Dec102024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 peratus hingga 70 peratus dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6 peratus tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6 peratus.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Pulai. Kerajaan prihatin sebab itu Bank Negara bersama Perbendaharaan dan Kementerian Kesihatan sedang meneliti dan akan mengeluarkan panduan yang agak tegas supaya medical and the health insurance and takaful (MHIT) dan insurers and takaful operators (ITOs) mengambil kira beberapa hal.

Pertama, nak jelaskan bahawa kenaikan ini adalah bersandarkan threshold yang lebih rendah di Malaysia dan kos perubatan yang tinggi dan kos perkhidmatan yang tinggi.

Itu penjelasan oleh pihak insurans. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan bersama Bank Negara dan Bank Negara sedang menyelaraskan supaya kenaikan itu dianggap munasabah dan tidak membebankan.

Kita tahu bahawa alasan kos perubatan. Pertama, ubatan. Jadi, sekarang ini tidak ada kawalan ya. Malah, pembelian ubat ini selama puluhan tahun ini, monopoli. Jadi, sebab itu kita akan batalkan beberapa komitmen kepada satu, dua syarikat dan minta Kementerian Kesihatan sepertimana beberapa negara lakukan, menjelajah ke beberapa negara supaya mendapat ubat generik yang lebih murah dan berpatutan. Ubat generik ini lebih terkenal di Brazil, India, China umpamanya yang dikaji dan tidak semestinya terikat dengan dari Amerika atau Eropah yang kosnya yang terlalu tinggi.

Keduanya, tentang apa yang perlu diadakan diagnosis-related groups. Itu di Malaysia ini, belum ada lagi kawalan tentang menstandardkan kos. Kita rujuk kepada pakar, specialist

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

dan dia tentukan. Tetapi ada garis panduan yang disebut diagnosis-related groups (DRGs) tentang apakah munasabah kos untuk MRI atau CT scan sedemikian yang ditentukan. Jadi, ini harus dikawal pertama.

Keduanya, sepertimana berlaku di Barat. Di Amerika umpamanya. Kalau dia buat stent, apa guarantee supaya pesakit itu dalam tempoh dua tahun atau tiga tahun tetap kekal?

Kalau dia pulang ke hospital dengan permasalahan itu, apakah harus dikenakan syarat bahawa hospital itu juga harus membayar sebahagian atau setengah atau sepenuhnya kos?

Hal-hal ini sedang dikaji oleh Kementerian Kesihatan.

Ketiganya, langkah yang lain ialah pengenalan apa yang disebut sebagai Rakan KKM. Ini dengan kerjasama GLICs, Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan satu program di mana kementerian, GLICs dan juga pesakit boleh memilih beberapa kemudahan tambahan dengan kos yang minimum. Makna tidak di hospital yang sesak, tidak di sektor swasta yang terlalu tinggi kosnya itu. Tetapi, balik kepada soal pokok iaitu tentang premium insurans ini yang meningkat. Kita faham ada sedikit peningkatan dengan kemunasabahan alasan yang diberikan tetapi harus dikawal.

Ini maklumat terakhir oleh Bank Negara dan Kementerian Kesihatan ialah bahawa mereka akan menentukan ada kawalan supaya kenaikan itu tidak akan terlalu tinggi kerana menimbulkan banyak masalah kepada pesakit dan masalah kepada peningkatan inflasi.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pulai.

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih atas jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya. Kami diberi taklimat pagi tadi umpamanya diskriminasi kos rawatan di hospital swasta ini umpamanya ya. Bagi penyakit denggi umpamanya. Kalau tidak ada insurans, baru RM1,288. Bila ada insurans jadi RM4,978. Empat kali ganda kos ini. Memang wujudnya diskriminasi ini di hospital swasta.

Jadi, sistem yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, DRGs pun baru lagi hendak dicadangkan. Belum lagi dilaksanakan. Maknanya kita tidak ada standard lagi bayaran itu. Jadi, sekarang ini ada desakan untuk kenaikan itu. Rakyat pula rasa terbeban dengan perkara ini. Jadi, sekarang ini apakah langkah jangka pendek untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak membebankan rakyat di luar sana?

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Langkah jangka pendek ialah untuk kawal kenaikan. Maknanya sehingga kita perkenalkan pelaksanaan pengawalan diagnosis- related groups (DRGs) ini dan juga kemungkinan meminda Akta 386 Schedule 13 untuk kawalan ini sukar kita persetujui kenaikan yang mendadak.

draft • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Itu yang pertama kita jamin ya. Keduanya, dengan adanya DRG ini yang harus disegerakan. Saya dah minta supaya Kementerian Kesihatan menetapkan kaedah yang segera dan ini telah dibincangkan panjang. Kalau sebaiknya awal tahun depan supaya jangan terlalu tinggi kos. Kos ubat yang dibangkitkan juga terkait kerana syarikat-syarikat besar saya tidak mahu sebut di sini. Saya bagi satu contoh. Syarikat besar yang Kementerian Kesihatan,

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

untuk Malaysia dia kenakan RM5,000 kerana kawalan yang agak tidak ketat dan monopoli selama ini.

Tetapi untuk ke Thailand misalnya, dalam RM1,500 untuk ubat yang sama dan kita ada keterangan di sini. Oleh itu, tidak boleh kita izinkan. Pertama, pembelian ini haruslah pukal. Apa salah saya cakap swasta lakukan sepertimana yang dilakukan untuk kerajaan seluruhnya. Kementerian Kesihatan, KPT, tentera semua beli pukal supaya kos itu dapat menurun 20, 25 peratus. Ada yang lebih rendah.

Jadi, kita akan cadangkan supaya sementara kita beri ini sektor swasta dia ada pilihan. Tetapi kalau kita lihat kos itu terlalu tinggi dan tidak munasabah tentunya kawalan kuat ini ada. Jadi, kalau untuk segera, saya setuju dengan Pulai, dia tidak boleh kita izinkan kenaikan yang mendadak.

draft • 10:10 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Dia naik sedikit ya, sementara DRGs dan juga pindaan Akta 386, 2013 ini diperkenalkan awal tahun depan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kuala Langat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Speaker.

Kalau kita lihat data indeks harga pengguna oleh DOSM pada Oktober 2024, menunjukkan kos penjagaan kesihatan hanya meningkat sebanyak 1.4 peratus dan kos insurans dalam perkhidmatan kewangan naik sebanyak 0.5 peratus. Mengapa wujud jurang kenaikan insurans premium perubatan sehingga 40 hingga 70 peratus akibat kadar inflasi perubatan yang tinggi seperti yang diperakui oleh BNM.

Sedangkan kadar inflasi rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM sendiri bagi subsektor kesihatan hanya naik sekitar 1.4 peratus. Adakah ini bermakna angka-angka inflasi tidak mencerminkan situasi di lapangan sebenar. Dalam kerajaan membina satu skim pembiayaan kesihatan kebangsaan dan saya setuju kalau DRG ini dipercepatkan dan hasilnya juga dapat memberi manfaat kepada negara kita, adakah kerajaan juga mempertimbangkan berkaitan dengan premium yang lebih rendah sebagai contoh. Begitu juga caruman yang munasabah yang mampu bayar oleh rakyat.

Pembiayaan caj yang munasabah supaya akhirnya rawatan kita adalah rawatan yang terbaik. Kalau kita lihat di sayap komersial KKM sendiri, saya kira dengan apa yang disebut olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, ikhtiar Rakan KKM harus dipertingkatkan ataupun dilakukan pada tahun hadapan dan saya kira ini juga akan memberikan manfaat kepada pakar-pakar ataupun pegawai perubatan yang akan berada di sayap komersial yang akan juga saya kira boleh kawal daripada sudut caj yang akan dikenakan dan rawatan yang terbaik dan begitu juga mungkin ada kawalan, kalau kita rujukkan pesakit-pesakit ini kepada swasta dengan sistem pembiayaan kesihatan kebangsaan yang akan kita wujudkan itu.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Angka Jabatan Perangkaan atau DOSM itu, angka menyeluruh. Tetapi angka bagi kenaikan hospital swasta itu memang tinggi.

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Alasan diberikan oleh mereka ya. Kos ubat meningkat dan beberapa alat kepakaran baru, mesin baru yang dibeli yang kosnya tinggi dan juga kadar upah dan gaji termasuk jururawat, doktor itu juga meningkat. Saya terima kenyataan kenaikan yang munasabah. Yang saya pertikaikan sekarang ialah kos ubat itu apakah tepat? Mengapa tidak digunakan generik, mengapa tidak diberi cara pukal untuk mengurangkan kos.

Keduanya, bagaimana kita kawal supaya jangan diambil keuntungan berlebihan bagi yang tidak munasabah seperti kos-kos sekarang. Kepakaran yang ─ ada yang bergurau dia kata tanya khabar, “fine, are you fine, any pain? Okay, nothing”. Caj biasa RM1 umpamanya.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Saya tidak mahulah bagi negatif kerana banyak hospital swasta jalankan tugas dengan baik. Tapi kita boleh kawal kalau saya katakan tadi diperkenalkan Rakan KKM, dipinda akta yang berkaitan dan dikenalkan satu proses pengawalan DRG ini. Saya ingat, saya percaya ia boleh dikurangkan secara yang lebih munasabah. Kenaikan saya fikir yang munasabah kerana kalau kita lihat umpamanya ketimbang dengan negara jiran, kos rawatan umumnya di Malaysia masih kompetitif.

Sebab itu kita dapat umpamanya Malaysia khususnya di KL, Melaka untuk yang dari Sumatera, Pulau Pinang Hospital juga. Itu telah mendapat catatan penambahan pesakit luar negara yang sangat tinggi. Ada hospital yang umpamanya dapat menarik sehingga 50 peratus pesakit dari luar negara. Ini kerana kos kita itu dianggap rendah. Jadi, sedikit kenaikan premium saya fikir munasabah cuma bagaimana Bank Negara boleh kawal supaya dia tidak membebankan pengguna dan menyebabkan kenaikan inflasi.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bayan Baru.

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Perdana Menteri kerana sangat prihatin kepada isu kenaikan premium ini yang telah menekan rakyat. Saya terima aduan daripada rakyat, contohnya seorang yang cancer patient. Berpuluh tahun dia bayar dengan setia kepada syarikat insurans. Tetapi selepas dia retire, dia tak ada income dan tiba-tiba naik policy insurans sampai ke 70 peratus, 80 peratus.

Maka dia terpaksa give up dan dia sekarang, dia bagi tahu saya, “YB, sekarang saya terpaksa menghadapi kanser dengan sendiri. Tak ada lagi protection. Terpaksa pergi ke hospital kerajaan”. Inilah keadaan yang berlaku. Jadi saya nak tanya Perdana Menteri, bagaimanakah kita membantu golongan-golongan ini retirees especially yang telah terpaksa give up their insurance atau bolehkah kita bantu mereka.

Perdana Menteri, kerana ekosistem kesihatan swasta ini sangat luas dan sangat mendalam dan kompleks, boleh kerajaan saya cadangkan kepada kerajaan, adakan moratorium temporary ya. Jangan naik dulu. Bagi kita kerajaan mengkaji, KKM dan juga Bank

draft • 10:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Negara mengkaji. Lepas itu ada solution, baru kita biarkan lift the moratorium. Minta bantuan daripada penjelasan Perdana Menteri. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Bayan Baru. Yang kita buat ini tidak moratorium, tapi interim. Interim kenaikan kecil dan munasabah. Kalau disebutkan cancer patients naik 70 peratus, tentunya tidak masuk dalam kategori munasabah. Sebab itu, hari ini taklimat diberikan dan sebelum akhir minggu ini akan diberikan sedikit panduan. Ini juga terikat dengan beberapa langkah lain termasuk saya sebut tadi pindaan akta dan juga menentukan DRG ini.

Kalau kita kawal itu, saya percaya boleh kawal. Tapi kalau kes-kes spesifik itu, Ahli Yang Berhormat boleh bawa dan untuk pertimbangan. Tapi cuma kalau kos tinggi, selalunya pesakit itu terpaksa rujuk kepada hospital kerajaan. Kalau kos itu terlalu tinggi. Tapi kenaikan mendadak tinggi itu memang dari segi kerajaan dan Bank Negara dan Kementerian Kesihatan memang tidak setuju.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tidak akan perakui. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Boleh tambah satu soalan Tan Sri?

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah penjelasan kerajaan berkenaan kewujudan Titah Addendum yang berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Januari 2024 yang melibatkan permohonan pengampunan oleh Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Kota Bharu.

Pendengaran rayuan di Mahkamah Rayuan bagi kes Dato' Sri Najib, Menteri Dalam Negeri dan enam yang lain, rayuan sekian-sekian, berkenaan Titah Addendum ditetapkan pada 6 Januari. Titah Addendum Yang Berhormat Kota Bharu, peguam yang berpengalaman, tahu bahawa sekarang ini untuk menentukan – akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Januari.

Apakah munasabah untuk kita berikan ulasan sebelum pertuduhan itu? Jawabnya tidak kerana Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak membolehkan.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Maka, bagi kita sepertimana yang ditetapkan oleh kenyataan Peguam Negara ialah menghormati, memberi kepercayaan kepada institusi undang-undang. Yang boleh saya

draft • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

tambah ialah penglibatan saya hanya pada mesyuarat yang awal iaitu pada 8 Disember 2023.

Itu saya hadir dan saya boleh ulas kerana itu belum bangkit soal addendum. Dia tidak termasuk dalam agenda. Tuanku Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu tidak memasukkan agenda permohonan pengampunan Dato’ Seri Najib dalam pertimbangan Lembaga Pengampunan.

Jadi untuk rekod, saya persembahkan kepada Tuanku atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Dato’ Seri Najib adalah munasabah kalau diberi pertimbangan. Tuanku Agong ketika itu memberi perkenan. Jadi, ada 11 agenda, 10 dikemukakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, ikut proses biasa.

Bila mari agenda ke-11, Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan, minta saya kemukakan hujah tentang rayuan pengampunan Dato’ Seri Najib.

Ini saya nak jelaskan kerana saya tahu kes ini sedang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, ini rekod dan diminitkan. Inilah satu-satu julung kali di mana permohonan pengampunan itu dibawa oleh Menteri bukan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang kerana bagi saya, pada prinsip, kita setuju atau tidak dengan keputusan mahkamah atau hak seseorang itu merayu tetapi kita tidak boleh nafikan hak untuk pendengaran dalam Lembaga Pengampunan.

Pada masa itu, dalam mesyuarat yang saya hadir tidak langsung bangkit isu kandungan addendum yang dimaksudkan itu. Pada 29 Januari berikutnya, itu memang dihadiri oleh Menteri yang bertanggungjawab, Wilayah Persekutuan dan saya tidak lagi hadir.

Setakat itu saya boleh, selainnya itu tunggu 6 Januari, keputusan Mahkamah Rayuan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kota Bharu.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jawapan yang saya jangka. Satu sub judice, satu “Saya tak terlibat”. Baik. Soalan saya, isu mengenai addendum ini telah menjadi satu persoalan di seluruh negara. Bukan soal pembangkang, bukan soal parti tertentu tetapi seluruh rakyat dalam negara ini timbul tanda tanya.

Bermula daripada 29 Januari 2024, apabila Lembaga Pengampunan bersidang mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, keputusan telah semua kita ketahui. Telah berlaku satu yang dipanggil dalam undang-undang, “lega hukum”. Dia tidak hapuskan, dia hanya “lega hukum”. Hukuman penjara dikurangkan 60 peratus — 50 peratus. Hukuman denda dikurangkan RM210 juta kepada RM50 juta dan dinyatakan tarikh pembebasannya.

Tetapi apabila timbulnya satu isu Yang Amat Berhormat, isu addendum ataupun satu perintah titah tambahan yang dikatakan daripada Lembaga Pengampunan atau khususnya daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sendiri. Bermula daripada seawal bulan April 2024, isu ini berbangkit, berlegar di seluruh negara, di-viral di seluruh media sosial.

Kerajaan − isunya Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk mengiakan atau untuk menidakkan perkara ini, menyebabkan perkara ini menjadi satu isu dalam masyarakat.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya boleh sebutkan apabila keluarnya isu ini, Dato’ Seri Najib, perayu telah memasukkan satu kes di Mahkamah Tinggi, meminta satu perintah mandamus untuk menentukan sama ada wujud atau tidak addendum itu.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Amat Berhormat Bagan Datuk — soalan, isu besar Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, teruskan soalan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sebagai ahli parti dia memasukkan affidavit of support. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang masukkan afidavit. Yang Berhormat Menteri MITI mohon untuk masukkan afidavit. Kedua-dua afidavit, Bagan Datuk dan juga MB Pahang ditolak, kononnya hearsay.

Menteri MITI tak dibenarkan memasukkan afidavit. Itu di peringkat mahkamah.

Kemudian, datang ke Dewan ini. Apabila kami bertanya, Yang Berhormat Menteri Undang-undang kata, “Saya tak terlibat. Urus setia pun Menteri Wilayah. Ini tak betul”.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya ialah?

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Masih lagi pending kes ini.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya ialah?

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dia urus setia kepada Lembaga Pengampunan. Kemudian, Menteri Dalam Negeri kata, “Tak boleh bincang. Ini hearsay”.

Menteri Wilayah sebagai Ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan telah menafikan apabila kononnya ada satu kenyataan yang seolah-olah dikeluarkan oleh beliau...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Bharu, dah bagi latar belakang. Soalan, terus kepada soalan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya. Dah masuk soalan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Please, please ya.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dia menafikan itu kenyataan dia tetapi tak sebut juga adakah tidak addendum ini sebagai Ahli Lembaga Pengampunan.

Kemudian, timbul pula hari ini Yang Amat Berhormat, daripada bulan April dulu, rakyat dah duk bincang addendum ini. Kelmarin baru keluar kenyataan Peguam Negara apabila soalan saya diterima pada 10 Disember, 9 Disember sub judice oleh Peguam Negara.

[Tepuk] Mainan apa ini Yang Amat Berhormat?

Kemudian, ini ada satu afidavit baharu...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Bharu, Kota Bharu, Kota Bharu.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Soalan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, saya nak masuk...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Kota Baharu — kalau tidak, saya minta Kota Bharu duduk. Teruskan soalan. Tak boleh bagi...

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini bukan perdebatan ya.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Janganlah. Rakyat melihat semua Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soal rakyat tetapi you got to be fair. I got to be fair.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, okey. Ini...

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Lawyer, lawyer.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini soalan saya. Ini soalan saya.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan dia apa dia?

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Soalan saya, dalam satu afidavit yang dikeluarkan oleh seorang yang bernama Mohd Nizar bin Mohammad Najib dimasukkan di dalam Mahkamah Rayuan yang akan dikata bersidang 6 Januari. Satu addendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong bertarikh 29 Januari kepada Peguam Negara. Disebut di sini, “Yang Berbahagia Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Peguam Negara...”

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini semua membaca. Please, soalan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini soalan ini, soalan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, soalan. Last, last.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya nak tanya. Ini adakah betul? Then, soalan sayanya kenapakah...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini soalan betul. Kenapakah Yang Amat Berhormat selama ini pihak kerajaan tidak bercakap benar mengenai kewujudan atau tidak addendum ini? Apakah ini bukan satu pendustaan dan penderhakaan kepada titah perintah baginda Yang di-Pertuan Agong? Ini juga terkandung ke dalam satu perkara yang dianggap dari segi undang-undang wrongful imprisonment kalau ia ada melanggar peraturan.

[Tepuk] Mr. Right Honorable Prime Minister...

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Okey, dah habis dah?

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...The people of Malaysia demand clear explanation from you.

[Tepuk] Terima kasih, very much applied.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Peguam ini, fahamkah undang-undang? Apa dia undang-undang kata? Tak boleh. Kalau saya pilih nak jawab, saya tak boleh jawab untuk menghormati mahkamah. Tak fahamkah itu?

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Nak cari cheap political stunt. And the hypocrisy is suddenly dia nak jadi champion Dato’ Seri Najib. Apa sudah percaya dia champion? Saya dengar...

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dulu kami champion, Tambun.

Dulu kami champion, Tambun.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

...Ucapan dia berapi-api mengecam Dato’ Seri Najib habis-habisan, dari rambut sampai kaki. Sekarang nak jadi hipokrit untuk jamin. Okey.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik, saya nak jawab. Saya tertakluk, saya boleh jawab. Bagi masa, lepas mahkamah, saya akan datang sini untuk jawab. Saya yang bawa kes pengampunan itu untuk dimasukkan dalam agenda. Tidak dimasukkan. Ya, boleh tanya Yang di-Pertuan Agong. Saya masukkan sebab apa? Saya rasa harus diberi pertimbangan. Baik, sekarang soal addendum. Kita tak boleh jawab kerana kes itu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan. Pengerusinya Yang di-Pertuan Agong.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sejak bila kita boleh bahas? Sehingga dibawa ke mahkamah, itu lain. Mahkamah putuskan. Sejak bila seorang Perdana Menteri boleh ulas Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong? Nak jadi champion separuh jalan, boleh tetapi kalau nak tengok hukum mana boleh. Tolong jawab.

Boleh tidak seorang Perdana Menteri ulas keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan? Jawabnya tidak boleh. Baik.

Mengapa Menteri-menteri jawab begitu? Kita rujuk kepada Jemaah Menteri, kita bagi keputusan begini. Sehingga kes ini dimuktamadkan dan sehingga Yang di-Pertuan Agong sendiri perkenan, tidak boleh kita sentuh. Ini kita tahu sole discretion dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan. Ini nak jadi score cheap political points. Mengaibkan, bagi saya.

Baik, sudah. Ya, baik.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya nak bagi tahu ya, yang saya katakan hipokrasi, kepura-puraan ini, kerana kecaman kepada Dato’ Sri Najib itu memang jauh lebih besar, atas nama individu atau nama parti. Saya di depan Presiden UMNO, saya sebut, memang saya di antara yang bawa kes menentang soal 1MDB. Tetapi, apabila seseorang itu dah dipenjarakan, ada pertimbangan ihsannya.

Memang sebab itu dan tanggungjawab saya, bila ada rayuan untuk diberi pertimbangan, saya kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Tak boleh kita ketepikan.

Kita kena bawa untuk pertimbangan dan Yang di-Pertuan Agong putuskan dalam Mesyuarat Lembaga. Dan ini yang berlaku. Ada minit untuk mesyuarat pada tahun 2023 sebelum pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan. Itu penjelasan saya.

Mahkamah dan Peguam Negara dan hukum negara, undang-undang negara tidak membolehkan seorang Perdana Menteri mengulas dalam isu Lembaga Pengampunan sehingga diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau diputuskan oleh mahkamah.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pekan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah merupakan tonggak kerajaan dan kerajaan ini mestilah dilihat dan dirasai oleh rakyat dapat dan berupaya memberikan ruang keadilan sebaiknya kepada isu Titah Adendum ini. Bukan membebaskan tetapi meneruskan tahanan di rumah.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Isu ini bukan kali pertama dibangkit Dewan Rakyat. Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi menamatkan sebarang pertikaian dan spekulasi mengenai Titah Addendum tersebut?

Keduanya, adakah Yang Amat Berhormat Tambun selaku ketua kerajaan mempunyai perancangan untuk menghadap Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Pahang bagi menyelesaikan kemelut ini? Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Pekan. Itu barulah munasabah seorang layak, seorang Yang Berhormat tanya...

[Tepuk] Tak ada macam langgar semua peraturan dan hukum nak cari hypocritical political point. Jadi, sekurang-kurangnya Pekan memang konsisten. Dia pernah jumpa saya pun.

Dia tanya ― tentunya dia sebagai Ahli Yang Berhormat Pekan lahirkan simpati. Saya juga menjelaskan, menarik. Kerana yang bawa kes itu walaupun sebelum itu presiden menemui saya, saya yang bawa dalam Lembaga Pengampunan. Kalau tidak, tak ada dalam agenda.

Kemudian, tak bangkit soal addendum ini semua. Tak masuk agenda. Itu kena ingat. Kalau tidak ada agenda, tidak ada perbincangan. Addendum irrelevant. Baik. Sekarang ini, setelah kes itu berlaku, tentu perkara ini dibangkitkan tapi saya menghadap berulang kali, tidak pernah dibangkitkan. Cuma, kerana perkara ini terus dibangkitkan, saya ada kemukakan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong sekarang untuk pada masa yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong merujuk kepada Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sekarang.

Sebagai orang yang memenuhi tanggungjawab, saya lakukan. Kerana, bagi saya, siapa pun berhak untuk diberikan pertimbangan sama ada menilai soal cara dan kaedah hukuman dijatuhkan atau pertimbangan yang disebut, fountain of mercy, di Agong itu.

Ada seorang, umpamanya, peguam-peguam ulas, “Oh, ini tidak. Soal undang- undang tak berbangkit lagi”. Tak betul. Dia kalau lihat peraturan keputusan Lembaga Pengampunan Yang di-Pertuan Agong, dia pertimbang semua perjalanan kes, hukuman dijatuhkan, sikap dia dalam penjara, khidmat dan jasa dia dan kepercayaan bahawa dia akan menyempurnakan tanggungjawab dia dengan baik. Semua pertimbangan itu diberikan.

Jadi, kalau setakat tanggungjawab saya, Yang Berhormat Pekan, bagi saya, yang berlalu. Tapi yang baru, saya sudah pun menyebut dan semalam kebetulan di Johor Bahru, perkara ini dibincang sepintas lalu sekali lagi kerana Tuanku Agong nak tahu perkembangan yang terkini.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, kita serah kepada wewenang Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong. Pertama, membawa dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menimbangkan sebaiknya.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Mas.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Cuma tadi Yang Amat Berhormat kata, “Dulu kutuk Dato’ Najib”. Sebenarnya kutuk ini kena perhatikan siapa yang nyanyi lagu ‘Hoi, Hoi, Ya Hoi’ dulu. So, ini fakta yang saya rasa kena perbetulkan sikit, Yang Amat Berhormat.

Baik. Jawapan Yang Amat Berhormat itu saya rasa masih lagi dalam keadaan grey area. Ada perkara-perkara yang rakyat masih perlukan penjelasan Yang Amat Berhormat.

Saya nak merujuk kepada kes Yang Amat Berhormat sendiri. Bukan saya nak bangkitkan isu lama tetapi ketimbang kepada kes yang dihadapi oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Ketika diberikan pengampunan diraja pada tahun 2018, sebenarnya di sana pun terdapat beberapa kekeliruan tetapi rakyat tidak bangkitkan kerana itu hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Saya ambil contoh. Yang Amat Berhormat diberikan pengampunan pada 16 Mei 2018 dan Peguam Negara diarahkan bercuti bermula 15 Mei 2018. Sedangkan menurut Perkara 42(4) Perlembagaan Persekutuan, Lembaga Pengampunan ini perlu dianggotai oleh Peguam Negara. Jadi, ini perkara-perkara grey area di dalam proses pengampunan Yang Amat Berhormat sendiri. Tetapi, ia tidak menjadi masalah kerana rakyat menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ataupun hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Apa pun yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi, soal kelakuan baik, soal proses dan sebagainya, itu konvensyen. Kita tidak ada suatu panduan yang betul-betul mengikat ataupun 100 peratus black white di dalam proses pengampunan ini selagi mana Yang di-Pertuan Agong memberikan titahnya.

Yang Amat Berhormat...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

“Soalan saya berbunyi...”

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Soalan saya berbunyi, Yang Amat Berhormat, tidak ada orang yang boleh membuat afidavit mengaitkan nama mana-mana sultan kecuali perkara itu ialah perkara yang benar. Dalam isu afidavit anak kepada Dato’ Sri Najib Razak ini, rakyat keseluruhannya percaya afidavit itu wujud.

Soalan saya. Kenapa ketika Titah Addendum ini mula-mula dikeluarkan Januari tahun 2024 yang lepas, hampir setahun, kenapa ia tidak terus dilaksanakan, menunggu kepada submission di mahkamah dan sebagainya hingga ia menjadikan perkara sub judice untuk dibincangkan? Itu persoalannya. Saya minta Ahli Parlimen UMNO tepuk beramai-ramai kepada jawapan daripada Perdana Menteri selepas ini...

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Okey. Pertama, dikaitkan 2018, grey area. Itu tafsiran dia. Kalau umpamanya seorang Menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu tidak ada, dia ganti sahaja seorang Menteri yang menjaga. Maka, Perdana Menteri ganti. Begitu juga Peguam Negara, yang memangku, jalan. Apa yang grey-nya?

Kalau perbezaan, saya sudah sebut di sini, kenyataan Tuanku Sultan Kelantan pada masa itu yang saya jelaskan. Sebab itu Tuanku Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu berikan atas dua alasan. Dia sebut istilah ― saya tegaskan dan ulang travesty of justice. Dia lihat kepada proses undang-undang itu. Sebab itu dia bagi saya anugerah tertinggi di negeri

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kelantan. Sebab dia tahu apa yang dianggapnya penganiayaan yang berlaku. Jadi, Pasir Mas tak setuju, boleh menghadap, bagi tahu dia...

[Ketawa] Ya, saya tidak setuju benda ini dimainkan. Apa yang grey area? Boleh cabar di mahkamah kalau grey area. Kerana saya tidak lihat, umpamanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan tegas begitu rupa. Dan bukan saya olok-olok. Sebelum mesyuarat, memang betul dia menelefon saya. Masa itu, saya technically masih lagi dalam penjara.

Sudah, baik.

Second point, tentang mengapa tidak dibawa tindakan. Masa itu, Yang di-Pertuan Agong dah bertukar. Apa-apa tindakan yang kita buat selepas itu mesti juga merujuk kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong ada menekankan perkara ini. Apa sahaja keputusan mesti merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Bila Yang di-Pertuan Agong mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengampunan, minit itu disahkan. Jadi, sebab itu saya kata addendum tunggu 6 Januari lah. Apa yang tak sabar sangat? Sebab apa?

Benda ini dibangkit, saya tak mahu komen betul tak betul, ada tidak ada. Saya tidak mahu komen. Yang saya boleh bagi tahu memang betul tidak dihantar kepada saya, tidak diberitahu kepada saya, tidak ada penjelasan kepada saya. Tetapi, tidak semestinya begitu kerana dia mesti kepada Lembaga Pengampunan dan saya bukan anggota Lembaga Pengampunan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Oh, ini dia buat-buat tak tahu. Apa benda tak tahu? Saya bagi fakta dia. Saya tegaskan sekali lagi. Kalau nak bangkitkan addendum, termasuk surat, tak ada siapa yang pertikai. Saya tidak maksud nak pertikai sahih atau tidak, patuh atau tidak. Biar mahkamah putuskan kerana di mahkamah, bila saya beritahu, biar kita dedahkan keseluruhannya.

Termasuk daripada mesyuarat awal, agenda itu siapa masukkan. Kemudian apa perbincangan. Tetapi kena ingat, ini hanya boleh dilakukan dengan perkenan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong dan setelah dikecualikan daripada OSA dan yang saya setuju boleh dilakukan supaya dapat memadamkan tohmahan yang terus menerus berlaku terhadap baik Lembaga ataupun Peguam Negara ataupun saya sendiri.

Soal Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan beberapa rakan kemukakan, itu hak mereka. Ini dia dalam sistem, kita kena faham kerana mereka faham ada.

Tapi dari segi kerajaan yang dibincangkan, mestilah ikut lunas hukum. Negara ini jadi kecamuk kerana tidak ikut hukum. Hukum ini menyatakan perkara ini tidak boleh dibahaskan secara terbuka.

Keduanya, kalau dibawa mahkamah, bawa di sini, dah jadi sub judice. Nak cabar?

Saya beritahu kalau diperlukan esok, bila dikeluarkan, diizinkan, saya boleh bahas di sini. Tak ada masalah. Cuma nak paksa kita, nak kecam kita kerana seolah-olah kita tidak bersedia, tak betul. Tuan Yang di-Pertua malah, sangat luar biasa baiknya hari ini kerana mengizinkan satu hal yang sub judice ditanya dan saya memilih nak jawab. Tetapi tak boleh substantif isu kerana kena tunggu 6 Januari. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Biasa dielak untuk dianggap zalim sebenarnya, kerana menolak soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri. Ini satu tuntutan janji daripada Tan Sri tempoh hari. Dua minggu lepas, hari Rabu. Tan Sri kata, tunggu PM kita datang dan saya boleh bertanya.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah bagi dah tiga-tiga soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya?

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah bagi dah tiga-tiga soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini bukan ─ perkara lain.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Belah sini pun lepas. Belah sini pun lepas.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menuntut janji. Ini menuntut janji.

Apa saranan daripada Tan Sri tempoh hari.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah Ketua Whip bangkitkan pasal apa tadi. Sebab itu lain kali...

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bukan addendum, bukan addendum. Ini perkara lain saya kata.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkara lain.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perkara lain.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sementara PM ada di sini.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perkara lain?

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perkara lain bersangkut-paut dengan soalan tak?

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, tak boleh.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ada soalan daripada Jelutong.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan – Tan Sri yang bagi kebenaran itu hari.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi kebenaran tapi kena adjust dengan Ketua Whip.

Soalan itu kena adjust. Kita ada sistem dan hukum. Ikut yang itu.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, Tan Sri cakap, tanya sahaja bila PM datang.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak bertanya, nak sahut cabaran daripada Jelutong yang bertanyakan soal banduan terhormat. Itu saja saya nak tahu.

Tan Sri sudah cakap itu hari. Dah beritahu saya dan beritahu kami semua berkenaan dengan banduan terhormat. Tanya-tanya kalau dia datang.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya lah tanya, maksudnya kena work. Kita ada sistem, kena work dengan Ketua Whip lah. You tak boleh semua begini. Tak boleh. Baik.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau macam itu, tak dapatlah nak tanya.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut. Work with your Chief. The Chief is Ketua Whip. Please.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 10:40 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Beluran, boleh nasihat Besut.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Please respect it.

draft • 10:40 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Beluran, boleh nasihatkan Besut, suruh dia duduklah.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Silakan Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kesihatan menyatakan kemajuan selepas pindaan ke atas Akta Perubatan yang mensahihkan pegawai perubatan yang mengikuti kursus dan telah lulus Program Parallel Pathway (PPP) untuk pembedahan kardiotorasik, pembedahan plastik dan perubatan keluarga.

draft • 10:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Bagan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam MADANI semuanya. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Bagan yang telah menunjukkan keprihatinan, minat terhadap isu ini, atas apakah kemajuan selepas pindaan Akta Perubatan [Akta 50] yang terkait dengan laluan selari ataupun parallel pathway dalam latihan kepakaran di luar negara. Pindaan Akta Perubatan ini sememangnya merupakan salah satu tumpuan utama saya sejak kembali memimpin kementerian dan ini merupakan satu langkah untuk menghasilkan lebih ramai pakar perubatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Perubatan (Pindaan) 2024 telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 9 Oktober 2024 dan seterusnya diwartakan pada 17 Oktober 2024. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan juga dalam proses untuk membuat pindaan terhadap Peraturan- peraturan Perubatan 2017 yang berkaitan, selaras dengan pindaan Akta Perubatan supaya dapat dikuatkuasakan dengan berkesan, segera dan tuntas memandangkan proses pendaftaran pakar dan pengiktirafan latihan kepakaran merupakan isu yang kompleks.

Kementerian pula perlu mengambil pandangan semua pihak berkaitan bagi memastikan proses yang diperkemaskan adalah praktikal dan selari dengan tuntutan undang- undang, susulan daripada kelulusan akta tersebut di Dewan Negara, 29 Julai 2024 yang lalu.

draft • 10:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Setakat ini, kementerian telah mengadakan bengkel penyediaan draf pindaan bersama-sama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pejabat penasihat undang-undang (PUU) serta telah mengadakan perbincangan yang menyeluruh bersama Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Majlis Dekan-dekan Fakulti Perubatan Universiti Awam Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia dan ketua-ketua kepakaran di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Buat masa ini, draf tersebut telah diangkat kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan YB Bagan secara lebih tuntas.

Pengamal perubatan yang telah lengkap latihan kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik umpamanya, pembedahan plastik dan perubatan keluarga yang terjejas, umpama enam doktor dalam pembedahan kardiotorasik yang sekarang ini menjalani pewartaan di hospital-hospital, sama ada di Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Hospital Sarawak.

Mereka ini sedang menjalani pewartaan di sana dan siapa pun yang telah terjejas dalam isu pengiktirafan ini boleh dipertimbangkan semula sejurus untuk didaftarkan dalam Daftar Pakar (NSR), Majlis Perubatan Malaysia selepas akta ini dikuatkuasakan setelah pindaan peraturan-peraturan perubatan dimuktamadkan, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bagan.

draft • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menzahirkan pindaan Akta Perubatan berkaitan dengan Program Parallel Pathway. Tadi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu bilakah proses ini akan dilengkapkan supaya pakar-pakar pembedahan kardiotorasik, pembedahan plastik dan juga perubatan keluarga boleh berkhidmat secara sepenuhnya kepada pesakit-pesakit dan rakyat Malaysia?

Memandangkan masih ada kekurangan atau kelompongan dalam bidang-bidang kepakaran ini. Adakah pihak kementerian bercadang membuat tambahan? Berapakah bilangan yang akan ditambah untuk pembedahan kardiotorasik, pembedahan plastik dan juga perubatan keluarga? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Saya pastinya mahukan peraturan-peraturan ini disegerakan supaya dapat kita laksanakan dan kuatkuasakan. Terutamanya untuk mendapat yang terjejas, membuat pendaftaran ke dalam Daftar Pakar ataupun the National Specialist Register. Tapi saya difahamkan bahawa mereka sedang di saat-saat akhir ini and I would want to see insya-Allah, dengan izin, saya memandang kepada first quarter. Kalau first quarter tahun depan itu, kalau boleh di hujung bulan Januari, dengan izin Allah jua dan kerja keras kawan-kawan yang menjalankan hal ini, yang bertanggungjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Peraturan-peraturan 22 contohnya, Jawatankuasa Pendidikan Perubatan (Medical Education Committtee), Peraturan 23 - Evaluation Committee dan juga Peraturan 27 – proses pendaftaran pakar dan akhirnya, yang terbaru adalah Peraturan 27A – proses pengiktirafan latihan kepakaran dan saya pastinya mahukan ianya disegerakan dan kita memandang kepada bulan Januari tahun depan, insya-Allah di penghujungnya.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Buat hari ini untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bagan, jumlah yang menjalani cardiothoracic surgery ataupun pembedahan cardiothoracic training ini dalam parallel pathway ada 22 yang belum grad, yang sedang melalui latihan ini di luar negara.

Kita juga ada beberapa yang sedang menjalani latihan ini di dalam negara dalam Master's cardiothoracic ini di dalam negara beberapa — Dalam Master’s medicine di dalam negara. Kita sebenarnya dapat saya di sini, pembedahan kardiotorasik, Program Sarjana Perubatan ada tujuh dan 17 — Maaf, saya ulangi. 17 yang sedang melalui parallel pathway di luar negara Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kuala Langat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Saya ingat kalau — Saya ada mencadangkan antara kalau kita dengar daripada jawapan Menteri tadi, mereka ini masih belum lagi didaftarkan dan kita harapkan by January mereka ini akan didaftarkan sebagai dalam national specialist register peringkat negara.

Saya pernah mencadangkan supaya mereka ini juga dilibatkan dalam transfer credit di universiti-universiti yang menjalankan program-program latihan kepakaran ini. Bukan sahaja hanya semata-mata dalam pembedahan kardiotorasik. Sebagaimana yang dibangkitkan, telahan oleh Seputeh tempoh hari.

Ini kerana saya melihat jumlah yang begitu besar tatkala kita hendak meluluskan RUU Akta Perubatan ini ada 1,142 yang telah lengkap latihan dan masih belum didaftarkan.

Sebahagian besarnya adalah daripada perubatan keluarga yang saya kira antaranya adalah mereka yang menjalani latihan yang mana Yang Berhormat Menteri juga sebagai saksi semasa MoU dengan Penang Medical College dalam perubatan keluarga ini.

Jadi, sejauh manalah mungkin kita boleh meletakkan mereka ini supaya mereka ini dapat didaftarkan melalui credit transfer di universiti-universiti tempatan ini yang saya dimaklumkan mengambil masa tidak lebih kurang enam bulan mereka ini boleh diluluskan begitu?

Apakah usaha di peringkat kerajaan supaya menambahkan lagi kursus-kursus latihan kepakaran ini termasuk kursus-kursus yang masih lagi tidak ada dalam negara kita?

Sama ada diadakan ataupun ditambahkan kerana kita mempunyai pakar-pakar yang baik, bukan sahaja dalam negara tetapi di rantau dan di peringkat antarabangsa. Kita tak nak pakar-pakar kita yang baik ini diremehkan kerana tidak kemampuan untuk membuat latihan- latihan kepakaran dalam negara kita. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, sahabat saya Kuala Langat ya. Untuk pengetahuan Kuala Langat ya, isu credit transfer ini tak timbul sama sekali kerana mereka sebenarnya melalui program yang sangat teliti yang sudah pun diiktiraf dan sebagainya. Sama ada dalam program sarjana mahupun program parallel pathway.

Di sinilah yang saya sebutkan tadi peraturan-peraturan yang sedang mereka telitikan itu, dicermati supaya Jawatankuasa Pendidikan Perubatan (the Medical Education Committee), the Evaluation Committee, peraturan 23 dan juga proses pewartaan itu sedang diperhatikan, peraturan 27.

Semuanya itu taken care of, Kuala Langat. Jangan khuatir, tak ada credit transfer, tak mainlah dalam hal ini. Perkara ini sangat teliti. Contohnya, apa yang sedang — Contohnya enam pelatih, bukan pelatih ya, mereka sudah lulus pun. Mereka sedang melalui program pewartaan Tan Sri di hospital-hospital yang saya sebutkan tadi, sama ada di Pusat Jantung Serdang, mahupun di Pulau Pinang, mahupun di IJN sendiri, mahupun di Kuching, Sarawak.

Semua ini adalah kerana mereka sedang melalui pewartaan. They need to be under consultant. They’ve got their log book to go through. Semua itu dalam proses, dalam kurang lebih enam bulan mereka akan dapat.

Sejurus kita dapat di — Peraturan-peraturan ini dimuktamadkan, saya yakin bukan sahaja the cardiothoracic. Contohnya juga, kalau ambil perubatan family medicine specialist, perubatan keluarga. Kita ada di sini tak silap saya kalau program sarjana sahaja 419 orang dan laluan parallel pathway adalah 1,548 yang sedang melalui program ini, sama ada di Australia ataupun di Ireland – Di UK, Ireland, maaf.

Jadi dengan itu, kita sudah meletakkan pindaan itu ya mengawal selia dengan begitu baik. Hari ini kita mahukan peraturannya ini diluluskan segera. Selepas daripada itu, proses pewartaan, proses mendaftarkan mereka dalam NSR itu akan dapat dilaksanakan dengan cermat dan teliti untuk kita memastikan pakar-pakar kita not only dari segi kuantiti tetapi kualiti juga akan dapat kita jamin. Terima kasih Tan Sri, terima kasih sahabat saya Kuala Langat.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, seterusnya dijemput Datuk Dr. Radzi bin Jidin, Putrajaya.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

2. Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya] minta Menteri Ekonomi menyatakan bilakah subsidi bersasar bagi petrol akan dilaksanakan dan menjelaskan apakah pendekatan yang akan diambil kementerian bagi memastikan golongan yang terkesan menerima bantuan sewajarnya.

draft • 10:50 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang dihormati Tan Sri Yang di-Pertua, Putrajaya dan Ahli Dewan yang dikasihi sekalian.

draft • 10:50 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun 2025 seperti yang telah diumumkan semasa Ucapan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober yang lalu. Penyasaran semula subsidi RON95 tersebut akan meliputi 85 peratus rakyat bagi memastikan majoriti rakyat kekal menikmati subsidi.

Namun demikian, keputusan berkaitan dengan definisi pengelasan dan kelayakan sedang diperhalusi dan perlu diputuskan oleh kerajaan. Penentuan penerimaan subsidi RON95 pada dasarnya akan berdasarkan konsep pendapatan boleh guna bersih.

Penggunaan konsep ini menandakan peralihan daripada penggunaan pendapatan kasar kepada pendapatan boleh guna bersih. Ini bagi memastikan pengukuran dan penyesaran yang lebih tepat dan adil dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial.

Maklumat pendapatan boleh guna bersih isi rumah akan diperoleh melalui PADU dengan mengguna pakai pendekatan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW). PAKW merujuk kepada amaun perbelanjaan yang diperlukan oleh isi rumah untuk menjalani kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta berpeluang untuk menyertai aktiviti sosial dalam masyarakat. PAKW dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kemampuan isi rumah dalam menjalani kehidupan wajar.

Tan Sri Yang di-Pertua, PAKW juga boleh memperjelas mengenai kos sara hidup di kawasan yang berbeza antara negeri sama ada di bandar ataupun luar bandar menjadi indikator kepada perancangan dan pembangunan sosioekonomi dalam penentuan gaji yang lebih adil contohnya, serta membantu individu dan keluarga, merancang perbelanjaan dan pengurusan kewangan isi rumah.

Penggunaan PAKW juga dipercayai boleh membantu dalam mengurangkan ralat keciciran dalam pengagihan bantuan dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, inclusion and exclusion errors dengan memastikan golongan yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan. Terima kasih, Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Putrajaya.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada beberapa persoalan di sini. Pertama sekali tadi Yang Berhormat Menteri sebut bahawa masih lagi dalam proses penentuan tentang definisi T15 itu. Jadi, soalan saya yang pertama, apakah jangka masa untuk kerajaan mengumumkan kriteria tentang definisi T15? Satu.

Kedua, adakah mereka yang tidak termasuk dalam T15 ini akan dimaklumkan lebih awal sebelum pelaksanaan subsidi tersebut? Kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi kepada mereka tidak mendapat – Tidak termasuk dalam golongan 85 peratus tersebut.

Seterusnya, mengambil kira cabaran ekonomi semasa khususnya ekonomi dunia apa yang berlaku selepas pemilihan Presiden baharu Amerika Syarikat dan juga cabaran ekonomi domestik. Jadi, berdasarkan analisa semasa apakah kerajaan melihat bahawa pelaksanaan subsidi bersasar ini akan memberi kesan yang lebih besar kepada kos sara hidup rakyat? Itu yang ketiga.

Akhir sekali, apakah perkembangan terkini tentang kaedah pelaksanaan subsidi bersasar ini di stesen-stesen minyak seluruh negara? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Putrajaya. Pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 akan ada dua komponen utama. Saya telah jelaskan dalam Dewan sebelum ini. Satu ialah penentuan kelayakan atau yang disebut dengan izin sebagai back end.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Satu lagi ialah pelaksanaan yang melibatkan stesen-stesen minyak yang disebut sebagai front end. Persetujuan setakat ini ialah urusan untuk menentukan kelayakan dan penentuan individu itu akan diuruskan oleh Kementerian Ekonomi, sementara pelaksanaan yang melibatkan stesen minyak itu akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan kerana itu memang bidang tugas Kementerian Kewangan setakat ini.

Di pihak kami, bersabit dengan soalan Putrajaya tadi, perancangannya ialah supaya ia dapat diumumkan dalam suku pertama tahun 2025. Maksudnya, penentuan kelayakan pengelasan ini akan diumumkan, seterusnya akan memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar untuk mendaftar dan bagi mereka yang telah pun semak dan didapati tidak layak, cadangannya adalah ada mekanisme untuk rayuan.

Jadi perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan di stesen minyak kelak. Jadi sebab itu, tempoh separuh tahun pertama 2025 untuk pelaksanaan itu, perlu diselesaikan, pertamanya mengikut kelayakan dan keduanya seterusnya barulah mereka yang layak mereka tahu, mereka yang tak layak pun mereka boleh merayu, sesuai dengan garis masa pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Soalan Putrajaya berkaitan dengan kesan dari segi keadaan dunia semasa, termasuk juga dengan pemilihan Presiden Trump di Amerika Syarikat. Kalau kita lihat kepada unjuran harga minyak mentah, harga minyak mentah diunjurkan sebenarnya lebih rendah terutamanya dengan pemilihan Trump. Ada beberapa sebab.

Pertama, dunia masih lagi mencari-cari enjin pertumbuhan yang baru. Kita terus memantau keadaan di negara China contohnya. Sehingga sekarang pertumbuhan ekonomi di negara China itu tidak berlaku seperti yang dijangkakan dan itu terus menghambat ekonomi dunia dengan kebimbangan akan berlaku sama ada pertumbuhan yang lebih rendah atau pun boleh berlaku kemelesetan. Itu sudah tentu akan menurunkan permintaan kepada minyak mentah. Ditambah pula dengan pemilihan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang diketahui memang lebih cenderung untuk membenarkan lebih banyak kawasan semula jadi untuk diterokai sebagai kawasan pengeluaran minyak.

Keadaan sekarang pun, pengeluar minyak mentah paling besar di dunia adalah Amerika Syarikat. Jadi, dengan pemilihan Trump itu dijangkakan, maka isi padu minyak yang berada di pasaran akan lebih tinggi dan itu akan terus mengenakan tekanan kepada minyak mentah di dunia yang dijangka berada di dalam 70 ke 75 Dolar setong untuk tahun 2025.

Keadaan ini bermakna, jika penyasaran subsidi berlaku, separuh tahun akan datang, kenaikan harga itu tidaklah setinggi yang disebut-sebut sebelum ini ya. Pada pemahaman saya, sekiranya harga minyak mentah itu sekitar 75 Dolar setong, maksudnya subsidi adalah

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

sekitar 70 sen berbanding dengan contohnya kalau sebelum ini, kalau harga minyak mentah 100 Dolar, maka kenaikan itu boleh mencecah sehingga RM1.50 ataupun melebihi RM1.

Jadi perkara ini juga akan dikaji sebaiknya oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kesan kepada inflasi itu dapat dikekang kerana keutamaan utama ialah untuk memastikan apa pun keputusan kerajaan, kita berjaya memfasakan kesan kepada inflasi, sementara kerajaan sekarang memberi tumpuan untuk menaikkan pertumbuhan gaji rakyat untuk mengatasi pertumbuhan inflasi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput Sungai Siput.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Speaker.

Dalam laporan pelaksanaan subsidi bersasar di mana kerajaan telah menjimatkan hampir RM600 juta sebulan. Jadi, saya ingin nak tanya kepada Menteri Ekonomi, menyatakanlah apakah unjuran penjimatan yang dijangka melalui pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Sungai Siput.

Unjuran penjimatan itu sudah tentu bergantung kepada harga minyak mentah sebenar dalam tahun 2025. Berdasarkan kepada harga unjuran 75 Dolar, itu bermakna kerajaan akan berjaya mengekalkan subsidi RON95 itu dalam peruntukan yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2025 iaitu sebanyak RM12 bilion setahun perbelanjaan RON95.

Pada harga 75 Dolar setong, itu bermakna penjimatan sekitar RM5 ke RM6 bilion.

Pun begitu, pada pandangan kami di Kementerian Ekonomi, ia bukan soal kepada pengukuhan fiskal ataupun penjimatan pendapatan semata-mata, kita tidak mahu mengulangi pengalaman di beberapa buah negara maju, yang mana subsidi ataupun sistem ekonomi yang tidak lagi melambangkan kos sebenar sesuatu perkara, itu akhirnya menjadi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Kita pernah tengok di negara-negara lain. Oleh kerana ketakutan kerajaan untuk memastikan bahawa harga yang dibayar oleh rakyat itu melambangkan kos, akhirnya dia mula ada kesan kepada penawaran dan juga pertumbuhan ekonomi.

Jadi peralihan ini adalah sesuatu yang penting untuk memastikan bahawa bukan saja kita dapat mengawal perbelanjaan kerajaan yang disasarkan kepada mereka yang benar- benar layak tetapi struktur ekonomi kita juga mestilah melambangkan kos kerana keseimbangan itu perlu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Kuala Pilah.

draft • 11:00 AM

Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Tan Sri Dr.

Speaker, soalan Kuala Pilah di nombor tiga.

draft • 11:00 AM

3. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan statistik bagi pampasan hilang upaya yang dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2023 serta usaha Kementerian untuk mengekang kes tuntutan palsu.

draft • 11:00 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kuala Pilah atas soalan tersebut.

Berdasarkan statistik PERKESO, sepanjang tahun 2023 seramai 219,640 orang berinsurans ataupun OB telah menerima pampasan hilang upaya iaitu hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, pencen dan bantuan ilat serta elaun keuzuran dengan jumlah bayaran sebanyak RM2.12 bilion.

Daripada jumlah tersebut, seramai 215,113 orang berinsurans menerima pampasan Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial iaitu Akta 4, melibatkan bayaran sebanyak RM2.10 bilion. Keduanya, seramai 4,476 orang berinsurans pula menerima faedah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, Akta 789 dengan bayaran sebanyak RM26.54 juta dan ketiga, seramai 51 orang berinsurans telah menerima pampasan melibatkan bayaran sebanyak RM75,947 di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 iaitu Akta 838.

Berkaitan isu tuntutan palsu, saya ingin tegaskan bahawa KESUMA dan PERKESO sentiasa memegang kepada prinsip mengamalkan tatakelola terbaik dalam tadbir urus organisasi. Usaha kerajaan untuk mengekang daripada berlakunya tuntutan palsu khususnya melalui KESUMA, PERKESO sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa, termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

Di peringkat dalaman pula, PERKESO terus memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang dengan mewujudkan contohnya Jawatankuasa Penilaian Keputusan Jemaah Doktor agar setiap kata putus daripada hasil penaksiran adalah bebas daripada sebarang unsur manipulasi serta penipuan. Pada masa yang sama, PERKESO juga dalam rancangan untuk menerapkan elemen automasi, khususnya melalui sistem seperti kecerdasan buatan AI bagi meningkatkan keberkesanan sistem penaksiran keilatan serta faedah hilang upaya, selaras dengan perkembangan teknologi dan juga bagi mengelakkan perkara yang sama berulang di masa-masa hadapan.

Untuk mengekang kes-kes tuntutan palsu atau kes seumpama ini, KESUMA dan PERKESO, telah pun mengambil langkah-langkah berikut. Pertama menjalinkan kerjasama strategik dengan kementerian dan agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

draft • 11:00 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Kedua, melaksanakan analisis ataupun analisa data, membuat pemantauan, penyeliaan dan intipan serta siasatan dalaman secara berterusan terutama bagi membongkarkan kewujudan rangkaian kartel penipuan tuntutan palsu yang beroperasi.

draft • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Ketiga, menyemak semula SOP sekiranya terdapat keperluan untuk menambah baik kawalan dalaman yang sedia ada. Akhir sekali keempat, kita juga dari semasa ke semasa mengkaji bagi menambah baik segala akta dan garis panduan yang ditadbir oleh PERKESO.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri telah menjawab soalan tambahan saya pun. Hebat Yang Berhormat Menteri inilah ya.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia boleh baca itu.

draft • 11:10 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Ha, dia boleh baca dia ada pandangan makrifat mungkinlah. Jadi terima kasih Yang Berhormat Dato’ Tan Sri, soalan seterusnya daripada saya apakah mekanisme yang diguna pakai bagi melantik mana-mana doktor sebagai Ahli Jemaah Doktor serta apakah kementerian menyediakan kursus berkala bagi memastikan Ahli-ahli Jemaah Doktor ini yang bertugas untuk PERKESO mahir dengan kaedah penilaian perubatan yang tepat, sentiasa peka dengan penambahbaikan akta sedia ada dan dalam pada masa yang sama tidak terlibat dengan sindiket tuntutan palsu. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Chee Keong

Dia, saya boleh sahkan bahawa ini bukan melalui jolok jampi Pak Belalang.

[Ketawa] Secara kebetulan sebab dia soalan-soalan itu ada berkaitan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jemaah Doktor adalah terdiri daripada doktor-doktor di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru latihan yang telah diberikan kepada mereka sudah tentu sebagai pengamal perubatan yang telah berkhidmat dalam KKM.

Untuk pihak PERKESO, dari semasa ke semasa kita ada mekanisme semak dan imbang dan saya telah sebutkan tadi iaitu Jawatankuasa Penilaian yang juga terdiri daripada doktor-doktor perubatan. Dan tanggungjawab mereka adalah untuk membuat analisa ataupun membuat tafsiran ke atas keputusan-keputusan oleh Jemaah Doktor jika ada keperluan. Dan sekali lagi saya hendak ulangi bahawa Jemaah Doktor ini terdiri daripada doktor-doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Maran.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Menteri, ejen dan pihak membuat tuntutan palsu ini adalah merupakan antara musuh dan pengkhianat negara dan juga pada pekerja. Apakah pihak PERKESO atau KSM (KESUMA) dapat mengenal pasti ejen-ejen dan runner yang terlibat dalam membuat tuntutan palsu hilang upaya ini.

Ekoran daripada usaha ataupun Ops Tunjang yang telah dijalankan oleh kementerian dahulu yang telah mengesan sembilan ejen dan runner yang terlibat dalam sindiket ini. Di samping itu, apakah kementerian bercadang untuk juga meluaskan pampasan ini kepada pekerja-pekerja yang terlibat dengan kemalangan di luar waktu kerja. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Maran dan juga terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Seperti yang telah disebut oleh Maran tadi, dia bukan sahaja sembilan ejen melalui Ops Tunjang yang asalnya bermula daripada siasatan dalam PERKESO dan bukan daripada aduan luar. Ini merupakan siasatan dalaman, audit dalaman secara berkala yang dilaksanakan oleh PERKESO, mulai bulan lebih kurang bulan Mei, bulan Jun tahun ini.

Akhirnya menjurus kepada Ops Tunjang dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada bulan September yang lalu 37 orang individu telah pun ditahan.

Dan kes ini tengah dalam siasatan SPRM. Dan saya difahamkan bahawa SPRM sedang menyediakan kertas-kertas dakwaan. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, itu adalah Ops Tunjang. Siasatan ataupun pemantauan secara berkala sedang juga dilaksanakan untuk memastikan bahawa walaupun kita dah berjaya menumpaskan satu kartel tersebut dengan penahanan 37 orang. Jadi, kita hendak mengelakkan juga daripada berlakunya perkara ini di masa-masa hadapan.

Justeru, pihak PERKESO juga mengambil inisiatif untuk membuat semakan ke atas penilaian-penilaian di beberapa hospital lain ya untuk memastikan bahawa keputusan Jemaah Doktor tersebut adalah tepat dan benar. Dan saya setuju bahawa kartel tuntutan palsu ini adalah satu kartel yang amat jahat kerana mereka telah menipu dana yang seharusnya digunakan oleh pekerja di masa mereka menimpa musibah.

Untuk makluman Ahli Maran juga, PERKESO sememangnya sedang menelitikan cadangan untuk memperluaskan skim bencana PERKESO untuk meliputi perlindungan di luar waktu kerja iaitu dengan pelaksanaan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja

(SKBBK).

Dan kita juga telah melaksanakan beberapa sesi libat urus dengan pelbagai kementerian, agensi, wakil majikan, wakil pekerja. Dan hasilnya KESUMA telah mendapat maklum balas yang amat baik daripada sesi libat urus tersebut dan saya ingin menyatakan bahawa kita dalam proses untuk memperincikan sama ada keperluan akta untuk melaksanakan Skim Perlindungan di Luar Bencana Kerja ini. Dan akhirnya apabila akta ini dibawa ke Parlimen, Dewan yang mulia ini saya mengharapkan sokongan dari semua pihak sebab ini sememangnya satu skim PERKESO yang amat dinanti-nantikan, khususnya oleh kaum pekerja.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bukan Ceq, Che.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cheq?

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Che.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Che. Saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut. Betul ya? Okey.

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

Nak tanya soalan tak dapat-dapat, Soalan saya nombor empat.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Okey soalan nombor empat ya. Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

4. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh manakah dasar 12 Inisiatif Gelombang Padi dapat menyelesaikan masalah beras yang melibatkan penguasaan kartel padi ekoran ketiadaan beras tempatan sejak Mac yang lalu.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil maklum akan perhatian yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas kepentingan isu berkaitan industri padi beras, khususnya isu bekalan beras putih tempatan yang dikatakan tiada atau sukar diperolehi di pasaran.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat pada Januari 2024, kementerian telah mengumumkan Pelaksanaan Program Gelombang Padi meliputi 12 inisiatif penambahbaikan seperti mana yang sedia dimaklumi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Seterusnya, memandangkan isu bekalan beras putih tempatan ini terus mendapat perhatian rakyat dan dilihat masih belum pulih, kementerian telah membuat penambahbaikan dengan melaksanakan agenda reformasi institusi dan industri padi beras negara.

Melalui reformasi ini, empat langkah utama dijadikan tumpuan aspek penambahbaikan fasa pertama iaitu:

(i) memisahkan kuasa dan fungsi institusi pengurusan industri padi beras;

(ii) memperkenalkan peraturan untuk melarang percampuran beras;

(iii) untuk memperkasakan agensi penguatkuasaan melalui penubuhan Agensi Regulatori dan Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia atau akan dikenali sebagai MARIA; dan

(iv) memantapkan tabir urus dan tata kelola NAFAS, Lembaga Pertubuhan Peladang serta Bahagian Pembangunan Industri Padi.

Melalui usaha ini, kementerian berharap agar ekosistem industri padi beras negara dapat diperbetulkan semula dan ia akan menyumbang kepada keseimbangan industri dan mengembalikan bekalan beras putih tempatan ke pasaran. Ia juga sebagai langkah strategik kementerian untuk kembali mengawal industri dengan lebih tersusun dan teratur serta menggalakkan pemain-pemain industri, khususnya pembeli padi, pengilang, pemborong dan peruncit padi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan beretika seperti mana yang ditetapkan di dalam syarat-syarat pelesenan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Langkah ini juga sekali gus dapat menutup peluang serta mencegah amalan penguasaan perniagaan di satu-satu peringkat atau kartel sepertimana yang dibimbangkan oleh Ahli Yang Berhormat dan rakyat keseluruhannya. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Besut.

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri. Saya ingin bertanya, sejauh mana sebenarnya berhasilnya inisiatif yang kita buat ini dalam kita menangani isu-isu berkenaan dengan beras putih ini. Banyak inisiatif tapi apa yang dibuat berkenaan dengan isu beras putih ini di pasaran sebab bekalan susah hendak dapat.

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Di pasar raya tak ada, di premis-premis kedai-kedai runcit pun tak ada. Jadi sejauh mana, maknanya inisiatif itu berjaya? Jadi, tetapi yang peliknya pada PRK tempoh hari, banyak pula keluar. Ini yang saya pelik. Benda kata tak ada, tetapi masa PRK ada pula di pihak kerajaan.

Soalan saya seterusnya berkenaan dengan penguatkuasaan tadi. Hasil daripada penguatkuasaan itu, apa hasilnya? Penguatkuasaan berkenaan dengan untuk larang campur beras ini tempatan dengan import. Kadang-kadang ada juga yang tempatan yang dikatakan import. Ada juga. Jadi apa hasil daripada penguatkuasaan dan setakat mana kolaborasi kita dengan pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam kita menentukan dari segi kartel ini? Maknanya sebab MyCC kata hendak buat kajian tentang kartel. Setakat ini ada kolaborasi dan apa hasilnya daripada kolaborasi tersebut?

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Menteri, silakan.

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu...

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, ada lagi?

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sikit, sikit lagi.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini penting Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

So, yang keempatlah? Yang keempat ini?

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang keempat – sekali sebenarnya. Harga ini kita tengok, yang import ini terlampau banyak, terlampau mahal dah sekarang. Kalau dahulu RM2,300 lebih kurang per metrik tan, sekarang sudah RM2,800 Tan Sri. RM2,800 sudah sekarang. Kata dunia sudah turun, harga dunia sudah turun. Baru-baru ini ada juga perjumpaan dengan pihak negara India, kata hendak turunkan harga, tak turun- turun juga. Jadi macam mana? Minta Menteri jawablah.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ataupun tunggu mana kita hendak naik baru hendak turun, macam mana? Okey terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Besut. Kita sedar kepentingan dan juga masalah tentang bekalan beras putih tempatan di dalam negara kita.

Itulah sebab mulai dari awal tahun ini, Kementerian Pertanian telah meletakkan industri padi

draft • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

beras sebagai antara fokus utama bagi kementerian. Dalam usaha ini kita telah melancarkan satu usaha yang dinamakan gelombang padi dan kita ada 12 inisiatif dalam Program Gelombang Padi ini.

Sebagai contoh memperkasakan pengurusan air, memperkasakan pembekalan input pertanian seperti baja, memulih dan juga membangunkan kawasan tanah jerlus dan sebagainya. Ada 12 inisiatif yang terkandung dalam gelombang padi. Tetapi pada masa yang sama, kita sebahagian daripada itu juga kita mahu melipat gandakan lagi usaha gelombang padi ini. Itulah sebab pada beberapa bulan yang lalu, kita telah menambahkan empat langkah Reformasi Institusi dan Industri Padi Beras. Izinkan saya untuk ulangi sekali lagi iaitu:

(i) mengasingkan kuasa dalam institusi pengurusan padi beras;

(ii) mengukuhkan pasukan kawal selia dan penguat kuasa;

(iii) mewujudkan peraturan untuk melarang percampuran beras putih dan juga beras import; dan

(iv) memantapkan tadbir urus tata kelola NAFAS dan LPP.

Ini semua akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025. Pada masa yang sama juga, kita kena ambil maklum bahawa pada tahun ini bencana itu sangat luar biasa dan dia memang ada membawa kesan kepada bekalan beras putih dalam negara kita. Setakat laporan yang diterima pada hari ini daripada awal tahun ini hingga ke bulan Mei, sekarang kita masih lagi mengumpulkan data-data yang terkini. Tetapi setakat ini kita telah kehilangan 5.3 pack 10kg kampit beras dalam pasaran kita telah lenyap begitu sahaja akibat daripada bencana banjir yang telah melanda negara kita dan ini memang telah memberi kesan yang besar kepada bekalan beras dalam negara kita. Sekian terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bencana banjir yang berlaku memberi kesan yang sangat buruk kepada sektor agromakanan kerana banyak kemusnahan tanaman khususnya padi, sayur- sayuran dan juga ternakan. Tidak terkecuali, Parlimen Tampin turut terkesan dengan banjir pada kali ini.

Semalam sudah tiga kali banjir, gelombang yang ketiga berlaku di Tampin. Selain itu juga banjir juga turut menyebabkan kerosakan teruk bagi jalan-jalan pertanian, keruntuhan ban sungai, kerosakan struktur, sistem saliran serta pengairan dan tali air.

Di Tampin lebih daripada sepuluh jalan-jalan pertanian mengalami kerosakan akibat bencana. Tindakan segera perlu diambil oleh kementerian untuk membaik pulih atau menyelenggara kerosakan tersebut. Justeru itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah peruntukan segera yang disediakan oleh KPKM untuk persediaan bencana dan pasca banjir khususnya bagi negeri-negeri yang terlibat dan apakah garis panduan yang dibuat untuk permohonan tersebut? Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Soalan yang sangat penting dan juga berkaitan dengan isu semasa. Kita

draft • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

ada dua kategori. Yang pertama, kategori bantuan dalam bentuk touch point. Kita ada Tabung Bencana Tanaman Padi, di mana kita beri bantuan kepada pesawah untuk mengurangkan kerugian yang telah dialami daripada bencana tersebut. Setiap pesawah mungkin dapat menerima sehingga RM1,800 bantuan per hektar untuk maksimum tiga hektar bergantung kepada umur keluasan yang telah musnah.

Kedua, melalui kaedah yang baru sahaja dilancarkan pada Oktober tahun ini, melalui Agrobank kita telah melancarkan Skim Takaful Tanaman Padi, di mana pesawah-pesawah yang terkesan bolehlah menerima bantuan sehingga RM3,000 per hektar per musim. Pada masa yang sama, kita juga telah menyediakan bantuan untuk membantu daripada segi pembaikan infrastruktur yang telah musnah akibat daripada banjir. Kita telah sediakan RM30 juta untuk tahun ini di bawah Butiran Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian.

Yang saya sebut pertama tadi adalah bantuan touch point. Yang ini adalah bantuan untuk membaiki infra-infra yang telah rosak. Jadi, sesiapa sahaja pun boleh memohon asal dia boleh menunjukkan bahawa dia terjejas daripada bencana banjir dan terlibat dalam sektor pertanian ataupun agromakanan. Kita akan utamakan kawasan-kawasan yang paling terjejas oleh banjir untuk mengutamakan keperluan membolehkan segera dan mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Prosedur dia adalah jabatan dan agensi pelaksana perlu mengemukakan laporan kerosakan itu kepada kementerian dan juga mengemukakan cadangan-cadangan pembaikan dan kos yang diperlukan supaya kita boleh ambil tindakan dalam masa yang terdekat.

Sekian, terima kasih

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri. Sebelum saya bergerak ke soalan selanjutnya, saya dapat notis untuk maklumkan dua perkara penting. Yang pertama pagi tadi Yang Berhormat Perdana Menteri telah menyempurnakan Penamaan Pokok Merbau iaitu Pokok Kebangsaan Malaysia bagi simbolik penanaman pokok ke seratus juta di bawah Program Kehijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman Seratus Juta Pokok 2021 hingga 2025 di Taman Herba Parlimen Malaysia kita.

Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Hutan Sarawak serta Jabatan Hutan Sabah. Sementara itu, kita juga ada pameran di luar sana. Oleh itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk melawat pameran tersebut.

Yang kedua, ini lebih penting, sama penting bukan lebih penting, sama penting. Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian sementara Menteri jawab tadi dan Keterjaminan Makanan ada mengedarkan kotak yang terkandung di dalamnya buah-buahan tempatan, termasuk durian.

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, dengar ya. Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkannya di lounge Dewan Rakyat kita selepas ini. Mereka berkumpul di sana jadi semua ada hak masing-masing.

Seterusnya saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu. Silakan.

draft • 11:20 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

Dari Benut ke Pengkalan Raja, Soalan saya nombor lima.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

5. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 (HNDP 2040) untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah serta sejauh manakah impak pelaksanaan pelan tersebut dalam menambah baik rangkaian jalan raya di Sarawak termasuk dari segi kualiti, kesalinghubungan, keselamatan dan keselesaan pengguna.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jalan bersama berbatu-batu, Ke sana sini jumpa akhirnya, Soalan lima Lubok Antu, Dengarkan ini jawapannya.

draft • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya sedang menerbitkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau dalam bahasa Inggeris Highway Network Development Plan (HNDP) yang meliputi seluruh Malaysia, bertujuan untuk mengenal pasti keperluan menaik taraf jalan yang sedia ada atau membina jalan baharu yang melibatkan jalan persekutuan, jalan utama negeri dan lebuh raya.

Saya ingin maklumkan bahawa untuk Semenanjung, HNDP ini daripada tahun 2020 hingga tahun 2030. Untuk Sabah, Sarawak, Labuan HNDP bermula yang sudah berakhir 2024 kita sambung 2025 ke 2040.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kajian HNDP juga merangkumi pelbagai aspek seperti isi padu trafik, guna tanah, ekonomi, alam sekitar dan sosioekonomi bagi mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih efisien melibatkan negeri dan wilayah-wilayah. Pelaksanaan cadangan projek yang dikenal pasti dalam HNDP ini dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih cekap.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya kini sedang menjalankan Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 bagi menggantikan HNDP Fasa 2, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang akan tamat tahun 2025.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Untuk makluman, proses kemajuan kajian pelan pembangunan rangkaian jalan raya ini ialah sebanyak 95.11 peratus berbanding 92.1 peratus mengikut jadual dan disiap sepenuhnya pada hujung Disember 2024 ini. Pembangunan ekonomi kekal sebagai agenda utama kajian HNDP 2040 dalam merancang rangkaian jalan raya di wilayah. Rangkaian jalan raya di Sarawak kelak akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kos pengangkutan, memudahkan pengeluar luar bandar untuk mengakses pasaran yang lebih besar dan seterusnya meningkatkan jualan serta pendapatan petani dan perniagaan tempatan.

Infrastruktur pengangkutan yang lebih baik juga mendorong pembangunan industri iaitu industri bukan pertanian seperti pelancongan, pendidikan, pembuatan, runcit.

Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor pertanian.

Kesalinghubungan yang ditingkatkan menarik pelaburan luar yang mendorong penubuhan perniagaan dan industri baharu serta memperbaiki akses penduduk kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan penting lain seterusnya meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan Lubok Antu.

draft • 11:30 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih, Timbalan Menteri atas jawapan. Dalam merangka pelan HNDP 2040, adakah kementerian turut melibatkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Dalam Negeri bagi membincangkan pembangunan jalan sempadan parallel yang menghubung pos keselamatan dan pekan-pekan kecil di sepanjang sempadan Malaysia–Indonesia?

Jajaran jalan sempadan ini banyak kali disuarakan oleh kami Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk memperkasakan keselamatan sempadan dan membangunkan kawasan pedalaman memandangkan pihak Indonesia bukan sahaja telah membina jalan akses menuju ke sempadan malah turut membina jalan perbatasan parallel di sempadan Indonesia–Malaysia sepanjang 608 kilometer. Mohon pandangan YB Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih, YB Lubok Antu. Dato' Yang di-Pertua, kita memang ada perbincangan apa yang kita panggil sebagai focus group discussion ataupun perbincangan kumpulan fokus bersama Majlis Keselamatan Negara, bersama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi mengambil langkah proaktif dan kita telah melangsungkan perbincangan itu pada awal tahun ini di Kota Kinabalu, Sabah dan juga di Kuching, Sarawak.

Jadi kita telah mengenal pasti lokasi pembangunan ekonomi semasa, masa hadapan, keselamatan sempadan, keterjaminan makanan. Ya, Yang Berhormat bahawa di tepi sempadan contohnya semacam di Sarawak kita ada Bakalalan, Lawas ada di situ Immigration Custom Quarantine Security (ICQS) kompleksnya. Kita ada di nama tempat ini

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Biawak namanya, Biawak di Lundu. Ada di Sungai Tujuh Kuala Baram, Miri dan juga di Tebedu, Serian; Bukit Mabong, Kapit. Saya dah pergi dua, tiga tempat ini Yang di-Pertua.

Kita memahami bahawa tumpuan kita bukan untuk melaksanakan jalan mengikut sempadan Sarawak yang panjang itu dan Sabah yang panjang itu tetapi yang kita ingin tingkatkan pembangunan jalannya ialah jalan-jalan menuju Kompleks ICQS ini, itu yang terlebih dahulu. Kemudian dalam HNDP juga tentunya pada masa akan datang, kita akan update dari masa ke semasa supaya dia sesuai dengan pembangunan projek-projek, sama ada guna tanah baharu, polisi berkaitan naik taraf jalan serta projek jalan baharu. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Rantau Panjang.

draft • 11:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih peluang kepada saya untuk menanyakan soalan tambahan. Sebagaimana Sabah dan Sarawak juga termasuk juga di Semenanjung banyak jalan-jalan yang terputus hubungan, terutama semasa banjir.

Jadi, saya ingin tahu dalam sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu pelan keselamatan terutamanya berkaitan dengan sempadan termasuk juga di kawasan saya, bagaimana Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 merancang untuk menangani masalah jalan raya yang mudah tenggelam semasa banjir yang terutamanya dalam kawasan yang berisiko yang sudah tentu memberi kesan yang cukup besar dari sudut keselamatan, ekonomi dan sebagainya. Apakah pelan khusus untuk jalan raya dibina supaya tahan lasak supaya tidaklah setiap tahun dibaiki kerana kesan kerosakan akibat banjir? Minta penjelasan.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Di kawasan Rantau Panjang dan kawasan Jeli, kawasan sempadan ini kita ada apa yang dipanggil sebagai jalan KESBAN, K.E.S.B.A.N Jawatankuasa Keselamatan Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ialah mengenai masalah banjir dan jalan rosak supaya jalan dibina dengan kukuh.

Baru ini saya pergi ke Kota Bharu, selepas itu pergi ke Jeli kemudian pergi ke Tumpat, tak sempat hendak singgah Rantau Panjang tetapi saya memahami apa yang disebut oleh Yang Berhormat bahawa bagaimana jalan-jalan yang tertentu itu perlu ditinggikan arasnya supaya dia tidak tenggelam waktu banjir dan kita tentu ada segala mapping itu dan apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu memang berada dalam rancangan kami dan kawasan- kawasan yang kerap dilanda banjir, kita kena bersepadu dengan PETRA supaya ada usaha- usaha untuk tebatan banjir. Pada ketika yang sama, jalan-jalan itu adalah tahan lasak. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat, boleh satu soalan lagi Yang Berhormat?

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Semporna. Soalan tambahan ketiga.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Speaker kerana perkara ini cukup penting bagi kita. Masalah kemudahan jalan raya di Sabah ini bukan hanya membebankan rakyat, bahkan juga menimbulkan pelbagai multiplying effect yang ada dengan perbelanjaan yang begitu besar, berbilion. Saya difahamkan rakan saya masa dia Menteri Kewangan dia hampir RM30 bilion dia cakap. Tak tahu betul atau tidak.

[Ketawa] Satu, belanja yang banyak. Keduanya, kelewatan. Cuma saya ingin minta kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, sama ada langkah-langkah untuk mengatasi bukan hanya dari segi pelaksanaan, kualiti yang ada seperti juga dibangkitkan oleh Rantau Panjang. Tetapi nilai, kualiti, kelewatan bukan hanya disebabkan oleh tanah tetapi saya difahamkan bila saya menjelajah ke kawasan-kawasan ini, tiang elektrik yang ada.

Sampai setakat ini pun salah satu daripada langkah yang membantutkan usaha untuk melaksanakan pelaksanaan jalan-jalan raya, not only connectivity to CIQ. Contohnya ke Kalimantan, negara-negara jiran kita tetapi yang sedia ada untuk kemudahan pihak awam pun membimbangkan kita. Saya berharap pihak kementerian akan mengambil tindakan yang komprehensif dan cepat sedikit kerana tiang elektrik tidak dialihkan. Saya difahamkan dahulu tiang elektrik diusahakan oleh pihak kementerian tetapi tak dibayar oleh SESB ataupun TNB.

Saya minta supaya langkah ini untuk mengatasi masalah kelewatan. Hampir seluruh Sabah ini bila saya buat lawatan ke salah satu daripada perkara kebantutannya ialah oleh kerana tiang elektrik. Terima kasih banyak.

draft • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih, Semporna. Kami mengutamakan 5K di kementerian. ‘K’ yang pertama, kesejahteraan rakyat; ‘K’ kedua, kepantasan tindakan; ‘K’ ketiga, kos yang munasabah; ‘K’ keempat, kualiti tetap terjamin dan; ‘K’ kelima, kebitaraan inovasi. Apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Semporna mengenai tiang elektrik ialah pengalihan utiliti. Itu memang antara perkara yang kami akan sentiasa perhatikan dan ambil tindakan. Projek-projek lewat kerana masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti. Utiliti ini termasuk tiang elektrik, termasuk paip air dan juga telekomunikasi. Ini tentunya akan kami ambil perhatian supaya kualiti dan kelewatan boleh diatasi.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Mungkin Semporna selalu bertanya pasal Pan Borneo. Itu antara tugas utama kami di Sabah. Pan Borneo Sabah, Pakej 1A, kita harap siap 2026. Pakej 1B harap siap 2029...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita akan terus memastikan untuk kesejahteraan rakyat ini dilaksanakan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat, boleh tambah satu soalan, Yang Berhormat?

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato' Yang di-Pertua...

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya?

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh saya tambah satu soalan? Ini penting Dato' Yang di-Pertua, pasal jajaran ini.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh. Tak boleh.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ada peruntukan tak yang membolehkan saya tanya soalan yang ketiga ini Yang Berhormat?

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Baca peruntukan 24(3), Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelebu, baca Peraturan Mesyuarat 24(3).

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

24(3) membolehkan soalan yang ketiga.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh Yang Berhormat.

Yang Berhormat baca betul-betul, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh, tak boleh? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Silakan seterusnya, Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin,Tangga Batu.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Indahnya Klebang dan Pantai Puteri, Tempat beriadah tempat bersenam, Timbalan Menteri yang baik budi, Mohon jawab soalan Tangga Batu nombor enam.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

6. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan status program MyKiosk di Pusat Penjaja Kecil Klebang, Pantai Puteri Tangga Batu yang mana perancangannya telah dinyatakan oleh Menteri pada sesi soal jawab Belanjawan tahun lepas dan bagaimana pula mekanisme pengagihannya.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

*Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berselawat] .* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Tangga Batu, inisiatif MyKiosk oleh KPKT ini adalah bertujuan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat dengan menawarkan kadar sewaan kios yang rendah; menyediakan ruang niaga yang seragam dan selamat serta selesa kepada peniaga-peniaga kecil; dan sekali gus menjadi sumber pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan.

Inisiatif ini adalah selari dengan aspirasi Belanjawan Kerajaan MADANI yang memfokuskan kepada penstrukturan semula ekonomi bagi melonjakkan pertumbuhan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

setempat dan kesejahteraan rakyat. Pada tahun 2023, Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun memperkenalkan MyKiosk KPKT dengan peruntukan sejumlah RM50 juta dengan seramai 3,189 peniaga telah pun menerima manfaat daripada program ini.

Bagi meneruskan usaha murni ini, kerajaan telah pun menyediakan peruntukan tambahan pada tahun 2024, sejumlah RM100 juta untuk pelaksanaan program MyKiosk 2.0 dengan sasaran terkini sehingga 19 November 2024 iaitu 4,054 unit kios yang masih dalam peringkat pembinaan ketika ini. Bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun menyalurkan peruntukan sebanyak RM600,000 pada tahun 2023 bagi penyediaan 30 unit kios dan sebanyak RM925,000 pula diberikan pada tahun 2024 untuk pembinaan 37 unit kios yang baru.

Bagi kawasan yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Tangga Batu sebentar tadi iaitu Pusat Penjaja Kecil Klebang di Pantai Puteri, Tangga Batu, ia merupakan lokasi tumpuan pelancong di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Walau bagaimanapun Ahli Yang Berhormat, lokasi tersebut didapati tidak sesuai memandangkan berlaku hakisan pantai ketika ini dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sedang dalam proses penyusunan semula peniaga-peniaga sedia ada. Itu bagi menjawab soalan yang pertama.

Keduanya, bagi menjawab soalan berkaitan dengan mekanisme pengagihan, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, jumlah kios yang diluluskan oleh KPKT kepada mana-mana PBT adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh PBT dan ia juga adalah berdasarkan kepada kesesuaian lokasi penempatan kios, pemilihan peniaga serta jenis perniagaan yang dijalankan. Di sudut mekanismenya Ahli Yang Berhormat, pengagihan unit kios oleh PBT masih berdasarkan kepada asas-asas pertimbangan dan kriteria yang telah pun ditetapkan oleh KPKT sama ada daripada segi lokasi dan juga kategori peniaga. Ada kurang lebih enam iaitu:

(i) keutamaan diberikan kepada kelompok B40;

(ii) peniaga-peniaga kecil yang sedia berdaftar dengan SSM;

(iii) melibatkan penempatan semula peniaga-peniaga sedia ada;

(iv) lokasi kios ditempatkan secara berkelompok sama ada ianya merupakan tumpuan pelancongan ataupun strategik;

(v) mempunyai infrastruktur asas; dan

(vi) selamat beroperasi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Tangga Batu.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju dengan semua kriteria yang disebut tadi. Tetapi saya dimaklumkan terdapat beberapa lokasi MyKiosk yang kurang bersesuaian dan tidak mendapat sambutan daripada pengunjung seperti apa yang berlaku di Tangga Batu.

Sebenarnya bukan Pantai Klebang yang menghadapi hakisan tetapi Pantai Puteri, itu pun di sebelah hujung sahajalah.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Akan tetapi, kalau kita lihat daripada segi ramainya pengunjung dan orang tempatan yang berlaku berniaga, saya rasa Pantai Puteri dan Klebang lah tempat yang sesuai. Tetapi malangnya hari ini kios itu dipasang di Stadium Hang Jebat yang memang bukan tempat jadi tumpuan pengunjung. Jadi, apakah kriteria yang ditetapkan kepada PBT bagi melaksanakan program MyKiosk ini? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Ahli Yang Berhormat, memang Kompleks Hang Jebat ada diperuntukkan lebih kurang 30 unit MyKiosk. Adapun yang ditanyakan tentang lokasi-lokasi ini Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya jelaskan tadi, kios yang diluluskan adalah bergantung kepada pihak PBT dan Ahli Yang Berhormat, saya kira bolehlah mengadakan libat urus juga bersama dengan PBT seandainya ada isu-isu yang Yang Berhormat merasakan perkara itu lebih sesuai...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

...Boleh berbincang terus tapi pada masa yang sama, ada beberapa keutamaan yang diberikan oleh pihak kementerian ini kepada PBT dalam menentukan lokasi-lokasi yang sesuai iaitu:

(i) disarankan di kawasan pelancongan;

(ii) kawasan taman rekreasi;

(iii) kawasan pusat komersial;

(iv) berhampiran dengan kawasan perumahan; dan

(v) kawasan perindustrian.

Adapun yang disebutkan tadi, saya yakin dan percaya telah pun menepati yang dikriteriakan oleh pihak kementerian. KPKT juga sentiasa menekankan pemilihan peniaga yang akan ditempatkan di setiap kios di mana KPKT akan meminta senarai terlebih dahulu, mana-mana golongan penjaja kecil yang mahu ditempatkan di kios KPKT. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, untuk di sudut makan, kios yang berkaitan dengan makanan, mesti melepasi saringan kesihatan.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Contohnya, ujian ataupun suntikan tifoid. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, Jelebu.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Jelebu.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Oh, saya pandang kepada Menteri, tersangkut kepada Timbalan Menteri Wanita. Bajunya menyerlah pagi ini. Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan, soalan.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya nak teruskan Dato' Yang di-Pertua.

Soal yang berkaitan dengan usahawan ini sangat dekat di hati kebanyakan Ahli Parlimen, Dato' Yang di-Pertua, terutamanya bagi kawasan luar bandar. PBT ini di Negeri Sembilan, kita ada lebih kurang around 300 ke 400 kios dan PBT kerajaan banyak memberikan peruntukan untuk menyediakan kios-kios kecil ini, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Soalan saya ialah, kios ini tidak boleh lari daripada kerosakan apabila sampai masa dia, vandalisme, cuaca, malapetaka dan sebagainya. Jadi soalan saya, ada tidak peruntukan yang disediakan oleh KPKT ini untuk membaiki ataupun untuk mengatasi masalah kerosakan kios yang berlaku kerana kebanyakan PBT, ada PBT yang tak mampu nak repair?

Keduanya Dato' Yang di-Pertua, PBT ataupun KPKT ada tidak menyediakan ataupun merancang untuk menyelaraskan sewa kios kepada semua pengusaha? Kerana ada PBT dengan PBT yang lain, sewanya tak selaras dan ada PBT yang mengenakan sewa terlalu tinggi dan tujuan kita ialah no-for-profit oriented, dengan izin. Kita buat adalah untuk membantu usahawan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, soalan yang sangat baik. Pertamanya, kita memang sentiasa menumpukan kepada kualiti kios tersebut, di mana kementerian melalui JKT telah pun menetapkan tempoh jaminan liabiliti kerosakan selama enam bulan bagi mana-mana kios yang diperuntukkan di bawah dan PBT mestilah melaporkan keadaan-keadaan kios kepada pembekal yang telah pun dilantik supaya penggantian ataupun penambahbaikan boleh dibuat.

Pada masa yang sama, seandainya telah pun melepasi tempoh enam bulan itu Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, mereka boleh membuat permohonan melalui BP1 bagi proses penambahbaikan, manakala berkaitan dengan soalan kedua tadi Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, memang di peringkat KPKT, kita menetapkan maksimum sewanya adalah RM300 sebulan.

Akan tetapi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, ada PBT yang tidak mengenakan apa-apa bayaran sehingga masuk dua tahun. Contohnya di Padawan, Sarawak. Diberikan percuma. Di Pekan, saya difahamkan RM30 sewaan sebulan. Di Kluang RM50, Iskandar Puteri RM100 sebulan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya RM120. Adapun yang ditetapkan adalah maksimumnya jangan melebihi RM300. Yang selebihnya adalah terpulang kepada pihak PBT sebab itu adalah yang telah pun diberikan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Bandar Tun Razak.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri Kesihatan.

draft • 11:40 AM

7. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Kesihatan menyatakan keberkesanan langkah-langkah melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 bagi laporan yang telah merekodkan 424,000 kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun di Malaysia disahkan mengalami masalah mental.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak yang sangat prihatin berkenaan tentang isu kesihatan mental, terutama sekali kanak-kanak. Dan juga berdasarkan soalan tersebut, ia adalah merujuk kepada Metrik Keselamatan Negara yang meletakkan Teras 8, berkenaan tentang keselamatan rakyat. Di mana di dalam teras tersebut menyatakan berkenaan tentang pengukuhan kesihatan minda dan juga ketahanan rakyat.

Juga data-data yang disampaikan adalah berdasarkan hasil daripada dapatan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS).

Laporan yang merekodkan 424,000 bersamaan dengan 7.9 peratus kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental adalah berpandukan kepada Laporan NHMS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2019. Di mana kanak-kanak yang berumur 10 hingga 15 tahun direkodkan mempunyai prevalent masalah kesihatan mental yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak berumur lima sehingga sembilan tahun. Terkini, dapatan NHMS pada tahun 2023 turut menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja meningkat dua kali ganda iaitu 922,318 bersamaan dengan 16.5 peratus. Perkara ini telah pun dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini beberapa minggu yang lepas.

Kebanyakan masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh golongan muda termasuk kanak-kanak dan remaja adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial seperti masalah dengan rakan sebaya, masalah perhubungan, buli, penyalahgunaan substance serta rasa rendah diri ataupun low-self esteem yang menyumbangkan kepada stres yang tinggi serta masalah kesihatan mental yang lain seperti kemurungan dan keresahan.

Kementerian Kesihatan amat prihatin dan menyedari bahawa isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak perlu diberikan perhatian serius. Justeru, KKM telah menggariskan beberapa inisiatif yang bersifat strategik dan inklusif berpandukan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2021 hingga 2025. Bagi strategi pertama iaitu meningkatkan tadbir urus dan kerangka peraturan, KKM sedang membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja yang memfokuskan kepada mengikut pendekatan whole-of-government dan whole-of-society.

Pelan ini dibangunkan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi aspek promosi, pencegahan dan penjagaan kesihatan mental khusus bagi golongan kanak-kanak dan remaja dan juga kita menjangkakan pelan strategik ini akan dibentangkan dan juga disiapkan pada 2025 kelak. Seterusnya adalah strategi untuk meningkatkan accessibility kepada perkhidmatan kesihatan mental serta surveillant kesihatan mental antaranya inisiatif yang berjaya dilaksanakan adalah menerusi perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses melalui semua lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak dan remaja di 1,088 klinik kesihatan, 68 hospital dan 37 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh negara.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Perkhidmatan pusat sehenti krisis setempat atau one-stop-crisis center yang berfungsi untuk mengenal pasti serta mengurus kes-kes penderaan secara bersepadu dan inklusif. Perluasan perkhidmatan kaunseling di peringkat kesihatan primer melalui penempatan 200 kaunselor secara kontrak bagi memberikan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada masyarakat, termasuk kumpulan sasar kanak-kanak dan remaja.

Selain itu, melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Kebangsaan (NCEM) KKM turut melaksanakan kolaborasi merentas agensi, antaranya seperti kerjasama Kementerian Pendidikan melalui Program Minda Sihat di 2,456 sekolah menengah dan 7,776 sekolah rendah di seluruh negara untuk memperkasakan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi melalui pengukuhan elemen kemahiran dan daya tindak ataupun coping skill serta resilient di kalangan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, selain inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak, pelbagai usaha juga turut dilaksanakan dan juga melalui konsep task shifting usaha serta bersama ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan serta capaian lebih luas kepada golongan kanak-kanak dan remaja khususnya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Bandar Tun Razak.

draft • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang menjawab. Memang ini adalah satu yang kita tengok tapi keberkesanannya saya nak tanya sebab kadang kita buat banyak pelan pendidikan namun apa yang berkesan itu lebih penting. Jadi itu yang saya nak sampaikan sebab ini Bandar Tun Razak fasal ada banyak yang miskin bandar. Jadi, banyak budak-budak ini dan dia tengok bahawa angka-angkanya nampak menurun. Soalan saya adalah antara 5 hingga sembilan tahun Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat walaupun angka masalah kesihatan mental di bandar kita lihat terdapat penurunan dan juga terdapat peningkatan masalah kesihatan mental di luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak menunjukkan peratusan yang agak tinggi. Tetapi saya bersetuju berkenaan tentang keberkesanan program-program yang kita laksanakan. Sebagai contoh, Program Minda Sihat yang dijalankan bersama dengan pihak Kementerian Pendidikan, di mana kita memperkukuhkan program-program melalui Program Doktor Muda dan juga PRS ataupun Program Rakan Sebaya.

Walaupun demikian, kita masih juga berdepan dengan masalah stigma Yang Berhormat, stigma di kalangan ibu bapa di mana apabila guru-guru kaunseling mendapati terdapat kalangan kanak-kanak kita terutama sekali kanak-kanak di sekolah rendah didapati mempunyai masalah mental, stigma di kalangan masyarakat ataupun ibu bapa tidak dapat untuk menerima. Di mana kita perlu menghantar anak-anak kita untuk melalui saringan dan juga rawatan di fasiliti kesihatan.

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Itu perkara adalah akan diberi penumpuan dan juga kita tidak dapat bekerja secara silo di mana Kementerian Kesihatan perlu mendapatkan sokongan daripada Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan juga agensi- agensi lain iaitu di pihak swasta dan juga NGO untuk menjalankan sesi libat urus yang lebih komprehensif dan juga lebih mendapat penerimaan daripada masyarakat.

Dan juga banyak lagi program-program yang sedang kita laksanakan. Dan juga untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, melalui sesi perkongsian maklumat dan juga perkongsian pengalaman, kita mendapati bahawa Malaysia mempunyai program dan juga modul kesihatan mental yang baik dan juga yang dipuji oleh negara-negara luar tetapi kita masih lagi tidak mempunyai proses pengukuhan pemahaman di kalangan masyarakat.

Di situ saya merasakan ataupun Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini boleh juga memasukkan modul ataupun pemahaman dari sudut kesihatan mental ini dilaksanakan melalui pusat-pusat khidmat ataupun program-program di konstitusi masing-masing. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Kapar.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Merujuk kepada jawapan Timbalan Menteri tadi, di atas meja semua Ahli Parlimen iaitu Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat dan prosiding yang kami lakukan menjemput Kementerian Pendidikan, ada satu buku teks namanya “Pendidikan Kesihatan” buku teks itu.

Jadi, apakah Kementerian Kesihatan telah memberikan satu tumpuan untuk memberikan tekanan di situ supaya anak-anak ini dibina daripada awal lagi. Bukan sudah ada masalah baru dia nak dipulihkan dan sebagainya. So, ini salah satu daripada ruang yang saya rasa Kementerian Kesihatan kena bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

Kedua, bagi memastikan ekosistem kesihatan mental yang lebih holistik, apakah pendekatan terkini KKM dalam usaha menambah bilangan pakar psikiatri di seluruh negara yang masih rendah memandangkan jumlah keseluruhan pakar psikiatri berdaftar di Malaysia ini hanya 623 orang. Itu pun separuh sahaja bersama dengan Kementerian Kesihatan, yang lainnya Ministry of Defence dan sebagainya.

Jadi, bagaimana strategi khusus Kementerian Kesihatan ini nak pastikan kes-kes ini tidak dilaporkan berkaitan dengan kesihatan mental, yang sudah kemurungan, dia nak bunuh diri, yang ambil dadah dan sebagainya satu hal, yang tidak dilaporkan terutama yang mereka didapati berisiko kemurungan dan memerlukan perkhidmatan kaunseling namun tidak tampil untuk membuatkan laporan.

Oleh sebab itu guru-guru di peringkat sekolah rendah lagi sudah dibuat awareness, program awareness, whole-of-society, whole-of-government. Ini adalah satu perkara baik.

Saya setuju dengan Bandar Tun Razak, is the keberkesanan yang kita bottom line-nya.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat. Disebabkan itulah kita sedang merancang Pelan Strategik Kesihatan Mental Di Kalangan Kanak-kanak Remaja dan juga melalui pelan strategik inilah kita akan menguji keberkesanan program- program yang sedang dijalankan.

Selain daripada itu, berkenaan tentang subjek kesihatan mental yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, buku kesihatan tersebut. Sememangnya kita sedang dan telah pun menjalankan seperti Program Doktor Muda dan juga PRS. Kita juga memasukkan dan Program Doktor Muda ini dilakukan secara kokurikulum di Kementerian Kesihatan.

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Kemungkinan besar juga kita perlu mengembangkan penglibatan kanak-kanak dan juga guru-guru di dalam program-program tersebut.

Berkenaan persoalan Yang Berhormat, kalau kita melihat daripada prevalence dapatan daripada survey NHMS 2023, kita dapati responden daripada kalangan masyarakat di luar bandar terutama sekali di Sabah, Pahang dan juga di Sarawak menunjukkan responsif kanak-kanak terhadap masalah mental ini agak nyata dan juga peratusan tersebut agak tinggi. Bermaksud masyarakat kanak-kanak kita sudah mula untuk memberikan expression mereka berkenaan kesihatan mental.

Cuma respons daripada kementerian dan juga masyarakat dan ibu bapa terhadap masalah tersebut. Berkenaan tentang pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja Yang Berhormat, ketika ini kita mensasarkan untuk mewujudkan 30 orang pakar menjelang 2027.

Sehingga kini kita hanya mempunyai 18 pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja di hospital KKM. Itu jelas menunjukkan satu kadar bilangan yang agak rendah Yang Berhormat.

Kita sedang mengusahakan dan juga dengan pindaan Akta Parallel Pathway yang kita wujudkan tersebut, mungkin kita dapat meningkatkan. Tetapi kita tidak dapat bekerja secara silo kerana terdapat pakar-pakar tersebut di sektor swasta, di kementerian- kementerian yang lain. Kita kena menggunakan guna sama pakar-pakar tersebut untuk menangani masalah isu kesihatan mental. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2024, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024, Rang Undang-undang Syarikat Labuan

(Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Amanah Labuan (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Yayasan Labuan (Pindaan) 2024, Rang Undang- undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan

(Pindaan) 2024 dan Usul Menteri Kewangan seperti di No. 1 hingga 8 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu 11 Disember 2024”.

draft • 12:01 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:01 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:01 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul sepertimana yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:01 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS ALAM SEKITAR, SAINS DAN PERLADANGAN DI BAWAH P.M. 14(1)(l)
PENGURUSAN UNSUR NADIR BUMI (REE) DI MALAYSIA

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, Yang Berhormat Kuala Terengganu akan memberi penerangan berkenaan Penyata bertajuk Pengurusan Unsur Nadir Bumi (REE) di Malaysia. Silakan.

draft • 12:01 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan telah membentangkan Penyata Jawatankuasa berhubung Pengurusan Unsur Nadir Bumi (REE) di Malaysia DR.33/2024 di Dewan Rakyat pada 26 November 2024.

draft • 12:04 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jawatankuasa ini telah mengadakan empat mesyuarat dan satu lawatan kerja bagi membincangkan berkenaan Pengurusan Unsur Nadir Bumi (REE) di Malaysia bersama kementerian, jabatan, agensi dan pihak swasta seperti berikut:

(i) Kementerian Sumber Asli dan Pelestarian Alam (NRES);

(ii) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG);

(iii) Jabatan Tenaga Atom (JTA);

(iv) Agensi Nuklear Malaysia;

(v) Akademi Sains Malaysia;

(vi) MCRE Resources Sdn. Bhd.;

(vii) Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT); dan

(viii) Lynas Malaysia Sdn. Bhd.

Selain itu jawatankuasa juga telah mengadakan lawatan kerja ke Perak pada 6 hingga 7 Mei 2024, dengan mengadakan libat urus bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dan JMG Perak, MCRE Resources Sdn. Bhd. berkenaan dengan pengurusan REE yang dijalankan di Gerik, Perak dan lawatan tapak dan fasiliti-fasiliti yang terdapat di tapak projek Printis NR-REE di Gerik, Perak.

Melalui sesi mesyuarat dan libat urus yang diadakan, jawatankuasa telah mengkaji dan meneliti isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat dan lawatan kerja. Isu-isu ini merangkumi pembangunan industri REE di Malaysia, polisi dan dasar perlombongan REE, dasar moratorium pengeksportan REE, kepakaran tempatan dan pembangunan teknologi serta risiko pencemaran alam sekitar.

Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut –– Pertama, pembangunan industri REE di Malaysia. Malaysia memiliki sumber REE yang tinggi tetapi hanya terlibat di dalam peringkat huluan dan pertengahan industri berbanding China yang memiliki ekosistem yang lengkap. Kelewatan di dalam mewujudkan central buying house rare earth carbonate (REC) menjejaskan keyakinan pelabur kerana ketiadaan jaminan terhadap penjualan REE yang diekstrak. Penetapan kuota eksport sementara pusat pemprosesan REE dibina adalah kritikal dan kerjasama sektor swasta dan kerajaan perlu diperkukuh melalui insentif pelaburan untuk membangunkan ekosistem REE dari huluan hingga hiliran.

Selain itu kolaborasi antara ahli akademik, saintis dan industri juga penting untuk memastikan kitaran ekonomi berterusan. Namun kemajuan hiliran dan pertengahan terbantut akibat industri huluan yang belum berkembang kerana ketiadaan lesen perlombongan REE dan kekurangan bahan mentah. Jawatankuasa telah mengemukakan empat syor bagi meningkat dan menaik taraf pembangunan industri REE di Malaysia iaitu:

(i) pembangunan industri pertengahan REE di segerakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada kemudahan yang hanya terdapat di Lynas Malaysia dan China;

(ii) penyelidikan kitaran ekonomi perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak terhenti di peringkat kajian sahaja. Walau

draft • 12:04 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

bagaimanapun industri pertengahan dan hiliran tidak dapat dijalankan selagi industri huluan tidak dibangunkan;

(iii) mewujudkan persefahaman dan kerjasama dengan pihak negara luar untuk meneroka model perniagaan yang lebih fleksibel, sama ada secara usaha sama atau berasaskan ekuiti;

(iv) platform G2G atau multilateral arrangement perlu diterokai bagi membantu pihak industri dan ahli perniagaan di dalam mewujudkan perniagaan yang lebih kompetitif dan tidak bergantung kepada pasaran tempatan semata-mata.

Kedua, polisi dan dasar perlombongan REE. Kerajaan melarang perlombongan di hutan simpan kekal. Namun, terdapat kebimbangan bahawa keperluan ekonomi mungkin memerlukan pengecualian pada masa akan datang. Risiko kecurian mineral di kawasan ini tinggi dan memerlukan kerjasama perundangan antara kerajaan negeri dan juga Persekutuan.

Setakat ini, enam kes perlombongan haram telah dibanteras, dengan kebanyakan eksport haram REE disamarkan sebagai mineral lain seperti kaolin dan serbuk batu kapur.

Walaupun perlombongan REE tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri, proses pemberian lesen perlombongan perlulah mematuhi SOP dan penilaian kesan alam sekitar.

Justeru itu untuk memaksimumkan nilai ekonomi, dasar baharu perlu diwujudkan agar hasil REE dijual kepada pemain industri tempatan dan mengelakkan eksport bahan mentah tanpa nilai tambah di dalam negara. Jawatankuasa telah mengemukakan 12 syor bagi polisi dan dasar perlombongan REE.

Antaranya ialah:

(i) penambahbaikan dari segi polisi bagi industri REE diteliti oleh NRES, supaya industri REE di Malaysia lebih berdaya saing di peringkat, di peringkat global;

(ii) SOP perlombongan REE perlu mendapat pengesahan dan pengiktirafan daripada JAS bagi memastikan proses yang dijalankan mematuhi piawaian dan tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar;

draft • 12:04 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

(iii) lesen perlombongan yang sebenar dikeluarkan kepada mana- mana syarikat yang memohon dan negeri-negeri yang berminat dan bukannya sebagai projek perintis dengan memastikan tiada isu pencemaran alam sekitar dan perlombongan berjalan dengan baik;

(iv) kerajaan memudahkan permohonan perlombongan REE oleh negeri-negeri dan menentukan hala tuju industri REE secara menyeluruh;

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

(v) undang-undang dan peraturan digubal bagi mengawal perkembangan industri REE pada masa hadapan;

(vi) kerajaan mengkaji semula tempoh maksimum pengeluaran lesen bagi syarikat yang melabur di dalam industri pertengahan REE memandangkan pelaburan yang besar diperlukan di dalam bidang ini;

(vii) kerajaan mempertimbangkan tempoh lesen beroperasi sekurang-kurangnya 15 tahun dengan syarat-syarat tertentu bagi meningkatkan keyakinan dan mendorong kemasukan pelaburan; dan

(viii) penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan di dalam pembangunan industri REE di Malaysia bagi memastikan Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam dan masalah ekonomi akibat pelaburan tidak terkawal.

Yang ketiga, dasar moratorium pengeksportan REE. Mulai 1 Januari 2024, moratorium pengeksportan mentah NR-REE telah ditetapkan di seluruh negara berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 27 Oktober 2023. Langkah ini diambil untuk mengelakkan kerugian kepada kerajaan kerana nilai bahan mentah REE jauh lebih rendah berbanding dengan REE yang telah diproses.

Walau bagaimanapun, syarikat menghadapi cabaran besar kerana larangan eksport tersebut meningkatkan beban kos pengeluaran. Sebagai contoh, syarikat MCRE Resources Sdn Bhd sedang berusaha memperluaskan projek perlombongan di kawasan yang telah mendapat kelulusan EIA tetapi berdepan kesukaran akibat larangan tersebut.

Maka kerana itu jawatankuasa mengemukakan empat syor lagi bagi dasar moratorium pengeksportan REE iaitu:

(i) NRES menyediakan jalan penyelesaian yang jelas bagi mengatasi lambakan stockpile REC yang telah tersedia selepas kerajaan menetapkan larangan eksport;

(ii) kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan syarikat-syarikat perlombongan tidak terbeban dengan kos yang telah dikeluarkan namun hasil tidak dapat dieksport keluar;

(iii) kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memberi kebenaran pengeksportan REC yang telah dilombong sehingga pembangunan industri REE pertengahan telah tersedia. Tindakan proaktif perlu diambil memandangkan pihak pengusaha mengalami kerugian apabila dasar larangan pengeksportan telah dilaksanakan.

Kerajaan juga perlu bertindak secara cekap dan tepat bagi mengelakkan daya saing negara menurun; dan

(iv) penubuhan pusat pembelian REC disegerakan bagi menyelesaikan isu lambakan stockpile REC.

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sikit sahaja lagi. Keempat, kepakaran tempatan dan pembangunan teknologi.

Malaysia berpeluang memanfaatkan teknologi perlombongan REE melalui rundingan dengan China meskipun negara itu memiliki polisi yang ketat dalam pembinaan teknologi. Kepakaran tempatan seperti yang dibangunkan oleh Lynas perlu diteruskan dan diperkukuhkan melalui latihan di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi REE.

Pembangunan industri REE juga memerlukan tenaga kerja berkemahiran di dalam bidang seperti kejuruteraan, perlombongan, geologi dan kimia dengan latihan tambahan untuk meningkatkan kebolehan tempatan.

Kerjasama government-to-government (G2G) dan peraturan multilateral perlu diteroka untuk mengembangkan model perniagaan yang fleksibel dan memastikan daya saing global. Mengurangkan kebergantungan kepada pelabur tempatan atau syarikat seperti Lynas.

Tempoh 15 tahun disarankan untuk memberi keyakinan kepada pelabur namun kerajaan tetap berhak menutup operasi jika syarat dilanggar. Dengan teknologi pemprosesan REE yang dipatenkan Lynas, Malaysia kini berada pada kedudukan strategik untuk bersaing dengan China.

Kesebelas, jawatankuasa telah mengemukakan dua syor bagi kepakaran tempatan dan pembangunan teknologi:

(i) kerajaan membangunkan kepakaran dan infrastruktur di dalam memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan R&D unsur nadir bumi;

(ii) pembangunan modal insan bagi meningkatkan keupayaan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan daya saing industri nadir bumi negara dengan melibatkan kepakaran tempatan.

Terakhir, berkaitan dengan risiko pencemaran alam sekitar. Malaysia perlu berhati- hati dengan risiko pencemaran ammonia di dalam teknik perlombongan ISL yang boleh menyebabkan tumbesaran pokok tidak normal.

Sebagai langkah pencegahan, Malaysia wajar mengambil iktibar daripada pendekatan China yang mengehadkan perlombongan REE untuk melindungi alam sekitar dan mengelakkan ketidakseimbangan di dalam pasaran global.

Jawatankuasa telah mengemukakan dua syor bagi risiko pencemaran alam sekitar iaitu:

(i) Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan dan Jabatan Perhutanan perlu menjalankan kajian bagi mengukur tahap pertumbuhan pokok getah di tapak projek perintis di Perak; dan

(ii) JMG mengkaji satu mekanisme perlombongan yang lebih lestari sekiranya perlombongan dilaksanakan di kawasan hutan simpan bagi mengelakkan gangguan kepada kawasan yang tidak terlibat dan kerosakan hutan dengan menggunakan teknik ISL.

draft • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sebelum menutup, saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran pasukan sukarelawan Parlimen Besut yang berkhidmat tanpa penat lelah, berhujan, berpanas dan tanpa mendapat apa-apa imbuhan yang hadir pada hari ini.

[Tepuk] Oleh yang demikian Dato’ Yang di-Pertua, sekian sahaja penerangan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Alam Sekitar, Sains dan Perladangan bagi penyata pengurusan unsur nadir bumi REE di Malaysia.

Untuk makluman Yang di-Pertua, perbahasan ini akan digulung oleh Yang Berhormat Julau. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

Sebelum itu, saya ingin merekodkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian yang turut hadir mendengar sesi penerangan JKPK ini.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kita ada tiga senarai pembahas. Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Dungun. Setiap pembahas diberikan tiga minit. Sila pembahas pertama Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih juga beri peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Untuk makluman, unsur nadir bumi atau rare-earth elements (REE) semakin menjadi tumpuan global kerana kepentingannya dalam teknologi moden termasuk dalam sektor tenaga hijau, elektronik dan pembuatan kenderaan elektrik.

Namun begitu, pengurusan dan pembangunan industri ini memerlukan pendekatan yang holistik dan bertanggungjawab. Izinkan saya mengutarakan beberapa perkara penting untuk perhatian Dewan yang mulia ini iaitu yang pertama saya ingin menekankan kebimbangan terhadap risiko pencemaran alam sekitar yang mungkin berlaku akibat perlombongan REE khususnya di kawasan hutan atau kawasan pertanian seperti ladang getah dan lain-lain.

Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan kekal dalam ekosistem dan menjejaskan sumber air penduduk setempat. Justeru itu, kerajaan mesti menetapkan piawaian alam sekitar yang ketat dan memantau pematuhan bagi memastikan perlombongan REE ini dijalankan secara lestari.

Kedua, kita mesti memastikan hasil dalam perlombongan REE ini memberi manfaat maksimum kepada negara. Saya mencadangkan kerajaan menggubal dasar khusus yang mewajibkan sebahagian besar REE diproses dalam negara untuk menghasilkan produk bernilai tambah bukannya dieksport mentah. Ini bukan sahaja akan menjana pendapatan lebih tinggi tetapi juga merangsang pertumbuhan industri hiliran di Malaysia.

draft • 12:17 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ketiga, bagi menarik pelabur jangka panjang, saya menyarankan agar tempoh perlombongan REE bukan diberikan 15 tahun seperti Pengerusi JKPK tadi tapi saya sarankan 20 tahun kerana perlombongan unsur nadir bumi ini memerlukan pelaburan besar dalam penyelidikan, teknologi dan infrastruktur dan tempoh lesen yang lebih panjang dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara kita.

Keempat, permohonan lesen perlombongan perlu diselaraskan dan dipermudahkan namun ini tidak bermaksud kita mengabaikan kawalan dan pemantauan. Proses yang pantas tapi telus adalah penting untuk memastikan pelabur serius dalam memulakan operasi tanpa kelewatan birokrasi yang tidak wajar.

draft • 12:17 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Kelima, perlombongan dan pemprosesan REE ini memerlukan tenaga kerja yang mahir. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan meningkatkan pelaburan dalam program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang berkaitan dengan sektor ini.

Dengan menyediakan tenaga kerja mahir tempatan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing tetapi juga memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat terus daripada perkembangan sektor ini.

Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, penyelidikan dan pembangunan adalah kunci kepada kejayaan industri REE. Kerajaan perlu memperkukuhkan kerjasama antara universiti, institut penyelidikan dan sektor swasta untuk memastikan kita kekal kompetitif di peringkat global. Dana R&D juga perlu ditambah dan harus disalurkan bagi menggalakkan inovasi dalam kaedah perlombongan dan pemprosesan yang lebih cekap dan mesra alam.

Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia mempunyai potensi besar dalam industri REE. Namun, kejayaan kita bergantung kepada bagaimana kita mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pemeliharaan alam sekitar dan kebajikan rakyat. Batu Pahat berharap semua pihak dapat bersetuju bahawa kita memerlukan dasar yang strategik dan berwawasan untuk memastikan REE menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara tanpa mengabaikan tanggungjawab kita terhadap generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Sila, Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) sedang hangat diperkatakanlah. Kita sekarang ini merupakan pengeluar, antara pengeluar utamalah.

Difahamkan seluruh negeri di Malaysia ini mempunyai sumber ini. Jadi, pihak berwajib mestilah berhati-hati dan merancang strategi supaya ia dapat dimanfaatkan dengan baik.

Setakat ini, kita hanya melibatkan dalam sektor huluan sahaja iaitu upstream. Sektor pertengahan (middle-stream) dan downstream, kita masih lagi menghantar bahan-bahan mentah REE ini ke negara luar untuk diekstrak menjadi 17 logam yang sangat berharga ini.

Khususnya ke negara China. Ini tidak menguntungkan.

draft • 12:21 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kita tidak mahu sejarah lampau macam mana negara kita menjadi pengeluar biji timah yang terbesar di dunia tetapi akhirnya negara yang maju ialah negara Eropah, London khususnya. British menjadi negara industri yang kaya-raya sampai sekarang. Kita yang pengeluar biji timah ini dapat apa hasil daripada perlombongan yang kaya-raya satu masa dahulu? Hanya lombong-lombong tinggal sahaja yang ditinggalkan untuk kita. Yang mana lombong-lombong di sekitar bandar raya bolehlah kita buat tasik, macam Mines, untuk pelancongan. Tetapi yang di hulu-hulu, jadi lombong tinggal yang menggerunkan. Tak boleh nak dibangunkan. Ini satu kerugian.

Jadi, di situ saya nak syor, Sabak Bernam nak syor supaya diwartakan ataupun polisi yang jelas perlombongan ini supaya tidak dijalankan perlombongan sewenang-wenangnya.

Satu ketika dulu, Kampar adalah bandar yang terkenal dengan lombong. Satu ketika, penduduk Bukit Pekan memberitahu kepada saya, ada pelombong yang sangat kaya, dia sanggup alihkan bandar Kampar itu ke tempat lain kerana di bawah bandar itu ada tersimpan biji timah yang sangat banyak, berbilion-bilion. Jadi, kita perlu ada dasar tanah yang jelas supaya tidak berlaku perkara ini.

Nasib baiklah pada waktu itu harga timah jatuh. Tak jadilah bandar Kampar dialihkan.

Kalau tidak, YB Kampar pun nak bertanding dekat mana, saya pun tak tahu. Saya bimbang ini, Yang di-Pertua Speaker. Saya bimbang kalau nanti satu masa Sabak Bernam pun ada REE di bawahnya, sudah kami terpaksa pindah ke tempat lain. Saya nak bertanding dekat mana?...

[Ketawa] Terima kasih.

draft • 12:21 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan, Yang Berhormat Dungun.

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua kerana keizinan perbahasan Penyata Pengurusan Unsur Nadir Bumi (REE) di Malaysia.

Penyata ini menjelaskan tentang prosedur dan tatacara yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kelulusan projek REE bermula dengan lesen prospek atau lesen eksplorasi, kemudian beralih ke peringkat pemilikan tanah lombong, seterusnya laporan kelulusan environmental impact assessment (EIA) dan pelan pemulihan lombong.

Dalam proses pembangunan lombong pula, setiap lombong yang beroperasi perlu mematuhi Skim Pengendalian Melombong (SPM) yang disediakan. Kesemua prosedur ini dikawal selia di bawah pelbagai akta dan enakmen serta melibatkan banyak agensi di peringkat pusat dan negeri termasuk Jabatan Mineral dan Geosains, pihak berkuasa negeri, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Semestinya peringkat kelulusan melombong ini sahaja akan memakan masa yang lama sebelum operasi projek sebenar dapat dijalankan. Bagi memastikan proses ini lebih efisien, kerajaan perlulah mereka bentuk mekanisme kelulusan projek yang meminimumkan birokrasi dan red tape, dengan izin dan memastikan proses tersebut tidak bertindan. Melalui

draft • 12:24 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

mekanisme ini, agensi-agensi berkenaan tidak lagi bekerja secara silo, sebaliknya secara lebih bersepadu dan juga bersama untuk memberikan kelulusan projek.

Tuan Yang di-Pertua, kalau melihat kepada pembentangan daripada MIGHT, anggaran sumbangan KDNK NR-REE 2025 hingga 2050, menjelang tahun 2030, sebanyak 24,800 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan. Dari tahun 2025 hingga 2030, KDNK terkumpul NR-REE ialah RM28 bilion. Menjelang tahun 2050, sumbangan kepada KDNK RM48 bilion. Dari tahun 2025 hingga 2050, jangkaan sumbangan RM573 bilion kepada ekonomi Malaysia.

Oleh yang demikian, disarankan agar kerajaan, dalam pengurusan REE, menjalankan dan menjalinkan kerjasama yang erat dan kukuh dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menjadikannya lebih berdaya saing dan memberi hasil untuk kemajuan negeri- negeri dan juga negara.

Oleh itu, saya ingin untuk kita melihat kepada tagline atau moto MIGHT yang ditubuhkan tahun 1993. Dengan izin, “Let’s have a conversation, together we make it happen”. Soalnya, kita masih lagi dalam peringkat perbincangan dan perancangan. Padahal, kalau dilihat apa yang disebut daripada taklimat yang diberi oleh MIGHT ialah bermula tahun 2025 sudah akan mula mendatangkan hasil kepada KDNK negeri dan negara.

Oleh itu, marilah kita benar-benar letakkan bahawa usaha bersungguh-sungguh untuk memastikan hasil dan pulangan kepada kemajuan negeri-negeri dan negara dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk tahun hadapan. Terima kasih, Yang di- Pertua.

draft • 12:24 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, ketetapan dua di sebelah kerajaan dan dua pembahas di sebelah pembangkang. Saya persilakan seorang lagi pembahas. Yang Berhormat Semporna.

draft • 12:24 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua untuk memberi ruang kepada saya untuk turut berbahas walaupun secara ringkas.

Perkara ini cukup penting untuk saya juga turut menyuarakan, bagi pandangan kerana perkara ini bukan hanya bersabit dengan hasil bahkan juga keadaan environment.

Tangan-tangan manusia inilah dalam beberapa perkara dunia pada hari ini boleh menghancurkan keadaan yang ada di dunia ini. Maka, dengan itu, penting kepada kita — saya amat setuju dengan rakan-rakan Yang Berhormat telah membangkitkan kesan dia.

draft • 12:29 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Pengalaman kita di Sabah dahulu. Saya masih ingat pada tahun 1970-an, di mana kita resource yang ada copper Mamut. Kesannya pada hari ini, banyak anak-anak yang juga lumpuh, handicap oleh kerana saluran air kesan daripada perlombongan yang dilakukan di copper Mamut di Ranau itu. Tapi kita juga tidak tahu hasil sebenar yang kita peroleh daripada

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

yang dilakukan oleh pihak Jepun. Mungkin bukan hanya mengandungi copper, bahkan juga emas, berbagai mineral yang ada.

Dengan itu Datuk Speaker, saya masa Ketua Menteri mengharamkan, tak ada pengeksportan kayu balak di Sabah. Tak pernah kerajaan melakukan seumpama itu, berpuluh tahun semenjak kita merdeka. Kerana saya tahu kesan kepada environment, bukan hanya banjirnya, tangan-tangan manusia ini kesannya kepada keadaan sekeliling kita. Maka, penting kepada kita perlu mempunyai satu perundangan, satu peraturan yang begitu lengkap, komprehensif untuk menangani masalah ini, mengurus tadbir.

Bukan hanya kita inginkan hasil, income for the nation, jobs for the people, but we must also be mindful this can cause life, environment. Banjir yang ada, contohnya di Tawau.

Berapa orang anak banjir oleh kerana bila dilanda, situ kayu balak sampai sekarang pun- berlaku bukan hanya pemotongan kayu dalam keadaan bila kita – saya minta pegawai- pegawai saya lalu ke situ sebelah malam, sampai 40 lori kayu balak yang jalan raya dahulu tak sampai pun dalam usia enam tahun dah rosak, keadaannya.

Kerana ini kita tahu, kita beli. Kita jual kayu balak kita. Mungkin harganya seumpama RM100. Lepas itu, kita beli perabot dari China, daripada Jepun, harganya RM1,000. Kayu yang kita punya, kita beli daripada mereka untuk kegunaan kita. Why don’t we go downstream? Hari ini juga berlaku di Sabah, Yang Berhormat Menteri pun saya dah maklumkan. Silika contohnya. Kita eksport silika.

Masa saya Ketua Menteri, I told the investors from China. No, you must go downstream. There must be solar panel. Saya tak mahu silika you eksport pergi China, you proses, bagi peluang pekerjaan kepada anak-anak di sana. Kita nak rakyat Malaysia yang ada di Sabah juga turut mempunyai peluang pekerjaan. Why don’t you produce solar panel yang ada? Di Melaka dah ada. Ini cukup penting. Bayangkan environment yang ada. Saya minta kepada Yang Berhormat supaya perkara ini disusun atur dengan baik.

Kes yang berlaku baru-baru ini di Sabah. Rasuah untuk issue lesen sahaja. Itu belum lagi concession diberikan. Kita perlu mengambil tindakan yang tegas dalam keadaan bukan hanya oleh kerana kejadian seumpamanya ini, but kesannya kepada negara kita, mencemarkan. They must be very thorough. Dahulu ada carbon credit, saya siasat sampai ke Singapura, sampai ke Australia. Bila saya siasat, illegal. Syarikat yang didaftar, perumahan. Syarikat yang didaftar di Singapura, apartmen. There is no proper company. So, we have to be very thorough. Yang Berhormat Menteri, kerana ini bukan hanya dari segi environment, dari segi pengurusan, kita tak mahu nanti orang lain menumpang keadaan ini. Satu perkara yang penting juga, saya berharap apa juga penggubalan dasar dan perundangan yang ada di negara ini, harus mematuhi perundangan negara kita. Artikel 2(b), Perlembagaan Persekutuan cukup jelas kalau sekiranya ada perubahan boundary yang ada di negara ini, khususnya membabitkan Perjanjian 63, Sabah dan Sarawak, perlu ada restu dari penggubal rang undang-undang di Sabah. Bukannya TYT. TYT tidak ada kuasa. Dia bukan penggubal

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

undang-undang. Yang menggubal undang-undang ialah Dewan Undangan Negeri. Bila sudah diluluskan Dewan Undangan Negeri, maka, TYT boleh tandatangan.

Saya berharap jangan ada pula peraturan kerana ini akan ada percanggahan, the Federal Government, the Central Government mesti bincang secara mendalam dengan kerajaan negeri yang ada. Kita tak boleh supersede oleh kerana kita berkuasa. Ini untuk membina satu negara, bonding the nation. Kerana itu penting kepada kita, kalau kita bond the nation. Bagilah, terimalah pandangan daripada pihak-pihak, saya dah bangkitkan di peringkat Dewan Undangan Negeri. Selama ini tidak ada perbincangan.

Cuma saya difahamkan, kalau ada rang undang-undang, tunggu TYT. Saya ingat itu bukan mengikut peraturan yang ada. Let’s follow the law of this country. It must be thoroughly discussed. Kita bagi pandangan, bukan kita tak setuju. For the national interest, yes. We want the nation to have income. We want the nation to have job opportunity, business opportunity. Tapi not the expenses. Kita destroyed nation kita, negara kita dalam keadaan yang kita cukup bimbang hari ini.

Bayangkan keadaan cuaca yang tidak menentu, bukan hanya negara kita. Di seluruh dunia yang ada. Banjirnya. Ini dalam Al-Quran, hadis ada dah tangan-tangan manusia ini.

Bukannya hanya tangannya tetapi nafsunya itu. Ayat Quran yang menyatakan. Tapi kita kena ingat selaku pimpinan dan saya berharap ini satu perkara yang perlu diambil perhatian berat oleh semua pihak, kita selaku penggubal dasar ini. Terima kasih banyak Dato’ Speaker, untuk bagi ruang saya.

draft • 12:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Julau, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, untuk menjawab. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang sudah membangkit perkara isu ini. Dato’ Yang di-Pertua, pada masa ini jumlah nilai sumber mineral negara ialah RM4.11 trilion. Angka ini merangkumi mineral berlogam bernilai RM1.03 trilion, mineral bukan logam bernilai RM2.96 trilion dan mineral tenaga bernilai RM0.12 trilion.

Ini merupakan satu potensi besar kepada negara untuk menambah nilai perdagangan dan ekonomi negara dan tidak boleh kita abaikan. Melalui Pelan Induk Transformasi Industri Mineral 2021-2030, kerajaan telah mengenal pasti lima jenis mineral strategik utama iaitu NREE - bauksit, bijih timah, pasir silika dan kaolin.

Pelan ini bertujuan untuk menyumbang sebanyak RM39 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030. Ini adalah langkah yang jelas dirangka oleh kementerian untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan demi memanfaatkan potensi mineral negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, 29 kawasan baharu sumber mineral strategik telah dikenal pasti dengan peruntukan sebanyak RM3.9 juta. Hasilnya, deposit

draft • 12:35 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

mineral bernilai RM810 bilion telah ditemui. Ini satu pencapaian yang luar biasa dan membuktikan bahawa potensi ini boleh diterokai dengan lebih mendalam.

Dato’ Yang di-Pertua, industri REE di negara kita melibatkan tiga sektor utama iaitu pertama, sektor huluan yang merangkumi kajian kebolehlaksanaan eksplorasi dan perlombongan. Kedua, sektor pertengahan yang melibatkan pengekstrakan pengasingan dan penulenan. Ketiga, sektor hiliran yang tertumpu kepada pembuatan, pemasaran dan promosi.

Namun begitu, cabaran kita adalah memastikan setiap sektor ini berkembang dengan seimbang. Oleh itu, Jawatankuasa telah mengemukakan 22 syor penting untuk memperkukuhkan pembangunan industri unsur nadir bumi di Malaysia. Cadangan ini meliputi pelbagai aspek kritikal, termasuklah pertama, mempercepatkan pembangunan industri pertengahan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar.

Kedua, memperbaiki polisi dan undang-undang supaya lebih berdaya saing di peringkat global. Serta ketiga, mempermudah kerjasama antarabangsa melalui model perniagaan yang fleksibel dan platform G2G atau multilateral. Selain itu, langkah penting yang lain adalah menggubal SOP perlombongan lestari bagi memastikan perlindungan alam sekitar. Jawatankuasa juga mencadangkan penubuhan pusat pembelian untuk mengurus lambakan stok REC serta melaksanakan dasar pengeksportan sementara sehingga industri tempatan bersedia sepenuhnya.

Penyelidikan dan pembangunan infrastruktur serta peningkatan tenaga kerja melalui TVET adalah keutamaan. Negara kita memerlukan pakar tempatan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab industri NREE yang berdaya saing. Kita juga perlu memberi perhatian kepada kawasan sensitif seperti hutan simpan. Perlombongan di kawasan ini mesti dilaksanakan dengan kaedah yang lestari untuk melindungi ekosistem.

draft • 12:35 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Pada masa yang sama, sokongan kepada pemain industri amat penting. Ini termasuk menyemak tempoh lesen operasi dan mengurangkan beban kos akibat larangan eksport supaya perlombongan dan pemasaran dapat berjalan dengan lebih tersusun. Keseluruhan cadangan ini mempunyai satu matlamat yang jelas, membangunkan industri REE Malaysia sebagai sektor yang mampan, inovatif dan kompetitif di peringkat global. Pada masa yang sama, kita berusaha untuk memastikan perlindungan alam sekitar, kelestarian sumber asli dan kesejahteraan komuniti setempat menjadi keutamaan.

Tadi kita ada soalan berbangkit daripada YB Batu Pahat, YB Sabak Bernam, YB Semporna dan YB Dungun dan daripada isu-isu yang berbangkit Dato' Yang di-Pertua, ramai isu ini sudah di dalam syor JKPK dan kita ada satu perkara adalah daripada YB Batu Pahat pasal hal lesen 20 tahun untuk industri ini dan kita ada mengesyorkan 15 tahun. Itu sahaja yang berbeza.

Untuk menjawab YB Semporna, YB Semporna tadi ada membangkitkan isu pasal hal REE. Kalau boleh kita janganlah kita jual sebagai raw material dengan izin dan dalam JKPK kita, kita pun ada membangkitkan isu ini dengan teliti dan saya difahamkan bahawa ada dua

draft • 12:40 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

atau tiga syarikat yang ada potensi untuk develop downstream activities dengan izin di Malaysia ini. Itu saja daripada saya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, bangun di atas peraturan mesyuarat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan mesyuarat berapa Yang Berhormat?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

19(1)(a)

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa itu Yang Berhormat?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nak saya baca? Okey.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“Tiap-tiap permintaan kepada Majlis Mesyuarat hendaklah dengan cara rayuan dan tiap-tiap rayuan itu hendaklah dibawa oleh seorang Ahli dan Ahli yang membawa itu tertanggunglah ke atasnya menjaga iaitu rayuan itu dikarang dengan bahasa beradab”.

Saya telah karang dengan bahasa yang cukup beradab, terberadab sekali ya. Tapi saya bawa di bawah 19(1)(a), tapi bila Speaker tolak, Speaker tolak dengan menggunakan 19(2)(b). Jadi 19(2)(b) ini mungkin saya hantar empat permohonan iaitu berhubung dengan peruntukan. Kedua, BlackRock. Ketiga, harga lantai. Keempat, pemandu mabuk. Pemandu mabuk, okey telah dibincang di Kamar Khas. Tetapi untuk ditolak perkara berhubung dengan peruntukan, memang saya gagal sebab saya tidak nyatakan berapa. Tetapi berhubung dengan BlackRock, saya tak minta apa-apa peruntukan.

Jadi sepatutnya ditolak di bawah 19(1)(a). Bukan 19(1)(b). Jadi saya mohon Yang Berhormat Yang di-Pertua yang dikasihi, supaya menyebut bahawa permohonan Yang Berhormat di bawah 19(1)(a) ditolak di bawah 19(2)(b). Kalau tidak, saya tidak faham kenapa saya ditolak di bawah peraturan lain. Saya tanya peraturan lain.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya. Boleh duduk?

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli Yang Berhormat Arau, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum dan saya difahamkan Ahli YB juga telah menerima salinan asal surat daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas perkara yang disebutkan tadi. Saya kira Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat masih tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 43, Yang Berhormat bolehlah membuat usul dan kemukakan dua hari sebelum. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dewan kita akan habis Khamis. Saya akan cuba bawa hari inilah. Kalau tidak, kalau saya terbawa esok, maknanya tahun depan pulalah kita berjumpa.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mungkin tahun depan tukar kerajaan.

Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, surat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat pada 6 Disember. Hari ini 10 Disember Yang Berhormat.

Sepatutnya Yang Berhormat ada masa yang panjang. Yang Berhormat tahu perkara yang dibangkitkan tidak ditolak. Yang telah ditolak, sepatutnya Yang Berhormat kemukakan berdasarkan Peraturan 43. Saya fikir perkara itu sudah selesai. Sila Setiausaha.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DALAM TALIAN 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia dengan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina binti Othman Said; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada sidang ini.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMEGANG AMANAH (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemegang Amanah 1949; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina binti Othman Said; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada sidang kali ini.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemegang Amanah

(Pemerbadanan) 1952; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina binti Othman Said; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada sidang kali ini.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada sidang ini.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SARAWAK (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia, Tuan Sim Chee Keong; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada 12 Disember 2024.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN DATA 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memperuntukkan perkongsian data dan dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam dengan agensi sektor awam lain, penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara, fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara berhubung dengan perkongsian data dan perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.

[9 Disember 2024]

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita menyambung perbahasan atas Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Kita ada baki lagi enam Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Dungun, Segamat, Petaling Jaya, Kangar, Arau dan Tuaran. Setiap Ahli Yang Berhormat masih dikekalkan lima minit. Sila Yang Berhormat Dungun.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] Terima kasih Yang di-Pertua atas peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.

Pertama, berkait dengan pengasingan kuasa Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Pindaan ini memperkenalkan pengasingan peranan Pengerusi dan CEO di bawah seksyen yang dipinda. Adakah kerajaan telah melakukan kajian terperinci tentang impak pengasingan ini terhadap keberkesanan SKMM? Bagaimana langkah ini dapat memastikan kelancaran operasi memandangkan sebelum ini peranan tersebut dilakukan yang telah disatukan untuk penyelarasan dan keselarasan kepimpinan?

Kedua keanggotaan Suruhanjaya, fasal 3 menyebut tentang penambahan bilangan maksimum anggota Suruhanjaya daripada lima kepada tujuh, termasuk mewakili pelbagai bidang seperti ekonomi, undang-undang dan perlindungan pengguna.

draft • 12:48 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bagaimanakah proses pelantikan ini akan dijalankan untuk memastikan keterwakilan yang benar-benar memenuhi keperluan sektor komunikasi dan multimedia? Apakah mekanisme untuk mengelakkan pelantikan atas dasar politik atau kepentingan tertentu?

Peruntukan kuasa tambahan kepada Menteri. Seksyen 18 yang dipinda memperlihatkan peningkatan kuasa Menteri dalam memberi arahan kepada SKMM termasuk keperluan pendaftaran arahan tersebut. Apakah jaminan yang ada bahawa kuasa ini tidak akan disalahgunakan untuk kepentingan tertentu, terutamanya dalam isu sensitif seperti kebebasan media dan akses kepada maklumat?

Fungsi SKMM berkaitan keselamatan siber. Penambahan fungsi SKMM untuk mengawal selia piawaian keselamatan dan integriti rangkaian komunikasi di bawah seksyen 16 adalah langkah baik. Namun, bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani cabaran teknikal dan sumber manusia dalam memastikan keberkesanan pengawalseliaan ini? Adakah SKMM diberi peruntukan tambahan untuk memenuhi tanggungjawab ini?

Perlindungan daripada tindakan undang-undang, seksyen 51A. Peruntukan perlindungan undang-undang kepada anggota SKMM yang bertindak dengan suci hati.

Namun bagaimana dengan mekanisme pemantauan untuk memastikan perbuatan yang melanggar integriti atau profesionalisme tidak berlindung di bawah klausa ini? Maknanya, kalau ada berlakunya pelanggaran terhadap perkara yang melibatkan integriti dan juga profesionalisme, tiba-tiba ketika mana telah disebut daripada tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada suci hati. Maka pohon kenyataan bagaimana kiranya berlaku untuk memastikan bahawa ia benar-benar di bawah maksud klausa suci hati itu?

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan di hari ini juga saya ingin untuk fokuskan tentang bagaimana kita melihat persoalan yang ditimbulkan ketika mana kita membincangkan soal tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap anggota suruhanjaya tetapi apa yang perlu ialah persoalan bagaimana yang ditimbulkan oleh seorang penyair Rom iaitu Juvenal, ‘Who watches the watchmen’ dengan izin.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Satu persoalan yang kini sering dipetik untuk mengenal pasti kewujudan elemen semak dan imbang terhadap mana-mana pihak yang memegang kuasa. Terima kasih. Saya harap bahawa pindaan ini benar-benar akan menjadikan bahawa kepentingannya adalah kepentingan awam iaitu yang melibatkan diadili secara benar tentang reputasi pihak yang mungkin akan dikenakan apa-apa tindakan di bawah undang-undang pindaan ini. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Segamat.

draft • 12:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua atas peluang ini dan juga berkenaan rang undang-undang Akta Suruhanjaya Komunikasi.

Rang undang-undang ini yang bertujuan untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589). Pindaan ini yang dicadangkan bertujuan untuk membuat perubahan kepada komposisi suruhanjaya untuk memperluas fungsi suruhanjaya untuk mengadakan peruntukan bagi mengasingkan peranan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif untuk meningkatkan nilai wang bagi kontrak yang boleh dibuat oleh suruhanjaya dan perkara ini yang berkaitan dengan 16 fasal dengan perubahan ini.

Oleh itu, saya ingin memetik satu perkara di mana merujuk kepada fasal penggantian seksyen 16, keanggotaan ini suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri, seorang pengerusi, tiga orang anggota yang mewakili Kerajaan Persekutuan yang salah seorang anggota hendaklah merupakan ketua setiausaha bagi kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia dan (c) tidak kurang daripada dua orang tetapi tidak melebihi daripada tujuh orang anggota.

Pengalaman dan pengetahuan dalam perkara yang berhubung dengan komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi, pentadbiran awam, persaingan, perlindungan pengguna, sains sosial atau apa-apa kelayakan yang bersesuaian sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Saya ingin juga untuk mencadangkan kerana kita telah meluluskan CMA semalam dengan pelbagai hujah dan juga mendengar cadangan-cadangan dan juga penambahbaikan undang-undang itu. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa suara-suara di luar sana termasuklah CSO yang sebelum ini mencadangkan supaya suara mereka diangkat, termasuklah pihak pembangkang juga mencadangkan bahawa suruhanjaya ini harus memainkan peranan yang sangat penting untuk check and balance CMA yang kita luluskan dalam Dewan ini.

Oleh itu, saya juga mencadangkan kepada stakeholders di luar sana, orang yang ada kepentingan dalam penggubalan undang-undang ini dan akta ini supaya hadir dan tampil bersama untuk bersama dalam suruhanjaya ini. Untuk itu, pada mesyuarat kali ini, saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini dan juga kepada Yang Berhormat Menteri

draft • 12:54 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

bahawa kita seharusnya memperhalusi segala proses ini supaya ruang itu dibuka kepada stakeholder, stakeholder yang lain.

Oleh itu, saya ingin – Segamat mencadangkan kepada Dewan yang mulia dan juga Yang Berhormat Menteri bahawa rujuk Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589) ke jawatankuasa khas untuk diperhalusi dan dipertimbangkan semula supaya kita boleh mengkaji dan memberi ruang supaya rakyat di luar sana dan orang- orang yang stakeholders ini tidak beranggap kerajaan ini kejam, tidak beranggap Menteri ini melanggar, bahawa Menteri mempunyai kuasa dan sebagainya, bahawa ini adalah akan membuka ruang supaya membuktikan kerajaan benar-benar prihatin, benar-benar mendengar suara-suara di luar sana supaya perkara ini boleh diperhalusi.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan, saya tidak mahu berhujah panjang. Yang Berhormat Menteri, saya rasa akan mempertimbangkan cadangan ini supaya kita akan memperhalusi juga perkara yang saya cadangkan ini. Oleh itu, Segamat mohon Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Speaker untuk merujuk rang undang- undang ini ke jawatankuasa khas untuk diperincikan semula. Sekian, terima kasih.

draft • 12:54 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Seterusnya Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 12:54 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Dewan yang mulia ini.

Dato’ Indera Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pindaan seksyen 20, pengasingan peranan antara pengerusi dan ketua pegawai eksekutif. Saya amat mengalu- alukan pemisahan peranan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif kerana saya percaya kecekapan pentadbiran dan operasi adalah asas untuk pembangunan pengawalseliaan MCMC ataupun SKMM. Diharapkan komitmen perubahan ini akan mengurangkan conflict of interest yang mungkin timbul membolehkan lembaga pengarah membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan selari dengan matlamat kerajaan untuk mencegah salah guna kuasa.

Petaling Jaya juga ingin menyentuh pindaan seksyen 16, mengkaji semula atau mengaudit apa-apa maklumat, aktiviti mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berhubung dengan sistem komunikasi kepada suruhanjaya. Saya berpendapat ini sememangnya terdapat keperluan apatah lagi suruhanjaya perlu bergerak proaktif dalam mengawal selia kandungan digital atau pengendali lesen media sosial atau dalam talian.

Apatah lagi kandungan itu boleh ditafsirkan sebagai kandungan yang menjelikkan atau membawa kemudaratan dalam talian. Ini boleh dilihat dari sudut kemudahan kandungan dalam talian yang digunakan untuk tujuan scam, penipuan, phishing, aktiviti siber yang berniat jahat, kandungan lucah atau kandungan yang menggugat kestabilan dan keharmonian kaum serta penghinaan terhadap institusi diraja.

draft • 12:57 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Pada September 2024, Timbalan Menteri Komunikasi mengatakan bahawa Malaysia kerugian RM3.18 bilion akibat penipuan dalam talian antara 2021 sehingga April 2024. Malah sejumlah 32,000 kandungan penipuan atau scam dalam talian antara Januari hingga 15 Ogos dilaporkan. Malah dilaporkan penipuan melalui SMS juga dikatakan kembali aktif. Dato’ Seri Yang di-Pertua, bagi orang lain mungkin mereka tak rasa begitu mendalam apabila mendengar kes-kes penipuan scam online dan umpamanya.

Tapi bagi saya, saya sendiri terlibat dalam pergerakan untuk anti scam, memberikan mutual support kepada mangsa-mangsa scam, membawa mereka berjumpa dengan Bank Negara. Bahkan saya pernah berdemo depan Bank Negara Malaysia untuk perjuangkan keadilan kepada mangsa-mangsa tersebut. Maka, saya ingin bertanya bahawa adakah kementerian, terdapat garis panduan yang baru bagi mengekang penipuan menerusi sistem ataupun platform yang baharu ini? Dan adakah suruhanjaya dengan pindaan yang baru dapat mengekang dan juga memberikan respons kepada trend penipuan online ataupun scam yang makin meningkat ini secara lebih efektif?

Dato’ Indera Yang di-Pertua, kelmarin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegur tindakan yang lembap dalam membangunkan infrastruktur 5G dan juga Digital ID.

Kita harus sedar bahawa dalam era teknologi dan digitalisasi, persaingan antara negara akan berlandaskan kesiapsiagaan infrastruktur digital. Siapa yang mempunyai infrastruktur digital yang baik, akan mempunyai kelebihan dan akan ke depan.

Pindaan akta ini secara keseluruhan cuba juga memastikan SKMM terus berdaya tahan dalam mengawal selia industri komunikasi dan multimedia. Ianya juga perjelaskan kuasa dan fungsi pembangunan supaya dapat mengawal selia standard bagi infrastruktur dan platform yang dapat memacu pertumbuhan industri serta lebih cekap membangunkan standard bagi keselamatan dan aset maklumat dan rangkaian komunikasi. Maka sama ada niat dan objektif kementerian boleh diterjemahkan dalam hasil menjadi satu tanda pertanyaan.

Jika kita lihat kepada prestasi SKMM sekarang, memang masih ada ruang untuk ditambahbaikkan. Maka, contohnya dalam pelbagai lawatan saya ke universiti contohnya UPM, saya mendapati bahawa IPTA tidak mempunyai liputan yang baik, contohnya di sekitar perniagaan di sekitar Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, liputan perpustakaan pun menjadi teruk pada musim hujan. Perkara yang sama turut berlaku bukan saja di UPM tetapi di UKM dan UM juga. Jadi, kesemua ini memerlukan usaha kita semua untuk memperbaiki sistem yang ada.

Saya mengikuti perbahasan Segamat tadi, saya turut setuju bahawa libat urus yang lebih komprehensif sebenarnya diperlukan kerana pindaan rang undang-undang ini adalah sangat asas. Dulu kita bicarakan bina jambatan, bina jalan raya Dato’ Indera Yang di-Pertua tapi sekarang kita perlu bicarakan satu sistem ataupun framework yang baik untuk membangunkan infrastruktur digital kita.

Jadi, saya juga mendengar bukan saja Segamat tetapi Ahli-ahli Dewan lain bahawa terdapat banyak ruang untuk diperbaiki dalam RUU ini, maka dalam semangat tersebut, saya

draft • 12:57 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

juga setuju bahawa supaya dicadangkan RUU ini dibawa ke jawatankuasa pilihan khas untuk memperhalusi lagi RUU ini dan untuk juga merungkai lebih banyak aspek lagi supaya libat urus yang lebih komprehensif ini dapat memberikan keyakinan kepada kita semua termasuk kepada pihak pembangkang untuk memberikan input mereka. Sekian, terima kasih.

draft • 12:57 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan YB Kangar.

draft • 12:57 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang setia menunggu. Jadi Kangar ambil peluang untuk membahas RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Jadi yang pertama, yang mana satu pilihan Kerajaan MADANI? Yang mana satu pilihan rakyat Malaysia? Antara kuasa politik, kebebasan individu, hak asasi, privasi, keharmonian masyarakat. Jadi terlalu banyak isu-isu berkaitan dengan multimedia telah mengongkongi masyarakat Malaysia ketika ini.

Masyarakat hari ini mempunyai ruang terlalu banyak untuk mengkritik, mengecam kerajaan, mengecam institusi, mengecam, mengkritik individu-individu. Jadi, dunia kritikan adalah perkara biasa pada hari ini dan kita semua, termasuklah Ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya kita tidak mudah koyak dengan kritik mengkritik, kecam mengecam ini.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 7 pindaan seksyen 18 merujuk kepada kuasa Menteri yang amat besar. Subseksyen (3), arahan Menteri hendaklah didaftarkan oleh suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan. Saya ingin bertanya...

draft • 1:03 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kangar, memandangkan dah pukul 1.05 minit, sambung selepas 2.30 boleh?

draft • 1:03 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Boleh, boleh.

draft • 1:03 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan lebih pukul satu tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

draft • 1:03 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kangar untuk teruskan perbahasan.

draft • 2:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kangar ingin menyambung perbahasan yang diberhentikan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 7 pindaan seksyen 18 merujuk kepada kuasa Menteri yang amat besar. Subseksyen (3), Arahan Menteri hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan. Jadi Kangar ingin bertanya kenapakah kuasa dipusatkan kepada Menteri sehingga Menteri pada bila-bila masa boleh menghabiskan, boleh mengubahsuaikan, mengubah dan boleh membatalkan sesuatu arahan.

Jadi, apakah rasional besarnya kuasa Menteri seolah-olah beliau mempunyai kuasa mutlak? Apakah ini juga akan menghalang kebebasan media? Saya pergi kepada fasal 3 seksyen 6 keanggotaan Suruhanjaya. Adakah penggantian seksyen 6 memberi kuasa yang berlebihan kepada SKMM yang akan membuat kawalan yang berlebihan ke atas institusi multimedia? Bagaimanakah SKMM akan memastikan keseimbangan antara pengawalseliaan dan kebebasan media serta komunikasi?

Kangar cuma merasa bimbang kerana jika tidak ditangani dengan betul, kebebasan media akan terganggu. Di negara-negara maju, masyarakat diberi terlalu banyak kebebasan termasuklah kebebasan bersuara. Rakyat bebas bercakap atas sifat hak asasi dan hak individu. Namun di Malaysia, semasa peringkat awal pentadbiran Kerajaan Madani kita menjangkakan akan ada ruang kebebasan bersuara yang besar. Namun, nampaknya keadaan amat meleset kerana kini kita tidak boleh cakap berlebih-lebihan terutama isu 3R yang menutup mulut semua. Ini kerana salah cakap, buruk padahnya.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 15 seksyen baharu 53A kuasa Suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat. Lagi sekali, Kangar ingin menegaskan besar sungguh kuasa Suruhanjaya. Soalan Kangar, adakah pindaan ini akan memperkukuhkan lagi atau melemahkan proses pemilihan ahli-ahli Suruhanjaya? Apakah kriteria-kriteria dalam pelantikan ahli-ahli, adakah terdapat pengaruh Menteri di dalam pindaan ini?

Namun, apa yang perlu kerajaan tahu adalah kerajaan tidak boleh mengawal rakyat secara fizikal. Lagi banyak kawalan kerajaan atau Suruhanjaya, lagi banyak kritikan daripada rakyat melalui platform yang berbeza. Sekarang kita berada di abad ke-21 yang penuh dengan kecaman, kritikan dan tuduhan. Bukan setakat kerajaan yang dikecam malah Ahli- ahli Parlimen pembangkang juga, institusi-institusi, individu-individu dan terbaru ialah atlet- atlet luar negara yang diserang oleh netizen Malaysia ketika Olimpik Paris yang lepas.

Jadi bagi Kangar, pindaan-pindaan boleh dibuat tetapi dengan nada yang berpada- pada dan rakyat perlu diberi ruang kebebasan yang sepatutnya. Terima kasih. Arau akan meneruskan daripada Kangar. Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar, saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Puan Yang di-Pertua, yang pertama sekali saya ucap terima kasih kepada rang undang-undang ini tetapi ada beberapa perkara yang saya percaya Menteri boleh bagi perhatian. Tapi perhatian sahaja lah sebab apa undang-undang ini sudah pasti ia akan mengikut kuasa majoriti. Yang pertama sekali ialah nama undang-undang ini ialah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Perkataan ‘suruhanjaya’ itu berada di sana.

Selalunya perkataan akta itu dikeluarkan jadi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Sekarang suruhanjaya lah, kalau suruhanjaya Yang Berhormat dia adalah badan berkanun. Tapi Akta Suruhanjaya ini saya tak pasti, saya tanya pada Menteri secara tak rasmi tapi kalau sekiranya dia badan berkanun dia badan berkanun pelantikannya mesti dibuat oleh apa itu Yang di-Pertuan Agong, Yang Berhormat. Sebab dia suruhanjaya.

Pengerusi itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan dinasihati oleh Menteri.

Saya bimbang sebab perkataan Menteri digunakan begitu banyak. Nanti bukan sahaja takut Menteri salah gunakan kuasa, saya bimbang Yang Berhormat lepas ini– ya Yang Berhormat ini bagus. Tapi lepas ini. Jadi kalau kami memerintah kami akan ubah inilah sebab kita akan kurangkan sikit kuasa Menteri itu. Sebab kalau nak pakai kuasa Menteri pun boleh, jangan sampai satu akta ini Yang Berhormat dia masuk kuasa Menteri.

Ya saya cadangkan kalau sekiranya akta ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, itu yang terbaik. Sebab sebut akta ini jadi saya pun naik confuse sikit. Kalau badan berkanun dia mesti suruhanjaya ya. Yang keduanya Yang Berhormat, pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif. Kalau sekiranya dia suruhanjaya, dia mesti dibuat oleh jawatankuasa yang apa itu– jawatankuasa pelantikan dia itu. Ini kita serah kepada suruhanjaya untuk melantik Ketua Eksekutif.

Menteri membuat pelantikan setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya. Yang sebenarnya Menteri buat pelantikan setelah dicadangkan oleh jawatankuasa pelantikan.

Prosedur pelantikan dalam badan berkanun ialah sama seperti kerajaan. Cuma di sini ada kelainan saya tengok Menteri boleh meletakkan imbuhan. Makna kata dia bukan ikut badan berkanun lah, mungkin dia boleh bagi double super A kah atau sebagainya sebab ini dia kata Menteri boleh menentukan.

Kalau badan berkanun setakat mungkin JUSA A, ini double JUSA A lah. Jadi saya minta supaya kalau sekiranya badan berkanun Yang Berhormat tengok balik supaya peraturan itu mematuhi badan berkanun. Yang keduanya, seperti yang disebut oleh kawan- kawan...

draft • 2:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat.

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi apabila akta ini dipinda daripada akta asal, dipinda dengan begitu banyak sehingga memasukkan semua kuasa-kuasa Menteri. Termasuk yang pindaan seksyen 16 ini Yang Berhormat yang akan saya sebut di peringkat jawatankuasa nanti...

draft • 2:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Arau, minta pandangan sikit Yang Berhormat. Segamat, Segamat depan ini, Segamat, Segamat.

draft • 2:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Segamat, Segamat.

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Depan. Oh ya.

draft • 2:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya minta...

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat minta pi Select Committee, saya setuju.

draft • 2:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Setuju ya?

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Setuju.

draft • 2:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Itu sahaja saya hendak dengar. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tadi Yang Berhormat berucap saya dengar.

draft • 2:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dan saya tengok selepas itu ada orang lain berucap, saya setuju dibawa ke Select Committee.

draft • 2:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak ada masalah, saya sokong yang itu, tak ada masalah. Cadangan wakil kerajaan. Kami tak mahu, kami suka ikut cakap Menteri. Tapi, dia wakil kerajaan pindah kami ikutlah. Sebab demi menjaga keharmonian tiga hari sebelum habis persidangan, selepas ini saya pun takkan jumpa dengan Pengerusi yang hebat ini, Yang di-Pertua yang hebat ini, tiga hari lagi. Jadi kita akan berharmonilah kehidupan kita. Saya harap Jelutong tak ganggulah keharmonian Dewan.

[Ketawa] Jadi berbalik tajuk ini tentang pindaan seksyen 18 dibuat dengan begitu teruk, Yang Berhormat. Selalu pindaan ini dia buat sedikit sahaja, tetapi Yang Berhormat telah meminda dengan dahsyatnya. Tiga, empat, lima dan enam.

Yang enam itu lagi bagus sebab apa? Makna kata kalau sekiranya semua perkara dua, tiga, empat, lima itu dia kira itu adalah mutatis mutandis, all right no problem. Kita boleh terima, tetapi menggunakan kuasa Menteri yang begitu banyak, saya ingat kurang manis.

Yang Berhormat ini masa dahulu mula-mula masuk menubuhkan kerajaan, kontroversi. Kita lawan habis-habisan. Yang Berhormat pun mungkin baru ya. Tetapi dua ke tiga bulan ini Yang Berhormat nampak berubah sedikit. Ada kematangan, keinsafan telah berlaku kepada Yang Berhormat.

[Ketawa] Jadi saya minta supaya rang undang-undang ini dilihat dalam bentuk yang berlainan.

Jangan menggunakan kuasa Menteri untuk menekan pembangkang atau media. Media tengah susah hati sekarang.

Saya hendak bagi tahu media, kalau Menteri menjawab boleh bawa ke Select Committee makna kata pelbagai pihak boleh bagi pandangan. Jadi sekarang ini, terpulang.

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya rasa Menteri hendak bulldoze, boleh. Tetapi kalau Menteri hendak dapatkan kehebatan rakyat, bawa ke Select Committee. Itu persembahan daripada Arau ya.

Okey, akhir sekali Yang Berhormat. Badan berkanun dia tidak ada perlindungan undang-undang. Makna dia boleh dibicarakan. Jadi dengan dia memasukkan peruntukan seksyen baharu 51A Fasal 14, ‘Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang’. Saya ingat itu perlu difikirkan semula dan kalau boleh Yang Berhormat sekali lagi saya minta supaya boleh bawa ke Select Committee. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran juga untuk membahaskan Rang Undang- undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024. Pada Tuaran pindaan ini tepat pada masanya seiring dengan perkembangan teknologi, apatah lagi ia tidak pernah dipinda atau dikaji semula sejak digubal pada tahun 1998.

Bagi Tuaran, pindaan ini akan memperkukuhkan lagi sistem komunikasi dan multimedia negara ini. Bukan sahaja dalam penyampaian maklumat, malah dalam sistem operasi dan keselamatan pengguna, media sosial sekali gus mampu mewujudkan persekitaran alam maya lebih baik negara kita. Biar semua terhindar daripada jenayah siber seperti scammers, judi online dan sebagainya sebab itu kita semua sokong sepatutnya rang undang-undang ini.

Pindaan ini juga tentu akan memperkasakan sistem penyampaian maklumat secara menyeluruh. Maka adalah diharapkan sebarang pewujudan atau pelaksanaan sebuah program akan dapat dikomunikasikan. Ini Kementerian Komunikasi, secara telus dan terbuka agar sampai hingga ke peringkat komuniti dan akar umbi.

Tuaran mengatakan hal ini kerana kita di Sabah mempunyai pengalaman dengan dikejutkan dengan pelaksanaan apa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) atau apa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) baru-baru ini.

Seluruh rakyat Sabah khususnya di Tuaran tertanya-tanya mengapakah ia diwujudkan sedangkan kita sudah mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung sedia ada. Rakyat tertanya-tanya apakah justifikasi pada penubuhannya, di manakah punca kuasa penubuhan JKDM ini?

Dari manakah peruntukan yang digunakan? Kita sedia maklum bahawa sistem pentadbiran negara kita mempunyai empat peringkat ataupun four tiers of governance. Bermula dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan kemudiannya kerajaan kampung (JKKK).

draft • 2:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini bermakna JKKK adalah the lowest tier of government dengan izin dan dalam sistem pentadbiran di negara kita. Punca kuasa bagi Kerajaan Persekutuan ialah Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution). Kerajaan negeri pula ialah Perlembagaan Negeri (State Constitution), kerajaan tempatan punca kuasanya adalah Ordinan Kerajaan Tempatan atau Local Government Ordinance dan akhirnya punca kuasa penubuhan JKKK kalau di Sabah ialah Ordinan Pentadbiran Luar Bandar.

Semua ini telah dikomunikasikan sejak sekian lama termasuklah daripada pihak RTM dan kita berterima kasih dan juga Jabatan Penerangan, terima kasih. Rakyat pun sudah memahami ini. Namun, nampaknya masih ada rakyat malah pemimpin tertinggi yang tidak memahami maklumat tersebut sehinggakan ada pemimpin yang tergamak menubuhkan JKKK kedua di setiap kampung di Sabah.

Jadi di Sabah sekarang satu kampung, dua JKKK. Satu JKDM satu JKKK. JKKK satu ada punca kuasa yang satu lagi tidak ada punca kuasa. Sebab itulah penubuhan JKDM ini rakyat Sabah masih tertanya-tanya bagi Jawatankuasa sedia ada, kita tahu mereka mempunyai elaun dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan JKDM ini? Adakah mereka juga diberi elaun? Kalau ada, dari manakah elaun mereka? Siapa membayar? Sebab itu punca kuasa menubuhkan JKDM ini saya sebut ini semua sebab ini semua hal komunikasi. Siapa yang mahu jelaskan ini semua? Mana yang benar, mana yang tidak benar?

Jadi cuma Puan Yang di-Pertua, pada masa ini sudah ada cakap-cakap yang menyatakan bahawa peruntukan JKDM diambil daripada peruntukan yang sepatutnya disalurkan pada JKKK sedia ada. Namun oleh kerana elaun JK sedia ada di Sabah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sabah mulai tahun ini, maka nampaknya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang diluluskan dalam Bajet 2025 ini nampaknya akan digunakan untuk membuat elaun JKDM.

Jadi boleh ke ini? Jadi boleh ke ini sesuatu yang ditubuhkan tanpa punca kuasa. Jadi bila kita bercakap tentang tata kelola, hal-hal asas seumpamanya terjadi. Jadi bukankah ini satu bentuk ketirisan dalam menguruskan kewangan? Adakah peruntukan JKKK pada tahun 2025 dipotong untuk disalurkan kepada JKDM? Saya perkara lagi yang rakyat selalu persoalkan ialah mengapakah JKKP atau JKDM hanya dilaksanakan di Sabah tetapi tidak di tempat lain. Kemudian dibuat dengan tidak teratur.

draft • 2:42 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuaran, laluan boleh sikit? Hulu Terengganu, sini, depan. Sini.

draft • 2:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey.

draft • 2:42 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tidak Tuaran bahawa dengan adanya dua jawatankuasa di kampung tersebut menjadi punca perpecahan dalam masyarakat. Setuju atau tidak, Tuaran?

draft • 2:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Memang saya setuju, memang ada perpecahan dan yang lebih teruk lagi kalau di tempat saya di Tuaran, pengerusi JKKK

draft • 2:42 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

itu datang dari kampung lain. Dia bukan dari sana, dia dilantik di sana. Jadi memang ada perpecahan. Sudah mula perpecahan. Ya.

Jadi Tuaran perkara-perkara ini dapat dijelaskan, dikomunikasikan dengan jelas dan menyeluruh. Saya sebutkan di sini YB Menteri ada sini, jadi kalau Jabatan Penerangan apa dia mahu cakap dengan kejujuran dia sebab ini daripada Persekutuan. Jadi kerana ramai sahabat yang mengatakan bahawa pelaksanaan ini bukan sahaja mempunyai punca kuasa, malah seolah-olah ini mempunyai motif di sebalik, apatah Sabah ini bakal berhadapan dengan PRN17 bila-bila masa. Jadi Puan Yang di-Pertua, tiga rangkap pantun. Boleh? Ok.

*Kalau berjanji harus dikota, Janji dilaksana mengapa berdusta?

Yang sedia ada, sila diperkasa, Bukannya hadir untuk memecah belah.

[Tepuk] Kuman di lautan dilihat langsung, Gajah di depan besar seketul, Semua yang betul, tetap disokong, Tapi yang salah harus diperbetul.

Tata kelola kunci utama, Tiada ketirisan rakyat sejahtera, Maklumat sahih tiada fitnah, Komunikasi perkasa tiada gelisah.* Sekian, saya mohon menyokong.

draft • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, masa 15 minit.

draft • 2:42 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya mulakan saya, saya ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang dari semalam hingga ke petang ini telah terlibat dalam perbahasan rang undang-undang untuk meminda Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ingin saya sentuh. Ada beberapa perkara yang dibincangkan luar daripada skop, ada juga yang lebih kurang mengambil semangat daripada perbahasan perbincangan semalam mengenai pindaan kepada Akta 588.

Jadi untuk penjelasan ini adalah pindaan bagi Akta 589 dan memang jelas ada beberapa perkara yang secara umumnya kita lihat Akta 588 itu akan diurus oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Maka kedua-duanya penting. Tapi bagi tujuan sedikit pandangan yang telah disampaikan, dilontarkan oleh rakan-rakan terutama daripada badan-badan bukan kerajaan ataupun civil society organisation.

draft • 2:49 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya meneliti Puan Yang di-Pertua dan juga pandangan daripada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Sukacita saya ingatkan bahawa dalam konteks perbincangan mengenai sebagai contoh seksyen 233 dalam Akta 588, ruang dan peluang ada dan wujud untuk meneruskan perbincangan itu di mana kalau kita teliti dalam platform seperti content forum yang diwujudkan memang kita boleh muat turun buku kod kandungan (content code) yang menjadi garis panduan untuk apa yang dimaksudkan dengan perkataan-perkataan yang terkandung dalam seksyen 233.

Sudah pasti dengan diluluskan seksyen ataupun diluluskan pindaan kepada Akta 588 semalam, kod kandungan ini juga akan diubah. Jadi kepada semua, sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat mahupun yang ada di luar sana untuk terlibat dalam proses bagi mencerakinkan dan meneliti apa yang ditakrifkan, apa yang dimaksudkan dengan perkataan-perkataan tertentu contohnya ‘jelik melampau’, maka platform yang baik adalah content forum itu. Jadi, ini memang terbuka dan sesi libat urus berterusan dan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan dan memberi penjelasan. Pertama, tentang isu yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat mengenai pelantikan oleh Menteri. Dari segi apa yang kita telah sediakan, pelantikan anggota Suruhanjaya termasuk pelantikan Pengerusi dilakukan oleh Menteri dan merupakan pendekatan yang lazim di mana ia juga di peruntuk di bawah akta-akta lain bagi badan-badan berkanun seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Manakala melalui pindaan ini, jumlah maksimum keanggotaan Suruhanjaya ditingkatkan dari sembilan menjadi 11. Ini adalah untuk membolehkan lebih ramai ahli yang mempunyai latar belakang pelbagai untuk menjadi sebahagian daripada Suruhanjaya memandangkan industri komunikasi dan multimedia itu sendiri merangkumi banyak industri dan sektor lain di Malaysia.

Sebagai panduan am, ahli-ahli badan perundangan termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat, wakil rakyat tidak menjadi anggota Suruhanjaya, tidak pernah dan tidak akan kerana Suruhanjaya ini harus bersifat tidak kepartian (nonpartisan) dan ini bukan hasrat kita.

Kita tidak mahu melibatkan mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan parti dalam menguruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Seterusnya, perbincangan mengenai fasal 4 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 589. Jadi seksyen 14A adalah peruntukan baharu yang bertujuan untuk memberi kejelasan mengenai perihal pemberhentian pelantikan Pengerusi.

Seksyen 16 pula adalah pindaan yang melibatkan pemantapan fungsi Suruhanjaya dari segi pembangunan dan juga berhubung perjalanan audit. Fungsi Suruhanjaya untuk mengaudit mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang yang lain yang

draft • 2:50 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

menyediakan perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi adalah hampir serupa dengan fungsi atau kuasa yang sama di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] . Berkenaan isu-isu yang dibangkit sekitar seksyen 18A dan juga seksyen 18, sukacita saya memberi maklum balas bahawa arahan Menteri yang dimaksudkan adalah arahan yang dikeluarkan kepada Suruhanjaya berhubung perjalanan kuasa dan fungsi Suruhanjaya.

Pindaan dilakukan bagi mengehendaki arahan-arahan yang diberikan tersebut untuk berdaftar di mana daftar tersebut boleh diakses oleh mana-mana orang bagi tujuan ketelusan.

Sebelum ini tidak ada keperluan itu dan Menteri mengarahkan Suruhanjaya dan selepas ini dengan pindaan ini, arahan Menteri itu dapat diketahui oleh orang awam, bukan lagi suatu perkara yang tidak berdaftar.

Mengenai pindaan ataupun penggantian seksyen 20 dalam Akta 589, seksyen 20 ini dipinda berikutan pemisahan peranan Pengerusi dan juga pegawai eksekutif di mana terma- terma khusus berkaitan dengan ketua pegawai eksekutif adalah dinyatakan di bawah seksyen ini bagi tujuan memastikan dua peranan penting ini dijalankan oleh dua individu yang berbeza.

Pelantikan ketua pegawai eksekutif sebuah badan berkanun oleh Menteri bukan satu perkara yang baru. Ketua pegawai eksekutif bagi badan-badan berkanun yang lain yang juga dibuat oleh Menteri seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Persaingan. Jadi, dia bukanlah satu perkara yang asing, ganjil ataupun luar biasa.

Fasal 11 untuk meminda seksyen 23. Ini mengambil kira bahawa keperluan ini melibatkan pekerja Suruhanjaya bagi memudahkan kelangsungan operasi, maka seksyen ini di cadang untuk dipinda bagi memberikan fleksibiliti kepada Suruhanjaya menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya yang lebih bersifat pentadbiran (administrative), dengan izin.

Seksyen 38 adalah peruntukan bagi —Ia adalah pindaan yang berbangkit dan bersifat operasi susulan pengenaan penalti kewangan di bawah Akta 588. Jadi, memberi kejelasan dari segi aliran itu. Manakala bagi seksyen 45 mengenai had nilaian kontrak, saya terima pandangan daripada ramai termasuk Kuala Krai yang ada membangkitkan tentang had ini dan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya juga secara dasarnya bersetuju bahawa perlu ketelusan dan juga perlu pengurusan yang lebih baik. Namun pada masa yang sama, had kontrak ini nilai pada waktu ini adalah bersandarkan nilai mata wang Ringgit pada tahun 1998 dan sekiranya dimasukkan angka inflasi bagi nilai kontrak tersebut kemungkinan ia lebih tinggi daripada RM10 juta sebagai siling atau had maksimum.

Namun, kita selaraskan pindaan kepada seksyen ini sama seperti badan-badan berkanun yang lain termasuk Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, had kontrak adalah RM10 juta. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara juga RM10 juta, Suruhanjaya Persaingan RM10 juta dan di peringkat perundangan negeri juga nilai sama juga ditetapkan. Contoh bagi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan juga mempunyai had nilai kontrak RM10 juta. Jadi, dia juga bukanlah satu perkara yang ganjil ataupun luar biasa.

draft • 2:50 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ramai yang bercakap tentang seksyen baharu 51A yang memberi perlindungan dan pembelaan kepada Suruhanjaya dan orang lain yang ditentukan daripada guaman dan prosiding undang-undang bagi perbuatan yang dilakukan dengan suci hati (bona fide), dengan izin. Peruntukan ini adalah peruntukan yang lazim bagi badan-badan berkanun yang lain di mana perlindungan yang sama diberikan di bawah statut lain termasuk sebagai contoh Akta Bank Negara Malaysia 2009, seksyen 87, Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996, seksyen 360, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, seksyen 267 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, seksyen 193.

Peruntukan ini tidak melibatkan perihal ouster clause dengan izin kerana terdapat keperluan untuk bertindak secara bona fide yang merupakan satu bentuk pembelaan yang perlu dibuktikan pemakaiannya dan akan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes ‘T. Dinesh’ yang disebut oleh Bukit Gelugor, yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan itu memang perihal ouster clause. Namun, perihal ouster clause seperti itu tidak berbangkit ataupun dengan izin, irrelevant dengan seksyen baru 51A.

Manakala seksyen baru 53A yang juga ada dibangkitkan, ini membolehkan Suruhanjaya menerbitkan maklumat sebagai alat penguatkuasaan dan untuk tujuan ketelusan (transparency), dengan izin. Peruntukan yang sama juga boleh dilihat di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Contohnya dalam seksyen 152A.

Saya berbalik kepada perkara pangkal ataupun perkara yang saya sebut di awal.

Dalam isu berkaitan seksyen 588, saya ambil maklum ramai yang mempunyai pandangan yang berbeza, ada yang mengatakan kita perlu buang in toto, seksyen 233 tapi saya telah jelaskan semalam bahawa seksyen 233 dalam Akta 588 berkait penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian (abuse of network facilities) dengan izin. Daripada penyalahgunaan itu, berlaku bentuk-bentuk jenayah seperti pedofilia, seperti penjualan ataupun transaksi komersial untuk bahan-bahan pornografi dan juga kesalahan-kesalahan yang lain.

draft • 2:50 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai takrifan bagi, contohnya, ‘jelik melampau’ dan sebagainya, tadi saya sebut, kita ada forum dan platform- platform yang memang sedia ada dan memang wujud dan saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pihak CSO dan orang awam untuk terlibat dalam dialog dan juga sesi libat urus dengan content forum, sebagai contoh.

Namun, dalam kita menggubal Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024, pihak SKMM telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak- pihak berkepentingan. Akan tetapi, dalam hubungan ini, saya perhati ada isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi-sesi tersebut yang tertumpu pada cadangan pindaan Akta 588 dan pihak-pihak tersebut tidak menyentuh mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat semasa membahaskan pindaan Akta 589 ini.

Saya ambil perhatian kerana perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini saya lihat mungkin wajar diberikan lebih banyak ruang untuk kita teliti dan perhalusi memandangkan, seperti yang saya sebut, seksyen 588 akan dipandu oleh

draft • 3:00 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Bermaksud, sebaik mana Akta 588 itu, sekiranya kita perlu perkukuhkan lagi daripada segi, dengan izin, governans, tatakelola bagi Suruhanjaya ini, maka kita perlu berikan pertimbangan yang lebih wajar.

Oleh itu, setelah saya mendengar pandangan daripada Segamat, Petaling Jaya, Arau dan rakan-rakan, saya berpandangan, Tuan Yang di-Pertua, adalah wajar dan saya mohon mencadangkan:

“Bahawa berdasarkan Peraturan Mesyuarat 62, saya berhasrat untuk menangguhkan bacaan yang seterusnya bagi Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 untuk mendapatkan pandangan dan cadangan yang selanjutnya daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi...

[Tepuk] dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.” You have asked and I have delivered, dengan izin, ya.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya, Jelutong?

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sikit. Sikit sahaja sebelum Menteri berundur. Saya ucapkan terima kasih di atas sikap keterbukaan Menteri dan kerajaan. Kerana, kita lihat bahawa apabila kita memberi pendapat, kerajaan termasuklah Yang Berhormat Menteri sedia menerima pandangan untuk memastikan bahawa kebebasan bersuara itu terjamin di bawah kerajaan yang ada sekarang. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih. Saya juga harap kita tidak hanya mahu libatkan dua jawatankuasa pilihan khas Parlimen ini. Saya terima pandangan daripada rakan-rakan CSO, dengan izin. Saya kenal ramai daripada kawan-kawan ini, dan walaupun kita sebut― ada yang memanggil Akta Komunikasi ini ‘akta sakit hati’. Sesakit hati mana saya sekalipun bila ditohmah dan disebut sedemikian rupa oleh kawan-kawan lama saya, tapi sebagai Menteri, saya perlu menjalankan tugas seperti mana waktu saya angkat sumpah sebagai Menteri untuk pertahankan Perlembagaan...

[Tepuk] Akan tetapi, saya harap bila diserahkan kepada sahabat saya Selayang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi dan juga sahabat saya Ahli Parlimen Tanjong Manis― ada ke Tanjong Manis? Yang merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi bersama dengan sahabat-sahabat ahli jawatankuasa pilihan khas, termasuk Arau, dapat meneliti rang undang-undang ini dengan sebaiknya...

[Tepuk] Jemputlah juga rakan-rakan kita di luar sana. Saya tidak mahu ada persepsi bahawa akta ini hanya untuk memuaskan nafsu politik, hanya untuk menyebelahi satu pihak.

Semua daripada Ahli-ahli Yang Berhormat menghadapi masalah, sama ada dengan telco ataupun dengan MCMC. MCMC ini milik rakyat Malaysia. Suruhanjaya itu milik rakyat Malaysia. Maka, saya harap lebih ramai yang akan dapat memberikan pandangan melalui jawatankuasa-jawatankuasa ini supaya kita dapat sama-sama pertimbangkan dan bawa

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

semula satu rang undang-undang yang kita harap dapat dipersetujui dan disokong oleh semua pihak.

Maka, saya tiada halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas memanggil, menjemput mana-mana pihak yang lain...

draft • 3:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih memberikan peluang kepada kedua jawatankuasa untuk memandang dan melihat rang undang-undang ini supaya semua diberikan peluang untuk memberikan pendapat mereka.

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tolong jemput Bar Council sekali...

[Ketawa]

draft • 3:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kita akan jemput semua. Bar Council dan NGO yang berkenaan.

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Cuma, satu peringatan. Kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua berdiri di sini, di ruang ini, angkat sumpah mempertahankan Perlembagaan. Maka, saya harap dalam kita menjalankan fungsi dan tugas dalam Jawatankuasa Pilihan Khas juga, kita punya maqasid ialah untuk sentiasa mempertahan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan yang kita sanjung.

Jadi, saya nantikan input dan pandangan daripada semua pihak supaya kita dapat mewujudkan satu rang undang-undang yang saya harap bukan memuaskan semua pihak tetapi adil untuk seramai yang mungkin. Kalau boleh, untuk semua pihak.

draft • 3:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Puan Yang di-Pertua, saya berterima kasih. Saya ucapkan terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 3:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ada Peraturan Mesyuarat 18(1), Yang Berhormat. Ada soalan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu telah dijawab dengan salah oleh kerajaan. Jadi, saya ingin merujuk kepada Menteri yang berkenaan kepada 36(12).

Iaitu soalan Hulu Terengganu ialah...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“Jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Terengganu sejak 2020.” Jawapannya― yang awal. Saya baca yang awal ya.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“Pentadbiran dan pengoperasian Pulau Pisang diserahkan kepada pihak Singapura...”

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“...Berdasarkan indenture yang telah ditandatangani pada 6 Oktober 1900 antara Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor dan, ketika itu, dengan James Alexander Swettenham, Gabenor Negeri-negeri Selat yang mewakili Kerajaan British”. Dan demikianlah jawapan seterusnya.

Yang ditanya pasal peruntukan, yang dijawab pasal Pulau Pisang. Jadi, ini telah melanggar 36(12). Yang Berhormat Hulu Terengganu, tolong sahkan. Ini yang terlalu di atas meja tadi, saya bacalah.

draft • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya sahkan, itu betul.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang bukan masa untuk jawab usul atau soalan Arau.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Ini saya bawa 18(1) yang perlu disegerakan. Rakyat nak tahu, apakah peruntukan Terengganu itu Pulau Pisang?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, tunggu pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hantar dekat Speaker?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yes.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tiga hari lagi Parlimen nak habis.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Menteri.

draft • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2024 dibacakan untuk kali kedua sekarang.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membentangkan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2024 yang bertujuan menangani isu buli dalam dan luar talian secara komprehensif. Pindaan ini adalah langkah penting yang diambil oleh Kerajaan MADANI untuk melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman buli yang semakin meningkat.

Puan Yang di-Pertua, isu buli ini merupakan perkara yang serius dan kini kian berleluasa sehingga menjadi ancaman besar dalam dunia digital. Menjunjung kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap isu buli yang semakin membara dalam

draft • 3:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

masyarakat kita. Baginda menegaskan bahawa budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani dengan tegas.

Seiring dengan titah tersebut, Perdana Menteri yang kesepuluh turut menyatakan ketegasan Kerajaan MADANI dalam menangani jenayah buli. Beliau menekankan bahawa isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ianya boleh, antara lain, memberi impak psikologi seperti penderaan mental hingga mengancam nyawa dan keselamatan individu yang mengalaminya.

Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, negara kita telah dikejutkan dengan kes-kes tragis melibatkan, sebagai contoh, mendiang Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha, seorang pempengaruh media sosial yang telah meninggal dunia akibat tekanan melampau daripada buli siber. Beliau menerima ugutan dan komen berunsur ancaman melalui platform TikTok termasuk penyebaran maklumat palsu yang menjatuhkan reputasinya.

Tertuduh bagi kes melibatkan Esha telah didakwa dan mengaku bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat dengan niat membangkitkan kemarahan. Namun, buat masa ini, hukuman yang dikenakan hanyalah denda maksimum RM100 di bawah seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

draft • 3:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Hukuman yang ringan ini jelas tidak setimpal dengan nyawa yang hilang akibat kesan buli. Kita perlu sedar, satu nyawa yang hilang akibat buli melampau memberikan impak yang cukup besar, lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga masing-masing. Hukuman yang tidak setimpal ini jelas menunjukkan kelemahan dalam perundangan kita yang tidak memberikan keadilan sewajarnya kepada mangsa buli siber. Kes ini menuntut kita untuk memperkenalkan pindaan yang lebih tegas, termasuk menetapkan hukuman yang lebih berat kepada pelaku buli siber agar kes yang serupa tidak berulang lagi.

Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, tragedi yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebagai contoh. Di mana baru-baru ini sekali lagi seorang pelatih mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dipijak oleh pelatih senior. Ini terjadi selepas peristiwa malang dan meruntun jiwa yang berlaku terhadap arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain yang sehingga kini masih segar di ingatan semua, bagaimana pembuli-pembuli telah menyebabkan arwah menderita berapa hari akibat dilecur sehingga menyebabkan kematiannya.

Budaya buli yang berakar umbi mencerminkan kegagalan sistem yang sedia ada untuk mencegah insiden sedemikian. Oleh itu, pindaan undang-undang ini akan memperkenalkan langkah-langkah pengawasan lebih ketat, laporan segera dan hukuman berat kepada pelaku, di samping mewajibkan program kesedaran dan sokongan kaunseling di institusi-institusi, khasnya institusi pendidikan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan isu penyebaran bahan lucah tanpa izin atau dengan kata lain, revenge porn yang menjadi ancaman besar kepada privasi dan maruah mangsa. Kes-kes ini

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

yang sering berlaku sentiasa dilihat sebagai tindakan membalas dendam oleh bekas pasangan, menyebabkan trauma mendalam kepada mangsa termasuk kemurungan dan kesan sosial yang membinasakan. Melalui cadangan pindaan ini, undang-undang khusus akan diperkenalkan untuk menetapkan hukuman berat kepada pelaku.

Puan Yang di-Pertua, penggunaan platform media sosial juga telah membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan kemudaratan, terutamanya kepada golongan rentan seperti remaja, kanak-kanak dan golongan yang mempunyai masalah kesihatan mental. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terdapat satu kes tragis melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Sarawak yang mengambil nyawanya sendiri selepas menjalankan undian atau dengan izin, poll di dalam media sosial Instagram. Dalam tinjauan ini, 69 daripada pengikut mengundi untuk beliau mati dan malangnya remaja tersebut telah mengikut keputusan undian tersebut.

Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Laporan Pemantauan Pendidikan Global oleh UNESCO pada tahun 2023, buli telah dikenal pasti sebagai isu yang sering dilaporkan di kebanyakan negara di dunia. Data menunjukkan bahawa lebih daripada 1.4 pelajar di 116 negara melaporkan pernah menjadi mangsa buli. Dalam kalangan negara- negara tersebut, pelajar lelaki lebih cenderung menjadi mangsa berbanding dengan pelajar perempuan di 83 negara.

Statistik ini bukan sahaja membimbangkan tetapi juga menjadi amaran kepada kita semua untuk bertindak segera dalam menangani isu ini dengan lebih serius. Laporan Health Behaviour in School Age Children, dengan izin, yang diterbitkan oleh World Health Organization pada tahun 2024 menunjukkan bahawa buli masih menjadi masalah besar di kalangan remaja. Sebanyak 11 peratus daripada mereka dilaporkan mengalami buli di sekolah. Manakala 15 peratus pula menjadi mangsa buli siber.

Lebih membimbangkan, kadar buli siber terus meningkat sejak 2018 sejajar dengan perubahan cara remaja berkomunikasi yang kini banyak bergantung kepada platform digital.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2023 mendapati lebih kurang 20 ribu kakitangan KKM melaporkan pengalaman negatif berkaitan isu buli yang sering membawa kepada tekanan mental dan penurunan produktiviti mereka.

Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga menerima sebanyak 8,339 laporan dan aduan berkaitan buli siber atau 27 kes sehari hanya dalam tempoh bermula daripada Januari hingga 1 November yang lalu. Ini bermaksud, sebanyak 8,339 mangsa menderita akibat buli siber. Angka besar ini belum lagi mengambil kira jumlah anggota keluarga mangsa yang juga terkesan secara langsung dan tidak langsung. Statistik-statistik ini menekankan betapa seriusnya isu buli sama ada secara fizikal ataupun dalam talian di dalam negara kita. Oleh itu, adalah penting untuk kita memperkukuhkan undang-undang dan melaksanakan langkah pencegahan yang efektif bagi melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman ini.

Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seksyen 503, Akta 574 menangani kesalahan yang melibatkan ugutan jenayah, di mana kesalahan buli tetap boleh

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

dilakukan tanpa sebarang unsur ugutan menyebabkan seksyen ini tidak boleh digunakan.

Seksyen ini juga tertumpu kepada ancaman fizikal yang tidak secara khusus menjadi ancaman psikologi atau emosi dalam bentuk komunikasi digital seperti media sosial, e-mel atau mesej peribadi. Manakala peruntukan sedia ada di bawah seksyen 509 yang melibatkan penghinaan kepada kehormatan seseorang juga terbatas kerana ia lebih fokus kepada penghinaan yang dilakukan melalui kata-kata, isyarat atau perbuatan secara langsung.

Begitu juga di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terutamanya di bawah seksyen 211 dan seksyen 233, melarang penyebaran kandungan yang menyinggung serta komunikasi yang berniat untuk menyakiti atau menakutkan.

Namun, peruntukan ini juga lebih fokus kepada kawal selia terhadap platform digital dan kandungan komunikasi serta kurang menekan kepada perlindungan maklumat identiti individu. Oleh itu, pindaan dicadangkan bertujuan untuk mengisi jurang undang-undang ini dengan memperkenalkan peruntukan khusus bagi melindungi maklumat identiti.

Puan Yang di-Pertua, untuk maklumat juga, banyak negara telah mengambil langkah proaktif untuk menangani isu buli dan buli siber yang semakin membimbangkan. Era teknologi digital yang semakin kompleks dan canggih, lebih-lebih lagi dengan kehadiran, dengan izin, artificial intelligence dan quantum computing, maka Malaysia juga tidak boleh ketinggalan dalam memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil untuk menangani isu buli, tidak kira dalam atau di luar talian atau apa-apa jua keadaan.

Singapura melalui, dengan izin, Protection from Harassment Act 2014 (POHA) memperuntukkan kesalahan perlindungan menyeluruh kepada mangsa bagi mencegah pesalah daripada mengulangi perbuatan mereka. Langkah ini bukan sahaja melindungi mangsa tetapi juga memberikan ruang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa ketakutan.

Di Australia pula, Criminal Code Act 1995, dengan izin, menghukum sesiapa yang menghantar mesej atau kenyataan dalam talian yang menyebabkan gangguan emosi atau tekanan mental. Undang-undang ini membuktikan keberkesanannya dalam mencegah tingkah laku ganas di dalam alam siber, terutamanya terhadap kanak-kanak dan golongan rentan.

Manakala, New Zealand pula melalui Harmful Digital Communication Act 2015, dengan izin, digubal bagi menangani penyebaran maklumat palsu dan ancaman dalam talian yang boleh membawa kepada kebimbangan atau tekanan serius kepada mangsa. Undang- undang ini membolehkan tindakan diambil dengan pantas sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Negara-negara ini bukan sahaja memperkenalkan peruntukan khusus berhubungan dengan isu buli tetapi juga mengambil langkah penguatkuasaan yang tegas, menunjukkan keutamaan tinggi kepada terhadap kesejahteraan emosi dan keselamatan rakyat mereka.

Kita perlu sedar bahawa perbuatan buli dan buli siber tidak hanya memberi kesan kepada individu tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Tindakan seperti ini boleh mengakibatkan kesan kepada aspek mental, bahkan kehilangan nyawa akibat

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

tekanan yang melampau. Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan rang undang-undang ini mempunyai dua fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru, dengan izin, the blue bill yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada 9 Disember 2024. Pindaan terhadap Akta 574 ini bertujuan untuk menangani secara khusus isu mengenai buli yang dilakukan dalam apa cara atau melalui apa-apa kaedah, termasuk secara dalam talian, untuk memastikan pelaku buli tidak lagi boleh berselindung di sebalik kelompongan undang-undang.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta 574 yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 507B, 507C, 507D, 507E, 507F dan 507G ke dalam Akta 574.

draft • 3:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Pertama, seksyen 507B yang dicadangkan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda bagi mana-mana individu yang menggunakan komunikasi mengugut, menghina atau mencela dengan niat untuk menyebabkan gangguan, ketakutan atau kebimbangan kepada mangsa. Hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan itu ialah pemenjaraan bagi satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kedua, seksyen 507C memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang dalam apa- apa cara atau melalui apa-apa kaedah menggunakan atau membuat apa-apa perkataan atau komunikasi yang mengugut, menghina atau mencela atau melakukan apa-apa perbuatan mengugut, menghina atau mencela dan perkataan komunikasi atau perbuatan itu didengari, dilihat atau selainnya ditanggap oleh seseorang yang berkemungkinan mengalami gangguan, distressed, ketakutan atau kebimbangan sebagai akibatnya melakukan sesuatu kesalahan.

Hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan itu adalah pemenjaraan bagi satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi seksyen ini memandangkan tidak memerlukan pembuktian mens rea, izinkan saya menjelaskan elemen pembelaan yang terkandung dalam seksyen ini bagi memastikan keadilan diterapkan secara menyeluruh dalam undang-undang ini berdasarkan konteks dan keadaan individu yang terlibat. Seksyen ini juga memperuntukkan bahawa pembelaan boleh digunakan oleh individu yang dituduh di bawah seksyen ini sekiranya mereka dapat membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai asas munasabah untuk percaya bahawa perkataan komunikasi atau perbuatan mereka akan didengar, dilihat atau ditanggap oleh seseorang yang mungkin berasa diganggu, tertekan, takut atau cemas akibat perbuatan tersebut.

Ketiga, seksyen 507D yang terdapat dua subseksyen, subseksyen baharu 507D(1) yang dicadangkan ini bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang

draft • 3:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa kaedah menggunakan atau membuat apa-apa perkataan atau komunikasi yang mengugut, menghina atau mencela terhadap mana-mana orang atau melakukan perbuatan mengugut, menghina atau mencela terhadap mana-mana orang dengan niat untuk menyebabkan atau dengan mengetahui atau patut mengetahui bahawa perkataan komunikasi atau perbuatan itu akan menyebabkan orang itu percaya bahawa kemudaratan akan menimpa dirinya atau orang lain melakukan sesuatu kesalahan.

Hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan itu ialah pemenjaraan bagi satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Subseksyen 507D(2) pula bagi kes di mana pelaku memprovokasi mangsa untuk mencederakan diri sendiri termasuk tindakan membunuh diri. Jika provokasi seperti ini membawa kepada tindakan membunuh diri atau cubaan bunuh diri, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun. Langkah ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan provokasi yang tidak bertanggungjawab akan dihukum dengan hukuman yang lebih berat.

Keempat, dalam dunia digital hari ini, penyebaran maklumat peribadi seseorang tanpa izin untuk bertujuan membuli atau menakut-nakutkan mangsa telah menjadi satu bentuk jenayah baharu yang kita kenali sebagai dengan izin, doxing. Melalui seksyen 507E, mana-mana individu dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa kaedah menyiarkan, mengedarkan atau menjadikan tersedia atau menyebabkan disiarkan, diedarkan atau dijadikan tersedia apa-apa maklumat identiti seseorang dengan niat untuk menyebabkan atau dengan mengetahui atau patut mengetahui bahawa penyiaran, pengedaran atau ketersediaan itu berkemungkinan menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan kepada orang itu melakukan sesuatu kesalahan. Hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan itu ialah pemenjaraan bagi satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebagai contoh Ahli-ahli Yang Berhormat, A seorang lelaki yang berasa marah dan kecewa selepas hubungannya dengan Z berakhir akibat perbuatan curang. Z, memutuskan untuk membalas dendam. Bagi menyakiti Z, A memuatkan naik gambar intim Z secara dalam talian tanpa persetujuan Z. Perbuatan ini dilakukan dengan niat untuk memalukan, menghina dan menyebabkan tekanan kepada Z. Puan Yang di-Pertua, dalam kes ini, Z bukan sahaja mengalami tekanan psikologi yang mendalam, tetapi juga berdepan dengan risiko kerosakan reputasi yang berpanjangan. Kesan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dipulihkan. Tanpa perundangan yang tegas, mangsa seperti Z tidak akan mendapat keadilan yang sewajarnya, manakala pelaku seperti A mungkin terus melakukan perbuatan seumpama ini tanpa rasa takut akan akibatnya.

Kelima, seksyen 507F mempunyai dua subseksyen. 507F(1) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa kaedah menyiarkan, mengedarkan atau menjadikan tersedia atau menyebabkan disiarkan, diedarkan atau dijadikan tersedia apa-apa maklumat identiti seseorang dengan niat untuk menyebabkan atau dengan mengetahui atau patut mengetahui bahawa penyiaran, pengedaran atau ketersediaan itu akan menyebabkan orang itu percaya bahawa kemudaratan akan menimpa

draft • 3:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

dirinya atau orang yang berkaitan dengannya melakukan sesuatu kesalahan. Hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan itu ialah pemenjaraan bagi satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Puan Yang di-Pertua, subseksyen 507F(2) pula memperuntukkan bahawa mana- mana orang dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa kaedah menyiarkan, mengedarkan atau menjadikan tersedia atau menyebabkan disiarkan, diedarkan atau dijadikan tersedia apa-apa maklumat identiti seseorang dengan niat untuk memudahkan atau dengan mengetahui atau patut mengetahui bahawa penyiaran, pengedaran atau ketersediaan itu berkemungkinan boleh memudahkan menyebabkan kemudaratan kepada orang itu atau orang yang berkaitan dengannya melakukan sesuatu kesalahan. Hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan itu ialah pemenjaraan bagi satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Puan Yang di-Pertua, saya memberikan satu lagi contoh di dalam mana kes di mana Z seorang individu yang berhutang dengan seorang yang diizin, ah long telah melarikan diri bersama keluarganya untuk mengelakkan ancaman daripada ah long tersebut. A yang mengetahui lokasi penyembunyian Z memuatkan naik maklumat tersebut di dalam akaun media sosial Z termasuk alamat tempat sembunyi mereka. Pendedahan lokasi ini membolehkan ah long dan orang-orangnya mencari Z dan keluarganya dan menyebabkan Z dan keluarganya diancam secara fizikal termasuk ugutan serius terhadap anak-anak Z. Puan Yang di-Pertua, contoh ini menggambarkan kesan buruk yang boleh dialami oleh mangsa apabila maklumat peribadi mereka disalahgunakan dengan niat jahat. Pindaan ini adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan setiap individu dalam negara kita.

Puan Yang di-Pertua, definisi kemudaratan maklumat identiti dan orang yang berkaitan diperuntukkan di bawah seksyen 507G. Secara keseluruhan, cadangan pindaan ini bukan sekadar untuk menghukum pelaku, tetapi juga melindungi mangsa dan mencegah kejadian serupa daripada berlaku. Dengan kesalahan dan hukuman yang jelas dan tegas, ia akan memberi mesej yang kuat kepada masyarakat bahawa buli dalam apa bentuk sekalipun tidak boleh diterima.

Puan Yang di-Pertua, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada barisan kerajaan dan juga pembangkang untuk memberi sokongan penuh kepada rang undang-undang ini. Pindaan ini bukan sahaja dapat melindungi individu daripada ancaman buli, tetapi juga memastikan negara kita mempunyai kerangka undang-undang yang dikemas kini selaras dengan cabaran semasa dan sesuai untuk melindungi setiap lapisan masyarakat dalam dunia digital yang semakin kompleks. Langkah ini bukan sahaja akan memperkukuhkan sistem perundangan kita, tetapi juga memberikan keadilan kepada mangsa yang telah lama menunggu perlindungan seperti ini. Bersama-sama itu, kita boleh membina sebuah negara yang lebih selamat dan adil untuk semua termasuk golongan rentan.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan di bawah dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Jelutong, YB Jerlun, YB Bangi, YB Besut, YB Pasir Gudang, YB Bukit Bendera, YB Pokok Sena, YB Rasah, YB Tebrau, YB Jasin, YB Betong, YB Selayang, YB Tumpat dan YB Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan. Saya memulakan ucapan saya dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri, Timbalan Menteri dan kerajaan di atas undang- undang baru ini yang digubal dalam masa yang terdekat.

Sebagai pembahas pertama, saya masih lagi sedih dan pilu di atas apa yang telah berlaku kepada mendiang Rajeswary Appahu pada 5 Julai tahun ini. Saya juga terus berkongsi simpati dan sedih di atas kejadian buli yang berlaku ke atas Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang berlaku pada tahun 2017. Maka, undang-undang ini perlu disokong.

Saya menggesa semua Ahli-ahli Parlimen bukan sahaja daripada kerajaan, tetapi juga pembangkang untuk menyokong penuh undang-undang baharu ini yang akan memastikan bahawa kejadian buli siber yang makin berleluasa ini tidak akan sampai ke tahap di mana kejadian-kejadian yang menimpa mendiang Rajeswary Appahu itu berulang.

draft • 3:29 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan telah bertindak dengan pantas.

Kerajaan telah menunjukkan sikap mendengar permintaan, permohonan. Saya ambil maklum bahawa Menteri Komunikasi juga telah melawat keluarga mendiang Rajeswary Appahu.

Menteri yang membentangkan undang-undang ini juga telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat dan saya juga sedar bahawa kerajaan termasuklah Perdana Menteri telah menyatakan kehampaan beliau apabila orang-orang yang melakukan cyber-bullying ini dilepaskan dengan denda RM100 sahaja.

Jadi, saya memikirkan bahawa kerajaan yang ada sekarang menunjukkan bahawa mereka kerajaan memang peka, mengambil sikap bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kejadian-kejadian buli ini tidak berulang ataupun sekiranya pun berulang dan berlaku di masyarakat kita ia tidak akan sampai ke tahap di mana orang-orang yang melakukannya itu boleh berselindung di bawah undang-undang yang tidak begitu mantap, undang-undang yang tidak menyeluruh, undang-undang yang tidak mencukupi untuk menghukum seseorang.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru sebagai sorang backbencher. Saya lihat kesungguhan Menteri, Timbalan Menteri barisan Kabinet dan kerajaan di dalam membentangkan undang-undang yang ingin to keep up with the times, dengan izin. Tetapi, pada masa yang sama saya juga menggesa supaya pendakwaan-pendakwaan yang

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

dilakukan di mahkamah juga terus diteruskan dengan efektif. Saya ambil contoh baru-baru ini kita mendengar kecaman yang dibuat terhadap kerajaan. Apabila kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah di mana mereka telah dilepaskan dan dilepaskan tanpa dibebaskan, selepas mereka dituduh di mahkamah pada tahun 2018.

Persoalan yang telah dilontarkan kepada kerajaan adalah kenapa perkara ini berlaku? Adakah ini satu kesilapan yang disengajakan oleh pendakwaan kerana lapan tahun telah berlangsung sehingga pendakwaan tidak mengemukakan dokumen-dokumen yang sepatutnya dikemukakan kepada pembelaan. Saya mohon Menteri dan Timbalan Menteri mengambil perhatian. Sebagai backbencher, tugas saya adalah juga untuk menjadi penyemak dan pengimbang. Maka, saya menggunakan kesempatan ini sebagai seorang peguam juga untuk membangkitkan perkara ini. Kerana ini merupakan perkara yang amat serius di mana seseorang– kerana ia merupakan pada tahap dasar di mana seseorang itu Bossku ataupun Dato’ Seri Najib bersama-sama Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah dituduh pada tahun 2018.

Tetapi sehingga tahun ini 2024, dokumen-dokumen tidak dibekalkan sehingga menyebabkan mereka dilepaskan tanpa dibebaskan. Timbalan Speaker, saya mengakhiri ucapan saya...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...dengan memberi sokongan penuh kepada rang undang-undang yang dibentangkan dan juga memohon kalau boleh Menteri dan Timbalan Menteri dan kerajaan memberi maklum balas kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Saya mohon. Terima kasih, mohon menyokong.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 3:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2024. RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2024 bertujuan meminda Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk menangani secara khusus isu mengenai buli melalui apa-apa cara atau melalui apa-apa kaedah termasuk secara dalam talian. Pindaan ini turut mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan buli antaranya kesalahan seperti menyiarkan maklumat identiti yang menyebabkan gangguan, distress, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang.

Sebelum saya bahaskan isu buli dalam talian atau buli siber, saya ingin menarik perhatian kerajaan bahawa buli secara fizikal juga menjadi barah kepada negara yang tak berkesudahan yang melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa universiti. Dalam kes terbaru melibatkan pelajar sekolah. IPD Kuala Lumpur telah menerima 12 laporan polis berkaitan kes buli melibatkan pelajar berusia antara 14 hingga 16 tahun. Manakala, pembuli pula terdiri

draft • 3:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

daripada pelajar berusia 17 tahun. Penyanyi kumpulan Spider, Tam atau nama sebenar Rustam Mustafah mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli. Pelakon, Khir Rahman turut tampil mendedahkan perkara yang sama dan mendesak pihak sekolah mengambil tindakan terhadap pembuli terbabit.

Bagi kes yang melibatkan mahasiswa pula. Kes terbaharu melibatkan seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(UPNM), Amirul Iskandar bin Ahmad Norhanizan didakwa di mahkamah kerana mencederakan junior-nya Muhammad Salman bin Mohd Saiful Surash menggunakan seterika wap panas di dadanya. Tambahan pula, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri meminta Kementerian Pertahanan memandang serius isu buli ini. Adakah setakat roll-call sahaja atau you touch you go dikira memadai sedangkan kes buli sering menjadi-jadi. Dalam kes buli di UPNM, saya ucap syabas dan tahniah kepada Kementerian Pertahanan yang telah membatalkan pelantikan sebagai Pegawai Kadet, memberhentikan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bayaran ganti rugi kepada kerajaan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Berkaitan buli dalam talian atau buli siber, hasil kajian daripada Agensi Siber Sekuriti Malaysia tahun 2023 mendapati sekitar 27 peratus remaja di Malaysia telah menjadi mangsa buli siber dalam platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Tahun 2024 pula, lebih 27 kes buli siber dilaporkan berlaku secara purata pada setiap hari. Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kementerian yang bertanggungjawab.

Pertama, adakah kerajaan bercadang takrifan buli siber diperincikan secara lebih jelas dalam ruang lingkup siber masa kini bagi memastikan keberkesanan tindakan penguatkuasaan terhadap gejala buli siber. Kedua, adakah kerajaan turut mengambil pendekatan berbeza secara lebih progresif bagi menangani buli siber yang barangkali lebih menakutkan jika dibandingkan dengan buli fizikal kerana ia tidak mempunyai batasan fizikal dan boleh berlaku pada bila-bila masa sehingga menyusup ke ruang peribadi mangsa. Lebih parah lagi gejala buli siber boleh dilakukan tanpa diketahui siapa pelakunya dengan tempoh penyebarannya kepada khalayak dalam tempoh yang singkat.

Ketiga, sejauh manakah pindaan ini dapat mengisi kelompangan perundangan sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] khususnya dalam mengenal pasti dan menghukum pembuli siber memandangkan aspek penguatkuasaan masih menjadi cabaran walaupun pelbagai usaha pencegahan telah diambil oleh kerajaan. Selain itu, pembuli siber yang berdendam hanya semudah dengan membuat beberapa fake account dengan friends sekitar 10 ke 20 orang sahaja sudah mampu untuk menjatuhkan seseorang yang didendaminya. Modus operandinya mudah. Hanya komen digambar-gambar dengan komen yang memalukan dan menjatuhkan mangsa buli tersebut.

Kemudian di screenshot oleh pembuli dan rakan-rakan mereka untuk dijadikan bahan rujukan. Kemudian disebarkan kepada orang-orang yang berpengaruh untuk menjadi rujukan sebagai langkah tindakan seterusnya bagi menyekat aktiviti kemasyarakatan mangsa buli,

draft • 3:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

menyekat kerjaya mangsa buli dan menjadikan rujukan untuk mempengaruhi orang lain supaya menjauhkan diri dari mangsa buli ini.

draft • 3:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, saya gulung. Perkara semudah ini agak memberikan advantage kepada pembuli yang mempunyai dendam kepada mangsa buli dengan cara hide diri sendiri dengan hanya menggunakan fake account. Manakala yang telah terpengaruh hanya mampu menerima rujukan tersebut tanpa perlu mendapat kepastian atau tabayyun terlebih dahulu.

draft • 3:34 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Perkara ini menyebabkan gangguan emosi, tekanan mental mangsa buli siber yang sangat dahsyat. Oleh itu, saya bersetuju hukuman yang lebih ketat dikenakan ke atas pembuli siber.

Akhirnya, merujuk fasal 2, seksyen baharu 507(G) yang dicadangkan bertujuan mengadakan peruntukan bagi takrif kemudaratan bagi maksud seksyen baharu 507(D) dan 507(F) Akta 574 bererti kemudaratan kepada badan, minda, reputasi atau harta benda seseorang termasuk kemudaratan psychological. Persoalan saya pertama, bagaimanakah kerajaan boleh memastikan hukuman yang diperuntukkan adalah setimpal dengan trauma berpanjangan yang terpaksa dihadapi mangsa kejadian buli siber akibat tekanan emosi dan kesihatan mental yang tentunya memberi kesan mendalam terhadap kehidupan seseorang individu? Kedua, apakah penanda aras yang diguna pakai dalam menentukan kadar hukuman denda yang bersesuaian terhadap pembuli siber mengikut keseriusan jenayah?

Langkah ini penting supaya insiden membabitkan kematian mendiang pempengaruh TikTok seperti yang disebut oleh rakan-rakan saya Jelutong, Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha yang dipengaruhi menjadi mangsa buli siber pada 5 Julai 2024 lalu dijadikan sebagai iktibar.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Puan Yang di- Pertua, saya percaya bahawa menghukum orang melalui tindakan undang-undang adalah langkah terakhir atau last resort. Pendirian saya, kita sebenarnya tidak boleh ada terlalu banyak undang-undang yang mengawal tindak-tanduk manusia melalui peruntukan mengenai kesalahan jenayah ataupun criminal offences, dengan izin.

Akan tetapi, dengan peredaran zaman, tindak-tanduk manusia juga berubah. Apa yang dahulunya biasa, kini menjadi luar biasa dan sebaliknya. Semakin maju manusia,

draft • 3:41 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

semakin banyak idea yang boleh membawa kebaikan tetapi juga pada masa yang sama, semakin banyak akal untuk melakukan perkara-perkara yang membawa mudarat kepada orang lain.

Maka, timbul keperluan Puan Yang di-Pertua, untuk mengemas kini undang-undang jenayah, tetapi pada saya hanya setakat ianya diperlukan untuk mengurus tingkah laku baru yang membawa kemudaratan dan juga kerosakan.

Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini yang kita bahaskan hari ini mencadangkan beberapa kesalahan. Kesalahan baru yang berkait dengan apa yang kita panggil sebagai buli atau tindakan membuli. Tak kiralah buli itu sama ada ia berlaku dalam ruang alam siber seperti apa yang telah disebut oleh rakan-rakan saya, Jerlun dan Jelutong yang terjadi pada mendiang Esha ataupun yang terjadi dalam alam fizikal seperti kes-kes buli yang kita dengar dalam institusi pendidikan tinggi.

Secara amnya, pindaan yang dicadangkan pada saya adalah pindaan-pindaan yang baik. Namun demikian, saya harus merakamkan kekhuatiran saya dengan seksyen 507c yang dicadangkan. 507c, kerana kalau ikut bacaan saya dan mungkin YB Menteri boleh perbetulkan jika salah. Mengikut bacaan saya, seksyen ini ialah satu kesalahan strict liability ataupun liabiliti ketat yang mana niat atau mens rea itu tidak menjadi satu elemen. Kita tahu dalam kesalahan jenayah, secara amnya perlu dibuktikan mens rea dan juga actus reus. Saya ingin mendapat pengesahan daripada pihak kerajaan bahawa seksyen 507c yang dicadangkan ini ialah satu kesalahan liabiliti ketat atau strict liability dengan izin dan sekiranya benar, apakah justifikasi mengapa perlu dicadangkan sedemikian kerana ia adalah sudah tentu di luar kebiasaan.

Kemudian seksyen 507d(2) pula mencadangkan kesalahan causing a person to believe that harm will be cause dengan izin yang khusus kepada situasi tindakan itu akan menyebabkan mangsa di-provoke untuk memudaratkan diri sendiri termasuklah membunuh diri. Saya fikir kesalahan ini seperti apa yang terjadi pada mendiang Esha dan hukuman yang lebih tinggi juga boleh dikenakan sekiranya mangsa membunuh diri seperti yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kepada cadangan seksyen 507e dan juga 507f yang mewujudkan kesalahan menerbitkan maklumat identiti atau dalam bahasa online, seperti yang telah disebut oleh YB Menteri, kesalahan *doxing.

Doxing* ini sebenarnya Puan Yang di-Pertua, berleluasa mutakhir ini, kebelakangan ini apabila terutama sekali di atas talian. Saya sendiri pernah mengalami apa yang kita panggil doxing ini hampir saya fikir 10 tahun yang lepas yang mana pada ketika itu saya terlibat dalam kempen untuk mansuhkan Akta Hasutan. Nombor peribadi saya telah disiarkan dalam media sosial. Masa itu saya tak masuk mana-mana parti politik dan saya dapat begitu banyak mesej dan antara mesej ini adalah mesej-mesej yang mengancam dan sudah tentu pada ketika itu, ia mengganggu minda dan juga menyebabkan keresahan kepada saya sendiri.

draft • 3:41 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tetapi itu pada ketika itu dan tak mengapalah, masa itu saya dah peguam, tak ada masalah, tidak mengganggu periuk nasi saya. Tetapi di luar sana ada banyak orang yang mana apabila identiti mereka diterbitkan atau mereka dox dengan izin, ada kesan pada pekerjaan dia, ada kesan kepada keluarga dia dan juga ada kesan kepada orang sekeliling dia. Jadi, saya melihat Puan Yang di-Pertua, dengan izin saya mohon mungkin dalam 30 saat lagi.

Saya melihat cadangan untuk memasukkan kesalahan doxing ini sebagai satu langkah yang perlu dan memastikan bahawa undang-undang kita selari dengan peredaran zaman dan juga perubahan manusia dalam tindak-tanduk mereka. Kalau kita tengok sebelum ini, kalau terbitkan personal information ataupun identiti seseorang itu, tanpa ada atas talian atau tanpa ada Internet, ia mungkin hanya melibatkan satu kampung atau satu komuniti sahaja tetapi sekarang dengan adanya Internet, dengan adanya media sosial, ia boleh menjadi meluas dan ini sudah tentu akan membawa mudarat yang lebih besar.

Jadi saya akhir sekali juga, sambut baik seksyen 507G(1) yang dicadangkan yang mana harm itu dengan izin termasuk mudarat psychological. Ini merupakan satu pengiktirafan bahawa tindakan membuli dan juga kesalahan doxing ini boleh membawa kesan kepada kesihatan mental seseorang.

Jadi, akhir sekali Puan Yang di-Pertua, saya mohon supaya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 3:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya amat menyokonglah pindaan kepada Kanun Keseksaan ini kerana saya perhatikan bahawa memang tujuannya adalah untuk mengatasi masalah-masalah cyberbully tersebut.

Jadi saya perhatikan memang ada justifikasilah. Kalau kita lihat buli siber ini boleh menyebabkan trauma juga, emosi dan juga psikologi yang agak serius akhir-akhir ini. Jadi dengan memasukkan peruntukan khusus ini, saya percaya bahawa mangsa-mangsa akan mendapat perlindungan yang lebih jelas dan lebih terarah.

Saya lihat juga ia merupakan satu pencegahan. Hukuman yang dinyatakan dapat bertindak sebagai langkah untuk pencegahan terhadap setiap pembuli-pembuli terutamanya dalam dunia digital sekarang ini yang semakin berkembang. Juga yang disebut oleh rakan saya tadi untuk menutup kelompangan dalam undang-undang iaitu Kanun Keseksaan sedia ada tak ada peruntukan yang khusus untuk buli. Jadi menyebabkan sukarlah untuk menguat kuasa tindakan undang-undang terhadap kes-kes seperti ini. Dan undang-undang yang baharu ini, pindaan ini memberi satu isyarat kepada masyarakat bahawa buli siber adalah satu jenayah yang serius yang tidak akan diberi toleransi.

draft • 3:48 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Cuma, saya ingin menyebut sedikit berkenaan dengan hasil kajian CyberSecurity Malaysia ini. Ada lebih kurang 27 peratus ya remaja di Malaysia ini menjadi mangsa buli, sama ada melalui Facebook ataupun melalui Instagram dan sebagainya. Dan purata kes, saya difahamkan, lebih kurang 27 kes setiap hari. Purata.

Jadi, persoalan saya, adakah kerajaan bercadang supaya takrifan buli siber ini lebih diperincikan lagilah dengan lebih jelas? Dalam ruang lingkup siber masa kini, banyaklah yang kita kena atasi cabaran-cabaran bagi memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap gejala buli siber ini.

Dan juga persoalan saya, apakah kerajaan turut mengambil pendekatan berbeza secara lebih progresif lagi bagi menangani buli siber yang barangkali lebih menakutkan jika dibandingkan dengan buli konvensional? Ini kerana ia tidak mempunyai batasan fizikal dan boleh berlaku pada bila-bila masa sehingga menyusup ke ruang peribadi mangsa. Lebih parah lagi, gejala buli ini dalam alam siber boleh dilakukan tanpa diketahui oleh sesiapa. Jadi, pelakunya, dia jadi, kita tidak tahu siapa pelakunya, dengan tempoh penyebarannya kepada khalayak ramai dalam tempoh singkat.

Cuma yang saya ingin sentuh juga berkenaan dengan kes ini adalah satu kes non- bailable. Jadi, bila non-bailable, kuasa kepada mahkamah untuk menentukan jaminan. Jadi, persoalan saya, ada tak apa-apa langkah interim yang boleh diambil untuk tujuan ini?

Maknanya menyekat daripada ia berterusan melakukan. Sebab, dalam masa jaminan, mungkin juga dia akan membuat perkara yang sama. Jadi ada, kalau dalam sesetengah kes, gag order. Ataupun kalau kes-kes yang melibatkan mangsa, katalah kes rogol, kanak-kanak kah ataupun anak dia kah, maknanya ada satu perintah supaya ia tidak mengganggu saksi.

Makna, ada syarat-syarat diberikan.

Saya juga ingin menyentuh sedikitlah tentang ini hukuman ini. Saya lihat hukuman dalam semua 507C sehingga ke F ya, tiga tahun dan setahun. Perkaranya lebih kurang sama. Cuma, yang ada satu sahaja yang 10 tahun.

Cuma, persoalan saya, macam mana kita hendak tentukan yang dikatakan seseorang itu dia okey, kalau ikut sini ya, “And if the person so provoked attempts to commit suicide...” Macam mana kita hendak tentukan maknanya dia melakukan perkara-perkara tersebut, buli siber ini, dia tahu orang itu hendak bunuh diri? Jadi, kenapa kita tak letakkan satu hukuman yang lebih tinggi? Tak payah bezakanlah ugutan biasa dengan ugutan yang boleh menyebabkan orang itu berlaku bunuh diri dan sebagainya. Sebab, kalau ikut yang pertama itu, setahun sahaja. Kalau 507D itu, setahun saja. Tapi, kalau dia tahu boleh bunuh diri, makna dia boleh sehingga 10 tahun dan juga pembelaan juga.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab, dalam ini disebut.

Maknanya mengetahui. Mengetahui. Makna seolah-olah ada knowledge ya. Dan kalau kita lihat defense juga, 507C, defense itu, dia kata maknanya defense itu boleh berlaku. “He had no reasonable grounds to believe”. Macam mana kita hendak tentukan, makna macam mana

draft • 3:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

reasonable grounds itu, sebab-sebab yang munasabah untuk dipercayai? Ha, macam mana itu?

Kalau kes mungkin 411, kes yang melibatkan kecurian memiliki barang curi, mungkin boleh tahu. Okey, maknanya kalau dia miliki, dia beli dengan harga barang itu harga katakanlah RM1,000. Tapi, orang itu jual dengan harga yang RM500, katakan. Maknanya dia mungkin boleh tahu ada sebab. Tapi, dalam keadaan ini, dalam kes seperti ini, macam mana dia hendak tahu ada sebab-sebab yang munasabah untuk dia mempercayai benda- benda tersebut? Itu sebagai defense dia.

Jadi, saya menyokong tapi minta perhatikanlah apa-apa isu-isu yang saya sebut sementara ini. Okey, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, Puan Speaker. Saya awal-awal lagi ingin menyatakan bahawa ini rang undang-undang yang bagus, yang saya suka untuk menyokongnya. Dalam sehari dua ini, ada beberapa rang undang-undang yang saya anggap regresif dibawa ke Parlimen dan kita telah bahaskan. Tetapi, yang ini, saya anggap rang undang-undang yang positif untuk kebaikan rakyat negara kita.

Saya amat tertarik dengan rang undang-undang ini iaitu pada muka surat 2 bill ini, seksyen 507C subseksyen (2). Dinyatakan di sini bahawa rang undang-undang ini menyediakan pembelaan bahawa kalau yang tertuduh itu dia dapat dibuktikan, dia tidak ada niat untuk menyatakan atau ucapan dia yang boleh menimbulkan ketakutan, kebimbangan, maknanya elemen mens rea, elemen niat itu dimasukkan dalam rang undang-undang ini, ini suatu benda yang baik.

Dan saya rasa untuk perhatian Menteri Undang-undang, dalam Akta Hasutan tidak ada elemen ini. Elemen niat itu tak relevan dalam Akta Hasutan. Tapi, dalam akta yang hendak dipinda ini ada disebut ini. Ada pembelaan. Kalau yang berucap itu dia tak ada niat, dia faham dia tak ada hendak menimbulkan ketakutan kah apa, ertinya itu boleh membantu dia kalau dalam perbicaraan. Jadi, ini saya anggap positif. So, dalam masa yang sama, tolong tengok-tengokkan Akta Hasutan itu ya.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Selain daripada itu, saya hendak nyatakan di sini, Tuan Speaker. Yang dibuli ini, siber buli ini bukan rakyat biasa. Bila saya tengok dalam media sosial, pemimpin-pemimpin negara kita pun dibuli ya melalui video TikTok lah, Facebook, blog apa. Ya Allah, apa dilucah, diperlekehkan, dimalukan. Kan, ya? Jadi, saya rasa kesalahan itu termasuk dalam akta ini, kan? Jadi, maknanya bukan Perdana Menteri sekarang ini. Bekas Perdana Menteri yang ke- 7, ke-8 pun dikata nista. Kadang-kadang kita tengok pun tak tergamak ya.

draft • 3:56 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, kalau ada yang mengadu buat laporan polis, maknanya benda ini boleh jadi kes ya. Maknanya. Dan mudah untuk dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Sebab itu nampaknya pihak kerajaan menyediakan pembelaan di sini iaitu seksyen 507C subseksyen

(2) itu ya.

draft • 3:56 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Akhirnya, oleh kerana saya baca semua seksyen yang diadakan ini, hukumannya penjara dua tahun, setahun dan denda. Jadi kalau boleh, kerana penjara kita ini pun sudah sesak, sampai kita hendak buat tahanan di rumah. Jadi, mungkin intention of Parliament, niat Parlimen hari ini bukan hendak memenjarakan ramai rakyat. Kalau yang bersalah itu, kalau boleh majistret, hakim yang akan datang itu janganlah terus-terus untuk hukum penjara.

Kalau boleh denda, dendalah dulu. Jadi, itulah niat kita. Bukan hendak memenjarakan rakyat. Jadi, saya sokong sepenuhnya pindaan akta RUU ini. Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 4:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Speaker.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri ke atas pembentangan pindaan-pindaan RUU ini dan juga menyambut baik usaha Kerajaan MADANI dalam menangani parah yang semakin merebak dalam masyarakat kita. Berapa lama lagi kita akan membiarkan rakyat kita menderita? Berapa banyak lagi nyawa rakyat Malaysia yang akan hilang sebelum kita bertindak?

Pindaan yang dicadangkan terhadap RUU Kanun Keseksaan bukanlah satu pilihan.

Ia adalah langkah yang mendesak yang dapat menyelamatkan nyawa. Ini bukan soal politik.

Ia mengenai perlindungan rakyat daripada kekejaman. Seksyen 507D, subseksyen (2) yang menghukum mereka yang membuat provokasi kepada orang lain sehingga menyebabkan orang itu mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

Hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan itu adalah pemenjaraan bagi satu tempoh yang boleh dilanjutkan hingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Subseksyen ini juga memperuntukkan bahawa jika orang diprovokasi sedemikian, cuba untuk membunuh diri atau membunuh diri akibat daripada provokasi itu, maka hukuman bagi kesalahan yang dicadangkan adalah untuk pemenjaraan bagi suatu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sepuluh tahun kerana mendorong seorang untuk mengambil nyawa sendiri. Itu pun saya rasa tidak mencukupi. Darah setiap mangsa yang dibuli ada di tangan kita jika kita gagal meluluskan. Apakah kita sudah lupa gadis 16 tahun yang mengadakan tinjauan di Instagram sama ada dia harus hidup atau mati dan dengan tragiknya, membunuh diri apabila ramai yang telah mengundi untuk kematiannya.

Seksyen 507E yang mensasarkan penyebaran maklumat identiti secara berniat jahat, sama pentingnya. Adakah kita sedar atau tahu bagaimana rasanya apabila kehidupan

draft • 4:01 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

peribadi anda, kita, didedahkan kepada dunia. Melihat foto intim ataupun foto peribadi yang tersebar dalam talian atas sebab-sebab dendam ataupun dengki. Mengetahui ya, anda akan dihakimi, diejek, dimalukan.

Jadi, dengan wujudnya teknologi AI, foto dan juga video boleh diedit untuk mengenakan dan memalukan mangsa. Kita bukan membahas prinsip-prinsip abstrak. Kita sebenarnya membahas soal nyawa rakyat. Maka, pindaan RUU ini diperlukan untuk melindungi rakyat kita. Tidak menyokong pindaan ini seolah-olah mengakui kepada umum bahawa anda lebih mementingkan keselesaan diri daripada keselamatan rakyat Malaysia.

Seksyen 507B selanjutnya memperkukuhkan kerangka ini dengan menangani gangguan dalam semua bentuknya. Gangguan adalah racun perlahan yang meresap ke dalam minda mangsanya. Meninggalkan mereka merasa terasing dan terus terjerumus dalam rasa putus asa. Pindaan-pindaan ini lebih dari sekadar langkah hukuman. Ia adalah penyataan nilai kita sebagai sebuah masyarakat.

Mereka menunjukkan bahawa kita peduli tentang maruah dan juga kesihatan mental rakyat kita. Bahawa kita mengakui ancaman baru di era digital dan juga bahawa kita tidak akan berdiam diri sementara ancaman ini terus meragut nyawa. Pada mereka yang mendakwa undang-undang ini terlalu kasar ataupun sukar dikuatkuasakan, saya katakan ini.

Kos ketidakpedulian jauh lebih besar. Ia diukur dalam bentuk nyawa yang hancur, keluarga yang berduka dan juga masyarakat di mana kekejaman berleluasa tanpa kawalan.

Meluluskan pindaan ini adalah satu langkah yang sekurang-kurangnya kita boleh lakukan untuk mewujudkan Malaysia yang lebih selamat dan lebih baik. Jadi, marilah kita berdiri di sini bukan sebagai ahli politik tetapi sebagai rakyat Malaysia yang percaya kepada keadilan, empati dan yang paling penting, menghargai setiap nyawa. Jadi, marilah kita meluluskan pindaan ini supaya kita dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mendengar suara mereka dan keselamatan mereka adalah penting. Jadi dengan ini, Bukit Bendera menyokong, terima kasih.

draft • 4:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.

Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 4:01 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, terima kasih bagi ruang untuk saya untuk turut berbahas berkaitan dengan Rang undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) pada hari ini.

Secara prinsipnya, kita menyokong pindaan yang dikemukakan pada seksyen baru 507B sehingga 507G. Ini melibatkan kemudaratan melalui apa jua cara serta pendedahan dan penyebaran identiti seseorang yang bersalahan di bawah seksyen 507E dan F.

Saya juga berpandangan seksyen 507D(2) di sini iaitu berkaitan impak daripada provokasi yang berlaku sehingga boleh membawa kepada cubaan bunuh diri atau bunuh diri si mangsa itu sendiri yang dimasukkan dalam peruntukan di bawah seksyen ini merupakan perkara yang bersifat substantif.

draft • 4:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, kita menilai isu buli dalam talian ini sebagai isu yang semakin meruncing saban hari. Oleh sebab itu, kerajaan disarankan agar tegas dalam menangani permasalahan buli dalam talian pada hari ini. Negara pernah berhadapan dengan pelbagai kes. Terlalu banyak contoh-contoh yang diberikan oleh rakan-rakan seperti kes R.Thivyanayagi yang menjadi mangsa buli siber, kes yang melanda mendiang Esha yang disebut oleh rakan-rakan tadi.

Tekanan perasaan yang dihadapi oleh si mangsa begitu dahsyat sehingga mereka mengambil tindakan di luar dugaan, malah golongan atlet juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Sebagai contoh, pemain badminton Lee Zii Jia serta Soong Joo Ven pernah menjadi mangsa cacian dan makian di media sosial disebabkan prestasi mereka di atas pentas pertandingan. Ramai yang sebenarnya telah menjadi mangsa, khususnya di atas talian. Jadi soalan saya dalam hal ini, bagaimana kita mahu mengukur frasa kemudaratan itu?

Dalam definisi ini menyatakan bahawa kemudaratan bererti kemudaratan pada badan, minda, reputasi atau harta benda seseorang, termasuk kemudaratan psikologikal.

Namun, bagaimana kita mahu mengukur bahawa suatu kemudaratan itu adalah kemudaratan yang sebenar? Kemudaratan yang hakiki bagi seorang. Ini kerana tahap penerimaan seseorang itu berbeza. Mungkin cacian yang diterima bagi seseorang sudah dianggap sebagai mudarat bagi dirinya. Tetapi bagi sesetengah yang lain, mereka tidak menganggap itu suatu yang memudaratkan. Sebagai contoh yang lain, Fatin Nabilah seorang pempengaruh yang banyak memberikan kata-kata nasihat di media sosial. Beliau di-troll dengan teruk oleh TikTokers yang lain dengan cara yang tidak wajar.

draft • 4:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Jadi, persoalan saya adakah ia termasuk dalam kemudaratan kepada beliau di sisi undang-undang? Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang merunsingkan saya adalah pindaan ini sekadar membuka ruang untuk mendiamkan mereka yang berbeza warna politik dengan pihak kerajaan. Tanpa pindaan ini pun sudah galak Menteri Komunikasi bersilat menutup pintu kritikan terhadap kerajaan di media sosial apatah lagi selepas kuasa kuku besi ini dijadikan undang-undang.

Soalan saya, apakah jaminan kerajaan bahawa ia tidak akan disalah guna untuk kepentingan kerajaan sendiri khususnya menutup mulut para pengkritik kerajaan? Sebab itu saya tegaskan persoalan saya di atas tadi apa ukurannya? Apakah kemudaratan itu akan ditentukan oleh kerajaan? Saya bercakap di sini kerana mangsanya adalah kami di sebelah sini.

Februari 2023, tiga anak muda wanita Perikatan Nasional menjadi mangsa buli siber.

Maklumat identiti mereka disebar tanpa izin secara mala fide. Malah mereka juga berhadapan dengan ugutan gangguan seksual dan bunuh. Apa yang berlaku selepas laporan polis dibuat? Mana pihak kerajaan yang katanya tegas dalam soal buli siber ini sedangkan Menteri sendiri pernah retweet gambar pempengaruh PN secara mala fide.

draft • 4:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ahli keluarga kepada Yang Berhormat Alor Setar ada dalam Dewan pernah menjadi mangsa terbaru buli siber. Gambar anak-anak didedah dan disebar oleh pempengaruh dari pihak penyokong Kerajaan MADANI dengan caption yang kotor. Apa tindakan kerajaan selepas laporan polis dibuat? Senyap tetapi bila pengkritik yang mengkritik tindakan kerajaan terus diambil tindakan serta merta.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, landing ya.

draft • 4:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Landing, 15 saat..

draft • 4:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Okey, landing. Saya sekadar ingin mengingatkan kerajaan, pindaan dalam Kanun Keseksaan ini bersifat substantif. Jadi jika kerajaan menyalahgunakan ingat bahawa hari ini di dunia informasi terbuka, rakyat menjadi saksi. Kalau pisau disalah guna silap-silap ia melukakan diri sendiri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 4:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam membahaskan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang akan memasukkan enam fasal baharu ke Kanun Keseksaan. Saya rasa ada keperluan untuk kita berbuat demikian. Saya bangun untuk membahaskan dan menyokong tindakan kerajaan ini sebab bagi saya cyberbully sudah menjadi satu perkara yang boleh memangsakan ramai.

Semua pihak tidak kira apa latar belakang termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini tidak kira dari sebelah mana, saya rasa kebanyakan daripada kita pun pernah menjadi mangsa kepada cyberbully tetapi disebabkan mungkin orang politik, kekentalan jiwa dia lebih kuat, jadi dia boleh mengharungi. Tetapi bagaimana dengan rakyat di luar? Jadi, saya rasa ada keperluan sebab zaman digital ketika ini dengan banyak perkara yang berkaitan dengan online menyebabkan lebih mudah setiap individu terdedah dan menjadi mangsa kepada cyberbully.

Tadi ketika membentangkan RUU ini, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa setakat Januari sehingga November tahun ini lebih 8,000 aduan atau laporan dikemukakan. Saya hendak mohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh berikan trend untuk lima tahun sebab kita hendak nampak benda itu saya percaya meningkatlah yang betapa seriusnya perkara ini yang menyebabkan terdesak untuk kita mengadakan pindaan ini supaya kita boleh kurangkan.

Saya tahu hendak menoktahkan itu memang payahlah tetapi hendak mengurangkannya supaya ia tidak terus meningkat. Sebab sebelum ini setakat denda RM100 semua orang boleh apa. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri saya nampak daripada enam fasal Yang Berhormat huraikan tadi semuanya berkaitan dengan

draft • 4:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kalau hukumannya penjara atau denda. Boleh tidak kalau difikirkan, dipertimbangkan ada khidmat masyarakat sebab kadang orang yang suka buli ini kita pun hendak malukan dia.

Kalau bagi denda, “Aku ada duit, aku bayar sahaja.” Dia akan fikir mentaliti sebegini.

Denda – yang penjara itu dia memang takut. Yang kedua kalau boleh ada khidmat masyarakat. Biar dia buat kerja komuniti. Biar orang nampak inilah muka yang suka buli orang. So, itu cadangan saya. Yang seterusnya saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, di bawah..

draft • 4:16 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Rasah, Tenggara sedikit, Rasah. Tenggara, Tenggara.

draft • 4:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ya.

draft • 4:16 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Rasah, setuju tidak kalau selain daripada denda tadi itu ditambah dengan khidmat sosial itu bagi rotan sedikitlah sebab kadang-kadang implikasi daripada buli siber ini besar kesannya. Jadi kalau kita rotan itu mungkin boleh mendidik sedikit. Terima kasih.

draft • 4:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.

Mohon masukkan jadi sebahagian dari ucapan saya. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri di bawah seksyen 507C yang baharu dia tidak ada isu mens rea sebagaimana Yang Berhormat Menteri tadi sebutkan. Kalau berbanding dengan lima fasal yang lain ada isu mens rea. Saya hendak tanya kenapa yang ini dikecualikan mens rea, adakah ia berkaitan dengan strict liability offence di bawah undang-undang? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti.

Saya hendak tanya juga selain daripada pindaan yang melibatkan penal code Kanun Keseksaan yang kita bahaskan sekarang ini, bagaimana ada tidak akta lain, akta sedia ada yang perlu dipinda yang berkaitan dengan cyberbully juga? Sebab kita tahu banyak undang- undang yang digubal sebelum ini yang jadi akta ketika ini mungkin tidak ada elemen ini sebab sebelum itu memang tidak ada keperluan. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini.

Sebab bagi saya kalau ada mungkin Yang Berhormat boleh maklumkan supaya boleh disegerakan pindaan terhadap mana-mana akta yang berkaitan supaya undang- undang kita lebih komprehensif dalam menghadapi cyberbully ini. Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri dan kerajaan selain daripada kita menghukum pesalah mereka yang melakukan kesalahan ini, bagaimana dengan mangsa? Ada tidak? Sebab Yang Berhormat Menteri juga jaga Bahagian Undang-undang.

Ada tidak undang-undang yang berkaitan ataupun tidak kira akta apa yang memberikan satu perlindungan khas bukan setakat mungkin kaunseling atau apa sahaja khidmat nasihat dari segi psikologi ataupun ada satu biro khas disediakan khusus untuk mangsa yang jadi cyberbully ini.

Sebab kita, satu kita hendak hukum pesalah. Yang salah itu kita hendak hukum tetapi yang menjadi mangsa itu kita kena bagi perhatian supaya kita bawa mereka balik kepada keadaan sebenar, keadaan sebelum mereka menjadi mangsa dari segi keadaan psikologi

draft • 4:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

mereka tidak terjejas ekoran daripada menjadi mangsa. Jadi, saya rasa itu sahaja yang boleh saya sebutkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 4:16 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Timbalan Speaker. Tuan Speaker saya ingin memulakan perbahasan hari ini yang menyatakan tahniah kepada kerajaan. Isu buli ini memang satu isu yang sangat serius dan saya rasa setiap Ahli-ahli Dewan ini kita semua ibu bapa yang ada anak-anak yang ada adik, yang ada keluarga. Kita tentu boleh rasa kemarahan ataupun kebimbangan kita kalaulah kita tahu keluarga-keluarga kita juga merupakan subjek ataupun mangsa buli.

Malah saya sendiri pernah mengendalikan satu kes Timbalan Speaker di mana seorang budak baru umur 14 menjadi mangsa buli di sekolah yang paling sedihnya dia juga merupakan seorang pesakit kanser phase 3. Malah bagi saya Timbalan Speaker, buli siber ini dia lebih teruk dan lebih dahsyat daripada buli konvensional.

Kalaulah konvensional buli yang kita dengar hari ini dia dilakukan mungkin di laman sekolah, mungkin di perumahan sekitar tetapi hari ini buli siber ini dia tiada batasan. Dia boleh dibuat bila-bila masa, satu hari 24 jam, satu tahun 365 hari. Bukan sahaja jiran, bukan sahaja rakan di sekolah, malah satu dunia pun boleh buli mangsa itu.

Tadi kita sudah dengar banyak cerita. Bayangkanlah pada tahun 2020, kita ada kisah yang sedih, Arti Viyaganagi seorang perempuan etnik India, umur baru 20 tahun buat satu Tiktok dia menari dengan seorang Bangladesh. Selepas itu malam itu dapat 350 komen negatif selepas itu terus membunuh diri.

draft • 4:18 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Itu baru satu kes, yang tentunya tadi juga telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain, kes juga mendiang Rajeswary Appahu atau dinamakan Esha, sama juga. Apa yang paling sedih yang saya rasa yang menjadi pencetus kepada kenapa kita nak bawa pindaan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan ini ialah sebab orang yang dipersalahkan dalam kes Esha itu, telah dicaj, dituduh, di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Ringan 1955 yang hanya membawa denda RM100.

Untuk maklumat Ahli-ahli dalam Dewan ini, untuk Akta Kesalahan Ringan ini, RM100 ini adalah sama kalau hari ini saya meludah di atas jalan, saya juga akan dihukum RM100.

Sama sahaja. Adakah itu setimpal? Seorang yang meludah di atas jalan raya dan mendapat hukuman yang sama dengan seorang yang memaksa, mengejek sampai mengakibatkan kematian seorang manusia lagi. Itulah kenapa saya rasa masa adalah tepat untuk kita membuat penggubalan, untuk kita meminda Kanun Keseksaan, untuk kita make sure undang-undang ini mesti mengikut zaman dan masa yang sesuai.

Saya ingin masuk dua isu yang sedikit teknikal, Timbalan Speaker. Memandangkan Timbalan Speaker pun peguam, saya harap boleh beri sedikit masa untuk saya. Isu pertama,

draft • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

saya ingin merujuk kepada 507B, 507C dan 507D. Saya ingin hendak menyatakan di sini, definisi buli siber ini, dia juga merangkumi omission ataupun kita kata exclusion. Contohnya, bila seseorang itu dia dahulu ada bersekolah atau sekumpulan dengan kawan-kawan, tiba- tiba kawan-kawan dia buli dia dan dia tak nak kawan dengan kawan dia lagi. Dia akan exclude, dia makan seorang di situ ataupun tidak nak bermain, bergaul dengan dia juga. Itu juga satu jenis buli yang diiktiraf oleh UNICEF.

Maka, benda itu juga boleh berlaku secara talian contohnya di WhatsApp group.

Mungkin tiba-tiba mereka pulau dia, mungkin mereka leave group dia, mungkin mereka tak nak berucap lagi dengan dia, mereka tak nak maklumkan dia lagi sampailah mungkin mangsa itu rasa depress. Mungkin juga. Itulah kenapa bila saya baca 507B, 507C dan 507D, saya rasa mungkin kalaulah kementerian boleh pertimbangkan selain daripada kita guna perkataan ‘kelakuan’ atau ‘act’, boleh kita juga masukkan perkataan ‘intentional omission’ ataupun ‘intentional exclusion’ sebab itu juga satu cara kaedah buli juga dan saya rasa, benda ini memang berlaku di kalangan sekarang.

Kedua, saya juga ingin mohon satu pencerahan daripada pihak kementerian dalam perkataan ‘person’ atau ‘seorang’ yang juga disebut dalam akta di 507C dan semua sebenarnya. Saya nak beri satu senario, saya minta pandangan daripada Menteri. Katalah seorang mungkin influencer, blogger kah siapa. Tiap-tiap hari dia buat posting, ‘Makanan di Warung Kak Su tak sedap’. ‘Layanan di Warung Kak Su tak baik’. Dia repeat, repeat harassment sampai lah Kak Su, pemilik warung itu, dia sakit. Dia rasa dia depress ataupun dia rasa dia sedih. Saya nak tanya, adakah akta ini boleh guna pakai bila orang itu hanya mengejek atau menghina ‘warung’, bukan ‘Kak Su’. Syarikat itu. Dia tidak sentuh nama orang itu tetapi dia sentuh ‘Warung Kak Su’ sahaja. Adakah innuendo juga terpakai dalam seksyen 507B, 507C dan 507D?

Saya rasa itu satu benda yang kita kena fikirkan supaya mana-mana kelompangan yang kita ada ini, kita cuba tutup sebelum benda ini kita luluskan sebab saya khuatir kalau benda-benda ini kita tidak selesaikan di sini, nanti di luar mungkin ada peguam-peguam yang pandai mungkin macam Timbalan Speaker ini, akan nampak loophole itu dan akan cuba buat sesuatu ya. So, itulah sahaja yang saya hendak bahas. Satu lagi, last sekali ialah isu...

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, dah tak ada masa, YB.

draft • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Satu sahaja, satu sahaja.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Nanti-nanti boleh bangkitkan dengan Menteri.

Terima kasih YB.

draft • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, nanti boleh bangkitkan dengan Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Okey, terima kasih Tuan Speaker. Saya patuh, Tuan Speaker.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jasin.

draft • 4:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Buli adalah pelecehan terhadap kemuliaan insan sebagai hamba Allah dan warganegara yang merdeka. Sehubungan itu, pindaan Akta Kanun Keseksaan ini adalah sangat diperlukan. Tidak ada sebarang tolak ansur terhadap sesiapa pun yang melecehkan kemuliaan insan dalam apa bentuk pun.

Saya ingin menarik perhatian bahawa Allah telah memuliakan manusia dengan menganugerahkan kepada manusia kedaulatan dan kehormatan. Firman Allah yang bermaksud, ‘Sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya melebihi banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan’.

Kemuliaan ini wajib dilindungi oleh undang-undang yang berkesan. Ketegasan dalam melindungi karamatul insan adalah tanggungjawab kolektif seluruh manusia. Sayidina Umar RA menegur pegawai beliau Sayidina Amru ibn al-As, Gabenor Mesir yang dilantik pada ketika itu dalam insiden puteranya yang melakukan kekasaran kepada rakyat yang berasal dari golongan bawahan. Beliau berkata, ‘*Bila pula kamu boleh memperhambakan manusia?

Sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu mereka sebagai orang yang merdeka*’. Pada hari ini, pada zaman yang dianggap maju, kita berasa sangat dukacita melihat perlecehan terhadap karamatul insan telah menjadi umum al-balwa sebagai krisis kemanusiaan yang sangat kronik.

Adalah jelas undang-undang konvensional gagal untuk melindungi manusia. Para pemimpin dan pengamal undang-undang gagal mengulangi contoh kesungguhan melindungi karamatul insan sebagaimana yang tergambar di dalam tindakan Sayidina Umar RA, pemimpin tertinggi Islam pada zaman beliau. Pembunuhan beramai-ramai atau genosid dan kelaparan terus berlaku pada penduduk Gaza melebihi 400 hari tanpa langkah berkesan untuk menghentikannya.

Jenayah dahsyat ke atas karamatul insan ini berlaku pada zaman yang dianggap perundangan manusia berada pada tahap yang tertinggi dalam memperjuangkan kebebasan manusia dan manusia dipimpin berdasarkan sistem demokrasi yang menjanjikan kesamarataan dan keadilan. Manakala dalam negara undang-undang konvensional, gagal mengekang jenayah yang berleluasa jauh sekali mengurangkannya.

Sebagai contoh, laporan statistik mengenai peningkatan jenayah seksual adalah sangat membimbangkan. Pada tahun 2022, terdapat 10.1 kes jenayah seksual dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk. 85.6 peratus kes rogol dan 89 peratus kes sumbang mahram melibatkan mangsa kanak-kanak. Kanak-kanak menjadi mangsa utama. Pada tahun 2023 pula, jenayah seksual terhadap kanak-kanak meningkat sebanyak 26.5 peratus.

Dalam negara kita yang tercinta ini, menurut laporan, purata lima kes bunuh berlaku dalam seminggu. Manakala kes bunuh diri juga mengalami peningkatan yang menyedihkan

draft • 4:25 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

apabila berlaku peningkatan secara mendadak kepada 13.1 peratus dalam kalangan remaja berbanding 10 peratus pada tahun 2017. Satu dalam lapan remaja Malaysia berisiko bunuh diri. Seterusnya, peningkatan jenayah seksual, bunuh diri dan jenayah-jenayah yang lain juga tidak terlepas dari jenayah yang menggunakan ruang siber.

Pindaan yang dibuat bagi meningkatkan upaya memerangi dan menyekat buli siber adalah langkah yang sangat-sangat baik dan perlu disokong. Namun, saya berpandangan selagi mana ia berada di dalam kerangka perundangan konvensional, kemungkinan kegagalan mengatasinya adalah sangat besar. Antaranya seperti yang diperingatkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, saya melihat keperluan mendesak agar perundangan konvensional memberi ruang kepada perundangan berasaskan Islam.

Manakala dalam negara kita yang telah menerima perundangan berasaskan Islam secara terbatas, maka peluasan ruang pelaksanaan syariat Islam perlu lah diberikan dan syariat Islam yang telah dilaksanakan secara terbatas itu wajib lah terus diperkasakan agar negara dan rakyat menjadi contoh kepada dunia sebagai negara yang benar-benar melindungi karamatul insan pada zaman ini. Timbalan Yang di-Pertua, dengan semangat ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Jasin. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 4:30 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024. Ini adalah satu undang-undang penting yang bertujuan untuk menangani isu gangguan dan buli termasuk buli dalam talian dalam masyarakat kita. Maka pindaan ini adalah langkah penting ke arah memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Pindaan ini juga adalah langkah proaktif untuk melindungi rakyat kita daripada ancaman yang semakin meningkat dalam dunia digital. Mengapa pindaan ini penting? Kita semua tahu bahawa gangguan dan buli sama ada secara fizikal atau psikologi boleh menyebabkan kesan jangka panjang kepada mangsa.

Pindaan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghukum pelaku tetapi lebih penting untuk melindungi mangsa daripada ancaman ini dan memastikan mereka mendapat keadilan yang sewajarnya.

Pindaan ini memperkenalkan enam peruntukan utama seperti yang telah dinyatakan tadi iaitu seksyen 507B hingga 507G. Setiap peruntukan ini bertujuan untuk menangani aspek buli, gangguan dan penyebaran maklumat identiti dalam pelbagai konteks.

Saya terus kepada Seksyen 507B yang memperuntukkan hukuman kepada sesiapa yang melakukan gangguan, ugutan atau penghinaan yang menyebabkan gangguan distress, ketakutan atau kebimbangan kepada mangsa. Persoalannya, yang utama yang perlu dijawab

draft • 4:30 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

ialah bagaimana agensi berkaitan akan memastikan bahawa perbuatan gangguan ini dapat dikesan lebih awal dan bukti gangguan dapat diperoleh secara sah?

Seksyen 507C pula merangkumi perbuatan atau kata-kata yang menyebabkan seseorang mangsa terganggu, takut atau bimbang walaupun tanpa niat khusus oleh pelaku.

Persoalannya, bagaimanakah pihak berkuasa akan memastikan bahawa perbezaan antara perbuatan tidak sengaja dan perbuatan yang disengajakan dapat dibezakan dengan jelas?

Adakah terdapat prosedur pengesahan atau mekanisme semakan untuk memastikan keadilan kepada semua pihak?

Seksyen 507D memperkenalkan hukuman terhadap pelaku yang menyebabkan seseorang mempercayai bahawa kemudaratan akan berlaku pada dirinya atau orang lain yang berkaitan dengannya. Persoalannya, dalam konteks ini bagaimanakah agensi penguatkuasaan akan mengumpulkan bukti bahawa mangsa mempercayai bahawa kemudaratan akan berlaku? Adakah laporan psikologi atau bukti dari pihak ketiga akan diterima sebagai bukti?

Seksyen 507E pula bertujuan menangani penyebaran maklumat identiti seseorang tanpa kebenaran. Perbuatan ini menjadi lebih ketara apabila pihak tertentu termasuk pemungut hutang mendedahkan maklumat peribadi peminjam melalui media sosial. Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan privasi mangsa tetapi juga meletakkan mereka dalam bahawa.

Persoalannya, bagaimanakah pihak berkuasa akan memastikan bahawa penyebaran maklumat itu yang berlaku di platform digital seperti media sosial dapat dihapuskan dengan pantas?

Seksyen 507A bertujuan menangani kes di mana maklumat identiti seseorang disebarkan dengan niat untuk memudahkan kemudaratan kepada orang tersebut atau keluarganya. Persoalannya, bagaimanakah pihak berkuasa akan membuktikan bahawa maklumat identiti yang disebarkan oleh pihak ketiga memang bertujuan untuk memudahkan kemudaratan? Apakah jenis bukti yang diperlukan untuk memastikan hukuman dikenakan kepada pelaku?

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada pengalaman negara-negara yang telah memperkenalkan undang-undang terhadap gangguan dan buli, kita boleh belajar banyak daripada pendekatan mereka. Pindaan yang dicadangkan di negara kita sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa. Namun kita harus akui bahawa ada ruang penambahbaikan terutamanya dalam peningkatan mekanisme penguatkuasaan dan kerjasama lebih erat dengan platform digital serta penyediaan lebih banyak sokongan untuk mangsa gangguan.

Dengan mengambil kira kejayaan undang-undang ini di luar negara, kita harus memastikan rangka kerja undang-undang kita lebih komprehensif, responsif dan mampu mengadaptasi perubahan zaman. Antara perkara yang boleh dilihat adalah apakah langkah- langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mempercepatkan segala proses perundangan dan memastikan mangsa mendapat keadilan dengan lebih segera dan efisien.

Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan pindaan ini dilaksanakan dengan berkesan, saya mengemukakan beberapa cadangan utama. Pertamanya adalah dengan

draft • 4:30 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

membangunkan sistem pemanduan berpusat yang membolehkan kes-kes ini dipantau dan ditangani secara lebih sistematik. Adakah pihak berkuasa bercadang untuk membangunkan satu sistem pemantauan berpusat yang membolehkan status kes-kes ini dipantau secara berterusan?

Keduanya adalah dengan menyediakan latihan yang lebih terperinci kepada penguat kuasa undang-undang bagi menangani kes-kes buli dan gangguan secara berkesan.

Kempen kesedaran awam juga harus dilaksanakan untuk mendidik masyarakat tentang hak- hak mereka terutamanya di kalangan pelajar dan pekerja.

Ketiga adalah dengan mengadakan kerjasama lebih erat dengan penyedia platform media sosial untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang disebarkan tanpa kebenaran boleh dipadamkan segera. Dalam hal ini, adakah pihak berkuasa akan mengadakan dialog atau kerjasama rasmi dengan platform-platform ini bagi memastikan maklumat peribadi dilindungi dengan lebih baik? Sedikit masa.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya.

draft • 4:30 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Keempatnya adalah dengan mewujudkan perkhidmatan sokongan khusus kepada mangsa termasuk talian bantuan, kaunseling dan bantuan guaman. Perkhidmatan ini akan membantu mangsa mendapatkan bantuan yang diperlukan untuk pulih daripada pengalaman gangguan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pindaan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 ini adalah langkah yang besar dalam kita melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman gangguan dan buli. Maka, dengan penglibatan pelbagai agensi dan pihak berkuasa, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan adil untuk semua rakyat Malaysia.

Maka dengan ini, Betong menyokong penuh terhadap pindaan ini demi masa depan yang lebih baik dan sejahtera untuk rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Betong.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Selayang.

draft • 4:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan menggubal undang-undang mengenai buli secara fizikal atau melalui atas talian bagi menangani masalah buli yang semakin meruncing. Saya sokong dengan penuh Rang Undang-undang Pindaan Kanun Keseksaan ini.

RUU yang dicadangkan adalah mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan buli iaitu kesalahan menyebabkan gangguan, distress, ketakutan atau kebimbangan dan kesalahan menyiarkan maklumat identiti yang menyebabkan gangguan distress, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang.

Saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang dua perkara.

Perkara pertama adalah tentang Seksyen 507B, 507C, 507D, 507E dan 507F. Mengikut

draft • 4:37 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

seksyen-seksyen ini, kesalahan dilakukan bila perkataan atau komunikasi atau tindakan menyebabkan mangsa merasa dengan izin, harassed, distressed, fear or alarmed.

Soalan saya ialah sama ada perasaan ini ada diukur mengikut secara objektif atau subjektif mengikut perasaan mangsa sendiri? Saya bercadang bahawa dengan izin, in order to establish this offence, the conduct must be seriously or significantly offensive and the harassment, distress, fear or alarm is according to an objective standard as regarded by a reasonable person. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan dalam penggulungan selepas ini supaya orang ramai dan khususnya pihak polis, pendakwa dan mahkamah tahu bahawa standard yang dipakai adalah dengan izin the objective standard of a reasonable man. Perkara kedua ialah tentang seksyen 507C(2). Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengesahkan bahawa kesalahan di bawah 507C memerlukan mens rea dan keperluan untuk mengadakan mens rea ini tersirat dalam seksyen 507C(1).

Oleh yang demikian, subseksyen (2) menyatakan orang yang kena tuduh boleh sebagai pembelaan menunjukkan dia tidak bersalah kalau tindakan itu dibuat tanpa alasan munasabah untuk percaya mangsa akan merasa harassed, distressed, ketakutan atau alarmed.

draft • 4:37 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Seperti kita semua tahu, mens rea adalah istilah bahasa Latin untuk minda yang bersalah. Ini adalah biasa salah satu dari unsur yang diperlukan satu jenayah. Ujian common law piawaian liabiliti jenayah biasanya dijelaskan dalam prinsip bahawa tindakan tidak semestinya membuat seseorang bersalah kecuali minda juga bersalah.

Oleh yang demikian, proses jenayah seharusnya terdapat satu actus reus atau tindakan ditemani bersama mens rea untuk membenar bentukan jenayah oleh defendan didakwa. Undang-undang jenayah biasanya tidak digunakan pada seorang yang telah bertindak dengan ketidakhadiran kesalahan mental. Ini adalah peraturan umum biasa.

Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan yang diminta supaya rakyat, pihak pendakwa dan mahkamah tahu bahawa perkara 507C(1) itu memerlukan juga, walaupun tersirat, mens rea di dalam jenayah ini. Sekian, terima kasih.

Saya menyokong.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Selayang.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kerana membenarkan saya turut sama membahaskan rang undang-undang pindaan pada kali ini. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana mengambil tindakan yang segera dan tegas dalam membantu menyelamatkan mangsa- mangsa daripada terus dibuli.

draft • 4:41 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya merujuk kepada objektif syariah. Antara objektif syariah menyebut tentang memelihara agama, keselamatan dan juga kehormatan dan maruah individu. Kita lihat dalam satu surah iaitu Surah Al-Hujurat, ayat 11, yang berbunyi, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah satu puak daripada kaum laki-laki mencemuh dan merendahkan puak laki-laki yang lain kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula satu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendahkan puak perempuan yang lain kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu mengatakan keaiban sesetengah yang lain dan jangan kamu pula memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Larangan tersebut menyebabkan orang yang berkenaan menjadi fasik. Maka amatlah buruk sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya, maka merekalah orang-orang yang zalim”. Jadi, dalam hal ini, kita lihat kalau dulu orang Melayu lebih dikenali sebagai seorang lelaki yang anak jantan, mereka rela berputih tulang daripada berputih mata kerana menjaga maruah. Tapi hari ini, kadang-kadang isu maruah telah menjadi isu yang ringan dan mereka tidak lagi menjaga menyebabkan kadang-kadang ada pihak yang memandang bahawa adalah mudah pada mereka untuk menghina mana-mana pihak kerana maruah bukan lagi menjadi isu, tetapi mereka lebih melihat kepada kesan ataupun manfaat yang diperolehi daripada kesan viral.

Dalam hal ini, kita melihat bagaimana buli didefinisikan sebagai tindakan agresif yang berulang yang dilakukan individu atau kumpulan kepada individu yang lain. Dalam hal ini, kita ingin tanya kepada pihak kerajaan, sekiranya buli itu dibuat dalam bentuk kolektif, netizen secara beramai-ramai, pihak manakah yang akan disaman ataupun ditangkap dalam menjaga kes ini? Kerana, kita lihat bukan seorang. Kadang-kadang dibuat secara mungkin hanya dengan memberikan simbol-simbol yang tertentu sahaja.

Kita lihat dalam kes ini, berlaku tindakan buli yang kita lihat di Universiti Pertahanan.

Saya kira bahawa sampai masa pihak kerajaan perlu membuka kertas putih bagi melihat dan mengkaji agar kes buli tidak berlaku dalam bilik kuliah ataupun dalam siber terutama melibatkan Universiti Pertahanan.

Pembuli biasanya orang yang sangat lemah dan kita lihat biasanya sejarah mereka mempunyai sejarah lampau yang sangat menyedihkan. Adakah pihak kerajaan akan menyenaraikan pembuli sebagai penjenayah di bawah senarai blacklist? Terutama kalau hari ini kita nampak pelbagai sistem, penggunaan sistem PADU.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah pelaburan dan persediaan kerajaan bagi melahirkan pakar-pakar dalam mengecam dan dalam membantu kita untuk mengatasi jenayah buli digital dan juga siber ini? Berapakah kelengkapan? Bagaimanakah sistem dan operasi yang akan dibuat dan pendidikan siber ini di pihak universiti dan juga pihak sekolah?

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mewujudkan pusat sokongan emosi dan undang-undang supaya menyediakan khidmat sokongan psikologi

draft • 4:41 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kepada mangsa serangan buli siber dan juga pembuli siber. Kadang-kadang yang kita bantu ini mangsa, tapi kadang-kadang tak dijaga dan tak dididik pembuli, mereka akan terus melakukan kesalahan-kesalahan ini selepas mereka mungkin selepas diserahkan daripada menjalani perintah tahanan dan pihak penjara.

Bagaimana pula dengan orang yang dibuli secara beramai-ramai melibatkan pihak majikan? Sebagai contohnya, hari ini, kita lihat reformasi mengenai buli ini bukan hanya berlaku di sekolah, tapi juga berlaku di Parlimen. Hari ini kami daripada pihak pembangkang menjadi Ahli Parlimen, tapi kami tidak diberikan peruntukan. Ini seolah-olah satu buli juga kepada pihak kami...

[Tepuk] Terutamanya bila sekarang ini menghadapi saat malapetaka yang sangat besar.

Bilamana rakyat datang berjumpa, kita nak jawab pun tak boleh sebab memang takkan mampu untuk membantu mereka di saat mereka ini. Ini juga akan mewujudkan satu budaya di mana mereka mula meleceh-lecehkan pemimpin sebagaimana disebut oleh rakan-rakan pembahas tadi.

Jadi, dalam hal ini, kita melihat kitaran ini harus berlaku di peringkat negara, peringkat negeri. Negeri Kelantan, sebagai contohnya, dibuli secara beramai-ramai oleh netizen. Sebut sahaja Kelantan, mereka akan buli. Sehingga ada seorang anak Kelantan buat, “Apa salah saya menjadi anak Kelantan?” Ini adalah satu buli yang berlaku kerana ia dimulakan dalam bentuk penghinaan jawapan-jawapan dan sindiran-sindiran yang diberikan oleh pemimpin daripada negeri lain. Sepatutnya dibantu, tetapi hari ini dibuli oleh pihak-pihak yang tak sepatutnya.

Hari ini kita juga melihat bagaimana dalam kes ini sekiranya pihak majikan membuli daripada sudut sebagai contohnya, hari ini tak cukup pegawai, tak cukup kemahiran.

Bagaimanakah mereka ini harus dibela? Kerana mereka bukan dibuli secara perkataan, tetapi dibuli secara perbuatan dan juga kebajikan mereka.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang bagaimanakah pengesanan dan pemantauan jenayah buli siber? Kerana, kita lihat dalam kes buli ini, benda yang berlaku sangat cepat. Serangan ini berlaku dalam mini saat, respons manual tidak cukup pantas.

Bagaimana sistem balas, sistem tindak balas perlu direka untuk mengesan dan bertindak balas secara real time terhadap buli siber dan menyediakan analitik masa nyata menggunakan teknologi big data?

Kita juga ingin melihat dan mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya membuat pengumpulan dan pemeliharaan bukti digital. Orang ramai tak faham. Kalau mereka faham, mereka takut nak lapor. Bila mereka lapor, bagaimana pemeliharaan bukti digital ini dapat dibuat oleh pihak mereka? Kerana, kita memerlukan satu perlindungan data dan sistem inskripsi supaya data-data sensitif ini dapat disimpan. Kerana, kita percaya bahawa siasatan melibatkan buli siber ini akan memakan masa yang lama.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kita mengkaji psikologi jenayah pembuli siber sama ada dalam talian ataupun bukan talian kerana analisa

draft • 4:41 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

ini akan memberikan profiling untuk mengesan corak tingkah laku mereka. Berapakah kajian dibuat dalam impak psikologi jenayah terhadap mangsa-mangsa ini?

Seterusnya, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menjana ekonomi digital. Malaysia perlu menjadi peneraju keselamatan siber, termasuklah buli, supaya kita boleh melindungi rakyat kita dengan membangunkan sistem teknologi keselamatan sendiri dan memulakan sokongan kepada syarikat tempatan iaitu memberikan dana permulaan untuk pembiayaan syarikat-syarikat baharu bagi memfokuskan kepada pembangunan perisian keselamatan dan sistem maya.

Yang terakhir, dari segi buli ini, ramai yang jadi mangsanya adalah wanita dan juga kanak-kanak. Kita lihat bukan hanya berlaku kepada mereka semasa menjadi isteri atau sedang menjalani proses untuk berpisah atau bercerai. Yang terakhirnya, bagaimana kita melihat kesan berantai yang dialami oleh mangsa-mangsa buli ini? Bukan hanya mereka menjadi mangsa, tapi keluarga mereka juga mengalami tekanan. Bagaimanakah sokongan yang harus kita berikan kepada bukan hanya mangsa, tapi juga keluarga mereka? Terima kasih.

draft • 4:41 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat.

Seterusnya, saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Jempol.

draft • 4:41 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Jempol melihat pindaan kepada Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2024 [Akta 574] ini adalah bertujuan mengadakan peruntukan baharu untuk menangani secara khusus isu mengenai buli yang dilakukan dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa kaedah termasuk secara dalam talian yang sering berlaku kini. Jempol difahamkan dari bulan Januari hingga November 2024, SKMM menerima 8,339 laporan dan aduan berkaitan buli siber atau 27 kes sehari. Sudah tentu ini merupakan satu jumlah yang amat-amat tinggi dan serius.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta 574 ini juga melibatkan kesalahan buli secara komunikasi dalam pelbagai situasi berdasarkan cadangan pengenalan seksyen baharu daripada 507B hingga 507G.

Seterusnya, Jempol merujuk kepada seksyen baharu 507B dan 507C. Seksyen baharu 507B adalah berkaitan kesalahan buli secara komunikasi dengan niat untuk menyebabkan mangsa mengalami gangguan, distress, ketakutan atau kebimbangan kepada mangsa dengan hukuman pemenjaraan sehingga tiga tahun atau denda. Manakala seksyen baharu 507C adalah berkaitan kesalahan buli secara komunikasi yang berkemungkinan menyebabkan mangsa terganggu, distress, takut atau bimbang, boleh dikenakan pemenjaraan hingga satu tahun ataupun denda.

draft • 4:47 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol mendapati perbezaan antara seksyen 507B dan 507C ini adalah niat dan bukannya jenis perkataan atau laras bahasa yang digunakan oleh pembuli kepada mangsa.

draft • 4:47 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Persoalan Jempol, bagaimanakah pihak pendakwa boleh menentukan niat pembuli tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, Jempol juga merujuk seksyen baharu 507D (1) dan 507D (2). Berkaitan kesalahan 507D (1) berkaitan kesalahan komunikasi buli dengan niat untuk menyebabkan mangsa percaya bahawa kemudaratan akan menimpa dirinya atau orang lain, boleh dikenakan pemenjaraan satu tahun atau denda.

Persoalan Jempol, mengapa hukuman kesalahan seksyen 507D(1) hanya dikenakan hukum penjara sehingga satu tahun? Manakala kesalahan seksyen 507B boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun, sedangkan kesalahan seksyen 507D(1) adalah dilihat sama serius ataupun sama berat. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya, Jempol merujuk subseksyen 507D(2) yang agak unik di mana seksyen tersebut adalah berkaitan kesalahan buli secara komunikasi yang mana pembuli mengetahui bahawa perbuatan itu boleh memprovokasi mangsa, mencederakan dirinya atau orang lain.

Persoalan Jempol, bagaimana pendakwaan boleh menentukan sama ada pembuli tahu atau sedar perbuatan itu adalah kepada seorang mangsa yang lemah emosi dan cenderung untuk mencederakan dirinya.

Ini kerana mereka secara kebiasaannya, pembuli dan mangsa tidak mengenali satu sama lain secara peribadi melainkan di media sosial sahaja. Adakah doktrin undang-undang Thin Skull Rule, dengan izin, terpakai untuk 507D(1) yang mana seolah-olah liabiliti kepada pembuli adalah muktamad walaupun mangsa mempunyai preexisting mental health condition, dengan izin, yang menyebabkan mangsa mudah terkesan atau amat sensitif dengan buli. Mohon juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan Akta 574 ini, adakah kes buli ini akan terus dirujuk kepada pihak PDRM atau setiap aduan masih perlu melalui SKMM? Ini kerana punca kuasa SKMM adalah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Apakah perancangan kementerian untuk menyelaraskan fungsi PDRM dan SKMM dalam mengatasi masalah buli siber ini? Mohon juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Jempol percaya bahawa cadangan pindaan Kanun Keseksaan

(Akta 574) ini berkenaan kesalahan berkaitan buli siber adalah tepat pada masanya. Tahniah, syabas pada pihak kementerian kerana prihatin dengan masalah isu yang sangat membimbangkan dan amat serius berlaku di negara kita ini. Namun, dalam meminda Akta 574 ini, Jempol berpandangan bahawa Program Kesedaran Advokasi Pencegahan Buli Siber harus dilaksanakan rentas kementerian dan pelbagai peringkat kepimpinan masyarakat supaya perbuatan negatif ini boleh dikawal dan dibanteras di peringkat akar umbi lagi. Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih kepada pembahas terakhir, Yang Berhormat Jempol. Kini, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selama 15 minit. Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 14 orang dalam sesi perbahasan undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2024. Saya dengar daripada tadi Yang Berhormat Jelutong, Jerlun, Bangi, Besut, Pasir Gudang, Bukit Bendera, Pokok Sena, Rasah, Tebrau, Jasin, Betong, Selayang, Tumpat dan juga Jempol dan rata-rata semua bersetuju.

Walau bagaimanapun, seperti biasa Ahli-ahli Yang Berhormat kita ramainya yang banyak pengalaman dan juga adalah pakar-pakar menanya soalan-soalan yang teknikal dan juga tidak teknikal. Saya juga akan cuba menjawab, yang mana saya tak sempat, saya akan bagi jawapan secara bertulis.

Sebelum saya mulakan menggulung pada hari ini, saya ingin berkongsi bahawa kita memerlukan undang-undang, dengan izin, a future looking laws yang mengambil kira cabaran masa depan tanpa mengabaikan keperluan pada hari ini. Pindaan kepada Kanun Keseksaan pada hari ini dihasratkan untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh, termasuk terhadap isu seperti buli yang semakin kompleks di era digital.

Saya juga ingin menegaskan bahawa pindaan ini sama sekali tidak bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara. Sebaliknya, ia akan berfungsi sebagai mekanisme untuk mencegah gangguan dan melindungi masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Adakah kita mahu membiarkan gangguan terhadap wanita dan kanak-kanak dan golongan-golongan yang vulnerable, dengan izin? Apakah harga yang sanggup kita bayar?

Saya juga ingin memetik beberapa daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang daripada perbahasan ini. Ada juga menyatakan kadang-kadang wakil rakyat selalu dilihat sentiasa mendapat atau menjadi mangsa kepada siber buli ya. Menjadi satu rampant situation, dengan izin, yang mana kadang-kadang bila kita bercakap secara digital online, macam-macam komen yang begitu negatif dan itu yang disebut sebagai demokrasi bersuara.

Walau bagaimanapun, tidak bolehlah komen-komen tersebut mewujudkan seperti yang disebut di dalam seksyen-seksyen fasal ini iaitu mewujudkan ancaman dan seterusnya.

Pindaan ini bukan sekadar untuk menghukum tetapi juga untuk mendidik, melindungi dan mencegah. Ia adalah langkah penting ke atas membina sebuah masyarakat yang lebih beradab dan menghormati maruah sesama individu.

Saya juga ingin membawa perhatian kepada pengenalan seksyen 507D(2), di mana saya ingin menamakan seksyen itu dengan izin, Esha clause. Tahun ini kita dikejutkan dengan situasi mendiang yang lebih, yang kita kenali sebagai wanita muda yang kerap menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan beberapa kandungan-

draft • 4:53 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

kandungan yang positif. Malangnya, mendiang menjadi mangsa buli siber yang begitu dahsyat sehingga mengambil nyawanya sendiri.

Kehilangan nyawa ataupun proses yang mana nyawanya diambil dirinya sendiri.

Berdasarkan satu hari, selepas dia membuat laporan polis. Cuba Yang Berhormat-Yang Berhormat bayangkan, dia menganggap polis dapat melindungi. Dia buat laporan, selepas itu dia mengambil nyawanya. Apakah sebenarnya yang berlaku dalam proses ini?

Kita mungkin tidak mampu membawa Esha kembali tetapi apa yang kita boleh lakukan sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat, yang saya cukup bangga dengan perbahasan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian ialah kita mahukan landskap dalam negara kita berbeza bila bercakap tentang apa yang disebut sebagai budaya buli secara fizikal dan juga buli secara digital iaitu siber buli.

Apa yang kita lihat daripada kes beliau, kalau kita tengok banyak tulisan-tulisan daripada beberapa pakar-pakar undang-undang sebagai contoh, menyatakan bahawa antara masalah yang paling besar, kita tidak mempunyai undang-undang yang berhadapan dengan isu buli dan juga buli siber. Itu sebab ada Yang Berhormat menyebut tentang penalti yang dikenakan hanya RM100 ya. Kenapa hanya RM100? Sebab itu sahajalah yang dilihat undang-undang kesalahan kecil, yang dilihat sebagai mencukupi. Saya nak rujuk Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian sebelum saya masuk kepada soalan-soalan secara spesifik.

Seksyen 503, dengan izin, Kanun Keseksaan - criminal intimidation. Kalau kita tengok dalam Bab XXII - criminal intimidation is sort an annoyance di bawah seksyen-seksyen bawah Kanun Keseksaan 503, 504, 505, 506, 507. Kalau kita lihat dan juga 509, 508.

Premisnya adalah berlainan, Tuan Yang di-Pertua. Dia tidak boleh mengambil kira apa yang berlaku dalam era digital. Kita sebagai banyak mempunyai kemahiran, kepakaran, pengenalan undang-undang jenayah ialah elemen mens rea dan actus rea, itu ialah ikatan yang paling utama.

Antara cabaran cyber bullying ini, sebagai contoh dalam kes mendiang ialah bukti yang ada itu, dalam masa TikTok yang berlaku beratus-ratus, beribu-ribu masukkan, galakan, menggalak, mencemuh, menghina, mengancam itu, pembuktian yang penting itu tidak dapat dikeluarkan. Yang Berhormat ada tanya saya tadi, tanya pada kerajaan tentang apakah sebenarnya pelaksanaan daripada fasal-fasal ini ialah esok keselamatan dalam talian di mana service provider, platform provider akan diberikan tanggungjawab duty of care untuk menentukan perkara tersebut boleh diberhentikan apabila laporan diberikan pada mereka.

Sama ada melalui MCMC agensi ataupun kepada mereka sebagai yang menawarkan perkhidmatan.

Yang berlaku dalam kes ini, dalam saat laporan diberi pada polis kepada MCMC, dia tidak dapat menyelesaikan. Apa pun yang kita sebut, sistem yang dipakai itu, yang katakan pembuktian, TikTok yang dalam live feed itu, nak memberhentikan, melarang, menghantar, menyiasat, mengeluarkan pun tak mampu dibuatkan oleh agensi regulator kita iaitu MCMC.

Tambahan juga, dilihat sebagai Polis Diraja Malaysia. Saya ada dengar, Tuan Yang di-Pertua

draft • 4:53 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

tetapi saya cakap secara jujur ya. Komen yang kita dengar. Bila beberapa kes yang telah disebutkan dalam kes-kes cyberbully ya komen yang diberikan “Eh, takkan cakap pun salah” sebab dia kata ancaman yang dia buat itu hanya komen dalam online.

draft • 4:53 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi komen yang diberi oleh pihak berkuasa kadang-kadang takkanlah benda ini dianggap serius. Tetapi bila kita mengambil bahawa mangsa adalah anak-anak muda ya, kes kanak-kanak yang membunuh diri, kes kanak-kanak yang hilang, kes-kes kanak-kanak yang mencederakan.

Apa yang paling dahsyat sekali Tuan Yang di-Pertua, daripada kes-kes buli ini saya rasa Kementerian Pendidikan pun memberikan bukti, generasi muda dah mula mempunyai budaya membuli melalui sistem digital kerana kenapa dia suka sistem digital? Pertama, kerana dia tahu bahawa orang tak tahu dia siapa. Akaun palsu, dia guna nama lain. Ya lah seronoklah sebab buli ini sebenarnya budaya buli ini Tuan Yang di-Pertua ialah mereka yang tahu bahawa mereka boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab. It is a behaviour sebab dia rasa dia boleh buli, dia buli.

Jadi dalam kes ini yang kita takut dalam negara kita, yang menjadi mangsa adalah anak-anak seperti mana Yang Berhormat semua sebut tadi betul begitu tepat bukan sahaja the victim tetapi the perpetrator. Kalau kita ada undang-undang yang tidak memberikan mereka sebagai – ayat yang ingin saya gunakan, “amaran” ataupun “warning”, kalau dia ikut suka-suka pun menggalakkan 500 katalah “Bunuh diri, bunuh diri”, tak akan kita nak katakan dia boleh lepas daripada tanggungjawab. Mungkin dalam seksyen ini dia boleh kata dia tak ada niat tapi kalau kita tulis, itu sebab kata kalau kita kata pepatah kita ya, sebab mulut badan binasa.

Kita sebagai peguam sebahagian daripada kita di sini kita tahu kalau orang itu depan muka kita boleh saman dia malu. Maknanya kita boleh pergi pada slander and libel. Kita saman ataupun dia secara fizikal nak mencederakan kita. Kita boleh lawan balik, kita boleh buat laporan polis. Tetapi kalau dia boleh bersembunyi dalam satu sistem dan sistem yang dia sembunyikan ini bukan sahaja 365 hari tapi 24 jam, tak berhenti-henti. Dan dua minggu lepas di Australia – saya rasa tiga minggu lepas di Australia, mereka membuat keputusan untuk menghalang anak-anak di bawah 16 tahun mendekati social media sebab sistem yang adapun, mereka lihat dan tak sanggup dapat memantau dan menghalang kejadian cyberbully yang boleh menyebabkan sifat membunuh diri. Cuba Yang Berhormat bayangkan.

Itu sebab undang-undang pada kali ini, kita wujudkan daripada bab criminal intimidation sebab cyberbully ini dia bukannya satu pendekatan yang dilihat sebagai ancaman secara fizikal sebab dalam definisi itu kita menyebutkan tentang makna-makna yang disebutkan sebagai harm. Sebab ada kita mempunyai ketahanan mental, cakap 10 kali pun kita buat tak tahu. Tapi ada kita ini tak ada ketahanan mental, cakap sekali pun kita boleh langsung tak nak keluar rumah. Jadi kita perlu mempunyai undang-undang yang dapat melihat kepada situasi yang bagaimana.

draft • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi Ahli Yang Berhormat Jerlun, Besut dan juga Rasah telah membangkitkan mengenai kelompangan undang-undang yang sedia ada. Saya ingin menjelaskan bahawa cadangan pindaan ini, kerajaan memberikan beberapa pendekatan supaya kelompangan undang-undang itu dapat diatasi.

Pertama, Kanun Keseksaan (Akta 574) menangani isu buli menjadi kegusaran kerana tiada peruntukan yang khusus kerana alam buli dan alam buli siber dalam Kanun Keseksaan tidak mempunyai kelengkapan dia, tidak mempunyai kewujudannya. Saya sebut tadi seksyen 503 yang merangkumi kesalahan ugutan jenayah sebab seksyen 503 di bawah Kanun Keseksaan, bukannya disebut sebagai ancaman buli ataupun buli siber tetapi adalah dilihat sebagai ugutan jenayah. Jadi yang mengugut itu kita kenal siapa, yang disebut ugutan itu jenis yang apa. Tindakan buli dalam atau luar talian tidak terbentuk dalam ancaman walaupun boleh menyebabkan tekanan mental tidak termasuk dalam ruang lingkup 503 Kanun Keseksaan.

Kemudian kita tengok pada seksyen 509 yang saya sebut tadi mempunyai beberapa kekangan dalam menyelesaikan isu buli. Peruntukan ini terhad pemakaiannya kepada apa- apa perkataan atau perbuatan yang dibuat dengan niat untuk mengganggu kehormatan seseorang dengan perkataan atau perbuatan itu didengari atau dilihat. Oleh itu, peruntukan terhad kepada pemakainya.

Kedua, subseksyen 4(1) di bawah Akta Jenayah Komputer 1997, merujuk kepada situasi yang melibatkan akses tanpa kebenaran kepada sistem yang sering berkaitan dengan aktiviti hacking (penggodaman) dan pencerobohan siber. Namun begitu, banyak bentuk buli siber tidak melibatkan akses tanpa kebenaran tetapi sebaliknya penyalahgunaan akses yang sah. Maknanya dia masuk entry point Tuan Yang di-Pertua ialah melalui platform yang sah.

Dia bukannya hacking system, menumpang kepada sistem seseorang dan kemudian mewujudkan pembulian tetapi kepada akses yang sah, akaun yang sah, TikTok yang sah, Instagram yang sah, Facebook yang sah. Contohnya menggunakan platform media sosial untuk membuli pengguna yang lain. Hal ini mengehadkan keberkesanan peruntukan tersebut kepada hanya sebahagian kecil daripada tingkah laku buli siber.

Manakala seksyen 4 dalam Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 adalah untuk menangani kesalahan seksual terhadap kanak-kanak secara fizikal. Seksyen ini tidak – secara langsung meliputi perlindungan yang lebih luas bagi tingkah laku buli yang bukan seksual seperti gangguan dan penderaan psikologi yang juga boleh memberi kesan yang teruk kepada mangsa. Tambahan pula, akta ini secara khusus menangani kesalahan terhadap kanak-kanak. Buli merupakan sebuah kesalahan yang tidak mengenal batas umur. Maka kita memerlukan perlindungan untuk diberikan kepada semua jenis kumpulan sama ada yang muda ataupun yang tua dan daripada tingkah laku buli dalam talian dan juga luar talian. Oleh itu, kita perlu melihat bahawa realiti buli ini pada hari ini yang lebih kompleks memerlukan perlindungan yang lebih holistik dan memberikan keadilan kepada mangsa.

draft • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ahli Yang Berhormat Jerlun, Bukit Bendera juga telah membangkitkan kewajaran hukuman yang dicadangkan di bawah akta ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara berkenaan dengan hukuman sering kali dibincang lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan hukuman pemenjaraan. Sesetengah pihak akan menyatakan tempoh sesuatu hukum pemenjaraan yang dikenakan adalah keterlaluan. Sesetengah pihak pula menyatakan bahawa hukuman tersebut memadai. Tidak dinafikan perkara ini mungkin subjektif namun kita memerlukan mengambil kira prinsip undang-undang yang disebut sebagai berkadaran atau dalam izin bahasa, proportionality hukuman yang hendak dikenakan. Ingin saya menekankan kepada setiap hukuman yang dirujukkan di dalam kesalahan-kesalahan ini mencerminkan dengan izin, the degree and severity of the offence.

draft • 5:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, Jerlun, Jerlun.

Minta sedikit laluan. Kalau tadi saya sebutkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh mahasiswa UPNM sehingga dibuang kerja ataupun tidak diambil sebagai pegawai kadet.

Berkaitan dengan pelajar sekolah yang dibuli, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa tindakan dibuang sekolah perlu diambil sebagai satu tindakan yang wajar? Sekian.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih. Yang Berhormat, sudah tentu apa-apa hukuman yang tertakluk juga kepada – selepas hukuman itu dijatuhkan oleh pihak berkuasa, apa-apa situasi yang daripada mana pembuli itu berada, hukuman seterusnya boleh dilakukan oleh agensi ataupun entiti tersebut. Kalau katakan cikgu sekolah yang bersalah, Kementerian Pendidikan akan menjalankan tindakan. Pensyarah yang salah membuli, Kementerian Pengajian Tinggi boleh melakukan tindakan. Saya tidak melihat hukuman hanya satu one-off hukuman sahaja. Tetapi saya melihat ia boleh dirangkum dan diikat bersama, tertakluk kepada platform tersebut. Silakan Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri. Cuma saya nak tanya sikit, adakah rang undang-undang yang kita bahaskan ini ada mempunyai retrospective effect. Dalam kes yang melibatkan yang macam kes Esha tadi memang dah selesai. Tetapi untuk kes-kes yang lain yang belum didakwa di mahkamah, adakah kita boleh menggunakan rang undang-undang ini untuk kes-kes yang akan berlaku itu?

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tak ada Yang Berhormat. Dia adalah ke depan ya. Jadi dalam kesimpulannya dari segi proportionality itu ialah sentencing principle dan sudah tentu tertakluk kepada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara dan juga hakim yang menjadi hakim pada kes-kes tersebut. Kenapa tiada elemen dalam niat 507C ya banyak yang menimbulkan...

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri, sebelum itu perlu berapa minit lagi YB Menteri?

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya rasa mungkin dalam lima minitlah kalau tak diganggu. Kalau diganggu, 10 minit.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya beri lima minit, YB Menteri.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak jawab soalan Yang Berhormat Tuan Speaker...

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebab itu bagi lima minit.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Mungkin jawab di tepi tapi saya jawab di depanlah bahawa tentang aspek – sebenarnya aspek mens rea dan mengapa elemen tersebut tidak diperuntukkan. Realiti kesalahan buli pada hari ini lebih rumit dan memerlukan satu peruntukan yang mampu menangani keadaan tanpa mengira niat bagi pelaku kesalahan tersebut. Hal ini demikian kerana kerajaan memandang serius kesalahan buli dan tidak ingin memberi sebarang ruang bagaimana individu yang berselindung atau lepas ruang lingkup undang-undang. Namun begitu, memastikan hak tertuduh kita, seksyen ini turut memperuntukkan pembelaan.

Kalau kita tengok fasal 507C (2) Tuan Yang di-Pertua, in a “defence to a charge against a person under this section, if it is proved that he had no reasonable ground to believe that the words or communication used or made by him or his act would be heard, seen or otherwise perceived by a person who was likely to feel harassed, distressed, fear or alarmed of such words”.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Maknanya, mungkin A yang melakukan. B, C, D, E, F, G semua ikut di belakang.

Mungkin dalam kes mendiang itu, benda ini yang berlaku. Mungkin mereka katakan mereka tidak ada niat. Mereka hanya mengikut. Jadi, pembelaan mereka ialah mereka kena membuktikan bahawa dia tidak ada kata orang, “It is a defense to a charge that proves he had no reasonable ground to believe that the words, communication used or made by him or his act to be heard, seen or otherwise perceived by a person who is likely to feel harassed, distressed or fear or alarmed.” Maknanya, dia pertama dia boleh mengatakan pembelaan dia bahawa dia tak ada niat, bahawa perkara itu semua boleh memberikan satu efek kepada apa yang dianggapkan.

Maknanya, pembelaan itu memang ada dalam 507C. Kemudian, saya ingin sebut tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya rasa tertakluk kepada mahkamah juga tetapi di dalam undang-undang kita, dia adalah pertama; penjara atau denda; atau dua- duanya sekali. Tertakluk kepada hakim.

Tapi saya ada beberapa Yang Berhormat yang sebut tentang pendidikan. Bagi saya, Yang Berhormat Tuan Speaker, apa pun yang penting pendidikan selepas undang-undang ini. Saya lebih khuatir pada anak-anak muda, anak-anak di sekolah yang menganggapkan buli itu ialah sebagai satu jenaka. It is a joke. Why not do it? Jadi, saya harap sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan secara serius ya, kementerian yang relevan perlu memainkan peranan. Ibu bapa di keluarga perlu juga memainkan peranan bahawa buli, harassment, online bully ini bukan satu perkara yang perlu dimain-mainkan.

Jadi, kalau saya tak sempat jawab, saya akan jawab secara bertulis tetapi yang lebih penting pada Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyatakan bahawa kita akan– salah satu daripada kejayaan kita sebagai Ahli Parlimen ialah kita membuat pindaan kewujudan pada

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

undang-undang stalking ya. Seperti mana Yang Berhormat ingat ya. Itu satu pendekatan yang baharu pada undang-undang. Hari ini, tentang era digital kita mewujudkan beberapa fasal untuk undang-undang cyberbully dan undang-undang buli.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih dan saya berharap semua seperti yang saya sebut, saya tak sempat jawab, saya insya-Allah akan jawab secara bertulis.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]

draft • 5:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO.2) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:04 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson Sini, sini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya membentangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024 untuk meminda Jadual Pertama kepada Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berbangkit dari kemasukan seksyen baharu 507B, 507C, 507D, 507E dan 507F ke dalam Kanun Keseksaan

draft • 3:04 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Akta 574] yang bertujuan untuk memperuntukkan prosedur bagi kesalahan buli iaitu sama ada boleh ditangkap tanpa waran, boleh dijamin serta hukuman bagi setiap kesalahan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan Jadual Pertama Akta 593 diperlukan bagi memastikan keselarasan dengan perubahan dalam Akta 574. Ini penting untuk menjelaskan sama ada sesuatu kesalahan boleh ditangkap tanpa waran, boleh dijamin serta hukuman bagi setiap kesalahan. Tanpa pindaan ini, penguat kuasa undang-undang mungkin menghadapi kekeliruan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka khususnya dalam menangani kesalahan baharu.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rang undang-undang ini bakal melakar satu episod baharu kepada negara dalam memberikan perlindungan undang-undang bagi menangani jenayah buli tiada mengira sama ada dalam atau luar talian. Dengan pindaan ini, kebimbangan mangsa perbuatan buli di negara ini dapat dikurangkan dengan memberikan perlindungan hak kepada mangsa dan orang-orang yang terdekat dengan mereka. Pindaan ini juga meningkatkan keberkesanan pentadbiran undang-undang dengan memastikan konsistensi dalam prosedur pendakwaan dan penguatkuasaan. Hal ini penting untuk mengelakkan kekeliruan prosedur yang boleh menjejaskan keadilan dan kepercayaan terhadap sistem undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, langkah ini juga melindungi hak semua pihak yang terlibat termasuk mangsa dan tertuduh dengan memastikan prosedur dilaksanakan secara adil dan selaras dengan undang-undang semasa. Cadangan rang undang-undang ini mempunyai dua fasal dan bertujuan untuk meminda Akta 593. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin, the blue bill. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta 593 yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan seksyen baharu 507B, 507C, 507D, 507E dan 507F ke dalam Akta 574.

Bagi cadangan pindaan rang undang-undang ke atas Akta 593 Jadual Pertama akan memperuntukkan kesalahan penetapan berkaitan keperluan waran tangkap, tempoh pengeluaran waran atau saman, ketetapan kesalahan boleh dijamin ataupun tidak, ketetapan kompaun dan hukum maksimum bagi setiap kesalahan.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberikan sokongan penuh kepada rang undang-undang ini untuk memastikan prosedur dan keberkesanan pelaksanaan pindaan kepada Akta 574 dapat dilaksanakan dengan teratur.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 3:04 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Menteri. Ada siapa yang menyokong?

draft • 5:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya ada senarai enam orang pembahas. Saya bacakan nama-nama pembahas. Pertamanya Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Saya kini menjemput Yang Berhormat Jelutong untuk membahaskan rang undang- undang ini.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Speaker yang saya hormati. Saya sedar bahawa pindaan kepada rang undang-undang ini adalah susulan kepada pindaan yang telah dibuat sebelum ini kepada Kanun Keseksaan. Saya ada beberapa perkara yang ingin saya tanya kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Sebelum itu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas penggubalan undang-undang baru ini.

Juga pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah yang saya fikir dibuat oleh kerajaan pada masa yang terdekat.

Saya sedar bahawa rang undang-undang ini dan rang undang-undang sebelum ini yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini di atas kesedaran kerajaan dan atas tanggungjawab kerajaan yang simpati dan sedih disebabkan oleh apa yang telah menimpa mendiang Rajeswary Appahu. Cumanya soalan saya Tuan Speaker adalah kita mendapati bahawa dalam pindaan kanun tatacara jenayah ini ada peruntukan-peruntukan yang membenarkan seseorang itu dijamin.

Cumanya soalan saya adalah kalau seseorang melakukan pembulian siber, adakah kehendak untuk beliau juga dilarang daripada menggunakan umpamanya telefon? Di mana beliau boleh menggunakan TikTok ataupun Facebook ataupun WhatsApp untuk meneruskan siaran-siaran yang dianggap memfitnah, jelik, mengancam ataupun yang mempunyai unsur- unsur jenayah terhadap si mangsa yang telah pun membuat laporan polis. Bayangkan kalau seseorang itu dituduh di mahkamah, saya sebagai peguam bersetuju beliau dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Kalau dia dibenarkan jamin, adakah keperluan untuk beliau juga disekat daripada terus menggunakan mod komunikasi seperti talian, handphone untuk menyebarkan fitnah tersebut? Saya rasakan bahawa ini adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan ataupun mungkin boleh dibincangkan oleh Timbalan Menteri dan Menteri termasuklah kementerian bersama-sama dengan penasihat-penasihat undang-undang di mana peruntukan baru boleh dimasukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah sekiranya berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Seksyen 57B yang baru, 507C atau peruntukan-peruntukan baru yang telah digubal dan diluluskan tadi.

Kalau seseorang itu dituduh di mahkamah, adakah keperluan untuk mahkamah memerintahkan sama ada beliau menyerahkan handphone kepada mahkamah umpamanya

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

ataupun sekiranya beliau dibenarkan untuk memiliki handphone melarang beliau daripada terus mengasak si pengadu yang telah membuat laporan polis terhadap beliau daripada menyebarkan kandungan-kandungan yang berunsur mengancam, yang berunsur fitnah, yang berunsur kandungan yang jelik, lucah dan sebagainya. So, saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, adakah perkara-perkara ini telah pun diperhalusi?

Saya juga ingin tanya kepada Timbalan Menteri, adakah peruntukan yang mewajibkan umpamanya saya percaya kalau seseorang itu telah pun dituduh kerana menyebarkan unsur-unsur fitnah melalui TikTok, melakukan cyberbullying melalui komputer riba, melakukan cyberbullying melalui aplikasi-aplikasi WhatsApp ataupun menggunakan handphone-nya. Sekarang, terdapatnya keadaan di mana ada seseorang itu akan membeli handphone baru, menggunakan nombor telefon yang tidak didaftarkan atas nama beliau, menggunakan handphone tersebut, telefon mudah alih untuk menyebarkan fitnah TikTok.

Kita lihat macam kita bincangkan tadi di mana pemimpin-pemimpin kita diancam diasak dan gambar-gambar diedit. Adakah keperluan kerajaan untuk membincangkan menggubal undang-undang di mana di bawah Kanun Tatacara Jenayah— kerana Kanun Tatacara Jenayah adalah kanun yang mengawal Criminal Procedure Code adalah kanun tatacara yang mengawal perjalanan sesuatu prosiding di mahkamah jenayah. Tadi kita membincangkan tentang Kanun Keseksaan— akta ibunda yang mendaftar, menggubal, membincang, mendefinisikan kesalahan baru.

Tetapi sekarang kita membincangkan tentang perjalanan sesuatu kes jenayah.

Apabila seseorang itu dihadapkan ke mahkamah, dia dituduhkan di mahkamah diberikan jaminan adakah keperluan untuk beliau juga dilarang, disekat daripada terus menggunakan handphone atau komputer riba? Ataupun cara-cara lain di mana beliau akan terus menyebarkan fitnah ataupun kandungan yang jelik yang berunsur lucah. Di mana seseorang itu merasakan bahawa beliau diancam ataupun mengalami apa-apa tekanan emosi.

Keduanya, saya juga ingin tanya sekiranya selepas larangan itu dibuat oleh mahkamah, seseorang yang dituduh itu telah melanggar perintah tersebut, meneruskan dengan tindakan beliau— kita lihat baru-baru ini banyak pihak-pihak yang selalu menyerang pemimpin-pemimpin kita, saya tidak mahu menyebut nama-nama mereka. Tetapi kalau mereka terus menerus melakukan perkara tersebut, memfitnahkan pemimpin tersebut adakah apa-apa peruntukan di mana jaminan mereka akan dibatalkan dan mereka akan ditahan sehingga perbicaraan mereka selesai?

Saya mohon penjelasan di atas perkara-perkara ini. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 5:20 PM

Dato' Hajah Mumtaz bin Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin merujuk kepada Kanun Tatacara Jenayah kerana kita tahu

draft • 5:27 PM

Dato' Hajah Mumtaz bin Md Nawi - Tumpat

bahawa perkara berkaitan buli siber ini perkara baru. Jadi bila perkara baru antara benda yang kita dapat lihat pada kali pertama ialah tentang bidang kuasa dan juga kepakaran.

Dalam hal ini, kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan berapakah jumlah pakar- pakar siber dan IT yang berada di setiap IPD kerana saya percaya bahawa sekarang ini kepakaran kita hanya berada di peringkat negeri.

Walau bagaimanapun berdasarkan kepada data yang disebutkan tadi hampir 8,000 kes. Kita percaya ianya membabitkan ramai dan membabitkan banyak IPD-IPD seluruh negara. Jadi keperluan kepada perkara-perkara berkaitan dengan aset dan juga keperluan untuk pihak IPD mempunyai kepakaran ini adalah perlu. Saya mohon untuk mendapatkan jawapan bertulis berkenaan dengan aturan ataupun demografi kes-kes jenayah cyberbully yang telah pun dilaporkan kepada pihak PDRM dan juga pihak kerajaan. Itu yang pertama.

Yang kedua, kita akui bahawa dalam kes buli siber antara perkara yang susah ialah pengumpulan bukti digital. Jadi adalah sukar untuk mereka perolehi bukti dan apakah dalam kes tatacara ini kita juga boleh melihat dan memastikan bahawa sebarang manipulasi atau pemadaman bukti oleh penjenayah siber buli ini akan dijadikan suatu kesalahan kerana kita percaya bahawa biasanya kita akan dapati mereka akan dengan mudahnya memadamkan bukti-bukti ini dan bagaimanakah perkara-perkara ini boleh dijadikan suatu bukti digital yang boleh diterima secara sahih di mahkamah? Kerana kita lihat bahawa proses pemeliharaan data bukti, chain of custody sering menjadi isu.

Seterusnya, berkaitan dengan penangkapan dan penyiasatan. Setakat ini berapakah kes tangkapan dan penyiasatan yang telah dibuat untuk kes jenayah cyberbully? Jenayah buli biasa kerana kita percaya untuk kes jenayah cyberbully, identiti penjenayah mereka sering menggunakan teknologi seperti VPN ataupun akaun palsu ataupun akaun luar negara yang kita percaya kita belum punyai bidang kuasa rentas sempadan kerana tiada perjanjian ekstradisi bagi kes-kes seperti ini. Ini perlu untuk mereka menyembunyikan identiti dan menyukarkan pihak berkuasa mengesan mereka.

Kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan bagaimanakah perlindungan hak mangsa yang tertuduh? Dalam kes siber buli ataupun kes digital ini, kita percaya pemangsa dan orang yang menjadi mangsa kebanyakannya mungkin melibatkan kanak-kanak bawah umur. Jadi adakah bila melibatkan kanak-kanak bawah umur ini mereka akan dipastikan boleh dijamin dijaga berdasarkan kepada hak kanak-kanak dan apakah hukuman yang akan dikenakan kepada penjaga atau ibu bapa mereka yang mungkin menjadi penjamin kepada anak-anak ini selepas kes tersebut?

draft • 5:27 PM

Dato' Hajah Mumtaz bin Md Nawi - Tumpat

Saya juga bersetuju dengan― tadi ada rakan-rakan menyebut tentang kalau boleh ditingkatkan lagi hukuman dan juga jaminan kepada kes ini kerana melihat kepada graviti ataupun impak kes-kes cyberbully yang berlaku di kalangan masyarakat. Kita juga ingin mengetahui tentang apakah persediaan kerajaan kerana kita tahu bahawa untuk cyberbully ataupun buli siber ini, tiada panduan khusus, tiada precedent case yang telah pun berlaku kerana ini di bawah perkara baru.

draft • 5:30 PM

Dato' Hajah Mumtaz bin Md Nawi - Tumpat

Kita melihat juga bahawa evolusi teknologi berlaku lebih pantas daripada keadaan ataupun persediaan yang dimiliki oleh penguat kuasa mahupun mahkamah. Jadi, dari segi evolusi ini, kita perlulah mempunyai suatu persediaan daripada sudut pendidikan dan penyediaan pakar-pakar kerana kita percaya bahawa pelaburan kerajaan dalam teknologi latihan sangat perlu supaya kita mempunyai pakar-pakar forensik digital dan alat-alat analytic yang juga boleh melatih bukan hanya pegawai penyiasat, pegawai pendakwa dan hakim dalam memahami jenayah siber termasuklah cyberbully ini.

Kita percaya bahawa sekiranya kerajaan telah mempunyai pusat forensik digital nasional, ianya akan mampu untuk menolong mangsa-mangsa dan juga rakyat dalam memahami bagaimana mereka boleh mengatasi kes jenayah cyberbully ini di kalangan masyarakat. Kita berharap bahawa, dalam kes ini, pihak kerajaan akan mempunyai suatu platform perkongsian data untuk memastikan bahawa kita boleh berkongsi maklumat dengan cepat berkenaan dengan jenayah siber. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat.

Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 5:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya berdiri di sini bukan sekadar untuk menyokong tetapi dengan azam yang membara ingin menegaskan keperluan RUU ini.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pindaan ini adalah senjata penting dalam memerangi keganasan dalam talian yang semakin menjadi-jadi dan juga menyasarkan wanita serta gadis di negara kita. Setiap hari wanita dan gadis di Malaysia menjadi sasaran gangguan, penghinaan dan intimidasi dalam talian. Maklumat peribadi seorang wanita disebarkan sebagai tindakan balas dendam.

Seorang gadis dibuli tanpa henti di media sosial sehingga membunuh diri. Ini bukan kes terpencil. Ia adalah sebahagian daripada masalah sistematik. Jika kita tidak bertindak tegas, kita gagal sebagai pemimpin dan gagal sebagai pelindung rakyat.

Pindaan-pindaan ini mampu menangani kekejaman ini. Lihat sahaja seksyen 507B yang menjenayahkan perbuatan menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kegelisahan. Ini adalah tindak balas kepada kes-kes buli sama ada yang tidak berkesudahan.

Jadi, berapa ramai lagi yang akan dizalimi sebelum kita bertindak?

Seksyen 507E pula menjenayahkan penyebaran maklumat peribadi untuk mencetuskan bahaya atau lebih dikenali sebagai doxxing. Hukuman penjara sehingga tiga tahun adalah isyarat tegas kepada mereka yang menggunakan maklumat peribadi sebagai senjata untuk memomokkan orang awam. Namun, adakah ini cukup? Adakah kita benar-

draft • 5:31 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

benar menghalang pemangsa yang bersembunyi di sebalik papan kekunci yang memusnahkan kehidupan hanya dengan satu klik?

Seksyen 507D subseksyen (2) iaitu menangani provokasi yang membawa kepada bahaya atau bahkan bunuh diri. Ini bukan ancaman hipotetikal tetapi realiti yang dialami.

Pada tahun 2019, seorang remaja perempuan di Sarawak mengambil nyawanya sendiri setelah menjadi mangsa gangguan dalam talian. Tahun 2022, Shashikala, seorang ibu, seorang cikgu tuisyen membunuh diri. Dan juga pada tahun 2024, Esha. Kedua-dua menjadi mangsa buli. Berapa banyak lagi nyawa harus hilang sebelum kita benar-benar serius menangani jenayah ini?

Statistik tidak bohong. Wanita dan gadis adalah mangsa utama gangguan seperti ini. Kejayaan wanita, keberanian wanita bersuara, malah kewujudan kami dalam ruang awam menjadi alasan untuk kami disasarkan. Kesan gangguan ini menghakis keyakinan, menimbulkan, dengan izin, anxiety dan kemurungan. Ini adalah keganasan, penderaan mental dan juga fizikal.

Namun, undang-undang sahaja tidak mencukupi. Beban pembuktian sering kali terletak pada mangsa untuk membuktikan bahawa mereka tidak, dengan izin, overreacting. Institusi yang sepatutnya melindungi mangsa sering kali tidak peduli. Kononnya kekurangan sumber atau pun tidak bersedia untuk bertindak.

Walaupun saya menyokong pindaan ini, saya mengakui bahawa terdapat beberapa cabaran. Takrifan seperti tekanan dan ketakutan memerlukan penghuraian yang jelas untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan undang-undang ini.

Jadi, penguasaan adalah kunci. Adakah pasukan polis kita memiliki latihan, alat dan juga kepekaan yang mencukupi untuk mengendalikan kes-kes? Bolehkah mahkamah kita memproseskan kes-kes ini dengan pantas dan adil? Yang lebih penting adalah sokongan untuk mangsa terutamanya perkhidmatan kaunseling. Dan juga, di manakah dana untuk ruang selamat dan juga program pemulihan yang membantu mereka bangkit semula?

Undang-undang ini mesti diberikan atau pun mesti memberikan mesej yang jelas iaitu gangguan, intimidasi dan juga keganasan berasaskan gender, dalam talian atau pun luar talian, tidak ada sebarang tolak ansur.

Kepada wanita, anak gadis di Malaysia, saya ingin katakan kami melihat anda, kami juga mendengar anda. Parlimen ini tidak akan membiarkan suara anda tenggelam dalam ketidakpedulian ataupun, dengan izin, apathy. Sebagai sebuah Parlimen, sebagai sebuah negara dan sebagai sebuah bangsa yang komited melindungi maruah, keselamatan dan masa depan setiap lapisan masyarakat, kita perlu bersuara.

Jadi, dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

draft • 5:31 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya, Yang Berhormat Setiu.

draft • 5:31 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu aspek penting dalam Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)

(No. 2) 2024 iaitu implikasi pindaan ini terhadap hak asasi rakyat Malaysia khususnya kebebasan bersuara.

Seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara, meluahkan pandangan dan menyampaikan maklumat. Ini adalah asas penting dalam sistem demokrasi kita. Namun, pindaan ini terutamanya melalui seksyen-seksyen baharu seperti 507E dan 507F berpotensi membawa kepada penyekatan kebebasan bersuara khususnya di media sosial. Kedua-dua seksyen ini menghukum penerbitan maklumat identiti yang dianggap menyebabkan gangguan ketakutan atau tekanan emosi.

Oleh itu, adakah definisi seperti harassment, distress, fear or alarm cukup jelas untuk mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan kuasa? Hal ini boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan undang-undang. Bahkan ia juga membawa ruang kepada penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu. Contohnya, kritikan terhadap dasar kerajaan atau agensi tertentu juga boleh dianggap mengganggu sekali gus menimbulkan ketakutan untuk bersuara di kalangan rakyat.

Kita tidak mahu pindaan akta yang dibuat pada hari ini digunakan untuk mendiamkan pengkritik, bukan untuk manfaat rakyat. Pindaan ini jika tidak dikawal dengan baik boleh melemahkan hak ini dan menggugat kepercayaan rakyat terhadap sistem undang-undang negara.

Oleh itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa perkara.

Satu, semakan semula pindaan ini untuk memastikan ia hanya terpakai kepada kesalahan serius yang melibatkan ancaman fizikal yang nyata.

Yang kedua, garis panduan pelaksanaan yang jelas perlu digubal untuk mengelakkan tafsiran yang agak luas oleh pihak penguat kuasa.

Yang ketiga, menubuhkan badan pemantau bebas untuk memastikan undang- undang ini tidak digunakan secara berat sebelah terhadap pengkritik kerajaan atau individu tertentu.

draft • 5:37 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Bagi tujuan ini, adalah tidak realistik jika pindaan ini tidak memerlukan perbelanjaan tambahan. Jika kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan badan pemantau bebas, apakah perancangan kerajaan bagi memastikan polis dan badan penguasa sedia ada mampu untuk menguat kuasa pindaan undang-undang ini dengan cekap tanpa berlaku penindasan rakyat dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara? Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang bagi meminda Kanun Tatacara Jenayah.

Tujuan pindaan ini adalah untuk memasukkan ke semua kesalahan dalam pindaan Kanun Keseksaan sebagai satu kesalahan dalam pindaan nombor dua, Jadual Pertama yang membolehkan seseorang ditangkap tanpa waran, boleh dijamin serta hukuman bagi setiap kesalahan. Masalah dalam seksyen-seksyen bagi Akta Kanun Keseksaan yang dipinda dan diluluskan sebentar tadi adalah tiada definisi khusus dan ayat yang terlalu umum. Apabila ianya terlalu umum, maka pentafsiran akan dibuat oleh pendakwa raya. Ini boleh sahaja menimbulkan ketidakadilan. Ia juga menyukarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, lebih mengusarkan lagi, ia tidak memberi gambaran menyeluruh untuk panduan orang awam memahami sesuatu kesalahan dan juga hukuman.

Walaupun saya tidak berbahas bagi pindaan Kanun Keseksaan sebentar tadi, saya tetap menyokong sepenuhnya langkah kerajaan menangani secara khusus jenayah buli dalam apa-apa cara, termasuk di atas talian. Kita tidak mahu ada lagi kes-kes seperti mangsa buli mendiang Rajeswary, Esha dan lain-lain berlaku tanpa ada langkah-langkah kawalan dan juga pencegahan. Selepas ini, tidak ada makna kita menyesali sesuatu perkara yang di bawah kuasa kita untuk merubahnya. Kita memahami hasrat kerajaan meminda peruntukan, adalah sesuatu yang murni bagi mengatasi masalah jenayah buli atas talian. Namun, pemakaian peruntukan ini bukan setakat buli atas talian, malah meliputi percakapan harian juga. Mungkin menggunakan perkataan seperti bodoh, gampang. “Gampang” ini Dato’ Yang di-Pertua, bahasa Indonesia, maknanya “mudah”. Gampang sahaja pak, mudah sahaja. Tapi dalam bahasa kita Melayu, “gampang” bermaksud “anak haram”. Kalau saya kata kepada Yang di-Pertua “gampang”, sudah tentu Dato’ Yang di-Pertua akan melenting ataupun perkataan yang lain seperti ‘nak mampus’, ada diucapkan dalam Dewan hari itu. *Eh!

Ingatkan dah mampus*, katanya kan? Itu gelaran-gelaran seperti itu ataupun gelaran seperti “walaun” ataupun “walanun”. Mana-mana pun boleh pakai. Jadi, tak perlu nak sensitif dan lain-lain akan menyebabkan seseorang itu terganggu, membuat laporan polis dan akhirnya, seseorang boleh didakwa di mahkamah. Ini boleh mengakibatkan peruntukan seksyen ini disalahgunakan sehingga ianya hanya sekadar gurauan pun boleh menyebabkan seseorang itu didakwa di mahkamah.

Berbalik kepada pindaan tatacara jenayah, Dato’ Yang di-Pertua. Jika dilihat kepada kesalahan yang ingin dilakukan dalam pindaan Kanun Keseksaan tadi, bukan kesemuanya patut dibenarkan untuk ditahan tanpa waran. Timbul persoalannya, apakah semestinya kesalahan yang boleh ditahan tanpa waran sepatutnya kesalahan yang berat dan yang mungkin menyebabkan seseorang itu boleh melarikan diri? Jika kesalahan itu adalah kesalahan biasa dan hukumannya pun sekadar 1 hingga 3 tahun penjara, maka ianya adalah

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kesalahan yang mungkin dianggap sebagai ringan. Jadi, pihak polis tidak perlu diberikan kuasa untuk menangkap tanpa waran.

Ada pandangan-pandangan yang mengatakan begitu. Kerana jika waran diperlukan, maka akan wujud suatu mekanisme semak dan imbang oleh pihak polis dan juga mahkamah terlebih dahulu. Kesalahan dalam pindaan Kanun Keseksaan mungkin terdedah kepada salah guna oleh pengadu. Mungkin aduan itu hanyalah biasa-biasa sahaja kerana perkataan yang digunakan itu adalah biasa tetapi pengadu boleh memanipulasi keadaan itu dan membuat laporan polis, yang mana polis boleh terus menangkap suspek dan menahan reman suspek tersebut. Berbanding jika waran diperlukan, maka polis akan membuat siasatan awal sebelum proses penangkapan berlaku.

Oleh itu, persoalan saya dengan pindaan Kanun Tatacara Jenayah ini.

Bagaimanakah pihak berkuasa dapat memelihara individu yang teraniaya kerana jenayah buli atas talian tetapi dalam masa yang sama menghindari daripada mereka yang dianiaya oleh sebab pembulian yang palsu, yang sengaja diada-adakan disebabkan oleh permusuhan, dengki, iri hati ataupun disebabkan oleh berlainan fahaman politik? Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya menyokong pindaan Kanun Tatacara Jenayah tetapi mohon kepastian terhadap persoalan yang saya kemukakan. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sila Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Dato’ Indera Yang di-Pertua dan saya mulakan bicara pada petang ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024. Dengan penuh rasa tanggungjawab, pada saya rang undang-undang yang memperkenalkan pindaan kepada Jadual Pertama Akta 593, khususnya berkaitan seksyen baharu 507B hingga 507F dalam Kanun Keseksaan menunjukkan niat tertentu kerajaan dalam menangani isu jenayah seperti gangguan ancaman penyalahgunaan maklumat identiti.

Namun, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan dan juga kritikan yang membina dan mencadangkan pindaan yang sesuai. Soalan pertama saya, adakah cadangan pindaan ini telah pun melalui proses libat urus secara holistik dengan pihak-pihak entiti agama di peringkat kerajaan? Kerana kita bimbang ianya akan bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah itu sendiri dalam beberapa pindaan yang dicadangkan.

Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, isu definisi. Rang undang-undang ini memperkenalkan istilah seperti harassment, distress, fear dan alarm. Namun, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Yang Berhormat Menteri, apakah definisi terperinci istilah ini dalam konteks undang-undang dan bagaimanakah tafsiran ini boleh mengelakkan penyalahgunaan kuasa sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat-sahabat yang lain dan juga interpretasi berbeza di peringkat penguatkuasaan? Saya mencadangkan supaya definisi

draft • 5:46 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

terperinci dimasukkan dalam seksyen tafsiran untuk mengelakkan kekeliruan dan juga memudahkan pelaksanaan undang-undang.

Perkara yang kedua yang saya hendak sebutkan Tuan Yang di-Pertua ialah kebolehbalikkan (bailable) dan keseriusan hukuman. Sebahagian kesalahan seperti di bawah seksyen 507D(2) berkaitan cubaan bunuh diri dikategorikan sebagai tidak boleh dijamin dalam hukuman dan penjara sehingga 10 tahun. Mengapakah isu kesihatan mental seperti cubaan bunuh diri dihukum secara jenayah yang berat seperti ini? Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan pendekatan rehabilitation berbanding pemenjaraan?

Saya cadangkan supaya pindaan perlu mengambil kira elemen belas ihsan dengan fokus kepada rawatan kesihatan mental bagi kes-kes cubaan bunuh diri. Kerajaan boleh menubuhkan satu tribunal khas untuk menangani kes seperti ini secara lebih berhikmah.

Bayangkan orang yang cuba bunuh diri kemudian didapati bersalah dan dipenjarakan 10 tahun. Makin mental kawan itu bila keluar daripada penjara ataupun dalam penjara pun dah menghadapi tekanan. Kita tahu bagaimana banduan-banduan di penjara. Dan soalan yang saya hendak sebutkan juga, apakah punca sebenarnya kadar peningkatan kes bunuh diri yang mendadak, yang berlaku dalam negara kita pada hari ini?

Adakah kerana ia bersabit juga dengan isu ataupun unsur-unsur kepercayaan dalam agama? Kalau gagal dalam kehidupan ini, boleh cuba dengan kehidupan baru. Maka, ada di kalangan mereka yang berpegangan begitu, mengambil nyawa sendiri untuk memulakan hidup baru dalam kehidupan baru. Dalam Islam Tuan Yang di-Pertua, orang yang bunuh diri ini kesalahan dosa besar yang tidak diampunkan dan Nabi sebut dalam hadis.

draft • 5:46 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Maksudnya Nabi kata, “Barangsiapa menjatuhkan dirinya dari atas gunung, lalu membunuh dirinya, maka dia berada dalam neraka jahanam, jatuh ke dalamnya, kekal selama-lamanya”. “Barangsiapa yang meminum racun lalu membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan terus meminumnya di neraka jahanam kekal selama-lamanya”. “Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan senjata tajam, maka senjata itu akan berada di tangannya dan dia akan terus menusukkan senjata ke perutnya di neraka jahanam kekal selama-lamanya.” Hadis ini hadis Riwayat Bukhari dan juga Muslim.

Jadi itu yang perlu kita terapkan kesedaran dan juga rehabilitation dan juga memupuk pendidikan yang lebih baik untuk mengatasi isu ini.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, keselamatan data dan penyalahgunaan maklumat.

Pengenalan seksyen 507E dan 507F yang berkaitan dengan penyalahgunaan maklumat identiti adalah tepat pada masanya. Namun saya ingin bertanya apakah langkah-langkah pelaksanaan untuk memastikan individu yang bersalah dapat dikenal pasti dan didakwa dengan adil? Bagaimanakah kerajaan akan menangani isu kebocoran data peribadi di semua peringkat? Saya mencadangkan supaya kerajaan perlu memastikan peruntukan ini disokong dengan mekanisme perlindungan data yang kukuh. Misalnya pindaan selari dengan Akta

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Perlindungan Data Peribadi (PDPA) perlu dilakukan untuk mengukuhkan keseluruhan ekosistem perlindungan data.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, sikit saya ambil masa lagi, implikasi penguatkuasaan tanpa peruntukan kewangan. Dokumen ini menyatakan bahawa rang undang-undang ini tidak melibatkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan. Namun saya bimbang, bagaimana kerajaan bercadang melatih dan menyediakan pegawai penguat kuasa untuk mengendalikan peruntukan baru ini tanpa meningkatkan belanjawan dan apakah jaminan bahawa pelaksanaan undang-undang ini tidak akan membawa kepada penyalahgunaan kuasa akibat kekurangan sumber. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan unit khas di bawah PDRM untuk menangani kes-kes ini dengan profesionalisme yang tinggi disokong dengan dana khusus diperuntukkan dalam Bajet yang akan datang.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, keperluan kepada kajian impak sosial. Rang undang- undang ini akan memberi kesan besar kepada masyarakat. Adakah kerajaan telah menjalankan kajian impak sosial untuk memahami implikasi perundangan ini? Contohnya, adakah pindaan ini akan mengurangkan gangguan secara significant? Adakah ianya sekadar menambah bebanan sistem kehakiman kita? Pada saya kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan untuk menilai keberkesanan undang-undang ini dan di setiap tiga tahun sekali diperbaharui.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini membawa hasrat murni, namun ia memerlukan pindaan yang lebih mendalam agar pelaksanaannya benar-benar adil, efektif dan melindungi semua pihak. Dengan menambah baik peruntukan ini, saya yakin kita dapat membina sistem keadilan jenayah yang lebih holistik dan berperikemanusiaan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab, sepuluh minit.

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024.

Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab kesemua persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara lisan.

Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan beberapa faktor dan satu di antaranya adalah beliau menanya adakah ia akan mengenakan kepada si buli itu untuk tidak menggunakan telefon bimbit atau menyerahkan telefon bimbit kepada mahkamah. Secara

draft • 5:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

lazimnya apabila seseorang disiasat atas kesalahan jenayah siber, telefon yang digunakan untuk tujuan melakukan jenayah tersebut akan disita oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan kemudian bagi tujuan digunakan sebagai bahan bukti sekiranya individu tersebut dituduh di mahkamah kelak. Bermakna pada masa itu tidak boleh digunakan handphone dan juga line tersebut. Kalau tidak, tidak ada makna. Itu satu di antaranya. Tetapi, walau bagaimanapun, sekiranya Yang Berhormat merujuk kepada larangan ini sebagai satu jenis hukuman jenayah, maka perkara ini akan melibatkan pindaan kepada Kanun Keseksaan dan akan diteliti bersama dengan pihak-pihak berkepentingan pada masa hadapan.

Yang Berhormat Tumpat, bagi menjawab soalan pertama Yang Berhormat Tumpat berkenaan kekuatan pegawai PDRM yang mempunyai latar belakang kepakaran untuk menyiasat kes-kes melibatkan siber buli. Perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri memandangkan PDRM berada di bawah seliaan mereka. Tetapi, saya ingin menegaskan bahawa KDN ada pegawai-pegawai yang boleh berfungsi dengan taraf profesional untuk mengendalikan dan membuat penyiasatan.

Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan sama ada hukuman di bawah subseksyen 507D (1) Kanun Keseksaan yang baru diluluskan oleh Dewan ini sebentar lagi adalah memadai. Bagi menjawab soalan pertama oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri kepada Dewan tadi, kita perlulah mengambil kira prinsip-prinsip undang-undang terutama secara khususnya perkadaran atau dengan izin proportionality, hukuman yang hendak dikenakan.

Perkara yang kedua adalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah mengenai pengoperasian pada peringkat penguatkuasaan dan sama ada PDRM bersediakah? Ingin saya menekankan bahawa setiap hukuman yang diperuntukkan di bawah setiap kesalahan-kesalahan ini mencerminkan dengan izin, degree and severity of the offence. Tambahan pula, hukuman-hukuman ini juga telah mengambil kira seksyen-seksyen terdahulu di dalam Kanun Keseksaan seperti seksyen 507A. Ini adalah untuk memastikan keseragaman terhadap hukuman bagi tiap-tiap kesalahan serta memastikan hukuman adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tempoh hukuman ini juga telah dipersetujui oleh Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara ketika proses penggubalan undang-undang ini dilakukan.

Selain dari itu, kuasa untuk menentukan hukuman terjatuh sepenuhnya kepada budi bicara mahkamah termasuk penentuan tempoh penjara. Pihak mahkamah juga akan terikat dengan prinsip-prinsip hukuman ataupun dengan izin, sentencing principle dan akan membuat penetapan hukuman berdasarkan fakta dan latar belakang kepada setiap kes.

Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan mengenai kesan perundangan ini kepada kebebasan bersuara di Malaysia. Saya mengambil maklum bahawa terdapat dan kekhuatiran sesetengah pihak bahawa peruntukan ini akan menyekat kebebasan bersuara seorang individu. Tetapi kerajaan sedar kebebasan bersuara merupakan hak asasi. Hari ini adalah Hari Hak Asasi Sedunia yang dijamin. Kerajaan sedar kebebasan bersuara

draft • 5:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

merupakan hak asasi yang dijamin di kebanyakan negara termasuk Malaysia melalui perkara macam di Malaysia Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

draft • 5:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Namun seperti hak-hak yang lain, kebebasan ini bukanlah secara kebebasan yang mutlak. Perkara 10 tersebut sendiri menyatakan bahawa hak-hak ini tertakluk kepada undang-undang yang boleh digubal oleh Parlimen bagi melindungi kepentingan awam seperti keselamatan negara dan ketenteraman awam. Setiap hak yang kita ada datang dengan tanggungjawab yang tersendiri. Adakah kita mahu membenarkan kanak-kanak kita terdedah dengan risiko buli dalam talian?

Kebebasan bersuara tidak bermakna kebebasan untuk menghina kanak-kanak sehingga mereka berasa terganggu. Apa juga hak dan kebebasan mesti diseimbangi dengan prinsip keadilan dan menjaga ketenteraman awam. Bagi menjawab soalan yang lain, jawapannya adalah wajar tangkapan dibuat tanpa waran setelah mengambil kira kesalahan yang menuruti seperti seksyen 506, seksyen 507A Kanun Keseksaan di bawah bahagian yang sama.

Yang Berhormat Pangkalan Chepa juga bangkitkan tentang sesi libat urus yang telah dijalankan dan juga definisi terperinci bagi mengelakkan kekeliruan bagi terma-terma yang digunakan dalam seksyen-seksyen baharu yang dicadangkan. Pertimbangan mengenai cadangan pindaan terhadap akta ini dilaksanakan dengan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa bagi memastikan setiap aspek diperhalusi dengan teliti.

Penggubalan rang undang-undang ini juga telah dibuat secara komprehensif mengambil kira pengalaman yang dihadapi daripada agensi penguatkuasaan serta berdasarkan kes-kes yang pernah dikendalikan oleh agensi tersebut. Beberapa sesi libat urus telah diadakan. Selain dari itu sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan, pihak SUHAKAM, UNICEF juga telah dibuat bagi memastikan rang undang-undang merangkumi pelbagai aspek dan tidak mengabaikan pandangan daripada pemegang taruh yang berkaitan.

Maklum balas pandangan dan perkongsian daripada sesi libat urus yang telah dijalankan ini adalah penting dan telah diambil kira dengan tujuan mengutamakan kerangka dasar rang undang-undang ini. Antara sesi libat urus lain yang telah diadakan adalah bersama JKPK Semakan Undang-undang Dewan Negara dan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Reformasi Institusi Dewan Rakyat pada 24 September 2024 dan juga bersama local experts, council pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan pada 24 September.

Yang Berhormat, saya akan– untuk perkara-perkara yang lain yang saya tidak sempat untuk menjawab, saya akan jawab secara tulis dengan izin, “This legislation and the one this August House passed a short while ago both pay homage to the victims of the past atrocities of cyber bullying, serving as steadfast commitment to justice for all who endure while holding hope for future free from such sorrow”.

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mengakhiri penggulungan ini, sukacita saya sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan, cadangan-cadangan yang telah dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini. Akhir sekali, “Dari Kedah ke Pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selepas sudah jawapan diberi, Tiba masa untuk mengundi”. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya mohon jawapan bertulis diberikan sebelum persidangan tamat ya pada hari Khamis, sebelum hari Khamis.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

draft • 6:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jelutong jangan buli selepas ini, 10 tahun penjara.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 6:00 PM

Jawatankuasa] Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengkalan Chepa, tak buli mai belah ini, kita tinggalkan belah situ.

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]

draft • 6:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

You mai belah sini, saya pergi belah sana.

draft • 6:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli Yang Berhormat...

[Ketawa] [Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]*

draft • 6:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT LABUAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan utama penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) adalah untuk memajukan Labuan sebagai satu pusat perniagaan dan perkhidmatan kewangan antarabangsa atau Labuan International Business and Financial Centre, dengan izin Labuan IBFC. Labuan FSA sentiasa berusaha untuk menambah baik akta-akta yang ditadbir supaya lebih efektif bagi menyokong pembangunan sektor kewangan antarabangsa dan seterusnya mematuhi piawaian badan-badan antarabangsa.

Malaysia dan Labuan IBFC telah menjalani beberapa sesi penilaian oleh badan- badan penetapan piawaian antarabangsa sejak dari tahun 2015 dan 2017. Secara khususnya, sesi penilaian ini merujuk kepada Mutual Evaluation Exercise (MEE) dengan izin kali ketiga oleh Financial Action Task Force (FATF) dengan izin dengan kerjasama daripada Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG) dengan izin, pada tahun 2015.

Penilaian tersebut dibuat untuk menilai langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia termasuk Labuan IBFC dalam mencegah dan membanteras aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan atau Anti-Money Laundering Combating the Financing of Terrorism (AML/CFT) dengan izin. Ia merangkumi penilaian terhadap keberkesanan sistem AML/CFT di Malaysia dan Labuan IBFC serta cadangan bagaimana sistem AML/CFT tersebut dapat diperkukuhkan.

Manakala, the Forum of Harmful Tax Practice (FHTP) dengan izin, oleh Organization of Economic Cooperation and Development (OECD) dengan izin, pada tahun 2017 telah membuat penilaian terhadap pematuhan negara terhadap pemakaian piawaian percukaian seperti mana yang diperkenalkan oleh OECD dalam menangani masalah ketirisan hasil cukai dan pemindahan keuntungan.

draft • 6:07 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Lanjutan daripada penilaian-penilaian berkenaan, terdapat keperluan untuk mengkaji semula rangka kerja undang-undang Labuan IBFC melalui pindaan RUU Syarikat Labuan

(Pindaan) 2024 bagi memenuhi komitmen untuk melaksanakan cadangan dan piawaian selaras dengan kehendak FATF dan OECD. Sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, di peringkat domestik, Suruhanjaya Syarikat (SSM) telah meminda Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2023 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] pada tahun 2024 untuk memasukkan peruntukan undang- undang mengenai pemunyaan benefisial.

draft • 6:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Akta Syarikat Labuan 1990 juga telah dipinda pada tahun 2022 dengan memasukkan peruntukan berkenaan dengan ketelusan pemunyaan benefisial. Namun begitu, cadangan pindaan pada kali ini adalah bertujuan untuk menambahbaikkan kepada peruntukan pemunyaan benefisial yang sedia ada dengan memperkenalkan beberapa peruntukan yang baharu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia termasuk Labuan IBFC akan dinilai buat kali keempat oleh badan antarabangsa FATF yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Februari 2025 dan RUU ini perlu segera dibentangkan di Parlimen dan diluluskan sebagai persediaan untuk sesi penilaian tersebut bagi memastikan Malaysia dan Labuan IBFC mendapat penarafan yang baik dan selanjutnya membantu meningkatkan imej Malaysia dan Labuan IBFC serta boleh menarik pelaburan asing ke Malaysia.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441]. Tujuan utama pindaan ini adalah untuk memasukkan peruntukan baharu ke dalam Akta 441 yang berhubung dengan rangka kerja pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial. Oleh yang demikian, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam RUU ini. RUU ini mempunyai lima fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas bagi akta iaitu Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2024.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 47 Akta 441 untuk memberi Syarikat Labuan kuasa untuk menjalankan urusan dalam apa-apa mata wang selaras dengan kehendak piawaian percukaian antarabangsa.

Fasal 3 bertujuan untuk memotong seksyen 108A, 108B, 108C, 108D, 108E, 108F, 108G dan 108H untuk memasukkan peruntukan baharu berhubung dengan pemunyaan benefisial.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan bahagian baru VA ke dalam Akta 441 yang berhubungan dengan pemunyaan benefisial suatu Syarikat Labuan atau Syarikat Labuan Asing, mengenai kriteria asas untuk mengenal pasti seorang pemunya benefisial, memperkenalkan kewajipan untuk mendapatkan maklumat daripada mana-mana orang atau juga menyimpan daftar pemunya benefisial Syarikat Labuan atau Syarikat Labuan Asing yang harus disimpan di pejabat berdaftar Syarikat Labuan atau Syarikat Labuan Asing itu.

Selain itu, Fasal 4 juga memperuntukkan Lembaga boleh menentukan orang boleh mengakses daftar pemunya benefisial dan maklumat pemunyaan benefisial yang disimpan dengan Lembaga. Fasal 4 juga bertujuan memperkenalkan kewajipan seorang pemunya benefisial untuk memberitahu kepada Syarikat Labuan atau Syarikat Labuan Asing sekiranya beliau adalah pemunya benefisial.

Daftar pemunya benefisial tersebut haruslah dikemaskini daripada semasa ke semasa dan Lembaga juga mempunyai kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas daftar pemunya benefisial tersebut.

Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan.

draft • 6:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit. Oleh yang demikian, pindaan yang dicadangkan ke atas Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) adalah penting untuk memperkukuh ketelusan dan integriti kewangan serta memastikan kepatuhan kepada piawaian antarabangsa supaya penarafan Malaysia dalam penilaian ME berkaitan pematuhan kepada piawaian oleh badan antarabangsa FATF berkenaan AML/CFT tidak terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 6:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 6:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya mohon menyokong.

draft • 6:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Kita ada tiga sahaja senarai pembahas. Pembahas yang pertama, Yang Berhormat Tuaran. Yang kedua, Yang Berhormat Rompin dan yang ketiga, Yang Berhormat Labuan.

Setiap pembahas diberi masa lima minit. Saya persilakan pembahas pertama, Yang Berhormat Tuaran.

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2024.

Tuan Yang di-Pertua, Wilayah Persekutuan Labuan merupakan sebuah pulau yang berkeluasan 92 kilometer persegi dengan jumlah penduduk hanya 102,300 orang. Jika dilihat daripada segi geografi dan demografinya, wilayah yang turut merangkumi enam lagi pulau- pulau kecil yang lain ini bukanlah besar sangat tetapi lokasinya yang strategik menjadikannya sebagai sebuah pulau yang penting sejak zaman penjajahan hingga sekarang.

Daripada segi ekonomi, walaupun KDNK per kapita Labuan adalah yang tertinggi di negara ini berbanding dengan negeri-negeri yang lain iaitu pada kadar RM83,000, namun jika dibandingkan dengan dua lagi Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya, ternyata Labuan jauh terkebelakang. Malah Labuan boleh dikategorikan sebagai underdeveloped. Keterbelakangan pembangunan Labuan ini masih pada tahap yang rendah walaupun terdapat 4,800 syarikat pesisir ataupun offshore companies dan 68 licensed bank melalui Labuan International Business and Financial Centre (IBFC). Justeru, Tuaran meminta kerajaan memberi penjelasan kenapa Labuan ini masih tidak maju-maju seperti mana yang diharap-harapkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah khususnya mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Dato’ Harris bin Mohd Salleh yang bertanggungjawab menyerahkan Labuan kepada Persekutuan secara percuma, 40 tahun

draft • 6:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

yang lalu iaitu pada tahun 1984. Untuk rekod, pada ketika penyerahan itu, kesemua ADUN Sabah yang telah menyokong enakmen penyerahan Labuan pada Federal tanpa pampasan sesen pun dengan harapan agar Labuan ini dapat dimajukan di bawah Kerajaan Persekutuan.

Untuk itu, Tuaran ingin bertanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah drastik yang sedang dan akan diambil kerajaan untuk memajukan Labuan untuk memenuhi harapan dan wawasan dan niat pemimpin-pemimpin Sabah terdahulu yang telah mengambil tindakan menyerahkan Labuan secara percuma itu. Pada Tuaran, walaupun Labuan ini adalah sebuah wilayah yang di-regulate barangkali over-regulated dengan begitu banyak akta malah dalam sesi ini sahaja, ada lebih empat rang undang-undang pindaan akta yang terkait Labuan tetapi pembangunannya tidak memberangsangkan.

Kalau Tuan Yang di-Pertua mahu buat lawatan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi barangkali ke Labuan, Lapangan Terbang Labuan gelap. Boleh tanya sahabat daripada Yang Berhormat Labuan. Apakah ini disebabkan terkait dengan masalah penguatkuasaan atau setakat kelemahan perundangan sehinggakan dipinda pelbagai pindaan dibuat terhadap perundangan yang ada sekarang.

draft • 6:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kita ambil contoh dalam hal Akta Pesisir Pantai Antarabangsa Labuan ataupun International Offshore Financial Centre Act. Seperti yang saya nyatakan awal tadi, terdapat 68 bank yang telah mendaftar di Labuan yang telah menghasilkan kewangan, menyumbang lebih 40 peratus kepada KDNK Labuan. Namun, ada yang mengatakan daripada 68 bank tersebut, hanya lebih kurang 10 bank sahaja yang beroperasi sepenuhnya di Labuan, manakala 58 bank yang lain hanya berdaftar dan menerima booking di Labuan tetapi operasi pengurusannya beroperasi di Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, untuk itu, Tuaran ingin bertanya kepada kerajaan, apakah memang niat kerajaan untuk menipu orang Labuan seperti ini? Labuan hanya tempat mendaftar syarikat dan bank tetapi memperoleh keuntungan adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan kesemua 68 bank tersebut supaya beroperasi sepenuhnya di Labuan dan bukannya hanya menjadikan Labuan sebagai kaunter pendaftaran?

Tuan Yang di-Pertua, inilah antara lain kenapa orang Labuan dan rakyat Sabah meminta supaya Labuan ini diserahkan saja balik kepada Sabah. Inilah. Bukan saja sentimennya, tetapi 40 tahun terlalu lama untuk menunggu untuk melihat kemajuan Labuan yang diharap-harapkan.

Sehubungan dengan itu, Tuaran mencadangkan supaya...

draft • 6:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuaran, Puncak Borneo minta pencelahan sedikit.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh, boleh. Silakan.

draft • 6:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kalau sudah lama tunggu Labuan ini pun tak maju-maju, dia orang tak maju, apa tunggu lama lagi? Serah sahaja balik kepada Sabah. Setuju kah, Tuaran, ini? Buang masa saja.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bukan lagi setuju, sebahagian daripada ucapan saya. Berapa kali sudah disebut ini. Terima kasih, Puncak Borneo.

Jadi, sehubungan itu, Tuaran mencadangkan supaya― pertama, status sebagai pulau bebas cukai dikembali semula kepada Labuan terhadap beberapa produk, dan pada masa yang sama, penguatkuasaan undang-undang untuk menangani penyeludupan hendaklah turut diperketatkan. Kita tahu status Labuan sebagai pulau bebas cukai telah dilonggarkan kerana cabaran penguatkuasaan penyeludupan ini. Tapi, takkanlah sekarang ini kita ada berbagai-bagai teknologi, berbagai-bagai cara, kita tidak dapat menguatkuasakan undang-undang sehingga kita dapat menangani hal penyeludupan?

Kedua, beri insentif cukai kepada syarikat, bank dan para pekerja di Labuan dan hentikanlah apa yang dibuat sekarang yang menjadikan Labuan hanya lokasi untuk kaunter pendaftaran. Hentikan itu. Please, put a stop to that. Dan pastikan semua bank itu beroperasi sepenuhnya di Labuan.

Ketiga, beri insentif cukai kepada syarikat gas dan minyak di Labuan supaya terus beroperasi di sana.

Keempat, beri insentif cukai kepada perkhidmatan feri sementara menunggu pembinaan Jambatan Labuan.

Dan kelima, percepatkanlah pembinaan Jambatan Labuan. Sudah ditunggu-tunggu.

Sudah berkali-kali disebut perkara ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan dengan tiga rangkap pantun. Ini Labuan kecil saja, jadi pendek sajalah ucapan dia.

*Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Tiga kawasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya maju dan sejahtera, Labuan terpinggir jauh ketinggalan.

Abang long Kuala Lumpur kota metropolitan, Adiknya Putrajaya nadi pentadbir negara, Apalah nasib bumi wilayah Labuan, Dunia tipu-tipu jambatannya pun tiada cerita.

Inilah kebenaran itulah kisah, Pulau bebas cukai indah khabar dari rupa, 40 tahun masih tiada beza, Kembalikan Labuan ke pangkuan Sabah.* Sekian. Saya mohon menyokong.

draft • 6:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Sila, Yang Berhormat Rompin.

draft • 6:20 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441]. Tujuan utama pindaan ini adalah untuk memasukkan peruntukan baru ke dalam Akta 441 yang berhubungan dengan rangka kerja pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial.

Fasal-fasal utama. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 47 Akta 441 untuk memberi syarikat Labuan kuasa untuk menjalankan urusan dalam apa-apa mata wang.

Pindaan ini adalah selaras dengan kehendak piawaian percukaian antarabangsa yang melarang amalan cukai yang memudaratkan.

Isu yang saya ingin bangkitkan di sini ialah syarikat Labuan dan syarikat Labuan asing akan diberi kuasa untuk menjalankan urusan dalam apa-apa mata wang. Walaupun pindaan ini selaras dengan kehendak piawaian percukaian antarabangsa, namun, yang menjadi kekhuatiran saya ialah syarikat luar akan memanipulasi mata wang Malaysia dan lebih ke arah mengguna pakai mata wang yang kukuh seperti USD.

Soalan saya. Adakah ini bakal mengganggu gugat mata wang kita? Kedua, bagaimana nasib syarikat-syarikat Labuan tempatan yang menggunakan mata wang tempatan iaitu Ringgit Malaysia? Ketiga, adakah kemungkinan syarikat luar ini akan menggunakan creative accounting untuk memanipulasi cukai yang dikenakan?

Meskipun diketahui Labuan ini pulau bebas cukai, namun pada pandangan saya, ia perlu dikenakan cukai berpadanan dengan bentuk dan entiti sebuah perniagaan yang ditubuhkan.

Fasal seterusnya ialah seksyen 109A yang dicadangkan bertujuan untuk menetapkan kriteria asas untuk mengenal pasti pemunya benefisial satu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing.

Soalan saya. Apakah definisi ‘pemunya benefisial’ dalam konteks syarikat Labuan?

Apakah kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti pemunya benefisial? Ketiga, bagaimana cara untuk mengumpulkan maklumat mengenai pemunya benefisial? Keempat, apakah implikasi undang-undang bagi syarikat yang gagal melapor maklumat pemunya benefisial?

Manakala seksyen 109C yang dicadangkan bertujuan untuk memberi syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing kuasa untuk mengehendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu.

Soalan saya. Apakah tujuan utama penzahiran maklumat pemunyaan benefisial bagi syarikat Labuan? Kedua, bagaimana syarikat Labuan dapat memastikan bahawa maklumat pemunya benefisial sentiasa tepat dan terkini? Ketiga, apakah langkah-langkah yang diambil untuk melindungi privasi pemunya benefisial semasa penzahiran maklumat?

Dan keempat, bagaimana proses penzahiran ini akan dipantau oleh pihak berkuasa?

draft • 6:24 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Saya percaya tujuan pindaan ini ialah― pertama, untuk memperbaiki kerangka perundangan dengan meminda Akta Cukai serta memberi penekanan kepada penguatkuasaan pelaporan pemunyaan benefisial dan pengurusan cukai yang lebih telus.

Kedua, menyokong ekonomi digital. Pindaan ini juga bertujuan mengadaptasi peraturan bagi memenuhi keperluan ekonomi digital termasuk keperluan untuk penyedia platform perdagangan elektronik mengeluarkan invois bil kendiri.

Namun, saya melihat pindaan ini, di sebalik kebaikan, ada juga terdapat kelemahannya. Kebaikannya ialah pindaan ini diharapkan dapat memperluaskan asas cukai dan menyelaraskan amalan percukaian dengan standard antarabangsa serta menyokong reformasi percukaian adil ke atas semua business entity. Dan kelemahannya ialah terdapat kebimbangan mengenai kesan terhadap syarikat-syarikat kecil yang mungkin tidak mampu memenuhi keperluan pelaporan yang lebih ketat yang boleh meningkatkan beban kewangan mereka, seterusnya menyebabkan mereka ini berisiko gulung tikar.

Impak yang signifikan terhadap syarikat-syarikat Malaysia. Pertama, peningkatan ketelusan. Dengan keperluan untuk melaporkan pemunyaan benefisial, syarikat-syarikat di Malaysia akan perlu meningkatkan ketelusan dalam operasi mereka. Walaupun ini membantu memberi kepercayaan di kalangan pelabur dan pelanggan serta memperbaiki reputasi syarikat di pasaran global, namun saya bimbang ada syarikat yang masih lagi tidak telus.

Kedua, tanggungjawab pengarah yang lebih besar. Pengarah syarikat kini akan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan kepatuhan terhadap peraturan baru. Namun, saya khuatir, kegagalan untuk mematuhi boleh mengakibatkan penalti yang ketat yang mungkin mendorong syarikat untuk melabur lebih banyak dalam latihan dan pengawasan untuk memastikan pematuhan.

draft • 6:24 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Ketiga, kesan terhadap PKS. Saya melihat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi keperluan pelaporan yang lebih ketat. Ini boleh menyebabkan beban kewangan tambahan bagi PKS yang mungkin tidak mempunyai sumber daya untuk melaksanakan sistem pelaporan yang diperlukan.

Akhir sekali yang keempat, kepatuhan kepada standard antarabangsa. Pindaan ini bakal menjadikan syarikat-syarikat Malaysia lebih selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan korporat dan percukaian. Ini boleh meningkatkan daya saing syarikat Malaysia di peringkat global, terutamanya dalam menarik pelabur asing.

Namun, di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, saya kira syarikat-syarikat Malaysia masih perlu bekerja keras demi bersaing dengan syarikat luar.

Sebagai rumusannya yang terakhir, Dato’ Yang di-Pertua. Secara keseluruhan, saya melihat perubahan ini akan mempengaruhi cara syarikat beroperasi di Malaysia, mendorong mereka untuk menjadi lebih telus dan bertanggungjawab tetapi juga menimbulkan cabaran bagi mereka, terutamanya PKS dalam memenuhi keperluan baru ini. Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Sila Yang Berhormat Labuan.

draft • 6:30 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Dato’ Indera Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Labuan untuk turut serta dalam perbahasan sesi mengenai usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan berhubung dengan pindaan Undang-undang Syarikat Labuan. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat saya, MP Tuaran kerana memberikan ucapan yang mantap dan anggaplah sebahagiannya ucapan saya.

Dato’ Yang di-Pertua, Labuan telah lama dikenali sebagai pusat kewangan luar pesisir yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan dan korporat. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan pesat dalam dunia kewangan global serta perubahan dalam regulasi antarabangsa, adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa undang- undang yang mengawal selia sektor ini sentiasa dikemas kini dan relevan. Labuan IBFC adalah salah satu pemacu utama pembangunan ekonomi Labuan. Ia bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan kerajaan tetapi juga memberikan kesan limpahan ekonomi yang meluas kepada komuniti setempat.

Labuan IBFC telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara dan Labuan khususnya. Saya dimaklumkan pada tahun 2023, Labuan IBFC dianggarkan telah menyumbang lebih daripada RM1 bilion dalam kutipan cukai. Angka yang sangat signifikan bagi sebuah wilayah kecil seperti Labuan. Pengenalan keperluan substance ataupun substance requirement pada tahun 2019 juga membawa kesan positif kepada Labuan khususnya. Setakat tahun 2023, sebanyak 8,704 peluang pekerjaan telah ditawarkan oleh sektor-sektor berkolar putih yang dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan ataupun Labuan FSA.

Saya difahamkan daripada jumlah ini, 44 peratus adalah berasal dari Labuan, Sabah dan Sarawak, manakala selebihnya adalah dari Semenanjung Malaysia dan juga negara- negara lain. Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, berapa peratuskah dari jumlah 8,704 peluang pekerjaan yang telah ditawarkan, bertugas dan menetap di Labuan? Kerana sebagai wakil rakyat dan anak watan Labuan, malangnya saya tidak nampak kehadiran fizikal tenaga kerja yang sebegitu ramai seperti yang dinyatakan di dalam Laporan LFSA.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam pencapaian Labuan IBFC setakat ini, adalah wajar untuk saya mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan pembangunan asas untuk Labuan agar Labuan IBFC boleh terus berkembang maju. Dana tambahan adalah perlu untuk digunakan bagi memperbaiki kemudahan awam, membangunkan infrastruktur moden serta meningkatkan taraf hidup rakyat Labuan.

Projek pembangunan seperti pembinaan sekolah, klinik kesihatan, taman rekreasi dan kemudahan sukan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan tetapi juga menjadikan Labuan lebih menarik untuk didiami dan didatangi oleh para pelabur.

draft • 6:31 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Selain itu, sokongan dana untuk memperkukuh sistem logistik dan rangkaian pengangkutan juga amat penting bagi memastikan Labuan terus berdaya saing sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Memandangkan status Labuan sebagai pulau bebas cukai, beberapa inisiatif oleh kerajaan adalah diperlukan untuk menarik pelancong dan meningkatkan perbelanjaan domestik. Antaranya, dengan penambahbaikan kepada produk pelancongan, termasuk sektor hospitaliti dan kebudayaan dan penganjuran acara antarabangsa yang dapat mempromosikan Labuan sebagai pusat pelancongan dan pelaburan.

Usaha ini sudah tentu akan dapat memperkukuh imej Labuan sebagai destinasi pelancongan eksklusif. Selain itu, rangkaian internet yang pantas dan stabil adalah keperluan asas untuk syarikat yang beroperasi di Labuan IBFC. Infrastruktur digital yang kukuh akan membolehkan Labuan memenuhi keperluan teknologi moden dan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti.

Kesimpulan Dato’ Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bukan sekadar pindaan perundangan tetapi juga satu langkah strategik untuk memastikan Labuan IBFC terus berkembang sebagai pusat kewangan antarabangsa yang berdaya saing, mapan dan dihormati. Ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tetapi juga memberikan manfaat langsung kepada rakyat Labuan dari segi peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan taraf hidup yang lebih baik.

Sebagai Ahli Parlimen, saya perlu melihat kepentingan jangka panjang negara kita dalam konteks ekonomi global. Dengan memastikan bahawa Labuan kekal sebagai destinasi pilihan bagi syarikat-syarikat antarabangsa, kita bukan sahaja memperkukuhkan ekonomi tempatan tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Saya juga ingin menekankan kepentingan ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam sektor kewangan. Pindaan ini akan memastikan bahawa syarikat-syarikat yang beroperasi di Labuan mematuhi standard antarabangsa yang ketat, sekali gus meningkatkan reputasi Labuan di mata dunia. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa kita tidak ketinggalan dalam persaingan global dan terus menjadi destinasi pilihan bagi pelabur.

Saya menyeru agar kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan peruntukan dana pembangunan bagi Labuan supaya manfaat daripada kejayaan Labuan IBFC dapat dinikmati oleh rakyat tempatan secara langsung. Soalan saya selanjutnya ialah adakah kerajaan akan bercadang untuk memberikan sekurang-kurangnya 20 peratus kepada pembangunan Labuan melalui kutipan cukai tahunan yang dianggarkan RM1 bilion lebih setiap tahun yang disumbangkan dari Wilayah Persekutuan Labuan?

Oleh itu, saya dengan ini menyokong penuh rang undang-undang ini dan berharap rakan-rakan Ahli Dewan turut memberikan sokongan padu demi masa depan Labuan dan Malaysia yang lebih cerah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 6:31 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab, tujuh minit.

draft • 6:31 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan atau Labuan FSA dan Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) memainkan peranan yang penting dalam menjadikan Labuan sebagai pusat kewangan global yang terkemuka. Labuan FSA memastikan pengawalan yang ketat terhadap aktiviti kewangan di Labuan, sementara Labuan IBFC menawarkan peluang pelaburan dan perniagaan yang menarik, terutamanya dalam sektor kewangan antarabangsa.

Semenjak ditubuhkan, Labuan IBFC telah berkembang dan kini merupakan antara tiga pusat kewangan antarabangsa terunggul di Asia Timur dari segi bilangan bank, syarikat insurans dan kaptif. Pindaan RUU ini adalah usaha penting untuk menambah baik rangka kerja undang-undang dalam memastikan integriti sistem kewangan dan ekonomi di Labuan dapat terus diperkukuhkan, selaras dengan perkembangan amalan dan piawaian antarabangsa. Untuk Yang Berhormat Tuaran, semenjak Labuan diisytiharkan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa lebih 30 tahun yang lepas, Labuan FSA kini merupakan salah satu yang daripada tiga pusat kewangan antarabangsa terunggul di Asia selepas Singapura dan Hong Kong.

draft • 6:38 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Antara sumbangan utama dan pembangunan Labuan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa adalah seperti berikut. Sumbangan KDNK Labuan, Labuan IBFC telah menyumbang anggaran sebanyak 52 peratus iaitu bersamaan dengan RM5.6 bilion kepada KDNK Pulau Labuan pada tahun 2023. Pada tahun 2023 juga berdasarkan kepada kaji selidik yang telah dijalankan, Labuan IBFC dianggarkan telah menyumbang lebih daripada RM1 bilion kepada hasil fiskal negara dan ini merupakan kutipan tertinggi sejak tahun 1990.

Peningkatan tersebut adalah daripada hasil sumbangan pelaksanaan economic substance requirement dengan izin, yang diwajibkan di Labuan.

Penghapusan pilihan fi tetap RM20,000 untuk menggantikan bayaran cukai dan aktiviti perniagaan yang lebih tinggi. Labuan IBFC merupakan majikan kolar putih yang terbesar di Labuan dengan anggaran jumlah 8,700 pekerja. Juga saiz pasaran kewangan Labuan IBFC telah menunjukkan prestasi pertumbuhan yang memberangsangkan dengan mencatat aset perbankan Labuan sebanyak RM197.6 bilion dan premium industri Labuan sebanyak RM6.3 bilion.

Menurut Pelan Pembangunan Strategik Labuan IBFC untuk tempoh lima tahun dari 2022 sehingga 2026, antara fokus utama yang kini diberikan perhatian utama adalah

draft • 6:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

pembangunan Labuan IBFC sebagai pusat kewangan Islam dan syariah berasaskan aset digital di peringkat global serta pusat insurans captive utama di Asia.

Selain itu, inisiatif utama telah dikenal pasti untuk industri insurans captive bertujuan untuk mempercepatkan pengembangan pasaran insurans di Labuan IBFC. Labuan FSA telah memenangi anugerah daripada European Captive Awards dengan izin, di Luxembourg kerana menjadi bidang kuasa antarabangsa terbaik bagi insurans captive yang paling ideal pada tahun 2021, 2022 dan juga 2023. Pencapaian ini disebabkan oleh peraturan moden, struktur inovatif dan peningkatan dalam jumlah pendaftaran syarikat insurans captive baharu di Labuan IBFC. Labuan IBFC telah melancarkan agenda Islamic Digital Asset Center dengan izin IDAC untuk pasaran Asia dan global di mana Labuan akan memainkan peranan utama sebagai sebuah pusat di dalam aktiviti pengumpulan dana serta pelaburan antarabangsa secara digital yang berlandaskan ESG serta syariah.

Setakat ini, terdapat empat digital aset yang bernilai lebih daripada USD1 bilion dan disenaraikan di bursa digital Islam Labuan IBFC. IBFC telah mencatat Labuan berpotensi menjadi pusat kewangan Islam bagi Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philippines East ASEAN Growth Area.

draft • 6:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Timbalan Menteri, Puncak Borneo minta pencelahan.

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya. Sebentar ya. Biar saya habiskan ayat ini. Dan bagi pembangunan ibu negara Indonesia yang baharu iaitu Nusantara tidak lama lagi. Ya, dipersilakan Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Timbalan Menteri Kewangan telah memberi serba sedikit mengenai kemajuan dan apa yang dicapai oleh Labuan ketika ini. Tetapi saya ingin perjelaskan kita dengar tadi banyak dapat anugerah apa semua Labuan antara yang terbaik dalam industri insurans. Tetapi benda ini tidak diterjemahkan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Sudah lama Labuan ini masih mundur. Jadi, kalau boleh Kerajaan MADANI ini buatlah sesuatu. Sebab kasihan orang-orang Labuan, daripada rakyat dia yang mengharapkan janji-janji yang daripada dahulu lagi dia tunggu. Sampai sekarang tak terjemah-terjemah jadi kenyataan.

Jadi, kalau boleh semua yang ada dengan adanya undang-undang yang ada yang kita nak bentangkan, ketengahkan ini, perbolehkan Labuan ini boleh maju dan makmur.

Sebab, kalau tidak, we are talking the same thing. Other leaders also say the same thing.

Bagi semua harapan palsu. Kasihan rakyat daripada Sabah dan Labuan ini. Jadi, saya minta pertimbangan YB Timbalan Menteri untuk membolehkan Kerajaan MADANI ini untuk membuat sesuatu yang terbaik daripada kerajaan sebelumnya. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, biar saya jawab yang lain dahulu. Berkenaan dengan – Labuan FSA juga merupakan salah satu penguat kuasa undang-undang yang telah diberikan kuasa dalam akta-akta yang dikawal selia oleh Labuan FSA. Kami telah membuat banyak tindakan. Jadi, mungkin kita kena kerja keras lagi untuk

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

seperti yang diminta oleh Yang Berhormat tadi. Kita mengambil tindakan penguat kuasa terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan mana-mana institusi kewangan Labuan. Walau bagaimanapun, peruntukan berkaitan untuk diperkasakan lagi bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan yang cekap, sesuai, padan dan berkesan.

Sebab banyak isu yang telah dibangkitkan jadi saya akan pilih yang berkenaan. Okey, peraturan substantif yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 mensyaratkan semua entiti, termasuk bank-bank yang berlesen untuk menggaji bilangan minimum pekerja sepenuh masa dan mempunyai perbelanjaan operasi minimum di Pulau Labuan. Sebagai contoh, bagi Bank Labuan, peraturan ini menetapkan tiga pekerja sepenuh masa dan RM200,000 perbelanjaan operasi tahunan bagi operasi di Labuan. Kesemua bank iaitu lebih kurang 68 bank yang berlesen dan beroperasi di Labuan mempunyai pekerja yang bekerja di pejabat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

YB. Boleh?

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Atau lepas menjawab?

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Masa pun tidak cukup. Boleh, boleh satu lagi.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Tidak. Saya tertarik dengan kenyataan YB tentang mesti ada tiga pekerja, mesti ada pejabat dan berbelanja RM200,000.

Kalau benda ini betul-betul berlaku, saya yakin ekonomi Labuan akan boom. Malangnya, saya tidak nampak perkara ini berlaku. YB, begitu juga dengan angka 8,000 lebih pekerja yang terdapat dalam statement LFSA. Apakah mereka ini berada di Labuan atau di luar Labuan? Ini kerana kalau mereka ini berada di luar Labuan, maka penguatkuasaan undang- undang perlu dilaksanakan untuk memastikan mereka ini berada di Labuan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya. Saya faham. Saya faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Memang bagi kita peraturan ini memang kita sudah tetapkan dan kita akan menguatkuasa itu kita akan pastikan kita dapat memastikan sebab tiga pekerja itu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat juga dengan peraturan ini, dengan garis panduan ini, kita telah – pekerjaan yang telah dicipta oleh entiti Labuan telah meningkat ke lebih kurang 8,700 pada tahun 2023. Kita anggarkan ia akan meningkat lagi ke pada masa hadapan. Jadi, perbelanjaan operasi pada tahun 2023 adalah sebanyak RM219 juta.

Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan sebab banyak soalan dia very technical juga, banyak isu yang telah dibangkitkan. Mungkin saya tidak dapat habiskan semua. Saya, Menteri Kewangan, kita akan jawab secara bertulis kepada semua, kepada ketiga-tiga.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh Yang Berhormat?

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Ada isu yang belum lagi saya sebut. Ya.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Satu soalan sahaja yang mahu jawab tadi itu. Benarkah yang daripada 68 bank yang mendaftar di Labuan itu hanya 10 yang beroperasi di Labuan sepenuhnya? Yakni yang lain-lain di Kuala Lumpur. Betulkah ini? Itu sahaja saya mahu tahu.

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Bagi keperluan atau garis panduan yang diberikan kepada semua bank-bank yang beroperasi di Labuan mungkin some of them dia punya, dia ada buka di Labuan tetapi dengan garis ─ sebelum itu mungkin. Sebelum itu memang bank itu beroperasi di Labuan tetapi tidak ada pejabat, tidak ada pekerja. Tetapi, selepas kita menguatkuasakan peraturan ini, sekarang semua bank dia mesti ada pejabat, mesti ada tiga orang pekerja yang sepanjang masa. That means full time dekat di Labuan. Ini telah dikuatkuasakan.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kenapa dia tidak boleh operasi di Labuan sepenuhnya? Kenapa mesti dia beroperasi di Kuala Lumpur? Kenapa tiga sahaja?

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira soalan itu boleh jawab secara bertulislah ya. Okey.

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Boleh. Okey. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 6:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Okey. Jadi, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada ketiga-tiga orang Yang Berhormat yang amat-amat prihatin tentang isu Labuan. Saya baru- baru ini hanya balik dari Labuan juga. Saya faham tentang situasi ekonomi di Labuan. Jadi, kami memang prihatin dan memang nak buat sesuatu untuk memajukan Labuan. Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar****) mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]

draft • 6:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Amanah Labuan 1996 dibacakan kali kedua sekarang.

Sebagaimana yang telah saya huraikan dalam pembentangan RUU Syarikat Labuan

(Pindaan) 2024 sebentar tadi, asas-asas pertimbangan yang sama adalah turut terpakai bagi RUU Amanah Labuan (Pindaan) 2024. Ini khususnya dalam menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa terbaik yang disarankan oleh Financial Action Task Force

(FATF) dengan izin, dan Organization of Economic Corporation and Development (OECD) dengan izin.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554]. Tujuan utama pindaan adalah untuk memasukkan peruntukan baharu yang berhubung dengan rangka kerja pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial berdasarkan amalan kewangan antarabangsa terbaik yang disarankan oleh FATF.

Rang undang-undang ini juga akan memansuhkan elemen yang telah dikenal pasti sebagai amalan percukaian yang memudaratkan di bawah piawaian percukaian antarabangsa OECD. Rang Undang-undang Amanah Labuan (Pindaan) 2024 mempunyai enam Fasal seperti berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas bagi akta yang dicadangkan.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 554 untuk memotong peruntukan yang berkenaan dengan layanan cukai atas apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada harta amanah untuk menikmati kadar cukai yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]. Pindaan yang dicadangkan adalah selaras dengan kehendak piawaian percukaian antarabangsa yang melarang amalan cukai yang memudaratkan.

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu IIA ke dalam Akta 554 yang berhubungan dengan pemunyaan benefisial suatu amanah Labuan mengenai kriteria asas yang mengenal pasti seorang pemunya benefisial memperkenalkan kewajipan untuk mendapatkan maklumat daripada mana-mana orang atau juga menyimpan daftar pemunya benefisial suatu amanah Labuan yang harus disimpan di pejabat pendaftar suatu amanah Labuan itu.

Selain itu, Fasal 5 juga memperuntukkan lembaga boleh menentukan orang boleh mengakses data pemunya benefisial dan maklumat pemunyaan benefisial yang disimpan dengan Lembaga. Fasal 5 juga bertujuan memperkenalkan kewajipan seorang pemunya benefisial untuk memberitahu kepada pemegang amanah suatu amanah Labuan sekiranya

draft • 6:53 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

beliau adalah pemunya benefisial suatu amanah Labuan tersebut. Daftar pemunya benefisial tersebut haruslah dikemas kini dari semasa ke semasa dan Lembaga juga mempunyai kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas daftar pemunya benefisial tersebut.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 54 Akta 554 untuk menaikkan jumlah maksimum penalti am daripada RM10,000 kepada RM50,000. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 6:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 6:53 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 6:53 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Amanah Labuan 1996 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ada satu pembahas, Yang Berhormat Kepong. Sila.

draft • 6:53 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahas RUU pindaan Akta Amanah Labuan ini.

draft • 6:56 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Lima minit.

draft • 6:56 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, Labuan telah lama dikenali sebagai hab kewangan serantau yang berwibawa dan Akta Amanah Labuan 1996 ini merupakan salah satu instrumen utama yang menyokong reputasi ini. Akta ini digubal untuk mewujudkan entiti amanah yang telus dan bertanggungjawab. Namun, amat menyedihkan apabila Labuan kini sering menjadi mangsa penyalahgunaan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi akta ini dan lain-lain akta untuk melakukan penipuan Ponzi, penggubahan wang haram dan pengelakan cukai dengan menggunakan nama seperti amanah (trustee) dengan izin, atau bank pelaburan (investment bank), dengan izin Tuan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] City Credit Investment Bank Limited, sebuah bank pelaburan Labuan sedang disiasat atas dakwaan mengatur skim Ponzi yang menipu kira-kira 17,000 orang pelabur. Kebanyakan dari Taiwan yang melibatkan kerugian USD1.1 bilion. Evergreen Group dan UBB Investment Bank (Labuan) memeterai perjanjian penggabungan bernilai jutaan dolar. CEO Evergreen baru didakwa oleh Singapore atas pemalsuan akaun berkaitan pengaturan nota janji

(promissory note) dengan izin Tuan, melibatkan kumpulan Evergreen.

Pelbagai syarikat dalam kumpulan itu mengumpul dana melalui penerbitan nota janji yang menjanjikan faedah tahunan sebanyak 10 peratus. UBB Amanah Berhad juga merupakan syarikat amanah tempatan yang aktif mengumpul dana dan skim menjanjikan

draft • 6:56 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

faedah tahunan sebanyak 10 peratus tanpa kelulusan daripada Bank Negara atau Security Commission. Baru-baru ini, The Edge melaporkan bahawa LHDN telah mengenakan cukai pendapatan dan penalti sebanyak RM186.8 juta terhadap Crest Worldwide Resources yang berkaitan dengan cukai tertunggak ke atas dakwaan penjualan unit Crest kepada UBB bernilai RM525.2 juta.

Daripada dokumen-dokumen yang didapati oleh LHDN, cek-cek UBB berjumlah ratusan juta ringgit yang disalurkan keluar telah ditandatangani oleh Yong Jyajun yang memegang jawatan sebagai pengarah wasiat dan amanah UBB. Pada masa yang sama juga, pengarah Crest adalah amat berbahaya kerana tiada sebarang disclosure, audit atau akauntabiliti berhubung cara UBB menggunakan berbilion-bilion Ringgit dana yang dikumpulkan daripada orang awam.

draft • 6:56 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

UBB juga mempunyai sebuah bank pelaburan di Labuan. Singapore cepat mengambil tindakan pencegahan awal terhadap kumpulan Evergreen tetapi malangnya Malaysia masih tiada tindakan sehingga hari ini.

Skim pengutipan deposit dan pelaburan yang melibatkan syarikat amanah tempatan yang telah mempunyai mangsa adalah seperti berikut. Infinity Trustee yang berjanji faedah tahunan 15 sehingga 24 peratus, MY Premier Trustee yang janji faedah tahunan 12 peratus, Citadel Trustee yang berjanji faedah tahunan 12 peratus sehingga 48 peratus, Asia International Trust Berhad yang janji faedah tahunan 8.5 peratus. Dengan ribuan mangsa yang telah dilaporkan, Kementerian Kewangan mesti bertindak segera untuk menutup kelemahan penyalahgunaan entiti amanah atau bank pelaburan.

Kita kini berdepan dengan satu trend yang amat membimbangkan. Sesetengah syarikat amanah atau bank pelaburan di Labuan tidak ditumpukan untuk melaksanakan tugas-tugas mereka yang sah sebaliknya untuk menipu pelabur dan LHDN dengan taktik yang licik dan terancang.

Memandangkan peningkatan kes penipuan Ponzi, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai daripada entiti Labuan, cadangan saya bagi RUU ini adalah seperti berikut.

Pertama, audit bebas (independent audit) dengan izin wajib serta penerbitan akaun amanah bagi syarikat amanah Labuan dan bank pelaburan.

Kedua, memberi kuasa kepada Labuan Financial Services Authority untuk melaksanakan audit terhadap dana yang diuruskan oleh syarikat amanah Labuan dan bank pelaburan.

Ketiga, meningkatkan penalti denda dan hukuman penjara bagi kes-kes penipuan Ponzi, penggubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tiga minit.

draft • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya hanya akan jawab dalam satu — okey walau bagaimanapun, terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong atas isu-isu yang utamanya adalah berkenaan dengan kes penipuan atau scam. Jadi, hari ini kita berkenaan dengan RUU Amanah Labuan. Jadi, walau bagaimanapun, isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong, kami akan mengambil perhatian dan juga kami akan mempertimbangkan cadangan dan input yang diberikan oleh Yang Berhormat Kepong. Sekian, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]

draft • 7:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Yayasan Labuan 2024 dibacakan kali kedua sekarang.

Puan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya huraikan dalam pembentangan RUU Syarikat Labuan (Pindaan) 2024 dan RUU Amanah Labuan (Pindaan) 2024 sebentar tadi, asas-asas pertimbangan yang sama adalah turut terpakai bagi RUU Yayasan Labuan

draft • 7:05 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

(Pindaan) 2024. Ini khususnya dalam menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa terbaik yang disarankan oleh Financial Action Task Force (FATF) dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), dengan izin.

Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Yayasan Labuan 2024 [Akta 706]. Tujuan utama pindaan ini adalah untuk memasukkan peruntukan baharu ke dalam Akta 706 yang berhubung dengan rangka kerja pelaburan, pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial berdasarkan amalan kewangan antarabangsa terbaik yang disarankan oleh FATF. Rang undang-undang ini juga akan memansuhkan elemen yang tidak dikenal pasti sebagai amalan percukaian yang memudaratkan di bawah piawaian percukaian antarabangsa OECD.

Rang Undang-undang Yayasan Labuan (Pindaan) 2024 mempunyai 13 fasa seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas bagi akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 706. Perenggan 2(a) bertujuan untuk memotong takrif “harta Malaysia”. Dengan pindaan ini, perkataan apa-apa harta yang terletak di Malaysia akan diperuntukkan dalam subseksyen 5(2) yang dicadangkan untuk menjelaskan bahawa harta Malaysia ialah apa-apa harta yang terletak di Malaysia.

Perenggan 2(b) bertujuan untuk meminda takrif “pemastautin”.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 706 dengan memperkenalkan kehendak baharu untuk memfailkan dengan lembaga salinan pindaan kepada Piagam Yayasan Labuan dalam masa 30 hari selepas piagam itu dipinda.

Fasal 6 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 13(1) Akta 706 bagi memperuntukkan bahawa nama sesuatu yayasan Labuan hendaklah termasuk perkataan “Labuan Foundation”, dengan izin “(L) Foundation”, “Yayasan Labuan” atau “Yayasan (L)” sebagai sebahagian nama Yayasan Labuan itu.

Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 20 Akta 706 untuk meminda rujukan silang yang disebut dalam seksyen ini berhubung dengan pemotongan nama Yayasan Labuan bagi ketidakpatuhan kepada kehendak untuk membayar fi tahunan bagi Yayasan Labuan.

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IVA yang berhubungan dengan pemunyaan benefisial suatu Yayasan Labuan.

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IIA ke dalam Akta 554 yang berhubungan dengan pemunyaan benefisial suatu yayasan Labuan mengenai kriteria asas untuk mengenal pasti seorang pemunya benefisial memperkenalkan kewajipan untuk mendapatkan maklumat daripada mana-mana orang dan juga menyimpan daftar pemunya benefisial suatu yayasan Labuan yang harus disimpan di pejabat berdaftar suatu yayasan Labuan itu.

Selain itu, fasal 5 juga memperuntukkan lembaga boleh menentukan orang boleh mengakses daftar pemunya benefisial dan maklumat pemunyaan benefisial yang disimpan dengan lembaga.

draft • 7:05 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Fasal 5 juga bertujuan memperkenalkan kewajipan seorang pemunya benefisial untuk memberitahu kepada suatu yayasan Labuan sekiranya beliau adalah pemunya benefisial suatu yayasan Labuan tersebut. Daftar pemunya benefisial tersebut haruslah dikemas kini daripada semasa ke semasa dan lembaga juga mempunyai kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas daftar pemunya benefisial tersebut.

draft • 7:05 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 42 Akta 706 untuk memperuntukkan bagi kehendak untuk melantik setiausaha gantian bagi sesuatu yayasan Labuan dalam masa 30 hari dari tarikh pemberhentian bekas setiausaha kepada yayasan Labuan itu dan jika tidak, yayasan Labuan itu disifatkan dipotong daripada daftar.

Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 78 Akta 706 untuk menaikkan jumlah maksimum penalti pentadbiran daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 7:10 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Yayasan Labuan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Rakyat Malaysia, orang muda, orang Labuan.

Yayasan Labuan. Yang Berhormat, tadi ada dua rang undang-undang yang telah diperkenalkan. Kemudian, ada lagi satu selepas ini. Tetapi, kita lihat, apa dia keuntungan kepada orang Labuan? Sekarang ini kita tahu Labuan adalah satu cerita yang menarik kerana dia sudah terkenal di seluruh dunia dan menjana pendapatan yang besar kepada Kerajaan Pusat. Tetapi, apa orang Labuan dapat, Yang Berhormat?

Hat yang ini, saya mengambil juga tanggungjawab semasa saya pegang sekejap dahulu. Kita pun sedang berusaha supaya orang Labuan itu mesti tarafnya bangun sekali dengan bank-bank yang ada di sana. Jadi, maklumat yang kita dapat ialah 70 bank atau pun 68. Terkini ialah 70 bank dan entiti berlesen ― 849.

Yang Berhormat, walaupun disebut bahawa tiga orang, sekarang kena tambahlah sebab dunia dah berubah. Lima oranglah. Tetapi, lima orang itu kita nak yang di Labuan, mesti ambil orang Labuan. Kalau ada bank yang hanya ambil orang daripada warganegaranya, dia ambil orang dia daripada luar negara bekerja di Labuan, jadi apa orang Labuan dapat? Banyak daripada mereka ini kalau mereka nak datang Labuan, mereka tak

draft • 7:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

beli barang di Labuan sebab masalah. Lagi satu masalah tentang Labuan bebas cukai. Jadi, apa orang Labuan dapat?

Yang Berhormat, apa yang kita cadangkan ini menunjukkan sesuatu yang cukup dahsyat, hebat tentang hab kewangan antarabangsa dan Kepong juga menceritakan tentang masalah berbangkit, orang menyalahgunakan. Tetapi, semua ini, apanya kesan kepada orang Labuan? Di antara orang yang miskin yang ramai ada di Labuan.

Yang Berhormat, Labuan mesti setaraf dengan Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Jadi, saya cadangkan supaya pendapatan yang kita dapat daripada bank-bank yang beroperasi termasuk entiti yang berlesen. Jadi, Menteri Kewangan beritahu, kalau kata tadi, lebih daripada RM1 bilion. Tetapi, kalau ikut angka yang kita dapat sebelum ini ialah mencecah RM4 bilion. Jadi, yang ini tak perlu diambil, katakan 10 peratus. Tak perlu peratus.

Labuan mesti dapat pendapatan berasingan untuk memperbaiki infrastruktur dan juga taraf kehidupan orang Labuan.

Saya mencadangkan RM100 juta. Jadi, saya mencadangkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta setahun supaya infrastruktur dan juga taraf hidup orang Labuan ditingkatkan. Jangan kita menjadikan Labuan, bank-bank yang terkenal yang untung beratus juta ringgit tiap-tiap bank tetapi orang Labuan tak untung apa. Mereka buat pejabat di Labuan tak boleh dalam bentuk ala kadar sekarang. Mereka mesti membina suatu bank yang mempunyai pejabat yang baik dan mesti ambil orang Labuan. Kalau tidak, kesian orang Labuan. Tiap-tiap kali kita membentangkan rang undang-undang, kita akan menyebut bahawa Labuan terbaik di Asia Tenggara. Bagaimana orang Labuan?

Jadi, saya minta supaya orang Labuan mesti dibela nasib mereka. Sudah pasti ke depan ini kalau kami memerintah, sudah pasti nasib mereka yang terbela. Sekarang penduduk Labuan, Yang Berhormat, kalau ikut angka yang dua tahun yang lepas, ada 82,000.

Tetapi, sekarang telah meningkat kepada 100,000. Semua ini akan menjurus kepada― sewajarnya mereka ini mendapat pendapatan yang baik.

Yang Berhormat, dalam pindaan yang dibawa ini, disebut beneficiary ialah pemastautin dan bukan pemastautin. Jadi, saya nak bertanya, siapa yang bukan pemastautin? Saya cadangkan supaya yang mendapat beneficiary-nya biarlah pemastautin, orang Labuan.

Jadi, saya, Yang Berhormat, saya tak menyokong banyak. Yang ini, saya sokong.

Sokong supaya rang undang-undang ini diluluskan. Tetapi, diceritakan kepada kami sama ada bertulis atau pun secara lisan hari ini, apa dia manfaat yang orang Labuan dapat?

Orang Labuan, sila bagi perhatian kepada perkara ini sebab Labuan ini dianggap sebagai pusat kewangan antarabangsa yang terhebat tetapi orang Labuan tak hebat. Kita nak orang Labuan hebat sama seperti namanya pusat kewangan antarabangsa. Seperti pusat kewangan antarabangsa yang lain di negara yang tertentu, di pulau-pulau tertentu di dunia ini, rakyatnya juga mempunyai taraf kehidupan yang cukup baik.

Jadi, terima kasih. Saya menyokong itu.

draft • 7:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa tiga minit.

draft • 7:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak duduk lagi, Yang Berhormat.

Thank you. Terima kasih.

draft • 7:11 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau.

Berdasarkan hasil tinjauan yang telah dijalankan, Labuan IBFC merupakan majikan kolar putih yang terbesar di Labuan dengan anggaran jumlah pekerja sebanyak 8,700 pada tahun 2023, di mana anggaran 70 peratus bekerja dan menetap di Labuan. Pecahan mengikut negeri diringkaskan seperti berikut.

Labuan – 28.1 peratus, Sabah – 11.1 peratus, Sarawak – 4.6 peratus dan selebihnya berasal daripada Semenanjung Malaysia dan negara-negara lain iaitu 56.1 peratus.

Manakala dari segi pecahan mengikut peranan dan jawatan boleh diringkas kepada pengurusan atasan ― 17 peratus, kakitangan penyelia 25 peratus, kakitangan sokongan― 38 peratus dan lain-lain sebanyak 20 peratus.

Kebanyakan pengurusan atasan dan penyelia berulang alik pergi ke Labuan kerana keperluan aktiviti yang memerlukan mereka berada di Kuala Lumpur atau di luar negara. Ini adalah kerana perniagaan syarikat Labuan IBFC kebanyakannya adalah perniagaan antarabangsa.

Kesan daripada penyumbang terbesar kepada sektor pekerjaan, Labuan turut menerima manfaat daripada limpahan ekonomi turut dirasai dalam sektor lain seperti perhotelan, makanan, pengangkutan dan pelancongan. Sebagai contoh, permintaan tinggi terhadap penggunaan ruang pejabat di Labuan juga mencerminkan pertumbuhan aktiviti perniagaan yang stabil dan berdaya maju.

Untuk memperkukuhkan kedudukan Labuan sebagai satu wilayah yang mematuhi amalan dan piawaian antarabangsa berkaitan rapat dengan...

draft • 7:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 7:16 PM

Puan Lim Hui Ying

...Sektor kewangan dan perniagaan...

draft • 7:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit. Sedikit, Yang Berhormat ya.

draft • 7:16 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya.

draft • 7:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, Yang Berhormat menyebut tentang taraf hidup dan sebagainya. Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar harga barang di Labuan cukup mahal? Sebab, kapal-kapal tidak pergi ke Labuan. Dia pergi ke KK.

Jadi, akhirnya barang yang datang daripada Semenanjung pergi ke Labuan tidak terus ke Labuan.

Jadi, sekarang ini walaupun Yang Berhormat menyebut angka-angka tadi, saya minta supaya 100 peratus pekerja-pekerja biasa ini orang Labuan. Dalam masa yang sama, kena

draft • 7:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

ingat, peningkatan Yang Berhormat sebutkan tadi, dia tak menggambarkan kehidupan orang Labuan. Orang Labuan tidak semua yang dapat pendapatan hasil daripada perniagaan bank.

Tetapi, yang mereka dapat apa dia? Harga mahal. Yang Berhormat, harga mahal, dia akan meningkatkan jumlah orang miskin.

Jadi, saya minta supaya kerajaan perhatikan supaya kalau nak bagi Labuan hebat, dia mesti barang-barangan yang dijual di sana mestilah datang direct daripada Semenanjung terus ke Labuan dan bukan melalui pelabuhan lain.

draft • 7:16 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Puan Yang di-Pertua, ini adalah di luar RUU hari ini, tetapi, walau bagaimanapun, kami mengambil maklum.

Jadi, di sini kita nak pindaan kepada akta-akta ini adalah selari dengan pelan hala tuju strategik 2022-2026 yang membawa peluang pembangunan kepada Labuan yang lebih ke hadapan terutama dalam sektor-sektor baharu seperti kewangan digital, captive, kewangan Islam dan pengurusan harta.

draft • 7:16 PM

Puan Lim Hui Ying

Kami berharap ini akan menjadikan satu limpahan yang akan juga merangsangkan sektor-sektor yang lain. Sekian, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft • 7:20 PM
Fasal-fasal 1 hingga 13 –

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Puan Pengerusi, saya ingin bertanya beneficiary di bawah Yayasan Labuan. Beneficiary bagi Yayasan Labuan bolehlah seorang pemastautin ataupun bukan mastautin. Jadi, yang ini apa Yang Berhormat maksudkan di sini?

Sewajarnya yayasan ini mesti pemastautin atau bukan pemastautin. Jadi, kalau bukan pemastautin, kita akan menghadapi masalah selepas ini sebab nanti bukan pemastautin lebih ramai daripada pemastautin. Jadi, saya minta supaya kerajaan mempertimbangkan sebab saya tak sempat mencadangkan perubahan. Saya cadangkan supaya kerajaan perhati balik perkataan seorang pemastautin atau bukan pemastautin itu. Biar rakyat Labuan mendapat manfaat.

draft • 7:21 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Pemunyaan beneficial oleh rakyat Malaysia atau boleh jadi rakyat Malaysia atau juga rakyat asing. Sebab kita memang banyak entiti atau syarikat yang daripada luar negara. Sekian, terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 hingga 13** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]

draft • 7:21 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN (PINDAAN) 2024. Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 dibacakan kali kedua sekarang. Sebagaimana yang telah saya huraikan dalam pembentangan RUU Syarikat Labuan, RUU Amanah Labuan dan RUU Yayasan Labuan sebentar tadi, asas-asas pertimbangan yang sama adalah turut terpakai bagi RUU Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2024. Ini khususnya dalam menerima pakaian piawaian dan amalan kewangan antarabangsa terbaik yang disarankan oleh Financial Action Task Force (FATF), dengan izin.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 (Akta 707). Tujuan utama pindaan ini adalah untuk memasukkan peruntukan baharu ke dalam Akta 707 yang berhubungan dengan rangka kerja pelaporan dan penzahiran maklumat pemunya benefisial. Rang Undang-undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2024 mempunyai 11 fasal seperi berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas bagi akta yang dicadangkan.

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu IVA ke dalam Akta 707 yang berhubungan dengan pemunya benefisial satu Perkongsian Terhad Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan atau Perkongsian Liabiliti Terhad yang diiktiraf. Mengenai kriteria asas untuk mengenal pasti seorang pemunya benefisial, memperkenalkan kewajipan untuk

draft • 7:24 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

mendapatkan maklumat daripada mana-mana orang dan juga menyimpan daftar pemunya benefisial di pejabat berdaftar suatu Perkongsian Terhad Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan atau Perkongsian Liabiliti Terhad yang diiktiraf itu.

Selain itu, fasal 8 juga memperuntukkan lembaga boleh menentukan orang boleh mengakses daftar pemunya benefisial dan maklumat pemunya benefisial yang disimpan dalam Lembaga. Fasal 8 juga bertujuan memperkenalkan kewajipan seorang pemunya benefisial untuk memberitahu kepada suatu Perkongsian Terhad Labuan, Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan atau Perkongsian Liabiliti Terhad yang diiktiraf sekiranya beliau adalah pemunya benefisial itu. Daftar pemunya benefisial tersebut haruslah dikemas kini dari semasa ke semasa dan lembaga juga mempunyai kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas daftar pemunya benefisial tersebut.

Fasal 10 dan 11 bertujuan untuk meminda seksyen 77 dan 78 (Akta 707) untuk menaikkan jumlah maksimum penalti am dan penalti pentadbiran daripada RM5,000 dan RM10,000 masing-masing kepada RM50,000. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 7:24 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 7:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

draft • 7:24 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya sokong pindaan rang undang-undang ini untuk memasukkan peruntukan baru ke dalam Akta 707 yang berhubungan dengan rangka kerja pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial . Pindaan ini adalah salah satu dasar yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa Interternational Financial Centre (IFC) seperti Labuan tidak akan menjadi tempat perlindungan atau, dengan izin, safe haven untuk penjenayah, perasuah atau pengganas menyimpan dan menyembunyikan wang haram mereka.

Kita telah melihat dengan pendedahan Panama Papers dan Pandora Papers, di mana mereka, dengan izin, corporate service providers (CSP) seperti peguam, akauntan, company secretary dan profesional-profesional lain yang beroperasi di IFC mendaftarkan Shell companies atau Perkongsian Liabiliti Terhad, di mana tuan punya dan pemegang saham sebenar disembunyikan. Sistem Shell companies ini yang menarik mereka yang ada wang haram untuk menggunakan IFC dan menjejaskan reputasi baik dan sistem IFC yang

draft • 7:27 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

memberikan manfaat kepada mereka yang mengguna IFC untuk aktiviti yang mengikut undang-undang.

Dengan dedahan Panama Papers dan Pandora Papers, orang ramai telah diberikan sesuatu imej bahawa semua IFC adalah tax haven dan semua aktiviti adalah aktiviti berjenayah. Ini adalah satu anggapan yang salah. Oleh yang demikian, saya mengalukan rang undang-undang ini, di mana kerajaan telah mengambilkan tindakan untuk mengadakan undang-undang dengan kerangka untuk tuan punya Shell company atau Perkongsian Liabiliti Terhad di Labuan didaftarkan untuk memberikan keyakinan kepada pelabur bahawa Labuan adalah antara IFC yang tidak boleh digunakan untuk menyimpan wang haram dan adalah destinasi pelaburan yang legitimate dan baik.

Saya bercadang selain daripada penzahiran maklumat pemunya benefisial, Yang Berhormat Menteri dan kerajaan memastikan corporate service providers (CSP) memberikan maklumat tuan punya benefisial Shell company atau perkongsian dalam pendaftaran mereka mengikut sistem know your client.

draft • 7:27 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Cadangan ini adalah antara syor oleh The Financial Action Task Force (FATF) untuk mengeluarkan dasar dan program mencegah anti-money laundering. Program Know Your Client memerlukan bank-bank dan CSP melakukan verifikasi anak guam atau klien mereka dengan Customer Identification Program, Customer Due Diligence dan Enhanced Due Diligence. Dengan program ini, CSP akan tahu sama ada sumber wang daripada anak guam mereka adalah sah atau legitimate dan bukan daripada aktiviti jenayah. Saya cadangkan CSP diwajibkan melaksanakan sistem CSP selain daripada peruntukan dalam RUU ini atas sebab- sebab berikut.

Pertama, mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah tidak akan memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat persendirian mereka atau proses haram mereka.

CSP memang akan tahu siapa adalah pelanggan mereka dan siapa orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu perkongsian terhad Labuan. Ini adalah sama dengan sistem yang digunakan oleh bank-bank atas principle yang sama. Dwisistem ini pertama dengan peraturan untuk penzahiran maklumat pemunya benefisial. Kedua, dengan sistem CSP untuk melakukan amalan Know Your Client telah digunakan di beberapa IFC dan telah mencapai satu kejayaan yang baik untuk menangani isu wang haram.

Saya yakin kalau dwisistem ini dapat dilaksanakan di dalam Labuan, Labuan akan berjaya kembali sebagai satu IFC yang menarik. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Tiga minit.

draft • 7:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang. Kami juga amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Selayang atas cadangan-cadangan yang especially seperti

draft • 7:32 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

sistem Know Your Client, CSP dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, Labuan IBFC tidak mempunyai Shell companies. Okey. Adalah wajib untuk melantik Syarikat Amanah Labuan sebagai pengarah pemastautin dan setiausaha pemastautin sebagai agen di Labuan.

Berkenaan dengan kita juga Labuan FSA juga telah mengeluarkan satu garis panduan yang komprehensif yang terpakai kepada semua entiti berlesen Labuan berkenaan dengan kewajipan mereka untuk melaksanakan proses usaha yang wajar.

Berkenaan dengan Panama Papers. Labuan FSA memberikan fokus terhadap tindakan penguatkuasa dan pencegahan secara berterusan bagi memastikan tindak balas yang sesuai, tepat, cepat dan berpadanan dapat diambil tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Penubuhan syarikat luar pesisir dan pembukaan akaun bank di negara luar pesisir tidak menyalahi undang-undang dan sering digunakan dalam mempelbagaikan pelaburan, melindungi risiko dan mata wang asing. Perancangan cukai atau mendapatkan insentif cukai dan perlindungan harta oleh individu dan korporat bagi menjaga kepentingan ahli keluarga dan pemegang saham syarikat.

Namun begitu, kerajaan sedang kemungkinan, kemudahan ini menubuhkan syarikat luar pesisir dan menjalankan transaksi luar pesisir yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan luar pesisir juga menjadi tarikan kepada penjenayah kewangan, pengelak cukai dan penjenayah yang menerima rasuah terutamanya dalam membuat layering bagi mengelakkan hasil haram daripada senang dikesan.

Untuk pendedahan oleh ICIJ sebelum ini seperti Offshore Leaks Panama Papers dan Paradise Papers pula, ICIJ telah memuat naik data di laman sesawang mereka. Oleh kerana jumlah individu warga Malaysia yang didedahkan oleh ICIJ dalam pendedahan-pendedahan sebelum ini amat ramai, agensi penguatkuasa perlu diberi masa yang mencukupi untuk membuat penilaian dan siasatan yang teliti sebelum tindakan penguatkuasa dibuat.

Yang akhirnya berkenaan dengan Syarikat Amanah Labuan. Saya ingin memperjelaskan bahawa mereka sebagai satu institusi pelapor, mereka diwajibkan untuk melakukan due diligence atau usaha wajar terhadap semua pelanggan mereka. Keperluan ini diwajibkan ke atas mereka menerusi keperluan Akta AMLA yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

draft • 7:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali kedua sekarang dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft • 7:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu)

draft • 7:32 PM
USUL MENTERI KEWANGAN
AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 - MEMINDAH RM24,127 JUTA KE KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya memohon mencadangkan, “Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] agar Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM24,127 juta di bawah subseksyen 3(1) akta yang sama, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) bagi tempoh Mac hingga Disember 2024 ke Kumpulan Wang Pembangunan.” Puan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindahan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan mengikut keperluan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]. Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) sebanyak RM24,127 juta atau RM24.127 bilion bagi tempoh Mac hingga Disember 2024 ke Kumpulan Wang Pembangunan.

Pindaan ini dilaksanakan untuk membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan. Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan.

draft • 7:32 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Sumber dana Kumpulan Wang Pembangunan diperoleh melalui pindahan daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, terimaan balik pinjaman dan terimaan pelbagai untuk pembangunan.

Secara umumnya, pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan pula terdiri daripada terimaan Terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Securities (MGS); Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII); bilangan Perbendaharaan dan pinjaman luar negeri.

draft • 7:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Subseksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dengan izin, Malaysian Government Investment Issue hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan prinsip syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275. Antara tujuan utama terbitan berasaskan prinsip syariah ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam.

Dengan ini, saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issue sebanyak RM24,127 juta bagi tempoh Mac hingga Disember 2024 ke Kumpulan Wang Pembangunan, dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat.

draft • 7:40 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Tiada pembahas.

[Tiada perbahasan]

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini di nombor 8 hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 11 Disember 2024.

draft • 7:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.42 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026