Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.
1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapa statistik usahawan francais di Malaysia dan apakah hala tuju pembangunan industri francais melalui penyelarasan dan kawal selia oleh KUSKOP ke persada antarabangsa berikutan Malaysia sebagai pengerusi Mesyuarat Tahunan Asia Pasifik Franchise Confederation (APFC) dan World Franchise Council (WFC) melibatkan wakil dari 40 buah negara
Timbalan Yang di-Pertua Puan Alice Lau Kiong Yieng]
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pendaftar syarikat francais di Malaysia dilaksanakan melalui sistem Malaysia Franchise Express 2.0 (MyFEX 2.0) yang merangkumi permohonan pendaftaran francaisor dan francaisi. Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah usahawan francais yang direkodkan melalui sistem MyFEX 2.0 adalah seramai 3,565 orang usahawan yang merangkumi 1,310 francaisor dan 2,255 francaisi.
Bagi mengukuhkan ekosistem keusahawanan francais di negara ini, kerajaan telah bersetuju agar ekosistem pembangunan serta kawal selia perniagaan francais diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Dalam hubungan ini, beberapa tindakan telah dan sedang diambil oleh KUSKOP. Antaranya seperti berikut.
Pertama, membangunkan dokumen Dasar Francais Negara 2030 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri besok. DFN 2030 merupakan satu dasar yang bersifat komprehensif dan holistik bagi membangunkan ekosistem francais yang berdaya maju dan mampan melalui transformasi dan pengukuhan, jenama francais tempatan serta kecekapan tadbir urus.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Ia merangkumi lima teras utama seperti:
(i) menambah baik polisi dan tadbir urus;
(ii) mempromosi francais sebagai model perniagaan pilihan;
(iii) memantapkan kapasiti dan keupayaan usahawan francais;
(iv) mengoptimumkan pencapaian bantuan kewangan kepada usahawan francais; dan
(v) meningkatkan eksais kepada pasaran domestik dan antarabangsa.
Kedua, melaksanakan inisiatif pemutihan data francais selaras dengan pindaan Akta Francais 1998 (Pindaan) 2022 di bawah seksyen 10A yang menetapkan pembaharuan pendaftaran francais setiap lima tahun. Penetapan pembaharuan pendaftaran ini secara tidak langsung dapat membantu kementerian dalam mengawal selia perkembangan perniagaan francais dengan lebih berkesan.
Ketiga, meningkatkan promosi francais tempatan di peringkat antarabangsa melalui program Enhanced Franchise Development Program (EFDP). Pada tahun 2025, sebanyak RM2.7 juta diperuntukkan bagi program EFDP yang akan melibatkan penyertaan dalam pameran francais antarabangsa, padanan perniagaan bayaran balik kos eksport untuk pendaftaran Intellectual Property (IP) di luar negara dan latihan persediaan bagi perkembangan perniagaan usahawan francais ke peringkat antarabangsa.
Keempat, mengadakan kerjasama strategik dengan Persatuan Francais Malaysia
(MFA) yang merupakan ahli Asia Pacific Franchise Confederation dan World Franchise Council dalam meningkatkan kebolehpasaran jenama francais Malaysia di peringkat global.
Pada tahun 2024 ini, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kali kedua untuk mempengerusikan Mesyuarat Tahunan APFC dan WFC yang telah diadakan pada 27-29 Mei tahun ini di Kuala Lumpur bersempena dengan penganjuran pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia.
Sebagai pengerusi mesyuarat tahunan ini, Malaysia berpeluang mengetengahkan francais tempatan kepada wakil daripada lebih 30 buah negara yang memberi peluang kepada Malaysia untuk mengetuai perbincangan berkaitan dasar, standard, peluang kerjasama dalam industri francais di peringkat antarabangsa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas jawapan yang sangat komprehensif dan juga kalau kita lihat dan dengar tadi, banyak sebenarnya program-program yang dianjurkan, disediakan untuk usahawan-usahawan kita. Jadi, soalan saya selari dengan usaha untuk mengantarabangsakan usahawan PKS termasuk usahawan francais, apakah perancangan KUSKOP dalam merencanakan penglibatan usahawan sektor francais ini di peringkat global?
Setakat ini berapa banyak kah usahawan francais tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran global ini? Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Sebagai makluman dan seperti mana saya nyatakan dalam jawapan awal tadi, kementerian saya KUSKOP
Datuk Ewon Benedick
sentiasa komited untuk memperkasakan sektor francais Malaysia di peringkat antarabangsa bagi menyokong agenda globalisasi dan meningkatkan sumbangan usahawan francais kepada ekonomi negara.
Perancangan KUSKOP dalam merencana penglibatan usahawan sektor francais di peringkat global adalah melalui Enhanced Franchise Development Program (EFDP) yang saya sebutkan tadi. Program ini adalah program KUSKOP dengan kerjasama pihak Persatuan Francais Malaysia (MFA) yang mewakili pemain-pemain industri francais negara kita. Antara langkah dan perancangan yang kita akan laksanakan pada tahun hadapan adalah Misi Perdagangan dan Pameran Francais Antarabangsa, peningkatan kapasiti dan keupayaan francaisor, program padanan perniagaan, kerjasama strategik, rangkaian global dan tuntutan kos eksport.
Datuk Ewon Benedick
Bagi tahun 2025, sebanyak lapan program promosi francais antarabangsa telah dirancang dengan sasaran sebanyak RM980 juta potensi pelaburan. Usaha-usaha ini adalah sebahagian daripada strategik KUSKOP untuk menjadikan sektor francais sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara kita serta mendukung agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai hab francais di peringkat rantau dan antarabangsa.
Sebagai makluman Yang Berhormat, bagi tahun ini kita telah melaksanakan sembilan misi perdagangan di bawah program EFDP ini melibatkan usahawan-usahawan francais tempatan dan telah menjana potensi pelaburan sebanyak RM962 juta. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya hendak ucap tahniah kepada PERNAS terutamanya KUSKOP yang menjadi Pengerusi Mesyuarat Tahunan Asia Pacific Franchise Confederation dan World Franchise Council. Dari jawapan Yang Berhormat Menteri, saya kira inisiatif pengantarabangsaan yang dilaksanakan dapat membantu usahawan francaisi kita meningkatkan peluang perniagaan mereka.
Jadi, soalan saya Yang Berhormat, dalam mengantarabangsakan francais ini apa peluang dan potensi besar untuk usahawan francais kita memperolehi maksudnya sama ada peluang dan potensi dalam bentuk perjanjian perniagaan ataupun potensi dalam bentuk rakan perniagaan, sama ada yang kita bawa keluar ataupun yang kita bawa masuk ke dalam negara kita? Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih, Yang Berhormat. Sepertimana saya nyatakan tadi berdasarkan kepada misi yang telah kita laksanakan pada tahun ini sahaja di mana sebanyak sembilan misi perdagangan di bawah program EFDP ini telah menjana RM992 juta potensi pelaburan. Ertinya sudah ada potensi kerjasama di antara usahawan francaisi kita dengan rakan niaga mereka di host countries di mana kita telah mengambil bahagian dalam pameran-pameran ataupun ekspo francais.
Begitu juga dengan kemungkinan usahawan tempatan itu membawa jenama daripada negara lain ke negara kita. Tetapi di bawah program EFDP ini kita memberi fokus
Datuk Ewon Benedick
jenama negara kita yang dimiliki dibangunkan oleh usahawan tempatan itu untuk menembusi pasaran negara-negara yang telah kita ambil bahagian, sembilan tahun ini dan kita akan teruskan pada tahun hadapan.
Saya sendiri memantau dan sentiasa mendapatkan taklimat daripada kementerian, bahagian francais kita dengan PERNAS susulan daripada misi-misi yang telah kita sertai ini.
Esok saya akan bentangkan satu nota kepada Kabinet untuk memaklumkan kejayaan kita ini dan selepas diterima oleh Jemaah Menteri saya akan kongsikan dengan Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Idris bin Ahmad, Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Menteri.
2. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah mekanisme pengagihan bantuan yang dirancang oleh pihak kementerian untuk memastikan petani yang terjejas akibat banjir benar-benar mendapat bantuan tanpa penangguhan dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu kemungkinan ketirisan atau ketidakadilan dalam proses pemberian bantuan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Bagan Serai yang bertanya.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan prihatin terhadap petani yang terkesan akibat bencana banjir. KPKM telah menyediakan mechanism bantuan iaitu Tabung Bencana Tanaman Padi bagi pesawah padi dan Tabung Bencana Pertanian bagi pengusaha tanaman selain padi.
Selain itu KPKM juga telah memperkenalkan Skim Takaful Tanaman Padi yang mula dilaksanakan sejak 13 September 2024. Skim takaful ini melindungi tanaman padi daripada pelbagai risiko termasuklah bencana banjir. Bagi Tabung Bencana Tanaman Padi, bantuan ini diberikan secara tunai khusus kepada pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam. Mechanism ini melibatkan beberapa peringkat penilaian meliputi penyediaan laporan dan penilaian kerugian oleh agensi di lapangan bagi mengenal pasti tahap kerosakan yang dihadapi oleh pesawah.
Seterusnya, laporan lengkap akan dibentangkan dan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal Peringkat Negeri dan Jawatankuasa Induk di peringkat KPKM. Bagi menangani isu kemungkinan berlaku ketirisan atau ketidakadilan dalam proses pemberian bantuan, sebagai makluman, bantuan pesawah hanya diberi kepada pesawah yang berdaftar dan telah melepasi Jawatankuasa Penapis di peringkat agensi teknikal.
Seterusnya semua permohonan bantuan akan dinilai dengan teliti dan disahkan oleh jawatankuasa di peringkat negeri sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal di
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
peringkat ibu pejabat. Permohonan juga perlu disertakan dokumen yang lengkap sebelum dibawa untuk penilaian dan perakuan kepada Jawatankuasa Induk TBTP di KPKM.
Untuk Tabung Bencana Pertanian bagi permohonan bencana banjir, siasatan bancian di lapangan akan bermula dalam tempoh 14 hari selepas banjir selesai untuk tujuan menilai tahap kerosakan terhadap tanaman. Proses bancian dan siasatan yang dijalankan oleh jabatan dan agensi bagi sesuatu kawasan yang terjejas adalah dalam tempoh 30 hari.
Walau bagaimanapun, proses bancian dan siasatan perlu dijalankan dengan teliti bagi memastikan semua penerima bantuan adalah golongan sasar yang memerlukan dan mengelakkan ketirisan serta penyalahgunaan bantuan tersebut.
Tabung Bencana Pertanian adalah projek agromakanan meliputi tanaman, komoditi bernilai tinggi, ternakan veterinar, ternakan akuakultur, hasil-hasil perikanan, industri makanan dan asas tani juga projek yang bukan berbentuk agromakanan sepenuhnya iaitu agropelancongan.
Ini bantuan di bawah Tabung Bencana Pertanian. Penilaian bantuan di bawah tabung ini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk untuk peruntukan bantuan berbentuk bantuan bukan kewangan iaitu 50 peratus daripada nilai anggaran kerugian keseluruhan bagi membantu memulihkan projek kumpulan sasar serta mekanisasi dan automasi ladang yang bertujuan meringankan beban kerugian yang ditanggung oleh akibat daripada bencana.
Sedikit lagi, 30 saat. Sementara dalam proses penilaian, KPKM melalui agensi seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), KADA juga menyalurkan bantuan segera yang melibatkan atur gerak Skuad Ihsan MADANI, lawatan turun padang dan khidmat nasihat kepada pesawah serta pengagihan bakul makanan. Bantuan inisiatif ini diharapkan dapat membantu para petani mengurangkan beban yang ditanggung akibat bencana dan KPKM akan terus memastikan bantuan akan disalurkan secara adil, cekap dan telus.
Memanglah tahun ini bencana berlaku banyak kali. Yang lama bantuan belum lagi selesai datang pula bencana kedua. Jadi, kita harap semua kita komited untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang ditimpa bencana.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih kepada Tuan Speaker, terima kasih kepada Menteri. Keberkesanan dalam soal pemberian bantuan kepada mangsa yang melibatkan para petani ini memerlukan kepada pemantauan yang telus supaya ia sampai kepada petani yang benar-benar terlibat. Persoalan saya apakah indikator utama yang digunakan oleh kementerian untuk membuat satu pengukuran soal keberkesanan sampainya bantuan ini kepada mereka yang terbabit?
Kemudiannya pula, adakah di sana ada saluran khas bagi petani menyampaikan maklum balas atau aduan mungkin ada soal kelewatan dan juga ketidakadilan dalam pemberian bantuan ini. Persoalan yang ada kaitan sikit...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Saya agak terkejut pada 10 Disember baru ini, Timbalan Menteri Pertanian telah memaklumkan ─ mengikut rekod, ada 5.3 juta pek beras putih tempatan yang hilang ketika banjir baru ini dan pek itu pula ialah satu pek 10 kilo. Ertinya dok ada 50 juta kilogram beras tempatan yang tenggelam dengan banjir. Jadi, pasal apa waktu banjir ada pula timbul pulak, waktu kemarau tak ada? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Soalan beras itu spesifik, kita akan jawab secara spesifik. Bertulis. Hat ini hat bencana banjir. Bukit Gantang ini pun merewang merata.
Tak apa.
[Ketawa] Terima kasih kepada yang bertanya. Memang skim bantuan ini dijalankan secara teliti. Kadang-kadang semua orang mengadu sawahnya tenggelam atau sayurnya musnah atau kambingnya mati, ternakannya mati. Maka, pegawai-pegawai akan pergi membuat penelitian dan setelah disahkan memang berlaku kerosakan, berlaku kemusnahan, maka pihak KPKM akan cuba membantu tapi penelitian dibuat oleh pegawai-pegawai kita.
Kalau ada di mana-mana yang dilihat memang binatang ternakannya musnah, tanaman padinya musnah tapi tak dapat bantuan. Kalau ada particular kes itu, sila hantar maklumat itu kepada saya atau kepada kementerian kerana kita lihat kadangkala dalam usaha kita itu, ada juga berlaku misalnya kealpaan di satu tempat dan masanya, kita sedia bertindak untuk memberi keadilan yang sebaik-baiknya.
Macam saya sebut tadi. Memang banjir yang berlaku di Kedah baru-baru ini, belum pun kita selesai bagi bantuan sepenuhnya, datang pula banjir yang kedua. Jadi bancian yang kedua perlu pula dibuat. Sama ada nak dibayar itu, maka kita lihat kemusnahan itu akan dikaji, akan dibuat oleh para pegawai dan akan kita cuba cari penyelesaian terbaik. Kalau ada kebocoran di sana dan di sini, sila lapor dan kita akan bertindak mengikut sistem dan keadilan yang ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya difahamkan para petani yang terjejas akibat banjir perlu berdaftar di pejabat pertanian daerah masing-masing bagi membolehkan proses penyaluran bantuan dilaksanakan. Apakah perancangan masa depan kementerian untuk mempermudahkan lagi proses permohonan bantuan ini supaya para petani tidak terbeban dengan kerenah birokrasi dan apa langkah- langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu mengenai infrastruktur yang banyak rosak waktu banjir ini. Antaranya di kawasan saya, benteng sawah padi yang runtuh, jalan ladang yang rosak dan sebagainya. So, saya jemputlah Abang Mat datang ke Tampin untuk tinjau sendiri masalah-masalah kerosakan infrastruktur di Tampin. Terima kasih Tuan Speaker.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Nak pergi khas melawat kawasan Tampin, nanti Bagan Serai kata kenapa tak melawat kawasan dia?
[Ketawa] Jadi, kita ikutlah susunan yang dibuat oleh pihak KPKM.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dia tak ajak Abang Mat, saya yang ajak.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya akan ─ banyak mereka ajak tetapi di luar Parlimen ini. Jadi, kita akan ikut keutamaan dan segala laporan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen itu, kerosakan dan sebagainya termasuklah saluran air ataupun jalan ladang, harap dikemukakan dengan teliti kepada pihak kementerian supaya kita dapat membantu.
Kemudian, ada lagi satu skim yang sekarang ini iaitu Skim Takaful Pertanian ini. Baru 30,000 orang daftar. Kita masih lagi perlu 60,000 orang lagi untuk berdaftar. Ini cara di peringkat awalnya, diberi secara percuma oleh Agrobank. Agrobank akan membiayai RM64.80 untuk satu hektar. Kalau daftar sahaja, berlaku bencana, Agrobank akan memberi RM3,000.
Akan tetapi kepada mereka yang berdaftar, boleh daftar kepada PPK atau daftar kepada Agrobank cawangan yang terdekat. Ini kita harap semua wakil rakyat memainkan peranan supaya para petani mendaftar untuk di-insure insurans daripada Agrobank. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Chiew Choon Man, Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah- langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak yang telah berlarutan sejak sekian lama, serta perkembangan terkini berhubung usaha-usaha yang sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekurangan guru di seluruh negara, termasuk di Sarawak bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Urusan pengambilan guru dilaksanakan melalui pihak berkuasa melantik iaitu SPP. KPM sentiasa bekerjasama dengan SPP dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan isu kekosongan guru di Sarawak dapat diatasi segera dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi masalah kekurangan guru, KPM telah mempertingkat sinergi dan bekerjasama rapat dengan SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan. Melalui kerjasama ini, beberapa langkah telah dilaksanakan untuk memastikan lebih ramai calon berpotensi dapat dilantik sebagai guru. Antara langkah jangka pendek dan sederhana KPM yang sedang dilaksanakan oleh KPM adalah seperti berikut:
(i) pengambilan guru dilaksanakan menggunakan kluster mata pelajaran;
(ii) pengambilan guru juga diperluaskan kepada graduan-graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara;
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
(iii) pelantikan guru secara contract of service dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga akan dilaksanakan;
(iv) guru-guru lantikan COS ini akan dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang sesuai melalui Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan selama setahun di IPGM; dan
(v) pelaksanaan Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan sepenuh masa selama setahun kepada graduan tanpa pendidikan bermula tahun 2024.
Bagi langkah jangka panjang pula, KPM melaksanakan tindakan seperti berikut:
(i) pengambilan calon guru bagi Program Pra Perkhidmatan PISMP lepasan STPM, STAM dan Program Matrikulasi dalam beberapa bidang pengkhususan untuk keperluan guru sekolah rendah bermula tahun 2024; dan
(ii) penubuhan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru KPM yang berperanan mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam dasar, kurikulum, program dan enrolmen yang memberi implikasi kepada keperluan guru; seterusnya
(iii) memastikan seimbangan dalam pengambilan serta penempatan guru sekolah KPM.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2024 sehingga November, KPM telah berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baru lantikan tetap dan lantikan COS bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,697 orang guru baru telah ditempatkan ke Sarawak dan merupakan antara tertinggi yang menerima guru baru. Sehingga 30 November 2024, jumlah pengisian guru di Sarawak adalah seramai 41,125 orang guru dari 43,334 perjawatan dengan jumlah kekosongan guru adalah 2,209 orang dan peratus pengisian guru setakat 30 November 2024 Yang Berhormat, adalah sebanyak 94.9 peratus.
Khusus bagi menangani isu kekurangan guru di Sarawak, SPP telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Pengambilan Khas Sarawak Tahun 2024. Urusan pengambilan khas ini terbuka kepada graduan pendidikan dan graduan bukan pendidikan. Terkini, SPP telah mengumumkan keputusan temu duga urusan pengambilan guru tahun 2024 pasaran terbuka dan Pengambilan Khas Sarawak pada 11 Disember 2024, semalam. Seramai 7,645 calon telah berjaya ditawarkan pelantikan oleh SPP dalam kedua-dua urusan pengambilan ini di mana seramai 1,372 calon adalah bagi penempatan di Sarawak.
KPM akan membuat penempatan ke sekolah bagi mengisi kekosongan sedia ada.
Atas usaha tersebut Yang Berhormat, KPM telah berjaya mengurangkan bilangan kekosongan guru di Sarawak sehingga 837 orang guru yang akan meningkatkan peratus
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
pengisian guru di Sarawak kepada 98.06 1 peratus. Jadi tadi, setakat 30 November, Yang Berhormat, 94.9 2 peratus.
Semalam selepas selesai semua urusan pengambilan, di Sarawak, kita berjaya tingkatkan 98.06 3 peratus. KPM akan berusaha untuk memastikan kekosongan guru dapat diatasi dari semasa ke semasa. Pada masa yang sama, keutamaan akan diberikan kepada guru kelahiran Sarawak untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih kepada YB Menteri dan juga seluruh warga KPM kerana sentiasa prihatin dengan pendidikan anak Sarawak. Baik daripada segi infra, sekolah, mahupun masalah kekurangan guru di Sarawak yang sudah lama wujud ini.
Soalan saya adalah, apa pendirian KPM dalam mempercepatkan juga untuk guru sementara diserap ke jawatan tetap, supaya kita dapat selesaikan masalah ini kerana banyak guru sementara ini, mereka mungkin sudah ajar di sekolah yang sama tiga, empat tahun. Ini menunjukkan mereka memang ada minat untuk menjadi guru. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat, saya ingin menegaskan, pertamanya, urusan pengambilan guru adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan selaku pihak berkuasa melantik. Guru yang berminat menjadi guru Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengisi permohonan melalui portal MySPP.
Jadi proses, Yang Berhormat, mereka ini semua tak kiralah guru ganti ataupun berpotensi dan berminat untuk menjadi guru, proses itu mesti mereka patuhi. Maknanya melalui SPP. Kita sangat menggalakkan, maknanya rakan-rakan kita, guru-guru gantian ini yang mempunyai minat dan potensi ini untuk membuat permohonan ke SPP dan juga melalui semua proses ini, dan pastinya juga kita memberikan perhatian kepada semua aspek khususnya semasa temu duga yang dijalankan oleh SPP. Terima kasih.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Speaker. Saya mendengar jawapan daripada Menteri. Tahniah atas usaha-usaha.
Cuma, ada beberapa persoalan yang ingin saya tanyakan. Pertama, dalam pertukaran, telah menggunakan eGTUKAR. Namun, dalam proses pertukaran guru ini, terdapat laporan masih berlaku kelewatan terutamanya di sekolah-sekolah yang kritikal guru.
Jadi, saya nak tanya, apakah langkah yang diambil oleh KPM untuk menambah baik prosedur pertukaran penempatan guru bagi memastikan proses ini lebih efisien dan juga adil?
Terutama ada satu kes di Sungai Nerek, pencen sejak 1 Mac 2024. Sehingga kini, masih belum dapat ganti.
1 Pindaan oleh YB. Menteri Pendidikan melalui surat bertarikh 16 Januari 2025 2 Pindaan oleh YB. Menteri Pendidikan melalui surat bertarikh 16 Januari 2025 3 Pindaan oleh YB. Menteri Pendidikan melalui surat bertarikh 16 Januari 2025
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Dan juga, dalam yang disebut tadi oleh Menteri, apakah metrik atau indikator yang digunakan untuk menilai kejayaan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian yang disebut oleh Menteri tadi? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih, Speaker. Yang Berhormat, saya ambil maklum berkaitan pandangan Yang Berhormat dan juga persoalan yang dibangkitkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi proses eGTUKAR ini yang melibatkan perpindahan guru ini, pertama, ia dibuka sepanjang tahun. Jadi, tiada sekatan untuk mereka memohon pada bila-bila masa.
Kedua, perpindahan itu, Yang Berhormat, mesti berlaku semasa cuti sekolah. Jadi, berkaitan kes Yang Berhormat sebut ini, saya akan tindak susul dengan bahagian untuk melihat mengapa ada kelewatan dan sebagainya.
Insya-Allah, Yang Berhormat, berkaitan dengan melihat jangka panjang dan juga apakah kriteria dan juga merit yang kami gunakan untuk melihat keseluruhan isu ini, kita sentiasa berbincang dari semasa ke semasa dengan pihak SPP. Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak SPP sebenarnya yang telah banyak membantu dan memastikan bahawa isu-isu yang dibangkitkan berkaitan kekurangan guru dan juga memenuhi keperluan guru ini sentiasa mendapat perhatian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan status penubuhan Ombudsman Malaysia dan garis masa yang ditetapkan bagi pelaksanaan usaha ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Puan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, usaha mengenai cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia telah bermula pada tahun 2018 di mana Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah 2018 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju secara prinsip dengan penubuhan Badan Ombudsman Malaysia dalam perkhidmatan awam, menggantikan Biro Pengaduan Awam (BPA) yang sedia ada.
Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Reformasi Institusi Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 29 April 2024 telah memutuskan supaya sesi libat urus holistik diadakan bagi menentukan cadangan penubuhan mekanisme Ombudsman Malaysia.
Susulan daripada keputusan tersebut, Jemaah Menteri pada 12 Jun 2024 telah bersetuju supaya sesi libat urus holistik dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama BPA dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan selama tiga bulan bagi menentukan mekanisme penubuhan dan pelaksanaan Ombudsman Malaysia.
Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, sesi libat urus holistik ini adalah amat diperlukan bagi meneliti secara terperinci beberapa aspek dasar dan teknikal berhubung penubuhan badan baru ini seperti analisis kajian, fungsi untuk menyiasat aduan, bidang kuasa untuk menangani isu sudah tadbir (mail administration) dalam penyampaian perkhidmatan awam, keperluan kewangan dan sumber manusia pada badan baru-baru ini.
Selain itu, sesi libat urus holistik ini akan juga meneliti kebolehlaksanaan cadangan supaya Ombudsman Malaysia memainkan peranan sebagai sebuah agensi berpusat di bawah cadangan pindaan-pindaan kepada Akta Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] yang sedang diusahakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang.
Pada masa ini, kesemua aspek ini perlu diperhalusi dan perbincangan bersama dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam usaha ini. Pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan ombudsman telah pun diadakan dengan pihak- pihak berkepentingan, agensi kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.
Selain itu, sesi libat urus holistik juga merangkumi perbincangan kumpulan berfokus
(focus group discussion) dengan agensi-agensi kerajaan negeri di mana setakat ini dua zon telah selesai menjalankan sesi tersebut iaitu zon utara dan zon Sabah. Selain itu, sesi libat urus ini akan diteruskan di peringkat zon Sarawak, timur, selatan dan tengah sebelum memuktamadkan di peringkat agensi pusat menjelang suku tahun 2025.
Tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri, rang undang-undang baru penubuhan badan Ombudsman Malaysia akan dirangka dan dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu yang badan ombudsman telah ditubuhkan di Sweden seawal dua abad yang lepas, di Finland pada tahun 1919, New Zealand pada 1962.
Jadi, mengapakah Malaysia sampai sekarang pun belum kita tubuhkan badan ombudsman?
Dan juga, adakah ia benar-benar akan direalisasikan?
Jadi, soalan saya ialah, macam mana Ombudsman Malaysia boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia? Dan juga, apakah maklum balas atau feedback daripada kesemua libat urus yang dijalankan oleh kementerian?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1968 Sir Guy Powles iaitu pegawai Ombudsman New Zealand pada ketika itu telah dipertanggungjawab melaksanakan kajian penubuhan sistem institusi ombudsman di Malaysia. Susulan kajian tersebut, telah disyorkan untuk Biro Pengaduan Awam ditubuhkan dan penubuhan BPA ini telah diumumkan secara rasmi pada 23 Julai 1971.
Sejak itu, adalah menjadi bidang kuasa BPA di negara ini untuk menyemak aduan berkaitan tindakan amalan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi kerajaan dan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
penjawat awam yang dirasakan tidak adil, tidak mematuhi undang-undang atau peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah pentadbiran.
Walau bagaimanapun, perbezaan yang ketara antara BPA dan badan ombudsman seperti negara lain, antaranya Sweden, New Zealand dan Australia, adalah bahawa badan- badan ombudsman ini mempunyai kuasa siasatan terhadap aduan-aduan yang dikemukakan oleh orang awam terhadap agensi kerajaan ataupun penjawat awam dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan menambahbaikkan systematic changes yang harus diambil oleh agensi berkenaan bagi memperbaiki mutu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sedang ringkaskan. Terima kasih.
Penyampaian perkhidmatan awam mereka kepada masyarakat.
Secara perbandingan, BPA pula tidak mempunyai kuasa siasatan terhadap aduan- aduan yang diterima daripada orang awam dan hanya boleh menyampaikan aduan-aduan tersebut kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut dalaman.
Oleh itu, BPA hanya menjadi the middle man, as a postman only.
Sehubungan dengan itu, penubuhan sebuah badan Ombudsman Malaysia dengan kuasa siasatan dan kuasa untuk mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan akan membolehkan badan ini untuk memainkan, dengan izin, more meaningful role dan meningkatkan keberkesanan badan ini dalam menambah baik mutu perkhidmatan awam serta dapat meraih keyakinan orang awam dalam keberkesanan cadangan ombudsman.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, dalam sesi libat urus dan kajian yang sedang dijalankan, kerajaan turut sedang meneliti mekanisme untuk memastikan cadangan- cadangan menambahbaikkan yang dikemukakan untuk Ombudsman Malaysia telah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkenaan dan bukan hanya menjadi cadangan sahaja serta untuk memastikan badan ini tidak menjadi sebuah, dengan izin, a toothless tiger.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Bagi memastikan peranan Ombudsman benar-benar optimum dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik, maka ia perlu diangkat dan diletakkan pada struktur yang betul. Jadi, soalan saya ialah sejauh mana cadangan Ombudsman ini untuk diletakkan di bawah institusi yang bebas?
Contohnya, seperti Parlimen dan tidak diletakkan di bawah mana-mana struktur eksekutif bagi memastikan kebertanggungjawaban yang tinggi terhadap peranan Ombudsman berkenaan. Jadi, minta respons dari kementerian.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, cadangan Yang Berhormat, baik. Tapi kita perlu fikirlah bahawa bila kita bercakap mengenai kebebasan atau independence of the institution, itu adalah hasrat Kerajaan MADANI bahawa ia perlu diasingkan. Sekarang seperti saya kata sebelum ini, bahawa biro pengaduan awam ini menjadi sebagai postman sahaja. The effectiveness is not there.
Jadi, satu di antara caranya adalah, kita sedang mengkaji dan mengadakan libat urus supaya mendapat pandangan dan jika perlu, pandangan Yang Berhormat boleh diambil kira dan tindakan akan diambil. Saya percaya bahawa ia akan di terletak dengan satu badan bebas supaya penyiasatan yang lebih menyeluruh. Tapi mustahak sekali adalah, bukan sahaja menjadi badan bebas tetapi dia perlu ada kuasa penyiasatan. There must be an effective investigative process to the right place. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian. Silakan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Nampaknya tiap-tiap hari naik soalan hujung-hujung ni.
[Ketawa] Bila kena kait, dia luruh rupanya, insya- Allah. Apa pun, terima kasih pada Timbalan Speaker. Saya kemukakan soalan nombor dua.
Terima kasih.
2. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah kelulusan EIA yang baru diberikan kepada projek perlombongan bauksit di Bukit Goh Kuantan. Sekiranya ada, apakah mekanisme pengawalan pencemaran alam sekitar dan air agar ianya tidak berulang.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Pertama sekali, di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar, kita ingin mengesahkan bahawa tidak ada kelulusan diberi kepada Laporan EIA untuk Projek Perlombongan Bauksit di Bukit Goh, Kuantan, Pahang.
Sebelum ini, Laporan EIA pernah ditolak untuk projek ini. Selepas itu, ibu pejabat JAS baru sahaja menerima Laporan EIA sekali lagi bagi cadangan projek di Bukit Goh, Kuantan.
Bertajuk Proposed Bauxite Mining Operation in Bukit Goh with an area of 2,424.73 hectares in Mukim Kuala Kuantan, District of Kuantan, Pahang pada 24 September 2024.
Penggerak projek bagi cadangan projek ini ialah BG Mining Sdn Bhd dan seperti biasa, proses akan diikuti, yang mana ia akan dinilai dan dibincangkan secara terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIA TRC) bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, termasuklah agensi-agensi teknikal sama ada di peringkat Persekutuan ataupun negeri, individu yang dilantik dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Jadi, Mesyuarat EIA TRC ini akan mempertimbangkan semua ulasan dan syor daripada semua pihak yang terlibat sebelum keputusan dibuat terhadap Laporan EIA yang diterima. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Apakah kerajaan berhasrat untuk mewajibkan semua industri perlombongan– perlombongan pasir, perlombongan bauksit dan sebagainya. Sebab saya tengok kita sangat dukacitalah pencemaran yang berlaku, dengan tragedi yang berlaku di Bukit Goh, pencemaran yang sangat kritikal. Sedangkan kerajaan telah pun melantik pakar Sino dengan kos RM486 juta selama 15 tahun untuk mengawasi environment kita. Bermakna, RM60 juta setahun atau RM5 juta sebulan kos kerajaan tanggung, RM167,000 sehari untuk memantau keadaan udara, air dan sebagainya.
Persoalan saya ialah sejauh mana EQMP ini berkesan dalam membuat pantauan, khususnya untuk realtime dan dapat bagi notis lebih awal kepada rakyat kita atau masyarakat daripada kesan pencemaran alam sekitar yang mereka hadapi? Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, pertama sekali tentang proses EIA. Kita memang ada cadangan untuk kita tingkatkan lagi kawal selia EIA dan juga ketelusan proses tersebut supaya menjadi lebih comprehensive, seiring dengan keperluan dan juga permintaan rakyat pada hari ini. Tentang soalan ataupun tentang isu environmental quality monitoring programme (EQMP) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Tujuannya ialah untuk mengawasi status kualiti udara, air sungai dan juga air marin sebagai mana Yang Berhormat sedia maklum. Dengan mencerap data kualiti ambient atau persekitaran yang menjadi pertunjuk kepada tahap kesihatan dan juga kesejahteraan penduduk dan masyarakat setempat. Ia telah membantu kita untuk menyediakan Laporan Kualiti Alam Sekeliling setiap tahun.
Tetapi kita juga sedia maklum, baru-baru ini di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pun perkara ini ada dibangkitkan. Saya ingat mantan Menteri Yang Berhormat Puchong juga ada menimbulkan beberapa persoalan untuk memastikan keberkesanan program ini. Yang kita merasakan aspek EQMP ini, dia adalah satu ialah aspek data yang dicerap secara automatic, yang itu kita rasa tidak ada masalah yang besar.
Cuma daripada segi pencerapan data manual, yang itu mungkin ada persoalan. Ada yang sering dibangkitkan, adakah ini perlu diletakkan di bawah bidang kuasa EQMP, yang mana dikontrakkan kepada syarikat konsesi ataupun boleh dibuat oleh pihak kerajaan. Jadi, dia ada implikasi lah. Kalau katakan dia buat oleh pihak kerajaan pun, kemampuan dari segi perjawatan dan sebagainya.
Jadi, perkara ini kita akan lihat secara menyeluruh supaya yang matlamat ataupun hala tujunya ialah memastikan kualiti data yang kita terima itu lebih berkesan. Di peringkat pihak berkuasa, kita dapat memastikan kita dapat memberikan amaran awal kepada komuniti setempat sekiranya berlaku masalah, krisis pencemaran. Contohnya, Sungai Kim Kim dan sebagainya dan juga masalah pencemaran perlombongan bauksit yang pernah mendapat perhatian meluas di negeri Pahang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong, ya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi, soalan saya ialah sejauh manakah kajian telah dijalankan untuk kita menyemak kaedah penilaian laporan penilaian kesan kepada alam sekitar iaitu EIA ini, bagi kita memastikan laporan tersebut efektif dalam menyelesaikan isu pembinaan infrastruktur yang telah menjejaskan alam sekitar ini.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya, terima kasih Yang Berhormat Bentong. Sebagai mana yang di sebut tadi, memang kita sentiasa berusaha untuk menambah baik pelaksanaan penilaian kesan kepada alam sekitar atau pun alam sekeliling iaitu EIA di negara kita dan ini melibatkan semua cadangan projek yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling
(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Ini termasuk aktiviti pembinaan infrastruktur dan lain-lain lagi.
Antara langkah yang telah kita ambil untuk memastikan Laporan EIA yang dikemukakan adalah efektif ialah di peringkat penilaian Laporan EIA ialah penyediaan garis panduan penyediaan EIA secara specific bagi setiap aktiviti yang ditetapkan, memperkemaskan format dan kandungan Laporan EIA, memperluaskan pelantikan ahli panel penilai EIA di dalam EIA TRC, termasuklah agensi Persekutuan, negeri, NGO dan juga panel pakar, menyediakan platform pameran awam dan ulasan awam bagi Laporan EIA secara digital.
Bagi peringkat pelaksanaan, kita menetapkan juga pelaksanaan audit pihak ketiga (third party audit), pematuhan kendiri (self-regulation).
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Untuk makluman, kita di peringkat kerajaan juga, kita sedang melihat bagaimana kita nak mempertingkatkan lagi supaya EIA ini dapat menjadi lebih efektif. Lima keutamaan penambahbaikan kita ialah:
(i) memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA;
(ii) memperkasa prosedur EIA di negara kita;
(iii) pendigitalan EI;
(iv) pengukuhan libat urus awam; dan
(v) pemantapan penguatkuasaan EIA.
Jadi, perkara-perkara ini akan kita maklumkan dan akan kita update kepada rakyat tentang bagaimana kita akan tambah baik lagi EIA supaya ia benar-benar berkesan untuk menjaga kesejahteraan dan kesihatan rakyat
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan tiga.
3. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(i) usaha diambil untuk memastikan lebih makmal moden dan peralatan STEM disediakan di sekolah-sekolah yang kekurangan dana; dan
(ii) bagaimana kementerian merancang untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik untuk pelajar supaya dapat mengatasi salah tanggapan bahawa subjek STEM adalah sukar dan menakutkan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha menambah baik serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bidang STEM supaya dapat memberikan pengalaman pembelajaran bermakna kepada murid. Oleh itu, penyediaan ruang pembelajaran yang luas dan inklusif merupakan antara langkah strategik KPM dalam meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Justeru, KPM berusaha secara berterusan menyalurkan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan makmal dan pembelian peralatan STEM baharu. Sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan pada tahun 2024 untuk tujuan tersebut. Sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf.
KPM telah mengambil langkah komprehensif untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna bagi meningkatkan peratusan penyertaan murid dalam bidang STEM. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, penekanan diberikan terhadap peningkatan minta murid melalui pendekatan pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum, peningkatan kesedaran murid dan orang awam, peningkatan kemahiran dan kebolehan guru serta penambahbaikan kemudahan diri dan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bidang STEM.
Terkini, langkah strategik KPM bagi meningkatkan minat murid STEM dalam bidang STEM telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mac 2024. Antara langkah strategik tersebut termasuk:
(i) menggalakkan pembelajaran STEM yang bermakna;
(ii) menyediakan peluang untuk murid mengembangkan bakat dan potensi melalui aktiviti kokurikulum bidang STEM pada pelbagai peringkat;
(iii) mengutamakan pembangunan kompetensi pimpinan guru bidang STEM, guru bimbangan dan kaunseling, dan anggota kumpulan pelaksana;
(iv) membangunkan pentaksiran pembelajaran STEM yang inovatif dan holistik; dan
(v) mengukuhkan kerjasama strategik bagi melestarikan ekosistem STEM.
Tumpuan juga diberikan terhadap pengukuhan program kaunseling yang bertujuan membimbing murid untuk menyedari hubung kait antara ilmu yang dipelajari dan merancang laluan pendidikan peringkat lebih tinggi serta hala tuju kerjaya bidang STEM. Untuk makluman
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Ahli Yang Berhormat, sehingga Jun 2024, data KPM menunjukkan bahawa peratusan enrolmen murid STEM telah menunjukkan satu peningkatan dari 40.95 peratus pada tahun 2021 kepada 50.83 peratus pada tahun 2024.
Antara negeri yang telah melepasi enrolmen murid STEM sebanyak 50 peratus adalah seperti:
| Negeri | Peratus (%) |
|---|---|
| Perlis | 58.42 |
| Wilayah Persekutuan Labuan | 58.67 |
| Wilayah Persekutuan Putrajaya | 53.06 |
| Negeri Sembilan | 51.91 |
| Pahang | 51.49 |
| Pulau Pinang | 51.44 |
Negeri yang lain. Komitmen KPM untuk meningkatkan pembelajaran bermakna bagi menyediakan pakar STEM yang berkelayakan dan mencukupi ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi sentiasa menjadi keutamaan KPM. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Puan Yang di-Pertua, hakikat yang kita hadapi pada hari ini ialah ramai anak-anak muda berminat menceburi bidang menjadi influencer, Youtuber dan lain-lain berbanding dengan menceburi bidang STEM. Tanpa mereka sedar bahawa sebenarnya semua ini adalah platform yang berteknologi tinggi.
Jadi, soalan saya adalah apakah kemajuan ataupun keputusan peperiksaan subjek STEM SPM berbanding dengan tahun-tahun lepas? Adakah tahap pemeriksaan ini setaraf dengan tahap antarabangsa dan adakah murid ini terus berminat dengan sukatan mata pelajaran STEM subject ini? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berkenaan dengan sama ada murid dapat terus berminat berkenaan dengan subjek STEM, sememangnya seperti yang saya sebut tadi, program-program untuk memupuk minat STEM sedang dan selalu diadakan pada sepanjang masa. Ini melibatkan usaha-usaha dengan rakan-rakan strategik seperti Yayasan PETRONAS dan Cempaka Sdn. Bhd. dan juga rakan- rakan strategik yang lain dan pada masa yang sama juga, kita juga memerlukan komitmen daripada ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kejayaan kita dalam STEM.
Berkenaan dengan keputusan SPM, saya ada sedikit maklumat di sini bahawa bagi empat mata pelajaran elektif STEM iaitu Sains Tulen dan juga Matematik Tambahan.
Keputusan SPM 2023 telah pun menunjukkan satu peningkatan. Antaranya mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan prestasi yang paling tinggi iaitu sebanyak 0.22 mata dan yang
Tuan Wong Kah Woh
merupakan mata pelajaran dengan prestasi yang terbaik dalam kumpulan ini dengan GPMP 4.15 mata.
Bagi 12 mata pelajaran elektif STEM iaitu sains gunaan dan teknologi pula, 10 menunjukkan prestasi peningkatan, dua menunjukkan prestasi menurun dan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah menunjukkan peningkatan prestasi STEM bagi SPM 2023 berbanding dengan tahun sebelum itu iaitu sebanyak 0.46 mata.
Dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian SPM 2023 ini, pihak KPM percaya bahawa usaha dan landasan yang diambil oleh pihak KPM sekarang berada dalam satu tahap yang betul dan usaha-usaha ini akan terus dilaksanakan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Tadi saya mendengar antara langkah untuk meningkatkan STEM ini melalui langkah terkini iaitu nombor empat, pentaksiran inovatif, pentaksiran secara inovatif dan holistik.
Sehubungan dengan itu, salah satu inovasi terkini yang kita telah wujudkan bagi menarik minat pelajar pada pengajian STEM melalui perlaksanaan pembelajaran makmal jarak jauh dan Mobile STEM Lab. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk memperkukuhkan inovasi termasuk memberikan peruntukan bersesuaian bagi memodenkan program pembelajaran makmal dari mana-mana lokasi dan menjalankan uji kaji secara langsung menggunakan peranti pintar seperti komputer riba dan telefon pintar? Sekian.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Jerai. Tadi saya ada sebut berkenaan dengan peruntukan yang telah pun disalurkan oleh kerajaan dalam RP4 bagi tujuan menaik taraf dan juga menyelenggara makmal sains fizikal dan sedia ada. Untuk makluman, pada tahun 2024 dan 2025 juga, pembekalan bahan dan juga peralatan sains baharu untuk sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah pun diberikan satu peruntukan sebanyak RM82,110,000 berkenaan dengan pembekalan bahan dan juga peralatan sains baharu.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai berkenaan dengan pembelajaran secara online ataupun di mana-mana sahaja. Sememangnya bagi pihak KPM, bagi tujuan pembelajaran online ataupun secara digital, kita mempunyai satu platform yang dinamakan platform DELIMa yang mana penggunaan dia adalah secara amat aktif oleh anak-anak kita dan juga guru-guru kita pada hari ini.
Khas untuk subjek STEM dan khas untuk kawasan-kawasan yang memerlukan fasiliti tambahan, pihak KPM dengan usaha sama dengan Yayasan PETRONAS telah pun berjaya menubuhkan tiga Hab STEM (STEM Hub) iaitu di kawasan Miri, kawasan Kuala Terengganu dan juga satu lagi di Tanjong Karang, Selangor.
Tuan Wong Kah Woh
STEM hub iaitu di kawasan Miri, kawasan Kuala Terengganu dan juga satu lagi di Tanjong Karang Selangor. STEM ini adalah dilengkapi dengan 3D printer dengan peralatan- peralatan yang bersesuaian seperti Duta Guru yang dilantik hasil daripada kerjasama dengan
Tuan Wong Kah Woh
Yayasan PETRONAS ini mempunyai satu peluang untuk berkongsi pengalaman. Setakat ini hub STEM yang kita ada tiga iaitu di Miri, Tanjong Karang dan juga di Kuala Terengganu.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Minta di utara sama.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapten Dato' Dr.
Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Tanjong Karang nombor empat.
4. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan laporan program penutupan hotspot sampah haram bagi tahun 2024 melalui usaha kerjasama bersama SwCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam). Ini berikutan masih banyak lagi lambakan kawasan hotspot baru yang masih memerlukan pemerhatian oleh pihak kementerian agar keindahan dan kebersihan negara terjamin.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sememangnya memandang serius terhadap isu kebersihan yang berkaitan dengan tonggak kemampanan dan kesejahteraan di bawah kerangka Malaysia MADANI.
KPKT melalui SWCorp, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah pun dipertanggungjawabkan untuk membasmi lokasi dan aktiviti pembuangan sampah haram d tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Secara definisinya Tuan Yang di-Pertua, sampah haram ini adalah merujuk kepada sisa pepejal melebihi dua tan metrik yang dilupuskan di lokasi atau tapak yang tidak dibenarkan ataupun tidak diwartakan dan boleh dialihkan menggunakan lori ataupun jentera.
Berhubungan dengan hal ini kementerian melalui SwCorp telah pun membuat serbuan dan tangkapan di lokasi-lokasi hostpot yang sering menjadi tumpuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa pepejal di lokasi yang tidak dibenarkan dan tidak mempunyai lesen di bawah Akta 672 iaitu sepertimana yang termaktub dalam seksyen 71(1) dan seksyen 14(1).
Sepanjang tahun 2024 Tuan Yang di-Pertua saya ingin memaklumkan bagi negeri- negeri yang telah pun menerima pakai Akta 672 sejumlah 2,634 tapak lokasi sampah haram telah pun berjaya ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM412,000 dengan anggaran jumlah sisa yang dibersihkan sebanyak 1,500 metrik tan. Sebanyak 28 kes pendakwaan mahkamah telah berjaya disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan jumlah
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
denda sebanyak RM490,000. Selain daripada itu sejumlah 4,134 kali intipan juga telah dilaksanakan oleh penguat kuasa SwCorp sepanjang tahun 2024.
Menjadi komitmen KPKT melalui SwCorp akan terus mempergiatkan usaha membasmi lokasi-lokasi tapak sampah haram ini khususnya melibatkan tujuh negeri dengan merangkumi beberapa tindakan. Pertama, pelaksanaan cerapan lokasi pembuangan sampah haram dengan kita bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa untuk kita melihat cerapan lokasi pembuangan sampah haram dan perkongsian maklumat menerusi aplikasi sistem pemantauan potensi lokasi pelupusan sisa menggunakan imej satelit beresolusi tinggi. SwCorp seterusnya akan melaksanakan pemeriksaan di lapangan untuk tindakan lanjut.
Kedua pemantauan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dengan secara bersepadu yang akan dipasang di hot spot sampah haram. Ketiga pemantauan oleh anggota penguat kuasa SwCorp bagi memastikan keberadaan anggota kita dapat disedari oleh masyarakat supaya dapat mengurangkan risiko berlakunya kegiatan pembuangan sampah haram.
Keempat adalah operasi dan serbuan intipan sepertimana yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua. Bagi seksyen 71 Akta 672 menetapkan denda sekurang-kurangnya minimum RM10,000 dan paling tinggi adalah RM100,000 ataupun penjara enam bulan atau paling tinggi adalah lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pada masa yang sama, kita juga terus menggiatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam konteks yang DBKL, juga kita adakan kelengkapan bilik kawalan pusat pengurusan pengangkutan bagi mengesan perlakuan pembuangan sampah haram ini di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Tuan Yang di-Pertua, KPKT sentiasa komited tapi pada masa yang sama kita juga menyeru agar semua pihak mengambil tanggungjawab bersama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih di atas jawapan yang begitu jelas dan komprehensif. Tanjong Karang memohon pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKT menyatakan apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil kepada pemilik tanah yang membenarkan pembuangan sampah secara haram di kawasan pemilik tersebut. Terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, memang pada umumnya kebanyakan pemilik tanah akan mengatakan mereka tidak memberi izin. Tetapi dalam seksyen 75 Akta 672 kita akan mengeluarkan notis pada mana-mana tempat yang kita dapati tanah mereka menjadi longgokan kepada sampah haram. Pihak pemilik tanah perlu mengambil tindakan untuk membersihkannya. Kegagalan mematuhi notis itu akan sepertimana yang saya sebutkan tadi denda dan juga penjara.
Dalam seksyen 71(1) Akta 672 juga Tuan Yang di-Pertua menyatakan secara jelas menjadi tanggungjawab kepada pemilik tanah dan juga premis yang berkaitan untuk mengelakkan berlakunya longgokan sampah dan seandainya mendapati bahawa tempatnya
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
menjadi longgokan kepada pembuangan sampah haram mestilah memaklumkan kepada KPKT dalam konteks ini bagi tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Pilah.
Dato' Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Soalan tambahan daripada Kuala Pilah. Sepertimana jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya lihat kepada senario berulang di kalangan masyarakat. Adakah jumlah denda dapat dikenakan sehingga maksimum memandangkan orang ramai terus berani melakukan pembuangan sampah secara haram ini. Terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua sama ada mereka pesalah akan dijatuhkan hukuman paling maksimum ini adalah tergantung kepada pihak mahkamah.
Dalam konteks kita di peringkat KPKT akan bersedia membekalkan maklumat ataupun justifikasi-justifikasi supaya pesalah-pesalah ataupun kesalahan pesalah berulang ini boleh dikenakan tindakan yang paling maksimum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Puan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Soalan nombor lima.
5. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah perkembangan kejayaan satu persatuan, satu produk di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi meningkatkan taraf ekonomi dan membasmi kemiskinan di kalangan nelayan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kalabakan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sentiasa memberi penekanan serius kepada usaha-usaha untuk meningkat taraf sosioekonomi nelayan dan kesejahteraan keluarga nelayan.
Cadangan konsep persatuan nelayan, satu produk merupakan inisiatif LKIM untuk memantapkan Persatuan Nelayan agar dapat menjana ekonomi yang lebih cemerlang dan berupaya mengembangkan aktiviti perikanan yang lebih berdaya saing melalui pembangunan projek ekonomi secara berkluster.
LKIM telah mengenal pasti tujuh projek utama untuk dilaksanakan oleh 105 Persatuan Nelayan di seluruh Malaysia iaitu kluster pemasaran ikan, kluster bekalan perkhidmatan, kluster akuakultur, kluster pemprosesan dan pemasaran produk, kluster agropelancongan dan agrokulinari, kluster penangkapan ikan dan kluster logistik dan pengedaran ikan.
Penumpuan terhadap pembangunan projek secara kluster ini adalah bagi memastikan Persatuan Nelayan dapat membangunkan satu produk ekonomi secara berfokus
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
dan efektif. Pemilihan projek atau produk adalah mengambil tiga faktor. Pertama projek sedia ada yang berpotensi dan memberi keuntungan kepada Persatuan Nelayan.
Kedua projek sedia yang berskala kecil dan mengalami kerugian namun berpotensi untuk dikembangkan. Ketiga projek baru yang dilihat bersesuaian dengan Persatuan Nelayan termasuk dari aspek ketersediaan tapak bahan mentah, pasaran, kemudahan asas, permintaan pengguna, logistik dan lain-lain.
LKIM sedang merangka dan membangunkan model perniagaan berdasarkan kluster bagi memastikan kejayaan Persatuan Nelayan dalam melaksanakan projek yang ditetapkan.
Penglibatan dan komitmen Persatuan Nelayan dalam setiap rantaian perniagaan pada masa kini dilihat sebagai satu petanda positif penerimaan Persatuan Nelayan terhadap konsep satu persatuan nelayan, satu produk. Walaupun penerapan dan pelaksanaan konsep ini masih di peringkat awalan. Sokongan daripada persatuan-persatuan nelayan amat memberangsangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif dan juga menyeluruh. Cuma saya tertarik dengan model perniagaan berdasarkan kluster dan juga 1 PMK 1 Produk itu.
Apakah rancangan pihak kementerian untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan oleh PMK untuk mengangkat lagi nilai produk itu ke peringkat global ataupun peringkat yang lebih tinggi? Dan juga apakah langkah-langkah yang dirancang untuk memperkasa komuniti nelayan? Mungkin melalui penerapan teknologi-teknologi terkini untuk menambahkan lagi hasil tangkapan nelayan untuk mempertingkatkan lagi ekonomi dan juga kualiti hidup nelayan-nelayan yang ada. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Memang itu saranan Kalabakan, memang selari dengan apa yang dibuat oleh KPKM, terutama sekali LKIM iaitu upgrade-kan teknologi mekanisasi dalam hal penangkapan ini.
Pembangunan kualiti produk, membangunkan peningkatan kapasiti pengeluaran, menambah baik premis ke arah pensijilan dan peningkatan keupayaan pengeluaran melalui Program Geran Pemadanan, Change Upgrade Producty (CUP) dan Program Geran Pemadanan, High Impact Product. Ini sentiasa dijalankan, yang penting nelayan diminta menggunakan peralatan moden supaya mereka keluar dah ketahui di mana adanya ikan.
Bukan dia membuat satu rondaan, baru dapat kumpulan ikan. Semua navigasi ini, kerajaan membantu. Untuk RMK akan datang, kita akan memohon RM5.6 juta untuk para nelayan sama ada nelayan kecil ini untuk memiliki navigasi supaya mereka tidak merantau mencari tompokan ikan. Mereka dah tahu, misalnya di mana ikan, maka di situ mereka dapat menangkap dan tentu pendapatan akan lebih meningkat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan tambahan saya, rata-rata nelayan hari ini tidak terlibat
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
dengan industri hiliran disebabkan dua faktor. Pertama, sebab masalah kekurangan kemahiran. Kedua, disebabkan kekangan kewangan.
Apakah usaha yang dibuat oleh kementerian untuk melatih dan menyediakan akses kepada teknologi dan kemahiran kepada mereka bagi menyokong Program 1 PMK 1 Produk?
Kedua, saya nak tanya tentang status berkait dengan kawasan saya. Status jeti pendaratan ikan di kawasan Berang, Setiu yang pernah dulu digembar-gemburkan akan dibina? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih, memang ada kejayaan misalnya dari sudut kita meletakkan kluster untuk diuruskan oleh persatuan nelayan. Misalnya, kalau kluster bekalan ikan, memang agak berjaya di Besut. Ini Persatuan Nelayan Besut. Kalau kluster bekalan perkhidmatan. Ini agak berjaya di Kuala Kedah. Kluster aquaculture. Ini di Satang Biru, Sarawak.
Persatuan nelayan berjaya membuat di atas usaha mereka itu. Kluster pemprosesan pemasaran produk. Ini Tanjung Dawai, Kedah. Ertinya, ada tempat-tempat yang mereka mendukung apa yang kita bahagikan kluster itu, berjaya mereka laksanakan. Kluster agropelancongan. Ini daripada Pan Mutiara, Penang, persatuan nelayan di situ. Mereka ada restoran, mereka ada hotel dan sebagainya.
Tentang Jeti Berang di Kemaman ini?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dekat Kemaman?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Merang, Merang Setiu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Setiu. Ya, ya, Setiu. Saya selalu makan ikan celup tepung di situ, I City. Akan dilaksanakan pada tahun 2025, tertakluk kepada kelulusan tapak oleh PBT. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Mohon jawapan soalan saya nombor enam.
6. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(i) status terkini semakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984
(Akta 308); dan
(ii) elemen penambahkan dalam semakan terkini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Puan Speaker dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ataupun
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
JKM sedang melaksanakan semakan ke atas Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308].
Special Project Team (SPT) juga dilantik di kalangan pakar dan ahli yang mahir di dalam perkara berkenaan taman asuhan kanak-kanak (taska). Bengkel bersama SPT telah diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2024. Pindaan Akta 308 ini dijangkakan akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025.
Daripada segi status terkini semakan akta, mesyuarat penyelarasan bagi pindaan Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 telah diadakan pada 23 hingga 25 Ogos 2024. Ia melibatkan pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengendalian kes-kes kanak-kanak berdasarkan kehendak semasa dan pemegang taruh, selaras dengan keperluan semakan semula akta berkaitan kanak-kanak di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Selanjutnya, bengkel focus group discussion pindaan Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Taska 1984 Bilangan 2, 2024 telah diadakan pada 25 hingga 27 Ogos 2024. Ia melibatkan pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengendalian kes kanak-kanak, berdasarkan kehendak semasa dan pemegang taruh.
Selain itu, penglibatan pihak berkepentingan industri turut diadakan bagi memastikan input bagi semakan ini bersifat menyeluruh dan bukan hanya dari sudut pandangan pihak penguat kuasa. Mesyuarat kerja bersama persatuan berkaitan taman asuhan kanak-kanak telah diadakan pada 13 September 2024 dan ia melibatkan pemain industri berkaitan taska untuk mendapatkan input selaras dengan pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.
Satu tinjauan awam juga telah diadakan bagi memastikan penglibatan orang awam turut diambil kira bagi semakan ini. Tinjauan untuk pindaan Akta Taska 1984 telah diadakan pada 4 Ogos.
Selain itu, tinjauan turut dijalankan melalui platform digital media sosial JKM iaitu di Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat, portal JKM dan Facebook JPKK telah diuar-uarkan bermula 19 September 2024 dan dapatan tinjauan awam telah dianalisa dan turut diambil kira sebagai input di dalam pindaan akta.
Berdasarkan dapatan sesi libat urus yang telah dijalankan, terdapat beberapa isu dan perkara yang telah diketengahkan. Pemadanan isu dan perkara yang dinyatakan telah dikenal pasti untuk diperhalusi bagi mengenal pasti bahagian atau seksyen yang berkaitan di dalam peruntukan akta sedia ada. Hasil penelitian ini akan diperhalusi dari segi kesesuaian bagi membolehkan pindaan dijalankan.
Di antara input yang diperolehi semasa sesi libat urus yang telah diteroka untuk diambil kira sebagai input bagi penambahbaikan terhadap semakan yang dijalankan adalah perkara berkaitan kategori baharu taska iaitu taska OKU dan pengasuh bergerak. Sistem pendaftaran dan rekod elektronik, pengurangan karenah birokrasi dan pelantikan pegawai dan agensi teknikal untuk penguatkuasaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Sebarang cadangan penambahbaikan masih dibuka untuk penambahbaikan di dalam semakan akta ini dan segala saranan input, pandangan penambahbaikan sangat dialu- alukan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih di atas di atas usaha kerajaan untuk melibatkan pelbagai agensi dalam memuktamadkan akta ini.
Jadi mengambil kira kes peningkatan penderaan, termasuk juga kes penganiayaan kanak-kanak di pusat jagaan yang sangat membimbangkan, melibatkan ramai ibu bapa kini kadang-kadang pekerja wanita mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana kebimbangan keselamatan anak-anak mereka di pusat jagaan.
Jadi, saya ingin tahu apakah pindaan ini mencadangkan supaya hukuman yang lebih berat dikenakan termasuk penggantungan lesen operasi kepada pusat jagaan yang melanggar peraturan? Begitu juga apakah insentif yang disediakan kepada pengusaha taska komuniti dan swasta supaya dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah kos operasi yang semakin tinggi apabila pengenaan syarat gaji minimum baharu yang telah disyaratkan oleh kerajaan? Minta penjelasan.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Selalunya bila ada kes penderaan Yang Berhormat, kebiasaannya pengasuh yang akan dikenakan tindakan. Kebiasaannya, pengusaha taska terlepas daripada sebarang tindakan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
[Bangun]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Dalam pindaan akta yang telah dicadangkan terutamanya berkaitan dengan kanak-kanak OKU ini ada diperuntukkan juga satu pindaan yang sesuai. Hukuman sedia ada yang sebanyak RM10,000 denda dan dua tahun penjara itu juga ada cadangan untuk dinaikkan ke RM100,000, Yang Berhormat. Ini cadangan. Dia baru cadangan, belum diluluskan lagi.
Libat urus dengan pemegang taruh memang telah diadakan seperti dalam jawapan asal saya tapi libat urus itu sentiasa kita adakan daripada semasa ke semasa mengikut keperluan. Pada masa yang sama, ada juga cadangan supaya ada modul khusus untuk kanak-kanak OKU yang sedang dibangunkan.
Daripada segi bantuan untuk pengusaha-pengusaha taska juga, sebelum ini dalam belanjawan ada dilancarkan dana sebanyak RM10 juta. Antaranya adalah untuk mudah cara proses pendaftaran. Tapi ia di bawah Kementerian Kewangan. Tapi kita dimaklumkan bahawa tak ada takers pada dana ini. Jadinya, diharapkan apabila ada peluang ini, kita mengharapkan agar pengusaha-pengusaha taska dapat mengambil peluang untuk mendapatkan bantuan seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Lain-lain berkaitan dengan pemerkasaan agensi teknikal juga diberi fokus supaya mereka ini diberi kuasa yang lebih jelas dan birokrasi juga kita harapkan dapat diminimumkan dalam proses untuk membuka apa-apa juga taska. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Kita tahu perkhidmatan bagi penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak sebelum ini kurang dilihat sebagai satu perkhidmatan yang bersifat komersial dan mampu menjadi satu sumber menjana pendapatan.
Kita juga mengambil maklum bahawa seiring dengan perkembangan semasa, cara bagi penyampaian perkhidmatan perlu berubah dan memenuhi keperluan. Contohnya, kita membeli barang, dahulunya perlu ke kedai ataupun ke pasar raya. Tetapi kini telah ada perkhidmatan penghantaran direct ke rumah. Segalanya dipermudahkan mengikut keperluan pengguna perkhidmatan ataupun pelanggan.
Soalan saya adalah, apakah pandangan KPWKM berkaitan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bercorak mobil ataupun bergerak yang dijalankan oleh seseorang individu yang bukan sebagai satu pusat pada masa akan datang? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Batang Sadong atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Kementerian seperti mana perkhidmatan-perkhidmatan lain, perkhidmatan jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak juga harus seiring dengan keadaan dan juga gaya hidup semasa.
Tadi, dalam jawapan asal saya, saya ada sentuh sedikit mengenai penjagaan yang bergerak ataupun mobile carer ataupun pengasuh bergerak. Disebabkan tuntutan keadaan semasa ini, maka kementerian bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Taska ini, di mana melihat ia sesuai dan signifikan. Tapi yang penting adalah penekanan kepada kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak itu sendiri.
Kementerian memang tengah meneroka satu konsep baru iaitu pengasuh bergerak berdasarkan permintaan dan keperluan yang telah ditentukan oleh ibu bapa ataupun penjaga itu sendiri. Kami merasakan bahawa pengasuh bergerak ini wajar untuk kita teroka supaya perkhidmatan jagaan itu dapat diperluaskan bagi mengelakkan kejadian kecuaian ataupun meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan dan jagaan orang dewasa kerana itulah penambahbaikan.
Tapi ini baru cadangan. Seperti yang saya katakan saya jawab dalam soalan asal saya, ini baru cadangan. Penambahbaikan, feedback, itu perlu dan yang penting sekali adalah aspek keselamatan kanak-kanak itu Yang Berhormat. Ini adalah keutamaan untuk mengelakkan kejadian kecuaian, meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan ataupun mengabaikan kanak-kanak tanpa diawas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Kerajaan MADANI masuk tahun ketiga,
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Jadi pembangkang tak perlu mengeluh, Penyediaan makanan di rumah perlu dijaga, Soalan Wangsa Maju nombor tujuh.
7. Tuan Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) perancangan kementerian untuk mewajibkan program penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah (home-based food) bagi semua pengusaha home-based; dan
(b) usaha untuk menambah baik syarat-syarat dan proses penyenaraian sedia ada demi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya tak ada pantun pagi ini.
Yang di-Pertua, berkenaan tentang perancangan kementerian untuk mewajibkan program penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah (home-based food) bagi semua pengusaha home-based. Permohonan penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah ataupun (home-based food) adalah bersifat sukarela dan tidak diwajibkan daripada segi perundangan sepertimana juga pensijilan lain yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan seperti pensijilan makanan selamat tanggungjawab industri (MeSTI) atau pengiktirafan bersih dan selamat (BeSS).
Walau bagaimanapun, keperluan asas yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 ke atas pengendali makanan seperti perlu menjalani latihan pengendalian makanan, mendapatkan pelalian vaksinasi tetap adalah diwajibkan walaupun tanpa memohon pensijilan dari Kementerian Kesihatan.
Program penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah diperkenalkan untuk menggalakkan proses penyediaan makanan bersih dan selamat oleh pengusaha makanan home-based. Oleh yang demikian, kementerian komited untuk meningkatkan lagi penyertaan pengusaha makanan sediaan di rumah dalam program tersebut.
Sebagai langkah awal, Kementerian Kesihatan telah menggunakan pendekatan usaha pematuhan kendiri serta aktiviti promosi kesedaran mengenai penyediaan makanan yang bersih dan selamat secara berterusan. Pendekatan secara sukarela ini bertujuan meningkatkan formalisasi aktiviti penyediaan makanan bersih dan selamat termasuk dalam latihan pengendalian makanan, pelalian vaksinasi anti-typhoid, pelabelan makanan, pemeriksaan kendiri dan pengusaha berdaftar dalam pangkalan daftar Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM).
Dalam masa yang sama, pelaksanaan sebarang syarat atau peraturan kepada pengusaha secara sukarela ini juga diharapkan tidak menjejaskan pembangunan ekonomi dan perkembangan industri makanan berskala mikro.
Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama dengan kementerian lain dalam menyokong inisiatif berkaitan usahawan berasaskan makanan sediaan di rumah termasuk
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
pembangunan garis panduan kawal selia perniagaan dari rumah (home-based) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan termasuk pelaksanaan di peringkat pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.
Semenjak diperkenalkan pada 1 April 2021, Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa mendapat maklum balas dari lapangan bagi tujuan menambah baik syarat proses penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah. Antara penambahbaikan yang telah dilakukan adalah dengan:
(i) menyediakan video tutorial mengenai tatacara pendaftaran pengusaha dalam sistem FoSIM;
(ii) menyediakan video panduan dan contoh pelabelan bagi makanan ready to eat (RTE) dan makanan proses. Panduan ini turut dipaparkan sebagai templat dalam garis panduan permohonan;
(iii) permohonan diproses di peringkat daerah berbanding di peringkat ibu pejabat kementerian sebelum ini. Perkara ini diubah bagi memastikan pengusaha mendapat akses secara terus kepada pegawai di kawasan masing-masing;
(iv) menyedia kaedah penghantaran dokumen menerusi e-mel tanpa pengusaha perlu hadir ke pejabat berdekatan; dan,
(v) mempergiatkan aktiviti hebahan dan promosi berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan bagi memastikan pengusaha makanan sediaan di rumah lebih berinformasi mematuhi syarat yang ditetapkan seperti pengambilan vaksinasi dan sukarela untuk berdaftar dengan FoSIM.
Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan. Kita sudah pasti kita mengambil maklum segala usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dengan menyediakan beberapa garis panduan dan sebagainya.
Tetapi hakikatnya selepas wabak COVID-19 yang lepas, bilangan pengusaha-pengusaha ataupun home-based business ini bertambah begitu banyak sekali.
Tetapi untuk makluman, pada bulan April tahun ini, Pusat Khidmat Wangsa Maju telah mengadakan libat urus dengan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan believe it or not dengan izin, di Wangsa Maju sebagai sebuah kawasan Parlimen yang kepadatan tertinggi di Malaysia, hanya dua orang pengusaha home-based sahaja yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Lantaran itu, Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju kita berusaha untuk melaksanakan satu projek rintis yang kita sebut sebagai pemerkasaan pengusaha makanan dan minuman 2PM dan lantaran itu kita telah menjadi sebagai pemudah cara untuk mereka berdaftar dengan Jabatan Kesihatan dan juga berdaftar dengan KWSP, PERKESO dan juga menjalani latihan pengurusan kewangan.
Jadi, projek 2PM ini telah menambahkan bilangan daripada dua asal pada bulan April yang lepas kepada 12 kini. Jadi, soalan susulan saya adalah untuk apakah strategi tambahan kementerian untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan bagi memastikan amalan kebersihan penyimpanan bahan mentah dan penyediaan makanan sediaan di rumah itu selamat. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang mempunyai keprihatinan dan juga mempunyai inisiatif untuk membantu peniaga-peniaga home-based ini.
Kita serba maklum selepas kita dilanda pandemik COVID-19, ramai pengusaha-pengusaha makanan di premis telah mengubah mengubah operasi mereka ke home-based basis, dengan izin.
Dengan itulah kami telah pun memperkenalkan salah satunya adalah Yang Berhormat, garis panduan permohonan untuk mendapatkan label home-based food ini dan juga saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain juga dapat membantu para peniaga-peniaga home-based ini.
Bagaimana untuk kita memperkasakan dan juga untuk meningkatkan penggunaan home-based food ataupun pelabelan ini adalah dengan menjalankan lebih banyak program- program literasi. Berdasarkan maklumat dan juga data yang ada di bawah Kementerian Kesihatan ketika ini, sememangnya jumlah pendaftaran kepada home-based food ini masih lagi belum memberangsangkan.
Ketika ini, hanya 346 home-based yang telah berdaftar dan juga kita akan memberikan lebih banyak garis-garis panduan melalui penggunaan sosial media dan juga untuk menggalakkan influencer-influencer melalui TikTok yang mempromosikan makanan ataupun sosial-sosial media yang lain membantu kami dalam menguar-uarkan garis panduan berkenaan tentang penyediaan makanan bersih dan sihat ini.
Selain daripada itu, kita juga mendapat sokongan daripada Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah yang bermakna penggalakan peniaga-peniaga home-based ini untuk mendapatkan pengiktirafan home-based food dan juga bersih ini melalui inisiatif-inisiatif seperti IPR dan juga inisiatif-inisiatif penjualan.
Juga, kita mendapat sokongan daripada pihak swasta seperti PETRONAS di mana penjualan makanan home-based telah pun diterima sekiranya mereka mendaftar dengan pensijilan home-based ini. Maka ini akan memberikan ruang lebih besar pemerkasaan penyediaan makanan bersih dan sihat di premis rumah sendiri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Timbalan Menteri, orang Malaysia rajin makan. Pagi, petang, siang, malam kadang-kadang ya. Jadi, berapa ramai – berapa bilangan pegawai penguat kuasa yang sedia ada dan apakah nisbah yang ideal bagi penduduk kita dalam negara kita ini mengambil kira tadi. Kita ini sekarang dah rajin nak order termasuk juga yang ada memang dah ada di dalam warung-warung dan sebagainya.
So, berapa – adakah cukup pegawai penguat kuasa dan kena ambil kira juga kalau home-based ini kan, mungkin adakah orang asing yang B40 yang juga mengambil kesempatan ini dengan mungkin marketing online dan sebagainya yang baik, jadi dia akan dapat banyak klien. Lagi-lagi yang segera-segera ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Satu pandangan dan hujah yang baik terutama sekali berkenaan tentang penyediaan makanan home-based ini oleh masyarakat ataupun warga kerja asing. Saya akan melihat berkenaan tentang polisi dan dasar yang bersesuaian berkenaan tentang isu tersebut.
Walaupun demikian, apa yang telah saya jawab sebentar tadi adalah asas kepada penyediaan makanan adalah termaktub di dalam Peraturan-peraturan Kebersihan Makan 2009 di mana setiap pengendali makanan perlu menjalani latihan pengendalian makanan dan juga mendapatkan vaksinasi anti tifoid tersebut. Juga, berkenaan tentang bilangan dan juga penguatkuasaan, saya tidak mempunyai data yang tersedia ketika ini. Saya akan memberikan satu jawapan terperinci secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Labuan.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dato’ Indera Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri Kewangan.
8. Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah ada kemungkinan status bebas cukai Labuan dapat dikembalikan semula seperti mana semasa Labuan diserahkan kepada Wilayah Persekutuan pada tahun 1984.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, status Labuan sebagai pulau bebas cukai atau PBC masih berkuat kuasa sehingga kini.
Kemudahan pengecualian daripada kenaan cukai kepada pelawat atau pelancong tempatan dan asing juga kekal berdasarkan peruntukan perundangan semasa iaitu Butiran 11 Perintah
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Duti Kastam Pengecualian 2017 dan Butiran 17 Perintah Cukai Jualan Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai 2018.
Dalam hal ini, pelawat dan pelancong tempatan dan asing yang berada di pulau bebas cukai Labuan dalam tempoh tidak kurang daripada 24 jam, masih layak menikmati pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas barangan untuk kegunaan persendirian seperti pakaian, kasut, bahan penyediaan makanan dan minuman keras. Langkah mengenakan semula cukai ke atas produk rokok dan tembakau apabila dibawa masuk ke dalam semua pulau bebas cukai berkuat kuasa melalui 1 Julai 2021 merupakan antara usaha kerajaan dalam membendung aktiviti penyeludupan barangan berduti tinggi dan menangani masalah ketirisan hasil cukai yang besar.
Terutamanya akibat penyalahguna unstatus pulau bebas cukai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membawa masuk produk rokok dan tembakau ke dalam negara secara tidak sah. Sejak kerajaan melaksanakan langkah memperketat kawalan pengimportan produk rokok dan tembakau khususnya dengan mengehadkan aktiviti transshipment produk tersebut kepada pelabuhan tertentu sahaja. Insiden rokok tidak sah di pasaran tempatan telah menurun sebanyak 9.4 peratus dari tahun 2020 ketimbang September 2024.
Ini juga menunjukkan langkah sebegini turut membantu dalam mengurangkan ketirisan hasil cukai. Seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025, kerajaan akan memperluas skop pengecualian cukai pendapatan bagi meliputi entiti perdagangan Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan yang layak. Langkah cukai ini adalah inisiatif berterusan untuk menarik pelaburan dalam sektor kewangan Islam yang berteraskan teknologi digital di Labuan International Business dan Financial Center, dengan izin.
Kerajaan yakin bahawa pulau bebas cukai Labuan mempunyai potensi yang besar untuk terus membangun sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa tanpa perlu bergantung kepada sektor perkhidmatan perdagangan runcit sahaja terutamanya yang berasaskan produk rokok dan tembakau.
Melalui Pelan Pembangunan Labuan 2030, pelaksanaan rangka tindakan di bawah lima hala tuju utama yang menumpukan kepada sektor perkhidmatan kewangan, minyak dan gas, pelancongan, pendidikan dan perkhidmatan awam mampu memperkukuh dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi di Labuan sekali gus memberi limpahan manfaat kepada penduduk setempat.Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Labuan.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato’ Indera Yang di-Pertua, jawapan yang Yang Berhormat Menteri tepat. Secara umumnya tepat.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Saya tidak dispute. Tetapi untuk sebuah pulau bebas cukai Dato’ Yang di-Pertua, seperti Labuan dan empat pulau yang lain Langkawi, Pangkor, contohnya, Tioman. Rokok,
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
arak ini yang membuat orang datang melancong. Kereta tak boleh bawa keluar kerana bayar cukai.
Masalah dia kerajaan menghadapi masalah tentang penyeludupan. Kenapa, “Kerana nyamuk, kelambu dibakar”. Kenapa kerana berlaku penyeludupan akibat kecuaian gross negligence penguat kuasa Labuan dan empat pulau lain ditarik balik cukai rokok, dikenakan duti eksais?
Jadi, status pulau bebas cukai jadi cacat, Dato’ Indera Yang di-Pertua. Apa faedahnya bagi pulau bebas cukai kalau contohnya bersyarat? Bagaimana dengan status pulau bebas cukai, Pulau Satu Forest City di Johor? Apakah mendapat peraturan yang sama?
Jika sama, saya rasa satu kesilapan untuk Forest City menerima status pulau bebas cukai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Soalan?
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya, Yang Berhormat Menteri tahu kah bahawa sekarang ini bila pulau bebas cukai ditarik daripada Labuan di Menumbok dan negeri Sabah, rokok jauh lebih murah daripada Labuan? Tolong jelaskan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Dato’ Indera Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Terlebih dahulu, saya ingin tegaskan sekali lagi, Labuan, pulau bebas cukai, status pulau bebas cukai di Labuan tidak ditarik balik. Hanya cukai rokok itu tidak dikenakan.
Sebab ini secara keseluruhan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Langkah mengembalikan semula rokok dan produk tembakau sebagai barangan bercukai apabila dibawa masuk ke dalam semua pulau bebas cukai berkuat kuasa mulai 1 Julai 2021.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Merupakan antara usaha kerajaan dalam membendung aktiviti penyeludupan barangan berduti tinggi serta menangani masalah ketirisan hasil cukai yang besar akibat penyalahgunaan status pulau bebas cukai.
Ini saya telah ulang kan tadi. Saya faham cadangan Yang Berhormat Labuan berkenaan dengan ingin mengembalikan rokok sebagai bebas cukai. Jadi — Tetapi ini adalah satu langkah dan dasar kerajaan yang semua rokok dan tembakau mesti dikenakan cukai eksais. Jadi, ini adalah stand for the government at the moment.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Soalan.
Puan Lim Hui Ying
Sekian, terima kasih.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya ada kepada kementerian adalah oleh kerana Labuan adalah sangat berdekatan dengan Sabah, ekonomi di Labuan akan bantu-membantu ekonomi di Sabah juga. Di Labuan akan bantu ekonomi Sabah juga. Jadi, soalan saya kepada kementerian adalah apakah
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
insentif-insentif yang dilakukan oleh kementerian untuk membantu membangunkan ekonomi di Labuan?
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan. Rejim Percukaian Labuan telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan tujuan untuk membangunkan hab kewangan antarabangsa bagi sektor perkhidmatan kewangan di Malaysia. Di bawah Rejim Percukaian Labuan, entiti Labuan diberikan kadar cukai tiga peratus ke atas keuntungan audit bersih bagi aktiviti perdagangan Labuan dan tiada cukai bagi aktiviti bukan perdagangan Labuan.
Bagi memastikan entiti Labuan mempunyai economy presence dengan izin, Labuan syarat substantif telah dikenakan seperti bekerja sepenuh masa di Labuan dan amaun minimum perbelanjaan operasi tahunan di Labuan. Penetapan syarat substantif ini adalah selaras dengan piawaian percukaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), dengan izin.
Penetapan syarat juga adalah di kadar minimum yang bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan di Labuan dan seterusnya meningkatkan pembangunan ekonomi Labuan.
Dengan adanya syarat substantif ini akan menjadikan Labuan sebagai destinasi pelaburan yang mematuhi piawaian percukaian ditetapkan di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung, ianya akan memberikan impak kepada imej positif terhadap Malaysia yang mesra pelabur.
Selain itu, bagi menyokong pembangunan pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan sebagai hab kewangan Islam dan patuh syarah, kerajaan dalam Belanjawan 2024 telah mengumumkan pengecualian cukai pendapatan selama lima tahun kepada entiti yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam seperti perbankan digital Islam, bursa digital Islam, syarikat berkaitan ummah dan pengeluar token digital Islam mulai tahun taksiran 2024.
Akhirnya, kerajaan dalam Belanjawan 2025 juga akan memperluaskan skop pengecualian cukai pendapatan bagi meliputi entiti perdagangan Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan yang layak mulai tahun taksiran 2025. Langkah cukai ini adalah antara inisiatif berterusan untuk menarik pelaburan dalam sektor kewangan Islam yang berteraskan teknologi digital di Labuan IBFC. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Kewangan. Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor sembilan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri Dalam Negeri.
9. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang diambil untuk menaik taraf Kompleks ICQS Sungai Tujoh, Miri seperti menukar struktur berbentuk ‘tulang ikan’ kepada tol dan menambahkan kaunter di tapak ICQS lama, bagi
menangani kesesakan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Miri. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa meneliti keperluan pembangunan baharu atau menaik taraf kemudahan imigresen di pintu-pintu masuk dari masa ke semasa termasuklah di kesemua Kompleks ICQS dan pos imigresen di Sarawak.
Ketika ini, kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM193.6 juta bagi kerja-kerja membina dan menaik taraf beberapa ICQS dan pos kawalan imigresen di sekitar sempadan Sarawak. Antara projek yang sedang dilaksanakan adalah projek menaik taraf Kompleks ICQS Tebedu, pembinaan ICQS dan Kuarters Imigresen Serikin, pembinaan pos kawalan dan Kuarters Imigresen Ba’kelalan serta pembinaan pos kawalan dan Kuarters Imigresen Telok Melano.
Kementerian prihatin akan keadaan kesesakan yang sering berlaku pada hujung minggu dan musim perayaan di ICQS Sungai Tujoh. Oleh itu, beberapa peruntukan telah disediakan untuk menaik taraf dan menambah baik kadar ICQS Sungai Tujoh. Antaranya ialah seperti mengguna pakai peruntukan mengurus bagi membaiki kerosakan-kerosakan kecil. Contohnya, seperti tahun 2023 sebanyak RM121,000 telah dibelanjakan untuk tujuan pembaikan kecil dan naik taraf sahaja di ICQS Sungai Tujoh.
Manakala pada April tahun ini, Kerajaan Negeri Sarawak sendiri telah pun meluluskan sejumlah RM4 juta untuk melaksanakan projek naik taraf fasiliti di ICQS Sungai Tujoh. Projek ini bertujuan untuk menangani kesesakan dan meningkatkan kecekapan pengoperasian di pintu masuk ICQS Sungai Tujoh.
Komponen projek ini Yang Berhormat ialah pembinaan lorong tambahan jarak masuk dari Brunei ke Miri serta kuarters tambahan. Kedua ialah meroboh dan bina semula pagar utama, papan tanda arah dan papan tanda keluar masuk negara. Ketiga ialah meroboh. Kita bina semula kuarters mengikut reka bentuk dan membina baharu 12 unit tandas awam.
Projek ini akan di laksana oleh JKR Sarawak dan diselia oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak. Kita juga buat masa ini jumlah perjawatan di ICQS adalah 47 perjawatan. Terdiri daripada pegawai — Perjawatan dan gred misalnya penolong penguat kuasa gred KP32 dan lain-lain jawatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 perjawatan telah diisi dan terdapat hanya satu lagi kekosongan.
Yang Berhormat walau bagaimanapun, bagi melancarkan proses pemeriksaan dan menangani kesesakan penumpang di ICQS Sungai Tujoh, Jabatan Imigresen Negeri Sarawak telah melaksanakan penempatan Kumpulan Tindakbalas Segera (QRT) yang mana pegawai imigresen dalam mod bersedia sekiranya berlaku kesesakan melampau di ICQS Sungai Tujoh. Seramai tujuh orang dari pejabat imigresen bahagian —Empat, Miri dan Depot Imigresen Bekenu, tiga bagi membantu mengurangkan kesesakan pada hari Jumaat dan hari Sabtu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Selain daripada itu Yang Berhormat, JIM Sarawak juga menempatkan 15 orang pegawai dari seluruh Pejabat Imigresen Bahagian Sarawak secara interim untuk tempoh tiga bulan mulai 10 Februari lalu hingga 17 Mei 2024 bagi membantu melancarkan pergerakan warganegara asing untuk keluar masuk dan ke pintu masuk ini. Banyak lagi perkara-perkara lain yang dilaksanakan, masa tak cukup Yang Berhormat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jawapan bertulis yang berikutnya. Sila, soalan tambahan.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Timbalan Menteri. Semalam saya telah menerima jawapan bertulis daripada KDN tentang isu persoalan semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa Belanjawan 2025. Difahamkan bahawa pihak kementerian telah melalui Jabatan Imigresen Malaysia memohon peruntukan di bawah Rolling Plan Satu, Rancangan Malaysia ke-13 tahun 2026 untuk menaiktaraf kompleks serta kerja-kerja berkaitan di ICQS Sungai Tujoh dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta.
Bolehkah Timbalan Menteri untuk sahkan perkara ini dan apa perincian tentang cadangan projek ini dari segi skop kerja jangka masa diperlukan dan keberkesanan dalam selesaikan masalah kesesakan ini, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, dari masa ke semasa memang kita minta tambahan untuk melaksanakan projek-projek. Cuma saya akan bagi pengesahan secara bertulis supaya jawapan saya tepat dan perincian Yang Berhormat masukkan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Berikutnya berkaitan ICQ Miri, ICQ Miri. Okey, sila.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Apakah perubahan polisi pembangunan dan fasiliti diperkenalkan di bawah KDN berhubung keperluan perubahan pelan dan keperluan semua agensi di bangunan ICQS di semua sempadan sama ada fasiliti sedia ada atau baru selaras dengan penubuhan AKBS dan MCBA termasuk di Sungai Tujoh Miri dan juga di sungai-sungai lain sebab kita tahu bahawa semua sempadan akan ada MCBA, jadi perlu ada perubahan kepada pelan struktur asal dan saya juga ingin tanyakan perkembangan di Pengkalan Kubur, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, saya sudah sebut tadi ICQS Sungai Tujoh. Kebanyakan soalan lain itu keluar daripada tajuk ini. Saya akan bagi bertulis Yang Berhormat supaya jawapan saya tepat dan tidak lari daripada maksud Yang Berhormat, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seterusnya saya persilakan Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Perdana Menteri menyatakan :
(a) sejauh manakah keberkesanan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sejak diperkenalkan; dan
(b) adakah terdapat usaha untuk menyelaraskan dan menambah baik enakmen serta undang-undang keluarga Islam negeri-negeri supaya dapat dikuatkuasakan dengan lebih tegas terhadap suami/bapa yang culas membayar nafkah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Izinkan saya untuk memberikan pencerahan dan jawapan sebaiknya. Kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
(JKSM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) pada tahun 2008 yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
BSK diwujudkan bagi memastikan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh rang-orang dipertanggungkan di bawah undang- undang. Untuk makluman sidang Parlimen, fungsi Bahagian Sokongan Keluarga ini adalah seperti berikut;
(i) memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di Mahkamah Syariah terutama nafkah;
(ii) melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah;
(iii) menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak;
(iv) menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
(v) menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah ; dan
(vi) mencari mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.
Seterusnya BSK telah berjaya melaksanakan penguatkuasaan dan pelaksanaan terhadap perintah Mahkamah Syariah yang dikeluarkan sejak ditubuhkan pada 2008 dikongsikan pada tahun 2021 sebanyak 872 kes berjaya diselesaikan atau 55 peratus daripada 1,571 kes yang berdaftar pada tahun 2022 sebanyak 1,096 kes berjaya diselesaikan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
atau 68 percent daripada 1,600 kes yang didaftarkan dan pada tahun 2023 sebanyak 1,102 kes berjaya diselesaikan atau 59 peratus daripada 1,844 kes yang didaftarkan.
Pada Januari hingga November 2024, sebanyak 1,076 kes telah berjaya diselesaikan iaitu 58 peratus. Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah dilaksanakan menerusi kaedah berikut iaitu Perintah Tunggakan Nafkah Anak, Saman Penghutang Penghakiman, Notis Penghakiman atau Pengkomitan, Penahanan Pendapatan, Penghinaan Mahkamah dan juga Hiwalah.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kerajaan melalui JKSM juga turut mengambil beberapa inisiatif dalam menguatkuasakan perintah nafkah terhadap orang yang dipertanggungkan di bawah undang-undang yang culas membayar nafkah dengan melibatkan penyelarasan dan penambahbaikan undang-undang berkaitan.
Untuk makluman Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga berdasarkan perkembangan terhadap kes-kes dan tindakan penguatkuasaan serta pelaksanaan Perintah Mahkamah Syariah, BSK telah melaksanakan kaedah pelaksanaan bagi memastikan Perintah Nafkah sentiasa dipatuhi termasuk pelaksanaan Perintah Hiwalah ataupun Garnishee proceeding dengan izin kepada institusi kewangan.
Ini dilaksanakan berikutan pindaan kepada tiga akta iaitu, Perkhidmatan Kewangan Pindaan Jadual 11 2021 bagi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan juga Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam Pindaan Jadual 11 2021 bagi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Perintah Institusi Kewangan Pembangunan Pindaan Jadual Keempat tahun 2021 bagi Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. Perkara-perkara ini merupakan antara usaha dan komitmen kerajaan untuk menguatkuasakan perintah-perintah Mahkamah Syariah, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Dimaklumkan tadi yang terkini adalah lebih kurang dalam 58 peratus kes dapat diselesaikan.
Saya dimaklumkan bahawa kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan formula khusus dalam menentukan kadar perintah nafkah anak kepada ibu bapa yang bercerai.
Apakah langkah yang diambil untuk mempercepatkan proses tuntutan di mahkamah yang boleh mengambil masa yang lama selain daripada ada kalanya disalahgunakan untuk memanjangkan kes tuntutan nafkah.
Adakah kerajaan melalui JAKIM bercadang untuk menyediakan satu dana khusus yang boleh jadi revolving fund kepada BSK ini bagi tujuan melaksanakan perintah mahkamah kepada ibu ataupun wanita yang terkesan disebabkan oleh perintah nafkah masih lagi tidak dapat dilaksanakan oleh bapa-bapa yang culas ini sebelum ibu ini dapat mendiri mendapat sumber pendapatan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
...dan seperti juga di Selangor yang saya kira zakat memberikan peruntukan kepada BSK supaya revolving fund dapat membantu sekurang-kurangnya kepada ibu-ibu atau anak yang terkesan itu. Terima kasih.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat. Ada beberapa langkah yang telah pun dilaksanakan untuk mempercepat dan memperkukuhkan prosedur. Di antaranya adalah keseragaman dilaksanakan dari sudut punca kuasa baillif sebagai pegawai yang dilantik untuk membuat penguatkuasaan perintah. Dan JKSM juga telah mengeluarkan arahan amalan berkaitan Manual Kerja Baillif dan juga arahan Amalan Garis Panduan Pengurusan Tuntutan Saman Penghutang Penghakiman di-endorse-kan ke seluruh Mahkamah Syariah Malaysia.
Selain daripada itu, ingin dikongsi juga setakat ini, untuk BSK ini kita berada di seluruh Malaysia. Pegawai-pegawainya ada lebih kurang 96 orang pegawai dilatih dan diberi kursus untuk menambahkan kemahiran agar mereka dapat melaksana dan mempercepatkan kes ini.
Selain daripada itu, soalan berkenaan dana khusus, untuk makluman kepada sidang Dewan yang mulia, sebenarnya kita sudah pun melaksanakan beberapa usaha dan di antaranya dikongsikan bahawa atas usaha JKSM kita telah pun berjaya mendapat dana RM200,000 daripada Yayasan Amanah Raya menerusi Wakalah Zakat dan usaha untuk dana ini akan diteruskan untuk memastikan semuanya dapat diselesaikan dan yang paling penting membantu isteri dan anak-anak yang sepatutnya menerima nafkah secukupnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri tahniah atas angka keberhasilan yang agak tinggi setelah diperkenalkan BSK, JKSM ini. Cuma persoalan saya masih ranai juga walaupun tindakan sudah telah dilakukan, tetapi masih ramai yang culas untuk membayar nafkah.
Adakah kerajaan bercadang untuk mengukuhkan sistem pemantauan kewangan contohnya sekatan akaun bank, pemotongan gaji automatik atau larangan ke luar negara bagi bapa atau suami yang culas untuk membayar nafkah ini. Terima kasih Timbalan Menteri Timbalan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi langkah-langkah pemantauan sebenarnya memang pun sudah dilaksanakan. Di antaranya adalah pemotongan gaji dan juga adanya Hiwalah iaitu melalui sekatan akaun bank dan juga perintah bayaran kepada third party ataupun pihak ketiga untuk dibayar kepada isteri mahupun anak.
Selain daripada itu, pemantauan juga, penguatkuasaan juga dilaksanakan. Sudah ada kes- kes bagaimana suami dipenjarakan kerana tidak membayar nafkah atau culas membayar nafkah walaupun telah ada perintah yang telah dilaksanakan.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Usaha-usaha ini akan diteruskan dan ianya akan memastikan bahawa nafkah ini akan dapat ditunaikan kemudian isteri dan anak akan mendapat nafkah sebaiknya. Langkah- langkah lain akan diteruskan menerusi pemerkasaan dari aspek penguatkuasaan termasuk juga dari aspek sumber manusia bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan perintah tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11.
11. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah perkongsian atau kerjasama strategik yang sedang dijalankan dengan pemain utama dalam industri kewangan Islam untuk meluaskan jangkauan dan pengaruh Malaysia memandangkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan kewangan Islam di peringkat global.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Bagi memperteguh tawaran nilai Malaysia khususnya sebagai gerbang global untuk pasaran kewangan Islam di Asia dan negara anggota Organization of Islamic Corporation dengan izin OIC, seperti yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2022 hingga 2026. Tumpuan kerjasama difokuskan kepada usaha-usaha mengukuhkan daya saing industri, pembangunan, kepakaran dan kerjasama syariat.
Antaranya termasuk Bank Negara Malaysia dan pemain industri terus aktif dalam memberi sokongan berterusan kepada negara yang ingin mengembangkan rangkaian kewangan Islam melalui perkongsian pengetahuan kewangan Islam. Sebagai contoh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa serta Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia baru-baru ini menganjurkan Program Kewangan Islam bagi negara Uganda dan Filipina yang ingin mendalami bidang perbankan Islam dan takaful Malaysia.
Selain itu, pemain industri perbankan Islam dan takaful Malaysia juga aktif mengembangkan operasi dan menembusi pasaran baru terutamanya di pasaran serantau.
Pemain industri melalui usaha bersepadu yang diterajui Majlis Kepimpinan MIFC atau MIFC Leadership Council telah memeterai memorandum kerjasama dengan negara Indonesia, Hong Kong, Republik Turkey dan United Kingdom pada bulan Mei tahun ini. Kerjasama di peringkat industri ini memberikan penekanan kepada inovasi produk kewangan Islam, menggalakkan perdagangan dan aktiviti kewangan rentas sempadan serta menggalakkan pembinaan keupayaan dan pendidikan.
Kerjasama ini disusuli dengan forum perniagaan yang khusus di antara pemain industri Malaysia dan U.K dalam usaha menggalakkan pelaburan hijau dengan penerapan penyelesaian kewangan Islam yang lebih meluas. Penglibatan aktif dalam Institusi Kewangan Islam Antarabangsa seperti Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dengan izin, Islam Financial Services Board yang mempunyai mandat penetapan standard dan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa atau dengan izin, International Islamic Liquidity Management Corporation Entity yang mempunyai fokus kepada pembangunan kecairan kewangan Islam global.
Selain itu, Malaysia juga aktif bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam dan kumpulan Bank Dunia dalam pelbagai aspek seperti pembangunan inovasi dan kepakaran
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
dalam bidang-bidang penting seperti hijau dan lestari. Malaysia turut menerajui platform rangkaian Lembaga Syariah Pusat bagi kewangan Islam, Centralized Shariah Authority Forum, dengan izin untuk meningkatkan hubungan strategik syariah antara 20 buah negara yang mempunyai lembaga pusat.
Platform CSAF iaitu Centralized Shariah Authority Forum ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa dan memupuk sikap saling menghormati terhadap pandangan syariah merentasi pelbagai negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi. Itu di peringkat global dan saya lihat Puan Yang di-Pertua apabila JKPK Kewangan dan Ekonomi pergi ke Hong Kong, kita menerima jemputan daripada Hong Kong Stock Exchange. Bursa Malaysia dengan Hong Kong Stock Exchange bezanya 32 kali ganda.
Mereka amat tertarik dengan kewangan Islam ini. Jadi saya fikir Yang Amat Berhormat Tambun ada di sini, Malaysia mesti menerajui kewangan Islam ini dan mesti memberi penekanan ke atas produk kewangan Islam untuk kita menerajui di peringkat global dulu, kini dan selamanya. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Puan Yang di-Pertua, berkaitan kepenggunaan wakaf. Bagaimana ia dapat dijadikan sebagai rantaian peruntukan projek pembangunan?
Kita tidak mahu membuat pinjaman untuk kita lakukan projek pembangunan, kita mesti menggunakan kewangan Islam produknya salah satu adalah wakaf. Bagaimana wakaf ini dapat digunakan supaya kepenggunaan wakaf ini sedekah dan pendanaan philanthropies ini dapat kita kurangkan beban hutang yang kita hadapi pada hari ini. Kerana apa, sistem kewangan Islam ini menggalakkan keadilan sosial dan ini juga akan memberi kesan.
Keduanya, bagaimana kerajaan memantau kadar kepenggunaan dan pengurusan dana wakaf yang saya yakin kita mesti betulkan dari segi tata kelolanya bagi memastikan impak kepada kewangan Islam dapat diterjemahkan bukan hanya imej sahaja di peringkat global tetapi dalam negara kita mesti menjuarai dan menerajuinya. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Kementerian Kewangan menyambut baik kepenggunaan wakaf, sedekah dan pendanaan philanthropies dalam mengembangkan lagi ekonomi negara.
Dalam industri kewangan Islam juga terdapat pelbagai usaha termasuk usaha di pihak pemain industri untuk menggalakkan integrasi kewangan sosial lebih kukuh dalam ekosistem kewangan Islam.
Sebagai contoh, ada program i-TEKAD yang menggabungkan penyediaan aset perniagaan yang dibiayai oleh instrumen kewangan sosial contohnya derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai dengan kewangan mikro berserta latihan kewangan dan perniagaan yang berstruktur. Inisiatif i-TEKAD ini menunjukkan kemajuan dengan
Puan Lim Hui Ying
peningkatan skala serta impak dalam membantu usahawan berpendapatan rendah menjana pendapatan yang berterusan dan membina daya tahan kewangan.
Program i-TEKAD ini terus diperkembangkan untuk memperkasakan daya tahan atau daya saing kewangan usahawan mikro berpendapatan rendah melalui sokongan pendanaan dan peningkatan kemahiran. i-TEKAD telah dilaksanakan di semua negeri di Malaysia yang melibatkan usaha sama bersama dengan Majlis Agama Islam di setiap negeri dan terdapat lebih dari 100 rakan pelaksana atau implementation partners, dengan izin yang terlibat dalam program i-TEKAD.
Sejak pelancaran i-TEKAD pada tahun 2020, i-TEKAD telah membantu lebih 8,500 usahawan berpendapatan rendah. Impak kepada peserta yang telah selesai menjalani program i-TEKAD termasuk sebanyak 79 peratus peserta berjaya meningkatkan jualan bulanan selepas tamat program. 88 peratus peserta berupaya menyimpan sebanyak RM4,000 daripada pendapatan perniagaan bulanan dan lebih 900 peluang pekerjaan baharu diwujudkan.
Berkenaan pengurusan kadar kepenggunaan dan dana yang melibatkan wakaf, saya mencadangkan agar perkara ini diteliti dengan lebih menyeluruh oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji serta Majlis Agama Islam di peringkat negeri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, minta satu soalan lagi. Yang Berhormat, Yang Berhormat soalan kedua, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Soalan kedua bagi menghormati Paya Besar yang turun daripada Speaker..
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah tamat sesi ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Satu lagi, satu lagi.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 dan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti di Nombor 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini, selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan – adjourn sine die” Terima kasih.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, sebelum pergi ke Aturan Mesyuarat saya hendak bawa Peraturan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa lagi?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Perkara 22.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Berkaitan dengan pemberitahuan berkenaan dengan pertanyaan-pertanyaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dua hari lepas saya terima satu jawapan yang pada saya jawapannya tidak tepat dengan apa yang ditanya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya bertanyakan Perdana Menteri, jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada JPP Terengganu sejak 2020 hingga kini tapi jawapan yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, YB. Dr. Zaliha berkaitan dengan pengoperasian Pulau Pisang. Tanya peruntukan Terengganu, dia jawab Pulau Pisang.
Jadi, saya mahu petua daripada Yang di-Pertua, apakah tindakan yang perlu diambil?
Ataupun saya bersangka baik. Mungkin Menteri terkhilaf ataupun mungkin terlepas pandang.
Jadi, saya kira ini satu perkara yang tidak wajar. Ini Dewan yang mulia, sepatutnya sebelum dikeluarkan satu jawapan, perlu diteliti. Jadi, saya perlu petua daripada Yang di-Pertua apa tindakan yang perlu diambil kerana saya perlu jawapan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta kementerian berkenaan untuk mengambil perhatian dan bagi jawapan yang lebih tepat kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu selepas ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon Rang Undang- undang Mufti (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2024 seperti yang tertera di No.5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan akan memberi penerangan berkenaan Penyata bertajuk Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan di Malaysia.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Madani.
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan telah membentangkan Penyata Jawatankuasa berhubung Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan di Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Dewan Rakyat pada 7 November 2024 yang lalu.
Jawatankuasa ini telah mengadakan tiga mesyuarat bagi membincangkan berkenaan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan di Malaysia adalah seperti yang berikut:
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
(i) mesyuarat pertama pada hari Selasa, 2 April 2024 telah diadakan bagi mendapat pandangan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. berkenaan pelaksanaan Skim Perubatan MADANI (SPM) dan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40;
(ii) mesyuarat kedua pada hari Selasa, 23 April 2024 telah diadakan bagi mendapatkan pandangan International Medical University
(IMU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan University of Cyberjaya berkenaan cadangan model pembiayaan penjagaan kesihatan bagi pakej perkhidmatan kesihatan dan isu-isu yang dihadapi oleh pengamal perubatan umum (GP); dan
(iii) mesyuarat ketiga pada hari Selasa, 27 Ogos 2024 telah diadakan bagi mendapatkan pandangan daripada Pejabat Transformasi Kesihatan (HTO).
Penjagaan kesihatan yang mampan dan inklusif merupakan komponen penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah. Dalam usaha mencapai matlamat ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Skim Perubatan Madani (SPM) dan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 yang bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dalam mendapatkan rawatan kesihatan yang berkualiti.
Selain itu, cadangan pelaksanaan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan juga turut dibincangkan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat, malah mewujudkan sistem yang lebih adil, cekap dan mampan untuk semua. Pelaksanaan SPM dan PeKa B40 menghadapi isu seperti akses tidak sama rata, kos meningkat dan kebergantungan kepada bajet kerajaan yang tidak stabil.
Selain itu, terdapat cadangan untuk mewujudkan pengurusan dana yang telus bagi memastikan bantuan efektif serta kerjasama awam-swasta perlu ditingkatkan bagi memperluas capaian dan kualiti perkhidmatan kesihatan.
Datuk Timbalan Speaker, hasil daripada libat urus pertama bersama ProtectHealth, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa isu. Iaitu yang pertama adalah kekangan melaksanakan Skim Perubatan Madani (SPM) di seluruh negara kerana memerlukan perbelanjaan yang besar. Yang keduanya adalah perbezaan penggunaan pangkalan data status kemiskinan B40 telah menjejaskan ketepatan pemantauan statistik kemiskinan tegar.
Yang ketiga, sambutan terhadap PeKa B40 kurang menggalakkan kerana kebimbangan masyarakat untuk menjalani saringan kesihatan walaupun penyakit dapat dicegah pada peringkat awal.
Inilah Timbalan Speaker, masalah kita di bawah ini. Rakyat kita ini takut untuk membuat saringan. Dia tengok jarum pun dia dah takut. Macam mana dia nak buat saringan?
Inilah masalah dan memerlukan komitmen kita bersama.
Terdapat kes-kes pelanggaran etika seperti promosi tidak bersesuaian, penjualan ubat tanpa preskripsi, tuntutan palsu dan penjualan ubat secara tidak sah. Maknanya,
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
kerajaan bagi peruntukan tetapi peruntukan itu sebahagiannya disalahgunakan. Bila nak hujung tahun sahaja, meningkat banyak tuntutan itu. Macam mana boleh terjadi? Kerana dia bagi ubat itu untuk habiskan stok. Ini hazard yang berlaku di bawah, yang perlu pemantauan.
Perkhidmatan di luar waktu pejabat perlu dikaji semula bagi memastikan akses rawatan kepada individu kurang berkemampuan dan kadar bayaran yang setimpal kepada doktor. Bermakna bahawa kita juga perlu kaji supaya doktor-doktor yang bekerja di hospital awam ini diberi ruang untuk kerja lebih dengan bayaran-bayaran yang tertentu. Hasil daripada libat urus kedua bersama pakar-pakar akademik— tinggal satu minit sahaja, Yang Berhormat.
Jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa isu, iaitu:
(i) pelaksanaan National Health Financing di Malaysia tidak mendapat sambutan kerana kurang mendapat sokongan politik,
(ii) KKM sebagai penyedia dan pembeli perkhidmatan kesihatan pada masa yang sama,
(iii) sistem perolehan penjagaan kesihatan Malaysia ini beralih dari pembelian pasif ke pembelian strategik tetapi belum sepenuhnya memenuhi kriteria pembelian strategik,
(iv) Kementerian Kewangan telah menyediakan struktur perolehan yang seragam, namun terdapat kelemahan dalam tadbir urus dan kekurangan spesifikasi terperinci untuk pemilihan perolehan perkhidmatan kesihatan,
(v) pertindihan peranan antara pembeli dan penyedia perkhidmatan masih berlaku dan mengganggu kelancaran proses perolehan,
(vi) pegawai perubatan (GP) ini menghadapi masalah seperti bayaran perundingan yang rendah dan peranan yang terbatas hanya kepada pemeriksaan awal sahaja,
(vii) peranan ahli farmasi kurang diberi perhatian walaupun mereka memberi perkhidmatan percuma kepada masyarakat,
(viii) bajet kesihatan yang diluluskan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menampung kos operasi dan perkhidmatan kesihatan sepenuhnya, dan;
(ix) pembaziran kewangan berlaku dalam projek yang tidak berkaitan.
Hasil daripada libat urus ketiga bersama HTO ini, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara yang melibatkan KKM dan juga insurans dan juga pelbagai lagi.
Akhirnya— minta masa sikit, Speaker. Akhirnya, jawatankuasa mengesyorkan:
(i) sistem PADU perlu digunakan untuk memastikan data yang lebih menyeluruh dan tepat dalam mengenal pasti golongan miskin dan miskin tegar,
(ii) elemen saringan kesihatan PeKa B40 dengan SPM perlu digabung bagi memastikan status kesihatan pesakit dapat dipantau secara menyeluruh,
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
(iii) keberkesanan projek saringan kesihatan perlu ditingkatkan melalui kerjasama semua pihak,
(iv) peruntukan SPM perlu ditambah dengan kadar yang bersesuaian,
(v) kadar bayaran kepada doktor yang berkhidmat di luar waktu pejabat termasuk locum perlu dikaji semula dan mempertimbangkan pelaksanaan sistem panggilan aktif dan pasif serta pemberian ganjaran yang setimpal dengan beban kerja,
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
(vi) Pengurusan dana kesihatan negara diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri yang dinamakan sebagai Dana Kesihatan Negara yang menggabungkan semua sumber dana ini dalam tabung yang sama,
(vii) Peranan KKM sebagai penyedia dan pemberi perkhidmatan kesihatan perlu dipisahkan,
(viii) Sumber zakat perlu dimasukkan dalam dana dan sistem kesihatan iaitu Dana Kesihatan Negara,
(ix) pembangunan kapasiti sektor kesihatan diperkukuh dengan mempertingkatkan program pembangunan profesional berterusan dan memperkenalkan sistem penilaian prestasi berasaskan hasil untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang optimum,
(x) pengurusan dana kesihatan dioptimumkan melalui penggabungan dana sedia ada dan pengaktifan syarikat GLC di bawah PMO.
Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam jawatankuasa yang begitu komited membantu kami, membantu kita semua untuk menyediakan penyata ini khususnya kepada YB Kuala Pilah, YB Bentong, YB Sibu, YB Batu Pahat, YB Batu, YB Kuala Langat, YB Kuala Nerus dan juga YB Tanjong Karang. Saya ucap terima kasih atas kerjasama daripada Tanjong Karang yang saya dapat maklumat telah tidak berada lagi dalam jawatankuasa ini tapi beliau telah memberikan khidmat yang terbaik kepada jawatankuasa untuk menyelesaikan penyata ini.
Khusus juga kepada semua pegawai Parlimen, khususnya kepada Encik Mohd Faizal bin Lan yang menjadi Pegawai Penyelidik JKPK yang telah membantu menyelesaikan, menyiapkan penyata ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ini terbuka untuk Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberi pandangan.
Senarai pembahas ada empat orang. Pertama Yang Berhormat Bukit Bendera, kedua Yang Berhormat Sabak Bernam, yang ketiga Yang Berhormat Ledang dan yang keempat Yang Berhormat Padang Besar. Keempat-empat pembahas diberikan tiga minit.
Saya persilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Speaker.
Jadi, kesihatan adalah hak asasi manusia yang paling fundamental. Namun, bagi ramai rakyat Malaysia khususnya yang berada di kawasan luar bandar atau dari isi rumah berpendapatan rendah, hak ini sering dirasakan sebagai impian yang sukar dicapai. Jadi, program seperti Skim Perubatan Madani dan juga PeKa B40 bertujuan untuk meringankan beban kewangan. Tetapi realitinya, akses kepada penjagaan kesihatan masih tidak seimbang.
Jadi, bagaimanakah kita boleh berdiam diri apabila jurang logistik dan ketidakselarasan data terus menafikan rawatan kesihatan kepada mereka yang paling memerlukannya? Untuk menangani masalah ini, kita mesti mengutamakan akses yang adil dengan mengintegrasikan data melalui sistem PADU dan juga menghantar unit bergerak ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan ataupun kawasan-kawasan yang sukar untuk diakses.
Jadi, dengan langkah ini kita dapat memastikan bahawa tiada rakyat Malaysia yang tercicir. Kemapanan kewangan juga satu lagi bom jangka. Dengan perbelanjaan kesihatan negara hanya pada paras 5.1 peratus daripada KDNK, jauh lebih rendah daripada kalau kita bandingkan dengan purata OECD sebanyak 9.7 peratus dan juga perbelanjaan peribadi setinggi 34.5 peratus. Model semasa kita meletakkan tekanan luar biasa kepada setiap keluarga Malaysia.
Jadi, adakah tiba masanya Malaysia untuk mempertimbangkan model insurans kesihatan sosial ataupun dengan izin, social health insurance seperti di Indonesia dan di Germany? Dengan menggabungkan risiko dan sumber. SHI dapat mengurangkan kebergantungan kepada belanjawan kerajaan sambil memperluaskan lagi liputan, mengintegrasikan dana zakat dan juga memperkenalkan sumbangan wajib daripada majikan serta pekerja boleh mewujudkan satu ekosistem pembiayaan yang cukup kukuh.
Sama pentingnya adalah keperluan untuk mengutamakan penjagaan pencegah atau dengan izin preventive care. Terlalu ramai rakyat Malaysia mengelak saringan kesihatan kerana takut. Hanya untuk menderita kemudian hari. Jadi, kita bayangkan berapa banyak nyawa yang boleh diselamatkan dan juga penderitaan yang dapat kita elakkan jika pengesanan awal menjadi norma. Jadi, wajibkan saringan kesihatan sebagai amalan standard.
Persoalannya, bukanlah sama ada kita harus mereformasikan sistem tetapi adakah kita berani melakukannya dengan tegas? Adakah kita akan memastikan kesihatan menjadi hak untuk semua dan bukan keistimewaan untuk segelintir? Masa untuk bertindak adalah sekarang. Rakyat Malaysia menantikan tindakan kita dan juga sebagai Ahli Parlimen, tanggungjawab itu berada di dalam tangan kita. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang menganggotai Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas yang menjalankan tugas dengan baik, memberi laporan yang lengkap dan walaupun tanpa sebarang elaun. Terutamanya kepada YB-YB yang disebutkan tadi, yang saya tidak dapat sebut satu persatu. Yang saya ingat cuma YB Bentong sahaja yang sentiasa terpahat di hati.
[Ketawa] Laporan ini berkaitan penjagaan kesihatan yang mampan dan inklusif yang merupakan komponen penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan B40, Tuan Speaker. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif seperti Skim Perubatan Madani (SPM) dan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 iaitu PeKa B40 yang bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dalam mendapatkan rawatan kesihatan berkualiti.
Selain itu, cadangan pelaksanaan reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan turut membincangkan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Bendera tadi malah mewujudkan sistem yang lebih adil, cekap, mampan dan untuk semua.
Isu yang berbangkit hasil daripada laporan tadi, saya ingin merujuk kepada perkara yang, syor yang keenam dan ketujuh pengurusan dana kesihatan negara diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri bagi menguruskan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan cukai-cukai yang berkaitan dengan kesihatan secara efektif.
Saya kurang setuju kerana Pejabat Perdana Menteri ini sudah ada tugas yang cukup banyak. Kalau kita tengok Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun pegang kepala, banyak bebanan ditanggung. Jadi, saya simpati. Ini nak tambah lagi uruskan perkara ini. Letakkanlah di mana yang lebih sesuai. Jangan semua Perdana Menteri tanggung, kasihan. Menteri Kewangan pun dia, semua dia. Tak cukup dengan menteri Kabinet, anak terpaksa bantu dia. Saya rasa simpati.
Kemudian yang ketujuh, syor yang ketujuh peranan KKM sebagai penyelia dan pembeli perkhidmatan kesihatan perlu dipisahkan bagi mengelakkan konflik kepentingan yang menyebabkan hospital kerajaan mendapat keutamaan dana berbanding hospital swasta. Ini pun saya kurang setuju kerana apa Tuan Yang di-Pertua, memang sepatutnya keutamaan dana kepada urusan kerajaan berbanding swasta kerana rakyat B40, M40 akan mendapat akses dan fasiliti kesihatan yang mampu dibayar di hospital kerajaan. Mengapa pula dana awam perlu diperbanyakkan kepada swasta yang lebih berorientasikan kepada keuntungan? Jadi, itulah alasan konkrit daripada saya untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa ini untuk dilaksanakan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sabak Bernam. Sabak Bernam, Sungai Siput minta laluan boleh?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya belum nyanyi lagi.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Belum nyanyi?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Silakan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya lihat perbahasan Sabak Bernamlah meluahkan satu kritikan untuk membinalah. Pada masa yang sama, saya lihat Sabak Bernam ini kata macam seolah-olah semua tidak betul tapi padahal ada manfaat kepada rakyat. Apa pandangan Sabak Bernam?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Masukkan dalam ucapan saya, Tuan Speaker.
[Ketawa] Terima kasih.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Tak nyanyi lagi. Nyanyi sedikit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat...
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput boleh nyanyilah kalau Pengerusi benarkan, Sungai Siput boleh nyanyi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, saya tak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Lagu MGR. Lagu MGR.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, saya tahu hari ini hari terakhir, Yang Berhormat. Tumpukan pada urusan Mesyuarat kita. Sila, Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih juga atas peluang ini. Saya pun rasa terpanggil sebab ini jiran saya sebelah ini Pengerusi. Pulai ialah jiran dan juga Pengerusi JKPK Kesihatan.
Saya ingin menekankan bahawa reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan ini adalah satu keutamaan. Tak ada siapa yang akan nafikan. Ia ialah untuk kita pastikan kesejahteraan rakyat khususnya golongan B40 mereka yang memerlukan. Ini selari dengan maqasid syariah, Aspirasi MADANI untuk kemapanan, kesejahteraan dan juga ihsan. Jadi, sistem yang ada ini memang kita lihat memerlukan penambahbaikan yang mendesak terutamanya daripada aspek pembiayaan, keberkesanan dan juga akses yang lebih adil.
Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ini menggariskan isu-isu utama seperti kos yang meningkat, ketidakstabilan bajet kerajaan, akses tidak sama rata. Kita perlu tangani cabaran-cabaran ini. Saya nak fokus kepada beberapa kaedah reformasi yang saya rasa percaya terbukti boleh memberikan kesan.
Pertama ialah pembiayaan insurans kesihatan sosial. Seperti yang disebutkan tadi oleh Bukit Bendera juga, kita lihat apa yang dilakukan oleh Indonesia, Jaminan Kesihatan Nasional (JKN). Mereka telah laksanakan ini 2014. Dia melindungi hampir 90 peratus penduduk mereka, 90 peratus penduduk mereka termasuk golongan miskin dengan premium
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
serendah RM20 sebulan sahaja. Pendekatan ini berjaya untuk menyediakan liputan kesihatan sejagat. Menggabungkan semua jenis insurans dan menjadi satu sistem yang lebih mampan.
Sebaliknya di Malaysia, kita lihat perbelanjaan poket sendiri *(out-of-pocket expenses
(OOP))* mencecah 34.5 peratus pada 2020. Ini lebih tinggi berbanding dengan Thailand, 8.67 peratus, Jepun, 12.9 peratus. Jadi, saya rasa perbelanjaan ini besar. Oleh kerana itu, kita perlu segera untuk kurangkan beban rakyat melalui contoh mekanisme yang dilaksanakan di Indonesia.
Kedua ialah berkenaan dengan pemisahan peranan penyedia dan pembeli perkhidmatan kesihatan. Penyata JKPK ini mencadangkan pemisahan peranan ini supaya kita mengelakkan ada konflik kepentingan (conflict of interest), dengan izin. Ini berjaya di negara seperti Jerman di mana pembeli perkhidmatan kesihatan berfungsi secara bebas, pastikan agihan dana yang lebih adil antara sektor awam dan swasta.
Ketiga ialah penekanan kepada penjagaan kesihatan primer ataupun primer healthcare. Ini kita boleh lihat Thailand sebagai contoh yang baik juga. Dengan fokus kepada penjagaan kesihatan primer, Thailand berjaya untuk meningkatkan akses kepada saringan kesihatan, rawatan penyakit kronik dan pencegahan penyakit di semua lapisan masyarakat.
Jadi, saya percaya ini juga adalah satu tindakan yang tepat untuk kita terus lihat kepada kaedah-kaedah pencegahan lebih daripada kaedah rawatan. Bermakna kita harap satu masa nanti, belanjawan kita ini bukan hanya untuk merawat, lebih kepada untuk mencegah dan itu lebih besar daripada kaedah untuk merawat.
Seterusnya ialah keperluan untuk dana kesihatan negara yang disebutkan tadi. Saya selarikan dengan apa yang saya sebut dalam perbahasan dahulu iaitu keperluan untuk adanya wellbeing budget yang pernah dilaksanakan dan diamalkan oleh New Zealand dan beberapa negara Eropah.
Akhir sekali ialah berkenaan dengan zakat. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dari segi zakat ini benar, ini ada yang dinyatakan dalam syor yang kelapan penyata. Di Wilayah Persekutuan jumlah kutipan zakat pada tahun 2023 mencapai RM1.03 bilion. Itu di Wilayah.
Di Selangor pun saya rasa dalam jumlah yang sama. Jadi, dana ini agihkan kepada golongan asnaf, ada pelbagai program, bantuan kewangan, institusi pendidikan, prasarana umat Islam dan lain-lain. Ada juga barangan keperluan asas yang diberi secara bulanan kepada asnaf.
Jadi, persoalan saya, apakah tidak wajar sebahagian sumber zakat ini kita manfaatkan untuk keperluan kesihatan golongan asnaf seperti saringan kesihatan, rawatan penyakit. Ini saya jangkakan tidak ada percanggahan dengan syariat. Kita boleh rujuk kepada mereka yang berkenaan kerana kesihatan adalah salah satu keperluan asas kepada manusia. Langkah ini boleh menjadi model yang unik untuk kita negara Malaysia untuk menangani isu pembiayaan kesihatan secara lebih holistik.
Jadi, saya ucapkan tahniah kepada pihak JKPK Kesihatan. Reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan ini bukan sekadar pilihan tetapi keperluan mendesak. Kerajaan ada
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
tanggungjawab, kita ada tanggungjawab, sokongan semua amatlah wajar. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Seterusnya, Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya ingin mengalukan kehadiran 40 orang Persatuan Warga Emas daripada Putrajaya pada hari ini.
[Tepuk] . Terima kasih pada Dato' Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada saya untuk berbahas mengenai Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan — Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan di Malaysia Tahun 2024.
Saya mulakan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, maksudnya, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya”. Izinkan saya membahaskan melalui satu kaedah Analisis SWOT terhadap Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan bagi memahami kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang berkaitan dengan cadangan dan usaha yang diketengahkan. Kemudian, diakhiri dengan persoalan kepada kementerian.
Berikut adalah analisis berdasarkan laporan tersebut iaitu dari segi kekuatan.
Penyata ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap reformasi kesihatan untuk menangani cabaran sistem kesihatan termasuk pembiayaan penjagaan kesihatan yang lebih mampan. Laporan ini melibatkan penyertaan dan pandangan daripada pelbagai pakar dan pemegang taruh menjadikan cadangan ini lebih inklusif. Penekanan terhadap peningkatan akses dan kualiti penjaga kesihatan untuk semua rakyat khususnya golongan B40 melibatkan elemen saringan PeKA B40 dan Skim Perubatan MADANI (SPM).
Keempat ialah usaha untuk memodenkan sistem pembiayaan melalui mekanisme baharu seperti insurans kesihatan, sosial atau subsidi berdasarkan keperluan. Dari segi kelemahannya pula itu, kita nampak usaha ini menghadapi halangan dalam mendapatkan peruntukan mencukupi untuk melaksanakan reformasi. Kualiti perkhidmatan kesihatan antara kawasan bandar dan luar bandar masih belum seimbang kerana ketidakseimbangan infrastruktur dan mobilisasi. Pelaksanaan perubahan memerlukan kerjasama antara pelbagai pihak dan agensi yang boleh memperlahankan proses reformasi akibat rintangan birokrasi.
Seterusnya, kekurangan kesedaran awam tentang cadangan ini mungkin menjejaskan penerimaan masyarakat terhadap birokrasi ini. Antaranya, advokasi yang masih belum sampai sepenuhnya untuk PeKA B40 dan SPM. Dari segi peluang pula, kita dapat mempelajari model reformasi kesihatan kita daripada negara maju seperti Singapura, UK dan Korea Selatan, juga negara-negara yang berjiran dengan kita. Perancangan mengintegrasikan teknologi digital seperti rekod kesihatan elektronik untuk meningkatkan kecekapan dan akses. Sistem sedia ada seperti PADU perlu ditambah baik sepenuhnya serta dijadikan pangkalan data tunggal.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Reformasi ini juga digunakan untuk mendidik rakyat tentang penjagaan kesihatan, pencegahan dan pengurusan penyakit kronik. Usaha mengurangkan beban sistem kesihatan awam ini dengan melibatkan sektor swasta secara lebih strategik untuk berkongsi tanggungjawab dalam penjagaan kesihatan walaupun ada laporan negatif berkaitan dengan sektor swasta. Dari segi ancaman pula, kurang menghayati konsep federalisme menjadi punca deliberasi sistem, dengan izin, gagal dilaksanakan sepenuhnya.
Apa pun tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang lebih agresif bekerjasama dengan semua Ahli Parlimen di Malaysia tanpa memilih bulu. Sifat bipartisan penting untuk sesuatu agenda rakyat terus sampai kepada rakyat seperti mana pelaksanaan APPGM-SDG kepada rakyat.
Kita berdepan masalah ekonomi terutamanya ekonomi rakyat yang makin terjejas teruk. Kestabilan ekonomi memainkan peranan penting dalam memastikan dana mencukupi.
Faktor ketidaksamaan sosioekonomi yang mana golongan miskin dan rentan mungkin menghadapi cabaran walaupun dengan pembiayaan penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Analisis SWOT ini diharap dapat membantu secara menyeluruh penyata yang dibentangkan tadi.
Persoalan saya, Malaysia masih tidak mempunyai sistem pengumpulan dana untuk penggunaan kesihatan yang mampan seperti insurans kesihatan sosial untuk menampung kos kesihatan berbanding negara jiran yang lain. Ini turut diburukkan dengan konflik kepentingan apabila KKM berperanan sebagai penyedia dan turut menjadi pembeli perkhidmatan. Ini satu yang perlu dicerakin. Cadangan untuk mewujudkan dana kesihatan negara perlu diambil serius. Adakah kementerian bersedia mempertimbangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bipartisan untuk memastikan kelangsungan pelaksanaan reformasi ini?
Adakah kerajaan juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan kapasiti infrastruktur kawasan luar bandar seperti klinik komuniti 24 jam, pengangkutan perkhidmatan kesihatan bergerak dan sokongan teknologi tele kesihatan?
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Adakah kerajaan mempunyai langkah tambahan untuk melindungi golongan rentan seperti warga emas dan individu kronik sebagaimana kes yang baru-baru ini di Shah Alam berkenaan dengan bayi?
Sejauh manakah penambahbaikan bagi pemantauan dan kawalan etika di klinik swasta berkaitan dengan laporan penyalahgunaan tuntutan dan pelanggaran prosedur?
Adakah kerajaan mempunyai sasaran yang realistik sebagai peningkatan kadar saringan tahunan sebanyak 50 peratus dalam tempoh lima tahun serta adakah kerajaan bersedia untuk memperluaskan akses serta menyediakan insentif kepada individu yang menjalani saringan kesihatan?
Bagaimanakah National Health Financing ini diunjurkan dari segi sumber pendapatan dan unjuran kos yang merupakan mekanisme yang tidak membebankan rakyat? Jika dihayati benarlah Teori Maslow sebahagian rakyat masih terarah kepada memenuhi keperluan fizikal
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
serta keselamatan berbanding dengan keperluan sosial, penghargaan diri, dengan pencapaian hasrat diri.
Adakah kerajaan bersedia penggunaan pangkalan data tunggal yang lebih berkesan? Saya mencadangkan agar penggunaan teknologi block chain dengan izin untuk menjamin integriti data pesakit dan kewangan. Tahniah kepada pihak PAC dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak berkaitan sehingga laporan yang lengkap ini dapat disediakan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Padang Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pulai untuk menjawab. Lima minit.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Terima kasih atas perbahasan daripada empat orang Ahli Parlimen iaitu daripada Bukit Bendera, Sabak Bernam, Ledang dan juga Padang Besar. Dari segi apa yang disebut oleh jurang logistik tadi. Ketidakselarasan data dan menafikan rawatan kesihatan ini di kawasan luar bandar yang dibangkitkan oleh Bukit Bendera ini.
Kami memang dapat rangka ini daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan. Satu libat urus bersama dengan Protect Health yang lalu perkara ini telah dibincangkan dan terdapat beberapa cadangan. Mengukuhkan saluran komunikasi di antara Ahli Parlimen dan Unit Outreach Protect Health untuk mempercepatkan pelaksanaannya.
Kedua menjaminkan kerjasama dengan klnik berdaftar di peringkat penjagaan premier untuk menjalankan saringan kesihatan. Ketiga menggiatkan promosi melalui pempengaruh media sosial dan pemasangan banner di lokasi yang strategik dan keempat adalah peranan Ahli Parlimen dan juga Protect Health secara bersama untuk menyampaikan maklumat dan meningkatkan pemahaman masyarakat di kawasan Parlimen masing-masing.
Ahli Parlimen sekian ambil lah ruang semasa kita berjumpa dengan rakyat bila kita berada di kawasan untuk jelaskan tentang kepentingan menjaga kesihatan di negara kita ini.
Kos yang besar itu terangkanlah banyak umpamanya dalam tahun 2022 untuk handle NCD sahaja kita terpaksa peruntukan RM12 bilion. Sedangkan kita punya peruntukan tahunan baru lebih 45. Maknanya satu per empat daripadanya adalah digunakan untuk NCD. Itu bebanan yang terpaksa kita tanggung dan jelaskan kepada mereka di luar sana.
Yang dibangkitkan oleh Ledang tadi berkenaan dengan Social Health Insurance
(SHI) ini, SHI ini seperti mana di Indonesia dan Jerman. Ini sebenarnya cadangan yang baik.
Tapi dari segi kesediaan kita di dalam negara kita apakah kita sudah bersedia dengan perkara itu. Apa yang sibuk dibangkitkan pada waktu ini apabila nak menaikkan antara 40 hingga 70 peratus dalam keadaan kita ada inflasi 12 peratus. Ini dulu perlu diselesaikan. Contoh saya bangkitkan di Dewan ini bersama dengan Perdana Menteri.
Ada diskriminasi pula hospital swasta ini. Bila ada insurans, jadi mahal. Tak ada insurans bayar secara cash, murah pula. Ini benda yang perlu dibetulkan dulu dan kita
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
tekankan dalam kenyataan media semalam dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan kita nakkan supaya kerajaan lebih menyegerakan untuk menyediakan Diagnosed Related Group
(DRGS) di mana di situ nanti kita boleh menentukan harga rawatan itu. Kalau tak dia tidak ada satu panduan. Kita bersetuju dengan cadangan itu tapi perlukan persediaan yang lebih rapi lagi.
Begitu juga disebut tadi daripada Sabak Bernam. Sabak Bernam ini dia nampak Bentong sahaja. Dia tak nampak saya. Padahal tiap-tiap pagi minum dengan dia. Jadi Ahli Parlimen sekalian dan juga Timbalan Speaker, kenapa yang dana kesihatan kita nak letak bahawa PMO kerana dana itu bukan daripada satu sumber. Dia daripada banyak sumber.
Mungkin daripada KWSP, mungkin nanti datang daripada PERKESO, datang daripada insurans, datang daripada Majlis Agama Islam daripada zakat-zakat ini, daripada penyumbang-penyumbang. Dia merentas kementerian. Kalau satu kementerian sahaja yang urus, tidak upaya untuk menggarap semua ini.
Maknanya dia perlukan satu kuasa politik yang kuat memudahkan urusan ini. Kalau satu kementerian agak sukar. Biarlah KKM ini tak payah memikirkan tentang dana ini. Dia dah ada sahaja. Dia menyediakan sahaja kemudahan-kemudahan perkhidmatan di hospital.
Tak payah nak fikir fasal duit. Ini duit dia nak fikir, hospital dia nak fikir, doktor nak fikir, nurse nak fikir. Keadaan ini bukannya Perdana Menteri yang serabut, Menteri Kesihatan pun akan jadi serabut nanti dengan keadaan itu. Sebab itulah kita minta kuasa-kuasa yang ada pada Perdana Menteri mampu untuk menguruskan Dana Kesihatan Negara ini. Penyedia dan pembeli tadi itu dah dinyatakan. Kita nak mengelakkan daripada conflict interest yang disebutkan oleh Ledang tadi.
Perkhidmatan premier tadi memang benar. Sekarang ini kita di peringkat kementerian − Saya bukan Menteri Kesihatan. Saya ada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Tapi maklumat itu diberi kepada kita. Sekarang ini dahulu kalau kita pergi ke sekolah sakit pergi hospital. Sakit pergi hospital. Sekarang kena ubah sikit. Sakit yang biasa-biasa sahaja, yang tak kritikal pergi klinik perkhidmatan premier ini. Kalau serius baru pergi ke hospital.
Jadi maknanya, kita tak akan bebankan hospital ini dengan pesakit-pesakit yang biasa. Sebab itu kita kena jelaskan kepada rakyat di bawah. Kalau kita sakit itu dalam keadaan yang boleh terkawal lagi, boleh dalam keadaan sederhana sahaja tak perlulah kita pergi hospital. Memadai kita pergi ke klinik-klinik. Insentif seperti mana SPM ini sebagainya ini inilah satu yang sangat baik. Cumanya adalah kesedaran rakyat di sini belum sampai lagi tahap itu. Mereka tak rasa bahawa perlunya menjaga kesihatan. Sedangkan kalau dia jaga kesihatan yang baik, diri dia sihat, negara juga akan juga sihat, dengan dana yang sepatutnya kita pergikan ke tempat lain.
Bayangkan kalau dana itu terlalu luas. Terlalu besar. RM12 bilion sebagai contoh.
Boleh kita gunakan untuk buat hospital yang baharu. Boleh kita beri kepada klinik-klinik ini.
Boleh kita beri peralatan-peralatan yang baik. Bayangkan dalam Jawatankuasa Kesihatan pergi ke hospital peralatan itu tahun 1970-an. Jadi macam mana itu. Ini yang perlukan
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
tumpuan semua pihak untuk kita sama-sama menjaga kesihatan di negara kita ini. Zakat itu termasuk tadi disebut. Cantik cadangan itu akan dimasukkan di situ.
Terakhir daripada Padang Besar tadi banyak juga membangkitkan isu-isu yang berkaitan yang melibatkan KKM ini. Saya nak sentuh sikit fasal rekod elektronik tadi.
Dijanjikan kepada kita dalam Jawatankuasa Kesihatan bahawa tahun 2028 pendigitalan di hospital dan klinik ini akan dapat dilaksanakan. Daripada sekarang secara berdikit-dikit pendigitalan itu berlaku di klinik dan juga di hospital.
Harapannya pada tahun 2028 nanti satu orang sakit, satu rekod. Pergi kepada hospital manakah, klinik mana kah dia akan dapat satu maklumat. Tidaklah kita pergi hospital “A”, kita buat diagnose, lepas itu kita pergi hospital “B”, diagnose lagi. Kos lagi. Tadi dah kos pertama. Ini kos kedua. Banyak sangat kos ini akan dikeluarkan. Kita nak lebih sinergi.
Maklumat daripada satu sumber sahaja. Bila pergi ke hospital lain juga menggunakan maklumat yang sama ini. Insya-Allah ini dijanjikan kepada kita tahun 2028.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi, saya rasa itu sajalah. Masa pun agak dah banyak digunakan. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker yang memberi ruang kepada kita. Terima kasih kepada semua yang memberikan perhatian yang lebih. Yang penting adalah kita mahu jaga kesihatan rakyat dan negara kita ini. Terima kasih [Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan tahniah kepada lima buah JKPK yang telah membahaskan penyata yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada Mesyuarat kali ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya cuma mohon eloklah untuk perbahasan penyata JKPK pada Mesyuarat tahun hadapan, Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan penyata tersebut turut hadir bagi mendengar dan mencatat nota-nota penting yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan pada hari ini. Setiausaha.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta BERNAMA 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Komunikasi [Puan Teo Nie Ching]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Komunikasi [Puan Teo Nie Ching]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta yang meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dibaca kali kedua sekarang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau juga dikenal sebagai Akta 655 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008. Sebagai usaha untuk mengukuhkan kawal selia perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. Akta ini mengandungi 13 bahagian dan 193 seksyen, menetapkan punca kuasa kawal selia industri perkhidmatan air dan pembetungan yang bertujuan untuk mewujudkan industri perkhidmatan air negara yang cekap, berdaya maju dan mampan dalam jangka masa panjang.
Setelah lebih 18 tahun Akta 655 berkuat kuasa, beberapa ruang penambahbaikan telah dikenal pasti yang melibatkan pindaan terhadap peruntukan sedia ada dan juga perlaksanaan dasar-dasar baharu. Langkah ini adalah penting bagi memastikan akta ini kekal relevan seiring dengan perkembangan semasa dan juga berupaya memenuhi keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara. Proses pindaan akta ini telah bermula sejak tahun 2012, yang mana cadangan pindaan telah diterima secara berperingkat membabitkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pemegang lesen, penggiat industri dan pengguna serta melalui proses penelitian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Beberapa siri rundingan dengan pihak kerajaan negeri juga telah diadakan bagi menjelaskan pindaan-pindaan yang terlibat dan mendapatkan maklum balas mereka. Selaras dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian pada 12 Disember 2023, pindaan yang dicadangkan telah dikemas kini dengan mengambil kira fungsi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini, insiden pencemaran sumber air kerap terjadi dan menyebabkan gangguan bekalan air yang seterusnya menimbulkan kesusahan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
kepada pengguna. Kementerian memandang serius insiden seumpama ini yang merupakan salah satu cabaran utama yang perlu dihadapi dalam memastikan pembangunan yang lestari dan mampan. Susulan daripada perkembangan ini, kementerian komited untuk menyegerakan urusan pindaan Akta 655 sebagai salah satu inisiatif untuk menangani isu ini.
Pindaan ke atas akta ini dilaksanakan dengan memberikan tumpuan kepada 13 peruntukan yang melibatkan seksyen sedia ada dan fokus utama pindaan adalah terhadap elemen pemberatan hukuman dan penyenaraian kesalahan baharu. Selain itu, elemen- elemen lain yang terlibat dalam pindaan tersebut adalah dalam aspek penyelarasan tax. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menghuraikan Fasal utama dalam rang undang- undang ini. Ia mengandungi 13 Fasal seperti yang berikut.
Fasal 1 melibatkan tajuk ringkas bagi akta yang telah dipinda dan kuasa Menteri untuk menetapkan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Akta ini akan dinamakan sebagai Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 dan akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 61 Akta 655 untuk menjelaskan bahawa kesalahan di bawah seksyen ini adalah berhubung larangan untuk pelepasan apa-apa efluen terlarang atau benda berbahaya ke dalam pembetung dan tempat rawatan kumbahan supaya selaras dengan takrif ungkapan pembetung dan tempat rawatan kumbahan dalam akta.
Selain itu, fasal ini bertujuan memasukkan subseksyen baharu iaitu (1A) dalam subseksyen ini bagi melarang pelepasan efluen terlarang dan apa-apa benda lain ke dalam tangki septik dan menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah subseksyen 61(1)(1A) sebagai satu langkah pencegahan. Ini kerana pelepasan benda-benda yang dilarang ke dalam sistem pembetungan dan tangki septik boleh menimbulkan risiko seperti kerosakan serius sistem pembetungan dan tangki septik, pencemaran sumber air dan seterusnya, gangguan bekalan air.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 121 bagi menjadikan suatu kesalahan jika mana-mana orang mencemarkan sumber air yang menyebabkan berlakunya pemberhentian sementara ataupun penutupan sistem bekalan air. Melalui pindaan ini juga, penalti dinaikkan sebagai salah satu langkah pencegahan memandangkan pencemaran sistem bekalan air akan menjejaskan sebilangan besar pengguna. Subseksyen baharu juga dimasukkan bagi membolehkan mahkamah untuk memerintahkan mana-mana orang yang disabitkan di bawah subseksyen 121(1) atau (1A) untuk membayar kos bagi membolehkan sistem bekalan air yang telah terjejas oleh pencemaran yang dilakukan oleh orang itu. Antara sebab pindaan ini dilakukan adalah kerana pencemaran sumber air boleh menjejaskan aktiviti harian dan perniagaan pengguna, lalu memberi impak besar kepada ekonomi negara. Kos pembaikan sistem terlibat yang sangat tinggi dan mengakibatkan bahaya kepada kesihatan awam.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 122(1) untuk menjadikan pelepasan atau pun buangan apa-apa kumbahan, efluen, makhluk, benda atau bahan ke dalam mana- mana lurang sebagai satu kesalahan. Pindaan ini akan membolehkan SPAN mengambil tindakan memandangkan perbuatan ini boleh merosakkan sistem pembetungan dan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
selanjutnya menyebabkan pencemaran sumber air. Pindaan ini juga melibatkan peningkatan kadar denda serta tempoh hukuman supaya bersifat tegahan. Ini mengambil kira beberapa kes berskala di bawah siasatan pihak SPAN yang telah menyebabkan kesulitan serius kepada pengguna.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda subseksyen 123(3) bagi menaikkan penalti bagi kesalahan membuat sambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang. Tujuan pindaan ini adalah sebagai satu bentuk tegahan terhadap kes kecurian air memandangkan terdapat sebanyak purata 100 kes curi air yang dilaporkan pada SPAN oleh pemegang lesen pada setiap tahun untuk tindakan penguatkuasaan.
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Fasal 2, 4, 5, 10, 11 dan 13 bertujuan untuk meminda subseksyen (2), subseksyen 86(1), perenggan 110(7)(b) dan subseksyen 110(8), subseksyen 165(1), subseksyen 173(1) dan perenggan 180(a)(iv), Akta 655. Tujuan pindaan ini adalah masing-masing untuk membetulkan kesalahan dalam teks bahasa kebangsaan untuk diselaraskan dengan teks bahasa Inggeris.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, secara keseluruhannya cadangan pindaan Akta 655 ini dilihat akan memperkukuhkan kawal selia industri perkhidmatan air, sekali gus membolehkan isu-isu semasa yang kritikal berkaitan perkhidmatan air negara ditangani dengan kadar segera.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Pindaan ini juga akan menjadikan akta ini lebih relevan dengan keperluan semasa dan berupaya memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, kelulusan bagi rang undang-undang ini amatlah penting dan memerlukan sokongan daripada semua Ahli Dewan yang mulia ini. Jadi akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Rang Undang- undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bismillahi Rahmani Rahim. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Johor Bahru menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.
Saya ada senarai 11 orang pembahas. Saya akan bacakan nama-nama pembahas.
Pertamanya, Yang Berhormat Kuala Pilah. Kedua, Yang Berhormat Rompin. Ketiga, Yang Berhormat Rasah. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tampin, Yang
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Berhormat Mersing, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah untuk memulakan perbahasan.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Kuala Pilah memulakan perbahasan ini, izinkan Kuala Pilah untuk mengalu-alukan kehadiran dan ketibaan ketua-ketua kampung baru dan pegawai kemajuan kampung dari Selangor dan Perak di galeri Dewan Rakyat ini. Selamat datang.
[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kuala Pilah menyambut baik usaha – dah jalan pun masa lah. Kuala Pilah menyambut baik usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menambah baik peruntukan undang-undang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air dan pembetungan sekali gus melindungi sumber bekalan air negara melalui Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 ini.
Penyediaan industri perkhidmatan air yang cekap dan berkualiti yang merangkumi bekalan air dan perkhidmatan pembetungan amat penting dalam menjamin kualiti hidup rakyat di samping menyokong kepada usaha pembangunan ekonomi. Kuala Pilah percaya, kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air terus komited memperbaiki dan memperkukuhkan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan bagi memastikan kemampanan industri perkhidmatan air.
Namun begitu, industri air terus menghadapi pelbagai isu dan cabaran terutamanya isu pencemaran air yang bagaikan tidak berkesudahan. Sehingga ke hari ini, Malaysia masih berdepan dengan polemik isu gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku akibat pencemaran sehingga menjejaskan rutin harian jutaan pengguna. Hari demi hari, ada sahaja kes pencemaran sumber air mentah berlaku di seluruh negara sehingga menjejaskan bekalan air bersih sekali gus memudaratkan kesihatan dan membahayakan nyawa rakyat.
Bulan lalu, Indah Water Konsortium (IWK) mengesan pelepasan efluen minyak dan gris berlebihan ke dalam sistem saluran pembetungan awam di Puncak Alam, namun tidak diketahui puncanya.
Tahun lalu, tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan sisa berjadual mengakibatkan sebahagian besar penduduk Port Dickson mengalami gangguan bekalan air kerana LRA Sungai Linggi terpaksa dihentikan disebabkan air yang diproses berbau diesel.
Pada Disember 2022 pula, LRA Semenyih dan Bukit Tampoi di henti tugas sementara susulan pencemaran bau sehingga tahap empat TON (ukuran kadar bau) yang dikesan di muka sauk Jenderam Hilir, Dengkil.
Sebelum ini pada 2020, 1,292 kawasan di tujuh kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelepasan minyak hitam daripada kilang jentera berat di Rawang hingga menjejaskan lebih 1.2 juta pengguna di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Tidak akan habis jika disebutkan satu persatu kes pencemaran air yang pernah berlaku akibat sikap tidak bertanggungjawab pengilang yang akhirnya menyusahkan kerajaan dan rakyat.
Oleh itu, Kuala Pilah merasakan pindaan untuk menambah baik akta ini adalah bertepatan dan sudah tiba pada masanya supaya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dihukum sekeras-kerasnya seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat TPM II sebentar tadi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah menyokong pindaan seksyen 61 yang memperuntukkan peluasan larangan melepaskan sebarang efluen terlarang bukan sahaja ke dalam pembetung awam tetapi juga kepada pembetung persendirian dan tangki septik yang boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan pembetungan.
Peruntukan ini juga akan menaikkan hukuman sebanyak 10 kali ganda berbanding hukuman asal iaitu daripada denda tidak melebihi RM100 ribu dan penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi RM1 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Hukuman sedia ada sebelum ini yang terlalu rendah tidak menimbulkan rasa takut dengan izin, deterrent kepada pengilang-pengilang dan individu yang tidak bertanggungjawab ini. Peningkatan hukuman sebanyak 10 kali ganda ini membuktikan komitmen kerajaan untuk menjamin kualiti perkhidmatan air di negara serta menunjukkan ketegasan kerajaan untuk menghukum dan memberikan pengajaran sepatutnya kepada pesalah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga ingin mengingatkan kembali tragedi pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Johor Bahru lima tahun lalu yang menyebabkan bukan sahaja pencemaran air tetapi juga pencemaran udara yang serius di aliran sungai sepanjang 1.5 kilometer sehingga menjejaskan kesihatan seramai 5,039 mangsa dengan 1,228 terpaksa di rujuk ke hospital dan 26 daripadanya di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Malah, seorang mangsa pencemaran ini iaitu adik Irfan Wafiy kini disahkan menderita myokymia akibat daripada kes ini yang bukan sahaja tiada ubat, malah penyakit yang tidak pernah direkodkan di negara ini.
Difahamkan, pesalah yang merupakan seorang pemandu lori dilaporkan didenda maksimum RM100 ribu kerana menyebabkan kejadian pencemaran tersebut. Manakala syarikat P Tech Resources Sdn Bhd berdepan lapan pertuduhan dan didenda RM40 ribu bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320 ribu.
Persoalannya, adakah setimpal denda yang dikenakan jika dibandingkan dengan kesan yang terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa pencemaran ini?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, oleh hal yang demikian, Kuala Pilah amat bersetuju dengan pindaan seksyen 121 ini untuk meningkatkan penalti kesalahan pencemaran menggunakan bahan toksik daripada penjara tidak melebihi 10 tahun, denda tidak melebihi RM500 ribu, sebatan atau ketiga-tiganya kepada penjara tidak melebihi 15
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
tahun, denda tidak kurang daripada RM500 ribu dan tidak melebihi RM15 juta, sebatan atau ketiga-tiganya.
Kuala Pilah juga ingin mencadangkan agar ditambah sebuah lagi peruntukan mengenai pampasan kepada mangsa yang terjejas akibat daripada perbuatan pencemaran menggunakan bahan toksik ini, agar dapat membela nasib mangsa yang terlibat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga bersetuju dengan pindaan terhadap seksyen 123 yang memperuntukkan untuk meningkatkan penalti...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB masa dah habis YB. Mungkin landing 15 saat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Okey, terima kasih – meningkatkan penalti 10 kali ganda bagi kesalahan mencuri bekalan air dengan melakukan penyambungan bekalan air tanpa kebenaran daripada penalti asal iaitu denda tidak melebihi RM100 ribu, penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi RM1 juta, penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Isu kecurian air adalah isu berulang yang merugikan industri perkhidmatan air negara. September lalu, sebuah premis bengkel kimpalan di Ulu Beranang, Lenggeng dikesan melakukan sambungan bekalan air tidak sah sejak dua tahun lepas melibatkan implikasi kerugian kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) kira-kira RM30 ribu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat, dah habis masa.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah mohon Menteri kongsikan statistik kecurian air melalui penyambungan bekalan air secara tidak sah yang dikesan dan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan setakat ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah dengan ini menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Pilah.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Rompin untuk berbahas Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024.
Saya melihat dua fasal utama yang diberi perhatian khususnya dalam rang undang- undang ini. Pertama, fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 61 [Akta 655] untuk menjelaskan bahawa kesalahan di bawah seksyen 61 adalah berhubung dengan larangan untuk pelepasan apa-apa efluen terlarang atau benda berbahaya ke dalam pembetung dan tempat rawatan kumbahan supaya selaras dengan takrif ungkapan pembetung dan tempat rawatan kumbahan dalam akta. Fasal ini juga bertujuan untuk memasukkan subseksyen 1A
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
dalam seksyen 61 [Akta 655] bagi melarang pelepasan efluen terlarang dan apa-apa benda lain ke dalam septik.
Keduanya, fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 121 [Akta 655] untuk menjadikan suatu kesalahan di mana orang-orang yang mencemarkan sumber air yang menyebabkan berlakunya pemberhentian sementara atau penutupan sistem bekalan air.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Selanjutnya penalti dinaikkan sebagai suatu langkah pencegahan memandangkan pencemaran sistem bekalan air ini akan menjejaskan sebilangan besar pengguna. Melalui pindaan ini, hukuman denda dicadangkan dinaikkan kepada maksimum RM15 juta manakala hukuman penjara kepada maksimum 15 tahun.
Saya ingin menarik perhatian di Dewan ini kepada beberapa hari lepas, seorang pengurus kilang Sime Darby Plantation Berhad yang hanya dikenakan denda sebanyak RM13,000 atas tuduhan mencemar Sungai Linggi dengan membuang efluen melebihi paras dibenarkan dari kolam kilangnya pada awal tahun ini. Saya merasakan bahawa kesalahan ini berulang-ulang yang dilakukan.
Di kawasan saya, seingat saya tahun 2021 daripada 9 Julai sehingga 16 Julai tahun 2021, LRA Keratong terpaksa ditutup selama seminggu berikutan daripada pencemaran kilang. Kemudian, berulang pada tahun 2023 – bulan Ogos 2023, masih ada berlaku lagi pencemaran. Maknanya setiap dua tahun sekali ada berlaku pencemaran.
Saya bimbang tahun 2025 akan berlaku lagi pencemaran. Pencemaran ini berlaku akan menyebabkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, akan menyebabkan pengguna emosi kepada pengguna. Dia melibatkan 11,000 di kawasan saya – 11,500 pemegang akaun. Masa itu lah orang nak buat kenduri. Masa itulah ada orang meninggal. Orang meninggal ini bukan boleh control-control kalau nak meninggal. Tak ada tarikh.
Jadi, dengan sebab air tak ada, emosi. Terpaksa pula panggil operator air datang daripada luar negeri Pahang. Berlori-lori datang. Bertangki lori datang nak sini. Demi masalah ini berulang-ulang. Saya bukan marah ni. Ini nasihat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Ketawa]
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Masih lagi berlaku. Denda RM13,000.
Dia tak kisahnya, Tuan Yang di-Pertua. Ini berlaku dan saya melihat, saya kesian kepada pengguna-pengguna yang terpaksa menghadapi benda ini.
Saya tahu pihak kementerian macam-macam undang-undang nak dibuat. Sebab itu saya bersetuju denda RM15 juta, penjara 15 tahun dan kalau boleh, saya minta kilang ini ditutup, ditamat pendaftaran dia. Ha baru betul. Baru dia orang takut. Jadi, saya harap lah pihak kementerian supaya melihat perkara ini dengan lebih supaya apa masyarakat tidak lagi lah...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Rompin, Rompin.
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ini antara penyakit mental ni...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Rompin, sedikit Rompin. Sedikit sahaja.
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Asal Rompin nak cakap, Tampin.
Tetapi pasal ‘pin’ punya ‘pin’ okey.
[Ketawa]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Setuju kah Rompin, kita minta agar penguat kuasa daripada kementerian untuk check kilang-kilang ini, spot check lah. Kalau tak nanti dia membuang efluen ini suka hati dia?
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya amat-amat bersetuju dengan Tampin. Timbalan Menteri [Dicelah] jadi saya mohon masukkan dalam perbahasan saya.
Masa pun dah habis dah ini. Jadi, saya secara keseluruhannya saya mengharapkan bahawa RUU ini diharap dapat membaiki pengurusan dan penyediaan perkhidmatan air di Malaysia, menjamin akses kepada air berkualiti serta memenuhi keperluan pengguna dengan lebih baik.
Namun, saya rasa masih banyak lagi langkah dan pendekatan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan perkhidmatan air negara mencapai piawaian yang sepatutnya. Saya dengan ini menyokong rang undang-undang ini Tengok, ada yang kami sokong Tuan Yang di-Pertua. Tak semuanya kami bangkang.
Kami ini adalah pembangkang yang menjadi check and balance. Betul Timbalan Menteri ya?
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Rasah. Rasah, Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan untuk Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 yang kita bahaskan pada ketika ini. Saya nampak ini satu inisiatif yang sangat baik daripada kerajaan khasnya Kementerian PETRA untuk membolehkan pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan sama ada mencemarkan sumber air atau pun curi air dikenakan hukuman yang lebih berat.
Ada yang sampai 10 kali kita sokong. Sebab perkhidmatan air ini, membekalkan air bersih kepada penduduk, kepada rakyat Malaysia adalah tanggungjawab yang sangat berat dan air itu adalah keperluan. Tak ada siapa yang terlepas. Semua ini patut— Semua rakyat berhak mendapat bekalan air bersih yang berterusan tanpa gangguan daripada operator air.
Sebab itu ada keperluan pindaan ini dilakukan dan memang tepat pada masanya.
Sebab kita nampak banyak kes yang melibatkan pencemaran. Pencemaran yang ada yang mungkin disengajakan, ada yang tidak disengajakan. Tetapi apa pun, mudaratnya cukup besar. Satu, gangguan bekalan air. Apabila berlaku gangguan bekalan air, dia akan melibatkan kos-kos tambahan, operator air, kerajaan negeri kena sediakan tangki air, tangki statik ditempatkan di tempat tertentu.
Perkara-perkara ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pencemaran yang berlaku ke atas sumber air itu boleh dielakkan atau pun tidak berlaku. Saya menyambut baik hukuman berat yang dikenakan. Cuma satu persoalan di sini. Saya rujuk pada seksyen 61 akta induk,
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
seksyen 121 dan seksyen 122 yang mana semua berkaitan dengan pencemaran. Saya nampak di bawah seksyen 121, pindaan yang dicadangkan oleh RUU ini dia memberikan satu skop iaitu denda minimum.
Misal kata, di bawah seksyen 121 selepas pindaan, denda tidak kurang dari RM500,000. Okey, tetapi untuk seksyen 61 dan seksyen 122, dia tak sebut minimum. Dia hanya naikkan siling atas sahaja. Saya nak tanya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa ada beza? Saya cadangkan sebenarnya kalau boleh semuanya ada minimum. Sebab saya bimbang satu. Kita naikkan siling maksimum tetapi akhirnya denda ataupun hukuman denda yang dikenakan oleh dekat mahkamah itu boleh jadi rendah.
Kalau kita ada lantai dia, amaun tertentu maknanya itu minimum. So, saya rasa kita perlu ada lantai dia supaya tak ada hukuman yang ringan lagi untuk pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan ini. Satu, saya mohon kerajaan pertimbangkan. Boleh tak tambah satu lagi kepada pesalah ini? Selain dari denda, selain dari penjara, dia kena bagi pampasan ke atas kerosakan, kerugian yang terpaksa sama ada ditanggung oleh operator air di peringkat negeri ataupun kerajaan negeri ataupun mana-mana agensi kerajaan yang terbabit dalam memulihkan kerosakan yang diakibatkan oleh mereka yang bersalah ini.
Sebab saya rasa ini antara denda yang deterrence yang perlu kita kenakan termasuk dari sivil supaya mereka ini takut dan besok, kes-kes sebegini dapat kita kurangkan. Saya juga ambil kesempatan ini nak tanya berkenaan dengan curi air. Tadi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika pembentangan mengatakan bahawa dilaporkan setiap tahun ada 100 kes curi air oleh operator air di peringkat negeri.
Saya nak tanya. Macam mana statistik dia di Negeri Sembilan, Syarikat Air Negeri Sembilan? Secara spesifik, macam mana keadaan dia? Sebab saya tahu ada banyak kes dan selalu ini berlaku di mana? Di tapak pembinaan. Dia banyak guna air atau pun industri tertentu yang banyak gunakan air, jadi dia ambil kesempatan.
Jadi, boleh tak kerajaan mungkin di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) ya, menubuhkan satu task force team khas yang menerima aduan daripada orang awam berkenaan dengan kes curi air dan sesiapa yang memberikan maklumat sahih sehingga yang bersalah itu disabitkan? Saya cadangkan ada kita berikan ganjaran sedikit sebagai galakan untuk kita lawan jenayah sebegini.
Perkara terakhir yang saya nak sebutkan Tuan Yang di-Pertua, sejak awal tahun ini kebanyakan negeri ada kenaikan tarif air, ya. Sebab kos operasi meningkat, kos overhed meningkat dan sebagainya. Saya nak tanya. Setakat dah dekat lebih enam, tujuh bulan kenaikan tarif ini, ada tak secara keseluruhan laporan daripada PETRA sendiri berkenaan dengan kualiti perkhidmatan air di negeri-negeri yang berkenaan?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sebab saya secara terus terang, saya nak katakan bila naik harga kos dia, perkhidmatan, kualiti perkhidmatan juga perlu meningkat setimpal dengan kenaikan harga supaya rakyat kita dapat menikmati kualiti air yang lebih baik dalam kehidupan seharian mereka. Sekian sahaja, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Alhamdullilah.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, memberi peluang kepada Kuala Nerus untuk terus serta dalam perbahasaan Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air
(Pindaan) 2024.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak merujuk kepada seksyen 61 iaitu larangan pelepasan efluen terlarang dan benda berbahaya ke dalam pembetungan. Seksyen 121 kesalahan mengenai pencemaran air serta seksyen 122. Ini semua merupakan perbuatan- perbuatan salah yang melibatkan pindaan penalti sehingga 10 kali ganda daripada penalti asal.
Antaranya, seksyen 61, penalti kesalahan ditingkatkan dari tidak lebih RM100 ribu kepada tidak lebih RM1 juta. Mengenai seksyen 122, penalti kesalahan yang tidak lebih RM50 ribu kepada tidak melebihi RM1 juta. Persoalan saya adalah, adakah kadar penalti baharu yang baharu ini sama bagi kesalahan oleh individu atau syarikat ataupun industri? Adakah benda ini sama, perseorangan ataupun industri-industri yang melakukan kesalahan?
Peningkatan jumlah penalti kesalahan secara mendadak ini juga, adakah ia mendasarkan kajian-kajian tertentu? Adakah telah dibuat perbandingan di mana-mana negara yang mengalami pencemaran air akibat perbuatan jenayah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini?
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerana susulan daripada pindaan bagi seksyen ini juga, ia akan melibatkan implikasi kos pembinaan dan penyelenggaraan tangki septik individu. Bukan kilang, individu yang sememangnya boleh jadi beban kewangan tambahan kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar atau bagi golongan berpendapatan rendah. Dengan cadangan pindaan melalui RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 ini yang memperketatkan kawal selia terhadap pelepasan sisa ke tangki septik individu, beberapa cabaran kos mungkin dihadapi.
Pertama, peningkatan kos pembinaan. Jika pindaan penetapan keperluan pembinaan tangki septik mengikut spesifikasi teknikal yang lebih ketat untuk mengelakkan pencemaran, ini sudah tentu akan meningkatkan kos bahan dan pemasangan. Begitu juga kos untuk pemilikan rumah baharu iaitu rumah-rumah baharu mungkin perlu menanggung kos tambahan untuk pembinaan tangki septik yang memenuhi spesifikasi yang baru ini.
Kedua, dari sudut penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan dengan lebih kerap, dengan peraturan yang lebih ketat, pemilik mungkin perlu menyelenggarakan dan membersihkan tangki septik dengan lebih kerap. Ini sudah tentunya akan meningkatkan kos berbanding sistem lama yang kurang dipantau.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Selain itu, pembinaan tangki septik moden mungkin memerlukan sistem rawatan air yang lebih canggih, yang memerlukan pelaburan awal yang lebih besar, terutama dari sudut penggunaan teknologi baharu. Ketiga, impak kepada golongan berpendapatan rendah, yang mana rakyat dari golongan B40 mungkin berdepan cabaran untuk menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan tangki septik yang memenuhi syarat dan peraturan baharu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, meskipun pindaan akta ini bakal memberi implikasi kewangan kepada rakyat, saya berpandangan ia bakal juga memberi kesan positif jangka panjang iaitu mengelakkan kos kesihatan dan alam sekitar. Walaupun kos pembinaan mungkin meningkat, sistem septik yang lebih baik akan mengurangkan pencemaran sumber air dan mencegah penyakit yang pada akhirnya boleh menjimatkan kos kesihatan awam.
Begitu juga dari sudut keberkesanan sistem bekalan air iaitu tangki septik yang berfungsi dengan baik akan mengurangkan pencemaran yang boleh memberi kesan kepada sistem rawatan air dan menjadikan bekalan air bersih kita lebih konsisten.
Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, dalam usaha untuk mengimbangkan peningkatan kos ini, sejauh mana komitmen kerajaan untuk menyediakan mekanisme sokongan yang mencukupi? Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan bantuan kewangan seperti subsidi atau pembinaan atau penyelenggaraan tangki septik bagi golongan berpendapatan rendah, khususnya golongan B40? Sejauh mana program-program berbentuk kempen kesedaran telah dilaksanakan untuk diberi pendidikan kepada rakyat mengenai manfaat jangka panjang sistem septik yang baik?
Dari sudut insentif teknologi hijau, sejauh mana komitmen kerajaan untuk memperkenalkan teknologi rawatan air yang lebih efisien dan mesra poket pengguna? Mohon pencerahan daripada Menteri. Yang Berhormat Yang di-Pertua, pindaan-pindaan bagi kesalahan pencemaran air ini memberikan implikasi yang besar khususnya pada masyarakat awam. Tidak dinafikan langkah-langkah serta penguatkuasaan merupakan langkah yang tepat bagi mengelakkan pencemaran air. Seterusnya mendatangkan mudarat kepada rakyat.
Namun, sedikit kebimbangan kita adalah apabila ia melibatkan masyarakat awam yang jahil undang-undang. Justeru, selain meningkatkan denda dan penalti semata-mata, apakah inisiatif yang dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pematuhan undang-undang ini? Apakah langkah-langkah proaktif kerajaan bagi memastikan maklumat-maklumat pindaan sampai kepada rakyat di luar sana, agar mereka tidak terjebak dengan apa-apa kesalahan yang disebut di bawah pindaan ini? Mohon pencerahan Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya, saya ingin sentuh dari sudut penguatkuasaan. Kerana antara isu utama yang berlaku di negara kita ini, kita kaya dengan undang-undang namun lemah dari sudut kawalan, seliaan dan penguatkuasaan. Bagaimana penyelarasan antara agensi-agensi berkaitan akan dipertingkatkan bagi memastikan pelaksanaan undang-undang ini, efisien dan berkesan?
Juga, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang akan dilakukan secara konsisten di seluruh negara serta
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
sejauh mana agensi penguat kuasa yang berkaitan akan diperkasakan dari segi sumber dan kuasa? Mohon perincian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Speaker, atas kesempatan ini. Saya bangun untuk menyokong penuh cadangan pindaan RUU Industri Perkhidmatan Air 2024. Pindaan kali ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini menerusi PETRA begitu tegas dan komited untuk berdepan isu-isu berbangkit yang melibatkan pencemaran air. Secara amnya, air bersih perlu diurus dengan bijak kerana air merupakan sumber asas untuk kehidupan. Untuk itu, syabas diucapkan kepada PETRA atas beberapa cadangan pindaan penting pada kali ini.
Tuan Speaker, merujuk kepada seksyen 121 kali ini iaitu untuk menjadikan suatu kesalahan jika terdapat mana-mana orang mencemarkan sumber air, sememangnya merupakan satu tindakan yang tepat dan wajar. Peningkatan denda dan penalti bagi kesalahan pencemaran menggunakan bahan toksik dan pencemaran lain juga seharusnya ditingkatkan sebagai langkah pencegahan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, apakah yang dimaksudkan dengan kesalahan-kesalahan pencemaran lain? Mengapakah hukuman sebatan tidak juga dikenakan terhadap pelaku kesalahan pencemaran lain sepertimana pelaku kesalahan pencemaran bahan toksik?
Pada pendapat saya, kesalahan ini perlu digariskan dengan lebih jelas dan terang supaya tidak timbul sebarang kekeliruan pada masa yang akan datang. Selain itu, saya menyokong penuh hasrat kementerian supaya pihak yang melakukan pencemaran perlu membayar segala kos pemulihan sistem bekalan air terjejas akibat pencemaran.
Sekiranya tidak dilakukan sedemikian rupa, pihak pemegang lesen terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar jumlahnya dan menyusahkan banyak pihak. Saya ingin mengetahui, berapakah bilangan kes sebelum ini yang telah dilaporkan sehingga menyebabkan pemberhentian sistem atau gangguan bekalan air serta di manakah lokasinya?
Tuan Speaker, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk membangkitkan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat di kawasan luar bandar terutamanya bagi mereka yang mendiami rumah-rumah rakyat atau rumah-rumah murah iaitu berkenaan dengan tangki septik. Umum mengetahui, para penghuni di taman rumah rakyat, rumah murah perlu berkongsi tangki septik yang sama dan perlu mengupah Indah Water Konsortium untuk menyedut keluar atau mengosongkan tangki berkenaan bagi mengelakkan pencemaran.
Masalah sering timbul apabila tangki berkenaan mulai penuh dan tiadanya semangat kejiranan untuk berkongsi komitmen bagi mengupah Indah Water khususnya bagi mereka
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
yang mendiami di kawasan bersebelahan tangki septik. Sekiranya pengosongan tangki tidak dilakukan sehingga berlakunya limpahan ke longkang ataupun alur air. Pindaan ini dikhuatiri bakal menjejaskan golongan tersebut kerana tindakan mungkin boleh diambil terhadap penghuni atau kejiranan di rumah rakyat tersebut.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan petua dan penjelasan daripada kementerian berhubung masalah ini. Adakah cadangan pindaan seksyen 121 ini turut terpakai juga terhadap keadaan tersebut atau diberikan pengecualian ataupun bagaimana?
Apakah inisiatif atau perkara yang boleh dilakukan oleh kementerian untuk membantu orang- orang kampung yang sedang mendepani masalah tangki septik ini? Selain itu banyak juga loji kumbahan Indah Water yang tidak mematuhi piawaian.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Pemantauan perlu dibuat oleh agensi yang bertanggungjawab. Saya khuatir Indah Water juga bakal terkesan dengan pindaan kali ini. Sudah sampai masanya loji-loji kumbahan, terutama yang berbentuk oxidation pond yang terbuka yang lama dinaik taraf agar efluen yang dikeluarkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh SPAN dan JAS. Air bukan sekadar keperluan harian tetapi adalah warisan untuk generasi akan datang. Jika gagal untuk menjaga bekalan air bersih dengan betul, anak cucu kitalah yang bakal menanggung akibatnya.
Berdasarkan statistik SPAN pada tahun 2021, rakyat Malaysia dianggarkan menggunakan purata 250 liter setiap orang sehari iaitu jauh melebihi kadar 160 liter sehari yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jika dibandingkan dengan negara jiran kita iaitu di Singapore, adalah 158 liter manakala United Kingdom hanya 152 liter. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui apakah perancangan kementerian terhadap isu yang berlaku sejak sekian lama ini.
Adakah perkara ini bertitik tolak daripada kadar tarif air yang dilihat masih rendah dan berlakunya pembaziran air yang melampau ataupun sebagainya. Saya sedia maklum bahawa kementerian telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar penggunaan air bagi setiap rakyat di negara ini kepada 180 liter menjelang 2030 akan datang.
Justeru itu saya ingin mengetahui, apakah pendekatan yang diambil oleh kementerian untuk memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan dan sejauh manakah kempen-kempen kesedaran yang telah dilakukan oleh kementerian untuk memupuk semangat kesedaran dalam kalangan rakyat berhubung isu air ini. Tuan Speaker, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala perkara yang telah dibangkitkan dapat perhatian pihak kementerian untuk tindakan selanjutnya. Saya menyokong pindaan ini, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pindaan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air kali ini secara umumnya memberi tumpuan kepada meningkatkan tempoh hukuman kadar denda ke atas tindakan-tindakan yang berisiko mengakibatkan pencemaran sumber dan bekalan air. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertama, peningkatan hukuman dan denda. Saya menyentuh pindaan pada seksyen 61 iaitu memasukkan subseksyen baharu (1A) bagi meningkatkan kadar penalti bagi kesalahan melepaskan efluen terlarang denda daripada RM100,000 kepada RM10 juta manakala hukuman penjara pula dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali.
Persoalan saya, setakat ini apakah respons dan maklum balas daripada kerajaan- kerajaan negeri sekiranya pindaan ini dikuatkuasakan memandangkan pindaan Perlembagaan pada 2005 telah meletakkan air di bawah Senarai Bersama. Apakah mereka disarankan meminda enakmen negeri bagi memastikan sinergi kawal selia antara Pusat, negeri dan PBT dilakukan. Persoalan lain adalah, apakah penalti yang begitu tinggi ini realistik, terutama bagi golongan atau entiti kecil seperti peniaga kecil atau penduduk yang terkesan tanpa sengaja. Kita perlu memastikan hukuman ini setimpal dan tidak menghukum secara tidak adil.
Perkara kedua, mekanisme pelaksanaan dan pemulihan. Pindaan seksyen 121 memperuntukkan pemegang lesen dan pengguna menuntut ganti rugi daripada pihak yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air. Namun, saya pohon penjelasan mengenai mekanisme penentuan kos pemulihan ini. Adakah terdapat panduan yang jelas untuk menentukan kos pemulihan. Adakah ini membuka ruang untuk eksploitasi atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu.
Perkara ketiga kesalahan sambungan air haram. Pindaan subseksyen 123(3) menaikkan penalti bagi kesalahan membuat sambungan tidak sah kepada denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-dua sekali. Hukuman ini wajar, namun perlu disokong oleh penguatkuasaan yang kukuh.
Perkara keempat, operasi penguatkuasaan dan pemantauan. Sejauh mana keberkesanan operasi bersepadu mengekang pencemaran dan sambungan haram. Adakah tindakan hanya berdasarkan aduan awam atau wujud mekanisme proaktif. Saya cadangkan insentif dan perlindungan kepada pemberi maklumat bagi menggalakkan pelaporan kesalahan.
Perkara kelima, infrastruktur pembetungan. Larangan pelepasan ke tangki septik dan lurah menunjukkan keperluan sistem pembetungan yang lebih baik. Namun adakah infrastruktur sedia ada mencukupi untuk menyokong perubahan ini? Penduduk luar bandar misalnya mungkin tidak mempunyai akses kepada sistem pembetungan yang moden.
Perkara keenam, kesedaran dan pendidikan awam. Pindaan ini memerlukan usaha holistik bukan hanya penguatkuasaan. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
sumber air perlu dipertingkatkan melalui Program Komuniti dan Pendidikan agar masyarakat menjadi rakan strategik dalam mencegah pencemaran.
Tuan Yang di-Pertua, air adalah sumber kehidupan. Setiap pindaan akta ini harus dilaksanakan dengan teliti, mengambil kira keadilan sosial, keberkesanan teknikal dan kelestarian sumber air untuk generasi akan datang. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Mersing, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu pencemaran air ini terlalu kerap berlaku sehingga menjejaskan kehidupan seharian penduduk. Ia juga turut menjejaskan sektor ekonomi yang bergantung kepada bekalan air tersebut.
Misalnya pada tahun 2020, 1,292 kawasan di tujuh kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air, disebabkan pelepasan minyak hitam daripada kilang jentera berat di Rawang yang mencemarkan Sungai Gong. Ia juga melibatkan lebih 1.2 juta pengguna di beberapa tempat seperti di Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam dan lain-lain tempat.
Pencemaran ini turut menyebabkan implikasi kesihatan yang kritikal. Pencemaran Sungai Kim Kim akibat pembuangan sisa bahan kimia telah menjejaskan kesihatan lebih 2 ribu orang awam dan menyebabkan 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup serta 947 orang dirawat dengan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail. Sudah tentulah hukuman yang berat dan setimpal perlu dikenakan terhadap kilang-kilang dan individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Pada bulan Mac tahun ini, kerajaan telah meluluskan RUU Kualiti Alam Sekeliling
(Pindaan) 2023 yang antara lainnya menetapkan denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan melibatkan pencemaran air, pencemaran pembuangan minyak serta buangan di perairan Malaysia dan pelupusan haram buangan berjadual bagi mengekang kejadian seperti ini tidak ulang lagi.
Oleh itu, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk turut meminda Akta Industri Perkhidmatan Air ini yang memberi fokus kepada pencemaran air dengan meluaskan skop, kesalahan, meningkatkan penalti serta memberi kuasa kepada pemegang lesen untuk mengganti rugi kepada mereka yang disabitkan kesalahan.
Saya ingin menyentuh berkenaan dengan seksyen 61 berkenaan dengan larangan pelepasan efluen terlarang dengan benda berbahaya ke dalam pembetung awam dan persendirian dan tangsi septik sebagai satu kesalahan. Saya bersetuju dengan pindaan yang turut meluaskan skop kesalahan meliputi tangki septik serta meningkatkan denda tidak melebihi RM1 juta serta penjara tidak melebihi sepuluh tahun.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Namun begitu, saya rasa sekiranya lebih baik ada perbezaan hukuman sekiranya kesalahan ini dilakukan oleh pihak industri ataupun persendirian, ini kerana penalti yang tinggi ini wajar dikenakan kepada syarikat-syarikat atau kilang perindustrian yang besar yang sepatutnya sudah tahu menguruskan sisa kumbahan mereka dengan baik. Bagi individu pula, kesalahan mereka adalah berskala kecil dan memerlukan kempen berterusan, termasuk menyelenggara dan membersihkan tangki septik mereka.
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Kita mempunyai kira-kira 1.35 juta tangki septik di seluruh negara dan terletak di premis-premis di pinggir bandar, pekan kecil atau rumah yang telah berusia lebih kurang 25 tahun. Namun setakat ini masih kurang daripada sepuluh peratus pemilik atau penggunanya yang melakukan pengosongan secara berjadual.
Apakah langkah-langkah kementerian bagi meningkatkan kesedaran umum supaya mendapatkan khidmat membersihkan tangki septik mereka. Setakat ini berapakah jumlah notis yang telah dikeluarkan kepada premis ini dan berapa ramaikah yang masih tidak mematuhi tuntutan notis tersebut?
Seterusnya saya turut bersetuju dengan pindaan baru yang memasukkan membuang apa-apa benda atau bahan ke dalam mana-mana lurang atau main hole dengan izin sebagai satu kesalahan. Di dalam seksyen 122 dengan penalti yang ditingkatkan iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun.
Banyak kes yang telah berlaku, contohnya kejadian pencemaran bau yang mengakibatkan henti tugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang disyaki berpunca daripada discharge efluen dari Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium di Taman Velox Rawang akibat daripada pelepasan tanpa kebenaran ke lurang berhampiran. Kita juga memerlukan pengawasan dan pemantauan berterusan di sekitar loji kumbahan ini melalui teknologi seperti drone agar dapat mengelakkan pelepasan sisa haram ke lurang kumbahan sekitar loji.
Seterusnya saya mendukung pindaan seksyen 123 kesalahan penyambungan bekalan air menyalahi undang-undang iaitu curi air yang juga telah ditingkatkan penalti tidak melebihi RM1 juta dan penjara tidak melebihi sepuluh tahun.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Aktiviti kecurian air yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan negara kerugian sebanyak RM8.2 juta dengan sebanyak 344 kes dilaporkan dari tahun 2019 ke tahun 2020 dengan hampir 3.3 juta meter padu air terawat telah digunakan secara haram.
Kebanyakan daripada kes ini membabitkan premis komersial dan industri termasuklah tapak pembinaan yang tidak mahu menanggung kos bil air yang tinggi. Selain daripada pendekatan serbuan dan operasi berkala berdasarkan aduan, apakah perancangan kementerian untuk mengatasi hal ini secara proaktif.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan seksyen 121 kesalahan mengenai pencemaran air. Terdapat juga pencemaran yang berlaku akibat daripada aktiviti guna tanah di bahagian hulu saliran. Keadaan air sungai akan menjadi
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
keruh walaupun bukan musim hujan. Aktiviti permukaan tanah untuk pertanian dan penggunaan sistem saliran tanaman ini ditambah dengan hujan lebat boleh menyebabkan hakisan dan ketidakstabilan di bahagian hulu saliran seterusnya menyumbang kepada kejadian kepala air yang membawa batu-batu dan enapan di lereng bukit.
Pencemaran ini bukan sahaja mengganggu bekalan air akan tetapi menyebabkan bencana banjir yang menyusahkan penduduk. Saya mendukung penalti yang dinaikkan agar aktiviti-aktiviti penerokaan tanah secara haram atau tidak ini, tidak bertanggungjawab ini dapat dibanteras.
Akhir sekali, saya merasakan selain daripada pendekatan meningkatkan hukuman, perlu juga ada penekanan dari sudut inisiatif yang diberikan kepada industri, kilang ataupun premis komersial yang menjalankan aktiviti perniagaannya serta menguruskan sisa kumbahan dengan mematuhi standard pengambilan baik yang menjaga kelestarian alam.
Bentong menyokong, sekian terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Assalamualaikum, selamat petang.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pertama saya ingin menyentuh berkenaan pindaan pada seksyen 61 berkenaan larangan pelepasan efluen terlarang atau apa-apa bahan berbahaya, bukan sahaja kepada tangki septik dan pembetungan awam, bahkan juga terhadap pembetung persendirian. Perluasan skop kesalahan yang melibatkan kawasan persendirian sudah semestinya dibuat atas pertimbangan kepentingan orang ramai dan kesan kepada alam sekitar.
Persoalannya, adakah agensi berkaitan mesti melaksanakan pemantauan terhadap pembetung persendirian secara berkala. Contohnya seperti kilang, hotel, ladang-ladang ternakan atau hanya diberikan akses dan dibenarkan menyiasat apabila terdapat aduan sahaja.
Seterusnya pindaan seksyen 121 berkaitan kesalahan mengenai pencemaran air.
Subseksyen (1A) yang baharu dimasukkan menyatakan kesan daripada pencemaran sumber air yang boleh menyebabkan gangguan atau pemberhentian bekalan air sama ada ditutup sementara atau kekal adalah satu kesalahan.
Saya amat menyokong pindaan ini kerana kesalahan tersebut akan mengakibatkan urusan harian yang melibatkan kepentingan orang ramai terjejas dan terkesan. Bukan sahaja urusan harian seperti makan, minum menjadi terganggu tetapi turut memberi kesan kepada sektor ekonomi, seperti golongan peniaga dan tempat kerja apabila bekalan air terputus.
Bagi tempoh 2020 hingga pertengahan 2024, Jabatan Alam Sekitar telah menyiasat 896 aduan yang diterima dan 772 kes telah didakwa di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM13.3 juta. Daripada jumlah aduan tersebut, berapa kes yang melibatkan kesalahan dilakukan oleh syarikat, sama ada sektor industri atau perladangan. Secara
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
purata, jumlah denda adalah sekitar RM17,000. Berdasarkan jawapan tersebut, ia kadar denda sebenar pasti berbeza mengikut kes, namun ianya dilihat sangat rendah dan kecil berbanding kesalahan dan kesan pencemaran kepada sungai.
Oleh itu, pindaan ini yang menaikkan denda tidak kurang daripada RM500,000 dan tidak melebihi RM15 juta bagi perenggan (b) yang melibatkan kes kematian disebabkan bahan yang mencemarkan bekalan air dilihat sebagai serius, pihak kerajaan dalam perkara ini. Soalan saya, apakah kadar denda kepada kesalahan berulang yang dilakukan oleh individu atau pihak yang sama? Apabila berlaku pencemaran sungai atau sumber air, ia perlu dirawat dan proses ini akan mengambil tempoh panjang untuk dipulihkan serta melibatkan biaya kos yang tinggi.
Contohnya pencemaran yang berlaku di Sungai Kim Kim Pasir Gudang pada Mac 2019, ramai yang terkesan. 111 buah rumah terpaksa ditutup, 5,848 orang kanak-kanak dan dewasa diberikan rawatan. Kerja pembersihan kesan pencemaran Sungai Kim Kim mengambil masa dua minggu dan Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM6.4 juta.
Oleh itu, pindaan seksyen 121 dengan memasukkan subseksyen baharu (2A), (2B),
(2C) dan (2D) adalah sangat wajar kos bagi memulihkan sistem bekalan air yang tercemar dan terjejas perlu dibiayai dan ditanggung oleh pesalah. Dalam beberapa kes kerugian turut dialami oleh orang awam, contohnya kes pencemaran Sungai Kim Kim tadi, dilaporkan ada mangsa yang menghidap penyakit ekoran terdedah kepada pencemaran sungai.
Contoh adik Muhammad Akif Syahrul Azhar mengalami masalah liver cirrhosis iaitu kesukaran bernafas dan terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan. Keadaan ini menyebabkan mereka terbeban dengan kos perubatan. Demikian juga mereka yang terlibat dalam sektor agroekonomi seperti penternak ikan sangkar, petani sayuran apabila sumber air di laluan mereka, kawasan ternakan mereka dan tanaman mereka tercemar, maka hasil mereka rosak dan rugi.
Soalan saya, apakah kerugian yang dialami oleh orang awam disebabkan pencemaran sungai juga diberikan pampasan dan ganti rugi yang setimpal. Saya mohon pertimbangan perkara ini supaya bukan hanya kerajaan yang mendapat bayaran denda tetapi orang awam yang terkesan secara langsung juga mendapat pembelaan seadilnya.
Seterusnya pindaan seksyen 123, berkaitan kesalahan sambungan bekalan air atau dengan maksud lain mencuri air. Kadar denda dinaikkan tidak melebihi RM1 juta berbanding RM100,000 sebelum pindaan. Manakala hukuman penjara dinaikkan daripada tidak melebihi satu tahun kepada tidak melebihi 10 tahun. Saya berpandangan walaupun kadar maksima denda yang lebih tinggi ditetapkan, namun belum jelas kadar minima denda ini boleh menimbulkan tafsiran yang berbeza berkaitan kadar minima denda. Mengapa tidak ditetapkan kadar minima seperti pindaan pada seksyen 121.
Saya juga ingin bertanya, adakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengesan kecurian air di suatu kawasan. Berapakah jumlah sambungan haram yang dikesan bagi tempoh dua tahun terkini? Berapakah kerugian disebabkan kecurian bekalan air daripada sambungan haram tersebut setiap tahun? Saya ingin mendapatkan penjelasan juga
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
bagaimanakah menentukan kadar denda bagi kesalahan seksyen 123 ini untuk kes berkaitan penggunaan bekalan air sektor industri, berbanding bekalan domestik.
Sudah pasti penggunaannya yang berbeza. Oleh itu kadar denda sepatutnya berbeza. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri. Akhirnya kita semua tahu, penyambungan paip secara haram adalah satu kesalahan kepada pengguna. Namun, bagi pengguna pula di beberapa kawasan, mereka menghadapi masalah bekalan air yang berlarutan disebabkan tekanan air rendah, seksyen 36 hingga 42 menyatakan kewajipan dan obligasi kepada pemegang lesen bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air pada satu standard yang ditetapkan, termasuk pengekalan tahap tekanan air.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan urusan harian terjejas tetapi meningkatkan kos pengguna kerana perlu pasang tangki tambahan serta pam. Jadi, bila satu kesalahan dilakukan oleh pengguna, mereka dikenakan denda tetapi bila operator air gagal membekalkan perkhidmatan air, tidak pula pengguna mendapat pampasan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, masa sudah habis YB.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Seksyen 40 mewajibkan operator air menyediakan bekalan air pada tekanan yang ditetapkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Landing.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Landing dan sekiranya gagal memenuhi, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 seperti peruntukan subseksyen (2). Soalan saya yang terakhir, apakah pertimbangan kerajaan dalam memberikan ganti rugi kepada pengguna yang terjejas berdasarkan peruntukan seksyen 40 ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas tentang RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa isu berkait pindaan ini. RUU ini memperkenalkan langkah-langkah pencegahan pencemaran air melalui pindaan dalam seksyen 61 dan seksyen 122 yang melarang pelepasan bahan berbahaya ke dalam pembetung dan lurang.
Walau bagaimanapun, peningkatan penalti tanpa penguatkuasaan yang efisien dan tegas terhadap pencemaran sedia ada mungkin menjejaskan keberkesanan pindaan ini di samping ketiadaan mekanisme pemantauan multilateral terhadap pelepasan influence oleh industri memburukkan lagi risiko pencemaran.
Oleh itu kerajaan seharusnya segera memperkenalkan sistem pemantauan berasaskan teknologi seperti sensor pintar untuk mengesan pelepasan bahan berbahaya secara multilateral.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ia patut dipasang di kawasan sungai yang berisiko berlaku pencemaran dan kawasan rawatan air seperti yang dilakukan di Jepun dan Belanda yang memasang sensor pintar di saluran air utama termasuk sungai dan kawasan perlindungan air. Usaha ini mestilah bersekali dengan peningkatan penalti ini bagi memastikan penguatkuasaan dan pemantauan yang efektif, memberi kesan yang maksimum kepada pindaan RUU ini.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga akan mengukuhkan kedudukan Persekutuan dalam memastikan pengurusan air adalah selaras dengan keperluan semua negeri. Pada masa yang sama, pihak kerajaan seharuslah menghormati hak negeri di bawah Perlembagaan. Walau bagaimanapun, usaha sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amatlah diperlukan dalam menangani isu berkenaan air di semua negeri termasuk negeri Pantai Timur. Oleh itu, saya mencadangkan agar jawatankuasa khas antara Persekutuan dan negeri untuk menyelesaikan isu teknikal dan logistik berkaitan bekalan air mestilah ditubuhkan segera.
Selain itu, kerajaan juga seharusnya meningkatkan lagi pelaburan dalam infrastruktur seperti loji rawatan air baharu dan sistem pembetungan moden bagi menangani peningkatan permintaan air. Pada tahun lepas, Setiu merupakan antara daerah yang paling banyak terkesan kerana sering terputus bekalan air akibat daripada kebocoran paip air yang menyalurkan air ke Pulau Redang. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon disegerakan pembinaan naik taraf LRA Bukit Kemudu dan LRA Sungai Tong I yang telah diluluskan semasa kerajaan yang lalu.
Seterusnya, RUU ini juga memperkenalkan hak kepada pemegang lesen untuk mendapatkan ganti rugi terhadap kos yang ditanggung akibat pencemaran seperti di bawah seksyen 121(2A). Langkah ini terpenting untuk melindungi pemegang lesen daripada kerugian akibat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab selain turut menggalakkan penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif terhadap pelaku pencemaran.
Namun begitu, pihak kerajaan sewajarnya menyediakan mekanisme alternatif penyelesaian pertikaian untuk memastikan pampasan kepada pemegang lesen dapat diselesaikan dengan cepat tanpa bebanan akibat proses mahkamah yang sememangnya mengambil masa yang lama.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Projek Tabung Wakaf Air yang telah diasaskan oleh mantan Menteri, Kubang Kerian. Antara fokus utama penubuhannya ialah untuk menyediakan bekalan air bersih dan pembetungan dalam skala yang kecil terutama di kawasan pedalaman.
Saya dimaklumkan sebanyak RM3.5 juta telah diagihkan untuk pelaksanaan 75 Projek Tabung Wakaf Air ini yang memanfaatkan 40,000 rakyat. Saya dapati program ini cukup bermanfaat. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kementerian menambahkan lagi bilangan pewakaf yang ingin menyumbang dengan mengadakan promosi secara lebih hebat. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU bernama satu akta untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 [Akta 655]. Dalam perbahasan ini, saya hanya akan menyentuh perkara-perkara penting dalam pindaan RUU ini sahaja.
Fasal 3 pindaan seksyen 61 memasukkan “subseksyen (1A)” selepas perkataan “subseksyen (1)”. Pindaan fasal 3 ini bermakna seseorang yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda RM1 juta. Sebelum ini hanya RM100,000 atau dipenjarakan selama 10 tahun, sebelum ini satu tahun atau kedua- duanya sekali.
Kubang Pasu menyokong pindaan ini kerana sudah sampai masanya bagi kerajaan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat memandangkan hukuman yang sekarang agak ringan. Dia akan menjadi satu deterrent ataupun penangkal kepada rakyat jelata, kepada pesalah-pesalah yang tidak bertanggungjawab. Subseksyen 61 dan (1A) Akta 655 ini sebagai satu langkah deterrent dan bukan langkah pencegahan.
Fasal 6 pindaan seksyen 121 memasukkan selepas subseksyen (1), subseksyen
(1A) iaitu seorang yang mencemarkan atau menyebabkan supaya dicemarkan mana-mana air, alur air atau sistem bekalan air atau mana-mana bahagian alur air itu atau sistem bekalan air itu dengan apa-apa bahan yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan pemberhentian sementara atau penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan dan melakukan satu kesalahan.
Kemudian, dalam seksyen (2) dengan memasukkan selepas seksyen (1) perkataan “atau” (1A), dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan “10 tahun dan didenda melebihi RM500 ribu” dengan perkataan “15 tahun dan didenda tidak kurang RM500 ribu dan tidak melebihi RM15 juta”. Hukuman ini dikenakan jika dengan pengetahuan bahawa dia berkemungkinan menyebabkan kematian.
Dalam perenggan (c), jika perbuatan yang dilakukan berkemungkinan akan membahayakan nyawa mana-mana orang, denda dinaikkan dari tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali kepada denda kepada RM200 ribu dan penjara 10 tahun atau kedua-duanya.
Seksyen baru pindaan (2A), seseorang yang disabitkan atas satu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (1A) boleh dikehendaki membayar kos yang ditanggung oleh pemegang lesen untuk membolehkan sistem bekalan air yang telah terjejas disebabkan pencemaran itu. Seksyen (2B), mahkamah hendaklah dalam membuat keputusan, mengambil kira perkara-perkara yang di bawah iaitu kesan pencemaran, kos yang
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
ditanggung oleh pemegang lesen dan kerosakan atau kerugian yang dialami oleh pemegang lesen.
Pindaan 7 seksyen 122, tambahan kepada perenggan (c) iaitu melepaskan atau membuangkan apa-apa sisa kumbahan, efluen, makhluk yang mati atau hidup, benda atau bahan ke dalam mana-mana lurang, denda dinaikkan daripada RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan kepada RM1 juta dan penjara 10 tahun. Pindaan kepada seksyen ini akan — amat dialu-alukan kerana ia menjadikan pelepasan atau pembuangan apa-apa kumbahan, efluen dan sebagainya ke dalam lurang sebagai satu kesalahan.
Seterusnya fasal 8, pindaan 123. Sambungan bekalan air yang menyalahi undang- undang. Denda dinaikkan daripada RM100 ribu kepada RM1 juta dan tempoh penjara dinaikkan satu tahun kepada 10 tahun. Ini satu pindaan yang baik dengan menaikkan penalti.
Dalam masa yang sama, kita perlu mengkaji tentang pindaan ini dan keseriusannya kesalahan yang berlaku diambil kira.
Orang kampung yang miskin dan juga membuat perkara ini atas keperluan mendesak seperti tekanan air seperti yang disebutkan tadi, melakukan kesalahan ini, tak mungkin mereka mampu untuk membayar denda yang terlalu tinggi. Secara prinsipnya, Kubang Pasu bersetuju dan menyokong pindaan RUU ini kerana negara berhadapan selama bertahun- tahun berhadapan dengan pelepasan ataupun membuang apa-apa sisa kumbahan, efluen dan sebagainya.
Contoh terbaik ialah pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 7 Mac 2019 yang berpunca daripada pembuangan sisa kimia, sebuah lori membuang sisa kimia ini.
Ramai pelajar sekolah, pekerja kantin yang terkesan dengan pencemaran ini. Beribu-ribu penduduk dimasukkan ke hospital.
Bahan kimia yang dikenal pasti termasuk minyak yang mengeluarkan gas metana dan hidrogen klorida asid dan benzin, satu bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
Pencemaran kedua ialah pencemaran air Sungai Langat yang berkali-kali berlaku yang mengakibatkan loji rawatan air dihentikan operasi. Seluruh penduduk yang menerima bekalan air dari loji-loji ini menghadapi masalah bekalan air berhari-hari lamanya.
Pagi tadi, saya mendengar satu berita bahawa sebuah sungai di kampung Orang Asli di Kelantan dicemari kromium, aluminium dan lebih teruk lagi bahan kimia yang bernama arsenik yang amat berbahaya kepada kesihatan. Air sungai ini bertukar warna menjadi warna merah.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Beberapa cadangan daripada Kubang Pasu, Tuan Yang di-Pertua sedikit sahaja.
Satunya, kesalahan kes-kes yang amat serius seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim harus dikenakan kedua-dua hukuman iaitu denda dan juga penjara. Kemudiannya Jabatan Alam Sekitar saya faham ini daripada kementerian lain iaitu Kementerian Sumber Asli tetapi ia perlu bekerjasama dengan PETRA.
Ia harus memainkan peranan dengan luas dan lebih besar. Mereka mesti melaksanakan pemantauan lebih rapi iaitu kilang-kilang yang dikenal pasti sebagai
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
berpotensi tinggi dan memproses bahan-bahan yang merbahaya seperti bahan kimia, mereka harus mengambil sampel-sampel secara berjadual. Kita perlukan tindakan preventive ataupun pencegahan bukan corrective measures ataupun pembetulan. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Saya kini menjemput Yang Amat Berhormat Menteri untuk menjawab, 15 minit.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua sepuluh orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan juga menyokong kepada rang undang-undang ini dengan memberikan komentar dan juga cadangan, teguran dan juga untuk memohon kepada penjelasan.
Saya akan terus untuk menjimatkan masa sebab 15 minit sahaja. Yang Berhormat Kuala Pilah menyentuh berhubung kait dengan denda yang dikenakan. Adakah ianya setimpal? Pada saya, denda yang dicadangkan dalam pindaan akta ini adalah setimpal dengan kesan serius akibat pencemaran sepertimana yang dibentangkan ataupun dihujahkan oleh beberapa orang Ahli Parlimen tadi.
Ini disebabkan bila berlaku pencemaran ia juga akan mengganggu gangguan bekalan air, sama ada kepada kerosakan sistem pembetungan, pencemaran sumber air yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan juga menjejaskan aktiviti harian sama ada individu mahupun syarikat dan akhirnya menjejaskan juga kedudukan ekonomi dan alam sekitar.
Sebab itu denda yang kita perkenalkan ini adalah sebagai deterrent ataupun langkah pencegahan dengan peningkatan denda-denda yang dikenakan melalui seksyen 61, seksyen 121 dan 122 itu tadi termasuk ada yang mencadangkan lebih daripada itu bukan sahaja sekadar untuk mendenda ataupun mengambil tindakan mahkamah dan sebagainya untuk dibicarakan, dua-dua dihukumkan.
Tetapi, apa yang kita dapat laksanakan dari segi perundangan ialah meletakkan perundangan tetapi kuasa menghukum ialah mahkamah. Mahkamah biasanya akan menimbang dari segi kemudaratan yang dibawa ataupun kesalahan dilakukan. Kalau individu dengan kesalahan kecil mungkin hukumannya akan kecil tetapi yang melibatkan kemudaratan yang lebih besar sudah pasti mereka akan meletakkan semaksimum mungkin.
Ada juga yang bahas tadi kalau berlaku pesalah berulang sebab itu juga adalah bidang kuasa mahkamah. Kita hanya sekadar dapat meletakkan hukuman yang maksimum sama ada dari segi hukuman denda ataupun penjara bidang kuasanya ialah mahkamah.
Hanya sama ada untuk mendenda, memenjarakan ataupun kedua-duanya itu bidang kuasa mahkamah.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan sedikit, Dato’ Sri. Kalau hendak dua-dua sekali penjara dan denda, perkataan “atau” ditukar kepada “dan”, “dan” itu mahkamah tidak boleh ambil itu sebagai pilihan antara dua.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya, saya setuju tetapi pada masa yang sama kita kena bagi budi bicara itu kepada mahkamah. Kalau kita hendak mewajibkan, kalau dia mewajibkan ada juga keadaan di mana kesalahan itu mungkin tidak begitu serius tetapi kadang-kadang sebab tiada budi bicara mahkamah maka ianya terpaksa dihukumkan. Jadi ini tidak memberi ruang untuk kesalahan yang sebahagian dibangkitkan tadi mungkin berlaku kesalahan itu, pencemaran tetapi dengan tidak sengaja. Itu juga yang perlu dibuktikan melalui mahkamah...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri, yang ini disengajakan macam Sungai Kim Kim.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Betul, betul.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Lori dilepaskan dalam sungai itu disengajakan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang sengaja itu sebab itu yang saya katakan kita kena bagi budi bicara itu kepada mahkamah, sama ada untuk menentukan berapa beratnya hukumkan bergantung dengan kesalahan dan pembuktian dan kita tidak boleh meletakkan kewajipan ataupun peruntukan mandatori sebab ia akan menghilangkan budi bicara kepada mahkamah untuk mempertimbangkan keadaan-keadaan tersebut.
Juga dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi berhubung kait dengan pampasan kepada orang awam. Ada yang membangkitkan kalau kerosakan jadi kerosakan kepada loji dan sebagainya maka pesalah juga boleh dikenakan untuk mengganti rugi kos membaik pulih, segala kos rawatan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan persoalan orang awam?
Adakah ianya boleh diperuntukkan dalam perundangan ini supaya orang awam yang kehilangan termasuklah business yang kehilangan kerugian disebabkan bekalan air terganggu dan sebagainya boleh dimasukkan dalam perundangan ini?
Bagi saya ia tidak boleh sebab ia undang-undang ini hanya memperuntukkan kesalahan berhubung kait dengan peraturan ini tetapi orang awam yang kehilangan ataupun kerugian disebabkan sama ada terjejas business-nya ataupun hilang keselesaannya boleh menuntut sebenarnya dari segi perundangan sivil, tidak termaktub. Perundangan sivil sudah memperuntukkan bahawa siapa-siapa mengalami kerugian, ianya boleh menuntut sebenarnya.
Begitu juga adakah operator boleh dituntut untuk kalau dia nya kesalahan operator bekalan air tidak dapat disampaikan. Apakah orang awam terlindung? Pengguna terlindung?
Jadi, ini juga diperuntukkan dari segi perundangan sivil. Jadi, kita tidak akan peruntukkan dalam undang-undang ini. Undang-undang ini memfokuskan kepada pencemaran ataupun kesalahan yang menyebabkan berlakunya pencemaran terpaksa loji ditutup dan bekalan air akan terjejas kepada orang yang melakukan kesalahan itu sahaja. Itu yang ingin kita laksanakan.
Sebenarnya banyak lagi, saya cuba ulas setiap satu persatu yang dibangkitkan oleh Kuala Pilah tadi mungkin saya sudah sentuh. Dari segi statistik, kecurian air setakat ini sejumlah 715 kes di bawah seksyen 123 telah diambil tindakan penguatkuasaan dan dibuka
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
kertas siasatan dari tahun 2008 hingga 2024. Sehingga November, sebanyak 100 kes telah dibawa dan disabitkan dengan kesalahan di mahkamah, di bawah seksyen 123(1) dengan jumlah denda RM1.5 juta.
Rompin, cadangan untuk menutup kilang-kilang yang didapati bersalah melakukan pencemaran. Tindakan untuk menutup, menamatkan pendaftaran adalah di luar bidang kuasa Akta 655. Tetapi, kita hanya boleh mengambil tindakan untuk mendakwa mereka dan terserah mahkamah sama ada menghukum dengan denda ataupun penjara.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Amat Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang mencadangkan juga supaya spot- check di atas kilang-kilang yang disyaki membuat pencemaran. Saya menyedari bahawa masalah berulang di kawasan Keratong. Tindakan SPAN adalah secara rutin mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke atas kilang-kilang di kawasan ini bermula sejak tahun 2022 lagi dan didapati pencemaran di kawasan tersebut sudah pun mula menurun.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Amat Berhormat, saya ingin bertanya, apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan nilai ambang penalti yang sesuai? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Nilai ambang penalti biasanya akan budi bicara itu pada mahkamah. Kita hanya meletakkan kadar maksimum. Ada juga peruntukan tadi kadar maksimum, kadar minimum dan kadar maksimum. Ada yang diletakkan hanya pada kadar maksimum. Kadar minimum disebabkan keseriusan kes itu misal kata menyebabkan kematian dan sebagainya. Sebab itu kita letakkan kadar minimum. Ada yang kita tidak letakkan kadar minimum disebabkan ianya tidak begitu serius tetapi masih merupakan kesalahan.
Sebab itu kita naikkan dari segi hukuman supaya kadar hukuman itu lebih tinggi, maksimumnya lebih tinggi. Yang Berhormat apa tadi juga ada mengatakan kita hendak tengok juga kalau rumah persendirian di luar bandar kalau kita letakkan denda minimum sudah pasti di luar bandar orang tidak mampu mungkin tidak dapat hendak membayar. Sebab itu kita letakkan pada budi bicara mahkamah melihat bagaimana keseriusan kes tersebut.
Mungkin ada yang dikenakan denda yang begitu minima sekali tetapi akhirnya apa yang saya lihat bahawa dengan kenaikan denda maksimum itu ini merupakan deterrent ataupun langkah-langkah pencegahan disebabkan ianya diharapkan dapat memberi kesedaran kepada rakyat kita bahawa kita perlu menjaga kebersihan dari segi loji kumbahan dan juga loji rawatan air, menjaga kebersihan air kita.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang Berhormat Rompin juga – saya dah respons keseluruhan kepada Yang Berhormat Rompin. Yang Berhormat Rasah, saya dah jawab tadi. Perbezaan di antara mengapa ada minimum, mengapa yang tak ada minimum. Minimum itu tadi sebab keseriusan kes tersebut. Ini menyentuh perbezaan antara seksyen 123, 121 dan juga 61.
Rasah ada mencadangkan supaya diwujudkan task force khas di bawah SPAN untuk menyemak aduan awam. Sebenarnya di peringkat SPAN, kita telah mewujudkan talian e-
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Aduan bagi penyaluran aduan awam berkenaan apa-apa perkara berkaitan air dan juga pembetungan. Jadi, apa pun kita akan mengambil cadangan daripada Yang Berhormat Rasah dan bagaimana kita nak perkukuhkan lagi supaya aduan ini akan dapat disampai dengan lebih mudah dan tindakan susulan akan diambil.
Kes curi untuk Negeri Sembilan setakat ini ada 142 kes kecurian yang telah diambil tindakan. Laporan mengenai kualiti perkhidmatan diberikan oleh operator air setelah kenaikan tarif. Penyelarasan tarif dilaksanakan membolehkan operator air dan penurunan penambah baik keupayaan untuk menampung kos opex dan capex secara langsung. Untuk ini, kita melihat bahawa dengan adanya kenaikan perkhidmatan mereka bertambah baik dan kita akan memantau secara berterusan dari segi performance ataupun pencapaian perkhidmatan operator air kepada pengguna-pengguna mereka. Kalau ada yang merasakan tidak puas hati, boleh maklumkan kepada SPAN supaya kita dapat melaksanakan sebab setiap operator air ini akan diberi skor dari segi perkhidmatan mereka dan sebagainya supaya kita boleh mengambil tindakan susulan.
Yang Berhormat Kuala Nerus menanya, adakah kadar penalti baharu sama antara individu dengan industri? Dia sama. Cuma budi bicara itu pada mahkamah mengikut pada kesalahan dan juga jenis kesalahan dan siapa membuat kesalahan. Budi bicara itu pada mahkamah.
Adakah peningkatan denda yang dilaksanakan berdasarkan kajian daripada negara- negara lain? Ada tak dibuat? Secara umumnya, kita telah pun membuat pelbagai engagement dengan peringkat negeri, dengan NGO dan sebagainya, termasuk orang awam.
Kita juga sebenarnya juga mengambil amalan di tempat-tempat lain.
Cuma dalam menetapkan penalti baru ini, kita juga melihat pada perundangan-perundangan lain termasuklah seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1972, di mana penalti bagi pencemaran perairan daratan ditetapkan pada penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM10. Maknanya, memang ada kita membuat perbandingan juga dengan akta-akta lain dan sebagainya supaya bila tindakan nanti, ia akan dapat diambil secara bersamalah.
Tapi untuk alam sekitar, di bawah NRES, keadaannya berbeza. Kita melihat kepada denda kita kadang-kadang lebih tinggi daripada NRES sebab NRES dia menjaga alam sekitar secara umum. Tapi kita menjaga, memastikan air yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat, bersih dan sebagainya. Ia melibatkan nyawa dan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Sebab itu denda kita kadang-kadang lebih tinggi daripada apa yang dilaksanakan oleh kementerian lain.
Untuk mengambil penguatkuasaan undang-undang secara efisien di seluruh negara.
SPAN...
Dato' Dr. Hj Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat, Timbalan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya?
Dato' Dr. Hj Alias bin Razak - Kuala Nerus
Saya ada satu perkara yang berkaitan dengan denda tadi, yang orang awam dengan industri sama. So, jadi, kalau kita tengok hari
Dato' Dr. Hj Alias bin Razak - Kuala Nerus
ini, di rumah-rumah luar bandarlah, khususnya septic tank dia itu memang bila overflow, dia akan masuk dalam longkang. Semua kaitan begitulah keadaannya.
Jadi, untuk dia meningkatkan taraf tahap keselamatan septic tank yang diguna ini, memang bebanlah bagi rakyat. Ini saya ingat satu beban baharu yang akan ditanggung oleh rakyat, khususnya luar bandar dan B40. So, adakah kerajaan akan ambil satu risiko hukuman dan satu tindakan apa yang boleh membantu rakyat?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dari segi hukuman, dari segi perundangan, kita tak dapat membezakan antara individu, kedudukan orang dan sebagainya. Kita hanya dapat menyediakan kedudukan yang umum dari segi denda dan jumlahnya. Sebab itu kadar maksimum itu ditentukan dan mahkamah lah akan menilaikan keadaan itu.
Sama ada akan ada insentif ataupun subsidi ataupun program untuk kerajaan memastikan semua septic tank individu di domestik ini, bagaimana kita nak tambah baik?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sebab yang ini sebenarnya ada garis panduan yang bagaimana kita nak buat septic tank. Ini ditentukan juga oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Garis panduan itu memang dah ada dan sebagainya.
Tapi kalau apa saja yang memerlukan kalau ia terpaksa diubah.
Sudah pasti kalau nak menggantikan septic tank yang tidak mematuhi kepada standard yang ada sekarang, sudah pasti saya kira program-program sebelum ini kita boleh melihat bagaimana kerajaan boleh membantu dan sebagainya. Sudah pasti kita, Kerajaan MADANI ini tidak akan membebankan rakyat kita dan kita akan melihat dari segi dasarnya, bagaimana kita dapat membantu untuk memastikan septic tank yang ada ini dapat dipinda kepada satu standard yang boleh di ─ memenuhi keperluan semasa.
Sebenarnya septic tank di negara kita dia banyak. Ada yang public, ada yang individu tapi ada yang di bawah kawalan IWK, ada yang bukan. Jadi, ini yang juga perlu penyelarasan.
Sebabkan itu tadi kita nak pastikan bahawa ada satu standard yang tertentu untuk dipatuhi dan bagaimana kita nak selesaikan permasalahan termasuk yang dibangkitkan tadi, rumah pangsa misalnya, rumah murah di mana mereka berkongsi dan siapa yang bertanggungjawab. Kadang-kadang bukan di bawah IWK. Ia di bawah Kerajaan Tempatan ataupun di bawah bidang-bidang lain.
So, benda-benda ini memang isu yang kita sedari dan insya-Allah kita akan tangani dan yang pasti ialah...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Amat Berhormat...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
YB.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kita nak tentukan bahawa ia...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum itu...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
YB TPM, minta laluan sikit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum itu, YB Kubang Pasu sekejap. Perlu berapa lama lagi, Yang Amat Berhormat?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sekejap. Kalau tak ada gangguan, celahan lagi saya kira boleh saya habiskan lima minit. Kebanyakan isu utama ini saya dah jelaskan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Yang ini sikit saja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya – sebentar YB Kubang Pasu. Saya beri tiga minit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Okey.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Sikit saja YB Timbalan Perdana Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Last. Last, ya?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya dulu pernah bekerja dengan industri getah. Saya dok melihat benda ini dari segi deterrent, correcting measures dengan preventing measures, yang kita buat ini, deterrent dan correcting measures. Tetapi yang lebih baik lagi ialah preventing measures. Kalau dulu syarikat-syarikat, kilang-kilang getah SMR, Latex Kossan, Dato’ Sri pernah jadi Menteri dulu, Komoditi dan Perladangan.
Apa yang berlaku DOE akan datang berjadual mengambil sampel daripada the last pond dan bawak balik test. Di situ dia dah prevent from dia masuk dalam sungai. Kelapa sawit pun begitu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kita boleh fikir cara lain untuk kita buat preventing measures terhadap isu-isu yang berlaku yang mencemarkan sungai-sungai ini?
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Memang ada. Sebab itu dari semasa ke semasa peningkatan dari segi standard, sama ada di bawah Kementerian Alam Sekitar mahupun juga di peringkat Kerajaan Tempatan. Misal kata di Selangor, menghalang apa-apa air daripada kumbahan keluar ke sungai sekarang ini. Jadi, kita kena mencarikan kaedah- kaedah baru. Kalau tidak, ia kena denda dan kos yang lebih dan sebagainya. Tapi inilah perkara-perkara yang kita perlu lihat secara bersama di peringkat Persekutuan, di peringkat negeri dan juga Kerajaan Tempatan untuk melihat keseluruhannya.
Tapi untuk menjawab yang saya tak sempat jawab tadi ialah untuk septic tank, individu ini sebenarnya keperluan untuk mengosongkan septic tank itu dibuat sekali dalam dua tahun. Kalau kita memanggil IWK, kos hanya RM192 untuk mengosongkan, sekali dalam dua tahun. Kalau tak dikosongkan, memang septic tank itu nanti boleh melimpah dan sebagainya. Sudah pasti tidak sihat untuk orang itu sendiri dan sebagainya.
Tapi kalau ada juga yang memerlukan dari segi kita boleh berbincanglah perkara ini, melihat bagaimana kita nak membantu. Sudah pasti mereka yang memerlukan bantuan, kita boleh mencari jalan kaedah untuk kita membantu sama ada CSR dan sebagainya, kalau betul-betul tidak mampu untuk kita pastikan septic tank mereka dapat dikosongkan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Secara umum saya dah jawab. Mungkin saya tak sempat menjawab kepada keseluruhan. Setiap Ahli Parlimen itu tadi, 10 orang saya akan menjawab perinciannya satu persatu nanti secara bertulis. Tapi secara konsepnya saya mengucapkan terima kasih di atas
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
sokongan. Semua menyokong. Cuma bagaimana kita nak menguatkuasakan bagaimana nak menambah baik untuk memastikan pelaksanaan ini nanti bukan sahaja untuk memastikan keselamatan air, kebersihan negara kita terjamin tapi pada masa yang sama tidak juga akan membebankan pihak yang mungkin tidak berkemampuan untuk memenuhi keperluan akta ini.
Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada semua. Saya mohon mencadangkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah]
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu Rang undang-undang bersama suatu akta untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak (Sarawak Bab 76) dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan pembentangan saya. Izinkan saya mengiktirafkan kehadiran beberapa wakil yang amat penting untuk menjayakan RUU Ordinan Buruh Sarawak, yakni Dato' Buckland Bangik yang merupakan Ketua Delegasi. Beliau merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak dan mewakili kerajaan Sarawak untuk hadir dalam pembentangan bersejarah.
Saudara Awang Raduan Awang Omar, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.
Semua rakan-rakan dari Kerajaan Sarawak, dari KESUMA, rakan-rakan dari MTUC yang dipimpin oleh saudara Mohd Effendy selaku Presiden MTUC Bahagian Sarawak yang dipimpin oleh Saudara Haji Zaidi bin Nasar, rakan-rakan dari Uni Labour Centre ataupun UNIMLC yang dipimpin oleh seorang pejuang gerakan sekerja veteran Datuk Mohamed Shafie BP Mammal yakni Presiden UNIMLC.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Kita diceriakan lagi disokong didukung lagi dengan kehadiran wakil-wakil dari Malaysian Employers Federation (MEF) yang diketuai sendiri oleh Datuk Dr. Syed Husin Syed Osman selaku Presiden MEF, sekaligus menunjukkan bahawa RUU ini mendapat sokongan dan dukungan dari semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua Ordinan Buruk Sarawak, selepas ini saya sebut sebagai “OBS” merupakan satu undang-undang yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja menerusi penetapan termasuk dan syarat minimum berkaitan dengan kontrak perkhidmatan yang perlu dipatuhi.
OBS mula berkuat kuasa di Sarawak pada 1 Januari 1952 dan diisytiharkan sebagai perundangan Persekutuan melalui dengan izin Modification of Laws (Declaration of Federal Present Laws) (Sarawak) Order 1965 pada 1 Julai 1965. Namun sejak tahun tersebut OBS hanya dipinda sekali sahaja iaitu pada tahun 2005. Pindaan yang dibentangkan pada hari ini jika diluluskan oleh Dewan yang mulia ini akan memberi hak dan perlindungan yang lebih baik kepada pekerja di Sarawak. Sekali gus memastikan para pekerja di Sarawak duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan rakan sekerja pekerja mereka di Semenanjung.
Pindaan ini akan memanfaatkan 1.46 juta orang pekerja di Sarawak dan menoktahkan ketidakadilan hampir 20 tahun untuk para pekerja di Sarawak mendapat hak dan perlindungan yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini OBS hanya memberi perlindungan kepada pekerja di sektor swasta yang bergaji melebihi RM2,500 sebulan ataupun pekerja-pekerja manual yang tanpa mengira gaji mereka. Pindaan kali ini akan memperluaskan pemakaian akta ini kepada semua pekerja tanpa had gaji. Selain itu peruntukan sedia ada dalam OBS yang berkaitan penggajian kanak-kanak dan orang muda juga didapati tidak seiring dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 selepas ini disebut sebagai Akta 350 yang telah dipinda pada tahun 2011 dan 2019 dan dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sehubungan dengan itu penyelarasan perlu dibuat dengan melalui pindaan OBS kali ini. Cadangan pindaan OBS ini juga turut memasukkan peruntukan baharu yang mengadaptasi peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] yang menetapkan piawaian-piawaian minimum perumahan serta penginapan dan kemudahan untuk pekerja.
Buat masa ini, perkara-perkara tersebut hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Baru-baru ini selepas lulusnya Ordinan Buruh Sabah turut di Sabah. Peruntukan sedia ada dalam OBS ini tidak menetapkan perkara yang berkaitan dengan perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja.
Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat untuk merealisasikan pindaan ini, KESUMA melalui Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah mengadakan 56 sesi libat urus atau perbincangan dengan pelbagai pihak pemegang taruh dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan maklum balas berhubung cadangan terhadap pindaan ini.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Antara sesi libat urus dan perbincangan yang diadakan termasuk sesi libat urus bersama dengan kerajaan Sarawak, Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak, kementerian dan jabatan berkaitan, wakil-wakil majikan, wakil pekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
Cadangan pindaan OBS ini juga dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dengan izin National Labour Advisory Coucil
(NLAC) yang terdiri daripada wakil Malaysian Employers Federation, Malaysian Trade Union Congress (MTUC), wakil Kerajaan Persekutuan, wakil Kerajaan Sarawak, wakil Pejabat Peguam Besar Sarawak dan lain-lain agensi dari Sarawak.
Cadangan pindaan OBS ini juga telah dipersetujui oleh Kerajaan Sarawak seperti yang telah saya nyatakan. Saya sendiri telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Datu Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Kuching pada 19 September 2024 untuk memaklumkan tentang perkara ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Saya ingin di sini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak atas dukungan Kerajaan Sarawak terhadap pindaan OBS ini, sekali gus membuktikan iltizam menjaga kebajikan pekerja di Sarawak. Selamat datang kepada saudari Timbalan Yang di-Pertua, juga merupakan rakyat Sarawak. Ini merupakan satu RUU yang amat penting buat kaum pekerja di Sarawak.
Sekalung penghargaan juga saya berikan kepada Jawatankuasa Teknikal NLAC yang turut diwakili oleh Malaysian Trade Union Congress (MTUC) sebagai wakil pekerja, MEF sebagai wakil majikan serta lain-lain agensi di Sarawak mewakili kerajaan. Penghargaan juga saya berikan kepada rakan-rakan di Kabinet, khususnya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, Ahli Yang Berhormat Petrajaya atas sokongan dan usaha beliau untuk mengangkat RUU ini ke Parlimen ke tahap ini.
Penghargaan teristimewa sudah tentu kepada keseluruhan warga KESUMA, khususnya rakan-rakan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang telah berusaha menjayakan pindaan bersejarah ini. Saya ingin mengiktiraf, khususnya usaha dan jasa saudara Awang Raduan bin Awang Omar iaitu Pengarah JTK Sarawak yang merupakan anak jati negeri Sarawak, berusaha membawa RUU ini ke tahap ini.
Turut saya ucapkan penghargaan kepada beberapa orang Ahli Parlimen Sarawak, khususnya saudara Ahli Yang Berhormat Stampin yang sentiasa prihatin kepada isu ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, RUU OBS yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 10 Disember 2024 untuk bacaan kali pertama. Tujuannya ialah untuk mencapai objektif seperti berikut:
(i) mengangkat hak dan kebajikan golongan pekerja, khususnya di Sarawak, selari dengan piawaian perburuhan antarabangsa;
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
(ii) meningkatkan dan menambah baik perlindungan terhadap kanak- kanak dan orang muda yang terlibat dengan pekerjaan-pekerjaan yang dibenarkan;
(iii) mengadaptasi Akta 446 yang berkaitan dengan piawaian perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja;
(iv) memenuhi obligasi Kerajaan Malaysia yang telah meratifikasikan CPTPP yang telah berkuat kuasa mulai 29 November 2022, khususnya dalam bab buruh;
(v) meratifikasikan Perjanjian-perjanjian Perdagangan Bebas ataupun Free Trade Agreements, dengan izin, pada masa hadapan yang menghendaki negara-negara ahli menerima pakai atau serta mengekalkan ataupun, dengan izin, adopt and maintain dalam undang-undang dan peraturan-peraturan masing-masing;
(vi) meningkatkan produktiviti dan mencapai aspirasi Sarawak Maju Makmur dengan lebih cepat;
(vii) menyesuaikan peruntukan OBS dengan perubahan teknologi dan amalan perburuhan semasa;
(viii) mewujudkan fleksibiliti atau keanjalan dalam menentukan waktu kerja, hari bekerja atau tempat pekerjaan mengikut kesesuaian perniagaan dan pekerjaan;
(ix) menambah baik prosedur penggajian pekerja bukan pemastautin;
(x) memperkukuh aspek penguatkuasaan; dan
(xi) menangani isu diskriminasi dan buruh paksa dalam pekerjaan.
Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, RUU OBS ini mengandungi 75 fasal yang melibatkan penambahan 68 seksyen baharu, pindaan 47 seksyen yang sedia ada dan memansuhkan 10 seksyen yang sudah tidak digunakan lagi.
Antara peruntukan sedia ada OBS yang dipinda melibatkan fasal-fasal berikut.
Fasal 2 bertujuan membuat pindaan am dengan menggantikan perkataan sedia ada, termasuk menggantikan perkataan worker dengan perkataan employee dan menggantikan perkataan domestic servant dengan perkataan domestic employee. Fasal 3 bertujuan untuk meminta seksyen 2 dengan memasukkan tujuh takrif yang baharu, meminda sembilan takrif sedia ada dan memotong empat takrif yang tidak diperlukan lagi. Antara takrif terbaharu termasuk takrif apprentice bagi melindungi apprentice selaras dengan Akta 350. Takrif constructional contractor yang merujuk kepada mana-mana orang, firma, perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan untuk kegiatan binaan.
Takrif contractor for labour yang merujuk kepada mana-mana orang berkontrak dengan principal contractor atau subcontractor bagi membekalkan buruh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja principal contractor ataupun subcontractor itu. Takrif sexual harassment bagi maksud Bab baharu IIIA yang berhubung dengan gangguan seksual di tempat kerja.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Takrif spread over period of ten hours yang diambil kira dari masa pekerja memulakan pekerjaan bagi sesuatu hari, termasuk tempoh kelapangan rehat ataupun selingan dalam tempoh berturutan 10 jam tersebut. Manakala takrif yang dipinda, termasuk menggantikan tempoh perantisan dalam takrifan apprenticeship contract yang tidak kurang daripada dua tahun sebelum ini kepada tempoh minimum enam bulan sehingga maksimum 24 bulan, selaras dengan Akta 265.
Menggantikan tempoh hamil dalam takrif confinement daripada 28 minggu kepada 22 minggu sahaja kini bagi membolehkan pekerja wanita yang telah hamil selama 22 minggu untuk menikmati cuti bersalin. Menjelaskan golongan pekerja yang ditakrif sebagai part time employee iaitu pekerja yang purata waktu kerjanya dalam tempoh seminggu tidak melebihi 70 peratus daripada jumlah waktu kerja seorang pekerja sepenuh masa yang digaji oleh majikan yang sama.
Meminda takrif place of employment dengan mengambil kira penggunaan takrif tersebut dalam Bahagian baharu IVA yang berkaitan dengan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja. Takrif yang dipotong pula termasuk takrif seperi recruit, ship dan subcontractor for labour kerana takrif-takrif tersebut tidak lagi digunakan dalam OBS.
Manakala takrif family dalam seksyen ini dipotong untuk dimasukkan ke dalam Bab XI bagi maksud penggajian kanak-kanak dan orang muda. Fasal ini turut memasukan perkataan hourly rate dalam perenggan 3(c) seksyen yang sama bagi membolehkan pengiraan kadar gaji biasa turut terpakai kepada pekerja yang diambil kerja berdasarkan kadar gaji mengikut jam. Fasal ini juga meminda subseksyen (6), seksyen yang sama untuk memberikan kuasa kepada Menteri membuat pindaan Jadual menerusi perintah yang disiarkan dalam warta.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 2B bagi memberikan kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan mana-mana bangunan atau kelas bangunan daripada semua atau mana-mana peruntukan OBS.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 3 bagi memanjangkan tempoh rayuan daripada 14 hari kepada 21 hari terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh mana-mana pegawai tenaga kerja kepada pengarah, melainkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Buruh. Fasal ini turut memotong subseksyen (3) seksyen yang sama berhubung rayuan kepada Menteri.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 7 bagi memansuhkan kuasa pengarah untuk memulakan tindakan pendakwaan selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa pendakwaan di bawah Peguam Negara.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 8A bagi membolehkan pengarah mendengar dan memutus tuntutan contractor for labour terhadap principal subcontractor ataupun contractor berkenaan buruh yang dibekalkan olehnya.
Fasal 10 dan 11 bertujuan untuk meminda prosedur siasatan pengarah di bawah seksyen 8F dan pengeluaran perintah larangan di bawah seksyen 8I, selaras dengan
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
perluasan pemakaian OBS di bawah seksyen 8A berhubung kuasa siasatan pengarah dan tambahan seksyen baharu 19A yang berkaitan dengan diskriminasi dalam pekerjaan.
Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 73 bagi melarang mana-mana kanak- kanak atau orang muda diambil bekerja dalam apa-apa kerja yang berbahaya.
Fasal 24 pula bertujuan untuk meminda seksyen 84 bagi menaikkan kelayakan cuti bersalin pekerja wanita dari 60 hari kepada 98 hari selaras dengan ILO Labor Convention 133 Article 4 yang menetapkan tempoh cuti bersalin wanita tidak kurang dari 14 minggu, termasuk tempoh cuti wajib enam minggu selepas bersalin.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 97 bagi mewajibkan majikan untuk menghantar pulang pekerja atas sebab lesen penggajian pekerja bukan pemastautin dibatalkan oleh pengarah menurut seksyen baharu 119F atau atas sebab tamat tempoh lesen tersebut.
Fasal 31 bertujuan untuk meminda seksyen 103 dengan membenarkan pendahuluan gaji dibuat oleh pekerja bagi tujuan lain termasuk pembelian komputer, perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pendidikan dan sebagainya.
Fasal 33 bertujuan untuk meminda subseksyen 104 bagi menaikkan kelayakan jumlah bilangan hari kelepasan daripada 16 hari kepada 18 hari dalam satu tahun kalendar dengan menetapkan Malaysia Day dan Sarawak Independence Day sebagai hari kelepasan wajib yang tidak boleh diganti. Fasal ini juga memperuntukkan hari kerja yang berikutnya sebagai gantian hari kelepasan bagi hari kelepasan yang bertindih.
Fasal 34 dan 35 bertujuan meminda seksyen 105 dan 105A bagi mengurangkan had waktu kerja daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu selaras dengan ILO Reduction of Hours of Work Recommendation 1962 (No. 116). Fasal ini juga memberikan kuasa kepada Menteri untuk membuat kaedah berhubung kerja malam.
Fasal 37 bertujuan untuk meminda seksyen 105E bagi menaikkan kelayakan cuti sakit dengan mengasingkan pengiraan cuti sakit bagi hospitalisasi dan bukan hospitalisasi. Fasal 40, 42 dan 43 bertujuan untuk meminda seksyen 109, seksyen 111 dan seksyen 111A bagi memberi kuasa kepada pengarah untuk membenarkan pelanjutan masa pembayaran gaji pekerja atas permohonan majikan dan mewajibkan majikan untuk membuat pembayaran gaji menerusi institusi kewangan ataupun mana-mana pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah atau gaji boleh dibayar secara tunai atau melalui check atas persetujuan secara bertulis oleh pekerja mereka.
Fasal 48 bertujuan untuk meminda seksyen 119A bagi mengehendaki majikan memaklumkan pengarah dalam tempoh 30 hari apabila berlakunya penamatan kontrak perkhidmatan pekerjaan bukan pemastautin.
Fasal-fasal 58, 60, 61, 64, 65 dan 66 bertujuan untuk meminda seksyen-seksyen yang berkaitan dengan OBS bagi menaikkan hukuman denda daripada RM10,000 kepada RM50,000.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Akhir sekali, fasal 72 bertujuan untuk menggantikan jadual yang sedia ada dengan jadual baharu bagi memperluaskan liputan pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, seksyen baharu yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam OBS pula melibatkan fasal-fasal berikut.
Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan bab baru iaitu IIIA yang merangkumi seksyen 9A hingga 9H berkaitan dengan sexual harrassment. Fasal ini memperuntukkan kewajipan majikan untuk menyiasat aduan terhadap gangguan seksual menurut cara yang ditetapkan oleh Menteri dan fasal ini turut memperuntukkan tentang kesalahan gagal melaksanakan kewajipan tersebut.
Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 19A dan 19B berkenaan diskriminasi dalam pekerjaan dan larangan buruh paksa.
Fasal 18 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 71A bagi takrif-takrif tertentu yang digunakan dalam Bab XI bagi mengehadkan umur kanak-kanak bekerja tidak kurang daripada 13 tahun.
Fasal 26 bertujuan memasukkan seksyen 92A tentang larangan kepada majikan untuk menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja wanita yang hamil melainkan jika penamatan tersebut dibuat atas sebab pelanggaran syarat perkhidmatan, salah laku atau penutupan perniagaan majikan.
Fasal 31 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 101A bagi menetapkan tempoh notis penamatan kontrak selama 14 hari untuk domestic employee. Fasal 38 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 105EA bagi perkara berhubung dengan kelayakan paternity leave untuk pekerja lelaki yang telah berkahwin.
Fasal 39 pula bertujuan memasukkan seksyen baharu 108C tentang formula pengiraan gaji bagi pekerja bergaji bulan yang tidak melengkapkan sebulan penuh perkhidmatan.
Fasal 41 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 109A dan 109B bagi mengadakan peruntukan yang lebih jelas tentang masa pembayaran gaji dalam keadaan penamatan kontrak perkhidmatan oleh majikan atau pekerja atau disebabkan berakhirnya tempoh kontrak perkhidmatan atau sebab-sebab khusus.
Fasal 44 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu ‘119F’ bagi memberikan kuasa kepada pengarah untuk membatalkan lesen penggajian pekerja bukan pemastautin atas sebab-sebab yang ditetapkan.
Fasal 51 bertujuan untuk memasukkan Bab baharu iaitu XIVB bagi membolehkan pekerja memohon secara bertulis kepada majikan untuk aturan kerja anjal atau aturan kerja fleksibel yang melibatkan perubahan waktu kerja, hari bekerja dan tempat bekerja.
Fasal 52 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu iaitu IVA bagi menetapkan standard-standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan bagi pekerja mengikut kesesuaian pemakaian di Sarawak.
Fasal 74 bertujuan untuk memasukkan Jadual baharu, Kedua dan Ketiga bagi mengadakan peruntukan berhubung dengan senarai pekerjaan kanak-kanak dan orang muda
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
tidak dibenarkan untuk terlibat dan mengadakan peruntukan berhubung dengan sekatan terhadap pekerjaan yang berbahaya kepada kanak-kanak dan orang muda tertakluk kepada pembatasan sebagai mana yang dinyatakan dalam OBS. Ia agak panjang sikit sebab ini RUU bersejarah, 20 tahun dinanti-nantikan.
Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, peruntukan-peruntukan yang dicadangkan untuk dimansuhkan dalam OBS pula adalah fasal-fasal seperti berikut.
Fasal 9 bertujuan untuk memansuhkan seksyen 8C, 8D dan 8E berikutan peluasan pemakaian OBS kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji mereka.
Fasal 21 bertujuan untuk memansuhkan seksyen 75A berhubung kuasa Menteri untuk menetapkan gaji minimum kerana ia telah diperuntukkan oleh Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ataupun Akta 732.
Fasal 22 bertujuan memansuhkan Bab XIA yang mengandungi seksyen 76, 77, 79 dan 79A bagi mematuhi kehendak ILO berkenaan dengan sekatan wanita dalam pekerjaan- pekerjaan tertentu.
Fasal 63 bertujuan untuk memansuhkan seksyen 130G berbangkit daripada pemotongan Bab XIA berkaitan dengan sekatan terhadap wanita dalam pekerjaan.
Pindaan-pindaan lain saya tidak nyatakan secara khusus di sini kerana ia lebih merupakan pindaan kecil bersifat editorial ataupun berbangkit ataupun consequential in nature, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini merupakan ulang tahun pertama saya bersama dengan Yang Berhormat dari Lipis sebagai Yang Berhormat Timbalan Menteri KESUMA dalam kementerian yang diberikan tanggungjawab menjaga hak dan kebajikan pekerja.
Memanah bintang di malam gelita, Sebutir terjatuh menjadi batu, Amanah ku tatang berair mata, Khuatir membela diri di hari itu. Bulan yang lalu di Dewan yang mulia ini, kita dengan kerjasama seluruh Ahli-ahli Parlimen telah meluluskan rang undang-undang pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah. Hari ini, saya merasa bangga kerana genap setahun saya di KESUMA, saya boleh berdiri di sini, di dalam Dewan yang mulia ini menghadap rakan-rakan Yang Berhormat membentangkan satu RUU yang telah ditunggu-tunggukan selama 20 tahun bagi mengangkat martabat hak dan kebajikan 1.46 juta pekerja di Sarawak.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang akan terlibat. Saya dahulukan perbahasan mereka dengan penghargaan daripada KESUMA. Ayuh kita sama-sama memastikan RUU ini mendapat sokongan supaya 1.46 juta pekerja di Sarawak itu kita noktahkan ketidakadilan yang berlaku selama ini.
Tanpa pekerja tiada istana megah, Tanpa pekerja negeri tidak terbela, Tanpa pekerja ekonomi tak berjaya.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Megah kenyalang meluncur hebat, Antara rajang dengan angkasa, Cita Madani angkat martabat, Tinggi pekerja tinggilah bangsa. Sekian terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut – YB. Sri Aman; YB. Saratok; YB. Betong; YB. Kapar; YB. Lubok Antu; YB. Batang Lupar; YB. Puncak Borneo; YB. Mas Gading; dan YB. Miri.
Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Sebagai seorang anak Sarawak, seorang wanita dan juga ibu sudah tentu saya menyambut baik pindaan yang diperkenalkan oleh rang undang-undang ini. Apatah lagi hampir 20 tahun pindaan kepada rang undang-undang ini jika telah dinantikan. Hari ini jika dilulus, ia akan menjadi sejarah buat Sarawak.
Dalam perbahasan saya kali ini Puan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh secara spesifik hak dan perlindungan kepada pekerja wanita. Antaranya peningkatan tempoh cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari. Seperti mana disebut di fasal 24 dalam rang undang- undang ini, saya melihat langkah ini amat penting bagi memastikan ibu-ibu mendapat rehat yang mencukupi sambil mengeratkan hubungan ibu dan anak selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maternity Protection Convention, 2000 (No.183) berkenaan kelayakan untuk menerima elaun bersalin bagi wanita yang melahirkan anak dengan usia kandungan sekurang-kurang 22 minggu.
Maka dengan itu, definisi confinement ini telah ditambah baik di dalam pindaan kepada seksyen 2 dalam rang undang-undang ini. Sebelum pindaan ini, pekerja wanita Puan Yang di-Pertua, yang melahirkan bayi pramatang ataupun premature dengan izin, pada usia kandungan kurang daripada 28 minggu tidak layak untuk menerima elaun bersalin. Ini memberi cabaran besar kepada golongan wanita dalam situasi begini. Dengan pindaan ini, hak mereka diperkukuhkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan perlindungan wanita yang melalui situasi mencabar sentiasa diberi perhatian utama.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Seperkara lagi yang paling menarik perhatian saya Puan Yang di-Pertua ialah pemansuhan peruntukan berkaitan sekatan pengajian wanita yang sebelum ini melarang wanita ataupun melarang mereka bekerja pada waktu malam dan di bawah tanah. Dalam rang undang-undang ini seperti mana fasal 22 iaitu pemansuhan Bab 11A iaitu bab berkenaan dengan pekerja wanita di seksyen 76 hingga seksyen 79 Ordinan Buruh Sarawak Bab 76, pada pendapat saya, pemotongan peruntukan ini membuktikan kepekaan Kementerian Sumber Manusia terhadap keperluan memberikan hak sama rata di dalam pekerjaan tanpa mengira jantina. Di tempat kerja, prinsip hak sama rata akan memastikan bahawa lelaki dan wanita diberi peluang yang adil untuk mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan upah yang setimpal tanpa diskriminasi.
Tempat kerja yang menerapkan hak sama rata dapat memberi impak positif kepada masyarakat dengan mempromosikan kesaksamaan gender di luar lingkungan pekerjaan serta membantu mengubah stereotaip gender yang negatif. Dengan menekankan kepentingan hak sama rata tanpa mengira jantina, organisasi dapat mencipta persekitaran kerja yang lebih harmoni, adil dan kompetitif sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial secara menyeluruh.
Apatah lagi Puan Yang di-Pertua, memandangkan separuh daripada populasi Sarawak dan begitu juga dengan negara Malaysia adalah wanita, negara ini akan menjadi separuh lumpuh jika penglibatan serta kesejahteraan kaum wanita tidak diambil kira dan hak tidak sama rata tidak ditekankan. Walau bagaimanapun, Puan Yang di-Pertua, saya juga melihat pindaan ini mematuhi kehendak Artikel 7 Night Work Convention, 1990 (No.171) yang memperjuangkan hak sama rata dalam pekerjaan tanpa mengira jantina. It’s across the board dengan izin. Ini membuktikan bahawa kerajaan ini komited mencapai objektif menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan dipercayai di mata dunia kerana undang-undang negara ini mematuhi prinsip global dan selaras dengan International Labor Organization
(ILO).
Satu lagi penambahbaikan pentingnya diperkenalkan dalam pindaan ini adalah peruntukan baharu berhubung cuti paternity bagi pekerja lelaki ketika isteri mereka melahirkan. Seperti yang kita sedia maklum di Sarawak sebelum ini, tiada peruntukan rasmi mengenai cuti paternity menyebabkan ramai bapa tidak mendapat peluang untuk bersama isteri dan anak dalam tempoh kritikal selepas kelahiran. Dengan adanya kemudahan ini, suami diberi hak untuk menikmati cuti paternity berbayar selama tujuh hari. Ini diperuntukkan dalam fasal 38 di dalam rang undang-undang ini iaitu di bawah seksyen baharu yang dimasukkan iaitu seksyen 105E(a).
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh bapa dalam menyokong isteri dan keluarga terutamanya dalam tempoh selepas melahirkan anak. Pemberian cuti paternity ini bukan sahaja membolehkan para bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan sokongan moral, fizikal dan emosi kepada pasangan tetapi juga membantu mengeratkan hubungan antara bapa, anak dan seluruh keluarga.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Sedikit lagi Puan Yang di-Pertua ya. Bagi saya, ini amat penting dalam membentukkan persekitaran yang stabil dan harmoni bagi perkembangan awal anak-anak.
Langkah ini juga menunjukkan bahawa kerajaan mengiktirafkan kepentingan peranan kedua- dua ibu dan bapa dalam penjagaan keluarga di samping menggalakkan keseimbangan work- life balance iaitu antara kehidupan, pekerjaan dan keluarga. Pendekatan progresif ini mengiktirafkan bahawa kesejahteraan keluarga menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
Akhir sekali, demi memastikan kebajikan dan hak wanita terutama sekali wanita di Sarawak termasuklah juga laki-lakilah terus terjamin dan persekitaran kerja yang lebih inklusif, adil dan harmoni untuk semua pekerja di negara kita, maka saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Saratok.
[Tepuk]
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 di mana inilah satu-satunya RUU yang penuh bersejarah dan bermakna bagi pekerja Sarawak yang berjumlah 1.46 juta.
Isu pertama yang saya ingin sentuh adalah penyeragaman hak perlindungan pekerja, pengurusan aduan pekerja. Sememangnya saya amat menyambut baik cadangan pindaan kali ini. Pindaan ini amat bertepatan dan signifikan memandangkan ordinan asal tidak diperbaharui selama 20 tahun. Melalui pindaan juga secara langsung akan memperluaskan perlindungan sosial pekerja di Sarawak. Sesiapa yang bekerja sama ada di Sarawak ataupun di Semenanjung akan menikmati perlindungan dan hak yang sama rata. Tidak ada perbezaan lagi. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh golongan pekerja di Sarawak sejak sekian lamanya.
Puan Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan penyeragaman hak serta perlindungan golongan pekerja di Sarawak dan Semenanjung, apakah perancangan KESUMA bagi memastikan supaya Malaysia tidak sekadar mematuhi obligasi dan amalan peringkat antarabangsa termasuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. Pada masa yang sama memastikan penyelarasan peruntukan yang sedia ada secara berkesan terutama tuntutan tenaga buruh di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang mengutamakan pekerja Sarawak diutamakan untuk bekerja di Sarawak.
Sejauh manakah pindaan ini dapat menyokong usaha kerajaan dalam membendung amalan buruh paksa ekoran ratifikasi Protokol 29 ILO mengambil kira dakwaan buruh paksa terhadap ada beberapa syarikat pengeluar tempatan sebelum ini oleh Jabatan Kastam dan perlindungan sempadan Amerika Syarikat sekali gus mencapai sasaran untuk sifar buruh menjelang tahun 2030.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Kedua, pemantauan pengurusan aduan pekerja. Merujuk kepada pindaan fasal 9 membenarkan seorang pekerja untuk membawa apa-apa pertikaian di hadapan Pengarah tanpa mengira amaun upah yang diterima.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Di bawah peruntukan sedia ada, kelayakan tuntutan dihadkan kepada pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah. Menurut data JKK Sarawak, sebanyak 938 notis pelanggaran standard perburuhan telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu, lebih 6,083 pemeriksaan berkanun. Daripada jumlah notis pelanggaran ini, sebahagian besarnya membabitkan isu pelanggaran daftar pekerja dan notis iaitu 57 peratus, bayaran kerja OT 9.3 peratus dan pelanggaran masa kerja waktu rehat 5.8 peratus.
Dalam hal ini, apakah usaha penambahbaikan pihak KESUMA dari segi pemantauan dan pengawal seliaan yang terhadap majikan seluruh negara termasuk di Sarawak? Adakah terdapat juga pembaharuan terhadap proses SOP bagi penerimaan pengurusan dan aduan pekerja supaya lebih ramai pekerja tampil untuk membuat aduan berkaitan dengan sebarang pelanggaran standard perburuhan? Terutama mereka yang didapati terpaksa terus bekerja akibat ugutan potongan gaji oleh sesetengah majikan. Adakah kerajaan juga mempunyai pendekatan khusus terhadap majikan yang gagal mematuhi aduan berkaitan gangguan seksual seperti di bawah Fasal 13?
Skop perlindungan pekerja. Merujuk pada Fasal 32, meminda subseksyen 103(1) ordinan untuk memperluaskan pemakaian seksyen ini dengan membenarkan pembayaran pendahuluan dibuat kepada pekerja bagi pelbagai maksud supaya pembayaran perbelanjaan harian dan perbelanjaan lain perlu membiayai keperluan pekerja dan anggota keluarga terdekatnya. Memandangkan pindaan ini adalah bersifat sukarela dan tertakluk sepenuhnya kepada polisi sesebuah syarikat, adakah kerajaan bercadang supaya wujud satu mekanisme untuk memudahkan majikan dan pekerja bagi tujuan kecemasan mengambil kira syarat- syarat sedia ada bagi pembayaran pendahuluan tersebut?
Isu yang seterusnya adalah amalan buruh dan hak buruh kanak-kanak. Merujuk kepada Fasal 15, memasukkan seksyen baharu 19A dan 19B ke dalam ordinan berkenaan diskriminasi di dalam pekerjaan dan larangan buruh paksa— kita akan sambung ya, seksyen 19B peruntukan membanteras buruh paksa dengan denda RM100 ribu atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Adakah pihak KESUMA telah meneliti laporan bahawa tiga syarikat terkemuka di Jepun berhasrat menjalankan siasat terhadap dakwaan sebuah syarikat pembakar di Malaysia yang terbabit dalam amalan eksploitasi pekerja atau buruh paksa pada September yang lalu? Termasuk menahan pasport pekerja, memberi layanan buruk kepada kerja tanpa memberi gaji dan menyediakan tempat tinggal yang teruk kepada pekerja. Apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan supaya lebih ramai majikan di seluruh negara termasuk di Sarawak menandatangani ikrar akur janji dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan buruh paksa seterusnya memastikan pemantauan dan pengawal seliaan secara lebih rapi oleh pihak berkuasa?
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Dengan ini saya ingin mengakhiri perbahasan RUU Ordinan Buruh Sarawak dan saya minta KESUMA meneliti saranan-saranan dan persoalan yang telah saya utarakan sebentar tadi. Dengan RUU yang amat bersejarah ini, saya ingin menyokong RUU pada kali ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera. Sebelum saya mulakan, izinkan saya mengalu- alukan kehadiran guru-guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Tok Muda Aziz, Sungai Siput, Sekolah Menengah Methodist, Sungai Siput. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.
[Tepuk] . Puan Yang di-Pertua, terima kasih di atas ruang yang diberikan untuk sama-sama terlibat untuk membahaskan RUU OBS ataupun Ordinan Buruh Sarawak 2024. Betong mengucapkan ribuan terima kasih kepada KESUMA di atas usaha untuk menyiapkan RUU ini melalui banyak sesi libat urus bersama Kerajaan Sarawak, kementerian serta jabatan yang berkaitan dan juga pemain-pemain industri.
RUU ini yang ditunggu-tunggu oleh pekerja di Sarawak bertujuan untuk menyelaraskan undang-undang buruh kita dengan standard dan amalan antarabangsa memastikan dan memastikan bahawa tenaga kerja kita dilindungi dan pasaran buruh kita akan kekal kompetitif. Maka pindaan yang dicadangkan dalam RUU ini adalah amat menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek pekerjaan dari segi definisi dan keadaan kerja hingga ke standard kesihatan dan keselamatan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya Betong dalam masa yang singkat ini, menyinggung beberapa fasal. Saya mulakan dengan Fasal 3 iaitu pindaan seksyen 2 mengenai definisi baru yang telah ditambah untuk istilah seperti “perantis”, “kontraktor pembinaan” dan juga “gangguan seksual”. Definisi kontrak perantisan telah dikemas kini untuk menentukan tempoh antara enam bulan dan 24 bulan dan definisi bersalin telah diubah dari 28 minggu kepada 22 minggu. Walau bagaimanapun, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan iaitu bagaimanakah definisi baru kontrak perantisan yang akan mempengaruhi latihan dan pembangunan pekerja muda di Sarawak? Apakah manfaat dan cabaran yang berpotensi daripada pengurangan tempoh bersalin dari 28 minggu kepada 22 minggu? Kesan definisi yang dikemas kini ini penting bagi kita memahami keperluan latihan pembangunan dan tafsiran undang-undang. Ini memastikan bahawa perubahan ini akan memberi manfaat kepada pekerja muda dan ibu yang bekerja.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk pada Fasal 13 iaitu bab baharu IIIA bab yang mengenai gangguan seksual yang diperkenalkan yang memperincikan segala proses untuk menangani aduan penyiasatan dan tindakan yang perlu diambil jika gangguan terbukti. Ini adalah langkah yang penting ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Maka soalan saya, sejauh manakah keberkesanan prosedur baru untuk menangani aduan gangguan seksual dalam melindungi mangsa dan memastikan keadilan? Keduanya, apakah langkah tambahan yang boleh dilaksanakan untuk mencegah gangguan seksual di tempat kerja? Seterusnya, di manakah notis pencegah gangguan seksual perlu dipamerkan sekiranya melibatkan tempat pekerjaan yang luas seperti di kawasan estet atau di tapak pembinaan? Apakah kandungan yang perlu dinyatakan dalam notis berkenaan? Adakah bab baharu mengenai gangguan seksual ini akan bertindih dengan Akta Gangguan Seksual 2022? Perkara-perkara ini penting kerana kerajaan perlu menilai keberkesanan prosedur baharu dan meneroka langkah-langkah tambahan untuk mencegah gangguan seksual dan memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada seksyen baharu itu 19A dan 19B menangani diskriminasi dalam pekerjaan dan melarang buruh paksa dengan penalti untuk pelanggaran. Betong berpandangan bahawa peruntukan ini penting untuk menegakkan hak asasi manusia dan memastikan layanan adil untuk semua pekerja. Namun saya ingin bertanyakan mengenai pertamanya, bagaimanakah peruntuk ini anti diskriminasi baharu akan mempengaruhi amalan pengambilan pekerja oleh majikan di Sarawak? Keduanya, apakah mekanisme yang boleh diwujudkan untuk memastikan larangan buruh paksa dikuatkuasakan dengan berkesan?
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya pergi ke isu mengenai cuti bersalin dan paternity. Cuti bersalin ini dilanjutkan 98 hari berturut-turut dan peruntukan baru untuk tujuh hari cuti paternity berbayar diperkenalkan. Perubahan ini menyokong kesejahteraan keluarkan dan kesaksamaan gender di tempat kerja. Namun dari perspektif lain, terdapat beberapa perkara yang perlu juga diteliti.
Dalam hal ini, soalan saya, bagaimanakah lanjutan cuti bersalin dan pengenalan cuti paternity yang akan mempengaruhi produktiviti dan kestabilan kewangan peniagaan? Apakah dasar tambahan yang boleh diperkenalkan untuk menyokong ibu bapa yang bekerja dan mempromosikan keseimbangan kerja dan kehidupan? Persoalan ini perlu kita untuk memahami kesan perubahan ini terhadap produktiviti perniagaan di samping memberikan sokongan tambahan untuk ibu bapa yang bekerja. Pada masa yang sama, kita mahu memastikan bahawa perubahan ini akan memberi manfaat kepada keluarga. Pada masa yang sama, tidak mengganggu perniagaan.
Seterusnya, untuk seksyen...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Saya minta satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Seksyen 130O iaitu merujuk kepada aturan kerja fleksibel. Pekerja kini boleh mohon aturan kerja fleksibel dan majikan diwajibkan memberi respons kepada permintaan tersebut dalam tempoh 60 hari.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Peruntukan ini bertujuan untuk mempromosikan keseimbangan kerja-kerja hidupan yang boleh meningkatkan kepuasan dan produktif kerja. Namun, bagaimanakah pengenalan aturan kerja fleksibel ini akan mempengaruhi budaya kerja tradisional di Sarawak? Untuk memastikan bahawa kedua-dua majikan dan pekerja mendapat manfaat daripada aturan kerja fleksibel, kita perlu mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh diambil.
Untuk mengakhirinya Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri dengan membangkitkan dengan Fasal 130O dan 130P iaitu kuasa kepada Menteri di mana ia perlu persetujuan Sarawak autoriti. Itu saya menyokong. Juga untuk 130P iaitu kaedah yang dibuat setelah berunding dengan pihak berkuasa Sarawak. Saya berpendapat syarat ini perlu ditambah lagi bukan sekadar berunding tetapi hendaklah dipersetujui oleh Sarawak autoriti.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dengan RUU Pindaan OBS ini adalah langkah penting ke arah memodenkan undang-undang buruh kita dan menyelaraskan dengan standard antarabangsa. Maka dengan menangani isu-isu utama seperti gangguan seksual, diskriminasi, buruh paksa, kebajikan pekerja, RUU ini persetujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan adil untuk semua. Maka dengan ini, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya membahas RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sarawak. Sarawak, bukan Sabah.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Ketawa] Oh, Sarawak. Tidak ikut kepada Menteri pula. Sebagai Ahli Parlimen yang unik bercirikan se-Malaysia, satu-satunya saya rasa mungkin dekat Dewan ini lahir dan bersekolah di Sarawak, kemudian menjadi wakil rakyat di Semenanjung, saya terpanggil bersama membahas RUU Ordinan ini.
Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Sarawak yang menunjukkan keberanian berinovasi dan dalam kerangka federalisme memacu Sarawak ke arah kemajuan dan kemakmuran yang lama sudah ditagih penduduknya. Sudah tentu untuk mencapai matlamat ini, Sarawak perlukan pekerja yang akan membantu dalam dengan izin, growth and development tenaga buruh yang berkualiti dan sejahtera. Sudah tentulah patut dan perlu dijaga dengan baik hal ehwal mereka. Bagi saya, ini adalah roh pindaan Ordinan Buruh Sarawak ini.
Menurut huraian RUU dalam blue bill, RUU ini bertujuan untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) untuk mematuhi standard dan amalan antarabangsa sebagaimana yang dikehendaki di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Pelan Konsistensi Buruh Malaysia-Amerika Syarikat dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa selaras dengan obligasi dan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa di samping sebagai langkah pertama ke arah pematuhan obligasi di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Tahniah kerajaan. Satu tahap bagus menjunjung federalisme. Elok juga dikembangkan seterusnya ke negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
RUU ini tebal tetapi sikit. Lima minit sama saja dengan yang nipis. Tak apa. Okey.
Saya pilih-pilihlah Speaker. Saya merujuk kepada fasal 19 meminda seksyen 73 Ordinan untuk melarang mana-mana kanak-kanak atau orang muda diambil bekerja dalam apa-apa kerja yang berbahaya. Soalan saya, berapakah bilangan kes membabitkan mangsa eksploitasi kanak-kanak dalam sektor buruh yang telah dikenal pasti oleh kerajaan setakat ini? Apakah jaminan dan langkah proaktif kerajaan khususnya bagi melindungi hak buruh kanak-kanak dan orang muda supaya mereka tidak menjadi mangsa eksploitasi oleh mana- mana pihak?
Menurut data JTK, sebanyak 935 notis pelanggaran standard perburuhan telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu dari 6,083 pemeriksaan berkanun. Jadi, saya setuju dengan pindaan Fasal 9 membenarkan seseorang pekerja untuk membawa apa-apa pertikaian di hadapan pengarah tanpa mengira amaun upah yang diterima. Kalau sebelum ini hanya RM5,000 ke bawah dan apakah usaha penambahbaikan pihak KESUMA dari segi pemantauan dan pengawalseliaan terhadap majikan seluruh negara termasuk Sarawak?
Fasal 73 bertujuan meminda jadual sedia ada dengan jadual baharu pertama bagi meluaskan skop perlindungan pekerja di bawah Ordinan. Faedah materniti Fasal 24. Saya sangat mengalu-alukan, saya memuji pindaan ini daripada 60 ke 94. Saya juga mengalu- alukan diberi perhatian juga kepada cuti bukan sahaja materniti dipanjangkan tetapi juga cuti paterniti juga dipanjangkan. Kita tidak mahu tragis yang berlaku kepada seorang bapa di Sabah yang kematian isteri yang baru melahirkan anak empat hari kerana dua hari saja dibagi cuti, hari keempat dia balik, anak menangis, isterinya meninggal dunia.
Saya selaku Ketua Kluster Wanita dan Gender Asian Forum of Parliamentarians on Population and Development menyambut baik pindaan yang mesra keluarga dan secara spesifik lagi mengoptimumkan waktu bonding bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Sikit lagi tuan Speaker tentang penginapan.
Fasal 52 bahagian baharu IVA bagi memperuntukkan bagi standard minimum perumahan penginapan dan kemudahan pekerja dengan menerima pakai Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446]. Sejauh manakah tahap pematuhan majikan terhadap akta ini yang sedia ada ini dan apakah perancangan KESUMA terhadap aktiviti pemantauan ke atas majikan untuk mewujudkan persekitaran, penginapan dan kemudahan pekerja yang kondusif? Termasuk kekerapan operasi bersepadu pematuhan penginapan pekerja yang dijalankan agar penguat kuasa undang-undang perburuhan dapat disebarluaskan di samping khidmat nasihat yang berterusan.
Keadaan tinggal bersama ramai-ramai dalam keadaan sesak begini akan menyebabkan penularan penyakit berjangkit menular begitu pantas, Menteri. Terutama di
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
kalangan pekerja asing. Ini saya ambil contoh di Meru dan Kapar serta Bandar Sultan Sulaiman. Ini di Kapar ya, bukan di Sarawak yang saya juga yakin ini juga berlaku di Sarawak.
Jadi, apakah tindakan proaktif pihak KESUMA bagi memastikan kita bukanlah third world country sangat daripada segi conditions of our buruh-buruh ini. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan yang penting pada kali ini. Saya juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada KESUMA atas usaha mereka menjayakan RUU OBS pada kali ini yang merupakan langkah penting memastikan undang-undang buruh kita terus relevan dan bersesuaian dengan keperluan negeri Sarawak.
Puan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan rang undang-undang ini terutama Fasal 71 yang meminda seksyen 130O dan Fasal 72 yang memperuntukkan satu seksyen 130P yang baharu yang saya percaya adalah bersifat berketerangkuman di antara pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.
Semalam ketika ditaklimatkan oleh KESUMA, saya telah diperjelaskan berkenaan dengan kedua-dua pindaan dan saya mengalu-alukan pindaan ini kerana ia selaras dengan Perkara 15(4) Laporan ICG yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menggubal perundangan subsidiari bagi perkara yang khusus kepada Sarawak di mana pindaan ini mengukuhkan peranan Sarawak dalam menggubal dasar dan peraturan di dalam negeri seperti mana yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Fasal 71 yang meminda seksyen 130O menyatakan dengan izin, “Minister may at the concurrent of the state authority make such rule to deal with any matter peculiar to the State of Sarawak”. Saya telah diperjelaskan oleh kementerian semalam bahawa terma ‘peculiar’ di dalam klausa 71 yang meminda seksyen 130O melihat kepada keperluan, keadaan dan perkara khusus dan unik kepada Sarawak dengan mengambil kira perundangan adat tempatan, perbezaan geografi dan sosioekonomi Sarawak yang berbeza dengan negeri- negeri lain di Malaysia. Keadaan-keadaan ini memerlukan pendekatan perundangan dan pentadbiran yang khusus dan pragmatik.
Antara contohnya, perkara yang turut dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut. Kawalan kuasa Imigresen Sarawak. Ini berkenaan hak dan kuasa Sarawak berkaitan kemasukan ke dalam Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen.
Kedua, tanah dan sumber asli Sarawak di mana Kerajaan Sarawak mempunyai kawalan penuh ke atasnya seperti minyak, gas, hutan dan mineral dan undang-undang buruh dan dasar sosial Sarawak sebagai contoh penempatan berkaitan pengajian, cuti dan waktu bekerja.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Manakala fasal 72 yang memasukkan seksyen 130P yang baharu menyatakan dengan izin, “Any amendment to this ordinance shall only be made after consultation with the state authority” yang menetapkan bahawa sebarang pindaan terhadap ordinan ini di masa hadapan hanya boleh dibuat setelah membuat rundingan dengan kerajaan Sarawak. Fasal ini merupakan satu mechanism yang amat penting untuk memastikan pengurusan Undang- undang Perburuhan di Sarawak dilakukan dengan inklusif mempertimbangkan keperluan khusus negeri serta menghormati autonomi yang dijamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
Mechanism ini berfungsi untuk melindungi kepentingan Sarawak dalam menghadapi cabaran perundangan yang mungkin timbul pada masa akan datang. Sambil memastikan keselarasan dengan dasar nasional tanpa mengorbankan identiti dan hak negeri Sarawak yang unik.
Saya menyambut baik saranan dan pindaan ini kerana ia dapat memastikan keunikan dan kepentingan Sarawak terus dihormati serta dilindungi dalam menggubal Undang-undang Perburuhan. Puan Yang di-Pertua, Sarawak memiliki keperluan dan sosioekonomi dan latar belakang geografi yang berbeza berbanding Semenanjung Malaysia. Justeru itu, ia hanya memerlukan pendekatan perundangan yang bersesuaian dengan keadaan Sarawak. Selain itu, Sarawak menghadapi cabaran dan peluang unik dalam sektor buruh terutamanya disebabkan oleh perbezaan struktur industri yang melibatkan sektor perladangan, pembalakan, dan petroleum.
Maka, proses perundingan amat penting untuk memastikan semua cadangan pindaan kepada Undang-undang Perburuhan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada kerajaan Sarawak yang lebih mengenai isu-isu masa depan yang mungkin kurang diketahui dan difahami sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan sekali gus memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak. Ini juga memastikan bahawa Dasar Buruh yang dilaksanakan bukan hanya berdasarkan perspektif dan kehendak Kerajaan Persekutuan tetapi turut menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di Sarawak.
Puan Yang di-Pertua, sebagai penutupan perbahasan ini izinkan saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menggubal dan memajukan RUU Ordinan Buruh Sarawak ini. Dengan adanya pindaan ini, khususnya melalui fasal 71 yang meminda seksyen 130O dan fasal 72 yang memasukkan seksyen 130P yang baharu yang saling berkait rapat membuktikan komitmen dalam memastikan undang-undang perburuhan terus relevan dengan keperluan Sarawak sambil menghormati autonomi yang terjamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang memerlukan pandangan dan persetujuan daripada kerajaan Sarawak.
Mechanism yang diperkenalkan juga penting dalam memastikan keunikan dan kepentingan Sarawak terus dihargai sambil menjamin kesejahteraan rakyat melalui dasar yang inklusif dan berpandukan keperluan tempatan. Saya mengalu-alukan dan menyokong Rang Undang-undang OBS ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang juga berasal daripada Sarawak, kepada semua pembahas-pembahas yang juga berasal daripada Sarawak. YB Kapar pun berasal daripada Sarawak yang telah membahaskan Undang-undang Ordinan Buruh Sarawak pada hari ini.
Batang Lupar sekarang ini memohon untuk turut serta membahaskan Rang Undang- undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang akhirnya dipinda setelah 20 tahun tanpa sebarang pindaan. Terima kasih kepada pihak Kementerian KESUMA dan semua pemegang-pemegang taruh yang terlibat dalam menjayakan pindaan Undang-undang Ordinan Buruh pada hari ini.
Secara dasarnya, Batang Lupar menyokong pindaan RUU ini kerana saya melihat bahawa pindaan adalah bersifat progresif terutama dalam memastikan hak bekerja khususnya golongan wanita dan kanak-kanak terpelihara selaras dengan kehendak konvensyen instrumen perburuhan antarabangsa. Antara pindaan yang terlibat adalah dengan menambah baik cuti bersalin di Sarawak daripada 60 hari kepada 98 hari untuk ibu, selain memperuntukkan cuti paterniti sebanyak tujuh hari kepada bapa. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Jabatan Perangkaan ada mendedahkan bahawa Malaysia bakal menjadi negara menua berikutan trend penurunan kadar kelahiran dan kematian berbanding tahun lalu.
Semoga dengan penambahbaikan di bawah pindaan ini, ia nya akan sedikit sebanyak dapat menggalakkan peningkatan kadar kelahiran di negara dengan memberi ibu dan bapa lebih banyak masa untuk bersama bayi mereka yang baru lahir.
Tuan Yang di-Pertua, Batang Lupar juga melihat bahawa terdapat pindaan seksyen 105 dan 105A yang bakal mengurangkan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Pada pemerhatian Batang Lupar, di Sarawak masih banyak syarikat-syarikat yang mengamalkan polisi kerja sepenuh atau separuh hari untuk hari Sabtu. Maka, Batang Lupar ingin bertanya sejauh manakah kesan pindaan ini kepada syarikat yang masih mengamalkan polis ini?
Adakah ia nya bermakna waktu bekerja di seluruh Sarawak akan diseragamkan dan ditetapkan kepada jam lapan hingga lima, Isnin hingga Jumaat. Pada masa yang sama, Batang Lupar juga menyokong pindaan ini yang memperjelaskan berkenan dengan pekerjaan yang dilarang dan pekerjaan yang berbahaya untuk kanak-kanak seperti pekerjaan dalam aktiviti pelacuran, perjudian, dadah, alkohol serta pengoperasian mesin dan peralatan yang bahaya.
Tuan Yang di-Pertua, Batang Lupar melihat bahawa pindaan ini dibuat dengan hasrat dan niat yang baik. Namun demikian, bagi memastikan pindaan ini benar-benar mencapai objektifnya perlu ada penguatkuasaan yang berkesan bagi memastikan ordinan ini dipatuhi.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Sebagai contoh, jelas dinyatakan di bawah seksyen 71A bahawa dengan izin, “The age of admission to light work as specified in paragraph (a) of subsection (2) of section 73 shall not be less than thirteen years”. Realitinya Tuan Yang di-Pertua, mungkin di lembah Klang atau di kawasan bandar kita jarang nampak. Tetapi kalau kita pergi ke pekan-pekan kecil di luar bandar dan pedalaman di Sarawak bukan lah sesuatu yang pelik untuk melihat kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang membantu ibu bapa mereka yang diupah bekerja di kedai makan, kedai runcit dan sebagainya.
Maka dalam hal ini, sejauh mana dan bagaimanakah peruntukan undang-undang di bawah ordinan ini akan dikuatkuasakan? Adakah terdapat sebarang bentuk pemantauan oleh pihak berkuasa atau saluran aduan yang boleh digunakan oleh orang awam? Mohon pencerahan daripada kementerian.
Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup perbahasan Batang Lupar untuk sidang Dewan Rakyat tahun 2024 ini amnya, Batang Lupar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya tidak lama lagi.
Yang baik GPS sokong, yang kurang baik insya-Allah kita bincang sampai jadi. Batang Lupar sokong 100 peratus Tuan Yang di-Pertua. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya menjemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih. Salam sejahtera. Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi ucapan ribuan terima kasih kerana diberi ruang untuk bersama untuk membahaskan Rang Undang-undang OBS ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan sokongan penuh terhadap cadangan pindaan dalam rang undang-undang ini yang mencadangkan pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.
Cadangan ini adalah salah satu daripada langkah yang sangat penting dalam memastikan pekerja dapat menikmati keseimbangan yang lebih baik antara kehidupan di tempat kerja dan kehidupan berkeluarga. Dalam konteks negeri Sarawak, langkah ini amat signifikan memandangkan sebahagian besar pekerja terlibat di dalam sektor pertanian, pembinaan dan pembuatan yang sering kali memerlukan kerja yang panjang dan intensif.
Dengan pengurangan waktu kerja ini, pekerja di Sarawak dapat menikmati rehat yang mencukupi sekali gus meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja dan memperbaiki kualiti hidup mereka.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang telah memimpin kerajaan GPS ini yang begitu prihatin dan juga berpandangan besar. Dan juga dengan sikap keterbukaan beliau untuk meneruskan pembentangan rang undang-undang ini dan dengan adanya persefahaman untuk mendapat rundingan dan harus dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Pengurangan waktu kerja ini juga selaras dengan Reduction of Hours of Work Recommendation 1962 (No.116), dengan izin, yang menyarankan agar jam bekerja di sesuaikan untuk memberikan lebih banyak masa kepada pekerja untuk mengurus kehidupan mereka di luar tempat kerja. Dengan adanya cadangan ini, pekerja di Sarawak, khususnya mereka yang bekerja di kawasan luar bandar dan sektor yang mencabar akan menumpukan lebih banyak masa kepada tanggungjawab keluarga serta menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka. Pindaan ini juga bukan saja memastikan kesejahteraan pekerja diutamakan tetapi juga meningkatkan motivasi dan komitmen mereka di tempat kerja.
Saya juga ingin menyentuh kepada sokongan saya terhadap flexible working hours arrangement yang telah dibentangkan dalam RUU ini. Aturan kerja fleksibel ini sangat relevan dan tepat pada masanya, terutama di negeri Sarawak di mana pekerja sering menghadapi cabaran geografi dan juga lokasi tempat kerja yang jauh daripada kemudahan bandar. Dalam era yang moden ini, fleksibiliti dalam aturan kerja amat diperlukan untuk menyesuaikan jadual kerja dengan keperluan hidup seharian, terutamanya bagi mereka yang perlu menguruskan tanggungjawab keluarga. Ini selaras dengan perubahan dunia pekerjaan yang semakin dinamik, di mana flexibility dan juga aturan kerja dapat memberi manfaat besar kepada pekerja dan juga majikan.
Dengan itu, saya di sini ada beberapa soalan ingin bertanya kepada Menteri Sumber Manusia. Adakah seorang pekerja boleh memohon ketiga-tiga flexibility working arrangement, dengan izin, iaitu perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan tempat kerja atau di mana-mana satu daripadanya? Soalan saya seterusnya adalah, apakah tanggungjawab majikan apabila mereka menerima permohonan daripada pekerjanya? Bolehkah majikan memberi kelulusan untuk tempoh tertentu ataupun bolehkah majikan tidak akan memberikan cuti rehat mingguan atau cuti tahunan selepas meluluskan permohonan flexible working arrangement itu?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh kepada chapter 3A iaitu sexual harassment iaitu di bawah 9A, di mana di bawah perubahan rang undang-undang ini, dia ada menyentuh mengenai tatacara untuk pengarah-pengarah membuat inquiry dan tatacara dan peraturan. Tetapi sejauh manakah perkara ini dapat melindungi pengadu-pengadu yang telah dibuat sex harassment ini? Apakah jaminan mereka akan dilindungi dan juga tidak di diskriminasi di tempat kerja selepas dakwaan ataupun report itu telah diajukan kepada pihak atasan dalam syarikat itu?
Bagaimanakah kalau pengarah itu sendiri yang terlibat? Siapakah yang menjadi hakim di dalam perkara ini? Apakah di dalam peruntukan undang-undang, di dalam Fasal 9A ini akan memberi jaminan kepada orang yang memberi tuduhan dan report itu dilindungi dan diberi keadilan yang sebenarnya.
Jadi, saya mohon supaya ini diperjelaskan dan untuk rekod Dewan yang mulia ini, saya inginkan undang-undang dan ordinan ini berselari dengan Labor Ordinance Sarawak dan juga RUU OBS ini hendaklah co-exist di dalam konteks negara kita dan negeri Sarawak.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya juga memohon supaya apa-apa jua yang berlaku di dalam perubahan Undang-undang Buruh yang melibatkan negeri Sarawak ini hendaklah mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih dan salam sejahtera Tuan Speaker.
*Hijau sungguh baju Menteri, Pua kumbu temanya hari ini, Terima kasih untuk RUU ini, Demi Sarawak tanah tumpah darah kami.
[Tepuk]* Tuan Speaker, Mas Gading ingin terus mengemukakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian berkenaan dengan pelaksanaan RUU Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024. Perkara pertama, berkenaan dengan cabaran pelaksanaan, khususnya di kawasan pekan terpencil dan luar bandar. Sarawak terkenal dengan kawasan pedalamannya yang luas dan mencabar dari segi accessibility. Justeru itu, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memastikan pelaksanaan ordinan ini mencapai pekerja di kawasan luar bandar dan pekan- pekan terpencil? Pemantauan yang berkesan adalah sangat penting untuk memastikan hak pekerja di bawah Ordinan Buruh Sarawak dapat dipelihara, terutamanya di kawasan luar bandar.
Mas Gading percaya, banyak pekerja tidak sedar tentang hak mereka, menyebabkan mereka mudah dieksploitasi. Oleh itu, Mas Gading ingin menekankan pentingnya penguatkuasaan yang konsisten dan sistematik untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat dan menyokong majikan yang mematuhi tanggungjawab mereka. Mas Gading ingin mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan unit bergerak atau sistem digital mesra pengguna untuk mendekati pekerja di kawasan ini. Selain itu, latihan kepada majikan di luar bandar juga perlu diberi penekanan agar mereka memahami sepenuhnya tanggungjawab mereka di bawah ordinan ini. Isu kedua pula berkenaan dengan kesedaran pekerja, khususnya pekerja di kawasan luar bandar.
Tuan Speaker, Mas Gading menyokong pindaan penggantian istilah worker kepada employee serta pengiktirafan yang lebih meluas terhadap kontraktor buruh dan pekerja separuh masa. Ini mencerminkan langkah proaktif kerajaan dalam menyesuaikan ordinan dengan perkembangan semasa di dunia pekerjaan. Namun begitu, apa yang lebih penting, Mas Gading percaya masih ramai pekerja yang masih tidak menyedari akan hak-hak mereka sebagai pekerja. Kalau di luar bandar pun ramai yang tidak mengetahui hak-hak mereka, apatah lagi mereka yang bekerja di kawasan luar bandar. Di ladang-ladang terutamanya,
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
masih ramai pekerja yang tidak tahu apakah hak mereka dari segi sudut gaji, waktu bekerja dan kemudahan asas di bawah Ordinan Buruh Sarawak ini.
Kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih aktif dan mengedarkan maklumat mengenai hak-hak pekerja dengan kempen yang lebih efektif yang menggunakan medium tempatan seperti radio, perjumpaan komuniti dan sebagainya. Persoalan Mas Gading, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan dan meningkatkan lagi kesedaran tentang ordinan ini di kalangan pekerja-pekerja di luar bandar?
Mas Gading juga ingin tahu bagaimanakah dan apakah bentuk kerjasama di antara agensi kerajaan dan majikan-majikan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai ordinan ini? Mas Gading ingin tahu, berapakah jumlah terkini mengikut negeri, majikan- majikan yang disabitkan dengan kesalahan yang berkaitan dengan ordinan ini?
Selanjutnya, isu ketiga. Menyentuh tentang umur minimum untuk pekerja berkaitan dengan isu perlindungan kanak-kanak. Tuan Speaker, di bawah RUU ini, umur minimum untuk bekerja yang ditetapkan pada 13 tahun dalam Ordinan Buruh ini adalah satu perkara yang perlu diteliti semula. Usia 13 tahun ini Mas Gading kira terlalu muda dan mentah. Anak- anak berusia 13 tahun masih dalam peringkat perkembangan dan mudah terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk gangguan seksual dan diskriminasi.
Oleh itu, Mas Gading menggesa kepada kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini. Saya ingin turut mencadangkan agar had umur minimum ini dinaikkan kepada 15 tahun. Persoalannya di sini, Mas Gading ingin tahu, apakah jaminan kerajaan bahawa kanak- kanak yang berumur 13 tahun ini dilindungi sepenuhnya daripada eksploitasi dan diskriminasi? Adakah kerajaan akan memandatorikan majikan untuk menyediakan latihan khusus mengenai keselamatan pekerjaan dan hak-hak mereka di bawah Ordinan Buruh Sarawak ini?
Mas Gading juga ingin menarik perhatian Dewan kepada pindaan yang melibatkan kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun, khususnya berkaitan penyeliaan pekerjaan berbahaya di bawah seksyen baharu 71A dan pindaan seksyen 73. Ordinan ini memperkenalkan fleksibiliti dengan membenarkan remaja bekerja dalam pekerjaan berbahaya di bawah penyeliaan langsung jika mereka berada dalam program vokasional atau kontrak perantisan. Sebaliknya, Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 melarang sepenuhnya kanak-kanak dan remaja terlibat dalam pekerjaan berbahaya, tanpa pengecualian. Terdapat percanggahan dari sudut undang-undang di sini. Jadi, Mas Gading mohon penjelasan akan perkara ini agar kita dapat memahami dengan lebih jelas mengenai percanggahan ini.
Mas Gading juga ingin mencadangkan pindaan berikut bagi menambah baik Ordinan Buruh Sarawak. Pertama, takrifan penyeliaan. Tetapkan garis panduan teknikal seperti keperluan latihan keselamatan untuk penyelia dan audit berkala terhadap tempat kerja.
Kedua, kriteria pekerjaan berbahaya. Sertakan senarai khusus pekerjaan berbahaya dalam Jadual tambahan, seiring dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda. Ketiga, larangan
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
mutlak bagi kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Meningkatkan konsistensi antara kedua- dua perundangan dengan mengutamakan pendidikan dan pembangunan kanak-kanak.
Seterusnya, isu keempat. Berkenaan dengan kemudahan perumahan dan kemudahan asas untuk pekerja ladang. Mas Gading ingin membawa isu berkenaan dengan kemudahan pekerja yang diperuntukkan kepada pekerja di bawah RUU ini, khasnya berkenaan dengan pengurusan tempat tinggal pekerja.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Mas Gading ingin mencadangkan agar piawaian minimum kebersihan dan keselamatan yang dinyatakan di dalam RUU ini disertakan dengan mekanisme pemantauan berkala oleh pihak berkuasa. Langkah ini penting untuk memastikan majikan sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan dan pekerja dilindungi daripada risiko kesihatan atau keselamatan.
Isu kelima Tuan Speaker, menyentuh tentang tempoh pembayaran gaji. Di bawah RUU ini, peruntukan mengenai masa pembayaran gaji yang membenarkan majikan membayar sehingga tujuh hari selepas tempoh gaji boleh menimbulkan tekanan kewangan kepada pekerja terutama yang bergaji rendah. Tambahan pula, bagi pekerja yang bergantung sepenuhnya pada gaji harian atau mingguan. Tempoh ini mungkin terlalu lama. Mas Gading mencadangkan agar tempoh pembayaran gaji ini dipendekkan kepada tiga hari selepas tempoh tamat gaji terutama untuk sektor yang bergantung tenaga kerja harian ataupun mingguan.
Isu keenam, berkenaan dengan pengurangan tempoh apprenticeship contract. Pindaan ini di bawah RUU ini akan mengurangkan tempoh minimum apprenticeship contract daripada dua tahun kepada enam bulan perlu diperhalusi. Mas Gading ingin bertanya, apakah rasional pengurangan tempoh minimum ini? Walaupun langkah ini bertujuan untuk memberi fleksibiliti kepada majikan dan pekerja, kita harus berhati-hati agar tidak mengorbankan kualiti latihan yang diterima oleh perantis. Bagi memastikan keberkesanan program latihan, Mas Gading mencadangkan agar tempoh minimum dinaikkan kepada 12 bulan disertai dengan mekanisme pemantauan yang lebih ketat oleh pihak berkuasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Seterusnya, isu ketujuh. Tenang Tuan Speaker, sedikit lagi.
[Ketawa] Isu ketujuh berkenaan dengan cuti paterniti bagi suami yang diperuntukkan di bawah seksyen 105. Walaupun ini satu langkah ke hadapan dalam mengiktiraf tanggungjawab bersama ibu bapa, tempoh tujuh hari ini masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan keluarga terutamanya bagi pasangan yang memerlukan sokongan penuh selepas kelahiran anak. Jadi Mas Gading mencadangkan agar cuti paterniti ini ditambah kepada 14 hari.
Tempoh ini lebih selaras dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa dengan mengambil contoh negara jiran kita di Singapura.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Perkara terakhir yang ingin saya kemukakan ialah berkaitan dengan diskriminasi dalam pekerjaan. Diskriminasi bukan sekadar tidak adil. Ia merosakkan, ia menciptakan persekitaran kerja yang toksik, mengurangkan dan menghalang produktiviti dan menyekat pertumbuhan ekonomi. Pekerja berhak bekerja dalam suasana yang selamat, hormat dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi sama ada berdasarkan jantina, agama, bangsa ataupun faktor lain.
Apa yang Mas Gading bimbangkan di sini ialah dengan kekaburan definisi diskriminasi dalam pindaan ini. Sebagai contoh, adakah menolak calon pekerjaan semata- mata kerana tidak boleh berbahasa Mandarin dianggap sebagai diskriminasi? Bagaimana pula dengan pekerja OKU yang mempunyai kemahiran? Untuk itu, Mas Gading ingin memohon penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia mengenai definisi yang jelas dan bagaimana pekerja boleh membuat aduan?
Akhir kata Tuan Speaker, Ordinan Buruh Sarawak adalah satu langkah ke arah memodenkan Undang-undang Buruh Negeri Sarawak. Namun, pelaksanaannya memerlukan perancangan yang teliti, sokongan daripada semua pihak dan perhatian kepada cabaran yang telah saya sebutkan tadi. Jadi Mas Gading yakin dengan komitmen dan kerjasama semua, ordinan ini boleh membawa manfaat besar kepada negeri Sarawak, pekerjanya dan majikannya.
Mas Gading ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year to all Malaysian especially to our Sarawakian walau di mana jua anda berada. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Mas Gading. Saya jemput Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia atas usaha yang dibuat untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak demi kebaikan seluruh warga pekerja di Sarawak. Objektif utama ordinan adalah untuk memberi perlindungan asas kepada pekerja-pekerja di Sarawak khususnya bagi menetapkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik di tempat pekerjaan.
Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, ordinan ini hanya dipinda sekali sahaja pada tahun 2005 sejak penguatkuasaannya pada 1 Julai 1952 di Sarawak. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kementerian Sumber Manusia atas usaha ini. Yang Berhormat Menteri juga maklumkan bahawa tujuan meminda RUU ini adalah untuk menyelaraskan peruntukan di bawah Akta Kerja 1955, Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.
Penyelarasan ketiga-tiga akta ini dalam satu ordinan jelas membuktikan komitmen Kementerian Sumber Manusia dalam memastikan bahawa manfaat yang diperkenalkan
Tuan Chiew Choon Man - Miri
melalui pindaan ini dapat diperluaskan kepada semua pekerja di seluruh negara termasuk di Sarawak. Langkah ini tidak hanya menutup jurang yang selama ini wujud dalam faedah pekerjaan antara wilayah tetapi juga memastikan keadilan dan kesejahteraan pekerja secara menyeluruh sejajar dengan prinsip keadilan sosial yang kita perjuangkan.
Walau bagaimanapun, setelah meneliti RUU ini dan mendapati tidak semua cadangan yang dimasukkan dalam RUU itu serupa dengan yang sedia ada di bawah Akta Kerja 1955 yang sedang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Apakah perbezaan yang ketara antara RUU dengan Akta Kerja 1955?
Seterusnya, saya juga ingin menyatakan sokongan penuh terhadap pindaan ini yang bertujuan untuk meningkatkan kebajikan pekerja di Sarawak selaras dengan prinsip keadilan sosial dan hak asasi pekerja.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian kepada Dewan tentang maklum balas yang diterima daripada golongan pengusaha terutamanya dalam kalangan industri kecil dan sederhana. Tidak dinafikan bahawa seperti yang berlaku ketika pindaan kepada Akta Kerja 1955 dibuat, ia akan secara tidak langsung membawa kepada peningkatan kos operasi pengusaha.
Sebagai langkah untuk mengimbangi situasi ini, saya cadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia boleh bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk pertama sekali, menyediakan program khas atau geran bantuan kepada IKS supaya membantu mereka mengurangkan kos operasi. Contohnya di negara-negara seperti Korea Selatan, kerajaan telah menyediakan insentif cukai untuk majikan yang mematuhi piawaian buruh yang ditetapkan. So, bukan sahaja kita denda mereka yang tidak ikuti piawaian tetapi kita juga memberi sedikit insentif untuk menggalakkan mereka supaya terus sentiasa mengikuti piawaian yang ditetapkan. Kedua, peningkatan produktiviti melalui latihan dan upskilling untuk para pekerja. Ketiga, teruskan inisiatif automasi dan digitalisasi bagi meningkatkan produktiviti.
Puan Yang di-Pertua, pindaan ini adalah langkah ke hadapan yang progresif. Namun, peningkatan kebajikan pekerja dan produktiviti ekonomi perlu bergerak seiring agar semua pihak dapat menikmati manfaat daripada ekonomi negara kita yang berkembang pesat.
Dengan itu, saya sekali lagi menyatakan sokongan terhadap pindaan RUU ini sambil menyeru supaya perhatian yang diberikan kepada usaha-usaha yang dapat meningkatkan produktiviti di IKS. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Miri. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan idea-idea, cadangan, maklum balas dan juga kritikan. Saya mengambil kritikan
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
tersebut sebagai kritikan membina terhadap usaha kita untuk yang saya katakan tadi menoktahkan ketidakadilan hampir 20 tahun ke atas pekerja di Sarawak dan hari ini kita bersama-sama usaha pelbagai pihak, pihak kerajaan di bawah KESUMA, pihak Kerajaan Sarawak, wakil-wakil pekerja, wakil majikan turut bersama.
Daripada pengamatan tadi saya, saya berada di sini sepanjang perbahasan. Saya mengambil maklum bahawa sebenarnya kesemua sembilan orang Ahli Yang Berhormat tidak kiralah daripada barisan kerajaan ataupun pembangkang telah pun menyokong RUU ini.
Saya jawab sedikit soalan yang telah dibangkitkan melalui perbahasan daripada sembilan orang Ahli Yang Berhormat tadi. YB Saratok, dia bertanya tentang pemantauan aduan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa sekarang, mana-mana pekerja, dia boleh membuat aduan secara terus sama ada ke Pejabat Tenaga Kerja di 16 cawangan Pejabat Tenaga Kerja di Sarawak ataupun melalui aduan atas talian.
Contohnya melalui sistem SISPAA, sistem Working for Workers iaitu satu aplikasi telefon pintar khusus yang dibangunkan oleh Jabatan Tenaga Kerja, talian khidmat melalui e- mel, telefon dan waima media sosial sekali, melalui media-media sosial, akaun-akaun milik KESUMA ataupun Jabatan Tenaga Kerja.
Bagi aduan yang berkaitan dengan tuntutan buruh yang melibatkan tuntutan kewangan, pekerja boleh membuat tuntutan tersebut melalui mahkamah-mahkamah buruh di Pejabat-pejabat Tenaga Kerja.
Berhubung dengan soalan tentang isu buruh paksa. Fasal 15 RUU Ordinan Buruh Sarawak pindaan kali ini merupakan peruntukan larangan buruh paksa yang secara amnya bertujuan untuk mencegah sebarang bentuk amalan buruh paksa dalam pekerjaan selaras untuk mematuhi Konvensyen ILO (No. 29) tentang buruh paksa.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Ada beberapa takrif ataupun petunjuk utama indikator buruh paksa yang terkandung dalam ILO nombor 29 tadi iaitu penganiayaan golongan rentan; penipuan; ancaman dan ugutan; dan sekatan pergerakan.
Segala petunjuk ini sebenarnya telah diliputi di bawah peruntukan sedia ada dan di bawah akta-akta yang lebih spesifik. Ada beberapa akta spesifik tentang isu buruh paksa ini.
Contoh, peruntukan sedia ada dalam Ordinan Buruh, tadi saya dah sebut Ordinan Buruh Sarawak menetapkan peruntukan tentang pembayaran upah dan peruntukan ini antara lain untuk menangani indikator buruh paksa berhubung dengan penahanan gaji.
Selain daripada itu, bab XIV Ordinan Buruh Sarawak ini juga menetapkan peruntukan tentang waktu kerja, hak bekerja lebih masa bagi menangani indikator buruh paksa tentang kerja melebihi had masa. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 juga mewajibkan agensi berlesen mendepositkan wang jaminan untuk kegunaan perbelanjaan jika berlaku keadaan di mana pekerja teraniaya disebabkan pemerdayaan, penipuan semasa direkrut ataupun diambil kerja. Kawalan ketat terhadap agensi pekerjaan swasta tersebut bertujuan untuk menangani indikator buruh paksa berhubung dengan penipuan dan perhambaan hutang.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Akta Pasport 1966 pula menetapkan kesalahan memiliki pasport milik orang lain tanpa kebenaran yang sah. Antara lain, untuk menangani isu amalan buruh paksa berkaitan dengan indikator penahanan dokumen pengenalan diri. Dan, sudah tentu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 menangani isu pemerdagangan orang secara amnya meliputi isu buruh paksa dengan cara pemerdagangan orang melalui keganasan fizikal dan seksual dan sebagainya.
Kita juga ada Kanun Keseksaan seksyen 372, seksyen 372A, Akta 574 dan sebagainya untuk memastikan isu buruh paksa ini dapat ditangani di negara kita. Justeru, peruntukan tentang buruh paksa dalam RUU kali ini ataupun yang kita bincangkan ini adalah merupakan pelengkap kepada peruntukan undang-undang lain yang lebih luas di negara kita.
Berhubung dengan pembayaran pendahuluan, pindaan kali ini telah membenarkan pembayaran pendahuluan selain daripada peruntukan sedia ada, pembayaran perbelanjaan harian dan perbelanjaan lain yang perlu bagi membiayai keperluan pekerja dan anggota- anggota keluarga mereka yang terdekat. Tadi YB dari Kapar telah menyatakan tentang isu pendidikan dan kesedaran. Kerajaan telah menjalankan pelbagai program pendidikan perburuhan dan operasi bersepadu dari masa ke semasa. Program pendidikan perburuhan yang telah dijalankan pada tahun ini sehingga November 2024 adalah berjumlah lebih kurang 126 program.
Manakala operasi bersepadu yang telah dilaksanakan sehingga November 2024 adalah 401 operasi. Pada masa kini, bagi pematuhan undang-undang perburuhan contohnya di ladang-ladang, kementerian ataupun jabatan ada dan akan terus menjalankan pemeriksaan di ladang-ladang secara berkala. Berdasarkan statistik JTK Sarawak, terdapat 1,425 ladang yang telah diusahakan di Sarawak dan jumlah pekerja bukan pemastautin yang telah diberikan lesen penggajian pekerja bukan bermastautin untuk ladang-ladang di Sarawak adalah seramai 58,046 orang manakala majikan yang ada menyediakan perumahan ladang adalah sebanyak 1,425 orang.
YB Batang Lupar menyatakan tentang pengurangan waktu kerja. Ini merupakan satu langkah progresif selari dengan The ILO Reduction of Hours of Work Recommendation 1962 yang mengesyorkan supaya negara-negara mempunyai waktu normal melebihi 48 jam seminggu mengambil langkah untuk mengurangkan tempoh waktu bekerja tersebut tanpa melibatkan pengurangan gaji dan faedah pekerja. Kajian telah dijalankan oleh ILO pada tahun 2009 mendapati bahawa negara-negara yang mempunyai waktu bekerja yang panjang secara umumnya mempunyai produktiviti buruh yang rendah. Manakala kajian oleh sarjana Tucker, P. and Folkard, S. (2012) pula mendapati bahawa waktu bekerja yang panjang dikaitkan dengan pelbagai peningkatan risiko kemalangan dan penyakit seterusnya menyumbang kepada peningkatan kos perniagaan dan kos kerajaan, masyarakat secara amnya.
Justeru, tidak hairan banyak negara maju telah menetapkan had waktu bekerja normal yang lebih rendah iaitu sebanyak 40 jam seminggu dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pengurangan waktu bekerja normal daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
ini, saya yakin kita telah melaksanakannya bukan sahaja akan meningkatkan kualiti kehidupan pekerja. Malah akan membantu untuk meningkatkan lagi keberhasilan yang akhirnya akan membantu syarikat ataupun sesebuah perniagaan tersebut.
Saya beralih kepada isu Puncak Borneo tentang flexible working arrangement ataupun aturan kerja anjal. Untuk makluman, bahagian baharu iaitu bahagian XIVB diwujudkan untuk memenuhi keperluan semasa untuk melaksanakan aturan kerja fleksibel atau anjal. Dia perlukan satu kaedah sebab ini adalah perundangan dan kita akan mengeluarkan satu garis panduan selepas ini. Mungkin selaras dengan apa yang telah dilaksanakan di bawah Akta Kerja 1955 di mana satu garis panduan pelaksanaan yang menetapkan ataupun memberikan panduan. Bukan sahaja tentang kaedah-kaedah permohonan, prosesnya, faedah-faedahnya malah diberikan contoh-contoh borang dan sebagainya akan dikeluarkan untuk tujuan penggunaan di negeri Sarawak.
Seseorang pekerja boleh mohon mana-mana satu ataupun ketiga-tiga bentuk aturan kerja anjal tersebut melibatkan perubahan waktu kerja, hari kerja ataupun tempat kerja dan majikan perlu memberi maklum balas sama ada meluluskan ataupun menolak permohonan tersebut dalam 60 hari daripada tarikh penerimaan. Maklum balas perlu dibuat secara bertulis dan jika permohonan ditolak, majikan perlu menyatakan alasan penolakan. Tadi saya sebut kita akan keluarkan satu garis panduan sesuai dengan penggunaan di Sarawak tetapi ini tidak bermakna bahawa peruntukan aturan kerja fleksibel ini perlu tunggu keluarnya garis panduan tersebut. Dengan lulusnya RUU ini, majikan dan pekerja di Sarawak boleh mengguna pakai peruntukan ini untuk melaksanakan aturan kerja anjal. Garis panduan itu adalah maklumat tambahan untuk dengan izin, handholding para majikan dan pekerja untuk melaksanakan perkara ini dengan lebih efektif. Cuti...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Puncak Borneo. Boleh minta sikit penjelasan? Saya mendengar jawapan tadi yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tetapi satu persoalan yang belum diperhalusi dan diberi pencerahan di mana boleh kah majikan ini tidak lagi memberi cuti rehat mingguan sekiranya mereka telah meluluskan permohonan flexible working arrangement?
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebab kalau mereka telah diberi flexible hours untuk bekerja dan sekiranya majikan mereka ini tidak mahu lagi meluluskan cuti mingguan ataupun tahunan, apakah petua yang Yang Berhormat Menteri boleh bagi?
Tuan Sim Chee Keong
Sebenarnya – welcome back, selamat kembali Tuan Speaker. Sebenarnya semasa Yang Berhormat Puncak Borneo sedang nak berdiri, saya tengah nak cakap bab ini iaitu tentang cuti tapi tak apa, tapi tak apa. Saya memang dengar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Majikan tidak boleh menolak cuti rehat mingguan ataupun cuti tahunan pekerja [tepuk] dengan alasan kelulusan aturan kerja anjal sebab khususnya cuti yang termaktub secara statutori ataupun perundangan yang kita bincangkan
Tuan Sim Chee Keong
di sini, RUU Ordinan Buruh Sarawak dan juga cuti-cuti yang telah dipersetujui dalam kontrak- kontrak kerja.
YB Mas Gading telah membangkitkan beberapa soalan tentang capaian pekerja, jumlah kesalahan majikan, umur minimum kanak-kanak bekerja, piawaian kebersihan, keselamatan serta mekanisme pemantauan gaji, cuti paterniti dan sebagainya. Capaian kepada pekerja, bagi memastikan pelaksanaan ordinan ini mencapai kepada pekerja-pekerja di kawasan luar bandar dan pekan-pekan terpencil.
Tuan Sim Chee Keong
Saya hendak bagi contoh, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak pada tahun 2024 telah mengadakan Program Pendidikan Perburuhan seperti program outreach di Rumah Panjang Bukit Mabong, Kapit yang melibatkan 200 orang penduduk rumah panjang. Selain itu, JTK Sarawak juga telah mengadakan Program Labour Go Rural Area di kawasan Daro, Balingan dan Mukah dengan kerjasama pejabat residen dan pejabat daerah yang melibatkan lebih 800 penduduk di kawasan tersebut. Program Banteras Buruh Paksa dan Eksploitasi Pekerja di Sibu, Marudi, Serian yang melibatkan penduduk di kawasan luar bandar berjumlah hampir 600 orang.
Program-program ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang undang-undang perburuhan, dasar-dasar perburuhan, isu-isu semasa berkaitan dengan perburuhan khusus kepada penduduk di kawasan-kawasan yang terpencil. Saya hendak minta jasa dan kerjasama juga rakan-rakan Ahli Parlimen, bukan sahaja di Sarawak tetapi di kawasan-kawasan lain jika ada keperluan untuk mengadakan sesi-sesi ataupun program- program outreach, program-program pendidikan, kesedaran di bawah KESUMA, khususnya isu-isu perburuhan, saudara dan saudari boleh memohon ataupun meminta, membuat kerjasama dengan pejabat-pejabat tenaga kerja di seluruh negara bagi melaksanakan program-program ini di kawasan-kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat.
JTK Sarawak juga meneruskan program-program ini pada tahun depan. Ada beberapa rancangan, contohnya program outreach di Bakun di kawasan Kabong, Saratok, Program Banteras Buruh Paksa dan Eksploitasi Pekerja di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Bakun, Marudi, Miri, Limbang dan Lawas.
Program Pendidikan Perburuhan bersama majikan dan pekerja ladang di Miri, Serian, Mukah, Bintulu. Program Mencegah, Kempen Mencegah dan Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang di Lawas, Marudi dan Kapit. Saya minta pegawai-pegawai supaya menjemput Ahli-ahli Parlimen yang berkenaan untuk turut serta dalam program-program yang telah kita rancangkan tadi.
Sepanjang tahun 2024, sebanyak 10 majikan telah didakwa di mahkamah dengan denda berjumlah lebih kurang RM4,500 manakala seramai 12 majikan telah dikenakan tindakan kompaun melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM294 ribu. Ini berkaitan dengan kesalahan-kesalahan pihak majikan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Gulung Yang Berhormat Menteri. Saya bagi satu minit sahaja ya. Yang Berhormat Menteri, tolong gulung.
Tuan Sim Chee Keong
Ya, gulung. Umur minimum untuk pekerja yang ditetapkan 13 tahun adalah untuk pekerjaan ringan, ia bukan pekerjaan berat dan selaras dengan umur minimum yang ditetapkan untuk pelaksanaan pekerjaan ringan di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 di Semenanjung dan piawaian ILO iaitu Minimum Age Convention 1973 ataupun ILO 138.
Cuti paternity tujuh hari saya mengambil baik cadangan saudara dari Mas Gading untuk menambahkan cuti paternity tetapi dikira pindaan kali ini merupakan satu penambahbaikan daripada sifar hari kepada tujuh hari. Jadi, kita akan terus menerus untuk mengkaji dan menyemak semula undang-undang perburuhan kita agar selaras dengan keperluan semasa dan juga piawaian-piawaian amalan terbaik dunia. Saya rasa dia ada beberapa sahaja lagi soalan termasuk dengan Miri. Saya akan berikan secara bertulis kepada Ahli-ahli Parlimen yang berkenaan sebagai menghormati petua Tuan Yang di-Pertua tadi.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat. Sememangnya dalam musim perayaan Krismas ini, ini merupakan satu hadiah Krismas buat 1.46 juta pekerja di Sarawak merupakan satu berita baik dan saya merasa amat bangga kerana berdiri bersama dengan generasi Ahli Parlimen yang telah menoktahkan ketidakadilan 20 tahun buat pekerja di Sarawak.
Gunung Murut Puncak Penghulu, Kerajaan yang megah tiada setara, Sama mendukung kanun yang perlu, Bela pekerja seluruh negara. Sekian, terima kasih pekerja KESUMA bangsa.
[Tepuk]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 75 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Hajah Rubiah binti Wang) dan diluluskan]
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI telah memfokus kepada inisiatif perkongsian data iaitu sebagai salah satu daripada langkah strategik bagi tujuan merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara. Perkongsian data Tuan Yang di-Pertua pada mulanya diperkenalkan untuk menyediakan data kepada agensi masing-masing kini telah berkembang menjadi satu aset yang boleh diakses dan dimanfaatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, perkongsian data ini juga berpotensi besar untuk menangani pelbagai cabaran sosial dan ekonomi, sekali gus boleh dijadikan sebagai pemacu utama dalam hal perkara menggalakkan inovasi untuk meningkatkan produktiviti negara.
Data turut memainkan peranan utama dalam hal menyusun pelbagai metodologi baru, merungkai hubungan kompleks dalam isu tertentu, pengagihan dana dan subsidi secara terancang serta berperanan Tuan Yang di-Pertua dalam langkah-langkah pencegahan krisis sebelum ia terjadi. Tanpa ketersediaan data yang holistik Tuan Yang di-Pertua dan akses yang menyeluruh, kemampuan pembuatan keputusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat boleh terjejas.
Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya bagi memperhebatkan lagi pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan, kementerian ini telah pun menggubal satu rang undang-undang baru mengenai perkongsian data dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam yang lain, yang dikenali sebagai Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 yang bertujuan untuk mewujudkan ekosistem tadbir urus yang lebih cekap, memastikan keselamatan data dan privasi serta meningkatkan kecekapan pendigitalan dalam pencapaian perkhidmatan awam.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, dalam era digital hari ini, hal pengurusan dan perkongsian data merentas agensi yang berkesan adalah penting dalam hal perkara pelaksanaan inisiatif pendigitalan untuk merealisasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap.
Tuan Yang di-Pertua, pemakaian Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 akan melibatkan perkongsian data di antara agensi, sektor awam Persekutuan dan juga badan berkanun Persekutuan apabila menerima permintaan daripada mana-mana agensi sektor awam.
Skop pemakaian ini adalah selaras dengan fasal 1(1), Perkara 74. Saya ulang, selaras dengan fasal (1), Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, di mana Parlimen
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
mempunyai punca kuasa Tuan Yang di-Pertua, penggubalan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 di bawah butiran 6, Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan jentera Kerajaan Persekutuan.
Skop pemakaian ini juga di atas faktor keperluan kerajaan yang mendesak untuk menyokong inisiatif semasa kerajaan dan memudahkan pelaksanaan tanpa halangan di bawah punca kuasa Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan punca kuasa yang dinyatakan ini, skop perkongsian data menurut Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 hanya meliputi perkongsian data dalam kawalan agensi Kerajaan Persekutuan dan badan berkanun yang ditubuhkan menurut undang-undang Persekutuan. Berkenaan dengan pemakaian di peringkat kerajaan negeri, Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini tidak terpakai kepada kerajaan negeri memandangkan perkara berkaitan dengan jentera kerajaan negeri diperuntukkan di bawah butiran 7, Senarai Negeri, Jadual Sembilan, Perlembagaan Persekutuan di mana badan perundangan negeri boleh juga mempertimbangkan untuk menggubal dan menerima pakai perundangan berkenaan dengan perkongsian data ini.
Tuan Yang di-Pertua, melalui perkongsian data antara agensi sektor awam akan membolehkan data diperolehi daripada sumber yang sah dan terkini bagi membolehkan pihak penggubal dasar kerajaan membuat keputusan yang lebih cepat dan tepat. Data sektor awam juga amat penting dalam menyumbang kepada penyampaian pendigitalan perkhidmatan merentas agensi kerajaan sekiranya perkongsian data dilaksanakan dengan cekap.
Cabaran utama Tuan Yang di-Pertua yang dikaitkan dengan perkongsian data pada masa ini adalah seperti berikut:
(i) kebimbangan privasi data;
(ii) aspek kekangan perundangan semasa;
(iii) aspek risiko keselamatan penggunaan data;
(iv) hal perkara format data yang tidak diseragamkan serta pertindihan perkumpulan data yang sama dan berulang;
(v) aspek kualiti dan ketepatan data; dan
(vi) kekurangan kepercayaan terhadap ekosistem perkongsian data di antara pihak-pihak yang berkepentingan.
Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, penggubalan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 adalah merupakan penyelesaian bagi menangani kekangan perundangan dalam perkongsian data. Manakala, garis panduan dan pekelilingnya akan dibangunkan berdasarkan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 akan menjelaskan lebih lanjut dan terperinci berkenaan dengan perkongsian data dalam agensi sektor awam ini.
Perkongsian data di bawah Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini boleh disifatkan sebagai satu penzahiran menurut perundangan bertulis yang berkenaan seperti yang disenaraikan dalam jadual Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini. Perkara ini akan membolehkan perkongsian data sektor awam dilaksanakan dengan lancar. Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini turut memberikan pertimbangan yang seimbang
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
kepada keperluan untuk melindungi data-data tertentu atas sebab-sebab keselamatan negara, kepentingan awam atau sebab lain-lain yang tidak mewajarkan data itu dikongsi.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini tidak akan melibatkan sebarang pindaan ke atas perundangan Persekutuan yang berkuat kuasa. Buat masa ini, terdapat akta dan peraturan lain yang terpakai kepada pegawai-pegawai awam iaitu Akta Rahsia Rasmi 1972 ataupun dikenali sebagai Akta 88 dan juga Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sekiranya pegawai awam disabitkan dengan isu ketirisan semasa mengendalikan data.
Pemakaian Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 bertujuan perkongsian data dalam bagi tujuan — maaf, perkongsian data dalam kawalan agensi sektor awam ini hendaklah dibaca dan diurus selaras dengan apa-apa perundangan dan arahan berhubung dengan keselamatan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Dalam erti kata yang lain Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis yang lain yang berkaitan yang membenarkan satu perkongsian data itu dibuat. Sebagai tambahan, Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 tidak menghalang mana-mana pihak daripada membuat perjanjian perkongsian data. Namun, ia haruslah selaras dengan tujuan dan perkara yang diperuntukkan di bawah Rang Undang- undang Perkongsian Data 2024 ini.
Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini Tuan Yang di-Pertua adalah merupakan satu punca kuasa undang-undang yang jelas bagi mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan perkongsian data, menambah baik keberkesanan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam serta membolehkan aktiviti mengurus dan mengawal selia perkongsian data dengan lebih cekap dengan penglibatan semua pihak yang berkepentingan.
Tuan Yang di-Pertua, perwujudan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara dan peranan pengawal selia yang diberikan kepada Ketua Pengarah JDN merupakan satu tindakan ke arah mewujudkan struktur tadbir urus perkongsian data sektor awam yang lebih sistematik dan berfokus di dalam ekosistem perkongsian data di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini Tuan Yang di-Pertua, akan membolehkan aktiviti mengurus dan mengawal selia perkongsian data bertambah cekap dengan penglibatan semua pihak berkepentingan. Hal ini bertujuan supaya perkongsian data dapat dilaksanakan dengan selamat dan berkesan dalam merealisasikan hasrat negara dalam meningkatkan ekonomi digital.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat ini, Kerajaan Madani berpandangan telah tiba masanya agar Malaysia mempraktikkan amalan dan tadbir urus terbaik, dengan izin, best practices in good governance, seperti mana yang dipraktikkan di negara-negara luar dalam memastikan perkongsian data sektor awam mempunyai struktur tadbir urus perkongsian data yang lebih sistematik.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini meliputi elemen-elemen utama seperti berikut, pertama, Bahagian I, mengandungi perkara permulaan iaitu dari fasal 1 sehingga 4. Antaranya adalah tafsiran utama seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 3 seperti data. Ertinya apa-apa fakta statistik, arahan, konsep atau maklumat lain dalam bentuk yang boleh disampaikan, dianalisis atau diproses sama ada oleh individu, oleh komputer ataupun cara lain.
Tafsiran data Tuan Yang di-Pertua adalah bertujuan untuk memberikan satu tafsiran yang meluas berkenaan dengan apakah yang dimaksudkan dengan data di mana meliputi semua jenis data dalam kawalan agensi sektor awam dalam apa-apa jua format dan bentuk.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan rukun perkongsian data.
Subfasal 4(1) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 hendaklah dibaca bersama-sama dengan peruntukan undang- undang bertulis lain yang membenarkan satu perkongsian itu dibuat, tertakluk kepada syarat yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis itu dan peruntukan Rang Undang- undang Perkongsian Data 2024 hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan.
Subfasal 4(2) Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana- mana orang yang berkongsi data di bawah Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 disifatkan telah membuat penzahiran menurut peruntukan yang dinyatakan di dalam ruang
(3) di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam ruang (2) jadual kepada Rang Undang- undang Perkongsian Data 2024.
Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, subfasal 4(3) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa data agensi sektor awam hendaklah diurus selaras dengan Akta Rahsia Rasmi Tahun1972 [Akta 88] dan apa-apa arahan yang berhubungan dengan keselamatan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Bahagian II Tuan Yang di-Pertua, mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang selepas daripada ini saya rujuk sebagai jawatankuasa, Tuan Yang di-Pertua, iaitu daripada fasal 5 sehingga 10 yang memperuntukkan mengenai penubuhan dan keanggotaan dan juga fungsi jawatankuasa, perjalanan sementara fungsi pengerusi jawatankuasa oleh timbalan pengerusi jawatankuasa, tatacara mesyuarat dan jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat sebagai penasihat serta penubuhan jawatankuasa kecil mengikut keperluan.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Seterusnya, fasal ini memperuntukkan mengenai Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab perkara-perkara berkaitan digital sebagai Pengerusi, pelantikan Timbalan Pengerusi dalam kalangan anggota Jawatankuasa dan Ketua Pengarah JDN sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Bahagian III Tuan Yang di-Pertua, mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kewajipan dan kuasa Ketua Pengarah JDN seperti yang diperuntukkan dalam fasal 11. Selain itu, Ketua Pengarah JDN hendaklah mempunyai kuasa yang perlu bagi atau berkaitan dengan atau semunasabahnya, bersampingan dengan perjalanan kewajipan dan kuasa di bawah Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024.
Bahagian IV Tuan Yang di-Pertua, mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan perkongsian data antara agensi sektor awam iaitu dari fasal 12 hingga 21 yang antara lainnya memperuntukkan mengenai permintaan dan perkongsian data, penolakan sebahagian atau semua data oleh pembekal data, kewajipan yang perlu dipatuhi oleh pembekal dan penerima data, fi yang boleh dikenakan oleh pembekal data di bawah mana- mana undang-undang bertulis kepada peminta serta melaporkan butir-butir yang berhubungan dengan perkongsian data kepada Ketua Pengarah JDN.
Jadi, perkara yang perlu diberi penekanan di situ adalah fi yang boleh dikenakan oleh pembekal data di bawah mana undang-undang bertulis kepada permintaan serta pelaporan butir-butir yang berhubungan dengan perkongsian data tersebut.
Antaranya adalah fasal 17 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan pihak ketiga Tuan Yang di-Pertua, untuk melindungi data yang dikongsi. Pihak ketiga tersebut hendaklah mengendalikan data itu dengan mematuhi Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 dan memastikan kehendak keselamatan data yang dikongsi itu dipatuhi. Sekiranya tidak dipatuhi Tuan Yang di-Pertua, apabila disabitkan akan didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian V Tuan Yang di-Pertua, mengandungi Peruntukan Am dari fasal 22 sehingga fasal 29 yang meliputi perkara-perkara seperti berikut:
(i) aspek penguatkuasaan oleh pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan berhubung dengan penguatkuasaan pemeriksaan dan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini;
(ii) aspek larangan kepada mana-mana pegawai ataupun pekhidmat satu agensi sektor awam daripada menzahirkan apa-apa maklumat yang diperolehi semasa menjalankan kewajipan mereka selain dari maksud Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024;
(iii) perlindungan terhadap Menteri, mana-mana anggota Jawatankuasa, Ketua Pengarah JDN atau mana-mana pegawai atau pekhidmat agensi sektor awam daripada guaman dan prosiding undang-undang berkaitan;
(iv) pendakwaan yang tidak boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis pendakwa raya;
(v) tanggungan seorang pengarah pegawai pematuhan, pengurus setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya berkenaan dengan kesalahan oleh badan berkanun;
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
(vi) pengecualian mana-mana orang atau golongan daripada mana- mana atau semua peruntukan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024;
(vii) kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan kepada Ketua Pengarah JDN selaras dengan peruntukan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini dan Ketua Pengarah JDN hendaklah melaksanakan arahan itu; dan
(viii) kuasa kepada Menteri untuk meminda Jadual kepada Rang Undang- undang Perkongsian Data 2024 setelah berunding dengan Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi satu undang-undang yang berkaitan melalui perintah yang telah pun disiarkan di dalam warta.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini adalah penting untuk mewujudkan undang-undang yang komprehensif, menambah baik tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan. Selain itu, Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini juga akan mengutamakan privasi dan keselamatan data serta mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam amalan perkongsian data, selain berupaya untuk meningkatkan kepercayaan orang awam melalui komunikasi secara telus.
Melalui penggubalan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini, ianya merupakan bukti komitmen Kerajaan MADANI bagi meningkatkan perkongsian data dengan cara yang selamat dan berkesan serta dapat menjayakan hasrat untuk merancakkan agenda pendigitalan negara Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, dengan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini, perkongsian data akan dapat dipertingkatkan setara dengan perundangan lain di peringkat global, sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia.
Pada masa yang sama, pengharapan saya agar pelaburan asing akan dapat dipertingkatkan serta meningkatkan daya saing dan menyokong pertumbuhan perniagaan dan ekonomi digital ke arah status negara berpendapatan tinggi. Dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya memohon mencadangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Saya mohon menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang mana satu? Dua-dua. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memperuntukkan perkongsian data dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam dengan agensi sektor awam lain, penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara, fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara berhubung dengan perkongsian data dan perkara lain yang berkaitan dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum saya mulakan perbahasan, saya ingin mengingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas bahawa saya hanya memberikan lima minit sahaja dan kemudian selepas lima minit, saya akan maklumkan dan kita tak boleh lebih daripada lima minit itu.
Jadi, saya bacakan senarai pembahas. Pertama, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pulai dan Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam sebagai pembahas pertama.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024. Sebuah inisiatif pada pandangan saya, mampu menjadi game changer, faktor perubahan besar bagi kecekapan pentadbiran, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara kita.
Pertama, saya ingin mengajak rakan-rakan Ahli Dewan mengakui potensi besar rang undang-undang ini. Secara dasarnya, ia sangat penting untuk mengoptimumkan penggunaan data yang dipunyai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Sebelum ini, banyak halangan bagi perkongsian data ini kerana setiap data adalah di bawah kawalan jabatan dan agensi masing- masing yang tertakluk kepada peraturan dan statut yang tertentu.
Melalui perkongsian data yang bersepadu dan sistematik ini, kerajaan dapat memanfaatkan penggunaan data untuk tujuan penggunaan data raya dan untuk kerja-kerja penyelidikan. Kerajaan dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran dan tatakelola perkongsian data antara agensi, dapat mengurangkan birokrasi yang sering membebankan rakyat dan menjejaskan sistem penyampaian.
Data yang lengkap dan tepat membolehkan kerajaan merangka dasar yang lebih efektif, khususnya dalam pemberian bantuan subsidi bersasar dan gaji progresif dalam sektor kesihatan, pendidikan, perancangan bandar dan lain-lain lagi. Sebelum ini, kita sering mendengar Menteri Ekonomi menghadapi masalah kerana data itu bertaburan di sana-sini dan beliau ada menyebutkan tentang Akta Omnibus dan sebagainya. Tapi dengan adanya akta ataupun Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini, kita harap dilema Menteri Ekonomi tidak akan berpanjangan dan akan berakhir.
Rang undang-undang ini juga boleh memacu inovasi ekonomi digital yang diketuai oleh Menteri kita. Dengan membolehkan data diakses secara terkawal, kita memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk berkolaborasi dengan komuniti perniagaan, mencipta teknologi baharu seperti aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk menyelesaikan masalah-masalah dan meningkatkan kehidupan rakyat kita.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Namun Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita meraikan potensi ini, kita juga tidak boleh mengabaikan persoalan-persoalan dan cabaran yang timbul. Saya ingin bertanya, apakah langkah memastikan isu privasi dan keselamatan data sensitif individu tidak akan bocor dan disalahgunakan? Ini sering kita bahaskan.
Mei 2022, terdapat dakwaan bahawa data peribadi 22 juta rakyat Malaysia telah bocor dan dijual di forum pasaran gelap dengan harga USD10 ribu ataupun kira RM43 ribu.
Walaupun pihak berkuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara telah menafikan berlaku kebocoran tersebut tetapi dakwaan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan mencabar sistem keselamatan data bagi warganegara kita.
Selain itu, pada April 2024, CyberSecurity Malaysia juga melaporkan peningkatan mendadak dalam insiden kecurian data daripada 50 kes pada tahun 2022 kepada 646 kes pada tahun 2023, walaupun seksyen 16 menetapkan kewajipan pengurusan dan kerahsiaan kepada pihak-pihak yang memberi dan menerima data. Seksyen 17 menetapkan kewajipan kepada pihak ketiga untuk melindungi data yang dikongsi serta implikasi kegagalan mematuhi kewajipan ini, boleh didenda tidak lebih daripada RM1 juta dan dipenjara tidak lebih daripada lima tahun.
Namun, kita semua sedar akan risiko serangan siber dan kebocoran data. Oleh itu, apakah rangka kerja keselamatan siber yang jelas dan ketat yang ditetapkan oleh pihak kementerian kerana mencegah lebih baik daripada menghukum? Tidak semua jabatan dan agensi mempunyai keupayaan teknologi dan pangkalan data yang sama. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan dalam pelaksanaan. Bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani jurang ini?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar rangka kerja keselamatan data yang kukuh dan piawaian keselamatan siber mesti menjadi keutamaan.
Bagaimanakah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia dapat digembleng untuk menentukan piawaian yang ketat dan terjamin?
Akhirnya oleh kerana kesuntukan masa Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi mengulangi bahawa Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 ini adalah peluang besar untuk negara kita melangkah ke era digital yang lebih progresif. Namun, ia memerlukan pelaksanaan yang berhati-hati dan penuh tanggungjawab. Marilah kita memastikan bahawa undang-undang ini bukan sahaja memanfaatkan kerajaan tetapi juga melindungi rakyat yang menjadi nadi kepada pembinaan negara.
Akhirnya, saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan selamat pulang kepada kawasan masing-masing. Selamat menyambut Hari Natal, selamat tahun baharu dan jumpa lagi pada tahun 2025. Sekian, Shah Alam menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Kini saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan semua rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana membentangkan suatu akta yang saya kira penting untuk mengawal data-data dan kesinambungan daripada perbincangan- perbincangan, perbahasan-perbahasan sebelum ini.
Sebagai satu pedoman untuk kita, sebenarnya perkongsian data ini bukanlah perkara yang baharu tetapi kalau kita rujuk dalam aspek sejarah Islam dari sudut hadis Nabi SAW meriwayatkan hadis. Hadis itu dianggap sebagai data. Apabila ia nak diriwayatkan kepada orang itu, orang itu, maka orang yang menerima hadis itu diibaratkan sebagai penerima data.
Jadi dinilai status hadis itu kepada siapa yang membawa data tersebut, perangainya, kesahihan data itu. Itu perkara-perkara yang kita rasa boleh diambil pedoman dalam membincangkan perkara-perkara sebegini.
Yang Berhormat Speaker, saya ada beberapa persoalan yang ingin saya tanya.
Secara umum saya menyokong Yang Berhormat Menteri tapi ada beberapa isu yang saya kira kita semua kena diperjelaskan.
Pertama, mengenai keselamatan data. Tadi Yang Berhormat Shah Alam ada sebut, bagaimana kita nak pastikan data yang dikongsi itu selamat? Ini kerana ia ada beberapa isu, Yang Berhormat. Kita dapati di setiap agensi kementerian ini tidak semua pegawai ataupun ada jabatan yang mahir menguruskan data. Bila data itu dikongsi, siapa dia agensi itu akan uruskan data tersebut? Ia mestilah,pegawai itu mestilah mempunyai kemahiran yang sama dengan orang yang ada data induk. Pemberi data, penerima data, kemahirannya mesti sama.
Barulah data itu dapat kita pastikan ia selamat dan terjamin.
Apa mekanisme kawalan? Audit berkala, protocol encryption dengan izin, latihan berterusan. Perkara ini juga mesti selaras setelah kita luluskan RUU ini. Apa standard keselamatan yang kita nak gunakan? Piawaian itu saya rasa mesti sama. Kalaulah setiap agensi itu ada piawaian masing-masing, kalau 10 agensi, 10 piawaian, nanti ia akan jadi bercelaru, Yang Berhormat Speaker. Saya cadangkan supaya ada satu standard piawaian yang sama untuk memudahkan pihak kerajaan ataupun kementerian untuk buat audit supaya ia kekal terjaga dan selamat.
Isu yang kedua ialah platform. Data itu bila dipindahkan kepada penerima yang baharu, adakah platform itu platform yang sama? Ini siapa yang nak pastikan? Kalau ia platform yang berbeza, sudah tentu data itu sedikit sebanyak akan memberi kesan, ada perubahan. Mungkin ada data tercicir dalam proses migrasi data. Ini perkara-perkara teknikal yang saya rasa perlu diberi perhatian juga.
Perkara ketiga ialah juga berkaitan dengan platform tadi. Kalaulah data induk itu dikemas kini, adakah data pihak-pihak yang menerima data juga akan automatik ataupun kita sebut auto update? Nanti kalau pemberi data bagi data A, pergi kepada penerima, data itu mungkin dah berubah. Jadi akhir sekali data itu tetap tak matching, Yang Berhormat Menteri.
Mungkin setelah tiga tahun, empat tahun data itu berubah. Akhirnya setiap kementerian,
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
setiap agensi ada data yang berbeza juga tetap tak selaras. Jadi, tidak ada maknalah kalau kita berkongsi data tapi tak dibuat auto update untuk semua sekali merentasi agensi ataupun merentasi kementerian.
Keempat, isu dalam fasal 17, kewajipan pihak ketiga untuk melindungi data yang dikongsi. Isunya ialah bagaimana kepatuhan pihak ketiga itu diaudit? Siapa yang audit pihak yang ketiga itu? Penerima data ataupun pemberi data? Kedua, bagaimana kalau pihak ketiga itu beroperasi di luar negara Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri? Sebab bila di luar negara, dia tidak tertakluk dalam undang-undang dalam negara. Jadi bagaimana perkara itu boleh berlaku?
Apa yang saya rasa tidak begitu puas hati ini ialah nilai denda kepada pihak ketiga ini. Kalau dia didapati membocorkan data ataupun ketirisan data itu berlaku, dikendalikan oleh third party, nilai itu RM1 juta. Saya rasa nilai itu sedikit Yang Berhormat Menteri kerana diletakkan nilai itu sama dengan kos kerugian akibat kehilangan data. Itu lebih adil.
Bayangkan kalau kita hilang data, mungkin nilai kerugian itu lebih daripada RM1 juta tapi dia di denda RM1 juta sahaja. Kalau orang itu dia ada niat jahat, baik dia bayar denda RM1 juta sebab dia dapat untung banyak lagi. Ini saya rasa perkara yang perlu diberi perhatian semula dalam amaun denda RM1 juta tersebut.
Kedua terakhir Yang Berhormat Speaker, fasal 24. Ini juga satu persoalan. Tidak boleh diambil tindakan guaman, pendakwaan prosiding. Ini juga satu macam open, macam cek kosong. Macam satu diberi satu cek kosong, kalau berlaku kecuaian, tak boleh didakwa.
Jadi, seolah-olah pegawai-pegawai yang melaksanakan proses perkongsian data itu dia boleh buat kerja itu sambil lewa. Dia kata, “Tak apalah cuai pun sebab tak ada undang-undang yang boleh dakwa dia”. Ini satu perkara yang menunjukkan macam kita tak serius nak jaga keselamatan data tersebut.
Saya cadangkan supaya klausa itu mungkin boleh dipinda. Saya bimbang perkara ini akan jadi satu lesen untuk dia. Kita tidaklah bersangka jahat Yang Berhormat Speaker tapi saya bimbanglah ke depan-depan ini dia akan rasa, oh, tak apa dia buat apa-apa pun sebab tidak ada apa yang boleh mendakwa dia di dalam tindakan undang-undang ataupun di mahkamah.
Fasal akhir sekali yang saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri, fasal 27, Menteri boleh mengecualikan mana-mana orang daripada mana-mana klausa peruntukan akta ini. Ini juga berkait dengan isu tadi Yang Berhormat Speaker, sudahlah dia tak boleh didakwa, Menteri pula boleh mengecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Saya rasa ini satu – kita di awal tadi kita mengikat, kemudian di hujung akta ini, rang undang- undang ini kita membuka. Jadi ada sedikit macam contradict, Yang Berhormat Speaker. Saya perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri Digital bahawa ada satu langkah yang berkenaan data sharing ini supaya kita boleh kawal selia dengan baik.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
So saya rasa setiap rang undang-undang ini yang dibentangkan tentunya membawa kesan positif dan juga semestinya akan ada perkara yang kita harus diperhalusi dan dibaiki.
Namun inti pati utama setiap RUU adalah demi kebaikan bersama.
Berhubungan dengan RUU Perkongsian Data 2024 dirangka untuk memperkenalkan peraturan Perkongsian Data antara sektor awam. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian dan juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Antara perkara kebaikan apabila kita rujuk pada RUU ini ia meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Perkongsian data membolehkan agensi sektor awam bekerjasama dengan lebih efektif meningkatkan keberkesanan, kecekapan dalam perancangan serta penyampaian perkhidmatan.
Adalah respons lebih pantas dalam situasi kecemasan data yang dikongsi dapat membantu dalam tindakan pantas menghadapi bencana alam, ancaman keselamatan atau kecemasan kesihatan awam. Saya juga membangkitkan bahawa memupuk kerjasama antara agensi. Penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara mampu memperkukuhkan koordinasi dan kolaborasi antara agensi sektor dan awam dan melindungi data dengan kerangka perundangan. RUU ini memperkenalkan garis panduan yang jelas untuk memastikan keselamatan privasi dan kerahsiaan data seperti dalam fasal 16 dan 17.
Seterusnya saya ingin juga walaupun kita ada pelbagai fasal-fasal yang ada guidelines yang kita boleh protect, however saya ada perkara yang saya ingin merujukkan dan juga mendapat sedikit penjelasan dan juga untuk expansion of the law and how far it can help. Merujuk kepada fasal 13(b) dan (c) ada menyatakan untuk mengurangkan atau mencegah ancaman terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan seseorang atau ancaman terhadap kesihatan atau keselamatan awam, (c) untuk bertindak balas terhadap kecemasan awam. Oleh itu, saya ingin dapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah data kesihatan seperti maklumat DNA, maklumat kumpulan darah akan juga diambil kira akan digunakan jika ada waktu kecemasan.
Kedua, adalah apakah data telco itemised bill ini juga akan diambil kira sebagai data sharing dalam proses ini? Kerana itemised bill ini juga maklumat. Ia juga akan breach the privacy kerana saya bangkitkan isu-isu ini akan juga ada pihak yang di luar sana mempertikaikan RUU ini. Kalau kita tidak memberi most specific look into this matters.
Apakah definisi data dalam konteks RUU ini yang dimaksudkan?
Ketiga adalah apakah bezanya database PADU dan juga RUU ini dimaksudkan?
Bagaimana ia boleh diperbezakan, bagaimana fungsinya masing-masing. Akta atau undang- undang manakah yang akan digunakan atau menjadi rujukan utama apabila ia melibatkan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Akta Rahsia Rasmi (Official Secrecy Act) atau Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 yang digunakan jika ada apa-apa isu salah guna kuasa atau salah guna data ataupun breach of information yang terlibat dalam RUU ini? Apakah jaminan yang boleh diberikan kementerian untuk melindungi privasi data serta memastikan keberkesanannya.
Sudah tentu akan ada kebimbangan rakyat terdapat kegusaran terhadap isu kebocoran data, ancaman scam. Kita boleh lihat baru-baru ini kita telah meluluskan beberapa RUU berkenaan dengan digital, telekomunikasi dan sebagainya. Sudah tentu akan ada pelbagai kegusaran dan juga concern of the public berkenaan dengan bagaimana ia untuk kita mengelakkan membawa sebarang mudarat.
Selain kebaikan berikut juga adalah risiko dan cabaran yang perlu diberi perhatian.
Risiko penyalahgunaan data walaupun ada full law yang akan dikawal selia yang dinyatakan dalam fasal 17 dan 18, privasi individu juga akan terganggu. Kos pelaksanaan yang tinggi.
Berapakah kos sebenarnya melibatkan ataupun pelaksanaan RUU ini.
Adakah fi akan dikenakan kepada agensi atau sektor yang terlibat kerana kos ini melibatkan juga sistem integrasi keselamatan dan penyeliaan. Sekiranya berlaku ketirisan data, rakyat mungkin akan ada trust deficit tetapi saya yakin dengan RUU ini akan juga memberi satu keyakinan dan juga kepercayaan bahawa kita lebih teratur dalam menguruskan data yang lebih cekap.
Akhir sekali adalah saya ingin juga mengatakan RUU Perkongsian Data 2024 berpotensi mempercepatkan inovasi, memperkukuhkan sektor awam. Namun, kebimbangan terhadap privasi masih akan ada. Oleh itu, saya yakin bahawa RUU ini dapat menyelesaikan huge problem yang sedang kita hadapi. Oleh itu, Ahli Parlimen Segamat ingin menyokong RUU ini dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Segamat.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama dengan Alor Setar ingin mengucapkan tahniah, syabas kepada Menteri yang membentangkan RUU ini kerana kami berfikiran yang sama bahawa privasi data ini amat mustahak. Kadang-kadang kita sakit hati, stres bila ada telefon yang menelefon kita kata dia tahu penyakit kita, dia tahu kurap kita dekat mana dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kadang-kadang dia tahu juga akaun nombor kita. Itu yang lebih berbahaya. Biarlah saya baca, sat lagi masa – Siri utama rang undang-undang ini adalah pengawalseliaan perkongsian data, Jawatankuasa Perkongsian Data Negara, penggunaan cloud storage dan perlindungan data peribadi untuk mitigasi risiko salah guna data semasa perkongsian. Fasal 15 menyatakan tentang penolakan untuk berkongsi data yang diminta. Ada disebut tentang agensi sektor awam yang meminta data yang tidak mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya ingin mendapatkan senarai agensi-agensi yang telah dikenal pasti mempunyai kelemahan perlindungan keselamatan. Apakah sudah ada threat assessment atau penilaian ancaman untuk agensi-agensi ini daripada sama ada Siber Sekuriti ataupun NACSA. Jika agensi-agensi berdepan kekurangan pakar IT dan sumber untuk berkongsi data secara efektif, ia tentu menjejaskan implementasi perkongsian data seterusnya membawa kepada kurangnya keyakinan terhadap integriti data yang ingin dikongsikan.
Isu kebocoran. Data dan kecurian identiti bukan isu kecil. Baru-baru ini dilaporkan ada kad pengenalan rakyat Malaysia yang dijual di-dark web sepertimana disebut oleh Shah Alam tadi. Apakah status siasatan terhadap isu ini Yang Berhormat? Adakah cukup sekadar satu kenyataan akhbar daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan apakah status siasatan lanjutan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab? Apakah tindakan yang diambil selepas rang undang-undang ini diluluskan?
Kemudian negara kita juga penuh dengan scammer bersekongkol dengan pihak yang memegang maklumat kita seperti pihak bank, syarikat telekomunikasi. Dua tahun lalu, negara digemparkan dengan sindiket penjualan maklumat peribadi rakyat. Lalu Langkawi ingin bertanya, sejauh manakah rang undang-undang ini mampu mengekang gejala sedemikian jika ia mula menembusi sektor awam.
Sebagai contoh, ribuan data peribadi rakyat secara tiba-tiba berada dalam pegangan Kerajaan Selangor yang memperkenalkan skim insurans hayat (INSAN). Jabatan Perlindungan Data Peribadi telah pun menyiasat isu ini. Namun, nampaknya seakan-akan tiada apa-apa kemas kini. Apakah kes ini sudah mendapat status NFA? Bagaimanakah seseorang yang tidak pernah mendaftar satu skim insurans tiba-tiba boleh menjadi pemegang polisi. Ini jelas pengkhianatan kepada data peribadi rakyat.
Cabaran pelaksanaan data ini juga bukan kecil anak. Aspek praktikal, implementasi atau rangka kerja yang luas mungkin berdepan dengan masalah dari segi kebolehoperasian dan interoperability antara sistem sedia ada dan kapasiti agensi untuk mengadaptasi regulasi baharu ini. Sebagai contoh, MyDigitalID yang ingin digunakan pada aplikasi JPJ menjadi satu perkara yang momok serta episod yang mengaibkan apabila ramai pemuda melaporkan masalah untuk berbuat demikian.
Kerajaan kita mengamalkan pendekatan big government dengan puluhan kementerian dan ratusan agensi. Setiap satunya memiliki ekosistem tersendiri yang mengakibatkan rang undang-undang ini terpaksa diperkenalkan. Justeru, aspek implementasi perlu juga Yang Berhormat Menteri diberi perhatian.
Pada tahun 2017 contohnya Kementerian Kesihatan telah pun mengumumkan Malaysian Health Data Warehouse yang menyelaraskan data pesakit daripada klinik dan hospital kerajaan atau swasta. Fasa pertama mengumpul 2.5 juta. Fasa kedua 70 juta. Saya ingin bertanya apakah status perkongsian data fasa kedua ini. Bagaimanakah Rang Undang- undang Perkongsian Data ini mampu menterjemahkan kejayaan Malaysian Health Data Warehouse ini?
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tidak jelas apakah pesakit telah dimaklumkan sebelum pengumpulan data? Apakah jenis data yang akan disimpan dalam Malaysian Health Data Warehouse ini? Saya juga ingin bertanya, sejauh manakah kita boleh bergerak ke arah menjadi negara paperless dalam era digital ini? Seharusnya perkongsian data tidak lagi bermakna. Rakyat perlu membawa pelbagai jenis dokumen dan mengisi pelbagai jenis borang untuk satu-satu urusan.
Kita berharap selepas rang undang-undang ini, perkara-perkara ini akan diperbaiki.
Langkawi juga menggesa Yang Berhormat Menteri mengenai jaminan bahawa data-data yang disimpan oleh agensi kerajaan tidak akan digunakan untuk kepentingan parti yang memerintah bagi tujuan elektoral. Ini berlaku Yang Berhormat.
Kita tahu bahawa parti politik di Malaysia terutamanya yang memegang kuasa secara tradisional telah memanfaatkan akses mereka kepada pangkalan data kerajaan untuk kempen pilihan raya termasuklah maklumat mengenai penerima bantuan kerajaan serta senarai daripada institusi pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, masa dah tamat YB.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih. Secara terperinci oleh taktikal teks, saya nak habis paragraf ini sahaja YB.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Satu badan aktivis yang berpangkalan di Jerman. Walaupun Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) mengawal pengendalian data peribadi, ia tidak menangani secara khusus konteks penggunaan data kerajaan oleh parti politik untuk berkempen. Terima kasih...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...Tuan Pengerusi dan saya nak mengambil kesempatan kepada Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan, Merry Christmas, Happy New Year.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Langkawi. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perkongsian Data 2024 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Digital.
Tuan Yang di-Pertua, penggubalan RUU Perkongsian Data 2024 pada hari bertujuan untuk membuat dasar peraturan berkenaan tatacara perkongsian data di antara agensi dalam sektor awam dan penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara. Jempol menyokong penuh rang undang-undang kerana sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
tegas dan serius dalam mengawal data sensitif supaya ia tidak mudah dibocorkan dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahniah Kementerian Digital.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Jempol merujuk seksyen 5 akta iaitu keanggotaan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara. Memandangkan simpanan data pada hari ini melibatkan teknologi canggih yang cepat berevolusi, adakah Menteri boleh melantik ahli jawatankuasa tambahan atau penasihat teknikal dari kalangan pengamal atau pakar industri siber sekuriti?
Begitu juga dengan seksyen 12 permintaan bagi perkongsian data. Seksyen 12 memperuntukkan mana-mana agensi sektor awam boleh meminta data kepada agensi lain bagi tujuan perkongsian data dan agensi tersebut dianggap mempunyai kawalan data jika data itu berada dalam milikan dan jagaan agensi tersebut. Dari segi realiti, ramai pegawai mempunyai akses kepada data dalam sesuatu agensi kerana tidak menetapkan pegawai tertentu sahaja yang bertanggungjawab secara eksklusif kepada maklumat data. Persoalan Jempol, adakah kerajaan bercadang untuk membuat pelantikan pegawai perlindungan data dalam agensi-agensi awam untuk memastikan mekanisme kawalan data yang lebih efektif dan berkesan?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Jempol merujuk seksyen 23, kewajipan kerahsiaan.
Jempol merujuk peruntukan ini yang menetapkan kesalahan melarang mana-mana pegawai agensi sektor awam daripada menzahirkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya dengan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau pemenjaraan tidak melebihi lima tahun.
Jempol melihat skop kesalahan ini adalah terlalu luas kerana melibatkan semua penjawat awam dan jenis maklumat juga tidak dikhususkan. Ini adalah tidak adil kepada penjawat awam kerana mereka semua berisiko dikenakan tindakan perundangan dalam menjalankan tugas. Jempol mohon maklum balas Yang Berhormat Menteri berkenaan skop pemakaian seksyen 23 ini.
Seterusnya, adakah pemberi maklumat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 terkecuali daripada peruntukan seksyen 23 ini? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Pangkalan Data Utama. Kita sedia maklum setiap agensi mempunyai set data tersendiri dalam kawalan masing-masing. Kerajaan ada membuat usaha menyediakan Pangkalan Data Utama negara yang mengumpulkan data pelbagai agensi iaitu sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di bawah inisiatif Kementerian Ekonomi.
Persoalan Jempol memandangkan PADU adalah di bawah seliaan Kementerian Ekonomi, adakah kerajaan bercadang memindahkan kawalan atau seliaan data ini kepada Jawatankuasa Perkongsian Data Negara?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dakwaan-dakwaan kebocoran data. Ini yang sering kita dengar sebelum ini. Berdasarkan laporan akhbar tempatan, ada beberapa laporan kebocoran data yang tidak dapat disahkan. Di antaranya sahabat saya MP Jelutong pada tahun 2021 membangkitkan usul di Dewan Rakyat mengenai kecurian empat juta data awam daripada Pangkalan Data Jabatan Pendaftaran Negara.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Pada tahun 2022, beberapa laman berita melaporkan kumpulan penggodam mendakwa mempunyai butiran peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dijual. Yang terbaru, ada dakwaan bahawa data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.
Persoalan Jempol, adakah dakwaan-dakwaan dan ini benar atau mempunyai asas?
Mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Setakat ini, apakah tindakan kerajaan dalam usaha meningkatkan keselamatan data sensitif terutama melibatkan agensi penting seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya?
Mohon jawapan dan maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri terhadap beberapa isu yang saya bangkitkan tadi. Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang biasanya dia juga antara yang aktif dalam. Kalau di kitalah hari dia duduk atas. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Pertama sekali, tahniahlah kepada kementerian di atas usaha yang cukup baik dalam merealisasikan data terbuka bermula dengan agensi kerajaan. Ini adalah langkah yang patut dipuji dan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan maklumat. Namun, beberapa perkaralah yang untuk dipertimbangkan dan diperhatikan demi kebaikan bersama.
Pertama ialah risiko penyalahgunaan data. Data sensitif seperti biometrik termasuk yang dinyatakan di dalam isu yang tular baru-baru ini di aplikasi X. Penggunaan imej iris wajah dan maklumat peribadi pengguna yang secara langsung mendedahkan rakyat kepada eksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, apakah pendirian Malaysia dalam beberapa pertanyaan lain. Apakah pendirian Malaysia dalam kerjasama dengan Worldcoin sebuah entiti yang kini menghadapi pelbagai sekatan di negara-negara seperti Kenya, Perancis, Jerman dan Filipina kerana kebimbangan berkaitan privasi dan keselamatan data biometrik? Adakah kerajaan telah mempertimbangkan risiko ini sebelum menjalinkan kerjasama terutama dalam konteks melindungi data rakyat? Kami menyeru agar kerajaan mengambil iktibar dalam daripada negara-negara ini bagi memastikan kajian yang teliti dilakukan demi menjaga kedaulatan dan negara serta kepercayaan rakyat.
Fasal 20, soalan saya apakah pendekatan khusus kerajaan dalam mengimbangi antara kepentingan perkongsian data termasuk data sensitif serta risiko penyalahgunaan oleh mana-mana pihak termasuk perkongsian data yang dijalankan di antara agensi-agensi?
Kedua, apakah bentuk pengawalseliaan dari segi perkongsian data yang sedia ada di bawah
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Jabatan Digital dengan Jawatankuasa Perkongsian Data? Kelak agar tidak berlaku sebarang pertindihan skop dalam bidang kuasa.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Dengan pindaan ini, sejauh manakah ekosistem perkongsian data Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dengan lebih 193 KPI dapat dimanfaatkan oleh rakyat sepenuhnya dalam mengakses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dalam usaha meningkatkan takbir urus digital dan platform perkongsian data. Seksyen 21, agensi- agensi yang kurang sumber mungkin menghadapi kesukaran untuk melaksanakan undang- undang ini tanpa pelaburan tambahan.
Justeru, adakah kajian telah dilakukan terhadap keupayaan agensi-agensi kecil untuk mematuhi keperluan pelaporan dan perlindungan data ini? Seterusnya, kekangan dari sudut teknologi, sejauh mana kerajaan telah menyediakan pelan sokongan teknologi yang menyeluruh bagi memastikan kelancaran pelaksanaan undang-undang ini? Kemudian, yang keempat, bagaimanakah kerajaan memastikan aspek ketersediaan data serta ciri keselamatan data yang kalis ancaman siber dan risiko ketirisan data peribadi.
Adakah perkongsian data merentasi agensi ini turut akan membabitkan penyeragaman sistem pangkalan data PADU dan Identiti Digital Nasional ataupun MyDigital ID. Tuan Yang di-Pertua, terdapat risiko ketelusan terbatas. Larangan terhadap penggunaan data selain daripada tujuan yang ditetapkan boleh mengehadkan inovasi termasuk dalam penyelidikan dan pembangunan. Adakah mekanisme akan disediakan untuk menilai keperluan ini tanpa mengorbankan privasi?
Kesimpulannya, ini mempunyai potensi yang besar ke arah memacu negara ke arah dunia digital. Mudah-mudahan, dengan niat yang suci dan sokongan semua pihak, kita mengharapkan negara kita berada di landasan betul dalam menerajui dunia digital. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Waalaikumsalam. Terima kasih YB Kuala Krau. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas setahun dalam Kementerian Digital ini dan Timbalan Menteri pun setahun. Tiga RUU telah dibentangkan oleh pihak kementerian. Tahniah kepada seluruh Kementerian Digital.
Data merupakan aset yang sangat berharga lebih-lebih lagi di dalam dunia digital hari ini.
Malah di dalam membangunkan sesebuah negara, kita memerlukan data yang lengkap bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang efisien dan menepati sasaran.
Ia membantu kerajaan untuk menguruskan peruntukan dengan baik serta mengelakkan pembaziran yang tidak sepatutnya akibat daripada kegagalan menguruskan data. Dari sudut ekonomi, pemain industri digital juga bersaing sesama mereka dalam
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
membangunkan produk digital. Ia juga membuka peluang kepada pengusaha tempatan terutamanya syarikat-syarikat kecil untuk mengkaji permintaan domestik dan juga antarabangsa dalam membuat apa-apa inovasi berkaitan produk mereka. Oleh itu, Akta Perkongsian Data ini sangatlah penting bagi memastikan kelancaran pengurusan program- program kerajaan serta meningkatkan keupayaan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh setiap kementerian dan agensi.
Saya ingin mulakan dengan menyentuh fasal 2, yang menyebut bahawa akta ini hendaklah mengikat Kerajaan Persekutuan. Saya difahamkan, bahawa Kementerian Digital telah pun melaksanakan libat urus dengan semua kementerian dengan agensi negara.
Apakah pandangan agensi negara dalam cadangan perkongsian data yang dihasratkan oleh kerajaan dan kenapa RUU Perkongsian Data 2024 pemakaiannya dihadkan kepada agensi sektor awam sahaja dan tidak turut mengikat kerajaan negeri? Saya fikir bahawa kerjasama dengan kerajaan negeri dalam aspek perkongsian data sangat mustahak terutamanya dalam perihal aduan, permohonan bantuan, pengurusan bencana dan sebagainya.
Tanpa penyelarasan yang menyeluruh antara kerajaan negeri dan Persekutuan, banyak data-data yang bertindih lebih-lebih berkenaan dengan data penerima bantuan sedia ada yang sering kali sukar untuk membuat pemutihan. Ada penerima dalam data sudah meninggal ataupun sudah keluar dari kategori kemiskinan akan tetapi masih menerima bantuan akibat keterhadan perkongsian data ini. Akibatnya, ramai yang layak menerima bantuan tercicir dari program-program kebajikan yang dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya adakah RUU ini berhasrat untuk membangunkan satu pangkalan data yang dikumpulkan daripada pelbagai agensi pemilik data sebagai sumber rujukan oleh semua agensi sektor awam bagi menangani isu pertindihan dan kos dalam penyimpanan data? Saya sedia maklum bahawa Jabatan Digital Negara telah melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan data seperti pembangunan platform perkongsian data terbuka sektor awam, platform perkongsian data bersepadu kerajaan iaitu Malaysian Goverment Central Data Exchange dan Data Raya Sektor Awam (DRSA).
Bagaimanakah RUU ini dapat memperkukuhkan lagi platform-platform sedia ada yang telah pun dibina? Saya pernah melayari portal www.data.com.my yang telah dilancarkan tahun lepas. Kalau kita lihat, ada pelbagai data-data terbuka yang berharga melibatkan pelbagai agensi dan mengikut kategori nasional dan negeri. Saya fikir adalah lebih baik sekiranya portal ini dapat dikembangkan lagi untuk turut memperincikan data bagi setiap Parlimen ataupun lebih kursus di peringkat DUN mahupun daerah.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan fasal 19. Iaitu pengenaan fi di bawah undang-undang bertulis lain. Ia menyatakan bahawa perkongsian data ini boleh dikenakan fi oleh pembekal data di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. Bagi pendapat saya, perkongsian data antara kerajaan dan agensi kerajaan yang lain tidak sepatutnya dikenakan apa-apa fi. Apatah lagi dalam usaha kita untuk mengintegrasikan data ini ke dalam satu data raya nasional. Ia sepatutnya berupaya mencapai hasrat kerajaan untuk mengurangkan kos penyimpanan data berasingan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya minta penjelasan dari pihak kementerian fi ini dan berapakah sebenarnya anggaran fi ini dan apakah kita mempunyai fi yang tetap mengikut jumlah atau saiz data yang diminta atau perbezaan fi dari agensi yang berbeza?
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan fasal 17. Berkenaan dengan kewajipan pihak ketiga untuk melindungi data yang dikongsi. Saya ingin bertanya adakah mekanisme agensi kerajaan dalam melantik pihak ketiga ini untuk menjaga dan menguruskan data awam. Sejauh manakah kerajaan dapat memastikan kepatuhan pihak ketiga terhadap akta ini dan apakah strategi kerajaan agar dapat mempertingkatkan lagi keupayaan kendiri kerajaan untuk menguruskan data ini dan tidak lagi bergantung kepada pihak ketiga.
Sekian, Bentong menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada kementerian dan juga Menteri yang di atas usaha yang bersungguh ini untuk membangunkan, menggubal rang undang-undang bagi RUU Perkongsian Data 2024 yang saya kira dapat menyelesaikan banyak masalah isu-isu yang berbangkit dan juga kekaburan yang berlaku dalam kita menguruskan negara kita.
Cuma sepertimana yang disebutkan tadi bahawa undang-undang yang akan kita bahaskan ini adalah berkaitan undang-undang Persekutuan. Tapi kita tidak boleh menafikan kaitan juga dengan perkongsian data di peringkat negeri dan saya kira di negeri juga boleh menggubal undang-undang yang untuk enakmen di peringkat negeri supaya ia sejajar dengan hasrat kita supaya data-data...
[Tidak Jelas] ... dengan sebaik mungkin. Dengan itu saya ingin mengambil contoh penggunaan data dalam bentuk aplikasi dan juga program- program terutamanya di Selangor.
Satu adalah aplikasi SELANGKAH yang dibangunkan semasa pandemik COVID-19 di Selangor diperkenalkan pada 4 Mei 2020 adalah kepintaran jejak kontak rapat berasaskan kod QR. Aplikasi mengumpulkan data maklum balas daripada rakyat meninjau situasi terkini dan menyediakan informasi semasa kepada pengguna. Dimaklumkan bahawa hanya data nama pengguna, nombor telefon dan juga lokasi pendaftaran sahaja. Tetapi dengan tiga parameter ini pun, sekiranya tidak dapat dijaga dengan baik atau berlaku kebocoran kepelbagaian penyalahgunaan boleh berlaku.
Dinyatakan juga bahawa aplikasi ini akan ditutup selepas selesai pandemik COVID- 19. Pun begitu sehingga pada hari ini, ia telah dibangunkan untuk tujuan-tujuan pelbagai program-program di peringkat kerajaan negeri dan saya tidak menafikan ini ada kebaikannya walaupun tanpa kebenaran daripada pengguna ataupun rakyat itu sendiri. Kemudian juga kita dimaklumkan bahawa Selangor juga berkongsi data SELANGKAH aplikasi ini dalam bagi
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
proses semak silang sistem PADU antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Sebab itu saya menyebutkan tadi perlunya ada satu undang-undang yang juga bukan sahaja di peringkat Persekutuan tetapi juga ada hubungannya juga di peringkat negeri.
Sebanyak 3,712,606 maklumat ataupun data Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Selangor Mental Sihat, Selangor kesihatan percuma dan insentif MamaKerja daripada 66,216 penerima skim subsidi dan aplikasi yang dimiliki SELANGKAH Ventures Selangor Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang dikongsi dengan PADU tertakluk kepada terma dan juga syarat-syarat penggunaannya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Kedua adalah Program INSAN Selangor. Program INSAN merupakan suatu program dilaksanakan di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated dengan anak syarikat Wavpay Fintech Holding Sdn. Bhd. atau Wavpay, bertindak sebagai operator perkhidmatan polisi berkenaan. Kita dimaklumkan penggunaan data SPR yang boleh diberi ini bagi tujuan pra pendaftaran. Bermakna, tidak ada permohonan dan tujuan daripada kerajaan kepada jabatan yang memberi data itu digunakan untuk tujuan ini.
Data maklumat peribadi diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya ini tidak sepatutnya di benar atau digunakan oleh pihak ketiga bagi tujuan komersial. Tindakan tersebut dilihat sebagai satu – sebagai tidak mematuhi seksyen 43 Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 iaitu berkenaan had untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung.
Jadi, daripada dua contoh yang saya berikan ini, saya nak bertanya kepada kerajaan.
Apakah mekanisme pengawasan bagi memastikan pematuhan agensi pembekal dan penerima data untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan terhadap keselamatan dan privasi data? Khususnya untuk memelihara hak individu dalam ruang lingkup perlindungan data peribadi.
Adakah satu situasi yang mana agensi pembekal atau penerima data dibenarkan untuk mendedahkan data pengguna di sebalik kewajipan untuk menjamin perlindungan data dan hak privasi mengambil kira agensi kerajaan yang dikecualikan daripada pemakaian Akta Perlindungan Data Peribadi 2010?
Adakah pendekatan khusus kerajaan dalam mengimbangi di antara kepentingan perkongsian data, termasuk data-data sensitif serta risiko penyalahgunaan oleh mana-mana pihak semasa perkongsian data dijalankan di antara agensi? Akhirnya, apakah bentuk perjanjian yang akan dibuat merentasi agensi ataupun pelbagai cabang jabatan, termasuk di peringkat negeri dalam mengatasi cabaran perkongsian data seperti aspek keselamatan data, sistem dan rangkaian? Pada masa yang sama, meningkatkan kebolehskalaan data tanpa menjejaskan operasi sedia ada. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 pada hari ini. Pertama, saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri, Kementerian Digital. Walaupun kementerian ini baru sahaja ditubuhkan setahun tapi confirm bukan setahun jagung. Sebab setahun tapi mempunyai kematangan, kemampuan, dedikasi untuk membentangkan satu akta, satu RUU yang sangat mustahak, yang memastikan tatakelola pendigitalan kita dalam keadaan yang lebih sistematik dan memberikan jaminan keselamatan kepada rakyat Malaysia.
Saya menyambut baik pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma saya ada beberapa perkara yang saya nak mohon penjelasan lanjutan daripada Yang Berhormat Menteri nanti. Pertamanya, Yang Berhormat Menteri ada sebutkan bahawa dia hanya melibatkan Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi GLC di bawah disebabkan Artikel 74 Perlembagaan Persekutuan. Jadi, ada tak perancangan daripada kerajaan pada masa depan untuk buat pindaan seterusnya selepas adakan libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri supaya akta ini juga boleh terpakai di peringkat negeri dan juga agensi, GLC di bawah kerajaan negeri? Itu yang pertama.
Yang kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 19. Kerana seksyen 19 berkenaan fi yang boleh dikenakan. Saya lihat kalau akta ini hanya melibatkan sesama agensi-agensi kerajaan, macam mana bayar fi? Takkan tangan kiri bagi, tangan kanan nak terima. So, nampak ada ini. Saya mohon penjelasan. Saya mungkin silap, mungkin ada perkara tertentu yang saya tidak faham berkenaan dengan RUU ini. Perkara ketiga Yang Berhormat Menteri adalah berkenaan dengan seksyen 24.
Saya nampak tadi ada rakan-rakan lain juga mengutarakan kebimbangan sebab ada perlindungan daripada guaman oleh penjawat jawatan dalam jawatankuasa tersebut. Saya nak tanya, kenapa ada keperluan fasal ini dalam fasal seksyen 24 dalam RUU baru ini? Saya cukup yakin Yang Berhormat Menteri sebagai seorang peguam, memang hak individu. Right to be heard. Right to go to court. Ini macam seolah-olah penafian. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, seksyen 23 berkenaan dengan kewajipan kerahsiaan. Ya, ia sangat baik.
Ia ada keperluan. Cuma saya hendak sebutkan dua contoh di sini. Bagaimana dengan data- data yang dianggap sensitif? Contohnya, data yang disimpan di hospital ataupun klinik tertentu untuk seseorang penduduk, pesakit. Kalau data itu dikongsi dengan agensi lain, okey, tidak kira apa sebab, walaupun secara legal, ikut peruntukan undang-undang yang sedia ada, ikut prosedur yang sedia ada di bawah akta ini.
Sebab kalau benda itu- kalau orang itu dia tidak nak agensi lain tahu, bukan setakat dia punya jenis darah dia tapi ada penyakit tertentu dan sebagainya yang sensitif, yang mungkin melibatkan maruah orang tertentu. Jadi, apakah perlindungan kepada pesakit tersebut terhadap perkara ini?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Di bawah seksyen 23 juga, bagaimana dengan keadaan di mana kalau seorang itu dia ada harta banyak, dia ada simpanan dalam bank dan sebagainya. Kita tahu bank-bank perdagangan komersial di bawah Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia sekiranya diminta oleh LHDN, adakah dengan adanya akta baru ini, automatik Bank Negara akan serahkan semua maklumat tentang simpanan yang ada dalam bank seseorang kepada LHDN dan seterusnya, LHDN tanpa ada perintah mahkamah, tanpa perlu pergi mahkamah, terus boleh mengenakan cukai terhadap individu tersebut? Sebab saya rasa ini antara kebimbangan yang perlu dijelaskan. Niat keseluruhan akta ini memang baik dan ada keperluan untuk diluluskan. Cuma kebimbangan sebeginilah. Satu, dari segi pembayaran cukai. Kedua, berkenaan dengan kesihatan.
Saya nampak yang isu terakhir yang saya nampak, ada jawatan baru, ada jawatankuasa baru, Jawatankuasa Perkongsian Data Negara diwujudkan, ditubuhkan di bawah akta ini. Ya, sudah tentu kalau kita nak lakukan sesuatu yang baru, ada jawatankuasa yang ditubuhkan. Bagaimana dengan implikasi kewangan? Sudah tentu ada.
Apakah selepas ia ditubuhkan pada tahun depan, berapakah tambahan belanja?
Sebab kalau ada jawatankuasa, dia mesti melibatkan suatu organisasi yang lengkap, yang boleh bergerak. Jadi, berapakah kekuatan yang ada? Sudah tentu saya percaya ia melibatkan banyak cabang dan sebagainya. Jadi, jumlah manpower di bawah jabatan yang baru ini agak-agak dalam berapa orang, Yang Berhormat Menteri?
Jadi, sekali lagi saya ucapkan syabas kepada kerajaan dan saya juga, saya akan menyokong RUU ini. Saya mengambil kesempatan sebab ini peluang terakhir untuk tahun ini ya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua dan juga mengucapkan Merry Christmas dan selamat menyambut tahun baharu 2025 kepada semua rakan-rakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024. Walaupun RUU ini bertujuan memperkukuhkan kecekapan pentadbiran melalui perkongsian data antara agensi kerajaan dan sektor swasta, terdapat beberapa kelemahan yang ketara, yang menimbulkan risiko kepada keselamatan data dan juga privasi.
Yang pertama Yang Berhormat Menteri, saya nak sebutkan iaitu kekaburan definisi dan skop pada fasal 3. Fasal 3 menyebut bahawa data boleh dikongsi untuk tujuan awam yang sah. Tiada penjelasan spesifik apa maksud “tujuan awam yang sah”. Kekaburan ini boleh membuka ruang kepada interpretasi yang berbeza, termasuk potensi penyalahgunaan.
Saya sebutkan, pada tahun 2017, Menteri Komunikasi sekarang pernah mendedahkan, menggemparkan negara. Kebocoran lebih 40 juta data pengguna telefon
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
bimbit di Malaysia yang waktu itu masih dalam ─ kemudian disiasat oleh Jabatan Peguam Negara. Saya tidak tahu apa kesudahannya. Saya ambil peluang ini nak tanya pada Menteri.
Apakah benar ada kes sebegitu yang melibatkan SKMM yang outsource kepada sebuah syarikat Nomura Malaysia Sdn. Bhd. untuk sistem sekatan perkhidmatan cellular awam (PCB) yang menggemparkan negara satu ketika dahulu? Ini kebimbangan- kebimbangan yang dinyatakan. Saya mahu definisi penyalahgunaan “tujuan awam yang sah” itu perlu diperjelaskan supaya risiko penyalahgunaannya tidak berlaku.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kemudian, masukkan definisi konkrit. Ini cadangan saya. Untuk tujuan awam yang sah dalam RUU ini, perlu dimasukkan dalam bab definisi itu.
Kemudian yang kedua Tuan Yang di-Pertua, ketiadaan mekanisme pengawasan bebas. Fasal ‘92’ memberikan kuasa penuh kepada Ketua Pengarah Data untuk meluluskan atau menolak perkongsian data tanpa pengawasan bebas. Ini boleh membuka ruang kepada konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa. Kes yang berlaku dalam skandal Cambridge Analytica pada 2018, data berjuta-juta pengguna digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan politik kerana ketiadaan mekanisme pengawasan bebas. Jadi, saya mencadangkan untuk memantapkan lagi pelaksanaan akta ini, tubuhkan suruhanjaya pengawasan bebas yang bertanggungjawab secara bebas untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam perkongsian data.
Ketiga iaitu tentang ancaman teknologi seperti kes Pegasus pada 2021. Pegasus ini sebuah perisian yang dibangunkan oleh NSO Group dari Israel yang dikatakan boleh menceroboh telefon pintar pemimpin dunia, wartawan, aktivis, data, apa sahaja apps yang ada itu boleh dicerobohi termasuk WhatsApp. WhatsApp kami pun kami tak berapa sedap ini sebab kami rancang macam lain tiba-tiba bocor keluar.
Adakah agensi-agensi di bawah kerajaan pada hari ini mempunyai data-data spyware seperti itu yang boleh menerobos masuk kepada grup-grup WhatsApp termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang, pemimpin-pemimpin politik ini? Ini pernah berlaku dalam kes Pegasus pada tahun 2021 yang didedahkan dan menggemparkan dunia. Dalam konteks RUU ini, ancaman seperti kes Pegasus menunjukkan betapa pentingnya kawalan ketat terhadap perkongsian data terutamanya kepada pihak ketiga.
Kemudian, saya cadangkan supaya diwajibkan audit keselamatan siber berkala terutama kepada semua pihak ketiga yang menerima data dan pastikan semua data yang dikongsi menggunakan penyulitan canggih untuk melindungi daripada akses yang tidak sah.
Keempat Tuan Yang di-Pertua, fasal 15 memperuntukkan kewajipan untuk menerbitkan laporan mengenai jenis data yang dikongsi dan tujuan perkongsian. Ketelusan adalah elemen penting untuk mendapatkan kepercayaan rakyat. Kes yang berlaku di Australia, serangan siber terhadap Optus pada 2022 menyebabkan data lebih 10 juta pelanggan bocor. Kekurangan ketelusan mengenai cara data dilindungi sebelum kejadian ini berlaku menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap wibawa pelaksanaan akta ini. Jadi,
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
saya mencadangkan RUU ini supaya mewajibkan agensi penerima data untuk menerbitkan laporan tahunan yang boleh diakses oleh orang awam.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya minta sikit, ini hari-hari akhir ini bagilah. Fasal 12 yang menyatakan bahawa data hanya boleh digunakan dengan kebenaran pemilik data tetapi tiada mekanisme yang jelas yang digunakan untuk memastikan bahawa kebenaran ini diberikan secara sahih dan termaklum. Pernah berlaku juga pada tahun 2021 Tuan Yang di- Pertua, MySejahtera dikatakan datanya bocor, berkisar kepada penggunaan data untuk tujuan komersial pada 2021. Jadi, kita bimbang. Jadi saya mencadangkan penyelesaiannya, kerajaan perlu menetapkan satu mekanisme yang jelas. Sebagai contoh, two-factor authentication untuk memastikan data digunakan dengan kebenaran yang sah daripada pihak pemilik data.
Untuk akhir Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk akhirkan dengan pantun.
*Petang ini sidang bajet dilabuhkan, Seperti biasa pembangkang tetap dipinggirkan, Peruntukan tiada walau suara dilaungkan, Keadilan hilang, reformasi tenggelam.
[Tepuk] Tiada lagi harapan, tiada lagi reformasi, Hanya doa kami panjatkan, Moga esok terbuka rezeki, Giliran kami pula jadi kerajaan.
Insya-Allah.*
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya tertarik dengan apa yang Pengkalan Chepa sebut tadi. Orang Perak labun itu, menggelenyor. Tak faham, tak apalah.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, hari ini kita bukan saja membincangkan sebuah rang undang-undang tetapi visi untuk memposisikan Malaysia sebagai peneraju digital Asia.
RUU Perkongsian Data 2024 ini adalah peluang keemasan untuk membina asas teknologi masa depan, kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum dan bandar pintar yang benar- benar berfungsi untuk rakyat.
Pertama-tama rang undang-undang ini adalah pasport Malaysia ke era AI dan quantum computing atau quantum technology. Dengan mekanisme perkongsian data yang jelas, kita boleh mempercepatkan inovasi teknologi yang menyokong matlamat NIMP, NETR.
Data adalah bahan mentah kepada pembangunan AI dan pengkomputeran kuantum dan RUU ini memastikan Malaysia bersedia dan bersiap siaga untuk memanfaatkannya.
Kedua, kedaulatan data adalah kunci untuk membangunkan kecerdasan buatan yang berpaksikan rakyat Malaysia. RUU ini memastikan bahawa data kita dilindungi dan digunakan
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
dengan bertanggungjawab, selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. Dalam dunia di mana teknologi sering dimonopoli oleh kuasa luar dan kuasa-kuasa besar, kita mesti mengekalkan kawalan penuh ke atas sumber data strategik kita.
Ketiganya, rang undang-undang ini membina jambatan ke masa depan digital negara dengan tadbir urus data yang kukuh melalui penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Nasional. Jawatankuasa ini akan memastikan dasar yang telus dan strategi yang berkesan untuk menyokong visi digital negara kita.
Keempat, perkongsian data terbuka adalah pemangkin kepada industri bernilai tinggi.
Melalui rang undang-undang ini, kita dapat menyokong inovasi dalam sektor seperti tenaga, perindustrian dan bandar pintar menyumbang kepada ekonomi bernilai tinggi seperti yang digariskan dalam NIMP.
Kelima, data adalah nadi bandar pintar dan negara yang pintar. Dengan mekanisme perkongsian data yang tersusun, kita boleh membangunkan model perancangan bandar yang lebih cekap, memastikan tenaga digunakan secara lestari dan membawa manfaat langsung kepada rakyat.
Namun Yang Berhormat Speaker, ada beberapa ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian. Pertama, kita mesti mem-priority-kan, dengan izin data strategik untuk teknologi berdaulat atau dalam bahasa orang putihnya, strategic data for sovereign technology. Rang undang-undang ini perlu dengan secara lebih jelas menyatakan bagaimana data yang tidak sensitif boleh atau tidak boleh digunakan untuk pembangunan AI, sovereign AI dan quantum computer kelak nanti bila ia telah disempurnakan teknologinya.
Kedua, perkongsian data tidak boleh terhenti sahaja di sektor awam. Ini kontroversi sikit. Kita mesti melibatkan sektor swasta dan akademia kerana inovasi sebenarnya memerlukan kerjasama semua pihak, bukan sahaja government tetapi sektor-sektor swasta sekiranya mereka sudi, sanggup terima tanggungjawab itu.
Ketiganya, kuasa besar datang dengan tanggungjawab besar. Bak kata Spiderman, “Great power comes with great responsibilities”. Kuasa Menteri untuk pengecualian dan arahan perlu dilengkapkan. Bukan kata nak menidakkan. Perlu dilengkapkan dengan mekanisme pemantauan bebas untuk mengelakkan potensi penyalahgunaan kuasa. Sudah tentu ia ada dalam perancangan, cuma sekiranya boleh Yang Berhormat Menteri boleh huraikan apakah perancangan untuk check and balance tersebut, institusi dan agensi yang bakal ditubuhkan untuk pastikan check and balance tersebut akan dilaksanakan.
Tuan Speaker, kita sedang berdiri di ambang revolusi digital. Rang undang-undang ini adalah peluang untuk memastikan Malaysia tidak hanya menjadi pengguna teknologi tetapi peneraju dalam AI, dalam quantum computering dan juga digital transformation, dengan izin. Namun, ia mesti dilaksanakan dengan berwaswas, berhati-hati dengan perlindungan terhadap penyalahgunaan kuasa dan dengan penglibatan semua pihak untuk memastikan visi ini benar-benar milik rakyat Malaysia.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dengan ini saya menyatakan tadi bahawa akta ini, rang undang-undang ini dia adalah pasport, dia adalah kunci, dia adalah jambatan, dia adalah pemangkin dan dia adalah nadi untuk masa hadapan teknologi Malaysia dalam persada dunia nanti. Dengan itu, saya mohon seisi Dewan termasuk pembangkang yang tadi nampak ada kritikan, tetapi agak membina tetapi nampak macam semua sokong. Saya mohon sokongan sebelah sana untuk menolong negara, menolong Menteri kita, menolong yang hari ini berusia satu tahun punya Kementerian Digital dan juga Menteri Digital sendiri yang pagi tadi baru launch National AI Office (NAIO).
Kita ucapkan tahniah dan untuk hendak betul-betul ucap tahniah, sokonglah rang undang- undang ini untuk bawa Malaysia ke masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor.
Cuma hendak betulkan. Yang cakap ‘great power comes with great responsibility’ itu Uncle Ben. Bukan Spider-Man.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya mohon maaf, saya tarik balik. Sila masukkan. Sorry, sorry.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah, pembahas terakhir ialah Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan saya sebagai pembahas terakhir untuk RUU ini, saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas inisiatif mewujudkan Akta Perkongsian Data ini. Kami memang sokonglah dan tak perlu lobi pun, Ipoh Timor.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ada enam poin kalau sempatlah, insya-Allah. Pertama ialah berkaitan dengan perlindungan hak peribadi. Ada persoalan saya ialah apakah mekanisme pengawasan bagi memastikan pematuhan agensi pembekal dan penerima data untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang diperlukan terhadap keselamatan privasi data khususnya untuk memelihara hak individu dalam ruang lingkup perlindungan data peribadi.
Apakah bentuk pengawalseliaan dari segi perkongsian data yang sedia ada di bawah Jabatan Digital dengan Jawatankuasa Perkongsian Data kelak agar tidak berlaku sebarang pertindihan skop bidang kuasa.
Adakah terdapat situasi yang mana agensi pembekal dan penerima data dibenarkan untuk mendedahkan data pengguna di sebalik kewajipan untuk menjamin perlindungan data dan hak privasi mengambil kira agensi kerajaan yang dikecualikan daripada pemakaian Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Apakah jaminan bahawa privasi data, risiko keselamatan penggunaan data termasuk penyeragaman format dan simpanan diberikan perhatian yang serius dan sewajarnya bagi membolehkan perkongsian data yang optimum dapat dilaksanakan. Apakah mekanisme dan pemantauan perkongsian data yang ditetapkan bagi memastikan perkongsian data yang selamat dan mengelakkan insiden kebocoran data. Akta
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
ini tidak melibatkan agensi swasta seperti bank, takaful dan lain-lain. Bagaimana persoalan saya jika kebocoran data berlaku melalui pihak swasta sama ada daripada bank ataupun kad- kad keahlian pasar raya, stesen minyak dan sebagainya.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, apakah rasional cadangan pindaan fasal 20 yang membenarkan perkongsian data terbuka oleh mana-mana agensi sektor awam yang boleh dicapai dan dikongsikan tidak kita sama ada suatu permintaan dibuat ataupun tidak. Adakah pihak kementerian akan menubuhkan sistem baharu atau menggunakan sistem MyGDX atau Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) yang sedia ada? Adakah dengan adanya RUU ini, agensi wajib menyerahkan data melalui platform MyGDX?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah proaktif untuk menangani implikasi ancaman penjenayah dalam perkongsian data? Kerana penjenayah lebih berterkedepan dari sudut penggunaan teknologi dan bagaimana kerajaan memastikan aspek ketersediaan data serta ciri-ciri keselamatan data yang kalis ancaman siber dan risiko ketirisan data peribadi.
Adakah perkongsian data merentas agensi turut akan membabitkan penyeragaman Sistem Pengkalan Data seperti PADU dan Identiti Digital Nasional ataupun MyDigital ID?
Adakah RUU ini melindungi jika berlaku kebocoran maklumat di dalam sistem PADU yang telah pun dibangunkan? Bagaimana hendak pastikan data yang diberikan tidak dijual atau diberikan kepada pihak ketiga atau disalahgunakan oleh pihak ketiga ataupun pihak terlibat seperti scammer, pegawai awam yang tidak berintegriti, yang menjual maklumat atau data tersebut atau daripada hackers.
Poin yang kedua Tan Sri Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan Skop Perkongsian Data. Soalan saya sejauh mana pindaan ini dapat membantu mengurangkan kos penyimpanan data serta menggelakkan duplikasi penyimpanan data yang sama antara agensi. Adakah data yang disimpan dalam pangkalan data adalah yang terkini dan adakah terdapat tempoh tertentu sehingga dilupuskan? Bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan kos untuk membina platform, adakah secara dalaman ataupun diswastakan?
Jangan pula jadi sebagaimana yang berlaku pada isu membina PADU.
Ketiga ialah Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan penolakan untuk berkongsi data yang diminta. Soalan saya apakah asas pertimbangan yang diguna pakai untuk menilai agensi sektor awam yang memilih untuk menolak perkongsian atas alasan yang munasabah.
Misalnya, perkongsian data yang diminta berkemungkinan akan membahayakan kesihatan, keselamatan atau kebajikan individu serta aspek keselamatan atau pertahanan negara dan bagaimana kerajaan memastikan ketelusan proses ini? Apakah contoh data yang boleh dikongsi dan tidak boleh dikongsi dan adakah pihak kementerian boleh menentukan jenis data yang akan dikongsi ataupun tidak? Data kesihatan melibatkan data yang sensitif.
Bolehkah sekiranya dimasukkan klausa khusus yang menjelaskan mengenai sensitiviti, kerahsiaan, implikasi dan obligasi dari sudut kepentingan kesihatan negara?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Keempat, Tan Sri Yang di-Pertua ialah fungsi jawatankuasa. Soalan saya ialah bolehkah detail-kan kepada saya agensi manakah yang akan terlibat dalam keahlian Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang akan diwujudkan kelak. Apakah fungsi utama Jawatankuasa Perkongsian Data Negara? Apakah mekanisme kawalan yang digunakan bagi memastikan penubuhan jawatankuasa ini benar-benar berkesan, bukan sahaja dalam aspek mengawal selia perkongsian data agensi dan jabatan, tetapi juga jaminan dari sudut perkongsian perlindungan data privasi pengguna serta memastikan pembantuan kawalan dan data.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kuala Krai, minta ruang sedikit. Sedikit sahaja. Pengerusi sedikit sahaja ya.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Masa ada lagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Bagilah. Terpulang.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ya, sikit. Okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, sikit ya. Ringkas. Yang dikaitkan oleh Kuala Krai tadi, kos yang data antara sektor awam dan agensi sektor awam. Soalan saya bagaimana jika agensi swasta kerana banyak kebocoran daripada swasta daripada bank, klinik-klinik swasta dan sebagainya yang dikatakan dapat data tersebut dari bank dan kita tidak tahu. Tiba-tiba dia telefon kita untuk menjual produk-produk dia. Jadi apakah dia terkandung ataupun di-cover oleh akta ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okey. Masukkan dalam ucapan saya dan boleh dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.
Kedua terakhir Tan Sri Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan kewajipan pihak ketiga.
Persoalan saya ialah perincian mengenai skop dan bidang kuasa pihak ketiga dari segi pengendalian data termasuk pembinaan data. Integrasi data atau kerja analitik data menggunakan data yang dikongsi di bawah akta ini serta persetujuan daripada pembekal data sebelum data itu dikendalikan oleh pihak ketiga.
Terakhir Tan Sri Yang di-Pertua ialah perlindungan daripada guaman. Soalan saya memandangkan pindaan ini membabitkan skop kekebalan daripada pendakwaan atau tindakan perundangan termasuk menteri dan mana-mana anggota jawatankuasa dan pegawai atau khidmat agensi sektor awam. Bagaimana kerajaan memastikan perlindungan ini tidak bersifat pukul rata atau shadow blanket agar tidak berlaku insiden konflik berkepentingan atau mewujudkan jurang akauntabiliti. Itu sahaja Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya menjemput Menteri menjawab. Menteri, 15 minit okey?
[Ketawa] Hari last ni Menteri. Okey, silakan.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebelum meneruskan dengan jawapan saya, ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada para pegawai daripada Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara (JDN), Jabatan Peguam Negara (AGC) serta semua jabatan dan agensi di bawah tatakelola kementerian ini dalam menyediakan dan juga merealisasikan Rang Undang-undang Perkongsian Data 2024 sehingga ianya berjaya dibentangkan. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua agensi sektor awam, persekutuan yang telah bersama-sama menjayakan penggubalan rang undang-undang ini secara langsung dan juga tidak langsung.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua Ahli Parlimen di sini yang telah pun memberi sokongan kepada Kementerian Digital.
Hari ini 12 Disember genap satu tahun kementerian ini ditubuhkan.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Jadi memang dalam kita melihat kembali kepada apa yang telah pun kita laksanakan dalam setahun memang banyak perkara yang telah melalui Dewan ini dan saya rasa kita dapat sokongan daripada semua untuk menerus ke depan.
Tuan Yang di-Pertua, bila kita lihat berkaitan dengan teknologi baharu, kita sedia maklum bahawa data memainkan peranan yang cukup penting. Bagi tujuan kita dapat melihat keberkesanan kita dalam menggunakan teknologi baharu khususnya AI. Saya rasa kita bergerak ke depan, kita tidak boleh menafikan bahawa lebih lagi tumpuan akan dibuat daripada aspek data. Jadi hal kita terima data itu dan simpan, itu satu. Tetapi kalau kita ada data itu tetapi tidak menggunakannya maka ia tidak membawa nilai kepada kita.
Jadi data itu harus kita gunakan untuk kita memastikan kita dapat merasai atau menikmati manfaat sepenuhnya daripada apa yang kita lihat sebagai kuasa pengkomputeran yang kita ada hari ini dan kebolehupayaan kita untuk menggunakan kuasa pengkomputeran itu untuk menaik taraf lagi cara kita bertindak di dalam sektor-sektor tertentu khususnya kesihatan. Kita lihat juga dalam bidang teknologi, bidang pertanian, keterjaminan makanan dan sebagainya. Jadi soal yang kita bincangkan di dalam Dewan yang mulia hari ini adalah berkaitan dengan bagaimana kita dapat mewujudkan satu sistem yang membolehkan perkongsian data ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat ke belakang undang-undang yang kita ada adalah undang-undang di mana kita hendak memastikan bahawa data peribadi itu tidak didedahkan tanpa ada persetujuan yang saya rasa itu satu perkara yang kita dapat lihat jauh ke belakang sejak tahun 2010 Akta Perlindungan Data Peribadi. Kemudian kita buat pindaan dalam bulan Julai tahun ini dan kita mengetatkan lagi peruntukan. Itu menunjukkan secara jelas bahawa kerajaan memang menumpukan perhatian kepada bagaimana kita boleh memastikan bahawa walaupun perlunya untuk kita menggunakan data ini dan rakyat akan menggunakan data dengan cukup meluas dalam era digital yang akan datang. Kita kena memberikan perhatian kepada bagaimana kita boleh pastikan bahawa ia sentiasa selamat.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Jadi dari aspek ini kalau kita lihat dalam konteks yang saya sebut tadi, pendekatan yang diambil di dalam penggubalan undang-undang ini adalah untuk kita memberi penekanan kepada semua aspek itu. Pertama penekanan kepada pentingnya data itu. Kedua, penekanan kepada perlunya kita ada mekanisme di dalam mana kita boleh memudahcarakan proses perkongsian data tersebut. Kemudian ketiga dalam proses perkongsian data tersebut kita juga kena pastikan bahawa ada wujudnya perkara-perkara ataupun peruntukan- peruntukan yang menitikberatkan hal keselamatan data peribadi tersebut.
Jadi kita merujuk kepada pendapat kepada semua sektor daripada industri dan sebagainya minta feedback bagaimana kita hendak bergerak ke depan. Jadi rang undang- undang yang kita bentangkan di sini pada hari ini adalah Rang Undang-undang Perkongsian Data. It is a landmark bill kerana ia buat kali pertama melihat satu undang-undang yang fokus kepada data dan bagaimana kita boleh wujudkan satu sistem yang memastikan wujudnya peruntukan yang membolehkan perkongsian itu.
Dalam masa sama, kita pastikan proses itu selamat dan sekiranya wujud sebarang kelemahan, maka tindakan boleh diambil untuk kita menguatkan atau mengukuhkan lagi proses tersebut dan juga adanya peruntukan yang membawa kepada tindakan yang boleh diambil kepada pihak-pihak tertentu sekiranya didapati ada perlanggaran undang-undang ini.
Saya akan memberikan sedikit rujukan kepada undang-undang ini untuk menunjukkan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada undang-undang ini ia pertamanya membuat rujukan kepada perkara-perkara penting. Kita sebut data tetapi, apa maksud data itu? Jadi saya hendak jawab kepada beberapa Yang Berhormat yang tanya berkenaan dengan aspek tafsiran. Adakah tafsiran yang kita berikan itu terlalu luas dan sebagainya.
Tafsiran Fasal 3 Tuan Yang di-Pertua, ia merujuk kepada perkara pokok dalam undang-undang ini, data. Apakah data itu? Ia ditafsirkan data itu ertinya apa-apa fakta statistik, arahan, konsep atau maklumat lain dalam bentuk yang boleh disampaikan di analisis atau diproses sama ada oleh individu ataupun komputer atau cara yang lain. Cara yang lain ini kalau bergerak ke depan mungkin ada cara yang lain kita kena lihat.
Jadi ada tafsiran yang dibawa yang khusus di dalam Fasal 3 ini. Kemudian kalau kita hendak bincang berkenaan dengan pergerakan data ini, kita kena lihat kepada agensi sektor awam ia juga ditafsirkan di dalam Fasal 3. Di situ disebut agensi sektor awam ertinya agensi yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam yang disebut di dalam Fasal 1 Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan kecuali perkhidmatan disebut dalam perenggan F dan G dan yang penting B, “Mana-mana pihak yang berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa terletak hak kepadanya menurut Undang-undang Persekutuan”. Itu di situ kita permulaan dia. We identify data jelas. Kemudian apakah maksud agensi sektor awam dan kemudian kita ini bergerak kepada dua perkara, pembekal data.
Jadi pembekal data itu adalah pihak yang pegang data itu yang akan menerima permintaan untuk data tersebut, ia ditafsirkan pembekal data itu ertinya agensi sektor awam yang berkongsi data kepada penerima data di bawah Bahagian IV— ini saya akan rujuk nanti dan
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
penerima data juga ditafsirkan di situ. Ertinya sektor awam yang kepadanya data dikongsikan di bawah bahagian yang sama.
Kemudian kita lihat kepada proses yang ditentukan itu. Proses yang ditentukan itu melibatkan penubuhan jawatankuasa. Penubuhan jawatankuasa dalam Fasal 5 tadi ada Yang Berhormat yang tanya tadi berkenaan dengan apakah mekanisme yang wujud supaya kita dapat memastikan bahawa undang-undang ini bergerak ke depan kita dapat perketatkan lagi dan kita dapat melihat bahawa bukan undang-undang tetapi ia ada peraturan-peraturan tertentu yang diwujudkan untuk memastikan bahawa proses kita membekal maklumat tersebut itu adalah teratur, selamat dan sebagainya.
Ini yang kita lihat dengan penubuhan jawatankuasa. Itu sebab kita ada jawatankuasa, kita menyebut di situ ada Yang Berhormat tadi saya rasa daripada Rasah yang tanya berkenaan sebenarnya berapa bilangan yang terdiri dalam jawatankuasa itu. Itu disebutkan dalam seksyen 5. Kemudian tugas-tugas mereka juga digariskan di dalam seksyen 6.
Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita juga menyatakan dengan jelas mesyuarat bila perlu diadakan, perjalanan sementara dan sebagainya dan saya rujuk terus kepada seksyen 12 atau Fasal 12, belum seksyen lagi. Fasal 12 di sini saya rujuk kepada Alor Setar tadi. I think perkara-perkara dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Saya tidak akan merujuk satu persatu 15 minit memang tidak bolehlah tetapi sebenarnya Alor Setar itu, you hit the nail on the head. Soalan-soalan yang ditanya itu berkaitan dengan aspek asas. Kita ini ada data hendak kongsi dalam masa sama kita ini khuatir. Jadinya mungkin ada bocor dan sebagainya.
Langkawi tanya sebegitu rupa juga, saya setuju. Itu menjadi aspek yang kita lihat Kuala Krau sahabat saya juga bawa aspek itu. Itu memang menjadi pedoman kepada kita bagaimana hendak bergerak ke depan. So, ini undang-undang pertama kalinya. Jadi kita lihat okey baik kita wujudkan jawatankuasa dengan kuasa-kuasa yang luas.
Maksud dia bergerak ke depan jawatankuasa ini dapat melihat, menilai semula apa yang kita letakkan sebagai peruntukan ini. Kalau ada masalah mereka ada kuasa untuk meletakkan peraturan supaya kita boleh pastikan ia diperketatkan. Tetapi untuk pencerahan, untuk idea-idea yang jelas, kita disebut di sini berkaitan dengan permintaan cara ia dibuat.
So, seksyen 12 Alor Setar menyatakan, how is it done? So, di situ sekiranya ada permintaan ia boleh dibuat, disebutkan ia secara spesifik. Saya tidak akan pergi ke satu persatu kalau tidak kita akan baca semua dalam undang-undang ini. Kemudian bila permintaan itu dibuat— ini penting. Ia tidak akan diluluskan serta-merta. Ia akan dilihat kepada tujuan dia, tujuan yang baginya data itu boleh dikongsi.
Jadi seksyen 13, fasal— maaf bukan seksyen. Fasal 13 berbangkit satu permintaan bagi perkongsian data boleh dibuat dan diberikan bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan. Jadi kita faham, kita tidak mahu ada keadaan di mana ia terlalu luas sehingga boleh membawa kepada salah penggunaan dan sebagainya. So, kita senaraikan okey apakah tujuan itu?
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Dinyatakan di sini (a) sehingga (d). Pertama untuk meningkatkan kecekapan atau keberkesanan dasar pengurusan program, perancangan dan yang penting sekali tadi yang disebut berkaitan dengan bagaimana kita akan pastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat dipertingkatkan. Di sini dinyatakan kalau tujuan itu termasuk dalam perkara itu boleh kita pertimbangkan.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, untuk kita mengurangkan atau mencegah ancaman terhadap nyawa. Ini penting. Kalau wujudnya ancaman terhadap nyawa dan permintaan dibuat, ia datang ke jawatankuasa, ia bukan automatik. Jawatankuasa akan lihat, akan kaji sejauh mana adakah sebenar-benar permintaan itu dapat mengurangkan atau mencegah ancaman terhadap nyawa. Saya rasa semua di sini setuju kalau data itu boleh membantu, maka kita perlu lihat boleh atau tidak kita berikan data itu untuk kita bantu dalam keadaan- keadaan yang menekankan tersebut.
Ancaman terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan seseorang atau ancaman terhadap kesihatan atau keselamatan awam. Itu lagi besar kalau kita ada aspek yang kita perlukan jawapan yang pantas, tuntas daripada kementerian ataupun agensi, kita boleh buat permintaan itu.
Kemudian, kalau kita perlu untuk ambil tindakan Tuan Yang di-Pertua untuk bertindak balas terhadap kecemasan awam. Ini kita semua dapat lihat misalnya ada malapetaka, kita lihat banjir dan sebagainya. Kita perlukan data itu, kita perlu bertindak pantas. Perlu ada mekanisme di mana kita membolehkan data itu diminta, membolehkan data itu diberikan.
Sebelum daripada ini tidak ada. Jadi kita mintalah tapi dari itu administrative secara formal tetapi sekarang kita ada.
Kelima, ini luas tujuan yang boleh ditetapkan oleh jawatankuasa. Ini akan melalui prosesnya kerana kita tahu bergerak ke depan. Mungkin kita kena perluaskan dan sebagainya. Ini undang-undang pertama kali kita bentangkan. Jadi kita kena ada sistem yang membolehkan kita melaksanakan apa yang kita perlu laksanakan tapi dalam masa yang sama kita pastikan bahawa undang-undang meletakkan syarat-syarat yang ketat tapi juga ada ruang untuk kita bertindak sekiranya perlu.
Then, berbalik kepada apa yang disebut tadi berkaitan apa yang ditanya. Saya rasa masa Pengkalan Chepa tanya berkenaan dengan mekanisme. So, kalau kita lihat kepada seksyen 14, fasal 14 Pengkalan Chepa. Apabila kita terima permintaan tersebut, ada proses penilaiannya. Proses penilaian ini penting kerana pertama apa yang perlu dilaksanakan adalah jawatankuasa kena lihat kepada permintaan itu dan membuat penilaian. Kita semak, adakah tujuan yang bagi data itu diminta mewajarkan perkongsian data tersebut. Alor Setar, saya akan bagi selepas ini ya. Itu pertama.
So, kita lihat kepada tujuan kerana tujuan itu ada kekangannya dan sebagainya yang kita juga senaraikan. Nombor dua, sama ada perkongsian data itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan sama ada agensi sektor awam yang minta data itu
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai untuk memastikan data yang dikongsikan tidak boleh diakses atau digunakan tanpa kebenaran.
So, di sini Pengkalan Chepa, saya minta maaf kalau ini tidak menjawab secara keseluruhan tapi aspek atau mekanisme yang ditetapkan termasuk juga kita kena lihat bukan saja kita lihat permohonan, permintaan itu, tujuannya dan sebagainya. Tapi kita juga lihat kepada sama ada agensi yang memohon untuk data itu ada sistem keselamatan yang wujud di dalam agensi tersebut untuk memastikan bahawa data yang dikongsi tidak boleh diakses atau diguna tanpa kebenaran.
Di sini juga saya nak sebut berkenaan dengan ada satu Yang Berhormat, saya minta maaf tak ingat spesifik mana. Tapi Yang Berhormat yang tanya berkaitan dengan sebenarnya adakah semua agensi kerajaan ada sistem-sistem keselamatan yang kukuh? Saya rasa itu dibangkitkan oleh Kuala Krau, minta maaf. Itu soalan yang cukup baik dan saya nak nyatakan di sini bahawa kita sekarang dalam proses menjalankan audit.
Saya tidak perlu minta kepada JDN, kepada Cyber Security dan sebagainya khususnya susulan daripada kita membentangkan dan meluluskan Akta Keselamatan Siber bulan Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang ada mekanisme bagaimana kita boleh meletakkan piawaian yang diperlukan kita dan kemudian, kita minta supaya semua agensi kerajaan ikut. Tapi kita kalau kena ikut, kita kena tanya satulah kalau mereka betul- betul buat tidak itu, kita kena buat audit.
Jadi, dalam proses sekarang kita buat audit itu dan saya harap dalam tahun depan mungkin pertengahan pertama kita dapat selesaikan audit tersebut. Alor Setar minta maaf, terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Saya nak patah balik tentang mengurangkan ancaman keselamatan terhadap nyawa. Isu yang penting tadi Yang Berhormat fasal 24 itu kalau berlaku kecuaian. Jadi kecuaian itu tidak boleh didakwa di mahkamah.
Jadi kalaulah kecuaian itu melibatkan nyawa juga tadi, jadi macam contradict antara fasal 24 itu dengan fasal 13. Mungkin ada penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Gobind Singh Deo
Baik, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Tan Sri, kalau saya boleh terus jawab soalan itu. Sebenarnya ada dalam senarai jawapan saya kerana saya ikut seksyen dia. Tapi saya terus ke seksyen lagi, fasal. Maaf Tuan Yang di-Pertua.
Saya terus kepada fasal 24. Perkara yang juga dibangkitkan oleh Rasah sebentar tadi beliau telah pun menyatakan khuatir berkenaan dengan sama ada boleh ataupun disalahgunakan, itu pertama. Kemudian, sama ada contradiction seperti mana di bawa Alor Setar. Alor Setar, saya kalau boleh saya minta peluang untuk membaca seksyen tersebut ya.
Ia mengatakan, “Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang tiada tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap menteri, anggota jawatankuasa, ketua pengarah
Tuan Gobind Singh Deo
atau mana-mana pegawai ataupun khidmat agensi sektor awam atas sebab yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipan yang di bawah akta ini.” Kemudian ia diteruskan, ia tidak henti di situ. Maksudnya protection itu bukan keseluruhan. Ia menyatakan, “Melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.” Jadi, ia bukan exclusion clause. Ia clause menyatakan tindakan itu tidak akan dibawa selain kita boleh menunjukkan perkara-perkara dinyatakan di situ.
So, kita lihat kepada sama ada, ada sebab munasabah dan sebagainya. Maksudnya boleh disiasat benda itu. Kalau berlaku satu kebocoran, ketirisan kita lihat proses itu dalam proses itu berlaku sesuatu menyebabkan data itu terlepas daripada tangan agensi yang berkaitan. Ya, di situ juga kita ada undang-undang, peruntukan yang jelas. Pihak ketiga, kita meletakkan kewajipan bila kita menghantar ataupun kita ini mengongsi data melalui proses tersebut. Kalau ada pihak ketiga yang terlibat, kalau ada kecuaian dan sebagainya atau digunakan untuk tujuan-tujuan yang berlainan daripada permintaan tersebut, maka ada tindakan yang boleh diambil.
Tetapi dalam masa yang sama, kita juga ada seksyen 24 yang menyatakan kita lihat apa sebab-sebab yang berlaku benda itu. So, ini adalah berbalik kepada siasatan. Lihat tapi kalau ada keadaan yang memerlukan tindakan diambil, boleh ambil dalam bacaan inilah. So, saya harap itu dapat juga menjawab soalan yang dibawa oleh Rasah. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, menteri perlukan berapa minit lagi?
Tuan Gobind Singh Deo
Saya kalau, Tuan Yang di-Pertua saya nak jawab satu soalan telah pun dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua
Why not saya bagi menteri hingga pukul enam. Makna dua minit setengah dari sekarang.
[Ketawa]
Tuan Gobind Singh Deo
Ini nak gulung pun dua minit. Tak apa. Tuan Yang di- Pertua, saya akan beri secara lisan.
Tuan Yang di-Pertua
Bertulis.
Tuan Gobind Singh Deo
Khususnya yang ditanya secara spesifik, isu-isu ...[Tidak jelas]... dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, please proceed. Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo
Tapi yang dibangkitkan oleh Rasah dan juga sahabat saya daripada sebelah sana berkaitan dengan fi. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ada peruntukan-peruntukan yang sekarang meletak keperluan untuk membayar fees sekiranya kita minta maklumat-maklumat tertentu. Saya bagi contoh misalnya kalau kita nak minta daripada Jabatan Statistik kalau tak silap saya.
Jadi ada dinyatakan fi yang diperlukan di situ. So, seperti mana dalam ucapan awal saya, saya kata undang-undang ini undang-undang baharu kita tidak mahu ia dilihat sebagai bertentangan dengan undang-undang ataupun peraturan-peraturan yang sedia ada. Jadi peruntukan itu dimasukkan kerana kita tahu wujudnya undang-undang atau peraturan-
Tuan Gobind Singh Deo
peraturan yang memerlukan pembayaran fi. Tapi itu bukan pembayaran fi yang besar. It is the administrative fees dan sebagainya yang dikenakan dalam proses itu. So, ia bukan sekadar kita ini meletakkan peruntukan yang baharu tapi undang-undang yang sudah wujud Tuan Yang di-Pertua, yang memerlukan pembayaran itu. Maka di dalam proses perkongsian data ini, ia tidak akan menghalang daripada permintaan fi dibuat dan bayaran dibuat untuk fi itu.
Kalau tidak, kita ada masalah walhal kita minta *....
[Tidak jelas...]* tapi kalau tidak diberikan ruang untuk kita bayar fi itu, then that’s the problem. So, ia peruntukan untuk menyelaraskan undang-undang ini dengan undang-undang sedia ada yang lain. Tapi mana tahu dalam bergerak ke depan, mungkin kita boleh kaji semula selepas kita dapat permohonan dan lebih input daripada industri ataupun agensi-agensi berkaitan. Kita akan lihat as we ammend, we go along.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, saya nak nyatakan di sini bahawa banyak daripada pandangan yang dikemukakan adalah pandangan yang sangat membantu saya. Saya akan mengambil kira semua, saya akan jawab sejauh mana yang saya boleh. Seperti mana yang saya sering sebut, sekiranya ada apa-apa lain pandangan yang hendak dibawa, kalau tidak dimasukkan dalam perbahasan hari ini, tidak dapat peluang dan sebagainya, boleh jumpa saya bila-bila masa dan kita kerjasama untuk memastikan bahawa undang-undang ini dapat kita perkukuhkan dalam bergerak ke depan.
Dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun mengambil bahagian dan memberikan sokongan untuk meluluskan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua, saya ingin merujuk kepada peraturan mesyuarat yang membolehkan Laporan RCI ini dibentangkan dalam Parlimen pada hari ini. Saya ingin mendapat penjelasan dahulu daripada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, mengenai laporan yang bertajuk, ‘Laporan Suruhanjaya Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan’ ini. Satu buku yang mempunyai kandungannya sebanyak 217 muka surat. Di dalam buku ini Yang Berhormat Tan Sri, yang dibentangkan untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen, terdapat sebanyak 47 muka surat – macam pernah dengar, 47. 47 muka surat ini dipadamkan, redacted. Ini, dipadamkan semua. Semuanya ini dipadamkan.
[Menunjukkan muka surat tersebut] Jadi, saya nak dapat penjelasan- petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya, Laporan RCI ini adalah satu laporan yang boleh dianggap cacat. Macam mana ini? Kita nak rujuk apa ini? Apa yang kita rujuk? Saya boleh bagi contohlah, contoh satu untuk Menteri jawab, kalau sekejap ini. Muka surat 197, syor-syor suruhanjaya dalam laporan ini boleh diringkaskan seperti berikut. Next page, yillek, tak ada apa, nothing, blank. Apa ini? Syor apa ini? Laporan apa yang hendak dibincangkan, nak dibahaskan di sini? Jadi, 47 daripada 217 muka surat didapati redacted, dipadamkan. Apakah- Laporan apa yang kita hendak bahas ini? Adakah ini satu laporan yang layak dibawa untuk dibahaskan di Dewan Rakyat ini? Saya mohon penjelasan itu.
Saya rasa Tan Sri Speaker pun dah aware benda ini. Ya? Jadi, saya minta penjelasan dahulu sebelum kita bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat bertanya saya, ya?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya nak jawablah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ini mungkin 36(12) agaknya, mengelirukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah pun menerima laporan ini lebih awal dan saya telah pun memanggil Menteri untuk mendapatkan penjelasan. Oleh sebab kita ada Peraturan Mesyuarat 27(3), Usul-usul Menteri dan saya juga tanya Menteri, benda-benda yang dihitamkan ini, ia melibatkan kedaulatan, dia melibatkan sensitiviti, dia melibatkan benda- benda yang mungkin Yang Berhormat boleh tanya dalam Dewan tetapi tidak di-print-kan.
Jadi, untuk menjaga kemaslahatan politik dan juga masalah keselamatan negara. Jadi untuk itu, Yang Berhormat boleh bertanya di Dewan ini. Boleh bertanya Menteri, tak ada masalah.
Saya benarkan, cumanya dia tidak dalam bentuk hitam putih. Itu sahaja. Jadi untuk itu, saya minta Menteri meneruskan. Dipersilakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:
“MENYEDARI Hak Kedaulatan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan telah mencetuskan polemik antara Malaysia dan Singapura selama beberapa dekad. Dimensi sejarah, undang-undang dan perubahan geopolitik yang kompleks telah mempengaruhi usaha-usaha Malaysia untuk terus mempertahankan pemilikan di kawasan pertikaian ini. Keprihatinan kerajaan terhadap isu kedaulatan di ketiga-tiga kawasan ini telah diterjemahkan melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (Suruhanjaya) mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] . MENYEDARI Suruhanjaya dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, memerlukan perhatian yang serius daripada pihak kerajaan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya, manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (Laporan Suruhanjaya) dilaksanakan dengan berkesan.
MEMAHAMI bahawa penemuan suruhanjaya mempunyai implikasi terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Laporan Suruhanjaya membangkitkan isu-isu perundangan dan pentadbiran berkaitan kedaulatan negara yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri yang terlibat berteraskan kepentingan perkara ini kepada integriti dan kedaulatan maritim negara.
MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya dan hakikatnya apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar Menteri terlibat meneliti isu yang dibangkitkan. Segala perkara berkenaan kedaulatan negara yang melibatkan kelemahan proses pembuatan keputusan, kepincangan tatakelola pentadbiran dan pengurusan kes, ketiadaan penglibatan kerajaan negeri dan ketidakselarasan tindakan antara pihak berwajib, perlu diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan secara cekap dan efektif.
MENEGASKAN bahawa penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan berkenaan perkara berkaitan kedaulatan negara tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
BAHAWA dalam Suruhanjaya melaksanakan tanggungjawabnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan berdiri teguh menyokong kerajaan, agar dapatan Suruhanjaya dan syor-syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan, seterusnya diambil tindakan secara menyeluruh oleh pihak terlibat bagi menangani dan mengatasi kelemahan yang dikenal pasti ke arah memastikan kedaulatan negara terus terpelihara”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari Khamis, 12 Disember 2024.
Pembentangan Laporan Suruhanjaya merupakan satu manifestasi keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kepentingan pengurusan isu kedaulatan negara secara cekap, teratur dan berintegriti.
Pada hari ini, dengan tekad dan komitmen jitu berterusan, Kerajaan MADANI telah membawa usul bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Komitmen yang diberikan adalah sebagai platform kepada semua wakil rakyat bagi membahaskan isu-isu berkaitan hak kedaulatan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang melibatkan kepentingan Kerajaan Persekutuan dan negeri dan rakyat negeri Johor khususnya.
Perbahasan ini membolehkan kerajaan mengambil langkah-langkah terbaik untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan serta syor-syor yang dicadangkan secara holistik dan berkesan.
Tan Sri Yang di-Pertua, tanggal 23 Mei 2008 telah menjadi satu sejarah hitam bagi negara Malaysia apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa dengan izin, International Court of Justice (ICJ) memutuskan bahawa Batu Puteh menjadi hak milik Singapura. Walaupun kerajaan menghormati keputusan ICJ, usaha kerajaan tidak hanya berhenti di situ.
Berdasarkan tekad dan keazaman mempertahankan kedaulatan negara, kerajaan telah meneruskan usaha-usaha untuk memartabatkan kedaulatan negara melalui rundingan dua hala antara Malaysia dan Singapura iaitu melalui platform dengan izin, Malaysia-Singapore Joint Technical Committee (MSJTC).
Malaysia juga telah memanfaatkan peruntukan perundangan negara bangsa sedia ada melalui Statut ICJ di bawah Artikel 61 bagi pemfailan permohonan semakan dan Artikel 60 bagi pemfailan permohonan tafsiran terhadap keputusan ICJ. Malangnya, prosiding melalui kedua-dua permohonan tersebut tidak diteruskan dan akhirnya telah menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh secara muktamad.
Tan Sri Yang di-Pertua, penubuhan suruhanjaya telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 14 Februari 2024 dan Baginda juga telah berkenan melantik tujuh orang pesuruhjaya. Skop siasatan adalah selaras dengan Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (B) 169 bertarikh 6 Mei 2024 untuk menyemak, mengkaji dan menyediakan pandangan berkaitan pelanggaran undang-undang, norma kerja atau pekeliling pentadbiran dalam pelaksanaan tanggungjawab oleh mana-mana pihak. Kajian turut menentukan sama ada tindakan selanjutnya boleh diambil dari segi perundangan mahupun bukan perundangan serta saranan mekanisme bagi mencegah isu seumpamanya berlaku di masa hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Penubuhan suruhanjaya ini amat penting. Ia menggalakkan ketulusan dan akauntabiliti dengan meneliti pengendalian pertikaian yang membawa kepada pesyoran, perundangan dan pentadbiran melibatkan kedaulatan dan maritim negara. Siasatan melalui suruhanjaya ini merupakan satu pendekatan berkesan dengan izin, fact finding mission, kerana ia telah menyediakan laporan komprehensif, tulus dan saksama dengan mengumpul bukti memanggil saksi dan dengan izin, compel the production of necessary and relevant documents. Tan Sri Yang di-Pertua, Laporan Suruhanjaya telah dibentangkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Ogos 2024.
Seterusnya, atas keprihatinan kerajaan berdasarkan kepada pembentangan yang telah dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya kepada Jemaah Menteri pada 28 Ogos 2024, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya laporan ini dibentangkan di Parlimen dan syor-syor yang dikemukakan dibahaskan di Parlimen.
Hasil kajian dan siasatan suruhanjaya menerangkan penemuan terhadap perkara- perkara yang telah berlaku sepanjang pengendalian isu kedaulatan ini. Kajian dan siasatan ini memfokuskan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam kalangan anggota pentadbiran, penjawat awam serta pakar perunding tempatan dan antarabangsa yang terlibat.
Antara isu yang dikenal pasti sebagai faktor utama penyebab Malaysia kehilangan Batu Puteh secara muktamad adalah kepincangan dalam pengendalian kes tersebut serta pelaksanaan keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan permohonan tafsiran tanpa penelitian menyeluruh oleh anggota pentadbiran.
Suruhanjaya telah mengesyorkan tindakan-tindakan untuk memastikan isu-isu yang dikenal pasti dapat ditangani secara menyeluruh. Perhatian dan tindakan segera perlu diambil bagi menjamin pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran perkara-perkara berkaitan kedaulatan negara secara lebih efektif dan terkawal.
Pendekatan-pendekatan penambahbaikan yang perlu diambil adalah seperti cadangan dan syor yang terkandung dalam Bab 3 dan Bab 4 Laporan Suruhanjaya tersebut.
Secara amnya, syor dan cadangan Laporan Suruhanjaya merangkumi dua aspek utama iaitu penambahbaikan melalui tindakan dari segi perundangan dan bukan perundangan.
Tan Sri Yang di-Pertua, tanggungjawab perlindungan kedaulatan negara harus dikongsi bersama dengan membentuk rangka kerja bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan negeri yang sudah tentu terdiri daripada anggota pentadbiran dan penjawat awam bagi menjaga kedaulatan, memastikan keselamatan dan integriti wilayah perairan serta mengekalkan kedudukan negara di persada antarabangsa.
Kepentingan perbahasan pada hari ini adalah sebagai menterjemahkan dengan mendukung ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri dalam memastikan isu kedaulatan negara diberi perhatian serius selepas usul dibentangkan dalam Parlimen. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menegaskan bahawa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
perjuangan mempertahankan kedaulatan negara mestilah dilaksanakan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang perlu dihormati.
Justeru itu, saya ucapkan terima kasih kepada barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya serta kesemua kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghasilkan Laporan Suruhanjaya ini. Semoga penemuan melalui Laporan Suruhanjaya ini mampu membawa kepada perubahan dasar dan perundangan, pembaharuan dan reformasi institusi untuk menambah baik dasar serta sistem perundangan, pentadbiran, keselamatan dan sosial Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI yakin bahawa sesi perbahasan ini akan menjadi platform kepada semua Ahli Parlimen untuk berbincang secara matang dan terus memperkukuhkan dan memelihara hak kedaulatan negara. Saya berharap agar semua pandangan yang dilontarkan dibuat atas dasar dan semangat yang tinggi untuk memastikan kedaulatan negara kita terus terpelihara.
Oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.
Saya menerima 10 nama Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas dan saya bacakan kesemuanya. Bermula dengan Segamat – orang Johor ya, Kota Bharu, Puncak Borneo, Muar, Pasir Gudang, Pasir Mas, Sri Gading, Larut, Tenggara dan Putrajaya. Saya berikan lima minit untuk tiap-tiap Ahli Yang Berhormat. Silakan, Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang untuk membahaskan RCI ini.
Batu bukan sebarang batu, Batu Puteh melambangkan bangsa bersatu, Menuding jari tak tentu arah, Tergadai berangka ke negara Singapura. Berdasarkan Laporan RCI berkait kes kedaulatan Batu Puteh, keputusan Perdana Menteri Ke-7 tidak meneruskan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) adalah didapati satu perbuatan yang jenayah boleh dikatakan.
Keputusan tidak meneruskan kes semakan kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan tafsiran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kedaulatan Batu Puteh pada 2018 telah memberi kesan besar terhadap kedaulatan negara.
Keputusan ini dibuat meskipun terdapat dokumen baru dikemukakan yang berpotensi memperkuatkan kedudukan Malaysia dalam menuntut kedaulatan Batu Puteh tetapi soalnya,
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
kenapa tidak meneliti semula sehingga boleh terlepas kepada negara seberang? Macam mana boleh lepas begitu saja apabila Batu Puteh dimiliki oleh Malaysia selama 129 tahun dan hanya disebabkan 27 tahun dipegang oleh Singapura.
Adakah keputusan permohonan semakan tidak diteruskan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri? Jawapannya tidak, secara fakta yang diberikan dalam RCI. Tun Dr. Mahathir telah pun hantar sepucuk surat kepada AGC pada 21 Mei 2018 untuk tidak diteruskan permohonan semakan. Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada 23 hari bulan, pagi pukul 9.30 dan 10 minit sebelum itu telah menghantar e-mel kepada Singapura dan dapati menunjukkan secara terang-terang Perdana Menteri waktu itu tidak mendapat kata putus Kabinet secara konsensus dan kolektif.
Lihat pada muka surat 99 RCI dan ada lah surat yang dihantar kepada AGC. Saya boleh bacakan sedikit, “Setelah meneliti cadangan tafsiran keputusan kes concerning the sovereignty over Pedra Branca, Middle Rocks and the South Ledge di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), saya berpendapat bahawa usaha ini tidak perlu diteruskan”.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya ingin tegaskan di sini, dia sebutkan adalah “saya berpendapat” bukan berpendapatan daripada Jemaah Menteri ataupun it is a country’s decision tapi ia adalah keputusan sendiri, nampaknya begitu.
Dalam laporan merujuk kepada 3.48 menyatakan bahawa pada 23 hari bulan telah hantar mengadakan dalam Mesyuarat tidak meneruskan kedua-dua permohonan tersebut di Mesyuarat Jemaah Menteri diletak dalam tajuk hal-hal lain. Tan Sri Speaker, apakah isu kedaulatan negara dijadikan hal-hal lain? Apakah ini bermaksud Perdana Menteri ketujuh tidak memberi keutamaan kepada soal kedaulatan negara? This is truly intentionally and deliberate act of betrayal to the country and the sovereignty of the territorial interest. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.
Oleh itu, isu seperti besar begini yang berkaitan dengan negara haruslah atau boleh rujuk kepada Tuanku Sultan Johor Duli Yang Amat Mulia Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim.
Tan Sri Speaker, sebagai wakil rakyat dari Johor, pertanyaan saya adalah adakah Perdana Menteri ketujuh membawa perkara ini ke perhatian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk mendapat pandangan. Kerana ini ada berkaitan dengan Johor. Kalau tidak, kenapa tidak? Kalau ada, saya yakin sudah tentu Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kemungkinan besar akan memberi perkenan untuk teruskan kes ini atau apa jua pandangan atau maklum balas titah Tuanku Sultan boleh disampaikan kepada Jemaah Menteri sebelum membuat keputusan tidak meneruskan permohonan semakan.
Apakah Perdana Menteri ketujuh rasa bahawa pandangan atau nasihat Tuanku Sultan tidak penting untuk membuat keputusan yang melibatkan Wilayah Johor? Keputusan politik yang diambil oleh Perdana Menteri ketujuh keputusan tidak untuk meneruskan semakan dilihat sebagai langkah politik untuk mengelakkan konflik diplomatik dengan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Singapura. Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa hubungan baik dengan Singapura adalah lebih penting untuk kestabilan serantau dan kepentingan ekonomi kedua-dua negara.
Tun Mahathir sebagai seorang negarawan sepatutnya memberi keutamaan kepada negara Malaysia bukan kepada kepentingan negara jiran. We are not talking our privilege but our country’s rightful rights to defend the national interest and it always must come first. Pengabaian dokumen, ada tiga dokumen baharu yang didapati relevan dalam memperkukuhkan kes Malaysia, tidak digunakan dengan berkesan. Tindakan ini disifatkan sebagai peluang yang terlepas kepada memperjuangkan hak kedaulatan negara. Kesan terhadap reputasi dan keselamatan wilayah, keputusan ini menyebabkan Malaysia kehilangan peluang untuk memperjuangkan kedaulatan atas Batu Putih, Batu Tengah dan Tubir Selatan yang mempunyai kepentingan strategik dari segi keselamatan wilayah dan maritim.
Akhir sekali, Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiries (RCI) berpendapat satu siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr. Mahathir atas kesalahan di bawah seksyen 418 Kanun Keseksaan atas fakta beliau telah menipu kerajaan dengan pengetahuan bahawa beliau berpotensi untuk menyebabkan kerugian salah
(wrongful loss) kepada Kerajaan Malaysia kerana sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai obligasi untuk melindungi kepentingan negara. Oleh itu, saya minta kerajaan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kegagalan mempertahankan kedaulatan negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya.
Laporan RCI Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Sebagaimana saya sebutkan tadi adalah satu dokumen yang cacat, yang tidak sempurna dan tidak memberikan maklumat sepenuhnya kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membahaskan perkara ini demi untuk kepentingan negara. Untuk rekod, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, 48 muka surat dipadamkan (redacted), 47.
[Tepuk] Ha, saya – 47 dipadamkan. Jadi, ini adalah satu petanda bahawa laporan ini merupakan satu laporan yang kita rasa ragu dan mungkin ia mempunyai satu niat mala fide.
Satu niat buruk terhadap individu-individu tertentu yang menjadi sasaran kepada pihak berkuasa sekarang ini. Kalau nak melihat tadi, Segamat sebagai pembahas pertama telah menjelaskan tujuan sebenarnya dan juga hasrat sebenarnya sebagaimana yang telah disebutkan oleh laporan ini pada muka surat 207 iaitu mengesyorkan tiga perkara.
Antaranya memfailkan semula permohonan tafsiran tetapi tidak disyorkan.
Keduanya, tindakan sivil tortfeasor terhadap Perdana Menteri Pakatan Harapan ketujuh, Tun Dr. Mahathir
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
tetapi tortfeasor tidak disyorkan kerana terhalang oleh masa, but
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
by limitation. Ketiganya, siasatan jenayah dimulakan terhadap Tun Dr. Mahathir atas kesalahan seksyen 415B Kanun Keseksaan yang mana dalam 415B ini kesalahannya adalah tipu, tipu. Siapa menipu siapa? Itu perlu dibuktikan dalam hal ini.
Saya ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Segamat tadi.
Pertamanya kerana dikatakan keputusan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir menghentikan kes di ICJ ini dibuat secara peribadi beliau. Dikatakan beberapa Menteri telah menafikan perkara ini telah disiarkan di dalam akhbar. Bandar Tun Razak, Kota Raja dan juga Seremban yang merupakan Menteri pada masa itu mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir hanya maklumkan kepada Kabinet selepas keputusan tak rayu dibuat. Tetapi ada juga Menteri pada masa itu mengatakan Datuk Xavier, Menteri Air dan Tanah pada masa itu. Saya boleh sebut nama sebab beliau bukan ada di sini menyatakan bahawa Kertas Kabinet dibentangkan.
Tidak ada orang tanya soalan ketika itu.
[Tepuk] Xavier – kemudian, seorang lagi Menteri dalam Kabinet Dr. Mahahir, Zuraida Kamarudin mengatakan Dr. Mahathir bentang keputusan tarik balik semakan ICJ di Kabinet, tiada bantahan.
[Tepuk] So, mana yang betul, mana yang tak betul. Akhirnya timbullah hero kita, Menteri Dalam Negeri. Menteri, pada masa itu juga dia kata RCI Batu Putih – Tun Mahathir ibarat orang lemas yang cuba selamatkan diri – Saifuddin. Ini adalah percanggahan pendapat yang berlaku di kalangan Menteri-menteri pada tahun 2018 pada masa itu.
Saya tak nak cakap banyak sebab saya tidak ada masa yang banyak. Dalam laporan RCI ini Tan Sri Yang di-Pertua, telah disenaraikan begitu banyak dokumen-dokumen senarai.
Segamat tengok, berapa puluh senarai dokumen exhibit yang telah ada muka surat dan sebagainya tidak dibekalkan kepada kita. Yang ada dalam ini Segamat,
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
hanya satu-satunya adalah surat yang dihantar oleh Tun Dr. Mahathir kepada solicitor general. Itu sahaja surat yang ada.
Ini jelas melihat apakah tujuan diadakan RCI ini. Tak apa. Kita pun ada. Dalam hal ini Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak membangkitkan satu surat daripada seorang peguam antarabangsa yang dilantik untuk menasihati kerajaan pada masa itu iaitu Profesor Malcom Shaw Queen’s Council telah menulis surat kepada AGC mengatakan bahawa semua izin untuk baca. “This opinion was accompanied by a side letter to the Attorney General of the same date in which we emphasize that our assessment of the chances of success of any such application it that they would not be high.” To put another way we take the view that such application”—Ini penting. “Such application could not be likely to succeed.” [Tepuk] Ini daripada QC yang dilantik oleh kerajaan oleh pasukan petugas khas pada masa itu. Baik. Saya bekas seorang Menteri. Apabila saya ditunjukkan dokumen, saya rasa saya boleh kenal lagi. Seorang yang saya tak kenal, yang saya tak jumpa, yang saya tak tahu siapa telah meletakkan dokumen ini pejabat saya beberapa hari yang lepas. Dokumen ini bertajuk Minit Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Rabu 23 Mei 2018 diadakan di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya. Kehadirannya Tun Dr. Mahathir dan 13 Menteri Kabinet pada masa itu*.
[Tepuk]*
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dalam keputusan walaupun ia agenda hal-hal lain, dalam keputusannya:
(a) Jemaah Menteri mengambil maklum – beberapa perkara, itu tak penting. Saya nak sebut mengambil maklum.
(b) Jemaah Menteri bersetuju supaya permohonan semakan dan permohonan tafsiran keputusan sovereignty over Pedra Branca, Middle Rocks dan juga South Ledge oleh Malaysia di hadapan mahkamah keadilan antarabangsa tidak diteruskan.
Ini keputusan Kabinet.
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] . Beberapa ahli Kabinet ada dalam ini pada masa ini. Ipoh Barat ada, ramai lagi yang ada. Menteri pada masa itu. This is until proven otherwise. Bagi saya ini adalah satu Minit Kabinet yang telah diputuskan pada 23 Mei 2018. Sehingga tidak dinafikan sebaliknya, bagi saya ini adalah dokumen sah daripada Minit Kabinet pada hari tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Masa.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Oleh itu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa – banyak lagi ini. Saya ingin menyatakan – akhir, saya ingin menyatakan akhir. Ini penting Tan Sri. Tadi Menteri membaca usul. Saya ingin mendapatkan penjelasan, di akhir usul ini Dewan yang mulia ini menyeru dan sebagainya, berdiri teguh menyokong kerajaan agar dapatan Suruhanjaya dan syor terkandung disahkan, diluluskan seterusnya diambil tindakan secara menyeluruh oleh pihak terlibat bagi menangani dan mengatasi kelemahan.
Saya nak tanya Tan Sri Yang di-Pertua, sejak bila Parlimen ini dijadikan tempat untuk menggesa mana-mana pihak di luar sana mengambil tindakan kepada mana-mana pihak?
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk memulakan prosiding jenayah ataupun menarik balik DNA ataupun DAA, semuanya adalah kuasa Peguam Negara.
Bila masa Parlimen dijadikan tempat untuk menggesa khususnya Peguam Negara mengambil tindakan atau mengadakan siasatan kepada orang-orang tertentu. Saya harap Parlimen yang mulia ini tidak disalahgunakan.
[Tepuk] . This is sort of abuse of power Dewan yang mulia untuk campur tangan dalam pihak eksekutif dan juga pihak penguat kuasa undang-undang.
Jadi setakat itu dulu. Kalau ada masa saya boleh mencelah lagi. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua Speaker, saya ingin memberi pandangan saya bahawa saya membaca laporan RCI ini. To be fair to PM seven, dia mengatakan “saya berpendapat”. Dia tidak mengatakan bahawa saya mengarah. Dia tidak mengatakan bahawa saya mengarah semua Menteri untuk bersetuju dengan saya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
What I’m trying to say is, are all our ministers just a yes-man person? They got the rights to say that they are not agree with the government or with the Prime Minister dengan izin. Jadi saya melihat untuk seseorang dibawa dalam perkara 145 ini. Kita tidak boleh benarkan Parlimen ini menjadi precedence untuk diperkudakan oleh orang-orang tertentu.
[Tepuk] . Sebab ini melibatkan perkara yang berlaku dan saya masih ingat mendiang V.K Liew iaitu mantan Menteri Undang-undang terdahulu. Kalau beliau masih hidup pada hari ini saya rasa beliau akan bangkit dan mempertahankan perkara ini tetapi malang beliau telah meninggal.
Saya masih ingat di dalam Dewan yang mulia ini ditanyakan mengenai Pulau Batu Puteh pada 15 Oktober 2018, halaman 137. Dalam peraturan secara United Kingdom ini negara yang berada di satu tempat itu melebihi daripada negara yang menuntut. Negara itu akan mendapat tuntutan.
Kita mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh tetapi yang menggunanya Singapura. Ini telah dijawab di dalam Parlimen dan di dalam Parlimen juga pada 22 Oktober 2018 halaman 119 dalam Hansard. 2 Julai 2019 halaman 16 dalam Hansard. Semua perkara ini telah dibincangkan dan tidak ada mana-mana backbencher ataupun Menteri Kabinet menyuarakan mereka tidak setuju pada ketika itu.
Adakah kalau kita membuat pinjaman daripada IMF. Adakah apabila kita membuat– membuang duit kerajaan jutaan ringgit untuk membuat kempen inflasi sifar dan kita tidak berjaya dan kita akan diheret untuk menjadi penjenayah? Adakah ini satu precedence yang baik? Benda ini akan berlaku kepada seluruh pemimpin kita pada masa hadapan dan menyebabkan pemimpin kita akan menjadi seorang yang coward. Menjadikan pemimpin kita tidak berani membuat keputusan?
Dan kalau perkara ini berlaku, semua orang akan takut untuk membuat keputusan demi untuk kebaikan negara. Jadi saya memohon kepada Dewan yang mulia ini untuk memperbaiki apa yang tidak patut kita lakukan. Saya jenis orang yang very practical. What is good I call it good. I call spade is a spade. Saya tidak menyokong mana-mana tetapi ini pendirian saya sendiri. *I don’t think that this is the right thing for us to do.
[Tepuk] .* Saya melihat bahawa perkara ini adalah satu perkara yang melibatkan satu badan yang bukan eksekutif dan ia telah dibawa dan kita tidak boleh membawa perkara peribadi dan perkara yang melibatkan perasaan. Kalau ada dengan izin lack of better word, kalau ada hasrat dengki tidak boleh dipergunakan.
[Tepuk] . Parlimen ini saya ingin tegaskan, Parlimen ini tidak boleh diperkudakan dan selagi Parlimen ini diperkudakan, saya tidak akan memberi sokongan.
[Tepuk] . Sebab saya bersumpah di dalam Parlimen ini untuk menegakkan kedaulatan Perlembagaan.
[Tepuk] . Saya bersumpah untuk berkhidmat untuk rakyat saya.
[Tepuk] . Perkara ini sepatutnya tidak berlaku.
Dengan itu, saya mohon dan merayu supaya usul ini ditunda atau tidak dibentangkan.
Sekian terima kasih.
[Tepuk] .
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Setuju Puncak Borneo.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mendengar ucapan di dalam Dewan ini, tak pernah saya sangkakan Tan Sri Pengerusi bahawa pada satu hari akan ada pihak yang sanggup mengatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikenali sebagai ultranationalist, ultraMelayu meletakkan kepentingan Singapura dulu sebelum Malaysia.
[Tepuk] . Peminat Marvel di luar sana mungkin akan faham terma ini. Seperti multiverse atas jadi bawah, bawah jadi atas. Ultranationalist yang bermati-matian tuntut hak pampasan air yang adil sampai ke hari ini. Sanggup berhentikan penjualan pasir laut supaya isu tambak laut itu dapat dikurangkan. Sanggup pastikan bahawa kedaulatan negara terus terbela dan terjaga. Pulau Layang-layang contohnya yang dapat dibesarkan di atas usahanya pada hari ini dalam Dewan ini. Terbalik katakan Tun M adalah pro Singapura.
[Tepuk] . Sejujurnya saya sangkakan bahawa pihak sebelah sana akan cuba untuk menjenayahkan Tun Dr. Mahathir dengan bawa bukti berkotak-kotak rasuah berbilion ringgit yang di simpan di Taiwan, Israel, Hong Kong yang mereka bicarakan sebelum ini. Tapi tak sangka akhirnya bukan kes rasuah. Kes Tun Dr. Mahathir merupakan pro Singapura walaupun keputusan Kabinet 2018 Tan Sri Pengerusi.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya nak mulakan dulu berkenaan soal collective responsibility kerana saya juga merupakan mantan Ahli Kabinet. Walaupun perkara ini dibincangkan sebelum saya dilantik, tapi prinsip collective responsibility itu sangat penting. Saya dengar apa yang dibicarakan di sebelah sana. Mereka katakan, “Tapi tidak ada Kertas Kabinet. Ini hanya dibincangkan dalam hal-hal lain”. Saya nak kongsikan beberapa perkara. Dulu bila kami dalam Kabinet pun, kalau sesuatu perkara dibincangkan dalam hal-hal lain dan kalau kamu tidak bersetuju, kamu bangun, bangkit dan tidak bersetuju. Bukan berdiam diri [Tepuk] . Bukan itu sahaja, kalau kamu rasa hal-hal lain itu tidak mencukupi, kamu kekurangan maklumat, cakap, “Tun, tangguhkan minggu depan, boleh tak tolong bentangkan Kertas Kabinet”. Ada seorang pun Menteri tak yang bangkit dan bangun? Tidak ada!
Saya baca satu persatu muka surat ini. Hanya ada satu Menteri sahaja yang bangun bukan dalam Mesyuarat Kabinet Tan Sri Pengerusi, dia bangun bila Mesyuarat Kabinet dah habis, by the sideline, kata, “Tun, saya kurang bersetuju”. Ada perbezaan yang sangat ketara dalam keputusan dibuat dalam Kabinet dan perbincangan by the sideline. Bukan itu sahaja. Saya nak bangkitkan lagi satu perkara. Kalaupun pada minggu tersebut kamu rasa kamu tidak ada maklumat yang mencukupi, Menteri-menteri Kabinet hari ini akan tahu, pada minggu seterusnya, Minit Mesyuarat Kabinet akan disahkan dengan
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
keputusan rasmi Kabinet pada minggu sebelumnya. Apa kalian lakukan? Tidak ada apa-apa.
Semua ada masa, ada proses tapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Saya nak ambil sedikit masa kerana saya baca satu persatu juga. Yang saya peliknya, mengapa akhirnya dalam segala pembentangan yang dilakukan di sini, fokusnya hanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad? Mengapa saya katakan ini? Kita buka muka surat 133 [Merujuk kepada senaskhah dokumen yang dipegang] In the end you are as good as a people who advise you. Sebab itu dalam bab ini saya rasa kita kena baca satu persatu.
Tun Dr. Mahathir mendapat nasihat daripada penjawat-penjawat awam. Kita lihat apa Suruhanjaya ini katakan. Tun Dr. Mahathir memanggil Peguamcara I dan II untuk memberikan nasihat kepadanya tetapi akhirnya Peguamcara I dan II kata, beliau tidak ada maklumat yang mencukupi, sampai ditegur di dalam Suruhanjaya ini. “Ketidakhadiran mereka merupakan pengabaian tugas, dereliction of duty”. Datuk Azian binti Mohd Aziz. Lagi seorang merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa. Beliau tidak memberikan apa-apa pandangan undang-undang dalam sesi taklimat tersebut. Dua peguam yang dilantik oleh mantan Peguam Negara sebelum ini turut tidak bangkit bangun berdiam diri, turut ditegur di dalam ini. Setiap seorang berdiam diri. Akhirnya, yang memberikan pandangan adalah Profesor Malcolm Shaw, dan tadi saya rasa Datuk Takiyuddin telah pun— minta maaf Kota Bharu telah bangkitkan tentang soal ini. Rakyat Malaysia tidak berikan komen, berdiam diri tapi akhirnya kita perlu letakkan kepercayaan kepada konsultan dari luar.
Saya bangkitkan ini, dalam bab ini saya setuju dengan pendapat Suruhanjaya ini kerana ia mungkin hari ini berlaku kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada masa depan ia boleh berlaku kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Pada masa depan, ia boleh berlaku kepada sesiapa pun [Tepuk] . Kalau hari ini kecuaian boleh dijenayahkan, pada masa yang akan datang, setiap satu keputusan kerajaan yang lakukan boleh dijenayahkan, akan disemak semula. Akhirnya, Malaysia akan jatuh slippery slope, semua orang ini masuk penjara, tidak ada kestabilan, politik belas dendam, terus menerus dilakukan. Kita patut hentikan usaha ini.
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Hampir, hampir semua— bukan semua, hampir semua syor dan dapatan dalam Laporan Suruhanjaya ini, saya sokong kecuali satu. Saya tak setuju rumusan yang dibuat oleh Suruhanjaya ini yang mengesyorkan satu laporan polis dibuat terhadap Tun Dr. Mahathir di bawah Kanun Keseksaan [Tepuk] . Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara, timbalannya ialah Hakim Mahkamah Persekutuan. Dapatan mereka mungkin dari segi perundangan ada asasnya tapi statusnya masih Suruhanjaya Siasatan. Tapi bila disyorkan buat laporan polis, ambil tindakan jenayah kepada Tun Dr. Mahathir yang dah berusia 100 tahun, hampir 100 tahun keluar, masuk IJN. Sanggup kah kita buat ini kepada Perdana Menteri kita? [Dewan
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
riuh] Tan Sri, Tan Sri pun tahu saya bukan pentaksub Dr. Mahathir. Saya adalah pengkritik Tun Mahathir sejak saya muda lagi. Pengkritik yang tegar tapi hendaklah kita berlaku adil.
Seterusnya Tan Sri, kita bukan kalah semua. Kita kalah Batu Puteh tetapi kedaulatan kepada Batuan Tengah berpihak kepada Malaysia. Ertinya, kita bukan kalah semua. Dalam hal ini, saya ingin menyebut pada 6 April 2012, Perdana Menteri waktu itu, saya sebut nama dia, Dato' Sri Najib Razak waktu itu, 2012, telah membina Abu Bakar Maritime Base di Batuan Tengah dan siap pada 29 Ogos 2016.
Ertinya, jasa orang kita kenang, jangan kita lupa semuanya. Jadi saya nak tanya, kalau Tun Dr. Mahathir ini diheret ke balai polis, dibawa ke mahkamah, didapati bersalah, hukuman di bawah seksyen 415(b) ini penjara sampai lima tahun. Kalau kita hukum Tun Dr.
Mahathir ini, adakah kita boleh dapat semula Pulau Batu Puteh yang dah terlepas itu?
[Tepuk] Dan perbicaraan pada peringkat ICJ itu bukan waktu Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Saya mintalah kalau belum ada laporan polis dibuat, janganlah buat laporan polis.
Cukup, cukuplah. Cukup, cukuplah. Ertinya, takkanlah langsung Tun Dr. Mahathir ini tak ada jasa kepada negara kita?
[Tepuk] . Ramai Menteri-menteri yang ada di sini, pejabat mereka di Putrajaya. Siapa yang bina? Lepas kita bersidang Tan Sri, lepas kita bersidang petang ini, ada yang balik sampai ke Kangar, ada yang balik ke Johor Bahru, siapa yang bina lebuh raya itu?
Bila kita keluar daripada Parlimen ini, hari gelap, kita tengok, bangunan apa yang bercahaya, berseri-seri, terkenal seluruh dunia? Siapa yang bina itu semua?
Katakanlah itu semua tidak penting. Saya yang tegar mengkritik Tun Dr. Mahathir menghargai jasa pemimpin kita ini. Buka semula Perlembagaan Persekutuan, Artikel 182.
Jasa Tun Dr. Mahathir yang menegaskan, yang mendirikan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan, tidak ada Perdana Menteri dari dulu sampai sekarang yang seberani beliau menegakkan kuasa rakyat [Tepuk] . Jadi, saya akhiri Tan Sri Speaker, saya minta Dewan hari ini jangan sokong rumusan RCI ini. Kalau kita sokong sepenuhnya, maknanya kita bersetuju laporan polis dibuat kepada Tun Dr. Mahathir. Saya tidak setuju. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
UMNO jangan sokong.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas, silakan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Hari ini- kalau dua hari lepas kita bincang tentang Titah Addendum. Hari ini kita bincang tentang “adendam”. Ini yang paling sesuai yang berlaku pada hari ini dan saya tertarik bila Pasir Gudang kata tidak ada Perdana Menteri dari dulu sampai sekarang seberani Tun Dr. Mahathir. Ia perlu difahami dengan begitu jelas oleh semua yang ada dalam Dewan ini dan saya harap kerajaan jangan bawa usul ini. Ada lagi masa untuk tarik balik. Kalau tidak, kita mengakhiri sidang dua bulan dengan satu usul yang telah gagal diluluskan di dalam
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Dewan ini, *insya-Allah.
[Tepuk]* Saya nampak Kota Bharu tadi banyak lagi hujah. Saya minta Kota Bharu supaya mencelah.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu kena minta. Pasir Mas tak boleh offer.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada dalam standing order ini.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tak buat kerja rumah kah, Pasir Mas?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menurut laporan, anggaran perbelanjaan guaman dan kos pengurusan kes-kes antarabangsa seperti ini boleh mencecah jutaan ringgit. Sebagai contoh, dalam kes semakan Pulau Ligitan dan Sipadan. Kerajaan terpaksa memperuntukkan lebih RM100 juta untuk yuran guaman dan kos pengurusan.
Adakah kerajaan mahu mengulangi pembaziran ini dalam keadaan kebarangkalian untuk menang sangat tipis?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga persoalkan kenapa RCI ini telah dijalankan secara tertutup? Tun Dr. Mahathir tidak diberi akses penuh kepada prosiding tersebut dan lebih teruk lagi, beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri secara menyeluruh. Alih-alih kita bawa ke dalam Dewan ini, dibincang secara terbuka, sedangkan beliau tidak diberikan peluang untuk membela diri di hadapan Suruhanjaya Diraja.
[Tepuk] Ya. Kita persoalkan kenapa laporan ini boleh dibentang dalam Parlimen, sedangkan proses siasatan dijalankan secara tertutup? Bagaimana keadilan boleh ditegakkan jika hanya sebelah pihak boleh, yang boleh mengemukakan bukti dan hujah, manakala pihak yang dituduh tidak diberikan ruang yang sama? Mungkin ini merupakan keadilan versi baru yang hanya digunakan kepada musuh politik tertentu.
Saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura melalui keputusan ICJ pada tahun 2008, bukan pada zaman pentadbiran beliau. Kenapakah hanya beliau yang dipersalahkan? Ini jelas satu agenda politik dendam. Nampaknya kita sedang melakar sejarah baru yang sudah ditulis di hadapan mata kita semua pada hari ini.
Seorang Ahli
Buruknya.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tan Sri Yang di-Pertua, fakta sejarah tidak boleh dipadamkan. Realitinya, Batu Puteh pada asalnya berada di bawah pemilikan Kerajaan Johor. Pada tahun 1844, Kerajaan Johor telah mengeluarkan surat kepada pihak British untuk memberikan kebenaran kepada British membina rumah api di Batu Puteh. Surat bertarikh 21 Oktober 1844 ini ditandatangani oleh Temenggung Ibrahim dan telah memberikan kebenaran kepada British untuk membina dan mengurus rumah api tersebut. Walaupun surat ini bertujuan untuk membolehkan pembinaan rumah api, ia kemudian ditafsirkan sebagai pengakuan bahawa Johor telah melepaskan hak ke atas Batu Puteh.
Ini telah menjadi satu hujah utama di dalam kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 2008. Jadi, ini merupakan fakta-fakta yang telah dipertimbangkan oleh ICJ. Bukan maksud kita setuju atau tidak tetapi kita ingin mengatakan fakta bahawa dari sudut sejarahnya sendiri, kita punya hujah daripada awal lagi. Hujah kita untuk berdepan di
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dalam Mahkamah Keadilan Antarabangsa itu pun sudah tidak kuat. Tan Sri Yang di-Pertua, pada 23 Mei 2008, ICJ telah membuat keputusan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Batu Puteh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pasir Mas. Pasir Mas, minta laluan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju tak Pasir Mas bahawa RCI ini adalah untuk nak divert dakwaan Perdana Menteri kita sekarang yang mengatakan Tun telah ada berkotak-kotak penyelewengan. Oleh kerana tak ada yang itu, dibawa RCI. Setuju atau tidak?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Itu Hulu Terengganu, boleh jadi lah. Mungkin lah, mungkin begitulah apa yang berlaku pada hari ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia telah diberikan kedaulatan ke atas (Middle Rock) Batuan Tengah dan South Ledge bergantung kepada garis perairan wilayah masing-masing.
Keputusan ini dibuat dengan undian 214 memihak kepada Singapura berkenaan dengan Batu Puteh. Keputusan ICJ itu adalah muktamad. Kita sendiri menandatangani dengan Singapura sebelum kita masuk ke ICJ bahawa kita akan patuh dan akur kepada keputusan ICJ apabila kita membawa perkara ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Tan Sri Yang di-Pertua...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Pasir Mas, sedikit?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tadi Pasir Mas menyebut hak diwakili oleh peguam. Setuju kah Pasir Mas, di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan [Akta 119] yang menjadi asas kepada RCI ini. Seksyen 18 bertajuk, “Hak untuk Diwakili oleh Peguam”.
Mana-mana orang yang kelakuannya menjadi perkara siasatan di bawah akta ini berhak diwakili oleh seorang peguam bela dalam keseluruhan siasatan itu. Setuju atau tidak?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Kota Bharu. Sangat setuju dan masukkan di dalam ucapan saya. Saya ingin menerangkan pada minit-minit yang terakhir ini Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa RCI bukan mahkamah. Dapatan RCI tidak semestinya betul atau muktamad. Kita lihat sebelum ini, RCI dalam kes Forex Bank Negara Malaysia (BNM) juga dipertikaikan oleh banyak pihak.
Ia bukan mahkamah dan apa lagi RCI ini dengan dapatan yang sangat bahaya seperti ini. Ia dikritik kerana dilihat bermotif politik dan bukan untuk mencari kebenaran sebenar. Insya-Allah, hari ini kita akan balik dengan usul ini akan ditolak oleh sebahagian besar daripada Ahli Dewan ini, insya-Allah.
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, buat apa kita bebas daripada penjara, akhirnya untuk menzalimi orang lain. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Speaker, pertama sekali yang bahaskan, Kota Bharu, Pasir Mas, orang Kelantan. Dia tak tahu jarak sebenarnya antara Tanjung Pengerang dengan Pulau Batu Puteh, hak Johor berbanding dengan Singapura. Changi yang paling dekat dengan Batu Puteh. Berapa jaraknya? Kamu orang Kelantan, tak tahu. Kami ini orang Johor.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kalau tahu pun, berdasarkan kepada maklumat.
[Sambil menunjukkan dokumen] Kami telah berkapal. Kami telah berkapal pada tahun 1979.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Hakim bukan orang Kelantan.
Hakim itu, bukan orang Kelantan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ini sejarah. 1979 semasa berlaku pertindihan, Ketua Pemuda PAS, Datuk sekarang ini, Datuk Mahfuz Omar bersama saya.
Kami nak turun daripada Pengerang nak pergi ke Batu Puteh, dihalang oleh pihak berkuasa pada waktu itu. Oleh pihak berkuasa siapa?
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kerajaan lah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sebelah. Sebelah. Sebelah sahaja, Yang Berhormat.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Bukan. Itu sebab...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kerajaan sebelah lah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kerajaan mana? Sebut kerajaan mana?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kerajaan mana, YB?
Sebutlah, kerajaan mana?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Kerajaan mana, YB?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kerajaan mana?
Sebutlah. Kerajaan mana, Yang Berhormat?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kerajaan mana dahulu? [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau lagi ini, saya pukul sampai pukul 10.
[Mengetuk tukul]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Siapa bangun ni, sampai pukul 10. Sebab bila belah sini bercakap semua diam. Kalau nak cakap, cakaplah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dengar dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Be gentleman.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Itu sebab...
Tuan Yang di-Pertua
Be gentleman. Okey, be gentleman.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kita bercakap...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Bila kita sebagai kerajaan, kita kena pertahankan hak kerajaan. Waktu itu kami turun, kita tahu itu tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan sebagai orang Johor. Saya bacakan perkara ini sebab apa?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kalau katakan- Pasir Mas kata tadi tahun 1944 yang menyatakan bahawa Sultan beri mandat.
Beri bukan beri tanah. Beri kuasa untuk jaga. Bukan beri hak. Itu buktikan bahawa Kerajaan British waktu itu tahu milik Batu Puteh itu bukan milik mereka. Bukan milik Singapura.
[Tepuk] Itu milik Kerajaan Johor. Kena faham lah.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, itu yang pertama.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sri Gading. Saya mahu mencelah, Sri Gading. Bagi kepada Sik untuk mencelah. Adakah, boleh Sri Gading bagi?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dah, tak boleh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kita sebelah sana bercakap, tak ada siapa yang bagi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tak betul itu.
Tuan Yang di-Pertua
Sik. Sik. Silakan, teruskan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Saya mengingatkan apa yang diucapkan oleh, yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong waktu itu. Baginda Sultan Johor mengatakan dalam Dewan Undangan Negeri. Titah Baginda, “Pada 15 Jun 2022, semua pihak mesti ingat kuasa negeri yang termaktub dalam Perjanjian Tanah Melayu. Jangan buat keputusan sesuka hati. Saya kecewa”. Baginda Tuanku mengatakan begitu. Dengan keputusan Persekutuan membatalkan rayuan tuntutan Batu Puteh pada tahun 2018.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Perdana Menteri ketika itu telah membuat keputusan sendiri dengan mengarahkan Peguam Negara untuk bercuti pada ketika Kabinet belum dibentuk. Johor langsung tidak dirujuk, sedangkan keputusan itu membabitkan tanah dan kedaulatan Johor! Oleh itu, saya mahu kerajaan ambil tindakan tegas kepada pihak yang melanggar kuasa-kuasa negeri.
Titah baginda mengingatkan kepada kita semua, khususnya Kerajaan Persekutuan bahawa isu berkaitan kedaulatan negeri dan tanah di bawah bidang kuasa negeri, tidak boleh diabaikan. Jangan jadi seperti yang lepas, Singapura terlepas dan hari ini Batu Puteh terlepas! Akan datang, Pulau Pisang pula terlepas!
[Dicelah] Pulau Pisang tahu di mana?
Siapa yang jaga? Siapa kebenarannya? Tanah itu milik siapa? Ini saya nak ingatkan dalam Dewan ini.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Pengajaran kepada kesilapan. Kita bukan nak menghukum. Pada kami, benda yang dah lepas, kita dah tak boleh nak bangkit. Tapi kita kena berjaga, tanah- tanah air kita.
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ini hak kita. Jangan sampai kelemahan tanpa perbincangan, tanpa persetujuan daripada pihak yang menjaga tanah iaitu kerajaan negeri, diketepikan!
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Menghormati perjanjian Persekutuan dan kuasa negeri. Di mana, di sinilah kalau kita kata tadi ada yang menyatakan bahawa apabila Perdana Menteri buat keputusan iaitu Mahathir pada waktu itu mengatakan begitu, begitu, begitu, tak ada orang bantahan. Sebab itu kalau kita lihat hujah daripada Pasir Mas mengatakan bahawa dia yang berani melawan Tuanku, inikan pula Menteri-menteri.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Hari ini...
Tuan Yang di-Pertua
Sri Gading, silakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Akhir sekali.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Pertama, Sri Gading ingin menyatakan sebagai Ahli Parlimen...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, 36(12), peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Dia nak berhenti dah. Apa dia?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
36(12), peraturan mesyuarat. Ucapan Sri Gading ini membawa satu naratif yang mengelirukan. Seolah-olah kami bersetuju Pulau Batu Puteh serah kepada Singapura. Tak ada seorang pun yang bersetuju. Yang kami marah, bila nak menzalimi Tun Dr. Mahathir. Itu sahaja. Ini silap.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Perbetulkan balik Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua
Sri Gading, landing, landing, please.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, baik.
Tuan Yang di-Pertua
Sri Gading...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Pertama sekali, memperkukuhkan kerjasama Persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap perbincangan yang ada kaitan dengan kerajaan negeri, kena ambil tindakan. Kedua, menambah baik mekanisme pengurusan tuntutan. Betul-betul semak, tengok sebab itu hak kita dan jangan sampai mereka daripada yang bukan dari kawasan dalam negeri kita akhirnya mereka menguasai sebahagian daripada perairan tanah air kita. Ketiga, mengambil tindakan tegas terhadap kelemahan-kelemahan yang ada. Keempat, melindungi kepentingan maritim strategik kerana itu adalah kepentingan negara dan kedaulatan negara kita.
Saya menyokong usul ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Larut.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya meneruskan, saya minta Ahli-ahli Parlimen UMNO sila masuk cepat- cepat sebab kita nak buat belah bahagi lepas ini. Nanti takut tak dapat mengundi. Jadi saya dah ingatkan.
Keduanya, tentang apa yang di bentang, usul yang dibentangkan oleh Pengerang, Johor juga. Saya hanya nak petikkan satu perkara di sini. Tadi sahabat saya Kota Bharu mengatakan bahawa ada satu surat yang sepatutnya ada dalam exhibit ini iaitu surat yang dibentangkan oleh Alfian, pegawai AGC yang ditulis oleh Profesor Malcolm Shaw.
Saya nak maklumkan Tuan Yang di-Pertua. Dalam laporan ini, hanya petikan daripada Brendan Plant sahaja yang diambil kira. Padahal surat ini, saya nak maklumkan kepada semua rakyat dalam Malaysia hari ini, saya tak tahulah apa tujuan dan matlamat sebenarnya usul ini dibangkitkan ataupun dibawa oleh Pengerang hari ini. Ini kerana
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
pertamanya, kalaulah semata-mata Brendan Plant sahaja yang diambil, saya nak mengatakan di sini bahawa itu adalah sesuatu yang benar mungkin apa yang dikatakan oleh Kota Bharu tadi ini merupakan satu mala fide.
Ini kerana yang pertama tadi juga, MUDA tak ada. Muar bangun mengatakan bahawa surat daripada Malcolm Shaw ini sepatutnya juga harus dimasukkan dalam laporan dan diberitahu kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini!
[Tepuk] Saya ingin bacakan. Kalau Brendan yang kita ambil, padahal Malcolm Shaw sendiri mengatakan bahawa dia menulis surat ini bagi pihak tiga-tiga International Council yang telah pun dilantik oleh Kerajaan Malaysia. Dia kata, tiga-tiga mereka itu termasuklah Brendan Plant.
Dia sebut juga bahawa Brendan Plant salah seorang yang bersetuju dengan beliau daripada tiga-tiga International Council itu bersetuju bahawa seperti yang dibacakan oleh Kota Bharu. Saya nak bacakan sekali lagi. “We, Professor Shaw QC, Sir Daniel Bethlehem QC and Dr. Brendan Plant, provided a summary opinion on 23rd January 2017 in which we noted the material we had todate and referred to the high bar to applications in this statute of the ICJ and Rules of Court with regard to revision cases”. Ini menunjukkan bahawa dia mengatakan ini adalah sesuatu yang agak susah untuk kita menang.
“We conclude that” – dia conclude. “We conclude that an application for revision is unlikely to be successful”. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ambil pula kenyataan yang dibuat Brendan semasa bersama dengan Jawatankuasa RCI ini, seolah-olah Brendan ini dulu kata lain, hari ini kata lain, maka bermakna ini menunjukkan Brendan Plant punya tidak boleh diambil kira dalam RCI ini.
[Tepuk] Oleh sebab itu Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya nak maklumkan kepada semua siapakah Tun Dr. Mahathir ini yang sebenarnya. Sebaik sahaja beliau diangkat sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, satu strategi sebagai seorang yang benar- benar merupakan pejuang kepada negara kita.
Apa yang dia lakukan hanya dua bulan selepas menjadi Perdana Menteri, dialah orang yang melakukan. Kalau kita semua ingat, the Dawn Raid untuk kita dapatkan Guthrie kepada negara kita Malaysia. Itu yang pertama menunjukkan dia merupakan seorang betul negarawan.
Kemudian dua tahun selepas itu, 1983, dia adalah individu yang mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia untuk menduduki dan membina struktur pangkalan udara di Pulau Layang-layang, satu lagi pulau yang telah pun dimenangi oleh kita!
[Tepuk] Pada Januari 1992, satu lagi perkara yang telah pun dimulakan oleh Yang Amat Berhormat Tun Mahathir sendiri, iaitu pembinaan Menara Berkembar KLCC yang kita semua banggakan.
Pada 1992 pula, dia adalah individu yang memulakan usaha untuk mempertahankan dan mengesahkan kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan milik Malaysia!
[Tepuk] Banyak lagi kalau saya ingin bacakan di sini.
Tapi yang saya nak bagi tahu adalah seperti apa yang dikatakan oleh Puncak Borneo tadi, “Jangan perkudakan Parlimen ini”. Tadi Puncak Borneo yang mengatakan, “Jangan
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
perkudakan Parlimen ini”. Dulu saya pernah katakan, bahawa janganlah mengambil sikap tyranny of the majority. Jangan lakukan seperti itu sekali lagi digunakan Parlimen itu. Sebab itu saya panggil dan jemput Ahli Parlimen UMNO supaya masuk dalam ini untuk membuktikan mereka benar-benar berjuang. Berjuang bukan hanya semata-semata kepentingan untuk kerajaan, tetapi berjuang atas nama keadilan dan jangan menzalimkan sesiapa sekali pun!
[Tepuk]
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kemudian tadi Pasir Gudang, syabas Pasir Gudang yang tahu akan kedudukannya...
[Tepuk] Yang tahu akan kepentingan untuk menahan atau untuk mempertahankan sesuatu supaya tidak berlaku kezaliman semata-mata.
Sri Gading, saya hendak bagi tahu lah. Tidak ada siapa di kalangan kami yang akan menjual setitik pun tanah yang dipunyai oleh kerajaan kita...
[Tepuk] Kita tidak akan merahsiakan apa-apa sekalipun. Janganlah besok ada orang persoalkan Ambalat macam mana. Apakah sudah ditandatangani? Apakah di sebalik tandatangan Ambalat?
[Tepuk]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut, minta laluan Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jangan, jangan dipersoalkan sama sekali.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Banyak perkara yang boleh dipersoalkan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kami sama sekali tidak akan mempersoalkan perkara tersebut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya, ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju tidak Larut selepas RCI Batu Puteh ini kita cadang supaya dibuat RCI Ambalat pula? Setuju atau tidak?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Inilah. Jangan buat macam itu. Betul tidak Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua pun geleng kepala. Dia sendiri pun tidak setuju dengan RCI ini...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Dak, saya letih.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Apatah lagi...
Tuan Yang di-Pertua
Pasal spoiler ini. Mood tengah elok dah, mencelah dia masuk spoil habis...
[Ketawa] Adoi. Mood tadi okey dah. Masuk-masuk laluan habis *out...
[Ketawa]*
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tengok.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sekarang ini Speaker bagi mood dekat saya balik...
[Ketawa] Untuk membuktikan bahawa dia sendiri pun tidak bersetuju dengan RCI ini...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Mood, mood juga. Masa habis dah. Masa.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, beginilah. Kalau bercakap pasal sovereignty ini, hanya diberikan lima minit, takkan Ketua Pembangkang boleh
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
kemukakan semua perkara-perkara yang ingin kita bangkitkan. Rakyat di sana mahu memperjuangkan nasib mereka. Cost of living, itu lebih mustahak. Segala-galanya lebih mustahak. Tetapi tiba-tiba bawa hari ini semata-mata untuk kita menzalimi seorang pejuang negara, yang itu yang kami tidak mahu sama sekali diperjuangkan. Jangan menjadi sesuatu yang kejam.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Apa dia?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dendam.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dendam.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Teruskan supaya jangan menjadi “adendam”. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya hendak maklumkan bahawa apa yang telah pun dibangkitkan oleh pakar-pakar sebelum ini adalah semata-mata sesuatu yang boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Seorang bersetuju, seorang tidak setuju. Itu betul ada.
Tetapi hari ini yang saya hairan sama sekali adalah apakah RCI ini tujuan dan matlamatnya adalah untuk menghukum seorang ataupun daripada usul daripada syor yang dikeluarkan, saya pun hairan kerana ada juga yang mempersoalkan tentang tatakelola, yang mempersoalkan pegawai kerajaan.
Tetapi yang benar-benar ditujukan tadi saya dengar daripada yang mula sekali Segamat, seolah-olah hanya satu sahaja persoalannya iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini menunjukkan bahawa apakah ini sebenar-benarnya kita lakukan ini semata-mata untuk menghukum atau mencari sesuatu kesalahan tentang Tun Mahathir sendiri.
Tindakan kepada pegawai kerajaan ada disyorkan, tatakelola ada disyorkan, seluruh anggota Kabinet juga harus juga diambil kira kerana seperti yang Kota Bharu sebutkan tadi, collective responsibitlity. Kalau hendak hukum Perdana Menteri, hukum juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang sama telah pun bersetuju.
[Tepuk] Kalau itu juga termasuklah presiden saya, hukum dia sama...
[Ketawa] Collective responsibility. Tetapi, Pagoh berani bangkit, bangun hari ini mempertahankan bahawa itu telah pun dipersetujui oleh Kabinet...
[Tepuk] Ini ada yang setengah dulu tidak bercakap tiba-tiba hari ini pandai bercakap. Dulu tidak bercakap dalam Kabinet tiba-tiba hari ini “Kami tidak tahu.” Kalau dah jadi Menteri tidak tahu, resign hari ini berhenti...
[Tepuk] Ini yang menjadi masalah kepada kita.
Hari ini Menteri yang membangkitkan yang membawa usul hari ini. Saya hendak beritahu kepada Menteri tersebut bahawa segala apa yang dilakukan hari ini biarlah mempunyai matlamat yang benar supaya rakyat mengetahuinya yang kita lakukan ini adalah semata-mata untuk memaklumkan. Bukan kerana hendak menghukum seseorang.
Yang kita nampak hari ini apa yang dilakukan adalah semata-mata kerana kepentingan, kedendaman atau dendam kesumat seseorang terhadap Tun Mahathir. Saya hendak maklumkan juga bersama bahawa Allahyarham Tun Daim...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Larut, sekali lagi Larut...
[Ketawa]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tunggu sekejap.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Setuju. Setuju tidak Larut.
Tuan Yang di-Pertua
Larut, jangan bagilah Larut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Laporan ini Larut, daripada Laporan Siasatan Diraja Kedaulatan Batu Puteh...
Tuan Yang di-Pertua
Larut tidak bagi, Larut tidak bagi. Larut tidak bagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kita tukar kepada laporan Tun Dr.
Mahathir. RCI Tun Dr. Mahathir.
Tuan Yang di-Pertua
Larut geleng, Larut geleng kepala dia tidak bagi. Dia geleng kepala tidak bagi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya ― Allahyarham Tun Daim. Seorang warga negarawan. Akhirnya oleh kerana masalah dendam, political persecution diheret dalam waktu beliau tidak sihat ke mahkamah, akhirnya semua kita mengetahui. Janganlah melakukan sesuatu kezaliman kerana kezaliman itu akan memberi semangat kepada rakyat untuk bangkit, bangun menentang kerajaan yang zalim hari ini...
[Tepuk] Itu lah yang saya ingin sampaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Larut. Saya jemput Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker bagi ruang kepada Tenggara untuk berbahas ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Dalam ruangan yang ada ini, saya tengok pihak PN memang bila dia bercakap ada banyak bersorak dan sebagainyalah. Tetapi saya cuba hendak menarik Dewan ini, RCI ini saya rasa badan tertinggi dah ini yang free, bebas dan sebagainya. Kalau kita hendak mempertikaikan-mempertikaikan ini bolehlah kita mempertikaikan sebab ini memang ruangnya pun. Tetapi saya suka menarik untuk kita balik semula kepada laporan ini ya.
Saya duduk dekat sini ini saya ini asal Tenggara, Kota Tinggi. Sama daerah dengan Menteri. Menteri ini kalau kita tengok pada muka surat 31 ada peta dekat situ. Tengok betul- betul baik. Saya sebab Isnin saya demam, Tan Sri. Selasa saya masuk tengah toya-toya itu saya pun baca satu per satu helaian-helaian ini sebab ia melibatkan negeri saya. Kalau orang Puncak Borneo mungkin minta maaf saya sebut, bercakap tentang kedaulatan Pulau Batu Puteh ini jauh daripada pulau ini. Orang Kelantan pun jauh, Perak pun jauh ya. Tetapi saya dengan Menteri ini satu daerah Kota Tinggi tengok peta itu, yang paling dekat dengan Pulau Batu Puteh ini memang kamilah. Jadi, kalau Menteri lepas ini dia menggulung dia ada right yang double. Satu dia sebagai Menteri, satu dia sebagai Ahli Parlimen yang paling terhampir dengan Pulau Batu Puteh itu.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tetapi apa yang hendak sampaikan di sini adalah rasa sedih saya. Saya ada― pak long saya orang Singapore, arwah dah. Saya ada mak ngah saya orang Singapore pun dah arwah juga. Tetapi dalam isu ini saya hendak sebut kepada pihak PN, dalam pada menuduh sebelah sini ataupun menuduh laporan ini seperti hendak menzalimi seseorang, tetapi orang sana bercakap seolah-olah untuk mempertahankan seseorang dan tidak kisah dengan Pulau Batu Puteh yang terlepas ini...
[Tepuk] Ini kita selalu cakap ― tidak, kita selalu cakap tentang sabar, dari hujung rambut hujung kaki, darah dan nyawa dan sebagainya, sehingga titisan darah terakhir. Tadi saya perhatikan Pengkalan Chepa bercakap ― eh, Pasir Mas. Sorry, Pasir Mas bercakap kos tinggi, kita dah kaji dah study, laporan pun telah diberikan, kita mungkin tewas. Tetapi daripada keputusan yang keluar ini, saya study buku ini sebenarnya ada empat pesuruhjaya ini, hakim ini dia memberi pandangan yang agak berbeza daripada hakim majoriti. Dan hakim minoriti ini kata ada ruang lagi untuk kita boleh menang dalam kes Batu Puteh.
Sebab itulah, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Sri Najib Tun Razak, PM6 yang telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara memulakan kerja penyelidikan untuk kemukakan permohonan semakan di ICJ pada bila? 31 Januari 2016.
Keputusan mana yang hendak disemak balik? Keputusan Mei 23, 2008. Jadi, bila perkara ini dah ditubuhkan pula pasukan-pasukannya hendak mempertahankan tanah ini, kan. Sampai masa tukar kerajaan. Yang orang tadi itulah yang dipertahankan itu. Dia yang buat keputusan.
Kita ada sebulan lagi untuk bagi tahu pada ICJ, “Yes, kami nak lawan dekat ICJ.” [Tepuk] Bila kerajaan baharu, Perdana Menteri baharu, Peguam Negara pula dicutikan.
Peguam bicara datang bagi pandangan dan bila dua tiga kali diberi pandangan dan dalam buku ini dinyatakan tentang taklimat khas yang diberikan. Dan pegawai kerajaan ini nampak lenggok Perdana Menteri pada ketika itu, setuju ataupun selesa dengan untuk tidak mempertahankan.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Jadi, makanya dibuatlah keputusan itu dalam surat yang dihantar 23 hari bulan. Ada semua dalam buku ini. Kepada siapa? Kepada Peguamcara Negara. Bila dapat surat itu, sebelum mesyuarat pada 23 Mei itu, Peguamcara Negara telah pun menghantar surat sebelum mesyuarat Kabinet, kepada siapa? Kepada Peguam Negara Singapura. Maksudnya keputusan hantar surat, keputusan untuk tak fight dekat ICJ ini sebelum.
Kemudian dalam mesyuarat berkenaan bila disampaikan, dia pun diletakkan dekat hal-hal lain. Hal-hal lain ini dengan Kabinet yang baru, Perdana Menteri yang super strong, kan? Jadi, macam perkara yang saya rasalah macam tidak mustahak pula letak dekat hal- hal lain. Ini soal kedaulatan negara. Pedra Branca ini brother. Eh, sorry. Minta maaf dengan izin. Pedra Branca. Orang Johor sahaja tahu apa maksudnya hilang Pulau Batu Puteh.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Muar, Johor, Pasir Gudang, Johor.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Pasir Gudang memang Johor tapi dekat dengan Pulau Singapura Pak Hassan. Yang dekat dengan Pulau Batu Puteh ini, itu Pengerang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jangan pertikai macam itu Tenggara, tak betul itu.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Muar, ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kita satu Malaysia.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tak, tak kejap.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Satu tanah air Malaysia.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Ya, sekejap. Sekejap. Duduk dulu sekejap.
Jauh, Pulau Batu Puteh jauh daripada Kelantan. Ini Muar, Muar utara Johor. Kami ini yang betul-betul hampir dengan kawasan ini ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tenggara, yang tulis surat kepada British itu pun orang Johor juga.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Baik, tak apa, tak apa.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Acting Secretary, State Secretary of Johor tahun 1953.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Okey, tak apa. Sebab dah disebut, saya nak nyatakan kenapa kita beria-ia dan yakin untuk kita fight balik ICJ ini [Dicelah] sehingga Dato’ Najib Tun Razak membenarkan untuk mengadakan pasukan khas, kita semak balik. Sebab apa? Sebab empat hakim minoriti ada pandangan dan pandangan itu sebenarnya cukup tuntas untuk kita tuntut balik tanah kita dan ditambah bukti ataupun fakta baharu. Tenggara yakin kita boleh tuntut kembali wilayah kita. Apa hujah baru itu? Tengok muka surat 59, 2.7(1) sampai (3).
Nombor satu, Telegram Gabenor Singapura kepada Setiausaha British bagi tanah kolonial berkaitan Wilayah Maritim Singapura 1958. Memorandum Gabenor Singapura yang memaklumkan had kuasa Royal Navy Singapura tidak boleh naik ke Batu Puteh, 1958.
Akhirnya, peta bernama Naval Operations in the Malacca And Singapore Straits 1964-1966 oleh *Commander British of the Far East Fleet.
So*, kesedihan saya tadi ada banyak ini, dah jadi bercelaru sebab untuk mempertahankan seorang, kita okey dengan hilangnya Batu Puteh. You tengok peta itu...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tenggara tidak betul itu, tak betul.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tak, itu saya punya pemahaman. You all bercakap ini dengan kita, kita memandang...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jangan mengelirukan Dewan, Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
No, saya tidak mengelirukan. Ini pandangan — ini floor saya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Saya bercakap perkara ini. Okey baik.
Tuan Yang di-Pertua
Tenggara, landing.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Jadi Tenggara berpendirian — saya landing dah. Tenggara berpendirian jika rayuan ini ‘diperterus’ dengan hujahan baharu dari pasukan
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
teknikal yang ada, Tenggara yakin Batu Puteh boleh mungkin berada lagi pada genggaman kita, ke pangkuan Johor Darul Takzim semula.
Dua, tindakan tidak merujuk urusan kelautan Batu Puteh kepada Kerajaan Johor dan Istana Johor adalah suatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan sehingga Johor hilang jajahan takluknya.
[Tepuk]
Seorang Ahli
Jujur Tenggara.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Seorang Perdana Menteri bagi urusan sepenting ini bertindak secara bersendirian...
[Dewan riuh]
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
No, tadi saya sebut dah fasal surat itu. Sebelum mesyuarat Kabinet telah dimaklumkan kepentingannya, secara logikal tahu kepentingannya, diberitahu dan dimaklumi menulis surat pandangan kepada Peguamcara Negara ketika itu bertarikh 21 Mei 2018, membayangkan untuk tidak meneruskan rayuan.
Sebulan sahaja lagi nak rayu, menang kalah kerja Tuhan. Kita mesti lawan sepatutnya. Atas surat itu tindakan dilakukan, maka 23 Mei 2018 Peguamcara Negara utus surat kepada peguam di sana.
[Dicelah] Saya — okey.
Akhirnya saya kira Tan Sri Speaker, laporan polis wajar dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya ini bagi membolehkan satu siasatan jenayah dimulakan terhadap PM7 yang disebut tadi itu.
[Dewan riuh]
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tun Mahathir atas kesalahan di bawah seksyen sebagaimana usul ini siap. Kita serahkan.
Saya dah sebut tadi RCI ini adalah badan yang tertinggi dan bebas. So, that bila dah ada ini kita serah pada polislah. Apa salahnya? Kenapa nak takut sangat? So, kita serahkan kepada Setiausaha Suruhanjaya untuk buat laporan polis supaya perkara ini, buku ini yang tadi dibahaskan macam tidak lengkap gambarnya dan sebagainya, boleh disiasat oleh pihak polis.
Tenggara berharap melankolia ini menjadi pengajaran kepada negara. Lakukanlah tindakan bagi menandai mana-mana tanah atau pulau-pulau kita yang lain walaupun dengan satu tomb post. Sebab ini berlaku dengan pembinaan-pembinaan yang berlaku di Pedra Branca, Pulau Batu Puteh. Tenggara berharap bagi wilayah-wilayah lain yang masih dalam tuntutan dan pertindihan, kerajaan tubuhkanlah jabatan kedaulatan, kerjanya siang malam pagi petang cari bukti dan fakta. Kita pertahankan kedaulatan kita sebagaimana mafhum hadis yang akan saya bacakan ini.
[Tidak jelas] sikit. Saya nak baca ini sikit. Tan Sri penting.
Daripada Imam Muslim, “Ribath (menjaga perbatasan Wilayah Islam dari serangan musuh-musuh Islam) sehari semalam lebih baik daripada puasa sunat sebulan penuh, dan jika seorang murabith penjaga itu mati ketika dia melakukan ribath maka amal perbuatannya itu akan terus berpahala dan dia diberikan rezekinya di syurga kelak serta tidak ditanya di dalam kubur. (oleh malaikat Mungkar dan Nakir)” Itu sahaja daripada Tenggara. Tenggara Menteri menyokong RCI ini. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Pembahas terakhir saya jemput Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat saya membaca perenggan terakhir usul ini iaitu, “Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan berdiri teguh menyokong kerajaan agar dapatan dan syor suruhanjaya yang terkandung dalam laporan dapat disahkan dan diluluskan seterusnya diambil tindakan”.
Sedar atau tidak keberadaan kita di sini pada hari ini akan mencatatkan satu sejarah.
Sejarah yang kita akan catatkan sekiranya diteruskan juga usul ini adalah kita akan menghukum seseorang. Setiap catatan kita, keterlibatan kita dalam menghukum seseorang ini, hari ini kita boleh rasa ya, aku menyokong kerajaan maka aku perlu sokong tetapi di hari kemudian, kita jawablah. Dalam setiap hukuman itu hukumlah dengan adil.
Jadi dengan seba itu saya nak ceritakan perjalanan kisah ini di mana tahun 2018 merupakan tahun ke-10 selepas ICJ membuat keputusan. Direzekikan Allah SWT Tun Dr.
Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 10 Mei 2018. Pada 14 Mei 2018, Perdana Menteri berjumpa dengan agensi-agensi dan pada tarikh tersebut bertemu dengan Pejabat Peguam Negara. Di situ Pejabat Peguam Negara membangkitkan, di situlah dibangkitkan hari keempat beliau menjadi Perdana Menteri. Dibangkitkan bahawa ada dua perkara pending iaitu permohonan semakan dan permohonan tafsiran, dibangkitkan.
Kemudian, Pejabat Peguam Negara telah menyusul dengan surat kepada Tun Dr.
Mahathir bertarikh 16 Mei 2018 antaranya nak minta tarikh untuk duduk berbincang dengan Perdana Menteri pada waktu itu. Dinyatakan dalam surat tersebut bahawa disertakan e-mel daripada Professor Malcolm Shaw QC bertarikh 15 Mei 2018. Tadi Kota Bharu dan Larut menyebut tentang kandungan surat ini. Jika kita lihat tidak ada sedikit pun atau sebahagian daripada e-mel daripada Profesor Malcolm Shaw ini disertakan di dalam laporan tersebut.
Saudara, saudari seterusnya, bergerak kepada perjumpaan dan perbincangan.
Memandangkan mendapat request dari Pejabat Peguam Negara, Tun Dr. Mahathir telah mengarahkan supaya satu taklimat diadakan pada beliau dan taklimat tersebut diadakan pada 17 Mei 2018. Dalam ramai-ramai orang dalam taklimat itu hanya Dr. Brendan Plant sahaja yang bercakap dan orang lain senyap sunyi tidak kata apa.
Kemudian pada 21 Mei 2018— selepas taklimat Tun Dr.— bila ditanya apakah pandangan beliau, Tun Dr. Mahathir kata dia masih belum boleh buat keputusan. Kena dapat pandangan. Maka pada 21 Mei 2018, beliau menghantar surat pada Peguam Cara Negara dan surat tersebut berbunyi antara lain, “Saya berpendapat bahawa usaha ni tidak perlu diteruskan”.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Diceritakan laporan ini bahawa berdasarkan surat tersebut, kemudian pejabat Peguam Negara hantar kepada Peguam Negara Singapura. Saya hendak tanya di sini, di mana pegawai kerajaan? Kalau kita lihat isu ini sebenarnya, telah dibawa ke Kabinet di zaman Dato’ Seri Najib. Kesemua pegawai kerajaan tahu apabila sesuatu perkara itu dibawa ke Kabinet sewaktu sebelum ini asalnya dari Kabinet, maka sebarang perubahan kepada
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
keputusan mesti kembali kepada Kabinet. Daripada mana punca kuasa seorang pegawai ini untuk menghantar kepada Peguam Negara Singapura? Pernahkah kita persoalkan?
Sebab itu saya kata kita perlu berlaku adil dan kita perlu ingat apa yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir ialah saya berpendapat tarikh surat 21 hari bulan, Mesyuarat Kabinet 23 hari bulan. Mengapa tidak ada semakan antara Pejabat Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan kes Batu Puteh ini berlangsung 10 tahun? Apakah tidak ada draf memorandum Jemaah Menteri disediakan oleh Pejabat Peguam Negara?
Sebab itu saudara, saudari, saya hendak tegur Tenggara. Tenggara boleh bercakap, tetapi Tenggara kena faham proses-prosesnya. Tidak ada kes di mana seorang pegawai boleh buat surat daripada surat Perdana Menteri bila punca kuasanya datang dari Kabinet.
Sebab itu sebelum surat itu dihantar, sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri, sedangkan semua pegawai kanan kerajaan tahu bahawa hari Rabu hari Mesyuarat Jemaah Menteri...
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Putrajaya...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Maka perlu dipastikan bahawa perkara ini disentuh dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, barulah dimaklumkan kepada mana-mana pihak.
Mengapa proses itu tidak berlaku? Mengapa diletakkan di atas bahu Perdana Menteri? Tak kiralah siapa jadi Perdana Menteri sekalipun. Sebab itu apabila masuk pula kepada Pejabat Perdana Menteri dan e-melnya dihantar pada jam 1.12 tengah hari. Ini e-mel dihantar kepada pegawai media. Baru dimaklumkan 1.12 tengah hari, baru dimaklumkan. Maka sepertimana yang disebut oleh Kota Bharu tadi, saya cabar di sini kerajaan dedahkan minit mesyuarat pada hari tersebut berkaitan dengan Pulau Batu Puteh ini.
[Tepuk] Saya hendak tengok dalam mesyuarat, minit mesyuarat tersebut saya hendak tengok di sini Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail, Pandan pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tuan Haji Mohamad Sabu, Kota Raja menjadi Menteri, tuan Anthony Loke menjadi Menteri, Tuan Gobind Singh Deo menjadi Menteri, Tuan M.
Kulasegaran menjadi Menteri, Tuan Haji Dzulkefly bin Ahmad menjadi Menteri dan mereka berada sebagai anggota pentadbiran pada hari ini. Saya cakap ya anggota pentadbiran.
Saudara, saudari saya membaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh tiga orang mantan Menteri. Dia kata apa, “Ingin kami tekankan di sini ianya adalah pemakluman di bawah agenda hal-hal lain dan bukannya perbincangan untuk membuat keputusan”. Saya pernah berada dalam Jemaah Menteri, ramai antara kami berada dalam Jemaah Menteri.
Banyak pun perkara-perkara di bawah “hal-hal lain” yang ada keputusan. Hatta, nota makluman Jemaah Menteri pun kalau kementerian lain bawa, kita duduk kita kata benda ini kita memerlukan penjelasan lanjut. Kita akan minta Menteri bawa paper lain ke Kabinet untuk memberi penjelasan lanjut.
[Tepuk] Sebab itu saya tekankan di sini berkaitan dengan tanggungjawab bersama, tanggungjawab bersama. Collective responsibility. Kita jangan wujudkan keadaan di mana selepas ini Muar sebut, selepas ini Perdana Menteri bawa ke Kabinet dan digunakan kes itu agar kita ambil tindakan jenayah terhadap Perdana Menteri tersebut. Saya ambil contoh,
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
BlackRock sebagai contoh. Apa mungkin satu hari nanti ada kerajaan lain masuk, semak semua perkara mendapati ada pengkhianatan, kita bawa Perdana Menteri pada hari ini ke muka pengadilan. Adakah kita hendak teruskan?
Sebab itu saya kata Ahli-ahli Parlimen di sini tidak kisahlah pembangkang kah kerajaan, perkara ini perkara penting khususnya sahabat-sahabat dalam UMNO. Perkara ini perkara penting, boleh dikorek sebarang keputusan Perdana Menteri sebelum ini sehinggalah selepas merdeka melalui RCI dan dibawa ke sini diluluskan untuk kita ambil tindakan. Adakah itu pendekatan yang kita akan ambil?
Sebab itu jangan main-main. Ini merupakan satu keputusan yang besar. Maka sebab itu saya sepertimana sahabat-sahabat lain di sebelah pembangkang, kita menyeru semua sahabat belah kerajaan, khususnya sahabat-sahabat sebelah UMNO, letaklah tepi perkara- perkara lain...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Berapa kali UMNO dia sebut ini?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...marilah kita bersatu hati...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Putrajaya.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Berapa kali UMNO dia sebutkan, nampaknya minat dengan UMNO lagi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Silakan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Bila you sebut terutamanya Ahli-ahli Parlimen UMNO, saya hendak peringatkan sama, Tun Mahathir ini adalah merupakan pemegang amanah kepada aset PWTC mereka yang ada pada hari ini.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Minta...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Larut-larut, waktu Kerajaan PH jatuh itu, adakah Larut bersetuju dengan Tun Mahathir?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, itu sudah masuk area lain dah itu.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Yang di-Pertua...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Putrajaya...
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Terengganu, duduk, duduk, duduk. Duduk, duduk, duduk. Saya tak bagi, saya tak bagi...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sedikit Tan Sri....
Tuan Yang di-Pertua
Saya tak bagi, saya tak bagi. Teruskan, teruskan Putrajaya.
Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Saya tak bagi, saya tak bagi. Putrajaya, sambung. Tutup.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Yang di-Pertua...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa pasal tak bagi Tuan Yang di- Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Tak bagi, tak bagi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Duduk, duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan dengar, spoil, spoil.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sekali lagi saya mengambil peluang ini...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya hendak betulkan hujahan-hujahan yang disebut oleh Ahli-ahli Parlimen kerajaan yang memberi gambaran seolah-olah kita okey Batu Puteh ini hilang. Jangan sembang benda lain, hujah benda lain. Kita bercakap tentang hari ini, ICJ sudah buat keputusan tentang Batu Puteh. Apa yang kita hendak tekankan di sini, adakah kita boleh gunakan di mana Kabinet telah buat keputusan, semua ahli Kabinet ada dalam itu, tak ada orang pun bangun dan menentang dan sebagainya. Maka, digunakan bahawa surat itu bertarikh 21 hari bulan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Putrajaya, Putrajaya, saya hendak tanya soalan sedikit.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sekejap, sekejap. Maka...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh bagi tak? Tanya je.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak. Maka surat itu bertarikh 21 hari bulan, dan saya hendak jelaskan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Bangi, dia tak bagi, tak bagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak bagi?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Menteri, hujah yang kata tak bagi. Hujah yang kata keputusan dah dibuat...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak, saya hendak kata, concept fait accompli, fait accompli itu maksudnya keputusan sudah dibuat, you bagi tahu, dah memanglah tak boleh buat apa-apa. Baca, Google ‘fait accompli’.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey, duduk, duduk, duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. Bangi, Bangi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya hendak habiskan. Saya tak bagi laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Landing, please, please.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Hendak landing, tengah tinggi ini hendak landing.
Tuan Yang di-Pertua
Landing, landing, landing.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sebab itu bahawa hujah yang mengatakan keputusan telah dibuat pada 21 hari bulan, adalah hujah yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kerana apa? Kerana perkara tersebut di mana tidak ada seorang pun menceritakan dalam laporan bahawa Ahli-ahli Jemaah Menteri
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
dah tahu pada 23 hari bulan itu telah sampai surat pada Singapore. Tak ada. Tidak ada dinyatakan dalam laporan. Tidak ada. Tan Sri, Tan Sri Pagoh berada di sini tidak ada diceritakan bahawa Menteri tahu.
Maknanya, Menteri boleh bincang. Sekarang ini nak guna cerita surat 21 hari bulan dan saya kata tadi punca kuasa siapa yang bagi kepada pegawai untuk menghantar surat di mana keputusan asal dibuat di Kabinet, yang seharusnya sebarang perubahan perlu dibawa balik ke Kabinet. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-pertua
Baik. Kita dah dengar 10 orang Ahli Yang Berhormat berhujah.
Sekarang saya hendak jemput Menteri untuk gulung dan beri pandangan. 10 minit dari sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan begitu teliti semua perbahasan termasuk jeritan-jeritan dengan penuh emosi oleh kawan-kawan kita.
[Ketawa] Saya mengucapkan terima kasih selaku anak Johor kepada semua dari Johor. Kalau kita tengok muka surat 31, kita tengoklah gambo, orang Johor cakap gambo ya. Dia tidak cakap gambar, dia cakap gambo. Gambo Batu Puteh ini Tan Sri, Batu Puteh ini dekat dengan Pengerang, tetapi itu hak Singapura, yang Middle Rocks itu jauh pada Pengerang, hak Malaysia.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, sebenarnya usul kita hari ini kita rujuk kepada yang sangat-sangat penting yang mana Yang Berhormat-Yang Berhormat sini kadang-kadang saya faham perasaan Yang Berhormat tetapi sebenarnya kita melihat lebih kepada apa yang disebut sebagai yang disyorkan oleh Suruhanjaya iaitu muka surat 204. Yang sangat-sangat penting di sini ya dalam perbahasan kita ini ialah kita memberikan pandangan dan cadangan supaya kerajaan mengambil keputusan dan daripada cadangan dan pandangan tersebut untuk memperbaiki kelemahan yang telah berlaku.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Isu berkenaan nak tuduh ke, tak tuduh, itu isu Peguam Negara, bukan isu kerajaan.
Dalam Perlembagaan, semua kita tahu bahawa Peguam Negara ialah satu individu yang bebas.
[Dewan riuh]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kalau laporan polis ada, polis buat siasatan, kemudian Peguam Negara buat keputusan. Kalau setakat hari ini tidak adanyalah laporan polis, takkanlah kita dalam Dewan boleh arah polis siasat, boleh suruh Peguam Negara dakwa, mana boleh. [Dewan riuh] Yang saya tidak faham ini, Yang Berhormat-Yang Berhormat cakap ini, Yang Berhormat ini tak nak baca buku ini.
[Dewan riuh]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri, dia orang dah cakap Tan Sri, biarlah saya jawab. Kalau macam ini, tak payahlah saya jawab.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, jangan perlekehkan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Apa ni, biarlah saya jawab. Duduklah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan perlekeh. Jangan perlekeh, awak duduk!
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Arau duduk. Relax Arau, biarlah saya jawab. Ish, Arau ini.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] [Tidak jelas]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawab sahaja, jangan perlekeh.
Tuan Yang di-Pertua
Arau...
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Arau, Arau, saya tahu Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Awak pun tak tara mana!
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ini sudah lepas Maghrib, ini malam Jumaat, semua nak balik. Biarlah saya habis, sudah tinggal berapa minit, tujuh minit lebih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak hebat pun. Jangan perlekeh kami, jawab...
Tuan Yang di-Pertua
Arau.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Biarlah saya jawab, yang Arau berdiri itu apa hal?
Haiss...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Heh! Apa? Apa?
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sudah jawab, jawablah. Sayalah jawab, cukup.
Duduk. Terima kasih. Duduk Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kamu nak perli, perli orang, kenapa?
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Macam mana ini Tan Sri, biarlah saya jawab. Ish, Arau ini. Tan Sri Yang di-Pertua, bila kita tengok yang paling penting dalam muka surat 204 ini ialah dia mengatakan dalam 4.9(1), kalau hendak membuat keputusan tentang mana- mana keputusan Kabinet, kena membentang Memorandum Jemaah Menteri. Itu yang kata RCI, bukan dibincang dalam hal-hal lain, pertama.
Keduanya, dia menyatakan di sini dalam muka surat 206, antara cadangannya, garis panduan tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan bertarikh 8 Mac 2010 dan garis panduan pengendalian sokongan oleh anggota pentadbiran dalam urusan kerajaan bertarikh 21 Mei 2024 hendaklah disebar luas dan sentiasa dipatuhi oleh anggota pentadbiran dan penjawat awam.
Maknanya, RCI ini mengesyorkan bahawa pegawai-pegawai kerajaan mesti mengikut prosedur dan SOP yang ada. Bererti, kalaulah dalam kes kita, apa yang berlaku, bila pada tarikh yang disebut ini, 21 Mei. Kita semua memperbahaskan dalam Mesyuarat Kabinet, banyak Ahli-ahli Kabinet diam. Itu keputusan dia. Saya faham dan saya dengar tetapi yang banyak kita mesti ingat dan jangan lupa bahawa sebelum Mesyuarat Kabinet sudah keluar surat ke negara Singapura, peguam dia, peguamcara, Peguam Negara Singapura.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kalaupunlah surat itu hendak keluar, cakap fasal Malcolm Show, Brendan Plant, semuanya kita hendak bercakap, saya setuju tetapi kita kena baiki supaya apa-apa keputusan tentang kedaulatan dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, dibincang dahulu sebelum keputusan dibuat, itu sahaja. Jadi, kita hendak mengingatkan kepada kerajaan- kerajaan yang akan datang, seperti yang saya bawa dalam Dewan ini tentang Akta Kekebalan Negara, dalam isu yang disebut tentang isu kedaulatan, kita sebut juga dalam muka surat 206, bahawa lead agency ialah Majlis Keselamatan Negara.
Sekurang-kurangnya MKN datang ke Mesyuarat Kabinet membentangkan kepada Jemaah Menteri, itu sahaja. Ini yang disyorkan.
[Tepuk] Yang disyorkan di dalam ini untuk membaiki...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Menteri boleh..
Dato’ Sri Azalina Othman Said
...situasi yang telah berlaku supaya perkara yang sama jangan berlaku. Saya ada tinggal empat minit lebih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tidak apa, setengah minit, setengah minit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Hendak bagi tak bagi?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak bolehlah, sudah cukup sudah. Dia cakap benda sama sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak bagi, tidak bagi.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak apalah, saya hendak jawab ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Menteri, ini surat Tun...
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya hendak jawab, saya hendak jawab.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Menteri, satu- satunya yang ada dalam buku ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, please, please.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Apa maksud berpendapat ataupun arahan?
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tan Sri, saya hendak jawab tentang isu yang ditimbulkan berkenaan dengan 47 muka surat.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu, Kota Bharu. Dia tak bagi.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tan Sri, 47 muka surat yang dihitamkan. Yang Berhormat, beberapa Yang Berhormat telah timbul. Saya hendak jawab di sini bahawa isu 47 halaman muka surat yang dihitamkan disebabkan faktor-faktor kebimbangan terhadap risiko keselamatan negara, hubungan diplomatik yang sensitif serta perlindungan privasi individu.
Terdapat kandungan Laporan Suruhanjaya Diraja ini yang sekiranya didedahkan kepada umum akan menjejaskan aspek keselamatan negara atau operasinya, di mana maklumat
Dato’ Sri Azalina Othman Said
tertentu yang dihitamkan di dalam para-para ini adalah bersifat sensitif, termasuk melibatkan pertahanan, perisikan dan perkara strategik lain.
Dari segi sensitif diplomatik pula, kawasan perairan Batu Puteh adalah merupakan laut wilayah yang masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura. Selain itu, terdapat kandungan laporan ini mengandungi maklumat sensitif berkaitan rundingan yang sedang berjalan serta butiran perbincangan antara kedua-dua negara yang boleh menjejaskan hubungan berterusan atau rundingan masa depan.
Bagi perlindungan data peribadi, exhibit laporan ini mengandungi maklumat peribadi yang sensitif tentang individu, pegawai dan saksi persendirian turut dihitamkan. Maka, penghitaman dibuat untuk memastikan bahawa laporan yang didedahkan tidak menyebabkan kemudaratan sama ada dari segi politik, diplomatik atau dari segi keselamatan negara serta untuk mengimbangkan bahawa ketelusan dan melindungi maklumat sensitif.
Itu bererti Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, ini penting.
Siapa arahkan dihitamkan ini? Kerajaan kah atau Suruhanjaya Diraja?
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ia dihitamkan oleh kerajaan sebab kita hendak bawa ke dalam Dewan. Kerajaan...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kerajaanlah, okey.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya hendak tahu jawapan.
Seorang Ahli
Okey, thank you.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Itu sebabnya tetapi dalam kerajaan membuat keputusan, sudah tentu Suruhanjaya akan memberikan guidance kepada kerajaan. Sebab bila Suruhanjaya membentangkan laporan dan saya sebut di dalam laporan ini bahawa Pengerusi telah pergi ke Mesyuarat Kabinet, membentangkan kepada Mesyuarat Kabinet tentang keputusan dan apa yang mereka dapati daripada Siasatan Diraja.
Jadi, Kabinet bersetuju untuk leave dia punya kategori rahsia untuk terbuka dan dibentangkan di Parlimen seperti yang kita buat sejak kebelakangan ini, Select Committee diperbahaskan, Ketua Audit Negara kita perbahaskan, supaya Ahli-ahli Yang Berhormat ini kedua-dua belah pihak dapat mendengar, membincang, membahas dan mencadangkan, itu sahaja.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, Tun Dr.
Mahathir berhak tahu tidak helaian yang dihitamkan ini?
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tan Sri, sebenarnya...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Tun Dr. Mahathir berhak tahu tak...
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri, sebenarnya...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
...helaian yang dihitamkan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi, bagi.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri sebenarnya...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu
Sebagai orang yang dituduh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri, saya bukan dalam mahkamah. Saya tak boleh cakap orang ini tahu kah, tak tahu. Kalau ia terbuka, kalau dia nak baca, bacalah.
Tak nak baca, tak nak baca lah. Tapi yang lebih penting, kita mesti terima hakikat Tan Sri, bahawa bila bercakap tentang laporan, laporan ini Menteri Kabinet tak duduk dalam laporan ini. Yang duduk adalah badan bebas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Mereka membentangkan kepada Mesyuarat Kabinet keputusan yang mereka dapati.
Di dalam pembentangan, apa-apa isu tentang keselamatan, kerahsiaan akan diperbincangkan. Jadi, saya nak jawab lagi satu isu ya. Yang Berhormat banyak bercakap tentang isu berkenaan dengan jenayah itu saya dah jawab.
Last sekali, Tan Sri. Satu minit lebih. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bercakap seperti Putrajaya, Larut, Kota Bharu pun Mesyuarat menjadi Menteri Kabinet pada Perdana Menteri Kesembilan. Kalau kita rujuk pada Laporan RCI, pertama sekali daripada muka surat depan ini.
Saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat yang pernah jadi Menteri di bawah Yang Amat Berhormat Bera dulu, tak lupa bahawa dalam muka surat 3, 4, 5 mengatakan bahawa rujukan adalah pada 8 Oktober 2021, Jemaah Menteri bersetuju supaya pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan dengan Batu Puteh, Middle Rock, South Ledge.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kemudian 23 Mei 2008, keputusan yang telah dibuat oleh ICJ. Kemudian, di dalam Mesyuarat Kabinet 22 Disember 21, Yang Berhormat juga Menteri-menteri bersetuju lantikan Tan Sri Dato' Sri Mohd Affendi bin Haji Mohd Ali sebagai Pengerusi kepada pasukan khas.
Laporan pasukan khas petugas khas semakan undang-undang, maknanya Tan Sri Yang di- Pertua, mereka pun bersetuju tetapi perbezaannya sampai hari ini...
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
...mereka masih...
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pengerang...
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Sekejap. Sekejap. Tak apa, biar lah.
Pengerang, Pengerang.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sikit sahaja.
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Mereka bersetuju laporan ini masih dirahsiakan.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya nak...
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Tetapi Kerajaan MADANI nak kan supaya laporan ini tak dirahsiakan.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Bendanya sama. Beza dia ialah bagi pihak Kerajaan MADANI, kita nak supaya rakyat tahu...
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pengerang, Pengerang.
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
...apa berlaku, terutama sekali rakyat Johor.
Orang Pengerang nak cari ikan, dah kena halau dengan mereka daripada kerajaan, agensi maritim Singapura.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pengerang.
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Tangkap ikan pun tak boleh. Taskforce yang mereka buat, dia dah buat keputusan, dia tak nak cerita. Kami buat RCI, kami dapat keputusan, kami cerita.
[Dewan riuh]
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Kita undilah. Takkan itu pun salah? Benda sama.
Bezanya, watak. Bentuk. Jadi, di sini Tan Sri Yang di-Pertua...
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pengerang.
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
...kita buat macam ini lah. Saya tak nak jawab.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pengerang, saya nak — Tuan Yang di- Pertua. Saya sebab dia sebut bekas-bekas Menteri yang buat keputusan. Saya nak maklumkan bahawa keputusan yang dibuat...
Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Macam ini lah Tan Sri. Mengambil kira semua yang saya dengar, sebagai Menteri yang bertanggungjawab. Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan”.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, sebelum – sebelum tu...
Seorang Ahli
Saya sokong untuk tangguhkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Dewan riuh]
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
[Beberapa Ahli Pembangkang bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik. Housekeeping, housekeeping. Ini ada housekeeping. Housekeeping. Ini ada housekeeping. Housekeeping sikit, please. Bertenang- bertenang dahulu. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas telah
Tuan Yang di-Pertua
berlangsung selama 35 hari mulai hari Isnin, 14 Oktober 2024 hingga hari Khamis, 12 Disember 2024. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kebanyakan hari Mesyuarat Dewan Rakyat telah tamat dengan lebih lewat daripada jam 5.30 petang dan sidang hingga malam dengan lebihan masa sebanyak 48 jam yang mana lebihan masa tersebut bersamaan dengan lapan hari persidangan.
Pada Mesyuarat Ketiga ini, Dewan Rakyat telah meluluskan sebanyak 26 rang undang-undang dan tiga usul substantif. Pada Mesyuarat ini juga, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas telah membuat penerangan masing-masing, berjumlah tujuh penerangan untuk Penyata PAC dan JKPK yang telah dibentangkan.
Ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Semua dah buat. [Dewan riuh] Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan. Pemeriksaan kesihatan tersebut sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan Ahli Yang Berhormat pada peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan segera diambil dan dapat memastikan Ahli Yang Berhormat dapat menjalankan tugas dengan baik.
Saya juga ingin menekankan dua inisiatif baru yang akan dilaksanakan, yang akan dilaksanakan. Saya ulang sekali lagi, yang akan dilaksanakan pada Mesyuarat Pertama tahun hadapan. Pertama, jawapan bertulis daripada kementerian kepada Ahli Yang Berhormat akan diberikan secara terus melalui e-mel. Saya mohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengosongkan ruang e-mel bagi mengelakkan sebarang isu teknikal yang akan timbul dan dapat memastikan jawapan-jawapan bertulis itu dapat dihantar secara terus kepada Ahli Yang Berhormat semua.
Kedua, kertas Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) yang akan diedarkan kepada Ahli Yang Berhormat juga hanyalah – saya ulang. Hanyalah melibatkan bahagian pertama iaitu Waktu-waktu Pertanyaan Menteri dan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan manakala AUM yang lengkap, yang melibatkan Waktu-waktu Pertanyaan Menteri dan Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan dan senarai rang undang-undang dan usul-usul serta risalat- risalat yang diberikan secara fizikal sebelum ini, akan dimuat naik ke risalat dan laptop Ahli Yang Berhormat serta di laman sesawang Parlimen Malaysia. Inisiatif ini bakal dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha Parlimen Malaysia ke arah mengamalkan paperless policy dan kesinambungan daripada usaha-usaha green initiative yang diterapkan dalam persekitaran Parlimen Malaysia.
Pada tahun hadapan, Malaysia akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN. Di bawah tonggak legislatif, Parlimen Malaysia akan menjadi Presiden ASEAN Inter- Parliamentary Assembly (AIPA). Ia merupakan suatu platform untuk memperkukuh kesinambungan kerjasama di antara badan-badan legislatif negara-negara anggota ASEAN dan juga menjadi wadah untuk membincangkan isu-isu penting seperti kestabilan geopolitik serta jaminan makanan, inovasi digital dan perkembangan tenaga boleh diperbaharui.
Tuan Yang di-Pertua
Saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat untuk membulatkan tekad dan menggembleng usaha demi memelihara kedaulatan, kestabilan, kemakmuran bersama dengan menyokong sepenuhnya Kepengerusian Malaysia dalam AIPA 2025. Ruang dan peluang yang tersedia membolehkan Parlimen Malaysia memperkukuhkan hubungan diplomasi Parlimen melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman, amalan terbaik serta mencari penyelesaian secara bersama dan menangani cabaran serantau dan global.
Ahli Yang Berhormat, saya dan Timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan ini.
[Tepuk] Saya mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga satu tarikh yang tidak ditetapkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.56 malam]