Feb122025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, soalan nombor satu.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan cabaran utama yang dikenal pasti dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan Dasar Inovasi Sosial (DIS) di peringkat komuniti, terutamanya dalam merapatkan jurang ketidaksamarataan sosial dan ekonomi.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.

Puan Yang di-Pertua, Dasar Inovasi Sosial atau DIS telah dilancarkan pada 16 Disember 2024 yang bertujuan untuk memacu masyarakat yang lebih berdaya cipta dan berdaya tahan serta memperoleh kesamarataan peluang dan akses terhadap kesejahteraan ekonomi, sosial dan persekitaran yang lebih mampan melalui tadbir urus yang lebih efisien.

Semestinya terdapat cabaran untuk merealisasikan DIS dalam kalangan masyarakat, terutamanya dalam merapatkan jurang ketidaksamarataan sosial dan ekonomi. Antara cabaran awal yang dikenal pasti adalah pertama, kekurangan pengetahuan dan kolaborasi strategik dalam kalangan masyarakat berhubung inovasi sosial serta manfaatnya, sekali gus boleh menghalang penerimaan dan penglibatan aktif mereka dalam inisiatif tersebut.

Kedua, landskap pemberian insentif yang tidak tersasar, tidak bersasar juga menyebabkan inovasi sosial sukar untuk dikembangkan.

Ketiga, infrastruktur dan info-struktur yang kurang berdaya saing contohnya capaian internet yang lemah dan kekurangan integrasi dalam pengurusan data, terdapat jurang dalam menempatkan jalur lebar berkelajuan tinggi di lokasi-lokasi industri dan pusat latihan utama untuk menyokong keperluan IR4.0.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Keempat, keupayaan berinovasi yang rendah, kekurangan bakat dan jurang kemahiran untuk menghadapi IR4.0 juga menjadi cabaran dalam pelaksanaan DIS.

Kelima, kelemahan inovator tempatan mematuhi piawaian global disebabkan kekurangan pengetahuan, sumber dan koordinasi menyebabkan produk gagal memasuki pasaran antarabangsa. Justeru, bagi mengatasi cabaran-cabaran yang disebutkan tadi, beberapa intervensi dicadangkan adalah seperti berikut:

(i) program-program berbentuk jangkauan luar akan dipertingkatkan untuk memberi lebih pendedahan kepada masyarakat berkenaan inovasi sosial;

(ii) memperkemas dan menyelaraskan pemberian insentif bagi meningkatkan keberhasilan dan juga impak kepada masyarakat;

(iii) Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan kerjasama pelbagai rakan strategik menawarkan fasiliti Ruang Daya Cipta (RDC) sebagai hab pereka cipta teknologi dan inovasi di komuniti yang memberikan peluang pembelajaran latihan dan bantuan teknikal;

(iv) menggalakkan inovator mengambil Pensijilan Kemahiran Malaysia atau SKM dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia; dan

(v) terakhir, adalah inovator sosial yang berpotensi akan diberikan bantuan pendedahan berkaitan piawaian global.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Simpang Renggam.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang diberikan. Alhamdulillah ada inisiatif-inisiatif, langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi berkenaan dengan ketidaksamarataan sosial dan juga ekonomi.

Yang Berhormat, apakah pandangan kementerian, walaupun inisiatif dan cabaran itu dah kita kenal pasti dan langkah-langkah dah kita ambil sebagai penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi. Seperti contoh, laporan daripada Bank Dunia mengatakan dalam laporan Reducing Inequality and Enhancing Mobility di Malaysia ini.

Laporan itu mengatakan 70 peratus rakyat Malaysia merasakan jurang pendapatan semakin meluas. Jadi, cabaran Yang Berhormat tadi tu betullah Yang Berhormat berkata sebab itulah laporan daripada Bank Dunia. Bank Dunia juga mengatakan bahawa 63 peratus percaya bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan. Ramai itu di kalangan 70 peratus rakyat.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad

...Lebih mengejutkan Puan Yang di- Pertua...

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad

...Satu lagi perkara sebelum soalan saya ialah enam daripada 10 rakyat Malaysia, kalau sekalipun kita Malaysia mencapai threshold high-income Malaysian, enam daripada 10 tidak akan menikmati high-income Malaysian punya status itu. Jadi, dengan adanya inisiatif ini, apakah yang meyakinkan kerajaan bahawa ketidaksamarataan ini, sosial dan ekonomi ini dapat diatasi dengan inisiatif Yang Berhormat sebut tadi.

draft • 10:00 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam atas soalan tambahan yang agak baik jugalah. Sebagai makluman Yang Berhormat, jurang ketidaksamarataan sosial dan ekonomi dirapatkan melalui pendekatan local issues, local technology dan local benefit termasuklah mengenal pasti isu sosioekonomi setempat contohnya isu kemiskinan, jurang pendidikan dan masalah kesihatan di peringkat akar umbi.

Bagi memastikan pembangunan produk dapat dikembangkan sehingga ke peringkat pengkomersialan dan memanfaatkan komuniti setempat, ianya memerlukan penglibatan komuniti dan elemen pembangunan kapasiti serta kerjasama antara agensi kerajaan, swasta, institusi penyelidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

draft • 10:00 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Sinergi dan peranan yang dimainkan oleh setiap pemegang taruh ini akan dapat memberikan impak positif dengan menjana pulangan ekonomi yang signifikan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang tentunya dapat membantu untuk mengurangkan ketidaksamarataan sosial dan ekonomi di negara kita amnya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Machang.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya yakin Dasar Inovasi Sosial ini amat penting untuk membantu merapatkan jurang kemiskinan dan juga mencungkil potensi rakyat Malaysia dalam bidang merakyatkan sains.

Cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri buka laman web Yayasan Inovasi Malaysia, tidak ada laporan tahunan, tiada dasar yang boleh kami muat turun untuk kita lihat contoh-contoh inovasi sosial yang telah dilaksanakan untuk tahun lepas dan tahun ini. Ya lah, tahun ini tahun baharulah. Cuma maksud saya, kalau maklumat tak sampai kepada kami, khususnya Ahli-ahli Parlimen di kawasan luar bandar, macam mana kami nak bantu menjayakan misi MOSTI. Jadi, mohon bantuan dan sokongan Yang Berhormat Timbalan Menteri bantu kami, kami bantu MOSTI, insya-Allah.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Maka, itulah sebenarnya kenapa Dasar Inovasi Sosial yang baru kita lancarkan 16 Disember 2024 ini kita wujudkan. Ia tentu kita nak bagi pemakluman bukan sahaja kepada Yang Berhormat, kepada umum. Tanpa adanya dasar ini, tentu kita agak sulit

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

untuk mengumpul data ataupun melaporkan pelbagai usaha yang kerajaan laksanakan terutama MOSTI.

Maka, bukan kita tiada laporan Yang Berhormat ya, kita baru lancar seperti jawapan awal saya tadi. Memang pun ada usaha kementerian kita sejak dulu, tapi dia tidak berbentuk sesuatu yang begitu tersusun sebab kita tidak nampak waktu itu apa sebenarnya cabaran.

Dengan tidak nampak sangat cabaran, maka kita tak tahu apa nak atasi. Tapi dengan adanya dasar ini, maka kita ada teras which mean we have something to look forward to and what we can do. Makanya, kita dah ada teras-teras yang akan guide ke arah kita mencapai matlamat Dasar Inovasi Sosial. Insya-Allah, pada tahun ini kalau kita dah selesai satu tahun ini selepas dilancarkan, kita akan insya-Allah sediakan laporan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat, libatkan kami ya nanti, insya-Allah.

draft • 10:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Insya-Allah, insya-Allah. It’s for everybody.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kami bantu MOSTI, insya-Allah.

draft • 10:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Kerajaan kita untuk semua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Machang...

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ha, bagus. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.

draft • 10:10 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Petah bicara si kakak tua, Mohon jawapan soalan nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) berapa bilangan anggota tentera wanita yang masih berkhidmat di dalam sektor darat, udara dan laut; dan

(b) berapa bilangan anggota tentera wanita yang dihantar ke misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas di atas persoalan yang dikemukakan.

Puan Yang di-Pertua, sehingga 31 Disember 2024, jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah seramai 9,550 orang dengan pecahan 6,574 daripada tentera darat, 1,953 anggota tentera laut dan 1,023

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

anggota tentera udara. Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan keselamatan khususnya melibatkan anggota wanita dalam pelbagai misi penting.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, seramai 222 anggota wanita ATM berkhidmat di luar negara. Mereka terlibat dalam misi kemanusiaan, misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), latihan bersama negara-negara rakan strategik serta tugasan diplomatik ketenteraan. Sehingga kini, ATM telah melaksanakan tiga misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa dengan penglibatan 118 anggota wanita iaitu OP STARLIGHT bagi memberi bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh melibatkan penugasan seramai 89 anggota wanita iaitu 36 peratus daripada 245 jumlah keseluruhan anggota misi.

Kedua, adalah OP STARLIGHT bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye, melibatkan penugasan seramai 21 anggota wanita iaitu 19 peratus daripada 110 penglibatan keseluruhan anggota misi. Ketiga, misi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan di Malaysia, melibatkan penugasan lapan anggota wanita iaitu 11 peratus daripada 70 penglibatan keseluruhan anggota misi. Selanjutnya, seramai 85 anggota wanita turut dihantar bagi penugasan dalam misi pengaman PBB di Lubnan. Itu sahaja jawapannya Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Batas.

draft • 10:10 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Jika kita lihat berdasarkan Kertas Putih Pertahanan yang dibentangkan sebelum ini, sebanyak 10 peratus keanggotaan wanita telah disasarkan.

Justeru, berkaitan dengan sasaran tersebut bagi anggota wanita dalam ATM ini, berapakah jumlah permohonan berbanding perjawatan yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun kebelakangan ini? Adakah wujudnya terdapat insentif-insentif yang diberikan kepada anggota dalam kalangan wanita ini yang menyertai misi keamanan seperti MALBATT di luar negara?

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas atas soalan tambahan yang dikemukakan. Kalau kita melihat kepada Kertas Putih Pertahanan, kita dapat melihat bahawa kita ada kekurangan sekitar dua peratus daripada pencapaian yang kita ingin sampaikan. Jadi kalau kita melihat pada tahun ini, kita mengadakan revision ataupun review kepada Kertas Putih Pertahanan kita kerana kita tahu bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, lima tahun kita revise balik. Itu sebab kalau kita lihat melalui Kertas Putih Pertahanan ini, kita dapat melihat beberapa aspek yang kita boleh tingkatkan lagi penglibatan wanita di ATM itu sendiri terutamanya dari segi penggunaan teknologi dan apatah lagi kalau kita lihat kepada domain siber kita, ruang kepada wanita amat terbuka luas.

Jadi kalau kita lihat aspek-aspek ini, saya fikir bahawa melalui Kertas Putih Pertahanan itu kita boleh mencapai sasaran kita. Bukan sahaja mencapai sasaran, tetapi kita yang paling penting adalah memang kita mahu tingkatkan melalui promosi-promosi kita

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

penglibatan wanita di Angkatan Tentera Malaysia. Itu sahaja jawapannya Tuan Yang di- Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Kepada Timbalan Menteri, bagaimana pula dengan peluang kenaikan pangkat anggota tentera wanita dalam Angkatan Tentera Malaysia kini? Apakah faktor kenaikan pangkat anggota wanita ini sama dengan anggota lelaki?

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat atas persoalan yang dikemukakan. Kerana kita tahu bahawa dari segi perjawatan memang kita memberikan ruang. Kita boleh melihat bahawa dalam konteks Angkatan Tentera Malaysia, ada beberapa aspek yang wanita penglibatannya agak tinggi ya. Contohnya dalam sudut pentadbiran, itu yang pertama. Yang kedua, kalau kita lihat kepada bahagian perkhidmatan kesihatan.

Jadi, peluang kepada anggota wanita di ATM untuk dilaksanakan kenaikan pangkat adalah terbuka berdasarkan keupayaan mereka. Sebab itu kalau kita lihat tidak ada diskriminasi sama ada kepada wanita mahupun kepada lelaki. Tetapi yang paling penting adalah kita memberikan peluang untuk mereka meningkatkan keupayaan mereka, dalam masa yang sama peningkatan kepada pengetahuan akan boleh memberikan jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat. Itu sahaja jawapannya.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Chiew Choon Man, Miri.

draft • 10:10 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor tiga.

draft • 10:10 AM

3. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini usaha Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ke arah pengenalan suatu Common Bar Course/Common Bar Exam di Malaysia dan apakah langkah-langkah yang telah diambil sejak tahun lepas sehingga kini dalam usaha ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Kerajaan dan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia mengambil maklum dan memandang berat akan pelbagai pandangan dan rintihan yang telah diutarakan di dalam Dewan yang mulia ini dan juga masyarakat awam mengenai isu-isu berkenaan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman, peperiksaan CLP.

Dalam hal ini, lembaga kelayakan sedang mengambil langkah-langkah yang strategik untuk mengadakan satu Common Bar Course atau Common Bar Examination yang lebih komprehensif supaya selari dengan peperiksaan bar di peringkat antarabangsa seperti kursus latihan bar (bar training course) di United Kingdom.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pada 8 Oktober 2024, lembaga kelayakan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan kepada lembaga kelayakan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kurikulum CBC bagi membincangkan secara khusus mengenai kurikulum dan silibus CBC. Jawatankuasa Kurikulum CBC ini akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Peguam yang juga merupakan salah seorang ahli lembaga kelayakan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dalam melaksanakan CBC/CBE ini, terdapat banyak perkara yang perlu diperhalusi bagi meneliti implikasi pelaksanaannya kelak terutamanya kepada para graduan undang-undang yang terlibat sama dan ada dari luar negara mahupun dalam negara.

Antara aspek yang perlu dikaji termasuklah kandungan silibus dan kurikulum kepada penilaian (assessment), tenaga pengajar (trainers), pentadbiran dan pengurusan, dan kewangan bagi melaksanakan CBC/CBE tersebut. Sehubungan dengan itu, lembaga kelayakan sedang menjalankan kajian mengenai pelaksanaan Bar Training Course di United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dalam hal ini, didapati bahawa negara-negara ini mempunyai kaedah pelaksanaan Bar Training Course yang berbeza-beza. Lembaga kelayakan akan meneliti kaedah-kaedah pelaksanaan tersebut dalam membentuk kepada pelaksanaan CBC-CBE yang bersesuaian dengan kehendak profesion undang-undang di Malaysia.

Pada tahun ini, sesi konsultasi juga telah diadakan dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan input dalam merangka pelan pelaksanaan bagi merealisasikan CBC-CBE tersebut. Selain itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri sedang meneliti keperluan untuk pembaharuan kepada lembaga kelayakan selaras dengan peralihan zaman dan masa.

Dalam hal ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang telah menganjurkan satu perbincangan meja bulat bersama dengan ahli-ahli akademik dari universiti awam dan swasta tempatan serta para peguam pada 5 Februari 2025 yang lalu bagi memperoleh pandangan mereka dan membincangkan secara terperinci mengenai perkara ini.

Seterusnya, satu sesi forum dan dialog awam bertajuk “The Future of Legal Education di Malaysia” akan juga dianjurkan, berlangsungan pada jam 5 petang hari ini di Asian International Arbitration Centre, Kuala Lumpur bagi membincangkan mengenai lembaga kelayakan dan pelaksanaan CBC-CBE bersama semua pihak berkepentingan, terutamanya pelajar-pelajar undang-undang sendiri.

Akhirnya Puan Yang di-Pertua, kerajaan melihat dan memahami keperluan segera untuk pembaharuan kepada sektor perundangan negara dari segi pendidikan undang- undang di Malaysia dan amat komited untuk memastikan usaha dilaksanakan secara holistik.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkomited membangkitkan dan memperjuangkan

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

usaha ini. Saya harap Ahli-ahli Parlimen dapat masa untuk menghadiri meja bulat hari ini pukul 5 petang.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Miri.

draft • 10:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih jawapan yang diberi. Walau bagaimanapun, kami agak kecewa dengan jawapan tersebut kerana selepas setahun masih tidak dapat memperincikan langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan CBC- CBE. Nampaknya hanya satu tindakan yang diambil iaitu melantik Presiden Majlis Peguam sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum CBC sejak tahun lepas. Dalam keadaan ini, saya setuju bahawa kita perlukan satu pembaharuan kepada lembaga kelayakan itu sendiri.

Adakah kerajaan terbuka kepada lembaga kelayakan untuk dianggotai lebih banyak peguam, termasuk dari Sabah, Sarawak dan mungkin seorang pegawai eksekutif atau pun setiausaha sepenuh masa bagi melaksanakan mandat lembaga secara lebih berkesan?

Juga dalam waktu kita untuk mengkaji CBC-CBE ini, adakah kerajaan atau pun YB Timbalan Menteri sendiri setuju bahawa kita boleh mereformasi juga CLP yang ada sekarang supaya kita boleh tidak perlu membebankan calon-calonnya dengan mereka perlu untuk re- sit the same paper again and again if in the event they failed more than two papers, dengan izin? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya setuju kepada teguran Yang Berhormat kerana mengenai pembaharuan yang perlu dibuat.

Patut sebenarnya banyak lama dulu. Pada tahun ini, telah mula mengenai kurikulum dan sebagainya adalah pada tahun 2016 dan sebelum itu. Jadi, lebih kurang 15 tahun lagi tidak ada pembaharuan.

Kita pada masa IT sekarang dengan artificial intelligence dan sebagainya perlu satu inisiatif yang lebih dalam. Saya telah dimaklumkan oleh lembaga bahawa tindakan akan diambil seberapa segera untuk mengambil apa yang perlu dibuat. Berkenaan keanggotaan lembaga kelayakan, saya bersetuju bahawa perlu dilihat semula keanggotaan ini untuk melibatkan pihak-pihak kepentingan utama iaitu para peguam secara lebih signifikan.

Ini keperluan-keperluan profesion undang-undang dengan lebih arif, termasuk jenis- jenis kemahiran yang perlu ada kepada para graduan undang-undang sebelum diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara. Oleh itu, saya berpandangan adalah wajar untuk lebih ramai peguam menganggotai lembaga ini.

Saya juga setuju Yang Berhormat bahawa kita perlu ada representasi dari Sabah dan Sarawak. Perkara ini telah diutarakan dan beberapa mesyuarat telah diadakan. Saya percaya rang undang-undang ini akan dibawa pada sesi yang akan datang supaya pihak-pihak yang berkepentingan, peguam-peguam di negara ini dan juga di Sabah dan Sarawak akan menjadi anggota dalam hal ini.

Akhir sekali Yang Berhormat, saya telah mengadakan perbincangan dengan Sabah Law Society dan The Advocates Association of Sarawak. Pada tahun lepas di mana saya

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

dimaklumkan bahawa lebih 60 peratus peguam yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Sabah dan Sarawak adalah graduan daripada peperiksaan CLP. Maka, mereka menjadi satu stakeholder yang besar. Jadi, perkara ini akan diambil kira dan tindakan susulan akan diambil. Juga mengenai kurikulum. Some of the curriculum is just outdated. The moot sessions and all that. Ini perkara perlu diambil, perlu inisiatif, perlu in leadership yang baru. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 10:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya dari segi CLP yang kita ada selama ini, okey. Bermakna, kalau kita perkenalkan CBC-CBE ini, bermakna silibus CLP sebelum ini maknanya memang tak baik lah? Seolah macam itu. Ini pertanyaan saya, okey. Bermakna, kalau diperkenalkan CBC-CBE, bermakna CLP akan terhapus dengan sendiri. Akan ada silibus baharu ya. Jadi maknanya, kita dapat daripada pandangan. Pandangan masyarakat awam kita cakap tadi kan?

Saya nak tahu, adakah pandangan keseluruhan masyarakat awam atau pun mereka- mereka yang tertentu sahaja, yang tak lulus peperiksaan, daripada mereka-mereka daripada universiti-universiti tempatan ke sebagainya? Itu yang saya ingin tahu.

Seterusnya, dari segi penggunaan bahasa Malaysia. Ada tak apa-apa pelan kerajaan dalam untuk memperkasa penguasaan bahasa Malaysia kepada mereka yang ingin beramal ya, sebagai peguam cara dan peguam bela? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebenarnya pada keseluruhannya, perbincangan sedang dibuat dan perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan diambil kira. Sebelum ini silibus ini tidak- sebenarnya dari satu universiti ke satu universiti dan dengan CLP ini tak berapa beza.

Tetapi ada keperluan untuk meningkatkan standard dia. Itu perlu kerana kita- kalau arbitration dan sebagainya, international arbitration kita perlukan peguam-peguam yang kepakaran yang tertentu. Jadi, maka mereka perlu ada kelayakan-kelayakan tertentu juga.

Itu sebab perbincangan akan dibuat dengan UK, Singapore dan Australia supaya seimbang.

Kita ada the best standard.

Mengenai bahasa Malaysia, betul. Kita berpandangan bahawa bahasa Malaysia, peguam-peguam fasih dalam menggunakan bahasa. Dia perlukan kredit pada masa ini di SPM sebelum menjadi peguam bela, peguam cara. Rakyat Malaysia ada kelayakan- kelayakan tertentu. Di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, saya difahamkan semua ini sudah dibuat dijalankan dalam bahasa Malaysia.

Di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pun ada sedemikian. Tetapi yang lebih mustahak, jangan kita lupa, kebanyakan buku, I can say more or less 90 peratus ke lebih adalah dalam bahasa Inggeris dan precedent dari India, dari Australia, New Zealand dan sebagainya adalah dalam bahasa Inggeris.

draft • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Maka, penggunaan kita perlu fasih juga dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, jangan kita menganaktirikan bahasa Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker.

Katak terlompat-lompat disagat sikat, Soalan Kapar nombor empat.

draft • 10:20 AM

4. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan:

(a) apakah kementerian mempunyai garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum; dan

(b) senarai jabatan dan agensi kerajaan yang telah difahamkan mengenai isu kritikal ini.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, buat masa kini Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai sebarang garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan.

Namun, kementerian telah mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan. Segala pelaksanaan program dan inisiatif adalah berdasarkan tiga objektif yang digariskan di bawah Dasar Perpaduan Negara iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi, membentuk identiti nasional, melahirkan rakyat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

draft • 10:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Bagi tahun 2025, tahun ini Kementerian Perpaduan Negara telah merangka, mengangkatkan konsep Negara Bangsa dan tema “Harmoni Dalam Kepelbagaian” sebagai fokus utama. Hala tuju tahun ini direncanakan melalui pelaksanaan empat ikhtiar utama iaitu:

(i) Ekosistem Perpaduan;

(ii) Inisiatif Harmoni MADANI;

(iii) Eksplorasi Rukun Negara; dan

(iv) Komuniti Sosiobudaya.

Untuk makluman, Inisiatif Harmoni MADANI diperkenalkan bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sekali gus memperkukuhkan hubungan kebersamaan dan keharmonian. Antara program yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif ini adalah Sambutan Keharmonian Sedunia, Sambutan Hari Toleransi Sedunia, Dialog Harmoni, Harmony Parade, iklan perayaan, dokumentari harmoni,

draft • 10:30 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan peringkat kementerian dan sebagainya.

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian. Kita mempunyai masyarakat yang menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Keunikan ini sekiranya dijaga dengan betul boleh menjadi kekuatan yang membentuk identiti negara kita. Konsep faham, hormat dan terima adalah memberi nilai yang perlu diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat bagi memastikan negara kita terus menjadi contoh kepada dunia tentang bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk mencipta satu negara yang benar-benar harmoni. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 10:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Menteri dan Timbalan Speaker. Di sebalik siri kontroversi daripada isu-isu KK Mart dan penjualan produk sandwich ham dan cheese, sambutan Krismas di KPKT, sejauh mana? Saya lihat di portal rasmi kementerian, sejauh manakah keberkesanan fungsi Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan khususnya dalam meredakan polemik dalam konteks perpaduan dan keharmonian masyarakat? Sebab saya lihat kebanyakannya jawatankuasa ini adalah dianggotai oleh penjawat awam.

Jadi, kalau yang berkaitan dengan isu yang timbul ini, yang mencetuskan adalah bos- bos yang besar, daripada Menteri kah, Timbalan Menteri kah, bos-bos besarlah, orang politik besar-besar. Jadi, adakah mereka mempunyai kuasa mahu dan tahu dan berani nak menyatakan apa yang sepatutnya dielakkan supaya tidak timbul ketegangan di antara kaum ini dan agama dan juga...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu soalan tambahan sahaja.

draft • 10:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya lihat – sikit, dia berkaitan. Terdapat perancangan supaya pihak NGO – adakah pihak kementerian, supaya semua stakeholders yang daripada pelbagai golongan termasuklah NGO, masyarakat sivil, ahli akademia dan termasuk kami daripada pembangkang ini, supaya you get the reap to the bottom of the problem dan kita bentangkan, get what are the common denominators. Elakkan perkara yang sangat sensitif dan kritikal, yang melibatkan golongan minoriti dan majoriti? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Di bawah inisiatif kita sendiri, kita telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan yang dikatakan short-form JPIP yang dipengerusikan oleh KSU sendiri dan seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ini adalah approach kita yang melibatkan whole- of-government approach dan dalam ini dia ahli-ahli yang kita masukkan di sini adalah selain daripada kementerian kita, MKN pun masuk, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja

draft • 10:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Malaysia, Kementerian Komunikasi, Ministry of Education, KPKT, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), JAKIM, IKIM dan juga Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism dan semua senarai-senarai nama ini ada dalam Jawatankuasa Pengurusan ini dan kita berharaplah – Jawatankuasa ini baru mengadakan mesyuarat pertama tahun ini.

Mereka pun telah melihat kesemua isu-isu sensitif dari awal tahun ini kepada sekarang ini, berbagai-bagai isu-isu dan mereka telah cadangkan setiap isu yang dikaji, dicadangkan cara penyelesaian secara jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Terlalu banyak di sini, saya ingat ada lebih 10 isu-isu yang timbul baru-baru ini yang telah pun dibincang, cuma dibicarakan untuk diselesaikan. Jadi, selain itu, untuk pengetahuan Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Di bawah Majlis Penasihat Perpaduan Negara, kita telah pun tubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Pengurusan Isu Perpaduan di bawah Majlis Penasihat. Ini adalah majlis tertinggi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan di sini kita menubuhkan selepas mesyuarat kita tahun yang lalu.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye dengan Timbalan Pengerusinya Tan Sri Johan Jaafar dengan ahli-ahlinya adalah Datuk Shamsul Amri Baharuddin, Datuk Dr Ramzah Dambul dan dari Sabah pun ada, dari Sarawak pun ada dan mereka ini adalah untuk melihat dan memberi nasihat kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat MPPN dalam isu-isu perpaduan, isu-isu yang sensitif dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puncak Borneo.

draft • 10:30 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Puan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Menteri sebab sekarang ini kesinambungan persefahaman perpaduan dalam negara kita begitu rapuh dan ada daripada sambutan-sambutan kebudayaan bangsa itu diperlihatkan sebagai sambutan keagamaan dan ini menunjukkan bahawa kefahaman rakyat Malaysia terhadap sesuatu bangsa dan agama itu tidak mendalam dan kita telah dijajah oleh negara-negara luar selama 400 tahun. Tapi, tidak ada mana-mana penjajah yang mendoktrinkan kita dan memaksa kita memasukkan agama-agama tertentu.

Jadi, persoalan saya, adakah Kerajaan Perpaduan ataupun Kementerian Perpaduan berhasrat untuk menubuhkan kelab-kelab perpaduan di peringkat akar umbi, di peringkat sekolah dan juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menerapkan semangat perpaduan ini dengan memberi pendedahan tentang semua agama dalam Malaysia ini supaya fahaman rakyat Malaysia itu lebih mendalam.

Lebih jelas dan mereka boleh berfikiran secara waras dan juga profesional dalam memahami segala agama yang ada di negara kita dan kebudayaan yang ada dalam negara kita, supaya kita dapat memupukkan semangat perpaduan yang jitu dan mampan dalam negara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan yang telah disebutkan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, memang dari awal dulu apabila kementerian ini masih – dibatal dulu sebelum kementerian diadakan. Kita memang mempunyai beberapa kelab yang menjurus kepada isu perpaduan dan ini adalah berasas kepada amalan di bawah Rukun Negara.

Di peringkat sekolah, kita ada Kelab Rukun Negara. Di seluruh negara ini, kita mempunyai banyak kelab-kelab ini, almost kesemua peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di peringkat universiti, kita ada Sekretariat Rukun Negara yang amat aktif dalam membawa pelbagai aktiviti, debat, dialog dan sebagainya. Di peringkat kementerian kita sendiri, kita ada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Ini adalah satu pertubuhan yang amat aktif, yang selalu membawa program-program seperti program integrasi ke Sabah, Sarawak, even to Vietnam pun ada, selain daripada di Semenanjung ini.

Jadi, semua kegiatan mereka ini, kelab-kelab ini adalah menjurus kepada kefahaman di peringkat akar umbi, di peringkat yang terendah sekali dan terus ke atas. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Bandar Tun Razak.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lima.

draft • 10:30 AM

5. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah kerajaan untuk merancakkan pembangunan perumahan mampu milik di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sentiasa komited dalam memastikan bekalan rumah mampu milik di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sentiasa mencukupi. Oleh itu, JWP telah menyasarkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik dalam masa ataupun dalam tempoh 10 tahun mulai 2018 hingga 2028 menerusi Program Residensi Wilayah dan Residensi MADANI.

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Sehingga 31 Januari 2025, tahun ini, sebanyak 72,864 unit melibatkan 101 projek perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan ini telah merangkumi projek yang telah siap, dalam pembinaan dan juga telah mendapat perintah pembangunan ataupun, dengan izin, development order telah disediakan di ketiga-ketiga Wilayah Persekutuan kita iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ini termasuklah, Yang Berhormat, 5,015 unit Residensi Putrajaya yang terdiri daripada Residensi MADANI dan Residensi Wilayah yang juga telah diluncurkan oleh Yang

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Oktober 2024 yang lalu di Putrajaya. Residensi MADANI dan Residensi Wilayah ini dijangka akan siap dibina pada tahun 2027 hingga 2028.

Berdasarkan data tersebut, maka suka saya maklumkan bahawa kita telah pun berjaya mencapai 91 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dalam menyediakan rumah mampu milik khususnya bagi warga di Wilayah Persekutuan ini bagi tempoh 10 tahun. Saya percaya baki lebih kurang 7,000 unit lagi akan dapat kita capai dalam tempoh berbaki tiga tahun lagi ini, insya-Allah. Jadi, kejayaan ini juga merupakan hasil daripada perancangan yang teliti di pihak JWP bersama dengan agensi PBT di bawah JWP menerusi insentif dan kemudahan yang telah disediakan untuk semua para pemaju perumahan yang bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha membangunkan perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan.

Selain daripada itu, di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang telah diwartakan pada 19 Oktober 2023 dan draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, sebanyak 139 tapak dengan keluasan 1,228.96 hektar juga telah dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi untuk pembangunan semula. Jadi, sehingga 31 Januari tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah pun menerima sebanyak 28 permohonan daripada pihak pemaju melibatkan pembangunan semula perumahan lama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menerusi pembangunan semula ini, kerajaan bukan sahaja menyediakan rumah ganti kepada penduduk yang terlibat tetapi juga akan melibatkan tambahan kepada pembangunan rumah mampu milik sedia ada di Wilayah Persekutuan.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, menerusi Garis Panduan perancangan Residensi MADANI khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah berkuat kuasa pada Mei 2024 telah menetapkan iaitu bagi keluasan tanah melebihi lima ekar, pemaju perumahan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya minimum 20 peratus pembangunan Residensi MADANI.

Jadi, kerajaan berpandangan sekiranya tiada permintaan Residensi MADANI ini mungkin di kawasan tersebut, maka pihak pemaju tidak dapat menyediakan komponen Residensi MADANI, maka garis panduan ini adalah bersifat sedikit fleksibel di mana pemaju boleh juga menyediakan atau membangunkan kemudahan masyarakat secara, dengan izin Yang di-Pertua, in kind berdasarkan nilaian sama kepada bilangan unit Residensi MADANI yang perlu disediakan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perintah pembangunan.

Terakhir. Menerusi kesemua perancangan ini, saya percaya bekalan rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan ini akan sentiasa mencukupi. Walau bagaimanapun, saya juga akan memastikan pembangunan perumahan mampu milik ini yang akan datang di Wilayah Persekutuan akan turut mengambil kira permintaan ataupun demand mengikut keperluan lokaliti memandangkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan mempunyai keluasan yang berbeza.

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, saya juga berpandangan bahawa pembangunan hendaklah memberi erti dan manfaat kepada rakyat, Yang di-Pertua. Bukannya sekadar menambah bangunan sebagai peluang kepada mungkin pemaju meraih keuntungan, tetapi ia perlulah seimbang dan ini selari dengan visi yang kita perkenalkan di Wilayah Persekutuan iaitu Bandar CHASE yang telah saya sentiasa sebut untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan mapan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga di Labuan.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bandar Tun Razak.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri yang menjawab. Alhamdulillah, kita melihat ada political will, dengan izin, iltizam untuk mencapai matlamat kita mengenai rumah mampu milik ini.

Namun, dengan adanya pengalaman yang lama, kalau kita ambil council homes DBKL, ada mereka yang penama itu menyewa kepada orang asing, walaupun ia akan tamatkan. Jadi, saya nak tahu, berapa ramailah yang mereka nak ambil buat rumah mampu milik ini, namun disalahgunakan untuk mendapatkan profit?

Saya juga takut sebab sekarang ini ada banyak artificial intelligence, Yang di-Pertua, dan sekarang kalau ada pengiklanan-pengiklanan yang fake ataupun menipu pengguna.

Jadi, kita nak adakan inter kementerian supaya masalah ini ditangani dan orang tak akan di- scam. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Yang Berhormat. Ini memang berlaku atau perkara yang benar berlaku di lapangan. Jadi, apa yang kita lakukan di peringkat PBT ialah kita sentiasa melakukan survey atau bancian secara berkala untuk memastikan bahawa rumah yang disediakan oleh PBT itu ialah benar-benar diberikan kepada mereka yang mahu sama ada menyewa atau memiliki. Jikalau kita dapati penyewa-penyewa itu memberi sewaan ke atas orang lain, kita akan mengambil tindakan yang tegas kepada penyewa atau pemilik tersebut. Pemilik boleh sewalah, tak ada masalah. Maksudnya yang menyewa itu, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih, Speaker. Soalan tambahan untuk soalan 5.

Adakah kerajaan merangka strategi khusus merentasi kementerian untuk menangani projek Rumah Wilayah Persekutuan yang tergolong sebagai projek sakit? Sebagai contoh, Menteri, Residensi Hektar Gombak yang didapati terbengkalai lebih setahun sebelum ini ekoran masalah kewangan yang dihadapi oleh pemaju walaupun pembeli rumah telah pun mula membayar ansuran bulanan penuh.

Dan jika dahulunya terdapat rumah harga rendah di bawah skim Rumah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dan Putrajaya dijual di mana sekitar RM63,000 sahaja, kini

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

kebanyakan kediaman dijual pada harga agak tinggi iaitu lingkungan RM300,000.

Bagaimanakah kerajaan mengimbangi antara keperluan merancakkan pembangunan perumahan yang berdaya huni dan mapan serta menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama terutamanya dari segi pembiayaan untuk mereka yang berdepan dengan kesukaran deposit 10 peratus memandangkan skim ini tidak menawarkan bantuan dana tambahan? Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi, berkenaan dengan projek sakit ini, memang kita maklum, Yang Berhormat. Sebenarnya projek-projek sakit ini kita telah diisytiharkan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah KPKT dan apabila sesuatu projek itu, ia ada dua keadaan di mana ia disebut sebagai sakit. Satu, apabila kelewatan melebihi daripada 30 peratus berbanding dengan kemajuan yang sepatutnya dilakukan, ataupun ia telah tamat tempoh perjanjian jual beli.

Jadi, kita telah kenal pasti beberapa projek sakit khususnya yang berada di bawah Wilayah Persekutuan ini. Maka, memang kita pantau secara rapi khususnya Jabatan Wilayah Persekutuan ini bersama dengan Jabatan Perumahan Negara. Sebab, kita adalah ahli kepada taskforce projek-projek sakit ini. Jadi, tentunya projek-projek sakit ini kita akan mengenal pasti kenapa dan kita akan ambil tindakan yang sepatutnya dalam kita memastikan akhirnya mereka pembeli mendapat pembelaan dan akhirnya mendapat memiliki rumah tersebut.

Kemudian, Yang Berhormat sebut tentang juga untuk mengimbangi. Mengimbangi ini. kita memang sudah tentunya ada garis panduan dan sebagainya. Sebab itu dalam Residensi MADANI, contohnya, kita ada capping of price ataupun harga capping yang kita letakkan supaya kita memastikan agar mereka yang mahu memiliki rumah, dia mampu untuk memiliki rumah tersebut.

Jadi, ada beberapa insentif juga yang kita lakukan untuk memastikan bahawa ia ada pengimbangan antara keuntungan kepada pemaju dan juga, dalam masa yang sama, memberi keuntungan kepada bakal-bakal pemilik. Jadi, itu kita ada sebenarnya garis panduan dan, insya-Allah, saya boleh berikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Azli bin Yusof, Shah Alam.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

draft • 10:40 AM

6. Tuan Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah proaktif yang diambil kementerian untuk mengatasi isu-isu berkaitan kehadiran, keciciran dan akses pendidikan yang berkualiti bagi setiap kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang sebagai komitmen berterusan meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Shah Alam.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan setiap murid menerima pendidikan yang holistik dan juga inklusif tanpa mengira latar belakang mereka.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

KPM cakna dan tidak akan berkompromi dengan isu kehadiran, keciciran dan akses pendidikan yang berkualiti bagi setiap murid tanpa mengira latar belakang. Semua perkara ini akan menjadi fokus bagi KPM sepanjang masa. Beberapa langkah proaktif telah pun dilaksanakan oleh KPM bagi tujuan ini termasuk melaksanakan Program Ziarah Cakna yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan, hala tuju pendidikan dan bimbingan kerjaya kepada murid yang berisiko.

Selain itu, agenda menangani keciciran turut diperkasakan melalui penyediaan garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah. Program inisiatif modul Serlahkan Keunggulan Diri serta modul kajian kes dan amalan terbaik bagi panduan kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam membantu murid berisiko yang memerlukan bimbingan.

Sebagai langkah progresif, KPM telah membangunkan Sistem Pengesanan Murid KPM yang bertujuan mengesan pergerakan murid secara komprehensif termasuk murid yang berisiko cicir, murid cicir dan kanak-kanak yang berisiko untuk tidak mendapat akses pendidikan.

Pada masa kini, sistem ini juga sedang diperkukuhkan dengan kecerdasan buatan, artificial intelligence (AI) bagi meningkatkan kecekapan strategi menangani keciciran. Sistem ini dapat membantu pihak sekolah mengesan murid secara individual bagi melaksanakan intervensi secara berfokus dan bertindak di peringkat awal.

Pada masa yang sama, KPM juga melaksanakan pelbagai program, memastikan akses pendidikan yang lebih luas dan juga inklusif. Melalui PPPM 2013-2025, Inisiatif #104, kita telah pun memberikan tumpuan kepada usaha menangani isu keciciran. Program outreach yang dijalankan dengan usaha sama JPN dan PPD dan penglibatan komuniti setempat juga membantu murid cicir kembali ke sekolah. Untuk rekod, pada tahun 2024, program ini berjaya mengembalikan 883 orang murid sekolah rendah dan 1,990 orang murid sekolah menengah ke sistem pendidikan.

Selain itu, bagi memastikan murid di kawasan luar bandar dan pedalaman terus bersekolah, KPM telah memperkenalkan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 dan kini, memperluaskan konsep ini kepada Sekolah Komprehensif 11 (K11). Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kadar keciciran dalam transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan juga dari Tingkatan 3 ke Tingkatan 4.

Pada masa yang sama, kita juga telah membangunkan sistem aplikasi pengurusan ketidakhadiran ke sekolah semasa peperiksaan. Aplikasi ini membolehkan pihak sekolah

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

merekodkan sebab ketidakhadiran calon ketika peperiksaan, seterusnya membantu dalam merangka strategi intervensi yang sepatutnya.

Pada masa yang sama, kemiskinan juga merupakan salah satu faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada keciciran. Dalam usaha membantu murid yang kurang berkemampuan, sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan telah pun disediakan merangkumi 13 jenis bantuan khusus dan lima jenis bantuan umum. Bantuan-bantuan ini bermatlamat untuk membantu murid yang berisiko daripada tercicir.

Akhir sekali, pihak KPM juga telah menyediakan akses pendidikan melalui pelantar DELIMa yang mana langkah ini merupakan sebahagian daripada reformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh KPM dan bertujuan membolehkan murid menerima akses kepada bahan pembelajaran secara digital tanpa mengira lokasi mereka.

Kesemua usaha ini mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam menangani isu keciciran dan seperti yang disebut tadi, isu keciciran dan juga isu akses pendidikan merupakan isu non-negotiable issue, dengan izin, yang tidak dapat, yang tidak akan dikompromikan oleh pihak KPM. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Shah Alam.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Timbalan Menteri di atas jawapan yang sangat terperinci. Kebelakangan ini, timbul isu berkenaan dengan purata bilangan pelajar di dalam kelas yang agak ramai sehingga mencecah kepada 50 orang satu kelas. Saya sangat maklum, isu ini bukannya isu yang baharu. Bukan isu yang tiba-tiba sahaja berlaku apabila Yang Berhormat Nibong Tebal dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Bukan juga tiba-tiba berlaku ketika YB Taiping menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Namun, kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan kerana kawasan- kawasan penempatan bandar-bandar baharu akan sentiasa tumbuh bagai cendawan disebabkan oleh pembangunan yang sangat pesat. Justeru itu, saya ingin bertanya apakah langkah-langkah dan juga sasaran kementerian untuk memastikan agar bukan sahaja pelajar-pelajar warga Malaysia ini mendapat akses kepada pendidikan, sebagaimana yang kita sebutkan tadi tetapi juga mendapat suasana pembelajaran yang kondusif dan berkualiti?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Shah Alam.

Sememangnya, pihak KPM di bawah Kerajaan MADANI amat cakna berkenaan dengan isu sekolah padat yang dihadapi di sesetengah kawasan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2024 yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, ia menyatakan bahawa bilangan kapasiti murid setiap kelas, kapasiti murid dalam bilik darjah adalah seramai 30 orang.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ini mengambil kira ruang kerja, ukuran kerusi dan meja dan jarak meja dengan tingkap serta pergerakan murid dan guru. So, 30 orang. Pada masa ini, walau bagaimanapun juga, berdasarkan faktor-faktor tertentu, maka nilai kapasiti murid ini boleh dipertimbangkan sehingga 35 orang murid.

Justeru itu, pihak KPM mengambil beberapa pendekatan. Nombor satu, dalam membina sekolah baharu dan nombor dua, dalam membina bangunan tambahan kepada sekolah yang sedia ada.

Maka, dalam usaha ini, JPN selalu mengambil usaha untuk melaksanakan analisis keperluan pembinaan bilik darjah tambahan ataupun sekolah baharu secara terperinci.

Antara faktor yang dipertimbangkan adalah beberapa termasuk bilangan dan kapasiti sekolah yang sedia ada, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk

(catchment) dan juga lebihan baki tanah sekolah bagi cadangan penambah baik penambahan bilik darjah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, tahun ini pihak KPM telah pun diluluskan pembinaan sekolah baharu sebanyak 44 buah. Tahun lepas, diluluskan 26 buah dan tahun 2023, 2022 diluluskan sembilan buah. Kita boleh nampak ada satu peningkatan yang amat tinggi. Last...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan projek ataupun projek pembinaan bilik darjah tambahan, pihak KPM telah mengambil pendekatan untuk pembinaan kabin secara Industrialised Building System (IBS). Kabin ini bukan kabin yang biasa kita nampak tetapi kabin yang kita nampak ini adalah dia serupa dengan keadaan bilik darjah yang sedia ada dan merupakan suatu keadaan yang kondusif.

Di bawah RP5 2025, peruntukan pembangunan telah pun diluluskan sebanyak RM100 juta bagi tujuan pembinaan kabin secara IBS.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Shah Alam, di Parlimen Shah Alam, ada enam buah sekolah telah pun diluluskan untuk pembinaan kabin secara IBS iaitu termasuk Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Sekolah Kebangsaan Setia Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Kita ada beberapa success story, dengan izin Puan Yang di- Pertua, berkenaan dengan pembinaan kabin dengan IBS ini adalah seperti di SK Cyberjaya yang telah pun kita selesaikan dan juga meredakan isu sekolah padat di SK Cyberjaya pada tahun 2024. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

draft • 10:50 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya, isu keciciran dan akses pendidikan berkualiti kepada rakyat sering

draft • 10:50 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

diperdebatkan oleh masyarakat sivil mutakhir ini. Antara isu akses pendidikan yang sentiasa menarik perhatian rakyat dan ibu bapa adalah pengenalan artificial intelligence dalam arus pendidikan negara terutamanya dengan pengenalan Kurikulum Persekolahan 2027 nanti.

Soalan saya, apakah pendekatan kementerian terhadap kerangka dasar pendidikan AI bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti serta mengelakkan insiden keciciran dan bagaimana kurikulum pembelajaran AI akan diterapkan kepada murid? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah atas soalan tambahan yang telah pun diajukan. Berkenaan dengan penggunaan AI dalam isu ataupun dalam pembelajaran dan pelajaran oleh anak-anak kita di sekolah, sememangnya dalam masa setahun lebih ini, AI merupakan salah satu fokus bagi KPM untuk supaya nilai dan juga pengetahuan AI ini dapat diterapkan ke dalam pembelajaran anak-anak kita.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di atas pelantar DELIMa yang saya sebut tadi, kita mempunyai banyak aplikasi yang mana kita memperkenalkan AI kepada anak-anak kita dan pada yang masa juga, kita menggalakkan anak-anak kita untuk mengaplikasikan teknologi dan pembangunan pesat AI ini sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka.

draft • 11:00 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Seperti yang Yang Berhormat Kuala Kedah sedia maklum, KPM sedang dalam usaha juga untuk membangunkan Pelan Pendidikan PPPM tahun 2027 yang mana teknologi dan juga pengetahuan AI juga diberikan penekanan dan juga fokus yang sewajarnya.

Bagi kita di KPM, artificial intelligence (AI) ini merupakan suatu kemajuan atau pun suatu fokus bagi kita dan kita akan teruskan usaha untuk memastikan anak-anak kita bukan sahaja terdedah kepada pengetahuan AI tetapi pada masa yang sama dapat mengaplikasikan pengetahuan dan juga kemajuan AI ini dalam pembelajaran masing- masing. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.

draft • 11:00 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Menteri. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan jumlah bilangan koperasi yang ada di kawasan Parlimen Bukit Gantang serta perancangan yang telah dibuat oleh kementerian untuk melipat-gandakan kejayaan koperasi-koperasi di dalam kawasan Bukit Gantang tersebut.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2024, sebanyak 58 koperasi telah didaftarkan di kawasan Parlimen Bukit Gantang dengan keanggotaan seramai 6,395 orang dan jumlah aset koperasi

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

yang direkodkan adalah bernilai RM11.7 juta. Manakala jumlah modal syer pula adalah sebanyak RM1.3 juta dan perolehan koperasi tersebut berjumlah RM2.6 juta.

Daripada 58 buah koperasi ini, 32 koperasi adalah koperasi yang aktif, 10 adalah tidak aktif dan 16 adalah dormant. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya komited untuk terus memperkasakan gerakan koperasi berdasarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021–2025 dan Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2030. Bagi tujuan ini, antara perancangan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi meningkatkan kejayaan gerakan koperasi di seluruh negara termasuk di Parlimen Bukit Gantang adalah seperti yang berikut:

(i) kita menyediakan kemudahan pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM200,000 melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) kepada koperasi yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan bagi mengembangkan aktiviti perniagaan koperasi;

(ii) melaksanakan program-program pembangunan perniagaan melalui koperasi bagi membantu koperasi meningkatkan kapasiti dan keupayaan dalam perniagaan. Skop program ini merangkumi pemberian insentif kewangan sehingga RM300,000 kepada koperasi yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan; dan juga

(iii) menyediakan program bantuan perakaunan dan pengauditan kepada Koperasi Kluster Kecil dan Mikro (PAKAR) bagi membantu penyediaan akaun dan pengauditan kepada koperasi dan program pemerkasaan akaun untuk membantu koperasi menyegerakan akaun bagi tujuan pengauditan.

Selain itu, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) turut menawarkan program latihan dan bimbingan kepada gerakan koperasi dalam aspek kepimpinan, pengurusan kewangan dan keusahawanan. Antara program yang akan dilaksanakan ialah Program Pembangunan Kepimpinan Koperasi (PIMPIN), Program Asas Perniagaan Koperasi (COOP BIF) dan juga Program Membangunkan Usahawan Koperasi (COOP Business Manual). Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Gantang.

draft • 11:00 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya dapati, koperasi-koperasi di Bukit Gantang, yang aktif ini ialah kebanyakannya bagi pinjaman. Yang aktif dengan kegiatan ekonomi tak banyak. Cumanya saya nak minta kementerian menyediakan satu peruntukan kewangan untuk aktiviti-aktiviti pertanian khususnya penanaman dusun durian dengan klon yang baru

draft • 11:00 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

yang akan menambah pendapatan ahli-ahli koperasi dan juga penduduk Bukit Gantang.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya ambil maklum permintaan daripada Yang Berhormat. Memang sudah sedia ada banyak bantuan yang disediakan untuk program-program pertanian.

draft • 11:00 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Contohnya bantuan Tabung Modal Pusingan.

Untuk pinjaman yang pertama, ada disediakan RM250,000. Yang ini pinjaman tanpa cagaran.

Kalau kali kedua, ada lagi sekali boleh buat pinjaman RM250,000 juga tanpa cagaran. Untuk peminjam kali ketiga, mengikut syarat-syarat dan terma yang disediakan oleh SKM, pinjaman RM150,000 tanpa cagaran juga disediakan.

Maksudnya hampir RM600,000 – RM650,000 disediakan tanpa cagaran untuk peminjam-peminjam daripada koperasi yang membuat aktiviti pertanian. Kalau dengan bercagaran pula hampir RM30 juta – sampai RM30 juta mereka boleh membuat pinjaman.

Juga disediakan adalah pusat pengedaran, distribution center (DC). Kalau kita lihat, di Perak sahaja mempunyai hampir 45 distribution center bagi aktiviti pengedaran, pemborongan, barang keperluan harian dan juga termasuk barang-barang kawalan.

Jadi, kalau kita nak secara lebih detail bagi membantu mereka, juga Coop Mart-Coop Mart disediakan. Hampir 2,611 Coop Mart disediakan. Ini adalah Coop Mart yang termasuk koperasi sekolah juga. Jadi ini adalah bantuan yang disediakan bagi aktiviti-aktiviti pertanian.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Juga tidak melupakan. Kami ada Federasi Pemborongan Peruncitan Malaysia Berhad yang di mana bawah dalam pertanian dan juga gula, mereka mempunyai AP hampir 120,000 metrik tan setahun. Ini akan berakhir pada tahun 2027. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 11:00 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Timbalan Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tertarik dengan inisiatif Jualan MADANI Koperasi yang telah diperkenalkan sejak tahun 2023 oleh KUSKOP kerana terdapat penawaran barangan keperluan asas harian pada harga diskaun sehingga 20 peratus lebih rendah. Tahniah saya ucapkan. Cumanya saya ingin pencerahan dan mengetahui apakah status pelaksanaan Jualan MADANI Koperasi dan mengapakah terdapat perbezaan harga bagi setiap penganjuran Jualan MADANI Koperasi ini? Ada yang 20 peratus, ada yang 30 peratus dan sebagainya. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kuala Pilah. Kalau kita lihat, Jualan MADANI Koperasi ini, dia dijalankan seluruh negara. Kita telah melaksanakan 95 program koperasi yang nilai dia hampir mencecah RM8.5 juta rekod jualan. Antara penerima – jumlah penerima yang berfaedah – yang dapat faedah

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

daripada Jualan MADANI Koperasi ini hampir 25,000. Kalau angka yang betul, 24,458 penerima.

Program-program yang dijalankan ini adalah untuk meringankan beban dan kos sara hidup. Untuk menjawab soalan di mana kenapa kita ada perbezaan dengan diskaun yang diberikan, ada di tempat 20 peratus, ada 25 peratus, ada juga yang 30 peratus. Ini bergantung kepada satu, adalah bergantung kepada kawasan-kawasan tersebut. Juga kadang-kadang kalau kita ambil kira ada wakil rakyat sendiri yang menampung kos diskaun tersebut.

Kalau kita lihat, di kawasan saya tersendiri, Yang Berhormat, di Sungai Buloh adalah Jualan MADANI Koperasi termurah seluruh negara. 50 peratus saya berikan tapi itu saya yang menampung kos itu sendiri.

draft • 11:00 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Steady, Sungai Buloh.

[Tepuk]

draft • 11:00 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Jadi kalau nak lebih kita kena usahakan gunakan mungkin daripada peruntukan kita sendiri. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

draft • 11:00 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*YB Chan sentiasa tampan, Soalan Tampin nombor lapan.

[Ketawa]*

draft • 11:00 AM

8. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan usaha terbaharu yang digerakkan oleh kementerian bagi menjadikan Malaysia sebagai pemain industri terbesar dalam pembekalan minyak kelapa sawit di Asia Tengah dan kembali dominan dalam pengedaran minyak sawit di Pakistan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

So, saya bukan Pontian ya, tidak boleh jawab. Okey.

So, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perladangan dan Komoditi terus komited untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah sambil meningkatkan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan. Usaha ini dirangka secara komprehensif untuk memanfaatkan peluang yang muncul bagi memenuhi keperluan unik di rantau utama ini.

Asia Tengah merupakan destinasi eksport penting bagi minyak sawit Malaysia. Pada tahun 2024, eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke negara-negara di Asia Tengah iaitu negara Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan adalah berjumlah 54,665 tan dengan nilai sebanyak RM288.23 juta.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KPK selaku kementerian yang bertanggungjawab mempromosikan minyak sawit Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif di rantau tersebut. Usaha ini termasuklah lawatan dan jaringan perdagangan, penyertaan dalam pameran di negara-negara tersebut dan penglibatan strategik dengan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

pihak berkepentingan di Asia Tengah seperti lawatan perdagangan di Almaty, Kazakhstan dan Tashkent, Uzbekistan pada tahun 2023 yang merangkumi sesi libat urus bersama pemain- pemain industri Malaysia dan tempatan serta penglibatan dalam pameran Food Expo Kazakhstan 2023 dan UzFood 2025. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk memperkenalkan produk-produk sawit di samping mengetengahkan kelebihan dan khasiat minyak sawit. Usaha-usaha ini mendapat sambutan positif daripada pengeksport minyak sawit Malaysia yang terus menyokong dan mengambil bahagian dalam program-program tersebut untuk memacu pertumbuhan minyak sawit di rantau ini.

Bagi pasaran minyak sawit di negara Pakistan pula, negara tersebut masih kekal sebagai antara negara 10 pengimport terbesar minyak sawit Malaysia. Pada tahun 2024, Pakistan mengimport 860,260 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia mencerminkan hubungan perdagangan yang baik antara kedua-dua negara.

Kementerian ini memberi fokus kepada permintaan minyak makan (edible oils) dan lokasi strategik negara tersebut sebagai pintu masuk ke Asia Tengah. Ini adalah penting kerana selain daripada persaingan dalam memastikan bekalan minyak sawit secara berterusan ke negara ini, Pakistan juga merupakan pasaran yang sangat sensitif terhadap harga.

Semasa lawatan YB Menteri KPK iaitu Titiwangsa ke Karachi, Pakistan pada 9 sehingga 11 Januari 2025 baru-baru ini, kementerian telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Qasim, Port Qasim Authority yang berperanan sebagai hab kritikal bagi mengimport minyak makan di Pakistan dan menempatkan zon perindustrian terbesar di negara tersebut.

Perbincangan ini menekankan kelebihan menggunakan infrastruktur pelabuhan Pakistan untuk memudahkan pengedaran minyak sawit dengan lebih pantas dan cekap ke Asia Tengah secara langsung mengurangkan masa transit, kos dan meningkatkan potensi eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran di rantau tersebut.

Bahagian Eksport Malaysia ke pasaran Pakistan dijangka kekal antara 18 peratus ke 25 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit di negara tersebut bergantung kepada dinamik harga dan keadaan semasa pasaran. Strategi baru yang boleh dipelopori di pasaran ini adalah dengan meningkatkan kerjasama di peringkat hiliran melalui usaha sama syarikat Malaysia dengan Pakistan seperti Mapak Qasim Bulkers yang ditubuhkan antara Westbury Group dan Konsortium Syarikat FELDA, IOI Edible Oils dan KLK. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada kementerian dan agensi berkaitan yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri serta turut dibantu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memastikan Malaysia kembali dominan dalam pengedaran minyak sawit di Pakistan dan Asia Tengah. Cumanya,

draft • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

kebimbangan saya adalah mengenai trend tanam semula sawit dan kadar pengeluaran minyak sawit negara yang semakin menurun sejak 10 tahun yang lalu. Jika berterus-terusan, sudah tentunya akan menimbulkan masalah pembeli ada tetapi barangnya tiada.

Justeru itu, apakah langkah-langkah proaktif kementerian untuk mengatasi permasalahan ini yang sememangnya boleh menjejaskan permintaan minyak sawit negara di kalangan negara pengimport pada masa akan datang. Kalau boleh, saya sekali lagi merayu agar skim tanaman semula sawit dikembalikan semula dalam bentuk geran penuh. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya memang tahulah Tampin ini dia minta untuk mengembalikan ini TSPKS kepada geran penuh. So, yang depan itu semua itu mukadimah sahaja, okey. Untuk geran ini memang kita pernah mengetengahkan cadangan ini kepada MOF, cuma sampai masa sekarang belum lagi berjaya, okey. Kita akan terus berhubung dan engage dengan MOF untuk isu ini dan untuk isu replanting ini, sepatutnya kalau kita lihat kepada data EU, EU untuk FFB untuk tahun lalu, sebenarnya kita adalah meningkat sebanyak 5.8 peratus dengan mature land, ladang yang memang matang untuk pokok sawit ini mencecah 90 peratus ke atas.

draft • 11:10 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

So maksud dia, walaupun kita prihatin dengan kadar replanting yang agak kurang berbanding dengan sasaran iaitu tiga peratus tetapi melalui food agriculture practice dan sebagainya, kita tetap meningkatkan EU kita untuk tahun lalu, 5.8 peratus berbanding dengan tahun 2023. So, ini antara langkah-langkah proaktif yang kita tengah melakukan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

draft • 11:10 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi disebut Pakistan. Saya nak sebut tentang Jepun merupakan - Jepun merupakan antara 20 negara pengimport minyak sawit dunia yang mana mereka menggunakan minyak sawit untuk industri makanan dan juga penjanaan kuasa tenaga elektrik. Soalan saya, apakah usaha kementerian untuk meneroka pasaran Asia, terutamanya di Jepun dalam inovasi penggunaan sawit bagi penghasilan tenaga? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Okey. Sebelum menjawab soalan yang spesifik untuk Jepun, saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini, antara top six, enam pasaran yang import untuk minyak sawit Malaysia yang terbesar adalah India, China, EU, Kenya, Turkiye dan Philippine. Yang keenam-enam negara ini telah melebihi 50.7 peratus daripada jumlah eksport kita itu dan Jepun bukan sebahagian daripada yang top six inilah.

Cuma untuk Jepun ini, untuk tahun ini, KPK, kita akan menyertai dalam World Expo yang akan berlangsung dekat Osaka, Jepun. So, ini memang sesuatu pasaran yang harus

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

kita menerokai terutamanya untuk biojisim. Penggunaan biojisim untuk penjanaan elektrik yang bersih atau renewable dekat Jepun itu.

So, cuma kita tidak menggalakkan sangat kalau cuma kita eksport, okey yang raw material kepada Jepun, kita harus menghasilkan bahan mentah kepada bahan yang lebih, nilai yang bertambah sebelum kita eksport ke Jepun iaitu mengubahkan biomass itu kepada palletized. Palletize kan yang biomass itu supaya kita boleh eksport. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan Merbok nombor 9.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh mana Fasiliti Perkongsian Kemudahan dan Peralatan Saintifik Nasional (NSFE) telah dimanfaatkan setakat ini bagi menggalakkan aspek pemindahan teknologi dai segi perkongsian kemudahan dan kepakaran dalam komuniti STI di samping mempergiat kerjasama R&D dengan semua pemegang taruh.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Merbok atas soalan yang dikemukakan. The National Scientific Facilities and Equipment (NSFE) di bawah platform Knowledge Resource for Science and Technology Excellent (KRSTE.my) telah dibangunkan sebagai sebahagian daripada usaha menyediakan satu platform sehenti atau one stop center untuk perkongsian maklumat saintifik fasiliti dan peralatan penyelidikan di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk pertama, mengoptimumkan penggunaan fasiliti saintifik bagi membolehkan penyelidik universiti dan industri mengakses senarai fasiliti dan peralatan saintifik yang tersedia.

Kedua, mengelakkan pembaziran dengan menggalakkan perkongsian fasiliti yang sedia ada.

Ketiga, menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D dengan memberikan akses kepada kemudahan canggih untuk menyokong penyelidikan di pelbagai bidang.

Keempat, memupuk kerjasama antara sektor menerusi rangkaian antara institusi akademik, agensi kerajaan dan sektor swasta untuk menggalakkan kolaborasi dalam penggunaan fasiliti saintifik.

Yang di-Pertua, sehingga kini, sebanyak 4,208 rekod peralatan dan fasiliti penyelidikan telah didaftarkan yang merangkumi 996 fasiliti dan 3,212 peralatan saintifik daripada 162 organisasi. Analisis dan penemuan terhadap manfaat perkongsian fasiliti dan peralatan adalah seperti berikut.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Pertama, tahap penggunaan peralatan. Hampir separuh peralatan berdaftar dalam NSFE digunakan secara sederhana iaitu pada kadar 43.71 peratus digunakan antara 10 hingga kurang daripada 20 hari sebulan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Manakala 40.57 peratus peralatan mencatatkan penggunaan tinggi digunakan sekurang-kurangnya 20 hari sebulan. Penggunaan yang tinggi disebabkan peralatan tersebut telah digunakan secara optimum atau akses daripada keutamaan kepada organisasi dalaman yang menawarkan peralatan tersebut. Walau bagaimanapun, masih terdapat 15.72 peratus peralatan yang digunakan pada tahap rendah iaitu digunakan kurang daripada 10 hari sebulan menunjukkan potensi untuk dioptimumkan.

Kedua, kos penyelenggaraan dan kecekapan. Dengan kos penyelenggaraan tahunan sebanyak RM64.9 juta, MOSTI melihat terdapat keperluan untuk memastikan peralatan saintifik digunakan secara maksimum untuk mengimbangi pelaburan kos ini.

Ketiga, amalan perkongsian fasiliti dan peralatan hanya 33.46 peratus fasiliti yang menawarkan perkongsian perkhidmatan dan peralatan. Walau bagaimanapun, hanya 31.85 peratus daripada 3,212 peralatan yang didaftarkan dikongsi melalui platform NSFE. Dapatan ini menunjukkan ruang untuk memperluaskan amalan perkongsian bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran sumber.

Keempat, saiz dan kos fasiliti. Dengan saiz keseluruhan fasiliti lebih satu juta meter persegi, dan kos peralatan bernilai RM1.62 bilion, MOSTI melihat usaha perlu dipertingkatkan untuk memastikan fasiliti dan peralatan ini memberi impak yang besar terhadap penyelidikan dan inovasi negara. Sehubungan itu, sebagai langkah intervensi, MOSTI akan melihat kepada beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut:

(i) pengoptimuman penggunaan peralatan menerusi program kesedaran insentif untuk memanfaatkan peralatan yang digunakan secara rendah melalui perkongsian atau kerjasama antara organisasi;

(ii) memperluas perkongsian fasiliti dan peralatan dengan menggalakkan lebih banyak organisasi untuk berkongsi fasiliti dan peralatan untuk program seperti pameran, bengkel, latihan hands on dan sesi libat urus yang boleh menyokong memperluaskan inisiatif ini;

(iii) penilaian kecekapan kos dengan melihat kepada keberkesanan kos penyelenggaraan tahunan dan memastikan pelaburan ke dalam peralatan memberi pulangan maksimum kepada ekosistem STI negara; dan

(iv) pembangunan platform digital yang lebih interaktif dengan memanfaatkan dan menambah baik KRSTE.my sebagai

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

platform digital utama untuk mempromosikan penggunaan fasiliti dan peralatan secara collaborative. Ini adalah sebahagian daripada usaha MOSTI untuk meningkatkan keberkesanan dan impak pelaburan dalam R&D serta menyokong pembangunan sains teknologi dan inovasi negara. Dengan pelaksanaan strategi yang tepat, ekosistem STI negara dapat diperkukuh untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan inovasi.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Merbok.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan tambahan saya, sejauh manakah kolaborasi sektor industri awam dan agensi swasta untuk mencapai sasaran sumbangan perbelanjaan sektor industri dalam R&D sehingga 70 peratus termasuk dari segi khidmat nasihat pakar dalam bidang STI dan R&D bagi menghasilkan produk-produk inovatif dan berdaya saing sehingga mampu menembusi pasaran serantau dan antarabangsa?

Dan, bagaimanakah NSFE memainkan peranan sebagai maklumat berpusat berkaitan pemindahan peralatan saintifik telah berjaya mengelakkan pertindihan pembelian peralatan baharu di samping membantu komuniti STI melaksanakan aktiviti R&D dan pengkomersialan pada kos efektif tanpa perlu membuat perbelanjaan pembelian peralatan yang mahal?

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya nak baca balik soalan ini. Tadi soalan dia panjang dia tanya.

Pertama, soal kolaborasi awam dan swasta. Di sini kerajaan melalui program yang kita katakan portal yang kita ada ini iaitu NFSE ini, kita menyediakan ini untuk kegunaan para penyelidik dan yang ada kepentingan untuk mereka membuat—mendapatkan information ataupun maklumat tambahan-tambahan.

Kita hanya mendapat info daripada industri-industri dan di situ mereka boleh mendapat segala maklumat untuk mereka kolaborasi tentunya, itulah juga tempat mereka boleh kolaborasi, antara awam dan swasta. Kita ada kerjasama di situ. Kita sediakan ini untuk memberikan peluang kepada para penyelidik khususnya supaya mereka ini dapat dibantu dalam penyelidikan mereka. Dalam masa yang sama, tujuan kita memanglah untuk kita memastikan bahawa kita dapat membantu pembangunan negara kita ini.

Selain itu juga, kita melalui program KRSTE.my yang seperti saya sebutkan tadi, kita ada beberapa usaha yang kita gunakan seperti contohnya, sepanjang tahun kita mengambil kira pandangan daripada para pengguna seperti yang saya sebut awal. Dari segi antara penambahbaikan adalah di mana dari segi back end dan juga front end, kita ada pendekatan dalam proses penambahbaikan modul-modul dalam sistem KRSTE.my dalam memastikan proses perkongsian data antara pembekal-pembekal data.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Sebagai contoh adalah pelaksanaan perkongsian secara Application Programming Interface atau lebih dikenali API yang membolehkan data dikongsi secara terus dan tidak lagi bergantung pengemaskinikan kemiskinan melalui Excel. Dari segi front end pula, sistem KRSTE.my dalam penambahbaikan muka hadapan yang lebih mesra penggunaan dan mudah untuk dilayari oleh pengguna. Selain itu, elemen-elemen...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Selain itu, elemen-elemen AI dalam usaha untuk ditambah baik dalam sistem KRSTE.my sedang kita juga usahakan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, selain perkongsian kemudahan saintifik yang telah disebut Yang Berhormat Menteri tadi, saya rasa salah satu cara yang saya lihat yang boleh meningkatkan bakat STI tempatan adalah memanfaatkan kepakaran saintis kita yang sedia ada. Terutama sekali mereka yang belajar di IPT ataupun di sekolah sebab dengan cara ini, kita bukan saja dapat memberi exposure kepada mereka, akan tetapi memberi inspirasi.

Dan saya juga mencadangkan mungkin pihak kementerian boleh mengenal pasti lokasi terutama sekali menggunakan fasiliti yang sedia ada iaitu macam maktab sains, sekolah sains untuk digunakan dalam hal ini. Mohon penjelasan dan penerangan dan pendapat daripada pihak menteri. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman atas soalan yang baik. Satu cadangan yang baik.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedang dalam memastikan kemahiran serta kepakaran saintis tempatan dimanfaatkan secara optimum. Tidak terhenti setakat inisiatif seperti yang saya sebut awal tadi NSFE, malah telah diperluas lagi melalui pelaksanaan Program STI 100³. Yang mana Program STI 100³ merupakan inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh MOSTI sebagai langkah merealisasikan inspirasi pemerkasaan STEM dengan penglibatan para saintis.

Dalam konteks ini, program tersebut berperanan untuk berkongsi kemudahan serta kepakaran dalam bidang STI bagi membolehkan saintis dari pelbagai sektor menyumbang kepada pembangunan kapasiti dan kemahiran dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Sehingga kini, program ini telah berjaya melibatkan 150 padanan saintis dan sekolah di seluruh Malaysia. Bagi tahun 2025, sebanyak tiga kitaran sedang dirancang untuk dilaksanakan bermula dari bulan Mac hingga Disember 2025 dengan pelaksanaan sekurang- kurangnya 300 aktiviti atau sesi pertemuan bagi setiap kitaran. Dan juga kita memastikan lokasi-lokasi seperti Yang Berhormat sebut tadi antara yang tentunya kita akan cuba mendekati mereka melaksanakan program-program STI 100³ ini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.

draft • 11:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya soalan ke-10.

draft • 11:20 AM

10. Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah inisiatif kementerian bagi membangun potensi karyawan muda dalam bidang penulisan, penerbitan, kebudayaan dan kesenian agar bakat baru ini dapat dimanfaatkan dan diketengahkan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. MOTAC sentiasa giat memastikan penghasilan pelbagai inisiatif diwujudkan bagi membangun potensi karyawan muda dalam bidang penulisan, penerbitan, kebudayaan dan kesenian agar bakat baharu ini dapat dimanfaatkan dan diketengahkan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Salah satunya adalah menerusi pemberian Geran Sokongan Sektor Kebudayaan

(GSSK) yang mana pada tahun 2024 sejumlah RM1.9 juta telah diluluskan bagi 27 permohonan GSSK di bawah kategori penulisan, penerbitan media cetak dan digital; pengkaryaan kreatif dalam bidang bahasa dan sastera serta pendokumentasian yang menyumbang kepada pemeliharaan seni budaya dan warisan.

**[****Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Bagi menyemarakkan bidang penulisan seni visual pula, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) telah memberi peluang kepada 356 penulis dan kurator muda menyumbang karya mereka dalam majalah Seni Kini yang diterbitkan sejak 2008. LPSVN turut menyediakan peruntukan khas bagi menerbitkan buku-buku seni visual yang menjadi platform untuk mengasah bakat dan kreativiti karyawan muda dalam bidang penulisan seni visual. Sejak dari tahun 2019, sebanyak 23 judul buku telah diterbitkan di bawah kerjasama ini.

Selain itu, Program Young Art Entrepreneur melengkapkan graduan seni dan pelukis muda dengan kemahiran keusahawanan. Sejak 2017 sehingga 2024, program ini telah membantu 155 orang usahawan muda membina karya seni dan produk dengan bimbingan menyeluruh. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) turut menawarkan insentif seni untuk NGO, universiti dan penggiat seni budaya melalui bantuan kewangan sehingga RM15,000. Penyediaan ruang untuk aktiviti kesenian dan kebudayaan, khidmat nasihat dan bimbingan serta promosi bagi program seni budaya sejak tahun 2019 sehingga 2024, seramai

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

343 penerima bantuan melalui insentif kewangan dengan jumlah bantuan sebanyak RM2.9 juta, termasuklah bidang penulisan kreatif seperti penulisan puisi, cerita, pementasan teater dan penerbitan album SAYA. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri tadi, cuma mungkin soalan tambahan saya berbeza sedikit daripada jawapan tadi. Di mana saya juga pernah berjumpa dengan beberapa pemain industri dalam bidang animasi di Malaysia ini. Mereka dapat banyak job backhand, di mana syarikat-syarikat ternama seperti Pixar Studios, Dreamworks, Cartoon Network ini bagi banyak jobs kepada mereka tetapi Malaysia tidak mempunyai- tidak berjaya lagi menghasilkan filem-filem animasi yang box-office seperti Frozen, Toy Story dan sebagainya. Ini mungkin disebabkan oleh kerana kita kekurangan talent dalam storytelling ataupun talent dari segi penceritaan ataupun scriptwriter. Mungkin disebabkan orang Malaysia ini kurang membaca tetapi baca WhatsApp rajinlah. Kurang membaca dari segi untuk menghasilkan storytelling tadi. Apakah ada inisiatif tertentu mungkin di ASWARA ataupun di MOTaC umpamanya? Adakah mereka mempunyai pelan ataupun rancangan untuk menghantar interns ataupun menghantar pelajar kita buat Masters to PhD dalam bidang-bidang ini yang mungkin di Pixar Studio [Tidak jelas] .. dan sebagainya.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

draft • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Itu soalan saya, adakah ada rancangan khusus untuk menghasilkan talent storytelling ini?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Kita sedar tentang minat di kalangan rakyat kita yang masih tidak berapa peka dengan karya kita sendiri iaitu karya Melayu kita, karya dunia Melayu dan juga karya agung dunia Melayu.

Kerisauan ini menyebabkan kementerian perlu memperlihatkan secara spesifik, apakah gerakan yang harus kita lakukan? Di bawah kementerian ini seperti yang diketahui oleh Yang Berhormat Balik Pulau, kita ada ASWARA. ASWARA adalah tempat untuk kita memberikan ruang seluas-luasnya dan juga memberikan didikan berkenaan dengan karya-karya agung kita. Bagaimana kita boleh memperlihatkan kecantikan karya agung kita iaitu melalui pendekatan kolaborasi di antara pihak kementerian dan juga pihak persatuan, NGO ataupun penggiat industri yang minat dengan karya agung kita ini supaya ia dapat kita hasilkan seperti apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Itu sebabnya pada tahun ini geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar iaitu sebanyak RM30 juta. Fokusnya bukan sahaja kita memberikan geran ini untuk pendekatan kesenian itu sendiri tetapi juga melibatkan juga tulisan-tulisan yang dekat dengan masyarakat Malaysia itu sendiri. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, tahniah di atas usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk sama-sama melihat bagaimana sektor pelancongan ini juga berasaskan kepada produk-produk knowledge tourism. Saya ingin tahu, sejauh mana usaha yang telah dibuat, terutama dalam mengangkat tulisan seni kaligrafi di alam Melayu ataupun manuskrip Melayu selaras dengan dasar kebudayaan negara? Apakah kolaborasi yang telah dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk meneroka dan mengembangkan potensi projek pendigitalan manuskrip-manuskrip alam Melayu ini daripada penyelidik dan pakar-pakar supaya dapat dimanfaatkan? Sekarang perkara ini banyak dibuat di universiti-universiti kita. Minta penjelasan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 11:30 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Ada dua perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang.

Satu, apakah inisiatif kerajaan itu sendiri dalam mengangkat manuskrip Melayu? Kedua ialah apakah pendekatan kerajaan dalam kita memperkasakan pendigitalan? Saya bangkit - saya terus kepada soalan pertama. Pada tahun ini sahaja, kita ada mengadakan beberapa pementasan teater berdasarkan manuskrip Melayu itu sendiri. Kalau saya sebut ada 15, nanti saya akan berikan secara terperinci apakah teater ataupun pementasan yang kita bakal lakukan pada tahun ini. Keduanya juga kebetulan pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan RM5 juta kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, khusus untuk pendigitalan manuskrip-manuskrip dan juga karya-karya agung kita. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat-Yang Berhormat, maka tamatlah sesi untuk jawapan lisan pada pagi ini. Sekian, terima kasih.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 13 Februari 2025.” Terima kasih.

draft • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 11:37 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalah adalah sebagaimana usul yang telah dibentangkan oleh Menteri.

draft • 11:37 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah membenarkan permohonan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Peraturan Mesyuarat 16(1)(c) untuk Yang Berhormat Menteri membuat Penerangan Menteri di Kamar Khas berkaitan Kajian Pembaharuan Undang-undang Kontrak di Malaysia pada hari ini. Penerangan Menteri akan dibuat di Kamar Khas petang ini selepas Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 selesai dilaksanakan.

draft • 11:37 AM
USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.”” [6 Februari 2025]

draft • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat- Yang Berhormat, ada di dalam tangan saya senarai mereka yang akan berbahas berkaitan perkara yang telah dimaklum oleh Setiausaha Dewan. Seramai 33 Yang Berhormat akan berbahas. Saya akan bacakan senarai dan waktu yang diberi. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Senarai-senarainya adalah dimulakan dengan Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Tasek Gelugor, 12 minit.

draft • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutannya Yang Berhormat Sri Gading, 15 minit sebagai wakil ketua parti. Diikuti dengan Yang Berhormat Jerlun, 12 minit. Diikuti pula Yang Berhormat Tawau 15 minit, wakil ketua parti. Berikutannya, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Betong. Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Julau, 15 minit sebagai ketua parti.

Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Temerloh dan akhirnya Yang Berhormat Tebrau. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada pindaan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berbahas, ingin saya ingatkan peraturan-peraturan perbahasan di bawah Peraturan 36 dan 37 ya dan dengan itu, saya membuka tirai pembahasan dengan mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 11:40 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas Titah Baginda yang penuh hikmah dan panduan untuk kemajuan negara. Berbekalkan hemat serta kearifan Baginda Tuanku dalam mengemudi pemerintahan, saya mendoakan agar Baginda Tuanku selamat menjalani rawatan, sentiasa sejahtera dan dirahmati Tuhan dan negara akan terus stabil, maju dan kekal berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dato' Yang di-Pertua, Baginda menekankan bahawa politik harus berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan parti atau individu tertentu. Ini adalah satu peringatan yang tepat pada masanya terutama dalam konteks landskap politik negara yang perlu lebih stabil dan konstruktif. Oleh itu, kita perlu memastikan amalan politik yang lebih matang dengan mengekalkan kestabilan serta mengelakkan retorik yang boleh memecahbelahkan rakyat. Dalam usaha ini, dasar keterangkuman dan Malaysia MADANI yang digariskan oleh Kerajaan Perpaduan harus terus diperkukuh bagi menjamin perpaduan nasional.

Saya ingin menarik perhatian kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Pagoh semasa sambutan Tahun Baru Cina tempoh hari yang mengingatkan pimpinan gabungan mereka supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka bagi mengelakkan kontroversi yang tidak perlu. Ini adalah satu saranan yang wajar kerana politik yang matang menuntut agar setiap kenyataan yang dikeluarkan adalah berasaskan fakta dan tidak memperbesar isu-isu yang boleh merosakkan keharmonian rakyat.

Saya ingin mengambil contoh tentang rakaman video yang diseru oleh Pengerusi PAS Perak yang dibuat kelmarin ini tentang net foreign outflow ataupun aliran keluar bersih dana asing. Saya di sini ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya fakta itu juga...

draft • 11:41 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Mana ada Pengerusi PAS Perak?

draft • 11:41 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Pesuruhjaya PAS Perak, yang mana mengungkit bahawa outflow itu menjadi satu isu. Tapi di sini, Dewan yang mulia ini, saya

draft • 11:41 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

ingin maklumkan bahawa net foreign outflow ataupun aliran keluar bersih dana asing Bursa Malaysia tidak bersamaan dengan pelaburan asing ataupun FDI.

Pasaran saham hanya jual beli saham syarikat ya Dato' Yang di-Pertua, tiada kaitan dengan pembangunan industri, perwujudan pekerjaan dan peralihan teknologi. Sebaliknya prestasi FDI yang melabur di Malaysia mencatat satu rekod yang amat baik iaitu RM254.7 bilion sepanjang sembilan bulan 2024. Peningkatan 10.7 peratus ketimbang tahun 2023.

Sebanyak 4,753 projek pelaburan telah pun diluluskan dan dijangka mewujudkan 159,000 peluang pekerjaan kepada rakyat kita. Daripada jumlah ini, RM148 bilion adalah disumbang oleh FDI.

Kedua, faktor kedua dana asing ini keluar adalah berpunca daripada dasar Presiden Amerika Syarikat yang baharu iaitu Donald Trump. Beliau giat menggunakan ugutan dan tarif untuk mempertahankan kekuatan Amerika Syarikat. Ini telah mengakibatkan dana bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia menyalur kembali ke Amerika Syarikat. Saya petik contoh, China mengalami aliran keluar bersih dana asing sebanyak 45.7 bilion USD pada bulan November 2024. Saya juga petik Bloomberg yang bertajuk bahawa “Foreign Investors Flee Thailand Stocks…” dengan izin, “...Fuelling World’s Biggest Drop” bertarikh juga Jun 2024.

Di samping itu, di Indonesia, “IDX Composite Drops as Foreign Outflows Weigh on Market”. Jadi, kesemua berita ini juga menjurus kepada aliran keluar bersih dana asing bukan saja berlaku di Malaysia tapi adalah satu trend seluruh dunia. Jadi di sini, kita semua sedar dasar-dasar Trump telah pun mengganggu kacau order ataupun kita kata peraturan sedunia ini dan sehingga pada saat-saat ini lebih penting adalah bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara bekerjasama dengan negara-negara lain untuk bersama-sama mempertahankan multilateralisme dunia ini. Ini menjadi lebih penting daripada memetik satu, dua ayat dan kemudian membuat sindiran kepada pimpinan-pimpinan ataupun ahli politik kita.

Salah satu Dato' Yang di-Pertua, dasar Trump adalah untuk – dasar pengusiran rakyat Palestin dari tanah air Gaza. Jadi dengan kenyataan Perak, Pesuruhjaya PAS Perak, tidak akan saya kata bahawa adakah sindiran ini bererti beliau bersetuju dengan dasar Trump sebegitu? Sebab ini adalah satu isu yang serius dan bagi saya, baik kita tumpu balik kepada isu dasar, isu ekonomi, isu sosial yang lebih dekat dengan hati rakyat kita.

Dato' Yang di-Pertua, dalam konteks ini, kita harus juga menolak budaya fitnah dan penyebaran maklumat yang tidak tepat di dalam dan luar Dewan bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dikeluarkan.

Dato' Yang di-Pertua, dalam membicarakan kejayaan negara, saya ingin merujuk kepada pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada tahap A3 oleh Moody's Ratings dengan tinjauan Stabil. Kejayaan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi dan fiskal. Moody’s turut mengakui Malaysia sebagai ekonomi paling pesat

draft • 11:41 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

berkembang dalam kalangan negara berpenarafan A3. Satu pencapaian membanggakan yang wajar kita sokong dengan dasar yang progresif.

Fokus kepada pelaksanaan Belanjawan 2025 juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi dan mencipta pekerjaan bergaji lumayan. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada unjuran 4.5 hingga 5.5 peratus dan kadar pengangguran yang mencatat rekod terendah iaitu 3.1 peratus pada tahun ini. Kerajaan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur bersepadu dan kepelbagaian ekonomi.

Dato' Yang di-Pertua, keberkesanan dasar kerajaan turut terbukti dalam menghadapi cabaran – selain menghadapi cabaran domestik, kita juga harus peka terhadap landskap global yang sentiasa berubah. Keupayaan Malaysia untuk terus berkembang bukan sahaja bergantung kepada dasar domestik yang kuat tetapi juga kepada kedudukan kita dalam arena antarabangsa. Seiring dengan usaha kita memperkukuh ekonomi negara, Malaysia juga perlu bijak dalam menangani cabaran geopolitik yang semakin kompleks. Negara kita sebagai kuasa pertengahan (middle power) harus memainkan peranan penting dalam menangani ketidaktentuan yang datang dari konflik global dan persaingan kuasa besar.

Diplomasi kuasa pertengahan Malaysia harus menangani susunan global yang berubah. Pendekatan America First di bawah pentadbiran Trump telah melemahkan multilateralisme. Meninggalkan institusi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kurang berdaya untuk menangani cabaran global. ASEAN turut menjadi medan persaingan ini dengan kedua-dua kuasa besar bersaing untuk pengaruh melalui inisiatif ekonomi seperti Indo-Pacific Economic Framework oleh Amerika Syarikat dan Belt and Road Initiative oleh China.

draft • 11:41 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Oleh itu, saya menyokong kuat jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari berkenaan perubahan dasar antarabangsa yang berlaku dengan pantas seperti keputusan Trump menangguhkan tarif ke atas Mexico dan Kanada pada saat akhir.

Pendirian Malaysia untuk mengambil pendekatan terbuka dengan menjalin hubungan ekonomi dengan pelbagai negara termasuk China, Brazil, Afrika Selatan dan lain- lain merupakan satu keputusan yang amat tepat.

Sebagai sebuah komuniti yang berasaskan peraturan dan berpaksikan rakyat, ASEAN berusaha untuk mewujudkan sebuah rantau yang damai, stabil dan berdaya tahan.

Kita mahu melihat ASEAN sebagai sebuah rantau yang inklusif dan responsif di mana rakyatnya menikmati hak asasi manusia, kebebasan fundamental dan kualiti hidup yang tinggi.

Oleh itu, kepimpinan Malaysia dalam ASEAN harus memberi penekanan terhadap daya tahan ekonomi, kelestarian alam sekitar serta memperkukuhkan jaringan kerjasama serantau dan antarabangsa.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Salah satu cadangan penting bagi mengukuhkan integrasi ASEAN ialah penyelarasan zon waktu bagi negara-negara ASEAN seperti yang dicadangkan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar baru-baru ini. Unifikasi zon waktu ASEAN akan meningkatkan kesalinghubungan ekonomi dan kecekapan dalam urusan perniagaan merentas sempadan.

Dengan adanya zon waktu yang lebih seragam, komunikasi dan perdagangan intra ASEAN dapat dipermudahkan menjadikan rantau ini lebih berdaya saing di peringkat global.

Saya ingin tahu pendirian Kementerian Luar Negeri...

draft • 11:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Petaling Jaya...

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

...Tentang cadangan tersebut.

draft • 11:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo minta pencerahan.

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Masa tidak cukup. Saya ingin teruskan dan saya juga ingin menyebut bahawa memandangkan faktor Forex sekarang memainkan satu peranan yang besar dalam keuntungan syarikat dan institusi kewangan seperti yang kita lihat kepada prestasi kewangan TNB sepanjang tahun 2024, memandangkan keuntungan yang tercatat sebahagian besar sebenarnya adalah datang daripada Forex dan malah dengan kerugian yang juga tercatat akibat daripada forex, jadi di sini saya ingin meminta pandangan kerajaan tentang adakah Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyelaras risiko Forex untuk GLIC atau Government-Linked Investment Companies kita. Dalam konteks pengurusan GLIC, mandat pelaburan perlu dikaji semula agar selari dengan matlamat strategik negara tanpa mengorbankan kebebasan membuat keputusan, Tuan Yang di-Pertua.

Isu terakhir berkaitan dengan subsidi minyak masak. Saya melihat bahawa mekanisme pengagihannya ketika ini mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Sebagai contoh, ramai rakyat mengadu bahawa mereka yang benar-benar memerlukan...

draft • 11:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Petaling Jaya, boleh laluan sikit?

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

...Minyak masak bersubsidi dalam bentuk paket― minta maaf, tinggal satu minit sahaja dan saya ingin habiskan― di pasar raya ataupun kedai runcit berhampiran. Keadaan ini membebankan golongan berpendapatan rendah yang amat bergantung kepada subsidi ini untuk keperluan harian mereka.

Lebih membimbangkan, Dato’ Yang di-Pertua, saya telah dimaklumkan oleh pegawai saya bahawa apabila kita menjalankan program food bank ataupun tabung makanan, kita terdapat pembekal bantuan bakul makanan yang menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak sehingga mereka terpaksa membeli daripada warga asing dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran. Situasi ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan kawalan kerajaan dalam memastikan subsidi sampai kepada golongan bersasar.

Saya ingin memuji inisiatif kerajaan dalam melaksanakan Jualan Rahmah, tapi pada masa yang sama, kita perlu memberikan cadangan ataupun saranan bahawa kerajaan wajar mengkaji semula mekanisme subsidi minyak masak ini dan memberikan sasaran bersasar

draft • 11:50 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

melalui bentuk tunai adalah cara yang lebih baik. Dengan penjimatan tersebut, ikut kiraan saya, melalui Sumbangan Asas Rahmah ataupun Skim SARA, kita boleh membantu 2.6 juta isi rumah untuk menikmati bantuan RM50 hingga RM200 sebulan bagi membeli barangan keperluan asas berbanding dengan paket minyak masak bersubsidi bentuk sekarang.

Jadi, itu sahaja perbahasan saya. Sebelum mengakhiri ucapan, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Bunga raya mekar di taman, Indah berseri menarik hati, Malaysia maju dengan perpaduan, Rakyat sejahtera hidup harmoni. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Saya menjunjung penuh Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya di sini meluluskan permohonan Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Tanah Merah untuk tukar giliran ya. Baik.

Sebelum saya meneruskan sesi perbahasan ini, saya mengambil ruang ini untuk mengalukan lawatan daripada guru-guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Pos Betau...

[Tepuk] Kawasan Parlimen Cameron Highlands...

[Tepuk] Mai Gah? Gabor? Bila ke tiba?...

[Tepuk] Sebagai kata-kata nasihat.

Mai hit boleh ke tiba, boleh dicapai cita-cita, tetapi usaha dan pendidikan adalah mustahak.

Boleh? Baik.

Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tasek Gelugor untuk meneruskan perbahasan.

draft • 11:50 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Macam itu punya jaga pengundi, nampak gaya menang lagi lepas ini...

[Ketawa] [Tepuk] Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Bagi pihak seluruh warga Tasek Gelugor, tak kira latar belakang, tak kira agama, tak kira bangsa, saya mengambil peluang untuk menjunjung kasih kepada Tuanku Yang di- Pertuan Agong kerana sudi mencemar duli menyampaikan Titah Diraja sempena pembukaan Parlimen bagi penggal ini.

Kalau kita teliti dalam ucapan tersebut, dalam titah tersebut, pelbagai perkara disebut bermula dari isu ekonomi, isu kebajikan rakyat, isu kepimpinan Malaysia dalam ASEAN dan pelbagai lagi perkara yang disentuh. Saya hendak ambil peluang untuk menyentuh beberapa perkara dalam perbahasan saya pada hari ini.

Dalam titah tersebut, Tuan Yang di-Pertua, Tuanku ada menyebut mengenai peranan Parlimen sebagai pentas semak imbang serta peranan wakil rakyat dalam proses semak

draft • 11:56 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

imbang tersebut. Untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan dengan baik, dengan berkesan, perkara pertama yang saya rasa perlu berlaku dan perlu disegerakan oleh pihak kerajaan ialah menunjukkan kesungguhan politik untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen (Parliamentary Services Act). Saya nampak Menteri baru hendak keluar sikit. Saya baru hendak komen.

Kita tahu Akta Perkhidmatan Parlimen pernah wujud pada tahun 1963 dahulu, tetapi kemudiannya ia dimansuhkan pada tahun 1992. Saya tak maklum apa sebab, kenapa ia dimansuhkan pada tahun 1992, tetapi ada kesannya pada perkhidmatan Parlimen. Tetapi, realitinya, apabila Perdana Menteri yang sama yang memansuhkan pada tahun 1992 kembali ke Putrajaya pada tahun 2018, beliau telah memulakan kembali usaha untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen ini, Parliamentary Services Act (PSA) ini.

Saya tak faham kenapa pada hari ini dalam keadaan banyak usaha telah dimulakan sebelum ini, PSA ini tidak dibentangkan di Dewan Rakyat oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Yang perlu dibuat hanya meneruskan sahaja apa yang telah dimulakan, tidak perlu kajian- kajian yang terlalu panjang, kajian yang terlalu menyusahkan sebab benda ini telah dibuat sebelum ini.

Malahan saya baca dalam laporan-laporan akhbar, Yang Berhormat Menteri pada bulan April tahun lepas lagi menyebutkan bahawa sepatutnya dibentangkan tahun lepas.

Kalau tak silap saya, dalam pertengahan tahun lepas, disebut 90 peratus telah siap PSA ini.

Tetapi, kalau 90 peratus telah siap pada pertengahan tahun lepas, sebab apa tidak dibentangkan tahun lepas? Tak akanlah 10 peratus slow sangat untuk selesaikan? Dan sehingga hari ini, tidak ada satu libat urus yang teliti, pembentangan yang teliti kepada kita sebagai Ahli-ahli Parlimen ataupun kepada parti-parti politik yang menjadi stakeholders utama dalam PSA ini tentang apa sebenarnya yang hendak dibawa oleh pihak kerajaan.

Ini saya hendak petik sikitlah. Saya pernah berbincang dengan beberapa penyelidik di peringkat Parlimen. Saya minta beberapa maklumat disediakan dan apabila saya minta, antara komen― ini dibuat secara lawak jenaka tetapi saya terdetik di hati saya apabila komen itu dibuat. Yang mana, dia kata, “YB, kalau sekiranya kami bagi maklumat ini, kami tolong YB lawan kerajaan.” Sedangkan saya Ahli Parlimen pembangkang. Tugas saya dan kami di sini memang untuk membangkang. Kalau kami menyokong kerajaan, maka kami mengkhianati amanat rakyat yang dibagi kepada kami untuk membangkang dan menjadi mekanisme semak imbang dalam Dewan ini.

Apabila kita minta tolong kepada pegawai-pegawai Parlimen, bukanlah ditolak sepenuhnya, tetapi itu komen yang timbul, mungkin secara berjenaka. Tetapi, saya ingat sampai hari ini. Itu mungkin timbul akibat daripada perasaan mereka, Yang di-Pertua, yang mana dia tidak merasa bebas sepenuhnya daripada cengkaman dan kuasa dan pengaruh pihak eksekutif.

draft • 11:56 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sebab itulah, bagi saya, bangkangan yang berkesan tak kira siapa yang duduk di sebelah mana dalam Dewan ini nanti, bangkangan yang berterusan memerlukan sokongan daripada pihak Parlimen dan PSA ini diperlukan. Saya harap pihak kerajaan akan menyegerakan proses bawa PSA ini ke Parlimen.

draft • 11:56 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Pada masa yang sama Yang di-Pertua, satu lagi akta yang perlu disegerakan juga ialah mengenai pendanaan politik. Ini betul-betul lagi satu saya pun tak pasti, tak tahu, tak faham kenapa tidak boleh disegerakan. Akta Pendanaan Politik ini satu benda yang bertahun- tahun bukan saja daripada 2018, sebelum itu lagi pada 14 Ogos 2015. Perdana Menteri pada masa itu ialah Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak membentuk Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik.

Saya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tersebut. Pengerusinya Datuk Paul Low pada masa itu. Kami buat laporan tebal bagaimana cara untuk nak regulate pendanaan politik. Kemudian pada Ogos 2018, laporan itu diambil oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Mahathir menubuhkan Electoral Reform Committee yang melihat reform pilihan raya secara lebih besar. Sekali lagi saya dilantik dalam jawatankuasa tersebut dan kita menyediakan laporan yang lengkap terperinci bukan saja pendanaan politik tapi hal-hal lain berkaitan dengan electoral reform.

Kemudian ini berkaitan pendanaan politik ini, 9 November 2023, APPGM badan kitalah dalam Parlimen ini, APPGM mengenai pendanaan politik mengeluarkan satu draf Akta Pendanaan Politik, 30 muka surat, 31 perenggan dalam draf ini. Saya boleh pegang draf, draf akta pun ada tapi dikeluarkan oleh APPGM.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Kenapa di pihak kerajaan tidak mengambil draf ini untuk dijadikan satu bahan yang kemudiannya diusahakan untuk dibawa menjadi satu draf untuk dibentangkan kepada kita?

Pihak kerajaan pun belum lagi memanggil kita di pihak parti-parti politik secara rasmi untuk dilibatkan dalam perbincangan mengenai pendanaan tersebut.

Bagi saya kalau sekiranya sampai hari ini tak boleh buat benda-benda yang dah dimulakan bertahun-tahun sehingga ada draf sekalipun, ini menunjukkan kerajaan hari ini sebenarnya sudah tidak ada lagi komitmen, tidak ada kesungguhan, tidak ada keinginan untuk melaksanakan reformasi institusi yang berkesan dalam negara kita walaupun itulah yang diuar-uarkan sebelum ini. Kesungguhan itu sudah hilang dan bukan saja kita boleh lihat tapi rakyat seluruh negara boleh lihat perkara ini.

Yang di-Pertua, antara perkara yang saya harap boleh dimasukkan dalam kedua-dua ataupun salah satu daripada dua akta ini...

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tasek Gelugor laluan sikit.

draft • 12:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sila.

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua. Kerajaan ini dikatakan suka menyorok. Beras sorok, addendum sorok. Setuju tak Tasek Gelugor bahawa semua draf-draf itu juga kerana kesukaan kerajaan menyorok? Setuju atau tidak?

draft • 12:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

[Ketawa] Itu saya harap dimasukkan dalam ucapan saya dan saya minta Menteri respons. Nak sorok apa kalau dah ada? So, Yang di-Pertua saya nak sambung ucapan saya.

Saya harap supaya ada dua perkara yang dimasukkan. Pertama ialah prinsip bahawa ada pemisahan yang benar. Benar-benar tulen antara badan eksekutif dan badan legislatif.

Hari ini kalau kita pergi kat luar, ini antara komen-komen yang saya sendiri pun tak sedap dengar. Ada orang kata Speaker berat sebelah. Ini bukan saya tuduh ya saya nak cerita supaya kena dengan konteks ucapan saya.

Ada orang kata Speaker berat sebelah, ada kata Dewan tidak adil, ada kata Speaker jaga anak, Speaker ikut cakap PM. Macam-macam cerita. Ini benda-benda yang tak sedap untuk kita dengar saya duduk pembangkang pun tak sedap dengar. Saya harap dalam akta- akta yang dibentangkan nanti perkara ini diberi perhatian yang serius supaya dapat ditangani dengan baik persepsi yang negatif terhadap Dewan ini.

Kedua mengenai peruntukan. Saya rasa berapa lama lagi kita nak bahas mengenai peruntukan Yang di-Pertua? Masukkan dalam akta supaya ada kewajipan pihak kerajaan memberi peruntukan yang sama adil, sama rata supaya tidak timbul lagi isu-isu yang berulang-ulang tak habis-habis ini. Nanti sebelah sana datang ke sini komplen pasal peruntukan juga kita berubah-ubah tempat komplen benda yang sama. Bila Dewan ini nak selesaikan isu yang kita semua setuju sebenarnya? Berhenti daripada politik kepartian yang sempit ini, fikir mengenai keadilan yang sebenar dan barulah kita boleh ubah persepsi rakyat terhadap Dewan kita ini.

Ketiganya Yang di-Pertua, satu lagi isu saya nak sentuh mengenai satu perkara yang disebut oleh Tuanku Agong dalam titah baginda iaitu memastikan nikmat kemakmuran dapat dikecapi oleh seluruh rakyat dan bukan golongan tertentu sahaja. Kita tahu seluruh negara sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup, dengan harga yang melambung- lambung, macam-macam masalah yang sedang melanda negara sekarang.

Penyelesaian di pihak kerajaan ialah dengan memberikan bantuan tunai kepada mereka yang memerlukan. Tapi sebenarnya di kalangan mereka yang memerlukan ini Yang di-Pertua, ada individu-individu, ada sekelompok yang sebenarnya tidak memerlukan bantuan tunai bulanan itu. Mereka ada wang, ada dana, ada duit tetapi tak boleh akses duit tersebut. Saya bercakap mengenai satu kelompok yang sekarang ini bagi saya dizalimi oleh dasar kerajaan iaitu mereka yang ada puluhan ribu, ratusan ribu mencecah jutaan ringgit dalam akaun KWSP masing-masing.

Mereka ini bukan golongan yang sepatutnya terima Bantuan Sara Hidup bulanan, bukan golongan yang patutnya boleh pergi dapat merayu untuk dapat duit zakat, malahan

draft • 12:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

bagi saya mereka tidak layak untuk terima perkara-perkara ini. Sebab duit itu ada dalam akaun masing-masing.

Saya berjumpa dengan wakil-wakil daripada pencarum-pencarum ini. Ada yang tunjuk kat saya, statement dia buka. Sekarang boleh online ada apps KWSP itu dan saya puji KWSP mengenai apps ini. Dia boleh tunjuk depan-depan saya. Ada yang ada RM200,000 lebih, ada dua orang yang saya jumpa. Seorang itu ada RM1.3 juta, seorang lagi RM1.8 juta dalam akaun.

Jutaan ringgit tapi yang ada RM1.3 juta itu kerja sebagai basuh pinggan dekat kampung dia, seorang lagi terlantar di hospital tak mampu nak bayar bil. Ini macam mana kita nak buat ini? Sebab itu bagi saya penyelesaian daripada kerajaan mewujudkan Akaun 3 konon-kononnya fleksibel ini tidak efektif, tidak berkesan. Kalau kita tengok laporan ini laporan tahun lepas lagi dalam akhbar *The Star.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]* Bila dia buat laporan mengenai Akaun 3 yang ditulis di sini, “With EPF's Account 3, many are pursuing self-actualisation and funding their wildest adventures today.” Ramai yang mengeluarkan Akaun 3 ini bukan dari golongan mereka yang jadi susah ini tetapi apa yang berlaku pada mereka ialah mengeluarkan Akaun 3 untuk membiayai aktiviti-aktiviti mewah yang sebenarnya tidak diperlukan pun. Maksudnya dasar kerajaan untuk mewujudkan Akaun 3 ini tidak berjaya, tidak berkesan. Yang patut dibuat ialah buat dasar pengeluaran yang betul-betul secara bersasar, bukan saya nak kata bagi keluar semua siapa-siapa nak keluar pun ikut suka hati bawa keluar, bukan.

Simpanan untuk hari tua amat diperlukan. Tetapi yang kita perlukan ialah kalau nak tunggu hari tua pun tak boleh sebab hari ini tak mampu nak hidup, rumah kena lelong, kereta kena tarik, bil hospital tak mampu nak bayar, kena pinjam kat along lagi. Kerja sebagai pembasuh pinggan di kedai pada hal sebelum ini jadi eksekutif besar di sebuah syarikat antarabangsa di KL ini.

Mereka perlukan bantuan hari ini bukan tunggu sampai umur 50, 55 baru nak keluarkan duit KWSP yang jutaan ringgit itu. Dan mana adilnya kalau kita paksa mereka untuk keluarkan, untuk mohon Bantuan Sara Hidup yang RM100, RM150 sebulan ini. Ini bukan tahapnya dan ini salah sasaran sebenarnya kalau nak buat bantuan secara bersasar. Jadi, saya mohon pihak kerajaan untuk review kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang, bukan banyak pun ribuan orang saja tak ramai yang mohon supaya pengeluaran secara bersasar.

Yang last sekali ada beberapa saat ini Yang di-Pertua, saya nak sebut mengenai gaji minima sikitlah. Gaji minima ini satu dasar yang bagi saya secara umumnya baik meningkatkan pendapatan rakyat. Bagaimanapun, ada sedikit kepincangan dalam pelaksanaan gaji minima yang baharu, yang ini baru mula pada 1 Februari baru-baru ini.

Adakah pihak kerajaan sedar bahawa apabila Menteri umumkan tahun lepas, sepatutnya semua kementerian bersedia untuk melaksanakan kadar gaji minima yang baharu. Tetapi

draft • 12:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

sebenarnya yang berlaku pada hari ini, ramai usahawan-usahawan kecil dan sederhana bumiputera terutamanya yang ada kontrak dengan kerajaan yang mana bayaran kepada mereka dibayar oleh kerajaan ikut kadar gaji lama lagi.

Kerajaan yang buat dasar supaya gaji naik RM1,700 tetapi apabila kerajaan bayar kepada mereka bagi rate yang lama yang tak cukup untuk tampung kos yang kerajaan sendiri arahkan mereka bayar. Macam mana jadi cacamarba begini? Yang lebih pening kepalanya Yang di-Pertua ialah Kementerian Sumber Manusia beria-ria pergi cari orang dakwa bawa tindakan undang-undang dan sebagainya sedangkan yang tak bayar dia sebenarnya yang sepatutnya diambil tindakan undang-undang ialah pihak kerajaan yang tak bayar pada kadar yang betul.

Jadi, ini satu perkara yang perlu diperhatikan oleh kerajaan dan saya minta sangat kalau boleh pihak Kementerian Sumber Manusia buatlah satu moratorium sehingga pelarasan bayaran dibuat sepenuhnya kepada semua kontraktor terutamanya yang kecil, sederhana golongan bumiputera ini, sehingga kerajaan berjaya melaraskan sepenuhnya mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri. Buatlah satu moratorium jangan ambil apa-apa tindakan undang-undang kepada mereka yang tidak mampu untuk bayar pekerja mereka mengikut kadar yang ditetapkan. Saya ada beberapa perkara lagi tapi saya rasa masa dah habis Yang di-Pertua. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ampun Tuanku. Adalah patik Ahli Parlimen Sri Gading pada hari ini menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sekejap, 15 minit.

Perbetulkan. Silakan Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Ampun Tuanku. Adalah patik Ahli Parlimen Sri Gading pada hari ini menjunjung setinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat ke Dewan yang Mulia ini dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 dan bertitah. Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh rasa hormat dan takzim, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan doa yang tulus dari hati saya serta seluruh rakyat Sri Gading agar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar segera dikurniakan kesembuhan dan diberikan kesihatan yang baik.

Kami semua di seluruh negara merasa amat terkesan dengan keadaan Baginda dan pada saat yang penuh cabaran ini, kami ingin menyampaikan doa agar Baginda diberikan

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

kekuatan serta kesembuhan yang sempurna. Rakyat Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Duli Yang Maha Mulia dan kami berharap agar Baginda kembali menjalankan tugas dan tanggungjawab yang mulia dengan penuh kesihatan dan semangat. Semoga Allah SWT memberikan keberkatan kepada Baginda, mempercepatkan proses penyembuhan dan memelihara Baginda dengan rahmatNya. Sesungguhnya Baginda adalah lambang perpaduan dan keteguhan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen adalah institusi tertinggi dalam sistem demokrasi negara yang harus menjadi medan menyatukan rakyat, bukannya tempat untuk pertelingkahan yang merugikan negara seperti yang disebut dalam Titah Diraja. Parlimen bukanlah tempat untuk menabur fitnah atau bermain politik atas setiap isu, sebaliknya perlu menjadi platform untuk membincangkan dasar yang membawa manfaat kepada rakyat.

Sebagai wakil rakyat, kita bertanggungjawab memastikan perbahasan di Parlimen berlangsung dalam suasana profesional dengan fokus kepada kebajikan rakyat dan kemakmuran negara. Ahli-ahli Parlimen harus menjadi benteng perpaduan negara memastikan bahawa segala perbezaan pendapat diselesaikan dengan pendekatan yang matang dan konstruktif.

Jika Parlimen sendiri gagal menunjukkan teladan perpaduan, bagaimana kita mahu mengharapkan rakyat untuk bersatu? Di kesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau yang telah membawa kejayaan signifikan kepada negara seperti yang disebut dalam Titah Diraja, “Prestasi ekonomi negara terus berkembang dengan pertumbuhan KDNK mencapai 5.9 peratus tahun lalu. Jumlah perdagangan negara melebihi RM2 trilion dan nilai Ringgit kembali kukuh. Ini adalah hasil kepimpinan yang berwibawa serta dasar ekonomi yang mampan dan inklusif”’.

Tahun ini Malaysia dijangka menerima kunjungan pimpinan dunia dan pelabur sebagai Pengerusi ASEAN. Satu tanggungjawab besar yang memerlukan kepimpinan berwibawa serta kestabilan politik dalam negara. Sebagai ahli politik, kita harus berjiwa besar dan memahami bahawa peranan Malaysia bukan hanya terbatas dalam sempadan domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kedudukan kita sebagai Pengerusi ASEAN bukan sekadar simbolik tetapi membawa harapan besar dalam menentukan hala tuju rantau ini terutama dalam aspek ekonomi, keselamatan dan hubungan diplomatik.

Oleh itu, adalah penting untuk kita meninggalkan sengketa politik yang tidak membawa manfaat sebaliknya menunjukkan perpaduan dan kematangan dalam berpolitik.

Dunia sedang memerhati Malaysia dan kita harus memastikan bahawa negara ini dilihat sebagai sebuah negara yang stabil, bersatu dan bersedia untuk memimpin. Keupayaan kita dalam mempamerkan kesepaduan politik akan memberi keyakinan kepada pelabur dan rakan antarabangsa sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada negara.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Selain itu, saya juga di sini ingin mengiktiraf kejayaan inisiatif kerajaan dalam pelbagai sektor terutamanya dalam bidang kesihatan. Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pendigitalan perkhidmatan kesihatan wajar dipuji kerana memberi manfaat besar kepada rakyat. Antara pencapaian ketara, KKM berjaya mengurangkan waktu menunggu di klinik kerajaan daripada tiga jam kepada hanya 30 minit. Sistem ini telah meningkatkan akses perkhidmatan perubatan serta mempercepatkan proses pendaftaran dan temu janji. Tinjauan yang dijalankan oleh BERNAMA di beberapa lokasi seluruh negara menunjukkan bahawa rakyat berpuas hati dengan usaha pendigitalan ini. Usaha KKM ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, menolak politik perpecahan dan fitnah. Kebergantungan kepada politik perpecahan yang berasaskan sentimen kaum dan agama harus dihentikan seperti yang dititahkan oleh Tuanku Baginda. Ahli politik perlu menghentikan budaya hanya mementingkan kepentingan parti atau kelompok sendiri. Kita telah melihat bagaimana sikap politik yang matang dan berhemah menyumbang kepada kestabilan politik yang seterusnya memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Namun, malangnya masih wujud segelintir pimpinan politik yang sanggup mengorbankan perpaduan negara demi kepentingan politik sempit. Mereka tidak teragak- agak menggunakan sentimen perkauman dan agama sebagai alat untuk meraih sokongan.

Lebih membimbangkan, fitnah yang dilemparkan bukan sahaja berkisar tentang dasar atau pentadbiran negara, malah sudah melampaui batas dengan menyerang salur galur keluarga pimpinan kerajaan dalam ceramah-ceramah politik mereka. Tuduhan tidak berasas ini bukan sekadar mencemarkan maruah individu tetapi juga berpotensi membakar api kebencian dalam kalangan rakyat.

Strategi politik kotor bukan sesuatu yang baru tetapi semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Kita melihat bagaimana ceramah politik dijadikan medan untuk menyebar fitnah bahawa kononnya kerajaan hari ini mengancam kedudukan Islam dan Melayu.

Hakikatnya, ini hanyalah naratif palsu yang dicipta untuk menghasut rakyat agar membenci pemerintah yang sah. Apakah kita mahu membiarkan taktik sebegini merosakkan perpaduan yang telah lama kita bina?

Sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia semakin matang dan tidak mudah terpengaruh dengan politik perpecahan, Indeks Perpaduan Nasional menunjukkan peningkatan daripada 0.567 kepada 0.629 bagi tahun 2024. Ini membuktikan bahawa meskipun ada usaha jahat untuk memecahbelahkan rakyat tapi rakyat masih memilih untuk bersatu dan menolak politik kebencian. Jika kita ingin mencapai sasaran 0.7 menjelang 2025, semua pihak terutama ahli politik harus bersama-sama memainkan peranan dalam memupuk keharmonian nasional melalui dasar-dasar yang inklusif dan bertanggungjawab.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Saya bersetuju dengan Ketua Pembangkang mendesak agar kerajaan tidak mengungkit kelemahan pentadbiran Perikatan Nasional, namun saya mengharapkan hentikanlah menyerang kerajaan hari ini dengan tuduhan tidak berasas dengan berterusan mengungkit janji lama Pakatan Harapan dalam ceramah-ceramah mereka. Hakikatnya, pentadbiran Perikatan Nasional adalah antara yang menjadi sejarah, gagal mengurus ekonomi baik, tidak mempunyai dasar jelas malah penuh dengan ketidakstabilan hingga menyebabkan negara terpaksa menanggung akibat disebabkan oleh darurat.

Kepentingan kepada STEM untuk negara. Dalam era digital dan teknologi yang berkembang pesat, kepentingan bidang sains teknologi, kejuruteraan dan matematik tidak boleh dinafikan. Justeru, saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada kementerian yang berkaitan mengenai usaha mempergiatkan pembangunan tenaga kerja STEM di negara kita.

Pertama, apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kementerian untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan STEM khususnya di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi menarik lebih ramai pelajar memilih aliran ini?

Bagaimanakah kerajaan memastikan minat terhadap STEM ditanam sejak awal melalui kurikulum, aktiviti kokurikulum serta program khas yang lebih menarik dan interaktif? Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya berapa ramai pelajar yang memilih aliran sains dan teknologi dalam pendidikan mereka? Adakah jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun atau telah berlaku penurunan dalam kalangan pelajar?

Dalam konteks ini, apakah rancangan Kementerian Pendidikan dalam menyambut agenda high-growth high-value yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi bagi memastikan sistem pendidikan kita melahirkan tenaga kerja yang relevan dengan keperluan lima industri utama?

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Seterusnya, daripada jumlah lepasan yang memilih STEM, berapa ramai yang berjaya memasuki industri berkaitan? Adakah terdapat data tentang kadar serapan graduan STEM dalam sektor-sektor strategik negara? Sejauh mana usaha kerajaan dalam memastikan kesinambungan antara pembelajaran dan keperluan pekerjaan pasaran bagi memastikan bakat tempatan tidak disia-siakan?

Melihat kepada perkembangan industri masa hadapan, bagaimana persediaan kita dalam memastikan bekalan tenaga mahir mencukupi, khususnya untuk menyokong pembangunan pusat data (data centre) dan projek-projek mega seperti RAPID di Pengerang.

Berapa ramai tenaga kerja tempatan dalam bidang STEM yang telah terlibat dalam projek- projek kerajaan mega ini?

Dalam konteks Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), apakah inisiatif yang sedang dan akan diambil untuk memperkukuhkan latihan dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI) dalam teknologi digital? Adakah universiti dan institusi TVET lain

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

telah mengambil langkah untuk memastikan program yang ditawarkan sejajar dengan perkembangan pesat dalam bidang ini?

Harapan kita adalah untuk menarik lebih banyak pelaburan berkaitan teknologi dan industri masa hadapan di dalam negara kita. Namun dalam masa yang sama, kita juga perlu memastikan negara mempunyai tenaga pakar yang mencukupi, contohnya dalam bidang kejuruteraan komputer dan teknologi maklumat.

Oleh itu, sejauh mana universiti tempatan memainkan peranan dalam memenuhi keperluan industri masa hadapan? Berapa banyak universiti yang telah mengambil inisiatif memperbanyakkan program berkaitan STEM dan melahirkan tenaga pakar agar kita tidak perlu bergantung kepada tenaga luar. Saya mengharap kementerian dapat memberi jawapan yang jelas serta tindakan yang lebih agresif dan membina ekosistem STEM yang kukuh demi masa depan negara.

Peranan pengundi muda dalam kestabilan politik dan keharmonian agama. Pengundi muda memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kestabilan politik dan keharmonian agama di Malaysia. Oleh itu, mereka harus diberi peluang dan dididik dengan ilmu politik yang mencukupi untuk mendapat keputusan yang tepat dan bertanggungjawab dalam pilihan raya.

Pendidikan politik di sekolah menengah adalah langkah penting untuk mencapai matlamat ini. Pendidikan ini bukan sahaja memberi pemahaman tentang sistem pemerintahan negara dan hak demokrasi mereka tetapi juga memupuk kesedaran sivik dan kefahaman tentang bagaimana kerajaan berfungsi untuk kebaikan rakyat. Melalui pendidikan politik generasi muda akan lebih menghargai nilai demokrasi dan menyedari peranan mereka dalam memastikan kelangsungan sistem pemerintahan yang stabil.

Di samping itu, pendidikan politik yang berfungsi untuk membentuk pemikiran kritis dan analitis dalam kalangan pelajar dengan memahami pelbagai perspektif pengundi muda dapat membuat keputusan dengan lebih bijak dan rasional. Mereka diajar untuk menilai sesuatu isu secara objektif dan mengenal pasti mana-mana propaganda dan berita palsu yang boleh menjejaskan kestabilan politik negara.

Dalam dunia yang penuh dengan maklumat yang mudah tersebar, kemampuan untuk menyaring maklumat yang sahih sangat penting terutamanya dalam menghadapi pilihan raya yang sering disertai dengan kempen negatif dan manipulasi fakta. Oleh itu, pengajaran pendidikan politik di sekolah dapat memberikan alat yang diperlukan oleh pelajar untuk menjadi pengundi yang berinformasi dan bijak dalam membuat pilihan.

Perpaduan bermula di bangku sekolah melalui pendidikan. Dalam bab ini, saya ingin menyatakan bahawa satu cadangan untuk Kementerian Pendidikan bagi menilai semula pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan yakni RIMUP yang diperkenalkan pada tahun 1986. Program ini bertujuan membina persefahaman dalam

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi mengekang sentimen perkauman yang sempit bermula di bangku sekolah.

Berdasarkan laporan 2023, Pelan Pembangunan Pendidikan dalam konteks menerima perbezaan, hanya dua komponen iaitu kerjasama, percaya yang mencapai tahap erat manakala sifat terbuka dan tolerance masih berada tahap sederhana yang memerlukan usaha penyatuan di peringkat berkenaan.

Saya ingin mencadangkan KPM untuk menyediakan garis panduan berkenaan penggunaan bahasa yang bersifat perkauman dalam kalangan murid serta tenaga pengajar.

Garis panduan ini harus merangkumi definisi dan contoh-contoh perkataan yang bersifat rasis atau menghina dalam pelbagai bahasa yang boleh menimbul perpecahan dan perasaan tidak selesa dalam kalangan pelajar.

Tatacara kawalan dalam persekitaran sekolah termasuk hukuman bersesuaian bagi kesalahan berulang serta mekanisme laporan bagi pelajar atau guru yang mengalami atau menyaksikan penggunaan bahasa bersifat rasis.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam maka pada pandangan saya aset kerajaan seperti jentera, peralatan dan infrastruktur kritikal perlu sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi secara optimum. Sebagai contoh, dalam sektor keselamatan dan ketenteraan, aset-aset usang haruslah diperbaharui kerana ia melibatkan keselamatan negara.

Perkara yang terakhir berkaitan dengan keperluan dalam Parlimen saya. Ada perkara yang penting iaitu di Parlimen Sri Gading ini ada sungai yang dipanggil Sungai Kanan, Batu Pahat di mana di situ ada satu jambatan laluan kampung. Biasanya orang yang nak bunuh diri akan naik situ terjun. Apabila dia terjun masalah untuk mencari agak sukar kerana pihak bomba ataupun JPM tidak ada laluan untuk menurunkan jentera ataupun bot ke dalam sungai.

Maka permintaan saya keperluan membina sebuah jeti di Sungai Simpang Kanan dalam Parlimen Sri Gading bagi memudahkan operasi pihak berkuasa khususnya JPM dan juga bomba dan agensi berkaitan dalam mengurus sebarang kejadian kecemasan...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Nak gulung Tuan Yang di-Pertua.

Ketika berlakunya kecemasan kesukaran untuk menurunkan bot akibat ketiadaan jeti menyebabkan kelewatan dan tindakan menyelamat agak menyusahkan.

Akhir sekali, berkaitan dengan PDK, memperkasakan program Pemulihan Dalam Komuniti. Sri Gading ingin mengambil peluang ini menekankan tentang kepentingan memperkasa program Pemulihan Dalam Komuniti di mana kebajikan anak-anak istimewa di negara kita.

draft • 12:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Saya mencadangkan supaya setiap Dewan Undangan Negeri yang kini hanya memiliki sebuah PDK menjadikan dua buah kerana semakin ramai di kalangan anak-anak kita yang berada dalam keadaan istimewa dan ini memberikan mudah kepada ibu-ibu untuk mengelak daripada bayaran yang lebih tinggi sekiranya menghantar di pihak swasta. Sekian terima kasih, patik menjunjung kasih ucapan Tuanku dan menyokong, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tanah Merah Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ada menekankan kepentingan supaya kerajaan mempertahankan kedaulatan negara walaupun hanya seketul batu karang sekalipun.

Justeru, dalam sesi perbahasan saya di Dewan yang mulia ini, termasuk juga pada sidang-sidang mesyuarat yang lalu saya kerap dan saya selalu membangkitkan banyak persoalan dan kegusaran berkaitan dengan kemusykilan yang timbul akibat daripada tindakan dan keputusan kerajaan yang dilihat merugikan negara khususnya warga pertahanan dan keselamatan.

Isu-isu yang saya bangkitkan Dewan yang mulia sebagai contoh sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2025 di mana saya mempersoalkan rasional keputusan terkini kerajaan menganugerahkan kontrak perolehan terbesar dalam sejarah pertahanan negara iaitu sewaan helikopter secara government operated, company owned and maintained ataupun GOCOM bernilai RM16.54 bilion juga tidak pernah dijawab dengan jelas dan jujur oleh pihak Kementerian Pertahanan.

Walaupun ramai rakan-rakan saya sama ada di sebelah sini atau di sebelah sana musykil dan ragu akan rasional keputusan perolehan kerajaan dalam program sewaan helikopter secara GOCOM ini yang mana kontraknya sudah pun dianugerah secara rasmi dan juga secara tergesa-gesa kepada syarikat Weststar Aviation Services Sdn Bhd pada 9 Disember yang lalu. Walaupun timbul kemusykilan keupayaan pesawat helikopter jenis AW149 yang akan dibekalkan kepada pihak end user dilihat tidak sesuai serta tidak memenuhi aspek keperluan operasi harian terutama kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia, namun kerajaan tetap meneruskan keputusan pemilihan sewaan aset jenis ini.

Saya ingin bertanya kepada pihak MINDEF, apakah helikopter AW149 yang akan dibekalkan kepada syarikat Weststar Aviation Services Sdn Bhd ini mampu melaksanakan tindakan basic iaitu tindakan underslung untuk mengangkut meriam artileri jenis 105mm Pack Howitzer yang sedang digunakan secara meluas oleh Tentera Darat Malaysia.

draft • 12:27 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya mohon Menteri Pertahanan, sewaktu menggulung persoalan ini, untuk tidak perlu menghuraikan panjang-panjang atau cuba menjawab secara helah kerana saya cuma minta beliau jawab ringkas sahaja, sama ada boleh atau tidak Helikopter AW149 ini melaksanakan tindakan underslung Meriam 105mm ‘Pack Howitzer’ sebagaimana keupayaan Helikopter Nuri yang dulu, yang telah dilucutkan tauliah pada tahun 2019.

Saya nak ulang sini supaya pegawai MINDEF yang ada melihat dan mendengar ucapan ini, boleh catit dan beri kepada MENHAN serta boleh sediakan jawapan yang jujur dan ringkas. Apakah Helikopter AW149 yang bakal digunakan Angkatan Tentera Malaysia mampu melaksanakan tindakan underslung Meriam Artileri 105mm ‘Pack Howitzer’ yang kini sedang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia? Jawab boleh atau tidak, itu sahaja. Tak payah pusing-pusing.

Dato’ Yang di-Pertua, kenapa saya tanya soalan ringkas ini? Adalah kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan kontrak ini. Sekiranya pesawat Helikopter Nuri yang dulu, yang berusia 61 tahun, yang telah kita lucutkan tauliah oleh ATM pada tahun 2019, boleh membuat tindakan underslung Meriam 105 ‘Pack Howitzer’ tanpa sebarang masalah?

Tetapi, sekiranya pesawat Helikopter AW149 kononnya yang paling canggih, paling baharu tak boleh, soalan tambahan saya lagi, kenapa MINDEF perlu bersetuju dengan pembekalan Helikopter AW149 untuk kegunaan ATM sekiranya ia tidak boleh melaksanakan tindakan basic underslung yang sudah biasa dilaksanakan oleh pesawat Nuri dan juga 12 pesawat EC725 yang sedia ada kini?

Bukankah ini fungsi utama dalam doktrin operasi pesawat helikopter milik ATM?

Antaranya, bagi melaksanakan tindakan keperluan ulang bekal (resupply) di pos-pos terpencil, operasi latihan payung terjun Pasukan Khas serta tindakan menyelamat (search and rescue) dalam keadaan bencana?

Ini belum lagi menyentuh aspek keupayaan lain, seperti terbang dalam pelbagai cuaca seperti hujan lebat, ribut atau waktu malam, mahupun mengejar bot-bot pancung penceroboh di kawasan sempadan Maritim Malaysia? Saya sangat skeptikal, pesawat AW149 yang akan digunakan oleh ATM dalam kontrak GOCOM ini mampu dan berupaya melaksanakan tindakan kerja bersifat tempur atau ketenteraan yang saya sebutkan tadi.

Dato’ Yang di-Pertua, kontrak sewaan GOCOM yang dilaksanakan oleh kerajaan ini telah ditandatangani dan dimeterai secara rasmi pada 9 Disember yang lalu, di mana majlis pemeteraian ini turut dihadiri oleh panglima-panglima perkhidmatan sebagai simbolik sokongan pihak ATM selaku end-user yang akan menggunakan helikopter ini.

Persoalan yang sedang ditanya oleh pemerhati pertahanan ialah adakah – kenapa kerajaan dan juga MINDEF khususnya, tidak boleh tunggu pelaksanaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aerospace Langkawi (LIMA), yang telah dijadual dan akan

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

dilaksana pada bulan Mei tahun ini untuk memeterai Perjanjian GOCOM yang paling mahal dan paling besar dalam sejarah perolehan negara ini?

Kenapa perlu tergesa-gesa untuk memeterai perjanjian dengan Syarikat Vista pada bulan Disember yang lalu, di mana syarikat sebenarnya hanya berperanan sebagai orang tengah dalam kontrak perbekalan sewaan helikopter dan mereka bukanlah pengeluar helikopter.

Sekiranya alasan yang kerap dimainkan oleh kerajaan dan juga MINDEF sendiri bahawa tindakan sewaan helikopter secara GOCOM ini lebih murah dan lebih menjimatkan wang kerajaan, kenapa masih perlu bersetuju terhadap struktur kontrak dan keputusan menganugerah kontrak rasmi hanya kepada pihak ketiga? Kenapa kerajaan tidak menyewa terus dengan syarikat pengeluar iaitu Leonardo dari Itali?

Kalau kerajaan sentiasa menyebut kepentingan pelaksanaan secara G2G untuk kontrak perolehan aset pertahanan, untuk mengelakkan berlakunya ketirisan wang awam, kenapa pelaksanaan sewaan Helikopter AW149 ini tidak dilaksanakan secara tender terbuka antarabangsa, sebagaimana perolehan Pesawat LCA (light combat aircraft) dari Korea Selatan? Ini kontrak – tender terbuka antarabangsa ataupun perolehan LMS batch kedua dengan Kerajaan Turkiye, G2G?

Dato’ Yang di-Pertua, saya sebenarnya pelik kerana sudah menjadi kebiasaan amalan MINDEF bahawa kontrak perolehan aset udara atau maritim sememangnya akan dimeterai sewaktu pelaksanaan LIMA. Ya, setiap kali LIMA, kita akan umumkan berapa banyak dah tandatangan. Tetapi, kenapa kali ini, kerajaan nampaknya terlalu tergesa-gesa memeterai perjanjian dengan syarikat berstatus sendirian berhad, yang hanya menjadi orang tengah dan bukannya pengeluar peralatan?

Lagipun, saya sentiasa memantau berita perolehan aset udara ketenteraan di seluruh dunia. Pesawat AW149 bukanlah pesawat utama pilihan angkatan tentera di seluruh dunia, berbanding Helikopter Blackhawk. Justeru, tidak timbul keperluan untuk lock pesanan awal antara Syarikat Vista dengan pengeluar helikopter iaitu Syarikat Leonardo dari Itali ini.

Jika merujuk persoalan dan kebimbangan yang diutarakan oleh sahabat saya iaitu Ketua Pembangkang, Larut yang sebagai contoh, memberi perbandingan kos perolehan helikopter dari jenis dan model yang sama, di mana Yang Berhormat Ketua Pembangkang dalam tempoh pada minggu lalu yang begitu bersemangat, dengan penuh fakta, beliau menyatakan, kos sewaan RM16.56 bilion untuk 28 Helikopter AW sebenarnya ini jauh lebih tinggi berbanding jika dibeli terus daripada syarikat pengeluar yang dianggarkan berjumlah RM4 bilion.

Poland, kita ambil contoh. Poland beli helikopter yang sama, AW149 sebanyak 32 buah, siap dengan pakej pasang dalam negara mereka sendiri, baru berjumlah USD1.83 bilion ataupun RM8.2 bilion. Tetapi, sewaan kita RM16.6 bilion. Mereka beli 32, RM8.2 bilion.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Kita sewa 28, RM16.6 bilion. Filipina, beli 32 Helikopter S-70 Blackhawk, pun baru USD600 juta iaitu RM2.7 bilion.

Jadi, semasa pentadbiran Perikatan Nasional dulu ya, Kementerian Dalam Negeri menolak idea sewaan helikopter ini kerana selepas kajian terperinci, mereka mendapati pembelian terus lebih murah berbanding dengan sewaan.

Malah, semasa sesi PMQT pada 28 November, soalan saya kepada – yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Tambun, ketika itu, YB Bagan bangun bertanya kepada Yang Amat Berhormat. Dia kata, boleh tak buat kos analisa dulu iaitu sewa dengan beli, dan YB Tambun berjanji, ya kita akan buat. Ini 28 November. Tahu-tahu, 9 Disember tak sampai dua minggu, sign kontrak.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sorok lagi.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi, tak sempat nak bentang. Di mana pembentangannya? Jadi, inilah Dato’ Yang di-Pertua, yang kita kesalkan.

Ini duit rakyat. Ini duit kita semua ini. RM16.56 bilion bukannya kecil anak ini. Bilion, ya dan ini kontrak yang terbesar dalam sejarah pertahanan negara, ya. Jadi, sebab itulah kita tak mahu apa yang berlaku, yang kita – berlaku LCS ya, akan berlaku lagi dalam kontrak ini. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali.

Jadi, Yang Amat Berhormat – jadi, Dato’ Yang di-Pertua ya, sewaan – saya hairan kenapa naratif yang sedang dijual oleh MINDEF bahawa sewaan GOCOM ini masih menjimatkan wang awam, walaupun hakikatnya bukan sahaja implikasi kos yang sangat mahal, sebanyak tiga kali ganda.

Tetapi kini, wujud ancaman baharu terhadap aspek kesiagaan perkhidmatan ATM dari segi risiko pelaksanaan operasi harian yang sudah dikompromi dan membahayakan nyawa anggota tentera, kerana kita bukan sahaja – Helikopter AW149 ini mempunyai keupayaan yang kurang daripada Helikopter Nuri dan EC725 yang sedang digunakan oleh end-user tetapi ketersediaan pesawat kini ditentukan oleh sebuah syarikat swasta yang berstatus sendirian berhad.

Ini kita belum lagi bercakap mengenai sistem aeronautik helikopter tempur yang akan dibekalkan kepada ATM ini. Sistem apakah yang akan digunakan? Siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap kerahsiaan data sistem aeronautik helikopter yang disewa kepada ATM ini? Saya khuatir, Dato’ Yang di-Pertua, helikopter ini akhirnya hanya akan diguna sebagai tujuan mengangkut VVIP. Nak angkut Dato’ Yang di-Pertua sahaja, bukan digasak sebagai workhorse utama.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Akhirnya, 12 buah pesawat EC 725 yang kini ada di dalam inventori Angkatan Tentera akan menjadi mangsa untuk kekal diatur gerak sekiranya wujud keperluan untuk menyokong pelaksanaan operasi bersifat ketenteraan. Memandangkan masa tidak mengizinkan, banyak lagi saya hendak cakap fasal- tentang isu sewaan. Saya tidak ada isu,

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

okey. Kontrak telah pun diberi, cuma pastikanlah berikan kepada end user ini iaitu Angkatan Tentera. Mereka ini menjaga keselamatan negara, bekalkan mereka ikut keperluan, ikut specs. Kita tidak mahu anggota tentera kita mendapati mereka dibekalkan tidak ikut keperluan specs mereka. Bagaimana mereka hendak menjalankan- kita hendak suruh mereka buat kerja, mereka menjalankan tanggungjawab mereka tetapi kita tidak bekalkan?

Ini banyaklah, antaranya isu baju celoreng tetapi oleh kerana masa. Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, sedikit sahaja ini, saya hendak tajuk lain pula. Saya mintalah kepada pihak MITI untuk membantu pengedar-pengedar bumiputera Proton kerana kini ramai wakil pengedar Proton kini di kalangan bumiputera telah gulung tikar dan ramai lagi yang menunggu untuk gulung tikar. Sikap pengurusan Proton di bawah Geely menganak tiri pengedar model kereta antara syarikat 1S dan 3S, di mana 1S merupakan ramai syarikat bumiputera yang mana- jadi, saya mohon MITI untuk membantu pengedar bumiputera daripada pupus dalam pengedaran PROTON. Contohnya di Kuala Lumpur ini, Kuala Lumpur ini bandar raya, tidak ada satu pun pengedar bumiputera Proton.

Juga - kita juga kesal, saya nampak Geely ini telah memungkiri janji. Geely janji kepada kerajaan hendak pasang kereta elektrik- pemasangannya di Malaysia, di mana kerajaan telah bagi berbagai insentif, geran untuk mereka pasang kereta elektrik di Tanjong Malim. Kereta ini akan diedarkan di Asia Tenggara tetapi baru-baru ini di Thailand, mereka umumkan yang mana kereta elektrik ini dipasang di Thailand, bukannya di Malaysia, begitu juga di Indonesia. Jadi, nampaknya kita telah diperdaya oleh Geely. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tawau, 15 minit sebagai wakil ketua parti.

draft • 12:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera Malaysia dan salam Sabah Maju Jaya. Tuan Yang di-Pertua, menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyokong nilai keluarga dan kesejahteraan masyarakat. Namun, bagi merealisasikan ini, Persekutuan perlu adil kepada Sabah, Sarawak kerana jika tidak dimajukan dan dibangunkan, ia boleh menjejaskan kesejahteraan Malaysia.

Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas pembangunan di Tawau, termasuk empat sekolah baharu, bangunan hospital disiapkan dan sedikit peruntukan lampu jalan. Saya faham Kerajaan Persekutuan sekarang ini adalah kerajaan yang baharu dan mewarisi masalah pembangunan Sabah sejak berpuluh tahun tetapi saya mohon agar segala isu ini ada tindakan yang proaktif demi kesejahteraan rakyat.

Namun, daripada peruntukan pembangunan RM6.6 bilion yang telah diumumkan pada 2024, Sabah hanya dapat menggunakan sekitar 30 peratus. Sebagai contoh, dalam

draft • 12:42 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

lima tahun ini kira-kira RM3 bilion setahun dipulangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah, menjadikan jumlah terkumpul hampir RM15 bilion. Oleh itu, saya menggesa kelulusan segera Tabung Amanah bagi memastikan pelaksanaan projek, khususnya berkaitan kemudahan asas yang sangat kritikal di Sabah, Sarawak. Tambah langkah segera banyak projek penting akan terus terbengkalai dan rakyat Sabah akan terus terpinggir daripada arus pembangunan nasional.

Selain itu, saya menekankan keperluan menambah bilangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak kepada satu pertiga mengikut Perjanjian Malaysia 1963 agar pembangunan lebih seimbang. Saya meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan usaha ini dengan lebih terperinci dan komitmen kerajaan dalam merealisasikan tuntutan ini. Hak politik rakyat Sabah dan Sarawak mesti dihormati dengan memastikan suara mereka lebih signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu keperluan mendesak bagi Balai Bomba Tawau yang memerlukan drone dan bot pemadam kebakaran bagi menangani risiko kebakaran dengan kewujudan 29,000 rumah atas air yang menempatkan lebih kurang 200,000 penduduk. Dengan struktur rumah yang rapat dan bahan binaan mudah terbakar, kebakaran boleh merebak dengan pantas, menyukarkan operasi menyelamat.

Dalam beberapa kejadian sebelum ini, kelewatan bantuan dan kekangan kepada peralatan menyumbang kepada kemusnahan besar. Saya menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempertimbangkan peruntukan khas untuk peralatan ini bagi memastikan keselamatan penduduk.

Selain itu, saya ingin meminta jaminan daripada Menteri agar perumahan rakyat di Tawau segera dibangunkan kerana kebakaran di kawasan rumah atas air kerap berlaku, mengorbankan nyawa dan harta benda serta menyumbang kepada masalah sosial seperti setinggan, jenayah dan penyebaran penyakit. Banyak keluarga kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan. Saya berharap kerajaan dapat mempercepatkan peruntukan bagi pembinaan perumahan rakyat (PPR) yang dapatlah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Pembangunan perumahan mampu milik bukan sahaja memberi tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa, malah turut menyelesaikan masalah sosial, penyebaran penyakit serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu kesihatan di Tawau dan Sabah.

Hospital Tawau telah mendapat kelulusan 1,475 waran perjawatan tetapi sehingga kini masih belum diisi sepenuhnya di Tawau. Dengan 1 juta penduduk di Tawau, Kalabakan, Semporna dan Lahad Datu, keadaan sistem kesihatan semakin kritikal. Saya minta Perdana Menteri memberikan jaminan supaya semua jawatan ini dikekalkan dan diisi segera.

draft • 12:42 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 100,000 orang penduduk perlu satu doktor pakar. Bermakna, Sabah memerlukan lebih kurang 47 doktor pakar tetapi sekarang di seluruh Sabah ada 7 doktor pakar sahaja, yang pakar jantung hanya seorang. Kalau pesakit perlu jumpa dengan doktor pakar ini, bukan menunggu giliran tetapi ibarat menunggu mati.

Oleh itu, kerajaan perlu memperbanyakkan pengambilan dan pemberian biasiswa dalam bidang perubatan kepada anak-anak jati Sabah supaya mereka boleh menyumbang kembali dan isu pemindahan doktor pakar balik ke Semenanjung atau menolak tawaran dapat diatasi.

Sistem kesihatan awam ini berada di dalam keadaan kritikal akibat beban pesakit yang tinggi, kos penyelenggaraan mesin perubatan yang mahal serta kebanyakan peralatan yang usang. Ini menyebabkan hospital kerajaan tidak mampu menampung keperluan rakyat secara optimum. Keadaan ini bertambah buruk apabila pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Manakala banyak fasiliti kesihatan di kawasan luar bandar masih beroperasi dengan kekurangan sumber yang serius. Saya minta Menteri mempercepatkan kerjasama dengan fasiliti kesihatan swasta bagi menyediakan rawatan dengan kos ditanggung oleh kerajaan sebagai langkah segera untuk mengurangkan beban hospital awam.

Selain itu, peningkatan kes tuberculosis, penyakit tibi di Pantai Timur Sabah semakin membimbangkan. Pada tahun 2023 sahaja, sebanyak 566 kes tibi direkodkan, menjadikan kawasan Tawau kedua tertinggi di Sabah dengan kadar pengesahan hanya 69 peratus iaitu antara yang paling rendah. Masalah ini berpunca daripada kekurangan peralatan perubatan yang lengkap serta fasiliti kesihatan yang tidak mencukupi, menyebabkan rawatan lambat dan kadar jangkitan terus meningkat. Oleh itu, saya meminta Menteri Kesihatan untuk memberikan komitmen bagi menubuhkan Koridor Respiratori Pantai Timur Sabah sebagai pusat rawatan khusus bagi penyakit pernafasan, sekali gus menangani masalah tibi yang semakin meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, isu sekolah tidak selamat di Sabah amat membimbangkan.

Hanya 8 daripada 40 sekolah di Tawau memiliki Sijil Perakuan Kelayakan (OC).

Mencerminkan hakikat sebenarnya masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah yang menyebabkan kesukaran mendapatkan peruntukan pembaikan dan insurans. Untuk makluman juga, hampir 50 peratus daripada 1,156 sekolah daif di Malaysia terletak di Sabah dengan sebahagian besar mengalami kerosakan struktur yang serius.

draft • 12:42 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Keadaan ini menjejaskan keselamatan ribuan pelajar dan guru sekali gus menurunkan mutu pendidikan. Saya meminta Kementerian Pendidikan menangani masalah birokrasi dan tatakelola yang menjadi batu penghalang bagi mempercepatkan penyelesaian isu ini termasuk mengkaji semula prosedur permohonan OC agar lebih efficient.

Isu berkenaan keadaan rumah guru di Sabah juga kritikal. Banyak rumah guru macam rumah hantu. Sangat usang dan tidak selamat. Ada yang mengalami kebocoran,

draft • 12:50 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

dinding reput malah hampir roboh. Masalah ini lebih ketara di kawasan pedalaman di mana guru-guru yang datang dari luar kawasan terpaksa menyewa jauh dari sekolah, menyukarkan perjalanan harian mereka. Ini menjejaskan kebajikan guru dan kualiti pengajaran.

Oleh itu, saya menggesa Menteri Pendidikan untuk memberi perhatian serius terhadap isu ini dan mengambil langkah segera untuk menaik taraf rumah guru serta memastikan ia selamat dan kondusif. Guru yang selesa dan sejahtera akan dapat memberi fokus yang lebih baik dalam mendidik generasi masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu warga asing dan isu kewarganegaraan. Sabah dianggarkan mempunyai satu juta penduduk warga asing. Saya minta Menteri Dalam Negeri memberikan perkembangan terkini program pendataan digital warga asing bagi menyelesaikan isu ini secara menyeluruh. Isu kewarganegaraan penduduk asal Sabah telah wujud sejak sebelum Merdeka. Sebahagiannya berpunca daripada amalan pernikahan kampung yang ketika itu tidak didaftarkan secara sah di sisi undang-undang.

Dahulu, sistem perkahwinan berbeza. Namun akibat perubahan undang-undang, ramai keturunan mereka kini menghadapi kesukaran mendapatkan status kewarganegaraan.

Sekiranya isu ini tidak diselesaikan, ia akan terus menyumbang kepada pelbagai masalah sosial. Penduduk yang gagal memperoleh dokumen pengenalan diri tidak dapat mengakses pendidikan atau pekerjaan, menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dan ketiadaan sumber pendapatan. Akibatnya, mereka disisihkan daripada sistem sosial dan ekonomi yang seterusnya mendorong kepada peningkatan kes jenayah. Oleh itu, saya menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memberikan jaminan supaya golongan ini diberikan pas pelajar dan pekerja khususnya bagi mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa yang merupakan warganegara. Langkah ini bukan sahaja dapat membantu mereka keluar daripada kemiskinan tetapi juga mengurangkan beban masalah sosial di negeri dan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu pelancongan di Sabah. Sektor pelancongan Sabah telah berkembang pesat dengan ketibaan pelawat meningkat 51.3 peratus daripada 1.727 juta pada tahun 2022 kepada 2.613 juta pada tahun 2023.

Peningkatan ini didorong oleh lonjakan 206.5 peratus ketibaan pelawat asing yang mencatatkan 8,475 pelawat manakala pelawat domestik meningkat sebanyak 21.2 peratus iaitu 1.754 juta pelawat. Namun persoalannya, adakah rakyat tempatan benar-benar mendapat manfaat sepenuhnya daripada peningkatan ini?

Hakikatnya, sebahagian besar keuntungan sektor pelancongan tidak dinikmati oleh rakyat Sabah sebaliknya mengalir ke tangan warga asing. Fenomena ini berlaku apabila segelintir warga tempatan membenarkan nama mereka digunakan oleh warga asing untuk membuka perniagaan. Akibatnya, rantaian ekonomi dalam sektor pelancongan termasuk pemasaran, pengangkutan, restoran dan perkhidmatan bot dikuasai oleh pihak luar. Justeru, saya menggesa Menteri Pelancongan untuk mengambil tindakan tegas dengan mewujudkan

draft • 12:50 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

panduan yang jelas serta menguatkuasakan peraturan bagi menangani isu ini secara menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh keperluan segera pembinaan kampus baharu Politeknik Tawau yang sehingga kini masih beroperasi secara coexist dengan izin, dengan IPG Kampus Tawau sejak 2018. Keadaan ini bukan sahaja membataskan perkembangan akademik dan latihan kemahiran tetapi juga tidak kondusif untuk pelajar dan tenaga pengajar. Tambahan pula, kepentingan pendidikan TVET di Pantai Timur Sabah perlu diberi perhatian serius. Tawau mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, perikanan, maritim dan pertanian. Namun, pertumbuhan sektor ini terbantut akibat kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Jika bangunan Politeknik Tawau selesai dibina, ia nya menjadi pusat latihan utama bagi menyediakan program seperti pengurusan pelancongan, kejuruteraan maritim, teknologi perladangan dan pemprosesan hasil pertanian selari dengan keperluan industri tempatan.

Dengan jumlah penduduk hampir sejuta orang di Pantai Timur Sabah, politeknik ini perlu diperluaskan bagi menampung lebih ramai pelajar tempatan yang ingin mendapatkan latihan kemahiran tanpa perlu berhijrah ke tempat lain.

Tuan Yang di-Pertua, banjir di Tawau semakin kritikal. Berlaku lebih empat kali setahun dan menjejaskan kehidupan 500,000 penduduk. Banyak kawasan mengalami kerugian besar akibat kerosakan harta benda, kehilangan hasil pertanian dan kesan terhadap infrastruktur. Punca utama ialah muara Sungai Kinabutan Kecil yang semakin sempit serta kelewatan projek tebatan banjir Sungai Tawau Fasa 1B. Saya meminta kerajaan mempercepatkan projek ini serta membina jambatan baharu di Jalan Apas Batu 2 untuk mengelakkan gangguan kepada pergerakan penduduk dan perniagaan. Bagi menangani masalah ini, saya mencadangkan supaya kerajaan membesarkan muara Sungai Kinabutan Kecil agar aliran air lebih lancar dan dapat mengurangkan risiko limpahan banjir.

Selain itu, saya juga meminta kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek rancangan tebatan banjir Sungai Tawau Fasa 1B supaya penduduk tidak terus berdepan dengan risiko banjir yang berulang saban tahun. Pada masa yang sama, pembinaan jambatan baharu di Jalan Apas Batu 2 juga perlu disegerakan kerana jambatan sedia ada tidak dapat digunakan setelah kerja pembesaran sungai dilaksanakan. Saya mendesak Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memastikan peruntukan dan pelaksanaan projek-projek ini tidak tertangguh agar rakyat Sabah tidak terus menanggung risiko banjir berulang. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Masa tinggal satu minit lebih sahaja sebelum kita berehat. Jadi, Yang Berhormat Jerlun pukul 2.30? Ya? Boleh? Kalau hendak bercakap, seminit dah berhenti.

draft • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ditangguhkan untuk 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, baik. Terima kasih Yang Berhormat atas kerjasama. Dengan sedemikian, kita tangguh Mesyuarat sehingga pukul 2.30 petang untuk rehat.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.58 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Standing Order 18(1), (2).

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kenapa...?

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua- Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf. Saya dapat jawapan balas daripada...

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat. Yang Berhormat, usul Yang Berhormat telah ditolakkan, sudah terima jawapan?

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Jadi, saya...

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi tidak perlu bangkit lagi.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya nak minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta dari Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tapi, izinkan saya menerangkan sedikit.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak perlulah. Jangan bazir masa. Sila duduk.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua, ini kali keempat saya buat usul tentang Palestin ditolak oleh Kerajaan.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ini tidak adil pada rakyat Gaza. Kenapakah kerajaan tidak mahu meneruskan usul tergempar?

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Yang Berhormat Machang, sila duduk.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Rakyat melihat.

draft • 2:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, saya nak minta juga petua di bawah Peraturan 36(6). Apabila Yang Berhormat Machang sebutkan tadi, “rakyat melihat”, seolah-olah menyalahkan pihak kerajaan. Dan saya fikir usul yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi telah dibincangkan dalam persoalan yang saya tanya sendiri kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semasa MQT. Saya fikir perkara ini, saya juga nak minta petua daripada Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak apalah. Saya rasa biarlah rakyat yang lihat.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Paya Besar, jawapan balas...

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri lemah. Itu yang kami bangkitkan.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya beri amaran. Kalau berdiri, berucap tanpa kebenaran, sila keluar. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 2:30 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Jerlun menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Majlis Parlimen Ke- 15 pada 3 Februari 2025 yang lalu.

Dalam titah, baginda telah menyentuh peri pentingnya membina identiti nasional berteraskan konsep persekutuan dalam negara kita. Identiti nasional ini melambangkan kewujudan pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia dan pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak. Identiti nasional ini juga perlu dipupuk dengan semangat perpaduan kaum dan saling hormat-menghormati pegangan agama masing-masing berteraskan semangat Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan yang sama-sama kita ikrarkan pada hari pertama mesyuarat ini.

Saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Orang Melayu adalah sinonim dengan agama Islam. Perkara ini jelas termaktub dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang mentafsirkan, “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu.” Perkara 160 ini menjelaskan

draft • 2:34 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

bahawa Orang Melayu menjadi bangsa asal, yang disebut sebagai ketuanan Melayu suatu ketika dulu, menjadi penduduk majoriti dalam negara ini.

Perkara 153(3) Perlembagaan Persekutuan juga memberikan hak dan keistimewaan kepada Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Maka, ia harus diberikan keutamaan dalam segenap segi program dan peruntukan. Jangan ada pihak yang cuba mengganggu gugat dan merobek peruntukan sedia ada.

Oleh sebab Islam menjadi anutan dan pegangan agama Orang Melayu, maka ia jelas termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan.

Meskipun semua orang mempunyai kebebasan beragama, seperti mana dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan, namun begitu, doktrin atau kepercayaan agama lain tidak boleh dikembangkan kepada orang Islam seperti mana yang termaktub dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Mutakhir ini, terdapat segelintir pihak yang suka mencetuskan kontroversi dalam masyarakat terutamanya membangkitkan isu-isu yang menyentuh soal agama. Ada pihak yang secara terbuka menggelar dirinya sebagai duta Tuhan dan menyebut seruan Tuhan untuk mengambil semula politik dan perkhidmatan awam untuk Tuhan. Kontroversi buku tersebut telah menyebabkan 182 laporan Polis telah dibuat di seluruh negara pada Disember 2024 yang lalu.

Terdapat juga kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam seperti larangan penjualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga boleh menyebut, “Yang tak boleh minum arak, jangan beli, tapi kita tak boleh larang orang yang boleh minum arak untuk beli.” Tiada keperluan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM di restoran makanan orang bukan Islam yang menjadi tumpuan pengunjung orang Islam. Mereka berani bersuara, berani membantah dan berani mengecam apa-apa cadangan oleh Menteri Hal Ehwal Agama dalam soal garis panduan orang Islam menyertai acara keagamaan dan kebudayaan orang bukan Islam dan sebagainya.

Ini menimbulkan kebimbangan besar kerana ia seolah-olah menunjukkan usaha terancang untuk membawa pengaruh agama lain ke dalam sistem pentadbiran negara.

Usaha tersebut boleh dianggap sebagai satu cubaan mencabar kedudukan Islam dalam negara kita.

Selain itu, jangan dipandang remeh tentang gerakan kristianisasi di Malaysia. Ia bukan satu perkara baharu. Terdapat pendedahan yang dilakukan oleh Profesor Iain Buchanan dalam bukunya, Sang Nila Utama and The Lion of Judah telah lama mendedahkan agenda kristianisasi di Nusantara. Kedua, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga mengeluarkan buku pendedahan agenda Kristian yang mengandungi bukti kewujudan gerakan kristianisasi di Malaysia.

draft • 2:34 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sejarah telah menyaksikan beberapa kes permurtadan umat Islam yang amat menggores hati umat Islam di Malaysia seperti kes Azlina Jailani atau Lina Joy dan Aishah Bukhari.

Saya ingin mendapat jawapan daripada Kerajaan MADANI. Pertama, apakah jaminan kerajaan bahawa Islam akan terus dijaga dan dipertahankan dalam pentadbiran negara?

Kedua, apakah kerajaan sedar bahawa kenyataan pemimpinnya boleh membuka ruang kepada lebih banyak kes pemurtadan?

draft • 2:34 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Oleh itu, saya memohon langkah segera Kerajaan MADANI perlu membuktikan komitmen mereka dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan. Marilah kita insafi peringatan Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat ketujuh yang berbunyi...

*[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela

(agama) Allah yakni Islam nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”* Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda juga menyentuh peri pentingnya membina hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dalam melaksanakan apa- apa projek pembangunan, Kerajaan Negeri Kedah membuka peluang seluas-luasnya kepada Kerajaan Persekutuan membangunkan projek berskala besar dan berimpak tinggi demi kemajuan negeri dan merancakkan ekonomi rakyat dalam pelbagai sektor.

Namun begitu, apa yang berlaku di negeri Kedah sangat mengecewakan kami dan seolah-olah Kedah dianaktirikan. Kulim High-Tech Park (KHTP) sudah tidak asing lagi sebagai lokasi pelaburan paling strategik di negeri Kedah. Kini ia telah memasuki fasa lima, tetapi projek pembangunan ini tergendala akibat kegagalan Kementerian Ekonomi memberikan kelulusan sama ada yes or no secara bertulis kepada Notice of Change (NOC) yang telah dipohon lebih setahun yang lalu oleh pengurusan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) dan ini benar-benar merugikan negara dan negeri Kedah itu sendiri.

Kesan daripada kegagalan Kementerian Ekonomi ini telah menyebabkan operasi menarik pelabur ke KHTP tergendala atas sebab ketiadaan tanah. Kedah sudah bersiap sedia menyediakan tanah. Kementerian Ekonomi pula buat hal sengaja melengah-lengahkan proses memberikan kelulusan. Begitu juga projek lapangan terbang kargo, KXP di Kulim.

Kerajaan Negeri Kedah hingga kini masih menunggu lesen operasi aerodrome/airport, dengan izin, juga dilengah-lengahkan oleh Kementerian Pengangkutan sedangkan permohonan baru dikemukakan lebih setahun yang lalu.

Selain itu, saya juga memohon agar Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Temin dan Sungai Bata dalam daerah Kubang Pasu dapat diluluskan secepat mungkin. Saya difahamkan RTB Sungai Temin dan Sungai Bata sudah berada dalam list nombor satu untuk

draft • 2:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

tahun 2025 ini untuk kelulusan. Jika berlaku kelewatan, nescaya banjir besar boleh berlaku lagi. Saya lihat akibat RTB tersebut belum dilaksanakan, banjir besar yang berlaku pada Oktober 2024 lalu bukan sahaja berlaku di dalam Parlimen Kubang Pasu, tetapi turut melimpah ke Parlimen Jerlun di dalam daerah yang sama iaitu Daerah Kubang Pasu.

Kesannya ribuan hektar sawah padi musnah, ribuan rumah ditenggelami air yang memusnahkan harta benda melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Menyentuh pembangunan di Jerlun, kerajaan telah melaksanakan jalan persisiran pantai bermula di Kampung Padang Garam dalam Parlimen Kuala Kedah hingga ke Kampung Jeruju dalam Parlimen Jerlun sejauh 8.1 kilometer dengan kos RM95 juta bermula tahun 2024 lalu. Cumanya, saya nak minta agar kerajaan melanjutkan lagi pembinaan jalan dari Kampung Jeruju, Kuala Jerlun disambungkan sehingga ke Kuala Sanglang iaitu kawasan yang berhampiran dengan Parlimen Arau.

Melalui pembinaan sambungan jalan persisiran pantai tersebut dapat meningkatkan aktiviti pelancongan domestik kerana ia berdekatan dengan pantai. Begitu juga ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada suri rumah dan anak-anak muda untuk memasarkan produk hasil laut selain mewujudkan pembangunan secara berkelompok pada masa hadapan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, Titah Baginda juga agar kerajaan memperkasakan sektor pertanian melibatkan pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan. Seperti rakan- rakan ahli Dewan yang lain, saya juga turut serta untuk membangkitkan isu padi yang menjadi isu hangat sekarang ini terutamanya golongan pesawah di negeri-negeri utara.

Dalam hal ini sudah tentu ada masalah yang melibatkan pesawah. Apakah masalah pesawah? Masalah yang membelenggu pesawah ini pertama, kos mengusahakan sawah padi kini mencecah RM1,400 ke RM1,500 serelung atau RM5,000 ke RM5,500 sehektar.

Kedua, kos benih naik dua kali- ganda sejak 2023.

Kali pertama RM45 dan kali kedua RM58 bagi setiap 20 kilogram. Ketiga, penyasaran subsidi diesel dan pesawah menanggung kos pengurusan sawah seperti kos upah pekerja, jentera pembajak, mesin jentuai, kos lori dan sebagainya mencecah hampir 55 peratus.

Banyak lagi yang ingin saya bangkitkan.

Cuma isu yang menjadi persoalan saya iaitu tentang isu kartel dan beras. Kartel padi dan beras yang berleluasa sekarang ini. Tanpa mekanisme kawalan dan pembanterasan yang berkesan oleh kerajaan sedangkan kerajaan mempunyai Seksyen Kawalselia Padi dan Beras sebagai agensi penguatkuasaan padi dan beras.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kartel ini mempunyai rangkaian dengan pengilang-pengilang padi dan beras mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Dalam soal ini, saya ingin memetik ucapan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri. Pada 6 November 2024, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika waktu pertanyaan

draft • 2:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Menteri (MQT) di Dewan Rakyat menyatakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sudah menyiapkan laporan kajian mengenai kartel padi dan beras.

Soalan saya, apakah status terkini laporan tersebut? Bilakah laporan tersebut akan dibentangkan di Dewan Rakyat ini?

Kedua, ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dalam perasmian MAHA 2024 menyebut, “Amalan kartel import baja dan benih padi wajib dihentikan. Memerlukan tekad politik dan ketegasan Menteri.” Soalan saya, adakah disediakan blueprint untuk membanteras kartel atau ia sekadar ucapan sahaja?

Akhirnya, saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah iaitu:

(i) kekalkan subsidi sebanyak RM500;

(ii) naikkan harga padi sehingga RM1,800 per tan metrik;

(iii) kekalkan kadar potongan padi semasa iaitu 20 kilogram dan ke bawah bagi satu tan metrik;

(iv) salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan seperti MADA, PPK, NAFAS dan lain-lain; dan

(v) mengenal pasti orang dalam, dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut kepada kartel dan orang politik yang berkepentingan.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 2:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya harap pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada esok hari di Dewan ini akan memberi nafas baharu dan kelegaan kepada para pesawah. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 2:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih atas Titah Tuanku Agong pada Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen minggu lalu.

Saya menyambut baik Titah Tuanku mengenai peranan Parlimen sebagai semak dan imbang. Bukan sahaja melibatkan pembangkang dan kerajaan, tetapi penyokong kerajaan seperti kami perlu diberikan kebebasan untuk menegur dan mengkritik apa juga dasar, apa juga perjalanan pentadbiran seharian kerajaan. Syaratnya kena berfakta dan berasas baharulah semak dan imbang itu sihat dan berkesan.

draft • 2:48 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Mereka yang berkuasa jangan pula terasa hati dan bersikap menghukum bila ditegur.

Kita di sini sama-sama untuk perbaiki mutu penyampaian dan cara pelaksanaan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Rabu lalu saya mendengar dan meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri PETRA mengenai peruntukan bagi menyelesaikan isu air di Sabah. Secara spesifik, isu bantuan segera RM320 juta ini diumumkan pada Jun 2023 lagi.

Saya ringkaskan kronologinya. Jun 2023 diluluskan RM320.25 juta dan pelaksanaan projek dijangka enam hingga ke-lapan bulan.

draft • 2:48 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Mei 2024, kira-kira setahun selepas itu tiada kemajuan. Bantuan yang dikatakan segera tersebut masih tidak sampai-sampai. Julai 2024, Menteri Kerja Raya Sabah kata Julai atau Ogos proses perolehan selesai.

Terbaharu Februari 2025, kita dimaklumkan SST dijangka keluar pada suku kedua tahun 2025 dan bantuan segera tersebut yang hanya dapat dilaksanakan setelah dua tahun bukan RM320 juta ya, ianya RM300 juta. RM200 juta memang telah diluluskan di bawah RMKe-12 yang mana hanya RM100 juta sahaja tambahan peruntukan yang diluluskan dan lagi pengumuman tersebut berbentuk pinjaman, bukan bantuan secara one-off atau geran begitu. Maksud dia, Kerajaan Sabah kena bayar balik kepada Persekutuan. Ini pemahaman saya melalui jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Kamar Khas tempoh hari.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya cukup kecewa dengan perjalanan projek di Sabah. Ini bukan projek buat menara. Ini bukan buat projek resort bah. Ini projek air.

Keperluan asas. Sudahlah diumumkan sebagai bantuan. Ingatkan kena bagilah. Rupanya pinjaman. Disebutkan, dilaksanakan paling lewat lapan bulan. Sekali dua tahun baharu projek berjalan. Apa bah ini? Ini baharu projek air, belum masuk lagi projek elektrik, jalan raya, sekolah daif, fasiliti kesihatan di Sabah. Berbuih bah mulut bercakap dalam Dewan ini, tapi balik-balik alasan yang sama sejak kena bagi bila projek Sabah lewat mula.

Tahun lepas, 20 peratus sahaja kerajaan negeri berjaya belanjakan projek yang diberikan pusat. Tahun ini masih lagi result yang sama kah? Saya pernah cakap benda ini.

Bila Kerajaan Sarawak sudah tahu mereka akan dapat projek untuk dilaksanakan sendiri, apa yang Kerajaan Sarawak lakukan? Dia orang terus buka iklan pengambilan 300 orang Jurutera dan pegawai berkaitan, tapi Sabah apa tindakan? Selepas saya suarakan tahun lalu, akhirnya baru-baru ini Kerajaan Sabah mengiklankan pengambilan 32 orang Jurutera, lima orang Arkitek dan 108 orang Penolong Jurutera. Jadi ada juga guna saya bising-bising dalam Parlimen bah kan. Terima kasih.

Saya mahu ulang balik ini kata-kata. Saya buat yang entah kali ke berapa. Sabahan kalau kita ketinggalan, kalau kita rasa kita ketinggalan, kita tidak boleh gunakan kelajuan yang sama untuk buat pembangunan. Kita tidak akan dapat bubut bah dia orang ini. Saya ulang, kalau dia orang berjalan sepatutnya kita berlari. Kalau dia orang berlari, patutnya kita terbang sudah untuk kasi setel benda-benda yang tertinggal.

draft • 2:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lepas sahaja, saya telah dua kali menerima kunjungan daripada ketua-ketua kampung JKK dari Kampung Tengkurus, Kampung Gendukut berkenaan empangan kecil Tengkurus. Lain lagi aduan daripada pesawah- pesawah Kampung Tegudon, Kampung Nahaba dan kawasan Tomboilik yang sangat bergantung kepada empangan ini. Tahun lepas saja juga menyaksikan para pelajar dan kakitangan asrama SK Tengkurus yang terpaksa bergantung kepada air hujan. SK ya, sekolah kebangsaan.

Buat pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, empangan kecil ini, mereka sudah berkali- kali musnah akibat banjir dan setiap kali akibat empangan ini rosak, mereka akan bergotong- royong untuk bina semula. Saya tidak rasa perkara ini adil kepada penduduk kampung untuk terus bergotong-royong untuk membaiki suatu kemudahan yang sepatutnya boleh diberikan oleh kerajaan sedangkan kerajaan bertekat untuk menghapuskan kemiskinan.

Kota Belud adalah jelapang padi Sabah, tetapi harus juga diingat bahawa bukan kawasan Tempasuk saja yang menanam padi, tetapi mereka juga di DUN Kadamaian, DUN Usukan dan DUN Pintasan. Saya pohon untuk JPS melakukan penyelesaian once and for all kepada semua permasalahan ini meliputi pengairan untuk penduduk kampung, sekolah dan penanaman padi.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi masalah yang agak besar di hospital-hospital kerajaan sekarang ialah kekurangan doktor di seluruh negara. Di Kota Belud contohnya, berlaku peningkatan aduan oleh rakyat yang berpunca daripada kekurangan pegawai perubatan di hospital. Masa menunggu terlalu lama di Hospital Kota Belud telah banyak kali saya suarakan. Saya rasa saya faham kekangan dihadapi di pusat, tapi saya pohonlah, tolonglah, bukan sahaja isu sumber manusia, bangunan pun perlu ditambah kerana kami di kampung ini tiada pilihan selain dari mengharapkan fasiliti kesihatan kerajaan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ungkit balik semula, selain wajib mendalamkan muara Abai, bila lagi bah mahu mulakan projek-projek ini? Lampu jalan Bukit Kelawat, Politeknik Kota Belud dan Klinik Kesihatan Mantanani. Baru-baru ini pun 19 Januari 2025, berlaku lagi kemalangan melibatkan nyawa di Bukit Kelawat. Lampu jalan Bukit Kelawat ini kalau ndak penting, ndak bagi tak berteriak begini. Kalau boleh buat pakai peruntukan pusat khidmatkan, hendak saya minta sama kamu. Politeknik pun berbuih sudah mulut bercakap.

Kalau ndak mahu bagi, walaupun sudah pecah tanah, bagi tahu. Klinik Kesihatan Mantanani pun lulus, lulus, lulus, tapi belum lagi nampak starting dia. Bilakah lagi kerja-kerja awalan ini akan dimulakan?

Beberapa lagi dalam list saya yang banyak kali juga saya sebut seperti contoh jalan raya Kampung Pinolobuh, Mengkulat dan Podos. Satu lagi, jalan kampung yang sebenarnya telah saya kemukakan kepada KKDW sejak tahun 2023 lagi, jalan raya Kampung Tanjung Batu, tapi ndak pernah kena layan pun. Kadang-kadang bikin kecil hati juga. Hantar surat ndak kena layan. Kita minta bagus-bagus bah. Saya tahu kita tidak dapat layan semua

draft • 2:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

permintaan di bawah ini, tetapi bolehkah kita melihat ada progress bah kepada permintaan- permintaan ini?

Tuan Yang di-Pertua, orang Melayu ini terkenal dengan budi pekerti tinggi dan sopan santun. Kita ini Tuan Yang di-Pertua, kalau mahu masuk rumah orang, bagi salam bah, ketuk pintu. Kalau orang lain suruh minta izin, saya tidak kisah itu. I welcome everybody to Kota Belud, tapi bolehkah kamu belajar berbahasa sikit kah? Bagi salam bah. Kasi tahu sama orang yang kamu datang.

Bulan lalu, Pengerusi LKIM datang ke Kota Belud bagi bantuan lawat tapak projek tapi saya tahu ini semua melalui daripada media sosial beliau saja. Di Kota Belud ini, kami ada pemimpin bah. Di Kota Belud ini ada wakil rakyat dia bah. Saya mahu tanya bah, LKIM ini apa? Parti politik? Hanya Pakatan sahaja yang kena panggil? Saya tidak kisahlah LKIM Persekutuan kah, LKIM negeri kah, tidak langsung hormat. Tiada langsung bah. Tengoklah muka kita bah. Padahal berhabis, saya yang berhabis bercakap dalam Parlimen ini, suarakan isu-isu nelayan. Pasal projek penempatan semula nelayan Kampung Bira-Biraan, Kota Belud yang beberapa tahun sudah tergendala.

Tahun lepas, berapa puluh buah rumah terbakar di Kampung Kuala Abai, Kampung Buah Pandai. Apa, dia orang itu bukan nelayan? Apa, saya ini patung saja kah di kawasan?...

[Tepuk] Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan pergi mana-mana bah. Tolonglah jangan jadikan alasan PRN itu sebagai alasan untuk tidak jemput YB di kawasan itu ke program kamu.

Tuan Yang di-Pertua, ini lagi soal selenggara jalan di Sabah. Saya tidak faham, kenapakah kita masih mahu kekalkan orang yang tidak pandai buat kerja? Balik-balik isu yang sama saja di Sabah ini. Jalan berlubang tampal-tampal. Minggu depan, lubang lagi balik.

Sampai ada yang meninggal bah pasal lubang. Perkara ini bukannya berlaku di kampung, di KK, di bandar. Mana bah syarikat konsesi yang mengurus jalan raya Kota Belud ke Kota Kinabalu, jalan raya Kota Belud ke Kudat, jalan raya Kota Belud ke Ranau Bypass. Kerajaan sudah lantik syarikat kamu untuk selenggara, pantaulah. Kalau jalan sudah teruk, buatlah kerja kamu. JKR Sabah jangan takut untuk hukum syarikat yang tidak buat kerja. Syarikat Menteri kah, syarikat TYT kah, syarikat kamu kah, kalau tidak perform, pecat dan ganti dengan yang baharu. Jangan kasi bazir duit rakyat...

[Tepuk] My dear fellow Sabahan, sampai bila bah kita mahu jadi negeri yang miskin? Sampai bila kita tiada air, jalan raya berlubang-lubang? Sampai bila bah elektrik kita ini mati-mati?

Sampai bila kita mahu kasi salah Malaya saja? Sampai bila bah kita mahu kasi salah orang lain untuk nasib kita? Kamu fikir Sarawak hari ini, berjaya dia orang hari ini dalam sekelip mata? Baharu 10 tahun yang lalu, lima tahun yang lalu, kelmarin? Tidak bah.

My fellow Sabahan, sampai bila kita jadi generasi yang mahu tunggu kulat-kulat setiap kali pilihan raya? Sampai bila kita jadi generasi yang ada duit, baharu ada undi?

draft • 2:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sampai bila kita dihidangkan dengan YB rasuah dan rakyat selama-lamanya miskin, sampai bila? Lepas itu, kita kasi salah orang lain atas nasib kita, kemunduran kita.

My dear fellow Sabahan, kita ini mahal bah. Kita ini ada harga diri bah. Ask yourself this question. Are you going to fight for Sabah or are you going to continue just watching Sabah getting destroy. I choose to fight because this is my home. I choose to fight because saya sayang Sabah saya. Kita sayang wilayah kita...

[Tepuk] Mari anak muda. Mari kita sama- sama buat perubahan.

Mari bersama dengan saya. Mari kita bangunkan Sabah. Marilah kita jadi generasi Sabah yang bekerja. Mari kita jadi generasi yang berhabis bah untuk rakyat dia. Mari kita jadi wakil rakyat, YB yang bekerja untuk Sabah.

draft • 2:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Mari kita jadi penjawat awam yang berhabis bah menjalankan amanah untuk orang Sabah kepada kamu. Dari Pejabat Daerah sampai JPA, sampailah JKR Sabah, apa pun posisi kamu, apa pun pangkat kamu, mari, mari kita jadi generasi yang ubah landskap Sabah hari ini. Marilah kita jadi generasi baharu yang bekerja untuk Sabah dan Sabahan. Ayuh anak muda, mari kita jadi Kerajaan Sabah yang bekerja untuk Sabah. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat, kejap Yang Berhormat. Boleh saya...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

draft • 3:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah sokong Kota Belud.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Hendak sokong.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kangsar.

draft • 3:00 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam usul menjunjung kasih Titah Diraja pada hari ini.

Terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas Titah Baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas.

draft • 3:01 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Pada kesempatan ini patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan segera kepada Tuanku dan keafiatan yang berpanjangan untuk terus memayungi negara serta rakyat Malaysia dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perkembangan ekonomi termasuk pentaksir ekonomi domestik dan pelaburan negara yang semakin meningkat baik seperti yang dititahkan Tuanku dan semoga tahun 2025 ini melimpahkan lebih banyak kebaikan dan kemakmuran negara.

Puan Yang di-Pertua, saya terus kepada tajuk pertama iaitu projek lebuh raya West Ipoh Span Expressway (WISE). Saya dimaklumkan perjanjian konsesi bagi pembinaan jajaran lebuh raya sepanjang 60.88 kilometer dengan anggaran berjumlah RM4.5 bilion ini telah pun ditandatangani pada 5 September 2024. Ini perkembangan yang baik. Namun, terdapat perkara lain yang merunsingkan para penduduk khususnya di kawasan Parlimen saya iaitu berlakunya usaha pujuk memujuk oleh segelintir broker untuk para penduduk kampung menjual tanah mereka.

Penduduk kampung ini dijanjikan nilai pampasan yang agak tinggi jika bersetuju untuk menjual tanah dan boleh dikatakan saban hari pejabat Parlimen saya dipenuhi dengan warga kampung yang ingin mendapatkan kepastian dan ingin menahu macam mana Yang Berhormat harga pasaran tanah-tanah mereka. Oleh itu, saya perlu mendapatkan penjelasan sejauh manakah pemantauan kerajaan berhubung kegiatan broker-broker tanah ini.

Bagaimana kerajaan dapat menyediakan satu intervensi khusus bagi menangani kegiatan broker tanah ini yang cuba menggunakan nama projek lebuh raya berkenaan untuk memujuk para penduduk kampung menjual tanah-tanah mereka.

Seterusnya, saya ingin membawa satu lagi isu...

draft • 3:01 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Kuala Kangsar minta laluan, Gopeng berkaitan WISE kerana lebuh raya ini menghubungkan pekan Gopeng dengan Kuala Kangsar, satu laluan yang baik. Cuma perkara ini pernah saya bangkitkan dalam Kamar Khas yang mana saya cadangkan keterlibatan wakil rakyat yang terkesan dengan jajaran ini sebab tempoh hari, sehingga tempoh hari ini perincian projek tersebut, jajarannya, pengambilan tanah dan sebagainya, teknikal-teknikal spec itu, mungkin kita tidak berapa tahu tentang perkara ini.

Adakah Yang Berhormat setuju supayanya wakil rakyat yang berkaitan turut disertakan dalam perbincangan ataupun jawatankuasa-jawatankuasa yang memutuskan jajaran tersebut.

Terima kasih.

draft • 3:01 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Saya setuju dengan Gopeng.

Seterusnya saya ingin membangkitkan isu Klinik Kesihatan Manong. Saya pernah bangkitkan perkara ini dalam perbahasan yang terdahulu dan maklumat yang telah saya terima diberi pertimbangan untuk Rancangan Malaysia Ke-14 iaitu 2031-2035. Saya berpendapat wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyelenggarakan baik pulih klinik

draft • 3:01 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

ini dan memohon pertimbangan kerajaan untuk menyelitkan penambahan klinik untuk Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Keadaan klinik yang begitu sesak terutamanya pada waktu puncak dan dengan kelimpahan jumlah pesakit, ruang menunggu dan ada kalanya pihak Kementerian Kesihatan perlu menyediakan khemah untuk mereka berteduh. Malah bangunan baharu amat diperlukan untuk pesakit ibu dan anak dan juga klinik ini memerlukan kemudahan x-ray yang amat-amat diperlukan oleh warga kampung Manong ini.

Keperluan-keperluan ini sangat diperlukan pada masa terdekat di Kuala Kangsar dan saya berpendapat untuk menunggu dimasukkan dalam RMKe-14 yang akan bermula enam tahun lagi adalah suatu yang kurang wajar dan saya memohon Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan permohonan saya ini demi masyarakat Kuala Kangsar.

Seterusnya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2026. Pendekatan strategik dan kreatif perlu dirangka untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Bagi tujuan yang sama, saya juga memohon agar kementerian turut memberi perhatian dan meletakkan Kuala Kangsar sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Perak dan juga Malaysia.

Kuala Kangsar ini unik, sebut sahaja Kuala, ramai yang tahu dan di situ terdapat pelbagai produk-produk pelancongan dan saya dan juga masyarakat Kuala Kangsar amat memerlukan sokongan daripada kerajaan untuk mempromosikan Kuala Kangsar.

Seterusnya, saya ingin sentuh mengenai pengukuhan ruang digital bagi melindungi rakyat. Peningkatan penggunaan peranti khususnya dalam golongan muda dan kanak-kanak meningkatkan risiko pendedahan kandungan berbahaya diruang siber. Ancaman seperti jenayah siber, eksploitasi seksual, kandungan palsu dan buli dalam talian menjadi cabaran yang perlu ditangani bagi melindungi masyarakat hari ini.

Meskipun pelbagai langkah direncanakan kerajaan dan pihak berkuasa bagi menangani ancaman siber ini, namun kita perlu menerima hakikat kepantasan inovasi teknologi hari ini menjadikan segala lebih kompleks dari sepatutnya. Sebagai contoh, ancaman penipuan yang melibatkan penyebaran video dan imej palsu atau defect yang dihasilkan menggunakan teknologi AI semakin berleluasa.

Justeru, bagaimanakah kerajaan mempertimbangkan kewujudan kerangka yang lebih baik dalam menjamin keselamatan siber dalam kalangan generasi muda dan kanak- kanak di Malaysia atau sejauh manakah kerajaan menilai langkah yang dilaksanakan oleh Australia yang muncul sebagai negara pertama di dunia yang melarang anak bawah usia 16 tahun menggunakan media sosial sebagai panduan kepada Malaysia untuk mewujudkan satu ekosistem digital yang lebih baik pada mereka.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah menghubungi pejabat saya tempoh hari dan kami telah mengadakan mesyuarat dan maklum balas yang diterima adalah cukup memuaskan di

draft • 3:01 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

mana mereka telah merangka sepanjang bulan ini sehingga Disember 2025, 10 tower, dengan izin, akan dibangunkan di kawasan Kuala Kangsar.

Perkara yang seterusnya yang saya ingin menarik perhatian Dewan adalah berkenaan kenaikan premium insurans atau takaful perubatan dan kesihatan dari syarikat insurans dan pengendalian takaful. Saya mohon untuk Dewan ini mempertimbangkan agar Akta Bank Negara yang mengawal selia insurans kesihatan peribadi- private health insurances dipinda untuk hanya menggunakan community rating dan bukan risk rating, dengan izin. Ini adalah mengikut amalan insurans kesihatan peribadi di Europe, Eropah yang tidak membenarkan penjualan produk insurans yang membezakan tahap premium berdasarkan umur, jantina, penyakit kronik dan sejarah tuntutan insurans.

Pemindaan akta ini akan membantu untuk menyelia kawal premium yang ditetapkan oleh pihak insurans dan takaful untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan pembayaran premium yang melampau.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perak yang telah bersama-sama dengan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk merealisasikan satu projek di bawah Parlimen saya iaitu Serambi Khalid di mana saya dengan inisiatif bersama dengan guru-guru yang telah bersara di Kuala Kangsar memberi pendidikan tuisyen yang percuma kepada keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan untuk menghantarkan anak mereka.

draft • 3:01 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Saya harap program ini diteruskan dan mendapat sokongan dari seluruh masyarakat di Kuala Kangsar. Saya juga mengharapkan insentif ini secara tidak langsung akan dapat membantu kementerian dalam memastikan tidak berlaku lagi keciciran pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Akhir kata, saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun.

Di pinggir kuala langit cerah, Gerimis bayu mengukir rahmat; Agenda Kuala suatu amanah, Ku titip keringat terus berkhidmat. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Saya jemput Yang Berhormat Raub.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Puan Speaker atas peluang ini. Saya ingin membahaskan beberapa isu penting berkaitan hak asasi dan kebajikan rakyat dan juga keharmonian agama dan kaum.

Puan Speaker, saya berdiri di Dewan yang mulia untuk sekali lagi membangkitkan isu bekalan air di kawasan Raub. Satu masalah berulang yang membelenggu rakyat sekian

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

lama. Sejak 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM18 juta untuk menaik taraf loji rawatan air di Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau dalam pembinaan tangki pra pemendapan (pre-sed tank). Namun, sehingga hari ini projek di loji rawatan Sungai Bilut masih belum siap sepenuhnya, malah terdapat kecacatan dalam pelaksanaannya yang menyebabkan masalah bekalan air masih berlarutan.

Saya telah beberapa kali membangkitkan isu ini di Parlimen, namun pihak berkuasa masih gagal memberi penyelesaiaan yang konkrit. Projek tangki pre-sed tank di loji rawatan air Sungai Bilut yang sepatutnya disiapkan pada 28 Oktober 2023 telah ditangguhkan sebanyak tiga kali. Lebih mengecewakan, sejak 2022 hingga Ogos 2023, loji rawatan air di Raub telah dihentikan operasi sebanyak 145 kali akibat pelbagai faktor dengan setiap gangguan berlarutan antara satu hingga tujuh hari khususnya ketika musim hujan atau hari perayaan.

Contohnya pada 28 dan 29 Januari, penduduk Raub terpaksa menghadapi dengan gangguan bekalan air sewaktu Tahun Baru Cina disebabkan oleh hujan yang lebat. Bolehkah kami bayangkan perasaan apabila berlaku gangguan bekalan air pada musim raya? Tidak dapat masak hidangan makan besar pada malam tersebut, anak-anak pulang tanpa air untuk mandi, peniaga dan restoran tidak dapat beroperasi. Tahun Baru Cina ini pasti meninggalkan kenangan pahit buat penduduk Raub.

Puan Speaker, kami sangat mengalu-alukan syarikat besar asing seperti Google dan Microsoft untuk menubuhkan pusat-pusat data di negara kita. Ini kerana pelabur asing melihat infrastruktur asas kita yang lengkap terutamanya kestabilan bekalan air. Namun, dengan keadaan di Raub sekarang bukan saja sukar menarik pelabur asing, malah banyak pemaju perumahan dan industri tempatan juga tidak berani melabur di Raub. Krisis bekalan air ini secara langsung menjejaskan pembangunan dan juga ekonomi kawasan Raub.

Sekali lagi, saya harap kerajaan siasat krisis air di Raub dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual. Bagaimanakah syarikat yang berkualiti rendah masih diberi kontrak sedangkan rakyat terus menderita akibat gangguan air? Kerajaan perlu segera bertindak sebelum masalah ini berterusan tanpa penyelesaian.

Puan Speaker, seterusnya saya ingin membangkitkan isu garis panduan bagi kehadiran umat Islam ke majlis perayaan penganut bukan Islam yang telah menjadi isu hangat kebelakangan ini. Saya menyambut baik keputusan Kabinet yang telah menarik garis panduan ini. Cadangan menetap garis panduan ini bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum dan juga agama di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara majmuk di mana rakyatnya telah sekian lama mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dan bertoleransi antara agama...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan sikit Raub.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Sorry, tak bagi.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit saja. Nak jawab soalan ini. Nak tanya satu soalan.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Saya nak teruskan Speaker.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Berilah laluan.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tidak pernah timbul masalah apabila pemimpin Muslim menghadiri perayaan seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Maka, mengapakah sekarang kita mahu mewujudkan birokrasi tambahan terhadap pihak Muslim yang ingin menghadiri majlis bukan Islam? Ini bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah bercanggah dengan prinsip tolak ansur dan keharmonian yang dipromosikan oleh Kerajaan MADANI. Silakan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Garis panduan ini untuk orang Islam kerana orang Islam ini dia ada peraturan. Ada perkara yang melibatkan keagamaan yang tak dibenarkan. Ini bukan oleh parti politik. Ini telah ditentukan lama dah sebenarnya garis panduan dah ada, bukan baharu. Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosakkan akidah orang Islam menghadiri upacara keagamaan. Selain daripada upacara keagamaan, tak ada masalah. Kita banyak program bersama, perpaduan negara telah lama kita wujud.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Kubang Kerian, kami sudah banyak tahun bertolak ansur. Kami sudah tahu.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ini hak orang Islam, bukan hak bukan Islam.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Ini bukan hak, ini...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ini hak kami orang Islam.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Kubang Kerian, adakah kamu tahu MB Terengganu pun ada pergi ke perarakan majlis perayaan Hwachong...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebab itu kena tahu...

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Minggu lepas.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebab itu saya tahu.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Adakah dia perlu satu garis panduan untuk pergi Lou Sang dengan pemimpin-pemimpin Cina semasa Tahun Baru Cina?

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Itu kena tahu. Sebab itu saya kata ini peraturan yang melibatkan upacara keagamaan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Raub, selama ini...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tahun Baru Cina itu kebudayaan, tak ada masalah.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Kubang Kerian, Kubang Kerian. Sudah banyak tahun kami berhidup di tanah ini, kami bertolak ansur, kami saling hormat-menghormati.

draft • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Raub, betullah...

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Kami tak perlu satu garis panduan beritahu kami...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bertolak ansur apa...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ini garis panduan orang Islam, bukan untuk orang bukan Islam.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Kami tak perlu satu garis panduan beritahu kami apa yang harus dibuat, apa yang harus tidak dibuat.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ini JAKIM keluar, Majlis Agama Islam keluar, bukan untuk non-Muslim.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

So, adakah Kubang Kerian setuju MP Terengganu pergi ke majlis perayaan Tahun Baru Cina Hwachong...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Itu upacara kebudayaan, boleh. Yang tak boleh, upacara keagamaan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Orang bukan Islam tak pernah minta orang Islam melibatkan diri dalam keagamaan.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Ya.

draft • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tak pernah. Orang bukan Islam di Malaysia sedar, kita tak pernah langsung tak pernah...

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Jadi kalau macam itu...

draft • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Meminta orang Islam melibatkan diri dalam upacara keagamaan orang bukan Islam. Jadi, itu tak jadi isu. Kenapakah jadikan mesti dapat permission sebelum datang? Itu...

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Ya Kubang Kerian, walaupun Tahun Baru Cina...

draft • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Merumitkan keadaan.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sesi perbahasan, bukan perbincangan dalam Dewan. Sila teruskan.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Speaker.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Raub. Raub, Kota Melaka sini. Sedikit boleh?

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Okey, silakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Raub, bolehkah Raub setuju dengan saya apa yang disebut oleh...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kubang Kerian itu dia lawan Sultan Selangor. Dia lawan Sultan Selangor kan?

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Hei, tak payah kaitkan dengan Tuankulah. Ini tak payah kaitkan.

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Betul itu.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sultan Selangor juga mengatakan tidak perlu garis panduan sedemikian. Setuju tak dengan saya?

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Okey, saya- terima kasih Kota Melaka. Saya setuju, saya setuju kerana Titah Sultan Selangor pun beritahu. Dia- Tuanku tidak setuju garis panduan ini kerana garis panduan ini memang tidak munasabah. Justeru, saya menyeru kerajaan agar mengambil langkah lebih progresif termasuk menarik garis panduan lain yang menyekat kebebasan berinteraksi antara kaum seperti garis panduan terhadap konsert di IPTA.

Untuk makluman, beberapa buah kerajaan negeri seperti negeri Pulau Pinang, negeri Perak dan Negeri Sembilan telah lama mempunyai Exco Hal Ehwal Bukan Islam...

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Raub.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Maka, Peringkat Persekutuan...

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Nak tanya sikit Raub.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Juga boleh mencontohi langkah ini...

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar nak tanya sikit.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Untuk menjamin hak semua rakyat. Speaker, saya tak bagi.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sikit nak tanya, nak tanya.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Duduk. Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua. Satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam. Menteri ini boleh melantik seorang pemimpin yang dihormati daripada kalangan masyarakat bukan Muslim untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam. Kerajaan melantik seorang Menteri Hal Ehwal Islam dan seorang Menteri Hal Ehwal Bukan Islam bukan saja dapat memastikan pengurusan agama yang adil, tetapi juga dapat mengukuhkan perpaduan negara serta mengelakkan mana-mana pihak daripada terpinggir.

Kedua-dua Menteri ini juga dapat berkomunikasi secara mendalam mengenai pelbagai isu keagamaan bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang tidak perlu. Langkah ini akan membantu membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan juga harmoni.

Puan Speaker, saya mengulangi pendirian saya yang membantah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) terutamanya apabila individu yang dipanggil sekarang telah ditukar daripada sukarela ke mandatori iaitu sekiranya anda dipilih, anda diwajibkan hadir.

Keputusan ini bukan sahaja bertentangan dengan janji asal bahawa program ini bersifat sukarela, tetapi juga merupakan satu bentuk pencabulan terhadap kebebasan individu serta hak belia untuk menentukan masa depan mereka. PLKN 3.0 menyasarkan belia berusia 16

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

hingga 35 tahun, satu kumpulan yang sedang menumpu fasa penting dalam kehidupan mereka sama ada menyambung pelajaran atau bekerja untuk menyara diri dan keluarga.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Walaupun kerajaan menyatakan bahawa keutamaan akan diberikan kepada belia yang tidak meneruskan pengajian, hakikatnya kebanyakan mereka sudah memasuki alam pekerjaan demi kelangsungan hidup. Sekiranya mereka terpaksa menyertai program ini, bukan sahaja pendapatan mereka juga akan terjejas, malah mereka berisiko kehilangan pekerjaan. Selain itu, kerajaan mendakwa bahawa PLKN 3.0 bertujuan untuk memupuk semangat patriotism dalam kalangan belia. Namun, adakah ia realistik untuk membentuk rasa cinta kepada negara dalam tempoh singkat 45 hari melalui latihan ketenteraan?

Seperti apa yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 kerana matlamatnya tidak jelas. Dalam kenyataan JKPK, ia menyatakan kajian-kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon. Dengan kata lain, ia kurang berkesan.

PLKN 1.0, 2.0 dan 3.0 juga melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi berbanding kesan positif yang tidak seberapa. Puan Speaker, tindakan memaksa belia menyertai program ini hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan penolakan terhadap kerajaan.

Jika benar kerajaan mahu menanamkan semangat patriotism, ia harus dimulakan melalui dasar yang adil, pentadbiran yang cekap serta memastikan kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang. Oleh itu, saya mendesak kerajaan untuk menarik balik dasar paksaan ini dan menghormati hak belia untuk memilih sama ada ingin menyertai PLKN atau tidak.

Saya menyeru agar kita- semua bersama-sama membentuk sebuah negara yang benar-benar dihormati dan disayangi kerajaannya. Puan Speaker, saya ingin bangkitkan isu- satu lagi isu penting yang mencerminkan keadaan demokrasi negara kita. Hak rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka. Malangnya, masih terdapat banyak sekatan terhadap kebebasan berhimpun sejak PRU 2022.

Meskipun kerajaan hari ini sendiri lahir daripada gelombang perubahan yang digerakkan oleh rakyat melalui demonstrasi dan perhimpunan aman. Perhimpunan pekebun durian Raub, pada September tahun lepas. Perhimpunan bagi menuntut keadilan untuk mendiang Teo Beng Hock di luar Parlimen, tahun lepas. Gerakan membanteras rasuah yang baharu sahaja mengadakan perhimpunan pada bulan lepas.

Dukacitanya, perhimpunan aman sebegini sering kali berdepan dengan sekatan dan tekanan daripada pihak berkuasa. Puan Speaker, kita harus ingat bahawa hak berhimpun adalah dijamin di bawah hak Perlembagaan Persekutuan. Mengapa kerajaan yang dahulu

draft • 3:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

memperjuangkan kebebasan ini, kini tidak bertindak menyekatnya? Adakah kita mahu mengulangi kesilapan kerajaan dahulu yang dikritik menyekat suara rakyat?

draft • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

...Saudara Raub, boleh saya bertanya? Berkenaan dengan perhimpunan.

draft • 3:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Ya, silakan.

draft • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

draft • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Berkenaan dengan perhimpunan, baru-baru ini kita dengar juga ada satu perhimpunan- beberapa keluarga tertuduh di bawah SOSMA di Penjara Sungai Buloh. Di mana saya juga difahamkan bahawa terdapat siasatan terhadap mereka ataupun keluarga-keluarga tersebut di bawah PAA tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar memandangkan pendirian kerajaan dulu bahawa SOSMA ini akan di reform dan ditambah baik? Jadi, kenapakah perlunya kita siasat satu demonstrasi yang valid di bawah PAA tersebut?

draft • 3:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Ya.

draft • 3:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Apakah pandangan Raub? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tindakan siasatan ini memang tidak wajar dan SOSMA perlu dimansuhkan, yang ini pendirian saya. Saya setuju Bukit Gelugor. Selain itu, saya juga ingin bangkitkan isu kebebasan NGO...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

...Dan Wakil Rakyat untuk mengadakan sidang media dan melobi di Parlimen. Sebagai konteks, pada bulan Julai tahun yang lepas, sekumpulan aktivis telah berkumpul secara aman di luar Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan untuk menuntut keadilan untuk mendiang Teo Beng Hock. Namun, mereka diarahkan untuk meninggalkan kawasan luar Parlimen dan hanya dibenarkan untuk berkumpul di satu sudut yang jauh daripada pagar Parlimen. Mengapa mereka harus dihadkan ke satu sudut sahaja?

Parlimen adalah institusi demokrasi tertinggi negara, bukan bangunan tertutup yang menghalang suara rakyat. Jika kita benar-benar berpegang kepada prinsip demokrasi, kita harus lebih terbuka dalam mendengar dan menerima pandangan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua, - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Raub, sekarang saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Putrajaya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas Titah Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta kemakmuran negara.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini adalah hari ke-43 kita berada pada tahun 2025. Tahun 2024 yang berlalu merupakan tahun yang amat sukar bagi rakyat Malaysia. Kenaikan kos sara hidup merupakan antara ancaman dan cabaran yang paling besar. Tahun 2024 bermula dengan isu ketiadaan beras putih tempatan yang berlarutan sejak tahun 2023. Bahkan, isu berkaitan beras masih berterusan sehingga ke hari ini. Jawatankuasa khas bagi tangani isu ini pun baharu sahaja hendak ditubuhkan pada penghujung tahun 2024.

Waktu mereka ini di luar kerajaan, mereka berdegar-degar mendabik dada, kononnya merekalah terpaling cerdik, terpaling bijak dengan pelbagai formula. Akhirnya, hakikatnya setelah bertahun-tahun dalam kerajaan, isu beras pun mereka gagal selesaikan...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, apabila tiadanya beras putih tempatan di pasaran yang antara lainnya disebabkan beras putih tempatan ini telah dibungkus sebagai beras import. Maka, keluarga yang sebelum ini membeli beras putih tempatan pada harga RM26.00 untuk 10 kilogram, terpaksa membeli beras “import” yang mencecah sehingga RM38.00 bagi 10 kilogram. Akhirnya, perbelanjaan bulanan untuk keperluan dapur keluarga tersebut meningkat kerana suka ataupun tidak, mereka terpaksa membeli beras yang ada pada harga yang jauh lebih tinggi.

Selain itu, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup adalah dasar kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan atau SST serta perluasan skop cukai tersebut. Kenaikan daripada 6 hingga 8 peratus serta perluasan skop cukai perkhidmatan, termasuk pada sektor logistik, yang bermula pada 1 Mac 2024 telah memberi kesan berantai dan berganda dalam ekonomi dan seterusnya menyumbang kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Berdasarkan data Kementerian Kewangan, jumlah kutipan SST bagi tahun 2024 dianggarkan sebanyak RM44.7 bilion berbanding RM35.4 bilion pada tahun 2023. Ini adalah peningkatan sebanyak RM9.3 bilion atau 26.2 peratus. Tentunya jumlah peningkatan RM9.3 bilion ini sebahagiannya disumbangkan oleh kenaikan cukai dan perluasan skop cukai SST pada tahun 2024. Oleh itu, kita lihat daripada satu sudut kecil kutipan cukai sahaja. Itu baharu satu sudut kecil kutipan cukai, belum lagi sudut yang lebih luas iaitu kesan berantai dan juga kesan berganda daripada kenaikan dan perluasan skop cukai tersebut. Jadi, kepada mereka yang cuba memberi justifikasi bahawa kenaikan SST pada tahun 2024 tidak memberi kesan besar kepada kos sara hidup rakyat, berpijaklah pada bumi yang nyata.

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi menyentuh tentang tahun 2024. Sedang pengguna dan peniaga mula merasai kenaikan kos sara hidup dan kos perniagaan kesan dari dasar

draft • 3:24 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

kerajaan berkaitan SST bermula 1 Mac 2024. Pada 10 Jun 2024, kerajaan menaikkan pula harga diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 56 peratus iaitu daripada RM2.15 kepada RM3.35.

Apabila diumumkan kenaikan ini, kerajaan memberikan gambaran seolah-olah tidak akan ada kenaikan pada harga barangan dan perkhidmatan kerana sektor logistik telah dibantu melalui sistem kawalan diesel bersubsidi melalui sistem fleet card. Kita telah lama tekankan pada kerajaan, bahawa kerajaan perlu sedar pelbagai sektor, khususnya sektor pertanian, tidak bermula di komponen logistik semata-semata. Sektor pertanian bermula di ladang, di kebun dan di sawah. Traktor diesel digunakan untuk membajak, membuat batas serta mengutip hasil-hasil pertanian. Jentera-jentera petani yang lain, termasuklah enjin-enjin air, digunakan untuk pengairan, semua ini menggunakan diesel.

Kita turut jelaskan bahawa sektor pertanian bukan sahaja terkesan dengan kenaikan harga diesel untuk jentera pertanian, tetapi juga terkesan dengan kenaikan harga baja, racun dan upah bagi petani yang mempunyai sedikit ruang untuk mereka menaikkan harga hasil pertanian mereka bagi mengelakkan kerugian, mereka akan menaikkannya.

draft • 3:24 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu pun bergantung sama ada pemborong bersedia untuk membeli pada harga yang lebih tinggi. Kalau tidak, petani tidak ada pilihan yang lain kecuali untuk menanggung kerugian ataupun mendapat keuntungan yang tidak setimpal dengan titik peluh dan keringat mereka.

Inilah yang berlaku pada pesawah-pesawah padi sebagai contoh. Ini baharu contoh satu sektor iaitu sektor pertanian. Belum masuk lagi sektor-sektor lain, kesan berantai dan berganda kenaikan harga diesel kepada kenaikan kos sara hidup rakyat adalah amat ketara.

Justeru, kerajaan hendaklah menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dengan melihat keseluruhan rantaian bekalan bukan sekadar ikut terlintas seperti mana yang diumumkan tempoh hari, “Kalau ada yang terjejas, bagikan senarai tersebut kepada saya.” Apakah satu pendekatan holistik yang sedang dan akan dibuat oleh kerajaan?

Hakikatnya, kenaikan dan perluasan skop SST serta kenaikan harga diesel adalah antara faktor yang memberi kesan besar kepada kenaikan kos sara hidup rakyat pada tahun 2024.

Seterusnya, saya akan sentuh pula cabaran yang bakal memberi tekanan yang lebih berat kepada kos sara hidup rakyat pada tahun 2025. Kita perlu sedar bahawa tahun 2025 bermula dengan harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi khususnya akibat daripada kenaikan dan perluasan skop SST dan kenaikan harga diesel dan kesan ini akan berlarutan pada tahun 2025. Tahun 2025 juga akan menyaksikan pengenalan subsidi bersasar untuk petrol RON95, kenaikan tarif asas elektrik serta sekali lagi perluasan skop SST.

Bagi perniagaan pula khususnya perniagaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS, tahun 2025 adalah tahun yang amat mencabar bagi mereka. Kenaikan gaji minimum, kenaikan tarif elektrik serta perluasan skop SST akan memberi kesan kepada kos perniagaan

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

mereka. Selain itu, pengenalan e-Invoice juga merupakan satu cabaran buat pengusaha- pengusaha PMKS.

Berkaitan dengan subsidi bersasar. Harus diingat bahawa kerajaan bercadang memperkenalkan subsidi bersasar pada pertengahan tahun ini. Sekarang dah pertengahan bulan Februari. Katakan kita ambil 15 Jun sebagai pertengahan tahun 2025, maknanya tinggal cuma empat bulan sebelum subsidi bersasar dilaksanakan. Namun, sehingga ke hari ini, rakyat masih belum dijelaskan tentang siapa sebenarnya kumpulan T15 yang tidak akan menerima subsidi petrol. Berapa ramai rakyat yang tidak akan menerima subsidi petrol?

Bagaimanakah subsidi bersasar akan dilaksanakan? Adakah stesen-stesen minyak telah bersedia? Apakah kesimpulan daripada projek rintis pembelian petrol di stesen minyak?

Banyak persoalan yang masih belum diselesaikan.

Adalah amat penting untuk kerajaan memberi penjelasan segera kepada persoalan- persoalan yang ditimbulkan. Kenaikan sama ada 15 peratus kah, 20 peratus kah, 30 peratus ataupun lebih mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi terlalu besar untuk sesetengah yang lain khususnya mereka yang tidak akan menerima subsidi.

Berkaitan dengan kenaikan tarif elektrik. Kita perlu, harus terima hakikat bahawa di negara mana sekali pun di dunia ini, kenaikan kos tenaga akan memberi kesan kepada kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan. Ini seterusnya membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tersebut. Kita telah melihat kesan kenaikan salah satu sumber tenaga industri iaitu diesel kepada kenaikan harga barang pada tahun yang lalu.

Kerajaan menyatakan bahawa 85 peratus pengguna domestik tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif asas elektrik. Kalaupun benar mereka tidak akan terkesan langsung dengan kenaikan tarif elektrik, tidak ada rakyat yang boleh mengelak kesan kenaikan kos tenaga elektrik kepada harga barangan dan perkhidmatan. Sekiranya benar kerajaan telah tetapkan 85 peratus pengguna domestik tidak terkesan, maka saya minta kerajaan tunjukkan jadual tarif yang baharu tersebut. Tunjukkan bagaimana mereka ini tidak terkesan. Adalah amat penting untuk sektor domestik, komersial dan industri mengetahui berapa peratus kah kenaikan tarif asas mereka.

Apakah mungkin tarif asas untuk sektor komersial dan domestik naik untuk 15 peratus rakyat dan akan naik melebihi 15 peratus? Kita cakap bahawa kita agak-agak sekitar 14 peratus, tapi sekiranya 85 peratus tak naik, apakah mungkin kos ataupun tarif untuk sektor komersial dan industri akan naik dengan jumlah yang jauh lebih tinggi? Jadi, maklumat ini penting untuk bukan sahaja rakyat, tetapi sektor industri membuat keputusan. Telah menjadi sifat harga barangan secara umum sekali harga barang naik, amat sukar untuk harga barang tersebut turun.

Jadi, saya cuba memahami, saya cuba memahami, apakah rasional kerajaan melaksanakan polisi-polisi yang terus menerus memberi tekanan kepada harga barangan

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

dan kos sara hidup rakyat secara hampir serentak pada waktu yang hampir sama? Kita lihat tindakan kerajaan ini seolah-olah langsung tidak ada belas kasihan kepada rakyat.

Pendekatan ini juga berbeza dengan janji-janji mereka sewaktu mereka di luar kerajaan terlebih dahulu.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Putrajaya, Putrajaya, Putrajaya.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ada banyak...

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kejap. Celahan, celahan, celahan. Sikit.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak, saya habiskan dulu, saya habiskan dulu.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, okey. Baik.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey. Ada banyak kemungkinan. Saya nak- dengar ya, saya nak Bayan Baru dengar penjelasan saya ini. Ada banyak kemungkinan untuk menjelaskan tindakan ini. Kadang-kadang kita pelik, tak rasional. Naikkan perkara, pelbagai kos, pelbagai perkara pada satu masa yang sama dalam satu tempoh yang singkat. Kita tengok ini merupakan satu tindakan yang tidak rasional. Tak apa, saya melihat ada banyak kemungkinan untuk menjelaskan tindakan ini. Saya cuma ingin bertanya tentang dua kemungkinan.

Pertama, adakah kerajaan pada waktu ini mengikut model yang dicadangkan oleh pihak tertentu yang hanya ingin melihat kerajaan mengurangkan kadar defisit negara at all cost tanpa mengambil kira kesannya kepada rakyat. Itu satu, atau kedua, pertanyaan saya, apakah tindakan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang menekan rakyat ini, secara serentak ini adalah bagi membolehkan kerajaan mengurangkan belanja bagi tahun pertama hingga tahun ketiga pentadbiran PH-BN dan menggunakan hasil pengurangan ini untuk umumkan pelbagai gula-gula pilihan raya apabila hampir kepada PRU-16? Jika inilah strategi kerajaan maka kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit, sikit. Putrajaya, Putrajaya.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sekejap, sikit lagi.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey. Sekejap, sekejap.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Apabila asas kos barangan dan perkhidmatan meningkat tinggi secara hampir serentak maka amat sukar untuk diturunkan semula.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Gula-gula- dah naik dah, buat sekarang semua naik. Dekat pilihan raya nak bagi gula-gula, bagi gula-gula macam mana sekalipun, ia nya tidak akan dapat memberi kelegaan kepada rakyat dalam konteks kos sara hidup. Saya bagi peluang sikit dekat Bayan Baru. Boleh?

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

Ringkaskan.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya. Sikit. Ringkas sahaja. Putrajaya telah mengecam demi mengecam kerajaan bahawa tidak belas kasihan, mencekik rakyat dan sebagainya, tetapi rakyat masih ingat, semasa pentadbiran Putrajaya, masa itu Menteri, pentadbiran Tan Sri Mahiaddin, Pagoh. Rakyat tercekik sampai menegakkan bendera putih, rakyat begitu susah. Itu adalah pengalaman yang pahit yang orang masih ingat. Itu pertama.

Kedua, kedua...

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Cukup, cukup.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekarang apa yang Putrajaya kritik, kritik, kritik, tetapi langsung tak ada penyelesaian daripada pihak pembangkang. Tak ada alternatif bajet, apa solution pun tak ada.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, cukup, cukup. Okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Hanya kritik sahaja. Itu sebab rakyat tak ada keyakinan terhadap Perikatan Nasional.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, okey.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Bayan Baru. Bagi saya jawab.

Okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sebab tak ada solution. Hanya tahu kritik sahaja.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Masa saya Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya nak tanya, apa yang boleh diselesaikan?

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, okey.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita di sini kita bahas. Now, apa yang boleh dibuat?

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, okey. Okey, okey.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bayan Baru. Sila duduk.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak apa, tak apa. Duduk, duduk. Saya jawab.

Okey.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Putrajaya, masa sudah tamat.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pertama sekali, pertama sekali Yang di- Pertua...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya, saya minta supaya Bayan Baru berlaku adil. Saya cakap tadi, saya jelaskan panjang lebar. Saya harap Bayan Baru dengar dengan teliti. Saya jelaskan bagaimana keadaan 2024. Let’s be very frank, let’s be very frank. Kenaikan SST dan juga diesel menyebabkan kenaikan kepada kos pengeluaran. Itu

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

merupakan asasnya. Suka atau tidak, bila kos pengeluaran meningkat, harga barang meningkat. Ini memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat...

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Itu kritik, tapi apa- what is the solution? What is your solution?

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Duduk, duduk, duduk, duduk, duduk.

Dengarlah. Duduk!

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

What is your solution? You boleh kritik, you boleh kritik...

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Duduk. Dengarlah.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Apa yang perlu di...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dengarlah...

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat Putrajaya pun sudah tamat.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya minta sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Tadi gangguan panjang. Saya bagi dengan sikap gentleman-lah, bagi dekat Bayan Baru.

Jadi, saya bercakap tadi atas dasar ekonomi. Let’s be very frank. Itu saya cakap tadi.

Dan apa saya kata, apabila harga barang ini dia naik, dia takkan mudah turun. Apabila naik pada tahun 2024, ditambah lagi pada tahun 2025 dengan subsidi bersasar, dengan tarif elektrik, dengan peluasan skop SST, dia akan meningkat-ningkat. Dia akan berantai. Dia akan berganda-ganda.

Soalan saya mudah sahaja. Adakah ini merupakan pendekatan kerajaan untuk membolehkan mereka mengurangkan perbelanjaan, kumpul semua perbelanjaan, bila dekat pilihan raya, bagi gula-gula...

draft • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini sangkaan jahat. Ini sangkaan jahat, Putrajaya.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu soalan saya. Jawabnya ya atau tidak?...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masa pun sudah tamat.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak, Tuan Yang di-Pertua. Sedikit lagi.

Bagilah saya...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih banyak masa.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sudah kena kacau ini. Dah kena kacau ini.

Tuan Yang di-Pertua tak stop dia tadi bila dia kacau. Bagilah saya sentuh sedikit. Let be very fair.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, saya nak cakap. Saya ― I am very objective ya, Bayan Baru. Itu merupakan satu soalan. Maka, kerajaan jawab. Tak kisah kerajaan nak jawab macam mana. Bukan untuk awak jawab. Itu kena faham.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sentuh sedikit lagi perkara...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Berkaitan dengan Putrajaya, kawasan saya. Sedikit sahaja. Orang Putrajaya tunggu ini.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa, masa sudah tamat. Jangan ambil masa orang lain.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dua minit boleh? Dua minit, Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak. Sila duduk.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kena duduk juga?

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 3:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Bagilah sedikit lagi. Tak boleh? Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kudat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana sekali lagi Kudat diberikan peluang untuk membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk kali ketiga selepas saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kudat pada PRU 2022.

Pada kesempatan ini, Kudat ingin membahaskan beberapa perkara, khususnya masalah-masalah dan keperluan-keperluan mendesak dalam kawasan Parlimen Kudat.

Saya ingin menyentuh berkenaan projek penyelenggaraan jalan persekutuan, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, bukan sahaja di dalam Parlimen Kudat tetapi sepanjang jalan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud sehinggalah ke Kudat.

Perkara ini telah berulang kali saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Namun, tidak ada tindakan yang konkrit sama ada daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Kerja Raya Sabah mahupun pemegang konsesi iaitu Lintasan Resources Sdn.

Bhd.

Keadaan jalan raya yang teruk, terutama sekali daripada tahun lalu sehingga kini menyebabkan kerugian yang begitu banyak kepada pengguna jalan raya. Keadaan jalan raya yang sangat teruk bukan hanya menyebabkan kerugian harta benda tetapi menyebabkan kemalangan sehingga ada mangsa kemalangan yang meninggal dunia dan ada juga yang lumpuh sepenuhnya.

Saya ingin menggesa kerajaan untuk membuat tindakan dua perkara.

draft • 3:41 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Pertama, saya meminta kepada pihak Kementerian Kerja Raya untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang sudah berpuluh tahun tetapi masih menjalankan tanggungjawab dengan teruk.

Kedua, saya memohon kepada SPRM untuk membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan kerana perkara ini telah lama berlaku. Teguran demi teguran telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk saya sendiri tetapi tidak diendahkan oleh pihak konsesi yang seolah-olah mempunyai kekebalan dan tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa. Begitu juga saya menggesa kepada pihak SPRM untuk melakukan forensik audit terhadap semua syarikat konsesi yang menyelenggara jalan di seluruh Sabah dan mengambil tindakan sewajarnya atas keingkaran dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah saya mohon perhatian daripada KKDW untuk merujuk semula beberapa perkara yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri KKDW semasa lawatan beliau ke Pitas pada awal 2023 selepas Daerah Pitas dilanda banjir besar.

Pertama, pemberian wang tunai RM1,000 kepada semua KIR di mana terdapat lebih 7,000 KIR yang belum mendapat bantuan yang dijanjikan. Kedua, bantuan rumah kepada 33 KIR yang roboh rumah semasa tragedi ombak besar di Pitas. Dan yang ketiga, untuk membina tebatan banjir di kawasan Pengkalan Sungai Eloi di Pitas yang telah dilawat sendiri oleh Yang Berhormat Menteri. Kami ahli Mesyuarat Tindakan Daerah Pitas mendapat tekanan selama ini daripada masyarakat untuk segera menyelesaikan tuntutan ke atas janji- janji tersebut.

Seterusnya, perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan tambang feri dari Kudat ke Banggi. Di mana, tambang feri telah dinaikkan melebihi 10 peratus kepada pengguna dan ini menyebabkan tekanan kewangan yang agak berat kepada penumpang-penumpang terutama sekali golongan B40 yang berurusan di pejabat-pejabat kerajaan dan hospital di Kudat. Saya mohon kepada pihak Kementerian Pengangkutan untuk mempertimbangkan subsidi khas kepada penumpang golongan B40 untuk meringankan beban kewangan mereka memandangkan kebanyakan daripada mereka ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Seterusnya, saya mohon kepada Kementerian Ekonomi, dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan datang, yang akan dibentangkan pada bulan Julai di Dewan yang mulia ini, untuk menyediakan pertimbangan serius untuk pembasmian kemiskinan di Parlimen Kudat terutamanya yang melibatkan kepentingan pemerkasaan ekonomi bumiputera, kepentingan golongan pekebun kecil, petani, nelayan dan peniaga kecil serta pembangunan infrastruktur asas di Kudat khususnya hospital, klinik kesihatan dan jalan raya.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin menggesa pihak kerajaan untuk lebih serius dalam mempercepatkan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di kawasan Parlimen

draft • 3:41 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Kudat. Saya melihat beberapa projek yang telah tersenarai untuk dilaksanakan sejak tahun 2023 sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada rakyat dan saya sendiri. Bilakah projek-projek ini akan dilaksanakan?

Misalnya, projek jalan raya Sebayan-Nangka, projek naik taraf Narandang, Pitas, projek talian elektrik 11 kVA Mengkubau di Pitas dan beberapa projek lain. Kerana mengikut perkiraan saya, setiap tahun senarai projek-projek berimpak tinggi diulang-ulang menyebabkan perbelanjaan peruntukan kepada Sabah saban tahun berbilion diumumkan, namun hanya sebahagian kecil dapat dibelanjakan menyebabkan kurang daripada 50 peratus belanjawan pembangunan tahunan untuk Sabah terlaksana dan akhirnya memberikan kerugian yang sangat besar kepada Sabah.

Saya juga ingin menggesa pihak kerajaan untuk menamatkan dan menyenaraihitamkan kontraktor-kontraktor yang tidak menjalankan kerja mengikut kontrak yang ditetapkan. Contohnya, projek naik taraf loji rawatan bekalan air di Kanibongan, Pitas yang mengalami kelewatan lebih 30 peratus iaitu kontraktor Fokus Niaga Sdn. Bhd., projek solar di Pulau Balambangan, Pulau Tanjung Malawali, Pulau Banggi yang sudah bertahun- tahun dimulakan tetapi sehingga kini belum disiapkan.

Saya mahu supaya pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas dengan menamatkan kontraktor yang terlibat serta menyenaraihitamkan pemilik-pemilik syarikat yang terlibat. Projek-projek yang terbengkalai dan tertangguh begitu lama akan menyebabkan kenaikan kos yang banyak dan akhirnya sangat merugikan kerajaan.

Puan Yang di-Pertua, masalah-masalah yang telah saya sebutkan di atas tadi kebanyakannya berpunca daripada urus tadbir yang lemah daripada kerajaan. Saya faham Kerajaan MADANI ini hanya berumur tiga tahun. Saya berharap setiap teguran dan pandangan yang telah dilontarkan diambil perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen daripada Sabah yang bertanggungjawab, saya menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas komitmen dalam merealisasikan tuntutan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Mengikut jawapan bertulis yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II kepada saya pada 29 Oktober 2024, ada 11 perkara yang telah diselesaikan dalam tuntutan MA63 ini.

Kita perlu akui bahawa pencapaian dalam menyelesaikan tuntutan MA63 ini telah mencapai tahap yang belum pernah dicapai oleh mana-mana kerajaan sebelum ini, tetapi ― dan di kesempatan ini, saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan seluruh pimpinan Malaysia MADANI.

Namun begitu, Kudat berpendapat bahawa terdapat perkara asas yang perlu diutamakan dalam syarat-syarat penubuhan Malaysia. Memandangkan Sabah adalah antara wilayah yang termundur, maka Sabah perlu mendapatkan pulangan daripada kutipan cukai

draft • 3:41 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

sebanyak 40 peratus hendaklah diberikan keutamaan. Dan sesuai dengan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam hampir setiap ucapan beliau semasa kempen PRU-15 dengan tegas mengatakan bahawa perkara MA63 ini tidak perlu dirunding lagi dan hanya perlu dilaksana.

draft • 3:41 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Mengikut petunjuk-petunjuk ekonomi yang juga termasuk dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti pertumbuhan ekonomi KDNK mencapai sehingga 5.9 peratus dan juga petunjuk ekonomi yang lain memberikan keyakinan kepada saya bahawa Kerajaan MADANI mampu untuk menunaikan perjanjian 40 peratus kutipan cukai kepada Sabah.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kewangan, berapakah sebenarnya kutipan cukai di Sabah jika dimasukkan jumlah pendapatan syarikat-syarikat yang beroperasi di Sabah tetapi tidak membayar cukai melalui LHDN Sabah seperti PETRONAS, FELDA, IOI dan banyak lagi syarikat yang beroperasi di Sabah tetapi tidak membayar cukai melalui LHDN Sabah? Apakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa hasil kutipan cukai pada 2023 sepatutnya melebihi RM50 bilion jika dikira semua hasil syarikat yang tidak membayar cukai melalui LHDN Sabah? Saya mohon jawapan daripada Kementerian Kewangan.

Demi keseimbangan politik, Kudat senada dengan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang lain bahawa persempadanan semula kawasan Parlimen perlu dibuat untuk memenuhi tuntutan yang termaktub dalam MA63 iaitu hak mutlak Sabah dan Sarawak satu pertiga ataupun 35 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen demi untuk memberikan keadilan yang saksama dari segi pembahagian peruntukan dan suara di dalam Parlimen.

Mengambil contoh Parlimen Kudat yang mempunyai keluasan melebihi keluasan negeri Melaka yang kini hanya mempunyai satu Ahli Parlimen dan empat ADUN. Manakala berbanding dengan negeri Melaka yang mempunyai enam Ahli Parlimen dan 28 ADUN. Di manakah keadilannya di sini?

Saya faham dengan kekangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini dalam menangani isu semasa. Tetapi, Kerajaan MADANI ini harus juga memberikan satu tempoh masa yang jelas. Bilakah semua perkara yang termaktub di dalam MA63 itu yang menjadi hak kepada Sabah dan Sarawak dilaksanakan?

Kerajaan MADANI ini tidak mempunyai masa yang terlalu lama untuk melunaskan janji-janji yang telah dibuat oleh pemimpin yang berada di dalam kerajaan sekarang dan untuk melaksanakan apa yang termaktub dalam MA63 sebab rakyat sedang menilai pencapaian kerajaan ketika ini.

Saya ulang sekali lagi kata-kata hikmat daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “Perjanjian MA63 tidak perlu dirunding lagi hanya perlu dilaksanakan sahaja.” Asas

draft • 3:50 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

penubuhan Malaysia ada Perjanjian MA63, yang mana perjanjian ini telah diterjemahkan dalam buku Perlembagaan yang kita junjung selama ini. Selama lebih 60 tahun kami rakyat Sabah menjunjung dengan setia Perlembagaan Persekutuan yang bertiang teguh lima prinsip Rukun Negara. Namun tiada guna kesetiaan jika hanya bertepuk sebelah tangan di pihak yang satu, berpuluh tahun menodai keluhuran Perlembagaan.

Puan Yang di-Pertua, memandangkan Sabah bakal mengadakan PRN tidak lama lagi, sebagai penutup pada kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada rakyat Sabah agar menggunakan peluang memilih dengan bijak. Pilihlah pemimpin yang ikhlas, prihatin, berintegriti untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing.

PRN Sabah kali ini akan menjadi petunjuk bahawa rakyat Sabah mempunyai maruah yang tinggi yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit serta prinsip dalam mempertahankan hak mutlak Sabah sama ada hak kita tergadai atau terjaga, pilihan di tangan anda.

Puisi sedikit sahaja sebagai penutup Puan.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat, sila gulung.

draft • 3:50 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

*Di dada sejarah terukir janji, MA63 terpateri rapi, Hak kami bukan sekadar mimpi, Tetapi, amanah yang harus ditepati.

Kami bukan tanah yang terlupa, Bukan sekadar timur yang jauh di mata, Kami berdiri megah bersuara lantang, Menuntut hak yang telah dijanjikan terang.

Bangkitkan anak Sabah berjiwa waja, Jangan gentar, jangan leka, Bersatu hati teguh bersuara, Demi negeri, demi maruah kita.

Kami tidak meminta lebih, Hanya menuntut hak yang sah, Agar Sabah tidak lagi terpisah, Menjadi negeri yang gagah dan megah.* Kudat mohon menyokong.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 3:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya terus kepada perbahasan berkaitan isu-isu tempatan di Kuala Langat. Antara Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim mengatakan bahawa penyediaan infrastruktur

draft • 3:55 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

asas kemudahan kesihatan dan pendidikan hendaklah terus ditambah baik. Saya ingin menyatakan bahawa antara perkara isu yang saya nak bawa ini pertama ialah infrastruktur jalan FT5, Klang-Banting hingga ke Tanjung Sepat.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kementerian Kerja Raya yang telah mengetar semula premix beberapa panjang jalan FT5. Cuma saya melihat ada beberapa keadaan yang mana kualiti jalan ia tidak baik. Terutamanya di jambatan, jalan sebelum dan selepas jambatan yang mendap dan menyebabkan risiko kepada kemalangan. Ini harus diambil perhatian.

Begitu juga di jambatan-jambatan ini di mana paritnya sebu dan yang lebih teruk apabila ia menghubungkan roadside drain yang menghubungkan kawasan pembangunan ataupun kawasan perumahan yang akhirnya menyebabkan aliran air tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan bau busuk dan boleh menyebabkan kebanjiran apabila berlaku hujan lebat.

Perkara seterusnya adalah berkaitan dengan laluan keluar masuk tanpa lampu isyarat bahaya terutamanya saya nak sebut di sini adalah laluan masuk ke Taman Jaya Utama. Dalam minit mesyuarat 27 Disember 2024 yang mana saya pernah membawa perkara ini pada tahun 2023, berkaitan permohonan penutupan laluan dan pemasangan lampu isyarat di laluan masuk ke Taman Jaya Utama dan minit mesyuarat pada Disember 2024 ini dikatakan permohonan telah dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan, JKR Malaysia pada 23 Januari 2024, bagi menyemak dan menyediakan reka bentuk persimpangan tersebut. Ini sudah mengambil masa hampir setahun ataupun lebih daripada sedikit daripada setahun. Tetapi seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah dilakukan.

Kemudian berkaitan dengan FELCRA Batu 8. Ladang FELCRA Batu 8 Sijangkang terletak di daerah Kuala Langat. FELCRA ini telah membuka ladang pada Mei 1998 dan berkeluasan 550 hektar dan melibatkan seramai 715 orang, berkuat kuasa 1 Disember 2013 penyerahan ladang FELCRA kepada peserta untuk dimajukan sendiri. Ladang menjadi terbiar dan tak terurus, perparitan tidak mengalirkan air dan seolah-olah menjadi takungan banjir.

Akhirnya ramai pemilik menjual lot-lot ini. Apakah tindakan oleh FELCRA supaya penjualan ini tidak berulang dan terus berlaku dan akhirnya matlamat FELCRA untuk membantu mereka-mereka yang kurang berpendapatan dan matlamat untuk menghasilkan komoditi bagi negara kita dapat dijamin?

Ekoran daripada itu, pada hari ini banyak longgokan sampah haram di kawasan FELCRA Batu 8 Sijangkang ini dan berlaku pembakaran terbuka. 14 lokasi tapak yang mengandungi sisa plastik dan e-waste dikenal pasti dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan melibatkan gengsterisme.

draft • 3:55 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya lihat walaupun ada tindakan daripada kerajaan negeri tetapi saya lihat tindakan yang tidak begitu tegas. Hari ini masih lagi berlaku — Adanya longgokan-longgokan ini yang mana sudah tentunyalah kawasan ini adalah kawasan pertanian dan tuan punya tuan tanah seolah-olah mereka tidak berlaku apa yang berlaku di atas tanah mereka. Seharusnya tindakan yang lebih berat di ambil kepada pemilik-pemilik tanah dan juga perkara yang berlaku ini.

Kemudian pengurusan sampah kampung yang menjadi pelbagai isu kepada hari ini.

Kerajaan negeri ketika ini sedang berbincang — Saya bawa bangkitkan isu ini di dalam sidang Dewan Negeri dan jawapan daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri ketika ini sedang berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].

Kerajaan ini akan memastikan pengurusan sampah dan pembersihan awam di kawasan kampung dimasukkan dalam skop yang turut diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan selepas pengambilalihan kerja-kerja pengurusan sisa dan pembersihan awam oleh Kerajaan Persekutuan melalui pemakaian Akta 672. Apakah komen daripada Kerajaan Persekutuan?

Kekhuatiran saya, kerajaan negeri hanya menyampaikan Kerajaan Persekutuan dan tidak disambut oleh Kerajaan Persekutuan dan akhirnya isu ini tidak selesai.

Seterusnya adalah berkaitan dengan pembangunan muka sauk Loji Rawatan Air

(LRA) Sungai Rasau. Saya juga membangkitkan ini di peringkat kerajaan negeri dan jawapan oleh kerajaan negeri, pembangunan ini dilakukan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

draft • 3:55 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Pada awalnya, projek ini dijangka akan dianugerahkan pada Januari 2024. Walau bagaimanapun, sehingga kini status penganugerahan projek ini masih belum diputuskan.

Dimaklumkan, mesyuarat Menteri Besar dan juga Timbalan Perdana Menteri pada 22 Oktober 2024 dan ada pelan intervensi.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebenarnya, pembangunan muka sauk, loji rawatan air Sungai Rasau ini mempunyai juga pelan mitigasi kepada banjir. Sekiranya ia dapat dilakukan dengan segera, mungkin sudah tentu ia dapat menyelesaikan masalah banjir di kawasan sepanjang Sungai Klang termasuklah di Daerah Kuala Langat.

Saya terus kepada isu kesihatan, yang mana saya selaku Pengerusi Portfolio Kesihatan Perikatan Nasional, saya ingin mengutarakan beberapa isu kesihatan. Saya pernah dipanggil oleh MMA untuk membincangkan beberapa isu berkaitan dengan kebajikan dan juga sumber manusia, termasuklah doktor, pegawai perubatan, pakar dan juga kumpulan-kumpulan sokongan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Antara beberapa isu yang diutarakan, yang mana seolah-olah tidak diambil perhatian oleh kerajaan, hanya sekadar diambil maklum. Saya ingin sebutkan di sini, antaranya adalah pemilihan dan penempatan jawatan pegawai perubatan dari kontrak, tidak mengikut senioriti.

Kedua, kadar baharu on call. Kini, sepertimana yang dimaklumkan, pada sidang bajet yang lalu, dikatakan bahawa ada penambahan RM55 hingga RM65. Tetapi pada hari ini, saya juga mendapat makluman bahawa perkara ini juga sudah dibincangkan di pihak Jemaah Menteri, yang saya kira sudah ada keputusan dan saya mengharapkan pihak kerajaan memaklumkan kepada Dewan ini, apakah keputusan berkaitan dengan penambahan kadar baharu on call yang telah dibincangkan.

Ketiga, suasana kesibukan tempat bekerja yang berbeza dan pengagihan tenaga kerja. Kalau tadi, disebutkan oleh sahabat-sahabat daripada Sabah dan Sarawak yang dia mempunyai kekurangan doktor tetapi kawasan-kawasan bandar kita mempunyai jumlah doktor yang begitu ramai. Distribution ataupun penyelerakan pegawai-pegawai perubatan ini tidak menyeluruh.

Kemudiannya, peluang kenaikan pangkat pakar senior. Setakat sekadar hari ini, mereka sebahagian besar pakar-pakar senior berada pada tangga UD56 dan mereka berhenti setakat itu. Tidak ada peluang kenaikan pangkat lebih daripada itu dan diharapkan supaya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh kerajaan.

Isu buli juga di tempat kerja yang masih terus berlaku, sama ada di hospital ataupun di klinik-klinik kesihatan. Saya mahukan respons daripada kerajaan, apakah statusnya pada hari ini.

Ketujuh, elaun wilayah Sabah dan Sarawak. Disebutkan bahawa berlaku pengurangan bayaran imbuhan wilayah dan saya harapkan ini akan dikaji semula. Kelapan, penurunan kemasukan pelajar perubatan yang sangat merunsingkan, ekoran apa yang berlaku di dalam negara kita.

Dalam perkhidmatan kesihatan, ramai anak-anak muda kita tidak mahu terlibat ataupun tidak mahu mengambil jurusan perubatan sebagai karier mereka kerana mereka melihat seolah-olah tidak ada keterjaminan yang baik daripada kepelbagaian sudut apabila mereka menjadi seorang doktor nanti.

Kemudian, ada juga isu yang diutarakan oleh doktor-doktor swasta. Tiada kenaikan fi perundingan pengamal am ataupun GP yang telah lama iaitu lebih kurang RM10 hingga RM35 semenjak 1992. Kalau kita lihat, bahkan di hospital telah dinaikkan fi perundingan ini RM30 hingga RM125.

Begitu juga dengan keperluan kawalan third party administration. Hari ini, banyak klinik-klinik yang mempunyai panel tetapi hari ini sudah diuruskan oleh third party yang saya kira banyak kekangan dalam pengawalan admin fi perundingan doktor, ubat-ubatan dan tidak ada kawalan khusus pada hari ini.

draft • 4:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kawalan operator tidak berlesen menjadikan fasiliti perkhidmatan berkaitan kesihatan, perkhidmatan seperti aesthetic, blood test, sonography tidak didaftarkan di bawah Akta 856. Akibatnya, tidak ada kawalan oleh KKM ataupun CKAPS.

Kerajaan perlu melibatkan urus apa-apa juga polisi yang dilakukan sebab beberapa isu yang berlaku baru-baru ini yang agak hangat. Antaranya, isu-isu yang berkaitan projek rintis waktu bekerja berlainan KKM yang akhirnya telah dibatalkan. Projek rintis waktu bekerja berlainan untuk petugas kesihatan dibatalkan untuk memberikan laluan kepada satu kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

Kemudian juga, berkaitan dengan semak semula tambahan waktu kerja tiga minggu seminggu – tiga kali – tiga jam seminggu. KKM dan JPA digesa menyemak semula keputusan untuk mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat yang dikatakan akan bermula pada 1 Disember yang lalu.

Kedua-dua ini telah memberikan satu impak yang tidak baik. Kenapakah pemegang taruh yang utama, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Jururawat Malaysia, apabila kerajaan membuat polisi, mereka ini tidak dilibatkan di peringkat awal. Yang saya lihat, sekiranya mereka dilibatkan daripada peringkat awal, ada satu tolak ansur yang lebih baik.

Akhirnya, apabila ianya menjadi isu, baru mereka melibatkan pemegang taruh- pemegang taruh utama ini dia menyebabkan satu ketidaktenteraman yang akhirnya kerajaan terpaksa menangguhkan polisi-polisi yang akan dilakukan itu.

Kemudian, saya ingin menyentuh juga, ekoran daripada apa yang berlaku ini, saya mengharapkan kerajaan dapat menubuhkan satu jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan di negara kita yang baik. Bukan hanya sekadar membincangkan isu-isu, kemudian memberikan pandangan ataupun cadangan-cadangan tetapi mereka harus diberi kuasa, daripada sudut akhirnya diterima oleh kerajaan. Daripada sudut infrastruktur ataupun kemudahan sistem pengurusan sumber manusia dan atau mungkin kewangan.

Bukan hanya sahaja diserahkan kepada – akhirnya, memberikan cadangan, diserahkan kepada JPA untuk membuat keputusan yang saya rasa sebahagian besarnya tidak memberikan sesuatu kebaikan kepada sumber manusia yang ada, termasuklah doktor pegawai perubatan, pakar perubatan, jururawat, kumpulan sokongan dan sebagainya.

Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan perjawatan guru dan juga pengetua. Yang ini, permintaan daripada guru-guru besar di kawasan saya. Saya dimaklumkan, sebelum ini ada satu kertas untuk membincangkan berkaitan dengan penyetaraan gred jawatan. Isu gred perjawatan yang sama, pengetua dan juga guru besar.

Rasionalnya ialah guru besar mempunyai kelulusan yang sama, dalam bidang tugas yang sama tetapi gred perjawatan yang berbeza. Mereka, pengetua di sekolah menengah, guru besar di sekolah rendah dan ini adalah satu ketidakseimbangan dan keadilan, sedangkan mereka juga berkelulusan – berdasarkan daripada kelulusan yang sama tetapi

draft • 4:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

masa depan perjawatan dibezakan disebabkan beza peringkat sekolah menengah dan peringkat rendah sahaja.

Seharusnya, perkara ini tidak berlaku kerana pengetua dan guru besar juga adalah pemegang tanggungjawab dan mereka ini adalah ketua di dalam jabatan ataupun sekolah- sekolah itu. Terima kasih di atas ruangan yang diberikan. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Sila, Yang Berhormat Libaran.

draft • 4:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang penuh dengan kebijaksanaan dan panduan untuk hala tuju negara kita.

Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini Amerika Syarikat telah mula mengenakan dasar baharu iaitu mengenakan tarif kepada barangan dari negara China dan juga negara lain.

Dasar ini dijangka akan mengakibatkan ketidaktentuan perdagangan antarabangsa dan gangguan dalam rantaian bekalan.

Bagi Malaysia, pelaksanaan dasar tertentu dijangka akan memberikan kesan kepada industri eksport dan import negara. Dasar pengukuhan mata wang USD pula dijangka akan menyebabkan nilai Ringgit terus melemah dan akan memberikan impak kepada kos import dan inflasi domestik.

Kerajaan perlu merangka langkah-langkah bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pasaran tertentu. Ini termasuk usaha memperluaskan pasaran eksport rantau lain seperti ASEAN, Timur Tengah dan Afrika. Selain itu, usaha untuk meningkatkan nilai mata wang Ringgit melalui kestabilan mikroekonomi dan pelaburan strategi harus diperhebatkan. Kerajaan juga harus meneruskan inisiatif memperkasa ekonomi domestik melalui sokongan terhadap sektor pertanian, pelancongan dan digital.

Saya ingin mendapatkan penjelasan. Adakah kerajaan telah merangka langkah- langkah ataupun insentif bagi menarik minat para pelabur untuk mula masuk ke Malaysia?

Adakah juga kerajaan mengkaji impak oleh dasar yang telah diperkenalkan tersebut dan apakah langkah-langkah bagi membantu sektor perindustrian serta PKS?

Dato’ Yang di-Pertua, dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu bersedia dengan dasar yang proaktif dan fleksibel.

draft • 4:07 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Pusat seperti pengukuhan dasar fiskal serta galakan pelaburan asing harus dipastikan memberikan manfaat secara menyeluruh kepada semua negeri-negeri. Selain itu Kerajaan Pusat juga harus mengutamakan

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

penambahbaikan, infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air serta bekalan elektrik, terutamanya negeri Sabah.

Namun begitu satu persoalan yang sering timbul adalah sama ada usaha yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini akan diterjemahkan, baik di peringkat negeri khususnya negeri Sabah atau seperti kebiasaan negeri Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah akan tampil tanpa diberi pelbagai alasan mengapa sesuatu dasar itu tidak boleh atau gagal dilaksanakan.

Peruntukan tahunan yang telah disediakan telah digunakan kerajaan GRS dengan sebaiknya untuk rakyat Sabah, sebaliknya ia digunakan bagi kepentingan peribadi. Oleh yang demikian, saya menyeru agar segala usaha yang telah digariskan oleh Kerajaan Pusat dapat diterap secara menyeluruh dan efektif di Sabah. Rakyat Sabah berhak mendapat pembangunan yang setara dengan negeri-negeri lain.

Dato' Yang di-Pertua, peluang pekerjaan untuk anak muda berdasarkan laporan yang telah diperolehi daripada Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di Malaysia bagi tahun 2024 telah menurun kepada 3.2 persen namun negeri Sabah sejak tahun 2020 dan ditadbir urus oleh GRS mulai tahun tersebut masih tidak menunjukkan sebarang penurunan yang nyata dan kekal pada 7.7 persen.

Ini secara terang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan GRS tidak melaksanakan sebarang usaha bagi mengurangkan kadar pengangguran.

Pemerkasaan agenda bumiputera merupakan satu langkah penting dalam memastikan anak muda, khususnya dari kalangan bumiputera mempunyai akses kepada peluang pekerjaan yang lebih luas.

Dalam era globalisasi dan perubahan ekonomi yang pesat, pembekalan yang lebih strategik diperlukan bagi memastikan kelangsungan dan keberkesanan agenda ini. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memperkasakan TVET.

Pemerkasaan ini akan melibatkan rangsangan kepada pertumbuhan industri berasaskan inovasi teknologi yang memberikan manfaat kepada anak muda. Kerajaan juga perlu memperhebat pelaksanaan program keusahawanan yang menyokong anak muda dalam bidang perniagaan perusahaan kecil dan sederhana.

Dato' Yang di-Pertua, pemerkasaan sektor ekonomi, pertanian dan komoditi, sektor pertanian, perladangan dan perikanan merupakan tunjang kepada kelangsungan ekonomi dan jaminan makanan negara. Penggunaan teknologi seperti Internet of the Things serta kecerdasan buatan (AI) dalam sektor ini akan meningkatkan produktiviti dan juga menarik lebih ramai anak muda untuk menceburi sektor ini. Kerajaan perlu memastikan penyediaan infrastruktur yang mencukupi bagi menyokong aktiviti-aktiviti perikanan dan penternakan.

Sebagai contoh di Kuala Gum Gum, di Banting, di kampung-kampung nelayan, jeti nelayan yang sedia ada telah runtuh dan tidak lagi boleh diguna oleh nelayan untuk mendaratkan hasil tangkapan mereka. Selain itu Jalan Kuala Gum Gum ke Dandulit yang

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

masih menggunakan jalan gravel yang menyebabkan kesukaran dan juga kerugian kepada nelayan dalam petani membawa hasil mereka ke pasar.

Uniknya di negeri Sabah ini, Dato' Yang di-Pertua, di awal jalan aspal, di pertengahan dari gravel dan juga tanah tetapi di penghujung sudah aspal, inilah yang berlaku di negeri Sabah. Oleh itu saya ingin memohon agar kerajaan mempercepatkan usaha membina jeti nelayan baru di Kuala Gum Gum serta juga di kampung-kampung nelayan di Dandulit dinaik taraf bagi memastikan aktiviti perikanan dapat dijalankan dengan lancar.

Dato' Yang di-Pertua, seperti yang diketengahkan oleh YB Kinabatangan, saya juga ingin membangkitkan agar keperluan mendesak sebuah hospital baharu iaitu Hospital Rancangan Sungai Manila. Hospital ini telah mula dipohon dan telah dimasukkan di bawah RMKe-10 namun sehingga ke RMKe-12 dan sehingga ke tahun ini tahun 2025, ia masih belum dilaksanakan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, adakah hospital tersebut telah dimasukkan ke dalam senarai keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 pada Julai depan ini ataupun ia tidak disenaraikan oleh Kerajaan GRS kerana kepada kementerian memandangkan hospital tersebut berada di bawah kawasan pembangkang.

Untuk makluman, pembinaan hospital ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan setempat yang mencecah lebih daripada 30,000 orang. Hospital Rancangan Sungai Manila yang dipohon ini adalah lengkap dengan unit kecemasan, klinik pergigian, wad pesakit dan wad bersalin di dalam Parlimen Libaran.

Hospital sedia ada iaitu Hospital Duchess of Kent tidak lagi mampu menampung keperluan kesihatan penduduk daerah Sandakan. Saya mengharapkan agar kerajaan mempercepatkan cadangan pembinaan hospital ini bagi menampung keperluan kesihatan penduduk daerah Sandakan khususnya penduduk di Parlimen Libaran.

Dato' Yang di-Pertua, penyelarasan Rancangan Makanan Tambahan selain daripada pembangunan ekonomi, aspek kebajikan rakyat khususnya kanak-kanak tidak boleh diabaikan. Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian serius ialah penyediaan bantuan Rancangan Makanan Tambahan kepada semua murid sekolah rendah di Sabah.

Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia dan ramai murid hadir ke sekolah dalam keadaan tidak cukup nutrisi yang boleh menjejaskan pembelajaran mereka.

Program RMT yang sedia ada perlu diperluaskan bukan sahaja kepada murid dari keluarga miskin tegar tetapi kepada semua murid di negeri Sabah tanpa mengira status keluarga. Ibarat kata pepatah orang Sabah, “Kalau nak bagi, bagilah pada baik semua”. Oleh itu saya menggesa kerajaan untuk menyediakan peruntukan tambahan bagi program RMT di sekolah rendah agar semua murid tanpa mengira kelayakan untuk dapat menerima manfaat ini.

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan yang baik dan seimbang di peringkat awal usia sangat penting untuk perkembangan kognitif dan juga prestasi akademik. Dengan adanya program makanan tambahan yang lebih menyeluruh kita dapat memastikan murid-murid mendapat permulaan kehidupan yang lebih baik seterusnya melahirkan generasi yang lebih sihat dan berdaya saing di masa depan.

Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha untuk merancakkan dan memperkasakan pelabuhan, Sandakan merupakan pertumbuhan ekonomi di Sabah dan Malaysia Timur secara keseluruhannya. Saya juga bersetuju dengan cadangan yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Paya Besar tempoh hari bahawa beliau mengatakan bahawa Malaysia boleh menjadi peneraju kepada sektor maritim bagi pembinaan dan pembaikan kapal serta teknologi marin.

Pelabuhan Sandakan, Kudat ataupun Lahad Datu memiliki potensi besar untuk menjadi hab pelabuhan antarabangsa kerana lokasinya yang strategik. Ia berada pada laluan perdagangan utama dunia dan berdekatan dengan Lautan Sulu dan Lautan Sulawesi.

Lokasinya yang strategik juga berpotensi menjadi pintu masuk utama bagi perdagangan antara Malaysia, Filipina, Indonesia, China serta Jepun.

Dengan pengukuhan pelabuhan ia boleh menjadi pusat pemindahan kargo terutamanya bagi produk minyak sawit, kayu-kayan dan juga perikanan. Selain itu, dengan pembinaan ibu negara Indonesia Nusantara, Pelabuhan Sandakan, Lahad Datu, Kudat berpotensi memainkan peranan penting dalam perdagangan serantau. Pemerkasaan ini berpotensi untuk menarik lebih banyak syarikat perkapalan menjadi pelabuhan sebagai hab transit barangan antara Asia Timur dan Asia Tenggara. Saya juga berpandangan pemerkasaan Pelabuhan Sandakan merupakan antara langkah yang sesuai bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda.

Terakhir Dato' Yang di-Pertua, adat dan budaya adalah tiang seri kehormatan negara dan ia perlu dihormati tanpa kompromi baik di dalam mahupun di luar Dewan ini. Berbicaralah kita mengenai hal negara, berdebatlah kita mengenai pembangunan masa depan. Perbezaan pandangan itu lumrah dalam demokrasi tetapi ia haruslah berlandasan ketertiban dan rasa hormat sesama kita. Oleh itu saya ingin tegaskan di sini jangan sekali-kali mencampuri atau memperlekehkan perihal agama Islam. Saya berdiri di sini sebagai anak bangsa yang berpegangan teguh kepada prinsip Islam dan sebagai Ahli Parlimen daripada UMNO Barisan Nasional.

draft • 4:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya — Jika agama Islam saya digugat, dipersenda atau tidak dihormati, saya tidak akan berdiam diri.

[Tepuk] Ibarat kata pepatah, “Takkan Melayu hilang di dunia dan takkan Islam dipersenda di bumi bertuah ini”. Saya daripada Libaran menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sebelah sana tak tepuk pun. Sini sokong banyak.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Silakan Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 4:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan untuk Sungai Besar mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas pada kali ini.

Saya mulakan dengan memetik kata-kata seorang pujangga. Katanya, “Pemimpin yang efektif atau berkesan bukan soal pintar berpidato dan mencitra tentang dirinya agar disukai. Kepimpinan sebenarnya tergambar daripada hasil kerjanya, bukan atribut-atributnya atau pun sifat-sifatnya.” Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah dan kesedihan kepada mangsa-mangsa banjir di Sabah dan Sarawak, terutamanya kawasan Bintulu, Serian, Miri, Sibu, Beaufort, Kinabatangan dan beberapa kawasan lain yang menerima musibah agak dahsyat pada kali ini. Kita doakan rakyat Sarawak dan Sabah dipermudahkan segala urusan.

Sesungguhnya pada persidangan kali ini Tuan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong berkata tentang perpaduan, tentang kesusahan rakyat. Bagaimana nak bantu mereka dalam keadaan ekonomi yang agak suram. Bagaimana membangunkan pendapatan mereka terutamanya para usahawan, para petani, para pesawah. Ini harapan besar kepada kerajaan supaya tidak beromong kosong sahaja, tidak sembang sahaja, apa lagi sebelum ini hanya memomokkan rakyat dengan pelbagai formula yang akhirnya tidak ada satu pun yang menjadi realiti.

Harga barang terus meningkat, pelbagai cukai semakin naik, utiliti naik, tarif naik, services naik, Ringgit masih tidak stabil, beras tempatan terus tersorok dan bermacam- macam-macam hal berlaku dalam negara kita. Bila harga barang naik, paling terkesan adalah lebih sejuta usahawan mikro, kecil dan sederhana termasuk usahawan-usahawan informal yang terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan melalui perniagaan.

Kuasa beli rakyat semakin suram kerana harga terpaksa dinaikkan oleh usahawan disebabkan oleh harga barangan yang semakin meningkat. Harga kuih dulu seketul 40 sen, dah mula naik 50 sen. Naik ke 70 sen, mungkin akan naik ke RM1 bila mana harga santan, harga kelapa pun naik berganda-ganda terutamanya menjelang Ramadan.

Usahawan saya kira sudah semakin letih. Pinjaman pun semakin sukar untuk diperolehi. Pertamanya, kerana kekurangan cagaran, proses permohonan yang rumit, kadar

draft • 4:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

faedah yang tinggi dan kekurangan sejarah kredit menjadi halangan kepada usahawan untuk membuat pinjaman.

Para usahawan ─ Ini Tuan Yang di-Pertua, belum lagi ditambah dengan pelaksanaan gaji minimum yang sudah tentu ada peningkatan kos penggajian dan akan berlaku gelombang inflasi upah dan rantaian gaji. Berhadapan pula dengan kenaikan tarif elektrik yang memberi kesan kepada kos operasi. Belum lagi perubahan peraturan cukai dan pematuhan serta lain-lain. Belum lagi pematuhan wajib e-Invoice dan beban pentadbiran yang akan dilalui oleh PKS bermula 2025 ini.

Saya kira KUSKOP kena mengambil inisiatif yang serius nak membantu para usahawan, terutamanya daripada segi bimbingan, sokongan dan latihan. Perbanyakkan lagi insentif melalui dasar yang menyokong pertumbuhan PKS, termasuk akses yang lebih mudah kepada pembiayaan dan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, tuntutan-tuntutan dari pesawah terkini memang wajar. Harga padi memang patut dinaikkan. Hari ini harga padi sampai ke harga lantai. Kita baru *panen.

Panen* tu maknanya baru harvest-lah. Harga RM1,300, RM1,400. Bila ada pengilang yang beli harga agak munasabah, ada yang kata harga padi naik, nanti harga beras akan naik.

Menteri pun kata pada 13 Januari lepas katanya, “Bila belian padi terlalu tinggi, bagaimana nak jual beras pada harga murah?” Jadi, saya nak ingatkan kerajaan, harga beras terutamanya beras import dah naik dua tahun lepas dan beras tempatan hilang daripada radar. Kalau beras tempatan — Kalau harga beras dah naik, takkan harga padi tak boleh naik? Sepatutnya harga padi naik dulu, barulah harga beras akan naik. Dahlah hampir dua tahun kerajaan tak mampu nak selesaikan kehilangan beras tempatan, kali ini nak tekan petani pula dengan harga padi yang tidak masuk akal.

Tuan Yang di-Pertua, bayangkan kita ada 520,000 hektar sawah mengeluarkan 2.2 tan padi, 2.2 tan — 2.2 juta tan metrik padi. Ha, ini payah nak sebut. Maknanya 2.2 bilion kilo padi dan menghasilkan 1.4 juta tan metrik beras putih tempatan setahun. 1.4 juta tan metrik bersamaan dengan sebanyak 140 juta kampit beras 10 kilogram. Sikit kah? Banyak! 140 juta kampit beras tempatan 10 kilogram sepatutnya ada di pasaran pada hari ini. Tapi, dah dua tahun kita hampir tak nampak di mana beras itu. Susah sangatkah kementerian nak selesaikan masalah beras tempatan ini?

Ada beberapa Ahli Parlimen dalam perbahasan Titah Diraja kali ini membangkitkan kemungkinan beras tempatan dicampur dengan beras import. Beras tempatan dicampur dengan beras import dan di-packing jadi beras import dan dijual dengan harga beras import.

Ada munasabahnya kerana beras tempatan tiada di pasaran. Hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya kira ini waktunya kementerian mewujudkan peraturan larangan pencampuran beras tempatan dengan beras import. Wujudkan peraturan baru. Segera! Paling mudah dan segera macam inilah.

draft • 4:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri panggil pemain-pemain industri ini segera.

Sembang dengan mereka sambil minum kopi. Kopinya jangan bagi gula, biar kelat sikit. Bagi sedikit cekodok. Bagi formula dekat mereka supaya jangan bebankan rakyat. Kemudian, esok umum. Menteri pun sampai. Esok umum Menteri dah jumpa dengan pemain industri, esok umum. Pertama Menteri, 140 juta kampit beras tempatan akan ada di pasaran mulai esok.

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan.

draft • 4:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Yang kedua Menteri, harga beras import turun. Yang ketiga Menteri, harga lantai padi kita naikkan ke RM1,800 setan kalau nak bantu petani.

[Tepuk] Saya ulang...

draft • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sungai Besar.

draft • 4:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Ya?

draft • 4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Boleh celah?

draft • 4:20 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya fikir kerajaan ada data ya dan tahu di mana stor tempat simpan lesen beras import. Bermakna kalau kerajaan ingin bertindak, kerajaan boleh bertindak sebab semua data ada pada kerajaan dan semua kilang-kilang beras import ini kerajaan tahu. Sepatutnya kerajaan buat serbuan ke kilang-kilang bagi memastikan tidak berlaku percampuran. Apa pandangan Sungai Besar?

draft • 4:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih. Sebab itu kena wujud peraturan baru. Menteri, ada wujud peraturan baru. Tidak boleh dicampurkan beras tempatan campur beras import, dipasarkan jadi beras import dan peraturan ini mesti wujud. Tiga perkara yang kita tuntut, yang pertama, 1,400 juta kampit beras 10 kilo mesti ada di pasaran mulai esok. Yang kedua, harga beras import yang naik RM20, RM15, RM20 itu kita turunkan.

Kalau boleh, harga lantai padi memang kita tuntut di peringkat pesawah, di peringkat bawahan, kita nak supaya harga itu setara dengan RM1,800 per tan.

draft • 4:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, hari ini petani cukup sengsara. Dari pasukan petani yang menyediakan Dasar Jaminan Makanan Negara, kini mereka hidup susah, hidup terhimpit.

Ada yang di bawah garis kemiskinan bila harga diesel naik, semua kos naik. Tanam naik, bajak naik, racun naik, baja naik, tak fasal-fasal sewa pun naik. Harga beras pun naik tapi harga padi masih rendah. Hari ini, sebagaimana kita perjuangkan supaya harga beras, harga padi adalah RM1,800 per tan.

Bila kita perjuangkan sebelum ini, ada yang berbunyi. Yang dulu waktu jadi kerajaan kenapa tidak perjuangkan? Memanglah. Dulu memang harga dia RM1,200 per tan tetapi beras putih tempatan RM26 sepuluh kilo ada di pasaran. Tak ada masalah. Upah tak naik, tanam calit tak naik, dron tak naik, rantaian tak naik tetapi bila harga diesel naik 50 peratus, semua rantaian itu naik 50 peratus. Maka sebab itu, tak boleh ke RM1,300 harga lantai itu

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

kita naikkan ke RM1,800 setara dengan kenaikan harga diesel sebanyak ‘1,000’, sebanyak 50 peratus.

Satu lagi Yang Berhormat Menteri, pernah diumumkan pada 27 Mei 2024, dah hampir setahun, ada satu insentif kepada pesawah. Insentif pembajakan, RM100 ke RM160, Menteri.

Insentif [Tidak jelas] RM50, makna ada tambahan untuk pesawah jadi semuanya RM210 belum dilaksanakan, kata petani. Kita tidak tahu bila nak dilaksanakan. Kata petani, ini omong-omong kosong. Jadi kita minta supaya kita laksanakan segera. Untuk yang ini.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sungai Besar, minta penjelasan sedikit tentang diesel dengan...

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, masa dah suntuk sangat, suntuk-suntuk sangat...

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Penjelasan sedikit tentang diesel dengan...

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kampar duduk Kampar.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Kita dikejutkan dengan lebih hampir 10,000 calon SPM yang tidak hadir menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2024.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sungai Besar tak patut pakai.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

10,000 calon tidak hadir setiap tahun

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Isu rakyat tadi...

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

tak termasuk 50,000 hingga 60,000 calon SPM yang gagal dan tidak layak dapat SPM kerana gagal dalam Bahasa Melayu ataupun Sejarah. Setiap tahun, kita tahu dapatan ini pasti berlaku dan saya kerap menyatakan keperluan menambah program PVMA dan PIMA iaitu Program Vokasional Menengah Atas dan Perantisan Industri Menengah Atas hendak bantu mereka yang tidak cemerlang bidang akademik, KPM perlu wajar melakukan rombakan dan reformasi pendidikan...

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, standing order 36(12). Mana- mana Ahli yang mengeluarkan kata yang tidak ─ mengelirukan Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan...

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Kampar, Kampar.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, saya ada standing order 36(12). Tadi Sungai Besar katakan diesel naik 50 peratus, harga padi pun naik 50 peratus. Itu mengelirukan Dewan. Yang pertama, mana boleh diesel naik 50 peratus, padi itu bukan buat dari diesel, naik 50 peratus. Itu tak logik.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Apa itu Kampar? Saya nak teruskan.

Saya tak nak layan kerana Yang di-Pertua tak nak layan...

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kedua, nanti tak habis lagi. Yang kedua, yang kedua...

draft • 4:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Apa punya pemikiran Kampar ni? Macam mana boleh jadi Ahli Parlimen.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tunggu. Kerajaan ada Subsidised Diesel Control Scheme (SKDS). Petani dibagi subsidi diesel. Petani...

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kampar...

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Tunggu ada sedikit masa lagi. Kita ada hanya 347 kelas PVMA...

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat bangkitkan 36(6).

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12), mengelirukan Dewan.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, 36(12) mengelirukan Dewan. Saya dengar teliti ucapan Yang Berhormat Sungai Besar. Itu perumpamaan. Dan saya...

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi dia kata diesel naik 50 peratus...

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Harga padi pun naik 50 peratus. Itu tak masuk akal mana boleh.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, saya dah buat petua Yang Berhormat. Sila, Sungai Besar.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Dengar betul-betul lain kali.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Satu minit. Satu minit Yang Berhormat. Selesaikan. Saya bagi satu minit Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Ini berkaitan dengan — okey, kita hanya ada 347 kelas PVMA berkaitan dengan pelajar yang tidak hadir. Ada 50,000 hingga 60,000 pelajar yang gagal dapat SPM. Makna tak dapat sijil kerana gagal dalam BM ataupun Sejarah. Yang ini kita minta supaya Kementerian Pendidikan buat reformasi semula. Dengan 347 kelas PVMA, ada 12 kursus kemahiran, ada 13 sekolah menengah sahaja yang melaksanakan PIMA, hanya menawarkan 11 bidang kemahiran. Kita minta ini waktunya, dirancang supaya kelas TVET ditambah secara serius. Sebagaimana kata Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dalam titahnya yang mahukan pelaksanaan pembaharuan pendidikan, latihan dan vokasional serta pembangunan belia dilaksanakan secara serius. Itu Titah Baginda.

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sungai Besar, boleh sikit.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Sila.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Sungai Besar, kalau Yang Berhormat Putrajaya — saya tidak akan tambah masa Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okeylah.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Paling tidak Tuan Yang di-Pertua, pelajar mengambil PVMA, yang tidak dapat sijil SPM tapi memperolehi SKM Tahap Dua maknanya mereka tak ada SPM, keluar nanti ada SKM. Sebenarnya ada banyak lagi, termasuk —sikit lagi. Program DVM, Diploma Vokasional kita nak menghasilkan tenaga mahir...

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, dah habis masa Yang Berhormat. Dah habis masa Yang Berhormat. Habis masa.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Sikit lagi.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya dah bagi seminit Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Penting sangat ni.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya tahu semua penting Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Penting sangat.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Okey, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bayan Baru bangkit untuk membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dan saya ingin memulakan perbahasan saya dengan satu kisah benar.

Mak mertua saya seorang penjual surat khabar. Selama 40 tahun beliau jual surat khabar, boleh dikatakan golongan B40 lah ya. Dan baru-baru ini, minggu lepas, apabila beliau naik motor pergi makan sarapan pagi, baru-baru bersara sahaja, pergi makan pagi, dilanggar kereta. Bukan sahaja dilanggar, jatuh, tetapi di run over pula. Jadi, beliau dikejar ke hospital, satu hospital kecil, hospital swasta. Dan sekarang masih kritikal, walaupun stable tapi masih kritikal. Jadi, walaupun dia B40, dia beli insurans. Medical insurance ya.

Ini seperti rakyat yang luar sana, ramai walaupun susah, B40. Dia beli insurans untuk protection ya. Jadi saya nampak bahawa, insiden ini, saya beberapa hari saya stay dekat dia, di hospital tersebut dan saya observed, saya tengok masa saya ziarah dia, saya observed. Hospital itu macam mana? Hospital kecil, tetapi ramai pesakit. Pesakit ini bukan daripada

draft • 4:35 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

golongan maha kaya. Mereka datang dengan kereta yang kecil. Ada yang Proton Saga, ada yang Myvi, ada yang Axia. Mereka daripada siapa? Golongan Melayu ada, Cina ada, India ada dan kebanyakan golongan B40. Ini membuka mata saya. Saya nampak bahawa sebenarnya insurans itu penting. Penting untuk menjaga, bila ada kemalangan. Medical insurance itu amat penting.

Dan kedua adalah hospital yang kecil. Saya ada sembang dengan pesakit-pesakit di sana. Saya dapati bahawa mereka ini datang ke hospital itu kerana dia lebih murah, about 30 to 40 percent daripada hospital-hospital swasta yang biasa. Jadi, ini bermaksud bahawa, Malaysia ini mempunyai hospital, yang boleh hospital swasta, yang boleh cater untuk golongan B40. Dan insurans yang mereka beli itu sebenarnya banyak membantu. Dan kita tahu daripada statistik yang saya dapati bahawa adalah lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia sudah membeli medical insurance untuk protection sendiri.

Jadi saya ingin bangkitkan di sini, sememangnya ada model yang bagus untuk Malaysia. Malaysia ini mempunyai dua model. One is private hospital, one is universal health care daripada general hospital. Dibiayai oleh kerajaan. Dua model ini selama ini berlaku dengan baik. Sistem ini bagus tetapi kerana ada ada inflation yang amat tinggi, yang menyebabkan keseimbangan itu sekarang terganggu dan menyebabkan satu spike, kenaikan harga insurans dan juga harga caj hospital swasta.

Dan saya nampak bahawa hospital swasta ini ada yang mengejar keuntungan. Dan ini menyebabkan kita tahu bahawa sekarang ada banyak hospital swasta, saya kata ada segelintirlah, yang hanya focus kepada profit-oriented. Profit-oriented. Mereka sebenarnya sekarang, kita terima banyak aduan sebab saya bukan satu platform, saya bukan e-mel untuk menerima aduan. Aduan yang saya terima. A pair of glove, dia pun caj juga. Setiap — itemized.

draft • 4:35 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Banyak yang komplen kepada saya. Glove RM20 satu pasang, sebenarnya satu kotak itu RM40 sahaja. Okey? Contohnya lagi, pampers ya, RM50 satu keping. Sebenarnya satu kotak pampers itu RM50 tapi dia caj RM50 satu keping. Ini kelampauan dan bukan sahaja itu, saya rujuk kepada taklimat oleh Bank Negara. Bank Negara ini, dia kata denggi ini, kalau menggunakan guarantee letter, guarantee letter maksudnya dibiayai sepenuhnya oleh insurans, dia akan caj RM5,000. Akan tetapi kalau bayar sendiri, pay and claim, bayar sendiri dahulu, hanya RM1,200 sahaja. Empat kali ganda perbezaan. Pneumonia, RM6,800 kalau guarantee letter. Pay and claim, RM2,600 sahaja. Tiga kali ganda.

Ini bermaksud bahawa ada sesetengah hospital swasta itu, dia melampau. Jadi, ini bukan berdasarkan kepada satu atau dua kes terpencil. Ini adalah berdasarkan kepada 33,815 kes kajian oleh Bank Negara. Saya minta bahawa hospital swasta kena jawab kenapa ada yang terlampau tinggi atau yang boleh ada perbezaan yang begitu besar. Kita tidak menuduh atau nak mencari kesalahan sesiapa kerana kita tahu bahawa kita perlukan satu

draft • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

ekosistem yang bagus, di mana keuntungan itu boleh kerana hospital swasta itu sememangnya mencari keuntungan, itu kita faham. Akan tetapi yang kita perjuangkan adalah tidak boleh excessive profiteering. Keuntungan okey tetapi jangan melampau.

Jadi, isu ini saya harap bahawa kita – saya bangkitkan isu ini kerana di sini, Ahli-ahli Parlimen ini mempunyai moral duty to stand up for the poor. Di mana ramai yang saya nampak, seperti mak mertua saya, saya bangkitkan isu mak mertua saya sebagai contoh, bukan saya perjuangkan hak mak mertua saya tetapi ramai lagi di luar sana yang B40, yang susah. Mereka ada kena accident, ada yang sakit. Mereka sedang bergelut nyawanya dalam hospital swasta dan juga hospital kerajaan. Jadi kita di sini mempunyai tanggungjawab untuk mereformasi sistem yang kita sedia ada ini. Kita harus ada satu reformasi ekosistem pembiayaan private healthcare dan juga supaya caj hospital swasta ini tidak melampau.

Ini kerana kalau kita boleh selesaikan masalah ini, tidak terlampau, maka hospital kerajaan itu tidak akan dilambakkan dengan terlalu ramai pesakit yang tidak mampu pergi ke hospital swasta. Kita mahukan satu sistem hospital swasta yang di mana B40 atau M40, terutamanya M40 itu pun boleh pergi. Maka, kita boleh meringankan hospital kerajaan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa hala tuju kepada ekosistem ini. Kita kena reformasi ekosistem hospital swasta, insurans, takaful. Jadi, ada beberapa yang penting. Saya amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau begitu cepat untuk menangani kenaikan insurans perubatan. Beliau hadkan, mengarahkan Bank Negara Malaysia mengehadkan kenaikan 10 peratus sahaja untuk tiga tahun akan datang. Itu adalah pendekatan interim.

Pendekatan interim itu tidak akan selama-lamanya. Selepas tiga tahun, kalau kita tidak selesaikan punca kenaikan harga inflasi medical iaitu di hospital swasta, tiga tahun kemudian insurans akan spike kerana dia ada cliff effect di mana sekatan itu kalau kita tidak menyelesaikan masalah punca, dia akan naik mendadak. Jadi di sini, saya mencadangkan beberapa – kepada kerajaan.

Nombor satu, kita perlu menambah baik Akta 586 iaitu Private Healthcare Facilities and Services Act. Ini kita perlu regulate hospital swasta kerana hospital swasta sekarang 70 peratus services mereka unregulated. Dia boleh caj apa-apa sahaja seperti tadi saya katakan, pampers kosnya maybe RM5 tetapi caj RM50 dan pelbagai lagilah. Glove, RM20 satu pasang. Jadi, ini perlu regulate.

Kedua, regulate 70 percent hospital supplies and services (HSS). Perlu ada kawalan, bukan semuanya berlipat ganda. Ubat berlipat ganda, pampers berlipat ganda.

Ketiga, kita perlu adakan satu healthcare commission. Healthcare commission ini sekarang kita nampak bahawa Bank Negara Malaysia, bila ada masalah barulah berhubung dengan MOH. Dia tidak ada sinergi untuk regulate atau untuk memastikan pasaran itu stabil.

Jadi, perlu ada satu commission di mana regularly address the issues. Jadi, dalam Healthcare White Paper, sememangnya healthcare commission itu telah dibangkitkan dalam Healthcare

draft • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

White Paper. Jadi, perlu dilaksanakan supaya MOH dan juga Bank Negara Malaysia dan MOF boleh regulate syarikat insurans dan juga hospital swasta.

Keempat, kita perlu adakan DRG yang lebih efektif. Sekarang dia buat apa, dia caj apa tetapi DRG itu, dia telah ada satu caped atau satu budget untuk sesuatu surgery dan sebagainya. Dia akan mengawal kos dengan lebih efektif.

Kelima adalah basic insurance scheme. Kita tahu bahawa insurans sekarang banyak jenis, macam-macam dan ada yang investment link, ada yang menawarkan claim sampai RM10 juta. Sebenarnya, benda-benda ini tidak perlu. We need a basic care, basic insurance scheme yang semua rakyat boleh mampu. Mungkin dia bayar RM50, RM100 setiap bulan dan dia dapat basic care di semua hospital swasta tetapi kita jangan jadikan dia mandatori.

Kita bagi opsyen untuk beli itu dan kalau boleh, kita kena adakan basic insurance scheme. Apa yang paling penting Tuan Yang di-Pertua, kita sini boleh gaduh macam-macam tetapi untuk healthcare ini, setiap orang terkesan. Yang Berhormat-Yang Berhormat, satu hari nanti, kita akan masuk hospital juga. Jadi, kita perlu ada konsensus. Jangan gaduh tentang isu nyawa hidup mati rakyat dan kita perlu political will untuk melaksanakan reform ini.

Dia perlu ada satu reform dan saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, the window is very short. Kita hanya, kalau boleh kita adakan reform ini dalam tahun 2025 kerana kalau kita tidak buat, insurans akan naik lagi. Kos medical inflation akan naik. Jadi, perlu ada tekad dan juga determination untuk membuat perubahan ini.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, PAC akan membantu kerajaan. Kita tahu bahawa kerajaan ada banyak isu terutamanya MOH, BNM ada banyak kerja. PAC ingin menampilkan diri untuk membantu mengadakan satu hearing yang komprehensif, membawa semua stakeholders daripada private hospital, syarikat insurans, FOMCA, daripada academician, daripada pengadu, orang, rakyat yang biasa datang untuk adakan satu hearing yang komprehensif dan kita akan mencadangkan benda yang terbaik untuk kerajaan melaksanakan reform ini.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi dengan ini, saya harap bahawa Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang, marilah sama-sama kita menyokong kerajaan untuk buat reform yang penting ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. *Alhamdulillah...

[Berselawat]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya mengambil bahagian dalam membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Memulakan, saya ingin memberi perhatian― pertamanya, kerana kita Dewan telah pun memulakan dengan ikrar Rukun Negara. Saya fikir satu tindakan yang baik. Cuma, saya cadangkan kalau boleh ikrar itu dibuat pada hari pertama persidangan. Sebab, hari pertama itu ramai Menteri ada, Ahli Parlimen pun penuh selain dari pegawai kerajaan. Sebelum Titah Tuanku, kita ikrar dahulu. Bukan pada hari yang kedua. Hari kedua ini sebahagian sahaja yang ada, sebahagian lagi tak ada. Tambah-tambah kalau Perdana Menteri tak ada, lagilah Menteri Kabinet tak ada.

Cuma, yang penting bagi saya, saya lihat bukan ikrar itu saja tapi bagaimana kita boleh melaksanakan ikrar tersebut. Dalam lafaz ikrar kita itu, kita melafazkan ikrar untuk kesetiaan kepada raja dan negara. Sayangnya, apa yang berlaku, kita dapati Titah Tuanku tidak dilaksanakan. Addendum yang telah pun diputuskan sampai Tuanku Istana terpaksa keluarkan surat rasmi mengesahkan adanya addendum. Itu pun masih lagi buat rayuan.

Sebagai anak Pahang dan Timbalan Speaker juga daripada Pahang dan ramai Ahli Parlimen daripada Pahang, saya ingin melahirkan rasa kekesalan, kekecewaan yang sangat terhadap tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan cuba menyembunyikan perkara tersebut sehingga setakat ini belum ada jalan untuk pelaksanaannya. Saya harapkan kita bukan hanya ikrar, sebaliknya kita melaksanakan apa yang kita ikrarkan dalam Dewan yang mulia ini...

[Tepuk]

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Perkara yang kedua.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya kira Yang Berhormat sudah maklum ya, Tan Sri Yang di-Pertua telah membuat petua berasaskan peraturan di bawah Peraturan 36. Jadi, saya ingat cukup setakat itu.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya pun dah ucap terima kasih. Saya pun nak ucap saja. Saya rasa kita― poin saya ialah kita lafaz ikrar, kita laksanakan ikrar secara keseluruhan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Baik. Yang kedua ialah tentang pada 4 Februari 2025 baru-baru ini, kita dapati Presiden Amerika telah pun melaksanakan dan membuatkan satu kenyataan yang mengejutkan dunia bila Amerika cuba

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

mengambil alih pembangunan di Gaza dan menghalau keluar orang Islam di Gaza, penduduk di Gaza khususnya rakyat Palestin. Tambah pula dengan kenyataan yang dibuat semalam yang mengatakan bahawa tempoh hari Sabtu ini ialah tempoh akhir untuk Hamas membebaskan semua tahanan dan kalau sekiranya tak dilaksanakan, Gaza akan menjadi seumpama neraka.

Saya fikir kenyataan beliau ini perlukan tindakan yang tegas daripada pihak kerajaan.

Kita bukan sahaja melihat― dan kebetulan Malaysia menjadi Pengerusi kepada ASEAN, perlu ambil kesempatan untuk menggerakkan seluruh negara-negara Islam khususnya OIC dan G8 dan ASEAN sendiri untuk turut sama bukan sahaja mengadakan perhimpunan, sebaliknya mengambil tindakan sama ada nota bantahan dan sebagainya. Saya menyokong usul dibawa oleh Machang supaya perkara ini dapat kita bahaskan dalam Parlimen kerana ancaman ini sangat besar maknanya kepada umat Islam khusus di Gaza dan Palestin.

Perkara yang ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah berhubung dengan titah ataupun dengan kenyataan Perdana Menteri yang menegaskan pada Isnin lepas tentang perlunya kerajaan mempercepatkan proses untuk memulakan pembinaan tebatan banjir.

Saya fikir isu tebatan banjir ini banyak kali dah saya bangkitkan. Kerajaan dulu sebenarnya juga kerajaan yang ada ini membatalkan apa yang telah diputus oleh kerajaan sebelumnya.

Kononnya dengan penangguhan itu, kerajaan akan dapat untung RM2 bilion daripada tender secara runding terus dan sebagainya.

Saya nak tegaskan runding terus ialah projek yang diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan dan sekiranya ada penyelewengan, salah laku dan sebagainya, kita perlu proses dan perlu buat pendakwaan. Tapi, dengan kita menamatkan projek tebatan banjir, sekarang ini dah masuk tahun ketiga, kita menyaksikan bagaimana banjir melanda negara kita.

Kerugian purata antara RM5 bilion ke RM6 bilion sekali banjir dan kita dapati baru-baru ini Sabah, Sarawak juga terkesan.

Jadi, saya fikir kerajaan perlu segera melaksanakan projek tebatan banjir ini sebab dengan perubahan iklim yang berlaku sekarang, kita dapati NAHRIM, sebagai contoh, telah pun mengeluarkan amaran pada tahun 2025 hingga tahun 2030, negara akan berdepan dengan fenomena El Nino yang sangat serius dan dijangkakan pada tempoh tersebut, negara juga berdepan dengan La Nina di mana perubahan iklim ini tidak menentu dan menyebabkan berlakunya krisis. Kita bimbang krisis kemarau ini menyebabkan kerugian besar khusus pada sektor pertanian. Kemusnahan sawah padi akibat banjir yang berlaku pada tahun 2023 dan 2024, ianya mengganggu pengeluaran beras negara dan hasil pendapatan pesawah yang terjejas teruk disebabkan fenomena tersebut.

Saya sangat simpati dengan nasib pesawah yang mengalami kerugian demi kerugian. Apakah kerajaan bersedia mempertimbangkan untuk menaikkan kadar bayaran Tabung Bencana Pertanian? Saya fikir― Menteri pun ada― supaya dapat diperhati secara serius wujudnya Tabung Bencana Pertanian bagi menampung kos pengeluaran seperti padi

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

dan tanaman-tanaman lain yang terjejas disebabkan fenomena perubahan iklim yang berlaku dalam negara kita.

Kejadian ini amat membimbangkan dan pastinya sektor pertanian dan keterjaminan makanan akan terjejas teruk. Bank Negara Malaysia dilaporkan menyatakan bahawa pada tahun 2021 sahaja, kerugian dalam sektor pertanian akibat banjir dan cuaca ekstrem dianggarkan RM3.1 bilion kerugian terpaksa dialami oleh negara. Jadi, saya ingin tahu, apakah kesediaan negara bagi menghadapi keadaan seperti ini?

Yang ketiga, saya nak bangkitkan isu tentang garis panduan. Saya nak tegaskan bahawa garis panduan ini saya menyokong penuh tindakan JAKIM dan agensi agama di peringkat negeri. Ini bukan baru. Tahun 2020― bahkan kita dah keluar tahun 2004 garis panduan di peringkat negeri. Garis panduan ini tidak kena mengena dengan non-Muslim.

Garis panduan ini ialah peraturan yang dikeluarkan bagi umat Islam, orang Islam bila kita nak hadir upacara keagamaan, bukan upacara kebudayaan. Tahun Baru Cina kebudayaan, tak ada masalah. Tapi, di sana ada upacara keagamaan yang terikat dengan syarat.

Kita orang Islam, Nabi sebut...

[Membaca sepotong hadis] Orang Islam ini terikat dengan syarat. Ambil wuduk ada syarat sah, syarat batal. Sembahyang sendiri ada syarat sah, syarat batal. Perkahwinan ada syarat sah, syarat batal. Apa yang kita nak buat mesti ada syarat sah dan batal. Tiba-tiba kita dapati ada pihak membantah dalam keadaan― kalau kita baca syarat ataupun garis panduan tersebut, saya fikir mereka tidak akan bantah.

Sebagai contoh, garis panduan itu tidak melibatkan upacara ibadah. Orang Islam tak boleh terlibat dalam upacara ibadah dan ritual agama-agama lain daripada Islam. Saya fikir, apa masalahnya? Takkan nak libatkan orang Islam dalam perkara tersebut? Garis panduan ini untuk orang Islam. Tidak menjejaskan akidah dan keimanan orang Islam. Dan tidak― sebagai contoh, garis panduan tidak memakai pakaian-pakaian keagamaan orang bukan Islam, contoh salib dan sebagainya. Orang Islam tak boleh pakai.

Jadi, oleh kerana itu, garis panduan ini penting. Kalau kita tak ada garis panduan― kita nak bawa kereta pun ada garis panduan. Di jalan raya ada panduan. Semua sistem ada panduan. Dan orang Islam ini― bukan makna kita menyekat perpaduan. Kita ada ratusan perayaan yang kita boleh bersama. Bahkan perayaan yang bersifat kebudayaan, tak ada masalah kita hadir. Saya baru-baru ini hadir di Lipis bila Tuanku Sultan turun sambutan Tahun Baru Cina. Saya hadir sama, tak ada masalah. Sebab ini bukan upacara keagamaan.

Tapi kalau upacara keagamaan, kita kena ada garis panduan.

Garis panduan ini untuk menyelamatkan akidah supaya jangan kita terlibat. Akidah orang Islam. Sebab kita orang Islam― saya yakin orang bukan Islam pun ada syarat-syarat dia. Takkan orang bukan Islam datang ke majlis orang Islam, kita nak suruh dia mengamalkan ajaran agama Islam? Nak suruh dia lafaz syahadah, sebagai contoh. Ataupun nak suruh dia tawaf, saie ataupun bayar zakat. Tak boleh sebab dia hak agama. Jadi, hak

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

agama ini dijamin oleh setiap agama. Jadi, kalau sekiranya ada pihak nak langgar peraturan, itu hak dia.

Tapi, bagi saya, kalau kita ada garis panduan, yang penting ialah penguatkuasaan garis panduan tersebut supaya dipatuhi. Tak ada makna ada undang-undang kalau sekiranya kita tak patuh pada undang-undang tersebut. Garis panduan ini sebagai membantu. Saya fikir ia lebih sifat membantu memberi maklumat kepada orang Islam bila kita menghadiri sesuatu perkara.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang berlaku seterusnya tentang fenomena yang juga berlaku di kawasan Kubang Kerian. Saya sebut dua tiga perkara. Yang pertama sekali, isu tanah mendap dan tebing sungai runtuh yang berlaku di kawasan Parlimen Kubang Kerian.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Perkara ini sebenarnya telah pun saya maklumkan kepada pihak JPS tetapi saya sebut di sini supaya ada perkara yang agak serius terutama kawasan mendap di tiga kawasan iaitu di Taman Baiduri, Pasir Tumboh, Teluk Kandis di Salor dan berlaku juga mutakhir di mukim Kenali yang berlaku bilamana selepas banjir baru-baru ini. Tanah mendap ini sebenarnya telah mendatangkan kesan yang sangat serius di mana ada sebahagian rumah mengalami keretakan dan boleh membahayakan nyawa penduduk. Saya telah berbincang dengan pihak JPS, ini perlukan dana khas, peruntukan khas daripada Kerajaan Persekutuan.

Akhirnya saya juga ingin menyentuh tentang apa dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Raub berhubung dengan masalah beberapa loji yang tidak boleh beroperasi contoh dibangkitkan di Sungai Bilut dan sebagainya. Saya nampak kontrak sikit dengan pandangan beliau terhadap isu-isu ini. Sebenarnya, kalau kita tengok, isu yang berlaku di Sungai Bilut ya, menyebabkan loji tak boleh beroperasi, 145 kali loji terpaksa ditutup pada musim hujan.

Puncanya ialah kadar sedimen yang sangat tinggi. Sebanyak 3,000 NTU, mana ada loji boleh proses.

Kalau pencemaran sampai 3,000 NTU berlaku, confirm tidak ada loji mana-mana loji boleh proses air tersebut. Puncanya ialah kerana ladang Musang King yang beribu hektar ditanam, dilanggar, ditebang kemudian dilanggar peraturan dan sebagainya. Perkara ini telah pun sampai ke mahkamah di peringkat negeri Pahang. Beliau sebagai parti yang dalam kerajaan tidak sepatutnya menyokong tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dengan peraturan. Mereka buat itu, mereka langgar undang-undang, langgar peraturan.

Macam mana kita parti duduk dalam kerajaan boleh sokong orang langgar undang-undang dengan peraturan?

[Tepuk] Sepatutnya beliau —Saya sebut dalam ucapan saya dalam Dewan Negeri Pahang.

Raub boleh jadi pusat pengeluaran durian Musang King, sebenarnya. Tetapi ikut proses, ikut peraturan yang ada. Mohon pada kerajaan negeri, tanah tersebut secara TOL dan sebagainya. Saya fikir kalau sekiranya proses ini dijalankan secara proper, kerajaan ini dapat

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

hasil dan Raub bangun sebagai hab pengeluaran durian Musang King di Malaysia. Saya fikir yang penting ialah peraturan yang perlu kita patuhi.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tak mengizinkan, saya menyokong titah tuanku, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sila Yang Berhormat Betong.

draft • 5:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua di atas peluang untuk Betong mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Pertama sekali, saya ingin menjunjung kasih dan penghargaan yang setinggi- tingginya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang penuh bermakna sempena Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 pada 3 Februari 2025.

Tuan Yang di-Pertua, prestasi ekonomi dan pembangunan nasional. Seperti yang dinyatakan oleh baginda, kita patut berbangga dengan prestasi ekonomi negara yang semakin kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai 5.9 peratus pada tahun lepas.

Namun sebagai wakil rakyat mewakili luar bandar seperti Betong, saya ingin menegaskan bahawa kemakmuran ini perlu dirasai oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang berada di kawasan pendalaman dan luar bandar. Maka selari dengan peningkatan taraf hidup dan ekonomi, masyarakat luar bandar juga berkehendakkan kemudahan serta akses kepada perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan yang moden serta efisien dan setanding dengan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di bandar- bandar besar.

Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memberikan perhatian serius terhadap pembangunan infrastruktur untuk perkhidmatan kesihatan, sekolah-sekolah serta institusi pendidikan dan latihan di luar bandar khususnya di Sarawak agar kemajuan ekonomi dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya mengenai isu hak dan kuasa Sarawak. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh isu yang sangat penting bagi rakyat Sarawak iaitu hak dan kuasa Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, hak Sarawak ke atas batas wilayah dan pelantar benua adalah mutlak dan tidak boleh dipersoalkan.

Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa Sarawak tidak meminta lebih daripada apa yang termaktub dalam MA63, kami hanya menuntut apa yang sepatutnya menjadi hak kami sebagai wilayah yang merdeka sebelum pembentukan Malaysia. Ini termasuk hak ke atas sumber asli, termasuk gas asli yang merupakan nadi ekonomi Sarawak.

draft • 5:02 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya mengenai gas aggregator dan hak Sarawak ke atas sumber gas. Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh isu pengagregatan kes di Sarawak.

Pelantikan PETROS sebagai gas aggregator tunggal di Sarawak adalah muktamad. Ini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2024 dan PETROS akan berperanan dalam menjalankan aktiviti berkaitan perolehan, pembekalan dan penjualan gas asli di Sarawak. Sarawak mempunyai kuasa membuat keputusan berhubung pengagihan sumber minyak dan gas dalam wilayah Sarawak.

Kita terima hakikat bahawa PDA 1974 yang menetapkan PETRONAS mengurus semua sumber minyak dan gas Persekutuan di seluruh negara. Tetapi, pengeluaran minyak dan gas dalam wilayah Sarawak, Sarawak mesti juga ada suara. Sarawak mengiktiraf PDA 1974 dan pada masa yang sama kita juga mahu Undang-undang Sarawak juga perlu dihormati.

Oleh sebab itu, Sarawak tubuhkan PETROS dan PETROS akan bekerjasama dengan PETRONAS dan Sarawak mempunyai hak untuk bersuara dalam mengagihkan gas.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju PETROS, aggregator gas tunggal di Sarawak dan ini tidak akan mengganggu operasi sedia ada PETRONAS.

Betong ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap pengiktirafan beliau terhadap PETROS sebagai aggregator gas tunggal di Sarawak. Kita amat menghargai peranan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS dalam menyelesaikan isu ini dan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga akan meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak serta PETRONAS dan PETROS.

Kerjasama ini sudah tentu akan memacu usaha untuk menjadikan Malaysia dan Sarawak khususnya menjadi hab tenaga yang strategik, di samping itu akan meningkatkan daya saing global Malaysia dalam menarik pelaburan menjadikan teknologi dan industri baharu khusus petrokimia derivatif. Dengan itu, diselaraskan untuk mewujudkan kerajaan bergaji tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara.

Seperti yang termaktub dalam Distribution of Gas Ordinance (DGO) 2016, PETROS telah dilantik sebagai pengagregat tunggal gas di Sarawak. Ini adalah langkah yang tepat untuk memastikan bahawa sumber gas kita diuruskan demi kepentingan rakyat Sarawak.

Maka dengan mengiktiraf PETROS bermaksud DGO 2016 juga diiktiraf. DGO ini adalah satu- satunya ordinan yang mengawal pengedaran gas di Sarawak. Kedudukan Sarawak telah jelas selama ini bahawa PDA 1974 dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 mesti wujud bersama untuk memastikan hak Sarawak dilindungi.

Dato’ Yang di-Pertua, Betong agak keliru dengan jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) pada 5 Februari yang lalu yang menyatakan PETRONAS menerima peranan PETROS sebagai aggregator gas bukan LPG di Sarawak. Adakah ia bermaksud gas tidak termasuk LPG? Saya

draft • 5:02 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

mohon penjelasan. Kenyataan ini agak mengelirukan kerana aggregator tunggal adalah untuk gas. Sama ada kegunaan domestik atau eksport.

Persoalannya, adakah Yang Berhormat Menteri berada dalam Mesyuarat Jawatankuasa MA63 bersama Perdana Menteri dan Premier Sarawak pada masa itu, rundingan itu dibuat? Adakah kenyataan tersebut telah disemak atau diverified dengan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak bahawa ia selari dengan apa yang telah dipersetujui antara Perdana Menteri dan Premier?

Sarawak juga mempunyai kepentingan dalam PETRONAS dan kita mahu PETRONAS terus maju. Maka amat penting untuk hormati hak PETRONAS dan PETROS di kawasan kekuasaan atau domain masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya mohon Menteri menjelaskan mengenai operasi dan aktiviti PETRONAS di wilayah Sarawak ini terutamanya mengenai pengecualian perlesenan untuk PETRONAS.

Kedua, pelan susunan perancangan atau arrangement – Business arrangement untuk LNG dan ketiga kewujudan bersama Undang-undang Persekutuan dan Sarawak, co- existence of Federal and state law, dengan izin. Saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan bahawa hak dan kepentingan rakyat Sarawak dilindungi sepenuhnya. Kerjasama ini bukan sahaja akan memastikan keadilan tetapi juga mengukuhkan perpaduan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan beberapa perkara mengenai pertanian dan keterjaminan makanan. Sektor pertanian dan perladangan merupakan tulang belakang ekonomi luar bandar. Saya menyambut baik seruan baginda dalam Titah Diraja untuk memperkasakan sektor pertanian dan komoditi.

draft • 5:02 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Namun usaha ini perlu disokong dengan pelaburan yang mencukupi dalam infrastruktur, teknologi dan latihan untuk petani dan pekebun kecil.

Betong ingin menyentuh mengenai salah satu komponen dalam rantaian bekalan pertanian iaitu pembekalan benih tanaman. Industri benih di negara kita masih dalam peringkat yang pramatang dan dianggarkan dalam 90 peratus daripada benih adalah diimport. Pengeluaran benih tempatan dan usaha penyelidikan amat minimum. Di samping itu, infrastruktur bagi menyokong industri benih menjadi lebih maju masih lagi kurang. Maka dengan memperkenalkan pelbagai perlesenan yang ketat pada peringkat ini secara tidak sengaja menyekat pertumbuhan industri benih negara. Ini kerana dengan peningkatan halangan dari segi peraturan akan menjejaskan semangat usahawan dan pelabur tempatan untuk bergiat dalam industri ini.

Keduanya, akan memburukkan lagi kebergantungan ke atas benih import yang mana bertentangan dengan niat kita untuk mencapai tahap sara diri dan keterjaminan makanan.

Pengawalan berlebihan terhadap industri yang masih baru berisiko mewujudkan halangan

draft • 5:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

pada inovasi industri benih memerlukan persekitaran yang dapat menyokong pertumbuhan bukannya membebankan dengan keperluan pematuhan sebelum ia mempunyai kapasiti untuk memenuhinya. Maka pendekatan yang lebih seimbang adalah penting untuk memastikan rangka kerja peraturan berfungsi sebagai pemangkin bukan penghalang pada perkembangan industri benih.

Untuk menangani isu dan cabaran ini, kerajaan harus tangguhkan dulu cadangan untuk membentangkan RUU Kualiti Benih Tanaman Negara supaya memberi peluang yang cukup untuk industri membangun, menyesuaikan serta membina keupayaan industri benih itu sendiri. Kerajaan patut membina ekosistem yang menyokong industri benih negara, mengutamakan dasar yang menggalakkan pengeluaran benih tempatan, menyediakan insentif untuk R&D dan memudahcarakan perkongsian pengetahuan di kalangan pemegang taruh. Lipatkanlah pemegang taruh, petani, pengedar benih, penyelidik dan pemain industri penting dalam proses pembuat dasar untuk memastikan kerangka dasar itu mencerminkan realiti di lapangan dan keperluan industri benih itu sendiri. Belajarlah daripada amalan terbaik global. Lihatlah negara yang telah berjaya beralih dari kebergantungan dengan pengimportan benih pada tahap sara diri dan guna pakai pengajaran mereka untuk menggubal dasar kita.

Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit mengenai bencana banjir. Baru-baru ini, Sarawak dan Sabah juga telah dikejutkan dengan bencana banjir besar yang berlaku di banyak tempat di Sarawak. Ia telah menyebabkan banyak kerosakan terhadap harta benda serta infrastruktur awam. Betong turut bersimpati dengan mangsa- mangsa banjir tersebut. Betong ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa bencana yang telah menjalankan tugas yang baik bagi membantu mangsa.

Walau bagaimanapun, Betong ingin mengutarakan beberapa persoalan dan cadangan.

Pertamanya, sejauh manakah Projek Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) telah berfungsi dan membantu memberi amaran kepada masyarakat yang terjejas oleh bencana banjir di Sarawak dan Sabah baru-baru ini? Betong mohon agar kerajaan memastikan segala aset-aset yang digunakan untuk urusan menyelamat ditambah dan ditingkatkan di masa akan datang, mengambil kira intensiti hujan yang ekstrem dan menyebabkan banjir teruk dan kerosakan infrastruktur.

Kedua, kerajaan perlu sediakan dana yang cukup bagi membaiki segala infrastruktur awam yang rosak akibat banjir. Bagi gerak kerja pasca banjir, Betong mengharapkan agar Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dapat menggerakkan gerak kerja dalam usaha pembaikan dan membabitkan koordinasi dan tindakan pelbagai agensi kerajaan bagi mempercepatkan pemulihan terutamanya infrastruktur kawasan yang terjejas seperti sekolah, jalan raya dan sebagainya. Ini penting bagi memastikan keadaan kerosakan yang terjadi akibat banjir berkenaan tidak mengancam keselamatan dan memberi gangguan dan ketidak keselesaan kepada penduduk dalam tempoh yang lama.

draft • 5:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon satu minit tambahan untuk isu yang terakhir iaitu mengenai pendidikan. Saya senada dengan rakan saya daripada Igan bahawa pertamanya mengenai kadar yuran MSSM untuk setiap pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, peruntukan untuk mengurus, penyertaan murid oleh pihak sekolah dalam semua aktiviti sukan dan permainan di peringkat daerah, bahagian dan negeri dalam tahun semasa adalah sangat sedikit dan tidak mencukupi, sedangkan potensi murid dalam pelbagai jenis sukan sangat baik untuk diketengahkan. Kadar yuran sedia adanya sudah tidak relevan lagi dengan situasi kenaikan kos harga barang. Oleh itu Betong mohon kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar yuran MSSM bagi setiap murid sekolah rendah dan menengah.

Seterusnya, mengenai kegiatan kokurikulum. Sama juga wajib dilaksanakan di peringkat sekolah untuk tujuan penilaian dan penggredan. Kekangan peruntukan ini di peringkat sekolah sedikit sebanyak menyebabkan kesukaran untuk menghantar penyertaan dalam aktiviti kokurikulum pada tahun semasa. Maka setiap tahun pelajar perlu menyertai banyak jenis aktiviti yang ditawarkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi murid serta sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Maka situasi ini menyebabkan ada sesetengah guru dan jurulatih terpaksa mengeluarkan peruntukan peribadi bagi mencukupkan keperluan murid semasa pertandingan. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menyalurkan peruntukan khas kepada sekolah untuk menyelesaikan isu ini.

Seterusnya yang akhir sekali yang mengenai Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma di kolej vokasional. Ia adalah majlis diadakan secara berpusat dengan mod pelaksanaan bersemuka. Oleh itu, keluhan daripada ibu bapa graduan daripada Sarawak yang dijemput untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut yang diadakan di Semenanjung ini dan bagi keluarga yang kurang mampu, maka ia menyebabkan bebanan kewangan membeli tiket penerbangan, penginapan, makanan dan sebagainya. Oleh itu, Betong mengesyorkan agar Kementerian Pendidikan mempertimbangkan pada masa akan datang, adakanlah satu majlis di Sarawak bagi meringankan perbelanjaan khas untuk pelajar yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan ke konvokesyen di Semenanjung.

Akhir sekali sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa kemajuan negara hanya akan bermakna jika ia dirasai oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Saya berharap agar Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memastikan bahawa hak dan kepentingan rakyat terus dilindungi sepenuhnya. Marilah kita bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia dengan semangat perpaduan, keadilan dan kemakmuran yang berkekalan. Dengan itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sila Yang Berhormat Gerik.

draft • 5:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan buat Gerik bagi membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya adalah Gerik ingin menyentuh tentang prestasi Kerajaan MADANI. Mengikut tinjauan Merdeka Center, berdasarkan kajian terbaru oleh Merdeka Center yang telah dijalankan antara 27 November hingga 10 Disember 2024 yang lalu, melibatkan 1,207 orang pengundi berdaftar. Walaupun pentadbiran Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun telah menunjukkan peningkatan dalam tahap kepuasan rakyat dengan tinjauan 54 peratus berbanding dengan 50 peratus pada tahun sebelumnya. Namun, terdapat beberapa rungutan dan isu yang disuarakan di kalangan rakyat Malaysia.

Pertamanya adalah berkenaan tekanan kos sara hidup yang mana masih ramai rakyat masih merasa terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Walaupun terdapat usaha kerajaan untuk mengekang inflasi dan meningkatkan ekonomi, kebimbangan mengenai pengurangan subsidi, peningkatan cukai dan kenaikan harga barangan asas masih lagi menjadi isu utama. Apatah lagi peningkatan subsidi bersasar petrol yang dijangka dilaksanakan pada pertengahan tahun ini dan kenaikan tarif elektrik yang dijangka selepas Julai 2025 ini pasti membimbangkan rakyat secara keseluruhan. Harga barangan asas pasti akan melambung apabila kos pengeluaran meningkat.

Keduanya adalah isu ketidakstabilan politik yang mana sebahagian rakyat berpendapat bahawa negara sekarang sedang menuju ke arah yang salah. Dengan 53 peratus responden dalam tinjauan Merdeka Center menyatakan kebimbangan terhadap ketidakstabilan politik dan pentadbiran yang lemah dengan gabungan parti-parti dengan kerusi minoriti yang membentuk kerajaan, dengan dasar-dasar antara parti pula yang amat berlainan.

Ketiganya, tinjauan berkenaan dengan kebebasan bersuara dan demokrasi.

Terdapat kritikan bahawa demokrasi di bawah kerajaan semakin terhakis. Contohnya penggantungan Ahli Parlimen Machang selama enam bulan pada Julai 2024 yang lalu telah menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa ruang untuk bersuara dan menyuarakan isu-isu kritikal semakin sempit. Begitu juga tindakan provokatif Menteri Komunikasi, isu 3R dan pelbagai sekatan-sekatan terhadap sosial media.

Keempatnya adalah persepsi terhadap hala tuju negara. Walaupun 54 peratus responden menyatakan kepuasan terhadap Kerajaan MADANI, namun 53 responden yang

draft • 5:17 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

lain berpendapat negara kita sedang menuju ke arah yang salah berbanding hanya 39 peratus sahaja responden yang merasakan negara berada di dalam landasan yang betul.

draft • 5:17 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Sebanyak 65 peratus daripada responden menyatakan bahawa kebimbangan terhadap perkembangan isu ekonomi Malaysia yang dianggap sebahagian masalah utama dalam negara. Jadi, Tuan Yang di-Pertua secara keseluruhannya walaupun terdapat peningkatan dan kepuasan terhadap kepimpinan dan prestasi kerajaan, kebimbangan terhadap isu-isu yang Gerik sebutkan tadi telah menjadi perhatian utama rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua negara Malaysia masih terperangkap dengan middle-income trap dan kurangnya pelabur asing dan pelaburan domestik yang masih lemah.

Malaysia sering dianggap terperangkap dalam negara berpendapatan sederhana atau middle-income trap di mana ia merujuk kepada sesebuah negara yang telah mencapai satu status pendapatan sederhana tapi kemudiannya gagal untuk terus berkembang menjadi negara berpendapatan tinggi.

Malaysia telah berada dalam kategori ini sejak beberapa dekad. Tepatnya sejak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997-1998 dan pertumbuhan ekonomi kita menjadi sangat sederhana. Kadar gaji pekerja tahun 2000 hingga 2005 tidak banyak berubah berbanding sekarang. Malaysia dilihat bergelut dan sukar untuk menghadapi banyak cabaran untuk keluar dan melonjak ke status negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan.

Ada pelbagai faktor yang menjadikan Malaysia terperangkap dalam middle-income trap. Antaranya adalah pertama kita terlalu bergantung pada sumber asli dan sektor tradisi seperti minyak, petroleum, sawit dan getah. Jadi, Gerik berpandangan sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada komoditi dengan memajukan sektor-sektor seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan industri kreatif. Lain pula keadaan jika kita mendapat sumber mineral baharu seperti REE yang berpotensi diteroka namun ia perlu dipastikan dapat dilaksanakan oleh negara dan rakyat tempatan secara mandiri.

Bukannya kita bergantung pada pihak luar semata-mata.

Kedua adalah isu produktiviti kita yang stagnant yang mana walaupun kita melabur banyak dalam infrastruktur dan teknologi, produktiviti buruh kita tidak berkembang dan seiring dengan pemain industri yang masih lagi bergantung pada tenaga buruh murah dan tenaga buruh asing. Jadi, kerajaan perlu kaji semula kemahiran pekerja tempatan kita dengan reskilling ataupun upskilling buruh tempatan dan polisi pengambilan pekerja asing juga perlu dikaji semula dan diperketatkan. Penuhi sektor dengan pekerja tempatan dahulu. Begitu juga dengan kerjasama antara industri dengan industri tempatan, kolej dan pusat-pusat latihan dalam negara. Syllabus pendidikan juga haruslah seiring dengan perkembangan industri.

Ketiga adalah kekurangan inovasi dan R&D di mana Malaysia belum berjaya memacu inovasi secara menyeluruh. Pelaburan inovasi dalam bidang inovasi pula sangat rendah berbanding dengan negara maju. Ini membatasi keupayaan kita.

draft • 5:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Keempat adalah kerana sistem pendidikan kita tidak seimbang. Kualiti pendidikan terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan ekonomi berteknologi tinggi.

Kelima, isu gaji dan ketidakseimbangan pendapatan yang mana gaji bagi pekerja berkemahiran masih rendah menyebabkan brain drain dengan izin, di mana tenaga kerja mahir kita berhijrah ke luar negara untuk peluang yang lebih baik seperti Singapura. Untuk mengatasinya, kerajaan di samping menaikkan kadar gaji minimum, kerajaan perlu juga adakan kerjasama industri dengan kementerian agar meneliti dan menstruktur semula tangga gaji, tingkatkan gaji dan faedah pekerja mahir dan memperkenalkan gaji berdasarkan kemahiran, pengalaman dan prestasi. Begitu juga, faktor birokrasi dan tadbir urus yang lemah dan kurangnya integrasi dalam ekonomi digital menjadikan negara kita semakin terperangkap dalam middle-income trap.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu kelemahan dalam infrastruktur dan sistem pengangkutan di luar bandar juga menjadikan negara kita ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Gerik mencadangkan supaya kita memadankan daerah luar bandar dengan industri-industri berat atau syarikat global. Ini bukan sahaja dapat mempercepatkan pembangunan infrastruktur tetapi juga akan membuka peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi kepada penduduk tempatan dan merangsang ekonomi setempat melalui pemindahan teknologi. Ada banyak contoh antarabangsa seperti Zon Ekonomi Khas China di Shenzhen.

Kemudian, kita juga ada Program One Village One Product (OVOP) di Oita, Jepun.

Kemudian, industri di Jerman seperti ‘Wurzburg’ dan pembangunan koperasi seperti New Zealand yang melaksanakan koperasi tenusu seperti Fonterra yang menjadi pemain utama dalam industri global.

Galakan modal koperasi enterprise dan koperasi yang dikendalikan oleh komuniti tempatan dengan sokongan kewangan dan latihan daripada kerajaan. Walaupun di Malaysia kita ada Proton di Tanjung Malim, Naza Automotive di Kedah. Kemudian, kita ada PETRONAS Chemicals di Gebeng, Pahang, PETRONAS di Kerteh, Terengganu tetapi kita tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan syarikat global tadi untuk membangunkan bandar kita. Kalau kami di Gerik, kami juga ada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sepatutnya TNB ini memainkan peranan untuk membangunkan daerah Gerik dan Hulu Perak ini. Seperti contohnya, menjadi pelabur utama untuk pembinaan bandar baharu atau bina Universiti Tenaga Nasional di sana atau mungkin juga menjadikan Gerik sebagai bandar cekap tenaga, bandar elektrik dan sebagainya.

Begitu juga potensi daerah-daerah lain. Terdapat banyak lagi daerah luar bandar kita yang mempunyai potensi untuk dipadankan dengan syarikat besar atau perniagaan global.

Faktor-faktor seperti kesediaan tanah, sumber mineral semula jadi dan kedudukan strategik boleh menjadi tarikan untuk pelaburan. Sebagai contoh, daerah Pantai Timur dan Malaysia

draft • 5:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Timur di Sabah dan Sarawak yang mempunyai sumber asli yang melimpah dan boleh dimanfaatkan untuk pembangunan industri.

Rumusannya Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mempunyai potensi besar untuk keluar daripada middle-income trap tetapi memerlukan komitmen dan political will yang kuat dan dasar-dasar yang lebih berani untuk berubah struktur ekonomi negara. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, sedikit berkenaan isu kawasan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, Gerik ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua berkenaan kawasan Parlimen Gerik untuk permohonan dan tindakan kementerian yang berkenaan.

Pertama, isu gajah di jalan raya Timur-Barat. Semakin hari semakin agak meruncing, Tuan Yang di-Pertua. Sehingga kini, kementerian telah memasang 144 buah lampu solar sepanjang jalan di mana spot, spot gajah yang selalu ada dan bahagian PERHILITAN pun telah dapat untuk memindahkan gajah dan sebagainya. Namun, akhir-akhir ini semakin banyak pula gajah di situ. Jadi, kita telah menerima banyak aduan sama ada daripada bertulis kah, Facebook dan sebagainya di mana gajah-gajah ini kalau boleh tengoklah dalam sosial media. Dia dah sampai cuba mengganggu nak langgar kereta dan sebagainya. Jadi, kita khuatir dalam musim-musim ke depan ini bulan puasa, perayaan yang akan tiba nanti, ia akan lagi banyak kenderaan.

Kalau ikutkan statistik sekarang sahaja pengguna Lebuh Raya Timur-Barat, 4,000 kenderaan sehari. Jadi, apabila menjelang perayaan, akan lebih bertambah lagi. Jadi, kita minta kementerian yang terbabit untuk ambil tindakan sewajarnyalah sebelum bermulanya bulan puasa dan hari raya.

Kedua, Gerik ingin menarik perhatian juga Kementerian Pelancongan berkenaan persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi, Gerik dan Pengkalan Hulu ini di bawah Parlimen saya sangat berpotensi sebenarnya untuk dibangunkan dan menjadi ikonik kepada Tahun Melawat Malaysia. Kalau macam di Gerik, kita ada hutan simpan, binatang hidupan liar, Tasik Banding, Sungai Perak, empangan hidro. Jadi, kerajaan boleh suntiklah dana pembangunan yang sepatutnya agar kami seiring dalam persediaan Kementerian Pelancongan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kalau di Pengkalan Hulu pula, di tempat saya merupakan sempadan antara Malaysia dan Thailand dan menjadi tumpuan pelancong. Jadi, kita mohon hampir dua juta pelancong keluar masuk melalui laluan di Pengkalan Hulu. Jadi, kita mohon daerah Pengkalan Hulu ini kalau boleh dijadikanlah zon eksklusif sempadan kah di mana perniagaan antara kedua negara boleh dinaik taraf, infrastrukturnya, kedainya dan diberi sedikit kebebasanlah kerana cukai yang istimewa dan sebagainya. Sebab kita ada masa lagi agi satu tahun ya untuk kita buat perubahan pada daerah tersebut.

Ketiga tentang isu NREE ataupun Non-Radioactive Rare Earth di Mukim Kenering.

Hulu Perak. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas kita dah dijemput menghadiri sidang NREE atas kementerian. Terima kasih atas jemputan. Cuma, seperti mana

draft • 5:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

yang kita dah tegaskan masa perbincangan hari itu pun, sekali lagilah saya tegaskan di sini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, berkenaan hasil pengeluarannya Tuan Yang di- Pertua. Jadi, kalau boleh hasil pengeluaran itu ya lah dapat pada negeri dan negara. Jangan lupa pulangkan kembali 10 percent atau 20 percent untuk bangunkan daerah itu. Sebab apabila perlombongan itu berlaku seperti sebelum-sebelum ini pembalakan dan sebagainya, kita tak dapat apa-apa manfaat. Penduduk tak dapat apa-apa manfaat. Apa yang kita dapat banjir, yang kita dapat tanah runtuh dan sebagainya. Jadi, selepas ini kerajaan perlu ada satu polisi yang ketatlah untuk kembali memajukan daerah mana yang kita ambil hasil bumi tadi. Barulah adil untuk rakyat.

draft • 5:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Akhir kata, Gerik juga ingin mengalu-alukanlah mana-mana pelabur luar tempatan Malaysia bagi industri usahawan yang berminat untuk teroka di kawasan kami untuk bangunkan perniagaan dan sebagainya, bolehlah ke kawasan kami untuk dimajukan supaya kami seimbang dengan daerah-daerah maju yang lain. Sekian, Gerik mohon menyokong.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sila Yang Berhormat Bangi.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah dan menjunjung kasih pada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas satu Titah Diraja pembukaan Parlimen yang cukup padat dan bermakna. Saya mulakan Dato’ Yang di-Pertua dengan isu pertama saya iaitu reformasi institusi.

Ramai di luar sana yang mengkritik kerajaan MADANI ini kononnya tidak melaksanakan reformasi institusi. Tetapi sebenarnya kalau kita lihat secara objektif Dato’ Yang di-Pertua – maaf Tan Sri Yang di-Pertua.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebenarnya banyak penambahbaikan dan reformasi yang telah dilaksanakan. Dalam Dewan ini sahaja kita telah contohnya memansuhkan hukuman mati mandatori, menjenayahkan percubaan membunuh diri, memperkasakan SUHAKAM, mengiktiraf dan memperkasakan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, mengangkat taraf saksi kanak- kanak dan macam-macam lagi. Senarai yang begitu panjang dan sebenarnya mereka yang kata tidak ada reform ini apa yang mereka maksudkan ialah tidak ada reform yang mereka nak. Reform yang tidak mengikut tekak mereka sebenarnya.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tapi kita kena juga akui bahawa reformasi pilihan raya atau electoral reform masih belum dilaksanakan. Salah satunya adalah sudah tentu memastikan bahawa persempadanan kawasan pilihan raya dijalankan dengan adil. Kalau kita tengok Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan Persekutuan peruntukan mengenai persempadanan terkandung dalam Jadual Ketiga Belas iaitu fasal 2C Jadual Ketiga Belas Perlembagaan menyatakan antara lain bahawa bilangan pemilih dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam suatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak ataupun dalam bahasa Inggeris approximately equal kecuali ukuran kewajaran ataupun dalam bahasa Inggeris weightage diberikan kepada kawasan luar bandar.

Masalahnya Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, perkataan lebih kurang sama banyak ini yang menjadi pertikaian setiap kali ada persempadanan semula. Perkataan approximately equal, dengan izin ini memberi ruang yang luas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menentukan jumlah pengundi dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan kita dah bawa kes ini sebelum-sebelum ini. Saya sendiri pernah mewakili mereka yang membantah persempadanan semula yang sebelum ini berlaku. Akhirnya, kerana tidak ada takrifan apa dia dengan izin approximately equal, maka Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kebebasan untuk menentukan.

Sudah tentu bila kita berbicara tentang persempadanan semula kawasan Parlimen Bangi akan sentiasa disebut-sebut kerana Bangi adalah kawasan Parlimen dengan jumlah pengundi yang paling ramai lebih daripada 300,000 pengundi berdaftar. Kami juga juara kalau nak dikira jumlah penduduk lebih daripada 700,000 Tan Sri yang ada dalam kawasan Parlimen Bangi. Lebih daripada dua kali ganda jumlah pengundi. Kami di Bangi ini mempunyai lebih ramai penduduk daripada negara Brunei yang saya dan Tan Sri pergi sama- sama hari itu dan juga negara Luxembourg.

Kalau kita ambil dalam Selangor sahaja sebagai perbandingan, kawasan yang paling kecil – saya tak nak sebut dekat manalah tapi yang kawasan yang paling kecil 51,000 pengundi dan yang paling besar Bangilah 300,000 iaitu lebih daripada lima kali ganda, Tan Sri Yang di-Pertua. Adakah lima kali ganda ini kita boleh kata sebagai lebih kurang sama walaupun kita bagi weightage ataupun unjuran pemberatan kepada kawasan luar bandar.

Sudah tentu perkara ini harus disemak semula kerana tidak adil buat pengundi di Bangi dan juga kawasan-kawasan Parlimen mega yang lain di mana nilai undi mereka jauh lebih rendah berbanding kawasan lain.

Kerajaan, Tan Sri Yang di-Pertua wajar mempertimbangkan satu pindaan kepada Jadual Ketiga Belas untuk menetapkan satu kiraan yang jelas tentang apa dia approximately equal ini Tan Sri Yang di-Pertua supaya tidak timbul situasi seperti kawasan yang lima kali ganda walaupun dalam negeri yang sama.

Pindaan yang saya cadangkan ini harus mendukung prinsip, “One person, one vote, one value.” Kalau kita ikut syor daripada BERSIH formula yang digunakan haruslah tidak lebih

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

daripada 10 peratus daripada purata untuk negeri tersebut. Jadi, kalau di Selangor kita ambil kalau kita kata purata kata dalam 160,000 hanya 10 peratus atas atau bawah sahaja untuk setiap kawasan Parlimen.

Di samping itu, saya juga ingin mengulangi cadangan saya tahun lepas supaya kita memaktubkan pendanaan kawasan Parlimen ke dalam undang-undang. Maknanya, kita gubal satu undang-undang supaya setiap kawasan Parlimen akan mendapat peruntukan tidak kira sama ada kawasan itu diwakili oleh pihak pembangkang ataupun kerajaan. Ha, yang pihak sebelah sana mesti sokong punyalah. Banyak pihak mencadangkan bahawa kita adakan satu Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan ataupun Constituency Development Fund Act dan saya sokong cadangan ini.

Pihak di sana dan di sini bolehlah kita berunding untuk capai satu kata sepakat mungkin dalam bentuk satu MoU, bagi peruntukan. Tapi pada masa yang sama kita pun kata ataupun mereka pun kata kita nak bahawa Constituency Development Act ini digubal dalam undang-undang. Nanti bila dah ada kalau, contohnya Perdana Menteri pada ketika itu nak bagi extra pada mereka yang menyokong kerajaan, itu terpulang. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat pastikan bahawa walaupun siapa berkuasa, kawasan itu tetap akan dapat peruntukan, Tan Sri Yang di-Pertua.

Seterusnya, saya nak sentuh mengenai satu perkara lagi iaitu tentang rawatan kesuburan. Kadar keseluruhan kesuburan atau total fertility rate di Malaysia berada dalam trend menurun. Ini sebenarnya selari dengan tren seluruh dunia. Kalau ikut data DOSM, data menunjukkan 2.1 anak bagi setiap wanita dalam tahun 2010, kini 1.6 orang anak setiap wanita pada tahun 2022. Kita tahu ada banyak faktor menyumbang kepada penurunan ini dan salah satu faktor adalah infertility ataupun ketidaksuburan.

Ketidaksuburan ini saya nak tekankan di sini bahawa ia boleh berlaku pada wanita mahupun lelaki, Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi pasangan yang mendambakan cahaya mata tetapi mengalami masalah kesuburan lelaki mahupun wanita, rawatan kesuburan termasuk rawatan persenyawaan atau in vitro fertilization (IVF) memberi peluang dan harapan kepada mereka. Tetapi, walaupun kita tahu kos rawatan kesuburan dan IVF ini makin lama makin menurun, tetapi kita tak dapat nafikan bahawa ia masih terlalu tinggi untuk ramai di luar sana.

Kos purata kita tengok dalam lingkungan RM14,000 hingga RM16,000 satu cycle satu kitaran.

Terdapat inisiatif daripada kerajaan seperti pengecualian cukai serta individu diberikan hak untuk mengeluarkan wang caruman daripada Akaun 2 bagi tujuan rawatan.

Tapi pada masa yang sama Tan Sri Yang di-Pertua, tiada jaminan pasangan yang menjalani IVF ini akan menimbang cahaya mata. Mereka dah spend tapi there is no guarantee akan dapat anak. Maka realitinya adalah untuk sebilangan besar rakyat di luar sana kalaupun mereka ada dana, mereka hanya boleh lakukan sekali atau dua kali sahaja. Kos rawatan IVF dan kesuburan pula akan makin meningkat apabila mereka makin berusia.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Oleh itu, adalah penting untuk kita kenal pasti isu kesuburan ini awal supaya intervensi dapat dilakukan. Kerajaan harus memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran tentang isu kesuburan ini, apatah lagi di kalangan lelaki Tan Sri Yang di-Pertua kerana masih ada lagi stigma orang lelaki nak dapatkan diagnosis mengenai kesuburan mereka. Kadangkala mereka mendapat diagnosis terlalu lewat ataupun mereka sangka tiada salah pada mereka. Mereka salahkan wanita pula.

Kita tahu juga terdapat bantuan IVF, Antaranya Yayasan Fertiliti Tunku Azizah

(TAFF) yang diterajui oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah. Yayasan seperti ini sudah tentu memberi cahaya harapan kepada begitu ramai pasangan tetapi sudah tentu apa yang mereka boleh sumbangkan juga adalah terhad. Pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji penubuhan sebuah yayasan yang dikendalikan oleh kerajaan sendiri untuk memberi bantuan kepada pasangan yang layak dengan dana disumbangkan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri Yang di-Pertua, saya secara peribadi mengetahui dugaan dan cabaran perasaan meletakan harapan dan kemudian kekecewaan yang meranapkan jiwa apabila kita berkali-kali cuba IVF dan tidak berhasil. Saya juga tahu kesyukuran dan kegembiraan yang dirasai selepas bertahun-tahun mencuba dan akhirnya berjaya. Oleh itu saya percaya bahawa Allah SWT beri saya ruang dan peluang ini dalam Dewan yang mulia ini untuk utarakan isu ini supaya dapat diangkat dan dijadikan satu perbincangan untuk penambahbaikan.

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, ada dia lagi isu tempatan. Pertamanya, saya duduk di sebelah Yang Berhormat Ampang, kita sentiasa membangkitkan isu tentang EKVE.

Penduduk di kawasan saya penduduk yang tinggal di Bandar Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras hari-hari terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas Tan Sri Yang di-Pertua. Kami telah berjumpa dengan pihak LLM, LLM maklumkan kepada kami bahawa penyelesaiannya terletak pada EKVE ini tetapi EKVE ini telah lama tergendala.

Pada satu soalan yang telah diutarakan dalam Kamar Khas tahun lepas, kami telah dimaklumkan bahawa EKVE ini akan disiapkan insya-Allah pada tahun ini selewat-lewatnya pada second half ataupun by suku ketiga tahun ini bulan Jun 2025. Jadi saya berharap bahawa pihak kerajaan dapat memantau status projek ini supaya akhirnya sekurang-kurangnya seksyen satu dalam EKVE itu dapat disiapkan iaitu daripada Sungai Long kawasan saya sampai ke kawasan YB Ampang dapat disiapkan dan kemudian kita akan dapat membantu pihak yang terpaksa melalui kesesakan lalu lintas setiap hari.

Akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pelancongan.

Tahun ini, Tahun Melawat Selangor, tahun hadapan Tahun Melawat Malaysia. Maknanya kita jangkakan ramai pelancong– sedikit saja Tan Sri, mungkin satu atau dua minit. Ramai pelancong akan hadir ke negara kita di samping pelancong-pelancong yang dari dalam negara

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

tersendiri. Dalam kita mempromosikan pelancongan seperti di Langkawi, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, kita juga jangan lupa kawasan-kawasan seperti Kajang.

Kajang ini, Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kawasan Parlimen saya, setengah jam sahaja daripada ibu kota dan dia lagi dengan KLIA sebenarnya. Kajang ini adalah satu kawasan yang mempunyai potensi pelancongan yang amat besar terutama sekali sebagai destinasi warisan dan budaya. Dekat Kajang Tan Sri Yang di-Pertua, kita ada bangunan-bangunan yang lebih daripada 100 tahun. Kita ada Tokong Shen Sze She Yar, Sekolah Menengah Tinggi Kajang atau Kajang High School, SJK(C) Yu Hua, SK Leftenan Adnan, Kuil Sri Subramaniar dan macam-macam lagi. Terdapat juga kampung apung tradisi seperti Kampung Sungai Sekamat dan juga Kampung Baru seperti di Sungai Chua yang mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri.

Sudah tentu Kajang juga terkenal sebagai sate yang saya berani kata dalam Dewan ini, merupakan sate yang terbaik di seluruh Malaysia malahan di Asia Tenggara Tan Sri Yang di-Pertua. Oleh itu...

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Kena belanja, kena belanja.

draft • 5:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Ketawa] Oleh itu, saya berharap bahawa Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC dapat bekerjasama dalam menjadikan Kajang sebagai satu bandar tarikan pelancong dari dalam dan luar negara supaya Kajang menjadi bandar warisan setara dengan bandar-bandar warisan lain seperti Georgetown, Taiping dan juga Kota Melaka.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, itu saja Tan Sri Yang di-Pertua. Sekian, Bangi mohon menyokong usul. Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Bangi. Mungkin Bangi nak organizekan hari makan Sate Kajang di Parlimen ini ya. Baik. Sebelum saya jemput Sik, saya nak maklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjawab pertanyaan semasa waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari esok, Khamis 13 Februari 2025. Maknanya, Perdana Menteri akan ada besok untuk menjawab soalan-soalan yang mereka kemukakan. Insya-Allah.

Baik. Saya jemput Sik. Silakan, 12 minit.

draft • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Pada petang ini saya juga bersama-sama dengan seluruh Ahli Dewan bagi membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas pada hari ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, Sik ingin mengambil serius berkenaan dengan usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi usaha memperkasakan sektor pertanian dalam negara kita. Seperti mana yang di titah dalam ucapan Baginda dalam perkara

draft • 5:45 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

yang ke-17. Isu ketiadaan beras putih tempatan terus berlanjutan sudah lebih setahun. Isu ini memberi satu pengajaran kepada kita bahawa apa yang kita ungkap dan kita kritik ketika menjadi pembangkang, tidak sama dan tidak semudah ketika mana kita sudah pun diberi amanah sebagai kerajaan.

Saya yakin perkara-perkara penting soal keterjaminan makanan ini bukan satu hari atau dua hari untuk kita selesaikan. Antara perkara yang boleh dilihat oleh pihak kementerian dalam soal keterjaminan makanan hal perbekalan beras putih tempatan iaitulah satunya kerajaan perlu melihat agar harga kawalan beras import diperketatkan dan mewujudkan harga siling supaya ia tidak sewenang-wenangnya di manipulasi oleh kartel-kartel padi dan beras yang memonopoli industri ini.

Saya membangkitkan pada 6 November 2024 yang lepas, tahun lepas, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyatakan bahawa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini sudah menyiapkan laporan berkaitan kartel padi dan beras. Akan tetapi, sehingga ke hari ini, 12 Februari, laporan tersebut masih tidak dibentangkan kepada sama ada kerajaan sendiri ataupun kepada seluruh rakyat.

Adakah kerajaan tidak ada keberanian untuk membentangkan laporan ini di ketika mana rakyat menanti apa sebenarnya isu apabila ketiadaan beras putih tempatan, sedangkan petani mengatakan kami telah menghasilkan lebih daripada 60 peratus keperluan beras negara termasuklah di jelapang padi di negeri Kedah, Perlis dan sebagainya. Perkara ini perlu segera jawapan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memetik kenyataan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 14 Mei 2024 yang mengatakan bahawa buat masa ini, penghasilan beras tempatan sekitar 62 hingga 63 peratus sahaja di mana Malaysia akan sentiasa menghadapi masalah dalam isu ketiadaan beras tempatan sekiranya ia tidak mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus tahap sara diri beras iaitu SSL.

Saya ingin menarik perhatian Dewan berkenaan garis masa dalam menentukan hala tuju industri padi dan beras ini. Ketika pada tahun 2020, ketika Yang Berhormat Beluran menjadi Menteri Pertanian telah menyatakan bahawa SSL padi negara adalah pada kadar 70 peratus pada ketika itu. Ini menyaksikan penyusutan kira-kira tujuh hingga ke lapan peratus SSL padi negara iaitu dibandingkan dalam ketika mana kerajaan hari ini.

Perkara ini sangat serius dan perlu diambil perhatian yang sebaiknya oleh pihak kementerian bahawa soal SSL beras ini tidak ada kompromi untuk kita nyatakan penyusutan itu adalah perkara biasa. Ia penting untuk melihat masa depan negara kita tidak bergantung sepenuhnya daripada perbekalan beras daripada luar negara.

Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu melihat ini perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan melihat bagaimana fungsi kementerian ini dengan supaya lebih berani dan

draft • 5:45 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

memastikan bahawa soal keterjaminan makanan ini tidak diambil mudah dan tidak diambil berat sepenuhnya oleh kerajaan.

draft • 5:45 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengutarakan masalah yang juga kritikal dalam soal keterjaminan makanan iaitu kurangnya keterlibatan golongan muda dalam sektor pertanian sebagai langkah dalam pelan jangka panjang dari segi kemampanan sektor pertanian. Sehingga kini, sektor pertanian khususnya industri padi dan beras terdiri daripada 60 peratus golongan tua dan hanya 40 peratus daripada golongan muda. Sudah pasti ia berkait rapat dengan ketiadaan jaminan pendapatan yang lebih baik di kalangan para petani- petani muda yang mereka ingin ceburi dalam bidang ini.

Saya turut ingin mengatakan berapakah graduan universiti tempatan yang berteraskan bidang pertanian yang terlibat dengan industri ini. Hal ini penting bagi menilai keupayaan negara menghasilkan sumber manusia yang seiring dengan permintaan hasil pertanian yang sangat kritikal.

Tuan Yang di-Pertua, kita menyaksikan juga penyusutan kawasan tanah pertanian sawah padi. Sudah pasti ini juga berkait rapat di antara kerjasama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya yakin ini juga antara sebab apabila kerajaan negeri yang telah mengorbankan ratusan hektar tanah untuk dikekalkan kawasan pertanian ini tidak mendapat imbuhan yang sewajarnya dari segi kutipan hasil cukai tanah pertanian yang sangat rendah berbanding dengan kutipan hasil cukai tanah industri jika ditukar statusnya itu.

Saya memberi suatu pandangan supaya inisiatif oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri perlu dibincang secara serius bagi mengekalkan tanah bagi tujuan pertanian padi supaya SSL kita tadi dapat ditingkatkan daripada sehingga ke 80 peratus dan yang terbaiknya sehinggalah ke 80 peratus. Saya yakin tuntutan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk melihat bahawa Kerajaan Persekutuan juga mengambil hal penting dalam soal hasil tanah pertanian itu menjadi agenda utama kerajaan pada hari ini.

Kita juga boleh melihat bagaimana kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri termasuk dalam soal kebajikan masyarakat, kebajikan rakyat. Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diberi tanggungjawab bersama di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri. Begitu jugalah maknanya soal tanah untuk pertanian ini perlu diwujudkan kerjasama yang lebih kuat di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan soal hal antarabangsa iaitu berkaitan dengan pembangunan semula Gaza yang telah pun dibangkitkan juga oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu Malaysia perlu kekal teras mendukung prinsip keamanan dan menentang keganasan serta penindasan ke atas mana-mana negara atau etnik.

Saya ingin membangkitkan ketika mana satu ucapan di dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Jelutong pada 4 Februari yang lalu, di mana ucapan beliau itu sangat-sangat

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

mengelirukan bahkan memberi satu gambaran yang salah berkaitan dengan dasar yang telah pun dinyatakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan usaha Malaysia untuk pembangunan semula Gaza.

Saya quote balik ucapan Yang Berhormat Jelutong, “Saya ingin menyentuh tentang cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai rancangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membangunkan semula wilayah Gaza. Tetapi, saya ingin menyatakan secara terbuka di Dewan yang mulia ini, cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini mungkin tidak diterima oleh rakyat Malaysia kerana ada yang mengingatkan Perdana Menteri bahawa ada banyak lagi perkara-perkara yang masih belum dan perlu diselesaikan di Malaysia". Saya ingin bertanya, adakah kenyataan Yang Berhormat Jelutong ini adalah pendirian rasmi daripada parti Yang Berhormat Jelutong sendiri? Adakah juga ini bertentangan seperti mana yang dinyatakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau yang menyebut, saya quote-kan, “Inilah malapetaka paling dahsyat yang menimpa umat Islam, umat manusia. Ada pula golongan yang kononnya cerdik, pemimpin-pemimpin lama dulu berkata sekolah kita pun tak selesai, nak tolong orang lain. Ini perasaan hati manusia. Bagaimana ini? Kita tolong orang kampung lain boleh kata masalah kampung kamu pun belum selesai. Dalam Islam tidak pernah fikir begitu”. Ini kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita menyatakan ini pendirian rasmi kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa sokongan kita untuk pembangunan semula Gaza adalah satu usaha yang berterusan sebagai suatu tanggungjawab kita sebagai seorang manusia. Di ketika mana lebih 2.4 juta rakyat di Gaza dalam keadaan mereka hidup bukan sebagai seorang manusia apabila seluruh kehidupan mereka musnah, rumah mereka musnah, keperluan-keperluan asas musnah, bagaimana kita mengatakan kita tidak boleh menolong mereka kerana kita mengatakan di Malaysia juga ada masalah-masalah yang belum selesai? Saya ingin mengatakan ini suatu kenyataan daripada Yang Berhormat Jelutong yang sangat tidak bertanggungjawab. Kita menyatakan bahawa kalau kamu tidak mahu membantu, kita tidak pun peduli, bahkan jutaan rakyat Malaysia yang akan terus membantu dan menyatakan sokongan kepada pembangunan semula Gaza itu.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, saya ingin membangkitkan berkaitan dengan pembangunan di daerah saya, di Daerah Sik yang saya maklum keperluan-keperluan asas yang diperlukan untuk kesejahteraan rakyat itu sangat-sangat didambakan oleh rakyat di kawasan saya itu.

Pada November yang lalu Tuan Yang di-Pertua, berlaku banjir besar yang berlaku dan menyebabkan lebih hampir 400 buah rumah yang tenggelam yang menyebabkan banyak kerosakan termasuk infrastruktur, jambatan, jalan raya dan sebagainya. Namun demikian yang saya sangat kesali sehingga ke hari ini, tidak ada lagi agensi di pihak persekutuan termasuklah — saya mengutus surat sendiri kepada Yang Amat Berhormat Timbalan

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wilayah dan Desa untuk membantu segera membaiki dan melaksanakan projek untuk memastikan dua titi gantung yang keperluan itu sangat terdesak daripada penduduk di Kampung Jerai, Kampung Betong dan Kampung Chemara, Sik yang mana titi gantung ini telah rosak apabila banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Sehingga ke hari ini, tidak ada lagi di pihak kerajaan ataupun agensi untuk turun dan melihat keperluan untuk segera diperbaiki dan digunakan kembali oleh rakyat di sana.

Begitu juga soal baik pulih klinik kesihatan di Jeniang, di Kampung Begia Jeniang.

Saya juga mengutus surat kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, namun agak kesal sehingga ke hari ini tidak ada jawapan walaupun sepucuk surat walaupun telah berbulan surat itu dihantar. Adakah kerana saya mewakili wakil rakyat daripada pembangkang? Adakah surat-surat ini kami ini tidak perlu dilayan ataupun kerana ini kesan apabila yang disebut tadi?

Apabila menjadi pembangkang dahulu, bercakap begitu keras mengkritik. Namun ketika menjadi kerajaan, inilah yang kita katakan biarlah kita cakap serupa bikin.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk saya juga menyokong titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kalabakan.

draft • 5:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Speaker. Assalamualaikum, salam sejahtera kepada sidang Dewan.

*Pohon meranti teguh berdiri, Tempat berteduh si anak desa; Titah Tuanku penuh bestari, Negara makmur aman sentosa.

[Tepuk]* Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberikan saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Diraja ini. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan isu pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Parlimen Kalabakan. Untuk pengetahuan, fasa satu telah siap pada akhir tahun 2023 dan kini menanti perkembangan pembinaan CIQ fasa dua.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah perancangan dan garis masa untuk pembinaan seterusnya? Ini penting kerana pembinaan CIQ ini boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Parlimen Kalabakan dan kawasan sekitar apabila ibu kota negara Nusantara beroperasi sepenuhnya kelak kerana ngam-ngam bersempadan dengan Malaysia dan Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, sebagai pintu masuk utama ke ibu kota Nusantara kelak di mana Kalabakan mempunyai potensi untuk berkembang sebagai pusat perhubungan strategik dalam merantau ekonomi ASEAN Timur menghubungkan Malaysia, Indonesia dan

draft • 5:58 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Filipina dalam satu ekosistem perdagangan yang dinamik, namun untuk merealisasikan potensi ini, kita memerlukan pendekatan yang lebih radikal, progresif dan juga inovatif.

draft • 5:58 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bagi melaksanakan hasrat ini, saya ingin mengemukakan tiga cadangan untuk difikirkan secara bersama iaitu untuk membangunkan Kalabakan sebagai pusat perhubungan strategik dalam rantau ekonomi ASEAN Timur. Yang pertama, membangunkan Kalabakan sebagai bandar sempadan dengan mewujudkan pusat dagangan rentas sempadan. Kedua, mewujudkan Zon Ekonomi Khas Kalabakan Nusantara ataupun KEZ sebagai koridor ekonomi baharu untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi. Ketiga, memperkasa aspek logistik dan perhubungan dengan menjadikan Kalabakan sebagai pusat transit dan logistik ASEAN Timur dengan membangunkan terminal logistik bersepadu yang menghubungkan Lebuh Raya Pan Borneo, Pelabuhan Tawau dan lapangan terbang kargo.

Sekiranya ianya dapat dilaksanakan, sudah pasti ia akan meningkatkan lagi eksport barangan, terutamanya hasil pertanian daripada Sabah ke Ibu Kota Nusantara dan ASEAN secara khususnya. Saya percaya sekiranya usaha ini dapat diwujudkan, ianya akan membawa paradigma baharu di dalam mentransformasi ekonomi di Parlimen Kalabakan dan negeri Sabah amnya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh perkara berkaitan dengan isu pembangunan dan kesejahteraan penduduk di kawasan saya. Pertama, saya mewakili penduduk setempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di atas keprihatinan dan inisiatif Ketua Setiausaha dengan lawatan dan tinjauan beliau untuk mewujudkan pembinaan SMK Kalabakan. Saya sendiri telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, memohon untuk disediakan tanah agar kita dapat membina kompleks pendidikan Kalabakan yang meliputi SMK Kalabakan, SK Kalabakan dan juga Pejabat Pendidikan Daerah.

Kedua, mohon disegerakan penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di Kalabakan memandangkan mesyuarat berkaitan penubuhannya telah diadakan tahun lalu pada bulan Ogos. Tetapi sehingga kini, permohonan itu belum lagi dapat diterima. So, kita harapkan pihak kementerian dapat mengambil tindakan segera untuk memastikan kepentingan nelayan di kawasan saya tidak terpinggir. Permohonan juga telah diutarakan untuk menaik taraf beberapa jeti di kawasan pun masih tergantung, menyebabkan nelayan- nelayan yang banyak terkesan dan mengalami kesukaran untuk turun ke laut.

Ketiga, kita mohon disegerakan pembinaan Projek Perumahan Rakyat ataupun PPR di Parlimen Kalabakan bagi memenuhi keperluan penduduk berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Keempat, menaik taraf Tugu Peringatan Kalabakan yang dibina pada tahun 1969 bagi memperingati pengorbanan pejuang-pejuang negara yang telah terkorban semasa

draft • 6:00 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963 sebagai salah satu destinasi pelancongan yang bersejarah, yang signifikan demi memperkukuh warisan sejarah nasional.

Kelima, isu yang berulang juga ini. Konflik manusia dengan gajah, terutamanya di kawasan perkampungan FELDA dan juga di kawasan Merotai, semakin membimbangkan.

Dia menjejaskan tanaman, mengganggu ekonomi dan mengancam- sehinggakan mengancam keselamatan penduduk. Jadi, kita cadang untuk pihak kerajaan mengambil tindakan dengan membina sebagai contoh, wildlife corridor seperti di Kinabatangan, agar gajah selesa dengan habitat yang sesuai dan meningkatkan lagi kesedaran untuk mengurangkan konflik dan penyelesaian jangka panjang amat diperlukan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam.

Keenam, kita mohon krisis bekalan air dan elektrik di kawasan FELDA Umas yang kini malah dicatu untuk kegunaan harian dan diharapkan loji air di kawasan tersebut dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Ketujuh, isu perumahan generasi kedua FELDA yang semakin kritikal akibat keterbatasan tanah dan juga kos pembinaan yang tinggi.

Akhir sekali Datuk Speaker, berkenaan isu banjir yang tidak berkesudahan di Sungai Bypass Tawau dan kita mohon intervensi kerajaan. Apabila hujan lebat dan apabila air pasang, penduduk yang tinggal di sekitar sungai pasti akan terkesan kerana air akan naik dengan begitu cepat sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu ketirisan subsidi minyak masak di kawasan sempadan, khususnya di Parlimen Kalabakan yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia. Jadi, walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan, namun masih wujud cabaran di dalam memastikan subsidi ini benar-benar sampai ke pihak yang layak. Justeru itu, sebagai langkah penambahbaikan bagi mengurangkan ketirisan ini, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan memperkenalkan sistem kad subsidi minyak masak. Ia boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknologi digital seperti sistem kod QR ataupun mungkin menggunakan kad subsidi pintar untuk memastikan hanya penerima yang sah boleh menikmati harga subsidi.

Kedua, mempertingkatkan audit berkala. Ini memang telah dilakukan atas pemborong dan peruncit untuk memastikan ketelusan dalam pengedaran minyak masak subsidi. Ketiga, memperkukuh kawalan sempadan dengan menggunakan teknologi pemantauan melalui sistem pengesan automatik. Dengan memperkukuh mekanisme yang sedia ada, saya yakin kita dapat mengurangkan ketirisan subsidi minyak masak dan memastikan ianya benar-benar memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Bukan hanya minyak masak, kalau kita lihat di sempadan, LPG, gula dan barang-barang kawalan yang lain.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, menyahut seruan YDPA, saya amat menyokong agar Ahli-ahli Yang Berhormat menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya ejen

draft • 6:00 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

perpecahan rakyat. Kita mesti menyedari bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah lebih daripada sekadar menjaga kepentingan politik individu.

Mengakhiri ucapan, besarlah harapan agar segala perkara yang telah dibahaskan tadi mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Dengan itu, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

[Tepuk]

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

draft • 6:00 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mendoakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan kepada Tuanku yang baru ini telah berangkat ke luar negara bagi menjalankan rawatan perubatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang saya ingin luahkan bagi tindakan segera kepada semua kementerian yang terlibat. Antara isu yang sering diperkatakan di kawasan luar bandar – saya adalah Ahli Parlimen luar bandar, di mana mungkin isu ini agak remeh tapi terkesan kepada masyarakat luar bandar iaitu apa yang diperkatakan iaitu tentang kenaikan harga kelapa ataupun juga kenaikan santan daripada kelapa ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, pada ketika ini ramai dalam kalangan rakyat sedang berhadapan situasi kenaikan harga santan segar yang terutamanya sejak beberapa bulan yang lalu. Antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan ini ialah kekurangan bekalan kelapa tempatan ekoran faktor cuaca yang tidak menentu, di samping kenaikan harga kelapa yang diimport daripada Indonesia.

Tan Sri Yang di-Pertua, memandangkan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai yang telah resah dalam menghadapi situasi ini. Harga santan dijangka akan makin meningkat menjelang Ramadhan memandangkan harga kelapa di pasaran kini mencecah RM3.50 sebiji. Malah, menurut data yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, harga santan segar telah naik hingga 17.2 peratus berbanding tahun lepas dengan santan adalah di antara item yang paling tinggi mengalami kenaikan harga.

Saya bagi sedikit perbandingan tentang purata harga santan di Kedah. Harga purata santan di Kulim, tempat saya Tan Sri, adalah yang paling mahal iaitu antara RM17.50 per kilo, manakala di Yan pula adalah yang termurah sekitar RM11 per kilo. Sedangkan menurut data yang disediakan oleh DOSM, harga purata santan nasional adalah sekitar RM13.05.

draft • 6:06 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Malah di sesetengah tempat hari ini ada yang terpaksa menjual hingga RM18 per kilo ataupun terpaksa untuk tidak menjual langsung kerana berhadapan dengan kerugian.

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Setelah berbulan-bulan situasi ini semakin meresahkan rakyat. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah strategi serta intervensi terbaharu kementerian bagi menangani isu ini terutamanya menjelang Ramadan dan perayaan Aidilfitri kelak.

Sebelum ini saya dimaklumkan oleh pihak kementerian telah berunding dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi anak syarikatnya FAMACORP supaya membawa masuk bekalan kelapa luar, khasnya daripada Indonesia.

Apakah status terbaharu rundingan tersebut dan berapakah jumlah pembelian kelapa yang telah dibuat sehingga Februari 2025 ini? Sejauh manakah pembelian bekalan kelapa ini, dari luar ini dapat memenuhi bekalan domestik dan seterusnya menstabilkan harga santan yang mendadak naik?

Sebagai rancangan jangka panjang pula, bagaimanakah penggalakan semasa dalam industri penanaman kelapa oleh kementerian? Sebelum ini juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada mengumumkan mengenai penstrukturan semula Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komuniti kelapa dalam lembaga tersebut untuk dikenali sebagai Lembaga Koko dan Kelapa Malaysia.

Jadi, saya memohon untuk mendapatkan perincian lanjut mengenai kemajuan terkini penstrukturan Lembaga Koko dan Kelapa Malaysia di dalam memperkasakan masa depan industri kelapa negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah tentang keselamatan awam di kawasan tumpuan ramai. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh perihal berkenaan insiden tembakan yang berlaku di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang baru- baru ini. Insiden ini pastinya menimbulkan kegusaran awam dan sekali gus mendatangkan rasa tidak selamat untuk berkunjung ke tempat-tempat awam.

Insiden yang menimbulkan kegusaran awam ini bukanlah hanya melibatkan tembakan. Malah ini juga melibatkan kes seperti berlakunya sebelum ini kepada pemain bola sepak negara Faisal Halim yang disimbah asid di kawasan tumpuan ramai.

Apabila berlaku insiden-insiden sebegini, ia sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan sejagat. Saya menyambut baik kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru-baru ini yang memberi jaminan untuk meneliti semula aspek keselamatan di kompleks perniagaan dan kawasan awam dengan lebih berkesan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan meneliti semula serta menambah baik modul latihan kepada syarikat pengawal keselamatan swasta dan polis bantuan bagi memastikan ia sesuai dengan potensi ancaman yang mungkin berlaku pada bila-bila masa terutamanya di tempat awam.

Selain itu, saya juga menegaskan ingin menggesa kerajaan untuk lebih tegas meningkatkan garis panduan keselamatan kepada kesemua pemilik pusat beli belah serta kawasan tumpuan awam di Malaysia.

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Malah, pada masa ini saya – mendapat penjelasan kerajaan, sejauh manakah pemantauan kementerian terhadap kualiti keselamatan pusat beli belah di Malaysia? Adakah pusat beli belah di Malaysia memiliki bilangan sistem litar tertutup (CCTV) yang mencukupi dengan mengambil kira faktor keluasan tapak?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa isu iaitu tentang bekalan elektrik yang tidak dibenarkan oleh TNB kepada rumah-rumah generasi kedua di FELDA apabila dibina di kawasan tapak asal perumahan generasi yang pertama. Di mana banyak diperkatakan oleh anak-anak peneroka FELDA bagi generasi kedua. Oleh itu, saya amat berharap agar penyelesaian supaya FELDA, kerajaan negeri dan TNB mencari mekanisme khas untuk membolehkan rumah generasi kedua mendapat bekalan elektrik secara sah termasuk melalui penstrukturan semula status tanah dan program pemutihan rumah generasi kedua bagi memastikan mereka tinggal dan terus mengusahakan di tanah FELDA.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang seterusnya iaitu berkenaan dengan anggota bomba yang kebanyakan bekerja sehingga 12 jam pada setiap hari. Ada juga yang bertugas hingga 24 jam. Isunya yang dibangkitkan di sini ialah adakah bagi anggota bomba yang bertugas 12 jam setiap hari elaun yang dibayar hanyalah sebanyak RM120 sebulan. Adalah tidak memadai dan ia perlu dikaji semula bersesuaian dengan tugas dan masa anggota bomba yang bertugas pada setiap hari, jika kita bandingkan dengan elaun agensi-agensi yang lain.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa beberapa isu di kawasan antaranya ialah projek jalan iaitu antara Kampung Air Puteh Junjong, Kulim hinggalah ke Kampung Badlishah, Kulim. Lebih kurang 12 kilometer yang telah pun lulus dan kerja-kerja awal oleh kontraktor telah pun dijalankan sejak hampir dua tahun yang lalu.

Tetapi, kini projek tersebut terpaksa dihentikan sementara akibat proses pengambilan tanah yang masih belum selesai. Saya mohon Kementerian Luar Bandar memberi perhatian yang serius agar ia dapat dilaksanakan dengan segera kerana dilihat projek ini adalah sebagai projek yang sakit di mana hampir dua tahun projek ini telah diluluskan namun hanya lebih kurang 10 peratus sahaja baru dilaksanakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi Kementerian Kerja Raya iaitu bagi Jalan FT136 daripada Kulim ke Bandar Baharu, di mana pada tahun 2024 hampir 30 peratus telah diturap semula dan saya mengucapkan terima kasih atas peruntukan yang diberikan. Namun hampir 70 peratus jalan ini masih lagi daif dan memerlukan peruntukan segera supaya ia dapat memberi keselesaan di samping menjaga keselamatan pengguna bagi kementerian – bersama pengguna.

Bagi Kementerian Pendidikan pula, saya memohon supaya memberi perhatian kepada sekolah-sekolah ataupun prasarana-prasarana sekolah yang daif daripada keceriaan, terutamanya banyak sekolah di kawasan saya di mana keceriaan terlalu daif terutamanya cat-cat sekolah yang pudar, kotor dan hilang serinya. Contoh, sekolah SK Dato'

draft • 6:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Haji Zainuddin, Sekolah SK Lubok Buntar, Sekolah Ladang Sidim, Bukit Selarong dan banyak lagi sekolah yang saya tidak dapat senaraikan di sini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mendapat banyak aduan dan juga rungutan daripada pengilang-pengilang di Taman Teknologi Tinggi Hi-Tech iaitu KHTP menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak tarif elektrik yang membimbangkan, terhadap kenaikan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2025. Di mana kenaikan sebanyak 21 peratus diumumkan sehari sebelum pelaksanaannya menyebabkan syarikat tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyesuaikan bajet dan operasi mereka.

Bekalan elektrik di KHTP disediakan oleh NUR Power sebuah syarikat utiliti swasta yang eksklusif untuk penjanaan dan pengedaran. Bermakna penyewa KHTP tidak mempunyai pilihan untuk mendapat bekalan elektrik daripada pembekal alternatif seperti TNB.

Seorang eksekutif kanan dalam industri semikonduktor menyatakan bahawa kenaikan tarif ini memberi kesan langsung kepada struktur kos syarikat, memaksa mereka untuk mempertimbangkan semula strategi tenaga mereka walaupun syarikat-syarikat ini mungkin tidak akan berpindah dalam masa yang terdekat. Ramai yang sedang menilai semula pelaburan masa depan mereka di Malaysia. Oleh itu, saya mohon kerajaan mempertimbangkan supaya kos elektrik di KHTP ini dinilai semula.

Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan Tan Sri Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Julau. Julau ketua parti, saya beri 15 minit.

draft • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ini bagi menyatakan sokongan terhadap Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan Mesyuarat Parlimen Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas tahun 2025.

Dengan penuh hormat, saya ingin mengupas beberapa isu penting yang memerlukan perhatian segera seiring dengan visi yang telah digariskan oleh Seri Paduka Baginda.

Tan Sri Yang di-Pertua, tahun 2025 merupakan tahun yang amat signifikan bagi Malaysia kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengerusi ASEAN.

Pengiktirafan peranan ini adalah satu tanggungjawab besar dalam memastikan ASEAN terus bergerak ke arah kestabilan dan kemakmuran serantau.

Dengan tema Inclusivity and Sustainability, dengan izin, Malaysia diharapkan menerajui usaha memperkukuh integrasi ekonomi, meningkatkan keselamatan serantau, memastikan pertumbuhan mampan serta inklusif bagi semua negara anggota, sambil

draft • 6:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

memainkan peranan proaktif dalam menangani jenayah haram dalam talian dan mengekalkan daya saing ASEAN di peringkat global.

Tan Sri Yang di-Pertua, salah satu dasar utama yang memerlukan perhatian adalah hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat. Sebagai antara pelabur dan rakan dagang utama negara kita, Amerika Syarikat bukan sahaja menjadi destinasi eksport yang penting tetapi juga merupakan rakan strategik dalam perdagangan dan pelaburan. Hubungan ini telah berkembang secara berterusan dalam jangka masa panjang, memberikan manfaat besar kepada ekonomi Malaysia termasuk peluang pekerjaan serta perniagaan bagi syarikat- syarikat tempatan.

Selain aspek ekonomi, kita juga bekerjasama rapat dalam isu keselamatan, termasuk memerangi keganasan, meningkatkan kesedaran maritim dan mengekalkan kestabilan serantau. Hubungan ini turut diperkukuhkan melalui latihan ketenteraan dua hala serta penyertaan dalam pelbagai latihan multilateral. Oleh itu, adalah penting bagi Malaysia untuk meneruskan hubungan ini dengan bijaksana demi kepentingan negara.

Dua minggu selepas Trump memenangi penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 5 November 2024, Presiden Indonesia serta Perdana Menteri Singapura, Thailand dan ramai pemimpin dunia telah menghubunginya untuk mengucapkan tahniah serta mengukuhkan kerjasama antara negara mereka. Namun, sehingga kini, sudah lepas tiga bulan, Perdana Menteri Malaysia belum dapat menghubungi bersama Trump. Sebagai Pengerusi ASEAN, adalah penting untuk memastikan hubungan erat dengan salah satu rakan dagang utama kita terus diperkukuh.

Selain itu, bagi mengisi kekosongan jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan memastikan kestabilan hubungan diplomatik, saya mencadangkan pelantikan seorang career diplomate, dengan izin, berpengalaman sebagai duta besar serta penubuhan jawatan utusan khas ataupun special envoy, dengan izin, bagi lantikan politik. Ini mungkin boleh mencepatkan usaha diplomasi dan memperluaskan saluran komunikasi dengan Kerajaan Amerika Syarikat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Trump dalam usaha mengurangkan kerenah birokrasi melalui inisiatif dengan penubuhan sebuah unit khas seperti Department of Government Efficiency (DOGE), dengan izin, yang bertanggungjawab dan memastikan pelaksanaan dasar lebih pantas dan berkesan.

Tambahan pula, tinjauan terkini di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa langkah ini mendapat sokongan yang tinggi kerana ia membantu mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti sektor awam.

Jika Malaysia mengambil pendekatan serupa, bukan sahaja ia dapat menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan birokrasi yang tidak perlu, tetapi juga menjadikan negara lebih mesra perniagaan, seterusnya menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik.

draft • 6:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Justeru, saya mencadangkan penubuhan sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri dan wajar diterajui oleh seorang tokoh perniagaan yang berpengalaman yang memahami keperluan industri dan mampu menerapkan prinsip kecekapan dalam sistem pentadbiran negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, keperluan untuk melabur dan memperluaskan lapangan terbang sedia ada di seluruh negara semakin mendesak berikutan peningkatan jumlah penerbangan antara destinasi. Situasi yang sama turut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Namun, saya ingin mendapatkan penjelasan dan justifikasi mengenai perancangan untuk memindahkan lapangan terbang tersebut ke Tanjung Embang, Samarahan sedangkan masih terdapat kawasan tanah yang mencukupi untuk pembangunan dan pembesaran di lokasi sedia ada.

Sebagai contoh, terdapat sebuah kem tentera berdekatan yang mungkin boleh dipindahkan ke lokasi lain bagi membolehkan pembinaan terminal tambahan atau landasan baharu. Pendekatan seperti ini telah dilaksanakan di lapangan terbang utama seperti di KLIA yang mempunyai KLIA1 dan KLIA2 yang berkongsi landasan yang sama. Begitu juga di Singapura, Changi Airport terus berkembang dengan penambahan Terminal 1, 2, 3 sehingga Terminal 4.

Pemindahan lapangan terbang ke lokasi baharu menjejaskan seluruh ekosistem perniagaan di kawasan sekitar termasuk hotel, kedai, restoran, syarikat pengangkutan dan perniagaan lain yang bergantung kepada lapangan terbang. Oleh itu, keputusan mengenai pembinaan lapangan terbang di lokasi baharu perlu dibuat dengan pertimbangan yang menyeluruh.

Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh mengenai cadangan pembinaan jalan raya yang menghubungkan Sarawak ke Nusantara, Kalimantan, Indonesia. Kapit merupakan titik terdekat yang boleh menghubungkan Sarawak dengan Nusantara. Oleh itu, saya mencadangkan agar Malaysia mengadakan perbincangan dengan Indonesia mengenai pembinaan jalan dari Kapit yang dapat menghubungkan hingga ke Nusantara.

Jalan ini bukan sahaja akan memudahkan pergerakan antara kedua-dua negara tetapi juga akan merancakkan aktiviti perdagangan serta membangunkan pekan-pekan di kawasan sempadan menjadi lebih dinamik dari segi ekonomi. Dengan bentuk muka bumi Kapit yang membukit-bukau dan mempunyai banyak sungai, perancangan infrastruktur perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan jalan ini dapat dibina dengan cekap dan berkesan.

Saya berharap Menteri Kerja Raya yang juga merupakan sahabat saya serta Ahli Parlimen Kapit akan turut memperjuangkan agenda ini demi kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi antara negara. Ini juga akan membuka peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi antara kedua-dua negara.

draft • 6:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tan Sri Yang di-Pertua, beralih pula kepada isu kehidupan rakyat di Julau. Krisis bekalan air bersih adalah keperluan yang sangat penting dan mestilah ditangani dengan segera.

draft • 6:20 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Hakikatnya masih terdapat sekolah yang tidak disambungkan kepada bekalan air bersih, sebaliknya mereka hanya diberikan tangki untuk menadah air hujan. Apabila musim kemarau melanda, bekalan air digantikan dengan air botol yang dihantar dari luar. Situasi ini sangat tidak praktikal dan tidak menjamin keperluan asas murid serta guru di kawasan pedalaman.

Saya mencadangkan pihak kementerian dapat mempertimbangkan penggunaan sistem bekalan air alternatif seperti sistem graviti bagi membantu menangani masalah kekurangan air terutamanya musim kemarau. Keadaan ini terbukti berkesan dan boleh menjadi pelengkap kepada sistem sedia ada. Penyelesaian jangka panjang amat diperlukan supaya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman tidak terus bergantung kepada sumber air yang tidak stabil sekali gus memastikan keadaan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk anak-anak kita.

Saya juga telah berkali menyuarakan permohonan dan sokongan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyediakan bekalan air bersih di Julau seperti di Jalan Nanga Buku, Jalan Lasi, Jalan Tabai, Jalan Ulu Wak, Jalan Amut Genega dan Jalan Ulu Kota. Penduduk di sini masih lagi bergantung kepada air hujan atau sungai yang tercemar oleh tanaman sawit berdekatan.

Lebih menyayat hati, di Engkamop dan juga Jalan KJD, meter air dipasang tanpa bekalan air namun rakyat terpaksa membayar bil kosong setiap bulan. Selain itu saya ingin tahu, adakah terdapat isu dengan pam air di loji rawatan sedia ada? Mengapa tekanan air masih rendah? Saya mendesak kementerian menyiasat dan menyelesaikan isu ini segera demi kepentingan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain isu air, penduduk Julau turut berdepan dengan masalah kekurangan lampu jalan kampung. Tahun lepas saya telah memohon peruntukan untuk memasang jalan lampu jalan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I dan beliau memberi jaminan bahawa tiada masalah untuk meluluskan permohonan tersebut.

Namun selepas beberapa surat susulan dan tindakan susulan secara berkala, saya mendapati bahawa semasa menghadiri taklimat kementerian KKDW, Julau tiada di dalam disenaraikan.

Saya berharap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I akan menunaikan komitmen yang telah diberikan sebelum ini dan mempertimbangkan peruntukan untuk pemasangan lampu jalan solar di Julau. Kekurangan pencahayaan di jalan raya bukan sekadar isu keselesaan tetapi juga soal keselamatan. Malah beberapa tahun lalu, seorang budak kehilangan nyawa dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di jalan yang

draft • 6:30 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

gelap. Justeru, saya merayu agar perkara ini diberikan perhatian serius demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk Julau.

Ada lagi satu Tan Sri, baru-baru ini saya mendapat dalam Facebook, ada satu tempat di kawasan saya di Jalan Ulu Entaih yang ada jalan tanah, adalah jalan tanah dan jalan itu semasa sekarang teruk sangat dan sampai ada gambar orang perempuan yang baru ada bayi berapa minggu jalan kaki atas bukit kerana mereka tidak boleh digunakan jalan tengah semasa ini kerana masa ini masih ada, masih hujan hari-hari.

Saya memohon minta kementerian KKDW boleh ambil prihatin dan tindakan segera untuk membantu beri batu ataupun buat jalan simen ataupun jalan tar untuk bukan sahaja membangunkan tempat di Ulu Entaih tetapi boleh membantu orang yang cukup susah dan dalam peringkat B40 semasa ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai negara yang berdaulat kita mesti mengutamakan kepentingan rakyat dengan menyelesaikan isu domestik terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada hal global. Dalam masa yang sama, hubungan dengan kuasa besar dunia perlu dikekalkan secara bijak tanpa mengabaikan maruah negara demi kesejahteraan bersama. Dengan ini, Tan Sri Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Julau. Saya jemput Kuantan.

draft • 6:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Pertamanya ialah merujuk kepada Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong berkaitan memperkasakan sektor pertanian dan rantaian bekalan makanan.

Masalah utama dalam sektor pertanian dan penternakan di negara kita ialah kebergantungan import bahan mentah daripada luar termasuk baja dan makanan ternakan.

Terima kasih kepada Menteri yang kebetulan ada pada petang ini bersama dengan kita.

Antara isu makanan utama di negara kita pada ketika ini ialah beras. Cuba kita tengok situasi ketika ini, sudah dua tahun berlalu tanpa ada beras tempatan di pasaran umum dan PMX dalam sesi PMQT menerang berkaitan harga padi yang akan diumumkan pada minggu ini oleh Menteri. Esok saya dengar cerita mungkin esok.

Jadi persoalannya ialah jika ada deal berkaitan harga padi, bermakna ada pengusaha tempatan dan semestinya wajib ada beras tempatan. Tetapi persoalannya di mana pergi beras tempatan ini atau kerajaan eksport dahulu keluar dan beli semula agar rakyat dapat merasai barang import? Ketika ini ramai rakyat hendak beli beras tiada yang berharga bawah RM30 bagi 10 kilo.

Merujuk laporan media pada November 2024, pada tahun 2023, hasil pengeluaran padi sebanyak 2.18 juta tan metrik manakala pengeluaran beras sebanyak 1.5 juta tan metrik.

Daripada jumlah tersebut, sepatutnya dapat menghasilkan 300,000 pek lima kilogram beras

draft • 6:35 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

putih tempatan. Tetapi hakikatnya, tiada beras tempatan di pasaran dan kalau boleh saya juga mohon Menteri memaklumkan di dalam Dewan ini, lokasi pembekal yang membekal stok beras tempatan semasa Jualan Rahmah ataupun semasa PRK diadakan. Ini membolehkan rakyat mencari sendiri beras tempatan yang mereka hendak beli.

Tan Sri Yang di-Pertua, pada pembentangan Bajet 2025 tahun lepas, kerajaan telah mencadangkan penyasaran subsidi petrol RON 95 kepada golongan T15. Jadi, apabila ditanya siapakah golongan T15 ini? Kerajaan memberikan jawapan yang berbeza dan mengelirukan. Jadi, saya ingin bertanya adakah kriteria golongan T15 ini telah dimuktamadkan?

Demikian juga dengan mekanisme penyasaran subsidi yang masih menjadi tanda tanya. Apakah kaedah pelaksanaan yang akan digunakan? Kita tidak mahu rakyat yang terbanyak daripada 85 peratus terpalit dan disusahkan dengan sistem yang pelik sedangkan sasaran yang dimaklumkan kepada umum adalah kepada 15 peratus golongan berpendapatan tinggi.

Dalam masa yang sama, kerajaan ingin menarik subsidi juga dalam sektor kesihatan dan pendidikan sedangkan dua sektor ini adalah keperluan asas kepada semua rakyat.

Berbeza dengan nada semasa menjadi pembangkang dahulu. Jadi, saya menggesa agar perkara ini ditangguhkan dahulu. Usahlah bebankan rakyat dengan penarikan subsidi dalam banyak perkara. Berbilion jumlah pelaburan yang diumumkan tetapi pemotongan subsidi rakyat sedikit demi sedikit juga menjadi pilihan kerajaan pada hari ini.

Sekarang ini rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga diesel baru-baru ini juga sangat membebankan rakyat. Kos operasi kerana kos pengangkutan yang semakin naik secara tak langsung harga barang-barang juga naik. Begitu juga dengan tambang bas dijangka naik pada Februari ini, yuran taska, tadika juga dijangka naik dan ditambah dengan kenaikan cukai SST kepada lapan peratus dan pengenalan cukai-cukai baharu lain.

Ekoran peningkatan kos sara hidup ini, golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, golongan OKU turut terkesan dan terjejas.

draft • 6:35 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Ketika saya menziarahi golongan ini, mereka mengadu kadar bantuan yang diterima tidak mencukupi. Saya juga menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat menyemak semula bantuan agar dapat ditingkatkan kepada amaun yang lebih berpatutan seiring dengan peningkatan semua barang keperluan ketika ini. Ada yang saya temui juga memaklumkan bahawa mereka tidak layak mendapat bantuan JKM kerana telah menerima bantuan daripada Majlis Agama Negeri ataupun zakat. Saya mohon JKM menyemak semula SOP ini. Ini kerana wang JKM adalah hasil negara kepada mereka yang memerlukan manakala wang zakat adalah di kalangan umat Islam untuk diagihkan kepada asnaf. Jika mereka layak dan berkeperluan, sepatutnya berilah hak mereka.

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Tan Sri Yang di-Pertua, titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong agar mengekalkan perpaduan negara. Dalam perkara ini, isu-isu sensitif khususnya berkaitan dengan agama dan kaum perlu ditangani dengan penuh pantas, hikmah dan tegas dan adil. Contohnya kes penghinaan Nabi Muhammad yang berlaku berulang kali. Demikian juga apabila terdapat segelintir pemimpin politik bukan Islam yang respons terhadap isu berkaitan dengan agama Islam telah menimbulkan kekeliruan dan suasana tidak harmoni. Nasihat saya kepada semua, jangan sesekali campur tangan dalam urusan agama lain.

Sehingga kini, terdapat lima tapak warisan UNESCO yang diiktiraf di Malaysia iaitu Taman Negara Mulu, Taman Kinabalu, bandar bersejarah Selat Melaka iaitu bandar Melaka dan George Town, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong dan Taman Negara Niah. Merujuk kepada beberapa laporan media, terdapat NGO mencadangkan lokasi untuk digazetkan sebagai tapak warisan dunia. Soalan saya, apakah NGO mempunyai autoriti untuk mencadangkan tapak warisan dunia?

Jika begitu situasinya, kita sendiri pakat tubuh NGO dan cadang lokasi mengikut kehendak kita. Sepatutnya ia dicadangkan oleh Jabatan Warisan Negara. Saya berharap kementerian melihat perkara ini. Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Warisan Negara ini perlu diperkasakan agar ianya benar-benar memilih lokasi yang sebenar, warisan mutlak negara yang akan menjadi sejarah kepada generasi akan datang.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan agar fungsi dan peranan Lembaga Muzium, Jabatan Arkib terus diperkasakan dan diberi peruntukan agar mereka boleh memainkan peranan dalam menjaga warisan sejarah negara. Kita mahu muzium terus diberi peranan untuk menjaga keharmonian perpaduan negara dalam mencari dokumen, bukti sejarah untuk diabadikan kepada rakyat dan menjadi hab rujukan di setiap lokasi. Contohnya, apabila pelancong ke muzium di negeri Pahang, pelancong akan mengetahui sejarah Pahang melalui maklumat-maklumat yang ada di galeri. Namun ianya bukan percuma, perlu kepada sejumlah peruntukan khusus bagi menjayakannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya telah mendapat jawapan bertulis soalan lisan berkaitan jumlah bakal haji yang telah ditawarkan dan jumlah yang menerima tawaran. Namun persoalannya ialah kenapa hampir baru 50 peratus sahaja yang menjawab tawaran tersebut?

Adakah kerajaan sedar bahawa kesan daripada data yang diterima oleh Tabung Haji yang digunakan untuk mengenakan bayaran haji berdasarkan kelas B40, M40 dan T20 menjadi salah satu punca maklum balas yang kurang memberangsangkan ini? Mana mungkin mereka berpuluh tahun menabung melalui potongan gaji sengaja melambatkan maklum balas. Antara isunya ialah ada suami B40 menerima tawaran dengan jumlah RM15,000 sedangkan isteri tidak bekerja dikategorikan M40 dikenakan RM23,000.

Saya berharap pihak kerajaan perbetulkan segera. Buat pengumuman khusus agar mereka ini membuat rayuan agar rakyat boleh mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu yang dihadapi oleh jemaah haji ini. Saya juga ingin mendapat kepastian

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

berkaitan mereka yang tidak layak pergi disebabkan masalah kesihatan. Adakah kuota ini diberikan kepada yang menunggu giliran ataupun diberikan kepada mereka yang membuat rayuan?

Jawapan ini penting kerana mereka yang menunggu giliran, pengelasan bayaran berdasarkan kategori manakala yang membuat rayuan, bayaran penuh RM33,000 dikenakan. Saya juga ingin mencadangkan kepada JAKIM agar berbincang dengan Kementerian Kewangan agar pencarum KWSP yang tidak cukup baki untuk mengerjakan haji boleh menggunakan duit simpanan KWSP mereka menunaikan haji.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya ada juga bertanya soalan lisan berkaitan jalan yang tidak rata dan garisan mudah hilang. Jawapan yang diberikan juga ada diterima tetapi namun realitinya yang berlaku ialah jalan berlubang dan ditampal. Bila tibanya musim hujan, habis semua tampalan tercabut dan berlubang semula malah makin teruk. Ini membahayakan pengguna motosikal terutamanya.

Saya ada kawan yang meninggal kerana terjatuh dalam lubang dan dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain. Saya juga ada kawan yang terbabas disebabkan jalan tidak rata sehingga patah tulang rusuk. Begitu juga dengan garisan jalan raya, apabila dibuat baru, tak sampai lima bulan, ianya pudar semula. Lebih-lebih lagi tiba di musim hujan. Berapa banyak lagi yang perlu kita lihat korban-korban ini dan apakah inisiatif yang perlu diambil oleh kerajaan segera?

Jika inisiatif yang sedia ada ini tidak berkesan, kerajaan perlu mencari kaedah baru tetapi jika kaedah ini adalah yang terbaik, kerajaan perlu memantau bahan yang digunakan oleh kontraktor yang dilantik menepati ataupun tidak standard yang telah ditetapkan. Saya selalu naik motosikal untuk ziarah dalam kawasan Parlimen Kuantan, Tan Sri Yang di-Pertua.

Seperti saya dari bandar Kuantan, Tanjung Api, Kampung Peramu, Kuala Penur, Cherok Paloh, Sungai Soi dan Kampung Ubai. Ini tempat-tempat yang saya lalui, jalannya berombak. Jadi, saya merasai sendiri apa yang penunggang-penunggang motosikal ini rasai.

Nak tukar laluan di tempat-tempat jalan rosak ini amat berbahaya. Jadi, saya minta lokasi- lokasi yang disebutkan ini mendapat perhatian daripada kementerian.

Tan Sri Yang di-Pertua, perang yang berlaku di antara konflik Palestin dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Jadi, saya ingin menggesa agar Malaysia terus memainkan peranan dalam memperjuangkan isu kemanusiaan termasuk hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa dan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersolidariti bersama Palestin. Di kesempatan ini juga, saya ingin bangkitkan sedikit perkara berkaitan di kawasan Parlimen saya.

Saya sendiri ke Klinik Kesihatan Kurnia untuk mendapat rawatan dan hasil pengalaman dan pemerhatian saya, jumlah doktor dan doktor pakar perlu ditambah berikutan peningkatan bilangan penduduk di sekitar dalam jajahannya. Bayangkan Taman Perumahan Sungai Isap, Batu Tiga, Taman Guru, Taman Seri Inderapura, Inderapura Jaya dan kawasan

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

sekitar dan penduduk dia berpuluh ribu orang dirujuk di Klinik kampung Kurnia ini dan kakitangan yang bertugas di sini amat tertekan.

Jadi saya ingin bertanya, adakah pihak Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan untuk menambah kakitangan atau membina klinik kesihatan yang baru bagi memenuhi keperluan penduduk khasnya di sebelah Taman Seri Inderapura, Perumahan Inderapura Jaya ataupun Taman Penor Makmur.

Akhirnya, merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 42 Fasal 1. Saya sebagai anak Pahang amat terguris dengan tindakan Kerajaan MADANI yang memberi pelbagai jawapan berhelah apabila ditanya berkaitan Titah Adendum oleh Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Tuanku Sultan Pahang.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kuantan, Kuantan.

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah sebut, jangan bawa. Masih dalam mahkamah. Saya minta maaf.

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Saya hanya menyata...

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta maaf, Kuantan.

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sedikit sahaja.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta maaf, saya dah sebut.

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Okey, saya tidak sebut yang itu Tuan Yang di-Pertua tetapi di belakangnya saya nak menyatakan bahawa saya yakin dan percaya bahawa seluruh rakyat negeri Pahang tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku ini, dengan situasi yang berlaku. Sebagai penutup, saya ingin kongsikan sepotong hadis sebagai peringatan kepada semua kita bersama.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah dan paling dekat tempat duduknya pada hari kiamat ialah pemimpin yang adil manakala manusia paling dibenci Allah dan paling jauh tempat duduknya pada hari kiamat ialah pemimpin yang zalim.” Hadis riwayat Imam Tirmidzi. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita nak ingatkan juga, kita semua pemimpin sama ada Perdana Menteri atau Ahli Parlimen, masih pemimpin. Jadi, bersifat adillah pada diri masing-masing. Bentong, silakan.

draft • 6:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismilllahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat petang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk turut membahas usul menjunjung kasih atas Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah Baginda adalah suluh

draft • 6:49 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

yang membimbing langkah negara sebagai panduan untuk menerajui negara ke persada dunia.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengambil berat dan memandang serius saranan oleh Tuanku bahawa Parlimen ialah medan untuk menggubal undang-undang dan berperanan sebagai medium semak dan imbang. Ia bukan medan caci maki, fitnah dan adu domba yang cuba mengundang kekacauan dan sentimen politik sempit yang tak berkesudahan.

draft • 6:49 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Tuduhan menderhaka yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang minggu lalu terhadap minggu lalu terhadap Perdana Menteri jelas satu fitnah jahat yang tidak berlandaskan fakta. Kalau kita lihat, faktanya adalah Kerajaan PN-lah yang dahulunya telah mengundang dukacita YDPA sebelum ini kerana membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa perkenan baginda dan tidak membentangkan di Dewan yang mulia ini. Tindakan ini jelas membelakangkan institusi Parlimen serta meminggirkan peranan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dunia tidak menghakimi negara ini berdasarkan politik fitnah dan perkauman yang sempit. Akan tetapi menilai berdasarkan dasar kerajaan yang kukuh dan stabil. Dalam dunia yang masih dibayangi oleh kesan pandemik dan ketidaktentuan geopolitik, Malaysia berjaya mengekalkan momentum ekonomi. Tahun lalu, kadar pertumbuhan KDNK mencapai 5.9 peratus lebih tinggi daripada jangkaan Bank Dunia. Malah kadar pengangguran negara juga sudah berkurangan ke paras terendah sejak 10 tahun iaitu pada kadar 3.1 peratus tahun lepas.

Namun begitu, perjuangan membaiki taraf hidup rakyat masih belum selesai. Di sebalik angka-angka ini, kita perlu meningkatkan kejituan semangat dan inovasi yang berterusan dalam merangka pertumbuhan ekonomi yang turut menaikkan taraf hidup rakyat di bawah. Menuju ke hadapan, tumpuan perlu diberikan kepada sektor berimpak tinggi seperti pelaburan ekonomi hijau yang dijangka bernilai RM300 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan strategi pelaburan hijau. Sektor PKS yang merangkumi 97.4 peratus daripada perniagaan tempatan juga perlu terus dibantu melalui insentif digitalisasi memastikan mereka bukan sahaja bertahan tetapi berkembang dalam era digital.

Tan Sri Yang di-Pertua, di balik keadaan ekonomi yang semakin mengukuh, rakyat terus bergelut dengan beban kos sara hidup. Menurut kajian daripada LPPKN, tinjauan mendapati Ketua Isi Rumah masih ramai yang menghabiskan masa di luar rumah untuk mencari rezeki dan mengakibatkan kekurangan masa yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga.

Ketiadaan masa yang berkualiti ini akan menyumbang kepada permasalahan sosial yang lain yang turut melibatkan keganasan rumah tangga, pengabaian pendidikan anak-anak serta masalah sosial yang lain. Maka kerajaan perlu menggandakan usaha untuk mengawal

draft • 6:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

harga barangan asas, memperkukuhkan subsidi bersasar serta memastikan bantuan- bantuan berterusan kepada golongan yang memerlukan.

Tan Sri Yang di-Pertua, jika ekonomi adalah nadi negara maka pendidikan adalah jiwanya. Ketajaman intelektual dan keperibadian yang mulia adalah matlamat pendidikan yang unggul. Pendidikan juga seharusnya mempersiapkan kita untuk mencipta masa hadapan. Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju dan semakin laju, ia memerlukan pelajar-pelajar kita untuk meningkatkan minat terhadap subjek-subjek STEM.

Kita memerlukan lebih ramai lagi bakal doktor, saintis, jurutera dan golongan berkemahiran tinggi untuk memacu negara di masa hadapan. Malah 500,000 pekerjaan berasaskan AI yang dijangka dapat diwujudkan dalam enam tahun akan datang memerlukan kita mempersiapkan bakat-bakat baru dan minat di dalam bidang ini secara sistematik dan konsisten.

Dalam pada kita memandang ke hadapan, jangan kita lupa cabaran yang perlu kita hadapi dalam mengurangkan masalah keciciran pelajar. Keciciran pelajar ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekurangan akses digital, pengangkutan, kekurangan guru dan kekurangan sokongan pendidikan oleh ibu bapa di rumah. Saya memuji komitmen Kementerian Pendidikan untuk melawat sendiri 143 pejabat pendidikan daerah di seluruh negara untuk mengambil maklum tentang permasalahan sekolah-sekolah di bawah keperluan mereka.

Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat yang sihat adalah aset negara yang tiada nilainya.

Namun begitu, masih ramai yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan mereka. Menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa, Malaysia mempunyai jumlah pesakit kencing manis atau diabetes yang kelima tertinggi di dunia. Ini menyebabkan negara membelanjakan kira- kira RM10 bilion bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) membabitkan penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ini turut memberi tekanan yang berlebihan terhadap sistem penjagaan kesihatan awam kita yang akan membebankan para petugas kesihatan yang terpaksa bekerja lebih masa untuk merawat pesakit. Sudah tentu ini memerlukan pendekatan whole-of-nation dengan izin, untuk memastikan kelestarian kesihatan awam kita. Peningkatan kos perubatan yang semakin meningkat yang menyumbang kepada peningkatan premium insurans juga sangat membimbangkan. Saya menyeru agar pihak kementerian dapat menangani kenaikan inflasi perubatan di Malaysia yang mencecah sehingga 15 peratus pada tahun lepas, jauh melebihi purata global dan Asia Pasifik iaitu pada kadar 10 peratus.

Tan Sri Yang di-Pertua, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan 35.6 juta pelancong dengan jangkaan nilai sebanyak RM147.1 bilion, kita perlu memastikan infrastruktur serta kemudahan asas kita mencukupi untuk menampung kehadiran pelancong.

draft • 6:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Kita mestilah memberikan pengenalan dan pengalaman yang terbaik kepada dunia tentang keunikan budaya serta kepelbagaian yang menjadi tunjang utama negara.

Oleh itu, Bentong yang berada dekat dengan pusat bandar, ditambah pula apabila siapnya ECRL kelak berpotensi menjadi pusat pelancongan utama yang menyumbang kepada kehadiran pelancong. Selain Bukit Tinggi dan Genting Highlands yang terkenal, Kampung Janda Baik juga berpotensi menawarkan ekopelancongan yang bertaraf dunia sekiranya kemudahan asas seperti lampu jalan serta kemudahan bekalan air yang tidak terganggu dapat diselesaikan.

Tan Sri Yang di-Pertua, tahun ini Malaysia memegang tanggungjawab yang besar sebagai Pengerusi ASEAN. Dalam dekad yang penuh cabaran ini, rantau kita perlu menjadi pemangkin kepada kerjasama serantau terutamanya dalam ekonomi hijau, digitalisasi dan keselamatan perairan kita. Malaysia boleh turut memimpin usaha peralihan kepada tenaga yang diperbaharui sejajar dengan hasrat kita mencapai neutral carbon menjelang 2050.

Keadaan geopolitik dunia kini menunjukkan kepimpinan dunia tidak lagi boleh didominasi oleh dunia barat sewenang-wenangnya. Imbangan kuasa yang ditawarkan oleh apa yang kita panggil sebagai global south dengan izin, sudah tentu memberikan peluang yang besar untuk dikemudi negara melalui peranan ASEAN.

Akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya menutup perbahasan, izinkan saya membangkitkan sedikit isu kawasan yang sering saya bangkitkan sebelum ini. Jalan lama Kuala Lumpur (KL-Karak) memerlukan perhatian berterusan pihak kementerian kerana ia merupakan jalan alternatif yang sangat penting khususnya di musim perayaan dan cuti panjang. Keadaan jalan yang berlubang, gelap dan ada curam dan sebagainya membahayakan dan sering terputus jika berlakunya hujan lebat dan hakisan tanah.

Sementara menunggu projek pelebaran Lebuhraya Karak yang dijangka siap pada 2029, jalan alternatif ini juga harus diselenggara berterusan bagi manfaat pengguna jalan raya dan keselamatan mereka.

Saya juga ingin tegaskan kepentingan untuk menyambung Fasa 6 projek CSR Bentong-Simpang Pelangai. Acap kali saya membangkitkan isu ini kerana ia amat penting untuk penduduk Pelangai dan penduduk Bentong. Saya difahamkan peruntukan bagi pelaksanaannya tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Namun ia termasuk dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030. Saya berharap agar ia boleh teruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas kerana jalan ini amat penting bagi kami warga Bentong.

Ini kerana selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi, pembinaan lebuh raya itu dapat membantu memudahkan akses penduduk yang sehingga kini terpaksa bergantung kepada jalan lama yang gelap, bersimpang-siur serta sering kali terputus di kala hujan lebat dan sebagainya. Saya juga ingin mengulangi kepentingan untuk menyiapkan projek R&R di

draft • 6:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

sepanjang 299.4 kilometer Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama yang sangat diperlukan demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Kesan daripada ketiadaan R&R ini dapat dirasai apabila ada segelintir pengguna yang membuang sampah dan najis apabila melalui lebuh raya berkenaan. Walaupun ini adalah sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab, ketiadaan hentian rehat juga turut menyumbang kepada permasalahan ini. Saya berharap agar permohonan sebanyak RM20 juta oleh Kementerian Kerja Raya dapat diluluskan bagi menangani isu ini.

Baiklah, Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Speaker, saya akhiri ucapan saya di sini. Dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Dungun.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih Titah Diraja sempena perasmian Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 3 Februari 2025.

Titah yang kita bahaskan ini adalah titah yang mempunyai suara. Titah yang diucapkan. Maka kita bahas bersungguh-sungguh. Tetapi ada satu juga titah yang tidak mempunyai suara. Titah berbentuk arahan seperti Titah Adendum. Ini perlu untuk kita faham sebabnya kalau kita melihat titah-titah yang datang daripada istana, berkaitan dengan...

draft • 6:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dungun, Dungun.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Saya tidak bahas tentang nak banding. Saya nak sebut tentang bagaimana titah-titah yang datang...

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Move ke tajuk lain Dungun sebab ianya masih dalam mahkamah.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ya. Saya faham.

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kalau faham, move. Kalau tidak, saya ambil tindakan kepada Dungun.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Takkan semua yang saya nak bandingkan tidak boleh disebut. Saya tidak mahu sentuh Titah Adendum. Saya nak sebutnya, kadang-kadang datang surat titah daripada istana...

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, maksudnya begitu, ke arah bincang tu, benda itu di dalam mahkamah. Apa benda yang nak bincang? Kalau Yang Berhormat bangkitkan, Yang Berhormat mengharapkan tindakan daripada kerajaan. Tidak akan ada apa-apa tindakan sebab ianya dalam mahkamah.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Itu yang saya...

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi ianya akan menghabiskan masa. Move ke tempat lain.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Itu yang saya pelik. Saya pelik.

Mengapa satu titah kita bersungguh-sungguh, titah itu arahan.

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dungun.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Itu yang saya pelik. Mengapa setelah itu pula pula ada permohonan gag order. Dalam disiplin ilmu Islam, salah satu daripada pengajian ilmu ialah ilmu mantiq iaitu dimasukkan dalam kaedah *Al Insan Hayawanun Natiq.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)* mempengerusikan Mesyuarat****] “Manusia itu ialah haiwan tetapi bezanya dengan haiwan ialah boleh berkata-kata”.

Apabila kita membicarakan, manusia ini bila berkata-kata, ada yang boleh berkata-kata dan ada yang tidak boleh berkata-kata dengan makna bisu. Tapi yang bisu pun masih lagi menggunakan bahasa isyarat. Apatah lagi kita pula manusia yang boleh berkata-kata.

Bagaimana nak dihalang daripada kita memperkatakan sesuatu, sedangkan kita adalah boleh bercakap. Inilah persoalan yang saya rasa pelik dan rasa hairan dalam soal yang melibatkan soal apabila datangnya pula gag order – larangan berkait dengan sesuatu perkara yang patutnya kita bahaskan.

Seterusnya Yang di-Pertua, saya ingin untuk bangkitkan beberapa perkara berkait dengan kawasan Dungun. Yang pertama, ialah berkait dengan baik pulih struktur hakisan yang di bawah projek JPS di Hulu Dungun. Yang pertama ialah berkait projek pembentungan di Pasir Raja. Yang kedua ialah pembinaan gabion di Bumbung Raja di Hulu Dungun. Yang ketiga ialah pembinaan gabion di Kampung Shukor di dua tempat.

Yang kedua ialah berkait dengan Hospital Dungun yang baru. Apakah telah beroperasi sepenuhnya berasaskan kepada penempatan pakar-pakar di hospital tersebut?

Kerana seperti yang telah pernah dijanjikan, untuk melihat kepada kepentingan pakar-pakar di hospital baharu Dungun ini, jadi setakat mana status kedudukan yang telah diambil perjalanan oleh pihak Kementerian Kesihatan?

Seterusnya berkait dengan kebajikan anggota beruniform. Tuan Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong telah menghargai Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia atas perkhidmatan yang penuh dedikasi kepada negara. Selain ATM dan PDRM, tidak lupa juga kepada pasukan beruniform lain yang berhadapan risiko tinggi dalam perkhidmatan mereka seperti JBPM – Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM – Angkatan Bomba dan Penyelamat Awam, APMM – Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia dan RELA – Jabatan Sukarelawan Malaysia.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kebajikan bukan sahaja perlu dititik beratkan semasa mereka dalam perkhidmatan.

Malah selepas mereka telah bersara. Saya pohon kerajaan memberi tumpuan kepada keluhan pesara anggota beruniform khususnya ATM tentang penyelarasan pencen yang masih belum menemukan penyelesaian. Walaupun setelah Mahkamah Tinggi pada bulan Februari tahun lepas mengesahkan Majlis Angkatan Tentera gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam isu berkenaan. Permasalahan ini masih berpanjangan kerana kerajaan telah memilih untuk membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Saya ingin bertanya, walau apa pun keputusan Mahkamah Rayuan, apakah perancangan kerajaan tentang langkah seterusnya dalam isu ini? Sekiranya keputusan memihak kerajaan, adakah kerajaan akan tetap berusaha merundingkan sesuatu dengan pesara ATM sebagai penghargaan terhadap jasa-jasa mereka. Atau adakah kemenangan tersebut dianggap sebagai jalan keluar yang selesa untuk mengenepikan tuntutan mereka?

Saya mengambil peluang untuk menyampaikan ingatan daripada surat Saidina Ali yang memberi nasihat kepada Al-Malik Asytar, Gabenor Mesir tentang berkait dengan golongan tentera, “Nasihat dan tunjuk ajarmu wahai Malik Asytar kepada golongan tentera tidak akan sedikit pun berkesan sehinggalah kamu dapat membuktikan kasih sayangmu kepada mereka supaya mereka tidak menganggap bahawa tugas dan tanggungjawab kepada kerajaan itu satu beban yang amat berat dan akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan itu sendiri. Berterusanlah engkau menyempurnakan hajat dan kehendak mereka dan hormatilah jasa dan sumbangan yang telah mereka berikan”. Keselamatan negara dari ancaman luar, adalah dengan sebab pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia. Sama ada Angkatan Tentera Darat, Angkatan Tentera Laut ataupun Angkatan Tentera Udara.

Maka sikap demikian insya-Allah akan memberangsangkan mereka untuk bertambah berani dan jalan-jalan mencapai keberanian. Cubalah dengan hemat sekali untuk memahami perasaan orang lain dan janganlah mencerca kesilapan seorang kepada yang lain serta janganlah merungut-rungut tentang ganjaran yang diberikan kepada golongan tentera. Hati- hatilah supaya kita memberikan perhatian kepada soal yang berkait kepada jasa bakti anggota tentera kepada umum, walaupun kedudukan yang kadang-kadang menyebabkan mereka selepas daripada perkhidmatan, dipandang rendah, tidak lagi diberikan perhatian kepada kebajikan.

Saya nak ingatkan apa yang pernah disebut oleh Ibnu Rushd, walaupun saya terjemahkan dalam bahasa Inggeris, “they don’t care how much you know, they only know how much you care”, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Anggota tentera tidak peduli kepada banyak mana pengetahuan kita.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Apa hujah-hujah kita untuk menolak permohonan mereka, rayuan yang dibuat oleh pihak kerajaan, mereka tak peduli itu semua. Yang mereka tahu ialah betapa kerajaan peduli kepada masalah kepada mereka.Jadi, saya pohon supaya diberikan perhatian kepada

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

nasihat yang disampaikan oleh Sayidina Ali, seorang khalifah kepada gabenornya Malik Asytar di Mesir.

Seterusnya dalam surat ini juga, barisan kehakiman berjaga-jagalah. Berilah prihatinan sepenuhnya dalam urusan memilih barisan kehakiman yang bakal berkhidmat kerana jawatan inilah yang selalu direbut oleh mereka yang mementingkan diri sendiri untuk kepuasan diri mereka sahaja. Kekalkan jawatan mereka hanya selepas diberi tempoh latihan dan percubaan terlebih dahulu. Jangan sekali-kali memilih seseorang untuk memegang satu jawatan yang penting kerana yang demikian itu akan membawa kamu ke arah ketidakadilan dan kerosakan. Pilihlah orang-orang yang berpengalaman, kukuh integritinya dan mulia keluarganya untuk menjawat kedudukan yang tinggi.

Mereka seumpama itu tidak mudah untuk dijadikan mangsa kepada kemahuan yang terburu-buru dan mereka akan berkhidmat semata-mata untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat umum. Tinggikan gaji mereka supaya dapat hidup dengan sempurna.

Mereka tidak akan terdorong untuk mengikis pendapatan orang-orang bawahan untuk kegunaan diri mereka sendiri. Mereka tidak akan mempunyai sebarang helah lagi untuk menjadikan bahawa mereka berada pada kedudukan istimewa yang tidak boleh disentuh oleh siapa-siapa. Mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang benar-benar jujur dan mahu berbakti kepada rakyat seluruhnya.

Apabila engkau menerima laporan, engkau menerima laporan akan kegiatan khianat mereka dan ia telah disahkan oleh para penyiasat sulitmu, maka hukumlah mereka tanpa ragu-ragu lagi. Jadikanlah hukuman itu keras dan jalankannya di tempat awam yang telah dijanjikan. Mudah-mudahan nasihat ini sampai kepada kita sekalian sebagai pemimpin- pemimpin.

Mudah-mudahan ia menjadi iktibar kerana sejarah, kita mempunyai sejarah dari segi pemerintahan yang telah diakui bagaimana adil yang telah dijalankan oleh Khalifah Sayidina Ali dan juga kepada Malik Asytar yang menerima peringatan daripada Sayidina Ali. Terima kasih Yang di-Pertua. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 7:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sungai Petani dan seluruh rakyatnya dengan penuh takzim menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menyentuh pelbagai aspek penting dalam pembangunan negara kita. Sebagai wakil rakyat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap saranan yang diberikan oleh Baginda Tuanku dapat diterjemahkan dalam dasar-dasar yang lebih mampan dan menyeluruh.

draft • 7:13 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia hari ini memegang tampuk kepimpinan ASEAN dalam suasana geopolitik yang semakin mencabar. Dalam ASEAN Foreign Ministers' Retreat di Langkawi, kenyataan bersama yang dikeluarkan adalah baik, namun tiada kenyataan bersama tentang menangani ancaman ekonomi serantau terutamanya dalam konteks dasar ekonomi dengan izin, protectionist yang berpotensi dilaksanakan oleh pentadbiran Donald Trump ke atas rantau ini memandangkan beliau telah kembali ke White House dan telah mengenakan tarif kepada negara jiran Kanada dan Mexico.

Saya percaya kerajaan mempunyai pelan strategik untuk membawa isu ini dalam ASEAN, namun Malaysia harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan efektif pada peringkat rantau Asia Tenggara. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pendirian tegas dapat diwujudkan dan dipersetujui dengan segera oleh negara-negara ASEAN dipimpin oleh Malaysia dalam menangani ancaman perang perdagangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, jenayah rentas sempadan khususnya scam economy yang semakin berleluasa di negara-negara seperti Myanmar, Kemboja, Laos dan lain sebagainya memerlukan tindakan yang lebih tegas. Titah Tuanku adalah jelas dalam hal ini bahawa warga Malaysia antara yang paling terdedah kepada penipuan ini. Malah, ada yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia akibat sindiket penipuan ini.

Oleh itu, Malaysia perlu menggunakan kedudukan sebagai pengerusi ASEAN untuk mendesak negara-negara ini dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam menangani jenayah transnasional ini. Soalan saya, apakah rancangan dan kerjasama jangka masa panjang dan pendek antara Malaysia dan negara ASEAN lain untuk isu ini?

Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan bahawa perlunya ada satu reformasi penambahbaikan dalam sistem kesihatan kita. Saya ingin mengambil perhatian sidang Dewan semua bahawa kalau kita lihat di Sungai Petani sahaja, penduduknya itu terdapat lebih daripada 300,000 orang. Di Merbok ada 222,400 warga Merbok dan di sekitar Kuala Muda itu lebih daripada setengah juta warga penduduk. Sistem kesihatan di Sungai Petani masih lagi di tahap yang sama, masih lagi perlukan pertolongan daripada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan.

Baru-baru ini, saya ada masuk untuk membuat lawatan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Sungai Petani. Terdapat banyak keluhan daripada tenaga kesihatan dan juga doktor bagaimana perjawatan itu sendiri amat-amatlah kurang dan yang menyedihkan sebagai contoh, ada machine nitric oxide and monitoring system yang mana ini adalah satu alat yang banyak membantu untuk menyelamatkan nyawa khususnya nyawa-nyawa bayi yang baru lahir di NICU sebagai contoh. Alat ini setelah bertahun-tahun mendapat keluhan daripada hospital, mendapat permohonan tetapi sehingga ke hari ini belum ada lagi penambahbaikan.

Bayangkan alat ini walaupun kita lihat ini adalah perkara remeh tetapi alat ini dapat mengurangkan angka mortaliti, angka kematian bayi-bayi yang baru lahir dapat diselamatkan.

draft • 7:13 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara ini amatlah perlu khususnya di sistem kesihatan kita. Jangan kita melihat perkara-perkara yang besar, perkara yang asas yang melibatkan nyawa khususnya di hospital-hospital, alat-alat yang simple sahaja, itulah yang harus diperhatikan oleh pihak kementerian pada masa kini.

Beberapa hal lain iaitu perhatian kepada perjawatan baharu dan blok tambahan untuk Hospital Sungai Petani supaya dapat menampung penduduk atau pesakit yang kian meningkat untuk lima tahun, 10 tahun yang akan datang, perkara ini akan menjadi parah.

Tuan Yang di-Pertua, Tahun Melawat Malaysia 2026 sudah hampir dan tahun ini adalah Tahun Melawat Kedah 2025. Saya memohon agar kerajaan menjadikan negeri Kedah sebagai teaser kepada Tahun Melawat Malaysia 2026. Kita lihat di Sungai Petani di Titi Semeling sebagai contoh antara Merbok dan juga Sungai Petani, adanya sungai Merbok yang cantik, indah. Kita boleh naik perahu. Kita lihat latar belakangnya itu adalah Gunung Jerai dan juga pokok-pokok bakau yang tersergam indah. Inilah yang harus kita berikan perhatian.

Kita berikan dana tambahan, kita berikan suntikan yang lebih supaya Tahun Melawat Kedah 2025 ini dapat berjaya dengan jayanya dan akan nanti tahun depan 2026 akan menjadi Tahun Melawat Malaysia dengan bangganya. Sebab itu saya juga ucapkan terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Tambun sendiri memilih destinasi Langkawi sebagai destinasi pelancongan tahunan dan juga pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama dan baru-baru ini juga ada retreat Kementerian Luar yang diadakan di Langkawi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan apa yang ditekankan oleh YDPA, Yang di-Pertuan Agong mengenai reformasi pendidikan sebagai salah satu langkah kritikal untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Saya ingin memberikan penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan yang telah pun memberikan bantuan awal persekolahan kepada anak-anak yang ingin memulakan persekolahan, setiap murid mendapat RM150.

Di Kedah, kita mendapat lebih kurang RM49,962,000. Di Kuala Muda, kawasan saya, mendapat peruntukan lebih daripada RM10 juta. Setiap anak itu mendapat RM150 bantuan awal persekolahan. Inilah yang dikatakan ekonomi MADANI. Tidak guna kalau kita ada bangunan yang tinggi pencakar langit tetapi masih ada anak-anak India di estet yang tidak mampu untuk membeli kasut ke sekolah. Masih ada anak-anak Melayu di pendesaan yang tidak mampu untuk membeli beg untuk masukkan bukunya untuk ke sekolah. Masih ada anak-anak Cina yang tidak mampu membeli baju untuk hadir ke sekolah.

Inilah bukti bahawa kerajaan hari ini benar-benar menekankan reformasi pendidikan.

Tapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil perhatian kepada pihak kementerian, bantuan one-off, bantuan awal persekolahan, ini amat penting. Tetapi kita juga perlu lihat, infrastruktur-infrastruktur di sekolah khususnya di kawasan saya, di kawasan Parlimen Sungai Petani dan juga di kawasan-kawasan lain di pedalaman Sabah dan Sarawak.

draft • 7:13 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kita juga harus melihat kebajikan guru-guru untuk kita membentuk satu generasi yang baik, satu generasi yang mantap, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita perlu lihat sistem pendidikan negara kita dari segi infrastruktur dan sebagainya.

Ada yang masih membimbangkan iaitu didapati sebanyak 122,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran 3M ─ membaca, menulis dan mengira dan laporan dokumen keciciran pendidikan Malaysia 2023 mendedahkan bahawa 175,304 kanak-kanak di penghujung usia sekolah rendah tidak mahir membaca. Ini adalah perkara yang perlu kita ambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil perhatian Dewan bahawa pentingnya pelapis-pelapis masa hadapan. Ia bermula di mana? Bermula di sekolah, tetapi ia tidak berhenti di sekolah. Kita perlukan satu sistem yang menyeluruh secara komprehensif . Tidak hanya bergerak secara silo, tetapi hari ini kita lihat bagaimana kita hendak lahirkan generasi masa yang akan datang.

Di sekolah guru-guru telah membuat satu tugasan yang cukup hebat untuk mempersiapkan anak-anak kita dengan ilmu yang cukup, tetapi setelah persekolahan.

Dengan adanya PLKN 3.0 ini, saya harap akan ada kerjasama yang baik setelah sahaja daripada sekolah, anak-anak ini akan masuk kepada PLKN. PLKN ini perlukan modul yang menyeluruh, perlukan satu penambahbaikan, pembaharuan supaya tidak hanya anak-anak kita penuh dengan ilmu, tetapi juga penuh dengan sahsiah dan jati diri yang baik.

Kemudian kita perlu juga bersama-sama dengan sekarang ini ada Akademi Kenegaraan, ini juga amat penting. Kalau elemen-elemen ini digabungkan, kalaulah semua ini boleh bergerak secara sekali, bergerak secara terus, saya yakin dan percaya, insya-Allah untuk tahun-tahun yang akan datang, untuk masa yang akan datang, kita akan melahirkan lebih ramai generasi-generasi muda yang hebat. Lebih ramai generasi pelapis-pelapis, pemimpin-pemimpin muda yang berkualiti, yang mungkin akan memenuhi Dewan ini untuk menggubal dasar dan juga undang-undang negara.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita lihat pendidikan itu amat-amat penting.

Bagaimana sebuah generasi itu tanpa pendidikan dan dengan pendidikan. Kita lihat di negara kita sendiri, saya ingin mengambil perhatian bahawa Thamaraj seorang anak Sungai Petani dengan disiplin dan sahsiah diri yang tinggi, menjadi pesilat negara yang dapat merangkul pingat emas ke persada dunia dan ada lagi beberapa contoh-contoh yang lain untuk kita banggakan.

Tetapi sedih, amat-amat sedih. Masih ada lagi golongan anak muda khususnya mereka yang terdedah dengan elemen-elemen yang negatif di TikTok dan sebagainya masih lagi mengadakan ugutan-ugutan di TikTok seolah-olah negara ini akan hancur kalau diperintah oleh Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Kerajaan Perpaduan. Ada yang mengangkat parang, ada yang membuat ugutan bunuh dan sebagainya, ini adalah antara

draft • 7:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

gap generation yang kita lihat. Satu generasi telah pun ke persada dunia, tetapi satu generasi lagi mungkin merudum ke bawah.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, amat-mat penting. Ia bermula daripada sistem pendidikan, ia bermula dari dalam Dewan ini sendiri, ia bermula dari pemimpin-pemimpin negara. Kalau pemimpin mempunyai tekad yang hebat untuk membentuk anak muda yang hebat, insya-Allah saya yakin kita akan melahirkan lebih ramai lagi generasi yang hebat.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu amat-amat penting perkara-perkara ini supaya kita mengambil apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan janganlah kita bawa perkara-perkara yang negatif khususnya di dalam Dewan ini dan saya juga amat sedih sebenarnya, ada beberapa pihak yang cuba menjadi batu api sebenarnya. Yang cuba untuk menimbulkan syak wasangka antara pihak kerajaan dan juga pihak istana. Ini ada suatu hal yang tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, dan kita lihat pada hari ini dengan kestabilan politik yang ada, KDNK yang meningkat 5.9 peratus, saya yakin bukan sahaja pelabur-pelabur asing makin percaya kepada kita, tetapi juga kita dapat meningkatkan ekonomi dalam negara kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi yang mampan mestilah inklusif. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada angka-angka ekonomi yang memberangsangkan tanpa melihat realiti di peringkat akar umbi.

Kerajaan perlu memastikan bahawa dasar ekonomi benar-benar berpihak kepada rakyat. Dengan segala insentif dan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan pada hari ini, saya yakin ia dapat mengurangkan lagi kos bebanan rakyat itu sendiri dan pada akhirnya rakyatlah yang dapat menilai baik dan buruknya sesebuah kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda dan saya berharap agar segala inisiatif dan cabaran yang dibangkitkan ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Kita mahu melihat Malaysia bukan sahaja bangkit sebagai negara yang lebih kuat dari segi ekonomi dan sosial, tetapi juga sebagai pemimpin yang berwibawa dan kita akan menjadi pemimpin atau Pengerusi ASEAN yang terhebat di dalam sejarah ASEAN selama ini.

Saya akhiri dengan menjunjung kasih sekali lagi atas Titah Seri Paduka Baginda.

Sungai Petani dengan ini mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Segamat.

draft • 7:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Speaker atas peluang yang diberi bagi Segamat untuk membahas Titah Diraja. Pertama kali saya ingin menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Sultan

draft • 7:25 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Iskandar yang telah menyampaikan titah beliau semasa Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas pada 3 Februari 2025 yang lalu.

Titah Baginda mengingatkan kita semua tentang pentingnya perpaduan keharmonian dan kesejahteraan rakyat sebagai teras kemajuan negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas usaha yang berterusan dalam memastikan masyarakat terus maju dan makmur.

Namun sebagai wakil rakyat Segamat, saya ingin membawa beberapa isu penting memerlukan perhatian yang segera. Ada lima perkara yang saya ingin bangkitkan Timbalan Speaker. Kepentingan Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama bukan Islam kerana kita boleh lihat – kalau kita sebut tentang isu perpaduan, ia sentiasanya dikaitkan dengan isu agama dan juga berkaitan dengan kaum. Kita telah merdeka hampir enam dekad, tetapi masih kita lagi mendengar isu-isu perkauman dan juga isu-isu agama. Isu keharmonian dan perpaduan ini sentiasa dibangkitkan dalam media sosial dan juga di TV.

Salah satu asas kekuatan Malaysia adalah kepelbagaian agama, budaya dan etnik yang wujud dalam keadaan harmoni berpuluh tahun. Namun untuk memastikan keharmonian ini terus terpelihara, saya mencadangkan agar kerajaan menimbangkan, mewujudkan portfolio khusus bagi seorang Menteri bertanggungjawab hal ehwal agama bukan Islam.

Hampir 40 peratus dalam Malaysia adalah penganut agam bukan Islam termasuk Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain.

Oleh itu, tiada seorang pemegang portfolio atau Menteri yang menyelia, mengurus atau membantu soal isu-isu berkaitan agama bukan Islam ini. Kewujudan portfolio ini bukan sahaja akan memastikan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam dilindungi, tetapi juga akan menjadi platform untuk menyelesaikan isu-isu sensitif yang mungkin timbul dan ini juga akan menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan perpaduan.

Sebagai contoh, pada tahun 2024, terdapat aduan yang berlambak berkaitan dengan isu pembinaan rumah ibadat bukan Islam, pengurusan tanah perkuburan dan hal ehwal perayaan. Sudah hampir enam dekad kita masih lagi mendengar isu-isu ini berbangkit. Kalau kita boleh lihat, kita ada Endowments Board di Pulau Pinang, di Selangor dan bukan semua negeri yang ada ataupun interfaith group dan masih lagi tidak ada satu penyelesaian.

Saya ingin bertanya beberapa soalan. Sejauh manakah Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021 hingga 2023 dilaksanakan secara efektif. Merealisasikan agenda perkauman yang mengharmonikan memerlukan penglibatan semua pihak, baik kerajaan, pembangkang, mahasiswa mahupun pertubuhan bukan kerajaan.

Memang bila kita cakap tentang perpaduan negara atau nasional, ia melibatkan rentas kementerian dan juga agensi. Apakah kementerian mempunyai garis panduan dan pelan tindakan atau perkenalkan akta keharmonian untuk menangani isu-isu ekstremisme berkaitan kaum, agama dan perpaduan.

draft • 7:25 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat mencadangkan satu akta ataupun sebelum ini kita pernah dengar tentang ini akta keharmonian negara perlu digubal untuk menangani khususnya isu-isu berkaitan perpaduan sebagai satu penyelesaian. Contohnya kita boleh melihat di negara Singapura telah berjaya mengekalkan keharmonian agama melalui Presidential Council for Religious Harmony (PCRH) yang bertanggungjawab mengawal isu-isu sensitif berkaitan agama.

Kewujudan badan seumpama ini telah membantu Singapura mengelakkan konflik agama dan memastikan hak semua rakyat dilindungi. Saya yakin langkah ini juga menjadi simbol komitmen kerajaan untuk memastikan perpaduan dan keharmonian agama terus terpelihara, selaras dengan Titah Diraja yang kita dengar sebelum ini.

Perkara kedua adalah berkaitan dengan satu isu memperkasakan komuniti Orang Asli. Timbalan Yang di-Pertua, komuniti Orang Asli juga kalau kita lihat dalam pelbagai isu mereka dalam ketinggalan. Seterusnya saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada nasib komuniti Orang Asli di Malaysia.

Menurut data terkini daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), populasi Orang Asli hampir 3.5 juta. Di Semenanjung kita ada hampir 215,000 dan antara yang – 60 peratus adalah daripada lingkungan umur 15 tahun ke 64 tahun.

draft • 7:25 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Namun malangnya, hanya 30 peratus daripada keseluruhan mereka yang mempunyai akses kepada peluang pekerjaan formal. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk kekurangan akses kepada pendidikan berkualiti, kemahiran yang tidak sepadan dengan keperluan pasaran dan ketiadaan akaun bank untuk memudahkan transaksi kewangan. Saya ingin menceritakan kepada Timbalan Speaker. Minggu lepas, kawan-kawan saya daripada parti saya membawa 20 Orang Asli, umurnya dalam 20 hingga 30 tahun untuk membuka bank account. Cuba bayangkan, mereka duduk di Malaysia selama ini tidak ada bank account dan mereka rasa selalu gembira, mereka mendapat satu bank account dan kita juga memberi wang supaya satu motivasi kepada mereka. Dan inilah kekangan-kekangan yang kita boleh melihat.

Saya mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah proaktif kerana mereka juga tidak dibenarkan ataupun tiada peluang untuk mereka bekerja di syarikat swasta. Saya mohon kerajaan juga mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat swasta supaya memberi kelonggaran syarat untuk pengambilan kerja kosong. Mungkin mereka kekurangan dari segi akademik tetapi boleh melatih hands-on dan sebagainya, itu adalah penting.

Meningkatkan akses pendidikan dengan membina lebih banyak sekolah dan pusat latihan vokasional di kawasan pedalaman, khususnya di mana ada komuniti Orang Asli, ini adalah sangat penting. Dan penyediaan program latihan kemahiran, khususnya komuniti Orang Asli seperti pertanian moden, pelancongan ekologi dan juga kraftangan.

Memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan dengan kerjasama bank-bank tempatan untuk membuka cawangan ejen di kawasan Orang Asli. Kalau kita boleh ada

draft • 7:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Kampung Baru Cina dan kita boleh ada Kampung Baru Melayu, termasuklah Kampung Baru India, kenapa tidak boleh ada Kampung Orang Asli? Di mana dengan teknologi moden, dengan perumahan yang lebih moden. Bukan saja biarkan mereka hidup dengan tempat yang tidak kondusif ini dan kita perlu membantu mereka.

Kalau kita ada MITRA untuk membantu masyarakat India diberikan RM100 juta, apatah dan kenapa kita tidak boleh memperuntukkan RM50 juta kepada Orang Asli?

Khususnya untuk pembangunan dan juga mengeluarkan mereka daripada golongan miskin ataupun miskin tegar di kalangan komuniti Orang Asli ini. Sebagai contoh, kita ada di mana negara Australia juga berjaya memperkasakan komuniti Orang Asli mereka melalui Program Closing the Gap yang memberikan tumpuan kepada pendidikan kesihatan dan peluang pekerjaan. Kita boleh mencontohi beberapa pendekatan di mana juga negara-negara di Asia Tenggara ini.

Dan komuniti Orang Asli adalah rakyat Malaysia yang layak mendapat segala akses bantuan pembangunan. Mereka berhak menikmati pembangunan yang sama rata sebagai mana kita pada hari ini semua. Perkara yang ketiga adalah menaik taraf perpustakaan kerajaan. Timbalan Yang di-Pertua, isu ketiga ini adalah berkaitan dengan perpustakaan sekolah, universiti dan perpustakaan awam. Menurut statistik Perpustakaan Negara Malaysia, terdapat lebih 101,000 perpustakaan awam di seluruh negara dengan purata 2 juta pengunjung setiap tahun yang jauh lebih rendah berbanding populasi Malaysia. Namun, kebanyakan perpustakaan ini masih kekurangan bahan bacaan yang berkualiti dan relevan.

Segamat ingin mencadangkan agar kerajaan menambah koleksi buku dan memfokuskan pada pembangunan pemikiran kritis, pengetahuan am, sastera dan budaya.

Memperluaskan koleksi buku dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa asing lain untuk memudahkan rakyat mempelajari bahasa baru dan memperkaya pengetahuan mereka. Mengurangkan gangguan digital dengan mewujudkan zon bebas gajet di perpustakaan supaya pengunjung dapat menikmati pengalaman membaca buku fizikal tanpa gangguan.

Sebagai contoh, Jepun telah berjaya mencipta budaya membaca kuat melalui sistem perpustakaan mereka yang canggih dan koleksi buku yang luas. Mereka juga menekankan pentingnya membaca buku fizikal untuk meningkatkan tumpuan dan pemahaman. Kita boleh mencontohi model ini untuk memastikan perpustakaan di Malaysia menjadi pusat ilmu yang berkualiti. Membaca buku fizikal bukan saja dapat meningkatkan tumpuan dan pemahaman tetapi juga membantu mengurangkan ketagihan terhadap gajet, terutama dalam kalangan generasi muda.

Perkara empat yang saya ingin menyentuh adalah membangkitkan isu penting mengenai nasib pekerja kontrak kerajaan, khususnya di bawah Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kesihatan. Kita boleh lihat kita menerima aduan, di mana kontraktor- kontraktor yang mendapat kontrak, khususnya kontrak sebagai pengawal keselamatan dan

draft • 7:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

juga cleaner dalam sekolah ini dan pelbagai ini. Ada banyak isu yang kita dapati bahawa menurut kajian dijalankan oleh jaringan pekerja kontrak kerajaan pada 2024 yang melibatkan 453 pekerja kontrak daripada sekolah ─ 80 sekolah di Semenanjung Malaysia, terdapat beberapa isu kritikal perlu ditangani segera.

Siapakah pekerja kontrak ini? Pengawal keselamatan yang berkhidmat di hospital kerajaan dan sekolah, tukang pembersih (cleaner) ataupun pekerja pekebun, termasuk.

Antara penemuan utama kajian ini, terdapat 52 peratus pekerja kontrak bekerja dengan kontrak tiga tahun, manakala 29 peratus dengan kontrak dua tahun. Cuba bayangkan, setiap tiga tahun, seorang kontraktor dapat kontrak daripada kerajaan dan setiap tiga tahun, beliau- mereka renew balik kontrak. Walaupun seorang pengawal keselamatan itu kerja 10 tahun tapi dalam rekodnya setiap tiga tahun. Ini juga akan mengganggu proses untuk mereka menjadi sebagai pekerja tetap dan juga mengganggu dalam proses kenaikan gaji, mengganggu dalam EPF dan SOCSO nya.

Dan kita boleh lihat 22 peratus pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti tahunan, 19 peratus dibenarkan mengambil cuti sakit bayar dan ini adalah pelbagai isu yang kita dapat.

Termasuklah isu gaji minima pun ada isu-isu apabila kontraktor ini ditukar dan mereka masih terbelenggu dengan isu-isu ini.

Cadangan dasar yang Segamat ingin meminta kepada kerajaan, mengubah kontrak jangka pendek kepada kontrak jangka panjang atau tetap untuk meningkatkan keselamatan pekerjaan dan membolehkan pekerja membina kerjaya. Memperkukuhkan perlindungan undang-undang dengan memastikan pematuhan Akta Kerja 1955, termasuk menyediakan slip gaji, surat pelantikan dan pematuhan gaji minima, termasuk KWSP dan PERKESO.

Secara keseluruhan kerana ada membuat aduan, mereka tidak ada PERKESO dan KWSP.

Dan juga saya ingin menyentuh tentang perkara keenam berkaitan dengan isu kawasan yang terakhir sekali adalah isu pembesaran Jalan Tunggal di Jalan Penggebah di Segamat. Jalan-jalan utama di Segamat, menaik taraf Jalan Muar-Tangkak-Segamat

(FT023), seksyen 71 ke persimpangan FT012 Jalan Segamat-Kuantan, Daerah Segamat.

Seterusnya, memohon menggantikan Jambatan Persekutuan di Jambatan Sungai Segamat 1, Jalan Gemas Ayer Hitam (FT001) dalam Daerah Segamat. Mohon Kementerian Kerja Raya untuk meneliti permohonan Segamat kerana ini adalah antara jalan-jalan yang perlu diperbaiki serta menambah baik demi aliran trafik yang lebih efisien.

Dan akhir sekali, saya ingin menutup- menegaskan bahawa semua isu yang Segamat membangkitkan ini berkaitan dengan keharmonian agama, pembelaan komuniti Orang Asli, penaiktarafan perpustakaan, memperbaiki nasib pekerja-pekerja kontrak kerajaan dan soal kesejahteraan rakyat adalah penting untuk memastikan Malaysia terus maju sebagai sebuah negara yang inklusif dan progresif.

Saya berharap kerajaan yang pada hari ini dah telah buat yang terbaik dan kami juga berharap buat lebih yang terbaik, memberi perhatian kepada serius terhadap cadangan-

draft • 7:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

cadangan ini. Selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyeru kita semua pihak bekerjasama demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Sekian, Segamat mohon menyokong dan menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 7:30 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya membahaskan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Mewakili seluruh rakyat Padang Terap, patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas Titah yang sarat dengan nasihat kepimpinan. Menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap keperluan rakyat dan mengambil berat tentang masa hadapan negara.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Daulat Tuanku kami sembah, Payung negara rakyat sejahtera. Isu yang pertama yang perlu saya sentuh pada hari ini ialah tentang tragedi konsert hiburan pada sambutan awal tahun baru-baru ini sehingga melibatkan empat kematian iaitu Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya yang disyaki terbabit di dalam pengambilan dadah jenis ekstasi dan ada tiga mangsa lain yang dirawat di hospital.

Ini adalah tragedi yang sangat menyedihkan serta membimbangkan di dalam negara kita yang sepatutnya tidak berlaku. Budaya hedonism berlebihan hendaklah dihentikan segera di dalam negara kita. Kerajaan MADANI haruslah bertegas untuk tidak memberikan kebenaran mengadakan konsert hiburan yang melampau, tidak terkawal dan menjerumuskan ke arah kerosakan akhlak, terutamanya kepada generasi muda. Apatah lagi dicemari najis dadah dan merosakkan akhlak belia. Jawatankuasa PUSPAL perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelak kejadian sama berulang. Saya juga ingin mempersoalkan tentang garis panduan yang baharu PUSPAL, yang dikatakan sudah di peringkat akhir. Setakat manakah garis panduan tersebut disediakan?

draft • 7:37 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Ini bagi memastikan isu seperti artis luar negara yang liar, berlatar belakangkan lesbian, gay, LGBT dapat dielakkan termasuklah penyalahgunaan dadah. Ambillah nasihat mufti antaranya Mufti Pulau Pinang yang menegur konsert tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Budaya hedonisme ini disanjung tinggi manakala adab dan kesopanan diketepikan. Hiburan tidak salah tetapi kandungan dan pelaksanaan hiburan tersebut

draft • 7:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

mestilah menjaga tatasusila, kesopanan, pergaulan lelaki dan perempuan untuk menghindari perkara yang haram di sisi Islam.

Sudah kerap kali mufti di dalam negara kita menasihati tentang penganjuran beberapa konsert, tetapi tidak diendahkan. Sedih sekali kita berada di dalam negara Islam, tetapi budaya hedonisme melampau seperti- persis Barat seolah-olah disuburkan. Kerajaan mesti mengambil berat pandangan mufti berkenaan penganjuran konsert kerana penduduk Malaysia adalah majoriti Islam. Islam sebagai agama negara harus didaulatkan.

Isu yang kedua, ialah tentang nasib pekebun kecil getah. Perkara yang pertama ialah mereka yang terlibat dalam sektor pengeluaran getah asli atau yang kita panggil sebagai penoreh getah dan pekebun kecil getah perlu dimartabatkan dan dipertingkatkan ekonomi dan pendapatan mereka. Kos menghasilkan satu kilogram getah kini boleh melebihi RM5 merangkumi kos mengupah, menoreh, penjagaan ladang seperti membaja, meracun, kos pengangkutan, bayaran cukai ses dan kos sara hidup. walaupun harga getah kini melebihi RM3 sekilogram, namun para pekebun kecil masih berhadapan dengan kos pengeluaran yang tinggi dan pendapatan jualan getah masih tidak setara dengan situasi ekonomi semasa.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil seterusnya sektor getah tidak lagi dilihat sebagai sektor komoditi yang malap dan mengelak lebih ramai para pekebun menukar kebun mereka kepada tanaman sawit sedangkan negara kita menyasarkan menjadi pengeluar getah utama dunia dalam tempoh 10 tahun ini.

Cadangan yang pertama ialah menghilangkan spekulasi harga yang merugikan pekebun kecil. Ketika ini harga getah ditetapkan sebanyak dua kali sehari iaitu pada pukul satu petang dan lima petang, yang kadang-kadang merugikan pekebun kecil kerana harga jatuh dan naik pada hari yang sama. Situasi ini juga mengelirukan pekebun getah kerana ada yang terpaksa simpan dulu getah untuk menunggu harga diumumkan sebelah petang apabila ada spekulasi naik harga, tetapi bila sampai masanya harga tidak naik.

Oleh itu, saya mencadangkan pihak kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia membuat pengumuman harga hanya sekali sehari dan mengumumkan sehari lebih awal untuk memudahkan urusan jual beli getah skrap ini. Berhubung dengan penetapan harga getah ini juga saya ingin bertanyakan apakah kedudukan terkini Mekanisme Harga Getah untuk Kesinambungan Hidup Pekebun Kecil [LRPM] yang dikatakan akan dimuktamadkan pada hujung tahun lepas jika mendapat persetujuan semua 13 negara pengeluar getah di bawah Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC). Perkara ini menjadi harapan besar kepada 500,000 pekebun kecil seluruh negara untuk melihat harga getah terus stabil, mampan dan seiring dengan pasaran komoditi yang lain.

Cadangan yang kedua ialah memperbanyakkan pembeli getah berlesen di luar bandar untuk mengatasi harga belian yang berbeza-beza dan ada yang terlalu rendah dengan harga semasa. Kebimbangan pekebun kecil ketika ini ialah harga getah sekerap

draft • 7:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

dibeli oleh pihak pengumpul atau pembeli tidak selaras di kebanyakan tempat di seluruh negara. Ada pekebun kecil atau penoreh getah tidak dapat menikmati harga jualan getah yang sewajarnya dengan harga getah semasa. Kemungkinan kerana mereka menjual getah kepada pembeli getah yang sebenarnya pembeli tersebut bertindak sebagai orang tengah bagi pihak pengumpul getah yang berlesen. Orang tengah ini mengambil keuntungan dengan memotong harga dengan alasan kos pengangkutan dan kualiti getah.

Saya menyambut baik cadangan untuk menjadikan RISDA sebagai pembeli tunggal getah negara ini disebabkan 89 peratus pasaran getah dikuasai oleh pekebun kecil RISDA dan hanya 11 peratus dikuasai oleh peladang besar. Cadangan ini dapat menghapuskan eksploitasi orang tengah melalui kaedah pemendekan rantaian pemasaran dan memastikan harga diterima pekebun kecil lebih adil dan berbaloi. Apa yang penting, cadangan RISDA sebagai pembeli tunggal getah negara tidak mengetepikan nasib pembeli getah bumiputera yang sedia ada, melalui langkah kolaborasi yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan.

Cadangan yang ketiga, ialah meningkatkan inovasi, teknologi dalam penghasilan getah dengan memberikan tumpuan kepada teknologi automasi dan pertanian pintar serta robotik. Ini untuk mengatasi masalah torehan cara lama, pengurusan kebun, kekurangan tenaga mahir dan persepsi getah bukan sumber pendapatan utama di kalangan generasi muda. Contohnya, untuk mengurangkan kos meracun di kebun, teknologi robotik dan dron pintar boleh diadaptasi di kebun getah, libatkan lebih ramai generasi muda dalam penggunaan teknologi getah ini. Luaskan penyertaan anak muda dalam Akademi Hevea Malaysia yang menyediakan kursus Sijil Teknologi Getah kepada golongan belia 18 hingga 35 tahun untuk dilahirkan sebagai tenaga mahir dalam industri getah negara.

Suatu hari nanti teknologi AI boleh dimanfaatkan dalam industri getah melalui penyertaan lebih ramai anak muda di dalam bidang ini. Saya juga ingin penjelasan pihak kerajaan berkenaan keberkesanan Program Latihan Pertanian Kebangsaan dalam menarik minat golongan belia menceburi sektor komoditi tanaman getah.

Cadangan yang keempat ialah pihak kerajaan kenakan cukai ses getah kepada getah yang diimport untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan kepada kerajaan dan hasil cukai ini boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai program sokongan kepada pekebun kecil, peningkatan subsidi dan insentif dan mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan R&D dalam sektor getah negara. Di samping itu, pihak kerajaan juga wajar mengkaji semula cukai ses getah yang dikenakan bagi setiap kilogram yang dijual oleh penoreh dan pekebun kecil agar beban kos pengeluaran getah dapat dikurangkan.

Yang terakhir ialah tentang Kedah Rubber City. Masih dalam tajuk sektor komoditi getah. Berkaitan dengan kemajuan industri getah negara ialah projek Kementerian Ekonomi yang dikendalikan oleh agensi pelaksana NCIA iaitu projek Kedah Rubber City ataupun Bandaraya Getah di Padang Terap.

draft • 7:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Ekonomi yang memberikan tumpuan di Kedah Rubber City sebagai pusat pertumbuhan industri baharu di utara Kedah seperti yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi semasa sesi libat urus RMKe-13 di Kedah pada Januari yang lalu. Alhamdulillah, perkembangan Kedah Rubber City sangat baik.

Ada beberapa orang pelabur yang berpotensi telah memberikan komitmen pelaburan untuk membuka kilang di Kedah Rubber City. Saya ingin menggesa pihak kerajaan supaya terus memberikan insentif cukai industri yang istimewa kepada para pelabur Kedah Rubber City. Kadar cukai di Kedah Rubber City perlulah lebih menarik minat pelabur dan lebih rendah berbanding kawasan industri yang lain seperti di Kulim Hi-Tech kerana Kedah Rubber City merupakan kawasan industri yang baru nak bermula.

Saya juga ingin menekankan keperluan para pelabur iaitu kawasan perumahan baru untuk penempatan para pekerja. Ada kawasan berhampiran Kedah Rubber City yang telah dizonkan sebagai kawasan perumahan. Jika pihak kerajaan boleh bangunkan kawasan perumahan tersebut melalui pelaburan baharu, sangat dialu-alukan bagi menyokong keperluan para pelabur di Kedah Rubber City.

Saya juga menyambut baik hasrat kerajaan untuk mempertimbangkan naik taraf jalan beberapa buah lorong iaitu Jalan Persekutuan FT175 dari Durian Burung, Pokok Sena ke Kedah Rubber City jika Kedah Rubber City sudah memulakan operasi industri mereka. Cuma pertimbangan kerajaan tentang kelulusan naik taraf jalan ini bergantung kepada hanya jika Kedah Rubber City masuk fasa dua harus dipertimbangkan semula. Saya menggesa permohonan ini diluluskan awal di dalam rolling plan yang pertama RMKe-13 melihat keperluan penggunaannya dan merupakan senarai utama kerajaan negeri.

Sedikit kebimbangan saya ialah mengenai peluang pekerjaan yang akan ditawarkan oleh syarikat di Kedah Rubber City apabila kilang mereka siap nanti dalam masa dua tahun ini, mereka perlukan pekerja mahir dan kompeten. Sejauh manakah kebersediaan pihak kerajaan dalam menyediakan tenaga mahir tempatan kepada industri Kedah Rubber City ini?

Dulu saya menarik nafas lega apabila pihak kerajaan terdahulu pada tahun 2022 telah mengumumkan akan membuka Pusat Kecemerlangan RISDA di Padang Terap bernilai RM15 juta ke arah menyediakan 6,000 tenaga mahir TVET dalam industri getah khususnya untuk keperluan Kedah Rubber City tetapi projek tersebut tidak diteruskan pada kali ini di Padang Terap.

draft • 7:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Seiring dengan perkembangan kemajuan Kedah Rubber City di Padang Terap, saya juga ingin menekankan soal peningkatan keselamatan di Padang Terap dengan pihak kerajaan melihat keperluan tambahan anggota Polis dan juga naik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap. Keprihatinan kerajaan tentang ini sangat penting untuk memastikan

draft • 7:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

keharmonian dan keselamatan penduduk seiring kemajuan pesat ekoran kawasan industri besar yang bakal menjelma nanti di Padang Terap iaitu Kedah Rubber City. Akhir sekali, saya juga menjemput dan mempersilakan para menteri yang berkaitan dengan projek ini seperti tuan punya projek, Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi, Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Wilayah ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri untuk turun ke tapak projek Kedah Rubber City bagi memberikan suatu impak dan suntikan melonjakkan Kedah Rubber City sebagai satu buah kawasan pertumbuhan industri yang baharu di utara Kedah.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih. Saya Padang Terap mohon menyokong.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Lubok Antu telah memberi laluan kepada Yang Berhormat Puncak Borneo.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo untuk berucap.

draft • 7:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua Speaker. Salam sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan kesyukuran kerana diberi ruang untuk turut berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Terima kasih juga kepada rakan saya Yang Berhormat Lubok Antu kerana telah memberi ruang untuk menukar giliran untuk berbahas...

[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga menyebut konsep persekutuan yang menjadi asas penubuhan Malaysia dan juga teras pentadbiran negara hendaklah dihormati oleh semua pihak. Dengan ini, saya ingin mengingatkan bahawa segala komponen Perjanjian Malaysia 1963 adalah asas penubuhan Malaysia di mana ia harus dikotakan dan dilaksanakan sekarang.

Saya amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sikap terbuka beliau dengan secara rasmi mengiktiraf PETROS sebagai aggregator gas tunggal untuk Sarawak dalam sidang akhbar beliau baru-baru ini.

Namun, pada 5 Februari 2025, Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina iaitu YB Pengerang telah mengulangi kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa PETRONAS telah secara rasmi mengiktiraf PETROS sebagai aggregator gas untuk Sarawak. Ini termasuk gas asli cecair (LNG) tanpa memerlukan pelesenan atau prosedur tambahan melebihi yang digariskan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 [Akta 144].

Saya ingin meminta penjelasan kerana jawapan Menteri Undang-undang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak bercanggah dengan jawapan yang telah diberi kepada Yang Berhormat Stampin.

draft • 7:51 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Adakah PETRONAS, tanpa memerlukan lesen, hanya sekadar pengecualian pelesenan ataupun licensing exemption, namun masih tertakluk kepada DGO ataupun Distribution of Gas Ordinance? Apakah perkara-perkara yang dipersetujui dalam rundingan gas asli cair (LNG) dan apakah kewujudan undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri adalah secara bersama? Dengan izin, is the Federal and State Law are coexist?

Untuk makluman semua, Laporan IGC mengesyorkan bahawa kuasa Persekutuan ke atas elektrik dan gas hendaklah diserahkan kuasa perundangan ke atas elektrik dan pengagihan gas ke Sarawak dan Sabah. Syor itu dilaksanakan di bawah Perkara 8 MA63 oleh Yang di-Pertuan Agong menjadikan Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa perundangan 1963 untuk melanjutkan kuasa perundangan negeri, badan perundangan untuk meliputi elektrik dan juga pengagihan gas.

Menurut perintah tersebut, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Ordinan Pengagihan Gas 2016 yang dikenali sebagai DGO yang telah dipinda pada 2023 kepada membolehkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melantik PETROS sebagai satu-satunya aggregator untuk gas di Sarawak. Sarawak tidak pernah bersetuju bahawa PETROS sebagai aggregator tunggal yang hanya terhad kepada perniagaan bukan LNG sahaja dan Sarawak tidak pernah bersetuju bahawa PETROS tidak mempunyai hak untuk mengedar dan membekalkan gas asli untuk loji LNG.

PETRONAS tidak dikecualikan di bawah PDA daripada pematuhan lain undang- undang bertulis seperti undang-undang negeri. Dalam kes PETRONAS melawan Pengawal Cukai Jualan Negeri dan Kerajaan Negeri Sarawak di Mahkamah Tinggi memutuskan PETRONAS tidak dikecualikan oleh PDA daripada mematuhi undang-undang lain termasuk undang-undang negeri. Itulah sebabnya PETRONAS perlu membayar cukai jualan negeri di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri dan telah membayar SST sejak tahun 2019.

Oleh itu, PETRONAS mesti mematuhi DGO untuk mengagihkan dan membekalkan gas di Sarawak. Walau bagaimanapun, Kerajaan Sarawak sedia mempertimbangkan pengecualian untuk PETRONAS untuk mendapatkan lesen yang diperlukan di bawah DGO untuk aktiviti yang tidak berkaitan dengan pengagihan dan pembekalan gas kerana aktiviti tersebut hanya akan dijalankan oleh PETROS sebagai aggregator tunggal.

Semasa dalam perbincangan MA63, telah dipersetujui bahawa seksyen 6(1) dan (3) PDA yang memerlukan orang yang menjalankan perniagaan, pemasaran dan pengedaran gas untuk mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri tidak boleh diguna pakai di Sarawak. Ini menyebabkan Perdana Menteri ketika itu menandatangani pemberitahuan pengecualian perintah pada 2019. Dengan perintah pengecualian ini, undang-undang yang mengawal pengagihan gas di Sarawak adalah DGO. Kerajaan negeri telah mencadangkan supaya peranan PETRONAS dan PETROS terhadap gas distrukturkan seperti berikut.

Di peringkat huluan, pengeluaran gas diusahakan oleh PETRONAS. Di peringkat midstream, perolehan, pengedaran dan pembekalan gas kepada semua industri di Sarawak

draft • 7:51 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

akan dilaksanakan oleh PETROS sebagai aggregator tunggal. Dan di peringkat hiliran, pengeluaran, penjualan dan juga eksport LNG akan dijalankan oleh PETRONAS. Dengan itu, di bawah rangka kerja di atas, PDA dan DGO boleh wujud secara bersama.

Jadi, apakah masalahnya? PETRONAS tidak rugi semua dan PETROS juga tidak sailang semuanya. Naratif yang mengatakan PETRONAS rugi besar dan kehilangan perniagaan secara total di Sarawak adalah tidak benar.

Dato’ Speaker, kita perlu menyusun strategi pembangunan sumber gas supaya selaras dengan dasar gas domestik dan campuran tenaga yang juga secara tidak langsung juga untuk kemakmuran negara yang diterjemahkan melalui cukai korporat, kesan limpahan ekonomi domestik positif dan juga peluang pekerjaan.

Pada hari ini, lebih daripada 4.5 bilion standard cubic feet per meter, dengan izin, produksi gas asli di Sarawak, iaitu 94 peratus dieksport oleh PETRONAS kepada negara luar dan cuma enam peratus sahaja untuk kegunaan domestik untuk kegunaan sektor tenaga industri, komersial dan residensi. Manakala di Semenanjung Malaysia, 2 bilion standard cubic feet per day production gas asli seratus peratus digunakan di Semenanjung untuk domestik dalam pelbagai sektor termasuk sektor tenaga.

Apakah ini adil bagi Sarawak? Kenapa tidak 94 peratus ataupun sebahagian daripada gas asli tersebut diurus oleh PETROS sebagai aggregator tunggal untuk menambah peratusan kegunaan domestik demi merancakkan sektor hiliran industri domestik yang boleh menjana ekonomi Sarawak, menyediakan banyak peluang pekerjaan dan juga secara tidak langsung menjanakan pendapatan cukai korporat kepada negara kita?

draft • 7:51 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Hak minyak dan gas Sarawak tidak boleh dirampas dengan memperkuda Akta PDA 1974 di mana pengisytiharan darurat telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk seluruh Malaysia pada tahun 1969 termasuk Sabah dan Sarawak melalui Emergency Ordinance 1969. Ketika itu, Sarawak mempunyai undang-undang sendiri untuk mengawal selia perlombongan termasuk aktiviti minyak dan gas di Sarawak iaitu Ordinan Minyak dan Perlombongan 1958 ataupun dikenali sebagai OMO.

Kemudian muncul Akta Pembangunan PDA, sebuah statut yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1974 untuk meletakkan semua aktiviti minyak dan gas di Malaysia secara eksklusif kepada Petronas. Ingin saya tegaskan, memandangkan penggubalan PDA 1974 oleh Parlimen dilakukan semasa Emergency Ordinance 1963 masih berkuat kuasa di Malaysia, ia telah dilanjutkan di Sarawak menurut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tanpa perlu diterima pakai oleh Sarawak melangkaui keperluan Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, kedudukan itu bertukar pada tahun 2011 apabila Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato’ Sri Najib berada di bawah tekanan untuk memansuhkan Akta Keselamatan dalam negeri ataupun ISA. Pada tahun 2011, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memansuhkan ISA dan dengan berbuat demikian, Emergency

draft • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ordinance 1969 telah terbatal. Oleh itu, apabila Emergency Ordinance telah dibatalkan, maka PDA 1974 sudah tidak boleh dipakai di Sabah dan Sarawak.

Adakah Kerajaan MADANI yang memartabatkan tata kelola dan tadbir urus yang baik, mengagungkan keadilan dan juga telus akan meneruskan kebobrokan dan ketempangan ini daripada terus berlaku. Dengan izin, the right honorable Prime Minister, I appeal to you, under PDA you have the absolute power on control and direction of Petronas Corporation. Please use this power to correct the wrong, to uphold justice and to advocate fairness because this is the time and we know that you are sincere and you can do it for us, for the betterment of our country.

Untuk kemakmuran kita bersama.

Rakyat Malaysia perlu tahu dan hormati Ordinan Perlombongan dan Minyak Sarawak 1958. Undang-undang Malaysia ini tidak pernah dimansuhkan dan ia akan terus sah dan terpakai sebagai undang-undang negeri mengenai kedudukan yang sama dengan undang- undang persekutuan di bawah peruntukan akta Malaysia. Kesimpulannya, aktiviti minyak dan gas di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Sarawak berdasarkan butiran 8(j) Senarai Persekutuan yang tertakluk kepada senarai 2(c) dalam Senarai Negeri.

PDA hendaklah tertakluk kepada undang-undang negeri berkenaan dengan pengeluaran pajakan, pelombongan, lesen mencari gali untuk pembangunan mineral, minyak dan medan minyak. DGO digubal menurut laporan IGC dan dilaksanakan oleh Perkara 8 MA63.

Maka saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Undang- undang, di manakah punca kuasa PDA 1974 untuk membatalkan kuasa perlembagaan negeri ke atas pengagihan gas?

Walaupun hak minyak dan gas itu milik Sarawak, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan rakyat Sarawak...

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 8:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Tetap berjiwa besar. Saya landing Yang di-Pertua.

Kami mahukan sumber ini dikongsi dengan negara dan apa yang kami minta adalah sedikit hak kami. Oleh itu, saya merayu kepada kerajaan ini supaya berlaku adil pada Sarawak kerana kalau tidak saya bimbang dan khuatir kebencian dan rasa tidak puas hati itu akan membara dan kemungkinan besar bakal mengundang bala kepada perpaduan negara.

Kami rakyat Sarawak mahu penyelesaian yang adil dan win-win situation demi kemakmuran bersama.

Oleh dengan itu Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin memberi salam kepada seluruh rakyat Malaysia, salam bersatu bertambah mutu, Puncak Borneo mohon menyokong dan semoga Tuanku Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang walafiat. Daulat Tuanku. Saya mohon menyokong.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Saya menggunakan kuasa untuk extension ini lah last punya pembahas. Saya mempersilakan- sebelum ditangguhkan, saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong.

draft • 8:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Dato’ Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan junjung kasih Titah Tuanku.

Tan Sri- Dato’ Speaker, Puchong ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsi tentang hidup seorang ibu tunggal di kawasan saya yang bernama Kavitha. Pada musim Deepavali yang lalu, saya telah pun melawat Kavitha di Pangsapuri Aman. Apabila saya masuk ke rumahnya, apa yang tertera di depan mata saya ialah satu ruang tamu yang kosong, tiada sofa, tiada TV, hanya beberapa kerusi plastik sahaja.

Kavitha seorang cleaner di sebuah sekolah. Gajinya RM1,600, anak dua masih bersekolah. Setiap bulan dia kena bayar RM700 sewa, transport dia pergi kerja RM230, transport anak pergi sekolah, RM150. Tinggal hanya RM520 untuk bil api, air, telefon, makan dan minum. Maksudnya keluarga bertiga ini hanya ada kira-kira RM100 setiap minggu ataupun RM15 setiap hari untuk makanan mereka. RM15 untuk makan pagi, petang dan malam untuk tiga orang. Antara kata-kata Kavitha yang paling sakitkan hati saya, yang juga seorang ibu ialah dia kata bahawa saya sentiasa doa. Esok saya bangun, saya mesti hidup. Jika tidak, anak macam mana? Inilah yang saya risau.

Tan Sri Dato’ Speaker, inilah suara seorang ibu dari keluarga yang fall through the crack di arus pembangunan ekonomi negara. Nasib baik, Kavitha tinggal di Selangor. Dia dapat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dari Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM300 untuk dua tahun. Dia juga layak mendapat Sumbangan Tunai Rahmah

(STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Walau bagaimanapun, apabila saya melawat dia, sudah genap dua tahun dia menerima bantuan BINGKAS. Oleh itu, anak yang baru sahaja habis SPM yang bernama Satish sudah memutuskan untuk mula bekerja bagi meringankan beban kewangan ibu.

Dato’ Speaker, daripada kisah Kavitha, cerita Kavitha, Puchong ingin membangkitkan beberapa isu dasar di Dewan yang mulia ini. Yang pertama sekali, Puchong ingin menyokong inisiatif pembasmian kemiskinan Kerajaan MADANI dengan bantuan- bantuan yang sedia ada. Bantuan SARA juga ditingkatkan pada tahun 2025. Walau bagaimanapun, Puchong rasa bahawa aspirasi kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tidak dapat direalisasikan tanpa pembangunan modal insan.

Anak muda yang menghadapi kesusahan seperti adik Satish, sudah tentunya dia akan memilih untuk bekerja selepas SPM. Soalan untuk kita ialah bagaimana kita boleh memberi satu peluang bagi beliau untuk meneruskan, untuk meningkatkan kemahiran dia

draft • 8:05 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

dan pada masa yang sama, boleh bekerja mendapatkan allowance tambahan untuk meringankan beban ibu beliau?

Untuk membantu golongan seperti ini, Puchong cadangkan kerajaan untuk secara spesifik bekerjasama bukan sahaja dengan SME tetapi juga dengan peniaga-peniaga kecil dan industri tempatan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 100,000 peluang latihan TVET sambil bekerja, yang boleh membayar allowance pekerja setiap bulan.

Ini akan membantu anak-anak muda seperti Satish. Ini akan memberi peluang untuk anak-anak seperti Satish untuk teruskan- terus meningkatkan kemahiran dia supaya dia boleh menjana pendapatan yang lebih baik pada masa depan.

Dato’ Speaker, Puchong juga ingin menggunakan situasi Kavitha dan keluarganya untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan kesusahan komuniti India miskin bandar di Malaysia. Lebih daripada 10 peratus populasi di kawasan Parlimen Puchong adalah berbangsa India. Saya mendapati, banyak keluarga di antaranya terperangkap dalam vicious cycle of poverty, dengan izin.

draft • 8:05 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Puchong rasa MITRA boleh buat yang lebih banyak lagi dalam membangunkan modal insan masyarakat India seperti membantu anak-anak India untuk mendapat dan mencapai keputusan yang lebih baik dalam pendidikan asas mereka ataupun memperbanyakkan peluang TVET dan institusi pelajaran tinggi pada golongan anak muda India.

Dato’ Speaker, masih ramai yang memerlukan bantuan tidak mendapat apa-apa bantuan pendidikan ataupun peningkatan kemahiran daripada pihak MITRA. Oleh itu, Puchong menggesa supaya MITRA menjadi lebih proaktif lagi untuk memastikan bahawa no one left behind and no one fall through cracks, dengan izin.

Puchong juga telah mendapati bahawa ramai di antara masyarakat India tidak sedar peluang-peluang yang ditawarkan oleh institusi TVET dan mereka tidak tahu bagaimana untuk memohon. Dengan itu, saya cadangkan kerajaan untuk membuat roadshow berkenaan dengan peluang TVET yang fokusnya kepada masyarakat India. Sebagai contoh, roadshow dalam bahasa Tamil di tempat awam dan PPR ataupun bekerjasama dengan kru-kru yang besar untuk membuat pameran TVET kerana banyak tempat ada juga berfungsi sebagai pusat komuniti masyarakat India tempatan. Dengan ini, kesedaran di kalangan golongan India boleh ditingkatkan.

Dato’ Speaker, seterusnya Puchong ingin mengalih ke isu berkenaan dengan alam sekitar. Puchong ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini berkenaan dengan krisis Sungai Kim Kim dan di mana terdapat lagi langkah follow up yang masih belum selesai. Dato’ Speaker, semasa krisis Sungai Kim Kim berlaku, saya Menteri Alam Sekitar yang menanganinya. Saya mendapati bahawa daripada krisis ini bahawa negara kita tiada undang- undang yang spesifik dalam pengawalseliaan bahan kimia di Malaysia.

draft • 8:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, chemical life cycle ataupun kitaran hayat bahan kimia merangkumi pembuatan ataupun import bahan kimia, pengangkutan, penstoran, penggunaan atau pemprosesan dan akhirnya pelupusan bahan kimia. Semasa siasatan ke atas insiden Sungai Kim Kim, saya mendapati bahawa tiada satu pihak berkuasa yang memiliki pangkalan data yang lengkap, life cycle bahan kimia termasuk bahan berbahaya di Malaysia. Kerajaan tidak dapat keep track bahan kimia apa, di mana.

Kita memang ada agensi-agensi yang merekodkan sebahagian data untuk sebahagian bahan kimia, tetapi bukan seluruh life cycle. Kita tak tahu pergerakan bahan ke bahan kimia ini dan bukan untuk semua bahan kimia. Sebagai contoh, Sistem Pengurusan Maklumat Kimia (CIMS) yang digunakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) hanya merekodkan penyimpanan bahan kimia import dan perkilangan melebihi satu tan metrik.

Ia tidak ada maklumat lengkap tentang semua bahan kimia yang disimpan dalam premis-premis syarikat. Sistem Maklumat Sisa Terjadual Elektronik (eSWIS) yang digunakan oleh JAS pula hanya keep track pengeluaran, pengangkutan dan pelupusan sisa terjadual, schedule waste yang dilesenkan di bawah JAS. Sistem MyEHS di bawah JAS yang merupakan sistem pemberitahuan dan pendaftaran untuk pengimport dan pengilang bahan berbahaya alam sekitar di Malaysia pula dia hanya satu laporan bersifat sukarela dan tiada punca kuasa untuk make it mandatory, dengan izin.

Tambahan lagi, ketiga-tiga pangkalan data ini adalah tidak diintegrasikan. Tadbir urus bahan kimia yang berpecah belah ini bukan sahaja menyukarkan siasatan kes seperti pembuangan bahan toksik di Sungai Kim Kim, ia juga memudahkan pengoperasian kilang haram, pembatuan ubat haram, yang lebih teruk lagi dadah. Kerana apa? Kerana bahan kimia boleh- yang diperlukan untuk pemprosesan boleh diperoleh di pasaran tanpa akauntabiliti.

Apabila ditangkap pun, susah siasatan boleh dijalankan kerana kita tak ada satu sistem bersepadu pangkalan data untuk semua bahan kimia di Malaysia.

Dato’ Speaker, oleh itu Puchong ingin cadangkan Kementerian Alam Sekitar untuk mendraf dan membentangkan Chemical Governance Act iaitu Akta Pengawalseliaan Bahan Kimia yang komprehensif. Dengan adanya akta ini, insiden seperti krisis Sungai Kim Kim boleh disiasat dengan lebih cepat dan kita ada bukti yang lebih kukuh untuk memastikan pesalah dikenakan hukuman yang sepadan.

Dato’ Speaker, masa saya jadi Menteri saya tidak sempat nak buat sebab Langkah Sheraton telah pun berlaku. Oleh itu, saya sangat berharap bahawa Menteri Alam Sekitar sekarang boleh teruskan usaha ini. Dato’ Speaker, seterusnya Puchong ingin membangkitkan beberapa isu yang berkenaan dengan Kementerian Kesihatan.

Pertama adalah berkenaan dengan Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa yang ditubuhkan pada bulan Julai 2021. Saya telah mendapat jawapan daripada KKM berkenaan dengan soalan saya berkenaan status tabung ini pada minggu yang lepas. Secara jujurnya,

draft • 8:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

saya terkejut dengan jawapan bahawa tabung ini hanya dapat mengutip dana sebanyak RM105,000 sahaja daripada sumbangan pertubuhan bukan kerajaan.

Ini adalah sangat rendah memandangkan penyakit jarang jumpa memang memerlukan dana yang sangat tinggi. Jika kita bandingkan dengan Rare Disease Fund Singapore, apabila ia dimulakan, penderma-penderma asas atau pun kita panggil founding donors menderma lebih daripada SGD12 juta iaitu kira-kira RM40 juta.

Tambahan lagi, jika kita bandingkan insentif cukai dan komitmen kerajaan. Di Singapura, semua penderma- dermaan kepada RDF ataupun Rare Disease Fund Singapura layak mendapat potongan cukai sebanyak 250 peratus manakala di Malaysia hanya sebanyak 100 peratus. Di samping itu, kerajaan memberi matching grant kepada setiap dolar yang diderma dalam nisbah tiga ke-satu iaitu kerajaan akan menyumbang SGD3 kepada RDF ini untuk setiap SGD1 pendermaan swasta.

Oleh sebab saiz tabung RDF Singapura adalah besar, mereka secara amnya menggunakan pendekatan endowment di mana hanya pendapatan faedah yang dijana digunakan untuk menyokong pesakit. Pendekatan ini memastikan bantuan yang disalurkan adalah sustainable manakala untuk tabung di Malaysia, kita terpaksalah membelanja dana ibu ini dan akhirnya Puchong rasa ia akan habis jika kita tidak menukar modus operandi dan juga insentif cukai Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa.

Oleh itu, Puchong ingin menyeru KKM untuk mengkaji semula lagi macam mana nak menguruskan tabung ini dan memastikan bahawa KKM juga berjuang untuk mendapatkan insentif yang lebih baik untuk penderma yang menderma ke tabung ini.

Dato’ Speaker, memandangkan saya tiada banyak masa, saya nak beberapa soalan untuk follow up untuk KKM sahaja. Satu, adalah berkenaan dengan cadangan saya for- untuk saringan, saringan universal hepatitis B di kalangan wanita hamil. KKM telah memberi jawapan yang agak positif kepada saya pada 2023 masa perbahasan RUU Perbekalan 2024.

So, berdasarkan jawapan KKM- KKM akan melaksanakan universal screening untuk hepatitis B di kalangan wanita hamil. Saya nak mendapatkan lagi apakah status sekarang sama ada KKM telah pun memperluaskan saringan HPV Universal di kalangan wanita hamil dari empat buah negeri kepada seluruh negara.

Seterusnya, follow up yang terakhir yang saya nak dapat daripada KKM adalah tentang status terkini suntikan HPV kepada kohort-kohort pelajar perempuan yang telah tercicir akibat COVID-19. Adakah semua backlog telah pun di clear? Adakah yang telah tercicir akibat berhenti sekolah sebelum vaksinasi sempat dibuat? Itu sahaja yang saya boleh sampaikan hari ini Dato’ Speaker. Sekian, Puchong menyokong.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 13 Februari 2025.

draft • 8:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.19 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026