Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah saranan DOSM ke arah memerangi kenaikan kos sara hidup seperti yang diterbitkan di bawah Laporan Indikator Kos Sara Hidup terkini.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Laporan Indikator Kos Sara Hidup 2023 yang telah dilancarkan pada tahun lepas mengandungi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup bagi mengukur kos sara hidup dengan lebih berkesan.
Bagi memudahkan rakyat, kerajaan telah menyediakan kalkulator sebagai panduan untuk merancang perbelanjaan dan pengurusan kewangan keluarga.
Aplikasi MyPAKW boleh dicapai melalui laman sesawang mypakw.dosm.gov.my. Berdasarkan laporan tersebut juga, terdapat peningkatan kos barangan dan perkhidmatan kepada rakyat bagi tahun 2023. Dalam hal ini, kerajaan amat prihatin terhadap cabaran rakyat untuk menikmati kehidupan yang wajar.
Justeru, antara langkah yang diambil bagi mengatasi isu kos sara hidup melalui strategi jangka pendek adalah Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH dengan peruntukan hampir RM3 plus bilion.
Pelaksanaan inisiatif Payung RAHMAH RM300 juta, program Mengawal Harga Barangan Barang Melalui Usahawan dan Pelbagai Pihak RM700 juta dan Program Penyeragaman Harga Barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM40 juta.
Strategi jangka sederhana dan panjang untuk mengatasi kos sara hidup pula memfokuskan kepada pelbagai aspek. Antaranya adalah memperkenalkan Dasar Gaji Progresif bagi meningkatkan pendapatan pekerja selari dengan peningkatan
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
produktiviti, menaikkan kadar gaji minimum RM1,700 bermula 1 Februari 2025, menggalakkan pelaburan dalam sektor strategik bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan menyediakan kemudahan pinjaman dan dana jaminan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Kerajaan melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melaksanakan usaha berterusan bagi mengatasi isu kenaikan kos sara hidup rakyat dengan memberikan tumpuan kepada tujuh kluster keutamaan iaitu perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti, kesihatan, makanan dan pendapatan.
KPDN juga akan mengguna pakai Indikator Kos Sara Hidup sebagai mekanisme penambahbaikan program seperti Jualan RAHMAH agar lebih bersasar dan efektif kepada kumpulan sasar. Kempen kepenggunaan juga akan dipergiat bagi mempengaruhi pembelian bijak berdasarkan keperluan dan mengelakkan perbelanjaan berkaitan kos gaya hidup. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Soalan tambahan saya Puan Speaker. Indikator Kos Sara Hidup ini adalah satu tool yang boleh digunakan yang lebih kontroversial ialah isu tentang PADU. Saya nak tanya soalan. Bagaimana kerajaan bercadang untuk menggunakan data daripada PADU untuk membanteras dan mengurangkan kos sara hidup yang tinggi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Yang di-Pertua, PADU mempunyai profil bagi semua 30.1 juta individu wakil negara dan pemastautin tetap di Malaysia. Ia adalah hasil integrasi data pentadbiran daripada pelbagai agensi termasuk maklumat yang dikemas kini oleh rakyat. Antaranya adalah demografi pekerjaan pendapatan, maklumat isi rumah dan perlindungan sosial.
Dengan data yang terkini dan lengkap, kerajaan dapat merangka dasar dan program sosioekonomi yang berasas yang diperlukan oleh rakyat. Analisis data PADU juga membolehkan kerajaan melaksanakan pemantauan dan penilaian secara berkesan bagi membantu rakyat mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, assalamualaikum dan selamat pagi. Soalan tambahan daripada Temerloh. Adakah gaji minimum di Malaysia mencukupi untuk menampung kos sara hidup semasa dan adakah
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
perancangan di pihak kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang asas dan perkhidmatan penting dengan mengambil alih syarikat monopoli yang menghasilkan barangan dan juga perkhidmatan asas, termasuk elektrik demi kebajikan, bukannya untuk perniagaan sebagai sebuah kerajaan? Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Waktu sekarang, saya tak mempunyai fakta lengkap tentang hal ini. Insya-Allah saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit pantun.
Jangan jadi anak derhaka, Taati perintah ibu bapa, Soalan saya nombor dua, Mohon jawapan Menteri Belia. Terima kasih.
2. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sasaran Malaysia bagi temasya Sukan SEA 2025 serta tahap kesiapsiagaan KBS susulan keputusan tuan rumah Thailand yang telah melakukan rombakan membabitkan acara yang akan dipertandingkan di luar jangkaan dengan menambah 15 acara dan menggugurkan 10 acara lain.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Yang di-Pertua, saya meminta untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Jempol ya yang telah kita hantar kepada Parlimen. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara sentiasa menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Sukan Kebangsaan serta pemegang taruh utama iaitu Majlis Olimpik Malaysia dan Institusi Sukan Negara dalam melaksanakan Program Podium bagi menyediakan atlet ke arah temasya sukan utama, termasuk temasya Sukan SEA 2025 di Thailand pada tahun ini.
Penetapan sasaran pingat akan ditentukan selepas ini secara bersama di antara KBS melalui Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia memandangkan pendaftaran akhir bagi atlet menyertai temasya tersebut masih terbuka sehingga bulan September ini. Walau bagaimanapun, antara sukan-sukan yang dijangka akan menyumbang bilangan pingat yang banyak kepada kontinjen negara adalah akuatik terjun, berbasikal trek, hoki, memanah, menembak, pelayaran, skuasy dan tenpin bowling.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Sebagaimana penetapan sebelum ini, sasaran pingat adalah kepada jumlah pingat keseluruhan dan bukannya mengikut warna pingat. Penetapan ini turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University
(NSSU) yang telah menandatangani MoU bersama Majlis Sukan Negara. Penetapan sasaran pingat emas memberikan tekanan berlebihan kepada atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik di temasya sukan antarabangsa nanti. Pendekatan seperti ini juga merupakan amalan yang telah lama dilaksanakan di beberapa negara seperti Jepun, Korea, Iran, Singapura dan Hong Kong.
Sehingga kini, seramai 350 atlet di bawah Program Podium daripada 19 jenis sukan dan seramai 261 atlet pelapis kebangsaan daripada 15 jenis sukan sedang giat menjalani program latihan di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman.
Bagi memastikan prestasi atlet-atlet berada di tahap yang baik, MSN bersama Persatuan Sukan Kebangsaan, ISN dan jurulatih telah membuat perancangan tahun 2025 menerusi pelan periodisasi pada 13 November tahun lepas. Program-program ini akan dilaksanakan mengikut perancangan dan keperluan serta perkhidmatan sokongan yang diberikan agar tahap prestasi atlet-atlet negara dalam keadaan terbaik untuk bersaing di Sukan SEA Thailand 2025 serta di kejohanan utama yang lain.
Pengguguran acara yang dilakukan oleh pihak tuan rumah akan memberi kesan kepada jumlah pingat yang akan dipungut oleh kontinjen negara kerana ia melibatkan acara-acara tumpuan atlet negara seperti sukan berbasikal, gimrama, e- sukan dan pencak silat. Selain itu tambahan acara pula akan memberikan kelebihan kepada Thailand selaku tuan rumah dengan penyenaraian acara yang memberikan kelebihan kepada atlet mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut perubahan acara ini telah dilakukan oleh pihak tuan rumah dan ia memberi kelebihan kepada tuan rumah. Saya rasa ini tidak adil untuk negara-negara yang menyertai Sukan SEA ini. Apa pendirian Malaysia kalau perlu dinyatakan secara tegas, tidak boleh sewenang-wenangnya tuan rumah ini mengubah acara sesuka hati. Dimaklum lebih awal supaya kita dapat buat persediaan yang rapi dan memberi persediaan yang cukup kepada atlet kita dan juga kepada negara-negara lain. Saya rasa ini tidak adil Puan Yang di-Pertua.
Itu yang pertama.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Kedua, disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri kita tidak lagi menyasarkan warna pingat. Sebaliknya jumlah pingat. Tapi akhirnya nanti Sukan SEA itu nanti ia akan menentukan negara kita di tempat ke berapa berdasarkan warna pingat. Jadi, dia masih lagi memberi tekanan kepada atlet kita sebenarnya Yang Berhormat Menteri. Macam mana kita nak menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, acara-acara baru ini walaupun kita mungkin...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu soalan sahaja.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Tidak bersetuju...
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Dah tiga soalan tambahan itu.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Menteri dia pandai. Dia boleh jawab semua. Penyesuaian yang kita kena buat sebab walau macam mana pun kita kena menang juga Sukan SEA ini walaupun ada acara baru. Apa tindakan serius yang kita boleh buat untuk acara-acara baru ini supaya atlet kita menang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Okey. Soalan pertama adalah mengenai baseline ya. Apa yang Malaysia akan lakukan untuk pastikan kita tak dikejutkan setiap kali di mana acara kita dikeluarkan daripada pertandingan. Jadi ini tertakluk kepada SEA Games Federation. Untuk tiga SEA Games yang akan datang iaitu Thailand, Malaysia dan Singapura mereka telah mempunyai persetujuan supaya cadangan penentuan bilangan sukan yang dipertandingkan diselaraskan di mana sukan-sukan yang disenaraikan di temasya Sukan Olimpik dipertandingkan di temasya Sukan SEA. Baseline adalah acara Sukan Olimpik tidak akan dikeluarkan supaya ada consistency.
Tetapi yang lain yang itu adalah di bawah keputusan penganjur. Okey. Saya pasti yang ini Majlis Olimpik Malaysia telah ke sana untuk berunding. Ada acara yang telah mereka keluarkan sebelum ini dan selepas rundingan dan rayuan telah dimasukkan kembali.
Untuk menjawab mengenai pingat. Semasa kita berbincang dengan Nippon Sports Science University dan semasa kita melakukan postmortem bersama expert mereka telah katakan bahawa bila kita umumkan sasaran jumlah pingat emas dan di mana ia akan datang, tekanan tinggi kepada atlet tertentu. Untuk negara-negara yang maju, mereka telah keluarkan seperti ini untuk pastikan mereka hanya
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
umumkan jumlah pingat dan semua orang, kontinjen bersama mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada jumlah pingat.
Berdasarkan assessment yang kita telah lakukan bersama atlet, khasnya di Sukan Asia Hangzhou, mereka rasa mereka lebih gembira bila ada sasaran untuk seluruh kontinjen dan setiap pemenang pingat walaupun pemenang pingat gangsa mereka rasa mereka diraikan sebagai seorang pemenang dan bukan hanya tertumpu kepada pemenang pingat emas. Jadi, ini merupakan satu hala tuju yang lebih baik dan lebih sesuai untuk atlet kita. Ini juga bukan dilakukan oleh Majlis Sukan Negara sendiri. Kita telah bincang dengan experts dan mereka bersetuju bahawa ini adalah hala tuju baru. Kita harus menyesuaikan diri dengan negara-negara yang maju yang lain yang telah berubah ke arah itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya apakah usaha kementerian untuk memastikan para atlet sentiasa bermotivasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi supaya dapat memberikan persembahan terbaik dalam acara yang disertai. Tadi KBS beritahu tidak ada sasaran — Belum ada sasaran lagi untuk Sukan SEA di Thailand ini.
Apakah program-program khusus yang sedang dilaksanakan khususnya untuk sasaran emas kita. Kalau dulu di Kemboja kita sasarkan 40 emas tapi akhirnya kita mendapat hanya 34 pingat emas. Antara yang terburuk dalam sejarah negara prestasi atlet-atlet kita di Sukan SEA. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Untuk persediaan, saya telah jawab tadi dalam jawapan kepada Alor Setar. Tetapi saya tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa pencapaian terburuk Sukan SEA telah berlaku. Seperti yang telah saya pernah jawab dalam Parlimen ini. Kita telah nyatakan bagaimana atlet-atlet kita dalam acara sukan yang lain telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Untuk menjawab soalan bagaimana kita boleh memberi dorongan kepada atlet-atlet kita, Majlis Sukan Negara sedang melakukan banyak latihan. Kita telah menyediakan juga psychologist di Institut Sukan Negara untuk membantu atlet kita.
Salah satu latihan yang kita telah berikan kepada mereka adalah bagaimana atlet kita harus mengendali akaun media sosial mereka di mana mereka tidak digalakkan untuk menggunakan akaun media sosial sebelum pertandingan kerana ramai yang terkesan dengan komen-komen daripada pihak peminat. Jadi latihan ini sedang berlaku.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Seperti yang saya nyatakan salah satu cara baru yang kita telah laksanakan adalah untuk mengeluarkan sasaran pingat mengikut warna kerana ini memberi tekanan sangat tinggi kepada atlet kita. Itu telah diterima baik oleh kumpulan atlet selepas kita mengadakan postmortem bersama mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Ir. Dr.
Wee Ka Siong, Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Puan Yang di-Pertua, soalan saya yang ketiga.
3. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) untuk melindungi individu terjejas dengan kemalangan di luar pekerjaan dan sejauh manakah skim ini dapat menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja susulan peningkatan aturan kerja anjal oleh majikan di Malaysia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon keizinan untuk menjawab secara bersekali daripada Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ayer Hitam dan juga Yang Berhormat daripada Tapah. KESUMA berhasrat untuk melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang akan ditadbir oleh PERKESO dalam memastikan liputan perlindungan 24 jam sehari dalam tempoh tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) meliputi kemalangan yang tidak terbit daripada dan dalam masa perjalanan menjalankan pekerjaan dan tidak berkait secara langsung dengan penggajiannya. Skim yang dicadangkan akan meliputi kemalangan yang berlaku dalam Malaysia, di luar waktu kerja termasuk kemalangan dalam perjalanan tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
KESUMA cakna dengan perubahan landskap peralihan waktu kerja pada masa kini, susulan peningkatan aturan kerja anjal atau aturan kerja fleksibel (FWA) oleh majikan di Malaysia kesan daripada perkembangan digitalisasi. Pelaksanaan SKBBK oleh PERKESO ini merupakan satu mekanisme perlindungan sosial dalam menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja terutama bagi pekerja yang terlibat dengan FWA. Ini kerana risiko kemalangan yang tidak berlaku
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
di pejabat serta waktu kerja seperti kelaziman. Secara prinsipnya, mesyuarat Kabinet telah bersetuju agar KESUMA melaksanakan SKBBK.
KESUMA melalui PERKESO juga telah mengadakan sesi libat urus dengan para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan SKBBK bersama wakil dari pihak perusahaan kecil dan sederhana (SME), Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMN), Kongres Kesatuan Kerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak. KESUMA menjangkakan rang undang- undang bagi skim ini akan dapat dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada tahun ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Timbalan Menteri menjawab dengan baik. Sekarang ramai pekerja yang ada aturan kerja fleksibel (FWA). Ada yang bekerja di rumah, ada yang mengikut jadual anjal. Jadi, macam mana skim ini hendak pastikan mereka ini tetap diberi perlindungan apabila kalau kemalangan berlaku di luar pejabat dan juga di luar waktu kerja biasa? Apakah mekanisme yang digunakan untuk menentukan layak atau tidak untuk membuat tuntutan? Ini satu perkataan yang sangat-sangat penting.
Jadi, berbanding dengan negara Jepun, Jerman dan Australia, apa kelebihan yang ada pada SKBBK kita dan di manakah ruang untuk pembaikan kalau dibandingkan dengan negara-negara ini? Jadi, saya berharap kementerian dapat memberi penjelasan supaya orang faham, kita ini semua faham bagaimana skim ini akan memberi manfaat kepada pekerja. Jadi, pada waktu yang sama, ia juga tidak membebankan majikan. Jadi, mohon jawapan Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Ayer Hitam. Sebagaimana jawapan awalan saya tadi, kita sedang merangka jawapan tersebut dan pada dasarnya Kabinet telah bersetuju.
Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam sebentar tadi bahawa selama ini kita hanya menampung kos tersebut dalam waktu pekerjaan sahaja. Lantaran itu, pihak KESUMA melalui PERKESO telah membuat rangka tersebut supaya selama tujuh hari dan dalam masa 24 jam kita dapat membantu kalau berlaku kemalangan dengan faedah-faedah yang akan dibentangkan.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
KESUMA, PERKESO mengambil maklum akan pandangan Yang Berhormat itu dan seperti negara Jepun, Australia dan sebagainya yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita akan membentuk satu kaedah seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, faedah pengurusan elaun layanan sentiasa, faedah pemulihan.
Maksudnya, kalau dahulu dalam waktu bekerja saja tetapi sekarang ini kita meliputi selama 24 jam. Inilah yang akan dibentangkan dan kita berharap supaya disegerakan dapat pembentangan dan disokong oleh semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini termasuklah Yang Berhormat Yang di-Pertua yang akan mengundi juga waktu tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah bagaimana pihak kerajaan memastikan para majikan untuk berikan sokongan kepada pekerja melalui skim SKBBK ini? Kedua, adakah skim ini turut merangkumi pekerja sektor gig dan juga pekerja kontrak yang semakin meningkat di Malaysia ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Yang Berhormat, sebab itu dalam Konvensyen Pencegahan dan Penyerahan Geran Bantuan PERKESO 2025 yang baru dilakukan semalam ― saya tidak hadir semalam sebab petang semalam sebab saya melaksanakan program ini.
Datanya amat tinggi Yang Berhormat. Walaupun ― saya beri sedikit data Yang Berhormat Yang di-Pertua iaitu melalui rekod kita 86,529 berlaku kemalangan dan yang dipersoalkan oleh Ayer Hitam sebentar tadi untuk menambah baik dalam hal ini kerana kita akan menjaga dalam masa selama lima hari dalam waktu bekerja, tidak tujuh hari.
Sekarang ini termasuk dalam kumpulan gig umpamanya, yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Dan juga yang bekerja tanpa majikan. Inilah yang kita hendak bawa supaya kita dapat meliputi semua coverage kepada pihak Yang Berhormat tanyakan tadi. Akta ini juga akan dibentangkan pada penggal ini oleh Akta Gig umpamanya. Sebab itu saya memerlukan sangat sokongan sebab kita rakyat Malaysia sekarang ini yang terlibat dengan perkara yang saya katakan tadi yang bencana di tempat kerja saja, 66,574.
Itu data oleh daripada PERKESO, bukan data daripada DOSM, daripada PDRM ataupun JPJ ataupun Kementerian Pengangkutan, yang kita ada data melalui pendaftaran PERKESO. Jadi, kalau kita membuka lebih luas kepada perkara ini
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
maka kita dapat meliputi semua Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang agak baik kerana kita hendak bentangkan tidak lama lagi di dalam Parlimen. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Dr.
Ronald Kiandee, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker, soalan nombor empat.
4. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan strategi pembaharuan menyeluruh yang telah digariskan oleh kementerian untuk melindungi reputasi dan integriti NAFAS serta memulihkan keyakinan ahli peladang di samping memantapkan pengurusan serta operasi NAFAS.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi. Salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Bayan Baru bertarikh 19 Februari 2025 kerana ia menyentuh isu yang sama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pertubuhan Peladang Kebangsaan
(NAFAS) telah digantung perlembagaannya berkuat kuasa 1 November 2024 kerana kepentingan am peladang itu sendiri. Secara keseluruhannya, semakan dan siasatan ke atas tatakelola dan tadbir urus NAFAS telah selesai dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menambah baik pelaksanaan operasi serta pengurusan NAFAS. Selain daripada siasatan yang dilaksanakan, pendaftar juga telah menggariskan beberapa strategi pembaharuan serta hala tuju dalam menstruktur semula NAFAS bagi memastikan NAFAS dapat dipulihkan dan berfungsi mengikut objektif asalnya.
Justeru, terdapat lapan strategi dan hala tuju dalam merangka penambahbaikan NAFAS seperti berikut:
(i) penambahbaikan tatakelola NAFAS melibatkan pindaan Peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang 1983 ke arah menambah baik komposisi dan tatakelola Ahli Jemaah Pengarah bagi mengelakkan pertindihan kuasa dan fungsi antara pengurusan dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS serta menstruktur dan memperkasa peranan Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat subsidiari NAFAS;
(ii) penilaian dan penstrukturan semula tadbir urus mengikut skim perkhidmatan personel NAFAS yang diluluskan oleh Pendaftar.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
NAFAS juga perlu menyusun semula kakitangan sedia ada mengikut bidang keutamaan dalam operasi dan perniagaan NAFAS. Kawalan dan had kuasa kakitangan NAFAS akan ditetapkan dalam dokumen limit of authority;
(iii) penstrukturan semula syarikat subsidiari NAFAS melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos dan melaksanakan proses penutupan bagi mana-mana syarikat yang tidak viable serta menjadi liabiliti kepada Akaun Kumpulan NAFAS;
(iv) Audit pengurusan dan pemantauan yang berterusan secara berjadual untuk memastikan ketelusan dalam urusan kewangan dalam keputusan pentadbiran;
(v) Pengukuhan mekanisme semak dan imbang melalui penubuhan jawatankuasa khas yang bebas dan bertanggungjawab mengawasi keputusan penting serta mencegah penyalahgunaan kuasa;
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
(vi) penguatkuasaan kod etika dan integriti bagi memastikan semua ahli jemaah pengarah dan kakitangan mematuhi standard integriti yang tinggi. Ahli jemaah pengarah dan kakitangan diwajibkan menghadiri latihan etika, tadbir urus baik dan kesedaran undang-undang;
(vii) mempelbagaikan sumber pendapatan NAFAS dengan melaksanakan kajian semula perniagaan dan projek semasa bagi memfokuskan kepada perniagaan yang berdaya maju dan tidak terlalu bergantung kepada sektor pembekalan baja; dan
(viii) pemulihan kepercayaan awam melalui kempen kesedaran awam bagi memulihkan imej NAFAS sebagai organisasi yang komited dengan peladang serta pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan.
Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, kementerian bertekad untuk memperkukuhkan tadbir urus NAFAS serta meningkatkan kecekapan operasi melalui penambahbaikan yang berterusan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa NAFAS diwujudkan atas asas pemegang saham. Penambahbaikan yang dilakarkan dan pembentukan majlis penasihat ini di-expect, dijangkakan ia pengurusan NAFAS akan bertambah baik.
Tetapi kalau kita lihat sekarang ini Yang Berhormat, di Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, para peladang sekarang menunggu edaran baja daripada NAFAS. Ia tertunggak lebih daripada 4,000 metrik tan di Kelantan, Perlis 9,100 tan, Kedah 8,000 tan dan sebagainya. Kedah – LPP 1,800 tan. Jadi kalau kita lihat di bawah pengurusan sekarang ini, sepatutnya ditunjukkan sifat-sifat dan tindakan yang lebih cekap sebelum ini.
Begitu juga kita tidak boleh lari...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Bahawa ia diasaskan kepada pemegang saham. Kontrak pembekalan ayam di beberapa hospital di Kementerian Pertahanan umpamanya, kenapa PPN tidak diutamakan tetapi pengurusan yang ada sekarang ini mengutamakan syarikat luar daripada PPN dan PPK? Pembekalan ayam rupanya diberi kepada RSA Synergism Enterprise, HL Agro Farm Sdn. Bhd., PKPS Ehsan Marketing Sdn. Bhd., Warisan Wira Trading Sdn. Bhd. dan tidak diutamakan kepada PPK dan PPN yang menjadi pemegang saham besar dalam PPK, PPN dan NAFAS ini.
Adakah Yang Berhormat dan kementerian maklum akan perkara ini dan apakah tindakan pembetulan yang perlu dilakukan? Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inilah antara usaha di mana kita akan mengkaji semula operasi yang telah dijalankan oleh NAFAS dan kita ingin menambahbaikkan penstrukturan.
Kita juga akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bebas untuk mengkaji semula operasi NAFAS dan juga memberi satu cadangan business plan untuk lima tahun yang akan datang. Dalam usaha itu juga, kita akan melaksanakan satu progress di mana syarikat-syarikat subsidiari yang tidak berfungsi ataupun tidak aktif, kita akan either merge ataupun wind up syarikat tersebut.
Kita faham bahawa NAFAS ini terlalu bergantung kepada projek pembekalan baja daripada kerajaan tetapi pada masa yang sama itu pun dia tidak dapat melaksanakan kerja itu dengan baik khususnya dalam tiga tahun yang lalu. Inilah antara proses.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Ini bukan kali pertama NAFAS telah digantung perlembagaannya. Ia pernah berlaku pada tahun 1985, 2018 dan baru-baru pada 2024 iaitu kali ketiga dan ini adalah usaha berterusan untuk sentiasa menambahbaikkan proses ini, memastikan bahawa operasi NAFAS itu sentiasa akan sampai kepada golongan sasar. Sekian dan terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri yang memberikan jawapan kepada Yang Berhormat Beluran tadi.
Merujuk kepada lapan strategi ataupun langkah yang diambil dalam penstrukturan semula NAFAS, saya nak sebut di sini, lapan strategi itu mungkin ambil masa. Tapi macam mana kita nak mengatasi masalah semasa Yang Berhormat Beluran tadi sebut, keperluan untuk baja. Saya percaya keperluan ataupun kelewatan dalam menghantar baja kepada pesawah antara punca kepada masalah hasil pertanian yang kita hadapi.
Jadi, apakah langkah pendek ataupun langkah sementara untuk mengatasi apa yang berlaku berkenaan khas berkaitan dengan baja ini daripada KPKM ataupun daripada NAFAS? Mohon jawapan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Kementerian telah mengeluarkan EOT kepada NAFAS untuk memastikan bahawa pembekalan baja kepada petani dan pesawah tidak terjejas dalam sementara kita telah menggantung perlembagaan NAFAS untuk menambahbaikkan tatakelola badan awam ini. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal, Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Speaker, soalan nombor lima.
5. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal [Semporna] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah projek infrastruktur baharu yang akan dilaksanakan mengikut jenis dan kos bagi tahun 2025 di Sabah dan langkah yang diambil bagi memastikan projek-projek ini dapat dimulakan pada tahun semasa.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Hari siang indahnya buana, Alam maya bergemerlapan, Kepada Yang Berhormat Semporna, Soalan lima, ini jawapan. Bagi negeri Sabah, sehingga tahun 2024-2025, sebanyak 26 projek telah diluluskan dengan kos tahun ini sebanyak RM1.59 bilion dan kos keseluruhan RM18.62 bilion. Ia sedang dilaksanakan di pelbagai peringkat pelaksanaan projek iaitu di perancangan, perolehan dan pembinaan.
Projek-projek infra tersebut seperti berikut: pembinaan menaik taraf jambatan pembetung 11 butiran; pembinaan jalan baharu, menaik taraf jalan, sembilan butiran; kerja awalan dari segi penyediaan reka bentuk, pengambilan tanah dan kajian, empat butiran; Lebuhraya Pan Borneo, 35 pakej, tiga butiran.
Selain daripada projek infra yang saya sebutkan tadi, KKR dan JKR juga mengendalikan projek-projek kementerian pelanggan terutama pembinaan bangunan untuk 2024-2025: pra pembinaan 54 projek, RM5.13 bilion; dalam pembinaan 106 projek, RM3.14 bilion. Jumlah 160 projek bangunan, RM8.27 bilion.
Kementerian Kerja Raya menghargai kegusaran Yang Berhormat mengenai isu kelewatan pelaksanaan dan penyiapan projek-projek yang sedang berlaku di negeri Sabah. Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama agensi pelaksana amat komited dalam memastikan projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
Antara strategi yang digunakan bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan segera adalah melalui pelaksanaan kerja-kerja awalan di mana ia akan merangkumi kerja-kerja berkaitan kajian teknikal, reka bentuk dan keperluan pihak berkuasa tempatan. Setelah kerja awalan ini berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya, maka projek tersebut akan diteruskan pada peringkat pembinaan.
Selain daripada itu, KKR juga telah menubuhkan jawatankuasa pemandu khususnya untuk projek Pan Borneo Negeri Sabah yang sedang dalam pelaksanaan, bertujuan untuk menangani isu-isu yang menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan dan penyiapan projek. Jawatankuasa pemandu ini terdiri daripada agensi-agensi pusat dan agensi negeri contohnya Kementerian Kerja Raya, JKR Sabah, ICU, Jabatan Tanah dan Ukur juga Setiausaha Kerajaan Negeri.
Selain itu, pihak syarikat penyedia utiliti kerjasama dalam negeri Sabah diperlukan bagi memastikan kelancaran projek-projek pembangunan yang diuruskan ini. Kelewatan pengalihan kabel paip utiliti ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kelewatan dan kita akan sentiasa memastikan ia dilaksanakan dengan segera. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setelah mendengar apa yang telah dijelaskan tadi, saya juga telah mendapat surat jawapan secara bertulis pada tahun yang sudah, ada di antara projek-projek yang menelan belanja RM300 juta, RM200 juta kurang dari lima peratus pelaksanaan dia.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, perkara seumpama ini dah lama kita kenal, dah tahu dah sama ada jalan, pembetungan tapi asas yang telah disebutkan di antara masalah tanah, masalah – takkan kita bangkitkan berpuluh tahun dah. Saya bagi contoh macam Pan Borneo...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan ya.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Soalan dia Pan Borneo, kelewatan Pan Borneo. Antara kelewatan Pan Borneo ialah tiang elektrik, air yang ada. Itu kalau laluan dia, existing road.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kalau jalan baru, mungkin tak apa, tak ada tiang, tak ada saluran paip yang dia salur. Tetapi ini saya nak bertanya kepada Yang Berhormat, ada di antara projek- projek baharu ini dilaksanakan dan kelewatan akan berlaku, dua tahun, tiga tahun selagi SESB tidak mengambil peranan untuk mengatasi tiang-tiang elektrik yang ada.
Nak alihkan. Fasal jalan tidak boleh dibina kalau ada tiang elektrik tengah jalan itu, satu. Tak ada koordinasi kah di antara pihak JKR dengan agensi-agensi yang terbabit, sama ada SESB ataupun TNB? Satu bab yang saya tengok.
Satu lagi saya nak tanya, bolehkah Yang Berhormat bagi satu dasar yang begitu jelas. Projek-projek yang dilaksanakan di peringkat negeri Sabah ini janganlah bagi dengan kontraktor, lepas itu bagi subkontrak. Ini menjadi masalah kepada kita.
Why can’t you just give directly to the contractor man who can do the job in Sabah there. Ada manpower dia, ada bertukar likir dia, ada dia punya pejabat, ada kemudahan dia. Daripada kita nak bagi sub kontraktor, then the delay is there. Terima kasih banyak.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Bagus soalan Yang Berhormat.
Perkara ini berulang-ulang. Itu sebab saya dah sebut tadi, kita ada Jawatankuasa Pemandu yang melibatkan pelbagai pihak, KKR, JKR, ICU, JTU, SKN. Itu antara yang kita lakukan.
Selain daripada itu, apabila kita telah meluluskan satu tajuk projek, katalah projek membuat sekolah di kawasan bandar Semporna misalnya. Perkara yang akan
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
berlaku ialah kerja-kerja awalan perlu dibuat. Kerja ukur, soil investigation (SI) dengan izin, reka bentuk. Lepas itu, pengurusan nilai jika projeknya lebih daripada RM70 juta.
Ini perkara-perkara yang wajib dilakukan dengan lantikan perunding. Dia mengambil masa tiga ke-12 bulan. Tiga bulan paling awal.
Kemudian, proses peralihan tendernya. Tender, tiga bulan paling awal, paling lewat enam bulan. Iklan tender sahaja, minimum yang perlu dilakukan ialah tiga minggu, 21 hari. Ini mengikut garis panduan Kementerian Kewangan. Jadi, di situ sudah mengambil tiga ke enam bulan. Apabila kita dapat sahaja tajuk, paling awal enam bulan, paling lewat 12 bulan projek itu baru nak take off di atas tanah, on the ground. Jadi, kita berusaha untuk mempercepatkan proses-proses ini. Antaranya, untuk bangunan yang standard, kita memberi kelulusan pre-approve plan, lulusan piawai yang boleh digunakan. Selain daripada itu, kita menggunakan teknologi.
Contohnya, building information modeling (BIM), industrialised building system (IBS), kita juga menggunakan teknologi precap modular system. Sebagai contoh, ini satu perkara yang saya boleh kongsikan di sini. Sebuah sekolah, Sekolah Kebangsaan Scientex di Nusajaya dengan 40 bilik darjah, enam bulan boleh siap. Jadi, kita melihat kepada contoh yang terbaik ini dan kita boleh lakukan juga di Sabah.
Untuk Pan Borneo dan sebagainya, memang saya akui perlu libat urus yang lebih lagi berkoordinasi dengan SESB, tentang elektrik, paip. Mengenai subkontrak ini, tidak semua kepakaran ada. Jika kita buat bangunan contohnya, ada yang tidak pakar dari segi lif. Maka, kita kena ada nominated sub kontraktor untuk lif misalnya.
Tidak semua kontraktor itu pakar dalam semua bidang. Maka, wujudlah kaedah sub kontraktor. Tetapi kita kena minimumkan subkontrak ini. Jangan total sub. Total sub itu amat tidak baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya bawa soalan dari Sabah ke Semenanjung, khususnya ke Pantai Timur dan saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri mampu untuk menjawab.
Adakah pihak KKR telah mengenal pasti senarai projek rancangan pembangunan lebuh raya baharu serta perhubungan jalan raya bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung di bawah Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 yang akan diberi keutamaan di bawah RMKe-13 serta unjuran garis masa perlaksanaannya?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sejauh mana komitmen kerajaan untuk memastikan ketelusan penggunaan dana termasuk pembiayaan bagi pembinaan projek LPT3 yang kini dianggarkan mencecah RM9.8 bilion? Apakah status terkini peruntukan RM450 juta yang dikhususkan untuk kontraktor kecil dan sederhana, khususnya G1 hingga G4 bumiputera bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan dalam Belanjawan 2025? Terima kasih Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tiga soalan dalam satu, Kuala Krai.
Ya, kita ada HNDP. Tentunya untuk RMKe-13 ini, ada pelbagai cadangan. Walau bagaimanapun, untuk Pantai Timur kita akan menyelesaikan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai. Lepas itu Kuala Krai-Gua Musang. Kemudian, Gua Musang seterusnya itu sudah hampir siap. Itu kita panggil sebagai Central Spine Road (CSR) atau lebuh raya LTU.
Kemudian LPT3 ini, ini ialah projek lebuh raya bertol, RM9.8 bilion itu anggaran, lebuh raya bertol. Kita belum lagi memberikan kepada sesiapapun. Ini perlu request for proposal, RFP perlu dibuat. Adakah syarikat-syarikat berminat kerana hujung ke hujung, tolnya RM70 berlaku atau tidak, berdaya saing atau tidak.
Tidak semua 30 konsesi tol yang sedia ada itu untung semuanya. Ada juga yang tidak berapa untung. Jadi LPT3 ini masih lagi dalam peringkat yang belum ada keputusan muktamad.
Kemudian, RM450 juta, kontraktor kecil yang kita berikan projek-projek ini, itu adalah untuk kontraktor G1 hingga G4 yang dulu dikenali sebagai kelas F, G1 dan kita berikan kebanyakannya melalui undian Kita harap kontraktor kecil dapat projek yang lebih dengan kaedah undian yang lebih adil. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan Betong nombor 6.
6. Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menangani isu perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah di Sarawak, termasuk inisiatif Program Perumahan Rakyat dan MyHome yang disesuaikan dengan keadaan di Sarawak.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Membaca selawat] . Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, selaras dengan matlamat Dasar Perumahan Negara 2018-2025, Kerajaan MADANI
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
sentiasa memberikan komitmen yang berterusan dalam menyediakan program perumahan mampu milik yang bertujuan memastikan setiap rakyat agar dapat mempunyai tempat tinggal tidak kiralah sama ada secara pemilikan ataupun secara sewaan dengan tagline kita “Shelter for All”. Justeru, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah pun menetapkan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah mampu milik dan sehingga 30 September 2024, sejumlah 443,259 unit rumah ataupun 89 peratus telah pun siap dalam pembinaan dan juga dalam perancangan di seluruh negara. Penyediaan rumah mampu milik ini dilaksanakan secara kerjasama di antara agensi-agensi penyedia perumahan sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga pemaju swasta.
Bagi negeri Sarawak Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, sejumlah 14,921 unit rumah mampu milik telah pun diluluskan perlaksanaannya dengan status sebanyak 4,566 unit rumah telah pun siap dibina manakala 7,703 unit dalam pembinaan dan baki sejumlah 2,652 unit rumah di peringkat perancangan. Daripada jumlah ini, Kementerian Perumahan melaksanakan program-program rumah mampu milik di negeri Sarawak seperti mana berikut.
Program Perumahan Rakyat (PPR) ataupun PRR untuk B40 sebanyak 12 buah projek PPR dan PRR telah pun diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melibatkan sebanyak 5,452 unit rumah di Sarawak dan daripada jumlah tersebut sebanyak 10 projek telah pun siap dibina melibatkan 4,791 unit rumah. Manakala, dua projek lagi melibatkan 661 unit rumah masih dalam peringkat perancangan.
Manakala, perumahan Rumah Mesra Rakyat untuk B40. Sehingga 31 Disember 2024, secara keseluruhannya, sebanyak 2,862 unit rumah telah pun diluluskan perlaksanaannya di negeri Sarawak dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,840 unit rumah telah pun siap dibina, 22 unit rumah dalam pembinaan dan enam unit rumah masih di peringkat perancangan.
Manakala, kediaman SPNB untuk M40, sehingga kini, secara keseluruhannya sebanyak dua projek melibatkan 2,746 unit rumah telah pun diluluskan perlaksanaannya di negeri Sarawak dan kedua-kedua projek telah pun siap dibina.
Seterusnya ,program perumahan PR1MA untuk M40. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya di negeri Sarawak, PR1MA mempunyai lima projek dengan 2,747 unit rumah yang telah pun diluluskan pelaksanaannya dan daripada jumlah tersebut, empat projek dengan 2,263 unit rumah telah pun siap dibina dan satu projek lagi dengan 484 unit rumah dalam peringkat perancangan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, terkait dengan kerjasama dengan kerajaan negeri, khususnya Housing Development Corporation (HDC) Sarawak ataupun mana-mana pemaju swasta, KPKT sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Berkaitan dengan MyHome Tuan Yang di-Pertua, inisiatif ini masih terus berjalan seperti mana Skim Jaminan Pelaksanaan Perumahan SJKP di bawah Inisiatif Biaya dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat yang bertanya, melalui pelaksanaan SJKP, sebanyak 1,881 pinjaman perumahan dengan nilai jaminan pembiayaan sebanyak RM456.52 juta telah pun diluluskan bagi negeri Sarawak sehingga 30 September 2024. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang baik.
Memiliki rumah sendiri merupakan impian oleh semua rakyat terutamanya kumpulan yang berpendapatan rendah. Oleh itu soalan tambahan, saya ingin bertanya kepada Menteri, bagaimanakah cara Kerajaan Persekutuan memastikan sinergi pembangunan rumah mampu milik akan berkesan agar rakyat di Sarawak tidak terpinggir dalam pemilikan rumah mampu milik.
Khusus bagi Program Rumah Mesra Rakyat yang di bawah SPNB, sejauh manakah program ini telah berjaya dan berkesan membantu kumpulan berpendapatan rendah di Sarawak memiliki rumah sendiri. Saya minta jawapan secara bertulis data daripada tahun 2018 hingga sekarang, pemohon Rumah Mesra Rakyat dan jumlah yang telah diluluskan mengikut daerah-daerah di Sarawak.
Sekian, terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, pertama, saya ingin menyebutkan ada dua perkara, Tuan Yang di-Pertua.
Dari sudut memastikan sinergi di antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan di peringkat negeri. Kita memberikan pertimbangan terhadap dua perkara.
Pertama, penyediaan tapak oleh kerajaan negeri untuk pelaksanaan Rumah Mampu Milik di mana kementerian ini akan memberikan keutamaan kepada mana- mana negeri yang dapat menyediakan tanah di lokasi yang strategik, sama ada dengan kos yang kadar nominal ataupun percuma.
Keduanya adalah bahawa pembangunan Rumah Mampu Milik oleh kerajaan ini sama ada secara kerjasama (joint venture) ataupun subsidi silang, semua ini adalah merupakan dasar kerjasama awam dan swasta yang juga melibatkan
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
kerjasama dengan pemaju-pemaju swasta dan perkara yang kedua, Tuan Yang di- Pertua, dalam memastikan sinergi ini, ada dua insentif galakan yang telah pun disediakan oleh kerajaan bagi pemaju-pemaju swasta membangunkan Rumah Mampu Milik.
Pertamanya adalah kita memberikan kemudahan bayaran deposit kepada pemaju perumahan yang membina Rumah Mampu Milik iaitu pemaju perumahan yang membina Rumah Mampu Milik hanya perlu membayar deposit sebanyak RM200,000 kepada HDA (Housing Development Account) dan berbanding pemaju yang tidak membangunkan Rumah Mampu Milik, mereka perlu membayar sebanyak tiga peratus daripada keseluruhan kos pembangunan perumahan.
Keduanya, kita di peringkat kementerian menyediakan fast lane untuk kelulusan kebenaran merancang dan juga pelan bangunan dan insentif-insentif lain sama ada bersama dengan kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Menteri, di kawasan luar bandar ataupun pinggir bandar, Rumah Mesra Rakyat ini menjadi agak popular lah bagi golongan berpendapatan rendah. Saya ingin bertanya, mungkin Yang Berhormat ada sebut tapi saya tak perasan tadi.
Jumlah seperti yang disebutkan oleh Betong, yang bertanya berapakah jumlah Rumah Mesra Rakyat di Sabah dan Sarawak. Apakah terdapat perbezaan antara pelaksanaan Rumah Mesra Rakyat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini daripada segi ukuran saiz rumah dan adakah terdapat perbezaan juga daripada segi jumlah rumah yang boleh dibina dalam satu-satu lot tanah? Ini kerana saya dapati ada perbezaan di sesetengah negeri dan apakah langkah-langkah kerajaan dalam menyokong pembeli rumah pertama dan menyemarakkan lagi industri hartanah di Malaysia ini. Terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, daripada segi sama ada Sabah dan Sarawak dan juga Semenanjung sama ada dari sudut keluasan, kos ataupun syarat-syaratnya adalah sama, Tuan Yang di-Pertua, di mana Rumah Mesra Rakyat ini untuk khususnya di Sarawak, ia masih juga bermula dengan RM75,000 dengan keluasan 3,000 kaki meter persegi. Adapun yang ditanyakan oleh Betong tadi, saya lupa menjawab. Nanti kita akan berikan jawapan secara bertulis.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Di sudut tindakan untuk mendukung hasrat Kerajaan MADANI untuk meneruskan pelaksanaan rumah supaya pemilikan dapat diadakan kepada semua, kita telah pun meneruskan pelaksanaan Home Ownership Campaign, di mana bermula 1 Januari 2021 sehinggalah 31 Disember dan ini dilanjutkan sehingga ke 2027, Tuan Yang di-Pertua di mana pembeli rumah pertama akan diberikan pengecualian duit setem ke atas surat cara pindah milik dan juga perjanjian pembiayaan kediaman bernilai RM500 ke bawah.
Di dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah pun memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan seperti mana berikut di mana pelepasan cukai sehingga RM7,000 bagi kediaman berharga RM500,000 ke bawah dan pelepasan cukai sehingga RM5,000 diberikan kepada kediaman yang berharga RM500,000 sehingga ke RM750,000, Tuan Yang di-Pertua.
Setakat ini, semua inisiatif ini akan dilanjutkan sehingga ke 31 Disember 2027.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum, soalan saya nombor 7.
7. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan:
(a) keberhasilan Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli di bawah JAKOA terhadap taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli; dan
(b) adakah terdapat perancangan kementerian untuk melahirkan lebih ramai usahawan daripada masyarakat Orang Asli menerusi Program Pendigitalan Usahawan Desa selain latihan kemahiran dan TVET.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Kuala Krau atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) cukup komited dalam memastikan supaya semua masyarakat Orang Asli tidak dipinggirkan dalam Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli.
Tuan Yang di-Pertua, Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli merupakan program yang dirancang bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli melalui peluang kerjaya latihan kemahiran, kepimpinan dan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
pendidikan melalui pelaksanaan enam buah skop program di samping secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Antara enam skop program tersebut adalah:
(i) pendidikan literasi fungsian Orang Asli;
(ii) kelas komuniti;
(iii) motivasi pelajar;
(iv) sukan;
(v) pemantapan institusi kepimpinan kampung Orang Asli; dan
(vi) outreach kemahiran kerjaya dan juga pendidikan.
Pada tahun 2024, JAKOA telah melaksanakan sebanyak 222 buah Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli dengan penglibatan sebanyak 25,573 orang penerima manfaat. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli ini telah banyak memberi impak kepada sosial masyarakat Orang Asli.
Antaranya, meningkatkan dari sudut pendidikan, khasnya dari sudut literasi.
Kita mengurangkan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli. Begitu juga kita meningkatkan lagi penyertaan pendidikan masyarakat Orang Asli yang mana berdasarkan rekod kita, bermula pada tahun 2010 hingga 2024, seramai 10,729 anak-anak Orang Asli berjaya ke IPT, ke pengajian tinggi.
Begitu juga berdasarkan data kita juga, bermula pada tahun 2016 hingga 2024, seramai 1,496 Orang Asli berjaya mendapat peluang pekerjaan di agensi kerajaan dan juga swasta. Selain daripada itu juga, melalui Program Pembangunan Modal Insan Orang Asli ini juga, kita telah pun dapat melahirkan seramai 700 usahawan Orang Asli bermula pada tahun 2016 hingga 2024. Selain daripada itu, banyak lagi pencapaian-pencapaian yang lain yang telah memberi impak kepada program sosioekonomi Orang Asli.
Untuk bahagian kedua yang berkaitan dengan usahawan, Kementerian KKDW juga sentiasa cakna dalam memastikan peningkatan sosioekonomi masyarakat Orang Asli kekal berdaya saing terutama sekali dalam mengintegrasikan sektor keusahawanan dan juga ekosistem digital. Dalam hal ini, KKDW telah pun melaksanakan Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar bermula pada tahun 2023 yang mana sebanyak 20,000 telah diperuntukkan khas untuk melatih usahawan Orang Asli bagi memperluaskan lagi perniagaan secara digital.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Penganjuran kursus turut memberi fokus kepada penyediaan kunci kira-kira pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Internet dan optimum dan kemahiran lain berkaitan pada perniagaan. Setakat ini seramai 79 usahawan Orang Asli telah mengikuti kurus di bawah Desamall dan Program Pendigitalan Usahawan sepanjang tahun 2023/2024 dan tahun ini program ini akan diteruskan dan juga melibatkan masyarakat Orang Asli.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih di atas jawapan.
Soalan tambahan yang pertama tentang sosioekonomi terbabit juga sebahagian daripada pendidikan. Melalui data 2022, terdapat 4.65 peratus keciciran dari kalangan Orang Asli terutama di peringkat menengah, rendah tak adalah. Jadi, sejauh manakah langkah yang dibuat untuk mengatasi masalah ini? Apakah ia juga terbabit ataupun bersangkutan dengan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli?
Kedua, apakah ada satu platform khusus untuk Orang Asli memasarkan perkhidmatan dan juga business yang dilakukan yang menerusi platform digital dan yang terakhir sekali saya hendak mengajak tuan-tuan semua untuk menghayati Jahut's Campsite yang baru dibuka di Kampung Terbol kawasan Kuala Krau, terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Yang pertama sekali, memang kita mengakui masih terdapat keciciran pelajar-pelajar Orang Asli dari sudut pendidikan sebanyak 4.9 peratus dan kita telah pun mengenal pasti perkara ini dan kita telah mengambil beberapa tindakan dalam memastikan tidak ada keciciran dalam pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli.
Antaranya yang pertama sekali kita telah pun mengadakan program-program yang boleh memberi sokongan kepada para pelajar khasnya dari sudut pendidikan dengan bantuan dari sudut pengangkutan dan juga peralatan-peralatan persekolahan termasuk wang saku persekolahan bagi memastikan semua pelajar ini mendapat bantuan.
Kedua, untuk makluman Yang Berhormat, kita telah pun membuat beberapa program game changer di peringkat kementerian khas untuk Orang Asli yang mana kita telah membuat tahun lepas kita bermula dengan Program JAKOA PLUS.
Program JAKOA PLUS program anak angkat. Maksudnya menghantar ataupun meletakkan anak-anak Orang Asli yang berada di Darjah 5 dan 6 ke MRSM untuk satu minggu. Last year program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, yang mana pelajar-pelajar yang terpilih seramai 180 orang 100 percent menghadiri program ini.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Program ini telah diperkasakan lagi dengan Program JAKOA Prosper. Yang ini juga merupakan program yang diadakan untuk tujuan lebih ramai lagi pelajar- pelajar Orang Asli di peringkat kelas rendah ke peringkat menengah, khasnya ke MRSM. Selain daripada itu kita juga memastikan pelajar-pelajar yang tidak berminat, mengikuti Program JAKOA Like OA yang ini berkaitan dengan kalau tidak berminat dengan pendidikan, mereka dimasukkan ke dalam program kemahiran. Yang mana ketiga-tiga program ini usaha sama JAKOA bersama MARA dan juga GIATMARA.
Ini antara program-program yang telah kita anjurkan bagi memastikan keciciran ini tidak berlaku. Di samping itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
...Untuk tujuan pemasaran produk-produk untuk digital – sebab nombor dua tadi pemasaran. Selain daripada Program Karnival Usahawan Desa (KUD) secara fizikal, baik di peringkat kementerian dan juga di peringkat Orang Asli, kita juga ada program-program pendigitalan kita yang mana produk Orang Asli ini masuk dalam Program DesaMall kita. Salah satu retail produk- produk luar bandar dan kita pastikan produk-produk Orang Asli ini dapat di-market.
Selain market sendiri, melalui platform-platform seperti Tiktok, Facebook dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian kerana ada peningkatan jumlah anak-anak Orang Asli di pengajian tinggi. Ini satu pencapaian yang cukup baik. Cumanya persoalannya Puan Yang di-Pertua, apabila bercakap tentang pembangunan modal insan, adakah dimasukkan literasi harta intelek? Sebab kita ketahui Orang Asli ini ada hasil kraf tangan yang tinggi dan ada produk herba yang cukup baik. Bagaimana hendak memastikan Orang Asli dapat memastikan intellectual property itu milik mereka dan bagaimana literasi harta intelek ini dilakukan oleh pihak kementerian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB atas soalan tambahan tadi. Ya, kita pun mengambil penekanan terhadap perkara ini berkaitan dengan intelek ya, maksudnya tadi. JAKOA telah pun bekerjasama dengan MyIPO dalam memastikan produk-produk Orang Asli ini lindungi khasnya produk yang mendapat pasaran yang bagus khasnya melalui pendigitalan.
Program-program khas telah dilaksanakan yang mana JAKOA telah mengenal pasti usahawan-usahawan ini dan produk-produk dan kita intelekkan dia.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Maksudnya kita daftarkan dia harta intelek dia dan kita bekerjasama dengan MyIPO untuk tujuan berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Kayuh gerek ke kilang papan, soalan saya nombor lapan.
8. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah perancangan untuk memastikan penyelesaian rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital
(DEFA) menjelang 2026, memandangkan tahap kesiapsiagaan digital yang berbeza antara negara-negara ASEAN.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Bukit Bendera.
Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital atau Digital Economy Framework Agreement (DEFA) merupakan inisiatif strategik ASEAN untuk memanfaatkan kuasa pendigitalan bagi memangkin perdagangan serantau yang lebih lancar dan selamat.
DEFA akan menjadi perjanjian digital serantau yang pertama seumpamanya.
Negara-negara anggota ASEAN akan melaksanakan langkah-langkah supaya dasar serta peraturan pendigitalan masing-masing diseragam dan saling kendali, interoperable. Ini bertujuan menjadikan ASEAN rantau yang berdaya saing dan kondusif untuk perniagaan ke arah menjana nilai ekonomi digital serantau yang lebih tinggi.
Bagi memastikan rundingan DEFA selesai dan mencapai prospek pembangunan ekonomi setiap negara anggota ASEAN, perancangan strategi telah dan akan terus dilaksana, terutamanya semasa Malaysia menyandang Kepengerusian ASEAN pada tahun ini.
Sebelum perjanjian DEFA dirundingkan, ASEAN telah menjalankan kajian terperinci untuk memahami kedudukan ekonomi digital di negara-negara anggotanya dan ASEAN secara keseluruhannya, serta mengukur potensi nilai yang boleh di bawah oleh DEFA. Kajian ini meneliti perbezaan dasar pendigitalan perdagangan antara negara anggota, mengkaji semula usaha semasa ASEAN dalam integrasi digital dan mengenal pasti amalan terbaik daripada perjanjian perdagangan digital antarabangsa lain sebagai penanda aras seperti yang dirangka oleh WTO.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Di bawah Kepengerusian ASEAN 2025, DEFA sememangnya merupakan salah satu keberhasilan utama ekonomi yang telah MITI kenal pasti ataupun priority economic deliverables (PED) untuk dimuktamadkan rundingannya pada akhir tahun ini.
Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia berperanan dalam menggerakkan agenda utama integrasi ekonomi serantau di bawah Wawasan Komuniti ASEAN 2025 yang menekankan komitmen terhadap pembangunan yang saksama dan merapatkan jurang pembangunan. Ke arah itu Malaysia menekankan dua pendekatan utama untuk melancarkan proses rundingan DEFA. Pendekatan pertama adalah program peningkatan keupayaan dasar negara-negara anggota ASEAN.
Kedua adalah menekankan pelaksanaan DEFA secara berperingkat dan berfasa. DEFA selari dengan agenda negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dipacu digital dan peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha yang strategik untuk memastikan tahap ketersediaan negara-negara ASEAN dalam mengutamakan DEFA agar rantau ini dan Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global demi meraih manfaat ekonomi dan sosioekonomi yang mampan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah memandangkan tahap kesediaan teknologi yang berbeza di kalangan negara-negara ASEAN, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan dasar ataupun insentif dalam DEFA bagi mempercepatkan penggunaan blockchain di Malaysia, khususnya dalam meningkatkan ketelusan aliran kewangan rentas sempadan dan juga mengurangkan risiko penipuan digital dan sebagainya yang boleh menjejaskan daya saing perdagangan antarabangsa. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dasar berkenaan blockchain ataupun pelaksanaan dalam negeri dikendalikan oleh Kementerian Digital tapi dalam rancangan ataupun dalam perundingan DEFA memang CyberSecurity dan pelbagai aspek keselamatan digital diperundingkan dalam kerangka DEFA. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah dalam usaha kerajaan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
untuk merapatkan jurang digital ataupun digital gap di kalangan anggota ASEAN, sejauh manakah penekanan diberi oleh pihak MITI bagi memastikan supaya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan dapat memanfaatkan potensi pasaran digital dalam rantau ASEAN serta meraih manfaat daripada anggaran nilai DEFA sekitar ataupun Digital Economy Framework Agreement sekitar USD2 trilion menjelang 2030.
Apakah mekanisme-mekanisme yang diguna pakai untuk menilai keterlibatan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah DEFA sekali gus menyumbang kepada pasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25 peratus pada KDNK pada tahun 2025 ini? Mengambil kira demografi semasa penduduk ASEAN yang hampir separuh daripadanya berumur 30 tahun ke bawah, adakah pihak kerajaan bercadang untuk meneroka teknologi baru seperti rantaian blok ataupun blockchain ke arah memacu bidang e-dagang dan teknologi kewangan sekali gus merealisasikan potensi sektor ekonomi digital melalui DEFA. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Kubang Pasu. Soalan pertama berkenaan dengan PMKS. Berkenaan dengan PMKS, memang dalam kerangka DEFA dan juga dalam sektor domestik memang ada program-program capacity building untuk memastikan PMKS mendapat manfaat daripada DEFA. Berkenaan dengan soalan blockchain seperti jawapan saya tadi, ini di bawah bidang kuasa Kementerian Digital.
Berkenaan dengan perbezaan keupayaan di antara negara-negara atau anggota ASEAN, memang DEFA mengambil pendekatan berfasa dan juga berperingkat. Bermakna akhirnya perjanjian yang akan dirundingkan dan akan dimeterai pada hujung tahun ini, ia akan mengambil pendekatan berfasa untuk negara-negara yang lebih bersedia untuk melaksanakan DEFA dan untuk negara- negara yang lain, ia akan mengambil pendekatan yang berperingkat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Kesihatan menyatakan keberhasilan awal kajian yang dijalankan mengenai penggunaan AI dalam membantu pakar perubatan radiologi mengesan penyakit khusus seperti kanser dan bagaimana penggunaan AI ini dapat menurunkan kos rawatan jangka panjang bagi pesakit dan kementerian.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor yang menyentuh mengenai isu penting terkait agenda besar Kerajaan MADANI iaitu kecerdasan buatan atau artificial intelligence khususnya dalam rawatan kesihatan.
Teknologi kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar dalam mempertingkatkan lagi keupayaan sistem penjagaan kesihatan, terutamanya dalam aspek diagnosis dan pengesanan awal penyakit seperti kanser. Namun manfaat dan potensi ini perlu dinilai dengan teliti untuk memastikan teknologi AI benar-benar memberi kesan positif dan selamat digunakan dalam sistem kesihatan di negara ini.
Malaysia Health Technology Assessment Section (MaHTAS), seksyen yang berada di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa penilaian teknologi yang melibatkan teknologi AI dan juga beberapa kajian. Banyak kajian tertumpu kepada penggunaan kecerdasan buatan AI dalam pemeriksaan X-ray dada sebagai alternatif yang lebih kos efektif.
Berdasarkan kajian oleh Megat Ramli 2025, AI dalam X-ray dada menunjukkan sensitiviti yang lebih tinggi iaitu 46.4 peratus hingga 95.7 peratus, berbanding dengan pakar radiologi iaitu di antara 23.2 peratus hingga 76 peratus.
Dalam mengesan nodul-nodul paru-paru dengan specificity yang setanding.
Kajian Penilaian Teknologi Kesihatan (HTA) oleh MaHTAS pada tahun 2022 juga mendapati bahawa penggunaan AI dalam X-ray dapat membantu pelatih pakar radiologi mengesan lebih banyak kes yang memerlukan pemeriksaan computed tomography ataupun CT scan peningkatan daripada 54.7 peratus kepada 7.2 peratus. Manakala bagi pakar radiologi pula AI membantu mengurangkan rujukan CT scan yang tidak perlu kepada penurunan 16.4 peratus kepada 11.7 peratus.
Berdasarkan keputusan kajian bagi prestasi diagnosis AI dalam pemeriksaan mamogram untuk saringan kanser payudara yang melibatkan 434 mamogram digital, prestasi diagnosis bagi semua golongan penilai pakar radiologi berpengalaman dan pelatih telah meningkat dalam signifikan menyeberangi semua metrik. Dengan bantuan AI, pakar radiologi mencapai sensitiviti yang tinggi secara kekal iaitu 88 peratus dengan AI berbanding 86.5 peratus tanpa AI. Selain itu kajian oleh Ramli Hamid turut mengesahkan bahawa penggunaan AI dalam mamogram dapat meningkatkan ketepatan diagnosis dan mengurangkan ujian biopsi.
Berkenaan tentang penggunaan AI dijangka dapat menurunkan kos rawatan jangka panjang bagi pesakit, kementerian telah melalui beberapa aspek saringan dan diagnosis yang lebih cepat, penggunaan AI membolehkan saringan dan diagnosis yang lebih cepat ini membolehkan kanser dikesan pada peringkat lebih
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
awal. Kebanyakan kanser boleh dirawat dengan lebih kos efektif jika dikesan pada peringkat awal, mengurangkan kadar misdiagnosis di facilities tanpa pakar radiologi.
Penggunaan AI memberi akses kepada klinik kesihatan awam untuk saringan kanser melalui imej yang setanding dengan tahap pakar radiologi yang terlatih.
Kapasiti saringan klinik kesihatan tanpa radiologi dapat meningkat dan seterusnya mengurangkan kadar misdiagnosis. Misdiagnosis mendatangkan implikasi kos yang lebih tinggi kepada pesakit dan kementerian kerana kanser yang dikesan kemudian mungkin telah mencapai peringkat akhir dan metastatik.
Juga Kementerian Kesihatan melalui Institut Kesihatan Negara sedang menjalankan kajian yang lebih komprehensif dan juga terdapat beberapa buah hospital yang sedang menjalankan kajian awal iaitu Hospital Cyberjaya, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya. Juga kita mengharapkan agar lebih banyak penglibatan daripada sektor kerajaan ataupun sektor swasta dalam memberikan investment, dengan izin kepada kajian-kajian berkaitan dengan AI ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Apa pun terima kasih di atas kesudian Timbalan Menteri datang ke Hulu Selangor baru-baru ini. Baik, sepertimana yang diterangkan oleh YB Menteri tadi, terima kasih atas penjelasan cuma apabila kita menyentuh berkaitan dengan teknologi ini, ia perlukan kemahiran. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan modul pembelajaran AI dalam kokurikulum perubatan dan kejururawatan di universiti tempatan bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam teknologi ini? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Berkenaan tentang untuk memperkenalkan silibus AI di dalam silibus perubatan di universiti-universiti, ini memerlukan satu kajian yang lebih komprehensif. Kita mendapati banyak negara lain juga sedang mengusahakan penggunaan AI di dalam sektor kesihatan. Juga penggunaan AI ini tidak dapat hanya bergantung dengan satu-satu teknologi tetapi juga memerlukan kemahiran yang ada pada pakar-pakar yang sedia ada.
Kita sedang mengumpul banyak maklumat berkenaan tentang data-data untuk membangunkan AI secara tempatan dan salah satu AI yang sedang kita bangunkan adalah doktor mata. Di mana doktor mata ini digunakan untuk rawatan retinopati bagi pesakit-pesakit diabetik, di mana rawatan saringan yang diadakan adalah bersekitar 30 ke 45 minit tetapi dapat dikurangkan dalam tempoh 1 ke 2 minit.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga, tidak semua perkara-perkara berkaitan dengan kesihatan dapat menggunakan teknologi AI ini. Kerana kita masih lagi memerlukan kebenaran untuk mengakses data-data dan juga imej-imej untuk dijadikan sebagai modal untuk membangunkan AI ini. Tetapi cadangan berkenaan tentang membangunkan modul pembelajaran AI di IPT-IPT akan kita bincangkan dan juga Bahagian Perkembangan Perubatan sedang mengkaji dengan teliti berkenaan tentang penggunaan AI ini.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Kepada Timbalan Menteri, adakah satu hari nanti jadual pembedahan pengurusan inventori ubat-ubatan bakal digunakan penggunaan AI ini di hospital dan bagaimana kerjasama dengan institut teknologi dan swasta? Adakah KKM akan berkerjasama dengan universiti, syarikat teknologi dan hospital swasta untuk mempercepatkan penggunaan AI?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti apa yang saya jawab pada jawapan awal tadi, sememangnya kita memerlukan penglibatan universiti dan juga penglibatan swasta kerana pembangunan AI ini masih lagi dilihat tidak mempunyai dana yang mencukupi. Walaupun demikian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyarankan agar penggunaan AI yang lebih meluas di dalam sektor swasta.
Manakala dalam pengurusan sesebuah hospital, contohnya di dalam jadual pembedahan ataupun mana-mana jadual, kita mempunyai satu sistem yang sedang kita lakukan. Kita ada iaitu sistem digitalisasi MPIS atau pun MPIS yang sedang ─ yang telah dibangunkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan.
Walaupun demikian, untuk memasukkan elemen AI ini, kita memerlukan masa dan juga kepakaran dan juga kita telah mempunyai Bahagian Kesihatan Digital yang melihat dengan teliti berkenaan tentang pembangunan digitalisasi dan juga AI ini. Untuk penglibatan swasta, sudah pasti hospital-hospital swasta dan juga industri- industri telah datang berjumpa dengan Kementerian Kesihatan dengan menawarkan pelbagai option-option AI dan juga sudah pasti banyak kajian-kajian di universiti belum lagi diterokai berkenaan tentang AI. Sudah pasti dalam tempoh setahun dan dua ini dan juga masuk kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas, saya yakin Kementerian Ekonomi juga akan memfokuskan kepada pembangunan AI di dalam sektor kesihatan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
*Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Hasil pesawah bertan-tan, Bila menjual, hatinya luluh, Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin bertanyakan, Soalan saya nombor sepuluh.*
10. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah penanda aras yang digunakan oleh kementerian dalam mengisytiharkan bahawa kebanyakan tempat di Perlis telah melebihi 90 peratus capaian 5G ketimbang kebanyakan penduduk setempat masih lagi menggunakan peranti 4G.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tersebut. Saya minta bantuan Pontian untuk jawab pantun sebentar lagi. Puan Yang di-Pertua, setakat 31 Disember 2024, Digital Nasional Berhad (DNB) telah membina 7,485 tapak pemancar 5G yang menyediakan 82.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara.
Manakala bagi negeri Perlis, DNB telah siap membina keseluruhan 44 tapak 5G seperti yang dirancang dan menyediakan 91.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Penanda aras yang digunakan oleh DNB bagi mendapatkan liputan 5G di kawasan berpenduduk adalah berdasarkan bilangan infrastruktur dan ketersediaan isyarat 5G di kawasan yang disasarkan. Penanda aras ini tidak bergantung kepada jenis peranti yang digunakan oleh penduduk setempat kerana perkara ini adalah faktor yang di luar kawalan DNB dan kerajaan.
Antara faktor utama yang menjadi asas pengukuran termasuk:
(i) liputan rangkaian 5G. Liputan 5G yang disediakan di kawasan berpenduduk iaitu bagi kawasan yang mempunyai sekurang- kurangnya 20 orang per km persegi. Kadar liputan ini diperoleh melalui alat simulasi liputan menggunakan peta, dengan izin, geographic information system (GIS) dengan data populasi;
(ii) ketersediaan infrastruktur. Bilangan tapak pemancar 5G yang aktif dan mampu memberikan perkhidmatan, termasuk keupayaan rangkaian untuk menyokong keperluan jalur lebar; dan
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
(iii) kelajuan dan kapasiti rangkaian. Penilaian kelajuan dan kestabilan isyarat 5G yang ditawarkan berdasarkan ujian lapangan dan laporan teknikal standard mandatori kualiti perkhidmatan.
Meskipun kebanyakan penduduk setempat mungkin masih menggunakan peranti 4G, 90 peratus liputan 5G di kawasan penduduk di negeri Perlis menunjukkan ketersediaan liputan 5G yang luas di negeri tersebut. Sekali gus, memberikan kebaikan kepada pengguna 4G ─ pengguna peranti 4G yang bercadang untuk beralih kepada peranti 5G. Walau bagaimanapun, peralihan kepada peranti 5G bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengguna individu dan juga pakej ataupun pelan 5G yang ditawarkan oleh pihak penyedia perkhidmatan. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif. Pada Februari 2023, pihak kami telah membuat satu kajian. Kami identify 10 lokasi yang mana kami download Ookla.
Kami guna 3 peranti, U Mobile, Digi dan juga Celcom. Kita kenal pasti melalui Ookla, masih banyak kawasan yang belum dapat coverage yang baik, liputan yang baik.
Kita nampak di situ memang betul, masalah dia adalah masalah peranti 5G tidak digunakan.
Dan apakah ─ soalan saya, apakah inisiatif daripada kementerian sendiri untuk mengatasi masalah ini? Sama ada insentif untuk orang berpendapatan rendah untuk bertukar kepada 5G dan seterusnya, apakah status pelaksanaan Fasa 2 Projek Point of Presence (PoP) Zon Utara di bawah RMKe-12, termasuk Padang Besar?
Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Ikutlah statistik yang kami memperoleh daripada penyedia perkhidmatan, memang kita nampak bahawa di Perlis, pengguna-pengguna ataupun bilangan langganan untuk 5G adalah 50 ribu iaitu kalaulah total populasi- jumlah populasi di negeri Perlis ikutlah DOSM adalah 284 ribu orang. Maksudnya, hanya 17 peratus pengguna ataupun langganan 5G di negeri Perlis.
Ini jumlah memang lebih jauh- lebih rendah kalau berbanding denganlah national average kerana di seluruh Malaysia setakatlah 31 Disember tahun ini, kita telah mempunyai 18.19 juta langganan 5G di seluruh Malaysia. Tetapi saya nak tegaskan di sini adalah sebenarnya sama ada seorang nak guna pakai 5G, itu adalah ikut keperluan mereka sendiri. Kerana untuk 4G, kelajuan download speed untuk 4G
Puan Teo Nie Ching
pada tahun ini, kami sekali lagi meningkat dari 7.7Mbps kepada 10Mbps. 5G menawarkan satu kelajuan yang lebih tinggi iaitu melebihi 175 Mbps.
Jadi, ini adalah bergantung kepada seseorang individu sama ada mereka memerlukan kelajuan internet yang begitu tinggi. Kerana kalau untuklah aktiviti biasa, menonton YouTube ke, Facebook ke, WhatsApp ke dan sebagainya, 10Mbps untuklah kelajuan download minimum untuk 4G sebenarnya adalah amat agak memadai. Jadi, ini terpulang kepada individu dan dalam pasaran sekarang, 5G plan yang paling-paling murah, salah satu yang saya menemui adalah ataupun mendapati adalah RM28 sebulan, RM28 sebulan untuk pakej 5G.
Jadi, adakah ini satu pakej yang affordable? Saya rasa sekali lagi dia terpulang kepada prioriti seseorang pengguna dan juga mereka rasa sama ada mereka memang memerlukan perkhidmatan 5G atau tidak. Untuk kementerian, kami memang menggalakkan semua untuklah menikmati kemudahan yang telah diguna pakai atau disediakan oleh 5G kerana kami punya average speed untuk 5G memang antara salah satu negara yang agak tinggi. Terima kasih.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya, apakah pelan konkrit untuk pastikan 4G ini kekal stabil? Khususnya di kawasan luar bandar dan tidak dikorbankan dalam perlumbaan antara 5G ini. Kalau kita lihat, apakah perancangan kerajaan dalam membangunkan teknologi masa depan? Contohnya, seperti fiber optic yang lebih meluas lagi dan apakah- bagaimana capaian yang dibuat, ya? Parameter yang dibuat itu, kalau kita lihat 90% antaranya dari segi infra, dari segi kepuasan rakyat dan sebagainya tapi masih ramai lagi di kawasan luar-luar bandar, walaupun infra itu sudah ada tapi capaian internet itu masih belum memuaskan. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Pertama, untuk COPA ataupun kadar liputan di kawasan berpenduduk untuk 4G setakat ini, sebenarnya itu sudah melebihi 97 peratus dan bagi kami, kita rasa bahawa kegunaan 5G tidak akan mengganggu kegunaan 4G kerana mereka mengguna pakai spektrum berbeza.
Puan Teo Nie Ching
Apa yang kita dapati bahawa walaupun kita cakap bahawa liputan 4G di seluruh Malaysia di kawasan berpenduduk average adalah 97 peratus tetapi kita juga mendapati bahawa liputan untuk setiap syarikat adalah berbeza. Sebagai contohnya, untuk Celcom liputan 4G adalah sebanyak 94 peratus, Digi 95 peratus, Maxis 98 peratus, U Mobile 82 peratus, TM 80 peratus.
Jadi ini menjadikan satu faktor yang kita nak atasi pada tahun ini di mana kita nak menggalak syarikat-syarikat telco untuk memastikan bahawa untuk kawasan yang mereka tak ada perkhidmatan 4G, mereka juga akan mengguna pakai teknologi MOCN. Untuk memastikan bahawa mereka boleh kongsi infrastruktur 4G ini untuk pastikan bahawa semua pengguna, tak kiralah mereka guna pakai servis daripada mana satu syarikat telco, tak kiralah mereka berada di mana, mereka terus akan menikmati perkhidmatan 4G yang stabil.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Padang Besar tadi juga tanya tentang PoP, fiber optik. Saya minta keizinan daripada Yang di-Pertua untuk menjawab secara tulis kerana fiber optik kita ada rancangan di bawah Point of Presence (PoP) untuk memperluaskan liputan fiber optik di seluruh negara. Jadi saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sebagai element in lesson learned untuk jawapan lisan, please master Peraturan 23 dan 24 ya, terutama sekali 24 dalam perkara kedua itu ya, berkaitan soalan-soalan. Just a reminder. Baik, berikutnya saya mempersilakan Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin.
11. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan tindakan yang akan diambil bagi menggantikan peralatan dan kemudahan di kelas-kelas Tabika dan Taska KEMAS yang telah rosak serta tidak selamat untuk digunakan khususnya di kawasan luar bandar supaya dapat memberikan keselesaan kepada para guru dan murid.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pihak KEMAS telah pun mengenal pasti dan telah pun menyediakan data untuk keperluan peralatan dan penggantian peralatan dan kemudahan di kelas tabika KEMAS dan taska KEMAS seluruh negara.
Namun begitu, untuk makluman Dewan, Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) telah menerima peruntukan mengurus berjumlah RM1.25 juta di bawah peruntukan khusus peralatan dan kelengkapan tabika dan taska. Menerusi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
peruntukan ini, kita hanya menggantikan ataupun membuat pembelian peralatan berdasarkan priority, keutamaan tabika-tabika berkenaan.
Alhamdulillah, tahun ini KEMAS mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang telah pun meluluskan peruntukan khas berjumlah RM40 juta di bawah kerja-kerja baik pulih bangunan tabika dan taska di seluruh negara, yang mana melalui peruntukan ini juga yang berjumlah RM2.64 juta juga boleh digunakan sebagai pembelian peralatan dan juga penukaran, penggantian peralatan dan kelengkapan tabika. Dengan jumlah ini, kita mengharapkan banyak peralatan dapat kita tukarlah, dapat kita ganti pada tahun ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak RM184,326 telah diperuntukkan untuk memenuhi keperluan tabika dan taska KEMAS Negeri Sembilan. KEMAS Negeri Sembilan telah pun menghantar senarai dan insya-Allah penyaluran peruntukan akan dilaksanakan sebab selepas perolehan dilaksanakan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin, soalan tambahan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM40 juta di bawah peruntukan khas bagi kerja-kerja baik pulih bangunan tabika, taska termasuklah pembelian peralatan.
Sememangnya ada keperluan yang mendesak pada masa ini. Mengenai usaha untuk mewujudkan tabika berkeperluan khas atau tabika autisme pertama di Malaysia yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri sebelum ini, saya ingin mengetahui, apakah perancangan kementerian untuk memperluas dan memperhebatkan lagi inisiatif tersebut dengan kadar segera supaya dapat dimanfaatkan oleh anak-anak istimewa dari golongan B40 di seluruh negara. Terima kasih Dato’ yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk jawapan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Untuk makluman, pembukaan ataupun tadika khas untuk pelajar-pelajar khas bagi KEMAS telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan akan dilaksanakan pada tahun ini, pada tahun 2025. Pilot project ataupun kelas uji cuba akan dilaksanakan di negeri Melaka, tiga kelas dan
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
usaha-usaha untuk mengadakan satu kelas di setiap negeri akan dilaksanakan pada tahun 2026.
Untuk makluman, sebenarnya usaha untuk mewujudkan kelas khas tabika dan taska orang kurang upaya ini sebenarnya memerlukan perincian yang teliti, bukan saja dari sudut kemudahan peralatan bangunan malah juga tenaga pengajarnya perlu diberi latihan khas. Ini kita mengambil perhatian yang penting dan pastikan perkara ini dapat kita laksanakan dalam tahun 2025 untuk percubaan uji cuba dan seterusnya kita akan lakukan pembukaannya di setiap negeri pada tahun 2026. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya nak bertanya kepada kementerian mengenai KEMAS ini tadi, berapakah jumlah tabika KEMAS yang baru yang diwujudkan di Selangor?
Tadi saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Tampin. Setiap negeri ada satu, sudi kah kementerian mewujudkan pilot project ini di Kapar sebab kita ramai pelajar yang memerlukan pendidikan khas ini di peringkat pendidikan awal. Terima kasih Speaker.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Papar atas soalan tambahan. Sebenarnya permohonan untuk kelas tabika keperluan khas ini memang banyak kita terima. Memandangkan kesedaran masyarakat pada masa ini tentang peluang pendidikan ataupun pendedahan anak-anak yang kurang berupaya ini untuk mendapat latihan dan pendidikan yang lebih sistematik.
Untuk makluman, sebenarnya tabika ini kita luluskan tahun ini. Insya-Allah kita lakukan di peringkat negeri-negeri lain pada tahun 2026. Namun begitu, pemilihan di Papar ini kita akan...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar, Kapar.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Kapar, kita akan lihat dulu sebab kita based dengan orang kata keperluan di sesuatu tempat dulu. Kajian perlu kita buat dan KEMAS negeri perlu buat kajian dulu dan mana priority yang perlu diletakkan.
Jadi, insya-Allah saya cuba panjangkan permohonan Kapar kepada KEMAS dan kita lihat bagaimana kita boleh laksanakan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, maka tamatlah sesi jawapan lisan pada pagi ini. Sekian, terima kasih.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk mencadangkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut.
“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan isu bencana banjir dan tanah runtuh yang sedang berlaku di Sarawak dan Sabah.”
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Ini adalah perkara tertentu kerana bencana sejak 28 Januari 2025 telah melanda 25 daerah, di mana 16 di Sarawak dan sembilan di Sabah, mengakibatkan hampir 17,637 mangsa dipindahkan dengan mencatat 15 kematian serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur. Di Miri dan kawasan bukit, tanah runtuh telah meragut nyawa dan menjejaskan keselamatan penduduk. Krisis ini berterusan dengan ribuan kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan.
Ini perkara berkehendak disegerakan kerana 98 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menampung 5,399 keluarga. Tindakan segera seperti pengagihan bantuan makanan, pemulihan infrastruktur dan pengukuhan sistem amaran awal diperlukan untuk mengurangkan risiko lanjut. Usul ini juga mendesak kementerian berkaitan menjelaskan pelan jangka pendek dan panjang untuk menyokong mangsa serta memulihkan kawasan terjejas.
Ini perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana bencana ini mengancam kestabilan ekonomi, keselamatan dan nyawa rakyat sementara cerun yang tidak stabil meningkatkan risiko tanah runtuh. Kerjasama menyeluruh antara agensi kerajaan amat kritikal untuk menyediakan bantuan segera dan merangka strategi pencegahan jangka panjang demi mengelakkan pengulangan tragedi.
Saya mohon usul ini mendapat pertimbangan Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Miri pada hari Isnin, 3 Februari 2025. Teks usul adalah sepertimana yang dibaca oleh Yang Berhormat Miri sebentar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu, spesifik. Syarat yang kedua, ia adalah bagi kepentingan orang awam, orang ramai. Syarat yang ketiga ialah berkehendakkan disegerakan.
Yang di-Pertua, selepas pertimbangan, telah meneliti perkara ini dan mendapati perkara ini adalah perkara yang tertentu. That is very specific issue.
Kedua, berkepentingan orang ramai. Ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Dan yang ketiganya, berkehendakkan disegerakan. Perkara ini juga perlu disegerakan.
Oleh yang sedemikian, Yang di-Pertua membenarkan usul ini untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas pada jam 2.30 petang ini. Insya-Allah, saya sendiri akan mempengerusikan usul ini selepas lain-lain usul Kamar Khas dilaksanakan.
Kita telah menetapkan lebih kurang dalam satu jam 30 minit bagi pembahas- pembahas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, 30 minit akan dijawab oleh Menteri.
Dalam tempoh yang sama, pihak Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mencelah ya. Insya- Allah, kita berjumpa petang ini.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas.” [4 Februari 2025]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Kalau dilihat dalam senarai yang berada dengan saya ini, sejumlah 18 Yang Berhormat akan berbahas. Senarai adalah seperti berikut. Pohon Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil maklum.
Tirai akan dibuka oleh Yang Berhormat Bagan, diberi masa 15 minit sebagai ketua parti. Diikut Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Klang. Masa di-allocate, diberi kepada setiap Yang Berhormat adalah 12 minit, selain daripada Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Sri Aman, diberi 15 minit. Yang Berhormat Bagan sebagai ketua parti, Yang Berhormat Sri Aman sebagai wakil ketua parti.
Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan untuk membuka tirai perbahasan. Silakan, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya ingin bermula dengan mengucapkan sokongan ke atas usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pengerusi BBC semalam.
Memang benar Titah Tuanku bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk memaki hamun atau menabur fitnah tetapi untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara serta Ahli Parlimen hendaklah berhenti bermain politik dan menjadi benteng perpaduan negara, bukannya ejen perpecahan rakyat.
Inilah sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan adalah satu-satunya gabungan politik sahih dalam negara ini yang boleh menjamin kestabilan politik dalam negara kerana benar-benar mewakili dan menyokong bantuan diberikan kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang. Sekiranya ada perbezaan pendapat, hanya setakat jumlah peruntukan yang diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan isu yang paling utama ialah isu ekonomi, kos sara hidup, peluang perniagaan dan pekerjaan serta sama ada kita dapat memastikan rakyat boleh hidup lebih senang. Sememangnya pihak Kerajaan Perpaduan telah mencapai prestasi ekonomi yang membanggakan, seperti dalam
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
titah ucapan Tuanku berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, jumlah pelaburan asing, mengawal inflasi dan menaikkan gaji minimum.
Akan tetapi, saya ingin menarik perhatian bahawa semua angka-angka memberangsangkan ini tidak mencerminkan hasil kejayaan ini dapat dinikmati secara seimbang oleh semua lapisan rakyat. Kini, banyak negara termasuk Malaysia menghadapi masalah ekonomi dua peringkat atau, dengan izin, two-tier economy.
Masalah two-tier economy bukan sahaja disebabkan pertumbuhan ekonomi hanya tertumpu dalam sunrise industry, dengan izin, dan kurang dalam industri senja atau sunset industry, ataupun dalam sektor eksport berbanding dengan yang lebih cergas berbanding dengan sektor domestik.
Kombinasi daya saingan dari negara yang jual dengan harga bawah pasaran ataupun lambakan produk, peningkatan teknologi, penyusunan semula pasaran tradisional dan digital, peralihan corak perdagangan telah menyumbang ke atas era jurang kekayaan dan kelas menengah yang kian menyusut dan tertekan. Ancaman perang perdagangan yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif oleh Donald Trump akan memburukkan lagi masalah two-tier economy.
Kerajaan memang ada program bantuan untuk B40 dengan menaikkan gaji minimum baru-baru ini sebanyak RM200 kepada RM1,700 sebulan, tetapi kurang untuk kelas menengah M40 yang kian tertekan. Aspirasi kelas menengah adalah berlandaskan prinsip pekerjaan stabil, perumahan yang mampu dimiliki, akses perkhidmatan kesihatan yang murah dan pendidikan yang mudah dan mutu hidup yang bertambah baik dan dapat hidup juga lebih senang pada keesokan hari.
Kesemua ini terancam kerana kos sara hidup yang meningkat.
Masalah serupa juga melanda industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya prospek volum perniagaan yang berkurangan. Peranan IKS dalam negara kita tidak boleh dinafikan dengan sumbangan 38 peratus kepada GDP dan menjanakan 48 peratus pekerjaan negara serta hampir 13 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.
Naik turun IKS ada impak besar kepada ekonomi, pekerjaan dan mutu hidup sebilangan besar rakyat Malaysia.
Salah satu punca utama mengapa sesetengah volum perniagaan IKS turun dengan ketara ialah pelabur-pelabur asing yang mendapat kontrak tempatan, baik daripada swasta mahupun daripada kerajaan, tidak diwajibkan membeli barangan keperluan daripada pengeluar tempatan. Kebanyakan pelabur asing membeli hampir semua barangan keperluan daripada negara asal mereka demi melindungi industri tempatan. Contohnya, Indonesia telah pun mewajibkan semua pelabur asing perlu membeli 70 peratus daripada barang keperluan daripada pengeluar tempatan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya ingin mencadangkan bahawa Kerajaan Malaysia mewajibkan semua pelabur asing membeli sekurang-kurangnya 50 peratus barang keperluan daripada pengeluar tempatan untuk membantu dan melindungi IKS kita.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Selain daripada kenaikan kos gaji tahun ini berikutan kenaikan gaji minimum dan sumbangan dua peratus KWSP untuk pekerja asing, IKS juga dibebankan dengan pindaan kepada Akta Kerja yang berkuat kuasa pada 2024 seperti berikut.
Jumlah waktu kerja mingguan disingkatkan daripada 48 jam kepada 45 jam yang menaikkan kos gaji sebanyak 10 peratus. Nombor dua, cuti bapa sepanjang tujuh hari untuk lima anak pertama. Nombor tiga, cuti bersalin yang ditambah daripada 60 hari kepada 98 hari. Kesemua ini menambahkan beban kepada IKS tetapi mereka rela berkorban demi kebajikan pekerja Malaysia. Sebagai permulaan, saya ingin mencadangkan tambahan pelepasan cukai sebanyak RM10,000 setahun untuk IKS.
Soalan yang mereka timbulkan ialah mengapa IKS perlu berkorban untuk pekerja asing dengan sumbangan dua peratus KWSP? Berkorban untuk pekerja Malaysia tak jadi masalah. Tidak betul pandangan yang diberikan oleh sesetengah pihak bahawa Malaysia terikat dengan peraturan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) atau dalam International Labour Organization (ILO).
Ini kerana Singapura tidak mewajibkan sumbangan CPF untuk pekerja asing daripada majikan sejak 2003 tanpa sebarang tindakan atau hukuman oleh ILO.
Sekiranya Singapura boleh mengecualikan pekerja asing daripada sumbangan CPF tanpa sebarang hukuman dan negara Malaysia juga sedemikian rupa sebelum ini bila tidak mewajibkan sumbangan KWSP oleh majikan tempatan, mengapa perlu mewajibkan majikan tempatan bayar sumbangan KWSP untuk pekerja asing?
Lagipun, Presiden Amerika Syarikat baru, Donald Trump telah secara terbuka mengingkari peraturan United Nations dan ILO dengan sewenang-wenangnya, malah akan menarik Amerika Syarikat daripada beberapa institusi utama United Nations tanpa sebarang tindak balas atau hukuman oleh United Nations. Mengapa pula Malaysia mesti patuhi peraturan antarabangsa yang merugikan negara dan perniagaan tempatan bila Amerika Syarikat begitu berani melindungi kepentingan rakyat dan perniagaan mereka?
Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan dan latihan semula amat penting bila sifat dan kerangka kerja berubah dengan besar dalam zaman digital kita. Pelaburan dalam tenaga buruh selaras dengan trend automasi dan globalisasi dengan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
melengkapkan mereka dengan kemahiran baru adalah satu inisiatif yang penting.
Kini, ini dijalankan oleh HRD Corporation.
Akan tetapi, peranan HRD Corporation kini dipertikaikan oleh PAC dan Ketua Audit Negara yang mempersoalkan peranan dan tugas kerja Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HRD Corp. Mengapa CEO ini masih bertugas sungguh pun diberikan garden leave, dengan izin, sebelum ini? Adakah pandangan Ketua Audit Negara dan PAC yang dianggotai oleh Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan boleh ditidakkan begitu sahaja?
Tanpa kepimpinan yang berwibawa dan berintegriti, sukar untuk menjalankan tugas penting, menyesuaikan tenaga buruh ke zaman digital dengan penuh kepakaran dan profesionalisme. Ia juga akan menimbulkan keraguan ke atas komitmen kerajaan ke atas prestasi kerja yang bersih, cekap, accountable dan telus.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian tentang kebimbangan pihak industri tentang kenaikan tarif elektrik sebanyak 14 peratus menjelang Julai ini.
Impak negatif dalam iklim ketidaktentuan ekonomi global ekoran pelaksanaan tarif oleh Donald Trump. Bolehkah kenaikan tarif diperlahankan dengan dilaksanakan secara peringkat tujuh peratus sebanyak dua kali dan bukan 14 peratus sekali gus?
Di samping itu, saya juga ingin menarik perhatian permintaan daripada Persatuan Pengusaha Syarikat Perindustrian Kulim, Kedah yang telah mengadu tentang kenaikan tarif elektrik secara mendadak sebanyak lebih 19 peratus yang dimaklumkan secara mengejut oleh NUR Power pada 31 Disember 2024 bahawa kenaikan ini akan mula pada 1 Januari 2025. Bolehkah perkara ini dirundingkan terlebih dahulu dengan pemegang taruh dalam Kulim Hi-Tech Park?
Secara ringkas, saya ingin mengesyorkan 10 langkah berikut iaitu langkah fiskal dan monetary (kewangan) untuk menghadapi cabaran two-tier-economy dan pelaksanaan tarif yang mungkin mencetuskan perang perdagangan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang lembab.
Satu, iaitu kita harus naikkan nilai ambang pendapatan bercukai untuk pendapatan pertama RM150,000 kepada RM300,000 untuk IKS iaitu pada tahap 15 peratus. Seterusnya, pendapatan bercukai dalam tahap 17 peratus harus dinaikkan daripada nilai ambang sekarang RM600,000 kepada RM700,000. Ini akan membolehkan IKS untuk menikmati penjimatan cukai sebanyak RM10,000 setahun.
Dua, menaikkan pelepasan cukai untuk individu sebanyak RM5,000 setahun.
Nombor tiga, memastikan bahawa nilai ambang untuk e-Invoicing yang akan dilaksanakan pada bulan Julai tahun ini akan dinaikkan daripada pulangan tahunan RM150,000 kepada RM500,000 untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Seperti
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
yang dimaklumkan oleh Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya peniaga-peniaga kecil perlu mematuhi e-Invoicing ini, mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakannya secara sendiri dan terpaksa mengambil pekerja baru. Ini akan menambahkan kos mereka kerana kalau satu tahun untuk hasil dan pulangan RM150,000, hampir semua perniagaan akan dirangkumi dalam syarat untuk mematuhi e-Invoicing ini.
Empat, mengecualikan majikan daripada membuat sumbangan KWSP kepada pekerja-pekerja asing mereka.
Lima, pendapatan dividen untuk yang melebihi RM100,000 tidak harus dikenakan cukai dua peratus untuk syarikat swasta. Kalau dikenakan kepada syarikat-syarikat dalam Bursa Malaysia, tidak jadi masalah. Tapi tidak harus dikenakan atau dilaksanakan ke atas syarikat-syarikat swasta yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
Itu pelepasan cukai, yang keenam. Pelepasan cukai sebanyak RM7,000 yang diberikan sekarang harus juga merangkumi bayaran tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Tujuh, melambatkan pelaksanaan cukai mewah supaya kita dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.
Kelapan, melambatkan penarikan subsidi RON95 yang dicadangkan untuk diapungkan mengikut harga pasaran pada bulan Julai ini. Ini harus diperlahankan supaya kita dapat lihat kesan tarif yang akan dilaksanakan oleh Donald Trump.
Kesembilan ialah harus memastikan bahawa pelabur-pelabur asing mesti membeli 50 peratus daripada barang keperluan daripada pengeluar-pengeluar tempatan.
Akhirnya, tentang tarif elektrik. Kita syorkan kalau boleh dibuat secara dua kali, bukanlah sekali gus kerana ini akan menambahkan beban kepada peniaga- peniaga tempatan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak sebut di sini bahawa kita harus bersatu untuk memastikan rakyat dapat menikmati hasil ekonomi mereka. Tidak bermakna kalau kita selalu bergaduh tentang perkara-perkara yang remeh dan juga tidak berhasil langsung. Apa yang penting, adakah ini akan menambahbaikkan pulangan ekonomi atau membolehkan mereka mengurangkan kos sara hidup mereka.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di sini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Domestik Dalam Negeri kerana telah memulihkan Jualan RAHMAH daripada sebulan sekali memulihkan kepada sebulan dua kali. Saya ucapkan terima
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
kasih kerana sebelum ini dikurangkan. Tapi atas permintaan kita saya ucapkan terima kasih kerana telah ditambah balik, dinaik balik kepada dua kali sebulan.
Ini amat penting Dato’ Yang di-Pertua. Dah tentu tentang projek-projek Kerajaan Persekutuan amat membantu menjanakan hasil ekonomi dalam kawasan tempatan. So, di Pulau Pinang kita ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan projek LRT sebanyak RM13 bilion dan juga projek membesarkan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak RM1 bilion selain daripada beberapa projek jalan yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kita tentu akan tambah sokongan dengan projek-projek sedemikian yang amat bermakna kepada rakyat. Tetapi yang lebih penting ialah tanpa kestabilan politik, tanpa satu suasana yang tenteram dan tidak diporak-perandakan oleh pihak- pihak tertentu yang suka memainkan sentimen-sentimen isu khususnya dalam isu agama dan juga perkauman.
Kita rasa susah untuk kita menghadapi cabaran besar, cabaran ekonomi besar akan datang khususnya two-tier ekonomi yang saya sebut tadi dan juga pelaksanaan tarif oleh Donald Trump. Marilah kita bersatu supaya kita dapat hadapi cabaran ekonomi yang besar ini. tidak bermakna kalau menang berperang mulut tapi akhirnya kita rugi dari segi ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup untuk rakyat.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sabah dan Sarawak Yang Berhormat adalah merupakan dua negeri yang menjadi penyokong kuat kepada Kerajaan Persekutuan. di Sabah cuma 1 daripada 25 kerusi yang duduk sebelah sini. Di Sarawak, cuma Saratok daripada 31 kerusi Parlimen yang tidak menyokong kerajaan, kesemua 30 kerusi menyokong kerajaan. Maknanya Dato’ Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak menyumbang 54 kerusi Parlimen dan menyokong Kerajaan Persekutuan.
Kita lihat Sarawak meraih kebagusan-kebagusan dalam penyertaan mereka di dalam Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
Kalau kita lihat siaran akhbar 24 Disember “Gas Distribution Settled” iaitu gas antara Petros dengan PETRONAS. Kebaikan, kebagusan. 31 Disember PETRONAS setuju Petros jadi aggregator gas tunggal di Sarawak. 21 Disember “PM amicable solution
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
in the works for PETRONAS and Petros dispute over gas distribution”. Semuanya memihak dan Sarawak meraih kebagusan dalam penyertaan kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun. Lagi MASwings. MASwings dijangka sah milik Sarawak di suku pertama tahun depan.
Pelabuhan. Sarawak kini ─ Kerajaan Sarawak kini kendali semua penubuhan di wilayahnya iaitu selepas acquisition of Bintulu Port pada hak Sarawak. Jadi sepanjang dua tahun ini, kita melihat Sarawak meraih kerana sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan. Berbeza dengan Sabah Yang Berhormat Speaker, kita juga in the headline dalam portal news terutama Malaysiakini. Headline, banyak headline. Saya baca headline boleh Yang Berhormat? Ya, terima kasih. 4 Disember “Masidi beri keterangan sukarela di SPRM”. Tak tahu apa kes ini.
27 Disember tahun lalu, ADUN Tempasuk dan RM360,000. 9 Disember “Skandal rasuah Sabah - SPRM siasat pendedah maklumat”. 28 Disember “Tolong bungkus pakej' - RM400,000 dikait Timbalan Ketua Menteri. Ini headline saya baca headline. 26 Disember “Projek belum ada, tiada kemasukan' - RM400k dan ADUN Kuamut”. 14 November semua 2024 Yang Berhormat Speaker. Tiada elemen rasuah kata ADUN berkait video tular. Dia buat keputusan sendirilah.
21 Disember “Video ADUN Sabah tunjuk 'bukti jelas' perbuatan rasuah – Latheefa Koya” bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM. 15 Disember Hajiji Ketua Menteri Sabah dia kata itu political donation ayat dia, “bohong kalau parti politik tidak terima dana politik”. Second part, “kalau harap wakil rakyat saja punya gaji macam mana kita hidup makan pun tidak cukup”. Ini merupakan headline-headline yang menyentuh tentang keberadaan orang-orang besar dan parti-parti politik Sabah dan kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun sepanjang dua tahun yang lalu.
Berbeza dengan headline yang saya baca tentang Sarawak pasal pelabuhan, pasal MASWings, pasal Petros dan gas distribution. Berbeza Dato’. Tetapi lebih daripada itu sebagai rakyat Malaysia dan Ahli Parlimen yang datang daripada Sabah tentu sekali kita ingin tahu apa kesudahan-kesudahan terhadap headline-headline lain yang dibawa oleh portal Malaysiakini ini.
Dan terkini dua hari yang lalu menantu “X-X” lah Tan Sri, jangan sebut nama − Tawar penyelesaian yang ini lagi hebat pendedahannya. Dikatakan di dalam pendedahan yang disiarkan oleh Malaysiakini itu dua hari lalu ada rundingan nak bagi balik projek yang menjadi masalah itu dengan syarat nama-nama besar ini harus dinyahkan. Dan lagi beberapa buah parti di Sabah parti STAR, parti PBS dan termasuk parti Yang Berhormat Kimanis ini disebut perlu di-implicate ini yang ─ jangan tuduh saya, ini kenyataan daripada Malaysiakini dua hari lalu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jadi, kesemua ini mendesak meminta rakyat Sabah memerlukan penjelasan daripada pihak-pihak yang berwajib. Apa tindakan yang telah diambil terhadap headline-headline yang tentu sekali seiring dengan kehendak dan aspirasi Yang Berhormat Tambun untuk meletakkan Kerajaan Persekutuan di semua peringkat termasuk kerajaan negeri ditadbir dengan penuh integriti. Kerana rakyat memerhati Yang Berhormat Speaker kes ini dah dua bulan tiga bulan lama tetapi nampak macam silence.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Berbeza dengan beberapa kes sebelum ini yang melibatkan beberapa orang di sebelah sini termasuk Yang Berhormat Tambun, Pagoh, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Kadar kecepatannya untuk disiasat dan dituduh supersonik kata sahabat saya ini. Dituduh dulu kemudian disiasat. Tapi yang melibatkan sebelah sana, nampak perjalanan agak slow dan seolah-olah didiamkan.
Apakah itu — Soalan saya, apakah itu yang sedang berlaku atau ada dua set undang-undang yang dicepatkan kalau pembangkang dan dilambatkan kalau port kerajaan. Tentu kita tidak mahu ini berlaku dalam kerajaan dan negara kita. Tidak perlu, tidak boleh ada dua set Perlembagaan dan undang-undang.
Sebab itu kita ingin penjelasan yang tepat, tuntas tentang terhadap tindakan yang sedang diambil untuk meleraikan kerisauan dan pertanyaan-pertanyaan rakyat Malaysia yang berada di Sabah kerana kita membuat kesimpulan yang banyak atas perkara ini. Mungkin ada bentuk kerjasama dengan menggunakan siaran-siaran akhbar yang menyentuh tentang integriti ini untuk dimobilisasikan satu gerakan politik dengan menggunakan isu-isu seperti ini yang sepatutnya tidak berlaku. Sebab itu pihak berwajib perlu perjelaskan tentang apa yang sedang berlaku dengan perkara ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Beluran...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Dan bukan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Beluran...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Meletakkan gag order kepada portal news untuk menyiarkan lagi kes-kes yang dikatakan melibatkan beberapa orang lagi. Tak tahulah saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Beluran...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tetapi kenapa ada case order. Tak perlulah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Beluran...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tentang lambat tindak...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Duduklah. Tak bagi Yang Berhormat Speaker.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
SPRM lambat.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kota Melaka. Saya tidak benarkan. Saya invoke 37(2), mengganggu.
Duduk. Teruskan Beluran.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Beluran, mana anak menantu Pagoh?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Suruh diam.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Melaka amaran pertama. Duduk.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sabah menyumbang agak banyak dari segi kutipan cukai daripada negeri Sabah. Kalau dilihat saya ada ladang- ladang sawit, Sabah menyumbang 26.5 peratus daripada jumlah keseluruhan keluasan ladang sawit di seluruh negara sama ada 1.5 juta hektar ladang sawit.
Kalau cukai dikutip daripada ladang-ladang ini, tentu banyak cukai yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan.
Sabah juga menyumbang minyak yang dicari gali oleh Petronas , oleh syarikat-syarikat yang lain termasuk Shell, TotalEnergies, PTTEP, ConocoPhillips, Hibiscus Petroleum, di luar perairan negeri Sabah. Jadi, kalau cukai ini dikenakan kepada semua industri perladangan minyak dan sebagainya tentu banyak yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah.
Perkara 112C Yang Berhormat dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau dibaca 40 peratus daripada cukai yang dikutip daripada Sabah ini harus dipulangkan kembali ke negeri Sabah. Kalau duit ini dikembalikan, tentu masalah air, masalah gangguan lampu, masalah jalan raya yang sedang membelenggu rakyat Sabah, ketika ini sejak dua tahun, tiga tahun yang lalu dapat mungkin ditangani dengan baik jika kerajaan memulangkan kembali cukai net revenue yang dikutip daripada Sabah.
Saya ingin tahu, berapa banyak kutipan cukai di bawah Perkara 112C ini yang telah dikutip oleh kerajaan sejak lima tahun, 10 tahun yang lalu supaya kita dapat melihat ke hadapan bagaimana masalahnya terstruktur dapat dibaiki dan ditangani.
Bukan sahaja melalui peruntukan di bawah Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan tetapi Perkara 112C ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, inilah perkara-perkara yang harus dilihat oleh Kerajaan Persekutuan agar Sabah ini dapat juga kebagusannya seperti yang dinikmati oleh sahabat-sahabat saya daripada Sarawak. Jadi Yang Berhormat, masa dah habis.
Saya tahu. Setakat itu perbahasan saya. Terima kasih Yang Berhormat.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Dato' Timbalan Speaker untuk peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja.
Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang perpaduan masyarakat. Saya mengambil maklum akan hasrat kerajaan untuk mengetengahkan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia terutamanya pada platform ASEAN sementelah Malaysia memegang tampuk kepengerusian pada tahun ini. Benar, kita amat berbangga dengan latar kepelbagaian kita sebagai masyarakat Malaysia dan keupayaan kita sebagai sebuah negara telah memupuk keterangkuman dan perpaduan biarpun terdapat perbezaan yang jelas dari sudut kepercayaan, budaya, agama dan bangsa.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dalam pelbagai kesempatan menyatakan bahawa Malaysia amat dipandang tinggi oleh negara luar susulan keupayaan serta kejayaan kita dalam menguruskan kepelbagaian dan perbezaan.
Justeru, meletakkan kepentingan negara sebagai sebuah matlamat sulung dalam kita memacu ke hadapan.
Saya juga ingin menyatakan sokongan terhadap penegasan yang dibuat oleh Perdana Menteri tentang keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk meneruskan tanggungjawab memperkukuhkan semangat perpaduan di antara kaum dalam negara dan untuk tidak sesekali meremehkan konsep perpaduan kerana ia merupakan kunci kepada kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara.
Sememangnya dalam pelbagai indeks antarabangsa terkait perpaduan kita menduduki tangga yang tinggi berbanding negara-negara lain.
Mengambil contoh indeks yang dijalankan oleh badan pemikir Germany, Bertelsmann Stiftung. Malaysia Malaysia dicirikan sebagai negara yang mempunyai tahap keterpaduan sosial yang baik, kekuatan yang dikenal pasti terdapat di Malaysia termasuklah rangkaian sosial yang kukuh, kepercayaan yang teguh terhadap institusi dan tahap solidariti, keprihatinan dan penyertaan sivik yang tinggi.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Walau bagaimanapun, dalam kita mengakui kekuatan kita dalam mengekalkan perpaduan dan keupayaan masyarakat Malaysia untuk mencapai kesepakatan dalam pelbagaian adalah penting juga untuk kita mengakui kelemahan yang masih kita warisi terutamanya dalam usaha kita untuk memupuk keterangkuman yang lebih kukuh di kalangan masyarakat.
Kelemahan kita yang banyak diakui oleh kajian adalah satu tahap kepercayaan sesama kaum yang rendah dan pengalaman ketidakadilan atau diskriminasi yang tinggi. Ini terbukti di dalam kajian yang dijalankan oleh Architects of Diversity (AOD) Malaysia di mana pertemuan utamanya termasuk:
(i) 64 peratus rakyat Malaysia melaporkan mengalami beberapa bentuk diskriminasi pada tahun 2023 dengan 32 peratus daripadanya berkaitan etnik;
(ii) 40 peratus penganut Hindu melaporkan pengalaman diskriminasi berasaskan agama; dan
(iii) 23 peratus rakyat Malaysia melaporkan diskriminasi di media sosial, 30 peratus semasa pencarian kerja dan 29 peratus di tempat kerja.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kajian yang dilaporkan oleh London School of Economics pada 2023 juga mendapati bahawa pelajar universiti di Malaysia kebanyakannya membentuk persahabatan dalam kumpulan etnik mereka sendiri. Fenomena ini yang dikenali sebagai ethnic homophily menunjukkan kecenderungan untuk bergaul dengan individu yang berasal daripada etnik yang sama. Mengambil kira kelemahan ini, ia secara langsung mendedahkan orang ramai terhadap retorik us vs them yang ditanam oleh pemimpin komuniti bagi meraihkan sokongan.
Oleh yang demikian, saya ingin merayu kepada rakyat Malaysia untuk tidak termakan dengan retorik ini dan sama-sama mengambil seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita sama-sama bekerja dan berusaha untuk membangun dan memajukan Malaysia termasuk mempertahankan perpaduan yang kita perjuangkan selama ini. Kita semestinya tidak boleh menjadi mangsa kepada taktik murahan sesetengah pihak, sebaliknya kita harus menentang sebarang unsur perkauman dan mereka yang ingin mencetus ketegangan di antara kaum.
Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan.
Satu, apakah langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan bagi memupuk kepercayaan sesama kaum dan komuniti di Malaysia sama ada dari sudut sosial pekerjaan mahupun politik? Kedua, adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
kaedah dan tatacara Malaysia mengendali ucapan kebencian (hate speech). Hal ini kerana Malaysia pada ketika ini tidak mempunyai sebarang undang-undang komprehensif bagi mengawal ucapan kebencian dan ianya buat masa ini ditangani oleh beberapa undang-undang yang berbeza.
Hal ini adalah penting tatkala kita menyaksikan bahawa terdapat peningkatan yang drastik bagi ucapan kebencian di media sosial pada pilihan raya yang lalu.
Kajian yang telah dijalankan oleh Centre for Independent Journalism juga mendapati bahawa jumlah ucapan kebencian telah meningkat hampir dua kali ganda.
Perkara kedua ialah tentang keadaan pelarian. Di kesempatan ini juga saya ingin menyinggung berkenaan keadaan pelarian di dalam negara ini. Saya memahami dengan baik bahawa Malaysia tidak menandatangani 1951 UN Refugee Convention and 1967 Protocol. Maka, hak bagi pelarian dan pencari suaka di Malaysia tidak dijamin. Pelarian di Malaysia kini tidak mempunyai sebarang akses kepada keperluan asas sesebuah manusia dan ini termasuklah:
(i) akses kepada pekerjaan bagi memenuhi keperluan makanan dan tempat tinggal;
(ii) akses kepada pendidikan bagi memenuhi keperluan rohani; dan
(iii) akses kepada kesihatan bagi memenuhi keperluan jasmani.
Memahami keperluan manusiawi, kerajaan telah pun menyatakan komitmen untuk menangani isu ini. Pada 2023, Kementerian Sumber Manusia telah menyatakan bahawa ia sedang mengkaji mekanisme yang sesuai untuk membenarkan pelarian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk pelarian UNHCR mendapat pekerjaan dalam sektor- sektor tertentu. Ini termasuklah dengan kerja bagi menubuhkan sebuah sistem pendataan pelarian di peringkat kerajaan bagi memudahkan kerja memantau dan mengawal selia dan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Kebenaran Bekerja untuk pelarian.
Oleh yang demikian, saya ingin menanyakan bahawa, satu, apakah status terkini berkenaan dengan kerja-kerja mewujudkan sistem pendataan pelarian di peringkat kerajaan kini dan apakah garis masa yang boleh diberikan bagi persiapan sistem pendataan ini dan berapa banyak prosiding yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja Kebenaran Bekerja untuk pelarian? Apakah penentuan atau consensus hasil daripada permesyuaratan terkini yang telah dicapai oleh jawatankuasa tersebut?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya di sini ingin memohon agar kerajaan dapat mencepatkan proses pertimbangan pengenalan peruntukan bagi membenarkan komuniti pelarian dan mencari suaka untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu lebih-lebih lagi apabila terdapat pelbagai sektor yang betul memerlukannya. Mengambil contoh sektor pasar raya. Industri ini memerlukan tenaga kerja pada waktu tengah malam bagi mengendali stok dan menyusunkan barang-barangan yang mustahil mereka untuk mendapatkan pekerja dari pasaran pekerja tempatan.
Oleh yang demikian, memberikan peluang pekerjaan kepada pelarian dari sektor ini bukan sahaja dapat membantu mereka menjana pendapatan untuk memenuhi keperluan asas, tetapi juga dapat membantu menangani kekurangan tenaga dalam sektor terbabit khususnya 3D.
Akan tetapi, saya juga mengambil maklum bahawa kerajaan dalam mengambil kira keselamatan negara tidak mahu memperkenalkan apa-apa faktor tarikan (pull factor) yang boleh menyumbang kepada peningkatan migran tidak berdaftar di Malaysia. Akan tetapi, kita juga perlu menyedari bahawa` dengan tidak memberikan akses kepada pekerjaan kita secara tidak langsung telah mencipta sebuah persekitaran yang amat kejam kepada komuniti ini dan masa yang sama menyumbang kepada kemunculan ekonomi gelap (black economy). Ini kerana dalam apa cara sekali pun migran sebagai seorang manusia perlu menyara diri dan mencari sumber untuk membeli makanan, mengadakan sebuah bumbung dan keperluan lain.
Susulan itu, jika kerajaan tidak mahu meluluskan akses pekerjaan bagi beberapa sektor yang khusus kepada pelarian dan pencari suaka, saya ingin bertanyakan kepada kerajaan:
(i) adakah kerajaan bersedia dari sudut kewangan dan guna tenaga untuk dikerahkan bagi membanteras ekonomi gelap hasil daripada ke desakan komuniti ini dalam mencari punca rezeki bagi kelangsungan hidup? dan
(ii) apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam menilai impak dan kesan daripada potensi pasaran yang boleh diwujudkan oleh komuniti ini?
Sekian, terima kasih. Masa sudah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya turut menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim ketika merasmikan sidang ini pada hari Isnin yang lalu.
Saya orang Melayu yang taat kepada semua Yang Dipertuan Agong termasuk Yang Dipertuan Agong ke-16. Cuma saya ingin melafazkan rasa terkilan dan kesal yang amat sangat atas perlakuan sesetengah pihak terhadap titah yang telah diberikan oleh Yang Dipertuan Agong ke-16 pada bulan Januari tahun 2024.
Betullah itu titah pada hari terakhir Baginda bersemayam di Istana Negara.
Tetapi ia masih titah, ia masih menurut Perlembagaan. Usahlah Tuan Yang di-Pertua, usahlah kita jadi seperti yang dimaksudkan oleh pepatah Melayu, “habis manis, sepah dibuang” kerana dia tinggal sehari, maka kita buat tak tahu sahaja kepada titah dan Sultan saya ini Sultan Pahang sangat berhemah orangnya, dia tak campur pun. Tetapi bila dah lama sangat, sampai setahun, akhirnya Baginda terpaksa, saya ulang, terpaksa mengutus surat melalui Majlis Kesultanan Pahang untuk menyatakan bahawa Titah Adendum itu sebenarnya adalah wujud dan sah.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun sebagai Ketua Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional. Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri KPT dan Menteri KPM yang sudi hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Bangsa, Pendidikan dan Sumber Manusia yang saya pengerusikan pada tahun lalu.
Kita mengadakan perbincangan yang panjang lebar dan sangat baik. Banyak perkara kita bincang dan ada beberapa perkara yang kita bersetuju untuk dilanjutkan perbincangannya. Pada hari Isnin yang lepas, saya diberitahu oleh Menteri KPT yang beliau akan mengundang sekumpulan Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak untuk libat urus bagi pelan pendidikan yang akan datang. Pelan pendidikan atau saya tidak tahu nama rasmi yang akan diumumkan tetapi yang bermula pada tahun 2025 hingga tahun 2035.
Saya mengharapkan undangan yang sama daripada Menteri Pendidikan. Ini Tuan Yang di-Pertua, hemah kita yang bijaksana yang harus diteruskan. Libat urus penting untuk memikirkan dan membincang dan menentukan hala tuju pendidikan anak-anak kita dan masa depan kita.
Satu lagi perkara yang dipersetujui, yang kami menunggu keputusannya ialah berkaitan dengan penggunaan pemberatan nisbah 90:10. 90 akademik : 10
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
ringkasnya kokurikulum, yang kami cadangkan supaya ditukar menjadi nisbah 70:30 untuk syarat kemasukan atau penilaian kemasukan melalui UPU ke IPTA. Ini asasnya adalah untuk benar-benar memberi makna kepada maksud kesepaduan dalam konteks dasar dan falsafah pendidikan negara.
Jadi, kami harap ini akan dapat keputusan yang segera. Kalaupun tak boleh sempat dilakukan pada kemasukan ke universiti pada tahun ini, sekurang-kurangnya kita ada timeline bila nisbah ini boleh ditukar supaya ia tidak terlalu berat akademik seperti yang ada sekarang, supaya ia bersifat lebih holistik.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk soal kos yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah pada hari ini. Saya ada seorang kawan. Saya guna nama dia J dan dia menghantar anak lelakinya, anak sulung. Saya namakan A, ke sekolah Tahun Satu buat kali ini.
Saya hendak sebutkan beberapa perbelanjaan yang kena ditanggung. Ada senarai dari sekolah kebangsaan tempat anak dia akan masuk. Ada senarai yang dipanggil senarai yang perlu dibeli. Ada 12 item. Ada senarai. Bahagian keperluan, ada 11 item. Ada senarai buku-buku tambahan tetapi ini pilihan ibu bapa, ada 10 item. Ada alat-alat tulis, dibeli jika belum ada. Memang belum lah sebab baru nak masuk sekolah. Ada sembilan item. Jumlah yang ini, yang kawan saya J dah beli. Itu pun dia bukan beli semua, Tuan Yang di-Pertua. Dia pilih-pilih sahaja. Dah RM153.60.
Kemudian, ada lagi beberapa keperluan, uniform sekolah. Baju - RM29.
Seluar - RM40. Kasut - RM47.99. Stoking - RM5. Tak akan hendak beli satu? Kena lah beli dua pasang. Dah RM243.98. Uniform KAFA untuk satu pasang, jumlahnya RM85. Ada lain-lain lagi. Singlet, t-shirt putih dan tracksuit - RM148.40.
Lepas itu, ada bayaran tambahan di sekolah. Buku peraturan, baju rumah sukan, kad ahli perpustakaan, tanda nama, modul dan kit transisi, fail peribadi. Fail peribadi - RM15. Total RM82. Campur yuran KAFA. Katalah RM300 untuk seorang anak yang baru nak masuk Tahun Satu, J kena belanja RM1,012.98. Ini bukan jumlah yang kecil. Saya sebutkan ini sekadar mengilustrasi betapa kos sara hidup di satu pihak semakin meningkat. Kos untuk menghantar anak ke sekolah juga sebenarnya tinggi. Saya tak ada nak ketimbang-ketimbang. Saya cuma kata, hari ini ia tinggi. Ini J hantar A. Bagaimana bila J nanti nak hantar anaknya yang kedua, A dua?
Bagaimana kalau yang lain ada tiga, empat orang anak? Jadi, Rantau Panjang memang susah sekarang untuk seorang keluarga, satu keluarga untuk menghantar anak yang ke sekolah.
Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit sahaja? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Isu ini sebenarnya menekan, terutama penduduk di pedalaman. Ini belum masuk lagi kos pengangkutan. Belum masuk lagi kos-kos yang diperlu. Sebab itulah ada kanak-kanak yang pergi ke sekolah dan keluarga B40 hanya bawa bekal makanan. Tak mampu bawa walaupun RM1 atau pun RM2 duit. Itulah suasana yang ada, apa lagi apabila dengar kenaikan tarif elektrik. Dengan kenaikan kos-kos hidup ini, terus menekan rakyat. Minta pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya setuju. Memang rakyat sedang susah. Saya harap ia boleh dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya.
Satu perkara, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, pada Disember 2024, kami telah membuat kenyataan supaya kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0. Sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya, maka kami berpendapat satu kajian yang lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu. Yang Berhormat Menteri Pertahanan menjawab, menghantar surat kepada saya berikutan kenyataan kami. Tetapi minta maaf, surat itu tak jawab apa-apa pun.
Semalam, Igan bangun menyoal. Dia skeptikal tentang PLKN 3.0. Menteri menjawab, minta maaf jawapan itu - Kalau orang Sabah ini, Kimanis, kita bukan ‘paloi’. Kita bukan ‘bodoh’ mendengar jawapan yang sedemikian. Soalannya mudah sahaja. Kami memberi tujuh justifikasi mengapa ia tak harus diteruskan. Satu sahaja saya nak sebut. Adalah didapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 dan sekarang 3.0 melibatkan kos pelaksanaannya yang amat tinggi berbanding kesan positif yang tidak seberapa. Sedangkan kesan positif yang sama itu boleh didapatkan melalui program-program atau institusi pendidikan yang sedia ada.
Saudara, Tuan Yang di-Pertua, Pra PLKN - tiga hari dua malam, asas 45 hari, lanjutan belum ditentukan berapa hari. Kita boleh yakin kah jumlah masa itu yang disebut oleh Menteri Pertahanan dalam jawapan dalam Dewan ini semalam sebagai lanjutan kepada apa-apa yang dianggap asas di sekolah selama berapa tahun?
Enam campur lima. 11. Tak logik, Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang lanjutannya? Kalau saya bagi contoh. Antara kurikulum PLKN 3.0.
Modul kenegaraan - elemen jati diri, termasuk cont’ penerapan jati diri dan identiti nasional dalam konsep Malaysia Madani. Wah, hebat. Lagi satu. Modul kenegaraan
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
elemen perpaduan, termasuk pembinaan negara bangsa sebagai tonggak perpaduan Malaysia Madani. Lagi satu, bawah asas kesejahteraan hidup Malaysia Madani. Ada tajuk ‘Harmoni Madani’. Tuan Yang di-Pertua, ini patriotisme atau indoktrinasi politik? Sebab itu kami tegas mengatakan, kecuali boleh kami diyakinkan, kami tak fikir ia harus dilanjutkan.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kerana masa tak mengizinkan. Malaysia punya peranan penting di pentas antarabangsa. Saya berharap supaya Kementerian Luar Negeri akan memperkasa dirinya. Timbalan Menteri, masa saya Menteri dahulu, kita bincang bagaimana memperkasa Jabatan Maritim kerana Malaysia negara maritim. ASEAN kawasan maritim. Saya harap sempena kita jadi Pengerusi ASEAN, Jabatan Maritim di Kementerian Luar Negeri boleh ditingkatkan supaya boleh jadi seperti pusat maritim ASEAN. Barulah berbaloi kita menjadi Pengerusi. Ada legasi yang akan berkekalan untuk selama-lamanya. Pada saya, saya puji kerana negara menyertai kumpulan the head yang sembilan orang itu. Itu tak ada masalah.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya juga bersetuju Perdana Menteri kata kita nak bantu pembangunan semula Gaza, saya tak ada masalah. Cuma, semalam Presiden Trump ketika bertemu dengan Netanyahu mengatakan bahawa saya sebut dalam bahasa Inggeris, “Trump says US will own and develop Gaza and Palestinians living there should leave”. Dua perkara penting. Pertama, dia mencadangkan supaya “United States will take over the Gaza Strip and we will own it”. Kedua, agar semua rakyat Palestin yang sekarang tinggal di Gaza yang hampir dua juta orang itu harus meninggalkan kawasan itu dan diletakkan di negara-negara lain yang berdekatan, negara-negara Arab seperti Jordan dan Mesir.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kami pernah minta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk bincang soal Gaza, soal Palestin. Ini lebih gila dah suasananya.
Satu, ini ethnic cleansing yang complete, ini ethnic cleansing yang complete, yang tak pernah berlaku dalam dunia. Kedua, ia akan merubah geopolitik dunia bukan sahaja di rantau sana.
Ketiga, ini masalah kita Machang, kita ada pula BlackRock. Itu kita cerita kemudian, masa tak ada. Kita nak cakap ini tapi kita ini umpama ada tangan kiri dan tangan kanan. Tangan kiri, kita jadi macam Biden lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung. Gulung.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Biden tangan kiri bagi duit untuk bantu rakyat Gaza, tangan kanan bagi duit untuk pulun rakyat Gaza. Kita
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
tangan kiri nak bantu rakyat Palestin, tangan kanan bagi peluang fasilitasi kepada BlackRock.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kami di Perikatan Nasional mendesak supaya menggunakan 18(1), tak kiralah dari sana pun boleh, dari sini pun boleh, tak apa.
Supaya diadakan sesegera mungkin sidang khas Dewan Rakyat, kalau boleh bersekali dengan Dewan Negara untuk membincangkan soal masa depan Palestin kerana apa yang diumumkan oleh Trump semalam seumpama mengisytihar perang terhadap umat Islam dan semua pencinta kemanusiaan. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertamanya, mewakili sekalian warga Parlimen Bachok merafak setinggi junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sifat-sifat insani dan berusaha memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat dalam apa-apa jua situasi. Doa kami sekalian rakyat jelata supaya Baginda Tuanku sentiasa berada dalam rahmat berkat dan bimbingan Ilahi, memayungi seluruh rakyat di bawah teduhnya rasa aman sentosa dan terlebih utama dilimpahi cahaya petunjuk Ilahi.
Pada masa sama, doa dan sokongan berterusan kepada perjuangan Palestin yang merdeka. Perjuangan golongan yang tertindas dan dizalimi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota sebentar tadi sentiasa dekat di hati nurani kami. Tuan Yang di-Pertua, setelah menekuni Titah Diraja yang sarat dengan ingatan dan pedoman, Bachok terpanggil untuk membahaskan tiga perkara penting berikut:
(i) kerjasama negeri dan Persekutuan;
(ii) cabaran ekonomi rakyat dan anak muda; dan
(iii) pelaksanaan subsidi bersasar.
Tuan Yang di-Pertua, memetik tulisan Tun Salleh Abas, Mantan Ketua Hakim Negara dalam bukunya yang terulung Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. “Oleh kerana dalam tiap-tiap Persekutuan di samping Kerajaan Pusat ada pula beberapa buah kerajaan negeri yang menjadi anggota Persekutuan itu, maka amatlah mustahak dibuat peruntukan bagi menentukan perhubungan di antara
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri”. Tambah beliau, “Peruntukan ini penting untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan yang mungkin berlaku antara negeri dan Persekutuan. Adapun cara perhubungan itu terpulanglah kepada hakikat Perlembagaan Persekutuan itu”. Dato’ Yang di-Pertua, apa yang dititahkan oleh Baginda Tuanku berkenaan pengukuhan semangat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amatlah wajar diberikan perhatian oleh Dewan yang mulia ini. Tuanku bertitah, saya perturunkan di sini dengan izin, “Konsep Persekutuan yang menjadi asas penubuhan Malaysia dan teras pentadbiran negara hendaklah dihormati semua pihak. Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama yang erat antara Persekutuan dan negeri. Setiap tindakan dan keputusan yang berkaitan mestilah dibincangkan secara sepakat demi masa depan rakyat dan negara”. Tuan Yang di-Pertua, saya senaraikan beberapa permintaan. Jika pun bukan tuntutan oleh beberapa buah kerajaan negeri mutakhir ini. Pertama, perjuangan Kelantan dan Terengganu dalam menuntut hak mereka terhadap pembayaran royalti petroleum mengikut apa yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian-perjanjian yang telah dipersetujui secara terus dan telus.
Kedua, keazaman Sabah dan Sarawak dalam menuntut pelaksanaan penuh hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian yang menjadi instrumen terpenting kepada penubuhan Malaysia tak lebih, tidak kurang.
Ketiga, permintaan. Kita dengar permintaan negeri-negeri maju seperti Pulau Pinang dan Johor terhadap pemulangan hasil cukai yang dipungut antara 20 peratus ke 30 peratus bagi menampung keperluan pembangunan negeri yang semakin pesat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk menilai merit setiap permintaan dan layanan yang diberikan terhadap tuntutan-tuntutan tersebut.
Terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat penilaiannya. Namun Dato’ Yang di-Pertua, tuntutan ini tidak wajar dilihat sebagai ancaman kepada sistem federalisme di negara kita kerana pada hakikatnya ruang untuk berunding dan berbincang antara negeri dan Persekutuan adalah satu proses yang mematangkan sistem federalisme di negara kita.
Dalam hal ini, model rundingan politik yang inklusif mampu menghasilkan keputusan yang lebih adil dan membawa manfaat kepada rakyat tanpa perlu bergantung kepada pengaruh politik yang dominan, di mana asas rundingan adalah keadilan dan kepentingan rakyat, bukan kepentingan politik semata-mata.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Malah, konsep rundingan politik ini pastinya berbeza dengan dua paradigma utama yang menjadi amalan federalisme di Malaysia selama ini iaitu konfrontasi politik dan kompromi politik. Secara prinsipnya Dato’ Yang di-Pertua, jika semakin kuat semangat untuk bersekutu maka makin banyaklah perkara yang dapat disepakati. Namun sebaliknya, jika semakin tebal semangat kepartian dan kenegerian, makin sedikitlah perkara yang akan disepakati. Prinsip ini Dato’ Yang di- Pertua adalah selaras dengan cogan kata yang tersemat megah di Jata Persekutuan, *“Bersekutu Bertambah Mutu”.
Insya-Allah,* saya akan terus bangkitkan perkara berkaitan kerjasama negeri dan Persekutuan dalam perbahasan saya, dalam penulisan dan kajian saya demi menyumbang ke arah usaha-usaha mengukuhkan sistem federalisme yang adil dan saksama di Malaysia negara tercinta.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada topik kedua, cabaran ekonomi rakyat dan anak muda. Melangkah masuk ke tahun 2025, kos sara hidup tetap menjadi isu besar dalam kalangan rakyat, dibahaskan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Bagan sebentar tadi. Mencerminkan realiti dan cabaran yang dihadapi oleh ekonomi rakyat.
Saya tertarik dengan laporan kaji selidik yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) diterbitkan pada hari terakhir, 31 Disember 2024 yang lalu. Mendedahkan lima cabaran utama yang dihadapi oleh keluarga di Malaysia iaitu:
(i) kos sara hidup yang tinggi;
(ii) kos membesarkan anak-anak semakin meningkat, kos penjagaan anak-anak;
(iii) kurangnya masa bersama keluarga Dato’ Yang di-Pertua;
(iv) makin ramai yang melakukan dua kerja untuk menampung keluarga; dan
(v) interestingly (menariknya) ketagihan terhadap penggunaan gajet, tengok handphone, tengok laptop dan seumpamanya.
Persoalannya, adakah realiti dan cabaran yang dihadapi setiap keluarga ini merupakan cerminan kepada cabaran ekonomi negara? Ya! Yang pertama, kos sara hidup yang tinggi. Jika setiap keluarga bergelut dengan kenaikan harga barang, ini juga mencerminkan cabaran negara dalam mengawal inflasi dan memastikan kestabilan ekonomi. Kerajaan perlu menangani isu ini dengan dasar yang dapat
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
meringankan beban rakyat seperti subsidi yang akan saya sentuh sebentar lagi, bantuan tunai dan kawalan harga barang.
Kos menjaga, membesarkan anak-anak. Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak insentif dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan serta sokongan keluarga agar generasi muda tidak terpinggir mahupun tercicir yang dibangkitkan oleh saudara saya Rantau Panjang sebentar tadi.
Ketiga, kurangnya masa bersama keluarga. Dah sibuk sangat sekarang ini maka menyebabkan masa ibu bapa bersama anak-anak makin terhad. Kerajaan perlu menggalakkan persekitaran kerja yang lebih fleksibel, menyokong kesejahteraan keluarga dan perbanyakkan kemudahan penjagaan anak, juga wujudkan lebih banyak ruang rekreasi bersama keluarga.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Keempat, melakukan dua pekerjaan. Ini fenomena yang dihadapi oleh generasi muda sekarang ini. Graduan tidak dapat kerja tetapi ambil kerja yang lebih rendah. Kita istilahkan sebagai underemployment, dengan izin. Jadi, perlu menggerakkan program kemahiran dan latihan yang relevan dengan keperluan industri dan ekonomi gig.
Kelima, ketagihan gajet. Kalau tengok, Dato' Yang di-Pertua, kalau tengok dekat kedai-kedai sekarang inilah, kita lepak kedai makan, kedai mamak, kadang itu kita rasa sedih. Mak, ayah dengan anak tidak bercakap. Mak browsing apa, ayah main game, anak tengok video. Saya kadang itu kalau saya dengan anak-anak, saya kata, “Tengok...”― memang kami, handphone, saya tidak akan benarkanlah dan saya akan cakap, “Anak-anak, tengok parent, tengok keluarga meja itu. Apa perasaan anak itu?”. Ada baru ini saya ajak wife, orang rumah dengan anak-anak makan kedai ayam kampung famous, asal Kelantan, dekat KL ini. Jadi, ada― waktu tengah hari.
Jadi, mungkin ayah ini ambil anak waktu sekolah. Jadi, bayangkan anak dengan ayah berdepan tetapi masing-masing tengok handphone. Makanan pun tidak dijamah. Jadi, benda ini saya kira satu yang tidak sihatlah dan perlu ditangani dengan baik oleh kerajaan― semualah― ibu bapa, masyarakat untuk mendidik penggunaan teknologi yang lebih sihat.
Tuan Yang di-Pertua, baki― beralih kepada isu subsidi. Sehingga kini, persoalan tentang ukuran kelayakan dan kaedah pelaksanaan subsidi bersasar masih belum dimuktamadkan. Inilah perkara paling asas. Siapa T15, siapa B85 pun masih belum dijawab, masih menjadi teka-teki.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Perlu difahami bahawa sesuatu kenaikan kos adalah bersifat berantai dan berangkai. Walaupun dikatakan 85 peratus rakyat tidak akan terjejas dengan pengurangan subsidi ini, namun kesan berantai daripada kenaikan kos pengeluaran dan kos bahan api pasti akan dipindahkan akhirnya kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga barang, makanan dan perkhidmatan tidak kira B40 ataupun M40. Ini perkara yang semua orang sedia maklum.
Kepastian dalam perkara ini adalah penting, Dato’ Yang di-Pertua. Layak ataupun tidak layak terima subsidi ini― petrol, diesel, elektrik, pendidikan, kesihatan, namakan― adalah penting supaya rakyat juga dapat buat belanjawan peribadi. Itu sahaja. Dapat menyusun belanjawan peribadi, belanjawan keluarga, belanjawan perniagaan, business plan di syarikat bagi menyerap segala kesan yang terhasil daripada segala peruntukan dan pemotongan yang diluluskan dalam belanjawan kerajaan tempoh hari.
Di samping itu, kerajaan pastinya telah mengenal pasti cabaran pelaksanaan subsidi petrol dan diesel secara bersasar di kawasan luar bandar. Saya Bachok, Dato’ Speaker di Cameron Highlands yang menghadapi kekurangan infrastruktur digital. Apatah lagi kerajaan berhasrat hendak gunakan kaedah imbasan kad pengenalan bagi mendapatkan subsidi petrol RON 95.
Kajian mendalam pastinya telah dijalankan bagi memastikan penyasaran subsidi ini tidak menjejaskan kesaksamaan antara negeri dan wilayah khususnya di kawasan yang bergantung kepada penggunaan petrol dan diesel untuk sektor-sektor pertanian, perikanan, pengangkutan dan usahawan desa ini. Terbaru, rungutan pesawah padi akibat kenaikan kos diesel dan sewaan jentera.
Justeru, aspek kejelasan dan kepastian di pihak kerajaan amatlah penting bagi memastikan cabaran subsidi, inflasi dan keberhutangan rakyat dapat ditangani dengan berkesan supaya tidak berubah menjadi pasir jerlus. Macam pasir jerlus yang kelihatan jauh tetapi sebenarnya teramat dekat dengan negara dan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, tidak sempurna jika saya tidak bawa suara dari Bachok di Dewan yang mulia ini. Majoritinya golongan petani, penternak, nelayan, pekerja buruh dan peniaga kecil, golongan marhaen yang disentuh dalam Titah Diraja ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bachok sebagai antara daerah pesisir termiskin amat mendambakan limpahan pembangunan dan prasarana dalam pelaksanaan RMKe- 12, RMKe-13 dan Belanjawan 2025 bagi meningkatkan tahap pendidikan dan taraf sosioekonomi setempat. Kesemua cadangan dan projek pembangunan dalam RMKe-13 yang akan menyusul bagi jajahan Bachok meliputi kawasan Pantai Damat,
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Tawang, Jelawat dalam pelbagai sektorlah― pertanian, pelancongan, pendidikan― telah pun diangkat untuk pertimbangan pihak berwajib.
Jadi, landing. Ini bagi memastikan Titah Baginda Tuanku dapat direalisasikan supaya pertumbuhan ekonomi negara membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukan hanya membawa kekayaan kepada kumpulan tertentu sahaja. Janganlah sampai Ekonomi MADANI ini dilihat berat sebelah bagai perahu karam sebelah, bagai limau masam sebelah. Jadilah bak mentari, gunung dan lembah sama diterangi. Peribahasa lama ada berbunyi, berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya, berbudi kepada tanah, tanah tidak pernah menipu.
Sekian sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Bachok menjunjung kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bachok. Saya akan hanya memanggil seorang sebelum kita tangguh untuk rehat waktu makan. Yang lainnya selepas Yang Berhormat Sri Aman akan dipanggil pada 2.30 petang.
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Aman. Wakil ketua parti, 15 minit.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut menjunjung kasih titah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Walaupun Titah Tuanku ringkas, namun mampat dan padu, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, semasa Tuanku bertitah, Tuanku turut mengingatkan dan menghendakkan Ahli-ahli Yang Berhormat menjadi benteng perpaduan negara dan mesti sentiasa berhikmah dan berhenti bermain politik atas setiap isu dan jangan hanya mementingkan parti atau kelompok sendiri. Sebagai salah seorang Ahli Dewan yang mulia ini, saya menjunjung dan menerima baik akan Titah Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, dan berdasarkan Titah Tuanku, telah mendorong saya merenung dan melihat juga dengan mendalam, Tuan Yang di- Pertua, punca kerapuhan perpaduan di dalam negara kita ini. Saya membuat kesimpulan, Tuan Yang di-Pertua, bukan kerana Islamofobia, bukan kerana agama, Tuan Yang di-Pertua, sama ada Islam, Christianity, Buddhism, Hinduism, Sikhism, Taoism dan sebagainya. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, puncanya adalah ekstremisme. Ekstremisme, Tuan Yang di-Pertua. Semangat ekstrem atau melampau yang diterukkan lagi, made worst, Tuan Yang di-Pertua, apabila ia
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
dikaitkan atau ditunggang atas nama agama dan kaum semata-mata. Apatah lagi jika ia dikaitkan dengan isu politik ataupun untuk political gain, Tuan Yang di-Pertua.
Bagi saya, itulah penyebab atau punca yang sebenar perpaduan di negara kita yang tercinta ini semakin renggang dan terbahagi. Pelampau-pelampau ini menggunung-gunungkan bukit, making a hill a mountain, membesar-besarkan isu- isu kecil serta meniup dan mengapi-apikan kemarahan, kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Ditambah lagi dengan tabiat rakyat Malaysia itu sendiri yang memang mudah terbawa-bawa dengan sentimen serupa itu tanpa terlebih dahulu menyelidiki punca, sebab dan dari mana berita atau isu itu bermula dan sebagainya.
Tuanku Agong juga semasa bertitah meluahkan kebimbangan dengan budaya fitnah dan hasutan terutama di dalam talian dan media sosial yang semakin berleluasa menyebabkan rakyat keliru, maka boleh menimbulkan perasaan benci, marah, takut dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua.
Saya sering memikirkan jika kita melampau sangat dalam isu perkauman dan perbedaan kita, besar kemungkinan perkara ini akan menjadi out of control, jadi tercetus sesuatu dan lepas itu tidak tahu apalah akan jadi dengan negara kita.
Bagaimana negara kita boleh maju ke hadapan jika kita mempunyai third world mentality? Saya bukan mahu merendah-rendahkan rakyat kita dan sekali gus menconteng arang di muka sendiri, Tuan Yang di-Pertua, tetapi itulah hakikatnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu perasan atau tidak, yang kini ada virus baru, Tuan Yang di-Pertua, di negara ini. Spesies baru yang bergelar ‘type’. T-Y-P- E. Type ini juga ada jenis, Tuan Yang di-Pertua, seperti type M, type C, type K dan sebagainya. Entahlah tidak tahu apa lagi type-type yang ada di negara kita setakat ini. Saya sudah tidak tahu apa jadi dengan negara kita. Kita macam dah hilang pedoman, hilang daratan. Kita macam susah sangat bersatu padu sebagai rakyat Malaysia. Sudah tidak ada semangat toleransi, semangat hormat-menghormati dan sayang menyayangi di antara satu sama yang lain.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Maka, saya ingin bertanya sebagai sebuah kerajaan yang berteraskan perpaduan, adakah kita berpuas hati dengan polisi undang-undang yang sedia ada dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini dan bagaimana kerajaan atau pihak kementerian boleh menjamin polisi yang sedia ada ini mampu mengatasi masalah tersebut?
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan walaupun rakan-rakan yang dulu berbahas telah membangkitkan, namun
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
saya ingin menyentuh beberapa perkara. Tuanku Agong juga semasa bertitah telah menggariskan hala tuju negara sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini di mana kita sebagai sebuah negara berdaulat perlu menunjukkan keupayaan dalam memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN.
Pertamanya, saya amat mengharapkan Tuan Yang di-Pertua, sebagai pengerusi ASEAN mesti menekankan pengukuhan kesatuan ASEAN sebagai blok ekonomi kukuh. Kita juga sering berbicara tentang ASEAN sebagai kuasa ekonomi masa hadapan. Namun adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi cabaran geopolitik dan perdagangan dunia?
Tuan Yang di-Pertua, ASEAN bukan sekadar satu perikatan serantau tetapi sebuah kekuatan ekonomi yang mampu berdiri sama tinggi dan kuasa besar dunia.
Namun bagi merealisasikan potensi ini, kita mesti memperkukuhkan kesatuan.
Bukan hanya dari segi politik, tetapi dalam bentuk penyelarasan dasar ekonomi dan keselamatan serantau ASEAN.
Saya juga ingin menggesa supaya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menekankan agar ASEAN mengambil pendirian tegas terhadap isu perdagangan global khususnya dalam menangani impak dasar perlindungan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Trump.
Dasar takrif universal dan sekatan perdagangan yang dikenakan terhadap negara-negara seperti China, Mexico dan Kanada bukan sahaja menggugat kestabilan rantaian bekalan global, malah memberi kesan langsung kepada negara- negara ASEAN termasuk juga Malaysia. Pada pendapat saya, Malaysia sebagai ekonomi yang bergantung kepada eksport tidak boleh hanya menjadi pemerhati, we cannot be bystander ya. Kita perlu mendesak ASEAN untuk bertindak sebagai satu entiti ataupun satu blok yang lebih bersepadu dalam menghadapi tekanan ekonomi antarabangsa. Langkah ini tidak hanya menjamin kestabilan ekonomi serantau tetapi juga memastikan kita tidak menjadi mangsa perang (war victim) perdagangan yang tidak menguntungkan sesiapa.
Tuan Yang di-Pertua, isu migrasi dan pendatang asing tanpa izin juga mesti diberi perhatian ASEAN, mesti melihat isu ini bukan sebagai masalah satu negara tetapi sebagai cabaran kolektif yang memerlukan penyelesaian bersama. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi destinasi utama migran sama ada dari negara jiran mahupun dari benua lain, perlu lebih tegas dalam memastikan bahawa sistem imigresen kita tidak menjadi lubuk eksploitasi.
Justeru, ASEAN perlu mengorak langkah dalam mewujudkan mekanisme serantau yang lebih ketat bagi menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
serta memperkukuhkan kawalan sempadan. Lebih daripada itu, Malaysia juga tidak boleh berdiam diri dalam isu kedaulatan perairan terutama sekali melibatkan Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, selagi kita tidak bersikap tegas dalam soal ini, kita akan terus melihat perairan kita dicerobohi. Sumber laut kita dieksploitasi dan kepentingan nasional kita diperlekehkan. Maka, saya menyeru supaya kerajaan mengangkat isu ini ke peringkat ASEAN untuk memastikan kita mempunyai satu rangka kerja keselamatan maritim yang lebih kukuh dan efektif.
Tuan Yang di-Pertua, dunia hari ini menyaksikan kebangkitan semula dasar America First yang dipelopori Presiden Trump. Malaysia tidak boleh seperti kerbau tarik hidung Tuan Yang di-Pertua, atau pak turut atau mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita perlu memahami bahawa setiap dasar yang digubal di Washington akan memberi kesan ekonomi, politik dan kestabilan serantau termasuk Malaysia.
Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia mesti bersikap pragmatik tetapi berprinsip dan berurusan dengan pentadbiran Trump. Kita perlu terus mempertahankan perdagangan bebas dan menolak dasar perlindungan yang mengancam ekonomi ASEAN. Pada masa yang sama kita tidak boleh terus bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat dan perlu memperkukuhkan hubungan dengan negara atau kuasa lain seperti Kesatuan Eropah (EU), China dan negara-negara BRICS bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, kita mesti harus juga ingat bahawa Malaysia bukan sekadar sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Kita mempunyai suara (We have the voice) pengaruh dan kepentingan yang mesti dipertahankan. Oleh itu, saya menyeru agar kita mengambil langkah yang lebih strategik dalam menghadapi cabaran global ini. Bukan sekadar bertindak sebagai pemerhati tetapi sebagai pemain utama dalam arena antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya terpanggil untuk membangkitkan perkara tersebut iaitu berkenaan dengan hal Sarawak dalam konteks MA63.
Walaupun saya pernah membangkitkan semasa sidang yang lalu iaitu berkenaan hak-hak Sarawak dan Sabah di dalam Perjanjian MA63 yang terhakis. Walaupun setakat ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 11 tuntutan telah selesai, namun saya difahamkan tujuh daripada tuntutan tersebut berjaya dicapai sepanjang di bawah kepimpinan PMX iaitu Tambun.
Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana baru- baru ini juga beliau juga telah mengiktirafkan PETROS sebagai sole gas aggregator di Sarawak yang merupakan hak Sarawak mengikut Perlembagaan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Namun begitu, empat perkara yang berkaitan yang belum diputuskan lagi adalah berkaitan sempadan laut, royalti minyak, duti setem termasuk tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sarawak dan juga Sabah yang pernah saya bangkitkan last year di Dewan yang mulia ini pada satu sesi bahas dahulu.
Sebagai anak Sarawak, saya amat mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat. Lagipun tuntutan ini tidak melibatkan hak orang lain kerana apa yang dituntut adalah hak Sarawak yang telah terhakis sepanjang pembentukan negara Malaysia yang kini sudah menjangkau hampir 62 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, tuntutan kami bukan tidak berasas, malah 100 peratus bertunjang kepada MA63 yang merupakan the rope that binds us dalam pembentukan negara Malaysia. MA63 ini juga merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dan memberi hak dan autonomi khusus kepada negeri Sarawak dan Sabah dan sekali gus memastikan kedudukan dan hak unik Sarawak dan Sabah dipelihara dan dihormati ataupun being self- guarded, dengan izin. Sejujur-jujurnya sebagai anak Sarawak amat berasa sedih saya Tuan Yang di-Pertua dan tersinggung apabila sesetengah pihak macam sengaja mempersendakan atau mempertikaikan tuntutan kami.
Kami bukan tamak, kami tidak tamak dan tidak minta daripada apa yang kami memang kepunyaan kami atau hak kami. Cuma what is duly ours Tuan Yang di- Pertua, dengan izin. Seperti yang telah saya nyatakan tadi dan kita semua sedia maklum bahawa Sarawak telah menyertai Persekutuan Malaysia (Malaysia Federation) lebih daripada 62 tahun. Walaupun hampir setengah abad, kami masih ketinggalan Tuan Yang di-Pertua.
Dari banyak aspek terutama sekali dari segi pembangunan fizikal. Khususnya aspek infrastruktur seperti jalan raya, jalan perhubungan, jambatan termasuk juga sekolah-sekolah di pedalaman dan sebagainya. Jika diselidiki dengan mendalam, punca utama kemunduran atau ketinggalan ini bukanlah kerana Sarawak miskin atau kami sebagai anak Sarawak pemalas dan kuno dalam pemikiran seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah orang. Akan tetap hal sebenarnya berpunca daripada ketidakjujuran, unfairness, unfair treatment terhadap Sarawak dan kerja eksploitasi hasil sumber asli dari perut bumi Sarawak khususnya minyak dan gas.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga difahamkan pulangan yang besar daripada hasil tersebut disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Cuma lima peratus Tuan Yang di-Pertua, iaitu secubit sahaja daripada hasil tersebut dikembalikan kepada Sarawak. Saya juga ingin bangkitkan di sini bahawa sejak penguatkuasaan Akta Pembangunan Petroleum (PDA74) dianggarkan bahawa Sarawak telah
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
menyumbang sebagai RM1 trilion kepada tabung negara. Namun sejak 1975, iaitu kurang dari 50 tahun yang lalu, hanya lima peratus atau kira-kira RM50 bilion dipulangkan kepada Sarawak. Ini bermaksud kalau dilihat kiraan secara purata, RM50 bilion dibahagi 50 tahun, dari hanya menerika kira-kira RM1 bilion setahun berbanding RM20 bilion yang diperuntukkan kepada Putrajaya.
Tuan Yang di-Pertua, adakah ini berbaloi? Adakah ini adil? Adakah patut kami dituduh malas? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kami dizalimi Tuan Yang di-Pertua.
Oleh itu, saya mencadangkan bagi menghormati MA63 dan memberi keadilan kepada Sarawak dan juga Sabah adalah wajar bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan mana-mana pihak untuk menghormati dan memahami undang-undang Sarawak yang mengawal sumber aslinya, imigresennya, serta keperluan tenaga kerja.
Berkenaan Petronas dan PETROS Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kedua- dua syarikat ini mesti co-exist bagi memacu industri minyak dan gas terutama sekali berhubung Sarawak. Langkah ini perlu terutama sekali bagi Sarawak untuk mencapai tahap pembangunan setara dengan negeri-negeri yang lebih maju terutamanya di semenanjung. Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak adalah wilayah yang sah dalam pembentukan negara Malaysia.
Maka kami amat mengharapkan tuntutan kami seperti yang termaktub di dalam Perjanjian MA63 dikembalikan demi keadilan yang boleh menjurus kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara Malaysia. Jadi, saya mohon jawapan dan penjelasan yang sewajarnya dari pihak kementerian. Saya perlukan sedikit masa Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa tidak lengkap atau sempurna jika saya tidak membangkitkan isu di kawasan saya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, demi menyahut titah Tuanku agar infrastruktur asas pendidikan termasuk pembangunan belia bagi melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, saya ingin mencadangkan pembinaan sebuah sekolah menengah di kawasan Pantu iaitu di kawasan saya di P202 Sri Aman. Ini memandangkan sejak dari dahulu lagi, kawasan ini tidak mempunyai sekolah menengah walaupun seramai lebih kurang 150 orang pelajar masuk ke sekolah menengah dari 13 buah sekolah rendah di daerah Pantu. Setiap tahun, mereka ini terpaksa membuat pilihan untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah SMK Melugu yang agak jauh yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Pekan Pantu atau SMK Balai Ringin yang terletak kira-kira 42 kilometer dari Pekan Pantu.
Untuk makluman pihak kementerian, daerah Pantu telah dinaiktarafkan sebagai sebuah daerah pada tahun 2021. Mempunyai keluasan sebesar 833
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 11,315 orang yang terdiri daripada 157 buah kampung dan rumah-rumah panjang.
Memandangkan peningkatan pembilangan penduduk semakin pesat, maka amat perlu dan pentingnya untuk meningkatkan akses pendidikan bagi memastikan setiap pelajar mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti tanpa jauh meninggalkan kampung halaman. Oleh yang demikian, saya mohon pihak kementerian mempertimbangkan cadangan ini iaitu membina sebuah sekolah menengah di daerah Pantu.
Dengan pembinaan sekolah menengah di daerah Pantu itu kelak, ianya bukan sahaja dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan, malah juga kesejahteraan rakyat setempat. Selain membantu mengurangkan beban ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah yang agak jauh dan sekali gus mengurangkan risiko keciciran pelajar ke sekolah menengah. Mohon pertimbangan pihak kementerian.
Dengan kata-kata itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya sedikit masa. Saya mohon menyokong titah Tuanku. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Kita tangguh mesyuarat Dewan sehingga jam 2.30 petang untuk berehat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.13 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya pergi ini, saya ingin menyentuh tentang Peraturan Mesyuarat 13(1). Masih tak cukup lagi bilangan 26 orang kehadiran Ahli Dewan dalam Dewan yang mulia ini. Itu sahaja.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, memang tak ada orang sebab wakil Yang Berhormat dua orang sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentara, kira.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, kuorum dalam Dewan ini di antara kerajaan dan pembangkang pun dikira. Jangan kira kita orang sahaja.
[Ahli-ahli dikira]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
26 orang, kena dua-dua.
Tak boleh satu-satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha, sila bunyikan loceng.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cukup bilang, Timbalan Speaker. Kami ada mesyuarat jawatankuasa yang baru selesai. Tak perlu dibangkitkan peraturan. Kami hadir.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada taklimat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kira lagi?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya tak faham kenapa nak dibangkitkan isu ini, Puan Yang di-Pertua. Kita ada taklimat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa masalahnya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Both side ada taklimat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya bangun, ada 10 orang sahaja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya nampak you sengaja, Yang Berhormat. Padahal pihak pembangkang ada tiga orang sahaja.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kita 10 orang sahaja. Benda yang sama sahaja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Come on lah Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker perlu lihat, Masjid Tanah perlu lihat sebelah sana berapa orang yang hadir.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Itu tak menjadi soalan. Persoalan dia, tak cukup kuorum.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak. Persoalannya, kenapa hanya tiga sahaja pihak pembangkang?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana Pagoh? Mana Ketua Pembangkang?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Itu sahaja persoalannya, tak cukup bilang.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Bentara untuk kira sekali lagi. Kalau tak cukup, kita bunyikan loceng.
[Loceng dibunyikan]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak, Puan Yang di- Pertua...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan tetap peraturan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada tiga orang sahaja pembangkang, Tuan Yang di-Pertua. Tak masuk akal hanya tertumpu kuorum itu kepada kerajaan. Janganlah menganiayai kawan-kawan parti pembangkang sama.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, tenang, tenang. Sila duduk. Sudah cukup kuorum.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kami memang tenang Yang Berhormat Speaker tetapi pembangkang tak tenang. Dia tiga orang tetapi suara dia tinggi. Mana boleh! Tidak adil!
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini tidak adil!
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ha, tambah satu.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ini, saya mulakan. Saya tak sentuh pun mana-mana pihak. Yang Berhormat Speaker pun dengar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tak, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Mengangguk kepala]
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Speaker pun setuju. Ini untuk pemakluman. Jangan kacau! Saya punya floor.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, saya tengah bercakap dengan Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya punya floor. Dah habis tiga minit. Yang Berhormat, tambah lagi tiga minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terlalu banyak isu yang saya nak sentuh.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Sila duduk. Sudah cukup kuorum, jadi kita teruskan perbahasan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, saya ingat perkara ini kita kena bincang, Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat Masjid Tanah membangkitkan nak beritahu pembangkang ada tiga orang? Biarlah bersikap adil kepada opposition dan pihak kerajaan. Ini hanya bangkit semata-mata hanya untuk apa Yang Berhormat?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Itu bukan isu dia Yang Berhormat, itu bukan isu dia. Saya nak teruskan saya punya ucapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak boleh Yang Berhormat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tak perlulah, dah. Dah cukup pun bilangan, dah cukup dah bilangan. Dah, duduk. Yang Berhormat, jangan kacau! Dah cukup dah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak, kenapa Yang Berhormat nak panggil?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu bukan persoalannya. Itu bukan persoalan cukup bilang. Persoalannya adalah kenapa bangkitkan isu itu Yang Berhormat? Bila di sebelah pembangkang...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, cukuplah, cukuplah. Ini peraturan mesyuarat, sesiapa pun boleh bangkit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey? Jadi, sila duduk. Kita teruskan perbahasan. Boleh? Sudah tenang? Semua sudah tenang?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Speaker, tambah lagi empat minit. Sudah berlalu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cukup, jangan tambah.
Jelutong bantah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kalau Yang Berhormat tambah masa Yang Berhormat, dah melanggar peraturan, Yang Berhormat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Mahkamah Tinggi pada beberapa minggu lepas telah mengarahkan ...
[Dicelah]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Pandai cakap tentang peraturan sahaja tetapi ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak boleh tambah masa.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan kacau Dewan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masalahnya, ini floor saya. Waktu saya bangun itu, floor saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat telah mengganggu urusan Dewan, Yang Berhormat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Itu floor saya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ini yang kita bangkitkan atas peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya tak pernah nak bangkitkan Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat dah cross the line.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan itu panduan, bukan guna ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan mesyuarat.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya guna peraturan mesyuarat supaya Ahli-ahli Yang Berhormat lain sila duduk dan jangan kacau Dewan. Okey?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa lagi Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, ini bukan isu mengacau Dewan. Ini isu peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa peraturan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masjid Tanah sepatutnya ...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6). Mengatakan bahawa tidak cukup kuorum adalah membuat sangkaan jahat. Kami hadir.
Sepatutnya, Masjid Tanah meneruskan dengan perbahasan. Kalau dia ingin buang masa, itu terpulang kepada dia.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini [Tidak jelas] .
Speaker...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, membangkitkan peraturan mesyuarat tidak membuat apa-apa sangkaan jahat kepada mana-mana pihak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya tapi ...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey. Tadi, saya sudah buat ruling. Sila duduk. Jangan ganggu Dewan lagi. Saya guna Peraturan 37(2) supaya jangan kacau lagi. Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya setuju, saya terima. Tetapi kalau Masjid Tanah diberi peluang untuk berbahas, teruskan dengan perbahasan. Jangan bangkitkan isu tidak cukup kuorum. Itu hanya
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
mengundang sangkaan jahat terhadap Ahli-ahli Parlimen yang lain yang hadiri taklimat. Saya sendiri menghadiri taklimat tadi.
[Tepuk] Di luar sana akan ingat, oh Jelutong tak hadir sebab beliau ponteng di Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah. Jelutong sudah berucap, semua tahu Jelutong hadir. Jadi, sila duduk. Kita teruskan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Speaker, saya punya masa dah ini.
Berkait dengan penyelarasan pencen, Mahkamah Tinggi pada minggu lepas telah pun mengarahkan pihak kerajaan untuk membayar pelarasan pencen mengikut format sebelum pindaan Akta Penyelarasan Pencen 1980 kepada 56 bekas penjawat awam dalam tempoh tiga bulan.
Jadi, walaupun kerajaan telah pun memfailkan rayuan berkaitan keputusan tersebut, namun saya merasakan wujud keperluan bagi kerajaan untuk mendedahkan jumlah tuntutan yang dibuat bagi memastikan ketelusan pelan tindakan penyelesaian bagi isu ini dan sehingga tahun 2023, kerajaan membayar RM32.01 bilion kepada hampir 932,000 pesara.
Dengan penyelarasan pencen ini, adakah jumlah tersebut akan meningkat?
Kerajaan perlu menyatakan dengan jelas berkenaan ini melibatkan unjuran perbelanjaan kerajaan bagi emolumen tersebut. Saya harap tuntutan tersebut dapatlah kerajaan selesaikan segera dan tidak menyorok di sebalik rayuan yang dibuat. Lagi lama ia ditangguhkan, maka kesannya akan bertambah meningkat di masa hadapan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Seterusnya saya ingin pergi kepada perkara kedua iaitu berkenaan dengan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga mentah semakin naik, barang keperluan asas harian semakin meningkat dan memberi kesan kepada rakyat. Cukai naik, SST, cukai airport, pelbagai cukai dinaikkan, taraf asas elektrik juga bakal naik, caj Indah Water juga naik, harga diesel naik, harga RON 95 juga bakal baik.
Begitu juga dengan sewa-sewa rumah, premis perniagaan juga dinaikkan secara luar biasa tanpa belas ihsan terutama sekali ada aset itu juga milik kerajaan.
Di Melaka, sewa oleh pihak PBT dinaikkan menjadi mencanak-canak walaupun tak sampai lima bulan sewa pada satu pak cik menjual bahan mentah, bahan memasak di Melaka, di Parlimen Hang Tuah Jaya. Mula-mula RM450 dia punya sewa, tak sampai lima bulan, dinaikkan RM100, jadRMRM550. Kenaikan 22 peratus.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ada seorang peniaga di dalam daerah Alor Gajah berniaga gerai biasa, corner lot, RM2,000, usahawan wanita Bumiputera. Tak sampai– tahun ini, awal tahun dia dapat surat cinta daripada pihak milik kerajaan dia beritahu kena bayar RM1,000. Jadi RM3,000 jumlah sewanya menjadikan kenaikan 50 peratus.
Jadi, sebab itu saya melihat bahawa perkara ini haruslah kerajaan melihat dan juga memberi pemantauan bagaimanakah nasib terutama sekali untuk pelajar- pelajar yang duduk di luar, tidak dapat penempatan di universiti, terpaksa menyewa di luar dan ibu ayah terpaksa bayar tiap-tiap bulan sewa mereka. Mereka terpaksa mengikat perut dan saya harap di pihak kerajaan dapat meneliti dan juga membuat pemantauan tentang perkara ini.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang perkara ketiga perihal universiti awam. Dua hari lepas kita dikejutkan dengan peletakan jawatan Naib Canselor UKM yang masih belum ada dengar-dengar siapakah penggantinya. Namun begitu, janganlah penggantinya untuk diletakkan di situ, di tempat yang tinggi, tempat yang mulia itu diletakkan seseorang yang pernah terpalit ataupun ada kes polis.
Saya membaca di muka buku pagi tadi milik Dato’ Hussamuddin Yaacob yang menulis akademia di Malaysia ini perlukan transformasi segera. PMX harus turun tangan untuk bebaskan universiti awam dari kacau ganggu dan percaturan kartel politik. Kasihan siswa dan juga staf akademik. Semua lantikan mesti berasaskan meritokrasi. November lepas saya telah sentuh berkenaan dengan Universiti Teknikal Melaka (UTEM). Mungkin apa yang berlaku di UTEM bukanlah benda baru.
Sebenarnya dunia menara gading ini telah lama dikekang oleh kuasa kartel politik.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masjid Tanah, boleh sedikit?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya suka– jangan kacau Masjid Tanah. Saya tak ada masa.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan kacau, mahu tanya boleh ke tidak?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya suka mencadangkan pihak...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebab semalam pihak sana cakap PM tak boleh campur sana...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Bagi saya cakap...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Tak boleh campur sini.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Bagi saya habiskan sekejap.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekarang minta PM campur tangan pula. Apa ini? Double standard.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya juga cadangkan kepada pihak kementerian untuk menyemak semula autonomi universiti ini. Adakan mekanisme semak imbang untuk pengurusan universiti. Kalau staf bermasalah, maka pengurusanlah yang ambil tindakan. Bagaimana pula kalau pengurusan yang bermasalah? Siapa pula yang nak ambil tindakan? Mampukah suara kakitangan di universiti ada kuasa untuk menukar tampuk pimpinan yang bermasalah dan juga autokratik?
Seterusnya saya ingin menyentuh kepada institusi kehakiman negara. Saya ingin menarik perhatian dengan kenyataan yang telah pun dikeluarkan oleh sembilan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia termasuklah Ambiga yang mana menyatakan bahawa kebebasan kehakiman zaman MADANI ini lebih teruk daripada kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini.
Ini adalah merupakan satu kenyataan yang cukup serius dan perlu diberi perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia dan ia memberikan gambaran bahawa terdapat campur tangan MADANI dalam pelantikan hakim telah berlaku. Isu ini, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ataupun JAC dipengerusikan sendiri oleh Ketua Hakim Negara iaitu Tengku Maimun yang mana suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk terima Hakim Mahkamah Tinggi, mereka akan tapis siapa yang patut dinaikkan pangkat dan mereka yang akan memberikan syor ataupun rekomendasi siapa yang akan dinaikkan pangkat.
Soalan saya, adakah pihak SPK ini mendapat tekanan daripada pihak eksekutif? Sepatutnya tidak boleh ada kelewatan dalam proses pelantikan hakim.
Dalam kes Hakim Besar Malaya, ia telah kosong selama sembilan bulan. Kosong sejak daripada bulan Februari 2024 dan baru saja diisi pada November 2024.
Sembilan bulan, kalau mengandung sudah keluar dah baby itu. Jadi, dengan ada kelengahan yang berlaku di situ, boleh memberikan persepsi yang negatif terhadap kebebasan badan kehakiman.
Saya juga ingin menyentuh tentang perkara portfolio di bawah portfolio pelancongan seni dan budaya. Pagi tadi bila saya sampai ke dalam Dewan saya telah ditegur oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dia beritahu kepada saya, “Mi, tolong cek Mi, betulkah ini data yang diterima daripada jawapan Menteri tentang soalan kemasukan pelancong asing?”
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jawapan Yang Berhormat Menteri berikan kepada YB Terengganu adalah seramai 25,016,698 orang setakat Januari hingga Disember 2024. Ini 25 juta tetapi dalam rekod yang mana telah pun dinyatakan dalam headline FMT yang bertarikh pada 24 Januari, rekod kedatangan pelancong luar biasa. Wow! Yang Berhormat Menteri beritahu rekod kedatangan luar biasa yang menjangkaui daripada target Tahun Melawat Malaysia 2026 iaitu 36 juta. Mereka telah merekodkan, kata Menteri lebih 37 juta. Ini sangat berbeza dengan apa yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Dua kenyataan yang berbeza. Adakah Yang Berhormat Menteri cuba mengelirukan Dewan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Speaker, mana boleh rujuk surat khabar sebagai fakta. Rujuklah yang surat Menteri punya. Itu salah Yang Berhormat Masjid Tanah. Jangan mengelirukan Dewan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ya, boleh.
Adakah ini yang cuba mengelirukan Dewan dan ini saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Yang Berhormat Menteri untuk kita tengok di bawah 36...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu tidak betul.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jangan kacau.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan kacau tapi dia mengeliru. Dalam– baca ini kita punya peraturan. Tidak boleh merujuk surat khabar.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat, saya tahulah, saya tahulah Yang Berhormat punya...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tahu kenapa cakap lagi?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya tahulah Yang Berhormat punya anak kah adik ada bersama dengan Tourism Malaysia. Duduk, duduk, duduk.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan soal itu macam. Soalnya fakta jangan temberang sini, jangan mengelirukan Dewan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi sebab itulah, sebab itu saya nak tahu Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu tiada hal.
Penipu, jangan menipu Yang Berhormat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Kalaupun nak memasukkan pelancong, pelawat harian ke dalam kedatangan pelancong asing ini, maka haruslah dibuatkan satu kerjasama penyelarasan bersama dengan pihak DOSM, bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia, bersama dengan Kastam Malaysia. Bukan sahaja main masuk sesuka hati dan memperbodoh kakitangan ataupun penjawat awam ataupun pengarah-pengarah yang ada dalam agensi pelancongan itu sendiri. Tak boleh macam itu.
Apa yang nak dibuat ini perlu ada tutur protokolnya, bukan main bantai saja.
Selepas itu mengelirukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beritahu data tak betul. “Oh, bagus Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Ini macam. Performance, prestasi terbaik”. Sedangkan dia mengelirukan. Bukan saja mengelirukan Dewan tetapi mengelirukan seluruh rakyat Malaysia dengan angka kedatangan yang tidak logik langsung.
Oleh sebab itulah Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Puan Speaker, bukan saja mengelirukan itu tetapi apabila dia memilih untuk memasukkan pelawat harian di dalam data angka kemasukan pelancong asing, ia juga memberikan kesan terhadap pendapatan per kapita pelancong itu sendiri.
Menteri beritahu RM3,000 tetapi dalam data saya RM4,000. Jadi, apabila kalau dimasukkan pelawat harian, masukkan pelancong yang menjadi data pelawat keseluruhannya itu, sudah pasti ia akan menurunkan angka ataupun data iaitu pendapatan per kapita pelancong yang hadir ke Malaysia.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan pada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Last sekali.
Saya ingin menyentuh tentang perkara yang terakhir berkenaan dengan PHB. Saya pernah sentuh pada November yang lepas yang mana saya telah pun menerima memorandum selamatkan PHB daripada kakitangan PHB yang mana mandat PHB dalam pemilikan aset Bumiputera. PHB ditubuhkan pada 2006 di bawah Yayasan Amanah Tanah Bumiputera, mandat untuk membantu Bumiputera memiliki aset hartanah strategik.
Namun setakat ini, hanya 80,000 individu Bumiputera yang memiliki Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sedangkan selebihnya dijual kepada institusi Bumiputera. Terdapat pembelian aset tidak strategik yang menggunakan dana kerajaan dan pembelian aset tidak strategik ini yang mungkin menggunakan geran kerajaan ini. Antara contohnya, Elevate Medini Johor dibeli dengan harga RM400
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
juta tetapi hari ini nilainya hanya sekitar RM285 juta dan masih tiada penyewa. The Shore Melaka dibeli pada RM212 juta tetapi hari ini bernilai RM90 juta.
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, PHB sehingga hari ini telah pun menerima dana geran kerajaan berjumlah RM1.2 bilion dan terakhirnya sebanyak RM100 juta daripada 2024. Jadi, pembelian ini menunjukkan pelaburan yang tidak strategik, penggunaan dana yang tidak efisien yang menimbulkan persoalan serius mengenai pengurusan dan ketelusan dalam pelaburan aset-aset PHB.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, saya harap banyak perkara yang harus kita lihat dalam bukan saja PHB tetapi juga GLC ataupun GLIC yang lain untuk kita memberikan tadbir urus, tatakelola yang baik, integriti supaya segala aset ataupun kewangan milik kerajaan ini dapat kita sama-sama selamatkan dan juga dapat kita tidak dibazirkan. Itu saja, Masjid Tanah mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang Kapar menjunjung kasih dan membahaskan Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas pada 3 Februari 2025.
Kapar menjunjung kasih atas Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong yang sarat dengan panduan bijaksana dan akan menjadi rujukan Kapar dalam perbahasan ini, khususnya tentang good governance. Kapar juga akan merujuk kepada enam tonggak dasar Malaysia MADANI seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, yang dijadikan sandaran pemerintahan Malaysia sekarang ini. Saya bangkit dalam Dewan yang mulia ini untuk membawa suara rakyat, terutama warga Parlimen Kapar yang memerlukan perhatian serius daripada kerajaan. Sebagai antara kawasan Parlimen terbesar di Selangor, Kapar bukan saja menyumbang kepada ekonomi negara melalui industri dan pelabuhan. Tetapi juga berdepan isu-isu mendesak yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
Pertama, tarif Trump, dedolarisasi dan BRICS, kesan terhadap ekonomi Malaysia. Dunia kini menyaksikan perubahan besar dalam geopolitik dengan kemunculan BRICS sebagai pencabar kepada dominasi Amerika Syarikat ke atas
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
dunia. Malah, tindakan Presiden Amerika Syarikat - Donald Trump, yang menaikkan tarif ke atas barangan dari negara-negara BRICS bakal memberi kesan kepada perdagangan global, termasuk Malaysia. Jadi, apakah strategi kerajaan dalam menghadapi cabaran ini supaya kita tidak terhimpit di antara kuasa-kuasa besar dunia ini?
Bagaimana kerajaan membantu golongan marhaen yang sudah susah, bertambah susah dengan perkembangan geopolitik semasa? Apa tindakan kerajaan pada subsidi? Nak tambah ke? Harga barang asas, nak control ke? Sistem pendidikan, perkhidmatan kesihatan, khususnya ubat-ubatan dan peralatan perubatan dan sebagainya. Serta kos operasi perindustrian dan SME serta usahawan kecil seperti petani, nelayan dan buruh, termasuk M40, masuk juga siswalah. Bagaimana Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN memimpin negara rantau ASEAN untuk menjadi blok yang ada kekuatan dan kumpulan negara-negara ASEAN terlindung dari impak tindakan drastik Presiden Trump dengan gelombang dedolarisasi dan keruntuhan hegemony empire, Amerika Syarikat.
Saya mengambil maklum enam rukun Malaysia MADANI. Kapar merujuk kepada tonggak utama iaitu M. Kemampanan ataupun kemajuan mutu kehidupan bangsa dan acuan seimbang antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik. A, Kesejahteraan. Membawa keseimbangan atau lebih tepat lagi, kehidupan dan segala isi-isi yang terangkum dalam keseimbangan. Kapar mentafsir kesejahteraan MADANI ini bermaksud, keseimbangan pencapaian material dan ketenteraman, kesihatan, keharmonian. Bukannya soal duit sahaja atau keuntungan material semata-mata tapi keluarga porak-peranda, hidup dalam suasana kebencian, dendam kesumat dan mementingkan diri sendiri dan masa waktu hidup diri sendiri tanpa mengirakan masa depan. Ini bertentangan dengan Matlamat SDG, United Nations atau SDG Goals. Di sebalik perbincangan dasar yang bakal kita lalui, terdapat pelbagai isu yang memerlukan perhatian segera bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara. Ini saya sentuh ini tadi tentang kesejahteraan. Isu kilang terbakar.
Keselamatan pekerja dan penduduk. So, kita ada kilang, kita nak buat duit, kita dapat- kita naikkan KDNK dan sebagainya itu. Tapi apa jadi kepada kesejahteraan rakyat, khususnya di Kapar? Pada 29 April 2024, kilang cat terbakar di kawasan perindustrian Meru di Kapar. Pada 20 Januari 2025 baru ini, di Taman Perindustrian Kapar Indah, berlaku insiden letupan sebuah kilang kimia yang memproses cecair kitar semula dan menyebabkan 32 orang dirawat dan menyebabkan kerosakan kepada kilang di sekeliling dan pemberhentian operasi kilang-kilang ekoran ledakan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
dan gegaran yang begitu kuat. Row-row yang ada di dalam- di luar kilang itu tertolak keluar ke jalan. Bayang row-row kerana letupan, landing ke jalan luar. Bumbung kilang di seberang jalan pun terkulai. Tidak jauh daripada kilang meletup, sebuah kilang di Taman Perindustrian Sungai Puloh, Aman Perdana, Meru sebuah kilang menyimpan gas cecair LPG pula hangus- habis hangus, sehingga dua yang meninggal dunia dan kerugian dikirakan lebih kurang RM5 juta, kata Sinar Harian, saya quote.
Jadi, beberapa insiden kebakaran letupan di kilang-kilang telah membangkitkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan pekerja serta penduduk berhampiran di Kapar. Jadi, saya merujuk balik dua tonggak Malaysia MADANI tadi yang telah disebut kemampanan dan kesejahteraan. Alam sekitar juga, sehingga membawa maut pula. Persoalannya, adakah kerajaan telah melakukan penilaian risiko yang ketat terhadap kilang-kilang yang mengendalikan bahan mudah terbakar seperti cecair dan bahan kimia yang berbahaya? Kita perlu memastikan semua kilang-kilang, terutama yang berkaitan dengan bahan-bahan kimia dan toksik, mempunyai sistem keselamatan dan pemantauan yang lebih ketat untuk mengelakkan tragedi berulang.
Saya telah berulang kali menyatakan dalam Dewan yang mulia ini tentang isu kilang di Kapar ini. Apa garis masa untuk menoktahkan kilang haram di Kapar dan seluruh negaralah ya? Saya rasa dah lama dah, berpuluh tahun saya rasa proses pemutihan kilang haram ini, masih tidak berjaya dilakukan oleh Kerajaan Selangor ini. Kita tak mahu juga insiden kematian pekerja terhidu gas beracun di kilang Prai, Pulau Pinang pada 1 Februari berlaku pula di Kapar, nauzubillah.
Jadi, apakah tindakan konkrit kerajaan setakat ini bagi memastikan isu keselamatan, dalam masa yang sama, kegiatan ekonomi masih boleh berjalan secara produktif dengan mengambil kira tadi SDG United Nations? Banjir dan Rancangan Tebatan Banjir. Setiap tahun, ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal dan harta benda akibat bencana banjir. Kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Tebatan Banjir dan saya nak sebutkan sini, RTB 2029. Dikatakan 2029. Orang Kapar dengar 2029, apakah jadi sementara itu? Dengan susahnya nak pergi sekolah, pergi kerja, segala harta benda yang rosak dan sebagainya. Adakah ia mengikut jadual atau terdapat kelewatan yang membahayakan penduduk di kawasan berisiko?
Orang Kapar kata, RTB 2029 itu wahai kerajaan, lambat sangat. Awalkanlah sikit.
Ihsanlah kepada orang-orang Kapar dan seluruhnya. Di Kapar ada satu kuiz yang semakin popular. Dia kata, ‘Apakah nama bukit yang banjir setiap hari hujan, bukan waktu tengkujuh, bukan monsun?’ Bukit yang banjir, yang tak bukit, tak banjir. Jadi,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ahli Yang Berhormat nak tahu jawapan? Cuba teka. Namanya, Bukit Kapar. Itu ingat itu, buat kuiz.
Isu orang muda dan peluang pekerjaan, kos sara hidup, masa tak banyak ini.
Apakah insentif yang kerajaan tawarkan untuk memastikan mereka boleh menjana pendapatan dalam pelbagai sektor yang sesuai dengan watak-watak, dengan generasi orang muda sekarang ini, bukannya copy paste yang zaman-zaman kita.
Ini termasuk memberi latihan soft skills yang berkaitan untuk memungkinkan kejayaan mereka. Kita tidak mahu hanya retorik tapi dasar yang benar-benar membantu mereka membina masa depan. Perlu solusi yang holistik dan bukan bantuan sekerat, separuh. Okey, banyak nak sebut ini tapi nampaknya masa tak cukup. Tentang golongan marhaen dan sebagainya. Apa peluang jobs availability dan peluang pekerjaan sesuai dan enablers, pemudah cara bagi membantu orang golongan marhaen? Termasuk orang muda, orang masalah yang sakit kronik dan sebagainya, supaya mereka ini boleh menyelesaikan masalah mereka. Adakah usaha inter-agency, the whole government approach yang diuar-uarkan kerajaan satu masa dulu? Kalau ada, apa dia? Orang Kapar nak tahu secara konkrit. Begitu juga dengan wanita dan cabaran work-life balance. Kita mahu perancangan kerajaan untuk memastikan lebih banyak syarikat mengamalkan dasar mesra keluarga dan memberi pilihan kepada wanita untuk terus bekerja tanpa mengabaikan tanggungjawab keluarga.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Apa inovasi teknologi yang boleh membantu perkara ini? Dan, banyak lagi ini, apa ni?
[Ketawa] Okey, saya cut, cut. Setakat ini, sejauh manakah taska di jabatan dan agensi kerajaan terutama yang memerlukan perkhidmatan luar waktu operasi taska biasa? Contoh, pekerja hospital, imigresen, polis dan sebagainya.
Berapa yang ada, berapa yang tak ada lagi?
Kelapan, kita lihat port ─ Pelabuhan Klang ini adalah penyumbang penting kepada GDP. Merupakan antara pintu masuk utama perdagangan Malaysia dan penyumbangan besar kepada KDNK negara. Namun, adakah kerajaan mempunyai strategi kukuh untuk memastikan Port Klang terus berdaya saing di peringkat antarabangsa? Kita tidak boleh membiarkan pelabuhan utama negara ini ketinggalan di belakang pelabuhan serantau seperti Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Agak ramai penduduk Kapar yang menjadi pekerja atau modal insan di Pelabuhan Klang ini dan bukan sahaja – Jadi sebab itu mereka ini perlu dibantu oleh kerajaan. Jalan yang rosak, jalan ni bukannya dekat daripada rumah, lalu dekat kampung mereka kemudian lalu jalan PBT, kemudian barulah masuk federal, baru
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
masuk ke pelabuhan. Tolonglah lihat secara holistik, menyeluruh. Tayar mereka dah bocor, minyak dah naik dan sebagainya.
Saya hendak tanya juga. Amerika Syarikat tarik keahlian WHO. Kesan kepada perkhidmatan kesihatan Malaysia. Sejauh manakah kerajaan bersedia untuk memastikan rantaian bekalan ubat-ubatan, vaksin dan kepakaran perubatan tidak terjejas akibat tindakan Amerika Syarikat keluar daripada WHO ini?
Bahaya domino kapitalisme. Malaysia perlu berhati-hati. Ada pihak-pihak cerdik pandai mengatakan golongan kapitalis seperti Elon Musk dan syarikat multinasional gergasi sering membuat keputusan yang hanya berasaskan keuntungan tanpa mengambil kira kesan kepada negara membangun seperti Malaysia.
Jadi, dengan tadi rukun-rukun MADANI yang saya tak sempat nak sebut, apakah Malaysia MADANI nak buat supaya kita ini tidak dikawal oleh golongan elit kapitalis sahaja?
Work life, okey. Saya merujuk Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Penyediaan infrastruktur asas, kemudahan kesihatan dan pendidikan hendaklah ditambah baik. Sikit, apa ni, Speaker. Sikit je lagi. Satu point je lagi.
Kapar mahu tahu, apa status pembinaan Sekolah Kebangsaan Telok Kapas, yang sepatutnya solusi masalah kepadatan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Kapar akan diselesaikan. Sudah ding-dong, ding-dong lama dah, bertahun-tahun sehingga AJK PIBG kata sejak dia sekolah di situ. Saya difahamkan peruntukan untuk pembinaan sekolah sudah diluluskan. Difahamkan PBT mensyaratkan pula perlu dibina jejantas sebelum mereka meluluskan pembinaan sekolah ini.
Soalan Kapar, sangkut di manakah projek ini? Kementerian Kewangan kah, Kementerian Ekonomi kah? Tolonglah, orang Kapar mahu tahu. Bila mula, bila nak siap Sekolah Kebangsaan Telok Kapas. Kapar mahu tindakan, bukan no action talk only – ‘nato’. Tindakan yang mencerminkan reformasi dan roh MADANI. Jadi, saya rumuskan ya kepada – Saya, apa nak mintakan tadi ya?
Tindakan yang mencerminkan reformasi dan roh MADANI. Inklusif, libatkanlah semua wakil rakyat di kawasan waima pembangkang kerana mereka adalah seperti istilah itu, wakil kepada rakyat majoriti kawasan tersebut. Bukan penyelaras kawasan Parlimen yang ditunjuk atau dilantik oleh parti kerajaan. This is blatantly against democracy. The rights of the majority dinafikan dengan izin, Speaker.
Ini kegagalan reformasi oleh parti yang melaungkan reformasi berdekad.
Buktikan kematangan dan keterbukaan anda. This is your golden chance to prove
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
you are difference from the current government. You topple, bukan dua kali lima.
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, rumusan. Last. Jadi, janganlah no action talk only – ‘nato’. Kami ini daripada pembangkang, Perikatan Nasional ini check and balance seperti yang disebutkan dalam Titah Tuanku. Jadi tolonglah berikanlah perhatian, segala yang kami – with a good intention untuk membangunkan negara tercinta. Saya akhiri dengan serangkap pantun, Timbalan Speaker.
Sirih junjung sirih berlipat, Bunga tanjung si pinang kelat, Titah dijunjung negara berdaulat, Jangan sama sekali sorok itu khianat. Terima kasih Yang di-Pertua. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia dan juga selamat Pai Ti Kong kepada orang Hokkien kerana hari ini hari kelapan Tahun Baru Cina. Malam ini orang Hokkien akan menyambut upacara Pai Ti Kong dan untuk orang Hokkien ini merupakan satu perayaan yang lagi besar daripada Tahun Baru Cina.
Pertama sekali, saya ingin menyentuh tentang isu yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Larut semalam. Dikatakan kontrak penyewaan helikopter, RM16.6 bilion dan dia cuba untuk membandingkan dengan skandal LCS. Dikatakan ada orang nak cuba mengaut keuntungan dalam penyewaan helikopter ini.
Pertama kali, ini bukan satu perbandingan yang adil dan ini satu perbandingan yang amat jahat yang untuk cuba hendak melakukan persepsi untuk burukkan imej kerajaan. Yang pertama, LCS merupakan satu kontrak untuk membina kapal-kapal. Kita beli parts, kita bina. Ini merupakan satu proses yang amat rumit.
Kita kena order parts, kita kena ada buruh, kena untuk cuba bina. Manakala kontrak untuk helikopter ini terus straight forward. Kita sewa, helikopter sampai, kita bayar sewa.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Larut juga cuba hendak bandingkan, katakan kalau beli terus hanya kos dia RM9 bilion. Kalau sewa RM16.6 bilion tapi saya hendak kata ini bukan satu perbandingan yang adil juga. This is not an apple to apple comparison. Tak boleh kita hendak bandingkan beli terus dengan penyewaan 15 tahun kerana kalau dalam penyewaan kita bayar setiap tahun. Setiap tahun bayar sewa dan penyewaan ini kita termasuk kos maintenance. Belum lagi kira time value of money. 15 tahun saya bayar RM1 bilion untuk sewaan, RM1 bilion 15 tahun itu tak sama dengan RM1 bilion hari ini. Kalau tak faham, kalau tak faham...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kapar, laluan. Boleh laluan, Kapar?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duduk, duduk. Saya tak cukup masa. Saya tak bagi. Kalau tak faham saya bagi contoh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kapar, kereta Kapar sewa atau beli?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sila duduk. Saya bagi contoh. Kalau hari ini, kita beli satu kereta RM1 juta, kita pinjam RM900,000 daripada bank, tambah faedah 15 tahun kira 3.5 peratus faedah. Untuk masa 15 tahun kita kena bayar RM1.3 juta. Bermakna kita bayar 50 peratus lebih banyak dalam faedah. Bermakna kalau RM9 bilion beli terus hari ini bermakna kalau dalam 15 tahun...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Termasuk faedah ia, RM13 bilion dan tak termasuk lagi kos penyelenggaraan penyewaan. Jadi kalau nak banding kita banding dengan kos penyewaan SPANCO. SPANCO itu sewa kereta. SPANCO itu sewa berapa? SPANCO itu sewa RM4.6 bilion untuk 15 tahun juga tetapi pada masa itu ada syarikat Berjaya, NAZA yang menawarkan kontrak lagi murah. Murah berapa?
RM600 juta tetapi Pagoh pada masa itu telah cuba untuk tidak teruskan dengan kontrak itu tetapi telah memberi kontrak penyewaan kepada SPANCO yang lagi mahal.
Jadi saya nak cabar. Saya cabar Larut, kalau nak buat perbandingan sila buat perbandingan yang adil. Kalau Larut hari ini boleh...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Nanti, bagi saya habis dulu. Kalau Larut pada hari ini boleh tunjukkan bahawa kerajaan tidak menyewa daripada satu syarikat yang bagi satu offer yang lebih murah. Ini bukan satu tuduhan yang betul. Kalau Larut boleh tunjukkan bahawa kerajaan tidak menyewa daripada satu kerajaan yang lebih
Tuan Chong Zhemin - Kampar
– Satu offer yang lebih murah, saya akan jadi orang pertama. Saya akan buat laporan MACC tapi tidak ada. Tidak ada apa-apa offer yang lebih murah.
Jadi tak adillah hendak bandingkan satu kontrak penyewaan dengan kontrak beli terus. Ya, Muar. Silakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih, Kampar.
Muar bukan pakar dalam menganalisis kontrak. Kampar pun bukan pakar dalam menganalisis kontrak. Penjawat-penjawat awam kita berada di AGC, berada dalam Angkatan Tentera, mereka ada kepakaran yang tersendiri.
Persoalan saya mudah. Mengapa sampai ke hari ni, Panglima Tentera Laut, Tentera Udara, Panglima Angkatan Tentera, pihak di KDN, tidak sekali mempertahankan kontrak ini walhal telah dibuktikan sebelum kerajaan ini diwujudkan, sudah ada cadangan yang sama tetapi ditolak oleh penjawat awam kita, the end user.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Skandal LCS berlaku kerana kita fokus kepada kontraktor dan bukan kepada end user iaitu tentera. So, apabila pihak KDN, polis sudah tolak, pihak tentera tolak, kenapa kerajaan bulldoze? Walhal, keputusan yang sama telah ditolak sebelum ini.
Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, mungkin Muar juga berminat dalam kontrak SPANCO.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tambahan, Tuan Yang di- Pertua. Boleh, Kampar?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
SPANCO itu memang telah kita signed.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kampar, tambahan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kontrak penyewaan dengan Berjaya-Naza tetapi ditolak, kita signed dengan SPANCO. Yang RM600 juta lagi mahal. Ya, ya, okey. Hulu Terengganu, silakan. Cepat, cepat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas sahaja, Kampar. Saya hendak tanya Kampar. Kampar pakai kereta? Kereta Kampar pakai itu sama ada disewa ataupun dibeli? Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu kenderaan persendirianlah. Tidak sama dengan kerajaanlah. Kerajaan, kereta sekarang pun sewalah. Okey.
Kedua, Pasir Mas bangkit tentang bahawa kerajaan buat U-turn dalam isu tol.
Saya hendak bagi tahu pembangkang. Kalau kerajaan buat benda yang baik, kita sambut baik. Jangan hendak hentam lagi cakap U-turn. Secara prinsipnya, saya setuju dengan kerajaan bahawa kita tidak patut bagi pampasan semasa musim
Tuan Chong Zhemin - Kampar
perayaan kerana ini selari dengan subsidi bersasar. Subsidi bersasar bermaksud subsidi ini kita patut bagi kepada orang yang perlukan.
Pada tahun 2023 dan 2024, kerajaan telah membelanjakan RM356 juta pampasan tol kerana kita bagi tol percuma semasa musim perayaan. Duit ini, RM356 juta, patutkah kita bagi kepada pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan tol ataupun kita boleh bagi kepada orang-orang kampung yang tidak memiliki kenderaan untuk mereka menyambut musim perayaan? Ini satu prinsip subsidi bersasar yang kita patut renungkan. Jadi, apabila kerajaan kita dengar keluhan pengguna- pengguna tol lebuh raya, kita bagi diskaun 50 peratus. Jadi, saya harap, Pasir Mas, kita sambut baiklah. Jangan lagi hendak hentam kerajaan katakan ini kerajaan U- turn.
Satu lagi, untuk lesen 5G U Mobile. Lesen 5G U Mobile, pihak pembangkang banyak kali juga telah keluar kenyataan mereka tidak setuju. Tetapi, saya hendak katakan, apa perbezaan kerajaan sekarang dengan kerajaan terdahulu? Kerajaan terdahulu hanya ada satu lesen 5G sahaja. Tidak ada syarikat lain yang dapat lesen 5G. Itu single-tier network. Tetapi sekarang, kerajaan kita hapuskan monopoli ini, kita bagikan open tender.
Open tender ― mana-mana syarikat hendak tender, boleh. Kita bagikan satu syarikat. Maxis masuk, Celcomdigi masuk, U Mobile masuk. Setelah tender terbuka ini, ada panel yang buat, keputusan telah diberikan bahawa lesen 5G ini diberikan kepada U Mobile. Jadi, saya rasa ini keputusan proses yang telus. Tidak ada apa- apa yang boleh dipertikaikan.
Jangan lupa. Sebelum ini, kita ada tiga syarikat besar dalam telekomunikasi.
Ada Maxis, ada Digi, ada Celcom. Ini satu oligopoli atau persaingan yang sihat dan dapat turunkan harga telephone bill. Jadi, pengguna dapat jimatkan. Tetapi, setelah merger Celcom dengan Digi, tinggal sahaja dua syarikat yang besar. Duopoli. Jadi, apabila syarikat U Mobile dapat satu lesen 5G, saya rasa ini satu persaingan yang sihat. Kita dapat naikkan U Mobile untuk bersaing dengan Maxis dan Celcomdigi.
Dan jangan cuba kelirukan bahawa Maxis dan Celcomdigi tidak dapat lesen 5G.
Mereka dapat dalam DNB. Mereka ada juga lesen 5G. Jadi, ini satu persaingan yang sihat. Kita naikkan syarikat ― ketiga-tiga boleh bersaing dan akhirnya penggunalah yang akan menikmati penjimatan bil telefon ini.
Seterusnya, ada seorang insan yang cerdik pandai yang buat video. Dua video, saya tengok dia buat. Dua video sudah sekarang. Kononnya EPF rugi RM500 juta akibat telah jual saham MAHB. Masa saya tengok video itu, saya pun hairan macam mana EPF boleh rugi apabila jual saham MAHB. EPF beli RM2. Dia kata,
Tuan Chong Zhemin - Kampar
semasa EPF jual, RM5. Selepas itu beli balik RM11, dia rugi. Tetapi, saya check, ini bukan satu transaction short sale. Ini long position. MAHB, EPF beli RM2, jual RM5, untung RM3. Dan sekarang beli RM11 dengan jangkaan masa akan datang akan naik lagi. Jadi, macam mana ada rugi? Satu sen pun tidak rugi.
Saya tanya satu soalan matematik senang. Darjah 6 boleh faham. Kalau hari ini Ali beli sebatang pensel RM1, jual RM2. Beli lagi RM5, jual RM6. Berapa duit Ali untung? RM2 lah. Beli RM1, jual RM2, untung RM1. Beli RM5, jual RM6, untung lagi RM1. Untung RM2. Tetapi, insan yang cerdik pandai ini, dia kata, Ali jual RM2, beli RM5, rugi RM3. Bodoh! Mana ada orang kira matematik macam itu.
Ini bukan short position. EPF tidak short sale saham MAHB. Dia tutup position dia. Dia beli RM2, dia jual masa RM6 dan dia beli pada RM11 dengan ramalan pada masa akan datang saham dia akan naik.
Jadi, saya hendak tanya di sini. Kalau betul-betul EPF telah rugi RM500 juta, saya hendak minta orang ini tunjukkan bukti. Kalau boleh, buktikan EPF betul-betul rugi satu sen. Ini bukan paper lost pun. Tidak ada paper lost. Apa kerugian ini? Ini panggil opportunity cost sahaja. Paling banyak, you panggil opportunity cost. Kerana kita jual RM5, kita tidak pegang MAHB. Sekadar niat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kampar, sekali lagi laluan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Ia naik sampai RM11.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kampar, sekali lagi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini kos opportunity.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, beli RM2. Kenapa EPF tidak jual ketika harga RM11? Kenapa jual RM5?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau you boleh tahu dia naik RM11, you bagi tahu saya, saya akan beli. Itu, tidak ada orang akan tahu. Ini saham ada naik, ada turun. EPF sudah jelaskan pada masa itu, kesemua ekuitinya telah dimiliki dan masa itu dia hendak bayar dividen. Jadi, apabila dia hendak bayar dividen, dia tengok yang mana dia telah untung, dia akan jual dan telah liquidate aset dia, saham, untuk bayar dividen. Ini satu operasi yang normal. Ini operasi yang biasa untuk fund-fund manager ini.
Jadi, saya harap jangan hendak main-mainkan isu ini. Saya hendak cabar.
Kalau betul-betul boleh buktikan bahawa EPF rugi RM1, saya di sini saya umumkan saya akan bersara dari politik. Sebab, insan ini dahulu dia cabar saya. Dia cabar.
Kalau dia boleh buktikan ― dia pernah kacau Menteri, dia akan bersara dalam politik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya telah bagi bukti. Selepas saya bagi bukti, dia senyap sahaja. Dia senyap, hilang. Jadi, ini saya cabar balik dia. Kalau boleh bukti EPF ada rugi RM1 pun, saya akan bersara dari politik. Steady tidak? Steady? Okey.
Seterusnya. Seterusnya. Seterusnya, saya menyambut baik Titah Tuanku bahawa Ahli Parlimen patut jadi ejen perpaduan, bukan untuk jadi ejen memecahbelahkan rakyat Malaysia demi kepentingan politik.
Baru-baru ini, sebuah komponen parti dari Perikatan Nasional, parti Gerakan telah mengeluarkan satu kenyataan dalam bahasa Mandarin sahaja. Dia kata, DAP sekarang senyap, tidak lagi menentang dasar-dasar mengutamakan kaum Melayu dan Islam setelah berada dalam Kerajaan Perpaduan. Inilah contoh. Inilah contoh bahawa orang-orang politik cuba untuk memecahbelahkan. Cakap satu dengan kaum Cina, cakap lain dengan kaum Melayu.
Jadi, saya minta PAS dan BERSATU duduk dalam Dewan hari ini, sila show your stand. Apakah pendirian anda terhadap kenyataan yang dibuat oleh Gerakan ini? Macam mana kita boleh biarkan komponen-komponen parti untuk mengaut undi untuk dapat sokongan buat kenyataan begitu yang langsung tidak ― yang cuba untuk memecahbelahkan kaum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Sila gulung.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Juga, Facebook the MCA Johor pada 26 Januari telah buat satu posting dan saya tahu MCA Johor telah katakan ini adalah satu admin yang telah bersara. Bukan mereka yang buat. Jadi, mereka telah tarik balik.
Tetapi, saya hendak tanya. Kenapa perlu tunggu sampai dua hari setelah isu ini dibangkit? Dan sama, posting itu dibuat dalam bahasa Cina sahaja. Jadi, kalau telah buat, kenapa tunggu sampai dua hari baru mereka sedar, “Oh, ini admin sudah bersara. Sekarang kita baru tarik balik”, setelah jadi isu? Jadi, saya harap kalau betul- betul ini admin yang telah bersara, sila tunjukkan siapa admin ini, sila buat laporan polis. Biar polis siasat. Adakah dia telah menggunakan Facebook MCA Johor untuk membuat satu posting fitnah yang tidak betul.
Jadi, itu sahaja yang saya hendak bawa pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Membaca sepotong doa] [Membaca sepotong ayat Al-Quran] [Membaca sepotong hadis]*
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Saya ingin memulakan ucapan ini dengan merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas limpah kurnia dan perkenan Baginda untuk perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Parlimen untuk kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, saya ingin menjunjung kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda mengenai penegasan Baginda terhadap peranan Dewan Rakyat dan Parlimen sebagai Dewan perhimpunan yang paling utama di negara kita.
Gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal dan medan semak dan imbang ke atas Perlembagaan negara yang kita cintai.
Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi, saya terima satu kenyataan akhbar daripada Kelab Penyokong Kerajaan MADANI, backbencher yang berkaitan dengan ucapan Ketua Pembangkang semalam, yang mengatakan bahawa tiada unsur penderhakaan kepada Perdana Menteri.
Apa yang saya teliti daripada video dan ucapan daripada Hansard, ucapan Ketua Pembangkang semalam, tiada satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri derhaka. Cuma, dikatakan kerajaan derhaka. Jadi, ini satu kekeliruan dan saya minta Pengerusi Backbencher supaya meneliti semula ucapan dan juga Hansard serta video ucapan daripada Ketua Pembangkang.
Penderhakaan tersebut adalah berkaitan dengan Adendum. Menghalang, menyembunyikan dan menyorok selama setahun. Sebab itu, saya dalam hal ini, saya menyokong apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang.
Mengatakan bahawa mereka yang terlibat dalam hal menyorok setahun adendum ini perlu meletak jawatan. Ini suatu yang penderhakaan yang cukup tinggi dalam negara.
[Tepuk] Jadi, saya tak bertanggungjawab tetapi jawapan yang diberi di sini bahawa surat tersebut diberi kepada AGC. Jadi, saya minta kerajaan mengambil tindakan kepada Peguam Negara yang menyembunyikan hampir setahun adendum ini, yang sehinggakan mengganggu serta menggugat reputasi kerajaan berkaitan dengan ketelusan dan juga tatakelola.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tatakelola bercakap di merata- rata. Ketelusan bercakap di merata-rata tapi pelaksanaannya di mana? Cakap tak serupa bikin. Itulah yang digembarkan dalam masyarakat hari ini, kerajaan ketimbang – Kencing, tipu, sembang.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan mengelirukan Dewan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cakap berdegar-degar tetapi tak ada satu pun yang terbukti dapat memberi kebaikan kepada rakyat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan telah dibuat bahawa surat itu telah dihantar ke Istana. Jadi, jangan mengelirukan Dewan.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perdana Menteri pun menjelaskan. Jadi, tak bolehlah kata menyorok.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ulang, ulang. Saya tak jelas.
Ulang lagi sekali.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan telah diberikan. Surat dihantar kepada Attorney General, yang telah menghantar adendum itu kepada Istana Negara. Jadi, mana ada penyorokan ataupun nak sorok. Itu penjelasan telah dibuat.
Jadi, janganlah buat kenyataan yang mengelirukan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu, saya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, sekejap, sekejap. Sekejap, sekejap. Saya jawab Beruas dulu. Isu ini dah setahun, Yang di- Pertua. Setahun! Bukan 10 hari. Bukan 100 hari. Setahun, 365 hari. Masalahnya ialah apabila disembunyikan. Menteri kata, ini hearsay.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang seorang lagi kata, tak tahu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perdana Menteri telah jelaskan, beliau tidak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tiba-tiba dalam surat mengatakan bahawa beri kepada AGC.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Mana ada penyorokan kalau tak ada pengetahuan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bahasa Melayu itu yang tak faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau seseorang itu tidak ada pengetahuan, mana dia nak sorok?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, Beruas nampaknya mengelirukan Dewan.
[Tidak jelas] Dia hadir mesyuarat. Yang hadir mesyuarat pun kata tak tahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta penjelasan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, tiba-tiba mahkamah memberi keputusan benda itu ada. Jadi, mana satu ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Terengganu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak minta penjelasan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, itulah yang – tunggu, tunggu, Jelutong. Saya beri. Jangan bimbang. Itulah yang menjadi kekeliruan dalam masyarakat hari ini. Benda dah lama berlaku. Tiba-tiba, di akhir bila tanya Perdana Menteri, tunggu keputusan 6 Januari. Keluar, ada benda itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sehinggakan Peguam Negara ketika saya hadir mahkamah, membisu seribu kata. Sehingga Hakim mengatakan bahawa dia merasa terganggu dengan perlakuan kerana peguam Datuk Seri Najib telah hantar enam surat untuk jawapan. Tetapi tanpa jawapan, tanpa penafian, tanpa apa-apa yang perlu diambil tindakan oleh AGC. Okey. Sila, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Hulu Terengganu, bolehkah Yang Berhormat Hulu Terengganu menyatakan dengan jelas di Dewan yang mulia ini, siapakah Yang Berhormat Hulu Terengganu mengatakan bahawa menyembunyikan adendum ini?
Kita perlu satu – apakah pendirian pembangkang tentang pihak yang bertanggungjawab menyembunyikan perkara ini?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya faham, saya faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau boleh, sekurangnya menyatakan supaya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya faham, Yang di-Pertua.
Masa saya, saya faham...
[Tidak jelas] memang cakap panjang.
Yang di-Pertua, orang yang hadir mesyuarat dan pihak yang siasatlah. AGC ke sembunyi, Menteri Wilayah ke sembunyi, Menteri Undang-undang ke sembunyi atau Perdana Menteri sendiri yang sembunyi. Siasat! Kita sebagai pembangkang mengutarakan isu ini untuk disiasat, untuk nak memastikan kerajaan hari ini berwibawa. Itu maksud saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya rasa, cukuplah tentang adendum. Semalam Speaker sudah kata, tak perlu bangkitkan isu ini lagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, gag order tak ada lagi. Kalau di Parlimen pun tak boleh bercakap semua benda yang berkaitan dengan rakyat, apa guna kita hadir di sini, Yang di-Pertua?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mahkamah tak beri keputusan lagi berkenaan gag order. Gag order pun ada pertentangan. Menteri Undang-undang kata tak setuju, AGC buat. Ini pun dah nampak ketidak...
[Tidak jelas]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan Mesyuarat 36(2). “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah, sekira-kira pada pertimbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.” Sekarang isu ini sedang hendak diputuskan di mahkamah.
Bagilah mahkamah putuskan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, saya minta masa ditambah untuk saya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, kalau – bukan kata tak boleh berucap, berbahas di sini. Perkara yang ada di mahkamah, kita mesti hormati mahkamah dan pengasingan kuasa itu mesti ada. Sekarang ada di mahkamah. Bagilah mahkamah putuskan dengan fakta-fakta yang diberikan kepada mahkamah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, okey. Saya tak beri dah.
Cukup, cukup. Saya faham. Saya faham, Beruas. Mahkamah dah putus ada. Tak bicara, dah selesai dah...
[Tidak jelas] ada. Tak...
[Tidak jelas] isu. Sekarang ini adendum telah ada. So, apa yang mengelirukan mahkamah? Tak ada isu. Jadi, lawyer pun tak faham. Dia tak faham dah. Lawyer pun tak faham isu yang – saya pun tak faham.
[Tepuk]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, saya banyak yang saya nak bangkitkan lagi. Yang keduanya Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu kos sara hidup. Sehingga hari ini beras putih masih tak dapat. Beras putih tempatan, masih lagi ghaib. Ghaibul ghuyub. Tak tahu mana pergi. Menteri janji dua bulan. Hari ini, dah hampir dua tahun. Lebih dua tahun.
Masih hilang. Petani kata, dihantar beras tempatan ke kilang. Keluar-keluar, beras import.
Jadi, betapa gagalnya kerajaan hari ini untuk nak mengatasi masalah yang sekecil ini. Masalah yang berkaitan dengan perut dan juga kekenyangan dan juga makanan rakyat. Apakah di sini ada kartel-kartel yang mengaut keuntungan daripada kenaifan dan kesusahan rakyat? Petani bertanam, bercucuk tanam dalam keadaan yang serba-serbi kekurangan.
Semalam riuh berkaitan dengan harga lantai padi. Masih belum selesai.
Harga lantai padi hari ini, RM1,300, RM1,500. Petani mohon RM1,800. Perdana Menteri kata, kita kena jaga pengguna dan juga jaga petani. Kita tunggu PM janji untuk minggu depan. Kita tunggu. Mungkin ada berita baik kepada petani-petani untuk harga lantai padi.
Kemudian, berkaitan kos sara hidup juga, Yang di-Pertua. Minggu depan ataupun dua minggu lagi, sekolah akan dibuka. Rata-rata ibu bapa mengeluh dengan harga buku, harga pakaian, harga kasut, seragam dan sebagainya meningkat. Kalau dulu harga RM30. Hari ini seluar untuk sukan pelajar RM60. Itu baru seorang. Itu baru seluar. Tak termasuk baju, tak termasuk pakaian-pakaian yang lain.
Jadi, semua ini akan menekan perbelanjaan keluarga, terutamanya bagi mereka yang B40. Sebab itu, saya mohon kepada Menteri Pendidikan untuk buat pekeliling, memaklumkan kepada semua sekolah, jangan memaksa ibu bapa membeli barang-barang di koperasi ataupun dengan harga yang lebih mahal. Kalau ada pilihan beli di luar lebih murah maka berilah galakan kepada ibu bapa membeli barang-barang keperluan ini di luar sekolah, daripada membeli barang-barang yang lebih mahal di dalam sekolah. Itu rayuan saya kepada Menteri untuk memaklumkan.
Seterusnya Yang di-Pertua, kerajaan hari ini juga cuba untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat. Dalam Parlimen cuba disekat. Di luar Parlimen juga cuba disekat.
Sebagai contoh, Reporters Without Borders (RSF) melaporkan Malaysia mencatat 52.07 mata, berbanding 2023 dengan pencapaian 62.83 mata. Prestasi merosot 34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia juga, sekali gus menempatkan Malaysia berada di kedudukan 107...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Berbanding 73 pada tahun 2023.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mohon penjelasan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, sekatan ini memberi tekanan, memberi suatu gambaran bahawa negara kita ini seolah-olah menuju ke arah diktator.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Lantaran itu, saya berharap supaya kebebasan media, kebebasan bersuara dibuka. Kerana sebelum ini pembangkang, yang jadi kerajaan hari ini, berguling di jalan raya untuk menghapuskan Akta Hasutan dan sebagainya, tetapi hari ini mereka menggunakan akta ini untuk hendak mengekang dan untuk menyekat kebebasan bersuara di kalangan rakyat.
Okey. Sila, Jelutong. Pendek. Pendek, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, Hulu Terengganu.
Tapi, kerajaan ini tidak pernah menggantung persidangan Parlimen untuk enam bulan. Setuju tidak? Tidak pernah melarang Ahli Parlimen untuk hadir di Parlimen.
Setuju tidak?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, tak apa. Betul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju tidak?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju. Tapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, kebebasan bersuara terjamin dengan kerajaan ini. Kita tidak pernah melarang Ahli Parlimen hadir di Parlimen.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, cukup. Cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak pernah menggantungkan Parlimen.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cukup. Faham.
Penggantungan Parlimen kerana ada PKP, adanya covid. Dan saya berasa yakin kalau tak gantung Parlimen itu, mungkin hari ini Jelutong dah jadi arwah barangkali.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Mendiang, mendiang.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi mendiang. Tuan Yang di- Pertua, selain daripada itu― masa dah habis dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Masa dah tamat. Panjang, banyak lagi. Saya akan ringkaskan, Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan kawasan sayalah. Saya minta― gajah masih lagi berleluasa di kawasan Hulu Terengganu. Perbelanjaan untuk gajah, saya dimaklumkan oleh PERHILITAN, lebih kurang RM2.8 juta sahaja untuk buat pagar elektrik sejauh 12 kilometer sahaja. Dengan RM2.8 juta ini, saya rasa satu jumlah yang kecil. Saya minta Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan berbincang dengan Perdana Menteri untuk luluskan projek bina pagar gajah di Hulu Terengganu yang pada 5 Oktober dahulu telah membunuh seorang mangsa.
Yang kedua, saya minta juga Kementerian Dalam Negeri supaya mengguballah akta, guballah satu akta untuk membenarkan RELA memiliki senjata.
Kerana, rata-rata petani di Hulu Terengganu dan di seluruh negara mengalami masalah musuh tanaman dengan kera, beruk, gajah dan juga babi dan sebagainya.
Jadi, dengan adanya mungkin ihsan daripada Menteri KDN membenarkan para petani ataupun RELA untuk memiliki senjata untuk mengawal musuh tanaman.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Touch ‘n Go. Saya top-up Touch ‘n Go melalui kad pengenalan. Tapi, hari ini, top- up tersebut telah expired. Persoalannya, kenapa? Ini disuarakan oleh rakyat di luar sana. Kad pengenalan kita dah tak laku lagi untuk Touch ‘n Go. Yang kedua, berkaitan dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mana peneroka-peneroka bersungut dividen dan bonus yang diberikan kepada mereka perlu tulis surat untuk nak dapat cash. Kalau tak dapat cash, dia terus kredit dalam akaun. Jadi, saya minta supaya perkara ini dijelaskan kepada rakyat.
Saya rasa itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana peluang yang diberi. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Bismillahi Rahman Rahim. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menyampaikan titah perasmian di Parlimen yang mulia ini.
Di dalam Titah Yang di-Pertuan Agong, yang paling awal menyebut supaya kemajuan yang dicapai oleh negara akan diagihkan secara yang paling adil kepada seluruh rakyat seluruh negeri, yang saya difahamkan, dan kepada semua pihak yang ada di dalam negara kita.
Di dalam ucapan ini, kerajaan menyebut bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2024 adalah 5.9 peratus, yang saya kira angka ini, bagi saya secara telusnya, saya tidak rasa banyak gembira. Kerana, kalau kita lihat pada tahun 2022, keluaran dalam negara kasar negara kita mencatat 8.7 peratus. Itu dalam situasi negara kita menghadapi Covid-19 yang sangat berbahaya dan membekukan segala pergerakan-pergerakan ekonomi di dalam negara kita.
Apa yang berlaku, kalau kita banggakan dengan 5.9 pada hari ini, dalam keadaan-keadaan kerajaan memperkenalkan cukai yang tinggi dan melampau kepada rakyat. Pertumbuhan ini bukan diambil daripada kehebatan kerajaan, usaha- usaha gigih yang dibuat oleh kerajaan yang tidak membabitkan rakyat― hampir kita ada― tapi yang berlakunya ialah dinaikkan cukai jualan ke atas barangan import low value goods (LVG) sebanyak 10 peratus. Ini angka yang sangat membebankan rakyat kerana kenaikan ini secara automatik segala keperluan hidup rakyat ini meningkat secara mendadak.
Yang kedua, cukai keuntungan modal, capital gains tax (CGT) sebanyak 10 peratus lagi. Yang ketiga, cukai dividen. Mulai tahun taksiran 2025, walaupun belum lagi, sebanyak dua peratus lagi akan dinaikkan, akan diperkenalkan. Yang keempat, cukai karbon. Ini kita angkat ibu tanganlah, bagus, sebab ia tidaklah membabitkan rakyat. Yang kelima, peningkatan kadar cukai perkhidmatan mulai 1 Mac 2024 dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus. Yang keenam, berlaku juga perluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai 1 Mei 2025.
Semua ini adalah satu gambaran bahawa kerajaan kita apabila berhadapan dengan isu ekonomi negara, kerajaan seolah-olah tidak ada satu formula yang hebat yang digunakan di dalam negara kita kecuali kerajaan ini nampak kalau kerajaan tidak ada duit, dia akan tekan rakyat, dia akan naikkan cukai. Dan kalau kita bangga kenaikan jumlah cukai di dalam negara kita ini, ia satu perkara yang sangat menyedihkan rakyat di Malaysia.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pasir Puteh, minta penjelasan sikit tentang low value goods tax.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak tanya, adakah Pasir Puteh jelas bahawa low value goods tax ini telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan telah diluluskan dalam Parlimen pada 4 Ogos 2022 pada masa Kerajaan Perikatan Nasional memerintah? Jadi, ini cukai yang telah dikenakan semasa Kerajaan Perikatan Nasional. Jadi, macam mana? Adakah Pasir Puteh setuju dengan low value goods tax?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, cukai yang telah diisytiharkan dahulu adalah 10 percent dan itu memang saya sebut saya boleh bersetuju, tapi kalau ditambahkan pula cukai jualan ke atas barangan import sebanyak 10 peratus lagi, ini sangat membebankan.
Saya faham. Yang Berhormat, saya faham negara perlukan kepada sistem percukaian. Saya faham. Dan saya tidak melulu dan tidak menyebut ini secara semberono. Tak. Tapi, janganlah sampai cukai ini berkali-kali diambil dan ini akan memberi satu implikasi yang sangat parah kepada rakyat.
Rakyat hari ini― di mana-mana tempat. Kalau di Hulu Terengganu, rakyat di dalam kawasan saya Pasir Puteh dan semualah kawasan-kawasan di luar daripada bandar, hatta di dalam bandar, rakyat mengeluh tidak seimbang antara gaji ataupun input yang diperolehi berbanding dengan kos kehidupan harian. Ini tidak dapat dinafikan dan kita harus memperjuangkan perkara ini.
Begitu juga...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pasir Puteh sedikit fasal cukai.
Boleh? Sikit saja.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, ya, ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dahulu masa jadi pembangkang, pembangkang diketuai oleh PMX lah masa itu marah tentang GST enam peratus. Tetapi bila diperkenalkan SST, lapan peratus. Jadi saya rasa hujan sudah naik ke langit barangkali. Terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, ya. Hujan naik ke langit pun saya setuju, ‘ketimpang’ pun saya setuju.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ketimbang.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ketimbang, ketimbang, sorry. Okey, Yang di-Pertuan Agong juga menyebut bahawa pengagihan sama rata. Suka saya ingatkan kepada pihak kerajaan sewaktu mereka memerintah negara mereka adalah pemegang amanah yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka. Allah SWT berpesan di dalam Al-Quran, [Membaca sepotong ayat Al-
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Quran]. “Jangan sekali-kali perbezaan antara kumpulan parti-parti, perkauman dan seumpamanya menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada ketakwaan kepada Allah SWT.” Perkataan ‘Al-Adl’ di dalam Al-Quranul Karim ada 15 tempat di dalam Al- Quran. Ada 15 tempat iaitu:
(i) Surah Al-Baqarah ada tiga tempat;
(ii) Surah An-Nisaa’ ada satu;
(iii) Al-Ma'idah ada tiga tempat;
(iv) Al-An'am ada dua tempat;
(v) An-Nahl ada dua tempat;
(vi) Al-Hujurat ada satu;
(vii) At-Talaq ada dua tempat; dan
(viii) Al-Infitar ada satu tempat.
Memberi gambaran kepada kita bahawa ekonomi yang ada dalam negara ini milik semua rakyat. Rakyat Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, dia ada hak kerana rakyat ini mengeluarkan cukai kepada kerajaan dan duit yang dihimpunkan oleh kerajaan bukan duit daripada parti, bukan duit PH, bukan duit DAP, bukan duit PKR tidak! Duit rakyat. Mengapa tidak diagihkan sama rata? Sebab itu saya berani cabar, berani cabar kalau kerajaan tidak hendak beri peruntukan secukupnya kepada Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, jangan pungut cukai daripada rakyat di negeri ini supaya negeri yang pungut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pasir Puteh...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Dan negeri yang akan membelanjakan kewangan ini. Kita akan lihat negeri-negeri ini akan bangun menjadi negeri-negeri yang kaya, yang maju, yang hebat mengatasi Persekutuan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta, minta —Saya tanya Pasir Puteh minta penjelasan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju dengan saya bahawa baru-baru ini setelah perbincangan dilaksanakan, satu MoU diserahkan kepada barisan pembangkang dan sebabnya barisan pembangkang enggan menandatangani MoU itu adalah kerana syarat mengisytiharkan harta.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Mana Ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itulah menyebabkan kenapa barisan pembangkang...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey, okey, okey. Jelutong, duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju kah, tidak setuju?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduklah, Jelutong. Merapulah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan merapu kalau berani bangun jawab soalan saya.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang berani bangun jawab soalan saya. Jangan sembunyi.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Cukup, cukup jangan cabar, ini masa saya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Nak jawab apanya.
Pergi check sendirilah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya sudah isytihar harta, saya sudah isytihar harta. Saya sudah isytihar harta.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya isytihar harta boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa, kenapa tak sign, kenapa tak sign MoU?
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Kami semua sudah isytihar hartalah.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Banyak hal lain lagilah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Banyak sebab tak...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk, teruskan perbahasan.
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak singgung. Perdana Menteri kita, Tambun kerap menyebut maha kaya, golongan maha kaya. Ungkapan yang seumpama ini daripada mulut seorang Perdana Menteri dia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara dan seolah-olah memberi gambaran bahawa orang yang kaya-raya ini mereka sebut sakau lah, apalah tanpa dikecualikan pengacau kepada negara.
Justeru itu, saya melihat bahawa banyak syarikat-syarikat gergasi yang ada dalam negara kita, kita boleh check mereka bertindak keluar daripada Malaysia pergi ke negara lain. Risikonya, implikasinya pertumbuhan ekonomi negara kita akan merudum. Sepatutnya kita beri galakan kepada semua pihak supaya kalau boleh rakyat dalam negara kita adalah rakyat yang kaya-raya, rakyat yang hebat. Rakyat yang boleh mencipta segala-galanya tetapi kalau dikenakan macam-macam perkara diambilnya cukai tambahan macam-macam, dia tidak menggalakkan kepada ekonomi.
Yes, bila kita ambil cukai daripada pihak ini kita dapat beberapa manfaat, dapat duit sedikit tetapi kalau mereka lari dan hakikatnya mereka lari berapa banyak yang kita rugi. Jadi sebab itu, saya hendak pesan kepada Yang Amat Berhormat Tambun supaya berwaspada dengan bercakap. Bila kita bercakap semberono, hentam sana, hentam sini cuba kita lihat apa respons daripada Indonesia berkenaan dengan Persidangan ASEAN yang kita jadi tuan rumah. Apa Indonesia kata? Ini memalukan negara dan ada lagi pemimpin-pemimpin lain menghina negara kita.
Jadi sebab itu kita sama-sama bangunkan negara, pembangkang, pemerintah kita sama-sama bangunkan negara dan saya kira Jelutong pun insya- Allah, dia nampak taruh janggut, simpan janggut. Janggut pun sudah putih sudah.
[Ketawa] .
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Insya-Allah. Saya hendak gulung satu perkara sahaja iaitulah berkenaan dengan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sedikit lagi, Pasir Puteh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Terengganu tidak ada masa lagi. Sila duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tidak, dia benarkan. Sedikit sahaja lagi, ringkas sahaja, satu minit sahaja.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sila, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila, duduk. Sila, duduk saya tidak beri satu minit. Sila duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Berkaitan dengan ASEAN ini apa yang dikatakan oleh Presiden Indonesia itu adalah ada kaitan dengan pelantikan Thaksin sebagai penasihat ASEAN.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Pasir Puteh, masa sudah tamat. Tidak perlu jawab.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya gulungkan yang pertama berkenaan dengan Kempen Melawat Malaysia. Banyak tempat-tempat yang sepatutnya kita jadikan kawasan yang mempunyai daya tarikan kepada pelancong di peringkat antarabangsa. Di Kelantan, sebagai contoh. Kelantan ini sempadan dengan Thailand dan fakta sejarah yang banyak penerimaan ufti dan seumpamanya, dia terbiar sekarang ini.
Sepatutnya Menteri dan Kementerian Pelancongan ini ambil satu inisiatif, satu insentif untuk memajukan kawasan-kawasan tersebut dan yang terakhir berkenaan dengan pertanian. Pertanian ini adalah makanan negara, makanan rakyat Malaysia. Saya harap pihak kerajaan fokus betul-betul sektor pertanian ini kerana kita bimbang kalau kadar SSL bekalan beras negara menjunam turun. Dia hanya naik pada tahun 2021, 2022 naik bila kita perkenalkan SMART SBB dia naik.
Saya harap janganlah bila idea ini daripada pembangkang tiba-tiba bila kita jadi kerajaan, kalau ada satu alternatif yang lebih cekap silakan. Kita pembangkang kita menerima baik tetapi kalau dilihat ini zaman pembangkang maka zaman kerajaan ini buat acuh tidak acuh, dia sangat menyedihkan ditambah pula dengan harga barangan melambung naik, harga diesel naik tetapi kadar kenaikan harga belian padi memang dia tidak seimbang.
Jadi, saya minta kepada kerajaan untuk melihat nasib rakyat petani, nelayan, penternak dalam negara kita ini sangat-sangat sedih income mereka di tengah-tengah masyarakat lain selain daripada mereka dalam negara kita. Saya ucap ribuan terima kasih dan itulah sedikit sumbangan daripada saya. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Puteh. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Yang Berhormat
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Speaker kerana saya diberi peluang untuk membahaskan Titah Perasmian Sidang Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong, Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat bagi Parlimen Kelima Belas.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya terus kepada isu-isu yang saya akan sebut pada hari ini. Saya mulakan dengan ucapan saya tentang isu-isu kawasan. Ini berkenaan dengan notis 24 jam tarif kenaikan elektrik di Kulim Hi-Tech Park. Kulim Hi-Tech Park ini berada dalam kawasan Parlimen Padang Serai. Mereka telah menerima notis pada 31 Disember 2024 dan notis ini berkuat kuasa 1 Januari 2025. Mereka telah pun menghantar tenant ataupun pengusaha, pemain industri di Kulim Hi-Tech Park ini telah pun menghantar surat kepada semua pihak, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pihak-pihak berkaitan Suruhanjaya Tenaga khususnya.
Tajuk surat ini “Excessively Stiff Increase in Electricity Tariff’. Lebih daripada 19 peratus for Kulim Hi-Tech Park as announced by NUR Power”. Jadi perkara ini seperti yang disebut oleh Ketua Pembangkang, kerajaan membuat keputusan yang flip flop. Kulim Hi-Tech Park ini satu tempat kawasan yang sangat penting di negeri Kedah. Jadi ini mengganggu urusan business plan oleh pemain-pemain industri.
Sepatutnya diberikan masa dan ruang untuk kenaikan ini, tetapi hanya notis 24 jam diberikan. Mereka telah memberikan bantahan atas kenaikan ini.
Saya berharap kerajaan tidak membuat keputusan ataupun meminta Suruhanjaya Tenaga untuk mengkaji semula perkara ini supaya tidak berlaku lagi perkara-perkara seperti ini, ia mengganggu pertumbuhan ekonomi. Dia juga mengganggu pemain-pemain industri yang mempunyai perancangan untuk menambahkan pelaburan di Kulim Hi-Tech Park dan juga membantutkan pelabur- pelabur baru yang ingin datang ke Malaysia sebab melihat kepada keputusan- keputusan yang tergesa-gesa dan flip flop ini. Itu berkenaan dengan kawasan industri Kulim Hi-Tech Park di Kulim Kedah.
Keduanya, saya ingin membangkitkan pihak Kementerian Kesihatan untuk melihat kelewatan projek naik taraf Klinik Kesihatan Padang Serai. Saya melihat perkara ini projek ini seperti projek sakit. Projek ini telah lama diluluskan semenjak tahun 2021 atau 2022 lagi tetapi sangat perlahan. Jadi saya minta Kementerian Kesihatan untuk memantau supaya projek ini dapat dijalankan dengan segera sebab kawasan Parlimen Padang Serai, pekan Padang Serai ini sedang tumbuh membangunkan. Rakyatnya semakin ramai dan memerlukan satu klinik kesihatan yang lengkap dan boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ketiga Dato’ Speaker, isu keadaan jalan raya di kawasan Padang Serai di FT136 di antara kawasan pekan Padang Serai hingga ke Masjid Permatang Tok Dik berada dalam keadaan yang sangat daif, berlubang-lubang, bergerigi dan sebagainya. Saya juga memohon supaya Kementerian Kerja Raya untuk melihat perkara ini.
Seterusnya saya juga ingin membawakan satu cadangan kepada pihak Kementerian Pendidikan. Isu keperluan institusi pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di kawasan Parlimen Padang Serai ataupun di daerah Kulim. Di kawasan Parlimen Padang Serai ataupun di daerah Kulim mempunyai satu Sekolah Menengah Kebangsaan yang mempunyai kelas aliran agama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong. Jadi keperluan, permohonan, permintaan daripada rakyat di kawasan Kulim kawasan yang sekitar terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ini sangat tinggi. Apabila ada permohonan untuk masuk ke SMK Jelutong ini, ramai yang ditolak kerana tidak ada cukup tempat.
Seterusnya Dato’ Speaker, keperluan mendesak Lebuhraya North Corridor Expressway. Saya telah bangkitkan beberapa kali. North Corridor Expressway ini bermula dari Changkat Jering ke Bandar Baharu ke Sungai Petani dan terus ke Bukit Kayu Hitam.
Saya mohon supaya kerajaan melihat semula projek lebuh raya bertingkat dari Juru ke Sungai Dua yang telah diluluskan dalam bajet untuk 2025 ini Kerjasama Awam dan Swasta supaya Lebuhraya NCE ini diberikan perhatian sebab ia boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas orang kenderaan dari selatan yang hendak ke utara, tidak perlu melalui lebuh raya di kawasan Juru ke Sungai Dua, boleh terus divide masuk ke Lebuhraya NCE ini untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Saya minta supaya perkara ini dikaji dan dilihatkan dengan serius supaya bila projek NCE ini boleh dimulakan dengan segera ia akan membangunkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Kedah Selatan di kawasan Kedah yang di sebelah dalam ini supaya semua rakyat dapat merasai perkembangan ekonomi.
Seterusnya Dato’ Speaker, isu desakan petani tentang harga lantai padi.
Saya antara mantan EXCO Pertanian pada penggal yang lalu. Ketika itu, kos penanaman padi per hektar di kawasan Kedah, di kawasan MADA dan di kawasan luar MADA adalah antara RM2,500 per hektar satu hektar, kos penanaman padi.
Sekarang ini kos penanaman padinya sudah meningkat.
Saya mendapat maklumat yang detil, kos penanaman padi bagi serelung satu hektar RM2.67 relung, jadi satu relung kos penanamannya adalah RM2,500 lebih. Jadi kalau satu hektar bermakna sudah RM4,000 ke RM5,000 kos penanaman
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
padi. Jadi semua desakan yang dibuat, demonstrasi yang dibuatkan oleh petani untuk mendesak supaya harga lantai padi itu dinaikkan kepada RM1,800 adalah sangat memadai.
Kerajaan boleh mengkaji semula harga siling ataupun harga lantai beras tempatan RM2.60 per kilogram itu boleh dikaji semula, mungkin boleh dinaikkan sedikit untuk kita mengimbangi antara keperluan pesawah-pesawah yang berjihad untuk mengeluarkan, menanam padi bagi membekalkan makanan kepada negara supaya mereka yang terus berjihad untuk menanam padi ini dapat diberikan pertimbangan.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang perpaduan kaum. Ramai Ahli Parlimen dalam Dewan ini yang menyebut tentang perpaduan.
Perpaduan adalah satu tonggak pentingnya dalam negara seperti Malaysia ini yang mempunyai berbilang kaum dan agama. Jadi perpaduan kaum dalam negara kita wajib bertunjangkan kepada perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu Bumiputera. Islam sebagai Agama Persekutuan perlu dipertahankan, perlu dihormati dan jika semua pihak tidak kira mana-mana pihak jangan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggores hari perasaan orang Islam ataupun orang bukan Islam, jadi perkara ini akan menjaga perpaduan dalam negara kita.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyebut tentang beberapa isu selalu Ketua Portfolio Ahli Parlimen Perikatan Nasional bagi Wilayah Persekutuan.
Adalah tanggungjawab saya untuk mengkritik dan mempersoalkan beberapa dasar dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terutamanya apabila ia melibatkan kepentingan rakyat dan keadilan sosial.
Yang pertama tentang pembangunan semula Kampung Baru dan kepentingan Bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan semula Kampung Baru adalah satu projek yang telah lama dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.
Namun, saya ingin mengemukakan beberapa kebimbangan saya mengenai pelaksanaan projek ini khususnya fasa satu yang melibatkan pembinaan menara bertingkat oleh Sunsuria Berhad.
Menurut laporan PublicInvest Research, projek ini melibatkan anggaran nilai pembangunan kasar GDV sebanyak RM2.68 bilion. Walaupun angka ini kelihatan mengagumkan, saya ingin mempersoalkan sejauh mana manfaat projek ini akan dinikmati oleh penduduk asal Kampung Baru khususnya golongan Bumiputera.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Pertama, adakah pembangunan menara bertingkat ini benar-benar memenuhi keperluan dan aspirasi penduduk Kampung Baru atau ia sekadar projek mega yang lebih menguntungkan pemaju dan pelabur besar. Kita perlu memastikan bahawa pembangunan ini tidak hanya memfokuskan keuntungan kewangan semata- mata tetapi juga memelihara identiti dan warisan budaya Kampung Baru sebagai sebuah kawasan penempatan Bumiputera yang bersejarah.
Kedua, saya ingin mempersoalkan transparensi dalam pemilihan Sunsuria Berhad sebagai pemaju utama projek ini. Adakah proses tender dan pemilihan pemaju ini dilakukan dengan secara adil dan telus atau terdapat unsur-unsur yang tidak baik dan nepotisme yang mungkin mengakibatkan kepentingan rakyat terabai.
Seterusnya isu yang kedua adalah Kementerian Wilayah ini yang saya ingin bangunkan ialah- bangkitkan ialah isu sewaan tapak Bazar Ramadhan oleh DBKL.
Seterusnya saya ingin membincangkan mengenai pengurusan tapak Bazar Ramadhan oleh DBKL. Menurut kenyataan Menteri Persekutuan Dr. Zaliha binti Mustafa, DBKL akan menyediakan kira-kira tiga ribu lot tapak Bazar Ramadhan bagi memastikan operasi perniagaan berlangsung secara teratur dan tersusun. Walaupun inisiatif ini patut dipuji, saya ingin mengkritik beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam pengurusan Bazar Ramadhan ini.
Pertama saya ingin mempersoalkan kadar sewaan tapak Bazar Ramadhan yang dikenakan oleh DBKL. Adakah kadar sewaan ini benar-benar berpatutan dan mampu dimiliki oleh peniaga-peniaga kecil khususnya peniaga Bumiputera? Kita perlu memastikan bahawa Bazar Ramadhan ini tidak hanya menjadi platform untuk peniaga besar atau syarikat korporat tetapi juga memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan semasa bulan Ramadhan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Seterusnya isu ketiga dalam Kementerian Wilayah ini adalah isu rasuah dan tata kelola dalam DBKL. Akhir sekali, saya ingin menyentuh mengenai isu rasuah dan tata kelola dalam DBKL. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan skandal yang melibatkan project handler DBKL yang didedahkan oleh Edisi Siasat. Yang lebih membimbangkan ialah keputusan SPRM untuk membiarkan DBKL melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum melibatkan SPRM. Ini adalah suatu tindakan yang amat meragukan dan boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan. Adakah ini bermakna agensi-agensi kerajaan ini mempunyai kuasa untuk menyiasat sendiri kes-kes rasuah yang melibatkan mereka? Jika ya, ini adalah satu langkah yang amat berbahaya dan boleh membuka ruang untuk penyelewengan dan salah guna kuasa.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukannya bodoh. Kita boleh menilai dan melihat bahawa tindakan ini adalah satu percubaan untuk menutup skandal melindungi pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, saya menyeru pihak SPRM untuk mengambil alih siasatan ini secara langsung dan memastikan bahawa tiada pihak yang terlepas dari pengawasan undang-undang.
[Tepuk] Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyebut — Saya ingin memuji sikitlah rakan saya daripada Kampar hari ini. Ucapan beliau 12 minit tadi banyak menjawab persoalan-persoalan yang dibahaskan oleh Ahli-ahli di sebelah sini. Jadi, dengan ucapan-ucapan yang cukup baik daripada Kampar tadi, saya mungkin boleh, Tambun untuk mempertimbangkan untuk menjadi jurucakap kepada pihak kerajaan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang ataupun Perikatan Nasional.
[Tepuk]
Seorang Ahli
Cantik, cantik.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Betul tak?
Seorang Ahli
Betul.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Setuju? Jadi saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian oleh Tambun untuk memberikan peluang kepada Kampar. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tapi dia tak bawa masalah rakyat dia.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk bahas pada hari ini. Terlebih dahulu saya mulakan dengan pantun.
Sawah terbentang mengindahkan negaraku, Pesawah sendu mendengar hikayat; Menjunjung kasih daulat Tuanku, Raja bertakhta berjiwa rakyat. Saya mulakan ucapan saya pada hari ini dengan sepotong ayat daripada al- Quran yang bermaksud; “Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan mendalam akan apa yang kamu mulakan”. Surah Al-Maidah, ayat 8.
Pertama, izinkan saya menekankan kepentingan kerjasama ASEAN dan isu sempadan khususnya melibatkan negeri Perlis. Seperti yang saya utarakan sebelum ini, kedudukan Perlis yang strategik perlu dimanfaatkan sebagaimana Turkiye mengisytiharkan negara mereka, Istanbul sebagai pintu masuk Eropah. Perlis juga boleh dipotensikan untuk diisytiharkan sebagai pintu masuk ASEAN. Kedudukan Perlis begitu strategik apabila negeri Perlis berada di titik tengah antara negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura. Perlis boleh menjadi hab perdagangan antarabangsa dan juga hab logistik dengan adanya Perlis Inland Port dan juga Sanglang Integrated Jetty. Jajaran sempadan Malaysia-Thailand yang strategik, oleh itu pihak kerajaan perlu serius dalam usaha membangunkan negeri- negeri yang berada di sempadan ini.
Antara inti pati ucapan Baginda menegaskan agar Kerajaan Malaysia perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik menangani isu-isu serantau dan sempadan negara. Baginda turut menitahkan tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan, tegas Baginda.
Sebagai anggota ASEAN, Malaysia terlibat dalam pelbagai kerjasama politik dan keselamatan yang bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau.
Kita pernah ada ‘Malaya-ASEAN’ menubuhkan Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) sejak 1971 dan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara atau Perjanjian Bangkok 1995 melalui dialog dan kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Ini perlu diperkasakan lagi.
Dalam konteks Perlis, kerjasama ini penting untuk menangani isu-isu sempadan bagi keselamatan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Melalui kerjasama ASEAN, kita dapat memperkukuhkan usaha dalam membanteras jenayah sempadan dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat di kawasan sempadan. Penguatkuasaan sempadan perlu diberi perhatian dan sokongan oleh pihak kerajaan untuk menjaga sempadan. Oleh itu, adalah penting untuk kita terus memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara jiran melalui platform ASEAN
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
sambil memastikan pembangunan infrastruktur dan pembangunan sempadan yang efisien terutamanya di negeri kami, di Perlis. Dengan pendekatan ini, kita dapat manfaatkan sepenuhnya kedudukan strategik Perlis demi kemakmuran negara dan rantau ini.
Menyentuh pula isu pelancongan. Baginda telah menitahkan agar sektor pelancongan yang merupakan peluang Malaysia untuk dijadikan titik fokus serata ASEAN secara tidak langsung meningkatkan imej negara yang saban hari semakin tercalar dengan pelbagai kontroversi. Semua sedia maklum sektor pelancongan merupakan penggerak kepada nadi ekonomi yang pantas. Jadi, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serta Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, sewajarnya peluang ini dapat dikongsi bersama tak kira di bandar atau di luar bandar, hotel atau inap desa yang mana masing-masing mempunyai identiti mereka sendiri.
Dengan adanya kerjasama multilateral antara negara-negara ASEAN, kita boleh mewujudkan semula konsep pelancongan berunsurkan ASEAN “tray” yang memberi peluang kepada pengembara melancong ke pelbagai negara di rantau ini dalam satu perjalanan yang memberi nilai kebudayaan dan warisan yang bermakna.
Tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana gelaran Malaysia sebelum ini, the Truly ASEAN dihidupkan kembali.
Konsep pelancongan pula perlu sentiasa malar segar dengan bukan lagi sekadar berehat dan berekreasi, tetapi penggabungan pelancongan eko dan agro serta pelancongan warisan dan budaya, suatu yang boleh diambil serius.
Pelancongan sempadan juga boleh diangkat sebagai salah satu produk pelancongan Malaysia terkini. Selain itu, perlu ada satu dasar atau polisi yang jelas bagi membantu kerjasama rentas sempadan untuk pembangunan sosial dan ekonomi terutama bagi peniaga kecil, usahawan-usahawan kecil, usahawan tempatan dan social enterprise, dengan izin.
Seterusnya, Baginda juga menitahkan penekanan pertumbuhan ekonomi perlu diberi penekanan sama rata dan memberi manfaat kepada semua rakyat, bukan hanya segelintir pihak. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang mencapai 5.9 peratus dan perdagangan negara melebihi RM2 trilion, suatu angka yang memberangsangkan. Pastinya ia memberi satu berita baik yang diharapkan boleh dikongsi bersama, namun dengan ketidaktentuan ekonomi global khususnya perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China yang memberi kesan kepada Malaysia kerana 28 peratus perdagangan kita adalah berkait dengan kedua-dua negara. Saya yakin dan pasti kementerian yang terlibat telah mempunyai formula yang tuntas dan ampuh untuk mendepani isu ini.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Mengikut data DOSM yang diakses pada hari semalam, 4 Februari 2025, mendapati pendapatan isi rumah di Perlis sekitar RM5,476 dan perbelanjaan isi rumah RM3,468. Maknanya secara purata, lebihan belanja isi rumah hanya sekitar dalam RM2,000 iaitu sekitar 36.5 sementelahan dasar kerajaan yang akan menyasarkan semula subsidi serta kenaikan tarif elektrik dan pemotongan subsidi RON95 pastinya akan merencatkan sektor-sektor lain, contohnya pelancongan.
Biasanya perbelanjaan pelancongan dari rakyat pertengahan adalah berpunca lebihan pendapatan isi rumah. Besarlah harapan saya untuk melihat kerajaan mengukuhkan sistem subsidi bersasar dengan mekanisme yang lebih efisien dan tepat.
Pemerkasaan peniaga kecil dan sederhana serta peningkatan kemahiran TVET untuk golongan sasar seperti B40 dan M40 perlu berjalan seiring. Konsep permintaan dan penawaran seimbang perlu dipastikan dengan mewujudkan pusat- pusat IKS yang baharu di pinggir-pinggir bandar bagi menyemarakkan pertumbuhan ekonomi. IKS dan TVET berpisah tiada. Dengan izin, program hard TVET dan soft TVET dengan bantuan IKS perlu disinergikan.
Berkaitan dengan kesihatan dan kualiti hidup rakyat. Antara yang saya ingin sentuh adalah kadar bantut dalam kalangan kanak-kanak Malaysia masih tinggi.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022, sebanyak 21.2 peratus atau satu dalam lima kanak-kanak mengalami masalah bantut. Selain daripada itu, NHMS 2022 juga melaporkan bahawa 6.8 peratus daripada remaja mengalami masalah bantut dan pastinya itu punca daripada masalah pertumbuhan akibat kekurangan zat makanan atau kekurangan nutrisi yang mencukupi sepanjang tempoh kritikal pertumbuhan kanak-kanak. Jangan sekali kita lupa bahawa karbohidrat yang termurah di Malaysia adalah beras, tapi seperti kita tahulah keadaan sekarang.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Saya juga tertarik dengan inisiatif Program Saringan Pendengaran Bayi Universal atau Universal Newborn Hearing Screening yang telah berjalan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya nampak program ini semakin berkembang dan memberi impak yang baik dalam mengenal pasti masalah pendengaran di kalangan bayi dan kanak-kanak lebih awal.
Difahamkan inisiatif ini telah dimulakan sejak beberapa pentadbiran mantan Menteri Kesihatan sebelum ini. Tahniah. Untuk pengetahuan Ahli Dewan semua, masalah pendengaran ini adalah masalah yang silent dengan izin atau tidak dapat dikesan dari fizikal seseorang seperti kecacatan lain. Sebelum ini hanya dikenal pasti
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
bila kanak-kanak tidak bercakap dan menghadapi dalam masalah pembelajaran di sekolah. Selalunya ia dikenal pasti agak lambat.
Secara peratusan atau prevalence masalah tiga ke lima hari, 1,000 kelahiran kanak-kanak bayi akan mengalami masalah pendengaran ini. Peratusan ini akan semakin meningkat jika bayi dan kanak-kanak mengalami penyakit berkaitan telinga.
Kesannya bukan sekadar pada tidak boleh mendengar, merentasi itu juga kesannya kepada pembelajaran, sosial dan arah kerjaya mereka di masa hadapan. Dengan inisiatif program ini, dapat membantu mengatasi ini lebih awal.
Bagaimanapun, saya difahamkan seawal dua, tiga hari selepas lahir telah dibuat pada bayi, saya difahamkan kerisauan yang berlaku adalah apabila Menteri Kesihatan bagi memantapkan program ini dapat dikembangkan, diunjurkan disebabkan kekurangan perjawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Audiologi atau Audiologist di kalangan di Kementerian Kesihatan yang merupakan tonggak penting dalam menggerakkan program ini.
Data yang saya dapat sehingga hari ini hanya 288 orang sahaja Pegawai Audiologi yang ada dan bertugas di hospital Kementerian Malaysia untuk satu Malaysia. Kadaran ini agak membimbangkan jika melihat kepada keperluan dan perkembangan program saringan pendengaran bayi ini. Masalah lebih kritikal berkaitan kekurangan pegawai ini lebih jelas terutama di Sabah dan juga di Sarawak.
Akhir kata, saya yakin Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk bangkit menjadi Harimau Asia. Dengan urus tadbir yang baik, pasti di sebelah sini atau belah sana yang akan sentiasa menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Walaupun kita mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu-isu lain, saya berharap kita dapat bersatu dalam menyokong perkara yang baik untuk rakyat dan negara.
Mari kita buktikan bahawa kita boleh berkerjasama demi kebaikan bersama.
Cukup-cukuplah berpolitik sempit. Di seberang sana sudah menjadi kerajaan, gunakan segala formula yang ada untuk membangunkan negara yang dicintai, bukan setakat hari ini umum lain, esok umum lain, lusa umum lain. Akhirnya rakyat yang sengsara. Kalau betul nak, jadilah hero yang menyelamatkan rakyat, bukan rakyat yang menyelamatkan hero. Semakin dibaiki semakin sengsara. Saya sudahi dengan serangkap pantun.
Padang Besar ke Rompin; Singgah sebentar makan udang galah; Rakyat fikir ini kerajaan prihatin; Akhirnya tinggal angan tak sudah. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Yang Berhormat Sibu tak ada dalam Dewan. Jadi saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan Selamat Tahun Baru Cina 2025 untuk semua kaum Cina. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Tanjong Karang untuk Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tanjong Karang merafak sembah dan menzahirkan ucapan Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan dan kepimpinan terpuji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Pertamanya Tanjong Karang ingin menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan Kebawah Duli Tuanku atas saranan baginda bahawa petunjuk prestasi yang baik atas pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Mestilah selari dengan membawa pelbagai nikmat kemakmuran negara kepada seluruh rakyat dan bukan hanya membawa kekayaan kepada kumpulan tertentu sahaja.
Keduanya, tanggungjawab jelas wakil rakyat sentiasa mendengar keluh- kesah rakyat di peringkat bawahan, mendengar permasalahan dan isu-isu semasa dari pelbagai sektor termasuk pengguna, peniaga, petani, kontraktor dan semua sektor perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa isu berkenaan dengan pesawah. Parlimen Tanjong Karang mewujudkan hala tuju sebagai tunjang dalam memandu gerak kerja kami iaitu Parlimen Tanjong Karang berkebajikan, berpendidikan dan mengekalkan keterjaminan agromakanan di bawah hashtag Tanjong Karang Jelapang Padi Selangor serta dengan menambah elemen-elemen agropelancongan sebagai tambahan bagi merangka ekonomi mampan bagi seluruh warga Tanjong Karang dengan meneruskan fokus memperkasakan ekonomi pertanian, perikanan melalui perluasan penternakan, penanaman dan memaksimumkan penglibatan golongan belia.
Pesawah-pesawah tempatan masih lagi dibelenggu dan dihantui oleh harga lantai padi. Isu kenaikan harga diesel, benih padi serta baja telah mencetus kepada tuntutan kenaikan harga lantai padi yang tidak dapat dibendung lagi. Penyataan kepada tuntutan kenaikan melonjak sehingga RM1,800 se tan disarankan amat sesuai dan boleh membantu memastikan kelangsungan hidup pesawah dan
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
membolehkan semua pesawah-pesawah menarik nafas lega serta menjamin bekalan makanan negara.
Titah Seri Paduka Baginda ada menyebut, menyentuh tentang kempen Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026 yang memperlihatkan keunikan nilai-nilai negara kepada dunia sekali gus membuka peluang ekonomi dan mengukur imej negara.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang sebagai jelapang padi Selangor semestinya sejak sebelum kemerdekaan, negara tentulah mempunyai elemen- elemen yang istimewa yang boleh dipromosikan sebagai satu lagi destinasi pelancongan negara. Menjadi satu kesedihan dan begitu malangnya bila Tanjong Karang bukan saja ketinggalan dari sektor pelancongan ini malah tidak diwartakan sebagai salah satu destinasi pelancongan negara. Alangkah ruginya.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan menyentuh berkenaan kos harga barangan. Nampaknya kenaikan harga barangan asas adalah topik hangat yang belum dapat ditangani dengan baik sekali gus kenaikan harga barang dan kos sara hidup ini belum menampakkan sebarang perubahan yang ketara. Secara teorinya, semakin meningkat kos sara hidup, semakin kurang kuasa beli pengguna. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan sebenar dan keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar kenaikan inflasi jauh lebih tinggi dari kadar kenaikan pendapatan, wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa membeli dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Kenaikan kos sara hidup menyaksikan saban tahun menjadi topik hangat, menjadi rungutan dan rintihan rakyat. Selain dari punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini disebabkan tekanan dan isu globalisasi kerajaan, juga harus konsisten menjadi hal – menjaga hal ehwal pengguna dan perdagangan domestik melalui pendekatan berimbang untuk memastikan rakyat tidak ditindas peniaga dan dalam masa yang sama membentuk suasana ekonomi yang kondusif menerusi urus niaga berhemah dan bertanggungjawab. Kerajaan secara berterusan harus mengawal barangan keperluan asas dan meningkat secara mendadak akhir- akhir ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, prestasi Kerajaan MADANI dalam mengawal inflasi terutama kenaikan harga barang, makanan dan minuman adalah disifatkan sebagai terbaik. Mengikut data Jabatan Perangkaan bagi tempoh 2011 sehingga 2024, kadar kenaikan harga barang dan minuman adalah dalam lingkungan dua ke 5.7 peratus sahaja.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Seterusnya izinkan saya menyentuh sedikit situasi politik negara. Keadaan politik masih panas membahang dan kebimbangan orang-orang Melayu harus dilihat dengan penuh prihatin, lebih objektif dan usaha-usaha untuk mencari penyelesaian yang menang-menang mestilah dilaksanakan dengan kadar segera. Jangan menganggap mudah akan perkara ini dan mengandaikan ini sebagai provokasi pembangkang sahaja.
Laporan BERSIH memberikan gred D dan Pusat Kewartawanan Bebas (CJI) juga mengkritik Kerajaan MADANI kurang komitmen dalam menunaikan janji-janji pilihan raya dan janji-janji reformasi khususnya yang berkaitan dengan kebebasan bersuara harus diambil berat dan tindakan segera perlu dilakukan bagi meningkatkan kembali kredibiliti Kerajaan Pakatan Harapan di mata rakyat.
Seterusnya, Tanjong Karang memuji ketegasan dan kesungguhan serta kelantangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam membanteras rasuah dengan sentiasa menekankan tentang tatakelola yang mana semua kontrak mesti mengikut tender terbuka dan semua tender-tender mesti mengikut tatakelola yang betul. Jadi orang politik, tidak berani menurunkan sebarang minit ataupun rekomendasi di surat-surat permohonan, takut akan diviralkan oleh orang dalaman.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Sebenarnya, inilah modus operandi mereka iaitu memviralkan sebarang surat rekomendasi politik. Umpama peribahasa, “sungguh kawat yang dibentuk, ikan di tempat yang dihadang”. Fenomena viral ini menyebabkan orang politik tidak berani langsung tulis apa-apa minit atau rekomendasi di atas surat permohonan. Jadi, wujud satu kelompongan dengan tiadanya surat-surat politik ini menyebabkan kononnya semua tender tidak ada pengaruh orang politik.
Jadi, pemilihan tidak terikat kepada sesiapa kononnya dan mengikut tatakelola baik. Akan tetapi sebenarnya ia telah membuka ruang yang lebih besar untuk orang dalam atau deep state bebas untuk menentukan siapa yang harus dapat projek tanpa ada kongkongan orang politik. Hinggakan kontraktor sekarang ini boleh cakap, mereka tidak lagi bermain golf dengan orang-orang politik tapi sibuk dengan orang-orang kerajaan sahaja.
Keadaan ini menyebabkan tiada lebihan wang mengalir ke orang politik dan tidak banyak yang dapat dikongsikan bersama rakyat di dalam kawasan. Kontraktor dan orang kerajaan yang dapat projek, makan sendiri-sendiri sahaja tanpa sampai kepada rakyat. Fikir-fikirkanlah, ini yang sedang berlaku sekarang.
Tatakelola politik cukup baik tetapi membuka ruang ‘tatakelaut’ di pihak lain atau deep state yang menguasai keadaan sekarang. Menjadi sebutan rakyat, rasuah
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
masih lagi berlaku ke atas tender-tender kerajaan. Walaupun deep state yang buat, Kerajaan PH yang tetap dipersalahkan. Umpama “lembu punya tahi, sapi dapat nama”.
Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat masih struggle dengan kos sara hidup yang membebankan dan cabaran serta kesusahan membuat business sekarang ini sedang berlaku. Banyak business kecil, sederhana, malah yang besar pun tutup atau masih struggle dan tidak mampu pulih akibat daripada pandemik COVID-19 dahulu.
Pertimbangan wajar terhadap pengeluaran KWSP rakyat secara bersasar itu haruslah dilihat kembali kerana ramai yang betul-betul terdesak dan sangat memerlukan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyentuh sedikit tentang polisi Trump. Saya berkeyakinan kerajaan sedang menghadapi satu situasi berkenaan dengan dasar- dasar sekembalinya Trump ke tampuk kuasa, terutamanya dalam meningkatkan pelaburan asing dan meningkatkan potensi eksport.
Selain slogan “America First” oleh Trump mungkin merencatkan agenda sedia ada, galakan Trump bahawa Amerika Syarikat membawa balik operasi ke negara mereka, menjejaskan perancangan membawa pelaburan asing ke dalam negara. Perkembangan terkini berhubung dasar baru oleh Amerika Syarikat ini mungkin memberi kesan ekonomi kepada Malaysia. Malaysia merupakan rakan dagang dengan Amerika Syarikat yang besar, merupakan pengeksport barangan elektrik dan elektronik ke Amerika melalui dasar dan hubungan antarabangsa serta sedikit sebanyak akan menjejas ekonomi kita, terutama dengan cadangan mereka untuk mengenakan tarif terhadap negara-negara yang terkait dengan BRICS, China.
Seterusnya, kesimpulannya secara keseluruhan dasar Trump terhadap negara China, Kesatuan EU dan lain-lain haruslah dilihat secara serampang dua mata oleh kerajaan. Ada cabaran, namun ada juga peluang baru, terutamanya dalam sektor pembuatan dan teknologi untuk kerajaan melihat dan mengambil kesempatan dari perubahan dasar perdagangan global ini.
Saya mewakili rakyat Tanjong Karang, mendukung Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika upacara perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Majlis Parlimen Kelima Belas dan Tanjong Karang mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Sekarang saya jemput Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Kata- kata aluan dalam bahasa Arab] Terima kasih diucapkan kerana memberikan peluang kepada Permatang Pauh untuk sama-sama menyertai perbahasan usul Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Permatang Pauh menjunjung tinggi Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan kepada semua wakil rakyat untuk menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya ejen perpecahan rakyat. Meneliti polemik yang berlegar dalam negara mutakhir ini, saya percaya pihak kerajaan juga sedar bahawa ia bertitik tolak daripada perkara yang berkait dengan 3R ─ agama, bangsa dan raja.
Ia adalah perkara sensitif yang perlu diurus dengan cermat dan berhati-hati, khususnya mereka yang menjadi pemimpin kerajaan. Asasnya, perkara yang berkait dengan syariat Islam ini hanya terpakai kepada orang Islam dan langsung tidak mengganggu kehidupan orang bukan Islam.
Sepatutnya perkara ini sudah lama difahami oleh orang bukan Islam dan menerimanya dengan berlapang dada. Adalah sangat tidak patut ada pihak yang mempertikaikan usaha memperkasakan hukuman syariah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu tempoh hari. Orang yang kena sebat tidak sakit, tak bising, orang yang luar pula seperti cacing kepanasan, bising tak tentu hala.
Kita semua perlu akui bahawa orang Islam ini adalah penganut yang kuat pegangan mereka terhadap perintah dan larangan Tuhan. Oleh sebab itu, isu berkaitan dengan agama Islam, saya mengharapkan tidak perlulah disentuh oleh orang-orang yang tidak sepatutnya.
Selain daripada pengharaman judi dan arak, syariat Islam juga menetapkan batasan haram dan halal dalam pemakanan. Bila mana melibatkan syariat Islam yang menjadi anutan majoriti rakyat Malaysia, pemimpin kerajaan mesti berhemah.
Justeru, saya menyarankan kepada Menteri yang beragama Islam untuk mengingatkan perkara ini dalam setiap kali Mesyuarat Jemaah Menteri kerana tidak sedikit polemik yang berlaku disebabkan oleh sikap sebahagian Menteri yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, ancaman Allah kepada golongan yang terlibat dalam sebarang transaksi yang melibatkan arak ini sangat pedih dan dahsyat. Maka, tak pelik jika ramai rakyat bersama dengan Majlis Perbandaran Ipoh yang bercadang untuk meluaskan larangan penjualan arak di kawasan majoriti Muslim.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Di Dewan yang mulia ini, saya ingin memuji tindakan Menteri Besar Perak- Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang memberi lampu hijau kepada hasrat Majlis Bandaraya Ipoh meskipun mendapat tentangan daripada DAP.
Semoga Perak akan mengikuti jejak empat negeri SG4 yang memanfaatkan bidang kuasanya terhadap PBT untuk mematuhi syariat Allah melalui membanteras penjualan arak di kedai serbaneka. Walaupun demikian, di Pulau Pinang masih tiada langkah seberani oleh mana-mana PBT untuk berbuat sedemikian.
Selaku kerajaan yang lantang memperjuangkan demokrasi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan. Apakah kerajaan akan menyambut atau memberi sokongan kepada mana-mana pihak seperti persatuan penduduk, AJK masjid yang melakukan sebarang usaha sama ada mengumpulkan petisyen, bancian ataupun usaha yang munasabah untuk membasmi penjualan arak di kawasan mereka? Yakni di kawasan majoriti umat Islam sahaja walaupun ia tidak direstui oleh PBT yang didominasi oleh golongan bukan Islam.
Di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang halal kepada rakyat. Maka, sangat wajar kerajaan yang menggunakan jenama MADANI ini membuat penstrukturan semula ekosistem arak sama ada pengilangan, logistik, pergudangan serta pasaran runcit di kedai serbaneka agar umat Islam terhindar daripada sebarang transaksi yang melibatkan arak.
Tuan Yang di-Pertua, saya memberi perhatian penuh dalam sesi jawapan MQT semalam, khususnya berkaitan dengan isu padi dan beras. Saya akan menyambut saranan daripada Yang Amat Berhormat Tambun semalam untuk memberikan senarai nama pesawah yang terkesan.
[Tepuk] Dalam urusan penyerahan senarai ini, Pusat Khidmat Permatang Pauh juga akan menjadi pemudah cara kepada para pesawah yang terjejas agar mendapat bantuan yang sewajarnya. Semoga tiada U-turn ataupun flip flop dalam isu ini.
Namun, saya sedikit kesal dengan jawapan kerana masih berlaku penangguhan kepada minggu depan dalam memutuskan harga belian padi yang baru. Walhal, para petani sudah membuat tuntutan seawal pertengahan tahun lepas, seawal penyasaran diesel dilaksanakan. Implikasi penyasaran subsidi diesel, kos membajak, menuai, meningkat berkali ganda.
Selain itu, dua tahun kebelakangan ini, kos benih padi juga meningkat puluhan ringgit. Nasib pesawah sudah jatuh ditimpa tangga apabila bertalu-talu ditimpa kerugian. Sebelum ini, kenaikan kos rentetan penyasaran subsidi diesel,
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
bencana banjir juga telah meranapkan hasil padi mereka. Kemudian, ditimpa pula dengan harga belian padi yang tidak menguntungkan.
Lebih menyedihkan, ketika para petani sedang menanggung beban yang begitu berat, Menteri Pertanian - Yang Berhormat Abang Mat kita dan juga ketua kluster makanan juga dilihat bertelagah sesama sendiri. Pengerusi.
[Ketawa] Kelompok pesawah sinonim dengan sifat kental dan sifat cekal. Usik sikit-sikit.
[Ketawa]
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Namun demonstrasi di Putrajaya baru-baru ini sebenarnya walaupun kita lihat para petani turun di sana, itu sebenarnya adalah bukti betapa beratnya bebanan yang mereka tanggung dan ia merupakan kemuncak usaha yang mereka mampu lakukan agar kerajaan dapat membela nasib mereka.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya sendiri di Permatang Ara, Sungai Semambu, Tanah Liat, Kampung Paya, saya dimaklumkan banyak tanah pertanian terbiar disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pesawah. Saya ingin bertanya apa perancangan kerajaan untuk menguruskan tanah-tanah terbiar yang disebabkan oleh pelbagai masalah termasuklah berkaitan dengan kenaikan kos yang sangat menekan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai anak jati Pulau Pinang menjadi wakil rakyat di Pulau Pinang sepatutnya bergembira dengan peruntukan yang besar oleh kerajaan kepada negeri Pulau Pinang. Walaupun demikian, melihat kepada kemampuan kewangan dan pendapatan negeri Pulau Pinang yang terkehadapan, peruntukan yang besar daripada Pusat ini kalau kita lihat dia banyak berpusat di pulau tetapi kurang di belah Seberang Perai.
Yang Amat Berhormat Tambun dalam Belanjawan 2024 mengumumkan kos LRT adalah RM10 bilion dibiayai oleh swasta. Namun, pada Mac 2024 Menteri Pengangkutan mengatakan Kerajaan Pusat mengambil alih projek ini. Terbaharu kalau kita tengok dalam media FMT melaporkan RM13 bilion. The Edge melaporkan RM17.3 bilion. Jadi, persoalan saya berapa sebenarnya pembiayaan untuk LRT Penang oleh Persekutuan ini.
Soalan yang kedua, apa yang menyebabkan kerajaan mengambil alih pembiayaan projek ini walaupun telah diumumkan oleh PMX sebagai projek yang dibiayai oleh swasta? Ketiga, berapa lama unjuran berkait dengan tempoh LRT Penang ini akan matang dan tidak bergantung lagi pada subsidi kerajaan untuk beroperasi?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu isu berkaitan dengan judi online yang sekarang semakin berleluasa dalam internet. Apatah lagi sekarang 94 peratus anak-anak kita yang berusia 18 tahun terlibat menggunakan Internet dan media sosial. Iklan-iklan judi yang ada dalam Internet ini dilakukan dengan tawaran lumayan dan menarik minat anak-anak kita untuk terlibat dalam perbuatan yang tidak bermoral ini.
Adakah kementerian bercadang untuk meminda akta, undang-undang agar judi online ini dikawal oleh undang-undang? Bagaimana peranan kerajaan untuk menyekat rakyat daripada terus berjudi, yang merupakan amalan yang sangat tidak sihat untuk rakyat dalam negara? Judi ini tauke yang kaya. Yang main judi, macam- macam masalah akan dihadapi.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit berkaitan dengan Pulau Pinang. Saya mewakili seluruh pengguna jambatan satu negeri Pulau Pinang memohon kepada pihak kerajaan agar mempertimbangkan sedikit kemudahan kepada semua pengguna jambatan negeri Pulau Pinang iaitu penyediaan mini R&R khususnya di kedua-dua belah arah daripada pulau ke seberang dan seberang ke pulau.
Cadangan saya ini berasas kerana jambatan pertama ini sangat sesak khususnya waktu cuti sekolah, waktu puncak dan termasuk kadang-kadang waktu perayaan yang kita boleh tengok baru-baru ini diumumkan dalam paper, 24 juta pelancong dianggarkan masuk ke Pulau Pinang. Jadi, kesesakan jambatan satu itu sangat-sangat kritikal. Ramai pengguna tidak sempat solat. Ada juga yang hendak qada hajat tetapi tidak sempat kerana tidak ada kemudahan. Saya bagi contoh daripada...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dalam kereta.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
[Ketawa] Daripada pulau ke seberang. Center, daripada Pulau Pinang ke seberang tempat yang boleh di singgah adalah Masjid Seberang Jaya satu ataupun stesen minyak. Kalau arah utara di Sungai Dua. Kalau di sebelah Ipoh, di Juru. Jadi, agak jauh. Kalau daripada Seberang Perai ke Pulau pula tempat yang boleh disinggahi cuma Caltex. Bagi yang hendak menuju ke Tanjong dan kawasan Bayan Baru agak sukar untuk dapat.
Jadi, saya sangat mengharapkan, mempertimbangkan. Kalau boleh kerajaan mempertimbangkanlah pembinaan surau dan juga sedikit tandas awam ataupun mini R&R. Tiada kedai makan pun tidak apa sebab ia akan timbulkan kesesakan. Yang
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
boleh dimanfaatkan oleh pengguna di Jambatan Pulau Pinang. Saya mengharapkan kementerian dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan sewajarnya.
Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan Hospital Seberang Jaya. Bilakah ia akan beroperasi? Bangunan yang baharu dan adakah kerajaan bercadang untuk memindahkan operasi ataupun kepakaran tertentu daripada Hospital Pulau Pinang ke Hospital Seberang Jaya kerana Hospital Pulau Pinang ini saya rasa banyak yang sedia maklum ia agak sesak.
Baik, Tuan Yang di-Pertua, ada dua tiga perkara sahaja lagi. Ringkas, berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Yang Berhormat Menteri pun ada pada petang ini. Saya ingin menyentuh berkaitan dengan pelajar-pelajar kita yang menunggang motosikal ke sekolah. Pelajar-pelajar yang berkemampuan, ada yang ke sekolah menggunakan motor dan mungkin ada sebahagian pelajar sekolah menengah menggunakan kereta. Namun, sebahagian besar belum mempunyai lesen memandu kerana belum mencapai umur dan kosnya mungkin agak mahal.
Adakah Kementerian Pendidikan bercadang untuk melakukan kolaborasi dengan Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ untuk memberikan pendedahan awal pemanduan dan memberikan pengecualian lesen kepada pelajar tersebut dan pendedahan ini dibuat di sekolah. Bukan dibuat di sekolah memandu kerana ia boleh memudahkan pelajar. Pendedahan ilmu keselamatan kepada pelajar-pelajar dan bagilah sedikit kelonggaran kepada mereka agar memudahkan perjalanan mereka ke sekolah.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, tahun 2023 sehingga tahun 2025 ini kalau kita tengok menjadi tahun-tahun yang banyak keperluan rakyat ini meningkat. Kos-kos kehidupan rakyat ini semakin lama, semakin naik. Cukai SST, dividen tax, cukai gula, harga minimum penghantaran parcel pun sudah naik 25 percent, tarif elektrik, premium insurans naik 10 percent. Kemudian, ini ditambah lagi dengan kesan tahun lepas, tahun 2024 cukai SST naik daripada 6 kepada 8. Ini belum dikira lagi dengan kenaikan perkara yang lain. Caj Indah Water naik, harga haji naik, harga beras import naik, tarif air naik, harga RON95 akan naik, cukai baharu HVGT dan cukai CGT.
Satu minit. Dahulu, ada seorang hero di Malaya kita ini selalu bercakap untuk menurunkan harga minyak, harga elektrik dan turunkan kos sara hidup. Untuk elektrik, orang tersebut sebut hendak panggil tauke-tauke besar hendak bagi minum air teh tanpa gula. Saya masih ingat ayat tersebut dan sebut akan bagi masa dua minggu untuk bagi cadangan bagaimana gula boleh menurunkan harga elektrik tetapi sayang sekarang beliau sudah tiada.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Netizen mengatakan – ini suara netizen. Mereka mengatakan “Jika arwah masih ada, pasti rakyat Malaysia tidak akan susah seperti sekarang ini”. Tetapi yang menariknya, suara beliau pasti akan berkumandang dalam medsos jika kerajaan menaikkan apa-apa harga yang menekan rakyat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang dirujuk?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Habis masa. Ya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang dirujuk itu siapa dia?
Seorang Ahli
Hendak habis dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya sebab Yang Berhormat gunakan perkataan arwah.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Ya.
Tidak, saya kata netizen kata. Bukan saya kata, netizen.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya lah. Tidak bolehlah.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Tidak, netizen kata. Baik, saya habiskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya minta...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ataupun lebih baik Permatang Pauh jemput netizen datang sini bahaslah. Lebih daripada wakil rakyat yang bahas dekat sini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, tolonglah. Tolonglah tarik balik kenyataan arwah itulah. Walaupun netizen, kita sebagai Ahli Parlimen telah pun dinasihatkan oleh Tuanku. Kelmarin sahaja baru Tuanku...
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Ya, baik. Itu saya sebut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Daripada PAS. Sama- sama Ahli Parlimen, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kalau merujuk kepada...
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Ini saya tidak bagi laluan untuk bercakap. Macam mana...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak, saya bangun sebab...
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bangun sebab Yang Berhormat menggunakan perkataan arwah.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Saya sebut netizen yang kata.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan sebut di Dewan ini.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Janganlah. Arwah itu ada...
[Dicelah] bukan orang. Dia bukan orang, arwah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan lawak jenaka Yang Berhormat.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Daripada roh.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Arwah itu roh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Daripada roh. Apa yang masalahnya? Tidak apa nanti mai sembang di luar. Baik, saya habiskan. Minta maaflah.
Sebagai yang terakhir, saya tidak – saya hormati beliau sebagai Perdana Menteri. Cuma, Yang Amat Berhormat baru-baru ini ada menyebutkan berkaitan dengan apa kerajaan dahulu buat, apa kerajaan dahulu buat.
Jadi, sekarang saya pula hendak bertanya sebagai penutup. Beliau sudah 24 tahun berjanji bermacam-macam. Apa yang beliau buat sekarang sebagai Perdana Menteri dengan janji-janjinya? Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput YB Klang. Silakan.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menggunakan peluang ini untuk, agar merujuk kepada Titah Tuanku yang mengutarakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khasnya penyediaan infrastruktur asas, kemudahan kesihatan dan pendidikan hendaklah terus ditambah baik.
Tuan Speaker, yang pertama adalah berkaitan musibah banjir yang kian menghantui penduduk Klang. Pada 29 November 2024 yang lalu, hujan berterusan
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
mengakibatkan banjir di sekitar Klang dengan 161 mangsa dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Pada 12 November 2024 pula, tujuh laluan di sekitar daerah Klang dekat Selangor dinaiki air sehingga 0.4 meter susulan hujan lebat pagi, menjejaskan pergerakan lalu lintas di kawasan terlibat. Antara laluan terjejas adalah Jalan Sentosa 52, Jalan Sungai Putus, jalan Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Persiaran Batu Belah, Persiaran Sungai Keramat di Bandar Bukit Raja dan Persiaran Aman Perdana. Kejadian sebegini sangat lazim berlaku di Klang. Kalau saya senaraikan semua kejadian banjir di Klang, saya rasa masa yang diberikan oleh Tuan Speaker memang tidak cukup.
Walaupun Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri mengambil pelbagai inisiatif peningkatan peruntukan dan pengumuman projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang baharu, musibah banjir ini masih tidak terkawal daripada tahun 2021, 2022, 2023, 2024. Kita dengar rancangan demi rancangan tapi tiada yang dapat diselesaikan.
Saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, bahawa ini adalah kerana kegagalan kita untuk melaksanakan projek-projek RTB dengan efficiency. Terdapat pelbagai RTB yang telah diumumkan khususnya di kawasan Klang. Tetapi, setakat ini, tiada projek yang menunjukkan kemajuan atau kesan yang ketara. Semua pembangunan RTB masih berada dalam proses permulaan dan ada juga yang langsung belum dimulakan walaupun telah dinyatakan ataupun diumumkan pada tahun 2022 ataupun 2023.
Kita seharusnya meningkatkan usahanya untuk memastikan semua pihak berkuasa tempatan yang merangkumi beribu-ribu penjawat awam melaksanakan tugasnya secara penuh dan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat supaya kesemua projek-projek ini disiapkan secara secepat yang mungkin. Rakyat merasai bahawa solusi yang sedia ada ini hanya di atas kertas sahaja dan bukannya pada realiti.
Tiap-tiap kali saya berjumpa dengan pihak berkuasa seperti JPS, JKR dan MBDK berkenaan isu banjir ini, alasan saya dengar adalah peruntukan tidak cukup, peruntukan belum turun. Walaupun bajet diluluskan di Dewan, walaupun inisiatif kita luluskan ini menjanjikan inovasi dan penambahbaikan, proses untuk melaksanakan projek yang dirancang ini memakan masa yang sangat lama akibat birokrasi dan ketidakcekapan yang sudah lama terdapat dalam jentera kerajaan kita. Saya harap
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
kerajaan akan membuat kajian menyeluruh agar perkara ini dapat ditangani dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, birokrasi yang buruk dalam kerajaan kita bukan sahaja menyebabkan kelambatan, ia juga mengakibatkan penyalahgunaan kuasa. Misalnya, dua lot di Bandar Botanic Klang, lot tanah iaitu Lot 96588 dan Lot 93893 yang telah diserahkan kepada JKPTG bagi tujuan pembangunan institusi pendidikan, difahamkan bahawa kawasan tersebut telah diluluskan penyewaan sementara kepada sebuah syarikat swasta selama tiga tahun untuk dijadikan nurseri.
Tanah yang sepatutnya perlu digunakan untuk pembangunan sekolah kini disewa untuk tujuan komersial. Syarikat yang menyewa tanah tersebut pun kini telah membangunkan bangunan tetap tanpa ada kelulusan. Saya pasti pembangunan tersebut akan melambatkan dan mungkin membatalkan pembangunan sekolah baru.
Saya telah menulis kepada KPM, JKPTG, JKPTGS, JPNS, PTGS, MBDK dan PTD tentang isu ini.
Melalui mesyuarat saya bersama KSU Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, saya dapati bahawa keputusan untuk membatalkan penyewaan tersebut adalah tertakluk kepada Lembaga Rayuan Negeri Selangor. Tetapi, sehingga kini, sampai sekarang, tiada sebarang maklumat lanjutan mengenai siasatan tersebut.
Kejadian ini menunjukkan sisi gelap penyalahgunaan kuasa dan birokrasi yang semakin meningkat dalam struktur kerajaan kita. Di Klang pula, ia telah menjejaskan pembangunan sekolah dan saya pasti di kawasan-kawasan lain terdapat juga kes-kes sebegini. Saya pohon agar kerajaan hari ini akan menyiasat perkara-perkara penyalahgunaan dan juga bagaimana mereka mengebas tanah- tanah pembangunan untuk sekolah dan sebagainya disalahgunakan.
Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat faham bahawa betapa pentingnya pembangunan sekolah baharu di Bandar Raya Klang. Kebanyakan sekolah di Bandar Raya Klang tidak dapat menampung jumlah murid yang begitu tinggi.
Misalnya, seperti berita yang tular di media sosial, menunjukkan SMK Jalan Kebun menguruskan sebanyak 3,500 pelajar dalam satu sesi sahaja.
Atau SMK Kota Kemuning menampung lebih 3,600 orang pelajar berbanding kapasitinya 1,500 kapasiti asal. Adalah tidak dapat dinafikan semua sekolah-sekolah yang dibina daripada sekolah rendah mahupun sekolah menengah di Klang telah melepasi paras kebolehterimaan murid-murid tersebut.
Di kawasan Telok Gong, hanya terdapat satu sekolah iaitu SK Telok Gong.
Tiada sekolah menengah di kawasan ini. Sekiranya mahu menempatkan murid di
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
kawasan ini, sekolah menengah terdekat ialah SMK Pulau Indah atau SMK Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi.
Di kawasan perumahan bandar yang begitu besar seperti Bukit Raja dengan kapasiti penduduk sudah mencecah 30,000 penduduk pun masih belum ada sebarang sekolah menengah, hanya sekolah rendah sedang dalam pembinaan. Ada juga beberapa sekolah di mana disebabkan bilangan murid yang tinggi, mereka terpaksa mengorbankan sesetengah bilik seperti Makmal Sains atau Makmal Bahasa untuk menampung kekurangan kelas.
Sehubungan itu, saya harap pada masa yang akan datang, kerajaan akan memberi perhatian khas untuk mempercepatkan usaha pembinaan sekolah-sekolah baru, pengurusan tanah rizab sekolah dengan lebih efisien dan penempatan sekolah yang strategik.
Pada masa itu juga, saya ingin menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini. Ada satu Sekolah JK(T) Ladang Jeram di Pahang masih lagi dalam kontena.
Tuan Speaker, memang sedih kita dengar. Sedih lagi apabila kita pandang. Ini adalah perkara sangat di-viral-kan. Masih lagi satu sekolah dalam kontena di SJK(T) Ladang Jeram, Pahang. Kalau ini perkara masih kita dengar, apa gunanya kita nak jadi...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, Yang Berhormat. Berkenaan dengan sekolah SJK(T) tersebut yang disebutkan tadi.
Saya juga telah pun mendengar berita ini dan memang ia merupakan satu perkara serius. Tapi, saya mendapati atau pun juga dimaklumkan bahawa situasi tersebut telah pun lama sebegitu dan sekolah tersebut telah pun meminta bantuan sejak lama lagi. Saya ingat, kalau tak silap, lebih kurang 20 tahun ataupun 10 lebih tahun.
Sekiranya itu benar, apakah cadangan Yang Berhormat agar perkara ini, masalah ini dapat diatasi dan supaya Kementerian Pendidikan ― apakah langkah yang boleh diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan bukan sahaja sekolah tersebut tapi semua sekolah lain, SJK(T), SJK(C) tidak mengalami masalah yang sama?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih saudara seperjuangan. Saya sebenarnya hanya boleh dapat beri cadangan. Saya bukan Menteri. Saya harap Kerajaan MADANI hari ini ― bukan sahaja SJK(T). Kita dengar banyak juga sekolah agama rakyat, begitu juga dengan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak. Kalau sekolah-sekolah daif kita begitu daif dan mereka telah begitu lama ― memang saya pernah dengar perkara ini sudah berdekad lamanya dalam kontena.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya harap Kementerian Pendidikan akan mengambil dengan tindakan segera. Kita juga perlu faham, perkara yang sama yang telah berlaku apabila sekolah SJK(T) Sungai Bakap yang gagal dibina oleh kerajaan kita menyebabkan pemilihan negeri, pemilihan, kita nampak apabila kita ada by-election di situ, kaum India sangat marah.
Semalam, Jelutong telah membawa satu perkara yang menyatakan bagaimana kita telah kehilangan sokongan kaum India yang dulunya, yang kininya yang mana begitu peratusannya begitu tinggi kepada kerajaan kita pada hari ini. Hari ini, kita nampak 10 kaum India, MP kita bersama di Blok Kerajaan tapi di luar sana sokongan kaum India semakin menurun. Saya sebagai Ahli Parlimen Klang yang mempunyai pengundi yang teramai kaum India, memang sukar untuk saya menerima perkara begini.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Kita nampak bagaimana Kerajaan MADANI ─ adakah benar kita telah menganaktirikan ataupun adakah benar tidak mendengar suara mereka? Saya percaya Perdana Menteri yang begitu prihatin, saya kenal beliau dengan begitu rapat. Saya kenal kerajaan yang mana banyak pemimpin-pemimpin dalam Kabinet semua kita kenal sama-sama. Saya harap bukan pasal kaum dan agama. Kita patut memberi sesuatu keadaan yang mana keadilan kepada semua pihak. Itu yang saya nak bawa dalam perkara-perkara ini.
Tuan Speaker, rakyat Klang bukan saja menghadapi kekurangan dari segi fasiliti pendidikan, malah juga dari segi akses kepada penjagaan kesihatan. Seperti yang kita sedia maklum berkenaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang sering dibanjiri pesakit kerana kepadatan penduduk yang sangat tinggi di kawasan Klang. Juga menjadi tumpuan kepada bukan saja penduduk Klang tapi part dari kawasan-kawasan yang lain juga.
Saya difahamkan juga bahawa kekurangan kakitangan perubatan adalah salah satu faktor penting bagi mengakibatkan kesesakan pesakit ini. Ramai doktor yang dikerjakan untuk syif yang sangat panjang dan terpaksa mengorbankan masa untuk diri dan untuk keluarganya khususnya doktor-doktor muda, pegawai-pegawai houseman, tambahan pula doktor kontrak yang tak ada kesudahan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, tekanan yang begitu tinggi menyebabkan ramai doktor yang berkelayakan tinggi memilih untuk bersara awal atau menggantikan perkhidmatannya di sektor kerajaan. Kita juga sering dengar keluhan mengenai kes pembulian antara pegawai perubatan kerana banyak Little Napoleon yang terdapat
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
di antara mereka dan berlakunya pembahagian tugas yang tidak seimbang di antara mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya sarankan di Dewan yang mulia ini agar kebajikan doktor dan pegawai kesihatan dapat dibela oleh Kerajaan MADANI. Tuan Speaker, akhir kata saya ada dua perkara saja nak menyatakan. Perkara yang penting adalah baru-baru ini kita dengar Kementerian Agama telah menyatakan agar ada satu garis panduan terbaharu bagi saudara Muslimin menghadiri upacara keagamaan ataupun upacara kematian bukan daripada kaum agama yang sama.
Memang patut kita ada panduan dan juga cara ataupun guideline yang baik.
Tapi apa-apa pun, perlu kita sedar negara ini ada kepelbagaian agama dan kaum dari merdeka lagi, sebelum merdeka lagi. Kita tahu kita semua ini hidup sebagai satu keluarga yang besar walaupun kita ada pendekatan politik yang berbeza tapi kita adalah satu keluarga yang begitu unik sekali.
Apabila ada panduan-panduan yang mencurigakan yang menyatakan bagaimana menghadiri upacara keagamaan atau tempat rumah ibadat. Kita tak pernah dengar dalam Malaysia ini disebabkan hadir upacara agama lain orang telah convert. We never had such things before this. Menghadiri upacara kematian pun nak ada panduan. Adakah ini akan mencacatkan yang dinyatakan perpaduan negara?
Yang di-Pertuan Agong telah menyarankan agar Ahli-ahli Parlimen menjadi benteng kepada perpaduan. Tapi saya percaya kita dengar perkara-perkara begini ia telah sedikit sebanyak telah mencalarkan perpaduan negara. Dalam pada itu juga akhir kata, benar-benar akhir ini. Saya dengar kita ada gag order sebelum ini ataupun larangan kepada penceramah Zakir Naik pada tahun 2019 dalam isu-isu agama dan juga penceramahan.
Tiba-tiba kita dengar baru-baru ini beliau pergi ceramah di Perlis yang menyentuh agama dan sebagainya. Adakah gag order ini sudah tak terpakai? Saya harap agar Kementerian KDN dapat menjawab perkara tersebut itu yang saya nak tanya. Dengan itu saya menjunjung kasih kepada Titah Yang di-Pertuan Agong.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Klang. Saya jemput Sibu.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
[Bangun]
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Diraja pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Tahun ini meskipun masyarakat Cina masih dalam perayaan, persidangan Parlimen tetap diteruskan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang berusaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Tahun Baru Cina kali ini merupakan satu yang sukar dilupakan bagi orang Sarawak.
Sarawak hari pertama tahun baru, banjir sudah melanda menjejaskan kawasan Bintulu, Miri, Kuching dan Sibu. Ramai mangsa belum sempat menyambut perayaan kerana mereka terperangkap dalam bencana dan menunggu bantuan.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam operasi menyelamat. Hari ini mereka masih dalam keadaan melaksanakan tugas mereka di kawasan bencana.
Di kawasan saya, saya ingin juga merekodkan bahawa seorang APM, ahli anggota pertahanan awam di Sibu sudah telah rebah dan meninggal akibat keletihan ketika menjalankan tugasnya di dalam bencana banjir kali ini. Banjir yang melanda di Sarawak kali ini adalah antara yang paling teruk dalam beberapa dekad ini.
Kerajaan perlu memberikan perhatian bahawa dalam pembangunan sistem perparitan dan saliran bandar juga perlu ditambah baik. Kejadian ini menunjukkan bahawa banyak kawasan masih mengalami kekurangan dan kelemahan dalam infrastruktur asas yang mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat.
Walaupun projek tebatan banjir di Sibu sedang dilaksanakan, namun kemajuannya masih sangat perlahan. Ketika ini fasa keempat projek tersebut masih belum bermula. Sedangkan fasa kelima yang dirancang merangkumi kawasan Sungai Seduan iaitu salah satu kawasan yang paling terjejas dalam bencana kali ini.
Banjir telah menyebabkan jalan utama tenggelam dalam air dan melumpuhkan sistem pengangkutan dan mengakibatkan rungutan dalam kalangan di antara penduduk.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan melaksanakan fasa keempat dan kelima Rancangan Tebatan Banjir Sibu dengan secara serentak untuk mempercepatkan usaha menangani masalah banjir di Sibu. Selain itu, dalam Pelan Tebatan Banjir Sibu kawasan Sungai Bidut, Engkilo dan Sungai Sadit dan juga kawasan Lebaan tidak termasuk dalam perancangan tebatan banjir tersebut.
Kawasan ini merupakan kawasan utama pertanian di Sibu. Tetapi setiap kali hujan lebat atau air pasang, banyak rumah dan kebun terjejas akibat banjir. Di kawasan Lebaan, Sibu, [Tidak jelas] ... yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saliran bagi melindung tanah [Tidak jelas] ... pertanian usang dan tidak lagi berfungsi dengan baik menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar.
Setiap kali banjir berlaku, air hanya surut selepas beberapa minggu. Ini membawa kesulitan yang berpanjangan kepada penduduk di sana. Saya menyeru kepada kerajaan untuk memasukkan kawasan seperti Sungai Bidut, kawasan Engkilo, Sungai Sadit dan juga Lebaan, Sibu dalam Pelan Tebatan Banjir Sibu agar masalah banjir di sana dapat diselesaikan secara keseluruhan. Jabatan Pengairan dan Saliran juga perlu mengkaji semula keadaan [Tidak jelas] ... di kawasan Lebaan, Sibu dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan bukan sekadar membaiki tanpa menyelesaikan masalah utama.
Tuan Yang di-Pertua, Jalan Maaw adalah jalan utama di kawasan Sungai Bidut, Sibu. Tahun lalu kerajaan melalui dana MARRIS telah menaik taraf sebahagian daripada jalan tersebut. Tetapi bahagian yang berhubungan kawasan Engkilo dan Sungai Sadit perlu lagi dinaik taraf sedangkan kawasan ini mengalami banjir yang paling teruk. Tahun ini Jabatan Kerja Raya Sarawak Sibu telah mengemukakan permohonan untuk menaik taraf bahagian tersebut dan saya berharap kerajaan dapat meluluskan peruntukan yang diperlukan dengan segera supaya kita boleh menaiktarafkan keadaan jalan tersebut.
Banjir di Jalan Maaw bukan sekadar berlaku setahun sekali tetapi hampir setiap bulan jalan tersebut akan ditenggelami oleh banjir. Dalam keadaan teruk, penduduk di kawasan tersebut terpaksa berpindah ke bandar untuk tinggal bersama saudara-mara atau menginap di hotel semata-mata supaya boleh pergi bekerja dan mencari rezeki. Oleh itu, projek naik taraf jalan ini tidak boleh ditangguhkan lagi dan kerajaan mesti segera menyalurkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah ini.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Pada laporan berita daripada Utusan Borneo Online dan juga Suara Sarawak bertarikh 15 Januari 2025 menyatakan kerjasama antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam membantu menghantar 38 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan enam guru pengawas peperiksaan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kwong Hua, Sibu.
Ini menunjukkan bagaimana keadaan teruk yang berlaku di kawasan Jalan Maaw ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan RM25 juta bagi memperbaiki infrastruktur yang dimusnahkan dalam bencana ini. Namun juga ada yang wang ihsan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan namun berdasarkan syarat semasa tidak ditetapkan oleh
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jawatankuasa Bencana. Ramai mangsa yang terjejas teruk tidak layak menerima bantuan RM1,000 ini.
Sebagai contoh mangsa yang mesti kawasannya yang digelar bencana
(disaster) mesti melebihi sepuluh keluarga dan mereka mesti berpindah kepada PPS baru layak untuk menerima wang ihsan ini. Jadi, saya berharap kepada Jawatankuasa Bencana dapat melonggarkan syarat bantuan supaya lebih ramai mangsa dapat menerima manfaat dan merasakan keprihatinan kerajaan terhadap mereka kerana dalam bencana banjir ini ramai yang kekal di rumah walaupun rumah mereka dimasuki banjir kerana mereka takut barang-barang, harta mereka dicuri.
Juga ada yang mungkin mereka lebih suka kekalkan di rumah mereka kerana di PPS mungkin keadaan juga tidak memuaskan. Ada yang PPS terlalu panas tidak ada kelengkapan yang begitu lengkap juga merupakan satu masalah yang dihadapi.
Jadi saya harap dalam bencana kali ini kerajaan boleh mengambil satu iktibar bagaimana pada masa yang akan datang kita boleh menambah baik usaha kita untuk membantu mangsa-mangsa kita di kawasan-kawasan bencana.
Akhir sekali saya ingin menyentuh lagi tentang di Sibu, projek untuk mengorek Sungai Rejang. Memang ada dua kali dijalankan pada fahaman saya, Fasa 1 dan Fasa 2. Di antara dua kali ini pengorekan Sungai Rejang memang dia dijalankan bukan berterusan, dia dijalankan tiga, lima tahun sekali dan ini memang tidak membawa kesan yang baik untuk memperbaiki masalah banjir di Sibu. Saya difahamkan Fasa 3 akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-13.
Jadi saya menyeru kepada kerajaan supaya buat satu kajian secara mendalam bagaimana untuk menangani masalah banjir di Sibu. Pengorekan Sungai Rejang bagaimana kita boleh dilakukan dengan lebih berkesan kerana tiga, lima tahun sekali buat dredging memang tidak guna, tidak perlu boost berterusan, secara berterusan tidak mengorekkan Sungai Rejang, kerana silting, memang itu...
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Mendapan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya. Memang akibat pembalakan ataupun masalah pembangunan di kawasan atas memang mengakibatkan pemendapan yang berlaku begitu teruk di kawasan Sungai Rejang.
Kita memang perlukan usaha untuk pengorekan yang berterusan untuk menangani masalah banjir di kawasan Sibu. Saya harap kementerian boleh memberikan penjelasan dan kajian terkini tentang masalah-masalah banjir yang berlaku di kawasan Sibu. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Miri. Miri juga kena banjir ya. Ya, silakan.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Tan Sri. Betul, banjir juga.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Tan Sri kerana telah meluluskan usul untuk saya bangkitkan usul 18(1) tadi dan kami baru sahaja selesai usul tersebut.
Terima kasih Tan Sri atas peluang yang diberikan untuk saya juga berbahas di sini.
Tan Sri Yang di-Pertua, tahun ini suasana Tahun Baru Cina di Sarawak ternyata berbeda daripada kebiasaan. Sejak 28 Januari yang lalu, hujan yang turun tanpa henti telah membawa limpahan banjir di pelbagai kawasan termasuk Miri dan Bintulu mengubah detik yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan dan keceriaan menjadi saat yang penuh dengan kegusaran.
Malah jika kita meninjau media sosial atau berbual dengan rakan-rakan di kedai kopi tumpuan masyarakat kini bukan lagi kepada lauk-pauk istimewa, lauk- pauk raya, angpau mahupun fesyen terkini kita panggil OOTD pakaian raya.
Sebaliknya semua orang khuatir tentang paras air yang semakin meningkat, rumah mana yang sudah terperangkap, risiko tanah runtuh di lereng bukit serta jalan mana yang telah ditutup.
Semasa saya menghantar bantuan makanan di kawasan kediaman dan perkampungan yang terjejas banjir, hati saya betul-betul sayu apabila mendengar kisah keluarga-keluarga yang telah bersiap sedia menyambut perayaan menjelang awal tahun baharu 2025 ini dan sempena sambutan Tahun Baru Cina, rata-rata penduduk kita akan berbelanja dan mengambil usaha untuk mengemaskan dan membersihkan rumah, meletakkan pelbagai hiasan. Ada yang mengecat dinding, membeli perabot baru malah ada yang akan menjemput ahli keluarga yang tinggal jauh di luar kawasan untuk pulang berkumpul sama-sama menyambut hari perayaan ini dengan penuh keceriaan dan kemeriahan.
Namun dalam sekelip mata banjir yang melanda memusnahkan segala perancangan tersebut. Perabot yang baru dibeli dan lama terendam, dinding rumah yang baru dicat rosak malah keluarga yang pulang dari jauh turut terperangkap dalam banjir. Kesedihan jelas terpancar di wajah setiap ahli keluarga apabila mengingatkan masa, wang dan tenaga yang telah dicurahkan sia-sia.
Begitu juta bagi semua penduduk lain yang berhadapan dengan kemusnahan harta-benda, kerosakan pada rumah kesayangan mereka dan kesusahan yang perlu mereka hadapi dalam meneruskan kehidupan dalam situasi bencana banjir. Saat yang sepatutnya diisi dengan ketawa dan keceriaan kini bertukar menjadi detik cemas dan air mata.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Di Miri, keadaan bertambah pilu apabila berlakunya satu tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit yang meragut lima nyawa pada hari pertama Tahun Baru Cina. Tidak dapat digambarkan betapa sedihnya hati keluarga mangsa. Di kawasan bersebelahan pula, Parlimen Sibuti dengan Bintulu turut dilanda banjir yang disifatkan antara paling teruk dalam ingatan penduduk tempatan. Rumah-rumah tenggelam, kenderaan tenggelam, perabot, barang elektrik serta hasil titik peluh bertahun-tahun musnah sekelip mata.
Tan Sri Yang di-Pertua, situasi ini telah menimbulkan persoalan besar.
Apakah kita sudah bersedia menghadapi bencana seperti ini atau adakah kita sekadar menunggu-nunggu hanya bertindak selepas ia berlaku. Biarlah tragedi di Miri dan banjir besar di Sarawak dan Sabah menjadi titik mula untuk kita menilai semula segala langkah pencegahan dan bantuan.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera sebanyak RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membaiki infrastruktur yang rosak di Sabah dan Sarawak akibat bencana. Bantuan kecemasan seperti RM1,000, bantuan wang ihsan melalui NADMA juga amat dihargai. Namun saya ingin menekankan perlunya mempercepatkan dan mempermudah proses pendaftaran mangsa agar tidak timbul kekeliruan tentang kelayakan penerima bantuan tersebut.
Terima kasih atas penjelasan daripada YB Menteri tadi berkenaan tentang prosedur dan garis panduan tentang mendapatkan bantuan wang ihsan tersebut.
Cuma saya ingin menekankan sekali lagi untuk tujuan rekod bahawa seandainya sesuatu kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan yang terjejas banjir maka perlulah di situ yang disahkan benar-benar menetap di situ haruslah layak untuk mendapat bantuan wang ihsan biarpun mereka tidak tinggal di dalam PPS tersebut.
Selain itu saya ingin menggesa kementerian-kementerian lain untuk memainkan peranan masing-masing dan membantu meringankan beban mangsa- mangsa atau individu yang terjejas dengan banjir seperti tersebut.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Kita lihat usaha baik beberapa bank untuk memberikan moratorium kepada peminjam yang merupakan mangsa banjir. Tetapi kalau boleh, seboleh-bolehnya saya berharap Kementerian Kewangan boleh menetapkan satu ketetapan bahawa moratorium selama enam bulan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir ataupun pengusaha kecil, sederhana yang terjejas seperti bayaran ansuran bulanan dan pengecualian caj tertentu. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pula boleh
Tuan Chiew Choon Man - Miri
memberi lebih banyak peruntukan bagi membaiki jalan-jalan desa dan kampung yang rosak akibat bencana ini.
Kementerian Pengangkutan juga disarankan untuk memberikan insentif atau pengurangan yuran atau sebarang pembayaran kepada pemilik kenderaan bagi kenderaan-kenderaan mereka yang terjejas dengan banjir. Untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pula harus membantu petani dan pesawah yang terjejas agar dapat memastikan bekalan makanan asas seperti sayur dan makanan-makanan lain tidak terjejas disebabkan oleh banjir sehingga harga naik mendadak.
Saya juga menyarankan supaya lebih banyak peruntukan diberikan untuk anjurkan Jualan Agro MADANI di kawasan yang terjejas. Kementerian Ekonomi juga disarankan supaya dapat memberi keutamaan dari segi kelulusan projek IKR bagi Sarawak dan Sabah khususnya tempat yang terkesan dengan banjir untuk membaik pulih infrastruktur asas.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga disarankan untuk memantau untuk menyediakan dana yang mencukupi untuk menaik taraf dan penyelenggaraan sistem perparitan dan pengairan di kawasan perumahan yang di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan untuk elakkan kesan banjir. Saya juga memohon Kementerian Kerja Raya untuk memberi lebih banyak dana untuk membaiki jalan raya yang rosak dan terjejas akibat banjir.
Saya juga memohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memastikan bantuan mencukupi bagi golongan muda terjejas yang sudah hidup dalam kesusahan. Bencana ini sememangnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga bagi mereka. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia digesa untuk mengkaji secara menyeluruh kepada kawasan-kawasan yang berlaku tanah runtuh seperti di kampung lereng bukit dan mencadangkan sama ada terdapat langkah mitigasi yang boleh diambil serta memaparkan laporan kajian tersebut kepada orang awam.
Kementerian Pendidikan juga boleh menyediakan keperluan anak-anak daripada keluarga yang terjejas untuk masuk ke sekolah nanti seperti alat tulis, beg sekolah dan sebagainya. Begitu juga Kementerian Pendidikan Tinggi diminta untuk memberi bantuan kepada mahasiswa-mahasiswa terhadap keluarga yang terjejas.
Juga memohon KPDN supaya boleh memberikan lebih banyak Bakul RAHMAH dan Jualan RAHMAH di kawasan terjejas.
Akhir sekali, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Saya difahamkan sedang melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di
Tuan Chiew Choon Man - Miri
bawah Rancangan Malaysia Ke-12 termasuk juga di Miri dan juga terdapat projek kecil untuk tujuan jangka pendek. Tetapi persoalannya adalah adakah langkah- langkah ini mencukupi untuk menampung situasi banjir yang semakin kritikal memandangkan banjir kali ini begitu teruk?
Saya menyarankan agar kementerian PETRA dan Jabatan Perairan dan Saliran menilai kembali sama ada projek RTB sedia ada mencukupi untuk keadaan semasa. Mungkin kita perlu tambahkan RTB di lokasi-lokasi lain di Miri serta di daerah lain di Sarawak dan Sabah. Selain itu, parit-parit lama yang sempit, tersumbat dengan sampah atau tumbuhan jelas lagi tidak sesuai untuk menampung aliran air yang semakin deras akibat perubahan cuaca. Saya juga menggesa supaya segala kerja pembersihan sungai dan saliran dijalankan secara lebih kerap dan proaktif.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pada itu kita juga perlu menjaga kebajikan pasukan penyelamat. Mereka telah berkorban masa, tenaga dan keselamatan diri untuk membantu mangsa tanpa mengenal penat lelah. Dalam kes yang saya hadapi di Miri, kes tersebut kita lihat pegawai bomba yang begitu bertungkus-lumus sekali berusaha untuk mengesan mangsa-mangsa ketika tanah runtuh berlaku.
Kerajaan seharusnya memperuntukkan dana khusus untuk memastikan kebajikan petugas barisan hadapan sentiasa terpelihara seperti menyediakan ataupun menampung kos khemah, makanan dan minuman sewaktu operasi menyelamat. Dalam banyak bencana, kita sering melihat tindakan kecemasan yang agak pantas, namun kita juga harus fokus kepada pemulihan jangka panjang dan pencegahan di masa hadapan. Sudah tiba masanya bencana banjir dan tanah runtuh diberi keutamaan yang setara dengan pembangunan infrastruktur besar-besar yang lain.
Rakyat bukan hanya memerlukan janji dan laporan, tetapi perlukan tindakan konkrit dan peruntukan belanjawan yang mencukupi agar keperluan asas dan keselamatan mereka terjamin. Biarlah bencana kali ini menjadi titik mula perubahan bagi semua pihak. Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kita semua. Kita harus berganding bahu mengukuh sistem pencegahan banjir, mempercepatkan bantuan serta mempertahankan kebajikan petugas barisan hadapan.
Seperti kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan”. Bagi rakyat Sarawak dan Sabah, kita perlukan lebih daripada payung. Kita perlukan sistem perlindungan dan kecekapan pengurusan kukuh agar apabila hujan turun, kita tidak lagi melihat banjir besar sebagai satu takdir yang mesti diterima tanpa persoalan.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Walaupun air hujan, air banjir mungkin surut, trauma dan kerugian yang dialami masih kekal di hati dan minda mangsa. Mereka bukan sahaja perlukan bantuan sementara, sebaliknya mereka menaruh harapan untuk melihat usaha jangka panjang yang dapat menghindarkan bencana seumpama ini daripada berulang.
Kita tidak mahu lagi mendengar kisah tentang keluarga yang hilang tempat tinggal atau kehilangan orang kesayangan apabila hujan turun berlarutan. Semoga semua pihak bangkit dengan iltizam baru meletakkan keutamaan kepada sistem pengurusan bencana dan tebatan banjir yang lebih moden, proaktif dan menyeluruh.
Atas sebab itu, saya memohon supaya semua agensi kerajaan dapat bekerjasama untuk kita menggubal landskap menangani bencana untuk menjadi lebih sistematik dan mampan. Biarlah musibah ini menjadi pemacu perubahan dan bukan sekadar ujian yang berlalu tanpa pengajaran. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Miri. Yang Berhormat terakhir sekali ialah Parit. Silakan.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja sebagai Ahli Parlimen pada hari ini. Saya ingin menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas titah ucapan.
Saya juga ingin menjunjung kasih atas titah Baginda pada Istiadat Pembukaan Parlimen baru-baru ini yang menyentuh pelbagai isu dan permasalahan rakyat yang menggambarkan keprihatinan Tuanku sebagai Ketua Negara dan Payung Negara.
Oleh itu, saya melahirkan harapan agar bahawa selaku wakil rakyat yang dipilih, segala permasalahan rakyat yang dibahaskan di Dewan ini dapat diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan tidak mengira daripada kawasan Parlimen yang diwakili oleh pihak kerajaan, begitu juga oleh pihak pembangkang. Pendek kata, sesungguhnya semua yang dilantik di sini adalah rakyat Malaysia di bawah naungan dan prihatin Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
[Tepuk] Pertama, saya ingin menyentuh tentang isu kepercayaan pelabur. Saya berdiri di Dewan yang mulia ini menyuarakan kebimbangan saya, juga kebimbangan rakyat yang semakin membesar di kalangan rakyat dan komuniti perniagaan iaitu
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
mengenai kepercayaan yang rendah oleh pelabur terhadap kerajaan kita, Kerajaan Malaysia pada waktu ini.
Ketidakstabilan dasar kerajaan yang sering berubah-ubah. Kalau kita lihat berkaitan dengan takrif elektrik sahaja, saya tidak hendak petik kenyataan beberapa tahun yang lalu, tetapi 27 Disember 2024, Perdana Menteri menyatakan dengan tegas bahawa tidak dibenarkan takrif elektrik dinaikkan dan TNB harus beri penjelasan. Malang sekali pada hari kelmarin, 3 Februari, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri bahawa takrif elektrik akan naik. Jadi ini dasar flip flop yang berubah-ubah yang menyebabkan kegusaran...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit. Parit, boleh tanya sikit Parit?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tak boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak boleh? Ah, jawapan sudah tahu dah itu, tidak boleh. Cuma saya rasa Kota Bharu dulu pun...
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tak payahlah hendak balik — Tak boleh, saya tak benarkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak boleh ya?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Hulu Langat duduk.
Ketidakstabilan dasar kerajaan yang sering berubah-ubah tanpa hala tuju ini jelas...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kena beranilah.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
...telah menyebabkan para pelabur kurang keyakinan terhadap keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat dan menguntungkan. Dasar takrif elektrik yang sekejap dikatakan kekal, kemudiannya diumumkan akan naik pula, ini menimbulkan kegusaran kepada rakyat, begitu juga kepada pelabur.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Pelaksanaan dasar yang tidak konsisten serta keputusan yang kelihatan dipengaruhi oleh kepentingan politik jangka pendek telah menjejaskan imej negara di mata dunia. Selain itu, ketidakpastian dalam persekitaran korporat dan perniagaan telah menyebabkan pelabur beralih ke negara jiran yang lebih stabil dan kompetitif.
Saya mengambil contoh, pada waktu ini, komuniti antarabangsa melihat...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
...pelantikan ahli lembaga pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan adalah masih terdiri...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Parit, boleh minta laluan sekejap?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
...dari kalangan ahli politik mengikut tradisi daripada kerajaan terdahulu. Saya tak ada masa, saya tak benarkan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sedikit penjelasan sahaja.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya ada 10 minit sahaja lagi.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sedikit sahaja. Jangan takutlah.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Sementara itu, negara- negara seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand semakin agresif dalam menarik pelaburan...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sedikit sahaja, Parit. Sedikit sahaja.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
...dengan dasar yang lebih telus dan mesra pelabur. Keadaan ini diperburuk lagi dengan kelemahan dalam tadbir urus ekonomi.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Isu pelaburan.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Serta ketidakmampuan kerajaan untuk menangani isu-isu asas seperti ketelusan dan kecekapan birokrasi.
Pelabur tidak hanya mencari peluang keuntungan tetapi mereka juga mahu kepastian...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Takut itu.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
...bahawa pelaburan mereka berada pada ekosistem yang stabil dan berintegriti. Saya mendesak Kerajaan Persekutuan agar segera mengambil langkah-langkah drastik bagi memulihkan keyakinan pelabur. Kerajaan perlu memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih konsisten.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Datuk Speaker, standing order.
36(12).
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Menghapuskan ketidakpastian dalam persekitaran perniagaan serta menunjukkan komitmen yang lebih serius...
Tuan Yang di-Pertua
Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
...terhadap pembaharuan institusi dan tadbir urus yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, saya tak benarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Sebentar, sebentar. Ada peraturan mesyuarat, ada peraturan mesyuarat. Standing order berapa itu?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
36(12).
Tuan Yang di-Pertua
36(12). Bacakan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
“Di mana mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Saya nak merujuk kepada kenyataan yang diberi oleh Parit tadi di mana dia kata banyak pelabur sekarang tidak ataupun takut, tidak percaya kerajaan nak melabur dekat Malaysia. Padahal, pada tahun lepas, Malaysia mengutip FDI sahaja sudah RM254.7 bilion. Paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Maka saya nak tanya Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ada banyak contoh.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mana data awak yang kata pelabur tak percaya kerajaan yang akan datang.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Bagaimana Goodyear keluar?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mana ada data awak?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
TESLA tak jadi melabur di Malaysia.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Data, data, data. Ha.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Itu contoh-contoh yang jelas. Itulah faktanya.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kita ada banyak pelaburan lagi.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Baik, saya teruskan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tak jawab itu.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kegagalan untuk bertindak segera akan menyebabkan negara terus kehilangan daya saing dan akhirnya rakyat akan menanggung akibat dengan kadar pengangguran yang meningkat, pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta kos sara hidup yang semakin membebankan. Kita jangan keliru dengan approved investment. Kita kena lihat apa dia actual investment, pelaburan yang berlaku, yang sebenarnya berlaku. Yang approved memanglah banyak tapi apa yang sebenarnya berlaku mesti dilihat.
Baik. Kedua, saya nak tekankan tentang kenaikan tarif elektrik dan kesan terhadap kos sara hidup.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Parit faham tak pelaburan? Kena approved dulu. Takkan dia esok dia terus realize. Kena ambil...
[Tidak jelas]
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya juga ingin membangkitkan. Saya tak benarkan. Saya tak benarkan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Betul tak Parit?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya ada lima minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Parit, dia nak minta. Tak benarkan?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya tak benarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Oh okey, dia tak benarkan.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya ada lima minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, saya tambah bagi dua minit lagi.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Baik.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi menampung.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya juga ingin membangkitkan isu kenaikan tarif elektrik yang dijangka akan naik dan pastinya akan memberi kesan langsung kepada rakyat. Perdana Menteri mengumumkan bahawa 85 peratus tidak terlibat tetapi hakikatnya mereka akan terkesan.
Peningkatan kos elektrik akan menyebabkan harga barang keperluan meningkat serta kos pengeluaran dan operasi industri turut bertambah. Ini akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang sudah pun bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit, Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya juga nak sentuh tentang isu beras dan kilang beras bumiputera.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit, Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya ingin menarik perhatian. Saya tak benarkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya rakyat Parit, tahu? Saya rakyat Parit. Saya nak tanya wakil rakyat saya ini.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya tak benarkan. Saya tak benarkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya rakyat Parit, tahu?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya tak benarkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya rumah di Seri Iskandar.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tak, saya tak benarkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Takkan lah YB saya tak benarkan saya sebagai rakyat nak tanya.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya tak benarkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, saya Seri Iskandar.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Eh, yang lain itu aku tak tanya.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kalau rakyat saya, dia beradab.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu Parit Buntar, apa? Parit Buntar, aku tak tanya engkau. Duduk, diam!
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kalau rakyat Parit, beradab.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Aku nak tanya wakil rakyat aku.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Rakyat Parit tak macam itu.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit tak bagi laluan, duduk. Parit tak bagi laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia pula menyibuk.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit tak bagi laluan. Duduklah! Tak reti ke?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kau pula sibuk. Duduk!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Eh, hang duduk! Amboi, lama tak masuk nak bergaduh. Nak bergaduh pula.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduk, duduk!
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Kalau orang Parit, eja ghuyup.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu serius yang sedang melanda negara iaitu ketiadaan beras tempatan serta kekurangan pengusahaan kilang padi dari kalangan bumiputera.
Alhamdulillah, Menteri pun ada pada petang ini. Masalah ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan makanan negara tetapi juga memberi impak kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan petani tempatan.
Kekurangan beras tempatan berpunca daripada beberapa faktor utama.
Antaranya pengurangan kawasan tanaman padi akibat pembangunan tidak terkawal, kos operasi yang meningkat serta kebergantungan tinggi kepada import beras.
Keadaan ini menyebabkan harga beras tempatan tidak kompetitif sekali gus menekan pengeluar tempatan yang berdepan dengan pelbagai cabaran dalam meningkatkan hasil pengeluaran mereka.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Jadi, saya juga menyarankan supaya pihak kementerian menjalankan sokongan dan intervensi kerajaan untuk memastikan pemain industri daripada kalangan bumiputera dapat diperkasakan lagi pada masa akan datang.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang masalah sistem pengangkutan awam yang semakin meruncing. Ia melibatkan kelemahan sistem pengangkutan dari sama ada bas, LRT dan lain-lainnya. Kemudahan pengangkutan awam di luar bandar juga masih ketinggalan jauh. Penduduk di kawasan luar bandar menghadapi kesukaran mendapatkan akses perkhidmatan termasuklah juga di tempat saya, di Parit.
Perkhidmatan bas, perkhidmatan kereta api yang kurang cekap.
Ketidakseimbangan dalam penyediaan perkhidmatan ini menimbulkan jurang mobiliti antara bandar dan luar bandar. Sekali gus menyekat peluang ekonomi dan sosial bagi rakyat di kawasan pedalaman.
Oleh itu, saya mendesak kerajaan supaya memberikan perhatian serius terhadap masalah ini. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah meningkatkan peruntukan bagi memperbaiki sistem pengangkutan termasuklah di tempat saya di Parit. Memastikan integrasi yang lebih baik antara perkhidmatan bas, kereta api dan transit aliran ringan (LRT) serta memperluaskan liputan pengangkutan awam ke kawasan luar bandar. Selain itu, penyelenggaraan yang berkala dan sistem pemantauan yang lebih cekap perlu diperkenalkan bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar tanpa gangguan yang kerap.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak sentuh tentang masalah setempat saya di Parit. Yang pertama, Menteri ada di depan saya. Berkaitan dengan pengezonan kawasan sawah padi di Bota Kiri sebagai jelapang padi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pada akhir 2023 iaitu dalam ucapan Belanjawan, mengatakan bahawa kawasan padi di Bota Kiri digazet sebagai jelapang padi. Namun sehingga kini, saya belum lagi menyaksikan pelaksanaannya.
Ia harus disertai dengan infrastruktur, sokongan yang mencukupi termasuk sistem saliran pengaliran yang efisien, subsidi baja dan benih berkualiti serta jaminan harga lantai yang menguntungkan.
Jadi, saya mencadangkan harga lantai ini ialah sejumlah RM1,800 se tan.
[Tepuk] Oleh itu, saya hendak tahu apakah perkembangan pengezonan kawasan sawah padi di Bota Kiri ini? Bilakah ia akan benar-benar dilaksanakan? Kedua, saya ingin tegaskan atau ingin nyatakan permasalahan rakyat di tempat saya berkaitan dengan bangunan baharu pejabat PPD. Ada Menteri di depan saya, Menteri Pendidikan. Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah yang sedia ada kini berada
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
dalam keadaan daif, sempit, tidak selesa kerana ia hanya menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.
Perkara ini bukan sahaja mengganggu kelancaran operasi PPD tetapi juga menjejaskan pengurusan pendidikan di daerah ini. Oleh itu, saya menggesa agar kerajaan segera memperuntukkan dana bagi pembinaan bangunan baharu PPD Perak Tengah yang lebih selesa, moden dan mampu menampung keperluan pentadbiran pendidikan dengan lebih baik.
Ketiga, berkait dengan keperluan pembinaan Kompleks Sukan Daerah Perak Tengah. Golongan belia di Perak Tengah amat memerlukan sebuah kompleks sukan yang lengkap bagi membolehkan mereka menjalani aktiviti sukan dan rekreasi dalam persekitaran yang kondusif. Kompleks sukan ini bukan sahaja dapat menggalakkan gaya hidup yang sihat tetapi juga menjadi pusat pembangunan bakat muda dalam bidang sukan. Saya berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan yang sewajarnya untuk membina Kompleks Sukan Daerah Perak Tengah demi manfaat anak muda.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Keempat, cadangan untuk memanfaatkan Hospital Changkat Melintang.
Sejak pembinaan Hospital Seri Iskandar yang telah siap, Hospital Changkat Melintang tidak difungsikan, menyebabkan pembaziran sumber yang sepatutnya dapat digunakan untuk kepentingan rakyat.
Oleh itu, saya mencadangkan agar bangunan Hospital Changkat Melintang ini dimanfaatkan dengan menempatkan klinik pesakit luar KKM serta pusat hemodialisis atau apa juga bidang-bidang yang lain, urusan-urusan lain oleh KKM.
Ini akan membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Seri Iskandar dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat kepada penduduk sekitar.
Untuk akhirnya, atas semangat perpaduan dan mengutamakan kebajikan rakyat untuk kali yang ketiga berturut-turut, saya berharap agar pihak kerajaan dapat menunaikan janjinya untuk memberikan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
[Tepuk] Sekurang-kurangnya membantui pusat khidmat masyarakat. Semua kita 222 Ahli Parlimen ada pusat khidmat masyarakat masing- masing dan perlukan dana, perlukan wang ringgit untuk bantu...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dah tak nak bincang, tak nak bincang.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Peruntukan ini semestinya mampu memberikan semangat serta kerjasama yang baik dalam memastikan setiap kesusahan rakyat mendapat perhatian oleh kerajaan melalui wakil-wakil rakyat.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kebajikan rakyat menjangkau pendirian politik, bahkan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Sekian, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, sebelum kita mengakhiri sidang Dewan, saya nak bangkitkan isu peraturan memandangkan sahabat saya Kepala Batas masih ada di sini, tentang penggunaan perkataan ‘arwah’ tadi. Balasan Yang Berhormat Kepala Batas kurang sopan.
Tuan Yang di-Pertua
Kepala Batas?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kurang sopan dan oh, Permatang Pauh.
Tuan Yang di-Pertua
Permatang Pauh, permatang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya masih teringat Kepala Batas lagi. Rindu Kepala Batas. Bukan sepupu saya, bukan sepupu saya tapi penggunaan perkataan ‘arwah’ itu adalah kurang sopan, dalam ungkapannya biadab dan sesuatu yang tidak patut dinyatakan. Walaupun Yang Berhormat daripada Permatang Pauh mengatakan, ‘netizen mengatakan’.
Kalau begitu saya katakan, kalau netizen mengatakan ‘PAS ini adalah parti ajaran sesat’, adakah mereka akan terima perkara itu? Bolehkah saya menggunakan ungkapan dan menggunakan ungkapan ‘arwah’ itu adalah sesuatu yang amat kurang sopan dan menjunjung Titah Tuanku kelmarin dulu, saya mintalah dengan penuh hormatnya sahabat saya supaya menarik balik kepada sesiapa juga ditujukan.
Ia mencadangkan bahawa orang itu telah mati. Itu adalah fahamannya dan daripada PAS. Jadi, saya minta supaya kenyataan itu ditarik balik. Penjelasan bahawa netizen menggunakan istilah itu tidak boleh diterima. Kalau begitu, saya boleh mengatakan netizen mengatakan bahawa ‘PAS ini adalah parti ajaran sesat’.
So, tolonglah...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta supaya Permatang Pauh menarik balik perkataan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kalau nak kait dengan parti, bekas Mufti Negeri Pahang berat lagi kata kepada DAP. Kami tak nak sebut pun. Apa nak kaitkan dengan parti pula ini? Bekas Mufti Pahang kata berat lagi. Tak nak sebut sini.
Seorang Ahli
Sebutlah.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ini petua sayalah.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Peraturan Dewan, 36(4).
Tuan Yang di-Pertua
36?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
36(4).
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Adakah perkataan yang dikeluarkan oleh Permatang Pauh, ‘arwah’ itu boleh disifatkan sebagai mengelirukan Dewan dan adakah ia dikatakan sebagai bahasa kurang sopan dalam Dewan ini? Itu saya kira perkataan yang menunjukkan kepada pandangan pihak luar, bukan Permatang Pauh yang sebutkan. Jadi, 36(4) ini tidak berkaitan dan 36(12) pun tidak mengelirukan Dewan. Harap faham.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, kami keliru Speaker, sebab dia tuju itu kepada Perdana Menteri. Dia sebut tadi dengan jelas. Dia sebut dengan jelas tadi, dia tuju kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kepada Perdana Menteri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Perdana Menteri, Tambun, hidup lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Ini, ini...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tak ada adab ini. Tapi saya sebenarnya suka lagi, biar dia tabur fitnah, buat cerita tak betul, fitnah, adu domba.
Biar rakyat di luar tahu. Saya suka sebenarnya. Jelutong, saya suka sebenarnya.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jelutong, saya suka sebenarnya sebab parti ini parti sepu....
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sepu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pu.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang tepu PAN.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ginilah Jelutong. Sit down. Baik, ini, ini petua saya. It is about conscience. Kalau sekiranya kita sebagai Ahli Parlimen merasakan kita mempunyai dhamir yang baik, kita tidak akan ungkapkan perkataan yang orang lain tidak suka kerana apa juga yang kita ungkapkan itu melambangkan hati kita.
Kalau hati kita busuk dan kotor, yang keluar daripada mulut kita, itulah dia. Soalnya, dia sebut kepada Perdana Menteri atau tidak, cuma dia sahaja yang tahu. Untuk itu, saya tinggalkan suasana ini kepada pengungkap itu kerana yang akan menilai ialah rakyat di luar, bukan kita di sini. Sekian.
Untuk itu Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 6 Februari 2025. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang]