Feb042025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

[Dilafazkan oleh Setiausaha] : Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden [Dilafazkan oleh semua Ahli Dewan] : MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELURUHAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
SALINAN TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan bahawa Majlis ini iaitu pada hari Isnin, 3 Februari 2025, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen.

Saya telah menerima sesalinan Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas Meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi.

[Salinan Titah Diraja adalah seperti di Lampiran]

draft • 10:00 AM
AKTA-AKTA YANG TELAH DIPERKENANKAN

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:

  1. Akta Perbekalan 2025; 2. Akta Kewangan 2024; 3. Akta Langkah-langkah bagi Pemungutan Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024; 4. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024; 5. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2025; 6. Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025; dan 7. Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2025;

draft • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas tahun 2024 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “19 Disember 2024

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut:

  1. (D.R.42/2024) Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R.32/2024) Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.

  2. (D.R.13/2024) Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024.

  3. (D.R.45/2024) Rang Undang-undang Perbekalan 2025.

  4. (D.R.59/2024) Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024.

  5. (D.R.57/2024) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan

(Pindaan) (No.2) 2024.

  1. (D.R.58/2024) Rang Undang-undang Kanun Tatacara dan Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024.

  2. (D.R.51/2024) Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R.48/2024) Rang Undang-undang Kewangan 2024.

  2. (D.R.49/2024) Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024.

  3. (D.R.52/2024) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R.65/2024) Rang Undang-undang Pemegang Amanah

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R.66/2024) Rang Undang-undang Pemegang Amanah

(Pemerbadanan) (Pindaan) 2024.

  1. (D.R.43/2024) Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R.44/2024) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024.

  2. (D.R.50/2024) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024.

  3. (D.R.53/2024) Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2024.

  4. (D.R.54/2024) Rang Undang-undang Amanah Labuan (Pindaan) 2024.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. (D.R.55/2024) Rang Undang-undang Yayasan Labuan (Pindaan) 2024.

  2. (D.R.56/2024) Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2024.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. (D.R. 64/2024) Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024.

  2. (D.R. 18/2024) Rang Undang-undang Pentadbiran Undang- undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

  3. (D.R. 20/2024) Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 .

  4. (D.R. 46/2024) Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024.

  5. (D.R. 61/2024) Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sarawak

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R. 60/2024) Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024.

Yang Ikhlas, t.t “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

draft • 10:10 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bersidang mulai semalam iaitu 3 Februari 2025 hingga 6 Mac 2025 selama 18 hari. Seperti biasa, kita dijangkakan akan bersidang sehingga waktu malam atau ada kalanya sidang tanpa henti berehat pada waktu 1 tengah hari. Sebentar tadi kita telah berikrar untuk mencapai lima prinsip ‘Rukun Tetangga’. Saya berharap Ahli Yang Berhormat...

draft • 10:10 AM

Beberapa Ahli

Rukun Negara.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Rukun Negara. Maafkan saya.

draft • 10:10 AM

Seorang Ahli

Rumah tangga.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik ya. Sebentar tadi kita telah berikrar untuk mencapai lima prinsip Rukun Negara. Saya berharap Ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan teladan yang terbaik kepada rakyat serta mempamerkan kematangan dalam berpolitik, termasuk menjaga kesopanan dan kesusilaan seperti yang diikrarkan tadi apabila berada dalam Dewan yang mulia ini. Di samping itu, Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam telah memberi peringatan mengenai peranan Ahli Yang Berhormat. Oleh itu, saya menyeru Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi Peraturan-

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

peraturan Majlis Mesyuarat Dewan. Saya dan Timbalan-timbalan akan mengambil tindakan jika Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mematuhi peraturan-peraturan Mesyuarat.

Yang Berhormat, salinan jadual kementerian menjawab semasa sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan bagi Mesyuarat ini juga telah diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, kita mulakan Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri dengan menjemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan. Silakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Saya hendak mulakan dengan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. “Xin Nian Kuai Le, Go Xi Fa Cai”, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terima kasih.

draft • 10:10 AM

1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan Malaysia terhadap perang perdagangan dunia yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat dan adakah Malaysia akan berdiri bersama negara China, Kanada dan Mexico serta apakah langkah kewangan dan fiskal untuk melindungi ekonomi dan rakyat Malaysia daripada kesan tarif ini.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Bagan. Saya pun nak mulakan dengan ucap terima kasih dan sempena Go Xi Fa Cai, ucap “Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao”.

[Tepuk] Dasar Malaysia yang disepakati oleh ASEAN ialah centrality. Maknanya, ambil pendekatan yang bebas, berkecuali, membuka jaringan dengan semua negara. Ya, walaupun nampak kedekatan kita dengan negara China dan Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Mexico, termasuk hubungan dan engagement dengan Amerika Syarikat itu diteruskan sehingga sekarang.

Kita tidak boleh mengambil tindakan yang terlalu pantas kerana ada ketidaktentuan.

Bukan sahaja geopolitik tetapi tentang beberapa keputusan yang diumumkan oleh Presiden Donald J. Trump. Umpamanya, ada perubahan pagi semalam. Bila dia tidak akan teruskan dan memberi penangguhan pelaksanaan tarif untuk Kanada dan Mexico.

Jadi, dalam tempoh sebulan, perubahan dasar dijangka mungkin berlaku atau dikekalkan. Yang kita lakukan selama ini ialah pertama, dasar yang saya sebutkan tadi bebas dan berkecuali. Tetapi cara agresif membuka jaringan dengan negara-negara lain.

Umpamanya, dengan Afrika melalui Afrika Selatan dan Ethiopia. Melalui Latin Amerika, melalui Brazil dan Peru. Kita buka umpamanya, satu pendekatan yang lebih baik dengan negara China dan Rusia. Ini pengakuan yang telah diberikan oleh Presiden Putin sendiri.

Dengan jaringan ini, kita percaya boleh membantu dari sudut memberi ruang pelaburan baru dan membuka keperluan untuk meneruskan dan meningkatkan eksport kepada negara-negara yang bertambah. Amerika Syarikat masih lagi rakan perdagangan yang penting. Perdagangan dengan Amerika Syarikat itu 11 peratus, agak tinggi.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Eksport Malaysia ke Amerika masih kekal pada 13 peratus. Belum ada petanda ini harus memberi dampak yang negatif. Tetapi saya setuju dengan Bagan. Kita mesti mengambil langkah-langkah proaktif. Apa dia? Iaitu selain daripada membuka jaringan rakan- rakan dagang yang lebih luas secara lebih agresif dengan negara-negara baharu. Ini nampak berlaku dengan lebih baik. Dengan Brazil, umpamanya. Pelaburan dan perdagangan itu meningkat.

Kemudian kita harus juga tentukan bahawa program-program pertumbuhan diperluaskan dalam negara sendiri mengikut dasar-dasar yang telah diumumkan, termasuk pelan perindustrian dalam sesi tenaga dan digital. Selain itu, yang ketiganya ialah pertumbuhan dalam negara. Melalui Program SSPA. Maknanya, keperluan dan kegiatan domestik itu bertambah kerana dana yang ditambah itu akan mendapat memacu pertumbuhan dan keperluan penggunaan di dalam negara.

Selain daripada RM90 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan dalam belanjawan, GLICs telah sepakat untuk menambah RM150 bilion dalam jangka lima tahun.

Maknanya, RM30 bilion. Maknanya, satu program projek pembangunan yang tertinggi sekitar RM120 bilion satu tahun. Soal Yang Berhormat dan ini juga ditambah dengan beberapa langkah fiskal. Termasuk rasionalisasi subsidi yang tentunya akan menentukan kadar pertumbuhan kita terjamin dan inflasi terkawal.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum saya minta Bagan meneruskan soalan. Saya nak maklumkan, amalan yang kita amali sekarang ini ialah selepas Bagan bertanya, akan ada dua lagi soalan akan saya berikan. Satu ialah backbencher, satu ialah pembangkang, ya. Jadi, standby siapa yang nak bertanya. Silakan Bagan.

draft • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di sini, Yang Amat Berhormat sebut tentang jaringan dengan negara-negara lain, khususnya, berkaitan dengan perdagangan. Adakah salah satu jaringan iaitu BRICS? Sungguhpun akan memperluaskan jaringan tersebut tetapi juga akan menyebabkan Donald Trump yang telah mengancam untuk mengambil tindakan dan juga sekatan ke atas negara-negara yang menjadi ahli BRICS? Tentang itu langkah-langkah kewangan atau monetary dan juga fiskal.

Apakah langkah-langkah tambahan? Kerana itu tarif adalah sesuatu yang baru.

Adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang mungkin dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri terhadap tarif yang akan menyebabkan satu kesan besar ke atas inflasi dan juga ke atas pembangunan ekonomi sedunia? Supaya kita dapat mengurangkan kesan tarif ke atas rakyat dan juga perniagaan di Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Memang benar apa yang diutarakan oleh Bagan kerana kita belum dapat kepastian kesan terhadap negara. Oleh itu, harus ada kesiapsiagaan di peringkat Jemaah Menteri dan beberapa jawatankuasa khas, ini telah pun diadakan. Mengenai apa yang dibangkitkan tentang negara-negara BRICS. BRICS sebagai

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

organisasi belum kerana kita masih di peringkat awal tetapi dengan negara-negara BRICS itu peningkatannya mendadak. Dengan Mesir umpamanya, peningkatan 53.6 peratus, Angola 59 peratus, Ethiopia yang menjadi anggota pengasas BRICS juga 56 peratus. Ini pasaran baru, Algeria 27.9 peratus, Libya 19.7 peratus.

Makna kalau kita boleh perkembang, perluaskan diversifikasi ini, saya percaya kita dapat, boleh menahan walaupun kita masih terus secara aktif berunding dengan pihak-pihak di Amerika Syarikat tetapi kita tidak boleh menunggu kerana kadang kesan tarif itu kalau diteruskan akan memberikan kesan yang negatif kepada kita. Jadi, soal BRICS ini, walaupun berita terakhir negara China dan Rusia masih bertegas menggunakan kewangan sendiri dan tidak bergantung kepada Dolar dan belum ada reaksi langsung dari Presiden Donald Trump.

Yang penting kita tegaskan di sini ialah bahawa negara-negara termasuk Malaysia dalam rangkaian ASEAN, kita harus mengambil pendirian bukan saja bebas tetapi yang untuk melindungi kepentingan ekonomi negara dan rantau kita.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Machang.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tambun. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Tambun berkenaan dengan keadaan ketidaktentuan yang berlaku dalam dunia pada hari ini dan juga di Malaysia. Tahun lalu TNB maklumkan akan naik tarif elektrik tapi lepas tu, Yang Amat Berhormat Tambun pun kata tak naik dan semalam Yang Amat Berhormat Tambun kata naik. Jadi, sebenarnya apa yang akan berlaku?

Betul, kita ada tempoh kawal selia empat untuk TNB revise balik tarif untuk tahun ini tapi tahun lepas, Menteri Tenaga kata...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Come back kepada soalan yang asas.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Suruhanjaya Tenaga tak ada beri kelulusan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Machang.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kenapa tiada tindakan...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Machang.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Dikenakan ke atas TNB?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Machang, Machang... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini bukan...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Come back soalan asas.

draft • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini...

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Soalan saya...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Relate-kan. Relate-kan dengan soalan.

draft • 10:20 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tak ada kaitan. Soalan tak ada kaitan.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Soalan saya ialah...

draft • 10:20 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Soalan tak ada kaitan.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Market ni confident, why flip-flop...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Dalam keadaan perang dagang ini, itu soalan saya Yang Berhormat Tambun.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Seorang Ahli

Tarik balik...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tak apa, tak apa. Terima kasih. Ikut fakta dan data, ekonomi ini bukan wayang. Ekonomi ini berdasarkan fakta. Faktanya pelaburan kita meningkat jauh daripada masa Perdana Menteri...

[Tepuk] Faktanya ialah kadar pertumbuhan kita meyakinkan. Faktanya Ringgit masih mengukuh walaupun keadaan geopolitik tidak menentu dan tarif yang dikenakan kepada negara lain, itu faktanya. Autanya lain. Maknanya kita harus beda-kan.

Keduanya, saya nak sebut soal tenaga. Semalam dengar ucapan tu, masalahnya ini dengar dengan sentimen kebencian. Saya sebut, “May I response…” Yang saya sebut semalam, “May I respond to the call by Datuk Ng, ACCCIM.” Tan Sri Yang di-Pertua, I am responding to his request. Apa request dia? Kenaikan tarif bagi industri, faham tak? [Dewan riuh] Bukan kepada negara, bukan kepada rakyat dan saya kata itu pun tidak 14 peratus seperti yang diumumkan, okey?

Maknanya respons saya itu kepada industri kerana kenaikan tarif kepada industri, kepada golongan kaya, maha kaya, yang kita nak pertahan ni apa dia? Kalau tak cukai kepada orang kaya, nak tambah peruntukan untuk sekolah, untuk hospital, dari mana wangnya?

Jadi, kita kena terima kenyataan kenaikan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya. Saya sebut depan peniaga-peniaga semalam kita tidak akan tolak ansur, kita terpaksa naikkan tetapi tidak melibatkan 85 peratus rakyat, Yang Berhormat. Dengar betul, ini dengar dengan sentimen marah je, ini masalah. Ini penyakit marah bukan penyakit fakta ekonomi.

Jadi saya nak jelaskan di sini, ini kenyataannya. Apa yang disebut oleh TNB secara umum, itu kita dah tegur kerana kenyataannya umum. Saya katakan patut cerakin apa dia untuk kategori yang dinaikkan. Saya tegaskan semula kenaikan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mengikut kaedah ICPT mulai Julai, 85 peratus rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan ini*.

[Tepuk]*

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sri Aman.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sebenarnya amat tertarik dengan soalan asal dari Bagan tadi, begitu juga dengan jawapan Yang Amat Berhormat PMX. Seperkara lagi yang ingin saya tanya Tuan Yang di- Pertua iaitu berkenaan dengan implikasi. Apakah implikasi kepada syarikat Malaysia akibat sekatan perdagangan ini, terutama sektor E&E iaitu berkenaan dengan pembuatan chips

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

semiconductor dan bagaimana ataupun apakah persediaan kita sebagai sebuah negara untuk bersiap siaga, memandangkan ia sumbangan terbesar eksport negara kita. Mohon jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Sri Aman. Memang benar kerana eksport E&E dan semikonduktor dan cip Malaysia ke Amerika itu tinggi, amat tinggi sekitar 26 peratus dari keperluan Amerika Syarikat. Jadi kita – saya setuju Sri Aman, kita tidak boleh pandang ringan sebab itu kita ada beberapa langkah awal. Pertama, untuk terus memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat. Kita ikut peraturan, kita tidak melanggar apa-apa persetujuan dan syarat-syarat dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kedua, memperluaskan jaringan supaya eksport kita itu tidak hanya bergantung kepada beberapa negara tetapi membuka ruang kepada negara-negara yang lain.

Walau bagaimanapun, saya setuju, kita harus teliti dan ada jawatankuasa peringkat tertinggi yang juga pengawasan oleh Menteri MITI supaya kesan jika adapun kecil ketimbang tekanan yang berlaku sekarang.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.

draft • 10:20 AM

2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dasar sedia ada iaitu penghasilan 70 peratus beras tempatan dan pengimportan 30 peratus beras luar untuk kegunaan rakyat di negara ini agar industri padi kekal utuh dan lestari selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Beluran. Saya percaya soalan ini datang daripada seorang yang punya juga pengalaman dan keprihatinan dan isu ini juga isu yang menimbulkan sedikit masalah dan kebimbangan di kalangan rakyat, di antara mengimbangi kepentingan pesawah padi yang relatif miskin dan kos kepada pengguna yang tidak mahu harga beras dinaikkan.

Jadi, soal dasar, memang dari segi food security harus ditambah tetapi apa yang berlaku sekarang ialah langkah-langkah diambil oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memperluaskan kegiatan penanaman padi supaya memenuhi Dasar Agromakanan yang telah ditetapkan, peningkatan lebih tinggi keperluan beras tempatan.

Jadi, selain daripada langkah-langkah diambil di Semenanjung, Sarawak dan Sabah, lebih-lebih lagi Sarawak telah memulakan satu projek raksasa penanaman padi dengan benih dengan benih dan baja yang dikira boleh meningkatkan produktiviti.

Yang kedua ialah usaha kita meningkatkan produktiviti. Kita telah luluskan RM1 bilion untuk MADA dan ini kita akan luncurkan akhir bulan ini insya-Allah supaya di kawasan sawah yang ada penambahan RM1 bilion itu boleh menjamin penambahan produktiviti sekurang- kurangnya dapat memenuhi daripada sekitar 56 peratus keperluan tempatan sekarang kepada 70 peratus.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Beluran.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.

Hujung minggu lalu saya dikunjungi, kami dikunjungi oleh beberapa orang pesawah untuk – mereka menyatakan dan minta saya habaq kepada Yang Berhormat, kepada kerajaan bahawa kos pengeluaran penanaman padi negara ini ada meningkat secara drastik. Baja, racun dah naik. Malah benih padi Tan Sri, benih padi kementerian dah naikkan daripada RM45 kepada RM58 untuk satu kampit 20 kilo. Dah naik harga benih padi.

Subsidi yang diumumkan – ini yang mereka minta kita habaq-kan. Subsidi diesel di bawah skim SKDS ini, mereka nak bagi tahu kepada kerajaan, jentolak, jentanam, jentuai tak menikmati subsidi diesel ini. Dan ini sebahagian daripada komponen industri padi beras yang penting bagi membantu pesawah.

[Tidak Jelas] tak tanam, tuai dan pelbagai yang menggunakan mesin. Ini tak termasuk. Mereka nak kerajaan tahu ini.

Mereka juga ingin kerajaan tahu bahawa beras yang mereka keluarkan di pasaran ini yang supposedly dijual pada RM2.60 satu kilo, dah tak ada dah. Sekarang ini beras putih tempatan, pergi pasar, dia lebih kurang RM3.00, RM3.50, RM4.00 satu kilogram. Jadi pesawah nampak ini. Beras mereka tak ada dijual RM2.60.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maka soalan saya...

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Soalan dia, soalan Dato’ Tan Sri, dalam melestarikan kehendak dan Dasar 73 ini, pesawah adalah komponen yang penting. Apa kerajaan melihat, prihatin dan empati terhadap kesengsaraan, keperitan yang sedang dialami oleh pesawah? Kerajaan melalui kementerian ada prihatin kepada pengimport kerana pengimport kekurangan kenaikan harga pasaran beras, mereka allow pengimport bawa melebihi daripada kos RM3,000 per tan dan sekarang ini diturunkan RM2,800 per tan.

Pengeluar benih pun Tan Sri, di-okey-kan masalah mereka oleh kementerian tetapi pesawah ini mereka nak harga lantai padi RM1,800 satu tan.

[Tepuk] Kalaupun harga padi dibeli pada RM1,800 satu tan daripada pesawah, mereka kekal B40. Mereka tidak akan lonjak menjadi T20, T15.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Adakah kerajaan prihatin terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh pesawah? Ini yang mereka nak saya habaq pada Tan Sri. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Depa habaq-lah ya.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya terima baik pandangan Beluran kerana isu ini memang kita ikuti. Bukan baru. Saya masih ingat sekitar 1992, 1993 ada tunjuk perasaan besar-besaran di sekitar Alor Setar dan saya sendiri hadir dan Yang Berhormat Arau pun ada masa itu.

draft • 10:30 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Di situ kita cuba naikkan harga lantai. Tetapi masalah penanam padi, pesawah padi terutama utara termasuk Seberang Perai Utara, Permatang Pauh, Kepala Batas, Tasek Gelugor sehingga kawasan MADA dan Perlis dan Kelantan itu kerana produktiviti sangat rendah. Jadi, kadar kemiskinan rakyat. Jadi sebab itu mereka bangkitkan.

Tetapi seperti kita tahu, Yang Berhormat sendiri tahu, tidak ada langkah yang tegas dan berani yang dibuat sebelum ini untuk menaikkan, termasuk 2020, 2021, 2022, tidak ada yang drastik. Hanya setelah Kerajaan MADANI naik, barulah Bantuan Khas Sumbangan Tunai ditambah RM228 juta tahun 2023 [Tepuk] dan ditambah pada tahun 2024, RM600 setahun bagi setiap pesawah. Belum dibuat sebelum ini.

Bantuan Khas BERNAS, saya bincang dengan BERNAS. Memang dipertikai tapi BERNAS still – kontrak itu diperbaharui pada tahun 2021 untuk 10 tahun.

[Tepuk] Jadi kita nak rungkai. Cuma yang saya boleh minta tolong bagilah bantuan sikit. Maka dia bagi RM60 juta Bantuan Khas BERNAS kepada pesawah-pesawah terkesan di utara.

Kemudian kita tambah Skim Takaful Tanaman Padi. Dana permulaan tahun 2024, RM50 juta, harga lantai belian padi ini hanya kita tambah pada tahun 2024, Januari 2024 kenaikannya. Dan tentu tinggi di Sabah Sarawak kerana harga beras terlalu tinggi di Sabah Sarawak. Jadi untuk 2023 dan 2024, kita peruntukkan khas kali pertama RM420 juta untuk Sabah Sarawak untuk menampung, mengekalkan harga yang agak tidak melambung terlalu tinggi. Kemudian Skim Subsidi Harga Padi, dinaikkan. Padi bersih RM500 per tan daripada RM360. Kemudian, baja dan sebagainya. Ya lah termasuk RM1 bilion yang kita telah luluskan dan akan saya luncurkan tahun ini.

Saya nak terangkan kepada Yang Berhormat, hal ini memang berat. Yang kita berikan ini RM1 bilion itu belum lagi dapat menampungkan kos. Minggu depan, Menteri Pertanian akan membentangkan Kertas Menteri untuk menjelaskan dan akan mengumumkan kenaikan.

Akan tetapi harus ingat, kenaikan harga lantai ini akan menyebabkan kenaikan harga beras bagi pengguna. Jadi bagaimana kita nak mengimbangi? Naik harga bagi pesawah, akan naik harga bagi pengguna. Kita tak mahu dia naik bagi pengguna. Jadi setakat ini, saya bincang dengan Kementerian Kewangan supaya kerajaan akan menampung lagi subsidi supaya harga pasaran beras tempatan bagi pengguna tidak dinaikkan. Maknanya kerajaan akan menampung lagi sekitar RM150 juta untuk enam bulan. Itu yang akan dimuktamadkan dalam masa yang singkat.

Jadi saya nak beri jaminan kepada Beluran bahawa walaupun saya faham ada bantahan dan kita terima baik memorandum. Dah sampai pada saya dan telah kita teliti bersama dengan Menteri dan Kementerian Pertanian. Kita akan tangani tetapi janganlah.

menafikan. Ini yang naik ini yang saya sebut tadi ini 2023, 2024. Yang bising-bising sebelum 2022 tak naik, 2021 tak naik, 2020 tak naik. Ini yang saya nak bangkitkan.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi sementara saya setuju dengan Beluran, you jangan nafikan ya. Ini kenyataan. Ini kenyataan. Kamu bising-bising, riuh rendah sekampung, angkut orang dengan bas, tapi masa kamu perintah, kamu tak naik. Kami yang naikkan!

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sungai Petani. Sungai Petani stick pada soalan utama tadi ya.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Tambun, kalau kita lihat penurunan produksi padi ini menurun 4.7 peratus dan kalau kita lihat sekarang ini dengan perkembangan teknologi AI, bagaimanakah penggunaan seperti contohnya SMART SBB dan penggunaan benih padi berdaya tinggi dapat meningkatkan pengeluaran padi dan kita tidak bergantung pada beras import?

Baru-baru ini kalau kita lihat di negeri Kedah antara negeri yang produksi padi tertinggi.

Baru-baru ini ada pimpinan negeri Kedah yang menyatakan bahawa terdapat penyelewengan ‘sarung baju’, padi, beras dan sebagainya ini. Saya ingin bertanya, apakah produksi padi ini disebabkan oleh produktiviti atau terdapat penyelewengan? Saya mohon justifikasi dan klarifikasi daripada Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya tidak mahu nafikan kalau ada penyelewengan.

Biar badan-badan penguatkuasaan siasat. Saya juga teliti kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kalau ada bukti, maklumat, kita boleh ambil tindakan.

Akan tetapi yang nyata adalah produktiviti pengeluaran padi di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu itu, sangat rendah ketimbang yang di Sekinchan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, apa yang dilakukan ialah mengemukakan beberapa perencanaan yang pelaksanaan dibuat di Sekinchan untuk diaplikasi termasuk benih, baja dan pengurusan yang mungkin menggunakan sebahagiannya melalui AI, digital dan dron sebagaimana yang dilakukan oleh Sime Darby untuk industri kelapa sawit.

Saya ucapkan terima kasih kerana Kerajaan Negeri Kedah memberi kerjasama dari segi pengurusan kawasan tanah yang sesuai untuk mempercepatkan― dan ini dipercepatkan. Sebab itulah peluncuran yang sepatutnya dibuat akhir atau pertengahan tahun akan dilakukan pada bulan ini oleh kementerian dengan maksud peningkatan produktiviti.

Isunya, produktiviti. Kerana, perbedaan itu terlalu besar di antara apa yang dilakukan di Selangor dengan di Kedah dan kita harus tingkatkan. Saya dah cadangkan, umpamanya― kerana kerajaan negeri bimbang kerana keluasan tanah padi. Kita tidak bermaksud untuk menambah kawasan. Malah, kawasan boleh dikurangkan kalau produktiviti ditambah.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu soalan?

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan. Memang hak...

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya nak bertanya dengan Yang Amat Berhormat Tambun. Apabila Yang Amat Berhormat

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

mengatakan bahawa kerajaan inilah yang menaikkan harga siling, harga lantai padi dari RM1,200 kepada RM1,300, saya ucapkan tahniah dan syabas. Itu fakta yang saya terima.

Hakikatnya telah pun dinaikkan.

Tetapi, saya minta supaya Yang Amat Berhormat sedar Yang Amat Berhormat lakukan itu enam bulan sebelum harga diesel dinaik. Ini yang kita persoalkan. Kalau dah harga lantai naik RM100 tetapi diesel naik lebih daripada RM100, ini yang petani perjuangkan hari ini...

[Tepuk] Jadi, saya minta ini supaya― jangan kita salahkan, “Oh, dulu begini, dulu macam ini, saya pernah pergi...”― tak payah. Itu bab dulu, jangan kiralah. Kita tengok bab sekarang, ke hadapan.

Sebab itu saya kata check and balance ini untuk Yang Amat Berhormat hari ini fikirkan kalau kos pengeluaran padi dah sampai harganya RM1,500, sebagai contoh, satu tan. Jadi, kalau harga lantai RM1,300, apakah petani berjihad untuk mengeluarkan padi semata-mata untuk mereka menjadi miskin seterusnya? Ini yang dipersoalkan. Jadi, kalau boleh, kita kerjasama, kita fikirkan. Kalau harga lantai itu dulu RM1,300 sebelum harga diesel naik, tiba-tiba harga diesel naik menyebabkan pertambahan RM150 lagi, naikkanlah.

Itu permintaan saya bagi pihak petani di seluruh negara. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pertamanya, kalau ada nama mana-mana petani atau pesawah yang terbeban dengan kos diesel bertambah, tolong hantar nama dan kita bayar balik dia punya bayaran kerana ini...

draft • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dengar, dengar, dengar...

draft • 10:40 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tak payah.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, nanti sekejap.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sebab, dalam program PADU, dalam program PADU, kita telah bagi jaminan untuk petani, penternak, pesawah diberikan. Itu satu.

Keduanya, untuk sebut satu dan tidak menyebut bahawa RM600 diberikan pada tahun ini. RM600 ini cukup untuk menampung kos diesel. Ini maksudnya turning half-truth into absolute to become fake heroes. Sebab, tak sebut. RM1,300 patut naik tapi soalnya― saya tanya ini kerana kadang-kadang disebut bahawa, “Tidak mempedulikan”. Saya nak tanya, tahun 2022, pasal apa tak peduli? Itu sebabnya. Oh― bukan nak salahkan. Jadi, tak naik.

Masalahnya sejak tahun 90-an, 80-an dah masalah berbangkit. Kita tahu. Tunjuk perasaan besar-besaran tahun 80-an, ada yang kena ISA masa itu. 90-an ada. Ada Menteri Besar lari pun ada masa itu. Dan YB Arau ada dengan saya masa itu. Walaupun dia kena belasah teruk masa itu.

Tetapi, yang saya nak sebut di sini, ya sebab itu saya katakan minggu depan Menteri akan memberi penjelasan kerana kenaikan ini, kita tidak mahu dalam masa yang sama menaik harga bagi pengguna. Jadi terpaksa― maknanya, kita naik harga yang saya rasa perlu, bukan sahaja kos tapi kerana kenaikan yang kecil 2024 tidak boleh menampung, yang

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

keduanya, kita kena juga tambah lagi subsidi RM150 juta, minimum, yang saya tengok untuk enam bulan daripada kerajaan supaya kos pengguna tidak naik. Kita tak boleh umpamanya bicara satu pihak. Bagi nak pertahankan pengguna, memangsakan pesawah ataupun nak menaikkan pesawah, memangsakan pengguna. Kerana pengguna yang miskin B40 pun ramai.

Jadi, sebab itu kita― saya dah umum tadi, bahawa minggu depan, paling akhir, Menteri akan beri penjelasan dengan pengumuman harga kenaikan yang munasabah dengan subsidi daripada kerajaan yang bertambah.

Tetapi, yang saya bangkitkan ini kerana Ketua Pembangkang hanya menyebut― Tan Sri Yang di-Pertua, dia tak sebut tentang kenaikan subsidi harga padi. Dia tak nak sebutkan RM600 ringgit yang diberikan― RM200, RM 200, RM200― setahun. Tak disebut.

Ini yang saya rasa kadang-kadang check and balance ini based on facts and not based on fake news.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jelaskan sedikit. Yang Amat Berhormat, saya kata kos pengeluaran harga. Kos pengeluaran harga itu, betul saya kata naik RM1,300 dan saya tak cakap yang bantuan itu, saya tak sebut itu kerana, pada saya, bantuan yang diberikan itu adalah bantuan untuk membantu mereka sebagai petani. Sebab itu saya kata bagus. Itu perkara-perkara yang bagus yang diberikan adalah sesuatu yang kita kata baik.

Tapi, yang saya kata, kalau dah bantu begitu dan bantuan yang kita bagi itu menyebabkan dia kena tampung kos harga padi, jadi bantuan itu tidak bermakna kepada mereka. Ini yang kita perjuangkan. Jangan ambil kira dulu lain, sekarang lain. Eh, tak ada kena mengena dulu dan lain. Yang penting sekarang kita adalah kepentingan untuk menentukan bahawa petani boleh hidup dan apabila mereka hidup, mereka berjihad untuk menentukan harga.

Dan saya kata...

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Amat Berhormat, saya nak tanya.

Yang Amat Berhormat tahu tak beras putih sekarang ini amat susah sekali untuk diperolehi?...

draft • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sehinggakan the average yang ada di pasaran hari ini melebihi harga RM30. Jadi, ini yang kita persoalkan. “Oh, tak mahu memperjuangkan kepada mereka maha kaya.” Yang retailers yang jual harga RM30 itu, merekalah yang maha kaya...

[Tepuk] Sebab itu, Yang Amat Berhormat, be fair. I am just here to tell you harga RM1,300 lantai itu tak memadai. Dan tadi Yang Amat Berhormat telah berjanji dan saya minta― ini live― kepada semua petani-petani, mengakui hantar surat bahawa tidak cukup bantuan dan minta supaya harga lantai itu dinaikkan seperti memo yang telah diberikan kepada Yang Amat Berhormat sendiri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Majoriti petani faham kita dah belanja...

draft • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dengar ini. Tak payah jerit. Bangun kalau nak bangun. Nak jerit apa, Hulu Terengganu? Bangun.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik. RM2.4 bilion, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya nak sebut di sini sebab bagi gambaran seolah-olah dia nak jadi hero. Masa dia ada kuasa, dia tak buat. Itu poin yang saya hendak bangkitkan...

[Tepuk] Nak jadi hero sekarang, boleh, tapi bedanya, saya dah jawab.

Pertama, kita naikkan 2023. Kita naikkan 2023, kita naikkan 2024 dan kita telah umumkan kenaikan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian minggu depan. Itu yang kita dah umumkan. Makna, kita dengar majoriti. Majoriti petani, pesawah faham...

[Tepuk] Ya.

Dan keduanya, saya nak sebut ya, macam subsidi yang saya sebut semuanya, itu jumlahnya itu RM2.4 bilion. Satu penambahan yang besar kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Jadi, nak sebut ada masalah, memang ada masalah. Apa yang tak ada masalah? Memang ada masalah. Saya akui ada masalah pesawah padi. Ini yang disebutkan penanam padi kelompok paling miskin. Sebab itu kita tambah.

Tapi, soalnya, bila nak jadikan ini medan seolah-olah mereka sahaja pejuang, itu saya pertikai. Kalau benarlah kamu pejuang, mengapa kamu tak buat sebelumnya? Itulah dia. Tetapi sekarangnya...

[Dicelah] Ya, ya, ya. Betul, masa ada kuasa, kita leka. Masa tak ada kuasa, jerit tak buat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Masa ada kuasa kita leka. Masa tidak ada kuasa jerit tak buat. Saya hendak sebut di sini kita ada kuasa

draft • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ya, ya. Kita ada kuasa hari ini...

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita buat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya akan lakukan apa yang mampu termasuk RM1 bilion tambahan di Kedah untuk kawasan MADA yang tidak dibuat dan tidak difikirkan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat...

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, soalan tambahan...

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang tamatlah, tamatlah sesi untuk waktu..

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tambahan. Yang Berhormat, dia sebut nama Arau tadi.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau. Saya baru sahaja sebut ayat ini. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Silakan.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, bertenang. Saya mulakan dengan menjemput Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar, silakan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan, ‘Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le’. Soalan Paya Besar nombor 1.

draft • 10:50 AM

1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) bagaimana kementerian mengorientasikan semula dasar R&D untuk menggalakkan inovasi agensi kerajaan dan syarikat swasta dengan sokongan universiti; dan

(b) langkah diambil untuk menambah baik fungsi institusi penyelidikan kerajaan bagi memudahkan pemindahan teknologi global dan menyokong syarikat tempatan dalam memanfaatkan teknologi untuk inovasi.

draft • 10:50 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar atas soalan yang sangat relevan kepada peranan MOSTI iaitu untuk menggalakkan pengkomersialan inovasi tempatan melalui pendekatan Quadruple Helix iaitu kerjasama antara kerajaan, akademia, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Kerajaan melalui MOSTI kekal komited memperkukuhkan ekosistem R&D negara secara berterusan melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030. Dasar ini menetapkan sasaran peningkatan perbelanjaan kasar R&D (GERD) kepada 3.5 peratus daripada KDNK menjelang tahun 2030.

Selain itu, ia turut menyasarkan 70 peratus daripada jumlah GERD disumbangkan oleh sektor swasta selaras dengan usaha memperhebat kerjasama awam swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan unjuran sasaran ini adalah berdasarkan nisbah sumbangan 30:70 antara sektor awam dan sektor swasta seperti yang dilaksanakan oleh negara maju seperti Korea dan Singapura.

Berdasarkan unjuran semasa, masih ada jurang yang besar untuk kita lengkapkan.

Justeru, usaha yang lebih proaktif perlu dilaksanakan bagi mengorientasikan semula dasar R&D dan menggalakkan inovasi sektor awam dan swasta termasuk sokongan universiti seperti lima langkah berikut.

Pertama, penggubalan rang undang-undang sains, teknologi dan inovasi. Ketiadaan mandat perundangan yang jelas menyukarkan penetapan hala tuju berkaitan bidang tumpuan STI negara yang pada masa ini bersifat fragmented, dengan izin dan menyebabkan ekosistem inovasi melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi dipisahkan di antara kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berbeza. MOSTI kini

draft • 10:50 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

sedang dalam penggubalan RUU STI — Sains, teknologi dan inovasi ini untuk membolehkan sistem R&D negara mampu memudah cara penjanaan ekonomi negara di samping meningkatkan bakat tempatan terhadap teknologi termaju.

Langkah kedua, pengurusan dana R&D berasaskan permintaan (demand driven), dengan izin. MOSTI telah memperkenalkan skim Dana Penyelidikan Strategik (Strategic Research Fund (SRF)) yang menekankan elemen penyelidikan bersifat dengan izin, applied, experimental and demand driven yang menyokong dan memenuhi keperluan industri terutamanya dalam bidang-bidang strategik. Keutamaan diberikan kepada projek yang berpotensi menyelesaikan isu industri dan masyarakat serta mempunyai prospek untuk dikomersialkan.

Kerajaan juga sedang menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta dalam pemberian dana R&D dalam menggalakkan inovasi untuk memastikan komitmen dan mengukuhkan akauntabiliti kolaborasi antara pihak swasta dan pihak awam. Skim Dana Pembiayaan R&D MOSTI turut menetapkan syarikat hendaklah membiayai sekurang- kurangnya 40 peratus sama ada monetari ataupun in-kind daripada jumlah keseluruhan kos projek.

Ketiga Tan Sri Yang di-Pertua, meningkatkan penggunaan dana alternatif untuk menggalakkan aktiviti RDCI. Untuk makluman Yang Berhormat, dana alternatif seperti Malaysia Science Endowment (MSE) telah diperkenalkan bertujuan untuk memperkukuh tadbir urus STI dan memastikan pembiayaan R&D yang mampan melalui sumber alternatif seperti dana padanan (matching grant) daripada sektor swasta, wakaf, pelabur mangkin dan geran antarabangsa.

Keempat, platform digital pemangkin kolaborasi sektor awam dan swasta. MOSTI telah membangunkan platform digital seperti KRSTE.my untuk memudahkan akses kepada data penyelidikan, peluang pembiayaan dan kerjasama R&D antara agensi kerajaan, universiti dan sektor swasta.

Kelima, pembangunan pelan hala tuju adaptasi teknologi baharu. MOSTI telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan lima pelan hala tuju teknologi utama bagi tempoh 2021 hingga 2030. Pelan ini merangkumi sektor E&E, teknologi blockchain, kecerdasan buatan (AI), teknologi bahan termaju dan robotik. Pendekatan ini bertujuan untuk memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada terhadap teknologi luar dan buruh asing. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Paya Besar.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Tan Sri, kebanyakan negara sekarang berlumba-lumba untuk memastikan mereka dapat memperkembangkan teknologi dalam negara mereka sendiri dan saya lihat Tan Sri kita berada dalam Era of Unprecedented Tech Cold War yang kita hadapi pada hari ini.

Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, Tan Sri, kalau kita tidak mengorak langkah untuk bekerjasama dengan kuasa-kuasa teknologi besar ini, kita akan hilang suatu

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

signifikan dalam memperkembangkan teknologi tempatan dan bagaimana MITI, PETRA, MOSTI, NRES dan Kementerian Digital untuk di-consolidate supaya kita dapat melakukan perpindahan teknologi yang terkini ke dalam negara kita. Persoalan saya kepada Menteri juga Tan Sri Yang di-Pertua, bagaimana MOSTI dan apakah usaha-usaha perpindahan teknologi yang terkini yang telah dibawa masuk ke dalam negara kita? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Paya Besar. Terima kasih atas pertanyaan tadi sebab technology sovereignty amat penting untuk negara kita menjadi pencipta teknologi tinggi. MOSTI turut menyokong perkembangan — Mendukung perkembangan teknologi termaju melalui penglibatan beberapa agensi seperti berikut.

Pertama adalah Agensi Nuklear Malaysia yang bergiat dalam penggunaan sains dan teknologi nuklear secara aman untuk pembangunan sosioekonomi negara. Di antara kejayaan dalam pemindahan teknologi seperti teknologi iradiasi melalui teknologi sinar halotron yang digunakan dalam pelaksanaan projek inisiatif utama IAEA dalam menangani cabaran global pencemaran plastik.

Kedua, melalui National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM). Kita sedang bekerjasama dengan syarikat di China berkaitan platform teknologi vaksin dan institut di Australia untuk melatih saintis dan technologist tempatan dalam bio pembuatan

(biomanufacturing), dengan izin, Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practices) dan kajian pra-klinikal vaksin manusia.

draft • 10:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

Ketiga, termasuk kerjasama MRANTI dengan NVIDIA yang akan menyumbangkan kepada latihan dan pembinaan kapasiti AI melalui National Technology and Innovation Sandbox****,** AI. Kohort pertama telah berjaya dilaksanakan di MRANTI pada bulan April tahun lepas dengan penyertaan 48 PKS manakala kohort kedua dilaksanakan pada bulan November tahun lepas dengan penyertaan daripada 44 PKS.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Kuala Terengganu.

draft • 10:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, ya.

Terima kasih, Speaker. Berdasarkan laporan Malaysia Science, Technology and Innovation Outlook 2023 oleh Akademi Sains Malaysia, hanya 10 peratus daripada hasil penyelidikan yang berjaya dikomersialkan. Pertama, saya hendak tahu bagaimana sebenarnya cara kementerian mengukur tahap kejayaan pengkomersialan R&D?

Dari segi kejayaan sebenarnya banyak tertakluk sebenarnya penerimaan oleh industri R&D ini. Bagaimana kementerian meningkatkan penglibatan industri di dalam R&D

draft • 10:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

ini? Dari segi pengkomersialan, saya ingat dahulu kita ada MaGIC kemudian kita bangunkan MRANTI bertujuan untuk meningkat lagi tahap pengkomersialan.

draft • 10:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya tengok dalam website MRANTI, saya tengok sejak tahun 2024 macam tidak ada berita sangat, sangat slow. Jadi, saya tertanya-tanya adakah sebenarnya selepas daripada penubuhan MRANTI ia berjaya mengadakan suatu quantum lead dari segi perkembangan yang drastik dari segi pengkomersialan ini. Sebab nampak sangat banyak R&D kita yang di awalnya kelihatan dari segi hasilnya lebih baik daripada apa yang ada dalam dunia tetapi kemudiannya tidak dikomersialkan sehinggalah timbul teknologi baharu menyebabkan kita ketinggalan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Kuala Terengganu. Terima kasih atas soalan tersebut. Memang kita tahu ada sedikit kekangan bagaimana kita hendak komersialkan produk R&D kita. Sebab selalunya mungkin penyelidik kita pun work in silo, industri pun tidak ada akses kepada akademia. Maka, MOSTI mengambil pendekatan quadruple helix iaitu kerajaan memainkan peranan untuk memudah cara di antara penyelidik dengan akademia, dengan industri. Kita juga telah melancarkan beberapa inisiatif yang boleh membantu produk- produk R&D kita yang kita rasa bagus.

Home drone technology yang kita hendak bantu, kita cuba bantu dengan beberapa inisiatif termasuk yang pertama, kami lancarkan satu program dinamakan MySGI iaitu Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan. Program MySGI ini merupakan salah satu strategi kerajaan untuk memberi keutamaan kepada produk teknologi tempatan dalam perolehan kerajaan. Program ini sedang dilaksanakan secara rintis selama dua tahun melibatkan 12 kementerian. Setakat 23 Januari 2025, terdapat sebanyak 552 permohonan penandaan logo MySGI telah diterima dan 308 daripadanya telah diluluskan.

Keduanya adalah usaha untuk mengkomersialkan produk R&D termasuk National Technology Innovation Sandbox (NTIS) yang kita membantu 211 permohonan yang telah diluluskan untuk membantu mereka mengkomersialkan produk mereka. Setakat ini, 211 permohonan diluluskan dengan lebih RM120.4 juta dana telah dikeluarkan. NTIS dan MySGI ini dua-dua pun dimasukkan di bawah MRANTI. So, saya akan check balik, semak balik website. Saya ambil maklum. Terima kasih Kuala Terengganu. Nanti kami akan cuba memperbaiki. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Larut.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.

draft • 11:00 AM

2. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bagaimana selaku Pengerusi ASEAN Malaysia akan mengimbangi hubungan ASEAN bersama BRICS dengan mengambil kira ancaman ekonomi oleh Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Presiden Trump.

draft • 11:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada sahabat Yang Berhormat daripada Larut berkenaan pertanyaan berkenaan dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat dan juga impaknya kepada Malaysia, ASEAN dan juga BRICS. Saya juga mohon izin Dato’ Yang di-Pertua untuk menjawab soalan nombor 30 yang juga soalan yang serupa yang ditanya oleh Yang Berhormat daripada Simpang Renggam.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya baru selesai mempengerusikan Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN yang baru berlangsung 18 dan 19 Januari baru-baru ini di Langkawi. Sesi Pemukim tersebut kita berbincang bersama-sama dengan rakan-rakan anggota ASEAN membincangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi.

Negara-negara anggota telah sebulat suara Dato’ Yang di-Pertua, menegaskan keperluan untuk memperkukuhkan kepusatan ASEAN ataupun ASEAN centrality dan meningkatkan daya tahan ekonomi serantau di dalam menangani ketidaktentuan geopolitik dan geoekonomi dengan merancakkan lagi kerjasama antara ASEAN. Kita berdagang cadangan kita supaya kita merancakkan lagi perdagangan intra-ASEAN kerana perdagangan intra-ASEAN sesama kita ini terlalu rendah. Masih lagi di bawah paras 25 peratus. Jadi, kita hendak meninjau dan juga kita hendak menerokai bagaimana cara untuk kita berdagang sesama sendiri dahulu dan kita dapat meningkatkan lagi kita punya perdagangan sesama sendiri.

Dato’ Yang di-Pertua, pentadbiran baharu Amerika Syarikat setakat ini mengamalkan dasar dengan izin Amerika First yang berpotensi membawa perubahan dalam pendekatan Amerika Syarikat terhadap hubungan mereka dengan negara-negara luar dan secara tidak langsung akan ada juga kesannya kepada negara kita Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia mengamalkan dasar luar yang berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara kecuali negara yang mengamalkan dasar yang terang- terang melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Ini selaras dengan dasar luar kita yang bebas berprinsip dan pragmatik dan sentiasa komited dalam usaha mengukuhkan hubungan kerjasama dengan negara luar.

Justeru Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan akan terus mempertahankan kedudukan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Langkah-langkah strategik akan kita ambil untuk mengimbangi kepentingan negara dengan perikatan pentadbiran baharu Amerika Syarikat sambil kita memanfaatkan peluang untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala kita dan kerjasama sedia ada dengan Amerika Syarikat.

Dato’ Yang di-Pertua, dasar luar kita juga mendukung kepentingan pelbagai hala dengan izin multilateralism bagi membolehkan Malaysia dan masyarakat antarabangsa bersama-sama menangani cabaran global yang mendesak ini. Dato’ Yang di-Pertua, kita

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

menganggotai banyak pertubuhan antarabangsa seperti ASEAN, PBB, OIC, NAM dan G77.

Kita juga menganggotai dan melibatkan diri secara aktif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik

(APEC), RCEP, CPTPP dan juga IPEF ataupun Rangka Kerja Induk Ekonomi Indo-Pasifik.

Malaysia kekal untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara-negara lain.

Itu sebabnya kita telah pun diterima sebagai anggota baharu yang berstatus rakan negara rakan ataupun country partner dalam BRICS. Mereka akan melihat komitmen kita sejauh mana Malaysia benar-benar mahu menganggotai BRICS kerana mereka mahu menghadamkan dahulu negara-negara anggota yang baru mereka terima Dato’ Yang di- Pertua.

Kesannya memang ada Dato’ Yang di-Pertua iaitu dasar yang dibuat oleh pentadbiran baharu Amerika Syarikat ini seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Mereka telah pun membuat kenyataan-kenyataan yang mana sebagai negara yang ekonominya banyak bergantung pada perdagangan, kesannya memang ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tetapi kita sedang meneliti keadaan dan laporan- laporan akan dibentangkan di Kabinet dari semasa ke semasa. Insya-Allah.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Larut.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan saya tadi tentang kedudukan BRICS dan ASEAN untuk kita mengimbangi jika sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini polisi daripada Trump sendiri.

Yang Berhormat, saya hendak tanyakan strategi kita ini. Cuba kita lihat dari segi ASEAN on the whole, bukan hanya sekadar rakan biasa, kita pertingkatkan kerana dari segi market-nya lebih besar dari Amerika. Kalau kita dapat menggabungkan semua ini, kita jadikan ASEAN ini semua menjadi strategic partners dalam hendak menentukan pengeluaran bukan hanya untuk ASEAN tetapi juga di seluruh negara.

The market-nya cuba kita lihat dalam negeri kita, dalam negara kita sendiri, we are lucky because we have got policy yang boleh menekankan domestic economy kita itu boleh kita bangunkan. Jadi, kita anggap ASEAN ini sebagai rakan untuk kita jadikan dan segala apa yang dilakukan polisi Amerika itu boleh kita mitigate dengan rakan-rakan kita yang ada dalam ASEAN.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Itu yang saya katakan tadi semasa Pemukiman baru-baru ini, keutamaan kita adalah supaya ASEAN ini akan kekal utuh secara satu blok yang kuat. Itu keutamaan kita, centrality of ASEAN.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Yang keduanya, kita juga berbincang bagaimana cara untuk kita mempertingkatkan dagangan antara negara-negara ASEAN kerana seperti Yang Berhormat sebut tadi, memang potensinya amat besar kalau kita berdagang sesama sendiri kerana setakat hari ini,

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

dagangan kita cuma di bawah 25 peratus intra-ASEAN. Dengan penduduk yang berjumlah lebih 600 juta, hampir 700 juta, ini merupakan suatu kekuatan kepada ASEAN.

Itu sebabnya berbagai-bagai perkara yang kita telah pun lihat terutamanya macam mana kita nak buat joint development area sesama sendiri. Kita dah ada dah, kita dengan Siam ataupun dengan Thailand, joint development area kita. Dengan Singapura, kita telah pun bersama-sama menyetujui baru-baru ini, pemukiman di antara pemimpin kedua-dua buah negara, menubuhkan Johor-Singapore Special Economic Zone yang mana ini akan melonjakkan lagi ekonomi kedua-dua buah negara dan berbagai-bagai lagi. Kita mahu supaya kita punya perdagangan intra-ASEAN ini akan mencecah lebih kepada RM3 trilion dalam masa 2030.

Ini satu cabaran kepada kita tetapi ia merupakan satu kemestian Yang Berhormat Larut ya, Yang di-Pertua. Satu kemestian dah kerana kita tidak boleh terlalu bergantung kepada satu punca rakan dagang dan apa-apa yang berlaku, dia akan menyebabkan kita jatuh terduduk. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Itu sebabnya kita masuk untuk kita join BRICS, dengan ini membesarkan lagi pasaran kita dan pasaran sedia ada dalam ASEAN ini juga perlu kita terokai supaya mempertingkatkan lagi kita punya dagangan antara negara- negara ASEAN.

Kita akan ada ASEAN Green, tumpuannya itu tenaga diperbaharui dan yang lain-lain Dato' Yang di-Pertua. Memang itu merupakan keutamaan ASEAN sekarang Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.

draft • 11:10 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tan Sri.

Terbang seiring di tepi kali, Girang rasa tidak terperi, Minta nyatakan status terkini, Pindaan undang-undang yang masih ternanti. Soalan saya nombor 3 berkenaan pindaan Akta Pemberi Maklumat.

draft • 11:10 AM

3. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini pindaan kepada Akta Pemberi Maklumat 2010. Nyatakan garis masa untuk rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen.

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Pontian sahaja yang akan jawab pantun ya, bukan Yang Berhormat Pengerang.

Pertama sekali, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa Kerajaan MADANI memang komited untuk membuat pindaan kepada Akta 711 ini. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional pada 6 Julai 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju antara lain bahawa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang berhubung dengan cadangan penambahbaikan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau dikenali dengan Akta 711.

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Amat Berhormat juga telah memberikan komitmen beliau dalam penambahbaikan akta ini di dalam Dewan yang mulia ini. Setakat ini sebanyak 20 sesi mesyuarat jawatankuasa kerja, lima bengkel pembangunan dan penempatan dasar serta enam sesi libat urus telah diadakan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, agensi kuat kuasa utama serta badan bukan kerajaan.

Terdapat keperluan untuk menambah baik berdasarkan amalan terbaik daripada negara lain termasuk daripada aspek pemakaian undang-undang berkaitan perkara sulit dan rahsia, mekanisme pembatalan, perlindungan yang diberikan dan perlindungan kepada agensi penguatkuasaan yang terpaksa mendedahkan identiti pemberi maklumat.

Sepanjang usaha penambahbaikan adalah untuk memperkukuhkan fungsi Akta 711 ini, pelbagai maklum balas penting telah diterima daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Sebagai contoh, antara pihak yang terlibat untuk memberikan pandangan seperti Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Rasuah Busters, Transparency International Majlis Peguam, CSO - Platform for Reform dan pelbagai lagi dalam aspek untuk dipertimbangkan dalam proses pindaan ini. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan dasar sedang dipertimbangkan untuk diangkat dan harapan saya, insya-Allah pada mesyuarat Kabinet yang akan datang ini, dalam penggubalan cadangan di peringkat dasar untuk mendapat kepastian supaya insya-Allah dapat dibawa pindaan pada sesi ini jika dipersetujui oleh Kabinet.

Antara cadangan-cadangan yang akan dibawa ialah:

(i) cadangan pengubahsuaian proviso di bawah seksyen 6 di bawah Akta 711 bagi mengelakkan percanggahan dengan akta-akta yang lain dan menggalakkan pendedahan pelakuan tidak wajar tanpa sekatan di bawah undang-undang sedia ada yang lain;

(ii) penambahbaikan seksyen 11 Akta 711 bagi peruntukan pembatalan perlindungan kepada pemberi maklumat di bawah perlindungan boleh dilanjutkan sekiranya pendedahan yang dibuat adalah berdasarkan suci hati dengan izin, good faith dan tidak melibatkan sebarang kepentingan peribadi;

(iii) pemurnian pencegahan pemakaian seksyen 8 melalui pengenalan peruntukan baru bagi memastikan agensi kuat kuasa dapat menjalankan siasatan dengan efektif dan efisien tanpa melanggar peruntukan sedia ada;

(iv) pengenalan skala ganjaran standard bersesuaian untuk memudahkan proses pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat;

(v) cadangan peluasan perlindungan kepada pemberi maklumat dari segi fizikal dengan mengguna pakai program perlindungan saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]; dan

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

(vi) cadangan penubuhan pasukan petugas bagi usaha peralihan kepada penubuhan agensi berpusat yang melibatkan fungsi penyelarasan dan pemantapan aspek tadbir urus bagi pelaksanaan perlindungan pemberi maklumat.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seputeh.

draft • 11:10 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tan Sri. Saya ingin tanya, dalam kes video Sabah yang tular, pemberi maklumat telah dedahkan dakwaan rasuah tersebut kepada umum sebelum dia buat laporan kepada SPRM.

Memandangkan Akta 711 ini tidak melindungi pendedahan awam, adakah pindaan yang dicadangkan ini akan memperkenalkan pengecualian bagi pendedahan kes yang berkepentingan awam?

Saya juga ingin tanya, sama ada dalam pindaan undang-undang ini yang mana kerajaan akan mencontohi sesetengah luar negara di mana pemberi maklumat akan diberi insentif seperti pindah ke tempat lain yang ditawarkan oleh kerajaan, hadiah wang tunai yang lebih tinggi, berjuta-juta ringgit atau malah pertukaran identiti sebagai galakan kepada orang ramai untuk memberi maklumat tentang rasuah kepada pihak kerajaan?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Betullah, kalau kita lihat pada seksyen 61 akta yang ada sekarang yang belum dibuatnya pindaan, bahawa seseorang boleh membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada mana agensi penguat kuasa. Pada masa yang sama, subseksyen 7(1) juga menyatakan bahawa perlindungan boleh diberikan kepada pemberi maklumat apabila pendedahan dibuat pada mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 6.

Merujuk kepada kes yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, pendedahan telah berlaku kepada umum ataupun awam sebelum pemberi maklumat membuat laporan kepada agensi penguat kuasa. Dalam hubungan ini, pemberi maklumat tidak dapat dilindungi di bawah subseksyen 7(1). Pada masa yang sama, tiada cadangan pindaan yang menambah baik akta 711 bagi melindungi pemberi maklumat yang telah membuat pendedahan kepada umum dan awam.

Walau bagaimanapun, sekiranya pendedahan dibuat kepada agensi penguat kuasa terlebih dahulu, pemberi maklumat layak untuk dilindungi kerana di sini Tan Sri Yang di- Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga ialah ejen penguat kuasa yang akan menilai sama ada maklumat itu dilihat sebagai satu keperluan ataupun tidak.

Sama seperti laporan polis, macam First Information Report (FIR), bila kita pergi kepada agensi penguat kuasa dan kita adalah pemberi maklumat, kita mahukan perlindungan. Agensi penguat kuasa akan memberikan justifikasi tersebut. Maknanya, dia tidak boleh kita pergi kepada public domain kemudian kita hendakkan supaya mendapat perlindungan sebab kadang-kadang pemberi maklumat juga tidak mempunyai niat good faith, dengan izin. Dia kena mempunyai niat yang baik.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Itu sebabnya agensi penguat kuasa yang dalam akta sekarang ini menyatakan perlu– langkah dia, perlu pergi kepada agensi penguat kuasa dahulu. Dalam beberapa negara lain, contoh-contoh yang mana Yang Berhormat memberikan pandangan, ada negara lain dia beri kepada agensi penguat kuasa dahulu. 90 hari tak ada respons daripada agensi penguat kuasa, negara tersebut membenarkan dalam akta, dia boleh pergi kepada public domain supaya agensi penguat kuasa mesti menjalankan siasatan ataupun memberikan respons kepada laporan yang dibuat tetapi dalam negara kita, belum lagi pada premis tersebut.

Itu sebab yang saya beri jawapan pada awal soalan tadi bahawa pindaan yang kita buat ini, pindaan yang berkalalah, langkah demi langkah. Tetapi yang soalan kedua, ketiga, yang mana Yang Berhormat tanya itu, kalau kita tengok pada perbandingan, betul, tentang isu ganjaran.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Hari ini di dalam akta ini kita ada ganjaran, tetapi dia tidak ada skala. Kalau kita tengok pada beberapa negara bila bercakap tentang perlindungan, perlindungan pada tahap mana? Sebab kadang-kadang pemberi maklumat ini, kita mesti menentukan bahawa dia hendak memberi supaya bila dia memberi maklumat, dia mesti secara automatik mendapat perlindungan. Setakat ini belum lagi ada di dalam akta kita tetapi yang kita hendak melihat di sini bila kita melihat kepada pindaan, kita perlu membuat kajian menyeluruh.

Jadi, bagi kes yang berlaku ini, hari ini saya tengok kalau kita tengok pada online media, peguam bagi pihak syarikat-syarikat yang terlibat telah mengeluarkan injunksi kepada media platform sebab kes masih di dalam siasatan dan akan pergi ke mahkamah, insya-Allah.

Saya pun tidak begitu pasti. Tetapi sebenarnya pemberi maklumat ini, galakannya ialah dia ada maklumat, dia hendak membantu sebab dia melihat. Itu sebab dalam undang-undang yang ada sekarang, kita tidak boleh terlibat dalam kesalahan tersebut. Kalau kita terlibat dalam kesalahan dan kemudian kita memberi maklumat, takkan kita hendak mendapat perlindungan? Two wrongs doesn’t make one right, dengan izin. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerlun.

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tan Sri Yang di-Pertua, sebentar tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut tentang cadangan untuk membuat pindaan seksyen 6 Akta 711 yang menyebut antara lain laporan berkaitan dengan maklumat yang diberikan oleh mana-mana pihak adalah melalui agensi penguatkuasaan. Adakah kerajaan bercadang untuk meluaskan lagi pemberian maklumat itu bukan sahaja melalui agensi penguatkuasaan seperti SPRM, PDRM, Jabatan Imigresen dan sebagainya tetapi boleh dibenarkan pemberi maklumat itu memberikan kepada badan-badan lain seperti media massa, NGO sebelum sampai kepada agensi penguatkuasaan yang berkenaan.

Yang kedua, tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang ganjaran. Saya ingin tahu, berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh agensi penguatkuasaan kepada pemberi maklumat sebagai ganjaran kepada mereka dan apakah jaminan terhadap pekerjaan dan keselamatan diri dan keluarga jika rakan sekerja bertindak sebagai pemberi

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

maklumat bahawa wujud aktiviti rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam agensi penguatkuasaan yang berkenaan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.

Berkenaan dengan seksyen 26 tentang ganjaran. Saya kena bagi jawapan bertulis, saya tidak ada jawapannya. Setakat ini di bawah seksyen 26 memang diberi ganjaran. Tetapi dari segi skala yang saya sebut tadi, skala itu tidak ditetapkan di sini. Bila kita lihat kepada soalan Yang Berhormat berkenaan dengan seksyen 6 itu, tentang laporan yang perlu diberi.

Sebenarnya bila kita sebut tentang setakat ini dalam akta ini bila kita sebut tentang apa yang berlaku bila kita memberi maklumat pada pihak penguat kuasa disebabkan pihak penguat kuasa itulah yang akan membuat siasatan tersebut. Kalau kita hendak mengambil kira untuk diguna pakai bagi platform-platform lain selain daripada agensi penguatkuasaan, perlu juga dibuatkan kajian oleh pihak kerajaan.

Saya dalam jawapan saya pada awal tadi telah menyatakan bila disebut tentang seksyen 6, setakat ini yang kita lihat adalah perbincangan ialah cadangan pengubahsuaian proviso di bawah seksyen 6 bagi mengelakkan percanggahan dengan akta-akta yang lain dan menggalakkan pendedahan kelakuan tidak wajar tanpa sekatan di bawah undang- undang sedia ada yang lain.

Saya ingin menyatakan di sini, antara saya melihat perbincangan dalam semua stake holders yang berjumpa dengan pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-undang. Yalah kadang- kadang dalam isu majikan dengan pekerja dan dia memberi maklumat dan dia menyatakan bahawa adanya tindakan dan gerakan yang tidak sah di dalam syarikat tersebut. Tetapi kadang-kadang ada juga maklumat menyatakan dia menyatakan sedemikian sebabkan masalah peribadi ataupun tidak berpuas hati.

Itu sebabnya dalam seksyen kita ini, kita membuat kajian itu kita mengambil pandangan daripada semua aspek. Dan kadang-kadang pemberi maklumat itu memang orang yang masih bekerja dalam syarikat tersebut. Contohnya yang terlibat katakan dalam kes-kes rasuah dan sebagainya. Itu sebab dalam kes yang kita sebut, kita nakkan supaya agensi menjadi trigger point kepada evaluation tersebut.

Kadang-kadang dia bukan agensi kuat kuasa setakat ini dalam undang-undang yang ada, akan kita berhadapan dengan masalah sebab agensi yang kuat kuasa yang akan menentukan sama ada maklumat itu diperlukan ataupun tidak. Adakah kes yang telah disiasat ataupun kes baru yang hendak dibuka dan sebagainya.

Itu sebabnya jawapan saya itu ialah dalam pertimbangan dan saya harap pada mesyuarat Kabinet minggu ini insya-Allah dasar-dasar yang kita hendak buat pindaan ini boleh dilihat sebagai perkembangan terbaik dalam jalan ke arah reformasi bagi undang- undang perlindungan pemberi maklumat dalam negara kita. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik...

draft • 11:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin, Tuan Speaker boleh saya tanya soalan berkenaan dengan isu yang sama? Soalan yang pendek.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf YB. Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.

draft • 11:20 AM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tan Sri Yang di-Pertua mohon jawapan soalan saya nombor empat.

draft • 11:20 AM

4. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pendidikan menyatakan pelan kementerian untuk menangani isu keciciran pelajar, terutama di kawasan pedalaman dan golongan B40 yang menghadapi cabaran dalam pembelajaran.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang atas soalan yang diajukan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 melalui Inisiatif 104 iaitu peningkatan akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas memfokuskan antara lain untuk menangani dan menyelesaikan isu keciciran murid pada semua peringkat pendidikan di Malaysia.

KPM amat prihatin terhadap isu keciciran murid terutamanya di kawasan pedalaman dan juga golongan B40 yang merupakan salah satu fokus utama dalam aspirasi Kerajaan MADANI dan reformasi pendidikan yang dilaksanakan KPM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keciciran merujuk kepada murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan bersekolah tetapi keluar dari sistem pendidikan sebelum tamat tempoh pendidikan.

Keciciran merupakan non-negotiable issue dengan izin bagi KPM. Usaha KPM menangani isu keciciran murid dilaksanakan melalui pendekatan holistik yang melibatkan pelaksanaan inisiatif dan intervensi kerjasama dengan pelbagai pihak serta mekanisme pengurusan dan pemantauan berterusan. Komitmen ini adalah konsisten dengan tujuh teras nadi keunggulan KPM. Iaitu memberikan perhatian kepada pendidikan serta masalah literasi dan numerasi.

Bagi memperkuatkan usaha ini Tan Sri Speaker, beberapa inisiatif utama telah pun diperkenalkan. Inisiatif ini merupakan intervensi KPM Menangani keciciran. Sebagai contoh Sekolah Modal Khas Komprehensif K9 dan K11 menyediakan akses pendidikan yang berkualiti dan inklusif terutama bagi pelajar di kawasan pedalaman dan luar bandar dan konsep ini diperkenalkan bagi memastikan pelajar kekal bersekolah sehingga ke peringkat menengah.

Selain itu Program Outreach Murid Cicir juga dilaksanakan di peringkat semua Pejabat Pendidikan Daerah dan ini merupakan usaha bagi mengembalikan murid yang cicir kembali ke sekolah pada tahun persekolahan berkenaan. KPM juga menyedari terdapat kumpulan murid yang perlu bantuan bagi mengelakkan mereka daripada tercicir.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Maka dalam konteks ini, KPM menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan yang terdiri daripada 13 jenis bantuan persekolahan khusus dan lima jenis bantuan persekolahan umum. Ini termasuklah Bantuan Awal Persekolahan yang telah pun diedarkan pada bulan Januari dan juga Rancangan Makanan Tambahan dan juga Bantuan Pakaian Seragam sebagai contoh.

Isu keciciran juga ditangani oleh KPM secara strategik melalui kerjasama dengan pelbagai pihak. Sebagai contoh, Program Anak Kita yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah dan pertubuhan masyarakat sivil dan juga universiti awam telah pun berjaya meningkatkan literasi dan numerasi murid, memperbaiki pencapaian SPM serta memastikan murid yang tercicir kembali ke sekolah.

Yang terakhir Tan Sri Speaker, pihak KPM juga melaksanakan pengurusan dan pemantauan inisiatif untuk menangani keciciran di sekolah melalui Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah, Modul Serlahkan Keunggulan Diri serta Buku Penulisan Kajian Kes Murid Berisiko Cicir dan Murid Cicir. Kesemua usaha ini adalah penting supaya pihak KPM dapat mengenal pasti risiko keciciran anak-anak kita secara awal dan untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.

Kejayaan menangani isu keciciran oleh KPM dizahirkan dengan penurunan significant yang ditunjukkan sepanjang tempoh dari tahun 2020 sehingga 2024. Pada peringkat rendah, kadar keciciran menurun daripada 0.01 peratus pada tahun 2020 kepada 0.06 peratus pada tahun 2024. Manakala di peringkat menengah kadar keciciran menurun daripada 1.33 peratus pada tahun 2020 kepada 0.64 peratus pada tahun lepas iaitu tahun 2024. Sekian terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Rantau Panjang.

draft • 11:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih timbalan menteri di atas jawapan. Tahniah di atas usaha KPM dalam menangani isu keciciran dalam negara kita.

Saya ingin tahu, adakah statistik yang disediakan oleh kementerian jumlah pelajar- pelajar kita yang tercicir di semua peringkat dan adakah kerajaan akan bercadang untuk menambah sekolah komprehensif K9 dan K11 terutama di kawasan-kawasan tertentu.

Setakat ini berapa jumlah K9 dan K11 di seluruh negara dan apakah anjakan baharu KPM dalam menerusi Kurikulum Persekolahan 2027 nanti untuk menangani supaya fenomena keciciran tidak berlaku— tidak ada, kosong. Maknanya sifar keciciran berlaku dalam negara kita. Minta penjelasan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada rakan saya, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Pertama sekali berkenaan dengan peratusan murid cicir yang telah pun saya sebut tadi. Ia adalah berkenaan dengan murid cicir di peringkat rendah dan peringkat menengah.

Saya bagi statistik di sini. Pada tahun 2020, di peringkat sekolah rendah, kadar keciciran 0.10 peratus – 2,437 orang. Tahun 2024 telah pun menurun kepada tahap 0.06 peratus iaitu seramai 1,595 orang. Di sekolah menengah pula, pada tahun 2020 kadar keciciran 1.13 peratus bersamaan dengan 19,311 orang dan telah pun menurun kepada 0.64 peratus tahun 2024 kepada 11,412 orang.

Daripada angka ini, hasil usaha daripada pihak KPM untuk mengembalikan murid- murid ke sekolah. Pada tahun 2024, seramai 883 orang murid sekolah rendah telah pun dikembalikan ke sekolah dan 1,990 orang murid sekolah menengah telah berjaya dikembalikan ke sekolah pada tahun 2024. Ini adalah usaha daripada KPM untuk mengembalikan anak-anak kita yang tercicir. Itu nombor satu.

Nombor dua, berkenaan dengan isu sekolah komprehensif K9 dan K11. Setakat ini kita mempunyai 28 buah sekolah K9 yang mana dan juga dua buah sekolah K11 iaitu di Betau, Pahang dan juga Long Bedian, Sarawak. Pada tahun ini, 2025 pihak KPM bercadang untuk memperluaskan untuk menambahkan bilangan sekolah K9 ini sebanyak tujuh sekolah dan lokasi dan juga nama sekolah akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat.

So, pada tahun ini tujuh buah sekolah lagi akan dijadikan sekolah K9. Pada masa yang sama, pihak KPM juga sedang menilai kebolehlaksanaan untuk menjadikan sebahagian daripada sekolah K9 yang sedia ada untuk dijadikan sebagai sekolah K11. Ini sebagai sebahagian daripada usaha KPM untuk menangani isu keciciran. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Speaker. Saya ucap tahniah atas usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menangani keciciran ini.

Soalan saya setakat mana komuniti masyarakat dan pemimpin-pemimpin tempatan ini telah dilibatkan dalam usaha sinergi yang dibuat oleh kementerian bagi memastikan bahawa keciciran ini dapat terus diturunkan pada masa akan datang.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Pulai.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pulai, pihak KPM ada menyediakan garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah dan di bawah garis panduan ini, sememangnya telah pun dinyatakan peranan setiap individual dan setiap pihak dari Kementerian Pendidikan Malaysia sampai ke Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak sekolah, ibu bapa dan juga komuniti setempat.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Sememangnya bagi program-program yang dilaksanakan oleh KPM, pihak ibu bapa dan juga pemimpin di komuniti setempat turut akan dilibatkan. Dalam jawapan asal saya, saya ada sebut berkenaan dengan Program Anak Kita. Program Anak Kita ini merupakan satu program yang mana RM100 juta telah pun disediakan tahun lepas. Tahun ini disediakan lagi RM30 juta lagi bagi tujuan untuk memastikan bahawa kita dapat mencapai peningkatan dari segi literasi dan numerasi dan juga pada masa yang sama, memastikan murid yang tercicir kembali ke sekolah.

Program Anak Kita ini juga melibatkan bukan sahaja kami daripada KPM dan juga JPN dan PPD tetapi pada masa yang sama juga melibatkan civil society ataupun CSO dan juga pihak universiti awam dan sudah tentunya masyarakat setempat turut dilibatkan dalam program-program sebegitu. Saya berharap bahawa pemimpin masyarakat setempat dapat menyahut program-program yang dilaksanakan oleh KPM untuk kita menjayakan lagi usaha kita untuk menangani isu keciciran ini. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan seterusnya saya mempersilakan Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Yang Berhormat Ledang.

draft • 11:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan Ledang nombor lima.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan terkini Malaysia untuk pembebasan Palestin dan tindakan usul penyingkiran negara haram Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

draft • 11:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat daripada Ledang yang bertanyakan berkenaan dengan bagaimana cara kita dapat membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel. Izinkan saya juga Yang di-Pertua untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pagoh, soalan yang bertarikh 20 Februari kerana soalannya sama, ya.

Dato’ Yang di-Pertua, usaha untuk kita melihat masyarakat antarabangsa melihat pengakhir kepada penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin yang telah pun hampir tujuh dekad di bawah kekejaman rejim Zionis Israel ini dapat ditamatkan. Berbagai-bagai usaha dilakukan, berbagai-bagai cara diusahakan, berbagai-bagai resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu telah pun diluluskan tetapi ia digagalkan di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Majlis Keselamatan sentiasa sahaja anggota tetapnya menggunakan kuasa veto, yang mana lima anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menggunakan kuasa veto kerana mereka ada kuasa veto yang diberi khas untuk mereka.

Ini amat mengecewakan kita Dato’ Yang di-Pertua tetapi ia tidak menghentikan usaha kita iaitu Malaysia bersama-sama dengan negara-negara sepemikiran atau dengan izin, like minded countries untuk terus memastikan supaya hasrat untuk kita melihat pada satu ketika nanti, Palestin mendapat sebuah negara yang merdeka dengan sempadannya mengikut sempadan yang dipersetujui dulu pada tahun 1967, Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya akan menjadi kenyataan. Bila ini dapat dilakukan Dato’ Yang di-Pertua, maka

draft • 11:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Palestin akan ada sebuah negara merdeka ada sempadannya, maka bolehlah tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar tentera pengaman tersebut untuk menjaga sempadan.

Dato’ Yang di-Pertua, berbagai-bagai usaha kita lakukan termasuk membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa ataupun ICJ. Baru-baru ini, pada 19 Disember 2024, Malaysia menyertai juga menyokong resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membawa usul untuk mendapatkan pendapat undang-undang daripada ICJ berkenaan dengan kekejaman yang dilakukan oleh pihak rejim Zionis.

Malaysia juga merupakan anggota kepada core group, dengan izin Dato’ Yang di- Pertua iaitu yang diterajui oleh Norway dan dianggotai oleh Afrika Selatan, Arab Saudi, Guyana, Indonesia, Ireland, Jordan, Mesir, Namibia, Palestin, Qatar, Sepanyol dan Slovenia.

Malaysia, kita sebagai core group yang membuat penyataan resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu yang hendak membawa Israel ini ke muka pengadilan dan juga mengemukakan resolusi baharu untuk kita mendapatkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Soalan nombor dua Dato’ Yang di-Pertua, yang juga ditanya oleh Pagoh dan juga Ledang iaitu berkenaan dengan penyingkiran Israel daripada anggota Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu. Ya, ia dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa YAB Perdana Menteri menghadiri ke Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Negara-Negara Islam di Riyadh pada 11 November 2024, baru-baru ini, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Boleh dan ia telah dijadikan sebagai resolusi sidang tergempar tersebut dan ia akan diusahakan oleh OIC dan Liga Arab untuk dikemukakan ke Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke-80 pada hujung tahun ini, Dato’ Yang di-Pertua dan boleh disingkirkan sebuah negara yang menjadi ahli Bangsa-bangsa Bersatu melalui Perkara 5 dan 6, Dato’ Yang di-Pertua tetapi perlu mendapat mandat daripada majoriti daripada Bangsa-bangsa Bersatu. Ini yang susah. Dapat besok, resolusi diluluskan.

Macam baru-baru ini Dato’ Yang di-Pertua, 124 buah negara bersetuju tetapi di veto, di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Itu sebabnya Malaysia, semasa saya berhujah di Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga di Majlis Keselamatan supaya kuasa veto ini dihadkan, Dato’ Yang di-Pertua.

Tidak boleh digunakan untuk kes-kes ataupun isu-isu yang ada bersangkutan dengan genosid ataupun kekejaman terhadap kemanusiaan ataupun perlanggaran-perlanggaran yang menyebabkan kemusnahan kepada negara ataupun kepada manusia. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Ledang. Soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Menteri atas jawapan tadi, saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan, pada Malaysia kerana usaha berterusan untuk membebaskan dan juga membela nasib rakyat Palestin. Soalan tambahan saya ialah selain daripada usaha yang telah

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

dilakukan tersebut, kita juga tahu bahawa ada segelintir pihak yang menyebutkan bahawa Malaysia patut tumpu kepada masalah dalaman negara daripada membantu pembangunan Palestin yang tidak menentu.

Jadi, apakah perancangan kerajaan sebagai pengerusi bersama Jepun di bawah rangka kerja Persidangan Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin ataupun CEAPAD ini. Apakah perkembangannya dan bagaimanakah kita nak jawab, tangkis ada segelintir pihak yang mengatakan apa yang saya sebutkan tadi? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih sahabat Yang Berhormat Ledang. Betullah ada orang kata, bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa Malaysia akan bersama-sama mengusahakan untuk pembinaan semula Gaza iaitu Palestin, Dato’ Yang di-Pertua. Minggu lepas, ada lah orang mengatakan bahawa umpama, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.” Anak di rumah tak mati kelaparan pun, Dato’ Yang di-Pertua dan kita tak susu pun kera di hutan. Ini tanggungjawab antarabangsa kita.

Malaysia merupakan sebuah negara yang daripada awal penubuhan negara rejim Zionis, Malaysia telah pun menyatakan bantahan kita terhadap itu dan kita menyokong untuk negara Palestin ditubuhkan, sebuah negara merdeka. Dah 70 tahun, Dato’ Yang di-Pertua.

Kita merasa bangga kerana sifat ataupun kerjasama Asia Timur dalam pembinaan semula Palestin ini Dato’ Yang di-Pertua, adalah merupakan satu usaha kumpulan negara.

Negara Jepun telah pun meminta Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama untuk kita mengadakan persidangan-persidangan di peringkat kepegawaian dahulu, Dato’ Yang di- Pertua. Supaya cadangan pada persidangan tersebut daripada bulan Julai, diawalkan untuk kita buat, kita cuba untuk buat Mac ataupun bulan April ini, Dato’ Yang di-Pertua.

Bermakna, kita anggota CEAPAD ini Dato’ Yang di-Pertua, negara-negara ASEAN.

Kecuali, Myanmar dan Timor Leste tidak menjadi anggota dan Korea dan Jepun dan Palestin.

Korea dan Jepun merupakan negara pendukung utama iaitu dalam kerjasama Asia Timur dalam pembinaan semula Palestin ini. Jadi, Malaysia diberikan sebagai suatu penghormatan untuk kita mengadakan mesyuarat ini. CEAPAD ini ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Jepun dan juga rakan-rakan sepemikiran. Negara ASEAN semuanya seperti- kecuali Myanmar, Dato’ Yang di-Pertua dan Timor Leste, tidak menganggotainya.

Jadi, ini satu penghormatan pada kita. Bukanlah kita nak membina semula Gaza itu.

Bukannya senang dan bukannya murah. Tetapi kita akan membawa negara-negara sepemikiran. Membawa negara-negara daripada blok south-south Dato’ Yang di-Pertua, untuk mengumpulkan. Banyak negara sepemikiran daripada barat telah pun menyatakan bahawa mereka mahu supaya ini dilakukan dan kita mengambil peluang ini untuk kita menjadi sebagai co-host antara Malaysia dan Jepun untuk kita pastikan.

Alhamdulillah, sekarang gencatan senjata sementara telah pun tercapai. Kita harap supaya gencatan senjata ini kekal dan pembinaan semula negara Palestin, terutamanya di

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Gaza ini perlu kita lakukan. Kita tidak bersetuju Dato’ Yang di-Pertua, iaitu cadangan untuk kita menghantar keluar rakyat Palestin daripada negara mereka. Nak menghantar ke Mesir.

Nak menghantar ke Jordan dan lain-lain.

Orang Palestin sendiri tidak mahu keluar daripada tanah air mereka dan apa yang kita perlu lakukan ialah bersama-sama memikirkan macam mana untuk kita membina semula negara Palestin dan yang mengambil masa yang amat panjang. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dato’ Yang di-Pertua, Sik mohon soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Sik.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri. Dalam kita berbicara soal pembangunan semula Gaza, sudah pasti komitmen yang besar diperlukan di peringkat antarabangsa, termasuklah kita di Malaysia ini atas sifat kemanusiaan kita yang sangat tinggi. Selepas perang itu, jumlah kemusnahan sangat besar yang kita lihat di Gaza. Lebih 25 juta rakyatnya hilang tempat tinggal.

Kalau ada bekas Timbalan Menteri mengatakan perlu selesaikan dahulu masalah rakyat di Malaysia, saya menyatakan biarlah kalau dia tidak membantu tetapi jutaan rakyat lagi yang akan membantu dan sudah pastilah saya melihat Malaysia perlu lebih serius dalam hal ini, dalam mengkoordinasi bantuan kemanusiaan ini. Termasuklah pernah sebelum ini, kita pernah mengumumkan untuk menubuhkan Kedutaan Malaysia untuk Palestin yang bertempat di Jordan. Termasuk juga pernah diusaha oleh NGO-NGO Malaysia. Malaysian Hall Gaza, di satu wilayah di Tal al-Hawa yang pernah saya sampai dahulu.

Jadi, adakah pihak kementerian melihat ada keperluan untuk koordinasi penubuhan Kedutaan Malaysia sama ada bersama dengan negara-negara OIC yang lain untuk memastikan bahawa usaha kita dalam soal kemanusiaan dan kempen berterusan bagi pembebasan Palestin yang mutlak itu dapat direalisasikan dengan sebaiknya? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih sahabat daripada Sik. Kita akan meneliti dan meninjau apa jua ruang-ruang yang boleh kita jadikan sebagai suatu pakej. Ini bukan usaha satu negara Malaysia. Itu sebab saya katakan tadi, kita akan mengumpulkan negara-negara yang sepemikiran. Like minded countries, dengan izin. Supaya kita membuat keputusan yang betul dan kita bersama-sama. Malaysia dari segi sumber, memang kita tak punyai banyak sumber.

Tetapi apalah kalau kita, bak kata tadi Yang Berhormat Sik kata, kita buat Malaysian Hall ataupun masjid ataupun sekolah. Negara lain ada sekolah, Indonesia─ Hospital Indonesia. Kita boleh melalui crowdfunding. Kita boleh minta rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk bersama-sama untuk membantu dalam usaha untuk kita memberikan suatu

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

sumbangan yang amat bermakna jika gencatan senjata berkekalan dapat dilakukan dan negara merdeka Palestin itu dapat ditubuhkan.

Itu sebabnya kita menyokong Dato’ Yang di-Pertua, penubuhan negara Palestin yang merdeka melalui two-state solution. Banyak orang tak setuju. Tetapi apa pilihan kita? What other options that we have? Dengan izin. Sekarang semua negara di Eropah, terutamanya Kesatuan Eropah telah pun sama-sama menyatakan bahawa mereka akan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka melalui two-state solution.

Kita bukan nak katakan kita tak menidakkan negara yang telah tertubuh 70 tahun dahulu tetapi kita nak sebuah negara Palestin yang merdeka. Itu kita nak. Sama ada kita mengiktiraf negara yang satu itu, itu perkara lain. Tetapi kita nak sebuah negara Palestin yang merdeka. Bila dah merdeka, dah ada negaranya, dah ada ibu negaranya, besok barulah kita bercakap pula tentang sama ada kita nak menubuhkan kedutaan ataupun tidak.

Itu secara berfasa-fasa, Dato’ Yang di-Pertua. Tetapi pokok utamanya sekarang ialah mesti ada keamanan. Mesti ada gencatan senjata kekal dan negara Palestin merdeka itu mesti diwujudkan, mesti diberikan mandat, hak oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Yang Berhormat Igan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Assalamualaikum warrahmatulahhi wabarakatuh. Soalan Igan nombor 6.

draft • 11:40 AM

6. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kementerian bercadang mengadakan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) di Sarawak dan apakah kriteria pemilihan pelatih serta apakah modul latihan yang akan diguna pakai.

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat daripada Igan. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan telah membuat ketetapan untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di semua negeri di seluruh Malaysia, termasuklah Sarawak. Di Sarawak, ia akan dijalankan di Kem Rejimen 511 Askar Wataniah mulai tahun 2026. Berhubung kriteria pemilihan pelatih, program PLKN 3.0 ini menetapkan beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi seperti berikut:

(i) semua remaja warganegara ataupun mastautin tetap di Malaysia;

(ii) telah mencapai umur tidak kurang daripada 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun;

(iii) berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental untuk membolehkan mereka mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang program; dan

(iv) bagi PLKN asas, pelatih-pelatih akan dipilih daripada remaja Malaysia yang dilahirkan pada tahun remaja tersebut berumur 18 tahun.

draft • 11:50 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Proses pemilihan pelatih dilaksanakan secara kerahan bersyarat dan terbuka kepada pelatih yang memenuhi syarat kelayakan yang ditentukan oleh badan pelaksana PLKN.

Mengenai modul latihan pula, PLKN 3.0 dirangka dengan pendekatan yang menggabungkan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus komponen kenegaraan. Gabungan ini bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan, patriotik dan memiliki kesedaran sivik yang tinggi.

Latihan asas ketenteraan menekankan latihan fizikal dan mental yang bertujuan membentuk disiplin keberanian dan semangat kerjasama. Manakala komponen kenegaraan iaitu yang meliputi 30 peratus pula memberi penekanan kepada pembentukan jati diri, patriotisme dan perpaduan nasional.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Igan.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan diberikan. Sebenarnya, Yang Berhormat Menteri, saya masih agak skeptikal dengan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini yang tujuannya baik untuk membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan, membangunkan semangat patriotisme dan nasionalisme dan kemahiran sosial dan kepimpinan dan sebagainya.

Yang Berhormat Menteri, kemusykilan dan persoalan saya ialah bagaimana dalam masa latihan 45 hari ini, PLKN 3.0 ini dapat mencapai ini semua? Dengan latihan kononnya ala-ala tentera dan syllabus kenegaraan. Tahu tak kementerian bahawa nilai-nilai yang saya sebutkan tadi ia sudah dilalui dan dipelajari oleh seseorang pelajar ataupun individu melalui proses pendidikan awalnya di sekolah kerana matlamat falsafah pendidikan negara kita adalah untuk melahirkan seorang pelajar atau individu yang seimbang dari segi akademik, dari segi sahsiah, jati dirinya, dari segi jasmani, emosi, intelektual dan kerohaniannya.

Jadi Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian ataupun PLKN ini menghantar satu mesej bahawa sistem pendidikan negara kita telah gagal untuk melahirkan seseorang pelajar atau individu yang cintakan negara ini dan mempunyai kepimpinan, kemahiran dan akhlak yang baik. Yang Berhormat Menteri, apakah kelemahan-kelemahan PLKN yang dahulu, 1.0, 2.0 sebelum ini? Apakah istimewanya versi PLKN 3.0 ini? Apakah modul yang akan diguna pakai bagi Sabah dan Sarawak, khususnya dalam konteks perpaduan nasional kerana kita mempunyai latar belakang sejarah yang berbeza? Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat nyatakan, memang pun pendidikan di peringkat sekolah yang berpandukan kepada falsafah pendidikan negara...

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

...Bertujuan melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melalui sistem pendidikan

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

formal. Ia lebih menekankan kepada aspek-aspek asas pendidikan. Sistem pendidikan formal mempunyai had tertentu terutamanya dari segi pengalaman praktikal dalam membina jati diri, semangat patriotisme, disiplin, kerja berpasukan, lebih-lebih lagi dalam suasana yang lebih mencabar.

Ini bermakna, walaupun terdapat aspek-aspek pembangunan sahsiah dan kekuatan rohani dan jasmani, sekalipun ada disentuh semasa di zaman sekolah, ia masih bersifat asas dan merupakan satu bentuk pendedahan awal. PLKN pula menumpukan kepada ikhtiar lanjutan dan lebih komprehensif.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Pada zaman sekolah, kita tumpu kepada pelajar di bawah umur 17, 16 tahun tetapi PLKN seperti yang telah saya nyatakan ia adalah terbuka kepada mereka yang berumur antara 16 hingga 35. Itu bermakna soal-soal seperti yang kita bincangkan pada hari ini, kita juga tekankan kepada remaja yang berumur lebih daripada zaman bersekolah. Maknanya lebih daripada umur 16 hingga umur 35 tahun. Jadi, pokoknya, PLKN menumpukan kepada ikhtiar lanjutan dan juga yang lebih komprehensif.

Kita fokuskan kepada pembinaan disiplin diri, semangat perpaduan, kesukarelawanan, pengetahuan tentang kedaulatan dan kenegaraan serta cabaran-cabaran kita sebagai sebuah negara. Semua ini merupakan aspek-aspek lanjutan yang akan ditekankan dengan lebih serius dan mendalam bersesuaian dengan umur remaja, para pelatih. PLKN memberikan latihan berstruktur dalam aspek ketahanan mental, disiplin ketenteraan ringan, kepimpinan dan perpaduan dalam konteks yang lebih realistik dan tersusun.

Ringkasnya, Program Latihan Khidmat Negara dan Falsafah Pendidikan Negara sebenarnya mempunyai matlamat yang saling melengkapi. Bukannya menunjukkan kegagalan antara satu dengan yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, mengenai kelemahan PLKN 1.0 dan 2.0 dan apa kelebihan PLKN 3.0. Antara perbezaan-perbezaan yang kita lihat perbandingan antara 3.0 dengan PLKN sebelumnya dari segi kohort, dari segi kaedah pengambilan, dari segi tempoh latihan, dari segi modul latihan dan juga dari segi facility termasuklah dari segi elemen-elemen baru yang diterapkan.

Apa pun, saya ingin nyatakan iaitu bagi PLKN 3.0, kita akan adakan mekanisme pemantauan bagi tujuan untuk kita memastikan keberkesanan program latihan ini. Mekanisme ini kita rangka secara menyeluruh dengan melibatkan pelbagai pihak dan kaedah penilaian termasuk pemantauan semasa program, penilaian berterusan serta pengukuran impak selepas tamat program. Jadi itu yang kita lakukan dan perbezaan antara PLKN 3.0 dengan PLKN sebelumnya. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Muar.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the devil is always in the details. Kos pelaksanaan PLKN 1.0 dan 2.0, jumlahnya RM11 bilion. Kos anggaran untuk melatih setiap satu pelatih RM11,000 boleh diguna pakai untuk memberikan tujuh laptop berkualiti bagi setiap satu mahasiswa terlibat atau untuk melatih

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

mereka dalam hotel empat bintang. Saya dengan YB Igan berada dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang mendengar taklimat berkenaan PLKN 3.0.

Mereka kata kos anggaran sudah disetengahkan iaitu RM5,000 tetapi RM5,000 ini tidak lagi menggunakan kem swasta, guna kem tentera tapi tetap mahal. RM5,000 ini masa daripada 90 hari dah diturunkan kepada 45 hari. Realitinya kosnya jauh lebih tinggi kerana sekarang guna kem tentera, masa dah disetengahkan tetapi kosnya masih tinggi.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kedua, dengan izin. Ini sangat penting. Apabila kami ditaklimatkan, dia kata kita akan fokus dalam kursus ketenteraan. Pecahan 70 peratus, 30 peratus. Saya persoalkan apa yang akan dimasukkan dalam kursus ketenteraan 70 peratus? Kursus ketenteraan. Ini bukan sivik.

70 peratus mereka akan melatih − Kem Kerjaya MADANI, Latihan Pengisian MADANI, pemahaman berkenaan HIV dan AIDS.

Saya merupakan graduan Maktab Tentera Diraja. Saya tak pernah sangka satu hari saya akan lihat kursus ketenteraan, ini bukan sivik. Mereka masukkan tentang Kem Kerjaya, Latihan Pengisian MADANI, pemahaman tentang HIV dan AIDS. Saya bukan kata ini tidak baik. Cuma ini tidak boleh kita semua campuradukkan bawah kursus ketenteraan kerana ingin mengisi 70 peratus yang telah diletak oleh kerajaan.

So, cadangan saya Yang Berhormat Menteri, walaupun saya tahu ini cadangan yang baik berkenaan dengan PLKN. The devil is always in the details, berkenaan kos bagi setiap satu pelatih yang sangat mahal dan kedua pengisiannya diletakkan ketenteraan tapi realitinya kita tahu ini bukan dalam sudut ketenteraan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sendiri, PLKN 1.0, kos tahunannya RM565 juta, melibatkan peserta seramai 71,300.

Manakala, PLKN 2.0, kos tahunannya RM361 juta, melibatkan peserta 20,000 orang. Bagi PLKN 3.0, kos tahunannya RM200 juta tetapi melibatkan peserta melebihi 100,000 orang kerana dia bukan sahaja dibuat di Kem Wataniah, melalui angkatan tentera tetapi ia juga dilaksanakan di universiti-universiti dan juga di politeknik-politeknik. Ia melibatkan lebih daripada 100,000 peserta. Maka kos per pelatih, jika PLKN 1.0 –‘7,900 orang’, PLKN 2.0 – 18,000. Manakala PLKN 3.0 hanya RM2,000 seorang. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut saya mempersilakan Datuk Muslimin bin Yahaya, Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 12:00 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 7, Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

7. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan pelan terkini KUSKOP terhadap pembangunan Dasar Pembangunan Usahawan Francais Nasional 2030 untuk memperkasa ekosistem keusahawanan francais termasuk pemusatan ekosistem francais melalui aspek tadbir urus industri francais serta jumlah inisiatif pembiayaan dan latihan yang telah disalurkan kepada usahawan francais.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, selari dengan keputusan Jemaah Menteri mengenai pemusatan ekosistem francais di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kementerian ini telah menambah baik draf Dasar Pembangunan Keusahawanan Francais 2030 yang sebelum ini memberi fokus kepada pembangunan usahawan francais sahaja kepada penggubalan Dasar Francais Negara 2030 yang merangkumi keseluruhan ekosistem industri francais.

Dasar Francais Negara ini telah dibentangkan dan mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 7 Disember 2024 dan akan dilancarkan pada Jumaat ini, 7 Februari 2025 sempena PERNAS International Franchise Festival 2025.

Secara umumnya, terdapat lima teras, 15 strategi, 30 inisiatif dan empat sasaran utama yang telah ditetapkan di bawah Dasar Francais Negara 2030 selaras dengan usaha membangunkan usahawan francais yang berdaya maju dan mampan melalui transformasi dan pengukuhan jenama francais serta kecekapan tadbir urus. Saya ambil ruang ini untuk menjemput Yang Berhormat dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk turut sama hadir ke pelancaran dasar sempena dengan PERNAS International Franchise Festival ini.

Dalam konteks pembiayaan dan latihan kepada usahawan francais, antara program yang dilaksanakan pada tahun 2024 oleh KUSKOP dan PERNAS yang merupakan agensi di bawah kementerian adalah;

(i) menyalurkan pembiayaan berjumlah RM33.11 juta kepada 175 usahawan francais;

(ii) melaksanakan sebanyak 28 program pembangunan kapasiti dan pemantapan modal insan usahawan francais melibatkan seramai 877 usahawan francais. Antaranya seperti Program Latihan Pengukuhan Usahawan, Transformasi Keusahawanan Francais dan Roadmap to Franchise;

(iii) mengadakan empat siri bengkel kesedaran dan pengenalan francais yang bertujuan memberi penerangan berkaitan Akta Francais 1998, kandungan perjanjian francais dan tatacara pendaftaran francais kepada para franchiser dan konsultan francais; dan

(iv) melaksanakan Enhance Franchise Development Programme yang memberi manfaat kepada 305 usahawan franchise

draft • 12:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

melibatkan inisiatif seperti penyertaan dalam pameran francais antarabangsa, padanan perniagaan bayaran balik kos eksport untuk pendaftaran IP di luar negara dan latihan persediaan bagi pengembangan perniagaan usahawan francais ke peringkat antarabangsa.

Di samping itu, selaras dengan Akta Francais 1998, Lembaga Penasihat Francais telah ditubuhkan bagi menasihat YB Menteri, menasihat saya, dan pendaftar francais mengenai perkara-perkara berkaitan francais. Lembaga ini berfungsi memastikan pandangan holistik dan strategik diambil kira dalam pembuatan keputusan dan juga bertindak sebagai penghubung di antara pihak industri dan kementerian dalam mencadangkan dasar dan hala tuju pembangunan industri francais. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Yang Berhormat Menteri, saya kira FIM merupakan platform kepada syarikat francais tempatan dan bumiputera yang saya kira untuk mempromosi perniagaan masing- masing melalui pakej francais serta menunjukkan peluang transformasi perniagaan konvensional kepada konsep francais.

Soalan saya, apakah pihak kementerian telah menggariskan strategi bagi melonjakkan jenama francais bumiputera termasuk meneroka jenama kolaborasi strategik dengan negara-negara anggota ASEAN? Mungkin dari segi insentif dana padanan dan sebagainya. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana saya nyatakan tadi, di bawah dasar yang kita akan lancarkan ini, kita telah gariskan 15 strategi, 30 inisiatif dan empat sasaran utama.

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Sudah semestinya, antara tumpuan kita adalah membantu dasar agenda ekonomi bumiputera dan termasuklah mengangkat usahawan francais bumiputera ini. Jadi, itulah sebabnya saya jemput Yang Berhormat tadi datang ke pelancaran ini dan saya tidak mahu mendahului pelancaran itu dalam pemberitahuan strategi kita.

Jadi, biarlah pada Jumaat ini saya jemput Yang Berhormat untuk sama-sama ke pelancaran tersebut. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya menyambut baik usaha-usaha KUSKOP dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan francais di mana Perbadanan Nasional Berhad, singkatan PERNAS yang telah diwujudkan

draft • 12:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

sejak tahun 1969 dan mula menjadi agensi yang sangat penting dalam industri francais sejak tahun 2000.

Jadi, saya ingin nak tanyalah, PERNAS menyasarkan melahirkan 5,000 usahawan francais pada tahun ini yang membabitkan 90 peratus dalam kalangan usahawan termasuklah mikro kecil dan sederhana. Jadi, apakah bentuk-bentuk sokongan tambahan yang akan disediakan oleh KUSKOP bagi membantu usahawan francais termasuk bumiputera dan bukan bumiputera, termasuk masyarakat Orang Asli berkembang dan berdaya. Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya nyatakan tadi di bawah Dasar Francais Negara yang kita akan lancarkan pada Jumaat ini, antara yang kita akan sasarkan adalah pembiayaan francais kepada usahawan-usahawan franchisor dan franchising bumiputera. Kita sasarkan di bawah PERNAS, 90 peratus sasaran pembiayaan itu adalah untuk usahawan bumiputera dan selebihnya usahawan bukan bumiputera.

Di bawah program sedia ada yang kita teruskan pada tahun ini adalah antaranya program Business in Transformation (BIT), yang mana kita mahu membudayakan keusahawanan francais ini di kalangan usahawan-usahawan bumiputera.

draft • 12:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Begitu juga dengan program Be Your Own Boss dan program Accelerator yang merupakan program pembangunan kapasiti dan juga pembiayaan kepada para usahawan kecil untuk menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam mengembangkan perniagaan francais yang lebih efektif terutama bagi usahawan francais.

Tahun lepas, kita sebenarnya menyediakan jumlah peruntukan sebanyak RM45.7 juta peruntukan di bawah Pernas untuk program-program pembangunan Bumiputera. Cuma, seperti mana jawapan soalan asal tadi, saya katakan pencapaian sebenar kita hanya 33.11 atau RM33.11 juta sahaja kepada 175 usahawan francais. Bererti, masih perlu langkah dan inisiatif usaha yang berterusan yang lebih agresif selepas ini dan mudah-mudahan dengan adanya dasar ini, ia memandu dan membantu kementerian dan para usahawan kita ini untuk bergiat dalam keusahawanan francais ini.

Saya juga mengalu-alukan sekiranya ada di kawasan Yang Berhormat yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, minta kunjungilah kami di kementerian ataupun di Pernas untuk kami turun ke lapangan dan menawarkan skim-skim di bawah Pernas dan juga di bawah kementerian. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Tuan Edwin Anak Banta, Yang Berhormat Selangau.

draft • 12:10 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Selangau soalan nombor 8.

draft • 12:10 PM

8. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan bagaimana Kementerian menangani isu pekerja asing dalam sektor perladangan, termasuk langkah-langkah yang diambil untuk memastikan hak-hak pekerja dilindungi, meningkatkan syarat-syarat pekerjaan dan menggalakkan penggunaan tenaga kerja tempatan dalam sektor ini.

draft • 12:10 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih, Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memandang serius berkaitan isu pekerja asing termasuklah hal ehwal dan kebajikan mereka. Dalam hubungan ini, Malaysia secara rasmi telah meratifikasikan Konvensyen International Labour Organization (ILO) No. 29 – Buruh Paksa yang juga dikenali sebagai Protokol 29 pada 21 Mac 2022 sebagai usaha menangani isu buruh paksa di negara ini. Kerajaan juga sentiasa komited dalam mematuhi 11 indikator petunjuk buruh paksa yang telah ditetapkan oleh International Labour Organization.

Selain itu, dalam usaha melindungi pekerja dan memastikan mereka mendapat keadilan yang sewajarnya, kerajaan turut menyediakan beberapa platform saluran aduan untuk pekerja membuat aduan terutamanya bagi menangani isu buruh paksa, eksploitasi dan pelanggaran hak pekerja.

Bagi memastikan penggajian pekerja asing di sektor perladangan dibuat secara beretika, pihak kementerian telah mewajibkan syarikat perladangan untuk mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dengan memenuhi semua syarat dan kriteria yang ditetapkan. Melalui pensijilan MSPO ini juga, ia turut mengambil kira aspek sosial dan kebajikan pekerja melalui pematuhan Akta Kerja 1955 [Akta 265] ataupun Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] serta akta-akta lain yang berkaitan.

Selain itu, pihak kementerian juga sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja untuk memastikan semua aktiviti pengambilan pekerja asing ini dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ILO. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Selangau, soalan tambahan.

draft • 12:10 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih, YB Menteri. Soalan seterusnya ialah apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi isu penurunan harga komoditi khasnya kelapa sawit? Termasuk strategi yang dirancang untuk menstabilkan harga, meningkatkan permintaan dan mencari pasaran baharu. Thank you.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dia sektor komoditi ini, harga komoditi ini tidak boleh ditetapkan oleh mana-mana pihak kerana dia berdasarkan kepada supply and demand. Kalau ada permintaan yang tinggi dan pengeluaran yang kurang, maka harga akan naik.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Begitu juga kalau kita ada pengeluaran yang banyak tetapi tidak ada permintaan, harga akan turun.

Tetapi, sebagai negara pengeluar kedua terbesar kelapa sawit, selalunya kita memastikan bahawa pengeluaran kita itu konsisten dan tidak terjejas. Salah satu daripada faktornya ialah kita memastikan bahawa setiap ladang-ladang yang mengeluarkan hasil kelapa sawit ini mempunyai pekerja-pekerja yang cukup. Kalau tidak ada pekerja yang cukup, maka ia berlakulah di mana buah-buah yang telah masak tidak ada orang hendak toreh ataupun untuk raih buah tersebut. Maka, itu akan menyebabkan dan menjejaskan kita punya peluang untuk meningkatkan kita punya pengeluaran.

Kedua, mana-mana ladang khususnya kepada small holders, kita akan pastikan bahawa dia menggunakan good planting material, good agriculture practices supaya dia meningkatkan yield kita dan apabila yield ini meningkat, maka kos production kita akan dapat dikurangkan dan dia akan dapat lebih permintaan kepada dunia.

Ini adalah dua, tiga faktor yang sangat penting kita pastikan kita meningkatkan pengeluaran kita dan menurunkan kos apabila buah yang dikeluarkan itu tinggi nilainya.

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Perladangan. Baik. Saya melihat jawapan tadi, saya rasa memang, kalau bahasa kampung kata, cunlah. Memang kalau standard MSPO kita, memang kita memenuhi kriteria yang diminta oleh ILO.

Cuma, saya lihat dalam soalan asal ini, ia ada dua. Menteri tidak jawab tentang apakah skim galakan penggunaan tenaga kerja tempatan dalam sektor ini. Jadi, saya hendak tanya sedikit. Bahawa kita tahu kata kita di kementerian, kita ada IMPAC dan juga kita ada MARCOP. Jadi, saya hendak tanya, sejauh manakah peranan kedua-dua agensi ini? Kalau IMPAC ini, dia melatih ya. PLASMA melatih, melahirkan tenaga-tenaga tempatan untuk dalam industri. Sejauh manakah keberkesanannya?

Kedua adalah MARCOP ini ditubuhkan, saya ingat sudah empat tahun, sudah dapat matching grant RM30 juta, tetapi kita tidak nampak kita panggil sesuatu yang betul-betul memberikan impak yang besar dalam kita hendak improve-kan kita punya mechanisation dan kita mengurangkan tenaga luar.

Ketiga, saya cadangkanlah supaya― hari ini walaupun Sime Darby, KLK buat mechanisation, tetapi tetap tenaga kerja asing yang operate. Bagaimana kalau saya cadangkan kerajaan kalau yang operate itu tenaga tempatan? Daripada kita beri insentif kepada mechanisation itu, kita beri insentif kepada operator Malaysia yang menjalankan kerja itu.

Baik, yang terakhir ini penting. Dalam bajet hari itu saya sentuh. Walaupun unjuran mengatakan bahawa kita punya FFB tan per hektar akan dapat 19.05 tan, tetapi saya kata tidak, akan dapat 17. Ternyata kita dapat 17. Dan faktor ini perlu dilihat sebenarnya ialah

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

kerana aging palm kita bertambah. Kerana kita punya replanting rate kita, saya ingat sekitar dua, tiga percent sedangkan aging palm kita naik lima hingga enam percent setahun. Jadi, kalau ini tidak...

[Dicelah] Ini soalan. Kalau ini tidak diatasi, saya khuatir masalah nanti.

Apakah tindakan daripada kerajaan untuk mengatasi ketiga-tiga masalah ini? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Pertama, saya hendak jawab soal IMPAC.

Sebenarnya inisiatif ini untuk mewujudkan kita punya lokal pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor perladangan khususnya kelapa sawit, memang kita telah jalankan. Seperti mana kita tahu, sebahagian daripada kerja-kerja di ladang ini, dia banyak 3D punya kerja.

3D punya kerja ini memang agak sukar untuk kita dapat pekerja-pekerja tempatan.

Tetapi, apa yang kita buat ialah kita redefine balik harvester ataupun penuai ini.

Kerana kalau ikut konsep yang selalu kita buat in the past, apabila kita hendak mencari harvester ini, dia kena buat tujuh kerja. Jadi, daripada tujuh kerja ini, empat ini adalah merupakan 3D. Oleh sebab kita combine tujuh-tujuh ini, maka pekerja tempatan tidak mahu datang. Jadi, ini masalah dia.

Pertama, saya tengok, menilai sama ada buah sawit itu masak atau tidak. Yang itu boleh buat oleh lokal. Boleh tengok. Nombor dua, memotong pelepah. Also can. Tetapi, memotong BTS pun boleh kalau kita train dia betul-betul. Tiga ini, lokal boleh buat. Kita proper training, dia boleh buat.

Tetapi, yang tidak boleh buat ini ialah hendak pergi buat menyusun pelepah, meletak buat sawit atas lori, mengutip buah sawit yang sudah berderai ini, kemudian memindahkan buah sawit. Ini semua 3D punya job. Lokal tidak mahu buat.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, apa kita buat salah satu daripada hendak jawab Yang Berhormat punya pandangan tadi, mechanisation. Mechanisation ini ada banyak mechanisation yang kita telah introduce dan menyebabkan kalau kita tengok kalau dari segi statistik kementerian, kalau dahulu, setiap satu hektar – Setiap lapan hektar satu pekerja. Sekarang ini sudah sampai 12 dan ada syarikat-syarikat 13 hektar baru satu pekerja.

Ini kerana mechanisation has already seep in into the process. Tinggal lagi dia tidak cukup lagi. Saya setuju macam MARCOP ini dia banyak innovation yang datang kepada MARCOP ini. Dia tidak complete, dia datang dengan idea tetapi tidak praktikal. Banyak benda yang tidak practical, sebab itu dia sangkut. Kita beri first geran, second geran sudah tidak boleh buat sebab tidak ada orang boleh komersialkan. Contoh, hendak pergi harvest pokok- pokok buah kelapa sawit ini, dia orang banyaklah datang jumpa saya tanya pasal hendak bawa 'Ironman'. Sampai sekarang 'Ironman' tak datang-datang. The concept is good, tetapi hendak buat commercialisation itu agak sukar.

Saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa kalau kita hendak meningkatkan yield kita ini, kita mesti continuously capai sekurang-kurangnya empat peratus planting rate. Kita

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

mesti meningkat. Kalau kita sekarang dua, tiga peratus, ini menunjukkan pokok kita banyak yang sudah tua. Sebab itu dia memerlukan bantuan kerajaan khususnya kepada pekebun- pekebun kecil.

Kita ada 1.5 juta hektar yang dikendalikan oleh pekebun kecil dan kita hanya memperuntukkan RM100 juta sahaja tiap-tiap tahun untuk mereka membuat replanting.

Tidak cukup, tetapi inilah yang kita cuba setakat mana yang ada. Tetapi di private sector, kalau kita asingkan figures ini, some of the private sectors, dia consistent. Dia boleh cecah sampai empat peratus sebab dia very commercialise tetapi dia mewakili 4.2 juta hektar. Inilah banyak daripada hasil-hasil yang keluar daripada 4.2 juta ini akan kita eksport yang nilai dia hampir lebih RM100 bilion. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, berikutnya saya mempersilakan Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.

draft • 12:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor sembilan.

draft • 12:20 PM

9. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah tindakan advokasi telah dijalankan oleh pihak KPM bagi menangani masalah ketagihan rokok elektronik dalam kalangan pelajar sekolah di sebalik kewujudan vape jenis magic mushroom.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu ketagihan rokok elektronik dalam kalangan murid sekolah memandangkan impak yang negatif terhadap kesihatan dan juga pembangunan sahsiah murid.

KPM bertekad untuk menangani ketagihan rokok elektronik melalui pendekatan yang menyeluruh melibatkan penguatkuasaan, pendidikan, pencegahan dan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Usaha penguatkuasaan bagi mengawal gejala tidak sihat ini telah bermula sejak tahun 2015. KPM telah mengeluarkan Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015 yang melarang penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah. Murid yang melanggar larangan ini akan dikenakan tindakan disiplin termasuklah penggantungan persekolahan selama tidak lebih daripada 14 hari.

KPM sentiasa mengingatkan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah agar mematuhi surat siaran dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. KPM juga percaya usaha yang paling berkesan bagi mengawal penularan gejala tidak sihat ini adalah melalui pendidikan pencegahan seperti Program Pendidikan Pencegahan Dadah.

Program ini dilaksanakan melalui kurikulum, kokurikulum dan aktiviti pembangunan sahsiah murid. Murid didedahkan dengan bahaya rokok elektronik dan vape serta dilatih untuk menjadi Duta Sahsiah bagi membantu rakan sebaya menjauhi gejala negatif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain Program Pendidikan Pencegahan Dadah, KPM juga melaksanakan beberapa program lain termasuk Skim Lencana Antidadah, Program Lima

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Minit Antirokok/Vape, Kelab Junior Antidadah serta Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape.

Semua program dan aktiviti ini bermatlamat untuk menerapkan nilai kesedaran serta kefahaman murid tentang bahaya rokok elektronik serta membentuk jati diri yang unggul.

Pada masa yang sama, murid juga dilatih sebagai Duta Sahsiah untuk membantu guru dalam menyampaikan maklumat serta menjadi pembimbing rakan sebaya sebagai agar rakan-rakan tidak terlibat dalam gejala negatif seperti ketagihan rokok elektronik ataupun vape. Sebagai dorongan, penglibatan pihak sekolah dan murid-murid sebagai Duta Sahsiah diberikan pengiktirafan dan juga penghargaan dalam Majlis Anugerah Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan.

KPM juga percaya usaha menangani masalah ketagihan rokok elektronik atau vape di kalangan murid sekolah akan lebih berkesan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Sehubungan dengan itu, KPM sentiasa mengadakan kerjasama erat dengan pihak Polis Diraja Malaysia melalui pegawai perhubungan sekolah di setiap sekolah.

Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, PDRM, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia turut menjadi rakan strategik KPM menerusi Program Remaja Unggul Aspirasi Negara yang berfokus kepada murid berisiko. Program ini dilaksanakan di seluruh Malaysia bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pendedahan melalui aktiviti ceramah, forum, kuiz, pameran tentang bahayanya rokok elektronik ataupun vape. Kita percaya bahawa kerjasama antara KPM, KKM dan juga rakan strategik dapat membantu usaha KPM dalam menangani isu yang dihadapi sekarang. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 12:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Menteri yang menjawab soalan sembilan tadi. Apa pun usaha yang telah dibuatkan harapan saya dapat mengurangkanlah pengaruh vape ini terhadap pelajar. Mengikut kajian yang dibuat sama ada fakta ini betul atau tidak, di mana 14.9 peratus pelajar iaitu yang berumur 13 hingga 17 tahun adalah yang terlibat dengan vape ini.

Jadi, saya hendak tahu daripada kementerian, apakah jumlah terkini pelajar yang terlibat dengan vape ini dan juga pada kementerian di mana baru-baru ini, di mana magic mushroom ini disahkan oleh AADK sebagai ganja sintetik yang diproses dalam bentuk secair dan menerusi rokok elektronik ataupun vape. Di sebalik kecenderungan remaja terhadap dadah sintetik baru ini, adakah pihak KPM turut juga menggunakan agensi-agensi seperti AADK untuk lebih atau membanteras lagi gejala vape di sekolah? Adakah vape ini juga berpunca daripada guru-guru sekolah yang sendiri mengamalkan vape ini? Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kulim-Bandar Baharu. Saya jawab bahagian kedua soalan terlebih dahulu berkenaan dengan vape iaitu dari jenis magic mushroom. Bagi pihak KPM seperti yang saya nyatakan seperti dalam surat siaran kita pada tahun 2015 adalah jelas bahawa segala jenis vape adalah dilarang sama sekali dalam premis sekolah. Itu adalah satu arahan dan juga surat siaran yang diguna pakai sehingga kini.

Semua jenis vape tidak dikiralah apa-apa jenis pun adalah dilarang sama sekali. Itu satu. Larangan itu bukan sahaja terhadap murid tetapi kepada kesemua kakitangan ataupun guru dalam sekolah dan pada masa yang sama kepada semua yang berada di dalam sekolah termasuklah pengusaha kantin dan juga lain-lain. Saya percaya bahawa garis panduan dan juga surat siaran yang sedia ada adalah amat lengkap untuk menangani isu yang dihadapi sekarang.

Soalan pertama tadi ada bertanya berkenaan dengan statistik. Saya boleh beri sedikit statistik di sini. Sekiranya kita membandingkan isu rokok, menghisap rokok di sekolah atau vape di sekolah, kita ada dua. Mengikut data SSDM yang dilaporkan, bagi rokok ia mencadangkan satu trend penurunan iaitu pada tahun 2024, jumlah murid yang dilaporkan adalah 3,704 orang bersamaan dengan 0.07 peratus daripada keseluruhan murid.

Bagi vape kami tidak nafikan bahawa ia menandakan satu trend yang meningkat iaitu pada tahun 2024 sebanyak 19,450 orang murid yang dilaporkan terbabit dan ini menjadikannya ini merupakan 0.38 peratus daripada jumlah murid keseluruhan di bawah KPM yang kita ada.

Untuk kesemua kes yang saya nyatakan di sini, boleh nampak bahawa trend untuk murid yang terbabit, terlibat dalam rokok menurun, tetapi untuk vape adalah meningkat. Untuk kesemua kes yang terbabit ini, pihak KPM melalui sekolah dan juga PPD telah mengambil tindakan terhadap murid-murid yang terbabit dengan berpandukan kepada garis panduan dan juga surat siaran yang sedia ada.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Kah Woh

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk memohon kerjasama kesemua pihak termasuklah pihak masyarakat dan juga ibu bapa untuk membantu KPM dalam meningkatkan lagi kesedaran terhadap keburukan dan bahayanya vape atau rokok elektronik ini ke atas anak-anak kita. Terima kasih Datuk Speaker.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kepong. Sila, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kota Melaka, sorry. Kota Melaka.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker. Berkaitan dengan rokok elektronik ini, kita lihat murid-murid, mereka akan ambil selepas sekolah bersurai. Kalau kita pergi tinjau, mereka akan berkumpul di bus stop dan mereka hisap rokok elektronik. Jadi dalam isu ini, adakah Kementerian Pendidikan akan menyarankan kepada

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kementerian Kesihatan supaya kita haramkan rokok elektronik ini memandangkan Menteri Kesihatan ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan kaji dan bagaimanakah kerjasama antara Kementerian Pendidikan dengan PBT dan juga Kementerian Kesihatan untuk kita mengatasi masalah murid mengambil rokok elektronik ini? Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Kota Melaka yang amat prihatin terhadap isu ini. Berkenaan dengan tindakan penguatkuasaan di luar daripada premis sekolah, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa pihak PBT ataupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa yang saya laporkan tadi adalah merupakan tindakan yang kita boleh ambil apabila kelakuan itu berlaku dalam sekolah.

Tapi apa pun, kami ada berbincang di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan data-data berkenaan dengan jumlah murid yang terbabit dalam gejala rokok dan juga rokok elektronik ataupun vape. Data ini akan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat mengambil― tadi ada cadangan berkenaan dengan sama ada hendak di-banned atau tidak supaya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga dapat membuat satu keputusan yang baik bergantung pada data-data saintifik yang kita serahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam apa jua keadaan pun, kebajikan dan juga kepentingan anak-anak kita, murid- murid kita menjadi paramount consideration bagi KPM dengan izin dan KPM sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh pihak katakan pihak Kementerian Kesihatan dalam penggubalan undang-undang sekiranya ada.

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat. Masa satu setengah jam, telah melebihi. Berikutnya Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:30 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 5 Februari 2025.” Terima kasih.

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang menyokong?

draft • 12:33 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah sebagaimana Usul yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:33 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat, saya dengan ini akan membaca senarai peringkat pertama ini. Seramai 13 pembahas dan saya akan menyatakan juga masa-masa yang telah dengan izin, di-allocate- kan kepada mereka yang berbahas. Dimulakan dengan Yang Berhormat Paya Besar, diberi 60 minit sebagai pencadang.

Kedua, Yang Berhormat Ledang, 30 minit sebagai penyokong. Ketiga, Yang Berhormat Larut, 60 minit sebagai Ketua Pembangkang. Keempat, Yang Berhormat Kota Melaka, 25 minit, pembahas pertama.

Berikutnya diikuti dengan Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Kampar diberi 12 minit untuk berbahas.

Berikutnya ini, dipersilakan Yang Berhormat Paya Besar untuk membuka tirai perbahasan.

draft • 12:34 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

draft • 12:35 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

  • “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku.

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Yang Kelima Belas." Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, apa khabar semua?

*Indah berseri si bunga tanjung, Mekar mewangi di laman puteri, Titah Tuanku patik sekalian junjung, Moga aman sekalian negeri.

Hinggap rerama di puncak menara, Tampak ceria unggas di tanjung, Tuanku umpama payung negara, Taat dan setia patik junjung.

Terbang mari kayu berduri, Duri selasih di bawah peti, Patik di bawah berteduh diri, Menjunjung kasih menyembah bakti.* Alhamdulillah, Malaysia terus dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran walaupun berada di situasi geopolitik yang mencabar. Perang dagangan global, tekanan kos sara hidup, perubahan demografi, cabaran kemampanan fiskal, komitmen krisis iklim yang kian meruncing dan semangat kerukunan negara yang diancam.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mewakili Kelab Penyokong Kerajaan ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di atas kejayaan mengemudi Malaysia menjadi lebih berdaya tahan, mendepani dan menongkah badai krisis, domestik dan antarabangsa dalam tempoh dua tahun ini dengan dasar, strategi dan pendekatan serta program yang pelbagai.

Kuala Lumpur dipercayai. Perdana Menteri Jepun melawat Malaysia awal tahun ini, Shigeru Ishiba telah mencadangkan Kuala Lumpur dan Tokyo menjadi pengerusi bersama Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang pada ketika ini Jepun adalah pengerusi tetap semenjak 2013.

draft • 12:35 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Tuan Yang di-Pertua, kepercayaan Tokyo ini membuktikan Kuala Lumpur, Malaysia ada pengaruh, keupayaan koordinasi di peringkat antarabangsa dan kesungguhan tindakan serta gesaan yang disuarakan di pentas dunia atas komitmen berterusan. Ini adalah manifestasi kepercayaan dan keyakinan negara-negara jiran terhadap Dasar Luar Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi backdrop semasa ekonomi pula, Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK 5.1 peratus pada tahun 2024. Ekonomi Malaysia kukuh disokong oleh perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, peningkatan gaji minimum dan kenaikan gaji kakitangan awam manakala Ringgit dijangka stabil.

draft • 12:35 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Malaysia berjaya merekodkan pelaburan yang diluluskan bernilai RM254.7 bilion dalam sembilan bulan pertama 2024, meningkat 10.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai ekonomi ke-36 terbesar di dunia. Potensi besar di hadapan kita untuk terus berkembang pada masa hadapan.

Tahniah juga saya garapkan atas kejayaan kerajaan merealisasikan Johor-Singapore Special Economic Zone. Saya pasti Tuan Yang di-Pertua, ini akan terus memacu ekonomi Malaysia sepertimana kejayaan SEZ di Shenzhen, China, Panama Pacifico Benua Amerika Utara, Shannon Free Zone, Ireland dan Culemborg di Denmark.

Tuan Yang di-Pertua, namun terdapat beberapa faktor perlu diberi perhatian sepertimana yang dilaporkan dalam laporan Malaysia Economic Monitor October 2024 oleh World Bank. Pertama, struktur perundangan mesti jelas terutamanya melibatkan ekonomi rentas sempadan. Kedua, permintaan pasaran melalui perkongsian awal swasta. Ketiga, fokus pada pembangunan infrastruktur bukan insentif cukai. Latihan tenaga kerja dan pemantauan penyesuaian yang berterusan ini akan menjadikan Johor-Singapura Special Economic Zone akan terus kekal relevan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia masih kekal peningkatan jumlah prestasi perdagangan 2024 lebihan dagangan sebanyak RM136.88 bilion. Bagi memastikan prestasi terus dipertingkatkan sepertimana saranan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, kerajaan perlu mencari langkah segera strategi dan kaedah yang menyeluruh menyerap kesan hentakan ketidaktentuan permintaan global, mencari ruang pemerkasaan komuniti dan hasil bumi yang kita miliki yang boleh merancak dan menggandakan aktiviti perdagangan negara.

Bicara fasal getah Tuan Yang di-Pertua, timbul persoalan. Malaysia suatu ketika dahulu hab getah global, kini ketinggalan dalam daya saing. Saya percaya hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk meletakkan semula Malaysia pengeluar getah nombor satu dunia dapat dicapai dalam sepuluh tahun yang mendatang. Isu utama bukanlah kualiti getah Malaysia tetapi produktiviti.

Produktiviti pekebun kecil getah tempatan hanya pada sekitar 1,300 ke 1,450 kilogram per hektar setahun. Jauh ketinggalan berbanding Thailand, 1,800 kilogram per hektar setahun. Puncanya, majoriti 85 peratus pekebun kecil berumur 50 tahun ke atas kekal

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

dengan teknologi penggunaan yang lama. Laporan Ketua Audit tahun 2022 mendapati pelaksanaan projek R&D lebih menekankan kepada sektor hiliran berbanding huluran. Ini dilihat tidak membantu industri getah untuk berkembang.

Vietnam, Tuan Yang di-Pertua menggunakan strategi perkembangan land bank cultivation tanaman getah dengan hasil 1,600 kilogram hektar setahun. Thailand membentuk rangka kerja 20 years Thailand Rubber Strategy 2018-2036, dengan izin bagi meningkatkan eksport getah mereka dari USD7.9 bilion kepada USD25.2 bilion bagi mencapai visi produktiviti 2,250 kilogram per hektar setahun.

Saya harap kerajaan juga perlu mewujudkan dana teknologi tinggi industri hiliran getah menarik syarikat tempatan dan antarabangsa bekerjasama untuk pembangunan R&D berasaskan industri polimer. Adakah program latihan khusus dalam kejuruteraan polimer telah dipergiatkan di universiti-universiti tempatan? Sepertimana di Jerman Tuan Yang di- Pertua, Continent AG bekerjasama dengan Universiti Hannover.

Tuan Yang di-Pertua, komoditi yang kedua adalah sawit. Isu sawit Tuan Yang di- Pertua, dekat dengan saya sebagai anak peneroka FELDA apatah lagi pengundi saya di Paya Besar hampir 50 peratus adalah keluarga peneroka kelapa sawit. Pada saya, strategi pengurusan industri sawit negara masih belum mencapai potensi yang sebenar.

Persoalannya, mengapa harga minyak mentah sawit kita masih terdedah kepada pasaran turun naik yang mendadak, mudah terjejas dengan spekulasi pasaran global sedangkan kualiti MSPO diiktiraf antara yang terbaik di global?

Indonesia sebagai pengeluar sawit dunia telah melaksanakan Dasar Biodiesel Mandatori B35, B40 sejak 2020 untuk stabilkan permintaan domestik. Pasaran domestik mereka lebih stabil. Malaysia yang masih bergantung pada 80 peratus eksport mentah sepertimana yang dilaporkan oleh Bank Dunia pada tahun 2023. Ada keperluan mendesak untuk beralih ke produk bernilai tinggi, oleokimia dan biodiesel. Apakah perkembangan terkini Dasar Biodiesel di negara kita?

Tuan Yang di-Pertua, kita masih terperangkap dalam dilema volume versus value.

Walaupun eksport ke Kesatuan Eropah hanya menyumbang 14 peratus dari jumlah eksport sawit Malaysia 2023, tetapi kadar premium EU secara prorate lebih tinggi berbanding India dan China. India dan China sebagai pasaran volume tetapi kita juga perlu melihat EU sebagai pasaran volume yang memberi nilai yang tinggi kepada negara kita yang akan memberi kesan kepada peneroka FELDA dan pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam industri sawit.

Kesatuan Eropah juga kekal sebagai pemegang utama eksport palm kernel oil (PKO) sejak lima tahun berturut-turut.

Tuan Yang di-Pertua, saya memandang tinggi usaha terkini kerajaan untuk membetulkan persepsi dan stigma minyak sawit kita dengan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat akibat EUDR dan larangan import. Komunikasi berterusan mesti dilipatgandakan sehingga ke peringkat pelaksana dasar bukan sekadar di peringkat pembuat dasar.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiganya saya hendak memberi pandangan dan perspektif berkaitan pengurusan sumber emas negara yang pada hemat saya masih belum

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

dimanfaatkan sepenuhnya. Terdapat ruang pembaikan, penambahbaikan dan perlu diperkasakan. Adakah kerajaan sudah mempunyai kerangka pengurusan industri emas negara yang holistik dan komprehensif.

Malaysia kini menyumbang hanya 0.06 peratus daripada 3,000 tan pengeluaran dunia sepertimana yang dilaporkan oleh World Bureau of Medical Statistics di London Stock Exchange Group. Pengurusan sumber ini masih terpecah-terpecah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Enakmen Mineral Negeri masing-masing. Persoalannya apakah mekanisme penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, syarikat konsesi untuk memastikan royalti serta hasil cukai mencermin nilai sebenar emas yang dieksport?

Laporan Audit Negara 2019 mendedahkan ketidakseragaman kadar royalti antara negeri-negeri menyebabkan ada potensi kebocoran hasil. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menyelaras tender kontrak perlombongan secara nasional? Laporan GMG 2021 berdasarkan kajian mereka, Malaysia mempunyai mineral logam bernilai yang dianggarkan RM1.03 trilion dan di dalamnya terkandung salah satu adalah emas. Mineral yang bernilai tinggi ini berada di empat jalur emas utama, Jalur tengah, Pahang, Terengganu; Jalur Timur, Kelantan; Jalur Borneo, Sabah, Sarawak dan Jalur Bentong, Raub.

Menggunakan teknologi perlombongan moden, potensi pengeluaran boleh dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, industri emas bukan sekadar perlombongan. Menurut World Gold Council 2022 permintaan terhadap barang kemas halus meningkat 14 peratus setahun.

Persoalannya sejauh manakah Malaysia menyumbang dalam pasaran ini? Apabila kita melihat peringkat rantai nilai, potensi pekerjaan boleh diwujudkan.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Namun sebilangan kecil syarikat tempatan memiliki Sijil London Bullion Market Association (LBMA) sedangkan sijil ini kritikal untuk menembusi pasaran global. Saya berpandangan Tuan Yang di-Pertua, pengupayaan program kerjasama pensijilan emas antarabangsa perlu diteroka. Malaysia perlu mewujudkan pusat pensijilan dan pematuhan standard emas kebangsaan. Namun, jika kita lihat dari sudut sejarah, sebelum sistem Bretton Woods runtuh pada tahun 1971, 70 peratus mata wang dunia disandarkan kepada emas.

Kini, Laporan IMF 2023 menyatakan Rusia dan China sedang meningkatkan reserved emas mereka untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada USD.

Namun Malaysia Tuan Yang di-Pertua, masih lagi ketinggalan kerana hanya mempunyai 38.9 tan rizab emas, 1.2 peratus daripada jumlah keseluruhan rizab negara. Jauh di bawah Singapura, 153 tan, China, 3,000 tan, Thailand, 244 tan. Persoalannya, adakah kerajaan bersedia kembali dalam mengkaji model gold back currency reserved untuk memperkukuhkan kedudukan ringgit.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada deindustrialisation dan pemerkasaan R&D. Tuan Yang di-Pertua, kajian KRI 2024 menunjukkan Malaysia masih terperangkap dalam rantaian industri bernilai rendah di mana penurunan profitability membawa kepada masalah deindustrilisation. Penurunan berterusan, peranan kepada sektor pembuatan dalam ekonomi negara sama ada sumbangan kepada KDNK mahupun jumlah tenaga. Dapatan KRI

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

tahun 2000 hingga 2018 menunjukkan 7.8 peratus penurunan sumber sektor pembuatan kepada KDNK dan penurunan 6.1 peratus guna tenaga kerja berkaitan sektor pembuatan di Malaysia.

Persaingan dengan Vietnam, Indonesia dan Thailand serta kekurangan penyelarasan antara keperluan industri dan R&D juga menyumbang kepada deindustrialisation. Hubungan lemah antara pusat R&D, firma dan visi teknologi global juga menyebabkan syarikat tempatan ketinggalan berbanding negara seperti Korea Selatan dan Taiwan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia perlu menggalakkan inovasi sektor swasta dengan menyediakan ekosistem yang kondusif untuk pertubuhan syarikat tempatan. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, adakah GLC dan GLIC menjalankan mandat yang sebenar untuk membangunkan sektor bernilai tinggi atau hanya menjadi pembantut pertumbuhan PMKS akibat industrial crowning effect, dengan izin. Bank Dunia 2023 menunjukkan bahawa 70 peratus pasaran domestik Malaysia dikuasai oleh GLC dan syarikat besar. Ini menyukarkan PMKS bersaing dalam skala yang saksama. Kesan crowning out ini bukan sahaja membantut inovasi tetapi juga melambatkan pertumbuhan ekonomi inklusif.

Tuan Yang di-Pertua, laporan SME 2022 mendedahkan bahawa hanya 37 peratus PMKS mampu mengakses tender kerajaan berbanding 85 peratus kontrak bernilai tinggi yang dimenangi oleh GLC. Situasi ini mencerminkan ketidakseimbangan struktur yang memerlukan penambahbaikan. Tuan Yang di-Pertua, bukanlah untuk menafikan jasa GLC tetapi untuk memastikan dasar kerajaan terus relevan dengan semangat kerangka ekonomi MADANI dalam membina ekonomi yang adil dan dinamik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita memacu ekonomi negara, kita perlu sedar akan beberapa masalah dan cabaran yang dihadapi rakyat kebanyakan. Pertumbuhan gaji yang perlahan dan kos sara hidup yang meningkat, namun terdapat kenaikan perbelanjaan serumah yang akhirnya menolong juga kepada peningkatan hutang isi rumah. 2023, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK telah mencecah 84.2 peratus dengan nilai RM1.53 trilion.

Tuan Yang di-Pertua, jika trend ini tidak dikawal sebaiknya, ia boleh mewujudkan masyarakat yang fragile dan tidak berdaya tahan sekiranya krisis kewangan dan ketidaktentuan ekonomi serta peningkatan kadar pengangguran berlaku. Kegusaran saya di sini adalah peningkatan kepada akses kredit atas talian seperti by now pay later (BNPL) yang membuka ruang kepada masyarakat Malaysia untuk terjerumus ke arah digital debt trap, dengan izin. Nak beli barang basah sekarang pun boleh guna BNPL.

Kita tidak dapat menafikan rakyat Malaysia masih lagi bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. Walaupun inflasi keseluruhan berada di tahap yang baik, 1.8 peratus pada tahun 2024 tetapi inflasi mengikut kategori bagi perumahan, utiliti dan gas adalah yang tertinggi pada kadar 3.2 peratus. Saya ingin tekankan tentang isu miskin rumah (house poor), dengan izin, berlaku apabila sebahagian besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang rumah, sewa, perbelanjaan berkaitan utiliti, cukai, penyelenggaraan. Ini semua menyukarkan rakyat untuk menampung keperluan asas yang lain.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Pemilikan rumah di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, masih di tahap yang rendah.

Akhirnya, majoriti rakyat memilih untuk menyewa. Namun, sehingga kini kita tidak mempunyai satu dasar yang mengawal urusan sewa rumah supaya lebih telus mengikut lokaliti. Justeru, membela nasib penyewa dan pemilik. Pemilik suka hati menaikkan kadar sewa rumah tanpa ada garis panduan. Penyewa lari malam, tak bayar sewa, siapa nak bela mereka?

Kita juga perlu melihat Tuan Yang di-Pertua, pengelasan takrifan isi rumah bagi memastikan kita dapat mencerminkan realiti yang sebenar di Malaysia di mana 70 peratus rakyat bergelut dengan tekanan kewangan dan kos sara hidup yang tinggi. Apakah pandangan kerajaan terhadap cadangan KRI yang mencadangkan isi rumah dikelaskan kepada B20, M50 dan T30?

Masalah struktur yang berakar sudah pasti tentang gaji yang rendah dan tidak setimpal untuk menampung kehidupan. Pampasan kepada pekerja 2023 berada pada kadar 33.1 peratus dan masih jauh daripada sasaran Kerangka Ekonomi MADANI, 40 peratus pada tahun 2030. Ada usaha ke arah itu tetapi realiti yang berlaku pada hari ini, 6.7 juta pekerja sektor formal bergaji median pada tahap RM2,745.

Tuan Yang di-Pertua, ramai rakyat Malaysia sekarang berada dalam sektor ekonomi gig, secara full time dan mencari tambah pendapatan ...

draft • 12:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat, minta celah. Pulai. Boleh Yang Berhormat?

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 12:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apakah Yang Berhormat boleh bersetuju dengan pandangan bahawa kita boleh beri ruang untuk pemilikan rumah melalui rumah PPR dengan kaedah sewa beli? Dulu saya nampak ada cadangan itu tapi sekarang ini saya tak berapa jelas dari segi itu. Apakah Yang Berhormat boleh bersetuju kalau kita boleh beri ruang jual rumah secara sewa beli kepada rakyat yang memerlukan di rumah PPR ini?

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya bersetuju rent to own (RTO) rumah yang disebutkan tadi tertumpu kepada mereka yang berpendapatan cukup rendah, B40 ataupun yang saya cadangkan ini B20. Tetapi kita kena faham Yang Berhormat Pulai, apa yang berlaku sekarang ini, mereka yang berada di M40 juga menyewa rumah kerana pergerakan mereka, rezeki mereka berada di bandar-bandar besar tetapi keluarga mereka, rumah induk berada di luar. Itu sebabnya saya fikir, sudah tiba masanya kerajaan menyelaras dan mewujudkan sebuah dasar penyewaan negara supaya ia dapat memberi keadilan bukan sahaja kepada penyewa tetapi juga kepada pemilik rumah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya bercakap pasal tentang ekonomi gig ini, tiada undang-undang yang khusus dan yang govern mereka. Tiada badan khas yang menguruskan jumlah pekerja gig yang terus meningkat. Jadi, persoalannya, apakah usaha kerajaan terkini menangani isu ini dan bilakah Suruhanjaya Ekonomi Gig akan disegera perwujudannya?

Tuan Yang di-Pertua, demografi kanak-kanak dan wanita.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, masa pukul 1. Jadi, saya tangguhkan Mesyuarat pada ketika ini dan ucapan sambungan Yang Berhormat akan bermula pada pukul 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Paya Besar, sambung semula.

draft • 2:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk meneruskan ucapan pencadang Usul Titah Diraja.

Tuan Yang di-Pertua, demografi, kanak-kanak dan wanita, tiga aspek yang amat penting sekali. Jika kita lihat, populasi Malaysia sedang mengalami penurunan kadar kesuburan di bawah total fertility rate 2:1, anak per wanita. Cabaran besar dalam mengekalkan pertumbuhan penduduk yang stabil dan juga akan memberi kesan kepada rantaian ekonomi domestik negara kita. Lebih membimbangkan, ageing population meningkat dengan kadar yang cepat dan besar kemungkinan kita akan hadapi masalah kekurangan tenaga kerja muda yang produktif.

Dalam pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, penurunan kualiti kesihatan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kesihatan mental dan kesihatan fizikal kanak-kanak semakin membimbangkan. KKM 2024 menyatakan 424,000 orang kanak-kanak dan remaja menghadapi isu kesihatan mental.

Daripada segi kesihatan fizikal, stunting, wasting, obesiti melebihi BMI yang ditetapkan berlaku dalam negara kita. Putrajaya mencatatkan stunting yang tertinggi di Malaysia. Peningkatan gangguan perkembangan kanak-kanak seperti autisme, ADHD dan lain-lain, kes perceraian yang tinggi turut memberi kesan psikologi kepada kanak-kanak. Ini juga menjurus kepada peningkatan kes bunuh diri, 13.1 peratus 2022 berbanding 10 peratus 2017 di kalangan remaja, Tuan Yang di-Pertua.

Semalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga bertitah menyatakan sokongan usaha pengukuhan nilai-nilai keluarga dan kesejahteraan masyarakat. Kita tidak boleh nafikan bahawa Tuan Yang di-Pertua, wanita memainkan peranan utama untuk kita- semua menjunjung titah sokongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan membentuk generasi akan datang yang lebih berdaya jaya.

Hari ini, wanita menghadapi cabaran besar. Wanita di Malaysia menyumbang lebih 55 peratus kepada tenaga kerja separa mahir dan tidak formal, tetapi hanya sekitar 40

draft • 2:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

peratus berada dalam sektor pekerjaan formal. Keadaan ini menyebabkan ramai wanita menghadapi ketidakpastian kewangan.

Saya berpandangan Tuan Yang di-Pertua, isu ini perlulah menjadi perkara pokok pertimbangan sewajarnya. Kerajaan mesti lebih berani dan mengambil pendekatan yang luar biasa untuk memperkasakan golongan wanita. Contohi Program Jelita Wanita yang diterajui oleh Yang Berhormat Datuk Seri Noraini Ahmad selaku Ahli Parlimen Parit Sulong. Saya tegas dengan pendirian bahawa kita tidak boleh lagi membudayakan ibu duduk di rumah, ayah keluar mencari kerja. Namun Tuan Yang di-Pertua, sudah ada trend yang membuktikan keadaan ibu keluar bekerja, ayah duduk di rumah.

Tanggapan ini jelas menunjukkan bahawa sang ayah terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai househusband untuk mengurus kebajikan dan penjagaan sama ada ibu bapa kandung atau mertua mereka yang sakit. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan dalam menangani fenomena ini?

Kesihatan mental wanita yang semakin merosot. Keadaan ini membawa kepada keputusan ramai pasangan untuk menangguhkan atau mengehadkan jumlah anak. Sekali gus, menurunkan kadar kesuburan negara, malah wujud bibit-bibit golongan yang menyokong childfree ini, Tuan Yang di-Pertua. Bimbang saya, masa akan datang kita akan menghadapi krisis demografi. Bagi menangani isu ini, saya mencadangkan supaya kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih holistik, termasuk dasar-dasar yang pro kepada family.

Kelestarian alam dan kredit biodiversiti, Tuan Yang di-Pertua. Dalam merancang ekonomi yang lebih kukuh, kita tidak boleh mengabaikan kelestarian alam sebagai warisan berharga untuk generasi yang akan datang. Ditegaskan oleh United Nations, biodiversiti merupakan pertahanan semula jadi yang paling ampuh dalam menghadapi perubahan iklim.

Biodiversiti yang meliputi pelbagai hidupan di bumi adalah asas kepada kelangsungan hidup kita. Ia menyediakan sumber-sumber yang penting. Lebih separuh daripada KDNK global bergantung pada alam semula jadi. Lebih 1 bilion orang bergantung pada hutan untuk mencari pencarian dan pendapatan mereka. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat biodiversiti sebagai kunci dalam usaha mengurangkan perubahan iklim.

Pelaburan dalam projek bukan sahaja akan melindungi alam semula jadi, tetapi juga akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan. COP29 baru-baru ini Tuan Yang di- Pertua, telah mencapai kata putus berkenaan pembiayaan iklim. Deklarasi ini menetapkan komitmen untuk menyediakan dana sebanyak USD300 bilion setahun sehingga 2035.

Namun, jumlah ini jauh daripada jumlah yang diperlukan iaitu USD1.3 trilion. Perkara ini amat membimbangkan. Saya berpandangan, langkah penyelesaian yang boleh kita perhalusi bersama iaitu melalui pengupayaan, kredit biodiversiti dalam pasaran karbon dan pendanaan awam swasta yayasan. Public-private philanthropist partnership (4Ps).

Pengenalan kredit biodiversiti dalam pasaran karbon mengaitkan usaha pemuliharaan biodiversiti dengan insentif ekonomi, tetapi Tuan Yang di-Pertua, timbul pula kebimbangan sesetengah pihak bahawa penggabungan ini boleh menambahkan kesan risiko penyalahgunaan dan pemalsuan pasaran kredit karbon, dengan izin, green washing.

draft • 2:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya berpandangan sekiranya kita mempunyai standard yang ketat pengesahan bebas dan penglibatan komuniti tempatan untuk memastikan keberkesanan dan mengelakkan penyalahgunaan, ia pasti dapat dijayakan. Seperti contoh, Projek Tambopata- Bahuaja di Peru. Sebanyak 40 ke-60 peratus hasil kredit disalurkan kepada komuniti tempatan dan perkara ini diterima baik oleh rakyat mereka.

draft • 2:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dari sudut rangka kerja, pengesahan bebas, kita boleh gunakan Taskforce on Nature- related Financial Disclosures dengan izin, sebagai asas mengukur impak biodiversiti. Kita boleh mengurangkan kos fiskal kerajaan sekiranya kita menumpukan juga kaedah penyelesaian yang kedua seperti mana yang saya sebutkan pada awal tadi iaitu public- private-philanthropic partnerships, 4P ini. McKinsey telah menegaskan bahawa 4P berperanan memacu peralihan iklim dan alam semula jadi.

Antara contoh Puan Yang di-Pertua, di Kenya, projek Mikoko Pamoja melindungi bakau yang menyimpan 3,000 tons CO2 equivalent per year, sambil mengekalkan habitat ikan.

Di Australia, Australia Biodiversity Stewardship Payments, petani dibayar untuk memelihara spesies terancam dengan nilai kredit diikat kepada kesihatan ekosistem. Puan Yang di-Pertua, saya nak beralih kepada pengurusan hasil dan hutang negara. Kita perlu sedar bahawa pengurusan hasil dan hutang adalah dua elemen penting yang akan menentukan hala tuju kemampanan fiskal negara. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan atas kejayaan kutipan hasil pada tahun 2024 yang telah mencatatkan sebanyak RM325.1 bilion melebihi sasaran sebanyak RM307.6 bilion, menghasilkan lebihan sebanyak hampir RM17.8 bilion.

Ini sekali gus mengecilkan defisit fiskal kepada 4.1 peratus berbanding sasaran 4.3 peratus. Moody’s mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia kepada “A3” dengan tinjauan stabil. Penarafan ini jelas mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kekal pada landasan pembaharuan fiskal dalam ketidaktentuan menstrukturkan semula ekonomi global. Namun, Puan Yang di-Pertua, Malaysia masih bergantung kepada royalti petroleum dengan unjuran RM32 bilion tahun ini.

Kerajaan juga boleh manfaatkan potensi hasil daripada peningkatan harga mata wang Crypto. Harga Bitcoin Puan Yang di-Pertua, meningkat 60 peratus, lebih 60 peratus.

Mata wang digital lain naik di antara 15 hingga 30 peratus. Ini memberi peluang yang besar di hadapan kita. Malaysia boleh mengambil pendekatan seperti mana yang dilaksanakan di Kanada. Mengklasifikasikan aset ataupun mata wang Crypto sebagai komuniti dan mengenakan CGT ke atasnya termasuk sistem percukaian yang menyeluruh ke atas aset Crypto sama ada cukai kepenggunaan, pendapatan individu dan korporat.

Saya juga, Puan Yang di-Pertua, ingin menyinggung dan menekankan berkaitan kebergantungan kita kepada modal pembiayaan PFI dan PPP. Walaupun saya tahu dan saya sedar peningkatan ini dapat membantu mengurangkan beban fiskal dalam jangka pendek, tetapi ingatan saya, kita perlu berhati-hati agar tidak membuka ruang kepada kebocoran hasil

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

negara dan liabiliti jangka panjang. Jangan kita ulangi projek-projek infrastruktur terdahulu overpricing PFI, PPP contracts.

Oleh itu amat penting Puan Yang di-Pertua, untuk kita memastikan bahawa setiap projek PFI, PPP dinilai secara menyeluruh daripada segi kos, faedah, risiko jangka panjang, ketelusan dan keterbukaan, integriti dan penerapan prinsip tadbir urus yang baik. Saya mahu bertanya kepada kerajaan, apa jaminan kerajaan berkaitan perkara yang telah saya nyatakan tadi?

Puan Yang di-Pertua, mengemudi cabaran ketidaktentuan geopolitik. Geopolitik global hari ini sedang bergelora. Kita tidak boleh mengambil mudah. Donald Trump, perubahan tarif perdagangan, kepantasan teknologi dan Kepengerusian ASEAN perlu menjadi fokus yang paling utama.

Dengan populasi ASEAN mencecah 680 juta, kita berhadapan peluang besar. Kita berdepan dengan peluang yang besar, tetapi juga ada cabaran getir. Teknologi berkembang pantas, namun keselamatan siber masih lemah. Perubahan bekalan dan permintaan global menggoncang pasaran, manakala sistem perdagangan antarabangsa semakin tertekan. Kita perlu bertindak pantas, bijak dan bersatu. ASEAN mesti menjadi pemain utama. Bukan sekadar penonton. Ekonomi kita harus lebih tangkas, inovatif dan berdaya saing. Inilah masa untuk kita bangkit memimpin dan mencipta sejarah baharu.

Puan Yang di-Pertua, isu keselamatan siber telah menjadi satu permasalahan yang semakin mendominasi dalam landskap geopolitik kontemporari. Di UK, 7 Oktober 2024, mereka telah memperkenalkan satu peraturan baharu, mewajibkan bank dan penyedia perkhidmatan pembayaran untuk membayar balik kepada mangsa penipuan atas authorized push payment (APP), dengan izin, sejak UK mengalami kerugian 459.7 juta Pound Sterling pada tahun sebelumnya. Saya mohon Puan Yang di-Pertua, kerajaan mesti meneroka dengan segera supaya keperluan akta tersebut untuk diwujudkan di Malaysia dan turut mengambil langkah yang proaktif seiring memperkukuhkan infrastruktur keselamatan siber negara dan melindungi kepentingan awam.

Puan Yang di-Pertua, transformasi dinamik dalam ekosistem rantaian bekalan global semakin kompleks. Mendorong negara-negara melaksanakan penyesuaian struktur terhadap keperluan pasaran global yang bersifat dinamik. Dalam konteks ini Puan Yang di-Pertua, negara kita perlu meningkatkan sensitiviti dan bersifat responsif terhadap trend permintaan antarabangsa dan global. Saya harap Puan Yang di-Pertua, kerajaan menitikberatkan prinsip liberalisasi perdagangan harus disokong secara konsisten sebagai instrumen strategik.

Peningkatan ketegangan geopolitik ini telah mendorong negara-negara kuasa besar untuk menguatkuasakan rejim multilateral economic sanctions, dengan izin.

Sebagai respons terhadap sekatan tersebut, strategi yang digunakan untuk memintas halangan perdagangan adalah melalui operasi pemindahan kargo kapal ke kapal- ship to ship transshipment di perairan antarabangsa. Puan Yang di-Pertua, amalan ini, dikategorikan sebagai high risk logistical maneuver kerana berpotensi penyalahgunaannya untuk aktiviti haram. Bagaimana kerajaan memantau keberkesanan pencegahan dan

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

penguatkuasaan di dalam kerangka kawalan maritim bersepadu, tanpa pengawasan sistematik, aktiviti ini boleh mencetuskan market distortion, pelanggaran kedaulatan undang- undang antarabangsa, risiko penyamaran marin akibat prosedur pemindahan yang tidak mematuhi piawaian keselamatan.

Puan Yang di-Pertua, kepimpinan Donald Trump telah memberi impak signifikan terhadap dinamik hubungan antarabangsa. Terutamanya dalam konteks hubungan Amerika Syarikat dan ASEAN. Saya menyeru Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN dan saya persoalkan, apa strategi terbaharu untuk memperhebatkan peranan dalam memastikan kestabilan geopolitik dan sosioekonomi serantau dalam mengoptimumkan sinergi perdagangan sedia ada dengan kuasa-kuasa ekonomi utama.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih dalam rencana dan memperkasakan ekonomi sedia ada dan ekonomi masa depan.

Saya yakin, pertama, Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar dalam sektor maritim. Sebuah negara yang mempunyai garis pantai yang lebih 4,600 kilometer. Malaysia boleh menjadi peneraju dalam pembinaan kapal, pembaikan kapal dan teknologi marin.

Kesan limpahan daripada Ibu Kota Nusantara di Kalimantan nanti bukan sahaja akan memberi kelebihan kepada sempadan darat, tetapi ia akan memberi kepada laluan maritim di seluruh Borneo mendapat tempiasnya.

Saya mencadangkan supaya kerajaan memperkasakan Port Lahad Datu Sabah kerana ia amat penting. Ia berada di laluan perdagangan utama di Laut Sulu dan Laut Sulawesi dan berpotensi menjadi hab logistik perdagangan bagi Malaysia Timur.

Terutamanya dalam hubungan kita dengan Philipines, Indonesia dan Brunei.

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Namun, ada perkara yang kita perlu mengambil ibrah daripada data yang telah dikeluarkan oleh World Bank di mana ada peningkatan average berthing delay (ATA) ataupun masa untuk kapal kontena perlu menunggu lebih lama untuk berlabuh di port-port kita. Kalau lebih lama, Puan Yang di-Pertua, akan menimbulkan kesukaran untuk mereka berlabuh di port kita.

Saya puji hasrat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I selaku Pengerusi Majlis TVET Negara untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong industri ini melalui pendidikan TVET kepada generasi muda.

Ekonomi angkasa, Puan Yang di-Pertua, satu bidang yang semakin mendapat perhatian global kerana unjuran jaringan industri akan melibatkan lebih daripada 600 buah syarikat berkaitan dan 350 buah daripadanya adalah PMKS. Ekonomi angkasa, mengikut laporan WEF dan McKinsey, akan mencecah RM8.6 trilion pada tahun 2035. Ini menandakan anggaran pertumbuhan purata sebanyak sembilan peratus setahun didorong dengan pelbagai teknologi berasaskan angkasa.

Tahniah. Negara kita, Puan Yang di-Pertua, pada 15 Januari yang lalu telah melancarkan satelit cerapan bumi yang pertama, UzmaSAT-1. Malaysia turut diiktiraf sebagai pembuat cip angkasa lepas, syarikat tempatan, seperti NS Electronic.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Untuk manfaatkan peluang ini, Puan yang di-Pertua, satu kerjasama antara industri, kerajaan, universiti dan institusi pendidikan perlu diperkukuhkan lagi untuk menyokong inovasi dan pengkomersialan teknologi angkasa. Bagi saya, Puan Yang di-Pertua, bidang STEM ini perlulah kita labur pendidikannya dan latihan bagi memastikan kita ada kontinuiti bakat tempatan dalam bidang STEM yang akan menyokong ekonomi angkasa. Jangan hanya kita ada launching pad di negara kita, tetapi tenaga pakar ini kita terpaksa import daripada negara-negara serantau yang akhirnya akan merugikan kita.

Puan Yang di-Pertua, pelancongan halal juga merupakan sektor yang sedang berkembang di peringkat global. Satu agensi CrescentRating menganggarkan populasi Muslim akan mengalami peningkatan dalam kumpulan umur pertengahan menjelang 2034.

Kenapakah kumpulan pertengahan ini penting? Kerana mereka mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat dan kecenderungan untuk mereka melancong. Itu sebabnya kita mesti memberi tumpuan kepada pelancongan yang berasaskan dan berteraskan halal ini.

Negara jiran, Thailand melancarkan pelan empat tahun tindakan industri halal pada bulan Julai yang lalu merangkumi penubuhan halal valley di wilayah selatan majoriti Muslim.

Saya berharap kita tidak ketinggalan dalam kerancakan sektor pelancongan halal sedangkan kita merupakan pelopor dalam industri halal secara berterusan. Ekonomi halal berpotensi meletakkan Malaysia sebagai peneraju di peringkat global.

Kita juga, Puan Yang di-Pertua, perlu manfaatkan kedudukan sebagai perintis kewangan Islam dengan mengembangkan produk kewangan inovatif, pelaburan halal, penyelesaian kewangan digital untuk memenuhi permintaan global yang meningkat.

Puan Yang di-Pertua, kita perlu lakukan pemerkasaan sistem pertahanan lapisan kedua Malaysia. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pertahanan secara lapisan, Malaysia tidak hanya bergantung pada pasukan utama seperti tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, tetapi juga pada pertahanan lapisan kedua seperti RELA, SRS, APMM, APM yang telah menjadi tulang belakang keselamatan nasional selama puluhan tahun.

Banyak cerita jasa kejayaan dan keberkesanan RELA, SRS, APMM dan APM dizahirkan dan ini dibuktikan bahawa pertahanan moden memerlukan pendekatan yang holistik yang menggabungkan kekuatan rakyat, teknologi dan kerjasama antara pelbagai agensi.

Sumbangan mereka, Puan Yang di-Pertua, bukan hanya sekadar angka, tetapi melengkapi sokongan keselamatan kepada pasukan utama di samping menjaga kelangsungan kedaulatan undang-undang dan perpaduan nasional.

Menyedari hakikat ini, saya mohon kerajaan agar terus melaksanakan pengukuhan peranan agensi-agensi ini melalui peruntukan undang-undang, latihan, peralatan teknologi terkini, keselamatan, kebajikan dan yang paling penting adalah kewajaran elaun atau gaji yang bermaruah kepada penjawat second line of defence ini.

Puan Yang di-Pertua, pengislahan asas kerukunan negara. Saya ingin menyentuh berkaitan pengislahan asas kerukunan negara yang, pada pandangan saya, mestilah ada usaha yang berterusan agar dapat dikuatkan dan diperkasakan agar ia menjadi nadi kepada

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

teras nilai kebersamaan yang telah disepakati sekian lama dan mengikat hati dan tindakan pemikiran kemajmukan dalam kepelbagaian latar belakang di dalam negara kita.

Kesetiaan kepada raja dan negara merupakan asas prinsip yang penting kepada landasan utama mewujudkan keharmonian, keselamatan dan kemajuan negara kita. Nilai kesetiaan ini, Puan Yang di-Pertua, merangkumi komitmen dan tanggungjawab setiap daripada kita untuk mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara serta menghormati institusi raja sebagai ketua negara.

Kebimbangan saya, Puan Yang di-Pertua, bagaimana kerajaan dapat mengukur tahap kefahaman rakyat di pelbagai lapisan umur, lokaliti dan bangsa berkaitan prinsip kedua ini yang menjadi teras dalam kerukunan negara kita.

Puan Yang di-Pertua, prinsip keluhuran perlembagaan menekankan bukan hanya sekadar memperakui Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia, tetapi juga menghayati, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan itu sendiri perlu dilaksanakan.

Baru-baru ini, kita mendengar titah adendum yang merujuk kepada isu house arrest Yang Amat Berbahagia Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Saya berpandangan kita- semua sudah jelas dengan maksud yang terkandung dalam kenyataan media Istana Negara bertarikh 3 Januari 2025 di mana tiga perkara asas telah dizahirkan.

Pertama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberikan keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan pada mesyuarat yang akan datang. Ketiga, juga dizahirkan peringatan kepada semua pihak untuk menghormati perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.

Berasaskan itu, Puan Yang di-Pertua, saya sebagai ahli UMNO dan wakil rakyat yang mewakili parti Barisan Nasional, UMNO, akan terus kukuh mendukung bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sebagai satu-satunya parti dalam perlembagaan partinya memperjuang dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu secara konsisten, saya sudah pasti akan sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan titah Tuanku untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan bagi pembelaan terhadap Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Paya Besar minta laluan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sikit ya.

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh?

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap.

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Beri tak beri?

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Beri.

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, besarlah harapan saya memohon atas keprihatinan, kebijaksanaan dan kedaulatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar pertimbangan itu nanti dizahirkan sebaiknya. Sila.

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat dari Paya Besar. Berkenaan dengan addendum, ini persoalan saya mohon penjelasan dari Paya Besar iaitu berkenaan dengan menyembunyikan titah tersebut selama setahun. Apakah itu satu bentuk penderhakaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong? Terima kasih ini baharu dibunyikan setelah setahun, baharu dia bunyi, UMNO bunyi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya jangka soalan ini akan ditanya oleh pihak pembangkang, tetapi Tuan Yang di-Pertua komitmen UMNO amat jelas bahawasanya, kita sentiasa meletakkan bahawa Perlembagaan itu adalah undang-undang yang tertinggi di negara. Apa sahaja yang termaktub dalam Perlembagaan, kita mesti mempunyai keupayaan untuk mengikuti dan to obeyed the law, tetapi masa yang sama juga, kita kena faham Yang Berhormat Hulu Terengganu dalam pemisahan kuasa, kita tidak boleh mencampuradukkan tiga pemisahan kuasa ini kerana semata-mata untuk kita jadikan itu asas dalam kempen politik kita.

Bagi saya, saya telah nyatakan pendirian saya sebagai ahli UMNO dan Wakil Rakyat mewakili parti UMNO dan Barisan Nasional, keutuhan kita jelas. Kita serahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, untuk membuat atas kewibawaan dan kebijaksanaan. Kita yakin atas kedaulatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berbahagia Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak akan mendapat pembelaan yang sebaiknya.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker sekali lagi, Speaker. Boleh?

Tak jawab soalan itu. Soalan saya derhaka atau tidak? Itu soalan saya. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya kira Hulu Terengganu saya tidak pernah memaksa Hulu Terengganu bertanyakan apa soalan yang saya nak dan perkara yang sama kena bersifat adil dan saya mahu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Hulu Terengganu itu konsep asas yang biasa. You cannot put the word into my mouth.

Terima kasih. Yang Berhormat...

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Itu, itu. Tapi jawab yang betullah.

Jangan tak betul. Soalannya betul atau tidak? Derhaka atau tidak? Itu sahaja. Mudah sahaja.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya dah jawab Yang Berhormat...

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Soalan itu satu. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya dah jawab Yang Berhormat. Mungkin jawapan saya itu menggunakan KBAT. Pada zaman Yang Berhormat mungkin tak belajar KBAT. Jadi saya ingat Yang Berhormat kena, kena review perkara tersebut.

draft • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Mencelah]

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya cikgu saya yang mengajar KBAT.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kalau begini cikgunya, saya rasa itulah hasilnya...

draft • 3:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

. Puan Yang di-Pertua, saya nak menyentuh Kedaulatan Undang-undang, prinsip yang keempat. Ini telah digariskan tiada siapa pun yang berada di luar atau atas undang-undang bukan sahaja penting untuk mewujudkan keadilan, tetapi rakyat mesti mempunyai keyakinan bahawa hak mereka dilindungi.

Jangan bila sesuatu perkara berlaku kena atas batang hidung sendiri baharulah mereka mengatakan undang-undang ini tak betul kerana undang-undang ini ada kedaulatan yang tersendiri. Termaktub dalam Perlembagaan dan kita pagi tadi sama-sama berikrar atas Rukun Negara kita telah lafazkan di Dewan yang mulia ini.

Cuma Puan Yang di-Pertua, pemerkasaan Parlimen mesti reformasinya disegerakan.

Parlimen perlu diberi kuasa yang besar dalam menyemak dan mengimbang keputusan kerajaan. Proses perundangan dan pentadbiran negara mesti melalui semakan teliti oleh badan legislatif untuk memastikan bahawa setiap tindakan yang diambil adalah mengikut prosedur yang sah dan adil.

Saya berharap kerajaan dapat memperuntukkan kewangan kepada jawatankuasa pilihan khas, mesti di salurkan yang mencukupi mengikut kefungsian dan kepentingan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya seperti mana yang kita sedia maklum, era digital data menjadi aset kritikal yang mendorong kepada prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Data charter bukan sekadar polisi, tetapi kompas untuk memastikan data digunakan secara bertanggungjawab, telus dan berkesan. Data charter adalah bertindak sebagai ejen perpaduan bukan ejen pemecah dan pemusnah silaturahim.

Rakyat berhak mengetahui bahawa data yang dikumpul dan diproses tidak disalah gunakan atau jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab, mudah di manipulasi. Kita mesti berupaya memastikan data charter diterima mengikut piawaian antarabangsa dan amalan yang terbaik. Di Eropah, General Data Protection Regulation, Singapura, Research Data Alliance menyediakan platform perkongsian data dengan teknologi blockchain untuk proses audit yang lebih mampan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Negara ini telah menunjukkan contoh yang baik Tuan Yang di-Pertua dalam pengurusan dan perlindungan data yang boleh kita ambil sebagai rujukan bagi memastikan pengislahan asas Kerukunan Negara akan sampai ke destinasi yang jelas menguntungkan Malaysia dan generasi yang mendatang.

Saya harap sangat-sangat Tuan Yang di-Pertua , supaya data ini mesti dikongsikan pelbagai spektrum agensi. Jangan hanya satu agensi memegang data tersebut tanpa memberi akses kepada data yang lain. Bimbang saya, kita mempunyai ratusan dan ribuan akademia yang membuat jurnal-jurnal dalam tahap Q1, Q2, dan Q3, tetapi Tuan Yang di- Pertua, fenomena yang berlaku pada hari ini sudah ada unsur-unsur retraction journal dilakukan oleh platform-platform jurnal antarabangsa kerana data yang digunakan itu adalah data-data bukan mempunyai kewibawaan dan ini semua akan merosakkan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan di bawah peraturan yang sedia ada.

Saya harap kita dapat memastikan pengislahan Kerukunan Negara ini dapat dicapai sebaik mungkin supaya kita dapat memastikan fenomena ini tidak menular dan membarah dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua hampir satu jam saya telah menzahirkan pemerhatian, pentafsiran, perbandingan, cadangan dan teguran serta komitmen yang telah saya zahirkan sebagai Wakil Rakyat yang mewakili Paya Besar dan parti Barisan Nasional dalam UMNO dan mewakili kelab penyokong kerajaan.

Saya anggap dan saya sifatkan semua ini sebagai langkah untuk membantu kerajaan dan saya berharap kerajaan dapat mengambilnya sebagai satu manifestasi dalam kita- semua bersama melalui Whole-of-Nation Approach demi memacu ekonomi dan memperkasakan rakyat secara keseluruhan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya minta Yang Berhormat dari Ledang berucap.

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perpaduan.

Terima kasih atas peluang kepada Ledang untuk ruang membahaskan Titah Diraja hari ini sebagai penyokong. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang pada pendapat saya titah baginda sebagai ringkas, tetapi padu.

*Di hujung tanjung kelam lembayung, Tinggi menggayat pohon celagi; Raja disanjung rakyat dipayung, Kasihnya rakyat tidak berbagi.

Cantik kemboja dalam jambangan, Tersalah angkat dahannya patah; Kasihnya raja memberi naungan, Kasihnya rakyat menjunjung titah.*

draft • 3:08 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Moga Titah Tuanku yang penuh hikmah menjadi pedoman untuk kita memperkukuhkan kestabilan dan juga kemajuan rakyat serta negara.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang dimuliakan, Ledang akan membawakan lima perkara dalam perbahasan ini jika masa mengizinkan iaitu:

(i) prinsip dan tanggungjawab;

(ii) agenda rakyat dan negara;

(iii) RMKe-13;

(iv) reformasi tata kelola; dan

(v) keselamatan serantau dan global.

Sebagai Wakil Rakyat, kita bukan sahaja memikul tanggungjawab terhadap kawasan yang kita wakili, tetapi juga terhadap seluruh rakyat Malaysia.

draft • 3:08 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan. Prinsip keadilan, keamanahan dan kebertanggungjawaban ialah asas untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara. Malah, semalam Tuanku bertitah bahawa kestabilan politik juga menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan juga sosial negara.

Kita mesti mendukung nilai-nilai murni dalam melaksanakan amanah ini. Setiap dasar yang dirangka perlu mencerminkan keadilan kepada semua lapisan masyarakat tanpa kita kira agama, bangsa atau latar belakang. Kita tidak wajar sama sekali bersikap umpama, baling batu sembunyi tangan atau terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar iaitu maksudnya tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan, mahu melepaskan diri daripada kerugian.

Justeru, saya menyeru kepada kerajaan untuk terus berazam untuk menegakkan prinsip-prinsip besar seperti keadilan, kebebasan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kepimpinan melalui tauladan meskipun diasak dengan fitnah, diserang membuta tuli ataupun dikritik menjatuhkan. Memang benar kita bukan hidup bersendirian umpama di pulau, ada pelbagai makhluk, masing-masing ada agenda, ada motif tersendiri, yang pasti dan penting kita berada bersama-sama di atas satu pulau. Kalau satu pihak berusaha untuk mencari sumber dan bangunkan pulau, tetapi satu pihak lagi buang sumber yang ada dan rosakkan pulau sampai bila pun pulau itu tidak akan membangun.

Seperti Titah Tuanku, kita sama-sama wajar pastikan hak kedaulatan dan kepentingan negara walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan. Ini bukan bermaksud bahawa semuanya perfect, semuanya sempurna. Di mana ada kekurangan maka ditampung, di mana ada kelemahan maka dibaiki, di mana ada kealpaan maka ditegur, di mana ada kecurangan maka disiasat ataupun didakwa, tetapi janganlah kita cipta kecurangan. Janganlah kita reka kelemahan dan janganlah kita spin penipuan. Kemudian, tarik balik, minta maaf- ulang semula setiap satu, dua, tiga dan empat. Saya percaya kita sebagai Wakil Rakyat sedar bahawa kita ini diperhatikan dan kita memang mahu diperhatikan.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jika boleh untuk sebab yang baik dan betul, bukan atas perkara tidak baik.

Pertimbangan ini atas diri kita sendiri. Jadi, saya ingin nasihatkan terlebih dahulu kepada diri saya sebelum orang kata, “Wah, nampak YB cakap hebat sangat.” Saya hendak nasihatkan diri saya terlebih dahulu dan rakan-rakan Wakil Rakyat untuk kita ambil pedoman Titah Tuanku iaitu kita hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu dan jangan hanya pentingkan parti atau kelompok sendiri sahaja...

[Tepuk] [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong pada melakukan dosa dan pencerobohan.” Surah Al-Maidah, ayat 2.

Tuan Yang di-Pertua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, tetapi bagi rakyat kemahuan sahaja tidak cukup jika peluang tidak ada. Peluang pekerjaan bernilai tinggi dan upah progresif harus menjadi fokus. Baru-baru ini saya ditanya dalam satu sesi podcast anjuran Angkatan Muda Keadilan Ledang. Anak muda tanya, YB jawab. Bagaimanakah YB merancang untuk meningkatkan peluang pekerjaan khususnya bagi belia? Adakah terdapat insentif untuk melatih semula upskilling ataupun reskilling ataupun meningkatkan kemahiran upskilling pekerja-pekerja?

Jawapan saya, saya cuba untuk berikan kefahaman dan konteks kepada soalan itu.

Apakah sebenarnya isu dalam soalan itu? Adakah sebab kos sara hidup tinggi ataupun gaji tidak cukup ataupun kurang taraf pendidikan ataupun kurang kemahiran? Saya tidak kutuk kerajaan tidak buat kerja. Saya tidak kata kerajaan gagal cipta kerja. Saya hendak mereka faham, kan baik kalau kita beri kefahaman dan kita cerdikkan mereka supaya mereka faham sebenarnya apa isu sebenar yang hendak dibangkitkan. Habis jawab itu Ahli Dewan sekalian, saya pun tutup. Saya kata nanti saya tanyakan di Parlimen, jadi minta Menteri berkenaanlah yang tolong jawab.

Tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pola kadar pengangguran yang menurun 4.9 peratus pada Januari 2021 ketimbang 3.2 peratus pada November 2024, pola menurun. Ini petanda baik bahawa peluang pekerjaan wujud, tetapi kita perlu pastikan kerja yang ditawarkan ialah setara dengan kemahiran dan keperluan hidup rakyat. Apatah lagi Malaysia sedang menuju status menua menjelang 2044 apabila 14 peratus daripada penduduknya akan berusia 65 tahun ke atas, itu peratus yang agak tinggi.

Jadi, menurut kata seorang penyelidik di Institut Penyelidikan Khazanah, “Mempunyai kerja tidak semestinya menjamin kerja yang wajar.” Ada kerja, tetapi tidak semestinya menjamin kerja yang wajar. Beliau menggelar kekurangan-kekurangan dalam lingkungan pasaran pekerjaan itu sebagai defisit kerja wajar. Apakah maksud defisit kerja wajar ini? Ia berasaskan kepada lima indikator. Pertama ialah gaji yang wajar. Kedua ialah jam bekerja. Ketiga, ketidaksepadanan kerja. Keempat, kerja yang selamat dan kelima, perlindungan sosial.

Maksudnya defisit kerja wajar ini ialah indikator yang lebih menyeluruh. Dia bukan hanya bergantung kepada gaji. Dalam keadaan kita tahu pasaran buruh masa depan yang tidak menentu dan mencabar di samping adanya kemajuan teknologi dan pendigitalan, maka

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

saya menyeru kerajaan untuk terus menilai semula model terbaik buat rakyat menikmati pekerjaan dan pendapatan wajar tanpa kita meninggalkan sesiapa di belakang sama ada sektor formal ataupun informal.

Bagaimanakah status negara dalam mewujudkan pekerja berkemahiran tinggi dengan pendapatan wajar yang boleh menjamin kehidupan yang wajar? Ini persoalan dasar yang kita sama-sama harus tanya, kita faham dan kita sama-sama cari penyelesaian. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk kita boleh pastikan tiada golongan yang tertinggal belakang? Apakah langkah intervensi yang boleh diambil dalam bentuk latihan dan insentif serta apakah pencapaiannya?

Ini bagi saya termasuk daripada segi kaedah untuk kita menangani defisit kerja wajar.

Dengan peningkatan kos sara hidup, pada pendapat saya penetapan gaji minimum progresif, maksudnya bukan hanya penetapan gaji minimum, tetapi penetapan gaji minimum yang progresif dan Dasar Gaji Progresif mengikut sektor adalah langkah yang wajar tanpa kita mengetepikan soal kemahiran, produktiviti, pertumbuhan ekosistem ekonomi yang mampan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun ada menyebutkan bahawa transformasi digital yang dipacu kecerdasan buatan (AI) ialah salah satu inisiatif yang digerakkan secara agresif bawah ASEAN. Untuk itu beliau akan menumpukan usahanya untuk memperkasakan grid tenaga ASEAN dan terus mempergiatkan pendigitalan yang lebih menyeluruh dalam kalangan negara serantau.

Tahniah kerana menunjukkan kepimpinan dalam perkara ini.

Saya rasa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mempunyai satu potensi yang baik untuk benar-benar mewujudkan inisiatif yang terbaik ini di mana kita boleh melaksanakan transformasi digital yang dipacu AI menggunakan dan memperkasakan grid tenaga ASEAN.

Beliau juga berkata, semasa di Forum Ekonomi Dunia, “Pendigitalan merupakan komponen yang tercicir dalam semua perjanjian perdagangan bebas ataupun FTA Malaysia sebelum ini”. Dalam konteks ini persoalan saya ialah apakah persiapan Malaysia dan apakah kadar pendigitalan dalam negara sekarang sama ada dalam kerajaan, dalam perniagaan ataupun di kalangan rakyat?

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Apakah langkah yang diambil untuk menjamin bahawa rakyat dan peniaga terbanyak mendapat manfaat daripada transformasi digital? Sebab bagi saya, mungkin perkara-perkara ini sedang dirancang, sedang dilaksanakan, tetapi sebagai Wakil Rakyat, kita berdepan dengan rakyat di bawah, mereka mungkin tidak nampak lagi apakah cara bagaimana mereka boleh benar-benar dapat manfaat daripada pendigitalan dan teknologi yang ada sekarang.

Pada pendapat saya, kerajaan dengan pelbagai kementerian dan agensi wajar untuk mengoptimumkan sumber. Apabila saya berbincang dengan isteri saya semalam, dia kata, “Itu perkara biasa itu, bang. Bincang pasal hendak optimumkan sumber pelbagai kementerian ini, kerja silang kementerian”. Betul, saya kata, tetapi bagi saya, kalau betul-betul kita hendak ekonomi digital ini dapat jana ekonomi, dapat pendapatan rakyat yang baik, kita betul-betul

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

kena optimumkan semua kementerian ini...

[Tepuk] Baharu betul-betul kita boleh merapatkan kesenjangan kaum, wilayah dan ekonomi...

draft • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ledang, sikit. Berkaitan digital ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya habiskan ayat ini.

draft • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ini tentunya. Sebab apa? Apabila kita sebut tentang kita hendak merapatkan kesenjangan kaum, wilayah dan ekonomi ini, terasnya adalah kepada kita dapat melaksanakan pendigitalan, infrastruktur, pendapatan yang baik.

Jadi, ini mesti merangkumi sektor pendidikan, sektor kesihatan, sektor keselamatan, pertanian, perdagangan, wanita dan belia, desa dan wilayah. Sila, Hulu Terengganu.

draft • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan apa yang Ledang katakan bahawa perlu ada kerja rentas kementerian. Setuju tidak Ledang, apakah yang berlaku di negara kita sekarang ialah Perdana Menteri bekerja berseorangan? Perdana Menteri umum cuti Hari Raya, Perdana Menteri umum AI, Perdana Menteri umum berkaitan dengan tol dan sebagainya. Setuju tak Ledang? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Hulu Terengganu. Saya tak setuju. Yang saya setuju, Perdana Menteri memimpin dan itulah contoh yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri disokong oleh para Menteri-Menteri Kabinet.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati, dalam hal ini saya ingin mencadangkan satu potensi besar sebenarnya yang saya lihat sudah pun ada di depan mata, yang boleh mencapai apa yang saya maksudkan tadi. Apabila saya sebut pasal rentas kementerian, hendak optimumkan sumber, saya ada satu idea. Saya tengok potensinya cukup besar dan ia terkait dengan Program Sejahtera Komuniti MADANI yang disebut sebagai SejaTi MADANI.

Program ini, dia hendak merancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan pendapatan komuniti. Bagi dana RM100,000 kepada yang layak sehingga RM100,000 kepada yang layak dan program ini memberi tumpuan kepada lima sektor iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula. Banyak sektor itu. Jadi, kalau tengok di Ledang sahaja, di tempat saya terdapat lebih 80 projek yang sedang dilaksanakan daripada 742 projek di Johor.

80 projek di Ledang daripada 742 projek di Johor. Antara projek-projek ini ialah program tanaman nanas, pisang, rock melon, terung, cili, tebu, penternakan ikan keli, tilapia, arnab berdaging, lembu berdaging, penyediaan kiosk untuk peniaga, inapan kabin, kontena, agropelancongan rekreasi dan macam-macam lagi.

Saya sempat tengok dua projek penternakan ikan keli di Kampung Sagil, Parit 1 dan juga di Kampung Sri Makmur. Bayangkan, YB sekalian bayangkan jika projek-projek ini boleh memanfaatkan teknologi digital seperti penggunaan IoT untuk penternakan ikan keli, penanaman fertigasi cili dan terung. Impaknya meluas, mencipta peluang pekerjaan untuk anak muda, menjana pendapatan komuniti, menjamin keselamatan makanan- food security

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

dan juga menjimatkan kos pada masa yang panjang. Mengapa tidak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, umpamanya dengan kerjasama Kementerian Digital mempelopori perkara ini?

Maksudnya Projek SejaTi MADANI ini sedang digerakkan di bawah bahagian Pejabat Perdana Menteri, dimonitor, dipantau oleh ICU. Apa tidaknya kalau kementerian yang lain ini berikan sokongan, gunakan kesempatan ini untuk menggunakan teknologi digital dan sebagainya, tengok kepada projek-projek ini secara khusus, terpilih dan jadikanlah projek- projek ini sebagai antara sebab kita untuk kita dapat benar-benar menjadikan satu kerjaya ekonomi digital dan mendapat pendapatan yang baik bukan hanya untuk yang berkemahiran tinggi, tetapi untuk kampung dan komuniti.

Saya nampak ini satu yang sangat-sangat potensi besar. Saya rasa kalau tengok secara keseluruhan, di seluruh negara ada sebanyak lebih 6,500 projek. Jadi, kalau betul- betul kita dapat gunakan potensi projek-projek ini dan jadikan ia sebagai projek ekonomi digital, saya yakin ia akan menjadi satu perkara yang lebih baik untuk negara secara umumnya.

Justeru, ia bukannya hanya soal teknologi, tetapi ia merupakan soal masa hadapan anak bangsa. Dengan kadar penembusan liputan internet di kawasan berpenduduk, mungkin kini pada kadar 99 peratus. Kita harus memastikan akses teknologi dan internet juga menjangkau kawasan luar bandar. Kita ingin melihat Malaysia menjadi Digital Economy Power House, dengan izin, di mana penggunaan kecerdasan buatan, data raya dan block chain, bukan hanya satu kemewahan, tetapi satu yang kebiasaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada rajuk yang lain, kepada RMKe-13. RMKe- 13 ialah hala tuju untuk lima tahun akan datang, 2026-2030. Kerajaan akan bentang pada pertengahan tahun ini. Meskipun tumpuannya ialah kepada ekonomi, kepada sosial, alam sekitar dan juga tatakelola yang terkait dengan menaikkan lantai dan juga menaikkan siling, saya berharap kita sama sekali tidak mengetepikan aspek pendidikan dan aspek kecerdasan bakat serta inovasi.

Kalau kita perhatikan, saya buka balik buku lama, bab kelima RMKe-11, tajuknya, “Meningkatkan Modal Insan Untuk Negara Maju”. Itu kira tahun berapa itu? RMKe-11, lama sudah itu. Masa itu ada sebut meningkatkan modal insan untuk negara maju. Apakah kita terus bergelut untuk mencapainya dalam lima tahun akan datang? Sebab sebenarnya, kita hendak jadi negara maju ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi, kita boleh menuju negara maju pada tahun 2027 atau lebih praktikal lagi tahun 2028. Itu lebih kurang hanya tiga tahun. Jadi, saya rasa ini satu perkara yang kita benar-benar pastikan kita boleh laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, benar, nilai perdagangan Malaysia meningkat, 9.2 peratus kepada rekod tertinggi RM2.879 trilion pada 2024. Itu menunjukkan keyakinan pelaburan serta pertubuhan ekonomi. Tahniah dan saya puji benar-benar usaha yang dilakukan oleh bukan hanya daripada Perdana Menteri, tetapi menteri-menteri yang berusaha untuk membawa pelabur mendapatkan keyakinan daripada mereka untuk akhirnya, ia memberi

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

manfaat kepada rakyat dan kepada negara, tetapi pelaburan yang wajar dilakukan bagi saya ialah kepada pendidikan dan kecerdasan bakat serta inovasi.

Langkah melabur dan memperkukuhkan bidang pendidikan di Malaysia bukan sahaja akan membuahkan hasil amat bermakna pada jangka pendek dan panjang, tetapi juga membantu untuk membawa negara memenuhi wawasannya menjadi sebuah negara maju.

Saya teringat sepertimana yang diketahui ramai dan dibuktikan di banyak negara. Pendidikan ialah penyetara sosial, dengan izin, social leveler, pendidikan ialah penyetara sosial, social leveler yang penting untuk kita hendak membantu seseorang untuk mempertingkatkan mutu kehidupan dari segi ekonomi dan sosial.

Justeru, dalam konteks RMKe-13, apa pelan pendidikan kurikulum baharu dan pelan pendidikan tinggi yang boleh memastikan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju yang diasaskan atas modal insan yang berilmu, yang bermaruah dan berkemahiran.

Dengan kata lain, ada ukhuwah dan amanah. Kalaupun kita akhirnya sampai ke negara maju pada masa itu, kita tidak mahu berlaku risiko kesenjangan sosial yang melebar yang sebenarnya yang melanda negara maju. Salah satu bagi saya prasyarat penting ialah pendidikan. Pendidikan yang berkualiti tinggi, yang efektif, yang inklusif dan melahirkan modal insan yang berkualiti. Di samping itu, sistem kesihatan yang berkualiti juga antara elemen penting untuk sebuah negara maju.

draft • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Aspek perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti dan penggunaan teknologi kesihatan antara cabaran yang masih menghambat kita. Walaupun begitu, saya sedar Malaysia telah berjaya untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan menunjukkan prestasi sistem penjagaan kesihatan yang baik berbanding dengan banyak negara berpendapatan sederhana yang lain dan baru-baru ini pun kita dengar bahawa Kementerian Kesihatan telah mampu untuk mengurangkan masa menunggu bagi sektor-sektor utama daripada tiga jam kepada 30 minit. Tahniah saya ucapkan kepada warga Kementerian Kesihatan.

Kita juga tahu bahawa dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan dalam Dewan ini pada Jun 2023 memang lengkap dengan cabaran, jurang kesihatan, tonggak dan strategi reformasi kesihatan, tetapi saya percaya masih lagi terdapat ruang untuk penambahbaikan dan dalam hal ini, saya ingin ambil satu contoh, kita tahu bahawa antara perkara penting juga kritikal ialah berkenaan dengan penyelenggaraan dan perolehan peralatan perubatan. Contohnya untuk sesebuah klinik ibu dan anak berfungsi, salah satu peralatan perubatan yang paling penting dalam penjagaan pranatal ialah mesin ultrasound bayi.

It sounds so simple, kecil sahaja, tetapi kalau pergi klinik ibu dan anak, tak ada mesin ultrasound ataupun rosak, tak boleh datang. Pergi ke klinik lain yang ada mesin ultrasound.

Jadi maknanya, ia agak kritikal. Soalan saya ialah, bagaimanakah peralatan perubatan sepenting ini diselenggarakan? Apakah kaedah penyelenggaraan oleh KKM? Yakni wujudkah jadual penyelenggaraan atau penukaran peralatan pada kadar yang munasabah? Jika terdapat syarikat yang bertanggungjawab dalam hal ini, yang dilantik oleh KKM, apakah

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

prestasi mereka dan bagaimanakah mereka dipantau supaya peralatan perubatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan optimum?

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ledang.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya kemukakan soalan-soalan ini sebab ada sebabnya lah. Jadi kalau boleh nanti semasa sesi jawab Menteri, saya akan kemukakan lagi pertanyaan berkenaan dengan perkara ini. Silakan Pulai.

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya pun nak berkongsi juga isu ini ya. Apabila sebuah klinik di Pulai memohon sumbangan dari Pusat Khidmat untuk menyediakan mesin ultrasound ini. Ini penting, tetapi macam mana pula dia minta dengan Pusat Khidmat?

Sepatutnya dia dikendalikan oleh KKM sendiri untuk keperluan ibu dan anak ini, tetapi sampai nak minta ke Pusat Khidmat, itu maksudnya tidak ada satu peruntukan yang khas. Minta dan mohon komen sikit.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Betul. Maksudnya itu saya rasa pengalaman yang ada dihadapi oleh beberapa buah kawasan juga dan saya tahu bahawa Kementerian Kesihatan adalah antara kementerian yang paling mencabar, luas dan kosnya tinggi dan sebagainya, tetapi saya kira perkara-perkara macam ini boleh diambil perhatian dan boleh dijawab nanti untuk kita mendapatkan pandangan dan apakah tindakan daripada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat yang seterusnya saya ingin sentuh ialah tentang reformasi tatakelola. Tatakelola yang baik ialah asas kepada keyakinan rakyat.

Tatakelola yang cekap dan stabil ialah kunci kepada kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Kita perlu pastikan reformasi institusi dilaksanakan dengan tegas khususnya memperkasakan badan-badan seperti SPRM dan juga institusi kehakiman. Dalam konteks ini, saya fikir ada baiknya untuk pihak kerajaan terus memberikan penjelasan dan penyampaian mesej terhadap beberapa perkara yang dikatakan menjadi pertikaian sekarang.

Antaranya ialah pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya yang mana difahamkan laporan interimnya akan dibentangkan di sini. Saya mohon disegerakan dan jika boleh dalam sidang ini atau dibawa dalam Jawatankuasa Pilihan Khas termasuk kepada Kumpulan Rentas Parti. Ini juga untuk menangkis apa jua tohmahan bahawa terdapat campur tangan politik dalam ikhtiar kerajaan untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa. Satu perkara yang saya ingin berikan pandangan, ruang bicara, berbincang, berdialog dalam hal tatakelola ini saya lihat sebenarnya cukup luas. Banyak platform. Bukan hanya wakil-wakil rakyat kerajaan, tetapi juga pembangkang.

Contohnya dalam PAC, dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, dalam APPG, sesi libat urus kementerian, dalam Dewan ini, dalam Kamar Khas dan lain-lain. Jadi bagi saya, cuba tanya rakyat, macam mana? Apakah peranan Wakil Rakyat mereka dalam platform-platform ini? Bagaimanakah kehadiran mereka dalam platform-platform ini? Sampai tak maklumat yang dapat daripada kementerian dan agensi yang berkenaan kepada mereka? Ini saya rasa tanggungjawab kita sebagai wakil-wakil rakyat. Jadi tidak benar jika dikatakan....

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ledang, sekali lagi Ledang.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

...Tidak benar jika dikatakan bahawa kerajaan telah menyekat ruang kebebasan bersuara hanya kerana beberapa undang-undang yang dianggap represif, masih belum dipinda. Reformasi seperti menubuhkan Majlis Media Malaysia telah dilakukan, bacaan kali pertama dalam sidang lepas dan bacaan kali kedua dalam sidang ini. Akta Kebebasan Maklumat akan dibentangkan tahun ini dan Akta Perkhidmatan Parlimen supaya Parlimen ada kebebasan, ada autonomi dijadualkan juga dibentangkan dalam sidang kali ini. Semua ini tak berlaku dalam pentadbiran-pentadbiran yang lalu. Maksudnya ada usaha, ada ikhtiar untuk beri ruang itu kepada rakyat dan juga kepada Wakil-wakil Rakyat. Jadi...

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey Ledang?

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tak cukup masa dah Hulu Terengganu, minta maaf.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit sahaja, sikit sahaja.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya baharu perkara ketiga ini.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya nak sokong Ledang berkaitan tatakelola.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tak apa, tak apa.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tak, tak. Tak apa, tak apa.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu, sila duduk.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Nak sokong 200 peratus.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tak apa, tak apa.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh?

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dia tak bagi laluan, sila duduk.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Nak bagi 100 peratus.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jadi kalau kita lihat, memang benar bahawa beberapa pindaan sedang dalam tindakan seperti Akta Pendanaan Politik, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, tapi kita kena faham juga bahawa kita kena laksanakan ini dengan penuh teliti kerana ia melibatkan banyak faktor. Antaranya juga pindaan Perlembagaan, pindaan kepada perkara-perkara yang lebih sensitif dan sebagainya. jadi, saya cuma mohon bahawa pihak Jawatankuasa Pilihan Khas sentiasa dirujuk dan tak silap saya, minggu depan ada satu mesyuarat antara Jawatankuasa Pilihan Khas, APPG dengan Menteri Undang-undang. Jadi datang, jangan tak datang.

Pada masa yang sama, kandungan peruntukan yang depresif dalam Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, saya kira wajar dipinda. Untuk makluman Dewan, Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan telah mendengar taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri dan telah menyampaikan pandangannya pada November 2024 dan saya ucap terima kasih kepada kerajaan atas usaha libat urus berterusan dan kami dalam Kumpulan

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Rentas Parti mahu bekerjasama supaya pindaan atau akta baharu dan aspek-aspek lain Reformasi Tatakelola dapat dijayakan.

Perkara yang terakhir, yang kelima yang saya ingin bahaskan ialah berkenaan dengan keselamatan serantau dan global. Sebagaimana yang mungkin kita sedar, dunia kini menghadapi ancaman keselamatan yang semakin kompleks. Banyak telah disebutkan, saya tak perlu sebutkan di sini, tetapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Dalam Negeri kerana telah akhirnya berjaya melancarkan agensi tunggal di sempadan iaitu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan ia berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran sumber daripada pelbagai jabatan kerajaan, menyelaraskan operasi di semua pintu masuk negara.

Cuma saya berharap, kewujudan AKPS ini turut diiringi dengan penggunaan teknologi baharu, aset yang setara dengan keperluan keselamatan masa kini. Tuan Yang di- Pertua, di peringkat global, kita tahu tumpuan utama ialah kesan ataupun impak akibat daripada pentadbiran baharu Amerika Syarikat di bawah Presiden Trump. Dasar protectionism AS ataupun Amerika Syarikat ini mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China walaupun sekarang ini dia ditangguhkan, tetapi ia ada kesannya dan mungkin akan dikenakan pula ke atas Kesatuan Eropah, besar kemungkinan ada kesannya juga pada Malaysia.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ya. Jadi, ini bagi saya adalah kesan- kesan yang kita kena ambil kira. Satu perkara yang saya rasa penting dan tidak asing dengan kita adalah berkenaan dengan soal peperangan Israel ke atas Gaza dan Palestin. Saya turut menjunjung Titah Tuanku supaya Malaysia terus kekal tegas atas prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan. Inilah prinsip sejagat yang tidak boleh diamalkan secara terpilih sahaja. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana rakyat dan negara itu dijajah, dicerobohi, dirampas dan dibunuh secara genosid bukan selama hanya 15 bulan, tetapi lebih tujuh dekad.

Soal mengapa Malaysia begitu ke depan dalam membantu Palestin dan pembangunan semula Gaza, saya kira telah terjawab pagi tadi semasa Yang Berhormat Menteri Luar jawab soalan yang saya telah kemukakan dan sepatutnya tidak timbul lagi isunya. Gencatan senjata yang sedang terlaksana sekarang memang melegakan banyak pihak terutamanya rakyat Palestin dan kita harap fasa seterusnya dipersetujui untuk gencatan senjata yang berterusan, tetapi hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, penderitaan rakyat Palestin belum tamat. Rejim Zionis Israel ini sekarang sedang meningkatkan serangan pula ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan kebimbangan hubungan normalisasi antara rejim dengan Negara-negara Arab juga ada.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sebab itu suka saya mengajak Tuan Yang di-Pertua dan YB sekalian untuk kita menginsafi bahawa pergolakan yang berlaku di Gaza hanya boleh terlerai apabila negara- negara dunia sendiri akur dengan peraturan dan hukum. Rules of law yang mereka sendiri

draft • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

gubal dan dukung dan tidak hipokrit. Apakah kejadahnya? Minta maaf, saya guna bahasa ini.

Apakah kejadahnya? Bila gencatan senjata disokong, tetapi Trump mengarahkan tentera Amerika Syarikat untuk melepaskan bekalan bom 2,000 pound ke Israel baru-baru ini. Jadi, jangan seronok sangat dengan Trump. Sebenarnya bagi saya, ini lah hipokrit yang sedang berlaku di depan mata kita.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan saya ini dengan mengucapkan- saya telah bahaskan tentang lima perkara. Kita sebagai sebuah negara hukum, Perlembagaan Persekutuan adalah rujukan utama kita. Kita ada prinsip keadilan, kebebasan, ketelusan dan hanya dengan kejujuran dan juga keikhlasan dalam tugas, kita dapat melunaskan amanah rakyat.

*Bersatu teguh, Bercerai roboh; Titah Baginda umpama suluh, Menerangi jalan agar tidak tergopoh.

Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, Malaysia tetap tanah tumpah darah ku, Tiada ganti di dunia ini.* Menjunjung Titah kasih Tuanku, Ledang menyokong. Assalamualaikum

draft • 3:40 PM

warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat dari Paya Besar sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Larut untuk berucap...

[Tepuk]

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mulakan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan merafakkan sembah setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan cakna Baginda sebagai Raja yang sentiasa mengambil berat tentang untung nasib rakyat serta masa depan negara tercinta ini.

Sebagaimana yang dihasratkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Ibrahim yang mahu melihat Parlimen ini menjadi gelanggang check and balance kepada pentadbiran negara. Inilah juga amanah yang terpikul kepada atas bahu kita semua sebagai khalifah di muka bumi ini. Insya-Allah Perikatan Nasional akan tunaikan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

draft • 3:42 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Seperti mana firman Allah Subhanahu wata’ala menerusi surah Al-An’aam ayat 165 yang mafhumnya berbunyi, “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa darjat kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhan mu amatlah cepat azab seksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Sebagai khalifah, setiap daripada kita ada tanggungjawab. Masing-masing bukan sahaja pencipta kepada penciptanya, tetapi sesama kita, sesama manusia. Kita ada tanggungjawab kita. Raja ada tanggungjawabnya, Sultan, Yang di-Pertuan Agong, masing- masing mempunyai tanggungjawab masing-masing. Pemerintah juga ada tanggungjawab dalam mentadbir negeri dan negara. Pegawai kerajaan ada tanggungjawab. Begitu juga dengan rakyat yang lagi besar tanggungjawabnya. Bukan hanya kepada dirinya, keluarganya dan seluruh negara.

Semuanya kalau bertanggungjawab dan menunaikan amanah secara adil serta saksama, insya-Allah negara akan makmur dan aman sentosa, tapi kalau kita tidak bertanggungjawab dengan amanah yang kita pikul, nescaya akan timbul lah cabaran, akan muncullah rentetan masalah dan akan terbitlah ketidak kepercayaan sesama kita. Saya hendak bagi satu contoh. Raja merupakan payung negara. Malaysia mengamalkan Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Di mana Raja melalui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan, kuasa serta kedaulatan yang perlu dijunjung. Laksana kata orang tua-tua, *Tepian sumur di hujung tanjung, Alur dibelah tebing di rata; Perintah Raja harus dijunjung, Agong berdaulat payung negara...

[Tepuk]* Setiap pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ini ada tempohnya. Pemerintahannya sebagai Raja berperlembagaan ada tempohnya. Ada masa dia mengangkat sumpah, sehingga tamat tempohnya. Dari mula Baginda angkat sumpah, sehinggalah ke saat-saat akhir, itu lah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong. Maka, sepanjang dalam tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, tidak ada sesiapa pun yang boleh persoalkan saat mana, waktu mana Titah Diraja itu boleh diterima atau tidak boleh diterima kerana Baginda mempunyai kedudukan, kuasa dan kedaulatan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan yang perlu dijunjung*...

[Tepuk]* Kalau kita kata yang perlu dijunjung, bukan hanya kami pembangkang kena dengar 3R. Inilah arahan Titah Diraja. Kami junjung. Kepada rakyat, 3R kena jaga semua ini. Rakyat junjung, tetapi kalau keingkaran yang dibuat oleh kerajaan, di manakah letaknya?

draft • 3:42 PM

Seorang Ahli

...Parlimen.

draft • 3:42 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Menyembunyikan atau menafikan Titah Yang di-Pertuan Agong adalah suatu penderhakaan besar kepada negara*...

[Tepuk]*

draft • 3:42 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebagai Perdana Menteri, kadang-kadang saya hairan. Yang Amat Berhormat Tambun ini, dia sudah pun terikat dengan ikrar, sumpah, taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu Perikatan Nasional sebagai sebuah parti yang berjuang atas landasan kebenaran, yang berjuang demi rakyat, yang berjuang demi agama, bangsa dan negara, yang menjunjung tinggi Rukun Negara, yang mana dalamnya terkandung aspek kesetiaan kepada Raja dan negara. Kami akan sentiasa mempertahankan kemuliaan institusi Yang di-Pertuan Agong dan institusi Diraja mengikut lunas-lunas Perlembagaan yang ada..*.

[Tepuk]* Berbeza dengan Kerajaan Madani ini. Titah Yang di-Pertuan Agong pun lepas setahun dipersoalkan tidak timbul-timbul. Sehinggakan mahkamah yang mengatakan, “Eh, wujud addendum.” Jadi, saya hendak tanya kepada rakyat semua. Hendak bertanya, sudah beberapa kali diberikan ruang untuk kerajaan menjawab. Ada kah tidak ada Titah Diraja?

Yang ini yang menjadi persoalan kepada kita. Ada atau tidak? Kami bawa, Ahli Parlimen bawa, pembangkang bawa, semua ini membawa dan mempersoalkan, macam-macam cara mereka menjawab. Ada kata hearsay, ada yang kata tidak tahu, ada yang berdolak-dalik. Ini yang dipertikaikan oleh kami. Semua saya dengar. Tadi pembawa usul, wah bercakap, kita kena dengar lah Raja-Raja. Kita kena dengarlah Titah Diraja. Kita kena dengarlah mengikut Perlembagaan. Ini apa, Yang Berhormat?

draft • 3:42 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Boleh mencelah?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Nak mencelah pasal Raja?

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ha.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey, kalau Raja Pahang boleh, insya- Allah.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Ketawa] Terima kasih, Larut.

Larut sebut tadi Paya Besar. Paya Besar, Pahang. Hulu Terengganu tanya tapi Paya Besar tak jawab soalan. Ini Indera Mahkota, istana tempat Sultan Pahang bersemayam itu dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota.

[Tepuk] Ada dua titah. Satu adalah Titah Adendum, dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan saya pada bulan Januari tahun lalu. Titah kedua oleh Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada Januari 2025. Dua-duanya Agong. Dua-dua kita kena junjung.

Dua-duanya ikut Perlembagaan. Ini yang saya nak tegur tapi Paya Besar dah keluar.

Soalan Yang Berhormat Larut timbulkan tadi ialah mengapa patuh hanya kepada Titah Agong ke-17? Tak patuh kepada Titah Agong ke-16 yang masa itu masih bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga tunggu terpaksa Sultan saya, Sultan Pahang keluar, arahkan istana keluarkan surat mengatakan benar bahawa Titah Adendum itu wujud dan sah. Ini penderhakaan atau kemungkaran besar?

[Tepuk]

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini soalannya Tuan Yang di-Pertua.

Soalannya apabila seseorang menyorok Titah Diraja, dia adalah merupakan penderhakaan

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

kepada Raja dan negara.

[Tepuk] Kalau ini berlaku, maka bermakna kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menderhaka kepada Titah Diraja.

[Tepuk]

draft • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, Hulu Terengganu, Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apa pula?

draft • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas saja Hulu Terengganu. Isu derhaka, ini isu sensitif. Isu panas. Kalau zaman purba dulu, orang yang menderhaka ini perlu disula. Disula ini maksudnya memasukkan melalui dubur keluar ikut mulut. Saya rasa mungkin kerajaan hari ini suka disula atau suka menyula. Jadi, apa pandangan Larut berkaitan dengan ini? Apakah hukuman yang patut diberi kepada mereka yang menderhaka ini? Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasihlah. Tuan Yang di-Pertua, betul kalau zaman dulu, Kesultanan Melayu, kalau menderhaka ini boleh disula. Hari ini...

draft • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

YB Larut, Pasir Gudang nak mencelah.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Hari ini sula, dah macam-macam cara mereka sula.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

draft • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

YB Larut, minta izin.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, apa yang saya nak sebut hari ini Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Larut, Kota Bharu.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bila menderhaka ini, dah la satu bab menderhaka, kemudian menjawab di sini, kata kalau nak tahu apa jawapannya pergi ke mahkamah. Saya sebagai Ketua Pembangkang, menjemput rakan-rakan untuk ke mahkamah mendengar apa yang sebenarnya berlaku di mahkamah. Hari ini bila saya pergi ke mahkamah, ada pula cerita lain. Gag order pula lagi. Apa pula nak jadi ini?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Larut, Kota Bharu, belakang.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oh, Kota Bharu.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga Puan Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyebut mengenai, jelaslah adendum yang disorok, yang disembunyi setahun, hampir setahun. Tapi, adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersetuju dengan saya bahawa pada 6 Januari 2025 yang baru-baru ini, apabila Mahkamah Rayuan Malaysia telah membuat satu keputusan yang boleh disimpulkan bahawa adendum itu wujud? Atas dasar itulah Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Datuk Seri Najib untuk mengemukakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk menguatkuasakan adendum itu. Itu yang pertama.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Keduanya, adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga boleh bersetuju bahawa sebenarnya kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan cuba kantoi ataupun cuba mengelirukan, bukan sahaja Dewan ini tapi seluruh rakyat kerana selepas 6 Januari 2025, beliau mengambil masa hampir seminggu untuk memberikan penjelasan ini.

Saya quote satu kenyataan akhbar daripada Perdana Menteri yang mengatakan bahawa – ini kenyataan Perdana Menteri selepas 6 Januari, Perdana Menteri menyatakan bahawa – ini dalam FMT [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] “Surat Titah Adendum dihantar kepada Peguam Negara”, kata Anwar.

Walaupun sebelum itu Menteri Dalam Negeri kata, “Penjara tak terima”. Kemudian Menteri Wilayah kata, “Tak ada apa-apa”. Tapi ini menunjukkan bahawa adendum ini wujud.

Selesai masalah, adendum ini wujud tak wujud, itu selesai. Adakah Ketua Pembangkang bersetuju dengan perkara ini? Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

YB, YB Ketua Pembangkang.

Mencelah sikit, ringkas saja. Pasir Gudang. Terima kasih YB Larut.

Tadi ada dakwaan yang menyatakan Perdana Menteri, YB Tambun melakukan penderhakaan berkaitan dengan Titah Adendum. Izinkan saya memberi pandangan. Saya tak bersetuju dengan tuduhan itu. Atas fakta begini. Pertama, kes rayuan berkenaan judicial review berkaitan Titah Adendum itu berada di mahkamah. Bermula daripada Mahkamah Tinggi, kemudian bersambung ke Mahkamah Rayuan dan sampai sekarang belum selesai.

Satu lagi iaitu peranan Peguam Negara.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pasir Gudang dengar, sebab tak payah jawab kepada saya.

draft • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, tuduhan itu terlalu keras.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat tak payah jawab kepada saya.

draft • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Itu tidak betul.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey. Saya nak maklumkan Tuan Yang di-Pertua. Itu pendapat sesetengah orang. Betul tak betul, itu bab lain. Isu yang kita kata ini Titah Diraja itu telah diderhaka, yang itu.

[Tepuk] Bab lain, itu cerita Pasir Gudang nak cerita, ceritalah. Saya tak mahu masuk campur.

Yang saya nak beritahu adalah candour principle. Prinsip berterus terang.

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Ketua Pembangkang, sikit. Atas – Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita kena ada prinsip berterus terang.

Maknanya, kalau...

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Atas dasar apa yang mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun itu sebagai penderhaka? Atas dasar apa?

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tidak ada apa-apa kenyataan daripada Raja sendiri...

draft • 3:50 PM

Seorang Ahli

Ikut peraturan, ikut peraturan.

draft • 3:50 PM

Seorang Ahli

Perikatan. PN lagi derhaka.

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...Yang mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun derhaka. Kita lihat pada tahun 2021, Agong... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sungai Petani duduk!

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

36(6).

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Prinsip kita adalah...

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat, 36(6).

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Duduk, duduk, duduk! Puan Yang di- Pertua...

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Point of order, “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap Ahli yang lain”. Ini saya membangkitkan point of order. Atas dasar apa bahawa Ketua Pembangkang mengatakan kerajaan hari ini adalah kerajaan penderhaka. Tidak ada mana-mana statement daripada Yang di-Pertuan Agong. Kita lihat contoh penderhaka iaitu pada 2021, “Agong amat dukacita, Takiyuddin kelirukan Dewan Rakyat”. Itulah antara contoh penderhaka sebenar, dikeluarkan kenyataan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat, saya mohon Ketua Pembangkang untuk menarik balik kenyataan tersebut. Yang Berhormat Speaker, sila buat ruling, Yang Berhormat Speaker. Ini adalah sangkaan jahat yang dibuat oleh Ketua Pembangkang terhadap Yang Amat Berhormat Tambun dan seluruh kerajaan pada hari ini.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, yang saya nak sebut hari ini adalah prinsip berterus-terang. Kalau daripada mula kata ada...

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

No, isunya saya bangkitkan point of order.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tapi ada masalah.

draft • 3:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya bangkitkan *point of order.

[Pembesar suara dimatikan]*

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Larut untuk memberi penjelasan dahulu. Yang lain sila duduk.

draft • 3:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:50 PM

Seorang Ahli

Hendak pergi mana?

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain, sila duduk.

Jangan teriak-teriak dalam Dewan.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Bila kita sebut ayat menderhaka ini, kita memang takut tapi yang menyorok itu sepatutnya takut awal, bukan takut sekarang.

[Tepuk] Kalau dia takut awal dulu dan dia buat candour principle, berterus-terang. Prinsip berterus-terang, ada kami terima tapi kami waswas. Kita kata itu hak mahkamah nak tentukan waswas ini betul, tak betul, itu pihak lain, yang kita persoalkan hari ini kita tanya pada awal, setahun. Ini yang saya kata, bila setahun disorok pada pandangan kami, ia adalah merupakan satu penderhakaan kepada Titah Diraja.

[Tepuk]

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, tak payah masuk bab ini lagi. Kalau kita masuk bab ini, karang bangkit lagi entah apa-apa...

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Larut, belakang, belakang. Sikit lagi.

Tadi Yang Berhormat ada sebut, sekarang mula di dalam Dewan ini, sub judice, tak boleh bercakap mengenai adendum ini. Sekarang ini saya nak maklumkan― mungkin Yang Berhormat Ketua Pembangkang dah tahu, Pasir Gudang pun mungkin tahu. Kerajaan Malaysia membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, permohonan larang suara, gag order dan permohonan perintah perlindungan supaya isu adendum ini tidak boleh diperkatakan oleh sesiapa sahaja dalam dunia ini. Bukan sahaja di dalam Dewan ini, termasuk Dewan ini, seluruh dunia. Adakah ini satu perkara yang patut? Satu perkara yang diamalkan oleh kerajaan sekarang ini, adakah satu benda yang ― macam mana nak gambarkan itu?

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya bangkitkan isu ini adalah kerana― tadi saya dah kata, kalau kita semua mengikut prinsip berterus-terang dan kita dengar apa titah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semalam, sebenarnya adalah sesuatu yang patut kita ambil sebagai iktibar kepada kita semua. Sebabnya adalah kerana...

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Speaker.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Apa yang Yang di-Pertuan Agong...

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ruling perlu dibuat ketika point of order telah saya bangkitkan ― 36(6). Saya ingin tahu sahaja ruling daripada Yang Berhormat Speaker. Itu sahaja. Sebab saya membangkitkan Peraturan Dewan.

draft • 4:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mengganggu. Tambah seminit.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Jadi, ruling belum dibuat.

Penjelasan telah dibuat tapi ruling belum dibuat oleh Yang Berhormat Speaker.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua. Jadi...

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan tentang ruling daripada Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, isu kita adalah isu di mana...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Larut.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Kalau berterus-terang, tak ada pun timbul isu ini. Kami tidak akan timbulkan. Kami akan terus menentukan institusi diraja diangkat, diletak paling tinggi...

[Tepuk] Itulah yang kami nak sebut.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Larut, boleh saya tanya, adakah sangkaan jahat itu ditujukan kepada sesiapa Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini?

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey. Kalau tengok balik Hansard tadi, saya kata mudah sahaja. Apabila mahkamah memutuskan bahawa ada adendum tersebut, maka bermakna kami kata setahun adendum ini disorok.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Betul.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu adalah kebenaran, fakta. It is not fake news. Itu bukan fake heroes yang dikatakan oleh Tambun. Tidak. This is the reality yang sebenarnya ada terjawab dan telah pun dijawab.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Jadi, apa hak Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk menyatakan kita penderhaka atau Yang Amat Berhormat Tambun penderhaka? Apakah hak Ketua Pembangkang untuk menyatakan Yang Amat Berhormat Tambun adalah penderhaka?

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jelas ada sangkaan jahat. Biarlah Speaker buat keputusan.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya hanya membangkitkan sangkaan jahat untuk menarik semula kenyataan tersebut. Itu sahaja. Kota Bharu pun pernah disabit sebagai penderhaka.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ha.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Jangan lupa itu. Jangan lupa.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Contoh, contoh.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, kalau beginilah caranya, bagaimana dunia nak datang, bagaimana dunia hari ini...

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, minta laluan. Larut.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apabila kerajaan ke luar negara menjemput...

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, minta laluan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Meminta...

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tolong jangan inilah. Jangan alihkan, jangan alihkan...

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Supaya banyak...

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dengan penuh sopan, saya minta laluan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Supaya banyak pelabur-pelabur datang ke dalam negara kita.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, minta laluan.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Apa kena-mengena dengan tuduhan seorang penderhaka dengan pelabur?

draft • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya boleh bagi satu fakta yang sah.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jangan cuba nak alihkan peraturan. Ketua Pembangkang telah memfitnah kata penderhaka padahal PAS yang derhaka.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kita memasukkan point of order. Kita membangkitkan Peraturan Dewan, Yang Berhormat. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya respek. Saya respek Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang derhaka ― Pagoh. Yang derhaka ― MB Kedah yang jelas sehingga institusi diraja membuat laporan polis.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Institusi sultan buat polis terhadap MB Kedah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Itu derhaka yang jelas...

draft • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Pagoh buat kenyataan tak benar sehingga institusi raja buat laporan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Itu adalah derhaka yang jelas.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Op, op, op, op, op.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Chin Peng derhaka.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ketua Pembangkang, tolong duduk sekejap. Semua orang duduk. Semua duduk. Kita ada separation of power. Mahkamah, eksekutif dan kita di sini.

Sudah tentu bila kita suarakan sesuatu, kita mengharapkan eksekutif mengambil tindakan.

Sebab itu kita Ahli Parlimen, kita mendesak, kita menjerit sebab kita expect eksekutif mengambil tindakan.

Dalam isu adendum ini, saya ada dengar lama dah. Saya dari dalam Chamber tadi.

Dan very clear, loud and clear bahawa sekarang ini seperti yang juga dikatakan oleh Pasir Gudang, dalam mahkamah. What do we expect eksekutif nak ambil? Because things are in the mahkamah. Kita boleh menjeritlah. But the point is taken bahawa Ketua Pembangkang mengatakan sorokan telah dibuat, persembunyian telah dibuat. *You made your point.

Agreed*. Saya rasa cukuplah setakat itu. After all, move-lah. Benda banyak lagi. Adendum ini cukup. Cukup.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

I think move-lah isu-isu lain pula.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya dah masuk isu lain dah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, please. The rest, okay. Move. Thank you. Please.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya dah masuk isu lain. Saya kata pelabur-pelabur luar...

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes, good. Move. Thank you. Now, cakap ekonomi pula.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pelabur-pelabur luar tertanya-tanya, “Macam mana saya nak pergi ke negara ini nak melabur kalau sekarang ini mereka bertekak tentang satu Titah Diraja ― disorokkan kah? Adakah?” Dah mula. Itu persoalannya.

Sehinggakan banyak isu-isu yang dibangkitkan...

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Larut, minta laluan lagi. Minta lagi.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tan Sri Yang di-Pertua, dia patah balik isu yang sama.

draft • 4:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Pelabur mana yang tanya?

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Kalau dia teruskan ini, saya akan terus persoalkan benda ini.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kata move on...

draft • 4:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Larut, Larut.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya nak kata itu MB Kedah, isu Pagoh...

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Move on isu lainlah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

...Jelas sampai institusi diraja buat laporan polis.

draft • 4:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Larut, jelaskan pelabur mana yang sebut?

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Itu penderhakaan yang jelas di siang hari.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Kalau nak bicara penderhaka, panjang lagi. Sepuluh tahun pun kita boleh bicarakan.

draft • 4:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Larut! Larut!

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengar, dengar. Mark my words. Peraturan Mesyuarat.

Listen, listen.

draft • 4:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Pelabur mana? Jelaskan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Semua duduk. Duduk!

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Pagoh dengan MB Kedah betul-betul derhaka.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Keluarkan mereka.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak duduk, saya suruh keluar.

draft • 4:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dia teruskan, Tan Sri Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Semua diam.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Setuju, setuju. Keluar. Setuju keluar. Mereka akan kacau.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Listen, listen, listen.

draft • 4:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Apa level Ketua Pembangkang ini?

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Now, whatever it is, sekarang ini floor Ketua Pembangkang. You nak tanya apa-apa, bangkit dan soal. I will give it. But tak boleh macam ini. Walaupun dia pembangkang, dia ada hak. Ketua Pembangkang ada hak dan di sini...

[Merujuk kepada blok kerajaan] Pun ada hak. Masing-masing ikut peraturan.

And remember, the world is watching. Saya pergi Brunei baru-baru ini, dia tanya saya, “Apa yang berlaku di dalam Parlimen Malaysia?” Jadi, please. Jadi, saya minta peraturanlah.

Baik, Jelutong nak minta apa-apa, bangun, cakap, “Datuk Speaker, boleh minta laluan kepada...” Cakap.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya tidak ingin meminta Larut apa-apa. Cuma ingin membangkitkan isu peraturan. Isu peraturan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Standing order-kah? Standing order-kah?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Standing order, standing order.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, standing order. One minute. One minute, standing order. Apa dia standing order-nya? Berapa? Baca, baca.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Standing order 36(2).

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(2). Isunya apa dia?

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Daripada tadi bila saya di Bilik Jawatankuasa, saya telah dengar Ketua Pembangkang menyebut isu adendum ini berulang kali. Isu adendum ini kita mengetahui bahawa sedang dibicarakan di mahkamah.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak boleh disebutkan apa- apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara. Tan Sri Speaker telah memberi peringatan kepada Ketua Pembangkang ― beliau telah menyebutkan perkara itu― tetapi mengulangi perkara itu berulang kali. Hanya akan menyebabkan kita melanggar peraturan ini.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, pada pandangan saya, pada hemat saya, Ketua Pembangkang telah menyebut perkara itu tetapi mengulangi perkara itu hanya adalah sesuatu yang melanggar peraturan ini, Tan Sri Speaker. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik. You raise your ― baik. Ini keputusan saya.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti, nanti.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebelum itu lagi.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti, nanti. Nanti, Kota Bharu. Ini keputusan saya.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, sebelum keputusanlah, Tan Sri. Sebelum keputusan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak applied. Saya nak cakap ini.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebelum keputusan. Perkara yang sama.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

*I am talking to you. I am talking to you. Please sit down.

Please. Please sit down.*

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ruling saya. Oleh kerana ia 36(2), dalam mahkamah, dan perkataan ‘derhaka’ juga ― 36(7). Saya tidak benarkan lagi. Move forward benda-benda yang lain. Sesiapa juga yang raise yang melibatkan perkara itu, saya akan ambil tindakan.

Thank you.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua...

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak habis. Kalau tidak, tak habis.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua dah habis dah?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan mesyuarat.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

No. Saya bagi Ketua Pembangkang. Habiskan ayat itu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak move forward. Seperti yang dinasihatkan oleh Tuan Yang di-Pertua, okay, I will move forward.

Hari ini, banyak skandal yang menyebabkan ― ini yang menyebabkan rakyat keliru dalam negara kita ini. Saya nak bagi suatu contoh. Contohnya, penjualan MAHB.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Penjualan saham MAHB ini telah dibangkitkan pada bulan Mac lagi oleh salah seorang daripada ahli pembangkang. Menteri jawab, itu khabar angin. Jadi, bila khabar angin dan kita tengok tentang penjualan MAHB yang dipunyai peratusan tertinggi oleh EPF sebagai contoh. Jual punya jual, setahun menjual, kemudian selepas sahaja Menteri jawab khabar angin, dia start beli pula. Yang ini saya kadang-kadang kita persoalkan jual RM5 beli RM11, mana ada logiknya.

Ini yang saya nak persoalkan sekali lagi. Apakah kerajaan nak tengok perkara ini begitu sahaja tanpa memikirkan seorang mesti bertanggungjawab atas keputusan jual beli saham ini yang pembangkang dah persoalkan dan juga telah dijawab sebagai khabar angin oleh Menteri. Jadi, kalau ini berlaku, satu lagi perkara yang menyebabkan pelabur kurang percaya dengan keputusan yang telah pun dilakukan.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut, izin mencelah. Yang Berhormat Larut, kita lihat ada 16.1 juta pemegang taruh dari kalangan para pencarum KWSP yang mempersoalkan perniagaan pelaburan yang berniaga buluh kasap ini. Macam mana kerajaan boleh jual dengan harga yang murah, beli dengan

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

harga yang mahal? Yang rugi adalah para pencarum. Macam mana PNB, KWAP yang jaga harta aset orang Melayu Bumiputera dan dana pencen kakitangan awam boleh lepaskan pegangan saham dengan harga yang cukup murah?

Walaupun Hong Leong Investment Bank kata murah dan Independent Board of Directors MAHB kata tidak berpatutan. Jadi, Yang Berhormat Larut, apakah Yang Berhormat Larut setuju, ini adalah tatakelola yang amat tidak baik kepada negara?

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu lah Tuan Yang di-Pertua. Apabila disambung oleh Machang ini, saya nak maklumkan kalau begitu caranya, kami Perikatan Nasional menuntut penjelasan dan tindakan daripada kerajaan, ingatlah.

[Tepuk] Ingatlah kepada suara rakyat, suara keramat dan harus menjawabnya. Jangan jadi besok, macam dulu, ada, Bloomberg keluarkan kata, wah, ini gini-gini dan kita bangkit tentang persoalan seseorang membeli saham begitu besar yang hilang begitu sahaja. Ini yang saya nak persoalkan dalam negara kita ini.

Sudah banyak sangat persoalan-persoalan yang ada, kekeliruan yang ada tapi tak ada satu pun seorang yang menyahut cabaran rakyat bahawa...

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Larut...

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebagai contoh, kalau Bloomberg...

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas.

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pasir Mas nak tanya fasal apa? Sila.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang kata seseorang yang dilaporkan oleh Bloomberg tadi. Saya ada dengar juga khabar bahawa seseorang yang dimaksudkan itu seolah-olah sudah menjadi PM de facto. Dialah yang berkuasa dan mendapat segala-galanya yang dikehendaki, termasuklah segala macam penguasaan dalam syarikat-syarikat. Boleh jadi, inilah sebenarnya PM nombor dua dalam negara kita. Apa pandangan Larut?

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Biar Yang Amat Berhormat Tambun jawab bab itu. Saya tak mahu kaitkan macam sekarang ini di Amerika, dia sudah ada co-president. Ini media persoalkan co-president. Jangan dalam Malaysia ini jangan ada pula co-Prime Minister.

[Tepuk] Jadi, itu biar Yang Amat Berhormat, dia — Kalau soalannya begitu, biar Yang Amat Berhormat Tambunlah yang menjawabnya. Ini satu lagi isu. Isu helikopter. Semalam, Yang di-Pertuan Agong bagi tahu bahawa jangan ada perkara-perkara personal yang dibawa.

Mesti mempertahankan untuk rakyat.

Ini yang saya nak pertahankan. Fasal apa kerajaan membuat polisi menyewa helikopter yang begitu tinggi harganya? Padahal the company yang dapat itu telah pun masa saya menjadi Menteri Dalam Negeri, mereka memohon untuk membuat polisi yang sama, kontrak yang sama.

Saya serahkan kepada kerajaan atau pegawai kerajaan dan mereka buat siasatan, buat kajian dan akhirnya bawa kepada saya, dia kata, “It is not good to use that kind of policy”.

Lebih baik untuk kita membeli dan beri kontrak MRO kepada pengusaha-pengusaha dalam

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

negeri, baik dan memberi ruang pekerjaan yang lebih dan semua itu adalah perkara-perkara yang telah pun diambil kira dan saya menolaknya.

Ada bukti pula lagi bahawa baru-baru ini helikopter yang dibeli oleh sebuah negara Poland. Poland has signed a contract, it was PLN8.25 billion atau *USD1.83 billion to buy 32 AW149 helicopters from Italian Defence Group, Leonardo, the Polish Defence Minister said on Friday.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]* Ini menunjukkan bahawa mereka ini beli murah sangat USD1.83 billion. Lebih kurang kata RM8 bilion atau RM9 bilion. Yang kita ini, sign kontrak, 28 buah helikopter, RM16.6 bilion. Sewa pula itu, bukan belian. Sewa. Yang inilah kami perjuangkan. Demi untuk rakyat, kita tidak mahu masa depan generasi akan datang yang akan bayar. Itu satu.

Saya nak sebut satu lagi tentang kenaikan harga tarif elektrik. Bila sebuah syarikat TNB yang disenarai di bursa saham, apabila melakukan apa-apa sahaja statement yang dikeluarkan atau the material statement yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat yang disenaraikan di bursa saham, dia ada akta mengikut Securities Commission. Securities Commission melalui Peraturan 9.03 dan 9.04, beritahu bahawa apa sahaja statement yang dibuat, mesti ada fakta. Kalau ingkar, kalau lari daripada fakta yang sebenarnya, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1 juta. Jadi, bermakna bila TNB dah boleh juga dinyahsenaraikan.

draft • 4:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bila TNB dah umumkan bahawa tarif elektrik akan naik 14.2 peratus kepada 45.62 sen sekilo watt, bermula Julai tahun ini. Dia umumkan dan ramailah yang membeli. Pemegang saham ini ataupun pelabur-pelabur atau the retailers akan beli saham kerana tahu bahawa ini menyebabkan keuntungan yang besar kepada TNB. Mereka beli saham.

draft • 4:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Larut...

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak sampai 24 jam.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Rompin.

draft • 4:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Laluan.

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sila.

draft • 4:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Semasa pagi tadi, ketika Yang Amat Berhormat Tambun menjawab soalan daripada Yang Berhormat Machang semasa PMQT berkaitan kenaikan tarif elektrik yang dikatakan hanya membabitkan kumpulan industri dan maha kaya sahaja. Saya juga terbaca dalam FMT yang menyatakan bahawa TNB bercadang untuk menaikkan tarif elektrik pada Julai 2025. Jadi, jadual yang tarif elektrik yang akan dinaikkan ialah daripada 39.95 sen kepada 45.62 sen.

Jadi, soalannya, saya nak tanya kepada...

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ketua Pembangkang.

draft • 4:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Ketua Pembangkang.

draft • 4:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Saya nampak, seolah-olahnya Tambun juga keliru, TNB juga keliru, ahli Dewan Rakyat keliru.

draft • 4:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Kerana apa? TNB beri ini, ini dalam FMT. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Larut? Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ketua Pembangkang.

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu bab lain. Yang saya nak cerita ini bab TNB tadi.

draft • 4:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu akan saya jawab apa yang Yang Berhormat Rompin mohonkan. Bila TNB dah buat announcement, material announcement. Sebab, nanti pemegang-pemegang saham atau pelabur-pelabur atau the retailers akan beli. Sebab, dia tahu harga naik. Tak sampai seminggu, beberapa hari selepas itu Menteri jawab. Eh, tak ada. Kami tak pernah — TNB tidak pernah merujuk umum kenaikan tarif elektrik. Ini dah derhaka kepada kerajaan ini. Eh, saya minta maaf. Boleh guna ayat menderhaka, Tuan Yang di-Pertua? Itu boleh? Itu boleh.

Okey.

Ini akan bermakna Ahli Lembaga TNB menderhaka kepada kerajaan.

[Tepuk] Tindakan harus diambil terhadap mereka yang menderhaka. Apa sahaja derhaka ambil tindakan.

draft • 4:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Yang Berhormat Larut.

Jerantut.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sila.

draft • 4:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya meneliti ucapan daripada PM kita sama ada dalam atau luar Dewan, termasuklah kenyataan daripada TNB sendiri. Setahu saya sebagai bekas Ahli Lembaga ST sendiri, setiap kenyataan yang akan dikeluarkan oleh TNB sewajarnya mendapat consensus ataupun kebenaran daripada ST.

Khususnya, berkaitan dengan polisi negara. Jadi, bila berlakunya kenyataan daripada TNB kemudiannya disanggah oleh Perdana Menteri, kemudiannya dia pula keluarkan satu kenyataan pula semalam dengan kenyataan mengatakan bahawasanya akan berlaku kenaikan tarif.

Bukankah ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Larut tentang dasar flip flop ataupun confusion ataupun lack of trust yang ada dalam polisi-polisi kerajaan yang menyebabkan pelabur-pelabur sama ada dalam ataupun luar negara takut untuk melabur dalam negara kita kerana dalam keadaan polisi sebegini. Jadi, saya mohon apakah Yang Berhormat Larut bersetuju pada perkara itu?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya maksudkan. Bermula daripada addendum masuk kepada isu jualan saham MAHB. Masuk kepada ini announcement TNB ini. Banyak sangat perkara-perkara yang menyebabkan pelabur rasa, “Eh, boleh kah percaya dengan pengumuman yang dibuat dalam Malaysia ini?” Ini yang saya kata ramai sangat yang menderhaka. Derhaka kepada itu, derhaka kepada ini.

Ini yang menyebabkan akhirnya, susah kita. Itu belum lagi menjawab apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rompin tadi.

[Menuding jari] 85 peratus daripada mereka yang menggunakan electricity dalam negara kita ini jangan risau. Harga takkan naik.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak tanyalah. Kalau dah TNB kata the basic-based harga itu dah naik daripada 39 sen kepada 45 sen, hampir 14 peratus itu tadi dah— based dia dah naik. Eh, 85 peratus orang tak naik harga ini apa jenis perkiraan yang ada ini saya nak tanya. Supaya kerajaan jawab sudah ada kah struktur yang sebenarnya yang boleh bagi tahu kata, “Don’t worry, 85 peratus ini takkan naik. Based dia masih remain at 39 cents.” Itu yang perlu kita persoalkan.

Jangan ada flip flop lagi. Yang Berhormat Jerantut kata ada flip flop. Tadi bila Yang Berhormat Machang pagi tadi cabar sebut flip flop, Yang Amat Berhormat Tambun naik angin.

Mana ada flip flop. You must remember whatever I ever that I said last night Chinese New Year itu adalah kerana nak beritahu mereka apa salahnya harga naik sikit-sikit. Bantulah.

Engkau orang maha kaya.

Saya nak bagi tahu, siapa yang maha kaya ini? And I would like everyone — minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Rakyat kena sedar dia kata tak akan naik 85 peratus daripada pengguna dalam negara kita naik based dia 39 takkan naik daripada 39. Itu yang saya nak maklumkan pada rakyat. Jadi, saya nak ubah kepada topik yang lain. Tidak lagi kepada kenaikan tarif kerana Yang di-Pertuan Agong kata...

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Larut, nak tanya sebelum pindah. Saya tengok dalam ucapan Yang Berhormat Tambun ini dia banyak attack golongan maha kaya. Di kategori maha kaya. Sedangkan kita tahu bahawa golongan maha kaya menyumbang besar kepada pendapatan negara melalui percukaian dan dalam konteks Islam pun tidak salah seorang itu jadi kaya. Dengan syarat, dia perolehi cara betul. Diagih cara betul.

Bahkan, kalau tengok pada hadis Nabi pun, Nabi sebut, [Membaca sepotong hadis] “Mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah berbanding dengan mukim yang lemah.” Jadi, fikir kita terlalu attack pada golongan melainkan kita diperolehi cara yang tak betul, diagih dengan cara tak betul. Saya fikir ini, perkara ini pun perlu diperbetulkan supaya kita ada persepsi yang jelas terhadap golongan yang menyumbang kepada negara. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cuma, saya nak dapat clarification. Perkataan attack itu betul kah? Dia attack. PM attack ini tadi ataupun dia menyinggung?

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Banyak kali — saya melihat dia banyak kali menentang seolah golongan maha kaya ini mendapat cara tak betul.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi bukan attack lah?

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Itu maksud saya maksudkan.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bukan attack ya?

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan attack.

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dia cuma menekan maha kaya.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

[Ketawa] Attack lain ya. Kalau tekan lain, cucuk lain. Itu semua beza.

[Ketawa] Saya Tuan Yang di-Pertua, dia dah petang-petang ini kena...

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya puasa. Saya puasa.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Allah, saya minta maaf. Saya ingat nak minum tadi tetapi sebab puasa tak jadilah.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya sambut, separuh tadi puasa pun hilang.

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang mana yang hilang ini?

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pahala dia.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pahala yang mana? Yang cucuk kah, yang attack kah?

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey teruskan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak masuk tentang isu rakyat. Yang di-Pertuan Agong minta supaya kita perjuangkan untuk rakyat. Tadi pagi, sahabat saya dari Beluran ada bangkitkan isu padi untuk pesawah-pesawah. Sekali lagilah the candle principle yang sepatutnya diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Bila saya kata check and balance, jangan cerita bab-bab lama. Dia pernah perjuangkan, nasib mereka dibaling, buat demonstrasi. Jangan cerita. Saya kata okey, bagus.

Perjuangkanlah benda untuk rakyat. Saya ini nak perjuangkan untuk rakyat. Yang nak marah saya sampai kata saya ini fake heroes fasal apa? Bukan saya nak jadi hero pun.

Jadi, sebab itu saya nak bagi tahu bila petani, pesawah datang jumpa dengan saya dan beberapa rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen, yang dia kata kerajaan bantu itu betul fakta. Tadi pun saya sebut fakta. Betul. Tak adapun dipersoalkan. Saya pun tak persoalkan. Yang kita persoalkan adalah bila petani dan pesawah kata datang jumpa saya dia bagi tahu kata, “Ini geran tanah saya.” [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya tengok khusus. Tak boleh buat kerja lain. Hanya sawah padi. Okeylah.

Maknanya, dia berjihad. Untuk siapa? Untuk negara. Polisi siapa? Polisi kerajaan. Polisi siapa? Polisi negara. Dia kata okey, kami berjuang bersama dengan kerajaan. Untuk apa?

Food security. Alright. We go. Go ahead. Maka, selama ini apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah berikanlah keadilan. Janganlah kami bertungkus-lumus buat kerja tak boleh buat kerja lain, hanya sawah sahaja yang boleh. Akhirnya, apa yang kami keluarkan ini kos kami sebanyak RM1,500 — sebagai contoh. Kos pengeluaran padi RM1,500. Tetapi, harga siling untuk beli RM1,300. Mana ada logiknya.

Itu yang saya bawa dan sepatutnya Yang Amat Berhormat Tambun bila bab itu tadi tak payah jawab dengan saya pun tak apa. Saya tak marah pun kalau dia tak jawab. Dia kata ini Ketua Pembangkang, saya ingat macam inilah saya akan dapatkan kepastian daripada Menteri Pertanian ini apakah betul apa yang saya sebutkan ini. Dia senang sahaja, mudah sahaja dan saya kata terima kasih Yang Amat Berhormat. Itulah yang saya nak. Ini cakap yang bukan-bukan lagi ini. Dia kata, jangan dengar fake news apa semua. Saya bukan dengar fake news. Saya dengar daripada pesawah sendiri. Apa lagi Beluran.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, memang pesawah nak kerajaan kaji semula harga lantai. Tuan Yang di-Pertua, harga lantai padi. Ini kerana pada kadar RM1,300 se tan itu, harga jualan beras sepatutnya RM2.60 sekilo.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tetapi di pasaran tiada beras RM2.60. Semua beras tempatan itu dia pakai baju western, jadi beras import. Dan dijual pada harga RM36, RM30 ke atas. Sebab itu rasional bagi pesawah ini yang berkorban tanah mereka, tidak tanam kelapa sawit tapi tanam padi yang kurang menguntungkan semata-mata untuk keterjaminan makanan. Keluhan ini yang perlu didengar, YB Larut. Kita satu jam setengah mendengar mereka. Sedih, kesian. Kita harus laksanakan bila kita kerajaan nanti.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Insya-Allah. Insya-Allah. Itu janji...

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sikit je. Sambungan. Sikit je.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya mendengar dengan teliti.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Selangor- Hulu Terengganu. Cakap perlahan-lahan je. Perlahan-lahan sebab saya faham.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Perlahan-lahan.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak saya tidak faham.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak faham. Tapi...

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perlahan-lahan. Slow and steady.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ketua Pembangkang faham. Okey.

Saya dengar dengan teliti.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perlahan-lahan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jawapan yang diberi oleh Tambun tadi.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dia kata kenapa zaman you jadi kerajaan tidak membantu.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pesawah sekarang baru hendak jadi hero.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak YB Larut bahawa ketika itu pesawah tidak merungut kerana ketika itu baja tak naik, minyak tak naik, racun tak naik. Jadi, sebab itu kita tak ambil tindakan? Setuju tak Larut dengan itu?

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kali ini saya faham.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Masa itu belum PH. Belum price high. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, faham.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Setuju tak setuju, itu bab lain. Bab yang saya hendak sampaikan seperti apa yang Hulu Terengganu sebut tadi adalah kerana bila

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

buat demonstrasi, maknanya adalah perkara yang sehingga mereka sudah tidak tahan dah.

Itu yang kita perjuangkan. Bukan hendak jadi hero. Perjuangkan untuk mereka.

Kemudian ada dua. Dia kata kita kena fikir tentang penanam dan juga pengguna.

Saya hendak cerita. Pengguna dan penanam. Kelapa sawit. Ramai yang mengeluarkan minyak sawit dan mengapa pengguna tak marah pun sebab harga tinggi kerana ada juga minyak yang dikatakan subsidi, elemen yang diberikan, dikeluarkan. Maknanya, kerajaan boleh bandingkan. Oh, okey. Maknanya, untuk demi pengguna dalam negara kita ini, kita bagikan subsidi.

Beginilah yang saya hendak kata tadi. Begitulah juga mengapa yang mereka ini menjadi mangsa? Mengapa pesawah menjadi mangsa? Samalah juga. PETRONAS, bila harga naik, mereka sebut dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, dia kata harga diesel dah naik. Jadi, kita terpaksa naikkan harga. Jadi bila terpaksa naik harga, Kerajaan fikir, iyalah tapi kalau you nak naik harga, pengguna marah sebab harga naik mahal. Jadi, kita tengok cari satu salah, skim untuk kita bagikan subsidi. Itulah dia sekarang yang dia ada subsidi bersasar.

Kalau minyak, petroleum industri kita boleh lakukan, minyak sawit boleh kita lakukan.

Mengapa yang sawah padi, pesawah ini kita tidak perjuangkan dan kita lakukan yang sama untuk pengguna? Dengarlah sikit, tak payah nak marah dengan saya. Bila dengar, kata “okey, okey, okey Yang Berhormat Larut, saya ingat beginilah. Saya akan panggil Menteri Pertanian, saya akan panggil Menteri Hal Ehwal KPDN, Hal Ehwal Dalam Negeri...”

draft • 4:30 PM

Seorang Ahli

Menteri Kewangan.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Menteri Kewangan, kami duduk bincang tengok macam mana skim itu– Betul, betul. Kalau itu kan senang. Dan bawa Menteri formula sekali tengok formula dia yang mana yang boleh pakai, yang mana tak boleh pakai. Semua itu diambil kira. Jadi, kalau sudah buat begitu, kami tak marah pun. Dan kami sebagai check and balance akan sentiasa menyokong fakta, menyokong kebenaran, memberikan keabdilan kepada semua dalam negara.

Bila saya sebut bab keadilan ini...

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Larut.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang melakukan adil ini selalunya di mahkamah.

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik boleh sikit?

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tapi kalau di mahkamah ini...

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pertanyaan isu padi tadi boleh, Yang Berhormat Larut, ya?

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Adakah Yang Berhormat Larut setuju ketika ini nampak kerajaan sangat tidak cukup keberanian melawan kartel-kartel yang memonopoli industri padi ini? Bulan November yang lalu, Timbalan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup mengumumkan bahawa laporan MyCC akan dibentangkan dengan segera

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

dalam penyiasatan kes monopoli padi beras ini. Sampai sekarang, Yang Berhormat Larut, tidak pun dibentangkan bagaimana laporan itu yang sedang ditunggu oleh petani-petani kita.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tak nak jawab, Sik sebab tadi Yang Amat Berhormat Tambun beritahu dengan saya tunggulah dalam seminggu nanti Menteri jawab. Jadi, saya pun menjawab pada Sik, tunggulah seminggu nanti Menteri akan buat jawapan.

Saya nak masuk bab keadilan ini. Bila kita hendak berikan keadilan, kita tengok dua- dua pihak. Pengeluar dan juga pengguna. Betul. Panggil semua Menteri dan bincang. Insya- Allah akan selesai bab ini. Kalau import banyak mana, di dalam negara banyak mana, strategize accordingly. Insya-Allah akan selamat. Tapi kalau nak lakukan keadilan, biar mahkamah itu dilantik mereka yang benar-benar memberi keadilan kepada semua. Jangan campur tangan. Ini saya dengar cerita sehinggakan ada baru-baru ini teguran Tengku Maimun dan disokong oleh sembilan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia.

Dengan kenyataan bersama yang memberitahu mereka memahami wujudnya tanda- tanda tekanan yang dikenakan ke atas Badan Kehakiman Malaysia. Ha, ini! Saya dah cakap nak berikan keadilan. Sampaikan mahkamah pun dah dipersoalkan adil tak adil. Ini yang saya persoalkan ini semua dah banyak sangat isu-isu dalam negara ini yang sehinggakan bila kita nak sebut tentang ekonomi. Macam mana kita nak – Betullah. Kita bangga dengan angka bahawa KDNK kita bertambah, pertumbuhan bertambah tiap-tiap tahun.

And I’m telling you, insya-Allah, selagi mana ada kerajaan kita dalam negara kita yang dilindungi oleh Allah SWT ini, kita punya pertumbuhan ekonomi ini akan berkembang.

Adalah setahun, dua tahun yang ekonomi merudum. Itu pun ada sebab-sebab tertentu. Tapi selainnya, saya nak maklumkan, selainnya ekonomi dalam negara kita ini sentiasa meningkat. Average, saya nak maklumkan. Ini saya dapat daripada World Bank. Tiap-tiap tahun, for the last 20 years. Average 5.3, 5.6, 6.3, 4.8. Kemudian jatuh pada 200- 2009, minus 1.5. Ada sebab. Kemudian naik balik. 7.4, 5.3, 5.5, 4.7, 6, 5.1, 4.4, 5.8, 4.8, 4.4 dan jatuh balik tahun 2019 minus 5.5. Itu kita semua tahun sebab ada pandemik. Ini menunjukkan bahawa tak payah nak bangga dengan angka- angka KNDK kita lima peratus, kita akan unjurkan another four percent. Alhamdulillah, baik.

Tapi yang penting kepada kita, biarlah strategi itu mengena. Mengena pada saya adalah kek itu diperbesarkan dan dikongsi bersama dengan rakyat di bawah di sana.

Jangan figure menunjukkan baik, the reality on the ground, rakyat terasa terhimpit dengan kos sara hidup.

[Tepuk] Yang ini yang saya nak katakan ini. Dan salahkah saya nak sebut ini? Yang tiba-tiba Ahli-ahli Parlimen yang sebelah sana marah dengan saya. *Hey, no!

The figure is good. You* cakaplah bagus. Saya kata tak betul, bagus. It is the figure. I’m also talking about the reality. Saya nak bagi contohlah. KDNK yang paling baik dalam negara kita adalah satu bandar kecil. Tahu di mana? Bintulu. The best KDNK pertumbuhan mengikut bandar. Tetapi kemiskinan besar. Lojing, one of the best KDNK. Per kapita.

draft • 4:30 PM

Seorang Ahli

Lojing.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Lojing, Lojing. Lojing lah.

draft • 4:30 PM

Beberapa Ahli

Kelate. Kelate.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Di Kelate. Kelate. It is one of the best KDNK punya pertumbuhan. Tetapi kemiskinan is also one of the poorest. Jadi, jangan tengok figure itu sahaja. Look at the reality at the same time.

draft • 4:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, kalaulah kita boleh bandingkan ini semua untuk kepentingan masa depan dengan strategi-strategi yang baik. Strateginya bagaimana? Nanti sekejap, Putra. Strateginya bagaimana? Kita tentukan, kita create new wealth, apa caranya? Betul, kerajaan dah umumkan AI technology. Kita pastikan kalau ada investor, investor yang macam mana yang boleh memberikan pekerjaan? Pekerjaan yang bagaimana? Pekerjaan yang boleh menguntungkan atau menjadikan hasil yang lebih baik untuk rakyat. Itu adalah cara-cara, strategi. Fikir sama, jangan marah kepada saya, kalau saya tegur ini adalah tegur untuk kebaikan.

[Tepuk] Bukan untuk penderhakaan, tidak. Tapi untuk baik. Ya, Putrajaya.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ketua Pembangkang. Tadi Ketua Pembangkang sebut tentang kerajaan yang tak menyelami reality on the ground. Jadi, saya nak sentuh juga apa yang disebut oleh Menteri Ekonomi bahawa prestasi Kerajaan MADANI mengawal inflasi disifatkan sebagai terbaik.

Sebab itu tadi disebut dengan data-data inflasi dan kita tahu bahawa data-data ini ia di seluruh dunia digunakan kaedah pengiraan yang sama. Tetapi apabila mereka tidak turun ke bawah memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat, maka dia rasa seolah-olah data tu dah tepat, menunjukkan itulah keadaan sebenar di bawah. Saya bagi contoh. Apabila kita turun ke bawah, ibu bapa yang ada anak-anak di taska dan tadika, ini awal tahun. Mula merasai kenaikan kos penjagaan, yuran kanak-kanak di taska dan tadika. Ada sampai lebih 30 peratus. Dan saya nak bagi tahu kerajaan, kalau tengok cara kiraan CPI taska dan tadika ini, kos penjagaan kanak-kanak ini, wajaran dia cuma 0.5 peratus daripada keseluruhan CPI.

Sebab itu kalau tengok CPI saja, tengok data inflasi saja, rasa inilah kerajaan terbaik menangani inflasi. Tetapi dasarnya di bawah, realitinya berbeza. Jadi, setuju kah Ketua Pembangkang bahawa kerajaan ini adalah kerajaan kayangan yang duduk di atas dan hanya akan turun ke bawah apabila datangnya pilihan raya dengan janji-janji sepertimana mereka buat puluhan tahun yang lalu. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua. Dia nak suruh saya setuju. Boleh saya setuju, Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua geleng kepala, tak bagi saya setuju. Tapi masukkanlah sebagai salah satu daripada hujah saya. Saya nak maklumkan, dasar kita, biarlah framework yang kita hendak lakukan dari segi ekonomi ini jelas. Jangan flip-flop. Daripada mula lagi saya dah ceritakan. Kemudian, biarlah kita mempunyai vision yang jauh lebih baik dan lebih strategik dan kita- kalau kamilah di sini, kita akan tawarkan. Macam dulu, bila Yang Amat Berhormat Pagoh bentangkan kemakmuran bersama- polisi Kemakmuran Bersama. Itu semua “Wawasan Kemakmuran Bersama”.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, apa yang kita mahukan, ada pelaburan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Kita pastikan dasar-dasar itu pro-growth atau juga business-friendly. Kita juga ingin mencadangkan supaya fokus kita berikan kepada perniagaan mikro kecil dan sederhana kerana sektor ini memberikan satu revenue yang agak besar untuk negara dan semua ini kita lakukan dengan perbincangan yang elok. Kami pun ada juga rakan rapat penyokong-penyokong kami, experts dalam bahagian-bahagian yang tertentu dalam ekonomi negara kita untuk membangunkan negara kita. Jadi, sebab itulah Tuan Yang di-Pertua ─ Boleh ya?

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Time.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Time is up.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya kalau dah time is up, saya nak menutuplah.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Banyak gangguan tadi.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tadi itulah gangguan sebelah sana pasal penderhakaan itu tadi.

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bagi 10 minit lah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Boleh? Kalau boleh, saya nak sebut tentang tourism ini. Boleh ya?

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya bagi tiga minit.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tiga minit tak cukup.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tiga minit cukup. Tourism, cukup.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang tourism tiga minit, penutup lain.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tourism.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey. Jadi, lima minitlah. Tiga campur dua.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, that is negotiated figure. 3+2. Okey.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

[Ketawa] You are a good negotiator, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Jadi, tourism ini. Jangan kita anggapkan bahawa negara kita ini sebuah negara yang hanya menjemput mereka daripada negara China sahaja semata- mata. The world is big. Kita boleh bawa orang daripada China, kita boleh bawa orang daripada India, kita boleh bawa orang daripada Rusia, kita boleh bawa daripada tok Arab-tok Arab, boleh. Banyak yang boleh kita bawa.

Tapi kalau fokus yang saya tengok ini, berbeza sangat. Kalau kita nak kan semualah advertisement itu mesti ada Mandarin sama. Bahasa Malaysia ada, English ada, Mandarin ada. Dan rakyat India kata, why don’t you put Indian there, means Tamil, tulis. And then, orang Rusia kata, Rusia. Kemudian orang Arab kata, Al-Arabiyah. Jadi, kalau itulah yang nak kita

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

fokuskan, tak betul. We should just remain dengan polisi asal kita, English and Bahasa.

Bahasa and English, good enough.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut. Sikit Larut, berkenaan bahasa ini.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kang kena tolak satu minit.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit je, sikit je.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tapi pelan-pelan.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Berkaitan dengan bahasa ini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri Pelancongan yang hantar hamper Tahun Baru Cina. Cuma rasa terkilan sikit Yang di-Pertua, kerana bahasa dalam surat itu semua bahasa Mandarin. Saya pun tak faham bacanya. Jadi, apakah yang kita berada di Hong Kong ataupun di China? Itu persoalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang ini teguran saya tadi. Teguran saya, we must go back to basic. Kalau kita daripada awal polisi kita begitu, the whole world dah pun ─ the whole world telah pun beranggapan bahawa Malaysia ini sebuah negara yang begitu baik dari segi kegunaan bahasa Inggerisnya dan juga kegunaan bahasa Malaysia dan kalau nak buat sesuatu, saya difahamkan oleh Masjid Tanah. Kata baru-baru ini Menteri dah buat dah satu program kraf tangan, kemudian batal last minute. Kalau nak batal last minute, fikir orang dah mula, dah bawa semua perkakas-perkakas, semua dah ada kos dia.

Saya memohon untuk Menteri berilah sedikit bantuan untuk mereka ini tidak rugi, kerana apa? Dah suruh buat, batal last minute. Siapa nak tanggung kerugian? Mereka rugi.

Sebab itu saya minta supaya Menteri membantu mereka. Betul, Masjid Tanah?

draft • 4:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Izinkan saya membantu Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Sebab saya difahamkan, ada pihak daripada kementerian minta untuk mereka mengemukakan permohonan untuk pemulangan semula deposit bayar Airbnb ataupun pengangkutan yang telah pun dibelanjakan sewaktu mereka nak berhadapan dengan Hari Kraf Kebangsaan yang sepatutnya dijadualkan pada 14 hingga 28 Februari ini. Dalam tempoh kurang masa tiga minggu sahaja ianya dibatalkan.

Ini tidak adil untuk para usahawan-usahawan kraf yang terdiri hampir majoritinya adalah bumiputera, yang mana mereka ini bukan orang kaya pun. Tapi yang hanya sedang-sedang saja berniaga.

Budak nak buka sekolah, hari nak puasa, hari nak raya dan itulah antaranya benda sumber pendapatan yang mereka perlukan. Jadi, saya amat bersetuju dengan pihak Ketua Pembangkang, untuk pihak kerajaan, pihak kementerian bayar ganti rugi kepada semua mereka yang terlibat, yang telah pun membelanjakan ini. Itu saja, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Masjid Tanah. Itulah seperti yang dititah oleh Yang di-Pertuan Agong, yang tidak mahu kalangan kita ini hanya bercakap mengenai kepentingan diri sendiri. Masjid Tanah dah cakap untuk kepentingan mereka, pengusaha-pengusaha. Inilah yang saya juga lakukan hari ini sebagai Ketua Pembangkang yang mewakili rakan-rakan saya dalam Perikatan Nasional, dengan mengangkat suara

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

rakyat. Mana flip-flop decision, jangan buat lagi. Mana perkara-perkara yang disorok, cukuplah dengan prinsip kander, berterus-terang. Jadi, semua itu adalah sesuatu yang kami bercakap demi kepentingan rakyat kerana politik bukan sekadar tentang mencari kekuasaan semata-mata. Politik adalah cerminan tanggungjawab sebagai khalifah yang mesti berlaku adil.

draft • 4:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang tidak boleh mengikut hawa nafsu sebagaimana Allah SWT sebutkan dalam Surah Sad ayat 26 mafhumnya, “*Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah penguasa di muka bumi. Maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan*”.

Lebih-lebih lagi dalam konteks sebuah negara majmuk seperti Malaysia ini. Ada sisi sejarah yang perlu kita toleh ke belakang. Buat pedoman untuk kita melangkah ke hadapan kerana perjalanan tanah air bumi Malaysia tercinta ini bukanlah mudah datang. Ada ranjau, ada duri yang perlu kita redah. Jalannya berliku-liku tapi berkat kebijaksanaan serta kecekalan seluruh rakyat, kita mampu atasi setiap halangan.

Kita pupuk persefahaman antara kita. Kita pasak nilai perpaduan. Kita tolak bibit persengketaan hingga akhirnya kemajmukan itu menjadi kekuatan kepada kita yang tiada pada negara lain. Insya-Allah, jangan sebut lagi singa. Jangan sebut lagi lalat. Jangan dianalogikan singa dan lalat, menunjukkan bahawa besarnya kuasa engkau dibandingkan dengan seekor lalat.

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

Ya. Betul.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita jangan jadikan ini sebagai analogi kerajaan ataupun rakyat dalam negara kita.

[Tepuk] Kita jangan lagi ada sesiapa yang memercikkan bara, bermain dengan api kerana padahnya yang akan membakar diri.

*[Tepuk] Pergi ke ladang, rumput ditajak, Sirih di tupang, naik ke junjung, Di mana bumi kita berpijak, Di situlah wajib langit dijunjung.

[Tepuk]* Dengan itu, saya sudahi dengan terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Ketua Pembangkang.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order. Speaker, point of order.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of order?

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1). Pertama, saya nak ucap tahniah Ketua Pembangkang telah memberi ucapan yang hebat dan dahsyat.

[Tepuk] 18(1), saya hantar kelmarin, Tan Sri. Saya belum dapat sampai hari ini. Saya akan hantar sehari, dua. Ini bererti kalau tak jawab pada hari ini, besok lagi dua. Jadi telah terlampau banyak. Jadi, saya ingin tanya Tan Sri. Saya ada hantar dua kelmarin. Pertama, harga lantai padi. Kedua, tentang

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

penghinaan kepada agama Islam oleh Harith Iskander dan juga Cecilia Yap. Jadi, saya dah bawa dua-dua usul itu.

Besok saya akan bawa kekurangan ubatan, isu adendum, kenaikan tambang bas, peruntukan olahraga, kunci mulut, salah laku Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Bantuan Awal Persekolahan lambat dikreditkan. Ini lepas ini. Ini sepanjang minggu ini. Jadi minggu depan, dah ada lagi Tan Sri. Kalau Tan Sri tak dapat jawab hari ini dua ini, jadi saya menghadapi masalah kecuali Tan Sri bawa ini ke Kamar Khas.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, ini akan...

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Permohonan Arau akan saya pertimbangkan, insya-Allah.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Araulah satu-satunya yang sentiasa mendapat perhatian saya.

[Ketawa] Baik. Sekarang saya jemput...

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak derhaka Tan Sri ya.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya, ya.

[Ketawa] Saya jemput Kota Melaka. Kota Melaka.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana mengizinkan saya mengambil bahagian...

draft • 4:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

25 minit Kota Melaka.

draft • 4:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Dalam membahaskan Titah Diraja. Tan Sri Speaker, saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada masyakat Tionghoa ya dengan satu pantun:

*Bunga api bersinar terang, Menyambut tahun yang baharu tiba, Rezeki melimpah takkan hilang, Tahun Baru Cina penuh bahagia.

[Bercakap dalam bahasa Cina]* dengan izin. Tan Sri Speaker, kalau kita lihat kepada Titah Diraja. Topik pertama yang disentuh ialah berkaitan dengan ekonomi, di mana Yang di- Pertuan Agong telah mengucapkan syabas kepada kerajaan atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan. Akan tetapi ya, Yang di-Pertuan Agong juga menekankan agar prestasi yang baik ini membawa kemakmuran kepada ke seluruh rakyat dan bukannya hanya membawa kekayaan kepada kumpulan tertentu sahaja dan Yang di-Pertuan Agong juga menggesa agar subsidi bersasar diberikan kepada kumpulan yang benar-benar layak sahaja.

Jadi dalam bab ekonomi ini, kita boleh lihat sungguhpun pencapaian tahun lepas amat memberangsangkan tetapi tahun ini kita akan menghadapi cabaran yang lebih besar di mana saya lihat dalam sektor ekonomi ini ada beberapa cabaran.

Pertama ialah tentang pelaksanaan e-Invois yang akan mula pada tahun ini. Jadi, ada banyak yang memberi pandangan kerisauan mereka supaya threshold tersebut dapat

draft • 4:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM500,000. Jadi kita harap supaya pihak kerajaan dapat pertimbangkan permintaan mereka.

Begitu juga dengan subsidi bersasar yang akan kita laksanakan tahun ini untuk RON95. Jadi tahun lepas, kita dah mulakan subsidi bersasar untuk diesel dan kita dapat lihat ya, perhatikan pada mulanya pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel ada sedikit kekecohan. Tidak smooth. Tidak dijalankan dengan lancar. Jadi kita harap supaya agensi kerajaan yang akan melaksanakannya mengambil pengalaman daripada tahun-tahun lepas supaya pada tahun ini apabila mereka melaksanakan subsidi bersasar untuk RON95 ini, mereka akan dilaksanakan dengan lancar.

Isu yang ketiga, di mana kita lihat isu ini telah diatasi iaitu tentang pengumuman sebelum ini. Tahun lepas berkaitan sewaktu bajet, Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan telah mengumumkan di mana pekerja asing perlu bayar caruman KWSP.

Tapi semalam Perdana Menteri telah umumkan di mana selepas mendengar pandangan, kritikan, cadangan daripada sektor industri, dia telah mengumumkan di mana caruman tersebut telah dikurangkan peratusnya kepada dua peratus.

Dalam isu ini, saya ingin ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana mendengar suara rakyat. Akan tetapi, saya ada satu cadangan iaitu kita baru sahaja mengumumkan bajet Oktober yang lepas. Dalam masa tiga bulan, kita buat pengumuman yang baharu. Bukankah, alang lebih baik kalau semua ini diteliti sebelum ini. Kita umumkan dua peratus ini sewaktu bajet yang di bentang Oktober yang lepas. Daripada kita terpaksa menerima banyak kritikan daripada pembangkang dan juga pemain industri untuk selama tiga bulan ini.

Jadi saya harap supaya selepas ini nasihat-nasihat ataupun apabila pegawai kerajaan, mereka membuat dasar, memberi cadangan kepada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, biarlah buat dengan betul supaya kita dapat elak daripada kritikan yang sepatutnya dapat dielak. Kalau pada waktu tersebut, kita kata dua peratus, semua orang gembira. Kita tak akan dikritik ya.

Begitu juga satu isu yang saya lihat penting dalam ekonomi ini ialah tentang premium insurans perubatan yang kita bangkit tiga bulan yang lepas dalam Dewan ini. Sungguhpun Bank Negara telah keluarkan statement tetapi kita lihat syarikat insurans masih lagi teruskan kenaikan daripada terus – Contohnya 30 peratus, mereka kata sekarang dia akan naik setiap tahun 10 peratus, 10 peratus, lepas tiga tahun juga 30 peratus. Jadi, isunya masih tidak dapat diselesaikan.

Jadi dalam bab ini tentang premium insurans perubatan ini, saya rasa sudah tiba masanya kita perlu bentuk satu task force untuk libatkan pelbagai kementerian untuk kita atasi masalah ini supaya isu pokoknya ialah caj yang dikenakan oleh hospital swasta yang terlalu tinggi dan tiada kawal selia mana-mana agensi kerajaan.

Begitu juga yang saya lihat satu lagi cabaran yang akan kita hadapi tahun ini ialah dengan adanya teknologi AI. Adakah dia akan menjejaskan peluang pekerjaan yang sedia ada?

draft • 4:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Seterusnya, yang ini beberapa isu yang saya sebut tadi ini, dia adalah berkaitan dengan isu inflasi dan juga kos sara hidup rakyat yang harus kita tangani dengan baik.

draft • 4:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Selain itu Tan Sri Speaker, satu lagi cabaran kita dalam ekonomi negara kita ialah ancaman scam di mana kita lihat angka yang diberikan menunjukkan sebanyak RM1.2 bilion telah kerugian. Kerugian RM1.2 bilion bagi Januari hingga Oktober tahun lepas akibat daripada scam atas talian. Ini adalah mereka yang melaporkan. Ada yang kena scam mereka tidak lapor kepada polis. Jadi, sudah pasti angkanya mungkin berlipat ganda, mungkin dua kali ganda sebab saya dapat aduan ada yang kena scam RM2,000, RM3,000 mereka tidak pergi buat laporan polis. Jadi, ini adalah satu masalah yang besar, satu masalah yang serius yang akan menjejaskan, mengganggu ekonomi negara kita.

Pengalaman saya baru-baru ini sebelum Tahun Baru Cina, scammer ini mereka poskan advertisement, iklan di Facebook kononnya mereka ada jual kuih-kuih sempena Tahun Baru Cina. Apabila anda klik ia akan tahu semua contact number dalam handphone anda dan dia akan hantar mesej untuk buat pinjaman dan ada yang menjadi mangsa buat bayar kepada pemilik telefon tersebut dan akhirnya telah ditipu.

Jadi, dalam isu ini kita lihat pada tahun 2023, 6,000 scam content telah diturunkan oleh MCMC dan angka itu telah meningkat kepada 63,000 scam content telah diturunkan oleh MCMC pada tahun 2024. Tahniah kepada MCMC. Kita lihat selepas Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) telah dibuat pada sesi Parlimen yang lepas, kita lihat tiga minggu pertama tahun ini MCMC telah berjaya turunkan scam content sebanyak 15,000. Jadi, kalau kita ikut purata kita percaya tahun ini MCMC dapat turunkan 240,000 scam content. Jadi kita ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.

Kita sebagai Ahli Parlimen adalah tanggungjawab kita untuk menangani isu scam ini dan kita akan menyokong sekiranya kementerian yang berkaitan ingin bentangkan pindaan undang-undang ataupun undang-undang yang baharu untuk kita mengatasi masalah ini supaya kita adakan akta yang lebih ketat, lebih berkesan dan denda yang lebih berat kepada mereka yang terlibat sindiket scam ini.

Begitu juga Tan Sri Speaker, penipuan kewangan dalam talian yang saya hendak bangkitkan ialah investment scam ataupun Skim Pelaburan Palsu di mana dahulu adalah money game, sekarang mereka sudah naik taraf taktik scam ini. Mereka sekarang gunakan entiti korporat, menyamar sebagai entiti korporat dengan menubuhkan koperasi, menubuhkan syarikat di Labuan, tubuhkan syarikat amanah, tubuhkan syarikat SSM dan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen dan membuat pelaburan tanpa lesen.

Ini amat berbahaya dan telah banyak mangsa bukan sahaja dalam negeri tetapi juga melibatkan warga asing sehingga warga asing datang ke Malaysia buat laporan polis. Jadi, dalam isu ini saya juga ingin mencadang supaya kita adakan satu task force melibatkan pelbagai kementerian untuk kita atasi masalah ini. Ini adalah satu isu yang besar.

draft • 5:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Begitu juga dengan human trafficking scam dengan izin, di mana mereka tawarkan gaji yang lumayan untuk mereka pergi ke luar negara kerja akhirnya mereka sangkut di Myanmar. Memandangkan tahun ini Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN, jadi saya harap supaya kita boleh ambil kesempatan ini untuk kita sama-sama dengan negara yang lain untuk mengatasi cabaran dan juga masalah ini.

Seterusnya Tan Sri Speaker, kita lihat Yang di-Pertuan Agong juga ada menyebut tentang urusan kerajaan secara digital akan meningkatkan ketelusan dan menutup ruang berlaku amalan rasuah serta salah guna kuasa. Jadi, dalam bab ini saya menjunjung dan menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong dan bagi saya, saya rasa kita perlu adakan reformasi institusi. Saya juga ingin bangkitkan tiga isu.

Pertama, Freedom of Information Act ataupun Akta Kebebasan Maklumat. Kita harap supaya dalam tahun ini kalau boleh dalam sesi kali ini kita luluskan Akta Kebebasan Maklumat ini supaya kita dapat mempertahankan hak bersuara rakyat dan juga kita mempertahankan hak rakyat untuk mengetahui maklumat kerajaan. Ya, jadi untuk memastikan supaya keberkesanan Akta Kebebasan Maklumat ini saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan supaya kita tubuhkan satu badan pemantau yang bebas untuk memastikan keberkesanan akta tersebut selepas diluluskan di Parlimen untuk kita meningkatkan ketelusan mengukuhkan demokrasi, akauntabiliti dan juga akhirnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Reformasi institusi perkara yang kedua yang saya hendak sentuh ialah tentang sistem pilihan raya. Itu sistem pilihan raya adalah paling pokok untuk kita memastikan satu negara yang demokrasi. Jadi, apabila kita sentuh tentang sistem demokrasi yang saya hendak bangkit ialah persempadanan semula kawasan Parlimen. Di mana kali terakhir kita buat persempadanan semula ialah pada tahun 2018. Jadi, ikut Perlembagaan ialah setiap lapan tahun kita boleh kaji semula. Kalau lapan tahun ertinya ialah tahun depan 2026.

Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan bersedia untuk melibatkan CSO seperti BERSIH dan juga CSO yang lain supaya sama-sama memberi pandangan input mereka untuk kita adakan satu exercise dengan izin, persempadanan semula kawasan Parlimen yang lebih adil dan saksama supaya kita menegakkan one person, one vote, one value dengan izinnya. Jadi, dalam hal ini kita harap supaya dengan persempadanan yang baharu ini kita dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan daripada segi jumlah pengundi. Bangi, 350,000 pengundi tetapi ada kawasan yang kurang daripada 50,000 pengundi. Jadi, ini satu ketidakseimbangan ini harus kita atasi.

Selain daripada itu Tan Sri Speaker, tentang reformasi institusi ini saya hendak bangkit tentang perhimpunan aman. Baru-baru ini 25 Januari satu himpunan Rakyat Benci Rasuah telah diadakan. Akan tetapi kita lihat sungguhpun Perdana Menteri telah mengatakan bahawa tiada halangan untuk mereka adakan perhimpunan, Menteri Dalam Negeri juga kata bahawa agensi kerajaan, mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk mereka adakan perhimpunan aman.

draft • 5:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akan tetapi selepas perhimpunan aman tersebut yang kita lihat memang aman tetapi kenapa 13 mahasiswa, mahasiswi telah dipanggil oleh pihak polis untuk berikan keterangan.

Saya rasa tidak perlu. Kalau dia aman damai diadakan perhimpunan tersebut kenapa kita hendak panggil mereka untuk diambil statement, untuk disoal siasat. Jadi, adakah mereka cuba hendak menakut-nakutkan kepada mereka yang menyertai perhimpunan aman ini.

Kita ― saya percaya Tan Sri Speaker sama dengan kita. Kita pernah menyertai perhimpunan aman BERSIH 1.0 hingga BERSIH 5.0 semuanya berjalan dengan aman dan waktu itu kita diberi amaran, ditakut-takutkan tetapi kita masih lagi turun ke jalan raya. Jadi, saya rasa dalam bab ini adakah sudah tiba masanya kita perlu buat pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 sebab baru-baru ini ada Menteri yang bangkit kata perlu dapat kebenaran daripada tuan punya tanah untuk adakan perhimpunan aman.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau perhimpunan aman itu adalah di kawasan tapak awam, bagaimana kita hendak dapatkan kelulusan daripada agensi kerajaan?

Bagaimana agensi kerajaan boleh berikan kelulusan untuk mereka adakan perhimpunan untuk kritik kerajaan. Jadi, dalam hal ini saya rasa sudah tiba masanya kita perlu buat sesuatu yang lebih baik untuk menunjukkan kita adalah betul-betul menyokong, menjunjung reformasi.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kota Melaka.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bangi bangun.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh?

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sedikit.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sedikit jer.

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya ada banyak.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, saya sambut baik apa yang Kota Melaka nyatakan dan saya setuju dan saya juga ingin nyatakan sekiranya pihak polis ingin membuat siasatan terhadap penganjur dan sebagainya, sebenarnya tidak perlu pun panggil sampai 13 orang, hanya perlu lihat siapa penganjur. Kalau sebelum ini dilaporkan dalam itu ada notis telah dihantar dan sebagainya, panggil orang yang hantar notis, cukup. Tak payah sampai 13 orang. Jadi, saya fikir cara pendekatan pihak berkuasa juga harus berubah dalam isu perhimpunan aman ini, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, saya setuju dengan Bangi, masukkan dalam teks ucapan saya. Tan Sri Speaker, ataupun yang disebut oleh Bangi itu memang benar. Daripada panggil 13 orang mahasiswa untuk soal jawab, lebih baik pihak PDRM, pihak polis tumpukan masa dan waktu usaha tenaga mereka cari anak menantu Pagoh, yang sekian lama sudah hilangkan diri begitu lama tidak dapat cari kesan dia. Itulah tugas utama mereka sepatutnya pergi cari kesan mana anak menantu Pagoh yang terlibat dalam kes rasuah yang tidak berani balik ke Malaysia untuk menghadapi siasatan.

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Seterusnya Tan Sri Speaker, saya merujuk kepada Titah Diraja, Yang di-Pertuan Agong ada menekankan tentang kebajikan di mana kebajikan dan kesejahteraan rakyat hendaklah terus dibela, Titah Diraja. Di mana kemudahan kesihatan dan pendidikan hendaklah terus ditambah baik. Jadi dalam bab ini saya ingin sentuh tentang pendidikan.

Sistem pendidikan yang inklusif dan berorientasikan perpaduan adalah penting. Juga kita perlu memastikan generasi muda dipupuk dengan nilai kebersamaan toleransi dan juga semangat cintakan negara. Maka dalam usaha ini sudah pasti Pelan Pembangunan Pendidikan Baru 2026 akan memainkan peranan yang penting untuk mengenal pasti sistem pendidikan Malaysia. Manakah hala tuju kita supaya kita dapat bentuk rakyat yang mempunyai sikap yang inginkan bersatu padu untuk membantu pembangunan negara terutamanya dalam negara kita satu negara masyarakat majmuk.

Dalam isu ini saya hendak menekankan tentang sejarah di mana sejarah Malaysia yang seimbang dan inklusif perlu ditekankan dalam syllabus pendidikan negara kita. Buku teks Sejarah haruslah beri gambaran yang adil tentang peranan semua kaum dalam kemerdekaan dan juga pembangunan negara. Contohnya Tan Sri Speaker, saya ambil contoh sejarah tentang hubungan antara Malaysia dengan China.

Tahun lepas kita menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. Banyak program telah dijalankan, akan tetapi sebenarnya hubungan Malaysia dengan China telah mula 620 tahun yang lepas apabila Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka. Saya berasal dari Melaka. Itu adalah bukti bahawa nenek moyang sudah lama wujud di tanah air ini, ini merupakan tanah air kita.

Saya hendak berikan satu kepujian kepada Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Negeri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Kenapa Tan Sri Speaker?

Sebab dia kata memandangkan hubungan yang erat antara Malaysia dengan China dan semuanya bermula dari Melaka bermula dari Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka, jadi dia menyarankan supaya salah satu dari sekolah rendah jenis kebangsaan di Melaka itu ditukar nama kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cheng Ho untuk mengingati hubungan yang erat antara Malaysia dengan China. Satu pemimpin yang mempunyai sikap inklusif. Saya beri kepujian kepada dia.

Saya hendak kaitkan pula dengan buku teks Sejarah di sekolah rendah pula. Buku teks Sejarah sekolah rendah. Mereka mula belajar subjek Sejarah Darjah 4 hingga Darjah 6.

Buku teks Sejarah tidak sebut tentang kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Jadi saya rasa itu ada kekurangan dia. Kita sepatutnya biar generasi muda kita tahu tentang sejarah negara kita. Bukan sahaja beritahu kepada mereka siapa itu Laksamana Cheng Ho, tetapi kita mula dari sejarah Melaka. Parameswara, selepas itu ada Laksamana Cheng Ho, ada Sultan, ada Hang Jebat, ada Hang Tuah semua ini kita harus rangkum dalam buku teks kita. Kita perlu biar generasi muda tahu bahawa negara ini adalah usaha semua kaum baik Melayu, Cina, India. Semua sejarah ini perlu ada dalam buku teks kita.

Selain daripada itu Tan Sri Speaker, saya hendak sentuh tentang kesihatan. Bab kesihatan juga disentuh dalam Titah Diraja. Di mana kita lihat tahun ini sudah genap ulang

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

tahun ke-lima COVID-19 melanda negara kita. Kalau kita masih ingat 2020 waktu itu Sheraton Move yang dilakukan oleh Pagoh dengan yang lain itulah khianat, derhaka. Itu namanya derhaka, bukannya yang lain. Jadi, waktu kita menghadapi COVID-19 lima tahun yang lepas 2020 kita perlu mengingati jasa dengan perkhidmatan, pengorbanan semua kakitangan pegawai kesihatan doktor, jururawat, semua pakar, pegawai kesihatan.

Membantu pegawai kesihatan kita perlu memberikan penghormatan dan ingat jasa mereka.

Jadi, dalam bab ini kita tidak bolehlah hanya cakap terima kasih, terima kasih. Tetapi kita perlu jaga kebajikan mereka. Jadi dalam hal ini, saya berasa sudah tiba masanya kita perlu betul-betul jaga kebajikan mereka. Saya hendak bangkitkan tiga isu supaya Kementerian Kesihatan dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam boleh berikan perhatian dan melaksanakan yang sebaiknya untuk pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan ini.

Pertama, saya minta supaya kita kaji semula waktu bekerja petugas kesihatan sebab baru-baru ini kita lihat jururawat dan penolong pegawai perubatan ada menyuarakan ketidakpuasan hati mereka sebab waktu kerja mereka sudah meningkat kepada 45 jam satu minggu daripada 42 jam.

Sedangkan kita perlu faham natural ataupun jenis kerja mereka adalah 24 jam. Ada yang terpaksa kerja waktu malam. Kerja waktu malan itu lebih letih, contoh seperti kita kalau kita berbahas sehingga malam sampai pukul 11 kita semua kata kita letih. Bayangkan jururawat, doktor semua 24 jam ada syif malam. Jadi, ini kita harus mempertimbangkan, jangan bandingkan mereka dengan pekerja pejabat biasa. Itu yang pertama.

Ini adalah penting untuk kita menjaga kebajikan pegawai kesihatan supaya mereka boleh menawarkan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Kita ingin elakkan daripada tragedi di mana ada doktor mati kerana keletihan, Dr. Chong Kui Peng di Penang, kita harus elak itu berlaku lagi, apatah lagi Dr Tay Tien Yaa di Sabah yang telah bunuh diri. Sungguhpun laporan telah dibuat...

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kota Melaka...

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Mengatakan itu bukan kerana keletihan, tak ada buli, tetapi kenapa dia bunuh diri? Mesti ada sebabnya. Mereka kata kerana dia dari bandar pergi ke kawasan luar bandar sebab itu dia tidak boleh menyesuaikan diri. Saya rasa itu adalah menyakitkan hati keluarga mereka buat kali kedua. Dua kali menyakitkan hati keluarga dia, macam mana kita boleh kata begitu?

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kota Melaka, boleh tak?

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau Tan Sri Speaker benarkan.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu minit. Sila soalan, selepas itu terus jawab dan duduk.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Berkaitan dengan jururawat ini, naik daripada 42 ke 45 jam, pada waktu itu KKM menyatakan bahawa naik itu kerana hendak beri ruang rehat kepada mereka sedangkan nurse ini nature dia tidak boleh berehat sebenarnya. Walaupun diberi masa yang panjang, mereka tidak boleh berehat sebenarnya. So, no point sebenarnya ditambah kepada 45. Minta pandangan.

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, saya setuju dan masukkan dalam teks ucapan saya. Tuan Speaker, sedikit sahaja. Isu berkaitan dengan kesihatan kebajikan kakitangan kesihatan.

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita minta supaya semakan semula elaun tetap atas panggilan iaitu on-call allowances. On-call allowances ― kadar sekarang adalah sejak tahun 2012. Sudah 13 tahun tak ada buat semakan dan kita tahu kos sara hidup sudah naik. Saya rasa sudah tiba masanya kita harus naikkan elaun mereka supaya selari dengan beban kerja dan juga keperluan semasa.

Dan juga, isu penghijrahan cendekiawan petugas kesihatan. Kita lihat ramai doktor, doktor pakar berhijrah ke negara lain. Ini satu yang serius. Saya rasa kita perlu mengatasinya dengan tindakan yang berkesan.

Jadi, dalam bab ini, saya ingin cadangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya kita memperjuangkan untuk kita tubuhkan satu suruhanjaya perkhidmatan kesihatan supaya kita ada lebih autonomi kepada Kementerian Kesihatan yang lebih jitu, yang lebih tahu tentang masalah kakitangan mereka supaya kita dapat uruskan sumber tenaga dengan lebih baik dan juga kebajikan mereka.

Sedikit sahaja, Tan Sri Speaker, iaitu berkaitan dengan apa yang disebut oleh Titah Yang di-Pertuan Agong, di mana Agong mengatakan Parlimen bukannya tempat untuk menabur fitnah, bukannya mencaci dan kita sebagai Ahli Parlimen, hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya sebagai ejen yang memecahbelahkan negara.

Jadi, saya menjunjung dan menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut, di mana saya lihat tindakan yang tegas perlu diambil kepada mereka yang sebar fitnah dan hasutan terutamanya dalam talian dan juga media sosial, sebab ia boleh menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat dan mengelirukan serta menimbulkan perasaan bermusuhan antara satu sama lain. Ini harus kita atasi.

Saya beri satu contoh, Tan Sri Speaker ya, satu contoh. Sebab Yang di-Pertuan Agong ada sebut tentang Kempen Melawat Malaysia Tahun 2026, jadi saya ambil ini sebagai contoh. Saya datang dari Melaka. Melaka juga adakan Kempen Melawat Negeri Melaka 2024, 2025 dan 2026.

Jadi, untuk kita memastikan negeri Melaka tidak tercicir daripada Kempen Melawat Malaysia ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana, Low Chee Leong semasa dia telah ditemu bual oleh wartawan di Jonker Walk dalam satu upacara di Jonker Walk, dia ditemu ramah oleh wartawan dan dia cakap memandangkan begitu ramai pelancong asing dan tempatan pergi ke Jonker Walk, maka dia ada satu cadangan supaya kita juga buat sesuatu untuk kita majukan Jalan Hang Tuah supaya ia juga menjadi satu tempat tarikan seperti Jonker Walk. Jadikan Jalan Hang Tuah itu juga menjadi satu tempat tarikan, adakan banyak gerai supaya ada peluang perniagaan untuk usahawan bumiputera di sana, di Jalan Hang Tuah.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Satu cadangan yang baik. Tan Sri Speaker boleh setuju. Akan tetapi, pihak pembangkang, ADUN daripada Perikatan Nasional putar belitkan statement ADUN tersebut mengatakan bahawa DAP Melaka, DAP nak jadikan Jalan Hang Tuah sebagai jalan Jonker Walk, maka orang Melayu tak ada peluang perniagaan di Jalan Hang Tuah. Itu semua fitnah, pembohongan. Putar belitkan statement yang sebenarnya. Itulah tugas, kerja pembangkang hari ini.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sekarang ialah Tahun Melawat Malaysia, pelancong datang. Sekarang kita hendak menarik ramai pelabur asing datang ke Malaysia.

Pelancong datang, dia buka news, surat khabar, dia tengok, “Eh, kenapa pembangkang sini cakap yang bukan-bukan ini?”. Macam mana kita nak menarik pelaburan? Kalau pelaburan asing tak nak datang, bukan salah Kerajaan MADANI.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu adalah salah pembangkang yang selalu memutar belit, fitnah.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itulah kerja mereka.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sungguh memalukan, Tan Sri Speaker.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Masa, masa.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, mereka semua memalukan. Jadi, saya akhiri ucapan saya. Seperti yang saya sebut, tahun ini Tahun Melawat Malaysia, Kempen Melawat Malaysia Tahun 2026 dan Titah Yang di-Pertuan Agong juga mengatakan kita perlu menjaga kebersihan dan juga keselamatan supaya pelancong datang ke Malaysia. Jadi, sama-samalah kita pupuk semangat, budaya cintakan Malaysia. Kalau nak jadi pembangkang, biarlah jadi pembangkang yang bernas. Beri pandangan yang adil, yang betul. Jangan buat fitnah.

Jadi, untuk memastikan negara kita bersih, kita mesti bukan sahaja bersih tanpa sampah, kita juga bersih tanpa rasuah, kita perlu bersih tanpa fitnah. Malaysia juga perlu bersih tanpa rasis untuk memastikan negara kita Malaysia terus makmur, aman damai, rakyatnya bahagia dan sejahtera.

Dengan itu, sekian, terima kasih, Tan Sri Speaker.

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Pandangan dan saranan saya, sesiapa juga yang memfitnah, sue dia. Sekarang ini dapat banyak duit ya, orang yang menang sue. Jadi, untuk itu, saya jemput Pasir Mas.

draft • 5:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sepupu? Speaker sepupu dengan siapa?

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya dengar tadi ucapan Kota Melaka. Kalau saya nak jawab balik, tak berucaplah pula saya hari ini dengan ucapan saya. Cuma, saya sokong kena jadikan Malaysia ini bebas rasuah. Kita kena ulang ayat ini 47 kali barulah kita boleh faham dengan baik.

draft • 5:26 PM

Beberapa Ahli

Ya, betul.

draft • 5:26 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mulakan dengan isu di dalam kawasan saya terlebih dahulu.

Pertama, isu Mini Stadium Pasir Mas. Saya minta supaya KBS dapat memberikan penjelasan, bilakah pembaikan ataupun kerja-kerja naik taraf Mini Stadium Pasir Mas ini akan dimulakan? Timbalan Menteri pernah jawab dahulu, akan dilaksanakan tahun 2024 tetapi sampai sekarang masih belum diaward tender tersebut.

Yang kedua, isu projek pembangunan lembangan sungai bersepadu yang menghalang banjir daripada Sungai Golok datang ke Pasir Mas. Bilakah mahu siap? Dan baru-baru ini, Kerajaan Kelantan telah membuat satu statement rasmi untuk dikaji balik projek ini. Apakah sikap kerajaan?

Cuma sayangnya, Tan Sri Speaker, saya tidak lihat seorang pun Menteri dan Timbalan Menteri di dalam Dewan pada waktu ini. Ia perlu direkodkan, tidak ada seorang pun Menteri dan Timbalan Menteri berada di dalam Dewan. Ini cukup memalukanlah, Tan Sri Speaker.

Yang ketiga, jalan di antara Pasir Pekan ke Pasir Mas. Bilakah laluan persekutuan ini akan di-upgrade? Kerana sudah begitu lama tidak diturap semula dan bumping yang begitu banyak.

Yang keempat, isu dalam kawasan saya ialah isu pangkalan hadapan. Saya minta supaya dapat wujud di setiap sekolah. Apabila berlaku banjir baru-baru ini, kita tidak jangka banjir itu begitu besar sehingga kita hanya tumpukan kepada sekolah-sekolah tertentu sahaja yang menyebabkan akhirnya bila PPS itu melimpah dengan mangsa banjir, kita pergi kepada sekolah yang lain, sekolah itu tidak ada barang-barang kelengkapan. Khemah tidak ada, tidak ada penghalang dan tidak ada kelengkapan dan sebagainya menyebabkan orang-orang kampung sendiri terpaksa gunakan tenaga mereka untuk nak bantu pihak sekolah.

Dan suasana ketika banjir baru-baru ini sangat kalut dalam keadaan semua daerah di negeri Kelantan mengalami banjir. Jadi, cadangan saya ialah supaya kerajaan dapat menjadikan semua sekolah sebagai pangkalan hadapan dan wujud kelengkapan untuk PPS dengan, paling tidak, untuk beroperasi pada malam pemindahan mangsa banjir tersebut.

Tan Sri Speaker, saya mulakan dengan pembangunan yang seimbang di antara wilayah. Saya menjunjung tinggi Titah Tuanku yang menekankan bahawa nikmat kemakmuran harus diberikan kepada seluruh rakyat dan bukannya keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja. Kalau begitulah hebat keazaman Perdana Menteri dan sehingga

draft • 5:26 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

dalam ucapan Belanjawan disebut tentang merapatkan jurang antara wilayah dan negeri, tiga kali disebut, kalau inilah keazamannya, saya rasa usaha perlu digerakkan untuk memberi tumpuan pembangunan yang seimbang tanpa melihat warna politik.

Kita lihat angka sumbangan KDNK setiap negeri. Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan peratusan sumbangan KDNK dua angka. Johor, Sarawak, Pulau Pinang menyumbang ratusan, bilion ringgit KDNK setiap tahun. Tapi, negeri di Pantai Timur, utara tanah air, wilayah di mana ramai petani, pesawah, nelayan serta generasi mereka dibiarkan dalam kitaran kemiskinan sejak sekian lama.

Bagi saya, Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet harus merasa insaf. Setiap kali diumumkan prestasi ekonomi negara yang berkembang setiap suku tahunan, adakah pertumbuhan positif ini dirasai oleh seluruh rakyat jelata?

draft • 5:26 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Adakah negeri Pantai Timur tidak berhak merasa sistem jaringan pengangkutan awam yang canggih? Adakah negeri di Utara Semenanjung hanya boleh menanam padi?

Sedangkan kilang-kilang pesat membangun di negeri lain. Kononnya, ekonomi berkembang tetapi apa yang rakyat dapat? Kenaikan harga barang dan cukai baharu. Cukai SST dinaikkan, 6 peratus ke 8 peratus mula Mei ini. Cukai dividen, 2 peratus. Cukai gula, meningkat 80 peratus kepada 90 sen, kononnya untuk kesihatan.

Tarif elektrik meningkat walaupun Perdana Menteri dan TNB sudah mula kenyataan saling contradict, dengan izin, antara satu sama lain. Tetapi tarif elektrik ini meningkat dalam keadaan kilang-kilang menanggung tarif elektrik yang tinggi, sudah tentu end user, pelanggan, akhirnya akan terkesan. Premium insurans meningkat 10 peratus. Harga penghantaran parcel meningkat 25 peratus kepada RM5. Satu tamparan kepada peniaga kecil yang bergantung pada e-dagang. Jadi, kerajaan masih mahu mengatakan ekonomi kita baik-baik sahaja. Ini tidak betul. KDNK meningkat, rakyat makin miskin, Tan Sri Yang di- Pertua.

Berdasarkan data terkini yang tersedia, sebagaimana Ketua Pembangkang sebut tadi. Daerah Bintulu yang mencatatkan KDNK per kapita paling tinggi di Malaysia sebanyak RM227,834. Tetapi KDNK per kapita ini yang setaraf dengan United Kingdom dan Jerman, tidak membayangkan, tidak mencerminkan pembangunan dan taraf hidup rakyat. Begitu juga di Lojing. KDNK per kapita ketujuh tertinggi di Malaysia. Tetapi kadar kemiskinan 44 peratus.

Point saya ialah KDNK per kapita ini tidak mencerminkan kepada betulnya ataupun benarnya kemakmuran itu dinikmati oleh rakyat.

Di Kuala Lumpur, flat kos rendah, 41 peratus keluarga hidup dalam kemiskinan. Lebih menyedihkan, dua daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walaupun RM1,000.

Simpanan ASB, 78 peratus ahli hanya ada purata RM560 sahaja. Simpanan KWSP pula, bumiputera hanya ada RM7,320. Kaum Cina, RM43 ribu dan kaum India RM15 ribu. Ini kesenjangan ekonomi yang sedang dialami oleh rakyat pada hari ini.

Justeru, saya mencadangkan kerajaan berhenti berselindung di sebalik angka petunjuk ekonomi yang tidak menggambarkan situasi rakyat sebenar di bawah. Laporan

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

dikeluarkan oleh MIDA. Malaysia menerima pelaburan diluluskan sebanyak RM254 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun lalu dan 160 ribu pekerjaan baharu telah dicipta.

Persoalannya, berapa banyak peluang pekerjaan baharu ini merupakan berkemahiran tinggi? Saya bangkitkan kerana hari ini hampir dua juta rakyat Malaysia dengan pendidikan tinggi, bekerja dalam pekerjaan berkemahiran rendah. Bukan sekadar itu, untuk setiap satu pekerjaan berkemahiran tinggi, direbut oleh enam orang graduan universiti.

Justeru, kerajaan perlu mempunyai satu pelan lengkap bagaimana untuk menangani isu seperti ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua, selamat datang. Saya hendak menyeru kerajaan supaya jangan hilang fokus dalam membangunkan negara kita pada hari ini. Orang kata, bahawa kerajaan pada hari ini kerajaan sorok menyorok, sebab Titah disorok, macam-macam lah.

Perkara beras pun disorok, dihanyutkan oleh banjir, gambar masjid pun disorok. Bukanlah saya hendak katakan bahawa kena ada gambar masjid, perlu ada dalam video promosi, tidak.

Tetapi bila ada gambar rumah ibadat yang lain, sudah tentu masjid pun paling tidak, perlu juga ada. Ini isunya walaupun isunya ini bukan satu isu besar pun. Tetapi ia menggambarkan bagaimana kerajaan serius atau tidak melihat jati diri Malaysia pada hari ini. Dato’ Yang di- Pertua, *Anak beruk menelan dokong, Dibaca ayat disembah tari, Kerajaan sorok jangan disokong, Merana rakyat miskinlah negeri.

[Tepuk]* Hari ini, kerajaan seolah-olah flip flop. Saya tengok dalam isu kartel beras. Pada 9 November 2024, Timbalan Menteri kata, ‘PM akan dedahkan kartel padi beras tidak lama lagi’. Tidak lama lagi. Ini bulan November 2024. Tunggu lah kita. Tunggu punya tunggu, pada 19 Disember 2024, Menteri Pertanian kata, ‘laporan kajian kartel padi beras kini di peringkat paling akhir dan akan disiapkan, diumumkan awal tahun depan’ iaitu tahun ini. Sudah sebulan berlalu, tidak umum-umum lagi. Jadi, saya tidak faham lah bagaimana kerajaan hari ini beroperasi dan bagaimana kerajaan hari ini dijalankan. Dalam keadaan macam-macam Perdana Menteri ini berucap. Macam-macam. Dahulu, tahun lepas PM kata, ‘kalau ada mana- mana bas sekolah naikkan tambang kerana harga diesel, kita tarik dia punya lesen’. Tetapi Menteri Pengangkutan pula kata, ‘bahawa MOT tidak ada kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah’. Jadi, yang mana satu betul? PM betul, MOT tidak betul? MOT betul atau PM tidak betul? Atau dua2 tidak betul? Saya rasa dua-dua yang tidak betul.

Jadi, isunya- begitu juga dalam isu TNB. TNB kata, ‘tarif elektrik akan naik’. PM kata, ‘tidak boleh naik’. Tetapi hari ini PM kata, naik pula. Jadi, saya nampak bahawa kerajaan hari ini seolah-olah beroperasi bertunjangkan kepada Perdana Menteri semata-mata. Perdana

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri sudah menjadi Inspektor Sahab dalam cerita Hindustan yang menyelesaikan semua perkara. Sebab itu bila tol diumumkan ketika Chinese New Year baru-baru ini, tol- tidak akan ada tol percuma dan rakyat semua bising. Akhirnya, PM balik dari luar negara, menjadi hero yang menyelamatkan rakyat. Tol dipotong 50 peratus. Jadi, kita tidak tahu lah macam mana kerajaan beroperasi pada hari ini kerana semuanya menjadi seolah-olah kerajaan ini umum satu perkara, U-turn sepuluh perkara. Dato’ Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya kerajaan beroperasi dengan baik.

Menyentuh tentang ekonomi digital ini, Amerika Syarikat baru sahaja mengenakan larangan eksport cip kecerdasan buatan mereka kepada kebanyakan negara. Malaysia sendiri disenaraikan di dalam Tier 2, di mana kita hanya boleh mengimport 50 ribu GPU dalam tempoh dua tahun dan operatif pusat data dihadkan kapasiti perkomputeran mereka. Saya mahu kerajaan menyatakan komitmen untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi untuk membangunkan sektor digital. Hari ini kita tengok macam mana China boleh mengeluarkan- syarikat mereka keluarkan DeepSeek, perisian setanding dengan ChatGPT. Bagaimana satu hari nanti kita dapat membangunkan sektor digital kita, industri semi konduktor dan pusat data dan dapat menarik pelabur begitu tinggi supaya suatu hari nanti kita juga dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam isu pembangunan AI ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh bila dikatakan oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa jangan ada fitnah di dalam Dewan ini. Saya ingin hendak ulangi sekali lagi bahawa fitnah yang sangat-sangat kami rasai ialah apabila PAS dikatakan menerima atau Perikatan Nasional menerima dana judi yang sehingga ke hari ini tidak dapat dibuktikan.

Berkali-kali saya bangkitkan di dalam Dewan. Saya tanya pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang. Mana buktinya? Oh, dalam siasatan. Saya tanya pula dalam soalan bertulis. Dapat jawapan, dalam siasatan. Dalam siasatan, sampai ke hari ini tidak dibuktikan.

Mana dana judi yang dimaksudkan itu? Sebab inilah fitnah sudah dua tahun. Hendak pilihan raya ini, tidak tahu bila lagi kita hendak pilihan raya. Entah-entah bertukar kerajaan, kita tidak tahu. Sampai bila hendak buktikan ini, kami menerima dana judi. Jadi, ini fitnah yang saya rasa perlu untuk di clarify semula oleh pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Kalau dapat tarik balik, tarik balik lah supaya kita tahu bahawa ini tidak akan berpanjangan kerana soal fitnah ini kita tidak setuju. Kita sama sekali tidak setuju dengan budaya fitnah yang kalau lah ia berlaku sekali pun, sudah tentu ia ditentang oleh semua pihak.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menegur beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri, terutamanya daripada Teluk Intan lah.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sedikit lagi. Saya landing.

Terutama Yang Berhormat dari Teluk Intan. Saya ingin menegur bahawa kalau hendak menyentuh tentang terma-terma berkaitan dengan Islam ini, perlulah untuk berhati-hati. Teluk Intan saya melihat suka menyentuh dan menyebut terma-terma berkaitan Islam. Hadis Nabi, dikatakan hadis Nabi. Bukan hadis Nabi, disebut hadis Nabi.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Baru ini saya dengar kenyataan, ‘Oh, saya akan solat hajat’. Solat hajat ini ialah ibadat orang Islam. Jangan disebut dalam konteks untuk diperolok-olokkan sebab ia menyentuh sensitiviti. Ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Sebab itu kalau - Islam bukan agama eksklusif, hanya orang Islam boleh bercakap. YB Bukit Mertajam, beberapa kali beliau quote daripada kitab sejarah, sirah dan sebagainya. Kita tidak ada masalah. Itu perkara betul. Pengajaran diambil itu betul. Itu tidak ada masalah. Sebab diambil dari sudut akademik.

Saya dengar dahulu YB Seremban pun bila mengumumkan tentang helikopter terhempas. Beliau sebut, yang beragama Islam, kita baca Al-Fatihah. Tidak ada masalah.

Sebab dalam konteks yang betul. Tetapi Teluk Intan ini saya rasa kena perlu diperbetulkan...

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...dan perlu untuk didisiplinkan supaya apa yang disebut tentang Islam itu tepat dan betul dan jangan menyebabkan orang- orang Islam terkeliru dan membawa perbahasan yang tidak perlu. Dato’ Yang di-Pertua, *Kayu dipaku dipahat sudah, Buah dipohon dibalut selasih, Ucapan Tuanku dibahas sudah, Patik mohon menjunjung kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Igan.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Igan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Yang di-Pertua, pertama sekali Igan ingin membangkitkan mengenai isu pendidikan di Sarawak iaitu isu pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti koakademik sukan dan permainan bagi sekolah-sekolah di Sarawak khususnya. Isu ini sering menjadi topik perbincangan hangat di kalangan para guru yang terlibat kerana aktiviti kokurikulum adalah elemen yang penting dalam konteks pembangunan pendidikan secara holistik sebagaimana tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malah, kokurikulum memainkan peranan penting dalam berbentuk kemahiran insaniah, kepimpinan dan sahsiah dalam melahirkan para pelajar yang mempunyai nilai-nilai Karamah Insaniah. Namun, kekurangan dana sering menjadi halangan dan cabaran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum secara efektif.

Dato' Yang di-Pertua, Igan membangkitkan isu kekurangan peruntukan untuk aktiviti kokurikulum ini kerana kesannya yang ketara dan negatif kepada pelajar dan sekolah. Saya

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

tidak menafikan Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya ada menyediakan bantuan kokurikulum sekolah dan bantuan sukan sekolah. Akan tetapi jumlahnya amat terhad dan tidak mencukupi untuk menampung kos pelaksanaan berbagai-bagai program kokurikulum dan sukan di sekolah lebih-lebih lagi bagi wilayah Sarawak dan Sabah yang demografinya amat luas dan mencabar dan sudah tentu memerlukan peruntukan yang lebih banyak.

Dari segi akademik, berbagai-bagai intervensi telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan bagi mengangkat martabat dan kualiti pendidikan. Maka, sudah tiba masanya pihak kementerian melakukan reformasi kokurikulum bagi memastikan program kokurikulum di sekolah-sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan dengan menambah peruntukan yang sedia ada.

Dato' Yang di-Pertua, mengikut maklumat yang saya ada, formula penyaluran peruntukan oleh Kementerian Pendidikan ke sekolah-sekolah adalah mengikut jumlah enrollment pelajar. Misalnya, bagi bantuan sukan sekolah rendah, sekolah yang mempunyai murid kurang daripada 50 orang akan mendapat RM200 setahun. Sekolah yang muridnya 51 orang hingga 100 orang akan mendapat RM400 setahun. Sekolah yang muridnya 101 orang hingga 150 orang akan mendapat RM600 setahun. Manakala, bagi sekolah yang mempunyai murid 150 orang ke atas akan diperuntukkan RM4 seorang murid setahun. Manakala, bagi sekolah menengah kokurikulum diperuntukkan RM6 seorang murid setahun.

Dato' Yang di-Pertua, jumlah ini amat sedikit dan tidak mencukupi untuk pihak sekolah menganjurkan berbagai aktiviti kokurikulum yang efektif. Selain daripada itu, peruntukan Kementerian Pendidikan yang diturunkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah ataupun PPD juga sangat sedikit di mana setiap PPD hanya mendapat RM2 seorang murid setahun untuk sekolah rendah dan RM4 seorang murid setahun untuk sekolah menengah.

Dato' Yang di-Pertua, perlu diingat. Setiap acara yang dipertandingkan perlu melalui berbagai peringkat iaitu peringkat daerah, peringkat bahagian sebelum ke peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Bagaimana pula dengan penganjuran program kokurikulum yang lain? Perlu diketahui kebanyakan sekolah di Sarawak dan Sabah berada di luar bandar dan di pedalaman pesisir sungai.

Dato' Yang di-Pertua, adakah jumlah ini cukup untuk mengurus dan menganjurkan 24 jenis sukan di bawah Majlis Sukan-sukan Malaysia misalnya yang melibatkan 41 buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di kawasan seliaan PPD Daro di kawasan saya yang mempunyai seramai 8,851 orang pelajar. Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pendidikan perlu ingat, ada 30 pejabat pendidikan daerah dan 1,459 buah sekolah di Sarawak yang saya yakin dan pasti mengalami masalah yang sama iaitu kekurangan peruntukan untuk menganjurkan program kokurikulum.

Dato' Yang di-Pertua, Igan memohon agar Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan segera dan meneliti masalah peruntukan ini agar jumlah atau kadarnya ditambah kepada kadar yang berpatutan dan mengikuti lokaliti sekolah. Yang pasti sekolah-sekolah di Sarawak dan Sabah sudah tentu memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Faktor seperti kos pengangkutan yang tinggi kerana hampir semua PPD terpaksa menyewa kenderaan swasta sebab tidak banyak sekolah yang mempunyai bas. Pihak kementerian juga harus ambil maklum bahawa bagi Sarawak dan Sabah, kos pengangkutan udara yang tinggi dan mahal untuk menghantar kontinjen mewakili wilayah ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Dato' Yang di-Pertua, oleh itu Igan memohon agar Kementerian Pendidikan mengkaji semula formula asas dalam mengagihkan peruntukan berdasar enrolmen pelajar bagi sekolah-sekolah yang berada di luar bandar. Kalau formula itu diguna pakai, nescaya sekolah atau daerah yang kurang murid, yang kebanyakan di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah akan mendapat peruntukan yang sangat kecil, sedangkan mereka memerlukan peruntukan yang jauh lebih besar untuk menghantar murid bertanding di pelbagai peringkat.

Sebenarnya, banyak potensi bakat yang boleh digilap dan dilahirkan daripada kalangan murid-murid di kawasan pedalaman jika mereka diberi peluang yang sama seperti murid di kawasan bandar. Dalam hal ini, bagaimana mungkin Kementerian Pendidikan Malaysia merealisasikan aspirasi ekuiti dan equality seperti yang selalu disebut oleh kementerian jika isu-isu seperti ini tidak diatasi segera.

Dato' Yang di-Pertua, Igan juga ingin membangkitkan isu hangat di kalangan guru- guru opsyen bahasa Inggeris di Sarawak yang masih berstatus kontrak iaitu contract of service disebabkan mereka belum melepasi syarat Band C1 dalam piawaian CEFR ataupun dengan izin, Common European Framework of Reference atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test ataupun MUET, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ataupun SPP.

Tidak dapat dinafikan Kementerian Pendidikan tidak berkompromi dengan syarat kelayakan calon guru opsyen bahasa Inggeris yang berkelayakan bagi memastikan kualiti bahasa Inggeris murid di sekolah mencapai tahap yang ditetapkan. Akan tetapi Igan memohon pihak kementerian agar mendengar rungutan yang sudah lama dari guru-guru opsyen bahasa Inggeris ini agar satu penyelesaian adil dapat dilaksanakan.

Dato' Yang di-Pertua, kalau mengikut syarat umum pelantikan ke skim perkhidmatan pendidikan, guru-guru ini memang sudah layak untuk dilantik sebagai guru disebabkan mereka telah memenuhi semua keperluan pelantikan ke skim perkhidmatan pendidikan seperti semua guru-guru lain mengikut opsyen masing-masing termasuk sebagai guru bahasa Inggeris kerana mereka adalah graduan dalam bidang Opsyen Bahasa Inggeris ataupun TESL, dengan izin, ataupun TESOL.

Walau bagaimanapun, disebabkan syarat yang ditetapkan oleh kementerian sejak 2016, mereka tidak dapat memenuhi tahap CEFR ataupun MUET ini untuk dilantik secara tetap sehingga memenuhi syarat. Dato' Yang di-Pertua, keadaan ini telah menyebabkan guru- guru opsyen bahasa Inggeris ini mengeluh. Syarat yang ditetapkan oleh kementerian ini menampakkan satu bentuk diskriminasi yang sangat jelas terhadap mereka. Walhal mereka telah memiliki syarat umum untuk dilantik secara tetap seperti yang disyaratkan oleh pihak SPP sama seperti rakan-rakan mereka dari opsyen yang lain seperti memiliki ijazah ataupun

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

diploma pendidikan yang berkaitan. Mereka merasakan syarat ini sangat tidak adil dan memberikan tekanan perasaan dan insecurity kepada mereka yang terlibat. Sedangkan guru- guru opsyen bahasa Inggeris yang sedang di dalam perkhidmatan dan telah dilantik ke jawatan tetap tidak dikenakan apa-apa sekatan walaupun mereka tidak memenuhi syarat memiliki CEFR, C1 atau Band 5 MUET ini.

Dato' Yang di-Pertua, masalah ini memperlihatkan seperti ada unsur diskriminasi antara opsyen iaitu bahasa Inggeris dengan opsyen-opsyen lain dan diskriminasi dalam opsyen iaitu antara guru bahasa Inggeris yang baharu dengan guru bahasa Inggeris yang dilantik sebelum 2016 yang tidak dikenakan syarat lantikan ataupun sekatan.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu, secara perbandingan kalau ada dua calon seorang beropsyen bahasa Malaysia dan seorang opsyen bahasa Inggeris, calon opsyen bahasa Malaysia akan terus dilantik ke jawatan tetap tanpa apa-apa syarat memenuhi standard pencapaian bahasa Malaysia yang setara CEFR ataupun MUET sedangkan calon bahasa Inggeris dilantik secara contract of service kerana belum memenuhi syarat.

Sedangkan syarat ini hanyalah standard untuk mengukur kemahiran ataupun kompetensi dan tidak seharusnya menjadi syarat pengesahan pelantikan.

Dato’ Yang di-Pertua, Igan memohon kepada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pendidikan agar syarat ini diteliti semula dan mencari penyelesaian yang lebih adil dan profesional kepada semua guru yang terlibat. Saya juga ingin tahu berapa ramaikah guru-guru opsyen bahasa Inggeris yang masih di bawah kontrak di Sarawak dan seluruh negara kerana tidak memenuhi syarat ini untuk dilantik ke jawatan tetap dan apakah tindakan serta perancangan kementerian jika mereka ini terus gagal memenuhi syarat tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, Igan juga ingin membangkitkan isu kekosongan guru di Sarawak. Kalau setakat 30 hari bulan September 2024 yang lepas, kekosongan guru di Sarawak seramai 2,229 orang di mana 1,906 orang adalah guru sekolah rendah dan 323 orang adalah guru sekolah menengah. Saya nak tanya kepada Kementerian Pendidikan.

Berapakah jumlah kekosongan guru di Sarawak setakat hari ini? Bilakah calon guru pengambilan khas Sarawak akan ditempatkan? Berapa orangkah calon guru asal Sarawak yang akan dilantik. Apakah pendekatan dan kriteria yang akan diambil oleh kementerian untuk penempatan mengajar guru-guru ini? Berapa orangkah calon guru dari negeri lain yang akan dilantik dan apakah kriteria pemilihan mereka?

Dato’ Yang di-Pertua, Igan juga ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan bilakah kekosongan jawatan guru besar dan pengetua sekolah-sekolah di kawasan saya akan diisi? Perkara ini telah saya bangkitkan dalam persidangan yang lepas. Kekosongan ini sudah terlalu lama iaitu antara lapan bulan hingga dua tahun tidak diisi. Sekolah-sekolah berkenaan adalah SK Bruan Mapal, SK Orang Kaya Sergunim, SK Sekaan Kechil, SK Nanga Semah, SK Tanjong Manis, SK Penibong, SK Sekaan Kechil, SK Penipah, SMK Agama Igan dan SMK Matu.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Dato’ Yang di-Pertua, Igan juga ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan apakah status pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Camporan Daro dan pembinaan tambahan 17 unit rumah guru dan lain-lain kemudahan di SMK Agama Igan yang telah disenaraikan dalam projek Rolling Plan ketiga...

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Satu minit Dato’ Yang di-Pertua.

Mohon izin. Tahun 2023, RMKe-12 Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali Igan ingin tahu daripada Kementerian Kesihatan apakah status terkini pembinaan Projek Klinik Pergigian Daro dan pembinaan Projek Klinik Kesihatan Daro yang sudah lama sakit dan tergendala.

Dato’ Yang di-Pertua, Igan menyokong Titah Tuanku bahawa Parlimen ialah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata. Parlimen ini dalam Dewan yang mulia tempat wakil rakyat membawa suara rakyat. Oleh itu, Igan memohon agar semua isu dalam perbahasan kami di Dewan ini harus dijawab oleh kementerian-kementerian berkaitan dengan sebaik mungkin kerana segala jawapan itulah yang akan kami maklumkan kepada rakyat. Jadi, kami memohon jawapan yang terperinci atas apa sahaja soalan lisan atau dalam perbahasan kami dalam Dewan yang mulia ini.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua sekian, terima kasih. Igan menyokong Usul Menjunjung Kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Berikut, silakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Hulu Selangor menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dato’ Yang di-Pertua, banyak perkara ingin saya bangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Pertamanya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu penting melibatkan golongan perguruan iaitu keadaan di mana guru-guru terpaksa mengajar subjek di luar bidang kepakaran mereka. Sebagai contoh, ada guru yang terpaksa mengajar subjek Sains atau bahasa Inggeris sedangkan bukan kepakaran mereka. Perkara ini bukan sahaja membebankan guru kerana perlu membuat persiapan tambahan, malah secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada sesi pembelajaran para pelajar sekolah. Mohon agar Kementerian Pendidikan menjelaskan usaha dan inisiatif kementerian bagi mengatasi isu ini terutamanya melibatkan masalah kekurangan guru dan subjek-subjek tertentu dan memastikan guru ditempatkan mengikut bidang pengkhususan mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya adalah isu yang masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini sejurus sahaja ia diumumkan pada Disember lepas iaitu

draft • 5:53 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus yang dijadualkan akan bermula pada Julai 2025 ini. Kenaikan tarif ini akan menjejaskan ramai pihak yang sedang berhadapan dengan pelbagai kesukaran kerana peningkatan kos sara hidup, sektor domestik dan komersial turut menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan kos elektrik ini. Ini kerana ia menambahkan beban kewangan kepada pengguna domestik dan juga komersial khususnya industri-industri.

Akhirnya, akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Ini secara tidak langsung memberikan kesan yang besar kepada rakyat.

Walaupun ia telah diberi jaminan oleh Perdana Menteri pada pagi tadi bahawa tidak akan ada kenaikan yang membebankan rakyat, namun harus diingat kenaikan kepada komersial ini tetap memberi kesan. Bagaimana kerajaan nak memastikan sekiranya kenaikan ini diteruskan, ia tidak akan mempengaruhi sektor industri terutama perusahaan kecil dan sederhana yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Saya mohon kerajaan dapat berbincang dan mempertimbangkan semula perkara ini dengan sebaiknya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon perhatian semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini amat menyedihkan apabila kita melihat budaya penganjuran konsert ini semakin sinonim dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan juga IPTS. Tanpa kita sedari dengan ruang kebebasan yang diberikan secara tidak langsung menjadikan hedonisme boleh hiburan yang melampau ini satu normalisasi di kalangan mahasiswa. Institusi pengajian tinggi adalah sebuah pusat intelektual yang sepatutnya membina minda dan akhlak mahasiswa, anak-anak kita untuk masa depan mereka.

Saya mohon Kementerian Pendidikan Tinggi dapat mengambil serius perkara ini ketidak mustahil isu yang berlaku seperti di konsert Pinkfish yang lepas berlaku lagi pada anak bangsa kita sekiranya tidak dicegah dari awal. Mohon kementerian menjelaskan tindakan kementerian bagi menggantikan budaya penganjuran konsert ini dengan program- program yang lebih bermanfaat seperti aktiviti ilmiah, sukan, kesukarelawan dan sebagainya.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan sebelum ini kerajaan telah bersetuju untuk memberikan sumbangan khas kepada imam dan bilal. Terima kasih diucapkan atas keprihatinan kerajaan. Saya menyokong inisiatif ini. Namun, saya mohon kerajaan melihat juga kebajikan penggali kubur di negara kita. Mereka ini bekerja di belakang tabir tetapi kerja yang mereka lakukan melibatkan kerja fizikal yang berat dan tanpa mengira waktu. Jadi, saya mohon agar kerajaan mengambil perhatian juga agar kebajikan penggali kubur dan sewajarnya mereka diberikan elaun khas untuk imbuhan setimpal dengan kerja mereka.

Dato’ Yang di-Pertua, peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara ini amat membimbangkan. Kenderaan seperti lori kontena, treler dan lori kecil dilaporkan antara penyumbang tertinggi kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan perdagangan.

Insiden-insiden ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya tetapi juga mengakibatkan kehilangan nyawa. Sebagai contoh, siatan awal pihak berkuasa mendapati kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan persimpangan Tol Ayer Keroh yang mengakibatkan kehilangan tujuh nyawa berpunca daripada tayar sebuah lori treler yang

draft • 5:53 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

tercabut. Saya mohon kementerian menjelaskan tindakan dan apakah garis panduan berkaitan pertukaran tayar, tayar celup atau apa juga yang melibatkan pengurusan tayar tersebut. Ini adalah perkara yang cukup serius kerana isu berkaitan tayar celup ini banyak kali telah berlaku.

Mohon kementerian ambil tindakan yang tegas kepada syarikat-syarikat atau kedai- kedai yang menyediakan perkhidmatan tayar. Syarikat mestilah berdaftar, mempunyai kepakaran dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Perlulah ada pembuktian seperti sijil pengesahan yang menyatakan pemeriksaan yang telah teliti telah dibuat sebaik selepas selesai proses pemasangan tayar dilakukan. Kementerian Pengangkutan perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Dato’ Yang di-Pertua, ini isu berkaitan mabuk pula. Satu lagi isu yang tidak berkesudahan malah telah menyebabkan kematian kepada orang yang tidak bersalah.

Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang didakwa di bawah seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 sehingga September 2024.

draft • 5:53 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Ini yang direkodkan. Tak termasuk lagi dengan kes-kes yang tidak direkodkan kerana diselesaikan di luar prosedur undang-undang. Bilakah kerajaan akan membentangkan perkara ini dalam Dewan Rakyat dan dibincangkan secara bersama supaya semua berpuas hati dalam menyelesaikan isu pemandu mabuk ini?

Kerajaan kena buat sesuatu. Ambil tindakan yang lebih tegas dan hukuman yang setimpal diberikan kepada pemandu mabuk. Kemalangan disebabkan kecuaian tidak sama dengan yang melibatkan pemandu mabuk yang menyebabkan kematian kerana pemandu mabuk jelas tidak boleh memandu. Berapa ramai anak-anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah menjadi anak yatim disebabkan pemandu mabuk ini. Kalau nak mabuk sangat, mabuk dekat rumah masing-masing. Jangan di tempat awam. Nak tunggang terbalik pun, itu harta kamu. Tapi jangan sekali bahayakan nyawa insan lain.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memfokuskan kepada beberapa isu tempatan iaitu pertamanya, berkaitan isu keselamatan pelajar, guru dan masyarakat setempat yang memulakan laluan FT3208 di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh. Laluan ini merupakan jalan utama yang sibuk dengan kenderaan dan menyukarkan khususnya kepada pelajar yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko yang ingin melintas jalan. Saya mohon agar kerajaan mengambil perhatian akan perkara ini dengan meluluskan peruntukan bagi permohonan yang telah dikemukakan oleh JKR Hulu Selangor pada tahun 2024 bagi RMKe-13. Ia terlalu lama untuk menunggu sedangkan ia cukup berbahaya kepada pelajar-pelajar. Mohon untuk disegerakan supaya pembinaan jejantas pejalan kaki di hadapan SMK Sungai Choh di laluan FT3208 ini dapat dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, saya memohon sekali lagi kepada kementerian supaya cadangan pembinaan lampu isyarat di Jalan Persekutuan FT0010 Kuala Lumpur-Tanjung Malim melibatkan persimpangan masuk ke Jalan B57 Ulu Yam Bharu dapat dipertimbangkan

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

dan dimasukkan sebagai keutamaan di bawah Program Naik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya kerana banyak kes kemalangan yang telah direkodkan di kawasan tersebut.

Isu seterusnya iaitu Klinik Kesihatan Bukit Sentosa. Sudah beberapa kali isu Klinik Kesihatan Bukit Sentosa ini dibangkitkan dalam perbahasan termasuklah Kamar Khas Parlimen. Saya juga telah usul bawa perkara ini kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor susulan daripada jawapan yang diberikan timbalan menteri supaya Klinik Kesihatan Bukit Sentosa ini hendaklah diangkat sebagai keutamaan negeri. Tapak telah sedia ada. Jadi, saya mohon sangat Kementerian Kesihatan melihat perkara ini kerana sangat jelas keperluan bagi mewujudkan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa ini dengan segera.

Ditambah pula sekarang ini Hulu Selangor sedang membangun dengan wujudnya perumahan-perumahan yang baharu. Pastinya akan meningkatkan kepadatan penduduk di masa akan datang. Baru-baru ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah hadir ke Hulu Selangor. Terima kasih di atas kesudian untuk melawat dan melihat sendiri beberapa klinik kesihatan di Hulu Selangor termasuklah Klinik Kesihatan Serendah yang sering dikaitkan dengan kepadatan pesakit.

Dato’ Yang di-Pertua, isu pewartaan kampung Orang Asli. Pewartaan kampung Orang Asli ini merupakan satu isu penting dalam konteks hak asasi manusia dan kesejahteraan komuniti peribumi di Malaysia. Namun, boleh dikatakan di seluruh Malaysia, masih banyak perkampungan Orang Asli yang tidak diwartakan termasuk di kawasan Hulu Selangor. Saya mohon agar kerajaan dapat menetapkan garis masa yang jelas dan memperuntukkan sumber yang mencukupi bagi mempercepatkan proses pewartaan kampung Orang Asli di seluruh Malaysia. Pewartaan ini cukup penting bagi memastikan kawasan yang didiami oleh Orang Asli ini tidak dicerobohi atau diambil alih oleh projek pembangunan yang lain. Mohon kementerian mengambil perhatian akan isu ini.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan penjualan saham Malaysia Airports Holdings (MAHB). Sehingga sekarang, kita tidak nampak justifikasi jelas kerajaan atau rasionalnya di sebalik penjualan saham MAHB ini sedangkan syarikat mencatatkan keuntungan bersih yang semakin meningkat.

Bahkan, sebanyak RM210.3 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024 berbanding RM94.76 juta bersamaan kenaikan sebanyak 122 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun...

[Tidak jelas] .

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Selangor. Hulu Selangor. Boleh nak tanya sikit tak, Hulu Selangor?

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya nak habiskan. Masa tinggal sikit sahaja.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pasal MAHB ini. Ha, tak apa. Minta sikit lah daripada Dato’ Speaker.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya tak bagi.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat tanya Hulu Selangor.

Cantik tu.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya tahu Hulu Langat.

Saya kenal anda. Sila duduk. Okey. Penjualan saham ini mencerminkan bahawa pendekatan...

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sikit tak boleh?

draft • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduklah.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tunggu saya habis ni. Saya bagi masa ya. Saya bagi laluan.

draft • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam budak-budaklah tu.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Penjualan saham ini mencerminkan bahawa pendekatan jangka pendek ini hanya mementingkan keuntungan segera dan menilai manfaatnya untuk jangka masa panjang. Perkara ini jelas berpotensi merugikan negara pada masa akan datang. Isu MAHB juga telah menyebabkan salah seorang Ahli Parlimen, Wan Ahmad Fayhsal pernah digantung selama enam bulan. Saya memohon agar kerajaan mengekalkan MAHB sebagai sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia bagi memastikan ketelusan dan juga tatakelola yang baik.

Sekian, terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dato’ Speaker, boleh ada masa sikit?

Dato’ Speaker, nak tanya dengan Hulu Selangor tadi tu.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab tadi... [pembesar suara dimatikan]

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Duduk.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 6:00 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menyampaikan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dato’ Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya sentuh dalam perbahasan menjunjung kasih ini ialah berkaitan dengan polemik industri padi dan beras negara yang pada saya masih buntu penyelesaiannya. Sehingga ke hari ini, kita masih gagal mendapatkan

draft • 6:06 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

suatu penjelasan serta penyelesaian yang tuntas mengenai ketiadaan bekalan beras tempatan dalam pasaran.

Sejujurnya, saya tidak pasti mengapa kementerian gagal menyediakan suatu penjelasan yang sebenar berkaitan dengan isu ini selepas setahun isu ini berlangsung. Beras tempatan hilang. Nasib sama macam adendum juga. Hilang, entah siapa yang menyoroknya.

Kalau difikirkan secara logik, ketiadaan beras tempatan ini menunjukkan pesawah tempatan macam sudah berhenti memerah keringat untuk menanam padi. Namun, realitinya pak tani pada hari ini masih gigih memerah keringat saban hari sehingga ada dalam kalangan mereka yang terpaksa menanggung kerugian kerana kos yang tinggi. Tambahan pula, ditambah dengan bencana alam yang melanda.

Dato’ Yang di-Pertua, di Kedah, keluasan kawasan jelapang dan luar jelapang adalah 109,817 hektar dengan anggaran pengeluaran padi pula adalah 747,193 tan metrik setahun.

Data ini adalah daripada Jabatan Perangkaan tahun 2023. Ertinya, ada data pengeluaran padi tetapi beras tiada. Beras tempatan tiada di pasaran. Jadi, persoalan ke mana perginya hasil padi ini? Mengapa begitu sukar kementerian menyelidiki isu ini secara mendalam? Saya tidak faham apa kekangan utama yang dihadapi oleh pihak kementerian. Persoalannya juga di sini berapa lama lagi masa yang perlu untuk diambil oleh kementerian untuk membawa penyelesaiannya ke hadapan? Kerajaan Negeri Kedah khususnya tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini kerana kuasa untuk mengurus padi dan beras sepenuhnya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, bukan sahaja isu misteri bekalan beras tempatan, malah industri ini juga dihimpit isu-isu fundamental yang lain. Saya mendengar keluhan para pesawah mengenai isu belian padi yang juga tadi dibincangkan, 1,300 per tan metrik yang sepatutnya mendapat perhatian yang serius daripada kementerian. Saya kira wajar ia diteliti oleh kerajaan di atas beberapa sebab.

Pertama, kos benih padi kini sudah berada di paras harga yang tinggi iaitu RM58 bagi 20 kilogram. Itu yang pertama. Kedua, langkah penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan sendiri telah mendorong kepada peningkatan kos membajak dan menuai.

Ketiga, harga kawalan beras tempatan RM2.60 per kilogram tidak dinilai semula meskipun setelah peningkatan kos input pertanian dalam tempoh satu dekad ini.

draft • 6:06 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya difahamkan harga RM2.60 per kilogram ini adalah ketika harga belian padi RM950 per tan metrik. Ertinya, harga semasa belian padi ini tidak berpadanan dengan harga kawalan yang dinyatakan. Oleh sebab itu, saya ingin tegaskan bahawa isu ini harus ditangani dan diperhalusi secara mendalam oleh kerajaan.

Masalah padi dan beras ini bukan sahaja menghimpit para pesawah, bahkan, Dato’ Sri Yang di-Pertua, kilang padi Bumiputera juga terlibat. Ini yang beroperasi selama 57 tahun terpaksa ditutup ekoran tidak lagi mampu menampung peningkatan kos. Segala permasalahan industri padi dan beras yang dibangkitkan, penyudahnya rakyat dan seluruh negara dapat menyaksikan rebahnya sebuah kilang Bumiputera sehari dua ini. Bagaimana

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

pengilang mahu kekal kukuh kalau mereka terpaksa menjual harga padi dengan harga yang tidak lagi kompetitif?

Oleh sebab itu, dakwaan ada pengilang menyalin kulit pek import ini bukan suatu cerita kosong. Ia cerita realiti. Saya berpandangan isu-isu dalam industri padi dan beras negara ini semakin parah, semakin meruncing dan tidak terkawal. Saya tidak pasti sejauh mana kesungguhan Menteri menyelesaikan satu demi satu isu yang sudah berlarutan, bahkan semakin membarah ini.

Begitu juga mengenai masalah kartel. Apakah kartel padi dan beras negara ini sedia untuk didedah dan diambil tindakan oleh kerajaan sebagaimana kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada tahun lalu? Jadi, persoalannya, sampai bila kita terpaksa menanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri― dan respons pada pagi tadi, menyatakan bahawa Menteri akan memberi jawapan pada minggu hadapan. Kita tunggu minggu hadapan.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita tunggu.

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa kegusaran yang berbangkit sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan isu sambutan Krismas di premis kementerian, kemudian berlanjutan satu demi satu isu termasuk yang terkini mengenai isu penjualan minuman beralkohol di kawasan majoriti Melayu Islam. Saya mengharapkan kerajaan bertegas dalam isu-isu sensitif sebegini.

Bahkan, saya nak timbulkan persoalan, mengapa isu-isu seumpama ini tidak disenarai masuk di dalam isu 3R? Masalahnya, selama mana isu-isu ini hangat dibahaskan, kerajaan tidak langsung bersuara menegah, bahkan tidak ada teguran pun kepada yang terlibat.

Saya ingin tegaskan bahawa garis panduan sambutan perayaan agama lain, seperti Krismas ini, dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berlandaskan kepada hukum syarak.

Bukan daripada PAS, bukan dari Parti PAS. Mengapa tiada pihak yang berani bersuara mempertahankan fatwa kebangsaan sendiri? Sehingga PAS yang terpaksa menghadapi tohmahan berbagai-bagai pihak termasuklah juga NGO-NGO Islam yang lain juga terpaksa menghadapi tohmahan. Paling teruk, PAS pula diminta untuk bertaubat.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, bahana arak kepada masyarakat ini bukan lagi perkara baru mahupun perkara asing. Semua kita tahu, betapa ramai kanak-kanak kecil menjadi yatim piatu disebabkan ibu bapa mereka terbunuh dalam kemalangan di jalan raya kerana dilanggar oleh pemandu yang mabuk. Berapa ramai ibu bapa kehilangan anak kerana dilanggar oleh pemandu ini? Saya sebut di sini kerana kes sebegini bukan suatu kisah dongeng. Ia adalah fakta, realiti yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Maka, garis panduan terhadap penjualan arak ini sepatutnya diperketatkan khususnya di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam. Ia tidak wajar dipolemikkan, apatah lagi campur tangan daripada Menteri untuk mengekalkan status quo semasa penjualan arak. Bahkan saya yakin, Dato’ Sri Yang di-Pertua, di kalangan bukan Islam yang berfikiran waras sendiri pun tidak menyukai arak kerana tahu ia tidak baik untuk manusia.

draft • 6:10 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Mahkamah Syariah Negeri Terengganu yang berjaya dalam pelaksanaan hukum sebatan di khalayak kepada pesalah syariah di negeri itu. Ia suatu perkembangan yang sangat baik kerana memperlihatkan sisi keadilan hukum syariah yang selama ini sering kali disalah anggap oleh sesetengah pihak. Kita mengharapkan agar tidak ada pihak yang cuba mengganggu gugat sistem keadilan syariah yang diamalkan di negeri-negeri.

Sewajarnya peruntukan dalam Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ini dihormati keseluruhannya. Sudah sampai masanya perundangan Islam terus dijunjung dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini selaras dengan Perkara 3(1), bahkan juga seiring dengan sumpah setia Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Jadual Keempat Bahagian I iaitu berkenaan ikrar memelihara agama Islam.

Cuma, dalam isu ini, saya ingin mengetahui perkembangan jawatankuasa khas mengkaji kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang Islam.

Setakat mana pelan bertindak, syor serta perancangan ke hadapan yang telah dirangka oleh pihak jawatankuasa bagi memelihara serta memartabatkan undang-undang syariah di negara ini?

Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang suka untuk saya utarakan dalam perbahasan saya adalah mengenai beberapa tuntutan yang dilakukan di peringkat negeri Kedah kepada Kerajaan Persekutuan.

Saya mengucapkan penghargaan kepada pasukan daripada Kementerian Ekonomi yang hadir ke negeri Kedah untuk pembentangan dan perbincangan mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kita mengharapkan agar keharmonian hubungan ini terus disuburkan dalam pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Namun, walau bagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan lanjut daripada kerajaan. Isu utama yang masih menjadi tanda tanya ialah mengenai notis perubahan pengambilalihan tanah Fasa 5 Kulim Hi-Tech Park yang perlu dimuktamadkan di peringkat Kementerian Ekonomi. Isu ini telah dibangkitkan beberapa kali termasuk melalui perutusan surat rasmi kepada kementerian dan Perdana Menteri. Namun, Dato’ Sri Yang di-Pertua, tiada jawapan yang sebenarnya diterima. Saya mohon kementerian memberi penjelasan mengenai perkara ini kerana ia sudah berlanjutan selama kira-kira setahun.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkenaan perkembangan projek tebatan banjir di negeri Kedah. Sejauh mana perkembangan projek-projek ini? Adakah masih on track?

Perkara terakhir. Kami mengharapkan agar tuntutan-tuntutan fiskal di peringkat negeri sama ada melibatkan aspek kewangan, pampasan sawah padi, nilai pajakan negeri yang berjiran serta tuntutan lain dapat diambil perhatian serius oleh kerajaan. Isu ini akan terus diperjuangkan di Dewan yang mulia ini, insya-Allah.

Saya menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Gua Musang.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Gua Musang untuk berucap bagi membahaskan titah ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mewakili rakyat dari jauh nun di selatan negeri Kelantan, Gua Musang menjunjung kasih, merafak sembah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana menzahirkan peringatan yang amat bermakna kepada pemimpin dan masyarakat dalam konteks menjaga kesejahteraan rakyat serta keselamatan warga dalam negara yang tercinta ini. Titah Tuanku yang sarat dan padat dengan pesanan demi kemaslahatan rakyat sememangnya satu fenomena indah bagi kita rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, meneliti dan menghayati titah ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Gua Musang berbesar hati merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas penzahiran Tuanku mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI di atas prestasi ekonomi yang membanggakan. Inilah realiti, inilah hasil di atas usaha serta kerja keras Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggembleng segala keringat dalam membaik pulih ekonomi negara demi memastikan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang positif.

draft • 6:18 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Gua Musang konsisten mengiktiraf sumbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menghasilkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2024 sebanyak 5.9 peratus dalam pelbagai sektor dan jumlah perdagangan negara melebihi RM2 trilion dalam pelbagai sektor. Ini adalah angka yang membuktikan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun baru setengah penggal menerajui tampuk kepimpinan negara. Dengan prestasi ekonomi serta pengukuhan nilai ringgit dan Titah Tuanku supaya prestasi baik kerajaan dapat memberi manfaat dan lebih nikmat kepada rakyat jelata, sudah pastinya rakyat Malaysia berbangga mempunyai kerajaan dan ketua negara yang cemerlang pada masa ini. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Gua Musang, boleh tanya sikit? Gua Musang? Hulu Langat. Saya ingat Gua Musang ni tipulah. Sebab kalau dengar ucapan daripada Larut tadi tu, dia sebut Perdana Menteri ni flip flop. Saya hampir percaya. Jadi, saya nak minta pandangan daripada Gua Musang ni sebab Gua Musang sebut tadi Agong puji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ni. Jadi, saya nak minta sedikit pandangan daripada Gua Musang. Terima kasih Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Ya, Hulu Langat. Gua Musang tetap konsisten dan mengiktiraf sumbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita kena terima hakikat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pun sendiri telah mengeluarkan statement sebagaimana yang saya sebut tadi.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Tuan Yang di-Pertua, menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini serta kerajaan yang bijaksana agar memberi tumpuan kepada perkara-perkara berkaitan keperluan dan kebajikan, terutama golongan B40 yang majoriti daripada kaum bumiputera. Inilah masanya untuk Kerajaan MADANI mengambil tindakan proaktif bagi memperkasakan sektor pertanian, komoditi dan rantaian bekalan makanan supaya rakyat, terutama di kawasan pedalaman yang bekerja sebagai petani, penternak dan nelayan dibantu untuk memperkasakan ekonomi dan pendapatan mereka.

Dalam memperkatakan tentang masyarakat luar bandar, saya amat berharap supaya kerajaan memfokuskan keperluan rakyat untuk memiliki rumah kediaman serta rumah mampu beli. Untuk makluman, isu pemilikan rumah kediaman di Gua Musang khasnya, sudah mencapai tahap kritikal yang memerlukan perhatian serta tindakan segera oleh kerajaan.

Dengan peluang pekerjaan yang terhad dan pendapatan juga yang terhad, adalah mustahil untuk masyarakat di kawasan saya, Gua Musang, untuk mampu membeli rumah-rumah yang dijual oleh pemaju perumahan swasta yang melambung tinggi harganya, mengalahkan inflasi.

Justeru yang demikian, sudah tiba masanya kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta kementerian-kementerian berkaitan membantu untuk menyediakan perumahan mampu milik di Gua Musang dan ini sekali gus memberi nafas baru, terutama kepada generasi kedua iaitu anak-anak peneroka KESEDAR dan FELDA di Gua Musang yang selama ini dibelenggu masalah untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Menyentuh mengenai perumahan generasi kedua FELDA, Gua Musang juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana bersetuju untuk membuat pindaan kepada Akta Tanah 1960 iaitu Akta 530 bagi menyeragamkan peraturan membenarkan lebih satu rumah dibina di atas satu lot tanah rancangan FELDA. Kita amat hargai inisiatif kerajaan hari ini yang telah mendengar suara warga peneroka dan suara kami yang kerap kali membawa isu ini ke sesi soal jawab dalam Dewan Parlimen. Oleh yang demikian, dengan kesudian kerajaan untuk membenarkan lebih satu unit rumah dibina di atas satu lot tanah rancangan FELDA, saya sekali lagi memohon kepada kerajaan melalui agensi FELDA agar memberi kelulusan segera untuk kemasukan bekalan tenaga elektrik dan air atau pun apa-apa utiliti kepada rumah yang telah pun siap dibina oleh generasi kedua yang sebelum ini terbantut proses tersebut. Dan jika FELDA bersetuju untuk menyediakan lebih satu unit rumah, saya sekali lagi menarik perhatian kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar turut serta membenarkan generasi kedua KESEDAR membina penempatan bersebelahan atau pun di tanah lot milik generasi pertama iaitu keluarga mereka.

Merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenaan keperluan kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur asas serta kemudahan kesihatan dan pendidikan, Gua Musang amat berharap kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

menyegerakan kemudahan kesihatan dengan menaik taraf hospital serta menyediakan kelengkapan perubatan dan doktor pakar tetap untuk kesemua kategori pesakit. Faktor jarak antara Hospital Gua Musang dengan hospital lain dan struktur jalan raya yang masih ketinggalan adalah amat berisiko untuk pesakit, terutamanya pesakit kritikal untuk mendapat rawatan yang segera.

Mengatakan tentang keperluan kemudahan infrastruktur asas, umum diketahui Gua Musang merupakan kawasan yang masih tertinggal daripada arus pembangunan walaupun mempunyai keluasan lebih kurang 54.35 peratus atau lebih separuh daripada negeri Kelantan untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Gua Musang mencadangkan agar peruntukan yang lebih tinggi- peratusan peruntukan yang lebih tinggi difokuskan kepada Gua Musang berbanding dengan kawasan-kawasan lain di negeri Kelantan.

Menyentuh juga mengenai kepentingan kaum bumiputera, Gua Musang bersyukur di atas Titah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya kerajaan memperkasakan ekonomi bumiputera melalui kerjasama dan sokongan oleh kerajaan. Dalam hal ini, saya amat berharap Kerajaan MADANI yang cemerlang agar memberi penekanan kepada semua kementerian supaya keistimewaan kuota kepada individu atau syarikat milik bumiputera.

Sebagai contoh, perolehan kontrak daripada Kementerian Pendidikan tidak hanya mengukur kemampuan individu bergantung kepada faktor kewangan semata-mata. Banyak lagi faktor lain yang oleh diberi penilaian, yang memberi peluang kepada kontraktor bumiputera, terutama graduan yang baru menceburi bidang tersebut. Memang perkara ini bukan sesuatu yang mudah tetapi jika kerajaan mengutamakan kesaksamaan, insya-Allah usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan di negara kita akan membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat.

Tuan Yang di-Pertua, memfokuskan kepada petikan Titah ucapan Tuanku berkenaan kerajaan digital dan keselamatan siber. Sekali lagi usaha Kerajaan MADANI untuk meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital disambut baik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Adalah perlu bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong dan mendoakan agar usaha kerajaan untuk menaik taraf teknologi digital dalam sistem pentadbiran sama ada sektor kerajaan atau swasta kerana dengan kecanggihan serta keberadaan teknologi digital ini sudah pastinya akan dapat membantu dalam mengesan salah guna kuasa serta amalan rasuah dalam organisasi. Dan yang paling penting ialah usaha kerajaan dalam menangani budaya pemalsuan identiti atau scammer di media sosial.

Gua Musang dengan rendah diri mengajak semua rakyat, terutama penduduk di bumi bertuah Gua Musang agar memberi perhatian kepada ucapan Tuanku berkenaan amalan scammer kerana budaya fitnah dan hasutan dalam media sosial. Peringatan Tuanku adalah tepat pada masanya kerana sejak kebelakangan ini ramai di kalangan kita seakan-akan seronok dan trending dengan penglibatan sebagai scammer media sosial dan tanpa segan silu memfitnah sesama masyarakat. Sungguh mengecewakan apabila scammer tersebut tergamak mencetus kebencian kepada kerajaan dan amat mendukacitakan apabila scammer-scammer tersebut mendapat bimbingan dan tajaan daripada individu tertentu demi

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

kepuasan politik serta dendam kesumat mereka. Oleh yang demikian, tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, marilah kita sama-sama sebagai pemimpin yang berada di Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama mengenal pasti akaun-akaun media sosial seperti contohnya Facebook, Tiktok dan Instagram dan sebagainya yang mungkin pemilik akaun tersebut adalah orang-orang yang kita kenali atau tinggal di kawasan kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, saya memohon Kerajaan Perpaduan yang cemerlang hari ini agar memperuntukkan lebih banyak projek pembangunan di Gua Musang bermula awal Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu bermula pada tahun depan, 2026.

Memandangkan telah sekian lama Gua Musang ‘sekadar di pinggiran’ oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ini adalah masa terbaik untuk Kerajaan Persekutuan mewujudkan monumen indah yang akan dikenang sepanjang masa oleh setiap lapisan masyarakat di bumi saya, Gua Musang. Permohonan saya untuk mendapatkan satu institut pendidikan tinggi awam dan kelulusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap perkara ini amat disanjung tinggi dan diharapkan kerajaan merealitikan pembinaan IPTA baru di Gua Musang dalam RMKe-13 yang bermula tahun depan.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Sebagai memutlakkan sumbangan pembangunan adalah diharapkan kerajaan memfokuskan pembangunan infrastruktur serta memperkasakan industri di Gua Musang, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tersayang di bumi Kelantan selatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan lafaz penuh ikhlas, Gua Musang mohon menyokong Titah Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Sekian.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai recap Yang Berhormat-Yang Berhormat, Peraturan 37, orang yang berbahas itu kalau tidak dibenarkan mahu mencelah yang memohon itu duduklah ya. Kita ikut peraturan. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker, yang saya hormati. Dato’ Speaker, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyatakan ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI.

Sebagai Ahli Parlimen barisan belakang, saya ingin bangun untuk turut serta membahas dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Terlebih dahulu saya mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong dan seluruh keluarga diraja dikurniakan keafiatan dan kesihatan yang sejahtera dan berpanjangan serta berkat yang berkekalan. Saya juga mendoakan keselamatan dan

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kesejahteraan buat Perdana Menteri dan keseluruhan kepimpinan negara, Ahli-ahli Parlimen dan sekalian rakyat jelata.

Saya, Dato’ Speaker, ingin pertamanya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Aysar Zahran bin Saiful Alimin, seorang penuntut cemerlang bidang perakaunan yang terkorban dalam satu kemalangan. Saya difahamkan Allahyarham Aysar Zahran bin Saiful Alimin merupakan seorang penuntut cemerlang dalam bidang perakaunan yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan ACCA pada tahun 2023 dan memperolehi kedudukan nombor satu di Malaysia dan kedudukan nombor dua di seluruh dunia.

Saya difahamkan bahawa adik Aysar Zahran bin Saiful Alimin yang terkorban sedang menunggang sebuah motosikal dan terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat, Ampang pada 2 Februari tahun ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kerajaan untuk meningkatkan lagi kempen kesedaran keselamatan lalu lintas jalan raya kerana sejak kebelakangan ini terdapat banyak sangat kemalangan ngeri di atas jalan raya yang meragut banyak nyawa seperti kemalangan pada 23 Disember tahun lalu di Lebuhraya PLUS di Alor Gajah, Melaka yang meragut nyawa tujuh orang daripada satu keluarga yang menaiki sebuah kenderaan MPV.

Kenderaan serba guna yang terbabas akibat tercabutnya tayar sebuah lori kenderaan berat dan yang merempuh arah bertentangan ketika mereka berada di atas jalan raya.

Dato’ Speaker, saya terutamanya ingin berterima kasih kepada kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun dan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun di atas segala kerja baik yang telah dilaksanakan oleh mereka sehingga sekarang. Sebagai Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang yang pertamanya bangun untuk membahaskan Titah Tuanku. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan di atas permulaan projek LRT di Pulau Pinang baru-baru ini.

Pada 11 Januari 2025 tahun ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pecah Tanah, Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang. Di mana projek ini dijangka akan bermula tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2030. Di mana projek ini dianggarkan akan menelan belanja lebih daripada RM10.5 bilion.

Mewakili rakyat Pulau Pinang saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana projek ini sangat dinanti-nantikan dan juga berkeupayaan mengurangkan kesesakan lalu lintas jalan di Pulau Pinang terutamanya semasa waktu puncak dan cuti sekolah.

Dato’ Speaker, saya juga ingin menjunjung kasih dan menyentuh beberapa perkara yang telah dititahkan oleh Tuanku dalam Titah Baginda. Dewan yang mulia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk kita bersama-sama membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara. Bukanlah tempat di mana kita bertegang urat dan menabur fitnah dan memaki hamun.

Rakyat Malaysia Dato’ Speaker, adalah insan yang paling baik hati, prihatin dan sangat bertimbang rasa. Kita masih ingat lagi bagaimana rakyat Malaysia berbilang kaum

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

telah menolong di antara satu sama lain ketika kita bergelut dengan wabak COVID. Jiran tetangga tak kira orang Melayu membantu orang Cina, orang Cina membantu orang Melayu dan orang India membantu semua. Ini kita melakukan di atas sifat kemanusiaan, sifat kemalaysiaan, sifat persaudaraan di antara satu sama lain. Sebab itu saya ingin menyentuh perkara ini di mana orang Malaysia rata-rata merupakan orang yang bertimbang rasa. Kita membantu bukan saja rakyat Malaysia tetapi apabila kita mendengar berlakunya masalah di Myanmar, berlakunya masalah di Palestin kita membantu. Memberi bantuan dan kita menyatakan simpati di atas apa yang berlaku ke atas mereka.

Tetapi di sini saya ingin menyentuh tentang cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai rancangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membangunkan semula Wilayah Gaza. Saya adalah di antara orang yang menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya menyokong kelantangan beliau menentang Israel dan saya juga menjadi penyokong tegar beliau tetapi saya ingin menyatakan secara terbuka kepada Dewan yang mulia ini. Cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini mungkin tidak diterima baik oleh rakyat Malaysia kerana ada yang mengingatkan Perdana Menteri bahawa ada banyak lagi perkara-perkara yang masih belum dan perlu diselesaikan di Malaysia, negara kita yang tercinta.

Umpamanya saya beri contoh, di kawasan saya sendiri di Parlimen Jelutong. Masjid Jelutong adalah masjid yang paling tua di Pulau Pinang. Saya kurang pasti sama ada Dato’ Speaker pernah datang ke Pulau Pinang, pernah berkesempatan untuk pergi ke Masjid Jelutong untuk bersolat. Masjid itu telah pun padat terutamanya pada hari Jumaat. Memang tidak ada tempat untuk jemaah untuk duduk dalam masjid dan bersolat dengan tenang dan dengan kemudahan yang ada.

Saya juga difahamkan bahawa tempat perkuburan juga tidak mencukupi. Pada masa yang sama saya juga ingin menyentuh tentang peruntukan untuk sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Cina. Saya ingin menyeru Kerajaan Persekutuan menambah baik dan memberi dana kepada SJKT Tamil dan SJKT Cina dan saya ingin menyentuh isu beberapa sekolah SJKT Tamil yang masih kekurangan umpamanya SJKT Sungai Bakap. Di mana sekolah itu belum lagi dibina walaupun telah dijanjikan oleh kerajaan baru-baru ini dan saya berharapkan bahawa projek itu akan dilaksanakan dengan segera.

Pada masa yang sama saya difahamkan bahawa di Kuantan terdapat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Ladang Jeram di mana murid-murid di sekolah tersebut terpaksa mengikuti pelajaran mereka dalam sebuah kontena kerana tidak ada bangunan untuk lebih kurang 20 tahun. Ini adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan juga SJKT Ladang Katumba di Baling, Kedah. Di mana baru-baru ini murid-murid di sekolah tersebut diminta untuk beralih ke Sekolah Jenis Kebangsaan Pekan Tawar dan selepas itu diminta untuk berpindah ke suatu sekolah yang lain.

Dato’ Speaker, saya menyentuh isu tentang Sekolah Tamil dan saya akan menyentuh tentang isu kuil kerana sejak kebelakangan ini kaum, penduduk di Malaysia terutamanya rakyat Malaysia yang merupakan penyokong tegar PMX telah menyatakan kebimbangan

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mereka. Saya risau bahawa mereka ini yang merupakan pengundi dan penyokong tegar PMX yang menyokong penuh seratus-peratus PMX mungkin merasakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan kaum India tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi saya bangun, saya tidak mahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalah faham kerana saya merupakan penyokong tegar beliau. Saya mahu beliau terus memimpin kerajaan ini bukan saja sekarang tetapi juga memastikan bahawa beliau terus menjadi Perdana Menteri kita selepas pilihan raya yang ke-16. Sebab itu saya bangun untuk membangkitkan perkara-perkara ini dan saya mohon supaya isu-isu yang melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, di Kuantan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Katumba diberi perhatian supaya kita dapat memberi semangat dan juga harapan kepada rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa India yang bercakap, bertutur dalam bahasa Tamil bahawa isu-isu melibatkan mereka sedang diberi perhatian oleh kerajaan.

Saya juga menjadi Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Dato' Speaker, Thaipusam merupakan perayaan yang begitu besar disambut di Pulau Pinang. Sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, saya mengambil kesempatan untuk merayu kepada Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan dana tiap-tiap tahun kerana kita hanya menerima RM1.5 juta sahaja daripada Kerajaan Pulau Pinang. Itu pun telah dimulakan oleh bekas Ketua Menteri, Yang Berhormat Bagan di mana beliau telah memberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Lembaga Wakaf Hindu yang terpaksa menyelenggara sebanyak 15 kuil. Ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2018, jumlah sebanyak RM700,000 telah pun disalurkan kepada Lembaga Wakaf Hindu.

Kuil di Lembaga Wakaf Hindu terutamanya kuil di Balathandayuthapani yang menjadi puncak sambutan Thaipusam ini akan menerima sebanyak 1.5 juta penganut Hindu dan kuil ini terletaknya di atas bukit. Ramai orang kelainan upaya, warga emas yang sakit selalu mengeluh mengatakan kenapa Lembaga Wakaf Hindu tidak menyediakan kemudahan untuk naik ke atas untuk melaksanakan sembahyang hajat dan membayar nazar.

Kita mempunyai rancangan untuk membina cable car. Saya menggunakan kesempatan ini untuk meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada perkara ini supaya Pulau Pinang yang menjadi vote bank terbesar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tempat di mana beliau lahir iaitu Pulau Pinang akan terus yakin bahawa kerajaan kita yang dipimpin oleh Yang Berhormat Tambun memang memberi perhatian kepada isu-isu yang melibatkan rakyat Malaysia terutamanya kaum India beragama Hindu.

Dato' Speaker, saya mohon satu minit saja. Terima kasih Dato' Speaker. Terdapat jabatan kerajaan yang ingin saya rakamkan ucapan terima kasih. Klinik Kesihatan Pulau Pinang memerlukan banyak sangat peralatan dan penaikan taraf. Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Perak, anggota-anggota di situ memang memberi perkhidmatan yang paling baik. Mereka bukan sahaja menjadi penyelamat untuk kejadian kebakaran dan

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kemalangan di Jelutong tetapi juga di seluruh Pulau Pinang. Mereka juga meminta supaya kenderaan-kenderaan penyelamat yang mempunyai kelengkapan untuk naik ke bangunan pencakar langit juga dibekalkan. Polis Diraja Malaysia, Balai Polis Jelutong juga memerlukan bangunan yang baharu dan memerlukan kuarters yang baharu.

Jadi, saya memohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi perhatian kepada perkara-perkara ini. Saya tidak menentang kesungguhan beliau, keikhlasan beliau. Ini merupakan satu sifat kemanusiaan yang perlu dipuji di mana beliau ingin membantu pihak-pihak yang terlibat di Gaza. Tetapi rayuan saya pada masa yang sama, permintaan saya adalah isu-isu yang melibatkan negara kita sendiri perlu diberi perhatian terutamanya isu-isu yang melibatkan hospital, isu-isu yang melibatkan kuil, tempat-tempat ibadah, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan sebagainya dan juga tidak melupakan Masjid Jelutong yang perlu kita naikkan bangunan yang baharu. Membina bangunan yang baharu.

Dato' Speaker, sebelum saya landing, saya di sini juga ingin menyatakan bahawa Dewan yang mulia ini merupakan tempat yang perlu kita gunakan sebaik-baiknya. Saya amat tersentuh apabila parti DAP selalu menjadi bahan momokan. Baru-baru ini, ada seorang pemimpin daripada parti pembangkang yang mengatakan bahawa Menteri Belia dan Sukan merupakan anak kepada seorang...

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Sought corporation Yeoh Tiong Lay. Saya tak tahu kenapa perkara-perkara ini dinyatakan.

draft • 6:40 PM

Seorang Ahli

Dah, dah, dah.

draft • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bangun]

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tetapi ia selalu digunakan sebagai kesimpulan untuk menaikkan isu-isu yang memainkan isu-isu yang negatif. Saya hanya mengambil kesempatan ini untuk mengatakan bahawa kalau kita ingin membina negara ini, kita perlu bersama-sama. Walaupun parti pembangkang ataupun kerajaan, kalau kita memberi pendapat yang membina, memang kita akan berjaya untuk memastikan bahawa kesemua kehendak rakyat akan diberi perhatian.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat, Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa charity begins at home. Amal bermula dari rumah dan permintaan saya kepada Yang Amat Berhormat PMX dan kerajaan sekarang adalah untuk memberi perhatian kepada isu-isu yang telah dibangkitkan di Malaysia sebelum kita melangkah ke pilihan raya yang akan datang yang ke-16. Dua tahun atau mungkin satu tahun daripada masa sekarang.

Terima kasih Dato' Speaker atas peluang yang diberikan.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ketereh.

draft • 6:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Sebagai bekas tentera, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana menghargai taat setia yang dicurahkan oleh angkatan tentera kepada negara yang tercinta.

Perbahasan kali ini, saya akan sentuh isu melibatkan moral kepada veteran angkatan tentera iaitu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang sampai kini dah dekat 12 tahun tak selesai-selesai. Saya telah membawa isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 sejak Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas. Isu ini dah dua tahun. Isu ini tidak pernah dibahaskan di Parlimen sebelum ini walaupun ia merupakan isu penting melibatkan veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Mereka inilah yang berjuang mempertahankan negara semasa darurat dahulu.

draft • 6:46 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jangan marah.

draft • 6:46 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Perkara ini berlaku kerana ramai yang tidak mempunyai maklumat tentang perkara ini. Saya tak salahkan mereka. Kecuali Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang pernah bertugas dari tahun 2013 hingga sekarang tahu pasal perkara ini kerana beliau adalah pengerusi kepada Majlis Angkatan Tentera.

Malangnya, isu ini tidak pernah diselesaikan oleh Kementerian Pertahanan dengan pelbagai alasan yang tak boleh langsung diterima oleh akal.

Apabila saya dipilih menjadi Ahli Dewan Rakyat pada 19 November 2022, saya telah membawa isu ini setiap kali ada pembahasan untuk menegakkan keadilan kepada kumpulan veteran ATM yang saya kira dianiaya. Saya dapat merasakan betapa peritnya hidup veteran ini yang mendapat pencen yang sangat rendah berbanding dengan veteran ATM yang bersara selepas 2013. Jauh berbezanya amat jauh. Amat besar. Saya sendiri pun sekiranya tidak bertugas sebagai pegawai tentera, sudah tentu akan berpencen pada tahun 1999 kerana telah mencapai 21 tahun pada masa tersebut dan juga termasuk dalam kumpulan ini yang menerima pencen hanya 50 peratus dari gaji pokok kerana untuk ada reng atau untuk naik pangkat, kita kena berhenti perkhidmat selepas 21 tahun.

draft • 6:46 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Pertama kali saya membahaskan isu ini dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada masa itu memaklumkan kepada saya yang mana kes ini, isu ini masih dalam pertimbangan mahkamah. Beliau telah menyatakan keputusan pada 5 Februari 2024, keputusan Mahkamah Tinggi adalah keputusan kerajaan.

Kalau kita tengok keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa tersebut yang pertama sekali Majlis Angkatan Tentera telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kedua, Majlis Angkatan Tentera hendaklah melaksanakan had pelarasan pencen veteran bersara sebelum 1 Januari 2013 serupa dengan veteran bersara selepas 1 Januari 2013 dan tidak adil membezakan pencen mereka sedemikian.

Ketiga, Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada pencen tentera yang telah berkhidmat untuk negara. Akhir sekali, kegagalan menyelaraskan pencen veteran ATM adalah satu keingkaran kepada Perlembagaan Persekutuan.

Selepas rombakan Kabinet Menteri Pertahanan lama telah ditukar dengan Menteri Pertahanan baru yang kemudiannya membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan. Sepatutnya dia bersyukur tetapi dia bawa ke Mahkamah Rayuan dan didengar pada 21 Januari 2025 yang lalu. Saya ada dalam mahkamah pada masa tersebut. Berbagai-bagai helah, berbagai- bagai alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan. I mean peguam pada masa tersebut.

Mahkamah Rayuan pada 3 Februari 2025 telah menetapkan bahawa keputusan akan diumumkan pada hari Selasa, 6 Mei 2025. Saya ingat daripada sekarang sampai 6 Mei ini ramai lagi yang mati. Ramai lagi yang mati sebab pada hari tersebut saya jumpa seorang itu 99 tahun umur dia. Itulah veteran yang merana sekarang ini. Alangkah malangnya nasib veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang melibatkan seramai 778,546 orang veteran tetapi sekarang ini angka ini sudah berubah, sudah berkurang sudah kerana ramai yang meninggal dunia apabila hak mereka mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972 sekali lagi dinafikan dan terpaksa menunggu selama tiga bulan lagi untuk keputusan Mahkamah Rayuan.

Beginilah nasib yang terpaksa ditanggung oleh pejuang-pejuang negara yang berkorban darah, nyawa, keringat mempertahankan negara semasa darurat dahulu.

Menentang pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya. Saya sendiri berpengalaman bertempur dengan komunis.

[Tepuk] Kami berjaya membunuh dua orang pengganas komunis dan seorang anggota saya gugur pada pertempuran tersebut. Sudah lebih 12 tahun mereka menunggu Kementerian Pertahanan menyelaraskan pencen mereka tetapi malangnya setakat ini Kementerian Pertahanan tidak pernah berusaha untuk melaksanakannya walaupun seramai 98 peratus pesara adalah dari golongan B40.

Semasa sesi penggulungan Bajet 2024 pada 7 November oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan, beliau telah menyatakan bahawa pelarasan pencen fasa pertama akan dilaksanakan pada Disember 2024 ke atas veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Saya amat gembira pada masa tersebut mendengar pengumuman tersebut dan saya berpendapat bahawa selepas pelarasan pencen tersebut barulah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dilaksanakan ke atas pencen veteran ATM yang terlibat.

Saya jangka macam itu tetapi apa yang berlaku SSPA telah dilaksanakan terus ke atas pencen mereka tanpa membuat pelarasan pencen terlebih dahulu dan ini menyebabkan jurang pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dengan veteran yang bersara selepas 2013 menjadi lebih besar.

Semasa pengumuman itu, saya telah berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di mana Yang Berhormat Menteri Pertahanan–– tidak ada pun Menteri

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Pertahanan hari ini, patut dia dengar ini saya cakap ini. Menteri Pertahanan berkata dengan bangganya berterima kasihlah kepada PMX yang telah menolong veteran. Hari ini saya mahu menarik balik ucapan terima kasih tersebut.

[Tepuk] Saya hendak tarik balik yang telah dikelirukan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan di mana pelarasan pencen ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 sebelumnya masih lagi tidak dilaksanakan.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ketereh, tanya sedikit boleh Ketereh? Ketereh.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Akibat dari keputusan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan, keseluruhan veteran ATM yang terlibat semasa tersebut amat kecewa dan marah dengan mereka dan telah berkumpul di depan Istana Kehakiman pada 21 Januari 2025 untuk memberi sokongan kepada kes pelarasan pencen oleh Mahkamah Rayuan. Mereka telah datang dari seluruh pelosok tanah air dalam keadaan yang bersemangat tetapi sekali lagi kecewa kerana hakim-hakim Mahkamah Rayuan tidak memberi keputusan pada hari tersebut.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak bagi, Ketereh ya.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuntutan...

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak ada isu rakyatkah Ketereh di Ketereh yang hendak dibawa?

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tuntutan pelarasan pencen veteran ATM...

Timbalan Speaker–– Dato’ Timbalan Speaker..

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hendak ingatkan sahaja, saya hendak ingatkan.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Boleh tolong ikat tidak dia ini. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara sambil menunjuk ke arah Hulu Langat]

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat Hulu Langat, 37(2)..

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, 37(2) adalah jelas. Yang Berhormat bangun lagi sekali mengganggu tanpa kebenaran, saya akan halau keluar, itu sahaja.

[Tepuk]

draft • 6:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Teruskan.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tekan.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Tuntutan pelarasan pencen ATM yang bertugas sebelum 1 Januari 2013 adalah hak mereka mengikut undang-undang bukannya mereka memohon ihsan dari kerajaan. Pelarasan pencen yang tertangguh sekarang adalah satu perlanggaran undang-undang dan melanggar hak-hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ia adalah satu tindakan berbentuk penindasan...

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kepada veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu, Tangga Batu sedikit boleh?

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di mana hak mereka..

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dato’, Ketereh.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di mana hak mereka..

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat Ketereh tidak benar itu. Silakan.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di mana hak mereka dinafikan dengan penuh kezaliman dan tidak berperikemanusiaan. Ditambah pula kebanyakan veteran ini hidup dalam keadaan amat daif dan ramai yang menghidap penyakit tua. Jadi justeru itu saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bertindak segera menyelesaikan isu ini yang telah terabai sejak 2013 dan saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menyelesaikan isu ini. Mungkin tiada komunikasi daripada Kementerian Pertahanan. Mana dia hari ini tidak ada dia.

Akhir kata, saya mewakili seluruh veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyelesaikan isu ini dengan segera.

Ingatlah jasa-jasa veteran ini yang teramat besar kepada agama, bangsa...

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh, Ketereh sedikit. Sedikit boleh?

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, bagi sedikit.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Okey ada perbezaan tidak antara tentera yang pencen sebelum 2013 dengan komunis yang letak jawatan... [Pembesar suara dimatikan].

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya yang menguatkuasakan 37(2), duduk. Yang Berhormat, gulung akhir.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tekan.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat, gulung.

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, akhir kata saya mewakili seluruh veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 memohon sangat-sangatlah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selesaikanlah isu ini dengan segera. Ingatlah jasa-jasa mereka yang teramat besar kepada agama, bangsa dan negara. Sekian dan saya mohon

draft • 6:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Masa telah menetapkan hampir satu minit lagi pukul 7 dan usul sampai pukul 7. Saya berkuasa hanya 15 minit. Ada dua pembahas. Jadi, Yang Berhormat Kapar besok. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Subang.

draft • 7:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberikan pandangan saya terhadap ucapan Titah Diraja.

Saya perhatikan ucapan Yang di-Pertuan Agong banyak menyentuh tentang isu keadaan ekonomi Malaysia, dan dengan tepatnya Yang di-Pertuan Agong telah menekankan tentang pertumbuhan ekonomi yang pesat terutamanya tahun lalu di mana pelaburan langsung asing (FDI) yang besar daripada syarikat-syarikat teknologi barat seperti NVIDIA, Amazon, Google serta Microsoft.

Tuan Speaker, pusat data atau, dengan izin, data centers adalah sangat penting kerana sekiranya Malaysia berjaya menjadi satu hab utama bagi pusat data ini, Malaysia akan berada di landasan yang terbaik dalam pembangunan AI dan juga quantum computing.

Minggu lalu, dunia telah diperkenalkan dengan AI daripada China, DeepSeek.

DeepSeek dibangunkan dengan kos yang jauh lebih rendah dengan harga USD5 juta sahaja berbanding dengan ratusan juta, berbilion yang dibelanjakan oleh syarikat teknologi barat.

Berita ini menyebabkan kejatuhan penilaian saham dalam banyak syarikat teknologi barat dan menghapuskan kira-kira USD1 trilion. Beberapa penganalisis telah berkata bahawa ini mungkin juga akan memberikan kesan buruk terhadap ekonomi Malaysia sebagai negara yang sedang berkembang dalam industri pusat data dan AI.

Saya berpendapat bahawa kebimbangan awal terhadap DeepSeek ini agak simplistic. Daripada berasa bimbang, saya mencadangkan Malaysia segera menerima DeepSeek sebagai alternatif yang murah dan berkesan (cheap and good) berbanding dengan model AI yang jauh lebih mahal. Oleh kerana ia lebih murah dan berkesan, terdapat potensi besar untuk kolaborasi yang boleh membantu Malaysia serta negara lain mengejar kemajuan dalam bidang AI. Secara tidak langsung, AI yang murah dan berkesan ini akan decentralize kepada seluruh dunia dan bukan lagi dimonopoli oleh satu, dua atau tiga syarikat teknologi gergasi barat.

Lebih penting lagi, kita mesti berusaha lebih giat untuk mengadaptasi teknologi seperti DeepSeek agar lebih banyak pusat data dapat ditempatkan di Malaysia. DeepSeek mungkin tidak akan dibenarkan beroperasi di Amerika Syarikat sebab dia syarikat China, tetapi mereka boleh dan memang boleh beroperasi di Malaysia. Selain itu, DeepSeek juga membuka peluang kepada syarikat dan negara yang bukan peneraju AI― maknanya,

draft • 7:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

dunialah, satu dunia tidak boleh buat AI, cuma Amerika Syarikat― untuk turut serta dalam penjanaan efficiencies dengan penggunaan AI yang murah dan berkesan ini.

Oleh itu, kita perlu mengalu-alukan semua untuk menempatkan pusat data mereka di Malaysia. NVIDIA sebenarnya akan kembali pulih, walaupun sahamnya jatuh teruk, kerana jualan cip AI, the AI chips that they manufactured akan terus meningkat hasil dari permintaan baru yang didorong oleh penggunaan AI murah yang berkesan dari DeepSeek.

Dengan kata lain, kita mesti merancang lebih banyak pusat data kali ini untuk syarikat AI baru daripada China, syarikat teknologi dari Eropah yang dahulu tidak boleh masuk dalam AI pun, Asia yang lain, Afrika yang tidak mempunyai halangan untuk mempunyai kod-kod source code DeepSeek yang murah dan berkesan juga boleh menubuhkan pusat data mereka di sini.

Bagi memastikan dan memperluaskan kapasiti pusat data di Malaysia, kita perlu melakukan tiga perkara utama dengan segera.

Pertama, kita perlu ada dasar renewable energy yang lebih kukuh dan lebih baik.

Kita perlu dasar yang mesra dengan pelaburan bekalan renewable energy. Dengan perkembangan pusat data yang didorong oleh AI yang baru ini, yang murah dan berkesan ini, saya menganggarkan bahawa kita perlu membekalkan antara dua ke tiga gigawatt renewable energy dalam masa tiga tahun yang akan datang.

Kedua, kita perlu menyelesaikan isu bekalan air yang cukup, sebab AI ini memerlukan banyak air to cool down the machines. Kita perlu mencari sumber air baharu, mungkin daripada negeri Perak untuk disalurkan ke Lembah Klang, Negeri Sembilan, Kedah dan juga Johor.

Ketiga, kerajaan perlu menyediakan lebih ramai pelajar dalam bidang STEM supaya mereka boleh menjadi pengendali, pereka dan saintis dalam sektor AI yang akan berkembang pesat ini. Kita perlu merombak sistem dasar pendidikan negara kita yang lama dan ketinggalan zaman serta mula menghasilkan lebih ramai tenaga pekerja STEM yang berkualiti. Jika kita berjaya mencapai ini, kita perlu juga memastikan bahawa usaha ekosistem dan ekonomi AI ini akan mewujudkan pekerjaan yang lebih tinggi, gaji yang lebih tinggi supaya pekerja tempatan STEM kita kekal di sini dan tidak pindah ke Singapura untuk mendapat gaji yang lebih tinggi.

Tuan Speaker, saya kembali kepada isu pertama iaitu tentang renewable energy.

Kerajaan perlu menyediakan dasar yang lebih baik dan mesra. Pada pertengahan Januari ini, beberapa minggu lalu, kerajaan memperkenalkan wheeling charges electric sebanyak 45 sen per kilowatt sejam bagi program CRESS. Caj ini terlalu tinggi dan menyebabkan renewable energy lebih mahal daripada tenaga konvensional yang dijana melalui arang batu dan juga gas.

Malaysia mungkin satu-satunya negara yang mempunyai dasar renewable energy yang― saya malu hendak katalah, tetapi memang terbalik― menjadikan renewable energy lebih mahal berbanding dengan tenaga konvensional yang mencemarkan alam sekitar. Di seluruh dunia, kerajaan-kerajaan sedang memberi subsidi kepada renewable energy untuk

draft • 7:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

mengurangkan karbon daripada ekonomi mereka dan untuk memenuhi kehendak MNC yang hendak menjadi lebih lestari.

Jadi, dengan wheeling charges 45 sen ini, bagaimanakah kita dapat mempercepatkan penjanaan renewable energy? Bagaimana kita akan mengurangkan jejak karbon kita, memenuhi sasaran Perjanjian Paris dan secara amnya membantu sektor AI serta semua syarikat FDI dan domestik yang komited untuk mencapai status RE100 menjelang 2030?

Saya telah bincang dengan ramai pakar kerajaan dan pihak-pihak kerajaan. Ada yang secara terang beritahu saya, jika syarikat memerlukan renewable energy, suruh dia bayarlah, suruh dia bayar lebih. Adakah ini pendirian kerajaan? Di manakah komitmen Kerajaan MADANI dalam isu ini? Adakah ia kepada fossil fuel, bahan api fosil ataupun renewable energy?

Mari kita buat pengiraan yang basic. Pakar-pakar di dalam bank saya, Malaysia Debt Ventures, memberitahu saya bahawa kos untuk menghasilkan elektrik secara ladang solar

(solar farm) pada masa ini ialah sekitar 21 sen setiap kilowatt sejam. Jika ditambah dengan wheeling charges kerajaan, CRESS 45 sen, kos renewable energy akan menjadi 66 sen setiap kilowatt sejam. 66 cents.

Mari kita bandingkan dengan kadar yang dibayar oleh kilang untuk tenaga konvensional, tenaga biasa daripada batu arang dan juga gas. Mereka cuma bayar 53 sen setiap kilowatt sejam iaitu 13 sen lebih murah daripada renewable energy.

Saya hendak tanya Dewan ini, syarikat mana yang akan beralih ke renewable energy untuk membayar 13 sen lebih ataupun peningkatan 25 peratus dalam kos tenaga mereka?

Jadi, saya dengan rendah hati minta Kerajaan MADANI saya yang saya sokong untuk menyemak semula angka saya dan memberitahu sama ada saya ini tersilap dalam perkiraan atau tidak. Kalau saya tidak tersilap, saya minta kerajaan untuk memberi satu peluang kepada sektor renewable energy untuk bersaing.

Saya cadangkan turunlah wheeling charges daripada 45 sen kepada 32 sen, turunkan sebanyak 13 sen. Dengan penurunan ini, kita akan dapat satu level playing field.

Jadi, pengguna boleh pilih dia hendak guna renewable energy 53 sen atau 53 sen conventional.

Jika kerajaan masih tidak ingin mewujudkan keadaan yang sama rata atau level playing fuel untuk renewable energy, maka saya ingin mencadangkan sebagai second alternative, cukai karbon (carbon tax) yang punitif kepada loji jana kuasa batu arang dan cukai karbon yang sederhana untuk gas, sebab gas ini 40 percent less emission daripada batu arang.

Kerajaan MADANI juga mesti melakukan dasar elektrik yang lebih baik. Saya tahu ada peningkatan yang akan datang untuk factory-factory. Kita tunggulah, tengok macam mana. Tetapi, yang penting ialah kita kena ada keazaman politik untuk menamatkan legasi kroni dalam sektor penjanaan tenaga yang diwarisi ini. Bukan kita yang buat, kita warisi ini.

draft • 7:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Sudah 30, 40 tahun warisan ini yang bergantung kepada arang batu yang kotor― coal is dirty― dan gas yang diberi subsidi yang besar-besaran.

draft • 7:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Malah, saya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat industri tenaga Malaysia. Kita perlu mengetahui bagaimana Malaysia yang tidak mempunyai bekalan batu arang tempatan, we have no domestic supply, kini memiliki 10 loji jana kuasa batu arang yang menghasilkan 26.3 peratus tenaga negara.

Siapa yang sebenarnya mendapat manfaat daripada industri import arang batu ini?

Kenapa menggunakan arang batu yang diimport apabila kita mempunyai begitu banyak gas asli yang boleh dimanfaatkan? Kenapa menggunakan batu arang sedangkan kita mempunyai potensi solar, biomass dan biogas? Saya tertanya-tanya, adakah orang-orang yang mendapat manfaat batu arang ini adalah orang yang memacu agenda dasar untuk menyekat perkembangan renewable energy dengan wheeling charges 45 sen ini? Kerajaan Madani mesti mereformasikan industri tenaga ini yang mempunyai sejarah masalah tadbir urus yang sangat lemah, bermula dari zaman Tan Si Ani Arope.

Bagi bekalan air yang diperlukan, saya ingin melihat proses tender terbuka yang telus dan mengikut prosedur yang betul untuk projek infrastruktur mega seperti ini. Proses tersebut mesti teratur dan sebarang letter of award mesti diumumkan secara terbuka supaya rakyat sendiri boleh semak. Full transparency. So that, kredibiliti Kerajaan Madani tidak terjejas seperti apa yang telah berlaku di dalam kes controversial macam U Mobile.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh perkara yang berkaitan dengan Presiden Trump.

Malaysia perlu memerhati dengan teliti dan membuat persiapan beberapa perkara. Pertama ialah untuk mengurangkan surplus kita dengan Amerika Syarikat supaya kita tidak menjadi target Trump. Kedua, kita kena lihat semula isu BRICS dan de-dollarization. Adakah patut kita teruskan sebagai partner? Adakah patut kita menjadi member? Naik taraf kita ataupun boleh kah kita consider exit seperti apa yang dilakukan oleh Argentina tahun 2023.

Saya juga ingin mengesyorkan bahawa kita perlu melibatkan diri dengan lebih pesat lagi the Global South untuk diversify perdagangan kita. Kita perlu memperkukuhkan hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU), terutamanya kerana EU adalah juga sasaran tarif Amerika Syarikat. Perjanjian perdagangan antara Malaysia dan EU (EU-FTA) dah 15 tahun, bermula sejak 2010. Kita perlu selesaikannya tahun ini sebagai satu langkah strategik untuk mengurangkan impak tarif Trump. Secara asasnya, kita boleh mengurangkan impak tarif ini sekiranya kita berdagang dengan semua orang.

Itulah sahaja ucapan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Titah Ucapan Baginda dan menyokong sepenuhnya. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 5 Februari 2025.

draft • 7:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.13 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026