Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari ini, saya ingin menjemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.
1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini Lesen KL MADANI yang telah dikeluarkan oleh DBKL dan adakah lesen-lesen ini masih aktif serta berapa jumlah keseluruhan lesen yang telah dikeluarkan setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lesen KL MADANI telah dijenamakan semula pada Jun 2023 daripada Lesen KL Prihatin, di bawah Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang diperkenalkan pada 10 November 2020. Ketika itu, inisiatif ini diperkenalkan sebagai usaha untuk membantu golongan yang kehilangan sumber pendapatan berniaga semasa pandemik COVID-19 melanda negara.
Lesen KL MADANI hanya membenarkan permohonan pembaharuan sahaja bagi pemegang Lesen KL Prihatin sahaja dan sebarang permohonan baharu tidak akan dipertimbangkan. Berdasarkan rekod, jumlah lesen yang telah dikeluarkan di bawah KL Prihatin adalah sebanyak 4,328. Setelah pandemik berakhir, jumlah terkini pemegang lesen yang masih aktif dan telah memperbaharui lesen atas jenama KL MADANI adalah hanya sekitar 433 orang sahaja, iaitu kira-kira 10 peratus daripada jumlah lesen asal.
Penjaja-penjaja ini akan dipantau supaya tidak menyebabkan perkara-perkara seperti yang berikut, iaitu kesesakan lalu lintas akibat berniaga di lokasi yang mungkin tidak sesuai. Kebersihan bandar yang terjejas akibat ketidakpatuhan, pematuhan penjaja terhadap garis panduan dan juga persaingan ruang awam antara penjaja dan pengguna lain seperti pejalan kaki di kawasan siar kaki atau kaki lima.
Dalam hal ini, melalui Program Lestari Niaga, DBKL telah, sedang dan juga akan menyusun semula penjaja di ibu kota, termasuk pemegang Lesen KL MADANI dengan memastikan mereka dapat berniaga secara sah di tapak gerai yang lebih formal dan juga berstruktur. Sepanjang tahun 2023 dan 2024, program ini telah memberi manfaat kepada 2,621 peniaga dan penjaja kecil melalui pelaksanaan 83 projek di 76 lokasi gerai makanan dan juga pasar. Program Lestari Niaga akan diteruskan untuk tahun 2025 nanti, dengan cadangan pelaksanaan kepada 20 projek yang dianggarkan akan melibatkan sekitar 1,300 orang penjaja.
Kita perlu akui bahawa penjaja memainkan peranan penting ya dalam menyediakan produk, khususnya makanan siap masak pada harga yang lebih mampu milik kepada warga kota. Namun begitu, saya juga mengambil maklum akan aduan daripada sesetengah komuniti yang terjejas akibat daripada kacau ganggu daripada aktiviti penjaja, terutamanya penjaja tanpa lesen.
Sehubungan dengan itu, DBKL akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan garis panduan dan kesejahteraan awam tetap terjaga. Penjaja yang masih beroperasi di bahu jalan dan kaki lima perlu dipindahkan melalui Program Lestari Niaga kerana tidak semua kawasan di Kuala Lumpur ini adalah sesuai untuk aktiviti penjaja.
Walau bagaimanapun, saya juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa usaha yang sedang dilaksanakan oleh DBKL melalui Program Lestari Niaga adalah bertujuan untuk menyusun semula penjaja dari lokasi yang tidak sesuai ke dalam tapak gerai yang lebih formal dan teratur. Pendekatan ini bukan bertujuan untuk menghapuskan penjaja tepi jalan secara total tetapi memastikan mereka dapat terus berniaga dalam persekitaran yang lebih selamat dan bersih selaras dengan aspirasi yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandar C.H.A.S.E. yang mesra peniaga kecil. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, berapa kerap DBKL menjalankan pemantauan terhadap penyalahgunaan lesen MADANI termasuk kes kebanyakan lesen yang membuka lima cawangan atau menyewa lesen kepada pihak lain. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kes-kes seperti ini?
Penjaja di hadapan Palm Court, Brickfields telah menimbulkan gangguan kepada penduduk-penduduk setempat dan persatuan penduduk mencadangkan agar mereka memindahkan ke lokasi yang lebih sesuai. Apakah tindakan DBKL untuk mengambil isu ini dan memastikan kesejahteraan komuniti terjaga. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DBKL menjalankan pemantauan yang agak kerap juga ke atas semua penjaja lesen sementara KL MADANI sekerap dua kali seminggu Yang Berhormat. Dalam hal ini, Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 menyatakan lesen penjaja dikeluarkan secara individu dan pemegang lesen bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi perniagaan masing-masing. Menyerahkan hak, memajak atau menyewa lesen kepada pihak lain adalah dilarang sama sekali.
Pemegang lesen hendaklah menjaja sendiri dan tidak boleh menggajikan terutamanya kepada pekerja asing untuk menjaja bagi pihak mereka. Sekiranya berlaku penyalahgunaan lesen atau pelanggaran syarat-syarat lesen, DBKL akan mengeluarkan notis kompaun sehingga melaksanakan proses pembatalan lesen.
Sebagai memudahkan pemantauan, DBKL akan memperkenalkan program penyeragaman dengan penggunaan khemah, baju, apron dan juga topi yang seragam kepada penjaja bertempoh atau juga penjaja di tepi jalan. Dan ini insya-Allah kita akan mulakan pada Ramadan tahun akan datang ini 2025.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Seperti mana saya sebutkan tadi, tidak semua tempat di Kuala Lumpur sesuai untuk penjaja sama ada dari segi imej mahupun faktor lain seperti keselamatan dan juga keselesaan komuniti. Berkenaan dengan penjaja di hadapan Palm Court, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields Yang Berhormat, semakan DBKL mendapati majoritinya adalah penjaja yang berlesen iaitu Lesen Sementara KL Madani.
Walau bagaimanapun, DBKL akan melihat dan mencari juga lokasi lain seperti mana yang dicadangkan oleh penduduk yang bersesuaian untuk kita membuat penempatan semula kepada penjaja-penjaja tersebut melalui Program Lestari Niaga. Penjaja hendaklah terus diberi peluang untuk mencari rezeki dan komuniti juga akan menerima faedah dengan penyusunan semula penjaja ke tempat yang mungkin lebih kondusif dan juga selamat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya untuk soalan satu, adakah peniaga kecil Malaysia dengan KL Madani ini ataupun dulu KL Prihatin juga adalah terlibat dengannya akan terlibat dengan bazar Ramadan akan terlibat dengan bazar Ramadan di mana kita tahu lesen KL Madani ini bayarannya adalah murah iaitu fi dia mungkin RM20 dan untuk penyambungan dia bayarannya RM30, kalau tak silap sayalah.
Kalau salah tolong betul. Cumanya mereka ini terlibat dengan bazar Ramadan, tetapi bazar Ramadan fi atau bayarannya terlalu tinggi hingga RM980 ataupun − satu petak itu terlalu tinggi sedangkan mereka ini adalah peniaga-peniaga kecil. Adakah pihak DBKL merancang untuk memberi keistimewaan kepada pemegang-pemegang lesen KL Madani ini supaya mereka tidak terkesan sangat dengan bayaran yang terlalu tinggi. Dan juga adakah lesen KL Madani ini akan diperkembangkan ke Wilayah Persekutuan yang lain contoh macam Labuan-kah ataupun Putrajaya-kah ataupun ke tempat-tempat yang lain sekiranya Program Lesen KL Madani ini menunjukkan satu perkembangan yang positif. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan jika mereka berminat dengan bazar Ramadan saya kira mereka boleh mengemukakan kepada DBKL-lah melalui ruang-ruang yang kita buka untuk pendaftaran kepada perniagaan di bazar Ramadan. Jadi perniagaan di bazar Ramadan ini biasanya dia adalah satu waktu yang khususlahkan. Iaitu hanya di musim bulan Ramadan dan insya-Allah sekarang ini kita sedang melihat kembali dan menstruktur kembali tentang perniagaan dalam ataupun di bulan Ramadan ini ataupun bazar Ramadan ya.
Jadi kita akan – DBKL sedang menyusun kembali sebab ada beberapa isu baru-baru ini dan insya-Allah kita akan cuba melaksanakan yang terbaik bagi memastikan pada bulan Ramadan ini perniagaan dapat diteruskan tetapi dengan lebih – dengan cara yang jauh lebih tersusun. Dan dengan mungkin juga kita sedang juga mengkaji berapakah jumlah lesen yang kita akan keluarkan dan juga berapakah pembayaran lesen yang akan dikenakan kepada peniaga-peniaga di bazar Ramadan kelak ya dalam proses.
Berkenaan dengan soalan kedua untuk kita mengembangkan perniagaan ataupun peniaga KL Madani ini − seperti yang saya sebut tadi sebenarnya kita telah pun tidak membukanya lagi dan jadi untuk mengembangkannya di PBT lain seperti mungkin di Putrajaya atau di Labuan yang itu juga kita akan tidak teruskanlah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, soalan saya nombor dua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan menteri.
2. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan usaha yang dilaksanakan bagi memastikan agensi dan institusi agama Islam seperti JAKIM, JKSM, IKIM, YADIM, TV Al-Hijrah dan lain-lain dapat terus berperanan secara optimum dalam mengangkat martabat syariat, menjaga kesucian akidah dan pembangunan ummah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Tan Sri Yang di-Pertua, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berperanan sebagai peneraju pengurusan hal ehwal Islam dan kesejahteraan Malaysia Madani dalam memastikan kesucian akidah, pembangunan ummah serta mengangkat martabat umat Islam di Malaysia.
Usaha ini dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang jelas termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan ke semua 14 agensi agama di bawah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama dapat berfungsi secara optimum, Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 yang menghimpunkan gerak kerja strategik kepada lima teras strategik telah diwujudkan iaitu:
(i) pentadbiran Islam mampan;
(ii) kesejahteraan insan;
(iii) kemuliaan syariah;
(iv) kepimpinan berdaya cipta; dan
(v) kehormatan institusi Islam.
Selain itu, usaha-usaha lain turut diberi perhatian kerjasama strategik rentas agensi jabatan kementerian diperluas terutamanya dengan pihak institusi kerajaan negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri serta badan bukan kerajaan diperkukuh dari semasa ke semasa dan diterajui oleh JAKIM dan juga JKSM. Seiring dengan perkembangan teknologi dan cabaran yang semakin global, pengurusan komunikasi juga diperkemas agar lebih tersusun dan strategik.
Agensi yang mainkan peranan ini adalah JAKIM, IKIM, TV Al-Hijrah dan MAIWP. Dan aspek pembangunan modal insan merupakan elemen yang amat penting dengan cabaran trend mega yang mempengaruhi dunia dan masyarakat pada masa hadapan. Maka pemerkasaan modal insan dipertingkatkan dan latihan yang sewajarnya diberikan. Antara agensi yang memfokuskan aspek ini termasuklah JAKIM, JAWHAR, YADIM, YaPEIM dan MAIWP.
JAKIM juga menjalankan kajian mendalam mengenai isu-isu berkaitan akidah seperti fenomena penyebaran ideologi sesat, cabaran pluralisme agama dan penyimpangan fahaman akikah. Penjejakan ini bertujuan untuk mengenal pasti akan masalah dan mencadangkan penyelesaian berdasarkan prinsip Syariah dan Maqasid Syariah. Dalam bidang perundangan pula, JKSM merupakan institusi induk yang diberikan peranan khusus bagi menjayakan agenda reformasi perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia.
Peranan utamanya sebagai sebuah agensi Persekutuan adalah menyelaras dan menambah baik pengurusan dan perkhidmatan mahkamah-mahkamah syariah termasuklah dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme institusi berkenaan. Kesimpulannya, ke semua agensi di JPM Hal Ehwal Agama akan terus bekerjasama dan berusaha dengan gigih demi mengangkat martabat syariat menjaga kesucian akidah dan pembangunan ummah.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang sangat jelas. Soalan saya yang kedua iaitu berhubungan dengan isu Nik Elin berapa kalikah mesyuarat jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan tersebut dengan kompetensi DUN untuk menggubal iaitu undang-undang Islam. Berdasarkan laporan JAKIM pada bilangan 8 ini telah diadakan pada 16 Februari 2024 dan juga pada 5 Disember 2023.
Apakah status kajian yang telah dilakukan?
Yang kedua, sejauh manakah perbincangan dengan parti-parti politik sesuai jaminan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri pada 16 Februari 2024. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Berkaitan dengan Jawatankuasa DUN yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagian Tun Zaki, alhamdulillah sebanyak 40 kali mesyuarat telah diadakan dan yang terakhir sekali adalah pada 15 November 2024.
Setakat hari ini saya dimaklumkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Pengerusi Jawatankuasa DUN yang mereka telah dalam proses memuktamadkan laporan yang kemudiannya akan diserahkan kepada pengerusi MKI Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Nazrin yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa MKI.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Insya-Allah, dalam — Bagi soalan yang kedua pula, saya percaya Yang Amat Berbahagia Tun sebagai Pengerusi MKI telah mengambil kira dan pihak-pihak yang terlibat dan sepertimana yang disebut oleh pihak Yang Amat Berhormat , Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim juga telah diambil kira. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Seri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Memandangkan kepada jawapan daripada Menteri berkaitan dengan Jabatan Agama ataupun berkaitan dengan urusan agama Islam ini di mana terdapat 14 agensi di bawah jabatan yang berkenaan. Persoalan yang Sri Gading ingin bertanya iaitu yang pertama sekali adakah data berkaitan dengan golongan gelandangan di kalangan masyarakat orang Islam, khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur, yang pertama.
Kedua, dari segi pentadbiran. Adakah tindakan memastikan golongan gelandangan ini diberikan bantuan, khususnya untuk penempatan rumah mereka atau pun peluang pekerjaan yang boleh dibantu daripada agensi-agensi di bawah pentadbiran? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Berkaitan dengan data ini, saya tidak ada perincian Tan Sri Yang di-Pertua. Insya-Allah, MAIWP ada. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada data yang berkaitan dengan jumlah gelandangan ini.
Bagi soalan yang kedua pula Yang Berhormat Sri Gading. Setakat ini pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada 38 skim bantuan yang diberikan. Di antara skim bantuan yang diberikan ini termasuk juga skim yang melibatkan satu, penempatan golongan gelandangan di Kuala Lumpur tersebut. Juga, usaha-usaha untuk membawa golongan gelandangan ini supaya mereka ini dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan mereka ini boleh dibawa untuk mencari pekerjaan.
Jadi, melalui usaha yang dibuat oleh MAIWP ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya golongan gelandangan khususnya berada di Kuala Lumpur ini akan dapat dikurang dan akan dibantu khususnya daripada sudut penempatan mereka. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor tiga.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
3. Puan Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan perancangan mengintegrasikan ekonomi penjagaan dalam pembangunan nasional dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Penjagaan Negara memandangkan potensinya membina satu pasaran bernilai sekitar USD25.5 bilion yang bukan sahaja mengiktiraf sumbangan wanita melalui tugasan penjagaan dan domestik tidak berbayar malah mencipta peluang pekerjaan baharu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Ampang di atas soalan yang telah dikemukakan. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa melancarkan kerangka Ekonomi Madani pada 27 Julai 2023 telah menetapkan dasar yang jelas berkaitan ekonomi penjagaan apabila menetapkan hala tuju untuk mengembangkan kerja-kerja penjagaan dan penyertaan wanita dalam tenaga buruh untuk mencapai 60 peratus menjelang tahun 2033.
Justeru, kesinambungan daripada ketetapan dasar tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif yang tuntas mengadakan makmal untuk membincangkan Kerangka Strategik Industri Penjagaan di Malaysia 2026-2030 bermula pada 13 Mei 2024 dan berakhir pada 21 Jun 2024.
Pembangunan Kerangka Strategik Industri Penjagaan di Malaysia 2026-2030 ini adalah kerjasama semua pihak merentasi kementerian, ahli akademik, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pemain industri dan juga individu yang mempunyai kemahiran berkaitan industri penjagaan menerusi pendekatan whole-of-government and whole-of- nation, dengan izin.
Pembangunan Kerangka Strategik Industri Penjagaan di Malaysia 2026-2030 merupakan salah satu daripada usaha yang diambil oleh KPWKM untuk mengintegrasikan ekonomi penjagaan dan pembangunan nasional. Industri penjagaan yang sedang dibangunkan di negara kita bukan sahaja menjurus kepada usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh tetapi turut melengkapi persiapan Malaysia yang bakal menjadi negara tua pada tahun 2030.
OKU mempunyai akses kepada penjagaan yang diperlukan. Kanak-kanak mendapat jagaan dan asuhan yang terbaik serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di negara ini secara holistik. Pada masa yang sama, industri penjagaan ini juga menzahirkan kesepakatan yang telah dipersetujui bersama dalam menjayakan ASEAN Declaration on Strengthening the Care Economy and Fostering Resilience Towards the Post-2025 ASEAN Community. Sebagai langkah pemula kepada pemerkasaan industri penjagaan ini, KPWKM akan memberi tumpuan ke arah melahirkan penjaga berkemahiran (professional carer) melalui program latihan dan pembangunan kapasiti oleh Institut Sosial Malaysia. ISM merupakan institut yang bertanggungjawab dalam melaksanakan latihan kepada para penjaga menerusi piawaian modul latihan yang standard dan komprehensif.
KPWKM berkeyakinan penuh bahawa melalui kerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan perancangan yang terkandung dalam Kerangka Strategik Industri Penjagaan di Malaysia 2026-2030 akan membuka satu lagi ruang baharu dan juga pekerjaan baharu kepada rakyat dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan dan pembangunan negara.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya lihat satu jawapan yang ada permulaan yang baik dan juga landasan yang kita nampak bolehlah kita katakan akan dibincangkan dengan baik. Tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, saya rasa kanak-kanak dan wanita ini adalah kalau dilihat di dalam kajian antarabangsa, mereka adalah tiga perempat daripada jumlah yang terlibat di dalam kerja penjagaan ini tanpa gaji.
Juga, dua per tiga sebenarnya daripada mereka adalah wanita tanpa gaji.
Jadi, soalan yang sering ditimbulkan dalam rangka industri penjagaan ini kita lihat siapa yang akan menyediakan keperluan penjagaan dan semakin meningkat pada masa hadapan di bawah keadaan apakah kedua-dua pekerjaan ini nanti boleh diiktiraf? Selalunya ini, sebelum ini tidak diiktiraf. Bagaimana nak iktiraf? Apakah dasar-dasar yang boleh dilaksanakan untuk mengiktiraf ini?
Jadi, soalan yang ingin saya panjangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kita merangka satu Kertas Putih untuk dibentangkan terlebih dahulu ke dalam Dewan ini untuk kita melihat penjagaan ekonomi khususnya dalam konteks untuk penjagaan menua kepada Parlimen? Apakah rancangan tersebut itu bersepadu?
Saya bimbang nanti isu penjagaan ekonomi ini atau pun industri penjagaan ini hanya akan ditangani oleh di bawah Kementerian Wanita. Saya mengharapkan supaya ada satu perancangan khusus. Soalan yang seterusnya, apakah rancangan bersepadu di antara Kementerian Wanita, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Ekonomi dalam mencapai matlamat ini? Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih YB Ampang di atas soalan yang dikemukakan. Saya menyambut baik apa cadangan Yang Berhormat daripada Ampang mengenai beberapa perkara cadangan dan your concern selaku Ahli Parlimen. Untuk makluman Dewan ini, Kertas Putih seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ampang itu adalah sebenarnya di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi. Saya pada pengiraan kami, seeloknya dijawab oleh Kementerian Ekonomi. Tetapi, sebelum pembentangan di Parlimen, rangka kerja tersebut akan dibentangkan di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara terlebih dahulu.
Pada hemat kami, dia akan menjadi salah satu daripada tumpuan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Mengenai Yang Berhormat nyatakan perancangan bersepadu antara kementerian. Seperti jawapan asal saya juga, kementerian memang sentiasa mengamalkan whole-of-government dan whole-of-nation approach dalam apa juga perancangan, pelaksanaan agenda negara terutamanya yang berkaitan dengan ekonomi baharu negara iaitu ekonomi penjagaan.
Sudah semestinya beberapa perkara juga telah diatur dengan semua pihak yang berkepentingan dan tidak terhad kepada kementerian atau pun Kementerian Ekonomi dan KESUMA sahaja. Tetapi telah melakukan beberapa perkara libat urus, membuat semakan semula kurikulum dan modul-modul yang diguna pakai, mengenal pasti lebih banyak pakar- pakar dalam bidang penjagaan seperti jurulatih dan yang paling penting membuat penyelidikan keperluan penjagaan di negara ini. Dalam waktu yang sama, ISM dirancang sebagai institusi badan kawal selia kepada aktiviti penjagaan negara juga, Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Terima kasih, Speaker.
Terima kasih kepada Timbalan Menteri terhadap huraian tadi. Saya mendengar huraian berkaitan dengan industri penjagaan Malaysia. Saya ucapkan syabas terhadap usaha perancangan ini.
Tetapi, agaknya, apakah cabaran-cabaran ataupun halangan untuk pelaksanaan dasar penjagaan ini untuk mencapai objektifnya? Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi supaya sebagai satu persiapan? Kemudian, adakah kerajaan telah mengkaji keperluan untuk mempertimbangkan elaun khas kepada anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka dari kalangan warga emas? Okey. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat daripada Temerloh di atas soalan yang telah diberikan.
Mengenai elaun khas. Setakat ini, ia masih menjadi debat dan juga perbincangan di antara pihak yang berkepentingan bersama dengan kementerian. Antara cabaran yang dihadapi oleh kementerian adalah untuk mendapatkan buy-in daripada semua pihak. Sebab, kita telah membuat libat urus, seperti yang telah saya nyatakan di dalam jawapan saya sebelum ini. Libat urus itu kita dah laksanakan tiga kali, Yang Berhormat. Kita panggil mereka yang berkepentingan untuk bersama termasuk operator care industry itu sendiri. Hasil-hasil itu telah dibawa ke peringkat pengurusan dan dia perlu mendapatkan kelulusan pihak pengurusan.
Setelah itu, ia akan ditambah baik untuk edaran ke kementerian-kementerian lain sebab kita perlu mendapatkan kata sepakat, bukan sahaja di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi juga daripada kementerian-kementerian lain sebelum ia dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet. Selepas itu, inisiatif itu akan dilaksanakan.
Lima strategi utama adalah pengukuhan perundangan dan tata kelola. Sebab, ada sesetengah undang-undang di bawah kawal selia KPWKM ini telah berusia lebih daripada 10 tahun, Yang Berhormat. Ada juga yang telah mencecah 40 tahun. Justeru, wajar kalau sekiranya akta-akta ini disemak semula.
Dan yang kita utamakan juga adalah advokasi dan promosi mengenai penjagaan ini di pelbagai peringkat. Insya-Allah, kalau sekiranya melalui libat urus, melalui advokasi ini dapat kita teruskan, insya-Allah, kita akan meneruskan dengan penambahbaikan kepada apa yang akan dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor empat.
4. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menambah kuota guru KAFA di seluruh negara dan penubuhan institut pendidikan guru KAFA serta kenaikan gred bagi penyelia KAFA.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sik.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan KAFA senantiasa meneliti dan membuat perancangan terhadap pertambahan guru KAFA bagi menampung kekurangan guru dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran KAFA.
Pada tahun 2020, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak 1,800 kuota guru yang menjadikan jumlah guru KAFA meningkat daripada 33,200 kepada 35,000 orang.
Pihak berkuasa agama negeri juga telah mengambil langkah yang proaktif untuk melantik guru KAFA baharu untuk mengisi kekosongan.
JAKIM sentiasa mengemas kini dan membuat unjuran terhadap keperluan pertambahan perjawatan guru KAFA agar seimbang antara nisbah bilangan guru dan premis KAFA. Sejak 2021, JAKIM sentiasa membuat permohonan penambahan kuota guru KAFA untuk keperluan seluruh negara. Walau bagaimanapun, kelulusan sepenuhnya adalah tertakluk kepada pertimbangan Kementerian Kewangan Malaysia berdasarkan keupayaan kewangan semasa kerajaan.
Dalam memastikan pengawalan perkara ini, JAKIM dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri telah melaksanakan penyelarasan semula kuota sedia ada dapat digunakan secara optimum. Selain itu, pematuhan prosedur pembukaan kelas KAFA yang baharu telah dikuat kuasa mulai Januari 2022 di dalam Peraturan-peraturan Pelaksanaan Program KAFA.
Kerajaan juga mengambil maklum akan adanya keperluan penubuhan Institut Pendidikan Guru KAFA di masa akan datang. Walau bagaimanapun, usaha sama dengan Institusi Pendidikan Perguruan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan guru-guru KAFA mendapat latihan kemahiran yang sewajarnya.
Berkaitan dengan kenaikan gred bagi penyelia KAFA. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini, terdapat seramai 383 orang penyelia program kelas al-Quran dan fardu ain KAFA yang telah dilantik secara sambilan sejak pada tahun 1990. Pelantikan secara kontrak ataupun contract of service, dengan izin, di JAKIM hanya bermula pada tahun 2009. Penyelia KAFA dilantik bersandarkan Skim Perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak yang dibayar gaji di bawah OS29000.
Berhubung dengan kenaikan gred penyelia, JAKIM amat menghargai titik peluh pengorbanan jentera program KAFA bertulang belakangkan para penyelia. Oleh itu, JAKIM sedang dalam sesi perundingan bersama agensi persekutuan bagi mencari kaedah terbaik berhubung peningkatan profesionalisme dan jaminan kebajikan.
Sekian, terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dalam statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan JAKIM pada bulan Oktober yang lalu, telah dinyatakan bahawa kita sekarang ada lebih kurang 285,000 para pelajar di bawah tadika Islam, sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, madrasah atau maahad tahfiz yang didaftarkan di bawah JAKIM termasuklah tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Kita ada lebih kurang 1.3 juta pelajar-pelajar KAFA dan lebih 30,000 guru-guru. Apa yang ada juga iaitu di Bahagian Pendidikan Islam JAKIM, hanya ada lebih kurang 38 kakitangan yang sangat kecil untuk mengurus jutaan pelajar ini. Jadi, sudah pastilah ada kekangan, ada kelemahan dari segi urusan tadbir dan memantapkan institusi pendidikan Islam ini.
Jadi, soalan saya, Yang Berhormat Menteri. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan satu jabatan khusus iaitu Jabatan Pendidikan Islam bagi menguruskan pelajar-pelajar yang ramai ini, termasuk guru-guru, bagi memantapkan pendidikan Islam secara keseluruhan di seluruh Malaysia?
Soalan kedua, Yang Berhormat Menteri. Kebetulan di sini saya ada mendapat maklumat. Ada lagi sekolah-sekolah agama yang didaftar di bawah JAKIM belum menerima peruntukan RM20,000 seperti yang janji dinyatakan dalam Belanjawan 2024 yang dinyatakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada tahun lepas ketika bentang Bajet 2024. Jadi, adakah benar keadaan ini? Sudah pastilah sekolah-sekolah ini sangat memerlukan kewangan ketika mana mereka sudah pun di penghujung persekolahan 2024 ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Berkaitan dengan soalan yang pertama iaitu berkaitan dengan cadangan mewujudkan Jabatan Pendidikan Islam. Buat masa ini, JAKIM belum ada lagi hasrat untuk mewujudkan Jabatan Pendidikan Islam ini bagi menguruskan pendidikan Islam di Malaysia kerana buat masa ini, institusi KAFA, pondok, madrasah dan tahfiz berada di bawah tanggungjawab pihak berkuasa agama negeri dan di bawah penyelarasan Bahagian Pendidikan JAKIM. JAKIM juga sentiasa bekerjasama erat dengan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak berkuasa agama negeri dalam pengurusan berkaitan dengan institusi berkenaan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Sik, soalan yang kedua itu. Berkaitan dengan – setakat hari ini, peruntukan RM150 juta yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk institusi pendidikan Islam, yang di pihak JAKIM, permohonan-permohonan yang dikemukakan melalui Jabatan Agama Islam Negeri-negeri telah diuruskan dan disediakan oleh pihak JAKIM. Itu maklumat yang saya perolehilah daripada Bahagian Pendidikan JAKIM.
Adapun makluman berkaitan dengan ada sekolah-sekolah yang belum lagi menerima, setakat ini apa yang difahamkan, begitu kedudukan dia.
Seperti mana yang kita sedia maklum, untuk tujuan agihan peruntukan RM150 juta tersebut, pihak madrasah ataupun sekolah-sekolah agama itu perlu mengemukakan permohonan melalui Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, yang mana permohonan tersebut akan diserahkan kepada Bahagian Pendidikan JAKIM untuk dinilai dan seterusnya diagihkan.
Jadi, dalam konteks Bahagian Pendidikan JAKIM, peruntukan seperti mana yang dipohon oleh institusi pendidikan agama Islam negeri-negeri, yang itu semuanya telah diuruskan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh guru KAFA tidak jauh berbeza dengan guru-guru di sekolah harian. Saban tahun isu-isu berbangkit mengenai kebajikan guru KAFA juga turut ditimbulkan. Namun, golongan tersebut masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Persoalan saya, mengapakah guru-guru KAFA masih gagal untuk diserapkan ke dalam skim perjawatan tetap di bawah Kementerian Pendidikan? Apakah faktor-faktor yang menghalang dan mengekang perkara tersebut?
Seterusnya, saya juga ingin mengetahui, sejauh manakah usaha yang dilakukan untuk memastikan guru-guru KAFA sentiasa terlatih dengan modul latihan terkini dengan metodologi pengajaran berkesan yang melibatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Dalam konteks kebajikan kepada guru-guru KAFA ini, usaha-usaha yang dibuat oleh pihak JAKIM untuk memastikan kebajikan guru-guru KAFA, termasuklah kenaikan elaun dan sebagainya. Ini memang pihak JAKIM sentiasa berbincang dan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan mereka ini terjamin. Dalam konteks apa Yang Berhormat sebut tadi berkaitan dengan penyerapan guru-guru KAFA ini, setakat ini keperluan yang diperlukan iaitu tiga hari bekerja tidak memenuhi syarat tersebut. Jadi, oleh kerana syarat-syarat itu tidak dipenuhi lagi, jadi di situ ada kesulitan dalam konteks untuk menyerapkan guru-guru KAFA ini kepada gred yang tetap. Itu yang jadi isu yang sebenarnya. Sekian, Tan Sri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor lima.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
5. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini bagi usaha pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Apakah garis masa untuk melaksanakan reformasi institusi ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tan Sri. Jawapan ini sedikit panjang.
Tuan Yang di-Pertua
Pendekkan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan mengambil serius cadangan reformasi institusi melibatkan pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara. Pada 16 Ogos 2023, Jemaah Menteri bersetuju supaya satu kajian empirikal yang terperinci dan holistik dibuat berkenaan dengan pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara. Bagi tujuan ini, dua pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menjalankan kajian empirikal secara berfasa seperti berikut. Sebagai fasa pertama, pasukan petugas khas kajian komparatif serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil blok pembangkang, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri menjalankan kajian berdasarkan keterangan (evidence-based research) ke beberapa buah negara seperti England, Australia dan Kanada.
Sebagai fasa kedua, pasukan petugas khas teknikal pula meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan. Pasukan petugas khas teknikal ini dikendalikan sepenuhnya oleh AGC dan BHEUU JPM. Pasukan petugas khas teknikal menyediakan laporan interim dalam tempoh satu tahun mengenai kajian empirikal komprehensif pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Sebagai fasa ketiga, sesi libat urus bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta pihak pemegang taruh lain, termasuk agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, selain Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society, Advocates and Association of Sarawak, ahli-ahli akademik dan pakar rujuk Perlembagaan Persekutuan akan diadakan oleh pasukan khas petugas khas teknikal.
Kajian empirikal ke Kanada yang merangkumi Ottawa dan Toronto telah diadakan dari 6 hingga 9 Mei 2024, manakala kajian empirikal ke Australia yang merangkumi Melbourne dan Canberra telah diadakan pada 3 Jun hingga 6 Jun 2024. Kajian empirikal ini disertai antara lain pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Semasa kajian empirikal, pasukan petugas khas kajian komparatif telah memperoleh maklumat dan data yang komprehensif serta menyeluruh, termasuk perkara-perkara teknikal dan spesifik serta perkara-perkara generik yang memberi penekanan kepada, dengan izin, big picture dalam pelaksanaan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di negara kita.
Nama negara terakhir yang akan dikaji oleh pasukan petugas khas komparatif ialah United Kingdom yang merupakan penutup kepada kajian empirikal. Kajian empirikal ke UK akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Semasa kajian empirikal ini, negara-negara berkenaan, sesi perbincangan meja bulat (round table discussion) telah diadakan secara hibrid, secara fizikal dan atas talian pada 3 Jun 2024 di Monash University dan pada 6 Mei 2024 di Fakulti Undang-undang Universiti Ottawa. Perbincangan meja bulat tersebut telah dihadiri oleh pakar-pakar, pihak akademik, perundangan, pengamal perundangan, ahli akademik serta pihak civil society organizations (CSO) dan non-governmental organizations
(NGO) dari Australia, Kanada dan Malaysia.
Selain itu, kajian saintifik berdasarkan perspektif sains kemasyarakatan, pandangan umum ke atas pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah selesai dijalankan bagi tempoh enam bulan dengan bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia
(USM). Kajian ini telah melibatkan pihak-pihak berkepentingan, termasuk masyarakat umum, agensi penguatkuasaan, pakar-pakar berkaitan dan kerajaan negeri. Kajian ini juga telah merangkumi pengumpulan dan analisis data dan maklumat daripada pihak-pihak berkepentingan melalui pelbagai kaedah penyelidikan seperti perbincangan kumpulan fokus
(focus group discussion).
Akhirnya, pada masa ini Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri melalui pasukan petugas khas teknikal dalam peringkat menyediakan laporan interim berdasarkan laporan dapatan kajian empirikal daripada pasukan petugas khas kajian komparatif. Tempoh menyediakan laporan interim oleh pasukan petugas khas teknikal ialah satu tahun. Laporan interim tersebut termasuk syor akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan pada tahun 2025. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, tadi kalau kita dengar baik-baik ya jawapan daripada Timbalan Menteri, nampaknya Menteri dan Timbalan Menteri, mereka sudah merayau satu dunia untuk buat kajian. Soalan saya ialah kenapa perlu ambil dua tahun tau untuk menjalankan kajian tentang perkara ini? Mengapakah Perkara 145 dalam Perlembagaan Persekutuan ini tidak boleh dipinda secara terus bagi melaksanakan reformasi institusi yang begitu penting ini?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah seronok pergi banyak negara. Tibalah masanya by next March sitting di Dewan Rakyat ini, saya berharap yang rang undang-undang ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat ini. Bolehkah Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Menteri menjawab, kita tukar perkataan merayau itu kepada melawat. Boleh?
[Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Melawat sambil belajar.
Tuan Yang di-Pertua
Melawatlah. Jangan merayaulah ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat.
[Ketawa] Yang Berhormat, terima kasih kepada soalan ini. Sebenarnya untuk meminda seksyen Article 145 Federal Constitution tidak ada masalah. Itu boleh dibuat. Kita ada majoriti lebih dari dua pertiga di Parlimen. Tetapi, empirical study itu perlu dibuat. Yang Berhormat, Yang Berhormat dahulu Menteri tahu perkara kalau nak bawa perubahan, very easy said than done. Ini kerana kita perlu ada diskusi dengan stakeholders, NGO. Kerap kali beberapa NGO datang untuk mendapat penerangan dan sebagainya.
Lain selain dari itu, kita juga ada jawatankuasa-jawatankuasa yang selektif. Maka, ia memerlukan masa. Tetapi, akhirnya kerajaan berpandangan bahawa sekurang-kurangnya tahun hadapan mesti perkara ini akan diselesaikan.
[Tepuk] [Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Betul ya?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat pun dipelawa untuk pergi ke luar negeri dengan membayar wang sendiri. Mengenal pasti model pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang terbaik dan bersesuaian bagi Malaysia. Negara- negara yang berlainan mempunyai ciri-ciri model pemisahan peranan yang berbeza seperti contoh di Australia dan Kanada. Peguam Negara secara am tidak boleh memberi apa-apa arahan kepada Pendakwa Raya. Namun, dalam kes-kes tertentu seperti yang melibatkan keselamatan negara, arahan am boleh diberi dengan syarat arahan tersebut diwartakan dengan pengetahuan umum.
Seterusnya, di Australia, perkara yang menarik yang didapati adalah bahawa kes- kes sivil melibatkan kerajaan adalah dikendalikan oleh satu jabatan berbeza bernama Australian Government Solicitors. Namun adalah tidak wajib untuk agensi-agensi kerajaan mengguna pakai perkhidmatan guaman AGS kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja. Oleh itu, aspek-aspek seperti ini perlu diteliti secara terperinci. Selain itu, kajian empirikal ini turut diperlukan untuk meneliti aspek-aspek teknikal dalam usaha pemisahan peranan ini seperti implikasi kewangan kepada kerajaan dan keperluan sumber manusia.
Saya mempelawa Yang Berhormat Seputeh untuk bersama-sama dengan kita mengadakan perbincangan dan pergi membuat lagi...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sokong, sokong.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Cukup okey. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan tambahan. Saya ingin mengalu-alukan lawatan dari Urus Setia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan pada pagi ini.
[Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut ada tiga negara yang telah dilawati iaitu Australia dan Kanada. Begitu juga dengan United Kingdom yang bakal dilawati. Kita semua sedia maklum bahawa pengasingan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan antara tugas menasihati kerajaan iaitu Peguam Negara dan tugas mendakwa kes-kes jenayah iaitu Pendakwa Raya selain meningkatkan kepentingan negara dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap integriti dalam sistem perundangan kita.
Soal pemisahan antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya ini, perkara yang saya lihat adalah untuk mengelakkan konflik kepentingan dan campur tangan politik. Saya nak tanya kepada Timbalan Menteri, selepas pelantikan Peguam Negara yang baru, BERSIH telah membuat satu kenyataan secara terbuka bahawa pelantikan ini tidak mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk membuat reformasi perundangan dalam negara dan ia telah menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi. Ini kerana Peguam Negara yang dilantik itu merupakan orang yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri yang akhirnya memberi DNAA kepadanya.
Jadi, apakah komitmen kerajaan dalam memastikan pelantikan Peguam Negara ini melalui saluran yang paling telus iaitu melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan serta memperkukuhkan sistem institusi keadilan dalam negara kita? Sekian Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat. Yang Berhormat sebenarnya bila Peguam Negara mengendalikan kes yang dikatakan Yang Berhormat terhadap dalam kes ini. Tetapi, kita perlu ingat dia bukan sahaja seorang peguam tetapi ada peguam-peguam lain juga. He’s one of those lawyers dan dalam pemilihan yang dibuat oleh kerajaan adalah pilihan yang terbijak, yang terbagus kerana itu adalah senioriti beliau. Beliau berpengalaman dan dia diketahui sebagai seorang peguam yang ada kebolehan.
Saya boleh mengatakan sedemikian Yang Berhormat kerana saya sendiri ada pernah berlawan beberapa banyak kes dengan beliau di mahkamah and he’s above all this. So, ada kebebasan dan there’s integrity on the matter. Lagi satu cadangan Yang Berhormat bahawa kalau pilihan ini dibawa kepada jawatankuasa, itu adalah satu cadangan yang baik dan ia perlu diperhalusi oleh kerajaan sebelum satu keputusan muktamad dibuat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan enam.
6. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan tindakan pihak kementerian dalam mengawal koperasi yang bermasalah dari sudut pengurusan kewangan dan langkah kawalan bagi menjamin ahli koperasi dan pelabur agar tidak terjerumus dengan kerugian dalam jumlah yang besar.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Selamat sejahtera, Salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sentiasa komited dalam mengawal selia gerakan koperasi di negara. Bagi mengelak koperasi menghadapi masalah pengurusan kewangan, SKM telah mengambil beberapa langkah-langkah pencegahan dengan membangunkan garis panduan yang bersesuaian sebagai amalan terbaik dalam tatakelola dan pengoperasian aktiviti koperasi seperti yang berikut:
(i) GP10, garis panduan mengenai Skim Pelaburan Khas;
(ii) GP16, garis panduan Pelaburan Wang Koperasi di bawah seksyen 54 Akta Koperasi 1993;
(iii) GP23, garis panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi; dan
(iv) akhir sekali adalah GP27, garis panduan tadbir urus koperasi.
Seterusnya, aktiviti penyeliaan ke atas koperasi yang bermasalah dalam pengurusan kewangan merangkumi tindakan-tindakan seperti yang berikut:
(i) mengadakan libat urus bersama koperasi-koperasi tersebut bagi membangunkan pelan pemulihan atau daya tahan kewangan koperasi tersebut;
(ii) memantau pelaksanaan pelan pemulihan atau daya tahan kewangan yang telah disediakan oleh koperasi;
(iii) memastikan ketersediaan iaitu readiness, dengan izin reserve, reserve dalaman koperasi untuk digunakan tertakluk kepada syarat kelayakan dan syarat penggunaan; dan
(iv) akhir sekali adalah memastikan pematuhan kepada arahan mendeposit kumpulan wang reserve statutory ke dalam akaun deposit koperasi yang ditadbir oleh SKM sebagai ketersediaan dana dalam koperasi untuk menghadapi sebarang krisis kewangan.
Selain daripada itu, langkah-langkah kawalan bagi menjamin ahli koperasi agar tidak terjerumus dengan kerugian adalah melalui tindakan-tindakan seperti berikut. Anggota koperasi mempunyai kefahaman yang jelas mengenai aktiviti atau produk pelaburan yang diperkenalkan oleh koperasi dengan kelulusan SKM. Anggota koperasi merujuk kepada SKM bagi mendapatkan penjelasan sekiranya terdapat keraguan berkaitan aktiviti koperasi dan akhir sekali, SKM mengambil tindakan preventif dan intervensi ke atas aduan awam berkaitan aktiviti koperasi yang meragukan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih. Seperti yang kita ketahui terdapat koperasi dia menerima pelaburan yang besar dalam aktiviti perniagaannya. Jadi apabila berlaku kerugian, automatiknya peserta akan rugilah seperti mana yang dinyatakan Menteri tadi.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi, persoalannya adakah guna tenaga— seperti mana yang kita tahu ada 15,000 koperasi seluruh negara. Jadi, adakah kapasiti SKM termasuk sumber manusia mencukupi untuk memantau aktiviti-aktiviti koperasi yang dinyatakan tadi?
Seterusnya, adakah koperasi sendiri mempunyai perancangan untuk mengambil perlindungan takaful bagi peserta yang membuat pelaburan agar ianya boleh melindungi peserta yang mengalami kerugian serta sejauh mana kerjasama antara koperasi sendiri dengan bank-bank koperasi seperti bank-bank rakyat, bank persatuan dari sudut membantu koperasi dalam bentuk pembiayaan serta perkongsian ilmu pengurusan, kewangan dalam membantu mereka koperasi-koperasi yang baru dan juga koperasi yang tidak aktif?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan koperasi yang telah didaftar adalah sebanyak 16,009 koperasi. Yang aktif adalah 9,823 koperasi, yang tidak aktif 1,723. SKM memang mampu untuk mengawal selia koperasi dengan kapasiti yang sedia ada. Terdapat cawangan- cawangan di seluruh negeri di negara dan juga kalau kita lihat SKM mempunyai staffing yang cukup untuk mengendalikan koperasi-koperasi tersebut.
Kedua adalah berkaitan dengan perlindungan. Memang perlindungan kita ada bukan sahaja Bank Rakyat tetapi Co-opbank yang juga memberi perlindungan dan bantuan kewangan kepada koperasi-koperasi yang sedia ada. Juga, SKM memberi Tabung Modal Pusingan (TMP) sehingga RM30 juta bagi pembiayaan bercagar tetapi geran yang disediakan sehingga RM300,000 itu memang adalah sebagai satu perlindungan dan juga bantuan kepada mereka.
Selain daripada itu, kebanyakan isu yang mempunyai masalah adalah isu berkaitan dengan akaun dan pengauditan. Isu ini telah diselesaikan baru-baru ini dengan persediaan bantuan kewangan bagi pengurusan audit dan perakaunan untuk koperasi di Semenanjung Malaysia sebanyak RM3,000 dan bagi yang Sabah dan Sarawak RM3,500. Juga, yang disediakan adalah bimbingan dan kursus latihan bagi penyediaan akaun kepada koperasi- koperasi yang kecil, mikro dan yang bermasalah. Jadi, pengendalian ini memang kita pantau dan juga mengambil tindakan yang serta-merta bila kita terima aduan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya telah mendengar jawapan Timbalan Menteri tadi. Juga terkait dengan apa yang saya ingin tanya mengenai koperasi kecil dan mikro. Seperti yang kita tahu, selepas negara dilanda pandemik COVID-19, banyak koperasi kecil dan mikro ini yang menghadapi masalah berikutan perniagaan mereka yang terjejas teruk. Jadi, soalan saya mungkin sedikit dah dijawab tadi, berapa banyak kah koperasi berkenaan yang terjejas dan gagal menyediakan penyata akaun dengan teratur dan oleh itu ianya tidak dapat diaudit seperti yang dinyatakan tadi?
Mungkin boleh jelaskan lagi, apakah usaha spesifik dan pendekatan daripada kerajaan, khusus bagi membantu koperasi kecil dan mikro ini supaya mereka ini dapat meneruskan kelangsungan perniagaan dan juga mematuhi segala tadbir urus penyata akaun yang baik? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, bagi koperasi-koperasi yang mempunyai masalah sebelum ini, contohnya koperasi-koperasi yang dilanda masalah waktu COVID khususnya. Bantuan bencana disediakan, bantuan secara bersasar dan usaha pemulihan dan bimbingan bagi koperasi-koperasi tersebut disediakan.
Untuk makluman Yang Berhormat, juga kita lihat koperasi yang tidak menyegerakan akaun di bawah seksyen 58 Akta Koperasi adalah sebanyak 7,779 koperasi. Juga, terdapat koperasi yang tidak mengaudit akaun mereka di bawah Akta 60 seksyen 502 iaitu 2,304 koperasi.
Tetapi, koperasi-koperasi ini memang diberikan bimbingan dan semua maklumat yang diterima oleh SKM dikendalikan selepas mereka menerima bantuan, contohnya, bantuan geran, bantuan daripada Tabung Modal Pusingan dan juga program JEJAK iaitu bantuan bagi koperasi-koperasi yang mengendalikan aktiviti pelancongan. Memang isu ini wujud. Antara isu-isunya adalah melibatkan mereka tidak membuat submission bagi akaun dan juga audit mereka. Tetapi, isu ini sedang diselesaikan dengan banyak bimbingan dan kursus bagi latihan mereka dan also bantuan yang diberikan oleh SKM kepada mereka untuk mereka menyediakan akaun-akaun tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Tan Sri Speaker, soalan saya nombor tujuh.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
7. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan:
(a) jumlah laman sesawang yang dihalang akses kerana pelanggaran hak harta intelek mengikut tahun dibahagikan mengikut jenis harta intelek; dan
(b) sama ada Program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE) masih dilaksanakan serta keberkesanan program ini dalam membanteras jenayah pelanggaran hak cipta filem digital di Internet.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Tan Sri Yang di-Pertua, saya sebenarnya menggantikan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan akan membacakan jawapan yang disediakan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tuan Yang di-Pertua, jadi menjawab kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi. Bahagian Penguatkuasaan KPDN telah melakukan sebanyak 3,553 tindakan halangan akses ke atas laman sesawang yang didapati melanggar perundangan di bawah Akta Hak Cipta 1987 berkaitan aktiviti cetak rompak bagi tempoh tahun 2021 hingga Oktober 2024. Berikut dinyatakan beberapa contoh pelanggaran karya hak cipta yang telah diambil tindakan oleh KPDN, seperti pelanggaran ke atas karya yang berjudul “Syurga Itu Bukan Mudah”. Contoh lain, “Jangan Lupa Janji” dan seterusnya “Cinta Wrong Direction” dan pelbagai lagi.
Manakala, terdapat 40 tindakan halangan akses telah dilakukan ke atas laman sesawang yang melakukan pelanggaran berkaitan penjualan barangan tiruan atau perkhidmatan secara atas talian atau fizikal yang membawa kepada tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah dan boleh disabitkan denda tidak kurang daripada RM1 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun di bawah seksyen 99 hingga seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019.
Beberapa contoh laman sesawang yang telah diambil tindakan adalah seperti berikut. Contohnya panjang ini Yang Berhormat kalau saya nak baca. Yang mudah sikit ini, contoh dia yang diberikan, http://www.yfsp.tv.play.amdcsiffz99c, panjang dan ada pelbagai lagi juga.
Manakala, bagi program Cyber Copyright Enforcement (CyCORE) telah dilaksanakan oleh kementerian ini sejak tahun 2021 sehingga kini. Objektif program ini adalah bagi mewujudkan satu platform kerjasama di antara kementerian dan pemilik hak cipta bagi membanteras pengedaran cetak rompak digital melalui medium Internet berdasarkan peruntukan perundangan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Usaha ini merupakan kerjasama di antara KPDN bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penyedia perkhidmatan Internet ataupun ISP dan industri kreatif serta pemilik hak cipta tempatan dalam melaksanakan tindakan halangan akses ke atas laman sesawang yang didapati mengedarkan salinan langgaran yang menyebabkan karya filem tempatan yang baharu dan pertama kali akan ditayangkan dalam bentuk digital melalui medium Internet. Kaedah sekatan laman sesawang yang dilaksanakan merupakan kaedah yang pantas dan berkesan dalam membanteras aktiviti pengedaran cetak rompak digital. Ia juga dapat membantu mengurangkan kerugian yang dialami oleh pemilik hak cipta semasa pelancaran filem baharu dan bentuk digital di medium Internet.
Bagi tahun 2021 hingga Oktober 2024, sebanyak 36 karya melibatkan 110 pautan telah dilaksanakan, tindakan halangan akses oleh kementerian ini dengan kerjasama SKMM dan ISP di bawah peruntukan seksyen 263 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998). Itu penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri kerana tolong jawabkan soalan ini yang saya fikir penting. Saya tanyakan soalan ini sebenarnya untuk warga Twitter ataupun sekarang ini X kerana pada bulan September tahun ini Tan Sri Yang di-Pertua, tular di media sosial mengenai akses kepada satu laman sesawang dipanggil ArtStation yang dikatakan telah dihalang akses kerana pelanggaran harta intelek. Ini bukan laman sesawang cetak rompak ya tetapi satu laman sesawang yang mana artis boleh mengemukakan atau menyiarkan karya-karya mereka dan sebagainya tetapi telah dihalang akses.
Jadi saya nak tanya soalan saya, soalan tambahan. Dalam situasi ini, apakah remedi kepada pemilik laman sesawang yang ingin merayu ataupun mencabar keputusan untuk menghalang akses kepada laman mereka. Sebab saya cek ArtStation ini kalau sesetengah telco masih lagi dihalang akses tetapi kalau dekat Parlimen ini kita dah boleh akses. Jadi saya nak tahu, apa sebenarnya remedi yang ada bagi laman sesawang yang dihalang akses.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tan Sri Yang di-Pertua untuk menjawab soalan ini saya disediakan dengan jawapan yang agak panjang juga. Sebab ia very technical dengan izin kerana melibatkan seksyen 37 Akta Hak Cipta 1987 iaitu Akta 332. Jadi, saya diminta untuk kalau boleh kita jawab secara bertulis supaya kita tidak tertinggal perkara-perkara penting dalam perkara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Hulu Terengganu.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya rasa soalan ini memang tak mampu dijawablah sebab Menteri lain dan terasa kesal lah kedua-duanya tidak ada di sini.
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman, Menteri ke umrah dan Timbalan Menteri ibunya meninggal dunia semalam.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Takziah.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, kita ucapkan taziah.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Takziah kepada Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, bersangka baik lah ya.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ya. Cuma takkan pergi umrah musim Dewan bersidang Yang di-Pertua. Itu satu sikap yang tak bagus. Saya rasalah. Pandangan saya. Soalan saya mungkin boleh jawab tambahan lah Menteri iaitu dengan perkembangan teknologi AI. AI ini bukan Anwar Ibrahim ya. Artificial Intellegence. Bagaimana kerajaan melihat cabaran melindungi inovasi dan ciptaan yang dihasilkan oleh AI dan konteks paten dan apakah persediaan atau pendekatan MyIPO dalam hal tersebut. Mungkin boleh dijawab dalam bertulis lah. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Itu saya bersetuju, untuk kita jawab secara bertulis juga supaya dia lebih tepat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tan Sri Yang di- Pertua.
*Sorong papan tarik papan.
Soalan saya nombor lapan.*
8. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan hasil lawatan ke Korea Selatan seperti berikut:
(a) nilai pelaburan dan sektor industri yang akan dilaksanakan oleh pelabur-pelabur dari negara berkenaan di Malaysia; dan
(b) nilai perdagangan khususnya eksport Malaysia ke Korea Selatan.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Kubang Pasu. Yang Berhormat Menteri MITI turut serta dalam lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Republik Korea dari 24 hingga 26 November 2024, bagi memenuhi jemputan Presiden Republik Korea TYT Yoon Suk Yeol. Bersempena dengan lawatan rasmi tersebut, beberapa program ekonomi yang merangkumi forum perniagaan dan mesyuarat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama ketua-ketua pemain industri dan syarikat-syarikat utama Korea Selatan dari pelbagai industri anjuran MITI telah diadakan.
Secara keseluruhan, program ekonomi yang dianjurkan oleh MITI ini telah berjaya meraih potensi nilai pelaburan sebanyak RM30.8 bilion daripada syarikat-syarikat terkemuka Republik Korea yang merangkumi sektor-sektor kimia, automotif termasuk kenderaan EV, logam untuk aplikasi EV, biofarmaseutikal serta teknologi hijau seperti teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon CCUS dan hidrogen ammonia hijau yang akan dilaksanakan oleh pelabur-pelabur dari Republik Korea di Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun. Untuk maklumat Kubang Pasu, ini termasuk pelaburan Hyundai Motor Company yang berjumlah RM2.16 bilion di Kulim.
Malaysia juga telah berjaya mendapatkan komitmen potensi nilai eksport ke Republik Korea sebanyak RM1.3 bilion bagi minyak sawit, bahan bakar bio, produk makanan serta bahan kegunaan industri francais seperti sarung tangan industri. Hasil nilai pelaburan serta nilai perdagangan yang membanggakan ini mencerminkan keyakinan pelabur dan pengimport Republik Korea terhadap landskap ekonomi Malaysia, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang dan destinasi pelaburan yang dipercayai oleh Republik Korea. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan saya Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana bawa Hyundai ke negeri Kedah, di Kulim.
Prestasi pelaburan dalam sektor pembuatan seperti yang diumumkan tadi RM32.8 bilion, ini satu angka yang amat besar. Saya difahamkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan rombongan melawat syarikat-syarikat seperti Samsung, Semitech, Pyongsan Corporation dan COMPO Chemicals.
Soalannya pertama, mohon Menteri berikan perincian mengenai syarikat sektor dan nilai pelaburan yang akan dibuat, ikut syarikat dan sektor berkenaan sampai ke jumlah RM32.8 bilion. Seterusnya Menteri MITI telah membuat lawatan Mission Trade and Investment di Korea Selatan pada 2023 dan diumumkan bahawa RM24 bilion potensi pelaburan ketika itu. Soalannya ialah adakah RM24 bilion yang potensi itu sudah mula projeknya mula berjalan? Kalau tidak, bila? Sebab ini nak tambah lagi RM32 bilion. Lagi RM52 bilion dalam masa dua tahun ini Tan Sri.
Seterusnya mohon Menteri menyatakan, saya sebutkan telah — Keduanya soalan tambahan mengenai perdagangan. Dia ada dua bab Tan Sri. Perdagangan Malaysia dengan Thailand ini amat besar. To Malaysia - tak, bukan Thailand ya, Korea Selatan. Malaysia, kita eighth largest trading partner dengan Korea Selatan. Kita punya trade RM111 bilion.
Soalannya ialah mohon Menteri berikan maklumat lanjut tentang eksport segera. Tadi disebutkan minyak kelapa sawit dan sebagainya kan? Telah disebutkan? Kalau disebutkan saya tak tanya. Yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu RM1.3 bilion punya produk dan berapakah tempoh masa yang akan dilaksanakan.
Kedua Yang Berhormat Tan Sri Speaker, mengenai FTA. Ini benda besar. Soalan saya ialah mengapa FTA Malaysia-Korea Selatan diberhentikan pada tahun 2019? Kenapa diberhentikan. Saya ucap tahniah kepada Perdana Menteri dan Menteri MITI dalam lawatan itu bahawa perundingan untuk FTA Malaysia-Korea Selatan akan dirumus semula. Itu satu langkah yang amat baik.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat panjang itu soalan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Bilakah jangkaan perjanjian FTA Korea Selatan akan ditangani. Keduanya, adakah krisis politik Korea Selatan kini akan menjejaskan FTA ini? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya pun agak confuse, banyak soalan. Anyway Menteri, silakan jawab.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tak, tak. Menteri dah clear.
Tuan Liew Chin Tong
Ini soalan Kubang Pasu ini saya boleh buat tesis ini kalau macam ini. Soalan berkenaan dengan potensi pelaburan dan eksport secara terperinci, saya akan jawab secara bertulis. Definisi potensi pelaburan bukan kita kata semua dah dapat. Tapi potensi pelaburan adalah di mana proses perundingan bersama syarikat dan MIDA telah dijalankan. Itu potensi pelaburan.
Tapi yang secara terperinci saya akan jawab secara bertulis. Berkenaan soalan FTA.
Memang keadaan politik yang tidak tentu di Korea sekarang mungkin menjejaskan. Itu kita pun tak pasti. Tapi kita telah bermula perundingan untuk FTA dan kalau proses politik di Korea ini membantu, dia akan ditandatangani tahun depan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang usaha kerajaan, langkah untuk menarik pelabur ke dalam negara kita. Saya ingin bertanya sama ada insentif dengan izin, given to the foreign investors coming in to the country as compared to the incentive given to the local investors. Perbandingan dia.
Kita, saya ingin minta penjelasan Yang Berhormat, sama ada dasar cukup jelas dalam negara kita untuk menarik seramai mungkin pelabur datang tapi insentif itu you forgo nak incentivise the local business yang ada. Kenapa saya bertanya Yang Berhormat Tan Sri, kerana apa yang berlaku di Sabah contohnya dari Korea, SK hampir 7 juta liter air dibagi, saya difahamkan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Begitu juga insentif ....
[tidak jelas] ... bekalan elektrik dia bagi kepada Kibing iaitu pelabur daripada China. Whereas the local investor yang ada, tak ada. Jadi, ini yang kita ingin jelas bahawa ke mana dasar ini untuk pastikan supaya adakah ianya bukan hanya diseimbangi, bahkan diberi keutamaan kepada pelabur dalam negara kita, selain daripada kita menarik seramai mungkin pelabur daripada luar.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Semporna. Kalau fahaman saya betul, air dan electricity di Sabah diuruskan oleh pihak kerajaan negeri. Tapi secara amnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Semporna bahawa kita mesti seimbangkan insentif yang diberikan kepada pelabur asing dan juga pelabur tempatan. Kita juga perlu menggalak dan membantu pelaburan tempatan. Apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025, ialah bahawa sampai pertengahan tahun depan, kerajaan akan umum atau MOF akan umum new investment incentive framework, okey.
New investment incentive framework ini sebenarnya berasas atau berdasarkan national investment aspirations (NIA). Dan NIA ataupun new investment incentive framework ini ialah untuk kita mengalih daripada membantu syarikat yang khusus terhadap score card.
Score card ialah kita akan menentukan apa insentif kita bagi kepada pelabur berasaskan apa yang mereka akan sumbang kepada ekonomi berdasarkan enam score card ataupun enam point yang telah ditentukan dalam national investment aspirations, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput seterusnya Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor sembilan.
9. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) berapa jumlah pusat asuhan kanak-kanak yang diwujudkan di premis dan jabatan kerajaan bagi ibu bapa yang bekerja serta usaha untuk memperkasakan program tersebut; dan;
(b) apakah usaha kementerian dalam menangani kes penderaan bayi dan kecuaian di pusat tersebut supaya sentiasa dipantau dan tindakan wajar dapat diambil.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak- kanak 1984 [Akta 308] sentiasa mengambil inisiatif berterusan dalam usaha mengurangkan risiko berlakunya kes melibatkan kecuaian, pengabaian dan penderaan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak ataupun taska. Sehingga Ogos 2024, terdapat 216 buah taska tempat kerja yang diwujudkan di premis jabatan ataupun agensi kerajaan.
JKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja seperti yang pertama, melaksanakan program advokasi bagi meningkatkan kesedaran pelbagai pihak berkaitan taska. Antaranya melalui Kempen Jom Daftar Taska, khidmat nasihat pendaftaran dan membuka kaunter maklumat pameran dalam program- program dianjurkan, sama ada oleh agensi kerajaan mahupun swasta.
Keduanya pula, mengaktifkan one-stop center di setiap negeri bagi menyelaraskan keperluan pengusaha taska berurusan dengan pelbagai agensi teknikal, seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan penubuhan taska bagi memenuhi kehendak masyarakat dan sentiasa bersedia untuk membantu memberi konsultasi berkaitan penubuhan taska kepada semua pihak. Taska yang berdaftar bukan sahaja boleh memastikan kualiti dan standard asas perkhidmatan yang disediakan oleh premis dan pengasuh, tetapi juga dapat mengurangkan risiko berlakunya kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di taska.
Dalam usaha untuk mencegah serta mengurangkan risiko daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini di taska, seperti kejadian penderaan, pengabaian atau kecuaian, KPWKM dan JKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya termasuklah:
(i) mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-kanak Berdaftar yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024;
(ii) mengarahkan pegawai diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke taska bagi memastikan semua standard minimum yang ditetapkan oleh akta dan peraturan dipatuhi; dan
(iii) menyediakan perkhidmatan Talian Kasih 15999 yang membolehkan sebarang aduan penderaan dilaporkan pada bila-bila masa.
Kementerian juga mulai tahun 2023 telah melancarkan Program Advokasi Kanak- kanak dalam usaha memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat umum termasuk kanak-kanak itu sendiri, pelajar sekolah, ibu bapa dan guru-guru terhadap hak kanak-kanak serta layanan yang layak dan sewajarnya untuk diterima mereka.
Usaha sebenarnya Yang Berhormat, usaha untuk mengurangkan risiko dan bilangan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta isu berkaitan keselamatan kanak-kanak secara amnya adalah harus dipikul bersama oleh semua pihak. Ianya termasuklah pihak kerajaan, komuniti dan individu. Sifat ambil tahu, ambil cakna dan peka kepada keadaan dan keperluan kanak-kanak di sekeliling perlu disemai di kalangan masyarakat kita, agar bukan sahaja dapat memastikan perkara yang baik untuk kanak-kanak, malah turut dapat mengeratkan perpaduan rakyat, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri tadi. Kita tahu daripada masa ke semasa, kita sering dengar kes penderaan kanak-kanak, termasuklah di taska yang melibatkan taska, sekolah, maahad tahfiz dan terkini di GISBH ya. Telah dilaporkan juga oleh JKM, jawapan Menteri baru ini. Setakat Ogos 2024, ada terdapat 2,240 kes penderaan iaitu bermaksud dalam purata sembilan kes sehari kes penderaan.
Kalau jika di Australia, Timbalan Menteri, dia ada satu jabatan iaitu Department of Social Service yang mewajibkan setiap pekerja mereka yang terlibat dan juga taska ataupun sekolah mesti mendapat kad pelepasan daripada working with vulnerable people (WWVP).
Dan adakah kita juga mengambil langkah yang serupa, mungkin akan juga amend ataupun mengubah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak untuk mewajibkan mereka yang bekerja di taman asuhan kanak-kanak, taska ini mendapat pelepasan yang sama daripada JKM dan apakah langkah-langkah lain, solusi yang lebih efektif supaya kes penderaan kanak-kanak di taska ini ataupun kes sexual abuse dapat dikurangkan di taska-taska di negara kita, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau di atas soalan tambahan yang diberikan. Memanglah kita selaku rakyat Malaysia ini Tan Sri, kadang-kadang memang merasa marah apabila terdapat − apabila mendengar sebarang kes penderaan terhadap kanak-kanak dan memang kami di kementerian akui masih terdapat kes- kes pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di taska.
Tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan kes-kes ini berlakunya di taska yang tidak berdaftar, yang tidak diketahui wujud pun oleh kementerian. Sebab kalau sekiranya mereka mendaftar dengan kementerian, ataupun kalau taska tidak berdaftar ada dalam senarai JKM, notis peringatan itu kita dah keluarkan supaya mereka itu tidak beroperasi sehingga selesai proses pendaftaran.
Dan saya nak maklumkan juga kes penderaan ini sekadar statistik untuk makluman Yang Berhormat juga. Kes penderaan di taska versus penderaan dalam jagaan keluarga sehingga Ogos 2024, terdapat sebanyak 4,424 kes berkaitan penderaan yang dilaporkan namun daripada jumlah tersebut, tiga kes sahaja yang berlaku yang dilaporkan berlaku di taska.
Yang lain-lainnya berlaku di tangan orang yang dikenali. Kebanyakannya dikenali oleh kanak-kanak itu sendiri. Sebab itulah kita telah melancarkan Program Advokasi Kanak- kanak dalam usaha memberi kesedaran, pengetahuan kepada masyarakat umum, terutamanya kanak-kanak itu sendiri. Bagaimana dan apa yang mereka boleh lakukan dalam usaha untuk mengurangkan ataupun menidakkan langsung penderaan terhadap mereka.
Walau bagaimanapun cadangan Yang Berhormat tadi kita terima dan kita sambut baik cadangan Yang Berhormat mengenai cara untuk kita mengurangkan penderaan kanak- kanak, terutamanya di taska, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
nTerima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya Tan Sri Yang di-Pertua, tak silap kementerian ada bercadang untuk menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak- kanak selepas kes ini banyak berlaku.
Apakah tujuan utama cadangan ini dan apakah jentera yang ada sekarang di Kementerian Wanita ini telah gagal menjalankan tugas mereka bagi mengawal tindakan terhadap penganiayaan terhadap kanak-kanak ini? Apakah ia boleh memberi jaminan untuk menoktahkan kes penderaan kanak-kanak? Apakah tindakan kerajaan dalam memperkasakan Program Skuad Waja yang pernah diperkenalkan oleh kementerian selama ini yang merupakan antara talian antara kes dengan masyarakat? Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan tambahan tersebut. JPKK ini sebenarnya masih lagi di bawah penguatkuasaan di bawah JKM Yang Berhormat dan ianya akan beroperasi keluar ataupun beroperasi secara independent, tahun 2026, insya-Allah. Tugasan JPKK ini adalah membantu untuk memantau taska dan pusat jagaan kanak- kanak untuk memastikan pematuhan yang lebih baik dalam waktu yang sama membantu mencegah kes penderaan di taska daripada berlaku. Untuk —Sebab itulah kita melaksanakan banyak program advokasi yang mengkhususkan untuk merangka dan melaksanakan program-program kesedaran dan engagement bersama dengan Skuad Waja juga memang kita laksanakan dan Skuad Waja menjadi salah satu daripada penghubung yang membantu JKM. Juga, JPKK ini melaporkan kepada kami dan tolong juga menjadi suara dan juga telinga kepada kanak-kanak tersebut.
Apa yang kita harapkan dengan kesedaran dan pengetahuan di kalangan rakyat ini, masyarakat yang lebih cakna dengan tanggungjawab masing-masing, kita harap secara kolektif kita dapat sama-sama membantu mencegah penderaan terhadap kanak-kanak.
Seperti yang saya nyatakan tadi, JPKK dijangka akan beroperasi sebagai entiti khusus bagi kanak-kanak selepas kelulusan Kabinet yang dijangka tahun 2026. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Setiausaha.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
[Tidak jelas]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan Mesyuarat, selepas kah sebelum? Sebelum usul kah selepas usul?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta maaf YB...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, selepas? Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Lepas yang —Thank you. Silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 10 Disember 2024.”
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ada yang menyokong Yang Berhormat?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh hormatnya Tan Sri Yang di-Pertua, with all due respect to you, saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat kalau boleh satu buku Peraturan Mesyuarat ini. [Merujuk kepada senaskhah Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Daripada Peraturan Mesyuarat 1 sehingga Peraturan Mesyuarat 100 yang mana buku ini sebagaimana kita maklum, semua Ahli-ahli Mesyuarat maklum, nama buku ini ‘Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat’. Dengan kata lain, buku ini selain daripada Perlembagaan Persekutuan adalah menjadi panduan kepada semua pihak dalam Dewan ini. Bermula dari Tan Sri Yang di- Pertua, Timbalan-timbalan Yang di-Pertua, seluruh anggota pentadbiran, Backbenchers dan juga pembangkang (opposition). Inilah panduan kita apa yang berlaku everything yang berlaku di dalam Dewan ini.
Oleh sebab itulah namanya, ‘Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat’. Saya ingin menyatakan bahawa saya berpandangan bahawa Peraturan Mesyuarat ini tidak boleh terpakai (it’s not applicable) outside Dewan ini walaupun melibatkan Ahli-ahli Dewan ini sendiri. Jadi atas dasar ini Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada kes yang berlaku beberapa hari yang lepas. 5 Disember 2024, hari Khamis yang lepas di mana Yang Berhormat Tan Sri sendiri telah membuat satu petua, satu ruling, satu perintah terhadap salah seorang ahli iaitu Yang Berhormat Pendang.
Saya ingin merujuk dengan izin satu Hansard Parlimen yang mulia ini bertarikh 6 November 2023 iaitu lebih setahun yang lepas sepatutnya untuk mengelakkan kekeliruan.
Seeloknya sahabat saya Jelutong ada dalam Dewan ini. Pada hari tersebut Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, telah berlaku satu komunikasi di antara Yang Berhormat Jelutong dengan Yang Berhormat sendiri sebagai Yang di-Pertua iaitu Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan satu perkara iaitu ia berbunyi saya memohon izin untuk baca, “Yang Berhormat Tan Sri Speaker,” itu kata Jelutong.
“Ada perkara yang baharu yang saya hendak bangkitkan. Sebagai ahli Backbenchers, saya terpaksa membangkitkan perkara ini. Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Speaker...” kata Jelutong.
“Saya bangun kita dalam perjalanan persidangan Parlimen sama ada di sebelah sana atau sebelah sini, dulu kini dan selamanya kita mematuhi Tan Sri Speaker. Saya terbaca satu artikel dalam portal Free Malaysia Today. Saya tidak mahu dituduh sebagai membuat tuduhan bertarikh 3 November 2023, satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang. Saya hendak tanya, ini adalah tajuknya; ‘‘The Bersatu Secretary General also questioned the credibility of Dewan Rakyat’s Speaker, Johari Abdul claiming he had threatened opposition MPs unfairly in the House. Hamzah said Johari is the first Speaker with no legal background, adding that his predecessor Azhar Harun did a better job in the post since he was not a politician.’’” “Saya hendak tanya Tan Sri Yang di-Pertua...” kata Jelutong lagi. “Sebagai seorang Ketua Pembangkang, bolehkah beliau membangkitkan perkara-perkara ini membuat tuduhan-tuduhan, menghentam Tan Sri di luar Dewan? Saya faham kalau ada perkara- perkara yang beliau tidak setuju, perkara itu boleh dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.” Jawab Tan Sri, “Baik”. Sambung lagi Jelutong. “Ada precedent Tan Sri Speaker, saya akan mengakhiri. Semasa Tan Sri Pandikar menjadi Speaker Parlimen, beliau telah mengambil tindakan terhadap Ahli-ahli Parlimen yang membuat kenyataan menghentam beliau di luar Parlimen, ada precedent. Cumanya, saya ingin persidangan berjalan teratur dan sebagai Ketua Pembangkang beliau sepatutnya tahu kalau ada perkara, bangkitkan di Parlimen, bukan menghentam speaker di luar Parlimen. Sebagai Backbencher kerajaan, saya membawa perkara ini kepada Tan Sri Speaker. Mohon petua atas perkara ini Tan Sri Speaker, terima kasih.” Itu kata Speaker.
Jawab Tan Sri sendiri, *“Baik, terima kasih. Saya berbeda dengan Tan Sri sebelum- sebelum ini. Apa-apa jua yang diungkapkan di Dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya, saya akan ambil tindakan. Namun begitu, sesiapa juga boleh hina saya di luar, boleh panggil saya unqualified, boleh panggil saya tidak berpendidikan. Saya tidak menjadi isu, saya berkhidmat untuk Dewan ini.
[Tepuk] .”*
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“Di luar, terpulanglah nak kata saya bodoh kah, saya tak cerdik kah, saya tak qualified, it is not my business. I’m here color blindness. Di sebelah kanan saya juga saya bertanggungjawab, di sebelah kiri juga bertanggungjawab. I am here, saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan kendalikan perjalanan agar keputusan yang kita ambil akan manfaatkan rakyat. So, Ahli Yang Berhormat yang nak main politik, mainlah. Jangan get me involved, okay? Jadi saya hendak teruskan, silakan”.
Kenyataan Yang Berhormat Tan Sri dalam Dewan telah disiarkan hampir seluruh media massa. Saya quote satu. Ini dalam MalaysiaKini, “Speaker – boleh hina saya di luar, tetapi bukan dalam Dewan Rakyat”. Saya menganggap oleh kerana ia tercatat dalam Hansard Dewan ini, ianya merupakan petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Jadi, berdasarkan kepada inilah, saya ingin menyatakan bahawa apa yang berlaku dan dikendalikan oleh Yang Berhormat Tan Sri sendiri pada 5 Disember 2024 iaitu meminta Yang Berhormat Pendang keluar ataupun dikeluarkan daripada Dewan ini kerana beliau telah dikatakan oleh Tan Sri.
Saya mohon baca, “*Satu lagi isu adalah Yang Berhormat juga pernah mengeluarkan ucapan negatif yang berkaitan saya melalui hantaran video di aplikasi TikTok pada 18 Julai 2024 seperti yang telah diperincikan oleh saya di Dewan ini pada 6 November 2024.
Walaupun saya telah mengemukakan surat dan sebagainya di sebaliknya...”. Akhirnya di akhir kepada penyataan ini Yang Berhormat Tan Sri telah mengatakan, “Memandangkan Yang Berhormat tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai Speaker, maka saya memerintahkan Yang Berhormat untuk keluar dari Dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42(2)*”.
Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat telah menggunakan Hansard ini, particularly khususnya dalam Peraturan Mesyuarat 44(2) yang bertajuk, “Perlakuan di dalam Dewan”. Itu adalah tatatertib di dalam Dewan ataupun disebut keputusan Mesyuarat hendaklah tertib dalam Mesyuarat, “Tertib dalam Mesyuarat”. Itulah 44, Peraturan Mesyuarat, “Tertib dalam Mesyuarat”, bukan tertib di luar Dewan dan bukan tertib di dalam media, TikTok dan sebagainya.
Jadi saya berpandangan, keputusan yang dibuat oleh Yang Berhormat dan juga petua yang dibuat oleh Yang Berhormat adalah tidak mengikut peraturan dan ianya adalah satu perkara yang bagi saya with due respect, ia adalah satu yang unconstitutional. Saya berdasarkan hujah saya ini kepada satu kes Federal Court iaitu satu kes Yang di-Pertua Dewan Rakyat & Ors V. Gobind Singh Deo yang telah diputuskan oleh lima panel Mahkamah Persekutuan, diketuai oleh Arifin Zakaria J, CJ pada masa itu pada 3 November 2014 di mana Dewan Rakyat telah memutuskan menggantung Yang Berhormat Gobind Singh Deo pada tahun 2013 kalau tidak silap saya. Kerana berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 44. Dia telah digantung 12 bulan dan on top of that ataupun selain daripada itu, beliau juga telah dilucutkan elaun dan juga apa-apa gaji dan sebagainya. Maka, beliau telah merujuk kes ini ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa Speaker salah.
Mahkamah Rayuan juga mengatakan bahawa Speaker salah. Mahkamah Persekutuan juga mengatakan Speaker salah menggunakan peraturan mesyuarat dalam isu- isu yang melibatkan seorang Ahli di luar ataupun yang tidak tercatat di dalam ini. Tidak ada di dalam standing order kata Mahkamah Persekutuan, kuasa Dewan ataupun Yang di-Pertua untuk memotong gaji selain daripada mahkamah mengesahkan. Hendak gantung, gantunglah enam bulankah, 12 bulan boleh berdasarkan peraturan ini. Tidak ada kuasa Speaker untuk memotong gaji dalam kes Gobind Singh Deo.
Berdasarkan kepada authority ini, saya hendak mengatakan bahawa tindakan menghalau seorang Ahli Parlimen kerana kenyataannya di luar Dewan, di luar daripada Dewan ini walaupun pernah ada kes Surendran, Padang Serai. Itu berdasarkan kepada usul yang telah dibawa, diputuskan oleh Beluran dahulu. Itu betul, tetapi ini usul tak ada, apa semua tak ada, tetapi digunakan 44(2). Jadi, saya dengan rendah hati berpandangan bahawa ianya adalah satu *unconstitutional.
[Tepuk]* Tidak berdasarkan constitution.
[Tepuk] Jadi, saya mohon petua daripada Tan Sri Yang di-Pertua dalam hal ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, very interesting.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Now Beluran, silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Dengan penuh hormat, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dengan penuh hormat Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Selepas ini Besut ya Tan Sri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, Yang Berhormat dengan jelas menggunakan Peraturan Mesyuarat 44(2) dalam menghalau, bukan menggantung. Menghalau Yang Berhormat Pendang. Kami katakan Yang Berhormat, masa itu, petang itu bahawa 44(2) ini tidak memberi kuasa kepada Yang Berhormat untuk Ahli yang menegur Yang Berhormat di luar Dewan.
Dalam sejarah Parlimen kita memang betul, Tan Sri Pandikar duduk sana, saya pengerusikan Mesyuarat ketika itu. Kita menggantung Ahli Parlimen dari Padang Serai selama enam bulan kerana kenyataan medianya mengkritik Tan Sri Pandikar sebagai Speaker di luar Dewan Yang Berhormat. Tetapi, Yang Berhormat katakan itu sebagai satu kes yang sama dengan kes Pendang. Saya katakan hari itu Yang Berhormat, kes Padang Serai itu dibuat melalui usul 27(3), Yang Berhormat.
Apa yang dikatakan oleh Pendang terhadap Speaker di luar Dewan, kerajaan ketika itu mengemukakan usul melalui Menteri Undang-undang, Ahli Parlimen Arau sekarang ini melalui usul 27(3) Yang Berhormat dan dibahaskan di Dewan dan diputuskan di dalam Dewan. Berbeza dengan Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat memperluaskan kuasa Yang Berhormat di bawah Perkara 44. Itu yang kita katakan bahawa Yang Berhormat salah guna peraturan mesyuarat. Seharusnya kes Pendang itu dibuat seperti kes Padang Serai, dibuat melalui usul oleh seorang Menteri melalui Perkara 27(3) Yang Berhormat. Itu kami boleh terima.
Now, kita katakan bahawa Yang Berhormat harus perjelaskan, Yang Berhormat tidak boleh gunakan Peraturan Mesyuarat 100, 99 kerana perkara ini perkara Pendang. Kes Pendang itu termaktub di dalam kuasa Yang Berhormat 44, Yang Berhormat gunakan kuasa 44, it’s there. Kuasa Yang Berhormat 44(2) itu hanya perkara yang berlaku dalam Dewan.
Yang Berhormat salah gunakan peraturan mesyuarat, itu yang kita hendak perbetulkan Yang Berhormat. Jadi soal Pendang dihalau keluar is illegal Yang Berhormat, tak ikut peraturan.
Terima kasih. Saya harap Yang Berhormat boleh tunjuk, boleh perbaiki keputusan ini dengan segala hormatnya Yang Berhormat ya.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Dengan segala hormatnya, saya jemput Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, yang saya hormati. Saya ingin merujuk juga kepada satu kes sebenarnya. Ada lagi satu kes selain daripada kes Gobind Singh tadi, satu kes di Perak. Kes dia bernama Yang Amat Berhormat Dato’ Dr. Zambry bin Abdul Kadir V. Yang Berhormat Sivakumar a/l Naidu dan AG.
Seorang Ahli
Dua-dua ada.
Tuan Yang di-Pertua
Dua-dua ada di sini ya?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Oh ada, dua-dua ada? Okey.
Jadi kes dia 2009, 4MLJ muka surat 24. Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa dalam bahasa asal, “Standing Order 72 of the Standing Orders of the State Assembly of Perak and the enactment does not contain any provision for the provision for the offence of contempt and its punishment”. Bermakna kalau itu berbentuk contempt berlaku di luar, makna tidak ada dalam 44(2) itu memperuntukkan untuk perkara-perkara contempt. Jadi, saya syorkan supaya Yang di-Pertua menggunakan peruntukan 99 ya, boleh membuat satu perintah baharu. Keputusan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua peraturan mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, itu selalu disebut kecuali jika ada usul. Sekarang dah ada usul. “...Menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, daripada satu masa ke satu masa, boleh mengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara-perkara itu.” Saya rasa sekarang memandangkan ada usul daripada Ketua Whip kita, saya rasa boleh diputuskan sebaliknya daripada apa diputuskan sebelum ini. Makna, jelas. Tan Sri jelas, ya? Makna, tidak ada peruntukan dalam ini dan salah kalau ikut keputusan mahkamah.
Mahkamah paling atas, bukan mahkamah bawah. Kalau mahkamah bawah, masih boleh dipersoal tetapi mahkamah paling atas, tak ada lagi sesiapa yang boleh persoalkan keputusan mereka.
Itu sahaja, Tan Sri. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri, Tan Sri. Bayan Baru.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, silakan, Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Tan Sri. Saya rasa, Tan Sri, pembangkang telah membangkitkan perkara ini secara panjang lebar tetapi Tan Sri, kita di sini semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengangkat sumpah kepada Dewan yang mulia ini untuk memelihara dan juga memartabatkan Dewan yang mulia ini.
Jadi, ini isunya bukan isu teknikal. Yang dibangkitkan oleh pembangkang, semuanya isu-isu teknikal. Yang di sini adalah memperlekehkan Speaker, yang institusi Speaker ini, bahawa Speaker ini zalim dan sebagainya. Ini telah menjatuhkan Dewan yang mulia ini.
Saya rasa isu soal yang utama adalah adakah Yang Berhormat Pendang itu telah menjatuhkan martabat ― bukan individu, bukan individu Tan Sri Johari Abdul, tetapi adalah Speaker. Speaker Dewan Rakyat ini yang martabatnya begitu tinggi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi isunya adalah janganlah kita go to the technical tetapi kalau isu pokoknya adalah menjatuhkan martabat Speaker ini, maka harus dihukum. Kalau pembangkang tidak puas hati dengan sebarang keputusan, boleh buat usul.
Tak jadi masalah untuk dibahaskan dalam Dewan ini.
Sekian, terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tan Sri Speaker, saya rasa rakan-rakan sebelah sana, depa ini keliru. Yang dihina atau perkataan-perkataan yang digunakan oleh sebelah sana hari itulah, hari itu, dia bukan sahaja menjatuhkan dan menghina Yang Berhormat Speaker. Kita sedia maklum Speaker adalah sebahagian daripada Dewan yang mulia ini. Cokmar yang dilambangkan adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Yang di- Pertuan Agong. Maka, apa yang menghina itu, perkataan-perkataan di luar Dewan, dekat dalam Dewan pun yang disebutkan itu menghina Dewan yang mulia ini, yakni menghina Speaker malah boleh dikatakan menghina Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Yang di- Pertuan Agong.
So, maksudnya, yang menghina itu tak kisah disebut di luar sana atau di sini, respect your elected position, respect Dewan yang mulia ini, respect segalanya. Kalau respect itu telah dihancurkan oleh perkataan-perkataan itu, perlu dihukum sekeras-kerasnya.
Baik, segala itu dah selesai sebenarnya. Selesai kerana kalau ikutkan 99, 99A dan 100 dalam peraturan mesyuarat menyatakan keputusan yang telah dibuat adalah muktamad.
Kome nak argue apa lagi? Kalau kome nak kata ini semua teknikal-teknikal, itu 99, 99A, 100 telah memuktamadkan. Jadi, apa kehei nya? So, Speaker, itulah pandangan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jangan buang masa.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Last. Saya bagi Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, saya rasa ini dah mengelirukan Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga-tiga. Tiga-tiga. Besut, saya dah bagi. Bagi peluang orang lain pula.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak betul. Tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Dengan hormatnya Besut, saya nak bagi dekat Bangi pula.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Please, please.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Masalah sama.
Tuan Yang di-Pertua
Besut, Besut. Gentlemen-lah. I dah bagi dekat you, I bagi dekat orang lain pula. Duduk. Silakan, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri Speaker, terima kasih. Saya mendengar apa yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan saya pun tahu telah dimaklumkan bahawa usul telah dimasukkan.
Cuma, saya ingin nyatakan di sini bahawa seperti yang Tan Sri Speaker sendiri katakan, bahawa Tan Sri Speaker terbuka untuk kritikan, malahan kecaman di luar sana dan sebagainya, tetapi apa yang membezakannya, apa yang dibuat oleh Pendang adalah satu, dia dah buat di luar sana ungkapan-ungkapan ini. Kemudian, apabila diminta, Tan Sri dah dengan baik hati, saya fikir, memohon penjelasan, memohon supaya berjumpa dengan Setiausaha Dewan Rakyat, tetapi tidak diendahkan. Saya fikir itu sebenarnya the gross offence yang berlaku di sini dan saya tidak melihat mana-mana pihak di sebelah sana pun cuba untuk memohon maaf bagi pihak Pendang ataupun cuba untuk mengatakan bahawa kita tidak boleh bersetuju dengan apa dilakukan oleh Pendang dalam hal ini.
Yang penting di sini, bukan hanya dia menghina ataupun mengatakan Tan Sri zalim tetapi apabila dimohon untuk memperjelaskan, berjumpa dan sebagainya, dia tidak mengendahkan langsung. Saya fikir ini sebenarnya yang membezakan apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang dengan apa yang telah dilakukan oleh Pendang dan mewajarkan tindakan yang diambil oleh Tan Sri Speaker.
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, Tan Sri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit sahaja. Seminit.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah kata dah saya nak bagi Bangi last.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, saya nak betulkan sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Tadi saya dah bagi. Baik, atas...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Masalahnya, tak betul dia orang cakap ini.
Tuan Yang di-Pertua
Besut, bila saya cakap, Besut kena duduk. Kalau saya cakap pula, kata saya zalim pula. Dengar, Besut. Saya dah bagi peluang kat Besut. Sekarang saya nak bagi kat Arau pula. Besut duduk. Silakan, Arau.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Masalahnya dia orang tak faham ini, masalah ini. Isu sebenar, dia orang tak faham, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, tengok. Tengok. Macam inilah. Kalau saya suruh, kata saya zalim. Saya minta Besut duduk. Itu sahaja. Sila duduk. Bukan zalim. Sila duduk. Dengan penuh hormat, sila duduk. Saya nak bagi dekat Arau.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya minta penjelasan tak boleh, Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Is it so difficult?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Penjelasan boleh, Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Is it so difficult for you to sit down?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh, saya boleh duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Please sit down. Please.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi nak jelaskan macam mana?
Tuan Yang di-Pertua
I am asking you to sit down. Please sit down. Saya nak bagi ruang pada Arau.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Duduk]
Tuan Yang di-Pertua
Okay, thank you. Silakan, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tan Sri, saya cuma nak menambah seminit sahaja ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sebab saya pun dok dengar cerita orang kata saya yang baca usul itu, nak tengok baliklah. Seronok saja nak tengok ya.
Tapi, Yang Berhormat, perkara ini cukup mudah, Yang Berhormat. Sebab, 44(3) ― kalau gagal 44(1), 44(2), maka kita pergi 44(3), buat usul. Bila gagal itu, barulah Yang Berhormat menggunakan kuasa Yang Berhormat. Jadi, kita tak buat usul pun. Belum gagal lagi. Jadi, kami minta supaya ikut peraturan itu. Ya.
Yang kedua, Yang Berhormat, kalau main perkara rujuk dekat luar, Yang Berhormat tahu apa berlaku dalam sejarah? Ini puak-puak DAP, ambil semua gambar pemimpin, Speaker, Perdana Menteri, Tun Mahathir masa itu, ambil gambar, majlis pijak kaki, pijak gambar. Ini, majlis pijak gambar. You tak termasuk ke?
[Merujuk kepada seorang Ahli] Yang Berhormat tak masuk kan?...
[Ketawa] Ini DAP, pijak gambar semua pemimpin. Tak adapun kita bawa mai ke Dewan ini untuk kita bawa usul sebab pijak gambar pemimpin. Pijak gambar.
Satu dunia tengok...
[Tepuk]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Eh, pemimpin itu dia bukan Speaker. Speaker ini institusi tertinggi perundangan negara...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa kena mengena dengan apa, puak-puak siapa!
Tuan Yang di-Pertua
Ipoh Timor, Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kita tak buat apa-apa yang menghina Dewan yang mulia ini...
[Tidak jelas]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ahli lain. Pemimpin itu ahli lain.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Duduklah, Ipoh Timor. Duduklah. Tadi sudah cakap dah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Arau, Arau. Yang Berhormat, hang on.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Itu kena tarik balik. Tak ada kena mengena dengan apa yang kita bincangkan pun.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Arau. Ipoh Timor, duduk. Arau nak bawa isu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, akhir sekali.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Arau tak ada isu, saya nak suruh duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, saya nak sebut, Dewan ini jadi hiruk pikuk kerana ini. Bangun bercakap tanpa minta kebenaran. Yang Berhormat, itu menghina Speaker...
[Tepuk] Ini, puak-puak sana menghina Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tak pernah buat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Arau, isunya isu yang...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta supaya Yang Berhormat ikut peraturan itu, prosedur supaya apa-apa yang kita buat, dihormati. Saya pun akan tegur Yang Berhormat di luar nanti. Sudah pasti hampir semua kami kena gantung lepas ini, Yang Berhormat. Tapi, apakan daya? Kami terpaksa buat teguran sebab kami berasa bahawa kami telah dizalimi dengan teruk. Dah peruntukan tak bagi, yang ini pun nak kena sekali.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua
Okeylah, saya bagi Semporna. Saya pun tak ikut aturan juga.
Saya dah kata Bangi tadi, saya bagi last.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Okeylah. Untuk menghormati pemimpin-pemimpin, saya bagi satu Semporna, kemudian Ketua Pembangkang. That’s it. Saya nak buat keputusan dah.
Silakan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagai seorang orang lama di Dewan ini, saya terpanggil untuk memberi pandangan, kalau diterima. Kerana setelah mendengar daripada hujah-hujah sebelah dan sebelah dan sebagai seorang orang lama, saya berharap kita jelas bahawa kita ditonton, dilihat dari luar. Bukan hanya oleh orang muda, bahkan juga yang lama.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Perjalanan mesyuarat, that must be clarity, dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua, daripada segi perundangan negara kita. Kita adalah orang yang menggubal undang-undang.
Perundangan ini, there is a clear separation of power. Executive, judiciary, kehakiman, Kabinet, Parlimen, Agong. Dia ada peringkat itu dan kita sedar dan tahu kalau sekiranya seumpama apa yang berlaku, kes di luar, yang itu di luar. Kita ada civil law, kita ada criminal law and apa yang penting dalam negara Malaysia pada hari ini, kita kena faham semua Ahli- ahli Parlimen ini. Saya orang lama tu.
The supreme in this country is the Constitution. It is not the King, it is not the Cabinet.
Kita menggubal undang-undang di negara ini, kalau tak diluluskan di Dewan Rakyat, Agong tak boleh tandatangan, TYT tak boleh tandatangan. Itu bukan akta, bukan enakmen.
Sehingga kita menggubal undang-undang di Parlimen, sama ada gaji, sama ada semuanya, imbuhannya, undang-undang, polis tak boleh ambil tindakan sewenang-wenangnya.
Kita kena faham, seumpama apa yang berlaku. Saya berharap Tan Sri Speaker sebagai orang lama dalam negara ini, there must be clarity. Tak boleh seumpama apa yang berlaku di luar, bawa ke Dewan, tak boleh. Itu Perlembagaan. Kalau kita nak saman, kalau sekiranya ada penghinaan terhadap saya atau terhadap mana-mana pihak, heret dia, ada civil law, defamatory, undang-undang yang defamation yang ada.
Kita bawa dia di luar kerana ini adalah Dewan yang mulia. Saya tak mahu nanti besok, berulang kali saya sebutkan di Dewan ini, masa dahulu Tengku Razaleigh pun Gua Musang ada di sini, masa Tun Mahathir pun. Saya peringatkan rakan-rakan lama saya. Saya ingat saya di antara yang lama ini di Dewan ini tetapi apabila mendengar, saya minta sebenarnya saya terpanggil untuk memperingatkan rakan-rakan. Bukan saya sempurna walaupun dari Semporna.
[Ketawa] Bukannya afdal, walaupun Shafie imamnya tapi perkara ini penting kita sebagai keluarga yang besar di Dewan yang mulia ini. Cuma saya bagi pandangan, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya berharap sungguh, kalau sekiranya ada kes-kes di luar, go for the courts, civil, criminal yang ada. Manakala di sini, baik there must be clarity and separation of power yang ada. Kalau tak, Dewan ini akan menjadi satu perkara yang akan saya dihumban dengan pelbagai isu tanpa adanya keadilan, sama ada justice di negara ini kerana di sini ada kuasa mutlak dalam aturan peraturan yang ada, di Dewan ini. Standing order yang ada, very clear. Keputusan Yang di-Pertua tak boleh dipersoal ya tapi kita sedar dan tahu bahawa di luar sana ada juga undang-undang seperti apa yang disebut oleh rakan-rakan. Jadi, saya berharap peringatan Tan Sri Yang di-Pertua kepada rakan-rakan semuanya, termasuk bukan hanya diri saya, termasuk Dewan yang mulia, Tan Sri dan rakan-rakan yang lain. Saya masih ingat Tun Zuhar - Tun Muhar dahulu Speaker. Saya duduk dengan dia di Dewan. Dia masih ingat, Dato’ Shafie, patuh. Kita patuh. Bila kita mengikut peraturan, but when it is outside there, it is outside. Can’t bring it here. Terima kasih banyak, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, last, last, last ya. Tidak ada lagi, Ketua Pembangkang.
Silakan Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri. Saya terpanggil untuk membangkitkan isu ini, pertamanya kerana saya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan apa yang telah pun kita sama-sama lakukan dalam Dewan ini. Pertamanya, tentang peraturan-peraturan Majlis atau standing orders ini. Kita kena ingat bahawa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat ini dibuat oleh Dewan Rakyat menurut Perkara 62(1), Perlembagaan Persekutuan. Maknanya, sesuatu yang dijunjung oleh kita semua kerana ia kita lakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan. Itu pertama.
Keduanya, apa yang telah dibangkitkan dalam Parlimen juga ada bermacam-macam, termasuklah prosedur yang telah pun saya sebutkan tadi. Apabila dibangkitkan tentang isu yang telah dilakukan, sepatutnya ada remedi tentang segala apa kesalahan atau perkara- perkara yang tersalah kita lakukan. Ini bukan kerana untuk kepentingan Tan Sri atau untuk kepentingan Pendang tetapi kita mesti dilihat oleh rakyat di bawah sana, bahawa kita ini tahu mengikut peraturan, mengikut undang-undang yang ada dalam Perlembagaan.
Seperti seorang shepherd. Dia menjaga kambing yang banyak. Kalau ada seekor dua yang keluar daripada penjagaan dia, bukan bermakna yang seekor itu tidak bijak kerana tidak ikut majoriti yang lain tapi yang pentingnya adalah shepherd itu tahu bagaimana nak kembalikan semua ke jalan yang benar, ke sesuatu yang semua akan ikut. Ini yang kita nak supaya Tan Sri sebagai seorang yang tahu akan perkara yang mustahak dalam standing order ini. Bukankah Speaker sebenarnya diangkat di situ untuk memerhatikan bahawa segala standing order ini diikuti, termasuk dengan Speaker sendiri?
Oleh sebab itu, bila kita di sini merasakan ada tempang sedikit, merasakan sesuatu ini tak kena. Jangan ianya menjadi ikutan di masa hadapan. Sebab itu kita minta supaya walaupun rakan-rakan belah sana nak mempertahankan Tan Sri untuk menjadi Speaker yang adil. Kita tak pun kata Speaker tak adil. Kita cuma kata tentang perkara ini mungkin ada kesilapan. Mengapa salahnya, mengapa tidak kita mengambil remedi dan kita lakukan secara yang baik?
Kalaulah orang di luar sana mengata Speaker, bukan Ahli Dewan, apa yang sepatutnya Speaker lakukan? There is always a remedy. Kita boleh lakukan melalui police report atau civil action. Itu kalau orang bukan Ahli Parlimen. Samalah juga kalau dia pun Ahli Parlimen dan dia lakukan di luar Dewan, you can to do that sama ada buat usul [Tepuk] ataupun take civil action against him. Itu boleh kita lakukan.
Jadi, permintaan saya dan permintaan rakan-rakan yang ada ini, termasuklah tadi saya dengar Semporna, adalah untuk melihat segala apa yang kita lakukan ini boleh menjadi convention untuk masa hadapan, supaya tidak ada kekhilafan lagi berlaku dalam Dewan ini.
Minta supaya Tan Sri dengan rasa terhormatnya, terbuka bahawa kalaupun ada kesilapan, kita bukan nak menyalahkan sesiapa. Kita perbetulkan kembali dan insya-Allah, kita akan sentiasa menghormati apa yang Speaker lakukan. Terima kasih Tan Sri.
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, two wrongs do not make one right, Tan Sri ya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah. Saya dah dengar semua dan ini ialah pandangan saya dan keputusan saya. Seperti yang first day apabila saya berada di sini, saya sebut I was a politician, I am - bukan I am, I was. The moment saya duduk di sini, saya psychologically mesti merasakan I should be color blind. Maknanya, saya tidak main politik, okey dan sudah tentu semua dalam ini kawan-kawan saya, okey. Namun pun begitu, saya juga mesti ada pegangan. Sebab itu bila seorang Ahli Dewan menghina saya, the word is ‘menghina’, di luar.
Hari itu dia kena eject dan yang eject bukan saya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti jap Beluran. Yang eject ialah timbalan saya. Bila dia kena, pemberita tanya dia. Dia komen, “Inilah Tuan Speaker - Tan Sri Speaker zalim”. Saya duk dengar dalam TV, apa hal pula? Then, the next day saya tengok Hansard ya, ada beberapa masalah dengan Timbalan Speaker waktu itu. Akhirnya, dia tidak mahu mengalah, this Timbalan Speaker eject dia. Then, I wrote him a letter to come and see me and apologize.
Itu saja, Ketua Pembangkang.
Dia kata, “No! Saya tidak akan, because saya buat statement di luar”. Saya kata, “It is not fair. As a friend, come talk about it”. Hampir sekian dua, tiga minggu. Selepas itu, sekali lagi ada peluang, Ketua Whip hari itu, saya bangun. Ketua Whip bangun hari itu apabila berlaku pendapat yang berbeza dengan Jelutong, saya juga mention, “Ketua Whip, tolong mention kepada Pendang. Kalau boleh, isu yang dia bangkit, tarik”. Dia tak ini juga.
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta, saya hantar missionary saya, SUDR untuk jumpa dia, dia tak datang.
Now, kalau itu tidak tantamount to challenge kepada kuasa Speaker, what does it mean?
Sebab itu saya tak nak rujuk dia kepada jawatankuasa. Make sure settle di sinilah. Minta maaf sahaja. Juga tak berlaku. Jadi sebab itu saya kata, saya rujuk kepada 44(2) yang mungkin tafsiran berbeza. But to me still dia telah pun melakukan satu kesalahan menghina Majlis.
Baik. Sebab itu saya kata, whatever you say here today, don’t hina Speaker. Johari Abdul is a different thing altogether. Dia ini tak handsome lah, dia ubi kayulah, dia tak qualified lah. *I don’t mind Johari Abdul but the moment I’m sitting here, I am sitting as a Speaker. I have to protect this House. What come in, I will shall protect this House.
[Tepuk] That is my mission and* itu ialah sumpah saya apabila saya – Sebab itu dalam penutup, saya kata, I invoked whatever your understanding of 99A, saya invoked 99 – Maknanya, case closed, period because akhir sekali, apa yang tercatit dalam 99A, itulah yang termaktub dalam hati saya dan itulah juga yang saya nak gunakan untuk saya kata let’s move forward. Isu-isu ini dah pun selesai saya anggap dan saya telah pun minta kepada Pendang untuk berehat selama 10 hari. That’s done. Saya nak teruskan. Silakan Setiausaha.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, kalau saya kata Speaker zalim...
Tuan Yang di-Pertua
No, no.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya kata Yang Berhormat zalim, adakah saya kena hukum dak?
Tuan Yang di-Pertua
Arau, did I mention to you?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak, saya tanya.
Tuan Yang di-Pertua
No. Arau tidak terlibat dalam kes ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hukuman itu zalim saya kata. Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pengerusi yang mewakilkan kepada Bayan Baru.
Pengerusi ada tujuh minit. Selepas itu saya akan memberikan pembahas tiga minit, kemudian penutup lima minit. Silakan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tan Sri Speaker. Hari ini Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membentangkan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen terhadap tindakan susulan Kementerian Sumber Manusia dan Human Resource Development Corporation bagi syor-syor Laporan PAC Parlimen berhubung pengurusan dana latihan dan keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di Dewan yang mulia ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, laporan ini dihasilkan melalui punca kuasa daripada Arahan Perbendaharaan 12/2023 dan Pekeliling Am No.1/2024 Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ini adalah kali pertama PAC membentangkan laporan tindakan susulan di dalam Dewan yang mulia ini. Dua laporan yang dibentangkan sebelum ini adalah laporan penuh Jawatankuasa PAC, sebaliknya laporan tindakan susulan adalah laporan yang melaporkan mengenai maklum balas dan tindakan susulan yang diambil oleh kementerian terhadap syor- syor PAC daripada laporan sebelum ini. Maka ini adalah kali pertama laporan tindakan susulan dibentangkan dalam Dewan dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini.
Jadi untuk setiap satu isu yang disiasat oleh PAC, jawatankuasa ini akan membentangkan dua laporan bagi memastikan rakyat mengetahui isu yang disiasat oleh jawatankuasa, disediakan syor kepada kerajaan dan laporan kedua adalah tindakan yang telah diambil terhadap syor berkenaan. Ini adalah kaedah yang digunakan PAC untuk memastikan mekanisme semak dan imbang cabang perundangan negara iaitu Parlimen terhadap cabang eksekutif iaitu kerajaan.
Sebelum ini dalam perbahasan, kita dengar daripada Jelutong. Jelutong kata setiap kali PAC bentangkan laporan, tetapi tiada tindakan susulan dan rakyat tidak tahu tentang apa yang berlaku selepas itu. Ini tidak betul. Maka kita di sini, PAC, dia ada dua jenis laporan.
Satu laporan yang lengkap, pertama. Kemudian, tiga bulan kemudian, kita akan panggil kementerian berkenaan untuk menyiapkan satu laporan susulan. Ini cara PAC yang lebih baik lah.
Sehubungan itu, laporan tindakan susulan ini adalah untuk melaporkan kepada Dewan yang mulia ini penjelasan maklum balas daripada Kementerian Sumber Manusia
(KESUMA) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) terhadap 11 syor PAC dalam Laporan PAC yang telah dibentangkan pada 4 Julai 2024 dan kemudian dibahaskan pada 18 Julai 2024.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, PAC telah mengadakan prosiding tindakan susulan ini pada 23 Oktober 2024 dan 20 November 2024 dan isu utama yang menjadikan perhatian PAC ialah keperluan untuk menjadikan HRD Corp sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan bagi memastikan tadbir urus yang lebih baik.
PAC memandang serius terhadap isu ini kerana melalui peluasan Akta PSMB 2001 kepada 1 Mac 2021, kenaan levi telah diwajibkan kepada semua sektor industri dan menjadikan jumlah kutipan levi tersebut kian meningkat setiap tahun. PAC juga amat prihatin terhadap kawalan dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan HRD Corp.
Justeru itu, dalam memastikan HRD Corp terus melaksanakan mandat yang telah dipertanggungjawabkan dengan telus dan efektif, pengawasan dan pemantauan KESUMA amatlah diperlukan. PAC turut mendapat maklum balas daripada MOF sama ada HRD Corp boleh dijadikan sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan.
MOF dalam surat kepada PAC bertarikh 29 November 2024 telah memberikan ulasan dan penjelasan seperti berikut. MOF tiada halangan akan pandangan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) agar kerajaan mengkaji keperluan untuk menjadikan PSMB sebagai sebuah badan berkanun persekutuan. Namun begitu, BBP yang ditubuhkan tersebut hendaklah tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan. Dalam konteks ini, PSMB boleh dijadikan sebagai sebuah BBP di dalam kategori badan berkanun yang diasingkan saraan dan dibebaskan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan demikian, PSMB akan tertakluk kepada Akta 240 iaitu hendaklah membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) kepada pihak Parlimen setiap tahun. Justeru itu, PAC mahu KESUMA segera melaksanakan kajian mengenai pertubuhan status HRD Corp daripada CLBG kepada badan berkanun Persekutuan dengan melihat dan merujuk kepada model-model yang terbaik seperti PERKESO yang juga merupakan badan berkanun di bawah seliaan KESUMA.
Pada masa yang sama, PAC ingin menyeru sekali lagi KESUMA meminda semula Akta PSMB 2001 kerana terdapat banyak kelompangan dalam akta ini. Antara yang paling jelas adalah kedudukan wakil Bank Negara Malaysia dalam jawatankuasa pelaporan HRD Corp. Benda ini telah berlanjutan 14 tahun tetapi masih tidak dibentangkan dalam Dewan ini untuk diperbaiki dan termasuk juga semua syor-syor PAC, semua kelompangan dalam Akta PSMB itu harus dibawa sekali ke dalam Dewan yang mulia dalam sesi-sesi akan datang dengan kadar yang segera untuk memperbaiki tadbir urus HRD Corp.
Pada masa yang sama, PAC turut mendapati kekeliruan mentafsir syor PAC ketujuh oleh KESUMA. Melalui syor PAC ketujuh, PAC tidak bermaksud mengesyorkan KESUMA untuk melantik perunding bebas bagi tujuan semakan semula Laporan Ketua Audit Negara.
Tidak. Kita respect apa yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dan kita tidak pernah mempertikaikan. Tetapi apa yang dimaksudkan oleh PAC ialah melantik perunding bebas untuk melaksanakan pengauditan forensik yang bertujuan melihat keberkesanan program- program latihan yang dijalankan di bawah HRD Corp.
Ini adalah disebabkan oleh aduan-aduan kecelaruan yang berlaku dalam pengurusan latihan. Jadi kita respect LKAN dan kita hanya mahu HRD Corp untuk menyiasat forensic audit terhadap program-program latihan di bawah. Justeru itu, PAC kekal pendirian supaya KESUMA dan HRD Corp untuk melaksanakan dan melaporkan kepada PAC seperti dalam syor ketujuh dalam Laporan PAC DR.17/2024.
Selain itu, khusus bagi HRD Corp, PAC telah mengesyorkan supaya jawatan pegawai undang-undang dan setiausaha syarikat haruslah individu yang berlainan untuk memastikan tanggungjawab berkaitan dapat dijalankan dengan sebaiknya. Sehingga kini, PAC tetap dengan pandangan supaya pengasingan individu bagi memegang jawatan penasihat undang-undang dan setiausaha syarikat untuk memastikan tatakelola lebih baik di peringkat lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi HRD Corp.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jawatankuasa ini mengambil maklum balas daripada Jawatankuasa Lembaga Pengarah Pencalonan dan Imbuhan (BNRC) HRD Corp yang tetap berpendirian untuk mengekalkan struktur sedia ada. Namun, jawatankuasa PAC kekal dengan pendirian bahawa KESUMA mengambil langkah mengasingkan jawatan ini kepada dua individu bagi memastikan tadbir urus baik di dalam HRD Corp.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Perkara terakhir Puan Yang di-Pertua. Perkara terakhir PAC mahu sentuh adalah mengenai kedudukan kes HRD Corp oleh SPRM, selepas laporan PAC dan Laporan Ketua Audit Negara dibentang Julai lalu. Di mana jawatankuasa ini telah dimaklumkan oleh SPRM dalam prosiding tindakan susulan, bahawa kes HRD Corp diklasifikasikan sebagai no further action. PAC memohon penjelasan kerana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) jelas julung-julung kali meminta supaya penguatkuasaan diambil tindakan ke atas HRD Corp. PAC berpendirian bahawa Ketua Audit tidak akan buat cadangan tersebut tanpa asas-asas yang kukuh.
Sememangnya dalam prosiding PAC, kita juga mengesyaki ada unsur salah guna kuasa dalam HRD Corp. Jadi, kita sebenarnya tidak berniat jahat atau ingin menuduh sesiapa tetapi kita mahu bahawa HRD Corp ini meningkatkan martabat di kalangan rakyat dan keyakinan pencarum-pencarum pada HRD Corp dan saya mohon supaya perkara ini, cadangan-cadangan semua dalam tindakan susulan HRD Corp ini, diteliti oleh KESUMA dan HRD Corp supaya kembalikan HRD Corp kepada keyakinan rakyat dan pencarum kepada HRD Corp. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada wakil Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka. Tiga minit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada PAC kerana telah menyediakan laporan yang begitu lengkap dan hari ini pula telah memberikan satu laporan susulan. Tindakan susulan.
Jadi, seperti yang kita maklum apabila PAC mengemukakan laporan pada kali pertama, banyak isu telah dibangkit telah mengejutkan negara kita. Antaranya kita lihat sebenarnya penubuhan HRD Corp ini adalah untuk pengenalan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud menggalakkan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan juga pelatih serta penubuhan dan pentadbiran kumpulan wang.
Akan tetapi kita lihat daripada laporan PAC hari itu, di mana mereka daripada menganjurkan program latihan untuk pekerja, mereka anjurkan seminar di five-star hotel, membelanjakan RM5 juta untuk satu program. Ada yang RM8 juta ya, di mana seperti yang kita tahu, penubuhan ini untuk kutip levi untuk latih pekerja tetapi mereka pergi membuat pelaburan yang berisiko tinggi, sehingga RM3.7 bilion dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang amat risiko tinggi.
Seterusnya, kita lihat banyak lagi isu ya termasuk juga apa yang telah dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara, di mana dalam Laporan Ketua Audit Negara pada Julai, bulan yang sama, mereka telah mengesyorkan supaya KESUMA mengambil tindakan terhadap HRD Corp bagi ketidakaturan yang dikenal pasti dengan merujuk HRD Corp ini kepada agensi penguat kuasa yang berkaitan. Ertinya ialah SPRM.
Begitu juga dalam Laporan Ketua Audit Negara. Mereka juga mengatakan pindaan perlembagaan syarikat berkaitan dengan pengurusan dan operasi syarikat supaya selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia. Jadi, saya nak tanya kepada kementerian. Adakah mereka bersedia untuk menggubal akta yang sedia ada, supaya masalah kelompongan undang-undang ataupun kelemahan dalam undang-undang yang sedia ada ini dapat diatasi supaya perkara-perkara yang dibangkit oleh PAC itu tidak akan lagi berlaku ya.
Kita lihat Timbalan Speaker, kelemahan pengurusan dalam melaksanakan operasi dan aktiviti syarikat mereka tidak mengikut tatakelola dan peraturan yang telah ditetapkan.
Jadi, dalam isu ini, Ketua Audit Negara, repot mereka juga mengatakan terdapat pelaburan catat kerugian tidak nyata sebanyak RM49.38 juta. Lebih mengejutkan kita Timbalan Speaker ialah di mana prestasi KPI atas penyaluran levi kepada majikan pada tahun 2020 adalah tidak tercapai. 2020 mereka tidak tercapai. Apa mereka buat?
Bagi tahun yang seterusnya, 2021 hingga 2023, mereka sendiri pinda KPI tersebut.
KPI tidak ditetapkan supaya mereka tak perlu menghadapi masalah KPI tak tercapai. Mereka sendiri tukar KPI. Jadi, benda-benda sedemikian, saya rasa sungguhpun SPRM sudah mengatakan tiada unsur rasuah dalam isu ini, tetapi hari ini kita lihat satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Kerajaan MADANI yang kita tegaskan ialah tatakelola. Kita tegaskan ketelusan, kita tegaskan integriti. Sungguhpun SPRM mengatakan tiada unsur rasuah dalam siasatan mereka. Akan tetapi, apa yang disiasat oleh PAC dan juga Ketua Audit Negara, saya rasa itu sudah cukup bukti dan sebab kita harus menukar, melantik barisan orang baru untuk memimpin HRD Corp ini. Saya lihat kepada laporan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ini poin yang terakhir. Tindakan susulan 11 syor yang telah dikemukakan oleh PAC. Kalau kita teliti jawapan daripada HRD Corp, saya rasa mereka tidak ambil serius terhadap syor-syor yang dikemukakan oleh PAC. Jawapan mereka hanya sekadar kita akan mengkaji semula. Kita akan mengkaji sehingga jawapan ada yang mengelirukan Dewan.
Antara salah satu daripadanya syor yang dikemukakan oleh PAC supaya orang yang sama iaitu pegawai penasihat undang-undang dengan setiausaha syarikat tidak boleh orang yang sama, iaitu yang dibangkitkan oleh PAC. Jawapan yang disediakan oleh HRD Corp mengatakan itu adalah satu amalan di luar sana, di sektor swasta. Tetapi itu adalah satu pembohongan. Di luar sana, banyak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat!
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...syarikat swasta, pegawai undang-undang dengan setiausaha syarikat adalah orang yang berasingan. Tetapi mereka boleh terang- terang menipu ya dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAC. Jadi, saya harap supaya KESUMA dapat mengambil tindakan yang serius, demi menjaga kebajikan golongan pekerja. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua membenarkan saya untuk membahaskan sedikit berkenaan dengan Human Resource Development Corporation ini. Sedikit latar belakang iaitu HRD Corp merupakan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia dan tertakluk di bawah Pembangunan Sumber Manusia 2001 iaitu Akta PSMB 2001.
Terima kasih Kota Melaka. Tadi saya mendengar Kota Melaka berbahas. Saya menyahut baik saranan beliau untuk perkara ini dilanjutkan dan dipanjangkan kepada SPRM.
Saya sangat setuju supaya para-para pesalah ini, mereka boleh diadili dan dihukum dengan seadilnya.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Tentang rumusan Human Resource Development ini, melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah yang saya dapati pada laporan PAC ini tersebut. Pada 27 Februari 2024 yang lalu, iaitu supaya mengutip levi dan operasi HRD Corp ini diakaunkan secara berasingan dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh PAC semasa prosiding. Levi yang tidak digunakan dalam tempoh dua tahun akan dikategorikan sebagai unutilised levy iaitu fortified levy, dengan izin. Penentuan tempoh unutilised levy ini selama dua tahun telah menyebabkan banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak dapat memanfaatkan dana latihan yang telah dicarumkan kerana tidak mencapai kos minimum untuk melaksanakan latihan.
Di sini kita lihat. Dana ini sepatutnya digunakan untuk latihan kepada para pekerja untuk mewujudkan pekerja yang berkemahiran tinggi ya. Tetapi, pemindahan unutilised levy yang tidak dibenarkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp walaupun telah diminta telah oleh Lembaga Pengarah, pihak pengurus HRD telah berpandangan bahawa pemindahan levi ke tabung unutilised levy tidak perlu melalui Ahli Lembaga Pengarah, mengikut Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001.
Matlamat dan utama fungsi HRD ini ialah seperti saya katakan tadi untuk mewujudkan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih dan perantis-pelatih yang bukan sebagai institusi pelaburan. Mereka ini bukan untuk institusi pelaburan tetapi untuk melatih pekerja kan. Melalui peruntukan latihan yang digunakan daripada dana bukan levi iaitu geran kerajaan dan lain-lain, adalah lebih terdedah kepada risiko ketirisan, penyelewengan, pembaziran dan rasuah, kerana kurang prosedur operasi standard serta pemantauan.
Syornya di sini ialah memandangkan HRD telah berkembang sejak penubuhannya, maka KESUMA perlu mengkaji semula keperluan untuk menjadikan sebagai badan berkanun. Bagi memastikan tadbir urus yang lebih baik dengan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Ahli Lembaga Pengarah HRD Corp perlu mengkaji semula kaedah pemindahan levi ke tabung unutilised levy untuk memastikan kepentingan PKS dipelihara. HRD Corp perlu mengambil langkah lebih proaktif mencari alternatif bagi PKS untuk menggunakan wang caruman sebelum dikategorikan sebagai unutilised levy. Di sini saya melihat, KESUMA dan HRD Corp perlu menambah baik tatakelola syarikat.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Ernst & Young iaitu dalam Governance Framework Review 2018, khususnya bagi HRD Corp, jawatan pegawai undang-udang dan setiausaha syarikat haruslah individu yang berlainan, bukan orang yang sama untuk memastikan tanggungjawab berkaitan dapat dijalankan dengan sebaiknya. KESUMA perlu mengkaji semula Kuasa Ketua Eksekutif HRD Corp, khususnya peranan ketua eksekutif ini dalam lembaga pengarah serta panel pelaburan dalam dan sekiranya perlu membuat pindaan terhadap Akta PSMB 2001. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk membahaskan laporan PAC ini tentang HRD Corp.
Datuk Yang di-Pertua, HRD Corp adalah sebuah entiti di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah lama ditubuhkan sebagai “Syarikat Jaminan Kerajaan” di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia, Akta PSMB 2001.
HRD Corp boleh dikatakan sebagai satu badan yang membantu menyelesaikan masalah pekerjaan dan peluang latihan pekerjaan masyarakat di negara kita ini. Dalam masa yang sama, menolong kerajaan melahirkan pekerja-pekerja teknikal dan sebagainya. Ini selaras dengan konteks negara kita dalam meningkatkan, melahirkan pelatih-pelatih TVET dan sebagainya. Mereka ini lebih berkait dengan syarikat-syarikat sama ada besar dan juga sederhana.
Dana program yang dijalankan oleh HRD Corp adalah hasil kutipan dana yang dikutip daripada syarikat dan majikan dan menjadikan wang amanah untuk dana latihan yang melibatkan pekerja-pekerja di negara kita. Jumlah kutipan dana meningkat kepada RM2.18 bilion 2023 berbanding dengan RM475 juta pada tahun 2020. Jadi, saya ingin memberikan pandangan, di mana akhir-akhir ini kita lihat, kita dapati bahawa HRD Corp telah berhadapan dengan pelbagai isu, terutamanya sepertimana yang dilaporkan oleh Audit Negara dan dilaporkan kepada SPRM. Walaupun mengikut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) tidak ada apa yang nak dibuktikan setakat ini.
Tetapi, saya minta supaya kerajaan dan SPRM, saya bersetuju dengan Merbok dan juga Kota Melaka tadi supaya tindakan tegas mesti diambil ke atas perkara ini. Sebab itulah saya minta tidak mahu perkara ini, penyelewengan ini berlaku dan kenapa perkara ini berlaku? Saya lihat di mana-mana agensi kerajaan atau pun anak-anak syarikat.
Penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam syarikat-syarikat ini menyebabkan syarikat atau institusi itu rugi adalah disebabkan pengurusan yang tidak jujur dan mengambil kesempatan untuk mengayakan diri sendiri.
Sebab itu, saya minta supaya kerajaan serius, Kementerian Sumber Manusia serius mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam menyelewengkan dana-dana yang telah pun diberikan oleh majikan atau pun syarikat-syarikat ini. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, kementerian. Apakah rasional dan justifikasi Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp yang dibenarkan kembali bertugas selang beberapa bulan susulan pendedahan Laporan Audit Negara dan PAC?
Biasanya dalam perkhidmatan awam dan sebagainya, apabila kes-kes seperti ini, kita akan gantung pegawai berkenaan. Tetapi hari ini kita ambil balik. Saya tidak mahu kalau kita ingin membela masa depan pekerja-pekerja kita dan meningkatkan nilai atau pun kualiti pekerja-pekerja teknikal ini, maka kita mesti pertahankan HRD Corp ini. Berikan pada pengurusan yang betul-betul ikhlas, jujur dan tidak melakukan penyelewengan dalam menjalankan kerja-kerja mereka dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Saya juga ingin bertanya, apakah asas pertimbangan sama ada wujud keperluan mendesak sehingga perkhidmatan beliau tidak dapat diganti dan adakah ini bermakna siasatan SPRM terhadap HRD Corp tidak langsung membabitkan CEO HRD Corp atau pun kebarangkalian kes diklasifikasikan sebagai DNA atau NFA.
Datuk Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kalau kita lihat 11 syor yang telah pun dikemukakan oleh PAC kepada negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat ringkaskan. Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jadi, saya setuju dengan Kota Melaka dan kawan-kawan yang lain tadi. Kita hendaklah serius dalam melaksanakan perkara ini dan pastikan supaya wang-wang negara daripada mana sumber sekalipun tidak diselewengkan dan kita memanfaatkan pada rakyat dan pekerja khususnya dalam konteks HRD Corp di negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Saratok, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk menjawab. Masa lima minit.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan teliti perbahasan daripada tiga rakan saya iaitu daripada Kota Melaka, Merbok dan Maran yang berkenaan dengan tindakan susulan Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp bagi syor-syor laporan PAC Parlimen berhubung pengurusan dana latihan dan keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia HRD Corp.
Sebanyak 11 ulasan PAC dikeluarkan berdasarkan kepada maklum balas terhadap 11 syor PAC. Segala ulasan dalam laporan tersebut telah dipersetujui secara konsensus di kalangan 14 Ahli Yang Berhormat PAC termasuk tujuh ahli Ex-Officio PAC. PAC di dalam membuat prosiding di dalam HRD Corp mengangkat isu ini pada mulanya adalah berdasarkan daripada maklumat daripada umum, orang ramai. Tidak berdasarkan daripada Laporan LKAN iaitu Laporan Ketua Audit Negara.
Namun begitu, prosiding Laporan LKAN berkenaan juga dibuat menyusul sedikit selepas PAC memulakan prosiding. Oleh yang demikian, pandangan dan syor-syor LKAN juga diambil kira di dalam laporan PAC. Saya ingin menegaskan di sini ada tiga orang YB telah membuat penekanan terhadap keperluan untuk menukarkan status HRD Corp daripada CLBG kepada badan berkanun.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Saya memang amat setuju dengan cadangan tersebut memandangkan HRD Corp perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat maka pengurusan dan laporan kewangannya hanya diputuskan dan dilaporkan di peringkat Lembaga Pengarah sahaja.
Berdasarkan laporan tahunan, HRD Corp adalah didapati pungutan levi yang kian bertambah setiap tahun. Di mana pada tahun 2021 berjumlah RM848 juta meningkat pada RM1.8 bilion tahun 2022 dan RM2.13 bilion pada tahun 2023 dan dijangka kutipan ini akan bertambah kepada jumlah yang besar pada setiap tahun.
Tidak semua dana-dana ini yang dikutip ini digunakan untuk latihan. Penggunaan peratusan penggunaan dana untuk latihan adalah lebih kurang 80 hingga 90 peratus. Dana yang tidak dipakai pada tahun semasa akan dilaburkan dan ini dibenarkan di dalam Akta HRD Corp. Pelaburan semasa untuk HRD Corp adalah berjumlah RM4 bilion dan ini akan dijangka bertambah setiap tahun.
Maka, kita berpandangan PAC dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membuat saranan, terdapat keperluan yang mendesak supaya tatakelola pengurusan kewangan HRD Corp dilaksanakan dengan teratur dan baik bagi memastikan dana pembangunan sumber manusia tersebut digunakan bagi mencapai matlamat semasa penubuhan HRD Corp ini.
Selain itu, CLBG lebih sesuai untuk organisasi yang ingin beroperasi sebagai entiti bebas dan memberi tumpuan kepada tujuan kebajikan atau sosial. Sebaliknya, badan berkanun adalah badan kerajaan untuk melaksanakan fungsi yang penting dalam dasar awam ataupun pembangunan negara. Kita menerima baik cadangan dan saranan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berhujah sebentar tadi. Maka, kita berharap agar pihak kementerian mengambil inisiatif supaya pandangan-pandangan tersebut yang bersesuaian berlandaskan Laporan PAC dan juga LKAN itu diambil kira dengan sebaik- baiknya.
Secara rumusan, PAC berharap supaya KESUMA dan HRD Corp dapat memberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya kepada ulasan yang telah dibuat. Selain itu, KESUMA dan HRD Corp perlu mengambil perhatian dan menjawab segala persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Rakyat pada hari ini.
Akhir sekali, sebelum mengundur diri adalah diharapkan supaya laporan ini dapat dijadikan rujukan bagi usaha menambahbaikkan untuk KESEMUA dan juga khasnya HRD Corp yang mana latihan yang diberikan adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia juga.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada hari ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada sidang kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada sidang ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan
1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada sidang ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Amanah Labuan
1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Yayasan Labuan
2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri
Kewangan - Puan Lim Hui Ying
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Puan Yang di-Pertua, seperti yang sedia maklum, Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] berfungsi antara lain untuk mengawal selia profesion undang-undang di Malaysia serta menetapkan syarat-syarat serta kelayakan seseorang yang ingin menjadi peguam di Malaysia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan ketara dalam bilangan peguam yang berdaftar di Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa bilangan peguam telah meningkat dari sekitar 15,000 pada tahun 2012 kepada lebih 23,000 pada awal tahun 2024.
Peningkatan ini menunjukkan keperluan untuk mengemas kini Akta 166 bagi memastikan ia kekal relevan bagi pengamal undang-undang yang semakin meningkat jumlahnya. Selaras dengan ini, cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Kerajaan Madani pada hari ini adalah penting dalam memastikan kualiti dan taraf penyampaian perkhidmatan guaman oleh pengamal di Malaysia selaras dengan perkembangan semasa di peringkat antarabangsa selepas lapan tahun akta ini tidak dipinda oleh kerajaan.
Secara keseluruhan, pindaan yang dicadangkan ini akan memperkenalkan beberapa perubahan penting yang bertujuan untuk meningkatkan pengawalan terhadap pengamal undang-undang dan memastikan mereka mematuhi standard etika dan profesionalisme yang tinggi.
Ini termasuk pengenalan kaedah-kaedah baharu bagi mengawal selia peguam bela, peguam cara dan pelatih dalam kamar dengan fokus kepada amalan kelakuan profesional serta syarat-syarat bagi penerimaan masuk ke dalam profesion ini. Melalui langkah ini, kita dapat memastikan bahawa hanya individu yang berkelayakan dan beretika dibenarkan untuk beramal sebagai seorang peguam.
Selain itu, cadangan pindaan ini juga memberikan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit Akaun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia ini merupakan langkah penting dalam memastikan ketelusan dan integriti pengurusan kewangan lembaga tersebut sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan di negara kita.
Dengan cadangan pindaan ini, kita berharap dapat merangsang pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan daya saing dalam sektor perundangan. Kita semua sedar bahawa sektor perundangan juga memainkan peranan kritikal dalam pembangunan ekonomi negara. Dengan memperkukuhkan perkhidmatan perundangan selaras dengan taraf antarabangsa, kita dapat memantapkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi penyelesaian pertikaian yang efisien.
Ini juga akan menggalakkan kemasukan firma guaman asing serta perkongsian kepakaran antarabangsa yang turut mampu memperkaya amalan undang-undang di dalam negara kita. Saya percaya bahawa dengan kelulusan rang undang-undang ini kita sedang mengambil langkah proaktif ke arah membina profesion perundangan yang lebih kukuh dan berintegriti.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertama, cadangan pindaan ini akan mengenakan penubuhan firma guaman sebagai perkongsian liabiliti terhad selaras dengan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]. Ketika ini, penubuhan firma guaman adalah melalui ketuanpunyaan tunggal dan perkongsian konvensional. Badan peguam akan mempertimbangkan permohonan firma guaman yang sedia ada untuk menukar kepada perkongsian guaman liabiliti terhad serta membolehkan peguam bela dan peguam cara untuk menubuhkan satu perkongsian guaman liabiliti terhad yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, seksyen 2, Amalan Profesional dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Pilihan yang diberikan kepada pengamal untuk menubuhkan perkongsian liabiliti terhad akan memberikan peguam bela dan peguam cara fleksibiliti dalam menjalankan amalan mereka dan menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan undang- undang kepada orang ramai.
Kedua, pindaan juga akan mengambil kira penubuhan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam dengan satu atau lebih cawangan dalam setiap negeri bagi maksud menjalankan fungsi yang dinyatakan dalam pindaan di seksyen 76C. Bagi tujuan ini Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam bolehlah menubuhkan cawangan dalam mana-mana negeri di luar pejabat utamanya dan cawangan itu hendaklah diurus dengan ditadbir oleh pusat tersebut dengan bantuan Jawatankuasa Badan Peguam Negeri.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ketiga, dengan cadangan pindaan ini Majlis Peguam boleh dengan kelulusan Peguam Negara membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia peguam bela dan peguam cara dan pelatih bagi amalan kesopanan, kelakuan dan tatatertib profesional, fi, gaji, elaun, keadaan kerja dan penerimaan masuk. Pindaan yang dicadangkan ini merangkumi penerimaan masuk orang ramai kepada perwakilan undang-undang di mana Majlis Peguam pada dasarnya telah meluluskan agar pengaturan fi bersyarat atau dengan izin conditional fees adalah dibenarkan. Fi yang dimaklumkan sebagai dengan izin, conditional fees merupakan perjanjian yang boleh dimasuki antara seorang peguam dengan klien.
Keempat, cadangan pindaan juga dibuat bagi menyelaraskan amalan semasa kepada asas perundangan bagi menjadikan perintah yang diperoleh seorang pelatih iaitu dengan izin short call sebagai syarat untuk pengakuan sebagai peguam dan Penasihat Undang-undang Mahkamah Tinggi. Melalui cadangan pindaan ini pemohon dengan izin short call hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari permulaan latihan pelatih.
Cadangan pindaan ini bertujuan menjadikan perintah yang diperoleh pelatih dalam kamar di bawah subseksyen 36(2) Akta 116 sebagai syarat untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi. Pindaan ini penting untuk memperkukuh latihan praktikal pelatih melalui pendedahan yang lebih mendalam kepada sistem mahkamah yang diperlukan untuk membentuk peguam yang kompeten.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kelima, cadangan pindaan ini juga akan memberikan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia. Ini adalah langkah yang amat penting untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan lembaga tersebut sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan.
Melalui kuasa ini, Ketua Audit Negara akan dapat menjalankan audit secara berkala, memastikan bahawa semua transaksi kewangan dijalankan dengan betul dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekali, cadangan rang undang- undang ini mempunyai 52 fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin blue bill yang telah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada 2 Disember 2024. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan penyelarasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang undang-undang ini ada sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin blue bill di bahagian huraian.
Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dalam barisan kerajaan ataupun barisan pembangkang untuk sama-sama memberi sokongan penuh kepada cadangan pindaan ini. Pindaan ini adalah penting untuk memastikan bahawa profesion undang-undang di dalam negara kita kekal relevan, berdaya saing dan terus maju seiring dengan perkembangan semasa.
Melalui lima pindaan utama ini, isu-isu asas dengan izin the bread and butter issues terhadap profesion undang-undang dalam negara kita akan dapat diselesaikan dengan efektif. Usaha kerajaan pada hari ini melalui pindaan ini diharapkan dapat meningkatkan pendapatan para-para peguam dalam negara kita, membuka lebih banyak peluang daripada segi perkembangan kerjaya mereka sekali gus memastikan profesion undang-undang di Malaysia terus berkembang dengan cemerlang dan dihormati. Terima kasih, Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Bangi, YB Kota Bharu, YB Tuaran, YB Masjid Tanah, YB Kepong, YB Besut, YB Miri, YB Selayang, YB Tumpat, YB Bukit Gelugor, YB Jelutong, YB Jerlun dan YB Rasah.
Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Saya mulakan dengan ucapan syabas dan tahniah buat kementerian ini atas pembentangan rang undang- undang ini. Rang undang-undang ini yang mana ia untuk meminda Akta Profesion undang-
undang 1976 Ahli Parlimen - Akta 166
ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengamal undang-undang di luar sana.
Sebahagian besar daripada cadangan pindaan ini sebenarnya datang daripada Majlis Peguam Malaysia iaitu badan yang mengawal selia profesion guaman di Semenanjung Malaysia. Cadangan substantif di dalam rang undang-undang ini telah lama dikemukakan oleh Majlis Peguam bermula daripada satu draf rang undang-undang pada tahun 2019 dan kemudian satu lagi draf yang dihantar pada tahun 2021.
Akhirnya, rang undang-undang ini dibentangkan dan dibahaskan dan insya-Allah akan diluluskan pada hari ini. Matlamat Majlis Peguam untuk membawa cadangan pindaan- pindaan ini adalah untuk menambah baik profesion guaman. Ini dapat dicapai dengan memodenkan amalan guaman, mempertingkatkan kebajikan para peguam dan memastikan bahawa terdapatnya akauntabiliti yang lebih tinggi dalam profesion guaman.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin terus khusus merujuk kepada fasal 12 rang undang- undang ini iaitu cadangan untuk memasukkan Bahagian VA mengenai Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam. Dalam fasal ini, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam atau dalam bahasa Inggeris, Bar Council Legal Aids Centre akan akhirnya dimaktubkan dalam undang- undang. Dengan cadangan pindaan ini Majlis Peguam akan mempunyai punca kuasa yang kukuh untuk mengendalikan Pusat Bantuan Guaman ini dan akhirnya memberi bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan.
Sebelum adanya Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mana kita tahu dana YBGK ini datangnya daripada kerajaan, apa yang kita ada, Bar Malaysia sudah pun menjalankan Skim Bantuan Guaman sejak tahun 1982, Puan Yang di-Pertua. Skim Bantuan Guaman Majlis Peguam ini dibiayai sepenuhnya pada ketika itu oleh para peguam. Dana akan diberikan kepada pusat ini setiap tahun dan bantuan guaman pula diberikan oleh para peguam sukarela yang tidak dibayar fi guaman. Saya melihat cadangan untuk memasukkan Bahagian VA ini sebagai satu pengiktirafan kepada usaha Bar Malaysia selama ini untuk memberikan bantuan guaman.
Selain itu, rang undang-undang ini juga mencadangkan supaya Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam ini boleh mengeluarkan satu sijil bantuan guaman kepada orang yang memerlukan bantuan guaman dan mereka ini yang layak akan dikenali sebagai orang yang layak dibantu. Apabila satu permohonan dibuat di bawah seksyen 76G yang dicadangkan, menurut 76H Pusat Bantuan Guaman akan memaklumkan mahkamah dan prosiding akan digantung selama 21 hari sementara siasatan dibuat oleh Pusat Bantuan Guaman untuk menentukan sama ada orang yang buat permohonan ini layak atau tidak untuk mendapat bantuan guaman. Pada masa yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian apakah safe guards dengan izin yang ada untuk memastikan bahawa ini tidak disalahgunakan?
Kemudian, sekiranya sijil bantuan guaman ini dikeluarkan untuk pemohon lepas siasatan dibuat, menurut seksyen 76J pula, orang yang layak dibantu ini yang ada sijil ini tidak boleh diperintahkan untuk membayar kos mahkamah kepada mana-mana pihak. Jadi, dengan ini seorang yang miskin masih boleh bawa tindakan undang-undang dan dilindungi daripada perintah untuk membayar kos.
Saya melihat ini sebagai satu anjakan paradigma yang mengubah cara kita mengurus pemberian bantuan guaman. Ia jadi memberi perlindungan kepada orang yang layak menerima bantuan guaman. Sebab kalau kita tengok dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 kita tahu ada apa yang kita panggil popper provision yang mana terletak dalam aturan mahkamah itu. Tetapi, bila kita cakap popper atau papa dalam bahasa Melayu ini takrifnya adalah terlalu rendah. Maksudnya, terlalu terhad, hanya kepada mereka yang mempunyai harta RM1,000 sahaja. Tak ramai yang akan layak. Jadi, dengan adanya rang undang-undang ini, dengan cadangan ini, ianya adalah lebih baik kerana pertamanya, kelayakan untuk memberi bantuan guaman adalah lebih fleksibel.
undang 1976 Ahli Parlimen - Akta 166
Kedua, tiada keperluan untuk memohon kepada mahkamah kalau bawah popper provision itu perlu masukkan satu saman pemula untuk dapatkan dan sudah tentu tidak semua orang tahu bagaimana untuk buat. Sikit lagi Puan Yang di-Pertua. Ini rang undang- undang yang penting.
Ketiga, penentuan kelayakan itu dibuat juga oleh Pusat Bantuan Guaman dan bukannya oleh mahkamah. Mereka yang sebenarnya tahu siapa yang sepatutnya layak dibantu. Oleh itu, peruntukan dalam Bahagian VA yang dicadangkan ini pada saya benar- benar mendukung prinsip access to justice ataupun akses kepada keadilan dan memastikan bahawa orang berkemampuan juga boleh menegakkan hak mereka di mahkamah.
Selain itu, kuasa yang diberikan kepada Pusat Bantuan Guaman untuk menentukan kelayakan, menggantung prosiding dan mengeluarkan sijil merupakan satu penghormatan Puan Yang di-Pertua, kepada semua peguam daripada dulu sampai sekarang yang telah memberikan khidmat bantuan guaman percuma di bawah Skim Bantuan Guaman Majlis Peguam. Bar Malaysia telah selama ini membuktikan bahawa ianya boleh melaksanakan tanggungjawab ini dan kuasa yang diberikan dalam rang undang-undang ini menunjukkan keyakinan kerajaan dalam institusi Majlis Peguam dan juga Bar Malaysia.
Akhir sekali, saya nak landing. Sebagai seorang peguam, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Majlis Peguam dan semua yang telah bekerja untuk membuat pindaan-pindaan ini, cadangan-cadangan ini dan membawanya kepada pihak kerajaan. Pada masa yang sama, rang undang-undang ini merupakan satu bentuk reformasi pentadbiran undang-undang yang telah direalisasikan di bawah Kerajaan Madani ini dan sekali lagi menunjukkan bahawa kerajaan ini benar-benar mendukung reformasi Puan Yang di-Pertua.
Itu sahaja. Bangi mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan khususnya Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) yang mana telah membentangkan
pindaan yang cukup baik dalam Akta Profesion Undang-undang 1976 - Akta 166
sebagaimana yang disebut oleh Bangi tadi. Kalau ini saya setuju dengan Bangilah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Mencelah]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Ketawa] Puan Yang di-Pertua — yang lain pun boleh setuju. Puan Yang di-Pertua, terdapat beberapa perkara yang amat signifikan terhadap pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 ini yang mana sebenarnya sebagaimana disebut oleh Bangi juga tadi, perkara ini sepatutnya telah lama diadakan, diwujudkan. Semasa kerajaan terdahulu semasa saya menjadi Menteri Undang- undang pun, pada masa itu telah ada satu gesaan daripada Majlis Peguam untuk meminda perkara-perkara yang disebutkan dalam rang undang-undang ini. Tapi pada masa itu, kita tahulah ianya terlibat dengan COVID dan sebagainya, tidak sempat.
Saya ada tiga aspek sahaja yang nak saya sentuh mengenai bil ini. Yang pertamanya di bawah fasal 12 kepada cadangan pindaan ini yang mana fasal 12 telah memperuntukkan cadangan-cadangan untuk memasukkan beberapa peruntukan baharu, seksyen-seksyen baharu, 76A, 76B, — capital ya, 76C, D, E, F, G, H, I, J, K, L dan juga 76 capital M di mana peruntukan ini berkaitan terus dengan Majlis Peguam, fungsi-fungsi dan perkara-perkara yang boleh dibuat oleh Majlis Peguam.
Saya nak sentuh satu sahaja iaitu cadangan seksyen baharu 76M yang mana dalam 76M ini dia mengatakan bahawa, “Majlis Peguam boleh dengan kelulusan Peguam Negara membuat kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan bahagian ini”. Isu yang nak saya bangkitkan, atas justifikasi apa Menteri, apabila Majlis Peguam nak buat kaedah dia sendiri, dia memerlukan kepada kelulusan Peguam Negara?
Sepatutnya pada pandangan saya, the owner of the bill is Majlis Peguam, peguam- peguam. Sepatutnya kalau kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara berhasrat untuk meminda akta ini, sepatutnya consultation dibuat dengan Majlis Peguam, bukan sebaliknya.
Ini Majlis Peguam nak buat kaedah, dia kena dapat kelulusan, not only consultation, kelulusan daripada Majlis Peguam. Tidak sebagaimana dalam badan-badan profesional yang lain, pelbagai badan profesional lain, perubatan, engineer dan sebagainya, mereka boleh membuat peraturan yang dikawal selia sepenuhnya oleh ahli-ahli badan profesional itu.
Jadi kita mahu tanya, kenapa dalam pindaan 76M ini memerlukan kepada kelulusan daripada Peguam Negara? Maknanya, tanpa kelulusan Peguam Negara, ianya tidak boleh diadakan. Jadi, adakah ini menunjukkan kerajaan berhasrat untuk campur tangan juga dalam Majlis Peguam ini? Nanti siapa nak jadi President of Bar Council, ditentukan oleh pihak-pihak tertentu. Tapi, kita harap tidak berlaku begitu.
Perkara yang kedua yang saya nak sentuh ialah fasal 13 berhubung dengan pindaan kepada seksyen 77 di mana seksyen 77 Akta Ibu dipinda. Satu, “Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa lain untuk membuat kaedah yang diperuntukkan di bawah Akta ini, Majlis Peguam boleh, sekali lagi dengan kelulusan Peguam Negara membuat kaedah bagi mengawal selia peguam bela, peguam cara dan pelatih dalam kamar pun mengenai amalan, kesopanan, kelakuan, tatatertib profesional, fi, gaji, elaun, keadaan kerja dan penerimaan masuk pelajar dalam kamar atau PDK”. Saya ingin bertanya, adakah cadangan untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan elaun kepada chambering student? Sekarang ini tidak ada satu ketetapan di dalam kaedah ataupun dalam akta mengenai apa yang sepatutnya dinikmati oleh pelatih dalam kamar (PDK). Sekurang-kurangnya kalau ada perkara ini, maka master kepada chambering student ini, firma mereka perlu memberikan sekurang-kurangnya satu elaun yang minima kepada PDK ini.
Ketiga, isu yang ketiga Puan Yang di-Pertua. Last, last. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai satu isu. Ini berkaitan dengan mahkamah iaitu apabila satu-satu kes diputuskan oleh mahkamah, katakanlah seorang tertuduh itu didapati bersalah dan dihukum dengan penjara, denda dan sebagainya. Beliau berhasrat untuk membuat rayuan kepada mahkamah lebih tinggi. Kalau Mahkamah Tinggi, dia nak merayu kepada Mahkamah Rayuan.
Isunya, terdapat — ini satu hakikat yang berlaku. Satu kes, saya terpaksa sebutlah.
Yang Berhormat sahabat kita, Yang Berhormat Muar. Beliau telah didapati bersalah dan dihukum penjara dan juga denda pada 29 November tahun 2024. Beliau berhasrat untuk membuat rayuan, telah masuk notis rayuan. Tetapi, mahkamah hanya memberikan alasan penghakiman (grounds of judgement) selama 346 hari kemudian. Lebih daripada setahun.
Kenapa perkara ini berlaku? Adakah Majlis Peguam juga concern mengenai perkara ini lebih- lebih lagi di pihak kerajaan sendiri, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan?
Saya nak tahu, sekarang ini ada berapa kes yang menunggu rayuan ke mahkamah lebih tinggi? Saya nak tahu statistiknya di dalam semua mahkamah, alasan penghakiman yang belum dikemukakan melebihi daripada enam bulan daripada tarikh keputusan itu dibuat.
Pepatah undang-undang mengatakan bahawa, “Justice delayed is justice denied”. Jadi kepada orang yang mempunyai hak dari segi undang-undang, dia memerlukan dokumen daripada mahkamah ini untuk memfailkan rekod rayuan dan sebagainya. Jadi, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya walaupun saya tidak beramal lagi sebagai peguam bela dan juga peguam cara, tapi saya ingin ambil bahagian tentang beberapa perkara rang undang-undang ini.
**[****Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang pertamanya berkenaan dengan pengauditan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang dan juga peperiksaan CLP – Eh, tiba-tiba Yang Berhormat Bangi pula jadi ya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, teruskan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Fasal 3 bertujuan memasukkan seksyen baharu 9A ke dalam Akta 166 untuk memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara bagi mengaudit Akaun Lembaga setiap tahun. Jadi, ini adalah bagi meningkatkan lagi ketelusan dan juga integriti di mata masyarakat.
Saya ingin bertanya, apakah bentuk mekanisme pelaporan awam yang akan dilaksanakan terhadap pengauditan tahunan Lembaga Kelayakan Profesional Undang- undang (LPQB) serta garis masa pelaksanaannya? Apakah kerajaan turut mempertimbangkan firma perakaunan bertauliah untuk menjalankan audit penyata kewangan seperti mana yang telah pun dilakukan sebelum ini? Di mana, LPQB pernah melantik perakaunan bertauliah seperti Lim Ali & Co. daripada 1984 hingga 1989 dan E&Y daripada 1992 sampai 2006. Apakah yang mendorong pengauditan LPQB ini diberhentikan sehingga 17 tahun iaitu satu tempoh yang sangat lama?
Dan apakah usaha pembaharuan terhadap struktur organisasi LPQB yang mengambil kira perubahan ketara yang berlaku dalam undang-undang sejak lima dekad yang lalu terutama sekali bagi menampung kos pengoperasian? Memandangkan LPQB bergantung sepenuhnya daripada pendapatan daripada kutipan yuran Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) serta yuran setiap tahun. Apakah kerajaan telah pun mengkaji keperluan untuk menambah baik komposisi Ahli Lembaga LPQB ini sedia ada serta meningkatkan tadbir urus ketelusan dan juga integriti dalam pengurusan kewangan seperti pelantikan juru audit dalaman untuk menyelia kewangan LPQB ini?
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang peperiksaan CLP dan juga syarat bahasa Melayu. Mengambil kira kelulusan CLP yang rendah setiap tahun daripada sekitar 200― daripada 1,058 orang calon Peperiksaan Sijil Amalan Guaman yang lulus pada tahun ini, sejauh mana kajian perbandingan telah dibuat bagi mengkaji kebolehlaksanaan Common Bar Course (CBC), dengan izin, ataupun Common Bar Examination (CBE) selari dengan piawaian guaman antarabangsa? Ini termasuk kajian terhadap penyeragaman syllabus CLP dengan kursus guaman di United Kingdom serta garis masa pelaksanaannya.
Apakah kerajaan juga bercadang untuk mengurangkan yuran CLP, fi CLP ini terutama bagi membantu calon daripada golongan yang berpendapatan rendah? Sebab, umum kita tahu yurannya sangat tinggi dan ramai yang tidak berkemampuan untuk mereka mengambil. Mereka terpaksa hendak bekerja dahulu, then baru hendak ambil peperiksaan tersebut.
Apakah pelan kerajaan bagi memperkasakan penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan individu yang ingin beramal sebagai peguam bela atau peguam cara? Mengambil kira sebahagian besar pemegang ijazah undang-undang dari luar negara serta syarat kredit dalam Bahasa Malaysia SPM yang sedia ada.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang perkara peluasan kuasa Majlis Peguam.
Pindaan kepada subseksyen 77(1) Akta 166 untuk meluaskan kuasa Majlis Peguam dengan kelulusan Peguam Negara termasuk kuasa untuk membuat kaedah berhubung dengan fi, gaji, elaun, keadaan kerja dan juga penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara serta pelatih. Saya ingin bertanya, sejauh manakah implikasi peluasan skop bidang kuasa kepada Majlis Peguam khususnya dari segi autonomi dalam menentukan hala tuju yang jelas termasuk hal ehwal pentadbiran dan juga kebajikan ahlinya? Pada masa yang sama, dapat memartabatkan profesion undang-undang supaya Majlis Peguam menjadi sebuah badan yang lebih telus dan juga demokratik tanpa ada sebarang campur tangan daripada pihak luar.
Apakah usaha penambahbaikan terhadap komposisi Majlis Peguam yang bersifat lebih representatif dan mewakili seluruh ahli Bar Malaysia sejajar dengan mandat asalnya ke arah meningkatkan pengawalseliaan amalan peguam bela dan peguam cara?
Bagaimanakah peranan Majlis Peguam terhadap kursus pembangunan serta program peningkatan kerjaya dan pendidikan untuk Majlis Peguam Muda serta penyediaan syllabus dan juga modul latihan undang-undang di universiti tempatan?
Apakah usaha yang diambil bagi memantapkan proses pemilihan Majlis Peguam secara lebih telus dan lebih adil? Memandangkan kadar pengundian yang telah pun dibuat bagi pemilihan sesi 2025/2026 baru-baru ini adalah sekitar, sangat rendah, 28 peratus. Jadi, sebagai langkah ke hadapan, adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji keperluan supaya jawatankuasa pemilih ini dipantau oleh badan bebas selain daripada mempertimbangkan kaedah pengundian secara dalam atas talian?
Itu sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat Kepong sebagai pembahas seterusnya. Lima minit, Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan RUU Akta Profesion Undang-undang ini.
Ini merupakan satu perubahan besar dalam struktur dan amalan profesional undang- undang di negara kita. Walaupun niat untuk memodenkan dan menyelaraskan amalan dengan standard global adalah sesuatu yang patut kita sambut, kita haruslah teliti implikasi perubahan ini terhadap sistem undang-undang kita, pengamal undang-undang terutama sekali klien peguam kita.
LLLP RUU ini menawarkan pendekatan inovatif dalam amalan guaman dengan mengehadkan liabiliti peribadi rakan kongsi terhadap sumbangan modal mereka. Model ini melindungi pengamal daripada kebankrapan akibat tindakan rakan kongsi mereka. Ia memodenkan kerangka undang-undang kita selari dengan amalan di negara-negara seperti Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Langkah ini boleh meningkatkan daya saing sektor global guaman kita dan menarik pelaburan tempatan serta antarabangsa dalam profesion undang-undang kita.
Namun begitu, Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita mengakui manfaat-manfaatnya, adalah sama pentingnya juga untuk kita menangani risiko yang mungkin timbul dari perubahan ini. Salah satu isu utama yang berbangkit ialah hakisan akauntabiliti profesion.
Struktur LLP RUU ini melindungi rakan kongsi daripada liabiliti peribadi terhadap kesilapan rakan kongsi lain. Ini boleh menyebabkan penurunan tahap etika kerana peguam mungkin kurang dorongan untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan mereka.
Selain itu, kewujudan pelabur dalam LLP boleh membawa kepada konflik kepentingan di mana tekanan untuk memaksimumkan keuntungan mungkin mengatasi keutamaan terhadap kepentingan klien. Tambahan pula, struktur kolektif LLP berpotensi mewujudkan kekaburan tanggungjawab yang boleh menyukarkan proses penyiasatan dan tindakan disiplin terhadap salah laku.
Dari sudut perlindungan klien, LLP menimbulkan kebimbangan serius persepsi bahawa akauntabiliti peguam telah berkurang boleh merosakkan kepercayaan awam terhadap profesion ini menjadikan klien ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan guaman.
Selain itu, sekiranya LLP gagal, klien mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pampasan penuh kerana aset rakan kongsi individu tidak boleh disentuh. Ini menimbulkan risiko terhadap kewangan klien terutamanya dalam kes melibatkan jumlah tuntutan yang besar. Lebih membimbangkan, pemusatan perkhidmatan guaman dalam firma besar melalui LLP boleh mengehadkan akses kepada keadilan bagi individu dan firma guaman yang kecil.
Selain itu, pengenalan LLP ini juga boleh menyebabkan gangguan dalam pasaran guaman. Walaupun ia berpotensi meningkatkan persaingan, ada kebimbangan bahawa persaingan tidak sihat akan berlaku menyebabkan penurunan kadar fi dan kemerosotan kualiti perkhidmatan. Dominasi firma besar yang dilengkapi dengan kelebihan struktur LLP boleh membawa kepada konsolidasi pasaran, mengurangkan peluang untuk peguam solo dan firma kecil berkembang. Tidak dapat dinafikan juga, LLP memberi kelebihan tidak adil kepada pengamal perundangan yang memilih struktur ini kerana mereka menikmati liabiliti terhad, sedangkan rakan kongsi tradisional masih menanggung risiko penuh.
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan langkah-langkah berikut― Pertama, memperketat peraturan etika. Peraturan etika yang khusus perlu diperkenalkan untuk mengekalkan standard amalan fidusiari dan kerahsiaan, memastikan kepentingan klien tidak terjejas.
Kedua, ketelusan operasi. LLP mesti mendedahkan matrik kestabilan kewangan seperti rizab modal yang melindungkan insurans untuk meyakinkan klien mengenai kemampuan kewangan mereka.
Ketiga, sokongan kepada firma kecil. Inisiatif harus diwujudkan untuk membantu firma yang kecil dan pengamal solo, sole proprietor, dengan izin, menyesuaikan diri dengan struktur baharu ini memastikan persaingan yang adil dalam pasaran guaman.
Keempat, had penglibatan firma asing. Penglibatan firma asing dalam LLP perlu dikawal ketat untuk melindungi kepentingan pengamal tempatan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kelima, pembangunan kapasiti Majlis Peguam. Sumber tambahan harus diperuntukkan kepada Majlis Peguam untuk mengurus tanggungjawab pengawalseliaan yang meningkat akibat LLP ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Kepong. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Besut sebagai pembahas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih, Yang di-Pertua baru.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sementara, sementara.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sementara. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin merujuk kepada terus kepada Fasal 3 berkenaan dengan 9A bagi kuasa audit kepada Ketua Audit Negara ini. Saya rasakan ini adalah satu pindaan yang baik, dia memberi untuk tadbir urus yang baik iaitu good governance dan juga tatakelola dalam di pihak lembaga.
Saya juga ingin menyatakan bahawa ini merupakan satu pindaan yang menentukan ketelusan dalam pengurusan kewangan lembaga itu sendiri dan juga untuk mengelakkan risiko kewangan lembaga dan sebagainya. Cuma saya ingin bertanya adakah laporan audit ini untuk tujuan kita bawa kepada pelaporan awam. Sama ada akan diberi kepada pihak Menteri dan juga dibentangkan di Parlimen dan boleh dilaporkan kepada awam? Ingin saya bertanya juga bagaimana pengurusan sebelum ini? Adakah tidak ada undang-undang yang mengawal selain berkenaan dengan akaun lembaga itu sendiri? Sebelum mungkin LPQB- kah apa semua. Dahulu ada audit bertauliah tetapi selepas itu tidak ada langsung, 17 tahun sudah dihentikan. Ini membawa kepada perkara-perkara yang tidak senonoh mungkin berlaku.
Seterusnya saya rujuk kepada Fasal 13, Majlis Peguam ini boleh membuat kaedah- kaedah ini. Cuma persoalan saya berkenaan dengan apa tujuan sebenar di sebalik seksyen 77 ini? Adakah Majlis Peguam hendak mengawal selia semua perkara yang dinyatakan di bawah 77 itu termasuk fees yang dikenakan oleh peguam kepada klien-klien mereka? Okey, terutamanya dari segi litigasi. Litigasi biasanya kalau Syahredzan & Co. mungkin terkenal atau Karpal Singh & Co. terkenal takkan dia orang hendak kawal, nampak. Kalau peguam saya mungkin syarikat saya mungkin tidak apalah saya bagi yang probono sahajalah.
Mungkin kalau kita lihat − kalau dia orang ini kalau untuk conveying mungkinlah. Mungkin boleh kawal sebab dia sudah ada skill awal-awal lagi conveying tetapi dari segi litigasi itu yang menjadi satu persoalan yang besar, okey.
Seterusnya saya juga merujuk kepada pindaan 36 itu berkenaan dengan pelatih dalam kamar ini. Ini juga pindaan yang baik sebenarnya. Cuma persoalan saya bagaimana kalau katalah pelatih ini dia berlatih di tempat pejabat guaman yang tidak berapa maju.
Maknanya syarikat dia ini setakat itu. Kes-kes pun tidak ada sangat macam mana pelajar- pelajar hendak belajar ataupun dia hanya dia buat conveying sahaja tidak ada litigation jenayah dan sivil, bagaimana?
Itu persoalan besar mungkin. Jadi cadangan saya, saranan sayalah maknanya untuk tempoh tiga bulan itu − sebab dia ada sembilan bulan, chambering sembilan bulan, tempoh tiga bulan kalau boleh bagi dia orang ikut master dia ke mahkamah untuk belajar sistem mahkamah dan juga belajar cara-cara hendak berguam. Itu jalan terbaik. Sebab kalau tidak kalau terus dia orang pergi ke mahkamah selepas tiga bulan untuk berbicara sebagainya, maknanya dia orang belum ada − mana dia punya keterampilan itu belum ada sebab dia orang tidak belajar lagi. Sepatutnya dia kena ikut dahulu belajar daripada master-nya ataupun boleh ikut yang lain-lain yang bukan masternya maknanya yang senior-senior.
Belajar daripada senior-senior. Tiga bulan terakhir barulah bagi dia orang sendiri pergi ke mahkamah untuk buat kes.
Terakhir, bagi sedikit lagi ya tentang Pusat Bantuan Guaman ini. Tadi pun Yang di- Pertua sudah sentuh tadi, YBGK. Cuma saya hendak tahu YBGK ini memang dananya datang daripada pihak kerajaan sepenuhnya, okey. Sekarang ini kalau kita lihat kepada Pusat Guaman ini adakah ia menyamai dengan YBGK ataupun kita kata satu lagi apa kriteria? Kalau YBGK mungkin free of charge tetapi dalam ini seolah-olah macam ada kalau tengok 76C(h), “Untuk menerima sebagai balasan perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa fi atau perbelanjaan atau sumbangan daripada orang yang dibantu”. Seolah-olah macam ada fees. Bayaran kepada peguam di bawah Pusat Bantuan Guaman ini. Jadi saya ingin dapat penjelasan daripada Menteri. Menteri dengar ya, okey. Jadi saya rasa setakat itu sahaja dan saya menyokong tetapi bersyarat. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Besut.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam suasana ekonomi pada zaman kini kita semua haruslah sedar bahawa banyak sektor pekerjaan dan profesion juga harus menjalankan perubahan. Dengan gaji minimum yang akan naik kepada RM1,700 pada tahun hadapan kita perlu mengiktiraf bahawa segala bentuk pendapatan di bawah RM1,700 adalah tidak mampu dan cukup untuk menampung kos hidup.
Baru-baru ini terdapat pergerakan yang dikendalikan oleh peguam-peguam muda seperti Saudara Vince Thian dan Goh Cia Yee dengan tujuan untuk menarik perhatian masyarakat dan juga ingin memperjuangkan untuk kebajikan pelatih dalam kamar dan peguam muda. Majoriti pelatih undang-undang jalani tempoh latihan selama sembilan bulan dan jika diambil kira waktu menunggu selepas itu dia boleh menjangkaui sehingga setahun sebelum mereka menjadi peguam yang dapat beramal sepenuhnya.
Bagi mereka yang dari keluarga berpendapatan rendah ini adalah beban yang berat sekiranya mereka tidak dibayar dengan elaun yang cukup untuk menyara kehidupan mereka sendiri. Kos pengajian undang-undang mungkin telah menghabiskan semua simpanan keluarga mereka dan ada yang bergantung sepenuhnya kepada PTPTN serta kerja sambilan untuk menyelesaikan pengajian. Bagi golongan ini mereka tidak mampu lagi untuk mengambil daripada simpanan atau membuat pinjaman tambahan untuk menyara diri.
Lebih membimbangkan, secara dasarnya pelatih tidak dibenarkan bekerja sambilan semasa tempoh ini. Namun saya mengetahui beberapa − yang terpaksa melakukannya secara senyap demi kelangsungan hidup. Ada yang menjadi promoter pada hujung minggu, ada yang kerja separuh masa di luar waktu pejabat. Oleh itu, bagi memastikan kualiti pelatih terjaga, kita tidak meminta gaji yang sama dengan seorang peguam atau mana-mana pekerja sepenuh masa di firma guaman tetapi sekurang-kurangnya mereka adalah dibayar dengan satu jumlah yang dapat menampung keperluan asas mereka dalam tempoh sembilan hingga setahun tersebut, dengan izin a living allowance.
Majlis Peguam memberikan kuasa untuk mengeluarkan keputusan dengan kelulusan Peguam Negara di bawah seksyen 77, Akta Profesion Undang-undang. Pindaan kepada seksyen ini yang dicadangkan akan memperluaskan kuasa Majlis Peguam untuk menangani isu seperti elaun pelatih dan syarat kerja yang sebelum ini di luar bidang kuasa mereka. Saya menyokong sepenuhnya pindaan ini. Saya ingin memohon penjelasan Timbalan Menteri sama ada pindaan kepada seksyen 77 ini dapat memberi kuasa kepada Majlis Peguam untuk mewujudkan satu mekanisme untuk mengkaji living allowance, dengan izin untuk pelatih sekurang-kurangnya pada kadar yang boleh menampung kehidupan mereka. Dan sama ada pindaan kepada seksyen 12 perlu dilakukan untuk memastikan tiada halangan dalam pelaksanaannya.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu penting berkaitan dengan RUU ini. Pertama sekali, berkenaan dengan faedah atau manfaat amalan perkongsian guaman liabiliti terhad. Apakah kelebihan bagi peguam yang menjalankan amalan seperti ini berbanding dengan amalan praktis yang sedia ada? Adakah ini akan mengurangkan akauntabiliti seseorang peguam terhadap tingkah laku dengan perkara yang berlaku di firma guamannya?
Seterusnya, saya juga ingin memohon klarifikasi daripada pihak Menteri bahawa mengapakah Majlis Peguam perlu kuasa untuk membuat kaedah mengenai fi, gaji, elaun dan keadaan kerja peguam dan pelatih dalam kamar? Apakah keperluan untuk kawal selia yang begitu terperinci seperti ini perlu terhadap satu profesion? Adakah ini satu langkah yang perlu bagi memastikan profesion undang-undang lebih berdaya saing dan berkualiti?
Seterusnya saya juga merujuk kepada jawapan YB Timbalan Menteri di Kamar Khas pada 29 Oktober 2024, jawapan diberi terhadap terdapat wang Lembaga Kelayakan yang telah dilabur dalam simpanan tetap. Walau bagaimanapun, siasatan meneliti Akta Profesion Undang-undang 1976 dan mendapati tiada peruntukan dalam akta ini yang membenarkan wang Lembaga Kelayakan tersebut dilabur sebegitu. Apakah punca kuasa bagi pelaburan ini? Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang isu kebajikan hakim iaitu semakan gaji hakim. Selaras dengan sistem SSPA, semua penjawat awam Persekutuan akan menerima peningkatan dalam gaji. Walau bagaimanapun, kali terakhir gaji hakim-hakim di Malaysia disemak dan ditingkatkan adalah pada tahun 2015. Ini tidak boleh diterima dan seharusnya gaji dan elaun hakim juga ditingkatkan demi menarik bakat yang terbaik untuk menyertai badan kehakiman.
Apakah tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan dalam hal ini? Juga berkenaan dengan usia persaraan untuk seseorang hakim. Apakah tindakan kerajaan dalam perkara ini?
Saya juga mendapat aduan daripada beberapa rakan-rakan peguam bahawa terdapat kes- kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran, kes-kes tahun ini ditetapkan pendengaran pada tahun 2027. Adakah kita tidak cukup manpower dengan izin, dalam bidang kehakiman dan mungkin saya memohon pihak Menteri untuk memberi pencerahan berkenaan dengan perkara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Miri, membawa suara peguam-peguam muda. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Speaker. Perkara yang saya akan sentuh ialah tentang perkongsian guaman liabiliti terhad.
Pindaan-pindaan perundangan untuk membolehkan ahli-ahli badan peguam menjalankan amalan sebagai perkongsian guaman liabiliti terhad adalah yang dinanti-nantikan dan sangat dialu-alukan oleh peguam-peguam.
Walaupun ada Perkongsian Liabiliti Terhad Tahun 2012 yang telah memperkenalkan konsep perkongsian liabiliti terhad, Akta Profesion Undang-undang 1976 tidak membenarkan peguam bela dan peguam cara menjalankan profesion mereka sebagai perkongsian guaman liabiliti terhad.
Walaupun profesion-profesion lain dapat memanfaatkan kelebihan perkongsian liabiliti terhad dalam amalan mereka, peguam-peguam sehingga terkini hanya dapat menjalankan profesion mereka melalui ketuanpunyaan tunggal (sole proprietorship) atau perkongsian konvensional (conventional partnership). Sehingga kini, cara dan struktur peguam di Malaysia memberikan perkhidmatan adalah sama yang dilakukan selama 200 tahun, it’s a 200 years old concept. Walaupun keadaan perniagaan dan globalization telah berubah. Sebab itu memang peguam di Malaysia menantikan pindaan ini.
Singapura telah meminda undang-undang mereka untuk membenarkan guaman liabiliti terhad yang dipanggil law corporation atau Limited Liability Company (LLC) dan itu adalah pada tahun 1999 dan United Kingdom membuat demikian pada tahun 2001 dengan konsep Limited Liability Partnership (LLP). Pindaan rang undang-undang ini dengan guaman liabiliti terhad akan membolehkan ahli-ahli badan peguam berkembang maju, perkhidmatan undang-undang dan bersaing bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa di dalam era globalisasi.
Walaupun pindaan ini adalah baik daripada segi peguam-peguam, soalan saya ialah apakah kesan kepada anak guam atau pengguna (the consumer)? The ordinary consumer that is going to receive this legal service? Kepada prinsip untuk pindaan ini adalah perubahan akan memberi lebih manfaat kepada orang ramai dengan peguam dapat memberikan perkhidmatan kepada consumer dengan lebih baik. Akan tetapi pada pandangan saya, pindaan ini tidak cukup untuk memberikan manfaat kepada the ordinary consumer kerana peguam ada di bawah tekanan bank-bank untuk membuat kes. Untuk pinjaman, mereka perlu diadakan di dalam panel. Sama juga untuk jual janji membeli rumah, juga hendak masuk di dalam panel developer. Developer dan bank memberikan satu kesan yang kuat kepada firma- firma peguam.
Saya tidak tahu sama ada dengan limited liability, peguam-peguam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan luas kepada ordinary consumer. Contohnya, kalau seorang memilih meminjam hanya hendak menggunakan panel dan peminjam juga hendak bayar yuran peguam tetapi peguam itu tidak menjaga kepentingan peminjam tetapi menjaga kepentingan bank. Kalau begitu, sebenarnya bank perlu membayar yuran kepada peguam mereka dan peminjam, consumer, harus dan patut diberikan kebenaran untuk melantik peguamnya sendiri kerana mereka membayar. Juga tidak ada ruang untuk mengadakan perubahan kepada standard loan agreement. Masa sudah sampai, bahawa kita perlu mengadakan standard loan agreement seperti yang kita ada dalam standard sale and purchase agreement yang adil. Sekarang tidak adil, berat sebelah kepada bank dan akhirnya consumer hendak bayar tetapi tidak ada sesiapa peguam yang jaga kepentingan mereka. Ini perlu dilihat supaya akhirnya pindaan ini akan memberi manfaat kepada consumer bukan sahaja kepada peguam. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Selayang.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pindaan ini akan membawa perubahan kepada Akta Profesion Guaman bertujuan untuk menambah baik profesion undang-undang, memodenkan profesion guaman, meningkatkan kebajikan peguam, memastikan tahap akauntabiliti yang tinggi dan profesion, meningkatkan kualiti perkhidmatan guaman serta [Tidak jelas] awam.
Jadi, kita percaya bahawa semua yang dicadangkan oleh pihak kerajaan adalah menjurus ke arah perkara ini. Dalam menyediakan perkara ini, ada beberapa perkara yang perlu kita sentuh. Pertama, adakah dalam hari ini, sistem kepeguaman kita dan sistem keadilan kita telah menjuruskan persediaan bagi peguam-peguam menghadapi dunia digital dan siber dan memanfaatkan AI dalam profesi guaman. Seterusnya, boleh memelihara legal mind dan sentuhan manusia.
Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan bagi memastikan bahawa dalam Bar Council, pemilihan untuk AJK dalam Bar Council diteruskan dalam bentuk e-voting ke arah pemilihan yang lebih adil dan eksklusif. Kita lihat dalam pemilihan baru-baru ini, pada pengundian pada 2 Disember 2024, jumlah kertas undi, 24,262. Kertas diterima, 6,713, kertas yang dikira, 6,579. Jadi, perkara ini pada tahun 2014 telah dicadangkan oleh Majlis Peguam supaya ditingkatkan, membuatkan program e-voting untuk meningkatkan turnout dan memastikan bahawa mandat itu serata daripada seluruh negara.
Dalam hal ini, kita percaya bahawa sekiranya mahkamah telah bergerak ke arah digital, semua perundangan ditukar dan dipinda, kenapa kita, Bar Council belum bergerak ke arah itu? Kedua, selalu juga kita lihat pegawai-pegawai Bar Council merupakan pihak yang mendukung demokrasi, menjadi orang yang sentiasa memastikan kita ini menjalankan hak pengundian, libat urus keterlibatan rakyat tetapi dalam hal ini, kita pula yang ke belakang.
Jadi,ini perlu kita lihat dan ini selaras juga dengan pindaan yang berlaku dalam sistem-sistem yang lain.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Kedua, berkenaan dengan AI. Kita ini- kita terlibat hari ini dengan ChatGPT, co- council dan sebagainya dalam sektor guaman. Namun, kita akan terdedah kepada banyak cabaran yang akan mungkin boleh menggantikan dan akan mengganggu gugat legal mind yang dimiliki oleh peguam profesional terlatih. Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan membuat suatu pindaan kepada LPA, memasukkan suatu klausa baru untuk diperkenalkan bagi menjadikan penggunaan teknologi oleh bukan peguam bagi menyediakan khidmat nasihat undang-undang sebagai satu kesalahan. Ini kerana hari ini mungkin mereka akan hanya merujuk kepada Google atau merujuk kepada AI tanpa disahkan oleh peguam-peguam yang terlatih. Jadi, ini juga perlu kepada latihan khas untuk peguam- peguam, modul yang khusus kepada kita untuk memahami potensi dan kepantasan AI dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan keadaan negara.
Ketiga, berkaitan dengan self-indemnity fund. Dalam LPA di bawah seksyen 78A(1B), ada memperuntukkan kepada Bar Council untuk established and maintain the fund or funds for the aforesaid purpose. Dalam hal ini membabitkan tentang indemnity. Jadi, kita lihat sudah lama kita jalankan profesion indemnity insurance dan kita difahamkan antara tahun 2009 hingga 2021, terdapat lebihan premium mencecah hampir RM63 juta. Dalam hal ini, sepatutnya kita pindah sekarang ini kepada SIF ataupun self-indemnity fund supaya ia boleh diteruskan ataupun diuruskan sepenuhnya oleh Bar Council kerana sebarang lebihan ataupun kebajikan boleh diuruskan terus oleh pihak peguam yang menjadi jawatankuasa dalam Bar Council.
Jadi, kita kena kurangkan kebergantungan kepada pihak luar, operator kerana kita tahu ... ataupun keuntungan ini dimiliki oleh pihak luar. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan akan meminda LPA ini sekali lagi untuk juga memasukkan bukan hanya insurans tetapi takaful dan untuk memberi peluang kepada peguam Muslim bagi menggunakan sistem takaful dalam indemnity mereka?
Keempat, berkenaan dengan gelaran peguam. Hari ini TPR, town planner, technologist, surveyor, engineer, semua ada gelaran prefix. Hanya peguam yang belum ada, sedangkan jumlah peguam dalam Malaysia hanyalah 24,645 berbanding dengan profesion lain yang mungkin menjangkau hampir 79,000. Begitu juga dengan pihak engineer lebih kurang 187,000 saya rasa.
Jadi dalam hal ini, saya serah kepada pihak kerajaan supaya boleh memperkenalkan agar ini dapat memartabatkan profesion guaman menjadi lebih terhormat dengan gelaran yang lebih formal dan melengkapkan ekosistem. Kerana untuk firm kita ada messrs tetapi untuk individu peguam, tidak ada. Jadi, ini perlu kepada kita dalam masa sekarang kerana kita tak perlu perkenalkan diri secara formal kerana sudah ada dalam prefix tersebut.
Seterusnya, berkaitan dengan hala tuju kerajaan terhadap sistem keadilan antara Legal Aid Centre dan Public Defenders Act. Kita dengar kerajaan menyebut bahawa akan pinda dan gubal undang-undang untuk buat Public Defenders Act. Rakan kita di Singapura dan Thailand telah pun memulakan. Sejauh manakah dengan perubahan pada hari ini di antara LAC kepada Bar Council ini dengan Public Defenders Act, tindakan bertindih daripada sudut functionnya dan juga daripada segi beban kepada Bar Council, bukan hanya di Pusat tetapi juga di negeri-negeri.
Seterusnya, berkaitan dengan jenis firma guaman. Hari ini kita lihat banyak firm-firm kecil berbanding dengan firm-firm besar. Jadi, adakah kerajaan akan membuat satu inisiatif dan insentif bagi menyokong firma-firma kecil dan menggalakkan konsolidasi untuk firma menjadikan ianya lebih besar atau mengimbangi kedua-duanya. Kita perlu tahu hala tuju ini dan yang terakhir tentang kesedaran syariah untuk peguam-peguam sivil bagi memperkukuhkan dualisme perundangan. Antara ciri yang berbeza di antara Malaysia dengan negara-negara lain, kita mempunyai dualisme dari segi perundangan. Jadi dalam hal ini, kita lihat banyak kekeliruan berlaku, banyak kes yang dibawa menunjukkan kepada kita kekeliruan di antara pihak-pihak yang terbabit dalam keadilan dan kepeguaman berkenaan dengan hak-hak yang perlu dijaga oleh Mahkamah Syariah berkaitan dengan Artikel 3.
Jadi dalam hal ini, sepatutnya dibuat lebih banyak libat urus, latihan praktikal, perbincangan, forum di antara peguam sivil dan syariah dan juga penerbitan dan buku panduan ringkas supaya boleh meningkatkan kesedaran dan libat urus di antara ini kerana ini perkara yang penting kepada negara dalam menjaga model dan juga naratif yang perlu ada di Malaysia yang telah kita pertahankan selama ini dalam Perlembagaan kita.
Seterusnya, tentang mediasi. Sekarang ini banyak kes tertunggak. Mediasi adalah opsyen. Saya ingin tanya kepada pihak Bar Council. Berapa ramaikah peguam kita yang telah pun berdaftar sebagai mediator? Kerana kita lihat ianya tidak akan selesai kalau tidak melibatkan peguam secara tuntas kerana ini membabitkan kes-kes yang tertunggak dan banyak kes yang dapat kita selesaikan.
Jadi, kita mohon agar dengan pindaan yang ada pada hari ini boleh memberikan banyak peluang kepada pihak peguam dan juga masyarakat lebih memahami dan Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita akan ada 3,000 rang undang-undang yang akan dipinda.
Tempat yang tertinggi untuk pinda undang-undang di Parlimen. Kalaulah masyarakat kita tidak mempunyai kesedaran dari segi legal mind untuk memahami apakah yang berlaku dalam Parlimen, dalam Dewan Undangan Negeri, ini sangat rugi.
Di negara Israel, nisbah peguam mereka satu lebih kurang dalam 600. Di Singapura, satu nisbah 1,000. Di Malaysia, nisbah antara rakyat kita dengan peguam lebih kurang satu hingga 1,300. Jadi, sampai masanya untuk kita bertindak dan memahami undang-undang agar kita memahami bahawa proses dan perundangan dasar negara perlu dilibatkan dan melibatkan semua rakyat. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Sebenarnya sudah habis masa tetapi saya bagi sedikit sebab saya fikir rang undang-undang ini penting. Seterusnya, saya menjemput kepada Yang Berhormat Jerlun sebagai pembahas seterusnya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, merujuk Fasal 11, diwujudkan bahagian baru iaitu Bahagian IVB, perkongsian guaman liabiliti terhad. Asalnya, perkongsian guaman liabiliti terhad tidak terpakai kepada golongan profesional. Jadi, sebarang saman daripada mana-mana pihak ke atas sebuah firma tidak terhad kepada pihak yang dikatakan melakukan kesalahan tetapi akan turut memberi kesan kepada rakan kongsi yang lain. Secara tidak langsung, ia mewujudkan tanggungjawab bersama atau collective responsibility, dengan izin.
Ia adalah baik untuk pihak yang mahu menuntut ganti rugi. Bagi pindaan kepada perkongsian guaman liabiliti terhad berkaitan kewujudan liabiliti terhad limited partnership, dengan izin, yang bagusnya, rakan kongsi atau partner yang lain tidak terkesan dengan saman atau tuntutan yang dibuat ke atas partner tertentu dan yang kurang bagusnya ialah pihak yang membuat tuntutan tidak boleh menangguhkan atau extend tuntutan kepada partner lain dalam firma yang sama. Jadi, ini tidak ada lagi collective responsibility. Merujuk Fasal 12, diwujudkan bahagian baru iaitu Bahagian VA, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam. Seksyen 76B(1), adakah dengan penubuhan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam akan menamatkan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan atau YBGK. Jika ya, bagaimana status peguam YBGK sedia ada? Adakah peguam YBGK akan diserap masuk ke dalam Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam yang bakal dipinda atau bagaimana? Bagaimana pula sumber kewangan bagi pembayaran fi peguam yang terlibat dengan skim baru ini? Adakah berlaku pertindihan fungsi dengan Jabatan Bantuan Guaman? Sejauh mana efisien skim baru ini berbanding YBGK dalam memberi khidmat guaman semasa prosiding reman, permohonan jaminan dan rayuan hukuman sebab dalam YBGK, peguam bertugas boleh bertindak segera tanpa memerlukan permohonan sendiri oleh orang yang disaman (OYDS) dan orang kena tuduh (OKT).
Kesediaan peguam YBGK yang ada pada setiap hari di mahkamah boleh membantu OYDS atau OKT. Tidak seperti peguam JBG. Khidmat mereka perlu dibuat permohonan terlebih dahulu dan perlu diluluskan. Seksyen baharu 76B yang dicadangkan mengehendaki Majlis Peguam untuk mentadbir Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam atau Bar Council, Legal Aid Centre dengan satu atau lebih cawangan di setiap negeri. Majlis Peguam boleh memberikan arahan kepada Pusat dan Pusat hendaklah bertanggungjawab kepada Majlis Peguam. Apakah perancangan kerajaan untuk mengkaji semula sistem bantuan guaman sedia ada, termasuk status terkini kajian berhubung cadangan penggabungan YBGK dan Jabatan Bantuan Guaman iaitu JBG? Sejauh mana ia dapat membantu memperluas akses orang ramai kepada bantuan guaman secara lebih efisien atau berkesan dalam memperjuangkan keadilan serta melindungi kepentingan dan pembelaan awam?
Apakah usaha pembaharuan kerajaan dalam memperkasa peranan YBGK dari segi khidmat bantuan nasihat dengan guaman syariah kepada golongan rentan, golongan bawahan B40 yang membabitkan kanak-kanak dan wanita? Ini termasuk peruntukan RM10 juta kepada YBGK yang diumum tahun lalu bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Berapakah peruntukan yang telah dimanfaatkan setakat ini? Adakah kerajaan juga bersedia mengkaji keperluan untuk menawarkan pengecualian cukai kepada mana-mana peguam yang memberi khidmat perundangan secara pro bono? Apakah pendekatan yang diambil untuk mendekati masyarakat khususnya di luar bandar menerusi klinik bantuan guaman bergerak bagi meningkatkan akses perkhidmatan bantuan guaman bergerak kepada masyarakat yang berdepan isu perundangan selain menyebar luas maklumat berkaitan sistem perundangan negara?
Selain itu, isu pengurusan Majlis Peguam (Bar Council) dengan izin yang ahlinya ramai tetapi sangat sedikit yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Bar Council dan sedikit juga yang hadir untuk mengundi memilih AJK Bar Council. Ini pihak kerajaan perlu beri perhatian kerana Bar Council ini adalah satu majlis yang ada hubungan rapat dengan peguam itu sendiri. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan RUU Profesion Undang-undang 1976 pada tengah hari ini. Sudah tentunya sebagai seorang pengamal undang-undang, seorang yang memegang PC, sama-sama kita sangat prihatin terhadap pindaan-pindaan ini. Sebab pindaan yang terlibat pada kali ini banyak melibatkan substantif
(substantial aspect) yang boleh memberikan pengaruh besar kepada profesion undang- undang itu sendiri.
Perkara pertama yang saya nak sebut Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan seksyen 9A yang baharu yang dimasukkan ke dalam akta induk iaitu dikatakan bahawa “Akaun lembaga hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara”. Saya menyambut baik. Saya rasa ini perjuangan yang telah kata – ramai yang memperjuangkan perkara ini sejak sekian lama dan akhirnya, Ketua Audit Negara dengan kuasa yang ada – kita telah memperkasakan kuasa pada Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun lembaga.
Saya rasa ini suatu yang saya puji dan wajar disokong oleh semua pihak.
Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua yang saya nak sebut adalah berkenaan dengan keterlibatan firma guaman asing di bawah pindaan kepada seksyen 40F di mana firma guaman tempatan boleh kerjasama dengan asing. Di mana kebenaran diberikan kalau tak silap saya, nampak di sini, Majlis Peguam boleh memberikan kebenaran dengan kelulusan AG (Peguam Negara). Saya nak tanya, apakah ini menunjukkan bahawa ada segmen tertentu, bidang tertentu dalam negara kita yang firma guaman tempatan tidak dapat menguasainya? Ataupun apa sebab di sebaliknya perlu kita menjemput, mempelawa firma guaman asing datang ke negara kita?
Saya tahu bila kita sebut globalization, dunia tanpa sempadan, perniagaan masa kini, memang betul kita kena berhubung dengan antarabangsa. Tapi cuma kemasukan firma guaman asing ini biasanya gergasi. Apakah ia akan menjejaskan firma guaman tempatan yang mungkin sole proprietor, perseorangan, persendirian dan firma perkongsian yang mungkin kecil? Jadi, apakah impak dia?
Saya secara terus terang saya mengatakan bahawa jangan sebab kita pelawa firma guaman asing masuk dan menjejaskan firma guaman tempatan yang kecil, yang mungkin dari dari segi struktur dia, organisasi dia sukar untuk bersaing di bumi Malaysia. Jadi saya mohon penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan perkara ini.
Perkara seterusnya yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 77 subseksyen (1)(b). Saya nampak ada disebutkan “fi”. Fees ini untuk litigation sahaja ataupun turut melibatkan conveyancing? Seba kita sedia maklum – saya bukan peguam litigation lah.
Siapa yang terlibat dengan litigation maknanya urusan di mahkamah dan sebagainya, dia tak ada satu skala fees. Dia banyak bergantung – saya dengar perbahasan rakan-rakan Yang Berhormat tadi, banyak menyebut ya, bergantung kepada pengalaman ataupun nama besar yang ada pada peguam tertentu. Ini adalah amalan sejak sekian lama. Jadi apabila adanya pindaan baharu ini, apakah ia akan mengekang peguam tertentu untuk mengenakan bayaran fees tadi daripada klien dia? Saya mohon penjelasan daripada kerajaan.
Berkenaan isu terakhir Tuan Yang di-Pertua yang saya nak sebut pada tengah hari ini adalah berkenaan dengan Pelatih Dalam Kamar (PDK), chambering student. Ya, kita tahu ini adalah satu proses yang perlu dilalui. Nak jadi peguam, suka tak suka, inilah perjalanan ke arah menjadi seorang peguam bela dan peguam cara di Malaysia. Saya nampak ada pindaan yang membolehkan selepas perintah panggilan pendek ataupun short call, boleh mewakili master dia untuk ke mahkamah tinggi. Satu pembaharuan yang saya sokong, saya anggap ia sebagai satu yang memperkasakan proses praktikal tersebut yang wajar disokong dan ada keperluan.
Sebenarnya sepatutnya dari dulu lagi patut ada pindaan sebegini. Zaman saya jadi chambering dulu tak boleh appear, okey. So, ini suatu yang saya rasa suatu yang bagus, yang kita puji. Cuma saya nak tanya, macam mana dengan aspek liabiliti? Sebab liabiliti adakah terletak pada master dia ataupun firma guaman dia? Macam mana? Sebab pelatih ini kita tahu kalau dia pelatih, maknanya pengalaman dia, dia masih perlu belajar sesuatu daripada segi praktikal. Jadi saya mohon penjelasan daripada kerajaan.
Berkenaan dengan PDK juga, selama ini kita ada dengarlah ada kes buli dan sebagainya. Saya tak pernah bulilah. Saya tak pernah kena buli dan saya tak pernah buli pelatih kamar saya. Cuma, saya ada dengar juga – saya nak tanya, ada tak kerajaan ada apa-apa statistik ataupun ada apa-apa peluang platform untuk pelatih dalam kamar yang mungkin nasib kurang baik kena buli bukan oleh master, mungkin oleh pihak yang lain untuk mengadukan masalahnya?
Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Smart lah duduk kat atas itu.
Nampak bertambah smart.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Rasah. Dia cuma tak maklumkan sahaja bila dia jadi PDK masa itu. Jadi seterusnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada 10 orang pembahas yang telah membahas. Saya beri peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selama 15 minit, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat. Syabas menjadi Speaker hari ini.
*Pergi mendaki Gunung Daik, Hendak menjerat kancil dan rusa, Pindaan ini adalah yang terbaik, Mohon sokongan daripada semua.
[Tepuk]* Terima kasih. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Profesion (Pindaan) 2024. Segala cadangan dan pandangan Ahli- ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab kesemua persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara lisan. Namun, andai masa tidak mengizinkan, saya mohon untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dijawab oleh saya secara lisan.
Pertama ialah Yang Berhormat Bangi. Yang Bangi tidak ada di Dewan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada, ada.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oh, ada. Oh [Ketawa] Macam mana?
Kalau...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bangi naik pangkat tu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Ketawa] Kalau enggan menjawab, macam mana? Boleh dipaksa ya Yang Berhormat?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya rasa penting untuk dijawab soalan- soalan YB Bangi.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Bias, bias.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat telah menyentuh beberapa perkara. Ini diambil perhatian dan saya rasa sebagai seorang pengamal undang-undang, Yang Berhormat lebih fasih dan tahu bahawa kehendak kelulusan rang undang-undang ini adalah amat penting dan sepatutnya dibuat beberapa tahun dahulu. But it had been delayed tetapi telah dibawa oleh Kerajaan MADANI pada hari ini dan apa yang telah disentuh oleh Yang Berhormat, akan diambil kira dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Kota Bharu telah membangkitkan perkara yang mustahak iaitu berkaitan dengan seksyen 76. Dalam perkara ini, kerajaan mengambil maklum pandangan Yang Berhormat Kota Bharu dan perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dengan Majlis Peguam. Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu, kita perlu look at the big picture bahawa penglibatan Attorney General’s Chambers dalam pengendalian beberapa isu-isu oleh Majlis Peguam di mana ini adalah household matters.
Di mana Majlis Peguam patut mengendalikan perkara-perkara itu tanpa apa-apa penglibatan pihak yang lain. Dari apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu perlu diambil dengan tengok dalam teliti dan perkataan yang beliau menggunakan adakah campur tangan akan berlaku jika kita membenarkan Attorney General untuk menjadi pihak yang the end part di mana kelulusan diperlukan oleh Attorney General. Ini kita perlu fikir, Yang Berhormat. Saya telah berbincang dengan Majlis Peguam.
Mereka kata mereka nak buat perbincangan dengan Peguam Negara dan cari usaha yang win-win di sini. Seperti di banyak negara di dunia ini Yang Berhormat Speaker, bahawa House matters are dealt internally. Tidak ada keperluan di kawal selia oleh pihak yang lain. Ini perlu kita ingat.
Yang Berhormat, walaupun saya mengata perkara sedemikian. Bila LPA ini baru-baru mula-mula dimulakan. Ada satu klausa di sana di mana semua akta-akta yang dibawa ke Parlimen dirujuk kepada Majlis Peguam dulu. Itu telah diubah, telah dimansuhkan beberapa dekad dahulu. Tetapi, menunjukkan di mana letaknya badan Majlis Peguam Negara ini? Very high standing. Jangan lupa sumbangan mereka pada masa itu, pada 50-an, 60-an, 70-an, 80-an sampai sekarang. Mula-mula the most experienced of lawyers adalah di Majlis Peguam.
Maka, ada akta yang mengatakan bahawa rang undang-undang mendapat kelulusan macam ia a conditional approval dari Majlis Peguam. Itulah penglibatan saya rasa yang mustahak dan saya terima baik pandangan Kota Bharu dan semestinya perkara ini akan diambil kira. Saya difahamkan ada lagi satu fasa rang undang-undang yang dicadangkan oleh Majlis Peguam yang sedang diteliti, yang akan dibawa pada tahun hadapan.
Yang Berhormat Masjid India— Masjid Tanah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Masjid Tanah. Masjid Tanah. Bukan Masjid India. Masjid Tanah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Masjid Tanah menjadi Masjid India.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sebut betul-betul.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Untuk makluman Yang Berhormat, pengauditan dijalankan sejak tahun 1984 hingga 2006. Walau bagaimanapun, audit telah tidak dijalankan dari tahun 2007 sehingga kini. Ini adalah Legal Profession Qualifying Board.
Ini berkemungkinan kerana saiz organisasi yang kecil dan ketidakadaan pegawai kewangan yang khusus serta pertukaran pengarah peperiksaan Sijil Amalan Guaman setiap dua hingga tiga tahun sekali.
Dalam hal ini, pihak Lembaga Kelayakan sedang menambah baik struktur organisasinya dan sedang mempertimbangkan untuk melantik pegawai kewangan yang khusus. Yang Berhormat, sebenarnya saya telah memanggil the Director of Legal Examination dan telah memberitahu pandangan kerajaan. Kita telah pun mengadakan beberapa mesyuarat bahawa tidak boleh menafikan bahawa tidak ada audit untuk 17 tahun, satu perkara yang tidak boleh diterima.
There cannot be at all. This is unacceptable. Kewangan banyak yang lebih kurang RM54 juta yang dikendalikan oleh pihak mereka seperti Yang Berhormat Miri dan Yang Berhormat Rasah pun membangkitkan perkara sedemikian. Itulah sebab sekarang dengan serta-merta dengan pemindahan ini dan selepas kelulusan Senat, saya harap akaun-akaun itu akan diaudit dan juga supaya memberitahu apakah yang telah berlaku dan kenapa untuk 17 tahun ini ia tidak dibuat? Sekurang-kurangnya kita dapat tahu adakah kecuaian atau kelalaian dalam sedemikian.
Walaupun perkara itu, saya harap lebih pegawai director itu akan mengambil tindakan supaya memberi tekanan kepada pegawai-pegawai dia supaya mengadakan auditan dengan seberapa segera yang boleh. Saya percaya Yang Berhormat Miri telah membangkitkan perkara-perkara yang saya rasa adalah mustahak di mana beliau mengatakan, membangkitkan mengenai apakah kelebihan bagi peguam berbanding praktis yang sedia ada?
Dalam LPA tiada punca kuasa untuk melaburkan wang Lembaga Kelayakan dalam fixed deposit. Apakah punca kuasa Lembaga Kelayakan? Akta Profesion Undang-undang 1976 tidak memperuntukkan secara spesifik berkenaan dengan kewangan Lembaga Kelayakan termasuk mengenai kuasa untuk melaburkan lebihan kewangan dalam fixed deposit. Walau bagaimanapun, berdasarkan seksyen 6 Akta Profesion Undang-undang 1976, Lembaga Kelayakan diberi kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu dan bersampingan untuk melaksanakan fungsi-fungsi Lembaga Kelayakan.
Dalam hal ini, Lembaga Kelayakan telah memutuskan untuk melaburkan lebihan kewangan dalam fixed deposit di bank-bank di Malaysia yang merupakan kaedah pelaburan yang paling selamat dan dapat memberikan pulangan atau kadar dividen yang berpatutan kepada Lembaga Kelayakan. Seperti yang saya katalah, sentuh dan beritahu sebelum ini Yang Berhormat, bahawa asas LPQB ini adalah untuk menjadi kawal selia peperiksaan CLP.
Mereka sebenarnya tidak menjadi satu agensi untuk to reap profits. They are a social organisation dan patut mengalih kepada perkara tersebut. Saya also perkara-perkara yang lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Miri iaitu mengenai umur saraan hakim-hakim.
Sekarang adalah 68 umur dan kerajaan sedang meneliti perkara tersebut. Tidak ada apa-apa yang saya dapat beritahu yang baru terkini.
Tetapi, mengenai gaji untuk hakim-hakim, saya setuju kepada pandangan Yang Berhormat Miri bahawa ini adalah perkara yang mustahak. Kerana kalau kita ingin menarik the best brains iaitu the legal field, kita juga perlu memberi upah yang sewajarnya. Gaji-gaji dan elaun-elaun yang dibayar kepada hakim-hakim di negara ini, saya berpendapat adalah sangat kurang dan patut diberi perhatian yang serius supaya meningkatkan gaji dan elaun- elaun dan juga lain-lain perks supaya kita boleh dapat menarik hakim-hakim yang berkaliber untuk masuk menjadi hakim-hakim di negara ini.
Yang Berhormat juga membangkitkan satu perkara yang mustahak. Yang Berhormat Speaker tahu, ini adalah mengenai kes-kes yang lambat di bicara di mahkamah. Kita ada KPI dan KPI itu patut diberi keutamaan dan supaya implementasikan dengan serius. Saya difahamkan seperti Yang Berhormat Miri mengatakan bahawa ada kes yang sekarang Yang Berhormat, yang dijadualkan, telah difailkan pada tahun 2022 dan sekarang pada tahun 2024, kes-kes itu dijadualkan untuk didengar pada tahun 2027.
This doesn’t make sense. Justice delayed is justice denied. Kita dari dulu, saya lagi ingat lebih kurang 15, 20 tahun dahulu, kerajaan memberi perhatian yang serius kepada Key Performance Index. Jadi, kita patut mengambil tindakan supaya mengurangkan lambatnya kes-kes ini diselesaikan di mahkamah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya hairan dengan apa Yang Berhormat telah utamakan. Ini adalah serius kerana kes-kes jenayah dan sebagainya patut diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh.
Lagi-lagi dengan kes-kes sivil. Kalau ini lambat-lambat dan sedemikian dan kes-kes ditunda ke tiga tahun, empat tahun, kali ke —The first time for trial. Ini tidak boleh diterima, Yang Berhormat. Ini saya rasa kerajaan akan meneliti perkara tersebut dan saya difahamkan ada beberapa hakim di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi akan bersara pada tahun depan.
Ramai di antara mereka, tempat mereka perlu diisi dengan seberapa segera yang boleh dengan pelantikan di Judicial Appointments Commission (JAC), council itu. Saya rasa ini akan dipercepatkan dan lebih ruang akan diberi. Saya harap hakim-hakim baharu dapat dilantik ke Mahkamah Tinggi seberapa segera yang boleh dan selepas itu, kes-kes dapat disegerakan untuk didengar dengan seberapa yang boleh dan KPI-KPI diikuti. Saya percaya apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Kota Bharu ini iaitu kes-kes seperti kes di mana hakim-hakim lambat memberi grounds of judgement. Yang Berhormat Tuan Speaker semestinya akan bersetuju bahawa ini adalah perkara yang saya rasa tak perlu kita menyentuh langsung kerana Code of Conduct for Judges sedia ada yang mengatakan beberapa kriteria yang mereka perlu ikuti. Saya harap pihak-pihak yang kawal selia mengenai perkara tersebut akan mengambil tahu dan memberi perhatian kepada hakim-hakim supaya kes-kes dapat —Grounds of judgement diberi supaya kes-kes rayuan dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh. 'Justice delayed is justice denied'. Ini saya rasa seperti Yang Berhormat Muar ini di mana lebih tiga, 14 bulan selepas itu baru grounds of judgement diberi.
Seperti yang kita semua tahu, sebagai peguam Tuan Speaker, this could be the tip of the iceberg. Bukan kes ini satu kes sahaja. Saya rasa pihak badan kawal selia ini akan mengambil perhatian bahawa perlu memberi perhatian supaya kes-kes grounds of judgement ini diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Kota Bharu telah bangkitkan beberapa kes statistik dan sebagainya, saya akan beri secara...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum itu Yang Berhormat Menteri, dah habis masa. Jadi perlukan berapa minit YB Menteri?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kalau boleh lagi satu jam.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tak boleh bagi satu jam. Saya bagi tiga minit, YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh ya tiga minit?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kalau dipaksa, boleh lah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Ketawa] Saya paksa.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Ketawa] Arahan, arahan. Kita ikut arahan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Arahan. Tiga minit.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tak apa. Yang Berhormat jadi pandangan Yang Berhormat Kota Bharu itu rasa mustahak dan statistik-statistik saya akan bagi secara bertulis di mana mengenai perkara tersebut.
Yang Berhormat Jerlun telah membangkitkan berkaitan penggabungan YBGK dan JBG. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang melaksanakan pembaharuan terhadap Sistem Bantuan Guaman dalam negara. Ini termasuk mewujudkan Unit Public Defender Office sebagai salah satu cabang bantuan guaman bagi tujuan ini. YBGK akan digabungkan dengan JBG.
Yang Berhormat Tumpat membangkitkan mengenai digitalisation dalam sistem e- voting. Merujuk kepada perkara ini, e-voting di Bar Council, merujuk kepada perkara ini, lembaga — Legal Profession Act dalam bentuk sedia ada tidak membenarkan e-voting. Hal ini sedang dikaji dan jika didapati sesuai, pindaan lanjutan akan dibuat untuk membolehkan e-voting. Kerajaan juga mengambil maklum pada baru-baru ini penggunaan AI semakin meningkat. Pandangan Yang Berhormat ini saya rasa perlu diambil dengan serius kerana ini adalah sine qua non. Satu di antara yang tak perlu kita tanya because with the changes and digitalisation dan AI dan sebagainya, this has to take its own cause. Tak perlu kita mengubah undang-undang dan sebagainya.
Yang Berhormat Besut, saya sudah jawab ke belum?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Belum.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Belum ya?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Nak jawapan ke apa? Telah membangkitkan soalan mengenai...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jawab, jawab.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
...Apakah tujuan seksyen 77 termasuk fi?
Dalam hal ini perkara ini adalah untuk memastikan Majlis Peguam boleh memperkenalkan Contingency Fee Arrangement yang memberikan peluang kepada mereka yang tidak kemampuan untuk menerima perkhidmatan guaman.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pusat bantuan guaman adalah berbeza dengan YBGK. Pusat bantuan guaman dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Peguam. YBGK dikendalikan oleh kerajaan dan Majlis Peguam. Terdapat bayaran minima untuk mendaftar kes di pusat bantuan guaman.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Menteri tak jawab tentang isu RM10 juta.
Tentang bajet yang diperuntukkan kepada YBGK tahun lepas itu. Saya tanya baki yang tinggal...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, saya dengar apa Yang Berhormat kata. RM10 juta adakah ia telah diguna dan berapa yang belum diguna.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya akan beri secara bertulis supaya the exact figures. Saya belum dapat figure tersebut, Yang Berhormat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ringkas sudah lah. Berapa baki sudahlah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Berapa baki sudahlah. Kalau RM5 juta, baki RM5 juta, cukup. Boleh?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Boleh, boleh Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, masa sudah habis, YB Menteri.
Jadi...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya. Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya memaklumkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan cadangan-cadangan yang telah dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini.
Persoalan-persoalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya menjawab secara lisan akan dikemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat secara bertulis. Akhir kata, Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2024 akan memperkenalkan beberapa perubahan penting yang bertujuan untuk meningkatkan pengawalan terhadap pengamal undang-undang yang memastikan mereka mematuhi standard, etika dan profesionalisme yang tinggi.
Oleh itu, saya berharap rang undang-undang ini akan mendapat sokongan penuh semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini demi menambah baik dan memperkasakan profesion undang-undang di negara ini. Hari ini Majlis Peguam, presidennya dan commitee- nya ada di sini. Saya memaklumkan perkara tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 52** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Aaron Ago anak Dagang) dan diluluskan]
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Saya menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Maaf, kena bentangkan dulu.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Bentang dulu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tercepat, sorry.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tuan Yang di-Pertua, semenjak penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia yakni Akta 588 pada 1 April 1999 iaitu lebih 26 tahun yang lalu, ketersediaan dan penawaran pelbagai jenis perkhidmatan dalam talian pada hari ini telah merubah gaya hidup rakyat Malaysia secara drastik. Dalam hal ini, pelbagai inovasi produk dan perkhidmatan yang dipacu oleh teknologi baru seperti kecerdasan buatan
(AI) dan internet of things (IoT) telah meningkatkan tahap kebergantungan pengguna kepada teknologi dalam urusan harian, komersial, juga hiburan.
Dalam konteks prestasi internet, Malaysia merekodkan kelajuan muat turun 5G kedua terpantas di Asia Pasifik selepas Korea Selatan, dengan penggunaan data tertinggi antara 30 ke 50 gigabit seorang sebulan, menerusi pakej data internet termurah. Namun, manfaat teknologi yang dinikmati oleh pengguna turut berdepan dengan risiko yang amat membimbangkan iaitu penghijrahan jenayah fizikal secara massa ke platform media sosial.
Fenomena ini berlaku pada kadar yang sangat pantas dalam keadaan kerangka perundangan dan kawal selia keselamatan dalam talian yang masih terikat dengan standard piawaian media konvensional serta tidak menyeluruh.
Mendepani realiti ini, terdapat keperluan yang amat mendesak bagi kerajaan untuk segera mengambil langkah proaktif dan berkesan dalam menangani isu kemudaratan jenayah dalam talian. Usaha ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat khususnya bagi masyarakat awam dan kanak-kanak. Dalam perihal ini, kerajaan terus komited dalam membanteras jenayah dalam talian seperti pelbagai bentuk penipuan atau scam yang termasuk juga kandungan judi dalam talian, ancaman buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak seperti pedofilia dan pornografi kanak-kanak.
Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan penyebaran kandungan dan aktiviti haram yang tidak terkawal harus ditangani bagi mengelakkan kekacauan ataupun cubaan sabotaj yang berpotensi menggugat kestabilan dan keselamatan negara. Sebagai contoh, penipuan dalam talian masih berleluasa walaupun pelbagai usaha pencegahan telah dilaksana atas beberapa faktor utama.
Scammer sentiasa mengembangkan modus operandi mereka menggunakan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi untuk menjadikan penipuan lebih canggih dan sukar dikesan. Mereka mahir memanipulasi psikologi manusia termasuk emosi seperti tamak, takut, marah, dahagakan kasih sayang dan dengan izin, fear or missing out (FOMO) sambil menggunakan teknik kejuruteraan sosial yang semakin halus.
Malaysia merekodkan kerugian berjumlah RM1.224 bilion akibat jenayah dalam talian bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, termasuk jenayah telekomunikasi, eKewangan, love scam, eDagang, pinjaman dan pelaburan yang tidak wujud.
Tahap kemudaratan dalam talian yang semakin tinggi ini diterjemah melalui jumlah tindakan penurunan kandungan berunsurkan scam di platform media sosial bagi tempoh 2022 sehingga 1 Disember 2024 yang melibatkan 62,833 kandungan.
Dalam tempoh yang sama, jumlah penurunan kandungan berunsur pelacuran di media sosial adalah sebanyak 2,165 kandungan. Judi dalam talian sebanyak 185,858, manakala penurunan kandungan berunsur lucah pula adalah sebanyak 1,947. Daripada jumlah tersebut, 71.2 peratus atau 1,387 adalah kandungan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak (child sexual abuse material) yang dilaporkan.
Bagaimana pula dengan kandungan yang tidak dilaporkan? Oleh itu, bagi mewujudkan persekitaran yang menyokong pembangunan industri yang mengambil kira keperluan masa depan serta bagi mengukuhkan keselamatan dan perlindungan masyarakat awam dan kanak-kanak dalam talian, kinilah masa yang tepat untuk kerajaan meminda Akta 588.
Bagi memastikan cadangan pindaan Akta 588 mengambil kira setiap aspek, Kementerian Komunikasi telah mengadakan lebih daripada 20 sesi libat urus dan konsultasi bersama pihak berkepentingan dan pemegang taruh dalam kalangan pemain industri tempatan dan luar negara, kementerian-kementerian dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, institusi pengajian tinggi, warga dan agensi media, organisasi- organisasi bukan kerajaan, persatuan-persatuan pengguna serta syarikat-syarikat telekomunikasi mulai tahun 2023 lagi bagi memberi penjelasan dari segi konsep dan maklumat mengenai cadangan-cadangan pindaan.
Antara pihak yang dilibatkan termasuk Majlis Peguam, Centre for Independent Journalism, Article 19, Ahli-ahli Parlimen, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Agensi Antidadah Kebangsaan, Content Forum, Malaysia dan lain-lain.
Rang Undang-undang Akta 588 (Pindaan) 2024 ini bukan sekadar menawarkan reformasi kawal selia yang menyeluruh, tapi juga memberi satu jaminan keselamatan kepada pengguna internet di Malaysia, terutama dalam melindungi data dan transaksi harian dari pelbagai kemudaratan dalam talian termasuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 ini mengandungi 121 fasal seperti yang diperinci dalam salinan RUU dengan izin, blue bill yang telah diedar kepada semua Ahli Yang Berhormat pada 2 Disember yang lalu. Secara keseluruhannya, pindaan dalam Akta 588 melibatkan pindaan kepada peruntukan sedia ada bagi maksud penambahbaikan, pengenalan peruntukan baharu dan pindaan berbangkit kepada pengenalan peruntukan baharu dan pindaan kepada peruntukan sedia ada. Pindaan- pindaan utama Akta 588 merangkumi aspek seperti berikut:
(i) pembangunan industri;
(ii) keselamatan rangkaian; dan
(iii) pengurusan media baharu.
Bagi maksud aspek pembangunan industri, fasal yang berkaitan adalah fasal 12, 14, 17, 33, 35, 36, 46, 51, 52, 61, 67, 77 dan 96. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk pertama, memberi fleksibiliti kepada pemain industri dan meningkatkan perlindungan kepada pengguna.
Kedua, statutori remedi ditambah baik dan ditingkatkan mengikut kesalahan seperti meningkatkan denda dan penjara maksimum kepada RM1 juta dan 10 tahun bagi mana- mana kesalahan berat melibatkan keselamatan rangkaian, ketidakpatuhan berkaitan pelesenan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi.
Ketiga, memperuntukkan penalti kewangan sebagai remedi lain yang tersedia kepada MCMC selain daripada hukuman statutori jika terdapat ketidakpatuhan terhadap peraturan dan arahan. Keempat, memberikan kejelasan mengenai pengeluaran instrumen undang-undang.
Rasional kerajaan terhadap pindaan kepada aspek pembangunan industri ini adalah sebagai keperluan untuk memantapkan mekanisme penguatkuasaan agar kawal selia industri dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan menghalang pesalah berulang daripada melakukan jenayah.
Pindaan ini antara lainnya bertujuan untuk pertama, memastikan syarikat telekomunikasi mematuhi undang-undang dan peraturan di bawah Akta 588 bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan atau dengan izin, quality of service (QOS) dan kualiti pengalaman pengguna dengan izin, quality of experience (QOE). Kedua, menangani masalah liputan telekomunikasi yang disebabkan oleh kecurian kabel dan vandalisme infrastruktur komunikasi yang mencatatkan anggaran kerugian sebanyak RM49 juta pada tahun ini sahaja. Ketiga, menangani aduan-aduan dengan berkesan dengan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan berurusan secara munasabah dengan pelanggan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Bagi maksud keselamatan rangkaian, fasal 88 memperuntukkan Bab baharu IA yang memperuntukkan dua peruntukan baharu iaitu seksyen 230A dan 230B untuk:
(i) membolehkan agensi pemerakuan memperakui pematuhan kepada peraturan-peraturan atau standard berkaitan keselamatan rangkaian; dan
(ii) MCMC dibenarkan untuk mengambil langkah awal dengan mengeluarkan notis bertulis kepada mana-mana orang yang relevan bagi tujuan mencegah, mengesan, mengatasi, mengurangkan atau memperbaiki apa-apa risiko keselamatan rangkaian melalui sebarang kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi.
Manakala bagi maksud pengurusan media baharu, fasal yang berkaitan adalah fasal 3, 10, 80, 81, 91, 92, 111, 112, 115, 116 dan 119. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk:
(iii) menangani kemudaratan dalam talian terutamanya media sosial dengan menambah baik peruntukan sedia ada termasuk seksyen 211 dan 233 dan juga memperkenalkan peruntukan-peruntukan baharu, antaranya mengenai larangan menghantar atau menyebabkan dihantar atau membenarkan penghantaran mesej elektronik komersial yang tidak diminta seperti spam yang kebanyakannya menjurus kepada penipuan ataupun scam; dan
(iv) mengukuhkan kuasa penyiasatan bagi melengkapkan MCMC dengan sumber atau alat pengumpulan bukti yang mencukupi untuk menyekat perlakuan kesalahan.
Rasional kerajaan terhadap pindaan kepada aspek pengurusan media baharu adalah sebagai keperluan untuk memperkenalkan perubahan bagi menangani kemudaratan dalam talian.
Dalam hubungan ini, seksyen 233 telah ditambah baik dengan memperuntuk huraian-huraian berhubung dengan elemen-elemen kandungan di bawah seksyen 233.
Huraian tersebut bertujuan untuk menambah baik dan memberi panduan kepada pihak penguatkuasaan atau siasatan, pendakwaan, sama ada pertuduhan atau sebaliknya dan mahkamah untuk menilai kandungan yang dipertuduhkan dan menentukan peruntukan tersebut tidak disalah tafsir atau disalah guna melalui *courts interpretation.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Kerajaan akan terus mempertahan hak dan kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Pindaan kepada seksyen ini juga memperuntukkan kandungan berbentuk satira dan parodi yang jelas dan merupakan fiksyen adalah tidak palsu, manakala apa-apa komunikasi yang dibuat dengan suci hati yang benar pada isi dan fakta dan terdiri daripada pernyataan pendapat bukanlah jelik melampau.
Namun begitu, kebebasan ini bukanlah mutlak, malah disertakan dengan tanggungjawab dan batasan demi menjaga keharmonian dan keselamatan negara sebagaimana yang digariskan di bawah Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan. Maka, pindaan Akta 588 khususnya seksyen 233 adalah bagi mewujudkan keseimbangan ataupun balance atau, dengan izin, equilibrium di antara menjamin kebebasan dan mempertahankan kedaulatan undang-undang yakni rules of law. Selanjutnya, pindaan kepada seksyen 233 turut memperuntukkan berhubung dengan kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak dan hukumannya dijadikan kesalahan boleh tangkap atau, dengan izin, seizable offence. Dalam hal ini, terdapat konsensus global bahawa bahan penderaan seksual kanak-kanak atau child sexual abuse material (CSAM) adalah satu bentuk keganasan yang jijik dan menjengkelkan terhadap kanak-kanak dan bukan satu bentuk kebebasan bersuara atau ekspresi yang mana-mana orang boleh pertahankan. Bayangkan, setiap kandungan imej atau visual CSAM yang disebarkan menggambarkan penderitaan seorang kanak-kanak sebenar dan penderitaan tersebut dirakam untuk tujuan keuntungan orang lain.
Kerajaan mesti mengambil tindakan untuk mengawal penyebaran bahan kandungan tersebut dan mengenakan hukuman yang berat ke atas kesalahan penyebaran CSAM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu, peruntukan khas di bawah seksyen 233 ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa di bawah seksyen 233 selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat khusus buat kanak-kanak.
Seterusnya, rasional lain yang berhubung dengan pengurusan media baharu adalah untuk menangani isu scam, spam dan masalah dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah dalam talian yang merangkumi aspek sumber, kelompangan perundangan sedia ada serta keperluan memperkukuh mekanisme pengumpulan data dan maklumat sebagai bahan bukti untuk tujuan pendakwaan seperti kes penipuan siber.
Pindaan ini dapat membantu dan memantapkan proses penyiasatan terutamanya dalam pengumpulan bukti iaitu dari sudut pemeliharaan, penzahiran, penyimpanan dan pengekalan data komunikasi.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengenalan peruntukan baharu bagi maksud pengekalan dan penzahiran data komunikasi ini adalah selaras dengan hasrat peruntukan dalam teks United Nations Convention on Cybercrime Ad Hoc Committee to Elaborate a Comprehensive International Convention on Countering the Use of Information and Communication Technologies for Criminal Purposes dan juga peruntukan dalam teks The Convention on Cybercrime (Budapest Convention) yang mana kelak akan menjadi satu kewajipan kepada negara-negara ahli. Dalam hubungan ini, Malaysia sedang dalam proses untuk mempertimbang menjadi negara ahli kepada kedua-dua konvensyen tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan ingin menegaskan bahawa penyedia perkhidmatan dalam talian juga mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti untuk memastikan keselamatan pengguna melalui pematuhan yang lebih ketat dan kawal selia kandungan yang disebarkan di platform mereka serta, yang paling utama, menyediakan persekitaran digital yang lebih selamat buat semua pengguna.
Pindaan Akta 588 bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara, malah membuktikan keterbukaan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menjamin hak kebebasan bersuara termasuk mengkritik kerajaan yang merupakan satu manifestasi komitmen kepada prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. Kritikan yang diberikan harus bersifat membina diserta dengan data dan fakta bagi memenuhi semangat mencari serta menegakkan kebenaran dan tidak bersifat menghina, menghasut, provokatif, mencemarkan nama baik, mencerca agama dan kepercayaan serta menyebarkan fitnah.
Hak kebebasan suara tidak akan disekat sekiranya hak tersebut diguna secara bertanggungjawab dan tidak melanggar peruntukan perundangan sedia ada termasuk mengambil kira sesuatu ekspresi atau perbuatan yang melampaui pertimbangan aspek moral, norma dan tatasusila budaya masyarakat Malaysia yang harmoni terhadap sesuatu kandungan dalam talian.
Pindaan Akta 588 ini hendaklah dilihat secara keseluruhan dan bukan hanya tertumpu pada pengukuhan kawal selia, sebaliknya menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat, lestari buat semua pengguna serta bebas daripada ancaman siber seperti pedofilia dan pornografi kanak-kanak, pengantunan seksual, penipuan dalam talian, buli siber, judi dalam talian dan sebagainya.
Adalah dihasratkan supaya kerangka perundangan yang lebih utuh ini dapat menangani penghijrahan jenayah konvensional ke dalam talian dan kita tidak lagi mahu melihat persekitaran dalam talian didominasi kandungan-kandungan yang memudaratkan dan bersifat jelik melampau yang jelas tidak selaras dengan jati diri dan tatasusila rakyat Malaysia.
Keselamatan dalam talian menjadi keutamaan malah kerangka kawal selia yang teguh, yakni robust, dengan izin, dalam konteks pindaan Akta 588 amat penting untuk menyokong pembangunan industri, meningkatkan keyakinan pelabur asing, mewujudkan persekitaran mesra perniagaan, memelihara kesejahteraan digital bagi kanak-kanak dan keharmonian masyarakat berbilang kaum ke arah membangunkan Malaysia MADANI sebagai sebuah negara bangsa progresif.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dalam konteks dunia yang semakin terhubung secara digital adalah imperatif menerusi perubahan tingkah laku (behavioral change) bagi meningkatkan tahap literasi dalam talian khususnya di kalangan pengguna media sosial supaya lebih matang dan bertanggungjawab.
Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat tidak kira figura awam, pemain industri, pencipta kandungan atau content creator ataupun influencer, ibu bapa mahupun kanak-kanak perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengoptimumkan manfaat teknologi digital dan meminimumkan kemudaratan yang timbul akibat penyalahgunaannya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Marilah kita sama-sama menoktahkan pemikiran yang cenderung ke arah dengan izin, digital fatalism iaitu persepsi bahawa manusia tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengawal kemajuan teknologi ke arah pelaksanaan peraturan kejat atau agile regulation yang dapat menyeimbangkan di antara keperluan menyemarakkan inovasi yang dipacu teknologi destruktif dengan pelindungan kesejahteraan insan serta pemartabatan nilai-nilai manusiawi. Kita mulakan langkah ini dengan sama-sama menyokong penggubalan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada yang sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada 24 senarai pembahas bagi rang undang-undang ini. Pembahas yang pertama, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Batang Sadong.
Setiap pembahas diberikan masa lima minit. Saya persilakan Yang Berhormat Rasah sebagai pembahas pertama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya sebagai pembahas pertama untuk Rang Undang- undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang kali pertama dipinda selepas 26 tahun akta ini berkuat kuasa. Saya pertama- saya nak menyatakan sokongan saya sebab ada keperluan. Keadaan pendigitalan dunia telah jauh berubah pada hari ini kalau dibandingkan dengan 26 tahun dahulu sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri ketika pembentangan tadi.
Saya nampak Yang Berhormat Menteri dan juga Kerajaan Malaysia MADANI sangat bersungguh-sungguh dalam pindaan ini dan juga dalam kita mengatakan pindaan ini, sebenarnya kerajaan menghadapi satu keadaan situasi di mana akan ada salah tafsir daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pindaan ini mungkin digunakan untuk mengongkong hak kebebasan bersuara rakyat. Sebab itu, saya nampak usaha daripada kementerian sendiri yang berusaha untuk memastikan bahawa persepsi ini dapat ditapis dengan cara berfakta dan juga alasan yang kukuh yang diberikan.
Saya nak sebutkan perkara pertama Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan keperluan untuk kita. Saya mohon- keperluan untuk kita buat pindaan ini, saya mohon supaya kerajaan boleh memberikan fakta yang jelas berkenaan dengan jumlah kerugian melalui scam dan juga apa sahaja jenis penipuan melalui media. Media baharu, okey, yang mana media ini sepatutnya dikawal oleh SKMM, sepanjang tahun lepas.
Kalau dibandingkan dengan figure 10 tahun dahulu yang menunjukkan betapa seriusnya kita perlukan pindaan ini. Saya ─ tak silap saya, saya berasal dari Daerah Seremban. IPD Seremban sebenarnya dikatakan bahawa IPD yang antara IPD yang mencatatkan rekod kerugian antara yang paling tinggi di Malaysia untuk kes-kes jenayah komersial dan banyak melibatkan scammer dan sindiket melalui online.
Jadi, saya mohon, walaupun kita tahu kalau IPD itu bawah KDN. Mungkin ya, pihak SKMM ada fakta untuk diberikan, dimaklumkan pada semua. Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 230A dan B yang baharu, yang dimasukkan, yang memberikan kuasa tambahan kepada SKMM. Saya nak sebut, saya bersetuju apabila SKMM diberikan kuasa tambahan supaya boleh bukan setakat keluarkan notis tetapi kuasa untuk menguatkuasa penguatkuasaan supaya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dapat diambil tindakan.
Cuma, saya nak tanya kalau dari segi ini, macam mana dengan kekuatan sedia ada SKMM itu sendiri mampu untuk menggalas tanggungjawab baharu ataupun tambahan tanggungjawab yang diberikan? Apakah ia akan melibatkan penambahan kakitangan?
Sebab, kita tak mahu kakitangan yang sedia ada terbeban dan kita pun tak nak kita selepas pindaan ini, besok digazetkan, on paper very good tetapi pelaksanaannya menghadapi masalah. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Perkara ketiga yang saya nak sebutkan, tadi saya mendengar penjelasan ketika pembentangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan seksyen 233 tadi. Daripada gunakan perkataan “jelik” menjadi “jelik melampau”. Saya percaya dengan adanya perubahan perkataan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada pada hari ini sebenarnya membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Sebab telah mengecilkan, menyempitkan ruang yang dianggap sebagai besar lah ataupun boleh diambil tindakan dan saya cukup menghargai huraian empat di bawah seksyen 233 yang saya nampak dengan jelas bahawa apa-apa kandungan yang berbentuk satira dan parodi dalam keadaan yang jelas bahawa ia adalah fiksyen, adalah tidak palsu.
Maknanya, tiada tindakan yang akan diambil. Jadi, bagi saya ia sesuatu yang wajar disokong, sesuatu yang kata orang, memberikan ruang kepada semua pihak untuk melaksanakan hak kebebasan bersuara yang ada. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri, kita- rakyat berhak untuk mengkritik kerajaan dan kerajaan ini terbuka untuk kritikan yang membina tetapi berdasarkan fakta dan data yang sebenar, bukan berdasarkan cercaan dan juga ataupun fitnah.
Jadi, saya mohon kepada kerajaan, boleh tak dalam kita memberikan lebih banyak huraian berkenaan dengan perkara ini untuk rakyat di luar faham. Sebab, saya nampak di luar sana ada kebimbangan daripada banyak pihak, mungkin mereka terdengar maklumat yang kurang tepat dan sebagainya berkenaan dengan pindaan ini.
Boleh tak Jabatan Penerangan misalnya ataupun melalui komuniti Madani yang kita ada di seluruh negara untuk memberikan penjelasan yang sedalam-dalamnya di semua peringkat. Jangan kita di peringkat Parlimen ataupun di peringkat atasan sahaja. Kita nak rakyat semua faham supaya mereka tidak tertipu ataupun terperangkap dengan kata-kata yang tidak bertanggungjawab daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggagalkan pindaan ini.
Jadi, secara keseluruhan, saya menyokong pindaan ini dan saya percaya negara kita akan menuju keadaan yang lebih baik dan inilah antara cara untuk kita melawan penipuan ataupun scammer atas talian yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan berjuta-juta ringgit. Itu sahaja pandangan saya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya saya bersetuju dengan idea bahawa tidak ada kebebasan yang mutlak seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Maka, peraturan memang diperlukan dan dalam negara kita ada banyak peraturan yang mengawal selia kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan. Akta yang kita bahaskan ini adalah salah satu daripada akta yang memainkan peranan tersebut.
Kita juga ada akta lain, Akta Mesin Cetak, Kanun Keseksaan dan yang akan diperkenalkan tak lama lagi, Akta Keselamatan Dalam Talian.
Jadi, ada persamaan antara pandangan saya dengan pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu kawal selia diperlukan dan saya ucap tahniah atas kesungguhan Yang Berhormat Menteri untuk mengekang aktiviti-aktiviti jenayah yang disebut tadi macam-macam lah. Disebut tadi ada scammer, jenayah atas talian, judi, pelacuran, lucah dan sebagainya. Jadi, ini adalah perkara yang baik dan saya rasa kita wajar untuk sokong.
Bagaimanapun, ada beberapa aspek kawal selia yang dicadangkan oleh pindaan pada hari ini yang mana bagi saya kawal selia itu bersifat berlebihan dan sukar untuk dipertahankan, malahan mungkin wajar untuk ditentang.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dan saya nak memperingatkan, Yang Berhormat Menteri pun mungkin boleh agak dah ini, saya ingin memperingatkan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa dalam manifesto Pakatan Harapan semasa PRU-15, ada disebut bahawa Pakatan Harapan mahu menyemak semula dan memansuhkan peruntukan akta-akta zalim yang boleh disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara. Antaranya Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Seterusnya dalam manifesto Pakatan Harapan PRU 14 pula, yang ini saya memang tahu sangatlah mengenai manifesto PRU-14 ini. Ada ditulis bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan undang-undang berikut. Ada beberapa yang disenaraikan Akta Hasutan, Pencegahan Jenayah dan masuk dalam ini yang akan dimansuhkan peruntukan- peruntukan yang zalim, termasuklah juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam dua pilihan raya, itu dijanjikan. Itu belum masuk lagi yang kita berguling- berguling atas jalan itu, yang mempertahankan kebebasan rakyat. Sekarang ini apa jadi dengan janji-janji ini? Ini ada dua manifesto.
[Sambil menunjukkan dua buku manifesto] Apa kita nak buat dengan dua manifesto ini Yang di-Pertua? Adakah kita patut baca lagi ataupun adakah SKMM patut turunkan kedua-dua manifesto ini, selepas akta ini dipinda sebab ini boleh menimbulkan fitnah kepada kerajaan? Mana pergi janji-janji yang ditawarkan?
Ini pindaan yang pertama, sepertimana yang disebut oleh Rasah tadi. Saya ucap tahniah atas perkara-perkara yang baik. Tetapi mana dia janji untuk memansuhkan perkara- perkara yang dianggap sebagai zalim. Malahan ada perkara yang dipinda dalam akta ini, dalam rang undang-undang yang dibentangkan ini, yang dianggap lebih zalim oleh NGO- NGO yang ada di luar sana, yang maha zalim berbanding apa yang ada sebelum ini. Jadi, mana dia kedudukan janji-janji itu dan saya minta Menteri perjelaskan, adakah kita wajar lagi atau tidak baca kedua-dua manifesto yang pernah dikeluarkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini?
Yang di-Pertua, kami di Perikatan Nasional berbincang panjang mengenai pindaan- pindaan yang dicadangkan. Kami ada banyak kebimbangan. Yang saya puji, saya puji. Itu saya iktiraf dan saya rekodkan tadi. Tetapi seksyen 46A, Menteri boleh mengetepikan formaliti pendaftaran lantas memberi Menteri kuasa yang tidak terbatas dalam mendaftarkan lesen kelas.
Seksyen 73A dan 73B memberi kuasa yang terlalu luas kepada kerajaan untuk mengaudit pemegang berlesen. Seksyen 211A ditambah dalam pindaan ini menimbulkan risiko salah guna kuasa oleh kerajaan untuk menggantung operasi sesuatu pemberi perkhidmatan. Seksyen 233 dianggap paling draconian. Dulu saya ingat lagi, masa kita bincangkan manifesto Pakatan Harapan, inilah dia seksyen yang kita nak mansuhkan. Tetapi kerajaan ini tidak memansuhkan seksyen ini, malahan memperluaskan lagi bidang kuasanya dan menambah lagi sehingga jadi lebih tebal, termasuk huraian-huraiannya.
Realitinya walaupun ada huraian tapi ruang untuk salah guna kuasa masih ada.
Seksyen 248A, waran yang cacat pun boleh diterima. Kalau macam ni, saya tak tahulah peguam-peguam yang ada dalam Dewan ini, apa pandangan waran yang cacat pun boleh diterima. Baik kita buat peraturan tak payah langsung ada waran, kalau cacat pun boleh diterima.
Masa saya tak banyak. Oleh itu ada beberapa saat lagi. Jadi, banyak kebimbangan kami yang akan dihuraikan oleh rakan-rakan saya sekejap lagi. Tapi secara ringkasnya pindaan-pindaan yang dicadangkan hari ini, walaupun ada perkara-perkara yang baik yang dibawa oleh pihak kerajaan tetapi ia membawa negara kita semakin hampir kepada sebuah negara yang boleh dikatakan authoritarian.
Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 5 dan 10 memberi hak yang tertentu kepada setiap rakyat tapi nampaknya kerajaan ini berusaha sedaya upaya untuk menafikan hak-hak tersebut. Dan saya nak tutup Yang di-Pertua dengan mengatakan bahawa sebenarnya saya dapat banyak input daripada pelbagai NGO dan syarikat-syarikat yang terbabit, yang mungkin akan ada impact daripada pindaan ini.
Saya nak sebut bahawa di kalangan syarikat-syarikat yang terbabit, ramai juga yang takut-takut nak berkongsi pandangan dengan kita di sebelah sini, sebab mereka bimbang kalau kena tindakan oleh pihak kerajaan. Nak bercakap dengan pembangkang pun suasananya dah takut sekarang. Cuba bayangkan kalau sekiranya pindaan ini diluluskan sepertimana ia sedia ada.
Dan saya difahamkan di kalangan NGO pun, tadi Menteri ada sebut dalam pembentangan bahawa ada libat urus yang dijalankan. Dipetik nama beberapa NGO, CIJ lah, ada beberapa lagi. Kenapa NGO-NGO yang dikatakan dibuat libat urus itu Yang di-Pertua, mereka jugalah yang mengeluarkan kenyataan menolak pindaan yang ada, kalau libat urus itu benar-benar bermanfaat dan benar-benar efektif dari segi tingkah lakunya?
Ini adalah perkara-perkara yang perlu dipersoalkan dan sebab itulah Yang di-Pertua saya mohon supaya dipertimbangkan oleh pihak kerajaan untuk ditiadakan pindaan-pindaan yang sekejap lagi akan disebut oleh rakan-rakan saya, supaya kalau kita nak lulus, lulus yang baik-baik sahaja. Yang janji nak mansuh, tolonglah mansuh supaya kerajaan ini tidak berterusan dituduh sebagai membohongi rakyat. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Seterusnya Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Pindaan) 2024 yang buat pertama kalinya dipinda selepas 26 tahun diperkenalkan dan pindaan ini amat penting dalam kerajaan menangani pelbagai isu berkaitan dengan disinformasi, kandungan lucah dan kandungan mengancam, scam dan sebagainya.
Dengan kegunaan alat komunikasi elektronik setiap hari dalam kehidupan kita zaman ini, isu tersebut adalah isu yang perlu ditangani dengan segera oleh kerajaan. Perkembangan demokrasi bergantung kepada kepercayaan terhadap maklumat yang mereka terima setiap hari juga. Kini aliran maklumat berlaku terlalu laju dengan pelbagai medium atas talian seperti Facebook, TikTok, Twitter dan berbagai jenis portal berita dalam dan luar negara. Ada maklumat yang ada dalam medium-medium ini benar, ada juga yang tidak benar sebenarnya ataupun separuh benar sahaja.
Pertamanya, saya ingin mengalu-alukan usaha kementerian dalam pindaan ini contohnya dengan menjadikan penipuan dalam talian sebagai suatu jenayah dan memperkenalkan perlindungan terhadap bahan penderaan seksual kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak. Berbanding dengan akta sedia ada, pindaan ini juga secara jelasnya menyatakan perbuatan yang tidak disenaraikan sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 233, misalnya dalam huraian 3, kandungan yang memaparkan bahagian sulit yang berasaskan seni, maklumat atau sains yang tidak melampau seperti pendidikan seksual atau bidang anatomi adalah tidak lucah atau sumbang. Justeru pelukis, artis dan guru-guru biologi tidak perlu risau langsung pun.
Huraian 4 seksyen 233, kandungan berbentuk satira dan parodi adalah fiksyen, bukan kandungan palsu. Sekiranya kita berbanding dengan seksyen 233 sedia ada yang langsung tidak memberi sebarang huraian berkenaan perbuatan salah, pindaan ini sekurang- kurangnyalah memberi satu garis supaya kebebasan seni satira dan parodi ataupun kebebasan bersuara dipertahankan.
Sekurang-kurangnya sekarang kita ada satu garis. Sejak bacaan pertama RUU ini dibuat pada 2 Disember lalu, saya juga meneliti dengan tekun berbagai reaksi, respons daripada masyarakat khususnya civil society organization. Dengan izin CSO, yang bimbang dengan pindaan terhadap akta ini.
Ketiga, saya memuji langkah kementerian untuk menaikkan kadar denda dan penjara di bawah pelbagai kesalahan di bawah rang undang-undang ini. Saya juga sedar kebimbangan CSO dan rakyat di luar sana sama ada pindaan akta ini bertentangan dengan perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimana pun saya ingin bertanya sama ada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Dewan yang mulia ini mahu memperjuangkan kebebasan suara 100 peratus tanpa bertanggungjawab? Saya percaya dalam kebebasan bersuara.
Pada masa yang sama, saya juga sangat risau bahawa demokrasi kita terancam hanya kerana kita belum siap sedia berdepan dengan cabaran disinformasi. Saya sebut di sini, disinformasi bukan misinformasi. Disinformasi adalah berbeza, lain dari misinformasi.
Disinformasi ataupun disinformation dengan izin, adalah frasa yang diguna semasa perang dingin untuk merujuk kepada taktik propaganda, di mana maklumat palsu disebarkan secara sengaja untuk mempengaruhi pemikiran orang awam.
Disinformasi tidak sama taraf dengan misinformasi. Dalam Huraian 6(d) di bawah seksyen 233 juga menyatakan bahawa apa-apa komunikasi yang dibuat dengan suci hati adalah tidak jelik melampau, setakat mana komunikasi tersebut terdiri daripada pernyataan fakta adalah benar pada isi dan fakta dan terdiri daripadanya, daripada pernyataan pendapat.
Ini bermakna misinformasi adalah maklumat palsu, betul maklumat palsu, namun tidak jadi suatu perbuatan salah di bawah seksyen 233, kalau fahaman saya tak salahlah kepada Menteri. Dan sekiranya berlaku itu tidak berniat jahat, yang penting adalah tidak berniat jahatlah. Itu fahaman saya.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Minta penjelasan Menteri, kalau betul. Apa yang kita perlu menangani di sini ialah disinformasi, bukan misinformasi. Pakar psikologi dan pakar komunikasi sudah banyak melaporkan tentang kecenderungan mental kita. Setiap orang manusia seperti kecenderungan pengesahan, confirmation buyers dengan izin, percanggahan konektif, connective dissonance dengan izin dan keyakinan terlampau overconfidence dengan izin.
Maka, pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas kelemahan tersebut. Kita manusia, contohnya menggunakan retorik kaum atau agama untuk meyakinkan orang lain tentang sesuatu perkara kerana mereka tahu bahawa isu kaum atau agama merupakan isu yang sentimental kepada kita. Perkara ini sememangnya amat berbahaya dan mengancam kestabilan institusi demokrasi. Dato’ Tuan Yang di-Pertua, saya akan landing satu minit lagi.
Jadi, kita tidak boleh menafikan ancaman disinformasi terhadap masyarakat kita.
Masalah disinformasi boleh membawa kepada masalah ketidakpercayaan di kalangan rakyat.
Ini kerana kita akan memilih maklumat yang sama dengan pandangan dunia atau dengan izin world view kita sahaja. Akhirnya, keadaan ini akan mengakibatkan polarisasi masyarakat yang semakin serius. Jadi, saya berharap dengan pindaan ke atas rang undang-undang ini, kita boleh mengurangkan situasi polarisasi. Mengurangkan disinformasi.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, apabila saya meneliti satu persatu pindaan yang dikemukakan dan huraian diperjelaskan dalam blue bill ini, saya percaya kita semua tertarik beberapa pindaan. Jadi, saya akan masuk terus. Saya minta Menteri menjelaskan terhadap seksyen 233 akta ibu dalam perenggan 1(a) dengan menggantikan perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau”.
Terdapat enam huraian khusus untuk jelik melampau ini. Huraian 1 berkaitan dengan kandungan lucah, huraian 2 berkaitan dengan kandungan sumbang, huraian 3 berkaitan dengan kandungan yang memaparkan bahagian sulit, huraian 4 berkaitan dengan kandungan palsu, huraian 5 berkaitan dengan kandungan mengancam dan huraian 6 kandungan jelik melampau.
Soalan saya kepada Menteri, siapa yang diberi kuasa untuk memberikan tafsiran untuk keenam-enam huraian bagi seksyen ini? Suruhanjaya Komunikasi atau Menteri? Dan satu lagi perkara yang saya menuntut penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adalah mengenai huraian 6(d) di mana “pembelaan komunikasi yang di buat dengan suci hati adalah tidak jelik melampau” dan siapakah yang akan menentukan perkara suci hati ini? Bagaimana kita gariskan apa itu suci hati, apa yang tidak? Satu lagi perkara bagaimana pula kita jika menyiar kandungan yang jelik melampau ini...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, sudah berapa lapan minit Yang Berhormat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Last. Berada di luar negara. Selain tindakan menurunkan hantaran kandungan berkenaan, apakah kaedah lain yang boleh dilakukan oleh kerajaan?
Jadi, dengan ini saya akan gulung. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dato’ Tuan Yang di-Pertua tetapi saya ingin menegaskan di sini bahawa sebagai seorang yang memperjuangkan kebebasan bersuara, lebih baik kita meningkatkan literasi media, literasi digital di kalangan rakyat kita daripada menyekat suara rakyat. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Sila, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Kita sedar bahawa hari ini apa yang kerajaan lakukan melalui pindaan di bawah Rang Undang-undang Komunikasi Multimedia ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi adalah untuk mengelakkan perlakuan- perlakuan jenayah yang melibatkan kanak-kanak, melibatkan perjudian online dan juga scammer. Tetapi ada beberapa perkara.
Saya mengambil ketetapan sama juga sepertimana Yang Berhormat sahabat saya Yang Berhormat Tasek Gelugor, ada perkara yang kita setujukan, yang mana saya ucapkan syabas setelah 20 tahun lebih dan adanya pindaan pada hari ini. Tetapi, ada beberapa perkara yang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan perhatian.
Yang pertamanya adalah berkenan dengan istilah “jelik melampau” dan juga kandungan berita palsu. Sebagaimana fasal 91 bertujuan untuk meminda seksyen 233 dalam perenggan 1(a) dengan menggantikan perkataan jelik dengan jelik melampau.
Jadi, huraian 6 menyatakan bahawa jelik melampau ini boleh termasuk kandungan yang memaki dan tidak senonoh yang menyinggung perasaan ramai pihak termasuk rujukan yang kasar, ucapan bernada kebencian. Rujukan kasar, perkataan lucah, menyinggung perasaan, kasar atau tidak senonoh.
Jadi, dengan pindaan ini Yang Berhormat, kejelikan kandungan di bawah seksyen 233 ini, meliputi kandungan jelik melampau dengan skopnya yang luas dan dalam samar- samar selain daripada istilah subjektif yang bersifat dilihat seperti abstrak sebagaimana terma menyinggung perasaan dan juga ucapan bernada kebencian yang menjatuhkan maruah seseorang. Jadi, saya ingin tahu apakah nilai ambang sebenar kepada terma jelik melampau ini bagi kesalahan di bawah seksyen 233 di sebalik tafsiran yang pelbagai yang boleh berpotensi membuka tuang kepada risiko penyalahgunaan dalam batas dan juga ruang lingkup hak kebebasan bersuara.
Disebabkan istilah subjektifnya membawa kepada kekaburan terhadap kesalahan di bawah Akta 588 ini, bagaimana kerajaan hendak memastikan pindaan ini tidak terdedah kepada sebarang salah tafsir dan juga apa kekeliruan tanpa mengongkong kebebasan hak bersuara ataupun kebebasan berekspresi sebagaimana yang termaktub di bawah Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan dan tidakkah ini bertentangan dengan janji reformasi sebagaimana yang telah pun dilaungkan oleh kerajaan Madani untuk meraikan perbezaan pendapat dan juga menyuburkan ruang demokrasi ini?
Sebenarnya, apabila berlakunya pindaan ini dengan adanya jelik melampau itu, telah pun membuka ruang untuk sekatan terhadap kritikan ataupun pandangan yang berbeza dan meningkatkan risiko terhadap pendapat daripada pendapat awam itu diraikan.
Saya juga melihat bahawa tanpa takrifan jelas dan juga tepat berkaitan dengan 3R, apakah mekanisme kawalan kerajaan terhadap mana-mana pengkritik kerajaan bagi mengelakkan pendakwaan terpilih ataupun dwistandard di bawah akta ini? Jadi, ini kerana sebarang sekatan untuk melindungi kepentingan yang sah seperti ketenteraman awam seharusnya ditakrifkan secara jelas dan juga berasaskan bukti yang seimbang dan bukan main taruh je.
Apakah kayu ukur yang kerajaan lakukan untuk membezakan kandungan mengikut legal professionality dengan izin dengan mengenakan penalti ataupun hukuman yang setara berdasarkan kesalahan yang dilakukan serta proses siasatan pihak penguatkuasaan untuk menilai sesuatu kandungan dan juga menentukan sama ada tindakan itu salah tafsir ataupun salah guna?
Jadi, adakah pindaan yang dicadangkan ini merupakan amalan terbaik dan juga piawaian kebebasan bersuara, antarabangsa? Apakah jaminan kerajaan untuk tidak meneruskan hasrat meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) selepas ditangguhkan akibat desakan orang ramai baru-baru ini.
Begitu juga dengan kandungan berita palsu sebagaimana di bawah huraian 4. Kita lihat bahawa tindakan ini sebagaimana yang telah pun disentuh oleh sahabat saya tadi, yang sebelum ini ada di dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2022, saya pun sama juga. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri tengok balik, apakah manifesto itu sebab ianya apa yang berlaku pada hari ini tidak sebagaimana yang ada dalam manifesto tersebut.
Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan mekanisme remedi dan juga kuasa menjalankan siasatan yang mana kita tengok pada fasal 106, kuasa menjalankan siasatan meminda seksyen 248 untuk memberi kuasa kepada pegawai ya. Pegawai diberi kuasa untuk memasuki premis tanpa waran dalam keadaan tertentu yang dinyatakan dalam seksyen tersebut. Pada masa kini, hanya pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang boleh memasuki premis tanpa waran. Tetapi hari ini, mana-mana pegawai boleh ini.
Siapakah pegawai itu? Tidak pun ada huraian. Adakah pegawai pihak SKMM?
Adakah pegawai kerani biasa? Siapakah pegawai itu? Adakah pegawai yang boleh dilantik oleh mana-mana pihak sahaja yang boleh diberikan dan diberi kuasa untuk masuk? Ini adalah satu kuasa yang sungguh besar.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Masjid Tanah, sedikit sahaja. Berkaitan dengan 248 tadi memberi kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa untuk memasuki premis tanpa waran. Yang ini yang agak luas definisinya dan kalau kita lihat 248A pula, bagi membolehkan keterangan diterima walaupun waran geledah ataupun permohonan waran itu cacat. Ini disebut oleh Tasek Gelugor.
Kalau kita lihat 248 ini, saya rasa kementerian kena berlaku adil kepada rakyat.
Sebab kita kalau menteri kata nanti kereta polis sudah datang sampai depan rumah, itu polis.
Inspektor mungkin ke atas. Tetapi, kalau sesiapa sahaja pegawai kita letak rakyat dalam ketakutan. Siapa-siapa, tiba-tiba sampai depan rumah, saya ini pegawai yang bertanggungjawab.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sebab itu bila digabungkan pula, kalau waran itu cacat pun boleh diterima. Jadi, saya rasa ini satu perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan. Terima kasih.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Sebenarnya Yang Berhormat Putrajaya telah pun membantu saya dalam mengolah apa juga kerisauan dan juga kebimbangan. Bukan sahaja saya, bukan sahaja Yang Berhormat, tetapi juga rakyat di luar sana. Ini adalah satu peruntukan yang saya kira tidak perlu dan juga tidak patut. Mereka harus diberikan kuasa ini hanya mereka yang benar-benar layak, yang difikirkan yang benar-benar mampu ataupun mempunyai kuasa untuk melakukan tindakan untuk memasuki premis tanpa waran ini.
Jadi, saya — itu antara perkara-perkara menjadi kebimbangan saya. Saya yakin dan percaya apa juga yang kita lakukan pastinya ada faedah dan juga ada juga perkara yang perlu diberikan perhatian untuk kita boleh tangguhkan dahulu dan kita tengok semula tentang apa kerisauan yang telah pun dibangkit bukan sahaja oleh pihak NGO, tetapi juga untuk pemimpin masyarakat dan juga Ahli-ahli Parlimen. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Sila Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akhirnya dipinda selepas 26 tahun dan merupakan satu inisiatif kerajaan yang sangat baik dan wajar dipuji memandangkan pelaksanaannya selari dengan perkembangan semasa yang semakin memerlukan dan situasi yang semakin meruncing.
Perkara yang disentuh adalah mengenai jenayah siber yang menggunakan rangkaian komputer atau peranti perkakasan hardware untuk mengganggu dan memudaratkan mangsa. Jenayah siber semakin membiak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan dan perlakuannya seolah-olah sukar dibendung. Saban hari ada sahaja kes dilaporkan dan statistik kes juga semakin meningkat.
Mengikut seksyen 6(a) dan (b), mendefinisikan data komunikasi secara amat jelas dalam pindaan ini. Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia, trend jenayah siber menunjukkan peningkatan sebanyak 51 peratus bagi tempoh 2019 hingga Ogos 2024 iaitu 17,668 kes pada tahun 2019 dengan kerugian RM747.2 juta, 34,493 kes pada 2023 dengan kerugian hampir RM1.2 bilion, 21,917 kes antara Januari 2024 hingga Ogos 2024 dengan kerugian RM940 juta dan keseluruhan baki lima tahun sebanyak 147,374 kes dan nilai kerugian melebihi RM5 bilion.
Kalau kita lihat bahawa seksyen 16 Akta Ibu dipinda iaitu 16(1)(h), tertera dengan jelas bahawa tatacara dan semua perkara yang berkaitan dengan pesanan elektronik komersial tanpa diminta. Kita bersyukur kerana pada seksyen 16(2) dinyatakan dengan jelas bahawa hukuman-hukuman yang bakal dikenakan turut ditingkatkan iaitu bagi 16(2)(i) daripada RM300,000 kepada RM1 juta. Tempoh iaitu yang kedua, tempoh daripada tiga tahun kepada 10 tahun dan yang ketiga , daripada RM1,000 kepada RM100,000. Manakala seksyen ‘34(4)(a),(b) dan (c)’ juga menunjukkan trend yang sama iaitu peningkatan dari segi hukuman iaitu dari segi jumlah dan tahun yang dikenakan hukuman.
Modus operandi penipuan alam maya iaitu scammer menggunakan laman web dan aplikasi pelaburan palsu untuk menarik mangsa ke dalam pelaburan palsu juga. Mengenakan image phishing atau mesej untuk menipu orang supaya mendedahkan maklumat peribadi seperti butiran akaun bank dan kata laluan. Penyamaran sebagai kakitangan perkhidmatan pelanggan atau agensi kerajaan juga untuk mendapat kepercayaan mangsa.
Kalau kita lihat daripada seksyen 211(1)(ii) iaitu ini adalah suatu perkara yang paling utama iaitu yang melibatkan dari segi perkara yang menjijikkan atau sangat tidak sihat yang perlu dibendung menerusi proses perundangan yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat iaitu bersangkutan dengan unsur-unsur yang melibatkan pendedahan seksual kanak- kanak. Kalau kita lihat iaitu menambah perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau” ini suatu yang amat dialu-alukan. Menurut seksyen 211(2)(i), (ii), (iii) dan (iv), jumlah hukuman juga ditingkatkan daripada RM50,000 hingga ke RM1 juta dan hukuman daripada satu tahun kepada 10 tahun.
Dato' Yang di-Pertua, penjenayah sukar dikenal pasti disebabkan kelicikan mereka dalam bertindak supaya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Inilah kehebatan jenayah siber ini. Kegiatan jenayah siber juga melibatkan rentas sempadan menyebabkan kerajaan perlu bekerjasama dengan negara yang berkaitan, terutamanya dari aspek perisikan dan operasi bersama bagi menangani isu ini.
Usaha kementerian meminda akta ini adalah satu keputusan tepat bagi menangani jenayah siber yang semakin kritikal masa kini. Namun, memerlukan pelaksanaan yang baik dan menyeluruh bagi memastikan keberkesanannya. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Sila, Yang Berhormat Muar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Eh, Muar?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin mulakan ucapan saya untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk menukar nama pindaan kepada pindaan undang-undang “Akta Gam Mulut Rakyat ataupun Akta Sakit Hati” kerana itulah realiti sebenar akta ini sambil mereka cuba berselindung di sebalik beberapa perkataan, realitinya tidak boleh ditutup.
Mengapa saya katakan ini? Dahulu orang sama yang berguling-guling di jalan raya yang memanggil akta ini akta zalim, akta regresif. Kini bukan setakat mempertahankan akta tersebut, tetapi siap memperkukuhkan supaya rakyat boleh kena saman RM500,000, boleh kena jel dua tahun kerana menyakiti hati mereka. Merekalah golongan paling tersakiti. Dahulu mereka ditindas dengan akta ini. Kini yang ditindas dahulu ingin menindas orang lain pula.
Janji hanya tinggal janji, manifesto boleh dibakul sampahkan kerana yang tindas mahu menindas pula.
Sebelum pindaan ini diwujudkan pun Tuan Pengerusi, sudah disalahgunakan pun akta ini. Apa buktinya? Tidak sampai dua minggu yang lepas apabila negara kita digegarkan dengan kes rasuah yang secara terbuka, terang-terang dengan rakaman-rakaman audio dan video disebar luas di dalam dan juga di luar negara, MCMC hantar arahan melalui polis untuk Malaysiakini turunkan laporan tersebut.
Tuan Pengerusi, kalau mereka dahulu di meja pembangkang apabila Wall Street Journal yang melaporkan kes 1MDB dan ada ugutan, mereka di barisan hadapan yang pertahankan Wall Street Journal. Kini apabila ada ugutan, ada arahan melalui agensi bawah, pemerintahan kerajaan pada hari ini diam, bisu, lesu seperti tidak ada apa-apa salah guna.
Ini belum ada pindaan pun telah disalahgunakan.
Berapa banyak akaun-akaun milik rakyat yang bersuara mengkritik kerajaan dipadamkan sampai perlu diwujudkan berkali-kali? Mereka mungkin berselindung kata ah, ini adalah hate speech. Ucapan Tan Sri Rafidah hate speech kah? Ucapan berkenaan isu mata wang Ringgit hate speech kah? Ucapan mantan Ahli Parlimen Rembau berkenaan BlackRock itu hate speech kah? Apabila mereka diserang, mereka berselindung kata, “Oh, itu bukan kami”. Itu adalah MCMC walaupun MCMC lapor kepada Menteri. Ini belum pindaan ini dilakukan. Bayangkan apabila pindaan ini sudah dilakukan.
Kini rakyat yang bersuara boleh kena fine RM500,000, dipenjara dua tahun. Saya rasa kalau kini mereka berada di kerusi pembangkang ini, bukan setakat berguling-guling, entah-entah berguling-guling daripada Perlis ke Sabah Tuan Pengerusi. Tetapi ya lah, mereka sudah berkuasa, tidak jadi sudah hendak berguling kerana allowance sahaja sudah beratusan ribu ringgit dalam poket mereka.
[Tepuk]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya nak jawab beberapa perkara ya. Mereka katakan, “Ah, jangan risau rakyat di luar sana kerana kita nak naikkan ambang jelik kepada jelik yang melampau”. Tolong baca akta ini. Apa maksud “jelik yang melampau”? “Ia meliputi kandungan yang memaki dan tidak senonoh dan menyinggung perasaan ramai. Menyinggung perasaan, kasar atau tidak senonoh. Jelik melampau, kata-kata kasar, kata-kata tidak senonoh yang menyinggung perasaan ramai”.
It is unbelievably subjective and ambiguous. Unbelievably subjective and ambiguous. Ini tak sama dengan apa yang digunakan oleh badan antarabangsa seperti PBB yang jelas mengatakan ini berkenaan isu ucapan kebencian, berkenaan isu agama, kaum, berkenaan dengan ras seseorang itu yang akhirnya boleh menyebabkan keganasan. Ini definisi yang mereka ingin gunakan yang sangat ambiguous dan ditentang oleh penyokong-penyokong mereka juga dulu. Badan Peguam Negara, CIJ, SUHAKAM yang dahulu angkat mereka kerana mereka janji, tapi kini janji tersebut telah pun dibakul sampahkan.
Bagaimana kamu nak definisikan perkara tersebut? Bunyi nampak cantik, tapi bila baca definisinya, kalau ada kritikan yang mungkin menyakiti hati mereka, terus boleh kena gam mulut. Lebih teruk, gam mulut kamu itu berada di dalam penjara selepas ini. Bukan itu sahaja, siapa yang akan tentukan...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Muar, boleh sikit? Menyelit.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf Putrajaya, saya ada sikit sahaja masa.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey, okey.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Siapa yang akan tentukan definisi tersakiti ini kerana akhirnya, di bawah agensi milik kerajaan? Kita lihat — Dengan izin, seminit sahaja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kita ingat, pengamalan dwistandard ini, dua darjat. Apabila pihak mereka katakan kiri kanan, boleh tengoklah ucapan-ucapan yang gunakan perkataan “bodoh’, “bangang”. Saya tak nak katalah, minta maaf, it’s unparliamentary. Dekat luar sana saya rasa Yang Berhormat Barisan Nasional dahulu pernah terima perkara itu. Uih, seperti bukan setakat bumbung, gunung boleh runtuhlah. Itu mereka yang katakan, tetapi tidak ada tindakan diambil. Dalam bab ini kini, kerana tersakiti, tindakan boleh diambil.
Akhirnya, mereka kata, “Jangan risau. Ini adalah pindaan yang progresif kerana selepas ini satira atau parodi akan dikecualikan”. Eh, jangan tipu. Jangan tipu kerana satira dengan parodi selepas ini kalau menyakitkan hati, jelik dan melampau, masih boleh dikenakan tindakan. Mungkin kamu tak guna pengecualian dalam bab ini, tetapi akhirnya jelik melampau, menyakiti hati itu masih boleh diguna pakai. Sebab kalau kita baca definisinya, masih sebegitu. Sebab itu saya nak buat rumusan yang mudah. Orang yang dulu pernah dizalimi, saya ingatlah Tuan Pengerusi, bila berada di takhta kuasa, akan mansuhkan akta zalim ini. Tidak ingin, tidak berniat nak zalimi orang lain.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Muar, dah lebih seminit seperti yang dijanjikan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
15 saat, landing, 15 saat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jangan kita tak ikut janji tadi Yang Berhormat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ya. Terima kasih, 15 saat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya hormat Tuan Pengerusi.
Sebab itu harapan saya, mansuhkanlah. Jangan cuba nak kiri, kanan, dolak-dalik. Yang lebih jelas, tak perlulah ada yang “menjelikkan”, “lebih menjelikkan”. Mansuhkan terus perkara tersebut. Yang lain, scam, pornografi, semua kita sokong. Tapi berkenaan soal jelik, mansuhkan kerana kalau kamu berada di kerusi pembangkang, ditakdirkan lima tahun ke 10 tahun akan datang nanti, bila kamu didakwa dan dipenjarakan guna akta ini, sudah terlambat.
Baru kamu sedar, kegagalan hari ini memberi impak yang jauh lebih teruk. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Sila Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bayan Baru ingin bangun untuk membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Secara dasarnya, Bayan Baru adalah seorang yang pernah disiasat di bawah MCMC, akta MCMC ini. Secara prinsipnya, kita menyokong kebebasan yang lebih luas untuk kepada pengkritik kerajaan secara membina dan sebagainya, ini no problem. Okey?
Jadi, itu sebab saya nampak bahawa usaha kerajaan untuk membawa balik rang undang-undang ini kerana kita tahu bahawa rang undang-undang yang lama ini mempunyai kuasa yang terlampau besar untuk mungkin akan disalahgunakan termasuk sayalah. Saya sendiri pernah kena siasat.
Jadi, Yang Berhormat Muar jangan berkobar-kobar. Saya pun kena juga, tetapi ini adalah usaha kerajaan untuk mengimbangi kuasa yang terlampau besar kepada satu restricted supaya kita boleh menjaga, mengimbangi yang berleluasa sekarang adalah scammer, sekarang adalah child sexual abuse, pornografi dan sebagainya. Ini yang masalah yang kita hadapi, negara kita mempunyai cabaran yang luar biasa.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1998, apabila akta ini diluluskan, kita masa itu masih mainkan ICQ, sekarang tak ada ICQ dah. Sekarang Facebook, META, Google, YouTube. Semuanya syarikat-syarikat gergasi yang sangat luar biasa pengaruh mereka.
META, dia punya market capitalization USD1.6 trilion, lebih besar daripada Malaysia. Itu US Dolar. Google, USD2.15 trillion market capitalization. Dua tiga kali GDP Malaysia. Ini begitu kuasanya dan mereka control apa yang kita tengok melalui algorithm mereka.
Algorithm dia nak Tasek Gelugor tengok apa? Tasek Gelugor tengok apa. Dia nak Muar tengok apa? Dia dapat Muar tengok apa. Ini begitu kuasanya dan itu sebab ada rasionalnya untuk menyekat sedikit, memberi kerajaan satu leverage kerana negara Malaysia ini banyak isu-isu yang sensitif, yang boleh menyebabkan sakit hati sesama rakyat. Bukan dengan kerajaan, tetapi ada banyak isu-isu yang sensitif, yang perlu kerajaan mempunyai sedikit kawalan.
Saya memang tengok bahawa apa yang huraian tersebut, huraian yang saya rasa yang isu yang dipertikaikan adalah seksyen 233 dan sememangnya kerajaan telah huraikan.
Ini usaha yang bagus. To clear the air, to restrict apa yang dahulunya kuasa terlampau, sekarang kuasa tersekat dengan huraian-huraian ini. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Menteri kerana berani membuat perubahan untuk memastikan bahawa kebebasan itu tidak terlampau.
Kalau disalahgunakan, kita akan tuntut Menteri bawa balik untuk kita tukar kerana kita sekarang berubah mengikut zaman. Kita tak tahu apa yang berlaku dalam setengah bulan — sorry, another six months, one year kita tak tahu apa teknologi baru yang deep fake mana yang akan berlaku. Jadi, inilah AI apa yang akan berlaku. Jadi, saya harap bahawa kita kena fikir secara negara, sebagai pemimpin negara, bagaimana kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang, di depan kita. Jadi, saya harap ini boleh sedikit sebanyak dipertimbangkan.
Menteri ada di sini, jadi saya pun ingin bangkitkan isu rakyat. MCMC ini, dia ada kuasa untuk memastikan bahawa servis itu bagus, tetapi kita tengok bahawa sekarang, apa yang berlaku adalah mengikut pelbagai kompelin. Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia, enam kategori aduan. Tahun ini sahaja, sembilan bulan yang pertama 2024 berkaitan dengan bil dan caj, 3,933 aduan. Amalan tidak adil, 2,522 aduan.
Penyampaian perkhidmatan, 2,022 aduan. Salah nyata perkhidmatan, lebih seribu. Pertikaian terma syarikat dan syarat, 400 lebih.
Saya bangkitkan isu ini kerana kita di sini, Yang Berhormat di sini, kita tahu bahawa apabila kita buat phone call, selalu dropped call. Semua antara kita semua ada pengalaman tersebut. Apa MCMC buat? Fokuslah. Kalau syarikat-syarikat telekomunikasi tidak buat kerja, kalau mereka servis teruk, fine them. Kita di sini, tiap-tiap bulan bayar beratus ringgit. Saya ada satu handphone. Saya nampak Yang Berhormat Arau, dia ada empat, lima handphone.
Okey? Kita berbayar. Satu handphone mungkin bayar RM100, RM80-RM100. Lima handphone? RM400. Setiap kita ada bayar. Rakyat di luar bayar. Apa servis yang kita dapat?
Teruk sangat. Jadi, kena buat sesuatu.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Takkan selalu biarkan telco company buat keuntungan tetapi rakyat ini susah selalu phone service teruk sangat. Internet sampai tak ada.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bangkitkan satu isu. Saya kata dalam dunia yang begitu cepat perubahan, kita platform e-dagang sekarang. Dulu kita beli di pasar malam. Selepas itu, you beli online. Okey. Sekarang, online itu bukan lagi macam Amazon atau Shopee tetapi ada SHEIN, ada Temu yang telah menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia. Hari-hari kita nampak orang muda termasuk di kalangan kita beli barangan online.
Tetapi, mereka tidak dicukaikan walaupun dia mendapat keuntungan yang begitu besar. Contohnya, RM2 bilion untuk SHEIN. USD2 bilion keuntungan dia ― SHEIN. Untuk Temu, RM3.88 bilion keuntungan bersih. Tapi Malaysia, kita bayar, kita beli barang, mereka dapat keuntungan tapi tak kena cukai, tak bayar kepada kerajaan. Apa yang berlaku?
Perlulah buat sesuatu supaya kita pun boleh mendapat keuntungan daripada keuntungan yang besar ini. Jadi, saya harap bahawa kerajaan pertimbangkan cadangan saya untuk kita register-kan mereka dan pastikan mereka bayar cukai kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sila, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar- pelajar mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
[Tepuk] Harap mereka tidak terpengaruh dengan komunikasi-komunikasi jelik negara kita.
Dato’ Yang di-Pertua, Akta Komunikasi dan Multimedia penting dalam masyarakat kita. Kita tidak mahu komunikasi yang hodoh, jelik, jahat, tanpa moral dan sebagainya menular di negara kita. Jangan jadikan akta ini, saya minta Menteri, jangan jadikan akta ini atau pindaan ini untuk dibuat semata-mata untuk mempertahankan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana pihak individu termasuk kerajaan sendiri.
Saya lihat akhir-akhir ini, kadang-kadang ada teguran-teguran daripada rakyat jelata di bawah menegur kesalahan, kesilapan yang dibuat oleh kerajaan, lantas akan keluarlah satu apa yang terpapar dalam TV semuanya palsu. Kalau ini berlaku, kita izinkan, kalau dulu sepertimana kawan-kawan kita sebut, semasa kita membantah akta ini dulu sanggup berguling di mana-mana, tetapi jangan sampai nanti rakyat memusuhi kita, marah kepada kita dan tidak percaya kepada kerajaan lagi kerana kami keluarkan apa yang betul tetapi tidak diterima oleh kerajaan, dianggap apa yang kami tegur kerajaan semuanya tak betul.
Biarlah pahit, Yang Berhormat Menteri, tapi asalkan kepahitan itu menjadi ubat pada kita. Tak ada ubat yang semuanya manis. Tapi, gula akan membawa racun kepada kehidupan kita.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri peluang kepada saya. Saya mengambil kesempatan untuk membahaskan sedikit pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia ini. Saya menyokong apa yang disebutkan oleh sahabat-sahabat saya yang lepas yang saya kira minta kerajaan, kalau benda ini tidak bagus, keluarkan dan saya tidak ada masalah untuk kita menangguhkan kelulusan pindaan akta ini. Kalau dia bagus, saya terima pandangan-pandangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat.
Saya ingin menyentuh satu dua perkara saja, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Pertama ialah tentang seksyen 248, walaupun telah pun disebutkan oleh sahabat saya, iaitu di mana seksyen ini dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “inspektor” perkataan “atau seorang pegawai diberi kuasa”.
Dato’ Yang di-Pertua, saya bimbang, kenapakah tahap pegawai polis yang diberikan kuasa di bawah seksyen ini diturunkan kepada seorang pegawai siapa saja? Apakah mereka itu inspektor? Apakah mereka itu sarjan? Apakah mereka itu koperal? Apakah mereka itu prebet dan sebagainya? Andai kata mereka diberikan kuasa, maka mereka boleh menjalankan siasatan. Ini satu keadaan yang cukup menakutkan saya.
Menteri, sebenarnya pegawai polis hari ini menghadapi banyak cabaran dan dugaan.
Kalau kita pergi pejabat mereka, mereka bekerja sendiri. Mereka berhadapan dengan berbagai-bagai jenayah hari ini, bukan sahaja jenayah siber tetapi jenayah-jenayah lain termasuk pekerja asing. Jadi, kalau betul benda ini perlu, kenapa tidak kita minta tambahan jawatan baharu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan kita tambahkan pegawai- pegawai polis?
Saya nak tahu, berapakah jumlah jawatan polis yang sebenar-benarnya diperlukan di KDN ini? Jangan kita paksa, jangan kita permudahkan tugas ini. Tugas ini bukan sahaja tugas untuk membuat siasatan tetapi tugas ini akhirnya yang pertama, boleh memberikan kesan kepada penyiasat, pegawai polis itu sendiri. Yang kedua, boleh memberikan kesan kepada orang yang disiasat. Andai kata pegawai yang diberikan tugas ini tidak sewajarnya, tidak mempunyai qualification, tidak mempunyai kelayakan, tidak ada pengalaman dan saya tidak nafikan, ramai pegawai polis ada pengalaman.
Kalau perlu, why not, kenapa tidak minta jawatan tambahan dengan JPA? Dapatkan kelulusan, kita tambah peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga mungkin daripada bahagian penguat kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kenapa perlu kita benarkan izin melawat rata-rata ke seluruh dunia ini, menghabiskan duit negara? Berikan tumpuan kepada pegawai kerajaan, berikan perhatian kepada mereka. Jangan kita paksa mereka menjalankan kerja yang tidak sewajarnya kerana nanti bukan sahaja mereka terkesan, bahkan mereka stres dan akhirnya berlakulah jenayah dan berbagainya yang dilakukan oleh bahagian penguat kuasa termasuk polis dan sebagainya.
Saya tidak nafikan ramai daripada pegawai polis yang cukup baik tetapi mereka tertekan. Saya begitu hampir dengan mereka. Inilah saya minta Menteri dan kerajaan hari ini berikan perhatian. Tambah peruntukan kepada pihak berkuasa. Jangan turunkan kelayakan ini supaya tidak memberikan kesan kepada yang lain-lain.
Kedua ialah tentang waran tadi yang dikeluarkan atau dibenarkan walaupun waran itu cacat. Ini satu keadaan yang sekali lagi, Dato’ Yang di-Pertua, cukup tidak baik bagi kita.
Kalau nak buat, buat betul-betul. Ini penyiasatan kepada individu yang kita anggap bersalah yang mungkin dapat aduan, laporan daripada pihak-pihak yang tertentu. Kadang-kadang, pihak yang melaporkan ini bukan semuanya ikhlas. Ada yang khianat.
Tapi, kalau kata buat siasatan dan apatah lagi melibatkan pegawai-pegawai yang tidak mempunyai qualification, tiada kelayakan, pengalaman dan sebagainya, sudah tentulah penyiasatan yang dilakukan itu menyebabkan tidak adil dan akhirnya kita membuat keputusan dan hukuman kepada orang yang tidak sepatutnya bersalah, mereka menjadi bersalah dan kita sendiri melakukan penyiasatan dan menjatuhkan, kita yang tidak bertanggungjawab. Jadi, Menteri, jangan buat dosa di dunia ini kerana akhirat itu ada balasannya. Terima kasih. Saya menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Seterusnya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan kesempatan untuk Sungai Petani membahaskan Rang Undang- undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan).
Rang undang-undang ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu- isu kritikal khususnya eksploitasi kanak-kanak dalam talian, penipuan digital, perjudian siber, cyber bully dan penyebaran komen berunsur kebencian. Kita lihat hari ini, dunia digital semakin berkembang adalah dunia tanpa sempadan. Jadi, kita perlu meletakkan satu sempadan agar ia tidak memudaratkan khususnya rakyat kita.
Saya ingin mengingatkan bahawa kes eksploitasi seksual kanak-kanak di Malaysia, kalau kita lihat, saban hari semakin meningkat dan semakin membimbangkan. Kalau kita lihat statistik, sebanyak 4,469 kes jenayah seksual kanak-kanak pada tahun 2023. Dari Januari sehingga April 2024 sahaja, sebanyak 2,240 kes telah direkodkan oleh pihak polis.
Kita perlu melihat secara spektrum yang lebih luas ketika kita ingin meminda akta ini.
Kalau kita lihat permainan interaktif atas talian yang digemari oleh kanak-kanak, orang-orang muda pada hari ini, amat-amat tinggi berbanding dengan yang dulu dan lebih mudah untuk kita dapatkan dari segi online dan internet dan sebagainya. Malangnya, kalau kita lihat, platform ini menjadi lubuk bagi pemangsa seksual yang menggunakan ruang komunikasi seperti sembang suara dan teks untuk melakukan online sexual grooming.
Ini amat membimbangkan kita khususnya ibu bapa dan sekarang ini ibu bapa yang produktif, yang bekerja, yang sibuk dan tidak dapat melihat atau memantau anak-anak mereka. Kes seperti ini semakin meningkat disebabkan oleh sifat permainan itu sendiri sulit atau susah untuk dipantau secara langsung oleh ibu bapa.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Kalau kita lihat hari ini di platform-platform media seperti Telegram, X atau Twitter dan sebagainya, kita lihat tidak ada lagi sempadan. Kita boleh akses dengan begitu mudah.
Anak-anak kita boleh akses dengan begitu mudah. Pelbagai content-content yang menjijikkan. Baru-baru ini juga ada pengguna TikTok yang dikenali sebagai Abang Bas sebagai contoh, yang secara terbuka kita lihat content-content-nya sehingga Yang Berhormat Menteri sendiri perlu buat laporan polis. Ini amat-amat teruk dan amat-amat membimbangkan kita semua. Kes ini mencerminkan bagaimana media sosial boleh menjadi platform untuk menormalisasikan kelakuan menjijikkan seperti pedofilia.
Kalau kita lihat jenayah penipuan dalam talian juga semakin menjadi-jadi. Contohnya, Macau Scam, Love Scam dan sebagainya. Di kawasan saya, ada seorang pesara. Dia dulu di Imigresen, baru sahaja bersara dan ingin pulang ke kampung dan dia mendapat satu call daripada pihak insurans yang mengatakan dia perlu renew insurans dan sebagainya.
Hanya dengan satu call sahaja, dia telah pun kehilangan lebih daripada RM900,000 hasil daripada KWSP nya, pencen dan sebagainya. Sehingga hari ini, dia berada dalam satu fasa yang tidak betul. Dia punya mental health dah terganggu dan sebagainya. Ini hanya satu kes daripada ratusan ribu kes yang mungkin tidak dilaporkan di seluruh negara.
Tidak kurang juga isu buli siber yang telah meragut ramai nyawa, khususnya golongan belia kita. Jadi, dengan pindaan undang-undang, khususnya seksyen 233, subseksyen (2) dan (3), di mana jika disabitkan kesalahan, denda dinaikkan dari tidak melebihi RM50,000 kepada tidak melebihi RM500,000 dan penjara daripada tidak melebihi satu tahun kepada tidak melebihi dua tahun.
Namun begitu, kepada kes-kes yang mungkin berprofil tinggi, wang boleh dibayar tetapi mungkin kementerian perlu memikirkan satu lagi mekanisme bagaimana denda ini betul-betul memberi kesan kepada mereka yang menerima hukuman ini. Mungkin mereka influencers, tiktokers dan sebagainya boleh bayar dengan sewenang-wenangnya duit tetapi mungkin kalau kita berikan hukuman khidmat sosial dan sebagainya, itu akan memberikan keinsafan kepada mereka-mereka yang disabitkan dengan kesalahan ini.
Saya ingin menyentuh seksyen 233, subseksyen 1(a), ini bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara tetapi sebaliknya adalah untuk melindungi rakyat kita daripada bahaya dunia digital. Saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan tafsiran yang RUU ini terutamanya seksyen tersebut. Kebimbangan ini perlu ditangani secara telus agar tidak timbul salah faham bahawa kerajaan ingin menyekat pandangan yang berbeza ataupun kritikan yang membina.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga perlu menyatakan definisi seperti yang dinyatakan tadi, “jelik melampau” dan “jelik”. Itu apa perbezaannya dan mungkin memerlukan pakar linguistik, pakar bahasa dan siapakah yang akan menentukan atau mengklasifikasikan antara “jelik” dan “jelik melampau” itu.
Tuan Yang di-Pertua akhir sekali, perkara penting juga saya ingin angkat ialah isu perlindungan data peribadi pengguna dalam talian. Penambahan subseksyen 252(a) dan 252(b), mencadangkan agar syarikat media mendedahkan data peribadi pengguna atas keperluan penyiasatan. Walaupun ini mungkin perlu untuk siasatan jenayah, kita perlu berhati- hati agar data ini tidak disalahgunakan. Apakah jaminan kerajaan bahawa data ini tidak disalahgunakan supaya kita semua tetap terlindungi? Sekian dari saya, terima kasih. Saya ingin menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sila Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Dato' Yang di- Pertua, sebelum saya menjadi Ahli Dewan yang mulia ini, saya banyak mengambil kes mewakili mereka yang didakwa di bawah seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia atau Akta 588.
Secara objektif, kalau kita lihat sejarah Akta 588 ini dan khususnya seksyen 233(1) ini, kita akan dapat lihat bahawa ia nya berkali-kali digunakan untuk mendiamkan suara rakyat dan juga membungkam ekspresi rakyat. Saya tak ingat Dato' Yang di-Pertua, berapa kali saya bawa anak guam saya ke balai polis kerana mereka disiasat bawah seksyen 233(1) ini dan saya boleh katakanlah dengan yakin dalam Dewan ini, saya yang paling banyak buat kes seksyen 233. Walaupun saya tahu Bukit Gelugor di situ tapi dia banyak buat kes jenayah yang lain tapi yang ini saya boleh yakin, saya paling banyak.
Jadi, apabila saya melihat pindaan-pindaan ini, saya fikir sedikit ironi bahawa pada hari ini, saya akan membahaskan satu rang undang-undang pindaan ke atas Akta 588 yang merangkumi juga pindaan terhadap seksyen 233 yang sering dikenali sebagai ‘Akta Sakit Hati’. Dato’ Yang di-Pertua, dalam dunia yang sempurna, setiap elemen seperti lucah, mengancam, palsu, sumbang dan sebagainya akan ditakrifkan dengan jelas dan sempurna.
Malangnya, kita hidup dalam dunia yang tidak sempurna dan kita kini bergasak dengan jenayah atas talian yang semakin berleluasa. Perlu ada keseimbangan dalam menjaga ketenteraman awam dan pada masa yang sama, mendukung kebebasan bersuara.
Oleh itu, apabila saya melihat cadangan dalam fasal 91 untuk memperkenalkan huraian dalam elemen-elemen dalam seksyen 233(1) ini, ianya saya anggap sebagai satu titik tengah yang mana ia memberi peluang, ruang kepada penguasa untuk ambil tindakan tetapi pada masa yang sama memberi panduan dan juga memperjelaskan elemen yang ada dalam seksyen 233 ini.
Saya ingin sebut di sini, saya dengar dengan teliti apa yang dibahaskan oleh rakan- rakan dalam Dewan ini tetapi untuk mengatakan bahawa huraian ini meluaskan lagi apa yang sedia ada, itu adalah tidak betul. Kerana jika kita lihat bahawa sebenarnya huraian ini menyempitkan apa yang telah disebut sebelum ini, memberi panduan dan memberi peluang kepada seorang yang dituduh untuk membawa hujah-hujah bagi membela dirinya.
Saya sebelum ini ada keluarkan kenyataan bagaimana sebelum ini saya mewakili satu kes yang mana kita gunakan pembelaan bahawa ekspresi itu adalah satu parodi. Dalam Mahkamah Sesyen, apabila disabitkan, dikatakan bahawa parodi bukankah satu pembelaan apabila terdapatnya elemen palsu. Tetapi dengan ini, dengan huraian yang ada di sini, parodi boleh digunakan sebagai satu pembelaan, Dato' Yang di-Pertua.
Salah satu cadangan pindaan dalam fasal 91 juga adalah untuk menukar elemen “jelik” kepada “jelik melampau”. Elemen “jelik” ini kita kena akui juga, inilah yang paling bermasalah, elemen “jelik” ini. Kerana ia nya luas. Kalau saya kata contoh sebelum ini, Liverpool adalah satu team bola yang bodoh, itu boleh jadi “jelik”, Dato’ Yang di-Pertua. Tapi dengan adanya satu peruntukan tambahan iaitu “jelik melampau”, ia memberi satu signal bahawa kini threshold dia, nilai ambang dia adalah lebih tinggi. Maknanya, offensiveness jelik- jelik itu perlu ada satu nilai ambang yang lebih tinggi, yang perlu ditunjukkan oleh pihak penguasa.
Saya melihat bahawa “jelik” sahaja tidak mencukupi. Ia perlu ditambah dengan melampau. It must be grossly offensive. Saya ingin pengesahan daripada pihak kerajaan, bahawa tambahan elemen melampau ini dan juga huraian yang dicadangkan untuk “jelik melampau” adalah bertujuan untuk meletakkan perlindungan dalam undang-undang daripada disalahgunakan seperti ini. Satu lagi perkara, saya mohon sedikit masa mungkin dalam 30 saat, Dato' Yang di-Pertua.
Huraian enam ada rujukan kepada hate speech, dengan izin, ataupun ucapan bernada kebencian. Di sini saya juga ingin mendapat pengesahan daripada pihak kerajaan bahawa apabila kita bercakap tentang hate speech ini, apabila kita nak tahu apa dia rujukan, kita boleh membuat rujukan kepada piawai antarabangsa seperti yang ada dalam UN Strategy Plan on Hate Speech yang mentakrifkan apa dia ucapan bernada kebencian.
Akhir sekali, saya melihat bahawa kesalahan asas ataupun based offense seksyen 233(1) ini akan membawa hukuman yang lebih tinggi iaitu denda daripada RM50,000 sedia ada dan juga penjara satu tahun, menjadi denda RM500,000 dan juga penjara dua tahun.
Saya melihat Dato' Yang di-Pertua, trend hukuman yang diberikan untuk seksyen 233 ini sebenarnya adalah dalam lingkungan yang lebih rendah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Maknanya, we are not pushing dengan izin, we are not pushing the maximum level.
Jadi, apa keperluan untuk kita pinda supaya menjadikan hukuman itu lebih berat? Saya juga ingin mendapatkan kepastian bahawa walaupun dengan pindaan ini, mahkamah masih boleh mengenakan hukuman yang rendah jika dalam keadaan pesalah itu wajar tanya. Itu sahaja Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya. Bangi mohon menyokong.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Seterusnya Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tangga Batu ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas RUU Komunikasi dan Multimedia
(Pindaan) 2024. Tangga Batu menyambut baik usaha kerajaan untuk menambah baik Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dengan berkembangnya teknologi digital dan IT, media sosial dan multimedia menjadi semakin penting buat rakyat Malaysia.
Media sosial sepatutnya menjadi sarana ataupun medium untuk mendidik minda rakyat agar menjadi semakin matang, bermaklumat memupuk perpaduan dan keharmonian.
Malangnya kalau kita lihat hari ini, media sosial telah menjadi alat propaganda, alat membina perspektif negatif terhadap individu atau mana-mana organisasi dan tempat menanamkan kebencian sesama warga. Oleh itu, sepatutnya kerajaan – Tangga Batu mencadangkan supaya perkara yang lebih besar ialah jenayah siber ataupun jenayah scammer yang berlaku sangat berleluasa sehingga menyebabkan kerugian beratus-ratus ribu Ringgit terhadap rakyat.
Walaupun media sosial hari ini memerlukan sesuatu undang-undang peraturan untuk mengatur mengawasi, namun dalam memperbaiki segala kekurangan, kita juga perlu melihat beberapa pindaan yang dianggap terlalu luas pentafsirannya dan dibimbangi akan disalahgunakan di masa depan. Pindaan fasal 91 seksyen 233 perenggan 1(a) dengan menggantikan perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau”. Kandungan jelik melampau boleh termasuk yang memaki dan tidak senonoh yang menyinggung perasaan ramai pihak, termasuk rujukan kasar dan ucapan bernada kebencian.
Rujukan yang kasar ialah perkataan lucah, menyinggung perasaan, kasar atau tidak senonoh. Ucapan bernada kebencian merujuk kepada mana-mana perkataan visual audio isyarat yang menghina atau menjatuhkan maruah seorang adalah jelik melampau. Dengan pindaan di bawah seksyen 233, kandungan jelik melampau dengan skopnya yang luas dan samar-samar sebagai istilah subjektif yang bersifat abstrak seperti menyinggung perasaan dan ucapan bernada kebencian yang menjatuhkan maruah seseorang.
Pertanyaan Tangga Batu, apakah nilai ambang ataupun threshold sebenar kepada terma “jelik melampau” bagi kesalahan seksyen 233? Di sebalik tafsiran yang pelbagai hingga membuka ruang kepada risiko penyalahgunaan dalam batas dan ruang lingkup hak kebebasan bersuara. Disebabkan istilah subjektifnya yang membawa kepada kekaburan terhadap kesalahan di bawah Akta 588, bagaimana kerajaan memastikan benda ini tidak terdedah kepada sebarang salah tafsiran dan apa jua kekeliruan tanpa mengongkong kebebasan hak bersuara dan tidak bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan kerajaan untuk meraikan perbezaan pendapat dan menyuburkan ruang demokrasi.
Tuan Yang di-Pertua, tanpa tafsiran yang jelas dan tepat berkaitan 3R, apakah mekanisme kawalan kerajaan terhadap mana-mana pengkritik kerajaan bagi mengelakkan pendakwaan terpilih atau dwistandard di bawah Akta 588? Ini kerana sebarang sekatan untuk melindungi kepentingan yang sah seperti ketenteraman awam seharusnya ditakrif secara jelas dan berasaskan kepada bukti yang seimbang.
Apakah kayu ukur untuk membezakan kandungan mengikut legal proportionality dengan mengenakan penalti ataupun hukuman yang setara berdasarkan kesalahan yang dilakukan serta proses serta pihak penguat kuasa untuk menilai suatu kandungan dan menentukan sama ada tindakan itu disalah tafsir atau disalah guna termasuk apa-apa komunikasi yang dibuat dengan suci hati seperti penyertaan pendapat, fair comment dan fair opinion?
Adakah pindaan yang dicadangkan ini memenuhi amalan terbaik dan piawaian kebebasan bersuara antarabangsa? Apakah jaminan kerajaan untuk tidak meneruskan hasrat meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 selepas ditangguh akibat desakan orang ramai baru-baru ini. Kandungan berita palsu huraian 4, kandungan palsu boleh melibatkan kandungan atau maklumat yang tidak benar.
Kandungan berita palsu menurut kumpulan Peguam Lawyers of Liberty, pindaan ini merupakan terkebelakang dalam melindung hak asasi manusia di Malaysia, bahkan Kerajaan MADANI seolah-olah mengingkari janjinya apabila memilih untuk menjadikan undang-undang draconian seperti Akta 233 lebih membebankan. Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sila, Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Teknologi maklumat boleh menjadi madu dan racun. Ia membantu kita berkomunikasi dengan lebih pantas, menjalankan aktiviti ekonomi dengan lebih mudah serta berinteraksi tanpa batasan geografi dan latar belakang. Akan tetapi, ia juga datang dengan cabaran yang sukar. Kepantasan maklumat yang disebarkan menyebabkan kita dilambakkan dengan pelbagai berita-berita palsu, sangkaan jahat, fitnah dan adu domba.
Kehadiran platform sosial media pula mendedahkan kita pelbagai tipu daya seperi scam kewangan, perlecehan seksual, buli siber dan lebih malang lagi jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga adalah mangsa kerana gambar- gambar saya kerap di-edit dengan pelbagai bentuk, malah saya juga pernah menjadi mangsa kepada teknologi AI iaitu dengan suara yang dialih gunakan. Oleh itu, setelah 26 tahun, saya fikir inilah masa yang terbaik untuk kita menilai semula akta ini bagi menangani cabaran masa kini lebih-lebih lagi dengan cabaran teknologi mendatang seperti AI yang lebih memudaratkan.
Saya mulakan perbahasan dengan menyentuh fasal 80 seksyen 211 subseksyen (1) yang mengehadkan pemakaian seksyen ini kepada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan sahaja dengan menaikkan denda daripada RM50,000 kepada tidak melebihi RM1 juta serta hukuman penjara tidak melebih satu tahun dinaikkan kepada tidak melebihi 10 tahun. Kenaikan denda ini bagi menegaskan kepentingan dan tanggungjawab penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan ini agar sentiasa cakna dan mengawal kandungan jelik melampau, lucah serta palsu yang berlegar di dalam aplikasi mereka.
Walau bagaimanapun, persoalan yang ingin saya ialah penyedia platform ini sekiranya penyedia platform ini disabitkan dengan kesalahan, siapakah yang benar-benar dipertanggungjawabkan? Apakah CEO syarikat? Ketua unit? Atau pegawai di bawah yang ditugaskan untuk menyelia kandungan? Kepada siapakah patut kita letakkan bebanan kesalahan ini?
Dalam masa yang sama, seperti yang saya sebutkan di awal tadi, kita punyai lambakan kandungan jelik melampau dalam aplikasi ini yang tersebar dengan begitu pantas.
Apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menilai apakah sebenarnya kapasiti penyedia kandungan ini untuk membuat seliaan? Berapa banyak kandungan jelik dan sumbang yang mereka dapat tapis dalam masa satu hari selain hukuman yang ditingkatkan? Apakah ada inisiatif yang dapat diberikan kepada penyedia perkhidmatan ini sekiranya mereka menepati piawaian seliaan kandungan yang ditetapkan?
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan seksyen 233 subseksyen 1(a) yang menggantikan dengan perkataan “jelik” kepada “jelik melampau” yang ditakrifkan sebagai kandungan yang sangat menyinggung perasaan, termasuk ucapan kebencian dan keganasan. Saya fikir bagi kandungan yang menyeru kepada keganasan ini, kita boleh terima dengan jelas. Namun, bagi definisi jelik melampau ini, saya fikir masih lagi kabur.
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Penjelasan saya yang saya baca di sini, kandungan jelik melampau boleh termasuk kandungan yang memaki dan tidak senonoh yang menyinggung perasaan ramai pihak, termasuklah rujukan yang kasar. Kemudian disambung di bawah ini pula diletakkan seolah- olah satu exception dengan izin, iaitu namun penggunaan perkataan sedemikian dalam konteks yang membawa maksud maknanya yang biasa dan bukan bertujuan bahasa kasar adalah tidak jelik melampau.
Jadi, macam mana kita nak menentukan maki hamun dan kata-kata tidak senonoh yang mana biasa dan yang mana bertujuan bahasa kasar. Saya minta jasa baik pihak kementerian untuk memberikan penjelasan. Saya juga memuji usaha pihak kementerian untuk memasukkan kesalahan melibatkan fraud atau kecurangan kepada mana-mana orang di dalam subseksyen ini serta di dalam subseksyen (3) bagi kesalahan yang melibatkan kanak-kanak dijadikan sebagai kesalahan jenayah lebih tinggi hukumannya iaitu didenda tidak melebihi RM500,000 serta tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda RM5,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan yang berterusan selepas disabitkan.
Melindungi kanak-kanak dalam perkhidmatan aplikasi kandungan ini merupakan keutamaan tertinggi dalam mengatasi gelora sosial media dan penggunaan teknologi.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Namun, saya fikir selain meningkatkan hukuman, kita perlu ada strategi yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan kebersamaan dan shared responsibility antara penyedia platform, pengguna serta kerajaan. Pendidikan dan kesedaran yang berterusan perlu dipertingkatkan dan insentif supaya ia menjadi kempen berterusan bagi memastikan platform media sosial ini merupakan platform yang selamat.
Tuan Pengetua — Tuan Pengetua pula.
[Ketawa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang di-Pertua.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang di-Pertua. Dia bertukar orang pula.
[Ketawa] Baiklah, akhir sekali saya berpendapat pindaan ini merupakan satu cabaran besar untuk mengimbangi kebebasan bersuara dan juga kawalan yang tidak melampau.
Kebebasan bersuara ada tanggungjawabnya. Kawalan juga perlu ada batasnya. Dalam masa yang sama, perkara-perkara yang disimpulkan sebagai menyinggung perasaan dan menyakitkan hati ini ialah satu perkara yang sangat sukar untuk dikawal selia.
Ini kerana tidak semua orang akan tersinggung dengan perkataan kasar atau kritikan yang sama diberikan. Ia sangat subjektif. Jadi, walaupun saya lihat kandungan satira dan parodi dikecualikan daripada kesalahan sekiranya ia adalah fiksyen, ia juga sangat subjektif, apatah lagi melibatkan isu-isu 3R. Malah kesannya juga dapat dilihat di mana masih ramai yang tidak dapat membezakan kandungan itu benar atau sekadar satira. Jadi, saya minta agar ada penjelasan yang lebih terperinci oleh kementerian berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih, Datuk Yang di- Pertua. Tahniah Bangi. Baru dua tahun, dah jadi Speaker.
[Dewan ketawa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sementara, sementara.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sementara. Apa pun tahniahlah. Baik, terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau disebut juga sebagai Akta 588.
Tuan Yang di-Pertua, secara asasnya saya tidak ada masalah dalam pindaan ini yang antara lain bertujuan bagi mengawal kemudaratan dalam talian ke atas kanak-kanak ataupun jenayah scam, judi dalam talian dan sebagainya. Itu saya faham dan saya puji demi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Namun, yang menjadi isu pokoknya di sini adalah pindaan ini seolah-olah digunakan sebagai alat untuk menyekat hak bersuara dan menyatakan pendapat atau kritikan dengan berselindung di sebalik terma ucapan kebencian. Ucapan kebencian ini dalam konteks media sosial hari ini telah menjadi satu yang sangat subjektif.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan apakah ukuran atau indikator yang ditetapkan oleh kerajaan dalam menginterpretasikan ucapan kebencian yang sebenarnya. Sebagai contoh, pindaan fasal 91 dalam seksyen 233 akta ini dalam perenggan 1(a) dengan menggantikan perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau”. Konteks “jelik melampau” terlalu luas pentafsirannya dan sangat terbuka kepada risiko penyalahgunaan terma hak bersuara oleh kerajaan.
Kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci apakah definisi “jelik melampau” berkenaan. Adakah ucapan kebencian ini turut didefinisikan sebagai “jelik melampau” juga?
Jika begitu, adakah ucapan kebencian ini yang tertakluk kepada sebarang ucapan berbentuk kritikan atau kutukan kepada kerajaan sahaja? Bagaimana pula terhadap ucapan kebencian yang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama oleh lambakan cybertrooper yang bersembunyi di sebalik akaun satira?
Di platform media sosial X misalnya, penuh dengan lambakan cybertrooper yang menggunakan akaun satira untuk menyebarkan kebencian dan fitnah dengan menggunakan nama seakan-akan nama seperti akaun asal. Contohnya, akaun BERNAMA sebagai akaun BERMANA, akaun Harakahdaily digunakan sebagai *Harakakdaily.
[Ketawa]* Seakan sama sebab itu susah nak sebut.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kulim, Kulim. Boleh sikit tak? “Jelik melampau” sikit. Boleh tak?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sila, sila, sila, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya nak tanya kerajaan, mengambil ruang Kulim berbahas ini. Sewaktu pemimpin kerajaan pada hari ini berada di sebelah pembangkang, macam-macam mereka katakan pada kerajaan pada waktu itu. Jadi, mereka kata apa yang disuarakan itu adalah kebebasan bersuara.
Jadi, saya nak tanya kerajaan, adakah kalaulah sesiapa kata kat luar sana mengambil kira apa yang dikata oleh pemimpin kerajaan yang pada waktu itu pembangkang, maka itu adalah satu kebebasan bersuara dan tidak dimasukkan sebagai “jelik melampau”.
Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya minta masuk dalam teks saya dan juga minta Menteri jawab sat lagi.
Tuan Yang di-Pertua, fitnah dan kebencian yang disebarkan melalui akaun-akaun ini dengan berselindung di sebalik satira dan parodi sehingga dipercayai oleh orang-orang yang tidak mahir menggunakan media sosial langsung tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa selama ini. Bagaimana kerajaan boleh menjelaskan kandungan berbentuk satira dan parodi ini dibenarkan? Sedangkan ia pada masa yang sama, digunakan sebagai ucapan kebencian kepada pihak yang lain. Pada masa yang sama juga, bagaimana kerajaan boleh memberi jaminan bahawa pindaan ini boleh bersifat adil kepada semua pihak dan tidak digunakan sebagai alat untuk mengekang musuh politik sahaja?
Seterusnya, saya juga bersetuju dengan kenyataan kumpulan peguam hak asasi manusia iaitu Lawyers of Liberty yang sebelum ini memberi amaran bahawa pindaan ini seolah-olah sedang cuba mengembalikan undang-undang anti berita palsu. Sejauh manakah penggantian perkataan palsu dalam pindaan ini dengan meletakkan perkataan mengelirukan, tidak lengkap atau mengada-adakan perkara yang tidak wujud. Di bawah pindaan seksyen 233 1(a) yang membawa denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun dilihat lebih jelas dalam mentafsirkan maksud berita tidak benar.
Tuan Yang di-Pertua, apakah kerajaan bersetuju bahawa pentafsiran baharu ini hanya lebih kepada menakut-nakutkan orang awam dan menghalangkan mereka daripada menyertai perbincangan berkaitan hal-hal berkepentingan awam yang seterusnya menghilangkan hak kebebasan bersuara yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan?
Saya mohon penjelasan berkaitan hal ini. Selain itu juga, saya juga melihat pindaan akta ini memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri dan agensi di bawahnya tanpa semak imbang yang jelas.
Sebagai contoh, seksyen 252A yang memberi kuasa kepada seorang pegawai polis atau pegawai yang diberi kuasa untuk mengehendaki mana-mana orang yang mempunyai kawalan kepada sistem komunikasi untuk memelihara data komunikasi bagi suatu tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan. Seksyen yang dicadangkan ini dibaca bersama seksyen baharu 268A yang memberi Menteri kuasa untuk membuat kaedah-kaedah penyampaian rekod bagi maksud penyiasatan. Ini perlu diperincikan dengan lebih jelas.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, masa dah habis. Masa dah habis, YB.
Masa dah habis. 15 saat landing.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Macam Bangi juga minta. Selalu minta kan. Saya pun minta juga.
[Ketawa]
[Dewan ketawa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
15 saat. Landing. Landing. Last point.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kalau ihsan, dia boleh lekat dok situ. Okey, Bangi saya hormat Bangi. Okey, saya ambil poin last sekali.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Speaker, sorry Bangi. Sorry, Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah habis lah kut.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sat, sat ada ni.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah habis. Okey, terima kasih YB Kulim- Bandar Baharu.
[Dewan ketawa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya terus menjemput YB Kampar.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tutup, tutup sat. Jangan berhenti mengejut. Kesian saya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apa, tak apa, tak apa. YB Kampar teruskan. Saya jemput YB Kampar. Nanti boleh bangkitkan dengan Menteri nanti. [Merujuk kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana memberi peluang saya untuk membahas tentang rang undang-undang untuk meminda Akta Komunikasi Multimedia 1998. Akta ini telah digubal pada tahun 1998. Hari ini 2024. Semasa akta ini dipinda, Internet baru sahaja bermula tapi pada masa itu, tidak ada begitu banyak instant messaging, tidak ada begitu banyak social network. Tapi hari ini, dunia telah berubah. Dulu kalau kita bergantung kepada paper form ataupun secara surat khabar, majalah. Sekarang kita bergantung kepada internet dan banyak perkara telah berlaku.
Saya nak bangkit satu kes yang berlaku pada 5 Julai, di mana satu kes buli telah berlaku dan satu influencer yang bernama Esha telah meninggal dunia. Apakah akibat siasatan ini? Pembuli siber itu hanya diberi denda RM100.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini kerana kita tak cukup ada akta yang ketat untuk menghukum mereka yang melakukan buli siber. Saya faham pihak pembangkang, mereka setuju dengan scammer, dengan buli siber, dengan pornografi. Okey, itu semua kita setuju. Yang mereka tak setuju...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, ini saya nak membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6). Ini menimbulkan satu perkara prasangka jahat kepada kami ya, 36(6) dan 36(12). Bila pula kita kata kita setuju dengan semua-semua begitu? Kita tak pernah sebut. Malahan, kita mengatakan kita sokong akan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap, sekejap. Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, tadi bukan secara keseluruhanlah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
No. Itu salah dan saya minta dia tarik balik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kampar. Kampar, Kampar.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Itu tuduhan yang salah.
Saya minta dia tarik balik tuduhan itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi ada beberapa Ahli yang tak setuju dengan penggubalan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kampar. YB Kampar, tunggu, tunggu, tunggu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tasek Gelugor, nanti, nanti. Saya cakap mereka setuju dengan penggubalan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tunggu, tunggu. Tunggu. Kita buat ikut aturan. Okey, YB Tasek Gelugor, apa dia peraturan mesyuarat?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain”.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Apa sangkaan jahat itu?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Disebut tadi bahawa pembangkang, kami semua ini secara kolektif bersetuju dengan pornografi, bersetuju dengan apa benda lagi dia sebut tadi yang mana kami...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tasek Gelugor, itu bukan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap, Kampar, Kampar. YB Kampar, tunggu.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Apabila dia sebut pembangkang, termasuk saya secara peribadi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik. Nanti.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Maka, sangka jahat itu ditimbulkan kepada saya dan kawan-kawan saya, adakah saya bersetuju dengan perkara- perkara yang tidak pernah kami katakan kami setuju.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik. Itu — I get your point. Okey, YB Kampar, jelaskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Maksud saya, penggubalan...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya minta ditarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Penggubalan untuk mengatasi scammer, pornografi itu setuju. Okey, tak ada isu ma. Tasek Gelugor, itu bukan maksud saya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ada isu. Ayat tadi perlu ditarik balik Yang di-Pertua dan perlu minta maaf.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bukan kata you setuju dengan pornografi...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
... Okey, akta untuk menggubal untuk mengatasi itu kita setuju...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tarik balik, tarik balik tadi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Kampar, sekejap, sekejap. YB Kampar, mungkin boleh jelaskan...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Masa. Masa saya...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tarik balik, tarik balik.
Bukan masalah masa ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jelaskan bahawa...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Maksud saya, pembangkang setuju dengan penggubalan yang tertakluk kepada pornografi, scammer dan juga cyber bully. Itu yang saya maksudkan. Itu sahaja. Tak ada sangkaan jahat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okey, ayat lain. Tadi ayat lain Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey. Saya nak teruskan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Speaker, ayat lain tadi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya, masa — saya belum masuk...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kampar kena belajar lagi cakap bahasa Melayu.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dia guna ayat lain tadi. Dia guna ayat lain tadi Yang Berhormat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Belajar cakap bahasa Melayu bagi betul. Tadi lain makna tadi.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tadi dia ayat lain tadi Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya pun tak setuju.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Mungkin cara penyampaian. Okey, YB Kampar, boleh tarik balik yang sebelum ini? Kemudian...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey. Saya tarik balik kalau itu yang katakan — itu bukan maksud saya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik. Okey, teruskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya katakan mereka setuju dengan apa yang terlibat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Cara Kamparlah ini. Cara Kampar.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Teruskan, teruskan, teruskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi penggubalan ini, part ini kita tidak ada masalah. Tapi, yang mereka sering bangkit adalah tentang kandungan jelik ataupun jelik melampau. Tapi saya nak tanya kepada pihak pembangkang, apakah alternatif yang anda bangkit? Tak ada. Mereka hanya bantah sahaja.
Seorang Ahli
Tanya Menteri lah.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, kami tak boleh jawab. Soalnya, kami mana boleh jawab. Tanya Menteri lah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tapi secara sedia ada — Nanti you ada peluang, jawablah. Nanti ada floor you...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap, sekejap.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Mana boleh jawab. Ini bukan soal jawab kami. Ini you dengan Menteri. Ini soalan dengan Menteri, bukan dengan kami.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Nanti saya habis. Saya belum masuk, itu sudah empat minit.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Mana boleh jawab.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kuala Krau. Kuala Krai, sorry. Kuala Krai.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Apakah status undang-undang sekarang? Status undang-undang sekarang adalah perkataan jelik, tapi kita gubalkan untuk jelik di-substitute ataupun diubah kepada kandungan jelik melampau dan kita ada banyak huraian di sini. Ini semua huraian adalah kita tak boleh cover semua senario-senario yang berlaku. Itu saya terima. Takkan kita boleh letak 100 senario, 1,000 senario, 100,000 senario. Ada banyak senario yang mungkin tak dapat kita cover, tapi inilah apa yang kita lakukan supaya kita boleh takrifkan apa itu kandungan jelik melampau.
Juga di sini jelas, kandungan yang memaparkan bahagian sulit berasaskan seni maklumat atau saiz tidak melampau. Ini anatomi. Tadi yang satu iaitu satira dan parodi, jelas di sini telah dikatakan dalam huraian 4, kandungan berbentuk satira dan parodi dalam keadaan yang jelas bahawa ia adalah fiksyen, tidak palsu. Bermakna, rakyat Malaysia sekarang boleh setup satu website yang berbentuk satira atau parodi.
Di Amerika Syarikat telah berlaku, The Onion website, sudah 30 lebih tahun. Tapi di Malaysia, kita tidak benarkan. Mengapa? Ini kerana kita takut rakyat Malaysia keliru. Ada orang yang tak berapa cerdik, mereka keliru. Mereka ingat ini betul kah tak betul. Tapi sekarang bawah undang-undang, kita benarkan.
Jadi, saya harap bahawa ini satu penggubalan yang progresif. Jadi, saya harap pembangkang jangan hanya cuba untuk nak bangkang apa-apa yang kita bawa. Saya faham pihak ini, kandungan ini memang bukan semua yang boleh setuju sebab kita tak boleh buat satu undang-undang yang 100 peratus kita cover semua senario. Tapi, inilah yang terbaik yang kita boleh lakukan pada hari ini. Jadi, sekian sahaja perbahasan saya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kampar.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya.
Tadi Kampar menyebut, apa pula alternatif daripada kami. Pelik, bukan kami sahaja yang tak setuju. Kerajaan pun ada yang tak setuju dengan poin-poin yang disebut dalam pindaan ini. Jadi, kita sekarang membahaskan untuk memberikan penambahbaikan, bukan nak bagi alternatif. Nak suruh kami siapkan blue bill macam ini, biarlah kami jadi kerajaan, barulah kami boleh siapkan.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya membaca teks pindaan seksyen 46A supaya kita semua jelas tentang apa yang dibahaskan. Pindaan ini menyatakan, “Menteri boleh melalui pengisytiharan bertulis menentukan bahawa mana-mana pendaftaran di bawah lesen kelas adalah sah dan pengisytiharan tersebut hendaklah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah”.
Atas poin ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca teks ini, ia sangat jelas memberikan Menteri kuasa mutlak untuk membuat pengisytiharan tanpa sebarang proses semak dan imbang. Menteri tidak perlu mendapatkan kelulusan Parlimen, tidak perlu melibatkan jawatankuasa khas, malah keputusan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.
Apakah maksud ini Tuan Yang di-Pertua? Kuasa seperti ini adalah sangat luar biasa dan boleh membawa kepada penyalahgunaan yang serius. Adakah kita benar-benar mahu memberikan Menteri kuasa untuk menjadi hakim, Menteri juga menjadi juri dan Menteri juga menjadi pelaksana tanpa sebarang semakan?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa suatu realiti yang sedang berada di hadapan kita pada hari ini iaitu Indeks Kebebasan Media 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). Malaysia mengalami penurunan ketara dalam kedudukan kebebasan bersuara. Pada tahun ini, 2024, kita jatuh 34 anak tangga daripada tangga 73 kepada tangga 107. Skor kita menurun daripada 62.83 mata kepada 52.07 mata. Apakah kita mahu lagi menurunkan indeks ini di depan mata dunia?
Kita belajar daripada negara lain. Saya ambil contoh, Hungary telah pun menggunakan undang-undang untuk mengawal media, hampir semua saluran media di Hungary. Undang-undang ini membolehkan pertama, kerajaan menentukan apa itu berita seimbang. Semuanya milik kerajaan. Kedua, pengenaan denda besar terhadap media yang didapati tidak beretika. Maka, apakah kesannya? 93 peratus media Hungary dikawal oleh kerajaan dan indeks kebebasan negara tersebut jatuh daripada kedudukan 23 pada tahun 2010 kepada 92 tahun 2022.
Contoh yang kedua, negara Turkiye iaitu Recep Tayyip Erdogan dengan penindasan media pada beberapa tahun yang lepas iaitu pernah Presiden Turkiye menggunakan undang- undang untuk menutup lebih 180 syarikat media dan mengenakan hukuman penjara kepada siapa yang menyebarkan berita palsu. Dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua, ia mengakibatkan bagaimana apabila kita membenarkan 46A seksyen ini dioperasi, membolehkan Menteri di Malaysia mengisytiharkan mana-mana organisasi sebagai tidak sah tanpa perlu berikan sebab yang kukuh. Apakah jaminan kalau kuasa ini tidak akan disalahgunakan?
Ketiga, di Rusia, undang-undang komunikasi digunakan untuk memantau dan menyekat suara pembangkang. Penyebar berita palsu dikenakan denda besar atau dipenjara. Hari ini, Rusia berada di kedudukan 155 daripada 180 buah negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia tahun 2022. Itu juga yang berlaku di Filipina dan juga di negara- negara lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya membawa ini sahaja untuk menyatakan bahawa kalau kuasa sebesar ini diberikan kepada Menteri, maka negara kita secara tidak langsung akan menjadi sebuah negara diktator moden yang telah pun menenggelamkan kebebasan bersuara dan hak asasi kebebasan media pada hari ini. Sedangkan kita sudah ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), kita ada Akta Hasutan 1948, kita ada beberapa undang-undang yang lain.
Antara lain, Kanun Keseksaan (Penal Code) seksyen 505(b), kita ada Akta Fitnah 1957, kita ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 iaitu SOSMA.
SOSMA ini dijanjikan akan dimansuhkan, masih lagi ada. Tak apa, gunakan itu dulu. Tak ada masalah. Kita gunakan yang itu sebab memang takkan mansuh pun sebab Manifesto Pakatan Harapan saya yakin tidak akan dilaksanakan. Sebab Kota Raja pun saya rasa setuju dengan saya dalam poin [Ketawa] Saja usik Abang Mat.
Jadi, ini saya rasa ini perkara yang perlu untuk kita terima pada hari ini bahawa kita telah memberikan suatu kuasa yang besar kepada Menteri yang saya rasakan kalaulah kerajaan berada di pihak pembangkang pada hari ini, tuan-tuanlah yang terlebih dahulu akan berguling di atas jalan raya daripada Dataran Merdeka ke pintu Parlimen pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya harapkan supaya kita fikir balik, jangan pindaan seksyen 46A ini diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Kalau tidak, kita telah melakukan sesuatu yang akan menjerat diri kita kemudian hari.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kita tidak ada masalah. Di pihak Perikatan Nasional, kalau kita jadi kerajaan suatu hari nanti, undang-undang inilah yang tuan-tuan akan menyesal luluskan pada hari ini. Ini akan berlaku...
[Tepuk] Justeru, Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan innalillahi wainnailaihi rojiun. Kebebasan media telah mati pada hari ini. Saya mohon untuk tidak menyokong...
[Tepuk]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sekalian, kita perlu berdepan dengan satu fakta bahawa platform media sosial bukanlah pembela kebebasan bersuara seperti yang mereka dakwa atau laung-laungkan.
Platform-platform ini beroperasi atas nama keterangkuman dan kebebasan, tetapi hakikatnya mereka akan mengenakan sebarang sekatan sewenang-wenangnya yang sering kali merugikan pengguna dan juga negara.
Kebebasan bersuara tidak pernah bersifat mutlak. Sepanjang sejarah, masyarakat telah menetapkan batasan untuk mencegah bahaya, memastikan keadilan dan memelihara nilai etika. Dalam era digital, keperluan ini bukan sahaja kekal relevan malah menjadi semakin mendesak.
Salah satu isu utama ialah bagaimana platform-platform ini mengawal kandungan dan pengguna. Mereka mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi dengan mudah menyekat suara-suara yang tidak selari dengan kepentingan atau kehendak mereka.
Sebagai contoh, pada tahun 2023, laporan oleh Human Rights Watch mendapati platform Meta termasuk Instagram secara sistematik menyekat dan memadamkan kandungan berkaitan dengan hak rakyat Palestin. Tindakan ini bukan sahaja menekan wacana penting tetapi juga mencabar prinsip kebebasan bersuara.
Tambahan pula, platform ini sering mengabaikan undang-undang negara dan norma masyarakat, bertindak seolah-olah mereka adalah entiti berdaulat dalam sempadan negara kita. Kebebasan tanpa kawalan ini mencabar kedaulatan negara dan mendedahkan rakyat kepada bahaya seperti hujahan kebencian, cyber bullying, scamming, maklumat palsu dan juga perjudian atas talian. Masalah ini berterusan kerana syarikat media sosial lebih mengutamakan keuntungan berbanding kesejahteraan rakyat.
Persoalannya, apakah ia benar-benar kebebasan jika ia mengorbankan undang- undang, nilai, norma dan kesejahteraan rakyat kita? Hakikatnya, segala sekatan dan peraturan yang dikenakan platform ini bukan untuk manfaat masyarakat kita tetapi demi keuntungan mereka sendiri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kuasa media sosial yang tidak terkawal ini juga membawa ancaman besar kepada media massa tempatan kita. Dahulu, media massa tempatan menjadi tonggak demokrasi, tetapi kini ia kian terpinggir akibat persaingan yang tidak adil dengan platform yang mementingkan sensasi berbanding kebenaran.
Media sosial mengguna pakai algoritma yang bertujuan memaksimumkan user engagement, dengan izin, bukan ketepatan atau kebenaran. Kandungan yang provokatif, mengujakan atau memecahbelahkan sering diberi keutamaan tanpa mengira asas faktanya.
Pendekatan ini mencipta persekitaran di mana kandungan lucah, teori konspirasi dan bahan- bahan berbahaya digerakkan, manakala kewartawanan bertanggungjawab, dengan izin, responsible journalism semakin tersisih.
Sebagai contoh. Dalam insiden tragis melibatkan seorang influencer di Miri yang mengambil nyawanya sendiri, media sosial dengan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat peribadi mangsa. Ini menyebabkan kesedihan yang mendalam kepada keluarga mangsa. Sebaliknya, wartawan tempatan bertindak mengikut standard etika dengan melindungi identiti mangsa dan keluarga mereka. Namun, pendekatan beretika ini mendapat perhatian yang jauh lebih rendah berbanding sensasi liar di media sosial.
Perbezaan yang menggambarkan ketidakseimbangan yang ketara. Wartawan tempatan melaburkan masa dan sumber untuk menghasilkan laporan yang tepat dan berkualiti tetapi usaha mereka sering diatasi oleh algoritma yang lebih mengutamakan kandungan viral dengan pelbagai sensasi.
Akibatnya, banyak organisasi media tempatan kini menghadapi kerugian kewangan yang serius. Tanpa pembiayaan mencukupi, mereka tidak mampu untuk mengekalkan operasi dan memenuhi standard kewartawanan yang tinggi. Keadaan ini bukan sahaja mengancam pekerjaan wartawan tetapi juga melemahkan asas demokrasi kita.
Kewartawanan tempatan bukan sekadar satu perniagaan. Ia adalah khidmat awam.
Is a public good, dengan izin, yang menjadi pengimbang kuasa memberi maklumat kepada rakyat dan memupuk perpaduan komuniti. Tanpanya, kita berdepan masa depan di mana maklumat palsu mendominasi, suara komuniti terpadam dan penyertaan demokrasi kian merosot. Dengan izin, our mass media, they are fourth pillar of democracy, but their survival is at stake because of unregulated social media.
Secara kesimpulan, Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bukanlah serangan terhadap kebebasan tetapi ia adalah usaha untuk mempertahankan prinsip demokrasi dan masa depan kita. Media sosial mesti dikawal selia untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang dan nilai-nilai kita. Pada masa yang sama, kita perlu melindungi media massa tempatan yang sebagai tonggak penting masyarakat kita. Membiarkan media sosial yang tidak terkawal mendominasi sementara media massa tempatan merosot bukanlah pilihan. Kita bertanggungjawab kepada rakyat, komuniti dan demokrasi kita untuk bertindak dengan tegas.
Jangan biarkan kita terpengaruh oleh retorik semata-mata. Marilah kita bertindak atas dasar tanggungjawab. Sokonglah rang undang-undang ini bukan untuk mengekang kebebasan tetapi untuk memeliharanya bagi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Miri.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya membahas rang undang-undang ini.
Pada saya, kebimbangan utama dalam pindaan ini terletak khususnya terhadap seksyen 233. Dalam cadangan pindaan tersebut, beberapa terma diubah dan ditambah perkataan dengan harapan ia akan meningkatkan lagi batas kesalahan yang berkaitan.
Tetapi, saya pasti Ahli-ahli Dewan yang bijaksana ini dapat mengenal pasti bahawa pindaan tersebut akan menyebabkan kecelaruan dan berpotensi untuk disalahgunakan oleh kerajaan ini sendiri atau selepasnya, jika tidak dikaji semula.
Definisi-definisi yang kabur dalam pindaan ini seperti lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik melampau membuka pintu kepada pentafsiran subjektif dan penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, apakah batasan jelik melampau? Apakah kritikan terhadap dasar kerajaan yang dianggap mengancam? Ketiadaan definisi yang jelas dan objektif boleh menyebabkan individu dihukum kerana menyatakan pendapat atau pandangan yang berbeza tanpa ada definisi yang jelas dan objektif. Tafsiran kerajaan sekarang dan kerajaan yang seterusnya tentang maksud jelik melampau mungkin jauh berbeza.
Tidak dapat dinafikan juga pindaan ini memberi kuasa yang lebih besar kepada kerajaan untuk menyekat dan mengawal kandungan online dan boleh digunakan untuk menyekat sebarang kritikan atau bangkangan terhadap kerajaan seperti yang berlaku dalam kes-kes aktivis dan blogger yang dihukum di bawah seksyen 233 sebelum ini.
Tambahan pula, pindaan ini boleh menakutkan media bebas dan menghalang mereka daripada melaporkan berita dan isu-isu sensitif secara bebas. Sebagai contoh, wartawan yang melaporkan tentang rasuah atau salah laku kerajaan mungkin akan berfikir dua kali sebelum menerbitkan laporan mereka kerana takut dihukum di bawah pindaan yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua, rata-rata penganalisis undang-undang dan aktivis hak asasi manusia telah menyalakan kebimbangan mereka tentang pindaan ini. Mereka menyeru agar pindaan ini dikaji semula untuk memastikan ia tidak menjejaskan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia di Malaysia. Saya juga ingin menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan semula pindaan ini dan fokus pada strategi yang lebih berkesan untuk melindungi masyarakat daripada kandungan online yang berbahaya tanpa menjejaskan kebebasan bersuara.
Kita perlu mencapai keseimbangan yang tepat antara kebebasan bersuara dan keselamatan dalam talian. Pindaan ini seperti yang dicadangkan tidak mencapai keseimbangan tersebut dan boleh membawa kepada penindasan dan penyalahgunaan kuasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk membahas pindaan Akta Komunikasi ini.
Saya juga ingin menekankan beberapa isu penting dalam ini. Saya rasa rang undang-undang ini telah pun dibicara dan pelbagai perkara telah meneliti berkenaan dengan CMA ini. Khususnya seksyen 233 yang menjadi tumpuan dan kritikan semua pihak ini.
Saya juga ingin tanya kepada beberapa pihak yang memandang bahawa akta ini akta yang menekan. Di manakah mereka waktu eksploitasi terhadap kanak-kanak itu berlaku secara online?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Di manakah suara-suara ini apabila berlaku ancaman atau pun kes-kes berleluasa, penipuan di dalam scam, apabila berlaku buli dan ada kematian? Manakah suara-suara ini di luar sana? Apabila kerajaan mengambil satu langkah, saya setuju ada juga beberapa perkara yang kita meneliti dan perbaiki. Sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa kita harus menyekat beberapa sosial media yang tidak bertanggungjawab kerana mereka berurusan di negara kita seperti Meta, TikTok dan sebagainya. Tugas siapa yang sepatutnya yang mengendalikan dengan secara baik? Adakah tugas kerajaan atau pun Meta itu sendiri atau pun TikTok itu sendiri? Inilah perkara-perkara saya rasa perlu diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Pindaan seksyen 233 memperkenalkan beberapa perubahan penting seperti menaikkan ambang jenayah melalui istilah “jelik melampau” dan juga meningkatkan hukuman maksimum, denda RM500,000.
Saya rasa kalau kita tidak buat salah dan tidak perlu takut pada angka-angka ini kerana dan juga kita perlu menilai apakah yang puncanya sehingga boleh seseorang itu didenda sehingga RM500,000? Saya rasa itu juga perlu diambil kira. Langkah ini bertujuan memastikan undang-undang hanya digunakan terhadap pelanggaran serius yang benar- benar memudaratkan masyarakat. Bukan untuk mengekang kebebasan bersuara yang sah.
Ramai pihak telah menyuarakan kebimbangan bahawa pindaan ini terlalu keras tetapi hakikatnya pindaan ini adalah untuk menapis kandungan yang benar-benar berbahaya dan mencemar keharmonian masyarakat di Malaysia hari ini.
Sebagai contoh, istilah “jelik melampau” dirangka untuk membolehkan penguatkuasaan lebih jelas terhadap kandungan yang bersifat kasar atau bernada kebencian melampau yang secara nyata. Tidak boleh diterima dalam norma sosial. Ini bukan sekadar mengenai perasaan seseorang yang terganggu tetapi melibatkan isu yang lebih besar seperti ucapan kebencian (hate speech) dan ancaman keselamatan dan sosial and also the internal security. Oleh itu, kebimbangan bahawa undang-undang ini boleh disalahgunakan terhadap kandungan biasa adalah tidak berasas jika penguatkuasaan dilakukan dengan betul.
Timbalan Yang di-Pertua, terdapat juga salah faham bahawa kuasa muktamad terletak pada seorang Menteri sahaja, terutamanya melalui pindaan seksyen 16A dan 46A.
Namun, pindaan ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan bukan untuk memberi kuasa sewenang-wenangnya kepada Menteri. Semua keputusan penting seperti pindaan jadual atau pelaksanaan formaliti pendaftaran tetap bergantung kepada proses telus melalui Suruhanjaya Komunikasi (MCMC) yang melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam kerajaan dan juga dalam di luar sana. Kita perlu mengiktiraf bahawa MCMC akan terus memainkan peranan penting dalam sebagai badan penguat kuasa yang bebas dan profesional. Kuasa tambahan kepada Menteri adalah bersifat pentadbiran dan bukannya kuasa mutlak untuk menghukum sepertimana hari ini diuar-uarkan di luar dan juga dalam Dewan ini. Justeru, kebimbangan tentang penumpuan kuasa adalah tidak wajar sekiranya penguatkuasaan dan kawalan dilakukan secara profesional dan bertanggungjawab.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menekankan bahawa pindaan ini membawa manfaat besar kepada dalam melindungi kanak-kanak daripada kandungan eksploitasi dan menangani isu seperti penipuan dalam talian. Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan ruang digital kekal selamat bagi semua pengguna.
Selain itu, pengecualian khusus untuk komunikasi berbentuk satiraf atau parari juga termaktub dalam pindaan ini. Menunjukkan bahawa kebebasan kreatif dihormati dan masih diberi ruang di dalam Malaysia ini. Kerajaan telah menetapkan garis panduan jelas dalam pindaan ini untuk memastikan ia sejajar dengan amalan antarabangsa. Ini termasuklah memberikan keutamaan kepada pendidikan masyarakat tentang tanggungjawab dalam menggunakan platform digital.
Timbalan Yang di-Pertua, saya menyeru agar semua pihak melihat pindaan ini sebagai usaha untuk mengimbangkan antara kebebasan bersuara dan keperluan melindungi masyarakat daripada ancaman digital. Saya juga ingin menegaskan di sini. Kerajaan sebelum-sebelum ini tidak juga meminda atau pun membuat apa-apa perubahan dalam akta ini. So, all this while. Saya rasa telah tiba masanya kerajaan perlu ambil juga langkah yang tegas kerana it is the time for us to really caught this issue mengenai dengan isu-isu yang boleh mengancam ketenteraman negara dan juga memberi masalah besar kepada isu-isu yang berkaitan dengan sosial media ini.
Sokongan saya terhadap pindaan ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa penguatkuasaan yang baik melalui badan-badan seperti MCMC akan memastikan undang- undang ini tidak disalahgunakan. Seperti yang disebut oleh, “Tak ada kiralah siapa menjadi kerajaan pun kalau kita tidak membuat salah, tidak ada asasnya untuk kita menggunakan undang-undang ini untuk menghukum mana-mana pihak”. Oleh itu, saya Segamat menyokong. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Segamat.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullah. Selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua perkara yang hendak dibangkitkan dalam membahaskan RUU pada kali ini. RUU ini ada dua sudut, Tuan Yang di-Pertua.
Satu, sudut positif, satu sudut yang pada saya cons lah. Pros and cons. Negatif, positif, negatif. Positifnya ialah dia boleh membantu kerajaan menangani isu buli siber. Itu kita semua setuju. Dia juga boleh menangani isu pornografi kanak-kanak, termasuk dark site yang saya pernah sebut sebelum ini dalam sidang. Yang Berhormat Menteri pun respons.
Termasuk juga isu scammer, penipuan dalam talian. Tetapi saya difahamkan nanti akan ada Akta Keselamatan Dalam Talian dibentangkan juga. Jadi, saya kira yang mana kita nak pakai, itu mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan lah. Yang mana lebih memberi kuasa. Namun, kebimbangan yang disuarakan ini ialah saya nak menyentuh mengenai aspek negatif ini ya, dia dianggap mengehadkan kebebasan bersuara. Ini kebimbangan ramai pihak di luar dan juga sebahagian daripada kalangan kami. Saya tengok tadi dua, tiga orang Ahli Parlimen kerajaan pun senada. Lebih kurang begitu. Terutamanya pada seksyen 252A yang boleh memintas, mendengar dan dalam pindaan ini, merekodkan.
Adakah selepas ini, semua perbualan, semua komunikasi itu akan direkodkan dengan arahan daripada pihak kerajaan walaupun tidak ada laporan? Itu persoalannya. Jadi, kita akan rasa kalau betul begitu, kita akan rasa komunikasi kita ini sudah lagi tidak selamat, tidak bebas. Saya suka untuk berkongsi. Sebelum ini pun, ada seorang pegawai kerajaan, dia berkongsi share Facebook status pemimpin, pembangkang.
Dia ditukarkan ke sekolah lain. Pegawai kerajaan itu gurulah. Jadi, saya jumpa dia sebab dia kata dia dah tak mengajar sekolah sekian, kawan. Jadi, dia kata sebab apa? Dia share, pegawai beritahu sebab dia share satu posting. Jadi, adakah sebelum ini pun dia dah share pun dah kena tindakan? Apakah sekarang ni apabila kita tambah lagi power itu, adakah ia akan lebih menekan pihak-pihak yang berkenaan untuk bersuara atau pun dia sekadar share? Ini satu kebimbangan, Tuan Yang di-Pertua.
Juga saya bersetuju tadi dengan definisi kandungan “jelik melampau”. Kawan-kawan tadi pun ramai sebut. Apa akan jadi, tadi Putrajaya sebut. Kalau lah sesuatu isu itu menyentuh sensitiviti agama, kaum, 3R tadi ini, kita nak kena memberi respons. Kita ahli politik. Ahli-ahli Parlimen ini adalah sebagai pemimpin yang sudah tentulah orang yang paling awal dirujuk, ditanya untuk menyatakan pendirian, pendapat. Takkanlah pada waktu itu kita nak kata tunggu dulu, masuk mahkamah dulu. Tunggu masuk mahkamah dulu. Mesti kita kena suarakan dahulu. Saya rasa dua-dua pihak sama. Sebelah sana kah, sebelah sini. Kita akan memberi respons terhadap sesuatu isu. Pada waktu itu, kalau kita pertahan isu tersebut. Tak kira lah ini soal agama kah, bangsa kah. Saya kira semua bangsa sama lah. Dia akan pertahan bangsa dia. Dia akan pertahan agama dia. Adakah pada waktu itu, kita akan dianggap memberikan kandungan “jelik yang melampau”?
Saya nak sebut juga dalam seksyen ini juga, disebut huraian 6...
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Alor Setar, Alor Setar. Sungai Siput, tumpang lalu.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Suci hati. Saya habiskan. Sedikit, sekejap Sungai Siput. Suci hati ini disebut. Saya merujuk suatu kes mahkamah, Melan bin Abdullah dan Anor melawan Pendakwa Raya. Dalam kes mahkamah ini, hakim memutuskan niat seseorang semasa bercakap tidak penting. Tidak diambil kira.
Tetapi dalam enakmen, dalam RUU kita ini dibuat dengan suci hati, dianggap tidak jelik. Jadi, “suci hati” itu macam mana nak definisikan? Sedangkan ada kes mahkamah sebelum ini. Ini saya merujuk dalam internet sebentar tadi. Dianggap niat itu tidak penting. Jadi, macam mana kita nak definisikan benda itu sebagai jelik atau pun tidak jelik?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Izin, Alor Setar. Itu...
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Sahabat saya tadi. Sungai Siput.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang kes yang dirujuk itu... Minta maaf.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bagi sebentar, Bukit Gelugor. Bagi pada siapa?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, ya. Sungai Siput minta dahulu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sungai Siput? Okey.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Alor Setar. Saya ingin nak tanyalah pandangan Alor Setar. Baru-baru ini sempena ulang tahun Baginda Sultan Perak. Dalam titah baginda menzahirkan kebimbangan ada pihak-pihak tertentu, pemimpin parti-parti politik sudah mula menghasut perkauman.
Malah, lebih membimbangkan lagi adalah mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu, membuat ucapan-ucapan menyindir Raja-Raja Melayu, seolah sudah ke tahap yang terlampau. Jadi, apa pandangan Alor Setar? Terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih sahabat saya, Sungai Siput. Itu yang saya maksudkan tadi, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita bercakap kita mempertahankan bangsa kita, agama kita, kaum kita, adakah itu dianggap kandungan jelik yang melampau sedangkan kita kena pertahan? Sebab kalau kita tak bercakap pertahan hak-hak kita, siapa lagi nak pertahan? Itu maksud saya.
Saya pergi kepada poin akhir Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kawan saya, dia akan bagi biasanya. RUU ini saya bimbang Yang Berhormat Menteri memberi kuasa yang lebih besar. Tadi walaupun disebut sebenarnya tak diberi kuasa, dia memberi kuasa lebih besar kepada pihak kerajaan sama ada Menteri kah SKMM kah. Saya ambil contoh.
Seksyen 248 diberi kuasa geledah tak semestinya inspektor. Seksyen 248A, waran yang cacat pun boleh diterima. Sebelum ini waran itu kena sempurna. Seksyen 268A, Menteri boleh buat kaedah untuk simpan data komunikasi bagi tujuan penyiasatan. Semua ini diberi kuasa yang lebih.
Yang paling besar sekali pada saya Tuan Yang di-Pertua ialah 46A kuasa Menteri untuk ketepikan syarat pendaftaran. Pengetepian formaliti. Menteri boleh daftarkan sesiapa sahaja yang pada pandangan Menteri boleh layak dapat lesen komunikasi multimedia ini.
Menteri boleh bagi sesiapa sahaja dan boleh dibatalkan. Saya bimbang kalaulah berlaku dalam negara kita ini terutama ketika kempen pilihan raya. Ketika kita nak berdepan pertembungan parti-parti politik, adakah ini satu usaha, ini persoalan. Satu usaha nak legal kan cybertrooper?
Saya tak setuju sebenarnya. Kalau nak bercakap, nak berhujah, gentleman.
Berdepan, gunakan real account. Fake account ini saya pun tak setuju. Tapi kalau ini dibuat macam disebut tadi oleh kawan-kawan sebelah sana, dia boleh disalah guna kuasa oleh mana-mana orang yang jadi kerajaan pada waktu itu. Sekarang ini Yang Berhormat dan kerajaan jadi kerajaan. Maka ini suatu benda yang perlu kita fikirkan.
Kalaulah pelaku ini scammer kah, orang yang fake account ini kah, cybertrooper ini kah berada di luar negara, saya dengar ada modus operandi itu dibuat Tuan Yang di-Pertua, berada di luar negara, maka dia tak terikat dengan undang-undang ini. Maka isu ini masih berterusan. Bila mereka tengok dalam negara kita dikawal, maka dia pergi duduk luar negara ada orang bagi dana tertentu. Saya tutup Tuan Yang di-Pertua.
Ikan siakap dimakan Ipin, Upin makan mi segera, Bila cakap tak serupa bikin, Ini lah punca rosak negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Kebimbangan mereka yang membantah pindaan ini adalah bahawa pindaan ini melanggar hak kebebasan bersuara. Tetapi sebenarnya hak kebebasan bersuara bukan tidak ada batas.
Memang ada tanggungjawab iaitu a duty of care bahawa tidak boleh bersuara untuk mencederakan reputasi orang lain atau cedera secara fizikal dengan cara buli atau menipu dengan scam atau salah gunakan hak bersuara.
Di semua negara daripada United Kingdom sampai Parliament European sampai Universal Declaration of Human Rights memang langsung tidak berkata hak kebebasan bersuara tidak terbatas. Oleh yang itu, apa yang kita hendak lihat hari ini ialah salah gunakan platform sosial media bahawa syarikat sosial media ini bukan melakukan duty of care. Apa yang mereka melihat ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Kepentingan politik mereka sendiri. Kepentingan komersial sendiri. Sehingga posting yang dibuat adalah palsu.
Ini adalah berbeza daripada yang jurnalis yang dulu yang ada profesionalisme untuk menerbitkan apa yang benar.
Di sini sekarang kita melihat dengan ada algorithm echo chamber, amplifier sehingga kita tahu berita posting di dalam sosial media itu adalah bukan a neutral communication. Ini adalah perbezaannya daripada freedom of the press. Freedom of the press telah menunjukkan selama-lama ini keprofesionalisme mereka untuk nombor satu, double check bahawa berita itu adalah benar.
Kedua, bahawa apa yang berlaku ialah untuk menyampaikan berita yang benar kepada orang ramai. Ini tidak dilakukan oleh platform sosial media. Ini ialah sebab kita hendak menjaga keselamatan yang pengguna supaya kita kembalikan sosial media kepada hak suara yang asal iaitu kebenaran bahawa kita dapat menggunakannya dengan a sense of responsibility and a sense of knowledge that the truth is in the posting. Sebab itu saya mendapat bahawa daripada dasar dan konsep, kita perlu untuk memberikan sokongan kepada pindaan ini.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat boleh saya. Sikit sahaja?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Bagi saya sikit lagi kerana 30 saat sahaja. Yang penting juga kita hendak melihat kepada tanggungjawab. Self-regulation itu adalah penting. Tetapi bila self-regulation itu tidak dilakukan, tindakan perlu dibuat.
Masalahnya ialah definisi dikatakan terlalu luas. Terlalu broad. Ini adalah masalah kerana kita tidak boleh menggunakan tulisan sampai dapat senaraikan semua aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.
Akhirnya ialah ada kita trust di dalam agensi. Itu adalah penting tetapi saya bercadang untuk memberikan peluang kepada semua hak ke bawah pindaan ini kepada PSC untuk melihat sekali lagi tentang definisi-definisi yang ada. Bukan dasar tetapi definisi yang kalau boleh kita menghalusikan. Sekian, terima kasih.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, boleh saya tambah sikit?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apa, rasanya YB Selayang tak benarkan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Benarkan kah tidak? Dah habis masa. Tak apa, tak apa.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sikit sahaja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Masa pun dah habis. Tak apa. Terima kasih YB Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua saya just nak sebut bahawa saya juga menyokong pandangan Yang Berhormat Selayang selaku Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan. Jadi saya nak mohon Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan banyak cadangan bagus ini di pihak kerajaan pun ada, di pihak pembangkang pun ada.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baik, terima kasih Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Apa kata kita terima cadangan Yang Berhormat Selayang tadi dibawa ke select committee dulu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tasek Gelugor. Sekarang ini saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini saya ingin menimbulkan tiga perkara Tuan Speaker. Pertama adalah isu berkenaan freedom of speech. Ini adalah isu utama yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa pembahas dari kedua bahagian sini dan juga sana. Sama ada pindaan-pindaan terutamanya terhadap seksyen 233, has it dengan izin strucked a balance dengan freedom of speech dan juga kelemahan-kelemahan internet. Of course kita perlu membanteras jenayah-jenayah di sosial media dan sebagainya. Itu kami menyokong pindaan-pindaan di dalam RUU ini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tetapi seperti yang telah pun kami dengar dari kedua-dua pihak, isu utama di sini adalah berkenaan dengan kemungkinan atau kebolehan seksyen 233 ini disalahgunakan ataupun the possibility of it being prone to abuse. Isu utama sebelum ini adalah bahawa offensive itu adalah satu terma yang kabur, vague. Adakah pindaan ini di seksyen 233 membantu dalam definisi tersebut dalam memperkenalkan definisi yang baharu iaitu “jelik melampau”? Saya menerima ada banyak huraian yang dikatakan membantu dalam menafsirkan frasa tersebut tetapi ini tidak memberi apa-apa kepastian. There is no definitive kepastian dalam definisi “menjelik melampau” tersebut.
Contohnya, kita lihat dalam huraian 2, kandungan sumbang boleh melibatkan kandungan yang bersifat tidak senonoh, tingkah laku yang tidak sopan dan sebagainya. Ini adalah satu daripada huraian yang dikatakan “jelik melampau”. Juga, di huraian 4 dikatakan satira dan parodi bukannya kandungan berbentuk satira dan parodi atau dalam keadaan yang jelas bahawa ianya adalah fiksyen adalah tidak palsu.
Jadi, kami boleh mengatakan bahawa fiksyen, sorry, satira dan parodi itu adalah dikecualikan. Tetapi, bagaimana pula sekiranya satira dan parodi tersebut dilakukan secara tidak sopan? Ianya akan menjadi satu ataupun kemungkinan akan terjatuh di dalam definisi “jelik melampau”. Jadi, ini adalah salah satu sahaja contoh yang boleh menimbulkan kekeliruan, kekaburan dan sebagainya apabila kami mentafsirkan frasa tersebut di mahkamah. Itu merupakan isu yang perlu kita lihat secara serius. Saya menyokong cadangan Selayang tadi, Kepong tadi dan sebagainya untuk perkara ini dirujuk kepada Select Committee bagi menghalusi definisi tersebut.
Selain daripada itu, saya bimbang berkenaan dengan seksyen 73A yang memberi kuasa, saya membaca seksyen tersebut Tuan Speaker, seksyen 73A subseksyen (3), “Dalam menjalankan audit suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa, ejen atau penasihat teknikal boleh memasuki premis mana-mana pemegang lesen, mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan dengan pemegang lesen dan sebagainya”. Ini merupakan satu power of search and seizure, boleh masuki, enter premises tanpa waran. Semua ini sudah pasti Tuan Yang di-Pertua boleh membuka pintu kepada rasuah dan sebagainya dan penyalahgunaan.Adakah kerajaan telah pun meneliti cara-cara untuk safeguard untuk mengelakkan salah guna tersebut berlaku?
Yang ketiganya Tuan Speaker adalah berkenaan dengan seksyen 252A dan seksyen 252B yang memberi kuasa, saya membaca pindaan tersebut, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, boleh saya diberi setengah minit untuk menghabiskan?
“Pemeliharaan data komunikasi di mana pegawai polis ataupun seorang pegawai yang diberi kuasa berpuas hati atas beberapa perkara, pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh dengan notis bertulis diberikan kepada seorang yang mempunyai kawalan seperti sistem komunikasi menghendaki orang itu memastikan data komunikasi yang dinyatakan dalam notis dipelihara bagi tempoh dalam cara yang dinyatakan”. Ini akan memberi kuasa kepada seorang yang diberi ataupun authorised agent untuk menuntut data dan sebagainya daripada pengguna dan sebagainya.
Ini merupakan satu keadaan yang juga boleh menimbulkan masalah oleh kerana boleh dikatakan bahawa ini bertentangan dengan apa yang dipelihara ataupun dilindungi di bawah Personal Data Protection Act 2010. Jadi, saya ingin tanya kepada kerajaan sama ada isu ini juga telah pun diteliti dan dihalusi sebelum pindaan-pindaan ini dicadangkan?
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada sahabat saya Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan tentang pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat perbincangan hari ini, dilihat ada persamaan di antara wakil daripada blok kerajaan dan juga pembangkang di mana ada beberapa perkara di dalam konteks pindaan ini yang diterima. Di antaranya ialah berkenaan dengan judi atas talian, berkenaan dengan penipuan (scam), di antara lain kemudaratan di atas talian kepada kanak- kanak, pornografi dan sebagainya.
Saya rasa itu kita boleh setuju. Tetapi, ada beberapa pindaan-pindaan lain yang dilihat tidak bersetuju di pihak kerajaan dan juga pembangkang. Di antaranya tentang beberapa perkara yang berkait dengan pindaan seksyen 211 yang ada peruntukan- peruntukan ini dilihat sebagai kabur, yang sewajarnya definisi-definisi ini Yang Berhormat Menteri perlu dijelaskan terlebih dahulu kepada pihak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kerana di dalam JKPK ini, dia mewakili rakan-rakan kita sama ada daripada blok kerajaan mahupun blok pembangkang.
Mana mungkin kita boleh bersetuju pada satu akta yang kita tak faham ataupun kita tidak detail-kan, perincikan perkara-perkara di dalamnya. Saya yakin kawan-kawan saya daripada blok kerajaan pun kalau dilihat secara profesionalnya, kita tak boleh bersetuju dalam keadaan kita tak nampak apa maksud perincian, contohnya “jelik melampau”. Persoalan dia pada rakan-rakan tadi berkenaan dengan kuasa yang diberikan kepada pihak Menteri.
Apakah itu kuasa yang dinyatakan sebagai hak kebebasan yang dinyatakan oleh YB Selayang sebentar tadi?
Kita bersetuju kebebasan itu ada hadnya. Dalam Islam pun dinyatakan kehidupan di muka bumi ini ada haknya. Haknya ialah mesti mengikut Allah SWT, ikut Quran, ikut sunnah.
Itu dalam ajaran Islam. Termasuklah dalam kejujuran kita memberikan pemberitaan. Kita tidak setuju dengan fitnah, kita tidak setuju dengan tohmahan, kita setuju dengan kritikan yang membina. Cuma, mungkin kritikan-kritikan itu datang dalam pelbagai bentuk.
Saya bersimpati dengan rakan saya daripada Putrajaya. Banyak posting dia yang diturunkan. Belum lagi dikuatkuasakan akta ini, telah banyak pun posting beliau diturunkan.
Begitu juga dengan rakan-rakan saya daripada pihak pembangkang. Apakah ini kebebasan media yang diperjuangkan oleh Kerajaan MADANI sekarang? Ini yang perlu kita perhatikan.
Sebab itu, saya melihat ada satu kementerian, tak silap saya Kementerian Dalam Negeri.
Pernah sekali apabila beliau membentangkan tentang satu pindaan rang undang-undang, beliau tangguhkan untuk dibawa kepada sidang akan datang supaya di-detail-kan di peringkat jawatankuasa.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegas tiga perkara dekat sini dan saya harap, kami berharap pihak Menteri boleh consider tiga perkara ini. Di antara tiga perkara ini, di antaranya dipersetujui oleh Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang yang berbahas sebelum saya.
Pertama sekali ialah kita tangguhkan dahulu pindaan ini. Tak rugi pun kalau kita tangguh sebab Yang Berhormat Menteri kita ada sidang bulan Februari. Kalau kita boleh detail-kan dalam jangka masa tiga bulan ini di antara peringkat kerajaan dan pembangkang melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang YB Selayang adalah ketuanya, saya yakin insya-Allah kalau dipersetujui lebih awal, kita tidak akan ada masalah untuk mempersetujukan pindaan ini pada sidang akan datang.
[Tepuk] Kedua, kita membentuk satu badan pengawasan bebas. Ini untuk mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan undang-undang ini, agar ia tidak disalahgunakan.
Yang terakhir Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mempercepatkan penubuhan Majlis Media Malaysia. Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan daripada ahli blok kerajaan dan juga pembangkang, kami dihadiri oleh rakan-rakan media.
Mereka menyarankan supaya kita mempercepatkan penubuhan Majlis Media Malaysia kerana ia akan menjadi sebuah majlis yang bebas dan memastikan kawal selia kendiri yang lebih bertanggungjawab dan melindungi kebebasan akhbar.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Maka dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk bersetuju sekiranya kita tangguhkan terlebih dahulu dan kita angkat kembali pada sidang yang akan datang dalam keadaan semua Ahli Parlimen faham dengan terperinci perkara-perkara teknikal yang dinyatakan di dalam pindaan ini. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut, ada lima saat lagi. Terima kasih. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Nampak Timbalan Speaker hebat, ada gaya menjadi Speaker terus ya. Saya menyokong penuh. Berkenaan undang-undang ini Timbalan Speaker, saya ingin menggunakan pengalaman saya sendiri. Saya memulakan perbahasan saya dengan memetik satu ayat daripada Thirukkural, [Berucap dalam bahasa Tamil] Saya ulangi sekali lagi, saya akan jelaskan.
[Berucap dalam bahasa Tamil] , yang bermaksud, sebagai seorang manusia, beliau dinilai dengan cara beliau bertutur, berbahas dan memberi pendapat.
Dua minggu yang lalu, saya menjadi mangsa bila saya bangun di Parlimen dan saya bertutur dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya sedar bahawa beliau sekarang sedang menghadapi pelbagai masalah terutamanya di luar negara di mana beliau berani bangun untuk melawan kuasa-kuasa besar Amerika Syarikat yang mengancam dan sedikit sebanyak dilihat sebagai menyokong Israel dalam keganasan yang berlaku di Palestin.
Walaupun Malaysia bukanlah sebuah kuasa besar, tetapi kegigihan, kesungguhan, keberanian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bangun untuk menentang orang putih — saya gunakan istilah, Amerika Syarikat kuasa besar, merupakan sesuatu yang saya amat kagumi. Saya bukan kenali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. Tetapi apabila saya bangun dan menyamakan perjuangan beliau dengan perjuangan Mahatma Gandhi melawan orang putih, perjuangan Nelson Mandela melawan orang putih, saya dikecam.
Meletup sosial media. Ada yang kata, “Oh, Jelutong cuba membodek Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, nak menjadi Menteri”.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun] .
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kemudian saya bagi. Ini saya betul-betul bertutur dari hati saya. Saya kenal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika beliau dituduh di mahkamah, 1997 kita mulakan reformasi. Bersama-sama mendiang Karpal naik turun ke mahkamah. Bersama-sama dengan YB Gobind, bersama-sama dengan YB Bukit Gelugor, bersama-sama YB Damansara membela Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mahkamah dalam pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas. Sebab itulah saya gunakan istilah menyamakan perjuangan beliau, selepas tersungkur di penjara dua kali dengan pertuduhan yang tak berasas, naik ke persada menjadi Perdana Menteri memimpin negara kita. Bukan tujuan membodek.
Tetapi, saya terkejut. Saya sebagai orang Tamil, orang Malaysia macam orang Melayu dan orang Cina. Bercakap dalam bahasa yang baik, itu budaya kita. Apakah salahnya saya memuji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Parlimen? Kalau saya memerlukan beliau memberi perhatian kepada masalah yang berlaku di Bangladesh, di mana orang-orang Hindu sedang mengalami masalah diganasi, ada berlakunya keganasan di sana. Saya mendapat maklumat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi perhatian kepada perkara itu.
Berbalik kepada isu kita bincangkan, dalam sosial media saya dihentam, saya dikecam. Kebanyakannya daripada orang-orang Tamil, menggunakan perkataan-perkataan yang lucah, kotor, memotong edit gambar saya dengan abu debu yang saya pakai. Pelbagai perkara diutarakan, dinyatakan. “Oh, Jelutong membodek Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jelutong menjadi selipar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri”. Saya dukacitalah dengan perkara-perkara begini. Sebab itu saya bangun dan saya menyokong. Saya menyokong undang-undang ini. Kita menghormati kebebasan bersuara, tetapi perlu ada batasnya. Kita lihat apa yang berlaku kepada Esha. Terima kasih Yang Berhormat Menteri telah lawat Esha dua tiga kali, sumbangan juga telah diberikan untuk menguruskan jenazah dan sebagainya. Saya sokong we has to have freedom of speech Timbalan Speaker, but there must be a limit. Otherwise, you’ll bring this entire nation down with hatred speech. Sebab itu saya katakan bahawa undang-undang ini perlu kita menyokongnya, perlu kita memberi perhatian.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun] .
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya beri nanti Sungai siput.
Saya beri nanti. Kita Kenali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan hari ini, bukan kelmarin, bukan esok, bukan dulu, dua tiga hari sahaja kita kenal. Kita kenal dan kita mahu beliau terus memimpin. Sebab itu saya fikirkan bahawa ini adalah sesuatu undang-undang yang perlu kita sokong. Kita tidak mahu kejadian yang berlaku kepada Esha berulang sekali lagi.
Saya dikecam, saya boleh bertahan, no problem. Saya seorang ahli politik, saya akan menerima kecaman. Saya tahu keikhlasan saya menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keikhlasan parti DAP menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tetapi, kalau saya merupakan seorang pelajar dan saya menerima kecaman-kecaman hari ini dalam social media sehingga menyebabkan saya murung, terkurung dalam bilik menyebabkan saya terfikir untuk membunuh diri, ia boleh berlaku Timbalan Speaker. So, saya fikir bahawa kita ketepikan fahaman-fahaman politik yang mana. Saya juga lihat posting-posting dalam social media parti-parti tertentu, tiap-tiap perkara yang dilakukan oleh pemimpin kita diperlekeh, diperkecil, dipermainkan seolah-olah kita tidak ikhlas.
Baru-baru ini Menteri Pendidikan telah melawat satu tahfiz di Kedah untuk memberi sumbangan, perkara itu diperlekeh walaupun dia ingin membantu dengan ikhlas. TikTok dibuat untuk memperlekehkan..
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB, masa dah habis YB.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, dengan itu...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah, dah, dah, dah. Masa dah habis, 15 saat landing.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya Tuan Speaker, so dengan itu saya percaya bahawa undang-undang ini merupakan undang-undang yang tidak akan disalahgunakan, yang akan menjadi satu timbang tara di atas dua perkara. Kebebasan bersuara dan pada masa yang sama, mengawal perkara-perkara yang sumbang dan jelik supaya ia tidak menyebabkan masalah dalam masyarakat kita. Saya mohon menyokong.
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Pembahas terakhir pada hari ini untuk rang undang-undang ini ialah Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Timbalan Speaker.
Saya mulakan dengan menyatakan sokongan terhadap pindaan RUU ini dengan beberapa pertanyaan dan pandangan yang memerlukan penjelasan dari pihak kementerian. Perkara pertama mengenai meluaskan kuasa suruhanjaya. Kita tahu tujuan akta ini adalah untuk meluaskan kuasa suruhanjaya, antaranya untuk mengeluarkan arahan dan standard mandatori, menjalankan audit, menetapkan forum industri, mengukuhkan kuasa pengawal seliaan dan penguatkuasaan suruhanjaya.
Saya mengunjungi laman web dan melihat respons pengguna yang telah menggunakan servis SKMM dan mendapati komen adalah seperti berikut. Servis tidak ke mana, typical agensi kerajaan, tidak mempunyai arah tujuan, hubungi talian hanya untuk diminta mengisi borang online, pembaziran. Banyak lagi komen-komen negatif yang berada di dalam talian untuk SKMM dan tidak ada respons terhadap aduan yang dilakukan, entiti tidak berguna dan banyak lagi. Respons kepuasan pelanggan hanya memberikan 2.3 terhadap servis yang disediakan oleh SKMM. Tentu sekali ada yang berkata ini bukanlah kayu pengukur yang baik untuk menilai perkhidmatan SKMM, namun pada hemat saya, respons ini masih mempunyai merit tersendiri kerana ia adalah respons bebas pengguna yang tulen dan bukan dihasilkan oleh perkhidmatan mahupun disediakan oleh mereka sendiri.
Seterusnya Timbalan Speaker, saya ingin mengetengahkan dan meminta penjelasan kementerian perihal beberapa seksyen yang dipinda dalam akta ini. Pertama iaitu seksyen 51 yang memberikan kuasa SKMM terhadap pemilik-pemilik lesen dan juga mana-mana individu. Seksyen 73A memberikan kuasa untuk memasuki premis mana-mana pemegang lesen ataupun mana-mana orang lain dan diberikan akses kepada maklumat itu sama ada disimpan di dalam komputer atau sebaliknya. Kuasa ini adalah terlalu luas kerana klausa tanpa batasan ini akan membolehkan ia sewenang-wenangnya digunakan tanpa pengawasan perundangan, sekali gus berisiko menggugat kebebasan bersuara secara sewenang-wenangnya.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Dengan izin, we are entering into unchartered territory of history kerana ianya membuka ruang terhadap penyalahgunaan kuasa dan siasatan tidak berasas tanpa akses kepada remedy sistem keadilan.
Selain itu, seksyen 233 akta ini juga turut merangkumi istilah yang luas dan samar seperti perasaan jijik akibat gambaran lucah. Ini saya tidak perlu huraikan sebab Ahli Parlimen lain telah menghuraikan seksyen ini.
Pindaan ini juga mencadangkan hukuman berbeza dan lebih tinggi jika kesalahan dilakukan terhadap seorang kanak-kanak berumur bawah 18 tahun dan mentafsirkan kesalahan dilakukan itu sebagai kesalahan yang boleh ditangkap. Saya tiada masalah dengan hukuman yang lebih berat. Namun, tidakkah ianya bertindih dengan Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 iaitu SOACA dan boleh menyebabkan pesalah berdepan dengan hukuman yang lebih ringan? Ini kerana terdapat kontradiksi antara peruntukan undang-undang dan realiti pelaksanaan.
Sebagai contoh, Nur Fitri Azmeer Nordin yang juga pemegang Biasiswa MARA ketika itu didapati ditangkap polis UK kerana memiliki 601 buah video dan imej lucah kategori A iaitu paling serius dan ekstrem. Nur Fitri juga mempunyai bahan pornografi kanak-kanak kategori B dan C dengan lebih daripada 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak dalam peralatan elektronik peribadinya. Setelah dikenakan hukuman di UK, sebaliknya individu ini diberi peluang kedua untuk menyambung pelajaran pula di Malaysia. Ini menunjukkan kerana keberadaan undang-undang semata-mata tidak dapat mengubah budaya dan mentaliti masyarakat terhadap jenayah ini. Tambahan lagi, ianya telah diklasifikasikan sebagai jenayah, adakah pelaku dikenakan tindakan sewajarnya?
Tidak terhad kepada peruntukan kandungan lucah dan seksual, seksyen ini juga dibimbangi digunakan untuk menggugat semak imbang masyarakat terhadap kelaku kerajaan dan pihak berkuasa, kerana menurut Timbalan Menteri Komunikasi yang telah menjelaskan dan telah memetik beberapa contoh bagaimana seksyen 233 sekarang pun telah berjaya diguna pakai.
Beliau berkata sejak 2022 hingga 15 November lalu, sejumlah 21,156 kandungan palsu telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial berdasarkan pertimbangan dan penilaian oleh penyedia platform itu sendiri mengikut standard komuniti yang telah ditetapkan.
Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak 198 kes bagi elemen palsu disiasat dan daripada jumlah itu, sebanyak lima kes didakwa oleh Jabatan Peguam Negara dan dijatuhkan hukuman. Jadi, apakah keperluan untuk memperluaskan lagi peruntukan ini?
Seterusnya, yang terakhir, Timbalan Speaker, mengenai beberapa cadangan untuk penambahbaikan. Yang pertama, saya ingin melihat undang-undang yang telah dilaksanakan tanpa ketelusan yang mencukupi pengawasan kehakiman dan akauntabiliti awam, ianya boleh― saya tahu ia boleh mengancam kebebasan bersuara. Antara model yang baik daripada Kesatuan Eropah, Peraturan Perlindungan Data Umum, yang kita sebut GDPR EU, mengawal mesej tidak diminta dan penggunaan data dalam talian di bawah GDPR. Walaupun peraturan ini terutamanya menyasarkan spam dan penyalahgunaan data, ia mempunyai sempadan ketat untuk mengelakkan perlanggaran kebebasan bersuara.
Contohnya, kerajaan tidak boleh menggunakan peraturan data untuk menekan perbezaan pendapat yang semakan jelas wujud untuk memastikan akauntabiliti dan mekanisme rayuan bagi penyalahgunaan kuasa.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat, masa sudah habis.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Satu minit. Oleh itu...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak boleh. 15 saat, 15 saat.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
...Kerajaan perlu menekankan aspek ketelusan. Sebarang arahan ataupun standard mandatori perlu ditakrifkan dengan jelas untuk mengelakkan kekaburan tersedia secara terbuka untuk semakan awam termasuklah semakan kehakiman.
Juga, saya ingin menyebut model Afrika Selatan menggunakan Akta Promosi Keadilan Pentadbiran yakni memerlukan keputusan oleh Menteri untuk bersifat rasional, adil dan terbuka kepada semakan undang-undang. Saya harap pertanyaan dan pandangan ini dipertimbangkan oleh kementerian bagi memastikan undang-undang selari dengan hak masyarakat terbanyak. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih pembahas terakhir Yang Berhormat Batang Sadong. Setelah 24 orang pembahas, saya kini menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Ada – kami berikan sebanyak 15 minit.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya, pertama sekali, ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada semua 24 orang Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan maklum balas yang baik, yang jujur, yang suci hati, bukan hanya― sejujurnya, sewaktu saya berada di saf pembangkang satu ketika dahulu, saya saman MCMC. Peguam yang membantu saya saman MCMC waktu itu, tak lain tak bukan, Ahli Parlimen Bangi. Bak kata orang putih, how the tables have turn. Jadi, saya mulakan dengan beberapa perkara. Memang sejujurnya bila memegang jawatan Menteri Komunikasi, sewaktu saya mengangkat sumpah di hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, janji saya sama seperti Ahli- ahli Jemaah Menteri yang lain adalah untuk mempertahankan Perlembagaan.
Jadi, kita mula dengan Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana sejujurnya kalau kita lihat pun, memang bermulanya Perkara 10 itu adalah dengan Fasal (1) iaitu, “Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)”. Bermaksud, dengan bermulanya perkara mengenai hak kebebasan bersuara, dalam Perlembagaan itu sendiri kaveatnya adalah tertakluk kepada Fasal (2), (3), dan (4). Bermaksud, memang diperuntukkan hak bercakap dan bersuara, kebebasan itu memang ada, tetapi kita juga diberikan kuasa melalui Parlimen untuk mengenakan apa-apa sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dan sebagainya. Jadi, itulah latar kepada apa yang saya hendak bangkitkan.
Dalam keadaan ini, yang kita ingin usahakan buat kali pertama dalam 26 tahun akta ini wujud dan diguna pakai adalah untuk mencari satu keseimbangan yang baharu. Titik equilibrium, dengan izin, antara kebebasan dan manfaat yang boleh kita kecapi melalui ekonomi digital dengan keupayaan untuk berhubung dengan sesiapa pada bila-bila masa, tetapi dalam keadaan kita juga boleh dihubungi oleh penjenayah dengan pelbagai cara pada bila-bila masa. Jadi, tugas kerajaan adalah untuk menjamin keselamatan itu dan kita berusaha sedaya upaya bukan hanya untuk pastikan internet di Malaysia laju, meluas, murah, tetapi, lebih penting dari itu, selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.
Itulah sebab, sejujurnya, keputusan dasar untuk meminda akta ini bukan pada waktu kerajaan ini tetapi sebelumnya sewaktu kerajaan pada tahun 2022. Sejumlah pindaan awal dicadangkan jauh lebih keras dan jauh lebih dahsyat kalau hendak dibandingkan.
Sukacita saya maklumkan bahawa khusus mengenai perkara 233, yang kita khususkan adalah mencari keseimbangan di antara menghalang penjenayah terutama penjenayah seksual terhadap kanak-kanak― itulah, dengan izin, red line yang telah kita gariskan― dan juga penjenayah yang menjual beli bahan pornografi dengan tujuan komersial. Bagi kedua-dua kesalahan ini, kita menegaskan bahawa hukuman yang perlu adalah lebih tinggi dan boleh dijadikan sizeable offence, dengan izin.
Tetapi, dalam banyak perkara lain seperti beberapa ahli Yang Berhormat bangkitkan, fokus kita adalah untuk memperincikan memberi buat kali pertama selama adanya akta ini, sejak tahun 1998, memberikan siri huraian yang, dengan izin, non-exhaustive tetapi boleh bertindak sebagai panduan. Bak kata Yang Berhormat Bangi dalam ucapan, menyempitkan, to reduce the scope, dengan izin.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Dan memberi panduan bukan hanya kepada pihak pendakwaan tetapi kalau diteliti huraian tersebut, kepada pembelaan juga. Jadi dalam hal itu, tafsiran yang akhir dan boleh dikatakan mustajab dan muktamad adalah di pihak mahkamah.
Tetapi sudah pasti dalam mana-mana negara, dalam mana-mana peradaban sekalipun dari masa ke semasa, perkataan yang kita jangka dalam satu era, maknanya pada suatu ketika di era yang seterusnya mungkin sudah berubah sama sekali. Itulah sebab untuk mendepani dunia yang kian mencabar, dengan pelbagai teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan, maka prinsip yang kita ambil adalah untuk menyempitkan, mengehadkan ruang, di mana sekiranya ada mana-mana pihak, waima saya sudah tidak memegang jawatan ini sekalipun...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Sekejap, saya baru mula. Jadi, dia - kita hendak pastikan di masa depan hal itu, terutamanya untuk seksyen 233 ini dihadkan.
Ada beberapa perkara saya perlu bangkitkan di awal yang – untuk memberi penjelasan.
Ahli-ahli Yang Berhormat ada bangkitkan dan kita akan kembali kepada 233 nanti untuk Yang Berhormat Muar tetapi berkenaan dengan pertama, seksyen 46A yang ada pindaannya. Dia adalah – saya hendak jelaskan, pindaan ini tidak terpakai kepada organisasi media. Ia tidak berkaitan dengan organisasi media. Ia adalah melibatkan sama ada industri telekomunikasi ataupun penghantaran, penyalahgunaan rangkaian oleh pengguna telekomunikasi itu.
Jadi, tidak dari segi seperti Akta Mesin Cetak contohnya, ini berbeza. Kita tidak ada niat untuk melalui akta ini terutamanya, untuk melesenkan platform-platform media sebagai contoh. Tetapi seksyen 46A, dia adalah terpakai kepada penyedia perkhidmatan (CASP), yang disebut CASP license. Ia bukan untuk terpakai untuk orang awam, bukan. Bukan terpakai untuk cybertrooper, bukan. Dia adalah dalam – kalau kita lihat bawah Akta MCMC ada empat bentuk lesen. Ringkasnya NFP, NSP, ASP, CASP, hanya bagi tujuan menyediakan perkhidmatan yang telah ditakrifkan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Jadi, tidak terpakai untuk orang awam.
Bagi beberapa perkara yang dibangkitkan mengenai seksyen 248 dan 248A, mengenai pegawai yang diberi kuasa. Ini merujuk kepada keperluan menyelaraskan dengan seksyen 245 yang sedia ada, yang mana akta memberi kuasa kepada Menteri untuk menamakan pegawai yang diberi kuasa. Cuma dalam seksyen yang tersebut, seksyen 248, dia tidak menamakan, tidak ada perkataan pegawai yang diberi kuasa. Jadi, ia adalah untuk tujuan penyelarasan antara seksyen 245 dan seksyen 248. Manakala bagi isu waran cacat, seksyen 248A, dia adalah untuk menyamakan peruntukan dalam akta ini seperti yang diperuntukkan dalam akta-akta lain seperti Akta Perlindungan Data Peribadi, Akta Pengangkutan Awam Darat, Akta Industri Perkhidmatan Air, Akta Persaingan, Akta Hak Cipta dan Akta Perihal Dagangan. Jadi, dia adalah selaras dengan akta-akta lain yang wujud dan bukanlah satu perkara yang luar daripada kebiasaan.
Saya sentuh sedikit tentang seksyen 211. Ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang bertanya tentang pemakaian seksyen ini. Dia bukan tujuannya kepada pengguna tetapi penggunaannya adalah kepada pemegang lesen CASP – content application service provider, bukan kepada orang perseorangan, bukan. Hanya kepada pemegang lesen CASP sahaja. Jadi, dia tidak terpakai kepada- saya bagi contoh, seperti stesen televisyen ataupun stesen radio. Jadi, dia bukan kepada orang perseorangan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun] .
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tujuannya adalah banyak daripada denda yang ada dalam akta ini, dia adalah berpandukan kepada nilai Ringgit pada tahun 1998. Jadi, dari segi industri, terutamanya bagi industri telekomunikasi yang kita dapati adalah banyak daripada denda kompaun yang boleh dikenakan, dia tidak selaras dengan contohnya, pendapatan syarikat-syarikat telco pada hari ini. Maka, kita lihat ada keperluan untuk menyelaraskan. Saya beri kepada Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri boleh kekalkan pindaan yang progresif, yang menjenayahkan elemen porn, scam, jenayah seksual. Saya rasa kita di sini tidak pertikaikan pun perkara tersebut. Persoalannya, bolehkah Yang Berhormat Menteri ambil keputusan yang progresif untuk kecualikan pindaan yang menaikkan tindakan jenayah kepada rakyat yang memaki Menteri? Saya tidak hendak guna kritik sebab ini sudah naikkan nilai ambang memaki Menteri. Kerana sampai ke hari ini saya masih belum dengar lagi apa sebab, what is the reason to keep this amendment dan siap naikkan hukuman?
Sebab saya lihat di luar sana, saya dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia kena maki kiri, kanan, atas, bawah. Tidak ada pun disuruh polis ambil tindakan.
So, what is the reason? Apa sebab hendak kekalkan sudut regresif, walhal ada banyak lagi benda baik yang boleh kita sokong bersama? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Yang Berhormat, soalan yang baik.
Sejujurnya, asasnya adalah- kalau kita lihat seksyen 233, dia merujuk pucuk pangkalnya adalah kepada penyalahgunaan rangkaian. Di hujung penyalahgunaan rangkaian itu dijelaskan beberapa aspek yang menjelaskan maksud salah guna itu. Dan di sini, asasnya adalah penyalahgunaan rangkaian. Jadi, kalau kita lihat seksyen 233(1), di situ disebut dengan jelas, dengan izin, misused of network facilities. Itu asasnya dan dia kembali kepada isu ataupun kepada perkara pokok dalam akta ini iaitu akta ini melihat kepada rangkaian, network. Saya, dengan izin, I share your concerns, Yang Berhormat dan saya sejujurnya sama seperti Yang Amat Berhormat Tambun. Kita benarkan dan kita perlu mendengar kritikan, itu tidak menjadi masalah. Itulah sebab kalau kita teliti, kita tidak boleh buang seksyen 233 kerana termasuklah mereka yang menyalahgunakan rangkaian untuk tujuan commercial penjualan pornografi dan juga pedofilia.
Mereka menyalahgunakan rangkaian. Jadi, asasnya dari segi falsafah, ia adalah salah guna kepada rangkaian tetapi ada dua perkara yang saya harap dapat melembutkan hati dan juga memberi kita ruang untuk meneliti penambahbaikan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Kalau kita teliti apa yang kita masukkan dalam huraian, terutamanya huraian 6D. Apa-apa komunikasi yang dibuat dengan “suci hati”, adalah tidak “jelik melampau” setakat mana komunikasi tersebut terdiri daripada penyataan fakta, adalah benar pada isi dan fakta dan terdiri daripada penyataan pendapat.
Sebelum ini tidak ada huraian. Kita- saya bukan secara peribadi tetapi sekali dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga pasukan di kementerian. Kami merasakan bahawa ini akan memberi satu, dengan izin, space for us to reflect. Kita tidak boleh mendahului mahkamah dalam beberapa perkara tetapi kita harap ini akan dapat menjadi panduan kepada sama ada pihak pendakwaan mahupun pihak pembelaan dalam mereka mengangkat hujah masing-masing kerana kita hendak lihat kritikan itu tidak ada halangan.
Tetapi seperti yang kita nyatakan dalam huraian ini, biarlah- kita kena faham bahawa komunikasi yang dibuat dengan “suci hati, tidak jelik, tidak jelik melampau”.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Bangun]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kita seperti yang Bangi sebutkan.
[Ketawa] Kita sempitkan lagi dan sejujurnya, saya perlu sebut di sini. Ada pihak-pihak yang kalau boleh, 233 ini semua kesalahannya hendak dijadikan seizable tetapi saya tidak mengambil pendirian itu.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sikit Yang Berhormat kalau boleh?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri ke atas cadangan yang dibawa oleh beberapa orang daripada kita sebelum ini tadi iaitu untuk tangguhkan pembentangan ini dan seterusnya kita bawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dibincangkan. Itu yang pertama.
Kedua, saya ingat lagi Yang Berhormat, dahulu kita sama-sama pernah berbincang mengenai perkara ini, saya rasa beberapa kali semasa sama-sama dalam Pakatan Harapan dahulu, bagaimana seksyen 233 ini patut dimansuhkan terus bukannya dipinda, bukan diperjelaskan. Jadi, saya tertarik juga. Apa yang menyebabkan Yang Berhormat berubah fikiran dalam hal ini dan seterusnya dalam pindaan kali ini, yang kali pertama dibuat setelah berpuluh tahun ini, yang mana satu tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memansuhkan peruntukan zalim yang boleh disalah guna? Seksyen mana yang dimansuhkan untuk memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan ini?
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, baik. Jadi, seperti yang saya jelaskan kepada Yang Berhormat Muar, Alor Setar sebelum ini, isu bagi seksyen 233 ini, asasnya adalah penyalahgunaan rangkaian. Sekiranya kita mansuhkan keseluruhan seksyen tersebut, maka itu yang akan membolehkan penjenayah, scammer, pedofilia itu, mereka akan berleluasa. Itulah realitinya. Ini kerana yang mereka lakukan itu adalah satu kesalahan, penyalahgunaan rangkaian tapi kalau kita lihat, mungkin, saya pun terima teguran daripada sahabat lama saya. Saya kenal dia dah lebih 20 tahun, Fahmi Reza. Saya terima dengan hati terbuka kerana saya telah angkat sumpah untuk pertahankan Perlembagaan dan Perlembagaan, seperti saya sebut tadi, Perkara 10 dengan jelas dalam Fasal 1 menyatakan tertakluk kepada Fasal-fasal 2, 3 dan 4. Bermaksud, kita perlu cari titik keseimbangan antara membolehkan hak kebebasan bersuara itu diamalkan di samping menjaga ketertiban, keselamatan dan keamanan dalam negara kita.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Cuma Yang Berhormat, saya rasa semua kebimbangan tadi boleh ditangani dengan Online Safety Act.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Belum, tak.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Bukan di sini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Bukan, dia tidak ke arah itu. Saya tak boleh sentuh Online Safety Act kerana mungkin Yang Berhormat boleh adakan dengan izin, direct engagement dengan Yang Berhormat Pengerang tetapi daripada apa yang saya faham, prinsipnya adalah bagi Online Safety Act, dia tidak terpakai kepada orang awam, orang perseorangan tapi kepada satu lagi kumpulan iaitu duty of care terhadap platform-platform itu sendiri yang perlu diuruskan oleh platform sendiri.
Bagi akta ini, dia lebih kepada kita mengetengahkan satu-satu content yang didapati melanggar. Kalau ONSA, dia akan lebih melihat kepada kelas kesalahan ataupun saya bagi contoh, Masjid Tanah minggu yang lalu bangkitkan tentang masalah, dan Pasir Mas juga dan beberapa sahabat yang lain, bangkitkan tentang jumlah kandungan yang diturunkan dari Facebook. Sejujurnya Ahli-ahli Yang Berhormat, sejujurnya, jumlah kandungan yang diturunkan itu adalah permintaan daripada PDRM mengenai kandungan yang bersifat scam ataupun judi dalam talian yang dimuat naik berkali-kali oleh akaun-akaun yang tidak boleh dikenal pasti dalam platform Facebook.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Sekiranya kita ada akta, bukan akta ini tetapi akta lain untuk membantu memaklumkan dan mengetengahkan kepada platform- platform ini bahawa kelas seperti ini adalah melanggar. Maka secara pukal, mereka perlu lakukan tindakan. Saya tak berniat untuk masuk ..
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Menteri perlukan berapa minit lagi sebab usul kata kita akan berhenti pukul 7 dan kita ada satu bil lagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, Menteri perlukan berapa minit lagi?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Mungkin satu minit.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi dua minit termasuk Alor Setar, dua minit ya?
Silakan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, baik.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker memang seorang yang baik. Tadi, Menteri sebut tentang suci hati itu. Saya nak tanya, mohon Menteri jelaskan. (d) suci hati tetapi (a) sebut, kalau rujukan itu kasar, menyinggung perasaan, dia dikira jelik yang melampau. Jadi, kalaulah kita berucap dengan suci hati tetapi ada pihak tersinggung ataupun ada pihak anggap bahasa itu bahasa kasar. Contoh kalau orang Kedah, Tan Sri pun orang Kedah. Kita bercakap, dia tersinggung. Saya sebut “Mamak pasembur”, Jelutong tersinggung misalnya. Jadi, adakah itu dianggap jelik yang melampau? Padahal kita tak ada niat macam itu. Itu minta penjelasan Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, baik. Saya faham. Ini kita boleh ada dengan izin, banyak permutation kepada perkara ini tapi kita perlu lihat kepada duluan dalam kes-kes mahkamah sebelum ini juga yang mana mahkamah memutuskan sama ada sesuatu itu melanggar ataupun tidak. Dengan ada huraian-huraian ini, dia akan membantu pihak pendakwaan, pihak pembelaan dan juga mahkamah untuk meneliti dengan lebih rapi dan membuat beberapa keputusan yang saya percaya akan mencari titik keseimbangan yang saya sebutkan itu.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon maaf sekiranya ada soalan-soalan yang tidak saya dapat jawab ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Akan tetapi saya akan minta supaya pegawai-pegawai ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Belum lagi, Jelutong. Baik, saya akan minta pegawai saya untuk susuli dengan jawapan bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak, tidak. Tuan Speaker, Tuan Speaker. Tan Sri Speaker.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tidak, tidak. Speaker, belah bahagian.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tan Sri Speaker, belah bahagi.
Tuan Yang di-Pertua
15 ada?
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ya.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ada, ada.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kami semua mencadangkan belah bahagi.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang Setiausaha, kirakan. Cukup 15 tak?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kami dah kira, cukup, Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Yang nak kira ini, Speaker.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya. Saya nak membantu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Tak payah, Speaker akan kira.
Tuan Yang di-Pertua
Cukup? Okey. Setiausaha bunyikan loceng. Baik, seperti yang kita persetujui, loceng pertama dua minit. Kemudian, kita tunggu 10 minit. Loceng kedua, dua minit baru kita undi. Silakan.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi Speaker, saya dengar tadi suara setuju lagi kuat lagi, Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tapi dia orang ada 15 orang.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Macam ini punya lawyer ada ke? Tak faham peraturan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Melawak ..... [Pembesar suara dimatikan].
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Belah sana yang tak setuju, boleh keluar ataupun mengundi tak setuju....
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seperti yang telah pun saya umumkan pada 13 Mac 2023, dengan ini, saya tempohkan Mesyuarat Dewan selama 10 minit. Saya ingin maklumkan bahawa mikrofon Ahli Yang Berhormat akan ditutup semasa Dewan ditempohkan 10 minit bagi mengelakkan Ahli-ahli Yang Berhormat berucap. 10 minit dari sekarang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 5.39 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 5.51 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebelum kita mulakan pengundian, saya akan bacakan Yang Berhormat yang akan menjadi penghitung dan juga pemerhati. Untuk Blok A, Kapit, pemerhati Pasir Malaysia. Blok B, Kota Kinabalu...
[Dicelah]
Seorang Ahli
Kapit tak ada, Kapit tak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Kapit tak ada? Kanowitlah. Kanowit? Okey, Kanowit ya. Baik, Kanowit penghitung dan Pasir Mas pemerhati. Blok B, Kota Kinabalu penghitung undi dan pemerhati ialah Pengkalan Chepa. Blok C, Kulai ada? Kulai, Kulai. Kulai ada dan pemerhati Alor Setar. Blok D, Selayang...
[Dicelah] Kulai ada? Kulai, Kulai. Kulai tak ada dan Hulu Rajang, done ya. Hulu Rajang penghitung dan Alor Setar pemerhati. Blok D, Selayang ada?
Okey, pemerhati Dungun. Blok E, Arau ada? Pemerhati Hang Tuah Jaya. Ada Hang Tuah Jaya? Baik. Blok F, Tasek Gelugor penghitung, pemerhati Sepang. Blok G, Masjid Tanah dan pemerhati Alor Gajah. Baik, petugas-petugas sila ambil dan mulakan tugas pemerhati dan juga penghitung undi. Baik, pintu ke Dewan minta ditutup sekarang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker, saya minta masa tambahan sedikit sebab luar jammed, banyak tak dapat hadir.
Tuan Yang di-Pertua
Dah lah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ayer Hitam dengan Tanjong Piai belum sampai.
Saya minta masa tambahan sedikit.
[Dewan riuh]
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya bacakan keputusannya. Jumlah Ahli Parlimen 222 orang.
Yang tidak hadir – 122.
Yang tidak bersetuju – 40 [Tepuk] Yang tidak mengundi, abstain – 1.
Yang bersetuju – 59...
[Tepuk]
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof (Petra Jaya) 2. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 3. Menteri Sumber Manusia, Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 4. Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Haji Adly Bin Zahari (Alor Gajah) 5. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Haji Abdul Rahman Bin Mohamad
(Lipis) 6. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah
(Lenggong) 7. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tuan Liew Chin Tong
(Iskandar Puteri) 8. Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 9. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (Santubong) 10. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 11. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang (Kota Samarahan) 12. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu (Sepang) 13. Timbalan Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 14. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli Bin Abd Halim (Hang Tuah Jaya) 15. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 16. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr.
Noraini Binti Ahmad (Parit Sulong) 17. Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj (Segamat) 18. Tuan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) 19. Tuan Syahredzan Bin Johan (Bangi) 20. Puan Rodziah Binti Ismail (Ampang) 21. Tuan Tan Kar Hing (Gopeng) 22. Tuan Chow Yu Hui (Raub) 23. Tuan Tan Hong Pin (Bakri) 24. Dato' Mohd Isam Bin Mohd Isa (Tampin) 25. Tuan Richard Rapu @ Aman Anak Begri (Betong) 26. Puan Young Syefura Binti Othman (Bentong) 27. Puan Syerleena Binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 28. Tuan Azli Bin Yusof (Shah Alam) 29. Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 30. Tuan Haji Onn Bin Abu Bakar (Batu Pahat) 31. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 32. Tuan Chong Zhemin (Kampar) 33. Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timor) 34. Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari (Sungai Petani) 35. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem (Serian) 36. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 37. Dato' Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman) 38. Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (Bukit Gelugor) 39. Dato’ Indera Mohd Shahar Bin Abdullah (Paya Besar) 40. Datuk Seri Haji Jalaluddin Bin Haji Alias (Jelebu) 41. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 42. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 43. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 44. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 45. Datuk Hajah Siti Aminah Binti Aching (Beaufort) 46. Tuan Haji Yusuf Bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 47. Datuk Seri Utama Ir. Hasni Bin Mohammad (Simpang Renggam) 48. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 49. Tuan Kesavan A/L Subramaniam (Sungai Siput) 50. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (Jelutong) 51. Tuan Suhaizan Bin Kaiat (Pulai) 52. Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Ledang) 53. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 54. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 55. Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi (Igan) 56. Tuan Roy Angau Anak Gingkoi (Lubok Antu) 57. Tuan Prabakaran A/L M. Parameswaran (Batu) 58. Puan Rodiyah Binti Sapiee (Batang Sadong) 59. Kapten Datuk Dr. Zulkafperi Bin Hanapi (B) (Tanjong Karang)
Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim (Arau) 2. Tuan Afnan Hamimi Bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 3. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib (Maran) 4. Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli (Dungun) 5. Dato’ Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah (Langkawi) 6. Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) 7. Tuan Haji Kamal Bin Ashaari (Kuala Krau) 8. Tuan Haji Bakri Bin Jamaluddin (Tangga Batu) 9. Dato' Haji Abdul Khalib Bin Abdullah (Rompin) 10. Tuan Zakri Bin Hassan (Kangar) 11. Tuan Rushdan Bin Rusmi (Padang Besar) 12. Tuan Wan Razali Bin Wan Nor (Kuantan) 13. Tuan Jamaludin Bin Yahya (Pasir Salak) 14. Tuan Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (Muar) 15. Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 16. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 17. Dato' Haji Ahmad Bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 18. Datuk Dr. Ahmad Marzuk Bin Shaary (Pengkalan Chepa) 19. Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 20. Datuk Wan Saifulruddin Bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 21. Dato' Khlir Bin Mohd Nor (Ketereh) 22. Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh (Besut) 23. Dato' Hajah Mumtaz Binti Md Nawi (Tumpat) 24. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (Kuala Langat) 25. Dato' Dr. Haji Alias Bin Razak (Kuala Nerus) 26. Tuan Nurul Amin Bin Hamid (Padang Terap) 27. Tuan Roslan Bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 28. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 29. Datuk Ali Anak Biju (Saratok) 30. Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 31. Tuan Haji Abdul Latiff Bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 32. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman (Sik) 33. Tuan Ahmad Fadhli Bin Shaari (Pasir Mas) 34. Tuan Mohd Nazri Bin Abu Hassan (Merbok) 35. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 36. Tuan Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan (Permatang Pauh) 37. Dato’ Azman Bin Nasrudin (Padang Serai) 38. Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Hulu Selangor) 39. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin (Jerantut) 40. Tuan Haji Muhammad Islahuddin Bin Abas (Mersing)
Tuan Hassan Bin Abdul Karim (Pasir Gudang)
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Tambun) 2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr.
Ahmad Zahid Bin Hamidi (Bagan Datuk) 3. Menteri Pengangkutan, Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 4. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu
(Kota Raja) 5. Menteri Pertahanan, Dato' Seri Haji Mohamed Khaled Bin Nordin (Kota Tinggi) 6. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 7. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
(Setiawangsa) 8. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 9. Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Binti Sidek (Nibong Tebal) 10. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Bin Mohd Ali (Papar) 11. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 12. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor) 13. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Pontian) 14. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Haji Mohd Nasir (Johor Bahru) 15. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Dr. Ramli Bin Dato’ Mohd Nor
(Cameron Highlands) 16. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 17. Menteri Ekonomi, Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli (Pandan) 18. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 19. Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Rembau) 20. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 21. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick
(Penampang) 22. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani (Titiwangsa) 23. Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo (Damansara) 24. Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh (Segambut) 25. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Binti Mustafa
(Sekijang) 26. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah (Limbang) 27. Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 28. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Mohammad Yusof Bin Apdal
(Lahad Datu) 29. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup
(Pensiangan) 30. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii
(Sarikei) 31. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) 32. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Khairul Firdaus Bin Akbar Khan (Batu Sapi) 33. Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching (Kulai) 34. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud (Sepanggar) 35. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Bin Awang Sauni (Sibuti) 36. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 37. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 38. Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan Wong Kah Woh (Taiping) 39. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi Bin Sh Ali (Pekan) 40. Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan (Sri Gading) 41. Tuan Zahir Bin Hassan (Wangsa Maju) 42. Datuk Jonathan Bin Yasin (Ranau) 43. Datuk Matbali Bin Musah (Sipitang) 44. Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya (Putatan) 45. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Klang) 46. Tuan Manndzri Bin Nasib (Tenggara) 47. Dato' Haji Adnan Bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 48. Dato' Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli (Jempol) 49. Datuk Suhaimi Bin Nasir (Libaran) 50. Tuan Edwin Anak Banta (Selangau) 51. Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy (Kalabakan) 52. Tuan Lo Su Fui (Tawau) 53. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan (Hulu Langat) 54. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Binti Dr. Wan Ismail (Bandar Tun Razak) 55. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Bera) 56. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 57. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal (Semporna) 58. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 59. Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Sembrong) 60. Datuk Seri Saravanan A/L Murugan (Tapah) 61. Tuan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) 62. Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun (Port Dickson) 63. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 64. Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 65. Dato' Seri Amirudin Bin Shari (Gombak) 66. Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin (Kinabatangan) 67. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 68. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 69. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 70. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 71. Puan Yeo Bee Yin (Puchong) 72. Puan Isnaraissah Munirah Binti Majilis (Kota Belud) 73. Dato' Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik (Balik Pulau) 74. Tuan Wong Chen (Subang) 75. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 76. Datuk Seri Panglima Dr. Gapari Bin Katingan @ Geoffrey Kitingan (Keningau) 77. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 78. Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) 79. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) 80. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 81. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 82. Tuan Chiew Choon Man (Miri) 83. Dato Anyi Ngau (Baram) 84. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 85. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 86. Tuan Riduan Bin Rubin (Tenom) 87. Dato' Verdon Bin Bahanda (Kudat) 88. Datuk Wetrom Bin Bahanda (Kota Marudu) 89. Tuan Sabri Bin Azit (Jerai) 90. Tuan Shaharizukirnain Bin Abd Kadir (Setiu) 91. Dr. Siti Mastura Binti Muhammad (Kepala Batas) 92. Kapten Azahari Bin Hasan (Padang Rengas) 93. Dr. Haji Abd Ghani Bin Haji Ahmad (Jerlun) 94. Puan Hajah Salamiah Binti Mohd Nor (Temerloh) 95. Komander Nordin Bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) 96. Tuan Muhammad Ismi Bin Mat Taib (Parit) 97. Tuan Kalam Bin Salan (Sabak Bernam) 98. Datuk Iskandar Dzulkarnain Bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) 99. Dato' Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 100. Tuan M ohd Azizi Bin Abu Naim (Gua Musang) 101. Tuan Z ahari Bin Kechik (Jeli) 102. Dato' I ndera Dr. Suhaili Bin Abdul Rahman (Labuan) 103. Dato' S eri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar (Kemaman) 104. Dato' S ri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 105. Datuk Muslimin Bin Yahaya (Sungai Besar) 106. Tuan H aji Mohd Misbahul Munir Bin Masduki (Parit Buntar) 107. Tuan Z ulkifli Bin Ismail (Jasin) 108. Dr. Ah mad Fakhruddin Bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 109. Tuan F athul Huzir Bin Ayob (Gerik) 110. Dato’ S eri Hamzah Bin Zainudin (Larut) 111. Tan Sr i Dato' Haji Mahiaddin Bin Mohd. Yassin (Pagoh) 112. Tan Sr i Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang (Marang) 113. Dato' S ri Tuan Ibharim Bin Tuan Man (Kubang Kerian) 114. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 115. Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan (Kota Bharu) 116. Tuan H aji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman (Bachok) 117. Dato' R osol Bin Wahid (Hulu Terengganu) 118. Dato' S ri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 119. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 120. Tuan H assan Bin Saad (Baling) 121. Tuan W an Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (Machang) – Digantung daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat.
Datuk Haji Awang Bin Hashim (Pendang) – Digantung daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tahniah yang tak mengundi. Tahniah yang tak mengundi itu. Bagus.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kami tidak sesat.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Dalam ramai-ramai MP kerajaan, 49 saja datang?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik. Lebih undi bersetuju, maka rang undang-undang ini dibacakan kali kedua.
[Masalah disetujukan]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak sesat, tapi kawan dengan UMNO.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Janji tak dengan kawan ajaran sesat.
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 121 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami minta belah bahagi.
Tuan Yang di-Pertua
Dah. Saya dah putuskan tadi. Sepatutnya bangun sebelum itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini saya bangun tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Dah. Lewat dah. Saya dah sebutkan tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bangun awal tadi. Saya tak tekan link butang saja.
Tuan Yang di-Pertua
Dah. Saya dah umumkan dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun tetapi saya tak tekan butang.
Tuan Yang di-Pertua
Dah lepas dah.
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri) dan diluluskan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kami minta undi sekali lagi. Tengok itu.
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi saya punya cadangan tak disetujuilah?
Tuan Yang di-Pertua
Saya mendengar suara bersetuju lebih ramai daripada tak bersetuju.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami minta bilang. Saya minta bilang.
Walaupun ramai ke sikit...
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tan Sri Yang di- Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 atau Akta 589 merupakan sebuah akta yang menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yakni kita sebut ringkaskan sebagai MCMC, bagi menyelia dan mengawal aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia. Termasuklah menguatkuasakan undang-undang tertentu berhubungan dengan komunikasi dan multimedia.
Seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, suruhanjaya ini merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab komunikasi dan multimedia yang pada masa ini adalah diri saya sendiri, Menteri Komunikasi.
Secara umumnya, Akta 589 ini memperuntukkan mengenai kuasa dan fungsi suruhanjaya, segala perihal yang berkaitan dengan suruhanjaya sebagai sebuah badan berkanun. Termasuklah keanggotaan suruhanjaya, pekerja suruhanjaya dan juga kewangan.
Suruhanjaya ini turut memainkan peranan-peranan pengawalseliaan dalam bidang atau sektor lain, termasuklah industri perkhidmatan pos yang turut merangkumi perkhidmatan kurier.
Sebagaimana yang dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketika saya membentangkan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024, industri komunikasi dan multimedia yang dikawal selia oleh suruhanjaya ini telah melalui perubahan yang pesat dengan kemajuan teknologi yang pelbagai, termasuklah pewujudan media baharu.
Tahap kebergantungan rakyat terhadap teknologi semakin hari semakin meningkat.
Sehinggakan pada hari ini jika dibandingkan dengan 26 tahun yang lalu iaitu ketika suruhanjaya ditubuhkan, pelbagai kemudahan boleh diperoleh atau diakses dengan pantas dan berada di hujung jari mereka. Keterhubungan ini, bukan hanya meningkatkan mobiliti rakyat, bahkan memberi impak positif kepada kehidupan seharian mereka.
Oleh yang demikian, bagi memastikan suruhanjaya berdaya tahan dan mampan untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia, serta bidang-bidang lain yang dipertanggungjawabkan dan seterusnya demi kesejahteraan rakyat, Akta 589 ini telah disemak semula secara komprehensif. Hasil semakan tersebut memperlihatkan keperluan untuk membuat pindaan Akta 589 sebagai usaha untuk mengukuhkan fungsi, kuasa dan tadbir urus suruhanjaya dalam memantapkan aktiviti pengawalseliaannya.
Seterusnya, menyumbang kepada pembangunan industri yang berkaitan dengan lebih tertumpu, kompeten dan efisien. Dengan pembangunan industri yang kompeten dan efisien, secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 12 Julai 2024, ketika menimbangkan Memorandum daripada Menteri Komunikasi, Nombor M524/2024 telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 dibentangkan di Parlimen.
Tan Sri Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ini mengandungi 16 Fasal seperti yang diperincikan dalam rang undang-undang, dengan izin, blue bill yang telah di edar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada 2 Disember lalu. Pindaan-pindaan utama Akta 589 merangkumi aspek- aspek pembangunan, tadbir urus dan juga operasi. Berhubung aspek pembangunan, sebagai pengawal selia, suruhanjaya turut mempunyai peranan untuk memantau keperluan membangunkan industri komunikasi dan multimedia agar selari dengan perkembangan dan kehendak semasa industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pindaan yang dikemukakan adalah bagi memperkemas peranan suruhanjaya berkaitan dengan pembangunan dan kawal selia piawaian, antara lain infrastruktur dan platform yang mempromosikan saling kendali dan perkhidmatan yang disediakan dalam rangkaian komunikasi.
Berhubung aspek tadbir urus, salah satu daripada pindaan utama adalah pemisahan peranan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, yang mana pada masa ini peruntukan undang-undang sedia ada memperlihatkan kedua-dua peranan ini dipegang oleh orang yang sama. Dalam perihal ini, bagi mewujudkan mekanisme yang dapat menambah baik tadbir urus serta kecekapan pentadbiran dan operasi, kedua-dua peranan ini adalah dipisahkan.
Pendekatan ini juga selari dengan peruntukan undang-undang bagi kebanyakan badan berkanun yang lain yang memperlihatkan dua orang yang berbeza yang memegang peranan- peranan ini.
Seterusnya, izinkan saya memperincikan fasal-fasal yang terdapat dalam rang undang-undang ini.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan, termasuk kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 589 untuk memasukkan takrif baharu, ketua pegawai eksekutif dan sistem komunikasi dan meminda takrif sedia ada pengerusi.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 589 mengenai komposisi keanggotaan suruhanjaya. Pertama, untuk memperuntukkan bahawa hendaklah terdapat tiga orang anggota yang mewakili Kerajaan Persekutuan, yang salah seorang daripadanya hendaklah ketua setiausaha bagi kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia.
Kedua, untuk menaikkan bilangan maksimum anggota lain daripada lima kepada tujuh. Ketiga, untuk memperuntuk bahawa anggota lain yang dilantik hendaklah seorang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara yang berhubungan dengan komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi, pentadbiran awam, persaingan dan perlindungan pengguna, sains sosial atau apa-apa kelayakan lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dan keempat, untuk memperuntukkan bahawa anggota suruhanjaya hendaklah bukan merupakan pekerja suruhanjaya.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 589 bagi memperuntukkan mengenai pemberhentian pelantikan pengerusi, di mana jika pengerusi dengan apa-apa sebab tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia atau tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri, Menteri hendaklah melantik orang lain untuk menjadi pengerusi mengikut Akta 589 dan selepas pelantikan itu, pengerusi sebelumnya adalah terhenti daripada menjadi ahli suruhanjaya.
Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 16, Akta 589 untuk memperluas fungsi suruhanjaya.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 18, Akta 589 untuk mengadakan peruntukan bagi keperluan bahawa setiap arahan Menteri hendaklah didaftarkan oleh suruhanjaya, tarikh kuat kuasa dan tarikh habis tempoh arahan Menteri itu dan kuasa Menteri untuk mengubahsuai atau membatalkan arahan itu.
Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 18A ke dalam akta 589 untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pendaftaran arahan Menteri dan keperluan untuk menyenggara suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan media elektronik.
Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan seksyen 20, Akta 589 untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan, peletakan jawatan dan bayaran saraan dan elaun ketua pegawai eksekutif berikutan pengasingan peranan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa tugas ketua pegawai eksekutif, termasuklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan kuasa suruhanjaya.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 23, Akta 589 untuk memperuntukkan bahawa suruhanjaya boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya. Pada masa ini, suruhanjaya mesti mendapatkan kebenaran Menteri untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 38, Akta 589 untuk membolehkan penalti kewangan dibayar ke dalam kumpulan wang.
Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 45, Akta 589 untuk menaikkan had nilaian kontrak yang boleh dibuat oleh suruhanjaya tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan daripada tidak melebihi RM5 juta kepada tidak melebihi RM10 juta berdasarkan perimeter inflasi sejak Akta 588 digubal pada tahun 1998.
Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 51A ke dalam Akta 589 untuk memberi perlindungan kepada suruhanjaya dan yang lain-lain terhadap mana-mana prosiding guaman dan undang-undang yang dilakukan dengan suci hati.
Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 53A ke dalam Akta 589 untuk membenarkan suruhanjaya menyiarkan maklumat mengenai perkara-perkara tertentu, termasuk mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang diambil oleh suruhanjaya dan kompaun yang dikeluarkan; dan Fasal 16 memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 secara khususnya dapat menambah baik peranan dan memperkukuh fungsi tadbir urus dan pengoperasian suruhanjaya agar lebih berdaya tahan dan mampan untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di negara ini serta bidang-bidang lain yang dipertanggungjawabkan.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pindaan ke atas Akta 589 ini juga akan menyumbang kepada pembangunan industri yang lebih tertumpu, kompeten dan efisien menerusi pemantapan aktiviti pengawalseliaan oleh suruhanjaya selari dengan perkembangan dan kehendak semasa industri ini di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya menerima senarai pembahas-pembahas akan bacakan sekarang. Baik bermula dengan Sungai Petani, kemudian diikuti dengan Tasek Gelugor, Pulai, Pasir Mas, Bukit Bendera, Bagan Serai, Ipoh Timur, Kuala Krai, Kampar, Dungun, Segamat, Mersing, Petaling Jaya, Kangar, Bukit Gelugor, Arau dan Tuaran.
Pagi tadi kita ada usul yang kita akan berhenti bermesyuarat hari ini pada jam 7 petang, so kita akan teruskan dan kita akan berhenti pada pukul 7 dan kita sambung kalau sekiranya tak habis yang berucap. Dan untuk sambungan esok nama-nama ini sahaja yang saya benarkan.
Untuk itu saya mulakan dengan Sungai Petani. Lima minit dari sekarang.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang memberikan ruang dan peluang untuk Sungai Petani membahaskan rang undang-undang ini. Bagi Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan pelaksanaannya benar-benar untuk mencapai matlamat izinkan saya untuk memberikan dan mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada pindaan seksyen 6, subseksyen (1) iaitu keanggotaan suruhanjaya. Sejak undang-undang ini diperkenalkan pada tahun 1998, kita lihat bahawa pelantikan ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak pernah dilakukan secara terbuka dan ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan akauntabiliti badan ini di mata rakyat dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sangat bergantung kepada sejauh mana mereka melihat kerajaan melaksanakan prinsip ketelusan dan integriti.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar proses pemilihan suruhanjaya ini dilakukan secara terbuka, lebih transparent dan diselia oleh jawatankuasa yang bebas. Wakil industri, pakar teknologi dan masyarakat sivil perlu dilibatkan untuk memastikan keputusan yang dibuat mencerminkan kepentingan awam secara adil dan saksama. Langkah ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap MCMC dan secara tidak langsung kepada kerajaan. Dan saya ingin mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan untuk menambah satu peruntukan khas dalam undang-undang ini yang menetapkan komposisi ahli suruhanjaya ini secara jelas.
Dan suruhanjaya ini wajarlah merangkumi wakil daripada pelbagai latar belakang termasuklah pihak kerajaan, industri komunikasi dan teknologi, pakar linguistik atau pakar bahasa, pakar undang-undang, anggota masyarakat sivil seperti aktivis hak asasi manusia dan pakai teknologi digital. Komposisi yang seimbang ini akan memastikan bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya ini mencerminkan pelbagai perspektif dan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia digital yang sentiasa berubah khususnya kemunculan teknologi seperti AI, deepfake dan sebagainya, kapasiti dan keupayaan MCMC ini perlu dipertingkatkan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah pelan pihak kementerian untuk memastikan suruhanjaya ini benar-benar mempunyai tenaga kerja dengan kemahiran yang sesuai dan mencukupi untuk menghadapi cabaran teknologi masa kini. Sebagai contoh kita lihat fenomena deepfake semakin digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu dan memeras ugut individu. MCMC perlulah mempunyai kepakaran yang jitu, kepakaran yang hebat untuk memastikan perkara-perkara ini dapat ditangani dengan baik. Dan ini saya ingin mendengar daripada pihak kementerian sendiri, apakah langkah- langkah yang telah diambil.
Saya ingin menyentuh berkenaan penambahan seksyen 51A, perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang. Keputusan yang dibuat oleh MCMC seeloknya boleh dirayu melalui badan kehakiman yang bebas dan tidak berpihak. Ini penting bagi memastikan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang itu sentiasa terpelihara.
Dan penguatkuasaan undang-undang komunikasi dan multimedia tidak boleh dilaksanakan secara berasingan, ia memerlukan kerjasama yang erat dengan PDRM dan badan kehakiman negara.
Sistem kawal selia ini merupakan satu ekosistem yang saling bergantungan antara satu sama lain. Jika komponen gagal berfungsi, keseluruhan sistem akan terjejas. Sebagai contoh, dalam menangani jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan eksploitasi kanak- kanak, MCMC perlu berganding bahu dengan PDRM untuk siasatan jenayah serta pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan yang tegas dan berkesan.
Kita melihat bahawa sekarang ini eksploitasi kanak-kanak, buli siber, jenayah dan sebagainya ini semakin berleluasa. Maka suruhanjaya ini perlulah lebih hebat, lebih mantap dan padu dan bekerjasama dengan semua pihak agar apa yang ingin kita capai di dunia moden ini, dunia tanpa sempadan ini dapat dicapai dengan saksama, dengan baik. Dan Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 1998 adalah salah satu langkah penting dalam memperkukuhkan kawal selia komunikasi dan multimedia negara kita.
Namun, seperti yang telah saya sebutkan beberapa aspek perlu diberikan perhatian untuk memastikan undang-undang ini benar-benar mencapai matlamat dan hala tujunya dan pada akhirnya untuk kita membentuk sebuah Malaysia MADANI, sebuah Internet yang lebih selamat dan pada akhirnya memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua. Pertama sekali saya hendak ulang balik bahawa secara prinsipnya saya bersetuju dengan pendekatan bahawa kita tidak ada kebebasan yang mutlak maka peraturan memang diperlukan termasuk dalam hal ehwal yang berkait dengan kebebasan bersuara. Dalam konteks ini, dalam konteks komunikasi dan multimedia dalam negara kita yang menguatkuasakan peraturan ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Jadi hari ini petang ini kita membahaskan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan yang memisahkan jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. Ini disebut oleh Menteri dalam pembentangan tadi dan diulas juga oleh Sungai Petani sikit tadi. Ini bagi saya adalah satu perkara yang baik dan wajar dilakukan Yang di-Pertua. Sebelum ini kuasa Pengerusi dan kuasa CEO itu terletaknya dalam individu yang sama. Tapi pemisahan ini adalah satu benda yang wajar dan bagi saya satu benda yang bagus dan wajar untuk disokong. Walaupun sebenarnya speaker, kerajaan tak pernah janji pun untuk buat perkara sebegini untuk memisahkan jawatan-jawatan ini. Tapi benda yang bagus kita tetap sokong walaupun tidak pernah dijanjikan dan ini saya rasa berbeza dengan satu benda yang pernah dijanjikan iaitu pemisahan kuasa antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Yang itu tak buat walaupun dijanjikan tapi tak apalah kali ini kita bincang pasal SKMM sahaja.
Yang di-Pertua saya hendak tanya, kenapa pelantikan CEO ini dibuat oleh Menteri?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ini dia mempunyai ahli-ahli dalam suruhanjayanya.
Ada kriteria yang dinyatakan dalam pindaan ini yang bagi saya kriteria-kriteria keahlian itu adalah kriteria yang baik. Tetapi lantikan CEO dibuat oleh Menteri seperti yang dinyatakan dalam seksyen 20(1) pindaan ini, penggantian seksyen 20. Kenapa Menteri yang lantik sedangkan SKMM ada anggota suruhanjaya yang berkaliber dan berwibawa untuk membuat lantikan CEO tersebut? Bukankah lebih baik kalau sekiranya pelantikan CEO ini dibuat secara bebas oleh pihak suruhanjaya? Saya faham bahawa dalam akta ini dikatakan bahawa dengan syor daripada suruhanjaya. Tapi bagi saya lebih baik sekiranya lantikan tidak dibuat oleh Menteri, dibuat oleh suruhanjaya secara terus setelah suruhanjaya itu sendiri mengiklankan, buat interview, buat temu duga dan seterusnya buat penilaian kepada siapa yang paling layak dan paling sesuai untuk memegang jawatan CEO.
Dan seterusnya selepas itu biarlah juga proses untuk menilai prestasi CEO tersebut juga dibuat oleh pihak lembaga suruhanjaya itu, keahlian suruhanjaya tersebut dan ini akan memastikan bahawa suruhanjaya itu adalah lebih bebas daripada pengaruh Menteri ataupun pengaruh-pengaruh politik yang ada kepentingan kepartian. Sekiranya dilaksanakan secara yang dicadangkan oleh pindaan ini sekarang, maka sebenarnya apa yang berlaku ialah ada dua lantikan malahan lebih lantikan penting yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri.
Ini menimbulkan risiko lebih pengaruh politik dalam pelantikan-pelantikan yang dijalankan. Dan kalau sekiranya boleh dipisahkan kenapa masih lagi kekalkan kuasa Menteri, bukankah lebih baik jika ditiadakan kuasa Menteri untuk melantik itu dan itulah baru dikatakan sebagai tadbir urus yang lebih baik ataupun good governance.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak sentuh mengenai peranan dan fungsi suruhanjaya. Seksyen 16 dipinda untuk memperlengkapkan fungsi dan peranan SKMM. Saya nak tahu, apakah jaminan bahawa dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan, SKMM ini akan benar-benar menjadi bebas dan lebih efisien daripada sebelumnya.
Kita banyak kali dengar sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, betapa SKMM itu dikatakan menjadi alat untuk kerajaan mengekang kebebasan bersuara dan seterusnya mengekang kebebasan untuk mengkritik pihak kerajaan, kononnya untuk menghentikan fitnah. Tapi, sebenarnya yang disekat hanya satu pihak sahaja iaitu pihak kami di sebelah sini. Tapi, kalau sebelah sana kata macam-macam, setakat ini sekatan yang saya nampak itu amatlah kurang atau mungkin tak wujud langsung.
Saya nak petik satu contoh yang saya selalu sebut dan saya minta maaf Menteri, ini saya ulang banyak kali sungguh kes ini. Kes ini membabitkan saya sendiri. Saya dah sebut sebelum ini bahawa sebelum ini saya ada buat satu aduan mengenai kes fitnah ke atas diri saya. Saya buat aduan kepada SKMM pada 12 Julai 2023, lebih setahun dah. Saya pergi ke SKMM. Saya jumpa dengan pegawai SKMM. Saya juga tanya dalam Dewan ini berkenaan dengan hal ini. Tapi sehingga hari ini, SKMM masih lagi meletakkan kes saya sebagai satu kes yang kalau dilihat dalam laman web ini masih lagi “under investigation”. Saya pelik, apa benda investigation yang sebegitu lama?
Saya bawa kes yang sama ke mahkamah. Di mahkamah, bila saya bawa kes ke mahkamah, biasanya proses mahkamah ini jauh lebih panjang. Tapi di mahkamah, orang berkenaan telah minta maaf kepada saya dalam mahkamah untuk menyelesaikan secara perbincangan dalam mahkamah pada Februari 2024. Mahkamah lebih laju daripada SKMM.
Kenapa SKMM begitu siput sekali dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang mudah untuk menyelesaikan perkara sebegini?
Maksudnya, kalau mahkamah jauh lebih laju, apa sebab SKMM ini terlalu perlahan?
Kebimbangan saya sebabnya ialah kalau mengkritik kerajaan, sebelum taip lagi pun dah kena sekat tapi kalau sekiranya di sebelah sana mengkritik kita, mengutuk kita, memfitnah kita, maka kebebasan diberikan kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan dengan pindaan yang dijalankan ini, SKMM akan menjadi badan yang dihormati. Mesti ada keseimbangan dalam melaksanakan tugas dan fungsi dan jangan berat sebelah. Apa gunanya kita pinda, sekiranya SKMM meletakkan diri sebagai alat untuk dipergunakan oleh mereka yang berkuasa? Pernyataan ini saya berikan kepada pihak yang ada dalam SKMM sekarang. Bukan sahaja dalam konteks kerajaan ini, mana-mana individu jadi Menteri, mana-mana individu ataupun kelompok jadi kerajaan, risikonya ada sekiranya kebebasan itu tidak dilindungi.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya harap macam yang saya sebut tadi, SKMM akan jadi lebih profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Saya rasa yang pentingnya ialah kita sendiri menunjukkan rasa hormat kita kepada pihak SKMM itu. Saya harap dengan pindaan yang ada, dengan kriteria yang jelas dan profesional, lantikan ahli suruhanjaya, tidak berlaku lagi situasi yang Menteri cakap dengan Pengerusi SKMM macam dia budak Darjah 3 mengatakan bahawa, “Tan Sri Pengerusi, I’m instructing you to do certain things”. Ini bagi saya adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan dan menjatuhkan maruah dan kehormatan suruhanjaya itu. Sepatutnya kita tunjukkan contoh yang baik.
Jadi dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker yang telah memberikan ruang kepada Pulai untuk perbahasan ini.
Merujuk kepada seksyen 20, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pindaan ini adalah bertujuan untuk mengasingkan peranan pengerusi dan juga ketua pegawai eksekutif bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus suruhanjaya. CEO bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pentadbiran harian manakala pengerusi akan fokus kepada tugas kepimpinan yang strategik.
Menteri akan melantik CEO berdasarkan kepada syor daripada suruhanjaya. CEO memegang jawatan selama tiga tahun dengan peluang yang dilantik semula. CEO tidak boleh menjadi ahli-ahli mana-mana badan perundangan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan memastikan profesionalisme. Tanggungjawab CEO termasuk menguruskan fungsi suruhanjaya, mengawal pekerja dan melaksanakan arahan suruhanjaya dan Menteri.
Persoalan yang Pulai nak bangkitkan adalah bagaimana memastikan CEO ini dapat melaksanakan tugas secara bebas tanpa pengaruh politik atau tekanan daripada pihak-pihak tertentu? Persoalan kedua, adakah pengasingan ini mampu memperbaiki kecekapan pentadbiran atau mewujudkan masalah organisasi di antara CEO dan juga pengerusi? Risiko wujudnya garis kuasa antara pengerusi dan CEO yang tidak ditentukan dengan jelas boleh membawa kepada konflik dalaman. Justeru, jika pelantikan CEO terlalu dipengaruhi oleh politik, integriti pengurusan suruhanjaya boleh terjejas.
Maka, dicadangkan bahawa wujudkan satu garis panduan yang jelas untuk mentakrif peranan dan tanggungjawab CEO serta pengerusi termasuk mekanisme penyelesaian konflik ini. Keduanya, adalah melaksanakan proses audit tahunan untuk menilai keberkesanan CEO dan memastikan prestasinya memenuhi matlamat suruhanjaya. Ketiganya adalah tetapkan kriteria pelantikan CEO berdasarkan merit dan juga kepakaran, bukannya hubungan politik semata-mata.
Keduanya, Pulai ingin menyentuh seksyen 16 iaitu memperkukuhkan fungsi suruhanjaya ini. Suruhanjaya ini diberikan kuasa untuk membangun dan mengawal selia piawaian keselamatan rangkaian, integrasi maklumat dan juga infrastruktur komunikasi.
Suruhanjaya ini juga diberi kuasa untuk mengaudit pemegang lesen dan juga pihak lain yang menyediakan perkhidmatan komunikasi.
Persoalannya adalah bagaimana suruhanjaya ini akan memastikan setiap pemegang lesen mematuhi piawaian ini tanpa membebankan mereka dengan birokrasi tambahan?
Juga, apakah suruhanjaya mempunyai sumber dan kepakaran yang mencukupi untuk melaksanakan tugas audit yang meluas ini? Penambahan fungsi ini memerlukan sumber manusia dan teknologi yang lebih besar yang boleh meningkatkan kos operasi suruhanjaya.
Terdapat risiko konflik kepentingan jika proses audit tidak dilakukan secara bebas dan juga telus.
Cadangan daripada Pulai adalah melatih kakitangan suruhanjaya dengan kemahiran teknologi untuk melaksanakan audit secara berkesan. Keduanya adalah mewujudkan kerjasama dengan sektor swasta untuk membangunkan piawaian keselamatan yang praktikal dan tidak membebankan. Ketiganya adalah melaksanakan audit bebas oleh pihak ketiga untuk memastikan ketelusan.
Ketiga adalah berkenaan dengan seksyen 45 daripada segi meningkatkan kontrak suruhanjaya ini di mana pindaan ini menaikkan nilai maksimum kontrak yang boleh dibuat oleh suruhanjaya tanpa kelulusan Menteri daripada RM5 juta kepada RM10 juta. Ini bertujuan untuk memberi lebih autonomi kepada suruhanjaya dalam melaksanakan projek berskala besar dan cepat serta efisien.
Suruhanjaya kini mempunyai lebih kebebasan dalam melaksanakan projek besar tanpa melalui proses kelulusan tambahan yang mungkin melambatkan tindakan. Persoalan yang ingin dibangkitkan oleh Pulai adalah bagaimanakah memastikan ketelusan dalam pemilihan kontraktor untuk kontrak yang bernilai tinggi ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah dibentangkan di Dewan ini.
Izinkan saya memulakan dengan memetik prinsip asas demokrasi iaitu kuasa kerajaan mesti sentiasa dipantau dan diimbangi oleh mekanisme semak dan imbang (check and balance), dengan izin. Rakyat mengharapkan setiap undang-undang yang digubal memberi manfaat kepada rakyat, bukan untuk memperkukuhkan kuasa tanpa batas.
Malangnya setelah meneliti isi kandungan RUU ini, saya mendapati ada beberapa peruntukan yang boleh mencabar prinsip tersebut.
Saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada beberapa perkara penting yang melibatkan isu kuasa yang terlalu luas kepada Menteri, kekebalan penuh SKMM dari sudut undang-undang serta potensi penyalahgunaan kuasa melalui pengumpulan maklumat peribadi dan pendedahan maklumat kepada umum.
Pertama, kuasa berlebihan Menteri seksyen 18 memperuntukkan bahawa Menteri mempunyai kuasa untuk mengubah, meminda atau menarik balik mana-mana arahan tanpa sebarang proses semak dan imbang. Malah, arahan tersebut boleh dikuatkuasakan serta- merta tanpa memerlukan kelulusan daripada Parlimen.
Kebimbangan saya ialah ia memberikan kuasa mutlak kepada seorang Menteri tanpa perlu kelulusan Parlimen adalah bercanggah dengan prinsip tadbir urus yang baik. Jika kuasa sewenang-wenangnya ini disalahgunakan, ia boleh digunakan untuk mengekang pengkritik kerajaan, mengganggu kebebasan media dan mengawal naratif politk.
Contoh, di Poland dan Hungary di mana penguatkuasaan undang-undang media yang ketat telah digunakan untuk mempengaruhi liputan media dan menyekat kebebasan akhbar. Saya mencadangkan fasal ini, seksyen ini perlu dipinda supaya setiap arahan Menteri mesti melalui proses semakan Jawatankuasa Khas Parlimen.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tempoh sah laku setiap arahan perlu dihadkan kepada maksimum 30 hari dan selepas itu, arahan mesti dibawa ke Parlimen untuk diluluskan. Ini mekanisme yang dilaksanakan di United Kingdom dan juga Australia, di mana setiap perubahan besar dalam peraturan hendaklah dibentangkan kepada Parlimen untuk perbahasan.
Kedua Tan Sri Yang di-Pertua, kekebalan SKMM dari sudut undang-undang, seksyen 51A. Perkara paling mengejutkan dalam RUU ini ialah apabila seksyen 51A yang memberikan kekebalan penuh kepada SKMM, ahli suruhanjaya, pekerja, ejen-ejennya daripada tindakan undang-undang. Kita bimbang kekebalan penuh ini jarang ditemui di negara-negara maju. Di Singapura, agensi-agensi penguatkuasaan hanya diberikan kekebalan bersyarat. Setiap keputusan mereka tertakluk kepada semakan kehakiman.
Kekebalan penuh membuka ruang kepada salah guna kuasa kerana pegawai SKMM tidak boleh didakwa atas tindakan mereka walaupun mereka cuai. Cuai sama ada kerana sengaja atau bertindak melebihi kuasa mereka.
Saya mencadangkan kekebalan penuh SKMM ini perlu dihadkan kepada tindakan yang dilakukan secara bona fide atau dengan niat yang baik sahaja. Kekebalan ini tidak boleh digunakan jika terdapat unsur kecuaian, salah guna kuasa atau pelanggaran hak asasi manusia. Ini adalah amalan yang diterima pakai di negara-negara seperti Kanada dan Australia, di mana pegawai penguatkuasaan tidak kebal sepenuhnya. Ini sekali gus memberikan senjata kepada kerajaan untuk melakukan apa jua perkara dan sama sekali tidak boleh diterima di dalam negara yang ingin bergerak maju ke hadapan.
Ketiga Tan Sri Yang di-Pertua, kuasa audit dan pemantauan seksyen 16 dan seksyen 45. Seksyen 16 memberikan kuasa luas kepada SKMM untuk mengaudit maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen dan entiti lain. Kuasa ini termasuk mengaudit maklumat peribadi pengguna serta maklumat-maklumat operasi dalaman seperti syarikat komunikasi.
Laporan audit tahunan mengenai kontrak-kontrak ini perlu diterbitkan secara umum sebagaimana yang diamalkan di New Zealand.
Kebimbangannya Tan Sri Yang di-Pertua, kuasa pengumpulan maklumat tanpa had ini akan mencetuskan isu privasi pengguna dan boleh menjejaskan keselamatan maklumat sensitif dan ia bercanggah dengan peraturan perlindungan data umum. Kesatuan Eropah misalnya, di mana pengumpulan maklumat hanya dibenarkan dengan kebenaran pengguna dan dilakukan secara spesifik dan berkadar.
Terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, peningkatan had kontrak tanpa kelulusan Menteri, seksyen 45 di mana dibenarkan had kontrak SKMM ini daripada RM5 juta kepada RM10 juta.
Saya bimbang kontrak bernilai RM10 juta ini boleh dimeterai tanpa pengawasan awam atau Parlimen. Tanpa pengawasan Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat kebarangkalian berlakunya ketirisan dan ketidakcekapan perbelanjaan negara sepertimana yang pernah dilaporkan dalam Laporan Audit Negara sebelum daripada ini.
Saya mencadangkan supaya had kontrak tanpa kelulusan Menteri perlu dikurangkan semula kepada RM5 juta atau diwujudkan sistem tender terbuka bagi semua kontrak bernilai lebih daripada RM1 juta. Inilah yang diamalkan di negara-negara lain yang lebih maju, yang menandakan tahap akauntabiliti dan tahap integriti pegawai-pegawai yang melaksanakan tugas. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kerana memberi peluang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. Pindaan- pindaan ini merupakan satu evolusi penting dalam memastikan sektor komunikasi dan multimedia Malaysia terus kekal, selamat dan efisien.
Di bawah seksyen 20 pindaan ini memperkenalkan peranan Ketua Pegawai Eksekutif yang berasingan daripada pengerusi. Jadi, pengasingan ini menunjukkan akauntabiliti yang jelas untuk memastikan tugas CEO lebih kepada pengurusan dan juga operasi pentadbiran, manakala pengerusi bertanggungjawab terhadap tadbir urus strategik. Jadi, langkah ini membawa kepada akauntabiliti dan juga kecekapan operasi yang lebih baik dalam suruhanjaya. Tetapi, ada juga kekhuatiran mengenai ketelusan pemilihan. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan ketelusan dalam pelaksanaan ini? Juga, apakah mekanisme semakan yang diguna pakai untuk mengelakkan sebarang salah kuasa?
Pindaan terhadap seksyen 6 pula iaitu meningkatkan bilangan ahli suruhanjaya sehingga tujuh orang tambahan yang mempunyai kepakaran dalam bidang seperti komunikasi, multimedia, undang-undang, kewangan dan juga perlindungan pengguna. Jadi, komposisi ini lebih meluas akan juga mempersiapkan suruhanjaya untuk menangani cabaran yang cukup kompleks dalam landskap komunikasi moden.
Tapi dengan lebih ramai pakar dalam bidang yang diberikan jawatan dalam suruhanjaya, seharusnya terdapat input dan juga pertukaran idea yang lebih baik yang dapat mengukuhkan dan juga melindungi masyarakat kita daripada bahaya maklumat palsu dan juga fitnah. Namun, bagaimana suruhanjaya akan memilih barisan pakar-pakar ini? Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan mengenai kriteria dan juga proses pemilihan ahli suruhanjaya tambahan ini.
Jadi, peruntukan tambahan dalam seksyen 16 mewajibkan suruhanjaya untuk membangunkan dan juga mengawal selia piawaian bagi memastikan kesalinghubungan integriti data dan juga keselamatan platform. Jadi, langkah proaktif ini melindungi sistem komunikasi Malaysia daripada ancaman teknologi dan siber. Jadi sekali gus, memberi keyakinan kepada pengguna dan peniaga.
Tan Sri Yang di-Pertua, adakah kita sudah lupa tentang pedofilia warga Inggeris iaitu namanya Richard Huckle yang mengembara ke seluruh negara dengan niat palsu, merogol anak-anak kita dan juga meninggalkan parut yang kekal sepanjang hayat? Adakah kita juga lupa bagaimana kerajaan berjaya membongkar beberapa kumpulan pedofilia di Telegram yang berkongsi gambar anak-anak kita dengan komen-komen yang cukup menjijikkan? Kita tak boleh nafikan bahawa penyalahgunaan dalam talian, rangkaian pedofilia yang sofistikated, pemerdagangan manusia dan juga pelbagai bentuk penipuan terus berleluasa dalam talian.
Jika ia benar-benar mudah untuk bertindak, tidakkah kita sudah melakukannya?
Hakikatnya, kes semakin meningkat dan kita mesti melakukan sesuatu untuk melindungi rakyat kita. Kita tidak boleh lihat pindaan-pindaan ini sebagai satu penapisan, tetapi lebih kepada perlindungan. Pindaan-pindaan ini bukan sahaja memperkukuhkan tadbir urus dan ketelusan, tetapi juga memastikan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat berfungsi dengan lebih cekap, responsif dalam menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks.
Dengan memperkukuhkan struktur kepimpinan, memperluaskan kepakaran suruhanjaya dan juga memastikan ketelusan serta keselamatan sistem komunikasi, pindaan- pindaan ini melindungi kepentingan rakyat. Pindaan ini juga mencerminkan keprihatinan terhadap keperluan rakyat untuk akses kepada maklumat yang adil dan saksama serta memastikan pihak berkuasa bertindak dengan akauntabiliti.
Jadi, kebebasan bersuara memang adalah asas demokrasi, tetapi ia tidak boleh menjadi pelindung bagi sesiapa yang mengeksploitasi dan juga mengancam rakyat terutamanya anak-anak kita. Kita wajib mencipta persekitaran digital yang lebih selamat di mana tingkah laku berbahaya, budaya fitnah, politik kebencian dan keganasan terhadap wanita dan juga kanak-kanak tidak boleh diterima langsung.
Jadi, saya percaya bahawa pindaan ini adalah asas kepada masa depan komunikasi dan multimedia yang jauh lebih mantap dan selamat untuk semua. Jadi, walaupun terdapat beberapa perkara yang saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan, apa-apa pun Bukit Bendera menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
Pertamanya ialah membahaskan berkenaan dengan seksyen 6 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 589], memperuntukkan kuasa Menteri untuk melantik ahli suruhanjaya termasuk pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif. Pelantikan oleh Menteri ini boleh mencetuskan persoalan mengenai kebebasan SKMM khususnya jika individu yang dilantik tadi dianggap terlalu dekat dengan kerajaan.
Ini kerana dalam sektor komunikasi ini dan multimedia memerlukan penguatkuasaan dasar secara bebas kerana kebebasan institusi ini amat penting. Akta ini juga tidak secara terperinci menyatakan kriteria kelayakan pelantikan. Oleh itu, wujud keperluan untuk memastikan pelantikan dibuat berdasarkan kepada merit, pengalaman, kepakaran, profesional dalam bidang komunikasi, teknologi dan juga perundangan.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Jika pelantikan tidak telus, ia boleh mengundang konflik kepentingan terutama apabila polisi SKMM menyentuh pihak berkepentingan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak yang dilantik. SKMM perlu diperkasakan sebagai badan bebas untuk memastikan kepercayaan awam terhadap peranan pengawalseliaan kekal kukuh.
Pelantikan yang strategik dan berintegriti sangat penting untuk mengukuhkan sektor komunikasi dan multimedia di negara ini. Pelantikan secara langsung oleh Menteri tanpa sebarang mekanisme semak dan imbang menimbulkan risiko. Antaranya, Menteri mungkin memilih individu yang rapat dengan kerajaan atau parti politik menyebabkan badan ini kehilangan persepsi bebasnya. Ini bercanggah dengan fungsi SKMM sebagai badan pengawalseliaan yang neutral.
Kuasa pelantikan yang berpusat boleh memberikan ruang kepada campur tangan politik dalam operasi SKMM khususnya apabila keputusan yang dibuat yang menyentuh tentang isu-isu yang sensitif seperti media, penapisan dan kebebasan bersuara. Tiada standard yang jelas, kerana akta ini tidak memperincikan kelayakan yang diperlukan oleh Pengerusi atau CEO, menyebabkan kebimbangan bahawa pelantikan dibuat bukan berdasarkan merit.
Dalam era di mana reformasi institusi menjadi tuntutan utama, pelantikan seperti ini kelihatan bertentangan dengan usaha untuk meningkatkan integriti dan juga akauntabiliti.
Sepatutnya badan pengawalseliaan seperti SKMM memerlukan kebebasan yang jelas untuk menjalankan tugas tanpa tekanan politik.
Seksyen baharu 51A ― perlindungan daripada tindakan guaman. Pertambahan seksyen ini merupakan salah satu perkara yang paling di luar jangkaan. Ia seolah-olah memberi kekebalan undang-undang, kuasa tanpa batasan yang paling berisiko menyebabkan berlaku salah guna kuasa oleh anggota Suruhanjaya. Apakah faktor yang menyebabkan adanya pindaan ini? Memandangkan ahli Suruhanjaya bukanlah individu yang maksum daripada melakukan sebarang kesilapan. Kenapa perlu wujudnya pertambahan seksyen yang tidak masuk akal ini?
Dalam seksyen baharu ini juga disebut, “Jika suatu perbuatan atau pernyataan yang dibuat dengan suci hati”. Apakah ukuran kementerian terhadap suci hati tersebut?
Bagaimana kerajaan mampu untuk mengesan jika terdapat sebarang titik hitam dalam suci hati tersebut?
Dengan pertambahan seksyen ini juga, sejauh mana usaha dan tindakan kementerian dalam memastikan kekebalan daripada undang-undang ini disalahgunakan untuk melindungi tindakan yang tidak bertanggungjawab? Apakah mekanisme dalaman yang ada dalam menangani salah guna kuasa anggota Suruhanjaya memandangkan mereka dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang?
Pindaan seksyen 45 ― peningkatan had nilai kontrak. Pindaan ini telah memberikan ruang kepada Suruhanjaya untuk meluluskan nilai kontrak tanpa kelulusan Menteri daripada RM5 juta kepada RM10 juta. Ini merupakan satu indikator yang berisiko mewujudkan salah guna kuasa. Sudahlah mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang, dinaikkan pula kontrak sebanyak 100 peratus tanpa perlu melalui Menteri. Bagaimana kementerian memastikan proses pemberian kontrak ini telus dan bebas daripada sebarang elemen rasuah dan seumpamanya? Sejauh manakah kenaikan nilai kontrak ini disokong oleh sebarang pelaporan audit yang telus dan pemantauan kewangan yang kukuh? Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan masa suntuk, saya akan menekan hanya dua perkara dalam rang undang-undang ini.
Pertamanya berkenaan dengan satu perkara yang boleh dibahagikan kepada dua isu. Iaitu pindaan kepada seksyen 51A akta ini yang dicadangkan iaitu merupakan satu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ouster clause. Ini sebenarnya adalah satu ouster clause.
Saya akan membaca bahagian yang relevan.
“*Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang.
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap...*”― pihak-pihak yang dinamakan di situ dan untuk perbuatan-perbuatan dan sebagainya yang dibuat dengan suci hati.
Dalam erti kata lain, Tuan Yang di-Pertua, ini mengecualikan kuasa mahkamah atau pun, dengan izin, oust the jurisdiction of the courts untuk mendengar aduan-aduan terhadap suruhanjaya sekiranya dibuat dalam good faith. Apa itu suci hati? Itu pun tiada ditakrifkan, tiada definition.
Kita tahu bahawa Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan dalam kes Dinesh Thanapal, Tuan Yang di-Pertua, bahawa kuasa mahkamah adalah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dikecualikan sebegitu sahaja.
Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat dengan rendah diri bahawa pindaan yang dicadangkan tersebut merupakan satu pindaan yang tidak berperlembagaan ataupun, dengan izin, unconstitutional. Memandangkan keadaan tersebut adalah kemungkinan besar bahawa seksyen tersebut, sekiranya diluluskan hari ini, sudah tentunya akan dicabar di mahkamah dan kemungkinan besar akan diputuskan sebagai tidak berperlembagaan.
Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah pun diluluskan tadi beberapa pindaan kepada Communications and Multimedia Act (CMA). Contohnya di bawah seksyen 53 akta tersebut. Sekarang, mengikut pindaan-pindaan yang diluluskan sebentar tadi, seksyen 51 sekarang telah pun dipindahkan untuk memberi ataupun menyatakan seperti yang berikut ― saya baca dengan izin dalam bahasa Inggeris, Tuan Yang di-Pertua.
“The Commission may from time to time issue direction in writing to any person regarding...”― dan sekarang pindaannya adalah bahawa “Regarding the compliance with this act, it’s subsidiary legislation, instrument issued under this act, any license, conditions, or any other conditions imposed by the Commission under this act, or any other conditions imposed by the Commission under this act.” Maksudnya, Commission ataupun Suruhanjaya kini telah pun diberi kuasa yang agak luas yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya sendiri. They can impose their own conditions, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, sekiranya ini ataupun condition-condition tersebut disalahgunakan ataupun condition yang tidak elok di-impose-kan, bukankah mahkamah merupakan forum yang boleh kita guna sebagai check and balance untuk memastikan bahawa tiada penyalahgunaan?
Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kepada pihak kerajaan agar mempertimbangkan semula pindaan 51A ini oleh kerana sudah tentunya ia akan dicabar sebagai unconstitutional dan itu merupakan pendapat saya.
Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
Ada perkara baik dalam pindaan ini yang perlu kita sokong. Contoh yang disebut oleh kawan-kawan tadi berkaitan dengan pemisahan kuasa dan pemisahan jawatan pengerusi dan CEO. Bermakna sekarang adalah orang yang sama.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita menyokong prinsip bahawa kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan peraturan memang diperlukan, tetapi tidak sampai memandulkan rakyat dan mengongkong daripada menyuarakan kritikan terhadap kerajaan khususnya.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tan Sri Yang di-Pertua, saya merujuk pada fasal 7 yang bertujuan untuk meminda seksyen 18 dalam akta ibu dan menumpukan pada pengurusan dan pelaksanaan arahan Menteri. Ada beberapa persoalan saya dalam pindaan ini. Pertama ialah subjektiviti masa pendaftaran. Frasa seperti “secepat yang dapat dilaksanakan” kurang jelas dan mungkin melambatkan pelaksanaan arahan.
Kedua, ketiadaan keperluan ketelusan. Tiada ketetapan untuk mendedahkan pendaftaran ini kepada orang awam. Membatasi hak rakyat untuk mengetahui arahan yang berkuat kuasa. Isu yang kedua, berkaitan dengan tempoh sah arahan iaitu subseksyen (5).
Persoalannya ialah kesan arahan tanpa had masa. Arahan yang tiada tarikh tamat boleh digunakan secara berpanjangan tanpa justifikasi tambahan. Hal ini, membuka ruang kepada risiko kesan jangka panjang yang tidak dirancang.
Berkaitan dengan kuasa Menteri mengubah suai ataupun membatalkan arahan.
Persoalan saya ialah tumpuan kuasa Eksekutif. Adakah akan memberikan kuasa unilateral kepada Menteri boleh membawa kepada keputusan yang kurang demokratik, terutama jika ia dilaksanakan tanpa konsultasi atau pengawasan? Ketiadaan mekanisme semakan. Tiada keperluan bagi proses semakan oleh badan legislatif (kehakiman) atau pihak berkepentingan.
Hal ini berisiko mewujudkan keputusan yang berpihak.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan had minimum kontrak SKMM iaitu fasal 13 bertujuan meminda seksyen 45 [Akta 589] untuk menaikkan had nilaian kontrak yang boleh dibuat oleh suruhanjaya tanpa keperluan untuk mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan daripada tidak melebihi RM5 juta kepada tidak melebihi RM10 juta.
Soalan saya adalah, apakah kriteria penetapan had nilaian kontrak, khususnya membabitkan kerja-kerja pembekalan, pembelian peralatan telekomunikasi dan perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan oleh SKMM kepada syarikat di dalam dan di luar negara serta mekanisme semak imbang yang terlibat? Berapakah pembekal dan kontraktor bumiputera yang telah menerima manfaat daripada pelaksanaan projek berkenaan SKMM setakat ini? Apakah risiko kredit atau kerugian kewangan kepada SKMM jika seorang pelesen atau pihak bertimbal kepada instrumen kewangan gagal untuk memenuhi obligasi kontrak serta pendedahan suruhanjaya kepada risiko kredit?
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan perluasan skop fungsi suruhanjaya iaitu fasal 5 yang bertujuan meminda seksyen 16(1) [Akta 589] untuk memperluas fungsi SKMM dengan memasukkan beberapa perenggan. Saya tak baca di sini. Ada dua persoalan saya yang berkaitan dengan skop fungsi suruhanjaya ini ialah yang pertama, rangkaian kedua 5G.
Baru-baru ini firma berpangkalan di Singapura iaitu Singapore Technologies Telemedia ataupun ST Telemedia melaporkan syarikat Malaysia iaitu Mawar Setia akan membeli kepentingan majoriti dalam U Mobile.
Bagi memastikan kerangka kawalan selia yang menyeluruh, apakah wujud aspek pengawasan berhubung syarat wajib kontrak dua hala yang mengikat U Mobile sebagai penyedia rangkaian kedua 5G, termasuk komitmen pelancaran projek penanda aras penunjuk prestasi utama serta skop tugasan bagi syarikat berkenaan?
Dengan kelonggaran yang diberikan kepada U Mobile untuk bekerjasama dengan syarikat telco lain, adakah situasi ini akan memungkinkan aspek-aspek penting projek infrastruktur ini akhirnya diserahkan kepada gergasi pengendali terkemuka seperti Maxis dan Celcom Digi dengan rangkaian tersendiri di seluruh negara serta spesifikasi tender bagi rangkaian kedua 5G masih belum didedahkan, walaupun ia membabitkan kepentingan aset negara dan rakyat. Apakah status berhubung DNB yang diarah untuk mengumumkan pelan perniagaan susulan kelewatan projek rangkaian 5G kedua serta isu peruntukan spektrum tambahan?
Terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan poin yang sama iaitu capaian internet di Malaysia. Capaian internet di Malaysia, terutama di kawasan luar bandar masih menjadi isu kritikal walaupun terdapat pelbagai inisiatif kerajaan. Walaupun statistik rasmi menunjukkan bahawa liputan 5G telah mencapai 82.1 peratus, di kawasan luar bandar dan pedalaman masih ketinggalan menyebabkan jurang digital yang ketara.
Menurut YB Menteri, isu ini dijangka ditangani sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2024 melalui usaha memperluas liputan dan menaik taraf infrastruktur telekomunikasi di kawasan tersebut. Sekarang dah pun berada di penghujung tahun 2024 tetapi capaian internet kadang ada, kadang tiada. Bukan di luar bandar, bahkan di bandar sendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan ini walaupun bertujuan meningkatkan kecekapan pentadbiran, perlu dirangka dengan lebih berhati-hati untuk memastikan prinsip demokrasi, keadilan dan ketelusan tidak dikompromi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Jam menunjukkan pukul 7.05 minit. Maka Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 10 Disember 2024. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.05 malam]