Katalog Hansard
[Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kita mulakan pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan. Dipersilakan Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Timbalan Speaker. Nama saya Sanisvara Nethaji Rayer. Terima kasih. Soalan saya Ahli Parlimen Jelutong mewakili DAP. Soalan saya soalan nombor satu. Terima kasih Timbalan Speaker.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri Perpaduan.
1. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang Religious Harmony Act bagi mengatasi masalah polemik agama yang makin berleluasa di negara kita sejak kebelakangan ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong yang amat prihatin dengan isu-isu berkaitan agama yang semakin menular di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata dan adil.
Pada masa ini, undang-undang sedia ada sudah memadai dalam memastikan hubungan antara kaum terpelihara. Sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama boleh disiasat dan didakwa antara lainnya di bawah akta-akta seperti berikut:
(i) Subseksyen 4(1), Akta Hasutan 1948 [Akta 15] iaitu kesalahan menghasut;
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
(ii) Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian;
(iii) Seksyen 295, Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan;
(iv) Seksyen 298, Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebut perkataan-perkataan atau melakukan perbuatan-perbuatan lain dengan niat sengaja hendak melukakan perasaan agama seseorang; dan
(v) Seksyen 298A, Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Justeru, kementerian ini berpandangan tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baharu seperti Akta Keharmonian Negara buat masa ini dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Namun demikian, sekiranya keadaan mendesak dan kerajaan berpandangan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula bagi tujuan mengekang sesetengah ucapan ataupun kenyataan hate speech dengan izin atau perbuatan provokasi yang boleh memecahkan-belah masyarakat dengan sentimen perkauman atau agama, maka kementerian akan menyokong penuh hasrat tersebut. Sekian terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, soalan tambahan pertama Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya ingin tanya soalan tambahan dengan merujuk kepada satu ayat dalam Thirukkural Timbalan Speaker. Memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggalakkan penggunaan Thirukkural yang berbunyi seperti berikut. Saya percaya Timbalan Speaker faham kerana beliau fasih dalam bahasa Tamil dan memang merupakan seorang yang pandai dalam isu *Thirukkural.
[Berucap dalam bahasa Tamil] ,* yang bermaksud, “Bila kita berucap kita harus memastikan bahawa kita tidak mengguris hati orang lain.” Dalam konteks ini saya merujuk kepada jawapan yang diberikan Timbalan Menteri berkenaan isu yang mengaibkan agama- agama lain.
Dalam perkara ini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia, Timbalan Speaker dan Timbalan Menteri kepada isu yang melibatkan dua individu. Satu ialah Zamri Vinoth. Kedua ialah Firdaus Wong. Di mana banyak laporan polis telah dibuat terhadap mereka dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menghormati semua agama. Kita harus memastikan bahawa tidak ada mana-mana agama diperkecilkan dan tidak ada kenyataan- kenyataan yang dikeluarkan menghina mana-mana agama.
Tetapi dalam isu Firdaus Wong dan Zamri Vinoth, kita lihat bahawa mereka berulang kali melakukan perkara-perkara yang menghina agama-agama Hindu. So, saya ingin bertanya, kalau jawapan Timbalan Menteri adalah undang-undang yang ada sekarang sudah memadai untuk mengambil tindakan, kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil?
Kelmarin saya merujuk kepada satu kejadian yang diutarakan oleh Global Human Rights Federation, pemimpinnya S. Shashi Kumar mengatakan bahawa mereka terpaksa mengambil private prosecution action tindakan mendakwa peribadi. Secara private prosecution action terhadap kedua-dua mereka kerana Peguam Negara, Peguam Negara enggan mengambil...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Panjang sangat Yang di-Pertua, terlalu panjang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peguam Negara enggan mengambil...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Soalan dia, soalan dia Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peguam Negara enggan – apa masalahnya Hulu Terengganu?
Seorang Ahli
You Speaker-kah?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Masa dah habis. Panjang sangat.
Pendek, pendek sahaja Jelutong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Mungkin Hulu Terengganu kena baca peraturan Dewan. So saya ingin tanya, ini adalah hak rakyat Malaysia, hak orang- orang Hindu. Apa masalahnya Hulu Terengganu? Hulu Terengganu tidak mahu saya bersuara.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bukan. Panjang sangat. Tanya ringkas sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Perikatan Nasional tidak mahu saya bangkit dan tanya soalan ini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Apa kaitan Perikatan Nasional tiba-tiba pula Jelutong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau begitu, kalau Timbalan Menteri ada, Timbalan Speaker beri kebenaran, kerajaan kita bebas untuk beri kebenaran...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, tadi baru bercakap, ada agama Hindu mengatakan jangan mengguriskan hati seseorang. Ini dah mengguriskan hati.
Apasal ini Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya ingin tanya Timbalan Menteri Speaker, terima kasih. Timbalan Speaker dan Timbalan Menteri, kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zamri Vinod dan Firdaus Wong sehingga sekarang?
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab [Bercakap dalam bahasa Tamil] yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong.
[Bercakap dalam bahasa Tamil] . Maksudnya sekiranya kita boleh mengutarakan ataupun menghujahkan atas sesuatu perkara dengan adab dan ada perkataan-perkataan yang sesuai, kita gunakanlah perkataan-perkataan tersebut dan tidak menggunakan perkataan-perkataan yang boleh mengguris hati orang lain. Ia juga terpakai kepada...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hah itu Jelutong, dengar baik-baik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Ini terpakai untuk semua. Bukan sahaja Jelutong, kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan ini dan juga berada di luar sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong, seperti Zamri Vinod dan sebagainya. Harapan di kementerian adalah bahawa kita ingin mereka memahami keperluan untuk memelihara perpaduan dan keharmonian negara dan itulah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara.
Jelutong telah bertanya, kenapa kita tidak ada suatu akta dan saya telah menyenaraikan semua akta-akta yang sedia ada yang memandai untuk menghukum sesiapa yang mengucap ataupun mengeluarkan kata-kata hate speech. Saya boleh bagi satu contoh.
Kita boleh lihat di negeri Singapura, ada akta Maintenance of Religious Harmony Act 1990. Di bawah akta itu satu Majlis ditubuhkan untuk memelihara keharmonian. Akta menubuhkan Majlis. Tetapi di negara kita ada satu kementerian yang menjaga keharmonian. Itu adalah satu kelebihan negara kita.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Nombor dua, di bawah akta itu, kuasa pendakwaan untuk mengeluarkan perintah larangan adalah di bawah Menteri Dalam Negeri, Home Minister. Bukannya kepada sesuatu kementerian yang lain. Jadi di sini, kita mempunyai akta yang memberi kuasa kepada pihak- pihak penguatkuasaan mengikut akta seperti sekiranya di bawah Kanun Keseksaan kepada polis dan kepada KDN, jadi mereka memainkan peranan masing-masing.
Seperti yang saya telah menekankan sebentar tadi, kalau penguatkuasaan itu tidak mencukupi, kita harus mengambil tindakan untuk memperkuatkan penguatkuasaan. Kalau hukuman yang dikenakan mereka tidak mempelajari daripada hukuman-hukuman yang telah dikenakan sebelum ini, hukuman harus dipertingkatkan. Kita harus mengkaji sama ada kita perlu meningkatkan hukuman yang dikenakan supaya ia boleh menghalang mereka daripada mengeluarkan kata-kata hate speech. Jadi, dalam keadaan di mana keadaan terkawal dan kita mempunyai akta ataupun undang-undang yang mencukupi, satu lagi akta tidak akan melarang mereka mengulangi perbuatan tersebut. Sekian terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Hulu Terengganu. Oh bukan. Sila Kapar.
Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Tadi Timbalan Speaker mengatakan masalah yang berkaitan dengan ketegangan agama ini seolah-olah menular. Jadi, mohon senaraikan semua insiden ketegangan kaum menurut negeri serta nyatakan sumber statistik tersebut, punca sebenar dan tindakan yang telah diambil.
Kedua, saya merujukkan Buletin Kementerian [Sambil memegang senaskhah dokumen] di mana dia ada tiga teras. Dasar Perpaduan Negara, ekosistem perpaduan dan juga objektif Dasar Perpaduan Negara membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
Jadi soalan saya, adakah kerajaan sudah mengkaji kejayaan ekosistem perpaduan di Kelantan yang saya dah sebut masa perbahasan peringkat dasar bajet yang lepas dan Menteri pun bersetuju bahawa keharmonian antara agama bukan sahaja kaum, antara agama yang berlaku di Kelantan, sedar atau tidak sedar, 34 tahun telah dibawa PAS, yang tidak ada dikongkong pun oleh mana-mana akta telah berlaku secara organik dan natural dan mungkin kejayaan kepimpinan pelbagai kaum dan agama Kelantan dipandu oleh kerajaan yang bijak, adil. Jadi ini space for everyone dengan izin. Jadi, ini adalah satu bukti yang berlaku secara – dah ada ekosistem itu. Kenapa tidak dirujukkan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Okey. Beberapa soalan dalam satu soalan. Saya cuba akan jawab sebanyak yang saya mungkin.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ringkaskan Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Ya. Berkenaan dengan soalan statistik perincian berkenaan dengan kejadian ataupun insiden-insiden rusuhan ataupun insiden-insiden perkauman, saya tak ada statistik. Saya boleh berikan secara bertulis. Tetapi secara
Puan Saraswathy a/p Kandasami
keseluruhan, Kementerian Perpaduan menjalankan kajian Indeks Perpaduan yang mana dikenali sebagai IPNas yang dilaksanakan setiap dua tahun sekali dan daripada tahun 2018 hingga 2022, kita nampak ada peningkatan dalam score. Maksud dia kesepaduan rakyat meningkat dan ini menunjukkan satu tanda positif. Pada setakat ini, kita berada di peringkat 0.629 dan harapan kementerian adalah untuk mencapai 0.7 yang mana adalah satu kedudukan yang cukup baik.
Berkenaan dengan soalan sama ada kita buat insiden kejadian-kejadian secara mengikut negeri, semasa indeks ataupun kajian ini dibuat, setiap wilayah, setiap negeri, setiap kaum, setiap pengikut agama, penganut agama diambil kira. Jadi ini adalah hasil daripada kajian dibuat kepada semua lapisan masyarakat. Berkenaan dengan apakah perkara-perkara yang menyumbang kepada kemerosotan ataupun yang menyebabkan perkara-perkara seperti ini berlaku, kita mengambil kira defisit sosial seperti etniksiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik, ruang bandar dan desa dan media.
Kembali kepada soalan terakhir Yang Berhormat Kapar telah menyebut tidak dijawab sebelum ini. Saya percaya Menteri telah menjawab. Kita mengambil kira secara keseluruhan dan dalam membuat kajian seperti di Kelantan, apabila masyarakat di situ yang seperti – kalau kita mengambil kira kaum India yang berada di estet, Kerilla Estate, saya pernah hadir ke situ.
Saya pernah kunjung estet itu. Mereka adalah suatu kumpulan yang kecil dan pergaulan ataupun pertemuan kaum berbeza adalah lebih kurang berbanding di mana ada kaum berlainan dalam bilangan yang lebih besar pertemuan dan pertengkaran.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Saya tidak mencadangkan ia harus berlaku. Kemungkinan untuk situasi tersebut berlaku adalah lebih tinggi. Jadi, tidak bermaksud rakyat di Kelantan memang memelihara, saya suka rakyat di Kelantan, tetapi tidak semestinya mereka yang ada di negeri-negeri lain tidak mementingkan atau memberi penekanan kepada perpaduan ataupun keharmonian, sekian terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Perpaduan Negara. Saya beri lebih masa sikit untuk soalan pertama ini kerana bagi saya isu perpaduan adalah isu yang menjadi teras dalam negara kita. Keduanya, Dato' Sri Tuan Ibharim Tuan Man, Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Timbalan Speaker. Ini soalan pertama saya sesi ini yang naik daripada awal sampai ke hari ini adalah dan esok lusa akan berakhir. Ini soalan pertama, nasib baiklah. Terima kasih banyaklah Tuan Speaker. Saya mohon supaya dipertimbangkan dan lebih adil pada soalan-soalan Parlimen pada masa akan datang. Soalan saya soalan nombor dua. Terima kasih.
2. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan kesediaan ekosistem bekalan tenaga awam dan swasta negara dalam membekalkan tenaga hijau untuk operasi pusat data di Malaysia.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya, ada juga macam Yang Berhormat. Bukan Yang Berhormat seorang sahaja, dapat naik soalan, ada juga. Sila Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Alhamdulillah, soalan naik jugalah. Soalan ini pun penting bagi saya untuk saya jawab dalam Dewan ini. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akses kepada bekalan elektrik hijau merupakan antara syarat penting dalam menyediakan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk menarik pelaburan pusat data bernilai tinggi ke Malaysia.
Sehubungan itu komitmen kerajaan khususnya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk meningkatkan campuran kapasiti Tenaga Boleh Baharu
(TBB) dalam pembekalan elektrik negara daripada 28 peratus pada masa ini kepada 31 peratus pada tahun 2025, 40 peratus pada tahun 2035 dan 70 peratus menjelang tahun 2050 merupakan satu kelebihan dan faktor utama yang mendorong para pelabur membangunkan pusat data di Malaysia.
Peningkatan kapasiti TBB secara berperingkat dan terancang merupakan langkah persediaan PETRA dan Suruhanjaya Tenaga untuk memenuhi permintaan tenaga elektrik hijau yang diperlukan pusat-pusat data, selain menjadi salah satu syarat untuk menggalakkan pelaburan baharu yang bernilai tinggi ke negara ini.
Program tenaga boleh baharu sedia ada yang akan diteruskan dengan penambahbaikan di samping memperkenalkan program TBB baharu bagi meningkatkan campuran tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik negara. Ini antaranya termasuk Program Feed-in Tariff (FiT), Large Scale Solar (LSS), Net Energy Metering (NEM), Self- consumption (SELCO), New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) dan juga Corporate Green Power Programme (CGPP). Selain itu bagi membolehkan syarikat korporat mendapatkan akses kepada bekalan elektrik hijau yang lebih mudah secara terus daripada penjana TBB, kerajaan telah memperkenalkan Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS).
Program ini membolehkan syarikat korporat termasuk pusat data mendapatkan bekalan elektrik hijau secara terus daripada penjana TBB menerusi rangkaian grid utility.
Aturan ini yang dibangunkan berdasarkan konsep grid terbuka akan membolehkan syarikat korporat yang mempunyai komitmen ESG mengenai penggunaan tenaga elektrik hijau berbuat demikian. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Persoalan saya ialah tentang kalau kita tengok dari segi Tenaga Nasional, dia menjangkakan bahawa pada tahun 2035, sebanyak 5,000 megawatt yang diperlukan oleh pusat data dan unjuran tahun-tahun berikutnya mencecah sampai 11,000 megawatt.
Bermakna dia hampir mencecah 40 peratus pengeluaran tenaga hijau negara. Jadi,
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
persoalan saya ada dua. Pertama, apakah ia tidak akan merencatkan NDC negara menjelang tahun 2050 untuk Malaysia net zero.
Keduanya ialah kalau kita tengok data yang ada, sejauh mana penglibatan PETRA dalam perundingan bersama pihak KPKT? Sebab saya bimbang bila kita buat polisi jual tenaga hijau ke Singapura, kemudian komitmen pusat data yang besar, kita tidak akan dapat mencapai target net zero kita 2050. Itu kebimbangan saya. Sebab itu saya fikir apa mekanisme bagi penglibatan supaya pusat data tidak mengambil 40 peratus daripada sumber tenaga hijau negara. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, sepertimana yang saya cuba nyatakan tadi, sememangnya komitmen pada hari ini adalah pertama, kita kena terus usaha untuk tingkatkan kapasiti pengeluaran tenaga hijau. Jadi sebab itu beberapa dasar yang selama ini telah adapun kita tambah baik dan juga perkenalkan sebagai contoh yang konsep CRESS.
Yang kedua untuk maklumat Yang Berhormat juga, Alhamdulillah, tahun ini juga kita telah luluskan dalam Dewan ini dan telah pun insya-Allah diwartakan tahun hadapan iaitu Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) yang mana mana-mana pengguna yang membayar bil secara anggaran iaitu lebih daripada RM2.4 juta setahun perlu memperincikan komitmen kepada EECA iaitu kawasan industri dan sebagainya.
Tetapi pada masa yang sama, yang mana yang Yang Berhormat sebutkan tadi seperti yang kita faham, PETRA ini tumpuannya kepada supply iaitu pembekalan. Jadi, kita rancang dalam Jawatankuasa Perancangan dan juga pelaksanaan tenaga ataupun elektrik dan tarif, yang mana kita tengok review setiap tahun, tetapi tahun ini kita buat dua kali sebab ada peningkatan yang agak ketara di kalangan pusat data.
Tetapi dari segi sama ada bagaimana untuk kita menguruskan. Contohnya di sebelah demand, Yang Berhormat sentuh tadi macam mana untuk kita berunding dengan KPKT yang mana memegang PBT. Tetapi semalam juga sebagai contoh di bawah Majlis Pelaburan Negara telah pun diumumkan persetujuan untuk penggunaan garis panduan untuk pembangunan Pusat Data Mampan di mana salah satu komponennya untuk soal tenaga, kita memang akan pakai metrik kecekapan, keberkesanan penggunaan tenaga ataupun power usage efective (PUE) iaitu bernilai RM1.4 atau lebih rendah. Itu contoh yang kita sebenarnya sentiasa ada memberi maklum balas.
Walaupun PETRA tumpuannya kepada pengeluaran, pembekalan tetapi dalam soal untuk penggunaan itu juga kita memberi input secara langsung dan mungkin juga ada perancangan supaya komitmen lebih awal daripada pusat data ini untuk terus mereka menggalakkan penggunaan tenaga hijau, bukan sekadar metrik tetapi bagaimana kita hendak ikat komitmen tersebut. Itu antara cadangan-cadangan yang kita terima. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain TNB dan swasta yang membekalkan tenaga hijau, sejauh mana kapasiti pihak tersebut mampu sediakan bekalan tenaga hijau. Adakah ianya memerlukan pihak luar untuk turut terlibat. Jika ada, bagaimana? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Kalau dari segi penjanaan tenaga hijau daripada solar sebagai contoh, selama ini kita bergantung kepada live scale solar ataupun yang disebut LSS. Kaedahnya kerajaan akan membuka kuota, syarikat yang berminat boleh masuk untuk bid the quota. Sekiranya terpilih, maka mereka akan membangunkan LSS tersebut. Untuk tahun ini, untuk makluman Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, kita juga memperkenalkan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) yang mana pengeluar tenaga boleh hijau ini boleh berurusan secara langsung dengan off taker ataupun client yang memerlukan tenaga hijau tadi.
Jadi, ini sebenarnya akan terus menggalakkan. Pengeluaran tenaga hijau ini bukannya hanya dipegang oleh syarikat TNB. Sebenarnya satu LSS solar itu kita buka kepada semua yang berminat dan sekarang ini juga mereka yang mempunyai permintaan yang ada jumpa customer ataupun demand untuk mendapatkan bekalan tersebut, maka perkara itu boleh diuruskan secara langsung.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, tinggal satu daripada soalan Kubang Kerian, apa- apa tenaga yang kita jual kepada sebagai contoh Singapura melalui Enegem itu adalah lebihan tenaga hijau yang ada ketika ini. Maksudnya kita memang apa yang kita jana ini masih ada lebihan dan kita memang menggalakkan lebih ramai syarikat-syarikat yang nak memenuhi ESG untuk memilih penggunaan tenaga hijau. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Peralihan, Tenaga dan Transformasi Air. Seterusnya, Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Soalan Gopeng soalan ketiga.
3. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Digital menyatakan pencapaian program ‘AI untuk Rakyat’ dan kesiapsiagaan ekosistem pembelajaran AI di institusi pendidikan, sektor swasta serta kerajaan.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Kurang sihat, Speaker.
Sore throat sedikit. Terima kasih, YB Gopeng. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Sehingga Disember 2024, Program AI untuk Rakyat telah mencapai seramai 1.3 juta peserta daripada pelbagai kumpulan termasuk pelajar, profesional dan pegawai kerajaan.
Program AI untuk Rakyat adalah merupakan program yang selaras dengan inisiatif Pelan Ekonomi Digital Malaysia dan Strategi IR 4.0. Ia juga menekankan, Yang di-Pertua,
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
pembinaan populasi yang celik teknologi, memupuk inovasi dan mengurangkan jurang kemahiran digital kita.
Susulan kejayaan AI untuk Rakyat, Kementerian Digital akan melancarkan platform pembelajaran dalam talian yang baharu iaitu Rakyat Digital pada 12 Disember 2024, iaitu esok. Program Rakyat Digital adalah inisiatif yang bertujuan untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran dan pengetahuan digital yang penting untuk berkembang dalam ekonomi digital yang sentiasa berubah pada ketika ini.
Menerusi platform ini, setiap lapisan masyarakat boleh mendapatkan pengetahuan umum dalam aspek teknologi baharu termasuk AI. Ia sebagai satu saluran pembelajaran interaktif bagi memperluaskan pengetahuan umum berhubung dengan teknologi digital serta membina bakat baharu mengikut model khusus yang disediakan.
Kementerian Digital juga mengambil perhatian berhubung dengan aspek pembelajaran AI dibangunkan secara holistik dan inklusif di setiap peringkat merangkumi institut pendidikan, sektor swasta dan juga kerajaan. Menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan atau National AI Office (NAIO) yang baru sahaja ditubuhkan, Kementerian Digital akan bekerjasama dengan setiap entiti tersebut bagi merangka model pembelajaran AI sesuai dengan mengikut kumpulan sasaran.
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas pencerahan tentang pelaksanaan AI untuk Rakyat yang bagi saya sesuatu usaha yang sangat-sangat baik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat secara umumnya.
Kalau kita lihat tahap ketersediaan negara kita dalam memanfaatkan ekonomi digital khususnya dalam AI, pentingnya kita lihat kepada beberapa laporan yang menceritakan kedudukan Malaysia dalam pengaplikasian AI. Dari segi infrastruktur, ia elok. Dari segi dasar ketersediaan kerajaan, pada tahap yang baik. Namun, ada beberapa gap ataupun kelompangan yang kita lihat dalam laporan-laporan adalah tentang bakat (talent) dalam pengaplikasian penguasaan kemahiran AI ini.
Maka, soalan saya adalah pertamanya, apakah indikator ataupun data-data yang boleh kita lihat di manakah kedudukan berlakunya jurang literasi digital dalam negara kita yang sentiasa menjadi perhatian para pelabur?
Keduanya adalah apakah kerajaan telah pun memulakan usaha pengaplikasian teknologi AI dalam urusan pentadbiran dan tawaran skill-based training pada para penjawat- penjawat awam seperti di institusi-institusi pembelajaran awam, INTAN dan sebagainya?
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Panjang soalan itu, Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ringkaskan jawapan.
Datuk Ugak anak Kumbong
Okey, Yang Berhormat Gopeng memang minat kepada Kementerian Digital.
Untuk makluman Yang Berhormat, indikator ataupun data-data adalah berlandaskan kepada penilaian penanda aras oleh organisasi antarabangsa seperti International Telecommunication Union (ITU) dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Bank Dunia, World Intellectual Property Organization dan IMD World Competitiveness Centre dan juga World Economic Forum dan lain-lain.
Pada masa ini, Malaysia berjaya mendapatkan kedudukan kelompok 50 teratas, Yang Berhormat, dalam beberapa indeks seperti berikut. Satu, kedudukan kita ke-36 pada tahun 2024 dan juga skor sebanyak 65 peratus dalam IMD iaitu World Digital Competitiveness
(WDC) ranking dalam rank ke-67 negara kita.
Untuk kedua tadi, Yang Berhormat, saya ingat Kementerian Digital juga melaksanakan pelbagai program pengurusan perubahan (change of management) serta upskilling dalam bidang pendigitalan, antaranya seperti program Executive Digital Leadership dan program Digital Citizen yang menyasarkan penglibatan pegawai-pegawai perkhidmatan awam kita.
Bagi program Executive Digital Leadership, hasil program ini adalah pelan tindakan bagi menyelesaikan inisiatif digital yang boleh diaplikasikan dalam kementerian yang akan dilaksanakan melalui GovTech kita. Bagi tahun 2025, pihak kementerian menyasarkan seramai 500 orang peserta program yang akan terdiri daripada semua ketua pegawai digital kementerian atau CDO, Yang di-Pertua, pengurusan tertinggi kementerian dan juga pihak swasta. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, soalan tambahan berikutnya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Soalan tambahan saya dari Kulim iaitu jika kita bandingkan dengan negara China, penggunaan AI agak ketinggalan terlalu jauh di mana negara China hampir 230 juta penduduknya aktif menggunakan AI jika dibandingkan dengan negara kitalah. Mengikut Indeks AI Global 2024, di mana negara kita menunjukkan tempat ke-39 jika dibandingkan daripada 83 negara. Negara jiran kita yang terdekat pun, iaitu Singapura pun, menduduki tempat yang ketiga.
Soalan saya. Kenapakah kita terlalu keterbelakang dalam AI ini? Soalan seterusnya, apakah perancangan khusus kerajaan untuk memperbanyakkan lagi latihan dan pembangunan kapasiti AI menerusi program rintis AI Sandbox 2024 bagi mencapai sasaran 13,000 bakat baru AI menjelang 2026?
Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Portal Rakyat Digital, Yang Berhormat, akan dilancarkan pada 12 Disember 2024 akan memberi tumpuan, Yang Berhormat, kepada
Datuk Ugak anak Kumbong
pembangunan kemahiran dalam bidang seperti kecerdasan AI ini. Jadi, Yang Berhormat, pembutiran ataupun kuantum dan keselamatan siber bagi mempersiapkan tangga kerja, pasaran kerja di masa akan datang.
Program ini, Yang Berhormat, saya ingat satu daripadanya, Yang Berhormat nyatakan, kita kurang dari negara China. Kita akan menyerapkan dan juga menawarkan kursus percuma juga, Yang Berhormat, dalam dwibahasa, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta turut menyediakan sumber pembelajaran dalam talian yang mudah.
Kalau jawapan saya tidak boleh memberikan yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Digital. Seterusnya, Tuan Pang Hok Liong, Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Soalan Labis nombor 5.
[Soalan No. 4 – YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) tidak hadir]
5. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah cara atau tindakan paling berkesan yang boleh diambil terhadap kumpulan ‘mat rempit’ yang sering melakukan aksi berani atau stunts mereka di lebuh raya yang sentiasa mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menangani permasalahan berkenaan, MOT pada masa ini sedang memuktamadkan rang undang-undang pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] bagi mewujudkan tafsiran yang jelas berhubung isu ‘mat rempit’ yang merangkumi kesalahan menunggang motosikal secara melulu, membahayakan atau perlumbaan haram di atas jalan raya. Pindaan ini adalah bertujuan untuk menjadi suatu bentuk pencegahan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.
Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia sentiasa bekerjasama untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa tempatan. Antaranya, operasi penguatkuasaan bersepadu Ops Samseng Jalanan. Operasi ini dijalankan secara berterusan dengan kerjasama dengan agensi lain seperti JPJ, AADK, Jabatan Alam Sekitar, konsesi lebuh raya dan lain-lain. Fokus utama adalah menahan dan mendakwa individu yang terlibat dalam aktiviti lumba haram dan aksi berbahaya di jalan raya.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Keduanya ialah pengawasan dan pemantauan melalui media sosial. Pihak JPJ dan JSPT sedang dalam meningkatkan pemantauan terhadap kumpulan dan individu yang terlibat aktif dalam gejala ‘mat rempit’. Pemantauan ini turut melibatkan di kawasan panas yang sering menjadi tempat perhimpunan dan aktiviti ‘mat rempit’ bagi tujuan pengesanan
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
dan pengumpulan bukti. Ketiganya ialah pendidikan dan kempen kesedaran melalui Program Ops Didik yang dijalankan bersama-sama dengan pihak sekolah, universiti, masyarakat umum dalam usaha untuk mendidik golongan muda mengenai bahaya aksi berbahaya di jalan raya diteruskan. Seterusnya adalah hukuman lebih tegas. Kerajaan sedang mengkaji untuk mengetatkan lagi undang-undang sedia ada dengan memperkenalkan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan aksi berbahaya dan lumba haram.
Draf pindaan melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1957 ini telah dibawa ke peringkat Jabatan Peguam Negara. Langkah ini telah diambil bagi memastikan hukuman yang dikenakan dapat menjadi satu bentuk deterrent dan pencegahan kepada pelaku. Seterusnya ialah mengekang aktiviti penjualan dan pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikuti spesifikasi. MOT melalui JPJ akan melaksanakan kerjasama berterusan bersama agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam mengekang aktiviti penjualan dan pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikut spesifikasi seperti penjualan dan pengubahsuaian ‘ekzos paip’, ‘tayar sotong’, tayar kecil, CDI, ECU dan sebagainya.
Seterusnya ialah kuasa melupuskan kenderaan yang telah disita. JPJ telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui penyitaan bagi kesalahan seperti berikut, ubah suai yang ekstrem, rempit dan lumba haram. Pelupusan terhadap kenderaan yang telah disita atas alasan pengubahsuaian motosikal akan memberi kesedaran kepada pengguna motosikal yang lainnya.
Hal ini kerana kebanyakan golongan ‘mat rempit’ ini tidak gentar dengan tindakan sita yang dikenakan memandangkan mereka tahu segala barangan yang disita akan dipulangkan semula. Dalam hal ini, kerajaan akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berterusan dan efektif bagi membendung kesalahan di jalan raya, khususnya aktiviti perlumbaan haram melalui golongan remaja atau gejala ‘mat rempit’. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, soalan tambahan, Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang panjangnya juga menunjukkan keseriusan kerajaan untuk atau dalam memerangi gejala ‘mat rempit’ ini. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bersedia untuk mengambil langkah- langkah untuk merampas motosikal mereka dan kemudian itu melelong motosikal mereka?
Kedua, untuk mewajibkan mereka untuk menjalani khidmat komuniti atau tugas sosial di bawah perintah kawalan atau pemulihan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng- Labis. Sorry. Apa yang disarankan itu adalah saranan-saranan yang baik. Sekarang ini sebagaimana yang saya katakan tadi, kita sedang pun memperketatkan undang-undang yang sedia ada ini. Mungkin daripada hasil kajian undang-undang ini, mungkin ini adalah antara perkara-perkara- mungkin juga yang boleh membentuk, mengajar generasi ataupun
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
geng ‘mat rempit’ ini. Jadi, terima kasih atas saranan yang disuarakan seperti merampas, melelong dan untuk khidmat tugas sosial dan sebagainya.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih. Kita ambil perhatian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Baru-baru ini, tujuh kanak-kanak ditahan polis akibat aktiviti basikal lajak di Pulau Pinang dan ia akan mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Apakah pihak kementerian mengkaji keperluan memantau trend basikal lajak seluruh negara menerusi SOP khusus? Jika ada SOP khusus, selain pematuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Keduanya Menteri, adakah kementerian melakukan pemantauan secara CCTV terhadap tabiat pemandu kita yang memandu secara berbahaya? Adakah pihak kementerian bersedia mengambil tindakan dengan membuat penahanan secara pengesanan tempat tinggal pemandu-pemandu yang bertabiat buruk ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih YB. Dari mana YB?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Padang Serai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Padang Serai.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Padang Serai. Berkenaan dengan basikal lajak ini, kaedah yang ada dalam undang-undang ialah kaedah lalu lintas. Di situlah kesalahan mereka dan sudah pastinya mendatangkan bahaya. Ya lah, tak ada brek.
Namanya lajak. Pernah kena tanya, ‘Bila awak nak berhenti?’ ‘Mana-manalah dia berhenti’. Ha, tahulah kita apa maknanya itu. Sama ada berhenti hidup atau ataupun cedera ataupun berhenti dekat hospital.
Jadi, perkara ini memang dipantau. Sentiasa, tidak ─ namun keadaan begini ini, kadang-kadang kita tengok seperti tikus dengan kucinglah. Ada penguat kuasa, dia lari. Kalau ada penguat kuasa, mereka jadi budak baik semualah, yang ada aktiviti-aktiviti begini.
Namun, pemantauan memang diteruskan, tidak ada hentinya.
Satunya lagi tentang CCTV tadi ini ialah mudah-mudahan dengan hasrat kita untuk mengadakan ANPR ini, automatic number plate recognition iaitu elektronik plat motosikal ini mungkin kereta dan juga mungkin motosikal, di mana semua ini akan disimpan data-data dan di mana tempat tinggal pengguna, pemunya kereta dan sebagainya. Dengan kaedah ini, kita berharaplah dengan ANPR kita itu nanti, perkara-perkara ini akan menjadi suatu yang melengkapkan lagi data kita tentang pemunya-pemunya dan termasuklah mereka yang melanggar undang-undang di atas jalan raya. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Pengangkutan. Seterusnya, saya menjemput Tuan Haji Jamaludin bin Yahya, Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Datuk Speaker.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terbang tinggi si burung Nuri, Singgah hinggap di dalam hutan, Jangan segan dalam mencari, Malu bertanya sesat jalan. Bolehkah Menteri menjawab soalan Pasir Salak nombor 6?
[Dewan riuh]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri Pendidikan.
6. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah terdapat kajian terhadap tahap keberhasilan projek rintis kelas hibrid sebagai proses pengajaran dan pembelajaran baharu termasuk institusi pendidikan dan sekolah yang terpilih di seluruh negara .
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua, terima kasih soalan dari Yang Berhormat Pasir Salak. Sudah tentu boleh, tak ada masalah. Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan projek rintis kelas hibrid dalam 110 buah institusi pendidikan terpilih yang melibatkan 550 buah kelas.
Pelaksanaan projek rintis kelas hibrid ini bertujuan mengupayakan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan digital pada masa yang sama.
PDP secara silang dapat dilaksanakan antara kelas dan sekolah yang meliputi dalam dan luar negara. Melalui program ini, melalui kaedah ini, pakar daripada pelbagai bidang dapat dilibatkan bagi meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan dalam kalangan guru dan juga murid. Melalui pelaksanaan rintis kelas hibrid ini, semua kelas tersebut dinaiktarafkan daripada segi pendawaian elektrik dan juga kelas serta kelengkapan kemudahan peralatan digital seperti smart board, TV pintar, set kamera, perakam suara dan sebagainya.
infrastruktur rangkaian dalaman juga dinaik taraf bagi membolehkan capaian internet disediakan di semua kelas yang terbabit.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan kelas hibrid ini dipantau melalui khidmat kunjung bantu bagi memastikan penggunaan peralatan yang telah pun disediakan.
Selain itu, KPM telah melaksanakan post implementation review, dengan izin. Berdasarkan dapatan kajian ini, KPM telah pun mengenal pasti beberapa isu dan juga cabaran sebagai langkah meningkatkan lagi keberhasilan dan keberkesanan kelas hibrid. Secara umumnya, KPM mendapati maklum balas positif daripada para guru di mana terdapat permintaan untuk tambahan kelas dan cadangan untuk penambahbaikan dan cadangan untuk tambahan latihan penggunaan secara berkala.
Juga terdapat cadangan penambahbaikan daripada segi aspek keselamatan peralatan dalam kelas. Selain itu, didapati kelas hibrid sangat membantu pengajaran dan pembelajaran dan sekolah amat berharap supaya ada tambahan kelengkapan smart board pada bilik khas untuk digunakan oleh pelajar bukan kelas hibrid. Antara keperluan yang lain didapati daripada maklum balas guru adalah seperti keperluan untuk diwujudkan lebih banyak video-video pengendalian dan penggunaan kemudahan agar memudahkan guru-guru
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
membuat penerokaan sendiri dan belajar untuk mengendalikan peralatan dan kemudahan yang disediakan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
KPM akan terus berusaha menyokong usaha ini dengan menambah baik keperluan dari segi latihan, infrastruktur, ICT, termasuk capaian internet dan keselamatan kelas hibrid.
KPM merancang perluasan kelas hibrid daripada 110 buah sekolah kepada 400 buah sekolah di bawah projek RMKe-12, RP5 mulai tahun 2025 sehingga tahun 2029. Ia juga akan diseragamkan kepada 15 lokasi termasuk pusat sumber, bilik pentadbiran dan kelas hibrid.
Ini adalah rangkaian internet-nya.
Projek ini merangkumi tiga skop utama iaitu pendawaian elektrik, RM20 juta peruntukan disediakan, peranti, RM153 juta, peruntukan disediakan dan rangkaian internet RM167 juta peruntukan disediakan dan jumlah peruntukan yang disediakan untuk perluasan kepada 400 buah sekolah ini adalah berjumlah RM340 juta. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu tuntas. Soalan tambahan Pasir Salak, adakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menjalankan kajian impak berhubung keberkesanan kaedah hibrid, khususnya dalam mengatasi kekurangan guru mengikut mata pelajaran termasuk dari segi penyesuaian mod PnP serta adaptasi digital?
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan dari Ahli Yang Berhormat.
Berkenaan dengan keberhasilan ataupun impak daripada program kelas hibrid ini, sememangnya seperti yang saya jawab sebentar tadi, kita telah melaksanakan post- implementation review, dengan izin pada tahun 2023. Dalam kajian tersebut adalah dinyatakan berkenaan dengan cadangan-cadangan dan juga balasan (feedback) dengan izin yang kita dapat daripada sekolah-sekolah yang melaksanakan kelas-kelas hibrid.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Sememangnya salah satu matlamat ataupun salah satu impak yang boleh dibawa adalah berkenaan dengan untuk menyelesaikan sedikit sebanyak kadang-kadang untuk sesetengah subjek dalam sesuatu sekolah itu, pada ketika itu kekurangan guru. Maka kita mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas hibrid sekiranya kelengkapan itu tersedia. Di sini saya boleh memberikan sedikit success story dengan izin iaitu contoh pelaksanaan PdP hibrid antara sekolah ataupun kolej vokasional.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Itu boleh bagi jawapan secara bertulis. Itu yang — Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan mata pelajaran, ya? Berkenaan dengan mata pelajaran bahasa Melayu...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jawapan itu bagi secara bertulis boleh?
Tuan Wong Kah Woh
Ada dua saja.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak boleh tekan dah.
[Ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Terlalu ramai.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dah tutup speaker.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, boleh...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tutup mic.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, okey. Yang Berhormat...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa]
Tuan Wong Kah Woh
Bagi peluang kementerian untuk jawab, baru ada soalan tambahan yang lain. Okey, dengan izin Dato’ Speaker. Dua contoh pelaksanaan PdP hibrid yang saya boleh bagi pada pagi ini, SMK Taman Seri Rampai bersama-sama SJK(C) Mun Yee telah mengadakan kelas hibrid bagi program mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pada masa yang sama untuk SMK Taman Seri Rampai juga, mereka telah pun mengadakan kelas hibrid dengan Sekolah Haixin, Qingdao, China bagi program mata pelajaran Seni Visual dan sekolah yang sama dengan Sekolah Boxing County No. 4, Shandong, China bagi mata pelajaran Muzik. Ini merupakan satu usaha untuk sebagai satu perkongsian pengalaman dan amalan yang terbaik antara sekolah-sekolah berkenaan dengan pengajaran mata pelajaran masing-masing. Terima kasih Dato’ yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Sri Gading, seorang guru.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Dato’ Speaker. Apa pengalaman, sebenarnya pengalaman hibrid ini berdasarkan kepada pandemik yang kita lalui menyebabkan timbul idea ini daripada 110 sekolah menjadi 400 yang akan disasarkan sehingga tahun 2029.
Persoalannya, kalau dulu masa pandemik kawasan-kawasan luar bandar ini memang paling teruklah sebab pertama sekali akses internet itu tak dapat, tak ada dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan internet dan juga di kalangan keluarga B40. Jadi, apakah langkah kerajaan apabila dengan penambahan 400 buah sekolah lagi yang disasarkan daripada 2025 hingga 2029 ini memastikan bahawa penduduk di luar bandar, khususnya
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
murid-murid yang berada di luar bandar dan B40 itu dapat diutamakan dalam pembangunan ini dengan bajet sebanyak RM540 juta? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading atas keprihatinan terhadap keperluan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Sememangnya di bawah pendekatan ataupun segala polisi oleh pihak kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia memang sekolah-sekolah di luar bandar bukan sahaja tidak akan terpinggir tetapi juga akan diberikan perhatian yang serius dan fokus untuk memastikan bahawa rakan-rakan dan juga anak-anak kita dari kawasan luar bandar adalah tidak ketinggalan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Sri Gading, berkenaan dengan 110 buah sekolah yang telah dilaksanakan projek rintis sebelum ini, tahun 2022. Jumlah sekolah luar bandar yang terlibat dari semenanjung sampailah ke Sabah Sarawak adalah sebanyak 42.
So, daripada 110 buah sekolah itu, 42 adalah dari luar bandar.
Berkenaan dengan perluasan 400 buah sekolah itu, pihak KPM masih sedang dalam usaha untuk mengenal pasti sekolah-sekolah dan apa yang penting adalah kita kenal pasti sekolah-sekolah bukan sahaja dari bandar tetapi juga melibatkan sekolah-sekolah dari luar bandar. Pihak KPM akan memastikan dalam subjek pembelajaran ini tiada sesiapa yang tertinggal dan tiada sesiapa yang akan terpinggir. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Pendidikan. Seterusnya saya mempersilakan Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Sebelum saya mulakan soalan, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pelajar Tingkatan Enam SMK Senggarang, Parlimen Batu Pahat bersama empat guru pengiring yang lain.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor tujuh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
7. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan projek pembinaan empangan bawah tanah di Kedah.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Petani. Pulau Langkawi kini berdepan cabaran dalam memastikan bekalan air mentah yang mencukupi khususnya di kawasan Empangan Malut. Masalahnya berpunca daripada fenomena cuaca panas ekstrem seperti El Nino dan isu kebocoran paip dasar laut yang membekalkan air terawat dari Loji Rawatan Air Sungai Baru ke Tangki Pengimbang Penarak di Pulau Langkawi.
Mengambil kira keperluan mendesak ini, kerajaan telah meluluskan projek pembinaan Empangan Bawah Tanah, Telaga Tiub dan Struktur Takungan di Padang Matsirat,
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Langkawi di bawah Rolling Plan 2, Tahun 2022, RMKe-12 dengan peruntukan sebanyak RM412.8 juta. Projek ini diluluskan untuk meningkatkan kapasiti sumber bekalan air mentah.
Projek empangan bawah tanah dengan kapasiti takungan sebanyak 42.8 juta meter padu ini dijangka mampu menambah 40 juta liter sehari bekalan air sehingga tahun 2040.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek pembinaan empangan bawah tanah ini kini berada di peringkat perolehan tender. Makmal kajian penilai (value analysis lab) telah selesai dilaksanakan dan kini kita sedang memuktamadkan kehendak kerajaan ataupun need statement yang mana kita jangkakan SST akan dikeluarkan pada suku kedua tahun 2025.
Dalam usaha untuk menangani cabaran ini secara jangka pendek, kementerian telah melaksanakan projek peningkatan Sistem Pengepaman Padang Matsirat melalui pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kedah. Projek ini telah siap pada 20 Mei 2024 dan berjaya meningkatkan kadar pengepaman air mentah ke Loji Rawatan Air Padang Saga Fasa 3.
Perkara ini dicapai melalui pemasangan paip khusus di mana air mentah kini dapat disalurkan terus ke Empangan Malut untuk menambah bekalan air sedia ada.
Selain itu, kementerian juga sedang merancang pelaksanaan projek takungan air pinggiran sungai (TAPS) di Padang Saga. Jadi dalam hal ini, kita jangkakan proses itu, SST pertengahan tahun 2025. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, komitmen kerajaan adalah jelas untuk kita mencari jalan bagi memastikan sumber air yang mencukupi dan mampan untuk Pulau Langkawi, sekali gus kita nak sokong kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih Dato’ yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, soalan tambahan.
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi sebelum soalan tambahan, saya ingin mengumumkan, mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda ke Parlimen.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah jenis pemantauan real-time yang akan dipasang untuk mengesan kebocoran, pergerakan tanah, kerosakan struktur? Adakah kerajaan merancang untuk memasang early warning sign supaya penduduk di sekitar itu dapat satu warning sign yang lebih awal? Apakah piawaian keselamatan antarabangsa yang digunakan dalam reka bentuk empangan bawah tanah ini bagi memastikan keutuhan struktur dalam jangka masa panjang?
Kalau kita lihat di Jepun mempunyai satu sistem antara yang terbaik di dunia di Miyako-Jima Island. Ini adalah antara sistem yang terbaik di dunia sehingga baru-baru ini Menteri Besar Kedah sendiri telah pun mengadakan lawatan ke Jepun untuk mempelajari sistem empangan bawah tanah ini.
Persoalan saya, sebenarnya ini adalah projek kerajaan. Pelaksananya Kerajaan Negeri Kedah ataupun Kerajaan Persekutuan? Jika Kerajaan Persekutuan, apakah
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
timeframe atau garis masa untuk pelaksanaan ini dilaksanakan supaya tidak ada kelewatan projek seperti ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, ada empat atau lima soalan tadi. Saya cuba rangkumkan. Sudah pasti dari segi keperluan untuk pemantauan secara real-time itu kita akan ambil kira kerana perkara itu juga kita ambil maklum bahawa pembinaan ini melibatkan struktur di dalam ataupun di bawah tanah. Cuma, dari segi piawaian yang akan diguna pakai antara rujukan yang telah pun diangkat di peringkat kementerian ini sudah pasti adalah polisi reka bentuk dari negara Jepun iaitu *Japan Green Resources Agency (JGRC) (2006) Policy for Creating Plans for Subsurface Dams:
Guide to Water Resource Development Using Subsurface Dam.* Jadi, yang ini antara yang kita akan guna pakai supaya menjadi rujukan. Cuma, seperti soalan Yang Berhormat siapakah yang ataupun yang akan menguruskan projek ini?
Sudah pasti projek yang melibatkan sumber air ini sebenarnya di bawah tanggungjawab ataupun pengurusan Kerajaan Persekutuan. Maka sebenarnya pihak yang akan memegang soal keperluan teknikal itu sudah pasti agensi-agensi yang terletak di bawah Persekutuan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Cuma, lawatan itu terpulanglah. Saya tak pasti tujuan apa. Cuma, untuk kepentingan kita yang kita harapkan adalah komitmen daripada kerajaan negeri kerana dalam apa-apa pembinaan Dato’ Yang di-Pertua, satu, keperluan untuk mendapatkan kelulusan merancang itu terletak di bawah kerajaan negeri.
Kepayahan yang kita jangkakan kerana kebenaran merancang ini mungkin diluluskan di sebelah mainland dalam keadaan projek ini di Pulau Langkawi.
Kedua, untuk makluman Yang di-Pertua juga, projek ini melibatkan pembinaan struktur di bawah tanah. Jadi, urusan pindah milik ataupun untuk proses tanah ini mungkin lebih kompleks sedikit kerana melibatkan strata & stratum tetapi yang ini sebenarnya fokus yang boleh dimainkan oleh kerajaan negeri supaya membolehkan timeline yang kita hendak guna pakai itu tercapai untuk mengelakkan berlaku keadaan di luar jangka dan sebagainya.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Saya ingin mengajukan persoalan kepada kementerian iaitu melalui kajian dan penelitian risiko Projek Empangan Bawah Tanah di Padang Matsirat, Langkawi ini. Apakah risiko yang paling utama yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian dalam pelaksanaan projek?
Kedua, adakah pihak kerajaan bersama dengan kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan pasukan khas memantau projek ini untuk memastikan segala isu-isu berkaitan teknikal projek ini dapat diselesaikan dan dapat dicapai tarikh pelaksanaan projek ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Bila kita melihat dalam soal pembinaan empangan ini, sudah pasti risiko paling besar adalah ini perkara baharu untuk negara kita. Jadi, sudah pasti perkara itu adalah antara isu-isu yang perlu diperhalusi yang mana sebagai contoh apabila kita melihat dari segi timeline kelaziman untuk kita membina sebarang projek, masa yang diberikan itu adalah 36 bulan untuk kerja- kerja fizikal. Tetapi, dalam keadaan ini sebagai contoh sudah pasti sekiranya bahan binaan yang dipilih itu campuran itu sudah pasti berbeza dengan apa yang kita bina di atas permukaan tanah.
Jadi, itu antara keadaannya. Tetapi juga dalam menguruskan keadaan di sana sudah pasti air di bawah tanah ini perlu dijaga, pendedahan kepada masyarakat setempat untuk mengelakkan berlaku pencemaran dan sebagainya, didikan itu perlu bermula lebih awal.
Manakala, untuk kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak kementerian PETRA sebenarnya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan libat urus sama ada di pihak yang menguruskan air mahupun dari segi isu tanah.
Tetapi, yang saya sebut tadi cabaran paling besar pengalaman kita di mana-mana keadaan bila untuk membangunkan projek kerajaan adalah soal pengambilan tanah dan dalam isu di Pulau Langkawi kita sudah pasti ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi daripada kerajaan negeri supaya ini tidak menjadi asas kepada kelewatan ataupun kesukaran menguruskan projek. Jadi, sebab itu saya memang mohon sangat supaya daripada berbicara soal yang lain, fokus kepada keperluan sendiri dulu iaitu bantu kami untuk kebenaran merancang dan juga untuk pengurusan tanah tadi, pengambilan tanah daripada menumpukan kepada isu-isu yang mungkin tidak berkaitan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Seterusnya Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor lapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
8. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini tindakan perundangan yang diambil oleh pihak kementerian bersama agensi lain terutama pihak MCMC bagi mengatasi judi online yang berlaku dalam negeri Melaka khususnya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Yang di-Pertua, sahabat saya Masjid Tanah. Isu ini ditangani oleh PDRM melalui Bahagian Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Bahagian Judi, Maksiat dan Gengsterisme (D7). Memang kita sangat serius untuk menangani isu ini. kalau kita lihat data di negeri Melaka bagi tahun 2022, sebanyak 888
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
serbuan berjaya dilaksana oleh pihak PDRM melalui Ops. Dadu di Melaka yang melibatkan tangkapan seramai 1,004 orang dengan kerjasama agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ops yang sama dilaksana bagi tahun 2023 dan sebanyak 817 serbuan berjaya dilaksana di Melaka melibatkan tangkapan seramai 932 orang manakala Op Dadu yang dilaksana di Melaka sehingga September 2024 sebanyak 707 serbuan berjaya dilaksana di Melaka melibatkan tangkapan seramai 767 orang. Kementerian melalui PDRM sentiasa memantau dan menjalankan operasi secara terancang dan berterusan dalam menangani masalah judi dalam talian (online) ini. beberapa langkah telah diambil oleh pihak PDRM untuk mengesan serta membanteras kegiatan yang dijalankan ini sama ada oleh orang perseorangan atau kumpulan sindiket.
Saya nak ambil angka sedikit Yang Berhormat. Kalau di Melaka, kita lakukan siasatan dan kita lihat penglibatan dan tangkapan pelajar – pelajar ada di sini, saya nak maklum.
Antara umur 13 hingga 17 tahun dan remaja antara 18 hingga 21 tahun melibatkan perjudian judi online dan calling center ini. Kalau di Melaka, 2021, pelajar sahaja terlibat 47 orang, remaja 132 orang. Bagi tahun 2023 hingga Ogos, melibatkan 23 pelajar dan 70 remaja. Saya dengar ada pelajar Johor tadi, saya nak sebut di Johor. Pelajar melibatkan di Johor tahun 2023, 19 orang, remaja 121 orang. Kalau kita lihat secara keseluruhan sehingga Ogos 2023, melibatkan 66 pelajar dan 632 pelajar. Ini sangat membimbangkan kita.
Walau bagaimanapun, secara serius kita berusaha untuk menangani isu ini. Sebab itu, kita sentiasa mengenal pasti modus operandi kerana dia sentiasa berubah, terkini dan berkembang. Sebab itu, PDRM sendiri meningkatkan keupayaan untuk membolehkan kita sentiasa keterhadapan melebihi daripada sindiket yang dibuat berdasarkan peralihan masa dan teknologi. Sebab itu, kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi kita sekat semua laman sesawang perjudian di bawah seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Malah, kita juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat utiliti, TNB dan syarikat- syarikat bekalan air untuk tindakan pemotongan bekalan air, elektrik ke atas mana-mana premis yang kita syaki dan kita kenal pasti terlibat dengan isu-isu seumpama ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar dengan teliti dan kini kita tengok aktiviti judi online ini, mereka begitu kebal. Yang Berhormat sendiri beritahu mereka sentiasa mengubah modus operandi mereka. Juga, banyak usaha yang telah dilakukan oleh orang ramai dalam usaha untuk mendedahkan dan juga mengadu di dalam sosial media termasuklah contoh di Facebook Komuniti Masjid Tanah, page Masjid Tanah Daily dan juga ada Telegram iaitu Edisi Siasat yang mempunyai pengikut 1.1 juta. Ramai.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Soalan saya, adakah pihak KDN ada mengambil tindakan terhadap aduan di atas talian ini sebab mereka memberikan maklumat dengan jelas, dengan gambar, video dan sebagainya? Soalan saya yang kedua, bagaimanakah kerajaan bertindak di dalam kes yang mana modus operandi sindiket judi online menggunakan pempengaruh sosial media untuk mempromosikan kegiatan judi online mereka? Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya nak maklumkan bahawa bahagian urus setia di Jabatan Siasatan Jenayah, saya sebutkan tadi Bahagian Judi, Jenayah dan Gengsterisme (D7) ini, kita ada hotline melalui WhatsApp yang kita hebahkan kepada rakyat.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Nombornya di sini saya sebut, 019-3764763. Ini kita buka 24 jam yang mana membolehkan rakyat membuat aduan melalui saluran WhatsApp ini. Kalau kita tengok data, daripada Januari 2023 hingga 11 Disember, hari ini, kita terima 5,119 WhatsApp. Namun, yang melibatkan judi online ini hanya 98.
Memang kita galakkan rakyat untuk memberi maklumat dan semua maklumat yang kita dapat ini memang kita siasat melalui peruntukan undang-undang yang kita ada dan kerjasama dengan beberapa pihak. Jadi, kita memang galakkan perkara tersebut. Sebab itu, saya nak sebut bahawa oleh kerana kes-kes yang nak diambil tindakan, ia melibatkan peruntukan undang-undang yang ada. Maka, setiap kes memang kita teliti supaya tindakan- tindakan yang kita ambil itu, benar-benar berkesan dan mematuhi peraturan-peraturan yang ada. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seterusnya, Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Gejala perjudian dalam talian ataupun online gambling ini berlaku di mana-mana. Apa yang merisaukan kita Dato’ Yang di-Pertua, ialah dengan kemajuan teknologi digital internet di luar bandar sekarang, ianya amat — telah merebak umpamanya di kawasan saya sendirilah.
Maka, oleh itu, saya nak bertanya dengan Menteri. Sejauh manakah undang-undang perjudian dalam talian yang ada sekarang, sejauh manakah ianya berkesan dan efektif untuk membantu gejala seperti penguatkuasaan bagi mengatasi gejala ini di luar bandar. Sebagai contoh, apabila aduan yang dibuat kepada balai polis di kawasan dan ketua balai itu yang berpangkat sarjan, dia memaklumkan, “Saya ini hanya sarjan sahaja dan tidak ada kuasa untuk masuk, untuk menggeledah satu-satu premis yang disyaki menjalankan gejala ini”.
Jadi, saya mohon penjelasan dari Menteri. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat.
Kita sedar tentang itu. Kalau di ketika ini, antara tindakan yang kita ambil adalah melalui Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan juga Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Oleh
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
kerana itu, selain kita menggunakan juga Akta Rumah Judi Terbuka 1957 dan Akta Pertaruhan 1959.
Kita faham dengan perubahan-perubahan yang berlaku ini dan sebab itulah untuk makluman Dewan, KDN melalui PDRM yang saya sebutkan tadi, menguatkuasa perundangan sedia ada iaitu memberi kuasa kepada polis untuk membanteras jenayah, termasuklah judi dalam talian. Semua undang-undang ini, undang-undang berkaitan judi dalam talian adalah di bawah seliaan kementerian lain dan PDRM menguatkuasakannya sebagai agensi penguat kuasa dalam negara.
Oleh itu, bagi kita perkemaskan dari segi kuasa dan keupayaan kita untuk menangani isu yang semakin mencabar ini, ia juga melibatkan pindaan undang-undang. Maka, KDN sedang dalam tindakan meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) bagi membolehkan tindakan terhadap sindiket judi dalam talian dapat kita teruskan dengan lebih berkesan. Selain itu, KDN juga sedang bekerjasama dengan kementerian lain iaitu Kementerian Kewangan (MOF) bagi melengkapkan kajian terhadap perundangan berkaitan perjudian ditambah baik supaya kita selaras dengan perkembangan-perkembangan semasa, terutama sekali yang melibatkan judi atas talian ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seterusnya, saya menjemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Soalan Sungai Siput nombor sembilan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri Pendidikan Tinggi.
9. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan pendirian kementerian berkenaan yuran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar di universiti awam yang membebankan golongan ibu bapa B40.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Sungai Siput.
Berkaitan dengan dasar KPT dan juga dasar Kerajaan MADANI untuk membantu golongan pelajar daripada kalangan B40 iaitu kita bertindak lebih proaktif dan lebih insani sifatnya bagi memastikan pembayaran yuran kemasukan pengajian dan tidak menghalang pendaftaran pengajian mereka disebabkan oleh faktor kemiskinan.
Dalam hal ini, universiti awam telah diarahkan supaya mengehadkan yuran pendaftaran pelajar hanya pada sekitar RM1,500 sahaja mulai Januari 2024 ini. Ini selaras dengan pemberian wang pendahuluan pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebanyak RM1,500. Dalam masa yang sama, saya ingin maklumkan dalam Dewan yang mulia ini, iaitu universiti awam kita tidak dibenarkan menghalang mana- mana pendaftaran pelajar daripada kalangan B40 ataupun mereka yang tidak mampu membayar yuran kemasukan pengajian. Kita sedang memantau dan pastikan kalau
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
sekiranya ada kes-kes yang terlibat di kalangan pelajar-pelajar ini, sila maklumkan kepada pihak kementerian.
Pada bulan September yang lalu juga, saya telah pun meminta semua pentadbir universiti awam untuk menerima masuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran kemasukan tanpa menangguhkan ya urusan untuk mereka mendaftar dan selaras dengan itu juga menangguhkan bayaran yuran pendaftaran bagi sesi akademik 2024/2025. Langkah ini adalah untuk memastikan supaya tiada pelajar yang tercicir disebabkan oleh masalah kewangan mereka. Jadi, secara ringkasnya dasar kerajaan kita tidak akan sama sekali membenarkan mana-mana pelajar yang berkemampuan tetapi tidak dapat memasuki atau mendaftar ke universiti-universiti. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Saya berasa amat lega di atas jawapan yang amat prihatin dan kepedulian dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Slogan Yang Amat Berhormat ketika memimpin negeri Perak, “Tiada Yang Terpinggir, Tiada Yang Tertinggal”. So dalam konteks ini, tiada pelajar yang terpinggir atau tiada pelajar yang tercicir.
Soalan saya, adakah KPT bercadang untuk memperluaskan pengecualian yuran ini kepada kategori M40 yang berada di bahagian bawah (lower) M40 yang juga terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat? Serta apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan oleh KPT untuk memastikan pengecualian yuran ini benar-benar memberi manfaat kepada pelajar B40 dan meningkatkan kadar kemasukan ke IPT? Serta sama ada pengecualian bayaran yuran IPT untuk pelajar B40 ini turut merangkumi pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana master dan doktor falsafah? Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih soalan tambahan yang dikemukakan. Terima kasih masih mengingat slogan walaupun kita berbeza di waktu itu.
Bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan M40 ini, dasar kerajaan juga telah kita putuskan, bagi kalangan pelajar daripada keluarga M40 tetapi mempunyai masalah kewangan disebabkan oleh jumlah bilangan ahli keluarga yang besar, maka kita juga telah memberikan ruang itu. Ada beberapa mekanisme lain yang kita gunakan. Ini termasuklah melalui Yayasan Perkasa Siswa. Yayasan Perkasa Siswa bertanggungjawab untuk melihat keadaan ekonomi yang dihadapi oleh setiap keluarga ataupun pelajar yang berkenaan.
Apabila mereka memaklumkan kepada kita, maka kita akan membantu mereka.
Termasuklah untuk pengetahuan Yang Berhormat untuk sesi kali ini juga, kita telah membantu seramai lebih 300 orang siswa, bukan semata-mata daripada kalangan B40 tetapi mereka yang mempunyai masalah dari segi kedudukan kewangan mereka untuk masuk dan untuk berbelanja. Maka kita membuat penilaian iaitu kita memberi bantuan kepada mereka
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
dengan kadar RM1,000 untuk mereka dengan izin, survive untuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sebelum mereka mendapat bantuan PTPTN sepenuhnya. Itu yang pertama.
Keduanya, kita juga menggunakan pendekatan yang kita panggil sebagai pendekatan program sulung kita. Yang ini khusus untuk B40. Namun, saya juga telah memaklumkan supaya kalau kalangan daripada M40 tetapi mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, tujuh, lapan orang daripada ahli keluarganya yang sebahagian besar dia terpaksa – ahli keluarganya terpaksa berbelanja kepada anak-anaknya. Itu juga kita minta untuk mereka kemukakan. Sulung bermakna, anak yang pertama masuk ke dalam universiti daripada keluarga B40 yang tidak berkemampuan langsung. Maka yang ini kita akan berikan pengecualian kepada mereka iaitu termasuk pengecualian pengajian, penginapan sehingga mereka habis tamat belajar mereka.
Untuk kali ini saya nak sebutkan juga, kita telah berjaya membantu seramai 934 pelajar yang berada dalam kategori sulung ini iaitu anak yang pertama daripada keluarga yang nak masuk ke universiti. Ini tidak kira daripada kalangan mana, kita akan membantu mereka. Jadi sila maklumkan kepada saya Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau ada masalah-masalah yang sebegini berlaku di kawasan Yang Berhormat semua.
Manakala menjawab perkara yang berkaitan dengan mekanisme apa yang kita gunakan, di peringkat universiti kita ada bahagian HEPA kita. Bahagian HEPA lah yang bertanggungjawab untuk memastikan supaya keadaan mereka itu, kebajikan mereka itu dipelihara dan juga dipastikan termasuk juga ketika mana saya turun ke bawah untuk melihat keadaan universiti dan juga kolej-kolej termasuk politeknik.
Selain daripada itu, Yang Berhormat juga bertanya tentang sama ada dasar ini juga dapat dilaksanakan hingga ke peringkat pelajar yang hendak meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana atau peringkat PhD termasuklah sama ada masters ataupun di peringkat PhD. Kita beranggapan bahawa apabila mereka telah pun mencapai ke satu peringkat di bawah undergrad dan kemudian nak pergi ke peringkat sarjana, mereka telah pun mencapai pada asasnya. Maksudnya keperluan asas mereka.
Tapi ada juga kita memberikan ruang kepada pelajar-pelajar ataupun mereka yang daripada keluarga yang tidak berkemampuan atau kedudukan kewangan mereka tidak berkemampuan tetapi minat mereka untuk meneruskan pengajian mereka, kita turut membantu. Ini kita letakkan di bawah program MyBrain. Jadi, bantuan yang kita akan berikan kepada mereka bagi membolehkan supaya mereka dapat mengikuti pengajian mereka sepenuh masa. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila soalan tambahan kedua Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah di atas pelbagai usaha kerajaan dalam membantu golongan pelajar B40 dan saya harap ada satu mekanisme khas untuk golongan anak-anak penerima bantuan, penerima zakat sebab apabila kita membantu golongan ini, dia akan mampu merubah keluarga untuk masa depan.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, soalan saya ialah apakah mekanisme pemantauan terutama untuk memastikan IPTA termasuk juga IPTS yang mengenakan yuran yang agak tidak mampu milik oleh rakyat Malaysia terutama IPTS yang membebankan? Jadi apakah mekanisme pemantauan supaya tidak membebankan? Apakah strategi dasar yang dibuat oleh kerajaan untuk membolehkan supaya kualiti pendidikan itu tidak berkurang walaupun yurannya tidak tinggi?
Sejauh mana saya ingin tahu mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan dasar iaitu kenaikan yuran di IPTA kepada kumpulan T15 sebagaimana yang disebut dalam Bajet 2025 baru-baru ini? Jadi, apakah mekanisme apabila Perdana Menteri kata nak naikkan yuran di kalangan golongan T15? Minta penjelasan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih. Ada ceraian-ceraian pada soalan itu saya fikir ada tiga soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Pertama, Yang Berhormat bertanya tentang mekanisme yang digunakan bagi memantau, memastikan supaya pelajar-pelajar miskin yang menerima bantuan termasuk daripada sumbangan zakat itu dapat kita pantau kedudukan mereka.
Seperti yang telah pun saya jawab tadi kepada Sungai Siput, kita menggunakan HEPA (Hal Ehwal Pelajar) di universiti untuk memastikan kerana mereka mempunyai data yang berkaitan dengan pelajar-pelajar yang berkenaan yang telah pun kita ada sistem itu untuk pastikan supaya pelajar-pelajar ini kita pantau bukan hanya dalam konteks, saya nak tambah sikit iaitu untuk memberi bantuan kewangan tetapi juga untuk melihat mereka itu daripada segi perkembangan pendidikannya secara keseluruhan.
Ini kerana ada di kalangan mereka daripada keluarga yang susah tetapi dia mempunyai masalah daripada segi psikologi sebagai contoh. Maka daripada segi tekanan mental dan sebagainya, yang ini pun kita gunakan satu lagi pendekatan. Maknanya pendekatan yang kita lakukan kepada mereka bukan hanya bersifat kewangan semata-mata tetapi juga daripada segi pembinaan sahsiah dia, kemampuan dia untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Ini kita melakukan pemantauan di peringkat hal ehwal pelajar kita.
Baik. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat berkaitan dengan kualiti. Kualiti pendidikan tinggi tidak akan kita korbankan sama sekali kerana walaupun kita tahu yang melibatkan pelajar-pelajar ini dia tidak ada kaitan sama sekali dengan kualiti pembelajaran mereka dan termasuk juga kualiti di institusi-institusi pengajian tinggi yang pegang kerana pada keseluruhannya, kualiti pendidikan ini dikawal selia dengan begitu rapat, dengan begitu dengan izin, stringent sekali iaitu oleh MQA kita.
Jadi, tidak timbul soal daripada segi kualiti pembelajaran malah kita dapati, pelajar- pelajar yang miskin ini mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Mungkin Yang Berhormat dan lain-lain lagi termasuklah kita yang sebahagian daripada kita telah berjaya belajar menjadi pelajar yang baik di universiti dengan menerima bantuan-bantuan yang baik daripada pihak kerajaan.
Ketiga, Yang Berhormat bertanya tentang soal T15. Apakah dasar kita, bagaimana mekanisme akan kita kenakan bayaran yang berkenaan seperti mana yang telah pun
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini berkaitan dengan dasar untuk kenaikan yuran kepada keluarga T15 ini. Kita ingin melihat, ia bukanlah merupakan satu dasar yang bersifat mutlak sifatnya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Kita kena melihat seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat PM iaitu lihat tentang keadaan kedudukan sesebuah keluarga itu. Kalau sekiranya yang datang daripada keluarga yang mempunyai bilangan anak-anak yang begitu ramai dan memerlukan perbelanjaan yang besar, mereka boleh datang kepada pihak universiti untuk memaklumkan keadaan-keadaan mereka. Yang itu pertimbangan-pertimbangan itu akan diberikan kepada mereka.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Maknanya saya nak sebutkan di sini secara ringkasnya bahawa tidak ada satu mekanisme yang mutlak yang nak kita laksanakan. Kerana kalau kita menggunakan one- size-fits-all dengan izin. Maka, ia tidak akan memberikan keadilan kepada kes-kes tertentu yang perlu kita lihat untuk kita bantu mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024; Rang Undang-undang Pemegang Amanah (Pindaan) 2024; Rang Undang-undang Pemegang Amanah Perbadanan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024 seperti di No. 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis 12 Disember 2024”.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak, dan Pembangunan Masyarakat akan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk Silibus Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial (PEERS) bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan tentang laporan yang dihasilkan oleh JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat. Sebelum saya masuk kepada penerangan laporan secara spesifik, izinkan saya rumuskan kerja-kerja JKPK pada tahun 2024 sebagai Pengerusi.
Puan Speaker, secara keseluruhannya Jawatankuasa ini telah mengadakan sebanyak 23 mesyuarat sepanjang tahun 2024 yang melibatkan kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Selain itu, Jawatankuasa juga telah pun membuat lawatan ke sembilan lokasi yang berbeza. Kami telah pun melawat Klinik Amal Muhajir di Seri Kembangan bersama dengan UNHCR untuk memahami perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh klinik tersebut kepada pelarian di Malaysia.
Kami juga telah pun melawat One Stop Crisis Center (OSCC) Hospital Putrajaya untuk memahami proses yang dilalui oleh mangsa gangguan seksual dan keganasan rumah tangga. Ramai di sini juga tidak tahu bahawa Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab ke atas Kementerian Perpaduan.
Tahun ini kami lebih fokus kepada status muzium di negara kita. Dengan itu, Jawatankuasa telah pun membuat lawatan ke Muzium Diraja dan Repositori Muzium Alam Semulajadi di bangunan yang sama, Muzium Negara dan serta Repositori Muzium Negara dan Tekstil di bangunan yang sama dan akhirnya Muzium Tekstil. Kami juga, telah pun dua hari berturut-turut membuat lawatan ke institusi yang bertanggungjawab dalam pemulihan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia dan juga Jabatan Kebajikan Malaysia iaitu Sekolah Henry Gurney, Melaka; lawatan ke Asrama Akhlak Bukit Baru, Melaka; Pusat Koreksional Puncak Alam; Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Hasil daripada 23 mesyuarat dan sembilan lawatan, Jawatankuasa telah pun membentangkan sebanyak lima penyata di Dewan Rakyat pada tahun 2024 seperti berikut:
(i) kelangsungan hidup pelarian di Malaysia;
(ii) sistem keadilan jenayah terhadap mangsa seksual kanak-kanak di Malaysia;
(iii) isu berbangkit muzium di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia;
(iv) kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan projek rintis diversion di Malaysia dan;
(v) silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Puchong ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir kepada mesyuarat dan memberi taklimat yang teliti kepada JKPK untuk membantu kerja-kerja kita. Sudah tentu yang paling penting adalah Puchong ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada sekretariat JKPK yang telah pun bertungkus-lumus sepanjang tahun ini dalam mengadakan mesyuarat-mesyuarat, lawatan dan juga menghasilkan penyata.
Puan Speaker, daripada lima penyata yang telah pun dihasilkan untuk tahun ini, Jawatankuasa telah pun membuat keputusan untuk memberi penerangan kepada Dewan yang mulia ini tentang silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Saya akan guna singkatan PEERS dari sekarang di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Puan Speaker, melihat daripada isu-isu yang berbangkit dengan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang apabila kita melawat ke semua institusi-institusi ini.
Jawatankuasa mendapati bahawa umur kanak-kanak yang terlibat dengan kes-kes jenayah seksual, seksual grooming dan isu berkaitan dengan seksualiti adalah serendah lapan tahun.
Kami merasakan terdapat keperluan untuk menilai sama ada kanak-kanak kita di Malaysia benar-benar memahami isu-isu yang berkaitan dengan seksualiti di sekolah.
Adakah silibus pendidikan kesihatan yang diajar di sekolah mampu melindungi anak-anak kita daripada risiko jenayah seksual yang semakin membimbangkan.
Oleh itu, Jawatankuasa ini telah pun mengadakan dua mesyuarat libat urus bagi mendengar taklimat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai silibus PEERS dalam buku teks sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami juga telah pun mendengar daripada mereka sama ada terdapat pendidikan ataupun pembelajaran di peringkat pra sekolah.
Kami telah pun menghasilkan penyata ini [Sambil menunjukkan dokumen] yang tajuk ini. Saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan laporan ini secara ringkas sahaja untuk YB-YB sekalian. Sebenarnya penyata ini adalah sangat-sangat– beberapa muka surat sahaja. Apa yang saya nak menarik perhatian adalah berkenan dengan lampiran tersebut.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Lampiran ini saya nak berterima kasih lah kepada pihak KPM dan juga pihak sekretariat adalah berkenaan dengan semua silibus [Sambil menunjukkan dokumen] daripada sekolah rendah Tahun 1,2,3,4,5 sampai sekolah menengah semua silibus yang berkaitan dengan PEERS.
So, kalau kita baca kita akan baca ada silibus untuk cikgu yang komponen apa-apa dan lain dan juga satu muka surat demi satu muka surat apa yang terkandung dalam buku teks anak-anak kita. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah semua yang berkaitan termasuk dalam lampiran ini.
Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat boleh baca satu muka surat demi satu muka surat supaya kita lebih memahami lagi. Secara keseluruhannya adalah ketika ini KPM telah pun melaksanakan PEERS sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran bermula daripada peringkat pra sekolah tanpa penggunaan buku teks dengan integrasi komponen ke dalam aktiviti pembelajaran.
Di sekolah rendah dan menengah, PEERS diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Elemen PEERS juga disentuh dalam mata pelajaran lain seperti Sains dan Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran bersepadu untuk meningkatkan pemahaman murid. Jawatankuasa ini dimaklumkan bahawa kurikulum baharu yang dijangka dilaksanakan mulai tahun 2027 akan terus memperkasakan PEERS dengan menyepadukan elemen baharu.
Selain itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif ini KPM telah pun melancarkan garis panduan PEERS Kebangsaan pada 20 November 2024.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Secara keseluruhannya, Jawatankuasa berpendapat bahawa silibus PEERS dan inisiatif KPM adalah memuaskan. Walau bagaimanapun, masa telah pun berubah dan silibus perlu diubah mengikut masa. Masih lagi ada beberapa langkah penambahbaikan. Kalau ahli- ahli mesyuarat di sini, YB-YB sekalian, kalau kita rujuk kepada syor Jawatankuasa adalah di muka surat 10. Jika YB-YB sekalian tak ada masa untuk baca seluruh laporan, saya minta kalau boleh kita baca syor daripada JKPK.
Saya ringkaskan satu minit Puan Speaker. Jawatankuasa mengesyorkan supaya KPM perlu memastikan kokurikulum pendidikan kesihatan turut menambah aspek-aspek seperti berikut:
(i) sentuhan selamat dan tidak selamat termasuk situasi yang melibatkan ahli keluarga dan orang-orang yang dikenali. Practical skill needs to be taught dengan izin;
(ii) isu mengejek dan body shamming perlu diberi perhatian;
(iii) isu pedofilia memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh di silibus PEERS;
(iv) melaksanakan aktiviti kemahiran bersosial dan kepimpinan; dan
(v) pendidikan mengenai penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin ataupun STD perlu diperkasakan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Syor kedua jawatankuasa adalah untuk mengesyorkan supaya KPM memasukkan topik berkenaan dengan undang-undang yang melibatkan tanggungjawab kanak-kanak serta hukuman berkaitan dengan kesalahan jenayah seksual. Ini adalah daripada penemuan jawatankuasa di semua institusi pemulihan di mana ada sebahagian besar di antara mereka telah melibatkan diri dalam kes suka sama suka. Mereka tak tahu bahawa having sex di bawah umur adalah satu jenayah.
Ketiga, syor adalah supaya KPM memastikan penyesuaian pengajaran. Keempat adalah mengkaji semula semua topik-topik yang berkaitan. Sekarang anak kita telah pun sangat matang, terlalu muda. So, kita kena adjust our syllabus. Kelima, mengesyorkan bahawa KPM melaksanakan aktiviti PEERS tambahan. Sekarang kita tahu bahawa kita memahami bahawa KPM ajar perempuan dan lelaki kelas sama. Semua PEERS syllabus, PEERS.
Kalau boleh actually kita cadangkan supaya KPM buat sikit tambahan di mana kita ada kelas khusus untuk lelaki, khusus untuk wanita supaya mereka boleh bincang topik yang lebih sensitif dan mereka lebih terbuka dan situasi lebih kondusif. Yang akhirnya, jawatankuasa mengesyorkan bahawa KPM melaksanakan pemerkasaan dan pengkhususan guru-guru dalam mengajar subjek PEERS. Itu sahaja yang saya nak sampaikan Puan Speaker. YB Ampang akan gulung untuk bagi pihak JKPK.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ini terbuka untuk ahli-ahli minta penjelasan dan memberikan pandangan. Senarai pembahas YB Batu Pahat, YB Kangar, YB Bentong dan YB Pasir Salak. Setiap pembahas diberi tiga minit sahaja.
Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kerana memberi saya peluang untuk berbahas mengenai Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat yang berkaitan dengan silibus pendidikan kesihatan dan sosial (PEERS) di sekolah rendah dan menengah. Pendidikan adalah asas kepada pembinaan masyarakat yang berdaya tahan dan bertanggungjawab khususnya dalam membentuk generasi muda yang sihat secara fizikal mental dan sosial.
Izinkan saya menyentuh beberapa isu penting berkaitan dengan kandungan silibus ini serta cadangan penambahbaikan. Pertama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memperkasakan garis panduan dalam mendidik generasi muda tentang kesihatan reproduktif, hubungan sosial, tanggungjawab peribadi kerana pendidikan ini harus disampaikan secara berhemah dan bersesuaian dengan tahap umur murid. Pengetahuan asas ini amat penting dalam membantu murid memahami perubahan dalam diri mereka serta membina hubungan yang sihat dah bertanggungjawab dalam kehidupan harian.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Kedua, saya menyarankan agar sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk guru, ibu bapa, pakar kesihatan dan pemimpin masyarakat diteruskan dari masa ke semasa. Ini penting supaya garis panduan yang dirangka dapat difahami dan dihayati oleh semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya.
Dengan sokongan mereka, keberkesanan silibus PEERS ini dapat dipertingkatkan.
Ketiga, saya ingin utarakan kebimbangan terhadap kes melibatkan kanak-kanak bawah umur seperti yang dilaporkan oleh PDRM. Saya mencadangkan agar isu-isu berkaitan penyelewengan kanak-kanak, hak kanak-kanak, undang-undang berkaitan penderaan, eksploitasi serta keselamatan kanak-kanak dimasukkan secara komprehensif ke dalam kurikulum.
Kesedaran ini dapat membantu murid memahami hak mereka dan bagaimana mereka boleh melindungi diri. Keempat, saya bersetuju dengan pendidikan mengenai penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin STD atau AIDS perlu diperkasakan dalam silibus ini. Penyampaian pendidikan ini harus dilakukan dengan cara yang sensitif dan bersesuaian agar generasi muda lebih peka terhadap risiko dan langkah pencegahan penyakit berjangkit.
Kelima, saya ingin menekankan kepentingan elemen kerohanian dan rukun keagamaan dalam silibus ini.
Saya tidak melihat elemen ini diberi perhatian dalam syor-syor yang dikemukakan oleh JKPK. Pendidikan kerohanian bukan sahaja membentuk keperibadian yang mulia tapi juga menggalakkan murid untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Kerohanian dan nilai-nilai moral adalah asas kepada pembinaan generasi yang bertanggungjawab. Oleh itu, saya memohon agar JKPK menimbang semula saranan di atas untuk memasukan dan menambah elemen-elemen ini ke dalam silibus PEERS. Pendidikan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian adalah penting dalam membina generasi muda yang seimbang dan berdaya tahan.
Puan Yang di-Pertua, pendidikan kesihatan dan sosial adalah kunci kepada pembentukan generasi muda yang bertanggungjawab, sihat dan berdaya tahan. Batu Pahat berharap kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memperkasa silibus PEERS ini agar ianya relevan, komprehensif dan mampu mendepani cabaran masa depan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana Kangar diberi peluang membahas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat yang berkaitan dengan silibus pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia atau lebih dikenali sebagai PEERS. Jadi, saya meneliti penyata Jawatankuasa Pilihan Khas ini dengan penuh minat memandangkan saya
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
adalah bekas guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah. Jadi, ada lah pengalaman-pengalaman itu. Berpuluh-puluh tahun terlibat dengan pelajar.
Bila saya teliti syor-syor ini, saya ingin ucapkan tahniah. Memang terbaiklah saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa, kepada KPM, kepada pakar-pakar kerana telah melaksanakan ataupun telah membuat satu syor dan sukatan pelajaran yang agak baik bermula daripada peringkat prasekolah sampai ke tingkatan lima. Ini saya dapati sesuai dengan situasi semasa dan suasana sekaranglah.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhan cara penyusunan sukatan mengikut peringkat perkembangan murid yang dilakukan mengikut kronologi bermula daripada tahun satu sehingga tingkatan lima.
Sebenarnya terlalu banyak isu yang melibatkan murid-murid mengikut umur. Isu-isu zaman kita dulu sebagai pelajar, sebagai murid masih berlaku sehingga kini. Seperti isu-isu buli, isu-isu berkaitan dengan merokok, ponteng kelas, bergaduh masih berlaku. Namun, murid-murid kini lebih hebat berbanding dengan murid-murid dahulu kerana mereka terdedah kepada alam siber.
Alam siber ini termasuklah seks siber dan apa-apa isu yang berkaitan dengan multimedia. Jadi, kalau mengikut pengalaman sayalah, kanak-kanak, kanak-kanak lelaki mula mereka daripada sekolah rendah. Bukan sekolah menengah. Sebab ini pemerhatian saya bila saya tanya pelajar-pelajar ataupun murid-murid tingkatan satu, saya tanya, “Merokok?”, “Ya.” “Bila start?” Mereka mula menjawab, "Daripada sekolah rendah.” Saya puas hati kerana silibus untuk berkaitan dengan merokok ini bermula daripada tahun dua, tahun tiga bermakna apa yang dibuat oleh Jawatankuasa ini, saya puaslah. Rasa puas. Memang terbaiklah.
Seterusnya, berkaitan isu remaja perempuan. Pada – minta sikit noh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Nanti sat. Murid-murid perempuan ini daripada tingkatan satu, dua, tiga ini memang banyak isu, kena settle yang ini. Kena jaga tingkatan satu, dua, tiga. Masuk tingkatan empat, lima dia akan lebih okey. Masuk tingkatan enam dia akan lebih okey. Jadi sukatan untuk ini lebih kena fokus untuk tingkatan satu dan dua atau tiga.
Dari segi pelaksanaan sukatan baharu. Ini – pelaksanaan sukatan baharu. Saya bimbang satu sahaja Yang Berhormat Menteri. Silibus amat menarik. Silibus memang baik.
Tetapi saya bimbang PdP, pengajaran dan pembelajaran kurang berlaku kepada mata pelajaran ini. Dan ia akan lebih kepada teori. Ini pengalaman. Ini saya cakap berdasarkan kepada pengalaman dan apa yang berlaku di sekolah diminta kementerian ambil perhatian.
Kenapa kurang berlaku? Kerana, satu adakah terdapat guru terlatih dalam mata pelajaran PJK? guru terlatih? Yang menjadi guru-guru PJK ialah guru yang tidak terlatih.
Kedua, mata pelajaran PJK bukan subjek peperiksaan. Bila bukan subjek peperiksaan maka
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
ia menjadi subjek kelas dua. Kelas dua maksudnya bila tiba peperiksaan SPM mata pelajaran PJK akan diambil alih oleh mata pelajaran-mata pelajaran lain yang lebih penting.
Jadi banyak lagi isu. Kalau nak sembang boleh jumpa saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, terima kasih.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi, harapan saya KPM memantau perjalanan mata pelajaran PJK yang hanya menjadi mata pelajaran kelas kedua dan saya harap sangat dengan kementerian dengan Yang Berhormat Menteri supaya mata pelajaran PJK diangkat menjadi mata pelajaran yang setanding dengan mata pelajaran lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kanak-kanak, Wanita dan Pembangunan Masyarakat kerana telah memilih tajuk ini untuk dibincangkan bersama dalam Parlimen hari ini.
Saya menyambut baik cadangan pihak kementerian untuk memperkenalkan silibus Pendidikan Kesihatan dan Sosial (PEERS) bagi sekolah rendah dan menengah yang akan digunakan dalam kurikulum 2027. Berdasarkan daripada laporan Jawatankuasa ini saya lihat banyak syor-syor tambahan yang bagus untuk diambil perhatian khususnya dari soal mendidik anak-anak, ini tentang soal sentuhan selamat dan tidak selamat khususnya bagi ahli keluarga dan orang-orang yang dikenali.
Ini sangat mencabar kerana kebiasaannya anak-anak ini mempunyai ahli keluarga mereka ataupun mempercayai ahli keluarga mereka. Jadi sekiranya ia turut dimasukkan dalam silibus, perlu ada mekanisme agar sekiranya berlaku kecurangan dalam keluarga mereka anak-anak dapat menjadikan sekolah tempat yang selamat untuk bercerita kepada guru mereka dan mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Saya ingin menyentuh sedikit tentang pendidikan haid yang sangat diperlukan untuk diberikan penekanan di dalam silibus ini. Ini kerana, masih kurangnya kesedaran tentang pengurusan haid terutamanya di kalangan remaja. Malah, pendidikan tentang haid bukan hanya perlu diberikan kepada golongan remaja perempuan sahaja tetapi perlu dipelajari oleh semua peringkat umur terutama di sekolah bagi mengelakkan stigma negatif tentang haid. Ini dapat dilihat apabila kes remaja perempuan yang ingin ponteng sekolah apabila mereka datang haid. Menunjukkan haid masih menjadi halangan mental serta mengganggu persediaan pembelajaran mereka.
Menurut laporan UNICEF dan WHO, secara global peratusan sekolah yang cakna tentang pendidikan haid hanyalah 39 peratus. Masih terdapat banyak sekolah tidak mempunyai tong sampah khas untuk sisa buangan haid di dalam tandas perempuan serta
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
persekitaran yang kondusif. Malah, masih terdapat stigma di kalangan guru-guru yang tidak mempercayai pelajar itu mengalami haid dan membuat pemeriksaan yang tidak sepatutnya.
Ini menyebabkan ramai pelajar berasa malu dan tidak mahu berkongsi perihal haid mereka sedangkan ini adalah perkara asas tentang kesihatan mereka.
Kita mestilah mengenal pasti berapa ramai guru yang dilatih untuk mendidik tentang kebersihan haid agar pelajar perempuan mahupun lelaki mendapat kesedaran tentang menguruskan haid dan kebersihan diri yang tidak perlu menganggap haid ini sesuatu yang perlu disorok dan disembunyikan.
Saya juga bersetuju dengan syor Jawatankuasa untuk turut memberikan penekanan kepada isu body shaming dan mengejek yang sering berlaku dan akhirnya menyumbang kepada kes buli seawal usia di sekolah rendah. Sekiranya tiada intervensi awal kegagalan pengurusan emosi dan komunikasi yang berkesan akan menyebabkan perbuatan buli ini merebak ke sekolah menengah serta pengajian tinggi.
Penekanan terhadap perkara ini bertepatan dengan Garis Panduan PEERS Kebangsaan iaitu kemahiran kendiri dalam membuat keputusan meminta pertolongan hak dan tanggungjawab serta pengurusan emosi yang berkesan.
Akhir sekali, di dalam pengenalan silibus ini saya ingin menyatakan sedikit kebimbangan tentang tambahan masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap tambahan masa ini tidak membebankan guru dan pelajar dan boleh dilaksanakan dengan modul yang lebih fleksibel dan boleh pedagogi yang tidak terhad. Malah saya turut bersetuju agar ada kelonggaran kepada guru untuk mengasingkan kelas antara lelaki dan perempuan bagi menyediakan ruang yang selesa untuk murid perempuan bertanya soalan yang sensitif tanpa rasa malu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih, Puan Speaker kerana memberikan peluang kepada Pasir Salak dalam perbahasan mengenai silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau sekarang dikenali PEERS bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia yang mempunyai kepentingannya sendiri kerana melibatkan pembangunan pendidikan, kesedaran dan moral pelajar.
Silibus ini bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap aspek kesihatan, reproduktif, hubungan sosial dan isu-isu moral yang relevan dengan kehidupan mereka. Ini adalah pandangan Pasir Salak berdasarkan daripada pelbagai perspektif.
Pertama sekali ialah kepentingan PEERS ini dari segi pendidikan awal. Silibus ini telah menyediakan pelajar dengan maklumat saintifik dan realistik mengenai perubahan fizikal psikologi dan emosi sepanjang fasa kehidupan mereka. Kedua, kesedaran sosial dan moral. Silibus ini menyediakan panduan mengenai tingkah laku sosial yang bertanggungjawab mengenai moral dan etika dalam berhubungan. Ketiga, pencegahan
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
masalah sosial. Dalam pendidikan awal dapat membantu mengurangkan isu-isu seperti penyakit kelamin dan kesedaran dan kes penderaan dengan memberi pelajar kefahaman yang mendalam tentang batas diri dan peranan dalam masyarakat.
Apakah cabaran dalam pelaksanaan ini? Pertamanya kepekaan sosial. Sebagai masyarakat mungkin keberatan terhadap topik sensitif memandangkan pelajar ada pelbagai latar belakang budaya dan agama di Malaysia. Kedua, ketersediaan guru terlatih. Silibus ini memerlukan guru yang mempunyai pemahaman yang mendalam dan berkemahiran menyampaikan kandungan ini secara berkesan. Ketiga, penyesuaian kandungan.
Kandungan mestilah disesuaikan dengan umur pelajar sebagai mana yang disebutkan tadi oleh pembentang untuk memastikan ia bersesuaian dan tidak menimbulkan kekeliruan.
Apakah alternatif dan penambahbaikannya? Pertama, pendekatan bersepadu.
Silibus boleh disepadukan dengan nilai-nilai agama. Saya sangat setuju – Pasir Salak setuju dan juga sains bagi memastikan ia sesuai dengan sensitiviti budaya tempatan. Kedua, pendidikan ibu bapa. Program sokongan untuk ibu bapa juga perlu agar mereka dapat membimbing anak-anak mereka mengena topik ini dengan lebih baik. Ketiga, kandungan digital. Pembangunan modal interaktif dan pembelajaran digital bagi menarik minat pelajar serta memastikan capaian kepada pelajar di kawasan-kawasan luar bandar.
Jadi Pasir Salak menyokong peruntukan bajet dan dasar pendidikan yang relevan untuk pelaksanaan silibus PEERS ini dengan lebih meluas dan berkesan selagi modul ini sejajar dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak pendidikan dan keperluan menghormati kepercayaan agama. Sebagai Ahli Parlimen di sebelah pihak pembangkang, Pasir Salak boleh memantau keberkesanan pelaksanaan PEERS melalui sesi soal jawab dan dialog dengan badan-badan pendidikan jika diberi peluang. Terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ampang, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menjawab. Masa lima minit.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Saya ucapkan terima kasih kepada keempat-empat pembahas yang mengambil bahagian. Saya juga bersyukur kerana Yang Berhormat Puchong sekali Pengerusi telah pun mengulas dalam masa lima minit isi kandungan penyata yang disebut ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tapi, alhamdulillah saya rasa kita semua di sini yakin dan percaya bahawa kita peka dan juga prihatin tentang masa depan kanak-kanak. Isu-isu sekarang yang dihadapi oleh kanak-kanak, malah menjadi masalah kepada kita semua sekarang ini ya. Apa yang ingin
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
saya nyatakan, Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat mengambil peluang untuk meneliti perkara ini bila mana kita mendengar banyak sangat ya perkara-perkara yang sebenarnya ataupun penemuan-penemuan daripada banyak agensi berkaitan dengan perilaku-perilaku yang melibatkan kanak-kanak, yang kami yakin bahawa perlu ada satu pendekatan yang lebih baik supaya ianya boleh dicegah seawal anak- anak itu berumur awal tahun mereka ataupun dalam pendidikan sekolah lagi.
Jadi, kita tengok apa yang berlaku sekarang, isu-isu berkaitan dengan pengantunan seksual seperti child grooming, pedophile termasuk seksual bawah umur, yang kita lihat sekarang ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, ianya berlaku bukan pada umur remaja dah.
Ada dah berlaku dari umur sembilan tahun, 10 tahun dan ianya berlaku di kalangan, pelaku itu di kalangan mereka yang dikenali. Ini begitu membimbangkan. Jadi, salah satu perkara yang boleh kita bantu adalah untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak supaya mereka faham, bersedia dan akhirnya memahami tanggungjawab mereka untuk protect themselves dengan izin untuk perkara itu.
Jadi, sebab itulah Jawatankuasa meneliti PEERS ini dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada KPM, Menterinya ada di dalam ini, kerana telah pun menyediakan satu silibus yang komprehensif, yang baik tetapi memandangkan ianya bermula hanya pada 2027, saya mengharapkan transisi itu akan dibuat dengan baik, dengan mengambil kira pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat empat orang yang telah pun mengemukakan pandangan. Di antaranya adalah bagaimanakah kita menjamin bukan sahaja pendidikan itu kepada kanak-kanak, tetapi guru-guru yang mengajar itu juga perlu diberikan penekanan yang baik.
Seterusnya Yang di-Pertua, saya juga ingin mengatakan di sini kebimbangan ataupun PEERS ini kita lihat silibus yang berlaku dalam ini bukan sahaja berkaitan dengan reproduksi seksual tetapi berkaitan sosial juga ditekankan. Ini yang saya nak bangkitkan di sini. Isu berkaitan dengan keselamatan, berkaitan mereka terjebak dengan dadah, merokok dan sebagainya juga disentuh di sini supaya anak-anak kita tidak terjebak dalam anasir-anasir yang negatif ini dari awal umur persekolahan lagi.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat, di antaranya Bentong yang telah menyentuhkan isu akil baligh. Sebenarnya ada sedikit kelemahan kita lihat bila mana pengajian itu dibuat hanya dalam pembelajaran yang bercampur ya. Ada kalanya topik-topik tertentu perlu dibuat secara berasingan. Contohnya mungkin dikumpulkan anak-anak perempuan atau pelajar-pelajar perempuan berasingan dengan pelajar lelaki kerana dua-dua ini memerlukan satu topik ataupun environment yang lebih selesa untuk dibincangkan topik- topik yang mereka rasa sesuai untuk ataupun mesti dibincangkan secara berasingan.
Jadi, kita mohon syor ini daripada pihak Jawatankuasa, telah pun mengesyorkan supaya diadakan kurikulum ataupun kokurikulum tambahan untuk mengasingkan mereka dan membincangkan topik-topik yang sensitif ini supaya dibuat secara lebih baik. Insya-Allah. Terakhirnya saya juga ucapkan terima kasih pada semua Yang Berhormat yang telah pun sudi ya mengupas atau melihat buku ini ataupun penyata ini. Tetapi saya harapkan ya
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
perkara muka surat 10 dan rumusan yang telah kita beri ini akan dibuat dengan baik. Akhirnya apa?
Akhirnya kita mahu Malaysia menjamin hak kanak-kanak kita dan akhirnya juga kita mahu melihat bahawa Malaysia akan memberikan ya satu environment yang kondusif, yang selamat, yang sihat kepada kanak-kanak kita dan saya yakin, kalau PEERS ini dapat dilakukan bermula daripada sekarang oleh setiap individu, bukan sahaja di sekolah, di rumah, malah pimpinan-pimpinan masyarakat, saya yakin insya-Allah tiga atau empat tahun akan datang, Malaysia akan jadi lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya seterusnya meminta Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk ‘Perkembangan Kewangan Islam dan Hala Tuju Industri Halal di Malaysia’.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. JKPK Kewangan dan Ekonomi sepanjang 2024 telah bermesyuarat dan mengadakan pertemuan, perbincangan, lawatan ke lapangan sebanyak 22 kali. Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Ketua Pengarah, Gabenor, CEO banks, CEO GLCs, pakar rujuk, professors, industry players turut hadir. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Speaker atas usaha reform ini. Saya nampak ada sudah penambahbaikan dalam JKPK yang ingin kita bawa.
Puan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi telah membentangkan Penyata Jawatankuasa berhubung Perkembangan Kewangan Islam dan Hala Tuju Industri Halal di Malaysia D.R.45/2024 di Dewan Rakyat pada hari Selasa semalam, 10 Disember. Pembentangan penyata dan sesi penerangan pada hari ini merupakan inisiatif yang diharapkan dapat membantu memperkasakan perkembangan kewangan Islam dan hala tuju industri halal di Malaysia, seterusnya meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, JKPK telah mengadakan beberapa siri lawatan ke luar negara pada tahun 2024. Antara dapatan penting, key take aways daripada lawatan kerja tersebut adalah potensi antara kerajaan ke kerajaan, government to government
(G2G) dalam bidang kewangan Islam, Islamic finance yang saling terkait dengan potensi pasaran yang sangat besar kepada Malaysia dan mempromosikan produk halal dan
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
kepakaran pensijilan yang dimiliki. Apatah lagi Puan Yang di-Pertua, tahun hadapan Kepengerusian ASEAN diterajui oleh Malaysia. Ini adalah peluang untuk kita.
Sehubungan itu, JKPK telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan agenda perkembangan memperluaskan kewangan Islam di Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Perbincangan ini juga menyentuh kepada pelan sektor kewangan tahun 2022 hingga 2026 dengan Bank Negara Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia.
JKPK juga telah mengadakan beberapa siri pertemuan dan perbincangan bagi memastikan ekosistem industri halal negara yang diyakini melalui Majlis Pembangunan Industri Halal yang dilihat sedang diupaya dan diberi nafas baharu oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Kita juga berbincang dengan HDC dan JAKIM.
Melalui jajaran siri mesyuarat yang diadakan, dapatan yang diperolehi oleh JKPK, kita dapat melihat ada keupayaan kewangan Islam di Malaysia yang telah berkembang secara inklusif dan progresif sejak empat dekad yang lalu. Penawaran kewangan Islam yang inklusif untuk komuniti Muslim telah bermula apabila Bank Islam pertama ditubuhkan tahun 1983, penubuhan pengendali takaful pertama pada tahun 1984, jendela perbankan Islam dan pasaran kewangan Islam serta bon Islam diperkenalkan sekitar tahun 1990-an. Penyertaan Bank Islam asing pertama dalam pasaran tempatan pada tahun 2025.
Puan Yang di-Pertua, dari segi saiz, Malaysia menyumbang sekitar 14.8 peratus bersamaan USD666 bilion daripada bahagian pasaran aset kewangan Islam global, merangkumi sektor perbankan, takaful, sukuk dan pengurusan dana Islam. Pasaran sukuk Malaysia menyumbang 42 peratus daripada bahagian pasaran sukuk global terkumpul.
Malaysia turut diiktiraf sebagai pemimpin global pasaran sukuk dengan beberapa pencapaian terkemuka. Pelopor dalam penerbitan sukuk hijau, pelaburan patuh syariah.
Malaysia juga diiktiraf sebagai negara teratas dalam indeks Islamic Financial Development untuk tahun ke-11 berturut-turut. Kita juga menjadi tuan rumah kepada infrastruktur kewangan Islam global seperti Islamic Financial Services Board, International Islamic Liquidity Management Corporation, pusat kecemerlangan Islamic Development Bank
(IsDB). Kewangan Islam juga memperluaskan penawaran kewangan Islam ke negara seperti Indonesia, Philippines, Singapore dan UAE.
Puan Yang di-Pertua, pembangunan sistem kewangan Islam pada masa hadapan memerlukan tiga pendekatan dan tiga potensi yang utama. Potensi pertama ialah ekonomi halal, di mana kita menyediakan penyelesaian kewangan. Potensi kedua ialah berkaitan agenda iklim dan kelestarian. Potensi ketiga ialah inovasi dan pendigitalan. Sepertimana yang saya nyatakan sebentar tadi, sektor kewangan Islam memainkan peranan yang penting dalam melengkapi ke arah penyelesaian masalah kewangan yang menyeluruh, mendukung potensi pertumbuhan ekosistem industri halal.
Melalui jajaran siri mesyuarat berikutnya, Pelan Induk Industri Halal (HIMP 2030) telah meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju dalam industri halal pada peringkat global.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Teras-teras strategik di bawah HIMP 2030, dasar dan perundangan yang lebih mesra, ruang pasaran yang baharu, lebih ramai pakar dan profesional, pembangunan infrastruktur.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Selain itu Puan Yang di-Pertua, sumbangan industri halal kepada KDNK disasarkan sebanyak 8.1 peratus bersamaan RM137.6 bilion pada tahun 2025 dan meningkat 10.8 peratus bersamaan RM260 bilion pada tahun 2030. Tahun 2022, saiz pasaran asas industri halal global berada pada kadar USD2.2 trilion manakala saiz pasaran potensi industri halal global berada pada tahap USD9.3 trilion.
Menjelang tahun 2030, saiz pasaran industri halal global diunjurkan pada kadar USD4.9 trilion dan USD20.1 trilion bagi saiz pasaran potensi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pasaran asas adalah berdasarkan penggunaan perkadaran penduduk Islam manakala pasaran potensi termasuk penggunaan perkadaran penduduk Islam dan juga bukan Islam merujuk kepada jumlah pasaran halal. Malaysia juga berjaya mengekalkan kedudukan di tangga pertama untuk tahun yang kesepuluh berdasarkan Laporan State Of Global Islamic Economic yang diterbitkan oleh DinarStandard.
Puan Yang di-Pertua, analisis pencapaian indikator ini menunjukkan kadar pertumbuhan semasa syarikat yang memohon sijil halal daripada tahun 2022 hingga 2023 berada pada kadar 4.2 peratus. HIMP 2030 menjangkakan sebanyak 32,057 buah syarikat mendapat sijil halal menjelang tahun 2030.
Justeru Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera bagi mempercepatkan kadar peningkatan syarikat dalam mendapatkan sijil halal. Maklum balas terkini yang diberikan kepada JKPK Kewangan dan Ekonomi menunjukkan bahawa 9,162 buah syarikat yang mendapat persijilan halal.
Puan Yang di-Pertua, daripada angka tersebut, hanya 1,472 merupakan syarikat pengeksport produk halal. Ini perlu ditangani segera, Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.
Tingkatkan jumlah syarikat pengeksport produk halal bagi kita dapat jayakan Malaysian halal product diaspora. Itu sebabnya Puan Yang di-Pertua, syor-syor Jawatankuasa terhadap perkembangan kewangan Islam, kita mengemukakan beberapa syor untuk terus memperkasakan perkembangan kewangan Islam Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa.
Pertama, dasar dan kawal selia yang dilaksanakan pada peringkat Persekutuan mesti diperluaskan ke peringkat negeri dengan menggunakan pendekatan keseluruhan negara, (whole-of-nation approach). Kedua, permohonan bantuan teknikal yang diterima daripada institusi antarabangsa haruslah dikaji bagi memastikan kepentingan negara kita sentiasa terjamin. Antara usaha yang boleh dilakukan, risk-benefit analysis. Ketiga, pendanaan untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan modal (capital entrepreneurial) mesti diperluaskan ke negeri-negeri seperti mana yang dilakukan oleh negeri
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Selangor dan Wilayah Persekutuan. Dalam usaha untuk memastikan hala tuju industri halal, JKPK mengesyorkan beberapa syor.
Pertama, segala free trade agreement (FTA) dan perjanjian perdagangan yang sedang dirunding antara Malaysia dengan negara-negara lain haruslah memastikan Malaysia meraih kesan positif dan mendapat manfaat berdasarkan kelebihan dan keunikan ekosistem industri halal negara.
Kedua, syarikat GLC disarankan untuk memanfaatkan keupayaan yang dimiliki untuk membantu pemain industri melalui JAKIM dan HDC untuk kita pertingkatkan R&D.
Ketiga, sesi libat urus berterusan bersama badan legislatif bagi memastikan HIMP 2030 capai objektif yang telah digariskan.
Keempat dan yang terakhir Puan Yang di-Pertua, peluang pembangunan industri baru dalam subsektor halal haruslah menyeluruh. Bukan hanya tertumpu pada sesetengah negeri atau kawasan tertentu sahaja.
Oleh yang demikian Puan Yang di-Pertua, sekian sahaja penerangan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi bagi Penyata Perkembangan Kewangan Islam dan Hala Tuju Industri Halal di Malaysia.
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, perbahasan ini nanti akan digulung oleh Yang Berhormat Petaling Jaya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Setiap pembahas diberi tiga minit sahaja, empat pembahas kesemuanya. YB Bayan Baru, YB. Pasir Mas, YB. Simpang Renggam dan YB. Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru, tiga minit sahaja ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bayan Baru bangun untuk membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi dalam isu perkembangan kewangan Islam dan hala tuju industri halal di Malaysia.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada JKPK Kewangan dan Ekonomi kerana julung-julung kalinya laporan ini dibentang dan dibahaskan di sini. Ini satu cipta sejarah dan saya tahniah kepada Paya Besar sebagai Pengerusi dan juga team JKPK.
Saya non-Muslim tapi saya bangkit untuk membahaskan isu perkembangan kewangan Islam dan hala tuju industri halal. Saya nampak bahawa ini adalah satu usaha yang lebih besar.
Saya ingin memberi maklumat dan juga penerangan kepada yang bukan Islam di luar, kita kena lihat benda ini dengan kerangka yang lebih besar. Kalau kita ada industri kewangan Islam dan juga industri halal, dia sebenarnya meletakkan negara kita ke satu tahap yang lebih besar dan bukan sahaja isu halal, dia sebenarnya adalah tatacara.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dia halalan toyyiban, konsep halalan toyyiban di mana dia meletakan bukan sahaja kebersihan tetapi juga proses, integriti. Kewangan Islam juga dia meletakkan isu kewangan integriti, ketelusan yang lebih besar. Kerangka yang lebih besar dan saya rasa bukan Islam dalam Malaysia dan juga di luar negara juga harus lihat tentang kewangan Islam dan juga industri halal.
Kedua, apabila saya baca, baru saya tahu bahawa sebenarnya Malaysia begitu hebat kerana dalam Malaysia ini, kita mendapat tempat pertama Islamic Finance Development Indicator selama 11 tahun berturut-turut. Ini syabas dan tahniah kepada negara Malaysia terutama yang dipelopori oleh Bank Negara Malaysia kerana ini satu kejayaan dan kita adalah yang terbaik walaupun ada persaingan hebat daripada UEA dan juga Indonesia.
Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada PMX kita kerana dengan usaha PMX dulu-dulu pada tahun 1990-an dah, beliau yang mempelopori dan menerajui Islamic finance pada ketika itu meletakkan landasan yang betul, barulah ada satu kita Malaysia, sebagai satu negara yang terbaik di dunia daripada segi Islamic finance. Saya juga harap bahawa kita kena perluaskan kerangka sistem kewangan Islam dan ekonomi halal, kewangan hijau dan kelestarian, inovasi dan pendigitalan dan juga memberi atau set satu standard yang tinggi kepada seluruh dunia untuk mengkaji bagaimana kerangka Islamic finance di Malaysia ini.
Poin yang terakhir sekali adalah industri halal dan apabila saya dahulu di dalam Kementerian Pertanian, saya tahu bahawa industri halal itu amat besar dan sangat penting untuk negara. Saya baru baca bahawa hanya 11 syarikat yang betul-betul eksport ke luar negara.
Potensi halal industry itu sangat besar dan tiap-tiap tahun kita adakan HD Halal Ekspo (HALFEST). Jadi, ini adalah satu platform yang baik. Walau bagaimanapun, saya rasa halal ini tidak harus menjadi satu isu politik atau jadi isu yang sensitif.
Saya menggalakkan non-Muslim untuk participate dalam industri halal, halal certification supaya lebih banyak restoran, proses, penyediaan, kilang-kilang penyediaan makanan semuanya mendapat halal cert. Walau bagaimanapun, kita juga menyeru supaya kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
... memberi ruang dan tunjuk ajar.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jangan paksa kerana saya tahu bahawa Islam ini tak ada paksaan. Dia menggalakkan, dia memupuk dan menggalak. Jangan paksa dengan regulation. Kalau tidak, dia menjadi satu tekanan, bebanan kepada syarikat.
Jadi, akhir sekali, saya harap bahawa JKPK Kewangan dan Ekonomi teruskan usaha yang baik untuk masa-masa depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya sokong perbahasan Bayan Baru tadi dengan konsep halalan toiyiban. Itu cukup bagus. Cuma, saya rasa Bayan Baru kurang cukup masa untuk hendak elaborate konsep tersebut yang boleh kita fahami bersama.
Jadi, Puan Yang di-Pertua, saya pergi kepada perbahasan saya mengenai sumbangan rendah kewangan Islam kepada KDNK dalam laporan ini. Pertama, saya ucapkan tahniah untuk siapkan laporan yang begitu baik ini. Saya rasa memerlukan masa dan juga komitmen yang tidak sedikit. Cuma, saya hendak sentuh tentang sumbangan rendah kewangan Islam kepada KDNK.
Berdasarkan laporan ini, kewangan Islam hanya menyumbang satu peratus kepada KDNK. Ia amat mengecewakan, Puan Yang di-Pertua, memandangkan Malaysia dikenali sebagai hab kewangan Islam global. Jadi, kenapa sumbangan kewangan Islam kepada KDNK ini masih rendah walaupun negara mempunyai potensi yang besar?
Kedua, kelemahan dalam pelaksanaan program iTEKAD. Laporan ini menunjukkan hanya 6,539 usahawan mikro telah menerima manfaat daripada program iTEKAD. Jadi, kenapa program ini tidak diperluaskan kepada lebih ramai usahawan?
Yang ketiga, kekurangan R&D dan automasi proses pensijilan. Awal tahun ini, saya menjalankan satu kajian bertajuk, “Adoption of Internet of Things Among Halal Businesses in Malaysia” dengan kaji selidik melibatkan 420 responden tetapi sekitar 392 sahaja responden yang memberikan respons. Dalam kaji selidik yang saya jalankan ini, kalangan pengusaha ini berminat untuk menyertai industri halal tetapi mendapatkan penarafan itu, kata mereka, ia agak memayahkan. Kurang kesedaran dan kesungguhan dari sudut menyiapkan keperluannya. Ini perlu dilihat oleh kerajaan.
Industri halal Malaysia ini ketinggalan berbanding Indonesia dan Thailand. Saya ambil contoh. Indonesia telah berjaya meningkatkan eksport produk halal mereka kepada USD10 bilion pada tahun 2023. Eksport halal Thailand mencatatkan USD6 bilion.
Sebaliknya, eksport produk halal Malaysia hanya mencapai sekitar RM56 bilion iaitu kira-kira USD12 bilion. RM56 bilion. Peningkatan ini tidak seimbang dengan potensi besar yang dimiliki Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal global.
Selain itu, pensijilan halal di Malaysia memakan masa purata enam hingga sembilan bulan sedangkan Thailand mampu melakukannya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Kenapa pensijilan automasi digital yang telah diperkenalkan oleh Thailand ini tidak diadaptasi di Malaysia pada hari ini?
Yang keempat, Puan Yang di-Pertua, bank digital Islam yang terhad. Sehingga kini, hanya dua bank digital Islam yang telah ditubuhkan di Malaysia berbanding tiga bank digital konvensional. Dua bank digital Islam itu ialah AEON Bank dan juga KAF Investment Bank Berhad. Negara jiran seperti Indonesia dan Arab Saudi telah menambah bilangan bank digital Islam sejak 2021, manakala Malaysia hanya mempunyai dua bank digital Islam.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kelewatan membangunkan bank digital ini akan menyebabkan negara kehilangan kelebihan kompetitif sebagai hab kewangan Islam global. Arab Saudi menubuhkan enam bank digital Islam sejak 2021. Indonesia melancarkan lima bank digital Islam dalam tempoh yang sama. Saya minta penjelasan pihak Jawatankuasa jika dapat memberikan penjelasan dalam bab ini.
Puan Yang di-Pertua, saya memberikan kredit kepada Malaysia sebagai peneraju global dalam sistem pensijilan halal. Standard yang dianggap sebagai penanda aras global ini di lebih 70 negara di seluruh dunia. Di bawah JAKIM, pensijilan Halal Malaysia mempunyai reputasi tinggi dari segi ketelusan, ketegasan dan kebolehpercayaan.
Sebab itulah bila― saya minta maaf, saya hendak quote sedikit apabila kontroversi melibatkan YB Seputeh yang menyatakan bahawa pensijilan halal ini jika diwajibkan pada semua akan memalukan negara. To be fair-lah, Seputeh telah menafikan maksud Seputeh itu. Tetapi, apabila ia disebut, ia merencat ataupun ia menggamit kontroversi yang akhirnya rakyat memahaminya mungkinlah dalam konteks yang tidak sepatutnya.
Jadi, saya berharap supaya apabila kenyataan-kenyataan seperti ini dapatlah kita cuba untuk elakkan menyentuh isu-isu seperti ini kerana pensijilan halal ini mempunyai sejarah dan sentimental value-nya yang tersendiri yang saya harap ia dapat dihormati oleh semua pihak di dalam negara kita ini.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada KBS bagi kami t-shirt percuma hari ini. Kalau boleh, kementerian lain juga.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan. Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya berbahas merujuk kepada Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi bertajuk Perkembangan Kewangan Islam dan Hala Tuju Industri Halal.
Pertama, izinkan saya bermula dengan ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang mengekalkan kedudukan yang pertama dalam laporan State of The Global Islamic Economy selama sepuluh tahun berturut-turut. Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi halal, di samping meraih tempat kedua dalam modus fesyen dan tempat ketiga dalam farmaseutikal. Ini bukan sekadar pencapaian simbolik tetapi bukti kukuh kepimpinan negara dalam sektor ekonomi Islam global.
Namun begitu, kita tidak perlu terlalu selesa dengan kejayaan ini kerana realitinya yang kita perlu pertimbangkan ialah jurang 80 peratus antara permintaan dan pengeluaran produk halal global ini. Walaupun kita berada di tangga teratas dalam pelbagai sektor,
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
pasaran halal global yang dijangka mencecah USD5 trilion menjelang 2030 masih belum diterokai sepenuhnya.
Menurut Pelan Induk Industri Halal 2030, unjuran eksport halal Malaysia dijangka mencapai RM56 bilion pada tahun 2025 dan RM70 bilion pada tahun 2030. Unjuran ini mendedahkan bahawa kita hanya menggarap sebahagian kecil daripada peluang besar pasaran halal global. Pasaran global menantikan produk kita tetapi sejauh mana kita bersedia untuk memenuhi permintaan ini?
Pertama, saya berharap kita terus berusaha untuk meneroka pasaran baharu.
Misalnya, usaha libat urus bersama Kerajaan Hong Kong untuk memperkenalkan kebaikan dan kelebihan ekosistem industri halal Malaysia adalah langkah positif yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas ini.
Namun, kita mesti mencontohi usaha ini dan melipat gandakan usaha serupa di negara-negara lain terutamanya di negara majoriti Islam yang selama ini kurang diterokai.
Antara contoh, Nigeria, lebih daripada 100 juta populasi Muslim, adalah pintu masuk ke pasaran lebih besar di benua Afrika. Begitu juga Algeria, lebih daripada 44 juta Muslim yang membuka peluang besar di Afrika Utara. Malah, Rusia juga menawarkan potensi besar dengan lebih 20 juta populasi Muslim. Ini bukan sekadar destinasi tetapi laluan untuk melonjakkan industri halal Malaysia sebagai kuasa global.
Kedua, kita perlu bangunkan ekosistem yang memungkinkan sumber dan kepakaran ditumpukan kepada beberapa syarikat besar dalam industri halal. Ini penting kerana mereka berupaya berkembang menjadi syarikat unggul bertaraf dunia. Realiti nilai eksport yang disumbangkan oleh perusahaan kecil dan sederhana dalam industri halal masih terlalu kecil.
Minggu lepas, di Johor, Profesor Ekonomi Dr. Keun Lee daripada National University of Korea melalui pembentangan beliau dalam Economic Synergy Executive Talk Johor 2024 menegaskan bahawa ekonomi yang sedang membangun memerlukan kewujudan beberapa syarikat besar bertaraf dunia. Mengapa syarikat besar dalam hal industri halal? Ia penting demi mempermudahkan akses ke pasaran eksport baharu melalui mobilisasi sumber serta menerajui penyelidikan dan pembangunan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Seterusnya, syarikat-syarikat besar ini akan memainkan peranan penting dalam melonjakkan Malaysia keluar daripada middle income trap. Yang akhir, Puan Yang di-Pertua, ketiga, iaitu sektor kewangan Islam mesti jadi tonggak utama dalam menyokong pendanaan hijau ini. Jadi, pelan-pelan yang telah dirangka seperti apa yang berlaku di Selangor dan Wilayah haruslah dicontohi oleh negeri-negeri lain kerana ia merupakan pendekatan whole of nation approach. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Gerik untuk membahaskan isu tentang perkembangan kewangan Islam dan juga halal oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Gerik ingin teruskan dengan ada peranan jawatankuasa yang sepatutnya mungkin boleh ditambah baik. Ini adalah pandangan daripada Gerik. Gerik nampak ada tiga peranan besar daripada pihak jawatankuasa yang patut dimainkan. Pertama, tentang pemantauan polisi menilai keberkesanan dasar dan mencadangkan penambah baik. Alhamdulillah dengan keluarnya laporan yang setebal ini, [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Gerik ucapkan tahniah kerana Gerik pun tahu laporan ini adalah satu laporan yang boleh dikatakan lengkap.
Kemudian Gerik juga mengucapkan Jawatankuasa ini ia adalah satu jawatankuasa yang mendorong kepada inovasi dan juga menyokong pasaran. Sokong penyelidikan pembangunan teknologi yang berkaitan. Kemudian Bajet Kewangan yang sepatutnya jika ada, dia jadi peranan juga kepada Jawatankuasa. Jawatankuasa juga berperanan sebagai memberi kefahaman kepada Ahli-ahli Parlimen semua tentang kewangan Islam dan juga halal. Pastikan segala dasar yang kita buat ini juga dapat diakses oleh semua pihak. Luar bandar, bandar, rentas golongan, pelbagai bangsa dan agama.
Lagi satu adalah tentang menentukan hala tuju perkembangan kewangan Islam ini.
Satunya adalah menormalisasikan budaya kewangan perbankan Islam. Penerangan yang jelas tentang kelebihannya dan mungkin boleh mewajibkan umat Islam Malaysia ini dulu, guna sistem islamik sebelum kita hendak suruh orang lain guna ya.
Jadi, mungkin umat Islam ini kalau dia hendak buka akaun bank dan sebagainya, teruskan dengan islamik punya akaun supaya konvensional ini menjadi pilihan, pilihan kedualah maksudnya. Ini juga adalah sebagai langkah permulaan sebenarnya. Ia adalah baik kerana ia akan menjadi langkah permulaan untuk kita hendak meninggalkan riba. Jadi firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Baqarah, ayat 275 yang maksudnya, “Allah SWT telah menghalalkan jual beli, berniaga dan mengharamkan riba.” Kemudian, berkenaan dengan hala tuju pendidikan juga. Pendidikan awal daripada sekolah rendah, menengah, dan universiti masukkan dalam kokurikulum kita tentang kewangan Islam dan juga halal. Kemudian berkenaan dengan jaminan dan peluang kerjaya juga tentang kewangan Islam dan juga industri halal. Malaysia juga sepatutnya bukan sahaja sebagai hab pemacu kepada kewangan Islam global ini, Malaysia juga harus menjadi peneraju kepada pendidikan berkenaan dengan kewangan Islam dan juga halal.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Akhir sekali, berkenaan dengan instrumen kewangan Islam yang perlu diperkuat dan dijenamakan dengan jenama Malaysia. Ada
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
banyak yang telah pun kita lakukan seperti sukuk dan pelaburan Islam contohnya. Pelaburan modal dan juga sepatutnya ada pelaburan saham patut diperkuat lagi.
Kemudian perbankan Islam, simpanan, pembiayaan, kontrak dan pinjaman perlu dikemaskan lagi. Kemudian kita juga ada takaful dan insurans. Ada satu yang perlu diteliti secara lebih mendalam lagi adalah berkenaan dengan wakaf, zakat dan juga percukaian Islam. Satu lagi perkara, yang terakhir yang perlu menjadi isu untuk kita kaji adalah isu B40 dan M40 luar bandar yang banyak menggunakan pertamanya pajak gadai Islam. Pajak gadai.
Wujudkan lebih banyak pajak gadai Islam yang patuh syariah dan kemudian juga macam KPKT, pembiayaan mikro dan pinjaman kredit. Sepatutnya kita ada buka banyak lagi pinjaman kredit yang patuh syariah untuk membanteras along....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi untuk menjawab, masa lima minit.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Puan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Bayan Baru, Pasir Mas, Simpang Renggam dan Gerik atas komitmen dan pandangan bernas yang diberikan dalam perbahasan ini. Ucapan penggulungan saya hari ini memfokuskan kepada peranan Malaysia dalam pasaran kewangan Islam global, pencapaian kita di persada antarabangsa dan usaha kita dalam memperkasakan industri halal negara.
Seperti yang telah disebutkan, Malaysia telah mencapai kedudukan kukuh dalam kewangan Islam global dengan menyumbang 14.8 peratus atau USD666 bilion kepada aset kewangan Islam global, negara kita menzahirkan kepimpinan dalam sektor ini meliputi perbankan Islam, takaful, sukuk, dan pengurusan dana Islam.
Peranan sukuk Malaysia khususnya telah menunjukkan keunggulan dengan menyumbang 42 peratus daripada pasaran sukuk global terkumpul. Malaysia turut menjadi pelopor dalam penerbitan Sukuk Hijau. Satu inisiatif yang mendukung pelaburan mampan dan patuh syariah. Statistik ini bukan sahaja menunjukkan sumbangan kita, tetapi juga mengiktiraf Malaysia sebagai peneraju dalam agenda kewangan Islam yang lestari. Malaysia juga kekal berada di tangga pertama Index Islamic Financial Development untuk tahun ke-11 berturut-turut seperti yang disebut oleh Bayan Baru dan juga oleh Pengerusi Paya Besar tadi.
Pencapaian ini bukan sekadar penghormatan tetapi bukti kukuh keupayaan kita memacu pembangunan kewangan Islam. Kita juga menjadi tuan rumah kepada organisasi penting seperti Islamic Financial Services Board dan International Islamic Liquidity Management Corporation. Infrastruktur kewangan Islam yang kukuh ini melambangkan komitmen Malaysia dalam memainkan peranan pada peringkat global. Dalam masa yang
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
sama, institusi kewangan Islam Malaysia telah meluaskan operasi ke negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Singapura dan UAE mencerminkan daya saing kita pada peringkat antarabangsa.
Puan Yang di-Pertua, melangkah ke hadapan kewangan Islam di Malaysia menawarkan tiga potensi utama. Pertama, pertumbuhan ekonomi halal. Sektor kewangan Islam berperanan penting dalam menyediakan penyelesaian kewangan bagi menyokong industri halal. Kedua, kewangan lestari. Agenda ini berkait rapat dengan keperluan mendesak terhadap tindakan perubahan iklim (climate change), dengan izin.
Ketiga, inovasi dan pendigitalan. Penekanan kepada kewangan sosial campuran (social blended finance) dengan izin, dapat meluaskan akses kepada golongan yang underserve. Pendekatan ini Puan Yang di-Pertua, tidak hanya relevan tetapi kritikal dalam memastikan kewangan Islam terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat global.
Dalam sektor halal pula, Malaysia mengorak langkah dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang bertujuan menjadikan negara kita peneraju industri halal dunia. Sasaran jelas telah ditetapkan. Sumbangan industri halal kepada KDNK disasarkan pada 8.1 peratus ataupun RM137.6 bilion pada 2025 dan meningkat kepada 10.8 peratus.
Pasaran asas industri halal global dijangka berkembang daripada USD2.2 trilion pada 2022 kepada USD4.9 trilion menjelang 2030. Manakala pasangan potensi pula mencecah sehingga USD20.1 trilion. Analisis turut menunjukkan peningkatan permohonan sijil halal pada kadar 4.2 peratus antara 2002 hingga 2023. Menjelang 2030, dijangkakan sebanyak 32,000 buah syarikat akan mendapat pensijilan halal.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, kewangan Islam dan industri halal bukan sahaja mencerminkan identiti Malaysia tetapi juga membawa peluang besar bagi memacu ekonomi. Malaysia perlu kekal di hadapan sebagai peneraju global dengan mengimbangi pendekatan inovasi, kelestarian dan kesejahteraan masyarakat. Dalam masa yang penuh cabaran ini, langkah kita harus teguh dan terarah bersama-sama kita mampu memastikan Malaysia terus menjadi simbol kecemerlangan dalam kewangan Islam dan industri halal di kaca mata dunia.
Dalam lawatan kami ke Hong Kong, kami sedar walaupun pasaran modal mereka jauh lebih besar dan sukar untuk kita menandingi buat masa ini, Malaysia berjaya carve out a niche dengan izin, dalam kewangan Islam dan industri halal yang disanjungi ini oleh pemain-pemain serantau. Akui salah seorang ahli LegCo ataupun ahli Dewan mereka, hendak bawa pengunjung untuk mencari restoran halal di Hong Kong pun bukan satu urusan yang mudah. Maka, ini menunjukkan bahawa Malaysia telah pun matang, telah pun mencapai satu kejayaan yang agak ulung dan amat-amat disanjungi oleh rakan-rakan kita di rantau ini.
Walaupun saya bukan orang Islam Puan Yang di-Pertua, tetapi sebagai rakyat Malaysia saya bangga dengan kemajuan dan prestasi yang terbukti pada hari ini.
[Tepuk]
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Saya akhiri dengan keyakinan bahawa masa depan kewangan Islam dan industri halal bukan sekadar impian tetapi peluang nyata untuk terus memperkukuh ekonomi negara.
Tadi disebut bahawa ada cetus sedikit polemik yang menyebut nama Seputeh, saya ingin di sini kongsi dengan Ahli-ahli Dewan bahawa Ahli Seputeh juga antara anggota kita dalam JKPK Kewangan dan Ekonomi dan bersama-sama kita membuat kunjungan ke Hong Kong dan mempromosikan industri halal dan kewangan Islam di mata dunia.
[Tepuk]
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Jadi ini terbukti bahawa rakyat Malaysia bersatu untuk perkembangkan industri kita, ekonomi kita di bawah Kerajaan MADANI. Akhiri dengan serangkap pantun Puan Yang di- Pertua, Belayar rakit ke Pulau Bidong, Angin bertiup sepoi bahasa, Industri halal berkembang cemerlang, Kewangan Islam membawa sejahtera. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Yang Berhormat sekarang selesailah sesi penerangan daripada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas pada hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Puan Yang di-Pertua, dunia dalam talian telah membawa perubahan besar kepada cara kita bekerja dan berkomunikasi. Media sosial kini telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan harian di mana kegunaannya bukan hanya untuk berinteraksi sesama sendiri malah turut dijadikan medium untuk mendapatkan maklumat.
Dunia di hujung jari tepat menggambarkan bagaimana ledakan pelbagai media sosial mempengaruhi segenap aspek kehidupan manusia. Undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan aspek telekomunikasi iaitu Akta Komunikasi Multimedia 1998, Akta 588 telah digubal lebih daripada 20 tahun yang lalu.
Ketika itu, penggunaan media sosial belum lagi menjadi satu pengaruh besar dalam kehidupan harian kita. Sebagai konteks kepada semua Ahli Yang Berhormat, ketika Akta 588 ini sedang digubal, media sosial Friendster pun masih belum wujud. Pada awal tahun 2024,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Malaysia mempunyai 28.68 juta pengguna media sosial pada Januari 2024 bersamaan dengan 83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi negara kita.
Angka ini bukan sahaja mencerminkan kebergantungan kita kepada platform digital tetapi juga menunjukkan pertumbuhan pesat dalam jumlah pengguna. Sebagai contoh, pada tahun 2015, pengguna media sosial di Malaysia hanyalah sekitar 18 juta. Dalam tempoh kurang daripada satu dekad, angka ini telah meningkat hampir 56 peratus seiring dengan kemajuan teknologi dan capaian internet yang lebih meluas.
Namun, peningkatan jumlah pengguna ini turut datang bersama dengan peningkatan risiko pengguna terdedah kepada kandungan memudaratkan. Sebagai contoh, kandungan memudaratkan yang sedia ada di platform media sosial adalah kandungan penderaan seksual terhadap kanak-kanak, jenayah penipuan kewangan dalam talian, buli siber, kandungan berkaitan keganasan, perjudian dalam talian, penjualan haram dadah, senjata dan ubat tiruan dalam talian, kandungan yang mendorong kanak-kanak untuk mencederakan diri sendiri dan lain-lain.
Baru-baru ini di Perancis, tujuh keluarga telah memfailkan saman terhadap TikTok menyatakan syarikat media sosial itu mendedahkan anak-anak mereka kepada kandungan berbahaya menyebabkan dua daripada mereka untuk membunuh diri. Mereka juga mendakwa bahawa algorithm platform video tersebut mendedahkan kanak-kanak mereka kepada kandungan yang mempromosikan mencederakan diri sendiri seperti dengan izin eating disorder dan suicide.
Kes saman seperti ini jelas menunjukkan kebimbangan masyarakat terhadap kandungan-kandungan memudaratkan dengan izin, readily available and flowing di platform mereka. Untuk memberikan konteks tentang risiko pendedahan pengguna kepada kandungan memudaratkan, pada tahun 2022 terdapat 3,119 aduan terhadap perkhidmatan media sosial berkenaan kandungan memudaratkan dan jumlah aduan tersebut meningkat sebanyak 3,871 aduan pada tahun 2023.
Bagi pecahan platform pula, daripada tahun 2021 sehingga kini, aplikasi Facebook telah menerima sebanyak 7,581 aduan berkenaan kandungan memudaratkan dalam perkhidmatan mereka. Menurut data yang diterbitkan oleh Meta, syarikat gergasi yang memiliki Facebook, Malaysia mempunyai lebih daripada 28 juta orang pengguna berdaftar di platform Facebook. Data ini jelas menunjukkan bahawa lebih daripada 80 peratus rakyat Malaysia merupakan pengguna Facebook dan mereka ini sangat terdedah kepada kandungan memudaratkan di platform ini.
Puan Yang di-Pertua, terdapat juga corak yang agak membimbangkan apabila jumlah aduan yang tinggi berkenaan kandungan di platform media sosial adalah melibatkan penipuan kewangan dalam talian. Dapat dilihat pada tahun 2021, terdapat 1,654 aduan berkenaan kandungan penipuan kewangan dalam talian dan jumlah tersebut meningkat dengan mendadak pada tahun-tahun berikutnya di mana terdapat 2,972 aduan bagi tahun 2023.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Statistik ini menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka adalah selamat untuk digunakan oleh pengguna-pengguna mereka. Menurut laporan oleh The Guardian, akhbar United Kingdom pada November 2024, didapati bahawa platform Meta memainkan peranan penting dalam menyebarkan kandungan memudaratkan dalam platform mereka.
Berdasarkan kajian yang dilaporkan ini, Meta secara aktif membantu kandungan yang mendorong perbuatan mencederakan diri sendiri berkembang dalam aplikasinya iaitu Instagram.
Puan Yang di-Pertua, dalam konteks ini, terdapat cabaran besar yang perlu kita tangani dan sebahagian daripadanya berpunca daripada pendekatan penyediaan platform media sosial itu sendiri di mana mereka ini sering kali mengutamakan keuntungan berbanding keselamatan pengguna.
Tidak dapat dinafikan Malaysia merupakan antara penyumbang besar kepada keuntungan yang dikaut oleh gergasi media sosial ini. Saya dimaklumkan bahawa pada tahun 2023, Facebook telah mengaut keuntungan sebanyak RM2.5 bilion daripada rakyat Malaysia. Dalam mengejar keuntungan dan memastikan kepentingan kewangan mereka terjaga, syarikat-syarikat besar ini telah merangka pelbagai cara untuk memastikan penggunanya dengan izin spend more hours the necessary on their platform supaya keuntungan mereka meningkat.
Mereka ini telah menggunakan pelbagai strategi perniagaan untuk memaksimumkan interaksi pengguna antara lain melalui reka bentuk yang mendorong pengguna mencipta kandungan untuk menarik perhatian pengguna lain, sekali gus meraih populariti. Selain itu, ciri-ciri dalam platform media sosial juga direka untuk meluaskan rangkaian dan perhubungan antara rakan sebaya dan orang yang tidak dikenali.
Natijahnya, pengguna mengalami ketagihan untuk menggunakan media sosial.
Sebauh kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati bahawa nomophobia atau ketagihan gajet semakin membarah dengan seramai 44 peratus remaja menggunakan gajet selama enam jam sehari. Ketagihan ini secara tidak langsung menggalakkan penyebaran kandungan yang sensasi, provokatif dan bahaya.
Di sebalik keuntungan yang besar, platform-platform ini sering gagal untuk menyediakan mekanisme kawalan yang efektif bagi membanteras kandungan berbahaya seperti buli siber, eksploitasi kanak-kanak dan keganasan. Sikap tidak bertanggungjawab ini amat membimbangkan antara faktor-faktor yang membawa kepada masalah adalah pertama sekali keutamaan komersial mengatasi etika. Penyedia perkhidmatan media sosial menjana pendapatan melalui iklan di platformnya dan lebih lama mengguna menghabiskan masa di platform tersebut, lebih banyak keuntungan yang diperolehi.
Namun ia sering dilakukan dengan meminggirkan keselamatan pengguna terutamanya kanak-kanak. Kedua, kekurangan pengawasan aktif. Walaupun terdapat dasar komuniti atau dengan izin community guidelines, pelaksanaannya sering lemah. Laporan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
kandungan memudaratkan mengambil masa yang lama untuk diambil tindakan dan dalam banyak kes, isu tersebut langsung tidak ditangani.
Ketiga, kesediaan untuk bertanggungjawab. Penyedia sering berdalih bahawa mereka hanyalah platform dan bukan penerbit lantas mengelak daripada sebarang tanggungjawab terdapat kandungan yang tersebar di platform mereka. Sebagai pengguna, kita sering menjadi mangsa kepada sistem ini tanpa disedari. Baru-baru ini, sebuah gabungan mahasiswa daripada Universiti Malaya telah membuat laporan polis terhadap Telegram berkenaan dengan satu chat group di platform tersebut yang telah menjadikan platform untuk menyebarkan kandungan gangguan seksual dan dilaporkan bahawa chat group ini mempunyai lebih daripada 7,000 pengguna dan dipenuhi dengan kandungan yang lucah serta menyasarkan pelajar secara individu.
Ini jelas menunjukkan bahawa platform Telegram telah leka ataupun dengan sengaja tidak mengambil tanggungjawab terhadap kandungan memudaratkan yang kian berleluasa di platform mereka.
Puan Yang di-Pertua, banyak negara telah pun mengambil langkah yang sewajarnya dalam menggubal Undang-undang Keselamatan Dalam Talian untuk melindungi rakyat mereka daripada ancaman siber yang semakin meningkat. Dari benua Australia ke negara barat dan juga negara jiran seperti Singapura, kebanyakan negara telah sedar akan kepentingan keselamatan dalam talian ke arah kesejahteraan rakyat mereka.
Australia sebagai contoh. Australia merupakan antara negara pertama yang melancarkan Undang-undang Keselamatan Dalam Talian, Online Safety Act 2021 menyediakan kerangka perundangan menyeluruh untuk menangani ancaman dalam talian.
Di bawah akta ini, penyelia atau regulator iaitu E-Safety Commissioner diberikan kuasa luas untuk mengeluarkan notis penurunan kandungan kepada platform media sosial untuk mereka menurunkan kandungan berbahaya dengan segera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tambahan pula, Kerajaan Australia baru sahaja meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak di bawah 16 tahun untuk mempunyai akaun media sosial. Ini merupakan pendekatan Australia dalam melindungi kanak-kanak dari sebarang kemudaratan dalam talian. United Kingdom pula, Online Safety Act 2023 mengambil pendekatan yang berbeza dengan meletakkan tanggungjawab dan tugas kepada penyedia perkhidmatan untuk mengenal pasti, mengurangkan dan mengurus risiko kandungan haram dan memudaratkan kepada kanak-kanak.
Akta tersebut memberi penekanan dalam tanggungjawab yang hendak dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan untuk antara lain mengadakan mekanisme aduan pengguna dan memantau kandungan memudaratkan di sebuah platform tanpa melanggar hak privasi dan kebebasan bersuara pengguna. Seperti di Australia, larangan sosial media bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun juga sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan United Kingdom dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada kemudaratan dalam talian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Singapura jiran kita, Online Criminal Harms Act 2023 telah diluluskan, di mana model keselamatan dalam talian adalah berdasarkan aspek mengawal kandungan, dengan izin, content moderation. Akta ini membolehkan pihak berkuasa untuk mengeluarkan arahan penurunan kandungan kepada penyedia platform dan kegagalan penyedia platform untuk mematuhi arahan akan dikenakan hukuman dan penalti yang berat.
Kanada pula telah membahaskan Online Harms Bill di Parlimen. Cadangan undang- undang ini bakal meletakkan beberapa tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan untuk memastikan perkhidmatan mereka adalah selamat untuk penggunanya. Antara lain, tanggungjawab yang dikenakan terhadap penyedia platform merangkumi penyediaan mekanisme pelaporan oleh pengguna terhadap sesuatu kandungan, kewajipan untuk mengurangkan risiko pendedahan pengguna terhadap kandungan memudaratkan dan kewajipan untuk menyediakan ciri-ciri platform yang mesra kanak-kanak.
Berdasarkan kajian komparatif perundangan ini, ternyata banyak negara luar telah ataupun sedang berusaha untuk mewujudkan perundangan dan piawaian global berkaitan keselamatan dalam talian.
Memandangkan Malaysia juga tidak terkecuali daripada terdedah dengan kemudaratan jenayah dalam talian, perundangan baru merupakan satu langkah positif dan proaktif untuk menjamin keselamatan ekosistem dalam talian. Penggubalan rang undang- undang ini adalah berdasarkan analisa model-model perundangan dan amalan terbaik keselamatan dalam talian yang diketengahkan oleh pelbagai negara dan telah disesuaikan dengan landskap negara kita.
Cara pendekatan keselamatan dalam talian harus adil, menyeluruh dan holistik.
Tetapi langkah-langkah tambahan perlu dipertimbangkan untuk melindungi beberapa individu seperti kanak-kanak. Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri 24 Januari 2024 berserta dengan mandat yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Majlis Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Komunikasi telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-undang Baharu Berkaitan Dengan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian, yang mana jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Yang Berhormat Lembah Pantai, Menteri Komunikasi.
Cetusan inisiatif ini juga adalah bagi membolehkan pihak kerajaan meneliti dan menggubal satu undang-undang yang bertujuan untuk memastikan ekosistem dalam talian adalah selamat kepada pengguna serta didesak dengan situasi global, yang mana negara- negara lain yang telah dan atau ke arah penguatkuasaan undang-undang keselamatan dalam talian. Ini juga selari dengan keperluan untuk mengadakan undang-undang yang relevan dengan peredaran masa, terutamanya bagi melindungi kanak-kanak.
Sehingga kini, jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak tiga kali. Masing-masing pada 5 Februari, 13 Mac dan 14 Mei 2024 dengan penglibatan bersama beberapa kementerian dan agensi berkaitan. Susulan daripada pembentukan jawatankuasa ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mengadakan program-program bagi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
memulakan ataupun, dengan izin, kick-start usaha untuk membentuk dasar penggubalan dan pindaan rang undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dalam talian.
Semasa saya berada di Australia pada Jun 2024, saya telah mengambil kesempatan untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Komunikasi Australia, Michelle Rowland MP dan antara perbincangan yang telah saya dapati ialah pandangan bentuk penguatkuasaan yang diguna pakai di Australia berkaitan dengan aspek keselamatan dalam talian.
Antara usaha lain yang telah dilaksanakan adalah melalui pelantikan dan penubuhan ahli pakar tempatan, dengan izin, local experts council yang dilantik berdasarkan kepada kepakaran dan pengalaman individu tertentu dalam bidang hak digital, dengan izin, digital rights dan pentadbiran kecerdasan buatan, dengan izin, aritificial intelligence governance. Pelantikan pihak USM bagi melaksanakan kajian sosial keselamatan dalam talian dan pihak konsultan lain Frances Haugen dan Taylor Owens juga telah meneliti dan membentuk rangka kerja perundangan yang komprehensif bagi negara kita, secara khususnya mengenai mekanisme bagi menangani kemudaratan jenayah dalam talian.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri juga telah menganjurkan penganjuran Enhancing Online Safety Legal Workshop di Johor pada 14 hingga 16 Ogos, penganjuran International Legal Conference Online Harms di Kuala Lumpur pada 6 September dan Bengkel Pemantapan Dasar, 13 September melibatkan kementerian, agensi berkaitan dan ahli pakar yang telah dilantik.
Beberapa sesi libat urus juga telah dilaksanakan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti jawatankuasa pilihan khas, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan bagi memastikan rang undang-undang ini merangkumi pelbagai aspek dan tidak mengabaikan pandangan daripada pemegang taruh yang berkaitan. Maklum balas pandangan dan perkongsian daripada sesi libat urus telah dijalankan. Ini adalah sangat penting untuk mengambil kira tujuan muktamad kerangka dasar Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian.
Antara sesi libat urus yang dilaksanakan bersama JKPK Semakan Undang-undang Dewan Negara, JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Reformasi Institusi Dewan Rakyat 24 September, sesi libat urus bersama local experts council, pertubuhan masyarakat sivil
(CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO) 24 September dan 3 Disember, sidang libat urus bersama penyedia perkhidmatan 24 September, 7 Oktober dan 3 Disember.
Libat urus juga dilaksanakan untuk melibatkan kehadiran pihak-pihak berkepentingan, termasuklah Kementerian Komunikasi, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
(CGSO), Kementerian Digital, Kementerian Kewangan, Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suruhanjaya Komunikasi, Agensi Keselamatan Siber Negara.
CyberSecurity Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia dan juga melibatkan wakil-wakil daripada Badan Peguam Malaysia, badan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
peguam negeri-negeri, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, ARTICLE 19, Centre for Independent Journalism, BERSIH, United Nations Children’s Fund, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), institusi-institusi pengajian tinggi, Civil Rights Innovation and Batterman Creep Foundation, Women’s Centre for Change (WCC), Al-Hijrah Media Corporation, Celcom Berhad, Digi Telecommunications, MEASAT, Media Prima, U Mobile, META, TikTok dan Google.
Puan Yang di-Pertua, dalam merangka lebaran perundangan ini, kerajaan juga mengambil berat mengenai persepsi masyarakat. Justeru, kajian sosial keselamatan dalam talian telah membantu untuk memberikan gambaran yang komprehensif mengenai kepuasan masyarakat terhadap undang-undang yang sedia ada dan tanggungjawab penyediaan perkhidmatan dalam menerima pengguna. Kajian telah melibatkan pengumpulan data seramai 6,084 informers melalui survey, 120 temu bual mendalam dan 19 sesi perbincangan focus groups oleh para penyelidik daripada 14 buah universiti di Malaysia.
Secara seluruhnya, masyarakat Malaysia menunjukkan pemahaman yang baik terhadap bentuk-bentuk ancaman dalam talian. Namun, mereka masih berasa kurang berdaya untuk melindungi diri mereka daripada ancaman ini. Ramai yang menyatakan bahawa mereka memerlukan lebih banyak panduan dan sokongan untuk mengenal pasti dan melaporkan jenayah dalam talian. Di samping itu, lebih daripada 60 peratus yang terlibat dalam kajian ini menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan cara platform media sosial menangani isu-isu seperti penipuan, buli siber dan pencerobohan privasi pengguna.
Terdapat konsensus bahawa pembekal perkhidmatan perlu bertanggungjawab untuk mengutamakan keselamatan pengguna dengan melaksanakan langkah kawalan keselamatan seperti pengesahan dua faktor, sistem laporan yang mesra pengguna dan melaksanakan dasar yang lebih tegas terhadap mana-mana salah laku jenayah dalam talian.
Dalam usaha mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat, RUU ini akan menggabungkan dua elemen utama iaitu, dengan izin, content curation dan content moderation. Walaupun kedua-duanya bertujuan untuk mengawal kandungan di platform dalam talian, terdapat perbezaan ketara. Content curation, dengan izin, merujuk kepada proses memilih, mengatur dan mempromosi kandungan berdasarkan kriteria tertentu seperti populariti atau keperluan pengguna. Ini boleh dilakukan sama ada melalui algoritma yang direka untuk menyesuaikan kandungan dengan minat pengguna ataupun penyediaan perkhidmatan itu sendiri menapis kandungan di perkhidmatan yang disediakan. Natijahnya, elemen ini merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh penyedia perkhidmatan dalam memastikan kandungan yang disiarkan itu di platform mereka adalah selamat untuk pengguna.
Sebaliknya, content moderation melibatkan proses aktif untuk menyemak, menyekat atau menghapus kandungan yang melanggar peraturan platform atau undang-undang seperti ucapan kebencian, bahan eksploitasi seksual atau maklumat palsu. Elemen ini lebih bersifat reaktif, bertujuan melindungi pengguna daripada bahaya atau kerosakan akibat kandungan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
bahaya. Elemen ini meletakkan peranan yang aktif kepada pengawal selia ataupun regulator, di mana mereka mempunyai kuasa untuk mengarahkan penurunan kandungan memudarat yang disiarkan di platform penyediaan perkhidmatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjelaskan mengapa elemen content moderation diperlukan di samping elemen content curation. Rang undang-undang ini turut memberi perhatian khusus kepada content moderation kerana pengalaman global menunjukkan bahawa kekurangan kuasa kawalan terhadap kandungan memudaratkan boleh membawa kesan yang buruk pada masyarakat.
Sebagai contoh, di United Kingdom baru-baru ini, semasa rusuhan yang berlaku, kekurangan kuasa undang-undang di bawah perundangan mereka untuk mengawal kandungan dalam talian menyumbang kepada penyebaran maklumat palsu dan provokasi bahaya.
Kandungan tidak dapat dikawal bukan sahaja mempercepatkan penyebaran keganasan tetapi juga meningkatkan ketegangan sosial dan menyukarkan usaha pihak berkuasa untuk meredakan keadaan. Oleh itu, adalah wajar rang undang-undang ini juga bersifat hibrid agar pengawal selia dapat memainkan peranan penting bagi mengelak apa yang berlaku di United Kingdom tidak berlaku di negara kita.
Kerajaan sedar kebebasan bersuara merupakan hak asasi yang dijamin kebanyakan negara termasuk Malaysia melalui Perkara 10 Perlembagaan kita. Namun, seperti hak-hak yang lain, kebebasan ini bukanlah sesuatu kebebasan yang mutlak. Perkara 10 sendiri menyatakan bahawa hak ini adalah tertakluk kepada undang-undang yang boleh digubal oleh Parlimen bagi melindungi kepentingan awam seperti keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum dan agama, kebebasan bersuara perlu diimbang dengan tanggungjawab sosial untuk memastikan ia tidak diguna bagi menyebarkan kandungan yang berbahaya, yang membawa impak kepada institusi keluarga dan kanak-kanak. Had-had yang wajar ke atas kebebasan ini adalah penting untuk melindungi keancaman keharmonian sosial dan kesejahteraan masyarakat secara seluruh.
Kerajaan memahami kebimbangan sesetengah pihak yang menyatakan pandangan mereka bahawa pengenalan rang undang-undang ini mungkin menjejaskan hak dan kebebasan bersuara di Malaysia. Ingin saya tegaskan semula bahawa kebebasan ini bukanlah kebebasan mutlak dan adalah tertakluk kepada apa-apa sekatan yang perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan.
Setiap hak yang kita ada datang daripada tanggungjawab kita sendiri. Kita semua boleh bersetuju bahawa kandungan yang memudaratkan dalam talian seperti buli siber, eksploitasi kanak-kanak dan penipuan kewangan bukannya kandungan yang selamat untuk dikongsikan. Rang undang-undang ini hanya menyasarkan kandungan-kandungan yang memudaratkan dan memastikan kandungan-kandungan ini, dengan izin, tidak dapat, — never see the light of the day.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kerajaan pada hari ini sentiasa komited untuk memastikan bahawa hak rakyat untuk bersuara tidak dinafikan dalam apa jua keadaan. Malah, di dalam rang undang-undang ini juga dimasukkan satu peruntukan yang mewajibkan penyediaan perkhidmatan untuk tidak mengehadkan kebebasan bersuara penggunanya. Selaras dengan prinsip yang menekankan kepentingan untuk menghormati hak asasi manusia UNGP, “Protect, Respect dan Remedy”, setiap peruntukan dalam undang-undang ini digubal dengan teliti supaya ia selaras dengan prinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam perlembagaan kita.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini akan diletakkan di bawah jagaan Menteri Komunikasi seperti Menteri yang bertanggungjawab dan SKMM selaku pengawal selia kepada pematuhan peruntukan di bawah RUU ini. Perkara ini merupakan langkah strategik untuk menjimatkan kos dan menyerahkan tanggungjawab kepada SKMM. Kerajaan dapat mengurangkan kos tambahan yang mungkin timbul sekiranya satu badan baru diwujudkan.
SKMM sedia ada dengan struktur organisasi kakitangan operasi serta mekanisme yang relevan yang boleh digunakan secara langsung untuk menguatkuasa peruntukan tanpa membawa implikasi kewangan yang besar. Selain itu, SKMM juga mempunyai tribunal rayuan yang telah beroperasi dengan cekap untuk menangani rayuan berkaitan undang-undang mereka.
Penggunaan infrastruktur sedia ada terutamanya Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian yang diperkenalkan melalui rang undang-undang ini bukan sahaja menjimatkan sumber tetapi memastikan pelaksanaan yang lebih pantas dan berkesan. Rang undang- undang ini juga akan saling melengkapi Akta Komunikasi dan Multimedia [Akta 588] yang telah menjadi asas kepada kawal selia sektor komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Sepertimana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, SKMM telah memulakan rejim pelesenan dengan pindaan kepada Perintah Komunikasi dan Multimedia
(Pelesenan)(Pengecualian) 2000 [P.U.(A) 125/2000] di mana penyediaan perkhidmatan media sosial dan internet messaging services kini diwajibkan untuk dilesenkan di mana sebelum mereka dibenarkan untuk beroperasi di Malaysia.
Rang undang-undang ini akan bertindak sebagai mekanisme pelengkap kepada rejim pelesenan yang telah diperkenalkan oleh SKMM. Dengan pendekatan ini, kerajaan bukan sahaja dapat memastikan penguatkuasaan yang lebih cekap tetapi juga dapat memastikan kesinambungan antara perundangan baharu yang sedia ada serta meminimumkan konflik perundangan.
Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mempunyai beberapa intipati utama
(i) tanggungjawab positif kepada penyedia perkhidmatan (positive duty on the service provider);
(ii) memperkasakan penggunaan (user empowerment);
(iii) menggalakkan ketelusan (promote transparency); dan
(iv) tiada hukuman memenjarakan. Maknanya tak ada masuk penjara dalam rang undang-undang ini;
Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mempunyai beberapa intipati utama
Puan Yang di-Pertua, cadangan rang undang-undang ini mempunyai 84 fasal sepertimana yang dinyatakan dalam naskhah biru, dengan izin yang mana objektif rang undang-undang ini secara amnya untuk membanteras kemudaratan dalam talian dengan meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia dengan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi pemberi khidmat aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan sepertimana yang saya nyatakan tadi. Akta ini bertujuan untuk melengkapi dengan izin, Akta Komunikasi dan Multimedia [Akta 588] dan digubal, dilaksanakan secara harmoni.
Ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal di bawah undang-undang ini adalah sebagaimana dinyatakan dalam naskhah biru.
Bahagian I rang undang-undang memperkatakan tentang perkara permulaan yang dicadangkan, pengisian fasal 1 hingga 4.
Bahagian II rang undang-undang ini berhubung dengan Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian termasuk peruntukan mengenai penubuhan elaun pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan dan pengurusan jawatan, perjalanan serta fungsi, fasal 5 hingga 12.
Bahagian III mengandungi cadangan memperuntukkan berhubungan dengan lapan kewajipan pemberi perkhidmatan aplikasi yang berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang berlesen seperti berikut:
(i) kewajipan untuk melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan;
(ii) kewajipan untuk mengeluarkan garis panduan kepada pengguna;
(iii) kewajipan untuk membolehkan pengguna menguruskan keselamatan dalam talian;
(iv) kewajipan untuk menyediakan mekanisme bagi melaporkan kandungan memudaratkan;
(v) kewajipan untuk menyediakan mekanisme bantuan pengguna;
(vi) kewajipan untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak;
(vii) kewajipan untuk menyediakan mekanisme untuk menjadikan kandungan memudaratkan prioriti tidak boleh diakses; dan
(viii) kewajipan untuk menyediakan pelan keselamatan dalam talian.
Perincian berkenaan dengan kewajipan ini adalah sebagaimana yang dihuraikan di bawah fasal 13 hingga 20.
Bahagian IV rang undang-undang ini berkenaan dengan pelapor kandungan yang memudaratkan. Antara lain, merangkumi peruntukan mengenai laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi pelesenan, berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi dan SKMM kandungan berlesen, fasal 21 hingga fasal 29.
Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mempunyai beberapa intipati utama
Bahagian V rang undang-undang ini memperuntukkan mengenai kuasa-kuasa yang dihasratkan untuk diberikan kepada SKMM, termasuk kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dan pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen tentang pematuhan mana-mana peruntukan kuasa untuk mengumpul maklumat dan kuasa menyimpan dokumen.
Perincian fasal ini dalam huraian fasal 30 hingga fasal 35.
Bahagian VI rang undang-undang adalah memperuntukkan hubungan antara dengan akur janji yang boleh dibuat oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen kepada SKMM, antara fasal 36 hingga fasal 39.
Seterusnya, Bahagian VII rang undang-undang ini memperuntukkan berkaitan dengan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, fasal 40 hingga 51.
Kemudian, Bahagian VIII mengenai peruntukan yang berhubung dengan penguatkuasaan yang merangkumi peruntukan tentang pegawai diberi kuasa, kuasa penyiasatan, kuasa diberi kuasa, kuasa menggeledah, kuasa penyitaan dan tanpa waran akses kepada data berkomputer, pelepasan barang disita dan kesalahan menghalang pelaksanaan kewajipan pegawai diberi kuasa, fasal 52 hingga fasal 68.
Bahagian IX rang undang-undang memperuntukkan perhubungan perkara pelbagai, antara fasal 69 hingga 84 dan akhirnya, Jadual 1 dan Jadual 2 menyenaraikan jenis kandungan memudaratkan dan kandungan memudaratkan prioriti.
Puan Yang di-Pertua, dunia digital ini ada ruangan yang kita kongsi bersama tanpa mengira usia, latar belakang atau kedudukan. Ia adalah ruang untuk kita bekerja, berhubung dan berkembang maju. Tanpa tanggungjawab, kita akan terbuka kepada lebih banyak kemudaratan. Rang undang-undang ini kita usahakan bukan sekadar dengan izin, a mere piece of paper tetapi satu komitmen bersama oleh kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melindungi setiap rakyat Malaysia daripada ancaman siber.
Saya menyeru kepada semua pihak, Ahli-ahli Parlimen bersama kerajaan dan pihak pembangkang tanpa mengira ideologi politik dan perbezaan pendapat untuk sama-sama menyokong pindaan kewujudan rang undang-undang ini dalam isu melindungi rakyat Malaysia, terutama sekali golongan anak-anak muda, kanak-kanak, individu yang sering berhadapan dengan segmen media sosial, ancaman-ancaman, eksploitasi, penipuan dan penyebaran kandungan berbahaya dan seterusnya.
Saya berharap dengan rang undang-undang ini akan menjadi sejarah bagi kita di Dewan Rakyat dan kemudian di Dewan Negara dan di Parlimen kita menyediakan Malaysia sebagai negara contoh di dunia yang bersedia menangani cabaran dunia digital. Dengan itu, saya memohon untuk menyokong. Saya memohon mencadangkan rang undang-undang.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ada. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia dengan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Sungai Petani, YB Pasir Mas, YB Jelutong, YB Kuantan, YB Bentong, YB Ampang, YB Kuala Kedah, YB Bukit Bendera, YB Pekan, YB Setiu, YB Rasah, YB Jempol, YB Padang Serai, YB Sri Gading, YB Langkawi, YB Kluang dan YB Bukit Gelugor.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 1.11 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bismillahi Rahmani Rahim. Baiklah, untuk memulakan perbahasan, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk Sungai Petani turut membahas rang undang-undang ini.
Hari ini kita Ahli-ahli Parlimen akan melaksanakan satu tanggungjawab yang amat- amat penting untuk negara kita, khususnya untuk anak-anak kecil yang berada di negara kita dan seluruh rakyat dengan kita membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memuji penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 5 yang menampilkan komposisi ahli yang pelbagai termasuk daripada kementerian, pakar industri, wakil OKU dan penyedia perkhidmatan berlesen. Saya melihat ini adalah satu langkah yang amat progresif kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk melibatkan semua pihak dalam kita memastikan bahawa keselamatan dalam talian khususnya di negara kita ini dapat terjamin dengan baik.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah memperuntukkan seksyen 13 dan seterusnya di bawah Bahagian III RUU ini yang dengan jelas menetapkan tanggungjawab penyedia perkhidmatan berlesen dalam melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan pendedahan kepada kandungan berbahaya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Pendekatan ini bertetapan dengan langkah yang dilaksanakan di negara-negara maju seperti di UK, UK Online Safety Act 2023 dan Australia, Australia Online Safety Act 2021. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 18(1), (2) dan (3) yang menumpukan kepada perlindungan pengguna kanak-kanak adalah peruntukan yang amat-amat penting. Secara khususnya, seksyen 18(3)(b) dan (d) yang mengehadkan interaksi antara pengguna dewasa dan kanak-kanak adalah salah satu langkah untuk memerangi online sexual grooming yang menjadi antara ancaman terbesar kepada keselamatan kanak-kanak di dunia digital. Kita melihat hari ini, mereka terdedah dengan permainan-permainan online. Inilah permulaan di mana kanak-kanak ini didedahkan dengan sexual grooming dan sebagainya.
Anak-anak kecil yang mungkin tidak tahu perilaku baik dan buruk, membezakan antara yang jahat dan antara yang baik dan kemudiannya perkara itu dinormalisasikan, kemudian anak-anak didedahkan dengan perkara-perkara yang negatif. Pada akhirnya, anak-anak ini akan berada di dalam masyarakat, membesar dalam keadaan yang telah pun dinodai dan telah pun berada dalam fasa yang begitu jijik sekali. Kemudian anak-anak ini akan membesar dan akan berada dalam masyarakat dan akhirnya masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang tidak baik.
Bukan itu sahaja, malah baru tahun lepas kita lihat YouTube Kids. Kita lihat YouTube Kids ini sepatutnya menjadi platform yang amat selamat untuk anak-anak kita menonton YouTube. Tetapi apa yang berlaku adalah terjadinya ada penyiaran targeted advertisement kepada kanak-kanak di bawah umur yang melanggar dasarnya sendiri yang menyebabkan sesetengah pihak mempersoalkan sejauh mana platform ini memenuhi keperluan standard antarabangsa untuk peraturan perlindungan privasi kanak-kanak dalam talian.
Iklan yang disasarkan secara algoritma boleh memanipulasikan kanak-kanak yang belum dapat membezakan antara kandungan hiburan dan promosi berbayar. Oleh itu, saya berasa ada baiknya untuk kementerian memperhalusi isu targeted advertisement ini khususnya apabila melibatkan kanak-kanak.
Saya juga ingin mencadangkan kementerian memberikan perhatian yang lebih terhadap seksyen 13(3) yang menyatakan bahawa penyedia perkhidmatan “tidak boleh mengehadkan suara pengguna secara tidak munasabah atau tidak berkadaran”. Walaupun saya memahami niat kementerian, frasa ini telah menimbulkan tafsiran yang kabur di kalangan masyarakat umum dan organisasi masyarakat sivil.
Oleh itu, saya ingin menyarankan agar adanya panduan jelas dan terperinci bagi menerangkan tentang jenis kandungan yang dianggap melampau. Misalnya pornografi kanak-kanak adalah kesalahan yang sangat jelas tetapi bagaimana pula dengan garis kabur antara jenaka satira dan komen melampau yang mungkin dianggap jelik melampau.
Saya juga ingin menyeru agar kerajaan terus memperkukuhkan kerjasama antara semua pihak berkepentingan termasuk PDRM, MCMC, badan perundangan dan NGO demi membentuk ekosistem keselamatan dalam talian yang lebih kukuh. Tanpa penyelarasan yang baik, mana-mana kelemahan dalam ekosistem ini akan menggagalkan keseluruhan sistem pelindungan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Bagaimana kita lihat saban tahun peningkatan secara online, peningkatan kes-kes buli sehingga menyebabkan kematian mereka yang tidak berdosa, mereka yang tertekan dan sebagainya dan bagaimana anak-anak kecil didedahkan dengan perkara-perkara yang amat teruk dahsyatnya. Kalau kita lihat kes-kes rogol atau jenayah seksual kanak-kanak saban hari semakin hari semakin meningkat.
Maka dengan itu, Sungai Petani mohon menyokong RUU ini. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian ini.
Saya berdiri di sini bukan sekadar untuk membahaskan perundangan ini tetapi untuk membunyikan loceng amaran kepada semua rakyat Malaysia. Rang undang-undang ini sekiranya diluluskan Tuan Yang di-Pertua tanpa pindaan besar, berpotensi mengheret negara kita ke arah autokrasi digital sepertimana yang kita saksikan berlaku di negara-negara seperti Korea Utara dan China.
Kerajaan menyatakan bahawa rang undang-undang ini bertujuan melindungi rakyat daripada kandungan yang memudaratkan tetapi realitinya, kita dapat melihat di sebalik niat yang dikatakan mulia ini, kita bimbang tersembunyi kuasa autokratik yang melampau. Ia memberi kerajaan kuasa mutlak untuk mengawal internet, menyekat kebebasan bersuara dan menjadi bayangan kepada sebuah negara big brother. Pertama Tuan Yang di-Pertua, kurangnya rundingan dengan Ahli Parlimen dan keputusan yang tergesa-gesa. Jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu melindungi rakyat, kenapa rang undang-undang ini digubal secara tergesa-gesa? Saya dengar tadi Menteri baca kumpulan-kumpulan yang dilibatkan dalam libat urus tetapi tiada rundingan awam yang telus dan menyeluruh, terutama dengan kami di pihak pembangkang. Kami hanya dijemput untuk makan malam kelmarin sahaja tetapi daripada awal lagi kami tidak tahu bagaimana rang undang-undang ini dibentuk.
Saya pernah dikunjungi oleh wakil daripada sebuah universiti yang menyatakan mereka dihantar oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri untuk bertanya pandangan tentang pemisahan kuasa di antara Peguam Negara dan pendakwa raya. Ertinya, tinjauan ataupun soal selidik boleh dibuat tapi dalam rang undang-undang ini, ia tidak ada soal selidik seperti itu.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bukan sahaja kami. Yang menentang ini ialah kumpulan advokasi keselamatan dalam talian yang terdiri daripada NGO seperti Centre of Independent Journalism, Justice for Sisters, KRYSS Network, Childline Foundation, Voice of the Children, Women’s Aid Organisation, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), gabungan NGO dan juga organisasi
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
masyarakat. Mereka ini juga menyuarakan suara penentangan terhadap rang undang- undang ini.
Di Australia Tuan Yang di-Pertua, sebarang undang-undang keselamatan digital mesti melalui proses perundingan awam selama sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan. Di Jerman, undang-undang keselamatan dalam talian tidak boleh digubal tanpa sekurangnya dua fasa perundingan awam, melibatkan pakar keselamatan dan juga organisasi sivil. Saya cadangkan rang undang-undang ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan pastikan proses rundingan awam diadakan dengan melibatkan pakar industri dan masyarakat sivil.
Tuan Yang di-Pertua, kuasa SKMM yang melampau juga dapat dilihat melalui rang undang-undang ini. SKMM akan mempunyai kuasa untuk memadam kandungan serta-merta, mengakses data peribadi pengguna, mengawal platform media sosial tanpa sebarang pengawasan.
Jika sebelum ini kita boleh memuat naik status Facebook tetapi selepas daripada ini, SKMM boleh mengarahkan Facebook untuk memadam status anda serta-merta tanpa memberikan sebarang sebab. SKMM boleh mengakses rekod perbualan anda di WhatsApp atau Telegram tanpa perlu mendapatkan perintah mahkamah. Jika kita terlibat dalam protes dalam talian, SKMM boleh menyekat akaun media sosial anda serta-merta. Bukankah ini ciri- ciri sebuah negara diktator? Ini adalah perkara yang berlaku di Korea Utara sahaja. Kita bimbang Malaysia selepas ini akan muncul Korea Utara yang kedua.
Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa dan keselamatan kanak-kanak yang dijadikan alasan. Saya mencadangkan sepatutnya rang undang-undang ini merangkumi pendekatan age-appropriate design code seperti di United Kingdom. Pendekatan ini menghendaki platform menyediakan kawalan mesra kanak-kanak itu sendiri, terutamanya tetapan privasi automatik, kawalan ibu bapa yang jelas, pengiklanan diharamkan dan tiada ciri autoplay, algoritma yang menyebabkan kanak-kanak terus menonton atau bermain juga perlu dimansuhkan.
Kita perlu fokus kepada isu ini dan saya rasa kalau kita fokus pada isu ini sahaja ia tidak ada sebarang masalah. Tetapi dimasukkan pula dengan takrifan kandungan memudaratkan yang kabur dan subjektif. Siapa yang boleh mentakrifkannya? SKMM atau Menteri? Kita juga menjadi mangsa fitnah. Kami Perikatan Nasional. Kami nak minta, apakah jaminan kerajaan bahawa fitnah-fitnah yang ada dalam media sosial yang ada pada hari ini kepada kami tidak berterusan. Contohnya, ada orang mulakan fitnah, Perikatan Nasional dapat dana judi. Tetapi diheret dalam media sosial, diheret dalam segala macam siaran internet.
Sehingga ke hari ini, bagaimana kami nak pertahankan diri dengan kuat kuasa internet yang ada pada hari ini. Kami juga PAS difitnah dapat RM90 juta daripada UMNO yang sampai sekarang ini tidak dapat dibuktikan. Macam mana undang-undang yang ada ini dapat membela kami sebagai mangsa fitnah yang berlaku pada hari ini. Sebab itulah Yang di-Pertua, kita mencadangkan supaya rang undang-undang ini dapat ditarik balik dan dirujuk
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan melakukan proses konsultasi awam dan jangan kita mengheret Malaysia ke dalam era diktator digital dan saya Pasir Mas memohon untuk tidak menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini. Saya mendengar dengan tekun dan teliti pembentangan rang undang-undang ini oleh Yang Berhormat Menteri. Saya perlu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Menteri kerana kita lihat bahawa undang-undang ini menyeluruh, sempurna dan memang akan memastikan dan menjamin keselamatan masyarakat Malaysia, terutamanya golongan yang paling terbuka kepada apa-apa penganiayaan iaitu kanak-kanak.
Saya lihat bahawa undang-undang ini telah memberi penjelasan yang menyeluruh mengenai kandungan yang memudaratkan. Cumanya, saya ingin bertanya kepada Menteri, merujuk kepada Jadual Pertama yang memberi istilah kandungan yang memudaratkan.
Timbalan Speaker juga merupakan seorang peguam, mungkin boleh melihat kepada peruntukannya. Ia merangkumi kandungan fraud kewangan. Saya setuju. Maksudnya, adakah ia akan juga memastikan bahawa masyarakat kita juga akan terlindung daripada scammers?
Kita lihat saban hari, tiap-tiap hari ada kejadian yang dilaporkan dalam media sosial mengenai individu-individu yang telah pun bersara, yang kehilangan wang begitu besar.
Wang simpanan mereka seumur hidup, ratusan juta telah hilang melalui scammer-scammer yang memanggil mengatakan bahawa mereka panggil daripada balai polis, kononnya ada saman, kononnya ada sekatan LHDN, kononnya ada saman JPJ memberi nombor akuan dan meminta individu-individu untuk membuat bayaran untuk menyelesaikan kes tersebut.
Cumanya saya ingin menarik perhatian kepada menarik perhatian Menteri dan Timbalan Speaker kepada perkara ini. Dalam istilah kandungan memudaratkan, bagaimana pula dengan kandungan memudaratkan yang melibatkan perkara-perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama. Kita perlu memastikan bahawa sensitiviti keagamaan ini perlu dijamin di negara kita yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa. Saya ingin memberi contoh. Pagi tadi saya telah membangkitkan isu yang melibatkan Zamri Vinoth dan Firdaus Wong.
Saya juga ingin merujuk kepada satu lagi N. Ganesparan yang difahamkan tinggal di Germany yang kadangkala membuat kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan institusi diraja dan tidak menghormati institusi diraja. So, saya ingin bertanya kepada Menteri, sama ada ini juga perlu dimasukkan dalam kandungan yang memudaratkan. Apa-apa yang menyentuh sensitiviti agama, nombor satu, dan apa-apa yang menyentuh institusi diraja di mana individu-individu yang menggunakan talian untuk menghantar video, untuk menghantar
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
mesej melalui WhatsApp, untuk menghantar kandungan-kandungan rakaman suara mereka yang menghina agama, yang menghina institusi diraja di negara kita perlu juga ditangani melalui undang-undang ini.
Kerana saya lihat bahawa dewasa ini, individu-individu seperti melibatkan Zamri Vinoth, seperti Firdaus Wong, seperti Ganesparan boleh mengeluarkan video-video sekiranya dimuat naik dan dikongsi secara terbuka dalam kalangan masyarakat kita boleh mengganggu-gugat keamanan dan kesejahteraan di negara kita. Sebab itu saya ingin tanya kepada Menteri, sama ada perkara ini juga perlu diberi perhatian. Tetapi saya menyambut baik undang-undang ini adalah sesuatu yang perlu kita sokong kerana kita lihat bahawa kalau kita mengambil YouTube contoh handphone ini, kalau saya serahkan kepada kanak-kanak, kalau ditekan kepada YouTube itu, pelbagai perkara yang boleh dilihat melalui YouTube.
Contohnya, adegan-adegan yang ganas, adegan-adegan yang lucah, adegan- adegan pornografi boleh dilihat dalam YouTube. Jadi, bagaimanakah kita ingin menggunakan undang-undang ini? Saya percaya Menteri akan memberi penjelasan untuk menyekat kanak- kanak kita, terutamanya di bawah 16 tahun daripada terdedah kepada unsur-unsur yang tidak begitu sihat, yang negatif dan saya percaya bagi saya sebagai seorang backbencher, saya menyokong penuh dan memohon supaya perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasan saya ini diperjelaskan oleh Menteri.
Jelutong akan sentiasa menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Kuantan untuk membahaskan RUU Keselamatan Dalam Talian. Secara dasarnya kita perlu menyokong setiap usaha yang menjurus kepada penambahbaikan demi kemaslahatan rakyat dan juga orang ramai. Namun, saya melihat terdapat beberapa perkara dalam RUU ini yang perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Pertama, saya nak sentuh berkaitan tafsiran kandungan memudaratkan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Ia terlalu luas. Tidak mematuhi standard perlu dan berkadar dari segi undang-undang domestik dan antarabangsa untuk menjamin dan melindungi kebebasan ekspresi dan bersuara termasuk untuk kanak-kanak.
Seterusnya, saya mempunyai kemusykilan berkaitan perenggan lapan dalam Jadual Pertama yang menyebut kandungan yang mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam dan mengganggu ketenangan orang awam.
Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan jahat atau permusuhan dalam perenggan ini?
Ia selalu subjektif dan boleh membawa tafsiran yang berbeza dan pelbagai.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Seharusnya setiap perenggan dalam akta perlu mengelakkan menggunakan frasa yang kabur dan tidak jelas. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, seksyen 7 subseksyen (1) memberikan kuasa kepada Menteri untuk membatalkan pelantikan jawatankuasa bagi perenggan 5(2)(a),(j),(k) dan (l) tanpa memerikan apa-apa sebab.
Ia berbeza jika dibandingkan pada seksyen 42 dan seksyen 49 berkaitan dengan anggota tribunal, di mana pembatalan pelantikan atau penggantungan anggota tribunal atas sebab beberapa keadaan. Amalan biasa berkaitan perlucutan jawatan, hukumannya diambil apabila melakukan kesalahan atau disebabkan masalah kompetensi. Namun, pada subseksyen yang ini, sesuatu yang pelik apabila pembatalan atau pemberhentian anggota jawatankuasa dibatalkan tanpa sebab.
Apakah ini dinamakan tatakelola yang baik? Saya minta agar subseksyen ini juga dipinda mengikut amalan kebiasaan dalam pengurusan organisasi seperti termaktub dalam akta yang lain. Saya melihat kuasa Menteri dalam RUU ini terlalu luas termasuk dalam perkara berkaitan pembatalan pelantikan anggota jawatankuasa pada seksyen 5.
Kuasa untuk mengecualikan pada seksyen 71 dan kuasa untuk membuat peraturan pada seksyen 81. Namun, dalam beberapa seksyen, Menteri perlu mendapat pandangan sama ada daripada suruhanjaya seperti seksyen 82 ataupun dengan kelulusan pendakwa raya pada seksyen 74. Jadi, merujuk kepada seksyen 71, Menteri boleh membuat pengecualian kepada pemberi perkhidmatan aplikasi atau kandungan dengan mengeluarkan satu warta, apa keperluan seksyen ini yang mengaitkan kuasa Menteri dengan pemberi perkhidmatan.
Ia seolah-olah memberi satu gambaran, satu laluan atau jaminan kepada pemberi perkhidmatan dan saya melihat seksyen ini boleh menjadi ruang kepada konflik kepentingan.
Sepatutnya apabila pemberi perkhidmatan melakukan kesalahan dan tidak mematuhi kewajipan mereka seperti yang termaktub dalam RUU ini, mereka perlu melalui prosedur perundangan di mahkamah. Bukannya seperti atas tiket kuasa Menteri.
Demikian juga pada seksyen 81 yang memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan berkaitan. Kenapa pula dipusatkan kuasa kepada Menteri semata-mata dalam suatu perkara yang memerlukan tindakan menyeluruh? Jadi, klausa dalam seksyen ini menunjukkan seolah-olah ketidaksediaan pihak kerajaan dalam menyediakan panduan yang lebih jelas bagi perjalanan RUU ini.
Seterusnya, merujuk kepada seksyen 39 berkaitan penalti kewangan. Subseksyen
(2) memperuntukkan satu penalti kewangan tidak melebihi RM10 juta. Boleh dikenakan jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen tidak mematuhi mana-mana kewajipannya di bawah Bahagian III. Kadar maksimum RM10 juta mungkin dilihat sangat tinggi. Tetapi secara relatifnya, nilai tersebut mungkin tidak sepadan, setanding berbanding kerugian kepada pengguna yang terkesan.
Saya rujuk jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada pertengahan tahun ini. Sebanyak 14,490 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian melebihi RM581 juta direkodkan bagi Januari hingga 15 Jun lepas. Begitu banyak kes penipuan dalam
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
talian dan jumlah kerugian yang sangat besar. Di beberapa negara lain, kadar penalti yang dikenakan bagi organisasi yang melakukan pelanggaran data tertakluk kepada perolehan tahunan.
Contohnya di Singapore. Personal Data Protection Act menetapkan penalti sebanyak 10 peratus jika perolehan tahunan organisasi melebihi RM10 juta atau minimum RM1 juta.
Contoh lain, Meta Ireland disaman sebanyak EUR200 juta kerana pelanggaran di platform Facebook dan EUR180 juta bagi platform Instagram kerana melanggar peruntukan dalam akta GDPR.
Oleh itu, saya menggesa kadar penalti ini dikaji semula dan perlu diperketatkan mengikut realiti semasa. Akhirnya, selepas diteliti kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Yang Berhormat Menteri terlalu luas dan saya cadangkan agar ia ditambah baik dengan dirujuk kepada Jawatankuasa JKKP. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, mengikut maklumat dari laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, kerugian yang dicatatkan akibat daripada jenayah penipuan dalam talian ini dari Januari sehingga September tahun ini sahaja mencecah sehingga RM1.78 bilion. Ini bersamaan RM6 juta sehari. Ia dikatakan hampir menyamai peruntukan belanjawan Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2024 berjumlah RM1.79 bilion.
Akan tetapi, sejumlah sebesar ini dirompak dan diragut oleh para max scammers yang licik dalam memperbaharui modus operandi mereka. Bayangkan betapa ramai keluarga yang musnah akibat kehilangan simpanan peribadi, mereka yang terjerat dengan hutang serta terjerumus dalam kemurungan yang kronik akibat tertipu dengan sindiket-sindiket dalam talian ini.
Malah, ada mangsa-mangsa yang tertipu adalah daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, guru dan sebagainya. Oleh itu, RUU ini sangat penting dalam memastikan kebertanggungjawaban pihak penyedia platform aplikasi, aplikasi kandungan serta perkhidmatan rangkaian untuk memastikan perkhidmatan mereka sentiasa selamat untuk digunakan.
Oleh itu, saya mendukung Bahagian III fasal 13 yang mewajibkan pemberi perkhidmatan aplikasi dan aplikasi kandungan untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan. Juga fasal 19 yang mewajibkan mereka menyediakan mekanisme menjadikan kandungan yang memudaratkan ini tidak dapat diakses oleh pengguna.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang fasal 18. Berkenaan dengan kewajipan kepada penyedia perkhidmatan aplikasi untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak.
Kalau kita tengok had umur yang ditetapkan oleh platform social media ini, pengguna mestilah sekurang-kurangnya berusia 13 tahun. Namun, semua sedia maklum bahawa proses verifikasi pendaftaran akaun ini masih tidak benar-benar dapat menapis sekiranya pengguna itu benar-benar berumur 13 tahun dan ke atas.
Malah, jika kita lihat ada ibu bapa sendiri yang menipu umur dan membuka akaun untuk anak-anak mereka yang di bawah 13 tahun. Tambah membimbangkan lagi ialah ibu bapa yang menggunakan anak-anak mereka sebagai content untuk meningkatkan view di akaun ibu bapa sendiri. Maka, saya fikir kita perlu meningkatkan kawalan bukan sahaja terhadap pengguna kanak-kanak, penyedia platform serta pengguna dewasa yang lain, malah ada perlu ada mekanisme untuk menyekat ibu bapa ini daripada mempergunakan anak-anak mereka bagi tujuan komersial yang boleh dimanipulasi untuk tujuan yang memudaratkan.
Selain daripada itu, saya lihat dalam fasal 18(3)(b) ada peruntukan untuk mengehadkan keupayaan seseorang pengguna dewasa daripada berkomunikasi dengan kanak-kanak. Saya ingin bertanya, apakah sebenarnya bentuk komunikasi yang dibenarkan?
Bagaimanakah pihak MCMC atau penyedia platform dapat mengehadkan dan mengenal pasti siapakah orang dewasa yang berkomunikasi dengan kanak-kanak ini? Boleh jadi orang dewasa ini ialah ahli keluarga yang terdekat yang berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut.
Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan isu ini.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan takrifan kandungan memudaratkan seperti yang tertera dalam Jadual Pertama untuk perenggan tiga yang menyatakan kandungan lucah yang boleh menimbulkan perasaan jijik yang memberahikan dan boleh menyinggung adab kesopanan dan kehormatan seseorang serta perenggan empat, kandungan sumbang termasuk kandungan bersifat tidak senonoh, tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan atau budaya yang diterima umum.
Saya ingin bertanya, bagaimanakah pihak MCMC dapat memberikan garis panduan kepada pihak penyedia platform untuk menyemak sesuatu gambar atau video yang dimuat naik sebagai tidak senonoh dan tidak sopan. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri adalah turut mangsa dalam keadaan ini, di mana gambar-gambar saya yang banyak sangat diedit dan dijadikan pelbagai bentuk, rupa dan sebagainya.
Setiap kali saya mendapat DM atau pun orang tagged saya di gambar-gambar tersebut sama ada di platform X, Instagram atau pun di mana-mana platform, saya akan terus membuat laporan kepada MCMC. Tetapi, itu setiap kali kita buat laporan. Kalau kita tak buat laporan, masih ada sehingga hari ini. Jadi, oleh itu saya berharap akan ada tindakan yang tegas dan sebaiknya untuk memastikan perkara-perkara seperti ini tidak lagi berlaku.
Juga, akhir sekali saya merasakan bahawa kita perlu ada mekanisme untuk memberikan keupayaan yang lebih tinggi kepada komuniti dan masyarakat untuk membuat
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
kawalan dan semakan. Seperti kes abang bas yang viral baru-baru ini. Hanya setelah isu itu viral dan menjadi topik hangat di kalangan pengguna, barulah ia diambil tindakan. Jadi, maka kuasa semak dan imbang oleh pihak netizen ini sebenarnya sangat berkesan sekiranya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Namun begitu, ada juga nasihat kepada pihak netizen supaya tidaklah kita memberikan sokongan yang tidak sihat kepada mereka-mereka yang kononnya adalah mangsa seperti ‘abang bas’ viral ini ataupun ‘daddy hot’ yang menjadi isu yang sebelum- sebelum ini. Jadi, saya berharap daripada pihak saya, saya menyokong RUU ini. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, jiran saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ucapkan tahniahlah kepada kementerian dan juga kerajaan yang telah pun berusaha untuk mengawal selia dan juga memantau aktiviti dan transaksi dalam talian ini.
Yang kita paling risau bila mana mangsa-mangsa itu terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga emas yang terdedah kepada jenayah siber yang pada asalnya digunakan semua platform-platform ini untuk mendapatkan maklumat tetapi memandangkan maklumat yang ada ini terlalu mudah dan tidak ada siapa pun boleh mengatakan maklumat ini betul ataupun salah, maka ia menjadi rujukan dan akhirnya, kadang-kadang ianya menimbulkan masalah pula kepada pengguna.
Jadi, dalam rang undang-undang yang bersejarah ini, Yang di-Pertua, saya nampak banyak bentuk jenayah fizikal yang telah sekian lama berpindah ke platform dalam talian seperti Meta, Twitter dan TikTok, antaranya penyamaran dan kecurian identiti dan macam- macam lagi yang disebut oleh Menteri, saya harap ianya dapat dibendung.
Untuk pembuka, Ampang ingin bertanya ataupun mendapatkan kepastian daripada Menteri, sama ada penangguhan kelulusan Rang Undang-undang SKMM (Pindaan) 2024 baru-baru ini akan memberi impak terhadap rang undang-undang yang menjadi topik perbahasan kita pada hari ini? Sekiranya ya, mohon YB Menteri perincikan satu persatu dan langkah-langkah yang akan diambil sementara menunggu rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan.
Bahagian II, bila saya teliti, Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian amat dialu- alukan, yang mana struktur keanggotaannya yang rentas kementerian dan agensi kerajaan berkenaan kelihatan inklusif, seimbang dan saksama. Walau bagaimanapun, Ampang berpandangan bahawa bilangan yang dinyatakan itu― walaupun kita tengok dalam bill ini
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
ada kita kata fasal 5, Bahagian II yang pertama, kalau untuk mewakili kanak-kanak, kita nampak ia agak relevan iaitu suruhanjaya yang akan mewakili wakil suara itu.
Tetapi, untuk perkara (k) iaitu seorang wakil dalam kalangan orang kurang upaya, yang itu saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah mekanisme yang digunakan untuk pelantikan tersebut? Sama ada ia dipilih daripada individu, ataupun mewakili suara, ataupun satu proses di mana cadangan itu datangnya daripada suara ramai mereka yang dalam golongan OKU? Sebab, OKU pun banyak dia punya kategori. Saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri tentang perkara ini.
Seterusnya, bahagian yang ingin disinggung adalah Bahagian IV. Saya ingat, saya dengar Pasir Mas sebut tadi, sebenarnya apakah pilihan yang kita ada sekarang? Di satu sudut, ada masalah yang perlu kita tangani yang kadang-kadang kita pun bimbang, rimas dan sebagainya. Di satu sudut lagi, kita tengok anasir ini bertambah menjadi-jadi sampaikan kita tidak dapat orang kata, baru nak settle satu, datang lagi, datang lagi, datang lagi.
Jadi, Bahagian IV ini saya nampak walaupun banyak perkara yang telah dibuat dengan baik dan ianya agak jelas, rinci dan juga komprehensif, namun bahagian ini boleh ditambah baik sekiranya aspek ketelusan, tindak balas responsif, keanjalan, kebertanggungjawaban, kesaksamaan akan benar-benar dititikberatkan. Jadi, pengguna yang tidak berpuas hati atau terkilan sekiranya disediakan mekanisme dan saluran rungutan atau rayuan yang mudah, bersepadu, pantas, cekap dapat juga disediakan.
Oleh itu, saya melihat Bahagian VII ini iaitu penubuhan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, ini adalah amat-amat baik. Jadi, Ampang ― tetapi, walau bagaimanapun, Ampang khuatir akan ada timbul isu kelewatan pemprosesan kes-kes, malah ada backlog yang memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan.
Yang di-Pertua, saya juga merasakan Bahagian VIII, saya harap pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan supaya dapat dibuat dengan baik. Saya yakin walaupun kita memberikan kuasa kepada mereka, saya mengharapkan juga supaya semua pegawai- pegawai yang telah diberi kuasa ini bertanggungjawab dan ada penuh integriti. Oleh itu, kita mengharapkan juga supaya SKMM menitikberatkan juga supaya mereka ini diberikan satu latihan yang cukup dan dhomir ataupun CCTV dalaman mereka itu perlulah penting supaya tidak ada conflict of interest di dalam perkara ini.
Itu sahaja daripada Ampang. Besarlah harapan Ampang agar semua syor yang kita cadangkan tadi dapat dipertimbangkan. Dengan ini, Ampang menyokong usul Rang Undang- undang Keselamatan Dalam Talian 2024. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ampang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan RUU Keselamatan Dalam Talian 2024.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa terdapat kebimbangan awam di luar sana mengenai pertindihan perundangan kesalahan berkaitan siber ini meliputi keselamatan kawalan ke atas platform, keselamatan kanak-kanak sebagai pengguna aplikasi dalam talian serta keluasan bidang kuasa Menteri yang menuntut ketelusan tatakelola, akauntabiliti dan adil.
Soalan saya. Sejauh manakah penglibatan pemegang taruh seperti badan-badan bukan kerajaan, NGO, NGI yang mewakili segmen kumpulan pejuang hak kanak-kanak, orang kelainan upaya dan selainnya dalam diskusi dan advocacy penggubalan undang- undang ini? Apakah jaminan pihak kerajaan tentang tahap efficiency dan akauntabiliti penguatkuasaan undang-undang ini bagi mencapai sasaran untuk menjaga keselamatan pengguna aplikasi dalam talian? Berapakah jumlah kes yang terkait dengan keselamatan dalam talian dilaporkan sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada perbahasan RUU, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang terkandung di dalam undang-undang ini. Pertamanya, Bahagian II, seksyen 5(2)(a), Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari pihak kementerian, apakah kriteria utama dan spesifikasi pemilihan seorang pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa ini? Bagaimanakah kaedah pelantikan jawatan ini dibuat? Apakah terdapat sebuah mekanisme akauntabiliti yang memantau perjalanan jawatankuasa berkenaan agar bebas dari kawalan pendakwaan selektif dan telus?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapati bahawa terdapat dua seksyen yang menyentuh tentang elaun iaitu seksyen 6 dan seksyen 44. Seksyen 6 menyatakan tentang elaun bagi anggota Jawatankuasa, manakala seksyen 44 pula menyatakan elaun bagi anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian.
Dalam hal ini, bolehkah kementerian menyatakan apakah skim yang diguna pakai oleh Menteri untuk mengesyorkan sejumlah elaun kepada anggota Jawatankuasa dan juga elaun anggota Tribunal berkenaan? Apakah Menteri, selepas mendapat pandangan daripada pihak KESUMA, akan berunding dengan Menteri Kewangan bagi mendapatkan amaun yang berpatutan berdasarkan tugas Jawatankuasa atau anggota Tribunal berkenaan? Setakat manakah kuasa Menteri yang dihadkan untuk berunding dengan Menteri Kewangan sebelum mendapat sesuatu kelulusan jumlah amaun berkenaan?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah maksud di dalam seksyen 11(1) yang menyatakan bahawa “Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya seberapa kerap sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi” di sini merujuk mempengerusikan mesyuarat setiap minggu atau setiap bulan atau selepas menerima laporan dari pihak pengguna baru diadakan mesyuarat?
Atau apakah bila ada laporan, baru bermesyuarat? Sekiranya istilah ‘kerap’ ini tidak dispesifikkan, saya amat bimbang bahawa mangsa atau pengguna aplikasi yang tertekan emosinya boleh mengambil tindakan di luar akal waras seperti mencederakan diri atau
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
berada di bawah tekanan stres yang melampau seperti kata pepatah, “Sudah terhantuk baru tengadah”. Apakah terdapat pemantau yang aktif menganalisa keberkesanan fungsi Jawatankuasa ini supaya ia mencapai objektif yang dikehendaki?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya mengenai Bahagian IV – Pelaporan Kandungan Memudaratkan, mulai seksyen 21 hingga 30. Apakah dengan pengenalan RUU Keselamatan Dalam Talian ini akan memansuhkan undang-undang sedia ada yang terkait dengan pelaporan kandungan aplikasi yang memudaratkan seperti aktiviti judi atas talian?
Sebagai contoh, mutakhir ini bentuk aktiviti perjudian telah beralih daripada berbentuk terbuka di premis-premis kepada bentuk dalam talian. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil keputusan menutup sepenuhnya premis judi, walaupun dicabar oleh pihak tertentu, menerusi saluran perundangan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Sebelum ini mahkamah merujuk kesalahan judi dalam talian di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289] atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau lain-lain akta yang berkaitan PBT atau lain-lainnya. Oleh itu, apakah dengan penggubalan RUU ini, pemakaian akta-akta yang bersangkutan akan gugur atau tidak terpakai ke atas sesuatu kes?
Apakah pihak kementerian bercadang untuk membuat semakan semula undang- undang sedia ada supaya wujud penyelarasan undang-undang dari segi teknikal, penguatkuasaan serta hukuman ke atas pesalah yang dijatuhi hukuman dan terpenting adalah supaya ia tidak berlaku pertindihan dalam pemakaian undang-undang?
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, setakat manakah kategori penggunaan kandungan yang memudaratkan dalam Jadual Pertama menepati maksud menjaga keselamatan kanak- kanak sebagai pengguna aplikasi seperti yang terkandung di dalam seksyen 18? Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Rang Undang-undang Keselamatan dalam Talian satu RUU penting yang bertujuan untuk mencipta ruang digital yang lebih selamat untuk setiap lapisan masyarakat. RUU ini mencerminkan tanggungjawab kolektif kita untuk melindungi rakyat kita, terutamanya anak- anak kita daripada ancaman dunia dalam talian. Namun, dalam kita mendukung objektif mulia ini, kita juga harus berbincang dengan jujur mengenai keperluan untuk mengekalkan kebebasan bersuara dan juga kebebasan ekspresi yang kita junjung.
Dunia digital kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan kita, menawarkan peluang besar untuk berhubung, belajar dan menjalankan perniagaan. Namun, ruang ini juga membawa ancaman kandungan berbahaya, buli siber dan juga eksploitasi. Awal tahun ini terdapat kes buli siber terhadap seorang wanita berusia lewat 40-an dari Puchong yang cuba membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber. Pada tahun 2021 pula, polis berjaya
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
menangkap enam individu. Mereka menyantuni dan rogol seorang kanak-kanak. Cukup jijik.
Jadi dalam hal ini, binatang pun lebih beradab.
Fasal 18 dalam RUU ini sebagai contoh, mewajibkan langkah-langkah yang kukuh untuk melindungi kanak-kanak dalam talian dan juga memastikan mereka tidak terdedah kepada kandungan berbahaya atau ancaman pemangsa. Kita tidak boleh memandang remeh kepentingan fasal ini kerana ia juga memberi kuasa kepada ibu bapa dengan tetapan untuk melindungi anak-anak mereka daripada bahaya, sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk melibatkan diri secara yang positif dalam ruang digital. Jadi, kepada ibu bapa yang berada dalam Dewan dan juga yang sedang menonton, pantaulah kegiatan sosmed anak-anak yang di bawah umur dengan teliti.
Sama pentingnya ialah fasal 13 dan 16 yang mewajibkan penyedia perkhidmatan untuk mengurangkan risiko dan juga mewujudkan mekanisme untuk melaporkan kandungan berbahaya. Ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk mencipta ekosistem digital yang bertanggungjawab, di mana pengguna mempunyai kuasa untuk mencabar kandungan. Tetapi saya musykil dan juga ingin bertanya. Memandangkan potensi kandungan berbahaya merentasi sempadan, apakah langkah yang ada untuk menangani ketidakpatuhan antarabangsa oleh penyedia perkhidmatan yang beroperasi di luar Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua, walaupun RUU ini adalah amat penting, kita juga perlu berhati- hati. Internet secara semula jadi berkembang sebagai sebuah platform untuk dialog terbuka, kreativiti dan juga pertukaran idea secara bebas. Ia adalah ruang di mana suara yang terpinggir dapat didengari, di mana wacana boleh mencabar status quo dan di mana nilai- nilai demokrasi dapat berkembang. Namun, dalam menggubal undang-undang untuk menangani kandungan berbahaya, kita harus bertanya, di manakah kita harus menarik garis antara pengawalan yang perlu dan juga keterlaluan?
Tambahan pula, fasal 39 mengenakan penalti besar terhadap ketidakpatuhan untuk penyedia perkhidmatan. Walaupun akauntabiliti adalah penting, adakah kita menyediakan penyedia perkhidmatan kecil dengan sumber dan juga sokongan yang memenuhi keperluan kita ini? Adakah kita secara tidak sengaja mencipta halangan yang boleh menghalang inovasi dan juga kepelbagaian dalam ekonomi digital?
Tuan Speaker, sebagai penggubal undang-undang, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan RUU ini mencerminkan keperluan keselamatan dan kebebasan. Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, untuk menjelaskan langkah-langkah untuk mencegah sebarang penyalahgunaan. Adakah ada audit berkala dan juga pengawasan untuk memastikan pematuhan?
Jadi, sebagai kesimpulan, RUU ini sebenarnya mewakili satu detik transformasi dalam usaha kita untuk melindungi rakyat. Namun, dalam kita menggubal undang-undang untuk keselamatan, kita juga perlu mengukuhkan komitmen kita terhadap kebebasan. Kita perlu memastikan RUU ini bukan sahaja menjadi perisai tetapi juga mercu tanda untuk nilai- nilai demokrasi dalam era digital. Dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Penggunaan media sosial semakin berkembang seiring perkembangan semasa. Namun, ramai tidak menyedari bahawa secara tidak langsung mereka juga semakin terdedah kepada bahaya lain seperti kegiatan jenayah siber. Antara aktiviti jenayah di platform media sosial adalah seperti scam atau penipuan, judi dalam talian, buli siber dan kandungan dan bahan- bahan lucah.
Pada masa ini, tiada sebarang akta atau undang-undang khusus yang merujuk kepada sebarang hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di media sosial, terutamanya yang melibatkan isu jenayah seperti jenayah siber dan juga buli siber. Akibatnya, ramai yang menyalahgunakan ruang di media sosial untuk melakukan perlakuan jelik, aktiviti penipuan, memuat naik kandungan yang tidak bermoral dan melakukan kegiatan buli kepada individu yang tidak disukai, walaupun tidak mengenali individu tersebut.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, mencatatkan enam kategori di bawah jenayah dalam talian iaitu jenayah eDagang sebanyak 33.2 peratus, jenayah telekomunikasi 30 peratus, pelaburan tidak wujud 15.6 peratus, pinjaman tidak wujud 12.3 peratus, eKewangan 6.1 peratus dan love scam sebanyak 2.7 peratus. Malaysia sememangnya mempraktikkan amalan kebebasan bersuara. Namun, ia seharusnya dilakukan dengan integriti dan moral yang baik dan bukan bertujuan mengaibkan pihak lain atau mengundang kebencian dan ketidaktenteraman.
Ada pihak yang mengatakan pelaksanaan undang-undang ini bertujuan mengekang kebebasan bersuara kerana akan menyekat kandungan yang tidak sepatutnya. Mereka beranggapan kerajaan akan menghalang kandungan yang tidak disukai oleh kerajaan dan tidak adil dalam menentukan kandungan yang dibenarkan untuk dimuatkan. Tetapi hakikatnya, pengenalan rang undang-undang ini bukan untuk mengekang suara rakyat tetapi sebaliknya, bertujuan mengekang perlakuan penjenayah yang sedang memanipulasi dan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah, terutamanya di media sosial. Ini jelas di bawah Bahagian III, fasal 13 hingga 20 yang memberikan pencerahan kepada perkara- perkara tersebut.
Kerajaan juga menerusi agensi yang berkenaan perlu meningkatkan lagi pemantauan dalam mengesan dan menyiasat aktiviti jenayah dalam talian serta lebih proaktif terhadap setiap aduan yang diadukan sama ada menerusi panggilan telefon ataupun aduan di media lain seperti e-mel dan mesej atau komen di media sosial mereka. Kerajaan juga seharusnya mengambil kesempatan menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI untuk mengesan sebarang perlakuan jenayah dalam talian, sekali gus menyekat dan membanteras secara automatik sedemikian. Pelaksanaan akta ini mampu membantu
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
memperkasakan lagi ketenteraman awam dan memastikan keselamatan dalam talian dapat dipertingkatkan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu lebih berhati-hati dan teliti supaya tiada yang memanipulasikan tindakan atau pelaksanaan berkaitan undang- undang ini dikaitkan dengan menyekat kebebasan bersuara dan hak asasi rakyat. Ini memandangkan isu kebebasan bersuara adalah perkara yang sensitif dan pindaan yang dilakukan adalah bertujuan melindungi rakyat daripada isu jenayah siber dan bukannya menyekang kebebasan bersuara. Sekian Tuan Yang di-Pertua, Pekan mohon menyokong.
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Pekan.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa isu yang saya perlu ketengahkan dalam perbahasan ini. Yang pertama, risiko penyalahgunaan kuasa. RUU ini memperuntukkan kuasa amat luas kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berdasarkan seksyen 30, SKMM diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan, mengumpul maklumat dan menyimpan dokumen tanpa kawalan semak dan imbang yang mencukupi.
Walau bagaimanapun, SKMM adalah badan berkanun dan bukannya sebuah badan yang bebas sepenuhnya. Segala keputusan yang diambil oleh SKMM tertakluk kepada arahan menteri.
Secara tidak langsung langkah ini akan membuka ruang kepada risiko campur tangan politik sekali gus boleh digunakan untuk menyekat sebarang pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak termasuk media, aktivis dan rakyat Malaysia. Pendakwaan yang selektif dan bermotifkan politik tidak mustahil akan berlaku. Oleh itu saya mencadangkan agar penubuhan sebuah Suruhanjaya Keselamatan Dalam Talian yang bebas dan tidak terikat dengan kerajaan perlu dipertimbangkan agar ia benar-benar adil dan saksama.
Kedua, kelompangan dalam perlindungan kanak-kanak dan buli siber. RUU ini juga memperkenalkan langkah-langkah untuk menangani bahan penganiayaan seksual kanak- kanak. Namun langkah-langkah tersebut masih tidak mencukupi untuk memastikan perlindungan yang menyeluruh. Oleh itu, kerjasama bersepadu antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat diperlukan. Selain itu, jenayah siber buli kanak-kanak ini sangat berleluasa dalam keadaan media massa adalah medium utama yang digunakan pada masa kini termasuk kanak-kanak.
Di United Kingdom melalui Online Safety Bill, peraturan ketat kepada syarikat teknologi telah dikenakan untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan yang memudaratkan seperti pornografi, dan buli siber dan mereka juga diwajibkan untuk
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
menyediakan mod kanak-kanak. Selain itu, platform perlu menyediakan ruang terkawal untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun di mana semua kandungan diperiksa terlebih dahulu sebelum dipaparkan dan akaun kanak-kanak secara automatik ditetapkan daripada mod privacy yang maksimum.
Sistem penapisan automatik juga digunakan bagi menghalang paparan kandungan berbahaya kepada pengguna muda. Langkah-langkah ini amat wajar dicontohi di Malaysia bagi memastikan siber buli di kalangan kanak-kanak ditangani secara holistik sekali gus keselamatan dalam talian juga turut terjamin.
Yang ketiga, pendekatan yang terlalu bertumpu kepada kawalan kandungan.
Seksyen 13(3) menyatakan bahawa langkah yang diambil tidak boleh mengehadkan suara pengguna secara tidak munasabah atau tidak berkadaran. Namun, definisi tidak munasabah tidak dijelaskan menyebabkan ia membuka ruang kepada interpretasi subjektif.
Akhir sekali pada seksyen 19 iaitu mewajibkan penyedia perkhidmatan untuk memastikan kandungan memudaratkan prioriti tidak dapat diakses, tetapi mekanisme pelaksanaan dan penguatkuasaan masih kabur.
Tuan Yang di-Pertua, RUU ini mempunyai implikasi besar kepada kebebasan bersuara dan juga keselamatan rakyat dalam talian. Oleh itu, sebagai penggubal undang- undang adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap peruntukan undang- undang melindungi dan memanfaatkan rakyat bukan menindas. Justeru, saya mencadangkan dan menyeru agar Dewan ini mengambil langkah bijaksana dengan merujuk RUU ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk penambahbaikan menyeluruh. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk bahas Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024 hari ini. Saya ingin mengalu-alukan usaha Kerajaan Malaysia MADANI untuk menggubal satu rang undang- undang untuk melindungi pengguna media sosial di Malaysia. Sudah tiba masa untuk kita pastikan platform-platform-platform media sosial yang mempunyai berjuta-juta pengguna bertanggungjawab atas keselamatan pengguna semasa mereka untung berbilion-bilion ringgit di Malaysia.
Bagi saya, rang undang-undang ini adalah jelas bahawa kita mahu pemberi perkhidmatan aplikasi serta pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan bertanggungjawab atas keselamatan platform mereka. Paling penting sekali, Malaysia bukan negara pertama dan bukan negara satu-satunya yang menggubal akta yang sama. UK, Australia, Singapura, Kanada pun sudah gubalkan akta yang sama.
Ketiga, negara yang maju tersebut menggubal akta yang sama, tiada orang melabelkan mereka sebagai atau mahu jadi seperti China atau Korea Utara pun. Itu saya
Puan Wong Shu Qi - Kluang
langsung tak faham kenapa ada Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang ambil kedua- dua negara tersebut berbanding negara kita sendiri. Ini adalah satu perbandingan yang salah, tak setaraf pun. Objektif rang undang-undang ini secara jelasnya bukan menyekat kebebasan bersuara. Namun ia hanya mahu mengatasi masalah seperti fraud kewangan, buli siber, pedofilia dan sebagainya.
Misalnya fraud kewangan, kesemua pemberi perkhidmatan aplikasi ini mengizinkan sindiket-sindiket beroperasi melalui platform mereka. Kalau sindiket mengiklankan dalam aplikasi atau platform tersebut, syarikat media sosial ini untung lagi berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Dari mana wang tersebut? Syarikat sindiket ke? Itu wang rakyat Malaysia dan juga sindiket yang jual gambar-gambar kanak-kanak. Gambar siapa? Gambar kanak-kanak kita. Jadi kita sebagai penggubal akta, kita seharusnya bertanggungjawab untuk melindungi rakyat Malaysia dan semua syarikat ini, semua platform ini mereka untung atas data pengguna. Data kita, kita daftar diri sendiri dalam platform mereka, mereka daftar kita dan kita jadi target untuk diiklankan. Jadi rakyat Malaysia menggunakan aplikasi mereka, sumbang data peribadi kita sendiri supaya syarikat semua ini boleh untung atas pengiklanan.
Akhirnya kita tidak boleh mengawal selia apa yang berlaku atas platform mereka.
Bukan katanya kita hendak sekat, kita hendak kawal selia, kita hendak control semua sepenuhnya, bukan. Bukan katanya kita hendak tentukan setiap posting. Bukan. Kita hanya hendak pastikan, hendak mahu minta syarikat-syarikat semua multinasional ya, platform yang besar itu mengikut undang-undang negara kita. Melindungi keselamatan pengguna dari Malaysia. Pastikan tiada aktiviti yang secara jelasnya melanggar undang-undang negara kita. Ini sahaja. Jadi saya tidak menafikan mungkin ada kerisauan, ada kebimbangan antara kalangan NGO yang ingin memperjuangkan kebebasan bersuara. Itu saya pun ingin meminta Menteri menjelaskan bagaimana dengan rang undang-undang ini, pemberi perkhidmatan aplikasi akan memitigasikan risiko melalui pemerkasaan pengguna. Memastikan ketelusan algorithm dan menerima pakai ciri-ciri safety by design.
Misalnya pada peringkat awal pembangunan Facebook, ia hanya adalah platform untuk pengguna menghubungi dengan rakan-rakan, saudara-mara dan mungkin cari kawan- kawan sekelas lama-lama dahulu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tetapi sekarang kesemua social media ini telah jadi platform yang besar, guna data peribadi pengguna untuk keuntungan. Kita yang diguna tetapi kita tak boleh kawal selia. Jadi dengan ada rang undang-undang ini, saya ingin minta pandangan Menteri bahawa bagaimanakah rang undang-undang akan menggalakkan semua syarikat ini ada ciri-ciri safety by design dan khususnya algorithm yang tidak menggalakkan pluralisme di masyarakat kita tetapi menggalakkan lebih banyak mungkin conversation supaya ketenteraman masyarakat kita terjamin.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kluang, Kluang minta sedikit boleh?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah habis masa, YB Shah Alam.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Mohon Tuan Yang di-Pertua mungkin boleh bagi sedikit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh, boleh.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih, Kluang. Saya tertarik dengan kenyataan Kluang tadi bila menyebut tentang pembangkang. Saya ingin bertanya kenapakah bila Rang Undang-undang Keselamatan Atas Talian ini dikemukakan, kenapakah pihak pembangkang seolah-olahnya mengingatkan bahawa ia digunakan hanya untuk mengekang kebebasan mereka? Sedangkan apa yang kita kemukakan untuk yang lebih luas lagi untuk melindungi dan melaksanakan langkah-langkah mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan yang memudaratkan untuk seluruh rakyat Malaysia negara kita ini. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, soalan Shah Alam. Itulah saya mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Dewan yang mulia ini. Kita perlu belajar tentang dunia online, dunia dalam talian ini. Adalah sangat-sangat penting supaya kita faham barulah kita dapat menggubalkan satu akta rang undang-undang yang sesuai supaya generasi yang akan datang dalam negara kita tidak terancam dan masyarakat kita, ketenteraman masyarakat kita terjamin bukan hendak sekat kebebasan suara mana-mana pihak.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, sudah habis masa.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kita hanya hendak pastikan ketenteraman masyarakat kita terjamin, itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Seorang Ahli
Steady Jempol.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih, Tuan Speaker.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Speaker, terlebih dahulu di kesempatan ini saya dengan sukacitanya mengalu-alukan rombongan kehadiran pelajar Tingkatan 6 dan guru-guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih Palong, Jempol, Negeri Sembilan. Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk] Ado rojoki kito jumpo petang ini.
Saya ditemankan oleh sahabat saya Kuala Pilah dan juga Tampin. Terima kasih. Tiga serangkai.
[Dewan riuh]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tiga serangkai.
[Ketawa]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pengenalan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 adalah bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian dengan mengawal selia kandungan yang memudaratkan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ini adalah usaha yang wajar dalam meletakkan accountability dan bertanggungjawab kepada syarikat pemberi perkhidmatan seperti Facebook, Instagram dan juga TikTok dan kandungan atas talian supaya memantau sebarang kandungan yang memudaratkan negara kita. Jempol sudah tentu menyokong usaha ini namun terdapat beberapa isu yang perlu diberikan jawapan dan maklum balas oleh pihak kerajaan berkaitan akta baharu ini iaitu seksyen 18 melindungi kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, Jempol merujuk seksyen 18 yang memperuntukkan kewajipan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi dan kandungan berlesen untuk melindungi keselamatan dalam talian bagi pengguna kanak-kanak. Erti sini memang sudah menjadi terma dan syarat aplikasi seperti TikTok dan Instagram yang mana ia hanya boleh didaftar dan diakses oleh pengguna berumur 13 tahun ke atas. Persoalan Jempol, bagaimanakah kerajaan boleh menguatkuasakan peruntukan ini sedangkan kita boleh lihat masih ramai di kalangan pengguna aplikasi seperti TikTok dan Instagram adalah kanak-kanak di bawah umur 13 tahun?
Seterusnya isu berkenaan kandungan lucah dan scam dalam aplikasi komunikasi.
Kini terdapat trend baharu iaitu golongan tidak bertanggungjawab. Ia menjual kandungan lucah dengan menawarkan akses melalui aplikasi group Telegram tertutup. Apabila sekian bayaran dibuat, pelanggan diberi akses untuk menonton kandungan lucah yang pelbagai dalam group eksklusif tersebut. Ada juga golongan scammer yang secara tiba-tiba memasukkan akaun Telegram pengguna kepada group Telegram scam melibatkan pelaburan saham yang tidak wujud dengan niat memperdaya pengguna tersebut.
Seterusnya terdapat banyak laporan berkenaan sindiket pemerasan video lucah menggunakan aplikasi komunikasi seperti Telegram, MiChat, WeChat dan sebagainya.
Dalam isu ini Jempol merujuk seksyen 2(2) dan 2(3) yang memperuntukkan bahawa akta ini tidak terpakai bagi ciri-ciri pesanan peribadi termasuk kepada sebilangan penerima yang khusus dan terhad dalam apa-apa perkhidmatan aplikasi dan aplikasi kandungan.
Persoalan Jempol adakah akta ini tidak terpakai kepada penyedia aplikasi seperti Telegram, MiChat, WeChat dan sebagainya sedangkan banyak isu berkenaan kandungan memudaratkan wujud dalam aplikasi ini? Apakah tindakan selanjutnya pihak kerajaan dalam mengawal selia dan membasmi kandungan berunsur lucah dan fraud kewangan serta memudaratkan dalam aplikasi komunikasi tadi?
Tuan Yang di-Pertua, kita amat bersimpati dengan perjuangan Palestin dan mengecam keras tindakan genosid Zionis Israel. Namun, apabila kita menzahirkan sokongan di media sosial melalui Facebook dan Instagram, ia sering dipadam oleh syarikat Meta dengan alasan menyokong pertubuhan pengganas. Malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah dianiaya oleh Meta yang memadamkan hantaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap pejuang Palestin, Allahyarham Ismail Haniyeh di platform Facebook dan Instagram pada 14 Mei dan 30 Julai lepas.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Persoalan Jempol adakah dengan seksyen 27 akta ini, SKMM mempunyai kuasa mengarahkan syarikat penyedia aplikasi seperti Meta agar tidak sewenang-wenangnya memadam hantaran dengan alasan yang tidak munasabah. Memandangkan penyedia aplikasi seperti Meta menggunakan kecerdikan buatan (AI) dalam mengesan perkataan sensitif seperti Palestin dan Hamas dalam hantaran pengguna, adakah SKMM dengan akta ini boleh mengarahkan agar setting AI tersebut dipinda agar tidak mengganggu atau memadamkan hantaran secara automatik berkaitan Palestin misalnya untuk pengguna Facebook di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, maka dengan itu Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufin Walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih, Yang di-Pertua. Hari ini saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang boleh dianggap kritikal dalam landskap digital kita. Satu krisis yang mengancam sendi kepercayaan dan keselamatan rakyat Malaysia.
Pertamanya, saya ingin menyentuh berkenaan kesan ekonomi yang membimbangkan daripada penipuan dalam talian. Berdasarkan statistik terkini, Malaysia telah menderita kerugian mencecah RM1.22 bilion antara Januari hingga Oktober tahun lalu akibat pelbagai jenayah dalam talian. Ini adalah gambaran mimpi yang hancur dan kemusnahan kewangan keluarga Malaysia yang biasa.
Keduanya saya ingin menekankan ancaman peperangan psikologi siber melalui akaun palsu dan kempen penghinaan yang terkoordinasi. Platform digital telah menjadi kawasan pembiakan aktor berniat jahat yang secara sistematik menyebarkan cerita palsu khususnya mensasarkan wacana politik dan pentadbiran nasional kita. Penyebaran pasukan siber yang teratur untuk menyebarkan narasi palsu bukan sekadar isu komunikasi. Ia adalah serangan langsung terhadap prinsip dialog demokrasi dan discourse awam yang bermaklumat.
Narasi yang dibuat-buat ini bertujuan untuk menyebarkan perpecahan, memanipulasi pendapat awam dan meruntuhkan asas institusi demokrasi kita. Perundangan digital kita perlu berkembang untuk menjadi perisai kepada yang lemah, bukan senjata untuk penindasan. Kita memerlukan kerangka yang komprehensif, tepat dan beretika yang melindungi hak individu sambil memerangi ancaman digital.
Respons kita terhadap cabaran digital akan mentakrifkan masa depan negara kita.
Kita mesti mereka bentuk perundangan yang tepat dalam kepersisan, penyayang dalam pendekatan dan tidak berkompromi dalam komitmen untuk melindungi hak asasi setiap rakyat Malaysia terhadap keselamatan dan martabat.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Dalam konteks ini, perlu diberi perhatian kepada suara masyarakat sivil. Online Safety Advocacy Group (OSAG), satu gabungan 18 NGO dan individu telah mengambil langkah proaktif dengan menghantar memorandum bersama pada 8 Oktober 2024 dan 11 November 2024 kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.
Memorandum ini bertujuan memberikan maklum balas terperinci mengenai cadangan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024 dengan fokus utama untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara, hak kanak-kanak, kesaksamaan gender dan hak wanita.
OSAG juga telah mengenal pasti beberapa kelemahan kritikal dalam rang undang- undang ini termasuk kekaburan dasar dan pertukaran yang berbeza daripada janji kerajaan sebelumnya. Mereka mencadangkan agar rang undang-undang sama ada ditarik balik atau dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk penambahbaikan menyeluruh.
Kumpulan ini turut menekankan keperluan merujuk Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian kepada Jawatankuasa Pilihan Khas memandangkan ia berkait rapat dengan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 yang baru-baru ini ditangguhkan untuk bacaan keduanya.
Dalam usaha untuk memastikan kerangka undang-undang digital yang komprehensif dan pelbagai kepentingan, antaranya persoalan struktur dan fungsi badan penguat kuasa yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024 memerlukan penelitian mendalam.
Bantahan utama berkisar kepada kedudukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebagai badan penguat kuasa. Terdapat kebimbangan bahawa badan ini tidak mempunyai kebebasan yang mencukupi, berpotensi untuk dikuasai oleh Menteri dan mungkin tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk menangani kompleksiti isu keselamatan digital.
Kritikan mendalam mencadangkan bahawa kuasa untuk mengawal, menguatkuasakan undang-undang dan mempromosikan keselamatan dalam talian mestilah dipegang oleh sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas, berkepakaran, telus dan bertanggungjawab. Hal ini penting kerana kuasa sedemikian berpotensi untuk mempengaruhi hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Lebih lanjut, walaupun RUU Keselamatan Dalam Talian 2024 ini mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian, peranan jawatankuasa ini didapati terlalu lemah. Jawatankuasa ini hanya diberi kuasa untuk memberi nasihat dan syor kepada SKMM tanpa jaminan bahawa nasihat tersebut akan dipatuhi atau dilaksanakan.
Oleh itu, pihak berkepentingan mencadangkan agar RUU Keselamatan dalam Talian 2024 ini sama ada ditarik balik atau dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk kajian semua secara menyeluruh.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Cadangan konkrit termasuk penubuhan suruhanjaya keselamatan dalam talian yang benar-benar bebas dengan struktur yang direka untuk memastikan perlindungan hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan digital. Melalui pendekatan yang berhemah dan berpusatkan kepada hak asasi, kita dapat membina kerangka undang-undang digital yang melindungi kepentingan rakyat sambil mengekalkan semangat demokrasi dan kebebasan bersuara.
Masa untuk langkah reaktif telah berlalu. Kita memerlukan tadbir urus digital yang proaktif, cerdas dan berpusatkan manusia.
Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Saya seterusnya menjemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Dalam sejarah hari ini, Sri Gading dan Pekan membahaskan rang undang-undang yang sama. Jadi, kami duduk berdua tak akan berpisah.
Terlebih dahulu, Sri Gading ingin merakamkan penghargaan kepada kementerian atas pembentangan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024. Undang-undang ini amat penting dalam menghadapi ancaman jenayah dalam talian yang semakin meningkat sekali gus melindungi keselamatan rakyat serta memastikan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
Berdasarkan statistik terkini, Malaysia telah merekodkan kerugian sebanyak RM1.22 bilion akibat jenayah dalam talian antara Januari hingga Oktober tahun ini. Jenayah ini merangkumi telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang serta pinjaman dan pelaburan yang tidak wujud.
Tambahan pula, sebanyak 62,833 kandungan berunsur scam, 2,165 kandungan berunsur pelacuran, 185,858 kandungan berkaitan judi dalam talian, 1,947 kandungan berunsur lucah dan 1,387 kandungan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak telah diturunkan di media sosial dalam tempoh yang sama.
Statistik ini menunjukkan tahap kemudaratan dalam talian yang amat serius dan mendesak keperluan untuk langkah kawalan selia yang lebih ketat dan kukuh. Seksyen 13 hingga 20, Bahagian III – Kewajipan Penyediaan Perkhidmatan, di mana seksyen ini mewajibkan semua penyedia perkhidmatan untuk menyediakan pelan keselamatan dalam talian bagi mengurangkan risiko kandungan memudaratkan.
Kedua, melaksanakan mekanisme untuk memantau dan menapis kandungan yang berbahaya termasuk scam, judi dan eksploitasi kanak-kanak. Sri Gading dapati tidak dinyatakan penalti yang jelas untuk penyediaan perkhidmatan yang gagal mematuhi garis panduan ini yang boleh melemahkan penguatkuasaan. Cadangan daripada Sri Gading
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
supaya menyediakan inisiatif, menetapkan penalti tegas dan spesifik bagi penyedia yang enggan mematuhi pelan keselamatan yang telah ditegaskan.
Kedua, persoalannya, bagaimana kerajaan akan memastikan semua penyedia perkhidmatan termasuk syarikat kecil mampu melaksanakan pelan keselamatan ini tanpa membebankan kos operasi mereka? Cadangan Sri Gading supaya kerajaan menyediakan insentif seperti rebat cukai kepada penyedia perkhidmatan tempatan yang melabur dalam teknologi keselamatan siber.
Fasal 21 hingga 29, Bahagian IV – Pelaporan Kandungan Memudaratkan, di mana fasal ataupun seksyen ini memperuntukkan mekanisme untuk pengguna melaporkan kandungan berbahaya kepada penyedia perkhidmatan atau terus kepada suruhanjaya.
Kandungan tersebut boleh diturunkan jika didapati melanggar undang-undang.
Persoalannya, bagaimana kerajaan akan memastikan laporan kandungan memudaratkan diproses dengan pantas terutama apabila melibatkan kandungan yang membahayakan kanak-kanak? Mekanisme pelaporan ini memerlukan garis panduan yang lebih jelas agar tidak disalahgunakan untuk melaporkan kandungan yang sah ataupun kritikan yang berasas.
Cadangan daripada Sri Gading, memperkenalkan sistem automatik berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan kandungan memudaratkan secara proaktif selain menangani laporan pengguna dengan cepat, melibatkan badan bebas untuk menyelia proses pelaporan kandungan bagi memastikan ketelusan dan keadilan.
Fasal 18 – Perlindungan Kanak-kanak, di mana fasal ini menumpukan kepada langkah perlindungan kanak-kanak termasuk penyesuaian sistem saranan platform digital untuk menghalang pendedahan kepada kandungan berbahaya. Kawalan komunikasi antara pengguna dewasa dan kanak-kanak di platform dalam talian.
Persoalan di sini, apakah strategi kerajaan untuk memastikan teknologi perlindungan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh termasuk di platform antarabangsa yang beroperasi di Malaysia?
Cadangan daripada Sri Gading, supaya menggalakkan kerjasama dengan platform antarabangsa untuk mengadaptasi langkah-langkah ini di peringkat global, melibatkan ibu bapa dan penjaga dalam kempen pendidikan digital untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian.
Sri Gading menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil bahagian dalam membahas rang undang-undang ini dan saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia kepada kontroversi yang tercetus daripada pengenalan rang undang- undang ini.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Pertama, terdapat kegusaran terhadap sekatan atau censorship. Walaupun rang undang-undang ini berlapikkan keselamatan, kerajaan kini mampu melaksanakan kawalan yang berlebih-lebihan terhadap kandungan dan talian ini diterjemahkan dalam bentuk kuasa yang diberikan kepada SKMM untuk menyekat kandungan-kandungan yang absah tetapi mungkin diterjemahkan sebagai kandungan yang berbahaya.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
SKMM juga mempunyai kata putus dalam penentu sama ada satu-satu kandungan itu harus disekat atau tidak, meskipun penyedia kandungan tidak bersetuju dengan SKMM.
Tanpa akta ini sekalipun, kerajaan menerusi SKMM telah menyekat portal berita dalam laman web kononnya kerana isu-isu sensitif, walhal kerajaan tidak tahan dengan kritikan rakyat, rasanya.
Begitu juga dengan video-video oleh Ahli Parlimen pembangkang yang agak menyengat sering dipadam oleh platform media sosial. Ini tidak berkaitan langsung dengan buli siber atau jenayah-jenayah lain. Akan tetapi, kami turut terkena tempiasnya. Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai negara yang meminta TikTok menurunkan kandungan. Dengan akta ini, penyedia perkhidmatan akan mudah ditekan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan satu nota yang diletakkan di atas meja saya. Rang Undang-undang Keselamatan― alasan-alasan bantahan dan cadangan oleh sebuah NGO ini. Tadi saya masuk profil NGO ini. They are very good NGO, dengan izin.
Saya tengok perjuangan mereka ini memang mempertahankan kanak-kanak. Ada yang dapat menyelesaikan masalah dan ada yang menceritakan kepada mereka macam mana nak buat ini― kakak ambil gambar adik bogel, viral-kan. Dan berbagai-bagai cerita. Tuan- tuan masuklah dalam website ini.
NGO ini namanya Online Safety Advocacy Group (OSAG) dan ini salah satu NGO yang saya rasa tidak dipanggil untuk libat urus. Kalau mereka ini dipanggil, tentu sekali mereka tidak akan menulis memo ini. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa banyakkah NGO yang dipanggil semasa libat urus? Ataupun, siapakah yang terlibat dengan libat urus berhubung dengan rang undang-undang ini?
Saya nak baca sedikit memo ini― bantahan-bantahan Rang Undang-undang KDT ini. Dia kata sini, “Badan penguasa yang dicadangkan dalam rang undang-undang adalah tidak bebas”. Ini NGO ini kata, bukan saya kata. “Kurang kepakaran, boleh dikuasai oleh Menteri, diberi kuasa yang melampau dan tidak dipantau melalui sebuah mekanisme akauntabiliti yang efektif. Peruntukan yang berkenaan harus diganti dengan sebuah mekanisme pelaksanaan dan pemantauan yang bebas termasuk penubuhan sebuah badan penguatkuasaan baru (independent oversight mechanism).” Saya bila disebut saja Menteri di sini, saya rasa apa sahaja organisasi yang melibatkan Menteri, maka tak bebaslah dia. Sekiranya kita meluluskan rang undang-undang ini, maka kita mengikat tangan kita. Tak apalah, sekarang kerajaan ini yang memerintah.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Ditakdirkan Pilihan Raya ke-16 nanti kerajaan bertukar, sebelah sini pula guna rang undang- undang ini. Jadi, ketidakseimbangan. Maka, tidak akan aman negara kita ini.
Jadi, saya juga termenung tadi, saya duduk tengok muka seorang, seorang Yang Berhormat yang bersyarah belah sana, yang bersyarah belah sini. Yang sebelah sini tetaplah membantah. Yang di sana itu menyokong. Tapi, ada juga yang tidak sebut menyokong tapi soalan-soalan itu menuju kepada ketidakpuasan hati.
Sama juga dengan kita bentang iaitu Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia. Ada yang sebut tak sokong. Bila kita dengar ucapan mereka itu, kita nampak sekali memang tak sokong. Tetapi, bila kita buat belah bahagian, undi, kalah, tuan-tuan.
Kalah. Saya tak tahu apa jadi dengan negeri kita ini, negara kita ini. Betullah, majoriti win. Tapi, bila datang benda-benda yang kita tak setuju― keikhlasan hati kita ini ada di mana ini?
Kita tak setuju. Kita bimbang anak cucu kita, generasi kita yang akan datang. Tapi, akhirnya― yalah, kita sebagai pembangkang, kita terima, kita tak kisah. Kalah menang itu sudah biasa. Kalau menang itu memang luar biasa.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat, masa sudah habis, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Habis dah?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah habis dah. Terima kasih ya. Nanti masa Menteri gulung boleh tanya lagi soalan.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Boleh tanya lagi ya?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan untuk Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024, iaitu satu RUU baharu yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Bagi saya, inilah waktunya, waktu yang tepat untuk kerajaan membentangkan RUU baharu ini yang membolehkan para pengguna yang menggunakan talian― sebenarnya ikut pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri, lebih 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan dalam talian sepanjang masa setiap hari― supaya golongan majoriti besar lebih 80 peratus ini dilindungi. Sebab, kalau kita tak ada RUU ini, akan berlaku satu kelompangan, dan kelompangan ini sudah tentunya akan bertambah serius jika tiada perlindungan diberikan kepada mereka ini.
Jadi, saya bangun untuk berbahas dan menyokong RUU ini, sebab media massa telah menjadi satu norm, satu kebiasaan dalam kehidupan biasa kita dan satu jaminan keselamatan perlu diberikan kepada pengguna supaya rasa lebih secure, lebih selamat menggunakan perkhidmatan dalam talian.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya telah meneliti secara mendalam khususnya Bahagian IV dalam RUU ini berkaitan dengan tajuk Pelaporan Kandungan Memudaratkan. Saya nampak ada beberapa perkara yang berkaitan yang mana pengguna di media sosial boleh membuat laporan yang saya percaya laporan itu termasuk aduan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berkenaan ataupun kepada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berkenaan, kepada dua pihak ini, dan juga pengguna boleh mengajukan laporan kepada suruhanjaya iaitu SKMM.
Saya nak tanya kepada pihak kerajaan, bila ada dua cabang, ia memberikan pilihan.
Memang bagus memberikan pilihan kepada pengguna. Seksyen 28 menyatakan dengan jelas bahawa sekiranya pihak pemberi perkhidmatan mempunyai komen atau keputusan yang berbeza dengan Suruhanjaya, keputusan Suruhanjaya itu terpakai. Betul, memang kalau ada berlaku ketidaksamaan, memang Suruhanjaya prevail.
Jadi, dalam keadaan macam ini, apa gunanya pengguna diberikan pilihan untuk buat aduan ataupun laporan kepada pemberi perkhidmatan? Sebab, kalau diajukan laporan atau aduan kepada Suruhanjaya, keputusan Suruhanjaya itu yang terpakai. Jadi, kenapa ada keadaan sebegini?
Sebab, saya bimbang, esok apabila akta ini dikuatkuasakan, pengguna akan pilih Suruhanjaya dan akhirnya ia akan membebankan Suruhanjaya sebab keputusan daripada Suruhanjaya itu yang akan terpakai sekiranya ada percanggahan di antara kedua-dua pihak.
Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Khas untuk seksyen 29, dikatakan bahawa apabila pihak pemberi perkhidmatan aplikasi mengajukan, mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya, kandungan laporan tersebut tidak boleh dizahirkan kepada pengguna. Saya nak tanya, kenapa? Sebab, kalau melibatkan pengguna, patutnya pengguna itu ada hak untuk mengetahui apa yang berlaku di antara pemberi perkhidmatan dan juga Suruhanjaya. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, berkenaan dengan RUU ini, saya rasa antara perkara mustahak yang kerajaan telah pertimbangkan dan Yang Berhormat Menteri ada sebutkan tadi, ada negara tertentu yang memberikan tumpuan perlindungan khusus kepada mereka yang di bawah 16 tahun, orang muda dan juga kanak-kanak yang juga terlibat dengan media sosial ketika ini.
Jadi, apakah spesifik RUU ini akan melindungi, memberikan perlindungan yang lebih khusus kepada golongan kanak-kanak dan juga mereka yang di bawah umur? Sebab, mereka ini mungkin kurang matang dan perlukan perlindungan yang khusus daripada pihak kerajaan dan juga undang-undang yang kita bahaskan ini.
Perkara terakhir, Tuan Yang di-Pertua, yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan RUU ini, sudah semestinya ada satu tribunal akan ditubuhkan, dan di hujung RUU ini disebutkan bahawa ia akan melibatkan perbelanjaan kewangan tambahan oleh kerajaan.
Implikasi kewangan. Sudah tentunya kalau ada jawatankuasa tribunal baharu ditubuhkan, ia akan melibatkan implikasi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Boleh tak saya cadangkan begini? Memandangkan Yang Berhormat Menteri juga menyebut bahawa Facebook (FB) sendiri mengaut keuntungan RM2.5 bilion setiap tahun daripada pengguna-pengguna Facebook di Malaysia. Itu Facebook sahaja, belum lagi media sosial lain. Yang mana menunjukkan satu keuntungan yang sangat besar untuk platform media sosial ini.
Boleh tak kerajaan mempertimbangkan supaya mereka ini menyumbang kepada tabung, satu tabung khas dalam menguatkuasakan apa sahaja undang-undang di bawah RUU ini, di bawah akta baharu ini supaya tanggungan ataupun implikasi kewangan kepada kerajaan dapat diredakan dan juga mereka mempunyai obligasi sosial untuk membantu kerajaan, meringankan beban kewangan kerajaan. Mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Itu sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Bukit Gelugor?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Maaf, Timbalan Speaker.
Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024 yang merupakan satu rang undang-undang yang penting.
Saya dengan ini ingin menyatakan bahawa matlamat ataupun tujuan RUU ini memang baik.
Ianya adalah untuk melindungi online scams, abuse dan sebagainya, terutamanya terhadap kumpulan-kumpulan yang vulnerable seperti children dan sebagainya. Walau bagaimanapun Puan Speaker, setiap rang undang-undang seperti ini perlu juga dipertimbangkan dari segi kebebasan bersuara dan sekiranya — dan mekanisme-mekanisme yang diberi oleh kerajaan untuk menangani masalah penyalahgunaan kuasa. Di dalam rang undang-undang ini kita lihat bahawa suruhanjaya (commission) diberi banyak kuasa.
Sepertimana yang kita boleh lihat daripada berkenaan dengan tribunal yang juga diberi banyak kuasa. Di sini kita lihat bahawa powers of Online Safety Appeal Tribunal, dengan izin Puan Speaker, di seksyen 48 adalah dinyatakan begitu banyak sekali. Kita boleh lihat bahawa tribunal tersebut kalau boleh membuat keputusan berkenaan dengan direction yang diberi oleh Menteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kalau kita lihat kepada seksyen 70 akta ini, rang undang-undang ini, kita boleh lihat bahawa walaupun judicial review ataupun semakan kehakiman dibenarkan, ianya dibenarkan hanya terhadap tindakan Menteri ataupun commission tetapi bukannya berkaitan dengan action ataupun tindakan tribunal tersebut. Jadi, kalau kita lihat kepada kuasa ekstensif yang diberi kepada tribunal tersebut, adalah elok untuk tribunal juga dimasuki ke dalam seksyen 70 supaya judicial review ataupun
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
semakan kehakiman juga dikenakan ataupun terpakai terhadap keputusan-keputusan dan juga tindakan-tindakan tribunal.
Saya cadangkan bahawa tribunal ini dimasukkan ke dalam seksyen 70 untuk memberi kuasa kepada mahkamah untuk menyemak keputusan-keputusan tersebut.
Sekiranya kita lihat kepada seksyen 78, dinyatakan- saya memetik daripada versi Inggeris, dengan izin Puan Speaker, “*No action or suit shall be instituted or maintained in any court against the committee— (a) the committee or the online safety appeal tribunal dan (b), (c),
(d) dan (e); for any act or omission done in good faith in the performance of its functions…*” Now Puan Speaker, ini jelasnya boleh terjumlah kepada satu ouster clause. Seperti yang telah pun saya berhujah semalam di bawah Akta MCMC, terdapat klausa yang lebih kurang sama, di mana apa yang ditakrifkan sebagai good faith itu tiada penakrifan yang sewajarnya.
Ianya amat luas. There is no definitive definition of what good faith amounts to, dengan izin.
Jadi, memandangkan keadaan tersebut, ouster clause ini kita boleh— kita semua sedia maklum bahawa ouster clause ini telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam beberapa kes seperti Dinesh Dhanapal yang menyatakan bahawa kuasa mahkamah untuk menyemak tidak boleh dikecualikan sebegitu sahaja. Oleh yang demikian, saya khuatir bahawa seksyen ini dan juga seksyen sebelumnya yang telah pun saya bangkitkan tadi akan dicabar di mahkamah dan akan sudah tentunya dicabar— cabaran itu akan berjaya. Jadi, saya berharap bahawa kerajaan akan mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan ini untuk memperkukuhkan lagi RUU ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Masa 20 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat ya, kerana saya tengah mendengar perbahasan setiap daripada mereka.
Setakat ini saya rangkumi 17 Ahli Yang Berhormat; Yang Berhormat Sungai Petani, Pasir Mas, Jelutong, Kuantan, Bentong, Ampang, Kuala Kedah, Bukit Bendera, Pekan, Setiu, Rasah, Jempol, diikuti pula dengan Padang Serai, Sri Gading, Langkawi, Kluang dan Bukit Gelugor. Aircond ya? Ingatkan bocor.
[Ketawa] Sebelum saya mula menjawab isu yang telah dibangkitkan, izinkan saya kongsikan sekali lagi tentang keperluan RUU ini. Dengan kemajuan teknologi telekomunikasi yang semakin pesat dan persekitaran dalam talian kini yang menjadi lebih mencabar dan berbahaya, lebih-lebih lagi apabila 80 peratus daripada rakyat Malaysia merupakan pengguna media sosial. Ini dilihat sebagai satu undang-undang kepada mereka yang dilihat sebagai syarikat-syarikat yang terlibat dalam kategori service provider.
Maknanya Puan Yang di-Pertua, undang-undang ini adalah untuk mereka. Ini bukan undang-undang untuk rakyat. Hanya kepada mereka yang terlibat dalam proses pelesenan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
yang akan berlaku pada bulan Januari 2025. Setakat ini ada lapan syarikat dan dua sistem service provider. Saya bacakan dalam bahasa Inggeris, Meta yang tertakluk kepada platform Facebook, Instagram, WhatsApp; ByteDance - platform TikTok; X - platform Twitter; Telegram Tencent - platform WeChat dan Google - platform YouTube. Maknanya, undang-undang ini yang kita nak buat pada hari ini adalah terhadap mereka yang memang pada hari ini sudah pun memberikan servis mereka kepada user dalam negara kita. Kalau saya maklumkan tadi dalam bacaan kali kedua itu, saya menyatakan- memberikan contoh kepada jumlah keuntungan kewangan yang didapati oleh Facebook.
Tetapi bila saya baca di sini tentang rakyat Malaysia yang 34 juta orang dan tak semesti dia hanya menggunakan satu jenis platform ya sebagai user.
| Platform | Jumlah (orang) |
|---|---|
| 32.9 juta | |
| 13.77 juta | |
| FB Messenger | 18.00 juta |
| TikTok | 23.11 juta |
| Telegram | 23.24 juta |
| 22.07 juta | |
| YouTube | 26.54 juta |
| 28.7 juta |
Maknanya Puan Yang di-Pertua, dalam kategori pengguna yang begitu banyak dalam berjutaan dan juga sistem yang begitu laju, apa yang kita buat pada hari ini ialah menentukan bila mereka mendaftarkan diri sebagai service provider, mereka dikehendaki mempunyai beberapa tugas dan tanggungjawab. Itu sahaja. Sebab apa yang saya nilaikan ialah standard antarabangsa, yang mana negara-negara lain yang saya buat dalam mukadimah bacaan kedua menyatakan tentang keperluan meletakkan beban dan tanggungjawab kepada mereka supaya user menggunakan dalam platform online safety itu adanya keselamatan dalam talian, itu sahaja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya setuju Yang Berhormat khuatiri hak asasi, suara dan sebagainya. Tapi, bagi saya sebenarnya undang-undang ini adalah terhadap syarikat tersebut bukan individu seperti yang disebut dalam fasal-fasal yang ada. Tadi Yang Berhormat Bentong memberikan satu contoh yang begitu cantik iaitu Abang Bas. Yang Berhormat Bentong ada? Tak ada? Tak apalah, saya sebut sahajalah, Abang Bas. Betul, kita kata Abang Bas – dia memberikan sebagai contoh apa yang berlaku. Tapi sebenarnya Puan Yang di-Pertua, daripada dia punya satu TikTok itu, dia mempunyai followers sebanyak 640,000 orang. Dalam keadaan itu, muka kanak-kanak yang keluar itu, siapa yang nak turunkan?
Kita boleh lapor pada MCMC, polis boleh bertindak tapi sistem dia lambat. Dia tak boleh buat sebab saya dah sebut dalam mukadimah tadi, mereka yang menjual sistem ini, mereka mempunyai sistem yang dapat menilai, mematahkan, menurunkan, memperbetulkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Mereka yang ada. Itu sebab kita sebut tentang content moderation dan juga dengan content curation. Itu maksudnya.
Dalam beberapa negara barat, mereka mengadakan hybrid system ataupun berbeza-beza sistem. Tapi di United Kingdom pun, antara cabaran mereka yang saya sebut juga dalam contoh tadi, dalam isu bangsa, isu orang yang kononnya yang membuat pembunuhan kepada tiga kanak-kanak yang berdekatan dengan satu bandar di Liverpool – berdekatan dengan Liverpool disebut sebagai seorang Islam yang menjadi pendatang.
Kononnya menikam tiga kanak-kanak yang beragama Katolik dalam elemen agama dan beribu-ribu rakyat di United Kingdom bergerak pada keadaan yang begitu agresif.
Siapa yang nak menyelesai masalah ini dalam keadaan begitu cepat berlaku? Kita nak bercakap tentang hak asasi kepada syarikat yang mempunyai kewangan berbilion-bilion ringgit? Jadi, Yang Berhormat jangan khuatiri sebab saya katakan dalam fasal ini kita pun dah letak tentang yang mana Yang Berhormat Langkawi – Langkawi ada? Langkawi sebut tentang kehebatan NGO, article 19. article 19. Dia sendiri menyatakan dalam article 19 bahawa dia mengakui bahawa rang undang-undang ini dalam fasal 2(2) sendiri dan fasal 13(13) meletakkan keutamaan kepada isu bahawa tidak boleh adanya salah guna dalam isu suara tentang kebebasan bersuara. Kita letak.
Jadi, itu yang bagi saya paling penting sekali Yang Berhormat memahami bahawa rang undang-undang ini digunakan kepada syarikat. Kalau kita dalam Dewan ini sibuk memperlindungikan hak syarikat – saya minta maaflah. Bagi Kerajaan MADANI kita melihat syarikat itu mereka cukup mempunyai wakil mereka. Dia ada duit berjuta-juta ringgit, dia boleh cari peguam, dia boleh pergi tribunal, macam-macam dia boleh buat. Tapi rakyat hari-hari yang kita bercakap anak-anak – ini ada yang cadang select committee nak samakan dengan suruhanjaya punya undang-undang. Beza.
Itu suruhanjaya komposisi Yang Berhormat Menteri kata select committee boleh kaji semula. Mungkin dari segi komposisi ataupun individu yang berada dalam suruhanjaya. Tapi, kita melihat kepada Akta CMA yang telah dilulus oleh Dewan dan itu dilihat sebagai akta abang, ini adalah akta adik memfokuskan kepada syarikat yang memberi servis. Itu sahaja.
Yang Berhormat Pasir Mas bercakap tentang demokrasi, keadilan – Yang Berhormat, saya dengar, saya betul tahu bahawa Yang Berhormat betul-betul takut bahawa disalah guna.
Yang Berhormat patut bersetuju dengan rang undang-undang ini supaya mana-mana pihak menyalahgunakan boleh kita buatkan laporan bukan sahaja kepada syarikat yang mengeluarkan servis tersebut tetapi juga kepada MCMC sebab dalam akta ini ada dua badan yang boleh diberikan laporan. Kalau tidak Puan Yang di-Pertua, banyak kawan-kawan bercakap, saya pun dengar macam contohnya online harms. Pergi dekat PDRM, tolak MCMC, pergi dekat MCMC tolak PDRM. Selepas itu, Yang Berhormat tunggu duit nak masuk itu berbulan-bulan sebab sistem itu berlegar, bergerak, berjalan. Jadi, siapa yang nak selesai masalah? Jadi, sekarang ini kita bagi analogi yang terbaik Yang Berhormat.
Puan Yang di-Pertua, ya lah macam kita beli kereta BMW, Volvo, BYD kah, apa pun, dia mesti ada sistem keselamatan. Tayar dia boleh tekan, adanya airbag kemudiannya ada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
sistem brek yang boleh pakai, tali pinggang you boleh guna sebab dia menjual produk. Kalau syarikat menjual dan kerajaan melalui JPJ mengatakan kereta-kereta ini mesti mempunyai sedemikian. Kemudian SIRIM kata tali pinggang mesti boleh pakai. Adakah kita nak mengatakan kerajaan zalim? Adakah kita sebagai wakil rakyat nak mengatakan Kerajaan MADANI zalim mengeluarkan rang undang-undang sebab kita nak kan supaya mereka yang menjual produk online itu menjamin adanya keselamatan bagi anak-anak dan sesiapa yang menjadi mangsa? Salah kah? Itu sebab...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat...
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
...Yang kita tekankan – Sekejap ya. Yang kita tekankan di sini ialah berkenaan dengan duty. Saya faham bab ini Yang Berhormat sebut tapi biarkan saya tekankan lagi kepada fasal tentang apa yang saya – saya rasa yang paling penting ialah Bahagian III iaitu yang disebut sebagai kewajipan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen daripada fasal 13 sampai ke 20 tentang kewajipan-kewajipan. Dalam bahasa orang putih disebut sebagai duty kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan dan mereka telah berdaftar, berlesen dalam negara kita. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat, saya sambut baik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Tapi realiti yang berlaku pada hari ini Yang Berhormat Menteri, aduan yang difailkan oleh pihak kami di pembangkang mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan. Saya ambil contoh kes yang telah disebut oleh Tasek Gelugor dua hari lepas. Tapi, kalau beliau pergi ke mahkamah, mahkamah dengan cepat putuskan bahawa ia perlu untuk diturunkan. Jadi, isu yang berlaku ialah layanan yang tidak adil kepada kami di pihak pembangkang tapi bila kena kepada pihak kerajaan, ia begitu cepat untuk dilayan. Itulah yang kami khuatirkan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Yang Berhormat, saya rasa bukan saya Yang Berhormat khuatir. Saya rasa banyak pengguna di luar itu pun khuatir sebab mereka bila lapor, selalu tindakan lambat. Betul Yang Berhormat. Saya pun setuju. Saya tak tahu – tapi mungkin dengan pindaan pada Akta Komunikasi Suruhanjaya ini – saya bukan bertanggungjawab kepada kementerian, saya tak boleh bagi jawapan kenapa lambat dan kenapa tindakan itu tidak cepat.
Tapi bagi saya kalaulah selepas rang undang-undang ini dilepaskan Yang Berhormat dan Yang Berhormat Pasir Mas menjadi mangsa yang dikategorikan dalam Jadual Pertama iaitu gangguan seksual kanak-kanak. Tak ada lah, Yang Berhormat dewasa kan. Kandungan fraud kewangan, kandungan lucah kemudian kandungan sumbang termasuk kandungan bersifat tidak senonoh, tidak sopan, bertentangan dengan kelakuan atau budaya. Kandungan menyebabkan gangguan distress, ketakutan, kebimbangan, perkataan komunikasi, mengugut, menghina, mencela. Mungkin bawah lima lah sebab kita ini orang politik selalu kena hina dengan kena ugut. Kandungan yang boleh mengapi-apikan keganasan dan terrorism, kandungan yang boleh mendorong seorang kanak-kanak untuk membawa
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
kemudaratan kepada diri, kandungan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, kandungan menggalak pengguna.
Maknanya, selepas rang undang-undang ini dilepaskan, syarikat yang berdaftar pada bulan Januari mesti ada sistem yang boleh turunkan. Kalau pergi pada MCMC mempunyai proses yang lama, dia pergi kepada syarikat itu, dia kena turunkan, dia wajib diturunkan sebab dalam bab ketiga itulah tanggungjawab dia. Jadi, Yang Berhormat pihak pembangkang perlu mengalu-alukan rang undang-undang ini sebab akan mendapat perlindungan yang terbaik daripada Kerajaan MADANI. Betul tak Yang Berhormat sekalian?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Menteri, satu lagi persoalan.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Alamak, saya bukan Menteri Komunikasi.
Saya Menteri Undang-undang sahaja.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ya, sebab yang bawa ini Yang Berhormat Menteri walaupun penjaganya ialah komunikasi. Jadi, adakah itu bermaksud apa jua yang kami adukan kepada pihak SKMM selepas daripada ini akan diturunkan serta-merta jika kami mendapati ia mengganggu apa yang disebut tadi, mengganggu beberapa aspek terhadap kami atau ada jaminan dari sudut tempoh masa yang akan diberikan oleh pihak kerajaan?
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Yang Berhormat, rang undang-undang ini seperti yang saya sebut rang undang-undang yang melihat kepada kategori yang ditentukan.
Bererti bahawa adanya dua entiti iaitu MCMC suruhanjaya yang disebut di sini dan juga yang disebut sebagai syarikat tersebut. Jadi, tertakluk kepada MCMC dan syarikat tersebut, tertakluk kepada laporan. Tetapi, kita menyatakan secara terang tentang jadual dalam seksyen 4 Jadual Pertama jenis-jenis gangguan tersebut contohnya.
Tetapi, bukan daripada sekarang yang kita buat ialah kita mengalami beberapa keadaan. Macam semalam itu, buli siber. Mungkin Yang Berhormat boleh masuk bawah siber buli. Mereka menggunakan platform siber. Itu Yang Berhormat boleh masuk. Tetapi, di sini rang undang-undang ini adalah daripada syarikat tersebut Yang Berhormat. Sebenarnya syarikat tersebut dalam rang undang-undang ini nak buat perniagaan atas negara kita, dia mesti wajib mempunyai kebolehan dan tanggungjawab untuk menyelesaikan beberapa tanggungjawab yang dijamin di dalam akta yang disebut sebagai duty (kewajipan). Itu sahaja.
Now, kalau dia tak buat Yang Berhormat, MCMC kena buat tindakan kepada syarikat tersebut. Saya sebut tadi dalam mukadimah saya, dengan pengguna yang berpuluh juta, dengan duit yang berbilion ringgit, tak akan dia nak berniaga untung sahaja? Tak akan dia nak berniaga main ikut suka dia sahaja macam Pak Man Telo? Tak boleh. Dia masuk wilayah kita, dia kena ada tanggungjawab. Kalau dia melanggar tanggungjawab tersebut, jangan jual produk di Malaysia. Itu sahaja. Salah kah Kerajaan MADANI nak melindungi rakyat supaya atas talian ini perlindungan dia.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Yang paling saya takut Puan Yang di-Pertua ialah saya sebut semalam, masalah online ini 24/7 dia tak tidur. 375 hari entah-entah lebih daripada 375 hari. Kadang-kadang dalam kapal terbang pun online itu boleh kacau. Jadi macam mana kita nak tahan? Nak pergi kepada MCMC sahaja, saya rasa satu beban yang tinggi. Tetapi yang menjual produk mesti diikat dengan tanggungjawab.
Itu sahaja mukadimah saya. Jadi saya nak jawab spesifik kepada Yang Berhormat- Yang Berhormat yang timbulkan isu di sini. Saya nak tekan kepada yang mana disebut tentang libat urus yang tak mencukupi dan dilaksanakan secara tergesa-gesa. Saya minta maaf dan saya tak setuju, dalam mukadimah saya sebut berapa kali kita adakan mesyuarat.
Kemudiannya sesi libat urus pun kita buat banyak kali. Yang Berhormat sebut tentang NGO- NGO, saya rasa– saya minta maaf lah NGO-NGO ini, kita buat apa pun dia takkan puas hati.
Tapi ini adalah berkenaan dengan syarikat yang berdaftar daripada luar Malaysia, syarikat daripada Amerika Syarikat yang berjuta-berjuta pengikut dan berbilion-bilion ringgit untung. Takkan lah kita ini sesi libat urus kita nak sibuk nak dengar suara mereka, biar kita panggil mereka. Saya sebut tadi Google kita panggil, Meta kita panggil, Facebook kita panggil. Semua kita panggil. Tapi kalau depan dengan kerajaan dia cakap lain, belakang dia tak puas hati, itu hak mereka. Tapi kita sebagai pembuat undang-undang, kita mesti membuatkan keutamaan undang-undang kepada rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat, kita bergerak untuk rakyat dan tanggungjawab kita pada rakyat.
Jadi saya percaya bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi kalau undang- undang itu adalah terbaik untuk rakyat Malaysia, Puan Yang di-Pertua. Jadi, saya tak bersetuju dengan tuduhan bahawa libat urus. Kemudian mengatakan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Kalau adanya tentang undang-undang tentang suruhanjaya semalam yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Jadi Yang Berhormat Kuantan, Pasir Mas, Setiu pun telah kata adakah tidak secara tidak langsung overlap. Jadi saya nak mengatakan bahawa suruhanjaya itu yang dirujuk yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri semalam itu adalah berkenaan dengan formasi suruhanjaya tersebut, entiti suruhanjaya tersebut.
Jadi, bagi saya ia tidak ada kena mengena dengan service provider. Service provider ini ialah mereka menawarkan platform kepada rakyat Malaysia, users. Jadi, saya tidak melihat adanya overlap. Tapi Akta CMA yang saya sebut tadi, akta yang pertama itu yang mana menjadi abang kepada akta ini. Itu adalah abang, ini adalah adik. Sebab pelaksanaan itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Itu sebabnya saya percaya bahawa apa pun bagi persediaan untuk bulan Januari 2025, pendaftaran pelesenan yang dikenakan mesti diikat dengan undang-undang supaya mereka mempunyai kewajipan.
Kemudian beberapa Yang Berhormat telah menyebut tentang isu kanak-kanak seperti yang disebut di sini Yang Berhormat daripada Bentong, Setiu, Jempol, Sungai Petani tentang RUU fasal 18 yang meletakan kewajipan bagi memastikan perkhidmatan dikawal selia, diguna secara selamat kepada pengguna kanak-kanak untuk memberikan
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
perkhidmatan aplikasi berlesen dan perkhidmatan aplikasi kandungan yang berlesen turut memberikan peranan. Kerajaan menerima baik cadangan bagi targeted acts dengan merujuk pada subfasal 18(1) yang dibaca fasal 80 tentang kuasa MCMC mengeluarkan kod pertimbangan akan diambil untuk turut memasukkan perkara ini.
Saya melihat bahawa kalau kita tengok dalam Online Safety Committee yang disebut di mana yang disebut sebagai Menteri Undang-undang yang bertanggungjawab. Saya nak sebut di sini bukan sahaja agensi-agensi penubuhan jawatankuasa dalam Bahagian II, selain daripada wakil daripada kementerian-kementerian yang relevan, Suruhanjaya Kanak-kanak daripada SUHAKAM, MKN, PDRM kita juga letakkan katakan lima orang– tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan, kepakaran. Bererti bahawa dalam fasal ini, bererti jawatankuasa ini akan menentukan definisi apa yang disebut sebagai keselamatan dalam talian.
Bererti kemungkinan jadual itu ditambah ataupun dikurangkan. Sebab saya tak dapat tak dapat jamin sama ada pada tahun 2025, 2026 jenis keselamatan dalam talian akan sama akan ataupun lebih progresif. Kemungkinan teknologi akan lebih mencabar dan saya melihat antara cabaran yang paling besar ialah apa yang disebut tentang AI generated. Sebab masalah AI generated yang banyak kita bincang dan perbahaskan ialah kalau muka, suara, gerak macam kanak-kanak tapi sebenarnya orang dewasa di belakang. Macam mana kita nak membezakan? Itu sebab yang kita nak supaya sistem yang menjual, sistem pada user. Bila kita kanak-kanak mengguna pakai dia dapat membezakan itu kanak-kanak betul ke ataupun kanak-kanak palsu, iaitu orang dewasa dia pura-pura jadi kanak-kanak.
Sebab dalam aspek grooming untuk jenayah seksual, dia selalu menggerakkan perbualan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak. Itu yang kita takut. Tapi kalau kita tengok di Australia, mereka cuba menyelesaikan dengan cara yang terbaik iaitu yang disebutkan terus halang bawah 16 untuk menggunakan sosial media. Saya rasa dalam negara kita, kita belum pada tahap itu lagi. Sebab kadang-kadang sosial media ini juga diperlukan oleh kanak-kanak untuk berkomunikasi, menggunakan untuk pendidikan, penggunaan dalam keluarga. Tapi di sini akhir sekali sebelum berapa saat yang saya ada, saya nak jawab kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya nak beritahu di sini dalam fasal 70 dan juga 78 yang disebut oleh beliau. Saya nak disebut di sini, memang tidak adanya ouster clause. Tapi beliau menyatakan kalau tengok pada 78, seolah-olah adalah ouster clause. Tapi saya rasa, saya ingin menyebut di sini bahawa dalam 78, yang disebut ialah bagi apa-apa perbuatan dan peninggalan yang dilakukan dengan suci hati. Bererti pada saya, yang menjadi ikatan dia adalah suci hati, good faith. Jadi, kalau mala fide, memang apa-apa tindakan dan judicial review dalam negara kita memang seperti dalam CMA memang berterusan. Tidak ada perbezaan pemakaian akta ini.
Jadi, saya hanya nak maklum di sini pada semua Yang Berhormat yang menimbulkan beberapa soalan yang saya tak sempat jawab, saya memberi jaminan akan membuat jawapan secara bertulis supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat mengkaji semula tentang apa yang telah dibahaskan pada hari ini. Saya berharap kepada semua Yang
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Berhormat-Yang Berhormat sekalian, bahawa keselamatan dalam talian ialah jenis serangan keselamatan yang memang berbeza daripada serangan yang face to face. Jadi, itu sebabnya Yang Berhormat bagi saya, saya berharap lah kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan dapat sama-sama menyokong supaya kemudaratan yang lebih besar ke atas terutama sekali anak-anak kita di rumah, di sekolah, di universiti ini dapat kita pertanggungjawabkan pada mereka yang memberi servis kepada negara kita.
Dengan itu saya mengucapkan terima kasih. Pengerang ingin memohon sokongan.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Peraturan Mesyuarat Puan Speaker. Peraturan Mesyuarat. Saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2) iaitu “setelah dibacakan rang undang-undang kali yang kedua, maka rang undang-undang itu akan terserah kepada Jawatankuasa sebuah Majlis kecuali, jika Majlis mengeluarkan usul menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan dan usul ini boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli.” Saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dirujuk kepada jawatankuasa pilihan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya nak baca pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ada pemakluman oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat. “Ahli-ahli Yang Berhormat, ingin saya maklumkan bahawa mana-mana ahli Yang Berhormat yang hendak mengemukakan usul menyerahkan rang undang-undang kepada Jawatankuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2), perlulah memberikan pemakluman secara bertulis satu hari kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat walaupun dinyatakan ia tidak memerlukan pemberitahuan.
Untuk makluman, Dewan Rakyat sekarang ini mempunyai 10 Jawatankuasa Pilihan Khas. Yang Berhormat perlu memberikan notis untuk merujuk rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang mana ataupun ingin merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan yang baharu. Sebelum ini, terdapat beberapa rang undang-undang yang dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan di bawah Peraturan 54(2) selepas mendapat notis iaitu Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) No.3 2022 dan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau 2022. Tan Sri Yang di-Pertua membuat petua ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 99 dan 100 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.” Ahli-ahli....
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Jadi, Puan Yang di-Pertua, jadi selepas ini peraturan 54(2) ini sudah tidak terpakai lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau mengikut makluman...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab jelas di sini mencadangkan bahawa sebaik-baik sahaja dibacakan rang undang-undang itu untuk kali yang kedua. So, peraturan ini sangat jelas Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kami, saya mohon untuk menolak rang undang-undang ini. Undi belah bahagi ini, 15 orang.
Seorang Ahli
Bangun. Bangun. Bangun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Kami tidak bersetuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha Dewan Rakyat, sila kira.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kami mahu bawa ke Jawatankuasa dahulu. Tangguh.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sebelah sana ramai sokong tetapi takut.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4) saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seperti petua Tuan Yang di-Pertua pada 13 Mac 2023, saya tempohkan mesyuarat Dewan selama 10 minit. Saya ingin memaklumkan bahawa mikrofon Ahli-ahli Yang Berhormat akan ditutup semasa Dewan ditempohkan 10 minit bagi mengelakkan Ahli-ahli Yang Berhormat berucap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini tak tutup ini Speaker. Ini menghalang kebebasan bersuara.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 4.32 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 4.42 petang]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sebelum kita mengundi, saya nak bacakan Ahli Yang Berhormat yang akan menjadi petugas-petugas hari ini.
Blok A. Penghitung undi ialah Lenggong, pemerhati adalah Pasir Mas. Ada dua-dua ya? Lenggong ada? Baik.
Blok B. Penghitung― Sepang. Pemerhati― Besut.
Blok C. Penghitung― Taiping. Pemerhati― Langkawi. Langkawi ada?
Blok D. Penghitung― Selayang. Pemerhati― Sabak Bernam.
Blok E. Penghitung― Arau. Pemerhati― Betong.
Tuan Yang di-Pertua
Blok F. Penghitung― Pengkalan Chepa. Pemerhati― Kota Kinabalu.
Dan Blok G. Penghitung― Masjid Tanah. Dan pemerhati― Iskandar Puteri.
Petugas-petugas, boleh sediakan kertas dan Ahli Yang Berhormat yang bertugas boleh mulakan pengundian sekarang.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Speaker, memandangkan ada pengundi tambahan bagi Kerajaan MADANI, apakah itu dibenarkan untuk mengundi? Di belakang...
[Ketawa]
[Dewan riuh]
[Dewan berbelah bahagi]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ini ialah keputusan pengundian.
Yang tidak hadir – 90 Yang tidak bersetuju – 55 Yang bersetuju – 77.
[Tepuk]
Timba lan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof (Petra Jaya) 192. Mente ri Pengangkutan, Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 193. Mente ri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 194. Mente ri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 195. Mente ri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor) 196. Mente ri Sumber Manusia, Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 197. Timba lan Menteri Pertahanan, Tuan Haji Adly Bin Zahari (Alor Gajah) 198. Timba lan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Haji Abdul Rahman Bin Mohamad
(Lipis) 199. Timba lan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah
(Lenggong) 200. Timba lan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tuan Liew Chin Tong
(Iskandar Puteri) 201. Timba lan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 202. Mente ri Digital, Tuan Gobind Singh Deo (Damansara) 203. Timba lan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah (Limbang) 204. Timba lan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 205. Timba lan Menteri Ekonomi, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 206. Timba lan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Mohammad Yusof Bin Apdal
(Lahad Datu) 207. Timba lan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 208. Timba lan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu (Sepang) 209. Timba lan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching (Kulai) 210. Timba lan Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 211. Timba lan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Bin Awang Sauni (Sibuti) 212. Timba lan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr.
Noraini Binti Ahmad (Parit Sulong)
Timba lan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 214. Timba lan Menteri Pendidikan, Tuan Wong Kah Woh (Taiping) 215. Dato' S ri Sh Mohmed Puzi Bin Sh Ali (Pekan) 216. Tuan H aji Aminolhuda Bin Hassan (Sri Gading) 217. Tuan Z ahir Bin Hassan (Wangsa Maju) 218. Tuan Y uneswaran A/L Ramaraj (Segamat) 219. Tuan L ee Chean Chung (Petaling Jaya) 220. Tuan S yahredzan Bin Johan (Bangi) 221. Puan R odziah Binti Ismail (Ampang) 222. Tuan H aji Manndzri Bin Haji Nasib (Tenggara) 223. Tuan T an Kar Hing (Gopeng) 224. Tuan C how Yu Hui (Raub) 225. Tuan T an Hong Pin (Bakri) 226. Dato' M ohd Isam Bin Mohd Isa (Tampin) 227. Dato' H aji Adnan Bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 228. Dato' H aji Shamshulkahar Bin Mohd Deli (Jempol) 229. Datuk Suhaimi Bin Nasir (Libaran) 230. Tuan E dwin Anak Banta (Selangau) 231. Tuan R ichard Rapu @ Aman Anak Begri (Betong) 232. Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy (Kalabakan) 233. Puan Y oung Syefura Binti Othman (Bentong) 234. Puan S yerleena Binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 235. Tuan A zli Bin Yusof (Shah Alam) 236. Tuan H aji Onn Bin Abu Bakar (Batu Pahat) 237. Tuan M ohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 238. Tuan C hong Zhemin (Kampar) 239. Dr. Mo hammed Taufiq Bin Johari (Sungai Petani) 240. Puan T eresa Kok Suh Sim (Seputeh) 241. Dato' S ri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman) 242. Tuan R amkarpal Singh A/L Karpal Singh (Bukit Gelugor) 243. Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin (Kinabatangan) 244. Dato’ I ndera Mohd Shahar Bin Abdullah (Paya Besar) 245. Dr. Ke lvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 246. Tuan C hong Chieng Jen (Stampin) 247. Tuan H assan Bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 248. Tuan W illiam Leong Jee Keen (Selayang) 249. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 250. Dato’ N geh Koo Ham (Beruas) 251. Puan W ong Shu Qi (Kluang) 252. Puan V ivian Wong Shir Yee (Sandakan) 253. Datuk Hajah Siti Aminah Binti Aching (Beaufort) 254. Tuan H aji Yusuf Bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 255. Datuk Seri Utama Ir. Hasni Bin Mohammad (Simpang Renggam) 256. Tuan O scar Ling Chai Yew (Sibu) 257. Tuan S im Tze Tzin (Bayan Baru) 258. Tuan C hiew Choon Man (Miri) 259. Dato A nyi Ngau (Baram) 260. Tuan S anisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (Jelutong) 261. Tuan S uhaizan Bin Kaiat (Pulai) 262. Tuan S yed Ibrahim Bin Syed Noh (Ledang) 263. Tuan K hoo Poay Tiong (Kota Melaka) 264. Tuan R oy Angau Anak Gingkoi (Lubok Antu) 265. Tuan C ha Kee Chin (Rasah) 266. Tuan P rabakaran A/L M. Parameswaran (Batu) 267. Puan R odiyah Binti Sapiee (Batang Sadong)
Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim (Arau) 6. Tuan Afnan Hamimi Bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 7. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib (Maran) 8. Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli (Dungun) 9. Dato’ Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah (Langkawi) 10. Tuan Sabri Bin Azit (Jerai) 11. Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) 12. Tuan Shaharizukirnain Bin Abd Kadir (Setiu) 13. Tuan Haji Kamal Bin Ashaari (Kuala Krau) 14. Tuan Haji Bakri Bin Jamaluddin (Tangga Batu) 15. Dr. Siti Mastura Binti Muhammad (Kepala Batas) 16. Kapten Azahari Bin Hasan (Padang Rengas) 17. Dr. Haji Abd Ghani Bin Haji Ahmad (Jerlun) 18. Dato' Haji Abdul Khalib Bin Abdullah (Rompin) 19. Tuan Zakri Bin Hassan (Kangar) 20. Tuan Rushdan Bin Rusmi (Padang Besar) 21. Puan Hajah Salamiah Binti Mohd Nor (Temerloh) 22. Komander Nordin Bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) 23. Tuan Muhammad Ismi Bin Mat Taib (Parit) 24. Tuan Kalam Bin Salan (Sabak Bernam) 25. Tuan Wan Razali Bin Wan Nor (Kuantan) 26. Tuan Jamaludin Bin Yahya (Pasir Salak) 27. Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 28. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 29. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 30. Dato' Haji Ahmad Bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 31. Datuk Muslimin Bin Yahaya (Sungai Besar) 32. Datuk Dr. Ahmad Marzuk Bin Shaary (Pengkalan Chepa) 33. Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 34. Dato' Khlir Bin Mohd Nor (Ketereh) 35. Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh (Besut) 36. Dato' Hajah Mumtaz Binti Md Nawi (Tumpat) 37. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir Bin Masduki (Parit Buntar) 38. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (Kuala Langat) 39. Tuan Zulkifli Bin Ismail (Jasin) 40. Dato' Dr. Haji Alias Bin Razak (Kuala Nerus) 41. Dr. Ahmad Fakhruddin Bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 42. Tuan Fathul Huzir Bin Ayob (Gerik) 43. Tuan Nurul Amin Bin Hamid (Padang Terap) 44. Tuan Roslan Bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 45. Dato' Sri Tuan Ibharim Bin Tuan Man (Kubang Kerian) 46. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 47. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 48. Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman (Bachok) 49. Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 50. Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 51. Tuan Haji Abdul Latiff Bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 52. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman (Sik) 53. Tuan Ahmad Fadhli Bin Shaari (Pasir Mas) 54. Tuan Mohd Nazri Bin Abu Hassan (Merbok) 55. Tuan Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan (Permatang Pauh) 56. Dato’ Azman Bin Nasrudin (Padang Serai) 57. Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Hulu Selangor)
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin (Jerantut) 59. Tuan Haji Muhammad Islahuddin Bin Abas (Mersing)
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Tambun) 2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Bagan Datuk) 3. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu
(Kota Raja) 4. Menteri Pertahanan, Dato' Seri Haji Mohamed Khaled Bin Nordin (Kota Tinggi) 5. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 6. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
(Setiawangsa) 7. Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Binti Sidek (Nibong Tebal) 8. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 9. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Bin Mohd Ali (Papar) 10. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Pontian) 11. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Haji Mohd Nasir (Johor Bahru) 12. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Dr. Ramli Bin Dato’ Mohd Nor
(Cameron Highlands) 13. Menteri Ekonomi, Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli (Pandan) 14. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 15. Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Rembau) 16. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 17. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick
(Penampang) 18. Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 19. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (Santubong) 20. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani
(Titiwangsa) 21. Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh (Segambut) 22. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Binti Mustafa (Sekijang) 23. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang (Kota Samarahan) 24. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii
(Sarikei) 25. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) 26. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Khairul Firdaus Bin Akbar Khan (Batu Sapi) 27. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli Bin Abd Halim (Hang Tuah Jaya) 28. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud (Sepanggar) 29. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 30. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 31. Datuk Jonathan Bin Yasin (Ranau) 32. Datuk Matbali Bin Musah (Sipitang) 33. Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya (Putatan) 34. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Klang) 35. Tuan Lo Su Fui (Tawau) 36. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan (Hulu Langat)
Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 38. Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timor) 39. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Binti Dr. Wan Ismail (Bandar Tun Razak) 40. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Bera) 41. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 42. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal (Semporna) 43. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 44. Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Sembrong) 45. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem (Serian) 46. Datuk Seri Saravanan A/L Murugan (Tapah) 47. Tuan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) 48. Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun (Port Dickson) 49. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 50. Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 51. Dato' Seri Amirudin Bin Shari (Gombak) 52. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 53. Datuk Seri Haji Jalaluddin Bin Haji Alias (Jelebu) 54. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 55. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 56. Puan Yeo Bee Yin (Puchong) 57. Puan Isnaraissah Munirah Binti Majilis (Kota Belud) 58. Dato' Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik (Balik Pulau) 59. Tuan Wong Chen (Subang) 60. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 61. Datuk Seri Panglima Dr. Gapari Bin Katingan @ Geoffrey Kitingan (Keningau) 62. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) 63. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 64. Tuan Kesavan A/L Subramaniam (Sungai Siput) 65. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 66. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 67. Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi (Igan) 68. Tuan Riduan Bin Rubin (Tenom) 69. Dato' Verdon Bin Bahanda (Kudat) 70. Datuk Wetrom Bin Bahanda (Kota Marudu) 71. Tuan Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (Muar) 72. Datuk Iskandar Dzulkarnain Bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) 73. Dato' Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 74. Kapten Datuk Dr. Zulkafperi Bin Hanapi (B) (Tanjong Karang) 75. Tuan Mohd Azizi Bin Abu Naim (Gua Musang) 76. Tuan Zahari Bin Kechik (Jeli) 77. Dato' Indera Dr. Suhaili Bin Abdul Rahman (Labuan) 78. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar (Kemaman) 79. Datuk Wan Saifulruddin Bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 80. Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin (Larut) 81. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Bin Mohd. Yassin (Pagoh) 82. Tan Sri Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang (Marang) 83. Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan (Kota Bharu) 84. Dato' Rosol Bin Wahid (Hulu Terengganu) 85. Datuk Ali Anak Biju (Saratok) 86. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 87. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 88. Tuan Hassan Bin Saad (Baling) 89. Tuan Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (Machang) – Digantung daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat 90. Datuk Haji Awang Bin Hashim (Pendang) – Digantung daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, sebelum itu boleh saya minta supaya Ahli-ahli Parlimen yang tidak serius dengan persidangan Dewan seperti pembangkang yang selalu minta belah bahagi, digantung.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini dah kurang ajar ni, kurang ajar ni. Jelutong dah kurang ajar dah ni ... pembangkang ni.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik, semua duduk. Saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Eh, jangan kurang ajarlah kamu!
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Besut, Besut, Arau, Arau. Baik, baik.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Bangun]
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Bagi amaranlah, Dato’ Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
I am called for too much.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Banyak kali dah.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk dulu. Jelutong, Jelutong.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Banyak kali dah, banyak kali dah.
Tuan Pengerusi
Baik, baik, baik, baik. Jelutong. Semua duduk. Saya nak buat ruling.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, tapi ini Parlimen bukan dia yang punya tahu.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Baik. Saya nak buat ruling.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya pun ada berhak.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ini Dewan.
Tuan Pengerusi
Saya nak buat ruling. Arau, semua diam, diam.
[Mengetuk penukul] Jelutong. Baik, listen, listen, dengar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Tuan Pengerusi
Jelutong, saya mohon tarik balik.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tarik balik.
Tuan Pengerusi
Mohon, mohon.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tarik balik! Tarik balik!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Tak, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, tapi saya...
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tarik balik!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Tuan Pengerusi
Jelutong, Jelutong listen, listen. Jelutong dengar. Jelutong, semua Ahli Parlimen mempunyai hak.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tarik balik!
Tuan Pengerusi
Saya bukan nak — saya bukan nak menyebelahi, tetapi gunakanlah — listen.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Pengerusi
Gunakanlah hak itu sebaiknya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baik.
Tuan Pengerusi
Walaupun, walaupun mereka minta belah bahagian, itu hak mereka.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Kita mempunyai peraturan...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi tak boleh ganggu sidang Dewan Speaker.
Tuan Pengerusi
No, soal — no, no, no.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak boleh ganggu sidang Dewan.
Tuan Pengerusi
Saya — listen, listen. Saya ialah Speaker, saya should be colour blind. Apa-apa juga yang diminta oleh Ahli-ahli Parlimen di sini, as long as ianya termaktub dalam Perlembagaan, saya akan layan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Ya.
Tuan Pengerusi
Jadi untuk berlaku adil, untuk berlaku...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi tak boleh...
Tuan Pengerusi
Doesn’t matter. It doesn’t matter. Mungkin di mata...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Buang masa, Speaker. Buang masa.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ah, too much.
Tuan Pengerusi
Jelutong, Jelutong, Jelutong. Listen, listen. To be fair...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tarik balik. Jangan besar kepala. Tarik balik.
Tuan Pengerusi
Jelutong, Jelutong listen. Jelutong to be fair, minta tarik balik.
Jelutong, please, please.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No problem. Saya boleh tarik balik Tan Sri Speaker...
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Baru saja baca Thirukkural.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Baik, baik. Jelutong dah tarik balik. Baik, baik listen.
[Mengetuk penukul]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan mesyuarat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Peraturan mesyuarat berapa?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
54(1) Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Peraturan, Peraturan 36(6). Tadi Besut, tadi...
Tuan Pengerusi
Listen. Kampar, nanti dulu. Bagi Beluran dulu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, okey, okey.
Tuan Pengerusi
I will give you. I will give.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Boleh, boleh. Beluran dulu.
Tuan Pengerusi
Kapar, Kampar, Kampar. Kampar, duduk dulu. Duduk. Okey, now.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, saya bangkitkan Peraturan 54(1) dan sekali dibaca dengan 54(2) ya. Saya ingin penjelasan terhadap Peraturan Mesyuarat 54(1) ini terhadap keputusan yang dibuat oleh Speaker yang mempengerusikan Mesyuarat tadi, sebentar tadi. Satu, permintaan di bawah 58(1) dibawa oleh pihak kami di sini bagi merujuk rang undang-undang itu ke Jawatankuasa Pilihan Yang Berhormat. Tetapi, keputusan Speaker bahawa usul itu perlu dibuat secara notis kononnya. Tetapi Yang Berhormat Speaker, kalau dibaca interpretasi kehendak perkara 54(1) dan (2) ini, sebelum bacaan kali kedua...
Tuan Pengerusi
Sebelum ya? Sebelum.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Adalah menjadi hak kami or siapa- siapa di sebelah sana untuk bangun dan membangkitkan 54(1) bagi merujuk rang undang- undang yang sedang dibahas itu ke satu jawatankuasa dan tanpa notis. Kemudian, akan dibuat pengundian sebegini tadi. Kalau gagal, bererti rang undang-undang itu akan diteruskan dengan bacaan kali yang kedua. Itu adalah hak kami Tan Sri. Seperti juga hak kami untuk meminta agar belah bahagian diadakan. Hak untuk merujuk mana-mana rang undang-undang ke satu jawatankuasa juga merupakan hak yang termaktub tanpa notis di dalam peraturan mesyuarat ini. Sebab itu saya inginkan penjelasan terhadap tafsiran perkara 54(1) dan (2) ini.
Tadi Speaker mengatakan dia menggunakan kuasa 99 dan 100 lagi Yang Berhormat, untuk menjustifikasikan keputusan yang pada kami tidak selaras dengan kehendak peraturan
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
mesyuarat. Yang ini perlu kita selesaikan secara harmoni berdasarkan kepada peraturan mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Oleh kerana keputusan telah pun dibuat oleh Speaker terdahulu, kita ambil notis, kita akan perhatikan secara sehalus-halusnya. Baik, teruskan...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker, tak habis lagi. Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan Pengerusi
Peraturan mesyuarat berapa itu?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(6), sangkaan jahat.
Tuan Pengerusi
Berapa? Sekali lagi, tak dengar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(6), sangkaan jahat.
Tuan Pengerusi
Ha.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi Besut saya dengar dia kata perkataan “kurang ajar”. Saya minta Besut tarik balik kerana petua telah dibuat.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tarik balik Besut.
Saya dengar! “Kurang ajar” sudah masuk Hansard. Sila tarik balik. Saya minta Besut tarik balik perkataan “kurang ajar” sebab Speaker telah buat petua tak boleh pakai perkataan “kurang ajar” dalam Dewan.
Tuan Pengerusi
Baik. Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya minta Besut...
Tuan Pengerusi
Baik. Kapar...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ya.
Tuan Pengerusi
Kampar. Saya confused. Kampar, sorry. Baik. Tak apa, sebab oleh riuh-rendah dan hiruk-pikuk, saya tak dengar tadi. Sekarang...
[Tepuk] Nanti, nanti, nanti.
Saya nak tanya, saya nak tanya Besut, adakah Besut ungkapkan perkataan itu? Yes or no?
Bangun, bangun, bangun. Ungkap atau tidak? No, no, listen.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan tipu, jangan tipu. Kamu masuk Hansard.
Tuan Pengerusi
Kampar, biar saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Biar saya yang handle. Kalau semua orang nak handle, kita tak — sampai pukul 10.00 malam tak selesai ini. Saya nak tanya Besut, ya kata ya, tidak kata tidak.
Itu sahaja, tak usah elaborate. Ya kata ya, tidak...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak.
Tuan Pengerusi
Tidak?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak.
Tuan Pengerusi
Okey. Tidak, okey. Duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan tipu, jangan tipu. Nanti masuk Hansard.
Tuan Pengerusi
[Mengetuk penukul]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya akan rujuk.
Tuan Pengerusi
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Besut, Besut...
Tuan Pengerusi
Dia kata tidak.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bohong dosa tahu.
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan bohong dalam — Jangan bohong dalam Dewan. Ini masuk Hansard. Saya dengar.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Besut jangan bohong Besut. Saya dengar.
Saya dengar Besut.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan tipu Besut. Semua orang dengar. Besut tipu. Penipu Besut.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Be a gentleman Besut.
[Dewan riuh]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Tidak jelas]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Reti buat bohong. Buat bohong dalam Parlimen.
Tuan Pengerusi
Kampar. Kalau dia...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya akan check Hansard. Saya akan check Hansard. Esok saya akan...
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Halau Kampar keluar.
Tuan Pengerusi
Baik, baik, baik, baik. Duduk, duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tipulah. Berani tipu tengok.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, sebab saya dengar Speaker. Saya dengar.
Tuan Pengerusi
Sebab...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya dengar. Saya dengar, telinga saya dia guna perkataan “kurang ajar”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya dengar.
Tuan Pengerusi
Sit down, sit down.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dia bohong...
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Halau Kampar keluar.
Tuan Pengerusi
[Mengetuk penukul] Duduk, duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mana boleh buat bohong.
Tuan Pengerusi
Kampar!
[Mengetuk penukul] Yang mempengerusikan Majlis ini saya. Saya tak dengar. Jadi saya tanya dia, dia kata dia tak sebut. Kalau dia berbohong, dia masuk neraka. Don’t worry.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
[Ketawa] Don’t worry about that. Kita jumpa di akhirat esok. Kita jumpa di akhirat esok, insya- Allah. Okey, setiausaha silakan. Teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 84** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun bawah peraturan mesyuarat. Saya nak minta...
Tuan Yang di-Pertua
Kita dah mengundi dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ha?
Tuan Yang di-Pertua
Dah mengundi dah. Lepas mengundi, baru buat peraturan mesyuarat ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, nak tanya sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat berapa itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(12), tapi...
Tuan Yang di-Pertua
36(12), isunya apa dia?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi, tak berapa sesuai. Sebab itu nak tanya Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
36(12)?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Tak berapa sesuai, tapi itu yang ada saya nampak. Yang Berhormat kata kalau bohong...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tak sesuai, duduklah Arau.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau bohong masuk neraka, tapi kalau zalim masuk apa Yang Berhormat?
[Ketawa] [Tepuk] Kalau bohong...
Tuan Yang di-Pertua
Tak, yang kita bicarakan ialah apa nama ini, apa yang dikatakan oleh Besut tadi. Saya tak mahu sebut. Jadi saya katakan kalau betul, kata betul.
Ya kata tidak, dia sebut tidak. Tidak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Macam kami kena zalim ini macam mana Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua
Dah, dah, dah. Isunya berbeza.
[Ketawa] Silakan Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Pemegang Amanah (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] merupakan akta berkaitan dengan...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Speaker, memandangkan undang-undang ini lulus, saya minta diri dulu.
[Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
...Dan tanggungjawab amanah tugas menjaga aset amanah dan melindungi kepentingan pemegang amanah dan pihak-pihak berkepentingan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semakan dan pindaan kepada Akta 208 ini adalah diperlukan dalam membantu Malaysia bersedia untuk menghadapi dua penilaian antarabangsa yang akan dilaksanakan bermula tahun 2025 oleh Financial Action Task Force
(FATF) dan pelaksanaan inisiatif di bawah Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dalam hal ini, pindaan-pindaan yang sedang dicadangkan ini adalah bertetapan dan selaras dengan keputusan laporan penilaian bersama Mutual Evaluation Report (MER) oleh FATF terhadap Malaysia sebelum ini yang telah menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam perundangan negara, terutamanya dalam aspek pengkawalseliaan dan pemantauan yang melibatkan penyalahgunaan pengaturan yang berasaskan undang-undang, termasuk amanah (legal arrangement including trust) yang secara tidak langsung menyukarkan pihak- pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat dan mengambil tindakan yang sewajar dalam kes-kes yang melibatkan pengubahan wang haram (money laundering).
Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] atau singkatnya (JKAPA) telah ditubuhkan pada 6 Mei 2024 yang diketuai oleh Ketua Penyelidik dari Universiti Malaya dan turut dianggotai oleh wakil penyelidik dari kalangan ahli akademik, wakil Majlis Peguam Malaysia, pengamal undang-undang, wakil pertubuhan masyarakat MADANI (CSO) dan wakil daripada BHEUU JPM. Jawatankuasa ini telah turut melaksanakan kajian perbandingan dengan dua cara yang utama. Pertamanya kajian perbandingan dibuat dengan menilai kedudukan undang-undang di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri lain di Malaysia.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Keduanya, kajian perbandingan telah dibuat dengan bidang kuasa di 18 buah negara. Antaranya seperti United Kingdom, New Zealand, Australia, Belanda, Perancis, Jerman, Switzerland, Luxembourg dan Singapura. Kelemahan dalam undang-undang ini boleh membuka ruang dan peluang kepada risiko kelemahan tatakelola, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana demi kepentingan peribadi di samping terdedah dengan risiko pengubahan wang haram dan aktiviti pembiayaan keganasan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk meminda Akta 208 dan memastikan kawalseliaan dan pengurusan pengoperasian berkaitan dengan amanah di Malaysia dilaksanakan dengan teratur dan berkesan demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dikemukakan dalam rang undang-undang ini antara lain bertujuan sebagai persediaan menghadapi penilaian oleh badan penilaian antarabangsa iaitu Financial Action Task Force yang akan berlangsung pada Februari 2025. Jika gagal menemui penilaian FATF ini, penilaian ke atas negara kita akan terjejas dan negara bakal menghadapi tujuh risiko kesan sebagaimana berikut:
(i) negara kita akan dilihat sebagai tidak bersungguh-sungguh atau tidak komited dalam memerangi aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan menyebabkan kepercayaan serta persepsi pelabur dan rakan dagangan antarabangsa merosot;
(ii) pengurangan pelabur asing. Pelabur asing mungkin tidak mahu atau bertindak untuk tidak melabur di Malaysia kerana risiko reputasi dan ketidakpastian dalam persekitaran perniagaan yang baik (surrounding areas);
(iii) sekatan ekonomi. Negara mungkin menghadapi sekatan kewangan atau ekonomi daripada badan antarabangsa seperti kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan antarabangsa atas sokongan kewangan;
(iv) kos transaksi kewangan meningkat. Institusi kewangan antarabangsa mungkin mengenakan kawalan tambahan dan kos yang lebih tinggi untuk berurusan dengan entiti dalam negara tersebut;
(v) risiko disenaraikan oleh FATF di bawah grey list. Terdapat juga risiko bahawa negara akan disenarai dalam grey list oleh Financial Action Task Force (FATF). Dalam hal ini akan menjejaskan reputasi dan memerlukan tindakan pembetulan secara besar-besaran untuk membaiki status;
(vi) gangguan kepada sektor perbankan. Bank-bank tempatan mungkin menghadapi risiko dan kesukaran dalam hubungan perbankan antara bank-bank tempatan dengan bank-bank pada peringkat global; dan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
(vii) ketidakstabilan ekonomi. Dalam jangka masa yang panjang, kegagalan mematuhi Financial Action Task Force boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara akibat tekanan ekonomi dan kewangan antarabangsa.
Parameter-parameter pindaan bagi maksud pindaan yang dicadangkan terhadap Akta 208 adalah relevan, holistik dan memenuhi kehendak serta standard yang ditetapkan oleh Financial Action Task Force (FATF). Beberapa parameter pindaan telah dikenal pasti melalui kajian perbandingan dan kajian yang telah dibuat melibatkan negara-negara yang mempunyai akta-akta yang setara dengan Akta 208. Parameter-parameter pindaan ini adalah seperti berikut:
(i) menambah baik kelompongan dalam akta sedia;
(ii) tafsiran yang lebih jelas;
(iii) rangka kerja kawal selia yang lebih berkesan;
(iv) penyeliaan dan pemantauan yang lebih ketat;
(v) pemantauan dan sanksi (sanction) bagi ketidakpatuhan dan;
(vi) jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa.
Cadangan pindaan-pindaan berdasarkan kepada parameter-parameter yang telah dikenal pasti ini cadangan pindaan-pindaan kepada Akta 208 melibatkan pindaan terhadap satu seksyen penambahan dengan tajuk baharu yang merangkumi lima seksyen baru dan pengenalan dua seksyen baharu yang berkaitan dengan ketelusan dan mekanisme kawalan, efektif terhadap pemegang amanah termasuk pemunya benefisial (beneficial ownership).
Perincian pindaan-pindaan ini adalah seperti berikut:
Fasal 1, fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 untuk memasukkan takrif baharu bagi Menteri yang bertujuan untuk mematuhi piawaian penilaian pada peringkat antarabangsa iaitu Financial Action Task Force di bawah R25.
Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IVA yang mengatakan tentang peruntukan yang berhubungan dengan ketelusan dan mekanisme kawalan efektif.
Bahagian IVA dengan tajuk baharu yang merangkumi seksyen-seksyen baharu iaitu 44A, 44B, 44CD dan 44E seperti berikut. Seksyen 44A yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian bahagian baharu IVA dalam Akta 208. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, bahagian baharu ini terpakai kepada amanah nyata
(expressed trust) sahaja dan penggubalan bahagian ini adalah bagi mematuhi piawaian Financial Action Task Force di bawah R25.
Seksyen baharu 44B yang dicadangkan mengandungi takrifan bagi perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Bahagian baharu IVA yang dicadangkan.
Seksyen baharu 44C yang dicadangkan memperkatakan tentang amanah nyata dan ciri-ciri amanah nyata (expressed trust).
Seksyen baharu 44D yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan untuk menyimpan rekod dan dokumen yang berhubungan dengan pemunya
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
benefisial oleh pemegang-pemegang amanah. Seksyen baharu 44D juga memberi Menteri kuasa untuk menetapkan “designated non-financial businesses and professions”.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Di samping itu, pemegang amanah kepada express trust diwajibkan untuk menyimpan maklumat pemunya benefisial, memastikan ketersediaan maklumat yang tepat, terkini dan kebolehan pendedahan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa yang berwibawa (competent authorities) yang ditetapkan dalam peraturan.
Untuk makluman Yang Berhormat, maklumat ini hanya boleh dikongsi dengan bersama sebuah pihak berkuasa berwibawa sepertimana ditakrifkan di bawah seksyen baharu 44B dan maklumat ini tidak boleh dikongsikan dengan orang awam.
Pengecualian pemakaian seksyen 44D kepada pemegang amanah boleh dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab melalui perintah yang disiarkan dalam warta. Seksyen baharu 44D juga memperuntukkan bahawa mana-mana pemegang amanah yang melanggar seksyen ini akan melakukan sesuatu kesalahan.
Seksyen baharu 44E yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa dan pihak berkuasa berwibawa (competent authorities) untuk membawa satu perjanjian bertulis dengan kerajaan negara asing dan antara pihak berkuasa berwibawa negara asing itu untuk bertukar maklumat pemunya benefisial bagi pemegang amanah bagi maksud menangani apa-apa aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) pembiayaan keganasan
(terrorism financing) dan pembiayaan percambahan (proliferation financing) yang mungkin berlaku merentas sempadan negara.
Peruntukan ini adalah bagi tujuan mengadakan dengan izin, international cooperation dengan negara lain bagi tujuan mengelak aktiviti pengubahan wang haram (money laundering), pembiayaan keganasan (terrorism financing) dan pembiayaan percambahan.
Dalam hal ini adalah perlu diberikan tekanan di sini bahawa terdapat beberapa mekanisme perlindungan atau dengan izin, safeguards berhubung perkongsian maklumat oleh Menteri di bawah seksyen ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat ini hanya boleh dikongsi oleh Menteri bersama sebuah pihak berkuasa berwibawa sepertimana ditadbirkan di bawah seksyen baharu 44B dan maklumat ini tidak boleh dikongsikan dengan orang awam. Selain itu, satu perjanjian bertulis juga perlu disetujukan dengan sebuah kerajaan negara asing sebelum Menteri dibenarkan untuk berkongsi maklumat ini bersama pihak berkuasa berwibawa negara asing.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 66A dan 66B bagi memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan-peruntukan akta ini dan peruntukan yang berhubungan dengan pengkompaunan kesalahan.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan ini yang dicadangkan ini akan memperkasakan Akta 208 demi memastikan akta ini sesuai dengan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
aliran perubahan masa, perubahan zaman selaras dengan keperluan cabaran dan keadaan semasa dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat dan negara.
Sehubungan dengan itu, adalah besar harapan saya pindaan-pindaan ini akan diterima dengan baik dan mendapat sokongan penuh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemegang Amanah 1949 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Beruas, YB Pengkalan Chepa, YB Jempol, YB Tumpat dan YB Jerlun.
Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Pemegang Amanah 1949.
Tuan Yang di-Pertua, saya — apa yang telah dijelaskan oleh pihak kerajaan, saya faham dan niat kerajaan yang baik untuk meminda akta ini. Walau bagaimanapun, saya merasa pindaan yang dicadangkan ini terlalu luas dan ada pihak-pihak pemegang amanah yang harus dikecualikan dari tanggungjawab yang hendak dilaksanakan di bawah pindaan ini.
Puan Yang di-Pertua, menurut Akta Pemegang Amanah Tahun 1949 ini seksyen 2(1) akta ini terpakai kepada executor atau dalam bahasa Melayu wasi dan administrator atau pentadbir harta pusaka mereka yang telah meninggal dunia dan juga mana-mana pentadbir harta-harta amanah yang tidak dibayar apa-apa ganjaran ataupun bayaran.
Pindaan yang dicadangkan di bawah seksyen 44D ini meletakkan tanggungjawab yang amat berat ke atas seseorang pemegang amanah. Tanggungjawab ini senarainya panjang di bawah seksyen 44D ini. Ia termasuklah menyimpan aset, liabiliti, pendapatan, perbelanjaan, dokumen-dokumen dan sebagainya.
Bagi kita tahu apabila seseorang itu meninggal dunia dan telah meminda seseorang yang dipercayainya untuk menjadi wasi ataupun ahli-ahli keluarga minta seseorang bertanggungjawab untuk mentadbir harta pusaka kalau tidak ada satu wasi yang ditinggalkan, mereka ini membuat menjalankan tanggungjawab dengan tanpa gaji dan kalau kita meletakkan tanggungjawab yang begitu berat ke atas mereka, ramai tidak akan sudi untuk menjadi pemegang amanah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini termasuk juga mereka yang menjadi pemegang amanah kerana hendak melindungi kanak-kanak yang tidak cukup umur kerana ibu bapa meninggal dunia awal dan mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran ataupun bayaran. Jadi, kalau inilah tanggungjawab diberikan dan juga nanti saya ingin tekankan ada criminal liability kalau mereka tidak laksanakan tanggungjawab, ini memang akan menyebabkan ramai orang tidak akan sudi menjadi wasi atau pentadbir harta pusaka.
Oleh yang demikian, saya mohon kepada kerajaan supaya golongan-golongan ini iaitu wasi, pentadbir harta pusaka dan mereka yang memegang amanah atau melaksanakan pentadbiran sesuatu amanah tanpa bayaran dengan sukarela hendak menolong dikecualikan daripada pindaan seksyen 44D ini.
Lagi satu perkara yang saya ingin tekankan. Baru-baru ini saya dapati banyak undang-undang diperkenalkan menjadikan perkara-perkara sivil menjadi sesuatu jenayah. Ini tidak harus kita galakkan. Hanya dalam kes-kes ekstrem sahaja kita boleh benarkan sesuatu perkara sivil itu dijadikan sesuatu bahan jenayah.
Dalam kes yang di depan kita ini di bawah seksyen 44D ini dikatakan kalau orang itu gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah dinyatakan termasuklah menyimpan dokumen-dokumen dan kadang-kadang kita tahu sebagai pentadbir sesuatu harta, mereka tidak ada dokumen. Kalau mereka boleh disabitkan kesalahan dan boleh didenda sampai RM5,000. Saya tidak ada bantahan kalau ia dikatakan satu kompaun sampai RM5,000 kerana seperti dalam perbahasan saya untuk pindaan Stamp Act baru-baru ini perkara ini boleh melucutkan hak Ahli Parlimen daripada menjadi wakil dalam Parlimen.
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dahulu zaman-zaman lama-lama dahulu kalau ada hutang pun boleh dipenjarakan tetapi kita sudah lebih bertamadun dan sekarang ini kita hanya menghukum mereka yang dari segi kewangan mereka yang curi, mereka yang tipu, yang pecah amanah. Merekalah yang harus dikenakan hukuman jenayah. Oleh yang demikian, saya mohonlah supaya seksyen ini dipinda supaya ia tidak menjadi satu jenayah itu conviction.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya juga mengambil kesempatan ini supaya undang-undang lain yang menguruskan hal-hal sivil seperti windfall profit levy di bawah seksyen 19, 21 pun conviction, yang menjenayahkan. Kalau pihak kerajaan ataupun jabatan kerajaan meminta sesuatu dokumen, kita tak bagi, boleh disabit kesalahan. Itulah perkara yang saya mohon kerajaan pertimbangkan.
Selain daripada seksyen ini, keluarkan conviction dari windfall profit levy dan juga Stamp Act yang baru-baru kita pinda itu. Ini supaya kita nampak Kerajaan MADANI ini nampak lebih bertamadun dan memang kita MADANI dalam menguruskan isu-isu sivil supaya rakyat tidak tertekan dan dalam ketakutan dengan kerajaan kita.
Itulah sahaja harapan saya. Saya harap cadangan saya boleh diterima. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya, secara prinsipnya, boleh menyokong objektif rang undang- undang ini, pindaan 2024. Tetapi, sebagaimana yang dinyatakan Beruas tadi, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diselesaikan sebelum rang undang-undang ini diluluskan.
Kalau tak boleh ikut atau raikan apa yang kami cakap ini, lepas ini undi belah bahagian lagi.
Pertama, Tuan Yang di-Pertua, beban pentadbiran kepada pemegang amanah kecil iaitu kewajipan menyimpan rekod pada fasal 3, seksyen 44D. Kewajipan menyimpan rekod lengkap dan terkini adalah satu yang baik. Tetapi, badan kebajikan kecil seperti surau kampung yang menguruskan dana wakaf mungkin tidak mampu untuk mematuhi keperluan ini kerana kekurangan tenaga mahir. Saya mencadangkan supaya kerajaan boleh menyediakan sistem pemfailan dalam talian yang mudah seperti aplikasi e-Amanah, di mana surau ataupun badan kecil hanya perlu mengisi borang asas secara digital sahaja.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan risiko kebocoran maklumat sensitif iaitu fasal 3, seksyen 44E. Maklumat pemilik benefisial yang perlu dikongsi dengan pihak berkuasa, termasuk luar negara, berisiko untuk disalahgunakan. Contohnya, jika maklumat pemilik tanah wakaf bocor, ia boleh dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jadi, saya mencadangkan supaya pastikan data hanya diakses untuk siasatan sah seperti kes pengubahan wang haram yang dibawa ke mahkamah dan sebarang akses perlu melalui sistem yang diaudit, contohnya seperti sistem e-KYC dalam sektor perbankan, yang menjaga privasi pelanggan.
Kemudian, yang ketiga, saya nak sebutkan iaitu impak pada fasal 3, seksyen 44C.
Impak kepada amanah, keagamaan dan kebajikan. Institusi seperti madrasah kecil yang bergantung kepada sukarelawan mungkin tidak mampu menyediakan laporan lengkap yang dikehendaki dalam pindaan ini. Jadi, kerajaan ─ saya cadangkan, supaya memberi pengecualian kepada badan-badan kecil, contohnya madrasah, dengan dana bawah daripada RM50,000 setahun. Sebagai alternatif, mereka hanya diwajibkan menghantar penyata ringkas tahunan sahaja. Ini memudahkan pemegang amanah yang kecil-kecil seperti surau dan sebagainya.
Keempat, Tuan Yang di-Pertua, kuasa Menteri yang terlalu luas pada fasal 3, seksyen 44D(4) dan seksyen 66B. Fasal ini memberi kuasa luas untuk mengecualikan entiti tertentu atau membuat perjanjian dengan negara luar, sebagai contoh, jika Menteri memberikan pengecualian kepada pemegang amanah korporat tertentu. Tanpa justifikasi yang jelas, ia boleh menimbulkan persepsi dan salah guna kuasa. Keputusan Menteri perlu disemak. Ini cadangan saya. Sepatutnya, keputusan Menteri perlu disemak oleh jawatankuasa khas Parlimen seperti mekanisme semakan dalam isu perjanjian antarabangsa RCEP.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, penyesuaian dengan konteks Malaysia. Kita tahu pendekatan piawaian antarabangsa tidak sepenuhnya sesuai dengan konteks Malaysia.
Contohnya, amanah di negara kita lebih banyak digunakan untuk tujuan wakaf, bukan untuk struktur korporat seperti negara-negara di negara Barat. Jadi, saya mencadangkan pindaan ini perlu diteliti untuk disesuaikan dengan realiti di Malaysia. Contohnya, amanah wakaf keluarga di kampung yang digunakan untuk membaik pulih tanah perkuburan tidak perlu diperlakukan sama seperti amanah korporat yang bernilai jutaan ringgit.
Itu yang saya hendak sebutkan, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengharapkan apa yang dinyatakan ini untuk diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 2024 [Akta 208] yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tiada definisi khusus untuk menerangkan maksud ‘amanah’ dalam statut bertulis di Malaysia melainkan definisi tersebut hanya dapat diketahui melalui penghakiman mahkamah bagi sesebuah kes. Contohnya, Yang Arif Hakim Hashim Yeop Sani dalam kes Yong Nyee Fan & Son Sdn. Bhd. 1979 memberi tafsiran bahawa konsep trust atau amanah dalam perundangan sivil memiliki tiga elemen utama iaitu pemberi amanah, penerima amanah dan harta amanah. Pelaksanaan amanah ini adalah melalui surat ikatan amanah yang terkandung di dalam terma dan syarat tertentu yang dipersetujui antara kedua pihak.
Seterusnya, pindaan Akta 208 pada hari ini bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu yang berhubungan dengan transparensi dan juga mekanisme kawalan efektif bagi pemegang amanah supaya selaras dengan standard dan amalan antarabangsa. Ini adalah bersesuaian dengan syor daripada badan antarabangsa iaitu Financial Action Task Force, dengan izin, yang dianggotai oleh Malaysia dalam usaha memerangi pengubahan wang haram di peringkat global.
Seterusnya, Jempol merujuk seksyen baharu 44D. Jempol ingin menarik perhatian Dewan kepada seksyen baharu 44D yang dicadangkan bertujuan untuk mewajibkan pemegang amanah menyimpan rekod dan dokumen yang berhubungan dengan pemunyaan benefisial di kalangan pihak-pihak berkaitan termasuk pemberi amanah, penerima amanah dan pemegang amanah itu sendiri.
Persoalannya, siapakah badan atau autoriti yang mempunyai bidang kuasa daripada segi undang-undang untuk membuat semakan terhadap rekod atau dokumen berkaitan pemunyaan benefisial iaitu pemilik sebenar tersebut? Apakah rasional berkenaan seksyen 44(2)(g) yang memperuntukkan bahawa maklumat berkaitan pemunyaan benefisial ataupun
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
pemilik sebenar perlu didedahkan kepada institusi kewangan dan perniagaan profesion bukan kewangan yang ditetapkan?
Kita sedia maklum bahawa instrumen amanah ini biasanya dilakukan dengan kepercayaan oleh pemberi amanah bahawa segala maklumat sulit dan kerahsiaan adalah dijamin oleh pemegang amanah.
Persoalan Jempol. Memandangkan instrumen amanah ini lazimnya melibatkan aset yang boleh mencecah jutaan ringgit, apakah jaminan kerajaan bahawa segala maklumat sulit termasuk maklumat pemunyaan benefisial pemilik sebenar tersebut tidak dibocorkan atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Memandangkan pemegang amanah juga boleh dilantik di kalangan ahli keluarga atau rakan kepada pemberi amanah yang kebiasaannya merupakan orang awam yang tidak mempunyai kemahiran khusus berkaitan bidang kewangan dan perundangan, jadi apakah langkah kementerian bagi mendidik masyarakat kita berkaitan isu pemunyaan benefisial ini?
Jadi, dengan itu, Jempol mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada RUU Pemegang Amanah (Pindaan) yang telah pun dipinda beberapa kali sejak tahun 1989. Di dalam ini kita melihat bahawa ini merupakan rang undang-undang yang akan menjaga amanah bagi pihak swasta secara individu ataupun institusi yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan aset bagi pihak penerima manfaat (beneficiary). Dalam konteks syariah dan undang-undang Malaysia, konsep pemegang amanah mempunyai persamaan asas tetapi berbeza daripada sudut prinsip, pengurusan dan pelaksanaan.
Fasal 1 RUU ini telah diguna pakai sejak lima tahun lepas. Jadi, dalam kes ini saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimanakah kerajaan memantau kes-kes melibatkan amanah persendirian di Malaysia dan anggaran nilai yang diletakkan di bawah Akaun Amanah yang berada dalam negara?
Fasal 3 membabitkan seksyen 44B. Berapakah kes amanah yang membabitkan money laundering ataupun pengubahan wang haram, harta penjenayah, aktiviti keganasan sehingga memaksa kerajaan meminda akta sebagaimana hari ini? Adakah negara kita mempunyai central registry bagi semua trustee yang telah pun dibuat oleh rakyat kita?
Siapakah yang layak dan di manakah berhak untuk membuat trustee kerana hari ini kita percaya bahawa kadang-kadang ianya bukan dibuat oleh pihak peguam.
Seksyen 44 menyebut tentang fiduciary relationship. Dalam hal ini, saya rasa sudah sampai masanya untuk kita mendefinisikan fiduciary relationship ini, terutama dalam membabitkan orang Islam dan juga keluarga kerana kita percaya bahawa mereka ini
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
mempunyai hubungan yang mesti disahkan. Bagaimana dengan hubungan yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang? Adakah mereka juga dikira sebagai fiduciary relationship kalau mereka mengatakan bahawa mereka percaya kepada orang ini untuk menjadi pemegang amanah?
Seksyen 44C mencadangkan sole trustee shall not be the sole beneficiary of trust.
Apakah impak dengan pindaan akta ini menyebut tentang perkara ini? Siapakah penyimpan rekod harta amanah persendirian bagi menjamin ianya selamat dan terpelihara, terutama bila negara kita pada masa kini terdedah kepada pelbagai jenis bencana? Apakah KPI untuk penyimpanan rekod ini, terutama bagi pemegang amanah persendirian?
Fasal 3 seksyen 44D menyebut tentang tanggungjawab untuk memantau, untuk menyimpan rekod dan dokumen. Soalan saya ialah siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk memantau penyimpan rekod dan dokumen ini? Berapakah kekerapan ianya dipantau?
Kerana hari ini kita tengok kebanyakan rekod dibuat dalam bentuk digital? Adakah kita telah bersedia dalam hal ini?
Berapakah jumlah kes dan nilaian aset termasuk Bitcoin dan mata wang digital dan aset lain yang berada di luar negara yang membabitkan amanah kerana kita melihat bahawa kerajaan pinda akta ini untuk memberikan kuasa di bawah 44E untuk jurisdiksi dan punca kuasa untuk luar negara. Apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan pendidikan hak dan tanggungjawab kepada benefisiari yang sepatutnya menjadi satu kefahaman tentang konsep pengurusan harta?
Hari ini, pemegang amanah mungkin orang dewasa tetapi benefisiari adalah kanak- kanak. Jadi, berapa banyak kita telah buat pendidikan? Saya setuju dengan pandangan Jempol tadi kerana pada umur dini, kita tahu bahawa mereka ini perlu dilindungi.
Bagaimanakah kanak-kanak yang masih bayi dan ada yang mencapai umur remaja. Kita tengok dalam kes, sebagai contohnya akibat COVID-19 baru-baru ini. Ada 5,000 kanak-kanak yang menjadi anak yatim. Bagaimanakah harta mereka ini ataupun yang melibatkan ini dijaga oleh pihak kerajaan yang mungkin dibuat melalui Akaun Amanah ataupun yang diletakkan di bawah Amanah Raya Berhad?
Bagaimanakah pengurusan harta yang membabitkan banduan? Kerana hari ini kita melihat bahawa ramai banduan dalam penjara. Hari ini jumlah banduan mencapai 45,000, Yang di-Pertua. Jadi, dalam 45,000 ini membabitkan banyak keluarga dan kanak-kanak. Jadi, kalau ini membabitkan harta mereka, bagaimanakah kita boleh cadangkan kepada pihak kerajaan supaya menggubal satu undang-undang bagi memastikan bahawa harta yang dimiliki oleh banduan ini sebagai penanggung nafkah mesti dibuat secara perintah oleh mahkamah supaya mereka ini boleh memberikan nafkah kepada anak mereka?
Sebagaimana seksyen 36(1) dalam akta ibu yang bahawa dalam kes ini kita lihat untuk kes orang Islam mereka letak Amanah Raya, untuk kes yang bukan Islam mereka letak ke bawah Akaun Amanah. Kerana ini kita lihat banyak kes yang tertunggak melibatkan amanah kepada kanak-kanak ini dan nafkah ini kerana bapa mereka ataupun penanggung nafkah diberi gaji bulanan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Seterusnya, apakah agensi dan SOP bagi khidmat nasihat agar perbezaan antara kepentingan amanah dan instrumen syariah difahami dalam pengurusan harta orang Islam?
Setakat ini, kita lihat di bawah seksyen 3 akta ibu dan seksyen 6 akta ibu untuk RUU ini, tidak ada punca kuasa ataupun undang-undang yang menjamin ataupun kawalan bahawa pemegang amanah di bawah RUU ini mesti menjalankan pelaburan itu mengikut garis panduan pelaburan klien yang Muslim dilaksanakan mengikut kehendak syariah?
Jadi dalam hal ini, mereka boleh buat apa sahaja kerana tidak ada kawalan daripada pihak kita. Jadi, saya mencadangkan, ini perkara yang sangat penting untuk dimasukkan bahawa sekiranya melibatkan orang Islam, ianya sepatutnya diuruskan mengikut cara yang dikehendaki oleh syariah.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, setakat ini berapakah kes amanah yang telah dirujuk dan dibicarakan di mahkamah? Seterusnya, bagi menghadapi masalah kewangan negara kita, kita lihat kerajaan punya AKPK. Tetapi untuk kes membabitkan amanah, di manakah mereka boleh rujuk tentang perkara ini? Saya juga percaya bahawa di bawah seksyen 24(1), di bawah akta induk menyebut bahawa, “Pemegang amanah boleh memberi insurans kepada harta yang dijaga”.
Dalam keadaan sekarang, saya kira bukan lagi perkataan “boleh”. Hari ini kita mesti cadangkan supaya kerajaan mesti membuat satu undang-undang supaya pemegang amanah ini hendaklah membayar takaful kepada harta yang dipegang oleh mereka, yang diambil pendapatan itu ataupun bayaran premium itu daripada harta yang dipegang tersebut.
Kerana kita lihat banyak harta yang sangat terdedah kepada penyalahgunaan ataupun kepada kebinasaan yang memerlukan perlindungan takaful ataupun insurans dalam konteks ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Seterusnya pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini bertujuan meminda Akta Pemegang Amanah 1989 [Akta 208] untuk memasukkan peruntukan baharu berkaitan pemunya benefisial (beneficial owner), dengan izin, iaitu mereka yang mendapat manfaat daripada Badan Amanah. Ia berkait dengan penama yang didaftarkan dalam hak milik harta tak alih, contohnya tanah, sebagai pemegang amanah bagi pihak pemunya benefisial.
Ia akan menjadi masalah apabila berlaku kematian. Apabila dirujuk ke pejabat tanah, pejabat tanah menyarankan penama pemegang amanah tersebut perlu dibatalkan atau ditukar kepada nama pemegang amanah baharu melalui guaman pembahagian pusaka kecil di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
Masalahnya ialah waris kepada pemegang amanah tersebut enggan mendaftarkan nama baru pemegang amanah bagi pihak pemunya benefisial, sebaliknya menyatakan
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
hartanah tersebut adalah milik si mati. Isu ini banyak berlaku dalam masyarakat sekarang ini, termasuk di kawasan saya di Jerlun, terutamanya melibatkan tanah persendirian yang dihibahkan untuk tujuan pendidikan seperti sekolah agama, maahad tahfiz, rumah anak yatim, rumah orang miskin ataupun Baitu Dhuafa’, dengan izin dan sebagainya.
Lebih malang lagi, waris si mati iaitu pemegang amanah yang meninggal dunia sengaja melengah-lengahkan guaman pembahagian pusaka kecil menyebabkan isu pertukaran nama pemegang amanah baru tidak dapat dilakukan dan berlaku kematian yang berlapis-lapis. Akhirnya, tidak dapat ditukar nama dan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang penyelesaian. Dalam hal ini, saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Apakah mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu yang saya bangkitkan ini?
RUU ini juga bertujuan meminda Akta Pemegang Amanah 1989 [Akta 208] untuk memasukkan peruntukan baharu yang berhubungan dengan transparensi dan mekanisme kawalan bagi pemegang amanah supaya selari dengan standard dan amalan antarabangsa.
Persoalan saya ialah, pertama, sejauh manakah peluasan skop RUU ini dapat memantapkan pengurusan pemegang amanah? Pada masa yang sama, mengatasi cabaran pematuhan piawaian penilaian antarabangsa seperti Financial Action Task Force (FATF) dan Organisation of Economic Cooperation and Development (OECD) untuk tahun 2025, terutama dari segi pengawalseliaan, isu pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dalam konteks entiti atau pemegang amanah.
Kedua, bagaimanakah pindaan ini dapat mengisi kelompangan atau lacuna Akta 208 secara berkesan bagi mencakupi kategori pemegang benefisial (beneficial owner), pihak- pihak berkepentingan dalam Lembaga Pemegang Amanah, pemegang amanah persendirian dan pemegang amanah bukan profesional? Merujuk fasal 3.
Seksyen baharu 44D yang dicadangkan bertujuan mengadakan peruntukan bagi kewajipan untuk menyimpan rekod dan dokumen yang berhubungan dengan pemujaan benefisial oleh pemegang-pemegang amanah. Berkaitan seksyen 44D ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah langkah yang diambil untuk memperkukuh rangka kerja tanggungjawab pengawal selia untuk mendapatkan maklumat pemunya benefisial daripada pemegang amanah bagi memenuhi penilaian FATF?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Kedua, apakah tanggungjawab pemegang amanah bukan profesional untuk mendedahkan maklumat kepada pihak yang berkaitan bagi meningkatkan pemantauan di samping mengelakkan konflik berkepentingan? Selain itu, seksyen baharu 44D ini juga adalah mengenai peruntukan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan financial institutions and designated non-financial business and profession dan implikasi pengecualian daripada pemakaian seksyen 44D ini kepada pemegang amanah.
Merujuk fasal 3 juga, seksyen baharu 44E yang dicadangkan bertujuan memberi kuasa kepada Menteri membuat suatu perjanjian bertulis dengan kerajaan negara asing dan antara pihak berkuasa berwibawa negara asing itu untuk bertukar maklumat pemunyaan benefisial bagi pihak pemegang amanah.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Persoalan saya ialah pertama, berapakah kes membabitkan entiti pemegang amanah terbabit dalam pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang telah dikesan setakat ini? Kedua, sejauh manakah pindaan ini dapat memudah cara dan mengukuhkan kecekapan siasatan agensi-agensi penguat kuasa seperti SPRM atau PDRM dengan mengambil kira cabaran pihak penguat kuasa, terutama kesukaran dalam memperoleh maklumat berkenaan dalam proses siasatan atau pendakwaan kes di sebalik perundangan amanah sedia ada?
Ketiga, apakah implikasi yang terlibat dalam pengoperasian dan pelaksanaan akta ini?
Akhirnya, merujuk fasal 4, seksyen baharu 66A dan 66B bertujuan memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan akta ini dan peruntukan yang berhubungan dengan kompaun bagi sesuatu kesalahan. Persoalan saya ialah pertama apakah langkah yang telah digariskan oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap pematuhan dan pengenaan penalti terhadap ketidakpatuhan oleh mana-mana pemegang atau entiti amanah?
Kedua, sejauh manakah keberkesanan langkah yang diambil itu dalam mengekang pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan seperti AMLA atau CFT secara menyeluruh? Dan C, yang ketiga, bagaimanakah kerajaan mengimbangi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dan mengawasi badan korporat yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah atau penyalahgunaan harta amanah menerusi perundangan selain pengukuhan aspek pemantauan, pemeriksaan laporan kewangan dan penyeliaan dana? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Itu dia pembahas-pembahas yang ada. Sekarang saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. 10 minit YB Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sirih berlipat tanda perpaduan, Disusun indah adat budaya, Hukum dibina atas kesepakatan, Mohon sokongan daripada semua. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada lima Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Jerlun yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Pemegang Amanah.
Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diambil perhatian sewajarnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Beruas telah membangkitkan perkara-perkara yang sangat relevan.
Satu adalah mengatakan bahawa undang-undang ini menjenayahkan kegagalan pemegang amanah menyimpan rekod-rekod amanah yang sewajarnya dan sama ada amanah yang diwujudkan melalui surat wasiat, geran probet dan geran kuasa mentadbir tertakluk kepada bahagian baharu.
Untuk makluman Yang Berhormat, semakan dan pindaan kepada Akta 208 ini adalah diperlukan dalam membantu Malaysia bersedia untuk menghadapi dua penilaian antarabangsa yang akan dilaksanakan bermula tahun 2025 oleh Financial Action Task Force dan pelaksanaan inisiatif di bawah Organization for Economic Cooperation and Development.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan, cadangan pindaan terhadap Akta Pemegang Amanah bertujuan untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada dengan keperluan Financial Action Task Force.
Tujuan utama pindaan ini adalah untuk memperkukuhkan kuasa kawal selia dan memastikan terdapat mekanisme bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (terrorism activities). Adalah penting untuk ditegaskan bahawa kuasa di bawah seksyen 44D yang dicadangkan ini hanya akan digunakan jika amanah tersebut berkaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan dan apabila maklumat itu diperlukan oleh pihak berkuasa berwibawa bagi tujuan penyiasatan.
Tambahan pula, kegagalan mematuhi tanggungjawab yang dinyatakan akan dianggap sebagai kesalahan dengan denda tidak melebihi RM5,000. Peruntukan ini adalah selaras dengan keperluan penilaian yang ditetapkan oleh pihak Financial Action Task Force yang turut dipersetujui oleh Jemaah Menteri bagi memastikan hukuman yang dilaksanakan adalah berkesan, seimbang dan mampu mencegah pelanggaran. Walau bagaimanapun, di bawah klausa 66B rang undang-undang ini, Menteri boleh dengan izin pendakwa raya memberikan kompaun bagi kesalahan tersebut.
Berhubungan persoalan mengenai wasiat, geran probet dan surat wakil kuasa, apa- apa amanah nyata (express trust) yang dibuat berikutan dokumen-dokumen ini adalah tertakluk kepada Bahagian IVA baharu rang undang-undang ini. Namun, dalam hal ini, klausa 44D(4) memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan mana-mana pemegang amanah daripada kewajipan di bawah seksyen ini.
Tanggungjawab menyimpan dokumen dan maklumat berkaitan pemilikan benefisial.
Langkah ini memberikan fleksibiliti kepada kerajaan dalam menguruskan situasi tertentu yang memerlukan pertimbangan khas. Selaras dengan peruntukan ini, cadangan Yang Berhormat supaya dokumen-dokumen tersebut dikecualikan daripada bahagian baharu ini akan diperhalusi dengan sewajarnya oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.
Selain itu, seperti dalam undang-undang lain, pihak yang terkesan dengan keputusan Menteri atau tindakan pentadbiran di bawah peruntukan yang dicadangkan ini boleh membuat semakan kehakiman (judicial review). Langkah ini memastikan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
kebertanggungjawaban dan melindungi hak semua pihak yang terlibat. Kerajaan tetap komited untuk menemui keperluan Financial Action Task Force tanpa mengabaikan realiti praktikal pemegang amanah. Langkah ini bertujuan memastikan bahawa pemegang amanah tidak berasa terbeban sambil melindungi integriti sistem kewangan negara.
Berkaitan perkara-perkara undang-undang lain yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Beruas, pihak kerajaan akan mempertimbangkan kerajaan tersebut.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi Menteri, memandangkan niat pindaan ini ialah untuk menghindarkan money laundering or illegal trafficking. Jadi, saya haraplah pindaan yang perlu dibuat supaya pindaan ini dihadkan untuk tujuan tersebut dan tidak menjadikan satu beban yang menyebabkan rakyat jelata yang tidak bersalah ini, yang innocent Malaysian menjadi sasaran undang-undang ini. Jadi, niat kita setuju. Jadi, hadkan pindaan ini kepada niat tadi, International Financial Action Task Force itu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, seperti yang dikata, kita terikat dengan dua internasional organisasi. Itu sebab membawa perubahan ini. Walaupun sedemikian, Yang Berhormat telah mengatakan dan saya berpendapat itu adalah asas, ada fakta-fakta yang perlu diambil kira. Saya telah berbincang dengan Menteri, Menteri akan membuat peraturan-peraturan selepas rang undang-undang diluluskan untuk mengambil kira perkara-perkara yang dikatakan akan menyebabkan masalah dalam hal ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri, kalau boleh, kita sudah ada undang- undang yang sangat ketat tentang money laundering.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi untuk negara mematuhi kehendak antarabangsa yang dinyatakan, kita memang sudah pun mematuhi kalaupun dalam isu trust ini. Trust ini sebahagian daripada wang yang ditadbir. Jadi, kalau jelas ia merupakan hanya untuk mentadbir harta pusaka ataupun pelbagai amanah melindungi hak beneficiary ataupun di surau-surau hanya untuk mengendalikan wang simpanan orang ramai, ia harus dikecualikan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya terima pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat, masalahnya adalah ini. Didapati banyak amanah-amanah di negara ini ada berkaitan dengan money laundering dan terrorism activity. Untuk perkara itulah, sekatan-sekatan ini dibawa. Ini bukan kepada trust-trust atau amanah-amanah yang biasa. Ini dikatakan kerana setakat ini dalam 67 tahun ini, terlampau banyak perkara yang tidak diingini telah berlaku.
Maka untuk menghalang perkara-perkara tersebut berlaku, maka ini diperlukan.
Tetapi ada dia punya limit dia seperti Yang Berhormat syorkan. Semestinya saya telah seperti yang saya memberi aku janji bahawa Menteri akan membuat regulasi-regulasi yang tertentu untuk mengecualikan seberapa perkara yang boleh, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jempol bertanyakan apakah jaminan kerajaan bahawa maklumat sulit tidak boleh dibocorkan memandangkan pemegang amanah di kalangan orang ramai.
Untuk maklumat Yang Berhormat...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sorry, mohon. Tadi dikatakan peruntukan sudah ada untuk kompaun. Kenapa mesti ada lagi satu peruntukan menyabitkan kegagalan mematuhi peraturan ini untuk menyimpan dokumen menjadi satu perkara jenayah?
Sudah ada penalti, kompaun haruslah sudah mencukupi. Kalaupun jumlah nanti dinaikkan sampai RM5,000 saya pun setuju. Tapi jangan lah jadikannya satu perkara jenayah kerana akibatnya we call the consequence is great on. Ini menjadi kadang-kadang ini, saya mohon maaf. Daripada pengalaman saya, kadang-kadang pegawai kerajaan ini dia menggunakan peruntukan undang-undang ini untuk mengugut orang ramai. Itulah yang kita tidak mahu penyalahgunaan.
Saya pun antara mangsa kerana saya peguam, saya dapat mencabar. Bagi orang ramai, nak jumpa peguam mesti belanja banyak. Mereka akur. Itulah yang menggalakkan rasuah. Kita tidak mahu kuasa yang tak perlu diberikan kepada pegawai kerajaan untuk mengugut rakyat dan perbanyakan lagi rasuah di negara kita ini.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, sebelum itu YB Menteri, masa sudah habis. Perlu berapa banyak masa lagi?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sedikit masa kalau boleh saya jawab.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya bagi tiga minit YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Untuk Beruas, hanya satu perkara saja.
Perubahan ini yang dicadangkan ini bukan kerana sewenang-wenangnya. Ini kerana kehendak Financial Action Task Force, international level dan juga Economic Cooperation and Development. Kalau kita tidak mengikuti mereka, seperti saya telah beritahu ada tujuh faktor-faktor yang akan mengakibatkan masalah. Itu sebabnya.
Yang Berhormat Beruas, mungkin perkara-perkara lain saya akan jawab secara tulis kerana kalau tidak, saya tidak ada masa untuk jawab YB-YB yang lain. Saya hanya lagi satu perkara.
Yang Berhormat Jempol, terdapat beberapa mekanisme perlindungan atau dengan izin safeguards berhubung perkongsian maklumat oleh Menteri di bawah seksyen baharu ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, maklumat ini hanya boleh dikongsi oleh Menteri bersama sesebuah pihak berkuasa berwibawa sepertimana ditakrifkan di bawah seksyen baharu 44B dan maklumat ini tidak boleh dikongsikan dengan orang awam.
Selain itu, satu perjanjian bertulis juga perlu dibuat dengan sesebuah kerajaan negara asing sebelum Menteri dibenarkan untuk berkongsi maklumat ini bersama pihak berkuasa berwibawa negara itu.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa juga telah membangkitkan pertanyaan dengan badan-badan seperti surau dan pengurusan wakaf. Pengkalan Chepa ada?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak ada.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Mungkin saya jawab kepada peguam YB Tumpat pula membangkitkan isu berhubungan dengan perkara-perkara pengoperasian melibatkan amanah, rekod dan pemantauan. Mekanisme pantauan akan diperhalusi melalui
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
regulations seperti di bawah peruntukan akta ini. Penilaian data-data secara agregat mengenai terhadap expressed trust telah dibuat oleh Jawatankuasa Pencegahan Wang Haram Kebangsaan mendapati expressed trust boleh disalah guna untuk penggubahan wang haram.
Untuk Akta 208 iaitu Akta Pemegang Amanah, sehingga kini tiada pihak yang mengawal selia kerana maklumat-maklumat ini adalah bagi non-professional trustee. Tanggungjawab adalah di tangan pemegang amanah itu sendiri untuk menyimpan maklumat setelah mereka dilantik sebagai pemegang amanah.
Bermakna, pihak-pihak yang mewujudkan amanah itu dia perlu menyimpan rekod- rekod tetapi rekod tersebut bila dipohon oleh kerajaan, baru ia diperlukan memberi. Tetapi rekod-rekod itu perlu disimpan, the accountability dan sebagainya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, masa sudah habis YB.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, untuk Ahli-ahli Parlimen yang lain, saya minta maaf tidak cukup masa. Saya memberi aku janji...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jerlun sedikit pun boleh kot.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak ada masa YB Jerlun. Kena bagi bertulis.
Bagi bertulis.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya boleh, ada jawapan di sini tetapi tidak cukup masa. Saya minta maaf. Saya akan bagi secara bertulis lah Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya bertulis. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Pemegang Amanah (Pemerbadanan)
(Incorporation) (Pindaan) 2024 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, latar belakang Akta Pemegang Amanah 1952 [Akta 258] yang hanya terpakai di Semenanjung Malaysia merupakan satu akta yang memperbadankan pemegang amanah sebagai satu badan korporat. Urusan pemerbadanan pemegang amanah dinyatakan melalui seksyen 2 Akta 258, memperuntukkan bahawa pengasas yang merupakan satu badan (body) atau kumpulan orang (association of persons) boleh melantik pemegang amanah dan memohon untuk diperbadankan sebagai satu badan korporat bagi tujuan keagamaan, pendidikan, kesusasteraan, saintifik, sosial dan khairat (charity).
Semenjak tahun 2015, trend permohonan pemerbadanan pemegang amanah juga semakin meningkat dari tahun ke tahun melibatkan permohonan daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti kementerian, jabatan pada peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, syarikat swasta, persatuan, pertubuhan, badan antarabangsa serta orang perseorangan termasuk ahli politik dan personaliti terkenal.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kali terakhir Akta 258 ini telah dipinda adalah pada tahun 2004 iaitu 20 tahun yang lalu. Oleh itu, pada masa ini, peruntukan dalam Akta 258 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan kerana peruntukan- peruntukan dalam perundangan sedia ada dilihat mempunyai pelbagai kelompongan (lacuna) yang ketara, terutamanya yang melibatkan elemen-elemen penting seperti aspek pemantauan tatakelola dan keperluan menyediakan maklumat.
Keadaan ini secara tidak langsung boleh membuka ruang dan peluang kepada risiko kelemahan tatakelola penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana demi kepentingan peribadi di samping terdedah dengan risiko pengubahan wang haram dan aktiviti pembiayaan keganasan.
Dalam usaha ini, Jawatankuasa Kajian Pindaan Akta Pemegang Amanah 1952 [Akta 258] atau singkatnya JKPA telah ditubuhkan pada 6 Mei 2024, diketuai oleh ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan turut dianggotai oleh wakil penyelidik dari kalangan ahli akademik daripada Fakulti Undang-undang dari universiti awam dan juga swasta, wakil Majlis Peguam Malaysia, wakil pertubuhan MADANI, CSO dan wakil daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jawatankuasa ini telah turut melaksanakan kajian perbandingan dengan dua cara yang utama. Pertamanya, kajian perbandingan dibuat dengan menilai kedudukan undang- undang di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri lain di Malaysia.
Keduanya, kajian perbandingan dibuat dengan bidang kuasa di 14 negara. Antaranya seperti United Kingdom, New Zealand, Australia, Hong Kong, Taiwan, Singapura, India, Indonesia dan negara-negara di benua Afrika yang mempunyai perundangan berkaitan dengan amanah yang mirip seperti Malaysia.
Lanjutan itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk meminda Akta 208 dan memastikan pengawal selia, control dan pengurusan pengoperasian berkaitan dengan amanah di Malaysia dilaksanakan dengan teratur dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Selain itu, seperti Rang Undang-undang Pemegang Amanah (Pindaan) 2024 yang telah dibahaskan dan diluluskan sebentar tadi, rang undang-undang ini adalah turut diperlukan dalam membantu Malaysia bersedia untuk menghadapi dua penilaian antarabangsa yang akan dilaksanakan bermula tahun 2025 oleh Financial Action Task Force dan pelaksanaan inisiatif di bawah Organisation for Economic Cooperation and Development.
Parameter-parameter pindaan bagi memastikan pindaan-pindaan yang dicadangkan terhadap Akta 258 adalah relevan, holistik, menemui kehendak serta standard yang ditetapkan oleh Financial Action Task Force, beberapa parameter pindaan telah dikenal pasti melalui kajian perbandingan dan kajian doktrin yang melibatkan negara-negara yang mempunyai akta-akta yang setara dengan Akta 258.
Parameter-parameter pindaan ini adalah seperti berikut:
(i) penambahbaikan tafsiran yang lebih jelas;
(ii) pengukuhan tata kelola dan tadbir urus Akta 258;
(iii) kawalan proses incorporation yang lebih ketat;
(iv) keperluan pendedahan maklumat dan ketersediaan maklumat;
(v) peningkatan pemantauan dan pengawasan; dan,
(vi) pemantauan dan penelitian bagi ketidakpatuhan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan kepada Akta 258 ini melibatkan pengenalan terhadap enam seksyen baharu dan pindaan terhadap enam seksyen sedia ada. Perincian terhadap pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut.
Cadangan pindaan-pindaan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 1A untuk memasukkan takrif baharu “Minister” and “prescribed”. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 2A dan 2B.
Seksyen baharu 2A yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada amanah boleh diperbadankan dengan nama yang pada pendapat Menteri adalah tidak wajar atau tidak boleh diterima. Seksyen baharu ini juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa nama tiap-tiap perbadanan pemegang amanah di bawah Akta 258 hendaklah termasuk perkataan “berdaftar” dan “pemegang amanah” dan pemerbadanan pemegang amanah itu boleh menukar namanya dengan kelulusan Menteri. Pengenalan seksyen baharu
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
2A yang bertujuan untuk mengawal selia penggunaan nama badan korporat kerana tiada peruntukan sedia ada berkenaan penetapan nama dan perubahan nama pada korporat.
Seksyen baharu 2B yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pemegang amanah hendaklah menyimpan daftar pemunyaan benefisiarinya dan hendaklah memastikan bahawa daftar pemunyaan benefisial hendaklah disimpan di pejabat berdaftar pemegang amanah yang tidak berada di luar Semenanjung Malaysia.
Pengenalan seksyen baharu 2B yang bertujuan untuk memastikan bahawa rekod tentang pemunya benefisial disimpan dan dibantu dalam pendedahan maklumat apabila diperlukan oleh pihak berkuasa berwibawa kerana pada masa ini, tiada peruntukan yang mewajibkan penyimpanan rekod tersebut. Langkah ini adalah penting untuk memastikan bahawa dana disalurkan dengan tepat kepada benefisiari yang berhak sekali gus mengelakkan penyaluran dana kepada kegiatan kumpulan pengganas, jenayah terancang dan pengubahan wang haram.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 5 untuk memperuntukkan bahawa pelantikan tiap-tiap pemegang amanah baharu hendaklah diperakui oleh atau melalui arahan pemegang amanah kepada Menteri dalam masa satu bulan. Fasal ini juga bertujuan untuk menjadikan sebagai kesalahan bagi mana-mana pemegang amanah yang melanggar subseksyen 5(2) Akta 258.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 6 bagi memperuntukkan bahawa Menteri boleh memeriksa atau memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memeriksa pemegang amanah dan tindakan yang perlu diambil selepas pemeriksaan dibuat di bawah subseksyen 6(2) yang dicadangkan. Menteri boleh menggantung pemegang amanah yang didapati telah menyalahgunakan harta dan merujuk perkara tersebut kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 15 untuk memberi Menteri untuk memerintahkan mana-mana pemegang amanah, pada bila-bila masa melalui notis secara bertulis, untuk membenarkan akaunnya diperiksa oleh pihak berkuasa yang berkaitan yang diberi kuasa oleh Menteri. Fasal ini juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesan jika mana-mana pemegang amanah tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen 15(5) yang dicadangkan. Selanjutnya, fasal ini bertujuan untuk menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana pemegang amanah yang melanggar subseksyen 15(3) dan (4) Akta 258.
Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 15A untuk memperuntukkan Menteri boleh memberikan apa-apa maklumat yang diberikan oleh atau bagi pihak pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah itu kepada anggota perbadanan pemegang amanah demi kepentingan anggota perbadanan pemegang amanah dan boleh juga menyiarkan apa-apa maklumat yang diberikan oleh atau bagi pihak pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah tersebut demi kepentingan awam dalam apa-apa bentuk atau mengikut cara yang difikirkan patut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Fasal 8 bertujuan untuk meminda subseksyen 19(2) untuk memperuntukkan bahawa sekiranya tiada pemegang amanah bagi perbadanan pemegang amanah dalam pelaksanaan subseksyen 19(1) Akta 258, apa-apa harta yang terletak hak pada perbadanan pemegang amanah itu hendaklah juga terletak pada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 20A untuk mengadakan peruntukan bagi pengkompaunan kesalahan.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 21 untuk menetapkan perkara yang peraturan-peraturan yang boleh dibuat.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dicadangkan ini menggambarkan kesungguhan tekad politik (political will) dan komitmen oleh Kerajaan MADANI ke arah terus mereformasikan undang-undang di negara ini selaras dengan aras perkembangan masa dan standard antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, adalah besar harapan saya agar pindaan-pindaan ini akan diterima dengan baik dan mendapat sokongan penuh semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya ada senarai pembahas iaitu ada tiga orang pembahas. Saya bacakan nama- nama pembahas. Pertamanya, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Temerloh dan yang ketiga, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Saya jemput Yang Berhormat Dungun untuk mulakan perbahasan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas keizinan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pemegang Amanah
(Pemerbadanan) (Pindaan) 2024.
Seksyen baharu 2A menyatakan tiada pemegang amanah boleh diperbadankan dengan nama yang pada pendapat Menteri adalah tidak wajar atau tidak boleh diterima.
Apakah kriteria yang akan digunakan Menteri bagi memutuskan sama ada satu-satu nama itu tidak wajar atau tidak boleh diterima? Peruntukan ini agak samar dan memerlukan satu garis panduan yang lebih jelas dan lebih tepat.
Seterusnya, berkenaan seksyen baharu 2B iaitu peruntukan tentang penyimpanan daftar pemunyaan benefisial. Peruntukan ini adalah berkait rapat dengan persoalan tadbir
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
urus dan ketelusan pemegang amanah memastikan tiada kebocoran atau salah guna maklumat yang disimpan. Pertanyaan saya, apakah telah ada penyelidikan akademik tentang potensi teknologi seperti blockchain dan smart contracts yang meningkatkan ketelusan pemegang amanah menjalankan tanggungjawab? Jadi, diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menggalakkannya dalam trust management.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 6 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk memeriksa atau memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memeriksa pemegang amanah jika Menteri mengesyaki terdapat salah laku. Bolehkah dinyatakan jumlah pemerbadanan trustees berdaftar yang terdapat salah laku sehingga keperluan kepada pindaan seksyen ini? Kerana ia adalah memerlukan kepada kepentingan untuk mengawal dan memerlukan satu safeguard, dengan izin untuk memastikan ianya tidak disalahgunakan.
Oleh kerana apabila melibatkan amanah, maka perkara yang paling besar ialah kepercayaan kepada amanah yang diberikan itu. Oleh itu, penting untuk kita ambil maklum dari jumlah pemerbadanan trustees berdaftar yang sedia ada sehingga hari ini untuk kita mengetahui apakah terdapat salah laku sehingga keperluan kepada pindaan seksyen 6 daripada akta ini.
Akhirnya, seksyen baharu 15A yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri mendedahkan sebarang maklumat yang diberikan pemegang amanah untuk kepentingan awam. Minta dijelaskan, bagaimanakah cara menyeimbangkan antara pendedahan demi kepentingan awam yang dimaksudkan dengan perlindungan maklumat sulit yang disimpan pemegang amanah?
Dalam fasal 9 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 20A ke dalam Akta 258 untuk mengadakan peruntukan bagi pengkompaunan kesalahan, mengapa perlunya diadakan peruntukan baharu ini di bawah seksyen baharu 20A ini? Sebabnya, ia adalah satu perkara penting untuk kita lihat apabila diletakkan satu-satu kesalahan pecah amanah daripada pemerbadanan ini, maka ianya tidak sekali-kali sepatutnya boleh dilonggarkan kepada kompaun kesalahan. Jadi, apakah sebabnya dan natijah daripada sebab perlu kepada seksyen baharu 20A dalam Akta 258? Pohon penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Dungun.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk Temerloh membahaskan pindaan fasal yang keempat yang bertujuan meminda seksyen 5 Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan). Pindaan ini amat signifikan kerana ia menyentuh aspek kecekapan, ketelusan dan keberkesanan pengurusan entiti pemerbadanan yang bertindak sebagai pemegang amanah. Pemerbadanan di bawah Suruhanjaya Syarikat
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Malaysia, contohnya syarikat sendirian berhad atau syarikat berhad. Pemerbadanan di bawah undang-undang atau Akta Parlimen seperti FELDA, MARA dan Tabung Haji.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Temerloh ingin bertanya fasal 4 yang memperuntukkan bahawa pelantikan setiap pemegang amanah baharu hendaklah diperakui kepada Menteri dalam masa satu bulan.
Adakah masa ini dapat meningkatkan tahap akauntabiliti dan kawalan terhadap pelantikan pemegang amanah pemerbadanan? Pelantikan pemegang amanah merupakan proses penting yang menentukan kecekapan dan keberkesanan organisasi. Temerloh ingin penjelasan, sejauh manakah dengan pengesahan pelantikan kepada Menteri dalam tempoh satu bulan ini dapat memastikan ketelusan untuk setiap pelantikan?
Begitu juga, adakah dapat mencegah kelewatan dalam pentadbiran? Adakah tempoh satu bulan adalah munasabah untuk memastikan pelantikan dilaksanakan dengan cepat tanpa menjejaskan operasi organisasi? Bagaimanakah Menteri dapat menilai dan memastikan individu yang dilantik sesuai dan layak untuk memegang jawatan tersebut?
Bagaimanakah pindaan ini dapat memberi manfaat kepada pengurusan pemerbadanan?
Untuk peningkatan akauntabiliti dan juga untuk piawaian pelantikan yang seragam. Temerloh juga berpandangan terdapat beberapa cabaran yang perlu diberi perhatian.
Pertama, kesesakan pentadbiran. Jika pelantikan terlalu banyak dilaporkan ke dalam masa yang singkat, ini mungkin membebankan Pejabat Menteri. Adakah kerajaan sudah merangka jalan penyelesaian dengan membangunkan sistem digital untuk pengesahan pelantikan secara automatik? Potensi yang kedua, potensi kelewatan dalam pengesahan.
Temerloh mencadangkan untuk menggunakan prinsip pelantikan dianggap sah wajar dipertimbangkan. Selain menetapkan satu bulan untuk laporan, Temerloh berpendapat Menteri juga perlu diberikan tempoh tertentu untuk menyemak dan memberi maklum balas.
Adakah kerajaan berhasrat dengan mewajibkan pelaporan kelayakan dan pengalaman calon kepada Menteri? Temerloh ingin tahu, adakah dilaksanakan audit berkala? Dalam fasal 8 yang bertujuan meminda seksyen 19(2), bagi memperuntukkan bahawa ketiadaan pemegang amanah hendaklah terletak kepada Amanah Raya Berhad.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini memperuntukkan bahawa jika berlaku ketiadaan pemegang amanah, tanggungjawab tersebut akan diletakkan kepada Amanah Raya Berhad. Pindaan ini adalah langkah penting untuk memastikan kesinambungan pengurusan dan perlindungan aset amanah.
Terutamanya dalam keadaan apabila tiada pemegang amanah yang sah. Temerloh berpandangan fasal 8 dapat mengelakkan kekosongan tadbir urus, ketiadaan pemegang amanah sama ada disebabkan oleh peletakan jawatan, kematian atau kegagalan pelantikan baharu boleh menjejaskan pengurusan dan pentadbiran amanah. Pindaan ini memberikan penyelesaian yang segera dengan meletakan tanggungjawab sementara kepada Amanah Raya. Selain itu, kepakaran Amanah Raya Berhad sebagai institusi yang berpengalaman dalam pengurusan aset dan amanah.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Pindaan ini memastikan tiada gangguan kepada pengurusan aset amanah, walaupun berlaku krisis dalam pelantikan pemegang amanah. Ini membolehkan kesinambungan operasi. Cabaran pelaksanaan penyelesaian. Temerloh ingin penjelasan, bagaimana kerajaan menghadapi beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh Amanah Raya? Jika terlalu banyak amanah yang tidak mempunyai pemegang amanah, Amanah Raya Berhad mungkin menghadapi beban kerja yang tinggi.
Temerloh ingin tahu, adakah kerajaan bercadang memperuntukkan bajet sebagai kos tambahan pengurusan kepada Amanah Raya Berhad? Selain itu, Temerloh berpandangan pentadbiran sementara oleh Amanah Raya Berhad perlu dipantau bagi mengelakkan konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.
Pembahas yang terakhir, saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Cadangan isu kawalan proses pemerbadanan. RUU ini bertujuan untuk meminda Akta Pemegang Amanah
(Pemerbadanan) 1955 [Akta 258]. Seksyen baharu 2A, bertujuan mengawal selia pengurusan nama badan korporat, manakala seksyen baharu 2B bertujuan memastikan bahawa rekod tentang pemunya benefisial ataupun BO disimpan untuk membantu pendedahan maklumat apabila diperlukan oleh pihak berkuasa iaitu pembuktian.
Seksyen ini memperuntukkan bahawa tiada pemegang amanah boleh diperbadankan dengan nama yang pada pendapat Menteri adalah tidak wajar atau tidak boleh diterima. Apakah perancangan kerajaan bagi menambah baik kawalan proses pengurusan pemerbadanan pemegang amanah atau badan korporat, terutama dari segi penyeliaan dana susulan pindaan ini. Khususnya apabila mengambil kira mandat asal mereka sebagai individu atau organisasi yang terlibat dalam pengumpulan dan pengagihan dana bagi tujuan seperti keagamaan, sosial dan kebajikan.
Sejauh manakah keperluan pendedahan maklumat ini dapat membantu mengurangkan konflik kepentingan dalam kalangan pemegang amanah secara lebih berkesan lagi? Seterusnya, perwakilan kuasa Menteri. Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 6 Akta 258 bagi memperuntukkan bahawa Menteri boleh memeriksa atau memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memeriksa pemegang amanah dan tindakan yang perlu diambil selepas pemeriksaan dijalankan di bawah subseksyen 6(2) yang dicadangkan.
Pengertian mengenai implikasi perwakilan kuasa daripada Menteri kepada pihak lain, termasuk skop pemeriksaan serta aspek pemantauan penguasaan atau pemergantungan pemegang amanah.
Harapan saya, pindaan ini dapat mengelakkan penyelewengan dana oleh badan pemegang amanah yang ditubuhkan dengan antaranya bagi tujuan keagamaan, sosial, kebajikan dan lain-lain. Pindaan Akta 258 membabitkan penetapan peraturan berkaitan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
pendedahan makluman, konflik kepentingan dan sumber dana serta memberi kuasa bagi meningkatkan pemantauan pengesahan dan pemeriksaan laporan serta penyeliaan dana.
Mohon minta perincian Yang Berhormat Menteri. Apakah mekanisme yang komprehensif bakal digunakan ekoran kepada takrifan memberi kuasa bagi meningkatkan pemantauan tersebut?
Sejauh mana pindaan ini dapat memperkukuh tatakelola, integriti dan membanteras rasuah? Khususnya dengan pemberi perhatian serius terhadap isu membabitkan profesionalisme agensi penguat kuasa yang memberi persepsi negatif terhadap orang awam, yang terdedah kepada isu rasuah, yang membabitkan perolehan kerajaan serta penyalahgunaan dana awam, terutama membabitkan entiti yang menerima dana daripada kerajaan. Seterusnya, sekiranya tiada pindaan ini, adakah isu ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan tetapi turut merosak kredibiliti tata kelola awam dan integriti rasuah?
Oleh itu, setiap usaha yang melibatkan pindaan RUU seperti ini hendaklah sentiasa memastikan tata kelola dan integriti sektor awam terus diperkukuh demi kepentingan negara dan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Tadi saya kata Sabak Bernam yang terakhir tapi ini yang betul-betul terakhir. Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya. Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, saya ingin merujuk kepada pindaan pada kali ini, di mana kita – pindaan ini adalah berkaitan dengan amanah. Jadi, yang kita lihat di sana untuk maklumat adalah sudah jadi satu fenomena, di mana ada yang tidak bertanggungjawab. Mereka menubuhkan kononnya dengan menggunakan nama amanah tetapi mereka tidak amanah. Ya, di mana mereka telah mengutip banyak wang daripada orang awam.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi saya nak tanya kepada Timbalan Menteri, adakah selepas kita membuat pindaan ini, kita dapat mengawal sindiket-sindiket sedemikian? Sebab di luar sana untuk makluman, mereka akan tubuhkan syarikat yang dinamakan sebagai amanah dan mereka pergi kutip wang daripada orang ramai, kononnya deposit dengan mereka, mereka boleh dapat pulangan lapan hingga 12 peratus dan kononnya dengan wang tersebut, mereka akan bagi, akan pinjamkan wang itu labur kepada syarikat-syarikat yang kononnya boleh dapat pulangan yang besar.
Akan tetapi kita lihat ada ramai antara mereka kononnya dengan menubuhkan syarikat dengan menggunakan nama amanah tetapi mereka tiada lesen, tidak ada lesen untuk mengutip wang daripada orang ramai. Jadi dalam isu ini, adakah dengan pindaan ini, kita dapat mengawal keadaan sedemikian? Itu sahaja daripada saya Timbalan Speaker, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Seterusnya saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab, saya beri tujuh minit Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya berterima kasih kepada terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada empat Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Kota Melaka yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024. Segala cadangan-cadangan dan pandangan Ahli- ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diambil perhatian yang sewajarnya.
Yang Berhormat Dungun menanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Menteri untuk memutuskan satu-satu nama yang tidak wajar, yang tidak boleh diterima. Kriteria- kriteria yang akan ditetapkan oleh Menteri setelah pindaan ini diluluskan. Perkara ini adalah penting kerana terdapat banyak badan korporat yang mengemukakan pelbagai nama yang tidak boleh diguna pakai dan bertindih dan memberi persepsi-persepsi negatif. Sebagai contoh, antara kriteria ini adalah seperti nama badan korporat hendak tidak menggambarkan persepsi-persepsi negatif boleh mengelirukan dan melibatkan nama-nama khas yang memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Contohnya menggunakan nama sultan atau pemimpin negara.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Pohon penjelasan. Adakah dicadangkan nama-nama gantian untuk diberi sebagai nama yang ditolak setelah dikemukakan untuk pemerbadanan ini? Nama-nama gantian yang dicadangkan supaya ada garis panduan, supaya senang apabila pemerbadanan pohon nama, nama itu sudah ada dalam senarai yang akan ditolak dari awal? Clear list lah, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih kepada pandangan Yang Berhormat. Setakat ini tidak ada cadangan tersebut tapi boleh mengambil kira. Tapi masalah dia menjadi macam ini Yang Berhormat kerana sekarang kebelakangan ada banyak cadangan untuk menubuhkan amanah-amanah ini, dia mula dengan amanah MADANI, MADANI Malaysia. Tiba-tiba semua ada sokongan yang kuatlah. Kita semua tahu ini semua untuk financial gains dan sebagainya. Maka, keperluan ini untuk meminda supaya menyekat dan sekurang-kurangnya tidak membenarkan mereka menggunakan nama-nama orang- orang macam sultan-sultan dan sebagainya untuk mengutip wang dan sebagainya. Untuk perkara-perkara yang ikhlas yang biasa, ia dibenarkan, tidak ada masalah.
Yang Berhormat Dungun also membangkitkan seksyen 2B, adakah telah ada penyelidikan akademik yang menggunakan teknologi dalam digunakan dalam trust
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
management. Perkara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat belum dilaksanakan dan akan dipertimbangkan oleh kerajaan untuk dikaji dengan lebih terperinci.
Nombor tiga, perkara yang ketiga adalah kuasa Menteri untuk memeriksa akaun dan laporan pemegang amanah. Setakat ini terdapat beberapa kes yang telah melalui proses penyiasatan dan pihak SPRM. Saya akan mengemukakan statistik secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Bagi pindaan seksyen 15A berkaitan pendedahan bagi kepentingan awam.
Pendedahan ini penting untuk memastikan tiada kos penipuan, scam dan ianya bertujuan untuk dijadikan rujukan orang awam terhadap badan korporat yayasan.
Akhir sekali, keperluan untuk memasukkan seksyen 20A bagi pengkompaunan.
Setakat ini tiada kuasa untuk Menteri untuk mengkompaun kesalahan bagi pemegang amanah. Oleh itu, perlu ada peruntukan tersebut. Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Melaka lah, saya rasa itu perkara yang mustahak perlu dijawab. Ini perkara di mana menggunakan nama atas alasan amanah dan mengutip wang ini, sekarang mereka, pihak kementerian diberi kuasa dan jika ada aduan dan jika diketahui ada mana-mana orang atau mana-mana syarikat menggunakan sedemikian, tindakan tegas akan diambil, wang akan dirampas dan mereka akan diheret ke mahkamah. Masalah ini – ya Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi kita nak tanya, sebab mereka gunakan perkataan “amanah”. Syarikat amanah kononnya dengan menggunakan nama amanah, jadi orang ramai yakin dengan mereka dan mereka pergi labur sebab mereka kemukakan skim cash trust di mana kamu labur, lepas itu dapat pulangan yang tinggi di mana kita tahu, itu tidak mungkin akan berlaku. Tak ada durian yang akan runtuh dengan begitu saja. Jadi dalam isu ini, siapakah agensi yang akan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan?
Sebab hari ini, kita lihat apabila mereka gunakan nama, salah gunakan nama amanah tersebut, sudah timbul masalah sekarang. Ada scammer, ada skim yang tipu mereka. Jadi mereka nak pergi mengadu kepada siapa? Mereka pergi ke Bank Negara, Bank Negara kata itu bukan bahagian mereka. Mereka pergi ke SSM, SSM kata itu bukan bahagian mereka. Jadi mereka nak mengadu kepada siapa?
Jadi itu adalah satu masalah yang besar sebab kalau kita masih ingat lagi dulu kita ada money gain. Sekarang mereka dah pandailah. Kumpulan money gain ini, mereka dah lebih profesional, mereka buat dengan lebih licin, lebih cantik, lebih meyakinkan dengan gunakan nama amanah dan mereka melantik sehingga bekas Menteri menjadi pengerusi syarikat amanah mereka untuk mendapat keyakinan daripada orang ramai.
Jadi, kita harus ambil tindakan sekarang. Kalau tidak, bila mereka tidak boleh lagi sustain, mereka akan tutup kedai dengan begitu saja dan dia akan melibatkan bilion-bilion ringgit dan kerajaan kita pula akan menghadapi masalah. Jadi, saya harap supaya Timbalan Menteri boleh ambil tindakan ataupun tindakan susulan supaya kita menghadapi, mengatasi masalah ini. Terima kasih Timbalan Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Timbalan Menteri, saya bagi dua minit saja.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Akhir, akhir. Lain-lain, saya akan bagi secara bertulis. Yang Berhormat Kota Melaka, dia ada satu di antara Ahli Parlimen yang champion isu-isu penyelewengan, kewangan, wang dan sebagainya. Yang Berhormat fasih dalam perkara ini.
Tapi saya nak alih kepada perkara di mana menggunakan nama amanah. Kalau Yang Berhormat menanya kepada peguam-peguam turun temurun from time in memorial, trust adalah satu perkara yang digunakan, bukan baru sahaja. Tetapi menggunakan amanah iaitu trust, ia memberi keyakinan kepada pihak-pihak berkenaan untuk memberi sumbangan dan dalam proses ini di mana salah gunaan dan sebagainya berlaku. Ini adalah salah satu perkara yang kita perlu ambil tahu dan supaya kalau ada pihak-pihak yang berkenaan yang menyalahgunakan kuasa tersebut, tindakan perlu diambil.
Jadi soalan Yang Berhormat yang mengatakan siapa yang akan mengambil tindakan? Setakat inilah pada pengetahuan saya adalah KDN kerana pihak polis dan sebagainya mereka pakar dalam perkara tersebut.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Walaupun di antaranya pihak kementerian, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang yang ada yang fasih, got expertise yang sedikit lebih, ia akan dikongsikan dengan KDN supaya tindakan diambil dalam perkara tersebut. Tapi, saya difahamkan bahawa tidak ada kompromi dalam mengambil tindakan. I mean, that is the baseline yang perlu mengambil — kita perlu faham lah Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya ada lagi banyak perkara yang saya boleh jawab. Tapi saya minta maaf, tak cukup masa. Saya minta maaf kepada pembahas-pembahas yang tunggu sampai pukul 7 nak bahas ini, tapi saya akan jawab secara bertulis. Jawapan saya ada semua, saya akan jawab dengan seberapa segera yang boleh supaya ia dapat diterima oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dengan seberapa segera yang boleh. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Sikit saja itu...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apa YB. YB Dungun...
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Sikit saja. Adakah boleh diambil caj pengurusan daripada kutipan-kutipan yang dibuat? Caj pengurusan. Biasanya ada caj pengurusan diambil oleh yayasan dan sebagainya. Adakah dibolehkan?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, ini perkara yang khusus.
Saya tak dapat jawab dengan facts, tapi...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Nanti jawab bertulis.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pada pengetahuan kita semua, sebenarnya kalau trust itu dijalankan dan semestinya administrative itu boleh. Tetapi Yang Berhormat saya tahu, yang adalah satu organisasi dia kutip berjuta-juta dan lebih 50, 60, 80 peratus yang dikata yang telah disalahgunakan. Kita tahu organisasi tersebut. Jadi untuk perkara-perkara sedemikian lah, kita akan adakan beberapa peruntukan-peruntukan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
regularisasi supaya ia dapat mengatasi masalah-masalah di mana kesalahgunaan ini dapat dihapuskan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, terima kasih YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan piawaian antarabangsa dan saranan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan dengan izin, Financial Action Task Force (FATF) Malaysia telah menggubal Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]. Objektif utama Akta 613 adalah untuk mewujudkan rangka undang-undang yang teguh dan menyeluruh untuk membolehkan penguatkuasaan yang efektif terhadap kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan serta aktiviti-aktiviti haram lain.
Sebagai negara anggota FATF, Malaysia dikehendaki untuk menjalani penilaian bersama dengan izin, mutual evaluation (ME) secara berkala bagi penilaian rangka kerja undang-undang keberkesanan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan pengubahan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan pencegahan pembiayaan percambahan senjata pemusnah besar-besaran dalam melindungi sistem kewangan daripada disalahgunakan untuk tujuan jenayah. Penilaian bersama ini dijalankan oleh sekretariat FATF dan negara-negara anggota FATF yang lain. Kali terakhir Malaysia menjalani penilaian bersama adalah pada tahun 2015.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Berdasarkan hasil laporan penilaian bersama Malaysia pada tahun 2015, Malaysia telah diletakkan di bawah kategori pemantauan susulan yang dipertingkatkan atau dengan izin, enhanced follow-up iaitu tahap kedua daripada empat tahap penarafan. Penilaian bersama kali ini akan dimuktamadkan pada Oktober 2025 dan dijangka lebih mencabar kerana kriteria piawaian dan kaedah penilaian FATF telah dipertingkatkan secara menyeluruh antara tahun 2020 dan 2024. Penarafan yang tidak memuaskan akan memberi implikasi yang negatif kepada negara terutamanya dari segi sektor kewangan dan keseluruhan ekonomi negara.
Oleh itu, pindaan kepada Akta 613 ini kritikal sebagai kesiapsiagaan Malaysia menghadapi lawatan on-site penilaian bersama pada Februari 2025 bagi meningkatkan kemapanan serta kecekapan rejim pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan pencegahan pembiayaan percambahan di Malaysia.
Pindaan kepada Akta 613 ini adalah berikutan dapatan analisa jurang atau dengan izin, gap analysis Jawatankuasa Penyelaras Pencegahan Pengubahan Wang Haram Peringkat Kebangsaan (National Coordination Committee to Counter Money Laundering – NCC), dengan izin antara tahun 2023 dan 2024 yang telah mengenal pasti keperluan untuk menambah baik peruntukan-peruntukan tertentu berkaitan penguatkuasaan kawal selia dan pengawasan.
Di samping itu, pindaan ini juga penting untuk memenuhi piawaian FATF yang baharu atau disemak semula antara tahun 2020 sehingga tahun 2024. Pindaan ini akan melibatkan dua bahagian cadangan utama iaitu pertama, aspek pengawasan dan penguatkuasaan termasuklah pengenalan takrifan kesalahan berat berdasarkan pendekatan ambang pelanjutan tempoh sitaan atau siasatan membolehkan pelanjutan perintah larangan berkenaan harta di luar negara dengan mekanisme kawalan kebenaran mahkamah, pewujudan mekanisme deklarasi dan penilaian aset berlebih-lebihan yang tidak dijelaskan sumbernya sebagai suatu peralatan penyiasatan atau dengan izin, investigation tools dan pengenalan tempoh masa praktikal untuk proses permohonan pelucuthakan seperti melanjutkan sitaan dalam situasi tanpa sabitan dan memperkenalkan peruntukan yang memuktamadkan perintah pelucuthakan oleh mahkamah, penambahbaikan obligasi institusi pelapor, penjelasan peruntukan ketidakpatuhan, penambahbaikan kuasa pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa pengawasan termasuk bagi penguatkuasaan pematuhan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kedua, pengenalan rejim baharu pembiayaan aktiviti terhad, termasuklah peluasan skop Akta 613 untuk merangkumi peruntukan kesalahan membiayai aktiviti terhad menurut Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penumpasan kesalahan membiayai aktiviti terhad, termasuklah melalui kuasa pengawasan, penyiasatan, pembekuan, penyitaan dan pelucuthakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Pindaan tajuk ringkas Akta 613 kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan RUU ini mempunyai 52 fasal. Untuk makluman Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah RUU ini adalah sebagaimana yang dinyatakan di bahagian huraian. Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam RUU ini mengikut bahagian sedia di dalam Akta 613 seperti berikut.
Bahagian I. Dipinda melalui fasal 1 hingga 4 bagi meluaskan ruang lingkup Akta 613 untuk merangkumi pencegahan serta kesalahan pembiayaan aktiviti terhad termasuk percambahan senjata pemusnah besar-besaran. Pindaan ini penting untuk memastikan Akta 613 adalah selaras dengan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh FATF.
Bahagian II. Dipinda melalui fasal 5 bagi meminda subseksyen 4(1) Akta 613 untuk menjadikan hukuman penjaraan dan denda sedia ada bagi kesalahan pengubahan wang haram sebagai hukuman mandatori. Pindaan ini adalah penting untuk memastikan hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan pengubahan wang haram adalah bersifat mencegah
(deterrent) dengan izin selaras dengan piawaian FATF.
Bahagian III. Dipinda melalui lima fasal iaitu fasal 6 hingga fasal 10 yang antaranya fasal 6 melibatkan pengenalan seksyen baharu 7A yang memberi kuasa kepada Menteri Kewangan atas syor pihak berkuasa berwibawa dan setelah berunding dengan Menteri Dalam Negeri bagi maksud Bahagian VIA untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang mempunyai fungsi di bawah Akta 613 sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.
Pindaan lain termasuklah fasal 7 dan 8 iaitu perluasan penerimaan akses kepada maklumat yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa untuk merangkumi agensi penyelarasan. Pindaan ini amat penting kerana seksyen 9 Akta 613 sedia ada mengehadkan kebenaran melepaskan maklumat kepada agensi penguat kuasa Lembaga Perkhidmatan Labuan dan Peguam Negara sahaja.
Bahagian IV. Dipinda melalui 11 fasal iaitu fasal 11 hingga 21 seperti berikut. Fasal 11, 14, 15, 16, 17 dan 18 memperjelaskan obligasi seseorang pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor di bawah seksyen-seksyen 13, 15, 16, 17, 18 dan 19.
Fasal 11, 12, 14, 15, 17 dan 18 menjelaskan punca kuasa pihak berkuasa berwibawa untuk mengeluarkan arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada atau mengenakan syarat ke atas institusi pelapor atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu dan kehendak untuk mematuhinya.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Fasal 16 memperjelas bahawa penyelenggaraan rekod adalah terpakai ke atas rekod semua transaksi dan aktiviti dan tidak tertakluk kepada apa-apa nilai ambang.
Fasal 19 memberi pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan kuasa untuk memperoleh maklumat, dokumen, rekod atau laporan daripada institusi pelapor atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor bagi mengawasi institusi pelapor daripada terdedah kepada risiko pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan aktiviti terhad.
Fasal 20 memotong seksyen 22 Akta 613 berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan dalam fasal 49 berhubung dengan perluasan tindakan pengawasan dan penguatkuasaan di bawah Bahagian VII Akta 613 dan fasal 21 memperjelas kuasa berhubung perincian pemeriksaan ke atas institusi pelapor oleh pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan di bawah Akta 613.
Bahagian IVA. Dipinda melalui satu fasal iaitu fasal 22 untuk memanjangkan tempoh bagi suatu permohonan oleh pendakwa raya untuk mendapatkan perintah pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau item lain daripada dua belas bulan kepada lapan belas bulan dari tarikh penyitaan. Tempoh sitaan maksimum 18 bulan adalah selaras dengan tempoh sitaan di bawah seksyen 41 Akta Suruhanjaya Pencegahan Wang Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan pindaan terkini kepada seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah 1999 [Akta 593] Bahagian V. Dipinda melalui fasal 23 bagi memasukkan Bahagian VIA dan VIB untuk memperluas kuasa penyiasatan agensi penguat kuasa berkenaan pembiayaan aktiviti terhad.
Bahagian VI. Dipinda melalui 15 fasal iaitu fasal 24 sehingga 39 yang melibatkan antaranya pindaan seperti berikut.
Fasal 24 hingga 39 kecuali fasal 33 meluaskan ruang lingkup pemakaian bahagian VI kepada subseksyen 4A(2) Akta 613 berhubung dengan kesalahan penstrukturan transaksi untuk mengelak kehendak pelaporan, kesalahan pembiayaan aktiviti terhad serta pembekuan, penyitaan dan pelucuthakan harta pencabar. Pindaan ini adalah berbangkit daripada pengenalan kesalahan pembiayaan aktiviti terhad dan jurang dalam peruntukan sedia ada berkenaan kesalahan penstrukturan di bawah subseksyen 4A(2).
Fasal 29 memperkenalkan mekanisme mengesan harta yang berlebih-lebihan yang tidak dapat dijelaskan selaras dengan seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. Pengenalan mekanisme ini juga akan membolehkan Malaysia mematuhi sekurang-kurangnya sebahagian daripada piawaian FATF berkenaan extended confiscation dengan izin dan pada masa yang sama mengimbangi dan melindungi kebebasan asasi berkaitan harta di bawah sistem perundangan negara.
Melalui pindaan ini, pendakwa raya akan mempunyai kuasa untuk mengarahkan seseorang untuk memberi penjelasan lanjut mengenai perolehan harta lebihan dengan mengambil kira emolumen atau dan pendapatan orang itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pegawai penyiasat.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Selain itu pindaan ini adalah penting untuk membolehkan pengesanan harta yang tidak berada dalam milikan, jagaan atau kawalan sesuatu institusi kewangan di Malaysia atau berada di luar negara.
Fasal 33 dan fasal 36 memanjang tempoh perintah penyitaan dari 12 bulan ke 18 bulan bagi mengatasi kekangan yang dihadapi oleh agensi penguat kuasa untuk melengkapkan siasatan dalam tempoh 12 bulan terutamanya apabila melibatkan kes siasatan yang bersindiket atau kompleks. Contohnya, kes yang melibatkan harta serta bukti yang berada di pelbagai negara. Pindaan ini adalah selaras dengan Akta 694 dan Akta 593.
Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh penilai FATF dalam laporan penilaian bersama Malaysia terdahulu. Selain itu, pemakaian tempoh perintah sitaan juga diluaskan kepada situasi yang mana harta dalam perintah sitaan tersebut adalah hal perkara
(subject matter) dengan izin kepada pendakwaan tetapi penama harta tidak didakwa.
Pindaan ini dipandukan oleh subseksyen 32(1) Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 [Akta 340].
Fasal 24 mengoptimumkan operasi penguatkuasaan dengan meniadakan keperluan agensi penguat kuasa untuk menghantar salinan perintah pembekuan harta dan senarai harta yang dibekukan kepada pendakwa raya memandangkan pembekuan adalah masih dalam bidang kuasa pegawai penyiasat dan permohonan untuk membatalkan atau mengubah perintah pembekuan boleh dibuat kepada pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai penyiasat tersebut.
Fasal 32, pegawai penyiasat yang melaksanakan suatu penyitaan juga dikehendaki untuk menghantar notis mengenai penyitaan itu kepada pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan.
Fasal 34 memanjangkan tempoh kuat kuasa perintah larangan berurusan dengan harta di luar negara daripada 12 bulan ke 18 bulan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Pindaan ini juga membolehkan mahkamah melanjutkan tempoh kuat kuasa perintah larangan tersebut bagi tempoh tidak melebih 12 bulan. Pindaan ini adalah perlu bagi mengatasi kekangan berkaitan tempoh masa panjang yang diperlukan untuk suatu proses bantuan perundangan bersama atau, dengan izin, mutual legal assistant (MLA) memandangkan hal ini bergantung kepada proses persalingan (reciprocity) negara penerima itu sendiri.
Fasal 36 memperkenalkan tempoh masa yang munasabah tiga bulan untuk proses permohonan pelucuthakan dalam hal keadaan tiada sabitan bagi memastikan harta berkaitan aktiviti haram dapat dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia atau dipulangkan kepada pihak ketiga suci hati, dengan izin, bona fide atau good faith.
Fasal 39. Pindaan ini juga memperuntukkan bahawa pihak ketiga yang tidak hadir di hadapan mahkamah selepas suatu notis disiarkan tidak boleh membuat tuntutan selepas suatu perintah pelucuthakan dibuat bagi memperjelas kemuktamadan perintah mahkamah.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Ini akan mengatasi cabaran pihak penguatkuasaan dalam pelaksanaan pelucuthakan harta terutamanya apabila terdapat perintah mahkamah yang bertentangan.
Sebagai contoh, perintah pemulangan harta kepada pihak ketiga baharu selepas harta telah dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia atau dipulangkan kepada pihak ketiga suci hati yang lain. Mekanisme kawalan sedia ada iaitu penyiaran warta untuk memanggil pihak ketiga untuk mengemukakan tuntutan sebelum mahkamah membuat keputusan masih kekal bagi menjamin hak pihak ketiga suci hati.
Bahagian VIA. Pindaan mengandungi lima fasal iaitu fasal 40 hingga fasal 44 yang bertujuan untuk memperjelas kuasa pihak berkuasa berwibawa serta pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan dalam memastikan pelaksanaan obligasi di bawah bahagian ini lebih efektif.
Bahagian VIB, fasal 45. Pindaan ini memperluas skop Akta 613 dengan memasukkan Bahagian VIB yang baharu yang mengandungi satu fasal mengambil kira piawaian FATF serta trend jenayah kewangan global yang telah menumpu kepada pembiayaan aktiviti terhad, di samping jenayah kewangan tradisional seperti pengubahan wang haram ataupun pembiayaan keganasan. Bahagian ini adalah penting untuk memberi kejelasan berkaitan langkah-langkah pencegahan pembiayaan aktiviti terhad atau percambahan senjata pemusnah besar-besaran serta akibat ketidakpatuhan obligasi. Bahagian ini juga akan mengatasi kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa penguatkuasaan domestik dalam menjalankan penyiasatan dan pendakwaan untuk menumpaskan kegiatan pembiayaan aktiviti terhad.
Bahagian VII. Pindaan mengandungi enam fasal iaitu fasal 46 hingga 51 bagi melancarkan proses penyiasatan dan pendakwaan melalui pemansuhan keperluan penyiaran notis atau perintah di dalam akhbar dan keperluan mendapatkan pengesahan seorang Menteri negara asing dalam hal mahkamah asing.
Pindaan ini juga akan memperjelas secara khusus hukuman bagi ketidakpatuhan terhadap keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa dan membolehkan tindakan penyelarasan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan melalui tindakan yang berkadar dengan tahap keseriusan kesalahan atau, dengan izin, the severity dan saiz entiti yang melakukan sesuatu kesalahan.
Ini termasuk langkah pembetulan atau corrective measures, dengan izin, bagi memperbaiki kawalan pematuhan atau tindakan punitif, punitive measures, dengan izin.
Pindaan ini memperkenalkan tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan sivil serta membolehkan kompaun dikenakan sehingga denda maksimum sesuatu kesalahan itu.
Kecualian adalah pada fasal 52 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini adalah pindaan kecil atau berbangkit.
Akhir kata, RUU ini akan menyumbang ke arah usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sektor kewangan yang berintegriti, di samping meningkatkan tahap pematuhan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Malaysia kepada piawaian antarabangsa. Ini secara langsung dan tidak langsung akan menyokong agenda transformasi ekonomi Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas ada 10. Pembahas pertama: Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Pulai.
Sila, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. aya menganggap rang undang-undang pindaan kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 ini sangat penting dan Timbalan Menteri Kewangan telah membentangkan tadi dengan panjang lebar.
Kenapa saya katakan pindaan ini penting dan perlu kita sokong, kerana kita baru sahaja meluluskan belanjawan negara tahun hadapan 2025 bernilai lebih RM400 bilion yang Parlimen luluskan dan kerajaan diamanahkan untuk menguruskan. Besar jumlah ini. Kalau kita lihat, amalan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa berlaku di bawah. Misalnya, jenayah pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan, salah guna kuasa dan juga kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM. Kalau kita lihat dalam kes-kes jenayah berprofil tinggi seperti kes SRC International dan 1MDB, kita akan lihat bahawa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram ini dan yang lain-lain ini, dia berkait rapat dengan kesalahan yang pertama tadi― pecah amanah, salah guna kuasa atau kesalahan di bawah Akta SPRM.
Jadi, sudah sampai masanya iaitu kerajaan yang berhasrat untuk menentang amalan rasuah ini diperkasakan undang-undangnya. Setengah daripada RUU ini, undang-undangnya dah bermula pada 2001. Ertinya, sekarang 2024, dah 23 tahun. Jadi, memang wajar dipinda supaya nak selamatkan wang negara daripada amalan rasuah ini.
Jadi, dalam hal ini, Pasir Gudang mencadangkan kepada Kementerian Kewangan― undang-undang akan diperketatkan lagi, diperkuatkan lagi dengan begitu banyak. Lebih 50 fasal diberi kuasa. Tapi, undang-undang sahaja tidak cukup. Saya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk menyelamatkan wang negara, wang rakyat, dana daripada
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
pembayar cukai, kalau projek-projek besar, mega-mega ini selalunya yang AMLA ini, Akta Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram, dia tertumpu kepada projek yang besar-besar, Tuan Speaker.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, kalau projek yang besar-besar ini secara langsung di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Saya mencadangkan Kementerian Kewangan sama ada sesuai atau tidak cadangan saya ini, supaya dibentuk satu panel pemantau yang bebas, dibentuk oleh kerajaan, oleh Kementerian Kewangan bagi projek-projek mega yang besar-besar ini.
Satu contoh saya sebutkan, projek mega yang besar ini ialah Projek MRT 3.
Kita mula dari situ. Bina, tubuhkan panel pemantau yang bebas ini, di samping ada SOP daripada kementerian sendiri. Jadi, saya percaya kalau ini, cadangan ini seperti badan- badan yang umpamanya, Transparency International Malaysia juga berpandangan sedemikian, kita boleh selamatkan banyak wang kerajaan. Terima kasih Tuan Speaker. Itu sahaja ucapan saya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Pindaan RUU sebagai usaha penting dalam melindungi ekonomi, sistem kewangan dan keselamatan negara daripada ancaman jenayah kewangan yang semakin kompleks.
Penggubalan wang haram dan keganasan. Jenayah penggubalan wang haram mengganggu integriti sistem kewangan, manakala pembiayaan keganasan terus menjadi ancaman kepada keamanan domestik dan antarabangsa, menurunkan keyakinan pelabur asing dan kita berisiko disenaraikan oleh badan kewangan antarabangsa. Ia merupakan ancaman serius kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan. Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka harus berusaha memenuhi piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Financial Action Task Force.
RUU fasal 2. Temerloh ingin penjelasan tentang definisi aktiviti haram yang lebih spesifik untuk mengelakkan tafsiran meluas yang boleh membawa kepada ketidakadilan.
Adakah ia memasukkan jenayah baru yang relevan atau memperjelaskan interpretasi undang-undang? Pindaan ini amat penting bagi memastikan Malaysia tidak menjadi pusat operasi jenayah rentas sempadan yang melibatkan aktiviti haram seperti penyeludupan, rasuah atau penggubalan wang haram. Namun, adakah dengan pindaan ini, institusi kewangan dapat meningkatkan sistem pemantauan dan pelaporan?
Isu rasuah diharap tidak lagi menjadi isu biasa demi maruah negara yang melibatkan golongan pelbagai peringkat. Sejauh mana pindaan ini tidak menambah kos pematuhan kepada sektor swasta, terutama bagi perniagaan kecil? Temerloh ingin penjelasan, adakah skop perundangan dapat memastikan proses tersebut tidak menindas hak individu seperti
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
keperluan bukti jelas sebelum aset dirampas? Temerloh melahirkan kebimbangan sejauh mana kuasa tambahan kepada agensi penguatkuasaan tidak disalahgunakan.
Dalam fasal 5, bertujuan meminda subseksyen 4(1) untuk menjadikan hukuman pemenjaraan dan denda sedia ada bagi kesalahan pengubahan wang haram sebagai hukum mandatori. Penggubalan wang haram sering kali menjadi saluran utama untuk hasil jenayah seperti penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan rasuah. Sejauh manakah dengan menetapkan hukuman pemenjaraan dan denda sebagai mandatori undang-undang ini dapat yang pertama, mengatasi menguatkan elemen pencegahan dan adakah ia juga dapat melindungi integriti ekonomi negara? Apakah ukuran kejayaan yang digunakan untuk memastikan hukuman yang dikenakan berkesan?
Namun bagi fasal 5 ini, Temerloh berpandangan terdapat beberapa cabaran yang perlu dipertimbangkan. Pertama, risiko hukuman yang tidak setimpal. Hukuman mandatori berisiko mengabaikan situasi tertentu, di mana kesalahan mungkin dilakukan secara tidak sengaja atau oleh individu yang terlibat secara kecil-kecilan.
Menghakis budi bicara hakim. Peranan hakim untuk mempertimbangkan faktor peribadi pesalah, niat dan tahap keterlibatan dalam jenayah berkenaan akan terhad jika hukuman mandatori diperkenalkan. Sebagai contoh, seorang individu yang hanya menjadi perantaraan tanpa mengetahui asal usul wang haram mungkin menerima hukuman yang sama dengan dalang utama aktiviti jenayah tersebut. Adakah ini adil?
Temerloh ingin penjelasan, adakah kerajaan melaksanakan secara pendekatan berperingkat? Misalnya, kesalahan yang dilakukan oleh dalang utama atau dalam skala besar boleh dikenakan hukuman mandatori, manakala kesalahan kecil boleh diserahkan kepada budi bicara mahkamah. Apakah faktor-faktor untuk memastikan hukuman mandatori berkesan kepada pesalah yang terlibat?
Negara seperti Singapura dan juga Hong Kong telah berjaya menggunakan hukuman yang tegas terhadap penggubalan wang haram. Namun, mereka juga menggabungkan strategi lain seperti pengukuhan pemantauan institusi kewangan dan sistem laporan transaksi mencurigakan. Malaysia boleh mengambil iktibar daripada pendekatan ini.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 15 rang undang-undang yang bertujuan untuk meminda seksyen 16. Pindaan ini akan mewajibkan pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor untuk mewujudkan, mentadbir dan menyelenggara sistem pemusatan maklumat seperti yang dikumpulkan menurut bahagian yang keempat. Apakah pemusatan maklumat dapat melancarkan pengurusan dan pengesanan transaksi wang haram dan apakah objektif lain pemusatan maklumat yang ingin dicapai? Tuan Yang di-Pertua, Temerloh berpandangan obligasi yang dikenakan ke atas pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor perlu dilaksanakan dengan seimbang.
Temerloh ingin penjelasan, adakah pelaksanaannya telah mengambil kira beberapa cabaran? Pertama, kos dan beban operasi, latihan dan kesedaran kepada pihak yang terlibat. Temerloh mencadangkan, selain undang-undang, usaha pendidikan agama yang sepatutnya untuk mendidik rakyat lebih meninggalkan kesan yang positif. Apabila hidup
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
beragama, akan jauh daripada perkara-perkara yang melanggar, bukan sahaja melanggar syariat undang-undang agama, dalam masa yang sama akan patuh kepada undang-undang negara.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini adalah langkah positif ke arah memperkukuh mekanisme kawalan jenayah kewangan di Malaysia. Namun, kejayaannya sangat bergantung kepada pelaksanaan yang strategik. Kerjasama erat antara kerajaan dan institusi pelapor serta perlindungan terhadap privasi data rakyat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Seterusnya, Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak ucap terima kasih kepada Besut kerana saya ambil giliran Besut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak register pertama sekali, register interest Jelebu di dalam menyokong penuh pindaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024 yang kita lakukan pada hari ini.
Selain daripada memperluaskan ruang lingkup penguatkuasaan dan memperbaiki kelompongan dalam akta sedia ada, saya lihat pindaan akta ini juga penting dalam kita mengawal selia dan memantau aliran tunai daripada sumber-sumber haram dan diragui statusnya. Sekali gus meningkatkan integriti sistem kewangan Malaysia dan selaras dengan piawaian antarabangsa yang terkini.
Laporan bersama Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2015, meletakkan Malaysia di bawah kategori pemantauan susulan yang dipertingkatkan ataupun enhanced follow-up, dengan izin Dato’ Speaker, iaitu kategori kedua yang terbaik dalam penilaian ini.
Saya harap pindaan ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Dewan supaya penarafan terhadap Malaysia akan dapat diperbaiki untuk penilaian pada tahun hadapan.
Penarafan ini penting, terutamanya dari segi sektor kewangan dan ekonomi dan jika penarafan ini negatif, kos pematuhan akan turut meningkat dan institusi kewangan Malaysia akan mengalami kesukaran untuk berurus niaga dengan komuniti kewangan antarabangsa.
Saya hendak sebut dalam seksyen 28(L). Saya merujuk kepada pindaan subseksyen 28L(2) dalam Akta Ibu, memberikan pelanjutan tempoh sitaan dari 12 bulan ke 18 bulan Tuan Yang di-Pertua, bagi mana-mana harta dan aset yang terlibat dalam penyiasatan di bawah AMLA ini.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya memetik satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) yakni SPRM pada bulan Februari yang lalu yang mengatakan bahawa daripada tahun 2020 sehingga tahun 2023, SPRM menyita lebih daripada RM1 bilion membabitkan aset jenis harta alih dan harta tidak alih di bawah AMLA.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini adalah merupakan satu jumlah yang sangat besar dan ia mendatangkan satu kejutan baru kepada rakyat Malaysia.
Saya hendak mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk nyatakan secara ringkas pecahan jenis-jenis harta yang bernilai RM1 bilion ini dan apakah status harta yang terlibat?
Berapakah jumlah harta yang telah dikembalikan semula kepada pemiliknya setelah selesai penyiasatan dan berapakah pula jumlah harta yang disita secara terus?
Kita semua sedia maklum bahawa pengubahan wang haram ini bukannya hanya berfokus kepada wang dalam bentuk tunai tetapi ianya juga dalam bentuk aset fizikal seperti harta tanah, kenderaan, emas dan pelbagai aset lagi. Aset-aset yang bernilai tinggi ini pastinya memerlukan ruang penyimpanan khusus yang selamat dan dijaga dengan baik.
Pertambahan tempoh sitaan daripada 12 bulan ke 18 bulan tentunya akan meningkatkan kos berkenaan.
Saya hendak mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan di Dewan yang mulia ini jangkaan peningkatan kos penyimpanan aset-aset ini selepas pertambahan kos simpanan daripada 12 ke 18 tadi dan apakah prosedur yang dilakukan bagi menguruskan aset-aset yang disita secara total ini? Adakah pihak kerajaan mengambil pendekatan untuk mencairkan aset fizikal ini dan juga memberikan peluang untuk dituntut oleh orang ramai?
Satu laporan untuk rekod dakwaan hasil daripada research satu laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan Amerika Syarikat ada menyebutkan mata wang kripto dan Bitcoin juga adalah salah satu kaedah digunakan oleh penjenayah di dalam kes yang melibatkan ransomware, penipuan, perdagangan dadah, perdagangan manusia dan aktiviti haram yang lain. Bagaimana pula Kerajaan Malaysia boleh mengawal selia pergerakan aliran mata wang kripto ini? Adakah mata wang kripto ini menjadi salah satu medium yang digunakan untuk mencuci duit di Malaysia?
Saya hendak sentuh pindaan seksyen 49 tambahan subseksyen (3A) di dalam seksyen 49 ini menyatakan bahawa pendakwa raya boleh memberikan notis kepada mana- mana individu untuk memberikan satu pernyataan dengan bersumpah dan berikrar berkenaan harta yang berlebih-lebihan setelah diambil kira emolumen dan pendapatan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri bagaimana pegawai penyiasat membuat tafsiran dalam membuat penilaian harta ini? Bagaimana kita hendak memastikan tafsiran yang dibuat ini benar-benar adil tanpa mengira sebarang sentimen lain dan tidak disalah guna oleh penyiasat ataupun agensi penguat kuasa?
Apabila kita memberi ruang kepada perluasan kuasa dan skop siasatan, perkara yang perlu kita ambil kira adalah berkenaan semak dan imbang bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang teraniaya. Jadi apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk mengawal selia pegawai-pegawai penyiasat ini dan siapakah yang akan memainkan peranan untuk semak dan imbang dalam penyiasatan supaya akta ini tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, terutamanya orang-orang politik?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dato' Yang di-Pertua, apabila kita bercakap dalam soal aktiviti pengubahan wang haram ini, ianya tidak hanya berkaitan dengan dana ataupun aliran di dalam negara sahaja.
Ianya termasuk juga dana daripada luar negara. Saya mengambil contoh kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini. Kenyataan yang dibuat oleh mantan Gabenor Bank Negara adalah Bank Negara Malaysia hanya mengetahui kemasukan dana daripada luar negara ke dalam akaun yang salah selepas bertahun-tahun.
Maknanya diambil. They realized dengan izin, dana masuk dalam akaun selepas bertahun-tahun proses itu sudah berjalan. Ini yang menjadi persoalan kepada saya dan ramai orang Dato' Yang di-Pertua. Sebenarnya bagaimana sistem pemantauan yang ada di dalam Bank Negara pada ketika ini berkaitan kemasukan dana dan tunai daripada luar negara.
Adakah terdapat sebarang alert dengan izin, ataupun trigger system yang boleh memberi pemakluman segera kepada Bank Negara Malaysia jika terdapat aliran masuk yang besar daripada luar negara?
Bukankah sebagai sebuah badan tertinggi yang mengawal selia dan memantau aktiviti kewangan di dalam negara, Bank Negara Malaysia sepatutnya alert dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan. Jika Bank Negara Malaysia sendiri gagal mengesan dengan lebih awal perkara-perkara yang sebegini, ianya akan memberikan persepsi ataupun pemahaman yang tidak baik dan negatif terhadap pengawalan dan keselamatan sistem kewangan negara.
Dato' Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Seterusnya Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Yang di-Pertua.
Saya percaya bahawa pindaan kepada AMLA ini kita panggil AMLA senang, ia dapat mengukuhkan kerangka perundangan negara dalam memerangi jenayah kewangan. Ia juga dapat memastikan bahawa Malaysia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Financial Action Task Force (FATF) tadi yang disebut oleh Menteri. Ini penting untuk mengekalkan reputasi negara di peringkat antarabangsa dan membina keyakinan rakan perdagangan serta pelabur asing terhadap sistem kewangan negara.
Ia juga memperluaskan skop undang-undang untuk meliputi pembiayaan proliferasi dan memperkenalkan keperluan untuk menilai serta mengurangkan risiko ini oleh institusi kewangan. Ini bertujuan menghalang penyalahgunaan sistem kewangan oleh entiti yang terlibat dalam aktiviti haram. Jadi institusi kewangan dan juga perniagaan dan perniagaan diwajibkan untuk menjalankan proses customer due diligence yang lebih ketat. Mengenal pasti pemilik beneficial serta memantau dan melaporkan transaksi mencurigakan dengan kadar segera.
Langkah ini bertujuan memastikan aktiviti pengubahan wang haram dan jenayah kewangan lain dapat dikesan dan ditangani dengan pantas. Ia juga dapat memperkenalkan keperluan bagi program pematuhan di peringkat kumpulan iaitu group-wide compliance
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
program termasuk pelantikan pegawai pematuhan kumpulan dan polisi perkongsian maklumat dalam kumpulan syarikat dan ini meningkatkan penyelarasan dan juga kecekapan dalam pengurusan dan risiko jenayah kewangan.
Dengan mematuhi peraturan baharu ini, institusi kewangan dilindungi daripada menjadi medium aktiviti haram dan langkah ini mengurangkan risiko perundangan dan reputasi sekali gus membantu menjaga kestabilan ekonomi Malaysia. Tetapi yang menjadi kebimbangan sedikit ya, mengenai kuasa yang lebih luas kepada pihak DPP, mahkamah dan juga pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan.
Namun yang saya risaukan adalah mengenai sama ada kuasa ini melebihi keadilan kepada tertuduh dan mana-mana mereka yang terlibat. Ia mestilah seimbang dengan hak tertuduh untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan mereka yang terlibat juga mendapat perbicaraan yang adil dan harus dikemukakan dengan teliti bukti-bukti tanpa mengabaikan prinsip asas seperti andaian tidak bersalah sebelum dibuktikan. Pelaksanaan kuasa juga tidak melanggar prinsip keadilan asasi dan juga hak asasi manusia.
Jadi, saya tunjukkan contoh sedikit ya berkenaan dengan salah satu pelantikan dari segi pelantikan dalam seksyen baharu 7A pihak berkuasa kawal selia. Dilantik oleh Menteri Kewangan, masalahnya Menteri Kewangan boleh melantik sesiapa mana-mana orang untuk menjadi pihak berkuasa kawal selia. Jadi, ini kuasa yang sangat besar kepada Menteri Kewangan. Jadi, saya cadangkan supaya ada sedikit tambahan kepada seksyen ini, Menteri Kewangan tidak boleh melantik mereka-mereka yang ada kepentingan seperti keluarga dan sebagainya iaitu mereka yang bersekutu kerana pihak berkuasa kawal selia ini sebenarnya mereka ini ada kuasa yang besar ini, dia boleh buat permohonan bermacam-macam ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia boleh kalau kita ikut 83D ini, kuasa dia salah satunya “dalam hal jika orang itu ialah seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus yang bertanggungjawab ke atas suatu institusi pelapor atau institusi, suatu perintah yang memecat orang itu daripada jawatannya atau dia dihalang daripada menjadi ketua pegawai eksekutif”. Itu yang jadi masalah. Besar kuasa dia ini. Ini salah satu, yang lainnya kalau kita lihat, kuasa kepada pihak pendakwa raya. Kalau mengikut pindaan seksyen 53(a)(iii), dia menggantikan perkataan “suatu permohonan”dengan perkataan “suatu permohonan ex parte”. Bermakna, satu pihak yang memohon. Jadi, bila ada permohonan satu pihak, mahkamah boleh membenarkan permohonan seperti ini. Itu yang bahayanya.
Sepatutnya, dia buat permohonan secara inter parte. Maknanya, dua-dia pihak terlibat. Yang terlibat ataupun yang tertuduh. Jadi kalau buat satu ex parte ini, kuasa yang sangat besar kepada pihak DPP dan kepada mahkamah. Jadi kita kena pinda lah. Bukan pinda lah, tak payah masuk lah “permohonan secara ex parte” ini. Kuasa, kalau kita tengok kuasa DPP juga bawah seksyen 56, dia tertakluk kepada seksyen 61.
Dia kata “jika berkenaan dengan apa-apa harta yang disita, tiada pendakwaan atau sabitan, jadi suatu kesalahan membiayai keganasan atau satu kesalahan membiayai aktiviti
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
terhad, pendakwa raya boleh memohon kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan harta”.
Ada pendakwaan kah, tak ada pendakwaan, dia boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi. Ini juga satu kebimbangan yang kita ada jika prinsip keadilan itu tidak ditegakkan.
Saya just untuk membantu sedikit di pihak...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah habis masa, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sikit sahaja, nak bagi. Takut ada esok-esok yang daripada segi kecualian, seksyen 52. Dia kata, “apa-apa tindakan penyiasatan atau prosiding bagi apa-apa kemungkiran ataupun kesalahan di bawah Akta Ibu yang dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa”. Bermaknanya dia kesan ke belakang.
Bila kesan ke belakang, biasanya kalau kes-kes jenayah dan sebagainya, tidak boleh.
Akan tetapi, saya nak bagi tahu dengan pihak Menteri mungkin kalau ada selepas ini, mungkin ada lawyer akan katakan bahawa ianya tidak boleh dilakukan. Tetapi kita ada akta yang dipanggil Interpretation Act, seksyen 20. Menteri boleh rujuk kepada seksyen itu untuk kira melawan lah, melawan dengan peguam yang agak-agak handal lepas ini, mungkin.
Jadi, dan satu lagi saya nak beritahu, saya adalah ahli kepada JKPK Hak Asasi. Jadi itu saya timbulkan perkara ini daripada segi hak asasi pihak tertuduh dan mereka-mereka yang terlibat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Dipersilakan, Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Speaker atas kesempatan ini. Saya bangun untuk menyokong pindaan RUU Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024. Pindaan ini wajar dilakukan supaya dapat memperkukuhkan lagi langkah-langkah pengawasan dan penguatkuasaan bagi mencegah kesalahan penggubahan wang haram serta pembiayaan keganasan. Begitu juga dengan cadangan pindaan yang memasukkan peruntukan baharu iaitu berkaitan kesalahan pembiayaan aktiviti terhad termasuk percambahan senjata pemusnah besar-besaran dan langkah pencegahannya.
Tuan Speaker, menurut Bank Negara Malaysia pada bulan Mei lalu, terdapat sekurang-kurangnya dua kesalahan utama yang sering dilakukan oleh institusi kewangan yang membuka ruang kepada kegiatan jenayah wang haram. Kegagalan institusi kewangan untuk menjalankan penilaian wajar terhadap para pelanggan dan kegagalan menjalankan saringan sekatan pada saat penerimaan pelanggan telah menyebabkan jenayah ini semakin
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
terdedah dan berleluasa. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui apakah langkah intervensi yang telah dilakukan oleh kementerian bersama Bank Negara Malaysia terhadap seluruh institusi kewangan di dalam negara untuk memperbaiki kelemahan ini?
Sejauh manakah Bank Negara Malaysia iaitu selaku pihak berkuasa berwibawa telah melakukan penyeliaan dan pemantauan untuk memastikan institusi kewangan sentiasa mematuhi garis panduan Akta 613 ini supaya tidak terlibat, terbabit menjadi dalang atau memudah cara kegiatan jenayah wang haram. Saya mengambil maklum akan pelaksanaan rangka kerja penguatkuasaan dan penalti yang diperkenalkan menerusi pindaan kali terakhir dalam akta ini iaitu pada tahun 2014 yang lalu. Begitu juga dengan 74 tindakan yang telah berjaya diambil oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini terhadap institusi kewangan.
Namun, usaha tersebut dilihat masih belum mencukupi. Sehubungan itu, saya menggesa agar perkara pokok ini iaitu penilaian wajar terhadap pelanggan dan saringan sekatan oleh institusi kewangan dapat ditambah baik dengan segera. Hal ini supaya institusi kewangan atau institusi pelapor menurut Akta 613 ini dapat memainkan peranan sebaiknya bagi membantu agensi penguatkuasaan untuk menjalankan siasatan segera terutamanya terhadap individu kenamaan berkepentingan atau sesiapa sahaja yang berkaitan.
Tuan Speaker, menurut Ketua Suruhanjaya SPRM setahun yang lalu, derma kepada badan amal, sembunyi kekayaan atas nama proksi serta pembiayaan politik telah dikenal pasti antara modus operandi jenayah pengubahan wang haram yang semakin aktif dalam negara. Justeru itu, saya berpendapat antara usaha lain yang mungkin boleh diketengahkan oleh kerajaan untuk membanteras penggubahan wang haram ini dengan lebih berkesan dan menyeluruh adalah menerusi penggubalan akta berkaitan pembiayaan dana politik. Pada kesempatan ini, saya ingin mengetahui berapakah bilangan kes yang pernah atau yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa setakat ini yang melibatkan ahli-ahli politik di bawah Akta 613?
Berapa banyak kah jumlah amaun yang terlibat di sepanjang siasatan pihak berkuasa tersebut khususnya di bawah kategori pembiayaan politik dan mengapakah ahli-ahli politik dilihat begitu mudah untuk didakwa atau disabitkan dengan kesalahan penggubalan wang haram sejak akhir-akhir ini? Adakah kerana pembekuan aset boleh dilakukan selama untuk tempoh 12 bulan lamanya yang kini hendak dilanjutkan kepada 18 bulan atau bagaimana?
Hal ini kerana terdapat dakwaan sesetengah pihak bahawa Akta AMLA ini boleh dijadikan sebagai senjata politik untuk melemahkan seseorang individu atau parti politik. Apabila sesebuah kerajaan itu jatuh, kerajaan yang baharu mengambil alih akan mencari salah musuh-musuh politiknya.
Alhamdulillah kerajaan hari ini tegas untuk tidak mencampuri segala urusan mahkamah dan kekal patuh menghormati prinsip doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di negara ini. Apa pun jawapannya nanti, saya berharap supaya pengubahan Akta Pendanaan Politik ini dapat disegerakan oleh pihak kerajaan untuk menangani jenayah penggubahan wang haram dan sekali gus dapat memulihkan kembali sistem demokrasi tanah air lebih telus dan bersih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tuan Speaker, pematuhan kepada standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) sangat mustahak dan pindaan kali ini juga merupakan sebahagian langkah penting untuk negara menghadapi pihak penilai FATF pada Februari 2025. Umum mengetahui, kebiasaannya AMLA dilaporkan oleh institusi kewangan apabila terdapat transaksi yang mencurigakan lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui apakah pula strategi kementerian terhadap ekonomi bayangan yang dianggarkan berjumlah sekitar 21 peratus daripada KDNK negara iaitu kira-kira sebanyak RM300 bilion yang mana negara dianggarkan kehilangan sekitar RM70 bilion setiap tahun dalam bentuk hasil cukai daripada aktiviti perniagaan yang tidak didaftarkan dan kegiatan haram. Ekonomi bayangan ataupun ekonomi bawah tanah ini jelas berkait dengan hasil kegiatan jenayah seperti penyeludupan tembakau, dadah, pelacuran, perjudian, pemalsuan pasport dan pemerdagangan manusia.
Begitu juga sektor formal yang tidak didaftarkan seperti perniagaan dalam talian, pempengaruh urus niaga tunai tanpa rekod dan pekerja sambilan yang tidak melaporkan pendapatan kepada LHDN. Justeru itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah perkara ini memberi kesan dan boleh menggagalkan usaha negara untuk memenuhi obligasi Malaysia sebagai anggota FATF dan adakah perkara-perkara yang terkait dengan ekonomi bayangan diambil kira oleh kementerian menerusi pindaan kali ini supaya negara tidak terus kehilangan hasilnya.
Tuan Speaker, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala persoalan dan pandangan yang dibangkitkan mendapat perhatian daripada pihak kementerian. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini bertujuan untuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
Terdapat dua kali perkataan haram disebut dalam RUU ini iaitu pengubahan wang haram dan aktiviti haram. Bila disebut isu haram, maka seeloknya dikaitkan dengan penyelesaian agama Islam dan syariah. Nabi bersabda, [Membaca sepotong hadis] Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Antara keduanya ada syubahat ataupun samar-samar.
Berikut adalah pandangan, kritikan dan penyelesaian menurut perspektif Islam terhadap isu ini. Pertama ialah pandangan pencegahan pengubahan wang haram dan
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
integriti ekonomi. Akta ini bertujuan untuk mencegah pengubahan wang haram dan aktiviti kewangan yang tidak sah yang memberi kesan besar terhadap integriti ekonomi negara.
Namun pelaksanaan undang-undang ini memerlukan pemantauan yang adil agar tidak menyalahgunakan kuasa terhadap pihak tertentu. Contohnya risiko profil sasaran yang bias terhadap kumpulan tertentu boleh mencetuskan ketidakadilan. Ada cadangan di sini penyelesaian menurut perspektif Islam.
Pertama ialah prinsip syariah dan dalam kewangan Islam. Dalam Islam, kegiatan haram seperti riba, judi dan penipuan dilarang keras. Sistem kewangan Islam menekankan transparency dan accountability. Kerajaan boleh menggalakkan penggunaan sistem kewangan Islam seperti transaksi berasaskan wakalah ataupun agensi dan murabahah ataupun jualan dengan keuntungan untuk memastikan aliran wang berada dalam kerangka syariah.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kedua, pemantauan berdasarkan maqasid syariah. Maqasid syariah bertujuan menjaga lima aspek utama iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.
Pencegahan pengubahan wang haram harus berpandukan maqasid ini untuk melindungi masyarakat daripada bahaya kewangan haram yang membawa kemudaratan ekonomi dan sosial.
Ketiga ialah penguatkuasaan dengan keadilan. Dalam Islam, prinsip keadilan sangat penting. Suratul Nisa’, ayat 135 menyeru keadilan walaupun terhadap diri sendiri ataupun keluarga. Ayat yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Pelaksanaan akta ini harus dilaksanakan secara adil tanpa diskriminasi dan bias terhadap mana-mana pihak.
Keempat, pendidikan dan kesedaran. Islam menekankan pentingnya ilmu pengetahuan. Kerajaan boleh memperbanyakkan kempen kesedaran tentang risiko kewangan haram dan kelebihan sistem kewangan Islam. Institusi kewangan Islam juga perlu mengambil peranan aktif dalam mendidik masyarakat.
Kelima Dato’ Yang di-Pertua, kerjasama antarabangsa yang selaras dengan etika Islam. Untuk menangani aktiviti haram yang bersifat antarabangsa, kerajaan perlu bekerjasama dengan negara lain tetapi mesti memastikan kerjasama ini tidak bercanggah dengan prinsip syariah seperti melibatkan perjanjian yang menjejaskan kedaulatan ataupun keadilan.
Tan Sri Yang di-Pertua, ada beberapa fasal yang ingin saya sentuh dalam pindaan ini.
Pertama ialah berkaitan hukum mandatori dan perintah pelucuthakan wang iaitu fasal 5 yang bertujuan meminda subseksyen 4(1). Soalan saya ialah, perincian mengenai implikasi pindaan seksyen 4(1) di bawah Akta 613 serta seksyen 28L untuk memanjangkan tempoh bagi suatu permohonan oleh pendakwa raya bagi mendapatkan perintah pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga, pembawa ataupun atau apa-apa benda lain daripada 12 bulan kepada 18 bulan daripada tarikh penyertaan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang kedua ialah fungsi pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan. Saya rujuk kepada dua fasal iaitu fasal 6 yang bertujuan memasukkan seksyen baharu 7A ke dalam Akta 613 dan juga fasal 19 bertujuan meminda seksyen 21 untuk memberi pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan. Ada persoalan saya di sini ialah pertama apakah rasional serta kriteria pelantikan pihak berkuasa kawal selia di bawah seksyen 7A?
Dengan perluasan ruang lingkup Akta 613, bagaimanakah peranan pihak berkuasa kawal selia dapat dipastikan keberhasilannya khususnya dalam menambah baik rangka kerja pengawal seliaan dan penyelarasan aspek pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan secara lebih berkesan dalam pada usaha mematuhi obligasi dan undang-undang pelaporan AML ataupun AMLA di peringkat antarabangsa.
Sejauh manakah pendekatan berdasarkan risiko ataupun risk-based approach telah dipraktikkan membantu para institusi pelapor merancang, melaksanakan langkah-langkah kawalan serta mengenal pasti ancaman AML untuk melindungi dan memelihara integriti perniagaan dan sistem kewangan secara menyeluruh?
Kedua ialah, apakah perancangan kerajaan supaya aspek pencegahan AML diterapkan secara seragam dalam institusi kewangan konvensional dan Islam mengambil kira garis panduan sedia ada?
Ketiga, apakah usaha strategi pemulihan aset oleh pihak penguat kuasa mengambil kira perubahan modus operandi penjenayah yang beroperasi dalam sindiket pengubahan wang haram misalnya pemantauan terhadap aktiviti pejabat keluarga bagi mengurangkan insiden jenayah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, ialah program pencegahan AML yang saya merujuk kepada fasal 9 bertujuan meminda seksyen 10, Akta 613. Soalan saya ada dua di sini.
Pertama ialah apakah risiko yang telah dikenal pasti dari segi pertukaran maklumat berkaitan pembiayaan aktiviti terhad serta jaminan kerajaan dalam melindungi ruang lingkup keselamatan dan kedaulatan negara?
Kedua, apakah pendekatan dan strategi kerajaan mengambil kira cabaran yang dihadapi termasuk proses pembuktian dokumen yang membabitkan transaksi kewangan ke luar negara yang melibatkan kerjasama merentas pihak penguat kuasa luar negara atau agensi asing menerusi permohonan bantuan bersama perundangan MLA.
Kesimpulannya Tan Sri Yang di-Pertua ialah pindaan terhadap Akta 613 ini adalah langkah positif untuk menangani ancaman ekonomi haram tetapi pelaksanaannya harus berlandaskan prinsip keadilan dan accountability. Integrasi nilai Islam dalam pengurusan kewangan dan penguatkuasaan undang-undang boleh menjadi panduan penting untuk memastikan bahawa matlamat undang-undang ini tercapai tanpa melanggar hak asasi ataupun nilai agama. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi Kulim-Bandar Baharu ruang dan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024. Pada pandangan saya, RUU ini adalah satu langkah penting ke arah memperkukuhkan kerangka undang-undang Malaysia dalam memerangi jenayah kewangan semakin kompleks.
Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini bertujuan untuk meminda Akta 613 dengan memasukkan elemen baharu seperti pembiayaan aktiviti terhad yang melibatkan percambahan senjata pemusnah besar-besaran. Ia juga mengemaskinikan peruntukan untuk perlucutan hak aset dan memperluaskan definisi kesalahan pengubahan wang haram.
Perubahan ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk menepati piawaian antarabangsa khususnya yang ditetapkan oleh Financial Action Task Force.
Sebagai contoh, agensi kewangan ini diwajibkan menyimpan rekod transaksi domestik dan antarabangsa serta melaporkan transaksi mencurigakan secara lebih sistematik. Penubuhan pihak berkuasa kawal selia yang lebih jelas turut ditekankan dalam RUU ini bagi memastikan pemantauan lebih efektif.
Tan Sri Yang di-Pertua, namun demikian terdapat beberapa kelemahan yang perlu kita beri perhatian. Satu iaitu keberkesanan undang-undang ini bergantung kepada sejauh manakah pelaksanaannya dilakukan secara adil dan konsisten. Masih terdapat risiko agensi kecil atau tidak berlesen gagal dipantau.
Dua, cabaran dari segi teknologi iaitu pengembangan teknologi seperti penggunaan mata wang crypto memerlukan penguatkuasaan yang lebih sofistikated sesuai yang belum dijelaskan dalam pindaan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, akta ini begitu penting dan perlu dipinda. Ini adalah kerana sebagai contoh Malaysia telah berhadapan dengan beberapa kes besar yang melibatkan pengubahan wang haram. Sebagai contoh, satunya iaitu pada tahun 2016 di mana seorang pegawai didakwa meminda wang haram pelanggan ke akaun peribadi dan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Dua, contoh iaitu kes Macau Scam pada 2021. Sindiket ini menggunakan akaun keldai untuk memindah wang haram melibatkan ratusan rakyat Malaysia menjadi mangsa dan contoh yang ketiga iaitu kes rasuah Jabatan Air Sabah 2016 di mana wang tunai bernilai jutaan ringgit ditemui dan disiasat sebagai hasil rasuah, pecah amanah dan berniat untuk mencuci duit ataupun money laundering dengan izin. Kes ini telah merugikan wang negara.
Harapan saya, pindaan ini dapat menyelamatkan wang rakyat dan juga negara.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tan Sri Yang di-Pertua, kita juga perlu belajar daripada pendekatan negara lain.
Satunya, daripada Singapura. Monetary Authority of Singapore melaksana kawalan ketat melalui pengauditan institusi kewangan dan mendenda pihak yang gagal mematuhi
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
peraturan. Contoh yang kedua iaitu Australia. Australia Transaction Reports and Analysis Centre menggunakan teknologi data besar untuk mengetahui transaksi mencurigakan serta bekerjasama dengan bank dan agensi penguat kuasa lain. Contoh yang ketiga iaitu Jepun memfokuskan kepada pemantauan sektor berisiko tinggi seperti perjudian dan memperkenalkan penalti berat untuk kegagalan melaporkan transaksi mencurigakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, mengikut laporan The Financial Action Task Force, dianggarkan lebih RM50 bilion aliran wang haram berlaku di Malaysia setiap tahun. Dalam konteks global, Bank Dunia melaporkan bahawa hampir dua hingga lima peratus daripada KDNK global adalah hasil jenayah kewangan, menjadikan isu ini sebagai ancaman serius kepada ekonomi.
Justeru itu, Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan keberkesanan RUU ini, beberapa langkah tambahan perlu diambil. Satunya iaitu penguatkuasaan undang-undang dan institusi kewangan perlu diberi latihan berkala mengenai modus operandi terkini dalam penguatkuasaan aktiviti haram dan pembiayaan keganasan. Latihan ini harus merangkumi penggunaan teknologi canggih seperti keganasan buatan untuk mengenal pasti corak transaksi mencurigakan.
Kedua iaitu memanfaatkan teknologi data besar dan blockchain untuk memantau aliran kewangan secara masa nyata. Contohnya, sistem di Australia boleh dijadikan model untuk Malaysia membangunkan mekanisme pemantauan automatik.
Ketiga iaitu sebuah pusat penyelidikan khusus boleh ditubuhkan untuk mengkaji trend jenayah kewangan Malaysia dan menyediakan cadangan dasar berdasarkan data empirikal.
Keempat iaitu banyak aktiviti pengubahan wang haram berlaku di sektor ekonomi tidak formal. Kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme kawal selia untuk peniaga kecil yang berisiko tinggi seperti pemberian pinjaman yang tidak berlesen.
Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini juga perlu secara eksplisit menangani isu pembiayaan senjata yang boleh mengancam keselamatan negara dan antarabangsa.
Contohnya, dalam kes tangkapan seorang individu di Malaysia yang terlibat dalam pemindahan dana ke kumpulan bersenjata di Timur Tengah. Ia menunjukkan keperluan pemantauan lebih rapi terhadap transaksi mencurigakan yang melibatkan aliran antarabangsa.
Sebagai perbandingan, Jepun juga memperkenalkan undang-undang ketat untuk mengawal eksport teknologi dan bahan yang boleh digunakan untuk membangunkan senjata pemusnah besar-besaran. Singapura pula memperkenalkan kawalan terhadap organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan tiada penyelewengan dana ke arah pembiayaan kumpulan militan.
Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini adalah sangat penting tetapi kejayaan bergantung kepada pelaksanaan yang efektif. Oleh itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]. Pindaan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Financial Action Task Force
(FATF), dengan izin, dan untuk mengelakkan negara daripada disenarai hitam sebagai bidang kuasa yang menyokong aktiviti haram.
Dengan pindaan ini, terdapat penekanan terhadap penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat serta pengawasan terhadap transaksi kewangan yang mencurigakan. RUU ini juga memperuntukkan langkah-langkah bagi perampasan harta yang terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan serta harta yang diperoleh secara haram.
RUU ini terdiri daripada beberapa bahagian utama yang merangkumi kesalahan penggubahan wang haram iaitu kewajipan melapor yang menggariskan tanggungjawab institusi kewangan dan pihak lain untuk melapor transaksi yang mencurigakan, penyiasatan dan penguatkuasaan iaitu memberikan kuasa kepada agensi penguatkuasaan untuk menyiasat kes-kes berkaitan serta mengambil tindakan yang sesuai terhadap pelanggaran undang-undang.
Ada empat fasal utama yang ingin saya ketengahkan ialah fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 613 untuk membenarkan Menteri Kewangan dan pihak berkuasa berwibawa untuk bertukar maklumat dengan kerajaan sesuatu negara asing.
Lagi satu, fasal 11, seksyen 13 iaitu berkenaan institusi pelapor yang dikehendaki menyimpan satu rekod semua transaksi atau aktiviti domestik dan antarabangsa di mana kita juga harus menilai peranan sektor swasta khususnya institusi kewangan dalam mematuhi prosedur anti pengubahan wang haram.
Pindaan rang undang-undang ini juga perlu memasukkan langkah-langkah untuk mempertingkatkan pelaporan oleh pihak swasta tanpa menambahkan beban yang tidak munasabah kepada mereka. Kita juga perlu menambah baik integrasi teknologi untuk mengesan transaksi mencurigakan termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan analytic data.
Fasal 12 bertujuan untuk meminda subseksyen 14(1) Akta 613 iaitu untuk mengenakan obligasi kepada institusi pelapor untuk melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa berwibawa apa-apa transaksi, aktiviti atau harta jika transaksi aktiviti atau harta itu berhubung atau berkaitan dengan, digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi atau oleh, aktiviti terhad, pencambahan atau orang yang membiayai aktiviti terhad atau apa- apa transaksi atau aktiviti yang mencurigakan.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Fasal 26 bertujuan untuk meminda subseksyen 45(1) Akta 613 iaitu memberi pegawai penyiasat kuasa untuk menyita apa-apa harta alih jika terdapat alasan yang munasabah.
Saya menyokong keempat-empat fasal pindaan di atas kerana ianya jelas mampu membendung sebarang aktiviti pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram.
Terdapat beberapa perkara utama dalam perubahan RUU ini iaitu pindaan ini memperluaskan definisi penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan termasuk pengenalan istilah baharu yang lebih spesifik untuk menangani pelbagai bentuk aktiviti haram. Institusi kewangan dan entiti lain kini diwajibkan untuk melaporkan transaksi mencurigakan dengan lebih ketat termasuk penetapan garis panduan yang lebih jelas mengenai apa yang dianggap sebagai transaksi yang mencurigakan.
Pindaan juga memberikan kuasa tambahan kepada agensi penguat kuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu atau entiti yang terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram termasuk kemampuan untuk melakukan penyitaan harta yang diperolehi secara haram. RUU ini juga memperkenalkan prosedur yang lebih jelas untuk perampasan harta yang berkaitan dengan kesalahan penggubahan wang haram, menjadikannya lebih mudah bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap aset yang terlibat.
Terdapat penekanan baharu terhadap pendidikan dan kesedaran awam mengenai isu penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan termasuklah inisiatif untuk melibatkan masyarakat dalam usaha pencegahannya. Pindaan ini juga menggariskan keperluan untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram termasuk pertukaran maklumat antara negara-negara mengenai kes-kes yang berkaitan.
Rumusannya ialah pindaan ini diharap dapat memperkukuh integriti sistem kewangan Malaysia, meningkatkan kepercayaan pelabur asing dan memastikan Malaysia tidak menjadi tempat perlindungan bagi aktiviti pengubahan wang haram. Dengan langkah- langkah ini, kerajaan berusaha untuk melindungi ekonomi negara daripada ancaman keganasan dan aktiviti haram yang lain yang sekian lama mempengaruhi dan menguasai sistem kewangan kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Rang Undang-undang Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA)
(Pindaan) 2024 yang dibentang pada hari ini menuntut perhatian kita yang serius terhadap ancaman jenayah kewangan yang semakin kompleks.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Pertama, mari kita fokus kepada mekanisme pencegahan wang haram. Statistik menunjukkan bahawa jenayah kewangan global terus berkembang dengan kadar yang membimbangkan. 52 fasal dalam RUU ini bukan sekadar angka tetapi representasi komitmen kita untuk melindungi integriti sistem kewangan negara kita selaras dengan Financial Action Task Force (FATF). Realiti yang kita hadapi adalah cabaran antarabangsa yang memerlukan pendekatan menyeluruh. 70 peratus aktiviti jenayah kewangan melibatkan transaksi rentas sempadan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Justeru, kerjasama antarabangsa menjadi kunci utama dalam memerangi penggubahan wang haram. Bagaimanakah RUU ini akan memastikan koordinasi yang berkesan dengan agensi antarabangsa? Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan.
Apakah mekanisme sebenar yang akan dilaksanakan untuk mengesan transaksi yang mencurigakan? Institusi kewangan kita memerlukan garis panduan yang jelas dalam kerangka pelaburan yang mantap. Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sebarang kelemahan dalam sistem pencegahan.
Fokus RUU terhadap pencegahan pembiayaan kegiatan terhad, khususnya berkaitan dengan percambahan senjata pemusnah besar-besaran adalah satu langkah strategik. Namun, strategi ini memerlukan pelaksanaan yang teliti dan pemantauan yang berterusan. Menarik untuk diperhatikan, RUU ini tidak memerlukan perbelanjaan kewangan tambahan. Ini menunjukkan satu pendekatan yang cekap dalam mengoptimumkan sumber kewangan sedia ada.
Namun, kecekapan bukan sekadar tentang kewangan, ia adalah tentang komitmen untuk melindungi sistem kewangan negara. Saya ingin menekankan bahawa setiap Fasal dalam RUU ini bukan sekadar yang tertulis. Ia adalah pertahanan kita terhadap ancaman jenayah yang kompleks. Kita berdepan dengan musuh yang sentiasa berubah, yang menggunakan teknologi canggih untuk memutar belit sistem kewangan. Dalam konteks global, RUU ini bukan sekadar undang-undang tempatan. Ia adalah mesej jelas kepada komuniti antarabangsa bahawa Malaysia komited untuk menjadi pemain aktif dalam memerangi jenayah kewangan.
Jika dilihat dengan teliti, terdapat beberapa persoalan yang perlu dibangkitkan berhubung cadangan pindaan, khususnya pada seksyen 7A. Pengawasan tidak komprehensif peruntukan yang membenarkan Menteri Kewangan melantik mana-mana orang sebagai pihak berkuasa kawal selia menimbulkan kebimbangan tentang kriteria pemilihan. Tiada penjelasan jelas tentang kelayakan, kemahiran atau integriti individu yang akan dilantik. Potensi konflik kepentingan kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa untuk mendelegasikan fungsi mereka kepada mana-mana pegawai atau orang lain tanpa mekanisme kawalan yang jelas boleh membuka ruang untuk salah guna kuasa atau konflik kepentingan.
Kekurangan mekanisme akauntabiliti rang undang-undang tidak menjelaskan mekanisme semakan dan pengawasan terhadap pihak berkuasa yang dilantik. Tiada
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
perincian tentang cara menangani isu penyalahgunaan kuasa atau kegagalan melaksanakan tanggungjawab. Kekaburan garis panduan frasa sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan memberi ruang interpretasi yang terlalu luas.
Ini berpotensi menjadikan proses pengawasan tidak transparent dan terdedah kepada campur tangan politik. Ketiadaan mekanisme rayuan, tiada penjelasan tentang hak individu atau entiti untuk mencabar keputusan pihak berkuasa yang dilantik yang berpotensi mencederai prinsip keadilan yang asas. Kesimpulannya, Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) (Pindaan) 2024 adalah satu langkah yang progresif.
Namun, kejayaan bergantung kepada pelaksanaan yang teliti, pemantauan berterusan dan komitmen pelbagai pihak yang berkepentingan. Kita tidak boleh bertolak ansur. Setiap transaksi yang disembunyikan, setiap aktiviti jenayah yang terlepas adalah satu kerugian untuk masa depan negara kita. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang terakhir, saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker yang mengizinkan Pulai untuk membahaskan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2024. Pindaan ini adalah satu langkah yang penting untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing di peringkat antarabangsa serta melindungi sistem kewangan kita daripada ancaman jenayah.
Namun, beberapa perkara perlu dijelaskan untuk memastikan pelaksanaannya adil, efektif dan tidak membebankan pihak berkepentingan. Kita faham bahawa Malaysia perlu memenuhi piawaian Financial Action Task Force (FATF) untuk memastikan reputasi kewangan negara kekal kukuh. Namun, apakah jaminan kerajaan bahawa entiti kecil seperti firma guaman dan syarikat setiausaha tidak akan terjejas dengan kos pematuhan ini? Kita tidak mahu situasi di mana peraturan yang bertujuan melindungi sistem kewangan akhirnya membebankan entiti kecil yang sebenarnya tidak bersalah.
Berdasarkan laporan terbaru daripada UK Financial Conduct Authority ataupun FCA mendapati bahawa 18 peratus firma perkhidmatan kewangan dan lebih daripada sepertiga firma akauntan tidak mematuhi peraturan anti penggubalan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan. Ini berlaku sebahagiannya kerana firma kecil tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk memenuhi kewajipan pematuhan, terutamanya dalam penilaian risiko pelanggan dan firma yang tidak mencukupi serta kekurangan pemantauan kepatuhan yang berkesan.
Saya percaya bahawa Malaysia perlu memastikan bahawa entiti kecil dan tidak bersalah ini tidak terkesan dengan peningkatan beban pematuhan ini. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan inisiatif atau panduan khas untuk membantu entiti kecil memahami dan mematuhi peraturan ini dengan lebih mudah. Ini penting agar semua pihak dapat menyumbang kepada usaha memperkukuh kewangan negara tanpa merasa terbeban.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bagi pelanjutan tempoh perintah penyitaan daripada 12 bulan kepada 18 bulan.
Langkah ini bertujuan untuk membantu pihak berkuasa menyiasat kes-kes yang kompleks, termasuk yang melibatkan aset di luar negara. Namun, walaupun individu yang hartanya disita mungkin mampu membeli barang keperluan asas, bagaimana pula dengan keselesaan mereka selama 18 bulan jika mereka tidak bersalah? Bagaimana kerajaan mahu menggantikan keselesaan ini, ketenangan dan kehidupan yang terjejas akibat daripada keputusan yang tidak adil?
Mekanisme seperti semakan kehakiman mesti dipermudahkan dan dipercepatkan untuk memberi peluang kepada individu yang tidak bersalah mendapatkan keadilan dengan segera. Jaminan tambahan perlu diberikan supaya pelanjutan tempoh ini benar-benar digunakan secara berhikmah dan hanya untuk kes yang memerlukan.
Perluasan skop untuk mencegah pembiayaan aktiviti terhad. Langkah menangani ancaman seperti percambahan senjata pemusnah besar-besaran adalah bijak. Namun, kita perlu bertanya, apakah agensi penguat kuasa seperti Bank Negara mempunyai sumber manusia dan kepakaran yang mencukupi untuk melaksanakan peraturan baru ini jika kita hanya menetapkan peraturan tanpa memastikan keupayaan melaksanakan dengan berkesan?
Saya mencadangkan agar kerajaan memastikan Bank Negara dan agensi penguat kuasa lain dilengkapi dengan sumber yang mencukupi, termasuk latihan khusus dalam menangani isu berkaitan pembiayaan aktiviti terhad ini. Langkah ini penting untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Pindaan ini adalah satu usaha yang signifikan dan wajar dipuji. Ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk melindungi sistem kewangan kita dan memenuhi piawaian antarabangsa. Namun, beberapa isu teknikal dan operasi perlu diberi perhatian untuk memastikan keadilan, keberkesanan dan keseimbangannya dapat dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Pulai. Saya jemput Menteri menjawab. 15 minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian.
Berdasarkan penilaian bersama yang lepas oleh pasukan petugas tindakan kewangan atau Financial Action Task Force (FATF), dengan izin, pada 20 dan 15 berkenaan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa, Malaysia telah diletakkan di bawah kategori pemantauan susulan yang dipertingkatkan, enforced follow-up, dengan izin, iaitu tahap kedua daripada empat tahap penarafan.
Pada masa yang sama, pihak FATF juga telah membuat syor-syor bagi menambah baik rejim pencegahan penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Malaysia dan memperbaiki piawaian antarabangsa berhubung penggubahan wang haram dan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
pembiayaan keganasan. FATF juga telah membuat semakan dan penambahbaikan terhadap piawaiannya serta metodologi penilaian antara 2020 sehingga 2024.
Jawatankuasa Penyelaras Pencegahan Pengubahan Wang Haram Peringkat Kebangsaan yang terdiri daripada 17 kementerian dan agensi penguatkuasaan dan pengawasan serta kawal selia juga telah mengenal pasti beberapa kekangan atau jurang dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
Oleh yang demikian, beberapa pindaan perlu dibuat dalam Akta 613 bagi memenuhi kehendak baharu piawaian antarabangsa dan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk kesiapsiagaan Malaysia bagi menghadapi lawatan on-site penilai FATF pada Februari 2025 serta penilaian bersama FATF yang akan dimuktamadkan pada Oktober 2025.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, berkenaan dengan projek-projek mega.
Kementerian Kewangan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan satu panel pemantauan bebas untuk projek-projek mega. Pengamalan ketelusan dalam pengurusan tadbir urus dan tata kelola untuk mencegah jenayah dan penyalahgunaan adalah praktis yang sangat baik.
Juga seterusnya berkenaan ada isu – Yang Berhormat Temerloh tak ada. Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan cuba jawab untuk Yang Berhormat yang masih berada di Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Puan Lim Hui Ying
Yang Berhormat Jelebu pun sudah tidak berada di Dewan sebab banyak isu yang telah dibangkitkan, kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat- Yang Berhormat. Yang Berhormat Besut pun sudah tidak dalam Dewan. Yang Berhormat Tampin pun sudah tidak ada. Jadi, cepat sikit ya. Okey, untuk Yang Berhormat Merbok, nanti ya. Saya skip ke Yang Berhormat Pulai dulu ya.
Okey, inisiatif – institusi, maaf. Institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram atau AMLA boleh melaksanakan tatacara dan kawalan dalaman yang sepadan dengan risiko atau money laundering, terrorism financing dan proliferation financing serta saiz, jenis dan kerumitan operasi perniagaan mereka.
Di samping itu, peruntukan yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan kejelasan mengenai obligasi yang sedia ada. Oleh yang demikian, peruntukan di bawah rang undang-undang ini tidak akan meningkatkan kos pematuhan dan memberi kesan kepada entiti kecil seperti firma guaman dan syarikat setiausaha. Di samping itu, pihak Bank Negara Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama, sesi libat urus bersama institusi pelapor serta mengeluarkan panduan amalan terbaik untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan.
Pelanjutan tempoh perintah penyitaan dari 12 bulan ke 18 bulan adalah bertujuan untuk mengatasi kekangan yang dihadapi oleh agensi penguat kuasa untuk melengkapkan siasatan dalam tempoh 12 bulan terutamanya apabila melibatkan kes siasatan yang
Puan Lim Hui Ying
kompleks. Contohnya kes bersindiket atau yang melibatkan harta serta bukti-bukti yang berada di pelbagai negara.
Terdapat proses untuk memohon pindaan kepada perintah pembekuan atau penyitaan bagi keperluan asas yang boleh dipohon daripada pihak pendakwa raya. Secara asasnya, tempoh 18 bulan adalah suatu tempoh maksimum bagi penyitaan tetapi sekiranya siasatan dapat dilengkapkan sebelum tamat tempoh sitaan 18 bulan tersebut, timbalan pendakwa raya sudah boleh membuat keputusan untuk melepaskan harta yang disita atau memulakan pendakwaan tanpa perlu menunggu sehingga perintah sitaan tersebut luput.
Tambahan pula, proses semak dan imbang yang sedia ada masih dikekalkan untuk memastikan hak seseorang itu tidak terjejas dengan keputusan agensi penguatkuasaan itu.
Sebagai contoh, hasil siasatan perlu dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh 90 hari dan timbalan pendakwa raya perlu berpuas hati bahawa terdapat suatu kes untuk mengeluarkan perintah sitaan.
Berkaitan dengan sumber manusia dan kepakaran untuk melaksanakan peraturan baharu susulan pindaan ini, usaha ini dilaksanakan secara berterusan melalui pendekatan menyeluruh dan kolektif melalui platform National Coordination Committee to Counter Money Laundering dengan izin, yang dianggotai oleh 17 kementerian dan agensi seperti tadi saya telah sebut termasuk juga agensi-agensi penguatkuasaan. Inisiatif secara kolektif ini juga dibuat berpandukan kepada dapatan penilaian risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan 2023.
Usaha untuk memperkukuh kapasiti semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan dan penguatkuasaan jenayah kewangan sentiasa diteruskan dan ditekankan. Ini terutamanya dalam pemahaman tentang risiko yang muncul atau dengan izin, emerging risk serta modus operandi pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, pembiayaan aktiviti terhad dan ancaman yang muncul lanjutan kemajuan teknologi.
Melalui NCC ini, strategi diatur secara bersama bagi memastikan keberkesanan peraturan yang ditetapkan ke atas institusi pelapor dan kerjasama dengan agensi pengawasan dan kawal selia yang berkaitan sentiasa dipertingkatkan untuk memastikan rejim AML-CFT dan CPF dilaksanakan dengan berkesan.
Yang Berhormat Kuala Krai...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tampin ada Tampin. Tampin ada.
Puan Lim Hui Ying
Yes, Tampin sudah balik. Boleh. Sebentar ya. Biar saya jawab Yang Berhormat Kulim Bandar-Baharu. Sebentar, saya akan...
Berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Bank Negara sebagai pihak berkuasa berwibawa atau competent authority dengan izin, di bawah Akta 613 bersama pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan lain seperti Security Malaysia (SC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) berperanan untuk mencegah penglibatan institusi-institusi pelapor dalam memudah cara kegiatan jenayah melalui
Puan Lim Hui Ying
penguatkuasaan penyeliaan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan garis panduan AML/CFT/CPF dipatuhi.
Dalam meningkatkan pematuhan institusi kecil, pindaan ini akan melibatkan pengenalan tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan sivil yang membolehkan tindakan berkadar dengan tahap keseriusan kesalahan atau severity, dengan izin dan saiz entiti yang melakukan kesalahan tersebut. Di samping itu, penyeliaan dan pemantauan dilakukan sepanjang masa termasuk pemeriksaan bertema seperti langkah usaha waja, saringan sekatan dan sebagainya.
Pengawasan berkala terhadap institusi pelapor pengeluaran garis panduan dan sesi libat urus juga dilakukan dengan institusi pelapor. Dalam hal ini, pihak Bank Negara akan terus meningkatkan kerjasama, sesi libat urus bersama institusi pelapor serta mengeluarkan panduan amalan terbaik untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan termasuklah terhadap institusi kecil.
Semua pengendali peraturan aset digital atau mata wang kripto, digital asset exchange, dengan izin berdaftar adalah institusi pelabur di bawah Akta 613 dan perlu mematuhi obligasi pelaporan di bawah Akta 613. Pengendalian pertukaran aset digital ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Namun, pihak kami setuju bahawa penguatkuasaan berkenaan dengan penggunaan mata wang kripto perlu diperkukuhkan. Ini adalah selaras dengan salah satu saranan yang dicadangkan berdasarkan dapatan penilaian risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan 2023 dalam usaha untuk memperkukuhkan kapasiti semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan dan penguatkuasaan jenayah kewangan terutamanya mendalami pemahaman tentang risiko yang muncul dan modus operandi pengubahan wang haram memandangkan ancaman yang dihadapi akibat kemajuan teknologi. Usaha ini adalah usaha yang berterusan (ongoing effort), dengan izin.
Antara usaha yang dijalankan termasuklah program penyiasat kewangan bertauliah yang telah diperkenalkan sejak 2006. Program ini telah ditambah baik melalui Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan sedang dimuktamadkan untuk memastikan program ini kekal relevan dan memenuhi keperluan pembinaan keupayaan pegawai penguat kuasa seiring dengan perkembangan jenayah semasa termasuk akibat perkembangan teknologi.
Tampin ya, sebentar. Yang Berhormat Tampin ya.
[Dicelah] Ada, ada, ada. Okey, berkenaan dengan berdasarkan kepada AMLA dan undang-undang subsidiari, institusi pelapor perlu mematuhi keperluan-keperluan AML/CFT/CPF termasuk pelaksanaan iaitu customer due diligence dengan izin, dan pelaporan suspicious transaction report atau cash threshold report, dengan izin.
Selain itu, Bank Negara juga telah mengeluarkan garis panduan dan amalan-amalan terbaik atau best practices kepada institusi-institusi pelapor bagi membantu pelaksanaan keperluan AML/CFT dan CPF secara berkesan seperti pemprofilan risiko pelanggan,
Puan Lim Hui Ying
mengenal pasti kewujudan sesuatu penipuan kewangan melalui tanda-tanda amaran atau red flag serta memahami kaedah-kaedah dan trend jenayah kewangan terkini.
Bank Negara Malaysia turut mengadakan libat urus secara berkala bersama institusi- institusi kewangan untuk berbincang dan memberikan panduan mengenai cabaran pelaksanaan yang sering dihadapi oleh institusi pelapor.
Puan Lim Hui Ying
Antara langkah intervensi yang telah diambil oleh Bank Negara terhadap institusi kewangan dalam membaiki usaha wajar dan saringan sekatan adalah seperti mengenakan tindakan penguatkuasaan termasuk pengenaan penalti pentadbiran dan juga meletakkan institusi yang mempunyai kelemahan yang sistemik di bawah pengawasan yang dekat.
Langkah-langkah ini bertujuan mencegah ketidakpatuhan pada masa akan datang dan melindungi sistem kewangan negara daripada disalahgunakan. Bank Negara sebagai pihak berkuasa berwibawa (competent authority) dengan izin, di bawah akta bersama pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan lain seperti Sekuriti Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan berperanan untuk mencegah penglibatan institusi-institusi pelabur dalam memudah cara kegiatan jenayah melalui penguatkuasaan, penyeliaan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan garis panduan AML, CFT dan CPF dipatuhi.
Pindaan ini juga akan melibatkan pengenalan tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan sivil yang membolehkan tindakan berkadar dengan tahap keseriusan kesalahan dan saiz entiti yang melakukan kesalahan tersebut. Penyeliaan dan pemantauan dilakukan sepanjang masa termasuk pemeriksaan bertema seperti langkah usaha wajar, saringan sekatan dan sebagainya.
Siasatan di bawah Akta 613 berhubung dengan kesalahan berat termasuk agensi penguat kuasa di bawah Kementerian Kewangan dan kementerian lain. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai statistik secara menyeluruh bagi semua siasatan di bawah Akta 631. Selanjutnya, kesemua kes di bawah siasatan adalah sulit dan tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan bagi memastikan hak individu adalah terlindung selagi belum didapati bersalah oleh mahkamah.
Tidak kira ahli politik atau rakyat biasa, sekiranya siasatan yang dilakukan memenuhi elemen kesalahan di bawah Akta 613, mereka akan didakwa di mahkamah. Tempoh pembekuan aset hanyalah selama tiga bulan. Tempoh 18 bulan merangkumi pembekuan aset serta penyitaan. Cadangan pelanjutan tempoh masa daripada 12 bulan ke 18 bulan ini dibuat kerana modus operandi bagi kesalahan di bawah Akta 613 kini semakin kompleks dan melibatkan bukti-bukti dan pihak-pihak luar negara. Ini memerlukan siasatan yang lebih mendalam terutamanya siasatan berkenaan money trail dengan izin.
Kuasa pembekuan dan sitaan adalah salah satu instrumen yang boleh membantu dalam meningkatkan keberkesanan siasatan. Kerajaan sentiasa proaktif dalam menangani isu ekonomi bayang melalui kaedah meningkatkan kadar pematuhan cukai, mengekang ketirisan hasil dan seterusnya meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem pencukaian negara. Secara puratanya, bagi tempoh 2010 hingga 2019 saiz ekonomi
Puan Lim Hui Ying
bayangan di Malaysia adalah dianggarkan 21.2 peratus berbanding tempoh 2000 hingga 2009 di mana saiz ekonomi bayangan adalah 30.2 peratus berbanding KDNK negara.
Pihak NCC telah pun melengkapkan penilaian risiko kebangsaan atau dengan izin, National Risk Assessment yang mengkaji risiko ancaman atau jenayah kewangan terhadap keseluruhan Malaysia. Oleh itu, obligasi Malaysia sebagai anggota FATF masih boleh dipenuhi. Di samping itu, pelbagai usaha sentiasa dipergiatkan menerusi tindakan penguatkuasaan dan pengawasan yang lebih aktif melalui usaha sama agensi yang berkenaan.
Perlu ditekankan usaha membendung ekonomi bayangan dilaksanakan bersama kerjasama agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kegiatan haram, Kastam Diraja Malaysia bagi menangani kegiatan penyeludupan dan LHDN bagi menangani isu tax evasion.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri. Menteri perlukan berapa minit lagi?
Puan Lim Hui Ying
Nanti ya. Saya – mungkin dua minit?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, dua minit dari sekarang. Lain-lain itu, Menteri jawab secara bertulis ya.
Puan Lim Hui Ying
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit dari sekarang.
Puan Lim Hui Ying
Okey. Untuk Yang Berhormat Padang Serai. Koordinasi antarabangsa adalah berkesan dalam memastikan sesuatu negara dapat mencapai tahap yang memuaskan dalam membendung risiko aktiviti AML, CTF dan CPF. Dalam hal ini, koordinasi antarabangsa melalui FATF amatlah penting di mana Malaysia sebagai ahli FATF terus komited untuk mengekalkan pematuhan dan standard yang tinggi terhadap piawaian dan saranan FATF sebagai garis panduan yang jelas terutamanya menjelang penilaian bersama menjelang yang akan diadakan di Februari tahun depan.
Berdasarkan penilaian bersama pada tahun 2015, Malaysia mendapat penarafan yang setanding dengan negara-negara maju lain dalam usaha membendung dedahan negara terhadap aktiviti AML, CTF dan CPF.
Menerusi kerjasama dan usaha sama semua pihak, Malaysia menetapkan sasaran untuk mendapatkan penarafan yang memuaskan pada tahun hadapan sekali gus memperkukuhkan rejim AML, CTF, CPF di Malaysia. Juga tentang okey nanti ya. Saya tengok apa lagi. Buat masa ini, jawapan untuk Yang Berhormat Merbok belum ada lagi. Jadi, saya akan jawab secara bertulis. Okey, terima kasih.
Jadi, sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua. Pindaan ini adalah kritikal dalam usaha negara yang menambah baik rangka kerja undang-undang berkaitan jenayah kewangan dalam memastikan integriti sistem kewangan dan ekonomi negara dapat terus diperkukuhkan, selaras dengan perkembangan amalan dan piawaian antarabangsa serta kemajuan teknologi.
Ini juga selaras dengan iltizam Kerajaan Malaysia Madani dalam memerangi jenayah kewangan di peringkat domestik dan antarabangsa. Gambaran yang positif ini mencerminkan
Puan Lim Hui Ying
komitmen dan kesungguhan Malaysia sebagai rakan global yang bertanggungjawab dan sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi negara.
Secara tidak langsung, perkembangan progresif ini menggalakkan peningkatan kemasukan modal asing ke Malaysia.
Perlu saya tekankan sekali lagi di sini sekiranya, tetapi menerusi tadi, semua pembahas tidak kira dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, semua setuju. Hanya ada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Saya di sini mengucapkan banyak terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan berterima kasih ke atas kesemua cadangan yang dikemukakan. Jadi, di sini terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 52 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 12 Disember 2024. Baik, terima kasih dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.40 malam]