Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Sebelum kita masuk pada Waktu Pertanyaan Menteri, saya ingin memaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia pada hari ini ialah delegasi daripada Persatuan Parlimen Komanwel United Nations yang diketuai oleh Puan Yang Terutama Baroness Winterton of Doncaster… [Tepuk] Kepada Puan Yang Terutama dan delegasi, kami mengalu-alukan kehadiran dalam Dewan ini. Kami yakin lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang telah sekian lama terjalin di antara Parlimen Malaysia dan United Kingdom. Terima kasih.
Baik, kita mulakan dengan menjemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker. Salam Malaysia MADANI, Salam Perpaduan.
1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bersedia meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran daripada pihak berkaitan sebelum berhimpun.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tan Sri Yang Di-Pertua. Saya juga bagi pihak kerajaan ingin bersama Tan Sri Yang di-Pertua mengalu-alukan kehadiran perwakilan daripada Komanwel khususnya daripada United Kingdom. Mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Kota Melaka, ingin saya beri penjelasan yang tegas di sini. Pertama, kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk memudahkan dan membantu pelaksanaan apa-apa
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
keputusan daripada badan-badan ataupun kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.
Ini bermakna keperluan mendapat kelulusan tempat yang disebut dalam beberapa perkara itu akan dipinda dan diketepikan. Yang disebut itu seksyen 11, Akta 736, hendak memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang dan ini akan dikeluarkan daripada peraturan yang ditetapkan.
Yang kedua, yang diperlukan hanyalah untuk disebut dalam istilah undang- undangnya, pemberitahuan ataupun pemakluman kepada polis lima hari sebelum itu supaya polis dapat jaga keselamatan, kawalan dan juga lalu lintas. Dengan ini, beberapa tindakan sebelum ini termasuk umpamanya siasatan terhadap perhimpunan anti-rasuah yang melibatkan mahasiswa, semua siasatan itu akan dihentikan dan tidak akan ada tindakan yang diambil. Begitu juga tentang mogok lapar dan bantahan ataupun tunjuk perasaan oleh SOSMA beberapa hari yang lalu juga tidak akan diambil apa-apa tindakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, syaratnya hanya soal jenayah atau keselamatan. Itu dibezakan, yang dibenarkan adalah perhimpunan aman. Maknanya undang-undang melibatkan kalau senjata dibawa atau anak-anak kecil yang dilarang, itu tentu terpakai, tetapi saya ingin juga menjelaskan bahawa gambaran beberapa pengecualian ataupun tindakan terkecuali yang berlaku baru-baru ini, itu tidak menggambarkan keadaan sebenarnya kerana kalau kita lihat umpamanya pada tahun 2012 lagi, semasa saya belah sana, ada 2,874 permohonan, yang diluluskan itu 2,827. Yang tak luluskan itu pasal saya terlibat.
Tahun 2021 umpamanya, permohonan 1,639, kelulusan 1,606. Maknanya 97.9 peratus. Katalah tahun 2022, permohonan 12,256, yang diluluskan 12,123, 98.9 peratus. Begitu juga 2024, daripada 5,151, 98.78 peratus diluluskan, tapi ini sejarah kerana walaupun pindaan undang-undang itu akan dilakukan mungkin dalam sesi akan datang, kita dah beri moratorium. Maknanya polis tidak akan mengguna pakai peraturan undang-undang itu dan memberikan kelonggaran dengan maksud pemakluman ataupun pemberitahuan lima hari sebelum itu, supaya polis tahu di mana untuk menjaga lalu lintas dan keselamatan.
Ini berita baik daripada Kerajaan MADANI yang belum pernah dibuat oleh kerajaan terdahulu termasuk kerajaan dulu...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan yang diberikan. Kami ─ kita memang mengalu-alukan jawapan tersebut, di mana bersetuju meminda akta
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
berkenaan dan juga tidak akan teruskan siasatan terhadap 13 orang mahasiswa universiti yang mengambil bahagian dalam perhimpunan sebelum itu.
Tan Sri Speaker, kenapa saya tanya soalan ini adalah kerana kebelakangan ini Akta Perhimpunan Aman ini dibincangkan dengan hangat ekoran daripada dua perhimpunan yang baru-baru diadakan. Pertama, pada 25 Januari, di mana satu Himpunan Rakyat Benci Rasuah telah diadakan dan lagi satu ialah pada 8 Februari ini, di mana ahli keluarga tahanan SOSMA telah berhimpun di luar Penjara Sungai Buloh.
Saya merujuk kepada Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah tersebut, di mana sebelum diadakan, di mana telah dikatakan mereka perlu dapat kelulusan daripada DBKL kerana waktu itu mereka nak adakan di Dataran Merdeka. Jadi, kalau mengikut seksyen 63 Akta Kerajaan Tempatan, mengikut huraian tersebut, ada berpendapat bahawa kawasan itu adalah ruang awam yang hanya diselia oleh DBKL. Jadi, tidak perlu dapatkan kelulusan.
Jadi, soalan saya ialah masa akan datang, apabila kita buat pindaan, adakah kita perlukan kelulusan ataupun notifikasi? Itu perlu jelas supaya pihak penguat kuasa mereka tahu bagaimana nak uruskan. Kita lihat, selepas perhimpunan tersebut, 13 orang mahasiswa pula dipanggil untuk keterangan oleh pihak polis.
Saya rasa ini mereka cuba nak menakut-nakutkan ataupun nak memberi tekanan kepada mereka menyertai perhimpunan tersebut dan ini akan memberikan satu imej yang buruk kepada Kerajaan MADANI. Sebab kita sedia tahu, kita semua maklum bahawa Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat telah mengatakan secara terang kepada semua bahawa dia tiada halangan untuk mereka adakan perhimpunan tersebut.
Malah, Menteri Dalam Negeri juga kata, akan memberikan segala keperluan untuk memastikan perhimpunan tersebut dapat dijalankan. Maka, soalan saya ialah kenapa pihak polis masih lagi nak panggil 13 orang mahasiswa untuk soal siasat?
Tindakan ini telah menjejaskan imej kita. Jadi, itu soalan Yang di-Pertua.
Kedua ialah saya ingin tanya, sama ada kerajaan bercadang supaya kita wujudkan satu tempat khas untuk mereka nak anjurkan perhimpunan, mereka boleh pergi ke tempat tersebut. Contohnya, Dataran Merdeka, sudah jadi satu tempat.
Siapa nak pergi, pergi sahaja. Just notify, lepas itu pihak polis kawal. Kita adakan satu macam di sekolah kita ada Speaker’s Corner. Mungkin kita adakan satu tempat untuk mereka berhimpun.
Jadi, akhir sekali Tan Sri Speaker, kita memang tahu bahawa Perdana Menteri kita dia sebahagian daripada politik jalanan. Dulu gerakan reformasi. Yang Amat Berhormat sertai banyak perhimpunan awam. Jadi, sudah pasti dia faham tentang perlunya kita mempertahankan hak dan kebebasan berhimpun ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, soalan terakhir saya Tan Sri Speaker, memandangkan kita ada sebut tentang SOSMA, jadi saya nak ambil kesempatan ini tanya kepada Yang Amat Berhormat, sama ada kerajaan bersedia untuk mengkaji semula SOSMA ini ataupun kita menghapuskan SOSMA ini terutamanya tahanan tersebut, mereka tidak dapat dibawa ke mahkamah untuk dapat keputusan dari mahkamah sama ada terus ditahankan. Sebab isu yang berlaku baru-baru ini ialah tahanan itu...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Kota Melaka. Panjang lagi kah?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Pendengarannya ialah pada 2028.
Terlalu lama mereka perlu tunggu dalam penjara. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. PM nak jawab pasal demonstrasi dulu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kota Melaka. Tindakan polis itu mesti tertakluk kepada Akta 736 seksyen 11. Akta itu terpakai. Walaupun saya sebut tidak ada halangan, tetapi tidak ada arahan jelas untuk mengetepikan moratorium sepertimana yang kita lakukan sekarang.
Jadi oleh itu, saya faham mengapa polis terus menjalankan kerja mereka secara profesional, tetapi soalnya sekarang kita telah kecualikan dan keputusan telah dibuat untuk meminda, tetapi kita beritahu polis, sementara pindaan itu dilakukan, moratorium mengizinkan pemakluman ya supaya notifikasi diberikan.
Mengenai tempat. Tentunya tempat itu diberikan kelonggaran, tetapi kalau kata perkarangan istana atau pun tempat keselamatan adalah peraturan-peraturan sebab itu notifikasi supaya polis boleh panggil penganjur, tanya di mana nak dilakukan, jangkaan berapa orang dan menjamin supaya syarat-syarat, senjata.
Saya tidak fikir itu terlalu rumit ataupun jaminan supaya mereka menjaga dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan aman itu.
Hal-hal ini sahaja yang diatur, tetapi saya ingin beri jaminan bahawa mulai sekarang, tidak lagi dikehendaki apa-apa kelulusan, melainkan pemakluman atau istilah pemberitahuan lima hari kepada pihak polis. Tempat itu pun diberikan kelonggaran melainkan tempat-tempat yang dianggap sebagai keselamatan. Saya percaya penganjur boleh beri kerjasama dengan pihak polis.
Mengenai SOSMA, kita ada bezakan dua perkara. Tidak ada negara sekarang terkecuali daripada ancaman terrorism. Jadi, soal terrorism di Malaysia jangan dipandang ringan. Ada polis yang ditembak mati dan orang itu jelas bahawa dia melakukan ini sebagai tanggungjawab dia untuk membunuh polis dan berikutnya pimpinan lain. Jadi kalau kes-kes seperti itu, jalurnya tentulah undang-undang yang keras dan tegas. Tidak ada negara di dunia yang sekarang ini tidak punyai undang- undang begitu.
Cuma saya setuju dengan peringatan Kota Melaka supaya undang-undang ini biar jelas, tidak disalah guna untuk isu lain. Sepertimana kita alami dalam kes Akta
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Keselamatan Dalam Negeri sebelumnya. Jadi, sementara kita menyokong kebebasan dan demokrasi, kita bezakan tentang ada dan masih ada unsur-unsur yang membawa kepada keganasan dan terrorism yang memerlukan satu undang- undang yang agak lain daripada kaedah yang dikenakan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Arau.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat PMX, terima kasih. Soalan itu memang disedia untuk jawab. Untuk soalan pertama Yang Berhormat dah jawab. Ini hebat. Yang Berhormat nampak ada keadilanlah. Cuma zalim dengan kami sahaja. Jadi, itu perbetulkan...
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, soalannya ialah yang kedua iaitu Yang Berhormat, dah dua tahun lebih Yang Berhormat baru hari ini dapat jawapan yang hebat setelah dikritik dengan teruknya berhubung dengan perhimpunan awam. Jadi, Yang Berhormat kenapa perlahan? Kita nak tahu Yang Berhormat cadang ini cadang pindaan ini bila nak ─ ataupun nak dihapuskan ini, bilakah? Soalannya, berapa bulan daripada sekarang?
Sementara tunggu akta baru yang akan diperkenalkan, jadi tempoh sekarang ini makna kata kita boleh mengikut peraturan yang telah diberikan iaitu lima hari, tapi lima hari Yang Berhormat terlampau panjang. Sebab kita minta kalau boleh dua hari cukuplah. Sebab apa? Ini janji Kerajaan MADANI ialah nak hapuskan. Jadi, lepas itu kita bagi syarat lima hari. Jadi, lima hari tak sesuai. Dua hari cukup Yang Berhormat.
Itulah menunjukkan kerajaan ini hebat dan dahsyat.
Cuma kami minta kerajaan ini cuba menegakkan keadilan. Keadilan untuk semua. Perpaduan. Bukan hanya untuk sekumpulan orang-orang PH sahaja, termasuk kepada kami. Jadi, kalau Yang Berhormat nak jadi pemimpin yang hebat dan dahsyat, adil dan saksama, beri keadilan kepada kami. Dekat puasa Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Arau nak bincang, Parti Keadilan sedia bila- bila masa...
[Tepuk] Baik, soalnya tadi saya ada jawab. Kita bercadang untuk meminda, Menteri Dalam Negeri akan bawa kepada sesi akan datang, tetapi moratoriumnya sekarang, maknanya kita pakai sekarang.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Maknanya seksyen 11 Akta 736 itu tidak terpakai kerana yang dipakai hanya pemberitahuan. Soal dua hari, lima hari memang kita tanya pasukan polis. Kalau perhimpunan itu besar, dia minta berapa hari untuk bawa pasukan polis itu mengawal dan di jalan raya, pemberitahuan. Saya ingat tidak ada masalah sangat kalau lima
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
hari. Kalau umpamanya terdesak ada sesuatu yang Arau hendak bawa, boleh bincang dengan polis itu kalau dia nak bagi, dia bagilah, tetapi syaratnya itu lima hari.
Jadi saya tidak fikir ini satu masalah. Walau bagaimanapun yang penting ditekankan itu ialah moratorium. Mulai sekarang dibolehkan. Kalau Yang Berhormat sebut tentang kenyataan ─ saya sudah sebut tadi, saya tidak ada halangan, tetapi polis kata, selagi tidak diberitahu daripada segi dasar bahawa seksyen 11 itu dikecualikan, mereka jalankan tugas mereka dan kita mahu polis menjalankan tugas mereka secara profesional. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker. Kalau kita lihat bahawa perhimpunan yang berlaku secara aman ini, mungkin satu perkara baharu dalam negara kita dan kita sangat mengalu-alukan walaupun tempohnya keperluan untuk mengambil masa lima hari untuk siasatan pihak yang berkuasa. Cuma persoalan di sini, kadang-kadang kita bimbang dengan kelonggaran yang diberikan, di mana pihak-pihak yang mengadakan perhimpunan ini cara dia berhimpun ataupun apa yang dibawa, kadang-kadang memberikan gambaran yang negatif.
Sebagai contohnya, dia bawa replika senjata dan sebagainya, walaupun mungkin dia tidak bawa pedang betul, tidak bawa senjata dan sebagainya, tetapi replika-replika dan pakaian, kostum dia itu juga memberikan gambaran yang imej yang tidak baik kepada negara. Apakah pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, bila kita beri kelonggaran, makna kita beri kelonggaran. Kalau ada dalam perhimpunan itu senjata ataupun dianggap oleh pasukan polis mengelirukan itu tindakan polis, tetapi saya tidak fikir ─ kalau pengalaman saya lihat termasuk baru-baru ini, bersenjata dilibatkan dan digunakan.
Jadi saya tidak terlalu bimbang tentang permasalahan ini.
Tentang hak orang menyuarakan dan berbeza pendapat itu harus dihormati.
Soal mereka juga mewakili kepentingan-kepentingan tertentu, biasa. Jadi kita faham, cuma kita tentulah berhak untuk menjawab isu-isu dibangkitkan. Kalau kenyataan- kenyataan itu berunsur fitnah, itu harus dijawab dan ada proses undang-undang yang boleh diambil.
Itu berbeza dengan keizinan mengadakan perhimpunan secara aman yang diberikan sekarang sepertimana yang tadi disebut oleh Sri Gading, saya ingat saya hendak tegaskan walaupun kita tidak bersetuju dengan mereka, tidak sepertimana gesaan Arau kerana masa dia dalam kerajaan, dia tidak fikir masalah ini...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya, saya jemput Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Machang. Silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya mulakan soalan saya, saya ingin mohon kita alu-alukan kehadiran para pemimpin masyarakat dari Parlimen Merbok...
[Tepuk]
2. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Perdana Menteri menyatakan, apa punca ramai pelabur asing menjual pegangan saham ‘mereka’ dalam negara bagi tempoh kebelakangan ini.
Tuan Yang di-Pertua
“...saham mereka...” ya. “...saham mereka....” The word “mereka” missing. Baik... [Memberi respons selepas YB Machang membacakan soalannya]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Machang. Pertama, isu saham hanya sebahagian daripada kemasukan dana dan pelaburan itu kita kena faham dan dengan perubahan pentadbiran di Amerika Syarikat, memang ada sedikit pengeluaran yang sangat kecil 0.2 peratus. 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham sebanyak RM2 trilion.
Maknanya Malaysia minus 953; Thailand kehilangan 4 kali ganda dari Malaysia RM4,132 juta; Indonesia double, dua kali ganda RM1,154; dan saya harus ingatkan kita kena lihat tadi keseluruhannya iaitu kenyataan bahawa sembilan bulan pertama masih KDNK menggalakkan. Nilai pelaburan juga dalam sembilan bulan pertama 2024 naik 10.7 peratus ketimbang pada tempoh sama 2023. Ini kenaikan yang agak besar dan ini juga termasuk syarikat-syarikat besar. Saya sebut Infineon, Geely, Amazon, Microsoft dan ini memberi gambaran keyakinan dan pegangan asing.
Bila kita beri umpamanya pengeluaran dana seolah-olah merudum keyakinan asing, tengok angka dia kekal pada 19 peratus. Tahun 2023 ─ 19.5 peratus; 2024 ─ akhir 2024 itu turun 19.7 peratus maknanya pegangan itu, 19.7 peratus bertambah, maaf. Januari 2025 masih 19.4 peratus jadi 0.2 peratus itu tidak menggambarkan keyakinan ekonomi negara dan kalau kita tengok ekuiti global firma penyelidikan- Nomura Global Markets Research, J.P. Morgan, HSBC telah menaikkan taraf pengesyoran mereka bagi saham-saham syarikat awam.
Kita lihat umpamanya syarikat-syarikat yang ada. Kalau mata penutup sehingga Februari 2025 memang jatuh 2.4 peratus di Malaysia; 6.1 peratus di Indonesia; 7.4 peratus jatuh di Filipina; 8.3 peratus jatuh di Thailand. Ini kesan yang menyeluruh di seluruh dunia, tetapi syarikat-syarikat baik institusi kewangan dan syarikat-syarikat masih mencatat keuntungan besar. Maybank peningkatan 9.7 peratus; CIMB ─ 12.3 peratus; Public Bank ─ 5.8 peratus.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, gambaran tentang merudum kerana addendum, ini mimpi apa ni? Dia angka dari mana? Dicedok dari mana? 0.2 peratus turun daripada RM2 trilion istilah jatuh dan merudum itu salah penggunaan bahasa yang saya faham.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun atas penerangan yang meyakinkan, cuma saya khuatir ada laporan daripada Bursa ini saya tengok daripada Bursa. Ini bukan wayang, ini laporan...
[Sambil menunjukkan sebuah peranti] Yang menunjukkan sejak Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bermula tahun 2023 sampailah tahun lepas, total net foreign outflow amat tinggi.
Ini menunjukkan tahap confidence pelabur-pelabur asing terhadap bursa kita.
Apakah agaknya kesan atau punca aliran bersih keluar modal asing ini? Apakah berkaitan dengan persepsi rasuah yang tidak berubah? DNDA yang diberikan begitu sahaja dan juga addendum itu yang kami fikir memberi kesan kepada kestabilan politik negara? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini dia tidak dengar penjelasan saya. [Dewan riuh] Semua indikator ekonomi kita meningkat, diakui oleh semua termasuk pendidikan dan saya telah sebut angka-angka ini, tetapi dia masih pertahankan bahawa 0.2 peratus itu walaupun tinggi kejatuhannya di Thailand dan Filipina dan Indonesia, tetapi 0.2 peratus itu sahaja angka yang menyebabkan hilang sama sekali keyakinan. Tidak apalah itu pandangan Machang sebab itu Machang tidak maju...
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Akan tetapi kalau kita lihat umpamanya, angkanya...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat, tarik balik Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, belum maju.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Peruntukan disekat.
Tuan Yang di-Pertua
Machang, Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya tidak jadi Ahli Parlimen sebelum ini Yang Amat Berhormat...
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Machang, biar PM jawab dahulu selepas itu...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, saya akan kaji...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bekas Machang belakang PM.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya akan kaji beberapa keperluan peruntukan Machang supaya Machang boleh membangun sedikit lagi.
Baik. Bagi pasaran bon umpamanya, bon, tadi disebut bursa. Sebab itu saya kata, ini selektif yang nak menunjukkan sekurang-kurangnya penurunan walaupun tidak relatif kepada negara-negara lain, tetapi kalau kita lihat umpamanya pasaran bon, aliran bersih kita positif.
Setakat setahun ini, aliran bersih bon daripada pelabur luar ialah RM1.55 bilion.
Ini kalau dia tak yakin, orang tak hantar masuk dalam sistem ini RM1.55 bilion, tapi Yang di-Pertua, yang lebih penting bagi saya ialah tentang kadar pertumbuhan peningkatan pelaburan dan kekuatan Ringgit. Ini sebenarnya petanda daripada segi fundamental, walaupun masalahnya seluruh dunia. Terutama dengan beberapa keputusan Trump. Presiden Trump baru-baru ini yang menjejaskan Eropah, Kanada, Mexico, China dan Latin Amerika dan Afrika keseluruhannya.
Apakah ia akan kekal? Itu kita belum pasti, tapi untuk menggunakan ini, seolah- olah mendukung langkah orang asing. Itu saya fikir tidak sihatlah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tan Sri Speaker. Jadi, dalam dunia yang semakin kompetitif, kita tidak boleh nafikan bahawa betapa pentingnya untuk Malaysia kekal sebagai pilihan utama pelabur global. Jadi, soalan tambahan saya adalah, apakah usaha-usaha dan juga insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan berdaya saing? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Speaker. Kita sentiasa memikir ikhtiar-ikhtiar baharu. Umpamanya, salah satu ikhtiar yang menarik minat pelabur ialah Johor-Singapore Economic Zone. Itu nampak mendapatkan satu sambutan yang sangat baik, bukan sahaja dari Singapore, tapi juga negara-negara luar.
Kemudian, perancangan kita dengan Thailand, supaya pastikan negeri-negeri utara Semenanjung ─ Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu bersama dengan empat buah wilayah selatan Thailand dibangunkan...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kita ada dua mesyuarat dan 18 Februari ini saya ada satu lagi pertemuan untuk merangka supaya pertumbuhan itu juga berlaku.
Maknanya, insentif-insentif itu tentunya berbeza daripada Johor-Singapore Economic Zone dengan utara Semenanjung dan selatan Thailand supaya lebih merata.
Di Sarawak umpamanya, tumpuannya ialah energy hub untuk rantau. Kerana dalam seperti mana yang saya sebut di Parlimen minggu lalu, antara strategi Malaysia
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
yang kita masuk dalam Kerangka ASEAN ialah menjadikan Malaysia di antara centre untuk ASEAN Energy Grid dari Vietnam, Laos, Cambodia, Thailand, Malaysia, Singapura sampai ke Indonesia dan Filipina. Dari Sarawak itu disambungkan ke Sabah, ke Kalimantan dan juga ke Filipina. Ini antara langkah-langkah yang boleh menjana keyakinan.
Kita juga ambil langkah untuk menggalakkan Forest City sebagai satu buah pusat kewangan dan menjadikan umpamanya pusat keluarga tunggal, insentif baharu untuk Forest City yang berikutnya akan dibuat di Kuala Lumpur, mungkin memanfaatkan daripada financial centre di TRX.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ya, Ketua Pembangkang.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar jawapan Yang Amat Berhormat Tambun tentang isu yang dibangkitkan oleh Machang. Saya tak ingin nak bangkit tadi, tapi bila Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan “janganlah addendum ini penyebab orang tidak percaya.” Banyak perkara yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak yakin dengan apa yang kita- polisi-polisi yang ada dalam negara kita.
Saya bangkitkan satu perkara, saya nak supaya Yang Amat Berhormat tahu bahawa bursa atau capital market kita ini sudah stagnant selama beberapa tahun. Ini mungkin kerana policy kita. Tidak ada pembaharuan yang bagi flavour untuk the foreign investors melabur dalam capital market kita. Jadi, kalau nak kan supaya investors luar datang untuk melabur dalam capital market, kerana capital market ini FDI juga yang merupakan salah satu daripada elemen yang boleh membantu untuk pertumbuhan ekonomi negara kita.
Saya nak bagi contoh, banyak sebab. Tadi Yang Amat Berhormat sebut- tentang beberapa buah negara jiran-jiran kita. Indonesia sebagai contoh, dia sudah implement reform untuk menarik minat foreign investors dalam capital market dia.
Terutamanya IDX trading volume mereka increased sebanyak 35 peratus.
Singapore SGX juga telah introduced special purpose acquisition company yang mana ini juga memberikan minat kerana perkara-perkara baharu yang menyebabkan pelabur juga datang untuk melabur dalam SGX sehinggakan meningkat sehingga 45 percent daripada SGX trading volume.
Jadi, bila kita bangkitkan ini, ambil kira. Tak payahlah sebut Machang terlampau rendah. Apa ni? Perdana Menteri tak payah cakap perkara-perkara yang begitu...
[Tepuk] Saya tak mahu bangkitkan siapa sebelum ini “Machang”. Ini yang belakang Yang Amat Berhormat Tambun, pernah jadi MP juga.
[Tepuk] Jadi, tak payah bangkit perkara ini. Yang saya nak bangkitkan adalah, bila kita beri pandangan. Saya kadang-kadang, saya hairan, bila kita beri pandangan, dikatakan seolah-olah menentang kerajaan.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kita beri pandangan ini adalah kerana kita melihat keyakinan orang luar ini tentang beberapa isu. Maka sebab itu, cari jalan supaya kita dapat memberikan sesuatu yang baik supaya bursa kita ini dipertingkatkan. Janganlah bila TNB announced kerajaan dah lulus tarif, sebagai contoh. Tiba-tiba kerajaan kata, “Mana ada?” Dah sudah menyebabkan ada flip-flop.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Soalan. Soalan.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Menyebabkan orang yakin, tidak yakin lagi.
Yang itu maksud kita, samalah juga addendum.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Orang tanya, sampai setahun tak jawab. Itu yang menyebabkan orang tak yakin.
Ini semua, perkara-perkara yang kita bangkitkan supaya kerajaan ambil ini sebagai satu iktibar. Ya. Okey. Pembangkang, kita sidang, tengok apa perkara yang agak-agaknya boleh kita selesaikan bersama. And this is what we are here, for check and balance. Itu yang saya mahukan. Janganlah cakap benda yang bukan-bukan.
Standard Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lebih tinggi daripada ─ compare pada Machang...
[Tepuk] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya hendak bangkitkan soal addendum ini.
Kerana Ketua Pembangkang menyebut, addendum yang menyebabkan pelaburan jatuh. Saya tanya, angka dari mana ini? Pelaburan meningkat. Jadi, cakap itu tidak bertanggungjawab. Sebab itu kita jawab tegas. Cakap mengarut...
[Tepuk] Tidak berdasarkan fakta.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau cakapnya- bagi cadangan, umpamanya cadangan dia. Cadangan Yang Berhormat mengatakan bursa harus dijalankan terus reform, saya setuju. Ada perubahan pimpinan bursa dengan maksud memberikan ruang reform. Ada cadangan awal, tapi saya setuju, harus ditingkatkan, tetapi kena faham juga, dalam keadaan sekarang pun, jumlah dagangan saham meningkat RM2 trilion. Dia nak mengatakan ini sudah kehilangan pelaburan. Keyakinan dan pelaburan.
Makna, kalau jatuh, satu soal, tapi meningkat. Ini yang saya bangkitkan.
Bukan masalah tak mahu dengar, saya dengar, tapi kita tahu juga bahawa addendum inilah yang menyebabkan keyakinan ─ saya tak faham. Maksud dia apa?
Tak jawab addendum? Saya dah bagi tahu. Saya nak jawab macam mana? Kes mahkamah. Saya boleh jawab, saya dah bagi jaminan di Parlimen, selesai kes mahkamah, saya jawab. Saya nak tengok Ketua Pembangkang hadir atau tidak.
[Tepuk] Yes. Nak lari pada mana? Ya. Ya. Kamu boleh jeritlah banyak mana pun.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya tahu fakta dia, tapi nak suruh singgung kedudukan Raja, saya tak boleh.
Ya. Saya dalam hal ini, boleh check. Saya memang hubungi Raja-Raja...
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ya. Oh apa? Kamu jawablah. Pergi tanya Sultan Kelantan. Melaka tak ada Sultan, jangan cakap banyak...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
72...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Jadi, saya nak bangkitkan, saya sudah sebut di sini, kalau diizinkan ya, selepas kes mahkamah saya dah janji di sini saya harus jelaskan, tapi saya tidak boleh sekarang kerana kes itu di mahkamah, tapi pembangkang dia tidak peduli. sub judice, dia tidak peduli kerana dia anggap dia above the law. Saya mesti bagi contoh. Itu satu tentang adendum.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tapi tang pelaburan, saya dah baca tadi semua angka. Dari bon, daripada pelaburan, daripada pasaran saham, daripada segi keuntungan syarikat, semua menunjukkan upward dan sebab menjadi perhatian beberapa buah syarikat antarabangsa dan pelawat-pelawat dunia, itu dilihat angka- angka ini. Nasib baik dia tak dengar Ketua Pembangkang. Kalau tak, dia tak datang, dia...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker. Satu lagi fasal pasaran. Yang Berhormat, sekarang ini soalan. Soalan yang tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Standing order apa, standing order?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pasal Menteri ─ dia pernah jadi Menteri Kewangan dulu.
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no. Saya dah bagi Ketua Pembangkang tadi.
Saya dah bagi tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang ini soalan sebab Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagilah lagi satu.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan Menteri pada hari ini. Silakan Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kedatangan Persatuan OKU Betong hadir pada hari ini.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Baik, sebelum saya bahas, maafkan saya. Bentong...
[Ketawa] Confused.
Tuan Yang di-Pertua
Bentong ke Betong?
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Bentong.
Tuan Yang di-Pertua
Bentong. Okey...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
[Ketawa]
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Tan Sri Yang di-Pertua...
Anak Melayu anak Iban, Jalan bersama tanpa sepatu; Mohon Timbalan Menteri bagi pencerahan, Kepada soalan saya nombor satu.
1. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, perancangan kementerian bagi memastikan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak akan dapat diselenggarakan dengan cara terbaik memandangkan lebuh raya ini tidak bertol dan bergantung kepada kerajaan untuk dana bagi tujuan penyelenggaraan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Berdehem] Ayah ibu di pohon restu, Waktu pagi indahnya maya; Lubok Antu soalan satu, Dengarkan ini jawapannya...
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Tepuk] Malam tadi, saya baru pulang dari Kuching, Sarawak. Kita ada program kolaborasi antara JKR Malaysia, Kementerian Kerja Raya, JKR Sarawak dan juga JKR Sabah untuk memastikan usaha-usaha pembangunan rakyat, prasarana rakyat dapat berjalan dengan lancar. Hari ini soalan mengenai penyelenggaraan Pan Borneo Sarawak.
Kita tahu bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini lebuh raya tanpa tol.
Jaraknya 786 kilometer. Sekarang ini sudah 99 peratus siap dan ini projek kerajaan yang bernilai RM16.1 bilion. Komponen projek ini terdiri daripada jambatan, hentian
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
sebelah ada lima, R&R ada tiga, persimpangan-persimpangan ataupun interchanges dan juga P-turn dan kita ada satu percent lagi yang belum siap.
Satu percent yang belum siap itu melibatkan pengalihan utiliti di kawasan pakej kerja 11 di Miri dan kerja-kerja pavement akan diselesaikan dalam beberapa ketika lagi. Jaraknya daripada Telok Melano ke Miri itu 786 kilometer dengan anggaran lebih kurang RM20 juta satu kilometer, empat lorong.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi maksud mengenai penyelenggaraan dengan kebenaran Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya telah melantik Syarikat PBH Asset Management pada 1 September 2024 untuk melaksanakan penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo dan dia dalam tempoh tiga tahun sehingga 31 Ogos 2027, melibatkan RM69 juta kerja-kerja rutin, kerja berkala pavement, kerja berkala bukan pavement dan jalan berlubang hendaklah ditampal kurang daripada 24 jam. Ini selaras dengan dasar sifar lubang atau zero pothole yang dilaksanakan di jalan persekutuan termasuklah di lebuh raya tanpa tol di Sarawak.
Kita juga meminta mereka mengadakan apa yang dipanggil langkah awal pencegahan ataupun preventive untuk tujuan keselamatan dan jika ada notis kerosakan, mereka boleh hubungi. Syarikat penyelenggaraan boleh beri apa yang dipanggil sebagai NOD atau dengan izin, notice of defects, maka kita akan mohon peruntukan-peruntukan tambahan seterusnya daripada Kementerian Kewangan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya setiap minggu saya balik ke Lubok Antu, saya akan singgah di R&R Jelukong dan saya dapati kedai-kedai di R&R Jelukong masih tidak beroperasi dan atap di R&R tersebut tidak diselenggarakan.
Jadi, soalan saya, pihak manakah yang akan bertanggungjawab untuk mengendali pengoperasian dan penyelenggaraan untuk R&R Jelukong dan bilakah ia nya beroperasi sepenuhnya di Pan Borneo?
Soalan saya seterusnya, nyatakan rancangan jangka panjang kementerian dalam urusan pengendalian lebuh raya dan apakah jenis penyelenggaraan jalan dan jumlah peruntukan yang terlibat untuk menyelenggara Lebuhraya Pan Borneo setelah siap projek ini nanti?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Yang di-Pertua, ini yang disebut oleh YB Lubok Antu. RACA ataupun gambarnya, Tan Sri... [Menunjukkan dokumen berkaitan] RSA ataupun R&R Jelukong, Sri Aman. Cantik tempatnya. Ada kawasan rehat dan rawat yang cukup baik, ada surau, kemudian ada toilet ─ tandas dan food court dan juga pasar tamu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sekarang ini tandas sudah dibuka, surau telah dibuka. Cuma food court dan pasar tamu itu kita masih lagi berbincang dengan PBT apabila ada kutipan hasil.
Kutipan hasil itu kerajaan negeri nak hasilnya, ya. Memang diselenggarakan tempat itu. Kita ada RSA ini rehat dan rawat ─ rest and services areas di sini ada tiga, di Sri Aman, di Balingian, di Lambir belum ya. Sri Aman, Balingian, Jelukong, Sungai Arip ini telah disiapkan.
Kita juga menyediakan hentian sebelah, ada lima, di Lundu, di Roban, di Julau, di Sungai Semanok dan di Suai. Itu ada tandas, surau, gazebo dan parking dan untuk RSA tiga itu ada lagi kedai dan ruang niaga. Masih lagi dalam perbincangan dengan PBT mengenai ruang kedai itu.
Mengenai keseluruhan maintanence, saya dah sebut tadi. Kita berikan kepada syarikat yang berkaitan itu sejumlah RM69 juta untuk tiga tahun, PBH Asset Management mulai 1 September 2024-31 Ogos, untuk kerja-kerja penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Premier Sarawak di mana di Majlis Makan Malam Impian Menjadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, dia telah menyatakan mahu membina jalan utama sepanjang 140 kilometer ke Marudi daripada Pan Borneo. Kita harapkan juga kerajaan akan memberikan sokongan padu kepada hasrat Sarawak.
Saya nak ni kan kepada yang agak dasar sikit. Baru-baru ini, pemegang konsesi lebuh raya PLUS Expressways Berhad dilaporkan bakal menjalani ujian rintis terhadap sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong (MLFF) yang dibangunkan sendiri bulai April ini.
Soalan saya, apakah perancangan khusus kerajaan terhadap MLFF termasuk daripada segi penyeragaman kos implementasi ujian percubaan serta keperluan untuk mewujudkan satu sistem tunggal MLFF antara syarikat-syarikat konsesi yang sedia ada di seluruh negara? Terima kasih Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya. Lebuhraya Pan Borneo ini daripada Telok Melano ke Miri. Kita tahu bahawa Miri itu belum lagi sampai ke sempadan Sabah. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan apa yang dipanggil sebagai Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) yang melibatkan Limbang dan juga Lawas. Yang kawasan Limbang itu 75.6 kilometer, yang kawasan Lawas 336 kilometer. Ini juga tanpa tol sebagaimana yang disebut oleh YB Kapar, yang disebut oleh Premier Sarawak. Dua hari lepas, kami bertemu dengan Premier Sarawak dan
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
membincangkan banyak perkara tentang pembangunan prasarana di negeri Sarawak.
Mengenai usaha PLUS untuk mewujudkan MLFF atas nama mereka sendiri mulai April, perbincangan had terus dilaksanakan dan apa juga yang akan melibatkan kos dan sebagainya itu, masih lagi dalam perbincangan. Untuk MLFF yang tunggal, agak sukar untuk dilaksanakan kerana konsesi lebuh raya ini ada 33 konsesi lebuh raya, lebih kurang 2,000 lebih kilometer. Separuh daripadanya oleh PLUS ya. PLUS itu milik 51 peratus KWSP.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita yang ada KWSP sama-sama memiliki PLUS. Sebanyak 49 peratus adalah daripada Khazanah. Jadi, untuk multi-lane fast flow (MLFF) ini, Kertas Kabinet akan dibentang tidak berapa lama lagi untuk mendapatkan pandangan seterusnya.
Itu sahaja yang saya boleh nyatakan di sini, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.
2. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, strategi dan inisiatif kementerian untuk memantapkan peranan dan fungsi Majlis Belia Malaysia ke arah pemerkasaan belia terutama daripada segi penyelarasan pertubuhan belia dan pelajar.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tan Sri Yang di-Pertua, kementerian amat peka dan mengambil berat berkenaan dengan agenda pembangunan belia di Malaysia. Dalam melaksanakan inisiatif pelaksanaan pembangunan belia di Malaysia, kementerian tentu sekali bekerjasama rapat dengan Majlis Belia Malaysia selaku rakan strategik utama.
Pada tahun 2024, kementerian telah pun menyalurkan peruntukan termasuk bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Malaysia dengan jumlah keseluruhan RM4.65 juta. Ini bantuan pentadbiran. Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil.1/2024, Majlis Belia Malaysia telah pun membentangkan Visi MBM 2048, bersempena dengan sambutan 100 tahun penubuhannya. Jadi, visi ini digerakkan melalui lapan teras utama iaitu:
(i) pemerkasaan data raya pertubuhan belia;
(ii) kepimpinan dan pengkaderan;
(iii) pendidikan dan kemahiran;
(iv) penstrukturan holistik pertubuhan belia;
(v) kenegaraan dan perpaduan;
(vi) kesihatan dan kesejahteraan hidup;
(vii) pengantarabangsaan; dan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
(viii) pengukuhan ekosistem pembangunan belia.
Visi ini mencerminkan aspirasi Majlis Belia Malaysia untuk memperkukuh peranan belia dalam pelbagai aspek pembangunan belia dalam negara secara menyeluruh menjelang tahun 2048. Dalam soal untuk menyelaraskan pertubuhan belia dan juga pelajar, pada 21 Oktober 2024 tahun lepas telah pun diadakan satu mesyuarat dan pertemuan di antara Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan yang diwakili oleh YB Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ketiga-tiga Menteri telah hadir untuk bertemu dengan Majlis Belia Malaysia untuk adakan satu perbincangan soal penyelarasan antara pertubuhan pelajar dan juga Majlis Belia Malaysia. Dalam usaha pula untuk meneruskan lagi pengupayaan pertubuhan belia berdaftar, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan menyediakan bantuan pentadbiran pada Majlis Belia Malaysia bagi tahun 2025 berjumlah RM5 juta yang mana tertakluk pada pematuhan syarat-syarat yang telah pun ditetapkan.
Pemberian bantuan yang disalurkan ini hanya kepada Majlis Belia Malaysia, majlis belia negeri dan majlis belia daerah serta badan gabungan MBM selari dengan prosedur pemberian bantuan. Usaha ini bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus MBM serta memberikan kesan langsung pada ahli-ahli pertubuhan belia.
Kita juga turut menyediakan platform kepada MBM untuk menyuarakan isu- isu berkaitan dengan belia melalui Majlis Perundingan Belia Negara yang dilaksanakan setiap tahun. MPBN merupakan sesi persidangan dan libat urus yang membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan dan keperluan belia. Ini melibatkan wakil kepimpinan kerajaan negeri serta wakil-wakil jabatan dan agensi juga.
MBM sebagai rakan strategik utama, tentu sekali diberi kepercayaan untuk melaksanakan pelbagai program serta inisiatif pembangunan belia. Ini contohnya, bermula tahun lepas, sambutan Hari Belia Negara telah pun diserahkan kepada Majlis Belia Malaysia sebagai penganjur. Berbanding amalan sebelum ini di mana ia dianjurkan oleh jabatan.
Jadi sebab itu, kita juga telah pun menggalakkan MBM untuk melaksanakan promosi dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar IPT untuk menggalakkan mereka turut menjadi ahli pertubuhan belia serta terlibat aktif dalam program-program pembangunan belia sebegini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya, sejauh manakah sasaran terkini KBS terhadap pertubuhan belia yang diberi KPI untuk menambah lima peratus ahli setahun memandangkan ketika ini hanya sekitar lapan peratus daripada jumlah belia di
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Malaysia yang aktif dalam menyertai persatuan dan pertubuhan belia? Apakah usaha sama antara KBS dengan MBM di bawah Model Baharu Pembangunan Belia 2030 khususnya aspek peremajaan pertubuhan belia untuk memangkinkan penggiat belia sebagai ejen yang membawa perubahan positif dalam kalangan komuniti?
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, untuk pengetahuan, selain daripada bantuan pentadbiran sebanyak RM5 juta. Pertubuhan-pertubuhan belia dalam negara ini turut diberi akses kepada lebih banyak bantuan atau dana yang boleh dimohon. Antara lainnya, e-Bantuan sebanyak RM2.5 juta, Dana Sukan Komuniti RM25 juta. Malah pernah menerima bantuan one-off sebanyak RM3 juta. Erti kata lain, tahun 2024 sahaja hampir RM10 juta telah pun disalurkan pada Majlis Belia Malaysia kerana kita tahu dalam tempoh dua tahun ini berlaku proses transisi had umur belia, yang memastikan bahawa menjelang 2026 setelah ditangguhkan sejak ia diluluskan oleh Parlimen.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Kita mahu supaya lebih ramai golongan belia yang berusia di bawah 30 tahun dapat mengisi kepimpinan dalam pertubuhan- pertubuhan belia. Ini menuntut supaya program-program rekrut, program-program baharu yang meliputi pelbagai sektor boleh dilaksanakan oleh persatuan-persatuan belia ini supaya lebih ramai dapat menyertai mereka, mendapat pendedahan.
Tentu sekali cabarannya adalah bagaimana untuk kita menggalakkan golongan belia mengenali pertubuhan-pertubuhan belia ini dan mendapat manfaat secara langsung. Inilah yang telah pun dilakukan oleh kita di peringkat kita, kapasiti kita. Makna kita perbanyakan dan memperluaskan bentuk-bentuk program yang boleh dilaksanakan. Kita juga wujudkan kerjasama strategik menerusi Rakan Muda.
Jadi, diharap sasaran yang ditetapkan peningkatan sebanyak lima peratus itu boleh dicapai. Kalaupun tidak dapat dipenuhi sepenuhnya seperti yang dihasratkan oleh kerajaan dan juga Majlis Belia Malaysia, sekurang-kurangnya kita pastikan usaha itu berterusan dan tidak dihentikan hanya kerana KPI tersebut belum dapat dipenuhi seperti yang kita inginkan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ada menyatakan berkenaan pelaksanaan beberapa inisiatif pemerkasaan belia. Antaranya seperti Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) yang menumpukan penghasilan modal insan untuk manfaat sektor ekonomi.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Soalan tambahan saya, bagaimanakah peranan kementerian melalui pemerkasaan Majlis Belia Malaysia dapat dimainkan secara kolaboratif ke arah menjayakan program-program pro belia nasional seperti K-Youth yang berupaya mengeluarkan golongan belia luar bandar khususnya di negeri Sabah daripada kepompong kemiskinan?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, K- Youth itu tidak berada di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Itu inisiatif di bawah Khazanah. Namun, telah pun kita menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara Majlis Belia Malaysia bersama dengan- bukan sahaja badan-badan yang berkait dengan kerajaan sebaliknya juga dengan badan-badan korporat.
Ini boleh dicapai apabila kita perkasakan peranan mereka selain daripada menganjurkan program-program berbentuk sosial. Sebaliknya juga kita peranan kan Majlis Belia Malaysia ini menerusi pertubuhan-pertubuhan di dalamnya, anjurkan juga kerjasama yang lebih strategik terutama sekali dalam sektor ekonomi.
Kita faham bahawa kita tidak boleh hanya bergantung pada pembangunan belia bawah tajuk pembangunan sosial menerusi program-program pembentukan karakter ataupun pembentukan sahsiah. Kita juga harus beri penumpuan yang sangat khusus kepada pembangunan ekonomi itu sendiri memandangkan itulah sebenarnya cabaran yang dihadapi oleh golongan belia kita pada usia di mana mereka mahu meningkat dewasa.
Sebab yang demikian juga, sekurang-kurangnya di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita memang beri tumpuan contohnya, kalaupun selain K-Youth tersebut di bawah Kementerian Belia dan Sukan ada salah satu inisiatif yang digerakkan adalah social entrepreneurship for rural youth (SERY) yang mana dilaksanakan setiap tahun untuk memastikan ada peningkatan dari sudut ekonomi bagi beberapa pertubuhan terpilih.
Di mana mereka ini diberi pertandingan dalam bentuk pertandingan untuk membangunkan ekonomi setempat menerusi perusahaan sosial. Inilah antara usaha-usaha dan tentu sekali banyak sebenarnya dilaksanakan di kawasan- kawasan yang lebih terpencil. Program SERY tersebut kebanyakan peserta datang juga dari Sabah.
Jadi, itu antara usaha yang telah pun kita gerakkan dan tentu sekali saya setuju dengan yang diberitahu oleh Yang Berhormat Putatan supaya lebih banyak penggalakkan kerjasama strategik diadakan menerusi inisiatif-inisiatif sebegini selain daripada yang digerakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, tujuan pemasangan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) pada bot nelayan serta sebab dan cara mengatasi penolakan daripada nelayan terhadap sistem tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Mobile Transceiver Unit (MTU) pada vesel penangkapan ikan adalah peranti yang digunakan untuk menghantar dan menerima isyarat mengenai kedudukan vesel dengan menggunakan teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang membantu dalam pemantauan lokasi dan memastikan pematuhan terhadap peraturan perikanan.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah meneliti dan menetapkan keperluan mewajibkan pemasangan alat Mobile Transceiver Unit ini di atas vesel penangkapan ikan untuk Zon C, C2 dan C3 iaitu melibatkan vesel penangkapan ikan tuna di laut lepas ataupun di Lautan Hindi dalam syarat lesen.
Tujuan pemasangan MTU adalah untuk ─ pertama, memenuhi komitmen negara dalam membanteras aktiviti illegal unreported and unregulated fishing (IUU fishing). Kedua sebagai pengurusan sumber perikanan yang lebih cekap dan mampan. Ketiga sebagai keselamatan pelayaran vesel penangkapan ikan di laut.
Bagi vesel Zon C, kewajipan memasang alat MTU telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2024. Namun begitu, DOF telah memberi penangguhan sehingga 2 Januari 2025 ke atas vesel Zon C di Sarawak. Setelah mengambil kira isu pembekalan alat MTU yang mengambil tempoh agak lama setelah tempahan dibuat. Walau bagaimanapun, tempoh berkenaan telah dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun 2025 dengan syarat resit tempahan alat MTU yang dikeluarkan pihak vendor menjadi dokumen pengesahan pemilik dalam memenuhi syarat pemasangan alat MTU.
Sebagai makluman sehingga kini terdapat tujuh buah syarikat pembekal alat MTU di Malaysia dan dua daripadanya beroperasi di Sarawak dan lima buah syarikat beroperasi di Semenanjung. Harga pasaran satu unit alat MTU adalah sekitar RM4,200 hingga RM7,300 termasuk kos pemasangan. DOF akan menggalakkan lebih ramai syarikat pembekal alat MTU untuk mendapatkan proof of concept bagi
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
membolehkan nelayan mempunyai pilihan serta mencari kaedah yang bersesuaian bagi membantu mengurangkan beban kos operasi dan harga peralatan ini. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih atas jawapan yang baik.
Saya juga telah menerima banyak aduan daripada nelayan di Sibu khususnya nelayan pukat tunda mengenai permohonan mereka untuk memindahkan pangkalan antara wilayah perikanan. Perkara ini perlu bagi memudahkan para nelayan daripada segi pendaratan ikan dan pemasaran oleh nelayan.
Tambahan pula vesel tersebut merupakan aset kepada nelayan. Menjadi hak dan kemudahan bagi mereka untuk mengurus vesel tersebut di tempat mereka bermastautin dan berurus niaga. Justeru itu, adakah ruang dan peluang untuk kerajaan mengkaji semula pelaksanaan dasar lapuk yang tidak membenarkan pindah pangkalan bagi vesel pukat tunda di antara wilayah di Sarawak?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sibu atas keprihatinan kepada warga nelayan.
Untuk makluman, dasar jabatan untuk tidak membenarkan untuk vesel-vesel pukat tunda pindah pangkalan antara wilayah perikanan di negeri Sarawak telah dikuatkuasakan pada 11 Ogos 2015. Langkah ini diambil untuk mengelakkan konflik antara nelayan setempat dan nelayan baharu bagi memastikan sumber perikanan kekal mampan untuk mengekalkan keseimbangan bekalan ikan dan serta menjamin kecukupan kemudahan tambatan vesel dan bekalan minyak bersubsidi untuk nelayan yang sedia ada.
Rekod pada tahun 2023 telah menunjukkan terdapat sebanyak 267 unit vesel pukat tunda yang telah dilesenkan di Sarawak. Justeru dasar yang ada kini tidak selari dengan keperluan industri perikanan di Sarawak di mana pindah pangkalan vesel antara wilayah seharusnya dibenarkan untuk memudahkan operasi nelayan kerana Sarawak mempunyai kawasan menangkap ikan yang luas dan bebas beroperasi. Nelayan juga ingin pindah pangkalan bagi memudahkan pendaratan ikan dan pemasaran serta menguruskan aset dan vesel mereka.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan Malaysia akan mengkaji semula dasar ini demi pembangunan industri perikanan Sarawak dengan syarat pemohon perlu memiliki kemudahan seperti tempat menyimpan ikan, pemasaran dan tambatan vesel di lokasi baharu serta mendapat sokongan daripada persatuan nelayan kawasan untuk pindah pangkalan dan kuota minyak bersubsidi. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil tangkapan dan kualiti dari sudut operasi nelayan.
Cuma apabila kos pemasangan GPS antara RM4,000 hingga RM7,000, satu kos yang mahal. Adakah dia akan memberi kesan kepada harga ikan dengan peningkatan kos operasi? Apakah kerajaan bercadang untuk menyediakan subsidi ataupun pinjaman kepada nelayan yang tidak mampu untuk memasang pemasangan GPS ini?
Adakah jaminan sistem ini dapat berfungsi terutama di perairan yang terpencil yang jauh? Apakah kementerian mengkaji kebolehan projek pemasangan peranti pengumpulan ikan (FAD) dalam meningkatkan jumlah tangkapan nelayan selain daripada meneroka penggunaan teknologi seperti remote sensing ini untuk menarik minat lebih ramai nelayan muda menceburi diri dalam bidang perikanan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan.
Pemasangan alat MTU pada vesel penangkapan ikan ini adalah penting untuk membanteras aktiviti perikanan IUU ─ illegal, unreported and unregulated fishing dan juga untuk negara kita mematuhi obligasi kita di peringkat antarabangsa.
Kedua, pemasangan untuk MTU ini dia hanya sebagai kos one-off. Kita pasang sekali sahaja. Kos dia adalah di antara RM4,300 sehingga RM7,300. Pada masa yang sama kita juga menggunakan ini sebagai satu galakan kepada nelayan- nelayan kita khususnya yang berkapasiti besar.
Syarat ini hanya sebagai syarat lesen kepada nelayan di Zon C dan C3 iaitu boleh dikira pengusaha yang besar dengan bot yang besar untuk memastikan mereka tidak menceroboh ke kawasan perikanan bot yang lebih kecil seperti Zon B.
Ini secara langsung akan melindungi hak-hak nelayan yang beroperasi di Zon B untuk memastikan bahawa nelayan itu juga dapat hasil tangkapan mereka di zon yang ditentukan. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Komunikasi menyatakan, langkah-langkah terkini yang diambil oleh kementerian untuk membanteras aktiviti judi dalam talian yang semakin berleluasa, termasuk usaha pemantauan, penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan internet serta platform digital.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Kesalahan perjudian adalah di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1993 [Akta 289] yang dikuatkuasakan oleh Polis Diraja Malaysia. Namun begitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah bidang kuasa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] komited dalam memberikan kerjasama kepada pihak PDRM dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisa forensik digital bagi mempercepat proses siasatan yang berkaitan dengan kesalahan perjudian dalam talian.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
MCMC melaksanakan pemantauan proaktif bagi memastikan persekitaran internet di Malaysia bebas dari kandungan dalam talian yang melanggar undang- undang termasuk kandungan perjudian dalam talian.
Dari tahun 2022 sehingga 1 Februari 2025, sebanyak 5,026 buah laman sesawang judi telah disekat dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet manakala 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial telah diturunkan.
Daripada jumlah ini, 209,006 kandungan perjudian mewakili 93.14 peratus daripada jumlah yang saya sebutkan tadi telah diturunkan dari platform Facebook sahaja.
Bermaksud, Facebook ini merupakan lubuk iklan-iklan judi dalam talian.
Bagi memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari buat semua pengguna, MCMC telah mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta- pengguna yang berdaftar di Malaysia perlu memohon lesen kelas pemberian perkhidmatan aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bermula 1 Januari 2025.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan setiap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang berdaftar mematuhi obligasi-obligasi di bawah Akta 588 serta mengamalkan kod tatalaku ataupun amalan terbaik yang telah diterbitkan oleh MCMC dan seterusnya meningkatkan akauntabiliti terhadap kandungan dan interaksi dalam talian yang disediakan kepada pengguna.
MCMC juga telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan semua penyedia platform media sosial bagi memberi peluang, kerjasama di antara penyedia platform dan pihak penguatkuasaan. Melalui sesi-sesi libat urus ini,
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
penyedia platform dapat memahami konteks tempatan daripada segi nilai, norma masyarakat serta undang-undang yang mungkin tidak selaras dengan standard komuniti serta terma dan syarat mereka. Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikan kerja-kerja penyederhanaan kandungan oleh penyedia platform dan menjadikannya lebih efisien dan berkesan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih atas jawapan daripada YB. Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, adakah kerajaan juga telah merangka strategi khusus untuk membendung sindiket judi atas talian yang menyalahgunakan teknologi AI seperti deepfake untuk menyunting wajah dan suara tokoh-tokoh pemimpin atau pempengaruh sehingga memperdayakan ramai mangsa judi dalam talian, serta apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap mereka?
Seterusnya, adakah kerajaan juga telah mengenal pasti kaedah yang berkesan dalam mengawal seliaan modus operandi sindiket judi haram yang didapati menggunakan khidmat pempengaruh media sosial untuk mempromosi kegiatan judi haram dalam talian kepada orang ramai? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Berhubung dengan perkara ini, ada sebahagian daripada tindakan yang diambil oleh pihak PDRM manakala bagi pihak Kementerian Komunikasi khususnya MCMC, beberapa langkah yang telah diambil termasuk dengan mengenakan, menarik balik apa yang dipanggil sebagai exemption order yang memerlukan semua platform-platform yang memenuhi syarat seperti yang saya sebutkan tadi mendaftar dengan MCMC.
Kita dapati ada beberapa buah platform yang sering kali disalahgunakan bukan untuk tujuan judi itu sendiri, tetapi untuk mengiklankan judi. Apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi, dia bukan judi, tetapi dia adalah scam. Kita sedia maklum, berdasarkan apa yang telah diumumkan oleh pihak PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, terdapat lebih kurang 12 ke-13 bentuk scam termasuk iklan.
Biasanya kalau deepfake ini dia adalah menjurus ke arah investment scam, dengan izin, scam pelaburan. Jadi, kita telah mengadakan perbincangan kerana beberapa buah platform tidak memahami bahawa beberapa aspek ini merupakan pelanggaran kepada undang-undang dalam negara kita.
Pada masa yang sama, platform-platform seperti Facebook memberi kerjasama dan telah mula untuk melaksanakan beberapa langkah termasuk memperkenalkan beberapa dengan izin, tools yang boleh mengesahkan sama ada
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
seseorang itu adalah individu yang dimaksudkan ataupun tidak. Ini hasil daripada masalah impersonation, dengan izin. Mereka mengambil wajah, mereka mengambil nama kadang-kadang, tetapi perkara ini masih sedang diuruskan. Saya jangka oleh sebab AI pada ketika ini dia sangat rancak digunakan malah disalahgunakan, sudah pasti platform-platform juga berusaha untuk cuba menangani masalah-masalah seperti ini. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kluang.
Tuan Yang di-Pertua
Kluang, silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri tadi.
Jadi, saya ingin tanya bagaimana dengan pendaftaran atau pelesenan kesemua social media platform yang mempunyai lapan juta- pengguna di Malaysia ini? Kita telah meningkatkan kecekapan untuk mencegah masalah judi haram dalam talian ini kerana memandangkan bahawa kita masih perlu melaporkan kepada platform baharu tindakan diambil. Dengan ini, masalah ini tidak akan diselesaikan dengan efficiency yang lebih tinggi.
Jadi, saya minta penjelasan, pencerahan daripada Menteri bagaimana dengan pendaftaran atau pelesenan efficiency effectiveness telah ditingkatkan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Yang Berhormat, dari sejak kita memulakan proses dan juga rejim pelesenan ini kita dapati banyak platform memberikan respons yang berbeza-beza. Ada yang sangat bersedia untuk memberikan kerjasama, ada yang culas malah memberikan pelbagai boleh dikatakan bukan helah, tetapi pelbagai excuse lah dengan izin, untuk melengahkan proses, tapi kita dapati, secara umum saya bagi contoh, walaupun dalam platform seperti YouTube yang mana kita dapati iklan-iklan judi juga banyak disiarkan dari 1 Januari hingga hari ini, maaf, hingga tengah malam tadi, sebanyak 5,167 kandungan telah dipohon untuk diturunkan dan 5,115 yang YouTube telah turunkan.
Bermaksud, walaupun Google pada waktu ini belum lagi dilesenkan, tetapi kita lihat kerjasama yang mereka beri itu sangat-sangat baik. Berbeza dengan Telegram yang mana secara keseluruhan hanya 39 peratus daripada permintaan diuruskan. Di sini kita lihat, platform-platform juga mempunyai keupayaan yang berbeza Tan Sri, yang mana saya difahamkan jumlah pasukan yang melakukan content moderation, dengan izin, untuk Telegram itu sangat kecil. Berbeza dengan platform-platform yang lain.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi di sini, kita melihat bukan sekadar kerangka kawal selia itu penting, tetapi memahami konteks operasi bagi platform-platform ini dan membantu mereka juga untuk memperkemas dan mempermudah tindakan-tindakan diambil. Kadangkala ia melibatkan dokumen tambahan, kadangkala ia melibatkan pesanan, mesej yang perlu dihantar kepada staf-staf tertentu, tetapi secara umumnya, saya lihat kerjasama yang lebih baik daripada semua platform sama ada mereka telah dilesenkan atau masih dalam proses.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Tenggara nombor 5.
5. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, garis panduan sedia ada pihak KPKT atau PBT berkaitan lokasi pelupusan sampah:
(i) adakah diperbolehkan tapak pelupusan berada di tepi jalan utama, berhampiran penempatan dan sumber air (sungai); dan
(ii) apakah ia dirujuk kepada keutamaan-keutamaan falsafah pembangunan komuniti dan masyarakat lestari sebagaimana digaris pandu dalam SDG.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Membaca sepotong ayat alu-aluan]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, pembangunan tapak pelupusan dilaksanakan adalah selaras dengan Dasar Kebersihan Negara dan Blueprint Ekonomi Kitaran bagi sisa pepejal di Malaysia bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan dengan terurus dan sistematik untuk menjamin kesihatan awam dan persekitaran yang sihat serta tidak menyebabkan kacau ganggu kepada masyarakat.
Selain itu, pembangunan tapak pelupusan ini juga adalah selaras dengan Goal 11 – Sustainable Cities and Communities di bawah Matlamat Pembangunan Mampan iaitu Sustainable Development Goals (SDG) yang memfokuskan pembangunan bandar dan penempatan manusia yang lebih insklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) Ahli Yang Berhormat, bertanggungjawab untuk merancang dan menyediakan fasiliti
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
pengurusan sisa pepejal yang mampan di seluruh Malaysia, terutamanya di negeri- negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, ataupun kita kenali sebagai Akta 672 iaitu bagi negeri Perlis, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Manakala pembinaan kemudahan pengurusan sisa pepejal di negeri-negeri lain yang tidak menerima pakai Akta 672 ini Tuan Yang di-Pertua, adalah terletak di bawah pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan masing-masing, kecualilah pembinaan tersebut dilaksanakan, dibuat di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan. Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal perlulah mematuhi zon penampan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Guidelines for Siting and Zoning of Industry and Residential Areas ataupun SZIRA 2012 dan Essential for Siting of Industries in Malaysia (EESIM) 2017 iaitu 500 meter daripada penempatan.
Bagi setiap pembangunan fasiliti sisa pepejal yang baru, jabatan telah pun menyediakan borang penilaian tapak bagi mengenal pasti sama ada lokasi yang dicadangkan itu bersesuaian untuk dilaksanakan pembangunan. Antara perkara yang perlu diberikan semakan dan perhatian semasa penilaian pada tapak tersebut adalah:
(i) keadaan jalan masuk;
(ii) status banjir;
(iii) pembangunan di sekitar tapak;
(iv) topografi tapak dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, penilaian tersebut hanyalah penilaian awal jabatan dan akan disemak semula secara lebih terperinci oleh perunding-perunding yang dilantik. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, perunding alam sekitar juga akan dilantik bagi melaksanakan Penilaian Impak Alam Sekitar, Environmental Impact Assessment (EIA) bagi pembangunan yang akan dilaksanakan dan kerja-kerja pembangunan hanya akan dimulakan sekiranya Penilaian Impak Alam Sekitar telah pun diluluskan oleh Jabatan Alam sekitar serta mematuhi pematuhan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum soalan ini, saya nak ucap terima kasih kepada KPKT dan juga Menteri hadir ke Tenggara melihat laman riadah baru dengan nilai RM23 juta yang dibina di bandar Tenggara. Terima kasih. Walau bagaimanapun, ada satu lagi tapak pelupusan sampah. Ini soalan tambahannya.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Apakah status kawasan tapak pelupusan sampah Batu 4 dalam Parlimen Tenggara yang terletak di tepi jalan besar dan berhampiran dengan kawasan perumahan dan apakah antara teknologi-teknologi baharu yang hijau yang digunakan pakai oleh kementerian dalam memastikan pengoperasian pusat pelupusan sampah ini lebih mesra alam serta mengelak daripada berlakunya pencemaran alam yang lain sehingga menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat sekeliling? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Tapak Pelupusan Batu 4 yang disebutkan tadi adalah merupakan tapak pelupusan bukan sanitari yang telah pun bermula sejak awal tahun 2000 iaitu sejak sebelum mana Akta Pengurusan Sisa Pepejal [Akta 672] ini berkuat kuasa. Pada masa ini Ahli Yang Berhormat, Tapak Pelupusan Batu 4 ini menerima sisa pepejal daripada empat kawasan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kluang, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Simpang Renggam dan juga Majlis Daerah Pontian dengan purata harian sisa sebanyak 700 tan sehari.
KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal telah pun merancang pengalihan sisa daripada Tapak Pelulusan Batu 4 ini ke Tapak Pelupusan Selong setelah nantinya Tapak Pelupusan Batu 4 ini mencapai jangka hayat dan jangkaannya adalah pada tahun 2030 Ahli Yang Berhormat. Dan seterusnya Loji Rawatan Sisa Pepejal (Waste to Energy) yang lebih lestari serta mesra alam sepertimana yang telah pun digariskan dalam Strategi 2.3 Dasar Pembersihan Negara iaitu menambah baik mekanisme pengurusan sisa pepejal.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, kita juga telah pun memperoleh peruntukan untuk membina Loji Rawatan Air Larut Resap di dalam rolling plan, Rancangan Malaysia yang Ke-12 – yang kelima, bagi mengelakkan risiko pencemaran di sungai berhampiran sekali gus menjadikan Tapak Pelupusan Batu 4 itu nanti Ahli Yang Berhormat sebagai pelupusan sanitari tahap 4. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada Jabatan Pengurusan Sistem Pepejal Negara (JPSPN) dan kakitangan yang bertungkus-lumus mengendalikan sisa pepejal negara. Namun kita lihat terdapat ketidakselarasan dalam usaha menangani isu pelupusan sisa seluruh negara dengan sebahagian sisa tidak diurus dengan baik oleh kerajaan negeri dan PBT dan isu pepejal ini semakin menjadi-jadi di akhir ini.
Mengapakah isu-isu ini boleh berlaku dan apakah langkah ke hadapan yang akan diambil oleh kementerian bagi mengatasi dan apakah kerajaan bercadang
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
untuk memaksa atau mewajibkan negeri-negeri menerima pakai Akta 672 ini atau merundingkan kerana falsafah di sebalik akta ini cukup baik dan secara tidak langsung kita akan dapat menguruskan sisa pepejal negara dengan lebih harmoni?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, soalan Ahli Yang Berhormat ini sangat valid dan penting. Jadi, saya mohon sedikit masa untuk memberi penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan. Pertama Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum bahawa ada ketidakseragaman perundangan pengurusan sisa pepejal ini di mana pada masa kini terdapat empat perundangan yang telah pun berkuat kuasa bagi pengurusan sisa pepejal di Malaysia iaitu:
(i) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun Akta 672 yang terpakai di Kedah, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya;
(ii) Akta Kerajaan Tempatan 1971 bagi negeri-negeri yang tidak menerima pakai Akta 672 iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu;
(iii) Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 22 bagi negeri Sabah; dan
(iv) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 bagi negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum tahun 2007, pengurusan sisa pepejal di seluruh negara adalah terletak di bawah pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh ketidakupayaan kewangan, telah menyebabkan sesetengah PBT tidak dapat menguruskan sisa pepejal dengan lebih cekap dan berkesan. Justeru itulah, maka Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif untuk menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di bawah Akta 672.
Walau bagaimanapun, bagi membolehkan akta ini dikuatkuasakan, rundingan seperti mana yang dicadangkan tadi berjalan. Maka tujuh negeri telah menerima pakai, lima negeri lagi sedang dalam perundingan, Tuan Yang di-Pertua.
Dan seterusnya, kita sentiasa untuk jangka masa panjang dan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, untuk mempercepatkan peralihan pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran, terdapat keperluan untuk membangunkan perundangan khusus berkaitan ekonomi kitaran bagi sisa pepejal yang menyeluruh.
Sehubungan dengan itu, kementerian ini Tuan Yang di-Pertua sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan rang undang-undang berkaitan ekonomi kitaran untuk memastikan inisiatif ekonomi kitaran ini dapat dilaksanakan secara
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
lebih holistik dan rundingan. Kita sentiasa terbuka kepada rundingan bersama negeri-negeri dan pada masa yang sama, ia adalah tertakluk kepada kedudukan keupayaan kewangan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Sungai Petani nombor 6.
6. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) untuk menangani beban pesakit di hospital, adakah kementerian akan meningkatkan kapasiti wellness hubs, serta menggunakan teknologi seperti telemedicine; dan
(b) apakah perancangan terperinci kementerian dalam isu beban pesakit yang semakin meningkat di hospital kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beban pesakit di hospital adalah merupakan cabaran bagi kesihatan di Malaysia ini dan juga terdapat beberapa faktor yang menyebabkan beban pesakit di hospital adalah dengan ada peningkatan kadar pesakit yang datang ke hospital.
Dan juga di bawah inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), wellness hub dibangunkan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti secara bersasar iaitu ketika ini kita mempunyai 33 buah wellness hub beroperasi di seluruh negara yang bermula pada Julai 2024. Pesakit di fasiliti kesihatan boleh dirujuk ke wellness hub berdekatan melalui sistem MyVAS.
Manakala orang awam boleh membuat temu janji aplikasi MySejahtera. Ketika ini sebanyak 18,807 orang telah pun menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan temu janji.
Kapasiti klien wellness hub dipertingkatkan secara proaktif melalui aktiviti jangkau luar perkhidmatan bergerak, melalui Wellness On Wheels dan juga jumlah wellness hub diperluaskan ke seluruh daerah di Malaysia termasuk menambah bilangan jawatan pegawai pendidikan kesihatan bidang sains tingkah laku bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
Dan juga menerusi usaha KKM mentransformasikan sistem kesihatan digital, pelaksanaan cloud-based hospital information system (HIS) di fasiliti kesihatan secara langganan, akan direalisasikan dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini dan dijangka lengkap pada tahun 2028.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Pendigitalan menyeluruh sistem kesihatan melalui penggunaan Electronic Medical Record (EMR) berasaskan pengkomputeran awam ini merupakan salah satu langkah strategik oleh KKM untuk menangani beban pesakit di hospital sekali gus meningkatkan kecekapan rawatan dan pengurusan pesakit.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga menjawab berkenaan tentang perancangan terperinci kementerian berkenaan isu beban pesakit yang semakin meningkat di hospital kerajaan, antara inisiatif yang sedang dijalankan adalah mengatasi isu beban pesakit yang semakin meningkat di hospital kerajaan termasuklah:
(i) melaksanakan inisiatif hospital kluster untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepakaran kepada masyarakat dan masyarakat luar bandar;
(ii) melaksanakan Hospital Services Outsourcing Programme
(HSOP) iaitu penyumberluaran pesakit dari hospital KKM ke kemudahan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta bagi mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan prosedur tertentu dalam perkhidmatan kardiologi, kardiotorasik, nefrologi dan radiologi;
(iii) seterusnya adalah projek kerjasama awam swasta dilaksanakan bagi mengurangkan masa menunggu untuk perkhidmatan pembedahan; dan
(iv) adalah perkhidmatan value added service oleh Unit Farmasi dan perkhidmatan konsultasi secara maya, virtual clinic bagi mengurangkan kesesakan di klinik.
Kementerian Kesihatan juga memperkenalkan penggunaan artificial intelligence untuk menjalankan diagnosis dan juga ini adalah merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan beban pesakit di hospital kerajaan. Sekian, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Ahli Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin bertanya, adakah pihak Kementerian Kesihatan mempunyai
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
data keberkesanan wellness hub dalam menurunkan atau mengurangkan beban pesakit di hospital ini dan sebagai medium primary health care.
Saya ingin bertanya, apakah pelan jangka masa panjang berkenaan dengan perjawatan petugas-petugas kesihatan seperti doktor, medical assistance dan sebagainya?
Terakhir, di kawasan saya Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Sungai Petani terpaksa menampung penduduk lebih daripada setengah juta tetapi masih ada isu-isu fasiliti kesihatan yang amat teruk. Contohnya nitric oxide delivery and monitoring system yang sepatutnya dapat mengurangkan mortality rate di kawasan atau di hospital tersebut. Tetapi disebabkan fasiliti yang telah usang, maka terjadilah banyak kematian. Jadi mohon pencerahan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Satu soalan yang sangat komprehensif dan juga saya mendengar semalam ucapan Titah Diraja Yang Berhormat yang cukup prihatin berkenaan tentang persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan berkenaan tentang kesesakan di Hospital Abdul Halim dan juga berkenaan tentang isu berkenaan mesin nitric oxide, di mana saya ingin memaklumkan ketika ini kementerian sedang dalam proses tender berpusat bagi membekalkan gas perubatan termasuk gas nitric oxide.
Melalui tender ini, syarikat yang terpilih kelak akan diwajibkan untuk menyediakan mesin nitric oxide sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan. Bermaksud kita dalam proses Yang Berhormat dan juga bagi berkenaan tentang pembangunan HAH, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengusulkan cadangan untuk menaik taraf ruang bangunan kolej kejururawatan yang bersebelahan dengan hospital sebagai wad tambahan berkapasiti 100 katil dan perkhidmatan sokongan HAH dengan anggaran kos awalan sebanyak RM50 juta yang dimasukkan ke dalam RP1, Rolling Malaysia Ke-13.
Permohonan ini sedang diperhaluskan dan telah pun dibawa, akan dibawa ke Kementerian Ekonomi kelak. Dan juga berkenaan tentang isu sumber manusia seperti MO, medical officers dengan izin, jururawat bagi untuk jawapan spesifik Hospital Sultan Abdul Halim, saya akan memberikan satu jawapan bertulis.
Tetapi secara dasarnya ketika ini Kementerian Kesihatan sedang untuk mempertingkatkan dan juga mengadakan perbincangan yang lebih komprehensif kepada agensi pusat bagaimana untuk mewujudkan lebih banyak lagi perjawatan dan juga memperhaluskan beberapa sektor-sektor di dalam Kementerian Kesihatan untuk memperkemaskan proses dan juga delivery system dan keperluan kakitangan
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
dan juga beberapa polisi-polisi yang telah kita tawarkan dan kita bincangkan dan kita bentangkan.
Walaupun demikian, terdapat dasar-dasar ini telah pun mendapat kritikan dan juga mendapat teguran dan kita mendengar segala teguran tersebut dan kita akan memperbaiki dasar-dasar ini daripada semasa ke semasa.
Walaupun demikian, kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada sesi jawapan di dalam Parlimen pada tahun yang sebelum ini, beliau telah pun menekankan bahawa terdapat proses menetapkan pegawai- pegawai perubatan dan juga proses ini sedang berjalan melalui lantikan kontrak kepada lantikan tetap dan pada tahun ini kita akan mendapatkan lebih kurang hampir 4,000 angka yang kita tetapkan dan telah pun dihantar ke fasiliti-fasiliti.
Walaupun demikian, terdapat isu-isu juga berkenaan tentang terdapat wilayah-wilayah seperti Sabah dan Sarawak masih lagi dibebankan dengan kekurangan pegawai-pegawai perubatan dan juga di kawasan seperti di Semenanjung, di luar bandar di mana tawaran yang diberikan kepada pegawai perubatan ini ditolak dan juga memandangkan mungkin faktor-faktor fasiliti yang tidak bersesuaian, terutama sekali tempat tinggal dan juga jarak penempatan tersebut jauh daripada kedudukan bandar.
Itu adalah salah satu faktor dan juga berkenaan tentang keberkesanan wellness hub ini. Kita telah pun sepanjang tahun 2020 hingga 2024, seramai 14,617 klien telah pun mendapat servis daripada wellness hub terutama sekali menurunkan berat badan Dato’ Yang di-Pertua dan juga sebanyak 10,560 klien telah pun berjaya menurunkan berat badan dan juga agensi seperti PDRM juga Dato’ Yang di-Pertua telah pun mendapatkan perkhidmatan wellness hub untuk menjalankan hubungan strategik bagi menurunkan berat badan anggota-anggota kita di lapangan.
Itu adalah antara keberkesanan dan wellness hub ini mendapat sambutan yang sangat baik. Baru-baru ini saya ke Kulim, Kedah untuk merasmikan tempat wellness hub dan juga di Batu Pahat dan di seluruh Malaysia. Tahun ini, kita akan membuka sembilan lagi wellness hub yang baru di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih timbalan menteri yang telah menjawab tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kesesakan. Cuma saya pergi lebih awal sebelum itu iaitu susulan peningkatan premium insurans dan takaful sehingga 70 peratus serta bayaran co-payment yang dikenakan kepada pesakit, sejauh mana situasi ini telah mendorong kepada pertambahan jumlah pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan pada waktu ini?
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Ini kerana bila premium dinaikkan, sebahagian daripada pesakit-pesakit yang selama ini mencarum telah berpindah ke hospital kerajaan. Jadi sudah tentu ia akan menambahkan beban lagi. Tadi cara mengatasi tapi ini nak mencegah ataupun mengurangkan kehadiran pesakit yang begitu ramai di fasiliti kerajaan.
Kedua, saya juga ingin mengajukan mengenai pelaksanaan program waktu bekerja berlainan (WBB). Bagaimana pelaksanaan program ini akan mengurangkan beban tugas doktor dan petugas-petugas kesihatan yang lain. Sejauh mana libat urus di peringkat lapangan khususnya dengan MMA, Malaysia Medical Association telah dilaksanakan dan bilakah jangkaan kajian WBB ini dimuktamadkan dan akan dilaksanakan? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat.
Disebabkan itulah kita telah pun melancarkan Kertas Putih Kesihatan di mana kita ingin beralih daripada sick care kepada health care di mana kita lebih ke arah preventive dan juga wellness hub ini adalah merupakan salah satu facilities terkini kita di mana kita ingin menarik klien-klien kita untuk datang ke wellness hub untuk mendapatkan rawatan.
Bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tetapi meliputi rawatan seperti kesihatan mental dan juga kita melaksanakan kaedah-kaedah yang terbaik bagaimana untuk kita melakukan preventive action, terutama sekali dengan kadar peningkatan kehadiran pesakit diakibatkan penyakit tidak berjangkit ini semakin meningkat.
Saya juga bersetuju kepada Yang Berhormat berkenaan tentang kenaikan premium insurans ini yang menyebabkan golongan M40 semakin banyak melawat facilities kesihatan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan Menteri Kesihatan juga telah pun mengumumkan bahawa satu kajian di peringkat nasional DRG sedang dijalankan, di mana DRG ini dijangkakan dapat sekurang-kurangnya mengetahui kos-kos perubatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan juga pihak swasta.
Berkenaan tentang WBB, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan. Kabinet juga telah pun menyebut bahawa untuk tidak melaksanakan WBB ini sehingga kita mendapatkan maklum balas yang komprehensif daripada pegawai-pegawai di lapangan.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Juga untuk makluman Yang Berhormat, pihak MMA juga telah pun mengadakan kunjungan dan mereka telah pun memberikan pandangan yang cukup baik kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kami mengambil pandangan tersebut.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Memandangkan WBB ini pada mulanya adalah merupakan salah satu kertas concept paper yang ingin kita lakukan secara pilot project tetapi telah pun mendapat – ini adalah satu perkara yang positif bagi saya kerana end user ataupun pengguna ataupun pengamal perubatan sendiri, kita perlu memahami kesengsaraan mereka yang berada di lapangan untuk menyelamat nyawa orang. Juga WBB ini belum lagi dimuktamadkan. Itu sahaja jawapan saya, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Saya berikutnya mempersilakan Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Musim banjir musim tengkujuh, Soalan nombor tujuh.
7. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk menyediakan satu algoritma khas dalam meletakkan kaedah gaji minimum kepada pekerja industri gig.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia
(KESUMA) mengekalkan pendekatan yang seimbang dalam mengawal selia industri gig dan belum merancang memperkenalkan algoritma khas bagi menentukan kadar upah yang berpatutan.
Ini kerana sifat asas industri gig yang fleksibel perlu dipelihara sementara kawal seliaan yang terlalu ketat berisiko mengganggu ekosistem gig yang telah sedia beroperasi dengan dinamiknya yang tersendiri.
Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan yang mulia, pada 22 November 2024, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk KESUMA menubuhkan majlis perundingan seperti yang terdapat dalam Rang Undang-undang Pekerja Gig. Majlis ini akan berfungsi sebagai platform perbincangan strategik bagi menangani isu-isu berkaitan pekerja gig secara inklusif dan konstruktif, termasuk pekerja berkaitan algoritma. Perbincangan akan dilaksanakan secara tripartite, melibatkan penyertaan wakil pekerja gig, wakil entiti kontrak, penyediaan platform, wakil kerajaan dan ahli-ahli lain yang difikirkan perlu.
Majlis ini bertanggungjawab mengemukakan cadangan serta pandangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan dari pelbagai aspek seperti kadar
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
pendapatan minimum, formula yang digunakan berkaitan dengan kadar pendapatan dan standard minimum. Sekiranya cadangan tersebut diterima dan diluluskan, pewartaan akan dibuat oleh Menteri Sumber Manusia. Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan di antara pekerja gig dan entiti kontrak penyediaan platform bagi mengekalkan sifat dinamik serta fleksibiliti ekosistem industri gig Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Timbalan Menteri. Baik, berdasarkan tinjauan Source Prediction 2025, Malaysia antara negara yang mencatatkan kebimbangan tertinggi terhadap kehilangan pekerja akibat AI, di mana hampir 37 peratus responden mempercayai AI akan menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan yang ketara berbanding purata global iaitu 65 percent. Soalannya, apakah pendekatan kerajaan untuk menjamin kelangsungan pekerja lebih 1.12 juta dalam industri gig di sebalik perkembangan AI? Termasuk penyesuaian pekerjaan gig dalam transisi ke arah penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi pada masa akan datang tanpa kita berubah tentang fleksibiliti pekerjaan gig. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Sebenarnya dalam bidang AI yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, bahawa dalam bidang AI ini tidak mengganggu gugat dari segi dalaman pekerjaan itu sendiri. Sebab ia akan menambah baik dari segi penambahan kepada bidang-bidang baru. Daripada perbincangan-perbincangan yang kami aturkan melalui perkara-perkara tersebut, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu, memang ramai di atas kebimbangan tersebut.
Tetapi bagi tujuan tersebut, dalam jangka masa panjang, kita membincangkan- di kementerian telah memulakan inisiatif untuk mengintegrasikan pekerja gig ke dalam pelindungan sistem negara melalui Rang Undang-undang Pekerja Gig itu sendiri. Sebab itu kalau kita fikirkan bahawa AI ini akan membawa kepada pengurangan pekerja tetapi sebenarnya dengan penambahan matlamat tersebut akan menjadi keseimbangan bahawa tidak akan mengurangkan pekerjaan.
Dari segi gig ini sebenarnya ─ dari segi kebajikan pekerja gig tidak diabaikan. Kami
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
juga berbincang supaya PERKESO akan memperluaskan skop perlindungan sedia ada kepada golongan ini.
Lantaran itu, saya nyatakan sebentar tadi supaya bacaan pertama Rang Undang-undang Gig ini akan dibawa ─ kalau ada kesempatan akan dibawa pada persidangan kali ini. Saya berharap supaya satu rang undang-undang ini di mana kita telah mengatur langkah yang begitu lama sekali untuk membuat Rang Undang- undang Gig ini supaya mereka ini terpelihara.
Umpamanya, seperti saya nyatakan, melalui PERKESO sendiri dan juga sedang ada perbincangan melalui KWSP supaya mereka ini juga terlibat dalam KWSP. Di mana, di KWSP ini adalah di bawah kuasa Kementerian Kewangan. Kita akan mulakan juga perbincangan melalui Kementerian Kewangan itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Saya faham niat ikhlas dan baik kementerian untuk menetapkan harga lantai yang boleh membantu pekerja gig kita. Cuma, saya ada dua pemerhatian atau pun, dengan izin, constructive criticism. Pertama sekali, jikalau harga lantai ditentukan dengan kadar yang terlalu tinggi, kerisauan saya ia akan memantapkan monopoli yang Grab ada.
Mengapa? Grab yang sudah ada.
Banyak pekerja-pekerja gig, keuntungannya mampu to absorb the loses jika hendak dibandingkan dengan syarikat-syarikat gig yang baru masuk, pasaran yang sangat kecil. Secara tidak langsung, jikalau kerajaan adakan intervensi dengan menentukan harga lantai, ia boleh menyebabkan monopoli Grab lebih besar dan secara jangka masa panjang, membunuh pesaing-pesaing yang lain. Perkara ini telah berlaku di negara-negara lain juga.
Observation yang kedua, kalau kita hendak menggantikan harga lantai ini dengan sistem dynamic pricing yang sedia ada, kita kena ingat dynamic pricing yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gig, perubahan dia berlaku setiap minit, setiap saat kadangkala. Adakah kerajaan ataupun kementerian ingin menentukan harga lantai ini setiap hari, setiap bulan, setiap minggu kerana ia mengikut demand and supply, lokasi pasaran tertentu?
Dengan itu, saya berharap bahawa- walaupun saya tahu niat ikhlas kerajaan ingin bantu pekerja-pekerja gig tetapi perlu ambil kira faktor-faktor yang lain dan lihat juga kajian-kajian yang telah diguna pakai oleh negara-negara lain. Jangan kerana niat baik tetapi akibatnya teruk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Itu cadangan saya kepada kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Muar ini memang sangat-sangat prihatin pada gig. Daripada soalan persidangan yang lepas, kita juga keluar soalan gig dan Yang Berhormat memang membincangkan, membicarakan soal gig ini yang panjang lebar. Saya mempersoalkannya sebab saya hendak jawab ringkas sahaja sebenarnya. Kami di Kementerian Sumber Manusia tidak berhasrat untuk menggunakan harga lantai. Terima kasih Yang Berhormat Muar, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Tuan Chong Zhemin, Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya, soalan nombor lapan.
8. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Ekonomi menyatakan berapa peratus ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada tahun 2025 dan faktor-faktor yang menyumbang kepadanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kampar, Ahli Dewan yang dihormati. Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun 2025. Disokong oleh persekitaran luar yang stabil dan berdaya tahan serta jangkaan permintaan domestik dan keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Unjuran ini selari dengan anggaran beberapa agensi antarabangsa, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa yang menganggarkan KDNK Malaysia berkembang sebanyak 4.7 peratus dan juga Bank Dunia menganggarkan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus bagi tahun 2025. Ekonomi negara dijangka terus dipacu oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
Sektor perkhidmatan dijangka berkembang sebanyak 5.5 peratus pada 2025, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berterusan serta aktiviti berkaitan perniagaan dan pelancongan yang lebih rancak.
Menteri Ekonomi - Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Kepengerusian ASEAN juga dijangka turut memberi manfaat kepada sektor ini. Sektor pembuatan pula diunjur meningkat sebanyak 4.5 peratus, didorong oleh permintaan luar yang stabil terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik (E&E).
Sementara itu, sektor pembinaan dijangka berkembang sebanyak 9.4 peratus, dipacu oleh pelaksanaan berterusan projek-projek infrastruktur termasuk LRT3 Fasa 2, Laluan Penghubung Sabah Sarawak (SSLR) Fasa 2 dan pelaksanaan projek- projek di bawah RMKe-12 yang berterusan.
Sektor pertanian dijangka berkembang sebanyak 1.9 peratus, disokong oleh semua subsektor kecuali perhutanan dan pembalakan. Manakala sektor perlombongan dijangka merosot sebanyak satu peratus disebabkan oleh pengeluaran yang dijangka akan menjadi lebih rendah.
Permintaan domestik juga dijangka berkembang disokong oleh perbelanjaan sektor swasta. Penggunaan swasta dijangka meningkat sehingga 5.9 peratus, didorong oleh keadaan pasaran buruh yang menggalakkan dengan ekonomi kekal pada tahap guna tenaga penuh.
Pelaburan swasta pula dijangka berkembang sebanyak 8.9 peratus, disumbang oleh aktiviti pelaburan dalam industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang tinggi (HGHV). Seperti juga pelaksanaan projek-projek berkaitan semikonduktor dan pusat data. Selain itu, penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura (JS-SEZ) dijangka memacu aktiviti pelaburan merentasi pelbagai industri sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar untuk soalan tambahan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih pada penjelasan Menteri.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani tiga executive order untuk mengenakan tarif ke atas Kanada dan Mexico 25 peratus dan juga 10 peratus tarif ke atas negara China. Tindakan ini akan mengundang tindakan balas daripada negara-negara ini dan ini akan mengakibatkan perang dagangan atau pun tariff war. Jadi, saya nak tanya. Apakah kesan perang dagangan atau pun tariff war ke atas unjuran ekonomi yang telah kita buat selama ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Kampar. Dato’ Yang di- Pertua, kita sedia maklum bahawa perkembangan dasar-dasar baru di bawah pentadbiran Trump ini dijangka akan mempengaruhi ekonomi dunia dan ini akan
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
menyebabkan ketidaktentuan dalam sentimen pelaburan, terutamanya bagi jangka masa yang pendek.
Sudah tentu Malaysia juga tidak terkecuali terutamanya kerana kita adalah sebuah negara dagang yang besar dan Amerika Syarikat pula adalah salah satu daripada rakan dagang terbesar kita. Di peringkat kerajaan, perkara ini dikendalikan secara bersepadu dan diteraju oleh MITI dan kerajaan mengambil kaedah supaya kita serampang dua mata. Pertamanya ialah untuk jangka masa pendek ini dalam menangani ketidaktentuan yang berlaku, kita mesti peka kepada setiap perkembangan, bukan sahaja yang melibatkan Malaysia tetapi melibatkan semua orang lain.
Kalau ada apa-apa isu yang timbul kalaupun tidak terbabit dengan Malaysia, kerajaan perlu bertindak secara proaktif untuk menyelesaikan perkara itu dengan segera, dari satu isu ke satu isu supaya kita terus mengekalkan hubungan yang positif itu dengan rakan dagang seperti Amerika Syarikat dan juga China. Kalau saya minta satu minit lagi, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Tetapi pada masa yang sama, keutamaannya juga perlulah diberikan untuk kita mengukuhkan asas ekonomi kita.
Ini termasuklah contohnya untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara, melonjakkan aktiviti ekonomi ke peringkat nilai yang lebih tinggi dan juga terus kita melaksanakan dasar-dasar dan inisiatif yang mesra pelaburan dan mesra perniagaan.
Sebabnya begini, kerana walaupun akan ada ketidaktentuan akibat pentadbiran Trump untuk jangka masa pendek ini, keputusan pelaburan yang akan menjana daya saing ekonomi di masa akan datang ialah keputusan jangka panjang.
Jadi, kita perlu menangani sentimen pelaburan aliran di pasaran saham dan juga mata wang kita untuk tempoh jangka masa pendek.
Tetapi keputusan pelaburan berbilion-bilion ringgit yang mewujudkan peluang pekerjaan yang akan terus memacu ekonomi untuk lima, sepuluh, lima belas tahun akan datang, ini adalah keputusan jangka panjang pelabur-pelabur. Keputusan jangka panjang pelabur sementara dipengaruhi sedikit sebanyak oleh perkara- perkara seperti yang disebut oleh Kampar tadi sebenarnya didasarkan kepada pertimbangan jangka panjang terutamanya yang melibatkan kedudukan fiskal negara.
Kemampuan kita menghasilkan produk-produk yang bernilai tinggi untuk mengambil peluang daripada perang tarif yang ada dan juga sudah tentu yang
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
bersabit dengan kemampuan daya tenaga dan pekerja kita untuk menghasilkan dan menyertai bentuk-bentuk ekonomi seperti ini.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, kita akan terus beri perhatian tetapi sebenarnya akibat daripada ketidaktentuan daripada Trump itu, dia menuntut untuk kita mempercepatkan lagi reformasi-reformasi ekonomi yang telah dibentangkan oleh kerajaan setakat ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Temerloh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Temerloh, silakan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih pada Speaker. Saya baru mendengar tadi berkaitan dengan perkembangan ekonomi negara kita sebanyak 4.5 peratus hingga 5.7 peratus daripada Menteri Ekonomi.
Tetapi dalam ucapan Titah Yang di-Pertuan Agong dia menyebutkan bahawa perkembangan ekonomi adalah sebanyak 5.9 peratus.
Jadi, apakah berlaku perbezaan antara dua kenyataan ini? Jadi, saya juga ingin mengetahui apakah strategi yang dirancang dalam memperkasakan keupayaan fiskal negeri miskin supaya negeri-negeri ini dapat mengurangkan kebergantungan dana persekutuan dalam keadaan perkembangan ekonomi negara.
Kemudian, adakah kerajaan berhasrat mengkaji semula keseluruhan wajaran yang digunakan dalam pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) supaya lebih mencerminkan realiti kos hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat terutamanya kumpulan makanan dan minuman sebagai komponen utama wajaran IHP? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila menjawab. Hanya sebagai refreshing. Peraturan 24 jelas walaupun Yang Berhormat bertanya tiga, empat soalan, Menteri boleh jawab satu saja, kalau dia hendak. Yang lain tak payah jawab pun tak apa. Sila lihat 24(3) Peraturan Aturan Mesyuarat but terpulang kepada Menteri.
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Jawapan saya ialah sebenarnya soalan-soalan itu langsung tidak mengena dengan soalan yang ditanya oleh Kampar.
[Ketawa] Mengenai kesan dasar-dasar dan tarif yang dikenakan oleh Trump kepada ekonomi negara. Bersabit dengan unjuran tadi, ya. Saya – Lebih baik daripada kita mempolemikkan soal itu, kita bentangkan sebenarnya pertumbuhan mengikut suku.
Untuk tahun 2024, kita telah ada tiga pertumbuhan yang diumumkan kepada rakyat. Untuk suku pertama sebanyak 4.2 peratus, untuk suku kedua 5.9 peratus,
Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli
untuk suku ketiga 5.3 peratus dan suku keempat hanya akan diumumkan esok tetapi sudah ada anggaran awalan yang meletakkan pertumbuhan suku keempat sebanyak 4.8 peratus, yang menjadikan mengikut anggaran awalan suku keempat itu, pertumbuhan bagi tahun 2024 adalah sebanyak 5.1 peratus.
Saya rasa itu lebih baik daripada kita mempolemikkan salah tulis dan sebagainya kerana itulah keadaan yang sebenarnya. Kita hanya boleh tahu pertumbuhan untuk tahun 2024 secara rasmi esok selepas diumumkan. Soalan- soalan lain itu tidak kena-mengena langsung dengan soalan Kampar maka saya memilih untuk tidak menjawab dan bolehlah ditimbulkan semasa penggulungan Kementerian Ekonomi kelak. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Berikut kita ke soalan yang seterusnya. Saya mempersilakan Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Yang Berhormat Tanjong Karang. Silakan Yang Berhormat.
9. Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi [Tanjong Karang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah tambahan yang akan diambil untuk memastikan pelaburan asing terus meningkat pada tahun 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Tanjong Karang di atas soalan yang dikemukakan. Soalan yang dikemukakan juga hampir sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Rantau Panjang dan saya akan jawab sekali.
Dalam usaha meningkatkan kemasukan pelaburan asing, Kerajaan MADANI memberi fokus dalam membuat anjakan paradigma yang tidak lagi tertumpu kepada konsep dengan izin, 'Made in Malaysia' tetapi lebih mementingkan paradigma baru iaitu dengan izin, 'Made by Malaysia’.
Dari perspektif MITI, usaha ini turut tertumpu kepada aspirasi untuk membangunkan local champion. Dalam memperbaiki pelaburan dan memastikan pertumbuhan pelaburan asing, terutamanya pelaburan yang berkualiti, bernilai tinggi dan berteknologi tinggi, antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan melalui MITI dan MIDA termasuklah satu, mengambil pendekatan reformasi terhadap mekanisme pemberian insentif cukai.
Sebagai mana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025, kerajaan akan memperkenalkan kerangka insentif pelaburan baharu yang akan dilaksanakan mulai suku ketiga 2025 berbanding amalan atau mekanisme sedia ada yang menawarkan insentif pelaburan berteraskan atau berasaskan produk atau aktiviti
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
tertentu. Kerangka baharu merupakan penambahbaikan dengan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dan kesan limpahan ekonomi bagi cadangan pelaburan yang dikemukakan.
Kedua, melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif pembangunan pelaburan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Berpandukan dasar-dasar negara ini, kerajaan mengutamakan pelaburan berkualiti yang meningkatkan kompleksiti ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat, memperluaskan rangkaian domestik dan membangunkan kluster ekonomi baharu dan memperkukuh yang sedia ada, mempertingkatkan keterangkuman dan inclusivity serta menyokong agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Ketiga, memanfaatkan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Peluang ini dapat memperkukuh kerjasama ekonomi serantau dengan memastikan ASEAN terus menjadi platform yang berimpak tinggi serta mempromosi ekosistem pelaburan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih di rantau ini yang sekali gus menggalakkan pelaburan asing, termasuk memperkukuh ekosistem rantaian bekalan dari kalangan negara anggota ASEAN.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited dan proaktif dalam menggandakan usaha merangka strategi dan inisiatif baharu untuk meningkatkan keyakinan pelabur serta memperkukuh daya saing dan kedudukan negara peringkat global sekali gus memastikan negara terus menjadi destinasi pilihan para pelabur.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan jawapan yang begitu komprehensif daripada Timbalan Menteri.
Tanjong Karang ingin bertanya apakah faktor-faktor utama yang mendorong pelabur- pelabur asing memilih Malaysia berbanding dengan negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam? Bagaimana perjanjian perdagangan RCEP dan CPTPP memberi impak kepada pelabur asing di Malaysia?
Dalam masa yang sama Tanjong Karang ingin bertanya juga adakah usaha- usaha untuk membawa pelabur-pelabur asing untuk mengkomersialkan pengeluaran padi negara dan juga beras putih tempatan? Termasuk Tanjong Karang sebagai Jelapang Padi Selangor. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Tanjong Karang. Soalan padi itu saya minta Kementerian Pertanian untuk jawab soalan tersebut.
Tuan Liew Chin Tong
Dorongan yang paling penting atau paling utama untuk membawa pelaburan sebenarnya bukan kos yang rendah, bukan buruh yang dengan gaji yang rendah.
Tetapi rangkaian bekalan yang sudah ada dalam negara kita. Negara kita sebenarnya tidak boleh bersaing dengan negara-negara jiran seperti Indonesia atau Vietnam dari seri kos. Kerana negara-negara tersebut ada buruh atau ada penduduk populasi yang lebih ramai.
Tetapi kita, negara kita ada teknologi, kita ada rangkaian bekalan (supply chain) yang sangat berkualiti dan ini adalah dorongan kenapa syarikat-syarikat yang keluar daripada negara China yang diversified ke tempat-tempat lain, dia memilih negara kita kerana rangkaian bekalan (supply chain) kita yang sangat dinamik, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kalau kita lihat di antara persaingan utama dalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Rantau Panjang, maaf.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, Rantau Panjang.
[Ketawa] Kita tengok kekurangan negara kita adalah kekurangan tenaga dalam kerja kemahiran tinggi terutama dalam bidang teknologi hijau dan digital. Jadi, saya ingin tahu apakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk kita mampu berdaya saing terutama dengan jiran-jiran kita di negara ASEAN? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk jawab.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Rantau Panjang. Sebenarnya sesiapa yang kata kita tak ada bakat, kita ada kekurangan tenaga pekerja sebenarnya tidak betul. Saya biasanya jawab, “We have no talent problem.” Masalah kita ialah gaji.
Gaji yang terlalu rendah memaksakan penduduk atau rakyat Malaysia bekerja dan berhijrah untuk kerja di Singapura. Itu masalah pokok. So, soalan kita tak ada bakat, kita tak ada tenaga pekerja yang mencukupi, itu bukan masalah. Masalah itu gaji.
Kalau gaji berpatutan, gaji lebih tinggi, kita tidak ada masalah isu bakat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, berikut kita ke soalan yang seterusnya. Saya mempersilakan Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
10. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan melalui Projek Pemasangan Lampu Jalan Kampung
(LJK) di luar bandar yang bermula dari tahun 2002, berapa jumlah Projek LJK yang telah dipasang sehingga 2024 di Parlimen Beaufort.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, bermula pada tahun 2002 sehingga tahun 2024, sebanyak 928 unit lampu jalan kampung telah dipasang di bawah Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung di kawasan Parlimen Beaufort iaitu meliputi pemasangan dari Fasa 1 sehingga Fasa 11. Pemasangan ini juga melibatkan 75 buah kampung.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, semua kampung di luar bandar yang mendapat bekalan elektrik melalui sambungan talian grid adalah layak dipertimbangkan untuk dipasang dengan lampu jalan termasuk kampung-kampung tradisi di pinggir bandar. Walau bagaimanapun, pemasangan lampu jalan kampung di bawah kementerian tidak termasuk di jalan-jalan utama di bawah pentadbiran pihak majlis ataupun Jabatan Kerja Raya.
Selain daripada itu, kawasan taman perumahan atau penempatan semula yang dimajukan oleh pihak swasta dan perseorangan juga tidak termasuk dalam program ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Beaufort soalan tambahan.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Dato’ Yang di-Pertua, di Beaufort terdapat banyak lagi jalan kampung yang tidak mempunyai lampu jalan dan amat memerlukannya.
Di antaranya adalah Jalan Kampung Melabau, Kampung Pansong, Kampung Pilajau, Kampung Klias Kecil, Kampung Mihang, Klias, Kampung Kota Klias, Kampung Laba, Kampung Kukuru, Layung dan juga Kampung Nukahan. Soalan tambahan saya, apakah mekanisme penentuan kebolehlaksanakan projek ini?
Kerana permohonan telah pun saya majukan. Siapakah yang akan menyelia dan menyelenggara lampu jalan kampung ini setelah ianya telah siap dipasang? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Beaufort atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat pelaksanaan Program Lampu Jalan Kampung adalah berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian iaitu kampung-kampung di luar dan pinggir bandar yang mendapat bekalan elektrik melalui talian grid. Kedua, bukan kampung-kampung di bawah kawasan pentadbiran PBT. Ketiga, tidak meliputi kawasan taman perumahan atau penempatan semula yang dimajukan oleh pihak swasta. Yang keempat, pemasangan adalah maksimum 40 unit bagi setiap kampung namun mengambil kira saiz kampung serta bilangan rumah yang ada di dalam kampung yang terlibat.
Bagi pemasangan di kampung-kampung seperti yang dinyatakan pihak Yang Berhormat boleh mengemukakan senarai nombor tiang elektrik voltan rendah untuk tindakan pihak kementerian selanjutnya. Sekiranya Program Lampu Jalan Kampung ini diteruskan pada fasa yang berikutnya serta menepati garis panduan pelaksanaan Program Lampu Jalan Kampung.
Seperti sedia maklum pemasangan lampu ini dibuat pada tiang elektrik sedia ada milik syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung, Sarawak Energy Berhad (SEB) di Sarawak dan Sabah Electricity di Sabah. Setelah siap pemasangan lampu jalan ini akan diserahkan kepada pihak utiliti untuk dioperasi dan diselenggarakan secara berterusan. Jika berlaku kerosakan individu, boleh terus membuat aduan kepada syarikat utiliti di Sabah untuk di Sabah. Hanya lampu-lampu di bawah program pemasangan lampu jalan saja yang diselenggarakan oleh pihak utiliti dan dibiayai terus oleh pihak kementerian. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Yang di-Pertua.
Bagaimana untuk atau kementerian menentukan permohonan untuk dilaksanakan atau dipilih untuk termasuk dalam projek lampu solar itu dan yang kedua, apakah kerajaan bercadang untuk menambah jumlah batang tiang elektrik ini kerana sekarang ini dimaklumkan hanya 88 tiang untuk setiap satu Parlimen? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk soalan berkaitan dengan solar tadi kan, berkaitan dengan lampu jalan solar tadi. Pemilihan lokasi dan tempat berdasarkan permohonan yang mana permohonan ini kita akan sesuaikan bersama dengan TNB— kalau di Semenanjung dengan TNB. Yang mana lokasi-lokasi yang
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
tidak mempunyai perkhidmatan tenaga elektrik tiang elektrik secara grid yang akan dipilih. Yang ini ditentukan bersama dengan pihak elektrik setempat misalnya kalau di Sarawak senarai nama permohonan yang dikemukakan oleh JKK, oleh pemimpin masyarakat, oleh pihak negeri kita akan senaraikan dan tentukan bersama dengan SEB. Sebab SEB yang akan menentukan lokasi-lokasi yang bertepatan untuk pemilihan pemasangan lampu jalan berkenaan.
Untuk setakat ini memang kita mengkhususkan 88 buah tiang untuk sebuah Parlimen. Namun, jika ada peruntukan ini mendapat peruntukan tambahan, ia akan ditambah lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi jawapan lisan untuk hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Usul. Jika tidak ada usul, Majlis akan tutup.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Nampak gaya macam tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya. Jika tidak ada usul, tepat 5.30 petang habis.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tak ada group WhatsApp ke?
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Minta maaf Timbalan Menteri. Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin, 17 Februari 2025.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada yang Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah sebagai mana yang telah diusulkan oleh Menteri. Usul ini perlu disetujui.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memberi penerangan berkenaan situasi semasa industri beras negara. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, segala puji dan syukur juga ke hadrat Ilahi kerana izinnya Mesyuarat pada hari ini dapat dilaksanakan. Bagi pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan saya ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membentangkan situasi semasa industri padi dan beras negara.
Landskap industri padi dan beras negara adalah dinamik dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai isu, cabaran dan perubahan yang memerlukan perhatian dan tindakan penyelesaian. Dengan kepelbagaian faktor yang mempengaruhi rantaian bekalan, kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pengeluaran hasil padi dapat ditingkatkan, menambah baik kebajikan pesawah serta memastikan kestabilan harga dan menjamin bekalan beras di pasaran tempatan.
Justeru, pada hari ini saya akan memberi penjelasan mengenai situasi semasa industri padi dan beras negara agar kita semua dapat memahami realiti sebenar yang berlaku serta langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan. Adalah penting bagi kita semua untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian yang konstruktif demi kepentingan semua pihak khususnya pesawah, pemain industri dan pengguna.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Industri padi dan beras kini berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran seperti peningkatan kos pengeluaran, ancaman perubahan iklim, serangan serangga perosak dan penyakit, kekurangan bekalan beras putih tempatan serta kelemahan infrastruktur pengairan. Isu dan cabaran berkenaan pastinya akan memberikan kesan negatif terhadap industri ini khususnya dari segi prestasi pengeluaran.
Pertama, contohnya impak perubahan iklim seperti perubahan corak cuaca hujan, kemarau yang ekstrem dan banjir mempengaruhi pertumbuhan pokok padi.
Kedua, ancaman makhluk perosak dan penyakit seterusnya telah menjejaskan pengeluaran padi di beberapa buah negeri ini berterusan.
Ketiga, persaingan guna tanah bagi tujuan pembangunan dan pertukaran kepada tanaman lain mengakibatkan penyusutan guna tanah pertanian khususnya untuk penanaman padi. Kita hilang lebih kurang 20,000 hektar.
Keempat, infrastruktur pengairan yang usang termasuk beberapa infrastruktur yang usang dibina pada tahun 80-an. Ini merupakan antara faktor yang mempengaruhi prestasi serta kualiti pengeluaran padi. Untuk makluman, majoriti sistem perparitan tanah atau konkrit telah rosak atau pecah dan mengakibatkan sistem pengairan tidak lagi cekap dan berkesan. Antaranya, bekalan air lambat sampai ke petak sawah dan berlaku kebocoran pengairan yang mengakibatkan pembaziran.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Selain daripada itu, infrastruktur tidak lengkap menyebabkan jadual penanaman padi tidak dapat dilaksanakan secara serentak. Kekangan ini ditambah lagi oleh sumber peruntukan yang terhad untuk kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran sedia ada.
Kelima, penggunaan baja kimia secara berterusan sejak 46 tahun lalu telah menjejaskan kualiti serta kesuburan tanah. Ditambah lagi tanah-tanah yang tidak dirawat atau dipulihkan, telah menjejaskan kadar penyerapan nutrien. Menjadikan tanah tidak subur, seterusnya menjejaskan kualiti pengeluaran hasil.
Kerajaan tetap komited untuk meneruskan pemberian pelbagai inisiatif bantuan subsidi dan insentif. Bantuan ini bermula dengan sokongan kepada input asas pertanian seperti insentif benih padi, benih padi sah yang berkualiti. Di samping itu, pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi baja sebatian dan baja urea untuk menyuburkan tanah, termasuk pemberian bayaran insentif upah bajak.
Selain itu, bantuan racun dan pengapuran juga terus diberikan untuk mengawal penyakit tanaman dan memperbaiki keadaan tanah. Semua ini adalah langkah-langkah penting yang membentuk asas kejayaan dalam menghasilkan padi yang berkualiti.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Industri padi dan beras negara ini melibatkan seramai 230,119 orang pesawah yang menjadi tulang belakang kepada pengeluaran padi. Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion kepada pesawah dalam bentuk subsidi dan insentif bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.
Daripada pecahan RM2.6 bilion tersebut, RM1.38 bilion merupakan subsidi bagi input pertanian, RM825 juta bagi penyediaan subsidi insentif output pertanian.
Manakala RM397 juta adalah bagi lain-lain insentif dan bantuan dengan anggaran subsidi sebanyak RM4,323.20 telah diberikan kepada setiap pesawah sehektar semusim. Semua ini bertujuan untuk meringankan beban pesawah dan memperkasakan kecekapan pengeluaran.
Kerajaan memberi perhatian kepada keluhan dan keresahan pesawah berikutan kenaikan kos pengeluaran padi. Sukacita saya memaklumkan bahawa kerajaan meneruskan pemberian subsidi input pertanian meliputi insentif benih padi sah, baja, racun, pengapuran dan upah dengan penambahbaikan. Antaranya jumlah subsidi dan insentif kepada pesawah pada tahun 2025 berjumlah RM2.6 bilion, meningkat daripada RM2.4 bilion pada tahun 2024 dan RM1.9 bilion pada 2023.
Ertinya, peruntukan kepada petani ini sentiasa meningkat.
Kedua, subsidi di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan meningkat sepanjang tempoh tiga tahun iaitu RM388 juta pada 2023, RM576.29 juta pada tahun 2024 dan RM607.34 juta pada tahun 2025.
Ketiga, Skim Insentif Pengeluaran Padi pula menyediakan bantuan input pertanian dalam bentuk baja tambahan, racun makhluk perosak, kerja pengapuran dan pembajakan. Tahun 2023 peruntukan diluluskan sebanyak RM363 juta, tahun 2024 – RM585.84 juta dan tahun 2025 sebanyak RM632.29 juta telah disediakan.
Keempat, melalui Skim Subsidi Harga Padi, jumlah bantuan yang diberi bagi setiap tan metrik pada padi bersih telah meningkat beberapa kali. Di antaranya, di zaman Menteri Kewangan - Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang bermula memberi RM167, kemudian Menteri Kewangan selepas itu - Tun Daim Zainudin. Allahyarham memberi insentif kenaikan RM81.10.
Zaman Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Tun Razak, kenaikan lagi sebanyak RM51.90 menjadi subsidi RM300. Di zaman Menteri Kewangan - Lim Guan Eng, kenaikan RM60 menjadikan subsidi RM360. Di zaman Menteri Kewangan - Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikan paling tinggi sebanyak RM140 menjadikan subsidi RM500 yang tertinggi setakat ini.
Untuk memastikan proses penanaman padi berjalan lancar dan membantu meringankan beban kos awalan yang ditanggung oleh pesawah, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dalam bentuk subsidi input pertanian. Subsidi input
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
pertanian per hektar yang diberikan adalah benih padi sah sebanyak RM144.20, baja sebatian – RM492, baja urea – RM156, serta upah bajak sebanyak RM100.
Kerajaan juga memberikan subsidi tambahan untuk baja tambahan PNPK sebanyak RM360, racun sebanyak RM200 dan pengapuran serta upah sebanyak RM1,100. Bukan itu sahaja, pesawah juga layak menerima Skim Subsidi Harga Padi.
Subsidi output sebanyak RM500 untuk setiap tan metrik padi bersih yang dihasilkan, yang menyumbang sebanyak RM1,750 kepada pendapatan.
Secara keseluruhannya, jumlah bantuan subsidi yang diterima oleh pesawah berjumlah RM4,323.20 semusim bagi memastikan hasil pertanian yang berkualiti dan menjamin kesejahteraan pesawah. Jika pesawah dapat meningkatkan lagi hasil padi bersih, maka pendapatan semusim akan makin tinggi.
Kerajaan dengan penuh tanggungjawab dan prihatin telah menyediakan Tabung Bencana Tanaman Padi. Bantuan ini diberi secara tunai, khusus kepada pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam. Kadar bantuan yang diberikan kepada pesawah adalah mengikut keluasan tanaman musnah. Bagi peringkat tanaman 1 hingga 70 hari, kadar bantuan adalah RM876 per hektar, manakala bagi peringkat tanaman 71 hingga 121 hari adalah sebanyak RM1,800 per hektar. Jumlah maksimum bantuan kepada setiap pesawah yang layak adalah terhad kepada kawasan musnah seluas 3 hektar sahaja dalam satu musim penanaman.
Kerajaan juga telah memperkenalkan Skim Takaful Tanaman Padi pada tahun 2024 bagi tujuan melindungi pesawah padi berdaftar di seluruh negara daripada bencana alam yang boleh menjejaskan pengeluaran padi. Kadar caruman bagi setiap pesawah adalah sebanyak RM64.80 per hektar per musim dengan kadar perlindungan maksimum sehingga RM3,000 per hektar.
Namun begitu, pada fasa pertama skim takaful ini, kerajaan akan menanggung kos caruman kepada pesawah individu yang berdaftar dan mematuhi kriteria yang ditetapkan. Skim takaful ini memberi perlindungan kepada pesawah yang terlibat dengan bencana seperti banjir, kemarau, kebakaran semula jadi, kilat, petir, letupan, ribut taufan, ribut angin, hujan batu, gempa bumi, macam-macam mala petaka.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan hasil padi, untuk memenuhi keperluan domestik. Usaha ini termasuk pelaksanaan Program SMART SBB, pemerkasaan infrastruktur pengairan dan saliran, galakan penggunaan teknologi, sokongan latihan dan meneruskan penyelidikan dan pembangunan dalam subsektor padi dan beras.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Program ini telah berjaya meningkatkan purata pengeluaran padi daripada tujuh tan kepada 10.45 tan metrik per hektar. Di antara tempat yang dicuba IADA Kemasin; IADA Pasir Puteh; IADA Ketara, Terengganu; Kampung Lat Seribu, Perlis, sempadan Perlis-Kedah; Kampung Gulau, Pendang.
Ertinya, walau bagaimanapun semua SBB ini yang mendapat hasil tinggi ini baru dalam lingkungan tak sampai satu peratus daripada keluasan sawah seluruh Malaysia. Seterusnya, penekanan kepada amalan pertanian yang lestari dan memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk organisasi antarabangsa.
Secara umumnya, bantuan subsidi input yang diberi kepada pesawah di negara kita adalah yang terbesar berbanding dengan negara ASEAN yang lain.
Untuk menjamin keterjaminan kecukupan makanan ruji negara, hala tuju pembangunan industri padi dengan pendekatan yang lebih strategik sedang dirangka:
(i) peningkatan kecekapan infrastruktur sistem pengairan dan saliran serta kemudahan ladang;
(ii) pengurusan subsidi dan insentif bersasar iaitu melalui cadangan mekanisme baharu perolehan input pertanian; dan
(iii) mekanisme baharu program insentif benih padi sah.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk memaklumkan bahawa fokus PKPM pada tahun ini adalah mereformasi industri padi dan beras negara. Reformasi ini bukan hanya bertujuan untuk memastikan kemahiran dan kelestarian bekalan padi dan beras tempatan tetapi bertujuan untuk membawa industri ini ke tahap tertinggi dengan pendekatan lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
Dalam hal ini, PKPM telah merombak strategi melalui pelaksanaan reformasi menyeluruh dalam industri padi dan beras yang telah dimulakan secara berfasa sejak Oktober 2024 yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.
Hasil daripada sesi libat urus dengan pemain industri, pengeluaran beras berdepan dengan kenaikan kos pengeluaran beras putih tempatan pada harga kawalan maksimum RM2.60 yang telah ditetapkan oleh kerajaan sejak tahun 2008.
Perlu difahami, sebarang perubahan pada harga kawalan ini akan memberi impak kepada semua pihak berkepentingan dalam industri ini. Dalam hal ini, Kerajaan MADANI perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan kerana dikhuatiri ia bakal menjejaskan banyak pihak.
Namun, saya ingin menyatakan di sini bahawa Kerajaan MADANI tetap komited untuk memastikan kebajikan semua pihak terpelihara terutama untuk rakyat
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
yang rentan dengan kenaikan kos sara hidup yang menjadi ucapan umum dalam Parlimen kali ini. Kerajaan tidak menafikan keperluan pengimportan beras bagi menampung keperluan beras tempatan. Kerajaan memantau trend penurunan harga beras di pasaran antarabangsa sejak Oktober 2024 berikutan keputusan Kerajaan India menghapuskan sekatan eksport beras putih.
Hasil rundingan dengan BERNAS, harga beras putih import di pintu gudang BERNAS di Semenanjung Malaysia telah diturunkan daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa 1 Disember 2024. Ketika ini, KPKM sedang berunding dengan BERNAS untuk menyemak harga pelarasan beras putih import yang baru agar pengguna dapat memperoleh bekalan beras import pada harga yang lebih rendah seterusnya membantu mengurangkan kos sara hidup.
Bagi bekalan beras putih import di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan subsidi kepada beras putih import sebanyak RM950 per tan metrik mulai 5 Oktober 2023 bagi mengatasi isu harga dan bekalan beras yang mahal.
Sejak program ini mula dilaksanakan, kerajaan telah membelanjakan sebanyak kira-kira RM420 juta hingga 31 Disember 2024. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju meneruskan pemberian subsidi penyelarasan beras putih import dengan jumlah peruntukan sebanyak RM352 juta. Ini untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga sedang meneliti keseluruhan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] untuk disesuaikan dengan proses reformasi yang dilaksanakan oleh kementerian. Kerajaan pada 7 Februari 2025 telah bersetuju dengan cadangan KPKM untuk menubuhkan Agensi Regulatori dan Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia (MAREA).
Baru Kabinet luluskan minggu lepas yang bertujuan untuk memperkukuh aspek kawal selia dan penguat kuasa ekosistem agromakanan termasuk di dalam industri padi dan beras negara seperti mana yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Soal Jawab Perdana Menteri pada 3 Februari 2025. Antara lain, Perdana Menteri menyebut penyelarasan harga lantai padi akan menyebabkan kerajaan perlu menambah subsidi supaya kos kepada pengguna tidak naik.
Kerajaan tidak mahu memangsakan pesawah bagi mempertahankan harga beras untuk pengguna. Dalam masa yang sama, tidak mahu memangsakan pengguna susulan penyelarasan harga lantai padi tersebut. Dengan ini, saya mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI bersetuju penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik yang berkuat
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
kuasa pada 16 Februari 2025.
[Tepuk] Ini mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian, baja, racun dan lain-lain dan impak kepada kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada harga beras di pasaran.
Sukacita saya juga ingin memaklumkan bahawa pihak KPKM pada masa ini sedang memuktamadkan perundingan bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Kewangan untuk membolehkan penyelia perkhidmatan di dalam industri padi dan beras juga layak menerima bantuan subsidi diesel di bawah Program Budi Madani. Selama ini, riuh kata tak dapat tetapi ini nak bagi, riuh pula. Jangan, jangan. Tak boleh lagi. Tak boleh, jangan, jangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kedua — ini statement Menteri, tak boleh diganggu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami bukan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Diesel tak perlu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk dahulu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kedua, Kerajaan MADANI...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk dulu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Duduk dulu Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya akan bagi ruang untuk berbahas sebentar lagi.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kedua, Kerajaan MADANI akan mengekalkan beras putih tempatan pada harga RM2.60 sekilogram dengan menyerap sebahagian kos pengeluaran di sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan. About six-month, six-month. Reform kita ini ambil masa satu tahun. Jadi, enam bulan kedua nanti ada pengumuman-pengumuman yang lain. RM150 juta untuk tempoh enam bulan. Ini bagi memastikan keberadaan bekalan beras putih tempatan di sekitar 24 juta kampit 10 kilogram di pasaran.
Berhubung perkara ini, KPKM sedang memperincikan kaedah pelaksanaan dan ia akan diumumkan setelah perincian dimuktamadkan dalam masa yang terdekat. Justeru, sekali lagi saya tegaskan bahawa kerajaan komited untuk menjadikan industri padi dan beras sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara. Dengan sokongan padu semua pihak, saya yakin matlamat ini dapat direalisasikan demi kesejahteraan generasi kini dan masa hadapan. Marilah
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
sama-sama kita menyokong segala usaha untuk memastikan agenda keterjaminan makanan rakyat kekal, menjadi keutamaan pada setiap masa dan ketika.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sebelum saya mengakhiri penerangan ini, sukacita saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, pada 27 Februari 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri Kedah untuk melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang menelan belanja RM1 bilion pada tahun ini. Sekian, terima kasih atas perhatian semua pihak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini dibuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberi pandangan.
Sebelum saya melaksanakan dan mengendalikan tugas ini, saya ingin menyegarkan pemikiran. Yang Berhormat-Yang Berhormat akan berbahas dan peraturan yang akan mengikuti dan mengendalikan ini adalah di bawah Peraturan 35, 36 dan 37 berkaitan perbahasan dan Peraturan 44, kawalan untuk perbahasan ini.
Yang Berhormat, saya telah mendapati diberi empat orang yang akan berbahas iaitu seperti apa yang saya akan nyatakan di sini iaitu Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Arau.
Masa diberikan untuk perbahasan ini untuk memohon penjelasan adalah tiga minit manakala Menteri akan menjawab dalam tempoh lima minit. Walau bagaimanapun, masa adalah atas budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Dengan ini, saya membuka perbahasan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Petani untuk memulakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, boleh saya umumkan kehadiran tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kehadiran kawan-kawan saya, saya nak umum. Boleh tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, silakan. Segera.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh? Saya memaklumkan bahawa kehadiran Dewan Pemuda PAS Kedah. Terima kasih.
[Dewan tepuk]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Pengerusi, kalau tiga minit saya rasa boleh tambah lagilah sebab isu padi dan beras
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
negara ini penting untuk seluruh negara. Di Sabah pun juga kita ada industri padi.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kinabatangan, itu garis panduan tapi orang di sini akan menentukan.
Jangan risau Yang Berhormat. Saya pertimbangkan. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani untuk membuka perbahasan dan pertanyaan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk menyertai perbahasan, penerangan daripada Menteri. Seperti yang kita tahu, isu beras atau isu padi ini amat-amat kritikal di negara kita. Walau bagaimanapun, ada beberapa pujian yang perlu kita berikan kepada pihak kerajaan atas usaha sejak awal lagi daripada isu ini.
Antaranya Yang Amat Berhormat sendiri telah pun berjumpa dan berunding dengan Kerajaan India untuk – berjaya menurunkan harga beras import dan juga telah berjumpa dengan Tan Sri Syed Mokhtar sebagai contoh dan memperuntukkan RM10 juta kepada pesawah padi. Terima kasih juga atas pemberian subsidi tertinggi dalam sejarah kepada seluruh pesawah-pesawah.
Namun adalah penting bagi kita untuk meneliti beberapa isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan serta rakan-rakan Ahli Parlimen dalam Dewan ini. Saya ambil maklum bahawa terdapat kebimbangan bahawa kilang padi menukar beras tempatan kepada beras import dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi sebab isu padi ini ada dua, isu keutamaan besar.
Pertamanya adalah produktiviti, yang kedua adalah isu penyelewengan itu sendiri. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengambil serius isu ini dan menjalankan siasatan terperinci terhadap kilang-kilang yang didakwa terlibat. Sebagai contoh, Timbalan Menteri menyatakan bahawa peraturan baharu akan diperkenalkan bagi memastikan tiada penyelewengan yang akan berlaku dalam beras putih tempatan.
Maka saya ingin bertanya, apakah perkembangan terkini mengenai siasatan ini dan adakah sebarang tindakan diambil terhadap kilang-kilang yang didapati bersalah dan adakah peraturan bagi beras putih tempatan ini telah dirangka dan apakah sesi libat urus telah diadakan?
Saya ingin ucapkan juga tahniah, peningkatan harga lantai daripada RM1,300 sehingga RM1,500 dan tadi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa ada pelan enam bulan pertama, enam bulan kedua. Kita ingin tahu pelan jangka masa pendek, jangka masa panjang yang ditetapkan oleh kementerian.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya ingin membawa Dewan ini kepada tema utama perbahasan iaitu kekurangan beras putih tempatan di pasaran yang menimbulkan keresahan bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan pemimpin. Walaupun kita lihat nisbah sara diri hanya sekitar 38 peratus tapi bekalan BPT masih mencukupi. Itu sedekad yang lalu tapi kalau sekarang kita lihat, SSR yang lebih tinggi.
Mengapa kita masih menghadapi kekurangan BPT di pasaran? Saya mohon penjelasan dari pihak kementerian. Mungkin kebanyakan elemen dalam isu ini masih dalam siasatan dan perbincangan. Namun, demi meredakan kebimbangan rakyat, saya mohon satu garis masa daripada pihak kementerian agar dapat meredakan keresahan daripada pesawah-pesawah ini.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit cadangan atau syor dari saya agar kerajaan memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap penyelewengan dalam industri padi dan beras. Selain itu, pemberian sokongan kepada pesawah perlu dipertingkatkan termasuk bantuan kewangan, latihan dan akses kepada teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil padi dan dengan pendekatan yang komprehensif, saya yakin dan percaya kita dapat mengatasi cabaran ini.
Saya harap kerajaan khususnya kementerian dapat berbincang dengan kementerian-kementerian yang lain, merentasi kementerian agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Apabila dibentangkan penjelasan Menteri hari ini, kita jangkakan ia akan menyelesaikan dua perkara utama dalam isu beras putih, dalam isu industri padi beras negara ini;
(i) kehilangan beras putih tempatan; dan
(ii) soal kebajikan pesawah.
Sepatutnya ditangani dalam penjelasan Menteri tetapi kedua-dua perkara ini tidak ditangani melalui penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Apa jaminan Yang Berhormat Menteri, harga beras putih tempatan kekal dijual pada RM2.60 sekilo? Harga import RM3.50 sekilo. Apa jaminan beras putih tempatan ini tidak di manipulasi menjadi beras putih import dan dijual pada harga RM3.50, RM4 sekilo gram?
Dengan pengumuman Menteri hari ini, tambahan RM150 juta untuk mengimbangi harga RM2.60 beras putih tempatan ini bermakna pihak industri, pihak
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
yang memanipulasikan beras putih tempatan sejak dua tahun yang lalu ini akan mendapat keuntungan dengan menjual, repack, menjual beras putih tempatan kepada beras putih import. Itu satu keuntungan.
Keuntungan kedua, peruntukan RM150 juta yang diumumkan Menteri juga akan dituntut oleh pihak industri. Ada dua perkara tidak menjawab.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Soal kebajikan pesawah.
RM1,500 per tan dijual, tidak memberi kelegaan kepada pesawah. Yang Berhormat Speaker, ada 25 faktor kos yang ditanggung oleh pesawah untuk setiap penanaman yang mereka kendalikan. Daripada pereputan jerami, pembajakan kering dan masuk air, baiki batas dan parit, pembajakan kedua, pembajakan ketiga dan sisir.
Meracun siput gondang, kos benih dan merendam benih, menabur benih, pengawasan pertama, ‘belah’ sampai 25, pengangkutan benih, pengangkutan padi, sewa petak sawah, pengangkutan baja PPK dan sebagainya untuk satu hektar Yang Berhormat Speaker. Pesawah akan menanggung kos sebanyak RM7,693.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Apa pendapatan pesawah, Yang Berhormat Beluran?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Pada kadar RM1,300 satu tan Yang Berhormat, dengan pendapatan hasil jualan padi per hektar katakan lima tan, kemudian baki bersih empat tan, subsidi empat tan bersih, daripada kerajaan sebanyak RM500 seperti yang diumumkan tadi. Insentif baja satu hektar RM100 seperti yang diumumkan tadi, insentif peracun RM200 per hektar. Kesemua ini berjumlah RM7,500 jika pada kadar RM1,300. Jadi pada kadar RM1,300, petani menanggung kerugian sebanyak RM200 setiap kali penanaman.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Pada kadar RM1,500 zero net revenue. Kalau diolah kepada RM1,800, satu tan pun, petani, pesawah hanya boleh mendapat keuntungan sebanyak RM1,800 dan purata untuk satu musim RM300, RM301.17. So, what is the reason, the rational?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Apa asas perkiraan kementerian hanya meluluskan RM1,500 satu tan sedangkan pada kadar itu, petani masih tidak boleh meraih sebarang keuntungan.
Jadi maknanya, penjelasan Menteri pada hari ini tidak menjawab, tidak menangani, tidak menyelesaikan dua perkara asas dalam isu ini...
[Tepuk] Beras putih import, beras putih tempatan yang hilang dan juga kebajikan pesawah maknanya tidak bermakna. Selepas dua tahun kementerian masih tidak sedar...
[Tepuk] Bahawa isu beras putih, isu petani tidak boleh dibuat melalui penjelasan dasar yang piecemeal, dibuat secara...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Berasingan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Berasingan dan tidak melihat industri pada keseluruhan, secara holistik. You cannot do that. You beri kelonggaran untuk menaikkan harga import beras daripada luar. Kemudian, tidak dilihat tentang faktor kos yang sedang ditangani. Fine! Kerajaan membelanjakan RM2 bilion setahun untuk subsidi, pelbagai subsidi. Tetapi subsidi ini, kuantum subsidi yang diberi kepada pesawah it has been there for a long, long time. Sedangkan kos meningkat, harga racun meningkat, harga benih meningkat, harga baja meningkat tetapi itu tidak di faktor dalam pemberian subsidi.
Kemudian beras, pesawah dibiarkan dijual pada RM2.60 satu kilogram dan padi dibeli pada RM1,300 satu tan. Tidak menampung Dato’ Yang di-Pertua. Industri beras tempatan ini unik. Kita nak capai sasaran 70:30. 70 keluar, 30 percent import untuk SSL kita. Itu kita. Sebab itu kita nak pengguna menikmati pada harga yang minimum dan kerajaan memberi subsidi tetapi subsidi tidak dikaji semula, dikaji balik berpuluh tahun lamanya sedangkan kos meningkat yang ditanggung oleh pesawah.
Ini perlu diambil secara holistik. Kita tidak boleh mengolah dasar secara piecemeal. Ini yang berlaku. Esok nanti, harga beras dijual pada RM2.60, kemudian ditampung...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Subsidi RM150 million, pihak yang — Pihak-pihak tertentu ini akan meraih keuntungan yang berlipat ganda. Jadi, ini futile...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Beluran, sebelum — Beluran...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Satu usaha kerajaan yang tidak menangani masalah ini secara holistik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebelum gulung, Beluran, Beluran. Saya tambah. Beluran, okey Pendang. Terima kasih. Setuju kah Beluran saya tengok...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Diberi, diberi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Nanti.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia beri dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masa dia pun saya beri ekstra tiga minit.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak. Ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, sebentar lagi. Minta dengan pembahas-pembahas yang lain. Duduk dulu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia beri, beri dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk dulu.
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya, sebab fasal padi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya panggil pembahas yang berikutnya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam. Nak masuk mencelah dibenarkan dalam tempoh itu, okeylah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjelaskan tentang langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan hasil pengeluaran padi beras negara dan juga membela pesawah-pesawah. Mungkin ramai bertanya yang kenapa Shah Alam bangkit? Sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, saya adalah anak petani. Dilahirkan di atas tanah sawah iaitu di Sungai Besar di kawasan IADA Barat Laut.
Perubahan reformasi pertanian ini saya telah ikuti daripada awal, daripada tanam pakai kuku kambing sampai sekarang tanam pakai bajak yang penanam padi.
Daripada saya ikuti daripada menanam padi, daripada menuai padi menggunakan sabit, membanting padi sehinggalah sekarang menggunakan harvester. Semua telah saya ikuti daripada kita tidak ada saliran yang baik, kita sekarang ini sudah mempunyai sistem perparitan, pengairan yang baik untuk menghasilkan pengeluaran padi yang sepatutnya diikuti sekarang ini oleh masyarakat kita.
Akan tetapi, apa yang sering diperkatakan oleh pihak pembangkang ialah mengatakan bahawa kerajaan tidak membela pesawah, kerajaan tidak prihatin. Apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi sudah cukup bagi saya menunjukkan bahawa kerajaan sejak daripada dulu lagi telah pun berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi ini dan juga membela rakyat.
Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dua kali telah meningkatkan skim harga padi bantuan. Biasanya orang kampung sebut kupon, meningkatkan daripada yang pertamanya sebanyak RM140. Kemudian, diumumkan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Menteri, RM200. Maknanya dalam masa dua tahun, Menteri Kewangan kita telah pun menaikkan harga skim padi ini sebanyak RM340. Ini kenaikan yang dilakukan sebelum ini. Sebelum itu, Pakatan Harapan di bawah Lim Guan Eng juga menaikkan sebanyak RM60. Ini tidak dilakukan oleh Kerajaan
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Perikatan Nasional sekarang ini yang bising, yang menuntut supaya, supaya pesawah dibela...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Apakah ini bukan suatu pembelaan kepada pesawah? Sebab itu...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Wei, Kami tak memerintah lagi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Duduk, duduk.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya ingatkan Peraturan 37, 44 itu ada walaupun Yang Berhormat duduk, saya boleh halau keluar. Ya ingat.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak nampak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat. Nanti sat. Saya nak ingatkan. Saya nampak, rekod ada. Kalau terjerit-jerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar. I’m strict on that. Alright? Okey teruskan Yang Berhormat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dato' Yang di-Pertua, saya nak beritahu bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini ialah kita nak meningkatkan hasil pengeluaran padi. Sebab itu tadi dibelanjakan berbilion-bilion untuk meningkatkan infrastruktur, diberikan subsidi input dan sebagainya.
Di kawasan saya Yang Berhormat, saya bukan di kawasan Sekinchan tetapi di kawasan zon Sungai Nipah, berhampiran dengan Sekinchan. Memang kami cemburu dengan kawasan Sekinchan yang boleh menghasilkan sehingga 10 tan per hektar tetapi saya dan juga ahli keluarga cukup berbangga. Kami juga mampu menghasilkan sehingga lapan tan per hektar, average setiap musim, lapan tan. Dua kali ganda daripada purata yang dihasilkan oleh pengeluaran padi beras negara yang average-nya adalah sebanyak empat tan.
Bermakna apa Dato' Yang di-Pertua, bermakna dengan hasil dua kali ganda daripada purata pengeluaran ini bermakna keluarga saya memperoleh RM8,800 lebih daripada mereka yang mengeluarkan sebanyak empat tan itu. Itu lapan tan.
Kalau 10 tan bermakna lebih lagi, sehingga RM10,000 lebih banyak setiap musim.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Shah Alam, laluan, laluan.
Ringkas sahaja.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Duduk, duduk, tidak ada. Saya nak —Masa habis.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Beras putih masih ada atau belum? Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Laluan. Shah Alam, Shah Alam minta laluan sedikit...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Bermakna Dato' Yang di-Pertua...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab apa, Sekinchan baharu.
Di kawasan pertanian dari Kedah ini sudah lama. Dia ada culvert apa semua, dia perlu reprocess balik. Jadi jangan banding dari segi pendapatan...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sepatut...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kos production itu dengan kos harvest semua itu berbeza dah banding dengan Sekinchan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam tak beri laluan. Kalau laluan, saya beri. Tak jadi masalah. Teruskan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebab itu Dato' Yang di-Pertua, kalau kita sudah lama di sana, sepatutnya mereka lebih maju lagi daripada Sekinchan tetapi terbalik Dato' Yang di-Pertua. Kenapa Sekinchan lebih maju?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta laluan, minta laluan. Shah Alam...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sepatutnya Sekinchan, Sungai Besar, yang ada ini belajar daripada di sana. Saya bukan nak mengecilkan rakan- rakan kita, pesawah di Kedah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini saya minta laluan tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Shah Alam tak beri. Duduklah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tetapi apa yang ingin dilakukan oleh kementerian...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya anak Pendang, saya tahu.
Saya buat bendang daripada kecil sampai besar.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, amaran pertama. Kalau saya jatuhkan ini, minimum tujuh hari okey, duduk. Teruskan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebab itu Dato' Yang di-Pertua — Ini gangguan-gangguan ini mengganggu kelancaran ucapan saya tadi. Dato' Yang di-Pertua, apa yang kita nak kan ialah sekarang bukan sahaja kita nak menuntut kenaikan-kenaikan harga lantai atau mengehadkan harga siling tetapi kita nak meningkatkan hasil pengeluaran padi itu.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sepatutnya kita semua ini termasuk rakan-rakan di pembangkang sana, kita patut turun bersama-sama kepada pesawah-pesawah, bincang macam mana kita nak tingkatkan hasil itu. Itulah yang akan menjadikan bahawa pengeluaran padi kita mencapai sasaran.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Shah Alam laluan, Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Laluan. Kita bukan nak meningkat atau tak meningkat, kita nak beras itu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Terengganu duduk. Hai, cakap Orang Asli negeri baru semua orang faham kot.
[Ketawa] Cakap Melayu ini. Gulungkan Yang Berhormat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebab itu saya, saya berharap kita semua harus menghargai (appreciate), menghargai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI, sekarang ini untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi, membela rakyat. Dalam masa yang sama saya nak mencadangkan yang terakhir Dato' Yang di-Pertua kepada kementerian ialah saya lebih suka untuk kita memberikan insentif output kepada hasil pengeluaran padi ini.
Contohnya kalau sekarang ini puratanya ialah empat tan per hektar. Sesiapa yang boleh menghasilkan sehingga lima tan per hektar, ada insentif untuk pengeluaran tambahan. Kalau naik enam tan per hektar, ada lagi insentifnya. Ini menjadikan kita berlumba-lumba untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Ada berbaki seorang lagi pembahas. Yang Berhormat Arau, saya beri lepas makan lah ya. Pasal apa? Nanti karang sudah time pukul 1.00 tengah hari dah. Selepas ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat adalah seorang Speaker suka menggunakan 15 minit. Lebih 15 minit. Tetapi hari ini nampaknya tak dapat pakai yang itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, yang itu saya selalu gunakan penghujung. Ini time makan.
[Ketawa] Tak apa Yang Berhormat Arau, nanti selepas ini Yang Berhormat Arau akan berucap...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak, saya — Siapa Speaker selepas ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dan Menteri juga akan menjawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak, siapa Speaker? Saya nak Yang Berhormat jadi Speaker, baru saya dapat lebih sedikit...
[Ketawa] Jadi, Yang Berhormat ini pasal benda ini penting...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa] Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Rakyat sedang tunggu sekarang tentang harga lantai padi, ada yang nak pengsan, terkejut. Patutnya RM1,800 tiba-tiba RM1,500. Itu yang saya minta kalau boleh saya bercakap sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak apa Yang Berhormat. Yang menentukan saya. Saya tentukan la ni, saya putuskan pukul 2.30 petang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Rakyat tengah ramai...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selepas itu sambung oleh Menteri akan menjawab nah. Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cubalah sedikit, boleh. Tolong sikit. Lima minit saja Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sekarang Mesyuarat ditangguh sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Arau untuk berucap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Pengorbanan sepanjang hayat, petani. Polis dengan askar berkorban jiwa dan raga sepanjang hayat juga. Tetapi mereka ada pencen, ada gaji. Petani tidak ada gaji Yang Berhormat. Hari ini bila dengar cerita RM1,500 yang mereka hendak minta RM1,800. Maka dengan – saya tidak pernah nampak petani menangis. Tetapi dengan sedu-sedu dia kata terima kasihlah, syukurlah dia kata. Tetapi kita minta RM1,800. Sebab kita minta RM1,800, dia ulang balik berkali-kali tentang kos pengeluaran padi, Yang Berhormat. Tetapi dia kata tidak apalah. Kalau macam mana pun dia kata mintalah kalau boleh kerajaan backdate lah seminggu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bayangkan petani di Salang saya pergi hendak makan kenduri. Saya tanya kenapa tidak ambil padi, sudah merah. Hendak tunggu hari Khamis. Sudah lima hari dia tunggu, baru hendak dengar pengumuman padi. Dia kata kalau RM1,500, pening kepala. Kalau RM1,800, boleh tahan. Jadi Yang Berhormat, terima kasih, syukur.
Sebagai orang Islam, kita bersyukur RM1,500. Tetapi Yang Berhormat, minta naik RM1,800. Tetapi kalau Yang Berhormat tidak boleh naik RM1,800, mungkin kalut dan sebagainya, naik RM1,700 lah. Umum sedikit lebih. Saya melihat tidak ada masalah.
Yang Berhormat, harga kita tahu bahawa kos pengeluaran meningkat dengan luar biasa terutama bila harga diesel meningkat, mereka tingkatkan. Bila harga diesel jatuh sedikit, mereka tidak turunkan kos pertanian. Sekarang ini badan regulator MADA sebagai contoh, dia patut kuatkuasakan, bagi isyarat. Ini kalau tanam padi, Yang Berhormat, RM600. Kalau Bangla tanam, RM600 serelung. Saya, Yang Berhormat cakap hektar itu, saya pening hendak convert. Kita sana kira relung ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
RM330 serelung.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Arau, minta sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seminit sahaja. Seminit.
Sekejap lagi saya bagi. RM330 serelung. Mesin padi RM180. Ini tidak termasuk kos lain baja, drone dan sebagainya. Yang Berhormat, Yang Berhormat sedia maklum bahawa beras putih ini daripada Thailand TWR, India IWR, Myanmar EMATA, Vietnam VWR, Pakistan IRRI-6. Ini beras putih yang kita import. Tetapi di Malaysia MR315, MR297. Yang Berhormat sedia maklum semua beras putih ini tidak boleh lawan dua negara, Malaysia dan Thailand. Tetapi kita import juga beras murah ini dan saya tidak tahu macam mana penetapan harga. Benda yang berlaku kalang kabut sekarang ini bila kita apungkan beras import.
Yang Berhormat, saya hendak cadangkan, Yang Berhormat buat satu revolusi hari ini bahawa apungkan beras tempatan. Yang Berhormat kalau apungkan beras tempatan, baru logik. Beras tempatan 35 peratus. 65 peratus pengeluaran ialah beras tempatan. Beras import 35 peratus. Bagaimana kita hendak apungkan beras yang sedikit itu, beras tempatan kita biarkan. Akhirnya beras tempatan tidak ada. Tidak logik dalam sejarah dunia ini beras tempatan tidak ada. Sebab apa? Dia menumpang beras import.
Kita tahu orang sedang membuat duit berbilion dengan perbezaan harga hampir RM10 Yang Berhormat. Jadi, saya cadangkan apungkan beras tempatan.
Beras import kita kontrol. Sebab kita hendak tanya BERNAS import beras. Dulu dia bagi import beras dengan tujuan untuk support lokal industri. Tetapi nampak lokal
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
industri sekarang sudah nampak berlawanan balik dengan beras. Jadi, saya cadangkan supaya apungkan beras tempatan.
Kalau apungkan beras tempatan dengan RM1,500, Yang Berhormat, petani akan buat khemah di tepi bendang untuk hendak pastikan padinya naik lebih banyak daripada Sekinchan walaupun puak-puak Kedah diperhina sedikit tadi. Kita akan keluarkan padi lebih besar daripada Sekinchan dan juga mana-mana tempat. Petani akan berada di sawah 24 jam kalau sekiranya mereka kita apungkan beras tempatan.
Sebab bila beras tempatan kita apung, sudah pasti harga lantai kita boleh naikkan kepada RM1,800. Ya, silakan Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak sebut, tadi tidak disebut oleh Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Iaitu berkenaan dengan kartel padi itu yang menyebabkan itu bagaimana kaedah kerajaan hendak mengawal.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab tidak sampai subsidi ke bawah. Dia sangkut dekat kartel-kartel tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat. Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak minta landing, Speaker. Tidak boleh ke landing? Tadi ─ Speaker tadi bagi landing sampai lima minit.
Dia orang bercakap. Saya hendak landing sahaja. Saya minta maaflah, Yang Berhormat, saya terpaksa keluar sebab berlari ke Kamar Khas untuk isu tambang bas. Selepas itu lari balik untuk buat soalan untuk PMX. Kelam kabut isu negara terlampau banyak sekarang. Kami terpaksa berlari balik sana, balik sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan membazir masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan saya keluar untuk berlari tetapi saya pergi ke Kamar Khas. Saya akan datang balik jawab lama sedikit, Yang Berhormat. Naikkan, apungkan beras tempatan. Yang Berhormat akan jadi hero negara. Terima kasih.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit untuk jawab sahaja.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Empat orang yang bertanya.
Selalunya Tuan Speaker, Minister statement ini tidak ada bahas. Tetapi saya beritahu pihak pejabat Speaker supaya ada sekurang-kurang empat orang membuat persoalan. Sebab hal padi dan beras ini bukan soal pihak pembangkang atau pihak kerajaan. Dia adalah tanggungjawab bersama. Ini soal ruji, soal keselamatan makanan negara yang perlu kita bincang secara yang serius dan dia sudah industri lama, bukan baharu. Daripada filem Semerah Padi, semua dia bercakap sudah hal padi ini sampailah sekarang ini.
Semua pandangan-pandangan yang diberi tadi walaupun keras, kita, saya ambil perhatian dengan serius, terutama sekali saya menyebut tadi bila di kerajaan, tugas kita adalah hendak menjaga semua pihak. Penanam padi memang kita kena ambil perhatian. Pengguna, kita kena ambil perhatian. Pengilang, kita kena ambil perhatian. Apabila pengguna tidak puas hati, pengilang tidak puas hati, pengedar tidak puas hati, penanam padi tidak puas hati, bila semua tidak puas hati, ertinya wujudnya keadilan. Kalau satu pihak puas hati, satu pihak lagi tidak puas hati, dia ada berlaku ketidakadilan di situ. Kita yakin bahawa memang menanam padi ini kita mahu ia terus diusahakan, terutama oleh yang mereka menanam padi.
Kita tidak mahu seperti ─ berlaku seperti di Cameron Highlands. Kita cakap buat sayur rugi, buat sayur rugi. Akhirnya Bangla ambil alih untung. Kita tidak mahu industri padi jadi begitu. Kita mahu mereka yang membuat penanaman padi ini kekal tanam padi dengan kita berusaha bersama, bagaimana untuk meningkatkan ekonomi mereka. Sebab itulah kita lihat jumlah subsidi tidak pernah dikurang, termasuk bekas Perdana Menteri yang ada di hadapan saya. Saya amat menghargailah kerana ikuti penuh perbahasan pada hari ini dan kita tahu permasalahan ini.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang ─ keluarga kita memang buat sawah padi. Abang saya baru meninggal dunia, dia pembuat sawah padi dan kehidupannya saya tahu, begitu daif di kampung saya itu. Pendang pun tahu, biasa pergi rumah saya itu. Jadi, kita faham tentang kedudukan mereka itu tetapi kita sebut tadi supaya berlaku penyelarasan yang seimbang antara pengguna, termasuklah banyak kita sebut supaya keluarkan beras dengan RM2.60.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tetapi kita lihat banyak kilang-kilang yang terpaksa gulung tikar, terutama kilang bumiputera. Pihak BERNAS telah pun membantu mengeluarkan berjuta Ringgit untuk menyelamatkan kilang itu tapi tidak berupaya. Yang mutakhir, yang berlaku di Perlis, kilang Dibuk juga menghadapi masalah. Itu bagaimana kita nak teruskan supaya kilang ini hidup. Di antaranya, kita mencuba kali ini supaya kerajaan mengeluarkan sedikit belanja untuk mereka kilangkan beras, mengeluarkan beras dengan RM2.60, dengan kerajaan memberi sedikit subsidi.
Untuk supaya beras tempatan dinaikkan, dijaga kualitinya, harganya dan sebagainya, itu memang kita akan ─ saya dan kementerian sedang berbincang dengan pihak libat urus dan pihak penasihat-penasihat daripada universiti dan sebagainya. Kita pergi ke fasa kedua selepas enam bulan yang akan datang, termasuklah meminda Akta 522. Di mana akta itu kita tahu begitu longgar. Bila ada berlaku pencampuran beras, adakah kita boleh dakwa di mahkamah dan sebagainya?
Ini dilihat oleh pihak undang-undang dan sebagainya, perlu ada beberapa pindaan supaya bila kita buat kategori nanti, harga tentu enam bulan yang akan datang, ia boleh masuk fasa kedua yang akan dapat membela kedudukan para petani, pendapatan yang lebih baik. Soal kita nak menaikkan hasil, ini satu kerja yang sungguh-sungguh. Saya sendiri misal, melancarkan Program SBB di Langkawi, sudah masuk musim yang kedua. Baru ini saya ke Langkawi, saya pergi tanpa mahu ada pegawai, tanpa ada penanam padi itu, saya pergi tengok.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Puan Speaker.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang hasil padi meningkat tapi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh saya bertanya sikit, Menteri?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...rumputnya masih tebal. Ertinya, mereka kena ubah daripada tabur kepada planting. Ini yang kita usahakan sekarang ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya sikit?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dan sekarang ini yang terlibat dalam SBB ini telah pun meningkat begitu ramai, sudah 11,000 pesawah. Sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh sedikit, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih. Antara pandangan daripada petani iaitu kerajaan perlu melihat dari segi formula pengagihan insentif subsidi padi. Ketika ini insentif yang diberikan itu direct kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan tentunya input pertanian baja, racun sebagainya. Dicadangkan formula yang mungkin boleh dikaji adalah direct diberi kepada petani melalui e-wallet, melalui kad debit petani itu sendiri
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
supaya petani boleh memilih di outlet mana mereka boleh membeli output pertanian itu. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Itu kita akan lihat secara serius. Begitu juga cadangan Shah Alam tadi iaitu kita beri insentif kepada mereka yang mengeluarkan lebih daripada empat tan. Itu sedang kita ambil itu serius sebab kita buat kajian dengan semua pihak supaya berlumba-lumba. Misalnya, sekarang di Sabak Bernam, di Sungai Besar, mereka sudah sampai ke peringkat lapan tan, sudah hampir menyamai seperti di Sekinchan.
Begitu juga bila tempat kita buat SBB ala Sekinchan di Kelantan, di Terengganu, sampai ke tujuh, lapan tan itu. Ertinya, kita pergi berlumba ke arah itu untuk mereka lahirkan, zahirkan hasil yang lebih banyak. Kita harap insentif kepada yang dapat empat tan ke atas ini, cadangan ini saya bawa pada pihak pegawai, pihak kementerian, pihak Kementerian Kewangan dan sebagainya. Apakah kita boleh beri insentif khas kepada mereka yang mengeluarkan hasil yang lebih.
Ini berlaku di antaranya seperti di Brazil, di lain-lain tempat yang menyebabkan para petani berlumba untuk mengeluarkan hasil yang lebih tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri. Boleh sedikit?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya bagi satu lagilah.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri. Tadi Beluran ada bangkitkan juga berkaitan dengan keadaan di mana kita tahu sekarang ini berlaku keadaan di mana ambil beras tempatan, repack jadi beras import. Jadi, kalau tengok apa yang disebut tadi subsidi RM150 juta tadi akibat daripada kenaikan harga lantai untuk menampung kos pengeluaran tapi kalau tidak ada penguatkuasaan, isu repack ini, packing semula ini akan terus berlaku. Jadi, akhirnya dalam pasaran tetap tidak ada juga beras tempatan. Jadi, macam mana nak selesaikan apa yang diceritakan tadi?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih atas soalan itu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Menyedari...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, sikit lagi sebab ini nak bagi bantu pandangan-pandangan dekat Menteri sebab di Kedah ini dibandingkan dengan Sekinchan dan juga Sungai Besar, Selangor ini dia lain sikit sebab dah terlalu lama tanah dia. Tanah dia dah jadi jerlus, dah jadi keleboq, selut teruk. Jadi, tak boleh mengeluarkan produk yang tinggi dah. Jadi, saya nampak
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
kerajaan ada bersedia untuk memperkenalkan satu sistem baru seperti Koperasi Sawah dan syarikat milik kerajaan dan sebagainya. Adakah satu kajian dibuat untuk nak dia panggil gemboq kan balik? Yang ini saya nak minta pandangan supaya benda ini diberi perhatian di Kedah, di seluruh Kedah.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ada. Pihak universiti, pihak MARDI sentiasa buat kajian dan memberi pandangan-pandangan kepada kita. Di Kedah, dibuat di Pendang ala Sekinchan, naik sampai lebih lapan tan. Ertinya, berjaya.
Tentang daripada Putrajaya tadi, menyedari hal itulah, maka kita menubuhkan MAREA. Baru lulus Kabinet minggu lepas, di mana agensi yang ada dalam kementerian ini lebih kurang 1,200 orang akan digunakan untuk penguat kuasa ini.
Nak menguat kuasa itu semua kena pinda Akta 522, hal beras ini. Ini yang dilihat oleh semua, termasuk para peguam dan sebagainya supaya kita ─ sebelum kita bertindak itu, kena kemas di sudut Akta 522, perlu dipinda.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Orang Kedah marah dekat Shah Alam itu, dia kata orang buat bendang di Kedah ini malas. Habaq kat dia, tarik balik itu. Jangan, orang marah nanti.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya tak sebut. Minta Pendang tarik balik.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Semua pandangan saya ambil penghargaan. Sebab ini soal kita, soal rakyat, bukan soal blame, blame game dan semuanya, tidak. Yang pentingnya, kita bersama-sama membantu. Begitu juga sekarang ini banyak misalnya yang jadi masalah, tuan tanah sewa bendang, subsidi pergi tuan tanah, yang buat bendang tak dapat subsidi. Perkara ini rumit nak selesai ini sebab mereka mengadu tak dapat subsidi tapi tuan tanah yang dapat. Tuan tanah tak buat bendang. Ini yang sedang berlaku dan kita cari jalan yang terbaik bagaimana nak atasi perkara-perkara teknikal seperti ini.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sikit lagi.
Boleh saya tanya satu soalan? Tadi Menteri sebut penubuhan agensi baru tadi untuk tambah penguat kuasa. Tapi kalau saya tengok dalam Akta Padi dan Beras 1994, seksyen 6 itu telah membenarkan supaya pegawai awam ini dibenarkan untuk membuat penguatkuasaan. Jadi, mengapa tidak digunakan seksyen tersebut untuk tingkatkan penguatkuasaan selama ini?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Penguatkuasaan selama ini dibagi pandangan oleh peguam, tidak cukup. Sebab itu termasuk hari itu yang memberi pandangan daripada Hasan Karim?
Seorang Ahli
Pasir Gudang. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pasir Gudang, dia membincang hal Akta 522 ini dan tidak kita tambah belanja, hanya agensi dalam kementerian ini yang berjumlah lebih 1,200 orang disatukan untuk membuat tindakan selepas ini. Proses ini berjalan, enam bulan akan datang kita kemukakan formula-formula baru yang insya-Allah, akan meningkatkan terutama sekali prestasi petani-petani kita, pesawah-pesawah kita. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Puan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Sangkaan jahat. Tapi ini bukan sangkaan jahat ini tapi memang dia sebut benda jahat. Tadi Pendang kata, dia mengatakan bahawa ‘Shah Alam sebut orang Kedah malas’. Saya tak sebut langsung. Jadi, saya minta dia tarik balik benda itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila tarik balik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebab itu kita kena tengok Hansard. Saya ada ayat-ayat saya, ada titik noktah dan disambung. Tadi masa bahasa yang digunakan oleh Shah Alam tadi, dia mengatakan ‘orang Kedah ini tak sama’. Maknanya, dari segi orang Sekinchan ini, pendapatan di Sekinchan. Yang malas ini, pemimpin daripada salah seorang daripada pemimpin kerajaan juga yang sebut di luar sana ─ itu yang saya kata, stop, lepas itu sambung hat malas itu. Itu sajalah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tarik baliklah. Saya tak sebut.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tahulah Shah Alam tak sebut. Cuma pemimpin yang kata, itu tak boleh la, orang Kedah marah.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kalau tak sebut, tarik balik saja, mengaku tak sebut.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kami dah usaha.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Apa susahnya. Saya ingat Pendang ini dulu dah taubat dah tapi hari ini dia buat lagi, Yang di-Pertua.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia bukan ada dosa. Kita dari segi akidah ke apa semua nak kena taubat. Ini kita berbahas untuk nak pertingkatkan kualiti negara.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Boleh bahas.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak ada taubat perkataan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang di-Pertua, tarik baliklah.
Pendang ini kawan saya, Yang di-Pertua. Kami kat luar minum. Jadi, minta tarik balik lah. Lepas ini kita minum balik lagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.”” [12 Februari 2025]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas untuk hari ini adalah Yang Berhormat Bera, YB Pagoh, YB Lubok Antu, YB Temerloh, YB Tebrau, YB Mersing, YB Bukit Bendera, YB Kubang Pasu, YB Jelebu, YB Baling, YB Port Dickson, YB Selangau, YB Merbok, YB Kluang, YB Jeli, YB Balik Pulau, YB Kuala Kedah dan YB Simpang Renggam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik merafak sembah. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas setahun tempoh pemerintahan sejak 31 Januari 2024. Patik mendoakan agar Allah SWT memberikan kesihatan terbaik kepada Tuanku serta pemerintahan Tuanku akan terus dipelihara dan menjadi asas kepada kemakmuran negara.
Puan Yang di-Pertua, dunia pada tahun 2025 menyaksikan satu lagi episod kontroversi yang dibawa oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang kembali berkuasa. Kali ini beliau bercadang untuk membeli Gaza dan mengusir penduduk Gaza ke Mesir dan Jordan sebagai penyelesaian muktamad kepada konflik di Timur Tengah. Mesir dan Jordan telah memberikan respons yang tegas, menolak cadangan yang tidak masuk akal ini.
Penyelesaian muktamad hanya satu iaitu mengembalikan semula hak penduduk Palestin di Gaza untuk hidup aman dan bebas dalam sebuah negara yang merdeka. Dunia harus mengecam cadangan yang tidak berperikemanusiaan ini dan tidak membenarkan ia berlaku. Justeru seluruh negara Islam dan dunia perlu bersatu. Isu Palestin bukan isu agama tetapi isu kemanusiaan.
Saya menyeru supaya Malaysia mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) mengadakan sidang tergempar untuk membincangkan isu ini meskipun terdapat negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kerana cadangan ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan global tetapi juga mengancam kestabilan geopolitik antarabangsa. Kegilaan Trump dan sekutunya Benjamin Netanyahu harus berhenti dengan segera. Tindakan mereka sudah melanggar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
Dalam masa yang sama saya juga bersetuju dengan cadangan beberapa rakan Ahli Parlimen supaya satu usul khas dibentangkan di Dewan yang mulia ini khusus untuk membincangkan tentang kegilaan Trump dan kezaliman yang masih tiada noktah buat saudara kita di Gaza.
Selain daripada itu, kehadiran semula Trump mencetuskan pelbagai tanda tanya kepada dunia. Dasar-dasar baharu Amerika Syarikat khususnya pelaksanaan dasar perdagangan perlindungan yang agresif dengan mengenakan tarif yang tinggi terhadap produk import akan turut memberikan kesan kepada Malaysia.
Perang ekonomi antara Amerika Syarikat dan China, yang pastinya akan memberikan gangguan kepada rantaian bekalan global dan perdagangan antarabangsa. Ia secara langsung memberikan impak kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung kepada sistem ekonomi terbuka. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pertumbuhan KDNK menurun pada 3.8 peratus pada tahun ini berbanding 4.5 peratus pada tahun 2024.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya ingin bertanya, apakah tindakan yang diambil oleh Malaysia bagi mengimbangi peranan ekonomi di antara dua kuasa besar ini kerana kedua-dua negara ini adalah rakan dagang utama negara. Pada masa yang sama, pertembungan dua kuasa ini juga melibatkan soal keselamatan di rantau Asia Tenggara khususnya melibatkan Laut China Selatan. Jadi apakah tindakan yang bakal diambil oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi menentukan hala tuju soal keselamatan di rantau ini?
Tuan Yang di-Pertua, dalam keghairahan menempa nama dan menarik pelaburan bernilai tinggi di persada antarabangsa, kerajaan juga harus menumpukan kepada permasalahan di dalam negara. Isu kos sara hidup yang meningkat belum selesai. Kuasa beli rakyat semakin menurun.
Kini terdapat keresahan dalam kalangan rakyat terhadap nilai ringgit.
Walaupun suasana negara terutamanya ekonomi berada pada tahap sebelum pandemik, begitu pun nilai ringgit masih tidak stabil. Nilai Ringgit jatuh pada titik terendah dalam tempoh 26 tahun iaitu RM4.78 berbanding USD1 Amerika Syarikat pada 14 Februari 2024 dan kini masih berkisar sekitar RM4.50.
Ini menimbulkan persoalan terhadap jumlah sebenar pelaburan yang benar- benar dibawa masuk ke negara khususnya hasil daripada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar negara. Jadi soalan saya, berapakah nilai pelaburan sebenar yang telah direalisasi sejak Kerajaan Madani dibentuk 24 November 2022? Malah sehingga hari ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan pertama 2025 sebanyak RM3.5 bilion dana asing bersih sudah ditarik keluar berbanding RM4.2 bilion yang ditarik keluar pada tahun 2024 dan sebanyak RM2.4 bilion ditarik keluar pada tahun 2023.
Sektor pembuatan ini adalah tulang belakang ekonomi negara dan jika trend ini berterusan, ia mampu menjejaskan prestasi ekonomi Malaysia untuk tempoh jangka panjang jika tidak diatasi dengan segera. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SMP Global baru-baru ini, mereka menyatakan firma pembuatan kini lebih cenderung menurunkan harga jualan untuk eksport masing-masing yang menjadi sebahagian daripada usaha bagi merangsang jualan.
Tentang kenaikan tarif elektrik. Kerajaan telah menyatakan bahawa 85 peratus isi rumah tidak akan terjejas dengan kenaikan elektrik pada pertengahan tahun ini. Kerajaan juga menyatakan bahawa kenaikan ini hanya melibatkan 15 peratus golongan maha kaya dan industri. Namun saya ingin tegaskan lumrahnya.
Kenaikan tarif elektrik ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan seterusnya akan dipindahkan kepada pengguna yang terdiri daripada 85 peratus isi rumah tersebut.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Secara ringkasnya sejak tahun 2015 sehingga 2022, kadar kenaikan tarif asas adalah kecil. Lonjakan sekitar 3.7 peratus iaitu 38.53 sen per kilowatt kepada 39.05 sen per kilowatt. Namun, tarif asas bagi tahun ini sehingga 2027 dinaikkan secara mendadak.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kenaikan sebanyak 14.18 peratus daripada 39.95 sen per kilo watt kepada 45.62 sen per kilo watt. Malah, seperti yang dinyatakan oleh S&P sebelum ini, bagaimana pengusaha akan dapat bertahan kerana mereka terpaksa menurunkan harga produk eksport untuk kekal bersaing dalam perang ekonomi dengan kenaikan tarif ini, mereka terpaksa...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bera, minta laluan...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
...Menanggung beban yang lebih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hulu Terengganu. Bera...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Apakah rancangan kerajaan untuk mendepani kos sara hidup yang akan terus meningkat?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas saja, Bera. Terima kasih, Yang di-Pertua. Setuju tak, Bera bahawa apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri tidak boleh dipercayai kerana berlaku flip-flop dan juga U-turn. Setuju atau tidak, Bera? Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya melihat bahawa statement yang dibuat mengenai 85 peratus tidak terkesan itu sebenarnya adalah tidak betul.
Tidak benar.
[Tepuk] Apabila diesel naik, pengusaha tetap akan pass-kan, dengan izin, kepada pengguna. Elektrik naik secara langsung, nampak seperti tidak ada kesan apa-apa kepada pengguna. Tetapi kesan tidak langsung memang jelas bahawa kos barangan akan meningkat. Sekarang pun rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barang semakin mahal. Dengan kenaikan elektrik ini, tarif elektrik ini harga barang akan bertambah naik.
Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar seperti pengurangan subsidi dan gangguan perdagangan akibat ketegangan geopolitik cenderung memberi kesan yang lebih besar kepada golongan miskin menjadikan usaha menamatkan kemiskinan sebagai satu isu yang kompleks. Seperti yang saya sebutkan tadi, kenaikan elektrik, subsidi bersasar petrol pada pertengahan ini dijangka akan memberikan kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah menjadikan mereka terperangkap dalam kitaran kerentanan.
Jadi, saya ingin tahu dengan jelas apakah mekanisme kerajaan menyasarkan subsidi petrol dan apakah ada subsidi-subsidi lain yang akan disasarkan? Dalam masa yang sama Menteri Ekonomi, dalam Dewan Rakyat pada 5 Februari lepas menyatakan kerajaan telah berjaya menoktahkan miskin tegar dengan signifikan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
terutamanya di Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih sekiranya benar.
Namun adakah negeri-negeri ini masih kekal sifar miskin tegar meskipun dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi? Adakah ini bermakna penduduk di tiga- tiga negeri tersebut tidak ada yang menerima zakat dan bantuan kebajikan masyarakat yang diberikan kepada golongan asnaf dan golongan miskin tegar?
Berdasarkan statistik JKM, sehingga Ogos 2024, terdapat 543,086 penerima bantuan kebajikan masyarakat di seluruh Malaysia dengan peruntukan yang dibelanjakan adalah RM1.73 bilion. Sehingga Ogos 2024 juga, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan masih mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM22 juta kepada asnaf miskin dan fakir sebanyak RM18 juta. Gambaran ini jelas tidak selari seperti yang dinyatakan oleh kerajaan kerana bantuan zakat kepada golongan miskin tegar masih diagihkan di Negeri Sembilan.
Selain daripada itu, dalam jawapan Menteri Ekonomi juga menyatakan bahawa terdapat seramai 507 Ketua Isi Rumah di Kuala Lumpur. Bagaimana tiba- tiba angka miskin tegar di Kuala Lumpur yang begitu tinggi? Sedangkan sebelum ini di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina pada 15 Februari 2024 bahawa Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status sifar miskin tegar. Justeru, apakah kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan golongan ini dari kelompok miskin?
Kerajaan memerlukan pendekatan jangka panjang bagi menoktahkan miskin tegar agar mereka tidak kembali ke kumpulan itu. Jika tiada perancangan yang teliti, golongan miskin tegar dan miskin akan bertambah seterusnya akan membebankan kerajaan. Terima kasih, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Saya jemput Yang Berhormat Pagoh.
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk saya membahaskan Titah Diraja pada sesi kali ini. Saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Kebawah Duli Tuanku berangkat untuk bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Sidang Parlimen Ke-15 ini.
Saya juga merafak sembah dan mendoakan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong yang kini sedang menjalani
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
rawatan di luar negara. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera kepada baginda dan menganugerahkan kesihatan yang berpanjangan untuk terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan. Amin Ya Rabbal Alamin. Dato’ Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu ingin menyentuh tentang perkembangan politik antarabangsa mengenai Palestin. Perikatan Nasional membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu memindahkan penduduk Palestin keluar daripada tanah air mereka, mengambil alih Gaza.
Ini adalah satu bentuk pembersihan etnik yang melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabul hak asasi manusia. Malaysia tidak boleh berdiam diri.
Saya menggesa kerajaan tidak sekadar membuat kenyataan rasmi tetapi mengambil langkah segera di peringkat antarabangsa bagi mempertahankan hak rakyat Palestin.
Sebagai Pengerusi ASEAN dan anggota pengasas OIC, Malaysia sepatutnya mengusulkan resolusi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengadakan pasukan tentera pengaman PBB bagi memastikan proses kepulangan rakyat Palestin ke tanah mereka tidak terganggu malah tidak digugat oleh pihak yang biadab, mana-mana pemimpin pro-Zionis yang mahu merampas hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin. Malahan saya bersetuju dan menyokong cadangan supaya usul ini dibentangkan di Dewan ini dan dibahaskan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Tepuk] Setelah 26 bulan Yang Amat Berhormat Tambun mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, keadaan ekonomi rakyat tidak bertambah baik. Ketika para Menteri berbangga dengan angka-angka pertumbuhan ekonomi, rakyat terus berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang kian meningkat. Harga barang naik, kos pendidikan naik, kos perubatan naik, semuanya naik. Dalam semua kajian yang dibuat oleh penyelidik bebas, paling utama yang dirasaikan oleh semua rakyat ialah isu — Lebih 35 peratus yang menyatakan demikian.
Subsidi diesel ditarik balik dengan penjimatan dikatakan mencecah RM4 bilion. Ke mana perginya RM4 bilion ini? Konon wang ini nak digunakan untuk meringankan beban rakyat tetapi rakyat terus terbeban dengan masalah-masalah kos sara hidup. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedar dan merasai denyut nadi kesusahan rakyat, pastilah akan mengetahui betapa ramai di luar sana yang sedang bergelut untuk menyediakan persiapan menjelang Ramadan, pembukaan sesi persekolahan dan perayaan Aidilfitri.
Saya tidak nampak ada kesungguhan di pihak kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Perdana Menteri nampaknya lebih ghairah untuk berjalan ke seantero
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
dunia daripada menyelesaikan masalah rakyat. Pergi balik, pergi balik masalah beras tempatan pun sampai sekarang tidak boleh diselesaikan.
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Saya ingin menyentuh secara lebih terperinci soal kos sara hidup yang terus meruncing. Setakat Disember 2024, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kebanyakan negeri kekal mencatatkan peningkatan inflasi bagi kumpulan makanan dan minuman. Dengan kadar tertinggi di Selangor 4.1 peratus, diikuti Kuala Lumpur 3.1 peratus dan Johor 3 peratus, walaupun kadar inflasi Malaysia adalah 1.7 peratus. Hakikatnya kenaikan ini masih membimbangkan, mengambil kira prospek tekanan inflasi Malaysia yang diunjur antara 2 sehingga 3.5 peratus pada tahun ini di sebalik risiko perdagangan global serta ketegangan geopolitik semasa.
Dalam situasi ini, rakyat pula dihukum dengan pelbagai kenaikan kos. Tidak cukup dengan harga barang-barang keperluan yang melambung tinggi, kita berdepan pula dengan kenaikan cukai SST, pelaksanaan cukai-cukai baru dan belum lagi kita mengambil kira rancangan kerajaan untuk menaikkan tarif asas elektrik dan penyasaran subsidi RON 95 menjelang pertengahan tahun ini.
Meskipun Yang Amat Berhormat Tambun memberikan jaminan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya dikenakan kepada pengguna industri dan golongan maha kaya, realitinya, kenaikan tarif asas elektrik sebanyak 4.2 peratus untuk tempoh Kawal Selia 4 (RP4) di bawah kerajaan sekarang adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kerajaan yang terdahulu.
Apakah jaminan kerajaan bahawa 85 peratus pengguna domestik tidak akan terjejas, kita boleh percaya ataupun tidak? Inilah kerana jika kos operasi syarikat meningkat akibat kenaikan tarif elektrik, mereka tentunya akan memindahkan kos pada pengguna akhir iaitu rakyat yang akan menanggung beban kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Biasanya perkara ini sebelum diputuskan, ia akan dibawa kepada pihak Kabinet, bukan TNB yang akan memutuskan. Saya cadangkan supaya Kabinet menolak permohonan daripada TNB untuk naikkan tarif elektrik yang nak dicadangkan itu.
Saya juga berharap supaya kerajaan memperincikan tindakan strategik yang akan diambil dalam berdepan ancaman tarif oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Trump. Khususnya kesan terhadap PMKS tempatan yang terbabit dengan pengeksportan barang semikonduktor dan E&E. Adalah penting untuk kerajaan menggariskan keperluan trade diplomacy yang jelas dan dengan izin, dalam menjamin kelangsungan rantaian bekalan negara ASEAN serta mengangkat peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam mengemudi ketidaktentuan pasaran ekonomi serantau dan global.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Saya juga ingin menyentuh tentang isu penyediaan pengagihan gas antara PETRONAS dan juga Petroleum Sarawak (PETROS). Apakah kesannya terhadap PETRONAS. Sebagai syarikat petroleum negara yang saban tahun membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan, apakah tindakan ini tidak menjejaskan sumber pendapatan PETRONAS dan kemampuannya untuk terus menyumbang kepada hasil negara?
Baru-baru ini Dato’ Yang di-Pertua, saya membaca berita tentang hasrat PETRONAS pula untuk mengurangkan tenaga kerja sebanyak lebih kurang 36,000.
Saya memohon supaya perkara itu diteliti halus oleh PETRONAS kerana walaupun ada masalah tertentu, PETRONAS masih merupakan syarikat negara yang telah dapat keuntungan yang besar pada tiap-tiap tahun.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah secara khusus bertitah, menegaskan bahawa adalah penting untuk memperkasa ekonomi bumiputera. Saya sebenarnya agak ragu tentang kesungguhan kerajaan dalam memperkasa agenda bumiputera. Misalnya, kerajaan mensasarkan sumbangan PMKS bumiputera pada ekonomi negara sebanyak 15 peratus di bawah PuTERA 35 sedangkan Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini telah meletakkan sasaran yang jauh lebih tinggi iaitu 20 peratus menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Mengapa dalam tempoh yang lebih panjang iaitu di bawah PuTERA 35, sasarannya adalah lebih rendah? Dan bagi saya ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius ataupun tidak menganggap agenda bumiputera sebagai suatu yang amat penting.
Ini suatu yang amat malang Dato’ Yang di-Pertua. Data menunjukkan kedudukan ekonomi bumiputera terus tercorot. Misalnya, peratusan tenaga buruh bumiputera yang mempunyai pendidikan tertiary adalah lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Begitu juga mengenai gaji. Laporan survey gaji dan upah oleh DOSM pada tahun 2023, menunjukkan gaji penengah pekerja formal bumiputera adalah kurang RM1,873 berbanding dengan pekerja Cina dan kurang RM437 berbanding dengan pekerja India. Pendapatan penengah isi rumah bumiputera juga adalah lebih rendah berbanding dengan kaum India dan kaum Cina.
Sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kek ekonomi negara makin membesar tetapi peruntukan yang diperolehi oleh bumiputera makin mengecil.
Selain itu, data juga menunjukkan semua 10 daerah termiskin di Malaysia mempunyai kedudukan majoriti kaum bumiputera. Kesan daripada kemiskinan kanak-kanak bumiputera merekodkan prevalence bantut dan malnutrisi yang paling tinggi berdasarkan dapatan Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Dan ini adalah amat mendukacitakan. Amat mendukacitakan lagi ialah jika angka-angka ekonomi bumiputera semakin merosot, kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan untuk memperkasa agenda bumiputera dan justeru bertepatan dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya menggesa kerajaan supaya segera meletakkan sasaran yang lebih tinggi bagi setiap aspek pencapaian bumiputera dan melaksanakan dasar pemerkasaan bumiputera yang lebih menyeluruh dan berkesan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pagoh, ringkas. Ringkas, satu minit. Isu bumiputera sekarang semakin sunyi dalam negara kita. Setuju tak Pagoh bahawa apa yang berlaku sekarang umpama “ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Setuju atau tidak?
Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin - Pagoh
Saya setujulah yang di-Pertua. Bukan sahaja sunyi sepi, langsung tak kedengaran tentang status dan pencapaian bumiputera yang patut dilaporkan dari semasa ke semasa. Data yang saya sebutkan tadi menunjukkan dia sudah pun bukan sahaja orang kata tercorot tetapi mengecil dan ini suatu yang amat dibimbangkan untuk tempoh jangka panjang kalau tidak ada ketegasan kerajaan mengambil langkah-langkah sedemikian, maka keadaan ekonomi bumiputera akan semakin hari semakin malap.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan apa yang telah pun sebentar tadi dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian. Saya tidaklah membahaskan dengan lanjut tapi kenyataan telah dibuat di Parlimen sebentar tadi, yang saya juga hadir dengar adalah merupakan satu perkara daripada banyak perkara. Dia menyentuh tentang soal harga lantai naik kepada RM1,500 dan beberapa perkara tertentu sedangkan saya tahu kerana saya pernah juga berada di situ dahulu dan ramai di sini pun pernah berada dalam kementerian yang sama bahawa isu industri padi dan beras negara ini bukan satu perkara yang mudah.
Bukan satu perkara yang kecil pun melibatkan lebih 200,000 petani, berjuta kawasan-kawasan yang boleh diusaha hasilkan untuk mengeluarkan hasil padi tetapi malang sekali dasar pengeluaran negara kita iaitu 70 peratus pengeluaran tempatan dan juga 30 peratus import itu sekarang ini macam tidak berapa dapat dipenuhi lagi.
Malahan status sekarang, 70 peratus pun saya dengar sudah pun mengecut kepada 65 peratus dan kekurangan itu ditampung dengan beras yang diimport daripada luar negara.
Masalah kedua ini isu beras tempatan. Saya sudah bangkit selalu. Ramai rakan-rakan lain pun telah menyebut. Tadi Menteri tak jelaskan, mana pergi beras tempatan yang lebih banyak patut daripada beras import. Sekarang ini di pasaran lebih banyak beras import. Saya bertemu dengan satu orang pengusaha, pengedar beras yang agak terbesar di Malaysia.
Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin - Pagoh
Yang saya terkejut adalah bila beliau menceritakan bahawa “Tan Sri, yang berlaku ialah dalam industri beras sekarang ini ialah pencampuran antara beras tempatan dengan beras import”. Jadi beras import itu ada, beras tempatan pun telah dicampur tapi ditarifkan sebagai beras import dan beras import bagaimana yang disebutkan tadi diletakkan harga yang jauh lebih tinggi.
Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md Yasin - Pagoh
Beras tempatan mungkin RM26 untuk 10 kilo, beras import ialah RM40 ke RM41 untuk satu kampit 10 kilo. Jadi, ini satu amalan bukan sahaja tidak sihat, amalan penipuan. Menteri tadi menyebutkan bahawa dia tidak boleh diselesaikan dengan undang-undang yang sedia ada sebab undang-undang itu agak terbatas.
Sebenarnya ada banyak undang-undang lain. Saya ingat waktu saya jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dahulu, Bera pun juga di situ, kita ada Akta Perihal Dagangan. Kalau hendak berniaga sesuatu barang, mesti disahkan barang itu barang apa, import, import.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Barang campur, campur, barang tempatan, tempatan tetapi tidak berlaku.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pagoh minta sedikit.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Saya jangka bahawa sejumlah orang yang terlibat dalam industri telah mengaut keuntungan berbilion- bilion Ringgit.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pagoh, Pendang.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Jadi, saya hendak ringkas sahaja sebelum saya hendak tamatkan itu, saya fikir tidak boleh selesai dengan kenyataan Menteri dalam tempoh setengah jam.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pagoh, minta pencelahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, sila duduk.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Berkenaan perkara ini, saya hendak cadangkan supaya kerajaan menimbang untuk menyediakan satu kertas putih untuk industri padi dan beras negara.
[Tepuk] Ini akan lah mengambil masa sedikit yang komprehensif. Bila Menteri kata tadi enam bulan, selepas itu enam bulan. Mana boleh enam bulan, enam bulan Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak boleh selesai. Kalau cadangan itu dibuat begitu, macam kita buat untuk FELDA dulu, ramai
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
yang di sini pun telah bahaskan kertas putih maka diluluskan. Maka selepas itu, baru kita dapat melaksanakan secara komprehensif, itu cadangan saya. Saya...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pagoh, minta laluan sedikit, sedikit sahaja. Okey, terima kasih ini, Yang Berhormat Pagoh. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Pagoh pasal beras tempatan ini tidak ada dalam disebabkan oleh banjir sedangkan beras tempatan ini tidak ada dua tahun sudah. Banjir baru-baru ini sahaja. Macam mana pandangan Yang Berhormat Pagoh?
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Banjir ─ dia tidak sepanjang masa, dia masa-masa tertentu. Saya tidak fikir ― banjir mungkin akan membawa kesan dari segi pengeluaran tetapi tidak membawa kesan dari segi pengedaran barang-barang. Kalau sekiranya tidak cukup beras tempatan, dasarnya boleh dibawa masuk beras luar negara jadi bekalan beras masih ada. Apa yang saya bangkit tadi Dato' Yang di-Pertua, ialah isu soal beras tempatan yang patut ada tetapi dicampuradukkan dengan beras import, dia jual dengan harga beras import. Ini membawa kesan yang besar bagi negara kita. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Segulai Sejalai. Lubok Antu mohon untuk menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Puan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan ini, izinkan saya menyampaikan rasa simpati dan keprihatinan terhadap rakyat Sarawak yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini. Kejadian ini telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan infrastruktur serta menjejaskan kehidupan penduduk di Sarawak. Saya berharap agar bantuan segera dapat disalurkan kepada mangsa banjir dan langkah-langkah pencegahan dapat diperkuatkan sebagai persediaan untuk menghadapi musibah banjir pada masa yang akan datang.
Puan Yang di-Pertua, antara perkara yang ditekankan dalam Titah Seri Paduka Baginda kali ini adalah mengenai perpaduan dan kerjasama antara semua pihak untuk memastikan kestabilan dan kemajuan negara. Baginda juga menekankan betapa pentingnya menjaga keharmonian antara kaum dan agama serta memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh negara. Keunikan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
demografi dan kepelbagaian budaya etnik dan suku kaum di Malaysia seharusnya menjadi kebanggaan serta warisan berharga perlu kita hargai.
Saya menyambut baik dengan kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini bahawa tiada keperluan untuk menerbitkan panduan menghadiri perayaan dan upacara agama yang lain. Lebih-lebih lagi di Sarawak, sebuah negeri yang terkenal dengan perpaduan kaum dan keharmonian di antara agama.
Di Sarawak, masyarakat majmuk telah berkurun lama mengamalkan sikap hormat-menghormati dalam perayaan dan tradisi masing-masing tanpa menjejaskan kepercayaan agama mereka. Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian. Kepelbagaian ini adalah kekuatan kita dan kita harus memastikan bahawa ia terus menjadi asas kepada perpaduan dan kemajuan negara.
Puan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Baginda kali ini ada menyentuh mengenai pengukuhan infrastruktur bagi menyokong usaha ke arah digitalisasi dan penggunaan teknologi tinggi dalam urusan harian. Dewasa ini kita melihat banyak penggunaan artificial intelligence, dengan izin atau kecerdasan buatan semakin meluas di Malaysia, termasuk di dalam urusan harian seperti pengurusan rekod kesihatan, kawal selia aliran trafik dan juga pertanian pintar.
Pada masa yang sama Puan Yang di-Pertua, kita harus akui bahawa antara kekangan utama yang melambatkan usaha ke arah memperluaskan artificial intelligence di negara ini adalah jurang telekomunikasi yang masih wujud terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman. Masalah jaringan telekomunikasi yang rendah sudah menjadi tidak asing lagi untuk penduduk di luar bandar dan pedalaman termasuk Parlimen Lubok Antu.
Saya dimaklumkan oleh jawapan oleh Kementerian Komunikasi pada 7 November 2024 bahawa setakat Ogos 2024 hanya empat menara telekomunikasi di bawah Pelan JENDELA yang telah siap dibina dan beroperasi daripada 37 menara yang dirancang. Antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan pembinaan menara ini di Parlimen Lubok Antu adalah lokasi tapak yang terletak jauh di pedalaman dan memerlukan pengangkutan peralatan dan bahan binaan melalui jalan sungai dan melalui jalan bekas balak.
Pada masa yang sama juga terdapat masalah ketiadaan bekalan elektrik yang menyukarkan pengoperasian menara telekomunikasi dan menggugat kestabilan perkhidmatan internet. Dalam hal ini, jelas bahawa isu akses kepada infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik di kawasan luar bandar perlu diselesaikan sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam membangunkan Malaysia sebagai hab penjanaan kecerdasan buatan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Kesimpulannya Puan Yang di-Pertua, digitalisasi dan penggunaan teknologi tinggi adalah penting untuk masa hadapan Malaysia. Namun, tanpa infrastruktur asas seperti mana yang saya katakan tadi iaitu jalan raya dan elektrik yang kukuh terutamanya di kawasan luar bandar hasrat ini akan sukar dicapai. Saya berharap kerajaan pada hari ini akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan efektif dalam menangani isu ini demi kemajuan negara.
Puan Yang di-Pertua, sehingga ke saat ini saya dan rakan-rakan seperjuangan dari Borneo yang lain tidak pernah berhenti dalam memperjuangkan suara untuk Sabah dan Sarawak baik dari segi hak dan keistimewaan, akses kepada kemudahan kesihatan dan pendidikan, bekalan air bersih dan elektrik, pembangunan fizikal dan infrastruktur asas termasuk jalan raya dan pengangkutan, semuanya kami suarakan dan bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini kerana ia adalah amanat rakyat kepada kami.
Puan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga bertitah supaya ada kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di mana setiap tindakan dan keputusan mestilah dibincangkan secara sepakat demi masa depan rakyat dan negara. Dalam hal ini, saya percaya hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak adalah erat berasaskan semangat ‘segulai sejalai’ yang berpandukan Perjanjian Malaysia 1963, terutamanya dalam usaha untuk mengembalikan hak Sarawak.
Ini jelas dalam beberapa pencapaian hasil rundingan dan pemimpin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak antaranya mengkaji semula pemberian khas di bawah Perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan dan menukar status Pelabuhan Bintulu kepada pelabuhan negeri.
Puan Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Premier Sarawak serta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak di atas rundingan dasar yang bersepakat mengiktirafkan PETROS sebagai sole gas aggregator, dengan izin.
Semalam rakan saya daripada Betong dan Puncak Borneo telah berbahas dengan terperinci berkenaan dengan isu pengiktirafan PETROS sebagai sole gas aggregator di Sarawak.
Kedua-dua rakan saya daripada Betong dan Puncak Borneo dengan hemahnya berbahas dari sudut penubuhan PETROS yang berlandaskan nas undang-undang yang berdampingan (coexist) di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Jelas daripada usaha kedua kerajaan ini telah menyahut Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitah kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Jelas sekali bahawa kerajaan pada hari ini amat komited untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak sepertimana
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang merupakan asas pembentukan Malaysia.
Berkenaan dengan PETROS yang telah diberikan pengiktirafan sebagai sole gas aggregator di Sarawak, saya tidak berhasrat untuk berucap lebih lanjut. Cuma, saya ingin mohon pencerahan di mana baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi ada memberi kenyataan mengiktirafkan PETROS sebagai sole gas aggregator di Sarawak kecuali L&G yang masih berada di dalam bidang kuasa PETRONAS.
Dalam pemahaman saya dengan pengiktirafan PETROS sebagai sole gas aggregator di Sarawak adalah menjadi bidang kuasa PETROS untuk mengumpul dan mengurus gas daripada pelbagai sumber asli di Sarawak. Sepertimana yang telah dibahaskan oleh saudara saya daripada Betong semalam berkenaan dengan jawapan Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi turut bertanya, adakah L&G tidak termasuk gas.
Justeru itu saya memohon pencerahan dan ingin bertanya, adakah Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi turut terlibat dalam perbincangan rundingan commercial arrangement, dengan izin di antara PETROS dan PETRONAS berkenaan dengan siapakah pemain industri upstream, midstream, downstream dengan izin di dalam hal ehwal pengumpulan pengendalian dan pengurusan gas mentah hinggalah ia diproses sebagai L&G.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Sekiranya ya, apakah rundingan komersial di antara PETRONAS dan PETROS di dalam rundingan tersebut? Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.
Puan Yang di-Pertua, tidak lengkap ucapan saya sekiranya saya tidak menyuarakan berkenaan isu-isu keperluan rakyat di kawasan saya terutama berkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan asas. Antara perkara yang saban tahun saya bangkitkan di dalam Dewan ini adalah membina sebuah mini stadium di kawasan Pekan Engkilili.
Oleh itu saya juga ingin mencadangkan supaya sebuah mini stadium ini dapat dibina di Engkilili. Pembinaan mini stadium ini bukan sahaja sekadar satu projek tetapi ia merupakan satu pelaburan dalam pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat setempat. Dengan adanya kemudahan sukan yang lengkap dan teratur, ia akan membawa pelbagai manfaat kepada rakyat.
Justeru itu, saya ingin menyeru agar kerajaan mempertimbangkan peruntukan yang sewajarnya bagi merealisasikan projek ini. Saya yakin bahawa pelaburan dan pembangunan sukan bukan sahaja akan membawa manfaat kepada
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
masyarakat tetapi juga akan membantu negara dalam melahirkan atlet berbakat serta merancakkan ekonomi setempat.
Seterusnya Puan Yang di-Pertua, isu infrastruktur khususnya jalan luar bandar di Lubok Antu merupakan satu cabaran yang memberi kesan kepada mobiliti, keselamatan dan perkembangan ekonomi penduduk setempat. Keadaan jalan yang tidak berturap, berlubang, sempit dan mudah rosak akibat hujan sering menjadi keluhan utama penduduk terutamanya mereka yang bergantung kepada laluan ini untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, mendapat rawatan, menjalankan aktiviti ekonomi dan sebagainya.
Pada Julai 2023 yang lepas, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk menaik taraf jalan bekas balak di Ulu Skrang di dalam Majlis Merarau Ngiling Tikai di Sri Aman.
Justeru, saya ingin mendapat maklumat mengenai status semasa projek ini dan bilakah ia akan disiapkan. Saya berharap agar projek ini dapat dipercepatkan dan dimasukkan dalam RMKe-13 yang akan datang kerana projek-projek tersebut telah berlalu dan lama tertangguh.
Puan Yang di-Pertua, segala isu yang dibangkitkan dalam perbahasan ini adalah berlandaskan semangat untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara, perpaduan yang kukuh, pembinaan infrastruktur yang mampan serta pemerkasaan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak adalah tonggak utama yang perlu harus diperjuangkan demi masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.
Saya ingin menegaskan bahawa kita semua sebagai wakil rakyat memikul amanah besar dalam memastikan segala dasar dan inisiatif yang digariskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Usaha untuk memperkukuh perpaduan nasional, mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital dan mengembalikan hak seperti yang termaktub di dalam MA63 harus menjadi keutamaan kita.
Saya juga berharap agar setiap cadangan dan persoalan yang telah saya bangkitkan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan kerana setiap satunya membawa harapan besar pada setiap rakyat yang saya wakili.
Dengan itu, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah Baginda yang penuh hikmah dan panduan. Semoga Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang bersatu padu, makmur dan berdaya saing di peringkat global. Lubok Antu mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Temerloh menjunjung kasih atas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam pembukaan Parlimen yang mengandungi pelbagai saranan demi kepentingan hidup rakyat.
Pertama, Temerloh ingin menyentuh dan menyuarakan terlebih dahulu beberapa isu yang berkaitan dengan keperluan untuk warga Temerloh. Stadium Temerloh terletak di tengah Pahang dan mempunyai akses mudah dari pelbagai daerah, menjadi lokasi strategik untuk menarik penonton dari seluruh negeri dan negara.
Temerloh mencadangkan Kementerian Belia dan Sukan dapat melihat potensi yang ada untuk menaik taraf Stadium Temerloh dengan menambah kapasiti penonton serta melengkapkan prasarana yang berkaitan. Pastinya bila stadium ini dinaik taraf, Temerloh akan mendapat limpahan ekonomi dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi tempatan dengan kehadiran pasukan dan pegawai serta penyokong yang datang dari luar. Ini sangat selaras dengan Titah Yang di-Pertuan Agong dalam Perkara 5 iaitu membawa kepelbagaian nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat.
Seterusnya, Temerloh menerima aduan daripada masyarakat India berkaitan MITRA. Oleh itu ingin penjelasan, adakah MITRA melaksanakan tanggungjawab untuk memperkasa masyarakat India di Malaysia terutamanya di Temerloh melalui pelbagai inisiatif sosioekonomi, pendidikan dan keusahawanan? Berapa orangkah usahawan di kalangan masyarakat India di Temerloh yang sudah berjaya hingga dapat keluar daripada belenggu kemiskinan?
Sepatutnya, MITRA berperanan dengan bertanggungjawab dan adil tanpa pilih kasih kepada semua golongan India yang layak dengan menyediakan bantuan kewangan dan peluang latihan terutama kepada belia dan wanita India golongan B40. Ini kerana taraf hidup sosioekonomi kaum India tidak banyak berubah.
Dalam Titah Yang di-Pertuan Agong Perkara 18, menyatakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat hendaklah terus dibela. Yang di-Pertuan Agong juga menyebutkan kerajaan perlu terus komitmen dalam usaha menyediakan peluang memiliki rumah sendiri untuk setiap rakyat jelata tanpa mengira kaum. Ramai lagi warga Temerloh mengikut kaum yang masih tidak memiliki rumah sendiri tetapi terus menyewa puluhan tahun.
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian Perumahan untuk membantu golongan B40 supaya mereka menikmati kehidupan yang lebih bermakna? Diharapkan, lebih banyak rumah kos mampu milik dengan status
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
perumahan awam kos rendah dapat dibina di Temerloh. Selain itu, jangan ada pilih kasih dalam memberikan tapak rumah kepada golongan yang layak.
Berkaitan isu perumahan ini, ingin dicadangkan supaya kementerian yang terlibat dengan kuarters yang terbiar seperti kuarters JKR di Taman Kenangan, Lanchang. Kuarters guru termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Sekolah Kebangsaan Lanchang yang tidak diduduki patut dimanfaatkan untuk diberi kepada golongan yang tidak mampu memiliki rumah dan terus menyewa.
Bangunan yang tidak diduduki akan rosak dan ini satu kerugian kerana untuk membina kuarters tersebut, menelan dana yang tinggi. Adalah diharapkan perkara ini diambil tindakan daripada kementerian yang terlibat.
Baru-baru ini, menerima rintihan dan desakan daripada penduduk Taman Sri Kemuning berkaitan isu rumah perumahan awam kos rendah (PAKR) yang diduduki sejak tahun 1990 dengan nilai RM25,000, sebanyak 75 unit dengan 15 blok melibatkan pelbagai kaum. Sebahagian mereka membayar beransur-ansur tetapi tahun 2000, mereka diminta berhenti membayar dan dikehendaki membeli rumah tersebut dengan harga RM31,500 secara tunai dan akan diberikan geran.
Sebahagian besar penduduk tidak mampu membuat bayaran tunai dan mereka sudah berusia dan tidak layak membuat pinjaman. Bayaran ansuran yang dibuat selama ini hangus begitu sahaja, seolah-olah bayaran sewa bulanan.
Temerloh mohon penjelasan daripada KPKT mengapa harga rumah yang ditawarkan boleh berubah dan bagaimana KPKT menyelesaikan isu ini dengan penduduk yang sudah lama menetap di sana dan sebahagian besar golongan B40?
Mereka mohon bayaran dibuat secara ansuran, bukannya belian secara tunai.
Puan Yang di-Pertua, selain itu, isu perumahan yang tiada kemudahan surau atau dewan terbuka juga perlu diambil perhatian. Sepatutnya pemaju mesti dikenakan syarat menyediakan surau atau dewan dan juga kawasan taman permainan. Saya menerima aduan daripada Persatuan Penduduk Taman Chatin Bestari tentang perkara ini. Terutamanya bulan Ramadan, mereka ingin melaksanakan solat sunat tarawih secara berjemaah, mereka terpaksa pergi ke Masjid Taman Tualang Indah yang melebihi lima kilometer. Mereka juga pernah berjemaah di rumah penduduk yang mewakafkan rumah untuk kegunaan solat tarawih.
Temerloh mencadangkan supaya ada sebuah surau atau dewan terbuka yang dibina untuk dimanfaatkan oleh Taman Chatin Bestari dan taman-taman yang berhampiran seperti Taman Chatin Court, Taman D’ Chatin, Taman Chatin Maju, Taman Chatin Impian yang masih dalam pembinaan dan Kampung Penak.
Semuanya berhampiran. Semua taman ini boleh berkongsi kemudahan dewan terbuka atau surau secara bersama-sama.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Berkaitan Perkara 12 dalam Titah Yang di-Pertuan Agong menyentuh tentang kempen Melawat Malaysia Tahun 2026. Diharapkan Kementerian Pelancongan dengan kerjasama kerajaan negeri boleh mempromosikan lebih banyak tempat menarik yang belum diketahui oleh pelancong domestik serta pelancong luar termasuk di Temerloh.
Titah Yang di-Pertuan Agong Perkara 17, menyentuh sektor pertanian yang diperkasakan. Lebih dua tahun negara berhadapan dengan isu kehilangan beras tempatan dan rakyat terpaksa membeli beras import dengan harga yang mahal. Kita mendengar suara petani yang memohon supaya harga lantai perlu dinaikkan kepada RM1,800 se tan metrik berbanding RM1,300 se tan metrik sebelum ini. Baru ini hal ini diumumkan, mulai 16 Februari, harga naik menjadi RM1,500 se tan metrik.
Marilah kita melihat dan menjaga kebajikan para petani yang berhadapan dengan kos operasi yang semakin meningkat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Harga padi yang rendah bukan sahaja mengekalkan petani sebagai golongan miskin, tetapi golongan muda tidak akan sanggup meneruskan usaha keluarga menjadi petani. Setakat ini para petani terdiri daripada 50 peratus adalah golongan berusia, orang muda hanya 20 peratus terlibat dengan sektor ini. Apakah perancangan kementerian untuk memastikan negara kita mampu menghasilkan beras sendiri sepuluh tahun akan datang? Walaupun ketika ini, 40 peratus beras terpaksa diimport, timbul kebimbangan negara ke arah bergantung lebih 80 peratus mengimport beras daripada negara luar termasuk dari Vietnam, Pakistan, Thailand dan India.
Oleh itu, mohon kementerian mengambil usaha-usaha untuk melaksanakan perkara ini dan juga untuk menghapuskan kartel yang menguasai pengawalan padi dan beras negara. Dalam masa yang sama, mohon kementerian juga berusaha mempelbagaikan hasil produk pertanian melalui R&D. Hasil pertanian seperti keladi, ubi keledek, buah tembikai, buah labu dan lain-lain mesti diusahakan untuk diproses menjadi bahan makanan pelbagai. Tidak hanya digunakan secara tradisi, sejauh manakah usaha kementerian memanfaatkan tanah terbiar melebihi 103,563 hektar seluruh negara untuk mengeluarkan produk makanan sebagai usaha mengurangkan import makanan.
Adalah diharapkan tanah terbiar yang masih belum dimajukan terdiri daripada paya dan belukar lebih kurang 7,000 hektar dalam Daerah Temerloh. Situasi ini mohon mendapat perhatian kementerian untuk dimajukan dan diusahakan bagi menghasilkan makanan dan ia dapat membuka peluang pekerjaan dan menampung keperluan makanan yang semakin meningkat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Seterusnya, mohon Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dapat melihat keperluan membina sebuah kilang pemprosesan makanan ikan di Kawasan Perindustrian Songsang, Temerloh. Ini bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, tetapi dapat menjadi pembekal kepada makanan ikan seluruh negara. Dengan ini diharapkan kos bekalan makanan ikan tidak terus naik, terutama bagi penternak ikan patin sangkar dan ikan air tawar di Temerloh khususnya dan penternak ikan seluruh negara. Ini kerana sebahagian besar keperluan makanan diimport daripada Thailand.
Selain itu, berita tentang Kumpulan Wang Awam Persaraan (KWAP) yang melabur sejumlah RM200 juta dalam eFishery, sebuah syarikat Indonesia pada pertengahan tahun 2023 sebagai sebahagian daripada pusingan pembiayaan Siri D syarikat tersebut. Mohon perhatian. Oleh itu, ingin penjelasan Kementerian Kewangan, apa yang terjadi kepada pelaburan tersebut? Adakah pelaburan ini menerima nasib yang sama seperti pelaburan PNB dan Khazanah dalam Syarikat FashionValet yang menerima kerugian RM43.9 juta.
Temerloh juga menyokong petisyen untuk memansuhkan caj RM1 setiap kali pelanggan mengeluarkan wang dari ATM di luar rangkaian bank pengguna.
Walaupun nampak RM1 nilai begitu kecil, tetapi PayNet telah mengawal transaksi ATM bersama dengan Bank Negara Malaysia dan 11 bank pemegang saham telah mencipta monopoli dan tahun 2023 sahaja mencatat pendapatan RM544 juta dan RM271 juta pendapatan bersih.
Soalnya, ke mana wang ini pergi? Sudah tentu bukan untuk membantu rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup. Oleh itu, Temerloh mohon caj ini dihapuskan kerana caj RM1 tidak perlu dikenakan kerana bank sudah pun mencatat keuntungan besar. Ia merupakan satu tekanan kepada rakyat dan tidak adil terutamanya golongan berpendapatan rendah, B40 dan M40. Perkara ini telah terbukti ketika COVID. Bank tidak mengenakan caj kepada pengguna tetapi bank masih mencatat keuntungan tahunan.
Seterusnya ingin menyentuh isu kemalangan maut. Hingga Oktober 2024, Malaysia mencatat jumlah yang terlalu tinggi. Hampir 536 kes melibatkan kemalangan maut. Ramai ahli keluarga kehilangan orang yang disayang dan sumber manusia berkepakaran sekelip mata hilang termasuklah kemalangan maut yang menyebabkan kehilangan permata negara, Aysar Zahran bin Saiful Alimin yang merupakan pelajar terbaik dunia dalam perakaunan. Salam takziah kita ucapkan kepada keluarga. Oleh itu, dicadangkan kerajaan menggubal akta memperkasakan hukuman yang lebih berat dan denda yang tinggi ataupun diyat kepada pemandu mabuk atau cuai yang menyebabkan kemalangan maut.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Hari ini juga kita mendengar keluhan rakyat akibat kos hidup yang terlalu meningkat. Kesan kenaikan harga barang kerana kenaikan daripada hasil kenaikan diesel. kita dengar lagi kenaikan harga elektrik, sudah pasti ini membebankan rakyat.
Oleh itu, masalah kos sara hidup yang semakin meningkat, penyelesaiannya bukan melalui gaji minimum, sebaliknya mengkaji semula sistem yang membuka ruang monopoli seperti approval permit, lesen perniagaan eksklusif dan sebagainya sehingga menentukan harga barang di pasaran.
Temerloh juga menyokong penuh usaha tindakan JAKIM di bawah Menteri Agama berkaitan garis panduan kehadiran Muslim dalam majlis bukan Islam. Ia adalah satu keperluan sebagai memelihara akidah umat Islam. Orang bukan Islam, jangan bimbang dan mereka perlu menghormati agama Islam dan larangan yang dikenakan. Ada ketikanya orang Islam boleh meraikan perayaan tertentu kaum lain demi untuk membina perpaduan dan kesejahteraan bersama selagi ia tidak bercanggah dengan ketetapan agama Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Orang Islam boleh menghadiri perayaan. Sikit lagi. Tahun Baru Cina, sambutan Deepavali, Ponggal dan garis panduan tersebut hanya menggariskan tentang larangan untuk hadir dalam upacara agama kaum lain. Ini sepatutnya tidak menimbulkan prasangka...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Temerloh, boleh mencelah?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
...Bahawa garis panduan tersebut boleh menjejaskan perpaduan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Oleh itu, tidak setuju juga cadangan untuk melantik Menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam di peringkat Persekutuan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama Persekutuan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Dalam Perkara 11, menjamin kebebasan beragama, bagi hal ehwal agama bukan Islam, sudah ada Kementerian Perpaduan dan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum. Pihak berkuasa tempatan juga mempunyai bidang kuasa atas penubuhan rumah-rumah untuk melaksanakan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Temerloh, boleh mencelah satu?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
...Ritual agama selain Islam.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Nak tanya satu.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya dah habis masa dah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau rakan meninggal dunia...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Pelantikan Menteri khusus untuk agama bukan Islam boleh mengundang perbalahan dan pertikaian agama Islam, agama lain kerana agama bukan Islam berbagai kepercayaan seperti Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain. Jika melantik Menteri, mesti mewakili semua agama secara saksama dan sukar dilaksanakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Temerloh, kalau rakan bukan Islam meninggal dunia...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Saya sudah habis.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Adakah perlu mendapat kelulusan JAKIM dulu sebelum menziarahi? Mana ada masa. Jadi, panduan itu tidak begitu sesuailah.
Jadi harap– sebelum Menteri...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Cukup, sebab saya pun sudah habis. Saya pun ada lagi nak cakap ni kalau saya nak ikutkan tapi kerana...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi nak dapat pandangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat- Yang Berhormat, sila duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Kalau kawan yang bukan Islam meninggal dunia nak menziarahi perlukan mendapat kelulusan terlebih dahulu mana ada masa.
Betul tak?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, okey cukup.
Sudah ada garis panduan. Kita ikut...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Ikut peraturan mesyuarat. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Port Dickson ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah ucapan Baginda yang penuh dengan hikmah semasa Majlis Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas. Titah Baginda Tuanku seharusnya menjadi rujukan penting untuk semua Ahli Dewan sepanjang perbahasan bagi memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, Port Dickson ingin membawakan perbahasan Titah Diraja ini dalam tajuk besar yang meliputi kejayaan Kerajaan Perpaduan iaitu prestasi ekonomi, pemerkasaan sektor-sektor domestik negara dan kejayaan membina imej Malaysia di mata dunia tanpa meninggalkan usaha memperkasakan rakyat yang berpendapatan rendah.
Sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia telah pun berada di landasan yang baik di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun setelah melalui dua tahun yang penuh dengan cabaran. Indikator-indikator ekonomi pada tahun 2024 telah menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia dalam keadaan yang membanggakan. Bukan mudah untuk sebuah negara kecil yang sedang membangun menempuh cabaran getir bagi mengatasi keadaan global yang tidak menentu dan telah melemahkan, permintaan serta pertumbuhan di kebanyakan negara.
Tindakan pasukan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh dua tahun ini memberi fokus dan menyusun semula kerangka ekonomi negara dengan melakukan pelbagai reformasi dalam pengurusan dan pentadbiran negara yang akhirnya telah memberikan jalan keluar kepada konflik dalaman negara yang sering berulang saban tahun.
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Memang tidak mudah, tetapi pasukan yang mantap ini telah memulakan agenda ini untuk melihat Malaysia yang lebih baik dalam tempoh lima ke 10 tahun yang akan datang.
Port Dickson tidak perlu mengulang-ulang apa yang disebut oleh Baginda Tuanku seperti nilai KDNK ataupun jumlah perdagangan negara. Itu telah pun diketahui umum termasuk rakan-rakan di sebelah sana. Port Dickson akan menyenaraikan secara lebih bersasar melalui pengalaman Port Dickson dalam mengurus negeri kecil yang sedang membangun pesat bagi memberikan gambaran yang jelas tentang impak usaha Kerajaan Perpaduan sejak dua tahun yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pemulihan industri pelancongan, perdagangan dan perkhidmatan kewangan telah memberikan impak yang positif.
Tahun lalu, sektor pelancongan saja telah mencatatkan peningkatan ketibaan
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
pelancong antarabangsa sebanyak 162.4 peratus, membuktikan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong.
Negeri Sembilan juga tidak ketinggalan menyumbang kepada usaha pencapaian ini. Sebagai contoh, Port Dickson akan menjadi salah satu destinasi lokasi mesyuarat ASEAN tahun ini kerana ia adalah antara salah satu lokasi tumpuan pelancong di Malaysia yang biasanya menerima 65,000 ke 70,000 pengunjung setiap minggu dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang ada. Memandangkan ia menjadi tumpuan, adalah diharapkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air harus menyegerakan menaik taraf pembinaan marine outfall atau sistem pembetungan pantai dan mengindahkan pantai dengan pembersihan pasir pantai di sepanjang pantai Port Dickson.
Untuk Rancangan Malaysia Ke-13, telah menyatakan bahawa dengan permintaan masyarakat terhadap fasiliti pelancongan dan kemudahan lebuh raya baru WCE yang menghubungkan Banting sehingga ke Gelang Patah melalui Port Dickson sepertinya akan merancakkan lagi sektor ekonomi di Negeri Sembilan, khususnya dalam sektor pelancongan.
Kita beralih kepada sektor pembuatan yang memainkan peranan penting khususnya dalam industri berteknologi tinggi dan eksport negara. Malaysia harus menjadi hab pengeluaran global dalam produk elektronik dan peralatan perubatan dengan eksport sektor ini meningkat sebanyak 8.6 peratus. Bagi menyokong pertumbuhan positif sektor pembuatan yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan, inisiatif membangunkan 11 kawasan perindustrian baru terus menjadi agenda utama dalam pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 pada masa ini.
Tumpuan pembangunan kawasan perindustrian baru yang akan melibatkan Taman Perindustrian Hamilton, XME Business Park, NS Smart Park, MVV Tech Park, Techpark@Enstek, Vision Business Park, Eka Smart Industrial Park, Sikamat Industrial Park, SPD Tech Valley, NS Semiconductor Valley dan Springhill Industrial Park dengan keluasan sejumlah 8,348 ekar, maka Port Dickson mencadangkan supaya FTZ ataupun free-trade zone di Port Dickson dapat dilaksanakan seperti pengumuman sebelum ini oleh Menteri Kewangan sebelum ini. Perkara ini juga berkait rapat dengan pelaburan domestik dan asing yang saban tahun menunjukkan kadar peningkatan yang positif yang mencerminkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia.
Inisiatif kerajaan serta pakej rangsangan ekonomi dan inisiatif pelaburan telah membantu menarik minat pelabur. Sebagai contoh, pembangunan MVV 2.0 yang telah memberi impak ekonomi ketara kepada negara menerusi pelaburan yang dibawa masuk dari dalam dan luar negara yang seterusnya mewujudkan peluang
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
pekerjaan serta peniagaan. MVV 2.0 adalah perancangan komprehensif jangka masa panjang sehingga 2045 bagi Daerah Seremban dan Port Dickson dengan memanfaatkan kedudukan strategik bersebelahan dengan pintu masuk antarabangsa negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Pelabuhan Klang.
Sebagai rekod pembangunan, MVV 2.0 telah membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi dengan peningkatan nilai pelaburan ke Negeri Sembilan melebihi RM32 bilion dari tahun 2018 hingga 2022. Merujuk kepada kadar pengangguran pula, telah berlaku penurunan kepada paras 3.2 peratus menerusi Statistik Tenaga Buruh 2024 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Fakta yang sama dari pihak DOSM menyatakan bahawa bilangan tenaga buruh pada November 2024 terus kukuh dengan peningkatan 0.1 peratus dan kadar penyertaan tenaga buruh kekal 70.5 peratus seperti bulan sebelumnya. Manakala bilangan penduduk bekerja menyaksikan trend menaik iaitu 0.2 peratus kepada 16.75 juta orang pada November 2024 berbanding 16.72 juta orang pada Oktober 2024. Ini adalah disebabkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 telah menarik minat anak-anak muda untuk bekerja di sektor-sektor yang dinyatakan.
Fakta-fakta ini juga terkait dengan usaha yang dilakukan Negeri Sembilan apabila tenaga kerja buruh di Negeri Sembilan meningkat 3.5 peratus pada tahun 2023 berbanding 1.6 peratus pada tahun 2022 dengan bilangan tenaga buruh seramai 553.9 ribu orang berbanding dengan 535,000 orang pada tahun 2022. Kadar penyertaan tenaga buruh di Negeri Sembilan juga meningkat sebanyak satu peratus pada 66.1 peratus pada tahun 2023 berbanding 65.1 peratus pada tahun 2022.
Timbalan Yang di-Pertua, namun kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan angka makro ekonomi semata-mata. Apa yang lebih penting adalah memastikan manfaat pertumbuhan ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40 yang masih terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Selain itu, kita tidak boleh mengabaikan isu inflasi yang membebankan rakyat. Langkah seperti pelaksanaan subsidi bersasar adalah wajar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Mekanisme pengagihan subsidi harus diperbaiki agar tiada ketirisan berlaku dan setiap peruntukan memberi impak positif kepada rakyat.
Pencapaian ekonomi Malaysia setakat ini membuktikan keupayaan kita untuk pulih daripada krisis dan terus berkembang. Namun, cabaran tetap ada. Oleh itu, pihak kerajaan, sektor swasta dan rakyat perlu berganding bahu dalam merealisasikan visi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif. Port Dickson yakin dengan usaha Kerajaan Perpaduan dalam tempoh dua
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
tahun ini akan memberikan kesan terus kepada rakyat. Setiap usaha membaik pulih ekonomi selepas ini akan memberikan jalan keluar kepada masalah periuk nasi rakyat dalam masa terdekat. Dengan iltizam dan usaha berterusan, insya-Allah Malaysia akan terus maju dan berdaya saing di persada dunia.
Timbalan Yang di-Pertua, Port Dickson ingin menegaskan sekali lagi bahawa segala usaha yang telah dilaksanakan oleh pasukan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan telah pun disambut dan didukung oleh negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Hal ini membolehkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melebar luaskan impak pentadbiran ini ke arah membangunkan semula Gaza. Jangan memandang remeh isu pembangunan semula Gaza hanya kerana kita berbeza ideologi politik. Isu Gaza semestinya menjadi tipping point ataupun titik kemuncak yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berhati perut dan tinggi nilai manusiawi selepas Gaza diperlakukan sedemikian rupa.
Baginda Tuanku tanpa ragu-ragu menyokong usaha murni ini sebagai tanda memahami arah tuju perjuangan rakyat Palestin walaupun kita dipisahkan beribu- ribu batu. Usaha ini telah pun menjadi darah daging Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Port Dickson ingin menyeru pimpinan-pimpinan di peringkat negeri untuk turut mengikut jejak langkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Port Dickson ingin berkongsi dengan sidang Dewan sekalian bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah pun melaksanakan Kempen Negeri Sembilan Peduli Palestin bagi Tabung Pembangunan Gaza sejak tahun 2021 melalui usaha sama dengan NGO Global Peace Mission Malaysia, bantuan makanan, perubatan, penternakan ayam. Manakala pada tahun 2023 selepas tragedi 7 Oktober, kerajaan negeri sekali lagi melancarkan Kempen Negeri Sembilan Peduli Palestin dan berjaya mengutip RM1 juta bagi tujuan membantu rakyat Palestin. Insya-Allah kita akan lancarkan tabung wakaf untuk pembangunan semula Palestin dengan anggaran kutipan RM4 juta.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Alhamdulillah, semalam kerajaan negeri telah memutuskan mewujudkan Tabung Pembangunan Gaza yang akan digerakkan di seluruh Negeri Sembilan bagi memastikan rakyat di Negeri Sembilan turut menyumbang bagi usaha tersebut. Port Dickson yakin jika usaha ini dimulakan dengan pihak kerajaan, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan turut sama menyumbang bagi membantu mangsa
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
kekejaman Zionis Israel sejak 75 tahun yang lalu yang begitu kejam menjarah bumi Palestin.
Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin menggulung perbahasan saya dengan menyatakan bahawa segala usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan sejak hari pertama menggalas amanah ini adalah untuk melihat perubahan berlaku di bumi bertuah ini. Dunia hari ini sedang memerhatikan Malaysia, dengan hadirnya Presiden Turki, dengan menyatakan sokongan dan mengukuhkan persahabatan dua negara Islam ini pasti akan menjadikan Malaysia bukan lagi negara kecil atau kerdil dari benua Asia yang boleh diketepikan.
Komitmen Malaysia dan pendirian yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam setiap siri forum dan perbincangan di peringkat antarabangsa telah menjadikan imej Malaysia di mata dunia sebagai sebuah negara harapan yang membawa suara negara-negara kecil yang sedang membangun.
Yakinlah bahawa negara kita yang kita cintai ini akan muncul sebagai sebuah negara maju yang berdaulat dan kita akan mewariskan kepada generasi akan datang.
Usaha ini wajib bermula sekarang, bukan tahun depan ataupun pilihan raya akan datang. Saya menyeru rakan-rakan Ahli Parlimen bersama-sama kita mendukung Titah Yang di-Pertuan Agong dengan penuh semangat dan harapan untuk melihat Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.
Sebagai Ahli Dewan Rakyat, kita perlu berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas demi memastikan Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang makmur, adil dan sejahtera. Dengan semangat perpaduan dan iltizam yang tinggi, saya yakin kita mampu mencipta masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.
Dengan itu, Port Dickson menjunjung usul Titah Diraja. Sekian, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja. Dato’ Yang di-Pertua, Penggal Keempat, sidang Dewan Rakyat yang mulia ini bermula dengan Titah Diraja yang menitipkan peringatan penting kepada kita semua agar memastikan negara terus berada di landasan yang betul demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Dalam titah tersebut ditekankan bahawa setiap dasar kerajaan haruslah berpaksikan kepada keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat seperti yang terkandung dalam prinsip-prinsip asas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya, Malaysia.
Sejarah Islam juga mengajar kita bahawa kejayaan sesebuah negara bukan diukur dari segi kekayaan elit semata-mata tetapi bagaimana pemimpinnya menjaga kebajikan rakyat. Kisah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sering menjadi rujukan kerana beliau memastikan keadilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan pemerintahannya.
Di peringkat tempatan, 1Malaysia dibentuk. Kebajikan dan hak rakyat, terutamanya golongan marhaen, dijadikan teras pembangunan negara. Namun, kini kita harus bertanya, adakah dasar-dasar yang sedang dilaksanakan benar-benar melindungi nasib rakyat terbanyak?
Dalam suasana ekonomi yang semakin tidak menentu ini, persoalan itu menjadi lebih mendesak. Ketidaktentuan ekonomi global, ditambah dengan dasar- dasar domestik yang semakin membebankan rakyat, membawa kita kepada suatu realiti pahit. Rakyat sedang dihimpit dengan pelbagai tekanan kos hidup yang kian melampau. Ekonomi negara kini berada dalam keadaan yang membimbangkan.
Ketidaktentuan ekonomi global, ketidakseimbangan pasaran buruh, kejatuhan nilai Ringgit dan kadar inflasi yang terus meningkat telah menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin melambung.
Golongan pekerja serta isi rumah B40 dan M40 kini menanggung beban yang kian berat. Situasi ini semakin terhimpit apabila kerajaan mula menarik pelbagai bentuk subsidi yang selama ini menjadi talian hayat kepada rakyat. Keputusan untuk menarik subsidi diesel dan pengumuman bahawa subsidi RON95 akan dimansuhkan secara berperingkat bakal memberi impak besar kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Apabila subsidi bahan api ditarik, kos logistik dan pengangkutan akan meningkat, seterusnya menaikkan harga barang keperluan asas. Ini akan menambah tekanan kepada rakyat yang sudah pun bergelut dengan kos hidup yang tinggi. Kenaikan harga beras dan kekurangan bekalan beras tempatan mampu milik adalah satu lagi tamparan besar kepada rakyat. Beras merupakan makanan ruji negara dan apabila beras putih tempatan tiada di pasaran, ramai rakyat tiada pilihan selain membeli beras import yang jauh lebih mahal.
Tidak cukup dengan isu bahan api dan makanan, kenaikan tarif elektrik pula menambahkan lagi beban isi rumah dan usahawan kecil. Walaupun kerajaan mendakwa kenaikan ini hanya melibatkan pengguna industri, hakikatnya kos operasi yang meningkat dalam sektor industri pasti akan disalurkan kembali kepada
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
pengguna akhir dalam bentuk harga barangan yang lebih tinggi. Bagi keluarga yang bergantung kepada peralatan elektrik untuk keperluan harian, peningkatan bil elektrik akan menyempitkan lagi perbelanjaan bulanan mereka.
Usahawan kecil dan sederhana pula berdepan dengan situasi sukar kerana kos tenaga adalah satu komponen utama dalam operasi mereka. Jika tiada campur tangan segera, ramai usahawan ini mungkin terpaksa gulung tikar. Tambahan kepada semua ini ialah kenaikan kadar faedah pinjaman yang telah menyebabkan terdapat pemilik rumah menghadapi risiko gagal membayar ansuran bulanan. Ramai daripada mereka kini hidup dalam keadaan resah kerana bimbang akan kehilangan rumah. Dalam kalangan usahawan kecil, akses kepada modal semakin sukar dan ini melemahkan daya saing serta pertumbuhan ekonomi tempatan.
Dato’ Yang di-Pertua, melihat kepada realiti ini, kerajaan tidak boleh terus mengabaikan penderitaan rakyat. Penghapusan subsidi dan kenaikan tarif tanpa langkah mitigasi yang sewajarnya hanya akan memburukkan keadaan. Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti negara-negara lain yang terlalu bergantung kepada dasar kapitalis tanpa mengambil kira nasib golongan pekerja dan masyarakat rentan.
Sebagai contoh, Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Donald Trump mengamalkan dasar penguntungan cukai untuk syarikat besar tetapi akhirnya, rakyat biasa terpaksa menanggung kos hidup yang meningkat serta beban hutang peribadi yang tinggi. Ini harus menjadi pengajaran kepada kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dengan mengabaikan kepentingan rakyat terbanyak.
Beberapa langkah segera bagi memastikan rakyat tidak terus menanggung beban boleh dipertimbangkan. Pertama, mengembalikan subsidi strategik. Kerajaan mesti mengkaji semula keputusan menarik subsidi diesel dan RON95 serta memastikan beras tempatan sampai kepada semua lapisan masyarakat. Kedua, mengawal tarif elektrik. Langkah proaktif harus diambil bagi menstabilkan tarif elektrik, termasuk memberi rebat kepada isi rumah berpendapatan rendah dan PKS yang terjejas.
Ketiga, menggalakkan pertumbuhan gaji. Dasar yang menyokong kenaikan gaji sejajar dengan kos sara hidup harus menjadi keutamaan, termasuk reformasi pasaran buruh dan memperkukuh Undang-undang Perlindungan Pekerja. Keempat, moratorium bersasar dan penstrukturan semula pinjaman. Memberikan moratorium bersasar kepada golongan yang paling terjejas serta menyediakan mekanisme penstrukturan semula pinjaman perumahan dan perniagaan kecil.
Dato’ Yang di-Pertua, kita mesti bertindak segera untuk mengelakkan krisis ini menjadi lebih parah. Sejarah Islam dan penubuhan awal negara ini mengajar kita bahawa keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang saksama adalah kunci kepada keamanan dan kemakmuran. Apabila pemimpin gagal menjaga kebajikan
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
rakyat, maka jurang sosial akan melebar. Ketidakpuasan hati akan meningkat dan akhirnya, kestabilan negara akan terancam.
Oleh itu, kita mesti mengambil tindakan segera dan berani membuat perubahan ke arah dasar ekonomi yang lebih adil. Janganlah kerana mahu mengejar keuntungan jangka pendek, kita mengabaikan nasib rakyat terbanyak. Kita mesti kembali kepada asas perjuangan, menjamin kebajikan rakyat, melindungi golongan rentan dan memastikan masa depan negara terus cerah untuk generasi akan datang.
Kita berada di persimpangan penting dalam sejarah negara. Tahun ini Malaysia memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN. Satu tanggungjawab besar yang menuntut negara menunjukkan kepimpinan yang berwibawa di peringkat serantau. Untuk menjadi contoh kepada negara-negara jiran, kerajaan mesti membuktikan bahawa kita mampu menangani cabaran ekonomi domestik dengan tuntas dan bijaksana.
Dalam masa yang sama, persediaan untuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas harus mengambil kira semua cabaran yang sedang dihadapi rakyat hari ini.
RMKe-13 bukan sekadar pelan lima tahun biasa tetapi mesti menjadi pelan pemulihan dan reformasi ekonomi yang benar-benar menyeluruh dengan fokus kepada kebajikan rakyat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
...dan pengurangan jurang sosioekonomi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
ASEAN. Terima kasih Yang di- Pertua. Saya setuju dengan pendapat Mersing mengenai ASEAN. Cuma, setuju tak Mersing apa yang dikatakan oleh Jakarta Post bahawa Perdana Menteri kita ini mempromosi diri dia sendiri berbanding dengan ASEAN itu sendiri. Apa pandangan Mersing? Terima kasih.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Jadi, itu pandangan daripada negara jiran kita. Masukkanlah dalam ucapan saya. Justeru, saya menyeru kerajaan untuk pertama, menangguhkan penarikan subsidi bahan api dan mengkaji semula kesannya kepada golongan berpendapatan rendah.
Kedua, memastikan peruntukan RMKe-13 benar-benar sampai kepada rakyat, khususnya dalam bentuk bantuan kos sara hidup, sokongan kepada usahawan kecil serta pelaburan dalam sektor pendidikan dan kesihatan. Ketiga, menggunakan platform ASEAN untuk merangka kerjasama ekonomi serantau yang dapat membantu negara pulih daripada tekanan ekonomi global.
Tanggungjawab kita di Dewan ini ialah memastikan rakyat tidak terus terhimpit, malah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sejarah akan menilai tindakan kita hari ini. Janganlah kita berdiam diri ketika rakyat sedang menanggung
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
beban yang kian berat. Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan kepentingan politik sempit dan meletakkan keutamaan kepada masa depan negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Dato’ Yang di-Pertua, sempena Kempen Melawat Malaysia Tahun 2026, selaras Kempen Tahun Melawat Johor 2026, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada usaha penting pentadbiran Daerah Mersing khasnya Sekretariat Majlis Daerah Mersing untuk menjadikan Mersing sebagai International Network of Sustainable Tourism Observatories (INSTO) ke-46 di dunia menjelang tahun 2026.
Sehingga Oktober 2024, sebanyak 45 destinasi di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan lestari oleh INSTO, sebuah badan di bawah Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO).
Negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina telah mempunyai destinasi INSTO di Asia Tenggara. Mersing berpotensi untuk menjadi destinasi ke-46 dengan pengiktirafan ini. Mersing dengan khazanah alam semula jadi dengan tema “From Rainforest to Reef” dengan izin, “Dari Hutan Hijau ke Terumbu Karang”.
Keindahannya meliputi hutan hijau, malar hijau, keindahan gunung-ganang, pantai, pulau dan kepelbagaian terumbu karang. Memiliki potensi besar untuk diiktiraf sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang berteraskan pembangunan lestari. Pengiktirafan ini akan meletakkan Mersing dalam rangkaian global pelancongan lestari dan memaju ekonomi tempatan dengan cara yang mesra alam serta inklusif kepada komuniti setempat. Namun, untuk memastikan matlamat ini tercapai, beberapa isu utama perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan:
(i) pembangunan infrastruktur hijau dan mesra alam;
(ii) pemeliharaan biodiversiti dan alam sekitar.;
(iii) penglibatan dan pemerkasaan komuniti tempatan;
(iv) strategi pemasaran dan promosi antarabangsa; dan
(v) sokongan dasar dan peruntukan kewangan.
Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali. Dalam usaha menjadikan Mersing sebagai INSTO ke-46 di dunia, suka saya menyentuh isu liputan telefon dan internet yang masih menjadi cabaran utama di kawasan Mersing. Liputan internet dan data jalur lebar kini menjadi infrastruktur asas yang amat penting dalam era digital.
Di sebalik perkembangan pesat teknologi rangkaian generasi kelima (5G) yang tertumpu di kawasan bandar, ketersambungan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar termasuk di Mersing masih ketinggalan jauh. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif, namun capaian internet di kampung-kampung tradisional, perkampungan Orang Asli dan pulau-pulau sekitar Mersing masih lemah serta tidak stabil.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Di kawasan rumah saya sendiri iaitu di Kampung Tanjung Resang misalnya, masalah liputan kritikal menyebabkan penduduk sering menghadapi gangguan capaian internet. Penduduk terpaksa bertukar-tukar rangkaian penyedia perkhidmatan (telco provider) untuk mendapatkan liputan yang lebih baik. Namun, masalah coverage loophole dengan izin, masih berlaku. Ada yang terpaksa berulang-alik dari kampung ke bandar atau lokasi tertentu semata-mata untuk mendapatkan capaian internet bagi melakukan transaksi perbankan, membuat panggilan telefon atau mengakses media sosial.
Situasi ini bukan sahaja mengganggu urusan harian malah menjejaskan komunikasi rakyat dan pelancong khususnya di kawasan-kawasan tarikan pelancongan seperti Penyabong dan perkampungan Orang Asli Peta dan Punan yang terkenal dengan Taman Negara Endau-Rompin.
Saya difahamkan bahawa kerajaan telah menjanjikan 100 peratus liputan Internet di kawasan yang berpenduduk menjelang tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion. Pada masa yang sama, capaian 5G negara dijangka mencapai 80 peratus di kawasan berpenduduk pada penghujung tahun 2024.
Selain itu, projek Jaringan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 akan bermula pada tahun 2025. Projek ini memberi fokus kepada meningkatkan liputan jalur lebar tetap melalui teknologi gentian optik. Kedua, memperkasa teknologi satelit sebagai alternatif di kawasan pendalaman dan pulau-pulau terpencil dan ketiga, menambah baik kualiti perkhidmatan rangkaian mudah alih dengan penggunaan teknologi terkini.
Saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk meluaskan infrastruktur digital di kawasan luar bandar seperti Mersing. Dengan pelaksanaan menyeluruh inisiatif JENDELA, kita dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar serta meningkatkan peluang ekonomi digital dalam kalangan penduduk luar bandar termasuk pengusaha pelancongan dan usahawan kecil.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas usaha membina 22 menara telekomunikasi baharu di Parlimen Mersing di bawah program JENDELA Fasa 1.
Usaha ini penting bagi memastikan penduduk di Mersing dapat menikmati akses Internet yang lebih lancar dan menyelesaikan isu ketiadaan liputan serta gangguan perkhidmatan jalur lebar secara berperingkat.
Namun, saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa menara telekomunikasi baharu yang masih belum beroperasi sepenuhnya. Saya ingin menyeru agar proses penyelarasan teknikal dipercepatkan supaya menara-menara ini dapat diaktifkan segera demi kesejahteraan rakyat.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Bagi mempercepatkan capaian internet berkualiti di kawasan luar bandar seperti Mersing, saya menyarankan supaya pertama, kerajaan mempercepatkan penggunaan teknologi satelit internet seperti High Throughput Satellites dan Low Earth Orbit Satellite bagi kawasan yang sukar dicapai oleh infrastruktur gentian optik.
Kedua, memperluaskan program Wi-Fi Community di kawasan tumpuan seperti sekolah, masjid, balai raya dan kawasan aktiviti belia dan sukan. Ketiga, mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan, MCMC dan syarikat telekomunikasi swasta untuk memastikan penambahbaikan liputan dilaksanakan secara menyeluruh.
Dengan adanya infrastruktur canggih dan perkhidmatan jalur lebar berkualiti, saya yakin Mersing akan terus maju ke hadapan sebagai destinasi pelancongan berdaya saing serta hab ekonomi digital luar bandar yang mampan. Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan pada saya untuk menyertai perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.
Dalam kita berbangga dengan kepesatan kemajuan negara, kita perlu sedar bahawa terdapat isu-isu asas yang masih belum diselesaikan. Saya akan mendahului dengan beberapa isu kawasan dahulu.
Dato’ Yang di-Pertua, bayangkan seorang anggota bomba yang baru sahaja bertarung dengan api selama berjam-jam. Dia letih, lesu dari segi fizikal serta mentalnya yang diuji ke tahap maksimum. Namun tugas mereka tidak berakhir di situ sahaja. Ramai terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang.
Di Parlimen Bukit Bendera terdapat Balai Bomba Bagan Jermal di mana ada anggota-anggotanya yang berjalan jauh tiap-tiap hari, dari Nibong Tebal, Parit Buntar malah sejauh Anak Bukit di Alor Setar pun ada. Bolehkah kita kata yang kita benar- benar mengambil berat tentang kebajikan mereka jika selepas menyelamatkan nyawa, mereka sendiri terpaksa menaruhkan nyawa hanya untuk pulang ke rumah?
Kadar kemalangan dalam kalangan petugas kecemasan amat membimbangkan dan tidak sukar untuk memahami apa sebab iaitu keletihan. Atas sebab itu kita perlu bertindak dengan segera melalui langkah-langkah berikut iaitu membina lebih banyak kuarters berhampiran balai bomba. Anggota bomba berhak
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
mendapatkan tempat tinggal yang selesa supaya mereka dapat berehat secukupnya dan bersedia menghadapi kecemasan. Kemudian menambahkan juga sumber untuk bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap.
Dato’ Yang di-Pertua, selain pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan komuniti.
Namun, meskipun tugas mereka amat berat, mereka masih kurang dihargai dan kurang mendapat sumber yang mencukupi. Unit Penyelamat Pantai di Pulau Pinang berusaha tanpa henti untuk memastikan keselamatan di pantai kita.
Tetapi realitinya menara pemantauan atau dengan izin, baywatch tower, mereka sendiri berada dalam keadaan yang uzur. Ambil contoh Pantai Miami, Batu Feringghi. Sebuah destinasi pelancongan utama, namun menara pengawasnya telah diklasifikasikan sebagai tidak selamat. Malangnya sehingga kini JKR masih belum meluluskan perobohan dan pembinaan semula.
Jadi, adakah kita mahu menunggu tragedi yang boleh dielakkan sebelum bertindak? Kita mesti mempercepatkan pembinaan semula menara pemantauan ini bagi memastikan keselamatan pantai dan juga anggota-anggota penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Negara kita tidak dapat berfungsi tanpa petugas barisan hadapan. Jadi, janganlah kita gagal dalam melindungi mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, salah satu tragedi terbesar dalam masyarakat semasa ialah apabila ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan yang tidak berdaftar dan tidak dikawal selia. Kita telah menyaksikan tajuk-tajuk berita yang memilukan. Pengabaian, penderaan malah kematian kanak-kanak yang tidak bersalah. Mengapa? Kerana pusat penjagaan yang selamat, berkualiti dan mampu milik masih sukar diakses.
Di sini, saya ingin menyeru kerajaan untuk menambahkan lagi bilangan tadika dan taska KEMAS dan memastikan bahawa pusat jagaan kanak-kanak selamat serta dilengkapi dengan baik. Tambahan pula, menyediakan insentif kepada penjaga yang berkelayakan agar kita dapat menarik individu yang benar-benar komited dan berkemampuan untuk menjaga anak-anak kita.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Dato' Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pemerhati, kita perlu memimpin. Kita juga mesti menjadi suara moral dan keadilan di rantau ini. Geopolitik semakin meruncing dan cabaran kepada ketidakstabilan serantau semakin meningkat. Kita mesti tegas dalam mempertahankan hak asasi manusia tetapi juga perlu bijak dalam diplomasi dan kukuh dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam isu pelarian dan pemohon suaka, kita perlu mempercepatkan pendaftaran mereka dengan memberi akses kepada UNHCR untuk membantu
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
dalam pemprosesan serta penempatan semula. Ini bukan sahaja tindakan berperikemanusiaan tetapi juga satu langkah strategik untuk mengurus sumber negara dengan lebih baik. Namun, kita mesti jelas. Kepentingan rakyat Malaysia harus diutamakan. Kita perlu memastikan sumber negara digunakan secara bijak agar rakyat tidak terbeban.
Dato' Yang di-Pertua, pelancongan di Malaysia sering kali dilihat sebagai industri yang dipacu oleh festival, acara dan tarikan jangka pendek. Namun, pelancongan bukan sekadar acara. Ia adalah pemacu ekonomi yang berpotensi membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Salah satu aset utama pelancongan kita adalah pantai-pantai yang indah. Namun, hakisan pantai dan juga pengurusan kawasan pesisiran yang lemah mengancam keindahan alam. Malaysia mesti mengadaptasi dasar pengurusan pantai yang lebih baik seperti melaksanakan perlindungan pantai mampan dan juga melabur dalam program pemulihan pantai.
Menggunakan penyelesaian berasaskan alam seperti menanamkan semula bakau, terumbu tiruan dan juga membina tembok pemecah ombak semula jadi untuk mengurangkan hakisan. Sambil itu, mengawal pembangunan pesisiran pantai. Hotel dan juga resort kadang-kadang dibina terlalu dekat dengan pantai dan menyumbangkan kepada hakisan. Jadi, undang-undang pengezonan (zoning laws) perlu dikuatkuasakan dengan lebih ketat untuk melindungi pantai.
Selain itu, salah satu segmen yang kurang dimanfaatkan adalah industri pelancongan kita iaitu pelancongan konservasi hidupan liar. Manusia merupakan habitat kepada beberapa spesies paling terancam di dunia. Namun kita belum sepenuhnya memanfaatkan potensi untuk ekopelancongan.
Banyak negara berjaya mengintegrasikan usaha konservasi dalam pelancongan. Sebagai contoh, program trekking gorilla di Rwanda yang bukan sahaja menjana pendapatan berjuta-juta Dolar tetapi juga membiayai usaha konservasi dan pembangunan komuniti. Malaysia adalah habitat kepada hidupan liar yang cukup-cukup menakjubkan tetapi banyak spesies kita berada di ambang kepupusan.
Saya bagi contoh, Harimau Malaya. Sekarang ini kurang daripada 150 ekor sahaja yang tinggal. Gajah Pygmy Borneo kurang daripada 1,500 ekor yang tinggal.
Badak sumbu Sumatera dengan izin, telah functionally extinct di Malaysia. Kurang daripada 47 ekor sahaja yang tinggal. Orang Utan Borneo dan Sumatera, pemusnahan habitat mendorong mereka ke arah kepupusan. Penyu sisik ataupun dengan izin, Hawksbill, ancaman terbesar adalah pengambilan telur secara berlebihan dan pencemaran plastik.
Jadi, sejauh manakah kementerian serius dalam mempromosikan konservasi hidupan liar sebagai produk pelancongan utama? Bagaimana kita dapat memastikan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
bahawa dalam 10 tahun, pelancong ataupun anak-anak kita tidak hanya melawat muzium untuk melihat apa yang telah kita kehilangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan point yang terakhir iaitu mengenai identiti Malaysia. Saya berdiri di sini hanya bukan sebagai seorang wakil rakyat tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang kecewa. Kecewa dengan apa yang telah kita jadi, kecewa dengan apa yang telah kita biarkan berlaku kepada maruah negara dan juga kecewa dengan hipokrasi kita dalam soal patriotisme. Kita sering bercakap tentang cinta kepada Malaysia tetapi apabila kita berjalan di jalan- jalan raya dan sebagainya, apa yang kita lihat?
Jalur Gemilang yang pudar, koyak dan dibiarkan lusuh seperti ini... [Sambil memegang sehelai bendera Malaysia] Bendera yang sepatutnya berdiri megah dengan penuh kebanggaan sebaliknya diabaikan dalam kehinaan. Kita melihat bendera kotor yang lama, yang lusuh masih dikibarkan di luar bangunan, di sekolah- sekolah, di bangunan-bangunan kerajaan malah pada tiang bendera di hadapan pejabat-pejabat rasmi.
Namun, tiada siapa yang bersuara. Kita lalu tanpa menghiraukan seolah-olah ia perkara yang biasa tetapi apabila kita melihat bendera asing dikibarkan di tanah air kita, tiba-tiba kita marah. Tiba-tiba ada yang mengugut untuk bertindak ganas.
Tiba-tiba semua orang merasakan bahawa maruah mereka tercabar. Di mana perasaan marah ketika Jalur Gemilang kita diabaikan sedemikian?
Patriotisme bukan sekadar berdiri tegak apabila lagu Negaraku dimainkan. Ia bukan hanya menyambut Merdeka ataupun Hari Malaysia setahun sekali. Ia bukan sekadar melaung, “Saya Anak Malaysia," di media sosial. Ia tentang hormat dan hormat bermula dengan bagaimana kita menjaga Jalur Gemilang kita. Saya katakan, cukup. Cukup dengan nasionalisme kosong. Cukup dengan kemarahan selektif, cukup dengan memperlakukan bendera kita sebagai sekadar hiasan. Jika kita tidak boleh menghormati bendera kita sendiri, maka apakah yang sebenarnya kita memperjuangkan? Jadi dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bukit Bendera, laluan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Dah nak habis dah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bendera, berkenaan bendera tadi itu. Boleh sikit?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Saya dah —Tak apa, kita boleh bincang dekat luar nanti. Jadi, terima kasih...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, fasal mengibarkan bendera asing itu satu kesalahan, Yang di-Pertua. Satu kesalahan. Terima kasih.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
...Diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas peluang yang diberikan untuk
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
menyampaikan perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Semoga usaha kita membawa manfaat kepada negara dan rakyat. Sekian, terima kasih. Bukit Bendera menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama menyampaikan ucapan perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-15 pada 3 Februari yang lalu. Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita mendoakan kepada Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sedang menerima perubatan di luar negara, dikurniakan kesembuhan segera dan kembali sihat seperti sediakala. Amin. Dalam ucapan ini, pertama, saya ingin menyentuh sedikit mengenai ekonomi Malaysia tahun 2025. Berdasarkan kepada laporan Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia diunjurkan bertumbuh 4.5 sehingga 5.5 peratus berbanding unjuran 2024, 4.8 sehingga 5.3 peratus. Ekonomi negara dijangka berkembang tetapi makin mencabar. Ekonomi negara amat bergantung kepada dagangan dengan negara-negara luar dan juga ekonomi dalaman. Kedua-dua sumber ekonomi ini semakin mencabar. Sebab utama ialah ekonomi global tidak menentu. Amerika Syarikat telah mengenakan tarif 25 peratus ke atas import dari Mexico dan Kanada baru-baru ini dan kenaikan 10 peratus ke atas negara China.
Tindakan ini memberikan impak negatif kepada kedua-dua pihak, terutamanya Amerika Syarikat kerana harga barang akan naik memberi kesan kepada kuasa membeli, kadar inflasi akan naik dan kemungkinan kadar faedah dinaikkan. Semua ini akan memberi kesan kepada Malaysia kerana 17 peratus dagangan Malaysia adalah dengan negara China dan 11 peratus dengan Amerika Syarikat. Ia bermakna bahawa 28 peratus dagangan Malaysia adalah dengan kedua- dua negara ini. Persoalannya ialah sama ada negara mampu mencapai kadar KDNK seperti yang disasarkan bagi 2025 iaitu 4.5 kepada 5.5 peratus.
Mengenai kos sara hidup, Dato' Yang di-Pertua. Berhubung dengan perkara ini, saya ingin memetik Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berbunyi, “Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Namun begitu, kerajaan hendaklah menentukan agar prestasi yang baik ini membawa pelbagai nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukan hanya membawa kekayaan kepada kumpulan tertentu sahaja.” Saya percaya apa yang dititahkan oleh Baginda Tuanku ini adalah berasaskan kepada keprihatinan Baginda terhadap kehidupan rakyat kebanyakan yang terhimpit dan tertekan disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Mari kita perhatikan kos yang akan naik pada tahun 2025 ini. Cukai SST, pelaksanaan skop SST secara progresif akan bermula 1 Mei 2025. Dividen tax dua peratus, cukai gula 80 peratus, tiada lagi subsidi RON95 bagi yang kaya T15, tarif elektrik naik 15 peratus bermula 1 Julai 2025, premium insurans naik 10 peratus, bantuan pendidikan, kesihatan bagi T15. Ini belum ditentukan lagi pendapatannya.
Ini ditambah dengan kos sara hidup yang naik pada tahun 2024 iaitu cukai SST naik dari enam kepada lapan peratus, diesel naik 53 peratus.
Harga barang terutamanya makanan dijangka naik. Inflasi makanan global yang di tracked oleh Food, Agriculture Organization of United Nations menunjukkan kenaikan berterusan sejak 2023. Inflasi harga makanan bagi Disember 2024 ialah 6.7 peratus tahun ke tahun disebabkan harga diesel yang tinggi dan inflasi harga makanan. Perang perdagangan ataupun trade war adalah risiko besar kepada ekonomi negara. Ekonomi negara akan terjejas lebih teruk lagi jika trade war ini merebak ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan juga negara-negara lain.
Angka KDNK yang tinggi mencerminkan ekonomi berada di tahap yang baik.
Namun, ia tidak bermakna rakyat senang. Sebagai contoh, daerah Lojing di Kelantan KDNK per kapitanya adalah ketujuh paling tinggi di Malaysia. Namun, kadar kemiskinan adalah 44 peratus pada tahun 2022. KDNK boleh berkembang tetapi rakyat tidak semestinya senang. Jika tidak miskin pun, senang jatuh miskin. Seorang dari dua orang rakyat Malaysia ataupun 50 peratus tidak ada simpanan walaupun RM1,000. Hanya 50 peratus bumiputera ada akaun ASB yang mana purata simpanannya RM16,000. 50 peratus lagi penyimpan ASB hanya mempunyai simpanan purata RM590 sahaja.
Malah simpanan KWSP oleh bumiputera juga rendah. Simpanan menengah median bumiputera di KWSP pada tahun 2023 ialah RM7,320 sahaja. Berbanding dengan rakan-rakan Cina kita, RM43,000 dan India RM15,000. Semua angka ini ada hubung kait dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai agenda memperkasa bumiputera bagi mengukuhkan ekonomi mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, kita jangan lihat angka secara mikro. Ya betul, kadar pengangguran rendah tetapi gaji rakyat masih kecil. Pekerja mahir hanya 29 peratus berbanding 91 di Singapura. Ya, kadar pengangguran rendah tetapi graduan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
underemployed. Umpamanya jumlah graduan pada 2022 ialah 226,000 orang tetapi kerja mahir yang dicipta setaraf dengan mereka hanyalah 105,000 orang sahaja.
Kadar pengangguran 3.4 peratus nampak okey. Tetapi bila diselak rupanya indah khabar dari rupa. Kita harus jujur menerima kenyataan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai ketua portfolio MITI, Pelaburan, Perdagangan dan Industri Perikatan Nasional, saya ingin menyentuh beberapa perkara penting mengenai ketiga-tiga aktiviti ekonomi yang memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara malahan menentukan kekuatan mata wang ringgit kita itu sendiri.
Untuk makluman, saya pernah menjadi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pelaburan, perdagangan dan industri selama 10 tahun.
Lama juga itu. Jadi, saya fahamlah sikit-sikit kalau tidak banyak mengenai subjek yang akan saya perkatakan ini. Prestasi pelaburan negara sejak lapan tahun, 2017 hingga 2024 adalah seperti berikut.
2017 ─ RM211.9 bilion, 2018 ─ RM201.787 bilion, 2019 ─ RM207.9 bilion, 2020 ─ RM164 bilion, 2021, hanya selepas PKP, RM300.55 bilion. Masa itu Perikatan Nasional memerintah. 2022 ─ RM264.6 bilion, 2023 ─ RM329.5 bilion, 2024, Januari sampai September RM254.7 bilion. Nilai pelaburan 2024 ini adalah kenaikan 10.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Angka pelaburan selama lapan tahun menunjukkan bahawa keputusan pelabur untuk membuat pelaburan di Malaysia tidak bergantung pada siapa yang menjadi Perdana Menteri atau kerajaan mana yang memerintah. Mereka memilih Malaysia kerana dasar kita terutamanya mengenai pelaburan adalah konsisten sepanjang masa. Ini kekuatan negara kita Malaysia. Kita dapat melihat tahun 2021 pertama kali nilai pelaburan mencecah lebih daripada RM300 bilion. Ini disebabkan oleh permintaan cip meningkat secara mendadak untuk keperluan industri automotif terutamanya dan juga industri-industri lain.
Begitu juga dengan permintaan solar panel yang meningkat kerana permintaan tenaga diperbaharui. Saya masih ingat pada tahun 2021, Kedah mencatatkan nilai pelaburan RM68.3 bilion yang merupakan satu sejarah dalam rekod baharu bagi negeri Kedah. Ketika itu terdapat dua pelabur besar dari luar negara iaitu AT&S dari Austria, chips dan Risen Solar yang membuat solar panel dari negara China.
Cabaran utama negara dalam pelaburan dan perdagangan bagi 2025 ialah isu geopolitik dan ketidaktentuan perdagangan dunia. Selepas Presiden Trump mengambil alih kepimpinan Amerika Syarikat pada 20 Januari lalu khususnya kemungkinan kenaikan tarif yang akan membawa kesan terhadap eksport Malaysia
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
terutamanya dari Amerika Syarikat yang melibat sektor strategik seperti semikonduktor.
Risiko seterusnya adalah kemungkinan Amerika Syarikat mengenakan tarif lebih tinggi terhadap produk syarikat-syarikat dari negara China yang beroperasi di Malaysia. Syarikat-syarikat dari luar seperti Jerman, Austria, Jepun dan sebagainya beroperasi di Malaysia kerana Malaysia menandatangani FTA dengan 17 negara.
Salah satu langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi mengurangkan impak negatif terhadap kesan kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat ialah dengan mempertingkatkan lagi usaha menandatangani FTA dengan negara- negara yang belum direalisasi. Berhubung dengan perkara ini, saya mengucapkan syabas kepada Menteri MITI kerana telah mengambil langkah untuk menyambung semula perundingan FTA dengan Kesatuan Eropah yang selepas 20 tahun terhenti.
Betul ia tidak mampu menyelesaikan masalah sepenuhnya kerana nilai dagangan antara Malaysia dengan Amerika ialah sebesar 11 peratus daripada jumlah dagangan RM2.63 trilion bagi tahun 2023. Malaysia sepatutnya mempertingkatkan perdagangan dengan negara Islam seperti Turki dan sebagainya.
Satu lagi risiko ialah kemungkinan Amerika Syarikat akan mengenakan lagi – menaikkan lagi tarif terhadap negara-negara yang menikmati surplus lebihan dalam perdagangan dengan Amerika Syarikat. Malaysia sendiri menikmati surplus RM80 bilion ketika ini. Saya difahamkan selepas China, Mexico dan Kanada, sasaran Amerika Syarikat seterusnya ialah negara-negara Kesatuan Eropah diikuti dengan ASEAN. Vietnam menikmati surplus yang tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN. Persoalannya ialah apakah langkah dan tindakan kerajaan bagi memitigasi isu ini?
Seterusnya yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua ialah mengenai rancangan tebatan banjir Parlimen atau pun Daerah Kubang Pasu. Pada bulan September dan Oktober 2024, Kubang Pasu telah mengalami kejadian banjir yang amat teruk sekali.
Ia melibatkan 22 kawasan, 1,876 mangsa banjir dan pembukaan 11 pusat perpindahan sementara.
Tahun 2024, penduduk kawasan yang terlibat mengalami tiga gelombang banjir. Gelombang pertama, kedua dan ketiga daripada September sehingga Oktober. Amat besar sekali ujian yang dilalui oleh penduduk Kubang Pasu ini.
Kejadian banjir banyak membawa kesusahan kepada penduduk, kepada rakyat.
Setiap kali banjir menimpa, rumah rosak, barang elektrik rosak, tanam-tanaman rosak, pesawah dan petani melalui banyak kerugian.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Sehubungan ini, saya sebagai Ahli Parlimen Kubang Pasu ingin memohon jasa baik Menteri PETRA dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
agar dapat mempertimbang dan meluluskan cadangan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Temin/Sungai Bata dalam kadar segera. Ini amat penting bagi memastikan penduduk yang terlibat tidak akan lagi terus menderita disebabkan oleh banjir yang menimpa mereka sejak 20 tahun yang lalu. Saya dan seluruh penduduk Kubang Pasu sangat berharap agar projek ini akan dimasukkan dalam senarai projek Rancangan Malaysia ke-14 nanti, insya-Allah.
Berhubung dengan perkara ini, saya menyambut baik kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini yang mahukan semua projek kepentingan rakyat disegerakan. Faham saya yang belum dilulus juga mesti diluluskan. RTB Sungai Temin/Bata ini sebenarnya termasuk di bawah Kajian RTB Sungai Kedah/Anak Bukit. Ia sebenarnya merupakan salah satu komponen utama bagi melengkapkan penyelesaian masalah banjir di lembangan Sungai Kedah.
Maknanya, jika RTB Sungai Temin/Bata tidak dilaksanakan, maka tidak lengkaplah penyelesaian masalah banjir di dalam kawasan lembangan Sungai Kedah ini.
Antara objektifnya ialah membasmi risiko banjir yang berlaku setiap tahun di Bandar Napoh, Changlun, Bukit Kayu Hitam dan kawasan hot spot banjir yang terletak berhampiran jajaran Sungai Temin/Bata ini, membasmi kekerapan banjir yang berlaku tiga kali setahun sejak 20 tahun lebih-lebih lagi kawasan ini adalah kawasan utama perdagangan antarabangsa bernilai RM40 bilion setahun. Bukit Kayu Hitam mempunyai kawasan perindustrian yang besar iaitu Northern Gateway milik MoF Incorporated.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Lagi dua minit ― yang seluas 4,395 ekar dan Kedah Science and Technology 2,000 ekar sebahagian daripada Special Border Economic Zone. Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua pun pernah duduk di Kedah dahulu, boleh sokonglah projek-projek ini. Sebagai penutup, saya nak mohon sekali lagi kepada Kerajaan Persekutuan agar meluluskan Projek RTB Sungai Temin/Bata dalam Rancangan Malaysia Ke-14 jika kerajaan benar-benar prihatin kepada nasib rakyat yang sengsara dan memerlukan pembelaan. Core projek ini tak banyak, hanya RM220 juta sahaja, bukannya berbilion-bilion. Jika RM10 bilion boleh dibelanjakan untuk LRT Pulau Pinang, kenapa kita tak boleh membela rakyat yang setiap tahun mengalami banjir yang begitu membebankan di Kubang Pasu?
Dengan ini, Kubang Pasu menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Kubang Pasu. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2025 ini. Sebelum saya teruskan ucapan saya Dato’ Yang di-Pertua, marilah kita sama-sama mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan baginda.
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari adalah merupakan satu titah yang ringkas, padat tapi penuh dengan isi yang tersurat dan tersirat. Majoriti rakyat memberikan respons terutamanya yang berkaitan dengan membawa suara rakyat ke peringkat Parlimen agar dapat dizahirkan pandangan dan hasrat Tuanku Agong itu di dalam bentuk dasar negara yang boleh memberikan manfaat kepada negara.
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum ini saya pernah membangkitkan beberapa kali di Dewan yang mulia berkaitan dengan pelarian UNHCR di dalam Dewan yang mulia ini. Ini adalah masa yang terbaik untuk Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk melakukan sesuatu bersama-sama dengan negara ASEAN yang lain bagi menguruskan isu pelarian yang tidak berkesudahan.
Mengikut data daripada UNHCR pada tahun lalu dianggarkan terdapat lebih daripada 300,000 orang pelarian, pencari suaka dan individu tanpa negara yang berada di dalam negara kita. Ini adalah jumlah rasmi yang direkodkan oleh UNHCR dan saya pasti jumlah ini sahaja lebih tinggi kerana ramai yang masuk secara haram dan tidak berdaftar.
Kelompok pelarian ini sudah menjadi dominasi di beberapa buah bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selayang, Nilai, Seremban dan sebagainya. Kelompok ini juga ataupun kehadiran mereka ini menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan rakyat dan masyarakat yang merasakan mereka tidak lagi berada di dalam keadaan yang selamat terutamanya bagi rakyat tempatan. Saya berharap agar kerajaan mengambil kesempatan selaku Pengerusi ASEAN untuk mengadakan perbincangan bersama dengan negara ASEAN yang lain bagi mencari penyelesaian tuntas berkaitan dengan isu ini.
Untuk rekod Dato’ Yang di-Pertua, UNHCR di Malaysia bermula dengan krisis susulan perang saudara di Vietnam pada tahun 1975 dan kalau itulah bermakna
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
hampir 50 tahun UNHCR bertapak di Malaysia. Jika diikutkan, antara tugasan utama UNHCR ini adalah berusaha untuk menempatkan pelarian ini kepada negara ketiga.
Memandangkan Malaysia bukanlah merupakan negara yang meratifikasi Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967 maka kita tidak seharusnya dibebankan dengan isu pelarian ini.
Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia perlu berusaha untuk mencapai kata sepakat dengan negara lain dan memindahkan pelarian ini ke negara ketiga. Sudah sampai masanya isu pelarian ini dinoktahkan. Bukan kita tidak fikir soal kemanusiaan tetapi kita juga harus mementingkan soal yang berkaitan dengan hak dan keselesaan rakyat di negara ini. Malah, selain daripada masalah yang berkaitan dengan pelarian ini Dato’ Yang di-Pertua, lambakan pendatang asing di Cameron Highlands, di Negeri Sembilan dan di beberapa di seluruh negara tanpa izin ini semakin menghantui masyarakat Malaysia.
Saya faham pendatang asing ini ada kalanya kita perlukan untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan bidang-bidang 3D umpamanya tetapi pernah kah kita terfikir kenapa Malaysia menjadi antara destinasi tumpuan bagi warga asing mencari rezeki selain daripada negara-negara lain. Rakyat Malaysia ataupun rakyat kita yang bekerja di luar negara terikat dengan syarat membayar cukai, pelbagai cukai pendapatan, cukai kesihatan dan sebagainya tetapi bagi rakyat di negara asing yang berada di dalam negara kita harus kita teliti soal pengagihan pendapatan mereka sebagai pendapatan negara.
Setakat suku tahun, tahun 2024, dilaporkan bahawa jumlah warganegara asing di Malaysia mencecah hampir 3.4 juta orang, 10 peratus daripada penduduk negara kita. Tetapi, apa yang warga asing ini bayar kepada Kerajaan Malaysia untuk mereka mencari rezeki di sini? Apakah sumbangan pendapatan untuk kita salurkan semula kepada kepentingan negara dan rakyat? Pendapatan yang mereka dapat itu hanya digunakan untuk menyara hidup mereka dan dihantar ke kampung halaman mereka. Mereka ini sudah tentu tidak menyumbang kepada pendapatan negara dan yang paling malang sekali Dato’ Yang di-Pertua menikmati subsidi yang harus diberikan kepada rakyat kita.
Saya ambil contoh beras putih tempatan, saya ambil contoh minyak masak yang tentunya untuk rakyat terutamanya bagi golongan masyarakat di kawasan luar bandar tetapi diperoleh ataupun digunakan sepenuhnya oleh masyarakat ataupun pendatang tanpa izin. Betul, kita dah laksanakan pelbagai langkah pengawalan dan penguatkuasaan tetapi soalan saya sejauh mana langkah pengawalan dan penguatkuasaan terhadap penggunaan subsidi kepada rakyat tanpa izin ini dapat kita kawal sampai ke tahap maksimum?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia perlu mencadangkan satu formula dan sistem pengurusan pekerja asing yang lebih baik yang dapat menyumbang lebih kepada pendapatan negara dan tidak membiarkan hasil negara sewenang- wenangnya digunakan oleh pihak ataupun dikongsi bersama oleh pendatang ataupun pihak yang lain.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak menyentuh sedikit yang perkara berkaitan dengan kebajikan fasiliti dan kelengkapan yang digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Ini Dato’ Yang di-Pertua setuju dengan saya. Kerana apa? Kita nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri KDN kerana sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf hidup dan fasiliti PDRM di seluruh negara.
Ianya dibuktikan dengan peruntukan RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur milik PDRM yang telah diumumkan oleh PMX pada tahun 2023 dan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini Dato’ Yang di- Pertua saya ingat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umum RM1.7 bilion bagi maksud yang sama.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tetapi, walaupun peruntukannya besar setiap tahun, masih lagi ada fasiliti milik PDRM yang dilihat uzur dan perlukan penambahbaikan segera. Saya faham, memandangkan PDRM ini sebagai satu institusi yang besar dan melibatkan keanggotaan yang ramai serta fasiliti yang ada di seluruh negara pastinya pembaikan secara total itu memakan masa.
Tetapi Dato’ Yang di-Pertua, saya nak bawa contoh di Negeri Sembilan, di office yang lama dulu. Pejabat Dato’ Yang di-Pertua yang lama dululah. Saya nak ambil contoh di Negeri Sembilan, Dato’ Yang di-Pertua.
Kompleks Ibu Pejabat (IPK) Kontinjen Negeri Sembilan yang melibatkan 10 jabatan sekarang. Kemudian, kompleks kuarters perumahan IPK Negeri Sembilan; bangunan kuarters perumahan di IPD, terutamanya di Jelebu, Tampin, Port Dickson.
Selain daripada itu, Dato’ Yang di-Pertua, ada 14 lagi balai-balai kecil di Negeri Sembilan yang harus kita lihat tentang ketinggalan dalam soal peningkatan taraf dan juga penambahbaikan kompleks dan rumah mereka.
Saya nak baca, Dato’ Yang di-Pertua. Balai Polis Mambau, Lukut, Pedas, Simpang Durian, Kampung Chennah, Titi, Sungai Lui, Mantin, Lukut, Telok Kemang, Tampin, Air Kuning Selatan, Kuala Pilah. Ini Ahli Parlimen Kuala Pilah ada. Dia tentu setuju dengan saya. Termasuk Seri Menanti. Kesemuanya itu Dato’ Yang di-Pertua, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri terutamanya Menteri KDN memberikan sedikit perhatian kepada fasiliti dan kemudahan balai polis di Negeri Sembilan ini.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Satu lagi Dato’ Yang di-Pertua, kemudahan peningkatan kualiti hidup serta suasana kerja PDRM. Mereka masih lagi menggunakan typewriter apabila menerima laporan daripada pihak masyarakat ataupun pihak public yang nak membuat repot dan sebagainya.
Kalau kita bercakap soal kerja, siang malam mereka bekerja. 24/7, Dato’ Yang di-Pertua, dengan izin. Tidak mengambil kira soal masa, tidak mengambil kira soal waktu. Kalau kita nak ambil kira soal tugasan, soal pencegahan jenayah, soal kelengkapan mereka – Saya nak ambil contoh motosikal, Dato’ Yang di-Pertua kerana saya minat motosikal ini. Motosikal berkuasa tinggi. Negeri Sembilan ada 115 sahaja dan daripada 115 ini Dato’ Yang di-Pertua, kita ada 90 sahaja dalam keadaan yang baik.
Daripada 90 ini Dato’ Yang di-Pertua, keseluruhan untuk kegunaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Negeri Sembilan telah pun berumur antara 17 ke 18 tahun.
Motosikal yang paling selamat terutamanya bagi berkuasa tinggi, yang selamat nak diguna, dalam tempoh lima tahun. Selepas lima tahun, dia dah tak selamat Dato’ Yang di-Pertua. Apabila pihak penguatkuasaan menggunakan motosikal yang sudah begitu lama tanpa pakaian keselamatan yang tertentu, ini akan mendedahkan pasukan PDRM kita kepada kemalangan dan perkara-perkara yang berkaitan yang tidak sepatutnya berlaku.
Jadi, kerana itu situasi ini berlaku di Negeri Sembilan dan saya percaya di negeri-negeri di kawasan-kawasan yang lain dan saya minta supaya perkara-perkara ini dapat diberi perhatian oleh PDRM untuk kita naik taraf dan mengambil kira perkara yang telah saya timbulkan.
Dato’ Yang di-Pertua, satu perkara yang nak saya sebut ialah membangkitkan berkenaan dengan isu FELDA. Sekali lagi Dato’ Yang di-Pertua.
Sejak saya bawa isu FELDA di Dewan Rakyat ini Dato’ Yang di-Pertua – saya nak ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana beberapa isu yang berkaitan dengan FELDA telah pun diambil tindakan dan ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian lagi.
Apa dia yang kita beri perhatian, Dato’ Yang di-Pertua? Soal jalan, soal kemudahan, soal pembaikan, soal yang berkaitan yang diperoleh oleh kampung tradisional tetapi tidak boleh diperoleh oleh FELDA. Kenapa dia tak boleh? Kerana kementerian tidak boleh masuk ke dalam FELDA.
Saya nak ambil contoh ya. Ini saya nak tanya kepada JKR. Saya dapat makluman, JKR atau Kementerian Kerja Raya telah memberikan kelulusan peruntukan hampir RM180 juta bagi penyelenggaraan jalan FELDA di jalan
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
persekutuan bagi fasa 1 tahun 2025. Saya nak ucap terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya, kalau ini berlaku.
Saya nak mohon pengesahan daripada pihak Kementerian Kerja Raya berkaitan dengan perkara ini dan penjelasan lanjut bagaimana kaedah untuk melaksanakan projek penambahbaikan jalan raya bagi kawasan FELDA di seluruh negara dengan peruntukan yang sedemikian rupa. Saya juga menyambut baik...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jelebu, FELDA. Sikit FELDA.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sikit sahaja, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit FELDA. Sikit, ya.
Berkaitan dengan rumah generasi kedua di FELDA. Isunya ialah TNB tak benarkan masuk untuk...
[Tidak jelas]
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini nak selesai dah ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, minta – setuju tak supaya...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya setuju.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Rumah yang tak masuk elektrik ini tetapi saya telah dapat maklum bahawa kebenaran untuk memasuki elektrik dan juga kebenaran untuk membina rumah kedua di rumah ibu bapa itu bakal dilaksanakan. Kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan. Setuju ya, Hulu Terengganu?
Saya juga, FELDA ini Dato’ Yang di-Pertua, satu komuniti yang sangat besar.
Jutaan orang, manusia dan warga FELDA dan ratusan hektar keluasan kawasan yang ada dalam kawasan FELDA. Untuk keluasan FELDA ini Dato’ Yang di-Pertua, secara sendirian, confirm tak boleh, tak mampu untuk mereka melaksanakan tugas- tugas ataupun kerja-kerja pembaikan kepada fasiliti untuk warga FELDA .
Oleh kerana itu Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon FELDA diberikan satu support system, dengan izin. Siapa nak support, nak beri support system ini?
Daripada KKR, KKDW, KPKT dan kementerian yang lain? Peruntukan MARRIS, kita ada RM200 juta lebih pada setiap tahun, pada setiap negeri. Tetapi bila masuk sahaja border FELDA, tak boleh Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, ini harus diselesaikan satu persatu supaya masalah bagi warga FELDA ini dapat kita atasi dari tempoh ke tempoh yang lain. Saya tidak bermaksud nak bawa FELDA selesaikan once for all tahun depan, semua selesai. Tidak. Tetapi, perlu diambil tindakan supaya perkara ini dapat kita laksanakan dari semasa ke semasa.
Saya nak tengok dan lihat bahawa kalau ada kekangan prosedur dalam soal penyaluran bantuan dan peruntukan. Dalam soal dasar, kita harus ubah dasar ataupun peruntukan yang tidak membolehkan kementerian lain masuk ke FELDA.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kementerian Pertanian saya ingat boleh masuk FELDA pasal Menteri Pertanian baru masuk dan saya percaya, Menteri Pertanian pun cari jalan macam mana nak bantu agensi ataupun peneroka-peneroka yang menjalankan aktiviti pertanian di kawasan FELDA di seluruh negara, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, bukan kita nak kata bahawa FELDA ini satu anak emas kepada kerajaan. Tidak, tetapi FELDA harus diberi nyawa pembangunan dan pembelaan seperti kawasan-kawasan yang lain. Oleh kerana itu, ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini telah pun membawa supaya KKDW itu diletakkan ataupun FELDA itu diletakkan di bawah KKDW, yang hari ini belum lagi mendapat keputusan rasmi daripada kerajaan.
Dato’ Yang di-Pertua, yang akhir sekali ya. Saya nak sebut sedikit dalam soal KEMAS. KEMAS ini Dato’ Yang di-Pertua adalah merupakan penyelia atau – penyelia DUN KEMAS ataupun pegawai KEMAS ini antara nadi kepada kerajaan yang menyampaikan segala maklumat yang berkaitan dengan kerajaan, dasar kerajaan serta pembangunan masyarakat di kawasan luar bandar.
Masalah yang nak saya sebut dalam KEMAS ini, Dato’ Yang di-Pertua ialah di Negeri Sembilan, kita ada 36 DUN dan masalah yang saya nak kemukakan ialah sembilan DUN sahaja yang diisi bagi perjawatan penyelia DUN KEMAS iaitu Chennah, Pertang, Sungai Lui, Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Johol, Paroi dan Gemas. 27 DUN lagi masih kosong dan saya telah membuat semakan bahawa waran perjawatan ini masih lagi ada tetapi tidak diisi dengan perjawatan.
Boleh saya nak minta penjelasan daripada pihak kementerian, bagaimana atau bila pengisian jawatan yang kosong ini, bagi 27 DUN ini dapat kita isi supaya pergerakan dan struktur pentadbiran KEMAS di dalam Negeri Sembilan ini dapat kita laksanakan dengan baik? Ini kerana di sesetengah kawasan Parlimen seperti Jempol, Seremban, Rasah dan juga Port Dickson, masih lagi tidak ada langsung penyelia DUN KEMAS di dalam Parlimen tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, last sekali Dato’ Yang di-Pertua. Ini betul-betul last. Saya nak ucap terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, terima bagi saya. Ini bukannya point of order, Dato’ Yang di-Pertua. Saya cakap soal Perlembagaan Persekutuan.
Saya lama dalam Dewan ini, Dato’ Yang di-Pertua. Sama dengan Dato’ Yang di-Pertua. Ketika waktu saya berada di kerusi Kubang Pasu, saya duduk waktu itu.
Setiap cadangan daripada kelompok blok di sana, waktu saya di sana dulu, setiap cadangan walaupun kami pembangkang, waktu itu Menteri Pertanian duduk di sini jadi Menteri Pertahanan. Menteri Pertahanan masa itu.
Setiap cadangan kita, walaupun kita pembangkang, asas kita ada. Apa asas kita? Kita dilindungi oleh imuniti dan sebagainya. Okey tetapi asas kita apa? Asas kita ini, buku ini. Buku Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana apabila cadangan dan
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
perbahasan kita di Dewan Rakyat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, maka kita tidak lari daripada track.
Kita tidak boleh mendatangkan polemik. Kita tidak mendatangkan persepsi buruk di kalangan rakyat yang menjadi beban kepada PMX, menjadi beban kepada kerajaan nak jawab isu itu di peringkat akar umbi.
Saya nak sebut Dato’ Yang di-Pertua, Perkara 3 Agama bagi Persekutuan.
Apa dia sebut dalam Perlembagaan? Dato’ Yang di-Pertua, boleh saya baca? Saya baca sikit ya. “Agama bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Maknanya apa Dato' Yang di-Pertua? Maknanya negara kita agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan yang harus diberikan ataupun diletakkan sebagai perkara yang tidak boleh menjadi perdebatan ataupun menjadi boleh mendatangkan polemik dan juga perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terutamanya bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Jadi kerana itu Dato' Yang di-Pertua, saya di Dewan yang mulia saya hendak tegaskan Jelebu dan juga Negeri Sembilan kita tidak bersetuju untuk dicadangkan supaya diwujudkan Menteri Hal Ehwal yang berkaitan dengan bukan Islam, saya tidak setuju.
[Tepuk] Kenapa saya tidak setuju? Kita ada Menteri Perpaduan. Siapa dia Menteri Perpaduan ada di dalam Dewan, belum ada lagi, belum sampai lagi. Kita ada Menteri Perpaduan.
Menteri Perpaduan yang jaga semua hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat bukan Islam, masyarakat Islam kerana itulah perpaduan dalam negara boleh bertahan sehingga ini. Sehingga tahun kemerdekaan daripada dulu sampai hari ini Dato' Yang di-Pertua.
Jadi kerana itu Dato' Yang di-Pertua, ini adalah merupakan soal yang berkaitan dengan keamanan, kesepaduan, perpaduan dan kerana itu Dato' Yang di- Pertua, akhir sekali saya suka mengingatkan diri saya dan kawan-kawan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini kali akhir ini?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini akhir dah ini, dah nak landing ini Dato' Yang di-Pertua. Supaya cadangan kita mesti berasaskan kepada Perlembagaan. Cadangan dan pandangan kita mesti berasaskan kepada tubuh ataupun Perlembagaan terutamanya yang berkaitan dengan Perkara 3 agama bagi Persekutuan ini harus dihormati.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dato' Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan terima kasih dan akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua yang saya hormat sejak dulu, kawan lama saya. Saya ataupun Jelebu dengan ini menyokong Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pada tahun 2025 ini. Terima kasih.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dato' Yang di-Pertua, seminit sahaja Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya hendak buat pembetulan sedikit, Kubang Pasu. Saya takut saya balik Kubang Pasu orang marah kat saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa dia?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Berkenaan dengan rancangan untuk tebatan banjir ini RMKe-13 bukan 14, saya betulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Satgi saya balik Kubang Pasu depa kata apa minta lama sangat.
[Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak apa boleh masuk itu, ada rekod dalam Hansard. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato' Yang di-Pertua, saya mengucap terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan junjungan kasih atas Titah Diraja Yang di- Pertuan Agong pada 3 Februari yang lalu.
Saya mulakan dengan membaca sepotong ayat al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “*Dan di antara tanda-tanda kebesaran- Nya ialah penciptaan langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulitmu.
Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang berpengetahuan*”.
Ramai di kalangan rakan-rakan Ahli Parlimen bercakap tentang perpaduan kerana perpaduan adalah merupakan isu yang penting bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni serta hidup dalam suasana yang aman damai dan dapat mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi dan membuka ruang untuk masyarakat dan pimpinan bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara kita.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Tetapi apa yang menjadi masalah kepada kita ialah seperti yang disebut oleh Jelebu tadi bahawa kita melihat banyak cabaran yang menggugatkan perpaduan rakyat dengan pihak-pihak tertentu sering memainkan api agama dan mencampuri hal ehwal agama Islam yang menimbulkan ketegangan dan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat.
Bagi orang Islam sendiri pun dia tidak boleh bercakap sesuatu yang tidak ada fakta dan tidak berlandaskan kepada al-Quran dan hadis. Apa lagi orang-orang yang tidak mengetahui langsung tentang agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.
Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih tegas dalam menangani unsur- unsur perpecahan ini.
Pihak Kementerian Perpaduan perlulah memperkukuhkan perpaduan nasional memandangkan ini adalah isu nasional yang melibatkan seluruh negara kerana bukan hanya perbezaan sosioekonomi sahaja tetapi juga campur tangan dalam urusan Islam terhadap hal ehwal orang Islam di Malaysia dan boleh menjadi faktor kepada ketidakseimbangan hubungan antara kaum. Oleh itu saya mengharapkan semua yang terlibat sama ada yang Islam ataupun bukan Islam tidak mengeluarkan sesuatu yang boleh mengeruhkan suasana yang boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua juga banyak dibangkitkan oleh rakan- rakan lain iaitu isu kos sara hidup terus menghantui rakyat. Harga barangan keperluan terus meningkat terutama sekali keperluan asas dan bahan-bahan yang lain. Di kawasan luar bandar seperti kawasan saya, Baling kesannya lebih dirasai apabila sumber pendapatan tidak meningkat selari dengan kenaikan harga barang.
Tambahan pula rakyat miskin akan mula menyambut kedatangan Ramadan dan juga akan menyambut kedatangan Syawal.
Saya ingin meminta kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, apakah langkah segera kerajaan untuk menangani masalah beras tempatan yang semestinya sukar didapati? Apakah usaha kerajaan dalam memastikan sektor pertanian terutamanya padi tempatan dapat meningkatkan hasil pengeluaran bagi menjamin bekalan beras negara?
Bagaimana kerajaan menangani peranan kartel, yang ketidaktelusan dalam rantaian bekalan padi dan beras yang menyebabkan rakyat terus terbeban? Rakyat kini terkesan dengan ketiadaan beras tempatan yang memaksa akan mengguna beras import yang jauh lebih mahal yang membebankan golongan berpendapatan rendah dan sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, penduduk Baling seramai lebih kurang 160,000, ada 16 buah sekolah menengah dan sebuah MRSM. Terdapat 60 buah sekolah kebangsaan termasuk tujuh buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan sembilan buah
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dan banyak pondok-pondok dan tahfiz yang ditubuhkan di daerah Baling.
Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat menimbang untuk pembinaan sebuah kampus IPT di Baling dan saya menyokong seperti yang telah diusulkan oleh Ahli Parlimen sebelum saya di Baling yang boleh memberi fokus kepada bidang pertanian moden, sains gunaan serta Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Ini bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada anak- anak muda di Baling, tetapi dapat membantu pembangunan ekonomi. Oleh itu, saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi supaya memberi perhatian sepenuhnya untuk membina kampus ini atau setidaknya kampus cawangan universiti dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ini. Jika tidak, apakah usaha kerajaan untuk memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih dekat untuk anak-anak di Kedah khususnya di Baling?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pertanian supaya mewujudkan sebuah pusat pengumpulan buah- buahan di Daerah Baling di mana Baling di antara daerah yang banyak mengeluarkan hasil tanaman buah-buahan seperti durian, langsat, dokong dan lain- lainnya, di mana sekarang ini para petani tidak ada tempat untuk menjual hasil tanaman mereka. Jadi dengan wujudnya pusat ini, akan dapat membantu petani meningkatkan pendapatan mereka.
Kedua, terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan dan kerajaan yang telah pun siap membina sebuah hospital pakar di Baling. Apabila hospital pakar ini diwujudkan, maka para pesakit yang tinggal di kawasan Baling terpaksa mendapat rawatan di klinik yang berhampiran. Ini menyebabkan berlakunya kesesakan. Oleh itu, saya mencadangkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dapat membina sebuah pusat kesihatan di Baling untuk membantu para pesakit yang sedang menghadapi masalah jauhnya tempat untuk mereka pergi mendapat rawatan.
Seterusnya ialah banjir yang melanda Baling dua, tiga tahun yang lalu masih tinggal kesannya. Banyak lagi perkara-perkara yang belum diselesaikan oleh pihak kerajaan seperti titi yang runtuh yang menjadi hubungan utama bagi penduduk Baling untuk melakukan kerja-kerja dan menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah.
Akhir sekali, saya mendesak kerajaan untuk tidak hanya melihat perkara yang saya sebutkan tadi sebagai retorik sahaja, tetapi sebagai suatu realiti yang memerlukan tindakan tegas dan segera. Perpaduan negara bukan sekadar slogan politik, tetapi amanah yang mesti dijaga dengan dasar yang adil dan tidak bersifat manipulasi. Kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat tidak boleh dibiarkan
Tuan Hassan bin Saad - Baling
berterusan tanpa sesuatu tindakan yang lebih berkesan. Pembangunan pendidikan seperti yang saya cadangkan harus menjadi keutamaan bagi anak-anak muda yang terus terpinggir.
Paling utama, kerajaan mesti berlaku adil dalam mengagihkan sumber- sumber kepada negeri-negeri yang menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara khususnya di negeri Kedah agar mereka tidak terus dipinggirkan dan ketinggalan arus pembangunan nasional. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Tebrau untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan bahawa kesihatan Baginda sentiasa dalam keadaan yang terbaik.
Dato' Yang di-Pertua, saya telah meneliti perbahasan di Dewan yang mulia ini sejak minggu lepas dan saya dapati ada Ahli-ahli dari sebelah pembangkang yang telah mempersoalkan keadaan ekonomi negara sampailah ada yang kata pelabur- pelabur sekarang takut datang ke Malaysia melabur kerana ketidakpercayaan kepada Kerajaan MADANI ini. Saya rasa pandangan ini adalah tidak wajar dan saya ingin menyangkal pandangan ini dengan angka dan data dan bukan secara cakap kosong sahaja.
Pertama, saya merujuk kepada angka MIDA. Setakat bulan September 2024, jumlah FDI dan DDI yang kita telah dapat adalah RM254.7 bilion. Pada masa yang sama, jumlah kerja yang bakal diwujudkan adalah 159,347 berbanding tahun lepas, year to year, jumlah pelaburan yang direkodkan pada tahun 2023 adalah RM225 bilion. Maka, jelas ada peningkatan lebih 10 peratus.
Jumlah pelaburan keseluruhan pula untuk tahun 2023 adalah RM329.5 bilion dan ini merupakan satu rekod pelaburan paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
[Tepuk] Saya yakin tidak lama lagi MIDA juga akan mengumumkan jumlah pelaburan agregat untuk tahun 2024 dan angka yang bakal diumumkan pastilah akan menyenangkan pasaran di Malaysia.
Dato’ Speaker, kepercayaan pelabur kepada dasar dan kepimpinan kerajaan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Tambun menjadi pendorong kepada kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah sekarang PMX kita ini juga merupakan seorang dengan izin, super salesman Malaysia kerana telah rajin membuat lawatan ke begitu banyak negara untuk menarik pelaburan untuk Malaysia. Malah, usaha
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
PMX kita juga telah mendapat pujian daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam perenggan dua dan empat Titah Diraja Tuanku sendiri.
Maka, saya harap semua Ahli-ahli Dewan ini baik dari sini ataupun dari sebelah sana, bolehlah kita sama-sama bangunkan ekonomi negara supaya pendapatan rakyat boleh dipertingkatkan, supaya kualiti hidup rakyat boleh bertambah baik. Retorik politik yang tidak berasas data dan angka ini tidak akan membantu pembangunan ekonomi dan secara terusnya tentulah tidak akan membantu rakyat.
Tuan Speaker, salah satu lagi usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara ialah menubuhkan Johor-Singapore Special Economic Zone yang telah dimeterai oleh kedua-dua negara pada 7 Jun 2025. Ini telah diuar-uarkan sebagai satu game changer untuk Malaysia. Dengan keluasan sebesar 3,571 kilometer persegi iaitu empat kali saiz Singapura, sembilan zon flagship melibatkan enam PBT, kejayaan SEZ ini pastinya akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan tentunya rakyat Johor.
Akan tetapi setakat hari ini Tuan Speaker, tidak banyak hala tuju atau rancangan pakej yang telah diumumkan. Yang telah diumumkan hanyalah kadar cukai lima peratus untuk 15 tahun bagi syarikat dalam industri tertentu yang melibatkan teknologi AI dan IT tinggi. Sasarannya adalah untuk menyokong pembangunan 50 projek dalam lima tahun dan 100 projek dalam 10 tahun.
Kawasan zon ini sebenarnya Dato’ Speaker, dia sangat luas dan kita tidak boleh hanya tumpu sahaja kepada sektor AI technology sahaja. Saya harap kerajaan jangan lupa salah satu matlamat atau tumpuan kawasan zon ini adalah membantu atau mempercepatkan penghijrahan industri-industri tertentu di Singapura ke Johor kerana cost of doing business di Singapura sekarang terlalu tinggi.
Memandangkan ramai pekerja kilang pun di Singapura sebenarnya ialah datang dari Johor, maka adalah lebih wajar bagi syarikat untuk memindahkan kilang pembinaan mereka ke Johor. Ini akan mencapai satu win-win situation. Tetapi setakat hari ini, saya tidak dengar apa-apa pengumuman oleh kerajaan untuk menarik golongan sektor syarikat pembuatan ini.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Maka, saya cadangkan kerajaan juga kena keluarkan sedikit insentif untuk menarik mereka ke Johor. Kerajaan juga perlu buat lebih banyak engagement terus dengan golongan syarikat ini untuk mempercepatkan proses pemindahan mereka.
Sebagai wakil rakyat Tebrau, saya mengalu-alukan kerajaan untuk fokuskan pelaburan lestari dan manfaat kepada rakyat di Parlimen Tebrau. Bukan sahaja sektor AI atau data center, industri lain seperti pembuatan lestari juga kita alu-alukan.
Tetapi untuk menarik pelabur, bukan setakat insentif saja. Tapi keikhlasan untuk
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
mendapat pelabur ini bermakna, kita kena juga pastikan dua ease. Ease of movement of goods and ease of doing business. Itulah kenapa kita kena cepat-cepat tubuhkan satu one stop centre atau OSC atau pejabat koordinasi untuk memastikan masa untuk membuka kilang atau syarikat dan mendapat kelulusan baik daripada pihak Persekutuan, negeri atau PBT kena dibincangkan dan diluluskan dalam masa yang terdekat.
Kalau kita boleh buat ini dan ada piawaian dan satu jaminan masa bila akan diluluskan, saya cukup yakin banyak pelabur akan mempunyai lebih keyakinan kepada projek ini. Saya akhirnya hanya nak kata, sebagai seorang anak Johor, SDZ ini failure is not an option bagi kita. Satu isu lagi yang ingin saya bawa perhatian Dato' Speaker ialah isu kenderaan di Malaysia. Kini di Malaysia, jumlah kenderaan di atas jalan raya telah mencatat angka 36.3 juta. Angka ini lebih tinggi daripada populasi rakyat Malaysia. Kalau kita keluarkan budak-budak bawah 17 dan orang yang lebih daripada 80, hampir setiap rakyat Malaysia ada dua kereta.
Malah, berdasarkan kepada jangkaan MAA, jumlah kenderaan atau total input value (TIV) yang akan daftar pada tahun 2025 akan mencatat 800,000 kenderaan untuk tahun 2025 saja. Kini, ke mana-mana pun jalan kita dipenuhi dengan kereta, terutamanya pada waktu sesak. Hari ini lebuh raya kita penuh dengan kereta dan jem, apalagi hujung minggu dan masa perayaan. Kita tidak boleh lagi terus mengabaikan isu ini. Setiap tahun lebih banyak kenderaan akan masuk kepada network jalan raya kita dan pembinaan jalan baru bukan satu solusi jangka masa panjang.
Maka, sudah sampai masa kita ada keberanian untuk menangani isu ini head on. Maka, saya cadangkan untuk kenderaan yang lebih 15 tahun kena wajib diperiksa di pusat pemeriksaan sebelum dibenarkan memperbaharui roadtax mereka. Ini adalah penting sebab kebarangkalian kenderaan lebih 15 tahun untuk breakdown adalah jauh lebih tinggi dan sekiranya ini berlaku, tentu ini akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan akan menyumbang kepada kesesakan jalan, khususnya di lebuh raya.
Pada masa yang sama, kerajaan juga boleh memberi sedikit insentif tunai kepada mereka yang ingin melupuskan ataupun skrap kereta mereka. Saya yakin ini adalah satu cara, adalah satu permulaan untuk kita mensarakan kereta-kereta lama daripada sistem rangkaian jalan kita. Bayangkan, bukan sahaja di atas jalan raya, terdapat terlalu banyak kenderaan tersadai yang dibiarkan di kawasan parkir perumahan dan komersial.
Sering kali saya percaya Ahli-ahli Dewan ini juga kita dapat aduan daripada pengundi dan mungkin dengan insentif ini, isu ini juga kita dapat tangani juga. Isu yang berkaitan juga adalah kemalangan yang melibatkan kenderaan berat,
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
terutamanya kemalangan maut. Hampir tiap-tiap minggu kita dikejutkan dengan berita sebegini sampailah sekarang, saya rasa kita tidak lagi dikejutkan lagilah.
Akan tetapi adakah kita nak terus dengan situasi sebegini? Saya faham, kerajaan ada mula melakukan usaha untuk mengehadkan penggunaan kenderaan berat masuk ke KL. Ini bagus tetapi saya harap kerajaan boleh juga fikirkan, pertimbangkan. Boleh tak kita haramkan penggunaan tayar celup? Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Kerja Raya pada tahun 2019, tayar celup yang digunakan oleh industri sekarang menyumbang kepada 10,000 kemalangan di atas jalan raya.
Itu tahun 2019. Bayangkan sekarang 2025. Saya pasti angka ini akan jauh lebih tinggi. Maka, kalaulah bukan sekarang, bila lagi? Keselamatan pengguna jalan tidak boleh dikompromi dan mestilah dijadikan keutamaan kenderaan demi kesejahteraan rakyat.
Beberapa isu tempatan, Dato' Speaker. Yang di-Pertua, pada Januari 2024, banyak kawasan di Johor telah mengalami banjir teruk, termasuklah di kawasan Tebrau. Terima kasih kepada pihak NADMA yang telah akhirnya memberi sagu hati RM1,000 bayaran ex-gratia kepada mangsa-mangsa banjir pada bulan Disember tahun lepas. Sedikit lambat tetapi akhirnya dapat juga.
Saya telah dimaklumkan bahawa bayaran ini hanya dibagi kepada mereka yang daftar dan tinggal di PPS. Masalahnya di kawasan Tebrau, ada sebuah PPS Kampung Maju Jaya. Di mana disebabkan saiz PPS itu adalah terhad dan hanya dapat menampung tidak lebih daripada 70 khemah. Ramai mangsa banjir tidak dapat bermalam di PPS tersebut. Ada hampir 100 orang yang walaupun rumahnya banjir dan daftar di PPS, dia tidak diberikan ruang untuk bermalam dan akhirnya, mereka terpaksa menginap di rumah saudara atau kawan di luar kawasan banjir.
Akan tetapi hakikatnya, rumah mereka tetap juga kena teruk oleh banjir.
Tetapi bila buat pembayaran itu, NADMA tidak bayar mereka sebab alasan NADMA ialah mereka tidak tinggal dalam kawasan PPS. Sebenarnya, PPS itu tidak boleh tampung mereka lagi. Saya rasa itu tidak adil sebab bukan salah mereka dan keadaan ini mengakibatkan banyak bisik-bisik di belakang, di mana pimpinan tempatan seperti ketua kampung main pilih kasih. Maka, saya haraplah pihak NADMA boleh mempertimbangkan semula permohonan 100 orang ini untuk dapat juga bayaran ex-gratia ini.
Isu terakhir saya ingin bawa ialah Dato' Speaker, banyak kali saya sudah bangkitkan isu ini. Jejambat Cahaya Baru yang walaupun telah siap pada Oktober 2021, sampai hari ini, masuk tahun 2025 masih belum dibuka dan beroperasi.
Disebabkan kegagalan pembukaan jejambat ini, ramai penduduk dari Bandar Layang Kasar, Cahaya Baru, Cahaya Masai, Tanjong Langsat dan Kota Masai terpaksa menghadapi kesesakan jalan setiap hari. Rakyat tertanya-tanya, jalan
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
sudah elok, kenapa tidak boleh buka dan guna? Harap pihak JKR boleh selesaikan apa-apa isu outstanding dan tolonglah buka jejambat ini secepat mungkin.
Akhir sekali, saya juga harap JKR boleh menaik taraf FT03 kerana terlalu sesak dan u-turn di bawah jambatan flyover Ulu Tiram kena kita baiki dengan konkrit.
Tak boleh main tampal sahaja seperti sekarang. Akhir sekali, saya harap Menteri Pendidikan boleh beri sedikit update status terkini pembinaan sekolah SK Perigi Acheh dan juga SJKC Kuek Ho Yao. Dengan itu, terima kasih Dato' Speaker. Tebrau mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Selangau untuk membahaskan Titah Diraja pada hari ini dan salam sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya muliakan.
Dato' Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong atas ucapan Titah Diraja yang penuh dengan nasihat, keprihatinan dan harapan untuk masa depan negara. Kita mengambil iktibar atas seruan Diraja bahawa kita semua harus mengekalkan keamanan, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum. Kita harus ingat bahawa negara berbilang etnik, perpaduan adalah asas penting untuk membina kestabilan politik dan kemajuan ekonomi. Jadi, hindarkan politik perkauman.
Kita harus sedar dan peka bahawa isu agama dan etnik kerap kali digunakan sebagai political milage, dengan izin, adalah tidak baik. Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak rakyat Selangau juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Madani atas kejayaan mengekalkan pertumbuhan KDNK purata 5.5 peratus untuk dua tahun berturut-turut dan berjaya mengawal kadar inflasi yang rendah dan mengukuhkan nilai Ringgit. Namun begitu, usaha harus diteruskan untuk memastikan manfaat daripada pertumbuhan ekonomi ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuk mereka di kawasan pedalaman.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Strategic positioning dengan izin, dalam global change initiative yang kukuh dan kerjasama serantau dan aligning dengan Singapura dalam mewujudkan Johor- Singapore Special Economic Zone harus dipuji. Dato’ Yang di-Pertua, saya
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
menyokong penuh teras ekonomi yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pelaksanaan subsidi bersasar contohnya adalah langkah bijak yang dan pragmatic untuk mengurangkan pembaziran kewangan. Negara mengarahkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan walaupun mendapat tentangan dari segelintir masyarakat.
Jadi, untuk memperkukuhkan ekonomi negara yang lebih hebat, saya mencadangkan agar eksport negara dipelbagaikan terutamanya melalui perkembangan industri hiliran. Niche eksport negara atau comparative advantage dengan izin, harus diperkembangkan masa kini.
Contohnya halal travel market. Sasaran pelancongan halal khasnya untuk pelancong dari negara Islam. Kedua Islamic financing. Pembiayaan kewangan berkonsepkan Islam. Ketiga, technological export dengan izin. Kita ada dua syarikat kebanggaan kita iaitu PETRONAS, di mana dia boleh menerokai sektor oil and gas sedunia dan AirAsia sebagai global brand recondition low-cost flyer dengan izin dan yang keempat kita take advantage atau mengambil peluang untuk mem-promote-kan mutu minyak kelapa sawit yang dikeluarkan oleh negara kita yang berkualiti tinggi dengan menggunakan kaedah environmental practice yang mampan jika dibandingkan dengan negara pengeluar lain.
Dato’ Yang di-Pertua, ingin saya sarankan jurang sosioekonomi antara bandar dan luar bandar mesti dirapatkan dan agihkan pembangunan yang adil kesemua wilayah di Malaysia. Saya ingin menyeru Kerajaan MADANI dengan tegas agar mengutamakan penyelesaian kepada isu-isu rakyat seperti bekalan air, pembinaan jalan raya, pembinaan klinik kesihatan dan pemulihan sekolah daif terutamanya di kawasan luar bandar.
Begitu juga dengan sistem pendidikan tinggi di Malaysia yang memerlukan pembaharuan untuk memastikan graduan yang dihasilkan mampu bersaing di peringkat tempatan dan global. Dalam era Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital kini, graduan perlu bersedia menghadapi cabaran pekerjaan masa depan. Jadi, penawaran kursus seperti kecerdasan buatan atau AI, blockchain dan pengkomputeran awam atau cloud dengan izin, perlu diperluaskan.
Dato’ Yang di-Pertua, kita sedia maklum kerenah birokrasi pentadbiran awam yang melambatkan proses tender perlu dikurangkan, proses pelaksanaan harus dipercepatkan dan integriti agensi pelaksanaan mesti dipertingkatkan. Jabatan Audit Negara harus bertanggungjawab. Kerajaan juga perlu mengenakan tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek rakyat mengikut jadual.
Kerjasama dan kolaborasi baik dalam pelaksanaan projek antara agensi persekutuan dan agensi negeri harus dipertingkatkan lagi.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Maka, kecekapan agensi kerajaan dalam melaksanakan projek infrastruktur asas di luar bandar amat penting. Banyak projek yang diluluskan seperti Loji Air Stapang, Loji Air Selangau dan Loji Air Sangan masih tertangguh walaupun telah diluluskan 2016 lagi.
Bangunan Pusat Dialisis Kesihatan Selangau telah lama siap tetapi belum dilengkapi dengan mesin dan peralatannya. Begitu juga dengan solar sistem yang dipasang untuk masyarakat di Ulu Mukah dari kelompok rumah panjang dan satu sekolah terbengkalai sejak 2020 tiada khabar berita. Semua ini adalah contoh-contoh birokrasi dan ini menunjukkan terdapat kelemahan dalam proses pelaksanaan projek yang perlu diatasi dengan segera.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Puan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat berasal dari Sarawak, saya amat berbangga dengan hubungan baik berdasarkan mutual respect antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri tetapi baru-baru ini kekeliruan wujud apabila seorang Yang Berhormat Menteri gagal memahami peranan PETROS sebagai sole gas aggregator, dengan izin di Sarawak.
Distribution of Gas Ordinance 2016 iaitu mengenai downstream dan Oil Mining Ordinance, 1958 mengenai upstream menyatakan hak mutlak pengedaran gas di Sarawak atau penggunaan domestik dan PETRONAS ada hak mutlak menjual LNG di luar Sarawak atau keluar negara. Distribution of Gas Ordinance, 2016 adalah liberally or broadly to include any ancillary or a related matter, dengan izin berkaitan dengan pelantikan dan pengedaran gas aggregator. Setahu saya operasi upstream gas masih dilakukan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat gas dan minyak. Operasi penjualan antarabangsa iaitu upstream masih dilakukan oleh PETRONAS dan PETROS hanya berperanan di peringkat operasi pertengahan sahaja, midstream. Tiada gangguan dalam pembekalan gas dan juga aktiviti pemasaran antarabangsa yang dilakukan oleh PETRONAS. Ini bermakna PETROS tidak mengganggu-gugat operasi PETRONAS.
PETRONAS tetap mengekalkan kuasa dalam industri gas dan minyak tetapi Sarawak mempunyai kuasa dalam pengedaran gas untuk kegunaan domestik. Apa yang Sarawak nak ialah kita, PETROS dan PETRONAS berkerjasama sebab sumber gas dan minyak ini terletak di Sarawak dan menghormati hak masing-masing adalah perlu.
Puan Yang di-Pertua, kejadian banjir yang berlaku di Selangau baru-baru ini mempamerkan keberkesanan beberapa agensi seperti pejabat daerah, APM, RELA,
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
JKM, KKM, kebajikan, PDRM dan tentera dalam menguruskan bencana. Walaupun sebanyak enam pusat pemindahan sementara telah diwujudkan serentak, mereka tetap menjalankan tugas dengan baik. Saya ingin mengambil peluang ini bagi rakyat yang terjejas mengucapkan syabas dan terima kasih kepada agensi-agensi tersebut yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Terima kasih.
Namun begitu, namun begitu terdapat beberapa kekurangan yang perlu diberi perhatian seperti kekurangan kakitangan aset seperti bot penyelamat. Jadi untuk membaiki pengurusan bencana, kerajaan perlu memperuntukkan dana khas bagi pembelian aset bencana seperti perahu, trak bantuan dan peralatan komunikasi kecemasan.
Puan Yang di-Pertua, sebagai seorang wakil rakyat dari kaum Dayak, saya ingin menarik perhatian kerajaan mengenai komuniti Dayak terutamanya di Sarawak yang memerlukan perhatian yang lebih serius dan strategik untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Kawasan kelompok rumah panjang yang jauh dari grid elektrik utama sering kali terpinggir dalam pembangunan infrastruktur asas. Oleh itu, tenaga bersih sistem solar adalah penyelesaian yang terbaik untuk membawa elektrik ke kawasan ini.
Selain daripada itu, bekalan air bersih perlu disalurkan melalui pembinaan sistem paip HDPE dengan aliran graviti atau gravity feed, dengan izin atau pembinaan telaga tiub, tube well di kawasan yang mempunyai sumber air bawah tanah. Seterusnya, bantuan yang setara perlu diberikan termasuk dalam bentuk geran untuk pertanian komersial dan modal perniagaan dan tanah adat bumiputera harus disukat agar kerajaan dapat mengeluarkan sijil hak milik supaya tanah tersebut ada nilai komersial. Tolong beri dana khas.
Eloklah kalau boleh diwujudkan sesuatu agensi menyerupai MITRA seperti kaum India di Semenanjung Malaysia dapat dipertimbangkan untuk kaum Dayak di Sarawak.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Isu pelaksanaan MA63 masih menjadi topik hangat yang memerlukan penyelesaian tuntas. Pelaksanaan hak-hak yang termaktub dalam MA63 perlu ditetapkan dengan tempoh yang jelas. Seiring dengan Titah Yang di-Pertuan Agong, marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek pentadbiran negara. Keadilan dalam pentadbiran negara harus memastikan semua rakyat tanpa mengira latar belakang menikmati peluang yang sama dalam aspek ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan awam.
Kesaksamaan ini penting untuk menghapuskan ketidaksamaan yang dalam masyarakat dan memastikan tiada sesiapa yang tercicir daripada arus pembangunan
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
negara. Perpaduan yang kukuh adalah asas kepada keharmonian negara dan harus diterjemahkan dalam setiap dasar dan keputusan kerajaan.
Akhir sekali, hanya dengan kerjasama dan keikhlasan, kita dapat membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih dan saya menyokong Titah Diraja. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Baik, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada baginda atas titah nasihat baginda dalam sesi pembukaan Parlimen pada kali ini.
Sebagai Ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab, menjadi kewajipan kita untuk meneliti dan menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan dalam menangani isu-isu utama negara terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi, peningkatan kos sara hidup dan menjadi check and balance dengan izin, berkenaan tadbir urus kerajaan.
Sebelum saya membahaskan isu-isu negara, saya ingin terlebih dahulu membahaskan isu-isu yang berada dalam kawasan saya. Pertama ialah berkenaan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani yang berada dalam Parlimen Merbok dalam daerah Kuala Muda yang mempunyai penduduk yang paling ramai dalam negeri Kedah.
Saya sering berkunjung ke hospital ini untuk menziarahi pesakit-pesakit dalam kawasan saya dan dapati isu kekurangan katil, kekurangan kemudahan peralatan perubatan, ambulan dan parking semakin hari, semakin parah. Tambahan pula, hospital ini juga menerima pesakit yang kritikal daripada hospital-hospital kecil daerah yang lain seperti daripada daerah Sik, daerah Baling dan Yan.
Saya menyeru kepada kerajaan dari Kementerian Kesihatan untuk menambah bangunan tambahan dan kemudahan-kemudahan yang lain agar dapat menampung jumlah pesakit yang semakin hari semakin bertambah. Satu lagi ialah berkenaan dengan Klinik Kesihatan Sungai Lalang yang begitu uzur dan perlu diberikan perhatian segera dari pihak Kementerian Kesihatan.
Saya juga memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk meluluskan peruntukan bagi menambah lampu-lampu jalan di Jalan Persekutuan, FT253, Jalan Pintasan Semeling di antara Tapak Arkeologi Sungai Batu sehingga ke simpang
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Lembah Bujang berhampiran MRSM Merbok dalam Parlimen saya yang telah dipohon oleh Jabatan Kerja Raya Negeri dan JKR Daerah Kuala Muda.
Ini kerana apabila saya menghadiri mesyuarat tindakan daerah, jawapan yang sentiasa saya dapat ialah permohonan tidak dapat dipenuhi kerana agensi pusat tiada peruntukan atau tidak diluluskan permohonan-permohonan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat.
Saya juga ingin memohon kepada kerajaan untuk menaikkan taraf jambatan- jambatan sempit yang berbahaya di Jalan K17, Jalan Bukit Selambau-Jeniang berhampiran Kampung Sungkup dan di Jalan K152, Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau berhampiran SJK(T) Tun Sambanthan, Bukit Lembu.
Selain itu, saya memohon kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk mempercepatkan proses pembinaan benteng penahan ombak daripada Kampung Huma, Tanjung Dawai dalam Parlimen Merbok sehinggalah ke Kampung Singkir Laut yang berada di dalam Parlimen Jerai kerana hakisan yang berlaku adalah sangat serius yang boleh mengancam kawasan perumahan penduduk dan sawah-sawah padi di kawasan tersebut.
Berkenaan dengan isu-isu negara. Ekonomi negara yang semakin mencabar.
Puan Yang di-Pertua, ekonomi negara kita kini berada dalam keadaan yang membimbangkan. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan, keadaan inflasi yang terkini yang menunjukkan trend menaik serta nilai Ringgit yang masih dikatakan lemah telah sedikit sebanyak memberi penjelasan, menjelaskan keyakinan pelabur dan rakyat.
Kebergantungan negara terhadap pelaburan asing tanpa mengukuhkan sektor domestik menyebabkan ketidaktentuan dalam pertumbuhan jangka panjang ekonomi negara. Kerajaan sering membanggakan angka-angka dan makroekonomi tetapi realitinya di peringkat rakyat dan peniaga biasa adalah sangat berbeza. Sektor perusahaan kecil dan sederhana bergelut dengan kos operasi yang meningkat dan banyak syarikat tempatan terpaksa mengecilkan operasi atau gulung tikar.
Sepatutnya kerajaan memberi lebih tumpuan kepada memperkasakan ekonomi domestik, mempercepatkan reformasi industri serta memastikan insentif dan bantuan benar-benar sampai ke golongan yang memerlukan. Bukan hanya kepada syarikat-syarikat besar yang mempunyai hubungan politik dan pandai melobi kerajaan sahaja dengan membayar kos penerbangan kerajaan ke luar negara.
Kedua, kenaikan kos sara hidup dan pemotongan subsidi. Puan Yang di- Pertua, isu kenaikan kos sara hidup rakyat semakin meruncing. Rakyat semakin tertekan dengan harga barangan keperluan yang meningkat terutama sekali dengan harga bahan makanan, sewa rumah, bil utiliti dan kos pengangkutan.
Lebih membimbangkan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, kerajaan merancang pula untuk memotong subsidi minyak RON95 pada
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
pertengahan tahun ini dan merancang untuk menaikkan tarif elektrik sedikit masa lagi yang akan menyebabkan semakin sukarlah kehidupan rakyat jelata walaupun kerajaan berkata 85 peratus rakyat biasa tidak akan terkesan dengan kenaikan ini tetapi realiti kehidupan dengan angka-angka di atas kertas adalah jauh berbeza.
Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan kenaikan cukai-cukai. Di antaranya cukai barangan bernilai rendah (LVG), 10 peratus bagi jualan dalam talian e-dagang. Cukai perkhidmatan digital (DST), lapan peratus serta cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai barang bernilai tinggi (HVGT) yang masing-masing 10 peratus. Ia diparahkan lagi dengan kenaikan dan perluasan skop kadar cukai jualan dan perkhidmatan SST daripada enam kepada lapan peratus untuk elektrik dan air serta barang-barang lain dan perkhidmatan.
Tambah memeritkan lagi bermula tahun ini, kenaikan duti setem ke atas perjanjian sewa rumah, jual beli hartanah dengan pelbagai kadar telah dinaikkan.
Pengecualian ditarik dan penalti serta denda lewat digandakan. Sekarang ini pun rakyat perlu menanggung peningkatan kos cukai yang bermacam-macam dan tidak mustahil akan ada lagi banyak cukai baharu dan kenaikan cukai yang akan membebankan rakyat pada masa yang akan datang.
Seharusnya kerajaan perlu mencari mekanisme lain yang lebih berkesan seperti mengukuhkan kawalan harga, mempertingkatkan keberkesanan sistem subsidi bersasar dan memastikan rantaian bekalan makanan lebih efisien supaya kos pengeluaran dan pengedaran dapat dikawal.
Ketiga, tadbir urus yang lemah dan keputusan sesuka hati. Puan Yang di- Pertua, dalam tempoh pentadbiran kerajaan ini, kita menyaksikan pelbagai keputusan kerajaan yang membelakangi ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Antaranya isu Titah Adendum Diraja yang mana Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Ke-16 telah disorok dengan pelbagai helah dan akhirnya terbongkar juga mengenai kesahihan bahawa titah itu ada sebenarnya.
Selepas sembunyikan, sekarang larang pula wakil rakyat dan rakyat bercakap tentangnya. Sepatutnya yang tidak boleh diperkatakan hanyalah berkaitan merit semakan kehakiman keabsahan Titah Adendum sebab itulah yang akan dibicarakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Merbok, laluan. Ringkas.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Ya. Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua. Berkenaan adendum ini Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Speaker, Puan Speaker...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini satu —Menyorok satu penderhakaan. Kemudian, merayu terhadap kelulusan hakim itu penderhakaan yang kedua. Apa pandangan Merbok terhadap kedua penderhakaan tersebut? Terima kasih.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Speaker...
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Kalau begitu betullah apa yang Hulu Terengganu kata...
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Speaker, pagi ini Speaker —Tan Sri Speaker telah mengeluarkan...
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
...Saya minta masukkan dalam ucapan saya.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Isu adendum tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan ini. Mengapa diungkit-ungkit lagi?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Kalau Ahli Parlimen pun tidak boleh berbahas dan berkata apa-apa dan membawa keluh kesah rakyat yang diwakilinya dalam Dewan yang mulia ini, lebih baik kita katup sahaja Parlimen ini...
[Tepuk] Dahulu masa jadi pembangkang, time COVID-19 duk melalak suruh buka Parlimen dan bukan main lantang lagi memperjuangkan hak kebebasan bersuara dalam media. La ini bila sudah jadi kerajaan dalam Parlimen, hendak bahas sesuatu pun tidak boleh.
Kita semua boleh bayangkan kalau terjadi macam ini pada zaman sebelah sana menjadi pembangkang, mesti sudah pecah, sudah riuh rendah Dewan ini dan siap ada aksi berguling atas jalan lagi...
[Tepuk] Tetapi bila sudah jadi kerajaan, terkalih 180 darjah dan main ugut-ugut pula. Dewan Rakyat ini adalah untuk membahas dan...
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Merbok, tumpang tanya ini.
Boleh mencelah Merbok? Siapa yang ugut Merbok?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
...Membincangkan suara rakyat. Bukannya disekat suara rakyat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Siapa yang mengugut Merbok?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Ini menunjukkan sikap yang hanya memilih aspek tertentu dalam Titah Diraja yang menguntungkan mereka sahaja dan mengetepikan aspek lain yang tidak selari dengan kepentingan politik mereka.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati Institusi Raja Berperlembagaan. Selain itu, keputusan kerajaan menjual 30 peratus saham
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Malaysia Airports Holdings Berhad kepada syarikat asing menimbulkan persoalan besar mengenai kedaulatan ekonomi negara.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Speaker, 36(12).
Peraturan.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Lapangan terbang adalah aset strategik negara dan tindakan menjual pegangan kepada pihak luar boleh memberi kesan kepada keselamatan serta keupayaan negara dalam mengawal sektor penerbangan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Merbok mengelirukan.
Kenyataan 30 peratus penjualan MAHB itu tidak benar. Minta tarik balik. Merbok, tarik balik Merbok!
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Mengapa aset strategik seperti ini tidak dipertahankan atau dikembangkan dengan modal tempatan 100 peratus?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Speaker, 36(12).
Peraturan. Merbok telah mengelirukan kenyataan.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Apakah kelebihan yang sangat nak jual kepada kepentingan asing walaupun 30 peratus?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Minta dia tarik balik. MAHB tidak menjual 30 peratus pun sahamnya.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Lebih mengejutkan kita juga melihat pengeluaran kontrak penyewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan agensi- agensi kerajaan yang akan menelan belanja sebanyak RM16 bilion tanpa proses tender yang telus. Apakah keperluan mendesak sangat yang menyebabkan kerajaan membuat keputusan sebegini tanpa melalui prosedur biasa atau lebih baik kita beli terus la daripada nak sewa atau pun sebab-sebab lain yang kami tidak tahu.
Satu lagi saya nak tanya. Apa dah jadi dengan status kapal LCS yang dulu semasa jadi pembangkang mendesak kerajaan pada masa itu untuk menjelaskan masalah dan penyelewengan yang dihadapi membabitkan projek pembinaan kapal tempur LCS berikutan terdapat beberapa persoalan tadbir urus dan keputusan yang masih tidak terjawab sehingga kini. Dan sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil. Bagi menangani pelbagai soalan yang dibangkitkan termasuk mengheret dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Orang Kedah kata lekeh sat aih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Standing order. Dah habis kan?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Tak habis lagi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Biar habis. Habis perenggan yang itu.
Ini standing order.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Isu harga lantai padi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
36(12).
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya nak teruskan. Saya tak ada masa. Ada seminit lagi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ah, tak bolehlah macam ini, standing order. Nak bagi habis pun tak nak habis. Tak apa. Standing Order 36(12). “Mana- mana Ahli tidak boleh mengeluarkan segala atau apa-apa kenyataan yang mengelirukan Dewan”. Saya mendapati daripada sahabat saya di sebelah sini bahawa Yang Berhormat sebut tadi “Menjual MAHB”.
Senang je. Kalau telah silap, kalau tak betul cakapnya menjual MAHB, tarik balik. Saya mohon Timbalan Speaker...
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya kata bukan menjual MAHB.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Chup! Tengah standing order ini.
Standing order!
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya tak kata menjual MAHB.
Saya kata menjual saham.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Standing order, Yang Berhormat!
Standing order, reti dak? Standing Order 36(12).
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hei, Kampar! Kampar, Kampar...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi Yang Berhormat Ipoh Timur untuk bangkitkan standing order.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
36(12). Tidak boleh mengelirukan Dewan. Apa yang disebutkan tadi menjual MAHB itu mengelirukan Dewan sebab itu auta, itu bidaah. Saya minta Timbalan Speaker buat ruling, minta tarik balik atau tidak sama ada menjual MAHB itu...
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Boleh tengok Hansard balik saya kata apa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tarik balik, ya.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Menjual 30 peratus saham!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Berapa peratus?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saham! 30.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ya ke? Jual ke? Betul ke? Saya minta Speaker buat ruling. Itu tidak betul. Itu tidak betul!
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Habis itu? Saya cakap apa kalau tak jual? Habis tu apa? Beli? Bagi free? Percuma?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Senang. Senang. Okey, dia jual berapa peratus dari siapa kepada siapa? Yang Berhormat tak tahu. So, maksudnya mengelirukan Dewan.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Tengok Hansard. Saya nak teruskan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Khazanah menaikkan dia punya, EPF menaikkan dia punya pegangan saham. Jual apa?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya nak teruskan, saya tak mau. Saya tak mau layan isu ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak, tak. Tak boleh, Yang Berhormat.
Tak boleh mengelirukan Dewan.
[Dewan riuh]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak puas hati, Ipoh Timur boleh buat usul.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, tak. Tak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat tak boleh nak jelaskan apanya, berapa, siapa jual berapa. Padahal Khazanah dengan EPF dua-dua menaikkan pegangan saham dia kepada tujuh peratus. Jual apa? Saya nak tahu jual apa MAHB? Kalau tak boleh jawab, tarik balik.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya Hansard saya kata apa.
Tengok Hansard balik saya kata apa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak, tak!
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya nak buat kesimpulan.
Saya tak banyak masa nak cakap.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Perlu bertanggungjawab atas apa yang disebut. Kalau bedaah mengaku sahaja. Janganlah macam itu.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya tak mengaku. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jangan bidaah, jangan tipu. Jangan tipu macam itu.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya nak teruskan, Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
You pun mengganggu Dewan. Sila duduk. Sila duduk dulu.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya nak teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timur boleh buat usul selepas meneliti Hansard.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya nak teruskan. Ada sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Ada sikit lagi. Tuan Yang di- Pertua, semua isu yang bangkitkan ini menunjukkan bahawa kerajaan ini gagal menguruskan ekonomi dengan baik.
[Tepuk] Membiarkan rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup serta membuat keputusan dasar yang tidak mengambil kira kepentingan rakyat dan negara secara menyeluruh. Sebagai Ahli Parlimen, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kerajaan bertindak dengan telus, bertanggungjawab dan mengutamakan kepentingan rakyat...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sembanglah. Sembang.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
...Bukan kepentingan politik semata-mata. Saya menyeru agar kerajaan menilai sendiri dasar-dasar yang menjejaskan kehidupan rakyat dan segera mengambil langkah yang lebih berkesan untuk menangani isu ekonomi, kos sara hidup dan ketelusan dan tadbir urus negara yang baik. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat Parlimen yang Kelima Belas pada 3 Februari lalu.
Puan Yang di-Pertua, dalam titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Baginda dengan jelas memberikan penghargaan kepada Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas prestasi pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar yang telah mencapai kadar 5.9 peratus dan jumlah perdagangan
Puan Wong Shu Qi - Kluang
negara untuk sembilan bulan pertama adalah sebanyak RM2.139 trilion, melepasi angka RM2 trilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.
Ini semua membuktikan segala dasar perdagangan negara berada pada landasan yang tepat seperti yang digariskan Kerajaan MADANI dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri menjadi jurujual utama negara dengan menjelajah ke pelosok dunia bagi mencari pasaran baharu negara dan tidak bersikap konservatif dengan bergantung pada rakan dagang sedia ada.
Pulangan ekonomi yang terus mengukuh ini terus diterjemahkan kepada pelbagai bantuan kepada rakyat secara terus seperti inisiatif Sumbangan Tunai RAHMAH yang memanfaatkan sembilan juta penerima B40, Sumbangan Asas RAHMAH kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya serta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 4,615 orang berserta golongan B40 miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka.
Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia juga amat memberangsangkan di tengah- tengah ekonomi dunia yang tidak menentu dengan peralihan dasar ekonomi Amerika Syarikat, perang Rusia-Ukraine dan pergolakan di Timur tengah menuntut kepimpinan negara untuk berfikir di luar kotak bagi menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia supaya terus mampan dan rakyat terus dipelihara.
Dengan jurang ketidaksamaan ekonomi antara rakyat perlu dirapatkan.
Justeru, laporan Bank Dunia yang diterbitkan bersama dengan Kementerian Ekonomi pada 5 Februari tahun ini yang bertajuk, dengan izin, “Reducing Inequality and Enhancing Mobility in Malaysia” perlu diberikan perhatian.
Walaupun Bank Dunia memuji langkah kerajaan untuk terus mengukuhkan ekonomi dan menghapuskan kemiskinan sejak beberapa dekad lalu dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, namun kepentingan untuk memberikan akses pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan awam berkualiti dan pulangan – maaf, peluang pekerjaan amat perlu diberikan perhatian bagi memastikan kemakmuran ekonomi dapat dikongsi segenap lapisan rakyat tidak kira kaum, bandar atau luar bandar serta taraf pendapatan ekonomi mereka.
Laporan ini mendedahkan bahawa ketidaksamaan ekonomi Malaysia terus meluas berbanding negara maju dalam tempoh 15 tahun lalu dengan peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi menyebabkan separuh daripada rakyat kita yang berada dalam kelompok 20 peratus di bawah pengagihan pendapatan terus berada dalam kelompok berkenaan. Ia menunjukkan bahawa peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi adalah terhad bagi mereka. Inilah yang isu yang perlu ditangani dengan cara lebih holistik dengan segera.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Atas sebab itu laporan berkenaan mencadangkan lima bidang polisi untuk Malaysia tangani dalam usaha untuk merapatkan ketidaksamaan ekonomi. Saya tidak akan ulangi kesemua lima polisi ini di sini.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah langkah-langkah yang dinyatakan dalam Laporan Bank Dunia akan dilaksanakan? Bagaimana ia hendak dilaksanakan? Kerana pada pandangan saya, ia perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan isu ketidaksamaan ini dapat diatasi dengan segera.
Puan Yang di-Pertua, Laporan Bank Dunia turut menyatakan bahawa perbelanjaan pendidikan negara kita sebagai peratusan KDNK semakin merosot.
Walaupun sebanyak 20 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan untuk bidang pendidikan. Ini adalah satu isu serius yang perlu diberi perhatian demi masa depan negara.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini Projek Pembinaan Kompleks Pendidikan di Bandar Seri Impian, Kluang yang meliputi sebuah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah kebangsaan.
Penduduk di Bandar Seri Impian telah lama menantikan pembinaan tersebut agar anak-anak mereka dapat bersekolah lebih dekat dengan rumah tanpa perlu berulang alik ke sekolah yang terletak jauh.
Puan Yang di-Pertua, saya tertarik apabila Timbalan Menteri dan juga Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi kongsi dalam Dewan yang mulia ini pada tahun yang lepas bahawa Sarawak Plantation Berhad telah berjaya membina satu mesin harvester. Mesin harvester ini di nama Lipan. Walaupun prototype ini belum dilancarkan dalam pasaran, namun ia membuktikan kita sebenarnya ada keupayaan dalam R&D dan juga kemampuan cari penyelesaian dalam isu kekurangan pekerja bagi penuaian buah sawit.
Dengan ciptaan mesin ini, saya berharap MPOB dan juga kementerian merancang lebih awal supaya mesin seperti ini boleh diguna pakai seluasnya mungkin dalam sektor perladangan sawit. Peladang kecil sangat sensitif dengan kos operasi. Mereka tidak akan tukar modus operandi mereka sekiranya tiada pengubahan kos atau penurunan kos kepada perniagaan.
Mereka lebih cenderung ambil pekerja asing tanpa izin daripada membeli mesin harga beribu-ribu ringgit. Justeru, saya berharap kementerian boleh menjelas secara terperinci bagaimana MPOB akan melaksanakan atau mempromosikan kegunaan teknologi robotik AI dengan peningkatan 126 peratus perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan dalam belanjawan kementerian tersebut dalam tahun 2025.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Puan Yang di-Pertua, isu sawit sangat penting bagi kawasan saya dan industri sawit merupakan sektor yang amat penting bagi negara kita juga. Saya menghargai usaha berterusan Menteri dan Timbalan Menteri dalam mempromosikan minyak sawit serta menangani persepsi negatif di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, saya berpandangan bahawa kita juga perlu meneliti sama ada sebahagian dasar yang dilaksanakan benar-benar membantu industri ini.
Sebagai contoh di kawasan saya, kilang sawit diwajibkan menukar status geran tanah daripada tanah pertanian kepada tanah perindustrian. Sekiranya ingin mengeksport produk mereka. Setahu saya, objektif dasar ini adalah untuk memastikan pengeluaran minyak sawit dilakukan di atas tanah yang sesuai dan kilang dibina di atas tanah dengan pemilikan sah dan sebagainya.
Namun begitu, pelaksanaan dasar yang baik ini telah berdepan dengan pelbagai masalah di peringkat pelaksanaan on the ground, dengan izin. Sebagai contoh, sebuah kilang sawit pernah diminta oleh PBT untuk membayar cukai taksiran mengikut kadar dana perindustrian beberapa tahun lalu. Walaupun status tanah dalam geran masih tanah pertanian.
Ketika itu, ekonomi merosot akibat pandemik COVID-19. Pendapatan kerajaan tempatan turut terjejas. Pengusaha kilang tersebut atas rasa tanggungjawab sebagai citizen dan simpati terhadap situasi ketika itu, bersetuju membuat bayaran cukai taksiran tanpa bantahan. Namun selepas itu, mereka diarahkan pula untuk menukar status geran tanah daripada pertanian kepada perindustrian.
Mereka cuba memenuhi segala syarat yang ditetapkan. Tetapi apabila proses pengesahan keselamatan dijalankan oleh pihak bomba, pegawai bomba mengakui bahawa skala kilang minyak sawit tersebut terlalu besar sehingga mereka sendiri tidak pasti bagaimana proses kelulusan dapat dilengkapkan. Akhirnya, permohonan ditolak.
Keadaan ini meletakkan pengusaha kilang dalam dilema. PBT mahukan cukai taksiran yang lebih tinggi, kilang membayar. Kementerian mahu kilang menukar status tanah daripada pertanian kepada perindustrian, kilang ikut. Namun, apabila tiba kepada pengesahan bomba, permohonan ditolak.
Perlu ditegaskan bahawa kilang ini bukan kilang baharu. Mereka telah beroperasi sebelum pekeliling dan keputusan dasar ini diperkenalkan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Kementerian Perladangan dan Komoditi bekerjasama dengan MITI untuk mewujudkan satu task force atau pasukan khas yang melibatkan pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, bomba serta kesemua agensi kerajaan berkaitan bagi menyelaras proses ini dan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pengusaha kilang sawit.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Puan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titahnya turut menyentuh mengenai pengukuhan infrastruktur serta ekonomi digital.
Peningkatan keselamatan siber serta penggunaan teknologi terkini dan ia amat bertepatan dengan apa yang sedang berlaku dalam dunia masa kini iaitu ledakan kecerdasan buatan atau artificial intelligence, ringkasnya disebut AI.
Ketika kuasa besar dunia berebut-rebut untuk menguasai AI, dengan China memperkenalkan DeepSeek dua minggu lalu hingga mencetus gelombang kekhuatiran pada dunia barat. Maaf saya katakan bahawa Malaysia tidak boleh terus bersikap tunggu dan lihat dalam teknologi AI ini. Kita perlu menjadi peneraju teknologi AI ini dengan membangunkan AI Malaysia sendiri. Jika tidak, kita berterusan menjadi pengguna akhir, end user sahaja dan terus bergantung kepada negara maju.
Justeru, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah usaha telah dilakukan untuk membangunkan teknologi AI kita sendiri? Berapakah tenaga tempatan yang pakar dalam teknologi ini telah dikenal pasti? Siapa sangka aplikasi TikTok yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat daripada China mampu menggegarkan ekonomi Amerika Syarikat sehingga menjadi isu utama dalam pemilihan Presiden negara berkenaan.
Ini semua adalah contoh yang patut membuka mata dan minda kerajaan supaya dapat berfikir di luar kotak tentang cara untuk menjadi peneraju kepada teknologi digital. Usaha harus digembleng dengan segera dalam perkara ini. Jadi, mengenai keselamatan siber yang terus menjadi duri dalam daging kepada rakyat kita, walaupun dengan pengenalan pindaan akta baharu mengenai keselamatan siber yang diluluskan Dewan yang mulia tahun lepas, ia tetap terus menghantui rakyat kita. Saban hari kita membaca di media, rakyat terus ditipu syaitan scammer- scammer ini yang memperdayakan rakyat kita dan lebih malangnya, majoriti terdiri daripada warga emas.
Justeru, di sini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu pasukan petugas khas terdiri daripada agensi di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital. Sebelum lebih ramai rakyat terus terpedaya dengan taktik-taktik syaitan scammer ini. Jika pasukan petugas khas mengenai 1MDB boleh ditubuhkan, kenapa pasukan petugas khas membanteras scammer tidak ditubuhkan supaya usaha lebih terkoordinasi membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi dilakukan?
Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang dan ruang yang diberikan pada saya untuk mengambil bahagian berbahas bagi menyokong Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah Tuanku begitu mendalam, amat bermakna dan sarat dengan nasihat, terutamanya pada kita sebagai Ahli Dewan yang mulia ini. Amat dituntut kepada kita, bukan setakat untuk menghayatinya tetapi sekali gus untuk mengamalkannya. Patik bersama rakyat Jeli amat menghargai dan menjunjung kasih atas Titah Tuanku.
Ibarat kapal dengan nakhoda, Penentu arah menuju destinasi, Raja dan rakyat berpisah tiada, Kasih dijunjung titah ditaati. Di kesempatan ini juga Jeli merafak sembah takzim mendoakan keafiatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar segera dapat berangkat kembali ke atas takhta sebagai tonggak payung pemerintahan negara.
Puan Yang di-Pertua, Titah Tuanku untuk mencapai kemajuan negara dengan kesejahteraan rakyat terus dinikmati, ia nya mestilah bertunjangkan kepada perpaduan. Perpaduan dalam erti kata terhindar dari sebarang fitnah, tiada adu domba dan tiada curiga mencurigai sesama kita. Semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira kaum dan agama, hidup dalam harmoni dan hormat- menghormati di antara satu sama lain. Namun begitu, di mutakhir ini ternampak seakan-akan wujud hakisan perpaduan dan jika tidak dibendung, ia nya akan berakar atas nama kepentingan kaum, agama dan politik kepartian.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Ada kalanya wujud kenyataan-kenyataan yang berunsur provokatif dan sentimen negatif yang terbit dari mulut dan terzahir di media sosial, tidak hanya kepada rakyat malah daripada pemimpin sendiri. Fenomena ini boleh menguris perasaan, menimbulkan fitnah, hasutan dan ketidakselesaan kepada ramai. Jika tidak ditangani sebaiknya sentimen ini akan meningkat ke tahap yang boleh merosakkan perpaduan yang sekian lama terpahat dan dikhuatiri ia nya tidak boleh dan tidak mampu untuk dipulihkan kembali. Jangan kerana hanya “nila setitik habis rosak susu sebelanga”.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan mula timbul benarkan negara kita sekarang ke arah rakyat yang bersatu padu? Sudah hilang kah rasa hormat sesama kita?
Sudah hilang kah rasa percaya mempercayai sesama kita? Apakah boleh negara kita ini mencapai sebuah negara maju, berdaya saing dalam kemajmukan dan kepelbagaian ini?
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Kalau dahulu saya masih ingat di zaman persekolahan, di sekolah rendah di era tahun 70-an dalam mata pelajaran Belajar Membaca. Watak-watak seperti Ali, Tong Seng, Ramasamy, Salmah, Ah Moi dan Kumari ditonjol dan disuap kepada kita, untuk apa? Watak-watak ini adalah lambang kepada manifestasi semangat perpaduan sejati. Atas dasar kesetiakawanan, hormat-menghormati dan saling percaya-mempercayai. Maka tidak bolehkah kita menepati Titah Kebawah Duli Yang Maha Tuanku, semangat watak-watak Ali, Tong Seng, Salmah dan rakan-rakan ini kembali semula menyerap dan masuk ke setiap rongga dan ruang di antara kita.
Barangkali kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara boleh memainkan peranan yang lebih proaktif agar matlamat dan cita-cita ini dapat kita capai atau mungkin kerajaan boleh menggubal atau meminda ataupun menambah baik mana-mana undang-undang yang bersesuaian bagi mengawal batas tingkah laku, tutur kata, agar tidak menjadi fitnah. Bicara berbaur hasutan tanpa mengira tempat sama ada di perhimpunan ataupun di media sosial yang boleh membangkitkan kerisauan ataupun keretakan kepada perpaduan.
Benar Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara tetapi kebebasan ini perlu dikawal agar ia nya sentiasa berada dalam ruang lingkup yang tidak boleh memudaratkan perpaduan negara. Kerajaan perlu bertindak sebelum “nasi menjadi bubur” dan janganlah “sudah terhantuk baru tengadah”.
Sebagai pemimpin, kitalah nadi utama kepada rakyat dan kitalah juga memberikan peranan besar dalam soal ini, seperti Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kita semua di sini perlu menjadi benteng perpaduan negara, bukannya ejen perpecahan.
Tuan Yang di-Pertua, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Belia adalah penyumbang terbesar yang akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara. Belia boleh menentukan dan mencorakkan masa depan negara. Kata Sayidina Ali, “Jika kamu ingin melihat masa depan sebuah negara, maka lihatlah pemuda pemudinya di zaman ini”.
Namun, realitinya ramai golongan belia hari ini masih tercari-cari dan terkial- kial akan pilihan masa depan, apa yang bakal diceburi oleh mereka kelak walhal pelbagai dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak dahulu lagi untuk menjadikan mereka golongan yang berperanan dalam membina negara yang maju dan berdaya saing.
Jeli mencadangkan agar satu usaha ini mestilah bermula dari awal, di usia remaja mereka iaitu di peringkat sekolah menengah atau sebaik-baiknya mereka tamat menduduki SPM. Jeli amat bersetuju dengan langkah kerajaan mewujudkan semula PLKN sebagai vehicle untuk mereka membina jati diri, keyakinan dan yang penting ialah semangat cintakan negara.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Kementerian Pengajian Tinggi juga berperanan dalam menentukan hala tuju belia iaitu para graduan. Program-program yang dianggap tidak relevan perlu dirombak dan dinilai semula agar ia nya selaras dengan pasaran semasa.
Penawaran masuk ke IPTA atau IPTS hendaklah dikawal bagi mengelakkan pelajar yang masuk IPTA ataupun IPTS sekadar untuk memenuhi kuota sahaja. Yang penting kita mesti melahirkan graduan yang berkualiti, serba boleh, berketerampilan dan segera boleh berada dalam pasaran yang sesuai dengan kelulusannya.
Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menitahkan agar kerajaan tidak lupa untuk terus membantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan. Dengan mengambil pendekatan yang proaktif bagi memperkasa sektor pertanian, komoditi dan rantaian bekalan makanan. Rakyat Jeli rata-ratanya adalah pekebun dan petani.
Misalnya di kawasan saya iaitu di Kampung Kuala Balah. Di sini terdapat tanah seluas 250 ekar yang diusahakan oleh seramai 120 petani dan pekebun.
Mengusahakan tanaman jagung, tembikai, labu dan pisang, di samping buah- buahan bermusim seperti durian, dokong dan rambutan. Hasil tanaman mereka boleh dikatakan menjadi iaitu jagung dapat di-produce-kan sebanyak lebih kurang dalam 40 tan semusim. Labu 500 tan dan tembikai sebanyak 1,200 tan semusim.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan hasil yang menjadi, masalah pasaran pula yang timbul iaitu circle pasaran mereka hanyalah di sekitar kampung itu dan paling jauh pun mereka boleh pasarkan di pasar awam di bandar Jeli. Untuk itu, saya mencadangkan dan saya memohon intervensi daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui FAMA, menyediakan satu logistik pemasaran bagi membantu pekebun dan petani ini dengan membangunkan satu Pusat Pengumpulan Ladang (PPL).
Jika ini terlaksana Jeli ia akan mewujudkan kebolehpasaran hasil pertanian dan sekali gus dapat mengelakkan berlakunya lambakan yang tidak perlu contohnya semasa peak season.
Buah dokong menjadi harganya. Hasil daripada lambakan ini, daripada harga biasa di antara RM3 per kilogram sehingga RM7 per kilogram telah jatuh menjunam sehingga 50 sen satu kilogram. Upah orang untuk memanjat pokok dokong sebanyak 70 sen per kilogram. Ini bermakna upah untuk memanjat lebih mahal daripada harga buah dokong itu di pasaran dan akhirnya tidak ada siapa yang ingin memanjat dan buah itu terbiar di atas pokok dan berlakulah pembaziran, hasil daripada lambakan ini dan hasil daripada tidak ada tempat untuk dipasarkan buah-buahan ini.
Kesejahteraan rakyat juga akan tercapai dan dapat dinikmati jika infrastruktur asas luar bandar seperti di Jeli ini dapat ditingkatkan. Kementerian Kemajuan Desa
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
dan Wilayah harus memberi tumpuan kepada penambahbaikan jalan-jalan kampung dan jalan-jalan perhubungan desa, kemudian lampu-lampu jalan di kawasan saya.
Tidak kurang penting ialah bekalan air luar bandar. Kebanyakan kampung- kampung di Jeli menggunakan air yang puncanya daripada bukit yang lebih dikenali sebagai air tandak. Di Jeli ada 47 penempatan kampung yang menggunakan air ini.
Mereka mempunyai jawatankuasa yang tersendiri yang menguruskan bekalan air dan pemasangan paip-paip dari bukit ke kampung dipasang secara gotong-royong.
Justeru itu, diharapkan KKW melalui agensinya di sana, KESEDAR boleh turun padang memberi bantuan paip, memulih dan membaiki paip-paip yang telah usang dan telah pecah ini. Banjir ataupun bah baru sahaja melepasi musimnya di Kelantan. Setiap kali berlaku banjir banyak jalan-jalan raya rosak dan perlu diperbaiki terutamanya jalan-jalan yang mengalami runtuhan.
Jeli memohon JKR dapat segera perbaiki jalan ini terutamanya runtuhan yang berlaku di kawasan Kampung Lakota sekarang iaitu sebuah – satu laluan jalan persekutuan Jeli menuju ke Gerik. Saya pernah membangkitkan soal ketiadaan garisan putih sama ada di tepi ataupun di tengah jalan dalam sidang yang lalu.
Namun ke saat ini saya dapati belum ada apa tindakan untuk memperbetulkan keadaan ini dan saya mohon supaya pihak JKR dapat melihatnya semula.
Akhirulkalam, Jeli ingin menegaskan demi tanah air tercinta ini kedaulatan negara kita perlu terus dijaga dan dipertahankan dari apa jua cabaran dan daripada ancaman asing. Ini negara berdaulat, keutuhan dan kebebasan wilayah kita adalah maruah kita. Jangan benarkan kedaulatan ini dinodai oleh sesiapa daripada luar.
Peristiwa darurat 48 hingga tahun 60 atas sebab ancaman pengganas Komunis dan serangan di Lahad Datu adalah pengajaran buat kita semua dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.
Terbaharu isu pencerobohan warga asing tanpa dokumen di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor yang cuba menyerang pegawai penguat kuasa Maritim Malaysia. Jeli menyokong atas tindakan tegas pihak berkuasa Maritim Malaysia, biarkan mereka itu, penceroboh ini tahu bahawasanya dan faham negara ini negara yang berdaulat, ada tuan, ada undang-undang dan ada peraturan yang mereka harus patuhi jika mereka ingin datang ke negara kita.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Berdahan rendah pohon ketapang, Sebelahnya rapat pohon berangan, Kalau sudah jejak menumpang, Adat di tempat dilanggar jangan. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam MADANI. Saya mulakan dengan dua rangkap pantun, *Minyak kasturi bekasnya timah, Dititik bonda wangi bidara, Usul diberi bahas berhikmah, Bawa agenda rakyat sejahtera.
Basah lokan gugur ke tanah, Jatuh merata di sawah padi, Usah timbulkan konflik dan fitnah, Berbahas kita santun berbudi.* Terima kasih, Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Balik Pulau.
Izinkan saya merafak sembah bagi turut sama menyokong Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Tuanku dalam Titah Baginda menyebut dan memberi peringatan kepada beberapa perkara peting bahawa Tuanku berasa bangga dengan Kerajaan MADANI atas perkembangan ekonomi negara.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang kukuh, dasar yang stabil dan pelaburan asing yang semakin meningkat telah menjana semula minat global terhadap pasaran modal Malaysia dan menjadikan negara sebagai antara destinasi pelaburan utama di rantau ini. Sememangnya kita amat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia ini kerana rakyat kita walaupun berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang tetapi dapat hidup dengan penuh harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
Tanggungjawab Kerajaan MADANI adalah mengutamakan kepentingan rakyat...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
...Memastikan kesejahteraan rakyat...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Balik Pulau, satu minit.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Baru mukadimah dah masuk.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Tak ─ terdengar pujian tadi, saya ingin tahu pandangan Balik Pulau atas pujian dan juga ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, di mana ekonomi selepas Kerajaan MADANI, ekonomi
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
lebih kuat dan stabil tetapi di barisan pembangkang banyak fitnah yang buang kepada kita dan fitnah-fitnah ini telah pun mengadakan perasaan hatred kepada kerajaan. Adakah perkara ini satu perkara yang bagus untuk negara kita? Mohon pandangan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih atas pandangan Batu mengenai fitnah yang dilemparkan walaupun negara mendapat banyak pelaburan asing, keyakinan kepada Kerajaan MADANI namun fitnah-fitnah ini harus dielakkan. Sebab itu saya mulakan dengan jangan fitnah, jangan timbulkan konflik dalam negara, okey.
[Tepuk] Jadi tanggungjawab Kerajaan MADANI adalah mengutamakan kepentingan rakyat, memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan dan boleh diakses seluruh masyarakat serta memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, warga kota dan desa.
Pembangunan semula Gaza. Tuan Yang di-Pertua, pembinaan semula Gaza bukan sekadar isu politik atau diplomasi tetapi satu tuntutan kemanusiaan yang perlu diangkat oleh semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa. Komitmen Kerajaan Malaysia melalui Yang Amat Berhormat Tambun dalam usaha ini wajar dipuji lebih- lebih lagi apabila mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Jepun untuk menjadi pengerusi bersama dalam membangunkan semula Gaza.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, rakyat Malaysia seharusnya melihat penghormatan ini sebagai bukti bahawa negara kita dihormati di peringkat antarabangsa atas dasar prinsip kemanusiaan dan solidariti global. Perdebatan mengenai dana yang disalurkan tidak sepatutnya mengaburi keperluan mendesak untuk membantu rakyat Gaza yang kehilangan tempat tinggal, sekolah, hospital dan infrastruktur asas akibat serangan berterusan. Kita benar-benar memahami penderitaan rakyat Gaza yang hidup dalam kesengsaraan, kehilangan orang yang tersayang dan berdepan dengan sekatan berpanjangan.
Sepatutnya kita mempunyai empati dan semangat kemanusiaan yang tinggi.
Mereka bukan sekadar mangsa genocide tetapi saudara kita dalam erti kata yang lebih luas sebagai sesama manusia yang berhak untuk hidup dengan aman dan bermaruah. Oleh itu, usaha pembinaan semula Gaza bukan hanya soal tanggungjawab kerajaan tetapi juga satu amanah yang perlu disokong oleh rakyat Malaysia. Sikap peduli terhadap saudara-saudara kita di Gaza mencerminkan nilai murni yang telah lama menjadi pegangan rakyat Malaysia. Prihatin, penyayang dan bersatu hati dalam memperjuangkan keadilan.
Saya juga menggesa supaya pihak kerajaan memantau badan-badan NGO yang mengutip derma sumbangan untuk tujuan ini. Malaysia yang menerajui ASEAN
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
tahun ini komited dalam proses pembinaan semula Gaza dan memastikan sokongan yang diberikan adalah mencukupi. Peranan proaktif Malaysia dalam merapatkan sokongan antarabangsa serta memupuk kerjasama usaha pembinaan semula Gaza harus dilaksanakan dengan mampan supaya terus memberi impak yang signifikan terhadap ikhtiar masyarakat antarabangsa untuk mencari jalan menjayakan pembinaan semula Gaza.
Saya terus ke topik seterusnya iaitu Tahun Melawat Malaysia 2026. Tuan Yang di-Pertua, tahun ini 2025 merupakan tahun yang amat kritikal bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta agensi utamanya Tourism Malaysia, kerana tahun ini adalah tahun persediaan untuk Visit Malaysia Year 2026, dengan izin. Ini bukan sekadar satu kempen tetapi satu misi nasional untuk memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelancongan seluruh dunia.
Dalam dunia pelancongan, visibility atau keterlihatan adalah aspek utama dalam menarik lebih ramai pelancong. Namun kita perlu mengubah cara mempromosikan Malaysia. Tahun demi tahun, Tourism Malaysia membelanjakan kos yang tinggi untuk iklan-iklan di kota-kota besar seperti London, diletakkan di belakang bas, dibalutnya di teksi dan medium tradisional lain tetapi saya mencadangkan satu pendekatan yang lebih murah, efektif dan bersasar.
Dua bandar suci Al-Makkah Mukaramah dan Madinah Al-Munawarah menerima jutaan jemaah haji dan umrah setiap tahun dari pelbagai negara di seluruh dunia. Sebahagian mereka tidak pernah mendengar tentang Malaysia. Sementara itu dianggarkan lebih 1 juta rakyat Malaysia menunaikan haji dan umrah setiap tahun, maka inilah peluang keemasan untuk meningkatkan jenama Malaysia di mata dunia Islam.
Bayangkan satu syarikat Andalusia iaitu syarikat pengendali umrah yang besar di Malaysia ini, mengendalikan lebih 50,000 hingga 60,000 jemaah haji dan umrah setiap tahun. Saya mencadangkan agar Tourism Malaysia bekerjasama rapat dengan ejen-ejen pelancongan umrah dan haji serta syarikat-syarikat penerbangan untuk mengagihkan ves ataupun pakaian dengan tulisan, ‘Malaysia’ ataupun Visit Malaysia 2026 yang nampak jelas dan mudah dilihat oleh jemaah lain di sekitar masjid Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bayangkan kapasiti Masjidil Haram itu boleh menampung 3 juta jemaah pada satu-satu masa dan Masjid Nabawi boleh memuatkan 1.5 juta jemaah. Bayangkan eyeballs ataupun visibility yang kita boleh expose ataupun dedah kepada mereka yang datang daripada seluruh pelosok dunia dan memperkenalkan Malaysia kepada dunia Islam dengan cara lebih organik, authentic dan kos efektif.
Kita tidak perlu mengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit untuk papan iklan digital ataupun kempen pengiklanan yang mahal. Dengan strategi ini rakyat Malaysia
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
sendiri boleh menjadi duta pelancongan negara secara tidak langsung apabila mereka berinteraksi dengan jemaah dari seluruh dunia, mereka dapat berkongsi keindahan Malaysia, keramahan rakyatnya, keunikan budaya serta keistimewaan destinasi Muslim yang kita tawarkan.
Saya terus ke isu yang lain iaitu isu peletakan jawatan Naib Canselor UKM.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara mengenai pelantikan jawatan Naib Canselor UKM baru-baru ini disertai dengan dakwaan beliau menjadi mangsa fitnah dan pembohongan. Semalam, Istana Seri Menanti mengumumkan penarikan semula darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepadanya. Ini menimbulkan persoalan tentang isu yang lebih besar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Warga UKM sedia maklum tentang pelbagai kepincangan di universiti ini yang didakwa didalangi oleh sebuah kartel malah istilah Naib Canselor sebenar sering digunakan untuk merujuk Ketua Kartel tersebut. Buat pertama kali dalam kurun ini, seorang dekan terpaksa melepaskan jawatan selepas berdepan usul undi tidak percaya kerana kaitannya dengan kartel ini.
LPU UKM juga gagal mencegah masalah ini dan bukan sekadar Naib Canselor, UKM memerlukan pengerusi LPU yang baharu. Sebelum sebarang pelantikan dibuat, saya syorkan supaya Yang Amat Berhormat Tambun harus mengarahkan siasatan menyeluruh bagi memahami isu sebenar. Hanya dengan mandat dan authority penuh kepimpinan baru mampu memulihkan keadaan serta mengembalikan martabat UKM sebagai universiti terkemuka negara. Pelantikan Naib Canselor yang baharu atau mana-mana universiti awam perlulah dibuat dengan secara profesional dan perlu ada satu panel khas pelantikan bagi memastikan Naib Canselor itu betul-betul layak.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kesuntukan masa saya terus kepada isu kawasan. Isu ketersambungan Balik Pulau telah terpisah oleh banjaran bukit dan pengumuman terbaru oleh Kerajaan MADANI mengenai jajaran stesen LRT tetapi ia tidak termasuk dalam Balik Pulau. Saya tidak memohon LRT buat masa ini tetapi saya ingin mencadangkan supaya kerajaan membina sebuah terowong yang menghubungkan Balik Pulau ke Bahagian Timur Laut Pulau Pinang seperti kita lalu tiap-tiap hari Penchala Link itu. Mungkin kita boleh namakan Balik Pulau Link, ini di Balik Pulau. Ini dapat mengurangkan masa perjalanan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Balik Pulau.
Kedua, keperluan Bangunan Pejabat Kerajaan Persekutuan di Balik Pulau.
Pada masa ini kebanyakan pejabat kerajaan di Balik Pulau berselerak di pelbagai lokasi. Oleh itu saya mencadangkan agar satu pembinaan sebuah Kerajaan Persekutuan dan sebuah UTC, Pusat Transformasi Bandar sebagai pusat sehenti bagi memenuhi semua keperluan masyarakat. Saya juga memohon sebuah pusat
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
komuniti bagi menampung keperluan pusat aktiviti warga emas yang sekarang ini terletak di atas tanah milik individu. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pun ada di sini, diharap ambil perhatian.
Saya juga ingin menggesa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam meneliti semula penyelenggaraan yang lebih baik bagi Taman Negara Pulau Pinang sebagai salah satu khazanah alam yang penting di negara ini. Taman itu bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tetapi juga menjadi habitat flora dan fauna. Oleh itu penyelenggaraan yang mesti sistematik, mesti diberi perhatian dan perlu ada kawalan terhadap pencerobohan dan pencemaran. Saya gulung sedikit lagi sebelum Timbalan Yang di-Pertua sebut, sila gulung.
Saya mencadangkan agar Renjer Taman Negara dibekalkan dengan sistem komunikasi radio yang lebih baik bagi membolehkan mereka bertindak pantas dalam sebarang kecemasan, terutama bagi kes kecederaan atau kehilangan pengunjung dalam kawasan taman. Puan Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang suntuk jadi saya dengan ini Balik Pulau, mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 17 Februari 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.33 petang]