Feb172025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan berapa jumlah subsidi yang telah dibelanjakan untuk eCOSS sepanjang 2024. Sama ada kementerian bersedia untuk meningkatkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak paket bersubsidi di pasaran runcit memandangkan kerap kali ada rungutan masalah kekurangan bekalan, berikan sebab terhadap keputusan kerajaan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah yang sentiasa bertanya soalan berkenaan dengan minyak masak paket kos ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi tahun 2024, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.495 bilion iaitu RM845 juta yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 dan RM1.1 bilion yang telah diperuntukkan dalam supplementary bill ini. Ini adalah untuk Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ya.

Jadi, dari segi aspek persediaan kerajaan untuk menambah kuota minyak masak paket bersubsidi sedia ada iaitu 60,000 metrik tan sebulan, KPDN pada ketika ini berpandangan bahawa kuota sedia ada ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan berdasarkan kepada kadar penggunaan minyak masak yang kita telah kenal pasti siapakah yang wajar menerima manfaat tersebut.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya menerangkan sedikit bahawa kos ini bermula pada tahun lebih kurang 2007 di mana pada asalnya ia bertujuan untuk membantu keluarga isi rumah, ia kegunaan domestik. Tetapi pada bulan Julai 2022, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu Yang Amat Berhormat Bera telah pun memanjangkan kegunaan minyak masak bersubsidi ini kepada industri mikro.

Jadi, kalau kita tengok kepada jumlah isi rumah dan industri mikro, pada ketika — pada data DOSM 2022 jumlah isi rumah ialah 7.9 juta isi rumah di mana kalau data DOSM

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

juga menyatakan bahawa keperluan satu isi rumah ialah dalam 4.8 kilogram minyak masak sebulan. Kalau kita ambil bottom 80 ataupun 80 ke bawah peratus isi rumah, jumlahnya ialah 30.3 metrik tan sebulan.

Kemudian, data DOSM pada tahun 2023 menunjukkan bahawa kalau kita beri mikro industri seperti penjaja yang jual pasar malam, yang jual keropok lekor, karipap dan sebagainya, data menunjukkan bahawa jumlah yang kita perlukan ialah 21,285 metrik tan.

Maksudnya jumlah 60,000 metrik tan itu mencukupi ya untuk kita agihkan kepada isi rumah — 80 peratus isi rumah dan juga industri mikro ini, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, selain daripada itu kita hadkan tiga paket sekali beli. Kita beri arahan pengawal bekalan untuk melarang eksport. Ini pinjam KPKT punya Tan Sri. Jadi dia...

[Ketawa] Melarang eksport ya Tan Sri. Kemudian, kita ada sistem eCOSS untuk kita track perjalanan minyak masak itu daripada refinery ke wholesaler — ke repacker ke wholesaler ke peruncit.

Cuma kita sedang bangunkan untuk pengguna ya sehingga kepada pengguna. Insya-Allah kita akan adakan projek rintis sempena tahun 2025 sehingga ke pengguna.

Selain daripada itu kita pastikan Program Jualan RAHMAH ada minyak masak paket, kita juga ada melaksanakan kaedah zoning di mana reparker tak boleh senang-senang sahaja hendak hantar ke mana-mana tetapi kita — 50 peratus kena kepada kawasan yang kita kenal pasti. Kita juga menggunakan pendekatan KITA GEMPUR dan OPS TIRIS untuk mengawal ya supaya tidak ada ketirisan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Rasah.

draft • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya mengambil maklum dan menghormati keputusan kerajaan untuk mengekalkan kuota 60,000 metrik tan tersebut.

Cuma, keadaan semasa adalah di pasaran termasuk di pasaran yang besar, bukan setiap hari bukan sepanjang masa ada stok. Dia mungkin dalam satu hari itu waktu tertentu ada ataupun hari tertentu ada. Jadi, macam mana kita nak atasi? Ini satu.

Keduanya berkaitan dengan industri ataupun peniaga mikro yang terlibat. Ada tak apa-apa guideline ataupun SOP khusus untuk siapa yang boleh? Sebab kita tak mahu ada peniaga besar, restoran besar ambil peluang, ambil kesempatan padahal mereka tak layak.

Sebab saya tahu, saya rasa KPDN tahu ada restoran di mana stor dia simpan banyak minyak paket dalam operasi.

Jadi, saya nak tanya ini penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

draft • 10:00 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita tengok ya peniaga mikro ini tidak termasuk restoran. Dalam definisi

draft • 10:00 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

peniaga mikro, kita tak termasuk restoran. Jadi, kalau restoran ini kita masuk smaller yang kecil, peniaga kecil.

Jadi, ketika ini memang KPDN — penguat kuasa KPDN memang turun padang untuk masuk ke restoran-restoran untuk memastikan bahawa tidak ada penyalahgunaan minyak masak paket ini. Kita juga ada baca laporan-laporan berkenaan tindakan-tindakan diambil ke atas restoran-restoran yang menggunakan minyak masak paket, mereka tak boleh guna minyak masak paket. Akan tetapi kalau penjaja di tepi jalan ya, pasar malam itu, insya-Allah kita benarkan.

draft • 10:00 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Sebab kita tak nak kos itu diturunkan kepada pengguna. Kalau misalannya penjaja kan mereka pun nak guna minyak botol, mungkin kos mereka meningkat, kos pengeluaran itu meningkat. Maka dia pass the cost ya kepada pengguna. Jadi, itu yang kita cuba nak elakkan. Ya, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tanjong Karang.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih di atas penjelasan oleh Timbalan Menteri.

Kita semua sedia maklum isu subsidi minyak masak ini tidak sampai kepada sasaran.

Berlakunya ketirisan dan berlaku juga penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Tapi perkara ini sering disuarakan dan menjadi buah mulut netizen. Ke mana hilangnya minyak masak bersubsidi ini? Adakah kementerian mempertimbangkan untuk menukarkan subsidi minyak masak ini kepada bayaran tunai melalui MyKad? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Kalau saya jawab di hujungnya, setakat ini tidak ada.

Belum ada lagi untuk menggunakan subsidi itu disalurkan terus. Akan tetapi cara kita memastikan bahawa ia sampai kepada pengguna yang seperti saya katakan tadi, apabila eCOSS sekarang ini dia sampai ke peruncit. Tapi bila kita buat Projek Rintis 2025 nanti, kita akan menggunakan ID ataupun satu bentuk ID, mungkin kita sedang dalam proses rundingan untuk mendapatkan kerjasama agensi supaya kita kenal pasti ini betuk-betul warganegara yang boleh menggunakan dan mendapat bekalan tersebut. Ini yang kita maksudkan apabila kita nak bantu pengguna.

Berkenaan dengan penyelewengan dan sebagainya. Tan Sri Yang di-Pertua, kalau izinkan saya address sikitlah soalan itu ya, kita tidak ada kompromi kalau ada pihak-pihak yang menyalahgunakan kuota yang kita berikan kepada mereka, kita ambil tindakan terus sama ada kita tak gantung kuota tersebut ataupun kita tarik kuota tersebut.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Saya nak maklumkan bahawa pada tahun 2024, kita telah gantung 16 syarikat dan kita tarik kuota daripada 30 syarikat yang menyalahgunakan amanah yang diberikan kepada mereka. Jadi, ini adalah tindakan yang kita ambil secara serius dan kita tidak ada kompromi.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Kemaman.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar [Kemaman] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah strategik yang diambil oleh Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025 dalam mencapai tiga strategi yang ditetapkan iaitu pengukuhan rantaian nilai serantau, pengukuhan asas negara anggota serta penyelarasan dan penyusunan semula ekonomi negara-negara ASEAN.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kemaman atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia telah menggariskan tiga keutamaan kepengerusiannya iaitu yang pertama, Malaysia akan memberi tumpuan kepada meningkatkan usaha memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman, stabil, selamat dan makmur ketika berhadapan dengan cabaran geopolitik antarabangsa. Ini akan dilaksanakan menerusi membina keyakinan strategik, dialog dan diplomasi dengan berlandaskan prinsip Kepusatan ASEAN atau dengan izin ASEAN Centrality. Sehubungan ini, Malaysia akan menggalakkan semua negara anggota ASEAN untuk bekerjasama memperkasa perpaduan dan Kepusatan ASEAN.

Kedua, Malaysia akan memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN yang dilihat masih berada di peringkat yang rendah serta memperluas kerjasama dan perkongsian ekonomi dengan rakan-rakan di luar rantau ini.

Ketiga, Malaysia akan mempromosikan sebuah komuniti yang terangkum, mampan dan berdaya saing dengan mengutamakan usaha-usaha untuk merapatkan jurang pembangunan, meningkatkan kualiti kehidupan dan menangani impak perubahan iklim supaya manfaat ekonomi dan pembangunan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat di rantau ini.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengilhamkan tema Keterangkuman dan Kemampanan atau dengan izin, Inclusivity and Sustainability sebagai panduan utama Malaysia dalam mengemudi ASEAN. Tema ini antara lain, menekankan pentingnya dialog dan kerjasama terangkum dan mampan bagi memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman dan stabil. Ini akan membolehkan segala aspek kelangsungan hidup diteruskan. Tema ini

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

juga memberi tumpuan kepada pendekatan ekonomi yang pragmatik yang bersandarkan nilai-nilai kemanusiaan yang mengambil kira kepentingan setiap lapisan masyarakat di rantau ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, salah satu langkah strategik bagi membolehkan pengukuhan rantaian nilai serantau, pengukuhan asas negara anggota dan penyusunan semula ekonomi negara-negara ASEAN utama adalah menerusi pengukuhan komuniti ekonomi ASEAN. Ini termasuk menerajui usaha untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN

(ATIGA) dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) di mana kedua-duanya direka untuk memperkukuh daya tahan ekonomi di rantau ini.

Selain itu, penganjuran sidang kemuncak ASEAN-GCC Kedua serta sidang kemuncak ASEAN-GCC China akan menjadi wadah untuk merintis peluang perdagangan, pelaburan dan perkongsian teknologi dengan lebih meluas dengan rakan kongsi baru berdasarkan data yang diperolehi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa dengan izin, International Monetary Fund (IMF).

Setakat Oktober 2024, jumlah terkumpul Keluaran Dalam Negeri Kasar tahunan GDP ASEAN, GCC dan China adalah USD23.43 trilion. Jumlah terkumpul penduduk ASEAN GCC dan China pula adalah 2.15 bilion. Jelas sekali, peluang kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan, pertumbuhan dan kemakmuran untuk semua negara-negara yang terlibat adalah amat tinggi.

Selain itu, dalam memastikan ASEAN menikmati limpahan manfaat yang sama rata, Malaysia turut menyokong kemasukan segera Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN.

Kemasukan Timor Leste bukan sahaja melengkapkan lagi ASEAN sebagai sebuah rantau malah berpotensi mengukuhkan lagi kerjasama politik, ekonomi dan sosiobudaya di kalangan negara anggotanya. Dengan penyertaan Timor Leste, ASEAN akan dapat diperkasakan sebagai sebuah organisasi serantau yang terangkum, mampan, berdaya tahan dan berupaya menghadapi pelbagai cabaran semasa dan masa hadapan. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kemaman.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang baik dan lengkap.

Sudah tentu kita sedar bahawa cabaran yang besar yang terpaksa kita hadapi ialah dalam negara ASEAN ialah selain daripada geopolitik antarabangsa yang tidak menentu adalah tindakan perang perdagangan oleh Amerika Syarikat yang juga sebagai dasar dan tindakan unilateralisme dan protestantism yang sedang dilakukan yang lebih bermirip kepada satu kaedah kolonisasi baru.

Dengan latar belakang ini, saya percaya kita di dalam negara kita ini perlu menunjukkan kepimpinan yang lebih agresif di peringkat ASEAN sehingga mampu untuk

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

menyerap pelbagai tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan juga lain-lain blok ekonomi supaya tidak memberi kesan yang serius kepada industri dan juga syarikat-syarikat yang beroperasi dalam negara kita dan di ASEAN secara khususnya.

Soalan saya, betulkan jika anggapan saya salah bahawa adalah sebenarnya tidak mudah untuk ASEAN bergerak sekata, realitinya kerana masing-masing negara ASEAN mempunyai kekuatan ekonomi dan nation interest yang berbeza?

Soalan yang lebih mustahaknya ialah apakah baki 10 bulan lagi yang tinggal dengan jawatan Kepengerusian ASEAN ini mampu untuk Malaysia membawa ASEAN sebagai blok ekonomi yang berjaya terutama untuk melaksanakan tiga fokus strategi yang dirangkakan?

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Kita tahu bahawa antara fokus utama dalam ASEAN pada kali ini Yang Berhormat ialah melalui tonggak ekonomi yang disebut bahawa ada perang dagangan antara mana-mana negara yang besar.

draft • 10:10 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Itu sebabnya Kepusatan ASEAN (ASEAN Central) itu diutamakan dalam kita mempengerusikan ASEAN pada tahun ini. Kita faham bahawa antara negara-negara anggota ASEAN sendiri, Yang Berhormat, jumlah dagangan kita amat rendah. Intra-ASEAN ini cukup rendah, tak sampai pun 25 peratus. Itu sebabnya kita kena tingkatkan kerjasama ini melalui pendekatan ASEAN ini.

Hubungan-hubungan dengan mana-mana negara kuasa-kuasa ‘Barat’ itu teruskan.

Amerika Syarikat umpamanya merupakan rakan dagang yang terbesar, antara yang terbesar dan terpenting juga di rantau ASEAN ini.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Itu sebabnya kerjasama dalam dagangan ini perlu kita tingkatkan oleh mekanisme ASEAN itu. Insya-Allah, dengan Kepengerusian ASEAN pada kali ini Yang Berhormat Kemaman, kita akan ambil peluang untuk bagaimana untuk melebarkan lagi kerjasama kita, malah di luar rantau ASEAN ini. Kita ingin melebarkan. Dulu umpamanya GCC China, ASEAN GCC China, cukup penting.

Saya sebut tadi bahawa jumlah penduduk GCC ASEAN-GCC China itu 2.15 bilion, Yang Berhormat. Ini satu peluang yang begitu besar. Bagaimana kita ingin memperhebatkan pencapaian pertubuhan dagang kita, pelaburan kita. Bukan hanya intra-ASEAN tetapi melibatkan negara-negara luar, GCC dan China juga. Bahkan, dengan Amerika Syarikat sekalipun kita akan memperhebatkan hubungan dengan kita. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin merakam ucapan tahniah kepada kerajaan dan semua pihak yang telah terlibat untuk memastikan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN berjalan dengan baik.

Sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN. Justeru itu, saya ingin mengetahui, apakah penerimaan negara anggota ASEAN yang lain berhubung cadangan tersebut? Adakah terdapat mana-mana lagi negara yang sedang dalam pertimbangan kementerian untuk dijadikan sebagai rakan dialog ASEAN? Adakah isu sindiket job scam yang dilihat tiada kesudahannya bakal menjadi tumpuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini?

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Menteri,

draft • 10:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Tampin.

Turkiye ini kalau ikut dalam kerangka ASEAN ini, Tan Sri Speaker merupakan rakan dialog sektoral ASEAN. Kita ada tujuh negara sebagai rakan dialog sektoral ─ Brazil, Morocco, Norway, Pakistan, South Africa, Switzerland, Turkiye dan juga United Arab Emirates.

Kekuatan Turkiye ini banyak. Sebagaimana lawatan Presiden Turkiye baru-baru ini. Banyak — 11 MoU dan juga perjanjian telah pun ditandatangani bersama dengan Malaysia.

Antaranya, kerjasama pertahanan umpamanya.

Kita dapat peluang-peluang yang begitu besar melalui kerjasama pertahanan umpamanya. Jadi, ini adalah peluang yang terbaik. Bukan hanya Malaysia berhubungan baik Turkiye tetapi juga Indonesia umpamanya. Jadi, untuk kita memperhebatkan kerjasama dengan Turkiye itu kita akan teruskan. Bahkan, sekarang ini Turkiye sebagai rakan dialog sektoral. Jadi, saya fikir, ini peluang-peluang yang perlu diterokai di sepanjang tahun ini, dipengerusikan oleh Malaysia dan bersama-sama dengan semua negara anggota ASEAN.

Mengenai isu job scam yang dibangkitkan oleh Tampin juga, juga adalah sebahagian daripada fokus utama kita pada tahun ini. Bahkan, dalam retreat Menteri-menteri Luar ASEAN yang berlangsung di Langkawi baru-baru ini telah pun diangkat isu ini bahawa kita akan jadikan ia sebagai satu fokus yang akan dibincangkan. Kita tahu sebelum ini juga telah pun dibangkitkan di Labuan Bajo, Indonesia. Kemudian juga dibangkitkan di Vientiane, Laos. Jadi, isu juga kita angkat pada tahun ini.

Kita tahu bahawa baru-baru ini juga berlaku Tan Sri Speaker, berlaku insiden di mana Myanmar telah pun membebaskan hampir 320 orang warga asing yang terlibat dengan job scam di Myanmar. Jadi, bagaimana kerjasama ini kita akan tingkatkan dan memang wujud kerjasama apabila mereka membebaskan ini. Semua mangsa-mangsa ini telah pun ditempatkan masih di Thailand, diserahkan di Thailand melalui national referral mechanism untuk di-check identiti-identiti mereka, sejauh mana keterlibatan mereka dan termasuk juga

draft • 10:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

warganegara kita sendiri. Insya-Allah selepas proses itu selesai, semua mangsa-mangsa ini nanti akan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Pokoknya di sini ialah bahawa isu job scam ini tidak akan sunyi sepanjang Kepengerusian ASEAN, juga akan diangkat dan dibincangkan dan kita akan cari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan penyelesaian yang lebih tuntas pada kali ini. Kerjasama antara negara anggota ASEAN juga kita akan tingkatkan melalui ASEAN Chiefs of National Police

(ASEANAPOL) umpamanya. Bagaimana kita membanteras sindiket penipuan dan juga job scam yang berlaku di rantau Asia Tenggara ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput seterusnya Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat melangkah ke alam persekolahan kepada anak-anak Malaysia. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan tahun 2025. Kita doakan, Tan Sri, semoga anak-anak Malaysia ini akan menjadi generasi yang unggul. Soalan saya Tan Sri, nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan mempertimbangkan model pembiayaan alternatif memandangkan risiko kebergantungan tinggi kepada PFI.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan sentiasa menilai strategi pembiayaan yang optimum bagi memastikan keperluan pembangunan negara dipenuhi secara mampan tanpa menjejaskan kedudukan fiskal jangka panjang.

Dalam hal ini, kerajaan mengguna pakai pelbagai model pembiayaan. Antaranya, peruntukan langsung melalui perbelanjaan pembangunan serta kerjasama sektor awam- swasta seperti public private partnership (PPP) dengan izin, termasuk kaedah inisiatif pembiayaan swasta, private finance initiative (PFI) dengan izin.

Di samping itu, peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS 2030) telah memperincikan usaha kerajaan di bawah kaedah pelaksanaan projek secara kerjasama awam-swasta. Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari bahawa kebergantungan tinggi kepada kaedah konsesi di bawah model goverment pays atau PFI boleh memberi implikasi terhadap kedudukan kewangan negara bagi tempoh jangka panjang. Oleh itu, kaedah sedemikian wajar digunakan bagi projek strategik yang dapat memberikan impak tinggi kepada ekonomi, kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Selain itu, kerajaan bertanggungjawab memastikan pengurusan fiskal yang berhemah selari dengan matlamat yang telah digariskan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] . Sehubungan itu, dalam mempertimbangkan model

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

pembiayaan alternatif, kerajaan sentiasa memastikan keputusan yang diambil adalah selaras dengan peruntukan di bawah akta tersebut bagi mengekalkan kestabilan fiskal negara.

Dalam hal ini, kerajaan sentiasa meneroka kaedah baharu untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dan badan sosial dalam pembangunan infrastruktur negara melalui kaedah seperti dana dermawan atau filantropi financing, dengan izin, seperti wakaf, sedekah dan zakat. Selain itu, model kewangan campuran (blended finance) dengan izin, iaitu pembiayaan projek yang dibuat melalui penggabungan dana kerajaan dan swasta bagi projek sosial adalah suatu pendekatan yang berpotensi baharu yang wajar diteroka.

Dalam sektor strategik berteraskan komersial, penglibatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC memainkan peranan penting seperti yang ditunjukkan menerusi inisiatif gear-up yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 yang bertujuan menjana pulangan jangka panjang serta memperkukuh pembangunan ekonomi negara. Kesemua inisiatif ini adalah sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memperkukuh kedudukan fiskal, meningkatkan daya tahan ekonomi dan mengurangkan risiko liabiliti luar jangka dalam jangka panjang.

Kerajaan akan terus mengkaji keberkesanan model pembiayaan alternatif bagi memastikan kelestarian pembangunan negara yang inklusif dan mampan. Dalam masa yang sama, pendekatan ini dapat membantu usaha kerajaan untuk menyediakan infrastruktur awam yang terbaik untuk rakyat, selain menggalakkan pelaburan oleh pihak swasta. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Paya Besar.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ogos 2024, Laporan UNDP Malaysia Development Finance Assessment, Tan Sri dengan izin, the IMF 2021 Article IV Consultation for Malaysia, telah mempersoalkan tentang risiko yang tinggi berkaitan exposure contingent liability yang majoritinya sepertimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi under PPP. Cuma, Tan Sri Yang di-Pertua, kegusaran akan menggugat kemampanan fiskal negara ini akan membawa kepada dua perkara yang saya fikir amat crucial.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Pertama, peningkatan domestic interest rate dan outflow foreign investor. Jadi, bagaimana kerajaan selain Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi untuk melihat Laporan Khazanah Disember 2024 yang meletakkan kaedah yang mungkin ada kewajaran untuk MOF teliti iaitu public-to-public partnership (PUP). Sepertimana Tan Sri, di Norway, Germany, France dan Bolivia juga mengarahkan kepada infrastruktur yang besar seperti public transport dan water utility. Saya minta pandangan adakah kerajaan bersedia untuk melihat public-to-public partnership ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Kerajaan sentiasa menilai dan menambah baik pelaksanaan projek kerajaan termasuk PPP bagi memastikan ia kekal sebagai instrumen pembiayaan yang berdaya maju tanpa memberi tekanan kepada kedudukan fiskal negara dalam jangka panjang. Sehubungan itu, hanya projek strategik yang memberi impak tinggi kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat dipertimbangkan di bawah model PFI, selaras dengan keutamaan dasar kerajaan.

Selain itu, kerajaan memperkukuh mekanisme pemantauan dan pelaporan bagi memastikan ketelusan dalam perjanjian konsesi serta mengelakkan risiko liabiliti luar jangka yang tidak terkawal. Dalam hal ini, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 berfungsi sebagai kerangka utama bagi memastikan disiplin fiskal termasuk mengawal tahap hutang serta liabiliti kerajaan. Akta ini menetapkan hak tertentu dalam pengurusan perbelanjaan serta liabiliti luar jangka merangkumi komitmen fiskal, jangka sederhana dan panjang yang berpunca daripada pembiayaan alternatif kerajaan.

Selain itu, kerajaan juga mengukuhkan pemantauan terhadap risiko fiskal dan liabiliti melalui platform seperti Jawatankuasa Risiko Fiskal dan Liabiliti (JRFL) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II serta Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal

(FPC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mekanisme ini memastikan sebarang obligasi kewangan kerajaan daripada projek infrastruktur sedia ada dan baharu yang dilaksanakan melalui Model Pembiayaan Alternatif tidak menjejaskan usaha konsolidasi fiskal dan kedudukan kewangan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bachok.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan yang amat baik daripada sahabat saya Yang Berhormat Paya Besar berkenaan dengan hala tuju kerjasama awam-swasta khususnya kaedah PFI yang boleh diperkenalkan di bawah RMKe-9 mahupun kaedah-kaedah baharu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Soalan tambahan saya tentang aspek tatakelola. Selaras dengan kaedah-kaedah baharu yang bakal diperkenalkan ini, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan apakah kelainan dan pembaharuan dalam aspek tatakelola yang lebih tegas dan lebih berdisiplin yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari yang akan diperkenalkan berbanding dengan apa yang sedang berjalan pada masa ini.

Malah, jika sesuai Tan Sri Yang di-Pertua, mungkin boleh dipertimbangkan supaya laporan audit semua projek kerjasama awam dan swasta ini dijadikan agenda yang tetap.

Ada seksyen yang khusus dalam Laporan Ketua Audit Negara supaya pelaksanaannya dipantau rapi. Tidak menguntungkan sebelah pihak dan tidak mengenyangkan sebelah pihak dalam tempoh konsesi yang bertahun-tahun ini. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kita bersetuju dan sedar akan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kita memang akan memantau dengan teliti semua projek-projek yang dilaksanakan. Tidak kira melalui apa-apa kaedah. Jadi, kami memang dalam pendekatan untuk ─ komitmen kerajaan memang nak memastikan pengurusan fiskal yang berhemah dan juga pada masa yang sama kita nak memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

4. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah memenuhi keperluan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembangunan pusat data dan adakah bekalan TBB ke pusat data akan mengganggu bekalan tenaga keseluruhan sekali gus menyebabkan kenaikan tarif elektrik di masa akan datang.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah berkat usaha dan dasar pembangunan Kerajaan MADANI yang mesra pelabur serta kelebihan ketersediaan bekalan elektrik hijau di Malaysia. Berdasarkan rekod dan data pembekalan elektrik terdapat 18 pusat data yang telah beroperasi di negara ini sehingga Disember 2024, dengan jumlah permintaan bekalan elektrik sekurang-kurangnya 800 megawatt. Jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 81 pusat data menjelang tahun 2035. Kita akur bahawa industri pusta data ini merupakan industri yang dengan izin, energy intensive.

Jadi sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan kaedah power usage effectiveness ataupun PUE bagi memastikan pusat data baharu yang memohon insentif pelaburan daripada Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri untuk mengutamakan kecekapan tenaga dengan mematuhi piawaian ini. Selain itu, melalui KPKT juga telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Pusat Data sebagai panduan kepada pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan serta usaha kita untuk menyeragamkan dan memudah cara proses permohonan serta kelulusan perancangan.

Bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun (PETRA) pula, mengambil kira bahawa akses kepada bekalan elektrik hijau merupakan prerequisite, dengan izin kepada pembangunan pusat data ini. Kerajaan telah memberi komitmen untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu ataupun TBB dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang. Ini supaya dapat memastikan keperluan TBB dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi tanpa menjejaskan bekalan tenaga keseluruhan serta memberikan implikasi kos yang minimum kepada keseluruhan pengguna elektrik.

Usaha ini Tan Sri Speaker merangkumi peningkatan komposisi bekalan elektrik hijau yang dijana daripada sumber TBB secara beransur-ansur kepada 31 peratus untuk tahun 2025, 40 peratus tahun 2035 dan 70 peratus menjelang tahun 2050. Jadi, PETRA yakin usaha

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

ini kita dapat realisasikan dengan pelbagai pelaksanaan program yang antaranya yang saya boleh namakan di sini adalah Program FEIT, LSS, NAM, SELCO, NEDA, CGPT dan juga GET iaitu Program Green Electricity Tariff. Selain itu, bagi membolehkan syarikat korporat termasuk pusat data untuk mendapatkan akses kepada bekalan elektrik hijau yang lebih mudah secara terus daripada penjana TBB, Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) telah pun diperkenalkan tahun lepas.

Jadi, program ini memberikan pusat data pilihan untuk mendapatkan bekalan elektrik hijau secara terus daripada penjana TBB menerusi penggunaan perkhidmatan rangkaian grid utiliti. Untuk aturan ini, ia membolehkan syarikat korporat seperti pusat data mendapatkan bekalan elektrik hijau yang diperlukan dengan membayar caj akses sistem yang akan digunakan untuk menampung sebahagian kos pengukuhan sistem pembekalan elektrik dan rangkaian grid.

Langkah ini penting untuk kita kurangkan implikasi kenaikan tarif kepada pengguna elektrik umum kerana kos yang diperlukan untuk pengukuhan sistem rangkaian grid bagi menampung kemasukan pusat data adalah tinggi dan ia lebih adil dan saksama sekiranya pihak pusat data juga dapat turut menyumbang dalam mempercepatkan usaha peralihan tenaga ini. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Saratok.

draft • 10:30 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu jawapan yang agak lengkap. Pada umumnya, pelaburan besar dalam sektor pusat data adalah baik. Namun begitu, pusat data mungkin tidak memberi tambah nilai kepada Malaysia walaupun dengan modal pelaburan yang besar. Pusat data didapati tidak semestinya mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang banyak di samping memerlukan tenaga elektrik dan air yang banyak untuk menyejukkan komponen mesinnya. Malahan, sebahagian besar pusat data ini memerlukan spesifik tenaga hijau.

Soalan saya ialah adakah pertubuhan pusat-pusat data yang memerlukan banyak tenaga secara mendadak akan memberikan tekanan kepada pengguna domestik?

Memandangkan pelbagai insentif ditawarkan oleh kerajaan kepada pusat data yang akhirnya perlu ditanggung oleh pengguna domestik juga. Apakah jaminan kerajaan bahawa tiada risiko kenaikan tarif elektrik di masa hadapan akibat daripada pertumbuhan mendadak pusat data ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Bagi persoalan dari segi kebaikan kemasukan pusat data, saya rasa lebih sesuai untuk pihak MITI menjawab dari segi sudut ekonominya.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tetapi, dari sudut bagaimana untuk kita pastikan kemasukan ini tidak menjadi cabaran yang besar kepada sistem tenaga sedia ada, antaranya seperti yang disebut tadi sebarang insentif yang ditawarkan di pihak MITI juga, kita ikat dengan piawaian penggunaan tenaga yang lebih berkesan yang disebut PUE tadi standard kita 1.4 ataupun yang lebih rendah. Manakala untuk kita memastikan dari segi keupayaan sistem sedia ada bagi menampung peningkatan keperluan ini, sudah pasti kita sememangnya melihat ruang untuk terus menggalakkan kemasukan tenaga boleh baharu.

Jadi, sebab itu untuk kita meningkatkan kapasiti ini, ia juga melihat kepada keupayaan sistem grid ini supaya ada keanjalan yang disebut sebagai flexibility of the grid kerana kita juga faham bahawa TBB seperti solar ini bersifat intermittent, dengan izin. Maka, sebab itu, kerajaan juga melihat dari segi keperluan untuk kita meneruskan pembangunan dari segi based-load itu perlu kita patuhi mengikut perancangan ataupun timeline yang telah ditetapkan.

Tetapi, kebimbangan Yang Berhormat soalnya sama ada kemasukan ini akan mengganggu gugat dari segi tarif dan sebagainya, maka sebab itu dari segi skim CRESS yang diperkenalkan, kita memang mensyaratkan bahawa bagi penggunaan itu memerlukan sistem akses caj ataupun yang disebut charge access system dan kadar ini yang sebenarnya akan merangkumi mengambil kira kos bagi pengendalian dan keperluan tunggu sedia ada sistem pembekalan, pengukuhan pembangunan dan naik taraf infrastruktur sistem dan juga rangkaian grid sedia ada.

Jadi, sebab itu sudah pasti kita perlu melihat secara keseluruhan supaya walaupun kemasukan ini meningkatkan dari segi permintaan tenaga, kita juga kena bersedia dan memastikan sistem kita ini cukup anjal, cukup untuk menampung keperluan sedia ada dan juga perancangan pada masa akan datang. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Simpang Renggam.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita juga mengakui bahawa negeri Johor mempunyai pusat data yang tertinggi dalam negara kita. Yang Berhormat juga ada menyatakan tentang soal peralihan tenaga baharu ini, ia akan mengambil masa.

Dalam masa sekarang ini, adakah Yang Berhormat boleh bersetuju kalau negeri Johor membangunkan jana kuasa tenaga elektriknya sendiri sepertimana apa yang berlaku di Kulim Hi-Tech Park, sebagai contoh di Kedah di mana syarikat atau negeri boleh menentukan tarifnya sendiri, boleh menentukan kaedah pengagihannya sendiri kerana kita semua tahu bahawa hari ini di Johor, kita berdepan dengan perlunya Tenaga Nasional melabur jumlah yang besar untuk menaik taraf setiap PMU, PPU yang ada untuk menampung keperluan tenaga elektrik.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Jadi, adakah kementerian boleh bersetuju untuk menimbangkan supaya negeri Johor dapat menjana kuasa elektriknya sendiri? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Seperti Yang Berhormat nyatakan, sebenarnya selain daripada syarikat TNB, kita juga ada NUR Power di Kedah yang membekalkan tenaga di kawasan industri tersebut. Sudah pasti proses itu memerlukan dari segi pelesenan dan sebagainya. Cuma, dari segi keperluan ataupun penggunaan tenaga ini memang kalau daripada sudut pandang yang kita ada ini melihat kepada keseluruhan dari segi nasionalnya.

Ini kerana sebagai contoh, sudah pasti bila untuk sistem grid itu sendiri, kita ada distribution dan juga transmission. Seperti Yang Berhormat nyatakan tadi, sudah pasti bila ada keperluan penggunaan ataupun demand yang agak tinggi, maka perlu di-upgrade atau dinaik taraf sesetengah infrastruktur kita di sana. Tetapi kelebihan dari segi untuk kita melihat sebagai contoh, tenaga boleh baharu. Saya boleh beri gambaran bahawa kerana ia bergantung pada radiant matahari. Banyak kita punya ladang solar ini sebenarnya lebih ke utara tanah air kerana dekat situ yang lebih dapat menjana tenaga.

Di Johor ini, sebenarnya Yang Berhormat pun nampak bahawa kita sebenarnya yang bernasib baik ada grid yang boleh menyalurkan bekalan tenaga boleh baharu ini daripada mana-mana. Maka, sebab itu sudah pasti sekiranya ada keperluan dan khusus untuk negeri Johor, setakat ini tidak ada. Yang saya lihat lebih kepada bagaimana sistem bekalan elektrik negara ini akan terus kita lihat secara keseluruhan. Namun, sekiranya ada perkara-perkara baharu yang hendak dikemukakan itu, kita boleh teliti dari semasa ke semasa.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya menjemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, sebelum saya kemukakan soalan, saya ingin memohon untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Sarawak, daripada Parti PBB N45 Repok dan juga Parti SUPP Sarikei.

[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Tan Sri Speaker, soalan Kota Melaka soalan yang kelima. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) pencapaian Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak penubuhannya sehingga akhir tahun 2024; dan

(b) menjelaskan fungsi IPCC, Police, Friends and Collaborators

(IPFC).

draft • 10:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, selamat pagi.

Terima kasih Kota Melaka.

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis mula beroperasi 1 Julai 2023. Sejak itu, banyak program dan aktiviti yang dijalankan. Tapi saya akan highlight beberapa perkara utama. Pertama, suruhanjaya ini telah mengadakan sesi engagement atau libat urus yang sangat agresif. Kita panggil regular engagement program. Dia jumpa semua kepimpinan dan semua formasi polis, IPK, IPD, balai polis, pondok polis, ya.

Semua daripada level kepimpinan sampailah kepada formasi. Apa yang dia tengok, dia nak tengok aspek keperluan dan kebajikan anggota polis. Dia nak tengok dari segi aspek tata kelola, pengurusan kontrak, sumber, inventori, logistik, kewangan, beban kerja. Dari situ, suruhanjaya ini akan mengangkat syor, ya.

Perkara kedua, suruhanjaya ini telah berjaya membangunkan Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Sistem. Singkatannya (SPEACS). Core business suruhanjaya ini akan hanya boleh dibuat berdasar kepada aduan yang sampai. Lagi banyak aduan yang sampai, bermaksud lagi tinggilah keyakinan awam terhadap suruhanjaya ini untuk menjalankan tugas.

Jadi, mereka telah pun membangunkan sistem pengurusan aduan ini dan kalau tidak ada halangan, bulan hadapan kita akan luncurkan. Melalui cara ini, dia akan menggantikan sistem aduan cara sekarang. E-mel, datang sendiri, hantar surat, itu tidak ada lagi. Dia boleh terus melaporkan menggunakan sistem ini.

Bila sistem ini nanti sudah mula beroperasi Tan Sri Yang di-Pertua, kita akan dapat susuli misalnya, kalau kita nak hasilkan annual report dengan details, perincian statistik, aduan yang diterima, yang diselesaikan, yang masih lagi pending, kita boleh buat. Kita juga boleh beri real-time updates. Maknanya, bila sistem ini dibangunkan nanti, dengan sendirinya kita boleh ada dashboard untuk buat pengesanan atau tracking terhadap status aduan. Kita juga akan gunakan ini untuk melakukan media engagement dengan lebih kerap. Dengan cara ini sahajalah, kita akan dapat meningkatkan kepercayaan awam terhadap suruhanjaya ini seawal dia mula beroperasi.

Perkara ketiga adalah siasatan terhadap salah laku bermula 1 Julai 2023. Siasatan itu terus berjalan.

draft • 10:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kita sedia maklum, Akta IPCC menyebut ada aduan yang IPCC boleh siasat dan boleh cadangkan hukuman. Ada juga aduan yang IPCC terima tapi dia kena salur kepada MACC sebab dia ada elemen rasuah. Ada juga yang kalau IPCC terima aduan yang melibatkan jenayah berat, yang itu dia kena salur kepada polis sebab dalam polis ada CID.

Kalau melibatkan isu lain, dia juga perkara 96, 97 dalam IPCC, dia boleh bagi kepada Jabatan

draft • 10:50 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Integriti. Jadi setakat ini, IPCC telah berjaya membuka lapan kertas siasatan dan empat daripadanya telah berjaya diselesaikan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Melaka.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Menteri, tujuan kita tubuhkan IPCC ini adalah kerana integriti dan juga akauntabiliti polis. Apabila dia ditubuhkan, mendapat kritikan kerana IPCC hanya memainkan peranan siasat dan beri cadangan. Jadi, untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pihak polis, adakah kementerian bercadang supaya semua aduan ini, kita paparkan secara umum iaitu apakah kes yang diterima, apakah dia punya kes, apakah cadangan daripada IPCC, apakah tindakan yang telah diambil dan kita boleh keluarkan nama polis yang diadu itu untuk protect polis tersebut?

Tapi saya rasa dengan begitu transparent sedemikian, dapat kita yakinkan keyakinan rakyat terhadap polis. Kenapa saya kata begitu? Saya beri satu contoh. SOSMA. Baru-baru ini ahli keluarga tahanan SOSMA mengadu, kata tahanan SOSMA telah didera dan sebelum ini kerajaan kata nak panggil semua pihak polis pakai body camera, dengan izin, tetapi sampai hari ini belum lagi dilaksanakan. Jadi, untuk to be fair, dengan izin, to be fair to police dan juga tahanan, adakah kita bersedia untuk kita gunakan mekanisme tersebut? Saya nak tanya kepada Menteri, adakah keluarga tahanan SOSMA ini ada buat aduan kepada IPCC?

Kalau ada, apakah hasil siasatan mereka?

Berkaitan dengan jawapan Menteri tentang kebajikan. Apakah tindakan daripada kerajaan terhadap cadangan daripada IPCC terhadap bagaimana kita nak memperbaiki kebajikan pihak polis? Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri, tentang SOSMA. KDN sedang berurusan dengan pejabat Tan Sri untuk membolehkan- kalau tak ada halangan, saya akan membuat pernyataan Menteri atau Ministerial statement dalam Dewan ini, dalam minggu ini juga. Jadi, Kota Melaka boleh ambil peluang itu nanti ya. Saya akan bagi penjelasan menyeluruh tentang keadaan semasa dan apakah rencana ke hadapan yang sekarang sedang Kerajaan MADANI usahakan, okey. Baik.

Cadangan Kota Melaka, baik termasuk dalam perkara yang mencadangkan supaya ketika suruhanjaya ini menjalankan tugas, dia harus melakukan engagement yang maksimum, dia menunjukkan keterbukaan yang luas supaya keyakinan itu dapat. Sebab itu saya dalam jawapan tadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan menyebut bahawa beberapa pencapaian yang telah kita buat. Engagement pertama, dengan bahagian kuat kuasa itu sendiri iaitu pasukan polis. Yang kedua, kita develop dulu sistem aduan. Sebagai permulaan, baik ya.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tapi pada masa yang sama, kita baru saja meluncurkan satu inisiatif yang kita panggil IPCC iaitu suruhanjaya ini, Police, Friends and Collaborators. Ahli Yang Berhormat sebahagiannya hadir pada masa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluncurkan inisiatif ini tapi buat masa sekarang belum ada lagi di kalangan Ahli Parlimen yang menyertai inisiatif ini. Kalau Kota Melaka boleh jadi yang pertama, saya boleh daftar terus lepas ni.

Jadi, Ahli Parlimen pertama menyertai IPCC - police, friends and collaborators. Menyertai lebih 1,169 friends and collaborators yang telah pun mendaftar untuk bersama sini.

Kita ada pelbagai agensi, termasuk JPA, kita ada Bank Muamalat, kita ada universiti, semua sekali. Ini biar kita jadikan platform. Apa sahaja idea, saya bagi jaminan, suruhanjaya ini akan tekun mendengar dan ambil di mana saranan yang baik untuk kebaikan bersama akhirnya.

Saya pelawa Ahli Yang Berhormat Kota Melaka jadi orang pertama. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerlun.

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan tentang IPCC. IPCC ini secara tidak langsung menyentuh tentang kecekapan polis mengambil langkah segera terhadap aduan yang melibatkan salah laku sesama anggota polis. Jadi persoalan saya di sini, ke arah menambah baik peranan IPCC sedia ada, bagaimana kerajaan memastikan komitmen untuk meningkatkan kecekapan? Itu yang saya maksudkan tadi dan pengurusan PDRM, termasuk penambahbaikan operasi tatakelola sistem kepolisan seperti tangga gaji anggota polis, aspek pembangunan kerjaya dan peningkatan kemahiran anggota polis.

Kedua, Kota Melaka menyentuh tentang akauntabiliti dan integriti PDRM dari sudut salah laku. Saya nak lihat dari sudut kelompongan penyeliaan salah laku itu sendiri terhadap anggota polis, termasuk kajian semula terhadap pelaksanaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku pada aspek kecekapan mengambil dan bertindak atas aduan tadi sepanjang tempoh penugasan. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, setiap bulan saya akan mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Suruhanjaya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Selain daripada kami bincang tentang pemangkuan pangkat, pengesahan pangkat, kami juga bincang tentang tatatertib. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak saya masuk di sini, sebelumnya saya mewarisi timbunan kes-kes tatatertib yang tak selesai. Sejak saya masuk 5 Disember, sampai sekarang tak ada lagi kes tatatertib yang kita tak selesaikan, Yang Berhormat ya. Tak ada lagi kes tertangguh.

Kes yang ongoing ada lah sebab siasatan oleh Jabatan Integriti, dia kena angkat syor mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Maknanya, sistem yang ada sekarang, proses yang ada sekarang memadai untuk mengelakkan berlakunya kelambatan dalam membuat keputusan terhadap satu kes tatatertib. Sebelum saya masuk Yang Berhormat, ada kes enam tahun tak ada keputusan, tujuh tahun tak ada keputusan. Pegawai polis dah pencen dah. Sepanjang dia tertakluk kepada kes tatatertib Tan Sri Yang di-Pertua, dia tak boleh dapat kenaikan pangkat, dia tak boleh ikut latihan, itu sudah satu hukuman, enam, tujuh tahun.

Kerana itu bila saya masuk dan saya teliti kan, saya fikir benda ni boleh diatasi segera. Masalahnya kat mana? Hah, tak cukup pegawai undang-undang. Jadi, kita tambah pegawai undang-undang di bahagian SPP. Akhirnya, sekarang selesai, semua selesai.

Terima kasih keprihatinan Yang Berhormat bahawa bab itu kita kena bukan sahaja berlaku adil tetapi kena dilihat berlaku adil dan kita menunjukkan komitmen yang bersungguh- sungguh untuk selesaikan perkara ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.

draft • 10:50 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tan Sri Speaker.

Dari Bentong ke Sabak Bernam, Soalan saya nombor enam.

draft • 10:50 AM

6. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan tindakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Tanah Rizab Melayu tidak berkurangan dan adakah mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan Tanah Rizab Melayu.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bentong. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa negeri, keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia sehingga 30 Jun 2024 adalah seluas 4,955,870.89 hektar dan tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.

Dalam hubungan ini, keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,533,150.8 hektar atau 104.55 peratus pada tahun 2024 berbanding data terawal keluasan Tanah Rizab Melayu yang direkodkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) pada tahun 1947 iaitu seluas 2,422,720 hektar.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Dimaklumkan bahawa perkara-perkara berhubung Tanah Rizab Melayu adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Meskipun begitu, isu-isu berkaitan Tanah Rizab Melayu juga sentiasa dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang telah diwujudkan di peringkat Persekutuan yang berperanan merundingkan perkara-perkara berhubung tanah antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Selaras dengan keputusan MTN yang ke-69, kementerian ini berperanan sebagai penyelaras untuk pengumpulan data Tanah Rizab Melayu. Sehubungan itu, beberapa siri sesi libat urus bersama-sama dengan pentadbiran tanah negeri dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diadakan bagi mendapatkan data Tanah Rizab Melayu yang tepat. Data ini kemudiannya digunakan oleh kementerian dalam mewujudkan satu sistem pangkalan data spatial Tanah Rizab Melayu berpusat untuk rujukan bagi tujuan pembangunan akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Bentong.

draft • 11:00 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup jelas tersebut. Namun begitu, saya mempunyai soalan tambahan iaitu kementerian telah memaklumkan tadi bahawa ada peningkatan Tanah Rizab Melayu ini. Persoalan saya ialah bagaimanakah kerajaan mengimbangi kepentingan memelihara Tanah Rizab Melayu dan memastikan tanah tersebut digunakan secara produktif untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat Melayu? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bentong. Kerajaan amat mengambil perhatian terhadap kepentingan TRM selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan memperuntukkan pengisytiharan Tanah Rizab Melayu bagi mengekalkan kepentingan pegangan tanah tersebut. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan memerlukan komitmen daripada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam merancang pembangunan tanah-tanah rizab Melayu.

Sebagai tambahan, mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) boleh digunakan sebagai platform untuk membincangkan dasar penggunaan tanah yang melibatkan pembangunan Tanah Rizab Melayu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Gua Musang.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Ya, kita memahami Tanah Rizab Melayu yang diperkenalkan British dengan persetujuan Raja- Raja Melayu pada tahun 1913 dan peruntukan keistimewaan ini memang sudah termaktub dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang jelas isu peruntukan tanah Melayu bukan sesuatu yang ketinggalan zaman di saat negara kita sedang bersaing dengan pasaran terbuka dalam pelbagai sektor.

Rasanya sudah sampai masanya kerajaan perlu mengkaji keperluan menubuhkan mahkamah tanah di negara ini bagi melindungi Tanah Rizab Melayu. Kerana kalau kita lihat, sebagai contoh, di negara maju seperti Australia, peta peribumi Australia dilakar bagi menentukan pemilikan tanah, corak budaya, bahasa dan undang-undang bagi penduduk peribumi Australia bagi maksud pemetaan dan pelancongan.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Jadi, soalan tambahan saya. Sekiranya berlaku pengambilan tanah, adakah tanah berstatus Melayu akan terkesan dengan nilaiannya? Terima kasih, Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Di bawah Akta Pengambilan Tanah 1965 [Akta 486], sesuatu tanah yang terlibat dengan pengambilan, termasuk Tanah Rizab Melayu, akan dinilai sewajarnya berdasarkan kepada nilaian semasa dan status penggunaan tanah. Pentadbir tanah mempunyai kuasa dalam menentukan nilaian pampasan sesuatu tanah dengan merujuk kepada Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan) dan dengan bantuan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta serta perbandingan dengan penilaian swasta yang dilantik oleh pemilik tanah pihak yang berkepentingan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput seterusnya Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.

draft • 11:00 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

7. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) pelaksanaan bentuk program sokongan bagi merangsang status ekonomi kaum wanita dan keluarga yang kehilangan ketua rumah tangga; dan

(b) statistik kumpulan berkenaan yang terdapat dalam Parlimen Kuala Kedah.

draft • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan status ekonomi rakyat dilaksanakan oleh kerajaan menerusi pelbagai kementerian dan agensi. Dalam hal ini, kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta agensi di bawah seliaannya sentiasa giat melaksanakan serta menyusun atur pelbagai program pemerkasaan wanita di semua peringkat kumpulan sasar seluruh negara dalam usaha membantu dan memastikan kebajikan mereka terbela.

Menerusi Jabatan Pembangunan Wanita, kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif berbentuk program latihan, program penjanaan pendapatan, program literasi kewangan, program pembangunan kapasiti dan latihan keusahawanan, program pembangunan kemahiran, advokasi serta lain-lain program sokongan bagi membantu golongan wanita

draft • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

termasuk ibu tunggal. Program-program tersebut dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil dan berbentuk kursus atau bengkel seperti kursus-kursus kemahiran, pengurusan kewangan, kursus-kursus digital yang bersesuaian dengan kehendak kumpulan sasar setempat.

Sepanjang tahun 2024, JPW telah melaksanakan sebanyak 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara. Seramai 17,290 wanita telah menerima manfaat melalui pelbagai program, kursus dan latihan serta bimbingan mengenai pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,043 wanita di negeri Kedah termasuk ibu tunggal telah menerima manfaat melalui 49 program yang telah dilaksanakan. Kita guna negeri Kedah, bukan kawasan Parlimen ya.

Antara contoh program yang dilaksanakan bagi memperkukuhkan ekonomi kaum wanita khususnya ibu tunggal dan suri rumah yang kehilangan ketua rumah tangga, program berasaskan konsep circular economy iaitu Program Ekonomi Pembangunan Mampan

(OMEGA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini merupakan sebahagian daripada program kemahiran dengan matlamat menjana pendapatan peserta melalui penghasilan produk yang mempunyai nilai komersial dari sumber-sumber bahan terbuang ataupun terpakai.

Peserta bagi program OMEGA di Kedah meliputi pelbagai kawasan termasuk Alor Setar, Sungai Petani, Padang Serai, Pendang, Lunas, Baling dan banyak lagi ya. Pada tahun 2024, seramai 27 orang wanita dari negeri Kedah telah menyertai program ini. Alhamdulillah, lebih 65 peratus daripada mereka telah berjaya meningkatkan 50 peratus jumlah pendapatan berbanding sebelumnya.

Kita ada juga Laman Wanita, tapi itu boleh saya ceritakan kalau ada soalan mengenai Laman Wanita nanti, memandangkan masa tak cukup. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Kedah.

draft • 11:00 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang panjang lebar.

Dalam usaha KPWKM memperkasa sosioekonomi wanita, ibu tunggal dan asnaf, adakah pihak kementerian merancang untuk membangunkan model program mentor-mentee menerusi kursus bimbingan keusahawanan terutama mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil di kawasan Kuala Kedah misalnya, menjalinkan kolaborasi dengan kerjasama rangkaian strategik komuniti perniagaan dan pihak KUSKOP supaya lebih ramai wanita dilengkapi dengan ilmu keusahawanan serta pemantauan berkala agar mereka mendapat sokongan berterusan daripada mentor dari segi bantuan khidmat nasihat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya program adalah berterusan melibatkan ramai wanita. Kalau kita katakan mentor-mentee, itu tidak secara direct ya.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tetapi program yang saya sebut tadi iaitu Laman Wanita. Di situ, JPW turut menyediakan pusat aktiviti yang dikenali sebagai Laman Wanita untuk meningkatkan kemahiran kaum wanita menerusi latihan seperti jahitan, anyaman, kraf tangan dan masakan yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri. Kita sebenarnya, dia tidak disebutkan mentor-mentee tetapi ada di kalangan mereka yang sudah dikatakan senior juga, yang sudah lebih banyak pengetahuannya akan bantu mereka.

Yang Berhormat, di Kedah itu bertuah sekali, ada dua Laman Wanita, Sarawak tak ada.

Jadi, LaWa juga berperanan sebagai satu pusat informatif serta hebahan berhubung isu-isu berkaitan wanita di samping menganjurkan program advokasi, kepimpinan dan pembangunan kapasiti serta kesejahteraan wanita. LaWa di Kedah terletak di Alor Setar dan juga Sungai Petani.

Tadi juga ada menyentuh mengenai KUSKOP kah apa. Kita memang berkolaborasi dengan agensi-agensi lain tapi kita bawa bersama melalui program-program yang kita adakan.

Sebenarnya banyak program yang melibatkan untuk membantu dari segi keusahawanan Yang Berhormat, untuk wanita, tak kira dia ibu tunggal ke siapa, yang penting kita nak membantu meningkatkan ekonomi wanita. Kalau boleh nanti, bolehlah suruh orang-orang Yang Berhormat untuk menyertai program kita di LaWa, di pelbagai program yang kita anjurkan. Sebenarnya banyak Yang Berhormat. So, kalau disebut sini, mungkin tak cukup masa tapi insya-Allah, kita tak kira, negeri mana pun kita bantu. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Ampang.

draft • 11:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, orang Kedah memang lawa-lawa.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Dato’ Speaker. Orang lain pun lawa juga. Okey. Soalan saya, saya sebenarnya gembiralah melihat banyak program- program yang telah pun dikendalikan di bawah kementerian. Tapi kalau kita juruskan sedikit tentang ibu-ibu ataupun mereka, wanita yang ada masalah kehilangan ketua rumah tangga ini, kadang-kadang banyak program kita tawarkan tetapi persoalan asasnya, sistem sokongan itu agak kurang.

Contoh, kalau dia nak keluar, nak pergi mendapatkan skil ataupun program-program itu keluar, jadi dia punya anak-anak, bebanan-bebanan lain yang perlu dipertimbangkan. Jadi saya nak tanya kepada Menteri, apakah galakan-galakan program sokongan yang sepatutnya kita ada. Saya juga tertarik walaupun soalan itu mentor-mentee, mungkin kita – saya nak tanya pada kementerian, apakah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW ) telah pun mempunyai satu

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

profiling wanita-wanita yang ada masalah ini dan kita ada penyelia di peringkat Parlimen sepatutnya.

Sebab saya lihat, wanita ini dia perlukan sokongan bukan saja dari sudut program ataupun anak-anaknya untuk mereka ada tempat nak letak anaknya dia pergi skil tetapi kalau ada penyelia-penyelia di peringkat parlimen ini, sebenarnya mereka akan dapat bimbingan khusus daripada pihak Jabatan Pembangunan Wanita untuk menjuruskan minat dan akhirnya mereka boleh mendapatkan pendapatan yang sebaiknya untuk berdikari. Itu soalan saya.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Saya suka soalan Yang Berhormat, selalu membuka minda kepada kita untuk mengetahui apa lagi yang diperlukan. Kita akan ambil maklum mengenai penyelia itu tadi Yang Berhormat. Tapi dari segi kalau mereka yang ibu tunggal tak dapat meninggalkan rumah kerana anak-anaknya ada, sebenarnya dalam program-program kita Yang Berhormat, kita tidak menyekatkan mereka untuk membawa anak-anak mereka.

Sebab kita memahami, sebagai kementerian yang menguruskan hal wanita, tak kira dia ibu tunggal kah apa, kadang-kadang mereka memang memerlukan orang untuk menjaga anaknya tapi boleh bawa bersama. Supaya mereka juga dapat experience dengan izin, bagaimana keadaan ibu mereka mencari rezeki juga dan mencari ilmu untuk membantu anak- anak. Jadi itu tiada masalah Yang Berhormat.

Cuma dari segi penyelia tadi, insya-Allah kita akan cuba bincangkan bersama untuk mencari jalan bagaimana kita mendapatkan penyelia untuk setiap kawasan Parlimen. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan saya nombor sembilan.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Pengangkutan menyatakan tindakan yang diambil susulan Malaysia Airlines yang menggantung sementara operasi pesawat baharu Airbus A330neo sekurang-kurangnya 48 jam selepas melakukan penerbangan sulung ke Melbourne pada 19 Disember 2024 lalu akibat masalah teknikal serta kebimbangan mengenai kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Merbok. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sentiasa memandang serius aspek-aspek keselamatan dan perihal keselamatan dalam memastikan pertumbuhan industri penerbangan selari dengan pematuhan terhadap piawaian-piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Ini termasuk melaksanakan pemantauan berterusan dan siasatan terhadap sebarang insiden yang melibatkan pesawat-pesawat kendalian syarikat-syarikat penerbangan Malaysia.

Dalam hubungan ini, operasi pesawat baru Airbus A330neo milik Malaysia Airlines dihentikan sementara pada 22 dan 23 Disember 2024 berikutan daripada isu teknikal pesawat yang disebabkan oleh pengeluar pesawat Airbus dan pembekal enjin Rolls-Royce sediri.

Secara umumnya, pengeluar pesawat di seluruh dunia mengalami masalah kualiti pengeluaran pesawat yang disebabkan antaranya kekurangan bahan mentah untuk penghasilan alat ganti pesawat dan tenaga kerja mahir di industri pengeluaran pesawat. Bagi maksud isu teknikal Airbus A330neo milik Malaysia Airlines, kedua-dua Airbus dan Rolls-Royce adalah bertanggungjawab untuk memastikan pesawat ini berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi.

Oleh yang demikian, MAG telah melaksanakan langkah-langkah mitigasi untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah teknikal tersebut dengan kerjasama Airbus dan Rolls- Royce melalui penggantian komponen yang bermasalah. Pesawat berkenaan telah meneruskan operasinya pada 24 Disember 2024 dan tiada lagi isu teknikal yang berbangkit.

Pada ketika ini, MAG mempunyai sebuah pesawat Airbus A330neo dan dijangka baki sebanyak 19 buah pesawat ini akan diterima mulai Februari 2025 ini hingga tahun 2026.

Selain itu, MAG juga mempunyai sebuah enjin gantian untuk kegunaan Airbus A330neo dan tiga buah enjin gantian dijangka akan diterima secara berperingkat mulai suku ketiga 2025.

Susulan daripada itu, pesawat Airbus A330neo tersebut telah melaksanakan 101 penerbangan setakat 12 Februari 2025 tanpa sebarang isu melibatkan laluan seperti berikut, Melbourne, Kota Kinabalu, Doha, Kuching dan Kansai.

Dalam hal ini, CAAM juga telah menerima laporan berkenaan isu teknikal ini dan berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan yang telah dilaksanakan. CAAM akan memastikan bahawa langkah-langkah kawalan kualiti oleh Malaysia Airlines dilaksanakan dengan sewajarnya untuk menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan operasi syarikat penerbangan tersebut. Malaysia Airlines juga telah meminta pihak Airbus dan Rolls-Royce untuk memastikan kawalan kualiti yang lebih ketat terhadap pesawat-pesawat baru yang akan diterima pada masa hadapan ini.

Dalam hal ini, Malaysia Airlines akan sentiasa memastikan kualiti pesawat ditempah pada tahap yang terbaik terutamanya pada baki pesawat yang belum diterima kerana keselamatan penumpang serta anak kapal adalah keutamaan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Merbok.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan tambahan saya. Apakah pelan kementerian untuk meningkatkan kebertanggungjawab pengilang asal OEM ini dari segi pengawal seliaan supaya insiden seumpamanya tidak berulang sehingga menjejaskan reputasi MAS itu sendiri dan mengambil kira isu teknikal yang berpunca daripada kualiti pengeluaran di

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

peringkat kilang dan proses penghantaran yang akhirnya boleh menjejaskan rantaian bekalan dan operasi penerbangan disebabkan kekurangan komponen pesawat dan alat ganti enjin.

Adakah terdapat juga kajian impak mengenai kelewatan penghantaran A330neo yang pertama sebelum ini terutamanya implikasinya terhadap rancangan pemodenan dan pengembangan rangkaian Malaysian Aviation Group memandangkan kumpulan yang sama juga pernah menghadapi kelewatan penghantaran pesawat Boeing 737 MAX 8 pada 2016 sebelum ini.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih YB Merbok. Jadi, semua penghantaran ini sudah pastinya...

draft • 11:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

...Kita, kalau belum terima itu memang sudah pasti tak bayarlah tetapi tentang berkenaan kelambatan ini semuanya berpunca daripada dalaman. Sebagaimana yang saya jawab tadi, berkaitan dengan rantaian dan sebagainya.

Pihak pengurusan MAG telah berurusan dengan pihak pengeluar pesawat Airbus dan Rolls- Royce ini. Airbus dan pengeluar enjin pesawat Rolls-Royce akan memberikan komitmen untuk mengatasi masalah-masalah yang baru berkaitan dengan neo ini, menjadi tanggungjawab mereka.

Mereka telah pun memang atas komitmen mereka ini dalam perbincangan bahawa mereka akan memastikan semuanya ini sebab memang betul ia nya akan memberi kesan kepada planning MAG itu sendiri. Namun ya lah tapi kadang-kadang terpaksa akur juga. Kita tak boleh buat apa dengan dia orang yang kelambatan penghantaran dan sebagainya.

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, kita berharap dengan yang terbaru iaitu tentang A330neo ini. Insya-Allah dalam dua tahun ini, ini masih Februari lagi bahawa semuanya akan mengikut schedule. Itu yang komitmen yang telah pun diberikan oleh mereka kepada MAG. Insya-Allah mudah-mudahan planning yang tidak akan menjejaskanlah. Sebab kita memang memerlukan kapal terbang- kapal terbang ini supaya planning itu senang. Tidak menjejaskan reputasi kita dari segi flight dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Balik Pulau.

draft • 11:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Pada 9 Januari 2025, MH152 return back to base. Return-to-base maksud patah balik selepas tiga jam penerbangan ke Madinah disebabkan oleh satu overheat engine dan terbang balik dengan satu enjin. Saya rasa ini bukan kes pertama A330 ini mengalami masalah enjin.

Berapakah jumlah penerbangan A330 ini yang return-to-base sepanjang 2024 sebab saya banyak baca berita banyak A330 ini. Apakah sebab utama kenapa A330 ini kembali

draft • 11:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

patah balik ke base? Apakah isu berkenaan enjin dan sebagainya? Berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh MAB disebabkan return-to-base issue? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih YB Balik Pulau. Soalan YB ini banyak pada fakta. Minta how much this, berapa, berapa. Ini insya-Allah saya akan bagi secara bertulislah yang you minta fakta-fakta itu tak ada with me lah sekarang ini. Tetapi sudah pastinya secara umumnya, apabila kenapa balik itu, semuanya tentang keselamatanlah. Sudah pastinya berpatah balik walaupun sudah terbang sekian tiga jam dan sebagainya demi untuk keselamatan. Sudah pastinya.

Jadi sebab sebelum ini pun saya pernah mengatakan bahawa keselamatan itu menjadi keutamaan kita dan our pilots ini Malaysian pilots are not willing to take risks mengambil ringan. Walaupun dia tengok sedikit pun, mereka akan memastikan to land to the nearest airport, melihat apa yang mereka rasakan how serious the problem is. Kita mengucapkan terima kasih atas tindakan pilots kita ini kerana sikap berhati-hati mereka bukan lah tak apa lah ini sikit sahaja. Tapi we don’t take chances. Berkenaan dengan fakta- fakta tadi, kerugian dan sebagainya insya-Allah, saya akan beri secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 10.

draft • 11:20 AM

10. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan akan mewajibkan bank-bank yang membenarkan akaun keldai dibuka dan digunakan dalam penipuan dan bank scam agar membayar ganti rugi kepada mangsa- mangsa penipuan dan bank scam berkenaan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Stampin atas soalan. Pihak Bank Negara Malaysia telah menetapkan peraturan dan piawaian ke atas institusi kewangan bagi mengelakkan institusi tersebut disalah guna bagi tujuan jenayah kewangan termasuk penipuan dan akaun keldai.

Peraturan ini yang sejajar dengan amalan terbaik global antara lain berkaitan kewajipan bank untuk melaksanakan usaha wajar pelanggan (customer due diligence

(CDD)), usaha wajar pelanggan yang berterusan (ongoing customer due diligence (OCDD)), pemantauan transaksi (transaction monitoring), pengesahan penipuan (fraud detection), dengan izin dan keselamatan siber.

Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan ini, terutama yang mengakibatkan kes penipuan berlaku, tindakan pengawalseliaan dan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

penguatkuasaan boleh diambil terhadap bank tersebut termasuk pendakwaan, kompaun, admin penalty mahupun surat amaran. Usaha memantau tahap kepatuhan institusi-institusi kewangan berkenaan peraturan ini dilakukan oleh Bank Negara Malaysia secara berterusan sebagai sebahagian daripada proses penyeliaan sektor kewangan di Malaysia.

Kuasa untuk mengeluarkan peraturan dan mengambil tindakan ini diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Di samping itu, industri perbankan juga telah mengeluarkan piawaian industri mengenai pelaporan dan pengendalian akaun keldai bagi memastikan pengesanan akaun keldai yang lebih berkesan. Piawaian ini memastikan pendekatan yang lebih konsisten merentas industri dalam menyenarai, menyahsenarai dan memberi akses kewangan kepada pemegang akaun keldai. Proses menganalisis akaun keldai serta proses CDD juga telah ditambah baik disokong oleh data yang lebih komprehensif.

Pada masa yang sama, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa 95 peratus daripada kes-kes penipuan kewangan di Malaysia terjadi akibat mangsa secara sukarela melakukan dan meluluskan transaksi pembayaran. Dalam kes-kes authorised fraud seperti ini, pembayaran ganti rugi dengan sewenang-wenangnya boleh membawa kepada bahawa moral. Usaha oleh pelbagai pihak juga penting bagi memastikan orang ramai sentiasa cakna dan berwaspada terhadap penipuan kewangan.

Orang ramai dinasihati untuk merujuk kepada Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia, Senarai Peringatan Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta portal Semak Mule oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membuat apa-apa pemindahan wang atau pelaburan. Selain itu, orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi Whoscall yang dihebahkan oleh pihak PDRM untuk menghalang daripada menerima panggilan penipuan. Sekian terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Stampin.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akaun keldai ini merupakan satu alat yang digunakan untuk facilitate jenayah scam. Tanpa akaun keldai, adalah mustahil untuk sesiapa yang untuk nak melakukan penipuan bank scam. Mengikut apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada masa itu ada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara berkenaan customer due diligence dan juga transaction monitoring yang bank- bank diwajibkan untuk mengamal.

Soalan saya adalah kenapa dengan peraturan-peraturan ini masih akaun keldai itu masih berleluasa dan penipuan bank scam masih tidak terkawal? Kita nampaknya itu keldai akaun itu hanya — There’s no prevention. Tak ada prevention. Tetapi apa yang selepas

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

berlakunya itu penipuan bank scam, barulah tindakan diambil. Walaupun tindakan diambil, kerugian tidak dapat dielakkan.

Saya nak minta satu laporan yang terperinci mengenai dua kes scam yang saya telah laporkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ke Bank Negara tahun lalu. Sampai kini tak ada langsung apa-apa maklum balik atau feedback daripada Bank Negara. Mangsanya adalah seorang, Phang Kian Seng yang ditipu RM564,000 lebih dalam bulan Oktober 2024.

Satu, Ling Ik Hung yang ditipu RM149,000 dalam Mac 2023. Berapakah akaun keldai telah digunakan untuk siphon out itu duit. Bagaimana duit itu di-siphon-kan keluar sama ada dalam one lumpsum cash atau dengan melalui beberapa transaksi keluarkan cash dan...

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey YB, tolong dapatkan detail kemudianlah.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Detail itu saya haraplah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh arahkan itu Bank Negara Malaysia lebih responsif kepada pertanyaan-pertanyaan dan surat daripada Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Alright. Ya tolong berikan detail kepada Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Yes. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Stampin, bagi sepanjang tahun 2024 sahaja transaksi berjumlah RM399 juta telah dapat dihentikan oleh institusi perbankan. Kes penipuan secara phishing dan malware yang dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia juga telah menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun lepas.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Ini menunjukkan bahawa peraturan dan piawaian yang sedia ada ke atas institusi kewangan termasuk untuk pengesanan penipuan adalah berkesan dalam mengurangkan kes penipuan dan meningkatkan keselamatan perbankan secara atas talian. Namun begitu, bagi kes-kes penipuan dengan kebenaran atau authorized fraud, jumlah kes masih lagi sangat tinggi iaitu 95 peratus daripada kes-kes penipuan tersebut memandangkan adalah dengan authorized. Jadi, memandangkan corak penipuan dengan kebenaran yang menyerupakan transaksi tulen, institusi kewangan menghadapi cabaran yang ketara untuk mengenal pasti dan menyekat transaksi penipuan tanpa menimbulkan risiko yang mampu menggugat kelancaran fungsi sistem pembayaran.

Tambahan lagi, penipu sering mengeksploitasikan pelanggan yang sah seperti pelajar untuk membuka akaun keldai yang ini menjadi pengesanan akaun keldai lebih sukar.

Corak penggunaan akaun ini adalah seakan-akan dengan akaun yang sah, manakala tujuan pembukaan akaun tersebut juga adalah sah. Pada masa pembukaan akaun, pelanggan ini selalunya telah memenuhi semua keperluan penilaian sah wajar pelanggan atau CDD.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Untuk — memang panjang, saya banyak boleh ulaskan tetapi untuk maklumat Yang Berhormat, dari aspek penguatkuasaan keupayaan untuk menjejak dan membekukan dana telah diperkukuhkan melalui penubuhan National Fraud Portal atau NFP. Melaluinya keupayaan automasi menyeluruh atau end-to-end bagi menguruskan laporan penipuan serta mengesan dan menjejak dana yang dicuri agar tindak balas pantas dapat diambil dalam kalangan institusi kewangan telah diperkukuhkan.

Sejak NFP mula digunakan pada April 2024 sehingga September 2024, NFP telah berjaya membekukan 34 peratus dana berbanding purata bulanan sebelum pelaksanaan NFP. Ini memang adalah satu keadaan yang kita mesti terus mencari jalan, mencari langkah yang proaktif untuk kedua-dua kes yang disebut oleh Yang Berhormat Stampin tadi, salah satu daripadanya telah diselesaikan, manakala lagi satu adalah dalam siasatan PDRM. Jadi, kita akan berikan maklumat yang lebih terperinci untuk kepada Yang Berhormat Stampin.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Pendang.

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya begini, saya minta dengar betul-betul. Jawab soalan saya sahaja, tidak payah kait yang lain dan sebab itulah saya tak nak Kementerian Kewangan ini jadi center of scammer. Pada Disember 2024, Perdana Menteri mengumumkan bank dikehendaki membayar ganti rugi dalam tempoh lima hari kepada mangsa jika kecuaian berpunca daripada bank.

Persoalannya, bagaimanakah kerajaan memastikan penyelesaian menang-menang dalam membabitkan pembayaran ganti rugi akibat kecuaian pihak bank supaya pengguna lebih peka tentang hak pampasan mereka? Pada masa yang sama, meningkatkan kewajipan institusi perbankan untuk mengemas kini sistem keselamatan dan melaksanakan protokol pengesahan. Apakah langkah kerajaan untuk mewujudkan mekanisme ganti rugi yang telus supaya tidak wujud di mana sesetengah pihak tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasikan untuk keuntungan peribadi dan juga kita terdedah kepada risiko kebocoran data sehingga menyebabkan scam?

Akhir sekali, apakah jaminan kerajaan supaya pihak bank tidak akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi bagi perkhidmatan yang sedia ada seperti yuran pengurusan akaun, bayaran transaksi dalam talian atau kos lain atas alasan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung mereka daripada sebarang pembayaran ganti rugi dan menyebabkan pelanggan terbeban dengan kos tambahan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendang. Bagi memperkukuh perlindungan pengguna, Bank Negara

draft • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Malaysia telah menetapkan keperluan ke atas institusi kewangan untuk menjalankan siasatan terperinci secara telus untuk setiap kes penipuan kewangan.

Bagi kes-kes melibatkan jenayah e-kewangan, Bank Negara telah pun menambah baik dasar sedia ada pada tahun 2024 untuk memastikan pihak bank dengan bersifat adil kepada mangsa penipuan. Dalam hal ini, pihak bank perlu bertanggungjawab untuk menanggung kerugian penipuan sekiranya disebabkan oleh kelemahan pihak bank.

Dasar ini juga menekankan prinsip kebertanggungjawaban bersama bagi kes-kes yang jelas melibatkan kelemahan daripada kedua-dua pihak bank dan juga pelanggan. Ini secara amnya merangkumi kes-kes yang berpunca daripada kegagalan daripada pihak bank untuk menyekat transaksi yang mencurigakan dan juga pada masa yang sama, kecuaian pelanggan — kedua-dua. Dengan pelaksanaan dasar ini, beban kerugian bagi kes sedemikian tidak seharusnya ditanggung sepenuhnya oleh mangsa. Justeru, mangsa berhak untuk mendapat pampasan yang sewajarnya.

Pada masa yang sama, sebarang kes siasatan yang tidak berpihak kepada pelanggan mesti tertakluk kepada semakan bebas atau independent review dengan izin untuk memastikan penilaian bank yang objektif. Penambahbaikan ini bukan sahaja bersifat lebih adil terhadap kedua-dua pihak malah juga membentuk masyarakat yang lebih cakna dan berwaspada. Sekiranya mangsa penipuan masih tidak bersetuju dengan keputusan atau pampasan yang ditawarkan oleh pihak bank, mangsa berhak untuk mengemukakan pertikaian berkaitan keputusan ini kepada perkhidmatan penyelesaian pertikaian alternatif iaitu perkhidmatan ombudsmen pasaran kewangan.

Untuk maklumat institusi perbankan tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan caj tambahan kepada pengguna, lebih-lebih lagi bagi mekanisme untuk menambah baik tahap keberkesanan sistem kewangan dalam mengesan dan mencegah penipuan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, boleh tak saya nak minta menteri jawab dalam bertulis? Sebab itu fakta yang sangat bagus.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalamualaikum, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran ahli yang membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti senarai pembahas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Selasa, 18 Februari 2025.”

draft • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada yang menyokong?

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Johor Bahru menyokong.

draft • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
AKTIVITI PETROLEUM DI SARAWAK, PETRONAS-PETROS

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi penerangan mengenai aktiviti petroleum di Sarawak, PETRONAS-PETROS. Untuk itu, dengan segala hormatnya Perdana Menteri dipersilakan.

draft • 11:36 AM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan sedikit penjelasan tentang aktiviti Petroleum Sarawak dengan kerjasama PETRONAS-PETROS.

Tan Sri Yang di-Pertua, negara telah membangunkan prakarsa utama dalam rangka menjana industri petroleum dan gas dengan memperkenalkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] atau PDA 74 yang diluluskan sebulat suara di Dewan yang mulia ini.

PETRONAS memenuhi mandat negara dengan pengurusan mantap sehingga terkenal sebagai di antara gergasi di dalam industri petroleum dunia malah muncul sebagai

draft • 11:38 AM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

di antara penjana hasil utama belanjawan negara selama hampir setengah abad. Kini dengan kemunculan syarikat minyak negeri iaitu Petroleum Sarawak (PETROS), ada kewajaran untuk dimantapkan persefahaman dan kerjasama bagi memenuhi kerukunan di atas semangat Persekutuan.

Maka adalah satu kewajaran dimeterai permuafakatan agar tatakelola dasar dan pengembangan industri petroleum dan gas terus semarak dan memenuhi mandat Akta PDA 1974 dengan mengambil kira peranan PETROS selanjutnya. Walhasil, dengan menekuni semangat Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak memperakui perkara-perkara berikut:

draft • 11:38 AM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pertama, mengiktiraf Akta PDA 1974 sebagai Akta Persekutuan seperti yang tertera dalam peruntukan undang-undang. Kedua, menyambut aspirasi negeri Sarawak yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di Sarawak dan hasrat dijelmakan melalui Distribution of Gas Ordinance 2016 (DGO) dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025. DGO dibaca sekali dengan Akta PDA 1974. Maka PETROS berperanan sebagai aggregator di Sarawak.

Ketiga, peranan tersebut tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada PETRONAS dan anak-anak syarikat PETRONAS. Ini bermakna PETRONAS akan mengekalkan semua perjanjian contractual obligations domestik dan antarabangsa yang sedia ada. PETROS di bawah DGO dijamin memperolehi gas asli sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya.

PETROS juga berwewenang meluaskan kegiatan yang baru dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS. PETRONAS dan PETROS akan bergerak sederap sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak.

Segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip-prinsip komersial secara telus. Demikian kesepakatan yang telah tercapai.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya memberi sedikit penambahan untuk mengelakkan kekeliruan dan juga menolak sanggahan dari kelompok-kelompok dari kedua- dua kalangan yang agak keras. PETRONAS telah menyempurnakan tugas dengan menjamin pengagihan kepada semua negeri di Malaysia. Bagi maksud penjelasan hari ini, saya akan memberikan tumpuan kepada Sarawak.

Manfaat pembangunan industri minyak dan gas Sarawak merangkumi pelaburan huluan, upstream investment dan infrastruktur yang telah mencecah lebih RM250 bilion sejak 1976. Daripada jumlah pelaburan huluan tersebut, dianggarkan lebih RM90 bilion nilai kontrak telah dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun lepas 2014 sehingga 2024. Syarikat

draft • 11:40 AM

Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

vendor berdaftar dari Sarawak telah mendapat kontrak melebihi RM40 bilion dalam tempoh yang sama.

Daripada segi pulangan kewangan, Sarawak telah memperolehi bayaran tunai sebanyak RM49 bilion sehingga Disember 2024, bayaran cukai jualan RM18.66 bilion sehingga suku ketiga 2024, dividen sebanyak RM28.6 bilion sehingga Disember 2024 telah diperolehi melalui pegangan saham State Financial Secretary of Sarawak (SFS) dalam Syarikat Kumpulan MLNG. SFS merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah State Financial Secretary Incorporated Ordinance 1948.

PETRONAS juga telah menyumbang secara langsung kepada usaha pembangunan modal insan warga Sarawak. Sepanjang 10 tahun yang lalu, lebih RM600 juta telah pun dibelanjakan untuk pelbagai usaha pendidikan dan pembangunan modal insan. 680,000 orang warga Sarawak telah mendapat tajaan dalam bentuk biasiswa selain program latihan untuk warga pendidik. 4,300 warga Sarawak mendapat peluang pekerjaan dalam PETRONAS.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga diingat bahawa hasil mahsul besar yang diraih selama ini oleh negara sehingga dapat kita jadikan dana PETRONAS sebagai dana utama di peringkat awal pembentukan negara dan juga pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Ini semua berkat negeri Sarawak Bumi Kenyalang dan kerjasama erat dan akrab kerajaan negeri dan persekutuan.

[Tepuk] Atas sebab itulah kita memilih untuk memberikan sedikit penyesuaian dan pengiktirafan kepada peranan PETROS untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana muafakat ini terus dikekalkan malah ditambahmantapkan buat menjamin kesejahteraan negara dan negeri Sarawak. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan di PETRONAS dan Jemaah Menteri yang bersetuju dan Premier Sarawak serta Kerajaan Negeri Sarawak kerana kerjasama yang diberikan sepenuhnya. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat. Sekarang tamatlah sesi penerangan Menteri. Untuk makluman, kita mempunyai senarai yang panjang untuk menyambung semula perbahasan. Jadi apa-apa juga masalah dibangkitkan atau penerangan yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri tadi bolehlah dimasukkan dalam soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat semasa membahas di atas Usul Menjunjung Kasih Tuanku Agong. Silakan, Setiausaha.

draft • 11:40 AM
USUL
USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [13 Februari 2025]

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya mempunyai senarai yang panjang dan mungkin kita bersidang hingga larut malam. Jadi untuk itu saya hendak bacakan semua sekali. Yang pertama, Gombak selepas ini. Selepas itu Machang, Simpang Renggam, Kuala Kedah, Wangsa Maju, Kangar, Stampin, Arau, Baram, Rompin, Rasah, Parit Buntar, Batu Gajah, Pekan, Sabak Bernam, Batu, Batang Sadong, Maran, Ranau, Seputeh, Lumut, Pulai, Tanjong Piai, Rantau Panjang, Gopeng, Tanjong Manis, Kuala Krai, Ampang, Keningau, Langkawi, Kepong, Kuala Krau, Tuaran, Kepala Batas dan Mas Gading.

Untuk tidak melangkau pukul 12 malam, saya hadkan perbahasan kepada 10 minit sahaja. Dengan memulakan perbahasan, saya jemput Gombak. Silakan.

draft • 11:40 AM

Seorang Ahli

Gombak tidak ada.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Gombak tidak ada, Machang. Silakan, Machang.

[Tepuk]

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Machang menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Patik dan sekalian rakyat Machang mendoakan semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya bangun untuk membahaskan Titah Diraja dengan satu persoalan besar yang perlu dijawab oleh kerajaan. Adakah rakyat benar-benar menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi yang didakwa oleh Kerajaan MADANI? Kerajaan hari ini bangga menyatakan KDNK meningkat 5.1 peratus, pelaburan naik 10 peratus, defisit

draft • 11:48 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

fiskal menurun tetapi adakah angka ini benar-benar menggambarkan realiti hidup rakyat. Kita tidak boleh hanya berpegang pada angka-angka makroekonomi dan mengabaikan hakikat sebenar di bawah. Ekonomi berkembang tetapi rakyat semakin terhimpit.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan dan rakyat berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia. Laporan Bank Dunia ini bertajuk, “Is There an Underside to Economic Growth: A Mixed-Method Analysis of Malaysia” yang mendedahkan satu paradoks bahawasanya walaupun Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK yang kukuh, mengurangkan kemiskinan dan menurunkan kadar ketidaksamaan, namun ketidakpuasan rakyat semakin meningkat.

draft • 11:48 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Walaupun taraf hidup material semakin baik, beban ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat semakin berat. Ayuh kita lihat, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan KDNK bukan segalanya. Kerajaan boleh terus bercakap tentang pertumbuhan ekonomi, tetapi kenapa kadar kemiskinan masih tinggi?

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Mesyuarat] Fakta yang Kerajaan MADANI tidak mahu perakui. Di Sabah, kadar kemiskinan masih kekal 20 peratus. Di daerah Pitas, 53 peratus. Kadar miskin Malaysia masih tahap zaman merdeka, 50 peratus. Di luar bandar, 12 peratus. Bukan sahaja di luar bandar Tuan Yang di-Pertua, malah di bandar, kajian UNICEF menunjukkan 41 peratus isi rumah di flat kos rendah di ibu kota berada di bawah garis kemiskinan. Lebih mengejutkan, satu daripada dua kanak-kanak di flat kos rendah pergi ke sekolah dalam keadaan lapar dan tidur dalam keadaan lapar setiap hari.

Anak-anak kita di Malaysia − nak dibandingkan dengan [Tidak Jelas] yang miskin, anak-anak kita lebih terbantut daripada segi pertumbuhan. Ini serius kerana kalau anak-anak kita tidak dapat nutrisi yang baik, bagaimana mereka menjadi tenaga kerja yang mampu menyumbang kepada negara?

Gaji naik, kata Yang Amat Berhormat Tambun. Tetapi kos hidup lebih tinggi. Realiti rakyat di bawah Kerajaan MADANI. SST naik enam hingga ke lapan peratus. Cukai gula naik 80 peratus, diesel naik 53 peratus, malah ketika ini bila diapungkan harga diesel ke harga pasaran, rakyat yang mensubsidi kerajaan dalam harga diesel. Elektrik flip flop. Kejap kata naik, kejap kata tak naik. Sebenarnya akan naik dan beri kesan kepada semua rakyat.

Premium insurans kesihatan juga akan naik 10 peratus. Harga makanan juga terus meningkat. Ini bukan saya kata, ini kajian daripada FAO (Food and Agriculture Organization) yang melaporkan inflasi makanan dunia meningkat 6.7 peratus sejak quarter tiga 2023 − dengan minyak dan produk tenusu naik paling tinggi. Jadi saya nak tanya kepada Kerajaan

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

MADANI, kalau rakyat tidak mampu makan, bagaimana mahu menikmati pertumbuhan ekonomi? Pelaburan tidak mewujudkan pekerjaan-pekerjaan berkualiti. Tambun dakwa Malaysia berjaya menarik pelaburan berbilion-bilion tetapi di mana pekerjaan-pekerjaan berkualiti untuk rakyat? Apa jadi pada pelaburan TESLA? Macam-macam insentif diberikan tapi tak ada juga pekerjaan-pekerjaan yang berkualiti tinggi.

Kami dapat tahu, Tuan Yang di-Pertua, syarikat Proton juga sedang ditindas oleh Geely. Geely melanggar perjanjian yang dibuat untuk memastikan vendor-vendor bumiputera dijaga dan dipelihara. Jadi, ada banyak perkara yang perlu dirujuk, disiasat oleh MITI.

Benarkah pelaburan-pelaburan ini memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia? Fakta laporan daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), 226,000 graduan keluar universiti setiap tahun tetapi hanya 105,000 pekerjaan mahir diwujudkan. 36.3 peratus rakyat Malaysia bekerja dalam sektor underemployment. Laporan World Bank yang saya sebut tadi, mengatakan ramai graduan di Malaysia memilih untuk menjadi pemandu e-hailing, cashier dan pekerja kilang kerana kekurangan peluang kerja berkualiti.

Apa yang Tambun buat? Tambun lantik kroni dalam GLC tetapi gagal menarik pelaburan yang mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat.

[Tepuk] . Jadinya, kesimpulan yang saya boleh berikan di bawah Anwarnomic, di bawah Tambun, Malaysia gagal mencipta pekerjaan berkualiti. Yang kaya hanya kroni dan kapitalis besar.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta laluan. Machang, minta laluan.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Minta laluan.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Duduk, this is my floor. Saya ingin meneruskan, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Machang, Bayan Baru nak celah sikit.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Skandal penswastaan MAHB. Saya mendesak PAC menyiasat penjualan penswastaan MAHB...

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya rasa ini statement tak betul ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Machang jangan lontar batu, sembunyi tangan.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Statement yang tak berasas ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jawab di sini, saya nak tanya soalan.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Minta penjelasan, Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...dengan jualan harga yang murah seperti yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Machang, sekejap. Nak bagi laluankah?

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tak nak.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, sila duduk Bayan Baru.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Model perniagaan KWSP ialah perniagaan ...

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jangan takut Machang, jangan takut. Jangan tipu rakyat, tipu rakyat sahaja, Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

... buluh kasap.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bayan Baru, sila duduk.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jual murah, beli mahal. Ini satu pengkhianatan.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah. relax, relax.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ini satu pengkhianatan kepada para pencarum sehingga menimbulkan kerugian seperti kata Ayer Hitam.

[Tepuk] . PAC perlu dapatkan senarai lengkap semua dana yang membeli saham MAHB yang dijual murah pada tahun 2023. Saya yakin sebahagian daripada pembeli saham MAHB ini yang dijual KWSP ada hubungan dengan BlackRock. Apakah KWSP, Khazanah sengaja menekan harga saham MAHB sebegitu murah agar ianya tampak menarik untuk...

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bukankah ini satu bentuk...

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

36(6).

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Machang, Machang. Sekejap.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...untuk menekan harga saham?

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, Tuan Yang di- Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tunggu kejap ya. Ya, Bayan Baru nak bangkitkan apa?

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

36(6).

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Apa itu?

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sebab ini adalah sangkaan jahat dan ini adalah satu tuduhan kepada MAHB dan juga orang yang tidak ada di sini, tidak boleh jawab ya.

Tohmahan-tohmahan ini, MAHB tak boleh jawab di sini. Okey? Dan bersangka jahat bahawa dia menekan harga ...

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...menekan harga untuk keuntungan.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, I get your point.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya rasa ini tidak betul.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Bayan Baru, I get your point.

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bawah apa? 36?

draft • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Tak apa, YB. Machang, tak payah jawab. 36(6) ialah sangkaan jahat terhadap orang, Ahli lain. Tak boleh digunakan dalam situasi ini.

draft • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bayan Baru, nanti kamu jawab, dengarlah dalam PAC. Kamu dalam PAC, bukan? Jadi, jangan risau ya. Jadi, saya menyeru PAC panggil Bursa, SC, siasat apakah ada manipulasi pasaran dalam penjualan saham MAHB yang berlaku baru-baru ini?

[Tepuk] . Saya mahu Audit Negara bawa EY masuk dan buat audit forensik ke atas penjualan saham KWSP baru-baru ini. Dan ini ternyata ada manipulasi yang mungkin boleh merugikan negara.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan ini berdiri atas prinsip tidak berterus terang. Antara skandal besar yang berlaku pada hari ini ialah kerajaan tidak jujur kepada rakyat. Antara benda yang paling besar ialah, kerajaan menyorok Titah Adendum. Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong...

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang di-Pertua, Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Machang, YB. Machang.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Petua telah dibuat bahawa Adendum ini tidak boleh dibahas di dalam Dewan. Itu telah jelas.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Siapa kata tak boleh bahas? Ini Dewan Rakyat! Ini bukan subjudis.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tak boleh bahas. Machang, tak boleh bahas.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Bukan saya kata tak boleh bahas, itu adalah ruling. Ruling yang telah dibuat. Siapa kata apa? Ruling telah dibuat, Machang.

[Pembesar suara dimatikan] .

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Machang, saya tak benarkan perbahasan ini ya sebab, kerana telah ada ruling oleh Tan Sri Speaker bahawa isu tentang Adendum tidak boleh dibahaskan dalam Dewan ini. Kalau tak puas hati, boleh buat usul terhadap ruling tersebut tetapi buat masa sekarang, I will not allow it. Terima kasih. Please go on to your next point.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Someone has to be responsible in this. Saya menyeru mantan Peguam Negara direhatkan kerana melanggari apa yang telah dititahkan oleh Agong sebelum ini.

[Tepuk] .

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Machang.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ha, ini tuduhanlah Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Machang, I am going to stop you. Tolong.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ini tuduhanlah, Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tidak sentuh isu Adendum.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Itu isu apa? Adendumlah.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya persoalkan kredibiliti mantan Peguam Negara.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Atas isu apa?

draft • 11:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ada kaitan, ada kaitan.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Atas dasar apa? Atas dasar apa Machang mempersoalkan? Atas dasar apa?

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tak sebut Adendum.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tak, atas dasar apa, Machang?

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap. Sungai Petani. I will handle it.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Duduk, Machang.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Atas dasar apa?

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sungai Petani, saya akan kendalikan ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua, tak apa Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Please, tolong move to your next point.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya move to next issue.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, okey.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Gulung, gulung.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya nak maklum di sini, rakyat Pahang amat-amat marah dan kecewa.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Betul, betul.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Eh, Machang wakil rakyat Pahang ke? Ha?

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Pada minggu hadapan, rakyat Pahang akan berhimpun ...

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Machang, Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sungai Petani.

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...di hadapan Masjid Negeri Pahang, bermunajat. Raja berdaulat! Daulat Tuanku!

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya rasa lebih baiklah ...

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Mana Machang ini? Mana boleh dia mewakili rakyat Pahang.

draft • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Machang macam wakil rakyat Pahang.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya cadangkan Machang ceritakan cara untuk cetak wang, pulihkan ekonomi negara.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Jangan sentuh bab Titah. Cara cetak wang...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ini wakil rakyat Machang yang cuba mewakili...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Bab ini, memang kau terer.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kita, kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Kita orang bertamadun. Jadi kalau nak cakap, nak minta laluan, minta laluan daripada YB.

Machang. YB. Machang, saya bagi warning yang pertama.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tak bagi, saya tak bagi.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

First warning, jangan bangkitkan isu Adendum lagi.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, saya dah habis isu Adendum. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan. Penutup, bagi saya satu minit sebab ramai kacau tadi. Langau-langau kacau. Minta maaf.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua, Tambun menempelak, menghina Machang. ‘Pembangunan tak maju’, kata beliau.

Tapi Tambun lupa, apa yang menjadi punca kemunduran di Machang adalah kerana politik naungan yang berlaku saban tahun. Politik naungan UMNO yang dibuat ke atas rakyat

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kelantan dan Machang dan politik ini diteruskan oleh Tambun dalam kerajaan, konon-konon reformasi. Eh malulah, kamu puluh tahun lawan...

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

Apa buktinya?

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Machang, minta penjelasan Machang.

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...dengan budaya politik ini, lepas tu kamu tuduh...

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Minta penjelasan, Machang.

Minta penjelasan.

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...kata kami konon tidak membangun.

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Minta penjelasan.

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi...

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kelantan antara negeri yang terbanyak mendapat dana daripada Kerajaan Persekutuan berbanding Selangor...

draft • 12:00 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Machang, Selangor ni...

draft • 12:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Selangor, Selangor tiga penggal independent. Selangor maju tanpa...

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...Kelantan adalah...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Machang, Kelantan...

draft • 12:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Machang, aku kecewa dengan you lah. Aku ingat— [Pembesar suara dimatikan] ...hebat, hebat.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Machang.

draft • 12:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Mana falsafah ekonomi kau?

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Machang.

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Machang, inilah wakil rakyat...

draft • 12:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

...main-main...

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...yang tidak berbahas atas...

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tak bagi.

Saya tak bagi kepada siapa-siapa.

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...tidak berbahas atas fakta dan data.

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

This is my floor.

draft • 12:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

...tak guna langsunglah.

draft • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Rakyat Machang menunggu saya pertahankan Machang.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Machang. Dah habis masa dah.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua. Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Dah-dah. Dah habis dah.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sila duduk, YB Machang.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kelantan mendapat peruntukan… [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tak ada standard langsung lah Machang. Aku kecewa dengan kau.

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, terima kasih Machang.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini pengacau, pengacau ni, Sungai Petani...

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Duduklah, duduklah.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sungai Petani, pengacau.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Banyak dah masa habis.

Lima minit lagi.

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Awat Besut?

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya ingatkan. Kita ini orang bertamadun. Jadi, kalau nak, minta kebenaran dahulu. Boleh tak?

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

Boleh, boleh.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, seterusnya saya jemput...

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

Yang di-Pertua...

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua...

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

...tolong nasihat sebelah sana. Banyak ganggu. Sungai Petani, Gopeng dan sebagainya, tanpa ikut peraturan.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah. Semua, semua, semua.

draft • 12:00 PM

Tuan Abdul Haji Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kenapa tengok kat sini?

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah. Duduk, duduk, duduk.

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sama je. Saya tengok semua sama.

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak adil. Tak adil.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Seterusnya, saya jemput...

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, tak adil. Sebelah sana...

draft • 12:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Besut bangun...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah. Okey? Bertamadun. We are civilized people, dengan izin. Yang Berhormat seterusnya, Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya jemput. Sepuluh minit.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tahniah kepada Machang. Kalau boleh saya pinjam sedikitlah semangat tu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Wakili bangsa Johor dan masyarakat di Simpang Renggam, patik merafak setinggi-tinggi junjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada pembukaan sidang Dewan kali ini. Patik menjunjung dan menyambut baik Titah Tuanku bahawa prestasi ekonomi negara yang baik perlu membawa nikmat dan kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukan hanya memberi keuntungan kumpulan tertentu sahaja. Natijahnya, kita tidak boleh sekadar berbicara tentang pertumbuhan ekonomi tanpa melihat siapa yang sebenarnya menerima manfaatnya.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita kini berada di ambang status negara berpendapatan tinggi. Namun, kita perlu bertanya. Apakah maknanya negara berpendapatan tinggi jika majoriti rakyat masih bergelut dengan gaji mendatar? Machang tadi merujuk kepada Laporan Bank Dunia. Saya pun nak rujuk juga kepada Laporan Bank Dunia baru- baru ini yang memberikan realiti yang membimbangkan. Enam dari sepuluh rakyat Malaysia berisiko tercicir daripada arus pemodenan dan peningkatan taraf ekonomi jika tiada langkah konkrit bagi mengurangkan ketidaksamarataan dan meningkatkan mobiliti sosial.

Perbahasan hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tumpu kepada negeri Johor. Ini bukan sekadar cabaran ekonomi. Kenapa saya merujuk kepada negeri Johor tapi juga cabaran kestabilan sosial dan politik negara? Sebagai yang dihujahkan oleh Profesor Dr. Lee daripada Seoul University, Korea dalam bukunya, Innovation–Development Detours for Latecomers. Negara-negara membangun tidak boleh sekadar meniru model pembangunan negara maju tanpa mengambil kira konteks tempatan. Maka itu, kita mesti berani mencipta haluan kita sendiri. Maka, Johor tidak boleh sekadar menunggu limpahan pembangunan dari Pusat. Johor perlu mengorak langkah dengan membentuk strategi yang inovatif, yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan keadilan sosial. Model pembangunan berbentuk

draft • 12:02 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

one-size-fits-all, dengan izin, sudah tidak relevan. Johor perlu memilih hala tuju yang sesuai untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi. Perlu ada polisi ekonomi untuk Johor yang lebih fleksibel dalam menarik bukan hanya pelaburan asing tetapi turut membangunkan perusahaan tempatan yang mampu bersaing di peringkat global, berpandukan hubungan global-lokal secara strategik antara muka global lokal.

Tuan Yang di-Pertua, hal agenda hijau dan tenaga boleh baharu, ingin saya nyatakan sesuatu. Negeri Johor ingin berada di barisan hadapan dalam memperkasa agenda hijau serta menerajui pelbagai peluang ekonomi hijau. Johor tidak boleh ketinggalan dalam peralihan tenaga, lebih-lebih lagi berjiran dengan negara Singapura yang memerlukan bekalan tenaga hijau. Melalui Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor, tiga polisi penting telah dirangka.

Pertama, pelan Tenaga Boleh Baharu Johor 2030 dan garis panduan perancangan dan pembangunan Tenaga Boleh Baharu Johor. Melalui pelan tersebut, Johor akan meneroka peluang eksport dengan berkerjasama dengan Singapura untuk membangunkan Floating Solar Park, sebagai contoh. Projek ini dijangkakan akan mempercepatkan pertumbuhan tenaga solar terapung sebagai sumber tenaga mampan. Sekali gus, menyumbang kepada matlamat negara dan mencapai net zero carbon pada tahun 2050. Sehubungan dengan itu, diharapkan Kerajaan Pusat dapat menyegerakan framework bagi pengeksportan tenaga boleh baharu dapat dipercepatkan supaya Johor boleh eksport tenaga boleh baharu ke negara jiran Singapura itu dapat dilaksanakan segera.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, Pelan Pengangkutan Hijau Negeri Johor 2030 dan garis panduan perancangan dan pembangunan petak pengecasan kenderaan elektrik demi memartabatkan mobiliti hijau.

Yang ketiga adalah Pelan Perubahan Iklim Johor 2030 dengan penekanan diberi kepada aspek mitigasi banjir. Kesemua pelan-pelan ini dan usaha-usaha ini adalah untuk menyokong usaha Kerajaan Persekutuan dalam mencapai Net Zero Carbon 2050. Sebagai negeri yang pesat membangun, Johor juga ingin memastikan polisi hijau ini selari dengan peringkat nasional, termasuk Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara yang diharap dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini juga. Ini akan memperkasakan peranan negeri apabila membentuk enakmen perubahan iklimnya sendiri, sekali gus menggalakkan pelaburan dalam tenaga boleh baharu khasnya dan industri hijau amnya.

Maka, saya ingin bertanya sama ada kementerian berkaitan bersedia untuk memberikan insentif tambahan kepada syarikat-syarikat di dalam Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura (SEZ) yang mengamalkan ekonomi kitaran dan teknologi hijau melalui green incentive tax allowance? Jika ini dapat dilaksanakan, Johor bukan sahaja akan mencipta pekerjaan baharu tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu yang lebih lestari untuk masa depan.

draft • 12:02 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang diharapkan berlaku di negeri Johor ialah desentralisasi dan perkongsian hasil Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Desentralisasi bukan sekadar trend global tetapi satu keperluan strategik bagi Malaysia, terutama Johor yang kini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Desentralisasi akan meningkatkan kecekapan melalui prinsip subsidiarity, memperkukuhkan hubungan awam dengan mendekatkan rakyat kepada pihak berkuasa tempatan serta memperkukuhkan demokrasi dengan menggalakkan penyertaan lebih meluas dalam tadbir urus. Oleh itu, perkongsian bukan hanya kuasa tetapi juga perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu dikaji semula dan diperbaharui dari masa ke semasa.

draft • 12:02 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Dengan adanya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat mesti direformasikan bagi membolehkan hasrat pembangunan wilayah ini mencapai matlamatnya. Dalam konteks ini ada dua perkara yang boleh dipertimbangkan, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama, kaji semula perkongsian hasil fiskal daripada levi kemasukan kenderaan dari pintu masuk selatan. Dengan jumlah kenderaan yang tinggi dari Singapura memasuki Johor setiap hari, sudah tiba masanya hasil daripada pengenalan Vehicle Entry Permit (VEP) diberi lebih kepada kerajaan negeri bagi membolehkan Johor meningkatkan kemudahan infrastruktur pengangkutan tempatan. Contohnya daripada RM20 Road Charge yang dikenakan yang dikutip bagi setiap vehicle entry permit, sekurang-kurangnya 50 peratus dapat disalurkan kepada kerajaan negeri dan bukan hanya 25 peratus seperti mana sekarang. Kalau boleh seratus peratus Tuan Yang di-Pertua lagi baik kerana sudah sembilan tahun VEP ini diperkenalkan, tentunya pelaburan kerajaan sudah dapat kembali pulangan pelaburan yang dibuat.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, perkongsian hasil daripada projek real transit sistem Johor-Singapura. Apabila RTS beroperasi kelak, ia bakal meningkatkan kegiatan ekonomi sekitar di Johor Bahru khasnya. Persoalannya, bagaimana pula hasil daripada operasi RTS ini sama ada akan dikongsi dengan Kerajaan Negeri Johor? Diharap mendapat penjelasan daripada pihak kementerian yang berkaitan. Tuntutan ini Tuan Yang di-Pertua bukan soal semangat kenegerian yang menebal, tetapi soal kecekapan dan keberkesanan tadbir urus.

Kita mahu melihat kerajaan negeri dan tepatan diperkuatkan dengan sumber yang mencukupi agar Johor dapat mendapat peranan yang lebih besar dalam menjayakan pertumbuhan ekonomi mampan negara.

Seterusnya, jumlah pusat data yang semakin berkembang di Johor adalah wajar untuk negeri Johor ini memiliki syarikat penjanaan tenaga sendiri yang dapat memenuhi keperluan industri berintensifkan tenaga secara lebih cekap dan berdaya saing. Saya ingin bertanya sama ada kementerian berkenaan boleh bersetuju untuk membangunkan sistem

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

penjanaan tenaga tersendiri seperti di Ibrahim Technopolis Johor sebagaimana yang telah dilakukan di Kulim Hightech Park. Sebagai contohnya ya, model ini membolehkan negeri menjana tenaga sendiri, menetapkan kadar takrifnya sendiri serta menguruskan pengagihan tenaga yang dijana.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Maka selain daripada...

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Sikit sahaja Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit lagi ya.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Yes. Selain itu aspek bekalan air juga perlu diberi perhatian. Hal ini amat penting kerana pembangunan pusat data memerlukan jumlah air yang besar untuk operasi dengan memberikan lebih fleksibiliti kepada kerajaan negeri dalam membangunkan infrastruktur air, industri Johor dapat memperkukuhkan daya tarikannya. Maka persoalannya, adakah kementerian boleh sama ada boleh bersetuju untuk menyediakan geran kepada kerajaan negeri untuk meneroka sumber bekalan air alternatif bagi tujuan perindustrian.

Selain daripada ekonomi khas Tuan Yang di-Pertua, Wilayah Ekonomi Pantai Timur

(ECER) melibatkan Mersing dan Segamat ada projek pelancongan yang telah terbengkalai selama lebih lapan tahun. Apakah boleh dicarikan jalan penyelesaiannya? Antara projek yang masih belum siap termasuklah di pusat informasi di Pulau Besar Mersing dan juga jeti di Pulau Pemanggil. Aspek pelancongan amat penting kepada negeri Johor.

Akhirnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, melalui ECER juga bagi memperkukuhkan pembangunan ECER di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, peruntukan sebanyak RM45 juta yang dimohon moga dapat diluluskan bagi menyediakan infrastruktur bagi rancangan Projek Agromakanan di Segamat. Jadi, langkah ini bukan sahaja merangsang pertumbuhan sektor agromakanan, tetapi membuka lebih banyak peluang.

Hari ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita sedang berdiri di persimpangan yang penting. Maka, kita mahu melihat ke hadapan dengan reformasi yang berani dan bermakna supaya ekonomi tempatan dan ekonomi negeri yang memacu pembangunan negara ke arah daya saing global, kelestarian jangka panjang serta kemakmuran yang dapat dirasai setiap lapisan masyarakat. Marilah kita sama-sama membina Malaysia yang lebih adil, lebih makmur, lebih lestari untuk semua rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah, 10 minit ya. Sila.

draft • 12:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Kedah untuk turut sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas titah yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam titah tersebut, Baginda telah menzahirkan penghargaan ke atas transformasi yang dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi mencapai agenda pembaharuan dalam sektor pendidikan. Saya mengambil maklum mengenai perubahan sistem pentaksiran di sekolah yang menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat terutamanya selepas pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Apa yang menarik perhatian saya ialah kombinasi keputusan tertentu yang melayakkan seseorang pelajar untuk menyambung pengajiannya ke menara gading. Untuk itu, calon-calon yang berkelayakan untuk ke IPT dikehendaki untuk mengisi data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) bagi lepasan SPM. Dalam hal ini saya ingin mengemukakan persoalan apakah mekanisme mampan bagi memastikan setiap pelajar yang memperoleh keputusan PAJSK setiap tamat pengajian di Tingkatan 5 supaya isu keciciran data tidak berlaku sewaktu pengisian borang Unit Pusat Universiti (UPU). Apakah pihak KPM bercadang untuk menjadikan pentaksiran psikometrik sebagai sebahagian daripada kaedah meritokrasi untuk melayakkan para pelajar bagi menyambung pengajian ke IPTA dan terakhir apakah pentaksiran ini akan diteruskan di bawah kurikulum pendidikan KP 2027?

Saya juga ingin mencadangkan supaya pihak KPM dapat mempertimbangkan komponen sahsiah dan akhlak juga turut dimasukkan ke dalam format pemarkahan PAJSK yang lebih jelas dan berstruktur selain Komponen Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

(SEGAK), kokurikulum dan extra kurikulum. Ini kerana faktor akhlak dan sahsiah merupakan elemen penting yang akan membentuk peribadi insani selaras dengan anjakan ketiga yang tertulis di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat Malaysia dengan nilai.

Tuan Yang di-Pertua, terkait dengan meritokrasi 10 peratus PAJSK kokurikulum, di samping keputusan peperiksaan bagi kemasukan ke IPT, saya suka mencadangkan supaya pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar dapat meningkatkan jumlah merit PAJSK berkenaan dengan gred purata antara 20-30 peratus menjadikan nisbah antara 20 kokurikulum, 80 akademik, ataupun 30 kokurikulum, 70 akademik. Saya membangkitkan hal berkenaan kerana setiap individu memiliki bakat dan berkebolehan yang berbeza.

Kecemerlangan seseorang itu bukan hanya bergantung kepada keputusan akademik straight

draft • 12:15 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

A sahaja, tetapi bergantung bagaimana ia bertindak untuk menyelesaikan sesuatu pemasalahan berasaskan ilmu dan pengalaman yang dimilikinya.

Saya menjangkakan syor ini juga akan turut tersulam masuk ke dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 yang mengimpikan landskap pendidikan tinggi lebih komprehensif dan bersifat global. Secara peribadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak berkaitan atas usaha melakukan reformasi ekosistem pendidikan tinggi yang lebih kondusif dan berdaya tahan. Justeru, saya ingin mendapatkan pencerahan sejauh manakah proses pembinaan PPPTM ini telah dan sedang berjalan secara menyeluruh. Apakah pembinaan pelan induk ini melibatkan implikasi kewangan dan jika ada, berapakah jumlah berkenaan? Apakah jaminan pihak KPT bahawa perwujudan PPPTM ini akan membawa impak positif kepada ekosistem pengajian tinggi negara?

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian untuk mewujudkan pengajian TVET seperti KPM sendiri, KESUMA, KPKM...

draft • 12:15 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kuala Kedah, minta laluan sedikit. Boleh?

draft • 12:15 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Jangan lama.

[Ketawa]

draft • 12:15 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

30 saat. Menyentuh tentang pelan tindakan KPT yang disebut tadi, saya hendak merujuk satu isu berkaitan dengan gejala LBGT yang melibatkan mahasiswa di IPTA. Saya mendapat info tentang empat pelajar menyerang 11 pelajar di kampus UUM dan berlaku report polis di IPD Kubang Pasu. Jadi, pohon respons tentang sejauh manakah pelaksanaan yang disebutkan tadi. Sekian.

draft • 12:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sila masukkan sebagai sebahagian daripada teks ucapan saya.

Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian untuk mewujudkan pengajian TVET seperti KPM sendiri, KESUMA, KPKM, KBS dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Penubuhan institusi-institusi kemahiran ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan memenuhi pasaran pekerjaan.

Sehingga Disember 2023, institusi TVET terus berkembang dan dinyatakan bahawa terdapat sebanyak 1,345 institusi TVET seluruh negara dengan 669 institusi TVET awam, 652 swasta dan 24 institusi TVET di bawah kerajaan negeri. Namun begitu, usaha mencapai sasaran 35 peratus tenaga mahir menjelang 2030 mungkin akan terganggu sekiranya mekanisme penyelarasan ini tidak dilaksanakan dengan tertib dan tersusun.

Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa satu mekanisme penyelarasan antara kementerian hendaklah diwujudkan bagi menyeragamkan jumlah pengambilan pelajar di sesebuah institusi. Penyelarasan ini penting bagi memastikan kualiti pengurusan dan penentuan jumlah tenaga yang diperlukan dapat dijajarkan mengikut permintaan pasaran.

draft • 12:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Selain itu, pihak kementerian dapat membina pangkalan data pekerjaan dengan lebih efisien serta memudahkan urusan pencarian kerja.

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dinafikan bahawa antara isu hangat yang menjadi perhatian para Ahli Dewan adalah harga belian padi. Meskipun Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan kenaikan RM1,500 tan metrik, namun realitinya kenaikan harga belian padi itu tidak memberikan impak yang meyakinkan. Selepas ini, kita tidak tahu apakah kesan drastik yang akan berlaku setelah kerajaan bersetuju dengan kenaikan tersebut.

Adakah ia akan melegakan para pesawah dalam tempoh masa yang panjang ataupun syok untuk tempoh sekejap sahaja?

Dalam hal ini, apakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan mekanisme komprehensif bagi mengawal dan menyelaras harga siling di pusat belian padi? Apakah jaminan pihak kementerian bagi memastikan berlakunya persaingan yang sihat dalam kalangan pengilang? Dan apakah terdapat skim sokongan kepada pengilang Bumiputera agar mereka dapat kekal bersaing dalam industri padi?

Setelah tamat musim menuai, kini tiba pula musim menanam padi. Maka, akan muncul pula cerita benih padi. Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan supaya Insentif Benih Padi Sah (BPS) diberikan terus kepada pesawah, bukannya pembekal. Alasannya, sejak 10 tahun terakhir ini, banyak rungutan daripada para pesawah sendiri berkenaan kualiti yang menurun, varieti yang terhad, pembekalan yang lambat kepada pesawah menyebabkan 30 peratus daripada pesawah-pesawah telah pun menyimpan benih sendiri. Sepatutnya prestasi baik, bukannya semakin menurun. Justeru, sistem kuota BPS ini perlu dikaji semula agar subsidi yang dikeluarkan pihak kerajaan puluhan juta ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya nyatakan di sini bahawa kebanyakan penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah juga merupakan nelayan. Saya sering mendengar rungutan dan rintihan anak-anak muda sekitar Parlimen Kuala Kedah yang ingin menceburi bidang perikanan. Untuk pengetahuan semua Ahli-ahli Dewan, terdapat empat kuala selain dari Kuala Kedah, iaitu Kuala Sala, Kuala Kangkong, Kuala Tebengau dan Kuala Kuar. Mereka berulang kali memohon lesen menangkap ikan tetapi gagal.

Pada mereka, profesion nelayan merupakan aktiviti yang diwarisi turun temurun dari ayah, datuk mereka terdahulu. Justeru, tidak timbul alasan aktiviti overfishing, dengan izin, yang menyekat mereka dari turun ke laut kerana mereka meyakini bahawa rezeki dalam ilmu tuhan dan telah ditentukan.

Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri tentang syarat-syarat yang membenarkan mereka mendapatkan lesen untuk turun ke laut secara sah. Apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Jabatan Perikanan untuk meluluskan lesen berkenaan dan apakah bentuk insentif atau alternatif yang disediakan oleh

draft • 12:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

pihak kerajaan ke atas kumpulan ini sekiranya mereka masih gagal dalam permohonan lesen nelayan pantai?

Secara spesifik, saya juga ingin mendapatkan maklum balas tentang status pembinaan pelantar pendaratan ikan di Alor Tok Pasai. Saya difahamkan bahawa komuniti nelayan di Tok Pasai merasakan kedudukan tapak cadangan pembinaan pelantar tersebut agar jauh dari lokasi asal. Mereka lebih selesa jika pelantar berkenaan kekal dan mengubahnya ke kedudukan yang berdekatan dengan pelantar asal yang tidak jauh dari pintu muara Kuala Kedah. Mohon pencerahan.

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tiga bulan terakhir tahun lalu, air di lembangan Sungai Anak Bukit melebihi paras bahaya dan menenggelamkan sebahagian besar lokaliti sepanjang sungai. Rakyat di sana telah mengalami lima kali gelombang banjir dalam tempoh tersebut. Banyak kerosakan harta benda berlaku dan nilainya mencecah jutaan ringgit.

Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah mitigasi, selain pembinaan RTB Sungai Anak Bukit, bagi mengelak bencana banjir dari terus berlaku?

Sejauh manakah kolaborasi antara agensi-agensi kerajaan dapat mengawal risiko banjir terutamanya apabila berlaku perubahan iklim secara mendadak?

Dalam hal ini, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kementerian dapat mengenal pasti koordinat dan menganalisis kedudukan paras air cetek supaya aktiviti pengerukan di lembangan Sungai Kedah dapat dilaksanakan. Pengerukan sungai ini penting bagi mendalamkan dasar seterusnya melicinkan aliran keluar air sungai ke laut. Diharapkan agar pengerukan ini dapat menjadi sebahagian daripada alternatif untuk mengurangkan risiko banjir.

Tuan Yang di-Pertua, terakhir. Selaras dengan penggunaan artificial intelligence (AI) yang berkembang pesat, apakah pihak JAKIM bercadang untuk membina satu kerangka dasar tertentu bagi menjaga kemuliaan dan ketinggian Islam bagi mendepani ancaman AI, jika ada? Saya mengemukakan hal ini kerana tidak mustahil AI ini menjadi ustaz atau ustazah yang tidak bertauliah mengajar orang ramai suatu hari nanti terutamanya yang terkait dengan akidah dan hukum fiqah. Sekiranya pihak JAKIM tidak bertindak secara konkrit untuk menangani hal ini, saya bimbang kefahaman Islam akan terancam pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Gombak sebagai pembahas seterusnya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih, Speaker, Ahli-ahli Dewan sekalian. Gombak mengucapkan terima kasih di atas kesempatan untuk Gombak sama-

draft • 12:27 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

sama berbahas sempena dengan ucapan ataupun Usul Menjunjung Kasih di atas titah pembukaan yang telah kita dengar beberapa hari yang lalu.

Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat melihat beberapa langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan demi untuk memantapkan keadaan ekonomi negara, berada dalam keadaan yang selaras dan juga mampu untuk menunjukkan tanda- tanda yang positif. Angka-angka akhir pada tahun 2024 mencatatkan beberapa kejayaan yang wajar diberikan tahniah kepada mereka yang telah berusaha untuk membawa negara kepada rangka dan landasan tepat pemulihan ekonomi sesuai dengan krisis ekonomi dan juga krisis kesihatan yang telah kita lalui sepanjang 2020 dan di tahun 2021.

Antara perkara penting yang membawa kepada kejayaan kita adalah beberapa rangka. Selain daripada kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan telah membentangkan satu kerangka baharu menjelang tahun 2030 iaitu dasar industri baharu di dalam Malaysia yang mana kita menyasarkan beberapa pertumbuhan-pertumbuhan. Antaranya, capaian sejumlah 3.3 juta pekerja menjelang tahun 2030 yang mana jumlah CAGR nya adalah sebanyak 2.3 peratus. Ini semua akan dapat dilihat sejauh mana kerajaan ataupun negara mampu untuk menghasilkan sumber tenaga kerja yang berkemahiran.

Di pihak Kerajaan Persekutuan pada hari ini, kita dapat melihat Timbalan Perdana Menteri, Bagan Datuk sendiri mengetuai satu jawatankuasa untuk memantau bagaimanakah pertumbuhan sumber tenaga yang berkemahiran dapat diwujudkan. Di antara perkara yang menjadi dilema kepada kita pada hari ini adalah bagaimana kita mampu mengeluarkan sumber tenaga berkemahiran tinggi untuk mengisi ruang-ruang pekerjaan yang disediakan dan juga untuk memenuhi misi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

Ini antara beberapa langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam penggal-penggal sebelum ini yang sentiasa menetapkan ingin menjadi negara pendapatan tinggi. Namun begitu, ia semua terhalang kerana kita bukan sahaja tidak mampu untuk menyediakan ataupun kemampuan kita menyediakan pelaburan berprestasi tinggi ataupun berpendapatan tinggi dan juga bernilai tinggi, tetapi adakah kita mampu untuk mengisi ruang- ruang pekerja berkemahiran tersebut.

Dalam laporan yang telah dicatatkan, kita seharusnya mencatatkan sejumlah puluhan ribu tenaga-tenaga― 200,000 menjelang tahun 2030 sebagaimana yang dicatatkan dalam NIMP.

draft • 12:27 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Pada tahun 2023, dicatatkan bahawa kita telah berjaya melahirkan lebih kurang 8,300 pekerja-pekerja berkemahiran tinggi. Angka seterusnya pada tahun 2024 pula mencatatkan kita hanya mencatatkan 8,400 dan angka ini merupakan satu angka yang

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

rendah berbanding daripada sasaran yang telah ditetapkan. Sepatutnya kita mampu melahirkan lebih daripada 9,000 pada tahun 2024.

Justeru, pertanyaan saya kepada kerajaan pada hari ini, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan dan wajar dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan tarikan-tarikan untuk pekerja berkemahiran tinggi ini dapat diwujudkan?

Di pengalaman pihak negeri Selangor sebagai contoh, kita melaksanakan kerjasama rapat dengan beberapa buah agensi antaranya dengan Siemens dan juga Festo, Apple dan juga Dassault Systems. Dalam tempoh enam bulan hingga tujuh bulan, kita telah melatih lebih 2,000 pekerja-pekerja ataupun untuk reskill dan upskill pekerja-pekerja ini. Sebahagian daripada mereka telah meningkatkan pendapatan mereka lebih daripada 50 hingga 60 peratus daripada pendapatan asal.

Kos untuk melatih serta menyusun semula kemahiran yang telah diperoleh mereka ini ditanggung oleh syarikat-syarikat berkenaan. Sebahagiannya adalah syarikat-syarikat automotif, sebahagiannya adalah syarikat pembuatan-pembuatan yang lain dan saya kira kerajaan wajar untuk mempunyai satu kerangka besar dalam memastikan kita mampu untuk melahirkan tenaga-tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan tidak hanya menumpu kepada mereka yang berkemahiran rendah mahupun yang mempunyai kemahiran semi ataupun sederhana sebagaimana yang dilahirkan dalam institusi-institusi kemahiran yang ada dalam negara kita ataupun yang ada di Malaysia.

Kita mempunyai rangkaian-rangkaian tersebut. Antaranya, kolej-kolej komuniti, antaranya adalah kolej-kolej kemahiran dan ada sebahagian universiti-universiti kita telah diberikan penarafan universiti TVET sebagaimana yang ada dalam catatan yang telah diberikan kepada saya. Sejauh mana mereka dapat menghubung dengan keperluan- keperluan industri?

Adakah industri-industri ataupun syarikat-syarikat ini berkenan untuk melabur daripada hasil mereka ataupun pendapatan mereka untuk melatih pekerja-pekerja kita?

Sejauh mana ukuran terhadap perpindahan teknologi dapat dicatatkan kerana daripada tahun-tahun 90-an ketika kita rancak untuk menjemput pelaburan-pelaburan asing, antara perkara yang selalu datang di telinga kita dan juga kata-kata yang selalu disebutkan kepada kita adalah usaha-usaha ke arah perpindahan teknologi.

Namun, hakikatnya pada hari ini kita masih lagi bergelut. Angkanya saya tunjukkan tadi pada tahun 2023 lebih kurang 8,300 tenaga mahir berkemahiran tinggi dapat kita wujudkan. Hanya peningkatan 100 pada tahun 2024 akibat daripada kemungkinan perlunya usaha menyeluruh daripada semua pihak untuk melahirkan pekerja-pekerja berkemahiran tinggi. Saya memberikan beberapa contoh yang mampu dilakukan di peringkat negeri.

Namun begitu, mungkin contoh ini boleh disalin semula ataupun boleh diperbaiki ataupun dikembangkan di universiti-universiti, sebagaimana kewujudannya universiti di

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Germany ataupun di negara Jerman. Technical University of Munich sebagai contoh merupakan antara rujukan yang boleh dibuat, bagaimana pekerja-pekerja berkemahiran tinggi dapat diwujudkan pada hari ini dan pada masa depan.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin menyentuh tentang usaha-usaha dan juga situasi kawalan kita terhadap trend global yang sedang berlangsung pada hari ini. Semua sedia maklum akibat daripada ataupun dengan kemenangan Trump 2.0, beberapa perubahan dasar dan pendekatan yang ke arah isolationist yang telah memberikan kesan kepada negara-negara lain.

Setakat pada hari ini, Mexico dan Kanada merupakan antara negara yang telah diancam dengan kenaikan tarif. Malaysia turut disebutkan dalam beberapa ucapan beliau dan kata-kata beliau yang menyebutkan bahawa kemungkinan syarikat-syarikat yang berpangkalan di China mengalih operasi di Malaysia.

Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak MITI dan juga pihak Kerajaan Persekutuan dalam menangani perkara ini? Antara perkara yang selalu disebutkan oleh Perdana Menteri apabila saya bertanyakan hal ini, berkenaan dengan ASEAN dan sebagainya, kita mengambil langkah centrist. Adakah langkah duduk di tengah-tengah itu mampu kita kekalkan dan adakah kita akan mampu mengetuai ASEAN ke arah laluan tersebut dengan menyedari kecenderungan beberapa buah negara-negara di ASEAN yang mempunyai ikatan dengan negara-negara yang lain.

Kita melihat bagaimana Presiden Ukraine baru ini apabila datang ke Munich Security Conference menyatakan bahawa Eropah tidak lagi mahu – mampu bergantung dengan Amerika Syarikat dan mengutarakan akan adanya penubuhan armed forces of Europe. Ini semua adalah kecenderungan-kecenderungan isolationist yang saya sebutkan tadi, yang mungkin akan memberikan dampak dan kesan kepada keadaan negara sama ada daripada unsur dagang mahupun unsur-unsur keselamatan yang harus ditangani.

Dengan tanggungjawab selaku Pengerusi ASEAN, saya berharap agar usul ini dan perkara ini dibincangkan dengan lebih meluas dan secara tidak langsung kita mampu untuk menampan kesan-kesan geopolitik dan juga kesan-kesan yang berlaku pada hari ini.

Ahli Yang Berhormat sekalian, kemampuan kita untuk melahirkan pekerja-pekerja yang berkemahiran. Saya kembali kepada pekerja. Tidak lain dan tidak bukan akan turut bergantung dengan keadaan dan kualiti belia dan masyarakat pada hari ini. Beberapa hari ini muncul di media, bagaimana laporan berkenaan dengan nombor ataupun jumlah penagih- penagih dadah. Selangor tidak ketinggalan ditohmah sebagai negeri yang mempunyai kadar jumlah penagih dadah tertinggi walaupun disebut dalam angka yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri.

Daripada angka keseluruhan, daripada angka yang saya lihat, memang kita mencatatkan angka yang besar dan ia tidak menghairankannya kerana Selangor mencatat

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

jumlah penduduk yang tinggi. Pada hari ini Selangor mempunyai 7.2 juta rakyat berbanding 4.8 juta pada tahun 2008 yang lalu. Namun, angka yang saya rasa harus dilihat ialah bagaimana bilangan penagih dadah per 100 ribu penduduk.

Kalau kita lihat, Selangor merupakan antara negeri yang terendah dengan sejumlah hanya 340 orangnya ataupun warganya yang menagih dadah per 100 ribu berbanding negeri- negeri lain yang mencatatkan lebih 1,130 dan juga negeri seperti negeri Terengganu yang mencatatkan 974 berbanding 100 ribu penduduk. Ini bukan masalah negeri mana ataupun asal mana. Mungkin yang datang ke Selangor yang menagih itu pun dari negeri yang lain.

Namun begitu, saya percaya usaha untuk menangani hal ini perlu ditangani dengan usaha-usaha berkemahiran tinggi ataupun teknikal asisten diberikan kepada belia-belia kita supaya mampu untuk berkemahiran tidak dapat dihalang kalau – tidak akan dapat berjaya kalau mereka terjerumus dengan lembah penagihan dadah yang saya percaya kita perlu tangani sebagai musuh nombor satu negara.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya yang terakhir sekali, ini permintaan sedikit berkenaan dengan setiap masalah di Gombak. Ahli Yang Berhormat sekalian, setiap kali musim perayaan, terutamanya ketika perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, Jalan Lama Gombak ke Karak merupakan kawasan yang paling sesak. Penduduk-penduduk di sana tidak akan keluar dari kawasan walaupun dalam persediaan untuk menyambut musim perayaan.

Saya berharap pihak JKR mempunyai satu solusi bagaimana menangani hal ini kerana limpahan di Karak Highway ataupun Lebuhraya Karak yang saya ada jawapannya ingin menambah ataupun memperbesarkan. Saya kira di pihak Jabatan Kerja Raya juga perlu menambah supaya Jalan Lama Gombak di antara Gombak ke Bentong dapat diperbesarkan dan mempermudah kepada rakyat yang mempunyai hubungan persaudaraan di antara dua kawasan ini dan juga rakyat yang akan melaluinya ketika musim perayaan dapat dipermudahkan dan dapat mengelakkan masalah yang berlarutan.

Bagi pihak kerajaan negeri, kita bersedia bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya kerana kita dapati ramai, ada sebahagian. Kita sudah melakukan banci pun. Ada lebih 300 penduduk-penduduk yang tinggal di rizab sungai, rizab jalan yang boleh dialihkan dan kerajaan negeri sedang menyediakan satu pusat peralihan.

Kalau pihak JKR bersedia untuk menyediakan tapak ataupun pelebaran jalan tersebut, kita juga bersedia untuk mengalihkan penduduk-penduduk ini supaya mereka dapat tempat yang sesuai. Tidak duduk di kuarters ataupun di tanah kerajaan yang tidak ada pengesahan sah dan ia akan memberikan kebaikan kepada negeri dan juga negara dan juga kepada laluan penduduk khususnya ke Pantai Timur menjelang musim perayaan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Gombak.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju, 10 minit.

draft • 12:30 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan untuk saya turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Dengan berita yang telah dimaklumkan, marilah kita sama-sama terus mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan.

[Membaca sepotong doa]

draft • 12:39 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, Burung merpati terbang berdua, Mencari tempat berteduh sejuk, Tuanku bijak hati mulia, Menuntut rakyat ke arah maju. Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas. Semoga titah yang penuh keprihatinan terhadap rakyat ini menjadi panduan dalam usaha-usaha kita, Yang Berhormat, untuk membangunkan negara yang lebih makmur dan sejahtera.

Sebelum saya melanjutkan perbahasan, ingin —Ingatan khusus dalam Titah Tuanku kepada kita. Sebagai Yang Berhormat, wakil rakyat dan orang politik diingatkan tentang tanggungjawab besar dipikul dalam membina dan menjaga perpaduan di negara kita. Bukan sahaja diperlukan untuk mewakili suara rakyat tetapi juga untuk memupuk nilai-nilai seperti toleransi, saling menghormati, kerjasama di antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

Kita adalah penyatu yang mengharmonikan perbezaan. Kita adalah yang memastikan semua suara didengari dan dihargai. Kita juga menjadi benteng bagi perpaduan, keamanan serta memupuk pertumbuhan dan perkembangan yang mampan bagi negara. Apa yang berlaku pada pagi ini menggambarkan seolah-olah kesan daripada Titah Tuanku itu belum membawa kesan yang sepenuhnya. Ini menjadi satu perkara yang perlu kita — Mungkin kita boleh cadangkan untuk mengadakan bukan sahaja perbahasan tetapi mungkin kita ada bengkel untuk memahami line by line Titah Tuanku itu supaya melahirkan pemahaman yang betul dan juga melahirkan penghayatan yang sepenuhnya daripada Titah Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, Ayat 58 yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi

draft • 12:40 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” Tuan Yang di-Pertua, Kepengerusian ASEAN adalah kesempatan penting bagi Malaysia untuk menunjukkan kepimpinan dan kemampuan dalam mengemudi arah dalam memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN. Kita mengharap dan yakin Malaysia dapat berperanan untuk mengatasi perbezaan serta mendorong kerjasama yang lebih erat antara negara-negara anggota. Ekonomi serantau dapat diperkukuhkan lagi melalui kerjasama perdagangan, pelaburan dan perkembangan infrastruktur. Malaysia dapat menjadi pemudah cara dalam pertukaran pengetahuan antara negara yang secara langsung dapat meningkatkan daya saing ASEAN dengan lebih 700 juta orang penduduk dan akan menjadi blok ekonomi keempat terbesar di dunia.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan MADANI di bawah seliaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Walaupun memasuki tahun ketiga pentadbiran Kerajaan MADANI ini, kita dapat menyaksikan peristiwa bersejarah iaitu perjanjian yang telah ditandatangani pada bulan Januari tahun ini iaitu Projek Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Ini merupakan zon ekonomi khas rentas sempadan yang penting di Asia menandakan kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura untuk memperkukuhkan lagi perdagangan dan pelaburan merentasi sempadan.

Ia adalah satu pencapaian penting yang mengukuhkan kerjasama ekonomi serantau untuk Malaysia. Projek mega ini boleh dan akan memacu Malaysia keluar daripada terperangkap dalam kategori negara berpendapatan sederhana. Bagi menjayakan projek ini, kita perlu menggerakkan beberapa enjin utama demi pertumbuhan ekonomi negara. Jika dahulu, Kuala Lumpur atau Lembah Klang menjadi tumpuan utama, Sarawak dengan sumber alam semula jadinya, Pulau Pinang serta Kulim, Kedah sebagai hab industri semikonduktor, kini kita boleh lihat Johor sebagai pemacu ekonomi yang baharu yang turut memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Zon ini telah dikenal pasti sembilan flagship zone, yakni sembilan zon perdana dengan 10 sektor industri yang akan dibangunkan. Marilah kita semua menjadi penyumbang kecil atau besar, langsung atau tidak langsung kepada kejayaan usaha ini demi masa depan rakyat dan negara. Khusus dari sudut peluang pekerjaan, Johor-Singapore Special Economic Zone ini dijangka dapat mewujudkan lebih 20,000 pekerjaan mahir dan menarik pelaburan menilai tinggi dalam pembuatan, logistik, industri digital, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Kita kena pastikan ia selari dengan agenda nasional untuk membangunkan bakat dan pekerja mahir tempatan terutamanya dalam bidang yang dipacu oleh inovasi. Kesediaan

draft • 12:40 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

ini dapat memastikan penawaran peluang pekerjaan yang tulen dan tidak setakat rakan kerja, rakan pelaburan, pemegang saham yang pasif dan memenuhi syarat minimumnya sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara berkenaan dengan pendidikan, latihan teknikal dan vokasional. Kerajaan perlu melaksanakan agenda reformasi pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta pembangunan belia. Ia memerlukan pendekatan yang strategik dan bersepadu. Antaranya mengemas kini kurikulum pendidikan dan latihan untuk memastikan bahawa ia selaras dengan keperluan industri dan permintaan pasaran. Terus menerus melatih dan meningkat kemahiran tenaga pengajar di institusi pendidikan dan TVET untuk memastikan mereka dapat memberikan pendidikan berkualiti dan praktikal kepada pelajar.

Keterlibatan sektor swasta juga boleh ditingkatkan dalam menyediakan latihan industri dan penempatan pelajar. Pelaksanaan langkah-langkah dan reformasi pendidikan ini sudah pasti dapat meningkatkan kualiti pendidikan seterusnya membekal dan menghasilkan belia dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja serta menyumbang dalam pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja juga menegaskan kepentingan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui penyelesaian isu perumahan yang mengalami masalah khususnya di Wangsa Maju. Dalam mencari penyelesaian projek sakit Residensi Hektar yang melibatkan 2,400 pembeli, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang berterusan dan tinggi dengan memberi jaminan pinjaman sehingga 70 peratus bagi membolehkan pihak pemaju mendapatkan pinjaman tambahan dan menyiapkan projek berkenaan. Sekarang ini, the ball is in the developer’s hand. Diharapkan pihak pemaju dapat memenuhi tanggungjawab pula untuk mendapatkan pinjaman kewangan dan seterusnya memulakan baki kerja-kerja di tapak dan seterusnya menyiapkan projek tersebut seberapa segera.

Tuan Yang di-Pertua, perjuangan untuk meningkatkan keupayaan Ibu Pejabat Polis

(IPD) Wangsa Maju telah saya bawa dalam Dewan yang mulia ini dari awal lagi dalam Parlimen Kelima Belas ini. Alhamdulillah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas perancangan untuk mula membangunkan IPD Wangsa Maju yang baharu di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12. Rancangan ini selari dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan kepentingan untuk meningkatkan tahap keselamatan.

IPD Wangsa Maju yang kini terletak di kawasan Pudu dipertanggungjawabkan untuk mengawasi rentas kawasan Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa dan Titiwangsa termasuk juga menggalas tanggungjawab untuk mengawasi 57 kedutaan dan 30 kediaman duta asing.

Amat membimbangkan kes jenayah harta benda di Wangsa Maju. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2024, meningkat sebanyak 51.43 peratus atau pertambahan 180 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

draft • 12:40 PM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Peningkatan ini adalah satu isyarat kecemasan yang menuntut tindakan segera. Oleh itu, itu pembinaan serta pewartaan keanggotaan tambahan IPD Wangsa Maju tidak boleh dilengahkan lagi demi menjamin keselamatan penduduk serta memastikan kecekapan pasukan polis dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan serangkap pantun.

Di lautan tenang layar bersemadi, Sinar mentari menari di air, Titah Tuanku kami akan berjanji, Menjunjung amanah demi negara tercinta ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, YB Wangsa Maju. Seterusnya saya menjemput YB Stampin. 10 minit.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku. Saya ada beberapa isu, isu pertamanya adalah tindakan kerajaan memerangi rasuah di Sarawak. Beberapa bulan lepas Kerajaan Persekutuan nampaknya telah meningkatkan usaha untuk memerangi rasuah di Sarawak. Pada Disember lalu, SPRM telah menangkap seorang pengarah syarikat dan seorang pegawai JKR Sarawak atas tuduhan rasuah yang melibatkan projek kerajaan bernilai RM250 juta.

Pada awal tahun ini Januari, seorang eksekutif kanan TV Sarawak dan empat individu lain telah ditahan atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Selepas itu seorang bekas Datuk Bandar Sarawak juga telah ditahan atas dakwaan rasuah. Bulan ini seorang jurutera daripada Jabatan Drainage and Irrigation (DID) telah ditangkap atas tuduhan rasuah juga. Saya menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan tindakan terhadap rasuah di Sarawak dan berharap usaha ini akan diteruskan. Saya juga ingin mengetahui status siasatan kes-kes yang saya sebut tadi dan sama ada sebarang pertuduhan telah dikemukakan di mahkamah.

Isu keduanya adalah berkenaan dengan tuntutan hak Kerajaan Sarawak atas minyak dan gas yang dikeluarkan dari Sarawak dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas penjelasan yang diberi tadi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perkara ini dan khususnya tentang perjanjian yang dicapai dari mesyuarat yang diadakan di antara beliau dengan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak pada 7 Januari yang lalu. Mengikut apa-apa yang dikatakan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, inti patinya Akta Kemajuan Petroleum akan terus menjadi undang-undang utama bagi pengoperasi PETRONAS bukan saja di Sarawak tetapi di seluruh negara.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Bagi saya, jawapan itu merupakan menunjukkan bahawa selepas bertahun-tahun Kerajaan Sarawak menghebah-hebahkan nak memperjuangkan lebih hak ke atas minyak dan gas yang dikeluarkan di Sarawak, suatu gerakan yang dimulakan oleh Allahyarham Adenan Satem dengan persetujuan yang disampaikan pada 7 Januari tahun ini yang akhirnya kembali ke titik permulaan iaitu hak Sarawak ke atas minyak dan gas di negeri ini masih tertakluk kepada kuasa dan keputusan PETRONAS serta Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Saya ingin memaklumkan dengan Dewan yang mulia ini bahawa itulah memang merupakan satu yang tidak – kedudukan begitu adalah satu yang tidak disetujui, tidak disambut baik oleh kebanyakan orang Sarawak. Ada sebelum ini seorang penasihat kepada Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat satu kenyataan bahawa yang mempersoalkan kesahan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Menurut pandangan beliau iaitu Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Sarawak itu Akta Kemajuan Petroleum (Akta 144) ini tidak sah kerana ia melanggari perlembagaan negara kita. Maka saya ingin merakamkan bahawa persetujuan yang dicapaikan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, ia merupakan kali kedua pengambilan kekayaan Sarawak dengan pampasan yang tidak setimpal.

Kali pertama itu adalah dengan kelulusan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) di mana hak-hak kita atas petroleum dan gas divest-kan, dibagi kepada PETRONAS. Kedua ini adalah persetujuan dicapaikan. Oleh itu, saya rasa apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi...

draft • 12:50 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

YB Stampin, mohon mencelah.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Boleh. Terima kasih YB Stampin. YB Stampin bahawa tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi sedikit penjelasan berkenaan dengan isu PETRONAS dan PETROS. Tapi kalau YB Stampin ingat dalam kata-kata beliau, beliau ada berkata PETRONAS dan PETROS akan bergerak sederap sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak. Jadi hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak. Saya percaya rundingan ini sedang berjalan YB Stampin, kita harap...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ya. Walaupun...

draft • 12:50 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

...Biarlah kita sambutkan usaha kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk runding bagus-bagus supaya manfaat dapat dinikmati bersama Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Sarawak. Harap bersabar Stampin, jangan menuduh Kerajaan Negeri Sarawak sembarangan. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Yang Berhormat Tanjong Manis, saya bukan menuduh jari kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Apa yang saya sebut itu ada pandangan daripada orang ramai dari Sarawak dan juga pandangan Penasihat Undang-undang kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang mempersoalkan kesahan Akta 144 dan saya rasa apa yang disetujukan, apa yang negotiation going on, rundingan yang going on itu merupakan you versus me. Masih berdasarkan – berasaskan you versus me. So, kalau- oleh itu saya rasa saya cadangkan bahawa untuk to do justice to the past misdeeds of to Sarawak, saya cadangkan agar Sarawak diberikan sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan dalam PETRONAS serta 30 peratus daripada Ahli Lembaga Pengarah Board of Director PETRONAS terdiri daripada rakyat Sarawak.

Dengan cara ini saya yakin dia akan ada satu kepastian, certainty dalam industri oil and gas. Bukan saja itu dan juga Sarawak akan menerimakan pampasan yang lebih adil, ada sumbangan kepada kekayaan PETRONAS. Oleh itu- itu cadangan saya, saya tak tahu sama ada Yang Berhormat dari Tanjong Manis setuju tak. Kami diberi 30 peratus supaya we and PETRONAS will be in one body and kita pun nak mendoakan kekayaan.

draft • 12:50 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Saya setuju, saya setuju YB Stampin. Kita minta rundingan seterusnya berjalan supaya kita Sarawak dapat juga lebih lagi.

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

PETRONAS. Itu saya rasa*..

[Tidak jelas] we move together rather than* apa yang berlaku sekarang you versus me. I want more rights, you want more rights, I want more rights, you want more rights, I question your rights, you question my rights. Itulah I thinks antagonist style, antagonist model. Saya rasa kalau kita bergabung sama-sama dalam satu syarikat iaitu PETRONAS, kita ada pegangan saham, pegangan 30 peratus saya rasa itu adil dan itu kita akan boleh – barulah itu boleh betul-betul, benar-benar dengan jujurnya kita move forward. Isu ketiga yang saya ingin sebutkan adalah mengenai saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana kita baru melalui perayaan Tahun Baru Cina. Tahun sebelum ini, kita sering dengar harga tiket yang melambung tinggi RM1,000 lebih untuk one way dari Semenanjung balik ke Sarawak atau dari Sarawak ke Semenanjung. Tapi tahun ini, aduan sebegitu tak banyak dengar, tak ada tiket yang jual economy ticket lah, jangan kita kata business class lah, economy ticket tak ada yang melebihi yang terlalu tinggi.

Maka ada yang complain bahawa mereka beli tiket itu terlalu awal dan lebih dekat kepada perayaan Tahun Baru Cina itu, harga tiket itu turun dan itu adalah kerana langkah- langkah dan polisi yang baik, yang sesuai yang dilaksanakan oleh Menteri Pengangkutan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beliau dan saya harap juga langkah-langkah, polisi-polisi itu akan diteruskan untuk Hari Raya Aidilfitri, untuk Hari Gawai,

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

untuk Krismas yang akan datang dan seterusnya. So, oleh kerana masa sudah sampai saya mengucapkan terima kasih sekali lagi. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Stampin, tepat pada masanya. Memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan Mesyuarat akan disambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Kita sambung balik dengan perbahasan. Kalau ikut senarai, saya mempersilakan Yang Berhormat Kangar.

draft • 2:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama sekali, Kangar ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15. Harapan Kangar, Duli Yang Maha Mulia Tuanku dipermudahkan urusan dan dikurniakan syifa oleh Allah SWT. Daulat Tuanku.

Isu pertama yang akan Kangar bawa adalah berkaitan dengan pesawah. Ini isu yang panas, yang mana terlibat secara langsung dengan kegiatan penanaman padi di seluruh negara. Apa pun, sebagai orang Islam, lafaz syukur alhamdulillah perlu diungkapkan walaupun harga lantai padi naik hanya kepada RM1,500 setan. Bukannya RM1,800 setan.

Untuk makluman, pesawah juga merupakan aset negara dalam bidang pertanian, khususnya dalam penghasilan beras sebagai makanan ruji di negara ini. Namun begitu, kerajaan memandang enteng mengenai isu pesawah, terutama berkaitan harga padi yang dikatakan tidak berubah seiring dengan kenaikan harga barangan termasuk input pertanian.

Kami masyarakat petani seolah-olah sebagai hamba yang boleh dimanipulasi oleh kerajaan, kartel, pemborong dan sebagainya. Para petani terpaksa membeli benih-benih padi dan tidak boleh keluarkan sendiri walhal para petani mempunyai tanah sendiri. Kami terpaksa

draft • 2:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

membeli benih yang ditetapkan, walhal benih padi terlalu mahal, racun dan baja serta upah yang meningkat. Tetapi, harga padi masih rendah.

Jadi, kami ini seolah-olah macam hamba yang menyediakan food security, dengan izin kepada negara. Kami tidak ingin lagi menjadi hamba kepada kartel-kartel dan sebagainya.

[Tepuk] Untuk pengetahuan kerajaan dan kartel-kartel, kami juga mampu menghasilkan benih-benih padi tersendiri jika kerajaan terus meremehkan pesawah- pesawah.

Dalam isu yang berkaitan juga, kita tidak boleh membandingkan kenapa hasil padi di Kedah lebih rendah berbanding dengan Selangor. Banyak faktor yang menentukan jumlah hasil di sesuatu kawasan. Antaranya, faktor fizikal dan juga faktor manusia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri ada menyebut kementerian sentiasa melakukan reformasi pertanian. Namun pada pandangan saya, kementerian perlu bertindak lebih pada dengan mengusahakan revolusi pertanian secara besar-besaran.

Sebenarnya pokok padi boleh hidup subur di pelbagai jenis tanah di Malaysia. Ada dua ‘S’ yang mencuba melakukan perubahan dalam sektor penanaman padi. Pertama adalah Tan Sri Sanusi Junid iaitu tanam pokok padi atas bumbung rumah dan seorang lagi S, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Ini tanam di kediaman Menteri Besar. Tetapi ada lagi satu, tanam dalam pasu oleh Encik Eddrus Iskandar di Perak.

Usaha-usaha ini sebenarnya perlu digarap bersama seluruh rakyat Malaysia demi menyediakan keterjaminan makanan. Kita boleh ketawa di saat bekalan beras masih banyak walaupun terpaksa mengimport. Nanti kita akan menangis kelaparan bila negara sudah kekurangan beras. Apa pandangan kementerian dalam hal ini?

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua Kangar ingin membahaskan mengenai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu mengenai isu penipuan pakej umrah di Malaysia.

Banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah dengan harga yang berbeza.

Namun, isu penipuan pakej umrah sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita pada hari ini. Pada 16 Januari 2025, lapan individu termasuk sepasang suami isteri pemilik agensi pelancongan direman selama tiga hari berkaitan kes penipuan umrah melibatkan kerugian sebanyak RM2.1 juta dan menjejaskan 379 mangsa.

Jadi soalan Kangar kepada kementerian, apakah tindakan kementerian dalam menangani isu jemaah umrah yang ditipu oleh sebahagian ejen-ejen umrah? Ramai lagi yang menjadi mangsa. Banyak sangat isu akhir-akhir ini atau adakah pihak di Arab Saudi yang mengeksploitasi hotel-hotel dan seumpamanya menyebabkan jemaah umrah teraniaya?

Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya untuk Kementerian Belia dan Sukan. Yang Berhormat Menteri ada di sini. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk membantu Persatuan Perahu Layar Negeri Perlis terutamanya dalam menambah peralatan kerana sukan ini

draft • 2:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

sedang berkembang pesat di negeri Perlis. Baru-baru ini, persatuan ini telah membuat satu ekspedisi pelayaran dari Kuala Perlis ke Langkawi melalui perahu layar kategori optimis dan laser. Ia turut melibatkan murid seusia sembilan tahun lagi. Persatuan memerlukan tambahan perahu untuk tujuan latihan dan pertandingan. Jadi, mohon KBS membantu Persatuan Perahu Layar Perlis.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang menarik berkaitan dengan isu pendidikan. Kangar ingin bertanya kepada kementerian, apakah hala tuju pendidikan yang sesuai dengan masa kini? Adakah kurikulum pendidikan sekarang mampu mencungkil atau menggilap bakat murid dalam pelbagai bidang? Ia bagi mengenal pasti kebolehan murid demi masa depan mereka.

Pada zaman kini, mencari pekerjaan yang sesuai amatlah sukar.

draft • 2:43 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Murid terpaksa bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Sistem pendidikan yang dilaksanakan sekarang lebih banyak bersifat teori dan penulisan dan kurang bersifat praktikal. Dalam suasana sekarang, terdapat murid-murid yang tidak berminat untuk menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi memandangkan faktor kos pendidikan yang amat tinggi. Muda-muda lagi hutang PTPTN berpuluh ribu ringgit. Namun, dalam masa yang sama kurangnya peluang pekerjaan apabila tamatnya pengajian. Dengan hala tuju yang sesuai pada masa kini ia mampu membantu murid dan murid perlu dibekalkan dengan ilmu secukupnya untuk masa depan mereka.

Seterusnya, Kangar berpendapat sukatan mata pelajaran Sejarah perlu dirombak semula supaya sejarah negara kita perlu difahami oleh murid. Sebagai contoh, wilayah Satun ataupun Setul yang satu ketika merupakan wilayah Kedah. Pada 17 Mei 1897, Setul, Kedah dan Perlis digabungkan di bawah nama Monthon Saiburi bermaksud wilayah kecil pentadbiran yang dilindungi awan. Apabila perjanjian British dengan Siam dimeterai pada 1909, British telah menyerahkan Setul kepada Siam.

Dalam buku Sejarah kini, tidak diceritakan secara jelas bahawa Satun itu adalah sebahagian dari Kedah. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand, jangan seronok sangat sebab tempat yang mereka lawati sebenarnya adalah tanah nenek moyang mereka suatu ketika dahulu yang kini sudah menjadi milik Thailand. Dikatakan lebih lima juta pelancong Malaysia melawat Thailand pada 2024.

Isu seterusnya, Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Cabang. Setakat manakah usaha-usaha yang telah dirancang untuk merekrut pemain-pemain baru dalam sukan ini?

Apakah rancangan KPM dalam membawa guru-guru dan jurulatih berkaliber ke SSM Perlis?

Selain daripada itu, Kangar ingin menyentuh isu kokurikulum. Kangar amat bersetuju dengan pandangan Indera Mahkota, pandangan Kuala Kedah supaya ratio kurikulum dan

draft • 2:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

kokurikulum adalah 70:30 untuk ke IPT. 70 peratus untuk kurikulum dan 30 peratus untuk kokurikulum. Ini untuk memberi peluang kepada murid-murid berdasarkan falsafah pendidikan negara untuk mengembang potensi murid. Potensi murid ini secara umumnya terdapat tiga. Sekejap, hilang pula dah. Macam mana boleh hilang ini?

Okey, lagi satu berkaitannya dengan SOP untuk sekolah. Saya dengar ada satu cerita bahawa seorang pemain bola sepak SSTMI telah mati lemas ketika melakukan rehab pada bulan November 2024. Jadi, saya nak tahu setakat manakah siasatan telah dibuat berkaitan dengan kes ini. Ketiga, apakah tindakan kementerian dalam menyantuni keluarga pelajar ini?

Kepada negara, kita sebenarnya kehilangan seorang pemain yang berbakat. Apa pun Kangar ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Mungkin sudah menjadi ketentuan Ilahi atas kematian mangsa. Semoga kejadian ini menjadi penanda aras untuk kita memperbaiki SOP, terutamanya yang melibatkan aktiviti-aktiviti berisiko di kalangan murid- murid. Sekian, Kangar menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia, orang-orang muda dan petani-petani. Marilah kita sama-sama memanjat syukur ke hadrat Allah SWT. Kita dapat bersama-sama pada kali ini saya mohon supaya kita semua berdoa kepada Allah SWT supaya Baginda Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sembuh dari kegeringan.

Saya bangun untuk membahas ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di samping itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada mangsa-mangsa musibah banjir terutamanya di seluruh Semenanjung dan juga terutamanya di Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Saya juga berdoa semoga rakyat Palestin kembali tenang, lega setelah gencatan senjata dan kita minta supaya kerajaan mengeluarkan kenyataan tegas mengutuk tindakan Presiden Trump untuk mengambil alih Gaza dan menghalang rakyat Palestin pulang ke tanah air dan yang berada di sana supaya mereka keluar pindah ke tempat lain. Kita juga mengutuk tindakan Benjamin Netanyahu yang tidak menghormati Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua ialah berhubung dengan Perlis. Orang sering kali menyebut perkataan mundur. Perkataan mundur ini, dalam Malaysia ini ada negeri mundur. Machang pun mundur. Jadi, apa nak jadi rakyat Malaysia? Mundur itu dikeluarkan dengan kenyataan untuk mempersendakan. Kita tahu bahawa beberapa kawasan di negara Malaysia ini mundur di antaranya ialah kerana nilai tanah. Ibu negara Malaysia berada di Kuala Lumpur. Sekarang Putrajaya. Sudah pasti nilai tanah negeri-negeri yang berdekatan

draft • 2:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

melambung. Kami yang berada di jauh sana, sudah pasti nilai tanah kita rendah. Bila kita nilai tanah kita rendah, pembangunan pun rendah. Jadi, segala-galanya jadi rendah.

Tugas Kerajaan Pusat nak pastikan yang mundur jadi maju. Bukan mengeluarkan kata-kata senda. Saya nak beritahu pada Yang Berhormat iaitu saya nak tanya minyak negara ini, PETRONAS, dalam undang-undang tanah menyebut bahawa semua sekali harta di atas tiga batu nautika ialah Kerajaan Pusat. Di bawah tiga batu nautika kerajaan negeri. Telaga minyak kita berada kebanyakannya 100 batu nautika. Saya ambil Terengganu, 100 batu nautika. Demikian juga di Sabah dan Sarawak. Sebahagiannya ialah di 100 batu nautika di bawah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab ke atas keselamatan, pendidikan dan sebagainya tetapi juga untuk mengagihkan kekayaan.

Negeri yang — kami Perlis berhak untuk menuntut sebagai rakyat Malaysia berada dalam kawasan Federal. Terima kasih. Inilah banyak kali dibawa tapi tak pernah dijawab.

Setiap kali benda kecil-kecil ini Menteri tak jawab. Tak ambil tahu pun. Tak kisah. Jadi, kali ini saya minta Menteri kisahkan. Jawab secara terbuka. Masa Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri, dia dah jawab perkara ini dan telah dibincang di Parlimen.

Keduanya harga barang mahal. Sekarang yang terkini yang mahal ialah santan pun naik harga. Negeri Sembilan RM18. Beberapa kawasan di tempat lain RM20. Kelapa daripada RM1.80 telah naik RM2.80. Tepung gandung dahulu RM1.35, sekarang RM3. Ayam empat kali naik sejak Januari 2025. Tolong selesaikanlah. Jadi, hat lain-lain semua naik.

Kerajaan ini kalau dapat selesai satu masalah pun kira terbaiklah. Tapi nampaknya, BERSIH telah memberi rating D. Kalau saya, saya bagi E lah.

Beras tempatan, Yang Berhormat. Harga lantai RM1,500 yang telah diumumkan baru-baru ini. Saya kesian, petani Kedah dengan Perlis, tak ambil, padi tak ada. Tidak ada pergerakan hari Jumaat, hari Sabtu. Saya round. Tidak ada pergerakan. Tidak ada mesin ambil padi. Padi sudah merah menyala, tak ambil. Sebab apa tak ambil? Nak tunggu hari Ahad, kelmarinlah. Mula-mula Menteri Pertanian beritahu dekat saya nak kuat kuasa hari Khamis, masa dia umum. Tapi PMX kata hari Ahad. Semua tidak ambil padi. Kelmarin riuh- rendah orang ambil padi, hari ini pun orang ambil padi sebab nak ambil harga lantai RM1,500.

Yang Berhormat, saya nak sebut sikitlah. Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, sewa padi sekarang ini RM1,000 ataupun RM1,200.

draft • 2:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nak tanam padi – ini kebanyakan dibuat oleh geng Bangla dan Rohingya, RM600 serelung. Mesin padi – RM180, potong rumput – RM75, traktor – RM290, baja – RM100, racun – RM60. Kemudian, pembelian racun – RM98. Jumlah kos kita ialah RM2,403.

Kalau sekiranya satu tan padi − kita dapat satu tan ya. Satu tan kita akan dapat RM2,000. Tapi kalau 1.5 tan satu relung, kita akan dapat RM3,000 iaitu RM500 subsidi ya.

Jadi, pendapatan satu musim petani ialah RM597 satu relung untuk 1.5 tan. Bererti satu bulan

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

berapa ringgit? RM99, sebulan. Tapi kalau sekiranya dia bagi harga lantai RM1,800, maka dia petani akan dapat pendapatan bulanan ialah RM297.

Bahasa mudah untuk saya cakap dengan tuan-tuan, “Hangpa tak kesian kat orang ka?” Petani terpaksa hidup dalam dunia kemiskinan. Saya dulu kerja petani. Sekarang ini pun melihat petani-petani melihat bahawa kemiskinan bertambah-tambah sebab dulu tanah ada 10 relung. Sekarang makin kecil, lima relung. Selepas itu, generasi ketiga tinggai tiga relung.

Dan selepas ini mungkin tidak berelung lagi. Itu sebab timbul masalah sebab tanah yang untuk tiap-tiap petani tanam itu sudah makin mengecil ya.

Jadi, saya cadangkan naiklah RM1,800. Tak salah Yang Berhormat. Kalau tak mahu naik RM1,800 pun, naik RM1,800 ataupun kurang sikit, RM1,700. Tapi jangan kurang sehingga pendapatan mereka bawah RM100 sebulan. Tak manis ya.

KWSP, dari segi logiknya − orang yang dalam pasaran faham bahawa kenapa jual masa harga RM6. Kenapa jual? Sebab kalau jual kita tahu KWSP ini dia bagi hak pegangan saham-saham utama – Tenaga Nasional, Telekom, saham utama dia pegang. Kenapa dia pi jual harga RM6 sehingga pegangannya turun sampai 5.9 peratus begitu. Pegangan dia turun, dia jual RM6. Kenapa dia jual? Lepas itu, bila heboh-heboh, dia beli balik harga RM11. Kalau orang kata tak rugi seperti beberapa orang cakap tak rugi, jadi sila kaji balik holding cost untuk kita tunggu. Kalau beli RM11, takkan nak juai RM10? Kena juai RM12. Bila nak naik RM12, bila nak naik RM13, orang tak faham bahawa penungguan itu ialah kos. Itu kerugianlah.

Kemudian, saya dengar cerita kerajaan – ini dengar cerita. Saya tanya apakah benar kerajaan akan menamatkan kontrak 3,000 orang kakitangan SPM. Ini tengah susah ini, Yang Berhormat. Tolonglah. Jangan buat kerja ini ya. Buat kerja lain yang lebih berfaedah. Cuma yang kita lihat PMX tadi mengumumkan tentang kerjasama PETRONAS dengan PETROS tapi tak sebut ada orang menyatakan bahawa kemungkinan 16,000 orang pekerja akan dihentikan. Kita nak ambil tahu, pada pandangan saya, PETRONAS ini kalau hat peringkat atas sampai ke bawah tu, kita lihat gajinya agak berbeza. Chairman PETRONAS ada private jet. Cuba kurangkan peringkat ini supaya PETRONAS nampak boleh bertahan dan jangan buat apa-apa dalam keadaan kita tengah susah ini.

Kemudian, kepada TNB. Lagi sekali saya nak sebut di sini. Kalau sekiranya kerajaan kata ini hanya kilang-kilang naik, ini adalah satu perkataan yang tidak wajar. Bila kilang naik elektrik, dia akan naikkan harga barang. Harga barang akan naik. Kemudian, perpaduan.

Perpaduan – kerajaan ini kerajaan perpaduan.

Tak berhenti kita sebut Kerajaan Perpaduan dan kalau kami mahu kerjasama, kita sign agreement kita akan dapat hak sebagai Ahli Parlimen – RM3.8 juta plus plus ya. Banyak ya. Tapi saya nak beritahu Yang Berhormat. Kalau betul-betul depa ikhlas, kenapa Syed Saddiq – Syed Saddiq dah sign 400 hari, lima kali perjumpaan. Apa pun tak dapat. Apakah ini perpaduan? Ini baru seorang. Kami ramai-ramai sudah pasti mereka tak pandang ya.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Raub berkata bahawa mencadangkan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam. Saya nak beritahu dia melanggar Perlembagaan. Perlembagaan 3(1) ialah agama Islam sebagai Agama Persekutuan. 11(4) selain daripada agama Islam boleh diamalkan tetapi tidak boleh menyebarkan agama selain Islam di Persekutuan. Jadi, penubuhan kementerian ini melanggar 11(4). Kemudian, inti pati — boleh saya sambung dalam seminit setengah ya Yang Berhormat?

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, teruskan.

Boleh.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Alhamdulillah. Ini Speaker yang terbaiklah buat masa ini ya. Okey, Yang Berhormat. Tentang KWSP ya, KWSP. Tabung— Akaun 1, Akaun 3. Akaun 3 dah habih. Semua kebanyakan KWSP – dengar sini orang KWSP sebab tadi dah kita riuh rendah mempunyai tabungan yang besar, Akaun 1. Sekarang ini Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan sebab umur terlampau muda. Saya mencadangkan supaya Akaun 1 ini digerakkan ke Akaun 3 ataupun dibenarkan supaya bawah RM100,000 dibenarkan RM50,000. Atas RM100,000 pun kita pegang RM50,000. Habis. Tentang KWSP saya ingat tak payah cakap banyak. Kita pakat bagi sebab bukan dia minta duit kerajaan. Duit sendiri, ya.

Kemudian Yang Berhormat, Nabi SAW bersabda bahawa, “Setiap kamu merupakan pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah kepimpinannya.” Jadi, PMX bertanggungjawab pada kami semua. “Tidak seorang pun pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin lantas tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka dan tidak jujur kepada mereka melainkan tidak akan masuk syurga bersama mereka.” Jadi Yang Berhormat, akhir sekali saya nak beritahu bahawa saya sekiranya kerajaan perpaduan ini bagus, kita tidak ada masalah untuk memberi puji-pujian. Ini pantun saya, puji.

Kalau nak puji MADANI, boleh tak Yang Berhormat?

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

Tengah hari panas berbinar, Pergi mandi sambil berkumur, Perpaduan akan terus menyinar, MADANI akan terus subur. Tapi kalau zalim pada orang, tak bagi peruntukan, barang tak naik harga, cakap bersakau-sakau, ha ini pantunnya.

Bila perang jangan bertahan, Nanti diserang tiba-tiba, Perpaduan jadi perpecahan, MADANI kembali jadi rimba.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, terima kasih.

[Tepuk] Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Baram.

draft • 2:50 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang untuk turut serta untuk membahas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan mengatakan bahawa kita amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kerana telah bersetuju mencari jalan penyelesaian yang kukuh supaya perjanjian antara PETRONAS dan PETROS ini akan menjadi kenyataan dan untuk kebaikan semua pihak termasuk juga kita di Sarawak dan juga di Malaysia.

[Tepuk]

draft • 2:57 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Setuju.

draft • 2:57 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri bahawa dengan perjanjian yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat PMX pagi tadi, kita harap apa yang terkandung ataupun apa yang disebutkan tadi ini akan menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat supaya kata-kata mendiang Tun Jugah pada satu masa dahulu tidak akan berulang.

Sebab dalam ucapan ataupun kata-kata Tun Jugah dulu dia kata, “Jangan Malaysia ini macam tebu. Manis dipun tapi tawar di penghujung.” Kita harap kita percaya dengan kebijaksanaan, dengan kewibawaan yang ada dengan kedua-dua pemimpin ini dan juga dengan Kerajaan Perpaduan. Ini akan menjadi kenyataan untuk kebaikan dan untuk kesejahteraan dan untuk kemadanian kita di negara kita ini.

Kedua yang saya nak sebut ialah berkenaan dengan delivery system. Saya sebenarnya pada ketika ini walaupun dalam masa terdekat tempoh saya sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia akan tamat tetapi saya ingin mengatakan di sini bahawa delivery system yakni berkenaan dengan pembinaan satu kompleks untuk Lembaga Lada Malaysia di Kuching.

Setakat ini, belum lagi menjadi kenyataan. Saya nak bertanya dengan pihak kementerian. Kenapa ini terjadi? Sebab saya difahamkan bahawa setakat ini pada satu masa dahulu, lebih 80 peratus dari peruntukan sejumlah RM39 juta telah pun dibelanjakan oleh Lembaga Lada di Kuching.

draft • 2:57 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Namun, pada hari ini, walaupun projek ini sepatutnya siap dalam tahun 2020 tetapi sekarang ini pun sudah 2025, kita masih lagi belum dapat menggunakan bangunan ini.

draft • 3:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Saya mahu tanya, saya mohon penjelasan dari pihak atasan supaya menerangkan keadaan yang sebenar yang berlaku ini supaya projek ini ― sebab di Sarawak, kita tahu 89 peratus daripada pekebun-pekebun lada ini adalah dari Sarawak. Saya mohon supaya ― what is the way forward, dengan izin Yang di-Pertua, untuk bangunan ini? Supaya dapat digunakan dengan segera untuk kepentingan pekebun-pekebun kecil lada di negara kita ini.

Ketiga yang saya rasa yang memang sudah sering diperkatakan ialah berkenaan dengan climate change ataupun perubahan iklim ini. Kita tahu dalam kebelakangan tahun ini, beberapa tahun yang lepas, kita sering mendengar bahawa akibat perubahan iklim, maka banjir ini berlaku. Baru-baru ini, semasa kita sibuk dengan perayaan Tahun Baru Cina, kita di Sarawak khususnya di Miri dan di Bintulu mengalami banjir yang kita boleh kata yang belum pernah berlaku tetapi berlaku. Ini keadaan yang kita ada hari ini.

So, kita ke depan. Kita pun dah tahu bahawa ramalan yang kita tahu, yang kita dengar memang the world is warming, orang kata, dengan izin Yang di-Pertua. So, kita tahu. Kita nak tahu, apakah perancangan, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil ataupun yang akan diambil oleh pihak kementerian supaya kesan buruk daripada banjir ini bukan dapat kita selesaikan 100 peratus tetapi kita boleh mengurangkan kesan buruk ini?

Saya cadangkan supaya pihak-pihak yang berkenaan menggunakan kuasa political will yang ada ini supaya kalau salah satu punca daripada akibatnya hujan ataupun banjir ini adalah oleh sebab parit kita tersumbat ataupun planning kita yang tidak teratur, maka di sinilah, di pihak kerajaanlah di mana patut diambil tindakan ini. Ini di bandar.

Di luar bandar, Yang di-Pertua, kawasan saya khususnya, apabila hujan ini, dia bukan sahaja mendatangkan banjir, dia bukan sahaja menyusahkan kita tetapi hujan yang berterusan ini, oleh sebab perubahan iklim ini, mendatangkan kesan yang buruk kepada kita sebab bekas jalan balak kita yang tidak diselenggara pada hari ini ataupun mungkin sekian lama dah menjadi lebih teruk lagi. Culvert terputus, tanah runtuh, jambatan runtuh dan perhubungan antara desa dan bandar menjadi masalah bukan sahaja untuk rakyat di pedalaman bahkan untuk kita sebagai wakil rakyat dan termasuk juga kakitangan-kakitangan kerajaan ini.

Saya mohon supaya pihak yang berkuasa melalui Kerajaan Perpaduan ini menggunakan kebijaksanaan kita supaya bekas-bekas jalan balak ini juga dimasukkan dalam senarai MARRIS supaya dia akan diselenggarakan setiap kali apabila kita ada tanah runtuh ataupun apabila kita ada jambatan terputus ini. Saya dah berkali-kali menyebutkan perkara ini dan saya percaya dengan berulang-ulang kali sebut dia, Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini yang mahu memadanikan kita ini akan mengambil berat berkenaan dengan jalan-jalan yang terputus supaya dia dapat hubungan ini dan sekurang-kurangnya untuk make connectivity sepanjang masa ini.

draft • 3:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Memang kita harap juga dalam Rancangan Malaysia yang bakal kita bentang, perkara-perkara yang sebegini dapat dititikberatkan dan dilaksanakan sepenuhnya supaya, setelah berpuluh-puluh tahun kita dah merdeka, soal tahap pembangunan antara desa dan bandar ini akan menjadi event of the past. Ini harapan kita dan inilah saya percaya tanggungjawab kita semua.

Jadi, dengan itu, Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Baram. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Rompin.

draft • 3:00 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Menjunjung kasih atas Titah Diraja yang telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-15. Titah Baginda memberikan pedoman penting kepada kita semua khususnya dalam soal pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, beberapa isu terkini yang saya kira penting dan perlu diambil peduli oleh pihak kerajaan. Antaranya, isu kenaikan tarif elektrik. Menyentuh isu kenaikan tarif elektrik yang akan berlaku mulai Julai 2025, dulu sebelum menjadi kerajaan berkempen sana sini dan berjanji bahawa tarif elektrik tidak akan naik, namun kini kita melihat situasi yang berbeza. Rakyat semakin keliru dengan janji yang ditepati.

Bermula Julai 2025, diumumkan tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 14.2 peratus kepada 45.62 sen setiap kWh. Tarif asas ini merujuk kepada purata yang ditanggung oleh semua pengguna tetapi tarif sebenar akan berbeza mengikut jenis pengguna dan corak penggunaan mereka. Bil akhir juga akan dipengaruhi oleh surcaj atau rebat yang di bawah skim imbalance cost pass-through (ICPT) yang disemak setiap enam bulan.

Kerajaan sebelum ini menjanjikan bahawa tidak akan ada kenaikan untuk 85 peratus pengguna domestik bagi separuh masa pertama tahun ini kerana kerajaan menyerap kos melalui mekanisme seperti dana industri elektrik. Soalannya, benarkah kenaikan tarif elektrik ini tidak akan membebankan 85 peratus pengguna domestik yang kebanyakannya golongan B40 dan M40? Adakah ini hanya untuk industri dan golongan maha kaya seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Ini kerana Perdana Menteri memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan tidak akan membebankan komuniti perniagaan IKS dan 85 peratus isi rumah akan terus mendapat subsidi.

draft • 3:06 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Namun, majoriti rakyat masih bimbang tentang kesan kenaikan ini terhadap kos perniagaan dan inflasi yang tinggi. Kenaikan kadar elektrik untuk industri akan dilaksanakan mengikut kaedah ICPT mulai Julai 2025 ini menimbulkan kebimbangan adakah kenaikan ini perlu dilakukan untuk membiayai sektor lain seperti kesihatan dan pendidikan.

Seterusnya, isu yang kedua. Penggunaan tenaga alternatif seperti solar dan nuklear.

Satu isu kritikal bagi masa depan negara kita ialah penggunaan tenaga alternatif. Kita semua sedar bahawa sumber tenaga asli kita tidak mampu bertahan lama. Sumber petroleum kita juga suatu hari nanti akan pupus dan suka atau tidak, kita perlu beralih arah.

draft • 3:06 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Kerajaan sedar akan hakikat ini dan kita komited untuk meneroka sumber tenaga alternatif yang mampan dan mesra alam. Persoalannya, sejauh manakah kerajaan yakin sumber tenaga elektrik kita mampu bertahan? Dan setakat manakah kerajaan bercadang beralih ke tenaga alternatif seperti solar dan nuklear, mengambil kira sumber matahari yang banyak serta sungai-sungai yang ada termasuk teknologi yang ada?

Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam tenaga solar. Kedudukan strategik kita di garisan khatulistiwa memberikan purata penerimaan sinaran suria yang tinggi iaitu 1,571 kWh per meter padu setahun. Ini menjadikan Malaysia lokasi yang amat sesuai untuk penghasilan tenaga melalui solar tenaga. Sehingga Mei lalu, tenaga solar menyumbang sebanyak 3.65 GW daripada jumlah kapasiti tenaga boleh diperbaharui negara.

Kerajaan juga telah melancarkan pelbagai skim dan program untuk menyokong peralihan ini seperti Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 dan Program Solar Berskala Besar (LSS), Skim Insentif Solar untuk Rakyat (SolaRIS) menawarkan insentif kewangan sehingga RM4,000 bagi pemasangan sistem fotovolta solar di kediaman.

Selain daripada tenaga solar, Malaysia juga mempunyai potensi dalam tenaga hidro.

Namun, kita juga perlu kreatif dan meneroka sumber-sumber alternatif lain yang sesuai untuk Malaysia. Kita boleh mengambil contoh negara maju seperti Jepun yang sudah lama meneroka sumber tenaga nuklear. Walaupun Yang Amat Berhormat Tambun berkata, Malaysia belum ada keperluan mendesak untuk menerima guna tenaga nuklear. Kita tidak boleh menolak kemungkinan ini pada masa hadapan.

Malaysia menyasar untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui daripada sekurang-kurangnya 70 peratus daripada campuran tenaga menjelang 2050. Kerajaan juga menyasarkan 31 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang tenaga lestari menjelang 2025.

Naik daripada 23 peratus pada masa ini. Sebagai negara yang berhasrat menjadikan ekonomi berpendapatan tinggi, Malaysia perlu bergerak ke arah sistem yang lebih cekap dan mampan.

Ini memerlukan anjakan paradigma ke arah sumber tenaga alternatif.

Contoh sumber-sumber alternatif yang sesuai untuk Malaysia, tenaga solar. Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam tenaga solar. Tenaga hidro, Malaysia mempunyai

draft • 3:10 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

banyak sungai yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga hidro. Tenaga biojisim dan biogas, Malaysia mempunyai potensi yang kurang dibangunkan dalam biojisim dan biogas.

Dato' Yang di-Pertua, saya kalau nak bercakap ini banyak lagi. Banyak lagi muka surat ini tapi oleh kerana saya rasa kepentingan untuk kawasan saya, saya juga ingin bercakap mengenai kawasan saya. Pertama Dato' Yang di-Pertua, saya memohon supaya peruntukan diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran bagi penstabilan tebing Sungai Endau sepanjang lima kilometer dan saya dimaklumkan bahawa permohonan ini telah dimasukkan dalam RMKe-13 berjumlah RM60 juta.

Dato' Yang di-Pertua, baru-baru ini fenomena air pasang besar berlaku di kawasan Rompin iaitu di Kampung Jawa Barat. Seramai 43 keluarga melibatkan 188 orang terlibat dan ditempatkan di PPS. Soalan saya, apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa fenomena air pasang besar ini? Kerana mereka bukan diiktiraf seperti yang dinikmati oleh mangsa banjir. Jadi, saya mohon supaya mangsa banjir fenomena air pasang besar ini juga menikmati bantuan seperti mana yang dinikmati oleh mangsa-mangsa banjir.

Ketiga Dato' Yang di-Pertua, berkenaan – ini saya dah minta pada sesi yang lepas, permohonan daripada penduduk kawasan saya, Kampung Asli Jubau. Dato' Yang di-Pertua, baru-baru ini, semasa hujan melanda, mereka hantar anak mereka ke sekolah. Sampai di sekolah, beg mereka berat.

Bukan berat dengan buku Dato' Yang di-Pertua, tapi berat dengan selut-selut dan sebahagian daripadanya kadang-kadang tak hantar anak ke sekolah Dato' Yang di-Pertua, tak hantar. Kerana apa? Tak boleh nak tolak motor pun tak lepas dan baru-baru ini, saya memang ucap terima kasihlah kepada penduduk Kampung Jubau, terutama kepada Awang yang telah ada inisiatif sendiri. Dia kumpul duit daripada rumah ke rumah ini, buat sewa backpusher, tolak jalan. Dato' Yang di-Pertua, tiga hari lepas itu, habis balik.

Jadi saya rasa, saya dah minta kali ketiga ini kepada Kementerian Desa dan Wilayah.

Tolonglah, mereka bukan nak jalan seperti mana Lebuh Raya PLUS. Mereka bukan nak jalan seperti LPT atau jalan-jalan bertingkat di Kuala Lumpur. Cukuplah memadai jalan yang mereka boleh lalui di masa kecemasan dan menghantar barang-barang pertanian mereka.

Jadi, saya mohon kepada kementerian supaya berilah perhatian, terutama kepada penduduk- penduduk kampung ini. Saya rasa kampung Dato' Yang di-Pertua pun mungkin terlibat juga dengan kawasan Asli. Saya tahu memang lagi teruk daripada Rompin. Saya haraplah.

Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, saya- baru ini berlaku suatu kejadian di kawasan saya dan saya ingin menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang yang telah mencemar duli, menziarahi mangsa pembunuhan yang merupakan pacal Tuanku yang merupakan penduduk di kawasan patik. Jadi, patik merakamkan junjung kasih di atas kesudian Tuanku mencemar duli, menziarahi mangsa. Patik selaku rakyat negeri Pahang, sentiasa akan menyokong, taat setia patik kepada Tuanku Sultan Pahang, terutama sekali

draft • 3:10 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

berkenaan dengan Titah-titah daripada Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang.

[Tepuk] Sekian, assalamualaikum warahmatullah.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekian, terima kasih. Yang Berhormat, bab addendum itu jangan diungkit kerana Speaker telah nyata dan buat keputusan. Buka 36(2), buka 36(7), (8). Jangan diulang ya.

draft • 3:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Dato’ Speaker, saya tak sebut pasal addendum. Saya sebut pasal Titah-titah Tuanku yang lain. Tidak berkenaan dengan addendum.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagus.

draft • 3:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Okey.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau dah dijelaskan begitu, bagus. Hanya saya ingin mengingatkan.

draft • 3:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya duduk sini...

draft • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terbaik Rompin.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...pasal addendum, jangan dibangunkan. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan usul Titah Diraja pada petang ini. Bersempena dengan hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan, sesi baharu tahun 2025. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan pelajar kita, baik di sekolah menengah ataupun rendah dan semoga terus mencapai kejayaan dalam bidang akademik di bawah pimpinan guru-guru kita.

Saya mulakan perbahasan saya dengan kementerian pertama, Kementerian Pendidikan. Ada empat perkara yang saya nak sebutkan pada petang ini. Pertama, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak KPM kerana telah berjaya mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan seawal bulan Januari sebelum sesi 2024/2025 berakhir pada 17 Januari yang lepas.

Satu langkah yang baik dan saya harap pendekatan yang sama boleh diguna pakai pada hujung tahun ini, bulan Disember sebab sesi baharu 2026 nanti akan bermula pada 11 dan 12 Januari, membolehkan ibu bapa membuat persiapan yang lebih awal dan teruskan dengan pendekatan yang bagus ini iaitu boleh bank-in ke dalam mana-mana bank tempatan sebagai mana yang mula dilaksanakan pada kali ini.

Perkara kedua di bawah Kementerian Pendidikan yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan arahan ataupun perintah daripada kementerian yang mengatakan bahawa minggu pertama sesi persekolahan baharu tiada aktiviti akademik. Saya rasa dan saya mohon

draft • 3:18 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kepada kementerian supaya mempertimbangkan ataupun menyemak semula arahan ini.

Sebab bagi saya, kalau di sekolah rendah, Tahun 1 itu kita faham. Budak tujuh tahun, baru masuk, ibu bapa datang ke sekolah, berurusan dengan sekolah, minggu pertama itu tak sesuai. Macam mana dengan Tahun 2, Tahun 3, terutamanya Tahun 4, 5, 6?

draft • 3:18 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Anak-anak sudah biasa dengan keadaan di sekolah itu dan memang wajar kelas akademik dimulakan pada minggu pertama lagi. Sama juga dengan keadaannya di sekolah menengah kecuali Tingkatan 1, pelajar baru masuk. Baru naik dari sekolah rendah ke menengah tetapi macam mana dengan pelajar lain, Tingkatan 3, 4, 5 dan sebagainya?

Jangan kita bazirkan minggu pertama. Jadi saya mohon pihak kementerian supaya boleh menyemak semula keputusan ini dan berikan arahan segera kepada sekolah-sekolah supaya anak-anak kita tidak ketinggalan dari segi akademiknya.

Perkara ketiga di bawah Kementerian Pendidikan adalah berkaitan dengan status sekolah. Saya hendak sebut secara spesifik di sini ada tiga buah sekolah, SJK(C) Bandar Baru Sendayan, SJK(C) Forest Height, SJK(C) Springhill di bawah Daerah Seremban yang jumlah muridnya telah melebihi 150 orang, bukan tahun ini tetapi tahun-tahun sebelum ini.

Saya berikan contoh, Bandar Baru Sendayan itu. Jumlah muridnya sudah melebihi 400 orang sejak tahun lepas lagi tetapi status ketiga-tiga buah sekolah ini masih sekolah kurang murid (SKM). Kenapa? Sepatutnya sudah ada lonjakan naik taraf status sekolah jenis B. Jadi kenapa ada kelewatan? Bila berlaku kelewatan sebegini, isu ini adalah lantikan tiga GPK. Guru Penolong Kanan adalah lantikan dalaman sekolah yang menyebabkan kekurangan tenaga kerja dalam sekolah. Sekiranya ia berstatus A atau B, lantikan adalah lantikan rasmi hakiki daripada jabatan. Jadi, membolehkan pihak sekolah mempunyai bilangan guru, tenaga pengajar dan pentadbir yang cukup.

Jadi saya mohon supaya pihak kementerian dan JPN Negeri Sembilan ambil tindakan segera terhadap perkara ini. Lebih-lebih lagi saya difahamkan sudah ada tiga buah SJK(C) lain yang jumlah muridnya jatuh di bawah 150 orang yang tidak ada nampak tanda- tanda dia akan naik balik. Jadi maknanya tiga itu patut turun ke SKM, yang tiga ini naik ke status B, baru adil.

Perkara keempat di bawah KPM yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan kelas PPKI untuk murid-murid kelainan upaya. Di daerah Seremban, rata-rata kelas PPKI mempunyai purata satu kelas 10 orang, jauh lebih tinggi daripada purata yang dikhususkan, yang dinyatakan di bawah piawaian KPM iaitu 6.5 atau tujuh orang. Jadi, saya harap kerajaan mengambil inisiatif di kawasan bandar, terutamanya bandar yang mempunyai kepadatan yang tinggi supaya tambah lagi kelas-kelas PPKI.

Saya hendak sebut secara spesifik SJK(C) Kampung Baru Mambau, guru besar dah mohon tetapi baru-baru ini dapat berita bahawa telah ditolak permohonan untuk buka kelas

draft • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

PPKI padahal dana sudah ada pihak yang setuju untuk bantu dan ada kelas kosong sebab kelas sekolah tersebut menghadapi masalah kekurangan murid. Ada kelas biasa yang sebelum ini yang kosong yang boleh ditukar untuk dijadikan kelas PPKI. Saya hendak tanya pandangan, jawapan daripada kerajaan kenapa berlaku perkara ini.

Seterusnya di bawah Kementerian Kewangan, subsidi bersasar, memang kita rasa perlu, kita setuju supaya fiskal kewangan negara dalam keadaan yang baik dan saya hendak tanya beberapa soalan yang ringkas. Iaitu yang pertama, setakat yang dilaksanakan, subsidi bersasar untuk diesel sejak 12 Jun tahun lepas, berapakah penjimatan subsidi yang telah berlaku hampir enam bulan sehingga Disember tahun lepas. Daripada jumlah tersebut apakah kegunaannya? Saya percaya antaranya untuk SARA sebab kerajaan akan menaikkan SARA daripada RM100 ke RM200 mulai April ini dan ada lagi tidak skim lain untuk kemudahan rakyat?

Seterusnya untuk subsidi bersasar RON 95 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Saya hendak tanya kerajaan, bilakah mekanismenya akan diumumkan dan saya harap mekanisme itu sebolehnya diumumkan lebih awal untuk membolehkan semua, pihak sebab dia akan melibatkan ramai pengguna kalau dibandingkan dengan diesel.

Diesel tidak banyak kereta, lebih banyak pada kenderaan perniagaan dan sebagainya tetapi ini akan melibatkan kebanyakan pengguna jalan raya. Jadi macam mana mekanisme dia, sebolehnya kerajaan kena umumkan lebih awal, membolehkan semua pihak, semua rakyat tahu bagaimana mekanismenya supaya pelaksanaannya nanti tidak timbul sebarang masalah dan semuanya berjalan lancar.

Seterusnya di bawah Kementerian Kerja Raya. Saya hendak sebutkan satu perkara, saya sebenarnya sangat menyokong sejak Kerajaan Malaysia MADANI memulakan setiap kali perayaan ada dua hari toll-free di seluruh negara kecuali di sempadan negara, ia sangat baik. Sebab kita kena faham, misal kata untuk Tahun Baru Cina, toll-free itu bukan untuk mereka sambut Tahun Baru Cina tetapi untuk semua pengguna jalan raya, semua rakyat Malaysia tetapi pada tahun ini dikatakan bahawa hanya separuh sahaja, kena bayar separuh.

Saya rasa kalau kita buat Tahun Baru Cina dua hari, Raya Puasa dua hari, Deepavali dua hari, kos dia RM40 juta.

draft • 3:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Deepavali satu hari sahaja.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Deepavali satu hari. Kalau dua hari itu dalam RM40 juta. RM40 juta bukan untuk satu organisasi, bukan untuk satu pihak tetapi RM40 juta untuk rakyat Malaysia. Itu saya rasa sangat berbaloi dan wajar diteruskan. Sekiranya kerajaan kekal dengan keputusan masa kini iaitu kerajaan hanya bagi diskaun 50 peratus, apa kata 50 peratus lagi patut ditanggung oleh konsesi tol tersebut sebab konsesi lebuh raya ini dia

draft • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

untung banyak. Sudah tiba masanya dia gunakan CSR dia untuk membantu rakyat Malaysia ketika hari-hari perayaan utama. Jadi, itu cadangan saya.

Seterusnya, saya hendak sebut dua perkara secara ringkas, berkenaan dengan kawasan saya. Yang pertama di bawah PETRA di bawah JPS. Apakah status terkini Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi fasa 5. Saya tahu dia sudah bermula pada tahun lepas, berapakah kos terkini sebab sebelum ini dikatakan RM250 juta, selepas itu RM200 juta selepas itu kata RM150 juta. Berapakah kos terkini yang mutakhir, hendak tahu.

Bilakah, adakah status projek ini berjalan lancar sepertimana yang dirancang ataupun ada berlaku kelewatan sebab projek ini sangat mustahak untuk mengelakkan banjir pada masa hadapan dan projek kedua berkenaan dengan kawasan saya adalah di bawah KKR, di bawah JKR iaitu jalan yang termasuk flyover daripada plaza tol ke Jalan Labu yang kosnya menelan belanja RM500 juta. Jadi, apakah status terkini dua-dua projek ini?

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak ambil kesempatan ini sebut dua lagi perkara yang sangat mustahak di bawah TNB. Saya dengar ramai Ahli Yang Berhormat bimbang walaupun kerajaan memberikan komitmen bahawa 85 peratus pengguna TNB tidak terkesan dengan kenaikan tetapi saya bimbang satu, berkenaan dengan industri sebab industri punya bil takrif untuk industri itu, pihak industri akan naik.

Saya bimbang dan saya rasa rakyat bimbang. Peniaga ini apabila kos dia meningkat, dia akan alihkan kos kenaikan itu kepada pengguna, end user, rakyat yang kena. Apakah mekanisme, saya mohon kerajaan terangkan secara jelas dan terang kepada semua rakyat Malaysia, apakah mekanisme untuk memastikan perkara peniaga mengalihkan kenaikan kos ini kepada pengguna tidak berlaku. Yakinkan kepada rakyat supaya rakyat boleh terima keadaan ini dalam keadaan yang terbaik dan tidak menyusahkan rakyat.

Berkenaan dengan TNB ini juga saya hendak tegur di sini, berkenaan dengan TNB.

Saya tak setuju dengan pengusikan meter. Saya rasa rata-rata, ramai wakil rakyat dikunjungi oleh pengguna TNB yang menghadapi masalah tuntutan daripada TNB disebabkan pengusikan meter. Tetapi cuma apabila TNB pergi ke rumah pengguna, buka meter TNB yang sedia ada, biarlah pengguna itu ada di rumah ataupun wakil dia ada di rumah. Kalau rumah itu tidak ada penghuni ketika itu, tidak ada saksi, buka meter selepas itu buat tuntutan kepada pengguna.

Saya rasa itu tidak adil dan itu akan menimbulkan pelbagai persepsi. Kita kena adil kepada pengguna juga. Biar ada tuan punya rumah atau wakil dia, dia menyaksikan kejadian di mana wakil technician daripada TNB buka meter, kalau ada benda dalam itu biar dia lihat sendiri, selepas itu buat tuntutan. Itu cara dia. Saya rasa fair to everybody. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon satu minit tambahan berkenaan dengan perkara terakhir di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan khasnya berkenaan dengan padi. Saya menyambut baik pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian

draft • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

dan Keterjaminan Makanan pada minggu lepas untuk menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,500 satu tan daripada RM1,300 sebelum ini. Walaupun ada permintaan untuk lebih tinggi tetapi sekurang-kurangnya ia menandakan keprihatinan Kerajaan Malaysia MADANI yang dipimpin oleh PMX kita tentang keperluan para pesawah.

Saya harap dengan adanya kenaikan ini, ia boleh menaikkan semangat kepada pesawah kita terus melakukan yang terbaik, memastikan keterjaminan bekalan padi kita.

Saya hendak tanya KPKM berkenaan dengan SSR beras putih tempatan, apa cerita dia?

draft • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sekarang ini yang terkini 56 persen. Sangat kurang. Dua tahun dahulu 65 persen. Bila — Kalau begitulah trend dia, bila kita nak mencapai 80 peratus yang disasarkan pada 2030? Jadi, apakah langkah-langkah dan mohon Menteri ataupun kementerian menerangkan sekali lagi dengan jelas kepada Dewan yang mulia ini, apakah status terkini reformasi industri padi dan beras yang dimulakan sejak Oktober lepas setakat empat bulan ini?

Macam mana cara dia dan apakah dapatan ataupun langkah yang drastik yang telah diambil dan akan diambil untuk memastikan beras putih tempatan ada di kedai runcit, ada di pasar raya kita untuk rakyat Malaysia yang boleh kita beli dengan harga satu kilogram, RM2.60 khasnya untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Jadi, itu sahaja perbahasan saya.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang ini. Saya mohon menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Salam sejahtera Tuan Yang di- Pertua. Parit Buntar turut menjunjung kasih atas Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Saya mulakan perbahasan ini dengan mengingatkan kita semua akan firman Allah SWT dari Surah Al-Imran, ayat 26 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Maksudnya “*Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!

Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.*” Dato’ Yang di-Pertua, ayat ingin mengingatkan kepada kita semua bahawa Allah SWT adalah pemilik kepada kuasa pemerintahan yang mutlak. Manusia diberi kuasa dengan

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

kehendak Allah SWT. Bila-bila masa Allah SWT boleh cabut kuasa pemerintahan. Begitu juga Allah SWT juga boleh memuliakan sesiapa sahaja dengan kehendak-Nya dan boleh menghina sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Justeru sebagai hamba kepada Allah SWT, jangan sombong, takbur dan angkuh atas kuasa sementara yang diberi oleh Allah SWT.

Kalaupun tidak sekarang, pasti dengan kuasa Allah SWT, mana-mana kerajaan yang sombong dan angkuh, boleh tumbang dan diganti dengan orang lain.

Parit Buntar ingin membahaskan isu yang berkaitan dengan keberkesanan program pemulihan dadah. Sebagaimana kita tahu, model utama peranan AADK iaitu pulih, prihatin dan cegah. Namun, statistik dari tahun 2020-2023, menunjukkan kadar penagihan dadah tidak ada penurunan. Pada tahun 2020, jumlah penagih dadah 32,867 sedangkan pada tahun 2021 meningkat kepada 34,612, manakala pada tahun 2022 meningkat kepada 36,236, manakala pada tahun 2023 meningkat kepada 37,321.

Manakala kategori sekolah menengah, yakni remaja pada tahun 2020 jumlah penagih dadah adalah 42,758. Pada tahun 2021 meningkat 43,863, pada tahun 2022 meningkat lagi 47,951. Manakala pada tahun 2023 meningkat lagi kepada 55,855. Jumlah peningkatan purata ialah lebih kurang 30 peratus. Ini adalah angka-angka yang sangat merisaukan. Persoalan saya, sejauh mana kerajaan menggunakan pendekatan holistik dalam usaha memulihkan gejala penagihan dadah di kalangan remaja?

Berapakah jumlah pusat pemulihan dadah holistik swasta berdaftar yang beroperasi di seluruh negara dan adakah kerajaan memantau perjalanan pusat pemulihan ini dan adakah pusat pemulihan ini diberi geran atau peruntukan bagi membantu operasi? Di Perak, ada tiga pusat pemulihan dadah iaitu PUSPEN Perlop, Sungai Siput, PUSPEN Batu Kurau dan PUSPEN Seri Iskandar. Manakala AADK daerah ada 10 buah. Parit Buntar ingin tahu, adakah kerajaan ada perancangan untuk menubuhkan AADK di Daerah Bagan Datuk, Muallim dan Kampar yang sehingga sekarang belum ada lagi?

Saya difahamkan untuk Daerah Muallim ada kes yang di bawah pengawasan AADK, 160 kes. Bilangan yang disyaki 63, dan ia banyak di kawasan FELDA. Di Kampar, ke —Yang sedang dalam pengawasan 333, yang disyaki ada 100 kes. Di Bagan Datuk ada kes dalam pengawasan 96, manakala yang disyaki 100. Justeru itulah, saya mencadangkan di ketiga- tiga daerah ini diwujudkan pejabat AADK.

Isu pesawah padi. Menurut Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia

(PeSAWAH), bahawa kos pesawah sekarang mencecah RM5,000 per hektar. Purata hasil sawah yang diterima pesawah ialah enam metrik tan per hektar. Pesawah padi akan mendapat pulangan hasil RM3,400 keuntungan per hektar untuk enam bulan, yakni semusim.

Ini bermakna pendapatan sawah adalah RM566 sebulan per hektar.

Kalau dinaikkan dengan RM1,800, pesawah akan mendapat keuntungan RM5,800 semusim atau RM966 sebulan per hektar. Purata saiz sawah yang diusahakan sekitar satu

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

hingga dua hektar menjadikan pendapatan seorang pesawah mencapai kira-kira RM1,159 hingga RM2,898 sebulan.

Pengumuman Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan harga padi kepada RM1,500 tetap disyukuri oleh pesawah padi. Namun, masih tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos akibat penghapusan subsidi diesel dengan kenaikan harga benih pada tahun 2024. Kenaikan ini tidak memenuhi harapan para pesawah yang menuntut harga lantai pada kadar RM1,800.

Justeru, Parit Buntar menyokong tuntutan Persatuan Persaudaraan Pesawah Padi agar harga lantai padi dinaikkan kepada RM1,600 kerana ia tuntutan yang munasabah dan berasas mengambil kira peningkatan kos sara hidup serta kos diesel dan benih yang meningkat serta pelbagai cabaran lain yang dihadapi oleh pesawah dalam usaha memastikan kelangsungan pengeluaran padi negara.

Oleh kerana pengumuman telah dibuat dan mungkin Yang Berhormat Menteri sukar untuk tarik balik, Parit Buntar dan seluruh Ahli Parlimen yang lain khususnya PN juga para petani di seluruh negara, turut menyokong tuntutan PeSAWAH yang mencadangkan agar insentif harga padi sebanyak RM300 diberikan kepada pesawah sebagai tambahan kepada harga lantai kepada RM1,500 yang diumumkan dan penurunan harga kawalan benih padi sah daripada RM58 ketika ini kepada RM35 iaitu harga asal benih pada sebelum ini memandangkan harga belian padi telah mengalami penurunan berbanding ketika harga benih dinaikkan pada Mac 2024.

Alasan harga benih dinaikkan pada waktu tersebut adalah kerana harga belian semasa padi, bukan sekarang yang ditawarkan kilang adalah RM1,700. Pesawah mengharapkan pihak kerajaan dapat mendengar dan memahami rintihan mereka. Mereka adalah tulang belakang pengeluaran makanan negara. Jika para pesawah tidak diberikan sokongan yang sewajarnya, bagaimana mungkin mereka dapat terus menghasilkan padi untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Menurut PeSAWAH dalam kenyataan akhbar baru-baru ini, para pemimpin dan rakyat Malaysia perlu faham, subsidi yang bernilai berbilion ringgit itu hanya 20 peratus sahaja yang masuk ke poket petani iaitu dalam bentuk insentif harga padi. Subsidi-subsidi lain yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam — Yang Berhormat dalam sesi Parlimen tempoh hari, dapat kepada pihak vendor yang membekalkan benih import pertanian dan servis jentera.

Pokok bagi isu subsidi ini sebenarnya adalah harga beras yang sudah 17 tahun tidak dinilai semula. Kerana itulah subsidi bertambah setiap tahun untuk menyerap harga kawalan beras tersebut. Subsidi padi bukan ihsan kerajaan tapi kewajipan kerajaan kerana kerajaan mengawal harga beras.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar ingin melontarkan persoalan. Adakah dengan pengumuman kenaikan harga padi boleh menyelesaikan beras tempatan yang hilang dari pasaran setelah dituai dan diproses di kilang, ia menjadi beras import yang dijual dengan harga mahal? Hari Sabtu yang lepas, saya berkesempatan mengunjungi Jualan RAHMAH MADANI di Program Peluncuran Kampung Angkat MADANI@Kampung Kedah, Parit Buntar.

Saya berkunjung ke gerai jualan beras yang dijual dengan harga RAHMAH, RM15 sekampit. Ditulis di bungkusan dengan jenama beras kampung iaitu beras tempatan tapi plastik pembungkus dicop beras import. Apa makna ini? Jenama beras kampung, beras tempatan tapi dibungkus dengan plastik bercop beras import. Adakah kalau tidak ada program jualan rahmah yang dianjurkan oleh kerajaan, harga beras yang sama dijual sewaktu program terus bertukar dengan harga beras import?

Harga yang sepatutnya yang sebenar sepatutnya RM2.60 sekarang sekampit lima kilogram sepatutnya dijual dengan harga RM13 tapi dijual harga MADANI, RM15 pula. Punca utama kehilangan beras tempatan diganti dengan beras import adalah peranan kartel-kartel beras yang sewenang-wenang mengawal dan menguasai pasaran beras. Kerajaan perlu bertindak tegas dan keras dengan menghapuskan kartel-kartel ini yang menjadi punca utama isu ini berlarutan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan membangkitkan isu garis panduan kepada penganut agama Islam yang menyertai perayaan agama lain yang menjadi sensasi di Parlimen dan juga luar Parlimen. Tidak bermaksud menyinggung mana-mana pihak. Kita orang Islam sedia maklum, orang-orang bukan Islam juga perlu diberi kefahaman bahawa antara tujuan maqasid syariah yang dari melaksanakan itulah, adanya hukum halal, haram, harus dan makruh.

draft • 3:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Antara tujuan maqasid syariah adalah untuk menjaga dan memelihara lima perkara.

Pertama, menjaga agama. Kedua, harta. Nyawa, akal dan juga nasab yakni keturunan. Garis panduan yang cuba diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri itu adalah bertujuan menjaga dan memelihara di mana tunjang beragama itu adalah akidah. Justeru, garis panduan adalah bertujuan baik dan murni demi menjaga pelanggaran daripada sudut akidah dan syarak kepada orang Islam. Garis panduan tidak menghalang dan mengganggu amalan dan kepercayaan agama malahan boleh dianjurkan oleh agama-agama yang lain.

Sebenarnya garis panduan tersebut telah pun ada sejak tahun 2005 di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke- 56 telah membincangkan garis panduan orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam. Hasil daripada muzakarah inilah, JAKIM menjadikannya sebagai garis panduan. Keputusan muzakarah tersebut adalah dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam menentukan beberapa kriteria utama yang

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan agama Islam sebagaimana berikut:

(i) majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam iaitu sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam;

(ii) majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak iaitu sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia;

(iii) majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini iaitu sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam negara ini yang berpegang dengan ajaran agama Islam berdasarkan Ahli Sunah Wal-Jamaah; dan yang terakhir

(iv) majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam iaitu satu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Akhirnya, Parit Buntar berharap isu yang melibatkan amalan, pegangan dan keyakinan umat Islam serta apa sahaja peraturan yang dibuat oleh institusi agama berautoriti tidak dicampuri oleh penganut agama yang lain. Kami orang Islam tidak pernah mengganggu gugat dan pertikai ajaran dan amalan agama lain apatah lagi mencela dan memaki.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, isu yang terkini. Baru-baru ini, Anugerah Juara Lagu...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...Yang tidak syarie itu telah dicemari oleh beberapa lelaki yang berpakaian wanita. Pihak penganjur perlu bertanggungjawab dan pihak JAKIM perlu memanggil...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...Memanggil penganjuran ini. Mengapa perbuatan-perbuatan yang sangat jelik itu dibiarkan berlaku dalam

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

mana orang lelaki berpakaian wanita? Kita tidak tentang Anugerah Juara Lagu tetapi apabila adanya orang-orang lelaki yang berpakaian macam orang perempuan, ini suatu yang sangat- sangat mengaibkan dan pihak JAKIM atau pihak berkuasa agama patut memanggil penganjur ini dan diberi amaran keras ataupun tindakan yang sewajarnya.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 3:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesempatan ini untuk membahaskan isu- isu penting berkaitan pembangunan negara. Sebagai wakil rakyat, saya menjunjung kasih atas titah kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menyampaikan amanat kepada seluruh rakyat Malaysia. Maka, dengan penuh tanggungjawab, saya ingin mengupas beberapa isu utama yang memerlukan perhatian dan tindakan serius serta berkesan daripada kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Tuan Yang di- Pertua, ilmu pelita menerangi hati, Jadi pedoman sepanjang hayat, Jika pendidikan diabaikan kini, Masa hadapan pasti gelap pekat Statistik menunjukkan bahawa kadar ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan SPM masih membimbangkan. Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini termasuk kemiskinan, masalah kesihatan mental dan akses pendidikan yang tidak seimbang.

Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan intervensi jangka panjang untuk memastikan pelajar kekal dalam sistem pendidikan dan tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, Manakan dapat sagunya. Pelaksanaan kurikulum baharu 2027 memerlukan infrastruktur dan latihan guru yang mantap. Tanpa prasarana yang mencukupi dan tenaga pengajar yang berkelayakan, usaha untuk melahirkan pelajar berdaya saing di peringkat global tidak akan tercapai. Saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apakah analisis terperinci yang telah dilakukan untuk memahami faktor-faktor lain yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan SPM? Bagaimanakah kementerian merancang intervensi jangka panjang untuk meningkatkan kehadiran pelajar serta memastikan mereka berjaya dalam pendidikan dan sejauh manakah usaha

draft • 3:43 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

kementerian dalam merapatkan jurang pendidikan di antara kawasan bandar dan luar bandar?

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan pertumbuhan yang positif. Pelaburan asing telah mencecah RM2 trilion dalam sembilan bulan pertama 2023, membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan negara. Namun, untuk terus berdaya saing, kita perlu menambah baik infrastruktur logistik dan sistem digital bagi mempercepatkan prosedur pelesenan dan perundangan. Dalam hal ini, saya ingin mengajukan beberapa soalan.

Pertama, apakah persediaan infrastruktur yang telah dilakukan bagi memastikan kemasukan pelabur asing berlaku secara lancar?

Kedua, bagaimana kerajaan memastikan infrastruktur logistik dan pengangkutan di negara ini mampu memenuhi permintaan sektor pelaburan terutamanya pelaburan asing dan sejauh manakah usaha kerajaan dalam mempermudahkan prosedur pelaburan bagi menarik lebih banyak pelabur ke negara kita?

Kapal belayar ke Pulau Bali, Membawa muatan emas beribu, Pelaburan lancar, ekonomi berseri, Rakyat makmur, negara maju. Tuan Yang di-Pertua, Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan satu inisiatif penting untuk meningkatkan jumlah pelancongan ke negara ini. Oleh itu, infrastruktur pelancongan perlu diperkukuh termasuk pengangkutan awam yang lebih cekap serta kemudahan penginapan yang mencukupi. Saya ingin mengemukakan beberapa soalan kepada Kementerian Pelancongan. Apakah strategi kerajaan dalam memastikan infrastruktur pelancongan benar-benar bersedia menampung peningkatan jumlah pelancongan terutamanya pada tahun 2026?

Bagaimanakah kerajaan bersama pihak swasta melaksanakan promosi Tahun Melawat Malaysia secara komprehensif? Apakah langkah-langkah keselamatan yang telah diambil bagi memastikan pelancong merasa selamat ketika berada di Malaysia? Saya juga ingin tahu, negara-negara manakah yang menjadi sasaran utama daripada segi jumlah pelancongan dan juga jumlah pulangan yang dijangka pada tahun 2026?

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia perlu mempercepatkan transformasi digital dalam sektor awam dan swasta untuk meningkatkan daya saing ekonomi. Oleh itu, saya ada beberapa soalan penting untuk dikemukakan kepada kementerian.

draft • 3:43 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan infrastruktur artificial intelligence (AI) yang mencukupi dalam menyokong sektor kritikal negara? Apakah tindakan kerajaan untuk memperkukuhkan keselamatan siber dalam melindungi data peribadi

draft • 3:50 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

rakyat daripada ancaman digital? Bagaimana pula kerajaan merancang untuk mempercepatkan transformasi digital dalam sektor awam supaya perkhidmatan kepada rakyat lebih cekap dan pantas? Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan kapasiti dalam kebolehan pekerja dalam menghadapi cabaran perubahan digital dalam sektor awam dan sektor swasta di negara kita?

Tuan Yang di-Pertua, perpaduan nasional adalah asas kestabilan negara. Justeru, kerajaan perlu memastikan bahawa program perpaduan yang dilaksanakan benar-benar berkesan dalam menyatukan rakyat Malaysia. Saya ingin bertanya, apakah ukuran kejayaan yang digunakan untuk menilai keberkesanan program perpaduan yang dijalankan? Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi dalam membendung penyebaran naratif yang boleh merosakkan keharmonian nasional? ‘Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap segala isu yang telah saya bangkitkan dalam sesi perbahasan ini dapat diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan. Saya mengakhiri perbahasan ini dengan menjunjung kasih atas Titah Diraja dan menyokong penuh usaha kerajaan dalam membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pekan.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Pertamanya, terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas tempoh hari. Patik menjunjung kasih di atas Titah Tuanku.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong menzahirkan perasaan sukacita dengan perkembangan baik ekonomi yang semakin berkembang menerusi kadar 5.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku kedua 2024. Tetapi pada masa yang sama, rakyat masih tetap terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, seolah-olah perkembangan ekonomi ini tidak memberi impak besar yang positif kepada mereka.

Meskipun kadar cukai jualan kekal pada kadar 10 peratus tetapi terdapat peningkatan cukai perkhidmatan iaitu kenaikan daripada enam peratus kepada lapan peratus. Kenaikan tersebut telah menyebabkan kesan domino kepada persekitaran ekonomi kerana kenaikan harga di pelbagai peringkat, sekali gus menyebabkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos yang ketara.

draft • 3:52 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Oleh sebab itu, Pekan merasakan tindakan kerajaan sebelum ini memansuhkan GST dan mengembalikan semula SST adalah satu langkah yang terkebelakang. Ini terbukti apabila GST diakui sebagai satu sistem percukaian yang adil, saksama dan telus menerusi pelaksanaannya di 175 buah negara daripada 193 buah negara di dunia iaitu kira-kira 90.6 peratus negara dalam dunia telah mengamalkan GST berbanding SST. Semasa GST dilaksanakan oleh kerajaan pada masa itu telah menetapkan kadar sifar peratus bagi lebih 100 barangan asas dan keperluan yang tidak memberi impak ketara kepada rakyat.

Selain daripada itu, kerajaan juga kehilangan lebih RM40 bilion setahun apabila GST dimansuhkan. Justeru, Pekan ingin menyeru kerajaan supaya melaksanakan semula GST yang merupakan sistem percukaian yang terbaik dan sesuai untuk negara ini sebagaimana saranan daripada Bank Dunia.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong juga turut menitah agar kekayaan negara tidak disalurkan kepada kumpulan tertentu sahaja dan sebaliknya menyambut baik pendekatan subsidi bersasar kepada kumpulan yang benar-benar layak. Tidak dinafikan, penyasaran subsidi adalah langkah tidak popular selain mendapat tentangan pelbagai pihak. Namun dalam masa yang sama, penyasaran subsidi wajar dilaksanakan bagi memastikan hanya yang layak sahaja menerima agihan subsidi tersebut.

Dalam pengagihan bantuan kerajaan, kebanyakannya berfokus kepada kumpulan B40. Sedangkan dalam masa yang sama, kerajaan juga seharusnya fokus kepada golongan pertengahan atau M40 yang sering kali mereka rasa tersisih dan terkecuali daripada bantuan kerajaan kerana dianggap layak disebabkan paras gaji yang melebihi paras kemiskinan.

Sedangkan ramai golongan M40 terutamanya di kawasan bandar yang sebenarnya berpendapatan minimum dan dalam kategori miskin bandar serta layak menerima bantuan kerajaan.

Di samping itu, kerajaan juga perlu meminimakan kesan domino akibat penyasaran subsidi bahan api yang menyebabkan kenaikan harga barang atau perkhidmatan yang secara tidak langsung turut melibatkan sektor seperti logistik, pengangkutan, pertanian dan sebagainya.

Pekan juga ingin menyarankan kepada kerajaan supaya lebih agresif dalam memberikan kefahaman kepada rakyat mengenai isu penyasaran subsidi kerana isu ini telah mencetus polemik dan pertikaian yang hebat oleh rakyat disebabkan mereka merasa terbeban dan terkesan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

draft • 3:52 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pekan. Pekan, laluan.

draft • 3:52 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:52 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sedikit, laluan.

draft • 3:52 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Ya.

draft • 3:52 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya setuju yang GST tadi itu. Okey, terima kasih Pekan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya nak minta pandangan Pekan lah. Dalam ucapan Titah Tuanku, kenaikan KDNK 5.9 peratus tetapi dalam laporan Bank Negara, 5.2 peratus. Mana yang perlu kita pakai? Apa yang Tuanku titahkah ataupun Bank Negara? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 3:52 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Ini nanti kita bahas luar sekejap sebab saya banyak lagi isu yang nak bangkit ini.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong turut menyeru kerajaan untuk mengekang fitnah dan hasutan yang semakin berleluasa khususnya di media sosial. Fitnah dan hasutan telah menyumbang kepada pelbagai impak negatif. Antaranya imej dan maruah individu tersebut dan keluarga tercalar serta menjadi bahan kritikan, cemuhan serta sindiran.

Selain itu, ia juga mengakibatkan perpecahan, permusuhan dan perbalahan yang menghakis sifat saling menghormati dan nilai persaudaraan. Perpaduan rakyat juga terkesan teruk terutamanya apabila melibatkan aspek bangsa dan agama. Pekan mengharapkan agar kerajaan lebih tegas dalam menguatkuasakan undang-undang untuk mengekang perkara ini seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Akta Hasutan 1948 dan lain-lain akta yang bersesuaian.

Kita ingin melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang kukuh, persefahaman dan harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama. Justeru itu, isu fitnah dan hasutan yang mampu memecahbelahkan rakyat, wajar ditangani dengan sebaik mungkin yang boleh oleh kerajaan.

Pemerintahan Trump secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada negara kita Malaysia terutama meliputi aspek diplomatik, ekonomi dan juga mengenai pendirian Malaysia terhadap pemulihan semula Gaza dan Palestin sebagai sebuah negara.

Justeru itu, Pekan dan rakyat Malaysia mengharapkan agar negara kita perlu mengekalkan dasar neutral, bebas dan berkecuali bagi memastikan kepentingan negara tidak terjejas, terutamanya melibatkan aspek perdagangan dan pelaburan. Namun dalam masa yang sama, pendirian Malaysia berkenaan Gaza tidak boleh goyah dan perlu kekal kukuh dan utuh demi kesejahteraan rakyat yang dianiayai di Gaza.

Dalam aspek ekonomi pula, Malaysia tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan Amerika Syarikat, sebaliknya perlu mengukuhkan hubungan dengan kuasa lain seperti Kesatuan Eropah, China dan negara-negara BRICS bagi memastikan kestabilan ekonomi negara selain mempelbagaikan ekonomi di pasaran baharu.

draft • 3:52 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Selaku pengerusi ASEAN, Malaysia juga perlu tegas terhadap isu perdagangan global terutamanya dalam menangani impak Dasar Perlindungan Ekonomi yang

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Trump serta menolak dasar perlindungan yang mengecam ekonomi ASEAN.

Kerajaan memperuntukkan hampir RM590 juta dalam mempergiatkan promosi dan aktiviti pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan ketibaan 35.6 juta pelawat antarabangsa dengan nilai lebih kurang RM147.1 bilion. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 mempunyai potensi dan kelebihan dalam memperkukuhkan peranan sebagai hab pelancongan utama di Asia Tenggara.

Kerjasama dan promosi bersama rakan strategik ASEAN dapat menonjolkan Malaysia sebagai sebuah hab pelancongan khususnya dalam sektor pelancongan bertemakan Warisan Ekopelancongan, Kesihatan dan Mesra Muslim. Peningkatan pelancong menerusi kempen ini juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat tempatan dalam sektor pelancongan. Justeru itu, kerajaan perlu lebih agresif dapat melaksanakan kempen pelancongan yang bersepadu dan memasarkan daerah-daerah lain juga yang mempunyai potensi selain daripada membangunkan tarikan tempatan yang unik dan menggambarkan identiti setempat.

Dato' Yang di-Pertua, Pekan menjunjung tinggi Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang menyeru semua wakil rakyat untuk menghentikan sebarang polemik politik dan sebaliknya semua wakil rakyat wajar melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya demi membela nasib rakyat demi masa depan negara yang lebih cemerlang. Semoga kita semua dapat menyambut baik dan melaksanakan setiap Titah Tuanku. Sebelum saya sudahi ucapan ini, saya ingin melontarkan serangkap pantun.

Bila berbahas janganlah kaku, Laksana peranan ikut panduan, Sepertimana Titah Tuanku, Wakil rakyat benteng perpaduan. Pekan mohon menyokong. Terima kasih.

[Dato’ Adnan bin Abu Hassan (Kuala Pilah) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Pekan.

Dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 4:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sabak Bernam mengucapkan jutaan terima kasih dan menjunjung kasih Titah Diraja dan memegang teguh prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Daulat Tuanku.

draft • 4:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Seterusnya izinkan Sabak Bernam untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat sedewan kita Yang Berhormat Sandakan sebagai tanda penyatuan perpaduan rakyat Malaysia. Minta apa yang berlaku sekiranya menyedihkan kita ucapkan takziah dan bersimpati dan kalau ada detik-detik bahagia, kita raikan bersama. Saya doakan akan berjangkit ke Kluang selepas ini.

Tuan Yang di-Pertua, memetik dari sumber berita Sinar Harian bertarikh 13 Februari 2025, kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan awam tiada SPM ditamatkan. Keputusan kerajaan untuk tidak menyambung perkhidmatan golongan tersebut dan tidak mengambil kira pengalaman sumbangan selama bertahun-tahun, sumbangan mereka yang cekap dan setia tidak mencari pekerjaan lain adalah tidak adil.

Keputusan ini sudah tentu amat membebankan mereka. Sekian lama berkhidmat dalam sektor awam kerana mereka tiada pekerjaan lain dan mereka menanggung sara hidup keluarga dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi dan persiapan musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma.

Sabak Bernam menggesa kerajaan mengambil pendekatan lebih ihsan dan adil terhadap nasib kakitangan kontrak ini supaya mereka dikekalkan. Mereka menyumbang kepada perkhidmatan awam dengan penuh dedikasi serta tidak seharusnya diperlakukan seperti pekerja sementara yang boleh diberhentikan begitu sahaja.

Empat kesempitan yang dihadapi penjawat awam ini. Pertama membabitkan penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak gred 11 hingga 18 kerana tidak memenuhi syarat kelayakan SPM walaupun telah berkhidmat dengan cemerlang, dengan baik, menjalankan tugas dengan baik dan sanggup bekerja lebih masa.

Pengalaman tidak diambil kira apabila golongan tersebut yang berkhidmat selama enam tahun tidak layak dipertimbangkan ke gred 1 SSPA sedangkan pada jawatan tetap, pengalaman ini diambil kira. Isu ini menjadikan mereka hilang pekerjaan walaupun sudah berkhidmat bertahun-tahun tetapi kini telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan baru.

Keempat, menanggung beban dan emosi kesedihan yang boleh membawa kemurungan. Sabak Bernam mencadangkan kerajaan mengiktiraf pengalaman kerja mereka selama enam tahun ataupun lebih dalam perkhidmatan kontrak untuk disambung perkhidmatan mereka ke gred 1 SSPA serta meneruskan lantikan kontrak di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan mereka yang tidak cukup pengalaman atau tidak memiliki SPM.

Kebimbangan tidak sekadar itu sahaja. Sabak Bernam merasa bimbang mengenangkan nasib kakitangan PETRONAS yang bakal diberhentikan kerja lantaran ia dianggap perlu untuk memastikan PETRONAS dapat meneruskan kewajipannya dalam berkhidmat kepada negara. Saya tidak faham bagaimana pemberhentian ini dikatakan untuk

draft • 4:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

meneruskan kewajipannya dalam berkhidmat kepada negara. Kewajipan apakah yang dimaksudkan itu Tuan Yang di-Pertua?

draft • 4:03 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sabak Bernam, laluan sekali lagi.

draft • 4:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Boleh.

draft • 4:03 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, makna apa yang dikatakan itu menyentuh apa yang berlaku di kalangan rakyat. Setuju Sabak Bernam ya? Cuma persoalannya ialah kerajaan mengatakan bahawa ekonomi berkembang baik. Kenapa kalau dengan perkembangan ekonomi yang baik akan berlaku pemecatan dan penamatan kontrak dan juga kakitangan PETRONAS? Apa pandangan Sabak Bernam. Terima kasih.

draft • 4:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Itu ayat sepatutnya selepas ayat saya yang akhir tadi. Bagaimanapun saya akan jawab secara bertulis.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Sabak Bernam ingin bertanya, di manakah beras putih tempatan sekarang yang suatu ketika dahulu ada di pasaran dengan harga yang lebih rendah berbanding beras putih import. Mata kepala saya sendiri melihat petani menebas jerami, membajak, menanam benih padi, membaja, merumput, meracun rumput, meracun serangga perosak menggunakan dron dan akhirnya memungut hasil tanaman mereka.

Jelas kelihatan, jentera padi menuai dan menuangkan bertan-tan padi ke dalam lori untuk dibawa ke kilang. Ini semua berlaku di bendang dan sawah Sabak Bernam, bukan di luar negara. Akan tetapi akhirnya beras putih tempatan tiada di pasaran. Adakah selama ini saya berada di alam bunian, sawah bunian, padi bunian, dron bunian, petani bunian? Tak mungkin kerana di antara pesawah yang saya lihat di situ ialah YB Sungai Besar sendiri turut membuat bendang. Ternyata beliau manusia biasa, bukan bunian. Jadi, ke mana perginya beras putih tempatan? Satu persoalan yang belum ada jawapan hingga sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat bertanya di mana beras tempatan? Setakat ini kerajaan jawab mengenai bantuan kerajaan, subsidi, kenaikan harga lantai dan sebagainya. Sama sekali tidak menjelaskan di mana beras putih tempatan berada. Contohlah, saya tanya Yang di-Pertua di mana isteri dan anak Yang di-Pertua? Sudah tentu Tuan Yang di-Pertua akan jawab di rumah dan kalau saya pergi ada di rumah anak dan isteri Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah.

draft • 4:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tetapi kalau Yang di-Pertua jawab, saya bagi anak saya makan, minum, tempat tinggal, pakaian, subsidi itu, subsidi ini, itu tidak menjawab soalan saya. Saya tanya di mana?

Harap Menteri dapat menjawab soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya bawakan kampit beras yang saya beli di kedai. Di kampit beras ini tertulis “Beras berat bersih lima kilogram harga RM27.00, gred super import Thailand”. Sekiranya di dalam beras ini beras campuran tempatan, nyatakan. Import berapa − 40 peratus, tempatan 60 peratus. Jadi, rakyat tidak rasa tertipu. Ini satu kesalahan jenayah

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

perniagaan. Dia kata beras import Thailand, tetapi dalanya ada beras tempatan. Ini satu penipuan. Jangan sampai rakyat buat report polis nanti kena siasat.

Tuan Yang di-Pertua, ada yg berkata apa lah salahnya beras import dengan beras tempatan, sama jer rasanya. Saya hendak bagi tahu, saya pergi kenduri, ramai pemimpin- pemimpin masyarakat sebut macam itu, sama sahaja rasanya. Sebuah lagu daripada kumpulan Ungu – *Andai ku tahu....

[Ketawa]* Sudah lupa [Ketawa] “Andai ku tahu, Menteri pun tahu, bila tiada beras tempatan ambil yang import, rasanya sama, tapi beg harganya beza”. Saya hendak bagi tahu yang pemimpin-pemimpin yang cakap harga yang sama itu ya.

Rasanya memang sama, tapi harganya beza. “Rasanya sama, tapi tempatnya beza”. Kalau beras tempatan dihasilkan di dalam negara, beras import daripada luar negara, itulah bezanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berasa sedih di Dewan ini sepanjang berada di Dewan ini sahabat-sahabat daripada Sabah dan Sarawak menuntut keadilan setelah 60 tahun Merdeka. Tuntutannya satu per tiga kerusi Dewan ini tidak dipenuhi sehingga sekarang.

Saya amat sedih dan kasihan. Kalau saya dapat majoriti jadi Perdana Menteri, hari ini saya dapat majoriti, esok saya bagi satu per tiga kerusi Sabah Sarawak.

[Tepuk] Ya, sebab mereka pun rakyat...

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang 40 peratus itu masuk juga.

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya?

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

40 peratus daripada net revenue dipulangkan ke Sarawak masuk juga kalau Yang Berhormat jadi Perdana Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kita bagi sebab dia rakyat Malaysia juga, bukan kita bagi kepada rakyat luar negara, apa masalahnya, kita bagi. Sudah dapat nanti, kita buatlah alasan masing-masing. Ini perkara biasa. Jadi, saya harap sahabat-sahabat daripada Sabah dan Sarawak bersabar dan mesti berjanji sekiranya dibagi kerusi itu nanti, janganlah disalah gunakan untuk memohon keluar daripada Malaysia dan sebagainya.

draft • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sabak Bernam, dulu masa Pagoh...

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kita hendak terus bersama-sama...

draft • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Pagoh jadi Perdana Menteri saya tak dengar...

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya? Silakan, silakan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sabak Bernam cadangkan siapa Perdana Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Silakan kekanda saya.

draft • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Semasa Pagoh jadi Perdana Menteri, saya tak dengar Sabak Bernam cadangkan apa yang telah dicadangkan kepada Sabah Sarawak.

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Masa itu saya belum MP lagi.

[Ketawa] Lagipun janganlah kita sebagai pemimpin di peringkat kebangsaan, peringkat internasional

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

jawapannya, yang dulu-dulu, kenapa dulu tak buat, saya hendak bagi tahu, kalau kira dulu ya, nenek saya pun dulu anak dara tau.

[Ketawa] [Tepuk]

draft • 4:10 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Sabak Bernam...

draft • 4:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam menyokong Titah Diraja, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Masa telah pun tamat. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam di atas ketepatan masa tersebut. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Batu.

draft • 4:10 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Merafak sembah menjunjung kasih patik Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang penuh hikmah dan berwawasan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas ini. Patik amat menghargai kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam menzahirkan panduan yang jelas kepada kerajaan, Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia demi memajukan negara, memperkukuhkan perpaduan serta memartabatkan keadilan sosial.

Dalam ucapan ini, Batu ingin menyentuh dua perkara iaitu satu adalah berkaitan dengan perumahan, lagi satu adalah berkaitan minoriti. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memuji kerajaan yang sangat komited dalam memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah mendapat akses kepada perumahan yang mampu milik, berkualiti dan selesa.

Untuk mencapai matlamat ini, beberapa inisiatif utama telah diperkenalkan dan diperkukuhkan termasuk projek perumahan mampu milik, Projek Perumahan MADANI, penambahan projek perumahan rakyat iaitu PPR serta inisiatif baharu yang memberi tumpuan kepada Projek Perumahan Belia MADANI. Iaitu juga Batu ingin menekankan kesemua projek ini perlu dilaksanakan melalui pendekatan yang inklusif mengambil kira input daripada pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, NGO tempatan dan juga masyarakat setempat.

Kerajaan juga berpegang teguh kepada prinsip ketulusan dalam pengurusan dana dan pelaksanaan projek bagi memastikan setiap sen yang diperuntukkan benar-benar sampai kepada masyarakat. Oleh itu, Batu ingin bertanya kepada kerajaan, apakah mekanisme pemantauan telah diperkenalkan untuk menilai kemajuan setiap projek secara berkala sekali gus mengelakkan sebarang kelewatan atau penyelewengan.

Dengan pelaksanaan projek-projek ini, kerajaan yakin dapat mengurangkan masalah perumahan di kalangan rakyat sekali gus memenuhi aspirasi untuk menyediakan kediaman yang selesa, berkualiti dan mampu milik oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, Batu juga ingin bertanya, selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun mengambil alih,

draft • 4:14 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

berapakah projek telah pun selesai, berapa bilangan projek telah pun diluluskan. Batu ingin tahu.

Sebagai perkongsian, kami di Batu tidak ketinggalan di mana kerajaan telah mengenal pasti dan memilih satu kawasan di dalam Parlimen Batu untuk melaksanakan satu projek iaitu Projek Belia MADANI. Projek Belia MADANI, Perumahan Belia MADANI adalah satu inisiatif baharu yang dilaksanakan pada tahun 2025, perumahan khususnya untuk belia − bertujuan menyediakan rumah mampu milik untuk golongan belia.

Projek ini direka khas bagi membantu anak muda terutamanya mereka yang baru memulakan kehidupan berkeluarga untuk memiliki rumah pertama mereka. Selain daripada harga mampu milik, projek ini turut menawarkan Skim Bantuan Pinjaman Perumahan dan subsidi deposit bagi meringankan beban kewangan belia.

Izinkan saya menyentuh mengenai satu bantahan daripada masyarakat di kawasan Batu yang telah disuarakan oleh penduduk sekitar kawasan cadangan pembinaan dua blok kediaman Rumah Belia MADANI. Bagi saya kita menyokong inisiatif kerajaan di mana khususnya untuk belia. Tetapi lokasi yang dipilih oleh KPKT, berkaitan dengan pembinaan Rumah Belia MADANI ini adalah satu strategi yang sangat-sangat salah. Kenapa Batu cakap begitu, apabila persoal ataupun mencadangkan inisiatif Perumahan Belia MADANI ini, kebanyakan belia lepas graduan ataupun keluarga baharu, mungkin mereka kekurangan kenderaan ataupun kekurangan – mungkin kebanyakan mereka ada motor sahaja.

Pilihan tapak untuk membina projek Belia MADANI adalah satu tapak yang sangat- sangat jauh daripada pengangkutan awam. Tiada KTM, tiada LRT, tiada MRT, hanya ada pengangkutan bas awam yang juga merangkumi PPR, flat kos rendah dan juga satu kawasan yang padat dengan penduduk.

draft • 4:14 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

So, saya mencadangkan kepada KPKT untuk semak balik kawasan perumahan yang ingin dibina, Rumah Belia MADANI, yang lebih strategik supaya belia-belia ini boleh tinggal di kawasan yang ada pengangkutan awam yang juga akan meringankan kos mereka.

So, oleh itu, saya ingin Menteri KPKT untuk menjawab.

Selain daripada itu, saya juga menekankan satu lagi masalah perumahan yang tidak kurang pentingnya berbanding dengan pembinaan perumahan kerana ia melibatkan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan yang didiami oleh rakyat termasuk golongan B40 dan M40.

Keberkesanan pengurusan bangunan strata sangat mempengaruhi kualiti hidup penghuni dari aspek keselamatan, keselesaan dan keupayaan untuk menikmati fasiliti yang disediakan. Namun, terdapat kekurangan sokongan dalam membentuk peruntukan tabung penyelarasan untuk membantu JMB dan MC di kawasan tertentu terutamanya di Wilayah Persekutuan. Keadaan ini telah menyebabkan pelbagai masalah pentadbiran dan

draft • 4:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

penyelenggaraan yang akhirnya membebankan penghuni dan menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Oleh itu, saya ingin membangkitkan beberapa perkara penting berkenaan dengan keperluan mendesak dalam menangani isu ini demi memastikan pentadbiran bangunan strata dapat dijalankan dengan lebih efisien dan telus.

Isu yang telah membelenggu Wilayah Persekutuan sejak tahun 2016 iaitu ketiadaan peruntukan khusus untuk membantu jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) dan badan pengurusan bersama (MC). Sejak daripada tahun 2016, hanya negeri Wilayah Persekutuan tidak lagi menerima sebarang dana untuk tujuan ini. Sedangkan, negeri-negeri lain terus diberikan peruntukan yang dapat meringankan beban pengurusan mereka.

Sebagai contoh, kerajaan telah memperuntukkan RM3 juta untuk diagihkan kepada JMB dan MC di seluruh negara. Walau bagaimanapun, jumlah permohonan yang diterima mencecah hampir RM300 juta, iaitu 100 kali ganda dari jumlah yang diperuntukkan. Ini menunjukkan jurang yang besar antara keperluan dan sumber yang disediakan. Apabila tiada bantuan diberikan kepada Wilayah Persekutuan, JMB dan MC di kawasan ini terpaksa berdepan pelbagai masalah khususnya berkaitan dengan dana penyelenggaraan.

Batu juga ingin masuk ke isu kedua iaitu berkaitan dengan minoriti. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai etnik, budaya dan agama. Walaupun prinsip kesaksamaan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kumpulan minoriti sering menghadapi cabaran dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan kebebasan beragama. Kekurangan mekanisme khususnya untuk menangani isu-isu ini menyebabkan golongan minoriti berhadapan dengan diskriminasi tersirat, ketidakseimbangan sosial dan keterbatasan akses kepada peluang yang sama seperti kumpulan lain.

Pada masa ini, Malaysia belum mempunyai satu badan khusus yang berfungsi untuk memantau dan mempertahankan hak-hak kumpulan minoriti secara sistematik. Walaupun terdapat agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membela hak-hak ini, kekurangan sebuah suruhanjaya yang sah dan berautoriti menyebabkan banyak isu minoriti tidak dapat ditangani secara efektif.

Ketiadaan dasar yang inklusif serta jurang dalam pelaksanaan dasar kerajaan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat minoriti. Selain itu, terdapat kekangan dan saluran aduan dan penyelesaian konflik bagi kumpulan minoriti yang menghadapi ketidakadilan atau diskriminasi. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dan berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.

Oleh itu, keperluan untuk menubuhkan satu suruhanjaya minoriti adalah amat mendesak bagi memastikan hak-hak minoriti diiktiraf, dilindungi dan dipelihara dalam kerangka pembangunan negara. Penubuhan suruhanjaya ini bukan sahaja akan berfungsi

draft • 4:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

sebagai badan pemantau dan penyelesaian konflik tetapi juga sebagai penasihat kepada kerajaan dalam merangka dasar yang lebih inklusif dan adil bagi semua rakyat Malaysia.

Dengan adanya suruhanjaya minoriti, usaha membentuk sebuah negara yang lebih harmoni, adil dan progresif dapat direalisasikan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:20 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Batu atas ketepatan masa. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 4:20 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Menjunjung kasih akan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas pada 3 Februari yang lalu. Titah Diraja yang begitu sarat dengan nasihat yang bijaksana, juga peringatan, demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Saya juga ingin mengucap tahniah kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memimpin Kerajaan Perpaduan memasuki tahun ketiga.

Saya terus kepada inti pati perbahasan saya fokus kepada topik isu nasional.

Pertama, dasar pandang ke Borneo pernah dicadangkan di Dewan yang mulia ini. Sabah dan Sarawak memiliki sumber kekayaan semula jadi yang besar dan lokasi yang strategik.

Tambahan pula, Indonesia telah mula memindahkan pusat pentadbirannya ke Kalimantan, membuka peluang ekonomi yang luas bagi wilayah ini.

Faktanya, keseluruhan populasi di Kepulauan Borneo berjumlah mencecah 23 juta setara dengan populasi di Semenanjung Malaysia. Populasi besar ini memberi kelebihan ekonomi yang signifikan, khususnya kepada Sarawak yang kaya dengan sumber alam.

Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan memperhalus dasar ini bukan hanya demi kepentingan Sabah dan Sarawak tetapi juga bagi kemajuan Malaysia secara keseluruhan. Pembangunan infrastruktur berkapasiti besar seperti lebuh raya amat penting untuk mengintegrasikan wilayah ekonomi di Borneo. Saya menghargai usaha kerajaan dalam menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak serta komitmen untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu.

Bagi memaksimumkan keupayaan infrastruktur ini, saya mencadangkan kerjasama erat dengan Brunei dan Indonesia dalam membangunkan rangkaian pengangkutan darat yang menghubungkan seluruh Borneo, termasuk lebuh raya dan sistem rel. Dalam hal ini, cadangan jaringan kereta api Borneo ataupun trans-Borneo railway perlu disegerakan bagi memastikan integrasi ekonomi yang lebih kukuh.

Di sini, saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai status projek ini. Bilakah kerajaan bercadang untuk melaksanakannya serta apakah kajian kebolehlaksanaan ataupun

draft • 4:25 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

feasibilities studies telah dijalankan? Jika direalisasikan, rangkaian infrastruktur ini akan memperluaskan pasaran, menarik pelabur serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat dan menjadikan Borneo sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing.

Perkara yang kedua menyentuh tentang dinamika terkini antara PETRONAS dan PETROS khususnya dalam isu aggregator gas tunggal di Sarawak. Kami berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penerangan mengenai aktiviti PETRONAS di Sarawak yang melibatkan PETRONAS dan PETROS di Dewan Rakyat pada pagi tadi. Saya menghormati falsafah Perdana Menteri dalam perkara ini. Beliau menekankan kewajaran dimeterai permuafakatan agar tatakelola, dasar dan pengembangan industri petroleum dan gas berteraskan MA63 dengan mengambil kira peranan PETROS di bawah Sarawak DGO.

Selaras dengan semangat federalisme, kita harus percaya bahawa kemajuan ekonomi Sarawak bukan hanya untuk kepentingan Sarawak semata-mata tetapi ia juga akan memberi kesan positif kepada pertumbuhan Malaysia secara keseluruhan.

Yang di-Pertua Speaker, izinkan saya memberi sedikit maklumat tambahan.

Sarawak dengan rizab gas asli yang besar mempunyai potensi untuk dimanfaatkan dalam memperkasakan ekonomi tempatan melalui nilai tambah industri gas dengan menyokong peralihan tenaga.

draft • 4:25 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

The Sarawak Gas Roadmap diperkenalkan untuk memperluaskan penggunaan gas, mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan arang batu serta menjamin bekalan yang stabil pada kos yang lebih rendah. Tambahan lagi, pembangunan infrastruktur seperti saluran paip, deep sea port dan hab lapangan terbang akan mengukuhkan eksport gas, meningkatkan pendapatan negara dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Menyambut aspirasi negeri Sarawak menceburi kegiatan industri minyak di Sarawak, strategi ini meletakkan keperluan PETROS sebagai aggregator gas tunggal di Sarawak.

Perkara ketiga. Kerajaan bercadang melaksanakan cukai karbon pada 2026. Namun, sebagai sebuah ekonomi yang bersifat carbon intensive, ia dijangka memberi kesan kepada pengeluar dan pengguna. Pelaksanaan cukai ini perlu dilakukan secara sistematik agar kesannya kepada pengeluar dan pengguna dapat diminimalkan.

Pengalaman negara lain mengingatkan kita akan pentingnya perancangan yang teliti.

Contohnya, Australia menarik balik cukai karbonnya akibat tentangan politik rentetan kegagalan kerajaan mengawal kesannya pada ekonomi. Manakala, di Jepun mengambil langkah yang sangat berhati-hati dengan mengenakan kadar rendah bagi memastikan kestabilan ekonomi. Oleh itu, kerajaan perlu menetapkan garis masa pelaksanaan yang jelas

draft • 4:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

agar semua pihak bersedia memastikan cukai karbon mencapai matlamatnya tanpa menjejaskan pertumbuhan dan kesejahteraan rakyat.

Perkara yang keempat. Pada tahun 2025, Malaysia akan sekali lagi memegang tampuk Kepengerusian ASEAN. Ketika ASEAN menghampiri 60 tahun, integrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota masih belum dimaksimumkan. Walau bagaimanapun- Walaupun kukuh sebagai komuniti ekonomi, cabaran struktur masih perlu ditangani. Negara anggota berkongsi segmen pasaran yang sama menyebabkan persaingan dalaman tinggi dan menyekat pertumbuhan pasaran intra-ASEAN.

Lebih membimbangkan, rakan dagang utama kebanyakan negara anggota bukan dari ASEAN sendiri mencerminkan integrasi dalaman yang lemah. ASEAN juga masih bergantung kepada rantaian bekalan global atau pun supply-chain economy dan juga masih dikenali sebagai ekonomi pengguna iaitu consumer society bagi barangan akhir dan teknologi tinggi, menjadikannya kurang berdaya saing dalam industri inovasi.

Malaysia perlu mengusulkan pelan hala tuju atau pun roadmap yang jelas melibatkan usaha untuk mentransformasikan struktur ekonomi ASEAN yang mampu keluar dari senario semasa. Dengan blueprint yang kukuh, ASEAN dapat meningkatkan daya saingnya di peringkat global, bukan sekadar sebagai pasaran pengguna tetapi sebagai peneraju industri inovasi dan teknologi tinggi.

Seterusnya, saya beralih kepada isu kawasan Parlimen Batang Sadong. Yang pertama iaitu saya ucapkan tahniah kepada KUSKOP kerana melaksanakan Program Pembangunan Premis Desa Tamu yang bertujuan merangsangkan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Ini dapat direalisasikan dengan menjadikan Tamu Desa ini sebagai pusat pertumbuhan ekonomi setempat yang memberi manfaat kepada peniaga dan penduduk dan menjadi platform yang memberi impak positif jangka panjang kepada peniaga kecil.

Sehubungan itu, saya mohon KUSKOP untuk mempertimbangkan pembinaan premis Tamu Desa di kawasan Parlimen Batang Sadong seperti yang dinyatakan dalam surat permohonan saya pada 28 Oktober yang lalu.

Yang kedua, mengenai sekolah daif. Pada perbahasan Belanjawan 2025 yang lepas, KPM memaklumkan pembinaan semula bangunan sekolah di Parlimen Batang Sadong iaitu Sekolah Kerajaan Sageng dan SMK Gedong dalam RMKe-12 Rolling Plan 2024. Walau bagaimanapun, Kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif untuk membiayai dan akan melaksanakan projek tersebut.

Rentetan dari perkembangan ini, KPM menyatakan dalam jawapan bertulis, sedang mengenal pasti projek sekolah bagi menggantikan kedua-dua projek tersebut yang telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat tapi akan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Saya mohon pencerahan dari pihak KPM, adakah projek yang sedang dikenal pasti ini nanti terletak

draft • 4:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

di kawasan Parlimen Batang Sadong? Memandang masih terdapat banyak sekolah daif di kawasan tersebut.

Jadi, sebagai penutup akhir kata, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik. Dengan ini, Batang Sadong mohon untuk menyokong.

draft • 4:30 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong, di atas ketepatan masa. Sekarang kita persilakan Yang Berhormat Maran.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, pertama kali, pertama sekali, saya bagi pihak seluruh rakyat Parlimen Maran tanpa mengira siapa mereka, Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain, mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya sebagai wakil mereka di Parlimen ini untuk pertama, menyokong Usul Menjunjung Kasih serta membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Upacara Perasmian serta Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas pada 3 Februari 2025 yang lalu.

Patik mendoakan moga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan kerabat Diraja sentiasa di bawah lindungan Allah. Amin. Menjunjung kasih, Tuanku. Daulat Tuanku! Terima kasih juga Yang di-Pertua kerana mengizinkan untuk saya membicara dan menyuarakan beberapa isu yang penting untuk kepentingan rakyat, terutama di kawasan Parlimen saya, Maran dan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, di antara perkara-perkara yang ingin saya ketengahkan ialah Titah dan harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya semua kita, mahupun kerajaan dan pembangkang, menjadikan Parlimen sebagai Dewan perhimpunan yang paling utama tertinggi, juga sebagai tempat atau pun gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal dan medan semak dan imbang atau check and balance ke atas urusan pentadbiran negara.

Akan tetapi kadang-kadang Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan hari ini, terutama pemimpin utama seperti Perdana Menteri sendiri, tidak mempunyai pemikiran terbuka. Begitu juga sebahagian Menteri dan penyokong kerajaan yang merupakan pemerintah negara, tidak menghayati Titah Tuanku agar menjadikan Parlimen sebagai medan semak dan imbang atau check and balance ke atas pentadbiran negara. Malah, kadang-kadang memperlekeh atau hilang rasional apabila menjawab pertanyaan Ahli-ahli Parlimen, terutama dari pembangkang.

Seolah-olah rasa dendam masih ada dan tidak boleh ditegur. Susah sangat ke nak terima

draft • 4:36 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

teguran daripada orang lain? Saya malu mempunyai pemimpin utama negara seperti ini. Malu macam kebudak-budakan.

Contoh, peristiwa yang dialami oleh Yang Berhormat Machang ketika dalam sesi MQT ─ soalan Menteri. Masa Pertanyaan Menteri baru-baru ini. Kalau direnung dan dinilai, apakah tindakan sedemikian menampakkan ciri-ciri kederhakaan? “Kalau takut dilambung ombak, jangan main di pantai”. Kalau tak sanggup berhadapan masalah dan teguran, jangan jadi pemimpin. Apatah lagi jadi Perdana Menteri.

Saya minta Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan, rasakan sedikit kepahitan sebagai pemimpin kerana banyak yang pahit-pahit itu sebenarnya menjadi ubat kepada kita.

Jangan bawa tabiat buruk sama ada- semasa anda semua menjadi pembangkang dahulu.

Saya sempat bersama mereka. Saya sempat dengan insiden yang dilakukan dahulu, yang amat memalukan saya dan negara. Usah sebut perarakan haram, merosakkan kereta polis dan lain-lain lagi. Malah ketika itu, kalau dah tak ada isu sangat dalam Parlimen, ada sampai usulkan potong RM10 gaji Menteri di semua kementerian semasa membahaskan bajet semata-mata untuk memalukan kerajaan.

draft • 4:36 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Maran, boleh minta penjelasan sikit?

draft • 4:36 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tetapi pembangkang hari ini...

draft • 4:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Maran, boleh saya sumbang pandangan sikit?

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya tak ada masa, tak cukup.

draft • 4:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tak, saya saja nak tanya.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tapi pembangkang hari ini ada adab sopannya.

draft • 4:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Apa pandangan ketika dulu Perdana Menteri, yang Pagoh jadi Perdana Menteri langsung tak datang sini jawab langsung pun.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat, ikutlah peraturan Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Kluang.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya tak izin, janganlah berdiri.

Saya dah lama Yang Berhormat...

draft • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, ini dah salah ini dari segi Peraturan 37(2) ini.

draft • 4:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Maran.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tapi pembangkang hari ini ada adab sopannya dan bukannya membabi buta untuk burukkan kerajaan, sepertimana yang ditegas awal lagi oleh Ketua Pembangkang dahulu, Larut, yang betul dan baik kerajaan

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

lakukan kami akan sokong. Tetapi yang tak betul, yang salah, kami akan tegur dan memberikan pandangan.

[Tepuk] Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang kedua ialah saya nak menyentuh tentang prinsip Rukun Negara kedua, “Kesetiaan kepada Raja dan negara”. Prinsip utama dalam sistem Raja berperlembagaan adalah ketaatan kepada institusi Raja-Raja sebagai payung kedaulatan negara. Apabila seorang pemimpin khususnya dalam kerajaan melanggar Titah Tuanku atau menyembunyikannya, ia akan bukan sekadar satu pelanggaran prosedur, ia adalah tindakan derhaka terhadap Titah Tuanku Sultan. Saya tak sebut mana Yang Berhormat, saya bukan sebut addendum tak ada, saya tak sebut pun.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Maran, ringkas Maran, ringkas Maran.

Ini bukan addendum ini.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Ya.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Maran, sebagai anak Pahang, sebagai orang Pahang, setuju tak Maran bahawa Tuanku Pahang telah ditampar dua kali oleh kerajaan hari ini. Yang pertama menyorok, yang kedua merayu terhadap apa yang diputuskan oleh mahkamah. Setuju tak Maran?

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya masuk dalam ucapan sayalah, soalan tambahan. Sebagai rakyat yang menjunjung institusi diraja, saya tegaskan bahawa Sultan bukan sekadar simbol tetapi pelindung kepada kestabilan, keadilan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya. Maka apabila ada pihak yang sewenangnya mengingkari Titah Baginda atau mengabaikan keputusan yang telah diperkenankan, ia bukan hanya satu tindakan biadab tetapi satu pengkhianatan terhadap sistem menjadi asas negara ini.

[Tepuk] Saya ingin bertanya, jika pemimpin tidak boleh menghormati keputusan dibuat oleh Tuanku Raja, bagaimana rakyat boleh yakin pemimpin ini akan dihormati oleh rakyat? Saya tegaskan di sini Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 adalah Sultan negeri saya. Saya, dicemar maruah saya apatah lagi dijatuhkan martabat Raja saya sebagai Sultan Pahang.

draft • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tuanku, Ampun Tuanku, selagi patik menjadi rakyat Kebawah Duli Tuanku, patik akan pertahankan seakhir hayat patik insya-Allah demi maruah dan negara dan sebagainya.

Dato’ Yang di-Pertua, perkhidmatan kesihatan, saya nak sebut sikit, masa tidak mengizinkan. Saya akan terus berjuang secara konsisten bagi mempertahankan cadangan pembinaan Hospital Maran yang telah diluluskan pada RMKe-11 semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri yang keenam.

Dato’ Yang di-Pertua, kejam dan zalim dan khianat kepada rakyat Maran. Dua kali Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, 20 bulan memerintah, cadangan Hospital Maran dihilangkan dua kali. Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah perkara ini. Ini untuk rakyat bukan

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

untuk saya. Masa Yang Berhormat Tan Sri Mahiaddin dan masa Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Perdana Menteri, Hospital Maran telah diwujudkan balik.

Pertama kali RM200 juta diluluskan ketika itu dan semasa Yang Berhormat Ismail Sabri Perdana Menteri, RM350 juta telah pun diluluskan. Apabila kerajaan baru ambil alih, PMX hari ini, hospital ini dihilangkan semula, apakah bentuk pengkhianatan yang dilaku oleh pemimpin negara kita? Berapa ramai rakyat di Maran ini perlu hidup...

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Maran.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Nanti dulu, nanti dulu.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Maran, adakah itu satu sorokan juga?

Satu sorokan, menyorok? Terima kasih Maran.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Sorok ini. Ini kes menyorok nama ini. Saya pernah membawa kes ini di dalam Parlimen dan ada Ahli belah sana menyatakan bahawa Yang Berhormat jangan sebut 36(7) sedangkan kes hospital ini telah pun disuarakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

[Dicelah] Derhaka lagi.

Jadi, mana maruah saya, di mana maruah kami rakyat Pahang?

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Maran, siapa derhaka Maran?

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kenapa kerajaan begitu zalim kepada rakyat? Dalam masa yang sama Dato’ Sri Najib walaupun dinafikan hak dia tetapi jasa yang dibina, diberikan Dato’ Sri Najib meluluskan pembinaan hospital ini telah dinafikan dan sekali lagi pengkhianatan dan kezaliman dilakukan kepada Dato’ Sri Najib. Sampai bilakah nak jadi pengkhianat negara, zalim kepada rakyat?

Akhir ini, saya dimaklumkan bahawa tapak yang dulu telah pun dipersetujui dan telah dibuat earthworks, kerja tanah, akhir ini telah diambil oleh pengkhianat-pengkhianat yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan satu projek yang lain. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai kerajaan tolong lihat, walaupun saya sakit hati tetapi kesakitan hati saya hanya saya seorang saja tetapi apabila rakyat telah sakit hati itulah sebabnya Maran kita tawan semua 4-0.

[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, saya ada beberapa isu lagi yang saya nak sebut ialah Akta Pembangunan Semula Bandar, ini satu lagi akta yang dicadangkan. Saya minta kerajaan kaji balik kerana jangan musnahkan, jangan hancurkan hak-hak yang dimiliki oleh rakyat miskin di bandar-bandar. NGO-NGO telah membangkitkan resolusi menolak cadangan akta ini kerana ia mengabaikan prinsip keadilan kepada pemilik asal.

Oleh itu, saya menyeru kita konsisten bersama dalam Dewan ini untuk menolak penggubalan Akta Pembangunan Semula Bandar demi melindungi hak rakyat, memastikan pembangunan yang benar-benar adil dan saksama dengan perundangan sedia ada dan saya minta kerajaan teliti betul-betul apa saja perubahan yang dilakukan supaya bukan saja kita membuat perubahan atas kepentingan kerajaan tetapi kita perlu membuat apa-apa

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

perubahan dalam undang-undang negara untuk kepentingan rakyat di negara kita ini. Ada lagi Dato’ Yang di-Pertua, boleh izinkan saya?

draft • 4:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Masa telah pun tamat Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya dengan ini menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda semasa merasmikan sidang Dewan...

draft • 4:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Maran.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Ranau.

draft • 4:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana telah memberi ruang untuk saya berbahas atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim bin Almarhum Sultan Iskandar di sidang Parlimen Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas pada hari ini.

Pertama, saya ingin katakan tentang penambahan kerusi Parlimen. Seingat kami di Sabah dan juga seluruh Malaysia kali terakhir pembahagian kerusi Parlimen ini pada tahun 2006. Di Dewan Undangan Negeri Sabah pula pada 2016 telah ditambah beberapa kerusi ke 73 untuk kerusi DUN. Jadi sudah tempoh matang dan sudah terlebih masa tempoh untuk sebenarnya pembahagian kerusi Parlimen yang baru pada setiap lapan tahun. Di sebab itu ada kenyataan baru-baru daripada Timbalan Perdana Menteri mengatakan mungkin tidak siap untuk persempadanan semula pada 2026.

Tapi saya merayu pada kerajaan supaya mengambil tindakan yang proaktif kerana kelewatan ini sungguh nyata. Sesuatu yang kelewatan yang sangat lama dan yang menafikan hak Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kerusi satu pertiga di dalam kerusi Parlimen ini.

Seperti yang telah dikatakan Sabak Bernam tadi, saya sangat setuju supaya bagilah kepada Sabah dan Sarawak satu pertiga kerusi kata beliau dan terima kasih kerana Sabak Bernam prihatin terhadap kami.

Untuk Ranau, saya minta tolong kalau boleh pihak SPR dan Kerajaan Malaysia membahagikan kawasan Ranau ini menjadikan tiga kawasan Parlimen yang baru. Sebab kenapa saya katakan yang demikian ialah Ranau ini lebih besar daripada gabungan antara Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, 11 MP di kawasan ini. Manakala kawasan kami di Ranau lebih besar daripada tiga kawasan ini, satu MP dengan kawasan yang sangat luas. Kalau pergi ke sebelah mahu 100 lebih kilometer, pergi ke timur pun ratusan kilometer dan ini kalau kerja – 11 orang yang kerja dalam kawasan begini memang mudah dan ringan.

Di samping itu, saya juga minta supaya dapat dibahagi tiga kerana Ranau terkenal, termasuk salah satu daerah miskin di seluruh Malaysia ini dan sebab itu dengan pembahagian tiga kerusi Parlimen untuk Ranau, serba sedikit dapat membantu untuk membangunkan daerah kami.

draft • 4:46 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Poin kedua yang ingin saya katakan ialah tentang berkenaan dengan jalan yang penting di kawasan Pekan Kundasang dan juga Pekan Ranau. Saya berterima kasih kepada – daripada kerajaan yang lalu berterusan kepada Kerajaan MADANI kerana telah membuat beberapa pakej Pan Borneo di Sabah dan pada tahun ini bermulalah daripada Telupid ke Ranau untuk pakej Pan Borneo ini.

draft • 4:46 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Saya alu-alukan kelulusan yang telah diberi kepada beberapa syarikat yang telah ditentukan untuk melaksanakan jalan Pan Borneo ini. Namun pada hemat saya, pertimbangan untuk membuat jalan daripada Telupid ke Ranau bagi saya tidak akan menyelesaikan masalah yang terdekat yang kami akan hadapi bagi di Pekan Kundasang dan juga di Pekan Ranau.

Sepatutnya saya sudah nyatakan ini di dalam mesyuarat tindakan daerah juga.

Sepatutnya tumpukan dulu penyelesaian yang perlu di kawasan Pekan Kundasang dan di Pekan Ranau. Sama ada ia menggunakan jalan bertingkat, sama ada ia menggunakan jalan alternatif atau mungkin kena buat terowong dan sebagainya tapi inilah tempat yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jika saya ambil kira tentang kos yang perlu dibelanjakan untuk pakej Pan Borneo daripada Telupid sampai ke Ranau, saya melihat bahawa sebenarnya dana ini sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kesesakan kerana Pan Borneo ini akan dibina Telupid ke Ranau tidak akan selesaikan masalah kesesakan yang berlaku di Pekan Kundasang dan di Pekan Ranau. Ini hanya akan menyelesaikan sebahagian kecil sahaja tetapi ertinya masalah sebenar itu tidak akan dapat diselesaikan. Kami inilah wakil rakyat selalu diserang oleh rakyat bila saja kesesakan berlaku, jam berlaku, perjalanan yang 10 minit boleh mengambil masa sampai enam jam.

Sebab itu saya minta pakar-pakar JKR kerana ini adalah jalan-jalan, jajaran jalan di bawah Persekutuan. Saya minta semua pakar-pakar yang ada dalam JKR, kementerian, mencadangkan bagaimana membuat jajaran jalan di kawasan Pekan Kundasang itu supaya tidak akan menjadi sesak lagi.

So, kalau ditunggu lagi siap Pan Borneo yang ada sekarang, tiga, empat, lima tahun lagi, selalunya wakil rakyatlah yang diserang sama ada wakil rakyat DUN atau wakil rakyat Parlimen. Kena WhatsApp lah ini masalah, berbagai-bagai masalah, berbagai-bagai hinaan yang kami terima. Sebab itu saya minta supaya bagi tumpuan kepada Pekan Kundasang dan Pekan Ranau bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan ini. Sebab itu saya berharap ada satu tindakan yang konkrit daripada kerajaan.

Juga saya berharap bahawa mengenai Hospital Daerah Ranau. Hospital Ranau, saya berharap bahawa benar-benar kerajaan akan membina hospital baharu gantian bertaraf pakar, di mana kapasiti 150 buah katil dan ini akan disegerakan. Sebenarnya pada tahun

draft • 4:50 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

2018 lagi saya sudah katakan. Di dalam Parlimen ini saya bertanya tentang hospital baharu dan mereka katakan tidak cukup pesakit. Sebenarnya sudah kadang-kadang melebihi kapasiti, kemampuan di Hospital Ranau. Pakar-pakar pula tidak ada di daerah Ranau untuk merawat pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pakar. Pada kali ini saya harap, ini dapat disegerakan. Jangan jadikan alasan tiada tapak sebab tapaknya sudah lama tersedia.

Seterusnya, berkenaan dengan Pelan Pembangunan Strategik Daerah Ranau. Kita berharap bahawa Kerajaan Persekutuan akan membantu Daerah Ranau tentang bagaimana membangunkan Daerah Ranau kerana kami telah pun ada Pelan Pembangunan Strategik Daerah Ranau 2040 di mana banyak ramai pihak yang terlibat daripada IDH, daripada pemegang-pemegang taruh, daripada semua cendekiawan yang ada di Ranau, daripada agensi-agensi terlibat.

Kami berharap bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneliti dokumen yang telah disediakan ini sebagai satu perancangan bersama antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan supaya daerah ini dapat dibangunkan dan kami juga dapat menikmati pembangunan yang lebih baik dan yang lebih setara dengan rakan-rakan kita di Semenanjung.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh tentang pembinaan jalan perancangan Nalumad. Ini sudah dikatakan sepatutnya masuk pembinaan tahun lalu tapi sampai sekarang, dengar-dengar mahu tender. Baru mahu tender. Telah dikatakan, dalam Parlimen ini dikatakan bahawa akan dilaksanakan tahun lalu tapi tiada. Jadi, saya harap ini bukan hanya khabar angin, tinggal khabar angin, tidak ada tindakan.

Saya mahu supaya kerajaan benar-benar melaksanakannya pada tahun ini. Begitu juga yang sepatutnya jalan yang telah dijanjikan pada tahun ini, Jalan Miruru, Mantapok dan Magandai minta supaya Kerajaan Persekutuan khususnya KKDW mengambil tindakan yang proaktif supaya projek ini dapat berjalan dengan baik.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh tentang sempadan wilayah laut Malaysia, Sabah. Saya minta supaya dapat diperkukuhkan lagi kerana ada isunya di sini. Pada 15 Jun 2024, Kerajaan Filipina memfailkan tuntutan perluasan wilayah pelantar benua dasar laut

(ECS) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Melalui pemfailan itu, Filipina secara jelas tidak menghiraukan sempadan wilayah Malaysia apabila memasukkan Sabah ke dalam unjuran garis dasar laut tersebut.

Sebab itu saya minta supaya kerajaan Malaysia lebih bersikap tegas, dirikan tugu di mana sempadan kita di lautan itu supaya mereka tidak senang-senang menceroboh kawasan persempadanan wilayah kedaulatan kita. Jangan biarkan hal ini berterusan seolah-olah negara kita tidak berapa begitu sayang kita di negeri Sabah. Membiarkan pihak lain mahu claim kita punya kawasan. Sebab itu kita berharap ada tindakan yang sungguh-sungguh, konkrit daripada kerajaan.

draft • 4:50 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Seterusnya sebagai penutup, kawan saya dari Beluran sudah keluar tapi saya suka sebenarnya mahu dia baca headlines in their — Dia sebut. Headline yang saya mahu dia baca pada 16 Februari 2025, Berita Harian, “Dakwaan rasuah ADUN Sabah: SPRM sahkan video tiada kredibiliti, tak boleh guna pakai.” Sebab itu kita minta supaya beliau jangan lagi dia baca headline yang salah. Baca headline yang betul daripada pihak SPRM sendiri. Sekian terima kasih. Saya menyokong Titah Diraja. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Ranau di atas ketepatan masa dan sekarang kita persilakan Yang Berhormah Seputeh.

draft • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberi kepada saya untuk memberi Ucapan Menjunjung Kasih kepada tuanku pada hari ini. Saya ingin membangkitkan beberapa isu dalam tempoh 10 minit ini. Pertama, pelantikan anggota pesuruhjaya dan ketua pengarah agensi kerajaan dengan proses yang lebih telus dan terbuka.

Pada bulan Januari yang lepas pada tahun ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

(PAC) Parlimen telah melawat ke Indonesia dan mengadakan kunjungan hormat dengan beberapa agensi Kerajaan Indonesia yang mempunyai fungsi yang agak sama dengan PAC iaitu Jabatan Audit Negara dan SPRM iaitu Badan Akuntabilitas Keuangan Negara, South East Asian Parliamentarians Against Corruption, Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia dan Komisi Pemberantasan Korupsi.

Dalam mesyuarat dengan badan-badan Kerajaan Indonesia ini, kami difahamkan semua anggota suruhanjaya dan jawatan tertinggi seperti ketua pengarah adalah dijalankan melalui proses pemilihan yang telus dan terbuka. Jawatan-jawatan ini dibuka kepada permohonan orang ramai. Selepas itu, satu jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan meneliti dan menapis kesemua permohonan tersebut.

Selepas itu, pemohon yang terpilih ataupun shortlisted akan disemak dan ditapis oleh beberapa jawatankuasa lagi. Baru ketua pengarah dan para anggota suruhanjaya dilantik secara rasmi. Saya berpendapat, ini memang proses pemilihan anggota suruhanjaya dan ketua badan berkanun yang inklusif yang patut dicontohi oleh Malaysia.

Saya difahamkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri memang membuka ruang kepada orang ramai untuk memohon jawatan anggota SUHAKAM melalui talian.

Tetapi selalunya pihak kerajaan kurang membuat publisiti berkenaan peluang permohonan tersebut sehingga ramai orang yang berminat tidak tahu tentang permohonan tersebut. Saya juga cadang kerajaan memberi peluang kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang berkaitan untuk memainkan peranan untuk mewawancara pemohon-pemohon

draft • 4:57 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

dan memberi maklum balas kepada kerajaan sebagai langkah untuk memperkasa institusi Parlimen.

Isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan ialah saya ingin tanya kepada pihak kerajaan. Kenapa sampai hari ini kerajaan masih menjual tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran?

Dalam kes Kampung Bohol, tanah kerajaan di sekeliling kolam takungan banjir Kampung Bohol, dijual dengan harga RM74 kaki persegi iaitu 25 peratus lebih rendah daripada tanah di Taman Kinrara yang dijual pada RM300 satu kaki persegi iaitu kawasan di sebelah kolam takungan banjir Kampung Bohol.

draft • 4:57 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dalam kes tanah rizab polis di Taman Desa, dalam lot 54780 yang dijual kepada pihak swasta untuk mendirikan kondominium pula, tanah yang seluas 0.86 ekar itu dijual dengan harga RM1.91 juta iaitu lebih kurang RM50.72 satu kaki persegi. Manakala tanah di sebelah lot tersebut ialah kondominium Kensho Residence yang masih dalam pembangunan.

Saya difahamkan pemaju Kondominium Kensho Residence membeli tanah itu dengan harga RM334.45 satu kaki persegi pada tahun 2016. Perbezaannya ialah RM283.73 satu kaki persegi iaitu 6.6 kali ganda lebih rendah daripada harga pasaran dan harga tanah di sebelahnya. Soalan saya ialah kenapakah dua keping tanah yang bersebelahan ini dijual dengan harga yang jauh berbeza?

Kalau kerajaan ingin jual tanah lot 54780 tanah rizab polis kepada pihak swasta, ia haruslah dijual pada harga pasaran. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan mengorbankan tanah rizab polis yang sepatutnya digunakan untuk mendirikan Balai Polis Brickfields dan dijual kepada pemaju untuk tujuan pembinaan kondominium dengan harga yang 6.6 kali lebih rendah daripada harga pasaran.

Di sini saya ingin beri dua cadangan kepada kerajaan. Satu ialah ambil balik tanah lot 54780, tanah rizab polis di Taman Desa daripada pihak swasta dan gantikan dengan tanah ataupun projek yang lain.

Kedua ialah Kerajaan Persekutuan haruslah membuat ketetapan untuk henti penjualan dan pemberi milikan tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kepada pihak swasta khususnya tanah untuk tujuan pembangunan kondominium kerana Kuala Lumpur memang mengalami pembangunan yang berlebihan, overdevelopment.

Selain itu, sekiranya kerajaan hendak jual tanah kerajaan kepada pihak swasta, ia mesti dijual dengan harga pasaran dan bukannya harga istimewa yang jauh rendah daripada harga pasaran kepada pihak swasta.

Isu yang ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah pada tahun berkenaan dengan ASEAN dan juga Myanmar. Pada tahun 1997, Malaysia memainkan peranan yang aktif membawa Myanmar untuk menyertai ASEAN dalam ASEAN Ministerial Meeting di Subang

draft • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jaya tetapi sehingga hari ini konflik dalaman Myanmar yang masih berterusan menyebabkan lebih warga Myanmar melarikan diri ke negara-negara jiran termasuk Malaysia.

Pada tahun 2021, Military Myanmar menjalankan rampasan kuasa yang ganas selepas ia kalah dalam pilihan raya. Sekarang kuasa pro-demokrasi Myanmar mengawal lebih 50 peratus dalam Myanmar, manakala rejim military hanya mengawal 20 peratus dalam negaranya sahaja. Kerajaan Myanmar yang kalah sekarang memaksa lelaki dan wanita muda untuk menyertai pasukan tentera.

Saya faham kerajaan akan henti mengusir warga Myanmar di negara kita untuk balik ke Myanmar kerana pelarian yang diusir oleh kita bukan sahaja akan dimasukkan ke penjara tetapi ramai akan dijadikan askar paksaan untuk menentang kumpulan pro-demokrasi di Myanmar.

Ramai anggota NGO yang prihatin dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada kumpulan pelarian rasa lega untuk membaca jawapan Parlimen kepada saya pada 12 Februari tahun ini yang menyatakan kerajaan bercadang untuk menyediakan beberapa panduan sosial kepada pelarian Myanmar yang berdaftar dengan kerajaan dan UNHCR termasuk kebenaran bekerja secara sah di Malaysia di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka

(Semakan 2023).

Keputusan ini adalah lama dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana ia bukan sahaja mengurangkan konflik di dalam Myanmar tetapi ia juga akan memenuhi keperluan pekerja asing di negara kita. Tetapi soalan yang ditanya-tanyakan oleh orang ramai ialah apakah garis masa bagi kerajaan untuk melaksanakan Arahan Majlis Keselamatan Negara No.23? Apakah kerajaan mengadakan libat urus dengan APPGM di Parlimen dan juga NGO- NGO yang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di negara kita sebelum kerajaan mengumumkan dasar secara terperinci?

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menyeru Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, kita akan memainkan peranan sebagai jambatan di antara rejim military dan kumpulan pro-demokrasi di Myanmar dan juga memainkan peranan untuk memupuk perdamaian di dalam Myanmar.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin tanya pihak kerajaan tentang pembangunan bandar Malaysia di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ibu negara Kuala Lumpur sepatutnya dibangun untuk menjadi bandar green nyaman CO2–free dengan penggunaan kereta elektrik dan pengangkutan awam. Cadangan bandar Malaysia sekarang ini adalah terlalu ambitious dan akan merosakkan kecantikan Kuala Lumpur.

Pelaburan sebanyak RM12 bilion oleh KLCC Holdings nampaknya akan digunakan untuk membina projek mewah dan seperti shopping complex, menara tinggi di Sungai Besi dan saya khuatir Kuala Lumpur dengan shopping complex yang berlebihan ini akan jadi slump

draft • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

area macam cerita Batman Gotham City. Saya cadangkan supaya idea Bandar Malaysia dilaksanakan di luar Kuala Lumpur misalnya di daerah-daerah Selangor yang bersempadan dengan Perak kerana trafik di Kuala Lumpur sekarang sudah tepu.

Banjir kilat berlaku hampir tiap-tiap bulan dan aliran sungai yang sedia ada sudah tidak dapat menampung air yang disebabkan oleh pembangunan yang terlalu pesat. Jadi, saya juga ingin kerajaan memberi maklumat kepada di Dewan yang mulia ini tentang konsep bandar Malaysia ini.

Akhirnya ialah secara ringkas Tuan Pengerusi, saya hendak minta Menteri Perladangan dan Komoditi memberi penjelasan kepada kita sama ada memandangkan tanah RRI yang pernah dilibatkan dalam skandal kewangan sebelum ini telah berlaku, saya dengar khabar angin bahawa yang pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang mempunyai hartanah yang sangat banyak di Kuala Lumpur dan nampaknya sekarang kerajaan akan membangunkan tanah-tanah ini. Jadi saya berharap kementerian akan memberi penjelasan kepada kita semua di Dewan yang mulia ini tentang apakah hala tuju kerajaan terhadap tanah-tanah LGM? Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.

Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Lumut.

draft • 5:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sekadar renungan, Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 25. “Dan sebaliknya orang-orang yang merombak, mencabuli perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara- perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu beroleh laknat dan mereka pula beroleh balasan hari kiamat yang seburuk-buruknya.” Agar begitu nasihat.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Dirajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang penuh berwawasan dan berpandangan jauh. Saya juga mendoakan agar Tuanku dipermudahkan urusan perubatan dan dikurniakan kesembuhan segera. Dalam Titah Baginda telah menyentuh pelbagai isu penting bagi memastikan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat termasuklah penghargaan kepada perkhidmatan anggota keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia.

Saya sebagai seorang veteran, perkara utama yang saya ingin menumpukan perhatian adalah mengenai veteran ATM. Veteran adalah golongan yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara. Titah Diraja ini adalah panggilan kepada kita semua untuk memberikan perhatian lebih mendalam terhadap nasib pejuang negara yang sering di pinggir dalam arus pembangunan nasional.

draft • 5:08 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Saya juga ingin menarik perhatian bahawa perbahasan mengenai isu veteran ATM ini akan saya turut bahaskan berdasarkan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang menjadi pegangan kerajaan semasa. Pertama adalah mengenai kebajikan dan sokongan sosial. Saya menyeru agar denyut nadi rakyat dihayati sepenuhnya dan ini termasuk kebajikan veteran ATM yang masih menghadapi cabaran dari segi faedah persaraan, kos rawatan kesihatan dan peluang pekerjaan selepas tamat perkhidmatan.

draft • 5:08 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Saya menyeru kerajaan agar memberikan kebajikan mereka sebagai salah satu fokus utama dengan memperkenalkan dasar dan skim yang lebih menyeluruh dalam pelaksanaan kerangka MADANI. Sebagai contoh, skim jaminan pendapatan untuk memastikan semua veteran ATM mempunyai pendapatan minimum yang mencukupi.

Keutamaan juga perlu diberikan kepada veteran wanita serta pasangan veteran terutama yang menjadi ibu tunggal untuk turut mendapat perhatian dan peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kedua, mengenai peluang latihan dan pekerjaan. Sebagai salah satu isu utama, peluang pekerjaan untuk veteran ATM sering kali terbatas walaupun mereka memiliki kemahiran dan pengalaman yang luas. Program latihan semula atau reskilling, dengan izin dan pemadanan pekerjaan perlu diperluas agar mereka dapat kembali menyumbang kepada ekonomi negara.

Veteran ATM khususnya mereka yang masih dalam usia produktif, harus dilibatkan secara aktif dalam program-program latihan semula dan pembangunan kemahiran. Saya mencadangkan, pertama, latihan kemahiran berteknologi tinggi dengan menyediakan kursus latihan semula dalam bidang teknologi dan perindustrian yang selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Kedua, tambahan pusat latihan peralihan iaitu menyediakan alternatif kepada PERHEBAT agar bakal veteran akan mempunyai lebih pilihan selain persaingan pusat latihan akan mewujudkan produk yang lebih baik dan menguntungkan veteran akhirnya. Cadangan ketiga ialah penglibatan sektor keusahawanan dengan memberikan insentif khas untuk membantu veteran ATM memulakan perniagaan kecil dan sederhana.

Seterusnya, saya ingin menyentuh isu tuntutan pelarasan pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Selepas pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024, jurang pencen antara veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013 telah menjadi semakin besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dengan hormatnya ingin memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan semua Ahli Dewan yang mulia ini memberi sokongan penyelarasan

draft • 5:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 [Tepuk] di selaras seperti mana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 5 Februari 2024 iaitu kesemua defendan yang telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972 dan kegagalan masing-masing untuk melakukan penyelarasan pencen yang baru untuk semua pesara Angkatan Tentera Malaysia yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Kesemua pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 tersebut berhak diselaraskan pencen masing-masing mengikut kadar atau cara seperti mana yang diselaraskan pencen kesemua pesara Angkatan Tentera Malaysia yang bersara selepas 1 Januari 2013.

Kes penyelarasan pencen pesara ATM ini telah dibawa ke mahkamah dalam perkara Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 4, 5, 8, 41, 132, 137 dan 147 dan Akta Angkatan Tentera 1972 khususnya seksyen 187.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan awam termasuk Angkatan Tentera Malaysia iaitu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada tentera darat, laut dan udara adalah penting dan istimewa kerana sifat pekerjaan itu yang menggalas tanggungjawab yang besar bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin terutamanya dari ancaman luar.

Hal ini juga boleh dilihat melalui Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan terletak di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Jasa pengorbanan dan pelbagai risiko yang dihadapi oleh veteran angkatan tentera semasa darurat, konfrontasi, Tragedi 13 Mei dan lain-lain operasi yang bersara sebelum 1 Januari memang sangat mencabar dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, nyawa dan darah mereka sebagai taruhan di sepanjang jangka waktu berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun.

Merekalah yang melalui pahit getir mempertahankan kedaulatan negara di darat, laut dan udara khususnya mengawal wilayah perairan negara yang kaya dengan hasil minyak dan ditakluki oleh negara jiran. Mereka telah menyumbang keselamatan, keamanan dan kestabilan negara kita Malaysia yang tercinta yang kini sedang dinikmati oleh lebih 34 juta rakyat Malaysia.

Mereka yang menuntut seramai lebih kurang 78,546 orang sahaja yang telah dinafikan hak sejak Akta Penyelarasan Pencen 2013 dikuatkuasakan. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, hak penyelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari ini telah dinafikan meskipun Akta Angkatan Tentera 1972 seksyen 187 dan Peraturan- peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah) 1982 telah diwartakan

draft • 5:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

melalui warta kerajaan pada 29 April 1982. Tidak pernah dipinda atau dibatalkan. Mereka bukan mohon kebajikan atau kenaikan pencen tetapi mohon hak yang telah dinafikan.

Mohon semua Ahli Dewan Rakyat yang mulia ini menyokong penyelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 ini dibayar dengan seberapa segera.

[Tepuk] Saya juga mencadangkan kerajaan tidak meneruskan tindakan rayuan di mahkamah bagi membuktikan kerajaan ini betul-betul prihatin, ikhlas dan berasa bertanggungjawab dengan tuntutan hak veteran tersebut.

Perkara kedua yang saya ingin sentuh ialah mengenai memperkasakan industri maritim Malaysia. Kerajaan Malaysia telah mengikat perjanjian dengan firma perkapalan STM Turki untuk membina empat buah kapal LMS untuk TLDM bagi mengurangkan [Tidak jelas] .. kelemahan pertahanan laut kita yang semakin – yang berlaku disebabkan kegagalan projek LCS siap menepati masa.

Semasa lawatan Presiden Turkiye, Mr. Edrogan ke Malaysia, satu kenyataan akhbar telah disiarkan iaitu Kerajaan Malaysia akan membina kapal multi-purpose mission ship untuk APMM dan multi-role support ship untuk TLDM di Turkiye. Ini amat mengecewakan pelaksana industri maritim Malaysia yang telah lama bergiat dalam industri pembinaan kapal dan kerja- kerja selenggaraan kapal di Malaysia.

Seramai 10,000 pekerja mahir di Malaysia akan terbiar dan mensia-siakan pengalaman, pengetahuan dan keupayaan mereka jika kerajaan tidak mempercayai kebolehan mereka dan terus menerus memberikan projek pembinaan kapal kepada negara luar. Janganlah kerajaan mengamalkan peraturan touch and go dengan industri tempatan.

Tanpa sebarang kolaborasi jangka panjang strategik dengan penyedia dan perkhidmatan teknologi yang berwibawa dan berkebolehan mengendali aset pertahanan tempatan akan terus dikekang dengan sokongan teknologi ad hoc dan bergantung kepada kepakaran asing yang sangat mahal.

Kolaborasi jangka panjang strategik adalah pemilik pengendali aset pertahanan dengan OEM dan perkhidmatan tempatan yang telah ditapis darjah keselamatannya hendaklah diambil kira penglibatan dalam kejuruteraan semula dan pembangunan dan termasuk reka bentuk aset dan penyepaduan sistem sebelum pengeluaran tempatan.

Adakah end user iaitu TLDM dan APMM mempunyai suara untuk memilih teknologi tempatan yang telah terbukti keupayaannya? Adakah MINDEF dan KDN menekankan pilihan utama adalah produk tempatan untuk diletakkan dipasang di atas kapal-kapal aset kerajaan ini?

Saya juga ingin bertanya, apakah status siasatan projek LCS? Bilakah dan sudahkah tindakan-tindakan yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang lepas diambil? Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Lumut di atas ketepatan masa tersebut. Sekarang kita persilakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Dato' Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Menjunjung kasih Tuanku dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran, Pulai ingin menjunjung kasih dan merakam setinggi- tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas limpah perkenan Baginda merasmikan pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Malaysia yang ke-15. Semoga Tuanku diberi kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya.

Pulai ingin menyentuh beberapa perkara khususnya berkenaan dengan perjawatan di dalam KKM khususnya doktor dan juga nurse yang sering diperkatakan di luar. Pulai ingin membangkitkan masalah perkhidmatan doktor di hospital kerajaan. Kita bercakap tentang masalah ketidakpastian lantikan tetap, ketidakcukupan jawatan dan ketidaktelusan dalam pengurusan sumber manusia yang mengakibatkan ramai doktor muda hilang motivasi, malah ada yang meninggalkan perkhidmatan awam.

Alhamdulillah, Menteri Kesihatan pun ada di sini. Terima kasih. Pertamanya, KKM perlu segera mengumumkan keputusan lantikan tetap bagi pegawai perubatan yang sudah lama menunggu. Apa yang lebih mengecewakan sehingga kini, sistem pemarkahan untuk lantikan tetap masih tidak didedahkan. Mengapa begitu lambat? Adakah terdapat sesuatu yang ingin disorokkan? Jika tiada, maka dedahkanlah sistem pemarkahan ini supaya setiap pegawai perubatan boleh memahami bagaimana mereka dinilai. Ketelusan ini penting untuk menggalakkan sebarang syak wasangka dan memastikan keadilan dalam proses pemilihan.

draft • 5:18 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Keduanya, KKM perlu menyediakan manpower dashboard yang telus dan boleh diakses bagi memastikan setiap penempatan dibuat secara adil berasaskan keperluan dan bukan sekadar keputusan yang tertutup.

Ketiga, proses pertukaran dan penempatan perlu lebih cekap dan mesra pegawai, bukan dipenuhi birokrasi yang tidak perlu. KKM juga mesti lebih agresif dalam mendesak JPA untuk menambah bilangan jawatan tetap supaya doktor tidak terus terperangkap dalam sistem kontrak yang merugikan negara. Selain itu, elaun kerja luar waktu rasmi perlu dikaji semula agar lebih adik dan tuntutan on call diberikan kepada semua pegawai yang bertugas termasuk mereka yang kini terpaksa bekerja tanpa bayaran tambahan.

Namun, masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh KKM sahaja. Bukan sahaja Menteri Kesihatan tetapi JPA juga perlu memainkan peranan. JPA perlu segera menambah jawatan tetap agar ada laluan kerjaya yang jelas untuk doktor muda ini. Skim kenaikan

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

pangkat perlu mengikut skop kerja dan pengalaman sebenar, bukan sekadar time-based yang rigid dan tidak praktikal. Fleksibel waktu kerja perlu diberi perhatian. Doktor bukan bekerja di pejabat sembilan pagi hingga lima petang, tetapi berdasarkan keperluan pesakit.

Jadi, sistem waktu perlu lebih anjal.

Lebih membimbangkan adalah doktor di Malaysia masih jauh ketinggalan dalam soal imbuhan berbanding dengan jiran seperti Singapura. Doktor di Malaysia menerima RM220 untuk on call 24 jam pada hari Sabtu sedangkan di Singapura jumlah SGD480 lebih daripada lapan kali ganda bayaran di negara kita. Di Malaysia tiada insentif prestasi, tiada ganjaran bagi doktor yang menunjukkan pencapaian cemerlang, sebaliknya di Singapura mereka boleh mendapat insentif beberapa bulan gaji berdasarkan prestasi kerja.

Lebih teruk lagi adalah doktor yang lulus peperiksaan kepakaran di Malaysia, masih perlu menunggu berbulan-bulan sebelum mendapat gaji pakar sedangkan di Singapura kenaikan gaji diberikan serta-merta selepas sahaja peperiksaan itu lulus. Malah, doktor di Malaysia tiada peruntukan khas untuk menghadiri kursus latihan sedangkan di Singapura setiap doktor yang mempunyai dana individu untuk latihan dan perkembangan kerjaya mereka.

Doktor di Malaysia tidak meminta gaji yang sama dengan doktor di Singapura kerana mereka faham kedudukan ekonomi negara. Tetapi sekurang-kurangnya berilah keadilan dalam tuntutan on call kepada semua doktor di seluruh negara. Tiada alasan mengapa sesetengah doktor boleh menuntut, manakala yang lain terpaksa bekerja tanpa bayaran tambahan. Jika jiran kita boleh menghargai doktor mereka, tentulah kita boleh lebih lagi menghargai mereka.

Yang kedua pula ingin menyentuh berkenaan dengan masalah jururawat ini.

Terdapat lebih 95 peratus jururawat telah membantah kenaikan masa bekerja daripada 42 jam kepada 45 jam Dato’ Speaker. Alasan adalah boleh meningkatkan risiko kesihatan hasil daripada tekanan kerja, keletihan fizikal dan mental boleh membawa kepada risiko kecuaian, kurangnya masa bersama keluarga dan risiko kemalangan semasa pergi dan balik kerja.

Alasan tambahan tiga jam seminggu daripada JPA adalah untuk kesamarataan dengan pegawai awam yang lain pula ingin menjejaskan beban kerja jururawat adalah berbeza dengan kakitangan awam yang setara dengannya.

Terdapat tujuh perbezaan ini. Pertamanya, hospital berfungsi 24 jam. Jururawat bekerja mengikut shift pagi, petang dan malam tetapi mereka tiada shift malam berbeza dengan kakitangan awam bekerja pada waktu pejabat sahaja.

Kedua, kakitangan awam bercuti dua hari seminggu tetapi jururawat hanya dapat cuti satu hari seminggu.

Ketiga, kakitangan awam bercuti pada setiap Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu. Tetapi jururawat cutinya tidak menentu, rehat bersama keluarga terhad. Mungkin jika

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

suami dan anak bercuti pada Sabtu dan Ahad, tetapi jururawat sebagai isteri bercuti pada hari Selasa, mungkin juga Rabu, mungkin juga Khamis, tidak tentu cuti ini menyukarkan mereka untuk bersama-sama bercuti.

Keempatnya adalah kekurangan jururawat menyebabkan mereka dipaksa kerja untuk over time dan juga on call.

Kelima, jururawat ini adalah kebanyakannya adalah wanita. Perubahan masa balik bertugas daripada jam 9 malam kepada 10 malam akan menyukarkan urusan penjagaan anak dan membahayakan mereka dalam perjalanan balik lewat malam.

Keenam, kakitangan awam ada waktu rehat, antara 1-2 petang contohnya tetapi jururawat tiada masa rehat walaupun kerja mereka 45 jam. Alasannya adalah mereka sukar untuk berehat dalam keadaan pesakit-pesakit dan dalam kecemasan ataupun pesakit ini dalam keadaan nazak. Tidak mungkinlah jururawat ini bila ada kes kecemasan ini, dia kata saya tak boleh lakukan kerja ini kerana ini adalah waktu rehat mereka. So, mereka terpaksa juga bekerja walaupun dalam keadaan mereka diberi masa untuk berehat.

Ketujuh, ini saya dapat maklumat juga yang terkini bahawa sebenarnya pusat penjagaan anak-anak ini mereka lebih mudah menerima anak-anak bagi pekerja kakitangan awam tetapi tidak kepada nurse ini. Umpamanya dia lebih mudah untuk menerima anak- anak daripada anak guru, anak kerani dan sebagainya tetapi tidak kepada jururawat kerana jururawat ini tidak tentu masa kerjanya, ada shift malam dan cutinya tidak menentu. Siapa yang mahu menjaga anak seorang jururawat yang kerjanya tidak tentu masanya.

Inilah perbezaan antara pekerja-pekerja dari daripada sektor awam biasa dan jururawat. Ternyata tugas kakitangan awam berbeza dengan beban tanggungjawab jururawat, maka hujah menyamaratakan waktu bekerja kakitangan awam dengan jururawat kepada 45 jam tidak boleh diterima. Keadilan itu bukan bermaksud sama rata, tetapi yang lebih tepat adalah meletakkan satu perkara itu pada tempatnya. Maka berikanlah hak jururawat untuk bekerja selama 42 jam seminggu.

Seorang jururawat dengan tambahan tiga jam seminggu, satu bulan berjumlah 12 jam. Bermaksud satu bulan kita telah mengambil masa rehat jururawat sebanyak lebih daripada satu hari. Ini adalah tekanan sebenar kepada jururawat kita. Sepatutnya KKM dan JPA melaksanakan agenda menambah bilangan jururawat dan memastikan mereka selesa bekerja bukannya menambahkan beban tugas kepada mereka.

Pada waktu ini, KKM masih kekurangan jururawat. Pulai sangat khuatir tekanan kerja mereka akan menyebabkan lebih ramai yang berhenti dan jururawat baru lebih berminat bekerja di luar negara. Trend menunjukkan peningkatan setiap tahun berlaku dan juga Pulai mengingatkan bahawa 60 peratus daripada petugas KKM pernah berpengalaman burn out. Maka itu, Pulai mencadangkan arahan kerja 45 jam kepada jururawat pada 1 Mac 2025 ini dapat ditangguhkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya minta sedikit Dato’ Speaker untuk cerita sedikit masalah di dalam Parlimen Pulai sedikit. Nanti orang Pulai marah sama saya, Speaker. Masalah peruntukan di Masjid Al-Faizun, Kempas. Pada 13 Januari 2025, Jawatankuasa Masjid Al-Faizun Taman Kempas telah menerima surat daripada ICU menyatakan permohonan peruntukan menaik taraf masjid tidak dapat ditimbangkan. Sebab-sebab penolakan tidak dinyatakan.

Ahli kariah Masjid Al-Faizun, Kempas menunggu peruntukan ini sejak tahun 2018, sudah hampir 10 tahun berlalu. Mereka perlukan sebuah masjid yang baru yang lebih besar dan selesa sesuai dengan kepadatan penduduk setempat. Pulai merayu lagi sekali dengan kerajaan agar dapat pihak kerajaan memperuntukkan bajet yang bersesuaian yang berkelayakan dengan Masjid Al-Faizun, Kempas. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Pulai, merangkap Pengerusi Select Committee Kesihatan Parlimen. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Piai.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada hari ini.

draft • 5:29 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan Titah Tuanku yang amat menekankan elemen berkaitan teknologi tinggi dan digital. Seiring dengan perkembangan pantas teknologi maklumat global, tidak ada satu bahagian di dunia pun tidak terkesan dengan kepantasan perkembangan teknologi ini termasuk kita di Malaysia. Hari ini, dunia lebih banyak berkisarkan tentang kecerdasan buatan atau AI. Persaingan AI di peringkat global juga menjadi semakin sengit sebagaimana dunia baru-baru ini menjadi semakin digemparkan dengan pengenalan Open Source AI.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] DeepSeek oleh China yang ternyata telah berjaya menyaingi ChatGPT yang dibangunkan oleh negara Barat dengan kos yang lebih murah. Perkembangan perang teknologi AI ini perlu bijak dimanfaatkan oleh Malaysia. Saya berpendapat, berpandangan, tidak perlu kita keliru memilih DeepSeek ataupun ChatGPT. Sebaliknya, kita memanfaatkan kemajuan AI ini kepada industri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai contoh, kepesatan pembangunan pusat data di Malaysia seperti di Johor dan Selangor akan dapat dipacu ...

draft • 5:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tanjong Piai.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

... dengan lebih baik hasil persaingan ...

draft • 5:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tanjong Piai, minta sikit boleh? Mencelah sikit.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Sikit sahaja ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sikit sahaja. Okey, dalam AI ini sebenarnya, content AI dalam bahasa Malaysia ini, kalau ikut daripada data yang kita ada, pada tahun 2025, hanya ada 0.12 peratus sahaja berbanding dengan content dalam bahasa Inggeris sebanyak 49.2 peratus. Setujukah Tanjong Piai kalau kita perlu memberikan fokus untuk menambah content bahasa Melayu dalam AI ini?

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya setujulah. Biar nanti Menteri menjawab ya. Oleh yang demikian, sejauh manakah kesediaan kita untuk membenarkan persaingan teknologi AI di antara DeepSeek dan ChatGPT ini di dalam industri-industri kritikal di Malaysia seperti industri pusat data? Malah dalam memandang jauh ke hadapan, anak- anak kita juga perlu dipersiapkan dengan ilmu teknologi AI ini. Satu masa nanti, sudah pasti AI akan menguasai aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bertitik tolak dari itu, saya ingin berkongsi sebahagian daripada usaha saya selaku Ahli Parlimen dalam mengadaptasikan kemajuan AI di kawasan luar bandar iaitu baru-baru ini, saya telah melancarkan sebuah AI e-Book library untuk kegunaan masyarakat terutama para pelajar di Parlimen Tanjong Piai dari darjah satu hingga darjah enam melibatkan 10,000 pelajar bagi memudahkan mereka membuat rujukan pembelajaran subjek yang berkaitan tanpa perlu mengunjungi perpustakaan secara fizikal.

Oleh itu, saya ingin tahu apakah langkah-langkah dan perancangan pihak kementerian untuk segera memberi lebih pendekatan berkaitan kemajuan AI ini ke segenap peringkat masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu penukaran nama pemilik bot yang membabitkan nelayan di bawah Persatuan Pusat Perusahaan-perusahaan Ikan Malaysia. Saya telah dimaklumkan oleh pihak persatuan bahawa sebahagian daripada pemilik bot nelayan zon B dan B1 masih belum menukar pemilikan mereka kepada zon C memandangkan ramai pemilik bot hanya mampu membayar sebahagian daripada harga pemilik bot tersebut. Oleh sebab ramai pemilik bot masih tidak mampu untuk membayar secara penuh, maka kebanyakan penjual bot enggan memindahkan pemilikan nama mereka.

Mengeruhkan lagi keadaan, nelayan ini juga dimaklumkan pada ketika ini, bot nelayan zon B mesti memindahkan operasi mereka dari lapan batu nautika kepada 15 batu nautika iaitu ke zon C. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, di kawasan laut sejauh 15 nautika berkenaan mempunyai arus yang sangat deras serta ditambah angin kencang dan ombak yang kuat. Bagi bot nelayan dengan kuasa kuda yang kecil, persekitaran operasi ini

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

amat mencabar memandangkan bot nelayan tidak dapat membuang pukat dengan berkesan dan kadar tangkapan juga menjadi rendah.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan bagaimanakah kementerian dapat membantu mempertimbangkan mekanisme yang lebih memudahkan nelayan ini dalam menguruskan pertukaran pemilikan mereka dan apakah pandangan kementerian berhubung permintaan nelayan ini agar mengekalkan zon operasi mereka di zon B dan B1 walaupun setelah pertukaran hak milik bot diselesaikan.

Dalam pada itu, pelaksanaan e-invois juga menjadi satu lagi beban tambahan kepada para nelayan ini. Dengan ketidaktentuan harga ikan di pasaran serta ditambah masalah kelembapan yang memberi kesan kepada berat hasil laut yang dibawa naik, ramai dalam kalangan nelayan masih keliru untuk menggunakan data yang tepat bagi menggunakan sistem e-invois dengan sepenuhnya. Oleh yang demikian, saya ingin tahu sejauh manakah kementerian dapat membantu melancarkan pelaksanaan e-invois ini dalam kalangan nelayan dan apakah kementerian mempertimbangkan untuk mengecualikan pelaksanaan e-invois kepada nelayan dan mereka yang terlibat dalam industri perikanan ini.

Isu yang seterusnya Puan Yang di-Pertua, saya ingin beralih secara ringkas kepada keresahan yang disuarakan oleh para pemain industri kecil dan sederhana (IKS) daripada Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association susulan jangkaan pelaksanaan peningkatan tarif elektrik bermula Julai kelak. Biarpun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan respons bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan jangkaan pelaksanaan tarif baharu ini dan hanya industri tertentu sahaja yang akan dikenakan. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah pemain industri kecil yang membabitkan makanan dan minuman seperti pemilik coffee shop akan turut dikenakan tarif baharu ini?

Saya yakin jika pemain industri ini dikenakan tarif baharu berkenaan, pasti kita sebagai consumer juga akan menerima tempiasnya dengan peningkatan harga barangan.

Oleh itu, adakah kerajaan mengambil kira perkara ini dan apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada pemain industri makanan dan minuman termasuk mengecualikan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini?

Tuan Yang di-Pertua, satu isu lagi yang amat penting iaitu kadar bantuan subsidi hemodialisis yang rendah di Malaysia. Memandangkan Malaysia sedang meneliti untuk membaharui modul pembiayaan penjagaan kesihatan kebangsaan dalam menangani isu kritikal yang mempengaruhi sistem penjagaan kesihatan kita, kadar bantuan subsidi hemodialisis yang rendah di Malaysia memberi impak yang mendalam terhadap pusat-pusat dialisis swasta juga harus diberi perhatian. Setakat ini, kadar bantuan untuk rawatan hemodialisis pada pusat dialisis swasta adalah berbeza antara setiap organisasi.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Sebagai contoh, JPA dan agensi-agensi kerajaan menanggung RM200 bagi setiap sesi hemodialisis dan RM80 untuk setiap suntikan EPO. PERKESO menanggung RM150 bagi setiap sesi hemodialisis dan suntikan EPO sehingga maksimum RM240 sebulan.

Manakala syarikat insurans swasta pula mempunyai bayaran yang berbeza antara RM250 hingga RM300. Walaupun sedemikian, kadar bayaran balik yang diberikan oleh agensi- agensi kerajaan ini adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sebenar yang ditanggung oleh pusat dialisis.

Selain daripada perubatan kadar inflasi tahunan, kos operasi rawatan dialisis juga meningkat setiap tahun terutamanya melibatkan kos tenaga pekerja yang terdiri daripada jururawat terlatih, kos mesin perubatan dan lain-lain. Kadar mata wang juga mempengaruhi kos import bahan-bahan dan mesin perubatan. Ini telah memberikan cabaran yang besar dan mempengaruhi kos rawatan hemodialisis di Malaysia. Perbezaan ini ternyata menimbulkan beberapa cabaran yang signifikan seperti;

(i) tekanan kewangan kepada pusat dialisis swasta. Ini menyebabkan sebahagian kos tambahan perubatan ini ditanggung oleh pesakit;

(ii) kualiti penjagaan yang terjejas; dan

(iii) kelestarian pusat dialisis Jadi oleh itu, apakah langkah-langkah kementerian dalam menilai semula kadar bayaran balik dengan menyelaras kadar ini dengan kos sebenar penyediaan hemodialisis untuk memastikan keupayaan kewangan penyediaan penjagaan kesihatan?

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Selain itu, mekanisme pendanaan juga boleh ditingkatkan dengan menyelaraskan sumber pendanaan daripada agensi seperti JPA, zakat dan PERKESO dan pada masa yang sama mengguna pakai penjagaan kesihatan berasaskan nilai untuk memberi sokongan yang lebih komprehensif untuk rawatan dialisis dan [Tidak jelas] .. pesakit.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:40 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya gulung, Tuan Yang di-Pertua.

Satu lagi. Saya merujuk kepada kelemahan liputan internet di kawasan Parlimen Tanjong Piai terutamanya kawasan saya di luar bandar. Di mana, kalau kita mengatakan bahawa kita lebih memberi tumpuan khusus pembangunan AI ini, di kawasan saya banyak kawasan masih lagi dalam keadaan yang kurang memuaskan. Contoh, di banyak kawasan― Mukim Pontian, contohnya, di Kampung Tanjung Air Hitam, Kampung Bakar Arang, Kampung Sri Gambut. Di Mukim Jeram Batu pula, Pengkalan Raja pula, capaian internet yang rendah masih berlaku di Kampung Ulu Pulai, Mukim Serkat, banyak kawasan seperti di Chokoh Besar, Kampung Permas Kelapa dan Sungai Durian.

Seterusnya, di Mukim Air Masin melibatkan Kampung Sungai Buntu, Kolej Vokasional Tanjung Piai, Kampung Permas Besar, Bandar Permas, Kukup Laut, Kampung Permas Kelapa dan Kampung Permas Ulu. Dan juga Mukim Sungai Karang yang melibatkan seperti

draft • 5:40 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Kampung Simpang Kiri, Kampung Sungai Boh, sebahagian kawasan di Kampung Sungai Karang, Parit Bugis sehingga ke Parit Sulaiman. Inilah saya harap kementerian dapat ambil berat untuk bantu saya meningkatkan keupayaan internet di kawasan saya.

Jadi, dengan itu, saya akhiri menjunjung kasih kepada Tuanku. Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Piai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 5:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam perasmian sidang Dewan yang lalu. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Tuanku di atas ucapan yang telah dititipkan untuk rakyat seluruhnya. Jadi, kita mengharapkan kesejahteraan dan kesembuhan untuk Duli Tuanku.

Saya juga mengambil peluang ini untuk melihat bagaimana keadaan ekonomi negara kita yang dikatakan pertumbuhan KDNK-nya 5.9 peratus yang dicatatkan pada tahun 2024 yang mana realitinya rakyat tidak merasinya. Malah, kita melihat hari ini kos hidup semakin tinggi. Malah, kita lihat golongan marhaen terutama golongan petani, nelayan, golongan- golongan bawahan berdepan dengan kos hidup yang semakin meningkat, barang yang terus melambung tanpa kawalan. Begitu juga kos persekolahan. Beban yang ditanggung oleh ibu bapa terlalu berat. Bukan sahaja berdepan dengan peralatan persekolahan, yuran, kos pengangkutan dan sebagainya. Ini sudah cukup untuk membebankan rakyat. Apalagi akan berdepan dengan― tak lama lagi berdepan dengan bulan Ramadhan dan hari raya. Apa lagi apabila kerajaan telah menjelaskan kenaikan kos harga petrol akan bermula pertengahan tahun ini dan juga penarikan subsidi elektrik. Sudah tentu akan memberi kesan yang cukup besar.

Jadi, saya ingin penjelasan, apakah langkah yang telah disediakan oleh kerajaan untuk menangani segala isu yang ada pada hari ini? Rakyat terus terbeban dengan kos hidup yang tinggi.

Saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan kestabilan keluarga. Kita melihat keruntuhan institusi keluarga sangat menyentuh hati kita di akhir ini. Bagaimana semakin tinggi kes penceraian berlaku. Pelbagai punca yang menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.

Saya ingin tahu, apakah usaha kerajaan untuk mengukuhkan institusi keluarga, untuk memastikan keluarga yang menjadi asas kepada kesejahteraan sebuah masyarakat ini terpelihara? Sejauh mana polisi yang telah disediakan oleh kerajaan adalah polisi mesra

draft • 5:42 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

keluarga, sama ada di sektor swasta ataupun di sektor awam? Begitu juga jadual kerja yang fleksibel, insentif cukai kepada keluarga yang berpendapatan rendah yang mempunyai tanggungan tinggi dan di samping itu juga, program kesedaran untuk memberi pendidikan kepada keluarga terutama pendidikan keibubapaan.

Kita tidak mahu teknologi yang sepatutnya menjadi penyokong kepada kesejahteraan keluarga menjadi penyebab kepada kerosakan institusi keluarga. Ketagihan gajet, contohnya, menjadi satu isu yang besar yang membimbangkan terutama yang melibatkan remaja masa kini.

Begitu juga kesan yang kita lihat hasil daripada polisi-polisi yang tidak seimbang.

Ramai di kalangan kakitangan awam terutama wanita yang terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja kerana kos dan yuran pengasuhan yang tinggi. Di pihak pengusaha taska pula, mereka tidak mampu menanggung kos sewaan kedai, sewaan pejabat, begitu juga kos dari sudut gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan menyebabkan kos operasi yang tinggi dan mereka tidak mampu menampung kos menyebabkan, saya mendapat maklum, semakin ramai pengusaha-pengusaha taska mengambil keputusan untuk menutup kedai. Ini sudah tentu memberi kesan yang besar terutama kepada pekerja-pekerja wanita. Jadi, saya ingin tahu, apakah penyelesaian kerajaan dalam menangani isu ini?

Saya ingin juga menyentuh tentang pembangunan di kawasan saya di Rantau Panjang yang semua kita tahu di antara perkara yang perlu kita titik beratkan iaitu tentang pembangunan bandar sempadan dan keperluan untuk menaik taraf terutama kawasan- kawasan sempadan untuk menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur dan juga pelancong- pelancong daripada luar.

Jadi, saya ingin tahu, apakah program yang kerajaan telah rancang untuk memastikan supaya peniaga-peniaga kita, terutama di kawasan sempadan juga, mereka mendapat limpahan daripada perkembangan ekonomi yang wujud dalam negara kita?

Apakah perancangan untuk pembangunan terutama berkaitan dengan infrastruktur yang lengkap untuk meningkatkan lagi daya saing terutama dalam berdepan dengan pelancong?

Hari ini, ramai pelancong negara kita pergi ke Thailand. Rantau Panjang salah satu daripada pintu masuk utama di Pantai Timur. Tetapi, pelancong hanya lalu jalan tetapi mereka tidak singgah pun di Rantau Panjang, tetapi terus ke Thailand.

Jadi, saya ingin minta, terutama Kementerian Pelancongan, supaya berusaha untuk sama-sama membina infrastruktur yang lengkap untuk membolehkan pelancong-pelancong kita bersama untuk singgah ke destinasi terutama di sempadan negara kita.

Ya, Yang Berhormat. Sila.

draft • 5:42 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Setujukah Yang Berhormat Rantau Panjang kalau saya katakan kerajaan harus seimbangkan pembangunan sempadan

draft • 5:42 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

ini bukan sahaja antara Johor dengan Singapura, sebagai contoh, tetapi juga antara negeri- negeri utara dengan Thailand dan sebagainya?

draft • 5:42 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya setuju. Malah, kita lihat masa pintu masuk di Singapura-Johor, 24 jam.

Tetapi kalau kita tengok di sempadan di sebelah Malaysia-Thailand, hanya setakat pukul 10.00 malam. Daripada 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi, masa pun terhad. Apa lagi apabila ditutup, jalan-jalan tikus ini memberi kesan yang cukup besar terutama dari sudut sumber ekonomi rakyat. Jadi, saya harapkan supaya perkara ini dijadikan agenda penting kerajaan dalam memastikan pembangunan di sempadan.

Begitu juga saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengarahkan supaya mempercepatkan projek tebatan banjir terutama di Rantau Panjang. Namun, saya mohon supaya diteliti beberapa perkara supaya pelaksanaan ini tidak merugikan wang rakyat dan wang negara.

Sebab, kita lihat dalam projek tebatan banjir yang sedia ada, yang ditangguhkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga dan memberi kesan yang cukup besar, memberi kerugian yang besar kepada rakyat. Malah, sejak daripada tebatan banjir yang belum siap sampai kini, banjir semakin besar di Rantau Panjang. Saya ingin supaya satu kajian dibuat terutama terhadap aliran air sungai. Sebab, di antara punca yang menyumbang kepada banjir bukan semata-mata air hujan, bukan semata-mata air sungai yang melalui Sungai Lancha dan Sungai Golok, tetapi faktor utama juga adalah berpunca daripada air limpahan daripada negara Thai.

Jadi, saya ingin tahu, apakah kajian yang telah dibuat terutama tentang aliran sungai? Supaya memastikan tidak memberi beban yang tepu kepada beberapa sungai sehingga menyumbang kepada banjir besar berlaku di Rantau Panjang.

draft • 5:42 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mungkin keperluan bypass supaya air sungai ini dialirkan kepada Sungai Kelantan sebahagiannya. Jadi, saya kira perkara ini dapat boleh dilaksanakan di bawah agensi seperti JPS dan sebagainya.

Saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan isu Palestin yang mana isu Palestin ini isu yang sangat dekat di hati kita umat Islam. Jadi, saya ingin minta supaya Malaysia perlu bersikap tegas dan menghentikan semua bentuk perdagangan dengan syarikat yang jelas menyokong Israel dan meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin dan menggunakan kedudukan Malaysia di PBB dan OIC untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Saya ingin juga minta supaya kerajaan lebih berani dan tegas dengan dasar luar negara kita supaya kita dapat memberi sokongan yang jelas terhadap umat Islam yang

draft • 5:50 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

sedang ditindas. Termasuk jugalah isu-isu yang berkaitan dengan dasar luar negara kita yang mana kita mesti tegas. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, perlu mengambil pendirian tegas dalam menentang kezaliman terhadap Israel, mengukuhkan solidariti umat Islam, mengukuhkan hubungan strategik dengan negara-negara Islam untuk mengimbangi pengaruh Barat. Begitulah juga dalam negara kita. Saya menentang keras suara-suara yang cuba untuk memperlekehkan umat Islam ataupun untuk mengganggu gugat kedaulatan Islam dalam negara Malaysia.

Begitu juga saya ingin menegaskan supaya Malaysia tidak tunduk kepada desakan CEDAW, di mana dalam Laporan CEDAW 2024 menuntut supaya mengiktiraf LGBT yang terang-terang bercanggah dengan prinsip Islam dan Perlembagaan. Mereka meminta supaya menghentikan usaha pemulihan terhadap golongan LGBT. Ini adalah satu cabaran kepada kedaulatan Malaysia, di mana Islam adalah agama Persekutuan. Oleh itu, kita perlu menolak segala bentuk tekanan antarabangsa yang bertentangan dengan nilai Islam dan mengukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai satu institusi yang menjaga kepentingan Islam. Jadi, kita harapkan supaya kerajaan hari ini menjaga kedaulatan negara kita. Janganlah Islam ini dicabar oleh negara luar. Jadi, kita harapkan supaya dengan usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan supaya Islam dapat diperkukuhkan dalam negara kita.

Saya ingin juga...

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Masa sudah tamat.

draft • 5:50 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

...mendesak supaya kerajaan bertanggungjawab dan menunaikan semua janji-janji yang dibuat sebelum pilihan raya. Jika kerajaan berjanji untuk menurunkan harga minyak, turunkan lah harga minyak. Jika kerajaan berjanji untuk menyediakan peluang pekerjaan, buktikan, inilah masanya. Jangan sekadar berjanji tetapi akhirnya rakyat menderita. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

draft • 5:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gopeng menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena îstiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Patik merafak sembah menjunjung kasih Tuanku. Patik doakan agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan serta pemerintahan Tuanku akan dipelihara, seterusnya menjadi asas kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

draft • 5:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Gopeng ingin membangkitkan dua isu dalam perbahasan saya. Pertamanya adalah tentang pertanian yang berkait rapat dengan pesawah padi. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana sekali lagi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, mengumumkan satu lagi dasar yang baharu untuk para pesawah daripada RM1,300 kepada RM1,500 harga belian lantai bagi pesawah. Selain itu, mengekalkan RM2.60 sekilo beras putih tempatan di pasaran untuk pengguna dan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM150 juta bagi menyerapkan kos pengeluaran dalam tempoh enam bulan.

Benar saya mengakui bahawanya pendekatan ini bukan bersifat perfect untuk menyelesaikan kesemua masalah kerana kita mewarisi pelbagai isu yang berlanjutan sejak puluhan tahun yang lalu. Namun, saya boleh simpulkan dan rumuskan bahawanya Kerajaan MADANI jauh lebih mesra dan prihatin terhadap pesawah jika berbanding dengan pemerintahan terdahulu di bawah Perikatan Nasional, di bawah Pagoh khususnya. Kerajaan memberikan tumpuan lebih berbanding dengan zaman Beluran menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Pada tahun 2022, sekitar RM1.53 bilion diperuntukkan, berbanding tahun 2023 - RM1.9 bilion. RM2.4 bilion untuk 2024 dan juga RM2.6 bilion untuk tahun 2025, termasuk subsidi dan insentif untuk pesawah bagi tujuan input pertanian, subsidi output dan insentif dan bantuan yang lain. Jumlah untuk diperuntukkan pada setiap pesawah dalam bentuk subsidi dan insentif sehektar, semusim lebih kurang RM4,300 mengikut apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Ini jauh beza berbanding dengan zaman Perikatan Nasional.

Saya faham, memang tidak cukup sebab pendekatan itu tidak hanya boleh kita main diharga belian lantai untuk beras putih tempatan. Tetapi kita perlu adakan rombakan besar- besaran sama ada pemberian insentif dan subsidi yang lebih tepat, direct kepada pesawah, bukan melalui orang tengah. Teknologi terkini untuk melipatgandakan produktiviti serta penggubalan undang-undang yang lebih ketat bagi penguatkuasaan yang lebih efektif serta untuk mengatasi masalah campuran beras putih tempatan dengan beras import.

Tetapi saya hendak pertahankan kerajaan, apabila rakan-rakan saya, sahabat saya di sebelah sana menyebut kerajaan tidak buat apa-apa, seolah-olahnya menganiayai dan menganaktirikan pesawah dan menafikan hak mereka. Saya mengajak pihak pembangkang untuk kita sama-sama bincang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas di dalam Parlimen yang mana saya duduk dalam jawatankuasa tersebut. Tiga kali, empat kali kita berbahas ataupun memberikan pandangan dalam jawatankuasa tersebut. Dalam PAC yang dipengerusikan oleh Masjid Tanah pernah juga memanggil Mesyuarat untuk melihatkan perkara ini, mengesan kelemahan dan menemui penyelesaiannya.

draft • 5:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Selain pertambahan bajet setiap tahun dan dasar yang baharu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut berhubung dengan dermawan yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar untuk bagi sumbangan tambahan kepada pesawah sekitar RM10 juta pada tahun 2023 dan baru-baru ini dijanjikan RM30 juta sebagai tambahan bagi menampung beban para pesawah. Ini adalah pendekatan yang jauh beza berbanding dengan dulu sebab kami minta dermawan ini sampaikan derma sumbangan kepada pesawah. Tetapi dulu mereka minta dermawan sampaikan sumbangan masuk ke badan parti politik mereka. Ini jauh beza, hadirin sekalian.

Itu sebab kita jangan hipokrit dalam perkara ini. Perkara ini disahkan oleh Yang Berhormat Pagoh sendiri dan Yang Berhormat Machang sendiri. Ratusan juta ringgit disalurkan bukan kepada pesawah tetapi kepada parti politik mereka. Inilah hipokrit mereka.

Ini adalah perbezaan antara Kerajaan MADANI dan Kerajaan Perikatan Nasional. Kita tidak pernah lanjutkan kontrak BERNAS sehingga 10 tahun. Sekarang kita menghadapi masalah kekangan dalam mematuhi segala syarat dalam kontrak ini. Tetapi kerajaan sedar. Kita minta syarikat BERNAS buat CSR daripada 10 program setahun, tambah jadi 12. Kita minta juga 30 peratus hasil keuntungan melalui beras import haruslah salurkan kepada kerajaan untuk tujuan bantuan dan subsidi. Kita sedar juga ada masalah berlaku di NAFAS, agensi kerajaan.

Kita hendak buat rombakan besar-besaran. Melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kita juga pernah- Menteri pernah bentangkan ada dasar reformasi besar-besaran yang akan berlaku dan sedang berlaku dalam industri ini.

Maka, saya dengan rendah diri, saya memang mengaku tidak perfect dalam dasar ini tetapi harus kita kembali ke meja rundingan dan perbincangan. Sebab dalam perbincangan sebelum ini, kita jemput semua stakeholders, termasuk pesawah, sebuah persatuan kebangsaan untuk berbincang. Kita jemput juga agensi-agensi kerajaan dan kita tuntut beberapa perkara dan cetak dalam Penyata Rasmi dalam Parlimen ini untuk kita cari jalan, cari penyelesaian untuk pesawah-pesawah. Oleh itu, empat perkara yang ingin saya cadangkan. Pertamanya adalah kembalikan Lembaga Padi dan Beras Negara supaya persatuan-persatuan di luar sana, stakeholders yang utama, pesawah-pesawah bukan setakat hanya menghantar memorandum demi memorandum. Tetapi ada platform dan ruang untuk mereka duduk dalam, untuk menentukan dasar bersama. Pertama.

Kedua, perkasakan dalam sudut akta dan regulatory demi penguatkuasaan yang lebih ketat untuk mengesan aktiviti-aktiviti haram campuran beras putih tempatan dan memantau segala pemberian subsidi tidak melalui orang tengah.

draft • 5:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Ketiga, menggesa MyCC untuk membentangkan laporan terkini dalam membanteras gejala kartel dalam industri beras dan padi dan juga segerakan rombakan NAFAS dalam masa yang terdekat. Keempat, adalah saya minta Yang Berhormat Menteri boleh bentangkan

draft • 6:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

apakah status, progress terkini laporan reformasi untuk industri beras dan padi yang telah pun diumumkan.

Saya ingin mintalah, Beluran tak ada, saya minta Bagan Serai barangkali boleh sampaikan kepada Beluran. Beluran sebenarnya beliau merupakan salah seorang anggota dalam Jawatankuasa Pilihan Khas dalam pertanian. Saya tahu dia sibuk. Dia tak pernah hadir dalam mesyuarat tetapi saya kagum dengan hujah beliau ketika beliau bahaskan dalam isu ini. Saya jemput, pelawa beliau untuk hadir dalam mesyuarat, untuk sama-sama kita bincang elok-elok dalam Jawatankuasa Pilihan Khas dan kita cetak satu Penyata Rasmi untuk rujukan kementerian.

Kedua, inisiatif peningkatan kemahiran bagi ekonomi gig. Dalam masa dua minit saya cuba untuk habiskan berkaitan dengan ekonomi gig. Lebih daripada 1.12 juta rakyat Malaysia kini terlibat dalam pekerjaan gig dengan 70 persen daripada mereka bekerja secara separuh masa. Kajian gig worker white paper tahun 2024 menunjukkan bahawa 37 peratus pekerja gig sepenuh masa melihat pekerjaan ini hanya sebagai penyelesaian sementara sebelum mendapat peluang yang lebih baik. Lebih membimbangkan 39 peratus pekerja gig sepenuh masa tidak mempunyai perancangan persaraan, menjadikan mereka berisiko tinggi dalam jangka panjang.

Tanpa langkah yang betul, ekonomi gig boleh menjadi perangkap pekerjaan berkemahiran rendah yang tidak stabil. 59 peratus pekerja gig sepenuh masa dalam sektor penghantaran makanan dan e-hailing tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan menjadikan mereka lebih cenderung kekal dalam pekerjaan berpendapatan rendah dan bersifat fizikal tanpa peluang peningkatan kerjaya. Namun ekonomi gig tidak harus dilihat sebagai satu masalah tetapi sebagai peluang yang perlu dibangunkan dengan lebih mampan.

Oleh itu, saya mencadangkan tiga langkah utama untuk memastikan pekerja gig bukan sekadar bertahan tetapi mampu berkembang.

Pertamanya, meluaskan program latihan dan peningkatan kemahiran. Kerajaan melalui HRD Corp. dan MDEC boleh pertimbang untuk melabur dalam program latihan kemahiran digital dan teknikal untuk memastikan pekerja gig dapat meningkatkan keboleh pasaran mereka. Kita perlu memanfaatkan insentif, inisiatif sedia ada dengan melibatkan industri dan institusi pendidikan supaya latihan yang disediakan selaras dengan permintaan pasaran pekerjaan.

Kedua, mewajibkan pelaburan latihan oleh platform gig. Syarikat-syarikat dalam industri ini seperti Grab, ShopeeFood, GoGet dan sebagainya perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pekerja mereka meningkatkan kemahiran. Platform ini boleh menawarkan latihan bersubsidi, akses untuk kursus digital dan peluang peralihan kerjaya kepada pekerja gig mereka. Ini bukan hanya tanggungjawab sosial tetapi juga pelaburan dalam tenaga kerja mereka sendiri.

draft • 6:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Akhirnya adalah cadangan untuk mewujudkan kerjasama bersepadu antara agensi dan industri. Daripada mereka mencipta birokrasi tambahan, kita perlu memastikan kerjasama yang lebih berkesan antara agensi kerajaan dan sektor swasta. Saya cadangkan pendekatan lintas agensi yang melibatkan HRD Corp. dan MDEC, menyediakan program peningkatan kemahiran dan latihan industri, agensi PERKESO, LHDN memperkenalkan skim perlindungan sosial yang lebih fleksibel dan mekanisme cukai yang sesuai untuk pekerja gig.

Akhirnya platform gig dan swasta perlu melabur dalam latihan serta laluan kerjaya jangka panjang.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya sudahi dengan ucapan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana izin saya mengambil bahagian dalam ini dan saya, Gopeng, menyokong usul.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis.

draft • 6:00 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berucap bagi membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas pada 3 Februari yang lalu. Saya bersama seluruh warga Parlimen Tanjong Manis sentiasa mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.

Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan isu PETROS dan PETRONAS. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kerana telah duduk berbincang dan berusaha mencari penyelesaian yang terbaik berhubung isu berkenaan PETRONAS dan PETROS. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana membuat penjelasan lanjut di Parlimen pada pagi tadi untuk menjelaskan kekeliruan berhubung dengan jawapan bertulis Yang Berhormat Pengerang pada 15 – pada 5 Februari yang lepas semasa menjawab soalan daripada Yang Berhormat Stampin.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengiktiraf Distribution of Gas Ordinance (DGO) 2016 yang telah dipinda dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 2023 dan juga mengiktiraf PETROS sebagai sole gas aggregator untuk seluruh Sarawak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menekankan bahawa PETROS dan PETRONAS akan bergerak sederap atau serentak sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri. Segala rundingan

draft • 6:04 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus.

Timbalan Yang di-Pertua, menurut ordinan DGO yang telah dipinda dan diluluskan oleh DUN Sarawak, syarikat PETROS telah diiktiraf sebagai sole gas aggregator untuk semua gas yang dihasilkan oleh eksplorasi huluan atau upstream exploration yang dilakukan di perairan Sarawak. Tidak ada aggregator gas yang lain di Sarawak selain daripada PETROS. Saya difahamkan bahawa peranan PETROS sebagai aggregator gas tunggal ini termasuk juga gas asli cecair (LNG) yang akan terhasil dengan menggunakan gas asli daripada Sarawak.

Sarawak juga menghormati semua kontrak sedia ada, pembekalan gas LNG yang masih berjalan di antara syarikat PETRONAS dengan pembeli-pembeli daripada Jepun, daripada China, daripada Korea dan mana-mana negara lain. Oleh yang demikian, saya berharap rundingan seterusnya mengenai perkara-perkara yang belum muktamad akan mengambil kira semua peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, Perjanjian MA63, Perlembagaan Sarawak dan semua ordinan negeri Sarawak yang masih berkuat kuasa.

Adalah sangat penting bagi kami di Sarawak supaya kedua-dua undang-undang Persekutuan dan Sarawak dihormati dan saling wujud bersama atau pun coexist dengan izin.

PETRONAS dan PETROS mesti bekerjasama dalam suasana menang-menang atau pun win-win situation mengikut peruntukan undang-undang demi kemakmuran negara.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyuarakan antara keluhan yang sering dialami oleh golong jurutera profesional di negara kita. Golongan jurutera profesional walau dalam apa bidang pengkhususannya adalah sangat penting dalam merealisasikan sesebuah projek pembangunan yang akan dirancang atau pun yang sedang dalam pembinaan atau pun setelah siapnya sesebuah projek tersebut.

Untuk makluman, ada bidang kejuruteraan tertentu contohnya kejuruteraan awam dan struktur, jurutera atau syarikat adalah bertanggungjawab ke atas reka bentuk sesebuah bangunan atau struktur untuk sepanjang hayat struktur tersebut. Sekiranya terjadi apa-apa kerosakan atau keruntuhan pada struktur, jurutera atau syarikat mungkin akan dipertanggungjawabkan dan boleh didakwa di mahkamah. Bukan senang nak jadi jurutera kerana tanggungjawab dan liabilitinya adalah sangat besar.

Jadi antara isu yang menjadi keluhan di pihak jurutera perunding adalah mengenai kadar bayaran yuran profesional yang agak rendah diterima oleh syarikat-syarikat perunding terutama sekali untuk projek-projek kerajaan. Di Malaysia, yuran jurutera perunding adalah tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan Jabatan Kerja Raya tetapi kelulusan rasmi untuk skala yuran biasanya bergantung kepada Menteri Kerja Raya yang bertanggungjawab dalam bidang kejuruteraan dan kerja raya.

draft • 6:04 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Kali terakhir yuran perunding diluluskan oleh Menteri adalah pada tahun 1998 iaitu 27 tahun yang lalu. Sejak itu, gaji jurutera dan juruteknik dan kos operasi syarikat perunding telah meningkat mungkin berkali ganda. Namun, kadar yuran perunding yang dipakai oleh kerajaan masih tetap sama seperti 70 tahun yang lepas.

Satu lagi isu adalah kadar yuran yang dibayar oleh kementerian ataupun agensi kerajaan. Walaupun sudah ada garis panduan tentang kadar yuran perunding namun terdapat juga kementerian ataupun agensi kerajaan yang menggajikan perunding dengan yuran yang lebih rendah daripada kadar yang telah ditetapkan. Syarikat perunding pula mahu tak mahu terpaksa juga bersetuju menerima yuran yang lebih rendah ini kerana semata-mata mahu mendapatkan projek tersebut.

Ada ketikanya pihak perunding terpaksa bersaing dalam mengemukakan cadangan teknikal dan kewangan ataupun CTK dan terpaksa menawarkan kadar yuran yang lebih rendah semata-mata untuk mendapatkan projek tersebut. Ini dinamakan fees undercutting dan ini adalah tidak sihat kepada golongan profesional, golongan jurutera kerana ia boleh menjejaskan profesionalisme dalam industri.

Akibatnya, apabila yuran perunding tersebut terlalu rendah maka syarikat perunding terpaksa membuat sesuatu penjimatan kos. Antaranya adalah mungkin dengan mengurangkan jumlah jurutera ataupun juruteknik yang terlibat ataupun menawarkan gaji yang lebih rendah kepada jurutera ataupun juruteknik untuk diambil bekerja. Ini sudah tidak selari dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan ataupun melahirkan lebih banyak golongan profesional ataupun TVET di kalangan lepasan kolej ataupun universiti.

Seperti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia menghadapi kekurangan jurutera sekitar 30,000 orang jurutera. Jadi, sekiranya gaji jurutera kecil ataupun kurang menarik maka impian untuk mencapai kekurangan ataupun mengurangkan kekurangan jurutera ini mungkin tidak akan tercapai. Apa yang menyedihkan, jurutera ataupun lepasan TVET ini mungkin akan berhijrah ke luar negara untuk mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih besar.

Jadi, maka saya cadangkan supaya kerajaan mengkaji semula kadar yuran perunding tahun 1998 ini. Sudah sampai masanya kadar yuran perunding ini dikaji semula supaya golongan jurutera juga dapat berdaya maju. Selain daripada itu, pihak kerajaan perlu memastikan kementerian ataupun agensi menggunakan garis panduan yang sedia ada untuk menggajikan syarikat perunding dan menghalang pengurangan kadar yuran yang lebih rendah.

Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada gaji jurutera ataupun kadar yuran yang rendah, satu lagi yang menjadi keluhan golongan jurutera ini adalah peluang untuk mendapat sesuatu projek daripada kerajaan. Tatacara perolehan sedia ada menggunakan sistem CTK

draft • 6:10 PM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

bergantung kepada nilai projek, lebih memihak kepada syarikat perunding yang sangat besar kerana keupayaan teknikal mereka yang lebih hebat. Maka, banyaklah syarikat perunding yang kecil tidak dapat menandingi syarikat perunding yang lebih besar ini. Maka, mereka akan ketandusan projek dari kerajaan dan lama-kelamaan mereka akan gulung tikar.

Jadi, saya cadangkan untuk projek-projek kerajaan agar satu sistem penggiliran yang sistematik dan adil dilakukan supaya lebih banyak syarikat perunding akan berpeluang untuk mendapat projek dari kerajaan dan dapat menggalakkan penglibatan lebih ramai jurutera ataupun lepasan TVET yang kita sangat-sangat perlukan untuk pembangunan negara. Bak kata orang putih, the cake is very big, let’s share the cake together. Ini baru Kerajaan MADANI.

Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan isu-isu kawasan dengan masa yang ada sekarang ini saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan bilakah Klinik Kesihatan Kampung Semop akan beroperasi? Menteri ada di sini mohon Menteri menjawab. Bilakah Klinik Kesihatan Kampung Semop akan beroperasi? Kerana sepatutnya jawapan yang saya terima pada tahun lepas sepatutnya sudah beroperasi pada hujung tahun lepas. Mohon Menteri menjawab ya.

Saya juga ingin memohon Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(PETRA) supaya melihat kerosakan yang terjadi di kawasan pantai akibat pukulan ombak semasa monsun timur laut baru-baru ini seperti di Paloh, di Sebako, di Belawai, di Tekajong dan beberapa kampung-kampung lain.

Akhir sekali, untuk sekolah-sekolah daif di kawasan saya, saya tanya kepada Kementerian Pendidikan apakah status terkini Sekolah Kebangsaan OKMP Paloh? Apakah status terkini SK Sungai Penipah? Apakah status terkini SK Kampong Serdeng? Jadi, saya mohon jawapan kepada soalan-soalan yang saya sebutkan tadi. Sekian perbahasan saya, saya menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah...

[Berselawat]* Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Izinkan saya memanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan saya mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas Titah Tuanku sempena pembukaan persidangan Dewan yang mulia ini pada 3 Februari yang lalu.

draft • 6:15 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya meneliti dan menghayati Titah Tuanku yang mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat jelata bagi menghadapi cabaran utama negara serta keperluan perubahan yang komprehensif dan holistik. Saya dan seluruh rakyat Kuala Krai mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang sebaiknya kepada tuanku.

Duli tuanku payung nusa, Rakyat setia menjunjung kasih, Kami berdoa setiap masa, Semoga tuanku segera pulih. Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan perbahasan hari ini dengan pemasalahan di Kuala Krai yang amat saya kasihi. Pertama, isu Jambatan Sungai Durian dan Jambatan Pasir Kelang iaitu dua projek yang berimpak tinggi yang sedang dalam pembinaan. Jambatan Sungai Durian dimulakan pada 1 Jun 2021 dan dijangka siap pada 18 Julai 2025 setelah tiga kali EOT diberikan.

Hasil pemerhatian saya, progress-nya agak perlahan walaupun Yang Berhormat Menteri telah turun melawat tapak pada 2 Ogos 2024 selepas aduan saya kemukakan di Dewan yang mulia ini. Tempoh hanya berbaki lima bulan, adakah akan diberikan EOT kali keempat atas kelewatan yang berlaku? Begitu juga Jambatan Pasir Klang yang telah mula dibina pada 18 Ogos 2021 dan jangkaan awal pembinaan ini akan mengambil masa selama 36 bulan iaitu dijangka siap pada 18 Ogos 2024 tetapi kemudiannya dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

Sehingga kini progress-nya juga sangat perlahan. Saya mengambil peluang ini untuk memohon Menteri sila tengok-tengok agar kedua projek ini dapat siap sebagaimana dirancang kerana kedua-dua projek ini amat dinantikan oleh penduduk Kuala Krai khususnya penggantian Jambatan Sungai Durian yang terletak di jalan utama FT08, Kota Bharu-Kuala Krai-Kuala Lumpur.

Kedua, Dato’ Yang di-Pertua banjir kilat di Bukit Sireh. Apabila hujan turun banjir kilat akan terus berlaku di laluan utama Bukit Sireh ke Kuala Nal beberapa kali setahun. Sudah beberapa kali aduan saya dalam Dewan yang mulia ini dan sudah beberapa kali juga pihak JPS telah mengadakan lawatan tetapi sehingga kini tiada sebarang sinar penyelesaian.

Ketiga, Jambatan Sungai Nal. Jambatan Sungai Nal merupakan sebuah jambatan ikonik berusia hampir 100 tahun dan dibina oleh British. Hari ini jambatan ini hampir runtuh, struktur asasnya sudah mulai retak. Saya memohon kepada kementerian yang berkenaan untuk membaik pulihnya kembali dengan segera kerana seni binanya unik dan usianya telah menjadi warisan. Saya yakin jambatan ini boleh menjadi tumpuan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Jangan tunggu runtuh dulu baru nak kalut.

Keempat, persekitaran Stesen Keretapi Kuala Krai. Setelah tercetusnya fenomena 'Train to Dabong' beberapa tahun lepas dan penukaran set kereta api kepada DMU, menjadikan tarikan pelancong untuk menggunakan perkhidmatan kereta api semakin

draft • 6:15 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

meningkat. Stesen Kuala Krai antara lokasi menjadi pilihan bagi penumpang memulakan dan mengakhiri perjalanan mereka.

Walaupun bangunan stesennya agak baharu dan terbesar di Kelantan tetapi persekitaran luar stesen khususnya warung-warung di tepi stesen yang berada atas tanah milik RAC perlu diselenggara dengan sebaiknya oleh RAC bagi menjadikannya lebih menarik.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak RAC dapat merancang untuk membina lot-lot warung atau kedai baharu serta melangkah bersama Majlis Daerah Kuala Krai menceriakan bandar Kuala Krai.

Kelima, jalan rosak akibat projek lebuh raya. Kita tidak tolak pembangunan tetapi keselamatan pengguna semasa projek dilaksanakan perlu diberikan perhatian. Dengan beberapa fasa Projek Lebuh Raya KBKK dan juga LTU sedang giat dilaksanakan khususnya di Kuala Krai dan Gua Musang. Banyak jalan-jalan utama akibat jentera berat mengangkut pasir dan bahan-bahan lain yang melaluinya setiap hari. Contoh jalan D225 dari Simpang Tiga Sungai Pahi ke Kampung Temalir berakhir di Simpang Tiga Kampung Peria yang rosak teruk akibat laluan jentera berat projek LTU.

draft • 6:15 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi, saya memohon agar pihak kementerian dapat meluluskan peruntukan segera bagi membaik pulih dari semasa ke semasa agar tidak membahayakan pengguna, khususnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri yang akan datang, yang akan menjadi laluan alternatif dari kesesakan luar biasa.

Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan bantuan banjir 2024. Sudah hampir tiga bulan banjir berlaku di Kelantan, khususnya di Kuala Krai iaitu yang terkesan pada akhir November 2024. Tetapi, sehingga saat ini, bantuan tersebut masih tidak diterima. Saya masih ingat, semasa zaman pemerintahan PN iaitu pada tahun 2021, sekitar dua minggu sahaja selepas banjir, mereka akan – yang berpindah terus dapat bantuan.

[Tepuk] Kemudian, berlaku lagi banjir pada awal tahun 2022. Sekali lagi, mereka mendapat bantuan dalam tempoh yang pendek sahaja. Bahkan, mereka turut dibayar sagu hati kerosakan perabot sebanyak RM2,500 setiap isi rumah. Bukannya mengambil masa sehingga tiga atau empat bulan, masih belum menerima bantuan sebagaimana kerajaan pada hari ini. Kerana, tujuan bantuan banjir adalah bagi membantu mereka yang terlibat, memulakan kehidupan selepas balik dari PPS dengan pelbagai peralatan rumah yang rosak dan perlu diperbaiki atau dibeli baharu.

Tetapi, jika dah tiga bulan, hasratnya dah lari.

Yang di-Pertua, sesebuah kerajaan mestinya akan mencapai matlamatnya jika prinsip keadilan, ketelusan dan kesejahteraan rakyat benar-benar diterjemahkan dalam tindakan. Bukan sekadar janji dan slogan, tetapi realitinya sebenarnya, tidak berpijak di bumi.

Sindrom menyalahkan kerajaan dahulu menjadi ratiban kerajaan hari ini khususnya Perdana Menteri sendiri bagi menutup kegagalan demi kegagalan beliau dalam menunaikan janji.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jika maksud kerajaan dahulu itu PM8 dan PM9, maka perlu diingat bahawa dalam tempoh 33 bulan pentadbiran dua Perdana Menteri tersebut, negara berhadapan dengan tiga krisis besar serentak iaitu krisis kesihatan, krisis ekonomi dan krisis politik. Yang Amat Berhormat boleh rujuk juga kepada Mantan Menteri Kewangan waktu itu yang kini berada dalam Kabinet Yang Amat Berhormat, walaupun berikrar tidak akan melantik beliau sewaktu kempen pilihan raya di Kuala Selangor dahulu.

Jika maksud kerajaan dahulu itu semasa PM7, maka rujuklah kepada kawan Yang Berhormat yang berada di sebelah kanan Yang Berhormat itu. Beliau juga waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Jadi, sindrom menyalahkan orang lain ini tidak akan menyelesaikan permasalahan yang berlaku. 25 tahun perjuangan reformasi dan pernah berpengalaman menjadi Menteri Kewangan terbaik. Dalam tempoh itu, tidakkah ada dasar ekonomi yang tersedia ada diolah dan diperbaiki selama 25 tahun untuk sedia dilancarkan sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri? Tetapi, entahlah. Katanya, formula sedang berjalan.

Rupa-rupanya, formula menyalahkan orang lain yang paling mudah dilaksanakan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam isu sijil halal dan juga isu-isu berkaitan dengan agama, saya ingin menegaskan di sini. Jangan dimulakan percikan api persengketaan dengan cuba mengacau agama kami, sedangkan kami sedikit pun tidak pernah mencuba masuk campur dalam urusan agama lain. [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Bagi kamu agama kamu; dan bagi ku agama ku”.

Hari ini banyak isu-isu yang tidak menyentuh penganut agama lain cuba diganggu gugat. Apa kepentingannya untuk orang bukan Islam cuba masuk campur dalam hal ehwal agama Islam? Kamu bukanlah mereka yang layak untuk mengajar kami tentang agama kami.

Jangan cuba ajar kami isu halal, haram. Jangan cuba ajar kami isu berkaitan penetapan SOP masuk rumah ibadat. Jangan cuba ajar kami dalam isu penjualan arak dan sebagainya.

Semua SOP dan penetapan adalah untuk kebaikan kami, orang Islam baik di dunia mahupun di akhirat. Walaupun banyak SOP dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM, mufti dan sebagainya termasuk garis panduan Muslim menghadiri semua majlis seperti memakai pakaian menyerupai geng-geng LGBT, berpakaian tidak senonoh dan lelaki memakai pakaian wanita dan sebaliknya tetapi penguatkuasaan juga amat penting dipertingkatkan. Jika ada SOP tetapi tiada penguatkuasaan, tidak bermakna juga.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak JAKIM yang dengan beraninya mendedahkan beberapa nama restoran yang tidak mempunyai sijil halal. Baru-baru ini, saya melihat restoran-restoran tersebut telah mendapatkan dan mempamerkan sijil halal dengan begitu bangganya sekali. Dalam masa yang sama, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mewajibkan sijil halal kepada tujuh kategori premis perniagaan makanan tertentu. Antaranya, restoran makanan segera, dapur hotel, medan selera dan kios dalam pasar raya dan lapangan terbang.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Logiknya, jika sesebuah restoran atau produk mempunyai sijil halal, masyarakat Muslim lebih meyakini untuk makan dan berbelanja. Namun, jika restoran tidak mempunyai sijil halal, tentunya masyarakat Muslim tidak selesa untuk makan dan berbelanja. Jadi, siapa untung? Sudah pasti, peniaga akan untung.

Yang di-Pertua, saya masuk kepada isu sebelum penutup. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan dengan education Malaysia di luar negara termasuk di Jordan. Adakah dalam pengetahuan KPT bahawa EMJ menghantar pelajar ke universiti swasta, bukannya fokus kepada universiti awam sahaja? Sedangkan universiti awam di Jordan lebih stabil, lebih kukuh dan hebat ilmunya, dan lokasinya pula lebih strategik berbanding universiti swasta. Apakah lebihnya universiti swasta berbanding universiti awam?

Saya harap KPT dapat memantau isu ini supaya tidak dibebankan kepada mahasiswa apabila mereka dihantar ke universiti swasta tanpa pilihan mereka dengan kos lebih mahal, rumah sewa yang jauh dan ijazah tidak diiktiraf.

Keduanya, kenapa memilih Pengarah EMJ di kalangan calon yang tidak boleh berbahasa Arab, sedangkan urusan di Jordan memerlukan penguasaan Bahasa Arab yang baik? Berurusan dengan pak Arab di mana-mana negara Arab ada seninya, ada mujamalahnya dan ada cara tersendiri yang tidak mampu difahami kecuali oleh mereka yang pernah belajar di negara Arab dan menguasai bahasa Arab.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan peruntukan yang adil dan saksama. Hari ini, saya dihantar satu gambar yang cukup menyedihkan berkaitan kemudahan di sekolah KPM yang baru memulakan sesi pengajian semalam di Kelantan. Hari ini, di sebelah Lembah Klang hari ini. Kerusi, meja yang rosak dan banyak kemudahan lain perlu kepada pembaikian dan penyenggaraan segera. Antara 2020 sehingga 2022, banyak infrastruktur dan kemudahan lain dapat saya bantu melalui peruntukan kerajaan waktu itu.

Inilah antara tujuan apabila peruntukan diberikan kepada kami, bagi membantu apa-apa yang diperlukan segera tanpa perlu menunggu peruntukan daripada kementerian.

Sebagai penutup Yang di-Pertua, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 4 Februari lalu berikrar bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin dipindahkan keluar ke negara lain. Amerika laknatullah ini cuba menjadi polis tempang dunia dengan menekan dan terus menekan saudara kita di Palestin.

Bersama kita doakan agar Allah menghancurkan pakatan jahat ini dan penduduk Palestin akan terus menerima rahmat daripada Allah SWT.

*Gunung tinggi tegak berdiri, Lautan luas tiada bertepi, Rakyat Palestin tak akan lari, Berjuang demi tanah sendiri.

Langit gelita tiada cahaya, Jeritan pilu menggoncang jiwa, Bebas Palestin itulah doa,*

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Hingga menang kami bersama.

[Tepuk]* Kuala Krai dengan penuh takzim menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

draft • 6:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Timbalan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Saya syukur kerana telah diberi peluang kepada Ampang untuk membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Dewan ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mengambil kira kekangan masa dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dijangka akan dibentangkan pada 3 Julai 2025 sebagai kerangka strategik untuk mendepani sebagai cabaran yang akan datang, Ampang ingin mengambil kesempatan ini menyentuh mungkin sempat, tiga ataupun empat perkara pokok yang bukan sahaja dekat dengan hati tetapi malah, saya yakini boleh membawa limpahan kebajikan, kesejahteraan kepada lapisan masyarakat Malaysia.

Pertama, isu yang ingin dibangkitkan adalah berkaitan dengan pertanian. Titah Diraja kali ini menggariskan secara spesifik peri pentingnya memperkasa dan memperteguhkan sektor pertanian dan komoditi yang akan – yang pada hemat Ampang, untuk menangani pelbagai isu berkaitan rantaian bekalan dan nilai agromakanan negara terutama dalam industri penternakan unggas serta penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sama ada diusahakan oleh para petani secara individu ataupun berkelompok di kebun komuniti atau para pekebun kecil di ladang atau kebun kecil secara lebih intensif.

Meskipun kedudukan Malaysia dalam Global Food Security Index dengan izin, 2022 terbitan Intelligence Unit iaitu majalah The Economist agak memberangsangkan dengan sektor keseluruhan 69.9 peratus, menduduki tempat ke-41 dari 113 negara. Namun, tahap keterjaminan makanan, kita agak ketinggalan berbanding Singapura dengan skor 73.1 peratus dan nombor 28 di peringkat dunia.

Kebiasaannya, sebarang kelemahan dan mana-mana peringkat rantaian bekalan makanan, termasuk pengeluaran, pemprosesan dan pembungkusan, pengedaran juga sama ada secara borong ataupun runcit akan termanifestasi dalam bentuk kenaikan harga sehingga boleh ditimbulkan tekanan inflasi makanan walaupun lebih bersifat bermusim atau sementara.

Tiada dapat dinafikan, Tuan Timbalan Speaker iaitu kita masih wujudnya kegiatan kartel dan kolusi dalam kalangan orang tengah dan pemain industri dalam pasaran

draft • 6:27 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

oligopolistik agromakanan. Sebagai contoh, dari pembekalan baja, daripada dedak unggas dan peringkat pengeluaran sehinggalah jualan ke pasar dan kedai dalam peringkat pengedaran.

draft • 6:27 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya terpanggil ya. Kalau kita lihat satu tajuk artikel akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Februari 2024 yang berbunyi “ ‘Ali Baba’ Berleluasa di Pasar Borong Selangor", jelas mencerminkan betapa parahnya situasi ini. Jadi tanpa berlengah lagi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan visi menjadi peneraju utama perkhidmatan pemasaran agromakanan negara, perlu direformasikan demi menambahbaikkan segera.

Hanya melalui proses digitalisasi dengan menggunakan teknologi Big Data dan juga data sains sahaja, saya yakin FAMA mampu mendapat maklumat pasaran agromakanan yang holistik, komprehensif, lengkap, bersepadu dan masa nyata untuk memastikan bekalan sentiasa dipenuhi permintaan dan menentukan harga berpatutan dan menjamin hak-hak pengguna dan sebagainya.

Saya rasa, FAMA kali ini perlu melihat fungsi mereka yang asal Timbalan Yang di- Pertua kerana saya rasa ada banyak perkara perlu dibetulkan. Oleh itu, Ampang mencadangkan beberapa bentuk kerjasama strategik perlu diwujudkan agar golongan petani dan institusi pengajian tinggi dapat menghasilkan dan dapat meningkatkan hasil dan kualiti produk asas tani di negara kita. Kita boleh belajar daripada negara jiran kita, Thailand bagaimana mereka mengabungkan semua agensi termasuk petani ataupun akademik untuk memastikan perkara ini berlaku.

Apa yang membimbangkan kita, saya nampak hala tuju kerajaan sekarang ini banyak menggalakkan kita melaksanakan terutama di kawasan bandar, komuniti-komuniti – kita ada banyak subsidi untuk memastikan kita boleh menanam sayuran, buah-buahan dan sebagainya tetapi akhirnya saya lihat, penjualan kepada produk-produk yang mereka hasilkan ini, sayur-sayuran dan tanam-tanaman ini tak ke mana. Dalam dua tiga tahun mereka mengusahakannya akhirnya mereka rasa tidak berbaloi.

Di antara perkara yang telah saya cadangkan tadi, saya juga mencadangkan supaya FAMA mengusahakan semula, melihat semula pasar-pasar tani. Sekarang ini saya yakin banyak yang dijual di pasar-pasar tani itu beralih kepada jualan yang sama sahaja di pasar- pasar sedia ada dan juga di pasar raya. Sayurannya, hasil-hasilnya. Saya nak mencadangkan supaya pasar tani membuka peluang kepada masyarakat untuk boleh menjual direct secara terus dari ladang tanpa orang tengah dan dengan harga yang begitu berpatutan dengan kesegaran yang begitu dijaga.

Jadi untuk itu, saya berharap sangatlah supaya FAMA berbincang dengan pihak PBT atau pihak berkuasa tempatan ataupun pihak Luar Bandar untuk memastikan tapak-tapak ini perlu diperbanyakkan dan kita bagi ruang kepada peniaga-peniaga ataupun penanam-

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

penanam sayuran dan juga petani-petani kita ini boleh menjual secara langsung. Jadi saya mengharap sangat dengan ini, galakan kebun komuniti dan sebagainya boleh hidup secara mampan.

Keduanya, Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu perumahan mampu milik dan mampu sewa. Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong turut menitikberatkan akses setiap rakyat kepada kediaman berdaya huni, tidak daif. Ia mestilah berkualiti, lestari dan mampu dimiliki atau disewa dengan persekitaran yang selamat, selesa, sentosa, sihat dan sejahtera. Ini bermakna, bukan setakat bumbung untuk berteduh dan berlindung dari hujan ataupun panas atau bahaya, malah kualiti kehidupan secara insan, secara keseluruhan mesti dilihat.

Jadi memandangkan hanya 108,333 unit rumah mampu milik telah siap dibina pada hujung 2022 – ini melihat statistik yang saya dapat pada Kajian Separuh Penggal RMKe-12, Ampang khuatir sasaran 500,000 unit mampu milik menjelang 2025 tidak tercapai. Walaupun tahun lepas saya dengar kemungkinan ia telah pun mencapai, tetapi sebenarnya pencapaian itu tidak refleks ataupun tidak melihat kepada rumah mampu milik secara keseluruhan di seluruh Malaysia.

Jadi dengan itu saya ingin bertanya, apakah sasaran 500 unit rumah mampu milik ini tertumpu hanya di Lembah Klang ataupun di bandar-bandar utama seperti di Pulau Pinang dan di Johor? Ini kerana saya risau tumpuan pembangunan ini masih lagi tidak melihat kepada keseluruhan kawasan-kawasan yang lain. Apatah lagi kita lihat harga rumah dan hartanah sentiasa naik dan tidak pernah turun, sehingga mencapai tahap mampu tengok Yang di-Pertua, yang bukan sahaja menghalang golongan B40 memiliki rumah.

Oleh itu, Ampang mengharapkan sangat supaya skim rumah sewa beli juga diperkenalkan dalam RMK-13. Akan tetapi kali ini, saya mengharapkan sangat kenapa di kawasan-kawasan Lembah Klang termasuk Johor dan juga Pulau Pinang diberi titik berat kerana kita tahu di sinilah punca masyarakat mencari rezeki yang paling tinggi. Maka skim ini perlulah menyediakan rumah pertama atau permulaan. Saya yakin yang datang bekerja ini banyak golongan muda. Jadi saya mengharapkan supaya model, jenis, kategori yang nak ditawarkan tidaklah sama dengan apa yang sedia ada. Bukan kita bercakap tentang harga sahaja tetapi tentang keperluan anak-anak muda ini.

Jadi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan natijah daripada apa yang kita sebut tadi, saya mengharapkan supaya Kerajaan Pusat dan negeri sentiasa menambah stok kos rumah mampu milik kerana mengakibatkan harga-harga yang mencanak ini.

Untuk menangani herotan dalam pasaran perumahan ini, Ampang mencadangkan agar dengan izin, vacancy tax ataupun cukai kediaman tidak berpenghuni, sejenis duti eksais diperkenalkan pada mana-mana pemilik yang tidak memiliki ataupun memiliki rumah atau

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

tidak menyewakan hartanah mereka melebihi tempoh tertentu, misalnya lebih dua tiga tahun perlu dikenakan cukai. Ini kerana kita tahu, pemilik-pemilik ini hanya membuat holding unit, memegang unit-unit tetapi sebenarnya hanya untuk manipulasikan, untuk dijual balik kepada harga yang lebih tinggi, malah ia tidak untuk dihuni. Jadi saya yakin dengan hasil kutipan cukai ini boleh disalurkan kepada skim bantuan pemilikan rumah pertama atau tabung subsidi sewa kepada golongan B40 dan M40.

Terakhirnya, Tuan Yang di-Pertua. Saya baca buku yang telah pun diberikan oleh Kementerian Perpaduan, saya yakin bahawa isu perpaduan ini wajar diberi titik berat. Jadi, Ampang tertariklah dalam banyak-banyak ini adalah Skim Rondaan Sukarela iaitu SRS yang berperanan memastikan komuniti setempat sentiasa selamat, sejahtera dan sentosa. Jadi dengan ini saya yakin, Ampang harap SRS dapat diperbanyakkan dan diperluaskan ke serata ceruk dan seluruh pelosok negara. Kalau dengar perpaduan, kita biasa dengan KRT. Akan tetapi SRS ini ada satu lagi fungsinya yang sebenarnya, untuk melahirkan masyarakat merasa dengan izin, safe and security. Rasa selamat itu wujud di dalam masyarakat.

Tadi saya baru sebentar bersama dengan anak-anak yang baru sahaja membentangkan kertas kerja mereka di UNICEF di Geneva mengatakan bahawa mereka tak rasa selamat untuk keluar dari rumah. Jadi saya rasa dengan adanya SRS ini, dapat menjamin ataupun memberikan sedikit rasa lega kepada masyarakat.

Akhirnya, saya dalam bentuk pelancongan Yang di-Pertua. Satu minit lagi. Saya ingin bertanya kepada Menteri Pelancongan – saya telah pun memberikan surat kepada beliau, hasrat daripada Ampang untuk – surat yang saya kemukakan pada Januari 2024 iaitu untuk mengatakan bahawa kita ingin mentransformasikan Parlimen Ampang dan sekitarnya untuk menjadi satu destinasi pelancongan yang mampan. Kami tidak mampu untuk melihat hanya Kuala Lumpur atau keadaan sekitar sahaja yang mendapat limpahan daripada kesan pelancongan yang baik. Oleh itu, saya mencadangkan supaya ada amat bermakna jika Kementerian Pelancongan mengambil maklum tentang surat yang saya sampaikan hari itu, akhirnya kita ingin melihat ada progress dalam perkara itu.

Sebagai penutup, saya mengakhiri, Ampang merakamkan ucapan terima kasih dan dengan penuh takzim, Ampang mohon menyokong penuh usul Titah Diraja dengan pantun, Kitab lama tersimpan rapi, Menjadi pedoman sepanjang zaman, Titah Tuanku kami sanjungi, Amanah digalas penuh kesopanan. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang membahas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Tuanku yang juga mengutamakan agenda rakyat dan kemakmuran negara. Tuanku juga menyentuh tentang perlunya semangat kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di mana setiap tindakan dan keputusan mestilah dibincang secara sepakat demi masa hadapan rakyat dan negara.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucap syabas dan tahniah kepada Kerajaan MADANI dan Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri di atas kejayaan mengutip hasil yang terbanyak dalam sejarah pada tahun 2024.

draft • 6:39 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Kadar pertumbuhan KDNK yang mencapai 5.9 peratus dengan perdagangan melepasi RM2 trilion pada sembilan bulan pertama. Pelaburan bertambah berkaitan teknologi tinggi dan digital serta nilai Ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.

Walaupun kerajaan fokus kepada pembanteras rasuah dan salah guna kuasa, tidak kurang pentingnya kerajaan juga harus menyelesaikan masalah-masalah pokok dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Antaranya cabaran dihadapi negara sekarang dan diwarisi oleh Kerajaan MADANI adalah isu-isu yang berkaitan Sabah dan Sarawak, di mana banyak perkara tertunggak sekian lama sehingga ketidakpuasan hati yang kian terpendam dan sekarang kini tercetus dan terbongkar.

Antaranya isu hak-hak keistimewaan, hak autonomi dan hak Perlembagaan yang dipersetujui semasa penubuhan Malaysia. Isu-isu ini perlu diselesaikan. Contohnya hak perlindungan Perlembagaan atau constitutional safeguard seperti terkandung dalam Perenggan 6 dan Perenggan 7 Laporan IGC. Pindaan Perlembagaan memerlukan persetujuan Sabah dan Sarawak di bawah Artikel 161E Perlembagaan. Isu 40 peratus hasil bersih juga perlu diselesaikan. Ini perlu diutamakan dan review mandatori dilaksanakan setiap lima tahun seperti dikehendaki di bawah Artikel 112 di Perlembagaan.

Hak milik minyak dan gas dan yang keluar dari perut bumi Sabah dan Sarawak perlu penyelesaian berpandukan Perlembagaan dan undang-undang berkaitan. Sehubungan dengan itu, hak milik tanah dan perairan serta persempadanan Sabah dan Sarawak sehingga pelantar benua atau continental shelf termasuk mineral di bawahnya. Sesuatu yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak sejak 1954 dan diiktiraf di bawah Artikel 1(3) dan senarai negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan ini juga perlu diselesaikan berpandukan dengan Perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Isu Petroleum Development Act 1974 atau PDA74 dan PETRONAS juga perlu bincang dan diselesaikan. Kerajaan Persekutuan harus juga mengiktiraf dan menghormati hak bidang kuasa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam isu petroleum dan gas dan saya kagum dengan pengumuman awal tadi oleh Perdana Menteri di mana ini telah dapat dihormati. Ada juga isu 35 peratus kerusi atau perwakilan dalam Parlimen yang masih lagi belum diselesaikan. Ini menjadi tonggak Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia supaya hak-hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak tidak akan terhakis.

Tuan Speaker, pembangunan yang sama taraf atau at par with Malaya seperti yang dijanji oleh pemimpin-pemimpin untuk menarik sokongan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia dengan Malaya dan Singapura ini telah gagal dilaksanakan yang terbukti dengan Sabah dan Sarawak antara negeri-negeri yang termundur dan termiskin di Malaysia. Jalan raya di Sabah masih berlubang-lubang sehingga digelar jalan seperti di bulan dan mengakibatkan kemalangan maut kepada penunggang motosikal terlanggar lubang atau pot- hole baru-baru ini pada 3 Februari di Jalan Lintas, Kota Kinabalu dan kerajaan negeri telah dipersalahkan sedangkan tanggungjawab jalan raya adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang isu peruntukan pembangunan yang kadang kala mengelirukan. Contohnya bagi tahun 2024, saya difahamkan daripada peruntukan RM6.6 bilion untuk pembangunan Sabah, RM3.371 bilion adalah untuk pembangunan sambungan yang dibawa ke hadapan 2024 daripada peruntukan RM6.5 bilion untuk tahun 2023. Ini bermaksud untuk 2023, peruntukan Sabah hanyalah RM3.129 bilion dan untuk 2024 peruntukan hanyalah RM3.229 bilion dan bukan RM6.6 bilion.

[Batuk] Excuse me. Bukan pula RM13.1 bilion iaitu RM6.5 bilion campur RM6.6 bilion. Itu pun sekiranya semua ini adalah semua daripada 2023 bukan sambungan daripada 2022.

Kami berpandangan bahawa kekurangan perbelanjaan RM6.742 bilion ini harus dibayar kepada Kerajaan Sabah jika Kerajaan MADANI ikhlas dengan pengumuman RM6.5 bilion sebagai peruntukan pembangunan 2023 dan RM6.6 bilion adalah peruntukan pembangunan untuk 2024. Untuk mencapai keseimbangan dalam segi pembangunan dan pembangunan yang adil sedangkan agihan pembangunan sepatutnya berasaskan kepada nisbah 50 peratus pada Semenanjung, 25 kepada Sarawak dan 25 kepada Sabah.

Puan Yang di-Pertua, agenda rakyat dan kemakmuran negara yang di Titah oleh Yang di-Pertuan Agong adalah amat tepat dari pandangan rakyat Sabah. Ini adalah visi bapak-bapak kemerdekaan Malaysia semasa pembentukan Malaysia. Untuk meyakinkan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak pada waktu itu, mereka dibawa ke Kuala Lumpur untuk melihat keindahan dan kemudahan di Kuala Lumpur termasuklah flush toilet pada waktu itu dan kadar pembangunan bangunan-bangunan tinggi, jalan raya yang cantik, bekalan air dan elektrik. Selepas lawatan itu ini menjadi aspirasi pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Bila mana mereka pulang ke tanah air mereka itu pemimpin-pemimpin tersebut telah dengan ikhlas berkempen untuk rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia walaupun banyak bantahan dan ada pula yang berniat merdeka sendiri dahulu. Malangnya setelah 62 tahun, sekarang sedihnya sekali Sabah, Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding dengan Malaya sehingga ada yang berpendapat bahawa Sabah dan Sarawak akan lebih maju dan makmur tanpa Malaysia seperti Brunei dan Singapura.

Puan Yang di-Pertua, Sabah telah melalui masa yang pahit dan manis semasa kerajaan-kerajaan yang lalu. Projek IC telah musnahkan demografi Sabah selama-lamanya dan merosakkan kesejahteraan rakyat peribumi Sabah.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Perlembagaan Sabah diketepikan demi agenda Kuala Lumpur untuk menguasai politik Sabah dengan penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun sehingga ada tujuh Ketua Menteri dalam 10 tahun. Boleh break Malaysia Guiness Book of Records kali ini. Sebaliknya, bila mana giliran UMNO-BN sampai, penggiliran Ketua Menteri terus dihentikan dan Sabah terus dikuasai langsung oleh Kuala Lumpur dan Sabah menjadi fixed-deposit mereka. Janji- janji MA63 diketepikan. Hak kewangan Sabah hasil bersih tidak dipedulikan. Janji pembangunan setaraf diabaikan dan sumber asli kaya minyak dan gas pula dikaut dan dibawa untuk membangunkan Malaya. Begitulah agenda Malaya menjadi kenyataan terhadap Sabah dan yang kini menakutkan rakyat Sabah sehingga sekarang.

Puan Yang di-Pertua, sejak tahun 2008, ada juga perubahan sedikit demi sedikit dan kelihatanlah dengan izin, the light at the end of the tunnel. Semasa menjawat Perdana Menteri kedua kali pada 2018, Tun Mahathir telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Khas MA63 untuk membincangkan pelaksanaan dan isu-isu berkaitan MA63. Ini adalah pertama kalinya diadakan dalam sejarah.

Seterusnya, Sabah dan Sarawak telah mendapat cukai jualan negeri atas minyak dan gas semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pagoh yang juga menaikkan bayaran interim hasil bersih 40 peratus daripada RM26.7 juta sejak tahun 1974 ke RM126.6 juta pada tahun 2021. Baru-baru ini, bayaran interim hasil bersih 40 peratus telah dinaikkan kepada RM600 juta untuk tahun ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun.

Perkembangan-perkembangan ini telah memberi sinar harapan kepada Sabah dan Sarawak. Apa pun, kita harus belajar daripada sejarah masa lalu dan biarlah masalah- masalah yang lalu itu dimasukkan dalam lipatan sejarah dan kita maju ke hadapan untuk menyelesaikan yang perlu diselesaikan. Oleh sebab itu, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu membawa perubahan yang baru iaitu perubahan sikap dan layanan Kuala Lumpur terhadap Sabah dan Sarawak.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Kerajaan Sabah dan Sarawak harus dihormati tanpa mengira siapa pemerintah.

Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak juga harus dihormati sebagai pemimpin wilayah mereka masing-masing. Biarlah parti-parti tempatan mengurus tadbir wilayah masing-masing demi agenda rakyat dan kemakmuran negeri, negara seperti yang dinasihati oleh Yang di- Pertuan Agong.

Pembangunan Sabah harus diutamakan.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Kerajaan yang ada sekarang harus berubah juga. Buanglah sikap dan perangai kolonialisme dan memandang rendah kepada Sabah dan Sarawak dan pemimpinnya. Sabah dan Sarawak kini sudah dewasa dan ingin berdikari. Sabah dan Sarawak tidak ingin dikongkong lagi. Maka itu, Malaysia harus berfungsi sebagai sebuah konfederasi di antara tiga wilayah, Wilayah Sabah, Sarawak seperti matlamat asal penubuhan Malaysia. Kerajaan MADANI diterajui oleh Tambun selaku Perdana Menteri juga adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat. Maka itu, please do justice for Sabah seperti yang terkandung di dalam Buku Justice for Sabah.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sedikit lagi.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Jadi, berasaskan persepakatan dan sedia kawan di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, Wilayah Borneo, Kerajaan MADANI mungkin boleh mempertimbangkan perbincangan secara sepakat yang baru untuk genuine consultation demi mengusahakan satu Perlembagaan baharu berdasarkan Wilayah Sabah, Sarawak untuk melonjakkan Persekutuan Malaysia ke era baru yang berkekalan demi rakyat jelata dan kemakmuran.

Sebelum mengakhiri, saya ada satu pantun.

Ke Negeri di Bawah Bayu mencari emas, Ke Bumi Kenyalang mendapat minyak dan gas, Majukan Sabah, Sarawak agar makmur bersama, Malaysia maju, negara pun makmur. Keningau menyokong. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

draft • 6:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Maaf, Puan Yang di-Pertua. Suara saya dulu macam Tom Jones, sekarang ini dah jadi Rock Stewart. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT

draft • 6:57 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

kerana dapat sama-sama merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat dan hikmah berhubung fungsi Parlimen sebagai dewan perhimpunan paling utama yang mana undang-undang digubal dan juga kerajaan dipersoal atas setiap tindakan dan keputusan.

Saya ingin membawa kegusaran rakyat Langkawi khususnya terhadap apa yang boleh disifatkan sebagai pencerobohan kedaulatan baru-baru ini oleh ratusan pendatang. Ini adalah satu kegagalan jelas oleh pihak yang bertanggungjawab menjaga perairan negara.

Telegram Edisi Siasat menamakan seorang pegawai risik Langkawi, Lt. Maritim Zul Zhafri sebagai pegawai yang mengatur masuk pelarian ini kerana habuan duit. Orang kampung menceritakan kepada saya, sebelum kapal itu berlabuh, plastik-plastik bungkusan timbul untuk dikutip.

Saya ingin bertanya, sejauh manakah masalah korupsi yang membelenggu APMM di Langkawi? Apakah peralatan canggih milik APMM dan lain-lain agensi langsung tidak dapat mengesan bot yang membawa ratusan orang? Kita mendengar hari-hari, Yang Amat Berhormat Tambun menyatakan bahawa kita nak mencegah rasuah. Mungkin yang di atas sekarang tidak mengambil rasuah tetapi yang di bawah masih sama juga tabiatnya. Saya pernah mencadangkan di Dewan ini supaya pos-pos kecil diadakan di sempadan Thailand.

Menteri menjawab ketika itu, kita tidak bimbang kerana kita tak akan berperang dengan Thailand. Bukan soal berperang, ini soal untuk menyekat pendatang haram. Lebih teruk daripada berperang.

Kalau kita tengok di Langkawi sekarang, ini adalah satu perkara yang dibenci sangat oleh rakyat tempatan. Ini bukan kali pertama. Saya yakin ia juga bukan kali yang terakhir jika tiada perubahan drastik dalam pentadbiran agensi-agensi kerajaan yang terbabit. Sebelum ini pun, sudah ada pihak yang mengkritik APMM atas beberapa sebab. Antaranya ialah tanggungjawab yang bertindih dengan pihak lain seperti Polis Marin dan Tentera Laut.

Kurangnya sumber bajet dan keupayaan untuk mengawal perairan negara dan menghalang aktiviti haram dan respons yang agak lambat terhadap insiden-insiden.

draft • 6:57 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Langkawi, boleh sedikit? Satu, Langkawi.

draft • 7:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sila.

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi kalau kita lihat kemasukan mereka ini secara haram melalui bot-bot ini, kalau sudah masuk itu nak keluar susah. Jadi, sepatutnya kerajaan ketatkan. Dah tahu dah berlaku, dah tahu berlaku di negara jiran, sepatutnya ada tindakan tegas. Kalau kita tengok cerita Langkawi tadi, nampaknya masih lagi seperti biasa.

Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Masukkan dalam ucapan saya. Kita tidak menafikan jasa para pegawai dan anggota yang ikhlas bekerja dan menjalankan tugas seperti anggota APMM yang terlibat dengan insiden tembakan dengan

draft • 7:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

pencerobohan dari negara jiran baru-baru ini. Namun, jangan kita butakan mata dengan kelemahan-kelemahan yang jelas.

Puan Yang di-Pertua, baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Tambun telah ke Pulau Langkawi dan semua maklum bahawa perjumpaan dengan Thaksin dan juga Prabowo diadakan di sana. Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau, mengucapkan terima kasih di atas kehadiran beliau di Langkawi. Begitu lama sekali.

Saya harap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat bersama saya ketika itu, contohnya bangunan MARA di Langkawi yang menjadi sarang dadah di pekan Kuah, dapat diselesaikan. Apa Yang Amat Berhormat Tambun berjanji, sebanyak lebih kurang RM40 juta diberikan kepada MARA. Saya minta maaf kerana sebelum itu saya nak berjumpa dengan Pengerusi MARA tetapi mungkin agaknya berlainan parti, maka tidak dilayan.

Dato’ Yang di-Pertua, kita memohon supaya dalam perbincangan ASEAN yang kita menjadi pengerusinya dapat berbincang soal human trafficking ini, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Akan tetapi, saya rasa perkara ini mungkin berat kerana saya juga di dalam Select Committee International Affairs dan dipesan supaya kita jangan bangkitkan soal human trafficking ini. Baiklah berbincang berhubung dengan food security, climate change, sports, common education, human right, carbon free. Saya rasa perkara ini diteruskan untuk dibangkitkan di dalam ASEAN ini, tapi saya menyeru juga kepada kepandaian Yang Amat Berhormat Tambun supaya isu ini dapat diselesaikan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga membangkitkan satu perkara lagi. Baru-baru ini, saya dijemput untuk menghadiri satu seminar semasa International Boat Affairs di Phuket.

Dalam seminar itu, perjumpaan diadakan dengan the yacht owners, dengan mereka yang mempunyai kapal-kapal besar dan antara yang mereka bangkitkan adalah undang-undang kita yang flip flop semasa Tun Mahathir buat dulu dengan sekarang banyak perbezaan.

Jadi, saya nak bertanya kepada Menteri Pengangkutan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bersama Kementerian Kewangan ― saya faham MOT juga terdapat soalan ini kepada mereka semasa mereka di Langkawi ― untuk memperkasakan industri kapal layar mewah negara melalui pendaftaran Langkawi International Yacht Registry.

Dato’ Yang di-Pertua, semasa di Phuket itu, saya melihat bot-bot besar, tiga suku daripada yang masuk dalam show itu, semuanya registry Langkawi, Penang, Langkawi. Bila saya bertanya kenapa tak diletakkan di Langkawi, jawapan mereka, “Kami tak upaya dengan flip flop punya undang-undang di Malaysia ini”. Contoh mereka bagi semasa Covid dulu.

Semasa Covid, semasa PKP, Jabatan Laut datang kepada mereka minta mereka keluar kerana visa sudah tamat. Ini semasa PKP. Maka, keluarlah mereka. Maka yacht club tak dapat income. Saya bersembang dengan CEO yacht club, mereka mengatakan betul.

50,000 lebih pada ketika covid tersebut. Sejajar dengan potensi pertumbuhannya yang

draft • 7:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

dianggarkan meningkat kepada USD80 bilion menjelang tahun 2030. Ini business kapal layar yang diberikan taklimat kepada kami.

Juga, apakah langkah kementerian untuk menangani isu perlindungan insurans? Ini juga satu isu bagi pendaftaran Langkawi International Yacht Registry ini terutamanya untuk super yacht berikutan kekurangan syarikat insurans yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia.

Yang Berhormat Dato’, saya juga nak bertanya berhubung dengan tembak- menembak di Setia Alam baru-baru ini. Kalau kita pergi di supermarket luar negara, kita terpaksa melalui scanner. Tetapi, di Kuala Lumpur ini, saya melihat banyak mall yang tidak ada scanner. Jadi, saya nak mencadangkan kepada kerajaan supaya scanner dipasang di setiap mall agar perkara begini tidak berulang.

Semalam, Dato’ Yang di-Pertua ― sedikit masa minta. Semalam saya melayari YouTube. Ada seorang youtuber daripada Sarawak, dia menyatakan bahawa dengan pengambilan MASwings dan juga PETRONAS kerjasama dengan PETROS, dia merasakan bahawa Sarawak, dengan izin, cannot solo, it is too big for Sarawak. Dia kata akhirnya akan membebankan rakyat Sarawak, akhirnya akan berhutang dengan negara China. Ini komen beliau. Jadi, saya pohon kalau boleh dapat komen daripada Menteri.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua...

[Berucap dalam bahasa Arab] Wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Langkawi. Yang Berhormat yang berikut, saya persilakan Yang Berhormat Kepong.

draft • 7:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri atas hasrat kerajaan untuk menyemak semula Akta SOSMA dan meminda Akta Perhimpunan Aman dengan memansuhkan keperluan kebenaran di bawah seksyen 11. Dua langkah tersebut amat dialu-alukan dan wajar dijadikan sebagai permulaan kepada agenda reformasi yang lebih menyeluruh.

Melalui reformasi SOSMA dan Akta Perhimpunan Aman, kita berharap agar pelbagai aspek lain seperti reformasi ekonomi, kebajikan dan sistem pentadbiran turut menerima reformasi. Keputusan kerajaan untuk mengkaji semula dua akta tersebut mencerminkan dan menegaskan komitmen Perdana Menteri yang digelar bapa reformasi.

Seterusnya, saya ingin mengutarakan beberapa isu penting yang memerlukan perhatian segera daripada pihak kerajaan. Pertama, isu dakwaan rasuah yang melibatkan ramai ahli Kerajaan Negeri Sabah telah mendapat perhatian luas sejak tiga bulan lalu.

Dilaporkan bukan sahaja di akhbar tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

draft • 7:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kelewatan dan ketidakpastian dalam menangani perkara ini telah mula menjejaskan imej negara Malaysia.

Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk segera membuat keputusan muktamad sama ada kes ini mempunyai asas pertuduhan atau tidak. Sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, tindakan tangkapan serta pendakwaan harus dilaksanakan tanpa berlengah bagi memastikan keadilan ditegakkan. Sebaliknya jika tiada kes, kerajaan perlu memberikan penjelasan yang jelas dan meyakinkan kepada rakyat agar isu ini tidak terus menjadi tanda tanya yang menggugat keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan negara.

draft • 7:08 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ketidakpastian dalam menyelesaikan kes ini bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat, malah berpotensi memberi kesan negatif terhadap pelaburan tempatan dan asing serta kehilangan terhadap keyakinan tadbir urus kerajaan.

Isu yang kedua, saya menggesa tindakan tegas menangani skim pelaburan palsu dan penipuan ponzi. Dato’ Yang di-Pertua, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menjadi tumpuan utama bagi penjenayah penipuan, khususnya melibatkan skim pelaburan palsu dan skim ponzi. Setiap bulan, kita membaca berita tentang pelbagai skim pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan tinggi, yang dirancang untuk menipu orang ramai. Banyak syarikat yang menggunakan nama-nama seperti Amanah dan Cash Trust, dengan izin, dalam skim ponzi itu.

Baru-baru ini, dua syarikat iaitu Octowill Trustees Berhad, O.C.T.O.W.I.L.L dan Proven Venture Capital telah menyalahgunakan gambar dan nama Yang Berhormat Bagan dan saya sendiri untuk mempromosikan skim pelaburan palsu mereka untuk menipu orang ramai.

Oleh itu, saya ingin menyeru pihak polis, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia serta semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan undang-undang segera terhadap dua syarikat tersebut dan menyita aset serta bank akaun syarikat itu, termasuk bank akaun semua shareholders dan company directors’ yang terlibat. Tindakan pantas amat diperlukan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada terus menjadi mangsa penipuan melalui ponzi yang semakin berleluasa di Malaysia.

Isu yang ketiga. Betulkah berita semalam bahawa, dengan izin Dato’, “Kuala Lumpur ranks 3rd most dangerous city in Southeast Asia. Klang takes 4th spot”. Dato’ Yang di-Pertua, berita tersebut dilaporkan di The Sun semalam yang menggunakan data daripada Numbeo Crime Index 2025. Indeks itu turut menyenaraikan Pulau Pinang sebagai bandar paling selamat di Malaysia. Namun, laporan ini menimbulkan kebimbangan besar kerana ia menyatakan Kuala Lumpur dan Klang sebagai antara bandar ketiga dan keempat paling berbahaya di Asia Tenggara.

draft • 7:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Impak laporan itu amat merunsingkan. Bukan sahaja dari segi keselamatan negara, malah ekonomi kita juga akan terjejas teruk, khususnya industri pelancongan. Jika laporan ini benar, ia berpotensi menarik perhatian sindiket jenayah asing dan tempatan, berhimpun dan beroperasi di ibu kota kita dan Bandar Klang. Oleh itu, saya memohon kerajaan, pihak polis serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk segera mengenal pasti kesahihan sumber laporan ini. Langkah-langkah proaktif dan drastik perlu diambil oleh kerajaan bagi memastikan Kuala Lumpur dan Klang kekal sebagai tempat yang selamat untuk semua orang.

Isu yang keempat, mengehadkan kenderaan persendirian di pusat bandar Kuala Lumpur semasa waktu puncak. Dato’ Yang di-Pertua, masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur semakin meruncing dan memerlukan tindakan penyelesaian. Saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji dan mempertimbangkan langkah-langkah yang telah berjaya dilaksanakan di bandar-bandar besar lain seperti di Singapura dan China bagi menangani isu ini.

Antara langkah yang boleh dipertimbangkan termasuk yang pertama, mengenakan caj kesesakan kepada pemandu yang memasuki kawasan tertentu pada waktu puncak untuk mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya di Kuala Lumpur. Hasil kutipan caj ini juga boleh digunakan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam, menjadikan pengangkutan awam kita lebih efisien dan mesra pengguna.

Langkah yang kedua, sekatan berdasarkan nombor plat dengan menghalang kenderaan dengan nombor plat yang tertentu daripada berada di jalan raya pada hari atau waktu yang tertentu. Kaedah ini telah terbukti berkesan di beberapa bandar di negara lain dalam mengawal jumlah kenderaan dan mengurangkan kesesakan. Saya berharap kerajaan dapat meneliti kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan di Kuala Lumpur. Langkah- langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memberi kesan kepada produktiviti dan kualiti hidup rakyat. Malah, turut membantu mengurangkan pencemaran udara akibat perlepasan karbon daripada kenderaan persendirian.

Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan mengambil langkah proaktif dan berkesan bagi menangani isu-isu yang saya bangkitkan tadi dengan sebaik mungkin.

Kegagalan untuk bertindak segera bukan sahaja akan memburukkan keadaan sedia ada, malah berpotensi menimbulkan lebih banyak masalah pada masa hadapan. Sekian dan saya menyanjung Titah Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 7:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas

draft • 7:15 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

kesempatan ini. Bagi membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kita doakan segala urusan yang berkaitan dengan rawatan Baginda dimudahkan serta dikurniakan kesihatan yang segera dari Allah SWT.

Untuk sekian kalinya, persidangan kita baru-baru ini dimulakan dengan lafaz ikrar Rukun Negara. Satu langkah yang baik, yang bertujuan untuk masing-masing, terutamanya Ahli Parlimen, menghayati semangat daripada Rukun Negara itu. Namun, tidak sampai sebulan dari tempoh pembukaan itu, terdapat pihak-pihak yang mula membuat cadangan yang sedikit sebanyak boleh menggugat keharmonian hidup berbilang kaum di dalam negara yang tercinta ini. Cadangan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam, ketika mana amalan pentadbiran negara tidak pernah memencilkan urusan orang atau agama yang bukan Islam adalah suatu yang tidak patut dilontarkan oleh kita sebagai golongan pembuat dasar.

Kita tahu terdapat kementerian dan jawatankuasa yang menjaga hak kepentingan serta kebajikan orang bukan Islam seperti Kementerian Perpaduan, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, maka untuk apakah lagi cadangan yang seumpama ini dikemukakan? Ada juga yang mengatakan, bahawa mereka telah hilang sabar di atas perkara tertentu. Namun, kita pun boleh mengatakan orang Islam juga telah banyak bertolak ansur dan menahan kesabaran di atas banyak isu yang secara khususnya tertumpu kepada umat Islam. Namun, di atas tuntutan agama yang penuh kerahmatan ini, kita bersabar dan menuntut agar ia difahami. Namun, kesabaran itu tetap ada batasannya.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam setiap ucapan dan kenyataan media, kita sering dikemukakan tentang pelaburan asing yang masuk ke negara kita. Berbilion Ringgit diumumkan, seolah-olah Malaysia menuju ke zaman keemasan ekonomi. Namun, apakah ini dapat benar-benar dinikmati limpahannya kepada masyarakat bawah seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong?

Kerana menurut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, bagi tahun 2024, kadar pengangguran di Malaysia masih berada pada kadar 4.1 peratus dengan graduan baru mencatat kadar pengangguran sebanyak 9.2 peratus. Jika benar ekonomi berkembang dan pelaburan mencurah-curah, mengapa masih ramai yang sukar mendapat pekerjaan dan mereka yang mempunyai pekerjaan mula bimbang mereka akan kehilangan pekerjaan?

Laporan daripada Bank Dunia 2023 menunjukkan bahawa 60 peratus daripada pelabur asing di Malaysia telah memilih tenaga kerja asing kerana kos buruh yang lebih rendah. Timbul persoalan, di manakah hala tuju dasar tenaga kerja negara? Mengapakah kerajaan gagal memastikan pelaburan yang masuk memberikan keutamaan kepada rakyat tempatan?

Begitu juga, apakah kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan satu polisi yang lebih tegas, yang mewajibkan syarikat asing ini menggaji sekurang-kurangnya 70 ke 80 peratus tenaga dari kalangan rakyat tempatan. Jika negara lain seperti Singapura, Korea

draft • 7:15 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Selatan boleh mengenakan syarat ketat kepada pelabur asing demi kepentingan tenaga kerja tempatan, kenapa ia tidak boleh dilaksanakan di negara kita?

Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada satu kes yang berlaku pada Ogos 2024 iaitu berlaku keracunan makanan di asrama- salah satu asrama milik MRSM yang melibatkan 62 orang yang terlibat.

draft • 7:15 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Saya mengharapkan daripada kes ini agar pemantauan bukan hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah yang di bawah MRSM tetapi mestilah menyeluruh kepada sekolah- sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, beberapa perkara yang saya ingin tanyakan di sini, berapakah had nilai yang ditetapkan bagi setiap kontraktor makanan untuk memperolehi tender dewan makan?

Yang kedua, apakah harga yang ditawarkan oleh kontraktor makanan ini berpatutan dengan kualiti menu dan jumlah makanan yang disediakan? Bagaimana KPM memastikan harga yang dibayar sepadan dengan kualiti makanan yang diberikan agar ia nya tidak bercanggah daripada matlamat pemberian ini? Perkara yang berkaitan iaitulah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diberikan kepada anak-anak keluarga B40. Saya ingin bertanya apakah jumlah sekarang yang berjumlah RM3.50 adalah satu jumlah yang saya kira sudah tidak sesuai dengan kenaikan kos pengendalian yang meningkat bagi memastikan kualiti makanan terjamin dan matlamat pemberian makanan itu tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek kos sara hidup rakyat pula rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan asas. Ini tidak dinafikan dan tidak boleh dinafikan sama sekali. Terkejutnya Timbalan Menteri dengan kos pendidikan, kos kelengkapan sekolah menggambarkan seolah-olah mereka tidak turun ke bawah merasai apa yang rakyat rasa.

Program Payung RAHMAH dengan peruntukan RM300 juta untuk Jualan RAHMAH bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di setiap Dewan Undangan Negeri setiap bulan, namun langkah ini dilihat tidak mencukupi. Gaji minima RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 juga tidak seiring dengan kadar inflasi semasa menyebabkan kuasa beli rakyat rendah.

Justeru itu, Jualan RAHMAH yang diadakan dalam tempoh-tempoh tertentu gagal untuk mengatasi sepenuhnya terutamanya di kampung-kampung disebabkan pendapatan orang kampung ini dia tidak ada had, dia tidak ada waktu tertentu. Terkadang waktu berlakunya Jualan Rahmah mereka tidak ada wang, mereka tidak pendapatan yang menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan harga murah dalam projek tersebut yang akhirnya tidak menghilangkan dan mengurangkan bebanan yang mereka tanggung.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan – dari sudut pendidikan tinggi, saya ingin mencadangkan agar Pendidikan Islam diperkasakan kepada mahasiswa Muslim di semua universiti, bukan hanya terhadap mereka yang berada dalam fakulti agama. Ini

draft • 7:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

adalah wajar bagi berlakunya kesinambungan pengetahuan agama yang berterusan sekali pun mereka ada di menara gading. Ini bagi memberikan kekuatan jati diri kepada mahasiswa dalam berdepan situasi dan keadaan yang semakin mencabar terutamanya berdepan dengan isim-isim yang sedikit sebanyak boleh mengganggu-gugat akidah sekiranya tidak ditangani dengan perkara yang betul.

Selain itu, saya juga ingin menyentuh tentang isu tulisan jawi kepada guru-guru Pendidikan Islam. Dalam usaha memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran agama Islam di peringkat sekolah dan universiti kita perlu memberikan perhatian kepada penguasaan tulisan jawi dari kalangan guru-guru Pendidikan Islam. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan khas bagi meningkatkan latihan dan kursus jawi kepada guru-guru.

Buat akhirnya, saya juga menyentuh tentang perkara tempatan. Saya ingin menyuarakan beberapa isu yang melibatkan kawasan Kuala Krau. Pertama, mengenai Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Harapan Indah. Saya mohon sedikit perhatian daripada pihak kerajaan dengan menyalurkan sumbangan kepada PDK ini bagi tujuan membaiki bumbung bocor, kanopi baru, menggantikan yang telah koyak serta memasang penghadang untuk anak-anak OKU.

Saya telah melawat pusat ini dan memberi sedikit bantuan bumbung. Namun, dengan peruntukan yang terhad, yang tidak diberikan kepada kami, ia tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah yang dihadapi untuk anak-anak OKU yang mendapat pendidikan di sini.

Begitu juga dengan Program Rumah Mesra Rakyat, bolehkah program ini dilaksanakan di atas tanah yang sudah mempunyai rumah? Tentang STRGF, saya mohon agar ia nya dipercepatkan bagi meminda Akta GSA supaya projek ini benar-benar memberi manfaat kepada generasi kedua peneroka yang hari ini mengharapkan tanah untuk kehidupan mereka dan diharapkan ia tidak menjadi isu politik sebaliknya berlaku adillah dalam pemberian projek ini.

Seterusnya, saya ingin bertanya mengenai sistem demerit pemandu lori. Sejauh manakah pelaksanaannya yang sebelum ini telah disebut untuk dikaji kepada pemandu- pemandu lori terhadap merit lesen mereka.

Buat akhir sekali, saya mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan memberikan elaun kepada guru-guru tahfiz di sekolah-sekolah swasta yang berdaftar agar ia nya memberikan semangat dan juga meringankan beban kepada madrasah yang memainkan peranan dalam pendidikan agama terutamanya bagi anak-anak kita.

Dan yang paling akhir, saya suka untuk mengingatkan supaya Raja yang kita sanjung merupakan institusi yang perlu dihormati dan apa juga Titah dan juga pandangan perlulah dilihat dan dilaksanakan. Jangan sampai Titah menjadi Titah. Akhirnya, tindakan mengetepikan Titah Yang di-Pertuan Agong memberi persepsi seolah institusi beraja hanya

draft • 7:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

sekadar simbol tanpa sebarang kuasa. Mudah-mudahan kita dijauhi dengan perkara ini.

Kuala Krau mohon menyokong. Wabillahitaufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran, 15 minit.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Paya Besar pada 4 Februari 2025 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Tuanku bertitah pada poin 23 bahawa “Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri”. Jelas membayangkan rasa gusar Tuanku tentang keutuhan dan kesatuan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan. Kegusaran Tuanku diperkukuhkan lagi dengan ketegasan Titah Baginda bahawa setiap tindakan dan keputusan mestilah dibincang secara sepakat demi masa depan rakyat dan negara dan Tuaran sangat bersetuju malah menjunjung kasih Tuanku kerana dapat merasai nadi rakyat tentang betapa kritikalnya kesatuan negara Persekutuan Malaysia pada ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, pengumuman Yang Berhormat Menteri Agama di Dewan yang mulia ini pada 4 Februari tentang inisiatif JAKIM, membuat satu garis panduan dan peraturan untuk orang-orang Islam apabila menyertai upacara atau majlis seperti pengebumian oleh orang bukan Islam. Ini adalah antara contoh tindakan dan keputusan yang belum pun ada kesepakatan tetapi sudah diumumkan. Akibatnya ialah kekeliruan rakyat majmuk Malaysia dan akhirnya perpaduan dan keharmonian kaum tergugat.

Tindakan Yang Berhormat Menteri Agama tersebut juga jelas bertentangan dengan tatakelola yang baik demi memelihara keutuhan dan kesatuan negara Persekutuan Malaysia yang dititahkan oleh Tuanku iaitu mesti dibincang secara sepakat. Ini bererti setiap cadangan dasar, program dan garis panduan hendaklah dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Kabinet terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Tuaran mengucapkan terima kasih kepada Jemaah Kabinet pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana setelah dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Kabinet pada Jumaat 7 Februari 2025, maka mereka sepakat menolak cadangan Yang Berhormat Menteri Agama tersebut. Namun masih ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan keputusan tersebut dan suara-suara seperti inilah ibarat menabur bibit-bibit perpecahan dan sengaja memanjangkan kekeliruan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Malah suara kebencian berbaur agama seperti inilah yang menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak merasa kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia. Ramai yang

draft • 7:26 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

berkata the Malaysia of today is not the Malaysia that we have agreed to form under the Malaysia Agreement 1963 dengan izin.

draft • 7:26 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Tidak jelas] ...in Sabah MA63 are encapsulated in the Batu Sumpah Keningau where it says, “Agama bebas dalam Sabah.” Tidak kurang juga yang berkata bahawa wilayah kita yang terkaya dari segi sumber asli. Namun, kita yang tercorot paling miskin. Ada yang berkata elok kita bersendirian macam Singapura. Ya, Singapura negara berbilang kaum dan agama.

Namun tetapi sepakat berpadu. Perbezaan agama dan kaum bukan penghalang dan pemisah, bukan pemisah perpaduan.

Malah, dari segi ekonomi, di Singapura dengan GDP per kapita USD84,000 sudah mencapai status negara dunia pertama. Bayangkanlah perasaan orang Sabah apabila GDP per kapita Sabah masih pada tahap USD5,000 dan Malaysia pada tahap USD12,000 berbanding dengan Singapura.

We are running on the spot with no progress year after year. Inilah GDP per kapita kita tahun demi tahun. Tidak ada peningkatan. Kita sudah tercorot jauh ketinggalan. Tidak cukup dengan kemiskinan, rakyat majmuk Malaysia bergelumang dalam isu kaum dan agama yang tidak berkesudahan. Malah bertambah buruk dari hari ke hari terutama sekali di Wilayah Persekutuan Tanah Melayu.

Orang Sabah hari-hari berdoa. “Tuhan, tolong janganlah sikap pelampau agama dan kaum yang berlaku di Malaya disebarkan di Sabah.” Orang-orang politik di Persekutuan Tanah Melayu mengatakan enjoy isu-isu berbaur agama dan kaum lalu menjadi hero juara kaum. Tetapi perpaduan dan keharmonian kaum tergadai dan pembangunan ekonomi tergugat.

Tuan Yang di-Pertua, di Sabah kalau ada upacara pengebumian di gereja adalah menjadi kebiasaan orang Islam hadir sama. Sebab yang hadir itu bukan sahaja sahabat handai tetapi juga saudara mara. Malah, tidak kurang juga yang merupakan adik-beradik dengan si mati tetapi mereka berlainan agama. Inilah gaya hidup orang Sabah dan kami tidak ada masalah. Tidak ada masalah.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Tuaran, boleh saya membantu sedikit? Sedikit sahaja.

draft • 7:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Boleh Yang Berhormat Tuaran, sedikit?

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya, Jelutong.

draft • 7:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuaran — Terima kasih Tuaran. Saya bersetuju dengan Tuaran ya. Bagi kami pun Ahli Parlimen, saya termasuk saya yang ada pengundi Hindu. Saya hantar bukan sahaja di rumah. Saya hantar pergi ke kubur dan begitu juga dengan Buddha, saya juga — Itu sebab itu perkara jadi kehormatan. Ia bukan membabitkan akidah ataupun agama. Terima kasih.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Tuaran, saya juga ingin membantu. Di Semenanjung Malaysia Tuan Speaker, baru-baru ini semasa upacara Thaipusam tidak melibatkan akidah dan agama. Anggota-anggota PDRM termasuklah Ketua Polis Pulau Pinang berada di tempat ‘pandal’ kita panggil. Tempat yang didirikan oleh PDRM menghidangkan makanan kepada penganut-penganut Hindu.

Ini adalah sesuatu yang kita perlu memupuk kerana ia memupuk perpaduan di antara rakyat Malaysia berbilang kaum.

draft • 7:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih...

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kali pertama sejarah Ketua Polis Negara bersama-sama anggota berpakaian uniform bukan sahaja menjaga keamanan tetapi juga menghidangkan makanan kepada semua penganut yang datang untuk Thaipusam. Sesuatu yang perlu kita sokong dan memupuk di masyarakat yang berbilang kaum, berbilang agama. Terima kasih.

draft • 7:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih. Semua pandangan-pandangan ini bagi kami di Sabah biasa. Kebiasaan, bukan sesuatu yang luar biasa ya. Tetapi di sini, di Wilayah Persekutuan Tanah Melayu ini dan pada pandangan saya setelah berada di Dewan yang mulia ini selama lima penggal, saya nampak kerana ketagihan, kerana gila-gilakan undi politik, mereka cuba menjadi hero, menjadi champion mainkan sentimen agama dan kaum.

Sebab itu ramai rakan-rakan Dewan yang mulia ini amat prihatin jikalau peraturan baharu yang cuba digubal oleh pihak JAKIM itu diluluskan oleh Jemaah Kabinet sebagai satu garis panduan bagi orang Islam menghadiri upacara seperti itu. Sama ada yang ada kaitan dengan akidah kah apa. Itu akhirnya kita sendiri yang regulate sebagai pemegang agama masing-masing. Kalau ini berlaku, sudah tentu ini bukan Malaysia yang diimpikan oleh para pejuang pembentukan Malaysia 63 tahun yang lalu.

Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua dalam Perkara 20 dan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee - IGC) perkara pertama yang dinyatakan oleh pemimpin Sabah terdahulu dalam syarat bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia ialah kebebasan beragama.

Saya mempunyai ramai kawan-kawan Islam yang sangat baik dengan saya. Ramai dari Semenanjung dan sudah tentu di Sabah lebih ramai lagi termasuk di Tuaran sendiri. Bagi rakan-rakan dari Semenanjung yang bertugas di Sabah sebagai guru misalannya, ada yang sampai berumah tangga dengan orang Sabah. Bila dipindahkan Persekutuan Tanah Melayu, bercucuran air mata kerana sedih. Ia terlalu banyak sekali siapa-siapa yang ada saudara mara atau ahli-ahli keluarga yang pernah bertugas di Sabah, tanyalah mereka.

Tuan Yang di-Pertua, perkahwinan campur itu sudah menjadi kebiasaan di Sabah.

Dalam keluarga ada adik yang beragama Islam, kakak Kristian dan sebagainya. Ramai juga

draft • 7:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

yang berlaku orang Semenanjung bertugas di Sabah dan mendapat jodoh di sana. Berkahwin pula dengan ahli keluarga yang berlatarkan Kristian. Kemudian, isteri mengikut agama suami.

Tiada masalah. Kita tiada masalah. Dalam kalangan keluarga besar saya juga, ada yang beragama Islam. Inilah sebab kerana apa, kita tidak mahu hal-hal berlainan agama menjadi kita terpisah antara satu sama lain.

Tuaran tertarik dengan sebuah penulisan daripada pembantu penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam akhbar Berita Harian, 14 Februari lalu yang bertajuk, “Amal konsep mahabbah, raikan kepelbagaian tanpa korban prinsip.” Dengan izin, saya mohon untuk membacakan antara petikan dalam penulisan tersebut. Konsep mahabbah ini bermakna setiap ahli masyarakat majmuk bukan sahaja mampu mengenal pasti perbezaan tetapi juga mampu meraikannya tanpa ada sebarang geseran tetapi juga mampu sekali gus tidak menggadaikan sebarang prinsip dalam agama masing-masing.

Seterusnya, apa yang menjadi titik temu antara agama ialah persamaan dalam ajaran etika seperti disimpulkan dalam Rukun Negara kelima iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”.

Inilah yang seharusnya menjadi sumber perpaduan kita dan dorongan untuk bersama-sama membangunkan negara.

Terkait dengan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Sarawak kerana telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain di bawah Jabatan Premier Sarawak. Unit ini sudah ditubuhkan hampir satu dekad yang lalu hasil cetusan ilham mantan Ketua Menteri Sarawak, the late Pehin Sri Tan Sri Dr. Haji Adenan bin Haji Satem.

Objektif utama penubuhan unit ini adalah sebagai penghubung antara masyarakat Islam dengan bukan Islam bagi mengeratkan lagi persefahaman dan keharmonian. Saya fikir mungkin ini yang cuba disampaikan oleh sahabat saya Yang Berhormat Raub dalam perbahasan beliau baru-baru ini. Tetapi mungkin tidak perlulah sampai menubuhkan kementerian kerana ia akan melibatkan kos yang besar dan tidak sesuai di kala negara masih berhadapan dengan kadar keterhutangan yang tinggi.

Pandangan Tuaran penubuhan unit seperti di Sarawak ini merupakan satu penanda aras yang baik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Terkait dengan ini, Tuaran ingin bertanya pada kerajaan. Apakah sudah jadi dengan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak? Apakah bahagian ini masih diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan siapakah Menteri-menteri?

Saya tahu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang menjaganya.

Tetapi adakah pejabat ini bersama-sama di kementerian beliau di PETRA ataupun masih di Jabatan Perdana Menteri? Bolehkah pihak kerajaan memberikan laporan pencapaian unit ini sejak ditubuhkan pada tahun 2020 yang lalu? Apakah pula status Jawatankuasa Bumiputera Minoriti di Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri yang suatu ketika dahulu begitu aktif?

draft • 7:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya juga ingin bertanya. Kenapakah sehingga pada hari ini kerajaan belum lagi bersetuju untuk memasukkan status Orang-orang Asli Semenanjung sebagai bumiputera?

Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini belum lagi dijadikan status sebagai bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, Tuaran mohon mencadangkan pada kerajaan khususnya Kementerian Perpaduan supaya menjadikan Perjanjian Malaysia 1963 sebagai tonggak dan asas utama pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Memang benar kita ada Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai tonggak membina generasi anak-anak Malaysia yang bersatu padu. Namun, penghayatan dan amalan Rukun Negara sangatlah rendah. Kefahaman dan penghayatan MA63 juga terlalu rendah kerana perkara ini tidak dimuatkan sepenuhnya ke dalam buku teks Sejarah yang digunakan dalam sistem pendidikan negara.

Perkara ini sudah disuarakan oleh Tuaran dan rakan-rakan. Ramai rakan-rakan yang berkali-kali di Dewan yang mulia ini namun suara itu bagaikan bercakap dengan dinding tanpa respons positif. Ada sahaja jawapan yang bertentangan. Sebab itulah orang Sabah tidak serik-serik menuntut agar negara Malaysia ini dibina berasaskan semua persetujuan Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang dinyatakan oleh sahabat daripada Keningau sebentar tadi.

Dan kita juga terus mendesak dan menuntut supaya agihan kerusi Parlimen seperti juga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Keningau dan beberapa rakan yang lain dilaksanakan dan hak Perlembagaan Sabah untuk mendapatkan 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil persekutuan daripada Sabah seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan seperti yang dibangkitkan oleh beberapa rakan-rakan di Dewan yang mulia hendaklah ditunaikan.

Kita juga menuntut seperti perkara 79(1) Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk membolehkan Kerajaan Sabah menerima dan memungut cukai dan hasil yang lain Persekutuan sebagai satu langkah melaksanakan hak Perlembagaan Sabah dalam perkongsian hasil.

Tuan Yang di-Pertua, ramai rakan-rakan di Dewan yang mulia ini membangkitkan soal infrastruktur kesihatan, infrastruktur pendidikan, infrastruktur jalan raya dan sebagainya.

Dalam hal kesihatan, Tuaran ingin bertanya bilakah Pusat Jantung Sabah dengan kos RM80 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dilaksanakan?

Adakah kerajaan sedar tentang kesesakan di wad dan Bahagian Kecemasan di hospital-hospital Sabah termasuk di Hospital Queen Elizabeth, hospital II? Dan bilakah pembinaan beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Tuaran yang sudah pun diumumkan berkali-kali iaitu SMK Nabalu, SMK Laya-Laya, Sekolah Seni Tuaran, Sekolah Vokasional

draft • 7:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pendidikan Khas dan juga Klinik Kesihatan Jenis 2 di Laya-Laya? Bilakah semua ini akan dimulakan?

Satu lagi perkara, Tuan Yang di-Pertua di Tuaran ini. Satu jambatan yang telah diberi peruntukan, telah siap dibina iaitu Jambatan Sungai Damit dan tiba-tiba pula jambatan ini diisytiharkan tidak selamat. Hari ini walaupun sudah diisytiharkan tidak selamat dan tidak boleh dilalui tapi rakyat masih gunakan. Dan telah diumumkan oleh pihak sedia yang akan dibina sebuah jambatan yang baru. Pertanyaan saya di sini ialah bilakah jambatan baru ini akan dibina? Dan apa akan jadi dengan jambatan yang sedia ada ini?

Tuaran juga ingin bertanya tentang beberapa projek-projek di kawasan Parlimen Tuaran yang sehingga pada hari ini belum lagi bermula terutama sekali untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya seperti jalan Bulatan Berungis sampai ke Mengkabong dan sebagainya. Saya berharap agar perkara-perkara yang telah diperkatakan tadi yang berkaitan dengan projek-projek di kawasan Parlimen Tuaran itu dapat diambil tindakan dengan segera. Dengan demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 7:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat malam. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas ruang diberikan Kepala Batas untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Semoga Allah memberikan kesihatan dan memudahkan urusan Baginda Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, wanita perhiasan dunia. Malah kehebatan wanita turut diceritakan dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dengan izin, [Membaca sepotong hadis] “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” Tuan Yang di- Pertua, sumbangan wanita dalam industri sememangnya tidak dapat dinafikan malah wanita dilihat sebagai tunjang dalam membina masa depan negara sama ada dalam sektor kerajaan atau pun swasta. Umum mengetahui bahawa pindaan Akta Kerja 1955 pada tahun 2022, jumlah cuti bersalin bagi pekerja wanita adalah dilanjutkan sebanyak 98 hari sementara pekerja lelaki adalah diberikan tujuh hari cuti paterniti.

Melihat kepada situasi ini, maka ada sesetengah ibu mengandung yang dikategorikan sebagai ibu tunggal mungkin disebabkan kematian suami ketika mengandung ada kalanya mereka memerlukan kepada support system dengan izin, yang dibantu oleh ahli keluarga, penjaga atau pun sahabat-sahabat yang terdekat bagi menjalani proses

draft • 7:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

pemeriksaan atau pun selepas bersalin. Justeru, Kepala Batas ingin tahu adakah wujud klausa di bawah Akta Kerja 1955 ini yang memberikan kelayakan kepada penjaga, ahli keluarga atau pun sahabat-sahabat yang mengambil tanggungjawab sebagai penjaga bagi ibu yang mengandung atau pun bersalin? Mohon penjelasan.

Selain itu, Kepala Batas ingin tahu bagaimana pula akta ini dapat membantu para ibu mengandung, suami atau pun penjaga sekiranya berlaku keguguran? Seandainya tiada, apakah pihak kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini sebahagian daripada akta di masa hadapan? Mengambil contoh ibu mengandung yang kehilangan suami seperti kematian ketika mengandung atau pun bersalin atau pun suami yang bekerja di luar kawasan yang jauh seperti offshore dengan izin, seperti di pelantar minyak yang tidak dapat membantu.

Maka perkara ini dapat dipertimbangkan dalam pelaksanaan maka sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tekanan kepada pasangan suami isteri dalam memikul tanggungjawab antara urusan kerja dan juga keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, ada kalangan ibu mengandung mengalami tekanan di tempat kerja. Malah ada yang mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan sebelum melapor diri tempat kerja seperti yang dilaporkan dalam media portal bertarikh 17 Januari yang lalu, berikutan kebanyakan wanita berkerjaya terutamanya di sektor korporat berpandangan bahawa mereka adalah beban kepada majikan, malah perlu menangani perkaitan yang melibatkan anak. Menurut laporan tersebut, wanita tersebut diminta untuk – oleh pengurusan Sumber Manusia tempat mereka bekerja untuk meletakkan jawatan kerana selalu sangat dengan hal berkaitan dengan anak.

Maka, Kepala Batas melihat satu tindakan yang tidak wajar yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Pastinya, ada majikan yang lebih berperikemanusiaan, lebih bersifat ihsan dalam berhadapan isu ini. Jadi sejauh manakah akta ini iaitu Akta Kerja 1955 ini melindungi para wanita, terutama para ibu mengandung berhadapan situasi ini?

Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas menyambut baik semua inisiatif-inisiatif dan juga usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menjadikan masyarakat Malaysia, terutamanya golongan ibu mengandung dalam mendepani kehidupan seharian mereka.

Penambahbaikan kemudahan awam terutamanya pusat kesihatan dan rawatan yang terdapat di Parlimen Kepala Batas. Kepala Batas mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang baru-baru ini telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Klinik Kesihatan Permatang Sintok di Parlimen Kepala Batas 8 Februari baru-baru ini.

Alhamdulillah, Kepala Batas yakin bahawa kemudahan dan prasarana disediakan memuaskan dan terkini. Walau bagaimanapun, Kepala Batas melihat satu tindakan yang kurang matang oleh wakil kerajaan kerana membelakangkan Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Apa salahnya seorang Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh majoriti rakyat dijemput hadir dalam program sedemikian walaupun dalam masa lima ke 10 minit?

draft • 7:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Adakah kerana kami di peringkat pembangkang, maka semua urusan-urusan yang berkaitan ini tidak melibatkan kami? Malah sebelum ini ada dalam kalangan Ahli Parlimen Perikatan Nasional lain turut membangkitkan isu yang sama. Adakah ini reformasi yang dimaksudkan dan diangkat oleh Kerajaan MADANI? Janganlah begitu. Kita dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat kepada mereka dan janganlah saling mengkhianati. Kalau bukan kerana rakyat, kita tiada di sini.

Tuan Yang di-Pertua, dulu masa kecil-kecil ramai dalam kalangan Dewan ini mungkin pernah dengar seloka ini pada waktu petang. “Aci lut at-at, aci lut kucing lompat. Nestum nesti, pak aji tukang cat”.

draft • 7:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Seloka ini selalu kita gunakan waktu bermain sorok-sorok dan yang terakhir sekali, selepas kira, akan jadi orang yang mencari pemain lain. Inilah yang sedang dihadapi oleh rakyat. Tercari-cari, di manakah beras tempatan bernilai RM2.60 sekilo tersorok. Semua tersorok. Tahu-tahu nanti, ada terjumpa pula tempat lain.

Isu beras tempatan hilang masa ini sudah makin tak keruan dan membarah. Jika menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Tambak Johor, kita dapat melihat terbentang luas sawah bendang yang melaut. Ini adalah bendang yang selama ini menampung keluaran padi dan beras tempatan. Tetapi tiba-tiba beras tempatan hilang, seolah-olah pesawah dan sawah bendang yang kita lihat tadi hanyalah cerita si pari-pari.

Adakah misteri kehilangan ini ada kaitan dengan kelemahan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994? Maka Kepala batas ingin – ingat dulu, BERNAS memonopoli beras tempatan, tiada isu beras hilang dilaporkan. Malah, pengeluaran beras tempatan juga tidak terjejas dan menjejaskan persaingan dalam beras-beras import.

Jika mengimbau ke zaman wujudnya Lembaga Padi Negara, ketika itu industri padi dan beras negara masih stabil. Justeru, saranan saya satu badan agensi seperti Lembaga Padi Negara wajar diwujudkan bagi mengembalikan kestabilan hak pesawah dan juga rakyat dan mengawal kegiatan kartel dalam menikmati hasil bumi bertuah tanah Melayu ini.

Kerajaan Negeri Terengganu ada beras tempatan, di negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Kedah ada beras Kedah Sejahtera yang walaupun terhad pengeluarannya, tapi inilah satu usaha kecil untuk rakyat. Bagaimana pula dengan beras jenama Feri yang dikhabarkan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Orang Kepala Batas pun nak merasai jualan beras cap Feri. Di manakah dan bilakah boleh rakyat Kepala Batas menikmatinya?

Tuan Yang di-Pertua, isu alam sekitar di negeri Pulau Pinang seakan tiada kesudahannya, misalnya di Kepala Batas. Selama lebih 40 tahun kes Sungai Kereh tidak diambil tindakan sehingga menjejaskan pendapatan para pesawah di Kampung Tok Bedu apabila padi dituai tiada hasil dan semakin tidak subur. Ini disebabkan pembuangan sisa

draft • 7:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

kumbahan najis babi yang mengalir ke kawasan tersebut yang telah berlarutan. Tiada tindakan sehingga masa ini.

Isu ini pernah dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, namun jawapan yang diberikan hanyalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Jadi, apakah kesudahannya buat penduduk di Kepala Batas yang tinggal di kawasan tersebut?

Semalam, saya bertemu dengan persatuan penduduk di Lahar Bubu, Kepala Batas.

Isu mereka sebelum ini pernah saya bawakan ketika perbahasan RUU Akta Syarikat dengan mencadangkan agar tindakan boleh diambil ke atas penama pemilik syarikat. Kes busuk hanya tumpahan air ikan menyebabkan pencemaran bau, kotor disebabkan laluan penempatan mereka menjadi laluan utama lori-lori yang menghantar bekalan ikan segar ke kilang tersebut. Isu ini telah dibawa ke muka pengadilan sejak empat tahun yang lalu. Namun sehingga kini, suara mereka tidak didengari. Apakah suara mereka ini tidak layak untuk didengari? Bukankah ada pihak pernah melaungkan bahawa rakyat hakim negara?

Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab hal JAKIM adalah memastikan urusan umat Islam di negara ini tidak menyimpang dan terurus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan juga Hadis. Umat Islam sewajarnya hidup mengikut panduan agama, bukan agama mengikut acuan orang politik.

Sepertimana ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Kafirun ayat enam yang bermaksud, “Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”. Malah, ia selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan agama Islam ialah agama Persekutuan. Kenapa ada kelompok- kelompok mereka sendiri seolah-olah tidak menyokong usaha ini? Fatwa telah dipertikaikan, kuasa gubalan negeri telah dipertikaikan, garis panduan telah dipertikaikan. Apakah punca kuasa JAKIM juga akan dipertikaikan selepas ini? Ingatlah kata-kata Abuya Hamka, “Jika diam saat agamamu diinjak, tukarlah pakaianmu dengan kain kafan”.

Penutupnya Tuan Yang di-Pertua, inilah realiti keadaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia masa ini. Rakyat sedang tercari-cari di manakah janji-janji yang telah dicerakinkan suatu ketika dahulu. Jika dulu ada kata-kata yang menjanjikan pendidikan percuma dan ada yang berkata, “Malu saya jika anak-anak pergi kena bayar”. Jika dulu ada yang menjanjikan untuk tutup Tol Sungai [Tidak jelas] tetapi hari ini Tahun Baru Cina, tol dikenakan 50 peratus.

Apakah ini yang dikatakan “menang sorak, kampung tergadai”?

Titah Tuanku mahukan rakyat di negara ini hidup dengan sejahtera. Maka seharusnya, itulah yang menjadi fokus demi negara Malaysia yang sangat kita sayangi ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Berikutnya adalah pembahas yang terakhir. Saya mempersilakan Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 7:50 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Mas Gading untuk turut sama berbahas Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Seperti yang telah dizahirkan oleh Tuanku, kestabilan politik adalah asas kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kejayaan kita adalah mengekalkan kestabilan politik sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan telah membolehkan negara mencapai pelbagai kejayaan ekonomi. Mas Gading ingin mengajak semua Ahli Dewan untuk bersama-sama memastikan kelangsungan kestabilan ini dengan menghentikan politik kebencian, retorik perpecahan dan sikap fanatik kepartian yang boleh melemahkan imej negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, landskap politik negara kita hari ini adalah salah satu cabaran besar. Setiap perubahan pasti membawa kesan. Di sini kita kawan, di sana kita lawan. Itulah keunikannya yang datang dengan cabaran. Kerajaan Perpaduan hanya berlaku di sini tetapi tidak di sesetengah negeri. Penting untuk kita pastikan perbezaan politik ini tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan mana-mana agensi kerajaan kerana secara tidak langsung akan memberi kesan kepada rakyat.

Prinsip yang profesional dan berintegriti perlu ditekankan. Jadi Mas Gading berpendapat, perlu ada garis panduan agar koordinasi antara agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan akan lebih berkesan. Semua wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang hendaklah dilibatkan, lebih-lebih lagi dalam hal melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat terutama bila berlaku kecemasan seperti bencana alam.

Jangan kerana terlalu taksub dengan politik, rakyat jadi mangsa.

Di Mas Gading saya sebagai wakil rakyat, tidak dilibatkan secara langsung dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Dulu pernah tetapi kemudian disingkirkan, dikeluarkan atas alasan yang tidak dinyatakan. Perkara ini timbul mungkin kerana perbezaan politik dan saya percaya situasi seperti ini bukan hanya berlaku di Mas Gading, malah di tempat lain juga. Jadi bila berlaku bencana, pasukan saya terpaksa bergantung dengan maklumat orang awam, terpaksa PM tepi dengan pegawai-pegawai ataupun agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat.

Seterusnya, penyaluran Bantuan Wang Ihsan RM25 juta yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu mangsa banjir di Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Dalam sesi Kamar Khas tempoh hari, Menteri sudah pun jawab dan bagi jaminan bahawa Bantuan Wang Ihsan adalah layak kepada mangsa yang rumahnya dinaiki air walaupun mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

draft • 7:55 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Perkara ini mengambil kira beberapa faktor serta keadaan di Sabah dan Sarawak yang menyebabkan mereka tidak mahu ataupun tidak dapat dipindahkan ke PPS semasa kejadian banjir berlaku. Oleh itu, ramai yang tercicir dari senarai daftar di PPS dan dinafikan menerima bantuan tersebut kerana garis panduan yang sedia ada menetapkan bantuan hanya layak kepada mereka yang berdaftar di PPS.

Jadi, isunya di sini adalah jaminan Menteri itu mungkin tidak sampai kepada agensi- agensi yang bertanggungjawab dalam penyaluran bantuan tersebut. Mungkin tidak ada ataupun belum ada dimaklumkan secara bertulis atau secara rasmi. Maksudnya, belum ada hitam putih ataupun pekeliling tentang perkara tersebut. Jadi menyebabkan berlaku kekeliruan di luar sana. Mohon perkara ini diambil tindakan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, hujan berpanjangan menyebabkan kawasan yang rendah terdedah kepada banjir dan kawasan yang tinggi pula terdedah kepada risiko tanah runtuh.

Jadi apa yang berlaku adalah pihak saya telah mendapat beberapa aduan tentang kerosakan rumah akibat tanah runtuh yang berlaku akibat hujan berpanjangan. Isu ini pernah saya bangkitkan dalam Dewan dalam sesi Kamar Khas tempoh hari. Tetapi mungkin mesej saya itu tidak sampai dan tidak difahami oleh pihak Menteri. Maka, saya tidak pernah dapat jawapan yang jelas tentang perkara ini. Harap kali ini pihak kementerian dapat menjawab persoalan ini.

Biasa kita dengar kerajaan akan bantu dengan kerja-kerja memperkukuh struktur tanah di kawasan awam ataupun di kawasan perumahan berisiko berlaku tanah runtuh dengan membina retaining wall. Pastinya perhatian akan diberikan kepada kawasan yang ramai penduduk. Tetapi di luar bandar, di kampung yang taburan rumah adalah berselerak sebab dibina atas tanah sendiri, ada yang berdekatan, ada yang berjauhan.

draft • 7:55 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Tetapi, bila berlaku tanah runtuh di tapak rumah mereka menyebabkan kerosakan teruk, mereka tidak layak terima bantuan kerana kejadian berlaku di kawasan persendirian.

Jadi, di Mas Gading ada beberapa kes ya. Pengadu datang untuk minta bantuan sebab rumah mereka retak, rosak dan ada satu kes yang kami terima ini rumahnya hampir roboh kerana berlaku tanah runtuh kesan daripada hujan yang berpanjangan baru-baru ini. Bila dirujuk kepada Jawatankuasa Bencana Daerah, mereka diberitahu bahawa mereka tidak dapat bantu kerana kes tersebut tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Jadi, mohon Menteri fahami dan selami masalah ini supaya ― saya pun ada bantu beberapa kes menggunakan peruntukan yang saya ada. Tetapi, saya ada beberapa kes yang perlu bantuan. Di sini saya ingin tahu, adakah kerajaan boleh bantu pemilik rumah yang mengalami keretakan dan kerosakan serius akibat pergerakan tanah ataupun tanah runtuh kesan daripada bencana alam?

draft • 8:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di bawah belanjawan dan Rancangan Malaysia berjalan mengikut jadual, masih timbul isu mengenai proses tentang kerenah birokrasi yang menyebabkan banyak projek yang telah dirancang, yang telah diluluskan tetapi belum dapat dimulakan.

Dalam konteks Sarawak, semua projek Persekutuan yang telah diluluskan akan dinilai semula dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri. Tetapi, setelah mendapat kelulusan Majlis Perancangan Negeri iaitu SPA, Mas Gading ingin tahu berapakah projek pembangunan yang telah diangkat oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan untuk kawasan Parlimen Mas Gading sejak RMKe-9 hingga ke RMKe-12 dan berapakah yang telah diluluskan? Mas Gading juga ingin tahu, apakah status terkini projek- projek tersebut?

Mas Gading juga ingin tahu tentang Jalan Bau Lama. Pada 2018 semasa mula-mula bersuara di Dewan yang mulia ini, saya mewakili suara Mas Gading pernah membangkitkan keperluan untuk menaik taraf Jalan Bau Lama iaitu jalan asal yang menghubungkan Bandaraya Kuching dan Daerah Bau. Menteri memberitahu bahawa jalan tersebut adalah jalan negeri dan tidak ada dalam senarai keutamaan bagi projek-projek yang diangkat oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada ketika itu. Jadi, sebarang permohonan untuk jalan tersebut perlulah melalui kerajaan negeri.

Pada 2019, jalan sepanjang 20 kilometer tersebut telah diumumkan akan dinaik taraf di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan anggaran kos RM100 juta dan dikhabarkan sudah pun ditender. Jadi, Mas Gading ingin mohon penjelasan daripada pihak kementerian, apakah status terkini projek naik taraf jalan tersebut?

Seterusnya adalah tentang pembinaan tapak pelupusan sampah baru untuk Majlis Daerah Lundu dan Majlis Daerah Bau di Parlimen Mas Gading. Projek tersebut telah diluluskan di bawah RMKe-11 dengan peruntukan RM5 juta tetapi tidak cukup. Maka, tidak dapat disiapkan.

Seterusnya, permohonan RM30 juta telah dikemukakan di bawah RMKe-12 bagi menyiapkan tapak pelupusan sampah baru di Pusat Pembangunan Luar Bandar (RGC) Opar untuk sekurang-kurangnya membangunkan tapak pelupusan tahap tiga. Oleh itu, Mas Gading mohon agak pihak kementerian dapat memberi penjelasan tentang perkara ini kerana sudah terlalu lama membelenggu penduduk kampung sekian lama dan sekitarnya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Mas Gading ingin menyentuh tentang cadangan kerajaan untuk mengadakan semula program PLKN. Senada dengan YB Igan dan YB Muar dan beberapa Yang Berhormat yang lain, Mas Gading juga agak skeptikal terhadap keberkesanan program ini. Lebih-lebih lagi, apabila kita melihat rekod PLKN 1.0 dan 2.0 yang menelan belanja lebih RM11 bilion tetapi gagal menunjukkan impak yang diharapkan.

draft • 8:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Walaupun kos akan dikurangkan kepada RM207 juta setahun, tetapi masih juga terlalu tinggi dan tidak berbaloi. Adalah lebih baik dana tersebut digunakan untuk program berimpak tinggi yang boleh menampung keperluan ekonomi negara. Contohnya, program latihan kemahiran khususnya melibatkan golongan belia atau masyarakat di luar bandar.

Lagipun, nilai-nilai seperti patriotisme, disiplin dan jati diri sememangnya sudah ada diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita pada hari ini. Jadi, kenapa perlu membazir untuk program yang sama?

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya adalah tentang bumiputera Sabah dan Sarawak. Kerajaan mesti mengambil langkah tegas dalam memperkasa ekonomi bumiputera Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035. Ini termasuklah memperluaskan pembiayaan kepada usahawan tempatan, mempercepatkan pembangunan infrastruktur, meningkatkan akses digital luar bandar serta menggalakkan penglibatan bumiputera dalam industri bernilai tinggi seperti ekonomi hijau dan digital. Kesaksamaan ekonomi bumiputera harus menjadi agenda nasional yang nyata, bukan sekadar retorik politik.

YB Pagoh dalam ucapan bahasnya minggu lepas ada menyentuh tentang nasib bumiputera yang semakin kurang diberikan perhatian. Jadi, saya tertarik dengan kenyataan itu sebab bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah lama merasainya ya. Rasa kurang diberi perhatian, rasa diabaikan. Jadi, sebab itulah wujudnya jurang ekonomi yang masih melebar antara bumiputera Sabah dan Sarawak dengan bumiputera di Semenanjung serta kaum- kaum yang lain.

Dengan kadar kemiskinan yang lebih tinggi, pengangguran yang membimbangkan dan akses terhad kepada pembiayaan dan bantuan kerajaan serta pembangunan infrastruktur yang masih lemah, bumiputera di Sabah dan Sarawak terus ketinggalan dan masih ketinggalan dalam pembangunan negara.

Mas Gading berharap agar apa-apa hal yang menyentuh soal bumiputera kelak, lebih-lebih lagi dalam agenda memperkasakan agenda bumiputera, janganlah kami bumiputera Sabah dan Sarawak dikemudiankan lagi. Ketiadaan geran tanah adat bagi komuniti bumiputera Sarawak juga menghalang komuniti memperoleh akses kepada bantuan kerajaan sekali gus menghambat potensi ekonomi mereka.

Dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat, nasib bumiputera Sarawak dan Sabah semakin jauh terkesan. Apatah lagi, komuniti bumiputera yang tinggal di kawasan pedalaman dengan harga barang keperluan yang semakin meningkat, jurang pendapatan yang semakin melebar, ditambah lagi dengan harga keperluan dan bagi menjana pendapatan seperti pertanian yang sangat membebankan. Jadi, Mas Gading juga ingin turut memohon agar segala bentuk bantuan dan insentif yang memerlukan geran tanah sebagai satu peluang

draft • 8:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

ataupun syarat wajib dalam setiap permohonan diberikan kelonggaran ataupun syarat alternatif kepada rakyat Sarawak dan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, Mas Gading ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu pelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Mas Gading ingin menegaskan bahawa pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024 tanpa penyelarasan awal terhadap pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 telah menyebabkan jurang ketara antara mereka dengan veteran yang bersara selepas 2013.

Jadi, pelarasan sebanyak 15 peratus dalam dua fasa, lapan peratus pada 2 Disember 2024 dan tambahan tujuh peratus pada awal 2026 bukanlah penyelesaian sebenar kerana ia tidak mencerminkan hasrat asal penyelarasan pencen veteran ini. Hakikatnya, veteran sebelum 2013 masih menerima pencen jauh lebih rendah, berbanding rakan mereka yang bersara kemudian. Mas Gading menggesa agar kerajaan melaraskan pencen ini agar keadilan diberikan kepada semua veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Mas Gading ingin menyampaikan kerisauan dan kebimbangan orang-orang di Sarawak terhadap polemik berkaitan garis panduan orang Islam turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif. Tidak perlulah saya menjelaskan panjang lebar tentang perkara ini. Cukuplah saya sampaikan di sini, kami orang Sarawak tidak selesa dan tidak setuju dengan perkara tersebut. Kami tetap aman, harmoni walaupun berbeza agama dan bangsa. Jadi, saya bersetuju dengan hujah Yang Berhormat Tuaran sebentar tadi.

Saya dan abang-abang saya, kakak saya, kami adik-beradik ketika berada di sekolah rendah iaitu di SRK Gersik di Petra Jaya, Kuching, kami tidak pernah belajar subjek Pendidikan Moral. Tetapi, kami ― sebab jumlah kami tidak ramai. Jadi, kami dimasukkan sekali, dicampurkan sekali dengan semua pelajar Islam, kami belajar Pendidikan Islam. Kami belajar tulisan Jawi, kami belajar menghafal surah, bacaan doa, semuanya. Tetapi, tidak sedikit pun menggugat akidah agama kami, ya. Ibu bapa kami pun tidak sedikit pun rasa takut, ya. Jadi, perpaduan kaum adalah asas kestabilan negara dan sebarang ketetapan yang menambah jurang antara masyarakat harus dielakkan.

Garis panduan baharu JAKIM, jika tidak dirangka dengan laras bahasa serta pemahaman yang baik, berisiko membawa kepada kejumudan dan ekstremisme dalam beragama. Sarawak telah lama membuktikan bahawa keharmonian kaum dan agama boleh dicapai tanpa perlu mewujudkan ketegangan atau sekatan yang berlebihan. Prinsip keterbukaan dan saling menghormati telah menjadi asas perpaduan di negeri kami, di mana masyarakat berbilang agama dapat berkongsi ruang dengan harmoni tanpa menjejaskan akidah agama masing-masing. Malaysia harus belajar daripada model ini. Learn from us, Sarawak, dengan izin.

draft • 8:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Akhir kata, Mas Gading menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Tuanku Yang di- Pertuan Agong dan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10.00 pagi, hari Selasa, 18 Februari 2025.

draft • 8:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.09 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026