi seperti pembuatan, pengangkutan dan lain-lainnya. Sekiranya industri ini dan aktiviti hiliran dipertingkatkan, sudah pasti ia akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, terutama buat rakyat Malaysia.
Mechanization and Automation Research Consortium of Oil Palm (MARCOP) adalah institusi yang dibentuk bagi menangani masalah mekanisasi industri sawit. Malangnya, kita belum dapat melihat suatu hasil R&D yang membanggakan walaupun telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu dan menerima geran padanan berjumlah RM30.
Tangga Batu mencadangkan fungsi dan SOP MARCOP dikaji semula agar MARCOP benar-benar menjadi institusi penyelidikan mekanisasi dan automasi yang mempunyai tenaga pakar penyelidikan sendiri supaya lebih fokus dan bukannya menawarkan geran penyelidikan kepada pihak ketiga. MARCOP dicadangkan berkolaborasi bersama dengan pemain industri demi kepentingan bersama.
Tuan Yang di-Pertua, penyakit luruh pestalotiopsis belum lagi dapat dikawal dengan berkesan kepada industri getah negara. Ianya mengancam 450,000 pekebun kecil di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Antara klon yang rentan bagi penyakit ini adalah RRIM 600, 2001, 2023, 2025. Saya melihat secara umum, kesan penyakit ini tahun lalu di
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
beberapa daerah seperti Kuala Lipis, Jeli, Gerik dan Baling. Penyakit ini menyebabkan 60 hingga 90 peratus daun getah gugur dan hasil getah menurun sebanyak 40 hingga 60 peratus. Kita berharap dengan peruntukan RM100 juta yang diberikan dalam Bajet 2025 dapat digunakan sebaik mungkin kerana ia terpaksa berkongsi dengan industri sawit.
Tuan Yang di-Pertua, penduduk sekitar Sungai Udang, Melaka mengalami masalah gangguan bau busuk dan pencemaran sungai berpunca dari pelupusan sisa pepejal. Kuantiti sisa pepejal yang masuk setiap hari melebih kapasiti dan kemampuan pusat pelupusan ini.
Melalui jawapan bertulis daripada Menteri, Tangga Batu dimaklumkan bahawa Projek Waste- To-Energy akan dibangunkan pada tahun 2024 dan dijangka siap tahun 2027 tapi bayang pun tak nampak. Bilakah projek ini sebenarnya akan dimulakan? Apakah masalah yang menyebabkan projek ini masih tertangguh? Tangga Batu juga dimaklumkan bahawa kapasiti loji WTE yang akan dibangunkan adalah berkapasiti sekitar 970 tan. Apakah justifikasinya sedangkan sisa pepejal yang diterima mencapai 1,200 tan sehari?
Apakah kerajaan sudah mengambil kira akan pertambahan taman-taman perumahan dan penduduk negeri Melaka? Sekiranya pusat pelupusan secara manual masih dibuat, masalah gangguan bau busuk dan pencemaran sungai akan tetap berlanjutan.
Tuan Yang di-Pertua, isu pelarasan pencen veteran tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2013 perlu diselesaikan dengan tuntas. Pengorbanan dan pelbagai risiko yang diharungi oleh Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang sangat mencabar dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Nyawa dan darah mereka di pertaruhkan di sepanjang jangka waktu berkhidmat, sekurang-kurangnya 21 tahun. Tangga Batu dimaklumkan, dari 78,546 yang bersara sebelum Januari 2013, kini hanya tinggal sekitar 44,000 sahaja.
Keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Februari 2024 menyatakan, semua pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013, berhak menerima pelarasan pencen mengikut kadar dan kaedah yang sama seperti pesara yang bersara selepas tarikh tersebut. Kerajaan gagal dalam membuat pelarasan pencen yang sewajarnya, sekali gus melanggar peruntukan di bawah Perkara 137 dan Perkara 8, Angkatan Tentera Malaysia 1972. Mereka bukan memohon kebajikan atau kenaikan pencen tetapi menuntut hak mereka yang telah dinafikan.
Ketika bersara, 50 peratus daripada wang ganjaran mereka telah diserahkan kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan iaitu KWAP sebagai pelaburan untuk membayar pencen mereka.
Tuan Yang di-Pertua, isu sawah padi dan beras telah menjadi isu nasional. Bukan sahaja melibatkan pesawah, malahan rakyat Malaysia sebagai pembeli beras tempatan.
Walaupun harga lantai pembelian padi telah dinaikkan RM1,500 setan, keluhan petani ianya tidak mencukupi kerana kos keseluruhan telah meningkat dengan tinggi, terutamanya input pertanian dan jentera.
Sawah padi di Tangga Batu ialah kawasan persawahan yang paling luas di negeri Melaka. Seramai 198 orang pesawah berdaftar dengan keluasan 783.39 hektar. Antara keluhan utama pesawah padi di Tangga Batu, khususnya di Kampung Pinang, yang memerlukan perhatian daripada Menteri. Bahawa mereka mengeluarkan belanja RM5,000
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
hingga RM6,000 sehektar untuk satu musim. Malangnya, hampir enam musim hasil mereka sangat rendah iaitu sekitar dua hingga 2.5 tan sahaja disebabkan masalah kekurangan air yang sangat kritikal dan kawasan yang mendapat bekalan air yang cukup, hasilnya mencapai empat hingga lima tan sehektar.
Walaupun kerajaan telah meluluskan bajet tambahan berjumlah 40 juta bagi menaik taraf struktur pengairan dan saliran, namun projek ini belum tentu diselesaikan dalam masa dua tahun. Disebabkan proses pengambilan tanah yang perlahan dan harga tanah yang tinggi, masalah kekurangan air dan hasil akan terus menghimpit pesawah. Hasil pertemuan dengan petani, mereka minta agar kementerian dapat membekalkan tiga buah water pump berukuran enam inci, empat inci dan dua inci bagi membolehkan air daripada Sungai Gadong dapat dipam masuk ke dalam kawasan Kampung Pinang.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kawasan tanaman padi di Melaka Tengah tidak diwartakan dalam zoning pertanian.
Maka, berlaku konflik antara status tanah pembangunan dan tanah pertanian yang memberikan kesan kepada harga tanah dan menjejaskan masa depan pesawah dan sekuriti makanan terutamanya padi dan beras. Harga benih padi juga ditinjau. Mereka minta supaya harga benih padi di tinjau. Tangga Batu dimaklumkan bahawa harga padi juga turut naik kepada RM59 sekampit dan permintaan mereka agar dapat diturunkan kepada RM35 hingga RM38 sehektar.
Mengakhiri ucapan, Tangga Batu menjunjung kasih sekali lagi Titah Tuanku Yang di- Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini. Tuanku lah tempat seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama untuk berpayung.
Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri Raja kayangan, Sepatah nasihat ilmu berguna, Secubit budi jadi kenangan. Ampun Tuanku. Sekian, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Tangga Batu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Maaf tadi Batu Tangga. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Tinggi sarang burung tempua, Tempat helang selalu hinggap, Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Izinkan saya tampil berucap.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang merakamkan penghargaan yang paling tinggi dari lubuk hati yang paling dalam sebagai sanjungan budi atas kesempatan dan peluang untuk sama-sama dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat, Pertama Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas pada minggu yang lepas bersamaan 3 Februari 2025.
Sekilas fakta sebagai pembuka tirai tahun 2025 ini, Seri Paduka Baginda antara lain mahu kerajaan bersikap tegas dalam membendung budaya fitnah dan hasutan dalam talian serta media sosial yang boleh menyebabkan perpecahan, selain mahu hak dan kedaulatan negara dipertahankan walaupun hanya melibatkan seketul batu karang di tengah lautan.
Secara spesifik, Sipitang tertarik dengan Titah Diraja yang menyambut baik pendekatan subsidi bersasar oleh Kerajaan MADANI yang berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan negara.
Ini menunjukkan pengiktirafan terhadap kemampuan kepimpinan kita yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tambun, seorang economist, dalam mengemudi Kerajaan Perpaduan serta fokus dan komited melaksanakan dasar-dasar transformasi fiskal serta pengurusan ekonomi dan kewangan secara berhemat walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global.
Dato’ Yang di-Pertua, mengambil iktibar darinya, Sipitang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pelbagai inisiatif yang diperkenalkan sebermula menerajui kepimpinan Kerajaan MADANI. Dengan pelbagai inisiatif dan transformasi guna untuk membela nasib rakyat sebagaimana yang disebutkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Diraja.
Untuk itu, izinkan saya membawakan harapan dari akar umbi dan menyampaikan suara denyut nadi rakyat Sipitang. Buat ke sekian kalinya, untuk perhatian kementerian dan agensi berkaitan dengan harapan moga-moga perkara yang diketengahkan ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Pertama, isu projek Lebuhraya Pan Borneo, jajaran Sipitang. Beaufort WP01, Sindumin-Melalia sepanjang 2.3 kilometer dan WP02 melalui Beaufort sepanjang 34.7 kilometer yang mana pembinaannya tidak diselia dengan sebaik-baiknya sehingga mengakibatkan kerosakan kenderaan selain turut menyebabkan kemalangan. Saya melewati jalan ini saban hari dalam siri jelajah menyantuni orang kampung dan merasakan betapa sakit dan peritnya. Apatah lagi cuaca hujan akhir-akhir ini telah memburukkan lagi keadaan.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pelajaran Malaysia yang sudi hadir ke Daerah Sipitang untuk merasmikan bangunan baharu, Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang baru-baru ini. Dalam perjalanan untuk menghadiri program ini, beliau sendiri melihat betapa sedihnya, sakitnya badan, keadaan – beliau melalui keadaan Lebuhraya Pan Borneo ini.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Justeru, saya menggesa pihak Kementerian Kerja Raya, pihak konsesi dan juga pihak kontraktor berkenaan memberi jawapan apakah faktor utama punca permasalahan ini.
Memandangkan jalan ini merupakan satu-satunya laluan penghubung dari Sarawak dan negara jiran Brunei Darussalam ke ibu negeri Kota Kinabalu.
Baru-baru ini telah diadakan satu taklimat antara pihak Jabatan Kerja Raya, pihak konsesi, kontraktor dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat pada 7 Februari 2025 di Dewan Serbaguna Sipitang. Dalam siri taklimat tersebut, tidak ada jawapan boleh menyelesaikan permasalahan ini. Malahan banyak pertikaian ketika dibangkitkan termasuk berkaitan dokumentasi, spesifikasi, reka bentuk dan variation order, di mana semua ini kita meminta Kementerian Kerja Raya memberikan pernyataan secara tuntas supaya projek ini dapat disiapkan secepat mungkin.
Dato’ Yang di-Pertua, tiap kali melalui jalan ini saya teringat lagu Berita Kepada Kawan oleh Ebiet G. Ade yang liriknya antara lain berbunyi.
*“Tubuh ku tergoncang dihempas batu jalanan, Perjalanan ini pun seperti jadi saksi, Gembala kecil menangis sedih”.
[Tepuk]*
Beberapa Ahli
Hidup Sipitang, hidup Sipitang.
[Dewan riuh]
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Saya merayulah, tolong lah kami, bantulah kami cari jalan, solusi yang terbaik untuk menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo ini.
Berikutan isu jalan juga, baru-baru ini saya mengambil maklum Ahli Dewan Undangan Negeri N34 Lumadan, Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Muharam bersama dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah dan beberapa agensi-agensi kerajaan yang terlibat mengadakan lawatan ke jalan-jalan kampung yang terjejas ketika bencana banjir menimpa.
Justeru itu, saya juga ingin memohon kepada pihak kementerian yang berkaitan agar jalan-jalan ini perlu ditinggikan dan dinaik taraf. Bukan sahaja aras jalan perlu ditinggikan tetapi sistem perparitan juga perlu dinaik taraf kerana jalan ini adalah jalan yang terjejas ketika musim banjir. Jalan-jalan ini adalah Jalan Kampung Suasa, Jalan Kampung Ba'kelalan, Jalan Kampung Kapawa, Jalan Lubok Weston dan juga Jalan Kampung Bintuka.
Kedua, isu kebajikan nelayan tempatan. Nasib mereka ini seperti tidak terbela dan dianaktirikan sedangkan nelayan tempatan di Sipitang dan bahagian pedalaman bawah ini merupakan antara penyumbang penting bagi industri perikanan negara. Komuniti nelayan tempatan ini perlukan kemudahan atau pangkalan pendaratan yang sistematik bagi meningkatkan operasi penghasilan dan juga produktiviti. Untuk itu, kita meminta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Minta mencelah. Saya hendak sokong. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sipitang tadi kerana saya pun kadang-kadang menggunakan jalan yang sama. Kalau kita memandu
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
daripada Sipitang pergi Tenom, macam kita memandu di permukaan bulan. Jalannya sangat teruk, 10 tahun dahulu kita memandu itulah suasananya dan sekarang pun masih suasana yang sama. Saya setuju dengan Yang Berhormat. Minta kerajaan segerakan baiki jalan ini.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Pengkalan Chepa. Untuk itu, kita meminta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membina kompleks pendaratan ikan di bahagian pedalam laut bawah khususnya di Sipitang, yang mana lokasinya strategik menghadap perairan laut dalam, sehingga ke Terumbu Layang-layang di tengah Laut China Selatan.
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, LKIM bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kehidupan nelayan dan komuniti nelayan, sekali gus memajukan industri perikanan negara. Sehingga kini, LKIM masih belum membina kompleks pendaratan ikan moden di Sabah meskipun cadangan mengenainya telah dimasukkan dalam senarai Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Mengikut statistik, Sipitang antara daerah di pedalaman bawah yang mempunyai ramai nelayan iaitu 755 orang. Manakala daerah lain seperti Papar, 911 nelayan. Beaufort, 994 nelayan dan Kuala Penyu, 1,416 nelayan. Seperkara lagi yang diminta oleh nelayan tempatan sehingga sampai ke Dewan yang mulia ini, supaya rumah nelayan yang sedia ada di Sipitang sekarang ini dibaik pulih oleh LKIM terlebih dahulu sebagai kemudahan awal nelayan sebelum kompleks pendaratan ikan itu menjadi kenyataan yang belum pun pasti bila akan direalisasikan.
Ketiga, pemerkasaan program kepimpinan belia. Sipitang mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya Program Kepimpinan Belia diperluaskan sampai ke peringkat grassroot yakni ke peringkat kampung supaya seimbang dengan fokus pembangunan yang dibuat di kawasan luar bandar. Salah satu daripada inisiatif yang boleh dibuat ialah menerusi tawaran pendidikan atau latihan kemahiran jangka panjang atau pendek kepada belia luar bandar yang tercicir dalam akademik.
Contoh ILKBS atau IKBN bersama institusi kemahiran lain boleh masuk ke seluruh pelosok kampung untuk melaksanakan program latihan kemahiran jangka pendek yang berkaitan.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Di Sabah hanya terdapat sebuah institut kemahiran di bawah ILKBS Persekutuan sahaja iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut. Dalam konteks ini adalah wajar dipertimbangkan untuk mewujudkan beberapa buah lagi IKBN dan mungkin sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dengan mengambil kira kedudukan geografi serta populasi penduduk Sabah. Langkah ini tidak syak lagi akan dapat membantu memperkasa sosioekonomi golongan belia di Sabah secara tuntas dan menyeluruh.
Keempat, menangani isu banjir di mana Sipitang juga tidak terkecuali daripada bencana ini. Malahan pada hujung minggu lepas, 8-9 Februari beberapa kampung di Beaufort termasuk dalam kawasan Parlimen Sipitang turut terjejas banjir berikutan hujan lebat berterusan sehingga beberapa sungai utama seperti Sungai Padas melimpah. Isu banjir di
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Sipitang ini pernah saya bangkitkan dalam persidangan Dewan yang mulia ini sebelum ini.
Justeru, kita minta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menyediakan peruntukan segera bagi projek tebatan banjir di kawasan Sipitang.
Peruntukan ini diperlukan bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sindumin dengan cadangan pembinaan alur limpah paras tinggi serta kerja-kerja berkaitan di Sungai Mengalong (Sindumin) dan rancangan tebatan banjir dengan cadangan mendalamkan Sungai Lukutan Hilir. Saya yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Petra Jaya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memahami isu banjir ini berikutan beberapa bandar utama di Sarawak seperti Bintulu dilanda banjir luar biasa kira-kira dua minggu lepas.
Kelima dan terakhir. Baru-baru ini saya menghadiri Majlis Pelancaran Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas di Sabah International Convention Centre (SICC). Projek ini bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang dikawal selia oleh Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) dengan kerjasama Gibson Shipbrokers Ltd.. Ini adalah merupakan satu kejayaan yang dicipta oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam meningkatkan sosioekonomi setempat negeri Sabah khususnya di daerah Sipitang.
Dato’ Yang di-Pertua, kerana masa 10 minit bergerak begitu pantas, itulah sahaja yang sempat dibahas. Biar pun masih banyak hal yang tidak sempat diulas, semoga para Menteri pantas membalas tuntas dan tidak sekadar menjadi alas di atas kertas kerana rakyat tidak lagi culas untuk membezakan mana palsu dan aslinya emas. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Sipitang, kalau Dewan ni ada pertandingan karaoke saya jamin Yang Berhormat menang...
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Alor Setar, saya beri laluan untuk Shah Alam, ada urusan di istana.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan Titah Diraja. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang sangat peduli dan amat berwawasan ketika membuka sidang Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas baru-baru ini.
Titah baginda amat bertepatan sekali dengan realiti semasa di mana Malaysia perlu memperkukuh daya saing ekonominya dalam menghadapi cabaran global seperti ketidaktentuan geopolitik, perubahan struktur perdagangan antarabangsa serta revolusi teknologi yang berkembang dengan pesat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dalam tempoh suku ketiga tahun 2023, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatat 3.3 peratus. Bank Dunia dan IMF menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang sekitar empat hingga peratus bagi tahun 2024 selari dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh pelaburan domestik dan menarik pelaburan langsung asing (FDI).
Kebanyakan institusi kewangan dalam negara menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. AmBank contohnya menganggarkan pertumbuhan pada kadar 5.1 peratus. Ini merupakan suatu perkembangan yang amat positif dan memberangsangkan.
Untuk mengekalkan pertumbuhan yang mampan, Malaysia perlu menumpukan kepada peningkatan produktiviti, transformasi digital dan pemerkasaan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sektor ekonomi digital menyumbang lebih 23 peratus kepada KNDK Malaysia pada tahun 2023 dan sasaran yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) adalah untuk mencapai 25.5 peratus menjelang 2025.
Pelaburan perdagangan dan industri melalui Pejabat Pelaburan Digital (DIO) merekodkan RM127 bilion pelaburan asing menerusi projek berkaitan digital yang diluluskan. Pelaburan- pelaburan ini dijangka membawa manfaat sosioekonomi seperti 49,108 peluang pekerjaan berkemahiran dan bernilai tinggi dicipta terutamanya kepakaran berkaitan data dan teknologi maklumat dan bakat tempatan yang mahir dalam teknologi digital.
Walaupun perkembangan teknologi digital di Malaysia semakin pesat, beberapa cabaran masih perlu ditangani dan ini sebenarnya yang akan menjadi kunci kepada pembangunan negara, pertumbuhan ekonomi yang sekarang ini sangat diterajui oleh ekonomi digital. Pertamanya jurang digital yakni akses internet di kawasan luar bandar yang masih perlu dipertingkatkan.
Kedua, keselamatan siber. Kes jenayah siber meningkat 43 peratus pada tahun 2023 menuntut tindakan lebih tegas dalam aspek perlindungan data dan keselamatan digital.
Ketiga, tidak kurang pentingnya Dato’ Yang di-Pertua ialah kekurangan bakat digital. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya satu juta tenaga kerja digital menjelang 2025 bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital menurut laporan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Di mana kita nak cari satu juta tenaga kerja digital ini? Apakah kapasiti yang kita telah ada setakat ini? Tahun ini tahun 2025. Bagaimana kita nak menghadapi cabaran menyediakan tenaga kerja kepada pelabur-pelabur dalam bidang AI, pangkalan data yang kita umumkan pelaburan mereka masuk dalam negara kita baru-baru ini? Sebab itulah beberapa langkah strategik perlu harus diberikan tumpuan. Antaranya:
(i) memperluaskan pendidikan STEM dan latihan digital untuk melahirkan lebih ramai bakat dalam bidang AI, big data dan juga blockchain;
(ii) mempercepatkan transformasi digital dalam sektor PKS, PMKS yang menyumbang lebih 38 peratus kepada KDNK tetapi masih rendah dari segi tahap pendigitalan; dan
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
(iii) mengukuhkan dasar keselamatan siber termasuk melalui kerjasama dengan pihak antarabangsa bagi menangani ancaman digital.
Tahun ini Malaysia adalah merupakan pengerusi kepada ASEAN. Kita mengharapkan dalam tema dan rangka kemampanan dan keterangkuman (sustainability dan juga inclusivity) kita akan dapat meraih sokongan dan bekerjasama dengan rakan-rakan dalam negara ASEAN untuk memastikan bahawa agenda digital ini selari dengan memastikan bahawa Dasar Keselamatan Siber dapat kita sama-sama kita perkukuhkan.
Penting juga, Dato’ Yang di-Pertua ialah bagaimana kita nak pastikan bahawa hasrat negara kita ini menuju ke arah ekonomi yang berteknologi tinggi, high-growth, high-income, high-value dapat sama-sama digarap oleh sektor-sektor perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) supaya apa yang dihasratkan ini dapat kita capai secara mampan. Kita tidak mahu kita hanya mengagung-agungkan teknologi digital, pertumbuhan digital, ekonomi digital tetapi sektor-sektor yang memacu kepada pertumbuhan ekonomi ini tidak bersedia atau pun tidak dirangsang untuk bersama-sama memastikan negara kita mencapai matlamat yang dihasratkan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebab itu, saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada Kementerian Digital, KUSKOP dan seumpamanya untuk memastikan bahawa semua sektor kerajaan, swasta terutamanya, akademia dan rakyat yang perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan agenda pertumbuhan ekonomi dan juga inovasi digital negara.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, tukar daripada Dato’ kepada Puan Yang di-Pertua.
Sebagaimana yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda, pendidikan adalah kunci kepada perubahan sosial dan pembangunan negara. Dalam konteks ini, kita boleh mengambil iktibar daripada syllabus tatarakyat yang pernah diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara suatu masa dahulu. Ramai di kalangan kita yang ada dalam Dewan ini adalah merupakan produk tatarakyat.
Alhamdulillah, syllabus ini menekankan nilai seperti kesopanan, tanggungjawab sosial, semangat gotong-royong dan disiplin diri yang penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan bertanggungjawab. Malangnya, nilai-nilai ini semakin terhakis dalam masyarakat kita ini terutamanya di kalangan generasi muda. Sebab itulah, saya mencadangkan supaya elemen seperti tatarakyat ini dikaji semula dan diterapkan dalam kurikulum pendidikan bagi membentuk warganegara yang lebih bertanggungjawab dan beradab.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Selain itu, kita juga mesti memastikan bahawa pendidikan yang inklusif dan berkualiti menangani cabaran yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Kalau di bandar di kawasan-kawasan seperti di Shah Alam ataupun di Ampang umpamanya. Ramai daripada kalangan mereka yang tertinggal ini adalah daripada kalangan mereka yang menghuni pangsapuri kos rendah ataupun pangsapuri kos sederhana rendah.
Dalam suasana yang kurang kondusif untuk pembelajaran, kurang kawasan ruang untuk belajar kerana rumah pun sudah sempit. Tidak ada kawasan untuk belajar prep room dan seumpamanya. Tidak ada akses kepada teknologi digital sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Tidak ada sokongan akademik tambahan kerana dihimpit oleh suasana yang seperti itu.
Dan ada satu lagi isu yang sangat terkesan bagi saya ialah kerana keadaan pangsapuri-pangsapuri ini yang daif, yang kadang-kadang tidak terurus disebabkan oleh JMB ataupun MC yang tidak berkemampuan untuk menyelenggara kawasan ini kerana berpunca daripada tidak berupaya untuk mengutip yuran, fi daripada penghuni ataupun penyewa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya melihat negara seperti di Singapura ataupun Nordic countries, mereka mempunyai mekanisme yang tuntas bagaimana nak memungut yuran-yuran ini. Kenapa kalau kita fikirkan mereka boleh bayar bil elektrik, bil air, internet, Astro dan seumpamanya sebab ada mekanisme, kaedah untuk memastikan bayaran-bayaran itu diperolehi. Tetapi tidak melalui cukai yang dikenakan oleh JMB untuk memastikan selenggaraan ini. Sebab itu, saya ingin mengajukan pertanyaan ini kepada kementerian khususnya kepada KPKT supaya carilah mekanisme yang lebih baik untuk memastikan bahawa kita ada kaedah untuk memungut cukai ini. Boleh kita minta ataupun syaratkan kaitkan dengan PBT untuk memungut yuran-yuran ini.
Ini kerana mereka boleh memberikan syarat-syarat seperti cukai taksiran, bil air ada kerjasama dengan TNB, dengan Syabas kalau di Selangor dan seumpamanya. Kalau kita menggunakan kaedah yang lama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Baik. Kalau kita menggunakan kaedah yang lama, kita tidak akan dapat sesuatu yang baharu. Akhirnya, saya gulung ya Puan Yang di- Pertua ialah Titah Baginda juga memperingatkan kita tentang pentingnya kestabilan dan perpaduan dalam negara kita ini. Sebab itulah, kita harus mengangkat nilai politik rahmah.
Politik yang berteraskan kasih sayang, keadilan dan ihsan. Bukannya politik yang membawa kepada perpecahan, politik yang sentiasa mengganggu gugat keharmonian negara kita ini.
Sebagai rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita menghayati Titah Yang di-Pertuan Agong dengan memastikan perpaduan terus diperkukuh keharmonian terus terpelihara dan kestabilan negara terus terjamin. Kita amalkan politik rahmah, kita tolak budaya politik fitnah kerana yang untungnya ialah Bagan dan juga Seputeh. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas ruang masa yang diberikan pada petang ini kepada saya untuk turut berbahas. Bagi memulakan ucapan, saya juga mengambil kesempatan untuk mendoakan kesihatan dan keafiatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Tuanku diberi kesihatan dan keharmonian kekuatan untuk terus menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Puan Yang di-Pertua, kita wajar menyambut Titah Tuanku yang menyarankan supaya Parlimen ini menjadi gelanggang pertemuan suara rakyat jelata. Itu wording yang saya ambil.
Bahkan, kalau dalam teks Titah Tuanku ini diletak di hujung... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] tetapi dalam ucapan Tuanku tempoh hari disebut di awal. Menunjukkan betapa pentingnya suara Ahli-ahli Parlimen ini digelanggangkan maksudnya diperbahaskan, didengari dan diambil tindakan. Saya ada empat perkara untuk disentuh dalam perbahasan titah pada petang ini.
Pertama mengenai isu kebajikan pekerja p-hailing. Ini Puan Yang di-Pertua, menyentuh hampir majoriti anak muda kerana anak muda hari ini majoritinya menjadi pekerja p-hailing. Isunya ialah apa hala tuju kerajaan kepada pekerja-pekerja p-hailing ini? Ini kerana sudah pun setahun lebih dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun untuk diselesaikan tetapi mereka masih menunggu janji dan penyelesaian itu sampai hari ini. Untuk makluman Dewan Puan Yang di-Pertua, sepanjang Januari hingga Oktober tahun lepas, 5,300 kes kemalangan maut dicatatkan. 68 percent melibatkan penunggang motosikal dan pembonceng motosikal. Sudah tentulah sebahagian daripada penunggang pembonceng motosikal ini ialah pekerja p-hailing.
Dalam laporan berita memberitahu kepada kita dalam seminggu, tiga hingga ke empat kes kemalangan yang melibatkan pekerja p-hailing. Ini satu angka yang membimbangkan kita dan bila ditanya kenapa mereka berlaku kemalangan, mereka sebut penat bekerja, kena bekerja lebih 14 jam sehari dan pulangannya hanya RM100. Ini disebabkan kadar tambang yang rendah, RM3.00 lima kilometer. Bukan satu kilometer, lima kilometer RM3.00. Ditambah pula syarikat p-hailing ambil komisen yang tinggi 15 ke 25 peratus daripada kadar tambang. Ini menyebabkan mereka terpaksa berhempas pulas, bekerja lebih daripada kadar kemampuan sehingga berlaku kemalangan dan membahayakan keselamatan mereka.
Maka, saya meminta supaya kerajaan bertegas. Noktahkan polemik pekerja p-hailing ini. Beri satu jaminan bahawasanya pekerja dalam sektor gig ekonomi p-hailing ini adalah satu pekerjaan yang ada jaminan yang dilindungi, yang ada keselamatan sama seperti sektor- sektor pekerjaan yang lain. Ini perkara yang penting Puan Yang di-Pertua.
Perkara yang kedua, saya ingin menyinggung sedikit mengenai jawapan Yang Berhormat Menteri Luar ketika sesi sidang Parlimen pada 4 Februari yang lalu tentang
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
pendirian Malaysia mengenai Palestin. Disebutkan kita mesti memastikan Palestin aman, merdeka, bebas. Itu semua pihak bersetuju. Namun, saya tidak bersetuju Yang Berhormat Menteri Luar menyebutkan kita tidak ada pilihan lain melainkan menerima penyelesaian two- state solution. Apabila disebut two-state solution, sudah tentulah dua penyelesaian dua negara, satu Palestin, satu lagi sudah tentulah Israel. Kalaulah kita memaksa negara ini dan dunia menerima penyelesaian two-state solution. Inilah penyelesaian yang dikehendaki dan dimahukan oleh Israel dan oleh musuh-musuh yang memusuhi Palestin.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ini suatu muslihat politik. Kita tidak sepatutnya menyebutkan kita mesti menerima two-state solution. Saya cadangkan kita sebut kita hanya menerima pakai one-state solution iaitu hanya mengiktiraf negara Palestin sahaja. Israel tidak akan pernah diiktiraf sekali langsung dalam mana-mana dunia yang moden pada hari ini. Kalau tidak kenapa kita letak dalam pasport kita ini tidak dibenarkan digunakan untuk semua negara kecuali Israel. Tidak ada maknanya. Ditulis di pasport, tidak menyokong Israel tapi kita menyebut menerima two- state solution. Paling kurang pun, jangan sebut kita menerima two-state solution. Apakah bermakna kita mahu menghalalkan segala kekejaman, kezaliman yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin? Sudah tentu tidak. Dewan ini bersetuju, tidak. Perdana Menteri telah menegaskan itu pendirian kerajaan. Maka saya cadangkan tidak patut disebut, bahkan patut ditarik balik Malaysia menerima penyelesaian dua negara ataupun two-state solution. Isu yang sama, Puan Yang di-Pertua. Ada tauke besar di Malaysia ini sebut oleh sebab negeri ataupun Gaza telah pun aman, maka tak perlu boikot, hentikan boikot. Saya nak memberi amaran belum pernah ada dalam sejarah Israel menepati janji-janji yang dibuat.
Kalau dia berjanji untuk memberi keamanan kepada Palestin, sejarah itu belum dapat dibuktikan lagi. Maka, serentak dengan itu mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan Israel, yang jelas mesti terus diboikot kerana ia berhasil telah memberi kesan. Saya memberi amaran kepada tauke-tauke ini jangan mengugut kami. Jangan mengugut pendirian kami, jangan merobek pegangan kami yang telah kami pegang selama ini.
[Tepuk] Ketiga, Puan Yang di-Pertua. Mengenai isu kedaulatan negara. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyebut mesti dijaga kedaulatan negara ini walaupun hanya seketul batu karang, disebut tadi ialah Yang Berhormat Sipitang dan kawan-kawan lain. Saya nak menyentuh tentang isu bahasa Melayu. Ini juga simbol kedaulatan negara yang disebut oleh Marang dalam ucapan tadi. Kenapa dalam ibu negara kita, Kuala Lumpur − negara Malaysia ini ada ibu negara. Nak melihat identiti Malaysia, melihat identiti negara lihat di Kuala Lumpur.
Kenapa di Kuala Lumpur kita tidak boleh patuh kepada arahan DBKL untuk meletakkan penggunaan papan tanda bahasa Melayu? Boleh guna bahasa lain tapi bahasa Melayu itu bahasa yang utama. Di mana identiti bahasa Melayu? Di mana identiti Malaysia?
Kalau nak dilihat di Kuala Lumpur, kalau sudah tidak ada tulisan-tulisan Melayu dipaparkan dalam papan-papan tanda di tengah-tengah ibu kota, kota raya.
Kita dapati juga ada mesyuarat-mesyuarat agensi-agensi kerajaan dan GLC syarikat- syarikat korporat berkaitan kerajaan, dalam mesyuarat itu tidak menggunakan bahasa
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Melayu. Walhal semua yang hadir mesyuarat itu orang Melayu. Menteri-menteri, Timbalan Menteri juga ada yang tidak begitu fasih, seorang dua berbahasa Melayu. Timbalan Speaker fasih berbahasa Melayu. Terima kasih. Sepatutnya perkara ini menjadi perkara asas yang mesti semua orang hormati dan semua orang kena faham. Berapa puluh tahun negara kita merdeka menggunakan bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Kenapa sekarang mula ditimbulkan polemik-polemik itu? Kita juga dapati suatu perkara yang telah pun merobek ataupun mengusik keharmonian sosial ini ialah apabila berlaku di Universiti Malaya dalam Spring Festival Gala 2025, Januari baru-baru ini. Lagu negara lain dinyanyikan terlebih awal berbanding lagu kebangsaan. Ini tidak patut berlaku.
Sepatutnya lagu negara kita, lagu kebangsaan inilah dinyanyikan dahulu. Paling awal dalam mana-mana majlis. Kenapa perlu nyanyi lagu negara lain? Kita duduk di bumi Malaysia. Kalau kita pergi negara itu, negara itu nyanyi lagu negara itu munasabah. Tetapi duduk di bumi Malaysia, Tanah Melayu, nyanyilah lagu negara kita. Apa nak malu? Itu identiti kita yang kita kena jaga. Itu juga termasuk dalam kedaulatan negara yang ditegur, disebut dengan tegas oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Ada juga video paparan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang tidak dipaparkan video masjid yang telah pun kita sebut sebelum ini. Itu salah satu perkara yang kita tegur. Maka, Puan Yang di-Pertua, kerajaan, Ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli politik, semua pihak sebelah sini ataupun sebelah sana, perlu bertegas dalam hal ini. Jangan biarkan ia berulang kerana inilah penyebab kepada berlakunya ketidakharmonian dalam negara kita.
Poin yang akhir Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu yang serius, yang penting yang melanda generasi muda pada hari ini. Isu keruntuhan sosial. Saya telah menyebutkan dalam perbahasan sebelum ini tentang dark side. “Sisi gelap” di kalangan anak- anak muda belia. Untuk makluman Dewan yang mulia, sudah menjadi trend di akaun media sosial menjadi platform untuk melakukan aktiviti persundalan dan pelacuran secara moden.
Dulu pelacur-pelacur, orang-orang yang nak buat maksiat ini bersembunyi di lorong-lorong gelap, waktu malam. Sekarang mereka terang-terang buat live di TikTok. Memaparkan tubuh badan, menjual manusia untuk kepuasan nafsu untuk mengaut keuntungan. Content-content media sosial ini masih lagi ada.
Saya nak tanya kementerian berkenaan kenapa content ini tidak dipadam ataupun diturunkan. Kalau content ahli politik yang tidak selari dengan dasar kerajaan boleh diturun, dihalang, disekat, kenapa content ini tidak boleh disekat? Daddy Ash misalnya. Pernah ditangkap, didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan aktiviti dark side ataupun maksiat secara dalam talian ini. Bila dia dibebaskan, dalam satu video Tiktok, anak-anak muda berkerumun, mengerumuni dia mengambil gambar, selfie sebagainya seolah-olah bertemu dengan seorang ikon anak muda. Apa yang berlaku hari ini? Kenapa dia dijadikan ikon oleh anak muda, menjadi kegilaan semua? Kenapa dia itu masih terus bebas berleluasa bergerak mempromosikan dosa dan maksiat ini?
Pendedahan dalam Buletin TV3 – saya landing Puan Yang di-Pertua. Serbuan operasi e-Noda. Saya ucap tahniah pihak PDRM ada ambil tindakan. Bukan tidak ada
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
langsung tapi dia masih tidak mampu menghalang. Didapati ada lebih 20 penggiat dark side yang aktif. Puan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, mereka boleh melanggan akaun dark side ini. Kalau nak tengok lebih lanjut, lebih dalam, lebih banyak, dia kena bayar. Kalau yang free, dia tak boleh tengok banyak. Saya dilaporkan begitu. Saya tak tengok tapi saya dilaporkan. Sat lagi ada orang troll pula, “Eh YB tengok juga ka?”. Ni nak bagitau... [Dewan riuh]. Yang gelak tu, biasa tengok.
Tapi ini Puan Yang di-Pertua, walaupun agak luar biasa tapi ini serius. Kenapa kita marketing-kan dunia pelacuran ini secara terbuka tanpa ada pengawalan? Daripada pihak berkuasa, saya cadangkan perkara ini mesti diambil tindakan serius dan lebih malang lagi, Puan Yang di-Pertua, apabila berita Utusan Malaysia ini melaporkan [Sambil memegang salinan senaskhah akhbar], saya pegang kenyataan ini. Trend yang sekarang ini disebabkan anak muda ini tidak mampu membayar sewa rumah, mereka berkongsi rumah sewa berlainan jantina di bandar. Pelajar universiti duduk rumah sewa sekali lelaki-perempuan, tidak kira muhrim ataupun mahram. Ada yang berpasangan kekasih duduk sebilik dalam rumah sewa sebab tak mampu bayar kos sewa tinggi. Disebut oleh Muar tadi, nak buat Akta Pembaharuan Semula Bandar, kos akan lebih tinggi. Ini pun sudah parah sekarang ini.
Ini hasil daripada kebanjiran dark side-dark side yang menghantui kepala orang, kepala anak muda. Dia fikir nak cari makan, dia fikir nak bayar kos sewa yang tinggi, nak membiayai hidup, maka akhirnya dia buat perkara-perkara yang melampaui batas moral dan juga batas-batas agama. Telah berlaku maksiat berleluasa. Kita tidak mahu negara kita normalisasi maksiat dosa terus berlaku dalam kalangan generasi muda kerana nanti generasi ini akan hancur. Kalau nak lihat masa depan negara, kena lihat generasi muda pada hari ini.
Apa makna kita membangunkan negara, dalam masa yang sama nilai akhlak dan moral belia kita runtuh.
Pantun penutup, Puan Yang di-Pertua.
*Pucuk kemiri dimakan ulat, Banyaklah sudah jatuh ke tanah, Buruk negeri lupakan adat, Akhlak rendah runtuhlah maruah.
Anak kecil bermain api, Api membesar terbakar semua, Baik-baik menjaga diri, Kita sudah selalu terkena.* Terima kasih. Alor Setar mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.
Petang ini Batang Lupar mohon untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di hari terakhir perbahasan kita pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkesan dan terkorban akibat insiden banjir besar dan tanah runtuh di Sarawak, baru- baru ini.
Puan Yang di-Pertua, apa yang jelas ialah insiden banjir dan tanah runtuh ini sedikit sebanyak menguji tahap kesiapsiagaan kita dalam menghadapi situasi bencana. Banyak penambahbaikan yang boleh dibuat sebagai langkah persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh pada tahun-tahun yang akan datang.
Pertamanya, terdapat keperluan untuk menaik taraf dan menyediakan persekitaran pusat pemindahan sementara yang lebih lengkap dan selesa untuk mangsa-mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dalam keadaan kecemasan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya difahamkan ada PPS yang tidak mempunyai selimut dan bantal yang mencukupi. Ada juga PPS yang berdepan masalah bekalan elektrik, bekalan air, tandas rosak dan sebagainya. Perkara-perkara asas seperti ini perlu diperhalusi dan diperbaiki oleh pihak dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana.
Dalam hal ini juga, saya ingin mencadangkan agar penyediaan makanan berbentuk meal ready to eat (MRE) dapat diperluas di semua PPS bagi memudahkan pengagihan makanan yang lebih cepat dan efisien kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.
Masih berkisar berkenaan topik banjir. Tuan Yang di-Pertua, fenomena banjir air pasang dan hakisan pantai sering menjadi igauan ngeri yang menghantui penduduk di kawasan persisiran pantai termasuk di Parlimen Batang Lupar. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, sebelum ini telah mengumumkan bahawa sebanyak RM316 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak yang dijangka akan dapat melindungi kira-kira 45,000 penduduk di pesisir pantai Sarawak daripada kejadian banjir dan hakisan.
Puan Yang di-Pertua, masalah hakisan pantai ini amat serius. Selain mengancam keselamatan nyawa penduduk, ia juga boleh merosakkan harta benda awam termasuk infrastruktur seperti jalan raya. Di Tanjung Riong, Kampung Maludam, sebagai contoh, tidak kurang 100 meter lagi sebelum hakisan pantai ini memutuskan jajaran jalan persisiran pantai.
Sekiranya terhakis, maka terputuslah jalan penghubung alternatif di antara Kuching dengan Sibu yang juga merupakan kawasan Puan Yang di-Pertua.
Justeru, saya ingin menggesa agar projek-projek tebatan banjir dan kawalan hakisan pantai dapat diberikan keutamaan dan segera dilaksanakan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan ini.
Seterusnya, Puan Yang di-Pertua, saya ingin memuji kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Semangat kerjasama ini terbukti dengan kejayaan rundingan antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan melalui
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Kementerian Pengangkutan yang merealisasikan hasrat Sarawak untuk memiliki syarikat penerbangannya sendiri iaitu AirBorneo melalui pengambilalihan MASwings Sdn. Bhd..
Dalam hal ini, saya menzahirkan ucapan terima kasih dan menghargai kesediaan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan iaitu Yang Berhormat Seremban untuk bekerjasama dengan Sarawak selain memberi jaminan bahawa subsidi perkhidmatan udara luar bandar yang dinikmati oleh MASwings akan turut dipanjangkan kepada AirBorneo. Insya-Allah, dengan adanya AirBorneo, lebih mudah untuk anak-anak Sarawak berulang-alik di samping menyediakan opsyen penerbangan untuk para pelancong dan pedagang yang ingin berkunjung ke Sarawak.
Pastinya, dengan termeterai perjanjian ini, ia menjadi titik permulaan ke arah usaha menambah baik kesalinghubungan di wilayah Borneo termasuk dengan negara-negara jiran iaitu Republik Indonesia dan Brunei. Dalam hal ini, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan berkenaan status terkini penyediaan laporan kebolehlaksanaan laluan kereta api trans Borneo. Harapan saya agar projek laluan rel trans Borneo ini yang bakal menghubungkan bandar-bandar utama di Kepulauan Borneo juga dapat direalisasikan.
Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk membahaskan berkenaan rundingan antara PETROS dan PETRONAS dalam soal aktiviti petroleum di Sarawak. Tetapi, saya tidak berhajat untuk menyentuh mengenai perincian perundangan atau sudut teknikal rundingan ini. Ini telah banyak dibahaskan oleh ahli rakan-rakan Parlimen GPS yang lain.
Apa yang lebih penting untuk difahami oleh rakyat di luar sana adalah inti pati penerangan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam iaitu bahawa Distribution of Gas Ordinance (DGO) 2016 dibaca bersekali bersama dengan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 berkuat kuasa 1 Mac 2025 akan menjadikan PETROS sebagai aggregator gas tunggal di Sarawak. Ini termasuk untuk LNG berdasarkan tafsiran di bawah DGO 2016.
Alhamdulillah, inilah satu lagi manifestasi semangat kerjasama yang erat antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang begitu komited memastikan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dihormati. Saya percaya dan yakin banyak lagi rundingan akan dibuat di peringkat komersial dan saya berharap agar solusi yang adil dapat dicapai di antara kedua-dua pihak. Namun demikian, saya ingin menggesa agar PETRONAS amnya dapat lebih terbuka dan tidak takut untuk bekerjasama dengan PETROS.
Puan Yang di-Pertua, seperti yang dijelaskan semalam oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, PETRONAS telah banyak menyumbang kepada Sarawak dalam bentuk pelaburan dan pembangunan industri minyak dan gas di samping pembangunan modal insan dan pulangan kewangan yang mencecah berbilion ringgit. Tetapi, soalnya, dari mana datangnya sumber kejayaan dan kekayaan PETRONAS? Jawapannya ialah daripada hasil minyak dan gas yang digali dari perut Bumi Kenyalang itu sendiri.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Untuk makluman Ahli Dewan, Sarawak menyumbang hampir 61 peratus daripada hasil gas negara yang dianggarkan berjumlah RM20 bilion setahun. Walaupun telah banyak menyumbang hasil petroleum dan gas kepada negara, Sarawak masih dahagakan pembangunan. Maka, sudah tiba masanya untuk Sarawak melalui PETROS untuk menjana pendapatan sendiri dengan menggunakan sumber gas dan minyak yang terdapat di Bumi Kenyalang.
Secara kesimpulannya, tuntutan yang dibawa oleh Sarawak ke atas hak minyak dan gasnya bukanlah sesuatu perkara yang baru. Sarawak hanya menuntut apa yang telah lama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak. Seperti yang dikatakan oleh YAB Premier Sarawak, kita perlu mematuhi rule of law dalam perkara ini. Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun mempunyai pandangan yang sama dalam soal tersebut.
Mungkin ada sesetengah pihak yang mempersoalkan kenapa baru sekarang?
Soalnya, mengapa tidak sekarang? Kita sekarang ada pemimpin-pemimpin yang mempunyai political will di peringkat negeri dan Persekutuan. Tidak kiralah hari ini, esok atau pada masa yang akan datang, kami akan terus mempertahankan hak Sarawak yang dimaktubkan dalam Perlembagaan...
[Tepuk] Seperti yang sering dikatakan oleh YAB Premier Sarawak, Sarawak tidak lokek.
Lokek ini maksudnya kedekut. Kekayaan yang ada, kita kongsi bersama. Kerana jika Sarawak maju, Malaysia pun akan maju. AirBorneo, Affin Bank, Bintulu Port, PETROS― kesemuanya ini adalah hasil perjuangan tanpa henti Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Premier untuk mengembalikan hak dan memajukan wilayah Sarawak.
Maka, jangan ada pihak yang menuduh bahawa kami di barisan GPS telah mensia-siakan perjuangan Allahyarham Tok Nan kerana kami telah dan akan terus memikul amanah untuk menjaga Sarawak baik-baik selaras dengan slogan utama GPS, ‘Utamakan Sarawak’.
Akhirnya, salam segulai sejalai. Agi idup agi ngelaban. Batang Lupar mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ingin merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah Baginda yang memberi petunjuk jelas tentang keutamaan kerajaan dalam memastikan kemakmuran rakyat, kualiti hidup yang lebih baik dan keselamatan negara terus terjamin.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Pada hari ini, saya ingin membahaskan beberapa isu penting yang amat relevan dengan masyarakat kita, khususnya di kawasan Padang Rengas dan negara secara
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
keseluruhannya. Puan Yang di-Pertua, pertama sekali kita tidak dapat menafikan bahawa isu perumahan rakyat berpendapatan rendah merupakan satu isu yang amat kritikal dan memerlukan perhatian segera daripada pihak kerajaan. Harga rumah yang semakin meningkat saban tahun telah menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana semakin terpinggir. Ramai rakyat kita yang berimpian untuk memiliki rumah sendiri. Namun, dengan kenaikan harga rumah yang tidak terkawal, impian ini menjadi semakin sukar.
Berdasarkan data terbaru, harga rumah di kebanyakan bandar utama negara ini jauh melampaui kemampuan rakyat berpendapatan rendah. Sebagai contoh, purata harga rumah di Lembah Klang mencecah lebih RM500,000. Sedangkan purata pendapatan bulanan golongan berpendapatan rendah hanya sekitar RM2,500 hingga RM3,000 sebulan. Ini bermakna, untuk golongan ini membeli rumah adalah hampir mustahil.
Dalam pembentangan bajet yang lalu kerajaan telah mengumumkan pelbagai inisiatif untuk membina rumah mampu milik seperti PR1MA dan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Namun, banyak lagi yang perlu dilakukan. Jadi, usulan saya hari ini, di Padang Rengas terutamanya, pihak saya sering mendengar keluhan penduduk yang masih gagal memiliki rumah, meskipun telah memohon berulang kali. Saya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan pelan perumahan mikro yang lebih fleksibel untuk golongan muda dan pasangan baru berkahwin. Ini termasuk program pinjaman perumahan yang lebih rendah faedahnya serta penyediaan rumah dengan saiz yang lebih kecil tetapi praktikal. Selain itu, kerajaan juga perlu memperhebatkan program bantuan sewa rumah sementara agar mereka yang belum mampu membeli rumah dapat terus tinggal di tempat yang lebih selesa.
Puan Yang di-Pertua, selain itu, kita juga perlu memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan luar bandar, di mana banyak tanah kosong yang boleh dimanfaatkan untuk membina rumah untuk golongan ini. Tanpa program yang inklusif dan menyeluruh, kita akan terus berdepan dengan masalah ketidakmampuan rakyat untuk memiliki rumah.
Puan Yang di-Pertua isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah keselamatan siber yang kini menjadi masalah global dan semakin membimbangkan. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, ancaman siber semakin kompleks dan berbahaya.
Tidak kira di peringkat individu, syarikat mahupun negara. Petikan daripada Utusan Borneo online bertarikh 5 Februari yang lalu, jenayah seperti rompakan, pembunuhan dan serangan yang dahulunya berlaku secara fizikal, kini sudah menyusup ke bilik tidur dan ruang peribadi melalui peranti sehingga menjejaskan hubungan antara suami isteri, malah memanipulasi emosi. Fenomena ini semakin dirasai oleh rakyat Malaysia, termasuk di kawasan Padang Rengas, di mana kebanyakan penduduk mula bergantung sepenuhnya kepada internet dalam urusan harian mereka.
Statistik terbaru menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam jumlah serangan siber di negara kita. Data peribadi rakyat Malaysia kerap menjadi sasaran dan serangan terhadap sektor kerajaan dan swasta juga semakin meningkat. Tidak hanya itu, penipuan atas talian dan phishing semakin berleluasa, memberi impak besar kepada rakyat yang tidak berkemampuan untuk memahami risiko ini. Di kawasan Padang Rengas,
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
walaupun kita memiliki kadar kemajuan yang agak baik dalam penggunaan teknologi, masih ramai penduduk yang kurang faham dan terdedah kepada risiko ini. Dengan peningkatan transaksi digital dan penggunaan eWallet, kebimbangan terhadap keselamatan data semakin meningkat.
Saya menyambut baik usaha kerajaan yang menguatkuasakan Akta 588 yang dilihat berpotensi membantu membendung jenayah siber daripada terus berleluasa. Namun, saya mencadangkan agar kerajaan mewajibkan kempen kesedaran keselamatan siber di sekolah, universiti dan tempat kerja bagi mengurangkan risiko rakyat menjadi mangsa scammer.
Dengan adanya kempen seperti ini, anak-anak kita akan lebih cakna dan dalam masa yang sama dapat menasihati, terutamanya ibu bapa mereka daripada terdedah dengan kemaslahatan ini. Cadangan ini boleh dilakukan secara berperingkat, mungkin bermula di peringkat pengajian tinggi dan menyusul ke peringkat rendah.
Kerajaan juga harus memperhebatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam mempertingkatkan infrastruktur keselamatan siber negara serta memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat bagi menangani jenayah siber. Di samping itu, kita perlu memperkenalkan satu sistem amaran awal yang lebih efektif untuk memberi peringatan kepada orang awam mengenai potensi ancaman siber.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan isu penting berkaitan rakyat di Padang Rengas iaitu pertama, isu pembaikan Klinik Kesihatan Padang Rengas yang melibatkan beberapa aspek utama seperti bumbung, pendawaian elektrik dan turapan jalan. Klinik kesihatan ini merupakan salah satu fasiliti utama bagi penduduk di kawasan Padang Rengas dan sekitarnya. Kadar purata kedatangan pesakit harian bagi klinik kesihatan ini adalah seramai 324 orang pesakit sehari dan ia menawarkan perkhidmatan kesihatan primer kepada lebih 8,000 orang penduduk sekitarnya. Oleh itu, saya menggesa agar kerajaan memperuntukkan dana dengan kadar segera bagi penambahbaikan klinik kesihatan ini.
Kedua, masalah bekalan air bersih di kawasan Parlimen Padang Rengas yang mana berlaku tekanan air rendah di Kampung Jenalik dan Kampung Ribu. Isu berkaitan air bersih ke Kampung Kelaung di Sauk pun masih belum selesai, di mana saya sudah bangkitkan isu ini pada tahun yang lalu. Paip-paip air Lembaga Air Perak (LAP) yang kerap kali pecah dan bocor haruslah diganti keseluruhannya untuk penyelesaian jangka masa panjang bagi mengelak masalah bekalan air terputus yang sering kali berulang.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya kos sara hidup yang tinggi merupakan isu utama yang membebani rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40 dan M40. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup, termasuk kenaikan harga barang keperluan asas, kadar inflasi yang tinggi, kelemahan nilai Ringgit serta dasar kerajaan yang tidak efektif dalam mengawal harga dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kenaikan harga barang keperluan, harga makanan, bahan api dan utiliti terus meningkat, memberi tekanan kepada isi rumah. Ini adalah rentetan kegagalan kerajaan mengawal rantaian bekalan dan ketidakcekapan dalam menangani isu monopoli seperti kartel, menyebabkan harga barangan naik mendadak.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Kedua, inflasi dan kelemahan nilai Ringgit. Inflasi yang tinggi menghakis kuasa beli rakyat. Kejatuhan nilai Ringgit berbanding mata wang asing meningkatkan kos import, seterusnya menyebabkan harga barang naik. Ketiga, dasar kerajaan yang tidak berkesan.
Pemotongan subsidi bahan api dan elektrik tanpa mekanisme bantuan yang jelas memburukkan lagi keadaan. Kegagalan menstabilkan harga beras dan makanan asas menunjukkan kelemahan dalam Dasar Pertanian dan Keselamatan Makanan Negara.
Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk menangani isu kos sara hidup dengan lebih berkesan. Langkah-langkah yang lebih holistik dan berpandangan jauh amat diperlukan bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban dan ekonomi negara dapat berkembang dengan lebih mampan.
Puan Yang di-Pertua, isu yang terakhir, saya akan bawa kepada berkenaan langkah kerajaan melaksanakan agenda reformasi pendidikan, latihan teknikal dan vokasional serta pembangunan belia. Industri latihan pembangunan modal insan maritim yang dikategorikan sebagai high impact, high growth serta high value, dengan izin, oleh Menteri KESUMA pada tahun lalu. Dana maritim sebanyak RM10 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2024 pada bulan Oktober 2023 yang lalu masih lagi dalam tempoh menunggu. Janji demi janji diberikan oleh wakil-wakil kementerian bahawa proses akan dipermudahkan untuk membenarkan akses kepada dana yang khusus untuk industri yang penting ini. Bahkan, Menteri KESUMA sendiri telah memberi jaminan di sesi Parlimen yang lepas bahawa isu ini akan dapat diselesaikan awal tahun ini. Tetapi sehingga hari ini, masih tiada jalan penyelesaiannya.
Rentetan yang berkenaan, pihak utama yang terkesan adalah belia-belia tempatan.
Kita yang telah lama menunggu serta kemarahan mereka dilemparkan kepada pihak-pihak yang tidak bersalah serta yang tidak mempunyai kuasa untuk membantu di dalam hal ini.
Memang diakui kadangkala terdapat sedikit kelewatan di dalam proses penyerahan sesuatu dana ini. Tetapi sekiranya kelewatan tersebut sudah melebihi tempoh 18 bulan, maka sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh kementerian. Dana yang diperuntukkan telah sedia ada, pengguna dana yang memerlukannya juga telah ada. Jadi, apa yang ditunggu lagi? Soalan saya, berapa lama kah yang diperlukan supaya isu ini dapat diselesaikan? Harap Menteri KESUMA sendiri akan dapat turun padang untuk menyelesaikan bantuan ini.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Sebagai penutup Puan Yang di-Pertua, dalam menghadapi cabaran semasa, saya menyeru agar kerajaan bertindak segera dalam menambah baik dasar-dasar sedia ada agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan stabil. Marilah kita bersama- sama memastikan dasar kerajaan benar-benar berpaksi kepada kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara. Saya juga berharap agar kerajaan dapat memberi perhatian yang lebih dalam perancangan dasar dan pelaksanaan program-program yang datang agar rakyat Malaysia khususnya di kawasan Padang Rengas dapat merasai manfaat secara langsung.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Bandar Kuching untuk membahas menjunjung Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong dalam sesi Parlimen tahun ini. Izinkan saya menyentuh satu perkara yang dalam Titah Baginda dengan lebih terperinci, dalam perbahasan saya pada hari ini.
Perkara yang ingin saya sentuh dalam Titah Diraja adalah kebimbangan baginda dalam isu scam dalam talian yang semakin berleluasa dan saya rasa kita semua sebagai Ahli Parlimen pernah mengendalikan beberapa kes mengenai scam di kawasan kita. Ada pelbagai jenis scam yang ada tetapi saya ingin menyentuh secara terperinci tentang satu scam yang kerap berlaku iaitu scam cryptocurrency. Saya tidak berkata bahawa cryptocurrency itu scam tetapi mungkin disebabkan pengetahuan awam yang kurang ataupun yang lebih rendah, risiko scam dalam isu ini adalah lebih tinggi. Tetapi Puan Yang di-Pertua, bagi saya, jangan disebabkan kes-kes atau persepsi negatif mengenai cryptocurrency ini, kita terus mengetepikan ataupun mengehadkan potensi kripto untuk membawa kebaikan kepada pengguna dan juga negara kita.
Pasaran mata wang kripto di Malaysia. Kita menyaksikan pertumbuhan dan penggunaan mata wang kripto yang agak pesat dalam beberapa tahun ini. Saya melihat statistik yang ada. Sekarang, pada 2021, ini bukan yang paling updated tetapi 2021, kira-kira 15 peratus daripada rakyat Malaysia memiliki atau pernah menggunakan kripto. Saya rasa jumlah ini telah meningkat sejak tahun berikutnya.
Jumlah dagangan kripto di Malaysia dianggarkan boleh mencecah beratus juta sampai berbilion. Kalau kita lihat dalam pasaran dunia, pasaran kripto adalah mencecah trilion USD. Jika Malaysia kita ambil, contohnya 0.5 peratus ataupun satu peratus daripada pasaran tersebut, sudah mencecah ratusan juta ataupun bilion. Kita susah nak perincikan pasaran kripto di Malaysia kerana kita tahu kekurangan data komprehensif dan sebahagian besar perdagangan mata wang kripto di Malaysia mungkin berlaku di platform yang tidak dikawal selia ataupun di luar pesisir, menjadi susah untuk kita menganggarkan jumlah nilai pasaran.
Kita tahu di Malaysia, kita sudah ada kawal selia untuk cryptocurrency. Kebanyakan di bawah Securities Commissions Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia seperti pengiktirafan mata wang kripto di bawah Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan
(Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019. Tetapi, izinkan saya untuk memberikan beberapa cadangan kerana saya tahu jika ini dilakukan dengan baik, kita ada kawal selia yang bagus, kita dapat mewujudkan satu persekitaran yang lebih progresif. Ada banyak kebaikan yang kita boleh bawa terutamanya kepada negara dan juga rakyat kita.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya ingin memberikan beberapa cadangan yang makro yang bukan secara mikro dan teknikal kerana kita tahu isu ini sangat teknikal dan sangat kompleks. Nombor satu, saya ingin mencadangkan agar kita meluaskan skop kawal selia dengan meliputi bidang baru seperti decentralized finance (DeFi), non-fungible tokens (NFT) dan juga stablecoins. Ini memastikan pengawasan menyeluruh, mengurangkan risiko dan memupuk inovasi dalam sektor kripto yang baharu.
Kedua, kita kena tingkatkan perlindungan kepada pengguna. Mewajibkan keperluan rizab yang lebih ketat, memperkenalkan skim insurans untuk aset kripto dan mewujudkan mekanisme penyelesaian pertikaian yang ada. Faedah daripada ini, kita dapat melihat – melindungi pengguna daripada penipuan dan juga insolvensi pertukaran dan juga meningkatkan kepercayaan pengguna kepada pasaran kripto.
Ketiga, kita menggalakkan institutional acceptance ataupun penerimaan institusi.
Membenarkan institusi kewangan terkawal, menawarkan perkhidmatan kripto, mencipta a sandbox atau kota pasir dan menjelaskan status undang-undang untuk kegunaan institusi tersebut. Ini dapat menarik pelabur institusi, meningkatkan kecairan dan kestabilan dalam pasaran kripto.
Nombor empat, membangunkan CBDC atau centralised bank for digital currency, mata wang bank digital bank pusat. Ini mempercepatkan penyelidikan dan perintisan CBDC untuk kes penggunaan khusus seperti pembayaran rentas sempadan.
Kelima, kuatkan langkah AMLA atau CFT. Laksanakan pemantauan masa nyata, tingkatkan kerjasama dengan badan antarabangsa yang memerlukan teknologi canggih untuk menjejaki aktiviti haram ini. Faedahnya, kita dapat mengurangkan jenayah kewangan, meningkatkan integriti sistem kewangan kita.
Nombor enam, menggalakkan pendidikan awam dan kesedaran. Kita mungkin harus lancarkan kempen di seluruh negara, berkerjasama dengan universiti untuk sediakan garis panduan yang jelas untuk mengelakkan penipuan atau bagaimana kita dapat meng... [Tidak jelas] into potensi dalam sektor ini.
Nombor tujuh, galakkan inovasi dan start-up. Memperkenalkan insentif cukai, memudahkan proses pelesenan dan of course, mencipta sandbox, regulasi untuk start-up yang ada.
Nombor lapan, tingkatkan kerjasama rentas sempadan, bekerjasama dengan pegawai selia antarabangsa dan mengambil bahagian dalam inisiatif global yang ada.
Nombor sembilan, tangani kebimbangan sustainability atau alam sekitar. Kita haruslah galakkan mekanisme konsensus yang cekap tenaga dan mempromosikan projek rantaian hijau. Ini dapat mengurangkan kesan alam sekitar daripada aktiviti kripto sejajar dengan matlamat kemampanan global atau global sustainability.
Nombor sepuluh, semakan dan kemas kini peraturan secara sangat kerap. Kita tahu ini satu industri, sektor yang berkembang dengan sangat pantas dan cepat. Jadi, saya bercadang agar kerajaan mewujudkan satu pasukan petugas atau jawatankuasa yang berdedikasi dan melibatkan diri dengan pihak berkepentingan dan meng-adjust kawal selia
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
yang ada supaya dapat memupuk dan juga tampung keperluan industri dan juga semua pemegang taruh.
Kita tahu semua faedah daripada kripto ini. Mungkin kita dapat belajar daripada pengalaman atau pengajaran daripada negara lain. Kita tahu bahawa sekarang di Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Presiden Trump. Beliau amat menolak faedah cryptocurrency di Amerika Syarikat. Contohnya, ambil pendekatan Amerika Syarikat atau Trump’s push for crypto. Amerika Syarikat mempunyai langkah kawal selia pelbagai agensi seperti SEC, CFTC, IRS, FinCEN dan sebagainya dan mereka mendapat dorongan untuk dasar mesra inovasi termasuk meneroka dolar digital dan menyokong teknologi blockchain.
Apa yang kita boleh belajar? Sebenarnya mungkin Malaysia boleh membenarkan institusi kewangan terkawal menawarkan perkhidmatan kripto, meningkatkan kecairan dan kestabilan pasaran. Kita boleh mungkin menerokai untuk menubuhkan seperti yang saya katakan tadi, CBDC ataupun bank kripto. Peraturan-peraturan dan kawal selia yang seimbang di mana pendekatan Amerika Syarikat untuk mengimbangi inovasi dengan perlindungan pengguna. Saya rasa ini boleh dicontohi di Malaysia untuk memupuk pertumbuhan sambil juga mengurangkan risiko kepada pengguna.
Contoh kedua, Singapura. Rangka kerja pengawalseliaan pro inovasi. Akta Perkhidmatan Pembayaran Singapura (PSA) juga menyediakan rangka kerja kawal selia yang jelas dan komprehensif untuk perniagaan kripto, memfokuskan pada pematuhan AMLA dan CFT untuk perlindungan pengguna. Mungkin ini boleh dijadikan satu garis panduan kepada Malaysia juga. Jepun, perlindungan pengguna dan penerimaan institusi...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ya.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Silakan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih. Saya cukup tertarik dengan poin Yang Berhormat telah bangkitkan. Jadi, saya nak dapatkan – nak persetujuanlah. Kalau kita tengok, macam El Salvador. El Salvador telah pun menerima bitcoins sebagai dengan izin, tender yang sah dan seterusnya kita pun tahu bahawa Singapura pun telah menjadi hab blockchain dengan peraturan yang cukup jelas.
Jadi, adakah Yang Berhormat setuju sekiranya Malaysia mampu untuk membangunkan ekosistem yang seimbang antara inovasi dan keselamatan, negara kita berpotensi untuk menjadi peneraju dalam ekonomi digital serantau?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ya, memang saya sangat setuju dengan apa yang dikatakan. Jadi, memang perbahasan saya ini untuk kita mempromosikan kemungkinan kerajaan kita atau negara kita menjadi hab cryptocurrency dalam region kita dan El Salvador sebenarnya mengambil bitcoins sebagai legal tender.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bagi saya kita kena mengkaji ini dengan lebih terperinci sama ada ia sesuai di persekitaran di Malaysia. Tetapi sebelum saya berakhir, seperti saya kata, banyak contoh yang kita lihat dan juga kebaikan yang dibawa oleh kripto ini. Saya sebagai anak Sarawak, saya ingin cadangkan bahawa crypto hub boleh dibangunkan di Sarawak kerana banyak kebaikannya.
Kalau kita lihat contoh di Switzerland di Zug di mana dia jadi lembah kepada kripto.
Kenapa Sarawak dipilih? Kerana Sarawak mempunyai kebaikan. Contohnya nombor satu kita ada high abundance of renewable energy. Kita tahu 70 peratus daripada penggunaan tenaga di Sarawak ada hidro. Saya rasa ini satu, satu faktor yang boleh menarik pelaburan untuk dalam kripto untuk negeri Sarawak.
Kedua, kita ada lokasi strategik di mana kita dekat kepada pasaran utama Singapura, Indonesia dan juga di China. Ketiga, Sarawak juga ada autonomi dalam polisi yang boleh dibuat oleh negeri Sarawak sendiri. Kita boleh gunakan autonomi untuk memastikan polisi yang baik dan seimbang untuk memupuk pasaran ini.
Jadi, saya menyeru dalam landing saya, saya rasa ini satu sektor yang ada banyak potensi dan Malaysia haruslah mengambil peluang untuk mengembangkan sektor kripto ini.
Ini satu sektor yang sangat progresif. Saya rasa Kerajaan Sarawak ataupun kerajaan mana- mana haruslah bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan satu kesinambungan dalam regulasi dalam kawal selia yang ada dan kita dapat memupuk dan mempromosikan sektor ini untuk kebaikan pengguna, kebaikan negara dan kebaikan tempat masing-masing atau lokaliti masing-masing. Dengan itu saya Bandar Kuching mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun pada hari ini untuk menyuarakan suara rakyat di luar sana yang bergema di lorong sempit, di desa dan juga di kota. Suara yang datang daripada para nelayan yang dihimpit harga diesel yang kian mencekik. Suara para petani yang semakin lelah mengharungi beban kos input pertanian. Suara para peniaga yang menghitung baki modal yang semakin surut.
Di sini dalam Dewan yang sejuk berhawa dingin, kita berbicara tentang wawasan besar, tentang ekonomi mikro, tentang pertumbuhan negara tetapi di luar sana kita perlu sedar bahawa rakyat tidak berbicara soal angka-angka dalam laporan ekonomi. Mereka berbicara tentang harga sekampit beras yang semakin mahal, harga telur yang tidak menentu sekejap naik, sekejap turun. Harga sayur yang kadangkala lebih mahal daripada sekilo daging.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya berbicara bukan untuk mereka yang hidup di menara gading dengan segala kemudahan yang tersedia di depan mata. Saya berbicara untuk mereka yang sedang bergelut mencari sesuap nasi yang terpaksa memilih antara membayar bil elektrik ataupun membeli susu untuk anak-anak mereka.
Tuan Yang di-Pertua, minggu ini adalah minggu yang cukup mencabar bagi ibu bapa apabila bermula sesi persekolahan baru, hari yang sepatutnya menjadi hari penuh kegembiraan bagi anak-anak dan ibu bapa namun ia menjadi episod yang penuh dengan tekanan dan keresahan. Di meja pendaftaran sekolah ada seorang ayah yang cuba menyembunyikan kegelisahannya ketika diminta melunaskan yuran PIBG, yuran kokurikulum, yuran makmal, yuran peperiksaan. Ada seorang ibu yang terpaksa menahan air mata ketika anaknya meminta kasut baharu tetapi si ibu tahu duit di dompetnya hanya cukup untuk membeli sekampit beras.
Tuan Yang di-Pertua, kita selalu mendengar janji pendidikan percuma yang menjadi manifesto dan juga menjadi laungan parti kerajaan yang sedang mentadbir pada hari ini yang menjanjikan pendidikan percuma. Sedangkan ibu bapa perlu mengeluarkan ratusan ringgit malahan setiap kali buka sesi persekolahan baru ibu bapa terpaksa berbelanja ribuan ringgit untuk anak-anak yang ramai untuk mencukupkan segala keperluan bagi anak-anak mereka.
Sedangkan anak-anak Menteri yang ada di sini tidak pernah merasai apa itu kesusahan. Mereka tidak perlu melalui detik ibu bapa terpaksa berhutang dengan jiran, meminjam dari saudara-mara semata-mata mahu memastikan anak mereka mempunyai keperluan yang mencukupi. Mereka tidak perlu tahu apa itu ibu yang menahan sendu kerana tidak mampu membelikan alat tulis untuk anak-anaknya. Di mana janji pendidikan percuma?
Bila ia akan dilaksanakan? Apakah rakyat harus menunggu satu pilihan raya yang lain untuk mendengar janji yang sama berulang kali?
Tuan Yang di-Pertua, seakan belum cukup derita ibu bapa yang berdepan dengan perbelanjaan persekolahan anak mereka, kerajaan menambah lagi beban dengan penghapusan subsidi diesel. Langkah ini bukan sekadar menekan peniaga tetapi memberi kesan rantaian kepada semua lapisan masyarakat.
Harga barang keperluan meningkat kerana kos pengangkutan yang melonjak.
Seorang peniaga pasar borong di Pasir Puteh mengadu bahawa harga sayur kini naik 30 peratus kerana lori penghantaran mengenakan caj yang lebih tinggi. Nelayan di Tok Bali pula berdepan dilema kerana kos diesel yang meningkat membuat kan mereka menaikkan harga ikan tetapi masa yang sama, rakyat tidak mampu pula membeli harga ikan yang mahal.
Kini kerajaan bercadang melaksanakan pula penyasaran subsidi RON95 pada Jun 2025. Jika ini berlaku, rakyat akan mengalami satu lagi tekanan besar kerana kenaikan harga petrol akan menyebabkan kos pengangkutan melonjak, harga makanan meningkat, perkhidmatan menjadi lebih mahal dan akhirnya rakyat biasa yang terpaksa menanggung beban. Seorang pemandu e-hailing di Kota Bharu mengadu bahawa dahulu RM50 mereka boleh menggunakan bekalan minyak untuk seminggu. Kini hanya tinggal untuk tiga hari sahaja.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kegagalan dalam kerajaan menjaga kebajikan rakyat perlu dipandang serius.
Kerajaan sering berdalih bahawa langkah ini perlu demi keseimbangan fiskal. Tetapi mengapa keseimbangan ini hanya perlu ditanggung oleh rakyat? Tidak oleh pembesar- pembesar yang sedang mentadbir dalam negara kita. Kenapa apabila rakyat meminta, kerajaan berkata negara tidak cukup wang? Tetapi apabila tiba giliran mereka meluluskan projek-projek mega, ratusan juta ringgit terus diluluskan tanpa persoalan bahkan ada pertanyaan yang besar di sebalik projek-projek ini kerana ianya dimonopoli oleh orang-orang tertentu. Ini adalah merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat dalam negara kita daripada sebuah kerajaan yang melaungkan bahawa ini kerajaan reformasi. Apa yang nak di-reform?
Tuan Yang di-Pertua, negara kita sangat perlu kepada seorang mujaddid yang benar- benar melaksanakan apa yang dikata dan dikotakan. Jika benar kerajaan mahu berjimat, mulakan dengan diri sendiri, kurangkan elaun Menteri, hentikan lawatan rasmi yang membazir, kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, jangan bebankan rakyat dengan beban yang mereka tidak mampu tanggung.
Dalam titah baginda menekankan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan juga negeri. Namun, apakah makna kerjasama jika negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah terus dianaktirikan dalam pembahagian peruntukan. Kelantan terus dinafikan royalti petroleum walaupun hasil itu dikaut daripada perut bumi negeri ini sendiri. Projek-projek infrastruktur lebih banyak tertumpu di negeri-negeri tertentu seolah-olah hanya satu bahagian negara ini yang layak menerima pembangunan. Adakah kerajaan mahu terus memperlakukan negeri-negeri ini sebagai anak tiri? Sampai bila rakyat perlu menunggu keadilan?
Tuan Yang di-Pertua, suara rakyat adalah suara keramat. Kita boleh berbicara tentang angka-angka ekonomi yang indah di atas kertas. Kita boleh bercakap tentang ekonomi, tentang kestabilan kewangan negara tetapi rakyat tidak makan angka. Rakyat makan nasi, rakyat mahu kerajaan yang benar-benar membela mereka. Kerajaan boleh berdalih tetapi apabila tiba waktunya, rakyat akan menghukum di peti undi, *insya-Allah.
[Tepuk]*
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sejarah telah mengajar kita bahawa kerajaan yang gagal menjaga kebajikan rakyat tidak akan bertahan lama. Jangan sampai rakyat hilang kesabaran. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan. Suara rakyat adalah suara keramat. Jika suara ini terus diperlekehkan, maka sejarah akan mencatat pengkhianatan itu dalam tinta yang tidak pernah pudar sampai bila-bila.
Tuan Yang di-Pertua, dua hari yang lepas, beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri telah membuat satu kenyataan Menteri di Dewan Rakyat ini dan saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri Sarawak yang menubuhkan PETROS sebagaimana rakan- rakan yang menyebut tadi, ini adalah hasil perjuangan tanpa henti rakyat negeri Sarawak untuk mendapat hak yang sedemikian rupa. Saya sangat menyokong penuh tanpa pertikaian.
Namun, kenapa kerajaan selektif dalam soal seperti ini? Mengapa tidak negeri Kelantan,
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terengganu diberi hak yang sama, kalaupun tidak mahu dan segan untuk menghulurkan tangan membayar royalti kepada negeri Kelantan dan Terengganu?
Dalam perjanjian petroleum antara negeri-negeri, hak penerokaan diserahkan kepada PETRONAS tahun 1974. Perjanjian yang sama juga dibuat di antara federal dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Sabah dan seluruh negeri di Semenanjung ini. Kalau Sarawak boleh diberikan, mewujudkan autonomi tertentu, diwujudkan PETROS untuk mendapat manfaat yang lebih daripada hasil petroleum, mengapa negeri Kelantan sampai hari ini dinafikan?
Kalau Perdana Menteri berbicara tentang soal kerjasama dan hubungan baik dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan jasa itu diolah dalam bentuk berinya autonomi kepada Sarawak. Apakah tidak cukup besar jasa Sultan Kelantan, Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu, yang memberi pengampunan penuh kepada Tambun sehingga dia boleh berdiri sebagai seorang Perdana Menteri pada hari ini?
Tuan Yang di-Pertua, maka atas dasar itu, saya menuntut supaya diberikan kepada negeri Kelantan seperti mana diberikan kepada negeri Sarawak. Mengkaji semula Perjanjian Petroleum 1975, mengembalikan pembayaran royalti secara langsung kepada kerajaan negeri tanpa perantara, mewujudkan dasar pembahagian hasil yang lebih adil agar negeri pengeluar mendapat manfaat yang setimpal, menghapuskan amalan diskriminasi terhadap negeri-negeri pembangkang dalam agihan sumber hasil asli negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini yang terakhir, saya nak landing. Tentang cadangan untuk mewujudkan Akta Diskriminasi Kaum. Cadangan ini menimbulkan persoalan yang besar, sama ada ia menghormati kontrak sosial sejarah Malaysia dan asas Perlembagaan Persekutuan.
Hak keistimewaan bumiputera perlu dipersetujui dalam Perjanjian Kemerdekaan sebagai imbangan kepada pemberian kewarganegaraan kepada bukan bumiputera. Kalau nak diwujudkan akta ini, saya bimbang ia merupakan suatu back door kepada penghapusan keistimewaan dan juga hak kepada bumiputera. Kita kena ingat, ketegangan seperti ini bakal mencetuskan ketegangan kaum dan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin – yang terakhir saya ingin menyinggung ada beberapa Ahli Parlimen yang secara...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat. Yang terakhir, dua kali sudah. Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey. Yang terakhir, saya nak akhir dengan pantunlah, pantun. Saya menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah dan saya tidak akan derhaka kepada Titah Yang di-Pertuan Agong. Pantun ini pernah dilontarkan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang menyebut:
Tuan tabal tuan guru, Telok Kemang Masjid Tanah,
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
*Jangan sorok titah Tuanku, Sial sampai ke lubang tanah.
[Tepuk]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Puan Yang di-Pertua, sebagai mukadimah ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa penghargaan saya kepada Titah Tuanku Yang di- Pertuan Agong yang turut menekankan aspirasi pembangunan yang setara untuk negeri Sabah. Saya juga amat berharap dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang ada pada masa ini akan dapat merealisasikan aspirasi tersebut.
Kecemerlangan insaniah bukanlah hanya semata-mata diukur daripada pencapaian peperiksaan tetapi ia perlu dinilai daripada hasil tangan yang diserlahkan menerusi kemahiran teknikal seseorang pelajar. Inti pati pertama yang saya ingin bangkitkan ini ialah berkenaan potensi pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional ataupun TVET terhadap kemajuan industri di sesebuah negeri.
Secara peribadi, saya menyambut baik perancangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah. Penubuhan tersebut diyakini akan menjadi jambatan kepada para pelajar sekolah menengah di negeri tersebut untuk meneroka bidang teknikal yang bukan sahaja sesuai dengan kemahiran kendiri mereka, bahkan realistik dengan cita-cita profesional mereka.
Pemerkasaan bidang TVET merupakan kunci penting kepada pembangunan negeri yang progresif dalam pelbagai sektor ekonomi. Penyertaan anak-anak muda Sabah dalam TVET seharusnya disokong menerusi penyediaan pelbagai platform pembiayaan pendidikan serta saluran kemasukan ke sesebuah institusi TVET yang diiktiraf kerajaan. Hal tersebut sejajar dengan hasrat yang pernah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I yang mahu lebih ramai anak muda Sabah dapat didorong untuk mendalami bidang TVET sebagai persediaan untuk mengisi keperluan tenaga kerja daripada pelaburan asing.
Misalnya, di Sabah, ladang sawit yang berkeluasan sekitar 1.5 juta hektar mempunyai potensi untuk dibangunkan dengan kilang oleokimia seperti mana yang diaspirasikan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi. Aspirasi tersebut sudah tentu akan memerlukan komitmen pelaburan berteknologi canggih untuk menampung kapasiti produktiviti yang tinggi. Siapa lagi yang akan diharapkan untuk mengendalikan prosedur pembuatan, kalau bukan tenaga kerja berkemahiran dari kalangan graduan TVET Sabah.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menegaskan agar modul pembelajaran TVET yang diketengahkan oleh institusi-institusi TVET kerajaan dapat menumpukan skop teknikal
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
dan teknologi industri yang benar-benar diadaptasi oleh para pemain industri. Modul yang berasaskan reality-based education. Sheet tersebut akan membolehkan bakal graduan TVET dapat memahami konsep serta teori kemahiran sebelum mereka bekerja dalam sesebuah industri.
Oleh sebab itu, setiap prospek pelaburan asing yang dimeterai oleh MITI perlu mengambil kira ketersediaan bakat tempatan serta kredibiliti model pendidikan yang diketengahkan di setiap institusi awam TVET. Jadi, dalam konteks negeri Sabah, institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di sana perlu meneliti skop teknikal yang telah, sedang dan akan diperlukan dalam setiap aktiviti industri pelbagai skala, khususnya yang dikelola menerusi pelaburan asing.
Penelitian dalam soal keperluan teknikal industri tersebut penting untuk memastikan sumbangan profesional sumber manusia berkemahiran dari kalangan anak tempatan dapat memberi impak positif kepada kemajuan industri yang seterusnya akan menghasilkan kesan domino kepada perolehan hasil eksport negeri.
Puan Yang di-Pertua, pembangunan industri yang pesat sudah tentu akan mendorong kepada aktiviti logistik yang aktif. Jadi, tidak hairanlah mengapa banyak jalan raya persekutuan dan juga negeri yang sekian lama menjadi laluan harian bagi kenderaan persendirian semakin hari, semakin bermasalah akibat kekerapan penggunaan kenderaan berat yang kurang dipantau, terutamanya di negeri Sabah. Oleh sebab itu, pasukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diseru melaksanakan 2P iaitu pemantauan serta penguatkuasaan tegas terhadap pergerakan kenderaan logistik yang menggunakan jalan raya-jalan raya persekutuan mahupun negeri di setiap daerah di negeri Sabah.
Penguatkuasaan tersebut perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan kekerapan aktiviti pengangkutan industri yang menggunakan jalan raya dapat dikawal mengikut had muatan yang munasabah.
Seperti Yang Berhormat Menteri Pengangkutan sedia maklum, masalah kerosakan jalan raya yang belum sempat diselenggara disebabkan oleh kekangan peruntukan dan ditambah lagi dengan banyak jalan-jalan yang sudah melebihi tempoh jangka hayat reka bentuk berisiko besar mengalami kerosakan akibat beban muatan yang berlebihan.
Justeru, saya minta perhatian Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk sentiasa melaksanakan ‘tall order’ kepada JPJ Negeri Sabah agar aspek 2P yang saya nyatakan tadi benar-benar dipergiatkan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Keseriusan pelaksanaan 2P tersebut akan mendisiplinkan setiap syarikat yang mengendalikan operasi logistik untuk tidak sewenang-wenangnya melanggar pematuhan had muatan yang diwartakan bagi satu-satu jalan raya persekutuan di negeri tersebut. Selain berupaya menjadikan jalan raya benar-benar kondusif dan selamat untuk digunakan oleh rakyat secara rutin, penegasan JPJ dalam soal penguatkuasaan mampu mengurangkan beban kewangan tambahan JKR untuk menyelenggara jalan raya yang terdedah kepada kerosakan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Puan Yang di-Pertua, bercakap tentang masalah berkaitan pelaksanaan projek dalam perbahasan ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyuarakan tentang masalah projek persekutuan yang tergendala di daerah Putatan. Untuk pengetahuan YB Menteri Belia dan Sukan, projek menaik taraf dan membina Stadium Mini Daerah Putatan yang dijadualkan siap pada Januari tahun ini telah lewat daripada jadual.
Saya difahamkan punca kelewatan adalah berpunca dari prestasi lemah oleh pihak kontraktor yang dilantik. Sehubungan dengan itu, saya meminta pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk mengambil tindakan tegas yang sewajarnya dalam tempoh terdekat bagi menyasarkan bahawa pembinaan Mini Stadium Putatan itu masih dapat disiapkan dalam tahun ini juga. Ini kerana masyarakat Putatan sudah terlalu lama menanti stadium tersebut menjadi realiti.
Inti pati terakhir saya untuk kali ini adalah permohonan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk menimbangkan pertambahan wakil ahli dari Sabah di dalam Lembaga Jurutera Malaysia. Pada masa sekarang, hanya ada seorang wakil negeri Sabah di dalam Lembaga Jurutera Malaysia yang bersifat daripada pengarah jabatan kerajaan. Adalah dicadangkan agar ada pertambahan seorang lagi ahli yang mewakili pengamal industri dari negeri Sabah. Dengan pertambahan itu, adalah diharapkan input yang lebih luas dan relevan dalam industri dapat dimanfaatkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.
Sekian sahaja ucapan saya bagi perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang di- Pertuan Agong. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih kepada Raja Yang di-Pertuan Agong atas ucapan Titah Baginda dan terima kasih Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada saya untuk turut berbahas pada petang ini. Puan Yang di-Pertua, mengambil hikmah ucapan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan Parlimen menjadi gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, medan semak dan imbang terhadap pentadbiran negara.
Dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin membawa isu yang berkenaan dengan padi.
Sedikit kelegaan pihak petani dengan kenaikan RM1,500. Ini juga tidak mencukupi. Saya mengharapkan pihak kerajaan dapat meningkatkan atau menaikkan RM600 sepanjang tempoh menunggu padi masak kepada RM1,200. Baru-baru ini dalam jawapan PMX dalam Dewan mengaitkan RM600 ini bagi menyelesaikan isu kenaikan diesel. Ini tidak tepat, yang tepatnya ialah RM600 yang diperkenalkan zaman sebelum ini dapat dinaikkan bagi menepati kenaikan diesel kepada golongan petani di seluruh negara.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong juga menyeru bahawa kerajaan hendaklah menentukan agar prestasi baik ini membawa nikmat kemakmuran
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
kepada seluruh rakyat bukan hanya memberi keuntungan kepada golongan tertentu sahaja.
Oleh itu, wajib untuk Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian yang adil kepada semua negeri termasuk bukan dari parti pemerintah. Umum diketahui, Kedah telah mengorbankan kawasan tanahnya sebanyak 113,000 hektar bagi menampung 43 peratus tahap sara diri beras negara. Nilai ini adalah besar dan memberi kesan kepada pembangunan negeri. Agak tidak adil Kedah dipaksa menjadi miskin untuk berkorban demi rakyat Malaysia sedangkan negeri lain terus kaya.
Selari dengan titah Sultan Kedah di hadapan Perdana Menteri, kerajaan perlu membayar pampasan kepada Kedah dengan nilai RM200 juta setahun. Pada tahun 2019, Kedah telah menerima pemberian khas RM200 juta ini dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik Covid 19. Ini menunjukkan kemampuan kerajaan untuk melakukan pemberian tersebut tanpa membebankan kewangan negara. Tuntutan ini dianggap pulangan untuk potensi cukai dari pemeliharaan tanah. Saya memohon kerajaan teruskan pemberian khas yang diberi pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan satu medan untuk mempromosi nilai dan budaya selain membuka peluang ekonomi. Dengan sasaran menarik 35.6 juta pelawat antarabangsa dan menjana pendapatan sebanyak RM147.1 bilion, sokongan seluruh rakyat Malaysia amat diperlukan. Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim, maka pelancongan Islam juga tidak boleh ditinggalkan.
Malaysia mempunyai reputasi yang baik apabila kekal mengungguli Senarai Destinasi Mesra Muslim terbaik dalam Indeks Pelancongan Muslim Global 2024.
Ini menunjukkan bahawa kita bukan negara yang lekeh dalam pelancongan berasaskan Islam. Pihak kementerian diingatkan untuk tidak memandang remeh berkenaan soal ini. Apabila menekankan soal pelancongan Islam, nilai seni bina dan elemen masjid adalah satu hal yang wajib. Isu yang tertinggal dalam video baru-baru ini adalah perkara yang tidak patut berlaku. Saya menuntut janji yang dibuat oleh Timbalan Menteri dalam sidang yang lepas ketika perbahasan jawatankuasa, beliau tidak pernah melihatnya sebagai satu cabaran untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi yang mesra Muslim. Keazaman ini perlu dikekalkan walaupun mendapat tekanan dari pelbagai pihak yang cuba memomokkan apabila mempromosi Islam, negara akan dilihat mundur dan takut untuk pelancong datang ke Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, selain itu, saya ingin menarik perhatian Dewan dengan tulisan jawi Menteri KPM semasa membuat nota ketika Titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Walaupun tidak menepati kaedah terkini namun kesungguhan menulis Jawi menjadi semangat kepada guru-guru Pendidikan Islam. Apa yang menjadi harapan kepada saya untuk mengetahui apakah langkah-langkah kementerian untuk memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan guru kita untuk memartabatkan tulisan Jawi. Guru-guru yang pertama, mesti menguasai pengkaedahan tulisan Jawi.
Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah KPM sangat efektif dalam membantu pengembangan tulisan Jawi. Ini kerana, DBP sudah ada ratusan Munsyi Jawi. Sudah tentu
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
pihak KPM tidak ada cabaran rumit untuk menyelesaikan guru-guru menguasai tulisan Jawi dengan baik. Saya sarankan ini semua kerana tulisan Jawi jika tidak dipupuk secara konsisten di sekolah arus perdana, saya jangka tulisan yang menjadi khazanah negara akan suram dan dianggap tulisan asing oleh anak bangsa sendiri.
Seterusnya isu kawasan. Sekali lagi Puan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu nelayan di Kuala Ruat. Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang telah pun menyelesaikan pembaikan sangkar batu di tebing Kuala Ruat dan pembinaan baharu pintu air ataupun tandup. Sekarang ini pula, di Kuala Ruat berlaku pula timbunan pasir yang menyukarkan keluar masuk bot-bot nelayan untuk membawa hasil laut. Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan ataupun mengeluarkan peruntukan yang mencukupi bagi memudahkan rakyat mencari rezeki.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Isu yang kedua di kawasan saya ialah projek rancangan tebatan banjir dalam Parlimen Jerai dari Pendang melalui sungai di Batu 18 dan terus ke Dulang menuju ke laut.
Apa yang merisaukan penduduk khususnya di Batu 18 atau Batu 20 di Guar Chempedak berdekatan dengan rumah penduduk. Saya sudah membuat pertemuan pertama dan baru- baru ini dan diadakan pula pertemuan yang kedua. Pertemuan pertama melibatkan penduduk, manakala pertemuan kedua melibatkan wakil rakyat sahaja. Dalam pertemuan kedua, saya dimaklumkan pelaksanaan diteruskan dengan tebing ataupun ban dengan ketinggian yang sama iaitu lima kaki dan pihak berkuasa memberi jaminan, sebarang kesulitan akan ditangani sebaik-baiknya dengan alternatif keluar masuk penduduk tidak terganggu. Saya berharap agar tidak akan berlaku sungutan apabila projek ini selesai dilakukan dan penduduk tidak merungut selepas selesainya projek ini. Saya rasa cukup sekadar itu, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim, Batu Pahat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Tuanku telah pun menzahirkan pandangan yang sangat bernas dan positif mengenai perkembangan ekonomi negara.
Puan Yang di-Pertua, negara ini telah mencatatkan pertumbuhan pemodalan pasaran keseluruhan melebihi RM2 trilion. Kejayaan ini telah mencerminkan daya saing ekonomi Malaysia serta keupayaan negara dalam mengharungi cabaran global. Batu Pahat sangat yakin bahawa dengan dasar yang kukuh dan berstrategi serta berorientasikan rakyat, Malaysia mampu terus mencapai pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Yang di-Pertua, mengenai kebajikan rakyat dan struktur gaji, dalam usaha membangunkan negara, kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan negara. Kerajaan Madani telah melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus dengan penyelarasan fasa pertama sebanyak lapan peratus dan fasa kedua sebanyak tujuh peratus.
Ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat seiring dengan prinsip bahawa pertumbuhan ekonomi negara harus diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.
Selain sektor awam, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Gaji Progresif sebagai langkah penstrukturan semula sistem gaji Malaysia yang telah dimasukkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pada 1 Februari 2025, kadar gaji minimum telah dinaikkan pada RM1,700 daripada RM1,500. Ini selari dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan bahawa prestasi ekonomi negara mesti membawa manfaat kepada rakyat keseluruhan.
Kerajaan juga telah melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi meningkatkan pendapatan rakyat dalam kelompok miskin tegar. Sebagai contoh ladang nanas 500 ekar di Kota Marudu telah melibatkan 450 orang peserta yang dijangka memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan tidak termasuk bonus yang boleh mencecah RM15,000 semusim. Selain itu Program IPR Insan telah membolehkan usahawan seperti Abang Hisham di Bukit Mertajam meraih pendapatan sebanyak RM6,000 setahun dengan hanya mengusahakan perniagaan mesin layan diri iaitu vending machine dan pernah Menteri Besar dipanggil ‘mesin gedegung’. Kerajaan juga terus mempergiatkan usaha dalam mencipta pekerjaan berkemahiran tinggi melalui Zon Ekonomi Khas Johor dan Singapura yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan.
Puan Yang di-Pertua, Malaysia terus komited dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin. Sebagai manifestasi solidariti dan bantuan kemanusiaan, kerajaan kini sedang berusaha untuk mewujudkan Program Pembangunan Semula Gaza yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa penindasan regime Zionist. Program ini turut mendapat perhatian dan sokongan daripada Kerajaan Jepun yang bersedia untuk bersama-sama dalam usaha pembangunan semula Gaza melalui platform kerjasama Asia Timur. Batu Pahat percaya bahawa usaha ini akan menjadi contoh kepada negara lain bahawa solidariti bukan sekadar segolongan, tetapi perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan konkrit dan Malaysia mesti berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan antarabangsa.
Puan Yang di-Pertua, difahamkan Kerajaan Malaysia kini dalam peringkat akhir proses perolehan 30 pesawat pejuang terpakai jenis F-18 Hornet daripada tentera Kuwait.
Perolehan ini bertujuan untuk mengekalkan keupayaan pertahanan udara negara dalam tempoh peralihan sebelum pelaksanaan Program Pesawat Tempur pelbagai peranan MRCR.
Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara penting berkaitan pembelian ini. Antaranya ialah usia pesawat. Berapakah usia sebenar pesawat
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
pejuang ini dan sejauh mana keupayaan operasinya dalam tempoh jangka panjang.
Bagaimana dengan teknologi dan penambahbaikan? Apakah teknologi yang terdapat pada pesawat ini, adakah ia masih relevan dengan keperluan pertahanan udara semasa dan adakah sebarang rancangan untuk menaikkan taraf sistem avionic, radar atau persenjataan pesawat ini.
Begitu juga, bagaimana jangka hayat operasi pesawat ini? Adakah berapa lama?
Adakah ia mampu bertahan 20 tahun ataupun 30 tahun lagi. Begitu juga tentang kelulusan Kerajaan Amerika Syarikat. Adakah pemilihan ini memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Amerika Syarikat sebagai negara pengeluar pesawat tersebut. Jika ya, apakah status kelulusan itu? Batu Pahat berharap pihak kementerian dapat memberikan maklumat lanjut bagi memastikan perolehan ini benar-benar memberikan nilai strategik dan ekonomik kepada negara.
Mengenai penyewaan helikopter kerajaan baru-baru ini, Batu Pahat menyokong penuh usaha kerajaan. Ini adalah antara tidak lain dan tidak bukan menjimatkan kos.
Antaranya ialah perjanjian ini merangkumi perkhidmatan penyelenggaraan maintenance dan pembaikan yang dapat menjimatkan kos dari segi jangka panjang dan mengelakkan kos di luar jangka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan mengenai data center ataupun pusat data mengenai penggunaan air bawah tanah. Pusat data ini bakal menggunakan tenaga dan air yang sangat tinggi terutamanya untuk sistem penyejukan pelayan (server). Dengan peningkatan jumlah pusat data di Malaysia dan keperluan tenaga yang semakin besar iaitu masalah bekalan air akan menjadi isu kritikal terutama di kawasan yang menghadapi kekurangan sumber air permukaan. Oleh itu Batu Pahat ingin mencadangkan supaya sudah sampai masanya kerajaan untuk menggunakan air bawah tanah, underground water untuk dijadikan jalan penyelesaian untuk pusat data di kawasan yang mengalami masalah bekalan air.
Begitu juga Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin mengangkat isu tempatan iaitu tentang isu banjir kilat di Batu Pahat iaitu di Jalan Tanjong Labuh, Batu Pahat yang telah berlarutan lebih 10 tahun. Ini telah menjejaskan kehidupan penduduk dan pengguna- pengguna di jalan raya dan keadaan ini memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan gangguan kepada pengguna jalan raya.
Sehubungan itu Batu Pahat ingin memohon JKR negeri atau pusat untuk menyalurkan peruntukan segera bagi menangani masalah ini secara menyeluruh termasuk penambahbaikan sistem saliran dan laluan longkang yang perli dinaikkan taraf. Batu Pahat berharap perkara ini diberi keutamaan seberapa segera demi kesejahteraan rakyat dan kelancaran perhubungan di kawasan ini. Jalan yang saya maksudkan ialah FT005 Jalan Johor Bharu-Melaka iaitu di seksyen 118.20, seksyen 121.10 dan seksyen 122. Jadi mohon pihak JKR ambil tindakan seberapa segera.
Begitu juga Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat merayu kepada Perdana Menteri dan kerajaan agar mempertimbangkan dengan segera permohonan pembinaan bangunan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
tambahan empat tingkat iaitu bagi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat. Untuk makluman, pihak sekolah telah mengemukakan rayuan dan permohonan sejak 15 tahun dahulu iaitu 2010.
Namun sehingga kini, masih belum dapat kelulusan dan peruntukan, malah telah melalui tempoh empat Ahli Parlimen. Jadi permintaan kemasukan ke sekolah ini terus meningkat saban tahun menyebabkan keperluan terhadap bangunan tambahan menjadi semakin mendesak. Oleh itu saya merayu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Madani agar memberi perhatian serius terhadap keperluan anak-anak Batu Pahat yang berhasrat untuk mendapatkan pendidikan agama dalam daerah Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Yang di-Pertua, bagi membanteras fitnah dan memelihara perpaduan, seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan perlu tegas dalam membanteras gejala fitnah yang boleh merosakkan perpaduan rakyat. Pengurusan maklumat di media sosial perlu diperketatkan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) harus memainkan peranan dalam mengawal selia pertubuhan yang terbukti menyebarkan fitnah dengan niat jahat. Mana-mana pertubuhan yang menunggang agama dengan menyebarkan doktrin sesat, ibarat rasuah itu sedekah dan fitnah dianggap sebagai jihad, perlu diambil tindakan tegas. Kerajaan sesekali jangan bertolak ansur terhadap mana-mana entiti yang cuba merosakkan perpaduan rakyat di negara ini. Negara ini perlu diselamatkan daripada dakyah yang merosakkan terutama yang memesongkan pemikiran rakyat.
Puan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan menyokong. Batu Pahat menyokong Titah Diraja. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera... [Membaca sepotong doa] Saya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan pada petang ini. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas keizinan untuk saya sama-sama mengambil bahagian dalam usul perbahasan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mengangkat isu kritikal mengenai infrastruktur kesihatan awam. Sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong, kita kini berdepan dengan sistem kesihatan yang sudah mencapai had kapasiti maksimum. Bukan sekadar cakap-cakap politik tapi ini diakui sendiri oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.
Lebih 80 peratus hospital kerajaan kini beroperasi dengan kadar penggunaan katil melebihi 100 peratus. Ini bermakna hospital bukan sahaja penuh, tetapi terpaksa menampung pesakit melebihi kapasiti sebenar. Namun, masalah utama bukan sekadar kekurangan hospital atau katil, ia juga melibatkan peningkatan pesakit akibat penyakit- penyakit kronik. NHMS 2023 melaporkan 2.3 juta rakyat mengidap tiga penyakit serentak yang disebut tiga serangkai iaitu diabetes, hypertension dan kolesterol yang tinggi. Lebih membimbangkan lagi, serangan jantung kini boleh berlaku seawal umur 23 tahun.
Kerajaan sebelum ini menyatakan komitmen untuk memperkasakan penjagaan kesihatan primer bagi mengurangkan beban hospital. Persoalannya, sejauh manakah inisiatif ini benar-benar dilaksanakan? Adakah klinik kesihatan di luar bandar mendapat kelengkapan dan tenaga kerja yang cukup? Apakah pusat saringan kesihatan komuniti mencukupi untuk menangani penyakit tidak berjangkit (NCD)?
Selain itu, penyelesaian lebih konkrit diperlukan iaitu menaik taraf hospital-hospital daerah, menambah peralatan moden serta memastikan doktor pakar dan jururawat mencukupi. Isunya bukan sekadar bangunan hospital tetapi tenaga kerja yang masih tidak mencukupi yang kita hadapi sekarang. Maka, kerajaan mesti serius dalam memastikan sistem kesihatan negara bukan sekadar mampu bertahan tapi benar-benar berfungsi untuk rakyat. Adakah kerajaan bersedia memberi komitmen penuh terhadap isu-isu yang sedang berlaku sekarang ini?
Seterusnya, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang diperkenalkan baru-baru ini tetapi kemudian ditarik balik untuk semakan semula. Secara prinsip, langkah ini dilihat bertujuan memberi fleksibiliti kepada pegawai perubatan dan membaiki keseimbangan kerja dan kehidupan. Namun, ada beberapa persoalan yang perlu diperhalusi agar ia tidak menjadi satu lagi dasar yang gagal akibat kelemahan pelaksanaan. Jangan seperti tikus membaiki labu.
Kita sedia maklum bahawa sistem kesihatan awam berdepan beban kerja tinggi dan kekurangan tenaga kerja perubatan. Maka, bagaimana WBB boleh membantu mengurangkan tekanan kerja doktor jika isu utama iaitu kekurangan tenaga kerja masih belum diselesaikan? Adakah kerajaan memberi jaminan bahawa doktor-doktor tidak akan terpaksa bekerja lebih lama akibat jadual kerja yang tidak seimbang?
Saya juga dimaklumkan bahawa, selepas diumumkan WBB, malah sebelum ini pun, kira-kira 12 orang doktor pakar meninggalkan sektor awam setiap bulan. Angka ini mungkin kita perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dan lebih membimbangkan lagi, WBB dikatakan diperkenalkan tanpa libat urus yang menyeluruh dengan doktor, jururawat dan petugas-petugas kesihatan. Mengapa perkara sepenting ini tidak dibincangkan dengan
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
pemegang taruh utama terlebih dahulu? Jika pelaksanaan WBB tidak mengambil kira realiti di lapangan, saya bimbang ia akan meningkatkan lagi penghijrahan besar-besaran doktor ke sektor swasta ataupun ke luar negara kerana merasakan sistem dalam negara semakin membebankan mereka. Oleh itu, apa jaminan kerajaan bahawa WBB yang akan diperkenalkan nanti benar-benar memberi manfaat dan bukan menambah tekanan para petugas kesihatan di lapangan?
Seterusnya, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tentang kebimbangan mengenai kenaikan waktu bekerja jururawat daripada 43 jam kepada 45 jam seminggu. Keputusan ini sudah tentu menambah tekanan kepada jururawat awam di seluruh negara.
Untuk makluman Yang di-Pertua, jururawat bekerja secara syif, tidak sama dengan yang bekerja waktu pejabat, termasuklah waktu malam, hujung minggu dan cuti umum. Saya juga bekerja di hospital. Kita kadang-kadang tiada masa untuk minum pun. Kalau tujuh jam bekerja, tujuh jamlah sebenarnya bekerja. Tidak ada waktu untuk minum dan makan. Oleh itu, tidak boleh disamakan dengan mereka yang bekerja di pejabat. Ini sudah tentu akan memberi kesan besar kepada kesejahteraan fizikal dan mental mereka. Jika tempoh bekerja ditambah, ini akan meningkatkan keletihan dan tekanan kerja sekali gus memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.
Ketika ini, hospital kerajaan sudah pun kekurangan tenaga kerja menyebabkan jururawat terpaksa bekerja lebih masa. Kajian Institut Pengurusan Kesihatan pada tahun 2021 mendapati 24.4 peratus jururawat mengalami burnout ataupun keletihan melampau akibat beban tugas yang tinggi. Jika waktu bekerja dinaikkan lagi, angka ini pasti akan meningkat dan lebih ramai jururawat mungkin meninggalkan sektor awam. Oleh itu, sejauh mana kerajaan bersedia untuk mengkaji semula dasar ini secara adil dan rasional agar kebajikan jururawat tidak terabai dan mutu perkhidmatan kesihatan terus terpelihara.
Seterusnya, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya zahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Menteri Kerja Raya yang turun padang ke kawasan saya baru-baru ini iaitu di Kuala Nerus dan setuju meluluskan beberapa projek jalan raya di Terengganu dan kawasan saya. Besarlah harapan saya semoga kerjasama pusat dan negeri dapat dieratkan sebagaimana Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Namun, saya difahamkan, walaupun peruntukan yang dipersetujui itu dalam bidang kuasa Yang Berhormat Menteri KKR, ianya masih perlu mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi dan Kewangan. Saya bimbang dengan birokrasi dan tapisan berlapis-lapis ini, hasrat Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk melihat kerjasama pusat dan negeri tidak akan tercapai dan projek-projek yang sepatutnya dapat disegerakan untuk kepentingan rakyat, yang sangat mendesak itu tidak akan mencapai objektifnya.
Seterusnya, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya suka menyentuh sedikit tentang pelancongan. Sektor pelancongan alam semula jadi di Terengganu berpotensi besar sebagai pemacu ekonomi. Namun, realitinya, banyak kelemahan dari sudut infrastruktur, accessibility dan kemudahan asas yang masih belum ditangani secara serius.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sebagai contoh, jalan ke Tasik Kenyir yang tersohor itu banyak yang berlubang, bertampal sana sini dan tidak diselenggarakan dengan baik. Bukan sahaja membahayakan pengguna, tetapi juga memberi imej yang buruk kepada pelancong. Apakah peruntukan khusus disediakan untuk menaik taraf jalan tersebut? Mengapa penyelenggaraan jalan ini masih gagal dilaksanakan secara berkala walhal ia adalah salah satu destinasi utama pelancongan Terengganu?
Yang kedua, Setiu Wetlands pula kurang mendapat promosi, selain infrastruktur yang daif, jalan rosak, tandas tidak mencukupi dan kemudahan rehat yang tidak memadai menjejaskan pengalaman pelancong untuk datang untuk kali kedua. Apakah perancangan strategik kerajaan untuk membangunkan kawasan ini secara mampan?
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Berkaitan dengan destinasi pulau. Pulau Perhentian contoh, merupakan destinasi pelancongan bertaraf dunia, masih berdepan dengan masalah jeti yang usang, bekalan elektrik yang tidak stabil, air bersih yang terhad dan sistem pengurusan sampah yang lemah.
Mengapa kemudahan asas ini masih ketinggalan? Sejauh mana komitmen kerajaan untuk menyalurkan peruntukan bagi membangunkan infrastruktur bertaraf antarabangsa untuk pulau-pulau destinasi pelancongan antarabangsa?
Akhirnya, saya ingin bangkitkan mengenai isu perumahan rakyat di beberapa kawasan di Terengganu. Antaranya Program Residensi Rakyat (PRR) Lembah Pertang, Hulu Terengganu, PRR Town Villa, PRR Chalok Barat, PRR Pecah Rotan, Kuala Nerus serta PRR Bukit Gasing, Marang. Semua PRR yang saya sebutkan ini telah diangkat permohonan ke peringkat Pusat melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (JUPEN).
Untuk makluman Dewan dan Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebanyak 28,275 permohonan untuk mendapatkan rumah mampu milik atau PRR yang diterima oleh e- Perumahan dan e-Kasih setakat Disember 2024. Bagi memastikan Projek PRR ini mendapatkan kelulusan segera di peringkat Pusat, kerajaan negeri telah menyediakan cadangan tapak di kawasan yang sesuai. Oleh itu, saya memohon komitmen kerajaan bagi mempercepatkan kelulusan Projek PRR ini bagi keselesaan rakyat Terengganu dan memenuhi permohonan 28,000 lebih daripada rakyat Terengganu.
Saya rasa sekian, masa sudah cukup. Kuala Nerus mohon menyokong usul perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Duli Tuanku Baginda Yang di-Pertuan Agong, wallahua’lam. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Dipersilakan Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Assalamualaikum, kan sayang rakamayon. Salam Malaysia Madani, salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan.
Gunung Kinabalu megah berdiri, Pohon rendang tempat berteduh,
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Titah Tuanku kami hayati, Membina bangsa teguh dan utuh. Terima kasih diucapkan kepada Yang di-Pertua Dewan di atas peluang yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya ingin membangkitkan satu isu yang amat penting dan mendesak iaitu keperluan untuk Sabah dan Sarawak menambahkan bilangan kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. Isu ini bukan sahaja berkaitan dengan pembahagian kerusi yang saksama tetapi juga dengan keadilan dan perwakilan yang setara bagi rakyat di kedua- dua wilayah ini.
Perbandingan yang saya bawa hari ini akan menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya penambahan kerusi ini. Mari kita lihat kepada Parlimen Tenom di Sabah yang mempunyai keluasan sekitar 2,776 kilometer persegi, jauh lebih besar. Hanya mempunyai seorang wakil rakyat Parlimen, berbanding dengan kawasan-kawasan Parlimen di Semenanjung seperti Arau dan Kangar yang masing-masing mempunyai keluasan sekitar 222 kilometer persegi dan 141 kilometer persegi iaitu perbezaan keluasan kawasan melebihi 10 kali ganda dan masing-masing diwakili oleh wakil rakyat Parlimen.
Ini jelas menunjukkan perlunya penambahan kawasan Parlimen supaya lebih ramai wakil dapat menyuarakan hak penduduk setempat di dalam Parlimen. Tambahan pula, jumlah peruntukan pembangunan yang diberikan adalah sama untuk setiap Parlimen iaitu berjumlah RM2 juta setahun. Mana mungkin dengan jumlah peruntukan sebanyak itu, kawasan di Sabah berupaya untuk setara dari aspek pembangunan dengan kawasan di Semenanjung.
Justeru itu, wujud keperluan agar jumlah peruntukan Parlimen di wilayah Sabah dan Sarawak ini dipertimbangkan untuk ditambah. Misalnya, kepada lima hingga 10 kali ganda agar pembangunan yang kini kian jauh ketinggalan dapat disetarakan kembali. Selain itu, Sabah dan Sarawak layak mendapat lebih banyak perwakilan di Dewan Rakyat berdasarkan faktor populasi yang kian meningkat dan keluasan wilayah yang besar. Ketika ini, kedua-dua wilayah hanya memiliki lima, enam kerusi Parlimen, jauh lebih rendah daripada kuota 1/3 iaitu 74 kerusi yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, kuota ini sepatutnya diisi oleh Sabah dan Sarawak. Namun, ketidakseimbangan masih berlaku. Oleh itu, penambahan 22 kerusi lagi adalah mendesak untuk mencapai 35 peratus perwakilan seperti mana yang telah dijanjikan di dalam MA63. Langkah ini bukan sahaja menepati komitmen MA63 tetapi juga memastikan keadilan dalam sistem perwakilan negara. Saya percaya dengan tambahan kerusi ini, suara rakyat di pedalaman dan luar bandar Sabah serta Sarawak dapat diperjuangkan dengan lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengangkat satu isu kritikal yang kian mengancam kestabilan sosioekonomi serta kesejahteraan penduduk di Tenom dan Kemabong iaitu mengenai hakisan tebing Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Saya difahamkan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Tenom telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi melaksanakan projek
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
penstabilan sungai ini sejak Rancangan Malaysia Ke-11 lagi. Namun sehingga kini, ianya masih belum lagi direalisasikan.
Oleh itu, saya menyeru, memohon agar projek penstabilan sungai ini dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 sebagai langkah intervensi strategik bagi melindungi kepentingan dan kesejahteraan penduduk yang terjejas. Justeru itu, antara kawasan yang sangat memerlukan projek ini adalah Kampung Batu-Batu, Kampung Mendalam Lama, Kampung Tinibui, Kampung Toman Talik, Kampung Vinsilon, Kampung Liuh Lagud, Kampung Pal Batu 10, Kuala Sungai Api, Kampung Kuala Tomani, Kampung Pal Seberang dan Kampung Panan Tomon.
Tuan Yang di-Pertua, keterjaminan makanan bukan sekadar bergantung kepada kapasiti pengeluaran hasil pertanian tetapi juga memerlukan infrastruktur, accessibility jalan perhubungan dan logistik yang efisien. Oleh itu, keadaan jalan perhubungan yang daif, berlubang serta jambatan yang uzur menjadi halangan utama kepada pekebun kecil di Tenom dalam mengangkut hasil tanaman untuk dipasarkan. Justeru itu, saya memohon agar pihak kerajaan dapat memperbanyakkan peruntukan kepada jalan-jalan pertanian ini, terutamanya di Tenom, bagi membantu golongan petani mengeluarkan hasil mereka dengan lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai prestasi syarikat konsesi yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan jalan raya Persekutuan di Sabah, khususnya yang menghubungkan jalan ke Tenom iaitu Kimanis-Keningau dan Tenom- Sipitang yang sangat teruk akan kerosakannya seperti jalan berlubang sehingga menyebabkan tayar dan kenderaan mengalami kerosakan di tengah jalan. Malah lebih teruk, mengalami kemalangan akibat jalan raya ini yang tidak di selenggara dengan baik.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Pertama, adakah terdapat penilaian berkala terhadap prestasi syarikat konsesi yang dilantik, misalnya dua tahun sekali?
Kedua, jika syarikat konsesi gagal mencapai standard yang ditetapkan, adakah kerajaan bercadang untuk menilai semula kontrak mereka dan melantik syarikat yang lebih berkelayakan? Ketiga, adakah mekanisme pemantauan yang lebih ketat akan diperkenalkan bagi memastikan kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan berkualiti dan mengikut jadual? Keempat, adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan kontrak ini kepada syarikat tempatan di setiap zon Parlimen? Memandangkan ianya akan di sub kontrak kepada kontraktor tempatan juga.
Selain itu, antara salah satu punca utama kerosakan jalan di Sabah ialah kehadiran lori-lori melebihi muatan, khususnya lori balak dan lori sawit yang membawa muatan melebihi had yang ditetapkan. Justeru itu, untuk menangani masalah ini, saya mencadangkan agar:
(i) kerajaan mempertimbangkan mewujudkan pembinaan pusat timbang muatan di lokasi strategik bagi memastikan lori yang beroperasi tidak membawa muatan yang berlebihan;
(ii) pemantauan ketat dan penguatkuasaan lebih tegas terhadap syarikat pengangkutan yang melanggar peraturan had muatan; dan
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
(iii) pengenalan teknologi pemantauan digital seperti pengawasan berat muatan secara automatik di beberapa laluan utama bagi mengesan kenderaan yang membawa muatan melebihi had.
Selain itu, faktor geologi Sabah, terutamanya di kawasan seperti di Tenom ini yang mempunyai tanah gambut dan lembut, menjadikan jalan raya di kawasan ini lebih mudah rosak dan memerlukan teknologi serta bahan yang lebih sesuai bagi memastikan ketahanan jangka panjang.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan meneroka alternatif seperti penggunaan teknologi jalan yang lebih tahan terhadap pergerakan tanah. Saya juga mohon Kerajaan Persekutuan menambah laluan Tenom ke Keningau terutama jalan yang berbukit yang sering mengundang masalah kepada pengguna jalan raya terutama apabila lori-lori membawa muatan besar bergerak sangat perlahan ketika menaiki bukit dan tidak disediakan laluan untuk memotong bagi kenderaan lain. Jika perkara ini diatasi sudah pasti kadar kemalangan di kawasan ini dapat dikurangkan.
Tuan Yang di-Pertua, industri getah merupakan salah satu sektor utama yang menyumbang kepada ekonomi negara khususnya bagi pekebun kecil di luar bandar. Namun, meskipun harga getah secara purata kini telah melepasi paras RM3.50 sekilo iaitu RM3.98 bagi Semenanjung, RM3.60 bagi Sabah dan RM3.47 bagi Sarawak, berdasarkan harga pada 17 Februari 2025, namun realitinya kadar ini masih belum mencapai tahap yang benar-benar selesa bagi penoreh disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup. Sekiranya tiada inisiatif bersasar untuk membantu pekebun kecil ini, kita berdepan risiko mereka akan beralih kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan sebagai mana yang pernah berlaku dalam industri koko apabila berlaku peralihan pekebun daripada koko kepada tanaman lain, mengakibatkan penurunan mendadak dalam output pengeluaran koko negara.
Kesannya meskipun harga koko kini tinggi tetapi kita terpaksa bergantung kepada import bagi memenuhi permintaan industri hiliran. Jika trend peralihan tanaman ini berlaku secara meluas dalam industri getah ia nya akan menyukarkan Malaysia untuk kembali bangkit sebagai pengeluar utama getah. Justeru, kerajaan perlu merangka dasar yang lebih progresif bagi menjamin daya tahan sektor ini di masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, isu pemilikan dan perolehan tanah sering menjadi faktor utama yang melambatkan pembinaan sekolah baharu khususnya di kawasan pendalaman Sabah termasuk Parlimen Tenom yang memerlukan akses pendidikan yang lebih baik. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah kerjasama strategik di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi menangani isu ini? Dan yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya melahirkan kebimbangan warga Tenom di atas kekurangan doktor berpengalaman dan doktor pakar terutama yang melibatkan kes-kes kecemasan. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, apakah langkah-langkah kementerian menangani permasalahan ini?
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan, besarlah harapan Tenom agar setiap perkara yang telah diutarakan sebentar tadi mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Akhir kata, Tenom menyokong usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Seterusnya, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Saya ingin merafak sembah setinggi-tinggi junjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Baginda sempena pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen yang Kelima Belas.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pagi tadi ada sekumpulan anak muda daripada Sekretariat Rakyat Benci Rasuah telah berkumpul untuk menghantar memorandum di Parlimen. Mereka berkumpul bukan di luar Dewan yang mulia ini iaitu di tempat yang di panggil lobi. Baik, dalam bahasa Melayu atau pun bahasa Inggeris ruang di luar Dewan mulia ini dinamakan lobi. Lobi maksudnya tempat untuk kita merayu atau pun membuat pujukan kepada Menteri-menteri, kepada Ahli-ahli Parlimen mahupun kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk menuntut sesetengah tuntutan perjuangan atau pun supaya sesebuah dasar kerajaan dilaksanakan atau pun tidak dilaksanakan. Itu namanya lobi. Tapi kumpulan anak muda ini saya lihat tak ramai, polis pun lebih ramai daripada mereka.
Mereka tidak berkumpul di sini, tidak berkumpul di dalam perkarangan Parlimen, mereka telah diletakkan atau pun tempat berkumpul mereka terletak lebih daripada 500 meter jauhnya daripada sempadan atau pun perkarangan Parlimen. Saya lihat ini sesuatu perkara yang saya rasa sedih di mana kita menganggap institusi Parlimen ini merupakan satu institusi yang paling tinggi mewakili rakyat. Mewakili suara rakyat di negara kita tetapi sekumpulan anak muda yang namanya rakyat tidak dapat dibenarkan masuk ke dalam kawasan Parlimen hanya kerana mereka hendak mengemukakan tuntutan mereka.
Sama ada kita setuju atau tidak setuju tuntutan mereka itu, itu satu cerita lain tetapi apa yang tidak boleh kita nafikan adalah hak mereka untuk menyuarakan tuntutan mereka.
Maka saya harap perkara ini diambil perhatian dan diberikan ruang terutamanya bagi sesebuah kerajaan yang berjiwa rakyat yang sentiasa membela nasib rakyat, perlulah kita menyediakan satu ruang supaya mana-mana saja pihak, mereka sekiranya ingin menyuarakan tuntutan mereka, apa salahnya perkara itu berlaku di dalam perkarangan kawasan Parlimen.
Tidak salahnya bagi kawasan Parlimen yang saya semak melalui laman web, keluasannya lebih daripada 16 hektar. Tidak, saya tak – Tidak mustahil ya, tak ada satu ruangan untuk dikhaskan kepada kumpulan berkepentingan ini untuk berkumpul, untuk
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
mungkin menyerahkan memorandum kepada mana-mana pihak yang sudi menerima memorandum mereka selagi perkara itu dijalankan secara bertertib.
Maka, saya berharap perkara ini diletakkan sebagai satu keutamaan yang tertinggi.
Top priority bagi pihak pengurusan Parlimen dan juga pihak kerajaan, mana-mana bahagian atau pun kementerian yang bertanggungjawab terhadap perkara ini, supaya ada satu ruang khas, ya. Mungkin Speaker corner, mungkin satu tempat untuk supaya kumpulan ini boleh berkumpul, sama ada satu kelompok yang besar ataupun kecil, berapakah saiz dia, itu boleh di bincang. Itu boleh dibicarakan. Yang penting prinsipnya ialah ada satu ruang dan tempat, kelonggaran untuk mereka ini menyuarakan tuntutan mereka di dalam kawasan Parlimen.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang ingin saya menarik perhatian Dewan mulia ini adalah berkenaan dengan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak-anak autisme dan bagaimanakah kerajaan dapat memperkukuhkan pendekatan secara menyeluruh iaitu whole government approach dalam menangani isu ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, autisme bukan sekadar isu individu tetapi ia melibatkan keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Ibu bapa yang mempunyai anak dengan autisme menghadapi pelbagai cabaran dari segi diagnosis awal, akses kepada terapi, pendidikan khas, latihan dan sokongan kewangan. Walaupun kita kena akui bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pendidikan. Malah masih terdapat jurang yang perlu diatasi supaya usaha yang dilaksanakan ini benar-benar inklusif dan efektif.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kajian menunjukkan bahawa usia medium untuk diagnosis autisme di Malaysia adalah 48 bulan. Ini menunjukkan bahawa terdapat kelewatan yang serius dalam pengesanan awal yang sepatutnya dilakukan seawal usia 18 bulan melalui saringan di klinik kesihatan. Maka, isu kekurangan pakar di hospital menyebabkan masa menunggu yang lama untuk mendapatkan diagnosis rasmi terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, walaupun kita mempunyai pusat intervensi awal seperti PERMATA Kurnia, jumlahnya masih tidak mencukupi. Perkara ini memaksa ibu bapa mendapatkan terapi di pusat swasta yang begitu mahal. Kos terapi seperti applied behavior analysis, terapi pertuturan, terapi cara kerja boleh mencecah ribuan ringgit sebulan.
Perkara ini telah membebankan terutamanya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Setakat ini hanya terdapat 900 —Minta maaf. 498 ahli terapi pertuturan dan bahasa serta 2,473 ahli terapi cara kerja yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Angka ini jauh daripada mencukupi untuk menangani peningkatan jumlah kanak-kanak autisme di negara ini. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 6,000 Jurupulih Perubatan Cara Kerja (OT) dan Juruterapi Percakapan bagi mengimbangi peningkatan jumlah kanak-kanak yang mengalami kecelaruan spektrum autisme (ASD).
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kekurangan tenaga kerja dalam bidang terapi telah menyebabkan proses pemulihan kanak-kanak autisme di hospital kerajaan terganggu dengan jarak tempoh dan temu janji rawatan yang mencecah sehingga enam bulan. Ini bertentangan dengan keperluan idea di mana sesi terapi sepatutnya dijalankan seminggu sekali bagi memastikan keberkesanan terapi ataupun intervensi tersebut.
Maka, di sinilah kita lihat betapa seriusnya perkara ini. Pada masa yang sama, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jumlah murid berkeperluan pendidikan khas telah meningkat kepada 107,020 murid setakat pada Januari 2023. Namun, bilangan guru pendidikan khas yang dilatih setiap tahun masih belum mencukupi untuk menampung peningkatan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bakri, boleh mencelah?
Boleh mencelah?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Masa tidak mengizinkan. Saya minta maaf.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tak apa. Ini hendak support fasal autisme. Boleh Bakri?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Duduk Tanah Merah.
Teruskan Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Masa tidak berapa —Minta maaf ya. Saya hendak habiskan...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tetapi saya setuju, sokong fasal hal autisme. Saya sokong.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya faham. Masalahnya hujah saya masih belum habis lagi...
[Ketawa] Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada tahun 2020, seramai 180 pelajar telah ditawarkan tempat dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Khas) dengan jumlah bekalan guru baharu untuk tahun 2023-2025 dianggarkan seramai 516 orang.
Angka ini jelas tidak mencukupi berbanding dengan peningkatan jumlah permintaannya.
Stigma terhadap kanak-kanak autisme masih wujud dalam masyarakat menyebabkan mereka dan keluarga mereka menghadapi diskriminasi di sekolah, di tempat kerja dan ruang awam. Ramai ibu bapa terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak mereka yang menghadapi masalah autisme, menambahkan tekanan ekonomi dan keluarga.
Sokongan psikologi untuk ibu bapa dan penjaga masih kurang diberikan perhatian.
Untuk memastikan kanak-kanak autisme mendapat peluang yang lebih baik, kerajaan perlulah memperkukuhkan kerjasama antara kementerian dan memperluaskan dasar sedia ada. Saya mencadangkan supaya beberapa perkara yang dibawa diberikan perhatian.
Pertama, mencepatkan diagnosis dan akses kepada rawatan iaitu menambah jumlah pakar dan klinik khas autisme di hospital kerajaan bagi mempercepatkan proses diagnosis.
Memperkenalkan ujian saringan autisme yang lebih awal di klinik kesihatan dan tadika bagi mengesan tanda-tanda autisme seawal usia 18 bulan. Menambah bilangan pusat intervensi awal di setiap negeri dengan akses subsidi untuk keluarga berpendapatan rendah.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kedua, menyediakan dana khas untuk terapi rawatan iaitu pertama, menambah peruntukan bagi menampung kos terapi autisme termasuk menyediakan baucar terapi untuk keluarga B40 dan M40. Kerjasama dengan sektor swasta dan NGO bagi menawarkan terapi berkualiti dengan harga yang lebih mampu milik dan mewujudkan skim insurans kesihatan khas untuk kanak-kanak autisme bagi membantu keluarga menampung kos rawatan jangka panjang.
Ketiga, memperkasakan sistem pendidikan khas dan inklusif dengan menambah bilangan guru pendidikan khas yang terlatih melalui peningkatan pengambilan dalam program PISMP (Pendidikan Khas) dalam latihan semula guru arus perdana dan melaksanakan program pendidikan inklusif dengan lebih menyeluruh.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan perlu bertindak segera untuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak autisme yang tercicir daripada mendapat hak mereka. Kita tidak boleh membiarkan kelemahan sistem menyekat potensi kanak-kanak ini yang berhak mendapat peluang yang sama seperti anak-anak yang lain. Masa depan mereka bergantung pada dasar yang kita rangka pada hari ini.
Maka, saya menyeru kerajaan supaya meningkatkan peruntukan untuk mempertingkatkan pendidikan khas, mempercepatkan pelantikan pakar terapi dan mengurangkan masa dan prosedur dalam mendapatkan rawatan. Pendekatan whole-of- government approach perlu diperluaskan dengan memastikan kerjasama erat antara kementerian-kementerian yang berkaitan khasnya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta penglibatan aktif NGO dan sektor swasta.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar inklusif dan mesra autisme di mana setiap kanak-kanak tanpa mengira perbezaan dapat membesar dalam persekitaran dan menyokong perkembangan mereka secara holistik. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sila Yang Berhormat Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk Saratok mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengetengahkan isu PETRONAS, PETROS dan MA63.
Saya merujuk kepada penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam iaitu berkenaan dengan rundingan di antara PETRONAS dan PETROS.
Pertama kali, kita perlu akui bahawa MA63 adalah asas utama ataupun founding pillars yang menjamin hak Sabah Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia. Perjanjian ini bukan sekadar dokumen sejarah tetapi konteks sosial bagi menggariskan kedudukan istimewa Sabah Sarawak di dalam aspek keadilan dalam pembangunan ekonomi, pengurusan sumber asli serta autonomi negeri.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Di antara intipati ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah PETRONAS berfungsi sebagai entiti milik Kerajaan Persekutuan terus untuk mengekalkan kuasa dominan dalam pengurusan sektor gas dan ini selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Sarawak juga melalui Distribution of Gas Ordinance 2016 akan memainkan peranan yang penting sebagai gas aggregator di Sarawak di peringkat pertengahan.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Saya risau sebenarnya Tuan Yang di-Pertua sekiranya isu ini tidak ditangani dengan baik boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dan akan merugikan kedua-dua belah pihak. Malahan, kononnya akibat daripada isu PETRONAS-PETROS ini kedengaran ada desas-desus mengatakan PETRONAS akan melaksanakan right-sizing exercise dengan izin. Dia akan mengakibatkan ribuan pekerja PETRONAS kehilangan kerja. Ada juga berita sensasi di sosial media yang mengatakan PETRONAS akan kehilangan 90 peratus keuntungan sekiranya memenuhi tuntutan daripada Sarawak ini.
Saya fikir anggapan tersebut tidak berasas sama sekali kerana apa juga rundingan di antara PETROS dan PETRONAS mesti dilaksanakan dengan adil, telus dan dengan semangat kerjasama untuk mewujudkan win-win situation. Kita nak PETRONAS terus melabur dengan banyak di Sarawak, baik di peringkat huluan dan juga di peringkat hiliran di mana Sarawak akan juga mendapat keuntungannya.
Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Dewan ini, baru sebentar tadi kenyataan media daripada Premier Sarawak menyatakan persetujuan Sarawak terhadap ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam. Saya masih ingat juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun pernah berkata, “tidak payah bincang lagi, kita laksanakan sahaja”.
Sarawak mempunyai dasar sendiri dalam industri gas yang dipanggil Sarawak Gas Roadmap Potensi Ekonomi Rendah Karbon. Di dalam perancangan jangka masa panjang ini, Sarawak memerlukan bekalan gas yang terjamin pada mulanya sebanyak RM1.2 bilion kaki padu dan akan bertambah di masa yang akan datang dan semalam juga Perdana Menteri menyatakan bekalan ini gerenti daripada PETRONAS.
Sebenarnya kita harus mengambil iktibar daripada Kerajaan Prihatin semasa Pagoh menjadi Perdana Menteri yang telah menyetujui permintaan Sarawak di dalam tuntutan pelaksanaan cukai hasil, sale tax daripada minyak dan gas dari Sarawak. Persetujuan ini adalah selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dipelopori Kerajaan Prihatin.
Jumlah bayaran cukai jualan ini adalah RM18.66 bilion setakat suku ketiga 2024. Ini merupakan jumlah yang besar. Dengan dana hasil yang besar ini, Sarawak akan dapat membina infrastruktur yang moden setaraf dengan di Semenanjung.
Isu banjir di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, di Saratok akibat daripada musibah banjir baru-baru ini, kerja membaik pulih benteng atau ban yang perlu dilakukan perlu diambil perhatian segera dan kawasan yang terbabit adalah di kawasan Sungai Seblak iaitu Blok 9, lokaliti Lubok Gerami, Kampung Ulu Sungai Benang dan saliran dan benteng skim padi Plunga, Sessang di kawasan Jelupang. Ban yang pecah dari kawasan Lubok Gerami telah
Datuk Ali anak Biju - Saratok
mengakibatkan kerugian besar warga petani, pekebun kerana banjir telah memusnahkan lebih 60 hektar tanaman. Petani dan pekebun di Kampung Sessang, Nyabor, Alit dan Kabong amat terkesan akibat musibah banjir dari ban pecah ini.
Walaupun kawasan pertanian di situ di bawah seliaan DID dan juga IADA dan telah pun dimaklumkan, akan tetapi kerja-kerja baik pulih tidak dapat dibuat kerana ketiadaan dana.
Ini akan menjejaskan mata pencarian petani, pekebun di situ yang rata-ratanya daripada golongan berpendapatan rendah B40. Oleh yang demikian, saya menyeru kementerian yang bertanggungjawab agar membaik pulih ban-ban atau benteng di kawasan berkenaan dan jangan beralasan tidak ada dana. Ini kerana pada setiap tahun Dewan ini memperuntukkan bajet yang besar berbilion-bilion untuk membuat atau membaiki benteng dan ban di seluruh negara.
Rakyat mungkin syok mendengar angka berbilion ini tetapi malangnya yang paling terkesan adalah golongan B40 pekebun petani di kawasan tersebut tidak mendapat bantuan baik pulih ban yang sewajarnya. Bagilah peruntukan kepada IADA atau DID RM4 ke RM5 juta sahaja untuk membaik pulih ban di kawasan tersebut, tak perlu berbilion-bilion pun.
Kejadian jambatan runtuh di SK Ulu Kabo. Kejadian jambatan runtuh ini adalah akibat daripada musibah banjir baru-baru ini juga bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian penduduk setempat, malah telah membimbangkan lagi pelajar-pelajar mungkin terpaksa mengambil risiko menggunakan perahu ataupun sampan kecil untuk menyeberangi sungai ke sekolah tersebut.
Demi mengatasi risiko menggunakan perahu untuk menyeberangi Sungai Kabo, pihak KPM telah memperkenalkan semula sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR). Ini adalah amat menyedihkan kerana sistem ini tidak berapa berkesan dan hanya diguna pakai semasa zaman COVID-19 dulu. Alangkah peliknya sekarang 2025, PdPR ini terpaksa digunakan semula. Berapa lamakah lagi murid di sekolah SK Ulu Kabo ini perlu menggunakan PdPR ini? Jawapannya adalah jelas, sehingga penyelesaian yang tuntas dilaksanakannya itu bina semula jambatan gantung tersebut.
Memandangkan jambatan gantung ini di bawah pihak berkuasa tempatan, saya menyeru pihak kementerian membina semula jambatan gantung itu seberapa segera demi keselamatan anak-anak sekolah di SK Ulu Kabo. Melalui pengalaman saya terdahulu, kos membina jambatan gantung ini adalah lebih kurang RM250,000 sahaja di mana IADA menjadi agensi pelaksananya dulu. Menteri KPKT boleh meluluskan permohonan ini dengan cepat.
SK Ulu Kabo ini merupakan salah sebuah daripada sekolah daif di Sarawak. KPM bersetuju untuk membina baru dan memindahkan ke tapak baharu yang lebih sesuai, jauh daripada risiko banjir dan di tepi Jalan Awik, Ulu Kabo. Dan saya difahamkan, tapak baharu sudah pun dikenal pasti dan dengan ini saya juga ingin meminta pencerahan akan status pemulihan tapak baharu SK Ulu Kabo ini. Sudahkan KPM membuat – melalui Kerajaan Sarawak membayar pampasan kepada tuan punya tanah tersebut? Mengikut perancangan yang sedia ada, bilakah pembinaan fizikal sekolah baharu tersebut dapat dimulakan? Ibu
Datuk Ali anak Biju - Saratok
bapa di kawasan tersebut sememangnya mengharapkan projek bina baharu ini dapat dilaksanakan dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, banjir ini adalah disebabkan banyak faktor. Yang pertama adalah faktor perubahan iklim global dan pembangunan yang tidak terkawal telah menyumbangkan kepada peningkatan kekerapan banjir sekali gus memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat harian. Banjir berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan kerosakan teruk infrastruktur kediaman dan hasil pertanian di sembilan daerah termasuk di kawasan Bintulu yang teruk kena banjir. Oleh itu, saya mendesak agar kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana fokus kepada projek tebatan banjir ataupun pendalaman sungai yang dapat membantu mengawal aliran sungai dan mengurangkan risiko limpahan ketika musim hujan akan menjadi bertambah buruk apabila air pasang besar.
Selain itu, teknologi terkini perlu digunakan dalam projek-projek tebatan banjir bagi memastikan keberkesanan jangka panjang. Selain projek tebatan banjir, saya juga ingin menekan kepada pentingnya sistem amaran awal banjir dan ramalan kaji cuaca yang lebih moden dan berkesan. Sistem amaran awal banjir yang kita ada sekarang perlu dinaik taraf dan dimodenkan untuk memberikan maklumat yang tepat dan lebih awal kepada penduduk di kawasan risiko tinggi.
Dengan kemajuan teknologi, kita boleh memperkenalkan sistem amaran banjir menggunakan data satelit, radar cuaca dan sensor. Ini membolehkan penduduk mengambil tindakan yang lebih pantas untuk menyelamatkan diri dan harta benda mereka. Sistem amaran banjir juga yang moden bukan sahaja penting untuk memberi amaran awal, tetapi juga untuk membantu dalam usaha menyelamat dan penyaluran bantuan semasa dan selepas bencana banjir.
Memandangkan masa sudah habis, dengan ingin saya ingin menyudahi ucapan saya dengan menyokong Titah Ucapan Diraja pada sidang kali ini, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Seterusnya Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Titah Diraja.
Raja dan rakyat berpisah tiada, Berbudi bahasa berhemah tinggi, Masalah rakyat dikongsi bersama, Daulat Tuanku Allah Berkati. Menjunjung kasih atas Titah Tuanku sesungguhnya atas kebijaksanaan Tuanku dalam memayungi negara telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, damai, dihormati dan dilimpahi keberkatan. Patik dan seluruh rakyat Beaufort juga
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
mendoakan kesejahteraan Tuanku agar diberi kesihatan dan juga keafiatan yang baik, Daulat Tuanku.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Dato’ Yang di-Pertua, pada tahun 2024, Malaysia telah mencapai pertumbuhan KDNK 5.1 peratus dan jumlah perdagangan mencatat RM2.88 trilion. Prestasi ekonomi Malaysia ini disokong oleh penggunaan domestik yang kukuh, sektor eksport utama, usaha kemampanan dan peranan negara sebagai hab pelaburan yang semakin aktif.
Dato’ Yang di-Pertua, kita maklum bahawa blok ekonomi dan dasar ASEAN yang terdiri daripada 10 negara Asia Tenggara, muncul sebagai ekonomi negara terbesar di dunia dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM3.8 trilion pada 2023 dan gabungan penduduk berjumlah 677 juta. Saya amat mengharapkan agar Kerajaan Malaysia selaku Pengerusi pada tahun ini dapat manfaatkan peluang ini dengan menjadikan pemacu utama kepada ASEAN dalam menarik lebih ramai pelabur.
Malaysia adalah satu-satunya anggota ASEAN yang mengambil bahagian secara aktif dalam Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan BRICS. Pembabitan dalam pelbagai perjanjian membolehkan Malaysia mempelbagaikan rakan dagangannya dan mengembangkan pasaran barangan dan perkhidmatan sekali gus mampu memacu pertumbuhan ASEAN itu sendiri. Kekuatan inilah yang kita perlukan sebagai sebuah kerjaan yang stabil dan mampu menjadi ikon kepada Harimau Asia.
Dato’ Yang di-Pertua, saya memanggil saranan daripada Titah Tuanku agar kerajaan ini dapat manfaatkan sumber kekuatan negara yang diagihkan kepada rakyat dengan penuh tertib dan berhemah. Pelaksanaan subsidi bersasar merupakan langkah yang tidak muflis tetapi memberi impak positif dalam mengatasi masalah kesenjangan rakyat. Subsidi bersasar memainkan peranan penting dalam memupuk ekonomi manusiawi dengan menangani ketidaksamaan masyarakat, menegakkan kebajikan sosial dan mewujudkan masyarakat yang adil dan juga inklusif.
Langkah kerajaan melalui pelaksanaan subsidi bersasar diesel pada tahun lalu telah memberikan penjimatan kira-kira RM7.2 bilion kepada negara. Penjimatan ini akan memberi ruang kepada kerajaan untuk mengagihkannya kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Keluarga Malaysia dan juga Sumbangan Tunai RAHMAH. Selain itu, ia juga mampu digunakan untuk tujuan infrastruktur, pembangunan yang mampu merapatkan jurang pembangunan di antara bandar dan juga luar bandar. Inilah harapan yang dizahirkan melalui ucapan Titah Tuanku.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam rangka usaha Malaysia mencapai sebuah negara maju dan juga menjadi ikon sebagai Harimau Asia, saya mengharapkan agar kawasan Parlimen Beaufort juga tidak ketinggalan dalam dipacu arus pembangunan, terutama dari aspek kebajikan rakyat dan juga pembangunan infrastruktur.
Dato’ Yang di-Pertua, pada 6 sehingga 10 Februari yang lepas, Beaufort telah dilanda banjir yang telah menjejaskan lebih 1,000 isi rumah dan 507 orang telah dipindahkan ke pusat
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
pemindahan banjir di dua tempat. Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Bakalau, Mempagar, Klias Baru, Kubu, Malalugus, Bingkul, Kampung Batu Enam Puluh, Jempanga, Kebulur dan juga Ulu Klias.
Dato’ Yang di-Pertua, permasalahan ini setiap tahun pasti akan membelenggu rakyat di Beaufort. Banyak kajian yang telah dilaksanakan berkenaan dengan punca banjir dan juga langkah mengatasinya. JPS sendiri telah membuat kajian berkenaan Integrated River Basin Management (IRMB) Sungai Padas pada tahun 2019. Begitu juga dengan kajian total maximum daily loads (TMDL) Sungai Padas 2024 namun pelaksanaan terhadap kajian ini belum lagi dilaksanakan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa perlunya komitmen daripada kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Atas dasar itu, saya memohon agar pelaksanaan kerja pemulihan Sungai Padas Beaufort, Sabah dalam RMKe-13 dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan kerja pertahanan tebing Sungai Bakalau Beaufort dan kerja penyelenggaraan Sungai Malabau Beaufort dapat dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah banjir yang sering kali membantai rakyat di kawasan saya.
Dato’ Yang di-Pertua, semasa banjir baru-baru ini, saya telah melawat SRK Batu 60 yang tidak boleh dilalui apabila jalan tersebut telah dinaiki air akibat limpahan dari Sungai Padas. Panjang jalan ini adalah 1.1 kilometer dan telah dinaiki lebih daripada satu meter tingginya. Kawasan ini juga terdapat Sekolah Kebangsaan Batu 60 yang turut terjejas akibat banjir. Setiap kali banjir penduduk kampung akan terperangkap dan tidak boleh keluar kerana limpahan sungai ini deras dan boleh mengundang kepada kemalangan jiwa.
Atas dasar itu, semasa lawatan bersama OCPD, jurutera JKR dan jurutera JPS, Penolong Pegawai Permohonan Daerah Beaufort, kami telah melihat perlunya kerajaan mengambil inisiatif dengan melaksanakan kerja penambahbaikan dengan menaikkan aras jalan sehingga satu meter untuk jangka masa pendek dan perancangan jangka masa panjang dengan membina jalan dan jambatan baru dari jalan utama.
Begitu juga dengan SK Batu 60 yang pernah saya bangkitkan semasa bahas Belanjawan 2025 agar sekolah ini dipindahkan kerana kedudukan sekolah ini terlalu rendah dan berhampiran dengan Sungai Padas. Setiap tahun sekolah ini pasti akan dilanda banjir dan akan merosakkan infrastruktur sekolah. Saya mohon pertimbangan dari kementerian JKR dan juga pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap cadangan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Parlimen Beaufort telah mendapat Program Perumahan Rakyat (PPR) Selagon yang mana projek ini telah mula dibina pada tahun 2012 dan telah siap pada tahun 2014. Pemilikan bangunan pada masa ini masih lagi di bawah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah penyebab PPR Selagon ini sehingga ke hari ini belum lagi dapat diserahkan kepada penduduk yang layak? Apakah perancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah PPR Selagon ini agar ia dapat dimanfaatkan oleh rakyat?
Saya juga memohon kepada pihak kementerian atau KPKT agar pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Kedua di Parlimen Beaufort dapat dilaksanakan
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
memandangkan pada masa ini ramai penduduk kampung yang telah menerima notis pengosongan disebabkan tanah yang mereka duduki ini mahu dibangunkan untuk tujuan komersial oleh tuan tanah. Antara penduduk kampung yang terlibat adalah Kampung Bakalau, Kampung Jempanga, Kampung Melati dan juga Kampung Kuari yang melibatkan lebih 1,000 isi rumah yang akan kehilangan tempat tinggal.
Selaku Ahli Parlimen, sayalah yang paling merasa terkesan apabila melihat rakyat di kawasan saya kehilangan tempat berteduh. Ditambah lagi penduduk yang tinggal kampung tersebut merupakan golongan berpendapatan rendah dan merupakan orang tempatan. Saya memohon dan merayu kepada kementerian agar program perumahan rakyat di daerah Beaufort dapat dibina sebanyak 1,000 unit bagi menampung keperluan ini. PPR Selagon yang sedia ada pun hanya dapat menampung 67 isi rumah sahaja.
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa perlunya Dasar Perumahan Mampu Milik Negara ini diproaktifkan dengan melihat pelan perancangan pembangunan di sesuatu kawasan. Di Parlimen Beaufort misalnya, projek perumahan yang ada adalah di bawah inisiatif swasta di mana harga bagi seunit rumah dijual dengan harga tidak mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah.
Di Parlimen Beaufort juga masih banyak lagi tanah kerajaan yang boleh dibangunkan sebagai perumahan kepada rakyat. Namun, usaha ini perlu disokong oleh kementerian dengan meletakkan harga di bawah RM100,000 dengan mendapatkan subsidi daripada kerajaan. Dengan itu, kita akan dapat menyusun semula pendapatan penduduk yang akhirnya golongan berpendapatan rendah ini akan dapat menikmati rumah mereka sendiri atas inisiatif daripada Kerajaan Malaysia MADANI.
Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini juga saya ada melawat Klinik Kota Klias yang baru siap dibina. Saya mendapati perabot dan kelengkapan yang ada di Klinik Kota Klias ini perlu diganti kerana sudah terlalu usang dan tidak sesuai untuk digunakan. Saya mohon agar perkara ini diambil tindakan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin minta tambah sedikit masa. Seperti apa yang telah dititahkan oleh Tuanku agar kerajaan wajar terus menyokong pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan agar mereka juga turut mendapat manfaat dalam usaha pengorbanan mereka memastikan sistem rantaian bekalan makanan negara sentiasa terjamin.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Atas dasar itu, dalam ucapan Belanjawan lepas, setelah meminta agar Kementerian Pertanian di bawah Agensi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dapat menyediakan peruntukan baik pulih rumah kepada nelayan di Parlimen Beaufort. Saya memohon agar perkara ini dipermudahkan dan tidak melalui banyak birokrasi yang menyusahkan kepada nelayan.
Dato' Yang di-Pertua, begitu juga dengan komoditi negara. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perladangan dan Komoditi yang telah meluluskan dua batang jalan pekebun kecil di Parlimen Beaufort pada bulan November 2024. Namun Dato' Yang di- Pertua, saya merasakan ada keperluan agar kementerian ini mengkaji semula pelaksanaan
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
jalan ladang pekebun kecil ini untuk mengurangkan birokrasi bagi memastikan hasrat kerajaan itu benar-benar sampai kepada pekebun kecil. Saya difahamkan selepas proses kelulusan dari kementerian, ianya akan diserahkan kepada agensi di bawah kementerian yang terlibat seperti MPOB, LGM atau LKIM dan diselaraskan dengan Jabatan Pengairan Saliran yang akan mengatur tender dan menentukan kontraktor yang berjaya.
Proses ini sahaja telah mengambil masa berbulan-bulan dan sehingga hari ini, projek tersebut belum dapat dilaksanakan. Maka, saya mencadangkan agar kementerian mengkaji semula pelaksanaan ini dengan meletakkan tanggungjawab pelaksanaan tender dan kontraktor yang dipilih ini di bawah tanggungjawab agensi kementerian. Perkara ini penting agar ianya tidak melibatkan terlalu banyak pihak sehingga perkara mudah menjadi rumit.
Saya mohon cadangan ini dapat dipertimbangkan.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh cadangan agar RISDA menjadi pembeli getah tunggal untuk...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Minta lagi sikit, Dato’.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah banyak dah saya bagi, Yang Berhormat.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Sikit lagi ya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ingat gulunglah, Yang Berhormat.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Sekejap ya, ada sikit sahaja lagi.
Saya juga ingin menyentuh cadangan agar RISDA menjadi pembeli getah tunggal untuk getah yang dikeluarkan oleh pekebun kecil. Pada masa ini, pekebun kecil bergantung pada harga lantai yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM3 sekilo melalui Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan peruntukan kerajaan RM400 juta.
Maka saya melihat perlunya satu kerangka dasar bagi menyokong usaha pekebun kecil getah ini untuk mendapatkan harga getah yang lebih bermaruah dengan menjadikan RISDA sebagai pembeli tunggal dan boleh menjamin harga yang lebih kompetitif kepada pekebun kecil.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Usaha ini juga perlu disokong dengan pelaksanaan dasar oleh kerajaan yang perlu menetapkan stok getah tempatan atau dihabiskan terlebih dahulu sebelum input getah dilaksanakan serta penguatkuasaan cukai kepada getah yang diimport. Saya amat yakin dan percaya usaha ini bukan sahaja dapat memberi penjimatan kepada kerajaan daripada menanggung IPG tetapi turut memperkasa industri getah negara untuk kekal kompetitif di pasaran antarabangsa dan akhirnya pekebun kecil getah ini juga akan turut mendapat manfaat yang lebih besar.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Dato' Yang di-Pertua, kesimpulannya, Kerajaan MADANI hari ini terbina atas dasar semangat dan juga kesatuan yang telah berjanji untuk tidak sesekali melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam, keistimewaan Melayu-Bumiputera, kedaulatan Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu. Saya tegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Beaufort tidak menyokong sama sekali cadangan untuk melantik Menteri Hal Ehwal Agama Lain kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Perpaduan telah diamanahkan untuk memacu Agenda Perpaduan Nasional bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia terjaga dan terpelihara.
*Gagah mematuk ayam serama, Sambil memagut daun pegaga, Janganlah cuba melaga-laga, Kelak binasa diri merana.
Akar keladi melilit erat, Selasih tumbuh di hujung taman, Harapan Beaufort dengan hasrat, Minta PMX jangan hampakan.* Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Beaufort mohon memohon. Tan Sri Yang di-Pertua, Beaufort mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Beaufort. Pantun yang cantik baurnya. Baik, saya jemput Jerantut. Jerantut ada 10 minit.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Ya. Bismilllahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk berbahas di dalam Titah Diraja ini. Izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan memetik sepotong ayat Al-Quran daripada surah Al-Nisa, ayat 59, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri yakni orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu”. Dalam konteks sistem Demokrasi Berparlimen dan juga Raja Berperlembagaan, ianya jelas Ulil Amri yang disebutkan dalam ayat ini adalah pemimpin yang berkuasa seperti Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah. Namun, ketaatan kepada Ulil Amri, ia tidak bersifat mutlak tetapi ia harus selari dengan prinsip keadilan Islam. Oleh yang demikian, sebagaimana kita mengangkat Titah Yang di-Pertuan Agong kali ini sebagai panduan dan tatacara untuk pentadbiran, maka sewajarnya Titah Diraja itu wajib dituruti, termasuklah Titah Adendum yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan itu juga wajib dilaksanakan.
Begitu juga dengan penataan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan Islam sebagai Agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta elemen kebebasan yang terkawal berteraskan adat ketimuran dan kontrak sosial. Ianya wajib dipatuhi oleh semua warganegara Malaysia, apatah lagi golongan legislatif, pembuat dasar seperti kita.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sebagai teguran kepada kita semua termasuk diri saya, golongan legislatif yang kurang ilmu atau sengaja buat-buat tak faham atau pun membutakan diri yang mencampuri urusan akidah umah Islam atas nama menghormati perpaduan kaum, adalah mereka yang mengamalkan politik sempit dan tidak bertanggungjawab serta wajar dihantar ke program PLKN untuk kembali belajar tentang Rukun Negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan sering mendabik dada dengan angka-angka mikroekonomi yang kononnya menunjukkan pertumbuhan namun realitinya, rakyat terus menderita. Rakyat di luar bandar masih miskin dan kos sara hidup di bandar semakin melambung. Di Sabah, kadar kemiskinan masih mencecah 20 peratus malah di daerah seperti Pitas, kadar kemiskinan adalah 53 peratus.
Kalau kita perhatikan kenaikan-kenaikan cukai yang memberi kesan yang terus kepada kos sara hidup, SST dinaikkan dari enam peratus ke lapan peratus. Subsidi bahan api semakin dikurangkan, yang menyebabkan harga barang naik mendadak. Tarif elektrik meningkat 15 peratus, cukai gula meningkat 80 peratus yang membebankan industri makanan dan juga minuman. Cukai dividen sebanyak 22 peratus diperkenalkan menekan pelabur kecil dan juga rakyat marhaen.
Selari dengan perbahasan Belanjawan peringkat dasar pada November lepas, sekali lagi saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar menangguhkan dahulu penyelarasan subsidi RON95 kerana ianya semestinya akan menghasilkan kesan berantai dan terus kepada rakyat.
[Tepuk] Pastikan mekanisme pelaksanaan itu menyeluruh dan dikaji dengan mendalam, barulah ianya dilaksanakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu tentang pajakan 28 helikopter yang bernilai RM16.6 bilion selama 15 tahun dan juga isu penyelarasan pencen veteran tentera. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, maka ada perbezaan nombor di sana dan saya yakin dan percaya pihak MINDEF telah melakukan cost-benefit analysis yang komprehensif sebelum membuat keputusan ini. Oleh yang demikian, bagi memastikan isu ini dapat diberikan maklum kepada semua Ahli Parlimen, saya mencadangkan agar isu ini, isu pajakan 28 helikopter ini dibawa ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk diteliti dan dikeluarkan penyatanya kepada semua Ahli Parlimen.
Kita harapkan sekiranya ada penambahbaikan, penjimatan daripada transaksi ini, adalah lebih afdal dan juga wajib untuk pihak MINDEF menyelesaikan isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara pada dan sebelum 1 Januari 2013 berteraskan kepada seksyen 187, Akta Angkatan Tentera 197. Ia di mana, perkhidmatan ATM mempunyai Peraturan- peraturan Angkatan Tetap 1982 yang membolehkan Majlis Angkatan Tentera membuat penyelarasan pencen yang melibatkan angkatan tentera. Pada tahun 2013, kerajaan melaksanakan pelarasan gaji kepada anggota ATM tetapi gagal untuk membuat pelarasan pencen.
Tan Sri Yang di-Pertua, peningkatan kualiti kecekapan dan kelestarian sektor pengangkutan khususnya dalam sektor pengangkutan yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara, isu keselamatan jalan raya saban hari semakin merisaukan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Statistik kemalangan dan kematian yang dikira dalam 5,364 setahun dan kemudiannya penambahan kenderaan di jalan raya, penunggang motosikal sebagai golongan yang paling terjejas serta kemalangan akibat kenderaan berat. Kerajaan perlu memberikan penekanan kepada penguatkuasaan yang lebih ketat dan sistem pemantauan bagi memastikan kenderaan berat tidak menjadi ancaman kepada pengguna jalan raya yang lain. Kami mohon pihak MOT untuk memberikan penjelasan yang terperinci terhadap krisis ini.
Seterusnya, Tan Sri Yang di-Pertua, seperti mana yang kita tahu, sektor pengangkutan adalah economic multiplier. Bukan sahaja menyokong perdagangan dan pergerakan rakyat, tetapi juga merangsang ekonomi dalam pelbagai industri lain seperti pelancongan, peruncitan dan pembinaan. Namun, kepentingan ini tidak dapat dirangsang sepenuhnya kerana kekangan kewangan kerajaan yang tidak mampu melabur lebih kepada infrastruktur pengangkutan. Jadi, saya berharap agar pihak kerajaan memanfaatkan keuntungan dari kos pembayaran tarif elektrik baru serta penyelarasan subsidi diesel agar diperkasakan ke arah penambahbaikan sistem infrastruktur pengangkutan.
Tan Sri Yang di-Pertua, meningkatkan pelancongan kerjasama bersama. Saya ingin membawa perhatian Dewan ini berkenaan dengan isu di Taman Negara Jerantut yang terletak di Kuala Tahan. Pertama, berkenaan dengan Canopy Walk Taman Negara. Mohon kementerian yang berkenaan sama ada MOTAC atau NRES untuk menyatakan perkembangan terkini penyelenggaraan canopy walk ini. Dikhabarkan yang lama masih lagi tidak selesai dibaiki, namun yang baru juga tidak dibuka. Ini penting kerana canopy walk memberi satu pengalaman yang sangat bernilai di Taman Negara.
Kedua, berkenaan dengan industri pelancongan di Jerantut. Saya selari dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat ADUN Tahan, iaitu sahabat saya Yang Berhormat Ustaz Mohd Zakhwan, di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Saya mohon sangat agar tempat-tempat bersejarah dan tradisional di sekitar Taman Negara ini diberikan perhatian dan dipromosikan sewajarnya. Contohnya, Pekan Kuala Tembeling yang mana adanya Jeti Kuala Tembeling yang merupakan laluan masuk klasik ke Taman Negara bermula akhir 1960- an sebelum adanya laluan darat.
Selain itu, banyak lagi tempat yang menarik yang boleh dikunjungi dan boleh diasah lagi menjadi tarikan pelancong seperti Via Ferrata di Kampung Paya Gunung, Labu Sentral di Kampung Labu, Pusat Konservasi Resing di Kampung Gol yang merupakan satu-satunya pusat pemulihan resing di negara ini. Kalau saya hendak senaraikan, banyak lagi tempatnya.
Namun, usaha ini tidak disambut oleh pihak MOTAC. Sehinggakan Utusan Malaysia mengeluarkan pautan bertajuk Bandar Jerantut Kini Sepi Tanpa Pelancong Luar.
Jadi, besarlah― saya berharap agar sektor pelancongan yang secara khususnya memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat ini dapat dirancakkan semula dan sebagai ahli Parlimen, saya bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya agar sektor pelancongan di Parlimen Jerantut dapat dirancakkan semula.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tan Sri Yang di-Pertua, Hospital Jerantut. Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon sedikit peruntukan supaya disalurkan kepada Hospital Jerantut agar dapat ditambah baik jalan utama menghala ke Hospital Jerantut. Kondisi jalan sekarang amatlah teruk khususnya dari PKD Jerantut ke hospital. Bangunan baru hampir siap. Jadi, sayang sekiranya jalan semasa ini teruk dan tidak memberikan keselesaan kepada pengguna.
Dengan pembukaan bangunan baru hospital baru ini, saya yakin akan berlakunya kekurangan sumber tenaga khususnya para jururawat. Jadi, saya memohon pihak Kementerian Kesihatan agar ditambah lagi jururawat di Hospital Jerantut ini agar meningkatkan kecekapan operasi harian Hospital Jerantut.
Tan Sri Yang di-Pertua, sedikit berkaitan dengan Rumah Generasi Kedua yang ingin dibina di atas tanah lot peneroka FELDA. Pada akhir 2023, pekeliling telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar Rumah Generasi Kedua yang dibina di atas lot peneroka generasi pertama dibenarkan kemasukan elektrik dan air. Ini merupakan rentetan dari pelepasan yang diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada warga FELDA agar dapat dibina rumah generasi kedua di atas lot generasi pertama. Namun, tempohnya hanyalah sehingga Disember 2023.
Jadi, saya mohon agar pihak kerajaan teruskan inisiatif ini agar lebih ramai generasi kedua yang tidak mampu membeli tanah ataupun tidak dapat memohon Skim Tanah Rakyat
(STR) dapat membina rumah sendiri walaupun di atas lot tanah ayah ataupun ibunya. Kita pohon agar dapat dipinda Akta GSA 1960 demi anak-anak peneroka generasi kedua FELDA.
Second last, Tan Sri Yang di-Pertua, tentang PETRONAS.
Tuan Yang di-Pertua
Second last?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Second last. Sedikit sahaja tentang Petronas sebab instrumental sedikit. Sebab saya bekas staf PETRONAS.
Kita dimaklumkan baru-baru ini ada pengumuman tergempar daripada Presiden PETRONAS berkenaan dengan rightsizing exercise yang mungkin akan menyebabkan 15,000 ke 16,000 warga PETRONAS akan diberhentikan kerja. Kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah Menteri yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa mutlak ke atas PETRONAS melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pertama, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju dengan kenyataan PETRONAS bahawa syarikat generasi negara ini tidak lagi wujud menjelang 2035 sekiranya tidak dijalankan penyusunan semula syarikat dengan pengurangan pekerja secara besar-besaran?
Kedua, apakah Yang Amat Berhormat bersetuju warga kerja PETRONAS diberhentikan secara besar-besaran dalam masa harga minyak dunia mencecah USD75 setong iaitu dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada zaman kejatuhan minyak tahun 2014 hingga 2016 dan sewaktu pandemik covid sedunia 2020?
Ketiga, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju dengan pemberhentian warga kerja PETRONAS secara besar-besaran ini dalam keadaan PETRONAS masih mencatat
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
keuntungan selepas cukai berpuluh bilion iaitu RM80 bilion pada tahun 2023 dan RM32 bilion bagi separuh tahun pertama 2024?
Jadi, ini di antara persoalan yang kita harapkan ada intervensi daripada pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau adalah Penasihat PETRONAS yang berkuasa kepada PETRONAS melalui Akta PDA 1974.
Penggulungan. Mewakili suara rakyat Pahang, Tan Sri, sebagai Ahli Parlimen Jerantut, kesetiaan kepada raja dan Perlembagaan harus terus diperkukuh dan segala usaha yang mencabar kedaulatan ini wajib ditangani dengan tegas. Jadi, marilah kita bersama- sama mempertahankan keharmonian dan warisan adat yang menjadi tunjang perpaduan negara ini.
Pahang bermunajat, raja berdaulat. Sekian. Jerantut mohon menyokong Titah Diraja 2025...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Jerantut. Saya jemput Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan MADANI kerana prestasi pencapaian yang amat baik. Ekonomi berkembang dengan baik, pelaburan semakin meningkat, kadar pengangguran yang rendah dan inflasi kekal sederhana dan terkawal.
Rakyat dapat merasai kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan MADANI.
Walau bagaimanapun, saya ingin membawa beberapa perkara kepada perhatian kerajaan supaya tindakan dapat diambil agar rakyat dapat hidup dalam keadaan yang lebih sempurna lagi.
Perkara pertama ialah peralihan ke dunia maya, digital dan siber. Saya ingin memuji pihak kerajaan dalam usahanya ke arah dunia maya, digital dan siber yang membawa banyak kebaikan kepada rakyat. Tetapi, kerajaan hendaklah senantiasa mengamalkan polisi people- centric dan bukannya system-centric. Sesuatu sistem itu mestilah berkhidmat kepada manusia dan bukan sebaliknya. Dengan izin, the system must serve the people and not the people serve the system. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada kerajaan supaya Kabinet membuat satu keputusan dan arahan diberikan kepada semua pegawai pentadbir kerajaan bahawa sistem maya, digital dan siber itu hanyalah merupakan cara alternatif dan bukan cara mandatori untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Kalau cara maya, digital dan siber merupakan cara yang lebih senang dan lebih selesa, tentulah rakyat jelata akan menggunakan mereka.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi ada lagi rakyat Malaysia yang buta huruf, yang tua dan tidak fasih menggunakan komputer atau telefon pintar. Banyak tempat lagi tidak ada talian internet dan urusan tidak dapat dibuat melalui cara maya, digital atau siber. Saya berikan beberapa
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
contoh, di mana pegawai kerajaan telah salah sikap mereka dalam menangani isu ini. Contoh pertama, Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak lagi menerima cek atau wang tunai untuk bayaran cukai. Bayaran mesti melalui talian. Bayaran melalui talian memang lebih senang bagi kebanyakan orang tetapi bagi sesetengah orang, ia merupakan satu yang menyusahkan dan memberi tekanan jiwa kepada mereka.
Mereka mesti mencari orang lain untuk membayar cukai bagi pihak- membayar cukai ini. Saya berpendapat, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah melanggar undang-undang kerana cek merupakan bill of exchange yang dalam perniagaan, yang diiktiraf dan wang tunai merupakan legal tender Kerajaan Malaysia. Contoh kedua. Bermula tahun ini, Laporan Cukai Keuntungan Tanah (CKHD) mesti dilaporkan melalui talian. Laporan CKHD fizikal yang dihantar pada akhir tahun 2024 iaitu tahun lepas, sampai ke pejabat LHDN pada 2 Januari, dihantar balik kepada pihak yang menghantarnya. Ini bukan sikap pegawai kerajaan yang betul.
Sesuatu sistem mesti berkhidmat untuk rakyat dan jangan menggunakan sistem untuk menyusahkan rakyat. Saya bagi lagi satu contoh. Banyak lagi contoh. Satu lagi ialah kerajaan tempatan di kawasan saya iaitu Majlis Perbandaran Manjong mengenakan caj RM5 untuk mereka yang datang membayar secara fizikal. Orang-orang tua, susah payah datang jauh-jauh, minta dicetak bil bayaran cukai pintu, dikenakan caj RM5 kerana dikatakan hendak menggalakkan orang menggunakan sistem talian. Banyak lagi contoh yang saya boleh berikan. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan dapat memberi arahan supaya sistem maya, digital dan siber hanyalah satu sistem alternatif dan bukannya satu sistem mandatori.
Perkara kedua ialah perlombongan crypto currency dan kecurian elektrik TNB. Telah dilaporkan bahawa TNB telah kerugian RM441 juta untuk tempoh 2020 sampai Oktober 2024 tahun lepas dan masalah ini memang merupakan sesuatu yang perlukan tindakan segera.
Ramai tuan punya premis dikenakan berpuluh-puluh ribu bil elektrik. Ada sampai ratusan ribu ringgit kerana tindakan tidak bertanggungjawab penyewa-penyewa premis ini yang menggunakannya untuk melombong crypto currency. Soalannya ialah, kenapakah tindakan tidak boleh diambil dengan segera kerana kita dapat mengesan premis-premis yang digunakan untuk melombong crypto currency ini dengan senang? Saya difahamkan, terdapat perbahasan mana satu agensi yang patut mengetuai penguatkuasaan ini? Memang pada masa sekarang, melombong crypto currency ini bukannya satu kesalahan dari segi undang- undang tetapi mencuri elektrik ini memang merupakan satu kesalahan.
Oleh yang demikian, saya memberi dua cadangan supaya mana-mana pihak yang hendak melombong crypto currency ini mesti mendapat lesen. Kedua, kerajaan mesti buat keputusan, mana agensi penguatkuasaan yang patut menerajui penguatkuasaan terhadap perlombongan crypto currency yang tidak dilesenkan supaya tindakan segera boleh diambil.
Ini kerana di kawasan saya, ini merupakan satu masalah besar dan ramai takut akan menjadi bankrap kerana TNB akan menyaman mereka untuk berpuluh-puluh ribu ringgit ataupun ada yang sampai ratusan ribu ringgit.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perkara ketiga ialah masalah e-Invoicing yang terlalu membebankan peniaga- peniaga kecil. Pada 1 Julai 2025 menjelang ini, kerajaan akan memastikan semua perniagaan yang jumlah perniagaan tahunannya atau annual return adalah RM150,000 ke atas dan setiap transaksi mesti dilaporkan melalui e-Invoicing. Saya ingin memberitahu pihak kerajaan, RM150,000 turnover ini memang sangat kecil jumlahnya. Itu RM12,500 sebulan dan kalau peniaga ini mendapat keuntungan 10 peratus daripada RM12,500 ini, beliau hanya mendapat keuntungan RM1,250. Ya, memang kurang daripada gaji minimum dan kalau dikenakan- diperlukan untuk melaporkan setiap transaksi yang berlaku, memang susah dan peniaga ini tidak akan mampu menggaji seorang pekerja untuk membuat e-Invoicing ini. Saya terima aduan daripada penjual surat khabar yang hantar surat khabar ke rumah saya, beliau ingin berhenti menghantar surat khabar ke rumah saya kerana dia kata, sangat menyusahkan.
Beliau menjalankan satu kedai runcit yang hantar surat khabar dan dia kata, keuntungan berapa puluh sen ini, yang saya dapat ini, tak cukup untuk menggaji seorang untuk buat e-Invoicing. Kalau dia sendiri yang buat, dia tidak ada masa untuk menjalankan perniagaan. Saya cadangkan kepada kerajaan, hanya perniagaan yang turnover tahunan, dengan izin, melebihi RM3 juta ke atas hanya diperlukan untuk membuat e-Invoicing.
Memang ini satu perkara yang menyebabkan ramai peniaga kecil telah mengadu kepada saya.
Perkara keempat Tan Sri Yang di-Pertua ialah rancangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kawasan saya yang ingin menggunakan satu tapak di Kampung Selamat, Setiawan sebagai tempat latihan helikopter TLDM. Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat di persekitaran tempat itu membantah keras rancangan ini kerana kawasan ini merupakan satu tempat pesat penduduk dan di mana ada banyak restoran, tempat orang beribadat, gereja, kuil-kuil dan memang satu tempat yang berpendudukan pesat. Kemalangan dua helikopter di Lumut, TLDM baru-baru ini pada 24 April 2024, masih segar dalam ingatan mereka. Di mana 10 orang meninggal dunia akibat dua helikopter bertembung. Oleh yang demikian, saya berharap TLDM akan mencari satu tapak lain yang lebih sesuai sebagai tapak latihan TLDM.
Izinkan saya satu minit lagi iaitu perkara kelima iaitu saya memohon kepada Kementerian Dalam Negeri agar polis hanya menyiasat sesuatu kes apabila laporan itu menunjukkan ada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. Jangan kita sia-siakan masa dan aset polis untuk menyiasat semata-mata kerana ada laporan atau banyak laporan polis yang telah dibuat. Saya bagi dua contoh untuk mengakhiri ucapan saya. Kita menegakkan kedaulatan undang-undang. Malaysia ini, negara kita ini tidak boleh mengamalkan mob justice, dengan izin. Bukan kerana ramai orang sudah membuat laporan polis, polis bertindak.
Jadi, dua contoh. Satu ialah apabila Tan Sri Lim Kit Siang memberi pandangan di London.
Murid-murid, penuntut tanya, bolehkah orang bukan Islam jadi Perdana Menteri? Beliau kata, memang dari segi undang-undang tidak ada dinyatakan mesti orang-orang Islam menjadi Perdana Menteri. Akhirnya, apa yang berlaku ialah ramai telah membuat laporan polis terhadap beliau dan polis memanggil dia disiasat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya, dia memberi satu pandangan dari segi undang-undang. Tak ada apa-apa kesalahan yang telah berlaku. Jadi, tak perlulah polis minta beliau disiasat dan dalam kes saya sendiri. Rumah saya memang orang lontar petrol ball untuk membakar rumah saya.
Sebagai respons dalam sidang media saya, saya telah membidas setengah-setengah pemimpin politik yang memainkan emosi rakyat menggunakan agama hinggakan saya kata ada mungkin terdorong untuk membakar rumah saya. Oleh kerana pandangan saya itu...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Beruas, boleh sedikit Beruas, laluan?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Ada orang yang buat laporan polis. Saya diminta oleh polis untuk disiasat. Saya diminta oleh polis Klang, jauh sangat. Kita terpaksa membuat kita kata pertemuan untuk disiasat.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Beruas, sedikit boleh? Laluan, Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya, pandangan saya dari segi undang- undang, saya seorang peguam tidak melanggar mana-mana undang-undang. Jadi, saya berharap polis mesti...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Beruas, laluan sedikit, Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Tumpukan masa dan tumpuan membanteras jenayah. Bukan kerana ada orang-orang politik yang memberi tekanan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Beruas, boleh laluan sedikit?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau Tan Sri Yang di-Pertua benarkan, kalau tidak, saya akan akhiri dengan menyokong titah ucapan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya benarkan. Sekejap, Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang pertamanya, berkaitan dengan tadi saya menyokong dan saya juga harap bukan hanya kepada pemimpin DAP yang disebutkan tadi sahaja. Kepada semualah kalau jika yang dinyatakan tadi. Yang keduanya, saya rasa berkaitan dengan isu Beruas sendiri. Beruas ada menyebut nama parti politik di situ yang dalam kes melontarkan di rumah itu tadi. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, memang dalam kes itu orang itu tak ada – Orang seperti Che’Gu Bard yang buat sidang media, hantar memorandum. Saya tak nampak seorang pun pemimpin Perikatan Nasional membidas cara dia buat. Dia api-apikan melalui sidang media. Dia bawa demonstrasi, bawa memorandum ke DAP HQ.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Tetapi tak boleh nak sebutlah daripada parti politik sepatutnya pada masa itu. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, maksud saya ini, kita mesti bidas. Bagi saya, adakah saya lakukan satu-satu kesalahan apabila memberi satu pandangan agar dalam jawatankuasa untuk mempertingkatkan undang-undang Islam itu, saya mohon saja, kalau – Saya kata, kalau saya, kalau ada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, saya mohon minta juga pandangan orang bukan Islam. Bukan sembarangan orang. Saya minta ahli daripada Badan Peguam dan juga seorang bukan Islam yang fasih dalam Perlembagaan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi pun Pendang fitnah saya. Saya, seperti yang disyorkan oleh Timbalan Yang di- Pertua, saya akan usulkan. Itulah pemimpin sedemikian yang fitnah. Islam ajar kita tak boleh fitnah tapi hari-hari fitnah. Saya tak nampak pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional membidas orang seperti ini. Terpaksa saya pula yang ambil tindakan. Jadi, dengan itu saya mengakhiri dengan menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya Titah Paduka, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih, Beruas. Seterusnya saya jemput Jempol.
Beberapa Ahli
Steady, Jempol!
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Steady!
Tuan Yang di-Pertua
Jempol ramai peminat nampak?
[Ketawa]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia MADANI. Terima kasih, kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Jempol untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dalam Sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.
Jempol terus optimis dengan gerak kerja Kerajaan MADANI yang terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencapai 5.9 peratus dalam pelbagai sektor dan juga jumlah perdagangan negara telah melepasi angka RM2 trilion untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024.
Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol juga ingin menyentuh identiti nasional asas perpaduan. Sepanjang 67 tahun merdeka, perpaduan kaum yang utuh menjadi teras utama pembangunan dan kemajuan negara Malaysia yang tercinta ini. Jempol menyokong penuh Titah Kebawah Duli Tuanku agar pembinaan identiti nasional menjadi agenda utama negara.
Identiti inilah yang menjadi asas perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Bak kata perbilangan, “Rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah, tuah pada sekata, berani pada seia. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.” Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 1970 menggariskan prinsip asas dalam pembentukan identiti nasional di Malaysia iaitu ia berteraskan kepada rakyat asal Nusantara sebagai teras kebudayaan, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima serta Islam sebagai unsur penting dalam pelaksanaan kebudayaan kebangsaan. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia MADANI perlu menterjemah Titah Tuanku ini ke arah menggagaskan pembentukan identiti nasional yang boleh menjadi tali pengukuh yang mengeratkan rakyat pelbagai bangsa dan agama di bumi bertuah ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga hari ini masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu sensitif 3R berkaitan agama, kaum dan juga institusi Raja.
Jika isu sensitif ini dimainkan atau disentuh, dibimbangi ia nya akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita ini. Jangan pernah kita
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
lupa yang negara kita pernah melalui peristiwa hitam yang menyayat hati iaitu tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang mana saya pada ketika itu berusia lapan tahun. Ramai mangsa tidak berdosa terkorban. Kesannya darurat terpaksa diisytiharkan, Parlimen tergantung dan ini menyusahkan rakyat keseluruhannya.
Rentetan peristiwa tersebut pihak kerajaan yang dipimpin oleh Allahyarham Tun Razak menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk memulihkan negara dan fokus memantapkan perpaduan rakyat hingga Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai panduan hidup rakyat Malaysia. Begitu juga diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan juga menyusun semula struktur masyarakat berbilang kaum di negara kita ini dan juga Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai asas perpaduan seperti yang telah saya nyatakan tadi.
Bagi mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba bermain api dengan isu-isu sensitif ini, Jempol menggesa kerajaan mengambil tindakan segera dan tegas demi menjaga keamanan, keselamatan, ketenteraman, keharmonian dan kesejahteraan negara dan rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol juga ingin menyentuh tentang cadangan mewujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Agama Bukan Islam. Jempol mohon semua pihak menghormati Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Perkara 11 menjamin kebebasan tiap-tiap orang menganuti dan mengamalkan agama masing-masing di negara kita ini. Adalah jelas bahawa cadangan tersebut tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Jempol dengan tegas tidak bersetuju terhadap cadangan mewujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Agama Bukan Islam.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Jempol ingin menarik perhatian Dewan dan juga mungkin seluruh negara pada petang ini iaitu permohonan cuti Hari Raya Aidiladha, Jempol mohon selama dua hari. Ha, ni dia!
[Tepuk] Seksyen 3 Jadual Pertama, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] memperuntukkan satu hari cuti bagi Hari Raya Haji Aidiladha bagi seluruh negara bagi dua hari bagi negeri Kelantan dan juga Terengganu.
Rasionalnya tempoh cuti satu hari ini menyebabkan ramai tidak dapat meraikan raya, Hari Raya Aidiladha di kampung halaman kerana faktor logistik, masa yang sangat singkat sedangkan melaksanakan ibadah korban serta meraikan Hari Raya Aidiladha daripada 10 Zulhijah dan juga hari-hari tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijah adalah merupakan satu ajaran tuntutan agama Islam. Sehubungan dengan itu, Jempol memohon pihak kerajaan dapat menetapkan cuti Hari Raya Aidiladha selama dua hari di seluruh negara. Mohon maklum balas daripada Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan cadangan ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Seterusnya, Jempol juga Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh tentang rasionalisasi subsidi RON95. Subsidi petrol RON95 telah menjadi satu perbelanjaan terbesar dan juga beban kepada kerajaan dengan jumlah subsidi pukal yang dinikmati seluruh negara mencecah RM20 bilion pada tahun 2023.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, di sini Jempol berpendirian sudah sampai masanya subsidi RON95 hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja yang berjumlah 30.6 juta orang. Kelebihan subsidi ini tidak seharusnya diberikan kepada 3.4 warga asing. Sehubungan dengan itu, Jempol ingin menegaskan agar Kementerian Ekonomi memperincikan kaedah dan menformulakan satu mekanisme yang terbaik ke arah rasionalisasi subsidi RON95 sekali gus menyelamatkan puluhan bilion ringgit tiap-tiap tahun.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Jempol fokus kepada Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi. Jempol sekali lagi ingin menyentuh Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) sebagaimana yang pernah saya bahaskan sebelum ini. Sehingga kini, pengangkutan bas dan lain-lain kenderaan yang menggunakan diesel di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak termasuk dalam SKDS 1.0 mahupun SKDS 2.0.
Jempol mohon pertimbangan khas kementerian agar SKDS dapat diperluaskan kepada kenderaan institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara bagi mengurangkan kos operasi seterusnya membolehkan IPTS menyalurkan penjimatan tersebut kepada para pelajar. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, pembinaan Gaza dan juga peranan ASEAN.
Jempol mengucapkan syabas atas keprihatinan Kerajaan MADANI yang telah menyatakan hasrat murni membangunkan semula Gaza. Hasrat kemanusiaan tersebut hanya untuk direalisasikan sekiranya kerjasama antara Asia Timur untuk pembangunan Palestin diintegrasikan dengan sempurna.
Sehubungan dengan itu, Jempol dengan semangat kemanusiaan yang luhur, mendukung penuh pendirian tegas Wisma Putra terhadap segala tindak tanduk yang berpaksikan kezaliman ke atas rakyat Palestin dan bumi warisan mereka. Justeru itu, Jempol menggesa agar Kepengerusian ASEAN 2025 dapat merumuskan satu dasar holistik yang boleh disepakati sebagai solidariti ASEAN untuk mempertahankan setiap inci wilayah Palestin daripada anasir penganiayaan.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung dengan permasalahan di Jempol.
Saya ingin fokus kepada permasalahan bekalan air dan juga sistem perparitan yang uzur. Di Jempol terdapat 28 Skim FELDA iaitu Gugusan Raja Alias, Gugusan Serting Hilir Kompleks dan juga Gugusan FELDA Palong. Kejadian paip pecah yang rata-rata telah berusia 40 tahun ke atas berlaku setiap hari yang mengakibatkan gangguan bekalan air dan menimbulkan permasalahan kepada masyarakat dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi.
Begitu juga dengan sistem pembetungan lama yang pecah dan runtuh dan mengakibatkan berlakunya banjir kilat di kawasan perumahan di tanah rancangan FELDA.
Jempol mohon kerajaan beri perhatian dan mengambil tindakan berhubung isu tersebut untuk penggantian paip lama dan naik taraf sistem perparitan dan pembetungan terutama di lokasi- lokasi kritikal yang selalu banjir kilat akibat daripada sistem perparitan juga dan juga pembetungan yang telah uzur, yang sering pecah.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Di samping itu juga, Jempol ingin mencadangkan pihak kerajaan menyediakan peruntukan khas iaitu peruntukan khas untuk FELDA bagi tujuan tersebut. Kalau di peringkat Jabatan Kerja Raya, kita ada peruntukan MARRIS. Jadi, oleh kerana di kawasan FELDA sekarang ini, berlakunya masalah bekalan air yang sering pecah, paip-paip kerana agak lama berusia 40 tahun dan juga sistem perparitan longkang-longkang yang berusia 40 tahun itu telah pecah dan ia memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat FELDA.
Justeru itu, Jempol supaya minta pihak kerajaan wujudkan satu peruntukan khas untuk menangani isu yang saya sebutkan tadi di tanah rancangan FELDA. Juga mohon penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri. Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung masih lagi isu di FELDA iaitu saya ingin menyentuh koperasi FELDA.
Terdapat 317 tanah rancangan FELDA di seluruh negara dan hampir semua tanah rancangan mempunyai koperasi sendiri yang telah menjangkau puluhan tahun sehingga ada yang 40 tahun ke 60 tahun usia koperasi di tanah rancangan FELDA sejak ia dibuka dahulu.
Kebanyakan koperasi-koperasi ini pernah melalui zaman kegemilangannya dengan memberi keuntungan kepada ahli anggotanya.
Malangnya, pada ketika ini status keaktifan koperasi-koperasi ini kebanyakan sekadar ada dan tidak kurang juga yang hambar dan bermasalah. Jadi, kebanyakan koperasi- koperasi ini tidak mantap lagi. Kalau dahulu sebelum ini kerja-kerja dalam tanah rancangan FELDA diberi keutamaan kepada koperasi-koperasi.
Tetapi juga saya berharap pihak pengurusan FELDA selepas ini kerja-kerja yang berkaitan yang koperasi ada kemampuan. Balik sila serahkan. Hari ini konsepnya terbuka di tanah rancangan FELDA. Jadi, kerja-kerja kontrak misalnya di tanah rancangan FELDA datang daripada orang luar. Walhal sepatutnya kita harus memberi keutamaan kepada koperasi di tanah rancangan itu supaya ia dapat bergerak dan juga merencanakan pelbagai program lagi untuk menguatkan lagi untuk koperasi di kawasan Jempol...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Jempol, boleh mencelah sedikit Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Sila, Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Jempol banyak utarakan hal FELDA.
Saya yakin dan percaya kerajaan tidak menjawab pun isu-isu FELDA ini. Sudah sampai masanya lah FELDA ini diletakkan di bawah KKDW. Setuju tidak Jempol?
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol menyokong 1,000 peratus. Bukan 100 peratus ya...
[Dewan ketawa]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Itu yang saya katakan tadi supaya diwujudkan satu peruntukan khas. Jadi, malanglah FELDA di seluruh negara tidak ada. Jadi, paip pecah lambat tindakan. Kemudian, pembetung runtuh lambat tindakan. Jadi, berapa kali persoalan sudah kita kemukakan.
Saya menyokong Tampin dan juga saya tiga serangkai ini. Selalu menyuarakan. Tiga serangkai ya menyuarakan...
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Masuk Bentong sekali. Mana yang lain lagi ya menghadapi isu yang sama. Begitu juga rakan-rakan yang ada tanah rancangan FELDA. Kita bersetuju supaya...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Sipitang pun ada lagi. Mana lagi ini? Ramai sangat ini. *Alhamdulillah...
[Ketawa]* Supaya FELDA ini diletakkan di bawah kementerian...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] KKDW.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
...KKDW. Itulah harapan supaya isu ini —Ia jadi isu besar juga ini di tanah rancangan FELDA. Jadi, itu sahajalah persoalan Jempol.
Tan Sri Yang di-Pertua, apakah tindakan pihak KUSKOP dan FELDA bagi memperkasakan semula koperasi-koperasi? Sambung balik cerita koperasi tadi...[Dewan ketawa] Agar kembali menjadi tunjang pembangunan dan pemerkasaan ekonomi para penduduk FELDA.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ikut jemput Jempol lah, runding sekali.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Jempol mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Salam. Ya, saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca doa] [Berselawat]* Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim yang juga merupakan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Furqan, Chendering, Kuala Terengganu kerana melakar kejayaan sebagai juara dunia pada pertandingan GASCA International English Recitation Competition Ke-63.
Kejayaan ini membuktikan silibus PASTI mampu melahirkan pelajar yang cemerlang walaupun sering mendapat momokan negatif daripada pelbagai pihak. Semakin dicemuh, semakin mendapat sambutan dan menjadi pilihan utama para ibu bapa untuk pendidikan prasekolah untuk anak-anak mereka.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ucapan tahniah kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang merupakan juga Ahli Parlimen Alor Setar kerana PASTI di bawah pengurusan Dewan Pemuda PAS Pusat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tan Seri Yang di-Pertua, Iman Ghazali menegaskan [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Agama itu adalah asas dan pemerintah adalah pengawas. Apa-apa yang tiada asasnya menjadi runtuh dan apa-apa yang tiada pengawasnya menjadi hilang atau terbiar.” Saya berasa kesal berhubung isu garis panduan JAKIM yang dicadangkan oleh JAKIM berkaitan kehadiran umat Islam dalam perayaan agama lain yang dihalang untuk dijadikan dasar di peringkat persekutuan.
Malaysia sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, perlu memastikan dasar dan keputusan kerajaan tidak bercanggah dengan prinsip syariah. Jika garis panduan JAKIM yang bersifat asas ini sehaja dihalang daripada dijadikan dasar yang menunjukkan sikap tidak sedia kerajaan dalam menjadikan agama sebagai asas pemerintahan.
Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan umat Islam mendapat bimbingan jelas dalam hal-hal yang melibatkan akidah dan amalan keagamaan. Kehadiran umat Islam dalam perayaan agama lain, sudah tentu akan mendorong kepada kekeliruan dan salah faham terhadap batas-batas yang dibenarkan di dalam Islam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Dan juga membuka ruang ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Setiu, saya hendak tanya satu soalan, penjelasan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Dan juga membuka ruang kepada tekanan pihak tertentu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Yang mahu melemahkan kedudukan Islam dalam dasar negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Penjelasan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Jika tiada pengawasan yang jelas yang boleh membawa kepada normalisasi amalan yang bertentangan dengan akidah umat Islam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Penjelasan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tan Seri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan kenaikan tarif elektrik...
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Setiu tak bagi.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Dan kelemahan perancangan kerajaan dalam mengumumkan dasar. Pada Disember 2024, TNB mengumumkan kenaikan tarif, tetapi kerajaan menafikannya. Tidak sampai dua bulan, PMX Tambun sendiri mengesahkannya yang menunjukkan ketidaktentuan dalam dasar kerajaan. PMX mendakwa 85 peratus rakyat tidak terjejas kerana kenaikan ini hanya melibatkan golongan T15.
Hakikatnya kenaikan tarif bagi industri akan menyebabkan kos meningkat seterusnya membawa kepada kenaikan harga barang atau pembuangan pekerja. Kedua-duanya jelas tetap membebankan rakyat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kerajaan perlu menjelaskan sebab utama kenaikan ini, adakah masih kekurangan dana walhal pelbagai bentuk pemotongan subsidi telah dilaksanakan atas nama rasionalisasi.
Sedangkan TNB mencatat keuntungan tinggi RM1.55 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024. Meningkat 70.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sepatutnya kerajaan meminta TNB menyumbang lebih bagi menampung kenaikan kos bukan membebankan rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, Islam tidak pernah menghalang seseorang untuk menjadi kaya, malah menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat.
Kekayaan dalam Islam bukan suatu kesalahan, tetapi ia datang dengan tanggungjawab untuk membantu masyarakat serta tidak bersikap tamak atau zalim. Allah melapangkan dan menyempitkan rezeki mengikut kehendaknya. Ini menjadi bukti bahawa rezeki seseorang itu bergantung kepada ketentuan Allah, bukan kerana sistem sosialis yang memaksa kesamarataan ekonomi.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya ingin membangkitkan isu kartel di dalam industri padi dan beras yang turut menekan pesawah dan pengguna. Walaupun harga lantai padi dinaikkan kepada RM1,500 per tan metrik, malah ini tidak akan selesai selagi kartel masih menguasai pasaran. Struktur pasaran yang tidak adil menyebabkan pesawah gagal menikmati manfaat penuh kenaikan harga padi dan subsidi kerajaan.
Saya ingin bertanya, bilakah kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 bagi memperketatkan penguatkuasaan serta mengenakan hukuman lebih berat bagi menangani penyelewengan dalam industri ini? Adakah kerajaan bersedia mengambil langkah lebih tegas seperti memperbanyak ruang, memperbanyakkan kilang padi bawah koperasi sawah dalam LPP selain memastikan penguat kuasa undang-undang persaingan MyCC untuk menghapuskan dominasi kartel ini?
Jika struktur pasaran masih tidak adil, pesawah akan terus terbeban. Harga beras meningkat dan rakyat akhirnya menanggung akibatnya.
*Harga padi dah naik harga, Pesawah lega tapi tak ceria, Jika kartel bermaharajalela, Petani sengsara siapa yang kaya.
Pesawah rayu RM1,800, Kerajaan beri RM1,500, Sekadar balik modal cukup makan, Harapkan untung entah ke mana.* Tan Sri Yang di-Pertua, Tuanku Yang di-Pertua telah menyuarakan kebimbangan terhadap budaya fitnah dan hasutan dalam talian yang menimbulkan perpecahan rakyat. Isu terbaru melibatkan sebatan syariah di Terengganu di mana segelintir pihak mengeluarkan [Tidak jelas] bersifat sindiran, perkauman dan Islam fobia. Ironinya, mereka hidup selesa di negara majoriti Islam tetapi tanpa segan menghina hukum Islam.
Sebatan syariah sebenarnya lebih ringan dan berperikemanusiaan berbanding sebatan sivil yang boleh menyebabkan kecacatan kekal. Hukum ini dilaksanakan mengikut
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
syarak bertujuan mendidik, bukan mengaibkan. Malah pesalah sendiri mengakui hukuman ini memberi kesedaran dan menyokong pelaksanaannya.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai unsur nadi bumi REE di Terengganu. Menurut kajian Jabatan Mineral dan Geosians Malaysia Terengganu, Terengganu mempunyai taburan super magnet terbesar. Kawasan berpotensi dianggarkan seluas 1.4 juta ekar dan kapasiti 7.19 tan bahan mentah daripada 15.2 tan di negara ini.
Penubuhan Majlis Mineral Unsur Nadir Bumi Negeri Terengganu adalah langkah penting untuk melindungi hak dan kedaulatan negeri dalam pengurusan REE ini termasuk soal royalti.
Oleh itu, dalam isu royalti nadi bumi ini, adakah kezaliman seumpama royalti petroleum akan berulang kembali? Sejauh manakah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memberi kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam mengurus hasil bumi demi manfaat rakyat? Mohon penjelasan.
Tan Sri yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap konflik antara gajah liar dan penduduk di Setiu yang bukan sahaja merosakkan tanaman tetapi juga mengancam keselamatan penduduk. Saya ingin bertanya kepada kementerian berkaitan:
(i) apakah status cadangan mewujudkan pejabat PERHILITAN Daerah Setiu bagi memastikan tindakan lebih pantas dan berkesan; dan
(ii) sejauh mana perkembangan pembinaan koridor kehidupan liar khususnya di Setiu, adakah lokasinya strategik telah dikenal pasti.
Tuan Yang di-Pertua, LPT3 adalah keperluan mendesak bagi rakyat Pantai Timur.
Dalam sesi Parlimen yang lepas, projek ini dikatakan masih dalam penelitian UKAS JPM sebelum dibawa ke Jemaah Menteri. Saya kesal dengan kenyataan kerajaan yang menyatakan cadangan LPT3 belum dimuktamadkan dan masih memerlukan kajian mendalam. Persoalannya, apakah lagi kajian tambahan yang diperlukan dan berapa lama rakyat Terengganu dan Kelantan perlu menunggu? LPT3 penting untuk memacu ekonomi tempatan dan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan.
Tan Sri yang di-Pertua, seterusnya keperluan mendesak kepada sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang baharu di kawasan Parlimen Setiu. Pada hari ini, Setiu hanya mempunyai sekolah menengah agama yang sudah beroperasi pada kapasiti penuh dan Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu yang menampung pelajar dari seluruh negeri.
Seterusnya, saya juga ingin membangkitkan isu yang telah berkali-kali saya sebut dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkaitan pelan mitigasi kesan pembangunan projek ECRL.
Saya telah mendapat aduan penduduk dari beberapa kawasan melibatkan beberapa buah kampung iaitu Kampung Kuala Kubang, Kampung Chabang Tiga, Kampung [Tidak jelas] , Kampung Gong Dasar, Kampung Anak Ikan, Kampung Tok Dor, Kampung Anak Ikan, Kampung Renek, Sawah Padi Kampung Gong Tebu, Kampung Awek, Kampung Tanjong Alir, Kampung Alor Belanga serta Kampung Teris sekitar Alor Mesira, Kampung Telaga Nibong rata-rata aduan adalah mengenai pihak kontraktor iaitu CCCC yang lambat mengambil tindakan mitigasi bagi menyelesaikan isu banjir yang dihadapi oleh penduduk.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan kerajaan mengenai status terkini berhubung beberapa cadangan yang telah saya utarakan dalam sidang yang lepas iaitu satu, status Klinik Kesihatan Jabi status semasa hari ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua, bina baru Kompleks Kesihatan Daerah Setiu yang mengandungi Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dan Daerah Permaisuri. Ketiga, rancangan tebatan banjir Sungai Setiu 1 yang mana saya dimaklumkan berada dalam ranking pertama senarai projek DPS.
Keempat, bina baru Mahkamah Setiu. Dalam sesi tahun lepas juga saya telah membangkitkan isu berkait dengan selekoh berbahaya di sempadan Setiu-Kuala Nerus yang perlu diluruskan kerana kerap kali berlaku kemalangan maut. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini telah diluluskan pemasangan amble light dan flexible post di kawasan ini dengan kos RM400,00 tetapi sentiasa rosak. Oleh itu saya cadangkan agar projek pelurusan selekoh ini disegerakan.
Berkaitan hakisan pantai yang melanda di Pengkalan Maras di Batu Rakit, banyak kawasan peniaga-peniaga yang terjejas disebabkan hakisan ini. Lebih kurang dalam 44 orang peniaga yang terjejas, banyak mereka terpaksa membina balik gerai-gerai dan warung yang terjejas disebabkan hakisan pantai. Saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan bantuan one-off sebagaimana bantuan diberikan kepada mangsa banjir oleh NADMA.
Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, nampaknya Tan Sri Yang di-Pertua tidak sekatlah ya petang ini. Akhir sekali ya ini. Kementerian Belia dan Sukan diharapkan dapat meluluskan peruntukan untuk memasang lampu limpah di Velodrome Basikal Dungun. Terengganu merupakan negeri yang melahirkan Dato' Muhammad Azizulhasni Awang dan Velodrome Dungun ini dibina tanpa bumbung. Apabila latihan dibuat di waktu siang menyebabkan panas. Jadi, diminta supaya dipasang lampu limpah ini untuk membolehkan latihan dan kejohanan diadakan pada waktu malam. Sekian terima kasih.
[Membaca doa] Setiu mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk terlibat sama di dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Toleransi, keterbukaan, menerima kepelbagaian dan pada hari ini disebut sebagai inklusif adalah istilah-istilah yang mempunyai maksud yang sama namun telah dipergunakan untuk pelbagai tujuan sama ada positif ataupun negatif. Dalam peluang yang diberikan ini, saya ingin mengemukakan peringatan dari tokoh besar Islam mengenai toleransi agar kita sebagai pemimpin yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat dapat memilih jenis toleransi yang betul dan menjauhi malapetaka terhadap negara kerana toleransi yang salah.
Sayyid Abul A'la al-Maududi rahmatullah ‘alaih menghuraikan toleransi menurut Islam yang bermaksud makna toleransi yang sepatutnya bagi seorang lelaki yang sejahtera fitrahnya yang mencintai kebenaran dan mengutamakan kejujuran, cenderung kepadanya dan memilihnya bahawa ia kekal tetap atas akidahnya yang dilihatnya sebagai benar itu dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan keimanan dan ia terus menerus berpegang teguh dengannya dengan segenap kekuatan. Bahkan ia berterus terang dengan pegagannya dan ia menyeru manusia ke arahnya dengan segala keberanian dan semangat.
Akan tetapi ia lakukan itu semua tanpa melukakan perasaan orang lain atau mencacinya atau melaknatnya atau menyerang pegangan-pegangan akidahnya atau menghalangnya dari mengamalkan syiar-syiar agama yang ia anuti atau memaksanya menganuti agamanya tanpa berpuas hati terlebih dahulu atas kebenarannya. Nas-nas al- Quran jelas menegaskan ciri-ciri toleransi Islam tersebut.
Sebagai contohnya firman Allah Taala, dalam Surah al-An'am ayat 108 bermaksud *“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.
Demikianlah kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada tuhan merekalah tempat kembali mereka lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”* Firman Allah taala dalam Surah Asy-Syura ayat 15 bermaksud “Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah mereka (wahai Muhammad) kepada beragama dengan betul serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepada mu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, sebaliknya katakanlah aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintah supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah tuhan kami dan tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran di antara kami dengan kamu kerana kebenaran telah jelas nyata Allah akan menghimpunkan kita bersama pada hari kiamat dan kepadanyalah tempat kembali semuanya untuk dihakimi dan diberi balasan.” Selanjutnya, beliau menghuraikan adapun untuk tidak menyatakan perkara benar sebagai benar atau dikatakan perkara batil pula sebagai benar sedangkan ia mengetahui hakikatnya, maka ia adalah sesuatu yang selama-lamanya tidak mungkin terjadi dari lelaki yang jujur dan berani. Perbuatan itu adalah dari seburuk-buruk bentuk tolak ansur, lebih- lebih lagi apabila seseorang itu memilih toleransi demikian untuk mendapatkan keredaan manusia dan bermuka-muka terhadap mereka.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Toleransi yang mendorong kepada fahaman mempersamakan semua agama adalah ditolak oleh Islam secara mutlak. Syed Abul A'la Maududi rahmatullah ‘alaih berkata sebahagian manusia menyangka bahawa menganggap benar secara menyeluruh terhadap pelbagai orang dalam pandangan-pandangan dan khayalan-khayalan mereka yang saling bertentangan dan berlawanan itu adalah suatu bentuk toleransi walhal pada hakikatnya itu bukanlah toleransi tetapi ia adalah satu jenis dari seburuk-buruk jenis kemunafikan.
Ini adalah kerana toleransi itu makna sebenarnya ialah bahawa kita menyantuni pegangan-pegangan orang lain dan amalan-amalan mereka dalam keadaannya yang batil menurut pendirian kita dan kita tidak menyerang pegangan mereka yang boleh menyakiti mereka. Ini sebagai memelihara perasaan dan sensitiviti mereka dan kita tidak mengambil pendekatan keras dan paksaan untuk mereka meninggalkan pegangan-pengangan mereka atau menyekat amalan-amalan mereka.
Toleransi yang benar akan mewujudkan keharmonian dan keamanan di dalam negara kita. Ia akan menolak sebarang bentuk konflik yang berpunca dari fahaman agama.
Beliau rahmatullah ‘alaih berkata dengan maksud “Santunan seperti ini dan memberikan manusia kebebasan dalam menganut agama mereka dan beramal sesuai amalan agama mereka.” Ia bukanlah semata-mata perbuatan yang baik bahkan ia juga adalah perkara yang tidak dapat tidak diperlukan untuk mengekalkan keamanan dan persefahaman yang baik serta saling hidup bersama antara berbilang komuniti yang berbeza dalam pegangan dan prinsip serta amalan.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Justeru itu, saya melihat pendirian negara dalam soal ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia adalah sangat tepat. Ia meraikan pegangan majoriti rakyat dalam negara ini dari kalangan orang-orang Melayu Islam, namun memberi ruang kepada penganut-penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dan dalam menjaga keteguhan negara serta kesejahteraannya, kedudukan tinggi Islam sebagai pegangan orang-orang Melayu Islam turut dilindungi oleh undang-undang secara khusus.
Perlembagaan Persekutuan pada Bahagian I, Perkara 3 yang berjudul Agama Bagi Persekutuan. Fasal 1 menyebut “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Seterusnya pada Bahagian II, Perkara 11, fasal 4 menyebut, undang-undang negeri boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Belanjawan 2024 yang lalu, peringkat Jawatankuasa, saya telah menyentuh mengenai pemerkasaan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam. Pada ketika itu, masih ada ketinggalan empat buah negeri yang belum menggubal akta berkenaan iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Saya ingin bertanya, adakah negeri-negeri tersebut telah pun menggubalnya selaras dengan 10 buah negeri yang lain?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Seterusnya, saya ingin mencadangkan dalam kesempatan ini agar digubal suatu rang undang-undang khusus berkaitan kesalahan menghina agama Islam. Keperluan kepada akta ini semakin jelas dengan kemunculan pelbagai bentuk penghinaan terhadap Islam. Ia dilakukan secara sewenang-wenangnya sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh industri perfileman dan pemain-pemain media bahkan juga oleh ahli-ahli politik yang tidak menghormati Perlembagaan Malaysia dan sensitiviti orang-orang Islam.
Dengan akta sebegini, kita berharap tidak ada lagi cabaran-cabaran atau tindakan dan kata-kata yang bertujuan mempermain-mainkan agama Islam. Adalah menjadi kewajipan suci dan tertinggi seluruh rakyat apatah lagi yang beragama Islam untuk menolak dan memastikan tidak berulangnya sebarang bentuk cabaran dan provokasi terhadap Islam dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, golongan nelayan adalah sebahagian dari rakyat negara ini yang perlu dilindungi hak dan kebajikan mereka. Pada bulan November yang lalu, para nelayan daerah Jasin telah menyerahkan kepada saya satu memorandum untuk dipanjangkan ke Parlimen. Alhamdulillah, memorandum itu telah diterima dan diberikan perhatian oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker Dewan Rakyat. Untuk itu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Memorandum tersebut menyentuh kesusahan yang dihadapi oleh para nelayan yang berpunca dari kawasan tradisi mereka menangkap ikan menjadi semakin kecil dan terbatas.
Ini pertama, disebabkan kawasan sekitar pulau-pulau kecil yang telah digazetkan sebagai taman laut oleh kerajaan negeri. Kedua, perubahan ekosistem akibat dari pembangunan di darat yang dibawa ke laut. Projek tambakan dari Umbai sehingga ke Tanjung Bruas. Ketiga, keadaan sebahagian kawasan laut menjadi perhentian kapal-kapal minyak dan lainnya.
Untuk mengatasi masalah yang ditanggung oleh para nelayan ini, saya memohon agar larangan menangkap ikan sekitar Pulau Besar dapat diangkat. Dengan keluasan kawasan tersebut yang melibatkan tujuh jeti utama dan lebih 200 orang nelayan, insya-Allah akan dapat meringankan bebanan ekonomi para nelayan terbabit dan menyelesaikan sebahagian besar masalah mereka. Saya mohon agar saranan ini dapat dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong dan menjunjung tinggi Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sekian, terima kasih.
[Tepuk] .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Timbalan Speaker.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada Kuala Pilah bagi turut sama menyertai sesi perbahasan bagi Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong kali ini. Patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar atas perkenan Kebawah Duli Tuanku berangkat untuk bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Sidang Parlimen Kelima Belas ini. Semoga Allah SWT mengurniakan syifa dan afiatnya serta melimpahkan segala keberkatan buat Kebawah Duli Tuanku.
Timbalan Dr. Yang di-Pertua, selebih daripada 70 peratus rakyat bergantung kepada fasiliti kesihatan awam. Namun, kita perlu akui sektor kesihatan awam negara kini sedang mengalami krisis tenaga kerja yang tidak berkesudahan malah semakin membimbangkan.
Buktinya adalah sehingga sekarang, kita masih gagal mencapai nisbah 1:400 untuk pegawai perubatan kepada masyarakat menjelang 2025 sebagaimana ditetapkan kerajaan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Tahun lalu, Menteri mengakui berlaku ketidakseimbangan taburan atau agihan tenaga kerja menyebabkan timbul isu beban tugas yang tinggi di sesetengah hospital sehingga menyebabkan burn out dengan izin, dalam kalangan doktor dan mendorong ramai doktor meletak jawatan, meninggalkan KKM dan beralih kepada sektor perubatan swasta.
Statistik KKM menunjukkan seramai 1,046 pakar perubatan meninggalkan perkhidmatan awam dalam tempoh lima tahun ini menjadikan jumlah pakar perubatan sedia ada yang sedang berkhidmat hanyalah seramai 7,638 orang. Meskipun pelbagai alasan peletakan jawatan diberi, kita tidak boleh nafikan punca utama adalah kerana mereka ingin beralih ke sektor swasta yang menawarkan manfaat yang lebih besar serta peluang lebih cerah untuk perkembangan kerjaya mereka.
Pakar perubatan adalah jawatan yang amat penting dalam sektor kesihatan awam kerana mereka bukan sekadar memberikan perkhidmatan kepada pesakit malah mereka turut menjadi pelatih ataupun trainer yang memberikan pendedahan klinikal seperti memberikan latihan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada pegawai perubatan yang muda. Oleh itu, kekurangan pakar perubatan akan menyebabkan kekangan kepada KKM untuk melahirkan pegawai perubatan yang berkualiti.
Justeru itu, Kuala Pilah menyeru agar Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat menawarkan manfaat yang lebih baik sebagai faktor penarik kepada pakar perubatan untuk kekal dalam sektor kesihatan awam. Antara perkara yang penting yang boleh dilaksanakan adalah dengan mewujudkan jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) gred khas C terutamanya bagi pakar yang telah lama tersekat di Gred UD56, memandangkan kali terakhir kenaikan pangkat ke jawatan ini dibuat adalah pada tahun 2002 iaitu 13 tahun yang lalu.
Maka, kenaikan pangkat ini adalah perlu bagi mengekalkan doktor senior yang berpengalaman. Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara pengeluar doktor yang berkualiti namun sayangnya kita tidak dapat mengekalkan doktor-doktor ini dalam sistem kesihatan awam. Dengan izin, we are a good producer of doctors and nurses but we are not
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
a good retainer. KKM perlu melihat apakah tarikan dan manfaat yang boleh ditawarkan kepada kakitangan perubatan untuk kekal bersama KKM memandangkan faktor tarikan daripada sektor swasta amat kuat.
KKM boleh melihat semula elaun-elaun doktor seperti elaun kerja lebih masa, elaun kritikal dan elaun bertugas di Sabah dan Sarawak. Kuala Pilah menyeru KKM untuk mempertimbangkan cadangan Persatuan Perubatan Malaysia untuk menaikkan kadar elaun tugas atas panggilan ataupun on call daripada RM9.16 sejam kepada RM25 sejam untuk pegawai perubatan dan daripada RM10.40 sejam kepada RM30 sejam untuk pakar perubatan bagi tugas atas panggilan pada hujung minggu. Kadar ini sudah tidak lagi relevan jika dibandingkan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh para doktor di KKM.
Kuala Pilah faham kita tidak mampu memberikan imbuhan terlalu tinggi seperti mana negara-negara maju yang lain atau sebagaimana yang ditawarkan oleh sektor swasta, namun setidaknya kita harus menyediakan iklim pekerjaan yang kondusif untuk para doktor sekali gus dapat menjamin perkhidmatan kesihatan yang berkualiti untuk rakyat.
Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu melihat semula keputusan untuk melonggarkan syarat kemasukan ke Program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains bagi mengatasi isu kekurangan jururawat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Jururawat juga adalah barisan hadapan dalam sektor kesihatan. Mereka memikul tanggungjawab yang berat dan memainkan peranan yang sama penting dengan doktor dalam merawat pesakit dan menjaga nyawa manusia. Kuala Pilah khuatir penurunan syarat kelayakan ini akan menjejaskan kualiti jururawat yang akan dihasilkan sekali gus menjejaskan persepsi orang ramai terhadap profesion itu sendiri.
Kementerian harus memberi tumpuan untuk menambah baik terma perkhidmatan dan imbuhan untuk jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan untuk menangani kekurangan jururawat ini. Tindakan ini tiada korelasi dengan isu sebenar kerana kekurangan jururawat bukan disebabkan oleh tiadanya permohonan masuk ke program diploma tetapi kerana kekurangan kapasiti seperti tenaga-tenaga pengajar, kolej-kolej jururawat serta dana yang tidak mencukupi. Kita bukan sahaja perlu menarik lebih ramai pelajar kejururawatan tetapi juga mengekalkan jururawat yang berpengalaman dan terlatih yang kita ada supaya mereka tidak lari ke sektor swasta dan negara-negara lain.
Timbalan Dato’ Dr. Yang di-Pertua, getah asli merupakan satu daripada komoditi penting yang membantu menjana pendapatan negara Malaysia dan Malaysia pernah menjadi pengeluar getah asli terbesar di dunia dengan menghasilkan 1.6 juta tan getah asli pada tahun 1988. Namun kini, kita hanya mampu selesa di tangga ketujuh terbesar di dunia.
Statistik Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan pengeluaran getah asli pada Disember 2024 rata-ratanya disumbangkan oleh sektor pekebun kecil iaitu sebanyak 89.4 peratus berbanding sektor estet.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah merasakan kerajaan perlu melipatgandakan usaha untuk kembali menjadi antara pengeluar getah asli utama di dunia bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan negara tetapi juga untuk membuka peluang pendapatan yang lebih besar kepada pekebun kecil getah di negara kita.
Kerajaan perlu mencari jalan untuk memastikan kestabilan harga getah meskipun ianya amat bergantung kepada kuasa permintaan dan penawaran dunia. Justeru itu, Kuala Pilah amat menyokong cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal getah daripada pekebun kecil. Kuala Pilah yakin usaha ini akan dapat membantu kerajaan untuk membela nasib pekebun kecil getah kerana kerajaan yang akan berkuasa menentukan harga pasaran.
Timbalan Dato’ Dr. Yang di-Pertua, kita harus akui akan peranan dan jasa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sejak awal penubuhannya yang banyak membantu kerajaan dalam usaha memperkasa masyarakat dengan memberi kesedaran akan kepentingan ilmu melalui tadika, taska dan aktiviti-aktiviti untuk komuniti setempat di luar bandar.
Inisiatif —Kuala Pilah ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat seluruh keluarga KEMAS yang bertungkus-lumus merangka dan menganjurkan pelbagai modul dan program kemahiran yang bukan sekadar memberikan peluang kepada masyarakat untuk mempelajari kemahiran malah membantu mereka menjana sumber pendapatan melalui bidang yang mereka pelajari. Kebanyakan mereka telah bersama KEMAS sejak awal penubuhannya membantu kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan negara. Namun apabila sudah bersara, mereka terpinggir dan tersisih.
Oleh itu, Kuala Pilah melihat kepada kenaikan kos sara hidup sekarang, Kuala Pilah memohon kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk sekurang- kurangnya menaikkan jumlah bantuan sara hidup untuk ahli Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBKAM) daripada RM300 kepada RM500 sebulan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka.
[Tepuk] Timbalan Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan telah menjadi tunjang kepada pembentukan negara yang merupakan landasan kepada arah tuju Malaysia.
Islam merupakan agama rasmi Persekutuan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi Persekutuan. Perkara 3, jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas, “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian di dalam Persekutuan”. Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan agama pula menyatakan, “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) iaitu bagi pengembangan agama.” Peruntukan 3 dan 11 ini dipateri di dalam Perlembagaan kita, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di negara
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
ini dan merupakan peruntukan toleransi tertinggi yang perlu kita rai dan pertahankan bersama.
Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.
Namun begitu, saban hari kita mendengar pelbagai kenyataan dan cadangan yang menyentuh isu sensitif seolah-olah sengaja memberi provokasi. Tanpa disedari tindakan ini mengetuk pintu sensitiviti orang Islam. Perkara-perkara ini perlu dihentikan dengan kadar segera bagi mengelakkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta kesan buruk kepada negara.
Kuala Pilah berpandangan tiada keperluan untuk melantik Menteri Bagi Hal Ehwal Agama Bukan Islam di peringkat Persekutuan untuk menjaga keperluan agama-agama bukan Islam di Malaysia sama seperti agama Islam memandangkan Perlembagaan Persekutuan tidak menyentuh mengenai perkara ini. Berbeza dengan kedudukan Islam yang jelas termaktub dalam Perkara 12(2), Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan penubuhan institusi Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, ia juga memberikan jaminan kebebasan beragama kepada semua, namun tiada peruntukan khusus yang mengatur pengurusan agama selain Islam. Tidak ada ketetapan dalam senarai Persekutuan yang menjadi asas bagi pelantikan Menteri bagi agama bukan Islam. Oleh itu, Kuala Pilah sekali lagi merasakan tidak perlu atau tidak sesuai untuk melantik seorang Menteri yang khusus menguruskan hal ehwal agama bukan Islam kerana pelantikan sedemikian boleh disalahtafsirkan sebagai usaha untuk menyamakan kedudukan agama-agama lain dengan Islam padahal Perlembagaan tidak bermaksud begitu.
Isu menjaga kebajikan dan hal ehwal agama bukan Islam tidak patut timbul kerana selama ini ia tidak pernah diabaikan meskipun ia tidak pernah melantik Menteri bagi agama bukan Islam. Kesyumulan Islam itu dizahirkan dengan penerimaan kaum-kaum dan agama minoriti yang lain yang ada di Malaysia. Walaupun majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam, kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum dan agama-agama yang lain.
Kementerian Perpaduan juga perlu lebih proaktif memainkan peranannya untuk menerajui usaha bagi menangani cabaran semasa terutamanya bagi yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja. Kementerian harus memikirkan strategi dan pendekatan untuk memupuk perpaduan bagi menjadikan kemajmukan rakyat yang ada di Malaysia sebagai sebuah kekuatan negara.
Timbalan Dato’ Dr. Yang di-Pertua, data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan transformasi digital yang semakin pesat di Malaysia dengan 93.3 peratus perniagaan memanfaatkan akses internet pada tahun 2022. Peratusan ini meningkat dengan amat ketara berbanding 61.5 peratus pada 2015. Banci Ekonomi bagi tahun rujukan 2022 telah
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
dilaksanakan yang meliputi semua pertubuhan perniagaan aktif merentasi semua sektor ekonomi dengan sebanyak 78,236 pertubuhan terlibat dalam transaksi platform e-dagang, menjana pendapatan mencapai nilai RM1.13 trilion. Peningkatan ini menunjukkan kepentingan untuk menaik taraf fasiliti jalur lebar di seluruh negara bagi membolehkan peralihan lebih luas ke arah perdagangan dalam talian dan platform digital.
Kuala Pilah ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Komunikasi kerana telah melancarkan Sistem Garis Panduan Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur Telekomunikasi (6-WAY MOCN)...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
...Di jalan Bukit Putus, Kuala Pilah.Selain menyelesaikan permasalahan capaian internet di sepanjang jalan Bukit Putus, sistem 6-WAY MOCN ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang membolehkan syarikat telekomunikasi yang asalnya bersaing sesama mereka, berkerjasama melaksanakan 6-WAY MOCN ini bagi membantu kawasan luar bandar, terpencil mendapat akses internet yang baik.
Akhir sekali, Kuala Pilah berharap agar inisiatif menaiktarafkan digital ini, internet jalur lebar ini dapat diperbanyakkan di seluruh negara dan terutamanya di kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuala Pilah sekali gus membantu segala aktiviti yang berteraskan platform e-dagang di Kuala Pilah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Kuala Pilah dengan ini menyokong usul Titah Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong. *Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Pembahas yang terakhir untuk petang ini, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Pasir Salak menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada petang yang berbahagia ini, Pasir Salak ingin membuat perbahasan tentang isu pemerkasaan sekolah-sekolah tahfiz swasta. Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharakannya.” Dato’ Dr. Yang di-Pertua, hari ini kita melihat minat yang tinggi ibu bapa Muslim di negara ini untuk menghantar anak-anak mereka ke maahad-maahad tahfiz sebagai manhaj pendidikan pilihan mereka.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Malah kerajaan sendiri melalui Kementerian Pendidikan, jabatan agama Islam negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan seperti MARA telah mewujudkan maahad-maahad tahfiz dengan kadar permohonan kemasukan yang tinggi sehinggakan institusi-institusi yang diwujudkan oleh kerajaan tidak dapat menampung permintaan dan permohonan kemasukan tersebut. Maka berlakulah limpahan pelajar-pelajar tahfiz di institusi-institusi tahfiz swasta yang diinisiatifkan oleh individu, NGO, masjid dan lain-lainnya. Apa yang membanggakan dengan semaraknya maahad-maahad tahfiz ini ialah keupayaan maahad-maahad tahfiz ini dalam melahirkan golongan huffaz yang sangat berketerampilan.
Hari ini, negara telah berjaya melahirkan golongan profesional dari kalangan pelajar- pelajar tahfiz ini. Kita sudah ada ramai doktor, peguam, akauntan, jurutera malah ada yang menjadi juruterbang, jet pejuang dari kalangan huffaz iaitu orang-orang yang hafaz Quran selain penyertaan mereka dalam perjawatan tinggi di sektor awam dan swasta. Bilangan sekolah tahfiz berdaftar di negara kita setakat ini adalah sebanyak 1,358 buah dan dianggarkan terdapat 400 lagi sekolah tahfiz yang belum didaftarkan.
Anggaran pelajar tahfiz di negara ini termasuklah di sekolah-sekolah yang belum berdaftar ialah sebanyak 190,000 orang. Sejak dari era mantan Ahli Parlimen Pekan, Dato' Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, kerajaan telah memberikan peruntukan khas untuk sekolah-sekolah pondok dan tahfiz sehinggalah di bawah kerajaan semasa hari ini masih memberikan peruntukan dalam bajet terbaru sebanyak RM150 juta.
Kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas usaha mempertahan dan memelihara institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini. Kita mengharapkan komitmen yang lebih tinggi daripada pihak kerajaan untuk terus memperkasakan institusi tahfiz di negara ini. Apatah lagi telah terbukti dalam keputusan SPM yang lalu, pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah tahfiz al-Quran ini telah mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan seperti pencapaian Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang memperoleh gred purata sekolah 1.07 mata dan menjadi sekolah paling cemerlang mengatasi pencapaian sekolah-sekolah elit dan berasrama penuh yang lainnya.
Dato' Dr. Yang di-Pertua, Pasir Salak ingin membawa ke sidang yang mulia ini tentang perlunya sekolah-sekolah tahfiz ini diperkasakan oleh kerajaan selaras dengan aspirasi dan kehendak rakyat terhadap sistem pendidikan rabbaniyah yang berteraskan kitab suci al-Quran. Ini selaras dengan hal yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 12(2) yang menyebut adalah sah bagi Persekutuan atau suatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud tersebut.
Kajian awal Pasir Salak juga mendapati lebih 500 sekolah tahfiz dan pondok yang belum dapat didaftarkan. Tidakkah boleh kerajaan membantu sekolah-sekolah ini dengan memperuntukkan ejen pemutihan bagi membolehkan semua sekolah tersebut sempurna didaftarkan. Pasir Salak mendapat tahu ada sekolah-sekolah ini disaman dengan kompaun
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
puluhan ribu ringgit dan diancam untuk dirobohkan. Apakah layanan sebegini wajar untuk sekolah agama dan tahfiz pilihan rakyat?
Petikan frasa dalam Perlembagaan Persekutuan yang Pasir Salak bacakan tadi jelas menyebutkan tanggungjawab kerajaan untuk membantu menubuhkan dan memperkasakan institusi-institusi pendidikan Islam termasuklah sekolah-sekolah tahfiz. Pasir Salak menghargai usaha kerajaan yang memberi value added ataupun nilai tambah dengan izin dengan membuka peluang lepasan sekolah-sekolah tahfiz untuk menyertai institusi TVET bagi melahirkan huffaz berkemahiran yang sangat diperlukan dalam dunia industri hari ini.
Dato' Dr. Yang di-Pertua, Pasir Salak ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang kelemahan-kelemahan yang perlu segera diatasi oleh kerajaan sebagai custodian pendidikan Islam di Malaysia pada amnya. Berikut Pasir Salak bacakan senarai keluhan aduan rakyat dan pemegang taruh pendidikan Islam dan tahfiz yang dapat Pasir Salak kumpulkan. Pertama, peruntukan dari bajet yang telah diluluskan dan dibentangkan di Parlimen hanya sampai ke golongan sasar iaitu sekolah-sekolah tahfiz menjelang akhir tahun iaitu bulan-bulan November dan Disember. Hanya mock check yang diberikan di awal tahun dalam acara-acara simbolik yang tidak bermakna.
Kedua, sebelum ini iaitu di awal-awal peruntukan ini diperkenalkan dalam belanjawan atau bajet iaitu pada tahun 2018, keseluruhan peruntukan adalah dikhususkan untuk sekolah- sekolah tahfiz swasta dan institusi pondok swasta. Tetapi sejak kebelakangan ini, jumlah peruntukan yang sama ini telah ditambah institusi penerimanya meliputi sekolah agama milik kerajaan tanpa ditambah jumlah peruntukan bajet atau belanjawan tahunan tersebut. Ini menyebabkan nisbah atau ratio penerimaan wang bantuan mengecil apabila lebih banyak pihak diminta oleh kerajaan berkongsi peruntukan yang asalnya untuk institusi pondok dan sekolah tahfiz.
Persoalannya, kenapakah institusi pendidikan Islam yang terang dan nyata perlu dibantu oleh kerajaan dikurangkan wang peruntukan dan ratio agihan tetapi ada jenis pendidikan yang tidak berkewajipan kepada kerajaan dalam Perlembagaan membantunya mendapat ratio bantuan kewangan yang lebih besar seperti yang diterima oleh sekolah- sekolah persendirian Cina sebanyak RM20 juta.
Ketiga, selain daripada isu lambatnya turun peruntukan kepada sekolah-sekolah tahfiz swasta ini, pelbagai syarat ketat yang berubah-ubah dikeluarkan oleh agensi penyalur bantuan antaranya skop penggunaan bantuan hanya untuk kerja baik pulih dan selenggara bangunan sahaja. Apa yang nak disenggara sangat setiap tahun bagi sekolah-sekolah di bangunan-bangunan komersial dan bangunan yang disewa sedangkan sekolah-sekolah tersebut yang banyak menampung pelajar asnaf, memerlukan bantuan kewangan untuk makan minum pelajar, asrama, gaji guru, kos operasi dan peralatan sekolah.
Keempat, Pasir Salak juga difahamkan jumlah yang diluluskan di Parlimen lain tetapi di peringkat agihan jumlahnya tidak sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasar dan diturunkan sehingga 20 peratus. Mana perginya jumlah asal? Pasir Salak ingin bertanya secara tepatnya, berapa kali sebenarnya peruntukan yang telah disalurkan dan diterima oleh
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
sekolah-sekolah tahfiz persendirian atau swasta ini bagi Bajet 2023 dan 2024? Pasir Salak juga difahamkan pihak JAKIM sebagai agensi penyalur menetapkan pula baru-baru ini bahawa sekolah yang telah menerima bagi tahun tertentu tidak boleh lagi menerima dan mendapat bantuan untuk tahun berikutnya. Apakah ini benar? Jika benar, kenapa terjadi begitu?
Pasir Salak juga ingin menyeru kerajaan mengkaji dan menurunkan kadar bayaran elektrik bagi sekolah-sekolah tahfiz kerana sebahagian besar sekolah-sekolah tahfiz dikenakan tarif B iaitu tarif untuk industri yang lebih mahal kadar bayaran penggunaan elektrik. Jika kerajaan boleh mengecualikan puluhan juta ringgit bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi UNITAR, kenapa kerajaan tidak boleh bantu sekolah-sekolah tahfiz mendapatkan tarif elektrik yang lebih rendah? Bukankah kerajaan ini yang menjanjikan dalam pilihan raya pendidikan percuma untuk rakyat?
Pasir Salak memohon agar kadar bayaran elektrik untuk sekolah-sekolah tahfiz swasta ini diturunkan ataupun kalau boleh dikecualikan. Pasir Salak ingin meminta kerajaan menaikkan taraf beberapa institusi tahfiz menjadi pusat TVET bertauliah atau LSLDN. Cara ini akan dapat meningkatkan nilai tambah institusi tahfiz. Ini juga akan meningkatkan institusi tahfiz TVET yang masih rendah pada kadar 4.7 peratus.
Seterusnya Pasir Salak penuh yakin dengan bilangan pakar guru ahlul Quran yang kita miliki. Kelahiran institut perguruan tahfiz al-Quran akan membolehkan Malaysia menjadi hab pengembangan ilmu al-Quran yang disegani di rantau ini, khasnya di dunia amnya.
Kelima, Pasir Salak mengambil kesempatan ini untuk bertanya. Pertama, mengapakah sekolah-sekolah bantuan kerajaan di dalam vote lain tetapi pada tahun 2024 kerajaan mengambil pula peruntukan yang secara tradisinya adalah untuk pondok dan sekolah tahfiz swasta sedangkan sekolah-sekolah bantuan tersebut telah mendapat bantuan gaji yang lainnya.
Kedua, B, apakah dasar dan parameter yang digunakan oleh kerajaan dalam agihan peruntukan pendidikan di negara ini? Bukankah Perlembagaan Persekutuan sepatutnya dijadikan rujukan. Kecelaruan dasar dan tindakan kerajaan hari ini telah mendatangkan kegusaran rakyat terutamanya orang Melayu dan umat Islam.
Dato' Dr. Yang di-Pertua akhir sekali, isu pemerkasaan sekolah-sekolah tahfiz swasta di negara ini bukanlah perkara kecil. Ia menyangkut hak asasi rakyat dan pendidikan pilihan mereka dan ketetapan-ketetapan Perlembagaan Persekutuan dan ia berkait rapat dengan isu keadilan sosial dalam negara berbilang kaum dan agama serta keutamaan (priority) kerajaan menurut dokumen Perlembagaan Persekutuan.
Pasir Salak menuntut keseriusan kerajaan dalam membela sekolah-sekolah tahfiz swasta dan memastikan kelestarian dan kesinambungan sistem pendidikan tahfiz ini. Institusi tahfiz di negara ini harus dilihat sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan negara. Ianya perlu dimartabatkan dan berada dalam mainstream sistem pendidikan kita. Sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia telah memberi sumbangan besar dalam pembentukan modal insan soleh dan bertakwa untuk negara. Generasi baru dari institusi tahfiz ini nanti diharap akan dapat
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
berjalan sederap dan bahu-membahu sebagai generasi muda dari golongan pelbagai aliran lain untuk masa depan di negara kita ke arah baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur.
Akhir sekali Dato' Dr. Yang di-Pertua, Pasir Salak mencadangkan sebuah universiti al-Quran berasaskan tahfiz di Malaysia ini dan dibina di Pasir Salak. Sekian, terima kasih.
Pasir Salak mohon menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Dengan ucapan perbahasan Yang Berhormat Pasir Salak, maka tamatlah semua pembahas berkaitan Usul Titah Diraja dan mulai esok, menteri akan menjawab dan dekat senarai saya untuk esok, bermula dengan Kementerian Kewangan; Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Kementerian Peralihan Tenaga, Transformasi; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Ekonomi; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan akhir untuk esok adalah Kementerian Luar Negara.
Dengan itu, maka hari ini Majlis perbahasan ditangguh sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 19 Februari 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.12 malam]