Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi ini dengan menjemput Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahman Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua.
1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Luar Negeri menyatakan:
(a) apakah objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN dari aspek politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya; dan
(b) bagaimana Malaysia berperanan dalam proses keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN dan apakah inisiatif strategik memperkukuh pembangunan kapasiti negara itu.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Yang Berbahagia Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang untuk saya menjawab dalam sesi MQT yang dibawa oleh sahabat, Yang Berhormat Paya Besar, berkenaan dengan peranan dan objektif utama Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Di dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi rantau ini dari aspek politik-
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
keselamatan, ekonomi, sosio-budaya dan juga apakah yang dilakukan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN untuk kita membantu agar Timor-Leste ini dapat diserap terus sebagai ahli tetap kepada ASEAN.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia telah pun bersiap sedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Semestinya ini merupakan peluang yang berharga buat Malaysia untuk meningkatkan profil dan imej negara kita. Di samping memperlihatkan kepimpinan dan keupayaan Malaysia sebagai pengerusi yang berkaliber. Untuk pengetahuan Dewan, Tan Sri Yang di-Pertua, ini merupakan kali ke-5 dah kita menjadi Pengerusi ASEAN. Yang terakhirnya pada tahun 2015. Dia ─ 10 anggota, dia punya rotation itu, dengan izin, 10 tahun sekali. Melainkan nanti kalau dah Timor- Leste itu diserapkan sebagai ahli tetap, maka 11 anggota ASEAN.
Dato’ Yang di-Pertua, tema yang dipilih pada tahun ini, kita sebagai Pengerusi ASEAN adalah keterangkuman dan juga kemampanan iaitu inclusivity and sustainability. Ia merupakan panduan utama Malaysia dalam mengemudi ASEAN.
Tema ini Tan Sri Yang di-Pertua, adalah antara lainnya menekankan betapa pentingnya dialog dan kerjasama yang terangkum dan mampan bagi memastikan rantau Asia Tenggara ini Tan Sri Yang di-Pertua, kekal aman dan stabil.
Itu kekuatan kita kerana kekuatan ASEAN ialah sebuah rantau yang aman, stabil dan berkecuali. Kita ini ─ kita punya ZOPFAN, konsep asal penubuhan ASEAN 5 negara dahulu dan inilah yang nak dicapai oleh pengemudi-pengemudi, pemimpin- pemimpin kita yang dulu supaya rantau ASEAN ini menjadi sebuah rantau yang aman, kekal, stabil dan juga sebagai sebuah rantau yang berkecuali. Ia akan membolehkan segala aspek kelangsungan hidup diteruskan dengan memastikan tiada siapa yang ketinggalan, di samping menangani cabaran geopolitik, ekonomi dan mendesak.
Dalam memacu kesatuan ini Tan Sri Yang di-Pertua, daya tahan dan relevansi rantau ini di peringkat global, Malaysia telah menggariskan tiga keutamaan kepengerusiannya, iaitu nombor 1, ini telah saya sebut dalam semasa pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN pada 18 dan 19 Januari baru-baru ini. Bercanggah dengan apa yang disebut oleh ─ ada orang tulis baru-baru ini, mengatakan ASEAN tidak ada panduan, tiada hala tuju. Kita dah buat hala tuju dan semuanya diterima dengan baik oleh rakan-rakan negara ASEAN.
Nombor satu, kita punya panduan untuk kita memacu ASEAN ini, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan usaha untuk memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman dan stabil, selamat dan makmur ketika berhadapan
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
cabaran geopolitik antarabangsa semasa. Ini akan dilaksanakan menerusi membina keyakinan strategik, dialog dan diplomasi dengan berlandaskan prinsip kepusatan ASEAN ataupun ASEAN centrality.
Nombor dua, panduan kita semasa menjadi Pengerusi ASEAN ini Tan Sri Yang di-Pertua ialah dari segi ekonomi. Malaysia akan memberikan tumpuan kepada usaha seperti yang saya sebut pada hari Isnin lepas, 4 hari bulan di Dewan ini. Untuk meningkatkan perdagangan dan juga pelaburan intra-ASEAN yang masih lagi amat rendah, tak sampai 25 peratus pun, Tan Sri Yang di-Pertua. Dia punya peluang dan ruang untuk kita meningkatkan perdagangan dan pelaburan sesama negara ASEAN ini amat besar dan kita boleh manfaatkan ini.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, ini termasuk kita menerajui usaha untuk menaik taraf perjanjian-perjanjian perdagangan barangan ASEAN misalnya, R3 dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA), di mana kedua-dua mereka direka untuk memperkukuhkan daya tahan ekonomi di rantau ini.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ketiga, hala tuju kita Tan Sri Yang di-Pertua ialah Malaysia akan mempromosikan sebuah komuniti yang inklusif, yang mampan dan berdaya saing dengan mengutamakan usaha-usaha untuk merapatkan jurang pembangunan, meningkatkan kualiti kehidupan dan menangani impak perubahan iklim supaya manfaat ekonomi dan pembangunan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat di rantau ini termasuk kumpulan rentan.
Perkara ini Tan Sri Yang di-Pertua, telah kita selaraskan dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan rakyat serta aspirasi ASEAN dalam membentuk sebuah komuniti yang berpaksikan rakyat atau dengan izin, people-centered community, Tan Sri Yang di-Pertua. Semasa Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun ini ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045 dan empat pelan strategiknya yang bakal melakar hala tuju strategik rantau ini bagi 20 tahun yang akan datang.
Dahulu ASEAN Community ini 10 tahun, kita menjadi sebagai negara yang menjadi negara tuan rumah semasa 2015, visi ASEAN 10 tahun. Sekarang ini kita hendak buat 20 tahun Tan Sri Yang di-Pertua, telah pun dipersetujui oleh semua kepimpinan negara ASEAN iaitu visi ASEAN 2045 daripada 2025, 2045 dan Malaysia diberikan tanggungjawab dan penghormatan sekali lagi sebagai permanent shepherd iaitu dengan kita negara peneraju kepada visi ini.
Ini kita akan lakukan dengan berpaksikan kepada empat tonggak. Tonggak yang biasa tiga itu iaitu tonggak keselamatan dan juga politik, tonggak ekonomi,
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
tonggak sosiobudaya dan kita tambah lagi satu tonggak iaitu kita hendak buatkan satu apa yang dipanggil sebagai connectivity sebab kesinambungan dan juga connectivity di antara negara ASEAN ini amat penting. Dia akan menjadikan sebagai satu rantau yang besar di mana mobiliti ataupun mobiliti orang-orang di ASEAN ini akan dipermudahkan, mobiliti pemindahan barang-barang akan dipermudahkan dan dia akan menjadikan suatu pemangkin kepada kita punya tonggak ekonomi iaitu untuk kita berdagang dan juga mempertingkatkan pelaburan di antara negara ASEAN.
Tan Sri Yang di-Pertua, visi ini menzahirkan aspirasi ASEAN dalam memacu rantau ini sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari segi aspek politiknya, ekonomi dan sosial dan seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua menjadikan ASEAN sebagai contoh kepada dunia. Sebagai peneraju utama dengan izin, permanent shepherd yang saya katakan tadi, visi ini Malaysia akan memastikan ia menjadi kerangka utama dalam menangani cabaran-cabaran semasa dan akan datang melalui pelbagai kerjasama strategik yang telah dikenal pasti kesemua pelan tindakan ke arah keamanan, kestabilan di rantau ini, itu keutamaan kita.
Kestabilan dan keamanan itu merupakan kekuatan ASEAN dan ASEAN tidak boleh berpecah, Tan Sri Yang di-Pertua. Kekuatan kita, kita sebagai satu blok kerjasama yang kuat dan kita pastikan supaya kekuatan ini sebagai satu rantau ASEAN yang kukuh bersama. Kita bukannya coexist tetapi we collaborate di antara satu sama lain. Jadi ini kekuatan kita dan banyak negara sekarang berlumba-lumba untuk menandatangani perjanjian TAC iaitu perjanjian keamanan dan juga cooperation dengan ASEAN. Tahun ini sahaja kita akan menandatangani ada lima buah ataupun enam buah negara daripada negara Eropah dan negara sekitar untuk bersama-sama sebagai negara rakan di ASEAN.
Setakat hari ini Tan Sri Yang di-Pertua, perbincangan mengenai keempat- empat pelan strategik ini berjalan lancar dan sejajar dengan perancangan yang telah kita tetapkan. Dua daripada pelan ini pelan strategik yang empat ini Tan Sri, politik, keselamatan dan budaya telah pun berjaya dimuktamadkan di peringkat kepegawaian dan tinggal lagi ada dua lagi iaitu ekonomi dan connectivity masih di peringkat Mesyuarat Kepegawaian tetapi sudah hampir 90 peratus sudah bersetuju sudah semua negara ASEAN, tonggak yang empat itu, Tan Sri.
Kita akan lancarkan nanti semasa kita punya summit ataupun Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN yang ke-46 pada bulan Mei, insya-Allah. Telah pun kita dapat tarikhnya. Akan kita lancarkan apa yang dipanggil sebagai Deklarasi Kuala Lumpur berkenaan dengan Visi ASEAN 2045, 20 tahun tersebut.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, itu yang telah pun kita lakukan, panduan untuk kita buat sebagai tonggak untuk negara-negara ASEAN lebih lagi rapat bersama.
Ada usaha hendak memecahbelahkan kita, itu yang amat kita mahu supaya ia dapat dielakkan, supaya kesepakatan ASEAN ini tetap utuh, Tan Sri Yang di- Pertua. Kesepakatan ASEAN, kerjasama ASEAN, kesefahaman di antara negara- negara ASEAN ini amat perlu terutama di saat geopolitik, geoekonomi dunia yang equilibriumnya telah pun pecah dan tidak lagi stabil sepertimana yang kita pernah rasai pada suatu ketika dahulu.
Jadi adalah lebih penting lagi, lebih kuat lagi usaha untuk kita memperkukuhkan kesatuan ASEAN ini, kesepakatan ASEAN sebagai satu blok yang aman, yang stabil dan mempunyai potensi perkembangan ekonomi yang kuat, Tuan Yang di-Pertua. Kita merupakan negara yang aman dan banyak orang yang hendak datang berniaga dan melabur di sini dan ASEAN sekarang menjadi sebagai pertumbuhan ekonomi yang kelima terbesar di dunia.
Menjelang tahun 2030 Tan Sri Yang di-Pertua, ASEAN punya KDNK menjadi sebagai ekonomi keempat terbesar di dunia. Ini merupakan satu peluang yang perlu kita ambil dengan syarat kita mesti bersama-sama, bersepakat dan pastikan kesatuan ASEAN ini tetap utuh dan tidak berpecah-pecah, insya-Allah. Berkenaan dengan Timor-Leste, soalan yang kedua ditanya oleh Paya Besar, Tan Sri Yang di-Pertua. Timor-Leste ini telah pun menyatakan hasrat hendak menjadi sejak mereka menjadi sebuah negara merdeka, pada tahun 2011 lagi sudah menyatakan hasrat hendak menjadi sebagai ahli kepada ASEAN, ahli tetap dan kita telah pun – ASEAN Sekretariat telah pun membuat berbagai-bagai cara. Pada tahun 2022 Tan Sri Yang di-Pertua, kepimpinan ASEAN ataupun pemimpin-pemimpin ASEAN telah bersetuju untuk menyerap Timor-Leste sebagai negara pemerhati, observer state.
Jadi kita tengah buat dan untuk pertama kalinyalah kerana dahulu semasa sebelum Timor-Leste punya kes ini hendak menjadi ahli tetap ASEAN tidak ada dia punya pematuhan-pematuhan. Tidak kriteria ataupun roadmap yang mesti mereka patuhi tetapi telah pun dibuat di Phnom Penh sejak selepas Cambodia, Laos, Myanmar masuk sebagai ahli tetap, ASEAN telah pun menyatakan sesiapa sahaja hendak menjadi ahli tetap kepada ASEAN mesti memenuhi berbagai-bagai kriteria dan perlu menandatangani banyak instrumen.
Jadi, Timor-Leste merupakan negara pertama yang perlu melalui untuk memenuhi kriteria ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Banyak, ada 88 instrumen semuanya yang Timor-Leste perlu penuhi dan kebanyakan instrumen tersebut adalah di dalam
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
sektor ekonomi ataupun tonggak ekonomi, daripada 88 ini Tan Sri Yang di-Pertua, 69 daripada 88 adalah merupakan sektor ekonomi. Mereka perlu memenuhi instrumen ini.
Semasa di Vientiane tahun lepas, Malaysia telah pun mencadangkan agar tidaklah perlu Timor-Leste memenuhi 88 kriteria ini, jika mereka dapat memenuhi 20 ke 30 peratus dahulu pun sudah memadai. Kita bagi mereka peluang, masa ataupun tempoh supaya mereka dapat memenuhi perlahan-lahan dan untuk mereka dapat kita serap ataupun dijadikan sebagai rakan ahli ASEAN yang tetap pada tahun ini.
Nampaknya cadangan tersebut diterima baik oleh rakan-rakan negara ASEAN dan kita telah pun menubuhkan di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Tan Sri Yang di-Pertua, telah diwujudkan satu unit khusus, unit khas untuk membantu. Kita panggil sebagai unit Timor-Leste yang mana Malaysia telah pun memberikan bantuan kewangan untuk menubuhkan unit tersebut sebanyak USD200 ribu dan unit ini berfungsi untuk membantu Timor-Leste untuk mereka segera memenuhi segala kehendak ataupun pematuhan yang perlu mereka patuhi dan mereka akan dapat kita serap sebagai ahli ASEAN tetap pada tahun ini insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tan Sri Yang di-Pertua, saya berpandangan ASEAN bernasib baik kerana Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Jika kita kaitkan dengan kemelut negara besar di antara Amerika Syarikat dan China apatah lagi zaman era Trump 2.0 ini. Malaysia sebagai sebuah negara yang telah mempamerkan kemampuan dasar sentraliti, tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-dua negara ini amat penting dalam rakan dagang dan pelaburan FDI di Malaysia.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi cabaran geopolitik yang bergelora. Apakah jangkaan cabaran geopolitik yang spesifik? Supaya Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dapat memahami jangkaan untuk kami meletakkan dasar apa yang sepatutnya dan apakah persediaan Malaysia.
Pada masa yang sama, Tan Sri Yang di-Pertua, apakah reaksi Malaysia terhadap konflik di luar rantau ASEAN seperti cadangan pemindahan paksa penduduk Palestin dari Gaza yang bertentangan dengan pendirian Malaysia yang menyokong pembinaan semula Gaza? Terima kasih, Tan Sri di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sebelum Menteri menjawab. Saya nak beri masa kepada Menteri kerana isu ini ialah isu penting.
Pertama, kita jadi chairman ataupun tuan rumah kepada ASEAN. Jadi, lebih baik semua Ahli Parlimen kita faham apa yang sedang berlaku dalam ASEAN supaya bila kita keluar esok ― malah sekarang ini pun kita sudah jadi pengerusi ini. Jadi, janganlah kita tak faham apa itu ASEAN.
Keduanya, saya kira saya mendengar banyak yang telah pun dibahaskan berkenaan dengan tindakan-tindakan Kerajaan Amerika Syarikat dan juga kepimpinan baharu Amerika Syarikat ini yang agak terumbang ambing. Jadi, saya kira elok Menteri ambil kesempatan ini juga memaklumkan apakah posisi kita yang terakhir supaya kita bersedia dengan apa yang akan berlaku ini.
Sila. Akan ambil masa sedikit. Menteri, silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih banyak Tan Sri Yang di-Pertua memberikan masa kepada kerajaan untuk menerangkan berkenaan dengan soalan tambahan daripada rakan dari Paya Besar tadi.
Nombor satu, dia bertanya berkenaan dengan masalah ataupun isu geopolitik dan juga ekonomi yang tidak stabil di dunia sekarang ini. Equilibrium suasana aman telah pun tidak lagi seperti dulu. Wujudnya multi-polarism yang baru, blok-blok yang baharu dan berbagai-bagai isu yang telah pun dibawa terutamanya dengan wujudnya kerajaan-kerajaan yang banyak selepas pilihan raya 2024.
Tahun 2024 merupakan tahun pilihan raya yang banyak di seluruh dunia, Tan Sri di-Pertua, terutamanya negara-negara di Eropah. Dan negara-negara ini, keputusan pilihan raya mereka semuanya, keseluruhannya telah pun memihak kepada pihak yang berhaluan ultra-right ataupun yang berhaluan kanan.
Bila ini berlaku, Tuan Yang di-Pertua, maka keamanan, kestabilan yang dulunya yang dilakukan antara semasa seperti bilateral agreement, multilateral agreement, semuanya telah bergoncang dan bergolak kerana ada negara yang kerajaan barunya ditubuhkan oleh pemimpin atau pentadbiran baru tidak mempedulikan tentang dasar-dasar luar yang telah pun dilakukan oleh negara mereka dan telah pun menjadi sebagai jambatan kepada hubungan dua hala ataupun hubungan pelbagai hala. Jadi, ini merupakan suatu masalah geopolitik dunia yang berombak sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bertanggungjawab untuk memacu ASEAN kita. Itu sebab saya sebutkan tadi, maka ASEAN ini perlu lebih mantap, ASEAN ini perlu lebih bersama-sama dan kemuafakatan kita itu merupakan
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
kekuatan kita. ASEAN kuat kerana kita bermuafakat. ASEAN kuat kerana kita bersatu. ASEAN kuat kerana dasar kita iaitu tidak memihak kepada mana-mana.
Dasar luar ASEAN amat jelas sekali, Tan Sri di-Pertua. Kita tidak memihak kepada mana-mana dan kita mempunyai piagam-piagam ASEAN. Ini jelas menunjukkan bahawa kita mahu supaya ASEAN ini bebas, rantau ASEAN ini ― Deklarasi Bangkok menyatakan dengan jelas bahawa kita bebas daripada senjata nuklear, kita bebas daripada apa-apa.
Jadi, ini perlu kita kekalkan, ini perlu kita perkemaskan lagi agar dunia melihat ASEAN ini sebagai rantau atau blok yang aman, yang sejahtera, yang menjadi sebagai tempat tumpuan kepada dunia melihat bahawa, seperti saya sebut sebentar tadi, potensi untuk ASEAN punya ekonomi ini amat besar. Itu sebabnya salah satu tonggak panduan kita sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, kita nak supaya perdagangan dan pelaburan antara negara-negara ASEAN ini diperbesarkan, kerana ini kekuatan kita.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita dengan jelas sekali menyatakan bahawa pendirian ASEAN ini jelas terutamanya dalam isu-isu di luar, di antarabangsa.
Pendirian kita mengatakan bahawa ASEAN dan Malaysia sebagai pengerusi tahun ini, kita mengatakan bahawa kita tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kita tidak bersetuju dengan apa sahaja pelanggaran piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Kita tidak bersetuju dengan pelanggaran hak asasi manusia, Geneva Convention ataupun sebagainya atau triti- triti antarabangsa.
Kita jelas. Pendirian ASEAN, Malaysia sebagai pengerusinya, kita menjelaskan bahawa ASEAN tidak bersetuju sama sekali dengan apa sahaja tindakan yang dilakukan yang jelas melanggar hak asasi manusia, melanggar piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, melanggar undang-undang antarabangsa.
Jadi, pengumuman untuk mengusir rakyat Palestin daripada Gaza, sebenarnya Gaza itu merupakan suatu perkara yang amat kita kesali. Kita menegaskan, Malaysia menegaskan bahawa pagi ini, Tan Sri di-Pertua, Wisma Putra sebagai jurucakap Kerajaan Malaysia, kita telah mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa kita menentang dan kita tidak bersetuju tentang cadangan untuk mengusir secara paksa rakyat Palestin kerana rakyat Palestin ─ [Tepuk] Rakyat Palestin sendiri telah pun menyatakan bahawa mereka tidak mahu berganjak keluar daripada tanah air mereka, seperti yang saya jelaskan pada 4 hari bulan di Dewan yang mulia ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Kita sudah banyak kali dalam Dewan ini kita bincangkan bahawa Malaysia menyokong perjuangan Palestin, bukan
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
sehari dua hari ini, kita menyokong perjuangan orang Palestin untuk mendapatkan hak sebuah negara mereka yang merdeka. Itu perjuangan kita dan kita menyokong.
Kita bukan menyokong kerana apa-apa isu yang lain.
Jadi, adalah bertentangan dengan kita punya sokongan selama ini, sokongan masyarakat antarabangsa selama ini, resolusi-resolusi Bangsa-bangsa Bersatu selama ini yang menyatakan bahawa rakyat Palestin berhak untuk dapat negara mereka yang merdeka sendiri. Cara mana, itu terpulanglah. Kalau cara untuk two state solution, itu yang terbaik untuk masa kini, by all mean, dengan izin. Kerana, kita tidak ada cara lain lagi.
Jadi, kita akan menyokong dan kita menolak sekeras-kerasnya. Kita menegaskan sekeras-kerasnya, Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa apa yang disarankan, apa yang telah pun dikatakan itu adalah merupakan sesuatu yang di luar fikiran yang waras dan ia bertentangan sama sekali dengan segala konvensyen, segala piagam dan segala triti antarabangsa. Ini Malaysia memang menyatakan sekeras-kerasnya dan sebagai Pengerusi ASEAN, saya telah pun bersama-sama dengan rakan-rakan sejawat ASEAN bahawa kita tidak bersetuju dengan ini.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, kita akan mengeluarkan juga kenyataan bersama ASEAN kerana ASEAN ini kita tidak boleh keluar sewenang-wenangnya.
ASEAN ini merupakan blok yang memerlukan konsensus. Kita memerlukan suatu kebulatan suara jika kita nak buat keputusan, waima sekalipun nak membuat kenyataan. Jadi, kita akan mengeluarkan.
Tetapi, Malaysia telah pun menyatakan dengan tegasnya pagi ini, akan disiarkan ataupun telah dikeluarkan, bahawa kita tidak bersetuju dan kita menolak sebarang cadangan yang tidak masuk akal untuk memaksa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk keluar ataupun ditempatkan di negara ketiga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Menteri. Saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang di-Pertua. Pertamanya, saya mengucap tahniah kepada Menteri. Kami setuju mangsa genosid Gaza tidak boleh dipindah keluar daripada tanah Gaza.
[Tepuk] Merujuk kepada tema ASEAN, ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ yang disebutkan oleh Menteri tadi, apakah rancangan strategik Perdana Menteri dan kerajaan selaku Pengerusi ASEAN dalam memainkan peranan sebagai pihak pendamai bagi menangani ketegangan konflik kemanusiaan di Myanmar dan selatan Thailand? Adakah Malaysia bercadang untuk menggunakan pengaruh bekas Perdana Menteri Thailand yang dikatakan menjadi penasihat untuk menyelesaikan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
konflik berkaitan umat Islam di rantau ASEAN? Sebab, ini ada kaitan dengan negara kita, jiran dan juga Myanmar pun ramai yang ada di sini dan masalah mangsa Rohingya dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Kapar.
Ya, Malaysia memikul tanggungjawab yang besar sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, tahun ini, dan jelas sekali bahawa cabaran sebagai pengerusi ini juga berat iaitu wujudnya ketidakstabilan di kalangan ASEAN itu sendiri terutamanya krisis di Myanmar. Krisis kemanusiaan di Myanmar ini jelas sekali, Tan Sri Yang di- Pertua, perlu ditangani dengan teliti agar ia tidak menjadi kudis yang akan menyebabkan terpaksa kita potong kaki sebelah kita.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, kita perlu berhati-hati. Jadi, untuk kita menguruskan isu Myanmar ini Tuan Yang di-Pertua, banyak dah. Kita ada instrumen-instrumen, pertamanya melalui ketua-ketua negara ASEAN telah pun bersetuju ada instrumen ASEAN.
Mekanismenya iaitu melalui Five-Point Consensus di Myanmar sendiri, kepimpinan Myanmar sendiri sebagai penandatangan iaitu yang bersama-sama menandatangani, bersetuju supaya Five-Point Consensus ini merupakan instrumen kepada ASEAN mekanisme untuk menyelesaikan masalah di Myanmar.
Malangnya Tan Sri Yang di-Pertua, Five-Point Consensus ini bukan susah sangat. Kita kata supaya dihentikan kekejaman, pembunuhan, memberikan laluan untuk humanitarian aid dan juga kita ada special envoy dan kita akan memulihkan kepada negara demokratik. Itu tak susah.
Akan tetapi, Myanmar ini tidak seperti kawasan konflik yang lain. Dia bukan satu dengan satu, sebelah pihak dengan sebelah pihak. Sebelah pihak dengan berbagai-bagai pihak yang tidak bersepakat di antara satu sama lain. Dia punya warlord banyak, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, usaha untuk kita meneliti isu Myanmar ini perlu dibuat dengan begitu teliti supaya kita “tarik benang, benang tak putus, tepung tak berselerak” nanti. Sebab, mereka tidak sepakat. Mereka tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain tetapi mereka mempunyai satu agenda yang sama iaitu untuk mengambil alih negara Myanmar daripada State Administration Council
(SAC) daripada Kerajaan Junta sekarang dan mereka sekarang ini mendapat daripada masa ke semasa, mereka bertambah kuat.
Ini yang perlu diurus oleh Malaysia dengan teliti dan tidak ada kemungkinan bahawa — Ada orang kata mengapa kita tak keluarkan Myanmar daripada ASEAN?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
That will be the last thing. Kita tidak akan menuju ke arah itu Tuan Yang di-Pertua, kita nak supaya ASEAN ini mantap. Usaha yang telah kita lakukan ialah Malaysia telah pun melantik, kita ada seorang envoy ke Myanmar.
Envoy Kepengerusian ASEAN ke Myanmar iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar dahulu, Tan Sri Othman Hashim yang hari ini sejak semalam berada di negara Myanmar, berunding dengan pihak-pihak tertentu. Kita tak boleh meletakkan semua orang itu duduk dalam satu bilik, dia tak akan mahu, Tan Sri. Kita terpaksa jumpa seorang demi seorang, sepihak demi sepihak dan saya minta dia supaya bawa pulang apa wish list masing-masing.
Saya jangkakan bahawa wish list tersebut Tan Sri Yang di-Pertua, 70 peratus adalah sama. Jadi kita cuma nanti, kita compartmentalise-kan ataupun kita segmenkan kepada 30 peratus sahaja. Apa wish list nya yang susah sangat untuk kita mencapai satu keadaan keamanan semula di Myanmar tersebut dan yang penting ialah kekejaman terhadap rakyat mereka itu sendiri dapat dihentikan. Itu yang sedang kita lakukan. Berkenaan dengan kita punya Troika, ada mekanisme juga. Troika iaitu semasa Indonesia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2023, ada mekanisme ASEAN yang dipanggil sebagai Troika iaitu negara pengerusi, negara bekas Pengerusi ASEAN dan negara yang akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depannya.
Jadi sekarang untuk tahun ini, Malaysia Pengerusi Troika dan Laos sebagai bekas pengerusi dan Filipina akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun hadapan. Maka kami bertiga memusatkan kita punya usaha untuk pastikan supaya bagaimana cara terbaik merundingkan isu Myanmar ini.
Isu Myanmar ini bukan isu yang senang. Itu sebabnya ASEAN punya platform, United Nations punya platform kerana United Nations pun ada special envoy to Myanmar. Bekas Menteri Luar Australia dulu iaitu Tuan Terutama Julie Bishop, seorang pakar bahagian hal antarabangsa bersama-sama dengan ASEAN untuk kita mencari jalan dan alhamdulillah Tan Sri Yang di-Pertua, usaha yang dilakukan oleh pihak negara China baru-baru ini membuahkan hasil di mana puak Shan di Timur Laut yang sempadan dengan Yunnan, dengan China telah pun menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan pihak Junta.
Jadi, itu satu dah tutup dah. Satu muka surat kita tutup, ada banyak muka surat lagi Dato' Yang di-Pertua yang perlu kita baca, yang perlu kita selesaikan satu persatu secara berasingan bukan secara bersekali. Jadi, ini sedang kita lakukan.
Tentang pelantikan Thaksin itu, dia bukan merupakan penasihat kepada ASEAN. Dia
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
merupakan penasihat kepada Pengerusi ASEAN tahun ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri kita dan bukan Thaksin seorang sahaja.
Thaksin ini salah seorang daripada, ada daripada negara-negara lain pun kita akan lantik ataupun pengerusi akan lantik sebagai perbincangan, rakan perbincangan beliau untuk berbincang. Senior elderly statement daripada Singapura, daripada negara Laos, daripada negara-negara lain melainkan Brunei. Sultan memberikan supaya greenlight, teruskanlah dia kata dan beliau merupakan — Baginda merupakan Ketua Negara ASEAN yang paling lama dan baginda merupakan — Boleh dapat nasihat bila-bila masa.
Berkenaan dengan Selatan Thai, Tan Sri. Kita memang sedang berusaha untuk mengadakan. Kita telah pun melantik seorang fasilitator yang baharu.
Fasilitator yang baharu ini bekas Ketua Pengarah MKN dahulu. Beliau dilantik, dahulunya kita lantik pihak PDRM. Selepas PDRM, tentera. Dia orang banyak kata ini tentera dan polis dia keras sangat, dia kata. Jadi, kita lantik bekas Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sedang berusaha dengan cepat sekali.
Status report-nya sentiasa diberi kepada saya dan kita akan pastikan supaya usaha untuk mencari jalan perdamaian di Selatan Thai ini dapat dicapai.
Tapi masalahnya di Selatan Thai ini, kita buat perundingan sahaja, ada kemungkinan pihak yang cuba untuk mensabotaj usaha untuk menjalankan perdamaian ini*. Bukan daripada kerajaan ataupun tentera Thai tetapi daripada pihak-pihak yang longgar, yang tidak bersama, yang tidak mahu melihat supaya usaha ini dicapai. Jadi, ini pun kita kena pastikan supaya pihak kecil-kecil ini, puak- puak terpencil ini perlu juga kita santuni, supaya mereka tidak cuba turut mensabotaj*.
Mereka tidak mahu melihat — Kerana selama ini, ini quotation ya bukan cakap saya. Bahawa mereka ini ditaja*. Selagi tidak aman kawasan tersebut, mereka * akan dapat bantuan pihak luar . Jadi, ini yang sedang berlaku di sana dan kita — Keadaan di sana rumit juga, bukan semudah apa yang dilihat daripada luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya teruskan dengan menjemput —Terima kasih Menteri ya. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Menteri kerana berada untuk menjawab soalan ini.
* Pindaan oleh YB. Menteri Luar Negeri melalui surat bertarikh 19 Februari 2025
2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah kerajaan dalam menangani isu geopolitik dan ketidaktentuan perdagangan dunia, khususnya kemungkinan kenaikan tarif yang akan memberi kesan terhadap eksport Malaysia terutamanya ke Amerika Syarikat yang melibatkan sektor strategik seperti semikonduktor dan elektronik.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.
Malaysia dan Amerika Syarikat telah menjalinkan hubungan diplomatik, Yang Berhormat Tan Sri ini sejak tahun 1957. Sehingga kini, kedua-dua negara memang teruskan hubungan perdagangan dan pelaburan yang harmoni dan progresif.
Bagi tahun 2024, Amerika Syarikat merupakan rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar dengan jumlah perdagangan mencatat hampir RM325 bilion iaitu bersamaan 11 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dan eksport ke Amerika Syarikat berjumlah hampir RM200 bilion bersamaan 13 peratus daripada jumlah eksport Malaysia manakala import dari Amerika Syarikat pula mencapai RM126 bilion, lebih kurang sembilan peratus daripada jumlah import Malaysia.
Jadi daripada segi pelaburan pula, Amerika Syarikat adalah antara pelabur terbesar dan sehingga kini Malaysia telah menjadi destinasi pilihan pelaburan untuk lebih 600 syarikat Amerika Syarikat dan Yang Berhormat Kubang Pasu banyak membantu juga. Sehubungan dengan ini, kerajaan sedang berusaha mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan serta mengeratkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang baik dan dinamik dengan Amerika Syarikat supaya tidak dikenakan kenaikan tarif seperti yang berlaku kepada China, Kanada dan Mexico.
Selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai negara dagang serta pendekatan tidak memihak yang menjadi amalan Malaysia dalam menangani perang dagang antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain, penting untuk Malaysia dan oleh itu kerajaan akan memastikan Malaysia kekal sebagai rakan dagang dan pelaburan yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagangnya termasuk Amerika Syarikat. Ini termasuk melalui ekosistem pelaburan yang kondusif, mesra pelabur.
Kita ada peraturan kawalan eksport dan pengurusan perdagangan strategik yang efektif juga pematuhan piawaian antarabangsa yang meyakinkan para pelabur.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Berdasarkan rekod nilai keseluruhan eksport barangan pada tahun 2024 yang baru kita umumkan adalah lebih kurang RM1.5 trilion di mana 40 peratus daripada eksport keseluruhan barangan dari Malaysia adalah E&E, 40 peratus.
Daripada jumlah eksport E&E pula, 64 peratus adalah produk semikonduktor.
Daripada tahun 2024, pasaran Amerika Syarikat adalah di antara di dalam kedudukan ketiga teratas bagi semikonduktor yang dieksport dari Malaysia.
Pada masa ini kenaikan tarif yang dikenakan adalah kepada beberapa negara tidak termasuk Malaysia. Oleh itu, Kementerian MITI berpandangan risiko kesan negatif kepada prestasi eksport semikonduktor adalah minimum buat masa ini. Selain itu, rekod pelaburan yang menunjukkan pelaburan dari Amerika Syarikat masih kukuh dan merupakan pelabur antara terbesar di dalam negara kita. Jumlah pelaburan pada tahun 2024 setakat ini adalah lebih kurang RM5.1 bilion untuk sembilan bulan pertama.
Malaysia juga telah menandatangani MOC on semiconductor supply chain resilience bersama dengan Amerika Syarikat. Ini pada tahun 2022. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memastikan rangkaian bekalan semikonduktor yang kukuh dan juga berdaya tahan serta memperkukuhkan hubungan ekonomi dan strategik antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Jadi kita yakin, insya-Allah pelabur-pelabur yang sedia ada dari Amerika Syarikat akan kekal berada di Malaysia dan terus berkembang bagi memperkukuhkan rantaian bukan sahaja dengan Amerika Syarikat tetapi juga dengan rantaian global mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan Tan Sri Yang di-Pertua. Memandangkan Amerika syarikat sangat concerned dengan izin, dengan syarikat-syarikat dari negara China memindahkan keluaran produk mereka ke negara-negara lain seperti Malaysia. Ini bertujuan untuk mengelak dari tarif yang tinggi, apakah kebarangkalian syarikat-syarikat dari China ini akan dikenakan tarif yang sama seperti produk yang dikeluarkan di China? Ini pasti akan memberi kesan kepada polisi China Plus One.
Seterusnya ini mengenai isu de-dollarization dengan izin Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi kenyataan dalam Dewan yang mulia ini pada 10 Oktober 2023 bahawa Malaysia akan mengguna pakai pendekatan de-dollarization dalam perdagangan dengan negara seperti China dan sebagainya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalannya, apakah pendirian Malaysia sekarang berhubung dengan de- dollarization ini dalam perdagangan dengan negara-negara BRICS khususnya?
Dalam hubungan ini Presiden Trump ada menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap eksport negara-negara BRICS termasuk Malaysia jika Dolar Amerika tidak digunakan. Apakah langkah dan strategi kerajaan bagi mitigate isu ini? Sekian, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Ada dua soalan tadi. Pertamanya mengenai tarif yang akan dikenakan kepada China dan mungkin akan dikenakan juga kepada syarikat-syarikat China yang berada di Malaysia yang ingin mengeksport ke negara Amerika Syarikat. Perkara ini memang selalu dibincangkan, kita telah mula membuat kajian sejak Trump 1.0 yang memulakan tarif ke atas China dan selepas itu Biden pun meneruskan polisi ini dan baru-baru ini kita dapat lihat di bawah pentadbiran Trump 2.0, dia meningkatkan tarif-tarif terutamanya dari China, dia naik lagi 10 peratus. Setakat ini belum ada lagi tarif yang dikenakan kepada negara-negara lain yang memberi peluang kepada pelaburan China untuk masuk tetapi ada risiko.
Satu, risiko pertama adalah syarikat-syarikat dari China yang melabur melabur di luar negara, mereka mempunyai beberapa sebab kenapa melabur keluar dari negara China. Pertamanya dari segi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Negara Malaysia telah menandatangani 16 dan baru-baru ini satu lagi dengan UE, jadi 17 Perjanjian Perdagangan Bebas dan ini memberi ruang kepada syarikat- syarikat daripada luar negara dan juga negara China untuk melabur dalam Malaysia untuk mendapat manfaat daripada FTA-FTA ini.
Setakat ini kerisauan kita adalah sama ada eksport ke Amerika Syarikat akan terkesan. Oleh itu, dari segi FTA, kita tidak ada FTA dengan Amerika Syarikat. Buat masa ini ketujuh belas FTA ini hanya dengan negara-negara lain. Oleh itu satu tarif yang telah dikenakan baru-baru ini adalah dalam sektor renewable energy solar, solar panel yang telah di-manufactured here di Malaysia dan juga di Vietnam dan juga di Thailand telah dikenakan tarif kerana ada unsur-unsur teknologi China dan juga ada tenaga ataupun teknologi dari China. Oleh itu kita perlu seperti yang saya sebut tadi terus membuatkan sesi libat urus dengan Amerika Syarikat untuk memberi penerangan.
Kerisauannya adalah dari segi sektor-sektor teknologi yang chip, dalam teknologi AI ini, kita adalah salah satu negara yang menandatangani Strategic Trade Act (STA) di mana Amerika Syarikat juga terlibat dalam perjanjian ini. Oleh itu seperti
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
yang saya sebut tadi kita mesti memastikan piawaian yang ada, enforcement itu mesti yang penting kalau Amerika Syarikat membuat keputusan untuk menaik bukan sahaja tarif sampailah kebarangkalian export restriction.
Yang keduanya dalam de-dollarization perdagangan, ini juga sama ada BRICS akan berjaya untuk replace atau menggantikan US Dolar. Saya rasa kebarangkalian itu berlaku memang tidak ada kerana satunya Malaysia belum lagi menjadi ahli BRICS. Kita hanyalah rakan ataupun partner dalam BRICS. Pada masa yang sama, apa yang telah terjadi ialah pelabur-pelabur yang melabur dalam negara- negara luar Amerika Syarikat, apabila dia mengeksport ke negara Amerika Syarikat, mereka memanglah menggunakan Dolar.
Jadi kalau kita lihat eksport dari negara kita ke Amerika Syarikat dan ke negara-negara lain adalah besar. Contohnya China hanyalah 18 peratus daripada jumlah perdagangan di antara Malaysia dan China. Dalam 18 peratus ini juga, kebanyakan syarikat menggunakan US Dolar kerana risiko exchange rate itu lebih tidak – boleh dimitigasikanlah, they can mitigate that.
Saya tidak ada angka yang terbaru mengenai de-dollarization daripada segi settlement kerana ada juga syarikat-syarikat yang bersetuju dari segi, kalau dia eksport, orang yang mengimport barangan tersebut daripada negara Malaysia contohnya mungkin akan menerima ringgit dan kita pun mungkin akan menerima renmibi. Jadi jumlahnya, nanti Menteri Kewangan II pun ada di belakang saya, mungkin dia ada the latest number. Tetapi pada pengetahuan saya, masih lagi small the number dan ia involving of settlement rather than daripada de-dollarization in a way. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah, kita melihat baru-baru ini kebangkitan teknologi baru iaitu DeepSeek. Jadi ia merupakan satu teknologi kita dapati ianya mudah, murah dan berkesan digunakan. Jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan, adakah ia akan memberi kesan ke atas pelabur data-data center terutamanya ramai dari negara China, di negeri Johor?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih.
Impak pelaburan pada pusat data dalam konteks kemajuan AI, contohnya DeepSeek yang baru-baru ini telah menjadi topik yang hangat dan juga ada satu lagi yang dinamakan Qwen dan pelaburan digital yang diterima betul terutamanya di negeri
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Johor adalah besar terutamanya dalam dari segi pusat data. Dari jumlah yang saya ada di sini lebih kurang RM145 bilion diperuntukkan kepada projek berkaitan pusat data. Ini menunjukkan pertumbuhan pesat sektor ini. Kemajuan AI seperti DeepSeek dan Qwen ini sebenarnya dapat memacu permintaan pusat data.
DeepSeek ini sebenarnya is like a disruptive, pemain yang disruptive dan menawarkan model AI yang berkeupayaan tinggi dengan kos yang dikatakan lebih rendah dan juga menggunakan lebih kurang tenaga yang tidak sebanyak AI yang ada sekarang. Walaupun AI yang lebih cekap ini mengurangkan keperluan pusat data yang besar tetapi kos AI yang lebih rendah ini dijangka meningkatkan penggunaan teknologi AI secara meluas.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Jadi Insya-Allah, akan mendorong lebih banyak permintaan terhadap perkhidmatan pusat data. Jadi, peningkatan kecekapan AI ini tidak mengurangkan permintaan pusat data tapi sebaliknya mungkin akan meningkatkan penggunaan AI yang seterusnya merangsangkan pelaburan data. Rantaian bekalan semikonduktor ini pun akan dipelbagaikan.
Kalau kita lihat sebahagian lokasi, Johor contohnya dan Pulau Pinang juga dengan Kedah. Lokasi strategik untuk infrastruktur AI dan pusat data ini tidak akan terjejas. Rantaian bekalan semikonduktor ini boleh kita katakan dengan adanya kebangkitan teknologi-teknologi seperti DeepSeek, ini akan mengurangkan kebergantungan kepada satu produk sahaja. Contohnya, NVIDIA dan membolehkan Malaysia menjadi pusat yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan juga daripada timur China contohnya.
Peningkatan pelaburan China juga- Syarikat semikonduktor China mungkin menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk menubuhkan operasi luar negara untuk memperkukuhkan lagi kedudukan negara dalam industri AI. Satu lagi ialah dari segi- Thailand- Pembangunan tenaga kerja, jadi kolaborasi antara universiti dan industri boleh diperkukuhkan untuk membangunkan tenaga kerja AI tempatan, khususnya dalam bidang semikonduktor dan juga AI.
Jadi, saya rasa kalau kita lihat apa yang telah berlaku baru-baru ini, walaupun ada cabaran- memang ada cabaran juga. Cabarannya adalah berkaitan dengan penggunaan sumber, lonjakan permintaan elektrik, ada tekanan terhadap bekalan air dan persaingan serantau. Untuk kita- langkah seterusnya untuk Malaysia ialah untuk memastikan daya saing Pusat Data Malaysia dengan memperkenalkan lebih banyak insentif pelaburan hijau dan cukai yang kompetitif.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Itu yang saya sebut tadi. Kita hendak galakkan lagi tenaga kerja AI dan digital dan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pemprosesan AI dengan menarik lebih banyak pelaburan dari syarikat AI, bukan sahaja daripada Barat tetapi juga daripada negara-negara lain. Kita juga perlu memastikan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan China terus dikekalkan supaya kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan teknologi yang neutral. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya ─ Terima kasih. Saya jemput Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Kalabakan.
3. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah pendekatan kerajaan dalam memperluaskan Program SARA dengan menyalurkan bantuan melalui kad pengenalan (MyKad) untuk tahun 2025 adalah lebih optimum dan berkesan berbanding dengan kaedah pemberian STR secara tunai.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada 15 Januari 2025 melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar di dalam rekod e-KASIH.
Bagi tahun 2025, penyaluran SARA menggunakan penggunaan MyKad turut diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak, berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024. Kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025 berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada sehingga RM200 sebulan. Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu berbanding penyaluran secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah dan Sarawak dan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Penambahbaikan kepada SARA ini merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu. Selain daripada itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025. Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan. Di bawah Program SARA yang merupakan bantuan secara bersasar, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah 1,600 buah di seluruh negara, berbanding hanya 700 buah pada tahun 2024.
Bilangan kedai runcit ini sedang dan akan sentiasa ditambah. Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barangan keperluan asas terpilih. Antara strategi pelaksanaan SARA dalam memastikan bantuan diterima adalah:
(i) penerima SARA akan menerima bantuan secara tunai- tanpa tunai secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Baki nilai SARA yang tidak dibelanjakan pada bulan berkenaan, ia akan dibawa ke bulan hadapan dan tamat tempoh penggunaannya pada 31 Disember 2025;
(ii) pemakluman sesi on boarding kepada penerima baru SARA bagi memberi penerangan mengenai kaedah pembelian penggunaan MyKad di pasar raya dan kedai runcit yang terlibat;
(iii) hebahan melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas
(SMS) dan WhatsApp kepada penerima yang layak, selain semakan kendiri di Portal STR dan SARA; dan
(iv) kerjasama erat dengan pejabat pembangunan negeri seluruh Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menghebohkan Program SARA di peringkat lapangan, termasuk di kawasan pedalaman.
Setakat 5 Februari 2025, lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA kategori miskin dan miskin tegar bagi pembelian barangan keperluan asas di lebih 1,600 pasar raya dan kedai runcit. Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan bantuan tunai langsung disalurkan kepada golongan rentan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Tan Sri Speaker. Memandangkan ini merupakan tahun pertama kerajaan memperluaskan inisiatif SARA menggunakan MyKad di Sabah dan juga Sarawak, berapakah jumlah penerima yang telah menerima bantuan ini dan bagaimanakah penerimaan penerima yang terlibat, khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak?
Sebagai contoh, di kawasan saya ada yang berstatus keluar dari miskin sebelum ini, namun sekarang berstatus miskin dalam sistem eKasih? Jadi, apakah langkah atau usaha pihak kementerian dalam membantu mereka yang telah berubah status di dalam sistem eKasih dan mempunyai status miskin tetapi tidak menerima bantuan SARA yang sepatutnya bermula pada bulan satu tapi sebaliknya mereka akan menerima pada bulan empat? Jadi, bulan satu, bulan dua, bulan tiga, mereka tidak menerima wang berjumlah RM100 itu. Jadi, mohon jawapan daripada pihak Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, penerima SARA di Sabah dan Sarawak mulai Januari 2025 adalah berjumlah 210,000 penerima yang telah dikenal pasti dan berada dalam rekod e-KASIH dengan pecahan berikut. Penerima SARA Sabah – 110,000. Penerima SARA Sarawak – 100,000.
Seperti yang disebut dalam jawapan asal saya, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025. Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR. Setakat 5 Februari 2025, 82 peratus penerima isi rumah di Sabah dan 78 peratus penerima isi rumah di Sarawak telah mula membuat perbelanjaan semenjak 15 Januari 2025 di lebih 560 kedai runcit berdaftar di Sabah dan Sarawak, termasuk di kawasan pedalaman.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Melihat dengan prestasi pelaksanaan program SARA pada tahun 2024 yang turut melibatkan kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia, kadar penggunaan tertinggi telah dicatat di Kelantan dan Perlis dengan tuntutan 97 peratus serta Terengganu dan Kedah 95 peratus melalui penggunaan MyKad dalam pembelian di lebih 700 kedai runcit terlibat.
Bagi mereka yang baru mendaftar dalam rekod eKasih sebagai miskin dan miskin tegar, kerajaan akan mengemas kini senarai penerima SARA secara berkala dan dikreditkan nilai bantuan supaya selaras dengan tempoh berdaftar dalam eKasih bagi memastikan penerima masih terus menerima bantuan berdasarkan kelayakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Jadi, kalau dalam daftar dia bermula bulan Januari, dia boleh mendapat daripada bulan Januari.
Sesi pemantauan di lapangan mendapati penerimaan program SARA ialah amat baik oleh penerima SARA. Berdasarkan maklum balas, penerimaan baik adalah memandangkan rakyat selesa menggunakan MyKad untuk urusan dengan kerajaan dan di samping itu mekanisme SARA mudah digunakan memandangkan ia tidak melibatkan aplikasi yang berasingan dan MyKad boleh digunakan seumpama bayaran kad debit atau kad kredit. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Soalan tambahan Kulim-Bandar Baharu untuk soalan tiga iaitu program SARA ataupun Skim Amanah Rakyat merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu B40 meningkatkan simpanan dan pelaburan mereka. Satu program yang amat baiklah bagi saya.
Namun, Yang Berhormat Menteri, kita telah lihat bagaimana pelbagai polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2023 dan 2024 telah menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat. Ini termasuklah kenaikan harga diesel serta kenaikan dan perluasan skop SST.
Kenaikan kos sara hidup pada tahun 2025 dijangka lebih memeritkan terutamanya akibat kesan berantai kenaikan harga petrol untuk mereka yang tidak layak menerima subsidi dan juga kenaikan tarif asal elektrik. Adakah kerajaan melihat bahawa kadar bantuan yang diberikan mencukupi, mengambil kira jangkaan trend kenaikan kos sara hidup yang mendadak pada tahun 2025?
Adakah kerajaan bersedia untuk meningkatkan lagi jumlah bantuan yang akan diberikan kepada kumpulan yang memerlukan? Apakah pendekatan kerajaan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup kumpulan pertengahan yang kian terhimpit, kesan kenaikan kos tetapi tidak layak mendapat apa-apa bantuan.
Saya juga meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan perincikan apakah barangan keperluan asas yang boleh diberi di bawah SARA dan apakah terjadi kepada nilai SARA yang tidak dibelanjakan? Kadang-kadang lebih dari 31 Disember itu masih tidak digunakan. Mengapakah kerajaan memilih kaedah SARA menggunakan MyKad, tidak saja memberi bantuan secara tunai dengan lebih mudah? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Banyak Menteri soalan itu ya. Ringkaskan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat.
Betul sekarang kata semua orang, kan? Soalannya panjang dan banyak. Saya akan cuba yang mana yang boleh dijawab dalam masa yang diberikan.
Kita mula dengan secara asasnya ya. Kerajaan ini adalah satu kerajaan yang prihatin. Tahun 2024, kita memberi STR sebanyak RM10 bilion dan tahun ini kita naikkan kepada RM13 bilion. Sebagai secara dasarnya, dalam skim SARA, kita pun memperluaskan Skim SARA daripada 700 ribu orang yang menerima kepada 5.4 juta orang yang akan menerima pada tahun ini ya. Ini akan menolong mereka yang terkesan dengan kos sara hidup. Mereka yang menerima SARA tahun lalu juga akan mendapat peningkatan apa yang dia dapat daripada SARA.
Seperti saya terangkan sebelum ini, penggunaan MyKad dalam SARA telah meluas tahun lalu dan kita nampak penggunaannya lebih daripada 90 peratus kepada kebanyakan negeri. So, kita rasa tidak ada isu. Apa yang kerajaan memantau ialah untuk menambah kedai-kedai dan pasar raya-pasar raya yang boleh menggunakan ini agar menyenangkan lebih kepada penerima-penerima yang ada.
Jadi, sebagai satu kerajaan yang peka, kita akan terus memantau dan mengenalkan inisiatif yang akan tolong meredakan isu-isu kos sara hidup. Kita tahu masa tahun lalu dalam Bajet 2025 kita telah memperkenalkan Payung RAHMAH di mana dia dinaikkan kepada RM300 juta dan provision untuk bajet pun dinaikkan dengan lagi RM700 juta untuk aktiviti-aktiviti kementerian dan agensi untuk menahan isu-isu kos sara hidup.
Seperti saya katakan, inilah cara kerajaan berusaha untuk mendapatkan pertolongan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kita juga tidak boleh melupakan yang daripada pertolongan yang kita beri daripada segi bantuan, kita juga harus reorganize industri yang ada. Kerana itulah dalam tahun ini kita nampak kenaikan gaji penjawat awam telah dibuat tahun lalu dan kita juga menaikkan gaji minimum. Jadi, kebolehan masyarakat untuk menampung kos sara hidup pun sudah dinaikkan. Inilah usaha-usaha kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan menjemput Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Nasi lemak di tepi jalan, Harumnya bau mengundang selera, Soalan satu Wangsa Maju ajukan, Mencari jawapan penuh makna.
1. Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan keberkesanan pelaksanaan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) sebagai akses pihak ketiga (third party access) bagi perolehan tenaga khususnya manfaat dari segi ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Hendak jawab pantun bolehlah lepas ini kita pergi ke RTM untuk sama-sama pergi berpantun.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) sebagai akses pihak ketiga
(third party access) dengan izin merupakan salah satu pilihan disediakan kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat korporat yang ingin mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung daripada penjana tenaga boleh baharu (TBB).
Program CRESS menyediakan mekanisme dan kerangka perolehan tenaga hijau yang jelas sebagaimana yang ditetapkan untuk syarikat korporat memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG mereka. Dari aspek manfaat ekonomi pula, pelaksanaan CRESS membuka akses grid bekalan elektrik kepada penjana TBB dan pengguna elektrik hijau telah menyediakan pilihan baharu kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan elektrik hijau yang diperlukan berdasarkan pilihan mereka sendiri.
Ketersediaan akses untuk tenaga elektrik hijau dijangka akan menarik pelaburan hijau yang menitik beratkan komitmen kelestarian alam yang bernilai tinggi di negara ini dan mewujudkan limpahan nilai ekonomi baharu pada negara. Sehingga kini, terdapat dua penjana TBB iaitu Tenaga Nasional Berhad dan UEM Lestra telah berjaya menjalinkan ikatan perolehan tenaga elektrik hijau dengan pengguna dan elektrik hijau untuk kapasiti perbekalan TBB yang dianggarkan berjumlah 400 megawatt di bawah program CRESS dengan jangkaan pelabuhan sebanyak RM1.2 bilion. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih atas jawapan.
Tahniah kepada kerajaan yang telah menetapkan satu hala tuju dasar terhadap tenaga boleh baharu yang tepat berlandaskan kepada keperluan. Soalan susulan saya, adakah kerajaan mempunyai strategi untuk memperluaskan pelaksanaan CRESS bagi membolehkan industri memperoleh sumber tenaga alternatif selain daripada dibekalkan oleh TNB serta membantu mengawal kenaikan harga barang akibat peningkatan tarif elektrik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sememangnya CRESS adalah untuk mendapat bekalan selain daripada TNB, di mana mereka boleh mendapat bekalan daripada penjana TBB daripada syarikat- syarikat lain. Tujuannya, bila mendapat, maka mereka boleh berunding terus dari segi harga dan sebagainya. Cuma, mereka akan kena membayar wheeling charges kepada grid sistem yang disediakan oleh TNB.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Manakala― setelah dilancarkan, kita telah mengkaji dan hasil daripada industrial dialogue ataupun engagement yang kita adakan, maka kita dah tambah baik. CRESS dulu mula-mula diperkenalkan hanya untuk new account ataupun pengguna-pengguna yang baharu, baru boleh mengambil daripada selain daripada TNB. Tapi, untuk masa depan ini, kita juga buka kepada akaun-akaun lama. Maknanya, orang yang dah menggunakan teknologi sekarang ini bukan tenaga hijau, nak beralih kepada tenaga hijau, juga boleh memohon untuk menggunakan CRESS.
Yang kedua ialah kita dah capkan dia punya charges itu untuk tiga tahun.
Makna, takkan berlaku kenaikan dan sebagainya. Kalau berlaku lepas tiga tahun pun, maksimum kenaikan hanyalah 15 peratus. Itu hasil perbincangan kita dengan pihak industri dan diharapkan lepas ini lebih ramailah yang akan beralih untuk menggunakan tenaga boleh baharu melalui sistem CRESS yang kita wujudkan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri.
CRESS adalah satu inisiatif untuk memenuhi piawaian ataupun framework kerangka SDG ― Sustainable Development Goals, IPCC ― Intergovernmental Panel on Climate Change dan juga ESG ― Environmental, Social and Governance.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Dan ia adalah satu inisiatif untuk kita pergi kepada net zero emissions. Setelah empat bulan dilancarkan, antara cabaran yang dilalui oleh kerajaan dalam melaksanakan CRESS ini secara berkesan adalah caj akses sistem ataupun SAC iaitu yuran yang dikenakan ke atas pihak ketiga untuk menggunakan grid nasional di bawah mekanisme seperti CRESS.
Soalan saya, Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula struktur SAC? Mungkin dengan menawarkan harga berperingkat atau subsidi untuk pengeluar tenaga intermittent. Kadar semasa kita adalah 25 sen per kilowatt jam untuk keluaran firma dan 45 sen per kilowatt jam untuk keluaran bukan firma. Kadar ini telah menimbulkan kebimbangan tentang daya saingnya berbanding skim tenaga boleh diperbaharui lain di negara kita. Sekiranya SAC ini dapat di-revisit, saya yakin ianya akan menjadikan CRESS lebih menarik kepada pelbagai pemaju tenaga boleh diperbaharui.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut di atas minat dan pengetahuan mendalam berhubung kait dengan perkara ini.
Sememang kita dah ada dialog dengan pihak industri. Ini salah satu yang dibangkitkan iaitu the wheeling charges itu mereka mengatakan agak tinggi. Tapi, kalau kita perbandingkan, ini adalah untuk tenaga boleh baharu. Tenaga boleh baharu berbanding dengan brown energy, dia tak sama. Apa yang kita nak laksanakan ialah bila kita menggunakan penjanaan tenaga boleh baharu, ianya melalui solar dan bila solar, dia ada sikap intermittent, ketidakseimbangan dari segi bekalan. Siang, dia akan berlaku tinggi bekalan. Malam, dia tak ada.
Sebab itu kita bagi tawaran ― satu, yang ada dengan bateri; satu, yang tak ada bateri. Kalau dia bekalkan sendiri bateri, maka dia akan membayar lebih murah charges. Kalau bateri tidak dikenakan, dia kena bayar lebih tinggi. Disebabkan TNB, bila berlaku penambahan pada bekalan tenaga boleh baharu, maka intermittency ini akan menjejaskan grid system. Sebab itu kita kena stabilkan bekalan itu supaya grid system ini akan stabil dan tidak akan menjejaskan bekalan-bekalan yang lain. Tidak akan berlaku tripping dan sebagainya.
Disebabkan itulah, maka kita mengatakan dengan sistem yang ada ini, ianya adalah yang terbaik untuk negara kita pada masa ini. Sebab itu kita bukakan juga kepada, selain daripada akaun baru, kepada akaun-akaun lama yang boleh berhijrah untuk mendapat bekalan daripada TBB daripada punca-punca selain daripada TNB.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Insya-Allah, perkara ini kita masih melakukan perundingan. Tapi akhirnya, apa yang kita nak ialah, pertama sekali, keterjaminan bekalan, kemampanan dan akhirnya mampu dibayar oleh pengguna. Dan pihak industri, saya kira yang ingin mendapat ESG’s certificate dan sebagainya, mereka pasti akan melabur ke arah TBB ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan status terkini pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan sekiranya sasaran telah dicapai apakah perancangan kementerian supaya program ini diteruskan di masa hadapan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Bharu dan Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai makluman kepada Yang Berhormat, Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah mencapai sasaran penanaman sebanyak 100 juta pokok setahun lebih awal, yang mana penanaman simbolik pokok yang ke-100 juta telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Disember 2024 di Parlimen Malaysia.
Sehingga data terkini 5 Februari 2025, jumlah penanaman adalah sebanyak 109,276,202 pokok. Walaupun sasaran jumlah penanaman telah berjaya dicapai, kempen ini kita akan teruskan sebagaimana dirancang sehingga ke akhir tahun 2025 bagi merealisasikan objektif penting dalam kempen ini iaitu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi.
Pada tahun ini, tumpuan aktiviti akan melibatkan usaha pemulihan melalui rawatan di beberapa kawasan penanaman pokok di bawah program ini. Ini untuk memastikan kadar survival pokok-pokok yang ditanam dapat kita tingkatkan dan mereka berada dalam keadaan optimum dan menyokong pemuliharaan ekosistem semula jadi.
Selain itu, aktiviti penanaman pokok baharu akan diteruskan secara berterusan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri yang masing-masing ada sasaran mereka secara individu.
Di samping itu, kementerian menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Yayasan Hijau
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak sedang meneliti dan merencana hala tuju pelaksanaan program ini selaras dengan keperluan dan objektif Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan menjadi panduan utama bagi kesinambungan program pemuliharaan hutan dan penanaman pokok di masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniahlah kepada kementerian dan juga kerajaan kerana hasrat kita lima tahun 100 juta pokok ini telah tercapai lebih awal dengan peruntukan semasa RMKe-12 sebanyak RM25 juta.
Jadi, soalan saya yang pertamanya dah disentuh oleh Yang Berhormat tadi, memang kita nak supaya pokok-pokok yang ditanam ini survive, masih kekal dan sebagainya. Baru ini, saya pergi ke dua tempat yang kebetulan saya tanam dulu.
Alhamdulillah, ada yang subur, besar ini ada...
[Sambil menunjukkan lengan tangan] Tapi yang besar ini ada juga...
[Sambil menunjukkan ibu jari tangan] Takut nanti tak boleh survive. Jadi, itu yang pertama.
Yang keduanya, Yang Berhormat Menteri, saya nak tahu mengenai komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan berhutan bagi memastikan sasaran mengekalkan 50 peratus kawasan berhutan di Semenanjung menjelang 2040. Yang Berhormat telah jawab di Dewan ini, tahun 2023 hanya 43 peratus – 42.9 percent. Saya nak tahu yang 2024 ini, berapa?
Dan di samping itu, apakah inisiatif yang telah diambil untuk memudahkan pihak kerajaan negeri mendapatkan geran Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli
(NCTF) ini untuk penyelidikan dan konservasi hutan dan sumber alam? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat. Ini memang bidang Yang Berhormat Kota Bharu. Jadi, dia memang banyak kepakaran dalam perkara ini.
Apa yang saya boleh katakan tentang sasaran untuk litupan hutan di Semenanjung, sebenarnya antara cabaran yang kita hadapi dan saya ingat Yang Berhormat pun sedia maklum sebelum ini, pertama ialah dari segi soal definisi.
Definisi hutan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebelum ini, kerana kita ada tiga autoriti ― di Semenanjung, JPSM. Kita ada Jabatan Perhutanan Sabah dan kita ada Jabatan Hutan Sarawak. Sebelum ini, definisi hutan antara ketiga wilayah itu dia ada sedikit perbezaan. Tetapi, menerusi Majlis Biodiversiti Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Petrajaya, kita telah berbincang dan telah mulakan proses untuk harmonikan definisi antara ketiga-tiga wilayah supaya sebagai satu negara, kita ada one definition selaras dengan FAO di peringkat antarabangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Itu penting. Sebab kita kadang-kadang berdepan dengan kritikan, berdepan dengan tuduhan dan sebagainya. Kita perlu ada a very clear definition, dengan izin.
Kedua, tetapi di dalam negara kita sendiri, antara di peringkat JPSM ataupun ini di Semenanjung sendiri dengan PLANMalaysia, dia juga sebelum ini ada sedikit perbezaan definisi hutan. Jadi, itu antara hambatan-hambatan yang kita hadapi dan kita dalam proses untuk memastikan itu juga kita dapat harmonikan supaya tidak timbul sebab kadang-kadang mungkin ada dua Menteri, dia akan jawab dalam satu kerajaan akan memberi jawapan yang berbeza kalau tidak ada satu harmonisation dari segi definisi hutan dan sebagainya.
Saya akan dapatkan secara bertulis tentang statistik terkini di Semenanjung tetapi memang kita dalam perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri dan saya juga, saya sangat berterima kasih sokongan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Kabinet, termasuk Menteri KPK dan sebagainya. Mereka telah menulis surat juga. Menteri KPK misalnya telah tulis surat kepada Menteri- menteri besar, Ketua-ketua Menteri untuk minta kerjasama kerajaan negeri dari segi tidak menambah misalnya ladang sawit di kawasan hutan untuk kita menjaga standard MSPO yang kita ada.
Jadi, ini adalah satu usaha whole-of-nation approach untuk kita memastikan komitmen yang kita ada. Di peringkat nasional, satu negara, kita memang komited pada 50 percent yang kita buat pada Sidang Bumi di Rio tahun 1992. Kadar sekarang ialah sekitar 54 peratus tetapi sebagaimana disebut di Semenanjung masih pada kadar sekitar 40 peratus lebih. Jadi sebab itu, apa yang kerajaan setakat ini lakukan, kita telah tingkatkan ecological fiscal transfers. Kalau tahun 2019, pengguna dengan RM60 juta telah naik setiap tahun di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sedia ada dan kita sekarang berada pada RM250 juta untuk Ecological Fiscal Transfers.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Dalam mesyuarat bersama dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri minggu ini, ada juga permintaan supaya mungkin kita boleh tambah baik lagi supaya kerajaan-kerajaan negeri dapat lebih banyak manfaat daripada EFT dan kita sedang melihat perkara tersebut yang kita akan bawa semula ke Kabinet dalam perbincangan kita.
Jadi, tentang NCTF itu juga kita ada, kita perlu lihat bagaimana untuk kita memudahkan permohonan sebab dana itu ada tetapi kita lihat tidak banyak pihak yang memanfaatkan dana tersebut. Jadi, saya ambil maklum dan kita akan cuba tengok bagaimana kita dapat memudahkan akses dan pada masa yang sama, kita dapat replenish sumbangan. Kita terima awal daripada kalau tak silap saya, daripada Kementerian Kewangan ketika penubuhan NCTF.
Kemudian kita ada dapat daripada pihak swasta one major donation tetapi kita belum lagi replenish. Tapi pada masa yang sama, kalau kita nak kutip saja tapi aksesnya susah pun, itu juga tidak membantu. Sepatutnya wang yang ada ini dapat diakses oleh universiti, oleh NGO, oleh kerajaan-kerajaan negeri yang mahu turut serta di dalam konservasi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya berdasarkan pada soalan asal berkenaan dengan pemeliharaan hutan. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah komitmen kementerian dalam mengimbangi pelbagai keperluan untuk pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpanan di Malaysia dan berapakah jumlah peruntukan ecological fiscal transfers, dengan izin yang telah diagihkan kepada Kerajaan Negeri Perak sejak tahun 2019? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.
Saya pun dah sampai ke hutan di kawasan Sungai Siput.
Untuk makluman, sebagaimana kita tahu hutan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri. Tetapi bidang kuasa NRES menerusi JPSM adalah memberikan nasihat teknikal dalam pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan. Tetapi kita komited untuk mengimbangi keperluan pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpan di Malaysia. Sebagaimana saya sebut, antara insentif yang kita ada sebelum ini ialah Ecological Fiscal Transfers (EFT) for Biodiversity Conservation.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Antara faedah ataupun hasil daripada program ini sejak diperkenalkan tahun 2019, sejumlah 90,000 hektar kawasan perlindungan daratan telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal dan sanctuary hidupan liar di negeri-negeri yang saya boleh sebut di sini, di Sabah, di Pahang, di Sarawak, di Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan. RM800 juta telah pun diperuntukkan sejak tahun 2019 ketika Yang Berhormat Bagan pada waktu itu, EFT sehingga tahun ini.
Seterusnya ialah pindaan Akta Perhutanan Negara pada tahun 2022 yang mana kita telah peruntukkan untuk diadakan proses siasatan awam sebelum mana- mana kawasan HSK di warta keluar dan juga penggantian serta-merta dan ia adalah model yang kita ikut daripada negeri Selangor dan tetapi undang-undang ini perlu, juga diambil ataupun di-adopt di peringkat negeri kerana balik kepada soal hutan sebagai state matter. Perlis telah pun mengguna pakai sepenuhnya peruntukan daripada pindaan tersebut dan kita juga telah mewartakan penggunaan perkara ini di kawasan Wilayah Persekutuan. Jadi, kita harap negeri-negeri lain juga dapat turut serta untuk mewartakan perkara tersebut.
Sikit saja lagi ialah kita juga seterusnya ialah meneruskan moratorium untuk menghentikan perluasan ladang hutan di dalam HSK yang diperbuat sejak mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-81 dan juga pembangunan pengoperasian insentif di bawah instrumen REDD+ termasuklah Forest Conservation Certificate yang sudah pun ada dan juga Forest Carbon Offset yang sedang kita wujudkan.
Bagi negeri Perak untuk EFT, mereka telah menerima daripada tahun 2019 sehingga tahun 2025 agihan pertama, Perak telah menerima jumlah RM47,175,458 di bawah EFT. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor tiga.
3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keuntungan syarikat insurans nyawa setiap tahun sejak 2018 dan penyelesaian ke atas kontroversi kenaikan premium insurans perubatan setinggi 70 peratus dan apakah langkah untuk menghindarkan kos perubatan swasta daripada naik dengan sewenang-wenangnya.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Tan Sri Yang di-Pertua, purata jumlah keuntungan tahunan industri insurans dan takaful antara tahun 2018 dan 2023 adalah RM4.4 bilion
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
daripada syarikat insurans hayat dan pengendali takaful keluarga. Menyedari akan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia telah mengambil beberapa langkah tegas bagi mengekang impak kenaikan insurans premium kepada pemegang polisi seperti berikut.
Pertama, pengagihan pelarasan premium yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan untuk tempoh sekurang-kurang tiga tahun. Langkah ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026.
Kedua, penangguhan pelarasan premium yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan selama setahun bagi pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas dan dilindungi di bawah pelan minimum bagi produk MHIT yang dibeli.
Ketiga, pemegang polisi yang telah menyerahkan polisi atau polisi mereka telah luput pada tahun 2024 disebabkan oleh penetapan semula premium boleh menghubungi ITO masing-masing untuk memohon polisi mereka diaktifkan semula berdasarkan premium yang dilaraskan.
Menerusi langkah interim atas, 80 peratus pemegang polisi dijangka menghadapi pelarasan premium tahunan kurang daripada 10 peratus yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan. Ini akan memberi sokongan sementara kepada pemegang polisi. Keuntungan daripada portfolio insurans lain secara amnya tidak wajar digunakan untuk menyerap kerugian daripada portfolio MHIT kerana ia tidak adil kepada pemegang polisi yang tidak membeli MHIT.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebagai contoh, pemegang polisi yang hanya membeli perlindungan hayat juga perlu membayar premium yang tinggi untuk menampung tuntutan produk MHIT meskipun produk perlindungan hayat tidak dipengaruhi oleh inflasi kos perubatan.
Perlu ditekankan langkah interim ini hanya dapat memberi sokongan sementara kepada pemegang polisi.
Namun demikian, isu pokok permasalahan ini masih terletak pada peningkatan inflasi kos perubatan. Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan adalah punca utama yang menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan semakin meningkat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Apabila tuntutan MHIT melebihi premium secara berterusan, dana premium yang terkumpul tidak akan mencukupi untuk membayar tuntutan dan – oleh
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
pemegang polisi. Keadaan ini akan menyebabkan ITO tidak lagi akan menawarkan produk yang menanggung kerugian secara berterusan dan seterusnya akan menjejaskan pilihan yang ada kepada pengguna. Sekiranya ia berlaku, pengguna tidak akan lagi dapat mengakses produk MHIT dan perlu menanggung perbelanjaan kesihatan menggunakan kewangan sendiri. Oleh itu, keupayaan ITO untuk terus memenuhi tuntutan yang dibuat adalah penting juga.
Oleh demikian, kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan – melalui Kementerian Kesihatan akan mengutamakan reformasi kesihatan yang menyeluruh untuk menangani isu kos perubatan dan caj-caj di hospital swasta. Usaha ini termasuk melaksanakan modal pembayaran diagnosis-related group dan meningkatkan ketelusan kos ubat-ubatan serba perbandingan kos perubatan lazim.
Juga dengan inisiatif rakan MOH.
Langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh hospital swasta untuk membendung inflasi kos perubatan juga sedang dibincangkan sebagai penyelesaian jangka panjang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bagan, soalan tambahan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap. Saya hendak tahu, untuk usaha pihak Kementerian Kewangan dengan Kementerian Kesihatan untuk mengawal kenaikan kos memandangkan bahawa kos perubatan swasta adalah di antara yang tertinggi di dunia, bolehkah berikan satu gambaran berapa banyak yang kita boleh hadkan atau kawal supaya ia tidak – kos – kenaikan kos perubatan swasta tidak naik lebih daripada itu purata sedunia.
Dan juga, pada masa yang sama, bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan sama ada syarikat insurans nyawa yang boleh tanggung sebahagian kos tambahan daripada peningkatan keuntungan yang ketara. Apakah kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat insurans nyawa berikutan arahan mengagihkan kenaikan kepada secara tahunan dengan mengurangkan kenaikan premium insurans perubatan kepada 10 peratus setiap tahun?
Adakah mereka yang membuat tuntutan juga akan dikenakan kenaikan 10 peratus dan bukan lebih besar serta berapa banyak polisi insurans perubatan yang diberhentikan kerana kenaikan insurans premium perubatan sebelum ini telah pun dihidupkan semula? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua. Ada beberapa soalan yang diketarakan, saya mula dengan soalan yang kedua itulah. Sebahagian besar daripada kos pelaksanaan langkah-langkah interim di atas ditanggung oleh ITO dengan menggunakan sumber keuntungan dari reserve yang terkumpul.
Berdasarkan anggaran awal, impak kepada keuntungan industri daripada langkah interim ini dianggarkan sejumlah RM2.6 bilion yang ditanggung oleh ITO.
Untuk usaha-usaha seperti saya katakan tadi, isu yang kita ada ialah inflasi daripada medical cost yang ada. Jadi, pendekatan ke seluruh negara yang kena diambil dari proses yang diambil oleh Kementerian Kesihatan, kita harus berganjak kepada value-based healthcare mechanism, kerana itu inisiatif-inisiatif seperti DRG diusahakan dan perbincangan juga diadakan dengan hospital-hospital swasta.
Ini bukan satu inisiatif yang senang dibuat dalam jangka masa yang pendek.
Berilah peluang untuk Kementerian Kesihatan untuk berunding dan discuss, tetapi memang ketara yang kita tahu ini adalah satu isu yang harus ditangani.
Kita juga nampak usaha baik daripada Kementerian Kesihatan seperti Rakan MOH yang mungkin juga memberi satu jalan baharu di mana kita bagi provision of healthcare yang boleh menurunkan kos medical. Terima kasih.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Soalan tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih. Soalan saya mengambil kira kenaikan mendadak premium insurans perubatan, apakah model- model pembiayaan kesihatan yang sedang dipertimbangkan KKM untuk dilaksanakan? Apakah kerajaan akan perkenalkan pelan insurans perubatan nasional bagi memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia tanpa membebankan mereka dengan premium yang tinggi?
Sehubungan dengan itu, berapa ramaikah pemegang polisi yang telah membatalkan polisi mereka akibat daripada kenaikan mendadak premium insurans?
Apakah unjuran peningkatan perbelanjaan kesihatan awam pada tahun 2025 akibat daripada situasi ini? Justeru, antara faktor yang disebut sebagai penyumbang kepada kenaikan premium insurans kesihatan ialah peningkatan kos bekalan, perkhidmatan, hospital, caj makmal perubatan dan sebagainya.
Soalan saya, adakah kerajaan akan memperkenalkan mekanisme pemantauan dan kawalan termasuk menetapkan harga siling bagi bekalan dan perkhidmatan hospital dan memastikan kos perubatan swasta tidak terus melonjak
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
tanpa kawalan? Sebahagian soalan saya telah dijawab oleh Menteri tadi, saya sedar itu, tetapi Menteri hanya perlu jawab yang mana belum dijawab sahajalah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Seperti yang saya katakan awal tadi, isu ini bukan isu yang senang untuk ditangani. Kementerian Kesihatan telah memula dengan proses dan mengenalkan beberapa inisiatif yang saya rasa akan memberi impak untuk mengurangkan tekanan kepada sektor ini.
Yang pertama, saya rasa isu DRG dan membuat kepastian yang harga-harga harus dipaparkan agar orang boleh compare harga sebelum dia menggunakannya adalah satu inisiatif yang baik untuk menyedarkan semua orang kos-kos yang ada dalam segmen ini.
Yang keduanya, inisiatif macam inisiatif Rakan MOH akan juga memperkenalkan daya delivery model yang baharu yang boleh diketarakan dan juga memberi satu inisiatif yang akan mengurangkan kos untuk orang lain menggunakan dan boleh juga diberikan untuk mereka yang ada insurans menggunakan daripada sektor kerajaan.
Jadi, seperti yang ditanyakan tadi, Bank Negara dengan ITO sedang mengemaskinikan data yang ada kerana inisiatif sementara yang diletakkan untuk meredakan pelarasan kenaikan premium baharu bermula 15 Januari. Kita akan datang balik dan memberi pencerahan lagi bila kita dapat semua data daripada ITO- ITO. Mereka yang telah menyerahkan balik insurans polisi ataupun mengaktifkan balik semula.
Insya-Allah kita berharap dalam dua, tiga minggu ini akan dapat pencerahan daripada Bank Negara dengan kerjasama ITO-ITO. Tetapi yang penting kita berharap mereka yang terkesan akan menghubungi ITO mereka dan berunding untuk mencari jalan di mana mereka boleh dapat coverage yang sepatutnya dan kalau ada isu, Bank Negara juga sedia untuk menolong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Sebelum saya ke soalan berikutnya, sebagai refreshing memory peraturan untuk Jawapan Lisan adalah Peraturan 23 dan 24 sebagai garis panduan.
Berikut saya mempersilakan Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah, Yang Berhormat Rompin, silakan.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
4. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah rasional di sebalik hasrat TNB menaikkan tarif elektrik walaupun negara jiran terdekat mempunyai perancangan sebaliknya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawabkan soalan ini dengan beberapa soalan yang lain iaitu soalan yang ke-71, tarikh 6 Februari oleh Yang Berhormat Jelebu.
Tarikh 17 Februari juga Yang Berhormat Sri Gading, 26 Februari Yang Berhormat Kota Baharu, 26 Februari juga soalan nombor 37 Yang Berhormat Libaran dan juga Yang Berhormat Besut soalan nombor 16.
Soalan nombor 3, 4 Mac oleh Yang Berhormat Bera. Soalan 68, 4 Mac Yang Berhormat Kuala Langat dan soalan yang ke-82 bertarikh 5 Mac oleh Yang Berhormat Sembrong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan dalam menetapkan tarif asas elektrik bagi penggunaan elektrik di Semenanjung mengambil kira aspek trilema tenaga iaitu pertamanya, keterjaminan bekalan; yang kedua, kelestarian; dan yang ketiga, mampu dibayar oleh pengguna.
Sehubungan dengan itu, bermula pada tahun 2014, kerajaan telah menggunakan mekanisme, dengan izin, incentive based regulation (IBR) bagi penetapan purata tarif asas elektrik di Semenanjung. Melalui mekanisme IBR ini, purata tarif asas di Semenanjung akan dikaji setiap tiga tahun sekali berserta dengan penetapan parameter-parameter asas seperti unjuran bahan api, kos operasi
(OpEX), kos modal (CapEX) dan juga kadar keuntungan Tenaga Nasional Berhad
(TNB) yang dikawal selia oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST).
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dalam hal ini, kerajaan pada 13 Disember 2024 telah bersetuju dengan penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi TNB di bawah mekanisme IBR untuk tempoh Regulatori Keempat (RP4) bermula pada 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027. Sebagai makluman, komponen terbesar dan pengiraan tarif asas adalah unjuran harga bahan api iaitu arang batu dan juga gas untuk penjanaan elektrik.
Kenaikan harga bahan api di peringkat global dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini menjadikan unjuran bagi tempoh RP4 2025 hingga 2027 adalah lebih tinggi supaya ia mencerminkan harga bahan api sebenar pada masa ini. Seperti semua pihak sedia maklum, unjuran harga bahan api, arang batu dan gas adalah jauh lebih rendah semasa penetapan kadar purata tarif asas elektrik bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3) iaitu pada tahun 2022 hingga 2024 yang mengakibatkan pelarasan surcaj tarif elektrik di bawah mekanisme imbalance cost pass-through
(ICPT) menjadi amat tinggi. Oleh itu, penetapan unjuran baharu bagi tempoh RP4 akan merapatkan lagi jurang harga bahan api semasa supaya pelarasan ICPT yang disemak setiap enam bulan dapat dikawal dengan lebih cekap dan berkesan.
Disebabkan implikasi tersebut dan keprihatinan kerajaan, maka kementerian pada 20 Disember 2024 telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk, “Pengekalan Tarif Elektrik di Semenanjung Bagi Tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025.” Kenyataan tersebut antara lainnya memaklumkan perancangan kementerian bersama-sama dengan ST untuk memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu yang mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar lebih kompetitif dan berdaya saing untuk dilaksanakan bermula 1 Januari 2025. Bagi tujuan itu, kerajaan telah memperuntukkan RM5.96 bilion untuk meneruskan pemberian subsidi secara bersasar bagi 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung terus kekal dilindungi dan tiada sebarang kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna dalam tempoh berkenaan.
Untuk makluman Yang di-Pertua, kementerian melalui ST juga telah melaksanakan libat urus bersama pemain industri dan komuniti perniagaan pada 13 Januari 2025 dan 5 Februari 2025 mengenai perkara ini.
Keterlibatan pemain industri dan komuniti perniagaan adalah penting bagi memastikan kepentingan semua pihak diambil kira. Kementerian akan memperhalusi pandangan-pandangan yang diberikan untuk dijadikan input bagi penetapan jadual tarif baharu kelak agar semua pengguna, terutamanya pihak industri, dapat lebih bersedia dengan perubahan tersebut dan menggunakan elektrik dengan lebih cekap pada masa akan datang.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kementerian memberi jaminan bahawa penetapan tarif elektrik di Semenanjung, termasuk pelaksanaan jadual tarif yang baharu di bawah RP4 akan mengambil kira semua aspek, termasuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat seperti mana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam hal ini, sebarang pengumuman berhubung penetapan tarif elektrik di Semenanjung hanya akan dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedar hari ini rakyat berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kenaikan tarif ini sudah pastinya memberi tekanan kepada rakyat.
Jadi soalan saya, apakah inisiatif yang dijangka yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih efisien? Berbanding menaikkan tarif dan sudah pasti rakyat menanggungnya setiap kali berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Adakah kerajaan bersedia dengan penggunaan tenaga alternatif seperti tenaga solar dan tenaga nuklear? Jika dikaji dan dibuat R&D serta mengambil contoh negara maju lain, ia lah sumber tenaga yang lebih efisien dan menjimatkan kos. Sudah tentunya baik kepada rakyat mahupun kepada kerajaan. Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh kebanyakan negara maju, malah negara jiran kita juga sudah mula beralih kepada sumber tenaga alternatif. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu dalam program di peringkat kementerian banyak skim yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pertamanya, untuk kategori B40 yang tersenarai, mereka diberi rebat RM40, itu untuk memastikan kumpulan sasar kita tidak akan terbeban dengan kenaikan. Itu memang berjalan, akan tetap berjalan untuk masa yang akan datang.
Sebab itu yang saya katakan tadi, satu lagi yang menggunakan- domestik yang menggunakan kurang daripada 1,500, mereka sebenarnya tidak terbeban sebab tiada kenaikan. Itu yang kita syaratkan, makna 85 peratus tidak akan ada kenaikan. Ia akan kekal dengan apa yang dibiayai sekarang, tetapi untuk menggalakkan penjimatan dan penggunaan tenaga yang lebih berkesan, kita kenalkan Net Energy Metering misal katanya, untuk solar atas bumbung rumah dan juga untuk syarikat-syarikat, mereka boleh menggunakan SELCO- self consumption
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
meletakkan solar untuk kegunaan sendiri. Jadi, mereka dapat menjimatkan- banyak penjimatan dilakukan.
Kita juga memperkenalkan apa yang dikatakan Green Electricity Tariff. Ini juga skim-skim semuanya memberi kepada penjimatan penggunaan dengan meletakkan solar ataupun alternative energy yang lain. Di samping itu, kalau kita melihat salah satu lagi program yang begitu popular ialah SolaRIS iaitu Program Solar Untuk Rakyat di bawah inisiatif skim ini. Kita bagi RM4,000 untuk pasang solar di bumbung. Ini sebenar berjalan sebenarnya, malahan negara kita adalah yang ke hadapan dalam negara ASEAN untuk menggunakan solar dan skim-skim yang kita kelolakan. Insya-Allah. Dan kita juga akan melancarkan apa yang dipanggil Program Nikmat Untuk Rakyat PETRA (NUR@PETRA) yang ini ialah untuk kita bagi rebat RM400. Ini untuk membeli penyaman udara dan juga peti ais yang bertaraf empat bintang dan lima bintang. Kalau beli balik, boleh claim dekat kita, dapat RM400. Okey, kalau beli, dapat RM400 supaya penggunaan tenaga akan lebih jimat, kurang tenaga dengan menggunakan yang empat bintang dan lima bintang. Untuk PMKS pula, kita sediakan RM4,000 kalau mereka menggunakan peti ais dan juga penyaman udara empat dan lima bintang untuk PMKS. Jadi, mereka akan dapat rebat RM4000.
Jadi, inisiatif yang kita lakukan, di samping kita ada memperkenalkan Energy Efficient Act yang diluluskan oleh Parlimen, yang mana mereka menggunakan tenaga yang lebih, kalau tidak, mereka akan kena orang kata surcaj. Kalau mereka beralih, maka mereka akan dapat rebat daripada penjimatan tenaga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan sebelah kanan. Jika tidak, saya akan beri kepada sebelah kiri. Jika tiada sebelah kiri, sebelah pembangkang. Jika tiada, saya akan teruskan soalan yang selanjutnya. Berikut- soalan berikut, saya mempersilakan Tuan William Leong Jee Keen, Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Dato’ Speaker.
Soalan saya nombor 5.
5. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, dalam menilai keberkesanan MyCC dalam menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, berapa jumlah siasatan yang telah membawa kepada pendakwaan dan sabitan kesalahan yang berjaya bagi garis masa 2014- 2024.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tuan Yang di-Pertua, KPDN melalui agensinya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) adalah bertanggungjawab memantau dan mengekang amalan anti-persaingan dalam ekonomi dan pasaran di Malaysia dengan penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 Akta 712 bermula 1 Januari 2012. Sejak berkuat kuasanya Akta 712, MyCC sebagai sebuah badan bebas dan separa kehakiman di Malaysia, telah menjalankan penyiasatan terhadap 339 perusahaan yang terlibat dalam pelbagai industri.
Antaranya meliputi industri pengangkutan, pengilangan, makanan, perkhidmatan, pendidikan, insurans, pertanian dan perolehan awam. Hasil daripada penyiasatan ini, MyCC telah mengeluarkan keputusan dapatan pelanggaran di bawah seksyen 40 akta tersebut yang melibatkan 14 kes meliputi 259 perusahaan.
Sebanyak 257 perusahaan didapati terlibat dalam aktiviti kartel dan dua perusahaan didapati menyalahgunakan kedudukan monopoli. Kesemua keputusan tersebut telah menghasilkan penalti kewangan sebanyak RM571.5 juta. Sebagaimana yang dimaklumi, kes terbesar MyCC adalah berkaitan pakatan kartel oleh lima- pengeluar makanan ayam yang melibatkan penalti kewangan sebanyak RM415.5 juta.
Bermula tahun 2024, MyCC telah menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap salah satu- cabang aktiviti kartel sejak sekian lama iaitu pakatan tipuan bida- bid rigging. MyCC sedang aktif menyiasat 13 kes, menyentuh dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan tender-tender yang mencecah nilai RM2.3 bilion. Ikhtiar mengekang aktiviti tipuan bida ini penting bagi memastikan ia tidak menggagalkan usaha kerajaan hari ini dalam memberikan keutamaan kepada kaedah tender dalam tadbir urus perolehan sejajar dengan usaha memperkukuhkan tatakelola sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas syarikat-syarikat yang melaksanakan amalan anti-persaingan mencerminkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan ekosistem persaingan yang sihat dalam pasaran. Ini sekali gus akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti, mewujudkan pilihan dan harga barangan yang munasabah serta perkhidmatan yang kompetitif demi kepentingan pengguna. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Selayang, soalan tambahan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih atas jawapan yang lengkap. Soalan tambahan saya, mengambil kira beberapa kes mahkamah melibatkan penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 yang tidak memihak kepada MyCC dan kerajaan. Apa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memperkasakan atau menggubal Akta Persaingan 2010 agar penguat kuasanya dapat dijalankan dengan secara lebih jelas dan tegas.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat Selayang, soalan yang sebenarnya menggambarkan keprihatinan Yang Berhormat untuk kita memperkemas dan memperkukuhkan kerangka perundangan berkaitan dengan anti- persaingan. Sememangnya Yang Berhormat, KPDN melalui MyCC sedang dalam proses untuk membuat pindaan kepada Akta 712 khususnya dalam konteks untuk memperkukuhkan kaedah bagaimana kita dapat memperkemaskan proses penguatkuasaan tersebut.
Sebagai contoh, sebagaimana kita maklum, sekiranya sesuatu kes dibawa ke peringkat Tribunal Rayuan Persaingan dan sekiranya MyCC gagal dalam peringkat dalam Tribunal Rayuan Persaingan tersebut sebagaimana yang telah diputuskan di peringkat mahkamah bahawa MyCC tidak boleh untuk membuat rayuan, tetapi pihak yang sebaliknya boleh membuat rayuan ke peringkat mahkamah untuk semakan kehakiman. Jadi itu antara komponen yang sedang kita usaha untuk tambah baik, selain untuk memperkenalkan rejim kawalan percantuman ataupun pergabungan- merger and acquisition.
Untuk makluman Yang Berhormat draf pindaan tersebut telah pun diluluskan oleh AGC dan kementerian sedang membuat edaran kepada kementerian- kementerian untuk ulasan dan insya-Allah kita mengharapkan bahawa dalam- di akhir sesi ini sekurang-kurangnya kita dapat membuat bacaan untuk kali pertama.
Jadi terima kasih atas keprihatinan dan kita mengharap semoga berterusan daripada Ahli-ahli Dewan bagaimana kita dapat membantu memperkukuhkan penguatkuasaan MyCC.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini ada satu Kertas Siasatan telah dibuka berkenaan dengan beberapa buah persatuan, persatuan yang mengamalkan kartel. Jadi sebenarnya mereka ini dia mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
dan barangan sewenang-wenang yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat Malaysia.
Jadi soalan saya, apa status siasatan dan ada tak apa-apa yang kita bercadang untuk menambah baik kerangka kawal selia perjanjian berkenaan dengan persaingan ini dan bagi memastikan supaya tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap persatuan ini, yang mereka ini masih mengamalkan pelakuan-pelakuan kartel yang membabitkan sektor-sektor yang penting termasuk padi dan beras. Jadi usaha-usaha- saya ingin bertanya, apa usaha-usaha kerajaan dalam mengawal harga padi dan beras ini serta menumpaskan kartel itu sendiri.
Saya ingin tahu juga lebih kurang, cara kita untuk menumpaskan kartel ini adalah sangat penting dalam memastikan supaya industri padi dan beras kita bebas daripada amalan kartel dan seterusnya melindungi kepentingan pesawah-pesawah dan pengguna-pengguna lain di Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat Besut yang saya kira memang cukup arif berkaitan dengan undang-undang anti-persaingan yang dikuatkuasakan oleh MyCC. Sebagaimana yang kita maklum, komponen-komponen yang terkandung dalam Akta 712 sekarang ini usaha kita menangani kartel dalam empat bentuk. Kartel daripada segi pakatan harga, pasaran, pengeluaran, tipuan bida di bawah seksyen 4 dan juga terkait dengan usaha salah guna kuasa dominan, monopoli.
Untuk makluman Yang Berhormat, antara dua kes yang sedang kita siasat di peringkat akhir ini adalah tindakan persatuan-persatuan tertentu yang membuat pakatan dalam penentuan harga dan insya-Allah siasatan tengah berlangsung dan ini merupakan antara perkara yang kita fokus untuk mengekang persatuan- persatuan dan pihak-pihak tertentu bergabung untuk menetapkan harga yang boleh menjejaskan tuntutan persaingan di pasaran tersebut.
Kedua, berkaitan dengan yang disebut beras tadi, sememangnya di bawah seksyen ‘16(g)’, MyCC telah melaksanakan satu kajian am berkaitan dengan industri beras dan padi dan kajian tersebut telah pun siap dan telah pun dibentangkan kepada Kementerian Pertanian. Salah satu syor yang terkandung dalam kajian tersebut adalah keperluan untuk kementerian melihat bagaimana kita dapat untuk memperkukuhkan tatakelola dalam industri beras dan juga padi dan juga pemegang konsesi kepada beras import tersebut.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sebagaimana tanggungjawab kita adalah untuk mengemukakan kajian laporan tersebut dan saya kira sebagaimana yang sering disebut oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian juga, yang sering memetik kajian tersebut, syor-syor tersebut adalah antara yang dipertimbangkan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dalam kita memperkukuhkan hala tuju industri padi dan beras di negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya Dewan menjemput Tuan Syahredzan bin Johan, Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Soalan saya Nombor 6.
6. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) langkah-langkah kementerian untuk menangani isu-isu rasuah berkaitan pemeriksaan keselamatan kenderaan selepas operasi yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan ke atas PUSPAKOM tahun lepas; dan
(b) apakah perancangan kementerian untuk memastikan bahawa isu-isu ini tidak berulang dengan syarikat lain selepas monopoli PUSPAKOM ditamatkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera.
Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Merbok pada Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan Yang Berhormat Bukit Bintang bertarikh 17 Februari serta pertanyaan Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Sungai Petani bertarikh 20 Februari kerana menyentuh isu yang sama iaitu isu integriti pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih. Kementerian Pengangkutan amat memandang serius isu integriti pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM terutamanya berkaitan dengan dakwaan wujudnya kartel yang bersekongkol menguruskan kenderaan yang tidak mematuhi syarat-syarat teknikal.
Tuan Loke Siew Fook
Dalam hubungan ini, MOT ingin menegaskan bahawa pihak kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan berkompromi dalam isu integriti dan akan berkerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan lain seperti SPRM dan PDRM bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan efektif.
MOT akan melaksanakan pemantauan yang lebih ketat dan berterusan bagi memastikan integriti dalam proses pemeriksaan kenderaan dipertingkatkan. Antara langkah pemantauan dan penambahbaikan yang dirancang termasuk pemantauan berkala oleh JPJ akan dipertingkatkan di semua cawangan PUSPAKOM dengan memberi tumpuan khusus kepada cabang utama yang mempunyai jumlah pemeriksaan yang tinggi, penetapan KPI kepada semua Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ negeri bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengawalseliaan PUSPAKOM di lapangan, meningkatkan jumlah sampel bagi pemeriksaan kualiti oleh pegawai-pegawai BKA dan pemantauan akan lebih tertumpu pada aspek keselamatan kenderaan termasuk sistem brek dan tayar yang merupakan komponen penting dalam menjamin keselamatan jalan raya.
Sekiranya terdapat sebarang unsur salah guna kuasa atau penyelewengan yang dikesan oleh pasukan pemantauan, MOT dan JPJ akan menyerahkan kes tersebut kepada SPRM untuk siasatan lanjut termasuk kes kenderaan yang tidak selamat, tetapi didapati lulus pemeriksaan.
Selain itu juga, pemberian lesen operasi di bawah seksyen 126 Akta Pengangkutan Jalan 1987 daripada MOT kepada PUSPAKOM telah menetapkan perjanjian tahap perkhidmatan yang wajib dipatuhi oleh PUSPAKOM. JPJ selaku pihak berkuasa dalam perkhidmatan pemeriksaan kenderaan akan menjalankan pemantauan dan audit secara berkala yang mana sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan dalam pemeriksaan teknikal, denda boleh dikenakan ke atas PUSPAKOM bagi setiap kesalahan yang dikesan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOT melalui JPJ kini berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan pelantikan pusat pemeriksaan kenderaan motor yang baharu. Proses penilaian terhadap permohonan yang dikemukakan telah selesai melibatkan semakan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan termasuk keupayaan kewangan dan pembangunan serta keupayaan untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan kenderaan motor bagi pihak JPJ.
Pelantikan pihak yang berjaya memenuhi semua syarat ini dijangka dapat dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat. Kementerian akan menetapkan syarat-syarat yang ketat iaitu sama seperti yang ditetapkan kepada PUSPAKOM yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat baharu yang bakal dilantik.
Tuan Loke Siew Fook
Semua langkah dan tindakan yang digariskan adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memelihara kepentingan pemeriksaan kenderaan bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dengan mematuhi piawaian teknikal dan keselamatan yang ditetapkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan. Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Kita - semua terkesan dengan insiden-insiden kemalangan yang membabitkan kenderaan berat yang kita lihat di muka akhbar mutakhir ini dan kita hendak supaya mereka yang ambil rasuah sampai jejaskan keselamatan rakyat ini dibawa ke muka pengadilan dan juga dihukum. Jadi, jawapan YB Menteri tadi saya fikir memberi satu kelegaan kepada kita.
Soalan tambahan saya, Dato’ Yang di-Pertua. Sejauh mana amalan yang membenarkan essentially, dengan izin, satu monopoli kepada satu buah syarikat sejak tahun 1994 iaitu selama lebih kurang 30 tahun telah mengakibatkan gejala sindiket yang bersekongkol untuk meluluskan kenderaan yang tidak selamat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan. Yang pertamanya, saya tidak mahu menyimpulkan bahawa sindiket ataupun isu rasuah ini berhubung kait dengan dasar monopoli, tetapi secara umumnya, memang kita rasa bahawa kalau sesuatu industri itu ada unsur monopoli, dia kadangkala akan menjejaskan mutu perkhidmatan dan itu sebabnya kita menggalakkan ada persaingan.
Kementerian Pengangkutan telah pun mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk menamatkan dasar konsesi ataupun dasar monopoli kepada PUSPAKOM pada tahun lepas. Pada ketika ini, sebenarnya PUSPAKOM tidak lagi memiliki konsesi. Apa yang kita berikan kepada mereka ialah satu lesen sahaja untuk beroperasi. Dan apa yang kita laksanakan ialah, kita membuka pasaran pemeriksaan kenderaan ini kepada lebih banyak pengusaha lain. Itu telah kita buat penilaian dan esok saya akan umumkan beberapa buah syarikat baharu yang akan diberikan kelulusan untuk membuka pusat pemeriksaan ini. Jadi, esok saya akan mengumumkan di Kementerian Pengangkutan beberapa- pemain baharu dalam industri pemeriksaan kenderaan ini.
Tuan Loke Siew Fook
Kita mengharapkan dengan apabila kita membuka pasaran ini, adanya persaingan daripada segi perkhidmatan, ia akan meningkatkan lagi mutu pemeriksaan kenderaan dan supaya sama-sama kita pastikan integriti pemeriksaan kenderaan ini dapat dipertingkatkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Jadi, secara purata, tiga buah lori terlibat dalam kemalangan sehari dan menyumbang kepada 5,364 kematian pada tahun 2024 di Malaysia. Dan antara Januari 2019 hingga November yang lalu, seramai 1,457 kematian direkodkan dalam 3,500 nahas kemalangan membabitkan lori di seluruh negara.
Jadi, soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian memastikan keberkesanan penubuhan pasukan petugas khas dalam menangani insiden membabitkan kemalangan maut melibatkan lori-lori? Dan apakah tindakan susulan yang diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan selain daripada protokol pemeriksaan yang rapi? Dan soalan terakhir, adakah kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme khas bagi mengesan dan menjejaki kenderaan perdagangan yang menggunakan alat ganti sewa ketika pemeriksaan di fasiliti PUSPAKOM? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya. Terima kasih, Yang Berhormat. Memang kita mengambil berat terhadap kemalangan-kemalangan yang melibatkan kenderaan berat ini. Itu sebabnya Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan yang serius termasuk saya telah arahkan Ketua Setiausaha untuk mempengerusikan satu pasukan petugas khas untuk melihat secara komprehensif langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan kenderaan berat ini.
Soal pemeriksaan kenderaan, itu satu bab, tetapi ada juga isu-isu lain seperti overloading. Kenderaan-kenderaan berat ini, secara umumnya kita tahu bahawanya banyak overloading, banyak yang mengambil muatan yang lebih daripada yang dibenarkan. Jadi, itu, kita ada pelbagai langkah untuk kita menangani isu tersebut.
Keduanya, daripada segi tahap kesedaran keselamatan yang perlu kita perketat di kalangan pengusaha-pengusaha. Jadi, kita mengamalkan audit berkala kepada syarikat-syarikat pengusaha, syarikat-syarikat pengangkutan supaya mereka memberikan keutamaan kepada isu-isu keselamatan.
Tuan Loke Siew Fook
Memang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, soal penyewaan komponen-komponen semasa pemeriksaan ini, memang ini sesuatu yang kita rasa merupakan satu masalah. Umpamanya, ada tayar yang dia sewa dan dia masuk kepada PUSPAKOM, dapat kelulusan. Tayar itu eloklah, tetapi apabila dia keluar daripada PUSPAKOM, dia tukar balik tayar yang asalnya. Itu yang kita tahu bahawa ada gap dekat sana, ada loopholes, tetapi bagaimana kita hendak mengambil tindakan?
Kementerian Pengangkutan, daripada segi itu, tak ada kuasa. JPJ tak ada kuasa untuk pergi menguatkuasakan di kedai tayar. Itu kita terpaksa bekerjasama dengan KPDN, tetapi KPDN juga perlu lihat apakah peraturan ataupun undang- undang yang boleh menyekat pemilik kedai tayar itu daripada menyewa kepada orang yang nak sewa tayar untuk tujuan pemeriksaan kenderaan. Jadi, itu ada beberapa gap yang perlu kita lihat bagaimana kita atasi.
Jadi, saya akan bekerjasama dengan pihak kementerian yang lain terutamanya KPDN untuk lihat dulu. Yang pertamanya sekarang yang kita hendak tackle ialah tayar. Isu tayar, memang seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu memang tepat, betul. Kita tahu bahawa ada tindakan seperti ini yang dibawa oleh pengusaha seolah-olah mereka hendak gunakan tayar yang tak elok itu untuk beroperasi. Itu yang perlu kita ambil tindakan tegas untuk menangani isu tersebut.
Jadi, saya amat berterima kasih kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Memang Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk bersungguh- sungguh menangani isu ini. Memang isu keselamatan jalan raya dan terutamanya kemalangan yang melibatkan kenderaan berat ini amat diberikan perhatian. Kita harap pelbagai langkah ini dapat sokongan dan juga dukungan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga orang ramai secara umumnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Masjid Tanah punya soalan nombor 7. Mohon jawapan.
7. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, adakah kementerian telah mengkaji keperluan untuk memperluas pensijilan penjagaan warga emas bagi memastikan bakat tersedia dalam sektor penjagaan sebagai persediaan Malaysia menjadi negara menua menjelang 2030. Apa status terkini penggubalan Akta Warga Emas dan Akta Profesion Kerja Sosial serta garis masa pelaksanaannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk memberi maklum balas kepada soalan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah pada pagi ini bersekali dengan beberapa soalan lisan seperti berikut kerana menyentuh isu dan persoalan yang sama.
Pertama iaitu soalan oleh Yang Berhormat Kluang bertarikh 17 Februari 2025, kedua- soalan oleh Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Jelutong bertarikh 20 Februari 2025, serta soalan oleh Yang Berhormat Puchong bertarikh 4 Mac 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Permohonan diluluskan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua, bermula tahun 2023, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menetapkan industri penjagaan sebagai salah satu fokus utama kementerian.
Dalam hal ini, hala tuju yang jelas berkaitan dengan pelaksanaan industri penjagaan di negara ini sedang dirangka dalam usaha melahirkan penjaga berkemahiran, penekanan terhadap aspek latihan kepada penjaga diberi perhatian khusus walaupun pada masa ini tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pemilikan sijil profesional tertentu bagi penjaga warga emas.
Namun, KPWKM menerusi agensinya Institut Sosial Malaysia (ISM) menyediakan latihan dan pensijilan untuk meningkatkan ilmu serta kemahiran kepada penjaga- caregivers, dengan izin. ISM juga merupakan pusat bertauliah, menawarkan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang operasi pusat jagaan orang tua. Kursus ini terbuka kepada penjawat awam, pengusaha pusat jagaan, badan bukan kerajaan dan juga sukarelawan.
Bergerak ke hadapan, ISM merancang untuk menambah bidang SKM ke Tahap 4 iaitu peringkat diploma bagi pentadbiran pusat jagaan orang tua bagi melahirkan penjaga atau pengasuh yang berkelayakan lebih tinggi selaras dengan hasrat KPWKM untuk menjadikan profesion penjaga dan pengasuh sebagai kerjaya profesional selain memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
ISM turut menawarkan kursus peningkatan kemahiran sebagai penjaga yang bertujuan menyediakan latihan dalam penjagaan asas bukan sahaja kepada penjaga
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
di institusi kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat malah turut kepada caregivers di pusat-pusat jagaan, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) mahupun pusat jagaan swasta.
Kursus ini juga turut diperluaskan kepada sukarelawan Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) serta individu yang menjaga ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan sama ada warga emas, OKU, kanak-kanak mahupun pesakit terlantar.
Perluasan latihan penjagaan ini adalah seiring dengan hasrat KPWKM untuk melahirkan lebih ramai penjaga atau caregivers yang berkemahiran bagi memenuhi permintaan pasaran. Tuan Yang di-Pertua, saya jawab panjang sedikit kerana ramai yang bertanya ya. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kursus ini melengkapkan caregivers dengan pengetahuan serta kemahiran penjagaan dengan menggunakan kaedah yang betul dan selamat. Kurikulum kursus ini telah dibangunkan dan diselaraskan dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan- National Occupational Skills Standard (NOSS).
Pada tahun lalu sahaja iaitu tahun 2024, sebanyak 12 siri kursus telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 385 orang peserta. Manakala pada tahun ini, kita menyasarkan untuk lebih 400 orang lagi peserta untuk menerima dan menamatkan kursus ini. Sementara itu, berhubung dengan penggubalan akta khusus untuk warga emas, ia sedang diteliti lanjut oleh KPWKM. Dalam perkembangan terkini KPWKM telah pun menubuhkan Special Project Team (SPT) untuk mengkaji dan meneliti cadangan penggubalan suatu akta khusus tersebut.
SPT ini dianggotai oleh wakil kementerian dan jabatan terlibat, NGO, ahli akademik serta turut dijemput wakil daripada SUHAKAM dan Majlis Peguam.
Manakala berhubung status terkini penggubalan RUU Profesion Kerja Sosial pula, KPWKM kini sedang giat memuktamadkannya dan dirancang untuk dibentangkan di Parlimen pada tahun ini juga insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Masjid Tanah soalan tambahan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu tuntas sekali dan juga hala tuju yang jelas di masa hadapan. Cuma di sebalik cabaran Malaysia menghadapi cabaran agenda negara menua ini, nisbah pekerja sosial dan juga populasi penduduk Malaysia adalah rendah berbanding dengan negara jiran.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Soalan saya, sejauh mana ketersediaan Malaysia untuk menerokai konsep inovatif sebagaimana yang dibuat time banking dalam memperkukuhkan sektor penjagaan seperti mana yang dibuat di negara Switzerland. Jadi, seseorang individu itu dia depositkan masa mereka dengan beri khidmat, jaga, sukarelawan dan menjaga warga emas. Akhirnya nanti, individu tersebut dia boleh terima kredit berdasarkan masa yang diperuntukkan. Jadi, mungkin Yang Berhormat boleh melihat tentang perkara tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang itulah arah tuju kita Yang Berhormat sebab kita tidak mahu ia hanya kita memberi kursus kepada mereka yang hanya menjaga orang tua sahaja, tetapi memang kita punya cadangan kita adalah dan juga apa yang kita lakukan, kita menuju ke arah di mana caregivers kita itu bukan hanya untuk menyediakan latihan dalam penjagaan asas kepada penjaga di institusi kebajikan JKM sahaja, pusat penjagaan badan bukan kerajaan sahaja. Bukan pusat jagaan swasta juga, sukarelawan, khidmat bantu di rumah, semuanya yang kita nak buat persediaan ini untuk memastikan mereka ini adalah marketable, insya-Allah. Oleh sebab saya rasa sekarang ini pun, Malaysia punya caregivers yang sudah diberi kursus itu, yang mendapat sijil itu memang sudah mendapat pasaran- market di luar sana. Malah saya difahamkan ada di negara seperti negara Arab, mereka memberi gaji yang begitu tinggi untuk kita punya caregivers itu, tetapi perancangan kita bukan hanya untuk setakat ini sahaja. Memang kita nak meluaskan kemahiran itu kepada mereka yang menjadi caregivers kepada semua termasuk kanak-kanak, semuanya. Jadi, inilah menjadi kita punya perancangan. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dato’ Speaker, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat sebelah kanan. Silakan Yang Berhormat. Puchong. Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya spesifik dengan Akta Profesion Kerja Sosial sebab tahun lepas Yang Berhormat Menteri telah pun umumkan pada Mac bahawa akan bentangkan pada tahun lepas ya, 2024. Hari ini kita juga dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa ia akan dapat dibentangkan di Dewan yang mulia
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
ini pada tahun ini juga. So, bolehkah kita dapat satu tarikh yang lebih spesifik dan adakah ini komitmen betul-betul kita akan bentangkan pada garis masa ini?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang itu saya mohon maaf kerana ia tidak dapat di bentang pada tahun 2024. Namun oleh sebab beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian kerana ia perlu menjadi inklusif. Jadi, kita sasarkan pada tahun ini kerana sebenarnya kebetulan pada 14, 15, 16 hujung dua minggu hadapan nanti akan ada satu- lap untuk memastikan perkara ini kita finalise-kan apa yang sudah disediakan.
Cuma yang menyebabkan kelewatan ini ialah apabila kita mahu menggubal undang-undang ini, ia perlu berpandangan lebih jauh agar tidak hanya relevan pada masa yang singkat. Dalam hal ini, masih ada banyak perkara dasar masih perlu kita pertimbangkan dan antaranya perkara yang perlu dikaji dengan lebih teliti dan berhati-hati adalah persetujuan atau penerimaan bersama iaitu sama ada perundangan ini hanya menzahirkan garis panduan mengenai apa yang perlu dan harus dilakukan atau dengan izin, akta yang bersifat rights based. Jadi kita mengambil kira terutama, sekarang ini ramai yang menjadi graduan yang menuntut untuk ini dipercepatkan, tetapi kita ada juga mereka yang tidak mempunyai kelayakan seperti itu. How are we, bagaimana kita nak masukkan mereka ini di dalam, ditafsirkan sebagai pekerja sosial juga. Namun, kita sudah dapat the resolusi itu di mana kita rasanya dapat diterima oleh semua pihak dan kita tidak mahu menyingkirkan mereka yang tidak mempunyai certificate atau degrees seperti mana yang lain itu.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Mereka yang kita ada pada kali ini meraka sudah kita terangkan. So, kita tidak mahu mereka merasa kecewa. Jadi, sebab itu kita to be inclusive dengan izin, mereka ini kita masukkan sekali dalam tafsiran itu, social workers. Jadi inilah yang menjadi masalah sebelum ini. Minta maaf Yang Berhormat. Saya pun kalau boleh, saya memang hendak cepat-cepat sebab itu ditunggu oleh ramai pihak yang memerlukannya. Jadi, insya-Allah saya harap pada tahun ini sebab kita sudah ada dia punya final part. Cuma kita akan hantar kepada pihak AGC dan juga kita akan adakan bersama dengan semua kita punya Ahli Parlimen untuk mereka memahami bagaimana undang-undang itu ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato’ Sri Sh Mohamed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan Pekan nombor 8.
8. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, susulan kes terbaharu pada Januari 2025 di Langkawi melibatkan kemasukan 196 etnik Rohingya dari Myanmar, sejauh mana tahap kesiapsiagaan dalam pengawalan sempadan perairan negara bagi menangani masalah pencerobohan oleh pendatang asing tanpa izin yang cuba menjadikan Malaysia sebagai lokasi pendaratan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Pekan.
Secara keseluruhan, perairan maritim Malaysia berada dalam keadaan selamat dan terkawal serta tahap kesiapsiagaan kawalan sempadan maritim berada pada tahap yang optimum. Antara tindakan yang dilaksanakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan optimum adalah sebagaimana berikut Yang Berhormat.
Pertama, peranan pelbagai agensi APMM dan TLDM. Keselamatan perairan maritim Malaysia dilaksanakan oleh pelbagai agensi termasuklah Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Kekuatan aset kedua-dua agensi tersebut akan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara berada pada tahap optimum dalam memelihara kedaulatan, keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim sempadan.
Pelaksanaan op khas bagi menangani pencerobohan PATI. OP GUARD 4.0 telah diaktifkan bagi menangani pencerobohan PATI khususnya etnik Rohingya, Myanmar yang cuba memasuki Malaysia melalui perairan Pulau Langkawi. Selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), agensi sahabat lain yang terlibat dalam OP GUARD 4.0 adalah TLDM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Pasukan Polis Marin serta Polis Diraja Malaysia.
Kita juga mengadakan kolaborasi dengan agensi luar negara. Selain bantuan pengoperasian daripada TLDM, PPM, PDRM dan JIM, APMM turut menerima bantuan maklumat risikan daripada negara jiran, Yang Berhormat, Thailand berkenaan dengan pengesahan bot PATI.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kita juga penugasan, daripada segi aset APMM juga memiliki 237 aset kapal dan bot, lapan buah pesawat udara dan 14 radar yang sentiasa siap siaga menjaga perairan negara. Secara keseluruhannya, di kawasan utara perairan Semenanjung Malaysia, APMM memiliki aset maritim sebanyak 39 buah yang merangkumi 12 buah kapal dan 27 buah bot. Daripada bilangan tersebut, sebanyak tiga buah kapal dan tujuh buah bot telah ditempatkan di perairan Pulau Langkawi bagi tujuan penguatkuasaan dan rondaan sempadan maritim.
Selain APMM, Pasukan Polis Marin juga turut menyokong pengoperasian di perairan negara dengan jumlah aset 188 termasuk kapal dan bot yang sentiasa mengawal perairan negara supaya berada dalam keadaan selamat dan aman. Ini termasuk 33 aset kapal dan bot rondaan yang bersedia diatur gerak di kawasan perairan utara Malaysia.
Kita juga menggunakan teknologi. Selain itu, APMM turut telah mengoptimumkan penggunaan radar serta meningkatkan keupayaan Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) yang telah selesai dinaik taraf pada tahun 2023. APMM turut mengguna pakai sistem C4ISR yang merangkumi gabungan data-data dan sistem Malaysia Coast Guard Maritime Domain Awareness. Selain itu, Malaysia Coast Guard Intelligence Information System dan sistem komunikasi.
Selain C4ISR, ini baharu saja lengkap dibangunkan sepenuhnya pada 4 Februari 2025 dan akan dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada rondaan fizikal malah meningkatkan keberkesanan operasi di kawasan yang sukar dicapai dalam memperkukuhkan kawalan keselamatan perairan negara. Seterusnya memastikan ancaman pencerobohan serta isu-isu jenayah maritim dapat ditangani dengan lebih pantas, efisien dan efektif.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa secara keseluruhannya yakin perairan maritim Malaysia adalah dalam keadaan selamat dan terkawal serta tahap kesiapsiagaan kawalan sempadan maritim berada pada tahap optimum. Ini dapat dilihat dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini iaitu pada tahun 2023 dan 2024 yang menunjukkan tiada rekod kemasukan PATI melalui perairan Pulau Langkawi kecuali pada 2025.
Oleh yang demikian, kerajaan terus komited untuk memantapkan lagi tahap kawalan keselamatan maritim termasuk di Pulau Langkawi dan di semua kawasan di perairan negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih atas jawapan yang begitu terperinci. Kita memahami bahawa coastline kita, dengan izin, begitu panjang dan kita mengharapkan bahawa apa-apa yang berlaku kepada pencerobohan ini akan mendapat suatu tindakan yang tuntas daripada kerajaan.
Jadi untuk mengelakkan perkara ini, adakah kerajaan bercadang untuk memperkukuhkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dengan mengadakan operasi bersama dalam menangani sebarang jenayah di laut termasuk mengekang kemasukan etnik Rohingya ini dan agensi-agensi ini tidak work in their own silo dengan izin, dan mestilah penguatkuasaan ini suatu yang dapat memastikan bahawa coastline kita berada dalam keadaan yang sentiasa selamat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak sebut bahawa kita melaksanakan pelbagai kerjasama dengan pelbagai agensi dalam negara sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Di peringkat antarabangsa misalnya APMM sentiasa peka dan kita berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan maritim luar negara dan organisasi antarabangsa untuk perkongsian serta pertukaran maklumat.
Jalinan kerjasama dalam menangani isu keselamatan maritim serantau dan global melalui instrumen kerjasama antarabangsa seperti kita laksanakan perkongsian data, pegawai perhubungan, memorandum of understanding, pembangunan kapasiti, penglibatan dalam forum persidangan mesyuarat dialog antarabangsa dan melaksanakan pertemuan di laut. Antara negara yang terlibat ialah Indonesia, Thailand, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat, Filipina. Dalam pada itu juga, APMM kita turut melaksanakan operasi bersama penguat kuasa negara jiran iaitu Indonesia melalui pembentukan Tim Perancang Operasi Maritim (TIPOM) di bawah Jawatankuasa Kawalan Operasi Koordinasi. TIPOM dikendalikan oleh APMM melalui Ketua TIPOM Malaysia dan Badan Keamanan Laut (BAKAMLA).
Selaku Ketua TIPOM Malaysia yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksana rondaan maritim dalam usaha membanteras kegiatan haram di persempadanan maritim kedua-dua negara seperti penyeludupan termasuk PATI daripada warganegara Myanmar, etnik Rohingya melalui OP PATKOR OPTIMA MALINDO dan PATKOR KASTIMA. Ini kerjasama-kerjasama yang kita buat selain dari dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa kerana komitmen kita untuk kawalan sempadan negara ini sangat tinggi dan kita bekerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan dalam negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Merujuk kepada isu PATI bukan hanya berlaku melibatkan etnik Rohingya, tetapi juga melibatkan etnik-etnik yang lain. Jadi, kita difahamkan ada satu lagi kes kemasukan di Tanjung Kupang membabitkan pihak tekong daripada pihak asing yang telah masuk ke dalam negara kita melalui jalan tikus.
Jadi, soalan saya ialah apakah langkah khusus kerajaan berhubung dengan kerjasama di peringkat ASEAN dalam menangani kos dan impak etnik-etnik lain yang masuk ke Malaysia dan rakyat ingin tahu secara spesifik agensi manakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu Rohingya?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Kerana kadang-kadang bila kita pergi kepada polis, polis kata imigresen. Bila pergi kepada imigresen, imigresen kata polis. Jadi, pihak manakah yang menerajui?
Dan yang ketiga, daripada sudut kita sekarang ini bukanlah negara signatory tetapi terdapat lebih kurang 400,000 etnik Rohingya dalam negara kita.
Juga difahamkan jumlah yang dapat dihantar ke negara ketiga hanyalah 4,700 orang sahaja. Jadi, berdasarkan kepada keadaan ini, sejauh manakah kerajaan akan membangunkan data bagi memastikan pendidikan dan pelan agar pemindahan ke negara ketiga ini dapat dibuat secara lebih besar kerana 4,000 daripada 400,000 ini jumlah yang sangat besar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kebetulan angka ada di tangan saya, saya hendak betulkan sedikit. Kalau ikut data, berasaskan statistik yang direkodkan oleh APNM daripada 2020 hingga 2025. Kita sudah laksanakan 27,055 pemeriksaan dan 881 tangkapan telah dilaksanakan di bawah Ops Aman. Dalam tempoh yang sama, daripada pemeriksaan tersebut hanya 1,215 tangkapan warga Rohingya yang melibatkan sembilan buah bot yang telah dilaksanakan.
Dalam rekod kita, maklumat tahanan warga Myanmar di Depot Imigresen.
Statistik tahanan semasa warganegara Myanmar mengikut pecahan etnik di Depot Imigresen di Zon Utara pada data 23 Januari 2025 ialah sebanyak 1,168 orang sahaja yang ada di depot tahanan kita. Dari segi tanggungjawab, kita kolaborasi.
APNM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, kita kolaborasi dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang kuasa masing-masing, mengikut peraturan dan
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
undang-undang masing-masing yang tidak bertindih antara satu sama lain tapi melaksanakan secara kerjasama.
Itu agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Malah saya sebutkan tadi, di peringkat antarabangsa kita dah memang sedia ada seperti saya jawab soalan kedua daripada Pekan tadi. Tapi yang penting juga, kerjasama kita dengan Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain jabatan dan tentunya Majlis Keselamatan Negara memainkan peranan dalam perkara ini. Terima kasih Tan Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Betullah tu, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [5 Februari 2025]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, terdapat seramai 17 pembahas yang akan berbahas. Saya akan bacakan
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
senarai yang berkenaan ikut turutan. Dimulakan pada pagi ini dengan Yang Berhormat Ayer Hitam sebagai Ketua Parti, 15 minit. Berikut, Yang Berhormat Bagan Serai, 12 minit, Yang Berhormat Semporna, 15 minit sebagai Ketua Parti, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sri Gading sebagai Ketua ─ Wakil Parti, Yang Berhormat Sri Gading diberi 15 minit.
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan sebagai, dengan izin, refreshing memory. Peraturan 36 dan Peraturan 37 sebagai garis panduan dalam perbahasan di dalam Dewan ini. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam untuk membuka tirai, 15 minit sebagai Ketua Parti.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas bagi menjunjung kasih- membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada hari ini. Saya juga mengambil kesempatan ini menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas Titah Baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen kali ini.
Keprihatinan yang dizahirkan oleh Tuanku terhadap isu-isu yang membelenggu rakyat, terutamanya dalam menghadapi tekanan inflasi dan juga kenaikan kos sara hidup serta langkah-langkah yang pernah- yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi mestilah diambil perhatian oleh kerajaan. Dalam mendepani masalah ekonomi rakyat, perkara pertama yang ingin saya tekankan ialah mengenai pelaksanaan e-invoice secara keseluruhan yang bermula pada 1 Julai ini.
Pada masa ini, kerajaan telah menetapkan pengecualian pengeluaran e- invoice kepada peniaga yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM150,000. Itu baik, saya tak ada masalah dan kita harus kekalkan. Tetapi pada hari ini saya ingin mengatakan bahawa bagaimana dengan kumpulan PMKS? Yang mana perusahaannya bersifat B2C atau pun business to consumer, dengan izin Tuan Yang
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
di-Pertua, iaitu perniagaan yang menjual terus kepada pengguna, mempunyai jualan tahunan di bawah RM500,000 berbanding ketetapan sebelumnya iaitu RM150,000.
Jadi, di sini ramai pemain PMKS di luar sana masih bimbang dan disebabkan oleh mereka terpaksa menanggung kos yang lebih. Justeru, peningkatan siling pengecualian e-invoice kepada PMKS yang mempunyai jumlah jualan tahunan RM500,000 atau ke bawah adalah lebih relevan sepertimana yang dituntut dan pernah kita lakukan semasa GST.
Kedua, tentang tarif elektrik baru. Kerajaan telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus mulai Julai ini. Sebelum ini, kadar ICPT dinaikkan 37sen kW/jam kepada 21sen kW/jam mulai 1 Januari 2023 dan kemudian diturunkan sedikit dari 21 sen kW/jam kepada 17 sen kW/jam mulai 1 Julai 2023.
Hakikatnya, kenaikan kadar ICPT pada tahun 2023 telah menyebabkan kenaikan bil elektrik 30 hingga 40 peratus walaupun penggunaan tenaga elektrik tetap sama. Saya cukup simpati dengan pemain PMKS tahun ini. Dah nak sediakan e-invoice satu hal, 1 Julai nanti ada tarif baru diperkenalkan. Ini ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”.
Perlu ditegaskan bahawa negara jiran, Thailand, Singapura telah menurunkan tarif elektrik masing-masing kerana kos bahan api telah pun menurun berbanding 2022. Walaupun kerajaan telah memberi komitmen bahawa PMKS akan terus dilindungi tapi apa yang saya rasa kita boleh buat ialah kita kena mengawal dari segi kenaikan tarif.
Apa yang berlaku ialah walaupun kita kata 85 peratus tidak terkesan secara langsung tetapi kita faham teorinya. Apabila kos pengeluaran meningkat, sudah tentunya profit margin pengilang itu dia akan diturunkan dalam bentuk kita naikkan harga barangan kepada pembeli. Akhirnya, pengguna yang akan tanggung. Itu satu teori yang selama ini tidak dapat kita nak nafikan.
Jadi, saya minta supaya kerajaan menurunkan surcaj berkenaan dengan PMKS yang menggunakan bekalan elektrik yang sederhana bagi mengurangkan beban peningkatan kos kepada para peniaga. Seterusnya, saya ingin menyentuh satu perkara iaitu- saya terpaksa bawa ke Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan penjualan saham MAHB oleh KWSP antara November 2022 dengan Disember 2023, hanya beberapa bulan sebelum saham tersebut terpaksa dibeli balik untuk tujuan penswastaan dan penyahsenaraian MAHB daripada Bursa Malaysia.
Secara ringkasnya, menurut pengumuman yang dibuat di Bursa yang telah dijilidkan, KWSP dalam tempoh 13 bulan telah mengurangkan pegangan saham
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
mereka dalam MAHB daripada 15.67 peratus pada 26 November 2022 kepada 5.79 peratus pada 28 Disember 2023.
Sepanjang tempoh penjualan saham MAHB oleh KWSP, julat harga saham MAHB adalah antara RM6.74 iaitu pada 6 Januari 2023 hingga RM7.70 pada 1 September 2023 iaitu paras harga terendah dan tertinggi sepanjang tahun 2023.
Hanya beberapa bulan selepas KWSP telah menjual hampir sepuluh peratus daripada pegangan saham dalam MAHB, terdapat laporan media yang melaporkan spekulasi mengenai kemungkinan penswastaan atau penyahsenaraian MAHB.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Lihatlah The Edge 27 Februari 2024 dan begitu juga Business Times. Media juga melaporkan bahawa KWSP menyertai satu konsortium Gateway Development Alliance yang diketuai oleh Khazanah dan untuk membuat tawaran GO pada harga RM11. Jadi, tindakan ini telah menimbulkan persoalan besar dalam minda rakyat mengenai strategi pelaburan KWSP, urusan dana pencarum yang pada khidmat saya langsung tidak masuk akal kerana telah mengakibatkan kerugian antara RM539 juta hingga RM696 juta kepada...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Peraturan Mesyuarat 36(12), minta Timbalan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...16.1 juta rakyat Malaysia yang juga merupakan pencarum KWSP.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
“Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan...” [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat dalam...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Biar, Yang Berhormat. Bila peraturan, silakan Yang Berhormat tekan nak bercakap tadi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya. Tadi, tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Ayer Hitam.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Biar saya deal ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi, tadi Ayer Hitam telah mengeluarkan kenyataan bahawa KWSP telah rugi RM500 juta dalam penjualan sahan MAHB.
Semalam dalam perbahasan saya, saya telah jelaskan ini bukan satu short sell. EPF tak rugi satu sen pun. This is a long position. EPF beli semasa RM2.50, jual RM5.
Sekarang kalau beli balik RM11, lain kali kalau naik RM13 hingga RM14...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...EPF akan untung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
There is no losses.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Not even the paper loss.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi saya harap Ayer Hitam tarik balik perkataan kerugian RM500 juta.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, ini rulling saya ya. Kalau Yang Berhormat dah ada fakta yang menyangkalkan Yang Berhormat Ayer Hitam mengelirukan Dewan, saya arahkan, saya cadangkan buat usul. Saya tidak mahu gangguan ini. Baik, silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dato' Yang di-Pertua, saya ada sembilan minit tadi. Dia ambil satu setengah minit. Minta, minta.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak apa.
Jangan, jangan runsing Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dato' Yang di-Pertua, let us call a spade a spade. This is a controversy.
Seorang Ahli
Ya.
[Tepuk]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini satu kontroversi pengurusan aset strategik negara apabila saham dijual murah kemudian dibeli balik dengan mahal. Apa punya logik? Saya telah mengulas perkara ini mula-mula pada 14 Januari dan kemudian 15 Januari KWSP telah mengeluarkan kenyataan yang langsung tak mencerminkan kebijaksanaan dan prinsip ketulusan yang seharusnya dimiliki oleh pihak yang dikatakan pakar, yang telah diamanahkan untuk menguruskan pelaburan wang caruman rakyat Malaysia.
KWSP cuba memberi penjelasan bahawa pengurusan pelaburan KWSP dan MAHB adalah menurut satu rangka kerja dan strategi jual beli saham yang teliti dan mereka mengamalkan Chinese Wall sebagai langkah tatakelola bagi memisahkan pasukan yang menguruskan kerjasama strategik daripada pasukan yang menguruskan pelaburan ekuiti awam.
Eh, Chinese Wall ini lazim digunakan oleh sektor perbankan di mana pemisahan maklumat melibatkan dua jabatan yang berasingan tetapi KWSP bukan bank. Ia melibatkan jabatan yang sama iaitu pelaburan. Lebih-lebih lagi KWSP adalah institusi pengurusan pelaburan yang diamanahkan dengan duit rakyat. Maka peranannya berbeza dengan bank. Oleh itu, para pengurus dana pencarum sepatutnya menghimpunkan segala data dan maklumat dari seluruh dunia menerusi pelbagai saluran, kongsikannya bersama demi membuat keputusan pelaburan yang tepat dan menguntungkan seluruh pencarum KWSP. Konteksnya berbeza dan apa guna Chinese Wall yang akhirnya merugikan wang pencarum melebihi setengah bilion ringgit. Saya bicarakan.
KWSP juga cuba memberi gambaran bahawa KWSP terpaksa jual saham MAHB miliknya kerana nak membayar dividen kepada semua pencarum KWSP. Ini macam nak menghalalkan tindakan jual murah, lalu beli balik saham MAHB dengan harga yang lebih tinggi. Isu pokoknya bukan mengenai pematuhan etika dan tatakelola pelaburan bagi mengelakkan insider trading atau soalan kewajaran GO pada RM11 sesaham tetapi isu pokoknya kelemahan KWSP dalam membuat keputusan berkaitan pelaburan strategik dan tadbir urus dalam mengendalikan duit pencarum.
Pendek kata, KWSP jual saham MAHB dengan harga murah daripada 15.67 peratus pegangan kepada 5.79 peratus pegangan sahaja. Kemudian, beli balik saham MAHB kepada 30 peratus pegangan dengan harga jauh lebih tinggi. Apa logiknya? Lagipun World Aviation Forum yang diadakan di Riyadh dan Changi Aviation Summit, masa itu saya Menteri Pengangkutan. Pada tahun 2022 telah
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
menyasarkan pemulihan sektor penerbangan pada tahun 2024 dan ke atas.
Bermakna airport tax akan dikutip. Takkan waktu ini kamu nak jual saham?
Kepada golongan cerdik, pandai ini, saya pertikaikanlah. Kenapa keputusan itu dibuat? Siapa yang arahkan saham MAHB milik KWSP dijual pada ketika harga saham murah dalam tempoh yang begitu singkat dan kemudian siapa pula yang bersetuju membeli balik saham MAHB [Tepuk] dengan harga melebihi 80 peratus daripada harga jualan asas saham MAHB oleh KWSP. Yang untung siapa?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ayer Hitam, sekejap.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang rugi sudah tentunya rakyat jelata selaku pekerja. Saya tak ada masa. Sekejap ya.
Seterusnya kenyataan KWSP pada 15 Januari 2025, mereka juga telah menekankan bahawa selama 24 tahun KWSP telah menguruskan pelaburan dalam MAHB berpandukan rangka kerja dan strategi jual beli saham yang teliti bagi memastikan pulangan yang optimum untuk ahli KWSP.
[Tepuk] Walau bagaimanapun menurut rekod laporan tahunan MAHB sejak 10 tahun yang lalu, dari 2015 hinggalah sekarang, apa yang berlaku ialah kita tak nampak dan mereka ini dalam purata berapa? Sekurang-kurangnya 10 peratus lebih sampai 16 peratus. Ini bermakna apa? Ini bermakna mereka tidak pernah menjual sebegitu banyak dalam waktu yang kritikal itu. Takkan kita tak faham.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Perlu ada GO. Sekejap, sekejap.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Perlu ada GO dan harganya sudah tentunya harga premium. Orang dekat kampung pun faham. Takkan pasukan cerdik, pandai ini tidak faham. Saya sentuh, saya tak menuding jari. Saya kata kerajaan kena lihat ini dari perspektif lebih profesional. Kita nak menghindar perkara ini berlaku. Ada orang gunakan soal obsolete cost. Jika KWSP telah menjual saham pada RM6 dan harga saham meningkat RM11, keuntungan yang terlepas iaitu RM5 per saham. Dianggap sebagai kos peluang kerana mereka tidak bertindak untuk menjual pada harga lebih tinggi. Di mana perkataan optimum itu? Betul tak?
Seorang Ahli
Betul.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kemudian, kerugian ekonomi ini tidak direkodkan dalam penyataan kewangan tetapi kerugian sebenar realize loss dalam kes ini, KWSP benar-benar menjual saham pada harga RM6 dan kemudian
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
membeli balik RM11, yang bermaksud mereka mengalami kerugian langsung sebanyak RM5 satu saham. Bayangkan berapa jumlah?
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Kampar kena letak jawatan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Apa yang saya nak kata ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sekejap saja.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sekejap, sekejap, sekejap.
Saya nak habis. Waktunya tak cukup. Kalau waktu ada, saya bagi Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kampar boleh letak jawatan, Kampar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi, ini sekadar kehilangan peluang. Ini bukan sekadar kehilangan peluang keuntungan. Ia juga akan di-reflect- kan, akan dipaparkan dalam profit and loss. Kalau saya dah jual saham, saya tidak ada saham itu. Lepas itu you kata saya. Macam mana saya nak – saya rugi. Ya lah tapi kalau you jual, macam mana you nak untung. Betul? Siapa yang tawarkan RM11? Kita sendiri tahu? Bukan pihak luar. KWSP yang tawarkan RM11. Takkan tak ada komunikasi? Sebab itu saya kata, dalam kes ini, saya mencadangkan beberapa perkara.
Saya rasa, betul sudah sampai masanya kita melihat penambahbaikan SOP pelaburan. Pelaburan strategik seperti MAHB perlu dikendalikan dengan SOP khas.
Tak boleh dijual pelaburan strategik sewenang-wenangnya. Dalam tempoh 15 tahun, kurang-kurang pun 11 peratus hingga 16 peratus. Macam mana waktu itu 2023, boleh jual tinggal 5.79 peratus. Ini persoalannya. Sebab itu saya kata, ya kita menyokong kerajaan. Kita sepatutnya penyokong kerajaan tetapi dalam keadaan ini, saya mempertahankan rakyat kerana pencarum ini adalah rakyat jelata.
[Tepuk] Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini sebab itu saya minta sarankan supaya audit bebas dan ketelusan, segeralah laksanakan siasatan bebas terhadap perkara ini. Apa yang telah diputuskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah, cukuplah...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Rangka strategi pelaburan yang jelas...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Nanti kita buat PC dekat luar. Jangan mengarut dekat sini. Tak ada kehilangan wang!
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...KWSP perlu meletakkan.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jumpa bilik PC anak... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat decorum.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tenang, tenang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat bangun lagi sekali, saya akan halau keluar...
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker.
Agong nasihat kita jangan main politik. Yang ini main politik seorang itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Faham.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Rakan dia sendiri pun dia hentam kerana main politik kepartian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Silakan, Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya nak terus. Banyak lagi. Kerana penjualan saham dalam aset strategik negara.
Kalau pelabuhan, lapangan terbang bukan aset penting negara, apa lagi strategic asset? Ini yang kita perlukan GLIC untuk mempertahankan kita. Tak boleh jual 10 peratus, lepas itu beli balik dengan harga tinggi. Itu yang saya tak boleh jawab dengan orang kampung. Saya rasa― orang kata apa, saya tak tahu. Tapi dalam kes ini, kita minta siasatan pelaporan penting dalam aset strategik perlu diadakan, peningkatan komisi awam perlu kita lakukan...
[Tepuk] Seterusnya. Saya akan ringkaskan yang dua tiga poin lagi. Kajian semula kadar pelepasan cukai individu. Dah 15 tahun kita maintain rebat itu untuk tanggungan diri, RM9,000. Sudah sampai masanya ― 15 tahun! Tolonglah review kepada RM12,000. Menggambarkan lebih realistik untuk golongan B40 dan M40.
Saya berharap semua dapat bersetuju tentang perkara ini.
Projek RTS Link Johor-Singapura akan beroperasi pada 1 Januari 2027.
Saya minta supaya kita ada satu traffic dispersal yang cukup menyeluruh. Sebab, yang masuk ke Malaysia, 10,000; masuk ke Singapura, 10,000. 20,000 orang pada waktu kemuncak. Satu jam itu di Bukit Cagar. Maka, saya rasa perlu ada percambahan trafik yang lebih komprehensif.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kerajaan negeri minta apa? Kalau boleh, buatlah elevated autonomous rail transit. Kita ucapkan tahniah kepada Pulau Pinang, dapat LRT. Nak buat LRT dekat Johor, oh! tak semudah itu. Kena waktu yang panjang. MRT mungkin kos yang lebih tinggi. Tapi, sekurang-kurangnya permintaan negeri Johor, saya rasa negeri Johor ― Menteri Besar, Exco minta apa? Elevated autonomous rail transit. Itu saya minta diizinkan.
Dua perkara tentang sekolah. Saya cuma nak ucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah memberikan kelulusan kepada cawangan Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa dan sekarang telah ditubuhkan di Taman Elmina, Selangor.
Saya menyeru balik. Menteri, saya dah masuk permohonan dua tahun.
Sekolah saya bukan minta cawangan baru. Kita tak ada cawangan baru. Sekolah kita kecil, 0.22 ekar. Nak pindahkan ke suatu kawasan 18 ekar dalam kawasan Yong Peng yang sama. Tolonglah, berikanlah kelulusan kepada saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Dan dana RM40 juta sudah dikutip. Itu saya minta. Dan berkaitan SJK(C) Kuek Ho Yao, Sim Mow Yu, mohon dimaklumkan status dan saya menyeru agar ia dapat disegerakan.
Dan sebagai yang terakhir. Menteri Agama tempoh hari telah menyebut tentang ada garis panduan untuk mereka beragama Islam untuk menghadiri upacara-upacara agama. Saya nampak komen ini bercampur-campur. Tapi, saya nak ingatkan. Mungkin ramai masih ingat Tahun Baru Cina ini adalah satu upacara keagamaan.
Sebenarnya ia adalah kebudayaan. Jadi, dia tergolong dalam mana? JAKIM ataupun Kementerian Kebudayaan? Sebab Tahun Baru Cina, macam hari ini, merupakan hari perayaan orang Hokkien. Inilah hari raya pertama. Tetapi semalam, kita ajak kawan-kawan Melayu datang ke rumah dan kita sudah letak tempat sembahyang tapi kita tak minta orang Islam pergi sembahyang. Tapi, dia bukan sembahyang, dia adalah acara kebudayaan.
Bagaimana kita buat satu garis panduan dengan jelas ― yang penting, keharmonian kaum itu terjaga. Kita ini dalam satu konteks masyarakat majmuk, kita kena jaga keharmonian masyarakat dan juga kaum.
Jadi, saya minta supaya kerajaan ― sama ada perkara ini dah dibincang dalam Kabinet? Perhalusi di Kabinet dulu, baru kita bincang. Kalau tidak, kita buat ad hoc announcement macam ini, macam-macam reaksi. Kalau pergi menghadiri
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
upacara pengebumian, perlu dapat kelulusan daripada JAKIM? Kalau saudara saya meninggal ― hei, saya ada saudara Islam. Dia datang terus masuk peluk dengan kita. Pasal apa? Kita dalam satu keluarga. Jadi, budaya dengan agama, bagaimana kita nak bezakan? Perspektif lain-lain. Jadi, itulah rayuan saya. Terima kasih.
Untuk Kampar. Kalau kamu nak buat video, saya boleh buat. Saya pastikan kamu terhibur dengan video saya. Menantilah sama-sama. Terima kasih. Saya tak lari. Anak jantan...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Ayer Hitam. Waktu hanya tinggal empat minit. Yang berikutnya adalah Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai memilih untuk sekarang ― saya terpaksa untuk hentikan cukup waktu pukul 1.00 tengah hari atau selepas pukul 2.30 petang?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
2.30 petang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dengan sedemikian, selepas 2.30 petang, saya akan panggil balik Yang Berhormat Bagan Serai. Lagi ada dua tiga minit ini, saya nak berceloteh sikitlah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau kita dengar, kita hayati Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, adalah amat jelas. Sedaya upaya tiga perkara, 3R itu elakkan. Sebab, apa sekali keputusan yang telah dibuat oleh Speaker, kita ikuti supaya perjalanan Dewan ini lancar dan jika ― sebagai nasihatlah ya. Jika ada yang nak berpolitik itu, Youtube ada, TikTok ada, silakan di luar. Di sini, kita utamakan kepentingan masyarakat dan kawasan-kawasan yang kita wakili.
Dengan itu, saya tangguh Mesyuarat ini sehingga pukul 2.30 petang yang akan dimulakan oleh pembahas Yang Berhormat Bagan Serai. Silakan.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.56 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Kita sambung balik di mana kita telah habis tadi sebelum waktu rehat. Berikutannya saya mempersila Yang Berhormat Bagan Serai, silakan.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Untuk makluman Dewan, pesawah ini merupakan orang yang cukup sabar di dalam hidup mereka. Kalau hendak menghayati kehidupan sebagai seorang ahli tasawuf, belajarlah dengan pesawah. Apa tidaknya, walaupun setiap mereka ini mengalami kerugian, namun tetap mereka mengusahakan. Hutang lapuk ditinggalkan setiap musim. Pepatah menyebut “harimau mati meninggalkan belang, pesawah mati meninggalkan hutang”.
Setiap kali sidang isu beras yang dibangkitkan. Kebetulan hari ini, terima kasih kepada Menteri kita, Menteri kita ini memang gentleman, duduk dalam PAS pun gentleman, duduk sebelah sana pun gentleman. Dia tak emosi dalam apa-apa jawapan itu antara Menteri yang baiklah.
Setiap kali sidang isu ini dibangkitkan, sudah dua tahun isu ini berlalu tetapi masih tidak ada penyelesaian secara tuntas. Kita tidak mahu menuding jari kepada siapa, sama kerajaan dahulu, kerajaan hari ini, itu bukan isunya. Isunya ialah rakyat mahukan beras tempatan. Nasib petani perlu kita bela kerana segala permasalahan ini berpunca, ia sudah berlarutan kerana masalah kartel ini perkara yang sudah lama.
Ini juga sudah diketahui oleh Menteri kerana dia dulu pun selalu bercakap bab berkenaan dengan padi kunca.
Padi kunca ini ialah macam along zaman dulu. Pesawah dia tidak ada modal, maka dia minta kepada pemodal, maka untuk memulakan pesawah mereka seperti membeli baja, peralatan pertanian dan akan dibayar apabila dapat hasil. Hasilnya pula kena jual kepadanya dan kemudiannya pula waktu itu dikenakan faedah yang begitu tinggi.
Sebelum kita bincang perkara-perkara yang berlaku, masalah kartel ini mesti diselesaikan untuk kita membincangkan berkenaan dengan nasib petani ini. Untuk rekod dalam Dewan yang mulia ini, sudah dua kali kerajaan berjanji mendedahkan laporan berkenaan kartel. Pertama, pada 6 November 2024, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan bahawa MyCC telah menyiapkan laporan berkenaan kartel dan beras. Yang keduanya, Menteri Pertanian sendiri menyatakan sekali lagi 14 Disember 2024, bahawa perkara tersebut akan didedahkan oleh PMX pada awal tahun ini. Terdahulu pada itu, tahun 2023, Menteri Pertanian yang sama memberikan jaminan akan selesaikan isu beras tempatan dalam masa sebulan, apa sudah jadi?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Dato’ Yang di-Pertua, harga lantai mesti dinaikkan kepada RM1,800 ataupun kurang sikit. Timbul persoalan jika harga padi naik, maka harga beras pun naik, baja pun naik, upah pun naik, racun pun naik. Sebabnya, walaupun harga padi RM1,300, beras tetap juga dengan harga RM3.60. Sepatutnya padi RM1,300 satu tan, harga beras RM2.60. Jadi, lebih baik harga beras RM1,800. Padi RM1,300 setan pun beras RM3.60 sekilogram. Padi RM1,800 satu tan pun beras RM3.60 sekilogram. Jadi, pesawah tetap menderita dan mengalir air mata.
Kartel-kartel dan tauke-tauke “lintah darat” tetap kaya raya atas penderitaan dan keringat pesawah. Waktu naik RM1,800 oleh pengilang-pengilang, maka baja, benih, racun naik. Sekarang bila turun RM1,300, harga padi, kadar upah, racun beras tidak turun. Ini macam umur manusia. Umur 60 tahun tidak turun kepada umur 50 tahun.
Kerajaan bukan sahaja pada saya bukan sahaja untuk menetapkan harga lantai, malahan perlu juga tetapkan harga siling kerana baru ini kita tengok apabila daripada RM1,300 diletakkan oleh pihak kerajaan, kemudian kilang-kilang naik RM1,800, dia naik begitu sahaja. Kemudian, akhirnya dia turun balik kepada RM1,300, maka akhirnya yang jadi mangsanya ialah para petani. Justeru itu, saya mencadangkan juga biar letak harga siling supaya kartel-kartel dan kilang-kilang besar ini tidak memainkan petani-petani.
Berkenaan dengan subsidi benih, saya harapkan supaya biji subsidi benih padi ini di kredit terus ke akaun pesawah. Ini kerana, pada hari ini RM20.60 per beg iaitu 20 kilogram benih padi diberikan kepada mereka yang menyediakan benih padi.
Sedangkan, kalau petani ataupun pesawah menyediakan benih sendiri, satunya salah, yang keduanya mereka tidak mendapat subsidi. Jadi, sejak dua tahun, tiga tahun kebelakangan ini, semakin banyak petani yang menyimpan dan memproseskan benih padi sendiri tetapi mereka tidak memperoleh apa-apa inisiatif daripada harga padi dan juga apa yang mereka buat daripada benih itu sendiri.
Terdapat keadaan di mana loji-loji tidak dapat menyediakan benih yang mencukupi. Menteri pun tahu berkenaan dengan hal berkenaan dengan apa yang dialami oleh pesawah-pesawah. Inilah rungutan yang datang kepada saya yang berada di kawasan Lembah Kerian sana, maka inilah kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh petani-petani.
Begitu juga dengan Skim Baja Rintis. Skim ini sebenarnya tidak perlu dibuka kepada syarikat-syarikat swasta kerana dikhuatiri akan berlaku ketirisan dan kelewatan dalam pengedaran baja seperti berlaku di Sungai Leman.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Saya pun pelik juga Menteri, apabila zaman dulu ini Menteri pun buat padi, tak timbul pun masalah ini. Jadi, benda-benda ini saya ingat experience, pengalaman kita sebagai orang duduk bendang ini mungkin kena atasi secara tuntaslah bab ini. Maka saya sebab itu sepatutnya berkenaan dengan baja ini, baja berkenaan dengan racun, mesti diberikan teruslah kepada NAFAS sebagai pembekal utama kerana NAFAS ini juga sebagai badan yang dianggotai oleh pesawah-pesawah sendiri.
Begitu juga dengan soal infrastruktur. Mesti ditambahbaikkan kerana banyak kawasan-kawasan yang sudah lama. Maka sebab itu kita mengharapkan peruntukan-peruntukan biarlah lebih sikit dalam soal pengairan ini. Mungkin kita melaburkan wang yang kita anggap itu perkara yang merasakan rugi, lambat nak dapat hasil tetapi untuk berkenaan dengan keselamatan makanan, perlu diutamakan kerana sekarang ini pesawah terpaksa menggunakan kaedah lain yang meningkatkan kos sepertimana sistem takungan air yang mereka buat sendiri, mereka gunakan pam sendiri. Sudah tentulah ini akan menambahkan bebanan- bebanan kepada petani-petani dan pesawah.
Akhir sekali ialah berkenaan dengan pengembalian Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Untuk mengembalikan ini kerana kita tahu LPN boleh memainkan peranan dalam memastikan harga padi dan beras stabil. Dulu kita tengok banyak kilang-kilang bumiputera, sekarang kita tengok kilang banyak tutup.
Yang terbaru kita dapat lihat kilang Dibuk, 57 tahun sudah operasi di Perlis. Terpaksa tutup kerana tidak tahan dengan mainan kartel-kartel dengan tauke-tauke besar yang mereka menyebabkan mereka “gulung tikar”.
Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan yang satu lagi ialah isu berkenaan dengan kedaulatan agama Islam. Perlembagaan kita dalam Persekutuan – Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam. Mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari Merdeka, sama ada di Persekutuan ataupun Singapura atau pada hari Merdeka, telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.
Kaum minoriti bukan bumiputera atau bukan Melayu di negara ini sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang telah diberi status kerakyatan secara jus soli
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
atau jus soli dalam bahasa Latin bagi hak untuk kawasan iaitu taraf kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Atas dasar toleransi ini dari pihak penduduk asal Melayu, bangsa lain perlu mengelak daripada mempertikaikan hak Melayu dan juga Islam. Mereka perlu memahami hak istimewa bumiputera ataupun hak keistimewaan Melayu mencakupi kontrak sosial iaitu bukan Melayu diberikan kewarganegaraan berdasarkan syarat, manakala bumiputera pula diberikan perlindungan melalui artikel dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak Istimewa.
Jika tiada kontrak sosial, mungkin negara kita gagal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana penjajah British telah memberikan syarat kepada orang- orang bukan Melayu, orang-orang yang bukan penduduk tempatan, mereka ini mesti menerima kontrak sosial. Dalam masa yang sama juga, orang-orang bukan Melayu ataupun bukan bumiputera mereka diberikan kerakyatan. Itulah asasnya. Fakta ini tidak dapat disangkal lagi kerana agama Islam termaktub dalam Perlembagaan kita.
63.5 peratus daripada populasi 34.1 juta rakyat Malaysia adalah agama Islam. Bukan itu sahaja, 58 peratus daripadanya adalah daripada kaum Melayu yang merangkumi daripada seluruh penduduk bumiputera sebanyak 70 peratus.
Maka dengan sebab itu Melayu ini dia begitu sensitif dengan agamanya.
Benda lain dia boleh hilang tetapi bab agamanya tidak boleh untuk disentuh. Maka sebab itu orang Melayu adalah merupakan orang yang begitu berpegang teguh dengan agamanya. Kita hidup harmoni walaupun orang-orang bukan Melayu berada di kampung orang Melayu kerana kita diajar dalam agama kita sebagaimana yang Allah Taala sebut dalam al-Quran..
[Membaca sepotong ayat al-Quran] . “Jangan kamu menghina sembahan orang lain daripada Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah kamu secara melampau batas dengan ketiadaan pengetahuan.” Inilah yang dimainkan ataupun dilakukan oleh orang-orang Melayu yang terdapat di dalam negara kita pada hari ini. Maka dengan sebab itu, video promosi Visit Malaysia 2026 seolah-olah macam tidak mengerti “bumi yang dipijak, langit yang dijunjung”.
[Tepuk] Akhir sekali ialah berkenaan dengan logo halal palsu. Maka saya mengharapkan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang menggunakan logo halal palsu. Berkenaan dengan makanan untuk orang bukan Islam, benda yang tidak halal kita tidak boleh halang tetapi apabila menggunakan logo halal untuk memalsukan ataupun menipu di kalangan pembeli- pembeli dari kalangan orang-orang bukan orang-orang Islam ini adalah amat
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
mengecewakan dan amat merbahaya, lebih-lebih lagi yang dijualnya pula di hypermarket di dalam kawasan IPTA Universiti Malaya.
Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya hal ini perlu diambil tindakan tegas. Kalau boleh hukumannya hukuman biarlah berat kerana mereka ini sanggup untuk memperalatkan atau memalsukan hal berkenaan sijil halal ini..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dua puluh saat.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
...Kerana hal ini soal yang amat merbahaya kepada kita. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Semporna 15 minit sebagai ketua parti.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Ketawa] Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas ruang yang membolehkan saya hadir untuk berbahas Titah Diraja 2025. Setelah meneliti secara halusnya titah Tuanku, beberapa perkara yang saya akan sentuh. Apa yang telah dititahkan oleh Tuanku tentang bukan hanya peranan Dewan Rakyat pada hari ini supaya ianya sebagai satu landasan suara rakyat boleh kedengaran dan juga check and balance yang harus kita pertingkatkan untuk membolehkan supaya bukan hanya ketirisan pelaksanaan bahkan juga rasuah tidak akan berleluasa di peringkat-peringkat tertentu.
Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh tentang peranan Dewan, Dewan ini tempatnya kita bersuara. Saya harap bukan hanya suara itu kedengaran, suara itu diambil perhatian kerana kita membangkitkan perkara seumpama ini adalah kehendak keperluan rakyat di peringkat akar umbi itu. Pimpinan mungkin di peringkat atasan termasuk Menteri Pertanian mungkin tidak dapat menyelami bagaimana keadaan nelayan dan petani di kawasan Semporna itu.
Ribut taufan sebulan yang lalu saya hantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, kedua-dua dan juga ICU supaya memastikan keadaan bukan hanya jambatan, surau yang roboh, surau itu sudah siapkan kerana bulan puasa dah dekat dan saya pun nak beramal. Tapi yang penting kepada kita untuk pastikan supaya landasan ini juga dimanfaatkan untuk bukan hanya didengar melaksanakan dan ianya tempat untuk kita menggubal undang-undang negara kita ya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Bukan bererti bila saya bersuara itu bunyinya very critical but very constructing seumpama seorang bapa menegur anak. Bukan ertinya kita tak sayang anak kita, kita sayang anak kita. Tapi bila menegur itu supaya itu ianya berlandaskan agar jalan ihdinas siratal mustaqim, jalan yang ada diredai oleh Allah SWT di samping itu selaras dengan kepentingan dan keperluan rakyat yang ada.
Dan saya melihat bahawa perkara ini bukan hanya perlu diteliti secara mendalam tentang peranan-peranan agensi-agensi tertentu, seperti bukan hanya check and balance dalam titah Tuanku, kita ada agensi-agensi yang terbabit.
Contohnya bukan hanya agensi SPRM dan berbagai-bagai termasuk Ketua Audit Negara ataupun Jabatan Audit Negara.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Semak bagaimana perjalanan agensi-agensi yang ada ataupun yang telah pun disentuh oleh Tuanku tentang GLC-GLC, agensi-agensi ini diwujudkan dengan peranan tertentu untuk membantu rakyat di peringkat akar umbi. Saya ada bersuara bukan hanya di Dewan Undangan Negeri, bahkan juga di Parlimen. Setakat itu bukan hanya di Parlimen, bahkan di Dewan Undangan Negeri dan saya hantar surat sendiri bagaimana untuk kita pastikan agensi, contohnya macam Audit Negara, check and balance. Make sure the money is meant, dengan izin, *for the people, for the country.
It is not being used for other purposes* dan saya sebut tentang satu contoh di Sabah, Sabah Development Bank.
Dia pembangunan, kewangan untuk membolehkan supaya Sabah itu satu tempat yang rakyatnya masih lagi tergolong di antara termiskin di negara ini. Lapan daerah tetapi bagaimana kewangan Sabah Development Bank digunakan sehingga banyak non-performing loans yang ada. Selepas itu pada tahun yang lalu, pihak kerajaan negeri menggunakan duit negeri untuk membayar satu syarikat, anak kepada SDB Bank, Sabah International Petroleum Company yang ada, sejumlah beratus juta ringgit dan kerajaan negeri raised bond RM900 juta.
Syarikat itu berpinjam dahulu sendirian berhad, sekarang ini bayar hutang SIP, dah hutang itu dah pun transfered to the state government. State government itu berhutang RM900 juta sukuk, bon yang ada. Bayangkan, saya tegur juga banyak perkara tetapi tak boleh sebut, fasal 1MDB. It was sendirian berhad and become, you know? MOF Incorporated contohnya dan ini dah kerajaan ─ Saya harap jangan ada ketirisan. Saya tak mahu nanti perkara seumpama ini berlaku dan saya difahamkan, tak tahu betul ke tidak kah, saya minta kepada Audit check secara betul. SDB Bank mungkin berhadapan dengan masalah dan non- performing loans, they cannot sustain that. They might ask for additional funds from
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
the state government and where do they get it? Sama ada anak-anak syarikat itu juga perlu untuk dibayarkan, they raise another bond dan kita akan menanggung hutang seumpama pada hari ini.
Hutang negara kita dah RM1.5 trilion, takkan kita tak belajar daripada pengalaman? A wise man learned not only from other people’s mistake, but from your own mistake. That is very crucial for us. Kadang-kadang ini kita tak melihat daripada segi kesilapan-kesilapan. Bila kita tegur secara baik, tidak bererti bahawa seperti yang saya nyatakan tadi, kita tak sayang negara kita. Sayang negara. Untuk memastikan supaya landasan anak-anak cucu kita akan mempunyai kebaikan di peringkat masa depan mereka.
Saya berharap peranan agensi-agensi kerajaan yang ada sama ada di peringkat Pusat, bukan hanya di peringkat negeri-negeri yang ada. Saya harap Jabatan Audit teliti secara baik, bukan hanya di peringkat Pusat ada agensi-agensi.
Contohnya, agensi itu peranannya untuk tertentu tetapi saya dapati tak tahu betul ke tidak ke, mereka salurkan kewangan ke agensi, lepas itu ke luar negara dan ini sepatutnya tidak berlaku. Di peringkat negeri Sabah sepatutnya kerana kita memerlukan kewangan yang begitu banyak untuk memastikan supaya masalah fundamental problems, masalah air, masalah elektrik, catuan.
Datuk Speaker, tidak ada negeri di negara ini yang masih bercatu dia punya elektrik. Kadang-kadang tiga jam, kadang-kadang empat jam. Negeri yang kita katakan Sabah Maju Jaya tetapi elektrik padam-padam. Jangan cerita tentang air, masalah dia. Masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah. Jabatan Air yang ada perlu disemak secara total. Terjumpa duit RM100 juta lebih di Jabatan Air. “Oh, itu duit Datuk Shafie”, dia cakap. “La hawla wala quwwata”. Takkan saya simpan duit di jabatan, kan?
Tapi apa yang penting kepada kita, pastikan itu fitnah yang semata-mata tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui perkara yang berlaku. Maka dengan itu, saya berharap sungguh apa yang telah diutarakan oleh Ahli Parlimen baru-baru ini pun petunjuk Tuhan. YB-YB yang ada di peringkat negeri Sabah, terlibat dalam kegiatan, yang suara ada menyatakan dah ambil dah. Lay low. Saya minta supaya agensi seperti SPRM siasat.
Saya ingat dia siasat dah tetapi bagaimana CEO has been questioned daripada berapa hari, questioned CEO and we get the details, part of it. There must be some money trail yang ada, there must be some document trail is there sama ada surat-menyurat ada, bukti ada. You know Datuk Speaker, sebagai seorang peguam, justice delayed is justice denied. Jadi, saya bimbang keadaan ini akan meletakkan
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
negara kita dalam landasan keyakinan rakyat di peringkat akar umbi terhadap pimpinan, terhadap kerajaan kita. Tak mahu nanti dia seakan-akan where is the enforcement of law? Parlimen ini menjadi satu badan yang meluluskan undang- undang dan undang-undang itu, Perlembagaan is the supreme in this country. Saya ulang, berkali-kali saya sebutkan, kalau undang-undang itu tak kita laksanakan, tak kita enforce, there will be some kind of ─ Why there is a delay? Why there’s some kind of thing hidden? Enforcement of laws, sekali kita enforce. Kalau salah, salah. Kalau tak salah, tak salah. Seumpama itu perintah Allah SWT kepada umat, wajib. Sunat, sunat muakkad, contohnya. Itu, ada peraturan-peraturan yang ada. Kalau tak tunai, wajib, dosanya akan ada. Jadi, saya berharap apa yang disentuh dan dititahkan oleh Tuanku tentang perkara itu harus diambil tindakan sebaik mungkin.
Bukan kita nak memfitnah orang, tak. But, make sure once it is already realized, that there’s some evidence, money trail is there, document trail is there, immediately ambillah tindakan sebaik mungkin. Kadang-kadang itu saya juga bimbang, masa saya dahulu pun pakai baju oren. Masuk, lepas itu orang lain banyak kes pun tak ada oren, pakai neck tie lagi. Ke mana kita letak keadaan yang ada dalam pemerintahan dan pengurusan negara kita yang ada pada hari ini supaya kita belajar.
Saya juga telah bangkitkan dalam persoalan jalan raya, lebuh raya yang ada.
Lebuh raya dan telah pun dijawab semalam dan bila mendengar jawapan, oleh kerana itu soalan, tak boleh panjang sangat. Jadi, saya berharap Datuk Speaker, projek-projek yang ada di negara kita ini, sebelum pun ia diluluskan daripada segi belanjawan dia, janganlah kita hendakkan, “Oh, ini kelulusan daripada kerajaan negeri. Belum ada. Ini study plan is not there yet”. Saya yakin bahawa hubungan di antara kerajaan negeri dengan Pusat memang ada. Takkan kerajaan negeri cadangkan jalan raya ini perlu dibuat, dilaksanakan keperluan rakyat. So, it must be detailed out. Ada Timbalan Menteri Kerja Raya sini yang menjawab soalan saya semalam.
Jangan sahaja bentuk jawatankuasa induk. Kita kena belajar. Saya dalam Kabinet berpuluh tahun dekat Semenanjung ini, hampir 30 tahun, but we cannot rely on setiap masalah, jawatankuasa. We learnt the lessons, dengan izin. The moment we identify the project, the moment the money is there, has been budgeted for, ensure that it should be implemented according to the time frame yang ada. Ini sampai bertahun-tahun. Sarawak dah siap lebuh raya dia, di Sabah belum siap lagi.
Yang ada delayed, kemungkinan siap. Kemungkinan dalam perjalanan dua, tiga tahun. Empat tahun. Bayangkan rakyat hendakkan kehidupan yang baik untuk
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
membawa hasil daripada bukan hanya lautan, hasil daripada seorang petani yang hendak jual ke pasaran.
Kalau jalannya agak bimbang, ini yang kadang-kadang itu jadi masalah. “Jalan raya tak baik, ini salah Datuk Shafie”, dia cakap. Menteri Luar Bandar. Tapi kadang-kadang itu, ini ada Menteri Luar Bandar juga. Daripada Ghaffar Baba, tak salah semuanya. Datuk Speaker, saya berharap sungguh projek pembangunan jangan dilewatkan kerana ini satu perkara yang harus kita lihat. Pasal pengalaman saya dahulu, unspent money bawa pergi Pusat balik.
Maka dengan itu, saya cadangkan dahulu, there must be a special trust fund. Kalau projek itu dah tak dapat disiapkan, mungkin tertangguh, ada sedikit, separuh sahaja, but the money must be there. Jangan tunggu. Another location, another budget yang ada, put it there to ensure that this is meant ─ the money is meant for that particular project supaya harapan rakyat itu tidak akan ketinggalan.
Datuk Speaker, saya juga berharap sungguh daripada segi peruntukan yang diberikan kepada bencana alam. Saya ada bangkitkan tahun lalu pun. Sediakan kewangan yang mencukupi kerana kita sedar dan tahu environment to changes is there around us, everywhere. Bukan hanya di Amerika Syarikat, banjir di Amerika Syarikat, kebakaran. Di Afrika yang tidak pernah banjir, banjir. Bahkan juga di tempat-tempat kita, tidak terkecuali.
Saya jangka akan berlaku lagi teruk. Bukan hanya volcano, bukan hanya gempa bumi yang ada. Landslide yang ada tetapi yang penting kepada kita, pastikan kewangan mencukupi untuk mengatasi masalah. Rakyat yang ada, selamatkan mereka. Contohnya di Sabah baru-baru ini, di Kota Marudu. Saya ingat Kinabatangan pun tahu. Bayangkan anak-anak kita, jalan atas air yang atas dah sampai neck dah. Takkan kita tak ada duit nak beli bot pun untuk disediakan supaya diselamatkan, jangan anak ini lemas.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Jangan anak ini kita tunggu, contoh kebakaran di Penampang. Angkatan Tentera Malaysia dekat sahaja, takkan tidak boleh dikerahkan dengan bot-bot untuk bantu di mana keadaan banjir, utilize whatever resources yang ada untuk supaya kita jimatkan kewangan, it is meant for all tetapi ini perlu ada secara mendalam. Dah kita kenal pasti Kelantan memang banjir, Kota tinggi, Johor memang banjir, di Sabah memang banjir. Daerah Beaufort, Daerah Kota Marudu, kita kenal semuanya ini.
Kawasan-kawasan yang dilanda banjir kerap, sediakan di pejabat daerah yang ada kelengkapan. Takkan kita hanya bergantung dengan, “Oh, ini sekolah dewan dia ada, kita gunakan sekolah dewan”.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Selepas itu SPM pula ada, bila SPM pula ada, selepas itu nak macam mana?
Delay lagi peperiksaan. Kerajaan harus mengenal pasti tempat yang bersesuaian, dewan kemungkinan untuk kegunaan rakyat tetapi untuk kegunaan keutamaan dia masalah rakyat yang dilanda banjir dan pelbagai kebakaran contohnya. Saya bimbang, saya – oleh kerana rakyat di peringkat akar umbi. Contohnya di Tanjung Aru baru-baru ini hendak diroboh rumah.
Selepas ini diroboh pula rumah, di Likas. Ini penduduk rakyat Malaysia, orang tempatan, hendak roboh pasal ada projek-projek tertentu, hendak buat perumahan.
Which is priority, is it the wellbeing of this people or the project there? Kita tahu ada di antara mereka ini rakyat mungkin iaitu kawasan setinggan tetapi pemimpin kerajaan harus sediakan tempat untuk mereka menghuni di situ. Kalau tidak, macam mana hendak alihkan rakyat yang ada? Kalau alihkan ke tempat yang lain, anak dia balik dari sekolah, tak ada rumah. They become setinggan.
Kita sediakan seumpama apa yang saya lakukan dahulu, masa saya Ketua Menteri. SAFODA agensi kerajaan, dia ada 1,000 ekar, dia hendak ambil alih. Saya bagi tahu, you ada 50 orang, yang penduduk kampung itu 2,000 lebih tidak termasuk anak dia, tak pindah. I compensate the land. Saya...
[Tidak jelas] Bagi dengan tanah kerajaan negeri untuk membolehkan supaya jangan aniaya anak-anak kita, rakyat kita. Hendak pindah 2,000 3,000 orang, baik kita pindah 50 orang itu. Jadi ini...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Semporna...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Saya amat tertarik dan kagum dengan ucapan Yang Berhormat Semporna yang bagi saya layak beliau digelar Patriot Sabah. Jadi sebagai seorang patriot rakyat Sabah, pemimpin Sabah, apakah pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang mengatakan pelihara kedaulatan negara walaupun seketul batu karang dan apakah teguran dan nasihat Yang Berhormat Semporna kepada kerajaan berkenaan dengan Ambalat?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Yang penting kepada kita berhubung kait dengan perkara itu, kita serahkan dengan perundangan yang ada. Kalau sekiranya perundangan itu cukup jelas tentang hak- hak negara kita atau tertentu, bagaimana permasalahan yang ditimbulkan kerana kita juga harus melihat dari segi bukan hanya kedaulatan negara kita, rantau Asia contohnya. Seumpama cucu saya, orang Kelantan. Wakaf Che Yeh, Kota Bharu di
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Kelantan, dua cucu saya. Dia peluk kucing itu, kucing ini tak pandai cakap Melayu, tidak boleh berbahasa tetapi itu ciptaan Allah SWT kepada umat yang ada.
Bagaimana dengan peringkat-peringkat tertentu, satu kedaulatan undang- undang, satu kedaulatan negara dan juga rantau dan manusia itu, bagaimana kita menyelesaikan masalah ini. Tetapi perkara itu saya harap kita serahkan dengan pihak tertentu, tetapi ia harus berlandaskan dengan undang-undang yang ada.
Bagaimana ASEAN country, it must be maintained harmony seperti yang saya sebutkan tadi itu. Bagaimana mengeratkan supaya ianya satu landasan membolehkan saingan dunia hari ini, we cannot fight alone, we cannot operate in silo, it is very important. Jadi ini yang saya hendak sebut tentang – saya harap itu telah sedikit sebanyak, rakan saya hendak jawab pun susah tetapi tak jawab, keadaan ini kita ikut undang-undang yang ada.
Berhubung kait dengan FELDA. Saya hendak sentuh sedikit tentang FELDA ini kerana FELDA ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu rakyat. Keluar dari kepompong kemiskinan. Saya, FELDA Umas-Umas di Tawau dilated dan saya dapati Dato’ Seri suarakanlah kami ini, apa masalah dia? Masalah dia hutang kami masih meningkat, masih lagi meningkat hutang ini. Tujuan rakyat mewujudkan FELDA ialah untuk memastikan supaya kemiskinan itu keluar, daripada kita katakan rakyat yang – tetapi masih lagi meningkat.
Dato’ Speaker kalau cakap saya ini tak betul, minta agensi yang ada siasat dengan baik, bukan setakat dengar tetapi atasi masalah. Peneroka-peneroka yang ada di kampung-kampung, saya bimbang. Ini rakyat kita, makan pun harga barang Dato’ Speaker pun tahu di Sabah ini, kos harga meningkat. Dahlah peluang pekerjaan tak banyak, beribu orang datang. Bukan hanya ke Semenanjung, ke Singapura, ke tempat-tempat lain untuk mencari nafkah hidup mereka. Berhubung kait dengan sektor pelancongan, saya berharap kerana ini merupakan satu tempat yang dekat dengan jiwa saya, disebut tentang bagaimana 2026...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Ya, pelancongan yang ada. Jadi sektor pelancongan, saya berharap, kawasan saya mempunyai ramai pelancong bukan hanya dari China, dari Korea, dari overseas yang ada dan saya juga berharap jangan hanya pelancong itu kita tarik seramai mungkin melabur, makan, duduk di restoran, hotel yang ada. When it come to the needs of that particular area, kawasan yang amat memerlukan supaya kebersihan contohnya di kawasan itu dan saya berhadapan dengan masalah dari segi kekotorannya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Titah Tuanku pun menyentuh tentang kekotoran perlu dibersihkan tetapi bagilah peruntukan, jangan hanya banyak pelancong, datang hasil central government got it, they have it but they cannot distribute equally yang ada. Saya berharap salurkan sebaik mungkin peruntukan itu di kawasan yang mana boleh menambah pendapatan hasil negara dengan contohnya kemudahan-kemudahan asas, jambatan tourism sector yang ada, bahkan juga dari segi kebersihan- kebersihan yang ada dan ini boleh membantu untuk mengharumkan, bukan hanya menarik pelancong, bahkan juga mengharumkan negara kita tempat yang bersih.
Bukan hanya di sudut peruntukan tetapi membimbing masyarakat itu, how to indeed [Tidak jelas] them, molding their mind to make sure that supaya budaya buang sampah tidak akan berleluasa.
Satu lagi seperkara saya hendak sebutkan Dato’ Speaker, oleh kerana masa tak mengizinkan, penting kepada kita seperti yang saya sebutkan, undang-undang yang kita gubal. Saya berharap undang-undang ini perlu diperbaiki. Anti-hopping law contohnya. Supaya anti-lompat ini jangan – kadang-kadang kita masih lagi mendengar ada suara-suara, pilihan raya Sabah ini tidak lama Dato’ Speaker.
Kadang-kadang ini saya bimbang, orang saya ada ramai, kadang-kadang lebih dari 10 melompat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dalam satu minit, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Jadi kalau boleh review the existing law to ensure that it must be enforce, the law. Tujuan anti- lompat ini untuk mengelak orang melompat tetapi pelbagai silap langkah mereka itu.
Kadang-kadang, ini yang saya bimbang. This can, ini yang kita hendak, ketidakstabilan ini akan berlaku kalau sekiranya berleluasa, kalau ada keperluan untuk kita gubal undang-undang ataupun perketatkan untuk memastikan supaya tidak ada ertinya anti law, anti-lompat tetapi bagaimana keadaan yang berlaku. Saya berharap tidak akan berlaku di peringkat negeri Sabah dalam pilihan raya. Saya sudah ubah undang-undang parti saya tetapi saya berharap perkara ini tidak akan berleluasa.
Dato’ Speaker, saya berharap agar peruntukan yang besar pendidikan, kesihatan, salurkan duit kepada kawasan yang amat memerlukan. Pendidikan RM57 bilion, kesihatan RM40 bilion, banyak di kawasan di Sabah ini masih memerlukannya. Provide the funding where the area and the people in needs of it, itu penting. Yang ada kewangan bantulah sekolah-sekolah yang masih berpapan,
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
ke hospital-hospital yang masih tidak cukup doktor, ubat juga, yang amat diperlukan oleh penduduk di peringkat Sabah.
Saya Dato’ Speaker, terima kasih banyak atas ruang yang diberikan untuk saya sedikit sebanyak bagi pandangan seperti teguran but it’s very constructive. It’s nothing that – kita katakan luahkan hari ini untuk memastikan supaya kita dalam perjalanan yang baik. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada memberikan laluan kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
Kita melangkah ke tahun 2025 dengan keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berada dalam lingkungan 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. Malaysia perlu meningkatkan daya tahan ekonomi melalui pempelbagaian sumber pendapatan negara, mengurangkan kebergantungan kepada komoditi tertentu serta memperkukuhkan sektor eksport.
Seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerajaan perlu membantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan serta mengambil tindakan proaktif bagi memperkasakan sektor pertanian, komoditi dan rantaian bekalan makanan. Realiti hari ini Malaysia masih bergantung kepada import makanan bernilai RM55 bilion setahun yang mana ianya amat berisiko di dalam konteks perubahan iklim dan pergolakan ekonomi global. Pembangunan teknologi pertanian moden khususnya mekanisasi adalah kunci kepada transformasi sektor pertanian bagi memastikan daya saing dan kelestariannya.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Dengan penerapan teknologi seperti jentera moden, dron serta pengaplikasian IoT mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Selain itu, penggunaan teknologi bioteknologi di dalam menghasilkan benih tanaman yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi dan resistant kepada penyakit akan meningkatkan kuantiti hasil per hektar dan benih berdaya tahan terhadap serangan penyakit perosak atau perubahan cuaca yang ekstrem.
Justeru, bagaimanakah kerajaan merancang untuk mempercepatkan memperluaskan adaptation, application, penyebarluasan penggunaan teknologi ini kepada para petani dan peladang di dalam negara kita?
Banyak kajian dan pembangunan R&D yang telah dilaksanakan dengan pelbagai geran. Hari itu, kalau beras, diperkenalkan IS21 di Sekinchan. Sampai sekarang saya rasa belum sampai lagi di kawasan-kawasan jelapang padi yang lebih luas. Kerajaan perlu mengenal pasti apakah sebenar faktor-faktor yang menghalang usaha pengembangan penggunaan variety yang baik serta amalan pertanian yang baik untuk dikembangkan di kawasan-kawasan ladang ataupun sawah yang lebih luas ini dan bagaimana kerajaan bercadang untuk mengatasi halangan-halangan ini.
Selain daripada isu itu, isu kuota benih padi sah perlu diselesaikan dengan segera agar petani tidak menghadapi masalah mendapatkan benih yang berkualiti tinggi, selain daripada faktor-faktor lain yang banyak telah diulas oleh rakan saya berhubung dengan soal padi ini.
Bagi nelayan pula, kerajaan ada menyediakan dana untuk membantu di dalam pembelian bot dan peralatan baru. Pemodenan bot nelayan moden perlu diperluaskan untuk membantu meningkatkan kecekapan penangkapan ikan, sekali gus meningkatkan pendapatan nelayan tempatan.
Universiti Malaysia Terengganu, seumpamanya, sedang membina prototaip bot katamaran yang dilengkapkan dengan peralatan menangkap ikan terkini dengan homegrown technology dengan dana melalui geran daripada MOSTI bernilai hampir RM3.5 juta. Projek homegrown technology sebegini sekali lagi, walaupun mengalami pengujian penerimaan di kalangan nelayan dan sebagainya, dikhuatiri akan sekali lagi terbengkalai sekiranya tidak disambung dengan usaha untuk mengembang luas penggunaan model ini.
Dengan model yang ada, kerajaan sebenarnya boleh menubuhkan satu entiti yang khusus. Misalnya, sebelum ini, bot nelayan banyak menggunakan bahan daripada kayu yang membolehkan setiap kali pembinaan, cuma sebuah setiap kali bina. Dengan teknologi yang terkini, perpindahan kepada bot yang berasaskan kepada teknologi komposit FRP dan sebagainya menggunakan acuan.
Sebenarnya kos acuan yang tinggi ini sekiranya diserapkan di dalam bentuk skala ekonomi, pembinaan yang lebih banyak sebenarnya dapat menurunkan kos
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
pembinaan setiap satu bot nelayan ini. Sekiranya dapat disusun dengan baik melalui pembiayaan yang telah pun setiap tahun diumumkan dana pemodenan bot nelayan, sebenarnya boleh membentuk satu industri baru yang membantu perubahan nelayan untuk berpindah kepada teknologi penangkapan ikan yang lebih moden, yang lebih berproduktiviti tinggi selain daripada efisien, mengambil masa yang lebih pendek yang memerlukan mereka berada di laut tak perlu terlalu lama dengan teknologi terkini.
Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia masih terlalu bergantung kepada pemindahan teknologi asing tanpa strategi yang jelas untuk membangunkan kapasiti tempatan secara mampan. Kebergantungan Malaysia kepada teknologi asing tanpa usaha gigih untuk membangunkan homegrown technology adalah satu kelemahan yang perlu segera ditangani. Pelaburan di dalam teknologi tempatan mampu membawa kepada pembangunan industri yang kukuh, mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing ekonomi.
Justeru itu, homegrown technology hendaklah menjadi keutamaan kerajaan di dalam sektor strategik khususnya semi konduktor, teknologi hijau, automatif untuk memastikan ekonomi negara lebih mampan di dalam jangka panjang. Kerajaan perlu memperkukuhkan ekosistem inovasi dengan meningkatkan pelaburan di dalam R&D, memperkasakan hubungan antara sektor akademia dan industri, memperkenalkan insentif yang lebih menarik bagi merangsang penerokaan teknologi tempatan.
Masalah penerimaan teknologi homegrown turut disumbangkan oleh psikologi rakyat kita termasuk yang berada di dalam posisi-posisi yang utama dalam membuat keputusan pembelian bersaiz besar, baik pegawai kerajaan sendiri mahupun di pihak swasta.
Saya tertarik melihat negara-negara maju, negara-negara yang tinggi kadar inovasinya mempunyai rasa bangga dengan teknologi tempatan mereka. Ada rasa sense of belonging. Ada negara yang rakyatnya merasa malu untuk menggunakan teknologi asing sekiranya sudah pun ada teknologi tempatan yang dibangunkan dan menganggap ia adalah sesuatu yang menjatuhkan maruah negara sekiranya menggunakan teknologi asing.
Ini berbeza dengan psikologi rakyat di dalam negara ini. Mungkin ada sesuatu yang berkaitan dengan aspek patriotisme yang kita masih gagal terapkan kepada rakyat sekarang yang memberi kesan jangka panjang kepada ekosistem inovasi negara kita.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia telah berikrar untuk mencapai sasaran pelepasan sifar bersih (net zero) menjelang 2050. Semua pihak menyokong usaha kerajaan di dalam menangani isu pelepasan karbon termasuk inisiatif CCUS dan kredit karbon. Kerajaan dapat mengawal tahap pelepasan karbon dengan lebih berkesan dan memastikan pelaksanaan dasar carbon credit dapat memberi manfaat secara inklusif bukan sahaja kepada Kerajaan Persekutuan tetapi juga kepada kerajaan-kerajaan negeri.
Dalam konteks ini, saya ingin meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai status perundingan dengan negeri-negeri mengenai dasar kredit karbon dan inisiatif CCUS. Negeri-negeri, khususnya yang memiliki kawasan hutan yang luas yang menjadi penyerap karbon utama, sudah tentu berharap untuk menikmati manfaat ekonomi daripada program kredit karbon ini. Hasil yang diperoleh daripada kredit karbon berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan kepada negeri.
Persoalan penting adalah bagaimana perundingan antara Persekutuan dan negeri-negeri dijalankan untuk memastikan keseimbangan manfaat kedua-dua pihak, win-win situation dicapai tanpa mengabaikan keperluan dan hak negeri.
Dalam keadaan dasar fiskal semasa yang sangat mengehadkan keupayaan negeri- negeri untuk menjana pendapatan sendiri, adalah penting untuk memastikan ruang wujud supaya negeri-negeri dapat menikmati manfaat ekonomi secara langsung daripada inisiatif-inisiatif yang baik ini.
Saya ingin mengulangi apa yang pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Sudah sampai masanya Kerajaan Persekutuan bincang semula dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mengkaji tentang kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana kita harus berikan keadilan supaya obligasi fiskal Kerajaan Persekutuan lebih jelas serta adil dan tidak nampak seolah-olah diikat kaki dan tangannya di dalam aspek pengurusan serta perancangan ekonomi.
Saya memuji inisiatif yang diambil oleh Sarawak dalam memanfaatkan sumber semula jadi dengan bijak, melabur di dalam teknologi masa hadapan berkaitan dengan hidrogen, bahan api alternatif, tenaga hijau untuk mencapai mobiliti hijau negara dengan memanfaatkan sumber asli yang ada. Inisiatif ini saya rasa boleh diikuti dan cuba diterapkan juga di negeri-negeri lain yang mempunyai potensi yang sama di dalam membangunkan industri hijau di dalam negara kita.
Dato’ Yang di-Pertua, saya tertarik perbezaan pendekatan yang diambil oleh Sarawak yang memfokuskan mobiliti hijau berasaskan hidrogen berbanding dengan persiapan yang sedang dibuat di Semenanjung berkaitan dengan persediaan
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
infrastruktur pengecasan untuk kereta-kereta EV. Saya dimaklumkan di Sarawak, fokusnya adalah kepada menyediakan kemudahan infrastruktur untuk menyokong penggunaan kereta hidrogen.
Maka kerana itu, saya minta supaya Akademi Sains dan juga MIGHT perlu sentiasa mengemas kini strategi jangka panjang mobiliti hijau Malaysia dengan segala pergerakan pantas di dalam penghasilan teknologi baharu yang ada pada hari ini juga mengambil kira perbezaan pendekatan yang diambil oleh negeri-negeri di dalam pelan mobiliti hijau masing-masing.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan juga harus melihat kepada peralihan global dalam sektor perkapalan di mana metanol kini semakin menggantikan diesel sebagai bahan api utama untuk kapal-kapal dagang. Metanol adalah bahan alternatif yang lebih bersih berbanding dengan diesel. Syarikat-syarikat perkapalan yang terbesar di dalam dunia seperti Mediterranean Shipping Company, Maersk dan sebagainya yang telah menjadikan Tanjong Pelepas sebagai pangkalan mereka di Asia Tenggara mula berubah kepada metanol.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Maka kerajaan perlu memastikan infrastruktur penting yang utama misalnya keperluan loji penghasilan metanol, carbon capture facility, hydrogen electrolyser plant, methanol bunkering distribution. Kerajaan juga perlu menyediakan insentif dan regulatori yang bersesuaian bagi menyesuaikan perkembangan yang baharu ini.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu di dalam kawasan saya di Kuala Terengganu. Saya ingin membangkitkan tentang pertama sekali berhubung dengan projek LPT 3. Di dalam pertanyaan Jawab Lisan semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya menyatakan cadangan projek LPT 3 masih belum dimuktamadkan kerana memerlukan penelitian mendalam. Saya kurang puas hati dengan jawapan yang diberikan. Apa lagi kajian yang perlu dilaksanakan kerana sudah lama kita bercakap tentang LPT 3 ini.
Dalam masa yang sama, ada negeri yang cepat sahaja dapat kelulusan sehingga RM10 bilion. Jadi, saya rasa bagi merancakkan keseimbangan pembangunan itu, janganlah ditangguh-tangguhkan LPT 3 ini. Minta supaya disegerakan juga. Tidak lengkap juga untuk saya menyebut tentang kepesatan pembangunan di tengah bandar di kawasan saya di Kuala Terengganu yang memerlukan kepada khususnya jalan laluan pesisir sungai dengan Pasar Payang, KTCC Mall yang terbaharu Mayang Mall yang jalannya sekarang ini tersumbat. Bila sudah masuk tidak boleh hendak keluar.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ini menjadi satu perkara yang memerlukan kepada traffic dispersal yang berkesan yang saya rasa memerlukanlah pihak Persekutuan membantu sama, sama ada tidak kiralah flyover kah apakah supaya satu sistem penyuraian trafik yang baik dapat dilakukan di dalam menyelesaikan masalah ini kerana semata-mata dengan mengubah traffic lights ataupun arah aliran trafik tidak akan menyelesaikan masalah di kawasan aliran trafik yang saya nyatakan tadi.
Saya juga memohon supaya kerajaan menyegerakan projek Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Bandar Baru Bukit Besar dan usaha pembaikan taraf Pelabuhan Perikanan Chendering yang telah dijanjikan supaya ini akan memacu pertumbuhan khususnya di Kuala Terengganu. Dato' Yang di-Pertua, itu sahaja ucapan saya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Antara lain Seri Paduka Baginda telah menyarankan kepada kerajaan dan seluruh pihak yang bertanggungjawab agar melihat kepentingan rakyat marhaen termasuk pekebun kecil, petani, penternak, peladang, pakcik, makcik yang berniaga di tepi-tepi jalan dan sebagainya.
Di mana kita melihat kos sara hidup di negara kita meningkat dan sudah tentu dan semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan bahawa tidak akan meminggirkan golongan ini. Jadi masyarakat di luar bandar khususnya di Sabah, amat mengalu-alukan keputusan kerajaan agar terus membela untung nasib rakyat marhaen ini dan dapatlah mereka dimadanikan pada suatu ketika nanti.
Kedua, Seri Paduka juga menyentuh soal kesihatan. Di Sabah ini Dato' Yang di-Pertua, Hospital Sandakan dan Kota Kinabalu. Hospital Sandakan ini kalau pada hari ini penuh sesak. Sudahlah penuh sesak, kekurangan facilities dia, kekurangan doktor pakar, asal ada penyakit kronik dihantar ke Kota Kinabalu. Appointment, sudah sakit teruk baru dapat tiga minggu, satu bulan, dua bulan. Kalau kita pergi emergency Dato' Yang di-Pertua, di Sandakan, di Kota Kinabalu ini keluar air mata kita melihat penuh sesak yang sudah sakit menunggu lama bukan tambah sihat, tambah sakit.
Jadi oleh kerana itu, saya meminta kerajaan mempertimbangkan untuk melengkapkan kelengkapan hospital di Sandakan dengan doktor-doktor pakar dan
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
dengan ini tidak perlulah menghantar pesakit dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Tidak perlulah bersesak-sesak. Gunakanlah, bina lah hospital baharu di Sandakan dan juga tambahan di Kota Kinabalu sebab sudah tidak menampung. Apabila tidak menampung penuh sesak yang sakit sedikit pun sudah sakit banyak, Dato' Yang di- Pertua. Jadi, inilah yang berlaku pada ketika ini dan saya meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan hospital baharu di dua daerah ini.
Ketiga iaitu apakah pandangan kerajaan berhubung dengan cadangan World Bank iaitu mencadangkan agar Malaysia memperkenalkan semula GST, meningkatkan kutipan cukai pendapatan individu dan mengurangkan beban cukai kepada golongan berpendapatan rendah menerusi bantuan bersasar dan pengenalan rebat.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Masla
[Bangun] Ya.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Di mana baru-baru ini 5 Februari 2025, Bank Dunia telah menegaskan dan mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan semula GST bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi Malaysia. Jadi, saya meminta kerajaan supaya melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius sebab dengan adanya penegasan cadangan daripada Bank Dunia ini sudah tentu akan dapat memperkukuhkan ekonomi Malaysia ke persada antarabangsa.
Satu lagi isu iaitu Kementerian Pendidikan, Dato' Yang di-Pertua. Di mana perolehan Kementerian Pendidikan Malaysia, satu penindasan dan penafian hak kepada syarikat tempatan di Sabah iaitu dalam agihan projek ICT oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat-syarikat luar daripada Sabah telah dilantik bermula tahun 2021 dan mencecah RM48 juta satu tahun. Perkara ini Dato' Yang di-Pertua, rakyat Sabah tidak senang hati dengan keputusan ini.
Kita melihat ekoran daripada keputusan-keputusan beginilah yang mengakibatkan rakyat Sabah memberontak dan ingin tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan?
Apabila projek seumpama ini pun dibagi kepada syarikat-syarikat luar, sudah tentu peluang-peluang pekerjaan pun tidak dapat diwujudkan kepada belia-belia di Sabah khususnya dan syarikat-syarikat luar negeri ini pula, tidak akan membelanjakan apa yang mereka untung di Sabah. Sudah tentu economic circulation tidak berlaku di negeri Sabah dan pengangguran akan terus meningkat dan negeri Sabah akan terus tergolong sebagai negeri yang miskin di Malaysia.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sudah tentu perkara seumpama ini perlu dilihat oleh Menteri Kewangan, oleh Kementerian Pelajaran sendiri, Kementerian Pendidikan sebab ia merupakan satu perkara yang diskriminasi dan menggugat kepada syarikat-syarikat tempatan Sabah yang sebenarnya mereka juga boleh melakukan kerja-kerja yang sebegini.
Dato' Yang di-Pertua, satu perkara lagi semalam saya bersetuju dengan cadangan Beluran, sahabat saya Beluran iaitu berhubung dengan video viral baru- baru ini. Sudah hampir tiga bulan Dato' Yang di-Pertua tetapi tidak ada keputusan.
Hanya ada iaitu di mana SPRM menyatakan, polis menyatakan siasatan sudah dilaksanakan dan telah diserahkan kepada pendakwa raya, DPP.
Tetapi semalam kalau di Sabah kelmarin, di mana satu lagi Malaysiakini siarkan bahawa terdapat ugutan dan juga cadangan balik daripada Yang Berhormat ADUN Sabah juga Menteri, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Ariffin untuk negotiate dengan pihak whistleblower, dengan syarat iaitu akan mengembalikan lesen eksplorasi tetapi dengan syarat membuat kenyataan bahawa wang dibincang itu bukanlah unsur-unsur rasuah tetapi derma politik dan dikaitkan parti saya pula, UMNO pun turut terlibat.
Ini saya tegaskan selaku Ketua UMNO Sabah, kami tidak terlibat langsung dengan rundingan-rundingan sebegini. Kami tidak terlibat dengan RM100,000, RM200,000, RM300,000, RM400,000, RM500,000, RM1 juta, itu kerja pemimpin GRS. Merekalah yang berunding, mereka yang ada kuasa. Harus siasat mereka dan semalam pula, hari ini Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Ariffin membuat laporan polis bahawa apa yang didakwa whistleblower itu adalah palsu. Hari ini pula whistleblower membuat laporan polis semula kepada Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Ariffin bahawa apa yang dibincang itu adalah benar.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi kita rakyat Sabah mahu tahu sampai kapan perkara ini berlarutan?
Apakah ada lagi daya usaha oleh pihak polis, oleh pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi, ataupun adakah perkara ini memang ada unsur- unsur rasuah ataupun tidak ada? Kalau tidak ada, maklumkan kepada rakyat Sabah bahawa siasatan sudah tamat, tidak ada apa-apa berlaku. Sudah. Mesti mahu dinoktahkan. Kalau tidak, video ini akan viral dan viral dan viral sampai bila-bila.
Akhirnya melibatkan berbagai-bagai pihak.
Seharusnya yang disiasat, soal perbincangan menerima wang ringgit, bukan soal nak kontrol pun, nak menjadi apa ini, apa dipanggil ini, nak kontrol satu mineral di Sabah. Sebab setahu saya sebelum sebuah syarikat itu dinilai, kapasiti dia untuk mendapatkan posisi untuk mining ini dinilai dulu di jawatankuasa. Pengerusi dia Yang
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Amat Berhormat Ketua Menteri. Dia yang tahu. Dia yang melulus, dia yang menggagalkan, kenapa pula sekarang baru tahu? Kenapa sekarang baru sedar?
Jadi, ini perkara, rakyat Sabah pun terikut keliru Dato’ Yang di-Pertua.
Malangnya pula, mereka menuduh bahawa parti pembangkanglah yang memainkan peranan. Dato’ Yang di-Pertua, yang bincang dalam video itu bukan pembangkang, yang sebut ratus-ratus ribu ini bukan UMNO, bukan Warisan. Yang bincang ratus-ratus ribu ini pemimpin GRS. Dan yang kita lihat, saya dapat lihat, the entire Cabinet terlibat dalam perbincangan. Ini yang rakyat tanya. Itu yang sebab YB Beluran tanya. Apakah ada siasatan? Kalau tidak ada unsur rasuah, cakaplah tidak ada. Kalau ada, sila selesaikan sebab kita tidak boleh menanggung.
Rakyat Sabah menderita sebab bekalan air tidak ada sampai hari ini. Bekalan elektrik satu minggu putus sepuluh kali. Jalan raya pun begitu. Bagaimana hidup dalam keadaan begini? Kita dihiburkan dengan video demi video dan sebagainya.
Malu Dato’ Yang di-Pertua. Saya selaku rakyat Sabah, orang Sabah, rakyat Malaysia MADANI Sabah malu dengan keadaan sebegini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Sabah. Seluruh anggota dia terlibat dengan video-video yang hina sebegini dan kalau betul mereka melakukan, be gentleman. Hadapilah. Ada consequence dia.
Apa yang berani buat, berani tanggunglah.
Kenapa pula kita kaitkan macam-macam? Apabila ditegur, dia kata “oh, menghina orang Sabah”. Tiada kena mengena penghinaan dengan orang Sabah.
Yang dihina adalah pemimpin yang melakukan perkara-perkara songsang seumpama itu. Oleh kerana itu Dato’ Yang di-Pertua, kami memintalah kepada pihak- pihak yang berwajib, tolong selesaikan isu ini dengan segera. Mustahil tidak boleh dapat diselesaikan sebab terdapat pula gig order mengugut portal-portal. Kalau semua portal di Malaysia ini dibagi gig order, habislah demokrasi kita sudah tidak ada. Tidak ada landasan sudah untuk mana-mana pihak menyalurkan apa juga maklumat kepada masyarakat, kepada dunia sebab semua telah dihalang melalui peguam, melalui mahkamah dan sebagainya.
Justeru itu, pada saya perkara ini perlu diselesai secara tuntas, secara total.
Tidak lagi kita boleh tangguhkan sebab selagi kita tangguh, maka akan macam- macam video tersebar. Di Sabah saja terkenal sudah dengan video-video, dengan macam-macam orang viral sana sini. Jadi, bahagian negeri tidak boleh melakukan apa-apa kebaikan kepada rakyat, mereka terpaksa mempertahankan diri dengan berbagai-bagai cara, mengheret orang lain turut sama.
Ini yang perlu kita lihat secara menyeluruh supaya tidak lagi dia berlanjutan sampai, saya tidak tahu bila dia berhenti. Selagi tidak ada siasatan secara tuntas,
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
secara total, perkara ini tidak akan berhenti begitu saja. Oleh kerana itu, Dato’ Yang di-Pertua, mohonlah kepada pihak yang berwajib selesaikanlah perkara-perkara video ini viral. Sekiranya ada unsur-unsur rasuah, maka dakwalah mereka-mereka yang terlibat di mahkamah. Sekiranya tidak ada, maka maklumkanlah supaya rakyat Sabah tidak lagi tertunggu-tunggu bila mahu diselesaikan.
Mereka tanya saya, saya cakap pun saya tidak tahu. Yang tahu ini adalah pihak yang bertanggungjawab. Pihak polis, pihak SPRM. Mereka yang pegang fail, mereka yang menyiasat. Apabila disiasat, sudah tentu akan ada dapatan-dapatan yang didapati. Jadi kalau ada dapatan, kenapa tidak dimaklumkan, kenapa di- delayed, ditangguh, ditangguh, ditangguh. Menteri kita pun cakap lain. Satu orang cakap lain. Menteri yang lain cakap whistleblower seharusnya terus pergi kepada penguat kuasa, tidak perlu kepada portal. Tetapi pergi penguat kuasa, dia tidak layan, so hendak pergi mana lagi? Jadi ini perkara serius. Sedang berlaku di Sabah dan perlu diberhentikan Dato’ Yang di-Pertua sebab ianya merugikan negeri Sabah, merugikan rakyat Sabah.
Sabah ini sudahlah negeri termiskin, termundur, lapan daerah lagi termundur, termiskin di negara ini. Sudah tentu dengan isu-isu sebegini ia tidak akan membawa kebaikan kepada negeri Sabah. Dan saya selaku ketua pimpinan daripada Sabah, memang concerned perkara ini dan saya mahu perkara ini diselesaikan dengan apa cara sekalipun supaya Sabah terus maju, terus makmur dan dapat dibela untuk nasib rakyat negeri Sabah itu sendiri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kinabalu, eh Kinabatangan. Maaf. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya sebelum memulakan perbahasan saya ingin mengingatkan Ahli Parlimen tentang Titah Agong tempoh hari yang menyeru agar Dewan ini dijadikan medan untuk perbincangan isu rakyat. Tidak perkara-perkara lain. Contoh mengganggu ahli-ahli lain berbahas. Jadi saya mintalah kepada pihak sebelah sana itu yang agak keras, suka mengganggu ini. Jadi, janganlah melakukan provokasi dan sebagainya ataupun gangguan termasuklah menyalahgunakan Peraturan Dewan.
Kita nampak ada peraturan-peraturan yang tidak betul pun digunakan untuk mengganggu ahli-ahli. Jadi, bila berlaku provokasi ini biasanya pihak kami ini akan react. Itu yang selalu berlaku pertengkaran, pergaduhan dan sebagainya dalam
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dewan. Itulah sebabnya ya. Kita react kepada provokasi oleh pihak-pihak yang tidak, yang begitu apa sekalilah ya. Nampaklah tapi hari ini tak ada...
Seorang Ahli
Lebar panjang.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Ini tak ada dalam Dewan ini. Okey, kemudian satu lagi keputusan daripada pihak Speakerlah saya minta. Biarlah nampak, biarlah dilihat sebagai adil. Kalau tak nak adil pun tak apa Speaker. Tapi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini sangkaan jahat kepada Speaker. Tidak boleh.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya minta biar nampak adil. Itu yang pendapat rakyat kita sebenarnya. Jadi kita lihatlah kalau kita lihat kalau sebelah kita ini kebanyakan, walaupun kelakuan yang sama berlaku di sebelah sana, biasanya disuruh duduk, diberi amaran, begitu je. Sebelah kita kena ada gantung.
Enam bulan ada, tiga bulan—tiga hari pun ada, sepuluh hari pun ada. Ini yang saya cuba nak beritahu.
Bukan saya nak menyalahkan Speaker sebenarnya. Just untuk mengingatkan kepada semua ahli-ahli yang berada dalam Dewan. Dan kalau berlaku seperti itu, banyaklah berlaku kita kira sebagai satu penindasan politik sebab kita ini semak dan imbang. Kita semak dan imbang. Jadi kita boleh bercakaplah. Banyak perkara yang kita perlu lontarkan. Tapi kalau dah discard, dah sangkut.
Jadi banyaklah perkara-perkara yang kalau saya nak bagi contoh, saya pernah dituduh menggunakan ayat Quran untuk minta projek, untuk apa ini dikata maknanya saya gunakan ayat itu mengikut nafsu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Satu lagi tuduhan juga daripada Jelutong, mengatakan Kerajaan Terengganu menggunakan duit royalti untuk tujuan beli kereta Mercedes. Tidak pernah berlaku pun. Tetapi mereka tidak dirujuk kepada jawatankuasa. Ini yang saya hendak cuba beritahu. Inilah yang berlaku dalam Dewan kita ya. Nampak, rakyat nampak ya, berat sebelah itu ya.
Kemudian, saya terus kepada isu rakyat lah ya, yang dititah oleh Agong iaitu beban pesawah akibat penyasaran subsidi diesel. Saya menyuarakan kebimbangan besar pada pesawah di seluruh negara, termasuk daerah di kawasan pesawah di kawasan Parlimen Besut yang kini terhimpit dengan peningkatan kos operasi sebanyak 55 peratus yang telah dilaporkan akibat pelaksanaan penyasaran subsidi diesel sejak tahun lalu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, pesawah adalah antara golongan paling terkesan kerana diesel adalah bahan utama dalam penggunaan jentera pembajak, penyembur racun dan juga pam air. Jadi, apabila subsidi ditarik, kos bahan bakar itu akan meningkat mendadak dan ini menyebabkan harga input pertanian seperti baja, racun, serta sewa-sewa turut naik. Akhirnya, pesawah terpaksa menanggung beban yang lebih tinggi sedangkan harga padi yang mereka jual tidak meningkat secara seimbang.
Jadi oleh itu, saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada pihak kerajaan, kementerian. Apakah mekanisme kerajaan dalam memastikan pesawah mendapat subsidi diesel yang mencukupi untuk mengurangkan kos operasi mereka? Kedua, apakah langkah untuk mengawal kenaikan harga input pertanian akibat penyasaran subsidi diesel tersebut?
Jadi, kita lihat meskipun kerajaan memberikan bantuan khas sumbangan tunai, yang lain-lain pun dapat, pesawah dapat. Tetapi digunakan untuk perkara- perkara lain ya. Kehidupan harian, kos sara hidup. Jadi, realitinya ia masih tidak mencukupi dengan kos operasi dan juga benih padi yang semakin naik, yang terpaksa ditanggung oleh pesawah-pesawah. Memandangkan rakyat menanti- Sekarang rakyat masih menanti pengumuman oleh pihak kerajaan ya, untuk menaikkan harga lantai belian padi ini berserta subsidi iaitu subsidi tambahan agar tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga beras. Jadi, saya mengharapkan bebanan yang ditanggung oleh pesawah, terutama dalam kos operasi dan juga kos input pertanian juga dapat dikurangkan.
Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan. Bilakah pihak kerajaan akan mengumumkan laporan mengenai kartel padi dan beras? Memandangkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sudah menyiapkan laporan kajian tersebut tetapi tidak boleh diumumkan mengikut Timbalan KPDNKK. Jadi, saya mendesak agar laporan ini segera dibentangkan demi ketelusan dan keadilan kepada pesawah dan juga pengguna.
Seterusnya, isu setempat yang ingin saya sebut ialah lebih kurang berkenaan dengan pertama. Jika kita lihat sebelum ini isu montaj video Promosi Tahunan Melawat Malaysia 2026, tidak ada keindahan dan keunikan masjid-masjid dalam negara yang mempunyai nilai signifikan kepada negara selain menjadi simbolik kepada agama Persekutuan. Sudah pasti tindakan ini menimbulkan persepsi yang negatif.
Sebagaimana yang kita maklum, Terengganu terkenal dengan seni bina masjid yang unik serta berperanan penting sebagai perkembangan ilmu dakwah dan warisan Islam. Masjid-masjid seperti Masjid Kristal di Terengganu, kita boleh lihat
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Masjid Terapung, Masjid Zainal Abidin dan bukan sahaja ia menjadi mercu tanda negeri sebenarnya, malah mempunyai potensi besar sebagai tarikan pelancongan berasaskan budaya dan spiritual.
Di Daerah Besut, kita juga ada beberapa buah masjid yang terkenal dan juga mempunyai nilai sejarah serta seni bina yang agak unik ya, yang menarik. Antaranya, Masjid Hadhari dan keduanya - Masjid Kayu. Diperbuat daripada kayu semua sekali ya. Jadi, untuk dimasukkan dalam cadangan Promosi Melawat Malaysia 2026, Masjid Hadhari dan juga Masjid Kayu ini boleh menjadi pilihan utama kerana saiznya yang agak besar dan reka bentuknya yang menarik dan kedudukannya yang strategik di Bandar Jerteh di Besut. Ia juga melambangkan keseimbangan antara kemodenan dan juga tradisi dalam landskap keagamaan di Terengganu.
Isu lain, masa masih ada. Isu berkenaan jeti dan naik taraf jeti dan fasiliti jeti, terutama di Pulau Perhentian yang perlu segera dilaksanakan bagi memberikan keselesaan kepada para pelancongan dalam usaha meningkatkan kemudahan pelancongan menjelang 2026. Namun, status projek ini masih dalam proses penyenaraian sebagai projek keutamaan negeri di bawah Kementerian Ekonomi dengan permohonan peruntukan juga dikemukakan dalam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Oleh itu, saya mengharapkan pihak Kementerian Kewangan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk segera meluluskan projek ini selaras dengan Titah Tuanku yang berhasrat bahawa Kempen Melawat Malaysia 2026 ini bukan sahaja membuka peluang ekonomi, malah dapat mengukuhkan imej negara di mata dunia.
Seterusnya, mengikut di sini, saya ingin juga menyentuh beberapa projek keperluan mendesak dalam Jabatan Kerja Raya, Parlimen Besut. Banyak sebenarnya Menteri sudah bantu tetapi ini yang mendesak ya. Satu ialah projek menaik taraf Jalan FT65, Jalan Asrama Taman Ilmu hingga Jalan Masjid Taman Ilmu.
Jalan Lapan Belanga dia panggil, dengan kos sebanyak RM3.7 juta sahaja. Tidak ratus juta. Yang ada ratus juta, saya sudah sebut sebelum ini iaitu jalan daripada Hulu Besut ke Cucur Puteri di Kelantan. Itu saya sudah sebut dalam sidang khas, Dato’ ya.
Saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan perkara-perkara lain ya, yang Projek Berkala Pavement (BP), Berkala Bukan Pavement dan juga jambatan. Banyak ini kalau hendak sebut. Kalau yang Berkala Pavement (BP). Satu, kerja-kerja mill dan pave dan lain-lain kerja berkaitan di laluan FT65, Jalan Bukit
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Besar, Kampung Che Salamah, Kampung Raja, Seksyen 83 hingga 84, Besut RM1.6 milion sahaja. Sedikit.
Kerja-kerja partial reconstruction dan juga lain-lain kerja berkaitan di laluan FT03 Kuala Terengganu, Kota Bharu, Seksyen 628 hingga 629, RM1.8 juta. Kerja- kerja partial reconstruction dan juga lain-lain kerja berkaitan di laluan FT03 Hulu Terengganu – Kota Bharu, Seksyen 629 hingga 630, RM1.8 juta juga. Kerja-kerja mill and pave dan lain-lain kerja berkaitan di laluan FT65 Jalan Bukit Besar ke Kampung Che Salamah juga tadi, 8.4 hingga 8.5 juga RM1.6 juta. Kerja-kerja mill dan pave dan lain-lain kerja berkaitan di laluan FT189 ialah Seberang Jerteh sempadan Kelantan, Seksyen 0 hingga 1, RM2 juta. Jadi, kosnya RM8.8 juta. Sedikit Menteri ya.
Ini juga ada sedikit. Boleh saya baca ya? Ini sebab kawasan. Kemudian, yang Berkala Bukan Pavement ya. Kerja-kerja menyelenggara longkang rosak dan kerja- kerja berkaitan di laluan FT65 juga Jalan Bukit Besar ke Kampung Che Salamah tadi Seksyen 87, RM880 ribu sahaja. Kerja-kerja menyelenggara perabot jalan dan juga lain-lain kerja berkaitan di laluan FT03, RM150 ribu sahaja. Kerja-kerja menyelenggara papan tanda dan kerja-kerja berkaitan di laluan FT03 juga RM600 ribu. Kecil.
Kerja-kerja menyelenggara KM pos dan juga kerja-kerja berkaitan di laluan FT03, RM30 ribu. Sangat sedikit. Kerja-kerja membaik pulih guard rail rosak dan lain- lain kerja berkaitan dalam laluan FT189, RM62 ribu. Kerja-kerja membaik pulih guard rail rosak dan juga lain-lain kerja berkaitan di laluan FT65, RM58 ribu. Kerja-kerja membaik pulih guard rail rosak dan lain-lain kerja berkaitan di laluan FT03 RM100 ribu.
Kerja-kerja menyelenggara longkang rosak dan kerja-kerja berkaitan di laluan FT...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Besut, gulung.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...800 dan kerja-kerja menyelenggara longkang rosak dan kerja-kerja berkaitan di laluan FT189, RM1 juta.
Jadi semua lebih kurang RM3.6 juta. Yang satu lagi yang mendesak tu, jambatan tu saya hantar kepada pihak Menteri-lah. Senang, ya.
Jadi, yang akhirnya saya ingin menyebut sedikit tentang daripada segi kehakiman sebab saya berasal dari sana. Kebebasan kehakiman. Nampaknya
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
sekarang nampak semakin mencabar di bawah pentadbiran kerajaan sekarang ni, nampak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Wujud tekanan, okey.
Luar yang turut mendapat teguran daripada sembilan orang bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia. Ini bukan sekadar dakwaan pembangkang, tapi satu isu serius yang mencerminkan kegagalan Kerajaan MADANI dalam menghormati kebebasan kehakiman berbanding tiga rekod kerajaan terdahulu.
Kebimbangan ini telah dinyatakan oleh Ketua Hakim Negara. Bagi saya, nak bagi cadangan, bagi memperkukuhkan institusi kehakiman, kerajaan perlu segera menubuhkan suruhanjaya bebas kerana sebelum ini kita ada Akta Suruhanjaya Pelantikan (JAC) tapi kita nak tubuh yang bebas bagi memastikan ketelusan dan menghapuskan pengaruh politik dan juga dalam pelantikan hakim-hakim. Tanpa tindakan konkrit, janji reformasi institusi kehakiman hanya akan menjadi retorik semata-mata. Jadi saya- pelantikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masa, 30 saat yang terakhir.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Pelantikan Hakim Besar Malaya dah sembilan bulan berlalu selepas Dato’ Zabidin Mohd Diah pencen, yang memangku sekarang adalah Dato’ Hasnah, tapi hanya memangku, tidak dilantik sebagai Hakim Besar Malaya. Itu sahaja. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua kerana sudi mendengar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Arau.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya telah menerima jawapan daripada peraturan mesyuarat yang saya telah hantar kepada Speaker. Yang pertama sekali, kita hanya dibenarkan bawa satu usul. Itu saya terima, tetapi saya akan bawa usul yang tak dijawab itu untuk dibawa semula.
Adakah boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang keduanya, terdapat usul saya tu sedang dibawa oleh Ahli Majlis- Ahli Parlimen ada yang bawa usul tu, tapi usul saya “Usul yang perlu disegerakan.” Jadi, walaupun telah dibawa oleh Ahli Parlimen, saya nampak- usul perlu disegerakan, perkara tertentu. Jadi, adakah boleh saya membawa semula usul ini sebab di bawah- Speaker telah jawab bahawa Ahli Parlimen itu telah bawa dan akan menunggu jawapan. Jawapannya minggu depan, padahal saya rasa ia perlu disegerakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sedia maklum, usul-usul datang di bawah Peraturan 17 dan 18 daripada perspektif Yang Berhormat Arau telah nyatakan. Apa yang saya ada di sini, apa yang telah dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Parlimen, usul-usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 tersebut telah diterima selepas pukul 10 pagi semalam dan tidak mencukupi 24 jam.
Jadi dengan sedemikian, untuk diputuskan pada hari ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18 juga. Jadi tak menjadi masalah Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau can resubmit balik, pastikan ia adalah melebihi 24 jam. Itu petua saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Kita beransur kepada perbahasan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Timur untuk berbahas. Silakan, Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Timbalan Speaker. Terima kasih atas ruang dan peluang diberikan kepada saya untuk membahas dan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Hari ini saya ingin bercakap tentang dua perkara yang melibatkan kepentingan dan kedaulatan ekonomi negara, merujuk kepada poin 27 dan 28 Titah Tuanku iaitu satu, tentang MAHB dan satu lagi tentang limpahan sumber alam negara iaitu REE. Yang kedua tu saya akan simpan lewat sikitlah sebab dia kompleks sikit.
Saya ada tanggungjawab untuk memperbetulkan banyak benda terutama, antaranya tohmahan tentang bagaimana kita- kita kerajaan mengukuhkan pemilikan MAHB, bukan menjual seperti yang dituduh oleh sebelah sana. Depa kata menjual, tetapi kita nak kukuhkan pemilikan MAHB dan bukan seperti yang digembar-
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
gemburkan oleh pihak sebelah sana. Saya hari ini bukan sekadar untuk cakap soal angka, tapi soal prinsip, soal kedaulatan negara dan aset-aset negara dan soal masa depan negara.
Kita lihat hari ini ada segelintir pihak khusus daripada sebelah sana yang cuba mengelirukan rakyat. Deme kata kita jual MAHB, mereka dakwa aset strategik negara tergadai. Hakikatnya mereka ini tak faham atau memang sengaja tak faham atau buat-buat tak faham.
Sebelum ini saham MAHB dimiliki oleh pasaran terbuka, sebahagian besar, termasuk pelabur-pelabur asing, tapi dengan langkah yang diambil oleh Khazanah dan juga KWSP, dua institusi kebanggaan negara, kita telah mengambil kembali pemilikan majoriti MAHB ke tangan kerajaan dan rakyat Malaysia.
Mari kita tengok fakta sebenar. Fakta bukan auta. Fakta, Khazanah Nasional kini meningkatkan pegangan saham ke-40 peratus. KWSP meningkatkan pegangan saham kepada 30 peratus. Gabung sekali 70 peratus. Gateway Development Authority (GDA) yang dimiliki 70 peratus oleh Khazanah dan KWSP untuk menggerakkan keseluruhan benda ini, sekarang memiliki 97 peratus MAHB atau sahamnya.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini saham MAHB tersenarai di Bursa di mana sebahagian dimiliki oleh pelabur-pelabur di luar sana termasuk kadangkala 20 peratus, kadangkala 40 lebih peratus oleh pelabur asing. Hari ini dengan strategi yang telah disusun, kita ambil balik kuasa penuh ke atas semua lapangan terbang negara. Ini bukan soal untung rugi semata-mata. Ini soal kedaulatan negara.
Kemudian, kita tanya siapa yang menguruskan semua ini?
Tengok ya. MD Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, tokoh korporat anak jati Malaysia. KWSP diterajui siapa? Tan Sri Zuki Ali, mantan KSN. CEO KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, seorang tokoh korporat tempatan yang berwibawa. Sebelum ini CEO KWSP, Menteri Kewangan (II) kita sendiri. Seorang yang diiktiraf di dunia korporat dan sekarang dalam pentadbiran dan yang paling utama, Pengerusi Khazanah sendiri siapa? Tambun! Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, tang mananya kata tergadai, terjuallah. Ini memang tak masuk akal.
Tuan Yang di-Pertua, institusi seperti KWSP, Khazanah, PNB adalah tunjang ekonomi negara. Bukan sahaja sebagai pelabur, tetapi sebagai pemegang amanah kepada rakyat. Rekod mereka di mata dunia cemerlang. Pulangan tahunan KWSP kepada 15 juta pencarum kekal konsisten pada kadar lima ke enam peratus setiap tahun, ini gemilang! Ini hebat. Tak kira siapa memerintah BN kah, PH kah, Kerajaan Perpaduan. Malah waktu PN pun depa juga hebat macam sekarang.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jadi, apa kah halnya? Mengapa pembangkang masih nak menyerang, serang menyerang? Adakah deme ni sengaja mahu salah tafsir atau memang tak faham atau deme sekadar mahu putar belit fakta untuk kepentingan politik sempit semata-mata. Mereka kata kita jual MAHB. Salah, fitnah dan bidaah! Hakikatnya kita beli balik, kita ambil alih, kita kukuhkan pegangan dalam aset strategik negara. Ini fakta.
Dalam politik kita boleh berbeza pendapat, tapi jangan sampai politik sempit ini merosakkan negara, merosakkan perhubungan di antara semua pemegang taruh di negara dan jangan sampai kita menang sorak, kampung tergadai.
Saya tegaskan sekali lagi. Khazanah dan KWSP bertungkus-lumus susun strategi demi masa depan negara. Ini bukan keputusan yang dibuat secara semberono. Ini lah langkah berani dan percaturan. Mudah sahaja. Kerajaan beli 70 peratus MAHB, tang mana yang merugikan, tang mana? Saya tak faham. Kalau hangpa pembangkang tak mahu sokong, tak apa, tapi jangan jadi batu penghalang, jangan jadi batu api, jangan sampai rakyat menilai mereka sebagai pengkhianat kepada kepentingan negara. Itu sahaja fasal MAHB.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Poin kedua, isu kedaulatan negara. Ini bukan pasal defense, bukan pasal pertahanan, tetapi Malaysia ini, kita berdiri di ambang satu perubahan yang besar.
Unsur nadir bumi (REE) bukan lagi sekadar logam galian korek-mengorek dari bumi, dari bawah tanah, tapi ia adalah kunci kepada masa depan ekonomi berteknologi tinggi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Soalan yang kita kena fikir dan jawab. Satu, adakah kita nak jadi pemain utama dalam perlumbaan ini- the rare earth race? Atau kita nak terus kekal duduk slumber menjadi penonton tengok semata-mata, yang hanya menjual bahan mentah, lalu membiarkan negara lain mengaut keuntungan sebenarnya?
Saudara Yang di-Pertua- Saudari Yang di-Pertua. Sorry. Kita ini sudah terlalu lama berada dalam perangkap lama yang kita cipta sendiri sebenarnya. Perangkap legasi. Dan perlombongan dilakukan secara berpecah belah. Semua syok sendiri, bersaing tak tentu hala sampaikan keuntungan tidak dimaksimumkan. Malah, ada kutipan hasil yang bocor meleleh atas maksud dan atas sebab kegiatan-kegiatan perlombongan yang haram. Ini fakta. Negara luar nun jauh di sana sibuk membina
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
empayar teknologi berdasarkan REE- renewable energy, microchip, semi-conductor, super magnet, apa semua, tapi kita masih bergelut dengan isu kawal selia yang lemah dengan hasil yang tidak seberapa.
Kita perlukan satu perubahan yang besar, strategi yang berani dan menyeluruh dan kita kena bertindak bukan esok, bukan lusa, bukan tahun depan, bukan musim yang akan datang, sekarang juga.
Untuk ini, saya tegaskan dan cadangkan lima langkah utama.
Satu, nama dia belum wujud lagi. Kita ada PETRONAS. Itu Petroliam Nasional, tapi untuk strategic mineral atau critical mineral, kita perlu sesuatu. Antara nama lain, cadangannya, adalah ‘MITRANAS’- ‘Mineral Strategik Nasional’ di mana ia menjadi satu national aggregator untuk semua perkara yang terlibat dalam rantaian nilai dan rangkaian bekalan untuk rare earth elements atau untuk mineral strategik dan kritikal. Tubuhkan entiti nasional ini untuk mengawal dan mengurus sumber kita dengan lebih strategik. Itu satu.
Kedua, tang royalti ini bukan royalti- apa ini, mining royalty atau rejim royalti yang lebih baru, lebih segar dan lebih menyeluruh. Di mana, kita pastikan keuntungan bukan hanya dari bahan mentah, tetapi di beberapa peringkat di bawah kita menurun, kita turun ke bawah dia punya rantaian nilai, dia punya dari upstream sehingga midstream dan downstream, semua peringkat sebanyak mungkin kita boleh dapat hasil untuk kerajaan, bukan sahaja Kerajaan Pusat, tetapi untuk kerajaan-kerajaan negeri juga yang mempunyai REE di bawah tanah. Semua boleh dapat apa yang patut dan apa yang setimpal dengan ada di negeri tersebut. tapi ini memerlukan sekumpulan pakar untuk merungkai, membuat kaji selidik untuk merunding-runding di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Ini bukan sesuatu yang senang. Maka, perlulah kita ada national aggregator untuk kumpulkan pakar-pakar tersebut.
Ketiga, pelaburan dalam teknologi dan pemetaan. Apakah itu pemetaan? Kita bukan bicara tentang petakan apa yang ada di bawah tanah di mana ada REE, di mana ada 60 peratus punya heavy rare earth, di mana ada 40 peratus punya light rare earth, dia punya mix dekat mana. Bukan saja sekadar itu. Itu perlu. Perlu.
Memang perlu, tetapi kita juga perlu memetakan rantaian nilainya. Ambil contoh, leaching agent yang perlu digunakan untuk in situ leaching untuk kita ambil saja, untuk kita ambil hasil dalam proses perlombongan. In situ leaching. Dia punya ammonia itu. Tang mana, siapakah yang boleh membuatnya? Apa syarikat-syarikat dan pembuat-pembuat, manufacturer-manufacturer di Malaysia yang boleh pastikan
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
supplier, bekalannya tidak akan terputus? Inilah antara pemetaan yang kita perlu buat.
Juga, kita tak boleh hanya bergantung kepada teknologi luar. Adakah kita melabur dalam R&D untuk mewujudkan, bukan sahaja SOP perlombongan, tetapi teknologi pengasingan dan pemprosesan kita sendiri. Ada sedikit-dikit kita ada lab level result. Malah, kita dah ada lebih daripada lab level success, tapi commercial level success ada kah, belum? Ini kita serah kepada Menteri untuk jawab.
Keempatnya, kemajuan berperingkat. Nanti saya akan lebih fokus kepada itu.
Saya nak- pasal ‘MITRANAS’ ini, saya nak huraikan sedikit sebanyak. Bayangkan kalau kita ada satu entiti seperti PETRONAS, tapi khusus untuk strategic mineral.
Namanya dah sebut. Ini bukan sekadar birokrasi baharu. Ini satu perubahan struktur yang memastikan setiap auns REE yang keluar dari bumi Perak kah, Kedah kah, Pahang kah, Kelantan kah, janji di Malaysia, ini kita perlu pastikan semua negeri boleh hantar benda ini untuk dikumpulkan, diagregat sebagai hasil dan stok negara.
Supaya bila kita keluar nak berunding dengan orang nak jual dekat China kah, nak jual dekat Australia kah, nak dekat Argentina kah, bukan sekadar Pahang jual sikit- sikit, Perak jual sikit-sikit, kita jual sebagai Malaysia, sama ada raw material ataupun yang telah diproses.
Masa mencemburui kita.
Last sekali, tentang kemajuan berperingkat. Fasa pertama, 2025 sehingga 2026, saya cadangkan- kita tak boleh selamanya menjadi eksport. Jadi, fasa pertama, sasaran sesekian- katakan X tan metrik tan tanah liat atau ionic adsorption clay. Seratus peratus sekarang untuk dua tahun yang akan datang, kita boleh 100 peratus eksport, tapi dua tahun kemudian untuk 2027 ke-2028, kita kurangkan hanya 70 peratus boleh eksport, 30 peratus pemprosesan dalaman. Kemudiannya 2029, 2030 pula, kita mungkin boleh kata hanya 30 peratus boleh eksport, yang lain kena proses di sini. Inilah yang saya maksudkan sebagai stage development...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya akan gulung. Sebagai penggulungannya, saya ingin mengambil satu minit yang akhir untuk gulung ini untuk meraikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
30 saat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Seorang anak Perak, anak jati Ipoh daripada DUN Tebing Tinggi yang baru-baru ini telah memenangi INNOVATHON musim kedua. Beliau bukan sahaja memenangi INNOVATHON tersebut, tetapi dia memenangi INNOVATHON ini dengan satu inovasi di mana dia bakal, bukan saja
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
mengubah, tetapi secara revolusinya memang akan membawa satu lembaran baru untuk penjagaan luka.
Saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Profesor Dr. Azizi Ayob yang telah memenangi INNOVATHON musim kedua, disaksikan oleh Yang Berhormat Tanjong Malim dan Yang Berhormat Menteri Ekonomi juga tempoh hari. Saya cadangkan dan saya merayu supaya inovasi yang telah dibawa oleh anak Perak, anak Ipoh jati ini diarusperdanakan dalam Malaysia, dalam KKM, malah di setiap klinik kesihatan kerana isu penjagaan luka yang tidak menemu-nemukan penyelesaian mungkin akan dapat penyelesaian- mengurangkan mungkin sampai 80 peratus lebih kurang masanya untuk penyembuhan dan kadar penyembuhan menaik mendadak, menambah 80 peratus.
Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Azizi Ayob. Moh kita sama- sama sebagai anak Ipoh, orang Perak majukan teknologi dan inovasi ini supaya semua rakyat Malaysia, malah semua rakyat dunia dapat manfaat daripada inovasi dan satu ciptaan teknologi perubatan yang baru ini.
Itu sahaja. Terima kasih, Timbalan Speaker. Maaf atas keterlanjuran masa.
Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Salam sejahtera, Puan Speaker. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Puan Speaker, semasa saya menganjurkan jualan-jualan termurah MADANI di bawah NACCOL, pengunjung-pengunjung sentiasa bertanyakan hal beras.
“Manakah perginya beras?” Dan mereka amat kecewa sehingga sebegitu lama isu kehilangan beras tempatan tidak dijawab. Mengapakah tak dijawab?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tidak adakah sesiapa pun yang bertanggungjawab dalam urusan padi dan beras. Saya juga berjumpa dengan pesawah. Pesawah pun kecewa kerana harga jualan padi tidak lagi dikawal sehingga berlakunya ketidakstabilan ketika harga beras dimanipulasikan menyebabkan pada hari ini pesawah tidak mampu untuk menanam semula padi untuk menghasilkan beras kerana hasil jualan padi tidak lagi boleh menampung kos penanaman padi.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Pada hari Selasa baru ini, 4 Februari, dalam PMQ, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Dewan yang mulia ini telah memberikan satu jaminan akan membantu pesawah dan telah juga membantu pesawah dan juga akan memberikan perhatian kepada masalah rakyat supaya beras yang dijual harganya tidaklah membebankan rakyat.
Tambahan daripada bantuan yang telah diberi kepada pesawah, kerajaan komited untuk memperkenalkan inisiatif baharu kepada pesawah berikutan kenaikan beberapa kos tanaman padi. Tambahan peruntukan turut diberikan untuk membantu pesawah meningkatkan hasil pengeluaran padi sebanyak RM1 bilion untuk kawasan MADA. Namun begitu Puan Speaker, kita sebenarnya bukan menghadapi krisis kekurangan beras. Sebelum ini SSR beras tempatan tidak pernah mencapai 100 peratus. Kita masih lagi bergantung kepada beras import antara 40 ke-50 peratus.
Keluhan rakyat sekarang ini ialah mengenai harga beras bukan tak cukup beras. Keadaan ini berlaku kerana peluang untuk manipulasi harga beras tidak disekat. Punca sebenar kehilangan beras adalah kerana isu struktur harga di mana harga beras import tidak dikawal oleh kerajaan. Beras tempatan dikawal dengan harga RM26 sekampit.
Oleh sebab perbezaan dua harga ini, padahal beras putih tempatan dan beras putih import adalah beras yang dalam masa yang sama, dikeluarkan oleh negara kita beras putih tempatan yang dibawa dari luar negara- import oleh BERNAS juga beras putih. Kedua-dua beras ini tidak boleh dibezakan. Maknanya aktiviti percampuran ini dah pun berlaku. Namun beras import tiada kawalan dari kerajaan, BERNAS boleh tentukan harga pintu gudang dan akibatnya beras import dijual sehingga RM40 sekampit.
Manipulasi harga beras ini telah menyebabkan rakyat terpaksa berbelanja lebih. Beras tempatan RM26, beras import RM40. Beras tempatan dikampit kepada beras import dan dijual pada harga RM40. Sebab itulah beras tempatan hilang.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bukit Gantang, Bukit Gantang...
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Setiap hari rakyat terpaksa berbelanja lebih daripada RM7 juta...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bukit Gantang tanya sikit soalan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Boleh.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pandangan ya. Apa yang berlaku pada waktu ini kan, jika diberi satu peraturan di mana hanya syarikat-syarikat swasta sahaja yang boleh menguruskan beras-beras import dan beras-beras tempatan ini
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Apakah ini satu mekanisme yang berkesan untuk memastikan bahawa beras tempatan itu ada dalam pasaran?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Saya akan sampai ke point itu, terima kasih. Sebagai cadangan menyelesaikan isu manipulasi harga beras, saya amat konsisten dan sekali lagi mencadangkan agar kerajaan mengutamakan cadangan mewujudkan beras tunggal, beras putih dengan gred tunggal yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani. Ia akan hanya mempunyai satu harga siling tak kira beras import ataupun beras tempatan. Satu gred, satu harga.
Maka dengan cara ini, peluang untuk manipulasi dah tak ada. Tetapi kalau kita tidak, kerajaan tidak dapat membuat satu harga, satu gred, maka saya yakin manipulasi harga akan terus berlaku dan rakyat terpaksa beli dengan harga yang lebih mahal. Pada 16 Februari 2024, Yang Amat Berhormat PMX telah membuat pengumuman gred tunggal Beras Putih Malaysia Madani sewaktu melancarkan Jualan Termurah MADANI di Permatang Pauh.
Yang Amat Berhormat PMX turut mengarahkan agar keputusan tersebut dimuktamadkan pada Mesyuarat NACCOL. Saya terlebih sikitlah. Pada 23 Februari 2024, saya telah membentangkan cadangan satu gred, satu harga dalam mesyuarat penuh NACCOL. Namun, sehingga hari ini tiada keputusan muktamad yang diputuskan.
Saya harap kali ini kementerian perlu berani put a stop dengan tegas, dengan kawalan harga yang- supaya boleh fokus untuk membanteras kartel rantaian industri padi yang selama ini memangsakan pesawah dan pengguna. Sekiranya ada perjanjian konsesi beras bersama BERNAS, yang menghalang penyelarasan gred tunggal itu dibuat, saya mohon kementerian mendedahkan butiran perjanjian tersebut.
Puan Speaker, rantaian industri padi beras bermula daripada pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dan akhirnya pengguna. Dalam apa jua keputusan segera yang dibuat oleh kerajaan, perlu mengambil pertimbangan dua pihak iaitu pesawah dan rakyat. Pengilang, pelabur dan pengilang, pemborong dan juga peruncit mereka akan buat adjustment industry untuk cukupkan kos pengilangan, pembungkusan dan penjualan. Sama ada kerajaan naikkan harga padi, untungkan pesawah tetapi menjejaskan pengguna ataupun kerajaan kekalkan harga padi, jejaskan pesawah, namun keuntungan pada pihak pengguna.
Apabila harga lantai padi daripada pesawah dan harga jualan kepada pengguna ditetapkan, maka rantaian pengilangan pemborong dan peruncit akan
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
membuat adjustment harga. Malahan, kalau dibiarkan tidak ada kawalan, kartel akan terus mengambil wang rakyat dengan harga yang tinggi. Pada harga beras RM26 sekarang ini, harga lantai jualan padi adalah RM1,300. Pengilang mampu membeli padi untuk diproses seterusnya menjual pada harga RM26 kepada peruncit.
Namun begitu, kos tanaman padi sekarang ini bukan RM1,300, telah meningkat kepada RM1,800 per metrik tan. Kenaikan kos ini berlaku apabila pengilang berlumba-lumba membeli padi pada harga tinggi sehingga mencecah RM2,000 kerana pengilang boleh mengampit beras tersebut menjadi beras import sewaktu dia berlumba-lumba membeli padi.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Oleh itu, apabila pengilang kembali menurunkan harga belian padi ke RM1,300, kos penghasilan padi tetap kekal tinggi pada harga RM1,800. Untuk menetapkan harga RM26, kerajaan mempunyai kos untuk memberikan subsidi kepada pesawah daripada RM1,300 kepada RM1,800 iaitu RM500 se tan subsidi yang patut diberikan untuk mengekalkan harga RM26.
Oleh yang demikian, apa saja pendekatan yang bakal diambil oleh kerajaan sama ada memberi subsidi kepada pesawah ataupun subsidi kepada pengguna, kerajaan mestilah menetapkan hanya ada gred tunggal dengan satu harga siling beras putih Malaysia MADANI. Kalau ada dua harga maka akan berlaku lagi manipulasi ini. Dalam lawatan Yang Berhormat ke Pakistan dalam rombongan tersebut saya menjadi delegasi di mana...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung ya.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju untuk membawa masuk 100,000 metrik tan beras putih. Susulan dari itu, saya telah pun berjumpa dengan 48 pengeksport padi beras daripada Pakistan dan mereka telah menawarkan hanya sekadar RM2,000 se tan iaitu RM20 sekampit.
Saya juga telah dua kali mengadakan pertemuan dengan BERNAS. Namun, dah harga murah yang macam ini BERNAS tak benarkan sebab konsesi ada pada BERNAS untuk membawa masuk beras RM20 yang boleh dijual lebih murah kepada rakyat. Kalau BERNAS halang pihak lain untuk membawa masuk beras murah, BERNAS sendiri patutlah memikul tanggungjawab untuk menurunkan lagi harga jualan beras import untuk rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Kalau Pakistan boleh menyediakan beras semurah RM20, mustahil BERNAS yang
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
mengimport dengan volume yang lebih tinggi tidak dapat bekalan lebih murah daripada itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Akhirnya, saya nak menegaskan rakyat ternanti-nanti. Diharapkan minggu depan sebagaimana yang disebutkan, kerajaan akan mengumumkan harga beras putih yang dapat dikawal dan tidak membebankan rakyat. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Speaker. Pasir Gudang ingin menyampaikan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Titah Diraja. Saya mendapati dalam Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong terutama dalam perkara perenggan XVII disebutkan berkenaan memperkasa sektor pertanian, perkara sistem rantaian bekalan makanan dan juga usaha menyokong petani, penternak dan nelayan.
Ucapan bahagian pertama saya ini, saya ingin membantu sedikit sebanyak kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan khususnya Yang Berhormat Menteri Kota Raja berkaitan dengan isu berkenaan padi beras putih tempatan dan dikaitkan dengan isu kegagalan bekalan beras putih tempatan di pasaran pada hari ini.
Saya ingin memberi pandangan bahawa saya melihat kalau setakat mengkritik saja tak selesai masalah malah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pernah berjanji telah menyatakan bahawa kementerian beliau telah menegaskan tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit beras, maksud dia, dia campur beras putih tempatan dicampur dengan beras import dan dijual sebagai beras import. Pengumuman ini dinyatakan pada bulan Oktober tahun 2023 lagi dan sekarang 2025, tetapi seingat saya sampai hari ini tidak terdengar di mana-mana mahkamah, pihak-pihak yang didakwa melakukan kesalahan mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.
Maka, saya tertanya-tanya unit atau badan kawal selia telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Malah Kementerian Pertanian telah menubuhkan task force dan melibatkan pelbagai agensi seperti badan Kawal Selia Padi dan Beras,
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
kemudian melibatkan Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, PDRM, Polis, Kastam, MAQIS juga tapi tiada sesiapa yang telah didakwa di mahkamah. Jadi, saya membuat kajian saya sendiri.
Maka saya meneliti Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dengan serba sedikit latar belakang undang-undang, saya mengkaji Akta 522 itu, saya mendapati bahawa rupa-rupanya dalam Akta Kawalan Padi dan Beras ini tidak ada satu seksyen pun yang menyatakan perbuatan mencampurkan beras tempatan dengan beras import itu satu kesalahan jenayah, tidak ada. Itu tahun 1994 kita faham kerana waktu itu harga beras tempatan dengan harga import pun tak jauh beza, tetapi dalam setahun, dua yang sekarang ini jaraknya berbeza. Jadi ini yang golongan-golongan tertentu mengambil untung kerana kelonggaran, kegagalan Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994 ini.
Jadi Kementerian Pertanian terutama badan Kawal Selia Padi dan Beras yang dibekalkan dengan punca kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras itu akta itu tidak cukup. Maaf cakap, tak cukup taring. Jadi, walaupun task force pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri bantu Kementerian Pertanian membuat pemeriksaan.
Saya dibagi tahu 93 buah kilang telah disiasat, 130 pemborong dan peruncit telah disiasat. Mereka ini ada campurkan beras tempatan dengan import, tapi seorang pun tak ada didakwa. Jadi, dengan itu perkara ini kena kembali semula ke Dewan ini. Parlimenlah tempat kita menggubal undang-undang dan Ahli Parlimen are lawmakers, kita penggubal undang-undang. Jadi saya mencadangkan dan saya percaya minggu depan mungkin Menteri akan membentangkan isu ini, saya harap Menteri dapat mendengar cadangan saya ini. Kalau cadangan saya ini tak masuk akal buang sajalah ke bakul sampah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya mencadangkan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 ini dipinda sedikit, memasukkan satu seksyen yang menyatakan perbuatan mencampurkan beras tempatan dengan beras import itu merupakan suatu kesalahan jenayah dan masukkan satu seksyen hukumannya. Jadi kalau ada ini, maka agensi penguat kuasa Kementerian Pertanian dapatlah menjalankan kerja mereka, tetapi saya faham mungkin ada kesukaran bagaimana hendak bezakan beras tempatan dengan beras import? Kalau dekat mahkamah dicabar, bagaimanakah hendak bezakan?
Jadi, saya mencadangkan dan mungkin dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Undang-undang boleh meneliti cadangan saya iaitu beban pembuktian, burden of proof bahawa perbuatan mencampurkan beras tempatan dengan beras putih itu diletak ke atas pihak yang dituduh. Merekalah di mahkamah
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
membela diri, menyatakan itu semua beras tempatan atau itu semua beras import, tidak dicampur.
Jadi, mungkin cadangan ini dapat diteliti seperti pihak polis narkotik, misalnya. Di mahkamah, beban pembuktian kalau jumpa dadah dalam kereta yang kita bawa, kita seorang dalam kereta itu, kita terpaksa membuktikan dadah itu bukan milik kita. Jadi, beban itu kepada yang tertuduh. Jadi, ini mungkin membantu kita selesaikan masalah beras putih tempatan yang tidak ada di pasaran ini. Puan Speaker, isu yang kedua, saya beralih iaitu saya merujuk kepada perenggan tiga Titah Diraja dalam teks yang kita dapat ini. Di mana disebut, pada tahun 2024, prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar telah mencapai kadar 5.9 peratus. Jadi, saya minta Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri semak, adakah betul KDNK negara kita pada tahun 2024, 5.9 peratus dan angka ini yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli membaca sebagai Titah Baginda- KDNK negara 5.9 peratus.
Saya harap, saya fikir tentulah sama teks yang ada diletakkan di atas meja kita semua ini sama dengan teks yang diucapkan oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalau pencapaian 2024 ini 5.9 peratus, ini hebat dan saya harap angka ini betul. Kalau salah, ini saya harap janganlah salah kerana pagi tadi saya telah mendapat satu maklumat, satu slide yang diterbitkan oleh Khazanah Nasional yang menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia ini telah naik. Betul naik 3.6 peratus kepada 5.2 peratus, bukan 5.9 yang disebut oleh Kebawah Duli Yang di- Pertuan Agong.
Jika dibandingkan angka itu dengan 2023. Jadi, maklumat daripada Khazanah itu bersumber daripada Kementerian Kewangan, Department of Statistics dan Bank Negara Malaysia. Saya difahamkan angka rasmi tahun 2024, KDNK ini akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dalam bulan Mac ini. Jadi, saya minta Perdana Menteri atau Menteri Kewangan nyatakan, apakah statistik 5.9 peratus yang diucapkan oleh Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong itu betul atau tidak? Kalau betul, memang fantastic, ekonomi kita meningkat.
Kalau ini satu typo error, satu kesalahan, amatlah malang. Saya harap janganlah begitu. Saya harap, biarlah angka itu betul. Jadi, saya minta Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan jawab. Saya syak- saya berniat baik Speaker, tetapi saya syak ada typo error atau negligence di sini. Kalau perenggan tiga itu disebut ‘prestasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar’, perkataan ‘negeri’ yang kita tahu ialah KDNK itu Keluaran Dalam Negara Kasar. Mungkin adalah ini sedikit perkara kecil, tetapi sebenarnya dalam hidup ini tidak ada perkara yang kecil.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ini..
[Ketawa] Kalau Ahli Parlimen Pasir Gudang yang ucap ini tidak apalah, ini saya dengar our King...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang di-Pertuan Agong kita sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Keluaran Dalam Negeri Kasar. Oh, tolonglah perbetulkan. Saya dapat kongsi. Terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana membenarkan saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, dua hari yang lepas.
Alhamdulillah, kita melihat banyak isu yang dikemukakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan saya ingin merujuk kepada satu perkara berkaitan dengan kesihatan rakyat iaitu berkaitan dengan isu bantut. Kita difahamkan bahawa jumlah kanak-kanak di Malaysia mencapai lebih kurang 10 juta orang, di mana kadar bantut di negara kita di sesetengah tempat mencapai 20 peratus dan ini sangat membimbangkan memandangkan bahawa di Palestin ketika- berlaku di Al-Aqsa, kadar bantut mereka hanyalah 4.9.
Jadi, di manakah silapnya? Kenapa kita yang berada di negeri yang penuh dengan makanan, tiba-tiba kadar bantut kita tinggi? Apakah efek kepada bantut ini?
Efeknya bukan hanya kepada ketinggian kanak-kanak, mereka menjadi orang yang rendah tetapi perkembangan otak mereka juga terbantut. Jadi, ini perkara yang membimbangkan dan kita lihat gerakan yang dibuat oleh kerajaan untuk memberikan RMT kepada kanak-kanak sekolah tindakan yang baik. Walau bagaimanapun, ia tidak mencukupi kerana faktor kesedaran ibu bapa berkenaan dengan pemakanan kanak-kanak ini merupakan agenda besar.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya Agenda Pemakanan Negara ini perlu difahamkan mengikut dan merentasi pelbagai kementerian. Sebagai contohnya, daripada segi Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, mesti memberikan bajet yang mencukupi kepada isu berkaitan dengan nutrisi dan pemakanan supaya sebagai contohnya, harga susu dan harga telur diperhatikan dan direndahkan supaya dapat dibeli oleh semua pihak, termasuklah B40.
Oleh sebab kita lihat hari ini, bila tak libatkan nutritionist, mereka ini makan tetapi ia tidak memberikan apa-apa nutrisi kepada kanak-kanak dan ini akan secara jangka panjangnya akan menyebabkan negara kita kehilangan tokoh-tokoh dalam bidang sukan, tokoh-tokoh dalam cendekiawan, tokoh-tokoh dalam kepimpinan.
Jadi, ini membabitkan semua bangsa, di kalangan orang Melayu- 21.8 peratus; Cina- 19 peratus; India- hampir 5 peratus; dan bumiputera lain hampir 4 peratus. Jadi, adakah kita bermegah dengan KNDK yang tinggi tetapi kanak-kanak kita tidak sihat sebagaimana sepatutnya berbanding dengan kanak-kanak di Korea dan juga Jepun?
Isu yang kedua berkaitan dengan banjir. Saya daripada Ahli Parlimen Tumpat.
Kita lihat di Tumpat, kita ada Kesban. Satu, jalan yang digunakan untuk keselamatan dan pembangunan. Walau bagaimanapun, hari ini kita lihat jalan tersebut yang berada dekat dengan kawasan simpangan tidak boleh berfungsi sebagaimana sepatutnya untuk keselamatan dan pembangunan, kerana apa? Kerana terlibat dalam dua- benda. Satu, bencana banjir; kedua, bala akibat tebatan banjir, program yang dilakukan oleh kerajaan sampai hari ini menjadi program tertangguh dan tidak siap-siap. Apa yang berlaku, kami rakyat Tumpat masa kemarau, sangat berdebu.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Lubang-lubang yang sangat besar menyebabkan kesusahan kepada rakyat, malah musim hujan sangat berselut dan hari ini banjir yang berlaku bukan lagi banjir biasa, yang setakat lulut. Hari ini menenggelamkan 80 peratus daripada keseluruhan Tumpat. Tumpat ini ada 180 kilometer persegi. Baru-baru ini dekat dengan 170 kilometer persegi banjir daripada darat, daripada laut, hujan yang turun serentak dan apabila bila berlaku projek-projek tebatan banjir tidak disiapkan, ia nya menyebabkan hari ini rumah rakyat tenggelam dan musnah.
Baru-baru ini terdapat 69 buah rumah yang rosak, 80 peratus yang tenggelam ini membabitkan 26,000 orang yang mengalami banjir di Tumpat sahaja di 48 PPS, 45 buah sekolah digunakan, tiga sekolah yang sepatutnya jadi PPS juga tenggelam.
Baru-baru ini bukan hanya sekolah digunakan sebagai PPS, wat-wat Siam pun jadi PPS, IPD pun jadi PPS. Kerana apa? Kerana tidak siap projek tebatan banjir.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi dalam hal ini saya memohon kalau dahulu 2014 berlaku banjir besar di Kelantan, ketika itu PM berada di Hawaii, bila pulang ke Malaysia terus ke Kelantan tetapi hari ini PM berada dalam negara, saya laporkan sendiri kepada PM direct tapi sampai hari ini saya tunggu dekat Tumpat, PM belum lagi sampai. Saya mohon untuk PMX terus melihat kawasan kami di Tumpat, yang mengalami seolah-olah mini tsunami, supaya isu yang berkaitan dengan facility yang musnah, jalan, jambatan, sekolah, rumah yang musnah boleh dilihat sendiri dan tindakan segera boleh dibuat kerana hari ini rakyat kita akan menjalani ibadah puasa tak sampai sebulan dan juga Hari Raya pun tidak sampai dua bulan.
Jadi ini sangat menyusahkan rakyat dan saya berharap ini akan diambil tindakan segera kerana sampai hari ini bantuan Ihsan RM1,000 belum lagi sampai kepada keseluruhan rakyat. Jadi dalam hal ini saya mohon supaya tindakan segera dibuat.
Yang ketiga berkaitan dengan RUU 355. Banyak rang undang-undang dibawa oleh Menteri Perundangan dan Kehakiman tetapi RUU 355 sampai hari ini belum ada progress. Ini adalah akta induk yang sepatutnya menjadi pindaan dan punca kepada undang-undang untuk memastikan kes-kes yang dibawa di Mahkamah Syariah berjalan sebagaimana sepatutnya, bukan lagi memakai akta yang lapuk. Jadi sampai hari ini saya tunggu, bulan Disember saya tanya, jawapan daripada kerajaan belum ada, begitu juga dengan tindakan dan jawapan daripada Jawatankuasa Kompetensi DUN yang telah pun dilantik baru-baru ini, sepatutnya jawapan dalam bulan Disember.
Kita lihat hari ini ketika kita masuk Malaysia, Raja-Raja ini Raja-Raja yang berdaulat, perkara berkaitan agama dimasukkan dalam Perlembagaan di bawah Jadual Kesembilan. Dalam hal ini, hari ini bila Kompetensi DUN ini dipertikaikan, sorotan daripada kes Nik Elin, kita lihat seolah-olah perkara-perkara yang berkaitan dengan agama ini tidak lagi diberikan keutamaan dan dilambat-lambatkan. Perkara ini membabitkan banyak benda, bukan benda yang mudah. Kalau perkara ini membabitkan keseluruhan sistem perundangan syariah, ia nya perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Seterusnya berkaitan dengan LPT 3 dan ECRL. Tumpat merupakan satu bandar yang mempunyai lebih kurang 200 ribu rakyat, paling hujung di sempadan.
Sekarang ini projek untuk pembinaan jambatan Projek Palekbang-Penambang telah pun dimulakan. Insya-Allah kalau ada rezeki, siap 2027 mungkin. Jambatan untuk menghubungkan Tak Bai dengan Pengkalan Kubor pun dimasukkan dalam RMKe-
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ertinya ekosistem untuk jambatan-jambatan telah pun ada di kedua-dua, sebelah sungai sini, sebelah sungai sini.
Walau bagaimanapun, kita lihat sampai hari ini sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, LPT 3 dan ECRL masih belum ada jawapan tuntas daripada pihak kerajaan. Isu berkaitan dengan masalah kewangan. Kita lihat berlaku di tempat lain, ada kewangan tetapi apabila sampai ke Kelantan, tiba-tiba ini jadi isu. Sekarang ini populasi rakyat, kesenjangan, perkembangan, kekayaan wilayah harus sama dan kita mahu kalau boleh dalam hal ini kerajaan kembali kepada pelan asal supaya tidak berlaku privative cost yang menyebabkan lagi banyak kos yang akan ditanggung sekiranya projek ini diluluskan pada masa akan datang dan ia nya harus kita melihat sebagaimana janji Menteri.
Menteri Pengangkutan berjanji bahawa beliau akan sanggup membantu Kelantan sebagaimana yang kita lihat dapat membantu ke Penang, sepatutnya juga LPT 3 dan ECRL ini dapat di bawa ke Kelantan, khususnya ke sempadan sebab kita ingat janganlah kita buat apa-apa projek yang hanya menguntungkan satu wilayah ataupun satu pihak sahaja, sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong dan kesejahteraan rakyat ini adalah satu perkara yang mesti dibuat, jangan sekali-kali kita mengalpakan perkara ini.
Seterusnya berkaitan dengan REE. Kelantan dah mengalami isu berkenaan dengan perjanjian royalti berkaitan dengan petroleum. Hari ini kalau perkara yang sama dibuat di peringkat Persekutuan untuk diperundangkan di peringkat Persekutuan, kita tidak mahu untuk masuk lubang biawak dua kali. Sebelum kita bincang soal perbadanan untuk menguruskan REE secara Persekutuan, bayar dulu semua royalti yang tertunggak di negeri Kelantan dan Terengganu, baru kita boleh bincang soal REE yang belum tahu di mana hujungnya lagi.
Begitu juga dengan isu perikanan, kita lihat sekarang ini Tumpat ini merupakan bandar yang mempunyai ramai nelayan tetapi hari ini rakyat beritahu mereka tidak dapat parking, tak dapat hendak letak pun bot di kuala-kuala kerana kuala tak jadi tohor, dah jadi sangat dangkal. Sehingga mereka terpaksa parking dekat Tak Bai.
Saya ingin tahu, apakah perancangan kerajaan khususnya LKIM untuk aktiviti perdagangan membabitkan ikan di Tumpat kerana sebelum ini ia merupakan pusat yang aktif kerana transit ikan dari Tak Bai masuk melalui Pengkalan Kubor. Tetapi apabila berlalu COVID, ia dibawa ke Rantau Panjang yang melibatkan masa bertambah satu jam dan hari ini selepas COVID pun, ini belum pulih dan ini kita lihat tak sama perkembangan di Pantai Timur dan Pantai Barat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Di Pantai Barat kita lihat di Pulau Pinang alhamdulillah, pencapaian sangat bagus fasiliti, kemudahan, teknologi, sampai boleh mendaratkan ikan tuna daripada perikanan laut dalam. Jadi kalau ikan tuna dapat didaratkan di Pulau Pinang, kenapa perkara yang sama berkaitan dengan Laut China Selatan tak dapat kita buat untuk keaktifan dan juga pemerdagangan serta kejayaan dan ekonomi bagi rakyat kita khususnya nelayan di Pantai Timur kerana kita perlukan fasiliti infrastruktur yang terbaik bagi kita memastikan bahawa sumber protein negara dapat kita pertahankan.
Hari ini, tadi kita bincang isu beras, kita ada masalah beras kita ada masalah ikan. Apa lagi masalah kita ada? Kita ada masalah bantut, semua masalah. Jadi kalau hari ini perkara ini tidak dapat dibuat, kita kena ingat perlu berlaku kedua-dua keseimbangan dan fasiliti yang sama kerana kedua-dua ini adalah rakyat Malaysia semuanya.
Seterusnya berkaitan dengan tenaga nuklear. Kita lihat YB Menteri telah pun mengumumkan akan mula menggunakan tenaga nuklear. Saya kita ini perkara yang positif tetapi memerlukan suatu tindakan kerajaan untuk advokasi rakyat supaya boleh menjadi satu sumber yang bersih dan hijau kerana kalau hari ini kita membuat galakan untuk kereta EV, tetapi kalau EV kita itu janaan kuasanya daripada elektrik dijana oleh arang batu, ia tetap kotor.
Dalam hal ini kita mahu supaya bila kerajaan boleh bergerak kepada tenaga nuklear, takrif elektrik akan dapat dikurangkan, kerana kita lihat juga kejayaan yang berlaku di TRIGA Bangi, di mana sudah berapa tahun wujud satu makmal untuk kajian nuklear ini, lihat baik dan selamat. Jadi, saya mendoakan agar perkara ini dapat kita bawa ke hadapan supaya boleh membantu rakyat kita mendapatkan takrif harga yang lebih murah untuk elektrik.
Seterusnya yang terakhir berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Semalam kami dikunjungi oleh Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar di Malaysia. Dalam negara kita rakyat ataupun kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun ada 2.5 juta membabitkan bukan hanya taska di swasta, taska komuniti, taska di rumah dan juga taska kerajaan.
Taska kerajaan tidak ada masalah sebab gaji pengasuhnya dibayar oleh kerajaan tetapi hari ini ada 7,500 taska yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan membabitkan 31,000 orang pengasuh kerana apa? Kerana mereka tak mampu untuk bayar gaji RM1,700. Untuk asuhan kanak-kanak satu pengasuh hanya boleh menjaga tiga orang kanak-kanak.
Overhead untuk mereka ini seorang perlu tidak kurang daripada RM650, yang mana harga ini adalah harga yang terendah yang dapat ditawarkan oleh pihak
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
swasta. Akibat daripada berlaku banyak polisi dan dasar yang tidak mementingkan mereka, kita lihat hari ini, mereka juga bukan hanya kena bayar SOCSO, KWSP, mereka juga kena bayar levi satu peratus kerana mereka mempunyai pekerja lebih dari lima orang.
Akibatnya apa yang berlaku hari ini, setiap hari dilaporkan oleh pihak persatuan, empat hingga lima syarikat swasta telah pun menutup operasi mereka.
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya sektor pengasuhan ini terhenti, ia akan membabitkan keseluruhan tenaga kerja yang membabitkan wanita dan keluarga di Malaysia. Jadi saya kira sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan satu langkah affirmative daripada bantuan kepada gaji guru-guru, insentif dan juga subsidi dan juga kemudahan-kemudahan, termasuklah mempermudah sistem pendaftaran kanak-kanak untuk pengasuhan ini kerana kita difahamkan terdapat 11 agensi yang mereka ditemui sebelum mereka dapat membuka satu taska untuk kanak-kanak.
Jadi saya kira yang terakhir berkenaan dengan penyatuan ummah, sudah sampai masanya untuk semua MP-MP Melayu Islam bangun dan bersatu mempertahankan maruah bila mana agama kita mula diperlekeh dan dipermainkan.
Saya kira ini adalah satu tempat Dewan yang termulia yang sepatutnya menjaga Islam yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi hari ini kita lihat hari demi hari, satu demi satu isu berlaku, jadi sampai masa untuk isu agama tidak ada parti politik yang perlu mengatasi tetapi harus bersatu kerana kita ingat kita akan jawab semua depan Allah SWT. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Puan Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ada beberapa isu yang ingin saya bangkitkan.
Pertamanya, Puan Speaker, adalah berkenaan dengan pelantikan hakim- hakim di bawah sistem yang sedia ada sekarang. Di mana, kami telah pun mendengar baru-baru ini ucapan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun bin Tuan Mat yang telah pun memberi ucapan di Pembukaan Tahun Perundangan 2025 ataupun Opening of Legal Year 2025, dengan izin, di mana beliau telah juga pun membangkitkan isu pelantikan hakim-hakim.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya ingin mengongsi pandangan-pandangan saya berkenaan isu yang penting ini di mana tidak boleh dinafikan, Puan Speaker, bahawa badan kehakiman ini ataupun the judiciary, dengan izin, merupakan salah satu daripada tiga badan kerajaan yang penting dan kami perlu memastikan bahawa prestasi badan kehakiman ini selalunya diperkukuhkan. Kami boleh melihat bahawa ― baru-baru ini, kita ada melihat pembangunan ataupun development yang positif dengan badan kehakiman ini.
Kami tidak boleh lupa krisis kehakiman pada tahun 1988 di mana imej badan kehakiman telah pun dicalarkan dan persepsi badan kehakiman dikatakan seperti di bawah pengaruh eksekutif dan tidak telus dan independent. Lebih 30 tahun kemudian, kami boleh lihat banyak perkembangan yang positif. Seperti yang saya katakan tadi, kita lihat sabitan-sabitan high profile dibawa untuk kes 1MDB. Ini merupakan perkembangan yang positif. Kita juga melihat, seperti yang dikatakan oleh Ketua Hakim di dalam ucapannya yang saya sebut tadi, bahawa Malaysia telah pun menaik daripada tangga 78 daripada 142 negara di bawah Index Rule of Law ataupun ranking Rule of Law. Pada tahun 2016, kita mencatatkan tangga 78. Tetapi untuk 2023, kita telah pun naik 23 tangga ke 55. Ini semua merupakan perkembangan yang baik.
Akan tetapi, masih terdapat persepsi pengaruh eksekutif dalam pelantikan hakim. Daripada segi ini, the Judicial Appointments Commission Act 2009, dengan izin, ataupun Akta 695, adalah akta ataupun undang-undang yang memberi framework berkenaan pelantikan hakim-hakim.
Kita perlu bertanya beberapa soalan untuk isu ini. Pertamanya, pelantikan bekas Peguam Negara sebagai seorang hakim boleh dikritik dalam hal pelantikan.
Kami juga ingin bertanya sama ada ― Ketua Hakim sekarang, bila tempohnya tamat, saya percaya dalam masa yang tidak beberapa bulan lagi, sama ada tempoh tersebut akan dilanjutkan selama enam bulan? Oleh sebab ini merupakan satu perkara yang boleh dibuat. Tetapi, kami tidak dimaklumkan ataupun belum diberi apa-apa berita berkenaan sama ada tempoh tersebut akan dilanjutkan.
Dalam pandangan saya, tempoh Ketua Hakim sekarang perlu atau patutnya dilanjutkan oleh sebab prestasinya. Beliau cukup cemerlang dalam tempoh beliau menjadi Ketua Hakim. Seperti yang saya katakan tadi, terdapat banyak development yang positif dalam badan kehakiman dan kita perlu memastikan bahawa prestasi badan kehakiman ini akan terus kekal di masa depan untuk antara lain, menarik pelaburan asing, juga keyakinan rakyat terhadap keputusan-keputusan mahkamah dan seterusnya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kami juga perlu mempertimbangkan peranan eksekutif ataupun Perdana Menteri dalam pelantikan ataupun proses pelantikan hakim-hakim di bawah JAC tersebut. Di mana, kita semua tahu bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menolak syor-syor daripada Judicial Commission yang memberi syor-syor hakim-hakim untuk dilantik dan memohon untuk nama-nama hakim yang lain. Ini, seperti yang saya katakan tadi, boleh menimbulkan persepsi sekali lagi bahawa terdapatnya penglibatan eksekutif di dalam pelantikan hakim-hakim yang tidak boleh kita terima.
Jadi, saya ingin bertanya kerajaan, sama ada JAC tersebut, akta tersebut akan dikaji semula dan dipinda untuk mengecualikan penglibatan eksekutif ataupun Perdana Menteri dalam pelantikan hakim supaya ketelusan dan persepsi independent tersebut dapat dikekalkan?
Keduanya, Puan Speaker, berkenaan dengan isu whistleblower. Kita semua tahu isu whistleblower ini dan apa yang sedang berlaku di Sabah, di mana terdapat satu skandal yang telah pun didedahkan dan terdapat banyak isu berkenaan sama ada whistleblower yang telah pun mendedahkan video-video tersebut patut diberi perlindungan di bawah The Whistleblower Protection Act 2010, dengan izin, iaitu Akta 711.
Now, kita semua sedia tahu, dimaklumkan bahawa seksyen 11(1) akta tersebut, ianya boleh mengakibatkan perlindungan whistleblower tersebut ditarik balik sekiranya didapati ataupun enforcement agency mendapati bahawa whistleblower tersebut telah pun mengambil bahagian di dalam kesalahan yang dikatakan ataupun participated in the wrongdoing. Seperti yang telah pun kita dimaklumkan oleh Menteri Undang-undang baru- baru ini, beliau menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa tiada terdapat apa-apa rancangan oleh kerajaan untuk memberi perlindungan kepada seorang whistleblower yang mendedahkan isu-isu kepada media secara public ataupun umum.
Saya faham bahawa terdapat keperluan agar terdapatnya regulation untuk memastikan bahawa seorang whistleblower itu ataupun perkara yang didedahkan itu didedahkan secara proses yang teratur. Akan tetapi, kita tidak sepatutnya menolak perlindungan seorang whistleblower secara outright seperti di bawah seksyen 11 tersebut oleh kerana atas alasan bahawa beliau telah pun mengambil bahagian dalam kesalahan yang dituduh ataupun apa-apa alasan yang lain.
Kita perlu mempertimbangkan keadaan dan fakta setiap kes satu persatu untuk menentukan sama ada seorang whistleblower tersebut layak untuk mendapat
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
perlindungan di bawah akta tersebut. Sekiranya beliau pergi ke media ataupun surat khabar untuk mendedahkan isu-isunya, itu bukan semestinya secara automatik bermakna bahawa beliau tidak layak kepada protection ataupun perlindungan di bawah akta tersebut.
Jadi, saya mencadangkan bahawa kita mengikut undang-undang ataupun example ataupun contoh di United Kingdom di mana terdapatnya Public Interest Disclosure Act (PIDA) di sana di mana akta tersebut tidak secara outright menolak perlindungan seorang whistleblower yang pergi ke media.
Seperti ada dua kes yang ingin saya sebut di sini iaitu K versus/against Northumberland Healthcare (NHS) Trust 2001 di mana seorang bernama K telah membongkar isu berkenaan kekurangan katil di hospital melalui satu surat kepada Perdana Menteri melalui media.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Beliau menerima perlindungan di bawah PIDA tersebut oleh kerana antara lain beliau telah pun membuat aduan di dalam secara good faith dan itu aduannya merupakan satu aduan yang serius dalam kepentingan awam. Juga terdapat satu kes lain, Mr. Paul Collins Against The National Trust di mana prinsip yang sama telah pun diputuskan.
Jadi, saya bercadang agar akta tersebut dipinda untuk memberi perlindungan kepada mereka yang pergi ke media, bergantung kepada fakta-fakta dan keadaan setiap kes terutamanya sama ada aduannya tersebut adalah in the public interest. Seterusnya Puan Speaker, berkenaan dengan isu yang baru-baru ini timbul iaitu berkenaan dengan garis-garis panduan agama yang telah pun diumumkan oleh Menteri Agama baru-baru ini. Kita perlu ingat bahawa Perdana Menteri baru saja minggu lepas telah pun mengkritik beberapa pihak yang telah pun membantah terhadap beberapa pihak mengambil bahagian dalam perayaan-perayaan agama lain seperti Chinese New Year dan juga Thaipusam.
Beliau telah menyatakan dan saya petik daripada media seperti yang berikut, “Some have raised the issue...” — Saya minta untuk memetik dalam bahasa asal.
“Some have raised the issue of Malays celebrating Chinese New Year, Thaipusam, things that have never been a problem for decades are now being made an issue. But do we want to entertain this or focus on our unity? Do we choose to continue having differences of opinion, or do we strengthen unity? And why unity? To boost our economy.” Beliau mengatakan ini adalah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri hanya seminggu lepas. Tetapi seminggu kemudian kita menerima guidelines ini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Puan Yang di-Pertua, boleh saya diberi satu minit? Saya akan habis. Kita tahu bahawa minggu depan, kita seluruh Malaysia akan meraikan perayaan Thaipusam.
Kita baru meraikan perayaan Chinese New Year. Thaipusam ini telah pun diraikan di Pulau Pinang, negeri saya sudah lebih 100 tahun di mana terdapat perarakan di mana chariot akan tolak daripada kuil di pusat bandar kepada satu lagi kuil dan merentas seluruh bandar George Town di Pulau Pinang dan melalui beberapa surau dan juga masjid.
Adakah ini akan menjadi satu perkara ataupun isu memandangkannya ia tidak pernah menjadi isu untuk lebih 100 tahun? Adakah ini kita akan membangkitkan isu sekiranya Menteri ataupun Perdana Menteri menghadiri perayaan Chinese New Year di mana terdapat acara-acara seperti yee sang, lou sang dan sebagainya dan mengambil bahagian dalam acara-cara tersebut? Adakah semua ini merupakan isu- isu yang perlu kita yang serius pada masa ini?
Soalan saya adalah sama ada Menteri tersebut telah pun menimbulkan perkara ini kepada Kabinet ataupun Perdana Menteri ataupun pihak-pihak yang berkepentingan, stakeholders dan sebagainya oleh kerana bukan sahaja isu ini melibatkan pihak orang Islam. Ia juga melibatkan pihak orang bukan Islam.
Jadi, ini merupakan satu isu bukan berkenaan agama. Ini merupakan satu isu unity. Jadi, saya menyeru agar kerajaan mengambil perkara ini secara serius dan membuat keputusan yang wajar untuk mengatasi masalah, apa-apa masalah yang mungkin timbul daripada perkara ini.
Akhir kata Puan Speaker berkenaan dengan satu kes iaitu kes seorang di Singapura yang bernama Pannir Selvam. Beliau telah pun disabitkan untuk kes pengedaran dadah di sana dan akan dijadualkan untuk dihukum gantung mati. Saya menyeru agar pihak kerajaan terutamanya pihak Peguam Negara dan juga Perdana Menteri dapat menulis ataupun menghubungi counterpart mereka di Singapura agar Pannir Selvam ini — Untuk memohon agar Pannir Selvam ini tidak digantung mati memandangkan beliau merupakan hanya seorang drug mule dan fakta-fakta kesnya memangnya adalah wajar untuk hukuman ganti tersebut tidak dikenakan.
Seperti Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada masa beliau menjadi Perdana Menteri telah pun menulis kepada Singapura agar seorang warga Malaysia iaitu Nagaenthran a/l K Dharmalingam pada masa itu juga tidak dikenakan hukuman mati. Jadi, itu saja ucapan saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih Puan Speaker kerana memberi saya peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi Labuan sekali lagi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Puan Yang di-Pertua, saya terus sahaja kepada perkara-perkara yang ingin saya bincangkan memandangkan masa yang diperuntukkan sangat sedikit.
Saya tertarik dalam titah ucapan Tuanku berkaitan dengan Kempen Melawat Malaysia Tahun 2026. Saya berharap dalam kerajaan berusaha untuk mempromosikan Malaysia pada tahun 2026, Labuan tidak tercicir. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada kerajaan terutamanya Kementerian Pelancongan, apakah perancangan ataupun apakah rancangan yang sedang dan akan dibangunkan untuk dijadikan produk pelancongan di Labuan?
Memandangkan pada tahun ini Puan Yang di-Pertua, Labuan sudah mencapai umur 41 tahun menjadi Wilayah Persekutuan yang kedua di Malaysia sebelum Putrajaya. Walau bagaimanapun, dari segi pembangunan fizikal ataupun infrastruktur jika kita lihat, Labuan jauh tertinggal. Baru sebentar tadi, saya berbual dengan seorang profesor yang hanya datang sekali ke Labuan dan beliau terkilan bila mengetahui yang Labuan ini sudah 41 tahun jadi wilayah dengan bentuk pembangunan yang begitu jauh ketinggalan.
Justeru, saya memohon memandangkan kerajaan akan membelanjakan banyak peruntukan untuk menambah baik nilai-nilai produk pelancongan di Malaysia.
Saya mohon di Dewan yang mulia ini, tolong senaraikan produk pelancongan yang berasaskan man-made tourism product untuk Labuan. Puan Yang di-Pertua, Singapura sebuah pulau. Sama seperti Labuan.
Tapi hari ini, bila cuti sekolah, bila ada cuti-cuti perayaan, orang Malaysia berduyun-duyun ke Singapura hanya untuk melancong. Biar untuk sehari atau dua hari. Kenapa? Kerana di Singapura mempunyai banyak produk pelancongan yang berasaskan man-made tourism product. Saya tidak ada batu karang seperti Semporna yang ada pulau yang cantik. Kami tidak ada.
Jadi, kalau ditanyakan untuk apa yang boleh kami lawat ke Labuan? Satu saja. Labuan mempunyai status pulau bebas cukai yang cacat. Cacat kenapa?
Kerana pada tahun 2021, Kementerian Kewangan telah memperkenalkan cukai eksais berkuat kuasa 1 Januari ke atas produk, satu saja, rokok yang mana sebelum ini, inilah tarikan untuk para pelancong datang bawa satu dua kotak.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Saya mohon memandangkan di Malaysia cuma ada lima pulau bebas cukai termasuk yang terbaharu di Forest City di Johor, saya harap syarat-syaratnya sama seperti Labuan, Langkawi, Pangkor dan Tioman. Saya mohon kepada kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan, tolong kaji semula dan kalau boleh untuk Labuan dan juga tiga pulau bebas cukai yang lain. Batalkanlah Perintah Duti Eksais 2020 yang dikuatkuasakan kepada keempat-empat pulau bebas cukai.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Puan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya tertarik untuk membahaskan di sini bila mana Titah Yang di-Pertuan Agong menyatakan Baginda Tuanku berharap kerajaan memperkasa sektor pertanian dan terus menyokong pekebun kecil dan petani. Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh soal nasib nelayan. Bukan sahaja di Labuan, malah seluruh Malaysia.
Baru-baru ini, bulan Oktober, November dan Januari, saya rasa hampir satu negara menghadapi cuaca yang tidak baik. Untuk Labuan, angin, ribut taufan, ombak besar, sehingga menyebabkan nelayan tradisi, nelayan komersial tidak turun ke laut.
Soalan saya Puan Yang di-Pertua, apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memelihara nasib nelayan tradisi yang kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Selama tiga bulan tidak dapat turun ke laut. Kalau hanya sekadar elaun nelayan RM300, saya rasa ianya tidak mencukupi. Maka saya mohon Puan Yang di- Pertua, kerajaan mempunyai satu perancangan jangka panjang. Oleh kerana perkara ini sudah berlarutan, saya mohon supaya kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk tempoh bulan tengkujuh ini. Nelayan boleh beralih kepada pendapatan yang lain untuk mereka sustain, bertahan untuk kembali semula ke laut bila mana musim tengkujuh sudah berakhir.
Saya yakin Yang Berhormat Menteri Pertanian prihatin ke atas perkara ini.
Beliau sudah melawat Labuan. Malah berhasrat untuk melawat dan melihat nasib petani dan nelayan. Walau bagaimanapun, saya mohon proses birokrasi dikurangkan. Saya juga minta kerajaan melihat tentang hakisan pantai. Bulan lepas, sebuah floating restaurant hanyut dihentam oleh ombak kerana sistem hakisan pantai yang tidak efisien.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan terima kasih, baru tidak sampai sepuluh minit, saya dapat surat jawapan bertulis daripada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi yang mengatakan bahawa kementerian beliau akan memperuntukkan RM5.85 juta untuk pembinaan struktur kawalan hakisan pantai seperti mana yang saya pohonkan. Walau bagaimanapun, saya minta kepada Yang
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya kalau boleh projek untuk hakisan pantai ini dibuat secara fast track kerana untuk makluman Yang di-Pertua, saya mempunyai kolam udang yang sangat cantik. Menteri dah melawat. Tidak sampai 72 jam, 40 meter hakisan laut terhakis. Hampir-hampir sampai ke pagar ladang ternakan udang saya.
Kalau tiga bulan lagi proses untuk hakisan pantai ini, saya yakin kolam-kolam saya pula yang akan timbul dikerjakan oleh ombak badai yang kuat. Jadi, saya mohon kepada kementerian, PETRA supaya kalau boleh projek ataupun pelaksanaan projek hakisan pantai yang dianggarkan bernilai RM5.85 juta ini dapat dilaksanakan dalam bentuk fast track. Selanjutnya, Labuan juga mengalami krisis air kerana kami mendapat bekalan daripada tanah besar negeri Sabah. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta. Namun, proses pelaksanaan, penambahbaikan mengganti paip-paip yang usang ini mengambil masa tahun. Tahun up to two to three years kalau mengikut Jabatan Bekalan Air. Justeru, saya mohon kepada pihak kementerian PETRA, kalau boleh berikanlah penduduk Labuan yang tidak sampai 100,000, mungkin rumah pun tidak sampai 50,000, berikanlah mereka- mereka yang sangat layak tangki-tangki air sementara menunggu pembaikan paip- paip, penambahbaikan paip-paip ini siap dilaksanakan.
Saya mengerjakan umrah dua minggu yang lalu dan masa itu air tutup seminggu. Lumat saya dikerjakan oleh penduduk Labuan melalui Facebook kerana mereka tidak ada air. Apa yang saya boleh buat? Saya sudah lakukan yang terbaik.
Tulis surat kepada Perdana Menteri, tulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri dan alhamdulillah ianya diluluskan. Tapi pelaksanaannya bukan di tangan saya.
Bukan juga di tangan pemimpin-pemimpin yang lain. Ia di tangan kontraktor.
Kontraktor ada kekangan. Cuaca dan segala macam.
Justeru, saya mohon melalui Dewan yang mulia ini agar Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dapat mempertimbangkan peruntukan khas untuk bekalan tangki- tangki biru sekurang-kurangnya sebanyak 1,000 biji sementara rakyat berdepan dengan bekalan air yang selalu terganggu di Labuan.
Yang terakhir, selain daripada musim tengkujuh, saya juga minta pihak berwajib, kementerian yang berwajib menangani isu pengeboman ikan yang berleluasa dan berterusan. Mereka ini seolah-olah ada informant. Bila mana penguat kuasa hendak turun, mereka tidak mengebom. Bila penguat kuasa tidak turun,
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
mereka mengebom. Dan ini sangat menyulitkan nelayan-nelayan tradisi. Saya juga difahamkan, bila mana saya berhubung dengan Jabatan Perikanan, mereka tidak cukup kakitangan, tidak cukup penguat kuasa, tidak cukup bot peronda.
Jadi, memandangkan Yang Berhormat Menteri yang saya sayangi ada dalam Dewan ini, saya mohon arahkanlah Jabatan Perikanan supaya menambah jumlah penguat kuasa, bot-bot rondaan mereka, agar nasib nelayan ini terjamin dan terjaga.
Puan Yang di-Pertua, walaupun banyak yang ingin saya bentangkan dan saya tulis, tapi masa juga tidak mengizinkan dan saya harus berdisiplin kerana orang lain juga hendak berucap. Oleh itu, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan ucapan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan juga sebelum saya duduk, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh warga Malaysia terutamanya pengundi saya yang ada di Labuan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Audzubillahiminasyaitonirojim, Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua memberi ruang kepada Tenggara untuk sama membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mewakili Bangsa Johor, rakyat Malaysia di Parlimen Tenggara merafak sembah dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, taufik hidayah Kebawah Duli Tuanku, terus mengetuai negara yang memayungi semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama, bangsa Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Tenggara menyambut baik titah Tuanku. Seruan kerajaan untuk melaksanakan segera langkah untuk memperkukuhkan, meningkatkan tahap keselamatan siber, mengekang jenayah siber penipuan dalam talian ataupun scammer dan termasuk juga dengan mencuri identiti yang merupakan musuh utama dan mampu untuk menggugat kedaulatan, keselamatan negara dalam era globalisasi ini.
Berdasarkan data direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sejak 2019 hingga Ogos 2024, jenayah siber di Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 51 peratus. Membabitkan 147,374 kes dan nilai kerugian melebihi RM5 bilion dalam tempoh lima tahun. Jadi titah Tuanku ini sangat significant
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
dan jenayah scammer dalam talian turut mengalami peningkatan serius sejak Januari hingga September 2024. Kerugian akibat jenayah ini mencecah RM1.78 bilion. Bermakna para scammer berjaya mengaut lebih daripada enam juta sehari.
Fenomena ini menunjukkan betapa seriusnya masalah jenayah siber di Malaysia. Tenggara pernah mencadangkan di dalam Dewan ini untuk kerajaan menubuhkan rejimen digital di bawah MINDEF dengan melibatkan para belia ataupun gamers yang ramai di luar sana dengan kemahiran yang tinggi yang mereka miliki menggunakan telefon dan gajet boleh menyumbang untuk memelihara kedaulatan negara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Isu jenayah siber merentas sempadan juga merupakan satu ancaman utama di peringkat global dan sejauh manakah usaha kerajaan melaksanakan kerjasama bersama dengan negara-negara serantau untuk memerangi jenayah ini? Kita ambil contoh kejayaan pihak berkuasa Myanmar berjaya menumpaskan antara pusat scammer terbesar di Asia, di sempadan Myanmar – China tahun lalu.
Tuan Yang di-Pertua, keduanya adalah Tenggara ingin flashback semula berkaitan dengan Pedra Branca yang Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyebut tentang pertahankan lah walau seketul karang di tengah lautan. Melalui perbahasan yang lepas, Tenggara beranggapan adalah wajar mengingatkan kepada Dewan, satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha RCI. Jadi, dalam ruangan yang sedikit ini, Tenggara ingin bertanyakan. Apakah telah diadakan sebarang laporan polis terhadap perkara berkenaan dan adakah kerajaan bersedia untuk memfailkan semula permohonan tafsiran baharu untuk bukti usaha serius tuntut kembali wilayah kita?
*Parang tawil menarah hutan, Nyiru pipih mula ke darat, Karang kecil di tengah lautan, Seru di gigih usaha mendaulat.
Nyiru pipih menala busut, Biarkan terang sawah berkabus, Batu putih di bawa maksud, Ikhtiarkan ruang maruah ditebus.* Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara ketiga adalah berkaitan dengan TVET.
Tuanku Agong juga menitahkan hal berkenaan dengan transformasi TVET negara untuk melahirkan lebih ramai tenaga pekerja mahir yang berkemahiran tinggi. Di dunia ini ada dua kiblat TVET yang utama. Satu, Jerman. Satu lagi, China lah. Tetapi kalau kita hendak mendekatkan diri dengan Jerman, terlalu mahal kosnya. Jadi, China adalah rakan damping yang paling terhampir.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Walaupun kita meletakkan perbelanjaan yang tinggi RM7.5 bilion untuk permohonan TVET di negara ini, kita ambil contoh pihak negara Thailand. Dia revamped keseluruhan TVET education system dia dengan mengambil modul daripada China dan membelanjakan THB11 trilion setahun. Sudah tiga tahun pun dibelanjakan. Jadi, pandangan daripada Tenggara adalah dengan menjadikan negara China sebagai contoh. Pembangunan pesat TVET mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir untuk keperluan industri. Kita perlu ambil peluang penubuhan kampus satelit institusi TVET China di Malaysia yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada landskap TVET negara.
Pertama, dapat meningkatkan pemindahan teknologi dan kepakaran, terutamanya dalam bidang perindustrian, automasi dan kecerdasan buatan.
Keduanya adalah membuka peluang latihan dan persijilan bertaraf antarabangsa. Kerjasama dengan institusi TVET China membolehkan pelajar mendapat persijilan yang diiktiraf di peringkat global.
Ketiga, kampus satelit juga kita jangkakan dapat memperkukuh hubungan industri di Malaysia dan China. Sementelah kita baru menyambut 50 tahun hubungan diplomatik. Yang ini akan memperkukuhkan lagi hubungan industri.
Keempatnya adalah membantu dalam membangunkan kurikulum TVET agar lebih selaras dengan keperluan industri moden. Penggunaan teknologi pengajaran seperti simulator, automasi dan internet of things dapat dipertingkatkan melalui perkongsian ilmu dan infrastruktur dengan pihak China.
Secara keseluruhan, usaha untuk mempertingkatkan TVET ini boleh digandakan dengan membina kampus satelit bersama dengan TVET institution daripada China. Insya-Allah boleh menala lagi perkembangan TVET di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan industri gig.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi Gig pada quarter tiga tahun 2023, pasaran ekonomi gig di Malaysia telah mencapai nilai RM1.3 bilion. Menunjukkan sektor ini menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara. Namun, pekerja industri gig di Malaysia yang dipacu oleh golongan muda belia di Malaysia ini sebanyak 97.71 peratus dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan berusia– p-hailing ini berusia 15 hingga 30 tahun, masih lagi tidak dapat pembelaan yang sewajarnya.
Pekerja gig berdepan dengan isu bayaran rendah, tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang dicurahkan. Ia semakin memburuk apabila pendapatan mereka terus menurun berbanding tahun sebelumnya sehingga terpaksa bekerja lebih masa bagi mencapai sasaran pendapatan yang mencukupi. Masalah kadar
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
upah yang rendah dan ini juga diburukkan lagi dengan perang harga yang agresif di antara operator e-hailing dan p-hailing. Secara langsung menyebabkan penurunan kadar bayaran kepada pekerja gig. Jadi, Tenggara mengambil peluang dalam perbahasan ini untuk menyarankan pada kerajaan agar segera menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia
(SEGIM) sebagai langkah strategik bertindak sebagai badan menyelaras tunggal bagi memastikan keadilan bayaran dan melindungi hak pekerja gig secara tuntas.
Seterusnya adalah berkaitan dengan saranan Bank Dunia berkaitan dengan pelaksanaan GST ya. Tuan Yang di-Pertua, penyasaran subsidi diesel telah membuka ruang perwujudan inisiatif-inisiatif bantu rakyat bagi tampung keperluan rakyat B40. Projek Sejati Madani misalnya, menampakkan hasil yang baik dalam mempertingkat potensi ekonomi masyarakat desa. Pada tahun 2024 sahaja, dalam Parlimen Tenggara menerima hampir RM2.5 juta Projek Sejati Madani dan ada 20 lebih lagi permohonan yang sedang diproses. Terima kasih kerajaan.
Walau bagaimanapun, sekiranya struktur atau sistem percukaian negara boleh dipertingkatkan, lebih banyak inisiatif kerajaan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan dipertambah. Kita pernah tahu tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia dan segala macam inisiatif 1Malaysia. Hal seperti ini boleh dilaksanakan dengan penstrukturan sistem cukai yang baik.
Jadi, buat ke sekian kalinya, dari saya dan daripada Tenggara dan semalam 5 Februari 2025 oleh Bank Negara mengesyorkan supaya Malaysia mempertimbangkan pengenalan semula cukai perkhidmatan dan barangan atau cukai nilai tambah (VAT). Ia langkah baik kerajaan dalam usaha mengembalikan dan menambah pendapatan negara. Tenggara yakin GST dapat tangani masalah ekonomi masyarakat, bendung kenaikan harga inflasi dan kos sara hidup.
Pelaksanaan semula GST atau VAT pada kadar yang progresif dan sesuai, lebih pragmatik dan tidak mengelirukan serta lebih adil. Untuk rekod, 175 negara daripada 193 negara melaksanakan, 90.6 peratus negara mengamalkan.
Pengalaman lalu pelaksanaan pada 2016, negara kutip RM55.7 bilion. 2017, RM60.5 bilion. Manakala, SST kutip RM27.6 bilion 2019. RM25.2 bilion 2020. RM25.5 bilion, 2021 dan RM31.3 bilion pada 2022. Jadi, data ini menjelaskan keberkesanan pelaksanaan GST dan ini adalah sebahagian sahaja mungkin daripada Titah Tuanku yang boleh kita pertimbangkan untuk menyejahterakan lagi rakyat di negara ini.
Akhirnya adalah sedikit berkaitan dengan Tenggara ini. Di Tenggara ini ada– berkaitan dengan kesihatan juga, ada isu berkaitan dengan tapak pembuangan sampah. To be specific, nama tapak pelupusan sampah ini Tapak Pelupusan
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Sampah Batu 4, Kota Tinggi, PTD7678. Dia terletak di tepi jalan besar dan di tepi Sungai Pelepah. Jadi, selain daripada mencemarkan bau dan udara, penduduk di Desa Makmur Batu 4, Temening, Temening Baru dan sekitarnya, ia juga mampu memberi pencemaran kepada sungai berhampiran.
Jadi, minta tindakan daripada KPKT dan Kementerian Sumber Asli, Kelestarian Alam mungkin untuk mengambil tindakan kepada hal ini kerana ia telah dibina di situ sejak tahun 1997. Kapasitinya adalah 352 tan sehari dilonggokkan sampah tepi jalan itu. Saya rasa memang tidak baik untuk Kempen Melawat Malaysia 2026. Apatah lagi memberi kesan buruk implikasi kepada produk pelancongan di kawasan berkenaan dalam Parlimen Tenggara.
Jadi, saya kira-kira kalau sudah 22 tahun beroperasi, tempat longgokan sampah itu telah mengumpul hampir 2.827 juta tan sampah. Jadi, saya rasa selepas 22 tahun, saya mintalah kepada KPKT dan juga Kementerian Sumber Kelestarian Alam untuk ambil tindakan supaya boleh memberikan kesejahteraan kepada masyarakat di sana. Keduanya adalah berkaitan dengan PPS kekal dan Projek Tebatan Banjir di Sungai Johor. Kebetulan 60 peratus adalah berada dalam Parlimen Tenggara. Saya hendak ucapkan terima kasihlah.
Baru-baru ini tidak ditimpa banjir Tenggara. Alhamdulillah dan yang seterusnya adalah projek pembinaan jalan baharu. Kebetulan Menteri KKR ada di sini. Pada perbahasan lalu disebut akan di tender kan jalan baharu lima kilometer Kampung Rantau Panjang ke Petri Jaya. Peruntukan daripada KKW, agensi pelaksana KKR.
Saya ambil ruang ini menjunjung Titah Kebawah Duli Tuanku agar dapat dilaksanakanlah urusan tender itu pada tahun ini. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada 30 ribu lebih penduduk di sekitar kawasan yang berkenaan daripada Sungai Sayong, FELDA Pasir Raja, FELDA Bukit Besar, Rantau Panjang sendiri dan juga FELDA Lingu Petri Jaya dan gugusan di Kampung Semangah. Akhirnya adalah tentang pendidikan. Semoga pada tahun ini dan menjelang RMKe-13, satu lonjakan kepada ikhtiar pendidikan digital boleh diorak dengan lebih serius. Satu perkara adalah berkaitan dengan smart TV atau smart board. Juga content digital pendidikan setiap peringkat. Puan Pengerusi, satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih. Satu perkara adalah berkaitan smart TV ataupun smart board. Juga content digital pendidikan setiap peringkat dapat dibangunkan oleh Kementerian Pendidikanlah. Sebab walaupun kita bercakap tentang pendidikan digital, tentang memajukan lagi
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
pendidikan tetapi di sekolah-sekolah di tempat saya, saya yakin Ahli-ahli Parlimen lain pun, pihak sekolah datang kepada kita untuk minta smart TV, untuk minta smart board. Jadi, ia menjadi bebananlah. Kalau boleh ia diangkat sebagai permasalahan nasional. Kementerian Pelajaran harap dapat boleh selesaikan. Content dan juga keperluan gajet itulah ya, smart TV dan juga *smart board.
Asah kapak tajam beliung, Jadi senjata sebelum rebah, Tuanku umpama kemuncak payung, Taat dan setia hamba persembah.
Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri, Titah Tuanku Tenggara junjung, Marilah kita berteguh hati.* Itu sahaja daripada Tenggara. Sekian, Tenggara menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Pertama ini akan bersidang semula pada hari Rabu, 12 Februari 2025. Dewan tidak akan bersidang pada hari Isnin dan Selasa minggu hadapan. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 12 Februari 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]