Dec052024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Kita mulakan, Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.

draft • 10:00 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dato’ Yang di-Pertua, mohon laluan untuk saya mengalu-alukan kedatangan di Dewan yang mulia ini rombongan seramai 70 orang daripada Majlis Guru Besar Malaysia Cawangan Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Selamat datang.

[Tepuk]

draft • 10:00 AM

1. Tuan Ganabatirau A/L Veraman [ Klang ] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan :

(a) apakah tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitannya yang telah diusahakan sejak dari dahulu; dan

(b) apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan tahap persediaan dan kecekapan tindak balas negara kita terhadap musibah banjir.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Terlebih dahulu, saya mewakili warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa banjir yang terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda ini. Terima kasih diucapkan kepada anggota penyelamat, agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan yang membantu mangsa banjir di kawasan-kawasan yang terjejas.

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenal pasti punca banjir di seluruh negara iaitu peningkatan taburan hujan yang ketara akibat perubahan cuaca, sistem saliran yang tidak sempurna serta aktiviti pembangunan dan guna tanah yang begitu pesat dan tidak terkawal. Selain itu, isu pembuangan sampah dan kerosakan infrastruktur sistem saliran juga menjadi faktor berlakunya banjir, khususnya banjir kilat.

Sama ada kerajaan berpuas hati ataupun tidak, jawapannya ya dan tidak.

Pertamanya, pengurusan banjir memerlukan kerjasama secara bersepadu khasnya dalam mengurus sistem perparitan dan sungai melibatkan pelbagai jabatan dan agensi. Jadi, sebagai penyelesaian jangka panjang untuk menghadapi banjir, kementerian melalui JPS telah menjalankan kajian mengikut lembangan sungai utama sebagai pendekatan bukan struktur, bertujuan untuk menyediakan perancangan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh.

Jadi, kalau kita melihat Yang di-Pertua, mengikut kajian ini sahaja, yang kawasan risiko banjir mengikut kawasan bagi tempoh 2023 sehingga 2100, dianggarkan peruntukan yang diperlukan untuk melaksanakan 365 projek tebatan banjir adalah sebanyak RM392 bilion. Maknanya, kalau kita nak belanjakan keseluruhannya, satu tahun tak ada bajet untuk semua kementerian, hendak menyelesaikan masalah ini. Jadi, sebab itu projek yang telah kita laksanakan, kita berpuas hati. Misalnya, projek terowong SMART yang berada di Kuala Lumpur.

Kalau kita melihat projek ini, yang telah disiapkan semenjak tahun 2007 dengan belanja RM197 juta, sepanjang 17 tahun beroperasi, terowong ini telah diaktifkan sebanyak 600 kali untuk melencongkan banjir. Kalau tidak, banjir besar akan berlaku di Kuala Lumpur.

Sebab keberkesanannya, kajian dibuat pada tahun 2012 oleh JPS, jumlah kerugian yang diselamatkan untuk jumlah pengaktifan pelencongan ini adalah sebanyak RM4.3 bilion.

Begitu juga kalau kita melihat contoh yang lain. Di Shah Alam, sebanyak RM140 juta projek untuk tebatan banjir Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam. Projek ini, kita menelan kos RM140 juta. Ia dapat menyiapkan lebih kurang kawasan risiko banjir, 4,195.7 hektar dan seramai 192 orang — 192,279 orang penduduk mendapat manfaat.

Jadi, itu projek yang dah siap. Tapi, banyak lagi projek yang sedang berjalan. Sudah pasti, dari segi konteks itu kita berpuas hati. Tapi dari konteks yang lain, banyak lagi yang perlu kita laksanakan. Sebab itu saya melihat, kita tidak berpuas hati untuk itu. Tapi, ada lagi soalan nombor dua, tak terjawab lagi Dato’ Yang di-Pertua. Boleh sambung?

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Saya ringkaskan. Sebagai persediaan, untuk soalan kedua, menghadapi musim banjir seluruh negara, kerajaan melalui NADMA telah mengatur tiga langkah iaitu:

(i) pra banjir;

(ii) persediaan sewaktu berlakunya bencana; dan

(iii) penyelarasan pasca banjir.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dalam konteks ini, untuk pra banjir, NADMA melaksanakan program simulasi dan sesi libat urus seluruh negara, program community-based disaster risk management, kerja-kerja penyelenggaraan sungai, kolam takungan banjir dan infrastruktur, pengaktifan bilik kawalan operasi dan pusat ramalan dan amaran banjir, penempatan 737 pam bergerak seluruh negara dan menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen camera web.

PETRA melalui JPS, kita telah mengemas kini dan mengenal pasti sebanyak 4,619 lokasi hot spot banjir di seluruh negara. Tindakan yang kita laksanakan ialah kerja-kerja mitigasi, penyelenggaraan sistem perparitan, pembaikan (retrofitting) dan sebagainya serta sistem amaran awal, termasuklah memastikan 534 siren amaran banjir di sungai-sungai utama berfungsi dengan baik.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sebagai persediaan tindak balas bencana banjir, kita memang ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana setiap negeri dan juga daerah. Mereka ini mengadakan mesyuarat awal untuk melakukan persiapan, termasuklah mengadakan simulasi dan tindak balas bila berlakunya banjir, bagaimana menyelamatkan orang, bagaimana nak menempatkan orang dan sebagainya.

Sebab itulah selepas pasca banjir ialah program untuk kita membantu bantuan awal, termasuklah pembersihan dan bantuan-bantuan pasca banjir sama ada dari segi bentuk makanan, kewangan dan juga pembaikan segala kerosakan infra dan sebagainya. Ini dijalankan secara bersama dengan Jawatankuasa Bencana di peringkat negeri, daerah dan juga NGO. Jadi, Kerajaan Persekutuan telah pun menyalurkan peruntukan awal pada setiap negeri untuk bersiap siaga untuk menghadapi banjir. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Klang.

draft • 10:10 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang menjawab tadi. Saya memang terharu. Banyak juga program-program telah dilakukan untuk tebatan banjir. Tapi namun begitu, soalan pokok saya adalah apakah usaha yang dilakukan daripada sejak awal lagi? Sejak dahulu lagi.

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, apa yang saya nak tanya adalah kita sering dengar apabila setiap tahun kita dengar ada banjir berlaku, semua negeri daripada timur dan juga khasnya di Klang. Banjir kilat sudah jadi fenomena, yang mana setiap bulan kami kena harungi. Maka, saya tengok berpuluh-puluh tahun, mungkin berbilion-bilion ringgit telah dibelanja.

Agensi yang sama iaitu JPS, mungkin JKR juga dan juga pihak berkuasa tempatan.

Bila tiga-tiga agensi yang sama, yang menguruskan, yang merancang dan sebagainya, tiada kesudahan tentang musibah banjir ini. Maka, saya minta, adakah kementerian sedia untuk menerima atau melantik badan yang luar daripada mereka iaitu independent body untuk mengkaji dan juga execute the real plan dalam menangani masalah banjir.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Amat Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seperti mana yang saya katakan tadi, kajian memang dah dibuat untuk sehingga 2023 sehingga 2100. Untuk menyelesaikan masalah banjir, kita memerlukan RM392 bilion. Tapi peruntukan kerajaan tak akan sampai kepada itu. Realitinya, kemampuan kewangan kerajaan terhad.

Sebab itu kita laksanakan projek mengikut keutamaan. Dari segi keutamaan mengikut negeri dan juga kawasan berdasarkan kajian tersebut.

Sebab itu misal katanya di Klang, apa yang kita laksanakan sekarang ini ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar daerah Klang. Ini sudah pun bermula Januari 2024. RTB Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam secara reka dan bina. Projek ini bermula 1 Februari 2024. Kolam Takungan Dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah Sungai Klang di Sungai Rasau – ini Fasa “B”. Dia ada dua fasa, Fasa “A” dan Fasa “B”. Sudah pun bermula Julai 2024. Fasa “A” akan bermula, insya- Allah dalam proses tender sekarang ini.

Manakala juga projek menaik taraf benteng pantai bagi mengatasi fenomena air pasang besar di Kampung Tok Muda dan Kampung Sungai Sedam. Ini pun juga sudah bermula Jun 2024. Maknanya, kita membuat secara berfasa mengikut kemampuan kewangan yang diperuntukkan. Banjir ini ada dua kategori – banyak kategori sebenarnya.

Satu ialah banjir diakibatkan air pasang besar daripada laut yang akan melimpah masuk. Apa yang kita buat ialah untuk membuat benteng supaya air daripada laut tidak akan masuk.

Kedua, banjir kilat. Banjir kilat ini berpunca daripada hujan yang lebat tapi mungkin sungai, anak sungai ataupun parit tidak dapat menampung. Sebab itu yang saya katakan tadi, ini memerlukan jalinan kerjasama di antara Persekutuan sama ada JPS, JKR peringkat negeri, peringkat daerah dan juga Majlis Perbandaran disebabkan longkang-longkang.

draft • 10:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kadang-kadang longkang yang dibina untuk menampung sekian banyak air yang mengalir. Tapi sebabkan pembangunan bertambah, akhirnya longkang itu tidak dapat menampung. Sebab itulah kadang-kadang berlakunya limpahan air.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ini yang berlaku kadang-kadang. Tapi sebab itu yang saya katakan ada projek yang telah pun siap, kita dapat menyaksikan kejayaan kita menangani dan mengurangkan risiko banjir. Tapi banyak lagi yang perlu kita laksanakan tapi bergantung dengan berapa kewangan yang dapat diperolehi daripada kita yang kita laksanakan. Tapi kalau mengikut jangkaannya RM392 bilion. Yang di-Pertua mungkin masa mengikut peruntukan yang sedia ada, kita menerima lebih kurang RM3 bilion, 100 tahun lagi baru dapat kita selesaikan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Merbok.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Amat Berhormat Petra Jaya, mengambil kira perbelanjaan yang begitu besar untuk

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

berbelanja tentang membuat penebatan banjir dan kajian impak terhadap musibah banjir yang sedang melanda, adakah pihak kerajaan menerusi PETRA telah mengenal pasti senarai keutamaan projek-projek RTB untuk disegerakan di bawah RMKe-13, terutama kawasan yang terdedah kepada situasi banjir, terutama di kawasan Pantai Timur?

Apakah perancangan terperinci kerajaan berhubung dengan membina tebing tinggi di kawasan persisiran pantai bagi mengatasi masalah banjir serta keperluan mengintegrasikan sistem model ramalan banjir canggih seperti No Flood iaitu produk inovatif yang menggunakan teknologi IoT, sistem ramalan dan amalan banjir (PRAB), penggunaan dron dan sensor kecerdasan buatan (AI), data raya sistem kawalan penyediaan, penyeliaan dan perolehan berkomputer (SKADAR) di mana ia boleh diadaptasi di negara kita sepertimana negara China dan Belanda yang sudah mengadaptasi teknologi ini dan hasilnya amat memberangsangkan. Mungkin kita boleh belajar berkenaan sistem ini. Mohon pandangan Yang Amat Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Amat Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Merbok.

Perancangan memang dah ada. Kalau sebab itu yang kajian yang kita jalankan, yang saya katakan tadi, yang menelan belanja RM392 bilion, kalau mengikut tebatan banjir sahaja ialah RM170 bilion. Manakala, empangan ialah RM14.09, saliran bandar RM59 bilion, sumber air RM16 bilion dan struktur Sabo iaitu empangan dan sebagai, RM3 bilion. Itu saja kajian yang kita laksanakan untuk seluruh negara.

Dari segi pelaksanaan, bergantung dengan yang perbincangan di peringkat negeri dan sebagainya. Sebab itu kita dah laksanakan program tumpuan utama kita termasuklah di Kelantan, di Pantai Timur dan beberapa negeri yang lain. Ada projek yang sedang dilaksanakan sekarang. Ada yang masih dalam proses tender. Diharapkan kalau selesai ini, yang kritikal itu dapat kita laksanakan terlebih dahulu dan yang lain bergantung dengan peruntukan yang kita terima dari semasa ke semasa pada kerajaan.

Mengenai teknologi, memang sekarang ini kita gunakan teknologi untuk ramalan banjir dan sebagainya. Semalam saya sendiri melawat di PRABN di mana kita bekerjasama dengan metrologi. Metrologi bila membuat ramalan berhubung kait dengan hujan – sekarang ini dengan teknologi yang mereka gunakan, mereka dapat meramalkan dalam tempoh seminggu jumlah hujan di mana berlakunya hujan dan sebagainya. Daripada situ nanti, kita akan masukkan dalam data kita. Dari situ kita akan dapat ramalkan, di mana kawasan- kawasan yang berkemungkinan akan berlaku banjir. Amaran akan disalurkan kepada setiap agensi dan juga termasuklah orang awam akan mendapat notifikasi, kemungkinan- kemungkinan berlakunya banjir di kawasan mereka dan sebagainya.

Ini yang kita lakukan secara the whole-of-government approach. Insya-Allah dengan penggunaan teknologi yang sentiasa yang kita tambah kini, tambah baik dari semasa ke semasa bergantung juga dengan peruntukan yang ada, kita akan sentiasa menggunakan teknologi dan bekerjasama dengan even di luar-luar negara termasuklah Jepun dan

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

sebagainya untuk kita gunakan apa saja maklumat yang ada dan kita kongsi bersama maklumat daripada negara luar untuk menguruskan kemungkinan berlakunya bencana di negara kita. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Seterusnya, Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Soalan nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa bilangan pelajar yang terjejas akibat banjir di seluruh negara dan jumlah sekolah yang digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat ini.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

draft • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato’ Speaker.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami kepada semua agensi kerajaan yang telah pun bertungkus-lumus dalam usaha bencana ini. Begitu juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan NGO yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan murid, guru dan warga sekolah serta aset di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memantau dengan rapat situasi dan operasi pengurusan banjir yang melibatkan institusi pendidikan KPM.

Bagi tujuan tersebut, KPM telah mengaktifkan bilik gerakan banjir seawal bulan November 2024. Bilik gerakan ini akan menyelaras maklumat mengenai sekolah yang terlibat banjir, sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara dan bilangan warga KPM termasuk murid di PPS, data-data tersebut direkodkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri ke papan ke muka pelaporan banjir KPM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak bermulanya monsun timur laut pada 5 November 2024, sebanyak 470 buah institusi pendidikan telah dioperasikan sebagai PPS melibatkan 392 buah sekolah rendah, 77 buah sekolah menengah dan sebuah kolej vokasional. Tiga negeri tertinggi yang mempunyai sekolah yang dijadikan PPS adalah Kelantan, 240 buah sekolah, Terengganu, 137 buah sekolah dan Kedah, 51 buah sekolah.

Sehingga jam 8.00 pagi, 5 Disember 2024, hari ini, terdapat sebanyak 117 buah sekolah yang masih beroperasi sebagai PPS iaitu 93 buah sekolah rendah dan 24 buah sekolah menengah.

Bilangan murid yang ditempatkan di PPS pula semenjak bermulanya Monsun Timur Laut pada 5 November 2024 yang lalu ialah seramai 23,957 orang murid.

Tiga negeri yang mempunyai bilangan tertinggi murid terkesan dan ditempatkan di PPS ialah Kelantan dengan jumlah 17,873 orang murid, diikuti Terengganu seramai 3,893

draft • 11:10 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

orang murid dan 1,580 orang murid di Kedah. Sehingga jam 8.00 pagi, 5 Disember 2024, terdapat seramai 7,212 orang murid masih berada di PPS premis sekolah dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:

NegeriBil. Murid
Kelantan5305
Terengganu1090
Kedah767
Melaka30
Johor18
Perak20

KPM juga menggerakkan Smart Support Team dan Academic Support Team di PPS.

Smart Support Team terdiri daripada sukarelawan guru bimbingan dan kaunseling yang berpengalaman serta terlatih dalam menyokong emosi murid yang terkesan dengan situasi banjir. Academic Support Team pula membantu murid meneruskan pembelajaran walaupun berada di PPS. Untuk itu, KPM sentiasa memantau dari semasa ke semasa fenomena banjir ini demi menjaga kebajikan dan keselamatan warga Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terima kasih Speaker.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu .

draft • 11:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada YB Menteri di atas jawapan yang cukup jelas dan tidak mengelirukan Dewan. Soalan tambahan saya YB Menteri, ya betul, KPM boleh sediakan tempat penginapan, makan, minum, pengangkutan, mungkin pakaian kepada pelajar-pelajar SPM yang dilanda banjir terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Tetapi YB Menteri, apakah yang disediakan oleh KPM mungkin tidak selesa, tidak sesuai, tidak kondusif bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM?

Secara psikologinya, emosi dan fikiran mereka sudah pastinya akan terganggu akibat kesan banjir yang agak luar biasa. Mana mungkin pelajar-pelajar ini dapat menjawab dengan tenang tanpa tekanan dan penuh keyakinan berbanding dengan pelajar-pelajar yang tiada musibah banjir.

Persoalannya, mengapakah KPM atau Menteri menidakkan peluang kedua atau sidang kedua kepada pelajar-pelajar SPM bagi ujian lisan ini sedangkan ianya boleh dibolehkan, dibenarkan dan tidak menjadi satu kesalahan jika sidang kedua ini setelah banjir mereda tanpa memberi gangguan dan tekanan emosi kepada pelajar-pelajar SPM? Jika banjir berlaku semasa ujian bertulis pada bulan Januari, adakah akan diteruskan dalam suasana banjir? Sekian, terima kasih YB Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

draft • 11:10 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Speaker. Yang Berhormat, saya dah jawab ini semasa penggulungan saya tapi mungkin tak jelas juga.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya ulang lagi sekali Yang Berhormat. Saya cakap perlahan-perlahan, satu per satu supaya Yang Berhormat dengar dan boleh catat ya.

Yang Berhormat, pertamanya dalam konteks peperiksaan dan apa yang telah dilakukan di bawah Ops Payung, telah menempatkan semua calon SPM yang terjejas dengan banjir ini di asrama-asrama yang boleh menempatkan mereka dengan selesa. Dari segi persiapan mereka juga, kita siapkan mereka bukan saja dari segi tempat tinggal tetapi juga bantuan-bantuan yang lain termasuk pembelajaran dan juga alat tulis serta persiapan- persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaan.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab penuh bila kita melihat isu yang dibangkitkan berkaitan dengan persiapan psikososial dan psikologi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa selepas pemindahan berlangsung, proses seterusnya ataupun fasa kedua yang berlaku adalah pemugaran emosi yang mana kami telah menggerakkan seluruh kaunselor unit bimbingan dan kaunseling, kaunselor JKM juga terlibat, kaunselor KPM juga terlibat.

Saya nak beritahu Yang Berhormat keseluruhan kaunselor yang terlibat adalah 110 orang di Kedah, 90 orang di Terengganu dan 110 orang di Kedah. Seluruh kekuatan yang ada ini telah pun kita gerakkan dan ia berlangsung sepanjang tempoh SPM kerana mengambil kira luruhan-luruhan yang akan berlaku dan kita bersedia sepanjang tahun untuk memberikan sokongan di sepanjang tempoh peperiksaan ini.

Setakat ini di peringkat PPS, kita telah menyediakan dua pasukan tadi. SST dan AST, 1,580 orang jurulatih utama telah diturunkan di semua dan digerakkan. Sekiranya ada PPS yang dibuka lagi, kita akan tambah lagi lebih ramai guru kaunseling kita dan juga kaunselor sukarelawan kita di negeri-negeri yang terjejas.

Jadi secara keseluruhannya Yang Berhormat, kita telah pun mengambil kira semua keadaan. Begitu juga dengan cadangan Yang Berhormat untuk sidang kedua. Yang Berhormat, ini adalah ujian bertutur. Ujian bertutur ini ada lebih kurang —Dan hari ini hari terakhir. Kita dah buat daripada hari Isnin sampai hari ini dan tidak ada masalah. Anak-anak murid ini nak pergi mana-mana sesi yang kita berikan keluwesan ataupun fleksibiliti ini kepada pihak sekolah untuk mengatur yang mana yang boleh hadir hari pertama sehinggalah hari keempat.

Jadi, tidak ada masalah mereka nak menghadirkan diri dalam mana-mana sesi sehingga ke hari ini. Jadi untuk persiapan kami di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, kita telah mengambil kira semua keadaan tersebut termasuk sekiranya ujian

draft • 11:10 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

peperiksaan bertulis yang akan datang juga kita ambil kira berdasarkan kepada pengaktifan Ops Payung. Terima kasih Dato' Speaker.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Dato’ Speaker. Sebelum saya...

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, saya belum panggil lagi Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh belum? Ya, Jelebu minta laluan Speaker.

[Ketawa] Jelebu Speaker.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelebu.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih banyak Dato' Yang di-Pertua. Saya dah habis modal nak berpantun pagi. Tapi saya doalah Dato’ Speaker panjang umurlah. Dato’ Speaker, sebelum saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya nak mengambil kesempatan awal pada pagi yang berbahagia ini untuk mengucapkan selamat datang kepada wanita daripada kawasan DUN Pertang dan DUN Chennah, Parlimen Jelebu.

[Tepuk] Semua ini penyokong kepada saya terutamanya dan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan. Selamat datang ke Dewan Rakyat. Lambai lah sikit kepada Speaker. Okey.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan soalan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Speaker. Dato’ Speaker, saya teliti soalan daripada Yang Berhormat Menteri ini. Yang Berhormat Menteri ini, saya salute-lah dalam soal crisis management dengan izin. Dalam soal nak menyelesaikan masalah peperiksaan dalam keadaan banjir. Menteri ini pun very concern about stress kepada pelajar-pelajar. Banyak kenyataan Menteri yang menumpukan kepada mental illness dan mental disorder dengan izin, di kalangan pelajar.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Soalan dia Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Soalan saya Dato’ Speaker, saya nak ucap terima kasih juga kepada kerajaan kerana bermula pada 29 November hari itu, kerajaan dah mula menyalurkan bantuan RM1,000 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Untuk makluman Kerajaan Negeri Sembilan juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mengumumkan akan tambah bantuan itu kepada mangsa banjir RM1,000 lagi.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Soalan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini soalan dah ini. Dan Yang Amat Berhormat Besar Negeri Sembilan juga mengumumkan bantuan kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan sebanyak RM500.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Soalan saya, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, pagi-pagi ini cool down sikit. Jangan nanti kena mental illness.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Menteri. Soalan saya, Menteri. Tadi yang sebelah sana, termasuk saya, memberikan perincian, penumpuan kepada keadaan pelajar yang menghadapi SPM dalam soal stress level mereka, dalam soal kesediaan mereka.

Ramai di kalangan pelajar, terutamanya yang menghadapi banjir, contoh di Tampin, mengalami keadaan yang total loss.

Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana Kementerian Pendidikan ini diperuntukkan dengan peruntukan yang sangat besar, ada tak Yang Berhormat Menteri mempunyai perancangan untuk memberikan peruntukan khas kepada pelajar-pelajar yang terjejas dengan banjir bagi menghadapi peperiksaan SPM? Yang pertama. Pelajar-pelajar yang terjejas dengan banjir untuk menghadapi persediaan persekolahan mereka bagi tahun depan. Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberi laluan dan masa yang begitu baik. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

draft • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebenarnya bantuan itu telah pun kita gerakkan berdasarkan kepada permintaan dan juga unjuran yang kita terima berkaitan dengan apa yang dihadapi, kesusahan dan total loss sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi berkaitan dengan anak-anak ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, Yayasan Didik Negara komited untuk memastikan dan menyalurkan bantuan, terutama barangan keperluan sekolah murid yang terkesan akibat banjir. So yang pertama, Yayasan Didik Negara. Dalam konteks ini, Yayasan Didik Negara telah pun memastikan bahawa alat tulis, kelengkapan sekolah anak-anak ini akan dilengkapkan, khusus yang akan mengambil peperiksaan.

JPN juga telah menyediakan alat tulis, kelengkapan sekolah untuk mereka yang menghadapi peperiksaan. Bagi mereka yang akan menghadapi pembukaan sekolah nanti, yang terjejas dengan banjir juga akan menjadi tanggungjawab. Kita akan lihat dalam keseluruhan itu nanti. Apatah lagi dengan sokongan yang kita sebut di bawah Bantuan Kecemasan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Yang Berhormat, kita bukan sahaja melihat anak murid sahaja, termasuk guru-guru juga dan termasuk juga dengan sekolah yang kita pasti dan jangkakan bahawa permintaan untuk pembaikan ini akan meningkat. Jadi, saya ambil kesempatan juga untuk rakam kepada NADMA yang telah menyalurkan RM2.9 juta kepada KPM untuk membaiki PPS kita yang terkesan dengan banjir.

Jadi, secara keseluruhannya Yang Berhormat, Yayasan Didik Negara akan mengambil alih tanggungjawab untuk memastikan persiapan persekolahan dan apa yang anak-anak ini perlukan sepanjang peperiksaan ini akan diambil perhatian penuh. Terima kasih. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dato’ Speaker, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan daripada belah sini.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sorry, sorry, belum.

Okey, sorry.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, tahukan?

Tidak perlu saya ulang. Okey. Sila seterusnya, Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.

draft • 10:30 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Dato’ Speaker.

Sebelum saya bermula, bolehkah saya nak meraikan dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini adalah delegasi dari The National People’s Congress of the People’s Republic of China yang diketuai oleh His Excellency - Fan Xiaojun, Vice Chairman of The Agriculture and Rural Affairs. Kepada His Excellency - Fan Xiaojun Dewan ini mengalu-alukan kehadiran tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini.

Terima kasih. Dato’ Speaker, soalan saya.

draft • 10:30 AM

3. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat telah mengancam untuk mengenakan 100 peratus tarif ke atas negara-negara BRICS yang sedang dalam perancangan untuk menggantikan US Dollar. Apakah pendirian Malaysia selaku rakan kongsi dalam BRICS.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

draft • 10:30 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang menjadi rakan kongsi BRICS atau, dengan izin, partner kepada BRICS. Namun, masih belum menjadi anggota BRICS secara rasmi. Malaysia selaku negara rakan kongsi BRICS, ada empat negara daripada ASEAN yang telah dipilih untuk menjadi rakan kongsi seperti Indonesia,Thailand dan juga Vietnam. Kita akan melihat, memantau terhadap situasi semasa, terutamanya berhubung ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang bercadang untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara-negara berkumpulan BRICS sekiranya negara-negara BRICS meneruskan hasrat untuk menggunakan mata wang baharu.

Walaupun salah satu topik yang pernah dibincangkan semasa sidang mesyuarat BRICS adalah berkaitan pengurangan kebergantungan kepada mata wang tradisi perdagangan seperti US Dollar. Namun, setakat ini tiada cadangan rasmi yang telah dipersetujui bagi tujuan, dengan izin, de-dollarization tersebut. Dalam hal ini, adalah perlu supaya peranan dan hala tuju BRICS dilihat hanya untuk mengimbangi kuasa ekonomi negara-negara Barat. Jadi, kita kena lihat secara lebih holistik dan bukan semata-mata dilihat sebagai satu platform untuk mengimbangi kuasa ekonomi negara-negara Barat.

draft • 10:30 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Pada pandangan Malaysia, BRICS adalah satu platform yang semakin penting dalam mengetengahkan pandangan dan pendirian mengenai isu-isu serantau ini melalui dialog, forum atau perbincangan yang lebih strategik secara tidak mengikat, dengan izin, non- binding. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan terdapat kesalingbergantungan yang tinggi dalam hubungan perdagangan dan ekonomi di antara Malaysia dan Amerika Syarikat, terutamanya dalam rantaian bekalan semikonduktor yang mana syarikat-syarikat Amerika Syarikat adalah pelabur utama di Malaysia dalam sektor ini.

Hubungan perdagangan yang saling melengkapi ini dapat dilihat berdasarkan statistik semasa. Pada tahun 2023 contohnya, Amerika syarikat merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, manakala Malaysia pula merupakan rakan dagang ke-19 terbesar Amerika Syarikat.

Oleh yang demikian Yang Berhormat, sebarang langkah mengenakan tarif 100 peratus akan hanya merugikan kedua-dua belah pihak yang saling bergantung dalam usaha untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan global. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan Dollar Amerika Syarikat masih memainkan peranan yang besar dalam sistem kewangan dunia dan ancaman kenaikan 100 peratus tarif akan dikenakan sekiranya negara anggota BRICS meneruskan hasrat untuk membangunkan mata wang baru.

Adalah penting bagi Malaysia yang masih belum menjadi anggota BRICS secara rasmi untuk terus memantau secara rapat sebarang perkembangan yang mungkin turut memberi kesan kepada negara. Jadi, penggunaan mata wang lain oleh Malaysia dalam urusan perdagangan dan pelaburan perlu dikaji dengan lebih teliti oleh kerajaan dan sebarang keputusan mengenai perkara ini hendaklah berlandaskan kepentingan negara serta selari dengan dasar-dasar semasa negara. Jadi, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Bentong.

draft • 10:30 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih di atas jawapan yang sangat baik dan jelas daripada Yang Berhormat Menteri. Sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan, bagaimana Malaysia dapat memanfaatkan potensi pasaran yang dikuasai oleh anggota BRICS? Apakah sekatan yang dikuasai oleh anggota BRICS ini? Apakah sektor yang memberi peluang terbesar kepada ASEAN? Ini soalan saya.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bentong dan terima kasih sekali lagi Dato’ Yang di-Pertua. Sebagai negara yang akan mempengerusikan ASEAN pada tahun 2025, Malaysia memainkan peranan strategik untuk meningkatkan kerjasama ekonomi serantau dan memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat yang diwakili juga oleh negara-negara BRICS seperti Brazil, China, South Africa, Amerika Selatan dan juga Emiriah Arab Bersatu (UAE). Di mana negara-negara ini juga merupakan rakan-rakan dialog bagi ASEAN. Jadi, mereka akan hadir insya-Allah, tahun depan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Antara sektor utama yang kita boleh hasilkan pulangan yang besar untuk ASEAN termasuk satunya, ekonomi digital. Yang keduanya, dari segi yang saya sebut dalam jawapan pertama, manufacturing and supply chain resilience, dengan izin, mengenai daya tahan sektor pembuatan dan juga rantaian bekalan. Jadi, kalau kita lihat dari contohnya ekonomi digital, sektor ini potensi positifnya tinggi berikutan kemajuan pesat dalam teknologi, contohnya dengan AI dan sebagainya.

ASEAN, demografinya muda. Penduduknya pun 680 juta, hampir separuh umur bawah 30 tahun. Kalau kita lihat kerjasama dengan negara-negara BRICS dalam bidang e- dagang, kita boleh lihat teknologi kewangan dan juga inovasi digital ini dapat membuka jalan baharu untuk mempergiatkan lagi inisiatif perdagangan dalam usaha kita bersama-sama dengan negara-negara ASEAN yang lain dan juga negara-negara BRICS yang daya tahan sektor pembuatan yang saya sebut tadi, supply chain resilience untuk manufacturing juga dan rantaian bekalan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kalau ada penglibatan negara-negara ASEAN bersama-sama BRICS, terutamanya the China dan India ya, boleh meningkatkan keupayaan rangkaian nilai sektor pembuatan di Malaysia dan juga ASEAN. Insya-Allah semasa kita mempengerusikan ASEAN, kita ingin mempertingkatkan FTA kita bersama-sama dengan China dan juga bersama-sama dengan India....

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Afdal - Semporna

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

.... Dan ASEAN juga boleh berbincang mengenai dengan izin, knowledge transfer dan juga resource sharing contohnya. Jadi, pengukuhan daya tahan rantaian bekalan melalui kepelbagaian penghasilan di dalam sektor pembuatan dan kita nak mengurangkan juga restructure, dengan izin.

Reducing to the structured akibat ketidaktentuan geopolitik dan sekali gus kita dapat menaikkan daya saing di rantau ini juga.

Jadi, kesimpulannya Yang Berhormat Bentong, sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, Malaysia ini berpeluang baik untuk mewujudkan sinergi antara rakan-rakan dialog negara-negara BRICS. Pada masa yang sama, Malaysia juga dapat memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara ini dan sekali gus kita boleh memanfaatkan potensi akses pasaran seperti peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, seperti yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Afdal - Semporna

Dato’...

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Afdal - Semporna

Speaker...

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan...

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Siapa nak? Saya bagi lepas ketiga. Sila.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Hari saya berasa seronok dan bertuah kerana Menteri MITI jawab soalan. Lama tak jumpa. Tapi saya tak kompelin pasai pi luar negara pun bawa balik banyak pelaburan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Soalan Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Ketawa] Tak boleh langsung eh. Tuan Yang di-Pertua, BRICS menjadi isu besar akhir-akhir ini kerana President- elect Trump mengumumkan bagaimana yang disebut oleh Bentong tadi ya. Tapi kita faham, kenapa beliau membuat penyataan demikian sebab 80 peratus transaction dalam dunia ini tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, dalam Dolar Amerika dan setiap hari transaction ialah USD 7.5 trillion seluruh dunia. Jadi kita dapat faham dan Malaysia juga berhadapan dengan naratif bahawa Malaysia lebih cenderung, condong kepada sesebuah blok kuasa besar dunia.

Itu salah satu masalah dan BRICS juga dilihat, dikatakan menjadi memperjuangkan agenda global south.

Di samping penyataan Presiden-elect Trump, 100 peratus tarif terhadap mana-mana negara dalam BRICS yang menggunakan lain daripada Dolar Amerika dan baru-baru ini hari ini dalam surat khabar pun, kita ada berita mengenai bahawa pengeluar-pengeluar solar panel di Malaysia berhadapan dengan masalah, sebab tarif dinaikkan 20 peratus.

Soalan Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah yang diambil atau akan diambil oleh kerajaan, khususnya MITI bagi mitigate dan navigate naratif bahawa Malaysia cenderung ataupun condong kepada sebuah blok, apa langkah strategi kerajaan dalam berhadapan dengan kenaikan tarif ini, suasana politik ekonomi negara-negara Eropah seperti Perancis, United Kingdom dan Jerman dan ekonomi China yang tidak memberangsangkan.

Seterusnya yang ketiga, berapakah jumlah nilai perdagangan, tadi disebutkan top 19 dan sebagainya. Jumlah niaga nilai perdagangan Amerika dan Malaysia dan berapakah nilai eksport barangan Malaysia ke Amerika Syarikat bagi 23 dan Januari – September 2024.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Cukup Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Ada tiga soalan tadi. Soalan pertama mengenai Malaysia, dia bersama BRICS dan bagaimana impaknya dan kepada negara kita dan sama ada kita ini dilihat sebagai memilih satu-satu blok ya. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai negara yang memegang prinsip neutrality dan bebas dalam hubungan antarabangsa, Malaysia akan terus mengekalkan hubungan yang baik dengan rakan dagang dan pelabur utama sedia ada, di samping kita nak manfaatkan peluang dalam BRICS untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, penglibatan kita dalam BRICS tidak bermaksud negara berpihak kepada sesuatu blok tertentu, malah ia hanya merupakan langkah strategik yang sejajar dengan matlamat negara untuk melaksanakan usaha dengan izin, economic diversification ya.

Penyertaan ini juga akan melengkapkan peranan aktif Malaysia dalam pelbagai rangkaian kerjasama ekonomi yang lain. Contohnya kita bersama-sama negara Barat yang lain dalam APEC contohnya, dalam CPTPP. Kita juga bersama dengan negara-negara Arab lain, dengan OIC dan sebenarnya kita ada 16 bilateral dan multilateral FTA yang dengan negara-negara Barat dan juga negara-negara Asia dan sebagainya.

Dan pada masa yang sama, kita ada perbincangan sekarang bersama dengan EU, EU-FTA. Kita dah ada perbincangan juga dengan Korea Selatan dan juga UAE dan insya- Allah UAE ini, kita akan muktamadkan perjanjian Comprehensive Economy Partnership Agreement, yang merupakan satu perjanjian perdagangan bebas di antara dua negara pada akhir bulan Januari.

Jadi, secara umumnya BRICS ini boleh menjadi platform penting, satu lagi platform penting bagi Malaysia untuk bukan sahaja memperkukuhkan hubungan ekonomi, tetapi juga untuk menambah nilai pembangunan sosial dan ekonomi secara inklusif ya, selaras dengan matlamat dasar NIA kita lah dalam industrial master plan dan sebagainya. Mengenai trade number tadi, pada masa ini untuk 10 bulan yang pertama, kita menunjukkan dengan izin trade surplus bersama dengan Amerika Syarikat. Surplus-nya ialah lebih RM54.54 billion.

Jadi, kita dapat lihat jadi jumlah perdagangan pada 10 bulan yang pertama untuk tahun ini, telah menunjukkan peningkatan yang tinggi. Peningkatan sebanyak 29.1 peratus kepada RM264.3 billion. Jadi ini, kenaikan ini ataupun pertumbuhan ini menunjukkan Malaysia eksport kepada negara Amerika Syarikat hampir 13 peratus dari jumlah keseluruhan eksport dalam negara kita dan import-nya lebih kurang hampir 9 peratus.

Dan tetapi pada masa yang sama, kalau kita lihat apakah pecahan eksport daripada Malaysia ke Amerika Syarikat, yang paling besar adalah elektrikal dan elektronik products-lah dengan E&E. Hampir 4, lebih sikit 40 peratus daripada jumlah eksport ke Amerika Syarikat dan pertumbuhannya juga menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, hampir 8 peratus 10 bulan pertama tahun ini, berbanding dengan 10 bulan yang surplus.

Jadi, kita kena memperkukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan semua negara. Bukan sahaja bergantung dengan dua, tiga negara. Yang nombor 3, yang lagi dua itu adalah China dan Singapura lah. Singapura merupakan satu pelabuhan ataupun tempat logistik yang akan mengeksport ke negara-negara lain. Jadi, sebenarnya kalau kita lihat daripada segi mana produk itu berakhir, ianya berakhir di negara China dan juga negara Amerika Syarikat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Semporna, ringkaskan soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Afdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Speaker bagi ruang untuk saya juga bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang cost benefit analysis yang sama ada telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Afdal - Semporna

sebagai sebuah negara dagang tidak terlibat dalam gelombang krisis dunia pada hari ini yang saya yakin dan saya percaya bahawa berkumpulan ini seperti block by block dan saya yakin bukan hanya oleh kerana BRICS itu merupakan satu landasan. Kemungkinan to reduse the use of USD. What I am quite sure I think is more than that, hegemony. Kuasa di negara-negara yang hari ini menakluki banyak benua. Sama ada Afrika, sama ada developing nations yang ada. Jadi kita sebagai sebuah negara yang dah lama mempunyai seperti yang disebutkan oleh Menteri tadi itu trading nation dan kita punya foreign policy has been non-aligned. Ya dan kita trade with other countries tanpa kita juga terlibat dengan BRICS kita ada berdagang dengan China. Kita dah berdagang dengan Rusia, kita dah berdagang dengan banyak negara yang ada. Adakah dengan kita memperimbangkan the cost benefit not only in terms of economic return seperti apa yang disebut that it might be imposed in the future, *not only in terms of tariff.

Security might also be affected.* Jadi, pertimbangan bukan hanya return on partnership yang ada, but in terms of keselamatan dan keteguhan kerana kita mempunyai pertimbangan yang jauh lebih luas bila kita berhubung dengan negara luar. Bukan hanya dalam konteks apa pulangan kewangan with benefit but in return apa dari segi keadaan rantau ini. Akibatnya kesannya akan lebih jauh, lebih luas, sama ada saya bertanya yang tadi tu the cost benefit yang telah dikaji secara mendalam oleh pihak kerajaan kerana kesan ini bukan satu hari, bukan satu bulan. Ia akan melibatkan agak jangka panjang, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Menteri ringkaskan jawapan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. I think, saya percaya soalan yang ditujukan itu adalah soalan yang banyak dibincang di luar di sana kerana saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Semporna kerana ini bukan sahaja isu mengenai ekonomi ya.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Disebut tadi mengenai keselamatan, ada ketegangan juga geopolitik. Kalau kita lihat dari segi perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China contohnya, ia juga merupakan peperangan cip ataupun teknologi yang tinggi kerana isu keselamatan. Pada masa yang saya bagi Malaysia, memang kita sebuah negara yang terbuka. Trade to GDP dah 130 peratus dan kalau kita lihat rakan perdagangan kita, kita berdagang dengan semua negara.

Oleh itu, bila Amerika Syarikat ingin berunding dengan kita, berbincang untuk mengadakan satu perjanjian bersama-sama dengan negara-negara Barat lain, kita pun masuk. Contohnya Indo-Pacific Economic Framework for Prosperity (IPEF). Tapi tidak tahu sama ada ia akan diteruskan oleh Donald Trump-lah. Begitu juga dengan EU FTA, bila kita dijemput untuk berbincang, kita telah bincang di peringkat majlis Jemaah Menteri, di mesyuarat Jemaah Menteri dan bersetuju kita perlu juga berunding semula dengan EU, bagaimana kita boleh memperkukuhkan lagi perdagangan antara EU dan Malaysia contohnya. Sama juga dengan GCC dan sebagainya.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi BRICS adalah salah satu tapi BRICS sebenarnya bukan satu platform yang rasmi ataupun yang ini adalah dari segi perdaganganlah. Jadi, yang isu keselamatan dan sebagainya, diplomatik, rakan saya Tok Mat telah membuat analisisnya. Insya-Allah dia boleh kongsikan. Tapi dari segi perdagangan, Yang Berhormat Semporna, memang kita perlu mempelbagaikan lagi dan oleh itu kalau lihat daripada segi misi perdagangan dan pelaburan kita telah meningkatkan dana peruntukan untuk ke Amerika Selatan dan juga kepada Afrika kerana dua benua ini contohnya adalah negara-negara yang memerlukan pelaburan dari negara kita.

Tapi yang lebih penting dari segi eksport lah Yang Berhormat. Jadi bagi saya, yang pentingnya ialah kita perlu perhalusi kesemua isu-isu secara mendalam. Bukan sahaja dari segi ekonomi dan perdagangan yang saya sebut tadi, tapi saya setujulah Yang Berhormat Semporna, ini semua ada berkait. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

draft • 10:50 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya soalan satu.

draft • 10:50 AM

1. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi memupuk keharmonian di antara komuniti agama dan apakah cabaran yang dihadapi bagi merealisasikan hasrat ini, terutamanya apabila mengambil kira ketidakharmonian yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

draft • 10:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Selamat pagi dan salam perpaduan. Tuan Speaker, Kementerian Perpaduan Negara menyedari akan cabaran keharmonian di antara komuniti di negara ini.

Bagi menghadapi cabaran ini, kementerian telah pun menggubal Dasar Perpaduan Negara yang berasaskan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara bagi meningkatkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Konsep “perpaduan dalam kepelbagaian” adalah menjadi teras kepada dasar ini dalam menekankan betapa pentingnya menjaga keharmonian antara pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Tidak tertakluk kepada dasar juga, kita telah mengadakan pelbagai

draft • 10:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

dialog dan perbincangan yang dihadiri saya sendiri bersama dengan badan-badan penganut agama yang kita telah diadakan selama ini.

Sebagai contoh di antara badan-badan yang kita telah membincangkan adalah Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, juga dengan Sabah Unity in Diversity dengan Penang Harmony Corporation (HARMONICO). Kita juga mengadakan dialog dengan Majlis Perundingan Muhibah Negeri Pulau Pinang, juga dengan di Malaysia Hindu Sanggam.

Selain itu, kerajaan juga telah tubuhkan untuk mendapatkan pandangan dan cabaran dari pelbagai sumber. Satu daripadanya adalah kita telah menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Kita juga ada MAX Unity iaitu untuk melibatkan semua negeri Exco dan Menteri untuk berbahas dan bermesyuarat untuk mengatasi masalah keharmonian dan perpaduan. Di kementerian juga, kita telah mengadakan Jawatankuasa Harmoni yang dikatakan harmoni di antara penganut agama dan jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh saya dengan Menteri Agama. Dan di bawah Jawatankuasa Harmoni ini, kita telah menubuhkan Biro Pengurusan Program Promosi. Kita juga tubuhkan Biro Pendidikan dan Penerangan, juga Biro Pengurusan Isu-isu Agama dan Mediasi.

Biro-biro ini bertindak sebagai wadah untuk mempengerusikan, menerang dan menguruskan isu-isu berkaitan dengan keharmonian beragama. Selain daripada Jawatankuasa Harmoni, kita pun telah mengadakan beberapa inisiatif Harmoni MADANI yang telah dilaksanakan bagi mencapai objektif yang berikut iaitu meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, untuk menyebarkan mesej keharmonian dan muhibah, untuk meningkatkan perpaduan dan integrasi dan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Konsep ini adalah memastikan kepada konsep atau prinsip “Faham, Hormat dan Terima”.

Bagi tahun yang lalu dan juga untuk masa hadapan 2025, kita telah pun senaraikan pelbagai program di bawah Harmoni MADANI ini dan satu daripadanya adalah kita akan mengadakan Jejak Harmoni. Kita akan mengadakan pelbagai Wacana dan Dialog Harmoni.

Kita akan adakan Bicara Harmoni dan sebagainya. Di peringkat komuniti, kita pun telah adakan kawasan Rukun Tetangga yang menjurus kepada perpaduan dan integrasi di kalangan masyarakat.

Kita mempunyai mediator komuniti dan kita juga mempunyai E-Sepakat untuk kita mengendalikan isu-isu kes perpaduan dan keharmonian. Selain itu juga kita telah mengadakan pelbagai kajian seperti Indeks Perpaduan Nasional (IPNas), kita pun telah mengadakan kajian ke atas kesepaduan sosial di Sarawak dan Sabah dan akan diadakan di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Selayang.

draft • 10:50 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih atas jawapan. Soalan tambahan saya ialah tentang Biro Agama dan Mediasi. Apakah skop dan bidang kuasa Biro Agama dan Mediasi ini dan kedua, apakah langkah-langkah yang diambil oleh biro ini untuk

draft • 10:50 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

memupuk keharmonian agama dan menyelesaikan pertikaian dan perselisihan antara agama di Malaysia yang berpotensi mengancam perpaduan dan kesejahteraan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Biro Agama dan Mediasi ini adalah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Harmoni yang dipengerusikan oleh saya dan Menteri Agama. Biro ini memang dari segi namanya pun kita telah memang ianya menjurus kepada pelbagai isu yang berkaitan dengan agama dan lepas itu kita akan adakan mediasi untuk kita kurangkan ataupun solve masalah-masalah yang berkaitan dengan agama.

Sebab itu di Kementerian Perpaduan Negara, kita telah mengadakan mediasi − mediators community dan sekarang ini kita telah pun mempunyai 571 mediator community di seluruh negara dan mereka ini akan membantu untuk menyelesaikan kes-kes perselisihan antara jiran dan sebagainya. Dari segi agama, of course seperti yang saya katakan dari awal tadi, banyak inisiatif atau program-program yang kita adakan menjurus kepada keharmonian dan pada tahun ini dan tahun depan, kita akan memperbanyakkan lagi program seperti yang saya katakan dari awal tadi adalah Jejak Harmoni. Kita akan mengadakan pelbagai Bicara Wacana Harmoni yang menjuruskan kepada penglibatan kesemua penganut agama dan kumpulan-kumpulan NGOs yang terlibat dalam isu-isu keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila YB Kapar.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Tahniah kepada Kementerian Perpaduan, ada buletin cantik. Apakah TOR atau terma rujukan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama Harmoni yang ditubuh oleh kerajaan sebelum ini pada Ogos 2020 dan adakah sudah ada usaha kerajaan untuk memastikan pelbagai ketua agama yang mahu dan mampu duduk bersama dan menyenaraikan nilai-nilai teras setiap kelompok yang tidak sama sekali akan dikompromi, untouchable tetapi boleh menerima perkara cabang dan nilai-nilai universal seperti hormat-menghormati, demi kesejahteraan dan kemakmuran dan common denominator rentas kaum ini mudah sikit.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Perkara kritikal dan masih belum dilihat ditangani secara berkesan ialah Menteri, ketua-ketua agama juga mempunyai perbezaan dan kepelbagaian dalam ajaran agama masing-masing dan tak boleh disentuh oleh mana-mana pihak khususnya mana-mana pihak tidak akan mencuit wayar ketegangan yang berpotensi merebak seluruh negara dan menjejaskan keharmonian antara penganut pelbagai agama.

Adakah kerajaan mempunyai political will untuk menjemput dan melibat urus diverse groups termasuk yang tidak sealiran dengan kerajaan? Termasuk kami inilah kerana ini kunci kejayaan mewujudkan keharmonian dan perpaduan rentas agama. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah soalan yang sering kita ingin terangkan. Daripada segi masalah nilai-nilai ini, kita di Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) sekarang ini, di bawah kementerian saya dan kementerian agama telah pun bertungkus lumuslah untuk mengadakan pelbagai aktiviti, simposium, bicara harmoni dan sebagainya. Yang terbaru, kita telah angkatkan satu piagam, yang dikatakan Piagam Harmoni dan sekarang ini kita telah adopt piagam itu selepas pelbagai perbincangan, sesi perbincangan dan sekarang ianya sudah sampai ke peringkat Kabinet dan selepas itu, Kementerian Agama akan bawa ke peringkat yang lebih tinggi daripada segi agama especially yang melibatkan agama Islam.

Soalan yang political will ini, inilah kalau kita melihat —Ini, ini dapatan daripada, kita telah mengadakan satu wacana ataupun konvensyen sejarah dan perpaduan. Satu daripada resolusi yang saya ingin sebut di sini sebab saya pun sebut di Kabinet, adalah daripada sisi daripada panel-panel (panelist) adalah untuk mengehadkan penubuhan parti-parti politik yang berasaskan race and religion. Kita haraplah kalau ia dapat dilaksanakan, mungkin akan dapat mengurangkan lagi sensitiviti ataupun jurang ataupun limitation di antara kita semua yang ingin membawa boundaries daripada segi agama dan race, ya.

draft • 11:00 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Lagi lah haru biru, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Thank you. Thank you.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar, ikut peraturan mesyuarat ya. Sila. Dah habis? Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Seterusnya Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.

draft • 11:00 AM

2. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah terdapat perancangan daripada kementerian untuk menggubal silibus subjek Sejarah Malaysia berikutan terdapat dapatan dan fakta-fakta baru sejarah yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar sekolah.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membangunkan Kurikulum Persekolahan 2027 yang akan diguna pakai mulai tahun 2027 pada Tahun Satu dan juga di Tingkatan Satu. Proses pembangunan kurikulum ini turut melibatkan mata pelajaran Sejarah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses semakan kurikulum sejarah melibatkan kajian terperinci terhadap kurikulum sedia ada dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pengamal pendidikan, penyelidik dan juga masyarakat umum.

Sebarang penemuan atau fakta baharu yang akan dimasukkan dalam kurikulum sejarah akan disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Rujukan Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Panel Pakar Rujukan Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM ini terdiri dalam kalangan pensyarah universiti awam yang telah dikenal pasti mempunyai kredibiliti dan kepakaran kandungan mata pelajaran tersebut dan mereka dilantik

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

setelah melalui proses saringan ataupun tapisan keselamatan yang ketat manakala guru cemerlang serta agensi berautoriti dari seluruh negara termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Arkib Negeri, Muzium Negeri, IPG dan badan-badan bukan kerajaan setempat yang sah berkaitan dengan sejarah, budaya dan sosial dilibatkan dalam penggubalan dan juga semakan kurikulum.

Penggubalan kurikulum sejarah mengambil kira Laporan Jawatankuasa Khas Pengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah 2011-2012. Di samping itu, KPM juga mengamalkan prosedur operasi standard yang ketat bagi mewasitkan fakta dan maklumat dalam buku teks sejarah seperti mendapatkan pengesahan fakta daripada agensi yang bertanggungjawab.

Antaranya seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya, Arkib Negara Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara dan sebagainya. Mana-mana fakta yang belum dibuktikan kesahihannya dan masih dalam kajian, tidak boleh dimasukkan dalam buku teks. KPM yakin dengan kepakaran panel yang dilantik dan prosedur sedia ada dapat menentukan maklumat dan fakta dalam kurikulum sejarah adalah tepat dan juga sahih. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Padang Terap.

draft • 11:00 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tengok jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang penggubalan Kurikulum Persekolahan 2027 melibatkan peringkat rendah dan juga tingkatan satu. Kita lihat ada banyak polemik terutamanya sejarah di Tingkatan Empat, Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat. Banyaklah tentang Perjanjian Pangkor, tentang Darurat 1948 yang mengundang banyak polemik daripada pakar-pakar sejarah.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pihak kementerian ada masukkan penggubalan fakta sejarah Buku Teks Tingkatan Empat yang dilihat lebih kepada naratif penjajah British? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih atas soalan tambahan dari Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Cuma saya ingin menjelaskan sekali lagi, penggubalan kurikulum khasnya untuk termasuk mata pelajaran Sejarah ini adalah kurikulum persekolahan secara keseluruhan. Kurikulum Persekolahan 2027 yang akan menggantikan kurikulum yang sedia ada. Itu nombor satu.

Maka, kita akan mula pada tahun satu pada tahun 2027 dan akan sambung ke tahun dua dan sebagainya dan selepas itu, bagi tingkatan satu juga, dia akan mula pada tahun 2027. Maka secara keseluruhannya, Kurikulum Persekolahan 2027 adalah satu kurikulum baharu dan ini adalah termasuk mata pelajaran sejarah.

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Bagi soalan spesifik berkenaan dengan isu-isu seperti Perjanjian Pangkor dan juga darurat dan sebagainya, pihak KPM mengambil maklum bahawa khasnya katakan untuk sejarah berkenaan dengan Perjanjian Pangkor, sebelum ini ada pensyarah ataupun pihak- pihak yang pernah membangkitkan isu berkenaan dengan ketetapan ataupun dari pandangan ataupun sumber masing-masing mempunyai sedikit kekeliruan.

Dalam pada itu, bagi isu yang telah pun dibangkitkan jika tak silap saya pada tahun ini ataupun tahun lepas oleh sesetengah pihak, pihak KPM sebenarnya telah pun memberikan jawapan kepada pihak berkenaan dengan kedudukan sejarah dan juga pandangan daripada panel pakar kita.

Apa yang lebih penting Yang Berhormat Speaker, untuk maklumat Yang Berhormat Padang Terap, pihak KPM dalam menentukan atau memuktamadkan kurikulum ataupun buku teks, kita berpandukan kepada pandangan daripada Panel Pakar Rujukan Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Sejumlah 14 orang pakar rujukan yang terlibat dalam panel pakar rujuk ini dan kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang masing- masing. Katakan Profesor Dr. Ishak Saat, menerusi kepakaran beliau ialah Sejarah Malaysia, pembinaan negara bangsa Malaysia dan patriotisme. Ahlinya Profesor Emeritus Datuk Dr.

Abdullah Zakaria Ghazali, Pensyarah di UM. Kepakarannya ialah Sejarah Malaysia, sains sosial, kemanusiaan dan juga kita ada banyak lagi kepakaran ahli-ahli panel, 12 orang lagi yang mempunyai kepakaran dari dalam bidang masing-masing.

Itu sebab kenapa bagi pihak KPM dalam merangka kurikulum dan dalam menulis dan menerbit buku teks kita, panel pakar inilah yang menjadi pakar rujuk utama bagi kita dan setiap satu progress dan juga proses ataupun step dengan izin, kita akan merujuk kepada pandangan panel pakar ini untuk satu keputusan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya majmuk, kepelbagaian bangsa, kaum, bahasa, agama, budaya, adat resam dan kepelbagaian ini adalah aset negara yang kita patut raikan. Soalan saya, bagaimanakah kita boleh pastikan sejarah setiap etnik, setiap negeri, setiap wilayah diserap dalam mata pelajaran sejarah dan kesahihan fakta masing-masing? Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri ringkaskan ya.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Sungai Siput. Memang Malaysia merupakan sebuah negara yang unik yang mana terdiri daripada pelbagai kaum dan juga agama dan juga mempunyai keunikan masyarakat masing-masing. Ini merupakan satu aset bagi negara kita untuk maju ke hadapan.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dalam rangka sejarah ataupun kurikulum sejarah ini, untuk memastikan kesemua aspek diterap masuk dan untuk memastikan kesahihan fakta dan juga maklumat yang akan dinyatakan dalam kurikulum kita ataupun buku teks kita seperti yang saya kata tadi, kita mempunyai panel pakar rujuk kurikulum sejarah dan buku teks Sejarah yang mana sememangnya kesemuanya mempunyai bidang kepakaran masing-masing. Katakan hubungan antara negeri ataupun kedudukan Sabah dan Sarawak, kita ada profesor, kita ada Dr. Ho Hui Ling, pensyarah yang berkhidmat di Universiti Malaya. Kepakaran beliau sejarah sosial Malaysia, sejarah Sabah dan juga Sarawak. Begitu juga begitu juga Dr. Suffian bin Mansor, Pensyarah di UKM yang kepakaran dia Sejarah China Moden dan sejarah Sarawak.

Juga saya nak sebut Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian. Beliau berkhidmat di USM dan kepakaran beliau sosial politik, kepimpinan politik, pengajian pilihan raya dan hubungan etnik.

Dengan bantuan dan juga panduan daripada panel pakar rujuk ini, pihak KPM yakin bahawa kurikulum sejarah yang sedang digubal ini kurikulum baharu dan buku teks yang bakal ditulis dan diterbitkan itu dapat memaparkan satu sejarah Malaysia yang seimbang.

Pada masa yang sama memastikan fakta tersebut adalah sahih dan juga tepat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan.

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 24(3).

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seterusnya Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Peraturan Mesyuarat 24(3).

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu atas discretion saya Yang Berhormat, 24(3) itu.

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ini penting ini.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

draft • 11:10 AM

3. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan rancangan kementerian mengatasi masalah kecetekan Sungai Skudai yang lama tidak digali kesan daripada pembangunan yang telah menyebabkan banjir di hulu sungai dan terdapat mendapan tanah di jeti Pasukan Polis Marin Johor yang menjejaskan operasi polis serta nelayan tempatan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Soalannya spesifik, jadi saya cuba jawab.

Sungai Skudai merupakan salah satu daripada sungai utama di negeri Johor yang mana Sungai Skudai mengalir dari hulu di daerah Kulai dan berakhir di muaranya di daerah Johor Bahru dengan jumlah panjang 46 kilometer. Luas Lembangan Sungai Skudai ialah 325

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

kilometer persegi, meliputi beberapa DUN seperti Bukit Permai, Senai iaitu di daerah Pulai dan juga DUN Skudai serta DUN Petaling di daerah Johor Baru.

Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail yang membekalkan air kepada penduduk Johor Bahru dan Kulai terletak di Sungai Skudai. Selain sumber bekalan air, Sungai Skudai juga berperanan untuk menyalurkan air lebihan daripada kawasan hulu dan juga kawasan sekitar sepanjang laluan jajarannya serta mengurangkan kesan risiko banjir akibat limpahan air ketika hujan lebat.

Sebagai penyelesaian jangka panjang, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSP) Sungai Skudai. Projek ini telah diluluskan. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat menyokong penuh belanjawan tahun hadapan yang mana kita luluskan dengan anggaran kos projek sebanyak RM99.8 juta.

Berdasarkan perancangan, projek akan bermula dengan kerja-kerja reka bentuk dan juga kerja fizikal.

Skop utama projek adalah kerja-kerja penggalian sungai, pembinaan ban struktur tebatan banjir dan rumah pam. Setelah siap projek ini, ianya akan mengurangkan risiko banjir di kawasan seluas 50 hektar di sepanjang jajaran Sungai Skudai yang didiami oleh 15,000 orang penduduk. Sebagai penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan risiko banjir, JPS juga melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir. Sebagai contoh untuk di kawasan Parlimen Pulai, peruntukan berjumlah RM540,000 telah disalurkan tahun 2022 untuk kerja melibatkan skop utama seperti kerja-kerja pengaliran sungai, menstabilkan tebing sungai dan menaik taraf saluran serta struktur berkaitan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Pulai.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya bagi mewakili masyarakat negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian yang telah memperuntukkan RM99.8 juta untuk pemulihan Sungai Skudai ini. Sungai Skudai ini sangat penting dan telah menyebabkan banjir yang serius di hulunya akibat daripada kecetekan ini ya.

Jadi soalan saya sekarang ini, bagaimana kita nak mengelakkan perkara ini berulang lagi sebab pembangunan di muara dan pembangunan di sekitar itu tak boleh dielak? Jadi kita khuatir nanti lima tahun ke 10 tahun akan datang, terpaksa minta balik peruntukan daripada Federal. Jadi bagaimana kita nak memastikan bahawa sungai itu dapat hidup dengan baik dengan lancar tanpa gangguan-gangguan yang atas sebab pembangunan itu?

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa ada keperluan supaya apabila sebarang projek pembangunan bila selesai, bagaimana keberkesanan itu dapat dipertahankan sebaik mungkinlah. Jadi sebab itu

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pendekatan di peringkat kementerian dan juga melalui JPS, memang kita ada pendekatan melalui struktur projek infrastruktur yang dibina dan juga bukan struktur.

Jadi sebagai contoh, memang kita ada Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam

(PISMA). Jadi bila kita sebut PISMA itu, selain mengenal pasti perkara yang mungkin perlu dinaik taraf dari segi saliran, dari segi menguruskan sistem pengairan kita ini, dia juga memberi gambaran bagaimana pembangunan itu perlu dirancang. Jadi sebab itu bila kita ada PISMA, memang kita mengharapkan dengan semua agensi-agensi yang terlibat sama ada pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya untuk mengambil maklum dan juga mengguna pakai kajian ini supaya seperti Yang Berhormat Pulai nyatakan untuk mengelakkan perkara ini terus berulang. Kerana kadangkala bila berlaku bencana, yang menjadi pertikaian adalah bila lagi projek pembangunan baru. Tetapi sebenarnya kaedah kita memajukan sesuatu kawasan itu juga perlu mengambil kira keperluan menjaga saliran kita.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Mersing.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, memandangkan isu muara cetek dan hakisan pantai terus meruncing sehingga menjejaskan rezeki nelayan dan juga sektor pelancongan. Apakah perancangan kerajaan melalui PETRA terhadap Kerangka Pelan Pengurusan Bersepadu Pesisir Pantai bagi mengenal pasti Projek Kawalan Hakisan Pantai dan Pemantauan Muara Sungai secara lebih berkesan?

Apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah muara Sungai Mersing?

Selain daripada kerja-kerja pengorekan, memandangkan Mersing ini dia terdedah dengan unsur yang lebih kerap dan kerja-kerja pengorekan ini akan membazir selepas musim tengkujuh. Adakah kerajaan bercadang untuk membina benteng pemecah ombak di muara Sungai Mersing? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Hari ini semua soalan pasal Johor. Cuma untuk pertanyaan Yang Berhormat Mersing, seperti yang kita tahu struktur ataupun muka bentuk bumi terutamanya termasuk di pantai, di muara dan sebagainya ada beberapa senario yang berlaku.

Satu kemungkinannya adalah proses yang berlaku secara semula jadi. Sebab itu kerana itu sediment yang dibawa daripada hulu akan dibawa ke hilir. Ada juga disebabkan oleh buatan manusia. Mungkin disebabkan pembangunan, mungkin disebabkan juga berlaku sesetengah perkara menyebabkan terbentuknya kecetekan di kawasan muara sungai.

Untuk persoalan spesifik sama ada sesuatu projek itu diangkat, kebiasaannya kementerian akan mengadakan proses libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk dengan pihak kerajaan negeri. Biasanya kerana seperti Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah terangkan di awal pagi tadi bahawa ada keperluan untuk

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

menetapkan keutamaan termasuklah wish list daripada negeri dan juga keutamaan dari segi teknikal dan sebagainya.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma untuk kes di Mersing ini saya akan semak dan kami akan maklumkan kepada Yang Berhormat Mersing. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Seterusnya Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor empat.

draft • 11:20 AM

4. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan dalam menangani isu keselamatan sempadan Malaysia-Thailand khususnya bagi membanteras kegiatan pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, senjata api dan barang bersubsidi melalui sempadan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua, sahabat saya Kota Bharu. Sebelum saya menjawab, sukacita saya hendak mengalu-alukan kedatangan Datuk Dr. Nor Fairuz Shazana binti Nor Fauzi, Presiden Alumni OUM dan delegasi Alumni Open University Malaysia di Dewan yang mulia ini.

[Tepuk] Yang Berhormat Kota Bharu, selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, KDN melalui Pasukan Gerak Am, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat secara langsung bagi penugasan di kawasan keselamatan sempadan Malaysia–Thailand dalam usaha untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, senjata api dan barang bersubsidi melalui sempadan Malaysia–Thailand.

KDN melalui PDRM telah mengambil beberapa langkah dengan memberi fokus aspek-aspek kawalan keselamatan sebagaimana berikut, Yang Berhormat. Pertama, kita memperkukuhkan operasi penguatkuasaan Ops Taring Wawasan adalah merupakan operasi penguatkuasaan sempadan secara berterusan di bawah PGA, PDRM di kawasan tanggungjawab (KTJ) yang telah ditetapkan melalui Jawatankuasa Perancangan Kebangsaan (JPGK) Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang meliputi kawasan sempadan Malaysia–Thailand di negeri Kedah, Perlis dan Kelantan.

Operasi tersebut melibatkan penugasan pegawai dan anggota Briged Utara, PGA bagi kawasan Perlis dan Kedah. Manakala Briged Tenggara PGA bagi kawasan Kelantan.

Berdasarkan statistik kita Yang Berhormat, PDRM dari tahun 2023 hingga 30 November 2024 melalui Ops Taring Wawasan telah merekodkan 3,397 kes dan 4,610 tangkapan dengan nilai rampasan sebanyak RM337.99 juta.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Antara kes-kes yang terlibat adalah melibatkan kesalahan berkaitan penyeludupan dadah, rokok, minuman beralkohol, petrol, diesel dan pendatang tanpa izin. Manakala dalam usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, PDRM turut bekerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa lain melalui seksyen 27 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Akta 670 iaitu Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk menjalankan operasi bersepadu secara berkoordinasi dan berkesan. Berdasarkan statistik kita Yang Berhormat, statistik pemerdagangan orang pada tahun 2021 hingga November 2024 telah merekodkan sebanyak 523 kes dan 1,091 tangkapan.

Kedua, kita naik taraf pos-pos keselamatan dan pemerkasaan aset strategik keselamatan. Kerajaan telah meluluskan peruntukan kepada PDRM khususnya bagi kerja- kerja pembaikan dan naik taraf pos-pos keselamatan sempadan PGA di Briged Utara dan Briged Tengah di bawah butiran kawasan sempadan utara Semenanjung Malaysia, Kementerian Ekonomi. Terdapat sebanyak 49 pos PGA di sepanjang sempadan Perlis, Kedah dan Kelantan yang kini di dalam tindakan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf pos-pos PGA di Briged Utara, Briged Tenggara dengan jumlah peruntukan yang diterima sejumlah RM9.84 juta.

Ketiga Yang Berhormat, kita gunakan teknologi ke arah memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negara PGA. PDRM turut telah mengguna pakai teknologi kamera litar tertutup (Border Surveillance System) di bahagian kawasan pagar dan tembok sempadan Padang Besar, Perlis.

Pada masa yang sama PGA PDRM dalam perancangan menggunakan teknologi dalam membuat kawalan risikan keselamatan di kawasan operasi. Sebagai makluman PGA juga telah luluskan peruntukan permohonan aset berteknologi di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke-12 bagi perolehan empat unit Drone Vertical Take-Off and Landing (VTOL) dengan kos sebanyak RM12 juta dan perolehan lima unit mobile surveillance thermal radar dengan kos RM7.5 juta di bawah RP 2, RMKe-12.

Kedua-dua aset ini penting dan sedang dalam proses pembekalan. Selain itu, ke arah kita hendak memperkasakan dan memperkukuh kawalan keselamatan sempadan, KDN dalam pelaksanaan kajian kebolehpembangunan sistem kawalan sempadan negara dengan jumlah peruntukan yang diluluskan pada tahun 2023 di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12 sebanyak RM500,000. Kajian dilaksanakan melalui pelantikan pasukan petugas penyelidikan daripada Universiti Awam yang telah bermula sejak 7 September 2023 dengan tempoh kajian selama 14 bulan.

Berdasarkan dapatan kajian tersebut Yang Berhormat, perancangan pembangunan sistem MVCS ini akan merangkumi sistem pengawasan terkini berdasarkan teknologi Artificial Intelligent (A.I) bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan. Proses kawalan pintar, penyebaran maklumat secara pantas dan masa sebenar (real time). Sedikit, sedikit, Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Pengawasan sepanjang masa yang meliputi sempadan darat dan Maritim Malaysia seperti menjaga keamanan dan kedaulatan. Penggunaan berasaskan teknologi A.I akan membolehkan kita mengesan objek yang dilaksanakan secara efektif di samping kita dapat mengesan penggera palsu serta dapat membantu pasukan keselamatan dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan kawalan di seluruh kawasan.

Selain itu yang terakhirnya ialah kita memantapkan kerjasama serantau. Kerjasama serantau itu tertumpu kepada peningkatan pengumpulan maklumat risikan sempadan, perkongsian maklumat antara negara jiran dan menggerakkan hubungan dua hala dengan negara-negara jiran dalam kerjasama menangani permasalahan di sempadan dengan mengadakan Mesyuarat Bilateral untuk membincangkan isu-isu semasa berlaku di sempadan.

Selain itu Yang Berhormat, terdapat mekanisme pengurusan keselamatan sempadan darat di bawah Majlis Keselamatan Negara melalui platform Jawatankuasa Dua Hala seperti General Border Committee (CBC) dah High Level Committee (HLC) antara Malaysia– Thailand yang mana KDN dan PDRM merupakan ahli tetap bagi kedua-dua jawatankuasa tersebut. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, sahabat saya Menteri Dalam Negeri dan terima kasih jawapan saya sudah dapat sudah yang bertulis walaupun lebih lima hari. Okey, saya merujuk kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tadi, saya memuji langkah kerajaan menubuhkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ataupun MCBA yang mana diketuai oleh seorang pegawai yang agak kanan yang antara yang kanan dalam PDRM.

Cuma, saya hendak tahu berapa anggota MCBA sekarang ini? Jawapan Menteri pada bulan lepas 78 orang. Walaupun sasarannya 13,420 orang [Ketawa] tetapi kalau 78 orang bagaimana kekuatan asetnya dan di pintu masuk negara yang mana yang dijaga oleh MCBA ini selain daripada KLIA, CIQ Johor Bahru, Rantau Panjang, Tanjong Pelepas dan Bukit Kayu Hitam.

Keduanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Kementerian Dalam Negeri, sejauh mana kah seriusnya pemerdagangan orang yang melibatkan rakyat Malaysia diseludup ataupun dibawa keluar negara. Sebagai contohnya dalam satu kes yang melibatkan seorang rakyat Malaysia yang kebetulan berkahwin dengan warganegara Nepal. Beliau telah dipujuk-pujuk dan dibawa lari oleh suaminya balik ke Nepal.

Dipaksa menjadi buruh paksa kemudian dituduh di mahkamah di Nepal kerana overstay.

Beliau masuk penjara 10 tahun. Baru sahaja dibawa balik ke Malaysia. Saya hendak tahu sejauh manakah keseriusan atau bilangan kalau boleh tahu pemerdagangan rakyat Malaysia ke luar negara. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

Ringkaskan jawapan ya.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih, Yang Berhormat.

Kita sedia maklum bahawa kerajaan melalui penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) telah pun ditubuhkan. Ia merupakan agensi kawalan barisan hadapan pintu-pintu sempadan negara dan pelabuhan yang bertanggungjawab untuk penugasan kawalan dan pemeriksaan secara bersepadu di pintu-pintu masuklah, darat, laut dan udara.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Rang undang-undang telah pun kita luluskan di Parlimen ini pada 1 Ogos lalu dan diwartakan pada 17 Oktober.

Pengoperasian setakat ini akan bermula pada 1 Februari 2025 yang melibatkan pengoperasian di 22 pintu masuk, 22 dan dengan ICQS Rantau Panjang sebagai lokasi operasi rintis yang bermula pada 1 Januari tadilah dan AKPS dijangka untuk mengambil alih operasi seluruh pintu masuk aktif yang berjumlah 114 pintu masuk pada Januari 2026.

Sebagaimana yang dimaklum dulu, kita masih lagi dalam proses untuk meningkatkan dari segi perjawatan dan sebagainya yang saya tidak ada angka yang tepat.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Satu lagi berkaitan dengan penangkapan pemerdagangan manusia tadi. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebenarnya bukan itu sahaja. Kita banyak kes-kes lain yang juga terlibat. Bagaimanapun saya akan bagi angka tepat dari segi jumlah tangkapan. Saya tidak ada angka di sini tetapi selain daripada penyeludupan orang, kita banyak lagi dadah, ketum, rokok, minuman keras dan sebagainya. Jadi saya ada angka-angka ini. Ini saya akan bagi maklumat secara bertulis.

Namun saya nak sebut, bagi statistik mangsa pemerdagangan orang ini. Kalau kita tengok bilangan kes daripada 2021 sehingga 2024, sebanyak 479 kes. Tangkapan daripada 2021 hingga 2024 ialah 911 tangkapan. Ini data sehingga Oktober 2024 Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Kuala Pilah.

draft • 11:30 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Speaker. Selain daripada agensi penguatkuasaan yang telah ditubuhkan dalam sidang ini, di Parlimen ini dan bakal berkuat kuasa pada tahun hadapan, awal tahun depan, adakah kementerian bercadang untuk memeterai dan menandatangani memorandum persefahaman dengan semua negara jiran yang bersempadan bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan yang tidak terkawal dan menjamin keselamatan dua hala setiap negara jiran. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa bagi kita memastikan kawalan sempadan kita benar-benar terjamin, saya nak sebut tadi bahawa kita memang ada kerjasama serantau yang melibatkan negara-negara lain.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Menjurus kepada soalan asal, saya nak sebut bahawa mekanisme pengurusan keselamatan sempadan negara di bawah Majlis Keselamatan Negara ini di bawah Jawatankuasa Dua Hala seperti saya sebutkan General Border Committee (GBC) dan High Level Committee di antara Malaysia – Thailand, di mana KDN dan PDRM merupakan ahli tetap bagi jawatankuasa tersebut.

Untuk jawatankuasa dua hala seperti General Border Committee ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan juga Menteri Thailand. Bagi High Level Committee ini dipengerusikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia bersama dengan Thailand di mana KDN dan PDRM adalah anggota tetap.

Ini menjurus kepada soalan asallah, hubungan kita dengan negara ini dan juga di negara lain juga kita ada jawatankuasa yang melibatkan kerjasama. Ini kerana penting kerjasama ini bagi kita mendapatkan maklumat perisikan dan isu-isu lainlah supaya isu-isu yang berkaitan dapat kita tangani dengan baik dan berkesan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjong Piai.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor lima.

draft • 11:30 AM

5. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Digital menyatakan pandangan kementerian berhubung penipuan e-mel dan serangan berasaskan e-mel yang membabitkan pelanggan, kakitangan dan pemegang kepentingan majoriti firma-firma terkemuka di Malaysia dan sejauh manakah usaha kementerian dalam meningkatkan perlindungan terhadap pancingan data (data phishing) dan menambah baik keselamatan siber di negara ini.

draft • 11:30 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang diajukan kepada Kementerian Digital.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital memang memandang dengan serius hal menangani peningkatan insiden penipuan e-mel dan serangan berdasarkan ataupun berasaskan e-mel termasuk pancingan data yang berupaya untuk menjejaskan keselamatan mana-mana organisasi sekiranya ianya tidak dibendung dengan baik.

Jadi untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Oktober tahun ini 2024, sejumlah 218 kes telah direkodkan dan 164 kes telah berjaya diselesaikan oleh CyberSecurity Malaysia dan ini di dalam had masa 24 jam, sebagaimana yang ditetapkan dalam prosedur yang sedia ada iaitu prosedur operasi standard yang telah pun digariskan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mempertingkatkan perlindungan terhadap ancaman ini, kementerian melalui agensi kita CyberSecurity Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik yang mana antaranya adalah seperti berikut:

(i) pelaksanaan program kesedaran yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang ancaman pancingan data, cara mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan dan amalan terbaik untuk keselamatan dalam talian;

draft • 11:30 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

(ii) penyediaan sumber dan program latihan keselamatan siber kepada individu dan organisasi mengenai bentuk ancaman siber selain meningkatkan protokol keselamatan siber dan strategi tindak balas;

(iii) CyberSecurity Malaysia memberi maklum balas pantas terhadap insiden keselamatan siber melalui Pusat Respons Kecemasan Siber 999 serta penyediaan laporan terkini mengenai ancaman siber;

(iv) bekerjasama dengan sektor swasta serta pakar keselamatan siber untuk berkongsi pengetahuan, meningkatkan kecerdasan ancaman instead intelligence Tuan Yang di-Pertua dan membangunkan penyelesaian inovatif untuk menangani pancingan data;

(v) pembangunan garis panduan dan penguatkuasaan peraturan yang memerlukan organisasi mematuhi langkah keselamatan siber yang ketat termasuk sasaran serangan pancingan data secara khusus;

(vi) pelaksanaan audit keselamatan siber kepada organisasi bagi menilai dan meningkatkan tahap keselamatan mereka; dan

(vii) jalinan kolaborasi dengan organisasi antarabangsa bagi berkongsi amalan terbaik dan kerjasama dalam memerangi ancaman siber pada skala global.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, pindaan telah pun dibuat ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta 709 yang telah diwartakan iaitu tarikh kuat kuasa 17 Oktober tahun ini, turut merupakan salah satu inisiatif Kementerian Digital bagi mengawal penipuan e-mel termasuk pancingan data. Antara punca berlakunya ancaman penipuan e- mel ini adalah disebabkan oleh pelanggaran data peribadi yang berlaku susulan daripada kurangnya kesedaran berhubung perlindungan data peribadi.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan baru pindaan akta yang sama turut meletakkan tanggungjawab kepada pemproses data untuk memastikan mana-mana organisasi menguatkuasakan langkah-langkah keselamatan yang lebih baik bagi mengurangkan risiko pendedahan data peribadi akibat serangan phishing.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali pihak kementerian melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi ataupun JPDP juga telah mewujudkan lapan tata amalan iaitu Tataamalan Umum dan tujuh Tataamalan Pengguna Data. Tata amalan ini telah menggariskan beberapa langkah keselamatan ICT yang perlu dipraktikkan oleh setiap organisasi yang berkenaan.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Tanjong Piai.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, bagaimanakah kerjasama antara ASEAN-Jepun dalam aspek standard keselamatan siber menjadi pemangkin kepada Malaysia bagi menjadikan kepakaran Jepun sebagai contoh pengukuhan kawalan siber

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

negara. Apakah bentuk kerjasama kementerian bersama agensi lain dalam modul Akademi Keselamatan Siber. Bagaimanakah sasaran fungsi akademi ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berkaitan dengan kerjasama. Yang Berhormat, apabila kita sebut berkenaan dengan cyber security ini, kerjasama ini adalah sangat penting khususnya dengan negara-negara lain yang mempunyai pengalaman berkaitan dengan apakah sebenarnya masalah boleh berlaku dan bagaimana kita boleh meningkatkan tahap keselamatan kita untuk memastikan bahawa kita dapat menyelesaikan masalah ini bergerak ke depan.

Berkaitan dengan kerjasama di antara ASEAN dengan Jepun dalam aspek standard keselamatan, Tuan Yang di-Pertua izinkan saya nyatakan kerjasama di antara ASEAN dan juga Jepun dalam aspek standard keselamatan siber memang menjadi platform strategik dan kita rasa ini boleh memacu Malaysia untuk memanfaatkan kepakaran Jepun sebagai satu rujukan dalam hal kita memperkukuhkan kawalan keselamatan siber negara.

draft • 11:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Izinkan saya menyatakan beberapa inisiatif antara ruang kerjasama tersebut seperti berikut. Pertama, kita lihat bagaimana kita dapat bekerjasama untuk pemindahan pengetahuan dan teknologi so transfer of knowledge and technology. Keduanya, kita lihat kepada standard-standard keselamatan siber yang wujud dan bagaimana kita dapat mengharmonikan standard-standard yang wujud dalam negara lain dengan apa yang kita ada di dalam negara kita supaya kita ini setaraf dengan keperluan standard-standard global.

Ketiganya, aspek pembangunan kapasiti dan latihan. Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana kita lihat – bergerak ke depan kita lihat banyak ancaman baharu yang wujud. Jadi kita kena pastikan bahawa kita ada kapasiti dan juga latihan supaya kita dapat menangani masalah keselamatan siber yang timbul dan bagaimana kita dapat mengehadkan masalah itu dalam masa depan.

Keempat Tuan Yang di-Pertua, aspek perkongsian data jadi aspek yang penting. Kita hendak memastikan bahawa semua negara ada maklumat berkenaan dengan ancaman- ancaman dan bagaimana kita dapat melaksanakan ataupun mewujudkan disebut sebagai standard-standard − memastikan bahawa ancaman tersebut itu dapat kita tangani. Akhirnya, kita juga mencontohi dasar dan strategi daripada negara-negara lain termasuk juga Jepun.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan Jepun juga bekerjasama dan menubuhkan Pasukan Ahli Tindakan Balas Kecemasan Komputer (APCERT) dalam secara luasnya Asia Pacific Computer Emergency Response Team.

Selain daripada itu Malaysia dan Jepun juga merupakan ahli The Forum of Incident Response and Security Teams ataupun dikenali sebagai FIRST. Selain jalinan kerjasama multilateral dalam bidang keselamatan siber bersama Japan IT Security Evaluation and Certification Scheme (JISEC) sebagai certificate authorizing members melalui common Criteria Recognition Arrangement (CCRA).

draft • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Modul Akademi Keselamatan Siber juga telah dibangunkan dengan kerjasama pelbagai kementerian bersama dengan agensi lain yang – ada butir-butir yang terperinci Yang Berhormat, yang ini panjang, saya minta supaya saya berikan secara bertulis. Kalau tidak ia akan mengambil masa cuma dia – tapi judulnya seperti berikut ianya, its cover kerjasama dengan kementerian- kementerian yang berkaitan penyelarasan yang diperlukan di antara agensi-agensi keselamatan negara dan of course kerjasama dengan sektor awam.

Saya akan – Tuan Yang di-Pertua dengan izin memberikan butir-butir ini kepada Yang Berhormat secara bertulis, kalau diizinkan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ya Bagan Serai.

draft • 11:40 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Menteri. Kejadian pancingan data ini sering melibatkan jaringan konspirasi antarabangsa. Maka sudah tentulah kita memerlukan kepada penglibatan kerjasama yang lebih luar dalam soal penguat kuasa firma- firma antarabangsa dan juga firma-firma teknologi untuk menangani perkara ini supaya lebih efisien.

Persoalan saya ialah, apakah respons pihak kerajaan terhadap cadangan supaya Malaysia menyertai satu inisiatif global seperti Budapest Convention on Cyber Crime untuk memperkukuhkan ataupun memperkuatkan undang-undang keselamatan siber negara kita dan bagaimanakah pula kerajaan memastikan firma-firma terkemuka di Malaysia pada hari ini dilengkapi dengan perlindungan teknologi supaya dapat menyekat perkara-perkara pancingan data ini tidak berlaku di dalam negara kita. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih sahabat saya daripada Bagan Serai. Aspek keselamatan ini memang kita lihat dari sudut apa yang diperlukan di dalam negara kita dalam masa yang sama kita juga lihat ancaman yang kita ada di negara-negara serantau khususnya Asean. Kemudian kita juga lihat lebih jauh aspek global.

Saya cukup setuju Bagan Serai perlu untuk kita pastikan bahawa kita sentiasa mengadakan perbincangan, dapat – supaya kita dapat tahu ancaman-ancaman yang sedia ada dan apakah sebenarnya ancaman-ancaman yang kita akan hadapi bergerak ke hadapan.

Dalam keadaan tersebut, saya ingin hendak menyatakan bahawa apabila kita mengadakan perbincangan dengan negara serantau, banyak standard-standard yang kita lihat daripada negara lain yang kita dapat menggunakan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan kita di Malaysia. Sama juga dengan negara lain, mereka juga tanya kepada kita apakah sebenarnya pengalaman kita, bagaimana mereka juga dapat meningkatkan standard keselamatan mereka.

Jadi, usaha untuk kita mengadakan gabungan dengan negara-negara lain untuk memastikan bahawa seluruh dunia atau setiap negara mempunyai standard-standard yang tinggi itu adalah satu usaha yang kita amat mengalu-alukan. Jadi, bukan sahaja satu yang disebut tadi, saya sebut secara am kita memang mengadakan langkah-langkah untuk

draft • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo

mengadakan perbincangan. Saya kerap kali bergerak ke Singapura misalnya di mana kita ada mesyuarat yang disertai oleh Menteri-menteri negara serantau dan juga peringkat global.

Kita bincang berkenaan dengan hal ini, bagaimana kita boleh meningkatkan aspek keselamatan. Kita tahu, kalau berlaku ancaman Yang Berhormat Bagan Serai, kadang- kadang ia bukan ancaman yang datangnya daripada negara kita, daripada luar juga kadang- kadang usaha ia bermula daripada negara lain.

Jadi, soal bagaimana kita dapat meminta bantuan untuk kita ini mengatasi masalah itu, menyiasat dan sebagainya, inilah aspek penting. So, it is cross border and it’s something that we have looking at. Jadi, saya cukup setuju dengan Bagan Serai. Aspek keselamatan ini kita memberi perhatian yang khusus, kita pastikan bahawa kita bekerjasama dengan semua untuk memastikan tahap keselamatan siber negara kita ini bukan sahaja setaraf dengan negara-negara lain peringkat global, tapi apakah perbincangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Malaysia juga terlibat dalam perbincangan itu dan we were lead in certain aspect moving a head. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat

draft • 11:40 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor enam.

draft • 11:40 AM

6. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan melihat keperluan supaya pengguna kad perubatan dan perlindungan Takaful boleh menukar operator Takaful mereka tanpa perlu kepada kiraan semula tempoh menunggu, seumpama proses Mobile Number Portability (MNP) di mana pengguna telefon bimbit boleh mengekalkan nombor mereka apabila bertukar penyedia perkhidmatan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Produk insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (Medical and Health Insurance Takaful) atau dengan izin MHIT adalah berbeza berbanding nombor telefon bimbit di mana produk MHIT melibatkan pengumpulan risiko jangka panjang dan keperluan tingkah laku pengguna yang ketat.

Tempoh menunggu bertujuan untuk mencegah penipuan atau penyalahgunaan iaitu mengelak pemegang polisi yang baharu dikenal pasti dengan keadaan perubatan mengambil kesempatan terhadap perlindungan insurans tanpa menyumbang kepada kumpulan risiko terlebih dahulu. Ini akan memudaratkan kos tuntutan dan premis atau sumbangan, seterusnya menjejaskan tahap mampu milik bagi pemegang polisi yang lain dan kesinambungan produk MHIT.

Bagi memastikan hak dan kepentingan pemegang polisi terjaga, Bank Negara Malaysia mengawal selia penggunaan amalan tempoh menunggu seperti yang berikut– Dokumen dasar perniagaan MHIT membenarkan tuntutan akibat kemalangan dibuat dalam waktu tempoh menunggu. Selain itu, tempoh menunggu tidak boleh melebihi 30 hari atau 120 hari untuk penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung dan tarikh polisi insurans dan takaful berkuat kuasa.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Garis Panduan Ketulusan dan Penzahiran Produk dan dokumen dasar perniagaan MHIT memerlukan syarikat insurans dan pengendali takaful atau ITO untuk menerangkan secara jelas tempoh menunggu bagi produk MHIT dalam lambaran penzahiran produk. Ini bagi memastikan pengguna maklum dan memahami tempoh menunggu sebelum membuat keputusan terutamanya apabila mempertimbangkan perubahan dalam perlindungan yang sedia ada.

Dokumen dasar layanan adil kepada pengguna kewangan turut menetapkan bahawa ITOS perlu memastikan kakitangan, wakil dan ejen mereka menilai sama ada produk kewangan adalah sesuai dengan objektif keperluan serta situasi kewangan pengguna.

Pengguna kewangan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup untuk memahami terma dan risiko utama produk atau perkhidmatan kewangan tersebut.

Ini membolehkan pengguna kewangan membuat keputusan yang sesuai mengenai produk MHIT yang selari dengan keperluan profil risiko dan keadaan kewangan mereka terutamanya sebelum mempertimbangkan untuk menukar kepada ITO yang lain. Namun kerajaan terbuka untuk mengkaji cadangan berkenaan kebolehgunaan produk MHIT secara mudah alih atau portability MHIT product dengan izin demi memastikan akses penjagaan kesihatan yang berterusan dan berkesan. Sekian terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tumpat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya faham bahawa ada beza di antara nombor telefon dan juga pelanggan takaful. Walau bagaimanapun, dalam prinsip konsep takaful, dia melibatkan prinsip Tabarru’ dan pengurusan risiko yang lebih kompleks yang perlu dikaji oleh pihak kerajaan. Dalam kes ini, kita melihat bahawa Akta Takaful telah diluluskan pada tahun 1984, sudah 40 tahun. Pada hari ini yang kita bincangkan ialah mencari penyelesaian yang lebih proaktif untuk manfaat pengguna bila mereka ingin menukar kepada IPO-IPO yang lain.

Di negara jiran kita, satu kajian telah dibuat untuk Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu ataupun integrated shield plan (IPS) supaya memberi peluang kepada pengguna- pengguna untuk menukar IPO sebagaimana mereka boleh menukar operator telefon dalam kes ini. Kita faham untuk waiting period memang ada untuk kemalangan 24 hours, untuk penyakit persekitaran one month, untuk yang lain selain daripada itu empat bulan. Tetapi, dalam kes bila mereka ada dalam satu takaful, mereka telah pun disahkan tidak ada apa-apa claim. Sebagai contoh, kita boleh bandingkan dengan NCD kenderaan. Bila kenderaan ada no claim discount (NCD), bila mereka beli, mereka dapat pengurangan. Tetapi, dalam kes kita ini bila mereka bertukar, mereka terpaksa menunggu balik contestable period itu dua tahun sedangkan kerja ini tak sepatutnya dibuat oleh operator takaful. Sepatutnya burden of proof pergi terus kepada underwriters. Jadi, saya mohon pihak kerajaan untuk mengkaji perkara ini kerana 40 tahun takaful kerana Malaysia bukan hanya menjadi peneraju kepada sistem kewangan Islam tapi juga kepada sistem takaful.

draft • 11:50 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, sudah sampai masanya untuk kita mengkaji dan mempunyai pelan ini kerana kita perlu memberikan manfaat kepada pelanggan, terutama di saat ini bila mana kemungkinan besar premium-premium takaful juga akan naik sebagaimana premium- premium insurans. Itu yang pertama.

Kedua, sering berlaku di mana peserta takaful...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB, pendekkan soalan YB.

draft • 11:50 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ya. Peserta takaful tidak dapat menggunakan kad perubatan mereka kerana hospital panel penuh. Jadi, dalam keadaan ini, apakah langkah kerajaan untuk memastikan operator takaful menjaga kebajikan pencarum seperti peserta tetap boleh mendapatkan rawatan segera melalui hospital bukan panel tanpa perlu pay and claim, advanced duit mereka terlebih dahulu atau mewujudkan sistem live dalam aplikasi untuk pelanggan-pelanggan dan peserta takaful menyemak kapasiti hospital panel? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Kita mengambil maklum akan faedah daripada pelaksanaan kebolehgunaan produk MHIT secara mudah alih (portability of MHIT products), dengan izin. Bagi membolehkan portability produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan dilaksanakan, kriteria yang diperlukan termasuk yang pertama mekanisme perkongsian data seperti perkongsian rekod polisi di mana maklumat yang tepat dan terkini mengenai sejarah tuntutan, pemegang polisi, tempoh menunggu yang dilalui dan manfaat yang dikumpulkan.

Mekanisme perkongsian ini yang disokong oleh infrastruktur teknologi yang mencukupi seperti pangkalan data yang membolehkan syarikat insurans dan pengendali takaful mengesahkan dan memindahkan maklumat pemegang polisi dengan selamat.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Juga, peralihan yang lancar semasa portability ini dilaksanakan terutamanya koordinasi antara syarikat insurans dan pengendali takaful untuk memastikan tiada jurang perlindungan untuk pemegang polisi semasa peralihan tersebut. Juga, ada tentang manfaat asas yang boleh dipindahkan seperti manfaat asas yang boleh dibandingkan dan dipindahkan antara syarikat insurans dengan pengendali takaful.

Juga, berkenaan dengan polisi yang melindungi pemegang polisi daripada amalan tidak adil semasa proses portability. Ini termasuk persetujuan mengenai bagaimana manfaat dan perlindungan sedia ada akan dikendalikan. Juga, mekanisme penyelesaian pertikaian yang sesuai yang menggariskan proses yang jelas untuk menangani aduan atau pertikaian berkaitan portability tersebut.

Buat masa ini, Bank Negara Malaysia dan industri insurans dan takaful akan mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam untuk memastikan akses penjagaan perubatan dan kesihatan yang berterusan dan berkesan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, saya jemput Kota Melaka.

draft • 11:50 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang kedua itu, satu lagi. Yang kedua, berkaitan dengan hospital tadi.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri boleh jawab secara bertulis sebentar lagi. Sila, Kota Melaka.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, kita ingin memberikan kepujian kepada Timbalan Menteri Kewangan atas isu berkaitan dengan kenaikan premium insurans perubatan. Ia satu isu yang hangat dibincangkan di mana kita lihat inisiatif daripada Timbalan Menteri Kewangan telah mengaturkan satu perbincangan dengan pihak Bank Negara pada November yang lepas.

Jadi, kita harap supaya Bank Negara boleh mengeluarkan satu polisi yang dapat mengatasi masalah ini.

Jadi, soalan saya adalah berkaitan dengan kenaikan premium insurans perubatan di mana salah satu daripada sebabnya ialah kalau berdasarkan kepada jawapan daripada syarikat insurans ialah kerana kos perubatan yang tinggi. Itu inflasi. Kos perubatan yang tinggi telah menyebabkan premium terpaksa dinaikkan. Jadi, saya nak tanya kepada pihak kementerian, apakah usaha Bank Negara Malaysia untuk mengatasi inflasi kos perubatan ini?

Soalan kedua saya ialah kita sering lihat apabila pesakit pergi ke hospital swasta, soalan pertama yang ditanya oleh pihak hospital swasta ialah sama ada anda ada insurans medical coverage tak? Kalau ada, bayarannya akan berbeza dengan kalau anda bayar dengan sendiri. Jadi, bagaimana kita nak mengatasi masalah ini?

Sekian, terima kasih. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Kerajaan peka tentang kebimbangan mengenai penentuan semula harga insurans dan takaful perubatan dan kesihatan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful yang telah memberikan impak terhadap pemegang polisi atau peserta takaful. Bank Negara Malaysia kekal komited bagi memastikan orang ramai terus mempunyai akses kepada produk insurans dan takaful yang bersesuaian.

Bagi menangani impak terhadap pemegang polisi atau peserta Takaful, Bank Negara Malaysia telah menghendaki ITO untuk menyemak strategi penentuan semula harga untuk memastikan pelaksanaan yang lebih wajar. Hal ini termasuk menguruskan secara berterusan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi atau peserta takaful.

Di samping itu, ITO dikehendaki menyediakan pilihan penyelesaian yang sesuai untuk pemegang polisi atau peserta yang sangat terkesan disebabkan oleh peningkatan premium atau sumbangan bagi terus mempunyai perlindungan insurans atau takaful. ITO juga perlu memastikan pilihan penyelesaian yang disediakan adalah bermakna dan menyediakan langkah-langkah tambahan untuk menyokong pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas.

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Industri insurans dan takaful juga telah menyatakan komitmen mereka untuk melaksanakan antara lain pelarasan harga semula secara berperingkat, mewujudkan talian hotline khusus untuk setiap syarikat dan program bantuan, menawarkan pelan pembayaran premium atau caruman yang fleksibel, menawarkan pilihan untuk pelan perlindungan yang berbeza dan melaksanakan mekanisme penyelesaian yang lebih berkesan. Butiran lanjut mengenai langkah-langkah ini akan diumumkan tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Dato' Ngeh Koo Ham, Beruas.

draft • 11:50 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor tujuh.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:50 AM

7. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah permohonan untuk kewarganegaraan Malaysia yang tertunggak pada akhir tahun 2022 dan berapa jumlah kes-kes tersebut yang telah diproses dan jumlah yang diluluskan sehingga hari ini; dan

(b) jumlah permohonan untuk kewarganegaraan Malaysia bagi tempoh 2023 sehingga bulan September 2024 dan berapa jumlah yang diluluskan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Beruas. Untuk rekod, dari 21 Disember 2022 hingga 27 November 2024, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan keputusan sebanyak 32,408 kepada permohonan kewarganegaraan di bawah pelbagai perkara. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut boleh merangkumi sama ada keputusan lulus atau gagal serta termasuklah permohonan yang diterima daripada tahun- tahun sebelumnya yang telah diberikan keputusan pada tahun 2024.

Perlu dijelaskan bahawa sekiranya suatu keputusan lulus telah dikeluarkan tetapi sijil kewarganegaraan masih belum dikeluarkan, rekod rasmi di Jabatan Pendaftaran Negara yakni JPN akan tetap menunjukkan status permohonan tersebut sebagai dalam proses.

Justeru, data yang dinyatakan dalam jawapan kepada soalan Yang Berhormat adalah khusus bagi permohonan yang diterima, diluluskan dan telah dikeluarkan Sijil Kewarganegaraan sepanjang tempoh 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 sahaja sebagaimana Yang Berhormat minta.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022, sebanyak 6,878 permohonan kewarganegaraan telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,286 permohonan kewarganegaraan Malaysia berstatus dalam proses dan 957 permohonan kewarganegaraan yang merangkumi semua perkara kewarganegaraan telah diluluskan berdasarkan pengeluaran sijil kewarganegaraan.

Bagi tahun 2019 sehingga 30 September 2024, Yang Berhormat, sebanyak 39,829 permohonan kewarganegaraan telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,018

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

permohonan kewarganegaraan Malaysia yang merangkumi semua perkara kewarganegaraan telah diluluskan berdasarkan pengeluaran sijil kewarganegaraan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Beruas.

draft • 12:00 PM

Datuk Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah zaman dulu, ramai anak-anak angkat dianak angkatkan oleh ibu bapa angkat mereka tanpa melalui proses pengangkatan melalui perintah mahkamah. Kerajaan telah melucutkan kerakyatan ramai anak-anak ini.

Saya nak tanya kerajaan, adakah polisi ini akan berterusan? Dan bagi mereka yang telah dilucutkan kewarganegaraan, adakah kerajaan akan memulihkan kerakyatan mereka?

Kerana, anak-anak ini keadaan mereka macam foundling di mana masa mereka dilahirkan, nama ibu bapa anak angkat dimasukkan terus dalam sijil kelahiran tanpa melalui proses mahkamah. Tapi, ini bukannya kesalahan mereka dan kebanyakan, yang saya tahu, dilahirkan oleh wanita rakyat Malaysia. Tetapi, sekarang ini kerajaan minta mereka tunjukkan mana ibu mereka selepas sekian lama pada umur 12 tahun nak buat kad pengenalan.

Bagaimana nak mencari mereka?

Jadi, ini sangat zalim, bagi saya, kerana anak-anak ini menjadi stateless dan diberikan kad hijau yang ada tempoh. Kalau habis tempoh, dikatakan hendak dihalau keluar dari Malaysia. Nak ke mana? Jadi, haraplah kerajaan bersimpati dan memulihkan kerakyatan mereka. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Beruas, perlucutan taraf kewarganegaraan, kita merujuk kepada status seorang sebagai warganegara ditarik balik atau dilucutkan oleh kerajaan berdasarkan sebab-sebab tertentu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlucutan kewarganegaraan hanya dilakukan dalam keadaan seorang individu itu telah memiliki kewarganegaraan negara lain. Dia ada warganegara lain atau mengguna pakai hak keistimewaan negara lain. Ia antara sebab. Dalam hal ini, ingin KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara tegaskan bahawa perlucutan taraf kewarganegaraan bagi anak angkat ini tidak pernah berlaku. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Ngeh Koo Ham

Tidak berlaku? Memang saya ada kes. Harap Menteri dapat pulihkan hak anak angkat ini untuk kes-kes yang akan saya bawa.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Besut.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Menteri ya, saya ingin merujuk kepada satu jawapan bertulis kepada soalan Kuantan tempoh hari mengenai dengan statistik. Dia ada tanya berkenaan dengan statistik kelulusan kewarganegaraan sehingga 1 Oktober. Dia minta sehingga 1 Oktober mengikut pecahan bangsa, negeri dan usia. Saya rasa tak perlu jawab secara sekaranglah. Saya rasa susah nak jawab ini. Secara bertulis boleh jawab.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh

Cuma, mengenai isu dengan 17,000 permohonan ya. Kalau ikut jawapan Menteri tempoh hari, dia kata setakat 25 Oktober 2024, sebanyak 20,446 permohonan telah dikeluarkan keputusan iaitu pencapaian 120.3 peratus.

Jadi, saya tak faham. Yang daripada 17,000 kah atau daripada 20,000 yang 120 peratus tersebut?

Seterusnya, saya ingin bertanya dari segi status pembangunan modul ujian bahasa Melayu ini. Sebab, kelulusan ini yang saya nak tahu, kelulusan setakat ini sama ada modul yang ada sebelum ini, adakah begitu ketat ataupun longgar? Sebab, kita lihat warganegara yang ada pun ramai yang tak boleh berbahasa Melayu, apa lagi warganegara yang diluluskan. Itu maksud saya. Makna, kita kena tekankan perkara ini dalam pemberian warganegara tersebut. Terima kasih Tan Sri.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri, kalau tak ada jawapan, bagi jawapan bertulis.

Kalau ada, jawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Statistik, Tan Sri, saya dah maklumkan tadi secara terperinci. Besok baca Hansard apa yang saya jawab tadi.

Cuma, saya nak ambil sikit, Yang Berhormat. Saya nak bagi prosedurlah. Untuk makluman, KDN telah mengambil beberapa langkah untuk kita perbaiki dan memendekkan tempoh pemprosesan kewarganegaraan.

Antaranya, kita telah mengeluarkan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan secara naturalisasi di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan pada 30 September 2024. SOP 19(1) ini akan berkuat kuasa bagi permohonan kewarganegaraan mulai Januari 2025. Melalui SOP baharu ini, proses permohonan dan tempoh pemprosesan adalah selama satu tahun, Yang Berhormat. Saya rasa ini akan lebih memudahkan.

Dan prosedur bagi permohonan di bawah Perkara 15A telah ditambah baik pada tahun 2020 iaitu dengan memendekkan tempoh proses permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara selama satu tahun kepada tiga bulan bagi permohonan yang lengkap diterima dan lapan bulan di KDN berbanding tiga hingga lima tahun sebelum ini.

Jadi, ini menunjukkan bahawa kita sentiasa proaktif dan mempermudah urusan- urusan yang berkaitan. Namun, soal-soal berkaitan dengan keselamatan negara sangat dititik beratkan kerana taraf warganegara, pemberian hak kewarganegaraan kepada mana-mana individu, ini anugerah tahap tertinggi kerajaan. Tidak dibuat secara sewenang-wenangnya, Yang Berhormat.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh

Menteri, saya...

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2024 dan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 seperti di nombor 1 hingga 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul- usul hari ini, selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 9 Disember 2024.” Terima kasih.

draft • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 12:07 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:07 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum kita lanjutkan kepada Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul, saya nak selesaikan sedikit masalah Pendang ini. Terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan Yang Berhormat Pendang di Dewan ini dan saya memandang serius mengenai perkara ini.

Yang Berhormat Pendang telah beberapa kali membuat perkataan-perkataan yang melanggar peraturan mesyuarat dan kemudian Yang Berhormat Pendang menarik balik kenyataan itu. Selain itu, Yang Berhormat Pendang juga pernah diarahkan keluar daripada Dewan beberapa kali disebabkan oleh kenyataan-kenyataan Yang Berhormat dalam Dewan ini.

Begitu juga isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang dalam Dewan ini pada 4 November 2024 berhubung RM94 juta yang dinyatakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM dijumpai di rumah mantan Menteri daripada DAP.

draft • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kenyataan yang tidak tepat itu hanya dimohon maaf dan ditarik balik selepas 14 hari dari tarikh kenyataan tersebut dibuat melalui surat kepada saya pada 18 November 2024.

Jadi, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat telah membuat open statement di sini memohon maaf ataupun di luar, saya tak tahu. Tetapi, ada surat kepada saya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Di sini saya mendapati bahawa permohonan maaf dan tarik balik oleh Yang Berhormat Pendang tidak dibuat dengan segera. Kini, saya pohon Yang Berhormat Pendang untuk tarik balik dan membuat permohonan maaf dalam Dewan ini mengenai isu itu sekarang.

Pendang, sila bangun dan make it open statement ataupun apa-apa yang Pendang hendak sebut. Silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menjelaskan kontroversi yang timbul ini. Saya hendak mula dengan dua potong ayat al-Quran, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Setiap kesusahan itu ada kemudahannya dan ditekankan sekali lagi, setiap kesukaran ada jalan penyelesaiannya. Insya-Allah, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya hendak membangkitkan perkara yang saya sebut pada dan surat yang saya hantar kepada Tan Sri Yang di-Pertua pada 18 November 2024, di mana saya menarik balik kenyataan itu dan saya menukarkan fakta yang salah itu daripada RM94 juta kepada RM97 juta dan daripada Menteri kepada pegawai Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang, Pendang. Nanti, nanti, nanti, stop. Isu yang kita bincang ini ialah satu kenyataan Pendang...

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, saya tarik balik yang itu.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebut yang itu sahaja, yang lain-lain saya tidak mahu dengar.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, sebut yang itu dahulu.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya sebut yang ini, daripada tarikh – dan melibatkan pada ketika itu saya menyebut Menteri yang dijumpai di rumah Menteri sebanyak RM94 juta. Fakta itu sebenarnya tak betul. RM97 juta dan bukan Menteri, kepada Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri yang disebut di dalam...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang, Pendang...

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ulang balik soalan. Saya ulang balik Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang sebut kata, “Saya dengan ini memohon maaf dan menarik balik kenyataan”. Itu sahaja.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak memohon maaflah.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain-lain itu cerita lain.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebut yang itu sahaja.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya dengan ini memohon maaf, menarik balik kenyataan saya pada tempoh hari. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila duduk. Sila duduk Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia dah provoke saya, saya sebut yang lain.

draft • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Ketawa]

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebutlah berapa banyak hang hendak bohong, kami hendak dengar.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Rasuah tetap berlaku.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tarik balik [Tidak jelas] lepas itu ulang lagi sekali.

Itu tidak ikhlas. Tak ikhlas Pendang. Bangun, tak berani.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebut lagi bohong, sebutlah.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, duduk, duduk, duduk, semua duduk.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini sebab neraka dia ada kunci ini Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Duduk, duduk.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Hai, dah tak cukup jari kah?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu lagi isu adalah Yang Berhormat juga pernah mengeluarkan ucapan negatif yang berkaitan dengan saya melalui hantaran video di aplikasi TikTok pada 18 Julai 2024 seperti yang telah diperincikan oleh saya di Dewan ini pada 6 November 2024. Walaupun saya telah mengemukakan surat kepada Yang Berhormat pada 22 Julai 2024 untuk menarik balik ucapan tersebut dan membuat permohonan maaf, tetapi hingga hari ini masih lagi belum ada tindakan Yang Berhormat.

Saya telah hantar surat kepada Yang Berhormat, saya juga telah minta SUDR jumpa Yang Berhormat. Saya juga telah minta Chief Whip bercakap dengan Yang Berhormat.

Sampai hari ini, Yang Berhormat tidak mengambil apa-apa tindakan. Kenyataan dan tindakan Yang Berhormat tersebut telah menghina Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang telah dipilih berdasarkan Perkara 57, fasal (1), Perlembagaan Persekutuan dan menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Kenyataan negatif Yang Berhormat menerusi video aplikasi TikTok itu bukan sahaja merupakan satu dakwaan yang sangat serius, tetapi juga telah menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan yang mulia ini. Memandangkan Yang Berhormat tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai Speaker, maka saya memerintahkan Yang Berhormat untuk keluar dari Dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan Peraturan Mesyuarat 44(2).

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Seorang Ahli

Selamat berehat.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Beluran.

draft • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee[Beluran]

Yang Berhormat, Perkara 44 Yang Berhormat, keputusan Speaker untuk menghalau, bukankah itu tertakluk kepada sifat dan

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee[Beluran]

kelakuan seseorang Ahli yang berada dalam Dewan ini? Yang itu Yang Berhormat Speaker rujuk adalah kenyataan di luar Dewan, dalam TikTok. Adakah Yang Berhormat menggunakan keputusan 44 Speaker untuk menghalau Dewan, perkara yang berlaku di luar Yang Berhormat? Is that proper?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya meneliti di luar, bukan dalam Dewan, di luar sahaja. Di luar Dewan, di Dewan, di luar Dewan sahaja.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat kata TikTok.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, di luar. TikTok menyampaikan maklumat itu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, kalau tindakan Yang Berhormat begini menghalau orang dalam Dewan kerana perkara yang berlaku di luar Dewan, sebahagian besar ini akan dihalau keluar oleh Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, nanti, nanti. Sebentar, sebentar, sebentar.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

That’s not proper Yang Berhormat. Tak proper. Seharusnya perkara kelakuan, perkataan, ungkapan dalam Dewan ini yang berlaku dalam Dewan ini, itu yang Yang Berhormat boleh gunakan kuasa di bawah 44 untuk menghalau orang.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Baik, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kalau ini dilakukan sebagai satu precedent, ini satu precedent yang luar biasa Yang Berhormat Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya hendak bagi Jelutong, kemudian Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, okey. Saya terikat.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, dalam TikTok itu, Yang Berhormat Pendang telah merujuk kepada perkara-perkara juga yang berlaku dalam Dewan dan merujuk kepada Tan Sri Speaker dan tindak tanduk Tan Sri Speaker mengendalikan prosiding Dewan. Saya lihat. Jadi, ada kena-mengena dengan prosiding dalam Dewan.

Tan Sri Speaker telah mengatakan bahawa Tan Sri Speaker telah beri dia peluang untuk meminta maaf, beliau tidak meminta maaf. Telah minta SUDR berjumpa dengan beliau, beliau tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak sedar dan tidak insaf tindakan menghina Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri Speaker...

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau perkara ini dibiarkan, semua akan buat perkara yang sama, menghina Tan Sri Speaker melalui TikTok.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik, Jelutong. Jelutong, saya hendak dengar dari Besut pula. Bekas hakim, silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih, okey. Kalau kita lihat...

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, ini tak payah dengarlah Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik. Duduk, duduk.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini tak payah dengar Speaker.

Speaker!

draft • 12:10 PM

Beberapa Ahli

Diamlah.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Siapa yang kurang ajar tadi?

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, 10 hari itu tak adil.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Siapa yang kurang ajar, kau diam!

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pada saya 10 hari itu tak adil, sepatutnya 60 hari! Sepatutnya 60 hari!

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya minta beliau digantung enam bulan!

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei Besut! Hei Besut!

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

10 hari tak cukup, enam bulan!

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hei, duduklah! This my floor.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut. Hulu Langat, Hulu Langat. Semua duduk.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, engkau ingat engkau sorang boleh menjerit? Apa?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk penukul]

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan kurang ajarlah, duduk!

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat. Besut.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa kurang ajar?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk penukul] Hulu Langat, Besut duduk. Duduk, duduk, duduk.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa? Hoi, Besut!

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat! Kejap, saya hendak buat keputusan.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey. Okey, okey, okey. Speaker arah, saya akur.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, duduk dahulu.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker arah, saya akur.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, duduk dahulu.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, okey.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, perangai, perangai...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut. Besut, Besut. Beluran nanti dahulu. Saya hendak dengar Besut sahaja, lain diam, lain diam, lain diam. Besut.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya ingin bertanya kepada Tan Sri...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut cakap elok-elok.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, sekarang Tan Sri merujuk kepada 44(2). Sudah pasti keputusan yang dibuat merujuk kepada 44(2). Kita tengok Perkara 44(2), “Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana Ahli yang berkelakuan yang tidak senonoh...” Satu, okey. “... atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat”.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betullah, dalam atau luar pun...

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bermakna menghina Majlis Mesyuarat.

draft • 12:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Termasuk, termasuk dalam atau luar. Tak kata dalam. Siapa kata dalam? Dalam atau luar pun boleh menghina.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik. Saya faham, saya faham. Sekarang saya bagi Pendang. Pendang pula. Besut duduk, Pendang pula.

draft • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, tak. Saya belum...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah habis, dah habis dah. Yang you refer pada 42, saya faham.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, Majlis Mesyuarat ya?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri di-Pertua. Saya menghormati Tan Sri di-Pertua. Cuma, saya masih lagi mengingat kenyataan Tan Sri Yang di-Pertua dalam Dewan ini juga. Saya tak peduli kenyataan di luar, tetapi kalau apa-apa yang berlaku dalam Dewan, itu adalah tanggungjawab saya. Jadi saya ingat lagi kenyataan Tan Sri sebab itu saya tak respons itu sebab di luar. Di luar Dewan ini. Ini juga saya terikat. Saya masih pegang ini kenyataan Tan Sri. Saya minta maaf. Sebab itu saya ucap terima kasihlah kepada Tan Sri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Pendang. Duduk, duduk, duduk. Saya hendak baca apa yang Pendang cakap. Saya baca, then semua kita matured, realize word by word. This is what exactly he said.

draft • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya baca ya, apa yang dia kata di luar sahaja. Di tempat minum tadi, dia keluar.

Kezaliman...

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tan Sri.

Sekejap, boleh tidak?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, saya hendak baca ini dulu, saya hendak baca ini dulu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebelum baca, sekejap.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak baca ini dulu. Saya hendak baca ini dulu.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baca, Tan Sri Speaker. Baca, baca. Kita dengar.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia sebut, “Kezaliman telah berlaku dalam Parlimen dan luar Parlimen. Dalam Parlimen sekarang sedang dikuasai oleh Tan Sri Speaker, melakukan kezaliman, bermula dengan Pendang, kemudian Machang dan seterusnya akan kezaliman ini kalau tidak dihalang daripada sekarang”.

Jadi, saya minta, yang halau dia keluar bukan saya! Yang halau dia keluar hari itu ialah Timbalan saya. Dia kerawit dengan saya ini apa fasal? Itu saya kata, saya minta SUDR pergi cakap kat Pendang, datang jumpa saya. Minta maaf, saya silap. Itu sahaja tapi tak buat.

Dia jumpa saya juga, dia tak minta maaf. Saya tunggu sampai hari ini, itu sahaja.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, boleh sekejap?

Ini perkara very fundamental.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seorang hakim tidak boleh menghakimi dirinya sendiri kerana kepentingan yang bercanggah, conflict of interest. [Dewan riuh] Saya mencadangkan untuk menjaga integriti Yang Berhormat Tan Sri, sebagai seorang Speaker yang dianggap sebagai seorang hakim kalau dalam undang-undang, tidak mengendalikan kes Tan Sri sendiri. Itu adalah kepentingan yang bercanggah. It is conflict of interest. Saya tidak menghalang benda ini tetapi mencadangkan biarlah Timbalan kepada Tan Sri untuk mengendalikan perkara ini.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri, untuk jawab Kota Bharu.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

It is a clear conflict of interest, under law.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya bagi Bangi pula. Sila Bangi.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri, saya dengar apa yang dikatakan oleh Kota Bharu tapi Kota Bharu mungkin lupa, dalam mahkamah kalau ada orang menghina mahkamah, menghina hakim...

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yes, contempt.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Hakim sendiri boleh ambil tindakan.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh ambil tindakan. Boleh ambil tindakan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini fundamental dan saya cuma nak katakan...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap. Tan Sri, mohon.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya jadi wakil rakyat sudah dua tahun Tan Sri tetapi setiap pertuturan saya, saya pastikan bahawa ada fakta dan saya hormat Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebab itulah kita jadi wakil rakyat, Tan Sri, malulah Tan Sri, kalau dah senior macam ini pun tidak hormat. Bukan hormat Tan Sri tetapi hormat your office, jawatan Tan Sri itu sendiri, Tan Sri. Saya fikir Tan Sri, apa yang Tan Sri lakukan adalah tepat dan kita harus bagi satu mesej kepada orang di luar sana, bahawa kita sebenarnya memelihara kesucian Dewan ini, Tan Sri Speaker. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri. Tan Sri Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Beluran, Beluran. Beluran pula, Beluran pula. Saya hendak dengar Beluran.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Bangi dia bangga duduk dua tahun dalam Dewan ini. Saya duduk di atas sana itu sepuluh tahun.

[Tepuk] Yang Berhormat Tan Sri, ada beberapa Ahli Parlimen di sini yang dirujuk dan digantung enam bulan, termasuk Yang Berhormat Gobin. Damansara.

Kes, bila kes Ahli Parlimen di sini yang melibatkan Speaker, lazimnya konvensyen yang dibuat oleh Dewan ini, Timbalan Speaker akan mempengerusikan Dewan, sebab kes dan fakta itu berlaku terhadap Speaker. Sebab itu setiap kali beberapa Ahli Parlimen di Dewan ini yang digantung, sama ada di bawah 27(1) ataupun di bawah Perkara 44, dirujuk kepada hak dan kebebasan, Timbalan Speaker yang duduk sana.

Sepanjang 10 tahun saya duduk di sana Tan Sri, semua kes Ahli Parlimen itu saya pengerusikan Dewan. Maknanya, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu, you should recuse yourself daripada isu ini.

draft • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Not true, tidak benar, tidak benar. Itu bukan kedudukan undang-undang.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Apatah lagi melibatkan kes yang di luar, yang berlaku di luar Dewan, dalam TikTok. It is subject kepada investigation. Yang Berhormat, saya okey, kalau ada di kalangan kami ini yang digantung enam bulan kah, tak apa tetapi mesti berasaskan kepada fakta dan proses dan prosedur yang betul, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya hendak bagi last Beruas, kemudian saya hendak buat keputusan.

draft • 12:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tan Sri Yang di-Pertua, saya dengan hormatnya tidak bersependapat dengan Kota Bharu dan Beluran. Dari segi undang-undang, apabila mana-mana hakim dihina, dicela, hakim itulah yang akan menegakkan. We called it the office of the court ataupun di sini, memastikan institusi Parlimen atau kehakiman itu dihormati oleh semua, bukan oleh mana-mana orang lain. So, dengan izin, we call contempt of court is decided by the judge himself bukan orang lain. Terima kasih, itu sahaja.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yes. Tan Sri Speaker...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya...

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri. Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Subject matter sini adalah Pendang menghina Dewan, bukan terhadap kepentingan Speaker.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bagi Pasir Gudang, bagi Pasir Gudang.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini mengelirukan.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, Speaker tidak perlu dan saya hendak tanya, saya hendak tanya.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak bagi Kampar, Kampar.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya hendak tanya, saya hendak tanya- nanti.

Saya hendak tanya kepada Kota Bharu. Kalau...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Kampar, Kampar, Kampar.

[Mengetuk tukul]

draft • 12:20 PM

Seorang Ahli

Hoi.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya hendak bagi peluang Kampar tetapi kena bercakap pelan-pelan, jangan laju.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, saya cakap pelan-pelan, okey. Tadi Kota Bharu kata, Speaker kena recused. Saya tanya sahaja. Kalau Pendang sekarang buat TikTok satu lagi, sekali hina tiga Speaker. Macam mana? Tak ada orang yang boleh menghakimi kah? Tidak betul.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya hendak beritahu, subject matter hari ini bukan terhadap – saya cakap pelan-pelan, okey. Subject matter hari bukan terhadap apa-apa kepentingan Speaker. Subject matter hari ini adalah terhadap Pendang yang menghina Dewan Rakyat dan ini penting kerana kita tak boleh biarkan mana-mana Ahli Parlimen...

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau ketiga-tiga itu, boleh bagi Paya Besar.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...sama ada dalam atau luar Parlimen, untuk menghina institusi Parlimen dan ini penting. Jadi, saya harap Tan Sri Speaker lakukan yang betul.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Okey, ini keputusan saya.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no. Ini keputusan...

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, bagi saya bagi penerangan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada dah, tak ada. Done, done, done.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tan Sri, bagi Pasir Gudang, Pasir Gudang. Pasir Gudang berdiri daripada tadi lagi.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, last Pasir Gudang. Okey, last.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Semua keliru.

draft • 12:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Dengan izin Tan Sri Speaker, saya ingin memberi jalan penyelesaian yang adil iaitu perkara yang serius ini demi menjaga nama baik, maruah, jawatan Speaker dan Dewan Rakyat dan Parlimen yang mulia ini, saya rasa

draft • 12:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

perkara ini kita bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk mendengar dan memutuskan supaya kita mengelakkan daripada tanggapan yang salah.

Dari segi perundangannya, saya lihat tidak manis dan cantik jika kedudukan Speaker sebagai individu, Speaker menjatuhkan hukum berkenaan diri sendiri. Yang kedua, sekiranya perkara ini yang sebenarnya berlaku di luar Dewan, ada remedi kepada diri Speaker iaitu boleh mengambil tindakan mahkamah, civil action dan sebagainya.

Tetapi untuk dalam Dewan ini, untuk dalam Dewan ini, untuk menjaga nama baik Dewan kita ini dan jawatan Speaker, kita rujuklah Pendang ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya Jawatankuasa itu yang akan memutuskan dan Speaker tidak terlibat.

Itulah pandangan saya, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya buat keputusan.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, peraturan. Tan Sri Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, cukup, cukup, cukup. Sit down, no more, no more.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

No more.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan, Tan Sri. Bagi jalanlah, peraturan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan apa lagi?

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya hendak beritahu sekarang...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, peraturan mesyuarat berapa itu?

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

44(2). Saya hendak beritahu 44(2) adalah perkara yang berlaku di dalam Dewan, yang di luar adalah melalui sama ada contempt, contempt of Parliament.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Besut, 44(2) tidak kata di sini “dalam Dewan”. Mana Besut nampak perkataan “dalam Dewan”? Tidak ada. Jangan mengelirukan Dewan.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hei, you diamlah! This is my floor.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12). Tidak ada perkataan “dalam Dewan”, tunjuk. Mana ada perkataan “dalam Dewan”? Tidak ada. Duduk, Besut.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan mengelirukan Dewan, tidak ada.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengelirukan Dewan.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini bekas hakim, hendak cuba mengelirukan Dewan Rakyat. Malu, malu.

draft • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Speaker, peraturan, peraturan.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tolonglah Tan Sri, tolonglah.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar...

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

44(2) tidak kata apa-apa “dalam Dewan”. Jadi, jangan hendak mengelirukan Dewan.

draft • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Speaker, peraturan dewan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ini ialah keputusan saya...

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya bagi jalan kepada Tan Sri.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Peraturan Dewan.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh cite for contempt, boleh cite for contempt. Parlimen dalam...

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri, Tan Sri Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak buat decision, saya hendak buat decision.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Speaker, Peraturan 44 boleh tak?

Saya minta direkodkan di sini ya. Ayatnya, “Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana Ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi”. Pertama sekali, hujahnya perkara ini perkara yang berlaku dalam Dewan. Kerana apa, Tan Sri? “...hendaklah memerintah mana- mana Ahli yang berkelakuan tidak senonoh...”. Kalau kita bawa keluar daripada Dewan, maknanya apa-apa perbuatan Ahli ini kat luar Dewan, Tan Sri boleh buat keputusan. Adakah begitu maknanya?

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Putrajaya, ada perkataan, “atau”. Ada perkataan, “atau”.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sekejaplah. Kampar!

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

“Atau” bukan perkataan yang menghina Majlis.

Baca baik-baik, baca baik-baik.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tidak payahlah kacau. Kampar.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ada perkataan “atau”, “atau”. Bermakna, apa-apa perbuatan yang menghina Majlis boleh diambil tindakan. Ini basic fundamental.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, duduk, duduk. Cukuplah, sekejap saya nak, okey, duduk.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sebab itu, Tan Sri Speaker, saya bersetuju dengan Beluran. Kita kena ada satu lingkungan yang jelas. Kalau tidak, selepas ini apa saja cakap di luar, apa saja perbuatan di luar, dia tetap tertakluk pada 44. Jangan ingat waktu kami...

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sekejap.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Cukup, cukup.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jangan ingat waktu kami di sini. Esok-esok pun akan berlaku sedemikian rupa. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Cukup, cukup. Jelutong, saya ada bill. Kita ada rang undang-undang yang banyak. Ini keputusan saya. Sit down, please.

draft • 12:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sit down, please. Sit down, please. Sebelum ini, Yang Berhormat Padang Serai pernah digantung selama enam bulan pada 14 November 2013 dan 19 Jun 2014 kerana telah mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertua Dewan Rakyat semasa dalam sidang media di Lobi Parlimen yang telah disiarkan dalam beberapa media.

Pada ketika itu, Yang Berhormat Beluran telah mempengerusikan Majlis Mesyuarat pada usul tersebut...

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Malulah, hoi.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

10 tahun berdiri, lupa. Lupa.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maka dengan ini...

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Beluran mudah lupa.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bangga 10 tahun.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Pendang digantung 10 hari mulai sekarang... [Mengetuk tukul]

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

10 tahun, 10 hari.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nasib baik Beluran bukan lagi Speakerlah. Malu, malu.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, malu ja. 10 tahun dah lupa.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya teruskan. Setiausaha, silakan.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya takkan jadi macam Beluran.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

No more [Mengetuk tukul]

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kampar ini budak kurang ajar ini.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Perkara lain, Yang Berhormat. Perkara lain.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no. Done.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hei Kampar, you diamlah. Ini orang lama semua ini.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, saya ada peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Hei, cakap tak serupa bikinlah, Beluran.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Malulah, Beluran.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan mesyuarat, Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangga dengan 10 tahun. Malu dengan junior dua tahun macam saya. Malulah.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Beluran, Beluran.

Mengelirukan Majlis, Beluran. Menipu. Mengelirukan Majlis dan menipu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, Padang Serai dibuat melalui usul, bukan macam ini...

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tindakan sama juga.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Betul ke? Check balik, check balik. Dah lupa ini macam mana?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Bukan macam ini. Bukan menggunakan kuasa...

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa lupa?

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

10 tahun jadi Speaker, lupa. Lupa.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan Mesyuarat 7, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Peraturan 43.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

44(3).

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kalau Yang Berhormat Speaker baca semua Perkara 7 ini. (1), (2), (3) Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Keputusan Yang di-Pertua itu muktamad. Kalau Beluran mahu, bawa usul.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, sebentar.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beluran, bawa usul.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya on peraturan mesyuarat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Peraturan Mesyuarat 43.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan Mesyuarat 7, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Keputusan Yang di-Pertua itu muktamad. Kalau tak setuju, bawa usul.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, keputusan telah dibuat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak, lain. Ini perkara lain. Perkara lain.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Keputusan telah dibuat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beluran, tolong bawa usul ikut peraturan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey...

[Mengetuk tukul] Baik, baik, baik. Saya tahu. I know, I know. I know you are going. But now, this is my final.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yes, betul.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please. Saya dengan ini invoke-kan Peraturan 99, 99A, 100.

Done. Habis.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betul.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya perkara lain.

draft • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua betul. Tuan Yang di-Pertua betul.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

I invoke that.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Apa yang berlaku dengan Pendang tadi...

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran sudah kantoi. Sila duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat. Kerana Speaker...

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Speaker pakai Peraturan 100. Duduk, Beluran.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Timbalan Speaker...

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan kacau lagi. Ini final. Peraturan 44, dia tak perlu usul. Jelas ini tak perlu usul. Ini 44(2) kuasa Speaker. Speaker sudah buat keputusan.

Duduk!

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Sudah, sudah.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini final. Keputusan muktamad. Muktamad.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya nak bagi cadangan, Yang Berhormat Speaker. Dengar saya.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Kampar duduk.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukup, cukup. Cukup, Beluran. Beluran Speaker sudah kantoi.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Baik, sekarang saya teruskan.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hoi, nak bersilat ke, Bangi? Silat di luarlah.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Habis. Setiausaha.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini, Tan Sri, saya ucap terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ucap terima kasihlah. Saya terima. Saya nak ucap terima kasih, nak keluarlah.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pendang, keluar. Keluar, Pendang. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

See you in 10 days time.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini, Tan Sri Speaker dah buat keputusan.

Saya terima. Saya nak ucap terima kasihlah atas keputusan ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

I accept this penalty.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan nak jadi herolah semua yang muda-muda ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebab itu...

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan jadi herolah muda-muda.

Duduk diam-diamlah.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita semua dah ada keputusan. Ini, Hulu Langat, sudah ada keputusan. Tak apa, bagilah peluang.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

10 tahun, 10 hari.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, kita semua duduk. Dah.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hei, hang itu baru masuk hari inilah. Nak mampuih dah hari itu ni...

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ini yang contohnya, saya kata...

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, ini Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pendang.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini, Speaker. Dia rasa dia tak mampus.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Saya tak dengar. Pendang...

[Mengetuk tukul]

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Speaker, ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Halau keluar, halau keluar.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bentara. Pendang, please, please. Bentara. Baik. Dah.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

[Bentara menuju ke tempat Yang Berhormat Pendang]

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, puak nak mampuih dah itu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah buat keputusan. Baik. Sesiapa― listen, listen. Sesiapa yang tidak faham lagi, saya dengan ini invoke Peraturan Mesyuarat 99, 99A dan 100.

Done. Apa-apa juga keputusan Speaker muktamad, okey.

Silakan, Setiausaha.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, pergi keluarlah. Duk apa lagi?

Keluar! Berambus, berambus.

draft • 12:30 PM
PENERANGAN DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA DI BAWAH P.M. 14(1)(l)
LAPORAN PAC BERHUBUNG LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa, please, please. Please, Besut. Please, Besut, duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

I can have the temper. Please, don’t challenge me. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi penerangan

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

berkenaan Laporan PAC berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Oleh kerana Pengerusi tak sihat, maka Pengerusi telah pun meminta supaya ― siapa yang akan beri ini?

Kampar.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kapar. Okey, Kapar.

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tak ada orang lain ke, Speaker?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kapar, silakan. Kapar ada...

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Baik. Bismillahi Rahmani Rahim.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kapar ada tujuh minit ya. Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya tarik baliklah.

Kalau Kapar, okey.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang bagi perbahasan Laporan Jawatankuasa PAC dan ini adalah kali kedua PAC diberi peluang untuk membahaskan laporan.

PAC telah membentang laporan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) (D.R. 41/2024) di Dewan Rakyat pada 19 November 2024 dan ini adalah laporan yang ke-19 untuk tahun 2024.

Tujuan PAC memilih tajuk ini yang dilaporkan dalam LKAN Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 adalah atas kepentingan memastikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa terbela, selain isu peletakan jawatan tiga pegawai pengurusan tertinggi LTAT iaitu mantan Pengerusi, mantan Ketua Eksekutif dan mantan Pengarah Kanan Strategi pada Januari dan Februari 2024.

Empat prosiding telah diadakan iaitu dua pada 20 Jun 2024 dan dua pada 7 Ogos 2024, di mana Yang Berhormat Menteri Pertahanan turut dipanggil sebagai saksi bagi membantu PAC melengkapkan laporan ini. Selain YB Menteri Pertahanan, PAC turut memanggil Ketua Audit Negara, Ketua Setiausaha MINDEF, Timbalan Ketua Setiausaha

(Pengurusan) MINDEF, Ketua Eksekutif LTAT, mantan Pengerusi LTAT, mantan CEO LTAT, mantan Pengarah Kanan Strategi LTAT untuk memberi keterangan.

Selain itu, PAC turut meneliti pencapaian objektif penubuhan LTAT, pematuhan terhadap undang-undang, perjanjian dan peraturan yang berkuat kuasa.

Saya pasti YB-YB telah membaca laporan ini. Rumusan dan syor yang telah dibuat oleh PAC boleh dirujuk di dalam laporan berkenaan. Saya menyeru orang ramai untuk membaca laporan tersebut yang boleh dimuat turun di pautan rasmi PAC Parlimen.

Ketika sesi pra prosiding dan melalui maklum balas awal pihak LTAT, PAC telah dimaklumkan mengenai isu berhubung penjejasan nilai, dengan izin, impairment yang tidak dibuat adalah disebabkan penggunaan piawaian yang membenarkan LTAT untuk tidak membuat penjejasan nilai. Namun, PAC dimaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara tidak

draft • 12:36 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

bersetuju dengan penggunaan piawaian yang tersebut memandangkan LTAT menguruskan caruman Angkatan ATM dan penjejasan nilai seharusnya dilakukan.

Seterusnya, PAC juga dimaklumkan mengenai isu berhubung dengan pembayaran dividen pencarum menggunakan keuntungan bukan tunai. PAC telah dimaklumkan bahawa perkara ini telah menjadi amalan semenjak tahun 2020. Walaupun LTAT memaklumkan bahawa nilai nisbah solvency buku LTAT adalah mencukupi, perkara ini adalah tidak sihat dan dikhuatiri akan menyebabkan LTAT menghadapi masalah kecairan tunai sekiranya terus dilakukan masa hadapan.

Isu utama yang ditemui oleh PAC dalam prosiding adalah portfolio pelaburan LTAT yang terlalu terdedah dan bergantung terhadap keuntungan dan prestasi Boustead Holdings Berhad yang juga merupakan syarikat subsidiari milik penuh LTAT. Ini jelas dilihat melalui komposisi pelaburan aset di bawah urusan LTAT berjumlah RM11.5 bilion di mana 60 peratus daripada jumlah tersebut adalah pelaburan terhadap Kumpulan Boustead.

draft • 12:36 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, bagi tempoh 2017 sehingga 2022, terdapat RM1.3 bilion dividen yang diterima hasil pelaburan LTAT. Hanya RM426 juta atau 32.8 peratus daripada jumlah dividen disumbang oleh Boustead. Disebabkan kebergantungan ini, Boustead dilihat sebagai satu bom jangka (ticking time bomb) yang akan mengheret pelaburan LTAT jika tiada tindakan pembetulan (corrective measures) diambil LTAT. PAC ingin mengingatkan semua pihak bahawa LTAT ialah sebuah dana atau tabung persaraan ATM dan bukan satu dana pelaburan strategik. Sebagai tabung persaraan, sebahagian besar daripada pelaburan LTAT perlu bersifat mudah cair bagi membolehkan dividen dibayar secara konsisten.

Tuan Yang di-Pertua, pada Julai 2023, pihak pengurusan LTAT sebelum ini telah merangka dan mula melaksanakan pelan yang dianggap paling praktikal daripada perspektif LTAT untuk menyusun semula komposisi portfolio pelaburan LTAT serta menyelesaikan isu keberhutangan dan kestabilan aliran tunai Kumpulan Boustead dan ini dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan sebelum ini.

Namun, pelan ini telah dihentikan oleh YB Menteri Pertahanan terkini pada Disember 2023. PAC tidak mahu mempertikaikan keputusan ini. Dalam prosiding, Menteri Pertahanan menjelaskan bahawa beliau memperoleh maklum balas daripada pihak pengurusan Boustead dan inginkan satu pelan alternatif untuk diangkat bagi kelulusan di peringkat Kabinet.

Berikutan itu, PAC ingin membangkitkan kebimbangan jawatankuasa ini terhadap beberapa perkara mengenai LTAT. Sudah lebih 10 bulan berlaku sejak Pelan Strategik 2023 – 2025 dihentikan, namun belum ada sebarang pelan alternatif yang diumumkan. Kelewatan ini mendedahkan LTAT secara berterusan kepada rosot nilai (impairment) yang sudah berlarutan sejak lima tahun yang lalu.

Pendedahan kepada risiko kebergantungan kepada syarikat Boustead tanpa program penyusunan semula yang komprehensif ini membantutkan transformasi LTAT untuk

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

menjadi tabung persaraan yang mampan dan mampu menjana dividen yang kompetitif secara konsisten.

Tambah sikit lagi, Speaker. Dalam prosiding yang lalu, Menteri Pertahanan memaklumkan bahawa beliau menghentikan pelaksanaan Pelan Strategik 2023 – 2025 dan penstrukturan semula Boustead dengan alasan bahawa beliau tidak setuju dengan pendekatan penjualan saham dalam beberapa syarikat Kumpulan Boustead termasuk pelan kerjasama LTAT bersama KLK dan tindakan ini memberi isyarat bahawa pengurusan LTAT boleh mempengaruhi serta menentukan hala tuju dan pendekatan pelaburan LTAT dan menjejaskan pelaksanaan transformasi LTAT. Justeru, LTAT perlu diberi ruang seluas- luasnya menentukan pendekatan terbaik yang boleh memastikan kelangsungan LTAT sebagai tabung persaraan.

Satu muka surat lagi, Speaker. Seminit.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Selain itu, PAC mendapati terdapat beberapa urus niaga penjualan aset yang sedang dilaksanakan tetapi tidak diumumkan secara terbuka oleh Boustead. Terbaharu, EcoWorld mengumumkan urus niaga pembelian tanah milik anak syarikat Boustead bernilai RM742 juta yang bakal menjana nilai pembangunan sehingga RM4.6 bilion kepada EcoWorld.

PAC juga dimaklumkan tentang pelan penjualan tanah ladang milik Boustead Plantations Berhad di Batu Kawan, Pulau Pinang kepada syarikat Ideal Properties Berhad.

Di bawah pelan penstrukturan Boustead yang dihentikan, kedua-dua tanah ladang ini telah dicadangkan untuk dikekalkan dalam syarikat Boustead Properties Berhad yang dimiliki oleh LTAT.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh mencelah? Tan Sri, boleh mencelah?

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Nanti dulu kot?

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh Tanah Merah nak mencelah? Boleh?

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Nanti dulu kot ini.

[Ketawa]

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak beri, dia tak beri.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Selepas ini ya?

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Adakah penjualan tanah dan aset ini pendekatan terbaharu penstrukturan semula Boustead bagi menjana aliran tunai dan mengurangkan keberhutangan Boustead? Jika ini langkah penyelesaiannya, PAC berpandangan bahawa pendekatan ini bersifat jangka pendek, akan menjejaskan nilai aset LTAT dan tidak akan merungkai permasalahan LTAT untuk tempoh jangka panjang. Perkara ini adalah bertentangan dengan kedudukan yang telah diambil Menteri berhubung pelan strategik yang dihentikan yang turut disifatkan juga sebagai solusi berjangka pendek.

Yang lebih membimbangkan, sikit lagi Tuan Speaker. Strategi penjualan aset ini dilaksanakan secara senyap tanpa pengetahuan umum. Ini berbeza dengan strategi

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

penstrukturan semula pegangan saham LTAT di bawah Pelan Strategik 2023 – 2025 yang diumumkan secara terbuka dan dibahaskan secara umum. Justeru, PAC berharap...

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Kapar. Kapar, nak minta laluan.

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Boleh Speaker?

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sat lagi. Ada pembahas lain masuk, pembahas lain.

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey. Justeru, PAC berharap apabila MINDEF dan LTAT dalam prosiding tindakan susulan tahun depan, bersedia dengan maklum balas sewajarnya berhubung isu-isu yang berbangkit di samping syor yang telah dikemukakan jawatankuasa ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk penggulungan bagi penerangan mengenai Laporan LTAT ini akan dibuat oleh rakan saya, Yang Berhormat Shah Alam. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Kapar. Betul ya, Kapar ya? Ahli Yang Berhormat...

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Speaker, lain kali kalau nak cakap Kampar, cakap ‘Kam’ dulu baru ‘par’. Kapar itu laju saja, Kapar.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, baik Kapar. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Kapar tadi, salah seorang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Saya dapat empat permohonan di sini. Jelutong, Lumut, Batu Pahat dan Tangga Batu. Setiap ahli ada tiga minit, saya mulakan dengan Jelutong. Silakan, Jelutong.

draft • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Selamat pagi. Salam Perpaduan, salam Malaysia MADANI. Saya mendengar dengan tekun penjelasan yang telah diberikan. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang telah menghalusi perkara-perkara yang melibatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Cumanya pada masa yang sama, saya rasa sebagai Backbencher Ahli Parlimen kerajaan, saya menyokong penuh pembentangan laporan ini dalam Dewan yang mulia ini di mana kita membincangkan dengan secara terbuka perkara-perkara yang telah diiperhalusi dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Saya cuma ingin menyatakan bahawa selalunya apabila kita membahaskan perkara- perkara yang melibatkan laporan-laporan dan juga perincian dan pendapat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, tindakan susulan juga perlu diambil untuk memperbaiki apa-apa kelompangan, ketirisan yang berlaku ataupun ketidakpatuhan. Cuma kalau kita hanya membahaskan sahaja di Dewan yang mulia ini dan tidak ada sebarang tindakan susulan diambil bagi kita memperbaiki kekurangan, ketirisan, apa-apa salah yang berlaku dalam tatakelola, saya merasakan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak akan berguna kita berbahas berulang kali.

draft • 12:46 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin kembali kepada isu HRD Corp. Kita membahaskan di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Kapar tahu. Pelbagai perkara telah kita rungkai, pelbagai kebocoran telah kita lihat tetapi apakah tindakan susulan yang diambil? Kalau tidak ada sebarang tindakan susulan diambil sama ada oleh kementerian, oleh pihak jawatankuasa yang terlibat, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, kita melihat bahawa tidak ada sebarang keputusan dan hanya sekadar membahaskannya sahaja dalam Dewan yang mulia ini. Memang ianya perlu dibahaskan tetapi apakah tindakan susulan?

Jadi saya mencadangkan, Tan Sri Speaker, selepas sesuatu rumusan dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, kita juga perlu meminta supaya kementerian kembali untuk melaporkan perkara-perkara yang melibatkan ketirisan ataupun kesalahan yang telah dilakukan. Saya minta supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara termasuklah...

draft • 12:46 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jelutong, sekejap ya.

Boleh? Sekejap. Tan Sri, saya menyokong penuh apa yang disarankan oleh Jelutong sebab kalau tidak, kita ini ibarat macam anjing menyalak bukit. Useless, tak ada apa-apa. Hanya bahas, bahas. Habis itu, tutup macam itu sahaja. Jadi, apa yang disarankan oleh Jelutong sangat baik. Saya harap boleh dipertimbangkan oleh Tan Sri. Terima kasih banyak.

draft • 12:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:46 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Jadi saya menggunakan kesempatan ini, pertamanya, keterbukaan kerajaan untuk membenarkan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dibahaskan adalah sesuatu yang perlu dipuji. Di bawah kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun, ini adalah kali ketiga atau kali keempat kita membincangkannya dengan secara terbuka tetapi saya menyarankan bahawa perlu ada tindakan susulan yang diambil.

draft • 12:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:46 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sama ada oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk meminta pihak-pihak berkenaan melaporkan adakah perkara- perkara yang disarankan itu telah dilaksanakan ataupun tidak. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:46 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Satu cadangan yang baik. Seterusnya saya jemput Lumut. Silakan. Tiga minit, Lumut.

draft • 12:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Yang di- Pertua. Tahniah saya syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kapar yang telah menyampaikan taklimat yang tuntas mengenai LTAT, juga kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PAC yang telah menyediakan Laporan LTAT.

Saranan daripada Jelutong tadi mengenai syor oleh PAC itu memang ada dalam laporan. Tindakan perlu diambil, ia akan mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Pertahanan dan juga LTAT itu sendiri. Untuk makluman Ahli Dewan, LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menguruskan dana wang caruman anggota angkatan tentera

draft • 12:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

dan menyediakan kemudahan Skim Simpanan Persaraan untuk pegawai dan anggota angkatan tentera itu sendiri.

Saya mulakan dengan tiga soalan. Adakah Pelan Transformasi LTAT dan Boustead yang terbaru hanya melibatkan penjualan aset secara senyap? Apakah nilai yang diberikan oleh Boustead kepada LTAT yang melayakkan Boustead terus kekal sebagai syarikat pengantara LTAT dan aset yang menjana pendapatan?

Di dalam pembentangan Pelan Strategik LTAT 2023 hingga 2025 yang dihentikan oleh Menteri Pertahanan, LTAT telah melaksanakan due diligence dengan Syarikat Saudi Aramco untuk mewujudkan joint venture iaitu melalui pegangan minoriti Aramco di dalam Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd atau dikenali dengan BHPetrol.

Bagi meningkatkan nilai dan prestasi Syarikat Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, kenapa Menteri Pertahanan menghalang cadangan ini yang sudah tentunya akan memberi nilai komersial kepada BHPetrol dan nilai strategik kepada negara. Malah cadangan ini diganti pula dengan cadangan penjualan saham majoriti kepada syarikat tempatan yang bukan dari industri minyak dan gas.

Seterusnya, saya menekankan bahawa saranan PAC bahawa keputusan menghentikan Pelan Penstrukturan Semula Portfolio Pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu telah membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT di bawah Pelan Strategik LTAT 2023-2025. Ini yang menyebabkan tiga kakitangan utama LTAT iaitu pengerusi, ketua eksekutif dan pengarah kanan strategik telah meletak jawatan.

Oleh itu, saya menyambut baik syor daripada PAC supaya penstrukturan semula pegangan LTAT dalam Boustead Holdings dilaksanakan segera. Apa-apa strategi yang ingin dilaksanakan, pelan penstrukturan baru ini perlu menumpukan kepada matlamat untuk memastikan kelangsungan LTAT untuk tempoh jangka masa panjang sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan strategik dan Project Moonshot.

Project Moonshot adalah pendekatan penstrukturan semula pegangan saham terhadap enam syarikat strategik iaitu Affin Bank Berhad, Boustead Plantation Berhad, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Pharmaniaga, Boustead Heavy Industries Corporation dan Boustead Properties Berhad. Justeru itu, saya ingin menyatakan kebimbangan saya dengan isu penjualan tanah Boustead Plantation Berhad dan Boustead Property Berhad yang dibangkitkan oleh PAC.

Pendekatan penjualan tanah yang sering diamalkan oleh Boustead sebelum ini bagi menjana modal dan mendapat keuntungan hanya bersifat jangka pendek. Ini bertentangan dengan strategi dan matlamat jangka panjang LTAT di bawah pelan strategik sebelum ini yang melihat Boustead sebagai portfolio pelaburan utama LTAT yang perlu diselesaikan secara komprehensif.

Saya menggesa supaya pendekatan jangka pendek ini dihentikan. Kementerian Pertahanan perlu memberi peluang seluas-luasnya kepada LTAT untuk menentukan apakah strategi terbaik untuk tabung persaraan termasuk potensi merombak semula pegangan mereka di dalam Boustead seperti mana disyorkan oleh PAC. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Lumut. Saya jemput Batu Pahat. Tiga minit.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya bangun hari ini adalah untuk menyuarakan keprihatinan terhadap isu-isu yang melibatkan anggota tentera kita, pesara dan institusi seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Sebagai sebuah institusi yang seharusnya menjadi benteng kebajikan dan kestabilan ekonomi anggota dan pesara tentera, LTAT mestilah diperkukuhkan dan diuruskan dengan lebih berintegriti serta berkesan.

Pertama sekali, kita harus mengutamakan kebajikan anggota tentera yang masih berkhidmat dan juga mereka yang telah bersara. Anggota tentera adalah benteng utama pertahanan negara. Mereka bertarung nyawa untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Namun, apa yang berlaku hari ini, ada pesara tentera yang menghadapi kesulitan hidup selepas tamat perkhidmatan. Mereka berjuang untuk negara tetapi terpaksa berjuang pula untuk kelangsungan hidup. Tan Sri Yang di-Pertua, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Kita mesti meningkatkan bantuan kebajikan kepada mereka termasuk menyediakan skim pencen yang lebih adil dan skim bantuan perumahan yang lebih komprehensif.

Saya juga ingin menyentuh soal keperluan untuk merangka pelan pemulihan yang jelas bagi LTAT. Institusi ini memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan kewangan anggota dan pesara tentera. Namun kita tidak boleh menafikan bahawa LTAT kini menghadapi pelbagai cabaran termasuk pergantungan kepada beberapa pelaburan dominan.

Ketergantungan kepada satu atau dua pelaburan utama seperti ini adalah risiko yang sangat besar, seperti yang kita pelajari daripada krisis ekonomi semasa pandemik COVID- 19. Sekiranya berlaku kejatuhan ekonomi lain, LTAT mungkin tidak dapat mengekalkan prestasinya apatah lagi melindungi dana ahli. Oleh itu, strategi pelaburan yang lebih pelbagai dan berdaya tahan mesti digubal segera.

Tan Sri Yang di-Pertua, apa yang lebih mengecewakan ialah isu ketirisan dan salah guna kuasa yang melibatkan projek-projek besar yang berkaitan dengan pertahanan seperti skandal projek kapal tempur pesisir LCS. Ketirisan ini bukan sahaja menghakiskan kepercayaan rakyat kepada institusi kerajaan malah menjejaskan kesiapsiagaan pertahanan negara.

Oleh itu, saya mendesak kerajaan memastikan tatakelola yang lebih ketat di LTAT dan kementerian berkaitan. Audit bebas mesti dijalankan secara berkala untuk memastikan pengurusan yang cekap dan berintegriti. Kita tidak boleh lagi membenarkan kelemahan pengurusan atau salah guna kuasa berulang.

Akhir sekali, sebagai sebuah negara yang menghormati jasa wira-wira kita, kita bertanggungjawab memastikan kebajikan mereka terpelihara bukan hanya semasa mereka berkhidmat tetapi juga selepas mereka bersara. Institusi seperti LTAT mesti diletakkan di

draft • 12:53 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

landasan yang betul untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan cekap demi kepentingan anggota dan pesara tentera. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan di Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama memperjuangkan isu ini. Jangan biarkan jasa mereka dilupakan.

Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 12:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terakhir saya jemput Tangga Batu.

draft • 12:53 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Agak memilukan bila kita melihat Laporan PAC yang berkaitan dengan LTAT kerana kita tahu LTAT ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan pesara tentera di mana mereka menyumbang kepada LTAT.

Isu LCS dan Pharmaniaga menjadi pembuka mata terhadap prestasi perniagaan LTAT. Tetapi masalahnya apa yang berlaku pada LCS dan mereka yang terlibat seperti yang dibongkarkan sebelum ini. Pihak ketiga external party Menteri pada waktu lembaga pengarah dan pengurusan. Apakah status penyiasatan dan adakah benar berlaku penyelewengan seperti yang dibongkar oleh Rafizi sebelum ini?

Apa yang berlaku dengan Bplant, Boustead Plantation setelah LTAT menjadikannya sebagai sebuah syarikat private, bagaimana dengan prestasi dan keadaan kewangan?

Apakah jumlah pinjaman dan bagaimana LTAT akan membayarnya? Kita masih ingat apabila kita berbahas di Parlimen ini mempertahankan Boustead Plantation daripada dijual 33 peratus sahamnya kepada Kuala Lumpur Kepong Berhad.

Ketiga, adakah LTAT tidak mempunyai equity team yang berdaya saing sehingga mempunyai pegangan saham yang lemah dan mempunyai carrying losses dengan izin in the book? What are the portfolio strategies dengan izin, yang digunakan? And going forward, bagaimana isu equity investment non-performance dapat diperbetulkan?

Dari segi financial restructuring LTAT, bagaimana the financial restructuring ini refinanced by LTAT. Apakah penjualan non-strategic asset dilaksanakan dan apakah non- strategic asset yang saya sebutkan tadi? Kita agak sedih bila kita diberitahu bahawa Projek Moonshot yang telah dirangka bagi memperbetulkan keadaan kewangan LTAT ini diberhentikan oleh Menteri Pertahanan sendiri. Apakah cara strategi aset to be restructured into the six different entities dan business. Adakah cara jualan, swap dan sebagainya digunakan? Adakah pinjaman akan dibuat? Jika ya, bagaimana pembayaran balik akan dilakukan?

Dari segi fokus, bila dan bagaimana LTAT boleh turn around dan apakah stakeholder expectation especially dividends return to LTAT members?

draft • 12:57 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Bagaimana dan cara untuk pastikan perkara yang sama tidak berlaku, apakah ada risk mitigation ataupun corporate governance structure yang baharu dan yang terakhir, legal action and recovery to be done especially...

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tangga Batu boleh mencelah?

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

... on LCS cases – sikit lagi – seperti yang dilakukan dalam kes 1MDB perlu diberi maklum kepada Parlimen setiap perkembangan kes ini. Silakan.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Tangga Batu.

Saya percaya kita hendak LTAT ini merupakan, mengamalkan amalan pelaburan mengikut amalan terbaik sebagai tabung persaraan. Kita hendak suruh mereka kukuhkan tadbir urus LTAT kerana LTAT ini merupakan tabung persaraan lebih 120,000 anggota tentera. PMX pun selalu menegaskan tentang tatakelola.

Saya tertarik dengan apabila tadi Tangga Batu apabila Kapar, Kapar ya, bukan Kampar, memaklumkan bahawa keputusan Boustead terkini menjual tanah 847 ekar di Semenyih kepada syarikat EcoWorld kerana EcoWorld telah maklum kepada Bursa Saham dan juga Kapar juga telah memaklumkan pelan terkini penjualan hartanah bernilai tinggi seluas 800 batu ekar di Batu Kawan Pulau Pinang oleh Boustead kepada syarikat yang saya difahamkan pembangunan hartanah Pulau Pinang iaitu Ideal Properties Sdn.Bhd.

Jadi, adakah strategi penjualan aset hartanah ini yang sering dilaksanakan oleh Boustead sebelum Lembaga Tabung Angkatan Tentera merangka pelan komprehensif pada tahun 2023 yang bertujuan menyelesaikan isu-isu kewangan dan pelaburan yang sudah berlarutan sekian lama. Adakah penjualan aset pendekatan terbaharu LTAT ataupun Boustead untuk menyelesaikan hutang Boustead dan membayar dividen? Saya – jika benarlah pendekatan jual aset merupakan – bagi saya setuju seperti apa kata langkah pendek bukanlah langkah penyelesaian jangka panjang kerana hanya sekadar hendak tutup lubang buat sementara.

Jadi, akhir sekali, saya menyerulah kepada Bahagian Pembangunan Ekuiti Kementerian Ekonomi untuk hentikan cadangan penjualan ini bukan sahaja akan menyebabkan LTAT Boustead kehilangan aset tetapi sebenarnya tidak akan menyelesaikan isu kecairan aset di LTAT. Tangga Batu.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya. Terima kasih. Saya sangat setuju dan masukkan ke dalam ucapan saya.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tangga Batu sedikit ya.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sedikit.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Silakan.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sama juga seperti mana disebut oleh Tanah Merah tadi. Kalau kita perjuangkan di sini supaya Boustead tidak dijual kepada KL Kepong tempoh hari, sekarang ini dia buat di belakang penjualan itu masih berlaku, itu satu.

Seterusnya Tan Sri Speaker, saya hendak tanya, sahabat-sahabat kita berbahas ini dia bagi soalan, jadi dalam konteks ini Menteri tidak ada, timbalan pun tidak ada dan apakah

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

struktur jawapannya nanti. Adakah akan ada jawapan bertulis ataupun macam mana?

Banyak soalan saya dengar, saya hendak tahu juga jawapan itu.

draft • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih, masuk dalam ucapan saya.

draft • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada last – okey, baik. Saya jemput terakhir sekali ialah Shah Alam untuk – terakhir sekali.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang telah pun bangkit untuk membahaskan Laporan PAC berkenaan dengan LTAT yang telah pun dibentangkan oleh rakan saya dari Kapar sebentar tadi.

Saya pasti kesemua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan tadi sama juga dengan semua Ahli-ahli Dewan yang berada di dalam Dewan ini dan juga yang berada di luar sana sangat prihatin dan concern tentang kemajuan dan juga perolehan yang dilakukan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini.

Oleh sebab itulah kami dipihak PAC telah melakukan prosiding ini mengambil daripada Laporan Ketua Audit Negara untuk memastikan bahawa kita benar-benar mengetahui dan memberikan saranan yang tepat dan betul berdasarkan kepada kepentingan yang mesti diberikan Lembaga Tabung Angkatan Tentera kepada ahli dan juga kepada pencarum.

Banyak yang disebutkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tadi yang dibangkitkan itu sebenarnya memang adalah di antara perkara yang juga kami dipihak PAC bangkitkan dan kebanyakan daripada perkara ini adalah antaranya yang agak terbaharu juga yang dibangkitkan itu yang mungkin tidak dapat kami jawab pada masa ini kerana sebahagiannya mungkin tidak terdapat dalam prosiding. Tetapi, pada hari ini sebenarnya kita difahamkan bahawa pegawai-pegawai dan wakil daripada kementerian dan LTAT ada hadir dalam sesi perbahasan ini untuk mengikuti perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Memang dalam prosiding yang kita lakukan dahulu memang kita bertanya, bila kita panggil pihak pengurusan tertinggi yang terdahulu kenapa mereka meletakkan jawatan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lumut tadi, adalah kerana mereka telah merancang strategi pemulihan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini, tetapi oleh kerana apabila strategi mereka itu tidak diterima ataupun pengurusan yang terkemudian yang memikirkan ada perkara lain yang perlu dilakukan, maka mereka merasakan bahawa mereka sudah tidak relevan lagi. Kerana itulah anggapan mereka bahawa strategi yang dikemukakan itulah yang ...

draft • 1:03 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Shah Alam, Shah Alam, minta penjelasan. Maksud Shah Alam, clear-kan pengurusan lama, pengurusan baharu ini maksud dia yang di bawah kepimpinan yang terkini Kementerian Pertahanan terkini tidak mahu meneruskan pelan yang hendak dilaksanakan oleh kepimpinan Kementerian Pertahanan yang lama, betul?

draft • 1:03 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya betul. Sebab itulah mereka tiga pengurusan tertinggi itu telah pun meletakkan jawatan kerana mereka berpandangan apa yang mereka kemukakan itu, itulah yang pada mereka terbaik. Tetapi, kepimpinan yang terbaharu beranggapan ada perkara-perkara lain lagi yang perlu diperhalusi, yang perlu diperbaiki untuk memastikan bahawa LTAT ini dapat beroperasi dan seterusnya memberikan pulangan kepada pencarum dan stakeholders semuanya.

Sebab itulah sebenarnya Tan Sri Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, prosiding PAC yang dijalankan telah berlangsung selama hampir dua bulan untuk isu ini setalah mendengar keterangan daripada pihak yang berkaitan dan meneliti dokumen serta maklumat tambahan yang telah dikemukakan dan dikumpulkan. Segala syor serta rumusan dalam laporan itu, telah dipersetujui secara consensuses bukan sahaja di kalangan 14 Ahli Yang Berhormat PAC tetapi juga daripada tujuh ahli Ex-Officio PAC yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan (MoF), Jabatan Audit Negara (JAN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM), Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

MINDEF dan LTAT akan hadir semula, yang ini yang banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tadi supaya ada tindakan susulan dia bukan sekadar kita habis setakat ini sahaja, tetapi mesti ada tindakan susulan kepada syor PAC kepada pandangan dan juga saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Oleh sebab itulah...

draft • 1:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Shah Alam.

draft • 1:03 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya.

draft • 1:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Bangi.

draft • 1:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya Cuma hendak ambil kesempatan saya juga seorang Ahli PAC. Saya juga hendak mengambil kesempatan ini untuk mengesyorkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga di luar sana untuk membaca laporan-laporan yang telah PAC keluarkan. Kami kerja kuat untuk keluarkan laporan ini. Tahun ini tak silap saya lebih daripada 20 kami keluarkan dan pelbagai isu dan topik. Jadi, saya berharap bahawa ini boleh menjadi satu panduan kepada kita Ahli-ahli Yang Berhormat di sini untuk melihat apa perkara yang boleh diperbaiki dan juga untuk public di luar sana yang mana mereka sering mengatakan bahawa tidak ada cukup check and balance. Inilah check and balance yang kami lakukan sebagai PAC, terima kasih.

draft • 1:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 1:03 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya ulang sekali lagi Yang di-Pertua, MINDEF dan LTAT akan hadir semula, PAC akan panggil

draft • 1:03 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

mereka untuk prosiding tindakan susulan yang dijangkakan akan diadakan pada pertengahan bulan Januari tahun hadapan bagi menjawab tiga syor yang telah dikemukakan oleh PAC serta persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan di dalam Dewan pada hari ini.

Akhir sekali, cumanya nanti...

draft • 1:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum akhir, Putrajaya hendak tanya lagi.

draft • 1:03 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Shah Alam, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Apa yang saya dengar, apa yang dijelaskan oleh Shah Alam lebih pada penggulungan Tan Sri Yang di-Pertua. Apa yang saya maksudkan tadi, jika kita lihat dalam pembentangan dengan LKAN ada jawapan Menteri. Jadi saya cadangkan sebab LKAN ini asasnya PAC yang ambil Laporan LKAN ini dan buat penyiasatan yang lebih mendalam.

Jadi, saya rasa lebih baik Menteri berada dalam Dewan atau Timbalan Menteri menjawab. Jadi at least kita ini boleh kemukakan, kita dapat pandangan baharu dan PAC boleh ambil daripada situ. Jadi, kalau kita sekarang ini soalan ini banyak ini, soalan ini banyak, dia tidak adakan selesai, dia tersangkut. Sebab saya kata, saya pernah cadangkan sebelum ini, daripada kita bahaskan LKAN lebih baik kita bahaskan Laporan PAC kerana laporan dia tebal. Hansard semua ada dalam itu, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 1:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

draft • 1:03 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya berkenaan dengan kaedah respons kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan nanti, saya yakin pihak kami PAC akan berbincang dengan Tan Sri Yang di-Pertua bagaimanakah kaedah terbaik untuk kita address atau menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum mengundur diri adalah diharapkan supaya laporan ini dapat dijadikan sebagai rujukan bagi usaha penambahbaikan LTAT demi menjaga kepentingan warga Angkatan Tentera Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 1:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Shah Alam. Saya hendak respons kepada Putrajaya tadi. Kita membuka ruang di Dewan ini untuk menjemput Pengerusi-pengerusi jawatankuasa sama ada PAC atau Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membentangkan laporan. Kemudian, sebab itu saya buat keputusan semalam bahawa apabila sesuatu jawatankuasa melaporkan finding mereka, pegawai-pegawai kementerian mesti ada, apatah lagi kalau Menteri dan Timbalan Menteri ada. Ini kerana yang akan respons akan ambil pick- up from discussion ini ialah kementerian-kementerian.

Tapi isu PAC ini dia dosen’t stop here, because PAC mempunyai term of reference yang akan continues, maknanya bukan maksudnya lepas laporan ini then job done, no. You punya term reference itu luas. Dan sudah tentu akan ada tindakan susulan apatah lagi pegawai-pegawai daripada kementerian khususnya Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi serta Pertahanan ada di sini. So, sudah tentulah ia akan menjadi follow up akan berlaku di kalangan PAC. Jadi, untuk itu, saya cadangkan lah bahawa PAC akan follow you term of reference yang amat jelas.

Akhir sekali, apa juga penyelesaian yang tercapai itu, akan dilaporkan kembali.

draft • 1:03 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri, kalau boleh saya cadangkan sedikit.

draft • 1:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 1:03 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sebab masa nanti bila berbahas, untuk PAC bermesyuarat balik, dia panjang prosiding dia. Kalau kita boleh cadangkan supaya Menteri menjawab siap-siap. Jadi, daripada situ PAC boleh ambil kami Ahli-ahli Parlimen boleh dapat jawapan segera.

draft • 1:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Satu cadangan yang baik, insya-Allah saya akan pertimbangkan. Baik Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini kita tangguhkan dan insya-Allah kita kembali jam 2.30 petang. Sekian.

draft • 1:03 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.12 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 2:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2024. Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. Suatu akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505.

Tuan Yang di-Pertua, Akta 505 merupakan satu akta yang memperuntukkan aspek berkaitan dengan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam, penubuhan dan organisasi mahkamah-mahkamah syariah dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya. Akta 505 turut memperuntukkan tentang peranan dan tanggungjawab pelbagai agensi agama di Wilayah-wilayah Persekutuan iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Walaupun Akta 505 telah dipinda beberapa kali namun terdapat beberapa peruntukan yang lain yang memerlukan pindaan selaras dengan perkembangan semasa bagi memperkemaskan tadbir urus hal ehwal agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Selain itu, langkah melaksanakan pindaan ini dilihat sebagai inisiatif yang perlu dibuat untuk

draft • 2:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

memastikan tadbir urus dan operasi agensi-agensi agama dapat berjalan dengan lebih baik dan lancar.

Kertas cadangan Rang Undang-undang Pentadbiran telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Khas Bil. 1 2024 pada 15 Januari 2024 dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 12 Mac 2024.

Tuan Yang di-Pertua, antara cadangan penambahbaikan yang dibuat dalam Rang Undang-undang Pentadbiran ini adalah seperti berikut– Mengenai Majlis, antara cadangan pindaan adalah seperti yang berikut:-

Penyusunan semula keanggotaan Majlis.

Penambahbaikan operasi pentadbiran dan kewangan Majlis. Contohnya, di bawah seksyen 71 Akta 505 iaitu dengan memotong kehendak supaya pembayaran oleh Majlis bagi apa-apa amaun yang melebihi RM50 dibuat melalui cek. Kehendak sedemikian tidak lagi praktikal dibuat pada masa ini kerana ia akan melambatkan proses penyaluran bantuan kecemasan kepada asnaf.

Memasukkan kuasa Majlis untuk melantik pegawai dan pekhidmat Majlis bagi membantu menjalankan tugas-tugas Majlis, kuasa tentang pelaksanaan hal ehwal wakaf dan kuasa untuk menubuhkan dan menguruskan rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan.

Keempat, menaikkan kadar hukuman bagi kesalahan membuat pungutan khairat tanpa kebenaran Majlis. Cadangan kenaikan ini dibuat bagi membendung perbuatan pihak- pihak yang mengambil kesempatan untuk mengutip wang sumbangan daripada orang ramai tanpa kebenaran Majlis dan mengeksploitasi hasil kutipan tersebut atas kepentingan peribadi.

Kelima, memberi Majlis kuasa untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Imam Ratib dan Pembantu Bilal selepas mencapai umur 60 tahun sekiranya layak.

Keenam, membolehkan Majlis melantik Ketua Pendaftar Mualaf dan apa-apa bilangan pendaftar mualaf bagi mempercepatkan proses pendaftaran mualaf dengan menggunakan perjawatan sedia ada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ketujuh, memperuntukkan bahawa jika terdapat apa-apa lakuna atau apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta 505, hukum syarak hendaklah terpakai dan membuat penambahbaikan terhadap kuasa membuat kaedah-kaedah.

(b) Mengenai Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Antara cadangan pindaan adalah seperti berikut:-

Pertama, memasukkan peruntukan yang membolehkan prosiding pendengaran kes mal dijalankan di mana-mana tempat selain mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta 505 atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Cadangan pindaan ini adalah selaras dengan usaha menaik taraf sistem perkhidmatan elektronik melalui transformasi sistem E-Syariah. Mekanisme ini menunjukkan bahawa keadilan pihak-pihak sentiasa diberi keutamaan dan dipelihara sekiranya pihak-pihak mempunyai halangan dalam keadaan darurat menurut hukum syarak atau keadaan tertentu untuk hadir secara fizikal ke mahkamah

draft • 2:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

syariah. Cadangan ini akan melibatkan pindaan berbangkit kepada Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1998 [Akta 585].

Kedua, memberi kuasa melalui undang-undang kepada Ketua Hakim Syarie untuk mengeluarkan amaran amalan supaya arahan amalan itu mempunyai kuat kuasa perundangan, dengan izin, legislative effects. Mengenai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, cadangan pindaan adalah melibatkan pindaan berbangkit daripada penggubalan Rang undang-undang Mufti Wilayah-wilayah Persekutuan 2024 iaitu dengan memotong peruntukan tentang Mufti dalam Akta 505.

(d) Mengenai Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Antara cadangan adalah seperti berikut; Pertama, memasukkan peruntukan mengenai pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dan memperuntukkan bahawa Timbalan Ketua Pendakwa Syarie mempunyai segala kuasa pendakwa syarie dan hendaklah bertindak sebagai Ketua Pendakwa Syarie semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Ketua Hakim Pendakwa Syarie. Ketiadaan peruntukan ini menyebabkan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie tidak dapat menjalankan kuasa Ketua Pendakwa Syarie semasa ketiadaannya sehingga menyebabkan berlaku lambakan kes jenayah syariah selain izin mendakwa dan izin merayu terhadap pembebasan tidak dapat diberikan.

Selain itu, siasatan kes jenayah juga tidak dapat dimulakan dan memasukkan peruntukan baharu mengenai kelayakan bagi pelantikan Ketua Pendakwa Syarie dan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini mengandungi 39 fasal seperti yang berikut

Pertama, Fasal 1 dan 2 memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa serta tafsiran perkataan tertentu yang digunakan dalam rang undang-undang tersebut; Kedua, Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 505 subfasal 3(b) bertujuan untuk meminda perenggan 7(2)(e) Akta 505 untuk memberi Majlis kuasa untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman daripada Baitulmal kepada individu beragama Islam bagi maksud mengikuti pendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, pemberian pinjaman tersebut tidak boleh diambil daripada wang zakat.

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini mengandungi 39 fasal seperti yang berikut

Subfasal 3(d) bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 7(2)(fa) ke dalam Akta 505 untuk memberi Majlis kuasa untuk menubuhkan, menyenggarakan dan menguruskan rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan.

Fasal 5, 6 dan 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 10(1), seksyen 12 dan subseksyen 14(1) untuk menstruktur semula keanggotaan Majlis, memperuntukkan perkara yang boleh menyebabkan pelantikan anggota Majlis dibatalkan dan pelantikan Setiausaha Majlis.

Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 27A ke dalam Akta 505 untuk memberi Majlis kuasa untuk melantik atau mengambil kerja apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat untuk membantunya menjalankan fungsi-fungsinya.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini mengandungi 39 fasal seperti yang berikut

Fasal 10 bertujuan untuk memotong Bahagian III Akta 505 berbangkit daripada pengenalan Akta Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang dicadangkan.

Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 40A mengenai penjalanan prosiding di tempat lain atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh ke dalam Akta 505.

Fasal 13 bertujuan untuk meminda subperenggan 46(2)(b)(vii) Akta 505 untuk memasukkan bidang kuasa mal Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang berhubungan dengan zakat.

Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 57B ke dalam Akta 505 untuk memberi Ketua Hakim Syarie kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan amalan sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta 505 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan tatacara mal Mahkamah Syariah, tatacara jenayah syariah, keluarga Islam dan keterangan syariah.

Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 58 Akta 505 mengenai pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dan pegawai penguat kuasa agama.

Fasal 16 bertujuan untuk meminda Bahagian VI Akta 505 untuk memasukkan seksyen baharu 59A ke dalam Akta 505 untuk mengadakan peruntukan bagi takrif ‘istibdal’, ‘harta’, ‘mawquf’, ‘mawquf ‘alaih’ dan ‘mutawalli’ atau ‘qayyim’. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 60 Akta 505. Subfasal 17(c) bertujuan untuk meminda proviso kepada subseksyen 60(2) Akta 505 untuk memperuntukkan bahawa hasil pelaburan aset dan kumpulan wang yang terletak hak pada Majlis boleh dilaburkan dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis yang berkuat kuasa bagi pelaburan wang amanah yang mengikut hukum syarak.

Fasal 18 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 61A ke dalam Akta 505 untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Wakaf, fungsi Jawatankuasa Wakaf dan kuasa Majlis dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat kaedah-kaedah yang berhubungan dengan wakaf.

Fasal 19 bertujuan untuk meminda subseksyen 63(1) Akta 505 untuk memperjelas bahawa nazr yang dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut dan melibatkan harta yang melebihi daripada satu pertiga adalah tidak sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu melainkan jika dipersetujui oleh waris.

Fasal 24 bertujuan untuk meminda seksyen 71 Akta 505. Subfasal 24(b) bertujuan untuk meminda subseksyen 71(1) Akta 505 untuk memberi Majlis kuasa untuk melantik mana-mana bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang sesuai dan boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkan patut.

Subfasal 24(d) bertujuan untuk meminda subseksyen 71(3) Akta 505 untuk mengadakan peruntukan bagi Majlis untuk menentukan tatacara bagi pengeluaran wang daripada mana-mana akaun bank Majlis.

Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 73(3) ke dalam Akta 505 untuk memperuntukkan penalti bagi kesalahan yang diperuntukkan di bawah subseksyen

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini mengandungi 39 fasal seperti yang berikut

73(1) Akta 505 dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Fasal 28 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 78(2) Akta 505 untuk membolehkan Majlis untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Imam Ratib dan Pembantu Bilal selepas umur 60 tahun jika Majlis fikirkan perlu dan sesuai.

Fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 84 Akta 505. Subfasal 30(d) bertujuan untuk meminda subseksyen 84(5) Akta 505 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan membuat atau mengambil apa-apa pungutan wang atau sumbangan lain tanpa kebenaran kuasa nyata atau surat kebenaran daripada Majlis kepada denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Fasal 31 bertujuan untuk menggantikan seksyen 88 Akta 505 untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan Ketua Pendaftar Muallaf untuk menyimpan dan menyenggara suatu Daftar Muallaf. Ketua Pendaftar Muallaf hendaklah dibantu oleh apa-apa bilangan pendaftar sebagaimana yang dilantik oleh Majlis dalam melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Majlis di bawah Akta 505.

Fasal 35 bertujuan untuk memotong seksyen 96 Akta 505 berbangkit daripada pengenalan Akta Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang dicadangkan.

Puan Yang di-Pertua, Fasal 36 bertujuan untuk meminda seksyen 99 Akta 505.

Subfasal 36(e) bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 99(k), (l) dan (m) ke dalam Akta 505 untuk memberi Majlis kuasa untuk membuat, dengan kelulusan Yang di- Pertuan Agong, kaedah-kaedah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan nazr atau amanah, pentadbiran, pengurusan, pengendalian, penyenggaraan dan pengawalan rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan dan perkara lain bagi melaksanakan peruntukan Akta 550 dengan lebih baik.

Fasal 37 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 99A ke dalam Akta 505 untuk memperuntukkan bahawa jika terdapat apa-apa lakuna atau jika apa-apa perkara tidak peruntukkan dengan nyata dalam Akta 505, hukum syarak hendaklah terpakai.

Yang terakhir, fasal 39 mengandungi peruntukan kecualian dan peralihan.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut― YB Pengkalan Chepa, YB Bangi, YB Tumpat, YB Pokok Sena, YB Pulai, YB Permatang Pauh, YB Kuala Kedah, YB Batu Pahat, YB Kuala Krai, YB Labuan, YB Kangar, YB Jerlun dan YB Arau.

Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Setiap pembahas diberi masa lima minit.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. Pindaan ini menunjukkan usaha yang baik yang memperkukuhkan pentadbiran undang-undang Islam.

Ada beberapa perkara yang saya nak sebutkan.

Pertamanya dari sudut takrif hukum syarak, seksyen 2 itu. Definisi hukum syarak diubah untuk menekankan Mazhab Syafie tetapi membenarkan mazhab lain Maliki, Hanbali dan Hanafi. Kalau kita ikut definisi sebelum ini dia lebih umum. Dia lebih umum, tidak mengikat kepada empat mazhab ini kerana dalam konteks kita zaman AI ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut kita nak sesuaikan dengan perubahan yang lebih kontemporari.

Tapi ini mengundur ke belakang. Sepatutnya definisi hukum syarak itu lebih terbuka.

Bayangkan kalau dihadkan hukum syarak itu hanya kepada empat mazhab itu sahaja. Jadi, kalau dalam empat mazhab ini mana-mana kitab pun kita tak akan jumpa perbincangan tentang hukum dan pecahan-pecahan tentang Artificial Intelligence sebagai contoh. Hukum tentang fiqah perubatan, tak akan jumpa dalam Mazhab Syafie. Maliki, Hanbali ataupun Hanafi.

Jadi mufti nak buat fatwa nak rujuk dekat mana? Jadi, ini saya rasa tak boleh. Kita kena kekalkan yang asal tak perlu untuk dibuat pindaan. Kalau kita melihat kepada apa yang disebut oleh Yang Amat Arif Tun Ahmad Fairuz dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Disebut Islam itu bukan suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ia satu cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan juga awam, perundangan, politik, ekonomi, sosiobudaya, moral dan kehakiman. Jadi, kita kena buat undang-undang itu kalau nak buat pindaan, pindaannya ke arah kebaikan. Ke arah yang boleh menyelesaikan permasalahan umat.

Kalau kita buat begini pindaan definisi hukum syarak, kita menjerumuskan umat ini kepada satu permasalahan baru. Lepas ini mufti terikat empat mazhab ini sahaja. Sedangkan definisi sebelum ini hukum syarak itu lebih terbuka dan lebih inklusif. Saya rasa frasa ini tak boleh diterima dan saya yakin Bangi yang ada di sini, Ahli-ahli Parlimen sebelah sana pun tak boleh terima. Jangan pinda ini, kekalkan yang asal.

Begitu juga kalau kita lihat. Ini contradiction. Kalau kita lihat dalam RUU Mufti yang ditangguhkan itu. Tak tahu lah ditangguhkan ataupun tidak. Kalau dalam RUU Mufti dia sebut

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

hukum syarak. Ini dalam bab tafsir RUU Mufti. Hukum syarak mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan). Ini dalam RUU Mufti yang dikatakan nak dibawa bersekali antara tiga RUU ini.

Dalam seksyen 2(1) ini, definisi hukum syarak RUU Mufti membawa maksud hukum syarak ertinya undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf oleh agama Islam. Ini inklusif. Yang ini pula lain. Jadi, tidak ada konsistensi dalam usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan pada kali ini. Jadi, saya cadangkan supaya bab ini jangan dipinda. Kekalkan yang asal. Tapi bila dah di bentang Bacaan Kedua ini kena buat pindaanlah.

Perkara yang kedua yang saya nak sebutkan di sini ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan fasal 10 pemotongan Bahagian III. Macam mana boleh dipotong Bahagian III? Dalam Akta 505, Bahagian III itu berkaitan dengan punca kuasa wujudnya Mufti Wilayah itu sendiri.

Jadi, kalau belum dibawa Rang Undang-undang Mufti tiba-tiba hari ini Yang Berhormat datang baca untuk dibuang fasal tersebut apa punca kuasa mufti yang ada? Gugur Mufti Wilayah itu. Jadi, saya tak perasan kenapa boleh jadi tidak sebegini rupa?

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ini...

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sepatutnya Yang di- Pertua kena semak ini. Ini banyak perkara yang contradiction dan juga banyak perkara yang tak berapa jelas.

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pengkalan Chepa boleh mencelah sikit?

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya.

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang disebutkan Pengkalan Chepa tadi amat penting kerana kalau dibatalkan yang ini maka tidak ada yang baru maka akan ada kelompongan yang besar. Jadi, ini perlu diberi perhatian serius sebelum apa-apa kelulusan diberikan kepada rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya. Kalau sekiranya mungkin Yang Berhormat menjawab selagi mana saya tolong bantu. Selagi mana tidak digazetkan, tidak diwartakan maka dia tidak berkuat kuasa. Masih lagi ada masa untuk bawa RUU Mufti.

Tetapi ini satu amalan yang tak patut berlaku. Sepatutnya bila dah sedar perkara ini Yang Berhormat kena bawa satu pindaan. Pindaan tak boleh Yang Berhormat datang baca di sini. Pergi Jawatankuasa, bawa Red Bill itu dan lay on the table dan kita boleh bersetuju.

Jadi, ini saya ingat jangan tunjuk sikap begini kerana ini sangat memberi imej yang tak baik kepada institusi agama. Efficiency kita itu perlu dijaga dan saya mengharapkan —Tak tahu lah Yang Berhormat nak buat macam mana. Tapi kalau diluluskan ini, Mufti Wilayah tak ada punca kuasa pelantikan dia. Macam mana dia nak buat kerja? Jadi kena —Nak kena tangguh kah tarik balik? Wallahualam. Terpulang kepada Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak-pihak kementerian kerana akhirnya rang undang-undang ini dibahaskan untuk Bacaan Yang Kedua. Saya melihat rang undang-undang ini sebenarnya rang undang-undang yang amat substantif. Kita boleh katakan bahawa rang undang-undang ini adalah pindaan- pindaan yang paling substantif terhadap Akta 505 ini sejak ia digubal pada tahun 1993.

Saya nak terus sentuh kepada apa yang disebut oleh Pengkalan Chepa. Saya amat setuju berkenaan dengan fasal 10 itu, pemotongan Bahagian III itu. Saya faham bahawa saya pun tadi dah tanya dengan YB Timbalan Menteri. Sebab dia duduk sini sahaja. Mungkin Pengkalan Chepa tak boleh tanya. Tapi saya ada tanya dia. Timbalan Menteri mengatakan bahawa kita akan kuat kuasa in stages. Saya faham boleh lakukan seperti itu. Tetapi apabila kita buang Bahagian III ini, ia seperti mendahului bahawa pertamanya kita akan bentangkan Rang Undang-undang Mufti ini akan diteruskan.

Saya fikir kita tahu bahawa Rang Undang-undang Mufti ini ada banyak polemik di luar sana. Banyak bantahan pada Rang Undang-undang Mufti dan kita harus perhalusi dengan betul-betul. Sebab kita tak nak bahawa satu rang undang-undang yang niatnya baik tetapi menjadi satu polemik yang mana kita bukannya menyatukan tetapi memecahbelahkan.

Jadi, kita tak tahu sama ada Rang Undang-undang Mufti ini akhirnya akan diteruskan akan dipinda dan sebagainya. Jadi, bila kita luluskan nanti, kalau kita luluskan, bila adanya kelompongan ini, ia memberikan satu mesej bahawa kerajaan ini dah dengan izin, take for granted bahawa Rang Undang-undang Mufti ini akan diteruskan dan akan diluluskan.

Saya fikir lebih baik mungkin dalam pihak peringkat Jawatankuasa nanti mungkin ada pindaan supaya kita buangkan fasal 10 ini. Kita pastikan bahawa sekurang-kurangnya institusi mufti itu masih ada supaya tak akan ada isu yang mana tak ada punca kuasa dan sebagainya.

Keduanya, saya ingin merujuk kepada peruntukan-peruntukan baharu seperti dalam fasal 11 iaitu seksyen 40A yang baharu yang mana menurut seksyen yang dicadangkan ini Hakim atau Pendaftar Mahkamah Syariah boleh menjalankan prosiding di mana-mana tempat selain mahkamah syariah dan juga boleh mengguna pakai teknologi jarak jauh. Saya sambut baik Puan Yang di-Pertua peruntukan-peruntukan baru ini kerana ia membolehkan prosiding dilaksanakan menggunakan aplikasi seperti Zoom dan sebagainya. Ini sebenarnya sudah pun diguna pakai di mahkamah sivil di mana bicara dan pendengaran boleh dilaksanakan melalui teknologi jarak jauh.

Semasa wabak COVID-19 contohnya Puan Yang di-Pertua, prosiding mahkamah dijalankan melalui Zoom ini dalam keadaan yang selamat dan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan pada ketika itu. Ramai yang tidak menyedari bahawa prosiding melalui

draft • 2:56 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Zoom ini sebenarnya telah dimulakan sebelum COVID-19 dalam mahkamah sivil. Tetapi disebabkan COVID-19 ianya dipercepatkan. Ramai yang mengguna pakai teknologi ini disebabkan COVID-19.

Penggunaan teknologi jarak jauh ini sebenarnya dapat mengurangkan kos. Sebab saya bagi contoh. Kalaulah kata saya ada kes, saya bukan peguam syarie tetapi kalau peguam sivil kalau saya ada kes di Pulau Pinang saya tak perlu kembara, tak perlu travel pergi ke Pulau Pinang untuk menghadiri kes tersebut. Saya boleh gunakan Zoom. Sama juga sekiranya ada peguam syarie yang mungkin dia ada lesen untuk mengamalkan undang- undang di negeri yang lain, dia tidak perlu kembara ke negeri tersebut boleh menggunakan Zoom dan ini akan mengurangkan kos bagi anak guam dan juga memastikan bahawa tidak ada isu lewat dan sebagainya.

draft • 2:56 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya seterusnya nak pergi kepada pertanyaan sama ada dengan — kalau ini diluluskan nanti, adakah kita dapat pastikan bahawa infrastruktur IT itu bagi mahkamah- mahkamah kita telah dipertingkatkan? Sebab saya tahu ya, contoh saya bagi contoh bahawa sekarang ini kita ada portal ESyariah V3 yang mana memang ada, tetapi saya difahamkan bahawa portal ini tidak diguna pakai dengan meluas.

Jadi, saya berharap bahawa dengan adanya pindaan ini, akhirnya kita dapat — di mahkamah syariah, dapat dilaksanakan e-Filing contohnya, membayar dokumen melalui e- Filing melalui online, tidak perlu secara fizikal dan sebagainya. Saya tahu ada dibuat, tetapi masih tidak meluas. Kemudian, juga inisiatif seperti e-Kehakiman yang mana kita boleh adakan pengurusan kes online. Tidak perlu datang secara fizikal dan hanya menggunakan portal tersebut. Jadi, perkara-perkara ini saya berharap bahawa ia dapat dilihat oleh pihak kementerian.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir saya mohon mungkin 30 saat. Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah fasal 15 yang mana fasal 15 ini iaitu pindaan kepada seksyen 58. Cadangan dalam rang undang-undang ini ialah berkenaan dengan pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dan juga Pendakwa Syarie. Pada bacaan saya, apa yang dicadangkan dalam pelantikan ketiga-tiga jawatan ini adalah dibuat daripada dengan izin, POOL Skim Pegawai Syariah dalam perkhidmatan awam. Jadi, kalau kita bandingkan dengan peruntukan akta yang sedia ada yang mana ia boleh dilantik daripada anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, mengapa pindaan yang ini dicadangkan? Kerana saya melihat bahawa mengehadkan kelayakan hanya kepada mereka dalam Skim Pegawai Syariah sahaja, kita mungkin terlepas bakat yang ada dalam perkhidmatan awam. Contohnya, seorang DPP Mahkamah Sivil yang mempunyai pengalaman, dia juga boleh melaksanakan tanggungjawab yang baik sebagai Pendakwa Syarie. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian mengenai cadangan pindaan ini. Itu sahaja Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada fasal 2 iaitu takrifan Baitulmal. Dalam kes ini, kita ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk juga melihat selain daripada harta alih tak alih, kepakaran dan juga perkhidmatan. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan mempertimbangkan untuk melihat sebenarnya instrumen-instrumen kewangan lain yang ada dalam Islam yang sekarang ini ditadbir di bawah Bank Negara yang berkaitan dengan sukuk dan sebagainya, dipantau oleh pihak yang mana? Pihak manakah yang memantau, oversight semua Majlis-majlis Penasihat Syariah di semua bank-bank ini? Kerana kita percaya ia dilakukan sekarang di bawah pemantauan Bank Negara. Itu yang pertama.

Kedua, kita mencadangkan kalau boleh akta ini khas untuk pentadbiran Majlis Agama Islam kerana majlis ini berfungsi untuk membuat dasar, menjadi badan pengawas dan juga kawal selia. Tapi bila mana majlis ini juga bertindak untuk menjadi penjaga wakaf, kita dapat lihat ia mungkin memerlukan sedikit sebanyak penambahbaikan pada masa akan datang, sedangkan rang undang-undang ini ataupun undang-undang ini telah berkuat kuasa lebih kurang dalam 40 tahun.

Di negeri-negeri lain di Selangor, Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka, mereka telah mempunyai enakmen wakaf yang tersendiri. Jadi saya kira sepatutnya bila kita buat penambahbaikan dan pindaan hari ini, sepatutnya kita mempunyai akta wakaf yang berbeza dan RUU Pentadbiran Undang-undang Islam yang berbeza, khasnya untuk Wilayah Persekutuan kerana perkara yang berkaitan dengan wakaf di Wilayah Persekutuan berbeza dengan bidang kuasa ataupun dengan kuantiti di negeri-negeri.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan satu tabung keluarga untuk membantu Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Jabatan Kehakiman Syariah untuk membantu pembayaran nafkah di bawah Baitulmal. Tabung ini hendaklah dikhususkan di bawah Jabatan Agama Islam dan Bahagian Sokongan Keluarga sebagai induk dan diberi kuasa perundangan dan diletakkan di bawah undang-undang pada hari ini.

Jadi kalau itu dapat dibuat, membantu banyaklah kes-kes di mahkamah syariah.

Jadi untuk pelantikan bagi jawatankuasa, kita difahamkan bahawa akan menggunakan kaedah 61A(3). Jadi kita nak tanya, kenapa guna kaedah, bukan letak bawah akta? Kerana di kebanyakan lembaga ataupun majlis biasanya mereka letakkan keahlian ataupun pelantikan itu terus di bawah akta. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan komposisi iaitu lima orang ahli yang arif tentang agama. Definisi yang arif ini, apakah definisinya? Kita juga ingin mengetahui, bagaimanakah kerajaan membuat advokasi selain daripada zakat yang diketahui sebagai ibadah wajib, tentang sedekah, hibah, Qardhul Hasan, takaful, sukuk, musyarakah, murabahah, ijarah dan sebagainya sebagai instrumen untuk membantu ekonomi dan menggerakkan lagi perkembangan Baitulmal dalam negara kita?

draft • 3:02 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Di bawah sub-sub fasal 3(d), kuasa untuk menubuhkan, menyelenggara dan menguruskan rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan. Apakah kriteria dan nature rumah-rumah dan blok tersebut berbanding yang dijaga oleh JKM? Adakah ini bererti geran ransom rumah-rumah ini juga dibekalkan oleh MAIWP dan juga mereka juga tidak perlu lagi berdaftar dengan JKM? Apakah percanggahan dan penyelarasan di antara keduanya?

Fasal 7. Saya juga menyokong cadangan daripada Pengkalan Chepa supaya jangan dibuang Bahagian III kerana ini sangatlah penting sebagai punca kuasa kepada mufti pada hari ini. Juga pada fasal 11, disebut tentang darurat dan pertimbang wajar, tetapi tidak ada definisi darurat yang saya ketahui, mungkin dapat dibantu oleh pihak kerajaan. Juga tentang kos dan persediaan di mahkamah dari segi kepakaran dan alat jarak jauh kerana kita lihat — saya dimaklumkan di mahkamah hari ini, router pun, line pun tidak berapa kuat. Tetapi apabila kita lihat di belakang, kita dapati bahawa tiada implikasi kos dalam akta ini. Sepatutnya kita kena pastikan kemudahan untuk penggunaan teknologi ini dapat dibuat sepenuhnya di semua mahkamah-mahkamah syariah dalam Wilayah Persekutuan.

Fasal 14 memberitahu bahawa Ketua Hakim Syarie boleh keluar arahan amalan.

Biasanya Arahan Amalan Ketua Hakim Syarie berkaitan dengan mahkamah dan bukan berkaitan dengan keluarga Islam. Keluarga Islam biasanya di bawah JAKIM. Jadi saya nak tanya, kenapa ini berlaku dan apakah perbezaan antara yang sebelum ini dengan arahan- arahan amalan sebelum ini?

Di bawah fasal 15, tentang perjawatan Ketua Pendakwa Syarie dan yang selain dengannya. Kita sudah tahu dalam negara kita, kita ada Peguam Negara yang menjadi penasihat undang-undang kepada Kerajaan Malaysia, tetapi tidak ada peguam AG Syariah.

Jadi dalam hal ini, kerja ini dijalankan oleh Ketua Pendaftar Syarie, tetapi kita tahu bahawa pelantikan yang telah pun bermula sejak 1 November 2016 ini, Jabatan Pendakwaan Syariah menjalankan kerja-kerja AG Syariah. Jadi, sudah lapan tahun. Saya kira sampai masa untuk kerajaan melihat bahawa kita perlu melantik Penasihat Undang-undang Syariah sendiri yang berasingan daripada Jabatan Pendakwaan Syariah.

Saya juga ingin bertanya tentang fasal 16, definisi di bawah 59A berkenaan dengan “mutawalli”. Adakah ini hanya terhad kepada orang, tidak termasuk universiti ataupun entiti- entiti lain yang juga boleh menjadi penerima ataupun yang mengendalikan perkara-perkara ini? Sebab mutawalli ini disebut sebagai orang-orang. Kita juga difahamkan dalam definisi ada perkataan khairat. Cuma, definisi khairat sendiri tidak ada.

Jadi, yang saya sebutkan sekali lagi — saya mohon masa sedikit Puan Yang di- Pertua, iaitu tentang kita dimaklumkan bahawa tidak ada perlindungan kepada hakim-hakim daripada saman dalam Wilayah Persekutuan berbanding hakim-hakim di mahkamah syariah di negeri Selangor. Jadi kalau boleh, kita mahu untuk juga mempunyai suatu punca kuasa supaya ada perlindungan hakim dalam menjalankan tugas kehakiman dan kos terhadapnya.

Seterusnya, saya mencadangkan juga penambahan undang-undang baharu yang berkaitan dengan syariah iaitu tentang Akta Keterangan Kanak-kanak di mahkamah syariah

draft • 3:02 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

yang mana perlu disegerakan juga dengan RUU 355 supaya selari dengan bidang kuasa.

Kita juga memastikan bahawa terdapat audit syariah dan pengenalan indeks syariah yang mana kita tahu bahawa pendidikan untuk perkara ini sangat penting.

Terakhir, berkenaan dengan jabatan ataupun pemerkasaan mualaf di bawah fasal 31. Hari ini mualaf ada di seluruh negara, tetapi kita lihat pentadbiran mereka sangatlah tidak teratur. Jadi, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk diwujudkan suatu jabatan mualaf supaya kita memberikan suatu imej baharu kepada orang-orang yang baru memeluk Islam. Ini kerana pendidikan ini adalah pendidikan yang sepanjang masa dan sangat kronik pada hari ini kerana isu-isu kontemporari yang berlaku lebih banyak.

Yang seterusnya berkaitan dengan fasal 19 iaitu pendidikan kepada masyarakat tentang maradhul maut. Hari ini banyak kes-kes yang berlaku di peringkat sivil pun berkaitan dengan kes-kes yang hampir mati, tetapi pendidikan maradhul maut ini mungkin tidak sampai kepada masyarakat sedangkan ini akan memberikan efek kepada keabsahan hukum wasiat dan sebagainya yang berlaku di saat-saat itu. Jadi, saya mohon tindakan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

draft • 3:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 3:02 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Cuma, saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada warga Orang Asli dari Parlimen Parit, Perak iaitu dari Kampung Suak Padi, Tumbuh Hangat dan Sungai Perah.

[Tepuk]

draft • 3:09 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Puan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang suka untuk saya bangkitkan. Yang pertama ialah dalam Fasal 2 iaitu berkaitan dengan penjelasan definisi “hukum syarak”. Di mana disebut di sana, hukum syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali. Perkara ini sudah dibangkitkan oleh Pengkalan Chepa. Cuma pada saya ialah persoalannya, mengapa kita tidak mengambil suatu definisi yang lebih jelas, terang dan nyata mengenai hukum syarak? Contohnya, bagi saya definisi yang lebih jelas ialah apa jua hukum yang bersandar kepada Al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas ini adalah definisi yang sepatutnya diangkat dalam pindaan ini untuk hukum syarak.

Kedua ialah mengenai Fasal 5 iaitu pindaan pada seksyen 10, Akta 505 ini. Saya ingin lebih menumpukan terhadap peranan Majlis dikala kita berdepan dengan pelbagai kes cabaran terhadap Enakmen Mahkamah Syariah di negeri. Contohnya, apa yang berlaku di Kelantan baru-baru ini. Apakah pihak Majlis selaku institusi yang tertinggi dalam pentadbiran undang-undang Islam Wilayah Persekutuan akan mengambil peranan yang lebih aktif untuk terlibat dalam sebarang prosedur mahkamah berkenaan cabaran terhadap sebarang Enakmen Syariah Negeri sama ada terlibat sebagai sahabat mahkamah atau menjadi peguam pemerhati dan pencelah? Saya membangkitkan perkara ini supaya di peringkat

draft • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Wilayah Persekutuan sendiri memainkan peranan yang lebih aktif bagi mempertahankan Enakmen Syariah Negeri, selain menggambarkan kebersamaan kita dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah sama ada di peringkat wilayah, mahupun di peringkat negeri.

Puan Yang di-Pertua, yang ketiga. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kedah telah melakukan pindaan dengan menambah hierarki Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat kepada empat peringkat iaitu Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah serta satu lagi tingkatan ialah Mahkamah Utama Syariah. Jadi pada saya, sewajarnya kerajaan juga mempertimbangkan supaya seksyen 40 ini dipinda bagi melengkapkan hierarki Mahkamah Syariah kepada empat peringkat sama seperti yang dibuat oleh Kedah dan juga sekarang sudah dilaksanakan di negeri Perak. Saya berpandangan langkah ini wajar kerana ia akan menjadi suatu contoh dan ikutan kepada negeri-negeri yang lain selain memartabatkan institusi Mahkamah Syariah sebagai institusi yang menegakkan keadilan dalam urusan hal ehwal umat Islam.

Perkara yang keempat, dalam Fasal 11 dinyatakan penambahan seksyen baharu 40A iaitu berkenaan ‘Prosiding menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh’. Saya berpandangan pindaan ini suatu yang wajar, seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi ketika ini. Cuma, saya ingin penjelasan lanjut daripada kerajaan. Apakah pindaan ini juga seiring dengan SOP baru bagi penyelesaian kes-kes yang tertunggak supaya dapat dipercepatkan prosidingnya? Saya difahamkan ketika ini Mahkamah Syariah di Selangor dan Wilayah Persekutuan mengguna pakai sistem laluan pantas bagi menyelesaikan kes penceraian, rujuk, wali dan sebagainya. Maka, pembangunan SOP sesuai, yang pindaan, yang ada ini adalah kes-kes yang lain diharapkan dapat memberikan keadilan kepada umat Islam.

Puan Yang di-Pertua, yang kelima. Perkara terakhir yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan Fasal 18 iaitu penubuhan Jawatankuasa Wakaf, fungsi jawatankuasa dan sebagainya. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan mengenai pelan induk Wakaf Nasional sebagaimana yang pernah dibentangkan sebelum ini bagi mengangkat peranan institusi wakaf dalam membantu umat Islam keluar dari kepompong kemiskinan.

Sedikit lagi ya, Tuan Yang di-Pertua. Sejauh pelan induk ini sedang digerak oleh kerajaan bagi mencapai hasrat tersebut? Jadi, sejauh mana pelan induk ini sedang digerakkan untuk capai hasrat? Saya juga ingin mengetahui, apakah ada penyelarasan terhadap peranan institusi yang berkaitan dengan wakaf yang lain seperti Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Yayasan Wakaf Malaysia dengan Jawatankuasa Wakaf yang ditubuhkan di bawah akta ini? Selain itu, saya juga ingin bertanya. Apakah kerajaan akan meneruskan misi menjadikan bulan Ramadhan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan sebagaimana yang pernah dirintis sebelum daripada ini?

Saya berpandangan ia suatu inisiatif yang baik dalam membudayakan sistem kewangan wakaf dalam pembangunan sosio ekonomi rakyat. Institusi wakaf ini wajar dijadikan suatu sistem kewangan Islam yang inklusif. Sebelum ini kita mempunyai wakaf air, dalam Bajet 2022 dibangunkan pula wakaf pertanian dan wakaf bencana. Lebih-lebih lagi

draft • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

sekarang kita berdepan dengan banjir seluruh negara. Usaha memperluaskan inisiatif wakaf ini wajar, significant- sangat significant kerana ia berupaya memberikan sumbangan dalam pembangunan ummah ketika ini. Jadi, saya mengharapkan agar sistem kewangan Islam seperti wakaf ini dapat dikembangkan sejajar dengan keperluan sosioekonomi ummah sejagat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Madani. Terima kasih kepada Puan Speaker yang membenarkan Pulai untuk membahaskan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan). Pertama, Pulai ingin menyentuh berkenaan dengan Perkara 61A yang juga telah disentuh oleh ramai rakan pembahas sebelum ini, berkenaan dengan Jawatankuasa Wakaf ini. Jawatankuasa Wakaf ini menggambarkan bahawa ianya berada di bawah Majlis Agama Islam dan kita perlu melihat pada waktu ini, wakaf ini nilainya adalah besar. Jutaan ringgit harta orang Islam, harta umat Islam yang boleh dikembangkan dengan cara yang tersendiri. Boleh membesarkan lagi nilai ini pada masa akan datang. Saya kira sudah tiba waktunya ia tidak berada di bawah Majlis ini kerana tanggungjawab yang lebih besar ini. Seharusnya kita memikirkan bahawa wakaf ini berada dalam satu ruang yang lain, yang boleh diperbadankan, contohnya adalah perbadanan harta wakaf. Harus pergi ke segmen yang sebegitu untuk mengembangkan lagi harta umat Islam ini supaya ia setanding, berjaya seperti mana TNB, seperti Telekom dan lain-lain GLC kita.

Di Johor pernah mencatatkan, umpamanya tahun 2009. Wakaf Korporat J-Corp bernilai RM282 juta. Kita juga biasa mendengar Universiti Al-Azhar, salah satu institusi wakaf yang berjaya. Bermakna, bahawa potensi wakaf ini sangat besar dan boleh dikembangkan.

Sudah sewajarnya kita memikirkan dimensi baru untuk menjadikan satu institusi yang lebih mantap, lebih kukuh dan boleh bergerak lebih jauh ke hadapan. Itu yang pertama.

Yang kedua juga, Pulai ingin menyentuh pindaan seksyen 78, di mana menyatakan ‘Seseorang Imam Ratib dan Pembantu Bilal tidak boleh memegang jawatan selepas mencapai umur enam puluh tahun melainkan jika Majlis berpuas hati’. Puan Speaker, umur 60 tahun bagi rakyat Malaysia ini masih muda lagi. Sepatutnya, 60 tahun ini boleh menjadi imam. Kalau 60 tahun tidak boleh menjadi imam, Arau tidak boleh jadi imam, Kuala Nerus tidak boleh jadi imam dan ramai lagi Ahli Parlimen ini tidak boleh menjadi imam. Bagaimana tak boleh jadi imam tetapi boleh jadi Ahli Parlimen?

Maknanya, umur 60 ini masih muda dan pada saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan ini, melihat umur 60 tahun ini tidak selaras dengan Malaysia menua tahun 2030.

Pada waktu itu, umur 60 tahun ini sudah mencecah 15 peratus dan selepas itu, mungkin akan lebih lagi. Sepatutnya pada pandangan Pulai, kita tidak payah letak 60 itu. Maknanya, kalau dia sihat dan berkemampuan, dia boleh menjadi imam.

draft • 3:16 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Memang dinyatakan di situ ada pengecualian tetapi berapa banyak hendak diproses untuk pengecualian ini. Jadi kita seharusnya memberi peluang kepada mereka ini untuk berkhidmat dan kebimbangan kita jika kita tidak menguruskan Malaysia menua tahun 2030 ini, kita tidak memberikan ruang kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas. So, mereka tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang sihat ini dan kita bimbang ia menjejaskan kesihatan mereka. Sebab kita hendak bawa mereka warga emas yang sihat dan sejahtera. Sebab itulah sepatutnya ia hanya masuk dalam tatacara sahaja, tidak masuk dalam akta ini.

Seterusnya Pulai juga membangkitkan isu yang sama seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan pembahas tadi bahawa Bahagian III ini di mana Akta Pentadbiran Undang- undang Islam ini telah menggugurkan pelantikan mufti itu. Jadi ini kebimbangan kita di mana bidang kuasa itu telah digugurkan tetapi akta itu belum ada lagi. Saya yakin dan percaya itu ada jawapan. Jadi saya mohon satu jawapan daripada Menteri apakah pendekatan yang hendak digunakan supaya bidang kuasa mufti ini kekal dan tidak menjejaskan pentadbiran kita.

Yang terakhir adalah seksyen 40A. Ini satu pendekatan yang baik di mana perjalanan prosiding di tempat lain akan melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Ini satu pendekatan yang sangat baik dan Pulai memuji usaha-usaha ini supaya Mahkamah Syariah nanti boleh dilaksanakan secara online dan itu memudahkan proses perbicaraan dan mendapat penghakiman yang lebih baik dengan menjimatkan masa dan menjimatkan tenaga.

Jadi itu sahaja, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin mengambil peluang untuk mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat daripada Parlimen Kuala Nerus ke Parlimen Malaysia pada petang ini.

[Tepuk] Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Baik, Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Permatang Pauh untuk membahaskan berkaitan dengan RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) pada petang ini. Saya cuma ingin menyentuh beberapa fasal sahaja. Pertama sekali berkaitan dengan fasal 5 dan fasal 7 yang mana fasal 5 berbicara berkaitan dengan menstruktur semula keanggotaan Majlis dengan meletakkan Ketua Pengarah JAKIM sebagai Timbalan Pengerusi Majlis dan Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) sebagai anggota Majlis.

Praktikal yang dilakukan sekarang ini Pengarah JAWI automatik menjadi setiausaha Majlis itu sekarang ini. Dalam fasal 7 pula pindaan dibuat untuk melantik individu yang layak dan sesuai menjadi setiausaha dengan kelulusan Menteri tanpa kriteria yang jelas. Tindakan ini menimbulkan sedikit kesangsian. Persoalan saya, apakah relevansi penstrukturan ini

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

dilakukan? Apakah pro dan kontranya? Apakah definisi layak dan sesuai menjadi Setiausaha Majlis, mohon dihuraikan apakah sedikit kriterianya? Penentu kelayakan juga adalah daripada kelulusan Menteri. Bukankah ini akan membuka peluang yang sangat luas disalah gunakan oleh orang politik untuk melantik orang politik mengisi kedudukan dan juga jawatan ini? Ia bukan satu tuduhan melulu dan perkara ini ada berlaku dalam negeri di dalam negara kita. Tidak perlulah saya sebutkan. Bagaimana juga kementerian akan memantau agar kedudukan menjaga agama Islam ini tidak dimanipulasikan untuk percaturan politik dan apakah jaminan kerajaan yang Majlis ini bebas dari sebarang campur tangan orang-orang politik dan golongan berkepentingan?

Puan Yang di-Pertua, fasal yang ke-11 untuk memasukkan seksyen baharu 40A ke dalam akta ini iaitu membuka kelonggaran bagi menjalankan prosiding di tempat lain ataupun melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Ini satu perkara yang sangat baik dan saya juga memuji seperti mana pembahas-pembahas yang lain tentang langkah yang sangat baik ini, cuma di sini ada beberapa persoalan yang boleh diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertama, adakah lokasi-lokasi prosiding secara online ini diwartakan ataupun boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk di rumah? Soalan yang kedua, melalui dalam talian, apakah langkah yang diguna untuk mengesan perubahan emosi dan pengesahan bahasa tubuh saksi ataupun pemberi keterangan? Soalan yang ketiga, bagaimanakah kaedah untuk mengesan ketulenan keterangan yang disampaikan yang mana bebas daripada pengaruh orang daripada luar skrin? Soalan yang keempat, apakah akan ada penerangan SOP sebelum prosiding seperti jenis aplikasi yang akan digunakan, pantang larang ataupun do and don’t dengan izin, dan lain-lain? Soalan kelima apakah mekanisme yang akan digunakan untuk menjamin keselamatan dan kerahsiaan prosiding daripada sebarang pencerobohan penggodam? Mohon penjelasan di atas semua perkara ini.

Puan Yang di-Pertua, yang terakhir fasal yang ke-14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 57B yang mana memberi Ketua Hakim Syarie kuasa untuk melaksanakan peruntukan Akta 505 ataupun mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berhubung dengan tatacara mal Mahkamah Syariah, tatacara jenayah syariah, keluarga Islam dan keterangan syariah?

Fasal 37 pula menyebut jika terdapat apa-apa lacuna ataupun tiada sebarang peruntukan dalam Akta 505, hukum syarak terpakai. Saya memuji usaha-usaha untuk memperkasakan undang-undang syariah ini cuma pemerkasaan ini kelihatan tempang apabila peruntukan undang-undang sekarang masih lagi menyekat kuasa yang lebih luas berkaitan dengan hukuman dan undang-undang syariah. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parlimen Tumpat sebentar tadi berkaitan dengan RUU Akta Mahkamah Syariah ataupun RUU 355. Ia adalah satu daripada usaha untuk menunaikan tuntutan syarak mengenai perundangan Islam berkait dengan jenayah. Walaupun tidak sempurna, setidaknya perlu ada usaha ke arah itu. Persoalan saya, bilakah cadangan tempoh masa RUU 355 ini akan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini?

draft • 3:22 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

RUU 355 adalah kunci penting bagi membolehkan negeri-negeri yang sudah bersedia melaksanakan undang-undang syariah di negeri mereka. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan berhasrat untuk membentangkan RUU 355 ini dalam waktu yang dekat dan apakah kekangan utama yang menghalang RUU ini daripada dibentangkan sedangkan saya merasakan ia boleh dibentangkan tidak lama lagi?

Yang terakhir sedikit Puan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan fasal yang ke-16 berkaitan dengan takrif harta. Saya ingin bertanya berkaitan dengan isu definisi harta yang disebutkan dalam RUU ini. Apakah ada kes yang berbangkit dengan Perkara 59A(b)?

Apakah ada kes yang berbangkit berkaitan dengan perebutan harta ataupun harta perkhidmatan ataupun kepakaran ataupun ada situasi-situasi contoh lain yang boleh untuk kita memahami konteks Akta 59A(b) tersebut? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 3:22 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan RUU (Pindaan) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993.

Puan Yang di-Pertua, saya akan memfokuskan beberapa perkara dalam perbahasan mengenai pindaan RUU ini. Antaranya pertama fasal 11 yang mengandungi seksyen baharu 40A. Seksyen ini membolehkan pendengaran prosiding kes mal di Mahkamah Syariah dijalankan di mana-mana tempat lain selain mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta 505 atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Peruntukan ini menyatakan bahawa subseksyen 40A(1) terpakai apabila hakim atau pendaftar berpuas hati wujud keadaan darurat.

Saya senada dengan Tumpat ingin membangkitkan persoalan, apakah akta ini akan turut sama memperincikan definisi darurat seperti yang terkandung dalam peruntukan 40A(2).

Sejauh manakah elemen darurat itu dapat mempengaruhi dan mengesahkan wujudnya darurat dalam sesuatu kes dan apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh hakim sebagai penentuan aras tahap darurat tersebut?

Saya mengetengahkan isu ini kerana umum mengetahui bahawa perbahasan konsep darurat ini adalah luas serta merangkumi hal maslahah dharuriyah, keperluan asas, hajiyyah, kemudahan dan kelapangan dan tahsiniyyah, kesempurnaan. Sekiranya istilah darurat ini tidak ditafsirkan secara jamik dan manik dalam akta, maka ia akan membawa kepada ketidakrangkuman tafsiran. Justeru, apakah pihak kementerian bercadang untuk memasukkan pengertian perkataan “darurat” dalam seksyen tafsiran Akta 505 ini supaya tafsiran atau maksud darurat ini lebih jelas maksud dan tatacara pemakaiannya dalam perundangan.

draft • 3:39 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin ketengahkan masih dalam seksyen 40A ini adalah subseksyen (3)(b) yang tertera perjalanan prosiding ini tidak menjejaskan keadilan. Saya ingin mendapatkan kepastian, apakah mekanisme yang dipakai oleh mahkamah bagi menentukan sesuatu prosiding mal itu berjalan tanpa menjejaskan keadilan dan apakah pihak mahkamah ada kepakaran untuk membezakan atau menentukan cubaan melakukan penipuan menerusi penggunaan sistem intelligent artificial. Saya membangkitkan persoalan ini memandangkan tentunya perbicaraan sesuatu kes itu memerlukan kehadiran pihak-pihak berkaitan seperti hakim atau pendaftar, pendakwa, orang yang didakwa, peguam dan beberapa orang saksi yang perlu ada atas talian atau live streaming dengan izin, secara serentak pada suatu masa. Hal ini bagi mengelakkan daripada apa yang dapat dimaksudkan sebagai terdapat unsur keraguan, penipuan dan syak sebagaimana yang terkandung di dalam 40A(3)(b).

Dalam perkara ini, saya suka mencadangkan supaya peralatan teknologi komunikasi dan jaringan internet di premis mahkamah mesti dipertingkatkan. Begitu juga keperluan mewartakan tempat-tempat khas seperti masjid-masjid tertentu, dewan-dewan awam atau selainnya sebagai tempat lokasi perbicaraan jarak jauh yang khusus diadakan dengan kelajuan capaian internet supaya keadilan dapat ditegakkan.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 16 yang mengandungi seksyen baharu 59A – Tafsiran.

Seksyen 59A(b) ini mengemukakan peruntukan tafsiran harta. Subseksyen ini menyatakan bahawa harta termasuklah (b), kepakaran atau perkhidmatan yang mempunyai nilai mengikut hukum syarak. Saya seperti mana Permatang Pauh ingin membangkitkan soalan, apakah maksud nilai kepakaran atau perkhidmatan ini merujuk kepada aset, syer, fi atau sebagainya yang dimiliki oleh individu atau institusi yang mengurus sesuatu harta itu atau bolehkah saya bawakan contoh, kepakaran seorang doktor pakar yang berkhidmat di sebuah hospital swasta, maka kepakarannya itu dibayar atas perkhidmatannya dikira sebagai harta? Mohon pencerahan.

Soalan saya yang terkait dengan subseksyen ini juga, negeri-negeri manakah yang turut memperuntukkan subseksyen ini di dalam undang-undang pentadbiran negeri masing- masing dan sejauh manakah ia dikuatkuasakan berdasarkan jumlah kes sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya penggantian seksyen 88 yang terkandung dalam Fasal 31 rang undang-undang pindaan ini. Pindaan ini memberi kuasa kepada Majlis untuk melantik Ketua Pendaftar Muallaf dan beberapa Pendaftar Muallaf lain bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pengislaman muallaf. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa proses pengislaman dijalankan secara cekap dan profesional. Saya ingin mencadangkan supaya diadakan kaedah-kaedah seperti diperuntukkan dalam seksyen 94 Akta Ibu berkaitan mengadakan kaedah profesionalisme Ketua Pendaftar Muallaf dan beberapa Pendaftar Muallaf yang merangkumi hal; Pertama, penyediaan program latihan komprehensif bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

draft • 3:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kedua, menetapkan SOP yang jelas dan terperinci bagi proses pengislaman untuk memastikan konsistensi dan keadilan dalam pengurusan setiap kes.

Ketiga, menyediakan sokongan psikososial kepada muallaf untuk membantu mereka dalam proses penyesuaian dan integrasi di dalam komuniti Islam, dan Keempat, penubuhan satu sistem pemantauan dan penilaian berkala untuk memastikan bahawa semua proses pengislaman berjalan dengan lancar dan sebarang isu dapat ditangani dengan segera.

Kaedah-kaedah ini penting supaya pelaksanaan tugas serta bidang kuasa Ketua Pendaftar Muallaf dan Pendaftar-pendaftar Muallaf ini teratur dan bersistematik. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Bismilllahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Puan Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih atas peluang ini untuk menyampaikan perbahasan saya berhubung dengan Rang Undang-undang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 khususnya pindaan subseksyen 7(2). Pindaan ini memperuntukkan perubahan pada perenggan (e) seperti berikut, “Untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman daripada Baitulmal selain wang zakat kepada individu beragama Islam bagi maksud mengikuti pendidikan tinggi.” Perubahan ini pada hemat saya adalah langkah strategik untuk memperkasakan peranan Baitulmal sebagai institusi kebajikan dan pembangunan sosial. Data menunjukkan terdapat penurunan dalam bilangan pelajar daripada golongan B40 yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi. Oleh itu, skim pinjaman ini adalah usaha yang wajar bagi menangani isu ini secara sistematik dan berkesan.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, untuk memastikan keberkesanan skim ini, saya menyarankan agar Baitulmal memperkenalkan inisiatif yang tidak hanya memberi bantuan kewangan tetapi juga membantu penerima menjadi lebih berdikari. Konsep ekonomi manusiawi perlu diterapkan dengan menyediakan joran kepada rakyat untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Sebagai contoh, projek-projek berskala kecil seperti penanaman cili, vending machine yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi boleh dijadikan sebagai model.

Dengan sokongan dermawan-dermawan dan mentor, penerima bantuan dapat meningkatkan pendapatan tanpa memerlukan pengawasan ketat. Selain itu, tanah-tanah milik Baitulmal boleh dimanfaatkan untuk tujuan pertanian dan perladangan. Langkah ini akan menyumbang kepada peningkatan food security negara dengan izin, dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan sambil mencipta peluang pekerjaan baru.

draft • 3:34 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Puan Timbalan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Baitulmal, saya mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan.

Pertama, membina laman web ataupun aplikasi mudah alih yang mesra pengguna untuk permohonan bantuan secara dalam talian. menambah bilangan pejabat Baitulmal di kawasan strategik terutamanya di luar bandar supaya lebih ramai orang dapat mengakses perkhidmatan ini tanpa perlu pergi jauh.

Kedua, mengintegrasikan teknologi terkini untuk menguruskan data penerima bantuan dengan lebih efisien. Dengan sistem ini, ianya dapat membantu mengenal pasti penerima yang benar-benar layak dan mengelakkan sebarang penipuan dalam proses pemberian bantuan.

Ketiga, melancarkan kempen kesedaran secara besar-besaran untuk memaklumkan masyarakat mengenai bantuan yang ditawarkan oleh Baitulmal dan cara untuk memohon serta menganjurkan program pendidikan kewangan untuk penerima bantuan supaya mereka tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan lebih bijak dan memanfaatkan bantuan yang diterima.

Keempat, saya mencadangkan juga memberikan latihan kepada kakitangan Baitulmal tentang cara berurusan dengan pemohon secara profesional, mesra dan cekap.

Seterusnya, menyediakan garis panduan yang jelas dalam proses penilaian kelayakan bantuan supaya tidak timbul isu ketidakadilan atau kekeliruan.

Kelima, bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan iaitu NGO yang aktif dalam kebajikan untuk meluaskan capaian bantuan kepada lebih ramai penerima. NGO juga boleh menjadikan rakan strategik untuk melaksanakan program-program pembangunan masyarakat dan akhir sekali, melancarkan kempen sumbangan dana secara kreatif seperti kutipan dana melalui sosial media, acara komuniti atau kolaborasi dengan syarikat korporat serta memastikan dana yang diterima diuruskan dengan telus dan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, dengan melaksanakan pindaan ini dan langkah- langkah penambahbaikan yang dicadangkan, Baitulmal akan dapat memainkan peranan lebih signifikan dalam membasmi kemiskinan dan mengangkat martabat masyarakat Islam di negara ini. Saya yakin dengan pendekatan yang lebih proaktif dan progresif, kita dapat mencipta sistem yang lebih adil dan berkesan demi masa depan generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 3:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah

draft • 3:39 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Persekutuan) (Pindaan) 2024. Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 2 Akta 505, terdapat tiga isu dalam pindaan seksyen ini.

Pertama ialah takrif hukum syarak. Sebelum pinda, hukum syarak ertinya undang- undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf tetapi dengan pindaan ini, hanya dihadkan kepada empat mazhab sahaja. Persoalan saya, kenapakah perlu disempitkan kerana akta asal sudah pun merangkumi keempat-empat mazhab ini. Bagaimana nanti jika terdapat sesuatu isu tiada dalam empat mazhab kerana mutakhir ini, perkembangan teknologi terlalu cepat.

draft • 3:39 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya difahamkan terdapat situasi tertentu di mana pandangan di luar empat mazhab ini digunakan khususnya dalam hal-hal yang memerlukan penyelesaian yang lebih luas atau untuk menangani isu kontemporari yang tidak dibahas secara terperinci dalam mazhab tersebut.

Contoh penggunaan pandangan luar mazhab terutama − Saya bagi satu contoh sahaja iaitu pertama ialah isu kontemporari dan keperluan ijtihad. Dalam isu-isu seperti kewangan Islam atau teknologi moden, fatwa mungkin merujuk pandangan ulama dari mazhab lain termasuk ulama yang tidak terikat dengan empat mazhab Sunni seperti ulama Zahiri. Contohnya Ibn Hazm. Atau pandangan mutakhir dari ulama Islam antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan seksyen yang sama ialah pemerkasaan fungsi Baitulmal. Penukaran istilah “kumpulan wang” kepada Baitulmal memberi kejelasan konsep berdasarkan prinsip Islam. Peluasan fungsi Baitulmal termasuk pemberian pinjaman pendidikan dan pengurusan wakaf, mencerminkan keperluan moden. Namun tiada garis panduan spesifik mengenai kawal selia ke atas dana Baitulmal. Risiko salah guna boleh berlaku jika tiada pengawasan yang ketat.

Oleh itu saya mencadangkan perincikan peraturan pelaporan kewangan, audit dan mekanisme semakan bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti pengurusan Baitulmal.

Dalam pindaan seksyen yang sama iaitu penubuhan Jawatankuasa Wakaf. Penubuhan Jawatankuasa Wakaf menunjukkan langkah proaktif untuk menginstitusikan pengurusan wakaf. Fungsi seperti pelantikan Mutawalli dan Istidlal memberikan struktur kepada pentadbiran wakaf. Tiada perincian tentang keanggotaan Jawatankuasa Wakaf, khususnya kriteria pemilihan anggota dan juga kelayakan. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan, pertama masukkan keperluan kepakaran pentadbiran wakaf sebagai syarat keanggotaan jawatankuasa wakaf. Kedua serta akan wakil daripada komuniti setempat untuk memastikan kepentingan wakaf dipelihara ataupun dalam jemputan dalam waktu-waktu yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ialah penggunaan teknologi dalam prosiding mahkamah. Seksyen baharu iaitu 40A yang membenarkan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh, mencerminkan kesesuaian terhadap cabaran era digital. Namun begitu ketiadaan garis panduan teknikal yang jelas untuk menjamin keadaan dan keselamatan prosiding. Serta apa plan backup jika berlaku masalah terhadap capai internet?

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sehubungan itu saya berpandangan, tetapkan piawaian minimum untuk teknologi yang digunakan. Seperti keperluan inskripsi kerahsiaan data dan accessibility kepada pihak-pihak yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 59A bagi maksud bahagian ini “harta”, termasuklah dalam (b) kepakaran atau perkhidmatan yang mempunyai nilai mengikut hukum syarak.

Apakah dimaksudkan dengan “kepakaran” ataupun “perkhidmatan” yang mempunyai nilai hukum syarak ini.

Bagi perincian penambahan definisi seperti wakaf, mutawalli dan istibdlal memperluas pemahaman konsep yang kompleks. Definisi “wakaf” masih boleh diperincikan khususnya dalam konteks inovasi kewangan Islam. Cadangan saya ialah tambahkan definisi wakaf kontemporari seperti “wakaf tunai” dan “wakaf korporat. Untuk memastikan kesesuaian dengan perkembangan moden.

Tuan Yang di-Pertua seksyen 61A(2)(b) ialah fungsi mutawalli. Bahagian III mengagihkan apa-apa manfaat mawquf. Soalan saya apakah kuasa ini atas individu ataupun atas kapasiti institusi? Jika atas kapasiti individu bermakna, kuasanya terlalu besar dan terdedah kepada banyak perkara. Kenapa tidak diberikan kepada institusi?

Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah dalam masa yang sama cadangan penambahbaikan untuk keseluruhan. Pertama ketelusan. Pertama wujudkan sistem pengauditan bebas. Untuk memastikan dana Baitulmal dan wakaf uruskan dengan cekap.

Penyediaan laporan tahunan yang boleh diakses oleh umum, oleh awam untuk meningkatkan kepercayaan komuniti. Kedua, penyeragaman undang-undang syariah. Harmonikan pindaan dengan undang-undang lain di peringkat Persekutuan atau negeri. Untuk mengelakkan pertindihan atau konflik bidang kuasa khususnya Akta 355.

Ketiga pendidikan dan kesedaran masyarakat. Jalankan kempen kesedaran masyarakat tentang konsep wakaf, fungsi Baitulmal dan peruntukan baru dalam pindaan ini.

Bentuk dan bina modul latihan untuk mutawalli, qayyim dan pegawai yang dilantik bagi meningkatkan kecekapan mereka.

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua. RUU ini adalah satu langkah yang positif untuk memperkukuhkan pentadbiran undang-undang Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Namun terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi. Untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, berkesan dan bebas daripada penyalahgunaan kuasa. Dengan penambahbaikan, RUU hari ini dapat menjadi asas kepada perkara Islam yang lebih progresif dan inklusif. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Labuan tak ada? Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-

draft • 3:45 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Pertua. Jadi sejak akhir-akhir ini polemik berkaitan RUU Pentadbiran Undang-undang Islam

(Wilayah Persekutuan) begitu hangat diperbincangkan di seluruh negara.

Kangar bersetuju jika usaha-usaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dibuat Wilayah Persekutuan bagi meningkatkan kecekapan dan pentadbiran pihak berkuasa agama. Namun, Kangar kurang bersetuju jika isu berkaitan pelantikan mufti dah aliran mazhab dibincangkan secara terbuka di Dewan Rakyat.

Biarlah kita semua berjiwa besar dan berlapang dada. Kita jaga aib kita dan kita mempunyai tugasan yang lebih besarkan dalam menyebarkan syiar Islam. Biarlah kita umat Islam menjaga agama kita dan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam menjaga agama mereka. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Kafirun. “Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku”. Ini baru nak masuk bahas. Tadi mukadimah.

Okey fasal Fasal 31 pindaan seksyen 88, Ketua Pendaftar dan Daftar Mualaf 88(1).

Seseorang Ketua Pendaftar Mualaf hendaklah dilantik oleh Majlis untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar mualaf dalam bentuk yang boleh ditetapkan untuk pendaftaran mualaf. Kemudian 88(2), Majlis boleh melantik apa-apa bilangan Pendaftar Mualaf sebagaimana yang majlis fikirkan perlu untuk membantu Ketua Pendaftar dalam melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Majlis di bawah akta ini.

Tuan Yang di-Pertua. YB Timbalan Menteri. Menarik kerana seorang Ketua Pendaftar Mualaf dilantik untuk menyimpan dan menyelenggara data ataupun daftar mualaf. Namun adalah lebih menarik lagi jika mualaf diberi sokongan, diberi dukungan dari segi kebajikan dan undang-undang oleh kerajaan melalui Majlis-majlis Agama Islam Negeri termasuklah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jadi golongan mualaf menghadapi pelbagai cabaran. Termasuk dari segi sosial, ekonomi, emosi dan juga keagamaan. Mereka sering menghadapi konflik dengan keluarga asal. Mereka juga menghadapi kesukaran dalam bidang ekonomi. Kehilangan sokongan keluarga. Mereka juga menghadapi ujian dalam keagamaan. Sebilangan mualaf sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup Islam apabila mereka tidak mendapat pendidikan agama yang mencukupi. Kelas-kelas agama pun masih tidak mencukupi.

Soalan saya kepada YB Timbalan Menteri, apakah usaha-usaha yang tidak menyulitkan pada mereka yang ingin memeluk Islam membuat pendaftaran?Jadi kita tengok kadang-kadang nak memeluk Islam itu agak susah. Nak kena berulang alik ke majlis agama dan sebagainya.

Soalan kedua, apakah NGO atau orang-orang perseorangan boleh membantu mereka untuk melafazkan syahadah dan akhirnya membawa mereka kepada Pendaftar bagi mendaftar sebagai mualaf?

Soalan ketiga, setakat manakah keberkesanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyediakan bimbingan keagamaan terbaik kepada golongan mualaf? Jadi ini yang bukannya biasa-biasa yang terbaik setakat mana.

draft • 3:45 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Kangar minta mencelah.

draft • 3:45 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Silakan Padang Besar.

draft • 3:45 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Selalunya NGO atau pun tumpuan yang lebih kepada pendidikan dan kita ada PERKIM, ada NGO-NGO yang lain.

draft • 3:45 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Akan tetapi untuk bantuan guaman terutama mualaf apabila masuk itu dari segi undang-undang berkaitan dengan perkahwinan, undang-undang berkaitan dengan harta, undang-undang berkaitan dengan pusaka, itu perlu dibantu. Bersetujukah perlu ada pusat — bersetujukah Kangar, kita perlu ada pusat guaman untuk asnaf ini, untuk mualaf ini? Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terbaik Padang Besar. Masukkan dalam ucapan saya. Keempat...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Sekejap, sekejap. Sedikit saja lagi.

Bagaimanakah zakat diagihkan kepada golongan mualaf kerana kadang-kadang didapati individu mualaf meminta sedekah di merata-rata tempat yang menunjukkan mereka tidak mendapat sokongan masyarakat?

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, fasal 17, seksyen 60(a)(1), (b)(1A) berkaitan dengan Baitulmal. Setakat manakah harta alih dan harta tidak alih atau sumbangan daripada syarikat atau individu kepada Baitulmal? Soalan kedua, apakah usaha-usaha untuk menggerakkan Baitulmal bagi membantu pelajar-pelajar dan golongan peniaga yang terkesan dengan ekonomi yang meruncing sekarang? Yang terakhir, di manakah kedudukan YaPEIM pada hari ini di mana suatu ketika dahulu YaPEIM pernah menerima kritikan berkaitan pengurusan dana dan ketelusan dalam kegunaan sumbangan?

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kangar, boleh sedikit saja?

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sikit saja. Nak tambah sedikit saja.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Masa sudah tamat. Sila duduk.

draft • 3:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Silakan, silakan.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya kata masa sudah tamat. Sila duduk.

[Ketawa]

draft • 3:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kangar pun duduk. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 3:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

draft • 3:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Pentadbiran Undang-undang Islam

(Pindaan) 2024. Merujuk fasal 2, seksyen 2(b), Hakim Syarie atau Hakim. Hakim syarie merujuk pegawai syariah yang dilantik dalam perkhidmatan undang-undang syariah di mahkamah syariah.

Hakim pula merujuk pegawai undang-undang yang dilantik dalam perkhidmatan undang-undang di mahkamah sivil. Sebagai perbandingan, merujuk seksyen 2(f) disebut Ketua Pendakwa Syarie atau Timbalan Ketua Pendakwa Syarie sahaja. Tidak ada ketua pendakwa atau timbalan ketua pendakwa. Jika dirujuk fasal 2 akta ibu, disebut peguam syarie sahaja, tidak ada peguam.

Oleh itu, Jerlun mencadangkan perkataan “Hakim” digugurkan dalam pindaan ini, memadai dimasukkan “hakim syarie” sahaja agar selari dengan istilah pendakwa syarie, timbalan pendakwa syarie dan peguam syarie yang terdapat dalam peruntukan sedia ada.

Jika dikekalkan hakim, ia boleh mengelirukan dan boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak yang menjurus kepada perbicaraan ini adalah di Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil.

Merujuk fasal 7, seksyen 14(1), Majlis boleh dengan kelulusan Menteri melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Setiausaha Majlis. Jika dirujuk seksyen 14(1), akta ibu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjadi setiausaha. Persoalan saya di sini, apakah rasional dan justifikasinya dipinda kepada mana- mana orang menjadi Setiausaha Majlis? Saya cadangkan Pengarah JAWI dikekalkan menjadi Setiausaha Majlis. Ini disebabkan Pengarah JAWI ada hubungan langsung dengan MAIWP dan memudahkan pentadbiran dan pengurusan.

Jika diambil mana-mana orang atau orang luar JAWI yang tiada pengetahuan tentang pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam, seseorang itu akan mengambil masa untuk belajar dan memahami soal-soal pentadbiran dan pengurusan MAIWP, lebih-lebih lagi jika diambil orang yang ada kepentingan, maka ini boleh mengganggu gugat perjalanan MAIWP.

Sebagai contoh, sahabat saya di Permatang Pauh ada menyebut dilantik di kalangan orang politik. Sebenarnya isu itu berlaku di Pulau Pinang. Setiausaha Majlis Pulau Pinang adalah orang politik, bekas calon PH di DUN Penanti dalam PRN15 yang lalu. Ini lagi teruk, ambil orang politik menjadi Setiausaha Majlis dan sudah pasti dia tidak akan mendapat kerjasama yang baik daripada pegawai dan kakitangan bawahan.

Saya ambil contoh yang lebih lunak dan baik. Macam di Kedah, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri. Di Perlis, Setiausaha Majlisnya adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

Merujuk fasal 11, seksyen 40A(1)(a), prosiding di mana-mana hanya bagi kes mal sahaja. Mengapa tak dimasukkan kes jenayah? Kesalahan jenayah syariah makin bertambah pada setiap masa. Patut dimasukkan kedua-dua sekali iaitu kes mal dan kes jenayah seperti kes khalwat, liwat dan sebagainya. Lagipun, kes jenayah sama juga dengan kes mal. Saya ambil contoh tuntutan fasakh, kes mal. Jika mahkamah keluarkan perintah berkaitan dengan fasakh, ada pihak yang ingkar perintah mahkamah. Maka, ingkar perintah mahkamah itu

draft • 3:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

merupakan kes jenayah. Jika diasingkan, maka ingkar perintah tadi tak dapat dikuatkuasakan.

Merujuk fasal 11, seksyen 40A(1)(a), disebut mahkamah. Saya bersetuju dengan pandangan daripada Pokok Sena tadi yang mengesyorkan supaya diwujudkan empat layer mahkamah bermula mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Syariah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Utama Syariah. Adakah kerajaan bercadang untuk nak membuat empat lapisan di mahkamah utama di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan ini? Jika lihat di negeri Perak dan Kedah, kedua-dua negeri ini lebih advance berbanding dengan Wilayah, sedangkan Wilayah satu ketika dahulu menjadi rujukan kepada negeri-negeri yang lain.

Seksyen 40A(1)(b), prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Teknologi komunikasi jarak jauh ini mula digunakan ketika COVID-19 dulu. Saya bersetuju dengan peruntukan ini kerana ia memudahkan pihak-pihak yang berhalangan hadir ke mahkamah atau salah satu pihak berada di luar negara. Dalam hal ini, mahkamah sivil sudah pun terkehadapan, boleh menjalankan mention case dan prosiding kes secara online berbanding Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) yang hanya ada eSyariah sahaja. Belum ada lagi eFailing bagi permohonan atau tuntutan kes.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Akhirnya, pada aspek fasiliti mahkamah perlu diberikan perhatian khusus dalam bajet tahun depan agar prosiding secara online boleh dilaksanakan segera. Ia juga boleh menjadi ikutan kepada negeri-negeri untuk meminda enakmen mahkamah syariah masing-masing agar prosiding secara online boleh dilaksanakan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* rakyat Malaysia, orang muda. Yang Berhormat, agama Islam ini ialah agama mudah, agama adil, maha adil, agama yang mengikut Quran dan sunah. Tetapi, kadang-kadang kita mewujudkan birokrasi sehingga menjadi payah, menjadi susah. Ada beberapa undang-undang yang orang dapati susah nak buat di Malaysia. Orang kena pergi Thailand, pergi Indonesia dan sebagainya, padahal guna agama Islam yang sama. Sebab sini kita menetapkan prosedur birokrasi dan sebagainya.

Contohnya macam rujuklah, rujuk. Banyak orang rujuk sekarang, orang rujuk dekat Perlis sebab Perlis dia sekali jatuh, satu. Selepas itu dua, tiga. Tetapi di sini, kadang-kadang dia pegang terus tiga. Jadi, banyak orang yang tersilap cakap. Dia mari rujuk dekat Perlis, dapat satulah. Jadi, kenapa berlaku perbezaan? Kenapa berlaku perbezaan? Saya tak mendalami tentang perkara-perkara ini, tetapi sebagai orang biasa, kita rasa kenapa begini?

draft • 3:57 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, sepatutnya undang-undang Wilayah ini ialah ketua kepada undang-undang lain.

Ini undang-undang Wilayah, ikut negeri. Padahal undang-undang Wilayah ini mesti dibuat supaya negeri ikut. Tetapi bila Wilayah nak buat, dia kata dia ikut negeri. Contohnya, dia ikut apa yang dibuat di Perak dan di Kedah.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi dengan itu, bukan dia secara bersendiri membuat hukum dan sebagainya. Saya seperti kawan-kawan lain. Saya terima kasih Bangi dan juga lain-lain, DAP. Dia orang ini peguam-peguam yang hebat. Kawan-kawan saya telah mengutarakan benda yang sama, saya pun nak utarakan benda yang sama. Yang Berhormat, dulu ini kita ini terbuka. 505 seksyen 2, hukum syarak undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf.

draft • 3:57 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi sekarang ini, Yang Berhormat mempunyai ilmu yang tinggi, Menteri ilmu yang tinggi, Timbalan ilmu yang tinggi, kawan-kawan saya di belakang ilmu yang tinggi tapi kita jumudkan. Jumudkan daripada mazhab yang diiktiraf kepada khusus Mazhab Syafie dan juga mazhab-mazhab Hanafi, Maliki dan juga Hanbali. Padahal Yang Berhormat, dalam Islam banyak lagi mazhab lain. Cuma yang kita tak sebut di sini, mazhab lain termasuk Mazhab Bukhari. Itu juga mazhab.

Jadi, kalau kita jumudkan kepada perkara ini Yang Berhormat, kita dah melanggar bahawa Islam itu ialah Quran dan Sunnah. Langsung tak sebut di mana-mana. Pindaan dia sebut Quran dan Sunnah. Kenapa mesti sebut mazhab? Yang Berhormat telah menjumudkan rakyat Malaysia. Sekarang lagi akan berbeza pendapat di antara kita yang sudah pasti mereka yang tidak bersetuju dengan kita jumudkan, kita khususkan kepada empat mazhab ini, mereka tak setuju. Kalau depa sebut kenapa Akta 505 seksyen 2 menyebut mazhab yang diiktiraf? Kenapa pindaan 2(c) ini mengkhususkan?

Saya telah mencadangkan pindaan. Saya tahu Yang Berhormat tak akan setuju. Tapi saya harap kawan-kawan DAP setujulah. UMNO tentulah tak setuju sebab mereka dan terikat kecuali yang baru masuk ini tak tahulah. Jadi, saya minta menyetujui pindaan. Pindaan cukup mudah. Supaya kita masukkan perkataan 2(c) itu, “Mana-mana mazhab yang muktabar dalam Islam”, “Mana-mana mazhab yang muktabar dalam umat Islam”.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Diiktiraf.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ataupun diiktiraf ataupun pakai yang hukum 505 yang asal. Jadi Yang Berhormat, kenapa susah sangat? Sebab apa? Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat pandai, tak sangka. Tapi, sampai tang ini Yang Berhormat saya ingat tak berapa pandai. Tak bagus macam itu. Kawan-kawan dari sana, [Merujuk pada blok kerajaan] kalau kita ada perkara peribadi tentang sesuatu mazhab, teruskan tapi untuk rakyat, terbuka.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, dulu bila kerajaan mengisytiharkan agama Islam Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie, Saudi protes dulu sampai kita kuota haji pun kita tak dapat dengan banyak peraturan itu. Tapi kerajaan dah ubah agama Islam Sunnah Wal Jamaah. Itu undang- undang Persekutuan sekarang ini. Kenapa tentang hukum syarak 2(c) ini diperjumudkan tafsirannya? Kemudian Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat supaya – kalau tidak Yang Berhormat terima pindaan yang saya cadangkan, Yang Berhormat akan jadi yang terbaik. Kalau tak terima, kita akan lawan sampai bila-bila Yang Berhormat.

Okey, yang keduanya ialah tentang Perkara 10. DAP telah sebut, kawan-kawan saya telah sebut. Kenapa dimansuhkan Perkara 10? Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat ada niat untuk nak masukkan RUU Mufti. Ada niat itu. Tak baik macam itu. Sebab apa? RUU Mufti ini bukan dimansuh, ditangguh. Apa makna tangguh? Ada niat nak buatlah? Jangan buat macam itu. Bererti kita mengisytiharkan peperangan, perpecahan sesama umat Islam.

Sekarang kita dah pecah dah. Tak adakah usaha di pihak Yang Berhormat untuk menyatupadukan ummah?

Yang Berhormat, yang kedua terakhir. Komunikasi jarak jauh.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis masa Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ha?

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis masa.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ada masa lagi?

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Habis.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berapa minit Yang Berhormat?

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh, bukan. Saya minta sikit lagi. Saya tahu Yang Berhormat duduk situ Yang Berhormat ada kuasa. Tapi, saya minta landing ya.

Yang Berhormat kena ingat dulu Yang Berhormat pun selalu buat masa duduk Backbencher. Yang Berhormat kata dekat Speaker, boleh. Speaker bagi lebihan masa kepada Yang Berhormat, kami tak dapat. Tapi sekarang saya minta. Yang Berhormat orang yang baik.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Arau masa dah habis.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, komunikasi. Ini komunikasi jarak jauh. Mana Jelebu tadi? Komunikasi jarak jauh. Kenapa tak masuk bawah – sekarang ini Mahkamah Syariah, dia terbuka. Mahkamah sivil, dia tertutup. Ada kes-kes yang tertentu tertutup. Itu sebab kes-kes artis itu dia masuk dengan begitu mengaibkan dalam Mahkamah Syariah. Kenapa tak masuk perkataan terbuka, tertutup ataupun komunikasi jarak jauh?

Maksud komunikasi daripada jarak jauh, tak maksud tertutup.

Yang Berhormat, semua komunikasi dan saya ingat prosedur komunikasi jarak jauh ini kena berhati-hati sebab orang yang dok pasang online dekat hakim itu siapa sebenarnya termasuk lain-lain. Jadi, yang ini berhati-hati.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi, kena sebut “Mahkamah ini terbuka, tertutup”. Sebab itu yang dituntut oleh Islam.

[Membaca sepotong hadis] “Tutuplah aib kamu selama kamu di dunia, Allah akan tutup aib kamu di akhirat”.

Akhir sekali Yang di-Pertua, Perkara 88. Mualaf.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis masa Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mualaf, mualaf.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis masa Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini PERKIM. Tun Mahathir pesan dekat saya ini.

[Ketawa] Dia Yang di-Pertua PERKIM. Saya isytiharkan saya Naib Yang di-Pertua PERKIM Malaysia.

[Ketawa] 88. Mualaf. Yang Berhormat, saya minta asnaf lapan itu, dia – PERKIM itu kena mesti mendapat imbuhan tetap. Ini kita ikut kasihan belas. Kita masuk di bawah asnaf lapan, Yang Berhormat. Jadi, kenapa kita tidak dimasukkan. Kata RM100 juta, bagi lapanlah. Ini kami mengikut ihsan-ihsan. Jadi, bagaimana kita nak kembangkan tugas-tugas kita? Tak baik buat macam itu Yang Berhormat. Check balik, semak balik di Parlimen ini dengan secara terbuka.

Saya menyebut bahawa pertimbangkanlah kepada mualaf-mualaf kerana mereka adalah sebahagian daripada kita dan juga rakyat Malaysia.

Saya menyokong dengan pindaan tadi. Kalau tak buat pindaan, saya tak sokong.

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya persilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam tempoh 15 minit.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Oh, 15 minit sahaja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang mengemukakan perbahasan dengan sangat bernas dan baik. Akta 505 merupakan suatu akta yang memperuntukkan aspek berkaitan dengan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam, penubuhan dan organisasi Mahkamah-mahkamah Syariah dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.

Sebagaimana yang telah diperjelaskan di awal tadi bahawa RUU Pentadbiran ini diyakini akan menambah baik pentadbiran agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan yang menyentuh secara khusus institusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI,

draft • 4:06 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah RUU 505 Dewan Rakyat pada hari ini. Seramai 13 Yang Berhormat telah pun berbahas dan membangkitkan isu-isu yang terkait iaitu Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Bangi, Tumpat, Pokok Sena, Pulai, Permatang Pauh, Kuala Kedah, Batu Pahat, Kuala Krai, Labuan, Kangar, Jerlun dan Arau. Saya akan menjawab rangkuman isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat satu persatu, insya-Allah.

Persoalan yang dibangkitkan oleh Pengkalan Chepa dan Bangi iaitu bagaimana Mufti dan institusi fatwa akan berjalan selepas RUU ini berkuat kuasa sedangkan peruntukan yang berkaitan telah dipotong. Jawapannya, perjalanan fungsi Mufti dan tatacara mengeluarkan fatwa di bawah Bahagian III dan perkara berkenaan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) akan terus berkuat kuasa selagi mana pemotongan Bahagian III dan seksyen 96 itu tidak dikuatkuasakan menurut sub fasal 1(2) RUU Pentadbiran Undang-undang Islam

(Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa di bawah sub fasal 1(2) RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan di bawah RUU ini. Dalam hal ini, tak akan timbul isu Mufti tidak lagi berbidang kuasa dalam mengeluarkan fatwa kerana peruntukan sedia ada akan terus berkuat kuasa.

Soalan yang kedua, ini soalan yang banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu kenapa definisi hukum syarak disempitkan. Saya jelaskan. Peruntukan sedia ada bagi tafsiran hukum syarak adalah seperti berikut. Hukum syarak ertinya undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf. Jadi, jika dilihat kepada tafsiran asal menyebut perkataan mazhab yang diiktiraf bagi maksud ini, ia merujuk kepada empat mazhab yang muktabar iaitu Mazhab Syafie, Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali.

Tafsiran yang dicadangkan dalam pindaan ini adalah selaras dengan tafsiran hukum syarak dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) dan juga tafsiran yang sama juga diguna pakai oleh 12 negeri lain dalam enakmen pentadbiran masing-masing iaitu negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Terengganu, guna yang sama. Cuma, saya nak jawab lagi, ia tidak menyempitkan Yang Berhormat. Ini kerana di dalam seksyen yang lain, Mufti dalam membuat fatwa akan merujuk kepada tatacara membuat fatwa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 39.

Oleh itu, tafsiran hukum syarak tidak menyebabkan tafsiran hukum itu adalah menjadi sempit kerana seksyen 39(3) dia kata apa? Seksyen 39(3), “Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh menyelesaikan persoalan

draft • 4:06 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu”. Maka, terjawab persoalan tersebut.

draft • 4:06 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Soalan yang seterusnya...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan Yang Berhormat.

Penjelasan ya. Tadi Yang Berhormat kata, Mufti tak terikatlah kalau sekiranya tidak ada perkara-perkara yang empat mazhab ini mungkin tak terikat, dia boleh rujuk kepada yang lain. Kalau dia boleh rujuk kepada yang lain, kenapa di masuk empat mazhab itu? Kita pakai yang lama, yang diiktiraf. Jadi, kenapa mesti sebut- kalau sebut nama, maknanya kita telah sempitkan- sempitkan Yang Berhormat, menjumudkan maknanya.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah jawab, tak perlu lagi saya menjelaskan lagi. Seterusnya, daripada Yang Berhormat Bangi. Seksyen 40A, supaya diadakan perbicaraan secara online seperti mahkamah awam. Berkenaan dengan infrastruktur dan selainnya. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa pembangunan infrastruktur sistem e-Syariah versi tiga telah pun menyediakan kemudahan dan platform untuk membolehkan prosiding kes melalui teknologi yang sesuai, termasuklah e-filing, e- review sebagaimana di mahkamah sivil. Jadi, kita punya satu sistem yang par excellence, insya-Allah. Bagi menjalankan prosiding jarak jauh, hakim hendaklah berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan dan tatacara semasa prosiding melalui teknologi jarak jauh akan ditentukan dalam kaedah-kaedah yang digubal. Bagi menjamin keselamatan, JKSM telah membangunkan SOP Dasar Keselamatan ICT yang mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dalam menggunakan aset ICT. Ini juga akan disentuh di dalam RUU Tatacara Mal selepas ini, insya-Allah. Seterusnya, Bangi lagi. Saya hendak selesaikan Bangi punya persoalan. Kenapakah pindaan seksyen 58 berkaitan pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dan cadangan hanya untuk Skim Pegawai Syariah sahaja?

Merujuk kepada subseksyen yang dicadangkan, hanya tertakluk kepada Skim Pegawai Syariah, kita mengambil pertimbangan ini setakat ini. Namun, di masa depan kita boleh lihat iaitu faktor kepakaran dan kemahiran serta pengalaman pegawai syariah dalam bidang perundangan syariah, khususnya dalam kes-kes jenayah syariah dan pengkhususan bidang pengajian dan kelayakan masuk skim pegawai syariah selaras dengan bidang tugas pegawai syariah.

Seterusnya, daripada YB. Pulai. Apakah keperluan jawatan Imam Ratib dan Pembantu Bilal boleh dilanjutkan walaupun selepas mencapai umur 60 tahun? Sebenarnya, memang selari dengan semangat pindaan yang ingin kita lakukan. Namun, cadangan perlanjutan umur imam ratib dan pembantu bilal selepas mencapai umur 60 tahun dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor yang sangat penting. Di antaranya faktor kesihatan, ilmu, pengalaman, memiliki kepakaran kemahiran, mendapat kepercayaan penuh masyarakat.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Maka dengan itu, kita lihat sama juga dengan negeri-negeri lain, ada sembilan negeri yang memperuntukkan sama sepertimana yang kita peruntukkan ini, bermakna ini merupakan satu usaha yang telah pun dibuat kajian yang mendalam.

Seterusnya, oleh Yang Berhormat Tumpat. Fasal 61A, kenapa tak buat akta? Kenapa tak buat akta, fasal 61A? Maka dengan ini, kita ingin tekankan bahawa perkara tentang wakaf adalah di bawah bidang kuasa MAIWP. Oleh itu, kita meminda dan memasukkan perkara tentang wakaf dalam Akta 505 dan perincian kesemuanya nanti akan dimasukkan dalam kaedah-kaedah wakaf agar ianya lebih fleksibel dan boleh disesuaikan.

Seterusnya, Yang Berhormat Permatang Pauh. Status berkenaan dengan pindaan kepada Akta RUU 355. Saya sentuh sedikit sahaja kerana telah banyak kali telah dijawab di dalam Parlimen. Cuma, yang ingin saya sentuh bahawa Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada 30 Julai 2024 telah bertitah supaya JAKIM memberikan taklimat mengenai cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1995 ini dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan Majlis Agama Islam Negeri- negeri terlebih dahulu. Maka dengan itu, kita akur dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak selaku Pengerusi MKI.

Yang Berhormat Pokok Sena bertanya tentang perlindungan hakim. Peruntukan perlindungan hakim ada diperuntukkan di bawah seksyen 205, Akta Tatacara Jenayah Wilayah Persekutuan iaitu seksyen 209. Tiada prosiding boleh diambil kira terhadap mana- mana hakim atau pegawai lain dalam mana prosiding kehakiman. Perkara ini juga termasuk dalam cadangan yang ini kita hendak update juga iaitu kita sedang menggubal RUU Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Seterusnya, Pokok Sena lagi dan juga Kubang Kerian. Soalan Pokok Sena berkaitan dengan Mahkamah Syariah, yang ini berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Buat pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan menyambut baik cadangan-cadangan. Untuk pengetahuan semua, draf Undang-undang Mahkamah Syariah, Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sedang digubal yang akan memperkasakan Mahkamah Syariah, termasuklah seperti mana yang ada dan juga akan lihat daripada aspek yang terbaik, bersesuaian dengan Mahkamah Syariah. Terima kasih.

Seterusnya, Permatang Pauh sekali lagi. Soalan berkaitan dengan penstrukturan semula anggota majlis. Pada masa ini, Ketua Pengarah JAKIM dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP dan Ketua Pegawai Polis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi wakil kepada Ketua Polis Negara sebagai anggota MAIWP. Oleh itu, lantikan Ketua Polis Negeri sebagai anggota MAIWP turut dilaksanakan. Majlis Agama Islam Negeri-negeri turut dilaksanakan di negeri-negeri yang lain. Melalui pindaan ini, lantikan Ketua Pengarah JAKIM

(KP JAKIM) dan Ketua Pegawai Polis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah selaras dengan amalan semasa di negeri-negeri yang lain.

Seterusnya, ini saya up sikit Yang Berhormat Kangar, sebab dia tanya tadi iaitu bagaimanakah zakat diagihkan kepada golongan peniaga? Kangar, MAIWP menyediakan

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

pelbagai skim bantuan perniagaan, maksimum di antaranya ada skim yang kita- iaitu maksimum RM60 ribu dan MAIWP juga menawarkan program-program berbentuk keusahawanan, bertujuan melantik peniaga-peniaga kecil untuk menjadi usahawan yang berjaya dan MAIWP turut menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan asnaf.

Walaupun ini soalan bukan berkaitan dengan rang undang-undang tetapi kita jawab juga. Seterusnya juga Kangar iaitu bagaimanakah zakat diagihkan kepada mualaf? Ini yang berkaitan juga kepada soalan-soalan yang lain. Mualaf boleh memohon sebanyak 38 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Antaranya adalah bantuan kewangan bulanan, bantuan kesihatan dan bantuan perniagaan.

Saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai iaitu berkaitan dengan Pelan Induk Wakaf Nasional, betul? Kerajaan Persekutuan melalui JAWHAR telah membentangkan pelan tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri- negeri dan kini dalam peringkat mendapatkan persetujuan semua Majlis Agama Islam Negeri, ia memerlukan masa. Silakan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya tentang ‘ejen’ syariah yang saya nyatakan tadi dan juga tentang perbezaan di antara pendaftaran penyelenggaraan rumah kebajikan di bawah MAIWP, berbeza dengan JAKIM- dengan JKM, apakah bezanya?

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik, baik. Saya akan sampai selepas ini, ada dalam jawapan, insya-Allah. Berkenaan dengan Pelan Induk Wakaf Nasional ini, berkaitan isu Bulan Zakat Kebangsaan yang dibangkitkan sebentar tadi, JAWHAR dan Yayasan Wakaf telah menganjurkan Bulan Wakaf Kebangsaan bersama Majlis Agama Islam Negeri pada setiap bulan Ramadan bagi 2024 telah diadakan dalam bulan Ramadan dan insya-Allah akan juga dilaksanakan dalam bulan Ramadan yang akan datang. Berkenaan dengan penyelarasan.

JAWHAR dan Yayasan Wakaf dan Jawatankuasa Wakaf di bawah MAIWP. JAWHAR sebagai Jabatan Kerajaan Persekutuan yang menyelaras isu-isu wakaf, manakala Yayasan Wakaf Malaysia sebagai agensi pelaksana.

Berkaitan dengan Tumpat. Apakah perbezaan institusi rumah perlindungan di bawah MAIWP dan JKM? Saya jawab soalan tersebut. Institusi rumah perlindungan sedia ada yang dibina dan diuruskan oleh MAIWP ialah Dar Assaadah dan Darul Kifayah, telah dibina menggunakan sumber zakat dan wakaf. Dar Assaadah adalah rumah perlindungan untuk remaja wanita yang terlibat dengan masalah sosial dan Darul Kifayah adalah rumah perlindungan untuk anak-anak asnaf yatim piatu. Kita tidak menggunakan langsung peruntukan daripada JKM dan ditadbir dan diuruskan sepenuhnya oleh MAIWP.

Soalan seterusnya ataupun yang dibangkitkan oleh YB Kuala Krai, berkenaan dengan fasal 18 iaitu tiada perincian tentang keanggotaan ataupun tentang Jawatankuasa Wakaf. Keanggotaan Jawatankuasa Wakaf akan diperuntukkan di dalam kaedah yang akan dibuat di bawah perenggan 61A(3)(a), yang dicadangkan peruntukan dalam akta ini hanya memberikan punca kuasa undang-undang. Kita hendak beri punca kuasa, ianya akan

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

dimasukkan dalam kaedah-kaedah, agar kaedah-kaedah ini sesuai dan boleh adalah fleksibel, boleh disesuaikan.

draft • 4:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Seterusnya, Tumpat. Saya kembali kepada Tumpat semula. Fasal 16, seksyen 59A berkenaan dengan mutawalli. Adakah ia orang ataupun institusi? Saya jawab. Mana-mana orang, any person termasuklah mana-mana institusi ataupun pertubuhan. Kiranya, mutawalli bukan hanya manusia, bukan hanya orang tetapi juga institusi yang dibarisi oleh orang-orang.

Amalan sedia ada di MAIWP. MAIWP telah memberikan kuasa mutawalli atau qayyim kepada institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaya, UPNM dan lain-lain. Jadi, kita teruskan amalan ini. Terima kasih.

Tumpat lagi. Wah, banyak Tumpat. Cadangan untuk mewujudkan Tabung Keluarga melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Terbaik. Maknanya, Tumpat tahu bahawa kita ada BSK. Buat masa ini, Majlis ataupun MAIWP tidak mempunyai apa-apa tabung secara khusus bagi BSK. Walau bagaimanapun, MAIWP mempunyai hubungan kerjasama bersama BSK dengan menyalurkan peruntukan berbentuk bantuan bagi membantu keluarga-keluarga yang memerlukan.

Masa sudah habis. Saya nak habiskan tak atau...

[Dicelah]

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun. Tak jawab lagi Jerlun.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ingat Yang Berhormat, berapa minit lagi Yang Berhormat perlukan? Berapa minit lagi?

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya rasa banyak lagi tetapi izinkan saya – berapa minit Yang di-Pertua?

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya bagi tiga minit, boleh?

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Tiga minit. Saya cuba laju.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ambil penting-penting, Yang Berhormat. Yang selebihnya, Yang Berhormat bagi jawapan secara bertulis.

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dalam masa lima hari ya.

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik. Jadi, selama tiga minit, saya akan cuba menjawab.

Seterusnya, kita akan lajukan. Kubang Kerian. Adakah kerajaan akan memasukkan definisi darurat yang mana...

[Dicelah]

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kubang Kerian tak ada. Kubang Kerian tak ada.

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Eh, Kubang Kerian sorry, sorry. Yang Berhormat, sorry. Okey.

Terus-terus. Ha, ini tak apa.

draft • 4:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kubang Pasu atau Kuala Krai dulu.

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Tak ada, bertulis. Ya lah, kita jawab Arau lah, Arau. Ya, Yang Berhormat Arau.

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Kenapa lapan asnaf tidak bahagi sama-rata iaitu satu perlapan setiap asnaf? Ini Yang Berhormat, dalam syariah tidak menetapkan khusus satu perlapan. Walau bagaimanapun, MAIWP telah menetapkan asas satu perlapan bagi setiap asnaf dan mengikut keperluan semasa dan penetapan kadar yang akan diputuskan adalah yang ditetapkan atau diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Begitu juga, soalan daripada Kangar iaitu berkenaan dengan bantuan dan bimbingan kepada mualaf. Di bawah kaedah 29, Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan, ada cara pendaftaran, jagaan dan pengajaran mualaf. Seorang mualaf yang berdaftar adalah layak untuk menerima bantuan. Bantuan masuk Islam, bantuan berkhatan pun dapat, bantuan kelengkapan ibadah dan bantuan perbelanjaan pengebumian jenazah. Selain itu, kita tambah lagi bantuan sara hidup, bantuan tempat tinggal, bantuan perubatan, bantuan perkahwinan, bantuan bentuk pendidikan, bantuan guaman. Memang banyak bantuan, tuan-tuan.

[Ketawa] Seterusnya, Jerlun. Mengapa perlu dibuat pemisahan antara Pengarah JAWI dan CEO MAIWP? Ini menarik dari segi struktur ya. Buat masa ini, ini yang kita alami sekarang ini iaitu Pengarah JAWI adalah Setiausaha Majlis dan Ketua Eksekutif dalam Hal Ehwal Pentadbiran Majlis. Jadi, cadangan ini bertujuan untuk pemisahan kuasa antara Pengarah JAWI dan CEO MAIWP selaras dengan dasar kerajaan dan hasrat kerajaan untuk pastikan tatakelola supaya gerak kerja dan proses kerja lebih laju dan teratur, ya. Sebelum ini, Pengarah JAWI terbeban kerana Pengarah JAWI juga adalah Setiausaha. Jadi, kita ingin asingkan agar Setiausaha dan juga Pengarah JAWI boleh memfokuskan kepada tugasan masing-masing.

Daripada Kangar sekali lagi iaitu berkenaan oh, sini sudah jawab. Iaitu Kuala Krai sudah ya? Langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyeragamkan undang-undang syariah negeri. Jadi, ini adalah apakah langkah-langkah untuk menyeragamkan. Buat pengetahuan semua, ia sedang dan telah pun dilaksanakan, dan ingin menyeragamkan sekurang-kurangnya lima undang-undang yang utama. Undang- undang Pentadbiran, Undang-undang Keterangan, Undang-undang Tatacara Mal, Tatacara Jenayah ya. Jadi, usaha-usaha menyelaras dan menyeragamkan undang-undang syariah negeri telah pun dilaksanakan oleh JAKIM, bertindak sebagai agensi penyelaras hal ehwal agama.

Bagi maksud ini, penyelarasan dan penyeragaman undang-undang syariah menyaksikan ataupun sudah bermula. Antara kejayaan–kejayaan kita kongsi. Dah habis masa. Kejayaannya adalah kita beritahu ya. Lima undang-undang berikut yang diguna pakai di negeri-negeri secara seragam yang seperti mana yang saya sebut, Undang-undang Pentadbiran, Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Tatacara Jenayah, Undang- undang Tatacara Mal, Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah. Ini akan diteruskan lagi usaha ini menerusi Jawatankuasa Perundingan Islam Kebangsaan di bawah MKI.

Sekian, terima kasih. Mohon maaf atas segala kekurangan.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkataan penghabisan akan dijawab bertulis. Dia tak sebut.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa Yang Berhormat?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kata, terima kasih. Saya akan jawab bertulis yang lain.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tadi, dah bagi komitmen dengan saya tadi, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat rekod tetapi pengucapan yang penghabis tak sebut pun.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak. Dia dah beritahu tadi, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okeylah, okeylah. Semua salah.

draft • 4:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik. Saya dah cakap sebentar tadi.

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bangun di bawah Jawatankuasa dan juga saya bangun di bawah 57(2).

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa itu 57(2), Yang Berhormat?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

57(2). Yang Berhormat terbaca dengan sendirinya iaitu...

[Dicelah]

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

52 apa Yang Berhormat?

Yang Berhormat, 57(2) itu apa?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat nak saya baca? All right lah.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya lah. 57(2) itu apa?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini ialah pindaan. Pindaan ya.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan mesyuarat?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan – pindaan di bawah Jawatankuasa.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat nak saya baca? Okey.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Baca, Yang Berhormat.

Baca sampai habis, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“Apa-apa pindaan yang hendak dicadangkan hendaklah dikemukakan pemberitahu sekurang-kurangnya satu hari terlebih dahulu. Pindaan demikian, yang tidak dikeluarkan pemberitahu hendaklah diserahkan kepada Pengerusi dengan bertulis dan tidak boleh dicadangkan kecuali jika Pengerusi berpuas hati bahawa tiada dapat dikeluarkan pemberitahu.”

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Apa Yang Berhormat?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini dalam Peraturan ini. Saya dah hantar surat. Notisnya mungkin tak cukup satu hari. Jadi, walau bagaimanapun, ini sudah ada jawapan, tak sempat nak baca. Tetapi, saya nak cadang di bawah Jawatankuasa iaitu Perkara 2(c) iaitu hukum syarak ertinya, undang-undang Islam ditukar kepada hukum syarak ertinya, undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab muktabar yang diiktiraf, ataupun tidak perlu kita tukar semua. Kita tambah sahaja.

Hukum syarak ertinya hukum syarak mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu mazhab, Maliki, Hanbali atau Hanafi, atau mana-mana mazhab yang muktabar dalam Islam.

Jadi, saya minta pindaan 2(c). Kami ada 16, dia orang ada 15. Okey. Yang keduanya, saya minta supaya Perkara 10, seksyen 10 itu dipinda dengan memotong Bahagian III. Saya minta dimasuk balik Bahagian III, ya.

Kemudian, Perkara 11, seksyen 11 iaitu sekarang ini, pindaan yang dibuat ialah menggunakan perkataan “teknologi maklumat”. Kita sokong. Ini kita sokong, yang terbaik dalam dunia. Tetapi, kita nak masuk supaya mahkamah terbuka syariah itu ditambah hujungnya mahkamah tertutup.

Yang Berhormat tak payah bilang. Kami tak akan buat apa, Yang Berhormat. Don’t worry sebab Yang Berhormat jadi Pengerusi, ya. Mahkamah terbuka itu ditukar kepada mahkamah tertutup ataupun telekomunikasi jarak jauh.

Yang Berhormat, mahkamah sivil kita boleh buat tertutup. Itu sebab pergi mahkamah sivil, orang tidak mengaibkan orang. Mahkamah Syariah yang menguruskan Islam, dia aibkan orang. Artis-artis telah diaibkan dengan begitu rupa kerana kita tidak ada perkataan mahkamah tertutup di mana pemberita-pemberita boleh masuk dan membuat laporan yang amat dahsyatnya.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta supaya pindaan ini dibuat, Yang Berhormat. Tak payah bilang, bagi dia jawab. Kalau tak boleh, cakap tak boleh. Kami tak mahu bergaduh-gaduh. Kami orang baik, Yang Berhormat. Yang tak baik, belah sana.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Yang Berhormat Arau, saya bukan membilang disebabkan Yang Berhormat Arau. Cuma, saya nak beritahu Yang Berhormat Arau sebutkan tadi, 16, 15. Sebelah kerajaan 26, sebelah pembangkang ada 18. Itu yang pertama.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dekat kantin sekarang ada tujuh.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya nak merundingi peraturan yang dibangkit. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya nak merundingi apa yang peraturan mesyuarat dibangkitkan oleh Yang Berhormat, 57(2). Yang Berhormat baca sebentar tadi dan saya yakin Yang Berhormat amat memahami 57(2). Ya, betul Yang Berhormat baru hantar sebentar tadi dalam pukul 2.30 petang notis tersebut di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walaupun bacaan pertama rang undang-undang ini telah dibuat pada 2 Julai 2024 dalam Mesyuarat yang Kedua. Lebih kurang lima bulan tetapi tak apa, Yang Berhormat baru hantar sebentar tadi.

Saya kira perkara yang kedua kecuali jika Pengerusi puas hati bahawa tiada dapat dikeluarkan pemberitahu. Saya dah terima makluman daripada Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak membenarkan cadangan pindaan Yang Berhormat untuk dibawa ke peringkat Jawatankuasa. Itu keputusannya Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak beritahu Yang Berhormat.

Saya nak cadangkan dahulu kita terbuka. Sekarang kita tertutup. Dahulu kita terbuka.

Sekarang jumud. Itu yang saya nak buat perubahan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Speaker pun dulu terbuka. Kata lah dekat saya apa nak kata. Tetapi, hari ini tertutup sikit. Itu sahaja.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau. Perkara ini kalau saya nak memanjangkan Yang Berhormat, saya boleh persoalkan Yang Berhormat. Dah lima bulan Yang Berhormat rang undang-undang ini berada atas meja. Yang Berhormat baru hantar usul di bawah 57(2) baru pukul 2.30 petang tadi Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jadi, perkara ini saya kira Yang Berhormat amat arif. Kita teruskan urusan Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta Menteri yang jawab. Yang Berhormat, saya terpaksa sebut di bawah Jawatankuasa. Saya mencadangkan pindaan.

Kalau tak boleh, Menteri jawab tak boleh. 57(2) ini Speaker.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kalau Yang Berhormat nak berbahas di bawah peringkat Jawatankuasa...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang saya masuk bawah Jawatankuasa...

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Boleh saya cakap Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tahu. Tetapi saya nak cakap apa bawah Jawatankuasa.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh saya bercakap Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, silakan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Sekarang ini Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat bangun untuk sebut fasal-fasal di antara 1-39 saya akan benarkan. Tetapi, Yang Berhormat bangun tadi menyebut di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2). Jadi, saya kira urusan tadi dah tamat. Keputusan Speaker pun dah ada. Boleh saya teruskan urusan berikutnya?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Yang Berhormat. Sekarang saya akan cakap bawah Jawatankuasa.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Fasal berapa Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara 2(c).

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Fasal berapa Yang Berhormat? Sebut dahulu kepada saya fasal berapa Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara 2(c).

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya lah fasal berapa Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa Yang Berhormat kata?

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya nak tahu fasal berapa Yang Berhormat? Fasal, fasal.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh ini. Seksyen 2...

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Fasal, fasal.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, seksyen 2, 2(c).

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Fasal pertama kah, kedua kah, ketiga Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di bawah seperti yang telah dibacakan tadi.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya kira Yang Berhormat boleh duduk Yang Berhormat. Kita teruskan Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak Yang Berhormat. Kalau tidak, saya dengan cara berlari-lari buat keluar pindaan...

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita banyak urusan pada hari ini Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tak dak orang ramai pun macam saya. Saya telah berusaha...

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya amat menghormati Yang Berhormat yang begitu lama berada di dalam Dewan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya Yang Berhormat, fasal berapa saya cakap Yang Berhormat kena beritahu saya. Saya cakap ini fasal berapa.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya mempengerusikan Mesyuarat. Yang Berhormat nak berbahas, Yang Berhormat mesti tahu fasal berapa Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kalau tidak ada.

[Fasal-fasal 1 hingga 39 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali ketiga disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]

draft • 4:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mulakan ucapan pada hari ini. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang untuk meminda Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang. Dato’ Yang di-Pertua Rang Undang- undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta 585 untuk memasukkan tatacara yang jelas berkaitan dengan pengendalian kes mal melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Ia berkaitan dengan pindaan sebentar tadi.

draft • 4:35 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Dato’ Yang di-Pertua saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi hanya lapan fasal.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 585 untuk memasukkan takrif baharu teknologi komunikasi jarak jauh.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 34 untuk memudahkan proses pelantikan Peguam Syarie tanpa perlu melafazkan wakalah di hadapan mahkamah atau pendaftar.

Pelantikan dan penerimaan pelantikan boleh dan hendaklah difailkan di mahkamah dengan pindaan ini pihak-pihak dan peguam syarie tidak lagi dikehendaki hadir di hadapan mahkamah atau pendaftar untuk melafazkan wakalah.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 100 Akta 585 untuk memperuntukkan bagi penerimaan keterangan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 109 bagi membolehkan permohonan dibuat untuk mendapatkan suatu perintah supaya seseorang yang ditahan di mana-mana tempat menurut kuasa yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dikemukakan di hadapan mahkamah. Seksyen 109 sedia ada hanya memperkatakan mengenai permohonan berkenaan dengan orang yang dikurung dalam penjara sahaja.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 119 bagi memasukkan peruntukan nyata yang memberi mahkamah kuasa untuk membenarkan, ha ini nak menjawab daripada Arau tadi. Membenarkan apa-apa prosiding didengar secara tertutup.

Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 247 bagi memberi Jawatankuasa Kaedah- kaedah Mahkamah Syariah kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berkaitan dengan tatacara dan amalan bagi prosiding yang dijalankan di mana-mana tempat selain mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau prosiding yang dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Fasal 8 bertujuan meminda Borang MS3, MS5, MS24 dan MS25 dalam Jadual Ketiga.

Dato’ Yang di-Pertua pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan yang bersifat kecil sahaja yang consequential in nature. Secara keseluruhannya pindaan kepada akta ini adalah bersifat positif dan akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pengamal undang-undang Mahkamah Syariah bahkan juga kepada masyarakat awam. Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

draft • 4:35 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 4:35 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 4:35 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

draft • 4:35 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Senarai pembahas yang pertama Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Arau. Setiap pembahas diberikan masa lima minit.

Saya persilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 4:35 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Shah Alam untuk membahaskan Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2024.

Sehubungan dengan itu, saya ingin membahaskan perkara yang menyentuh seksyen 3, seksyen 100 dan seksyen 247, penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh. Seksyen 34, cara untuk berwakalah. Seksyen 109, memperluaskan skop untuk membawa tahanan yang bukan berada di penjara tetapi mungkin di tempat tahanan lain seperti pusat pemulihan dadah atau SOSMA. Seksyen 119, memberikan kuasa kepada hakim untuk mendengar kes secara tertutup yang sangat dituntut-tuntut oleh Arau tadi terutama kes yang bersifat sensitif seperti kes yang melibatkan saksi minor, kes poligami dan lain-lain yang difikirkan wajar.

Secara umumnya, Dato’ Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah yang dilakukan oleh pihak JPM bahagian hal ehwal agama khususnya bagi meminda seksyen- seksyen yang disebutkan tadi. Di mana, penggunaan komunikasi jarak jauh bagi tujuan memudahkan proses perbicaraan terutamanya jika ada pihak-pihak yang tinggal di luar negara atau di negeri lain tetapi perbicaraannya dijalankan di Wilayah Persekutuan. Dengan cara ini, pelanggan mahkamah tidak perlu hadir secara fizikal ke mahkamah dan mengambil cuti kerja khas bagi sesi pengurusan kes atau sebutan yang lain.

Begitu juga dengan proses berwakalah juga dipermudahkan dan kesemuanya adalah untuk manfaat orang awam yang sangat-sangat memerlukan kepada pemudah cara bagi kes- kes yang dikendalikan.

Sehubungan dengan itu juga, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memohon beberapa perkara yang memerlukan kepada jawapan Menteri. Pertama, bilakah portal e-Syariah 3.0 boleh digunakan sepenuhnya bagi tujuan sebutan kes sama seperti proses e-Review yang dilakukan di mahkamah sivil dan bagi tujuan pemfailan kertas kausa ataupun cause paper mahkamah? Sekarang ini masih memerlukan pihak-pihak untuk hadir ke mahkamah bagi memfailkan kertas kausa secara fizikal dan hard copy. Keadaan ini sama sekali berbeza dengan penggunaan sistem EFS di mahkamah sivil yang berjalan lancar semenjak beberapa tahun yang lepas.

Kedua, kenapakah masih lagi ada berlaku rungutan orang ramai dan peguam syarie mengenai proses untuk membaca afidavit, memfailkan kertas kausa mahkamah dan membuat bayaran pemfailan yang memakan masa yang panjang di kaunter Mahkamah

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Apakah tindakan yang diambil untuk mempercepatkan proses tersebut?

Ketiga, ada di kalangan pengamal peguam syarie yang merungut mengenai kesukaran untuk memfailkan kertas kausa mahkamah kerana kertas kausa itu walaupun telah disediakan secara profesional oleh peguam syarie bertauliah tetapi ditolak oleh kerani kaunter yang seolah-olahnya berlagak. Ini saya quote perkataan daripada rakan-rakan pengamal undang-undang Mahkamah Syariah. “Seolah-olahnya berlagak seperti hakim kaunter” kerana hal-hal yang teknikal yang remeh. Sedangkan, sepatutnya tugas kerani hanyalah tugas pentadbiran. Sepatutnya kerani tidak menolak pemfailan itu dan biarlah hakim sendiri yang memutuskan sama ada kertas kausa itu sama ada teratur ataupun tidak teratur.

Keempat, akses perundangan kepada orang yang tidak mampu untuk mengambil peguam swasta. Apakah tindakan daripada pihak kementerian untuk membantu golongan seperti ini untuk mendapatkan khidmat guaman?

Kelima, kenapakah sesetengah proses untuk pemfailan dokumen seperti pemfailan permohonan interlokutori di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berbeza dengan negeri lain seperti di Selangor dan sebagainya?

Ada dua cadangan yang ingin saya kemukakan kepada Menteri untuk memastikan bahawa pentadbiran mahkamah syariah, khasnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, untuk menjemput wakil peguam syarie daripada badan peguam syarie hadir dalam mesyuarat pentadbiran kakitangan Mahkamah Syariah berkala dengan kekerapan sekurang-kurangnya dua bulan sekali bagi memastikan kelicinan proses pentadbiran kes di Mahkamah Syariah.

Kedua, cadangannya ialah supaya pihak Menteri membuat perubahan kepada kaedah sulh iaitu mewajibkan kehadiran pihak-pihak ke Majlis Sulh dan jika tidak hadir, satu waran tangkap boleh dikeluarkan supaya pihak-pihak tidak mengambil remeh terhadap prosiding sulh memandangkan banyak kes dapat diselesaikan secara proses sulh. Ini dapat mengelakkan lambakan kes untuk dibicarakan.

Terakhir, Dato’ Yang di-Pertua, apakah pihak kementerian ataupun Menteri ada membuat kajian untuk mempercepatkan proses perbicaraan bagi kes berkaitan nafkah anak dan hadanah anak? Kerana, kedua-dua kes ini penting untuk dipercepatkan kerana ia membabitkan keperluan semasa bagi anak-anak dan juga untuk meringankan beban kewangan, mental, fizikal golongan ibu tunggal.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Seterusnya, Yang Berhormat Jerlun.

draft • 4:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998 (Pindaan 2024).

draft • 4:46 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Merujuk fasal 3, seksyen 34(1), saya bersetuju dengan pindaan lafaz wakalah pelantikan peguam syarie yang hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu anak guam dan peguam syarie yang dilantik. Tidak perlu lagi di hadapan hakim syarie ataupun pendaftar Mahkamah Syariah. Ia memudahkan urusan pihak-pihak. Tambahan pula, diwujudkan peruntukan baharu iaitu melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang membolehkan pelantikan wakalah dibuat secara online. Merujuk fasal 6, seksyen 119(2), saya bersetuju, dalam keadaan tertentu, prosiding boleh dijalankan secara tertutup demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesusilaan atau bagi sebab lain yang mencukupi. Persoalan saya di sini, apakah kategori kes yang mahkamah boleh tetapkan prosiding secara tertutup?

Adakah dibahagi-bahagikan jenis-jenis kes mengikut senarai kes, sama ada kes terbuka atau kes tertutup, untuk tujuan pemberitahuan kepada peguam syarie atau pihak-pihak?

Katakanlah jika berbangkit perkara aib. Saya bagi contoh kes fasakh. Adakah kes fasakh ini dibacakan secara tertutup daripada awal hingga akhir? Ataupun, dengan andaian jika ada perkara aib antara pihak-pihak maka terdedahlah nanti, maka prosiding itu ditangguhkan dan dijalankan secara tertutup? Habis sesi aib tadi ini, dia masuk pula sesi perbicaraan secara terbuka. Adakah begitu?

Merujuk fasal 8(a), pindaan Jadual Ketiga dalam Borang MS3, ‘defendan’ digantikan dengan ‘responden’. Saya bersetuju dengan pindaan ini kerana Borang MS merupakan permohonan, bukan tuntutan.

Merujuk fasal 8(b), saya setuju tandatangan di hadapan hakim pendaftar dipotong dalam Borang MS5. Cuma, Borang MS5 dalam Jadual Ketiga dalam akta ibu hanya ada plaintif dan defendan sahaja dan tidak dipinda. Saya cadangkan dibuat pindaan dalam Borang MS5 sebagaimana pindaan Borang MS3 iaitu memasukkan perkataan ‘pemohon’ dan ‘responden’. Justifikasi saya ialah Borang MS5 berkait dengan wakalah peguam syarie.

Setiap wakalah melibatkan kes permohonan iaitu pemohon dan responden dan tuntutan plaintif dan defendan. Oleh itu, adalah wajar Borang MS5 dipinda kerana seseorang peguam syarie bebas mengendalikan kes sama ada kes itu bersifat permohonan pemohon dan responden, ataupun tuntutan plaintif dan defendan.

Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:46 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:46 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Kuala Krai menyatakan pandangan terhadap pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah.

Saya ingin menekankan bahawa setiap pindaan undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan pentadbiran keadilan mesti dilaksanakan dengan berhati-hati dan penuh

draft • 4:49 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

justifikasi. Dalam perbahasan ini, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan yang memerlukan perhatian lebih mendalam.

draft • 4:49 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pertama, Dato’ Yang di-Pertua, seksyen 100 dan seksyen 247 iaitu perbicaraan jarak jauh. Persoalannya, pertama access a technology. Apakah jaminan bahawa semua pihak termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman mempunyai akses kepada teknologi ini? Apakah kerajaan menyedia infrastruktur yang mencukupi untuk memastikan keadilan tidak terjejas?

Yang kedua, keselamatan data. Bagaimana keselamatan data dan kerahsiaan maklumat akan dijamin? Apakah langkah mitigasi yang disediakan jika berlaku kebocoran data? Yang ketiga dalam pindaan ini, gangguan teknikal. Sekiranya berlaku gangguan teknikal, bagaimana mahkamah akan memastikan prosiding tidak terganggu dan keadilan tetap tercapai?

Isu yang kedua, pindaan seksyen 119, pendengaran tertutup. Persoalan saya, pertama, definisi kesejahteraan awam. Apakah definisi jelas bagi kesejahteraan awam atau keselamatan? Dalam konteks ini, siapakah yang akan menentukan keperluan ini?

Yang kedua, penyalahgunaan kuasa. Bagaimana kerajaan memastikan kuasa ini tidak disalahgunakan untuk menutup prosiding secara arbitrary? Yang ketiga ialah semak imbang. Apakah mekanisme semak imbang yang akan diperkenalkan untuk memantau keputusan ini?

Isu yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, seksyen 34 iaitu pelantikan wakalah oleh Peguam Syarie. Persoalan saya ialah pertama, risiko manipulasi. Apakah pindaan ini membuka ruang kepada penipuan identiti ataupun pemalsuan dokumen? Apakah mekanisme yang akan memastikan kesahihan dokumen wakalah? Yang kedua, proses gantian. Mengapa keperluan lafaz ini dihapuskan tanpa pengenalan mekanisme gantian yang kukuh? Yang ketiga, keabsahan pelantikan. Apakah bentuk bukti dokumentasi yang akan diwajibkan untuk melindungi pihak-pihak yang terlibat?

Isu yang keempat Dato’ Yang di-Pertua ialah seksyen 109 iaitu kehadiran banduan atau orang yang ditahan sebagai saksi. Persoalannya pertama, beban kos. Apakah langkah untuk mengurangkan beban kos pengangkutan banduan terutamanya kepada pihak yang kurang berkemampuan? Yang kedua, dari sudut keselamatan. Bagaimanakah kerajaan memastikan keselamatan banduan dan masyarakat sepanjang proses ini? Yang ketiga, alternative technology. Mengapa prosiding jarak jauh tidak dijadikan pilihan utama dalam kes ini untuk menjimatkan kos dan mengurangkan risiko?

Isu yang kelima Dato’ Yang di-Pertua adalah seksyen 247 iaitu penggunaan kaedah- kaedah baru. Persoalannya ialah pertama, proses konsultasi. Bagaimanakah kerajaan memastikan semua pihak berkepentingan seperti Peguam Syarie, hakim dan masyarakat diberi peluang untuk memberikan maklum balas terhadap kaedah-kaedah baru ini? Yang kedua, kebajikan pihak berkepentingan. Apakah langkah untuk memastikan tatacara baru ini tidak membebankan pihak-pihak yang kurang berkemampuan? Yang ketiga, ketelusan dan

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

akauntabiliti. Adakah kaedah ini akan diterbitkan secara awam sebelum pelaksanaan untuk memastikan ketelusan?

Isu yang keenam Dato’ Yang di-Pertua ialah pemantauan pelaksanaan.

Persoalannya, pertama, keberkesanan pindaan. Apakah langkah pemantauan dan penilaian yang akan dilaksanakan untuk memastikan pindaan ini mencapai matlamatnya? Yang kedua, laporan awam. Adakah laporan tahunan akan diterbitkan bagi menilai keberkesanan pindaan ini? Yang ketiga ialah maklum balas. Bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani sebarang isu teknikal atau kelemahan yang mungkin timbul semasa pelaksanaan?

Dato Yang di-Pertua, dari sudut kaedah cara, cara ataupun kaedah. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah perlu dibuat melalui proses biasa sebagai akta. Ia perlu didrafkan, digubal, dan akhirnya dibahas dan diluluskan di Parlimen. Manakala, tatacara sivil di mahkamah sivil hanya dibuat dalam bentuk kaedah iaitu Kaedah Mahkamah 2012, diwarta melalui P.U. (A) 205/2012. Soalannya, bilakah kerajaan berhasrat untuk menyamakan penggubalan tatacara ini melalui kaedah seperti mahkamah sivil? Jika masih dibuat melalui akta ini, ia akan mengambil masa yang panjang untuk dipinda kerana perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan ia dibahas oleh Ahli Parlimen yang rata-ratanya mungkin tidak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah pun. Jika dibuat melalui kaedah ini, ia lebih mudah untuk dipinda dan jawatankuasa tersebut pula terdiri dari pakar bidang yang mahir dan di samping memastikan ia tidak lagi di hukum syarak.

Sebagai khulasahnya Dato’ Yang di-Pertua ialah pindaan ini membawa aspirasi yang baik untuk memperkemas sistem mahkamah syariah. Namun, persoalan yang dibangkitkan menunjukkan perlunya penelitian yang lebih mendalam. Saya menyeru agar kerajaan menjawab semua persoalan ini dengan teliti demi memastikan setiap pindaan mencapai objektif yang dihasratkan tanpa menjejaskan keadilan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Tumpat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama membahaskan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998.

Yang pertama soalan saya kepada kerajaan, berapakah jumlah kes mal di mahkamah syariah yang telah didaftarkan di Wilayah Persekutuan sejak 10 tahun yang lepas? Sekiranya jumlah ini banyak, adakah kerajaan bercadang dengan pindaan pada hari ini untuk menubuhkan Jabatan Guaman Syariah di bawah kerajaan berbanding dengan khidmat bantuan guaman yang sekarang ini disediakan oleh pihak PGSM? Kerana kita tahu bahawa ini perlu untuk kita menyelesaikan tuntutan asas dalam mahkamah syariah dalam membantu masyarakat yang sangat memerlukan khidmat guaman dalam kos yang lebih rendah.

Begitu juga saya ingin tahu, berapakah kes jenayah di mahkamah syariah yang telah didaftarkan? Kerana kita lihat dalam pindaan kepada mahkamah sivil di bawah Akta

draft • 4:55 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020, disebut bahawa ianya juga terlibat dengan interest of justice, conduct of proceedings of any cause or matter, civil or criminal, through a remote communication technology. Walau bagaimanapun, dalam rang undang-undang yang baru kita bahaskan tadi, hanya terhad kepada kes-kes mal. Soalan saya, bilakah kerajaan akan memperkenalkan perkara yang sama di dalam mahkamah iaitu tatacara berkaitan dengan jenayah di Wilayah Persekutuan? Kerana kita kira sekali teknologi ini dipasangkan di mahkamah dan digunakan, ianya boleh bergerak serentak. Apatah lagi dalam kes RUU pada hari ini, kita bincangkan dengan rapi tentang berkenaan dengan bagaimana tatacara berkaitan dengan banduan. Jadi, seharusnya ianya bukan hanya meliputi tatacara mal, tetapi juga meliputi tatacara jenayah.

Seterusnya, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, adakah dengan hari ini juga bila kita nak pemerkasaan kepada mahkamah syariah, juga akan mempertimbangkan untuk mewujudkan jawatan baharu iaitu Pesuruhjaya Sumpah Syarie sebagai tenaga kerja pelengkap keadilan untuk kerja-kerja teknikal sebagaimana kerja dapat dibuat dari Pesuruhjaya Sumpah di mahkamah sivil walaupun kita sedar, sumpah dalam mahkamah sivil dan mahkamah syariah sangat berbeza. Tetapi, mereka mungkin boleh membantu dalam perkara-perkara teknikal dan pentadbiran.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan dalam kes melibatkan tatacara mal berkaitan dengan kanak-kanak di mahkamah syariah, sama ada terlibat sebagai plaintif, defendan atau sebagai saksi melibatkan kanak-kanak di mahkamah syariah. Kita lihat penyata laporan JKPK Wanita berkait dengan hak keadilan berkait kanak-kanak memerlukan sangat banyak pindaan di mahkamah sivil. Jadi, kita percaya di mahkamah syariah juga perlu perkara yang sama.

Sebagai contohnya, fasiliti dan persediaan fasiliti mahkamah perlu diadakan.

Penjaga hakiki bagi diri dan kanak-kanak, seksyen 88. Wali kanak-kanak dalam kes hadanah, bagaimanakah piawai yang standard bill of trust? Rujukkan kepada Pegawai Kebajikan, psychologist dan juga privasi keluarga bagi melindungi kanak-kanak ini di mana dalam mahkamah sivil, terdapat pelindung, ada legal companion, ada court advisor. Dalam kes mahkamah syariah, kita juga ingin bertanya, adakah perkara ini juga disediakan bagi menjamin tatacara mal di mahkamah syariah berkaitan dengan kanak-kanak ini juga dilindungi?

Kita juga ingin bertanya pihak kerajaan, adakah dalam selepas ini kita juga akan meminda akta bagi keterangan kanak-kanak di mahkamah syariah bagi memastikan tatacara ini boleh membantu sistem keadilan terutama kepada kanak-kanak kerana kita tahu sekarang ini ada Akta Keterangan Kanak-kanak di mahkamah sivil yang mungkin boleh diterima pakai setakat mana ia kena dengan hukum syarak.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan suatu peluang ataupun suatu lagi ruang kepada takaful bagi memastikan peguam-peguam syarie dan peguam-peguam Muslim untuk berlindung di bawah takaful professional indemnity kerana hari ini kes yang dikendalikan oleh peguam-peguam syarie adalah kes-kes yang melibatkan

draft • 4:55 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

high profile dan juga berkos tinggi. Jadi, ada kemungkinan mereka akan didakwa di bawah negligence. Jadi ini perlu, tetapi sekarang ini mereka hanya berlindung di bawah insurans. Kita tahu lepas ini dibuat sebagai takaful professional indemnity supaya ianya lebih mesra syariah dan mematuhi kehendak syarak.

Juga, kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bilamana kita memperkenalkan tentang teknologi ini di mahkamah syariah, tentunya kita belajar tentang pelaksanaan ini di mahkamah sivil. Sejauh manakah, apakah punca kuasa perbezaan pemakaian sistem sokongan kepada teknologi jarak jauh di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah?

draft • 4:55 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Sekiranya ada, apakah perkara tersebut? Jika perkara ini diluluskan pada hari ini, bilakah ia akan bermula dan di mahkamah mana? Setakat ini, bagaimanakah persediaan JKSM berkenaan dengan server dan program dan sistem yang akan diguna pakai?

Berapakah pegawai IT yang akan dilantik dan ditempatkan di semua mahkamah syariah di seluruh Wilayah-wilayah Persekutuan?

Dalam kes pembacaan wakalah, ia melibatkan permohonan di antara pihak-pihak.

Apakah yang akan terjadi sekiranya salah satu pihak membantah pelantikan wakalah melalui cara teknologi ini? Adakah ia akan tertolak dan terus akan dikembalikan kepada perkara yang asal? Ini kerana kita tahu bahawa dalam kes wakalah ini, ia melibatkan lafaz secara lafzi, secara lisan dan juga secara bertulis. Dalam keadaan ini, bila ini berlaku, bagaimanakah kes itu akan dikendalikan?

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang syor dan natijah daripada kes Nik Elin yang berkaitan dengan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam supaya kita tidak lagi tertunggu- tunggu kerana pindaan kepada Perlembagaan adalah sangat penting bagi menjaga maruah dan tugas asasi legislator di setiap Dewan Undangan Negeri dihormati dan agar kes-kes seperti ini tidak akan berulang. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya, Yang Berhormat Bangi.

draft • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani.

Saya terus kepada fasal 7, Dato’ Yang di-Pertua iaitu cadangan pindaan kepada seksyen 247(1) iaitu kuasa untuk Jawatankuasa Kaedah-kaedah Syariah membuat kaedah- kaedah iaitu berkenaan dengan pindaan untuk membenarkan ataupun memberi kuasa bagi membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan penggunaan teknologi jarak jauh yang mana kita tahu lepas kita pinda Akta 505 tadi, sudah tentu perlu ada punca kuasa untuk memberikan satu ruang bagi kaedah-kaedah teknologi jarak jauh digubal dan dibuat.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, untuk prosiding syariah, prosiding mal di Wilayah Persekutuan, adakah pihak mahkamah bercadang untuk

draft • 5:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

menyediakan kemudahan rakaman video prosiding seperti sistem CRT dalam mahkamah sivil? Rakaman video ini penting kerana, satu, ia dapat memastikan ketepatan apa yang disebut dalam mahkamah termasuklah keterangan yang diberikan oleh saksi.

Kita tahu keterangan di mahkamah ini akan menjadi asas kepada apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah. Jadi, ada keperluan bahawa setiap tutur kata yang dibuat dalam prosiding dapat dirakam dengan tepat. Ia juga dapat memastikan bahawa pihak-pihak dapat menyediakan hujahan dengan merujuk kepada apa yang ditutur dan disebut semasa prosiding. Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan sedikit panduan mengenai perkara ini.

Saya seterusnya merujuk kepada fasal 6 iaitu cadangan pindaan kepada seksyen 119 bagi memberi punca kuasa kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding tertutup.

Secara amnya, saya memang menyokong pindaan ini sebab kita tahu prinsip asas mahkamah tak kiralah mahkamah sivil atau mahkamah syariah adalah ia terbuka. Akan tetapi kita juga tahu pada masa yang sama, ada beberapa situasi yang mana adalah lebih baik sekiranya prosiding tersebut diadakan secara tertutup.

Di sini saya nak sentuh dengan apa yang disentuh oleh YB Arau tadi berkenaan dengan skandal-skandal dan juga perceraian yang sering dimainkan dalam media dan sebagainya. Saya nak rakamkan kegusaran saya bagaimana cerita-cerita perpisahan, perceraian yang menjadi tumpuan ramai ini kini dengan izin, menjadi satu media circus dan kes-kes seperti ini dimainkan, dibincangkan dengan terbuka di luar sana.

Saya fikir sebagai satu masyarakat, Dato' Yang di-Pertua, tak perlulah kita begitu ghairah dengan kes cerai dan skandal dan sebagainya. Media boleh laporkan tetapi pada masa yang sama, kita pun harus ada had dan batasan dalam kita berbincang tentang hal keluarga orang lain, kesusahan orang lain dan sebagainya. Sebab, kita sekarang bukan bercakap tentang individu yang ada dekat mahkamah itu sahaja tetapi juga ada anak, ada keluarga dan sebagainya.

Jadi, saya berharap dengan adanya punca kuasa pindaan dalam seksyen 119 ini, mahkamah sekurang-kurangnya boleh menggunakan budi bicara untuk menentukan prosiding mana yang perlu dijalankan secara tertutup demi keadilan, demi kesejahteraan dan juga untuk menjaga privasi dan juga aib pihak-pihak yang terlibat.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh kepada fasal 3 iaitu penggantian seksyen 34.

Seperti yang saya katakan tadi semasa saya membahaskan pindaan kepada Akta 505, saya bukanlah seorang peguam syarie tetapi saya telah mendapat maklum balas daripada peguam syarie, rakan-rakan saya dan mereka secara amnya memang menyambut baik dengan cadangan ini, cadangan pelantikan ini yang mana sekiranya ini diluluskan, tidak lagi perlu dibuat di kaunter, di hadapan pendaftar ataupun di mahkamah. Dengan pindaan ini, ia sebagai satu permulaan dan selepas ini, diharapkan bahawa segala urusan pemfailan wakalah dapat lebih dipermudahkan di masa hadapan.

Dato' Yang di-Pertua, saya ada 30 saat lagi tetapi itu sahaja saya nak maklumkan, saya nak bahaskan. Tak banyak. Jadi, sekian, terima kasih.

draft • 5:01 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Yang Berhormat Sik, silakan.

draft • 5:01 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya terus untuk memulakan perbahasan ini dengan perkara asas seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi iaitu adakah kerajaan berhasrat untuk menyamakan penggubalan Tatacara Mal Mahkamah Syarie ini melalui kaedah seperti mahkamah sivil yang dilaksanakan ketika ini? Jika ia masih dibuat melalui akta ini, ia akan mengambil masa yang panjang untuk kita bawa ke Parlimen seperti pada hari ini. Jika ia dibuat melalui kaedah yang lebih mudah untuk dipinda dan jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada pakar bidang-bidang yang dalam kemahiran tertentu dan memastikan ia tidak lari daripada hukum syarak.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada teknologi maklumat jarak jauh ini begitu lama untuk kita bawa ke Parlimen ini sedangkan di mahkamah sivil, ia telah lama dilaksanakan. Ia belum di bahas lagi tentang perkara dengan izin, e-Filing, e-Trial, e-Appellate sebagaimana yang telah dilakukan di mahkamah sivil. Kita Ahli Parlimen pun tidak begitu mahir ataupun mengetahui prosedur atau tatacara yang terbaik untuk kaedah mahkamah syariah ini.

Jadi, sewajarnya tatacara ini dibuat oleh orang-orang yang pakar dalam bidang- bidang yang disebutkan ini. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, bagaimana penyampaian dokumen boleh dilakukan dan diiktiraf oleh hukum syarak? Pastinya Ahli Yang Berhormat, dengan izin, with due respect, tidak mahir dalam bidang ini. Hanya hakim mahkamah syariah, peguam syarie dan pentadbir sahaja yang mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai hal ini.

Kedua iaitu berkaitan pindaan seksyen 34 iaitu dalam hal menyatakan wakalah yang tidak perlu lagi diikrarkan di hadapan pendaftar. Ini sudah pasti melegakan ramai pihak seperti mana yang melibatkan luar dari Wilayah Persekutuan. Keperluan ini telah lama dibincangkan dan dituntut khususnya oleh peguam syarie. Di Selangor telah dipinda dalam hal ini dan Wilayah Persekutuan merupakan negeri kedua meminda akta ini jika diluluskan pada petang ini. Jika ia dalam bentuk kaedah kesengsaraan pihak untuk datang ke mahkamah syariah semata-mata untuk berwakalah, akan dihapuskan ataupun sebelum itu?

Dalam soal ini Tuan Yang di-Pertua, rukun wakalah yang saya sebut ini, yang pertama, pihak orang yang mewakilkan iaitu muwakkil. Kedua, pihak atau orang yang menerima wakil atau al-wakil dan ketiga, perkara atau benda yang diwakilkan (al-muwakkil fih) dan yang keempat, sighah atau lafaz. Menurut pendapat Imam Syafie, orang yang memberi, wakil hendaklah melafazkan ijab wakalahnya. Pihak yang menerima wakil tidak disyaratkan untuk menjawab atau menerimanya. Memadai ia tidak membuat bantahan.

draft • 5:06 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dengan adanya pindaan ini, dilema yang dihadapi oleh masyarakat dapat dihapuskan seperti mana terjadi dalam kes Badariah Haron lawan Idris Mahmud, tahun 2005.

Bagi setiap orang atau pihak yang ingin menggunakan khidmat peguam syarie untuk mewakilkan beliau di dalam apa-apa prosiding di mahkamah syariah hendaklah terlebih dahulu mematuhi prosedur tatacara mahkamah syariah yang tertentu.

draft • 5:06 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan soal penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh seperti dalam pindaan seksyen 247 dan 100 yang merangkumi prosiding secara maya, yang mungkin melibatkan saksi, defendan atau peguam syarie itu.

Namun demikian, cabarannya ialah isu keabsahan bukti digital atau keberkesanan prosiding maya, terutamanya dalam kes yang melibatkan saksi. Kesediaan infrastruktur teknologi dan latihan kakitangan mahkamah untuk melaksanakan pindaan ini adalah sangat-sangat diperlukan.

Begitu juga soal risiko keselamatan siber dan privasi, terutama untuk kes-kes yang sensitif. Jadi, saya mencadangkan bahawa jika pindaan ini dilaksanakan, sudah pastilah penambahbaikan dari segi infrastruktur dan pembangunan teknologi itu perlu ditekankan, termasuklah memerlukan bajet tambahan untuk Mahkamah Syariah ini. Kerajaan perlu melabur dalam infrastruktur ICT untuk memastikan pelaksanaan prosiding jarak jauh berjalan lebih lancar dan latihan pegawai-pegawai di mahkamah itu sangat-sangat diperlukan. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya persilakan pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 5:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. Saya ingin merujuk kepada tajuk wakaf.

Takrif wakaf, ertinya:

(i) untuk menyerahkan hak milik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau kepentingannya;

(ii) untuk menyerahkan manfaat atau kepentingan yang boleh dinikmati daripada apa-apa harta; atau

(iii) untuk menyumbangkan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat atau kepentingannya sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas tetapi tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada pindaan-pindaan yang dicadangkan, yang dilakukan. Akta 505 1997, ‘wakaf am’ ertinya wakaf yang berkekalan atas modal dan pendapatan daripada harta bagi maksud agama atau akhirat dan diiktiraf oleh hukum syarak dan harta yang diwakafkan sedemikian. Sementara pindaan yang hendak dibuat kali ini,

draft • 5:11 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

ertinya wakaf bagi maksud kebajikan umum mengikut hukum syarak dan wakaf khas pula, ertinya ialah wakaf yang berkekalan atau bagi suatu tempoh had atas modal harta atau maksud-maksud agama atau akhirat yang diiktiraf oleh hukum syarak. Dan harta yang diwakafkan sedemikian yang berpendapatan daripadanya boleh diberikan kepada orang- orang atau maksud-maksud yang ditetapkan.

Saya mencadangkan perkataan, “orang-orang” ini dibuang, ditukar kepada “orang ramai” kerana orang-orang ini maksudnya lain, bukan manusia. Ikut Dewan Bahasa dan Pustaka, “orang-orang” adalah merujuk kepada sesuatu yang dibuat seperti manusia atau patung, diletakkan di tengah sawah supaya burung, haiwan-haiwan takut. Jadi, yang itu tidak perlu diberikan wakaf kerana dia bukan manusia. Walaupun ini ditukar dalam pindaan kali ini, ‘wakaf khas’ ialah ertinya wakaf bagi maksud kebajikan tertentu atau bagi pihak tertentu mengikut hukum syarak. Tetapi saya bimbang dalam RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah ini ada menggunakan perkataan “orang-orang”. Jadi, mohon ditukar kepada “orang ramai”. Penggunaan di kalangan masyarakat pun lebih sesuai. Contohnya, kalau dewan ada ditulis situ "dewan orang-orang”, tidak tulis tetapi ditulis “dewan orang ramai”, begitu ya.

draft • 5:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, sedikit YB.

draft • 5:11 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Boleh.

draft • 5:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya setujulah dengan apa yang YB cakap, boleh pertimbangkan dan satu lagi pun, saya hendak kata, segaklah YB pakai songkok hari ini. Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 5:11 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih.

[Ketawa] Bagaimanapun terdapat banyak kekangan masalah tadbir urus dalam memantapkan institusi wakaf. Tadbir urus yang baik merupakan aspek yang penting dalam pentadbiran wakaf kerana dapat memperkukuhkan keyakinan masyarakat dan untuk seterusnya menggalakkan mereka untuk lebih banyak berwakaf. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa permasalahan yang timbul menyebabkan institusi wakaf tidak dapat ditadbir dan diurus dengan baik.

Wujudnya kelemahan sistem pengurusan pentadbiran, di mana terdapat sekurang-kurangnya prasarana dan sumber manusia. Berikutan berlakunya tidak keseragaman fungsi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di setiap negeri juga menjadi sebab pentadbiran wakaf ini tidak berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai khulasahnya, maksudnya kesimpulannya dalam bahasa Arab. Hari ini kita baca bahasa Arab sedikit ya. Secara realitinya, pengurusan wakaf diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal kepada semua harta wakaf di Malaysia. Hari ini kita membincangkan Wilayah Persekutuan dan kita berharap supaya suatu masa nanti kita dapat cari jalan penyelesaian, titik pertemuan supaya diseragamkan di seluruh negara, negeri-negeri di Malaysia ini, termasuklah negeri- negeri yang tidak diketuai oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Negeri-negeri yang di bawah Yang di-Pertuan Negeri. Terima kasih.

draft • 5:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab,

draft • 5:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

10 minit. Perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan pindaan Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat tidak perlu jawablah ya.

draft • 5:11 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

[Ketawa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih ke atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah RUU Tatacara Mal, Dewan Rakyat pada hari ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, seramai sembilan orang yang telah berbahas membangkitkan isu-isu yang berkait secara langsung dengan RUU Tatacara Mal ini. Saya akan menjawab satu persatu ya, insya-Allah.

draft • 5:17 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tujuh, Yang Berhormat.

draft • 5:17 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Tujuh, sorry yang tidak hadir tadi, tujuh sahaja.

draft • 5:17 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dua tarik diri.

draft • 5:17 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Tarik diri, alhamdulillah. Kita mulakan dengan Shah Alam, berkenaan dengan penggunaan e-Filing dalam e-Syariah Versi 3. Ingin dimaklumkan bahawa e-Filing telah mula digunakan di Mahkamah-mahkamah Syariah. Setakat semalam, sebanyak 16,778 kes telah didaftarkan di seluruh negara melalui e-Filing. Ini membuktikan bahawa Mahkamah Syariah telah pun mempunyai infrastruktur dan juga sistem yang baik.

Soalan yang seterusnya ialah akses perundangan kepada yang tidak mampu mendapatkan khidmat peguam. Yang ini kita telah – MAIWP telah menyediakan Skim Bantuan Guaman Syarie untuk asnaf. Kerajaan juga turut menyediakan perkhidmatan bantuan guaman yang dikendalikan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Soalan Shah Alam lagi iaitu prosiding jarak jauh dalam memastikan tiada pihak yang tertinggal.

Menjadi tanggungjawab institusi Mahkamah Syariah menyediakan fasiliti dan kemahiran yang sewajarnya dalam mendepani era globalisasi ini. Perlu difahami bahawa kehendak pandangan prosiding jarak jauh adalah berdasarkan keperluan kepada pemohon pihak-pihak yang bertikai. Ia bergantung kepada keperluan dan pengendalian kes di Mahkamah Syariah yang utama masih secara fizikal. Namun, prosiding jarak jauh sebagai back-up ataupun alternatif yang memudah dan membolehkan untuk dijalankan.

Seterusnya adalah terdapat rungutan, ini rungutan peguam syarie. Saya pun menerima banyak juga aduan ataupun rungutan. Namun begitu, alhamdulillah sudah keluar dalam akhbar, sokongan terhadap rang undang-undang ini iaitu berkenaan dengan peguam syarie ditolak untuk membaca afidavit. Cuma di sini saya ingin berikan pencerahan. Petugas kaunter ditugaskan untuk pendaftaran kes dan membuat semakan awal agar dokumen lengkap sebelum didaftar. Sekiranya tidak lengkap, permohonan akan dipulangkan untuk membuat pindaan lebih awal dan difailkan semula. Okey, terdapat juga peguam yang ingin membaca afidavit bagi pihak kliennya, cuma konsep afidavit Mahkamah Syariah ini berbeza sedikit, dia ikrar. Berbeza dengan sivil, yang mana bacaan afidavit itu adalah pemohon sendiri, bukan peguam yang membaca bagi pihak kliennya.

draft • 5:17 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Berkenaan dengan apakah kategori kes secara tutup? Ini Jerlun. Okey bagi pendengaran secara tertutup, ia merujuk kepada pendengaran yang dibuat sama ada dalam dewan mahkamah atau kamar Hakim antara pihak-pihak sahaja dan tidak boleh diakses oleh orang awam. Contohnya kita bagi kes. Untuk mendapatkan keterangan kanak-kanak dan hakim sahaja yang boleh berada dalam mahkamah tertutup. Selain daripada itu dalam contoh poligami, fasakh dan kes melibatkan kanak-kanak. Jadi poligami pun buat tertutup, alhamdulillah.

Waran tangkap bagi kes sulh daripada Jerlun. Jadi kita nak maklumkan di sini Majlis Sulh berbeza dengan mahkamah terbuka ataupun sesi mahkamah. Iaitu Majlis Sulh adalah satu alternatif untuk menyelesaikan kes secara baik dan cepat ya. Prinsip asas kehadiran ke Majlis Sulh adalah sukarela. Maknanya voluntary di mana pihak-pihak hanya dikeluarkan notis untuk hadir dan bukannya saman. Oleh itu kegagalan untuk hadir ke Majlis Sulh tidak terjumlah kepada tindakan yang boleh dikenakan waran tangkap ya, selesai.

Kemudian kepada Kuala Krai. Tatacara mal dalam bentuk kaedah supaya lebih mudah. Alhamdulillah ini memang sebenarnya di antara pendekatan yang memudah dan lebih fleksibel. Menyambut baik cadangan-cadangan ini. Ahli Yang Berhormat, penambahbaikan kepada Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah sedang diperhalusi untuk pindaan. Antara perkara yang diputuskan atau bentuk tatacara mal sama ada dalam bentuk akta atau kaedah sepenuhnya ataupun sebahagiannya. Oleh itu insya-Allah kita akan lihat pendekatan ini. Sama ada secara sepenuhnya kaedah ataupun secara sebahagiannya sahaja. Ini akan diambil cadangan tersebut, terima kasih.

Soalan daripada Kuala Krai iaitu kelemahan teknikal pelaksanaan prosiding teknologi jarak jauh. Ini kita ambil perhatian. Buat pengetahuan semua, peruntukan dalam Akta Tatacara Mal adalah berkenaan peruntukan asas tatacara sahaja. Asas tatacara komunikasi jarak jauh. Kaedah-kaedah perbicaraan melalui teknologi komunikasi jarak jauh sedang digubal bagi memperincikan tatacara dan prosedur prosiding perbicaraan melalui cara ini. Ianya akan diperincikan dan diperhalusi.

Berkenaan sistem daripada Setiu, sistem CRT Court di mahkamah syariah.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi, Bangi.

draft • 5:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Ada salah ini sorry maaf Bangi. Saya rasa Bangi betul. Okey JKSM dan Mahkamah Syariah Persekutuan telah meneliti keperluan untuk pelaksanaan CRT Court di Wilayah Persekutuan yang mana telah berbincang dengan kontraktor. Peruntukan bagi satu dewan CRT Court menelan belanja lebih kurang RM500,000. Jumlah Dewan Mahkamah termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak hampir 16 dewan di Kuala Lumpur, tiga dewan di Putrajaya, tiga dewan di Labuan, sebanyak 22 dewan. Ini kita sedang lakukan untuk menyediakan infrastruktur yang sebaiknya. Pelaksanaan ini bergantung kepada kelulusan peruntukan kerajaan. Doakan, sokong. Terima kasih Bangi.

Seterusnya daripada YB Sik. Sebab apa prosedur jarak jauh untuk tatacara mal saja bukan tatacara jenayah? Okey bagi kes-kes jenayah, mahkamah belum lagi mempraktikkan

draft • 5:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

pendengaran prosiding jarak jauh kerana terdapat perbezaan antara tatacara jenayah dengan tatacara mal ya. Perbezaan yang agak ketara. Prosiding jenayah memerlukan pengakuan bersalah, tidak bersalah daripada tertuduh supaya pengakuan bersalah tersebut boleh disabitkan oleh mahkamah.

Seterusnya kehadiran tertuduh juga tertakluk kepada jaminan dan bon ya serta keterangan perlu diambil di hadapan tertuduh. Seksyen 111 Tatacara Jenayah Wilayah Persekutuan, sekiranya prosiding jarak jauh dijalankan dalam kes jenayah, ia akan menyukarkan mahkamah untuk memastikan bahawa tertuduh tidak lari daripada mahkamah.

Buat masa ini tetapi masa depan kita boleh pertimbangkan.

Seterusnya daripada Sabak Bernam iaitu perbahasan adalah untuk RUU Pentadbiran. Saya sambut baik cadangan yang diutarakan oleh Sabak Bernam berkenaan dan berkaitan wakaf dan berkaitan dengan yang telah dibahaskan dalam Rang Undang- undang Pentadbiran Islam sebentar tadi. Terima kasih. Saya ada tiga minit lagi, terima kasih.

Seterusnya Shah Alam. Shah Alam ini banyak ya. Dia memang sentiasa prihatin dengan tatacara mal. Pemfailan proses interlocutory berbeza dengan negeri lain. Proses pemfailan interlocutory ataupun permohonan sampingan dalam bahasa Melayunya berbeza mengikut negeri-negeri. Peruntukan akta merupakan bidang kuasa Persekutuan. Manakala enakmen negeri bidang kuasa negeri. Perbezaan mengikut proses gubal negeri masing- masing. Walau bagaimanapun JKSM dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sedang berusaha untuk menyelaraskan. Kita sedang berusaha menyelaraskan peruntukan undang- undang. Ada Persekutuan dan negeri-negeri. Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, kita sedang menyelaraskan undang-undang keterangan, undang-undang pentadbiran, tatacara mal, tatacara jenayah, termasuklah tatacara mal ini.

Juga yang mungkin yang terakhir iaitu Shah Alam. Kajian dibuat bagi mempercepatkan kes hadanah dan nafkah, [Ketawa] . Buat makluman Ahli-ahli Yang Berhormat beberapa tindakan telah dibuat bagi mempercepatkan kes hadanah nafkah anak. Antaranya yang pertama dengan mewujudkan Mahkamah Khas Hadanah, yang ini special Mahkamah Khas Hadhanah dan Mahkamah Khas Nafkah iaitu specialized di mana melibatkan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sejak tahun 2021. Kita dah ada Mahkamah Khas Hadhanah dan Mahkamah Khas Nafkah.

Kedua, kita menggandakan hakim-hakim. Kita menambah hakim-hakim menggunakan cara inquisitorial dalam kes-kes hadanah dalam nafkah. Iaitu kita mengadakan hakim-hakim menggunakan cara yang lebih. Berbeza dengan adversarial tetapi kita inquisitorial yang sangat baik dalam kes hadanah dan nafkah.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Seterusnya nak menggubal arahan amalan. Ini kita sangat penting iaitu memberikan kuasa kepada Ketua Hakim Syarie untuk menggubal arahan amalan sepertimana Ketua Hakim Negara ya. Berkaitan seperti penetapan, skala nafkah sementara kes selesai dibicarakan dan lain-lain.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Nak mencelah sikit daripada Ampang.

draft • 5:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Dipersilakan.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sikit sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Saya tahu itu prosiding yang dibuat ataupun tambah baik itu telah ada. Tetapi kalau kita tengok kes-kes yang berkaitan dengan penceraian dan sebagainya, kita berdepan dengan masalah perlu difailkan secara berasingan. Jadi contoh kalau penceraian berlaku, maka kes penceraian itu telah dimuktamadkan, maka wanita itu ataupun ibu itu perlu pergi pula memfailkan hadhanah dan juga apa ini untuk tuntutan harta sepencarian. Jadi apakah perkara ini juga dalam pertimbangan pihak kerajaan? Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Insya-Allah kita akan perhalusi perkara tersebut. Sememangnya sudah pun dibangkitkan oleh Peguam Syarie. Kita akan buat yang terbaik, doakan. Cuma saya nak menutuplah, saya ingin menutup penggulungan pada hari dengan serangkap pantun.

Kalau tuan ke Kuala Nerus, Jangan lupa ikan gelama, RUU dibaca, dibahas dan dilulus, Tanda kesepakatan demi agama. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 8 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]

draft • 5:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bersama suatu akta untuk meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] dibacakan kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 selepas ini disebut sebagai Akta 732 telah diwartakan pada 15 September 2011 dan telah dikuatkuasakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mulai 23 September 2011. Ia merupakan suatu instrumen kerajaan yang digubal bagi melindungi pekerja yang berpendapatan rendah dan mudah terjejas serta tidak mampu untuk menampung keperluan asas pekerja tersebut dan keluarga akibat menerima gaji yang rendah.

Menerusi Akta 732, Menteri melalui pemberitahuan dalam akta hendaklah menetapkan Perintah Gaji Minimum (PGM) berdasarkan perkara yang dipersetujui atau ditentukan oleh kerajaan termasuk perkara berkaitan ketidakpakaian kadar yang liputan gaji minimum. Sejak pelaksanaan PGM yang pertama iaitu pada tahun 2012, pembayaran gaji minimum tidak terpakai pada pekerja kontrak perantisan. Ini berikutan tafsiran kontrak perkhidmatan di bawah seksyen 2 Akta 732 yang memperuntukkan bahawa kontrak perkhidmatan tidak termasuk pekerja, kontrak perantisan. Gaji perantis selalunya ditetapkan melalui proses persetujuan dua pihak iaitu antara majikan dan perantis. Sehubungan itu, KESUMA berpandangan taksiran kontrak perkhidmatan di bawah Akta 732 perlu dipinda supaya liputan gaji minimum terpakai kepada pekerja kontrak perantisan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Program Perantisan (Apprenticeship) Program Latihan (Traineeship) dan Program Latihan iaitu (Internship) adalah antara program latihan dalaman yang selalu diamalkan oleh majikan. Terdapat kekeliruan di kalangan orang awam mengenai ketiga-tiga program ini. Berdasarkan laporan Buruh Antarabangsa (International Labor Organization) (ILO) melalui Report The Standard Setting Committee Apprenticeship Geneva ILO 2022. Definisi ketiga, tiga peranan tersebut adalah seperti berikut:

draft • 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

(i) Program Perantisan adalah merupakan pendidikan dan latihan yang dikawal oleh perjanjian perantisan. Program ini membolehkan perantis memperoleh kecekapan yang diperlukan untuk bekerja dalam sesuatu pekerjaan melalui latihan berstruktur dan diberi imbuhan atau pampasan kewangan. Latihan ini merangkumi kedua-dua pembelajaran di tempat kerja dan di luar tempat kerja yang membawa kepada kelayakan yang diiktiraf. Program Perantisan mempunyai tempoh latihan yang tetap dan sesetengah negara memasukkan tempoh yang spesifik dalam undang-undang berkaitan perantisan ini.

(ii) Program Latihan Traineeship adalah sebarang bentuk pembelajaran di tempat kerja on the job training yang membolehkan pelatih memperoleh pengalaman kerja dan kompetensi dengan tujuan untuk meningkatkan kebolehan pasaran mereka; dan

(iii) Program Latihan Industri (Internship) adalah melibatkan pelajar yang diberi pendedahan dan pengalaman serta menerima latihan jangka masa pendek dalam alam pekerjaan sebenar bagi melengkapkan keperluan mendapatkan tahap kelulusan pendidikan atau pembelajaran tertentu.

Dari aspek perundangan, hanya Program Perintisan yang mempunyai peruntukan undang-undang yang tersendiri. Sebaliknya program dalaman lain seperti Program Latihan dan Program Latihan Industri tidak mempunyai undang-undang, peraturan atau panduan tertentu yang meningkat pelaksanaan program-program tersebut dan hanya bergantung pada majikan sebagai pelaksana program. Susulan tiada tafsiran kontrak perantisan dalam Akta 732, maka taksiran ini dirujuk kepada perundangan berkaitan iaitu Akta Kerja 1995 [Akta 265] Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Ketiga-tiga perundangan tersebut mentafsirkan kontrak perantisan seperti berikut.

Kontrak Perantisan ertinya suatu kontrak yang bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan majikan yang mengaku akan mengambil orang itu bekerja dan melatih atau menjadikan ia terlatih secara sistematik untuk suatu train bagi tempoh minimum enam bulan dan tempoh maksimum 24 bulan. Dalam tempoh mana perantis ini terikat untuk dalam perkhidmatan majikan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, amalan perantisan adalah berbeza mengikut negara disebabkan perbezaan keperluan bagi pelaksanaan program perantisan.

Kebanyakan negara memberi perlindungan dari segi gaji minimum kepada perantis kecuali beberapa negara termasuk Malaysia. Bagi negara-negara yang meletakkan gaji minimum kepada perantis, kaedah penetapan gaji minimum yang digunakan adalah seperti berikut:

(i) kadar gaji minimum perantis yang sama dengan kadar gaji minimum semasa;

draft • 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

(ii) kadar gaji minimum perantis mengikut tempoh masa perantisan; dan

(iii) kadar gaji minimum perantis mengikut peratusan tertentu daripada kadar gaji minimum semasa.

Sesetengah negara seperti Amerika Syarikat memberi tumpuan dalam pengambilan perantis kategori mahir dan separuh mahir. Manakala India memberi tumpuan kepada kategori separa mahir (terutamanya di bidang kejuruteraan). Walau bagaimanapun, terdapat negara yang memfokuskan pengambilan perantis mengikut sektor berbanding kumpulan pekerjaan dalam golongan profesional, juruteknik, pekerja sokongan perkeranian.

Contohnya, negara Australia yang kebanyakan perantisnya tertumpu dalam sektor hospitaliti.

Pendekatan yang sama digunakan di negara Kemboja yang memfokuskan kepada sektor pembuatan pakaian dan seterusnya usaha untuk menyemak semula liputan gaji minimum kepada golongan pekerja ini dimulakan dengan kajian liputan gaji minimum terhadap perantis yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara

(JTPGN) iaitu sebuah jawatankuasa di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

Tempoh kajian adalah selama lapan bulan bermula dari bulan Januari hingga Ogos 2022.

Data-data kajian diperolehi melalui edaran borang kajian selidik dan melalui sesi libat urus

(SLU) bersama pihak pemegang taruh iaitu Persatuan Majikan, Persatuan Sekerja, Kementerian, agensi kerajaan, ahli akademik dan orang awam. Hasil daripada kajian tersebut mendapati;

(i) perantis yang tidak menerima gaji pokok akan dibayar elaun;

(ii) perantis juga ada dibayar caruman berkanun di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO);

(iii) sebilangan kecil perantis menerima faedah kewangan (elaun makan, perumahan, pengangkutan) dan bukan warganegara

(makanan, tempat tinggal, rawatan perubatan dan insurans);

(iv) di samping menjalani latihan yang diwajibkan, perantis juga mempunyai tanggungjawab dan beban kerja yang sama seperti pekerja lain; dan

(v) perantis juga dapati tidak mempunyai jaminan pekerjaan oleh syarikat yang melatih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian ini, pekerja termasuk perantis dibayar RM1,500 ke atas oleh majoriti majikan yang menerima bantuan intensif kewangan dari kerajaan. Walau bagaimanapun, 10.8 peratus perantis masih lagi menerima gaji di bawah RM1,000 kerana majikan beranggapan bahawa perantis kurang kemahiran dan pengalaman kerja.

draft • 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Lebih dua per tiga majikan menyatakan kos keseluruhan penggajian perantis adalah sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan kos buruh.

Selain itu, hasil kajian juga mendapati pandangan mengenai liputan gaji minimum adalah berbeza antara perantis dengan majikan. Majoriti perantis bersetuju agar mereka diberi kadar gaji minimum yang sama seperti pekerja lain kerana skop dan beban kerja yang diberikan oleh majikan adalah sama seperti pekerja tetap. Sebaliknya, majikan tidak bersetuju dengan liputan gaji minimum terhadap perantis kerana perantis masih lagi perlu diberi latihan dan bimbingan bagi meningkatkan kemahiran mereka bagi mencapai tahap seperti pekerja tetap. Majikan memerlukan masa kerana masih dalam fasa pemulihan Covid- 19.

Bagaimanapun, melalui SLU, didapati pihak majikan bersetuju agar liputan gaji minimum merangkumi pekerja kontrak perantisan kerana mereka telah membayar perantis melebihi daripada kadar gaji minimum semasa.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa, International Labour Organization (ILO) melalui Report of the Standard-Setting Committee Apprenticeship, Geneva ILO 2022 telah mencadangkan supaya aspek-aspek faedah dan perlindungan sosial perlu dititikberatkan dengan menyediakan imbuhan yang mencukupi atau pampasan kewangan lain bagi pekerja kontrak perantisan.

Sehubungan itu, bagi memastikan Malaysia mematuhi standard yang ditetapkan oleh ILO, pindaan kepada Akta 732 perlu dilaksanakan supaya menjamin pendapatan pekerja kontrak perantisan. Bagi pekerja kontrak perantisan yang menerima gaji melebihi daripada kadar gaji minimum, pindaan ini tidak akan menyebabkan kadar gaji mereka turun kepada kadar gaji minimum. Ini selaras dengan peruntukan subseksyen 24(3) Akta 732 yang memperuntukkan bahawa jika kadar gaji pokok yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan adalah lebih tinggi daripada kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam PGM, kadar itu tidak boleh dikurangkan kepada apa-apa kadar yang lebih rendah daripada kadar gaji pokok yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan.

Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 telah dibuat bacaan pertama di Dewan ini pada 15 Oktober 2024. Pindaan ini hanya melibatkan sebahagian kecil Akta 732, namun ia adalah titik tolak bagi menambah baik dasar pelaksanaan gaji minimum negara ini dan akan memperluaskan perlindungan pembayaran gaji minimum pekerja kepada semua pekerja kontrak perantisan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, rang undang-undang ini merangkumi satu (1) pindaan kepada peruntukan sedia ada dalam Akta 732 seperti yang berikut.

Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa. Menteri Sumber Manusia diberi kuasa untuk menetapkan tarikh yang berbeza bagi permulaan kuat kuasa bertujuan untuk memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk menguatkuasa cadangan pindaan mengikut keperluan.

draft • 5:40 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Fasal 2 bertujuan untuk meminda tafsiran “kontrak perkhidmatan” di bawah Akta 732 agar selaras dengan tafsiran “kontrak perkhidmatan” di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] yang berbunyi, dengan izin, “Contract of service means any agreement, whether oral or in writing, and whether express or implied, whereby one person agrees to employ another as an employee and that other agrees to serve his employer as an employee and includes an apprenticeship contract.” Oleh yang demikian, dengan pelarasan takrifan ini membolehkan pekerja kontrak perantisan menerima kadar bayaran gaji minimum yang sama seperti kerja tetap.

Rang undang-undang ini bukan sekadar pelengkap kepada perundangan undang- undang buruh sedia ada tetapi ia adalah lengkap yang akan mengubah landskap tenaga kerja negara. Rang undang-undang ini membawa mesej yang jelas bahawa kerajaan dan Ahli Dewan yang mulia ini serius dalam melindungi kebajikan perantis, memastikan mereka menerima bayaran setimpal dan mendapat latihan berkualiti yang mampu menjadikan mereka tenaga kerja profesional dan berdaya saing.

Walaupun pindaan ini hanyalah sebaris, impaknya sangat besar kepada masa depan generasi muda. Ia adalah bukti bahawa kita serius membela mereka dalam memastikan mereka mendapat keadilan dalam dunia pekerjaan. Saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat agar bersama-sama mendukung pindaan rang undang-undang ini demi memastikan kebajikan anak muda kita terpelihara, peluang pekerjaan yang adil dan berkualiti wujud untuk mereka.

Industri negara berkembang pesat dengan tenaga kerja mahir yang kita latih bersama. Marilah kita bersama-sama, kita akan memastikan bahawa generasi muda Malaysia dilindungi, industri negara diperkasa dan nama Malaysia berdiri megah sebagai negara yang melahirkan tenaga kerja mahir dengan sistem perantisan terbaik dunia.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 5:40 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya, dengan ini, pada petang yang berbahagia ini, petang Khamis, menyokong apa yang telah dinyatakan. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut― YB Sri Gading, YB Rompin, YB Ampang, YB Mersing, YB Batu Pahat, YB Kuala Langat, YB Bentong, YB Kulim-Bandar Baharu dan YB Dungun.

Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada Sri Gading untuk menyuarakan pandangan mengenai isu perlindungan pekerja khasnya dalam konteks pindaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 serta program perintisan, latihan industri dan latihan dalaman.

Kedua-dua isu ini berkait rapat kerana ia menyentuh hak dan kesejahteraan tenaga kerja kita yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi negara.

Fasal 2 dan skop perlindungan pekerja. Rang undang-undang ini memberikan takrif baru kepada “kontrak perkhidmatan” yang selaras dengan Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Langkah ini adalah satu usaha positif untuk menyelaraskan takrifan undang-undang buruh di seluruh negara.

Namun, terdapat beberapa persoalan penting yang timbul. Pertamanya, pekerja ekonomi gig dan freelance. Dalam era digital, ramai rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig seperti pemandu e-hailing, penghantaran makanan dan pekerja bebas. Persoalannya, adakah mereka termasuk dalam takrif baru ini? Jika tidak, mereka akan terus berada dalam zon kelabu tanpa perlindungan undang-undang seperti gaji minimum, waktu kerja yang adil atau faedah sosial. Tanpa langkah jelas, golongan ini terdedah kepada eksploitasi dan ketidakstabilan pendapatan.

Kedua, pekerja perintisan. Pindaan ini turut melibatkan golongan perintis yang biasanya terdiri daripada anak muda. Namun, persoalannya ialah sejauh manakah mekanisme pengawasan untuk memastikan majikan mematuhi syarat baru ini termasuk pembayaran gaji minimum dan penyediaan faedah sosial? Jika tiada pemantauan berkesan, pindaan ini mungkin tidak membawa perubahan nyata dan hanya menguntungkan majikan yang tidak bertanggungjawab.

Program perintisan, latihan industri dan latihan dalaman adalah platform penting untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Namun, sejauh manakah hak-hak peserta dilindungi?

Beberapa persoalan penting perlu dijawab. Yang pertama, perlindungan insurans dan faedah sosial. Adakah peserta program ini menerima perlindungan insurans dan faedah sosial yang setara dengan pekerja sepenuh masa? Tanpa perlindungan ini, mereka terdedah kepada risiko sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan.

draft • 5:47 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang kedua, struktur latihan dan pampasan kewangan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), program perintisan memerlukan struktur latihan yang jelas dan pampasan kewangan yang adil. Adakah semua majikan yang menyertai program ini memenuhi kriteria tersebut? Jika tidak, apakah mekanisme penguatkuasaan kerajaan untuk memastikan mereka mematuhinya? Yang ketiga, relevansi modul latihan. Dalam era automasi dan pekerjaan gig, adakah modul latihan semasa menyediakan kemahiran strategik seperti automasi, teknologi digital dan juga pemikiran kritis?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Perkara yang ketiga, kritikan terhadap implikasi kewangan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini menyatakan ia tidak akan melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan. Namun, kenyataan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam. Keperluan sumber tambahan Jabatan Tenaga Kerja yang bertanggungjawab memantau pematuhan undang- undang sudah menghadapi kekangan sumber. Penambahan beban kerja tanpa peningkatan bilangan kakitangan, dana dan logistik, akan menyebabkan kelemahan dalam penguatkuasaan.

Cabaran di Sabah dan Sarawak. Kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran geografi yang unik. Kos tambahan untuk melaksanakan penguatkuasaan di kawasan ini perlu dipertimbangkan. Jika tidak, pekerja di sini akan terus ketinggalan dari segi perlindungan undang-undang.

Seterusnya, Sri Gading ingin memastikan pindaan ini dan program perintisan benar- benar memberikan manfaat kepada rakyat, beberapa langkah perlu diambil. Yang pertama, garis panduan pelaksanaan. Pihak Kementerian Sumber Manusia perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan praktikal termasuk kategori pekerja yang dilindungi hak mereka dan prosedur penguatkuasaan. Yang kedua, kontrak bertulis. Semua peserta program perintisan wajib diberikan kontrak bertulis yang menyatakan kadar imbuhan minimum, jadual latihan dan jaminan hak asasi. Langkah ini akan mengelakkan eksploitasi dan juga memberikan kepastian kepada peserta.

Yang ketiga, saluran aduan mesra pengguna. Wujudkan saluran aduan digital yang mudah diakses untuk membolehkan pekerja membuat aduan jika hak mereka dilanggar. Ini termasuk aplikasi mudah alih atau platform atas talian. Yang keempat, peningkatan kapasiti penguatkuasaan. Tambahkan jumlah pegawai penguatkuasaan di Jabatan Tenaga Kerja khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Latihan dan kemudahan logistik yang juga perlu dipertingkatkan. Yang terakhir, relevansi modul latihan. Kerjasama daripada pemain industri teknologi perlu diwujudkan untuk merangka modul latihan yang relevan dengan keperluan masa depan. Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 5:50 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada kementerian atas iltizam dan kesungguhan membentangkan rang undang- undang ini yang saya kira penting untuk kebajikan pekerja-pekerja dari Semenanjung, Sabah serta Sarawak khususnya dari segi keselamatan, kesamarataan dari aspek gaji, kebajikan serta peluang membina kerjaya.

Fasal 2, pindaan seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] yang dicadangkan bertujuan untuk memperluas takrif kontrak perkhidmatan selaras dengan definisi yang terdapat dalam Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh

draft • 5:53 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Sarawak. Langkah ini diharapkan dapat memastikan bahawa peruntukan berkaitan gaji minimum di bawah Akta 732 juga terpakai bagi pekerja yang berada di bawah kontrak perantisan.

Puan Yang di-Pertua, ke arah memastikan Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak yang sebenarnya mempunyai fungsi yang sama, namun berbeza dari aspek lokasi sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sudah sampai masanya kerajaan menyeragamkan isu-isu terperinci seperti gaji, kebajikan dan kemudahan pekerja serta peluang naik pangkat termasuk keterbukaan menerima pekerja dari Semenanjung untuk terus diperhalusi.

Pertama, perluasan skop kontrak perkhidmatan. Dengan meminda takrif kontrak perkhidmatan, saya melihat pindaan ini akan membolehkan lebih banyak pekerja termasuk mereka yang terlibat dalam program perantisan untuk dilindungi oleh undang-undang gaji minimum. Ini adalah langkah positif dalam usaha untuk memastikan semua pekerja menerima gaji yang adil dan mencukupi terutamanya golongan muda yang baharu memasuki pasaran kerja. Ini termasuk industri gig, tambah lagi kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.

Keselarasan dengan akta lain. Rompin juga berpandangan langkah ini mampu mengharmonikan definisi kontrak perkhidmatan Akta Kerja 1955 serta Ordinan Buruh di Sabah dan Sarawak di mana ia penting untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan majikan dan pekerja. Ini juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyelaraskan undang-undang buruh di seluruh negara, memberikan perlindungan yang lebih konsisten kepada semua pekerja tanpa mengira lokasi.

Yang ketiga, implikasi kepada pekerja dan majikan. Pindaan ini dijangka memberikan manfaat kepada pekerja dengan memastikan bahawa mereka yang bekerja di bawah kontrak perantisan juga berhak mendapat gaji minimum. Bagi majikan, ini mungkin memerlukan penyesuaian dari struktur gaji dan pengurusan sumber manusia mereka. Namun, langkah ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja yang seterusnya boleh memberi kesan positif kepada perniagaan.

Namun Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan dan penelitian. Pertama, kita perlu melihat, menilai implikasi kewangan kepada majikan terutamanya syarikat kecil dan sederhana PKS. Seperti yang kita tahu, PKS merupakan tulang belakang ekonomi negara. Pelaksanaan gaji minimum kepada pekerja kontrak perantisan mungkin akan menambah beban kos kepada majikan. Soalan saya kepada kerajaan, apakah bentuk sokongan atau insentif yang akan diberikan kepada majikan untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan pindaan ini tanpa menjejaskan daya saing mereka?

Yang kedua, kita tidak boleh mengabaikan isu penguatkuasaan. Apakah jaminan bahawa pindaan ini akan dikuatkuasakan dengan adil dan menyeluruh? Kita sering mendengar kes di mana pekerja dinafikan hak mereka walaupun terdapat undang-undang

draft • 5:53 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

yang melindungi mereka. Saya ingin menyeru pihak kerajaan untuk memastikan mekanisme penguatkuasaan diperkukuhkan supaya tiada pekerja dieksploitasi.

Puan yang di-Pertua, RUU ini juga memberi peluang untuk kita menilai keberkesanan program perantisan negara. Berdasarkan laporan kajian liputan gaji minimum terhadap perantis adalah jelas bahawa masih terdapat jurang dalam memastikan perantis menerima manfaat setara dengan pekerja tetap. Pindaan ini boleh dianggap sebagai batu loncatan untuk memperkasakan golongan muda yang memasuki dunia pekerjaan, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran belia. Oleh itu, saya berharap kerajaan memperluaskan skop KESUMA dengan memperkenalkan dasar tambahan yang memastikan perantis mendapat latihan berkualiti dan peluang kerjaya jangka panjang.

Saya ingin juga menyatakan bahawa pindaan ini hanya akan memberi impak positif sekiranya ia dilaksanakan dengan telus dan inklusif. Saya menggesa kerajaan untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kesatuan pekerja dan majikan bagi memastikan semua suara didengar serta dipertimbangkan. Saya juga menyokong usaha untuk memperkasakan pekerja, tetapi saya juga ingin melihat dasar yang lebih seimbang yang bukan sahaja melindungi hak pekerja, tetapi juga memastikan kelangsungan perniagaan terutamanya dalam suasana ekonomi yang mencabar ini.

Akhir sekali, marilah kita bekerjasama untuk memastikan pindaan ini benar-benar menjadi pemangkin kepada keharmonian industri dan kemajuan negara. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 5:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

draft • 5:53 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Kerajaan Madani khususnya kepada KESUMA yang telah pun melahirkan satu pindaan undang-undang yang pada saya walaupun dua muka surat, tetapi pindaan ini amat bermakna kepada rakyat Malaysia dan khususnya kepada generasi muda dan terutamanya kepada graduan-graduan yang baharu lepas universiti.

draft • 5:59 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Apa pun Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya lihat setelah teliti dan mendengar ucapan daripada pihak Timbalan Menteri, saya dapati pindaan rang undang-undang ini mempertegaskan tentang takrifan baru kontrak perkhidmatan dengan menyelaraskan dengan takrifan seperti yang terkandung dalam seksyen 2 Akta 265 dengan mengintegrasikan kontrak perantisan dan dahulunya dikecualikan daripada seksyen 2 Akta 732.

Bagi Ampang, langkah yang penuh signifikasi ini bukan sahaja ia meluaskan skop perkhidmatan, kontrak perkhidmatan malah memastikan hak dan kebajikan pekerja kontrak perantisan dilindungi di bawah undang-undang yang sama seperti pekerja tetap ataupun

draft • 6:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

kontrak khususnya dalam aspek gaji minimum. Semoga, pindaan ini menjadi pemangkin bagi satu usaha berterusan melindungi tenaga kerja muda khususnya yang diambil sebagai perantis daripada gejala eksploitasi, pemerasan dan kezaliman yang dalam pelbagai bentuk.

Tetapi ada perkara yang juga Ampang ingin pertegaskan iaitu saya mengharapkan supaya tambah baik ini, pindaan ini tidak juga terlepas program-program yang telah sedia ada di bawah kerajaan seperti MySTEP iaitu Malaysia Short-Term Employment Programme di sektor awam dan GLC serta PROTÉGÉ iaitu Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs, dengan izin dapat manfaat yang sama bila mana pindaan ini dibuat.

Ini kerana bagi saya, pada hemat saya juga, program-program ini adalah salah satu program bentuk perantisan yang sebenarnya yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat. Saya mengharapkan supaya ia juga tidak terlepas kepada pihak-pihak PKS yang menawarkan perantisan kepada pihak golongan muda ini.

Tetapi sebelum ini saya lihat kerangka undang-undang dari awal selia jelas beberapa hasil kajian menunjukkan bahawa nasib para perantis banyak bergantung kepada sentimen dan interpretasi majikan dan ada yang menerima gaji atau elaun rendah dengan beban kerja yang sama seperti pekerja tetap, kontrak yang tidak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya semasa perantisan.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, dalam aspek kita merasa bersyukur kerana adanya pindaan ini, saya yakin ada beberapa implikasi yang kita kena lihat. Antaranya adalah implikasi kewangan terhadap majikan yang perlu juga kita beri perhatian kerana Ampang khuatir peningkatan kos staf ataupun pegawai ataupun kakitangan mungkin akan mendorong sebilangan majikan terutama dalam kalangan PKS mengurangkan penawaran kepada program perantisan ini. Sekali gus akan menjejaskan peluang dengan izin, on the job training bagi anak-anak muda meningkatkan kemahiran dan menimba pengalaman.

Maka Ampang ingin mencadangkan diperkenalkan satu skim subsidi gaji perantisan sementara ataupun pakej insentif cukai yang mana khususnya kepada program-program berimpak tinggi, perantisan berimpak tinggi kerana bagi saya, demi membantu mereka dalam konteks peralihan sementara yang ada ini. Mungkin pihak KESUMA boleh memikirkan penyesuaian kepada pindaan ini.

Seterusnya, Ampang juga telah mendengar tadi sebenarnya pada asalnya ada sedikit kemusykilan tetapi saya gembira bila mendengar pihak Timbalan Menteri tadi telah pun memberikan penekanan tentang beberapa aspek penting iaitu akan mewujudkan satu mekanisme yang baik dan juga untuk menyelaraskan struktur perantisan termasuk mesti menyarankan supaya piawaian ILO diguna pakai. Ini satu benda yang saya hormat dan saya salute kepada kerajaan kerana tidak mengetepikan perkara ini.

Jadi saya mengharapkan supaya akta ini juga akan memastikan selain daripada pengiktirafan internasional ini, saya juga mengharapkan supaya aspek KWSP, kebajikan, SOCSO dan sebagainya dapat ditengokkan.

draft • 6:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Akhirnya penutup Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini Ampang juga berpandangan, selain daripada kita bercakap tentang isu perantisan, saya ambil kesempatan ini kepada pihak kerajaan supaya dua golongan pekerja lagi yang mungkin perlu diberi perhatian iaitu pelatih praktikal dan juga pekerja kontrak. Di mana di premis milik kerajaan yang dilantik oleh pihak syarikat, pihak ketiga, natijah Dasar Penswastaan yang dahulu termasuk pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, tukang kebun dan sebagainya perlu juga dilihat. Tetapi saya yakin pindaan ini tidak mencakupi mereka tetapi saya mengharapkan supaya akan datang, perkara dua lagi di bawah Undang-undang Buruh ini ataupun pekerja buruh ini dapat dilihat.

Oleh itu, saya dengan begitu gembira menyokong rang undang-undang yang dikemukakan. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama, saya merujuk pindaan seksyen 2 berkaitan takrif kontrak perkhidmatan.

Pindaan ini bertujuan menyelaraskan definisi kontrak perkhidmatan seperti yang terdapat dalam Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Ini adalah langkah baik kerana ia memberikan penyatuan tafsiran di seluruh negara.

Namun, saya ingin menekankan beberapa perkara. Pertama, keselarasan perundangan. Bagaimana kerajaan memastikan bahawa penyelarasan ini tidak akan mencetuskan kekeliruan terutama dalam kalangan majikan yang beroperasi merentasi negeri? Kedua, kesan ke atas buruh negeri Sabah dan Sarawak. Adakah ini mengambil kira perbezaan struktur ekonomi dan tahap pembangunan di Sabah dan Sarawak?

Kedua, saya merujuk pindaan dalam fasal 2 yang antaranya bertujuan memperluas perlindungan kepada kontrak perantisan. Peluasan perlindungan ini sangat dialu-alukan.

Tetapi bagaimana mekanisme penguatkuasaan akan dilaksanakan bagi memastikan pekerja perantisan tidak dieksploitasi? Banyak kes sebelum ini menunjukkan pekerja perantisan dipaksa bekerja seperti pekerja tetap tanpa imbuhan setimpal.

Adakah kerajaan menyediakan mekanisme pemantauan dan laporan aduan khusus untuk kategori ini? Apakah rancangan kerajaan untuk memastikan perantis menerima elaun atau gaji yang adil dan mencukupi sepanjang tempoh perantisan mereka? Adakah kerajaan bersedia untuk menetapkan kadar minimum elaun atau gaji perantis sebagai sebahagian daripada peraturan dalam RUU ini supaya perantis tidak terperangkap dalam kitaran ketidakadilan ekonomi?

Ketiga, implikasi kepada majikan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana

(PKS). Dasar ini secara tidak langsung meningkatkan kos operasi bagi majikan terutamanya PKS ini. Apakah langkah kerajaan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan ini terutamanya melalui insentif atau bantuan subsidi sementara? Apakah insentif

draft • 6:05 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

yang akan diberikan kepada majikan yang mematuhi peraturan penetapan gaji minimum bagi perantis?

Keempat, keberkesanan Dasar Gaji Minimum. Walaupun pindaan ini adalah satu langkah positif, ia perlu disepadukan dengan Dasar Gaji Progresif yang diumumkan sebelum ini. Namun, adakah gaji minimum ini benar-benar meningkatkan kualiti hidup pekerja atau sekadar menambah kos kepada majikan tanpa peningkatan produktiviti yang seimbang?

Kelima, akta berkaitan iklan gaji. Sebagai alternatif untuk menangani isu gaji rendah, sejauh mana status kajian kerajaan terhadap cadangan mewujudkan akta khusus berkaitan iklan gaji? Langkah ini dapat memberikan maklumat yang telus kepada pekerja dan mengelakkan manipulasi di pasaran kerja.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menekankan bahawa RUU ini hanya akan mencapai objektifnya jika pertama, pelaksanaan dipantau secara efektif melalui penguatkuasaan dan laporan berkala. Kedua, kerajaan memberikan pendidikan dan pencerahan kepada majikan dan pekerja mengenai perubahan ini. Ketiga, insentif khas diberikan kepada PKS untuk menyerap kos tambahan akibat kenaikan gaji minimum ini seperti Program Subsidi Upah.

Saya juga ingin menyeru kerajaan supaya melihat RUU ini sebagai sebahagian daripada reformasi menyeluruh dalam pasaran buruh termasuk memperkukuh Dasar Gaji Progresif, memperkenalkan latihan kemahiran bagi meningkatkan produktiviti pekerja dan memastikan majikan dapat beroperasi secara mampan. Saya menyokong niat pindaan ini tetapi dengan penegasan bahawa kelemahan pelaksanaan mesti ditangani sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

draft • 6:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 6:05 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum,* salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu terima kasih kepada Puan Timbalan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya tentang menggubal pindaan yang jelas, Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 yang jelas bertujuan untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan pekerja terutamanya golongan perantis. Langkah ini bukan sahaja relevan tetapi juga amat kritikal dalam membina tenaga kerja yang lebih kompetitif dan berdaya tahan.

Namun begitu, sebelum saya memberikan sokongan sepenuhnya kepada rang undang-undang ini, saya ingin mengemukakan beberapa soalan dan kebimbangan untuk memastikan keberkesanan pindaan ini dalam mencapai matlamat yang diharapkan. Seperti yang kita sedia maklum, kejayaan sesuatu dasar tidak hanya bergantung kepada niat kerajaan semata-mata tetapi juga kepada sejauh mana semua pihak yang terkesan telah diberi ruang untuk menyumbang pandangan mereka.

draft • 6:09 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah bentuk proses libat urus yang telah dijalankan sebelum pindaan ini digubal? Adakah pihak-pihak berkepentingan seperti wakil majikan, persatuan pekerja, badan-badan perantis dan institusi latihan telah dijemput untuk menyuarakan pandangan mereka? Jika ya, apakah mekanisme yang telah digunakan untuk memastikan suara mereka benar-benar diambil kira?

Terdapat juga dakwaan bahawa sesi libat urus yang dijalankan lebih kepada formaliti, tanpa memberikan ruang yang sebenar kepada cadangan praktikal yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Oleh itu, saya ingin mendapatkan kepastian dari pihak kerajaan. Apakah jaminan bahawa kebimbangan dan cadangan yang telah disuarakan oleh wakil-wakil ini telah diterjemahkan ke dalam dasar yang lebih inklusif, seimbang dan adil?

Puan Timbalan Yang di-Pertua, pindaan ini sememangnya penting untuk melindungi perantis yang menjadi tunjang kepada masa depan tenaga kerja negara. Namun, saya ingin memastikan bahawa perlindungan ini tidak hanya bersifat reaktif tetapi juga proaktif. Sebagai contoh, adakah kerajaan telah menetapkan garis panduan jelas untuk memastikan perantis bukan sahaja dilindungi dari segi gaji dan kebajikan tetapi juga mendapat peluang latihan yang setara dan bermutu tinggi?

Bagaimana kerajaan bercadang untuk memantau pelaksanaan pindaan ini supaya ia benar-benar membawa perubahan positif kepada golongan ini? Sebagai wakil rakyat, saya percaya perantis adalah aset negara yang tidak ternilai. Mereka bukan sahaja perlu dilindungi dari segi kebajikan tetapi juga diberi peluang yang adil untuk berkembang dalam kerjaya mereka. Pindaan ini harus memastikan mereka tidak dieksploitasi tapi sebaliknya diberi motivasi dan inspirasi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini dengan harapan ia akan membawa perubahan yang nyata kepada sistem perantisan negara kita. Namun, saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai proses libat urus yang telah dijalankan, respons yang diterima dari pihak berkepentingan serta langkah-langkah konkrit untuk memastikan kejayaan pelaksanaan dasar ini.

Marilah kita bersama-sama memastikan bahawa pindaan ini benar-benar memberi manfaat kepada semua pihak, terutama kepada golongan perantis yang merupakan harapan masa depan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 6:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Puan Timbalan Pengerusi. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada KESUMA yang bersungguh untuk meminda Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024. Cuma saya melihat bahawa walaupun hanya dua helai kertas dan pindaan, saya kira dua pindaan sahaja

draft • 6:13 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

tetapi ia memberikan makna yang cukup besar kepada negara kita. Terutamanya dalam membina tenaga kerja anak-anak muda kita untuk mereka menjadi tenaga kerja yang mahir, terlatih dan terbaik untuk pembangunan negara kita.

Saya kira perlu walaupun pindaan yang sebegitu, perlu satu libat urus yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen sebab beberapa pandangan ataupun perbahasan ini juga memperlihatkan banyak perkara-perkara isu yang memerlukan penjelasan dengan lebih baik lagi. Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah kerana KESUMA sendiri mengedarkan risalat Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 di atas meja-meja Ahli Parlimen ini.

Saya kira dalam pindaan ini yang utamanya adalah untuk melibatkan kontrak perantisan yang sebelum ini tidak terlibat di dalam– akhirnya terlibat dalam gaji minimum ini.

Cuma, saya melihat bahawa bagaimana akhirnya kita nak melihat keharmonian perusahaan dalam kalangan pekerja dan tiada pembayaran berbeza gaji minimum kepada pekerja- pekerja tetap, pekerja kontrak dan juga pekerja kontrak perantisan ini. Saya melihat bahawa perlu ada satu standard latihan kepada mereka-mereka ini, walaupun mungkin ia dilakukan oleh pelbagai syarikat ataupun majikan-majikan yang berbeza-beza. Tetapi supaya mencapai satu standard yang terbaik. Saya hormati kajian yang telah dijalankan dan hasil daripada kajian itu, saya kira ini menjadi landasan kepada akhirnya, satu rang undang-undang ini dipinda bertepatan juga dengan perintah gaji minimum RM1,700 itu sendiri.

Ia lebih melibatkan kepada PKS-PKS kita yang saya kira mereka mungkin akan terbeban dan mereka tidak dapat mencapai satu hasrat dan tenaga kerja yang baik sekiranya tidak ada satu bentuk standard latihan ataupun modul-modul yang baik boleh diikuti oleh PKS-PKS kita ini. Saya melihat perlu ada sesuatu insentif juga kepada PKS ini supaya mereka tidak terbeban dengan gaji minimum yang saya kira walaupun nampak peningkatan yang agak besar daripada RM1,500 kepada RM1,700. Tetapi bagi PKS ini, ia menjadikan satu juga bebanan yang agak besar kerana melibatkan dengan caruman-caruman PERKESO dan juga KWSP dan sebagainya. Cuma saya nak penjelasan juga daripada pihak Menteri.

Adakah kontrak perantisan ini juga, dia ini terlibat dalam kewajipan untuk pencaruman PERKESO dan juga KWSP ini? Kalau tidak, apakah kaedah-kaedah yang lain supaya kebajikan mereka ini dapat dijaga dan dijamin dan akhirnya, ia menjadi sumber pekerja- pekerja yang baik kepada negara kita.

Saya ingat itu antara dua perkara yang saya nak sebutkan dalam perbahasan ini dan saya harapkan semoga dengan adanya pindaan ini dapat memberikan satu peluang yang lebih baik kepada pekerja-pekerja perantisan kita. Cuma, saya juga melihat bahawa apabila kita melatih mereka ini, sudah tentu mereka ini berbeza daripada pekerja tetap daripada sudut tanggungjawab dia. Saya kira tanggungjawabnya tidak sama dengan pekerja tetap. Begitu juga dengan bidang kerja mereka ini juga tidak sama dengan pekerja tetap. Tetapi saya kira imbuhan untuk gaji minimum ini sudah tentulah akan memberikan kebaikan kepada mereka dalam keadaan suasana ekonomi yang kita tidak berapa cantik pada masa ini. Begitu juga dengan kos sara hidup yang tinggi di luar sana. Terima kasih Puan Timbalan Speaker.

draft • 6:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 6:13 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, kita mestilah mempunyai cita-cita besar untuk menjaga keperluan dan kebajikan setiap kelompok masyarakat. Negara ini tidak hanya dibina dengan slogan dan kata-kata.

Akan tetapi dipasak dengan keringat dan air mata golongan pekerja. Oleh itu, hasrat kerajaan untuk menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan dalam Belanjawan 2025 merupakan sebuah cipta sempurna bagi mengangkat martabat pekerja.

OIeh itu, masanya telah tiba untuk kita mengiktiraf golongan pekerja kontrak perantisan ini sebagai pekerja yang turut layak menerima peningkatan gaji minimum. Malah, kita mestilah turut merangkumkan mereka juga di dalam perlindungan keselamatan dan sosial yang lain seperti mana pekerja tetap. Dalam masa yang sama, peningkatan gaji minimum ini juga haruslah selaras dengan peningkatan, kemampuan dan produktiviti mereka.

Justeru, latihan, kursus dan bimbingan yang berterusan haruslah diberikan oleh syarikat yang mengambil mereka. Kita perlu ada kajian yang menyeluruh. Bagaimanakah perantis-perantis ini bekerja dengan syarikat? Apakah benar-benar diberikan kerja yang menambahkan skil mereka mengikut bidang yang mereka ceburi atau diberikan tugas-tugas kecil yang tidak berdaya saing? Kita perlu memperkasakan program perantisan ini bukan sahaja dari sudut menjaga hak mereka terhadap gaji minimum yang setimpal. Malah, perlulah dapat menjamin pekerjaan mereka selaras dengan tuntutan industri. Sekiranya hak mereka tidak dijaga, kita khuatir mereka akan terjerumus dalam lembah pengangguran dan lebih malang lagi, sekiranya terpaksa bekerja dalam sektor yang tidak menepati kelayakan mereka.

Kita bukan sekadar hanya mahu mereka mendapatkan pekerjaan tetapi mahu mereka mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan serta gaji yang bermaruah.

Ramai anak muda yang akhirnya memilih untuk bekerja di luar bidang kelayakan dan memilih untuk menceburi perkhidmatan e-hailing kerana dapat gaji atau upah yang jauh lebih tinggi berbanding dengan melalui kontrak perantisan dengan gaji yang rendah.

draft • 6:18 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Puan Yang di-Pertua, program perantisan jika dilaksanakan dengan baik boleh menjadikan instrumen penting untuk merapatkan jurang antara pendidikan dengan keperluan pasaran pekerja. Namun isu keseragaman dalam pelaksanaan di peringkat negeri dan sektor adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian serius. Sebagai contoh negeri-negeri yang punyai kemudahan infrastruktur latihan yang lebih maju mungkin mampu melaksanakan program ini dengan lebih berkesan berbanding dengan negeri yang kurang membangun.

Persoalannya apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan golongan – bahawa negeri-negeri yang mempunyai sumber terhad dapat melaksanakan program ini

draft • 6:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

secara berkesan? Kedua adakah kerajaan mempunyai mekanisme penyelarasan untuk memastikan standard latihan adalah sama tanpa mengira lokasi atau sektor?

Puan Yang di-Pertua saya juga ingin menekankan bahawa sesi libat urus yang menyeluruh perlu dijalankan untuk memastikan program ini benar-benar memenuhi keperluan majikan dan pekerja. Namun terdapat kebimbangan bahawa libat urus sedia ada lebih tertumpu kepada pihak berkepentingan besar seperti syarikat multinasional manakala Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara sering kali terpinggir. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah langkah yang diambil untuk memastikan sesi libat urus ini melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk PKS dan pelatih di kawasan luar bandar. Kedua bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa program ini tidak hanya memenuhi keperluan sasaran semasa tetapi juga menyediakan pelatih dengan kemahiran masa depan seperti digitalisasi dan automasi.

Puan Yang di-Pertua, kita perlu mengakui bahawa tanpa penyelarasan dan penguatkuasaan yang ketat terdapat risiko program ini akan gagal mencapai matlamatnya.

Ketidakseimbangan dalam pelaksanaan boleh menyebabkan pelatih dari negeri yang kurang membangun ketinggalan sekali gus meluaskan jurang peluang antara negeri dan sektor.

Saya juga ingin mencadangkan supaya pembangunan infrastruktur latihan di negeri terpinggir kerajaan memperuntukkan dana khas untuk membangunkan pusat latihan di kawasan yang kekurangan kemudahan agar semua pelatih mempunyai akses kepada latihan berkualiti.

Kedua sokongan kepada PKS. Inisiatif tambahan seperti potongan cukai atau subsidi perlu diberikan kepada PKS yang menyertai program perantisan ini. Ketiga, sistem pemantauan berpusat. Sistem pemantauan nasional yang melibatkan wakil negeri perlu diwujudkan untuk memastikan keseragaman standard latihan di seluruh negara.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua saya melihat bahawa pindaan ini hanya terpakai terhadap program perantisan. Apakah perancangan kerajaan untuk turut menjamin gaji minimum bagi pekerja praktikal (intern) yang turut menghadapi diskriminasi di tempat kerja apabila ada antara mereka yang tidak dibayar langsung ataupun dibayar dengan yang sangat rendah. Malah ada juga – sedangkan mereka membuat kerja yang sama dan pada waktu yang sama dengan pekerja tetap. Jadi saya menyeru kerajaan untuk mengambil semua aspek ini dalam memperkasakan program perantisan dan juga menjaga kebajikan pekerja praktikal supaya ia benar-benar memberikan manfaat kepada semua tanpa mengira lokasi, latar belakang atau sektor pekerjaan. Bentong menyokong. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kulim Bandar-Baharu.

draft • 6:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang di-Pertua sebab memberi ruang untuk saya sama-sama berbahas dalam RUU ini di mana mungkin RUU yang ditunggu-tunggu oleh para

draft • 6:23 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

perantisan atau anak muda bagi memartabatkan dalam gaji minimum. Walaupun pada dasarnya dia mungkin memberi sedikit bebanan kepada terutamanya kepada PMKS-PMKS yang baru wujud di bidang perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua di Dewan yang mulia ini juga saya ingin menyampaikan pandangan berkenaan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024. RUU ini memberikan fokus kepada pelarasan tafsiran kontrak perkhidmatan dan memberi perhatian khusus kepada status pekerjaan, perantisan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa pindaan ini adalah satu usaha yang progresif. Dengan memasukkan pekerja perantisan ke dalam tafsiran kontrak perkhidmatan, kerajaan telah menunjukkan komitmen untuk meningkatkan keadilan sosial dan memastikan bahawa semua pekerja termasuk perantis menerima haknya setimpal.

Langkah ini akan memastikan perantis tidak lagi menjadi golongan yang terpinggir dalam pelaksanaan gaji minimum. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Sumber Manusia dan pasukan KESUMA atas kajian menyeluruh mereka yang menjadikan asas kepada pindaan ini.

Namun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan bahawa kejayaan RUU ini bukan sekadar terletak pada niat murninya tetapi juga pada pelaksanaannya. Kita perlu memastikan bahawa langkah-langkah tambahan diambil untuk memperkukuhkan kepada perantis termasuk satu penetapan elaun minimum yang munasabah. Walaupun pindaan ini menetapkan bahawa perantis harus menerima gaji minimum kita perlu memastikan majikan tidak manipulasi istilah elaun untuk mengurangkan tanggungjawab mereka. Perantis adalah tenaga kerja yang produktif dan elaun mereka harus mencerminkan nilai yang setimpal dengan sumbangan.

Dua, jaminan latihan berkualiti. Struktur program perantisan mestilah jelas dengan fokus kepada kemahiran teknikal dan praktikal yang diperlukan dalam industri. Tidak cukup sekadar menyediakan pengalaman kerja. Ia harus menjadi pengalaman pembelajaran yang bermakna. Ketiga, pengiktirafan dan peluang jangka panjang. Perantisan yang berjaya menamatkan program, mereka haruslah diberi peluang untuk diserap sebagai pekerja tetap.

Ini penting untuk memberi motivasi kepada perantis dan juga meningkatkan tenaga kerja mahir dalam pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita membandingkan dengan negara-negara lain seperti Jerman, sistem perantisan mereka bukan sahaja memberikan latihan berkualiti tinggi tetapi juga diiktiraf secara global. Di negara kita, sejauh manakah RUU ini dapat memastikan sistem perantisan kita mencapai tahap yang sama? Soalan saya kepada pihak kerajaan, adakah kita mempunyai strategi untuk mencontohi elemen-elemen terbaik dari negara maju dalam membangunkan tenaga kerja kita?

Saya juga ingin menarik perhatian kepada perbandingan antara perantis dan pelajar praktikal. Berdasarkan dokumen yang dikongsi adalah jelas bahawa terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua kategori ini. Terutamanya dari segi jaminan pekerjaan dan struktur program. Kita harus memastikan bahawa pelajar praktikal walaupun tidak dikelaskan sebagai

draft • 6:23 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

pekerja juga tidak dieksploitasi. Adakah terdapat mekanisme untuk memastikan kebajikan mereka turut dilindungi?

Akhir sekali saya ingin mempersoalkan komitmen kerajaan dalam memastikan pemantauan yang berkesan terhadap pelaksanaan pindaan ini. Bagaimanakah kita akan memastikan bahawa semua majikan mematuhi peraturan baru ini? Apakah mekanisme penguatkuasaan yang akan dilaksanakan?

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini adalah satu langkah penting ke arah meningkatkan kesejahteraan pekerja di negara kita. Namun saya menyeru kerajaan untuk memastikan bahawa usaha ini tidak berhenti di sini. Kita perlu terus memperbaiki sistem pemburuhan negara supaya menjadi lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan tenaga kerja moden.

Dengan ini, saya mohon menyokong RUU ini dengan harapan bahawa ia dilaksanakan dengan penuh telus dan berkesan. Sekian, terima kasih.

draft • 6:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 6:23 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Gaji minimum, hasil maksimum. Bagaimana kementerian untuk mengolah hasil yang akan diperolehi daripada gaji minimum itu kerana dah ada dibuat kajian iaitu maximum gains from minimum wages dengan izin.

draft • 6:29 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ada dalam kita menuju ke sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Tiga perkara dibincangkan. Pertama ialah lebihan kepada pekerja-pekerja tidak berkemahiran. Kedua ialah kualiti pekerja-pekerja dalam negara kita dan yang ketiga dalam kajian itu ialah berkait dengan kadar upah kepada pekerja-pekerja.

Oleh itu, langkah yang diambil ini sekurang-kurang ada dua perkara yang mungkin boleh kita selesaikan iaitu meningkatkan kualiti tenaga kerja dan yang kedua, upah kadar yang bersesuaian untuk meningkatkan motivasi tenaga kerja negara. Rang undang-undang ini hanya mempunyai satu pindaan yang secara ringkasnya bertujuan memasukkan kontrak perantisan ke dalam takrifan kontrak perkhidmatan.

Antara pemegang taruh yang akan terkesan, sama ada secara positif atau negatif melalui pindaan ini adalah Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Mengambil kira peranan PMKS sebagai tulang belakang ekonomi negara adalah wajar pindaan ini dibahaskan dengan melihat juga kepentingan mereka.

Menurut Persatuan PKS Malaysia, amalan mengambil perantis bekerja adalah lebih banyak dilakukan perusahaan-perusahaan besar dan multinasional berbanding PMKS.

Namun demikian, melabur dalam program perantisan mampu menghasilkan manfaat jangka

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

panjang kepada PMKS dengan memastikan bekalan stabil pekerja berkemahiran yang arif dengan budaya kerja dan operasi syarikat.

Dengan menggalakkan budaya perantisan dalam kalangan PMKS, negara berpeluang memperoleh manfaat dalam bentuk pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.

Malangnya, adalah jelas bahawa terdapat jurang ketara antara kepentingan PMKS dan program perantisan terhadap ekonomi dengan kemampuan kewangan PMKS untuk melaksanakan untuk melaksanakan program perantisan.

Daripada situasi ini, dapat dilihat bahawa dalam keadaan PMKS sudah sedia sukar mengambil perantis, pindaan ini mungkin akan menyempitkan lagi ruang mereka berbuat demikian kerana pengambilan perantis selepas pindaan ini memerlukan komitmen kewangan tambahan dalam bentuk pembayaran gaji minimum.

Di samping itu, kita juga perlu melihat sasaran institusi pengajian perantis dan industri yang mungkin saling berlawanan. Sementara institusi pengajian dan perantis menyasarkan penghasilan bakal usahawan berpengalaman dan berkemahiran daripada program perantisan, industri pula berpandangan perantis yang dilatih mereka berpotensi menjadi pesaing business mereka pada masa hadapan.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Oleh itu, saya gulung Puan Timbalan Yang di-Pertua. Oleh yang demikian, inisiatif kerajaan untuk memastikan para pekerja dan perantis mendapat gaji yang bermaruah seperti melalui pindaan akta ini mestilah turut disambut usaha menyelesaikan isu-isu ini agar langkah-langkah kerajaan menyeimbangkan antara gaji bermaruah untuk perantis dengan hakikat ekonomi yang dihadapi majikan, terutamanya PMKS.

Di samping itu, disarankan agar kerajaan mengukuhkan kerjasama antara institusi akademik, industri dan kerajaan berdasarkan triple helix model of innovation, dengan izin, bagi mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pemegang taruh susulan pindaan ini. Menang-menang kepada kesemua dengan kerajaan memainkan peranan untuk memastikan bahawa negara keluar menuju negara maju dengan pindaan yang dibuat ini.

Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit.

draft • 6:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Negara 2024. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 6:36 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya akan menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli-ahli Parlimen berkaitan rang undang-undang ini. Seramai sembilan orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan rang undang-undang ini iaitu daripada Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Dungun.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah seperti berikut. Pertama, sokongan atau insentif yang diberikan kepada majikan. Kedua, aspek penguatkuasaan. Ketiga, perlindungan sosial kepada perantis. Keempat, keseragaman antara negeri.

Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Ampang yang berkaitan sokongan atau insentif bagi membantu majikan. Antara sokongan atau insentif yang diberikan kepada majikan untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan pindaan ini tanpa menjejaskan daya saing mereka adalah seperti pengurangan cukai.

Dalam beberapa kes, kerajaan memberikan pengurangan cukai atau insentif lain kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mampu mengekalkan pekerja walaupun dengan gaji minimum yang lebih tinggi. Bagi memastikan program perantisan ini dapat memacu transformasi tenaga kerja Malaysia, PSMB telah menyediakan satu skim yang boleh dimohon dengan menggunakan levi syarikat iaitu Skim Latihan Industri atau lebih dikenali sebagai Industrial Training Scheme (ITS) dengan tujuan untuk membolehkan majikan mendapat bantuan kewangan.

Bantuan ini akan diberikan kepada majikan sekiranya mereka ingin mengambil pelajar daripada universiti, kolej atau institusi latihan bagi tujuan latihan industri di syarikat mereka. Bantuan kewangan berbentuk elaun bulanan boleh dimohon menggunakan levi dan akan diberikan kepada pelatih sehingga 12 bulan sepanjang tempoh latihan industri mereka.

Setakat 30 November 2024, PSMB telah meluluskan sebanyak 10,766 bilangan tempat latihan bagi mengikut Skim ITS dengan bantuan kewangan sebanyak RM20.4 juta.

Kerajaan terlibat dalam program perantisan dengan memberikan insentif melalui agensi- agensi berkaitan. Penglibatan kerajaan dalam program perantisan ini amat terhad dan biasanya hanya bertindak sebagai perantara antara majikan dan perantis.

Antara program perantisan yang melibatkan kerajaan adalah program perantisan industri pembinaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Kementerian Kerja Raya. Ada Timbalan Menteri Kerja Raya di depan.

draft • 6:36 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya.

draft • 6:36 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Skim Perantisan Nasional (SPN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau Penjana Kerjaya 2.0 dan Program Jamin Kerja oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Merujuk kepada persoalan daripada YB Sri Gading, YB Rompin, YB Kulim dan YB Bentong berkaitan aktiviti penguatkuasaan gaji minimum terhadap perantis, antara aktiviti

draft • 6:36 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

yang dilaksanakan bagi memastikan jaminan bahawa pindaan ini dikuatkuasakan di seluruh negara dengan adil dan menyeluruh adalah seperti berikut―

draft • 6:36 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Pertama, KESUMA melaksanakan program untuk meningkatkan kesedaran berkaitan gaji kepada majikan, pekerja, persatuan majikan, kesatuan sekerja dan juga kepada jabatan serta agensi kerajaan. Program ini dilaksanakan oleh agensi di bawah KESUMA seperti JTK, Sekretariat MPGN dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Antara program yang dilaksanakan adalah Program Transformasi Tenaga Kerja Melalui Latihan, Produktiviti dan Upah Tahun 2024, Konvensyen Perburuhan 2024: Dasar dan Pelaksanaan Gaji di Malaysia dan program pendidikan perburuhan.

Kedua, bagi majikan yang masih berdegil untuk mematuhi perintah ini di bawah Akta 732, penguatkuasaan terhadap pelaksanaan Dasar Gaji Minimum dijalankan oleh JTK Semenanjung Malaysia, JTK Sabah dan JTK Sarawak. Aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah melalui pemeriksaan berkanun, pengendalian aduan, pengendalian kes buruh dan pendakwaan.

Merujuk kepada cadangan YB Sri Gading dan YB Rompin untuk meningkatkan kapasiti penguatkuasaan, KESUMA menyambut baik cadangan tersebut mengambil kira perubahan senario perburuhan yang semakin mencabar. Namun begitu, selain memperkasakan kapasiti, komitmen majikan dalam pematuhan perundangan perburuhan juga perlu dipertingkatkan supaya kebajikan pekerja akan terus terjamin dan terpelihara.

Berkenaan dengan penguatkuasaan dan perlindungan undang-undang di Sabah dan Sarawak, penguatkuasaan Akta 732 terpakai kepada seluruh negara― Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini bermakna, pindaan rang undang-undang ini juga akan dikuatkuasakan di seluruh negara.

Yang Berhormat Batu Pahat turut membangkitkan berkenaan dengan sesi libat urus dan due diligence yang telah dijalankan oleh KESUMA bagi tujuan pindaan rang undang- undang ini. Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah melaksanakan kajian liputan gaji minimum terhadap perantis selama lapan bulan.

Kajian ini dilaksanakan melalui edaran borang kaji selidik yang melibatkan 908 orang responden dan sesi libat urus melibatkan 122 orang pemegang taruh iaitu persatuan majikan, kesatuan sekerja, kementerian, agensi kerajaan, ahli akademik dan orang awam. Profil respons dalam sampel kajian merangkumi sektor dan industri meliputi agensi kerajaan yang melaksanakan program perantisan seperti Federation of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC), PERKESO, CIDB dan KBS.

Di samping itu, 26 sesi libat urus dilaksanakan bagi kajian semula Perintah Gaji Minimum baru juga mengkaji berkenaan dengan pemakaian gaji minimum terhadap perantis.

Sesi ini melibatkan 1,109 penyertaan persatuan-persatuan majikan, wakil industri, majikan bersaiz besar, sederhana kecil dan mikro, kesatuan sekerja dan wakil pekerja. Pandangan juga diperolehi daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta pakar gaji serantau (regional wages specialist) daripada International Labour Organization (ILO).

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kajian ini telah dibincangkan dan dibahaskan dalam MPGN yang mana merupakan forum tripartite melibatkan wakil majikan, pekerja, kerajaan yang mana telah bersetuju untuk perluasan gaji minimum supaya terpakai kepada perantis selaras dengan dapatan kajian yang dilaksanakan.

Berdasarkan kepada pertanyaan Yang Berhormat Mersing berkenaan bagaimana kerajaan memastikan tafsiran tidak menimbulkan kekeliruan, sebagaimana kajian liputan gaji minimum terhadap perantis yang telah dimuktamadkan, telah mengkaji dengan terperinci berkenaan dengan perbezaan konsep perantisan dan program-program lain seperti yang telah dijelaskan.

Di samping itu, kajian juga telah melihat perbandingan di peringkat antarabangsa dan juga definisi yang disarankan oleh agensi antarabangsa. Kajian ini akan dihebahkan untuk makluman dan rujukan semua pihak. Akta Kerja 1955 telah menyatakan definisi yang jelas berkenaan dengan kontrak perantisan.

KESUMA dan MPGN akan melaksanakan sesi libat urus yang berterusan dengan pemegang taruh bagi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baru yang mana pindaan rang undang-undang ini akan dijadikan salah satu komponen dalam sesi libat urus seluruh negara.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri dengan satu seruan ikhlas kepada Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Pindaan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara ini bukan sekadar satu langkah kecil dalam menambah baik sistem tenaga kerja tetapi ia adalah satu titik perubahan besar yang menentukan bagaimana kita sebuah negara melindungi, mempersiapkan dan memberi peluang kepada generasi muda kita untuk berjaya.

Walaupun pindaan ini tampak kecil, kesannya kepada kehidupan perantis amat besar. Ia melibatkan keadilan dan kebajikan mereka sebagai pekerja muda yang sedang menapak di dunia pekerjaan. Setiap sokongan yang diberikan kepada rang undang-undang ini adalah sokongan masa depan mereka kepada kestabilan ekonomi negara dan kepada usaha kita untuk menjadikan sebuah negara yang adil dan progresif.

Marilah kita bersama-sama menghantar mesej jelas kepada rakyat di luar sana bahawa Dewan Rakyat ini adalah tempat di mana hak individu dan, di masa depan, generasi muda dijamin...

[Tepuk] Saya dengan rendah hati memohon semua Ahli Yang Berhormat untuk memberikan sokongan yang padu, penuh kepada Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 ini.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 9 Disember 2024.

draft • 6:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.50 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026