Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Puan Speaker.
Dari Igan ke Lubok Antu; Soalan saya nombor satu.
1. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah rancangan kementerian untuk menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di seluruh Sarawak bagi memastikan penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak dapat berjalan dengan lancar.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Lubok Antu bertanya berkait dengan pembangunan perkampungan atlet dan fasiliti sukan untuk Sukan SEA 2027 di Sarawak. Untuk makluman, kementerian ini akan mengadakan mesyuarat bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri setelah penubuhan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027. Jadi, sehingga kini kerajaan kita tidak ada hasrat untuk bina stadium ataupun fasiliti sukan yang baru untuk tujuan Sukan SEA 2027.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan pada 2027 yang akan datang, termasuk di Sarawak selepas diadakan koordinasi dan juga perbincangan lanjut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan. Saya berharap kerjasama di penganjuran Sukan SEA 2027 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Soalan saya, saya ingin bertanya dari segi persiapan dan pemilihan atlet-atlet yang mewakili negara ke Sukan SEA 2025 dan 2027. Sejauh manakah proses pemilihan dan pencarian bakat baru di kawasan-kawasan luar bandar khasnya di Sarawak dan Sabah.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Dan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan prestasi para atlet pasukan Malaysia lebih meningkat dalam Sukan SEA 2025 dan 2027, di mana jika dibandingkan dengan prestasi pencapaian Sukan SEA 2023, kita hanya merangkul 39 emas jika dibandingkan dengan Sukan SEA 2017, kita merangkul sebanyak 143 emas. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Pemilihan atlet dijalankan oleh Majlis Sukan Negara dengan kerjasama persatuan-persatuan sukan yang terlibat. Kita tahu Sukan SEA ada antara 38 hingga 44 jenis sukan yang dipertandingkan.
Jadi, pemilihan atlet ini berlaku dari masa ke semasa menerusi banyak saluran. Antara lainnya termasuk juga sukan seperti Sukan Malaysia dan juga beberapa sukan-sukan terbuka.
Kita beri peluang sebenarnya Sukan SEA ini sebagai platform bagi atlet-atlet baharu berbanding dengan atlet-atlet senior kerana ini adalah salah satu temasya sukan yang tersedia untuk mereka mewakili negara pada peringkat awal karier mereka, sebelum mereka beranjak ke sukan yang lebih besar seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel ataupun Sukan Olimpik.
Jadi, pembangunan bakat-bakat baru ini memang sentiasa diteruskan. Kita tahu menerusi penganjuran di peringkat akar umbi dan juga pertandingan-pertandingan tidak terhad hanya yang di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan, kita juga melihat kepada yang dikendalikan contohnya menerusi Kementerian Pendidikan, menerusi Majlis Sukan-Sukan Malaysia.
Paling penting sebenarnya adalah untuk kita pastikan atlet-atlet kita ini sama ada yang saya sebut tadi, atlet-atlet pelapis menerusi program-program seperti podium dan juga pelapis atau pun atlet-atlet lebih senior yang telah pun ada pengalaman, kita kena sentiasa penuhi keperluan-keperluan mereka. Di peringkat kerajaan kita tahu. Keutamaan kita adalah menyediakan infrastruktur dan ekosistem. Pemilihan latihan pembangunan atlet itu tidak terhad hanya kepada kementerian dan majlis sukan, sebaliknya juga melibatkan khususnya persatuan-persatuan sukan dalam negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang sangat baik.
Selalu saya dengar jawapan Timbalan Menteri ini saya berpuas hati lah sebenarnya, terima kasih.
Baik, soalan tambahan daripada saya, di dunia ini sekarang ada satu tokoh wanita yang hebat di dalam khususnya dalam acara olahraga lah, Ruqaya Al-Ghasra, pelari pecut daripada Bahrain yang sekarang menjadi ikon di Timur Tengah. Keberaniannya dalam pencapaian sukan ini menginspirasikan wanita di seluruh dunia. Pingatnya yang diperolehi pun banyak, pingat emas dalam beberapa acara termasuk menjadi peserta Olimpik 2004 dan 2008.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk kita bergerak ke hadapan untuk meletakkan garis panduan berpakaian, khususnya kepada atlet-atlet wanita yang Muslimah khususnya, agar sukan ini dapat disertai oleh ramai wanita tanpa mereka perlu menggadaikan budaya, agama serta Rukun Negara kita yang kelima, Kesopanan dan Kesusilaan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya faham concern ataupun keprihatinan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Ada dua aspek yang saya nampak di sini. Yang pertama adalah berkait dengan soal pembangunan wanita dalam sukan, yang mana kita terutama sekali menerusi pimpinan Yang Berhormat Menteri Kementerian Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Kita sentiasa mengadakan banyak dasar. Kita sentiasa melaksanakan banyak dasar- dasar yang melibatkan pemerkasaan wanita dalam sukan. Antara lainnya, kita sepanjang tahun ini dan tahun lepas, aktif mengadakan Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan. Kita juga ada agenda yang kita panggil pemerkasaan wanita dalam sukan. Kita boleh lihat peranan yang dimainkan oleh banyak bekas-bekas atlet wanita juga, untuk memastikan kita tidak tandus program-program pembangunan wanita ini.
Aspek yang kedua adalah soal pematuhan etika. Contohnya, pemakaian, kesopanan dan sebagainya. Sebenarnya kalau kita tengok penganjuran sukan dalam negara kita, kita memang beri laluan sebenarnya kepada mana-mana penganjur untuk meletakkan sedikit sebanyak syarat pemakaian dan sebagainya sesuai terutama sekali, contohnya kalau dianjurkan oleh peringkat negeri.
Kalau kita tengok sebelum ini di beberapa negeri contohnya di Terengganu, ada penganjuran sukan yang melibatkan wanita, yang mana kita tidak ada halangan apabila diletakkan contohnya syarat pemakaian. Ini sudah menjadi satu compromised, dengan izin antara kita semua. Sebab pemegang taruh dalam sukan tidak terhad hanya kepada Kementerian Belia, kita juga melihat kepada Majlis Sukan Negeri. Kita juga lihat kepada persatuan-persatuan yang berada di akar umbi.
Setiap negeri, setiap tempat, setiap daerah ada cara masing-masing. Selagi mana ia tidak menjejaskan prestasi atlet, dipersetujui oleh semua orang, kita akan sentiasa pertimbangkan jalan yang paling baik. Kita tidak ada sebarang pandangan yang negatif terhadap cadangan-cadangan sedemikian. Kalau kita tengok atlet dalam negara kita pun, bebas berpakaian mengikut keperluan dan kehendak masing-masing. Ada yang patuh syarak, ada yang lebih terbuka. Memang kita sentiasa serahkan. Kalau ada negeri yang meletakkan syarat, kita benarkan dengan syaratnya ataupun dengan syaratnya adalah dibincangkan dan dimaklumkan terlebih dahulu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Ali Anak Biju, Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah soalan nombor dua.
2. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan statistik jumlah permohonan, kelulusan dan senarai pelaksanaan Program Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) melibatkan permohonan berkonsepkan Skim Pinjaman Rumah Panjang Sarawak (pecahan kepada kawasan Parlimen) dari tahun 2020 hingga 2024.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat yang bertanya, Rumah Mesra Rakyat
(RMR) ini adalah merupakan satu program perumahan kerajaan yang dilaksanakan di bawah kementerian melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah iaitu B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah.
Program ini adalah untuk membantu rakyat membina rumah di atas tanah sendiri ataupun tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran berdasarkan syarat-syarat yang telah pun ditetapkan dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, warganegara Malaysia dan di mana-mana pun mereka berada. Program RMR ini juga adalah menjadi antara keutamaan di peringkat kementerian, selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI dalam memastikan setiap rakyat mempunyai perlindungan perumahan.
Dimaklumkan juga Tuan Yang di-Pertua, bahawa Program Rumah Mesra Rakyat ini sepertimana yang ditanyakan oleh Ahli Yang Berhormat, RMR ini sebenarnya tidak melibatkan permohonan yang berkonsepkan Skim Pinjaman Rumah Panjang Sarawak.
Namun begitu, SPNB sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang bentuk kolaborasi dengan pihak kerajaan negeri, demi mencapai hasrat kerajaan iaitu semua rakyat memiliki rumah.
Untuk makluman juga, Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak ataupun Housing Development Corporation Sarawak (HDC) adalah agensi yang menyediakan Skim Pinjaman Rumah Panjang yang memberikan pinjaman tanpa faedah meliputi bantuan pembinaan rumah baru bagi tujuan membaiki rumah panjang yang uzur bagi tempoh 25 tahun. Peruntukan yang diberikan ini daripada pihak kerajaan disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan juga kerajaan negeri.
Bagi menyediakan RMR di bawah SPNB ini, bagi penyediaan RMR bawah SPNB, bermula dari tahun 2020 sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun memperuntukkan geran kepada SPNB sebanyak RM1.68 bilion dengan kebolehlaksanaan sebanyak 20,328 unit rumah dan di mana 19,417 telah pun siap dibina. Manakala, 693 unit lagi sedang dalam pembinaan dan 218 telah pun diluluskan untuk pembinaan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya untuk Rumah Mesra Rakyat ini, sebenarnya RM20,000 adalah subsidi kerajaan manakala selebihnya adalah pinjaman yang dilakukan oleh pemohon tanpa faedah melalui pinjaman kepada SPNB. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan tadi.
Sebenarnya, permintaan bantuan pembinaan rumah mampu milik ini, skim subsidi dan skim pinjaman mudah di seluruh negara sememangnya tinggi, terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah B40 di luar bandar dan juga di kawasan bandar. Peruntukan sebanyak RM504 juta bagi SPNB berdasarkan penemuan oleh KPKT pada Belanjawan 2025 yang lalu tidak memadai.
Soalan saya ialah bolehkah KPKT memberikan perincian berkaitan peruntukan RM504 juta bagi SPNB serta agihan mengikut setiap negeri dan jumlah permohonan dari setiap negeri? Di samping itu, adakah KPKT bercadang untuk menambahkan kuantum bantuan berdasarkan permintaan harga rumah mampu milik bagi menetapkan harga kediaman yang sesuai mengikut lokaliti? Terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat merujuk kepada peruntukan yang diberikan pada tahun 2025 iaitu peruntukan RM504 juta yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar, Menteri Kewangan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Untuk SPNB, untuk bagi pelaksanaan Rumah Mesra Rakyat merangkumi kos pelaksanaan RMR sebenarnya RM452 juta. Manakala, selebihnya RM52 juta adalah kadar keuntungan bank kepada dalam konteks program perumahan SPNB. Yang ditanyakan tadi adalah berkaitan dengan agihan kepada setiap negeri.
Untuk Sarawak Ahli Yang Berhormat, untuk Sarawak peruntukannya adalah sebanyak RM30,890,000 untuk pembinaan sejumlah 316 unit. Saya boleh berikan keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, panjang. Cuma, secara keseluruhannya kita boleh membina kurang lebih 5,450 unit Rumah Mesra Rakyat bagi tahun 2025.
Adapun yang ditanyakan berkaitan dengan kuantum bantuan itu Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan untuk pembangunan projek perumahan di sesuatu lokaliti. Dia bukan sahaja berkaitan dengan permintaan pasaran, tetapi pada masa yang sama melihat kepada harga hartanah, keperluan, keterdesakan untuk keperluan rumah tersebut. Pada masa yang sama, melihat kepada peruntukan-peruntukan kerajaan.
Dalam konteks ini, RMR yang telah pun kita rancang ini, agihan-agihannya adalah berdasarkan kepada keputusan kerajaan melihat kepada bantuan subsidi dan juga insentif yang telah pun mengambil kira semua faktor-faktor yang terlibat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong. Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
mengenai — Okey, rumah ini adalah rumah RM20,000 subsidi daripada kerajaan dan selebihnya ditanggung oleh pemohon. Jadi, soalan saya adalah adakah reka bentuk perumahan ini di bawah Program Rumah Mesra Rakyat ini mengambil kira isi rumah yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan berkeperluan ringkas serta golongan emas?
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, Bentong dan Betong berlumba.
[Ketawa] Dalam konteks penyediaan reka bentuk ini Ahli Yang Berhormat, SPNB sebenarnya telah pun mengambil kira keperluan-keperluan ruang bagi penghuni dengan merujuk kepada standard yang telah pun ditetapkan, standard oleh Standard Perumahan Kebangsaan (CIS) 26:2019 yang telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Standard ini dibangunkan mengikut akta dan juga standard yang mengambil kira beberapa akta orang kurang upaya contohnya dan garis panduan perancangan dan pembangunan sejagat, universal design dan juga Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Untuk makluman juga, mungkin ada yang tak nampak bagaimana Rumah Mesra Rakyat ini, konsep Rumah Mesra Rakyat ini Tuan Yang di-Pertua. Dia adalah satu tingkat, dibina untuk hanya satu tingkat di atas keluasan tanah 750 kaki persegi, tiga bilik tidur, dua bilik air dengan purata yang dibuat berdasarkan kajian oleh Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan juga Kemudahan Asas 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak tiga, empat oranglah dalam satu rumah. Juga mengambil kira keperluan warga emas, orang kurang upaya. Ini semua adalah berdasarkan standard yang telah pun ditetapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Serian.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Speaker. Soalan saya, soalan nombor tiga.
3. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh manakah penggunaan peruntukan RM1 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bagi menaik taraf kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi pembangunan kawasan sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Januari 2023, bertujuan untuk membangunkan infrastruktur keselamatan dan infrastruktur asas seperti Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, jalan perhubungan rentas sempadan serta pembangunan bandar sempadan.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Pada tahun 2023 dan 2024, sebanyak 17 projek pembangunan di sempadan Sarawak telah diluluskan dengan kos berjumlah RM883.7 juta. Pecahan projek tersebut adalah lima di bawah KKDW, tiga di bawah KE, empat di bawah KDN, empat di bawah MINDEF dan satu KKR. Antaranya adalah membina jalan Nanga Mujong ke Tunoh, Bukit Mambong, Bahagian Kapit, pembinaan baru enam pos imbangan di Kandaie 2, Tong Nibong, Meliki, Nanga San, Ensawang dan Padaleh dan naik taraf pos dan premis serta perolehan kelengkapan briged Sarawak.
Sehingga 29 November ini, sebanyak tiga projek pembangunan sempadan Sarawak di bawah KDW, KDN dengan kos sebanyak RM7.6 juta telah siap dilaksanakan. Kesemua empat projek di bawah MINDEF dengan kos berjumlah RM47.6 juta dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Manakala baki 10 projek lain masih dalam pelaksanaan. Di bawah RP5 RMK-12, tahun hadapan sebanyak 37 projek baharu pembangunan sempadan Sarawak telah diluluskan dengan kos berjumlah RM622.02 juta, sebanyak 27 projek di bawah KDN, sembilan MINDEF dan satu Majlis Keselamatan Negara.
Antara projek yang akan dilaksanakan adalah perolehan aset kelengkapan pos sempadan, pembinaan infrastruktur, kegunaan kawalan keselamatan sempadan, pembinaan bekalan elektrik solar di pos tapak megah. Secara kesimpulannya, mengambil kira peruntukan bagi projek pembangunan Sabah-Sarawak-Kalimantan dari tahun 2023 hingga 2025. Peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi ini telah melebihi RM1 bilion yang diumumkan YAB Perdana Menteri bagi projek pembangunan sempadan Sabah- Sarawak-Kalimantan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Serian.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Jawapan yang lengkap. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan nombor satu dari Lubok Antu, Sarawak.
Soalan nombor dua dari Saratok, Sarawak. Soalan nombor tiga dari Serian, Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, terus kepada soalan.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Nanti dulu, mukadimah. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dari Sarawak. Timbalan Yang di-Pertua dari Sarawak. Ini mukadimah. Soalan saya...
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Nombor lima dari Sarawak.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Soalan saya, antara kawasan sempadan Indonesia-Malaysia-Sarawak ialah kawasan Daerah Tebedu. Khasnya CIQ Tebedu. Puan Yang di-Pertua, saya difahamkan sebagai permulaan setakat ini, untuk CIQS Tebedu, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan. Jadi, soalan saya RM100 juta untuk pembinaan baharu CIQS Tebedu. Soalan saya ialah apakah status projek pembinaan CIQS Tebedu? Seterusnya berapa ongkosnya dan bilakah ianya dijangka bermula. Sekian, terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Saya pun telah melawat ke CIQ di – dua tahun yang lalu. Memang belum mulakan. Saya
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
difahamkan bila saya bertanya tentang projek status dia masih di dalam design stage. Saya akan memberitahu setelah mendapatkan jawapan yang lengkap dan memberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saratok. Saratok? Tak mahu soalan?
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Hello. Terima kasih Puan Speaker. Soalan tambahan juga daripada Sarawak. Berkenaan dengan pembangunan di kawasan sempadan Kalimantan-Sarawak, saya ingin bertanya adakah kerajaan bercadang untuk membina jalan raya sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan, memandangkan Indonesia sedang dan telah membina jalan raya di sempadan sebelah mereka. Pembinaan jalan raya di sempadan ini bersesuaian dengan pembangunan Nusantara, ibu kota baru Indonesia yang akan datang.
Ini adalah selaras juga dengan pembangunan kita di kawasan sempadan.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Kami menumpukan dari segi membangunkan infrastruktur menuju ke kawasan sempadan di mana kita mempunyai akses untuk kemasukan dan keluaran kepada negara, okey. Bila – dia yang itu diutamakan. Jikalau kita nak melaksanakan dari segi mengikuti jalan raya ke sempadan, kita harus melihat dengan sepenuhnya kerana mengikuti dari segi geografikal punya landscaping Sarawak adalah agak challenging dengan bukit-bukau, gunung-gunung dan sungai-sungai. Saya belum tahu lagi jikalau ini adalah dari segi rancangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Soalan saya nombor empat, Puan Speaker.
4. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah ada perancangan untuk mengkaji semula semua dasar-dasar yang melibatkan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Akta Persatuan Nelayan 1971 dan juga Akta Pertubuhan Peladang 1973.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa komited untuk memperkukuh sektor pertanian dalam memastikan bekalan makanan negara terjamin. Melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, salah satu strategi yang dilaksanakan adalah memperkemas dan memperkukuh tadbir urus sektor agromakanan dengan perlaksanaan kajian semula terhadap dasar dan perundangan yang mengawal selia agensi KPKM.
Kajian dan pindaan terhadap dasar-dasar ini penting dalam memastikan tatakelola institusi termasuk peranan persatuan dan pertubuhan di bawah KPKM kekal relevan ke arah merealisasikan agenda keterjaminan negara. Antara dasar dan perundangan yang sedang dikaji semula, selari dengan perubahan landskap ekonomi, teknologi dan cabaran semasa adalah seperti berikut. Yang pertama, pindaan Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973,
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Akta 110, Akta Pertubuhan Peladang 1933, Akta 109 dan perundangan subsidiari di bawahnya. Antara penambahbaikan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
(i) memperkasa fungsi penguat kuasa dan penyeliaan pendaftar;
(ii) melindungi hak dan kepentingan anggota pertubuhan peladang dengan lebih komprehensif; dan
(iii) memperkasa pertubuhan peladang dengan perluasan penglibatan meliputi pelbagai peringkat bagi mewakili komposisi ahli pertubuhan.
Kedua, pindaan Akta Persatuan Nelayan 1971, Akta 44 dan perundangan subsidiari di bawahnya iaitu Peraturan-peraturan Persatuan Nelayan 1972 antara penambahbaikan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
(i) memperkasa fungsi penguat kuasa dan penyeliaan oleh pendaftar;
(ii) memperluas dan menambah keahlian persatuan nelayan dari kalangan nelayan darat;
(iii) menguat kuasa penubuhan unit nelayan di setiap persatuan nelayan;
(iv) melindungi hak dan kepentingan ahli persatuan nelayan dengan lebih komprehensif; dan
(v) menambah baik proses pemilihan lembaga pengarah persatuan nelayan agar lebih efektif.
KPKM yakin usaha yang dilaksanakan ini amat penting dalam memastikan dasar dan perundangan yang berkuat kuasa dapat memenuhi agenda keterjaminan makanan negara dalam mendepani cabaran masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Walau bagaimanapun, seperti Yang Berhormat sedia maklum, Akta Persatuan Nelayan 1971 sudah begitu lama wujud. Namun, pelbagai kelemahan dalam industri nelayan di Malaysia masih berleluasa. Walaupun Akta Persatuan Nelayan 1971 bertujuan memperkukuh organisasi nelayan, ia tidak direka untuk menangani secara langsung isu-isu kompleks dalam industri perikanan di Malaysia seperti kekurangan fokus kepada perancangan pembangunan jangka panjang.
Maka, soalan tambahan saya hari ini adalah, apakah kementerian akan membuat pindaan ke atas Akta Persatuan Nelayan 1971? Di mana semua pengerusi-pengerusi persatuan nelayan negeri yang telah terpilih dalam mesyuarat agung tahunan di negeri masing-masing akan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan ataupun NEKMAT secara automatik?
Kedua, apakah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Apakah kementerian bercadang untuk memberikan kuasa kepada persatuan nelayan untuk melesenkan lesen bot nelayan tradisi? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih, yang bertanya itu adalah seorang Ahli Parlimen, juga seorang nelayan. Bila harvest udang nanti beritahu, ya? Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas penubuhan Persatuan Nelayan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan 28 Oktober 2024.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bagi Persatuan Nelayan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibuat 8 Disember. Saya ucapkan selamat bermesyuarat. Semoga persatuan nelayan ini dapat ditadbir urus mengikut tatacara yang sedia ada. Di bawah akta dan pengurusan semasa, merujuk kepada subperaturan 31(3), Peraturan-peraturan Persatuan Nelayan. Bilangan pengarah yang boleh dilantik oleh Menteri tidak boleh lebih daripada setengah bilangan pengarah yang dipilih. Ini perlu kepada klausa ini kerana kadang dalam satu negeri, ahlinya begitu ramai. Maka bila dipilih, lembaga pengarah hanyalah daripada negeri tertentu. Oleh itu, dengan ada kuasa Menteri, bolehlah dilihat daripada negeri-negeri yang ahli persatuannya tidak ramai tapi boleh dilantik, duduk dalam ahli lembaga pengarah.
Oleh yang demikian, atas kuasa Menteri, Menteri boleh melantik sesiapa saja. Tidak melebihi lapan orang sebagai Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan. Ini yang dipraktiskan selama ini daripada kerajaan terdahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan, Menteri. Ringkaskan jawapan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ini yang bertanya nelayan, Yang Berhormat.
Bagi maksud pindaan akta dan peraturan nelayan, cadangan pelantikan pengerusi nelayan negeri secara automatik sebagai Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan telah diambil kira. Ini kita sedang ambil kira sekarang. Kerana telah ditegur oleh Speaker, jawapan ini saya bagi secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Dasar ini bukan hanya tertakluk kepada dasar perundangan tetapi juga dasar perolehan yang melibatkan geran dan insentif. Saya nak minta pandangan kementerian, Puan Yang di- Pertua. Adakah kementerian juga akan mengkaji semula dasar perolehan?
Bagi contoh, geran Agropreneur Muda. Setakat hari ini bernilai RM20,000 bagi barangan dan dasar perolehan itu kepada pembekal dan pembekal kepada petani atau pemohon. Ia tidak akan capai objektif, Yang Berhormat Menteri. Sekiranya kita bagi kepada pembekal, ambil masa dan bila pula mereka nak buat musim? Waktu banjir baru sampai barang, ia dah melibatkan ketidakjaminan makanan.
Saya minta pandangan Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat akan tingkatkan jumlah RM20,000 itu kepada satu jumlah yang baru kerana di sebabkan harga barang pun dah naik? Ini lima tahun lepas RM20,000, sekarang pun RM20,000. Jadi, mereka terpaksa kecilkan skop. Katakan polybag itu 500. Disebabkan RM20,000, harga dah naik barang,
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
mereka terpaksa kecil. Kita mahu dasar dan insentif ini capai dasar keterjaminan makanan.
Tetapi disebabkan ini juga perlu dilihat untuk mengubah dasar perolehan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih di atas pandangan Paya Besar.
Memang kita sedang melihat perkara ini dengan lebih serius kerana Agropreneur Muda ini kita perlu membantu mereka. Jikalau mereka telah membuat satu perusahaan yang berjaya, kalau tak cukup lagi modal mereka, kita tambah dan juga kita akan bawa berbincang dengan Agrobank supaya mereka dapat menambahkan kegiatan mereka.
Soal RM20,000 ke RM30,000, memang itu sedang menjadi hasrat kita dan kita akan bersama untuk menambahkan peruntukan kepada terutama sekali daripada TVET atau mahasiswa yang baru graduate nak memulakan satu Agropreneur Muda ini, kita amat memberi galakan kepada mereka. Itu — terima kasih atas soalan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor lima.
5. Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah status permohonan lampu jalan di kawasan luar bandar dalam Parlimen Tanjong Manis yang telah dikemukakan kepada kementerian sejak tahun 2023.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, permohonan bagi pemasangan lampu jalan telah pun dikemukakan kepada pihak kontraktor iaitu Sarawak Energy Bhd.
Bagi tujuan semakan dan pemasangan di bawah Program Pemasangan Lampu Jalan Negeri Sarawak Fasa 8. Sebanyak 100 unit lampu jalan melibatkan 16 kampung di kawasan Parlimen Tanjong Manis telah diluluskan. Pada masa ini, kerja-kerja pemasangan sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga tamat kontrak iaitu pada 19, 2025.
Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanjong Manis.
Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang menggembirakan, yang akan menerangkan jalan-jalan di kawasan kampung dan juga rumah panjang di kawasan saya.
Timbalan Menteri, kebelakangan ini teknologi solar semakin canggih dan juga serta mudah untuk digunakan oleh orang ramai. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, untuk mempercepatkan pemasangan lampu jalan kampung di kawasan luar bandar terutama sekali. Bolehkah kementerian mengambil kira penggunaan lampu solar yang berkemampuan tinggi dan yang tahan lama untuk digunakan di kawasan-kawasan luar bandar, mungkin ia akan mengurangkan pembayaran kos bil elektrik dan juga mengurangkan penyelenggaraan kepada lampu jalan kampung tersebut? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Tanjong Manis, soalan tambahan.
Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh kontrak bagi Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung bagi kementerian ini adalah 18 bulan. Memandangkan kerja-kerja survei dan pemasangan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian pun akan mengambil inisiatif untuk memasang pemasangan lampu solar bagi Program Lampu Jalan bermula pada tahun 2025. Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat, pemasangan lampu solar untuk negeri Sarawak, kita telah kenal pasti kampung dia, kita dah kenal pasti tempat dia.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Jumlah yang telah diluluskan untuk tahun 2025 adalah 1,000 unit. Namun kita fokuskan kepada kawasan terpencil yang mengalami kesukaran akses oleh jentera.
Pemasangan lampu solar ini bukan saja mengurangkan bayaran bil, namun begitu masih terdapat kos penyelenggaraan yang perlu dibayar menggunakan kos mengurus lampu jalan kampung di bawah kementerian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan asal dari Sarawak dan yang jawab Timbalan Menteri dari Sarawak juga. Saya nak bawa soalan yang kedua ini dari ke Semenanjung Malaysia khususnya ke Kelantan lah.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut berkaitan dengan pemasangan lampu LED ataupun solar. Apakah kaedah pemantauan KKDW terhadap projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung termasuk lokasi yang telah dikenal pasti di kawasan-kawasan luar bandar dan pinggir bandar?
Adakah terdapat perancangan dari kerajaan khususnya KKDW untuk memastikan setiap jalan di kawasan luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman mempunyai lampu jalan yang untuk memudahkan pengguna jalan raya di kawasan pedalaman. Boleh sebut kalau ada lah timeline dan berapa jalan yang terlibat, khususnya di Kuala Krai Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Kuala Krai ya, berkaitan soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian KKW pada masa ini memang dalam perancangan untuk memasang lampu-lampu solar di seluruh negara. Untuk tahun 2025, kita telah pun mengenal pasti empat kerajaan negeri iaitu Sarawak, Pahang, Perak dan juga Johor untuk dipasang lampu solar untuk lampu jalan.
Secara keseluruhannya, perancangan untuk keseluruhan negeri itu memang kita dah buat tetapi berdasarkan permohonan yang diutarakan oleh kerajaan negeri dan juga penduduk-penduduk kampung. Maksudnya menerusi PKN negeri, pejabat KKW negeri, kita ada perancangan untuk pemasangan lampu jalan berkenaan. Dari sudut pemantauan untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja solar ini kita lantik kontraktor.
Contohnya kalau di Sarawak kita dah lantik SEB untuk memasang lampu-lampu jalan berkenaan ya. Tetapi untuk di Semenanjung, kita masih lagi dalam pemilihan kontraktor.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Sistem pemantauan kita berdasarkan permohonan yang diberi dan pihak PKN negeri kita akan memastikan lampu-lampu jalan ini dipasang mengikut kelayakan. Maksudnya tempat- tempat yang telah dikenal pasti ya sebelum pemasangan itu dibuat. Memang kita adakan pemantauan semasa pelaksanaan dan juga sebelum pelaksanaan lampu-lampu jalan berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk rekod Kuala Krai, saya tak ada hari ini, insya-Allah saya jawab secara tulisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan di-Pertua.
Mental terganggu suasana kelam, Bimbang anak muda tak berdaya tahan, Soalan Ledang nombor enam, Mohon Menteri beri pencerahan.
6. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Kesihatan menyatakan secara terperinci berkenaan:
(a) statistik isu kesihatan mental melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi; dan
(b) pendekatan polisi berlatarkan bukti yang diambil oleh pihak kementerian dalam menangani isu ini.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tentang statistik isu kesihatan mental pelajar sekolah dan mahasiswa pengajian tinggi.
Menerusi Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi yang melibatkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja dan belia menunjukkan peningkatan daripada 7.9 peratus iaitu 424,000 orang dalam tahun 2019 meningkat kepada 16.5 peratus iaitu 922,318 orang pada tahun 2023. Ini bermaksud peningkatan sebanyak dua kali ganda berdasarkan maklumat yang kita perolehi melalui Laporan NHMS.
Selain itu, dapatan NHMS juga turut menunjukkan peningkatan prevalence tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun di kalangan remaja iaitu idea bunuh diri dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan daripada 7.9 peratus pada tahun 2012 kepada 13.1 peratus pada tahun 2022. Pelan bunuh diri ataupun rancangan untuk membunuh diri meningkat daripada 6.4 peratus pada tahun 2012 kepada 10 peratus pada tahun 2022. Juga peningkatan cubaan bunuh diri yang sudah rancang, ada idea dan sedang mencuba adalah berdasarkan rekod adalah 6.8 peratus pada tahun 2012 kepada 9.5 peratus pada tahun 2022.
Pendekatan polisi mengatakan bukti yang diambil oleh pihak kementerian dalam menangani isu ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani isu tersebut, KKM telah mengambil inisiatif seperti berikut:
(i) mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-kanak
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
dan Remaja dengan kerjasama WHO dan juga UNICEF. Kita jangkakan akan melancarkan pelan ini menjelang tahun hadapan;
(ii) menyediakan perkhidmatan talian HEAL Bantuan Krisis Kesihatan Mental iaitu talian HEAL 15555, help with empathy dan love;
(iii) pelaksanaan Program Minda Sihat Sekolah iaitu kolaborasi di antara KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan di 2,456 sekolah menengah dan 7,776 sekolah rendah;
(iv) kerjasama KKM dengan Kementerian Belia dan Sukan seperti Hari Belia Negara dan Program Siswa Sihat (PROSIS). Kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi;
(v) KKM juga menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses di 1,088 klinik kesihatan, 68 hospital dan 37 pusat kesihatan mental masyarakat iaitu MENTARI;
(vi) penempatan 200 pegawai psikologi ataupun counseling contract for service di daerah dan klinik kesihatan; dan
(vii) KKM berusaha meningkatkan bilangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja kepada 30 orang menjelang tahun 2027.
Sehingga kini terdapat 18 pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja di hospital KKM.
Kita menjalankan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan dalam pelaksanaan aktiviti advokasi kesihatan mental di peringkat komuniti. Antaranya National Coalition for Mental Wellbeing, PERKAMA, MIASA, Nyawa, PEKA, Yayasan ZuriatCARE dan juga MeCare. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang amat lengkap tadi. “It takes a village to raise a child”, ini peribahasa Afrika.
Perlu sekampung untuk membesarkan anak dan terbukti apa yang disebutkan tadi perlukan penumpuan dan pemusatan. Jadi, apakah ada perancangan di pihak kerajaan untuk mungkin dengan izin, reset dari segi kaedah kita ini. Sebab kita nak ke arah pencegahan. Apakah kerajaan ada perancangan untuk contohnya mewujudkan penyelesaian secara inovatif di mana daripada kalangan anak muda, ramai yang lebih menggunakan teknologi dan gadget.
Apakah itu boleh dipertimbangkan? Dan juga apakah boleh dipertimbangkan supaya kita ada pelaburan yang lebih bijak sepertimana Peru melaksanakan bajet mereka selama 10 tahun community-based mental health dan juga di New Zealand yang menggunakan bajet wellbeing budget di mana mereka menekankan tentang keadaan kesihatan mental, terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya cukup senang hati mendengar cadangan dan juga pandangan yang telah dikemukakan.
Sememangnya kita perlukan pembiayaan dan juga investment dengan izin, berkenaan tentang isu mental health.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Data-data yang menunjukkan peningkatan daripada 424,000 kepada 922,000 ini adalah satu peningkatan yang sangat-sangat besar. Melalui kaedah komuniti, itu adalah merupakan cadangan yang ingin kita bawakan dengan memperkasakan program-program di bawah KKM seperti KOSPEN dan juga MyCHAMPION.
Kita ingin menjalankan satu kolaborasi bersama dengan pihak-pihak swasta, syarikat-syarikat besar yang melihat bahawa segmen mental health ini adalah merupakan satu segmentation yang sangat penting kerana pelaburan kepada mental health ini penting bagi menjana produktiviti untuk masa hadapan.
Sekiranya kita membiarkan kanak-kanak dan juga remaja kita berdepan dengan masalah mental, sudah pasti negara akan berdepan dengan masalah yang sangat besar pada masa hadapan. Maka dengan peruntukan dan juga bajet atau belanjawan, kita juga mencadangkan belanjawan yang mempunyai fungsi untuk membantu masyarakat dan juga rakyat kita berkaitan dengan mental health ini.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Selain daripada itu, kita juga akan memfokuskan kepada promosi dan juga pencegahan kerana ia adalah selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang telah kita lancarkan daripada kuratif perawatan kepada prevention dan juga kepada wellness. Itu adalah fokus masa hadapan Malaysia untuk menjadikan masyarakat Malaysia sihat sejahtera dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Merujuk kepada prevalence gangguan kesihatan mental yang semakin membimbangkan, adakah kerajaan sudah membuat kajian terperinci dan komprehensif punca sebenar gangguan mental di kalangan pelajar sekolah dan IPT. Get to the bottom of the problem, root cause dengan izin. Adakah kena tengok secara honest appraisal of our current situation. Mungkinkah kerajaan, polisi-polisi kerajaan juga menyumbang?
Kedua, apakah kementerian berhasrat untuk mengharamkan terus penggunaan vape dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan remaja sekolah dan mahasiswa yang menyumbang kepada gangguan psikologi dan menjejaskan kesihatan mental?
Nyatakan statistik bilangan murid dan pelajar sekolah yang terjebak dengan vape dan kes yang menyebabkan kematian vape? Apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah tersebut? Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk menjawab berkenaan tentang isu vape saya akan berikan data-data tersebut secara bertulis kerana jawapan-jawapan tersebut memang kerap kali kita bentangkan ketika kita membentangkan akta-akta dan juga rang undang-undang berkenaan dengan rokok.
Walaupun inisiatif itu tidak pun mengharamkan vape.
Walaupun demikian berkenaan tentang punca dan juga apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, sememangnya kita sedang merancang satu pelan komprehensif berkenaan tentang isu ini dan juga kita akan menjangkakan bahawa kita akan melancarkan pelan
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
tindakan tersebut menjelang pada tahun hadapan. Dan juga banyak faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kesihatan mental ini.
Sebagai contoh, dari sudut reka bentuk dan juga pelaksanaan pembangunan bandar.
Sebagai contoh pembangunan PPR. Dan juga kita berharap akan menjalankan kerjasama yang baik bersama dengan Kementerian KPKT bagaimana untuk kita membangunkan satu perumahan yang sihat dari sudut mental kerana dalam segi kepadatan itu semua menyumbang kepada data-data yang saya bentangkan. Sebagai contoh, prevalence membunuh diri di kalangan masyarakat di kawasan perumahan yang padat yang menyebabkan idea membunuh diri itu terbentuk dengan ramai di kalangan remaja.
Dan juga untuk mengaitkan penggunaan vape dengan masalah mental itu masih lagi di dalam kajian, Yang Berhormat. Kita tidak dapat mengatakan penggunaan vape ini adalah mempengaruhi kesihatan mental tetapi kajian secara konsisten sedang kita lakukan.
Bagaimana dasar untuk mengharamkan vape tersebut, kita mengguna pakai perundangan yang sedia ada.
Sekiranya kita mempunyai sokongan padu daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat ini untuk menyokong dan juga mengharamkan vape itu, kita boleh mengusahakan melalui sokongan secara bipartisan dan juga mendapat sokongan daripada rakyat di luar sana. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara), Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) - Lumut
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tujuh.
7. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Komunikasi menyatakan adakah kementerian mempunyai sebarang inisiatif atau program untuk menggalakkan dan memberi ganjaran kepada pempengaruh media sosial yang menghasilkan kandungan positif dan bermanfaat, memandangkan kerjaya sebagai pempengaruh semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan belia.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Timbalan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kementerian Komunikasi sentiasa menyokong dan menggalakkan penghasilan kandungan kreatif yang bermanfaat di platform digital melalui pelbagai inisiatif yang relevan dengan cabaran dan peluang era digital.
Antara program yang telah dilaksanakan ialah penganjuran kursus dan seminar oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) seperti Kursus Effective Content Creator on TikTok, dengan izin yang telah diadakan pada 26 dan 27 September 2024. Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan peranan pencipta kandungan dalam menghasilkan kandungan yang mendidik, memberi inspirasi dan impak positif kepada masyarakat.
Menyedari keterujaan dan gaya penerbitan program berbentuk bual bicara secara dalam talian semakin mendapat perhatian umum. IPTAR telah menganjurkan Kursus
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Penerbitan Podcast pada 23 hingga 24 Mei tahun ini. Peserta dilatih tentang kaedah penerbitan podcast mengandungi aspek pra produksi, produksi dan pasca produksi agar mereka dapat mengaplikasikan pelbagai input penerbitan yang terkini dan mengikut keperluan semasa. IPTAR dengan kerjasama FINAS dan juga Pertubuhan Belia Kreatif Malaysia juga telah menganjurkan Bengkel Youth Content Maker Lab, dengan izin bertujuan untuk memberikan pendedahan dalam mencipta kandungan kreatif digital kepada belia di Malaysia.
Bengkel tersebut merangkumi pembangunan idea, kreativiti, penghasilan video dan pemasaran serta dapat membuka peluang kepada belia Malaysia untuk menjadikan kerjaya pencipta kandungan kreatif digital sebagai sumber pendapatan. Selain itu, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) menyediakan latihan dan modul pendidikan termasuk latihan berasaskan content quote, dengan izin untuk para pencipta kandungan iaitu Vibe Check: Mastering dan Ethics of Influence, dengan izin yang membantu pencipta kandungan memahami prinsip kandungan yang bertanggungjawab dan etika.
CMCF turut mengadakan bengkel untuk kumpulan pendidik seperti golongan edufluencer di bawah Kementerian Pendidikan dengan modul Teach to Reach Mastering The Ethics of Edu-influencing, dengan izin serta program-program untuk pelajar dan juga orang awam bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai tanggungjawab sosial dan dalam penghasilan dan juga perkongsian kandungan di media sosial.
Terkini, menerusi Belanjawan 2025 FINAS juga telah diperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan Program Belia Kreatif Komuniti MADANI untuk golongan belia untuk meningkatkan penerbitan kandungan kreatif yang bermutu dan berkualiti khususnya dalam bidang perfileman. Sekian jawapan saya, terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih atas jawapan tadi, Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah kerangka kawal selia atau kayu pengukur yang diguna pakai oleh kerajaan terhadap pengaruh yang mengendalikan podcast atau memuat naik kandungan di media sosial? Misalnya apabila kerajaan bertindak mengenakan sekatan di platform media sosial terutamanya akaun-akaun TikTok atas alasan yang berkaitan dengan 3R. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut.
Pertama, kalau ada content creator, pencipta kandungan yang dengan sengajanya inginlah sentuh isu-isu sensitif sepertilah 3R ia bolehlah disiasat oleh pihak PDRM kerana saya percaya bahawa kebebasan bersuara memang telah disebut dan jugalah dijamin olehlah Perlembagaan Persekutuan kita. Tetapi walau bagaimanapun, memandangkan sensitiviti masyarakat kita jadi kalau ada isu 3R yang memang menyakitkan hati sesuatu golongan dalam masyarakat kita.
Jadi, demilah kedamaian masyarakat kita pihak polis berkuasa untuk mengambil tindakan untuk menyiasat dan akhirnya terpulang kepada mahkamah sama ada mereka dijatuhkan hukuman atau tidak. Jadi sebab itu kami percaya bahawa sangat-sangat penting
Puan Teo Nie Ching
untuk kita mendidik influencer kita dan jugalah belia kita apabila mereka ingin mencipta apa- apa kandungan.
Janganlah hanya mereka hendak dapatkan viewership yang tinggi tetapi akhirnya apa impak yang akan mereka berikan kepada masyarakat kita juga sangat-sangat penting.
Janganlah dengan sengajanya hendak sentuh apa-apa isu yang berunsur fitnah atau 3R.
Itulah nasihat saya. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih, Puan Speaker.
Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi, terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kandungan lucah yang dihasilkan untuk tujuan komersial dan juga dipromosikan melalui platform media sosial. Jadi saya ingin tanya kepada kementerian apakah langkah- langkah penguatkuasaan dan kawal selia yang telah ataupun akan diambil oleh kementerian untuk menghalang penyebaran kandungan sedemikian khususnya yang menyasarkan golongan belia. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Sangat-sangat penting kerana kita memang mendapati bahawa dengan teknologi terkini seperti AI lebih banyak kandungan lucah telah dihasilkan. Saya ingin kongsi dengan Dewan Rakyat ini bahawa kandungan-kandungan lucah yang telah diturunkan melalui usaha MCMC telah meningkat dari tahun 2022 iaitu 186 telah meningkat ke tahun ini setakat 1 Disember ke 1,125.
Puan Teo Nie Ching
Bukan itu sahaja, kandungan-kandungan yang berunsur pendedahan seksual kanak- kanak juga telah meningkat dari tahun 2022 iaitu 34 kepada 800 pada tahun ini. Oleh sebab itu, kita telah mencadangkan dalam rang undang-undang untuk meminda Akta 588 di mana kalau sesiapa didapati bahawa mereka memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial mereka boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi lima tahun ataupun bolehlah didenda tidak melebihi RM1 juta ataupun kedua-dua.
Jadi, saya berharap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menyokong RUU ini.
Kita juga nampak bahawa AI juga telah sekarang, sangat-sangat terlampau. Dalam tempoh masa 13 hari, MCMC mendapati bahawa ada 274 iklan di Facebook yang menyamar sebagai Jabatan Peguam Negara.
Ini adalah satu isu yang sangat-sangat penting kerana scammer ini membayar Meta untuk menipu warga Malaysia. Oleh sebab itu, sangat-sangat penting untuk kita pastikan bahawa platform seperti ini mereka dipertanggungjawabkan. Mereka tidak boleh dibenarkan untuk terima duit daripada scammer untuk menipu rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Verdon bin Bahanda, Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.
8. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan kementerian memperkasakan industri pengeluaran makanan tanaman padi di Parlimen Kudat khususnya di daerah Pitas iaitu kawasan padi keempat terbesar di Sabah melibatkan keluasan sebanyak 1,400 hektar dan cadangan jelapang padi melibatkan kawasan 9,980 hektar namun tidak mempunyai kemudahan saliran.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kudat. Untuk makluman Yang Berhormat, Pitas merupakan salah satu daerah di bawah Kluster Utara Kawasan Penanaman Padi Sabah selain daripada Kota Marudu dan Kudat. Pada masa ini Kota Belud adalah satu- satunya kawasan jelapang padi yang diiktiraf di Sabah yang mana takrifan ini merujuk kepada kawasan penanaman padi yang dilengkapi skim pengairan besar dan sempurna dengan keluasan kawasan minimum 4,000 hektar.
Melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, dua projek mini estet padi di luar kawasan di Sabah iaitu Terusan Sapi, Beluran dan Kampung Kabatasan, Pitas, seluas 150 hektar sedang dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan pengeluaran padi dan pendapatan pesawah setempat.
Pada tahun 2024, PKPM telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan sejumlah RM3.5 juta ke Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur pengairan di skim luar jelapang di Sabah. Bagi memperkasa pembangunan infrastruktur luar jelapang pula, kementerian merancang untuk mengangkat permohonan peruntukan sejumlah RM32 juta dalam RMKe-13 bagi naik taraf sistem pengairan dan saliran Daerah Pitas.
Semestinya PKPM menyokong penuh usaha kerajaan negeri ke arah pembangunan jelapang padi Sabah melalui Lembaga Padi dan Beras Sabah yang akan melibatkan Daerah Pitas seluas 1,600 hektar. Itu jawapan hal Pitas lah, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan jentera yang diperlukan terutama sekali jentera membajak dan jentera menuai yang ada di Pitas sangat kurang dan perlu ditambah. Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menambah jentera tersebut, sama ada melalui Persatuan Peladang ataupun melalui Jabatan Pertanian Sabah? Itu yang pertama.
Kedua, berkenaan dengan kemudahan tali air di kawasan jelapang padi tersebut. Ini merupakan satu keperluan asas untuk membangunkan sebuah kawasan jelapang padi.
Apakah Kementerian Pertanian mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut pada 2025 ataupun dalam RMKe-13? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
KPKM memandang serius soal untuk mengadakan jelapang padi seperti di Sabah dan Sarawak memandangkan soal perubahan cuaca yang berlaku sekarang ini yang kita lihat di sebelah Semenanjung ini jelapang padi kita
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
terganggu dengan ancaman ataupun cuaca yang berubah ini. Misalnya tahun lepas dan tahun ini, kita menghadapi kekurangan pengeluaran padi.
Contohnya tahun ini, berlaku banjir di Kedah ketika padi sedang masak.
Memusnahkan begitu banyak tanaman di situ. Tahun ini pula di Kelantan berlaku juga banjir sekarang ini sedang menenggelami Tumpat dan Pasir Mas ketika padi sedang masak. Oleh itu, jelapang yang kedua, ketiga ini perlu dilihat serius, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Oleh itu apa yang disarankan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, kita amat mengambil perhatian dan misalnya rancangan Skim Pengairan Pitas Hilir, menaik taraf tali air, bina jalan ladang, Pitas, Sabah, kita akan peruntukan RM10 juta untuk 182 hektar. Ertinya untuk meningkatkan sistem pengairan di sana memang kita amat mengambil berat sebab jelapang padi kita tidak boleh bertahan iaitu di Kedah, Kelantan, Perak, kita kena melebarkan jelapang padi itu di Sarawak dan di Sabah. Terima kasih.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian telah menjalankan kajian impak untuk mengenal pasti jumlah anggaran kerugian akibat kemusnahan kawasan tanaman padi, sayur-sayuran dan perikanan terutamanya berikutan keadaan banjir yang melanda di negeri-negeri itu, terutamanya di Pantai Timur? Adakah kementerian bercadang untuk menambah peruntukan supaya ia dapat disegerakan bagi membantu petani dan pesawah yang terkesan termasuk pemberian bantuan one-off dan sokongan pemulihan pasca banjir mengikut lokaliti?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Walaupun soalan ini bukan daripada soalan asal, tetapi kita amat mengambil perhatian. Memang bancian belum lengkap, peringkat awal saya turun ke Pasir Mas, pihak KADA telah memberi taklimat di antara kerugian awal lebih kurang RM16 juta di Kelantan. Itu belum lagi kajian menyeluruh. Kajian di Kedah belum lagi kita dapat angka yang mutakhir.
Oleh itu, saya yakin kementerian akan berusaha untuk membantu mereka memulihkan penanaman padi, sayuran dan sebagainya. Misalnya di Rantau Panjang, mereka telah buat cadangan kita supaya membuat tanaman sayur itu tinggi, tinggi setakat dada...
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tetapi air datang juga ke paras yang tinggi itu kali ini. Oleh itu, berlaku kemusnahan dan kita sedang membuat bancian terperinci di seluruh negara dan sudah tentulah di antaranya peranan Agrobank bersama dengan PKPM akan memainkan peranan bersama dengan kementerian yang lain.
Anggaran awal yang diberitahu oleh Perdana Menteri lebih kurang RM1 bilion.
Kemungkinan kerosakan semua akan lebih dari itu dan kita akan memberi maklumat- maklumat ini kepada ahli Yang Berhormat semua. Sebab memang kemusnahan pertanian agak serius dalam banjir kali ini, sama ada di Kelantan, Kedah, Terengganu dan beberapa tempat yang lain, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Speaker, hal-hal Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya soalan sembilan.
9. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Kesihatan menyatakan pembaharuan dasar dan penyediaan sokongan kesihatan mental yang mudah diakses, terutamanya untuk mereka yang bekerja dalam persekitaran tekanan tinggi, seperti kakitangan kesihatan atau kadet pertahanan awam.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Tuan Yang di-Pertua, KKM amat prihatin kepada masalah kesihatan mental di tempat kerja terutamanya dalam kalangan kakitangan pegawai kesihatan dan petugas barisan hadapan. Bagi menangani masalah ini, KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang mudah diakses di bawah inisiatif seperti berikut.
Perkhidmatan saringan kesihatan mental, MyMinda di dalam aplikasi MySejahtera memberikan perkhidmatan secara digital yang merangkumi saringan kesihatan mental, psiko pendidikan dan tips penjagaan kendiri. Aplikasi ini sangat mudah dan kita hampir semua mempunyai MySejahtera. Tekan, klik dan ada ikon MyMinda di dalam MySejahtera.
Kedua adalah Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental (Talian HEAL 15555) di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan menyediakan perkhidmatan dari aspek bantuan sokongan, emosi, psiko pendidikan dan intervensi awal krisis kesihatan mental.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Seterusnya adalah penyediaan perkhidmatan kesihatan mental di 1,088 klinik kesihatan, 68 hospital psikiatri termasuk empat institusi kesihatan mental dan 37 buah pusat kesihatan mental masyarakat (MENTARI). Perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial atau mental health and psychosocial support services (MHPSS) menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan saringan, bantuan awal psikologi, psikopendidikan, psikososial dan kaunseling kepada yang memerlukan.
Kemudian adalah program advokasi kesihatan mental di tempat kerja melalui KOSPEN WOW dan juga membekalkan nota poket kesihatan mental yang menyediakan aktiviti yang merangkumi saringan kesihatan mental, pengurusan emosi dan panduan menangani stres di tempat kerja.
Kita juga mewujudkan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam di mana KKM mempunyai 370 orang pegawai psikologi dan 800 orang ahli rakan pembimbing perkhidmatan awam (AKRAB).
Implementasi kempen Let’s Talk Minda Sihat dan Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma merentas agensi merupakan kolaborasi pintar (smart partnership) bersama agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan dan NGO dalam usaha mempertingkatkan kesedaran-kesedaran kesihatan mental secara meluas bagi mengatasi stigma terhadap kesihatan mental.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga, kita mewujudkan program MySAVE atau Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope yang memberikan pendedahan kepada meningkatkan akses kepada bantuan dan intervensi awal krisis rawatan sokongan psikososial serta perkhidmatan tindak susul postvention, pasca cubaan dan kematian akibat bunuh diri, mengadakan sesi libat urus bersama pengamal media dan latihan pengendalian tingkah laku bunuh diri diberikan kepada petugas barisan hadapan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang mengemukakan jawapan yang komprehensif tentang cara-cara untuk menangani tekanan yang tinggi di kalangan penjawat awam, khususnya barisan hadapan.
Cuma, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, bahawa dalam kita melahirkan, lebih spesifiklah kepada pegawai tentera yang memerlukan latihan fizikal dan mental yang kental, namun ada insiden dan budaya penderaan yang kerap berlaku khususnya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah pun mengundang kepada kes-kes penderaan dan juga menyebabkan kes kematian dan kecederaan yang membimbangkan.
Yang di-Pertuan Agong semalam telah pun bertitah dalam Konvokesyen ke-14 UPNM untuk menghentikan serta merta budaya seumpama ini.
Maka, saya ingin bertanya kepada pihak Timbalan Menteri, apakah usaha pihak KKM dalam memastikan dan menyediakan khidmat nasihat dan sokongan dalam kes ini, specifically? Sebab, isu ini dan insiden seumpama ini kerap kali berlaku sehingga walaupun telah pun mengheret pesalah ke mahkamah tetapi ia masih lagi berulang berlaku sejak kebelakangan ini. Sekian, terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.
Berdasarkan data daripada prevalence-prevalence yang kita ada adalah hampir sejuta.
Memang sejuta masyarakat di Malaysia ini mengalami kemurungan dan juga masalah mental.
Juga, kerisauan Yang Berhormat sememangnya dirasai dan juga shared by everybody di dalam Dewan ini. Kebimbangan kita melihat budaya buli ini seperti satu budaya yang telah dinormalisasikan di dalam sebuah institusi pengajian tinggi.
Kita sedang mengusahakan dan juga KKM bersedia untuk menawarkan perkhidmatan dari sudut kaunseling dan juga sokongan psikososial. Kita juga boleh mengadakan saringan dan juga saya menggalakkan agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat menjalankan saringan kesihatan mental ini secara konsisten kepada semua pelajar- pelajar di IPTA.
Juga, kita sudah pun mempunyai aplikasi MySejahtera yang mana saringan kesihatan yang sangat mudah dengan satu klik dan juga mengikuti arahan-arahan yang terdapat di dalam MySejahtera dan kita dapat berinteraksi untuk membantu. Juga, di bawah Talian HEAL, kita menerima ratusan ribu panggilan dan juga hampir 62 peratus panggilan tersebut adalah merupakan panggilan untuk mendapatkan sokongan.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya mengharapkan agar mangsa-mangsa buli ini dapat menghubungi segera dan kita juga sedang untuk menggiatkan dan juga memperkasakan kerjasama antara swasta dan juga awam agar pihak swasta juga dapat menyumbang sedikit ataupun mengadakan CSR berkaitan tentang mental health ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Salak
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Soalan Pasir Salak. Seiring dengan usaha mentransformasi budaya kerja Kementerian Kesihatan Malaysia dan tindakan susulan bagi menangani kes buli dan seumpamanya yang boleh memberi kesan langsung kepada tekanan mental dan emosi di kalangan kakitangan kesihatan, adakah Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang supaya laporan terperinci dikemukakan secara berkala agar pemantauan rapi dapat dibuat terhadap syor penambahbaikan bagi mewujudkan budaya kerja yang sihat serta meringankan beban warga kerja KKM? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Kita akan mengambil pandangan tersebut. Berkenaan tentang laporan yang perlu diwujudkan secara berkala, sememangnya kita mengumpul maklumat-maklumat dan juga laporan- laporan ataupun kes-kes yang telah pun dilaporkan kepada KKM. Tetapi, saya tidak hanya melihat di dalam konteks KKM sahaja kerana kita mempunyai satu workforce, dengan izin, yang besar di Malaysia ini.
Kita kena melakukan rentas kementerian dan juga merentas sektor di dalam sektor swasta. Sekiranya syarikat besar yang mendapatkan keuntungan yang besar, sudah pasti ada sesuatu perkara yang mereka lakukan yang akan membebankan kesihatan mental pekerja-pekerja di sektor swasta.
Begitu juga di sektor awam. Bukan hanya KKM, tetapi saya melihat di dalam sektor Kementerian Pendidikan, Pertahanan, anggota-anggota keselamatan kita dan juga ramai pegawai penjawat-penjawat awam termasuk di Parlimen ini memerlukan saringan kesihatan mental kerana bebanan kerja politik yang mereka pikul. Juga, kita membudayakan, menormalisasikan saringan kesihatan mental ini adalah sebagai satu budaya yang perlu dibiasakan. Juga, laporan-laporan berkala akan kita usahakan untuk dimaklumkan kepada Dewan dan juga kepada masyarakat umum. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih, Yang di- Pertua. Perfect 10. Soalan nombor 10.
10. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan jangkaan garis waktu kapal LCS 1 akan mula menjalani ujian pengoperasian dan jangkaan kapal LCS 2 akan turun ke permukaan air
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas persoalan yang dikemukakan.
Sebagai makluman, kerja-kerja pembinaan littoral combat ship (LCS) telah disambung semula mulai tarikh kontrak tambahan keenam yang ditandatangani pada 26 Mei 2023 dengan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang sebelum ini dikenali sebagai Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB).
Berdasarkan perancangan perbatuan yang terkandung dalam kontrak yang ditandatangani, fasa akhir pembinaan kapal LCS 1 akan dapat disiapkan pada penghujung tahun ini sebelum ianya menjalani ujian seperti harbour acceptance test (HAT) dan juga sea acceptance trial (SAT) oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tempoh dua tahun.
Bagi kapal LCS 2 pula, ianya akan turun ke permukaan air pada pertengahan 2025, iaitu tahun hadapan, sebelum ianya menjalani HAT dan juga SAT tadi seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Bagi mengukur tahap kemajuan projek pembinaan LCS ini, beberapa elemen atau komponen pengukuran telah diguna pakai iaitu elemen reka bentuk, proses pembinaan, peralatan dan ujian.
Secara keseluruhannya, status kemajuan semasa bagi perolehan LCS yang berakhir pada 25 Oktober adalah sebanyak 70.10 peratus berbanding perancangan iaitu 70.69 peratus iaitu perbezaan sebanyak 0.59 peratus daripada jadual yang dirancangkan.
Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan memantau secara teliti pelaksanaan projek LCS ini di mana Pasukan Projek LCS TLDM di limbungan sentiasa melaksanakan pemantauan di tapak dan mesyuarat, sama ada secara mingguan mahupun bulanan, sentiasa diadakan bersama pihak LUNAS. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanah Merah
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey. Terima kasih, Timbalan MenHan. Boleh bagi maklum balik LCS 1 ini? Saya dengar kata penghujung tahun ini atau penghujung tahun depan? Tolong dapat clarification.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Penghujung tahun ini, 2024.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Penghujung tahun ini. Okey, baguslah. Soalan tambahan saya. Kenapa MINDEF ataupun TLDM tidak menimbangkan cadangan supaya kapal peronda luar pantai ataupun kapal NGPV Kelas Kedah kita tak naiktarafkan persenjataan atau tidak dilengkapkan dengan surface-to-air missile dan surface- to-surface missile terlebih dahulu? Kerana nak menunggu LCS ini nak siap, saya tengok agak lama.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Kita ada enam kapal NGPV Kelas Kedah yang sedang beroperasi dengan baik serta dibina dari reka bentuk MEKO 100. Kapal NGPV Kelas Kedah ini sebenarnya dibina sebagai ‘fitted for but not with’, boleh dinaik taraf menjadi kapal Littoral Mission Ship (LMS). MINDEF
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
tidak perlulah naik taraf semua keenam-enam. Cukuplah dua atau tiga buah sahaja.
Keperluan peruntukan missile ataupun persenjataan domain laut dan udara ini boleh kita masukkan dalam capex Rancangan Malaysia Ke-13 yang bermula 2026. Yang Berhormat Timbalan Menhan, saya percaya sekiranya kapal NGPV Kelas Kedah ini dinaik taraf, musuh kita akan gerun untuk menceroboh zon maritim dan wilayah laut Malaysia. Tahap kesiagaan kita akan naik secara mendadak. Kita akan lebih bertaring. Jadi, saya hairan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Nak landing dah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Okey, dah nak habis dah ya. Terima kasih.
Saya hairan kenapa TLDM tidak pernah mempertimbangkan opsyen ini sebagai gap filler dan lebih memilih untuk menunggu LCS dan LMS yang nak siap ini, kita tidak tahu bila nak siap sepenuhnya. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan tambahan yang dikemukakan. Seperti mana yang kita tahu bahawa kita di Kementerian Pertahanan melalui Pelan Transformasi Angkatan Laut kita ataupun yang kita selalu sebut 15 to 5 itu, kita tahu bahawa kita ada perancangan untuk sehingga 2050 itu, pembangunan kapal-kapal kita. Jadi, kita tidak melihat kepada LCS semata-mata dalam konteks itu. Tapi kita tahu bajet kita terkait juga dengan LCS, LMS, begitulah juga dengan submarine kita dan juga yang terkait dengan MRSS juga. Jadi, kalau kita lihat macam tadi disebut oleh Tanah Merah, kenapa kita tidak lihat kepada aset kita yang sedia ada? Sebenarnya kita imbang juga keperluan aset kita yang sedia ada, menaik taraf dan begitulah juga dengan aset-aset kita yang baharu. Sebab itu kalau kita lihat, banyak perkara yang disebutkan kepada kita adalah tentang keusangan kapal-kapal kita.
Jadi, kadang-kadang bila kita nak mengimbangi bajet kita itu, dengan kita naik taraf kapal yang sedia ada, dengan pembelian kapal-kapal ataupun aset-aset yang baharu, jadi itu selalu diambil kira. Sebab itu, pandangan-pandangan itu sebenarnya tentera laut sentiasa mengimbangi itu. Yang paling penting adalah yang harus kita pastikan bahawa aset-aset sedia ada kita ini dapat kita pastikan bahawa dia dapat beroperasi untuk pastikan bahawa kawasan maritim kita itu selamat dan terpelihara. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Jadi, saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri sama ada Kementerian Pertahanan sudah bermula untuk perancangan untuk masa depan supaya kesemua aset-aset untuk navy kita lengkap mengikut perancangan sedia ada. Jangan hanya siapkan apa yang kita sedia ada sahaja kerana memandangkan LCS1 dan LCS2 akan siap dibina dalam dua tahun ini. Apakah perancangan moving forward? Itu yang penting supaya aset kita lengkap dengan perancangan yang sudah lama disediakan. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Jadi, kita tahu bahawa kita sebenarnya di Kementerian Pertahanan ini sama
Tuan Haji Adly bin Zahari
ada darat, udara mahupun laut, memang kita ada perancangan jangka masa panjang. Darat, army for the next generation. Dia dah tahu dah, melalui Kertas Putih Pertahanan kita apa yang kita perlukan untuk tempoh 30 tahun ke hadapan itu. Begitulah juga dengan udara, begitulah juga dengan laut yang selalu disebut 15 to 5 itu. Kita dah tahu dah LCS berapa banyak yang kita perlukan, LMS dan seumpamanya untuk memastikan bahawa kedaulatan kita itu ada. Sebab itu saya fikir, kalau kita boleh pastikan bahawa apa yang telah kita rancang itu dapat kita laksanakan. Sebab itu kalau kita lihat mungkin kita ada cabaran dia. Cabaran dia adalah kelewatan itu. Tetapi walaupun kita hadapi cabaran itu, kita dalam masa yang sama, kita fikirkan juga penyelesaian ke depan itu.
Sebab itu kalau kita lihat, contohnya macam dalam isu sewaan dan sebagainya. Itu adalah salah satu cara untuk kita mempercepatkan proses pemilikan aset kita untuk kita menjaga pertahanan negara kita. Sebab itu bukan membawa maksud bila kita sudah merancang itu dan bila ada kelewatan, kita tidak bertindak dan kelewatan itu menyebabkan kelemahan kepada pihak negara ataupun kekurangan bagi pihak kita. Tapi kita di peringkat Kementerian Pertahanan, kita bila merancang jangka masa panjang, dalam Kertas Putih Pertahanan juga kita review. Buat masa ini kita sedang review Kertas Putih Pertahanan kita.
Kita tahu walaupun kita merancang untuk 30 tahun ke depan itu tetapi aspek-aspek baharu juga akan timbul dan bagaimana kita boleh masukkan aspek-aspek baharu. Termasuk kalau kita lihat dalam pertahanan siber kita. Itu pun antara yang kita sedang melihat supaya kita boleh masukkan dalam Kertas Putih Pertahanan kita. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato Anyi Ngau, Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih dekat Speaker. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan guru dan warga PPD dari Parlimen Kuala Kangsar di Dewan ini.
[Tepuk] Timbalan Speaker, soalan saya soalan nombor 11.
11. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Ekonomi menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan kepada RECODA sejak tahun 2020 serta jenis program yang telah dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk kawasan RECODA.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Sejak tahun 2020 hingga suku ketiga 2024, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM954.92 juta untuk melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur, program pembangunan sosioekonomi dan perbelanjaan operasi. Daripada keseluruhan peruntukan pembangunan tersebut, sebanyak RM819 juta adalah bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di Sarawak yang menumpukan kepada pembinaan jalan, pembangunan tapak industri dan sistem bekalan air. Ini termasuklah jalan akses ke kawasan utama dan infrastruktur bekalan air di Taman Perindustrian Samalaju (SIP). Projek-projek yang dilaksanakan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan iaitu reka bentuk, persediaan tapak dan pembinaan.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Manakala sejumlah RM58.46 juta telah disalurkan kepada RECODA sejak tahun 2020 untuk melaksanakan program sosioekonomi di Sarawak seperti yang berikut: -
(i) Community@SCORE. Di bawah program ini, sebanyak RM22.67 juta diperuntukkan untuk 108 projek kecil berimpak besar seperti penternakan, pertanian dan projek kraf tangan yang dilaksanakan di kawasan SCORE. Antara contoh-contoh projek adalah pembinaan tapak gerai penjaja, penternakan ikan sangkar, baik pulih kemudahan awam seperti jalan kampung, jeti kampung dan surau, projek membekalkan input pertanian, program keusahawanan dan bantuan persekolahan;
(ii) Basmi Miskin Tegar (BMT). Melalui program ini RM20.79 juta disalurkan untuk membantu golongan miskin tegar di Sarawak bagi pelaksanaan projek bantuan nelayan, bantuan pertanian, bantuan penternakan, bantuan keusahawanan dari rumah seperti perusahaan makanan, kedai runcit, jahitan dan pertukangan. Selain itu, program ini turut melibatkan pembangunan kemahiran TVET bagi 37 lokaliti di seluruh Sarawak. Peserta program ini tergolong daripada ketua isi rumah yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih yang dikategorikan sebagai miskin tegar; dan
(iii) Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk melaksanakan IPR Intan di Sarawak dengan menetapkan sasaran pendapatan minimal sebanyak RM2,000 sebulan kepada peserta program. Program ini dilaksanakan bagi menyokong agenda keterjaminan makanan, menghasilkan tenaga mahir dalam pertanian moden dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Selain itu, ia juga turut membantu meningkatkan pendapatan golongan B40 miskin dan miskin tegar.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri juga atas jawapan yang bagi saya cukup lengkap untuk kawasan SCORE ataupun RECODA di Sarawak. Saya nak tanya sebab RECODA ataupun SCORE ini ditubuhkan untuk memperkasakan taraf kehidupan rakyat di kawasan-kawasan yang dimaksudkan dan kawasan Baram di bawah Highland Development Agency ini. Saya hendak beritahu bahawa Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan satu peruntukan yang begitu besar untuk membina dan memperbaiki jalan-jalan di kawasan HDA ini. Saya mohon pandangan dan petua daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya pihak Persekutuan juga memberi peruntukan ataupun fokus untuk menentukan supaya jalan perhubungan di kawasan-kawasan RECODA ini di naik taraf sejajar untuk meningkatkan taraf kehidupan
Dato Anyi Ngau - Baram
rakyat di kawasan ini. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato Anyi Ngau - Baram
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat, keinginan dari segi Kerajaan Persekutuan adalah untuk memastikan bahawa jurang perbezaan itu akan berkurangan, okey. Oleh kerana itu, insya-Allah bukan sahaja dari segi daripada waktu sekarang, tetapi untuk Rancangan Malaysia Ke-13, kita nak memastikan bahawa pembangunan itu dilaksanakan lebih kepada kawasan yang perlu pertumpuan pembangunan yang lebih giat. Dari segi pelaksanaan projek-projek, insya-Allah kita harap bahawa ia akan bertambah.
Tetapi kita perlu memastikan bahawa apa yang dari segi tanggungjawab Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan tidak bertindih. Kita akan memastikan bahawa kita memandangkan perincian supaya untuk memberikan tumpuan lebih utamakan kepada kawasan pedalaman. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Silakan Menteri.
[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang undang-undang Kewangan 2024, Rang Undang-undang Langkah-langkah Bagi Pemungutan Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024, Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan Pindaan (No.2) 2024 dan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Pindaan 2024 seperti di nombor 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini.
Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 Disember 2024”.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat, ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Tan Sri Speaker, saya menyokong
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat , sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Seperti mana pemasyhuran saya pada 17 Julai 2024, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa diberi ruang untuk membuat penerangan mengenai penyata-penyata Jawatankuasa Pilihan yang dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memberi pendedahan dan lipatan luas kepada rakyat berkenaan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan dalam membincangkan isu-isu semasa. Penerangan penyata oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan ini dilaksanakan melalui Peraturan Mesyuarat 14(1)(l) yang dibaca bersama dengan Peraturan Mesyuarat 25 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Susulan daripada itu, mulai hari ini saya benarkan penerangan ini dibuat Pengerusi- pengerusi Jawatankuasa Pilihan. Setiap penerangan Pengerusi diberi masa tujuh minit dengan empat orang pembahas yang terdiri daripada dua Ahli Kerajaan, dua Pembangkang.
Setiap pembahas diberi masa tiga minit dan kemudian Pengerusi akan menjawab selama lima minit.
Unprecedented, this is the first time, kali pertama.
[Tepuk] . Kita nak naikkan martabat Jawatankuasa Pilihan Khas. Sebab itu, saya minta Pengerusi-pengerusi memainkan peranan yang lebih untuk memastikan yang Dewan ini berfungsi sebagai semak dan imbang kepada Eksekutif.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Pengerusi, Peraturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Oh. Peraturan Mesyuarat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Pertamanya, kami mengucapkan terima kasih dan tahniah langkah yang diambil oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker membenarkan Pengerusi JKPK memberikan penerangan. Cuma, for the record purposes, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum lagi berada di dalam standing order. So, jika sekiranya standing order atau Peraturan Dewan dipinda memasukkan JKPK ini sebagai entiti yang sah di bawah standing order ini adalah pada pandangan yang lebih baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Kota Bharu. Seperti yang saya maklumkan bahawa semua pandangan itu telah pun kita bincangkan Jawatankuasa Pemilih semalam.
Sementara kita akan melakukan pindaan-pindaan yang seperti yang disebutkan oleh Kota Bharu yang akan berlaku immediately sebelum tamatnya sesi ini. Insya-Allah. Tapi kita kena proceed sebab kita juga nak menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita take thing seriously. Khususnya dengan menaikkan martabat Pengerusi PAC dan juga semua pengerusi-pengerusi yang telah pun dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat dan telah pun kita sama-sama setujui. Namun begitu dengan menggunakan peruntukan yang ada pada saya, saya mulakan dengan Majlis Penerangan hari ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian akan memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk “Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging di Malaysia". Oleh itu, saya jemput Rasah sebagai Pengerusinya untuk bentangkan laporan. Sekian, silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan kepada semua JKPK untuk memberikan penerangan secara lisan. Ini adalah suatu lembaran baru dibawa oleh Reformasi Institusi. Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian berbesar hati dipilih sebagai JKPK yang pertama untuk membentangkannya dalam Dewan yang mulai ini. Dengan itu, saya mengambil kesempatan ini membentangkan Penyata DR.31/2024 yang bertajuk “Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging di Malaysia” yang telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sejak dua minggu yang lepas.
Penyata ini telah disediakan selepas tiga kali kami mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak yang terbabit iaitu pada 16 Oktober dengan KPKM dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Pada hari yang sama sebelah petang, kami telah mengadakan sesi dengan profesional dan juga pemain industri. Pada 24 Oktober, kami telah mengadakan sesi dengan persatuan-persatuan iaitu persatuan penternak yang terlibat secara terus dalam industri penternakan ini.
Pada 26 Oktober, satu lawatan kerja telah dilakukan ke Syahmi Fortune Agrofarm di Rembau untuk melihat sendiri bagaimana industri ini berlangsung ditapaknya. Jadi, saya juga ambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota-anggota JKPK yang terlibat Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Sungai Besar dan Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Selangau yang turut serta dalam menyediakan penyata ini untuk saya memberikan penerangan pada pagi ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan pembentangan ini dengan menyatakan potensi yang ada pada industri ini. Yang pertama adalah berkenaan dengan kadar sara diri
(SSR). Ketika ini sangat rendah, ia tidak selaras dengan konsep keterjaminan makanan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan kita. Jadi, ada keperluan untuk meningkatkan keberhasilan daging ini secara tempatan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kedua, kita perlu menghalang aliran keluar wang ringgit kita. Jawapan daripada KPKM sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa setiap tahun kita mengimport daging hibrid ini lebih RM1 bilion. Bayangkan, RM1 bilion kita —Aliran keluar wang kita hanya untuk import sahaja. Jadi, kita ada potensi yang sangat besar.
Ketiganya, untuk meningkatkan sumber protein untuk rakyat Malaysia. Ia sebagai sumber protein yang utama khasnya untuk penduduk Malaysia yang mahukan daging jenis premium di restoran dan sebagainya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Keempat, industri ini bakal mewujudkan peluang-peluang pekerjaan khasnya kepada anak muda. Satu industri yang mempunyai masa depan untuk anak-anak kita terlibat.
Kelima, ia dapat meningkatkan pendapatan kepada para penternak yang sebelum ini mungkin tidak terlibat dengan penternakan lembu hibrid pedaging tetapi hanya dengan penternakan secara tradisional. Saya percaya peningkatan ini sebab apa? Lembu hibrid daging ini berat dia boleh mencecah satu tan. Bayangkan, satu tan berapa banyak kita, berapa harga jualannya? Jadi, ia sangat menguntungkan, membawa manfaat kepada penternak.
Keenamnya adalah ia boleh memajukan kawasan luar bandar. Sebab kalau kita sebut penternakan, sudah semestinya ia banyak merujuk kepada kawasan luar bandar untuk sama-sama kita meningkatkan, memperbaiki infrastruktur di kawasan tersebut.
Namun Tan Sri Speaker, saya nak menyebutkan secara jujur juga. Industri ini kalau kita nak kembangkan, kita hadapi banyak cabaran. Cabaran yang telah berlaku selama ini, antaranya penyakit berjangkit khasnya di sempadan di sebelah utara. Walaupun kita tahu ketika ini kebanyakan ladang penternakan ada negeri Kelantan, khasnya di jajahan —Di kawasan Bachok. Tetapi, isu dia sempadan dengan negara jiran. Banyak penyakit seperti penyakit kuku dan mulut yang berjangkit yang tular daripada sebelah utara.
Keduanya, harga ternakan daripada Thailand lebih murah disebabkan penyeludupan. Jadi, isu ini yang dihadapi oleh industri kita pada ketika ini. Ketiganya, antara makanan yang diperlukan oleh lembu ini adalah berkenaan dengan soya —Adalah berkaitan dengan soya dan jagung yang rata-rata masih diimport. Jadi, perlu ada usaha untuk memastikan bahawa diganti makanan yang boleh dihasilkan secara tempatan dan tidak terkecuali adalah ancaman bencana seperti banjir, kemarau dan sebagainya.
Satu lagi masalah yang kita hadapi ketika ini adalah penternakan lembu ketika ini banyak dilakukan secara sambilan (part-time), secara tradisional. Sebab itu, perlu ada usaha untuk membolehkan ia menjadi satu industri yang dilakukan secara serius, secara full-time.
Seterusnya, kekurangan kawasan penternakan yang sesuai dan juga dengan infra yang teratur juga menjejaskan dan menjadi masalah.
Selain itu, industri ini turut menghadapi masalah berkaitan dengan kos untuk makanan khas ataupun suplemen tambahan yang membolehkan lembu ini berat dia boleh meningkat ke tahap yang kita harapkan supaya dijual dengan harga yang menguntungkan penternak.
Seterusnya, satu lagi cabaran yang saya rasa pihak DVS perlu memberikan perhatian adalah berkenaan dengan juru suntik permanian beradas ataupun secara ringkasnya dipanggil AI Man yang masih kurang untuk mereka yang berpengalaman dan mahir dalam memastikan industri ini tidak menghadapi masalah dari segi puncanya dan juga pengurusan sumber air. Jadi, saya pihak JKPK selepas berjumpa dengan semua pihak terbabit, kami telah menggariskan tujuh cadangan, syor kepada kerajaan. Tan Sri Speaker, saya minta dua minit tambahan untuk tujuh cadangan ini untuk diserahkan kepada KPKM dan DVS.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Pertama, perlu ada satu lonjakan besar-besaran daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan DVS untuk memastikan bahawa industri ini adalah industri yang mendapat perhatian daripada kerajaan, bukan setakat sambilan sahaja.
Kedua, perlukan kerjasama daripada agensi yang lain bukan setakat agensi di bawah KPKM. Kalau kita meletakkan beban atau tanggungjawab ini kepada pihak KPKM ataupun agensi di bawahnya, tidak cukup. Saya berikan contoh, RISDA, FELDA, FELCRA, KESEDAR mempunyai banyak ladang sawit yang dipercayai, diyakini sebab expert dah beritahu kami bahawa kawasan penanaman sawit itu sesuai terlibat dengan penternakan lembu ini.
Ketiga, kami turut mencadangkan kepada semua GLC kerajaan tak kira di bawah kementerian mana supaya memberikan suntikan modal kepada penternak-penternak yang ketika ini melakukan penternakan secara kecil-kecilan sahaja. Sebab kalau setakat kecil- kecilan, selama-lamanya industri ini tidak akan ke mana. Jadi, dengan itu kami berharap dengan ada suntikan modal tersebut, ia boleh dikembangkan ke dalam skala yang lebih besar.
Keempat, kami berharap ada satu gabungan koperasi supaya penternak-penternak persendirian yang melakukan industri ini secara kecil-kecilan boleh digabungkan, digemblengkan tenaga mereka supaya usaha yang lebih komprehensif dan menyeluruh dapat dilaksanakan.
Kelima, pihak KPKM dan DVS perlu memastikan bahawa semua kemahiran teknikal perlu ada termasuk mempunyai AI Man yang berpengalaman dan berada di seluruh negara.
Keenam, pihak agensi yang terbabit perlu serius dalam penguatkuasaan untuk mengekang penyeludupan lembu daripada sempadan yang sudah semestinya menjejaskan usaha dan menjejaskan minat daripada penternak tempatan terhadap industri ini.
Ketujuhnya, KPKM sebagai kementerian teras untuk industri ini perlu menjalin kerjasama dan perlu mendapat kerjasama. Jadi, saya menyeru kepada semua kerajaan negeri untuk memberikan kerjasama memastikan sebab tanah di bawah kerajaan negeri, memastikan industri ini dikembangkan, diperkembangkan di seluruh negara. Sebab tak kira, bukan setakat di Kelantan, di Terengganu ataupun di sebelah utara sahaja, semua negeri di Malaysia sesuai mempunyai ekosistem yang sesuai untuk penternakan ini.
Jadi, saya berharap selepas dibuka untuk perbahasan dan digulung, pihak KPKM boleh mengambil serius dengan cadangan daripada Dewan yang mulia ini supaya industri ini menjadi satu industri yang boleh memanfaatkan, menguntungkan negara. Tan Sri Speaker, saya juga ingin merakamkan momentum ataupun semangat yang telah pun diberikan oleh Tan Sri yang membolehkan pihak JKPK memberikan tumpuan terhadap industri yang mempunyai potensi besar ini.
Saya juga ambil kesempatan pada pagi ini menjemput rakan-rakan Yang Berhormat ke pameran DVS berkaitan dengan lembu hibrid pedaging yang sedang berlangsung, telah bermula pada hari Isnin sehingga hari Jumaat ini di lobi Dewan Rakyat. Juga, saya menjemput rakan-rakan Ahli Yang Berhormat ke Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging Malaysia yang akan berlangsung hari Jumaat, 6 Disember di Dewan Bankuet.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Semoga sama-sama kita Ahli Dewan ini memastikan bahawa industri ini mempunyai hala tuju yang betul dan mendapat kerjasama, komitmen dari semua pihak yang akhirnya akan menguntungkan industri ini.
Jadi, dengan kata-kata tersebut, saya mengakhiri sesi penerangan saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Saya menerima empat —Tiga permohonan daripada Ahli Yang Berhormat untuk bertanya dan memberikan pandangan. Saya benarkan setiap seorang tiga minit untuk berucap. Tiga orang ialah Batu Pahat, Hulu Terengganu dan Pengkalan Chepa.
Saya mulakan dengan Batu Pahat, tiga minit. Silakan Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Alhamdulillah, keterjaminan makanan adalah satu perkara yang amat penting dalam memastikan Malaysia mempunyai keterjaminan makanan terutama dalam bekalan daging mentah. Maka, industri penternakan lembu perlulah dipermodenkan dari masa ke semasa.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan, Malaysia memerlukan hampir 200,000 tan metrik bagi tempoh setahun. Tapi apa yang merisaukan, Tan Sri, Malaysia terpaksa mengimport lebih 80 peratus daging import ke negara ini iaitu mengambil kos hampir RM1 bilion. Jadi, sudah pasti kerajaan juga difahamkan telah meletakkan sasaran untuk pada tahun 2030 iaitu 100,000 tan metrik daging. Tapi kita kena sedar bahawa pasaran domestik hanya mampu membekalkan sebanyak 47,000 tan metrik setahun. Maka, perlu ada cara ataupun modus operandi yang baru dalam memastikan permintaan mampu dipenuhi.
Kurang kebergantungan kepada daging import. Ini memastikan keterjaminan makanan Malaysia berada di dalam keadaan yang baik. Maka, Batu Pahat ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk memulakan dan membantu pengusahaan lembu hibrid ini di Malaysia dalam mengatasi kebergantungan kepada daging import. Berdasarkan maklumat yang ada, waktu ini tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah menerajui pasaran lembu domestik hibrid ini setakat 95 peratus. Namun, kita difahamkan banjir pula sekarang.
Maka, saya ingin mencadangkan kepada Menteri untuk memulakan program lembu hibrid di setiap negeri dengan menjadikan Kelantan sebagai contoh bagi usaha ini. Sudah pasti dalam memastikan usaha ini membuahkan hasil, sokongan kerajaan melalui sistem yang sistematik amatlah diperlukan. Batu Pahat ingin menjadikan Inisiatif Pendapatan Rakyat
(IPR) daripada Kementerian Ekonomi bagi segmen pertanian sebagai contoh untuk lembu
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
hibrid ini dilakukan. Sudah pasti modal dan kursus pengurusan lembu hibrid ini perlu disediakan oleh kerajaan.
Setakat ini saya difahamkan lembu hibrid di Malaysia ini lebih kurang ada 32,000 ekor dan masalahnya ada dua pusat penyeliaan yang standard international iaitu berada di Shah Alam dan juga di Senawang. Jadi, mohon kementerian upgrade-kan di mana-mana tempat yang lain. Tapi fokusnya ialah kita kena mohon kerajaan untuk terlibat supaya tidak dikawal oleh kartel. Maka, perlu wujudkan satu jalur terus antara pasaran dan pengeluaran dalam memastikan harga daging lembu ini munasabah dan tidak menyusahkan rakyat.
Batu Pahat dengan cadangan yang terakhir ialah pastikan program ini digerakkan secara kelompok oleh penternak lembu khususnya di luar bandar. Kita tidak mahu usaha atau program ini digerakkan oleh syarikat-syarikat besar dan akhirnya tiada pembaikan ekonomi kepada rakyat yang terendah. Setiap dasar kerajaan bukan hanya menyelesaikan satu masalah saja tapi mesti bersifat menyeluruh dalam memastikan banyak masalah dan pembaikan dapat dilakukan dengan dasar yang digerakkan. Saya mohon cadangan saya diterima. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Speaker. Tapi masa tiga minit terlalu pendeklah. Salam Qablal Kalam. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] .* Maksudnya, Allah menjadikan kamu binatang-binatang untuk kamu menaikinya dan juga daripadanya kamu akan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruang dan kesempatan kepada saya untuk bahas dalam masa tiga minit. Ke atas keprihatinan Yang di-Pertua berkaitan dengan lembu hibrid dan saya difahamkan Yang di-Pertua minat berkaitan dengan lembu sado ini.
Dulu minat ubi kayu, sekarang ini lembu sado. Saya rasa terkilan kerana Menteri yang berkaitan tidak ada di depan kita. Menteri? Timbalan Menteri pun tidak wujud. Hilang entah ke mana.
Tuan Yang di-Pertua
Pengerusi ada. Pengerusi ada.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Pengerusi jawatankuasa ada.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pengerusi itu sama kita dah. Tadi minta saya berbahas. Terima kasih Rasah kerana memberi ruang dan kesempatan dan satu Pengerusi yang cukup hebat, Tuan Yang di-Pertua. Boleh dikatakan setiap minggu bermesyuarat untuk merealisasikan lembu sado ataupun lembu hibrid di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Kelantan telan menguasai lembu hibrid ini iaitu mewakili 94.7 peratus lembu hibrid di Malaysia yang mempunyai lebih kurang 5,500 orang daripada keseluruhannya 5,807 penternak lembu hibrid di negara kita. Cuma, saya berkata alih Pengerusi bahawa dalam penyelidikan lembu hibrid ini kita tak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kita ada pengalaman dengan NFC suatu ketika dulu. Walaupun
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
telah ditentukan oleh mahkamah dan sebagainya, tapi hasrat, saya difahamkan hasrat NFC dulu adalah untuk memastikan kecukupan daging untuk rakyat Malaysia. Tapi oleh kerana ada sesuatu yang tidak kena, maka ia berlalu umpama angin lalu.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman bahawa Malaysia bergantung pada sumber import daging sejuk beku yang tinggi iaitu sekitar 80 peratus dan bekalan lembu hidup pula kita bergantung penuh atau banyak kepada negara Thailand sebagai sumber tunggal serta hasil ternakan lembu dan negara hanya mampu untuk menampung kira-kira 20 peratus sahaja daging dalam negara. Ini suatu benda yang cukup merisaukan kita. Negara dijangka menyasarkan 100,000 tan metrik daging tempatan untuk 2030. Persoalannya kita masih ada dalam empat, lima tahun lagi. Adakah mampu kementerian mencapai hasrat tersebut?
Ataupun mungkin kita akan terus mengimport daging ini sehingga ke kiamat?
Tuan Yang di-Pertua, ini membuktikan bahawa pengusahaan lembu hibrid amat kritikal kerana permasalahan di negara pengeksport yang menjejaskan bekalan sumber import negara kita akan mengganggu bekalan daging tersebut. Ertinya, jika suatu berlaku di negara tersebut maka kita mungkin tidak akan makan daging di Malaysia. Cuma persoalan saya, dalam usaha untuk memastikan ketelusan dan juga berjayanya program yang dirancang ini—kita tak mahu ia bergerak sekadar separuh jalan saja, yang penting kepada kita ialah janji-janji kerajaan untuk telus, jangan jerlus. Untuk telus dan melantik seseorang yang betul-betul berwibawa.
Kalau dulu dijanjikan bahawa tidak akan dilantik orang-orang politik dalam GLC-GLC tapi hari ini berderu-deru. Mereka yang memegang jawatan politik termasuk di universiti- universiti, masuk. Tapi mereka yang berwibawa, okey. Tapi kalau mereka yang tidak berwibawa sekadar nak beri jawatan dan elaun, saya rasa ini akan menggagalkan usaha dan juga hasrat kerajaan ini.
[Tepuk] Kedua, kerajaan juga berjanji untuk tidak ada lagi runding terus projek-projek. Cuma saya dapat satu laporan daripada KPDN Kos Sara Hidup bahawa projek yang bernilai RM10 juta untuk tiga hari iaitu Jelajah MADANI di Sabah, betul atau tidak? Ini dikatakan direct nego ataupun through RM10 juta dia bagi ...
[Tidak jelas] ..company. Jadi, kalau cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, itu kata belit Yang di-Pertua. Itu saja. Terima kasih banyak.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Ini Hulu Terengganu, ubi kayu sekarang harga dah mahal, tahu?
[Ketawa] So, kena ucap terima kasih kepada Speaker.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya setuju. Terima kasih, terima kasih.
Terima kasih Speaker dan saya difahamkan..
Tuan Yang di-Pertua
Tak sebut terima kasih pun tadi. Sebutlah terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Speaker. Speaker, ubi kayu ini satu ubat untuk kanser. Terima kasih Speaker.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sama. Baik, Pengkalan Chepa, silakan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Speaker, ubi kayu adalah salah satu produk pelancongan musim tengkujuh di Kelantan. Tapi yang sebelah sana dia tak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Alhamdulillah, tapi jangan pukul saya selalu. Dok bantai saya selalu. Tak kena itu.
[Ketawa]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang promote ubi kayu ini, Speaker.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Speaker.
Masa tiga minit. Saya bimbang kalau kita bicara dalam masa yang terbatas ini. Takut projek ini jadi separuh jalan, Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau fokus tak apa, jangan pusing-pusing.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey, okey. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan memperkenalkan lembu pedaging hibrid sebagai langkah strategik mengatasi isu kekurangan bekalan daging domestik. Namun, sokongan ini perlu disertai dengan pelaksanaan yang serius, bersungguh-sungguh dan telus. Kita tidak lagi boleh mengulangi kegagalan masa lalu yang mana membazirkan dana dan masa rakyat.
Pertama, saya nak cadangkan supaya kena ada kerangka dan blueprint dan penghapusan kepada semua birokrasi. Kerajaan mesti menyediakan kerangka blueprint yang menyeluruh, berkualiti dan bebas daripada red tape serta birokrasi yang boleh melambatkan pelaksanaan untuk mencapai matlamat ini. Kita memerlukan sokongan, dukungan, bantuan kerajaan dalam rupa bentuk subsidi makanan kepada ternakan ini.
Kedua, dana modal pusingan. Kalau kita ingin melihat projek ini berjaya. Kemudian yang ketiga, latihan teknikal dan yang keempat ialah hab jualan daging premium sebagaimana yang dicadangkan ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua saya nak sebutkan kita kena belajar daripada negara-negara yang telah berjaya. Kita tak perlu buat roda baru, kita ikut apa yang telah pun mereka buat. Sebagai contoh Brazil menjadi pengeksport terbesar dunia melalui subsidi makanan ternakan, latihan penternak dan pengkomersialan industri.
Australia yang menyokong teknologi penternakan dan membangunkan pasaran eksport yang konsisten untuk baka seperti Angus dan juga Wagyu. New Zealand memanfaatkan sistem pertanian sebagai makanan ternakan untuk menjimatkan kos dan meningkatkan hasil. Ini perlu dibuat oleh pihak kerajaan yang bertanggungjawab.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Potensi lembu pedaging hibrid seperti Charolais, Limousin, Belgian Blue― tadi saya sudah bergambar dekat luar bersama dengan Bachok. Bachok ini kawasan yang banyak lembu-lembu hibrid ini. Kadar tumbesaran yang sangat tinggi, kandungan lemak yang rendah, protein yang tinggi, potensi besar untuk memenuhi pasaran yang bernilai tinggi.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Pengkalan Chepa, sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bachok, Bachok. Terima kasih, Pengkalan Chepa. Pengkalan Chepa ini Bachok lama. Saya ini Bachok baru. Beliau 2013. Jadi saya hendak tanya Pengkalan Chepa, asal yang pelihara lembu sado ini kebanyakannya bermula dengan hobi, lepas itu baru dikomersialkan. Jadi, pandangan Yang Berhormat, adakah benda ini perlu dibantu dalam bentuk hobi-hobi sebegini?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, saya sangat bersetuju. Masukkan sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan projek seperti Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan telah membantu meningkatkan genetik baka melalui penggunaan semen beku. Namun, lebih banyak sokongan diperlukan termasuk menambahkan bilangan juru suntik seperti mana yang disebutkan oleh Pengerusi, Rasah tadi. Yang menjadi halangannya ialah kekurangan bilangan juru suntik permanian beradas ini. Menyediakan dana khas untuk pembangunan baka tempatan.
Juga, ada alternatif, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada lembu hibrid ini untuk bekalan daging tempatan iaitu rusa. Rusa seperti baka Timorensis Axis boleh menjadi alternatif yang signifikan dari sudut kesihatan. Daging rusa, kandungan lemak dia rendah.
Jadi, kalau hendak makan secara sihat, rusa adalah satu pilihan. Kolesterol lebih rendah, protein yang tinggi dan bebas daripada penyakit yang kebiasaannya sukar untuk dikawal.
Rusa tahan penyakit, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, saya cadangkan juga selain daripada lembu hibrid, kena ada juga penerokaan kepada ternakan rusa untuk dikomersialkan. Kalau sekiranya projek ini berjaya, Tuan Yang di-Pertua, kita mampu mengurangkan kos import kita yang mencecah RM3.378 bilion pada tahun 2022.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
YB, boleh minta laluan sedikit tak?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Banyak minta laluan.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Satu sahaja.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya. Sila.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya pernah bincang dengan bekas Ketua Pengarah Veterinar satu ketika dahulu. Saya tanya, kenapa industri daging kita tak berjaya? Respons beliau kepada saya ialah kita menetapkan kawalan harga. Kos kian meningkat dan harga kita ditetapkan. Boleh masukkan dalam ucapan YB tak? Ini amat penting. Kalau kita control harga, cost production meningkat, kita akan gagal.
Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih dan saya setuju masukkan dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tegaskan juga di sini, kita kena belajar daripada kegagalan lalu. Jangan ulang lagi. Kerana, bila dengar sahaja kerajaan ada satu projek atau program baru, mesti corrupter-corrupter ini sudah buka mata untuk ambil manfaat daripada ini. Kita ada pernah berlaku skandal NFC yang kita tahu panjang ceritanya, projek taman
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
kekal pengeluaran makanan yang juga berkaitan dan juga penternakan di bawah FELDA dan FELCRA juga pernah mencatatkan kegagalan. Jadi, untuk memastikan sejarah ini tidak berulang, kerajaan perlu memantau penggunaan dana dengan ketat. Penglibatan badan bebas seperti PAC untuk menilai keberkesanan projek dan memastikan SPRM terus memantau agar projek ini bebas daripada unsur korupsi.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, inisiatif ini adalah peluang besar untuk rakyat Malaysia menjadi kuasa eksport daging berkualiti tinggi seperti Brazil, Australia dan juga New Zealand. Dengan pelaksanaan komitmen bersungguh-sungguh, berintegriti, yang kukuh, kita bukan sahaja dapat mengatasi masalah keterjaminan makanan tetapi kita juga mampu meningkatkan ekonomi negara...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Mohon sedikit, Pengkalan Chepa. Sebelum habis.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua
Last ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jika kita belajar daripada dahulu, sejarah apabila kerajaan mula memperkenalkan kambing Boer yang diimport dari luar negara, pada waktu itu ramai yang excited hendak bela kambing ini, dan yang tidak pernah bela kambing pun bela kambing, berbelanja beribu-ribu ringgit, ratusan ribu ringgit membina kandang dan sebagainya. Namun, akhirnya, ramai yang tidak dapat meneruskan.
Jadi, saya cadang, kalau kerajaan ingin melihat pendekatan untuk penternak menternak lembu hibrid ini, kita perlu ambil orang yang sudah ada pengalaman. Hanya mereka yang tahu― hendak jaga ini satu hal, bukan murah harganya. Hanya mereka yang tahu ini yang kita upgrade-kan, dengan izin, supaya dia sudah ada pengalaman, dia sudah ada kepakaran dan kita bantu dia kembangkan dengan lebih baik. Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya hendak menyeru rakan-rakan dalam Dewan ini untuk menyokong inisiatif ini.
Yang baik, kita sokong, Tuan Yang di-Pertua. Cuma, yang tidak baik, peruntukan tak dapat lagi termasuk banjir sekarang. Yang itu kita tak sokonglah...
[Ketawa] [Tepuk] Akhirnya, saya hendak akhiri dengan pantun, Tuan Yang di-Pertua, bagi menceriakan Dewan ini.
*Lembu hibrid hasil ternakan, Dagingnya lembut berkualiti tinggi, Pernah dahulu jadi perhatian, Menteri menunggang lembu pun geli.
Usaha petani memajukan desa, Hibrid dibela penuh teliti, Namun kisah jadi jenaka, Gelak rakyat kekal abadi.* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya terima permohonan daripada Bentong untuk berucap. Silakan. Saya benarkan, Bentong. Silakan. Tiga minit ya.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tan, Sri Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa KPDN kerana telah memilih tajuk ini iaitu lembu hibrid sebagai potensi dalam industri penternakan ini. Kalau kita lihat lembu hibrid ini atau lembu sado ini sangat terkenal apabila kalau diletakkan di mana- mana pameran. Contohnya di MAHA baru-baru ini. Menjadi perhatian daripada anak kecil sehinggalah golongan dewasa.
Seperti Yang Berhormat Batu Pahat dan juga Yang Berhormat Rasah tadi mengatakan, nilai import negara kita mengenai ternakan hidup ini hampir mencecah RM1 bilion. Ia melibatkan keseluruhan 378,915 ekor lembu pembiakan, lembu penyembelihan, biri-biri hidup dan kambing hidup. Kalau kita lihat, lembu penyembelihan yang diimport sahaja melibatkan 140,570 ekor dengan nilai RM510.62 juta, yakni lebih daripada separuh keseluruhan import ternakan hidup.
Maka, kita sememangnya memerlukan intervensi untuk membina kapasiti negara dalam menyediakan bekalan daging tempatan. Dalam kita merangka apa-apa dasar intervensi, kita juga perlu mempunyai data yang menyeluruh tentang keberkesanan insentif, kawalan harga ternakan, caj perkhidmatan juru suntik serta penggunaan padang ragut yang efektif. Ini bagi memastikan kita dapat mencapai Dasar Agromakanan Negara 2.0 iaitu sasaran SSL industri ternakan lembu ini yang sebanyak 50 peratus pengeluaran tempatan menjelang 2025.
Tan Sri Speaker, saya ingin bertanya, apakah tanah rizab padang ragut yang kita ada sekarang mencukupi bagi memastikan bekalan daging yang mampan? Apakah status padang ragut yang sedang diusahakan ini? Berapa banyakkah yang masih aktif dan bagaimanakah keberkesanan penggunaan padang ragut ini dinilai?
Saya fikir Kerajaan Persekutuan seharusnya mencari jalan penyelesaian bersepadu bersama kerajaan negeri bagi memastikan status rizab padang ragut ini tidak diusik, malah diberikan keutamaan untuk diperluaskan. Kita patut ada insentif untuk memperkasakan lagi penternak-penternak tempatan untuk mengusahakan padang ragut yang sedia ada.
Malah, menurut Profesor Dr. Anjas Asmara yang merupakan Setiausaha Kluster Pertanian dan Makanan Majlis Profesor Negara, antara isu utama iaitu kualiti makanan, asas ternakan seperti rumput ragut yang mempunyai kandungan nutrisi yang rendah.
Saya juga ambil maklum dalam laporan jawatankuasa ini bahawa harga dedak di Malaysia tinggi kerana bahan asas bagi pembuatan makanan ternakan ini kita import dari luar. Kita merupakan antara pengeluar produk sawit terbesar. Sepatutnya kita boleh fokuskan untuk membangunkan dedak tempatan daripada hasil sisa produk sawit kita.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Ya, Betong. Boleh.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Bentong. Betong ingin minta pandangan Bentong...
Tuan Yang di-Pertua
Betong tanya Bentong ya?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Mengenai isu lembu ini, yang pertama adalah juru suntik ataupun artificial inseminator. Di kawasan negara jiran kita dulu- dulu, mereka gunakan tenaga tentera. Dia latih dan apabila farmers memerlukan lembu untuk dikahwinkan, dia orang boleh menggunakan tenaga kerja.
Yang kedua itu mengenai makanan. Kita mempunyai satu bahan makanan yang amat baik untuk feedlot iaitu palm kernel cake (PKC), tetapi kita eksport keluar. Setujukah YB kalau kita buat dasar untuk berhentikan eksport dan gunakan untuk makanan ternakan di Malaysia? Terima kasih.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya setuju dengan Yang Berhormat Betong. Rasa saya, beliau adalah doktor yang pakar dalam isu ternakan haiwan ini. Masukkan ucapan beliau dalam ucapan saya.
Akhir sekali, Tan Sri Speaker, saya juga ingin membangkitkan berkenaan kegagalan program Skim Insentif Usahawan Felda yang membabitkan kurangnya bimbingan dan tunjuk ajar kepada penternak. Sebenarnya, apakah kos yang mampan bagi memastikan bimbingan yang berterusan kepada penternak ini?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bagaimanakah kita dapat menyediakan satu program mentorship dengan kos yang minima, dengan penggunaan teknologi A.I untuk memantau prestasi serta permasalahan penternak dengan lebih berkesan kerana banyak aduan kita dapati tentang lembu-lembu yang berkeliaran kerana kekurangan padang ragut yang sesuai serta ada penternak- penternak yang beroperasi secara haram dan juga mengganggu tanah orang lain. Jadi, kita juga perlu mengkaji semula kesesuaian menggunakan ladang sawit bagi aktiviti penternakan lembu ini.
Saya maklum, di dalam laporan jawatankuasa tentang kesukaran menggunakan ladang sawit bagi penternakan kerana risiko seperti kecederaan dan sebagainya. Jadi, perlu ada kajian yang menyeluruh supaya kita dapat mengguna pakai dengan lebih baik ladang sawit ini dan dapat memanfaatkan ladang sawit ini juga. Jadi, Bentong menyokong dan sekian sahaja.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tenggara - Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian untuk menjawab semua pandangan.
Silakan.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Ini kali pertama...
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit ya.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Jadi, saya ucapkan terima kasihlah kepada yang terlibat dengan perbahasan berkaitan dengan Jawatankuasa ini, lembu hibrid.
Terutamanya kepada Pengerusilah, yang memberikan penerangan dan penjelasan. Jadi, terima kasih itu kepada Batu Pahat, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Pengkalan Chepa dan yang terakhir sekali, YB Bentong.
Jadi pada keseluruhannya, idea berkaitan dengan penternakan lembu hibrid ini adalah berkisar tentang keperluan sumber protein di negara kita. Jika tengok pada data yang ada di sini, kita maklum bahawa kebergantungan negara terhadap import ternakan hidup sangat tinggi, mencecah RM1 bilion. Jumlah itu melibatkan keseluruhan 378,915 ekor lembu pembiakan, lembu penyembelihan, bebiri hidup dan kambing hidup.
Kalau lihat lembu penyembelihan yang diimport sahaja melibatkan 140,570 ekor dengan nilai RM510.62 juta, yakni lebih separuh daripada keseluruhan import ternakan hidup.
Kita juga sedar bahawa negara sedang memacu Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) iaitu sasaran SSL industri ternakan lembu ini sebanyak 50 peratus pengeluaran tempatan menjelang tahun 2025. Di peringkat Jawatankuasa juga kita membincangkan panjang lebar tentang beberapa perkara yang disentuh oleh Ahli-ahli Parlimen yang berbahas tadi semuanya adalah dalam makluman Jawatankuasa dan digariskan dalam perbincangan dan perbahasan yang ada ini. Antara isu dan cabarannya adalah aktiviti penyeludupan, harga ternakan import dari negara sempadan Thailand dan juga Myammar dan juga harga makanan ternakan yang tinggi.
Pihak Jawatankuasa juga mengambil maklum tentang kekurangan beberapa hal berkaitan dengan tenaga teknikal dan profesional yang perlu dalam rantaian pemasaran dan penghasilan daging premium ini. Selain daripada itu juga, pihak Jawatankuasa mengambil maklum tentang pelaksanaan-pelaksanaan terdahulu berkaitan dengan lembu even though yang bukan hibrid pun, dengan izin, telah melalui kegagalan dan kegagalan. Jadi, sebagaimana kita sedar bahawa suatu ketika negara memperkenalkan Proton pun ada ramai yang memberi pandangan tetapi Proton masih ada lagi sehingga sekarang. Sesuatu yang kita laksanakan ini kadang kala penuh dengan idea dan pandangan yang masing-masing semuanya memang logika lah tetapi saya puji Pengkalan Chepa sebab menyokong usaha ini dan begitu juga dengan Jawatankuasa melihat ada potensi di sebalik idea ataupun ikhtiar untuk melaksanakan penternakan lembu hibrid ini.
Cuma tiga isu utama yang telah dihighlightkan dalam perbincangan Jawatankuasa ini memang perlulah diberi penekanan. Satunya, aktiviti penyeludupan. Melainkan tindakan holistik bersama dengan kementerian lain, kita boleh menyekat ataupun mengurangkan kadar penyeludupan lembu daripada sempadan, Tan Sri. Mungkin itu akan boleh menyuntikkan motivasi kepada penternak-penternak kita untuk terlibat dengan penternakan lembu hibrid. Sebab ia telah dilaksanakan lebih 20 tahun sebenarnya tetapi dalam skala kecil dan dalam bentuk hobi sahaja tetapi sekiranya hendak dikembangkan sebagaimana yang disebut oleh Putrajaya, memang kita perlukan orang-orang yang betul-betul arif dan tahu untuk kita menggerakkan penternakan lembu hibrid ini.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Keduanya ialah tentang harga ternakan import. Kita tahu bahawa pedaging ataupun sumber protein kita yang berasaskan daging ini yang diimport lebih murah. Jadi, itu akan memberi juga tekanan kepada motivasi, minat penternak kita ini untuk menternak lembu hibrid ini. Kosnya mungkin tinggi, makannya pun mungkin lebih banyak tetapi nanti kalau harga yang diimport itu tetap juga masih masuk lagi, jadi ini mesti melibatkan juga holistik daripada- kerjasama daripada MITI mungkin ataupun kementerian terlibat untuk mengekang bagaimana supaya daging import tidak sampai.
Ketiganya adalah berkaitan dengan harga makanan ternakan yang tinggi. Ini kita kena akui Tan Sri, bahawa ini akan tetap menjadi satu ketakutan kepada penternak kerana kos makanan tinggi. Jadi, dengan keseluruhan perbincangan perbahasan yang ada ini, saya merasakan bahawa satunya adalah untuk menjayakan hasrat ini, tidak boleh tidak, saya kira mesti melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga GLC kalau tidak keterlaluan supaya ia boleh dilaksanakan dengan skala yang besar kerana ia memerlukan teknologi dan... [Yang Berhormat Parit Sulong berjalan masuk ke Dewan] Datuk Noraini. Memerlukan... Datuk Noraini ini betullah.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ada gangguan ya, ada gangguan ya?
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Memerlukan kos yang tinggi juga, Tan Sri.
Jadi, [Ketawa] gangguan - dia wangi. Jadi, kemudian yang keduanya Tan Sri, juga pengalaman kita sebelum ini bersama agensi FELDA misalnya, di bawah pelaksanaan lembu biasa pun Kedah-Kelantan. Saya bersetuju dengan Bentong bahawa sebelum ini peringkat FELDA ada melaksanakan dengan Skim Insentif Usahawan FELDA, kita ternak juga lembu yang biasa bukan lembu hibrid, Tan Sri tetapi menemui kegagalan.
Jadi, konsep bimbing selia berterusan juga hendaklah diperkenalkan untuk supaya penternakan lembu hibrid ini benar-benar berjaya dan saya kira untuk pelaksanaan di peringkat penternak biasa (layman) ataupun di kawasan-kawasan FELDA, even RISDA dan FELCRA juga tidak boleh dibuat oleh penternak biasa. Sebab kalau kita buat integrasi lembu hibrid ini Tan Sri, kalau macam belgian blue limo, tidak muat dia hendak mencelah dekat celah-celah pokok kelapa sawit itu.
Jadi, cadangan kita ialah kalau kerajaan benar untuk melaksanakan ini mencapai jaya, usaha kita di bawah Dasar Agromakanan Negara 50 peratus keluaran tempatan berkaitan dengan SSL ini, pada keseluruhannya kita wajar melaksanakannya. Laksanakan dengan sungguh-sungguh, manfaatkan industri dan juga institusi yang ada, terutamanya seperti Universiti Pertanian, MARDI dan sebagainya.
Pelaksanaan yang pertama, yang sulung untuk ternakan hibrid ini, ikhtiarnya mestilah dimulakan melalui agensi-agensi kerajaan dan di bawah bimbing selia yang ketat daripada Kementerian Asas Tani kita supaya ianya berjalan dan boleh mampan, tidaklah sekerat jalan sahaja. Jadi, itu sahaja Tan Sri, sebagai penggulungan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Kita, Jawatankuasa menyokong dan melihat positifnya daripada usaha lembu hibrid ini dan mudah-mudahan boleh dilaksanakan dengan
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
teratur dan dengan precise sekali supaya kita tidak buntu pada pelaksanaannya nanti.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Gaya macam Menteri sudah.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Sebab ada gangguan tadi ya. Tidak apalah. Saya hendak betulkan rekod sedikit sebelum ini. Sebenarnya Pengerusi PAC telah pun memberikan penerangan pada 18 Julai, bermakna hari ini adalah hari yang kedua ataupun Jawatankuasa yang kedua membentangkan. Yang pertama itu telah pun dilakukan oleh Pengerusi PAC dan inilah yang akan berlaku selepas ini. Kita akan membuka lembaran baru untuk memberikan semua orang, Ahli Parlimen kita terlibat dalam program-program penerangan begini, itu yang pertama.
Keduanya, saya difahamkan juga 6 November ini, hari Jumaat ini akan ada satu seminar berhubungan dengan program ini, Program Lembu Hibrid ini dan akan disertai oleh 300 orang pakar-pakar, termasuk daripada semua negeri-negeri iaitu exco dan Speaker- speaker negeri juga akan terlibat, ingin mengetahui apakah yang akan berlaku dan mungkin penyertaan negeri-negeri ini akan membolehkan mereka juga mengambil bahagian dalam pembinaan industri ini.
Saya juga difahamkan bahawa selepas ini daun kelapa sawit kita jangan bakarlah.
Kita proses untuk jadikan makanan. Ini dimaklumkan menjadi di antara bahan makanan yang utama untuk pembinaan lembu hibrid ini. Baik, itu sesi ini tamat, silakan Setiausaha.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan (No.2) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Tan Sri Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kewangan 2024 yang dicadangkan adalah bagi melaksanakan pindaan bersifat penambahbaikan terhadap dasar dan pindaan berkaitan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024 yang lalu.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Antaranya adalah pengenaan cukai dividen, penambahbaikan ke atas cukai keuntungan modal dan cukai minimum global, semakan semula dan lanjutan tempoh pelepasan cukai bagi individu, penetapan mekanisme selaras pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Cukai Keuntungan Harta Tanah dan semakan semula kadar duti setem.
Tan Sri Yang di-Pertua secara keseluruhannya, rang undang-undang ini mengandungi 33 fasal yang dibahagikan kepada tujuh bab bagi meminda enam akta. Saya mohon untuk menghuraikan setiap bab di dalam rang undang-undang ini. Bab I – Permulaan.
Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan 2024.
Fasal 2 menyenaraikan enam akta yang dipinda iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan (No. 2) 2023.
Bab II iaitu pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Bab 2 terdiri daripada 15 fasal iaitu; Fasal 3 hingga fasal 17, yang tujuan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967.
Fasal 3 menetapkan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini adalah pada 1 Januari 2025, kecuali bagi beberapa pindaan.
Fasal 4 adalah berkaitan pindaan berhubung pelaksanaan cukai dividen. Di mana cukai tersebut akan dikenakan ke atas pendapatan dividen yang diterima oleh individu, sama ada melalui pemegangan saham secara langsung atau melalui nomini. Cukai ini hanya dikenakan ke atas dividen yang diterima dari syarikat tersenarai atau tidak tersenarai di Malaysia. Kadar cukai yang dikenakan adalah dua peratus sepertimana ditetapkan di bawah Bahagian XXII Jadual 1 Akta Pendapatan 1967.
Fasal 5 melibatkan pindaan berkaitan cukai keuntungan modal (CKM) yang telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2024. Pindaan ke atas seksyen 15C seperti yang dicadangkan, merupakan peruntukan anti-avoidance provision, dengan izin, bagi memastikan penjualan saham oleh syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia dan memiliki harta tanah di Malaysia atau saham syarikat Malaysia adalah tertakluk kepada CKM, sama seperti layanan cukai semasa apabila berlakunya pelupusan saham syarikat tidak tersenarai di Malaysia.
Fasal 5 juga melibatkan pindaan bagi menetapkan status sesebuah syarikat, tarikh pelupusan dan pemerolehan serta harga pemerolehan share seperti berikut.
Pertama syarikat relevan, yang membuat pelupusan harta tanah atau saham dalam syarikat terkawal lain atau kedua-duanya dan ekoran dari pelupusan tersebut, nilai pegangan menjadi kurang daripada 75 peratus daripada jumlah aset ketara. Maka, syarikat relevan tersebut tidak lagi berstatus relevan pada tarikh pelupusan tersebut.
Kedua, syarikat yang belum berstatus relevan yang membuat pemerolehan harta tanah atau saham dalam syarikat terkawal lain atau kedua-duanya. Ekoran dari pemerolehan tersebut, nilai pegangan menjadi lebih daripada 75 peratus daripada jumlah aset ketara. Maka status syarikat tersebut akan berubah menjadi syarikat relevan pada tarikh pemerolehan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Ketiga, tarikh dan harga pemerolehan saham bagi pemegangan saham di bawah perenggan 34A Jadual 2 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 sebelum 1 Januari 2024 adalah terpakai bagi pelaksanaan CKM di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Fasal 5 juga melibatkan pindaan bagi meluaskan skop berkenaan CKM di mana CKM bukan sahaja dikenakan di peringkat syarikat luar dan syarikat terkawal, tetapi juga dikenakan ke atas syarikat terkawal lain. Syarikat terkawal lain (another control company) dengan izin, merupakan sebuah syarikat terkawal yang memiliki harta tanah yang terletak di Malaysia atau share dalam syarikat terkawal lain atau kedua-duanya. Nilai tertentu harta tanah atau share atau kedua-duanya adalah tidak kurang daripada 75 peratus daripada nilai jumlah aset ketaranya.
Fasal 6 merupakan penambahbaikan kepada syarat bagi potongan cukai di bawah perenggan 34(6)(h) dan perenggan 34(6)(ha), akta berhubung sumbangan yang dibuat kepada suatu projek amal atau komuniti serta perbelanjaan bagi penyediaan infrastruktur seperti berikut.
Sumbangan yang tidak melebihi RM300,000 telah ditentu sahkan oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan dengan projek tersebut hendaklah juga diluluskan oleh pihak berkenaan. Sumbangan yang melebihi RM300,000 hendaklah ditentu sahkan oleh pihak berkuat berkuasa kerajaan yang berkaitan dan projek tersebut hendaklah juga diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Fasal 7 merupakan pindaan bersifat editorial yang menjelaskan definisi serious disease, dengan izin dalam Perenggan 44(7)(k) adalah merujuk kepada takrifan di bawah subseksyen 2(1) berikutan takrifan ‘serious disease’ dengan izin, di bawah subseksyen 46(2) telah digugurkan.
Fasal 8 hingga 13 melibatkan pindaan berkaitan pelepasan cukai individu. Seperti mana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 seperti berikut– Pertama skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan, rawatan pergigian, pemeriksaan perubatan lengkap termasuk pemvaksinan, keperluan khas dan penjagaan penjaga dengan hak pelepasan sehinggalah RM8,000 diperluaskan kepada datuk dan nenek.
Kedua, skop pelepasan cukai bagi pemeriksaan perubatan penuh dan berkaitan dengan hak pelepasan sehingga RM1,000, diperluaskan bagi meliputi pembelian peranti, perubatan ujian sendiri dan pembayaran fi bagi ujian pengesan penyakit untuk diri sendiri, pasangan dan anaknya.
Ketiga, hak pelepasan cukai bagi Orang Kurang Upaya dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM7,000. Manakala hak pelepasan cukai bagi individu yang mempunyai pasangan kurang upaya dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000.
Keempat, hak pelepasan cukai bagi individu yang mempunyai anak kurang upaya yang belum berkahwin dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kelima, hak perlepasan cukai bagi perbelanjaan diagnosis, program intervensi awal atau rawatan pemulihan bagi anak kurang upaya pembelajaran. Minta maaf seperti autisme yang berumur 18 tahun dan ke bawah dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000.
Keenam, skop pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sukan dan aktiviti sukan dengan hak pelepasan sehingga RM1,000 diperluaskan kepada ibu bapa.
Ketujuh, hak pelepasan cukai bagi barang premium insurans pendidikan atau perubatan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.
Kelapan, tempoh pelepasan cukai bagi simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dengan hak tuntutan maksimum RM8,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.
Kesembilan, tempoh pelepasan cukai bagi bayaran yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak dengan hak pelepasan sehingga RM3,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.
Kesepuluh, skop pelepasan cukai diperluaskan bagi meliputi perbelanjaan pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah. Pelepasan yang boleh dituntut adalah sehingga RM2,500 dan dibenarkan dituntut sekali dalam tempoh tiga tahun taksiran mulai tahun tafsiran 2025 sehingga tahun tafsiran 2027.
Kesebelas, pelepasan cukai baharu bagi bayaran faedah pinjaman rumah kediaman pertama seperti berikut. Bagi rumah yang berharga tidak lebih daripada RM500,000, hak pelepasan diberikan sehingga RM7,000. Manakala rumah yang berharga lebih daripada RM500,000 tetapi tidak melebihi daripada RM750,000 hak pelepasan diberikan sehingga RM5,000. Pelepasan ini berkuat kuasa bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan di antara 1 Januari 2025 dan 31 Disember 2027.
Fasal 14 memperuntukkan mana-mana syarikat perkongsian liabiliti terhad badan amanah atau koperasi boleh mengemukakan anggaran yang disemak bagi suatu tahun tafsiran mengikut subseksyen 107C(7) jika arahan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 107C(8) dikeluarkan sebelum bulan ke-11 tempoh asas bagi tahun tafsiran itu.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Fasal 15 memperuntukkan syarikat perlu mengemukakan perakuan kepada pemegang syer individu dengan menyatakan amaun kasar dividen dan amaun dividen yang dibayar atau dikreditkan. Syarikat juga perlu menyatakan nilai pasaran aset sekiranya bayaran dividen dibuat dalam bentuk aset selain wang.
Fasal 16 menetapkan cukai dividen akan dikenakan pada kadar dua peratus bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan kuasa kepada Menteri bagi penetapan kaedah penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi individu yang mempunyai pendapatan dividen dan selain dividen.
Fasal 17 memperuntukkan bahawa layanan semasa pengecualian ke atas pendapatan dividen adalah tidak terpakai kepada pemegang syer individu yang mempunyai pendapatan dividen melebihi RM100,000 selaras dengan cadangan pelaksanaan cukai
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
dividen. Pindaan juga dibuat bagi menjelaskan bahawa bagi tujuan pengiraan cukai dividen, pendapatan dividen di bawah RM100,000 tidak layak mendapatkan apa-apa potongan cukai.
Bab III – Pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Bab III terdiri daripada lima fasal iaitu Fasal 18 hingga Fasal 22 yang bertujuan meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Fasal 18 menyatakan bahawa bab ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
Pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 secara asasnya adalah selaras dengan pelaksanaan Sistem Tafsir Sendiri Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang akan dimulakan pada 1 Januari 2025.
Fasal 19 menetapkan keuntungan daripada kelupusan aset yang dibuat dalam satu tahun taksiran boleh dikenakan CKHT secara berasingan tanpa mengambil kira lain-lain keuntungan daripada pelupusan aset yang dibuat dalam tahun taksiran tersebut.
Fasal 20 pula melibatkan pindaan layanan cukai semasa berhubung kerugian yang boleh dibenarkan dalam pengiraan CKHT.
Fasal 21 menetapkan taksiran CKHT perlu dibuat secara berasingan ke atas setiap pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai.
Fasal 22 memanjangkan tempoh bayaran CKHT daripada 60 hari kepada 90 hari dari tarikh pelupusan. Fasal ini juga menyediakan peruntukan untuk mengenakan kenaikan sebanyak 10 peratus sekiranya terdapat kelewatan atau kegagalan membuat bayaran atas taksiran disifatkan.
Bab IV – Pindaan kepada Akta Setem 1959. Bab IV terdiri daripada lima fasal iaitu Fasal 23 hingga Fasal 27 yang bertujuan meminda Akta Setem 1949.
Fasal 23 menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan adalah pada 1 Januari 2025 kecuali bagi pindaan berkaitan seksyen 36 (c)(a) yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
Fasal 24 mengenakan duti ad valorem atas pertukaran harta tanah sebagai suatu pemindahakan semasa jualan tanpa mengira sama ada pertukaran itu melibatkan suatu balasan. Pindaan yang dicadangkan juga memperuntukkan bahawa pertukaran harta tanah antara pihak-pihak tertentu yang tidak melibatkan sebarang balasan seperti pertukaran dengan pihak kerajaan tidak tertakluk kepada duti ad valorem.
Fasal 25 bertujuan seperti berikut, memberi kuasa kepada pemungut bagi membangkitkan taksiran tambahan jika terdapat fraud atau keingkaran sengaja berkenaan dengan duti di atas surat cara dan mengenakan duti minimum RM10 atas surat cara jika duti itu adalah kurang daripada RM10 kecuali bagi cek dan nota kontrak.
Fasal 26 menetapkan kadar penalti baharu bagi kelewatan penyeteman seperti berikut, RM50 atau 10 peratus daripada jumlah duti yang terkurang bayar. Yang mana lebih tinggi jika surat cara itu disetemkan dalam tempoh tiga bulan selepas masa untuk penyeteman atau RM100 atau 20 peratus daripada jumlah duti yang terkurang bayar yang mana lebih tinggi jika surat cara itu disetemkan selepas tempoh tiga bulan selepas masa untuk penyeteman.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Fasal 27 melibatkan pindaan utama bagi menyemak dan mengemas kini semula kadar duti setem di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949 seperti berikut;
(i) mengenakan duti setem pada kadar tetap berdasarkan jumlah yang diinsuranskan ke atas surat cara penyerahakan polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga secara pemberian kasih sayang atau melalui amanah;
(ii) menetapkan kadar duti RM10 ke atas surat cara perjanjian pinjaman ataupun pembiayaan bagi pembelian barang di bawah Jadual Pertama Akta Sewa Beli 1967 mengikut mana-mana prinsip syariah;
(iii) menaikkan kadar duti yang boleh dikenakan atas surat cara cek daripada 15 sen kepada RM1 bagi setiap cek yang dikeluarkan;
(iv) memotong nilai ambang RM2,400 bagi surat cara berhubung dengan sewa atau pajakan dan kadar duit bagi surat cara tersebut ditetapkan mengikut tempoh pajakan dan dikira berdasarkan setiap RM250 amaun sewa atau pajakan yang dikenakan;
(v) menggantikan perkataan “Pesuruhjaya” dengan perkataan “Pemungut” bagi tujuan keseragaman rujukan dalam Akta Setem 1949; dan
(vi) mengenakan duti ad valorem ke atas surat kuasa atau surat wakil peguam yang mempunyai ciri pemilihan hak ad valorem dengan izin, dengan nilai balasan manakala surat kuasa atau surat wakil peguam yang tidak mempunyai ciri tersebut dikenakan duti RM10 Bab V – Pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab V terdiri daripada dua fasal iaitu Fasal 28 dan Fasal 29 yang bertujuan meminda Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967.
Fasal 28 menyatakan bahawa bab ini mula berkuat kuasa apabila akta ini mula berkuat kuasa.
Fasal 29 menjelaskan sekiranya perbelanjaan eksplorasi yang layak yang diserahkan kepada penerima pertama melebihi pendapatan kasar penerima pertama itu, maka lebihan perbelanjaan eksplorasi yang layak tersebut tidak boleh diserahkan kepada pihak lain.
Bab VI – Pindaan kepada Akta Kewangan 2012. Bab Enam terdiri daripada dua fasal iaitu Fasal 30 dan Fasal 31 yang bertujuan meminda hak kewangan Akta Kewangan 2012.
Fasal 30 menyatakan bahawa bab ini mula berkuat kuasa apabila akta ini mula berkuat kuasa.
Fasal 31 menetapkan tempoh pelepasan cukai ke atas bayaran premium bagi anuiti tertangguh dan caruman yang dibuat kepada Skim Persaraan Swasta dengan hak pelepasan sehingga RM3,000 dilanjutkan sehingga Tahun Taksiran 2030.
Bab VII – Pindaan kepada Akta Kewangan (2) 2023. Bab Tujuh terdiri daripada dua fasal iaitu Fasal 32 dan Fasal 33 yang bertujuan meminda Akta Kewangan (2) 2023.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Fasal 32 menyatakan bahawa bab ini mula berkuat kuasa pada tarikh dan dalam cara yang sama dengan tarikh dan cara Seksyen 30 Akta Kewangan (2) 2023 mula berkuat kuasa.
Seksyen 30 Akta Kewangan (2) 2023 tersebut adalah bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu Bahagian 11. Bahagian baharu ini mengandungi peruntukan bagi melaksanakan Global Minimum Tax (GMT) di Malaysia dengan mengadaptasikan kaedah GLoBE Rules seperti yang ditetapkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).
GMT merujuk kepada pengenaan kadar cukai efektif minimum di peringkat global pada kadar 15 peratus bagi kumpulan perusahaan multinasional. GMT merupakan satu usaha memastikan persaingan yang saksama antara negara di peringkat global dalam menarik pelaburan asing dengan mengurangkan impak kehilangan hasil pendapatan sesebuah negara. GMT akan dikenakan kepada kumpulan perusahaan multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya 750 Euro.
Fasal 33 bertujuan memperkemas perundangan GMT selaras dengan perkembangan terkini di bawah GLoBE Rules dengan meminda takrif “acceptable financial accounting standard” dan “investment entity”, dengan izin. Takrifan dan peruntukan baharu juga disediakan. Antaranya, memasukkan takrif “Marketable Transferable Tax Credit (MTTC)” dengan izin bagi membolehkan kredit cukai yang tidak layak di bawah Qualified Refundable Tax Credit (QRTC) dengan izin, mendapat layanan sebagai cukai yang layak mengikut syarat yang ditetapkan di bawah GLoBE Rules.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Akhirnya memperuntukkan bagi tujuan pengiraan domestic top-up tax dengan izin pendapatan atau kerugian bersih, constituent entity (CE) dengan izin yang terletak di Malaysia hendaklah ditentukan berdasarkan penyata kewangan yang disediakan mengikut piawaian perakaunan yang dibenarkan di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ada siapa yang menyokong?
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan (No.2) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya menerima 11 nama-nama pembahas-pembahas yang saya akan bacakan terus.
Pertama Bagan, yang kedua YB Kampar, Bachok, Beruas, Gerik, Pasir Malaysia, Pendang, Kota Melaka, Tumpat, Putrajaya dan Stampin.
Saya mulakan dengan Bagan, lima minit. Silakan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di- Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Kewangan 2024 yang merupakan susulan kepada Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024. Belanjawan 2025 dirangka mengikut keadaan global semasa tanpa mengambil kira dua peristiwa penting. Satu ialah pada 5 November, menyaksikan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke- 47.
Kedua ialah syor baru-baru ini berkaitan kenaikan premium insurans perubatan oleh Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) sebanyak 40 hingga 70 peratus pada tahun depan. Memandangkan Donald Trump berniat melancarkan dasar ekonomi ‘America First’ berkenaan tarif akan dipersenjatakan untuk melindungi pekerjaan dan perniagaan Amerika Syarikat. Semua negara yang import ke Amerika Syarikat akan dikenakan tarif sekurang- kurangnya 10 peratus. Malah Mexico dan Kanada telah dikenakan tarif sebanyak 25 peratus, manakala negara China dikenakan sebanyak 35 peratus sepertimana yang diumumkan oleh Donald Trump baru-baru ini.
Di samping itu, negara-negara yang menganggotai BRICS akan dikenakan tarif sebanyak 100 peratus sekiranya BRICS memulakan usaha mewujudkan mata wang asing baru yang menggantikan Dolar Amerika Syarikat sebagai mata wang asing utama dalam perdagangan sedunia. Malaysia sebagai rakan anggota BRICS tentu akan terkesan dengan ancaman Trump tersebut.
Impak Donald Trump kepada Malaysia secara langsung dengan tarif, baik sebanyak 10 peratus mahupun 100 peratus dan secara tidak langsung ke atas ekonomi China yang merupakan rakan dagang terbesar kita adalah amat besar. Adakah andaian atau assumption dekat izin Belanjawan 2025 dikaji semula ataupun apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membantu ekonomi Malaysia mampu menangani order baru ekonomi dunia yang akan ditenggelami oleh tarif tersebut?
Saya ingin mencadangkan, semasa menangani keadaan tidak menentu dan mengatasi cabaran-cabaran ekonomi baru ini ekoran pengenaan tarif oleh Donald Trump, marilah kita tangguhkan syor-syor percukaian yang akan membebankan individu dan perniagaan, khususnya industri kecil dan sederhana (IKS) atau SMEs. Mungkin saya akan berikan syor-syor tersebut dalam rang undang-undang lain kerana kesuntukan masa.
Tapi yang penting ini, bolehkah berikan satu penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen, apakah impak kepada ekonomi Malaysia, sekiranya kenaikan Trump ini bukan saja tarif, tapi dengan langkah-langkah yang lain, supaya kita tahu adakah keadaan ekonomi akan jadi lebih mencabar tahun depan. Bukanlah seperti unjuran yang dibuat sebelum ini apabila dibentangkan bajet sebelum kemenangan Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Satu lagi isu yang tidak mungkin tidak ambil kira ialah kenaikan premium insurans perubatan sebanyak 40 hingga 70 peratus pada tahun depan. Tan Sri Yang di-Pertua, ini adalah isu amat besar pada rakyat Malaysia. Kita semua ada medical card dengan izin. 31
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
juta rakyat Malaysia amat tidak berpuas hati dengan syor keterlaluan LIAM menaikkan premium insurans perubatan secara mendadak sebanyak 40 hingga 70 peratus untuk tahun depan.
Bank Negara sebagai pengawal selia utama industri insurans dalam negara harus bertindak dengan tegas, dengan menolak sebarang kenaikan premium insurans perubatan sebanyak 40 hingga 70 peratus ini dan hanya membenarkan kenaikan secara beransuran atau berperingkat pada 2026, selepas rundingan dengan semua pemegang taruh atau stakeholders. Tidak ada bukti kenaikan besar dan keterlaluan ini dibenarkan kepada syarikat insurans nyawa semasa mereka masih mencatatkan keuntungan yang sihat.
Mengikut Bank Negara, keuntungan pendapatan secara keseluruhan syarikat insurans nyawa dan dana takaful keluarga adalah lebih tinggi untuk separuh tahun pertama 2024, sebanyak RM8.4 bilion berbanding dengan separuh tahun kedua, tahun 2023 sebanyak RM3.2 bilion. Bukankah insurans nyawa dan untung cukup sehingga nak meraih lebih banyak lagi atas beban rakyat Malaysia biasa, yang bertungkus-lumus menyara hidup keluarga mereka dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bagan, celah sedikit.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kadar insurans perubatan...
Tuan Yang di-Pertua
Paya Besar di belakang ya. Paya Besar.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tak cukup masa.
Tuan Yang di-Pertua
Tak cukup masa.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sikit, sikit je.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bagi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Speaker, saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Bagan. Semasa Yang Berhormat Bagan sebut tadi berkaitan Amerika, berkaitan insurans. Mungkin ada satu lagi yang mungkin boleh dimasukkan pertimbangan MOF, bagi melihat semula bajet yang dibentangkan 2025 ini dari segi faktor harga minyak sebab medium-term revenue strategy (MTRS) meletakkan USD80 per barrel tapi trend minyak sekarang dah semakin menurun dan bagaimana nak dilihat sebagai asas untuk revenue. Mungkin mereka terpaksa melebarkan lagi skop percukaian ini.
Minta pandangan Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Setuju dengan Yang Berhormat, kita punya Pengerusi BBC. Saya harap boleh masukkan dalam ucapan saya. Saya teruskan. Kenaikan insurans perubatan secara mendadak sebanyak 40 hingga 70 peratus memang tidak munasabah. Bila gaji pekerja tidak pernah naik secara mendadak sebanyak 40 hingga 70 peratus. Kalau gaji tak naik secara mendadak hingga 70 peratus, mengapa kita benarkan premium insurans perubatan naik 70 peratus. Ini tidak boleh dibenarkan oleh Bank Negara.
Memang tidak bermoral dan tidak beretika untuk syarikat insurans nyawa menaikkan premium insurans perubatan sebanyak 40 hingga 70 peratus. Dia sudah untung banyak, dia perkenakan keuntungan yang lebih tinggi lagi. Bank Negara dan Kementerian Kesihatan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
harus campur tangan dan mengatasi kos perubatan hospital swasta yang kian meningkat sehingga ia menjadikan sebagai alasan kenaikan premium insurans perubatan.
Sebenarnya, menaikkan premium insurans perubatan bukanlah penyelesaian yang berkesan ke atas kos perubatan swasta yang kian meningkat. Pembelian hospital swasta dengan harga tinggi oleh dana ekuiti swasta telah mengakibatkan fi perubatan yang tinggi dalam hospital swasta kerana dana ekuiti swasta mahu mendapat balik pulangan daripada pelaburan mahal mereka. Mungkin juga satu faktor kos hospital swasta kian meningkat.
Kedua-dua syarikat insurans nyawa dan hospital swasta tidak harus kenakan kos yang melampau ke atas pesakit demi menjaminkan sistem perubatan hospital swasta yang mampan, yang dapat memanfaatkan rakyat Malaysia. Sekiranya premium insurans dibenarkan, dinaikkan ke tahap di luar kemampuan rakyat, maka banyak polisi insurans perubatan terpaksa dibatalkan dan akhirnya lebih banyak pesakit akan berpaling dan bergantung kepada sistem perubatan hospital awam yang kini amat tertekan sekali dengan pesakit-pesakit yang berlambak-lambak.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Oleh itu, Bank Negara harus menjalankan tugas dan menunaikan tanggungjawab statutori mereka bagi pihak 31 juta rakyat Malaysia untuk melarang dan menghindar syarikat insurans nyawa daripada meneruskan cadangan menaikkan premium insurans perubatan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun depan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Bagan. Saya jemput Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus masuk ke dalam butiran pengiraan cukai dividen tentang fasal 4, 15, 16, 17. Saya nak Menteri tolong jelaskan sama ada pengiraan cukai dividen ini akan dikira berasingan ataupun pengiraan dividen ini akan dimasukkan ke dalam cukai pendapatan bagi kiraan jumlah cukai yang akan dikenakan.
Yang kedua tentang pelepasan cukai bagi OKU ataupun tax relief di fasal 8, 19 dan 12. Saya sambut baik untuk pelepasan cukai bagi OKU ditambah naik. Tetapi saya juga ingin kementerian mempertimbangkan supaya cukai pelepasan cukai bagi pendidikan persendirian diperluaskan skop kerana pada masa ini cukai yuran pendidikan hanya diri sendiri, di mana kursus yang layak peringkat sijil diploma, Sarjana Muda Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi. Kursus yang layak bagi peringkat sarjana PhD sebarang bidang atau kursus pengajian.
Untuk yuran pendidikan bagi sekolah rendah, sekolah menengah, yuran tuisyen tidak dibenarkan. Jadi, saya harap kerana sekarang bebanan ibu bapa memang tinggi untuk membayar tuisyen bagi anak-anak yang bersekolah rendah, sekolah menengah. Jadi, saya harap skop 7,000 tax relief ini boleh diperluaskan skop untuk membenarkan supaya yuran tuisyen untuk anak-anak sekolah rendah, sekolah menengah dibenarkan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Seterusnya untuk real property gains tax (RPGT) ataupun CKHT. Dalam fasal 19, 20 dan 21 adalah sini digubal supaya setiap pelupusan harta diberi layanan dan cukai secara berasingan. Ini bermakna jika salah satu harta kita mengalami kerugian, kerugian itu tidak boleh dicampur masuk ke dalam harta yang kita ada keuntungan. Ini bertentangan dengan Income Tax Act, di mana jumlah pendapatan perniagaan akan di-aggregate-kan di mana satu jumlah pendapatan perniagaan ada keuntungan boleh offset dengan kerugian perniagaan.
Jadi, saya mohon supaya semak kembali, supaya kedua-dua ini boleh diselaraskan.
Seterusnya, Akta Setem dalam fasal 25. Dalam fasal 25 di sini dikatakan bahawa kuasa kepada pemungut untuk bangkitkan taksiran tambahan bagi aktiviti fraud. Jadi, saya hendak tanya di sini, macam mana kita nak kenal pasti aktiviti fraud ini? Adakah pemungut iaitu Lembaga Hasil akan tentukan sama ada fraud ataupun tidak kerana kita tidak mahu ada salah guna kuasa ataupun ada apa-apa yang tidak boleh dipersetujui di antara pemungut cukai dan juga pembayar cukai? Jadi, saya harap kementerian boleh bagi penjelasan tentang ini.
Seterusnya tentang kenaan duti ad valorem ke atas pertukaran harta tanah tanpa mengira, melibatkan satu balasan atau tidak. Ini bermakna ini love and affection di mana ibu bapa tukarkan harta kepada anak ataupun tukar kepada isteri suami. Di sini kerana ini bukan satu transaksi komersial, ini satu transaksi di mana kita tukar nama harta tanpa balasan. Saya ingat mohon pendapatan, apakah jumlah pendapatan yang kita jangka akan dapat berdasarkan tahun-tahun yang lepas? Jika jumlah pendapatan yang kita dapat ini bukan banyak sangat, saya ingat kita boleh mempertimbangkan supaya kita tidak gubal ini sebab ini bukan satu transaksi komersial.
Seterusnya, tentang duti setem. Duti setem untuk cek akan dinaikkan daripada 15 sen sehingga RM1. Jadi, saya faham kerana sekarang kita nak buat semua transaksi online, secara elektronik, internet banking semua, jadi kita nak kurangkan penggunaan cek. Tapi saya hendak beritahu masih ada banyak-banyak syarikat dan termasuk pusat khidmat saya sendiri, saya masih gunakan cek kerana saya mahu sign saya sendiri. Saya tidak boleh bagi pembantu saya yang buat transaksi.
Jadi, kalau duti setem ini naik dari 15 sen jadi RM1, ini satu bebanan yang tinggi.
Saya nak juga bangkit tentang masa kita ambil wang keluar daripada ATM machine. Kalau kita ambil dari bank berlainan, caj RM1 dikenakan. Semasa COVID-19, pada masa itu bank waived charge ini. Tidak dikenakan RM1, interbank kita ambil duit. RM1 ini banyak. Jangan lupa ini bagi kemudahan untuk bank. Ini bukan untuk – tentulah kemudahan pengguna ada juga kerana kalau kita tidak ambil dari ATM, kita kena baris di bank dan bank kena ambil gaji lebih banyak pekerja.
Jadi, saya harap jumlah bank ambil ATM RM1 ini boleh dielakkan, boleh di-waive kan.
Jadi itu sahaja saya hendak bangkitkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tan Sri yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan laluan kepada Bachok untuk membahaskan satu rang undang-undang yang penting ini iaitu berkaitan dengan cukai- cukai yang akan dikenakan kepada rakyat dan peniaga bagi menampung peningkatan perbelanjaan dan hutang kerajaan seperti yang diunjurkan dalam Belanjawan 2025. Terlebih dahulu di kesempatan ini, Bachok ingin merakamkan rasa simpati dan solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Kelantan dan Bachok tidak terkecuali. Semoga dipermudahkan segala urusan insya-Allah.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kita membicarakan perihal cukai iaitu mengambil sebahagian peratusan daripada keuntungan dan pendapatan rakyat bagi menampung urusan perbelanjaan negara, sukalah saya mengingatkan diri saya sendiri dan Dewan yang mulia ini akan sepotong ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 188.
Maksudnya, “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah. Jangan pula kamu menghulurkan harta kamu yakni memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya.” Semoga menjadi pedoman kepada kita semua.
Tan Sri Yang di-Petua, pertamanya Bachok ingin menyinggung tentang cukai dividen turut disentuh oleh Bagan dan juga Kampar sebentar tadi. Merujuk kepada fasal 4, fasal 15, fasal 16 dan fasal 17 RUU ini, pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan. Tempoh hari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa pelaksanaan cukai dua peratus terhadap pemegang saham individu yang meraih pendapatan dividen tahunan melebihi RM100,000 tidak akan membebankan termasuklah kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Perdana Menteri sebut memang ada rayuan daripada PMKS untuk mengecualikan mereka atas alasan yang berbeza dengan syarikat tersenarai. Sebab itulah kerajaan mengambil keputusan mulanya difikirkan lima peratus diturunkan kepada dua peratus selepas mengambil kira rayuan yang telah dikemukakan.
Soalan Bachok kepada MoF, berapakah anggaran cukai yang boleh dipungut daripada kadar dua peratus ini berbanding kadar lima peratus yang mula difikirkan itu?
Adakah paras RM100,000 ini satu paras yang munasabah, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu besar kepada PMKS dan tidak terlalu kecil kepada golongan maha kaya kelompok T15, atau T15, T5 yang teratas ini. Mohon maklum balas Yang Berhormat Menteri.
Keduanya Bachok ingin menyinggung tentang pelepasan cukai ke atas bayaran faedah bagi pembelian rumah pertama fasal 10 RUU ini. Soalan saya, adakah kerajaan beranggapan insentif pelepasan cukai bernilai RM7,000 dan RM5,000 ini memadai untuk membolehkan golongan muda untuk membeli rumah pertama mereka secara mampu milik?
Adakah langkah ini boleh merangsang sektor hartanah? Mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Ketiga di sini Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan seksyen 44 Akta Cukai Pendapatan.
Dinyatakan dalam RUU dalam bluebill ini fasal 7 pindaan terhadap subseksyen 44(7) Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bachok ingin menarik perhatian Dewan terhadap ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika bentang belanjawan tempoh hari.
Pada perenggan 260 yang berbunyi, “Sebagai tanda persaudaraan, kita mengambil pendekatan membawa lebih 40 rakyat Palestin yang memerlukan rawatan kesihatan di Malaysia. Bagi menyokong usaha pengumpulan bantuan atas tanggungjawab bersama, kerajaan mencadangkan skop pelepasan cukai untuk badan amal” di bawah seksyen 44(6), tadi 44(7). Yang ini 44(6) Akta Cukai Pendapatan diperluas meliputi sumbangan kepada bukan warganegara yang terjejas.
Jadi, soalan saya adakah pengumuman Perdana Menteri ini bagi membolehkan sumbangan kepada warga Palestin, bukan warganegara ini, turut diberikan pelepasan cukai masih terpakai dalam peruntukan seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sedia ada atau perlu dipinda? Jika perlu dipinda, mengapa tidak dimasukkan dalam RUU ini? Mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri.
Sebelum akhir Tan Sri Yang di-Pertua, ada dalam kesempatan dengan MoF hari ini, Bachok masih menunggu ada dua jawapan bertulis yang belum lagi diterima untuk rekod.
Dua soalan ini spesifiknya ada sangat penting dan ada kaitan juga dengan segala cukai yang dikenakan dalam RUU Kewangan 2024 ini. Yang pertama, klasifikasi T15. Bila hendak dimuktamadkan? PM kata akan dimuktamadkan, Menteri Ekonomi kata akan dimuktamadkan pada hujung bulan depan. Berita bulan Oktober. November telah pun berlalu. Hari ini telah masuk 4 Disember masih belum lagi ada muktamadnya.
Keduanya, subsidi petrol. Menteri kata sudah jalankan projek rintis menggunakan IC.
Bachok, Putrajaya, Kuala Krai minta jawapan secara bertulis senarai stesen minyak yang mana di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak dan jumlahnya sahaja pemegang kad pengenalan yang terlibat mengikut kategori T15 dan juga bukan T15.
Akhir Tan Sri Yang di-Pertua, sikit sahaja nak sebut sini alang-alang kita dah masuk bulan Disember ini bahas tentang cukai. Cukai wajib dibayar, zakat pula terlebih wajib untuk kita bayar. Jadi, di akhir tahun ini saya hendak ingatkanlah rakan-rakan dalam Dewan dan juga di luar Dewan ini untuk kita tunaikan zakat pendapatan bagi tahun 2024 ini. Masuk bulan 12 ini boleh semak di website Majlis Agama dan Lembaga Zakat. Saya pun dah selesaikan pada minggu lepas. Masuk pendapatan kita, tolak bayaran wajib 2.5 peratus sahaja insya- Allah ada keberkatannya. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Bachok. Jam menunjukkan pukul 1.01 minit.
Baik, sebelum saya menangguhkan Dewan, saya ingin memaklumkan bahawa selepas ini wakil daripada kementerian iaitu Menteri ataupun Timbalan Menteri atau pegawai perlu berada dalam Dewan semasa pembentangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dibuat dalam Dewan.
[Tepuk] Ini bagi menunjukkan kepekaan daripada pihak kementerian terhadap isu-isu yang dibangkitkan semasa penerangan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Kita teruskan dengan YB Beruas. Sila, YB Beruas. Lima minit.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas Rang Undang-undang Kewangan 2024.
Pindaan ini menampakkan tambahan satu lagi cukai iaitu cukai ke atas dividen pada tahun depan ke atas rakyat. Ini bukan satu gejala yang baik. Tahun ini, kerajaan baru sahaja menambah satu cukai iaitu cukai keuntungan modal. Kerajaan hendaklah mendapat pendapatan daripada pertambahan aktiviti ekonomi dan bukannya daripada kenaikan kadar cukai atau menambah berbagai-bagai cukai lagi ke atas rakyat.
Jika kadar cukai meningkat dan kerajaan menambah berbagai-bagai cukai lagi, ia akan menghindarkan usahawan-usahawan daripada menceburi dalam perniagaan atau memperluaskan aktiviti-aktiviti perniagaan mereka. Akhirnya, ekonomi akan merudum dan cukai kerajaan akan menurun dan peluang-peluang pekerjaan akan berkurangan. Kerajaan hendaklah melihat secara keseluruhan cukai-cukai dan kos yang perlu ditanggung oleh peniaga-peniaga sebelum menambah lagi beban ke atas mereka. Pepatah berbunyi, “Jangan sembelih angsa yang bertelur emas”.
Selain daripada cukai ke atas dividen dan cukai keuntungan modal yang diperkenalkan ini, peniaga-peniaga perlu membayar pelbagai lagi cukai yang lain. Cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah, cukai keuntungan luar biasa, cukai jualan, levi, cukai eksport, levi pekerja asing, cukai tanah, cukai taksiran, cukai lesen ― dulunya di kebanyakan PBT, ia secara nominal. Sekarang ditambah lagi mengikut saiz premis. Duti setem, pendaftaran tanah dulu juga nominal, sekarang pun mengikut nilai hartanah. Dan cukai tukar syarat dan sebagainya. Taxes on every turn ini tidak sihat untuk Malaysia. Cukai sekeliling pinggang ini akan membawa kesan yang buruk.
Niat kerajaan hendak naikkan cukai dan memperbanyakkan cukai adalah untuk mengutip lebih banyak pendapatan, tetapi kadang-kadang sebaliknya berlaku. Untuk setengah tahun ini, tahun 2024, gaji median pekerja Malaysia telah menurun 6.8 peratus daripada RM2,945 kepada RM2,745. Dengan kenaikan kos sara hidup, gaji sebenarnya pekerja Malaysia telah menurun sembilan peratus.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Adakah ini disebabkan terlalu banyak cukai yang dikenakan oleh kerajaan hinggakan peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan tidak cenderung untuk melibatkan diri dalam perniagaan atau memperbesarkan perniagaan mereka yang akhirnya kerja yang mempunyai pendapatan atau gaji tinggi sangat kurang di Malaysia?
Adalah penting kita menjana kekayaan. We must create wealth dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti ekonomi supaya rakyat boleh mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan negara kita akan lebih makmur.
Pindaan ini juga membawa dua lagi beban kepada rakyat iaitu pentaksiran sendiri untuk duti setem dan cukai keuntungan harta tanah. Rakyat tertanya-tanya, pegawai-pegawai kerajaan digaji untuk berkhidmat untuk rakyat. Kenapa sekarang ini kerja-kerja dilontarkan balik kepada mereka untuk dibuat, dengan amaran kalau mereka tersilap melakukan taksiran, hukuman berat akan menanti mereka?
Kita tahu taksiran ini sangat susah. Untuk setem, saya baru dengan seorang pegawai atasan pun tidak bersependapat. Katakan option to lease length. Katalah dalam satu projek solar, opsyen untuk menggunakan tanah ini ditandatangani supaya dia boleh merancang tapi projek itu diluluskan oleh kerajaan atau tidak, atau TNB, mereka perlukan tanah itu opsyen supaya tidak disewa kepada orang luar. Tetapi, pada hemat saya sebagai seorang peguam, kalau mana-mana item tidak disenaraikan dalam schedule, hendaklah RM10 sahaja. Tetapi, satu pegawai mengatakan perlu membayar satu peratus untuk nilai opsyen itu, yang lain pegawai kata mesti masukkan sewa penyewaan yang akan berlaku jika opsyen itu dilaksanakan or option is exercised. Jadi, akhirnya, rakyat susah. Dia tak tahu bagaimana nak bayar duti setem. Tetapi, kalau ditafsir salah, nanti kita lagi ada satu undang-undang baru, yang pelaksanaan, nanti akan dibentangkan di Parlimen. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh merempuh masuk ke pejabat untuk mengambil semua dokumen-dokumen. Ini menyebabkan rakyat sangat dalam ketakutan. Kalau itu berlaku, ia menjejaskan perniagaan yang sedang dilaksanakan oleh peniaga-peniaga berkenaan.
Oleh yang demikian, saya mohon pihak yang mentafsir ini tetap pegawai kerajaan.
Kita bayar cukai. Tapi, bayar cukai, masih dalam ketakutan.
Akhir sekali, beban kedua ialah rakyat sekarang dibebankan dengan hanya dibenarkan untuk menghubungi pihak kerajaan melalui talian. Because the word ‘shall’ is used. Bagi saya, talian ini mestilah satu opsyen, satu pilihan untuk rakyat untuk menghubungi pihak kerajaan. Kalau mereka yang tinggal di tempat yang tidak ada talian internet ataupun tempat-tempat terpencil ataupun orang yang buta huruf atau orang-orang tua, mereka mesti dibenarkan untuk menghantar dokumen secara fizikal seperti yang berlaku sekarang.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita online ini mesti merupakan suatu perkara yang menyenangkan rakyat tetapi sekarang ini sudah menjadi satu beban yang amat teruk kerana kita perlu buat laporan kepada kerajaan melalui online, cukai perkhidmatan mesti melalui online, hasil kepada custom mesti online, lapor CKHD mesti online, e-Invoice online, cukai taksiran online, cukai
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
tanah online, cukai setem online, semua online. Hingga kan ia menjadi satu beban dan peniaga-peniaga ini perlu menggaji orang semata-mata untuk menghantar dokumen kepada kerajaan.
Jadi, saya berharap rakyat yang bayar duit, dia mesti jadi tuan. Jadi, penjawat awam ini dalam bahasa Inggeris, civil servant. Jadi, they must be a servant to the public. Not the public being the servant to the pegawai kerajaan. Jadi, saya harap prinsip ini diikuti oleh kerajaan agar mereka laksanakan, pegawai-pegawai kerajaan laksanakan tanggungjawab mereka. Saya memohon kepada kadang-kadang bukan kesilapan atau salah pegawai- pegawai ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya minta kerajaan supaya tidak melibatkan pegawai-pegawai kerajaan dalam aktiviti-aktiviti yang tidak perlu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya nampak kalau VVIP datang, seluruh negeri...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...pegawai atasan dijemput. Itu tak perlu atau pun...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sudah Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya. Maksud saya ini, mintalah kerajaan jangan bebankan pegawai-pegawai kerajaan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak perlu tetapi pastikan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Gerik mengambil tempat untuk membahaskan Rang Undang-undang Kewangan 2024. Terus ke bab potongan cukai bagi rawatan perubatan dan pemeriksaan kesihatan. Fasal 9 bertujuan meminda subseksyen 46(1)(c), Akta 53 yang meluaskan ruang lingkup potongan bagi orang perseorangan merangkumi perbelanjaan rawatan perubatan, rawatan pergigian, pemeriksaan perubatan lengkap, keperluan khas dan penjagaan bagi datuk dan nenek.
Saya ingat ini adalah satu pindaan yang amat baik dan kemudian berhubung pemeriksaan perubatan lengkap bagi merangkumi pemvaksinan. Gerik ingin menyentuh tentang perbelanjaan out-of-pocket (OOP). Adakah kadar atau nilai siling berkenaan dengan pengecualian cukai kesihatan ini, rawatan perubatan ini kita ambil kira trend kenaikan harga bagi kos-kos rawatan perubatan yang sentiasa meningkat setiap tahun? Lebih-lebih lagi perbelanjaan kesihatan negara kita ini kalau berbanding dengan KDNK adalah antara yang terendah berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sebahagian besar daripada perkhidmatan kesihatan kita dibiayai oleh duit poket sendiri atau pun out-of-pocket expenditure iaitu sekitar 37.2 peratus pada 2022 dan golongan berpendapatan rendah adalah yang paling terkesan dengan pembiayaan poket sendiri untuk tujuan kesihatan. Jadi, sebagai perbandingan, negara maju lain seperti United Kingdom memperuntukkan kira-kira 77.8 peratus daripada keseluruhan kos kesihatan dibiayai oleh kerajaan dan rakyat hanya membelanjakan sekitar 16.7 peratus sahaja daripada OOP.
Begitu juga di Jerman, yang merupakan pelopor insurans kesihatan sosial, di mana 78.1 peratus daripada kos kesihatan dibiayai oleh sumber tersebut dan perbelanjaan poket sendiri hanya sekitar 12.5 peratus. Jadi Tuan Yang di-Pertua, justeru apakah usaha pembaharuan kerajaan untuk mengurangkan kadar OOP ini untuk kesihatan dan mempelbagaikan sumber pembiayaan serta memperkenalkan insurans kesihatan sosial secara beransur-ansur?
Bagi memperkukuhkan dasar ekonomi penjagaan, adakah kerajaan turut boleh mempertimbangkan keperluan bagi pengecualian cukai pendapatan individu ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan, diperluas meliputi penjagaan warga emas juga serta potongan cukai tambahan kepada majikan yang menyediakan kemudahan cuti tambahan berbayar untuk menjaga anak atau ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu potongan cukai bagi premium insurans pendidikan dan perubatan. Bagi menggalakkan simpanan dana untuk pendidikan anak-anak dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan. Yang dicadangkan adalah pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000. Jadi, perincian mengenai statistik individu. Apakah perinciannya mengenai statistik individu pembayar cukai yang aktif bagi segmen B40 dan M40 yang aktif membayar premium insurans perubatan pada tahun 2023 dan 2024 ini?
Beberapa hari yang lepas, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan penanggung insurans dan pengendali takaful atau pun ITO untuk mengkaji semula strategi penentuan semula harga ekoran kenaikan premium dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi dan peserta takaful. Mengambil kira kos penjagaan kesihatan yang meningkat setiap tahun, apakah penyelesaian menang-menang kerajaan dalam mewujudkan satu rangka kawal selia yang holistik dengan pihak BNM? Khususnya membabitkan caj hospital swasta dan juga premium insurans kesihatan dalam usaha kerajaan mempromosikan value based healthcare. Misalnya adalah seperti layanan yang berbeza apabila seorang pesakit itu membayar secara tunai berbanding dengan menggunakan kad insurans. Adakah kerajaan turut merangka exit policy untuk mereka yang terpaksa berhenti mencarum akibat kenaikan premium insurans yang tinggi dan akhirnya, kembali ke hospital kerajaan mengambil kira isu seperti tempoh menunggu dan tuntutan insurans baharu.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Akhir sekali adalah, sejauh manakah kajian impak yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia terhadap keberkesanan pelaksanaan kos atau pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan sejak September yang lalu, khususnya dalam mengekang inflasi perubatan? Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sila, Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, memberikan peluang kepada saya untuk turut menyertai perbahasan ini. Saya nak menyentuh berkenaan dengan Fasal 16, bertujuan memasukkan bahagian baharu ke dalam Jadual 1 kepada Akta 53 untuk memperuntukkan cukai pendapatan dikenakan pada kadar 2 peratus terhadap pendapatan dividen oleh pemegang saham individu bagi dividen yang dibayar.
Baik, dalam isu ini saya nak menyentuh berkenaan dengan pelaksanaan cukai barang ternilai tinggi atau high value goods tax (HVGT) yang dirancang untuk diperkenalkan pada Mei 2024 dan sampai sekarang kita tidak tahu bagaimanakah status cukai ini. Ia telah diumumkan pada Belanjawan 2024, bukan Belanjawan 2025 tetapi 2024. Tetapi sampai sekarang ini, kerajaan mengambil masa yang lama untuk memuktamadkan dasar dan draf perundangan ini.
Tadi Bachok tanya tentang T15 ini yang masih belum dimuktamadkan. Ini yang announced tahun lepas lagi. Sampai sekarang masih belum dimuktamadkan. Jadi, saya nampak seolah-olah macam kerajaan ini buat pengumuman dahulu tetapi tak tahu lagi apa perinciannya dan sampai sekarang ia masih belum lagi dapat dilaksanakan dan bahkan, tidak tahu lagi bagaimanakah skop barangan dan nilai ambang kepada cukai yang diperkenalkan ini.
Fasal 10, pelepasan cukai ke atas bayaran faedah bagi pembelian rumah pertama.
Ini bagus dan saya setuju. Kita tahu bahawa kadar pemilikan rumah rendah, sangat rendah di kalangan anak muda dan semakin membimbangkan. Banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini, antaranya nilai gaji yang kecil, kos sara hidup yang meningkat, harga rumah di luar kemampuan. Saya nak kongsikan maklumat dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.
Lebih 27,000 unit rumah tidak terjual pada tahun 2022 yang sebahagian besar daripadanya berada dalam julat harga di antara RM300,000 sehingga RM500,000.
Selain itu, sejumlah lebih 700,000 unit rumah kosong yang baru siap dan ingin disewakan atau dijual, kosong tidak diduduki. Keutamaan kerajaan pada hari ini ialah menggalakkan lebih banyak rumah mampu milik untuk dibina. Hari ini harga rumah mampu milik sepatutnya tidak boleh melebihi tiga kali ganda pendapatan median isi rumah atau sekitar RM228,000. Ini lah house price to income ratio yang ditetapkan oleh Bank Dunia. Ya, kita tahu bahawa house price to income ratio ini ialah harga median rumah dibahagikan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dengan pendapatan median tahunan. Sepatutnya tidak melebihi 3.0 yang ditetapkan oleh Bank Dunia.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Fasal 29 menetapkan potongan cukai bagi perbelanjaan penerokaan yang layak selaras dengan pindaan yang dibuat pada subperenggan 3A(2) Akta Petroleum. Saya menyambut baik perkara ini tapi dari sudut kesan kewangannya dalam tempoh penerokaan yang panjang dan jika penemuan petroleum tidak mencukupi atau gagal, kerajaan mungkin tidak memperolehi hasil cukai yang mencukupi untuk menampung kehilangan tersebut.
Begitu juga kita tahu bahawa dalam kejayaan penerokaan ini, ia menempuhi, ia ada senario ketidaktentuannya yang tersendiri. Penerokaan petroleum adalah usaha berisiko tinggi. Tidak semua pelaburan dalam penerokaan ini akan membawa kepada penemuan medan minyak atau gas baharu. Kerajaan mungkin menanggung kerugian berganda jika syarikat menggunakan potongan cukai tapi gagal menghasilkan hasil komersial yang signifikan.
Saya nak menyatakan kebimbangan pada implikasi kewangan jangka panjang bila kerajaan menyerahkan hak cari gali minyak di Sarawak kepada PETROS. Bukan saya nak menentang inisiatif di Sarawak tapi apakah unjuran dan perancangan kerajaan di dalam memastikan kekurangan hasil kewangan yang disumbangkan oleh PETRONAS sebelum daripada ini?
Sebagai contoh, hasil petroleum menyumbang sehingga 22.4 peratus daripada hasil kerajaan tahun 2022. Penyerahan hak ini kepada PETROS ini akan menyebabkan kerajaan hilang, boleh jadi 30 ke 40 peratus daripada hasil disumbangkan oleh PETRONAS sebelum daripada ini. Kita juga perlu pastikan PETROS memiliki kapasiti teknikal dan kewangan.
Datuk Willie Anak Mongin - Puncak Borneo
Pasir Mas, Puncak Borneo minta sikit pencelahan, boleh?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sikit, sikit, 10 saat.
Datuk Willie Anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Puncak Borneo – ini, Pasir Mas. Sebenarnya saya ingin memberi keterangan di mana sebenarnya PETRONAS pun juga memiliki PETROS. Saham PETRONAS di dalam PETROS, sebagai contoh Petroniaga, dia memegang saham lebih kurang dalam 40 ke 49 peratus. Jadi, sebenarnya tidak benar yang PETROS ini mengambil semua hasil untuk PETRONAS tapi persepsi di bawah itu tidak betul. Jadi, setujukah Yang Berhormat untuk memperbetulkan fakta ini.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Puncak Borneo.
Sebab itulah kerajaan perlu perincikan berapakah hasil yang hilang? Berapakah cukai yang dapat diperolehi daripada PETROS dan kita tidak tahu apakah terms and conditions yang telah ditetapkan di antara PETRONAS dengan PETROS. Sehingga pada hari ini, kita tidak tahu berapakah hasil kehilangan yang akan diunjurkan oleh pihak kerajaan? Apa yang kita mahukan ialah fakta dan data yang tepat. Saya mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan tapi jawapan yang saya terima ialah perinciannya masih belum dapat diberikan pada hari ini.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pelaksanaan, saya juga ingin menyentuh dalam hal ini juga berhubung dengan walaupun mungkin tidak berkaitan secara langsung tapi kesempatan dengan Kementerian Kewangan ini berkenaan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Dato’ Yang di-Pertua, saya harap supaya kerajaan dapatlah, apalah kiranya menekan ataupun berbincang dengan kerajaan-kerajaan, dengan bank-bank yang ada dan institusi kewangan supaya meletakkan ataupun memberikan moratorium paling tidak enam bulan kepada peminjam-peminjam yang terjejas akibat daripada banjir yang sedang melanda pada hari ini.
Semasa pandemik COVID-19, moratorium menyeluruh selama enam bulan Dato’ Yang di-Pertua, telah diperkenalkan pada April 2020. Langkah ini membantu lebih 8 juta peminjam, termasuk industri perusahaan kecil sederhana (PKS). Pada masa itu tahun 2021, Yang di-Pertua, bank-bank untung RM20 bilion. Ertinya moratorium tidak melemahkan industri perbankan kita. Semasa banjir besar Disember 2021, yang menjejaskan Lembah Klang dan kawasan lain, bank Maybank, CIMB, Public Bank, RHB menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa bank yang telah bertindak proaktif dalam masa beberapa hari ini. Antaranya Bank Rakyat, antaranya Agrobank dan juga Affin Bank kalau tak silap saya dan telah pun mengumumkan moratorium tapi saya harapkan supaya Kementerian Kewangan membuat penyelarasan semua bank tawarkan moratorium kepada peminjam-peminjam yang hari ini terjejas dengan banjir Dato’ Yang di-Pertua. Banjir di Pasir Mas pada hari ini, lebih daripada kadar tahun 2014, dua kali ganda. Banjir yang datang daripada Thailand, daripada Yala, daripada Narathiwat, daripada Pattani terjun ke kawasan saya, Rantau Panjang dan Tumpat, menenggelamkan 40 peratus daripada kawasan Parlimen kami.
Kalau Rantau Panjang, 70 peratus daripada kawasan Rantau Panjang tenggelam banjir. Ada yang total loss. Apalah kiranya, kalaulah sekiranya berita baik ini dapat dikongsi kepada kami yang berada di negeri Kelantan, khususnya di utara Kelantan iaitu yang berdepan dengan selatan Thailand ini, supaya moratorium pinjaman bank, paling tidak ansuran untuk kereta RM900, ansuran untuk rumah kalau ada RM1,500 dah dapat RM2,500 sedikit cash dalam poket untuk sebagai pengubat jiwa masyarakat dan kampung-kampung yang ada di Pasir Mas, Kampung Senor, Kampung Meranti, Kampung Lanchang, Kampung Gelang Mas, Kampung Kalor, Kampung Kolam, Kampung Alor Mengkuang. Kalau nak sebut Dato’ Yang di-Pertua, pukul 4pagi – sampai pukul 4 pun tak habis lagi tapi itulah berita gembira yang saya harap dapat dikongsikan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.* Sebelum saya nak memulakan bicara berkenaan dengan Rang Undang-undang Kewangan ini, saya menjangkakan dan juga
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
memberi pandangan berkenaan dengan kerajaan untuk menentukan dasar monetari dan juga dasar pertukaran asing. Ini adalah satu asas kepada monetari negara iaitu dia mesti menentukan matlamat dasar monetari negara.
Yang pertamanya kestabilan harga. Yang kedua, tingkat guna tenaga yang tinggi, pertumbuhan ekonomi yang ketiganya, kestabilan kadar faedah yang keempat, kelima, kestabilan pasaran kewangan, yang kelima, kestabilan pada pasaran pertukaran asing. Ini adalah asas-asas untuk dasar monetari negara.
Sebelum itu saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan fasal 16 yang memperkenalkan cukai dividen sebanyak dua peratus kepada pemegang saham individu dengan ambang pendapatan dividen tahunan melebih RM100,000. Persoalannya yang saya akan bangkitkan ini dan tanya kepada kerajaan, apakah anggaran hasil tambahan kerajaan daripada dasar ini? Apakah mekanisme yang akan digunakan bagi memastikan bahawa entiti yang menerima dividen melalui syarikat induk tidak mengelak daripada cukai ini?
Sekiranya dividen dibayar kepada syarikat induk, adakah ia dikecualikan? Ini persoalan yang saya bangkitkan. Selain itu, kita ingin tahu sejauh mana dasar ini mempertimbangkan impak kepada perusahaan mikro kecil kepada perusahaan mikro.
Mikrolah iaitu kecil dan sederhana PMKS. Adakah PMKS ini diberikan pengecualian atau layanan berbeza berbanding syarikat besar terutama memandangkan keuntungan mereka semakin mengecil akibat kenaikan kos operasi?
Kita tidak mahu dasar ini membebankan sektor yang merupakan tulang belakang ekonomi negara. Dalam kontek pelaburan pula, bagaimana kerajaan mengimbangi prospek kutipan hasil dengan risiko aliran keluar pelaburan ke negara-negara jiran sepertimana Singapura yang tidak mengenakan cukai dividen. Sebab itu saya menyentuh dasar monetari negara. Seterusnya kita lihat bagaimana, adakah analisis yang saya sebut tadi berkenaan dengan Singapura tidak mengenakan cukai telah dilakukan oleh kerajaan. Kita tidak mahu dasar ini walaupun bertujuan menambah hasil, akhirnya melemahkan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.
Yang inilah kita menyentuh kepada kestabilan-kestabilan kepada pasaran pertukaran asing dalam dasar monetari negara. Kerajaan perlu memberi penekanan pada kestabilan dan pada pasaran pertukaran asing monetari negara ini. Dalam fasal 16, Dato’ Yang di-Pertua, juga memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan penempatan bercukai. Kuasa ini walaupun penting, perlu dikawal selia dengan teliti. Apakah panduan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memastikan ia dilaksanakan dengan telus dan tidak disalahgunakan oleh Menteri.
Saya hanya menjangkakan, bukan saya kata Menteri salah guna. Nanti silap faham pula, ada yang baca Peraturan 36(6) lah (5) lah. Depa ini bukan boleh sangat. Tak faham apa yang kita kata, terus bangkit ja. Oleh sebab itu, seterusnya saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan pengecualian cukai dividen, terutamanya bagi dividen daripada luar negara.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dividen syarikat perkapalan dan pengagihan koperasi, apakah justifikasi di sebalik pengecualian ini dan adakah ia sejajar dengan sistem cukai single tier. Single tier sebelum ini? Jika dividen sebelum ini dianggap telah dikenakan cukai pada peringkat syarikat, apakah rasional yang mengenakan cukai tambahan di peringkat pemegang saham? Dato’ Yang di- Pertua, cukai barang bernilai tinggi (HVGT), saya ingin bertanya adakah kerajaan benar- benar bersedia melaksanakan cukai ini?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Apakah kriteria, skop dan nilai ambang untuk barangan yang akan dikenakan cukai?
Penangguhan sebelum ini memberikan gambaran seolah-olah kerajaan kurang bersedia.
Jangan sampai dasar ini menimbulkan ketidakpastian dalam kalangan pemain industri dan juga rakyat.
Seterusnya, saya ingin mencadangkan kerajaan menaikkan pelepasan cukai untuk premium insurans pendidikan dan perubatan daripada RM3,000 kepada RM4,000. Ini adalah langkah positif untuk menggalakkan simpanan pendidikan dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan.
Namun, persoalannya, berapa ramai individu daripada segmen B40 dan M40 yang benar-benar mendapat manfaat daripada pelepasan ini? Adakah jumlah ini signifikan atau ia memanfaatkan golongan yang sudah berkemampuan? Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyentuh arahan Bank Negara Malaysia baru-baru ini kepada penanggung insurans untuk mengkaji semula premium insurans yang meningkat di antara 40 hingga 70 peratus. Minta sikit lagi, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sikit saja sebab insurans ini sekarang sedang berlaku, panas dalam pasaran, dalam masyarakat kita.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yalah. Seminit sahaja, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, bagaimana kerajaan memastikan pengguna tidak dibebankan?
Terutamanya mereka yang menggunakan insurans untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Macam mana IJN pun sekarang ini dah menggunakan, kita pun tak boleh lagi dah.
Yang mana pencen-pencen dulu terpaksa pergi hospital kerajaan. IJN nak di-privatise-kan selepas ini.
Jadi, oleh sebab itu, lebih penting lagi, apakah dasar kerajaan untuk membantu pemegang polisi yang terpaksa berhenti mencarum akibat kenaikan premium? Jika mereka kembali bergantung kepada hospital kerajaan, bagaimana kerajaan akan menangani beban tambahan kepada sistem kesihatan awam?
Saya juga ingin bertanya tentang pelaksanaan perkongsian kos ataupun bayaran bersama untuk insurans kesihatan sejak September lalu. Adakah kajian impak telah dijalankan dan sejauh manakah dasar ini berjaya mengekang inflasi perubatan? Apakah
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
langkah tambahan yang sedang dirancang oleh kerajaan untuk memastikan sistem insurans perubatan lebih mampan dan tidak membebankan rakyat?
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya menutup perbahasan ini, saya ingin menekankan bahawa setiap dasar yang dibentangkan mestilah berasaskan data dan kajian yang komprehensif dan dibentangkan kepada rakyat termasuk kepada Parlimen. Jadi, dasar yang dibentangkan ini mesti berasaskan data. Saya rasa pelaksanaan sebarang dasar sekalipun, ia mestilah seimbang antara meningkatkan hasil negara dan juga menjaga kepentingan, kebajikan rakyat yang mana kita sedang menghadapi inflasi. Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua yang saya hormati.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Sila, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, sebelum saya mulakan perbahasan saya, saya ingin mengalu-alukan kedatangan guru dan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sri Amar Diraja daripada Muar yang lebih dikenali sebagai SEDAR dan juga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Selamat datang ke Parlimen...
[Tepuk] Timbalan Speaker, saya ingin merujuk kepada cukai dividen, di mana apabila menerima hasil daripada pendapatan dividen syarikat yang lebih daripada RM100,000, maka akan dikenakan cukai dividen sebanyak dua peratus. Jadi, apabila pengumuman ini dikeluarkan sewaktu bajet, di mana tujuan utama kerajaan ialah supaya kita ingin meningkatkan pendapatan. Akan tetapi, kerisauan saya ialah matlamat kita tidak akan tercapai. Di mana, dalam pepatah Cina, kita kata...
[Bercakap dalam bahasa Mandarin] Dengan izin. Ertinya, apabila dalam usaha kita nak dapat meningkatkan pendapatan tetapi apabila pelaksanaan cukai dividen dua peratus ini, akhirnya apa yang akan berlaku ialah mereka yang maha kaya ini, mereka akan tubuhkan syarikat di luar negara. Contohnya, di Singapore. Mereka tubuhkan syarikat di Singapore dan mereka jual beli syer. Maka, kita tidak akan dapat mengenakan cukai dividen dua peratus ini.
Begitu juga seandainya mereka ya, dalam kita mengejar ingin meningkatkan pendapatan, bagaimana pula kepada pelabur asing? Contohnya, dia adalah orang Singapore, dia Singaporean. Mereka beli syer di stock exchange Kuala Lumpur. Bagaimana kita nak kenakan dua peratus tersebut sekiranya mereka tidak ada filling dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri kita? Jadi, ini adalah isu-isu yang kita harus pertimbangkan.
Maka, di sini saya ingin mencadangkan barangkali dari satu segi, mungkin yang maha kaya itu mereka akan agihkan wang mereka pergi ke luar negara. Bagi mereka M40 pula, mereka labur di sini, wang mereka adalah di sini, kita seharusnya bantu mereka. Jadi, saya nak cadangkan supaya kita tingkatkan threshold RM100,000 itu kepada lebih tinggi.
Barangkali RM200,000 dan ke atas baru kita kenakan cukai dividen dua peratus.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bagi saya, saya selalu mengatakan, Timbalan Speaker, kita tahu negara kita menghadapi masalah selalu defisit, kita nak meningkatkan pendapatan kita. Akan tetapi, ada satu faktor yang saya rasa lebih penting yang selalu saya tekankan, iaitu perbelanjaan.
Perbelanjaan kerajaan kita. Perbelanjaan awam ini. Sering kali kita lihat projek kerajaan, harganya memang lebih tinggi kalau berbanding dengan harga pasaran. Itu adalah fokus kita juga.
Kita seharusnya melihat, mengkaji semula kenapa semua projek-projek kerajaan, harganya mesti lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran. Kalau kita dapat jimat, dapat mengatasi pemborosan, dapat penjimatan, saya rasa kita boleh dapat lebih-lebihan. Kita boleh menjana lebihan dan kita dapat laksanakan projek dengan lebih banyak lagi.
Yang itu, saya menyeru kepada pihak Kementerian Kewangan supaya mengkaji semula semua harga projek-projek tersebut. Sebab, selalu bila kita bangkit, Kementerian Kewangan akan kata peruntukan telah diberikan kepada kementerian yang lain, mereka yang akan menentukan harga. Tetapi, bagi saya, Kementerian Kewangan boleh memainkan peranan mereka dengan mengawal semua harga projek ini supaya kita boleh dapatkan penjimatan daripada kita mengenakan lebih banyak cukai yang akan membebankan rakyat kita.
Isu yang kedua yang saya nak bangkit ialah berkaitan dengan kenaikan kadar duti setem bagi cek daripada 15 sen kepada RM1. Buat masa ini, apabila kita mohon cek daripada bank komersial, kita kena bayar duti setem 15 sen. Satu buku, kita bayar RM7.50. Mulai daripada tahun depan, apabila pelanggan pergi mohon satu buku cek, mereka perlu bayar RM50, berbanding dengan sekarang mereka bayar RM7.50. Ini sudah pasti akan menimbulkan ketidakpuasan kepada para peniaga yang menggunakan perkhidmatan di mana mereka issue cek.
Ya, kita faham barangkali hasrat kerajaan menaikkan duti setem cek untuk ini ialah untuk supaya menggalakkan pelanggan bank semua beralih kepada e-transaction. Kita faham, kita setuju. Akan tetapi, kalau kita nak memastikan ataupun menggalakkan lebih ramai pelanggan bank untuk menggunakan e-banking yang disediakan oleh bank, sepatutnya bank perlu memperbaiki, menambah baik sistem bank mereka supaya mereka lebih user friendly.
Maka, dengan secara automatik, pelanggan akan mengalih menggunakan e- banking. Dan bukannya dengan mengenakan duti setem sehingga RM1. Mungkin harga dia kita lihat tak banyak, daripada 15 sen kepada RM1, tetapi kalau kita lihat satu tahun, berapa cek yang telah di-issued-kan oleh pelanggan? Itu akan menimbulkan ketidakpuasan pelanggan yang akhirnya yang mengalami kritikan ialah Kerajaan MADANI hari ini.
Dalam bab ini. saya rasa kita harus pertimbangkan semula sebab dalam kita mengejar supaya pelanggan gunakan e-banking, kita harus ingat ada satu golongan iaitu warga emas. Warga emas, mereka tidak tahu bagaimana nak gunakan e-banking. Jadi, dalam isu ini, kita harus fikir golongan ini juga.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Isu yang ketiga saya ingin bangkit iaitu berkaitan dengan pembelian mesin kompos sisa makanan. Ini satu inisiatif yang baik, yang harus kita memberi kepujian kepada Kementerian Kewangan. Di mana kita tahu rata-rata hari ini sisa makanan memang merupakan satu bebanan kepada masyarakat. Di mana untuk makluman Timbalan Speaker, satu hari kita generate, kita hasilkan 17,000 tan sisa makanan. Sudah pasti dengan inisiatif ini, kita harap supaya dapat mengurangkan sisa makanan di tapak pelupusan.
Jadi, soalan saya ialah, adakah kita boleh memberikan lebih pelepasan dari segi amaun dia? Juga saya hendak tahu, adakah pelepasan cukai ini hanya sekadar kepada individual ataupun dibuka untuk semua? Termasuk komersial, di mana kita lihat sektor komersial yang paling banyak mengenerate sisa makanan ini. Jadi, kalau kita hendak mencapai sasaran kita supaya dapat kesedaran alam sekitar, kita hendak protect alam sekitar kita, saya rasa kita harus beri pelepasan cukai kepada semua pihak. Dengan itu, sekian terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama-tama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana buat pindaan pada hari ini yang banyak benda yang kita boleh sentuh. Saya juga bersetuju dengan cadangan daripada Pasir Mas supaya diberikan moratorium kepada semua mangsa banjir sebagai sokongan kepada mereka.
Kerana pada kali ini saya dapati beribu-ribu buah rumah yang memang tenggelam sebelum ini ditenggelami air dan mungkin akan mengalami gelombang-gelombang seterusnya.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Akta Petroleum, di mana dalam pindaan hari ini juga termasuk Cukai Pendapatan 1997. Saya bangkitkan isu ini bagi pihak rakyat Pantai Timur, Kelantan dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kerana perkara ini berkaitan dengan hak pembayar royalti.
Hari ini kita dapati kerajaan telah membayar wang ehsan kepada negeri-negeri yang dinamakan Kelantan dan Terengganu. Sedangkan kita tidak tahu di manakah seksyen yang dirujuk oleh pihak kerajaan dan di manakah agreement yang menandatangani tentang pemberian wang ehsan ini. Sedangkan yang disebut dalam perjanjian asal ialah royalti.
Jadi, seharusnya kita kembali kepada agreement dan juga perjanjian yang asal iaitu royalti diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Kita difahamkan bahawa negeri Kelantan dan Terengganu mewakili 40 peratus daripada pendapatan kerajaan berkenaan dengan petroleum. Adakah perkara ini benar? Adakah kita juga melihat kepada Norway sebagai negara pengeluar utama yang telah menubuhkan sovereign wealth fund (SWF) yang menguruskan hasil minyak secara telus, memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada hasil bumi negara?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Mengapa negara kita tidak boleh mencontohi model ini dan memastikan pembayaran royalti terus kepada kerajaan-kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1994? Kita lihat bagaimana hari ini perjuangan Sarawak telah mula menampakkan hasil. Adakah semua kerajaan negeri mesti melalui dan menerima nasib yang sama serta proses yang sama seperti Sarawak dan Sabah jikalau negeri mereka ini mendapat hasil petroleum? Jadi, saya menyeru supaya hasil wang ehsan ini dihapuskan dan terus kembali kepada royalti.
Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan tentang contestable period dalam takaful ataupun insurans. Ini adalah hak pengguna yang kita perlu pertahankan berbanding dengan hak pengeluar ataupun operator insurans. Dalam hal ini, kita harus kembali bagaimana contestable period ini adalah ketidakadilan dan merugikan pengguna. Ketika mereka ingin bertukar penyelia untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik, mereka perlu- memerlukan semula tempoh menunggu dan ini masa dan umur mereka lagi lama.
Kita lihat negara jiran seperti Singapore seperti contohnya, mereka telah membuatkan feasibility study kepada system health insurance portability untuk memudahkan rakyatnya berpindah penyedia insurans tanpa gangguan manfaat. Sekali gus, meningkatkan persaingan sihat dalam industri insurans.
Saya ingin tekankan, ini meliputi insurans dan takaful, di mana semangat dan rohnya adalah pada karakter dan naturally, itu membela kepentingan pelanggan. So, dalam hal ini, kita harus bersedia untuk mencari mekanisme baru untuk memastikan pengguna boleh menukar penyedia tanpa memerlukan tempoh menunggu yang baru. Dalam hal ini, saya perlukan jawapan daripada pihak kementerian.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian berkenaan dengan seksyen 34(6). Apakah hala tuju dan dasar negara dalam agenda pembinaan negara bangsa? Sebab kalau kita lihat dalam 34(6), menyebut tentang beberapa perkara tetapi tidak meliputi tentang iklim. Tentang environment ada, iklim tak ada dan juga berkenaan dengan keperluan kita untuk memberikan sumbangan kepada muzium, program perpaduan, jagaan anak-anak tradisi, program-program budaya, bahasa.
Perkara-perkara seperti ini sangat penting untuk inovasi negara dan menjaga identiti negara dan ini tidak dimasukkan dalam pengecualian untuk cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(7). Serious disease ini adakah ia meliputi penyakit Talasemia dan penyakit berjangkit sebagaimana yang berlaku pada hari ini? Di bawah seksyen 45, ke arah manakah negara ingin membawa advokasi, accessibility, pemerkasaan dan intervensi kepada OKU mandiri? Dalam hal ini kita lihat, untuk anak diberikan pelepasan RM8,000.
Untuk suami atau isteri OKU tidak diberikan pelepasan RM8,000 tetapi diberikan pelepasan RM6,000. Apakah perbezaan di antara intervensi, accessibility, advokasi, terapi antara anak dan suami serta isteri yang OKU? Kesemua mereka adalah OKU, harus melihat persamaan kepada mereka. Kerana kita perlu tahu bahawa untuk menjaga OKU ini kita perlu ada caretaker, perlu ada respite care, penjagaannya 24 jam dan pasangan mereka ini bekerja. Anak mereka bekerja. Jadi, perkara ini harus kita jelas.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Begitu juga hari ini kita dapati ada OKU-OKU di sana yang telah mendapat pencen melalui PERKESO. Tetapi mereka ini walaupun mendapat RM3,000, tidak layak untuk membuat sebarang pinjaman untuk pembiayaan kenderaan bagi membolehkan mereka ini bergerak. Jadi, perkara ini sangat pelik. Mereka berpendapatan, dijamin oleh kerajaan melalui PERKESO tetapi tidak diberikan kemudahan untuk pinjaman kereta yang mereka ingin berdikari.
Dalam hal ini, saya juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya diberikan juga pelepasan kepada kerusi roda berbateri ataupun elektrik yang berharga RM4,000 hingga RM6,000. Ini akan memudahkan orang-orang OKU untuk mandiri. Di bawah seksyen 46(1) disebut tentang pemberian kepada datuk/nenek. Yang kita pelik, jaga datuk/nenek diberikan pelepasan tetapi bagaimana nenek dan datuk yang menjaga cucu? Jadi, sepatutnya mereka juga diberikan pelepasan.
Bukan khidmat diberikan pelepasan tetapi penjagaan. Ini mungkin perlukan satu guideline ataupun pekeliling utama untuk memastikan bahawa anak-anak ataupun cucu-cucu yang dijaga oleh datuk/nenek ini yang mungkin akibat daripada anak tinggal ataupun anak terabai ataupun anak yatim ini akan diberikan bantuan dan diberikan pelepasan sebagaimana ibu bapa mereka menjaga anak mereka kerana bila besar, mereka juga akan jaga datuk/nenek mereka.
Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya meliputi pengurangan ini kepada pergigian kepada isteri atau ibu yang tidak hamil. Negara kita mengalami soal fertility rate yang sangat meruncing. Jadi, kita perlu memberikan galakan kepada ibu hamil, termasuklah kepada mereka yang tak bekerja, diberikan pelepasan kepada suaminya untuk meliputi khidmat pergigian. Untuk 46(9)(d), saya juga ingin menyarankan kepada pihak kerajaan. Hari ini jumlah pelajar yang sambung universiti sangat rendah. Kalau ibu bapa diberikan pelepasan sehingga anak berusia 18 tahun sahaja, tidak diextend sehingga masuk universiti, maka kuranglah anak-anak ini akan masuk universiti.
Jadi, seharusnya pelepasan ini diextend sehingga anak mereka ini habis belajar sekurang-kurangnya ijazah pertama. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk diberikan pengecualian untuk pembelian komputer di bawah simpanan PTPTN. Sekarang ini kalau kita simpan PTPTN RM6,000, sekiranya anak masuk universiti, kita keluarkan, maka tidak akan dikira.
Sepatutnya untuk pembelian komputer kali pertama untuk anak masuk universiti, janganlah dipotong pengurangan ini di bawah PTPTN kerana ini keperluan anak-anak untuk belajar dan juga kepada bapa yang tua, yang warga emas, mereka ini harus diberikan pengecualian subsidi untuk mendapatkan laptop dan komputer kerana kita menuju negara digital. Saya turun ke bawah, warga emas memberitahu. Kenapa kami ini walaupun anak kami bekerja, tak dapat pengecualian kalau kami ingin beli komputer? Sedangkan hari ini semuanya menggunakan komputer.
Terakhir, saya ingin tanya kepada kerajaan. Adakah kelengkapan sukan di bawah 46(9) G itu, termasuk kelengkapan sukan untuk perkara yang berkaitan dengan silat? Adakah
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
silat dikira sebagai sebahagian daripada sukan negara? Di bawah 46(10), Fasal 46(10), adakah pemberian RM7,000 kepada rumah pertama itu meliputi juga pembinaan rumah?
Ada orang beli rumah, ada orang yang bina rumah kali pertama. Adakah pembinaan rumah kali pertama tanpa pinjaman akan juga diberikan pengecualian ataupun pengurangan RM7,000?
Akhirnya, kita mengharapkan bahawa royalti yang diminta oleh rakyat Kelantan dan Terengganu itu perlu diperhatikan supaya negara kita mendapat keberkatan dan tidak ada orang yang akan memakan wang yang tidak halal dan takaful ataupun insurans ini adalah untuk kebajikan. Jadi, harapnya segala perkara yang berkaitan dengan kebajikan mereka ini diberikan penekanan berbanding dengan kepentingan mereka dalam industri sahaja. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila, Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin sentuh berkaitan dengan pengenalan cukai dividen. Soalan saya, berapakah anggaran hasil keseluruhan yang akan diterima kerajaan setelah pengenalan cukai dividen sebanyak dua peratus bagi pemegang saham individu dengan nilai ambang pendapatan dividen tahunan melebihi RM100,000?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berapakah anggaran hasil yang akan diterima kerajaan melalui cukai yang dikenakan kepada sektor PMKS? Adakah kerajaan berbincang dan melihat apakah kesan pengenalan cukai dividen dua peratus ini kepada sektor PMKS ini?
Di dalam ucapan Belanjawan dinyatakan juga bahawa pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti KWSP dan Amanah Saham di bawah PNB. Soalan saya, mengapakah pendapatan dividen daripada simpanan Tabung Haji tidak turut diberi pengecualian?
Melihat kepada profil pendeposit Tabung Haji di mana ramai pendeposit menyimpan dengan jumlah yang besar bernilai jutaan ringgit serta persaingan untuk Tabung Haji mendapat simpanan daripada pendeposit, saya cadangkan agar kerajaan turut memberi pengecualian untuk cukai dividen kepada simpanan Tabung Haji bagi memberi satu kestabilan kepada kewangan Tabung Haji.
Kedua, berkaitan dengan cukai keuntungan modal. Soalan saya berapakah jumlah hasil yang dikutip kerajaan daripada cukai keuntungan modal bagi tahun 2024? Adakah pindaan yang dicadangkan dalam fasal 5 akan memberikan hasil tambahan kepada kerajaan?
Ketiga saya ingin menyentuh tentang global minimum tax, dengan izin. Cukai minimum global atau Global Minimum Tax akan mula dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun hadapan. Apakah impak pendekatan cukai ini terhadap pelabur yang sebelum ini telah
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
dijanjikan pelepasan cukai 100 peratus sebagai contoh? Maknanya sebelum ini, sebelum diperkenalkan sudah ada sudah dapat pelepasan cukai ,jadi bila datang global minimum tax ini apakah perancangan kerajaan untuk menguruskan hal ini?
Bagaimanakah rancangan kerajaan agar keadaan tersebut tidak memberi kesan kepada pelaburan sedia ada dan pelaburan-pelaburan baharu? Jadi, perlu ada satu penjelasan yang tuntas daripada kerajaan supaya orang tahu apa hendak buat dalam keadaan syarikat antarabangsa yang telah memang melabur di sini sebelum ini mendapat pengecualian cukai sehingga 100 peratus sebagai contoh.
Keempat, menyentuh mengenai fasal 9 dalam RUU Kewangan 2024 ini berkaitan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi perbelanjaan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Jika kita lihat kos penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak ini meningkat dari tahun ke setahun. Jadi kerajaan perlu mengambil kira konteks peningkatan kos ini dan bagi sebahagian besar keluarga ini merupakan komponen kos yang besar kepada mereka.
Kenaikan kos ini amat ketara melibatkan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dalam konteks peratusan daripada pendapatan mereka dan ia lebih ketara di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan termasuk juga Putrajaya. Jadi kos ini boleh sehingga RM6,000 atau RM6,000 lebih setahun. Jadi, oleh itu saya cadangkan agar kerajaan pertimbangkan agar had pelepasan cukai dapat dinaikkan daripada RM3,000 ke tahap yang lebih tinggi. Ini dapat memberi sedikit bantuan kepada keluarga-keluarga muda.
Saya juga memohon agar skop pelepasan cukai ini diperluaskan kepada bayaran transit untuk anak-anak. Ada anak-anak lepas sekolah pergi transit itu juga merupakan kos kepada keluarga. Maka dimohon supaya perkara ini dipertimbangkan untuk diberikan juga pelepasan cukai.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang perenggan 9(e) bertujuan untuk pindaan berkaitan dengan SSPN. Ini peruntukan ini adalah di mana seseorang ibu bapa layak untuk mendapat potongan maksimum RM8,000 bagi wang yang didepositkan dalam SSPN. So, soalan saya berapakah jumlah pencarum SSPN bagi isi rumah berpendapatan antara RM7,000 hingga RM13,000 dan isi rumah bawah RM7,000 dan minta kerajaan berikan data secara bertulis pun tidak apa, jumlah pencarum dan simpanan dalam SSPN bagi setiap tahun sejak SSPN diperkenalkan pada tahun 2024.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang potongan cukai ke atas bayaran faedah bagi pembelian rumah pertama. Dinyatakan bahawa seseorang individu layak mendapat potongan cukai RM7,000 bagi rumah kediaman berharga tidak lebih daripada RM5,000 dan RM5,000 lebih bagi rumah kediaman dari RM500,000 tetapi tidak lebih daripada RM700,000.
Soalan saya, adakah potongan cukai ini untuk pembelian rumah yang baharu dibina oleh pemaju ataupun termasuk juga rumah dalam pasaran sekunder ataupun sub-sale dan juga sepertimana Tumpat tanya adakah ini juga termasuk dalam konteks pembinaan rumah baharu?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Seterusnya mengambil kira harga hartanah pada masa ini dan juga untuk memberi ruang kepada isi rumah M40 yang ingin membeli rumah dalam kemampuan mereka yang harganya mungkin melebihi RM700,000. Saya cadangkan supaya kerajaan pertimbangkan had harga yang lebih tinggi supaya M40 yang mampu dan ingin membuat pembelian melebihi RM700,000 turut mendapat manfaat daripada pelepasan cukai ini. Terima kasih Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas tentang Rang Undang-undang Kewangan 2024.
Saya ingin membangkitkan dua isu berkenaan rang undang-undang ini. Isu pertamanya adalah berkenan dengan e-Invoicing yang telah diumum akan dilaksanakan tahun depan.
Pada perbahasan saya di peringkat dasar Bajet 2025, saya telah bangkitkan isu berkenaan pelaksanaan e-Invoice untuk semua perniagaan yang mempunyai perolehan kasar tahunan antara RM150,000 hingga RM25 juta yang akan bermula pada 1 Julai 2025.
Saya sebut bahawa threshold RM150,000 untuk perniagaan untuk mematuhi dasar e-Invoice adalah terlalu rendah.
Penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga mikro yang kekurangan infrastruktur IT dan sumber yang terhad akan menghadapi kesukaran. Ramai penjaja dan peniaga mikro dengan perolehan kasar tahunan mereka lebih daripada RM150,000 tetapi kurang daripada RM500,000 selepas ditolakkan kos perniagaan mereka, pendapatan bersih atau keuntungan bersih bulanan mereka tidak sampai RM5,000. Maka mereka masih di kategori sebagai golongan B40.
Dengan pelaksanaan dasar ini, ramai di antara mereka itu yang dalam golongan B40 akan terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan untuk mendapatkan peralatan dan perisian yang diperlukan. Oleh itu dalam perbahasan saya, saya menyeru kepada kerajaan supaya threshold ini dinaikkan kepada RM500,000 tetapi amatlah kesal semasa saya baca jawapan bertulis yang diberi kepada saya di mana kerajaan tidak berhasrat untuk meningkatkan threshold RM150,000 itu. Bahkan ada dalam jawapan bertulis tersebut bahawa ada insentif potongan cukai akan diberikan untuk perbelanjaan kos yang ditanggung oleh PMKS untuk melaksanakan sistem e-Invoice ini.
Ingin saya memaklumkan Dewan yang mulia ini untuk kebanyakan penjaja dan peniaga-peniaga mikro yang perolehan kasar mereka melebihi RM150,000 tetapi kurang daripada RM500,000 setahun, keuntungan mereka tidak sampai tahap untuk membayar cukai pendapatan.
Maka insentif potongan cukai ini langsung tidak bermakna dan tidak memberi apa- apa manfaat kepada mereka. Apa gunanya kerajaan hendak memaksa mereka ini penjaja dan peniaga mikro yang perolehan kasar mereka tidak sampai RM500,000 setahun yang
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
kemungkinan besar juga tidak dalam golongan yang perlu bayar cukai pendapatan untuk memaksa mereka menanggungkan kos lebihan dengan memaksa mereka melaksanakan e- Invoice ini.
Dahulu kita kritikan Kerajaan Barisan Nasional zalim kerana mengenakan GST tetapi dalam pelaksanaan GST, peniaga-peniaga yang perolehan kasar mereka yang kurang daripada RM500 setahun pun dikecualikan melapor dan membayar GST. Mereka dikecualikan dengan kos beban pelaksanaan GST.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Takkan Kerajaan MADANI kita hari ini adalah kurang peka dan sensitif terhadap kesengsaraan golongan rakyat dalam kategori ini sampaikan kita sekarang nak memaksa mereka menanggungkan kos pelaksanaan e-invois ini? Oleh itu, sekali lagi saya menyeru kepada kerajaan supaya meningkatkan threshold e-invois itu ke tahap perolehan kasar kurang daripada RM500,000 setahun.
Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan hasil daripada stamp duty yang dikenakan atas transfer atau transaksi berkenaan tanah di Sarawak. Sebelum ini, ada tuntutan daripada Kerajaan Sarawak bahawa hasil stamp duty itu haruslah dibalikkan atau dibagi kepada Kerajaan Sarawak. Argument mereka adalah bahawa segala tanah adalah di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Segala hasil diperolehi daripada tanah haruslah dimiliki oleh kerajaan negeri. Maka, hasil stamp duty yang dikenakan, dicajkan atas transaksi berkenaan tanah di Sarawak itu, hasil stamp duty itu haruslah dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Ada tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak atas hasil stamp duty itu.
Tuntutan itu, kalau saya tak silap ingat, telah dituntut, dibuat dua tahun, tiga tahun sebelum ini. Apakah progress atau status berkenaan tuntutan ini? Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi sikit penjelasan atas soalan ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Stampin. Sila, Yang Berhormat Menteri, menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Belanjawan MADANI ketiga tahun 2025 yang dibentangkan pada 18 Oktober lalu dirangka dengan tumpuan untuk membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahtera rakyat, iaitu selari dengan kerangka Ekonomi MADANI. Belanjawan ini adalah untuk meneruskan agenda pembaharuan kerajaan ke arah memacu pembangunan negara, mengukuhkan kedudukan fiskal dan menambah baik kualiti hidup rakyat secara terangkum dan mampan.
Petunjuk ekonomi pada suku ketiga 2024, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus dengan pertumbuhan tertinggi dicatatkan pada bulan Julai sebanyak 7.4 peratus, diikuti oleh 4.7 peratus dan 4.4 peratus pada bulan Ogos dan September masing-masing.
Momentum pertumbuhan dijangka berterusan pada separuh kedua tahun ini walaupun pada
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
kadar yang lebih sederhana. Secara keseluruhan, jangkaan KDNK benar tahun 2024 disemak semula iaitu antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus, melebihi sasaran awal sebanyak 4 peratus hingga 5 peratus.
Jadi, pembentangan rang undang-undang ini merupakan langkah pengukuhan kedudukan fiskal kerajaan dengan penambahbaikan polisi dan pentadbiran percukaian negara bagi menyahut langkah pembaharuan Ekonomi MADANI. Saya zahirkan ucapan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas dalam RUU ini. Seramai 11 Ahli Yang Berhormat. Saya akan menjawab dari segi topik, sebab banyak topik telah berulang.
Jadi, yang pertamanya, tentang cukai dividen. Berhubung dengan isu cukai dividen yang dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Beruas, Kampar, Bachok, Pendang, Kota Melaka dan Putrajaya. Mulai 1 Januari 2025, kerajaan akan melaksanakan cukai dividen selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 4(c) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
Mengenai kaedah pengiraan cukai dividen, pendapatan dividen RM100,000 yang pertama akan dikecualikan di peringkat pendapatan statutori dan cukai hanya dikenakan ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000. Seterusnya, kadar dua peratus dikenakan ke atas pendapatan bercukai dividen tersebut selepas mengambil kira pelepasan dan potongan cukai yang dibenarkan.
Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Kampar, bagi individu yang mempunyai pendapatan bercukai selain daripada dividen, pendapatan ini akan dikenakan pada kadar progresif secara berasingan daripada pendapatan dividen mengikut jumlah pendapatan bercukai individu tersebut. Formula penentuan pendapatan bercukai dividen dan pendapatan bercukai selain dividen akan ditetapkan melalui Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan.
Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Pendang, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati-hati agar pengenaan cukai dividen ini tidak memberi kesan yang negatif kepada pengusaha kecil dan sederhana dengan menetapkan bahawa cukai dividen hanya akan dikenakan ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000.
Dari segi pengiraan cukai pendapatan dividen tahunan, sehingga RM100,000 yang pertama akan dikecualikan di peringkat pendapatan statutori. Seterusnya, kadar dua peratus dikenakan ke atas pendapatan bercukai dividen tersebut.
Dengan penetapan ini, individu yang merupakan peniaga atau pelabur kecil dijangka tidak terkesan dengan pengenaan cukai dividen. Tambahan pula, kadar dua peratus adalah sangat rendah berbanding negara lain yang mengenakan cukai ke atas pendapatan dividen sama seperti lain-lain pendapatan, seperti pendapatan penggajian dan perniagaan.
Selain itu, dengan andaian kadar dividen lima peratus, seseorang dengan pendapatan dividen melebihi RM100,000 memegang saham yang bernilai sekurang- kurangnya RM2 juta, cukai dividen tidak dikenakan kepada pendapatan dividen yang diterima syarikat dari syarikat induk. Namun, jika penubuhan syarikat atau amanah adalah bertujuan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
untuk menguruskan pelaburan seseorang individu iaitu melalui nomini, maka individu tersebut adalah tertakluk kepada cukai dividen. Seterusnya, apabila syarikat mengagihkan dividen kepada pemilik syarikat, maka dividen yang diterima oleh pemilik syarikat yang merupakan individu masih tertakluk kepada cukai dividen.
Cukai dividen tak dikenakan ke atas pendapatan dividen dari luar negara bagi mengelakkan elemen double taxation, dengan izin, kerana secara asasnya pendapatan tersebut telah dikenakan di negara sumber. Sekiranya individu membuat pelaburan di luar negara, individu tersebut adalah tertakluk kepada sistem percukaian di negara luar.
Selain itu, pengecualian cukai di Malaysia hanya terpakai sekiranya pendapatan daripada pelaburan tersebut dibawa masuk dan diterima di Malaysia serta tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Pendang, dijangkakan pelaksanaan cukai dividen tidak akan memberi impak yang besar kepada pasaran saham dan seterusnya tidak menjejaskan transaksi pelaburan di Malaysia. Pelaksanaan cukai dividen juga dijangka tidak akan mengakibatkan pemindahan dana pelaburan yang signifikan ke luar negara. Cukai yang akan dikenakan pada kadar dua peratus adalah rendah berbanding negara lain yang juga mengenakan cukai ke atas pendapatan pelaburan seperti United Kingdom dengan kadar sehingga 39.35 peratus.
Kadar cukai yang rendah ini juga dijangka tidak mengakibatkan perubahan besar dalam strategi pelaburan dalam kalangan pelabur atau membawa kesan terhadap pasaran modal dan transaksi pelaburan di Malaysia. Sejak pengumuman, tiada reaksi ketara dari segi pergerakan atau prestasi Bursa Malaysia yang mencadangkan sebarang kehilangan minat pelabur.
Dari segi impak hasil, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Bachok dan juga Yang Berhormat Pendang, kerajaan sedang dalam proses menganalisa anggaran hasil tambahan yang boleh dikutip daripada pengenaan cukai dividen. Proses penyediaan anggaran ini mengambil masa kerana terdapat keperluan kepada Kementerian Kewangan untuk mengumpulkan data-data pembayaran dividen daripada pelbagai sumber. Anggaran tambahan hasil yang telah dimuktamadkan akan diumumkan berdasarkan keperluan.
Sekarang berkenaan dengan Yang Berhormat Beruas yang membangkitkan langkah kerajaan memperkenalkan beberapa jenis cukai baharu iaitu cukai keuntungan modal yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2024 dan cukai dividen yang akan mula tahun depan merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani kedudukan fiskal negara.
Langkah yang diambil kerajaan ini juga bersifat progresif di mana disasarkan kepada golongan tertentu dan majoriti rakyat Malaysia tidak akan terkesan dengan pelaksanaan ini.
Tambahan hasil yang diperolehi akan digunakan sepenuhnya bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Namun begitu, dalam memperkenalkan cukai baharu ini, kerajaan tetap mengambil soft approach, dengan izin, di mana pelbagai entiti atau sektor terpilih tidak dikenakan cukai.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Sebagai contoh, cukai keuntungan modal hanya dikenakan ke atas syarikat perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang mendapat keuntungan daripada pelupusan saham dalam syarikat tidak tersenarai. Cukai ini tidak dikenakan ke atas pelupusan saham dalam syarikat tersenarai dan pelupusan saham yang dibuat oleh individu. Selain itu, aktiviti berikut juga dikecualikan daripada CKM iaitu tawaran awam permulaan (IPO), penstrukturan semula saham syarikat dalam kumpulan yang sama, modal teroka dan unit amanah.
Bagi cukai dividen pula, kadar- saya tidak akan ulang lagi tentang cukai dividen.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh minta penjelasan?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Beruas. Nak bagi?
Puan Lim Hui Ying
Yes.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, pengecualian ini, adakah ia diwartakan ataupun dari mana? Kerana undang-undang ini terpakai untuk semua orang. Jadi, di manakah pengecualian ini akan boleh kita dapat ia dikecualikan? Will there be a ministry order to exempt all these companies or cooperatives? Dan juga, yang saya khuatir ialah syarikat-syarikat keluarga, di mana kalau 50 tahun yang lepas, sebuah keluarga itu ada satu syarikat yang mengendalikan satu kilang, 50 tahun kemudian, bapa nak bagi kepada anak, dia akan pindah milikan semua saham syarikat itu kepada anak dia. Kita tahu kalau sudah 50 tahun, harga saham ini akan sudah naik mendadak kerana 50 tahun yang lepas, saham yang ditentukan oleh nilai kilang masa itu memang rendah tetapi 50 tahun, 40 tahun kemudian, harga saham sudah naik kerana harga ataupun nilai kilang itu sudah naik. Jadi, ada satu keuntungan yang besar. Mungkin 10 kali ganda.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, Yang Berhormat.
Ringkaskan celahan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Adakah ia akan dicukaikan cukai modal ini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri, teruskan.
Puan Lim Hui Ying
Untuk Yang Berhormat Beruas, ini mungkin bergantung pada kes individu. Mungkin very case yang special, kita mungkin boleh berunding- kita akan menerangkan kepada Yang Berhormat tentang langkah-langkah dia. Okey, biar saya teruskan dahulu ya. Okey, berhubung dengan kenyataan bahawa pengenalan cukai baharu akan meningkatkan kos sara hidup majoriti rakyat Malaysia adalah juga kita dapati tidak tepat.
Ini kerana kedua-dua cukai ini dikenakan iaitu cukai CKM dan cukai dividen, ini kedua-dua dikenakan ke atas golongan tertentu. Walaupun ada cukai baharu diperkenalkan, kerajaan tetap terus memastikan pembayar cukai mendapat sokongan yang perlu.
Ini dapat dilihat apabila kerajaan telah membuat penambahbaikan pelepasan cukai individu. Skop pelepasan, tadi sudah ada beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan peluasan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan, pergigian, pemeriksaan, perubatan lengkap dan sebagainya. Okey, saya akan summarize as much as I can. Okey, pelepasan cukai baharu yang diperkenalkan ke atas perbelanjaan
Puan Lim Hui Ying
pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah serta bayaran faedah pinjaman rumah kediaman pertama. Ini juga merupakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memperkenalkan- ini adalah cukai yang juga baru diperkenalkan kepada golongan tertentu.
Juga ingin menyentuh tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang berkenaan cadangan menaikkan kadar cukai ke atas keuntungan syarikat besar yang mendapat untung besar setiap tahun. Kerajaan mengambil maklum cadangan untuk menaikkan kadar cukai pendapatan syarikat besar daripada...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Timbalan Menteri, minta laluan.
Puan Lim Hui Ying
...24 peratus kepada 27 peratus. Yes.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak dapat penjelasan berkenaan dengan insurans perubatan sekarang ini.
Ada yang dah tak sanggup bayar tinggi. Semua insurans akan meningkat, termasuk insurans perubatan. Jadi akhirnya, mereka menghentikan bayaran bulanan kepada syarikat insurans dan berpindah untuk mendapat rawatan daripada hospital kerajaan. Jadi, apakah persediaan hospital kerajaan ataupun kerajaan untuk nak menangani isu ini bagi rakyat mendapat rawatan yang sewajarnya? Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Isu premium insurans memang telah dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat pada hari ini tetapi itu merupakan satu – baru-baru ini Bank Negara juga telah mengeluarkan satu statement berkenaan dengan kenaikan premium insurans. Jadi, ini adalah di bawah– semua tahu ia adalah di bawah Bank Negara Malaysia dan juga ini meliputi banyak pihak seperti satu daripadanya adalah syarikat insurans dan juga hospital swasta dan sebagainya. Kami dalam proses berunding bagaimana hendak mengatasi keadaan atau isu ini.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh bagi gambaran sedikit ke arah mana penyelesaian isu berkaitan dengan insurans ini kerana dah ramai sangat bangkit, Yang Berhormat Menteri pun sebut tadi. Jadi, apakah pendekatan dan ke arah mana penyelesaiannya ataupun memang kekal itulah jumlah kenaikannya? Terima kasih.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam hal pembayaran insurans ini, mereka dah bayar tujuh tahun, lapan tahun. Sekarang bertukar dan kita bergantung pada agreement yang ditandatangani oleh pelanggan dan operator ketika memulakan. Jadi, ada tak sebarang tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa pemakaian agreement ini, dia kena juga melihat kepada kepentingan masyarakat. Jadi, hal ini adalah tidak munasabah, dia dah spend about ten thousand. Tiba-tiba kalau berhenti pun dibayar balik hanya RM2,000. Jadi, apa pembelaan kerajaan kepada ini? Ini isu besar untuk tribunal sebenarnya, bukan benda kecil. Jadi, saya harap kerajaan ada tindakan supaya kita dapat melihat bahawa kerajaan bela rakyat, bukan bela operator. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira apa yang dihujahkan itu tidak berkaitan dengan pindaan, Yang Berhormat.
Saya ingat kita ada platform yang lain, yang boleh kita perincikan perkara ini kerana ini tertakluk kepada pindaan akta-akta yang telah disebutkan tadi. Saya faham ini isu penting tetapi kita ada platform yang lain, yang boleh kita gunakan. Sila Yang Berhormat, teruskan.
Yang Berhormat, saya bagi lagi dua minit, Yang Berhormat.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Okey, betul seperti yang disebut oleh Dato' Yang di-Pertua. Ini tidak berkaitan terus dengan RUU ini tetapi kita akan bincang di platform yang lain. Jadi, tentang dengan- ada banyak lagi ya. Okey, mungkin saya pilih tentang...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka. Timbalan Menteri, Kota Melaka, isu yang saya bangkit. Check, stamp duty itu. Check...
[Tidak jelas]
Puan Lim Hui Ying
Okey, saya akan sentuh sikit tentang duty stamp. Okey, that’s it. Berhubung dengan isu duty stamp, pelaksanaan sistem taksir sendiri, juga ramai yang telah sebut. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan sistem taksir sendiri di Malaysia bukan merupakan pendekatan baharu dalam mentadbir sesuatu sistem percukaian. Sistem ini untuk melibatkan penggunaan elektronik dalam aspek pengiraan cukai dan penghantaran dokumen yang mana ianya akan memudahkan proses menjalankan perniagaan. Seterusnya, memberikan kedudukan dalam ranking baik kepada negara di dalam inisiatif B-Ready di bawah World Bank. Walaupun memang pada permulaan, mungkin ini akan membebankan syarikat tetapi seperti dalam cukai pendapatan, kita memang juga start with e-filing. Sebelum itu memang susah tetapi kita percaya, dalam jangka masa panjang, ini adalah satu langkah, satu reformasi pentadbiran cukai yang baik. Jadi, berkenaan dengan setem ya, dengan cek.
Banyak sini, jadi saya akan...
Okey, mungkin saya akan jawab kepada Yang Berhormat Kampar yang membangkitkan isu kenaan duti dan ad valorem ke atas pertukaran harta tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini pertukaran harta tanah yang melibatkan wang balasan dan terdapat perbezaan nilai tertakluk kepada duti setem ad valorem, duti tetap RM10 dikenakan sekiranya tiada wang balasan terlibat dan ianya terpakai kepada semua transaksi pertukaran, termasuk juga transaksi perniagaan dan yang bersifat komersial.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Puan Lim Hui Ying
Yes.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh...
Puan Lim Hui Ying
Landing ya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Landing dan selebihnya, Yang Berhormat bagi jawapan secara bertulislah.
Puan Lim Hui Ying
Baik. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Jadi, sebab banyak isu telah dibangkitkan. Jadi, Kementerian Kewangan- kita akan menjawab secara bertulis kepada semua yang berkenaan dan saya di sini berterima kasih. Mengucapkan terima kasih kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan.
Puan Lim Hui Ying
Walau bagaimanapun, saya yakin kita semua di sini mahukan yang terbaik buat negara. Jadi atas kesedaran ini, kita akan cuba mengatasi segala masalah rakyat melalui penambahbaikan ke atas sistem dan pentadbiran percukaian negara. Sekian terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 hingga 33 – Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya, YB Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan dua perkara.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal berapa Yang Berhormat?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Berkenaan dengan fasal 27 iaitu pindaan kepada Jadual Satu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal 27. Sila.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya. Pertama ialah berkenaan dengan cukai ke atas power attorney di mana dinyatakan kalau ia satu conveyance, ia akan dikenakan cukai seperti satu pindah milik tanah, it adds conveyance atau ad valorem. Dato' Yang di-Pertua, sebagai seorang peguam, saya ingin menyatakan a power attorney can never be a conveyance. Ia hanya memberi kuasa untuk bertindak bagi pihak orang lain dan ia hanya menjadi satu conveyance kalau ia ditandatangani bersama dengan trust deed conveyance a right ataupun an assignment, an assignment pun serah hak or atau satu transfer, a transfer. Jadi power attorney, kita tak boleh meminta pihak berkenaan untuk membayar cukai ad valorem. Kalau ini diluluskan, ia akan menjadi huru-hara di dalam kalangan semua peguam-peguam. Sungguhpun ada power attorney dinyatakan is given for consideration, perkataan itu tidak bermaksud bayaran untuk jumlah sesuatu transaksi. Niat dia adalah supaya power attorney itu terus berkuat kuasa apabila donor, orang yang memberikan kuasa itu meninggal dunia kerana di bawah undang-undang power attorney, the power seizes when
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
the donor dies. Tetapi di dalam undang-undang, dinyatakan kalau sesuatu power attorney itu is given for consideration, ia terus berkuat kuasa.
Jadi kalau undang-undang ini diluluskan, katakan seseorang itu pergi ke luar negara, dia mempunyai 10 harta dan memberikan kuasa kepada wakilnya di Malaysia. Kalau kita kenakan cukai duti setem ad valorem itu, power attorney itu mungkin kita perlu membayar berpuluh-puluh ribu ringgit setem tapi niatnya hanya untuk memberi kuasa kepada seseorang di Malaysia semasa beliau berada di luar negara. Jadi ini tidak boleh diluluskan. Kalau diluluskan, menjadi kucar-kacir.
Kedua, saya mendapati...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal berapa Yang Berhormat?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sorry?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal yang sama?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan. Item lagi satu perkara.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal berapa Yang Berhormat?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Item– Dato' Yang di-Pertua...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal berapa?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...Item 38.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal 38? Fasal berapa Yang Berhormat?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadual 1, Item 38 Stamp Act. Big or any kind not describe in this schedule, duit setem adalah RM10. Tetapi baru-baru ini, saya dapati pejabat duti setem mengenakan cukai duti setem ad valorem. Bagi saya selama ini, mana-mana dokumen yang tidak katakan tadi yang saya– contoh yang saya bagi, option. Option tidak dinyatakan dalam senarai Jadual 1. Maksudnya duit setem yang dikenakan adalah yang lain- lain, RM10. Tetapi apa yang mereka buat sekarang ialah mereka kenakan satu peratus. Kalau melebihi RM100,000, dua peratus dan selanjutnya.
Ini melanggari bagi saya undang-undang. Jadi harap pihak kerajaan dapat menyelesaikan hal ini kerana saya pun ada satu kes yang lain di mana satu syarikat keluarga di mana hartanah diberikan sebagai dividen kerana keluarganya nak agihkan semua harta kepada anak-anak melalui dividen secara tanah tapi diminta juga di minta dibayar ad valorem. Dividen itu tidak disenaraikan, jadi ia mestilah nominal RM10 di bawah item 38. Saya minta dapat penjelasan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila. Ada? Okey. Fasal berapa Yang Berhormat Stampin?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya, Dato' Pengerusi, saya ingin melanjutkan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Fasal berapa Yang Berhormat?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Item 59.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Item 59.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Item 59 of fasal 27 subparagraph (f) iaitu berkenaan power of letter of attorney. Saya ingin tanya satu senario di mana kalau ada satu perjanjian development agreement di mana tak ada conveyance, tetapi dalam development agreement itu, ada suatu power of attorney akan ditandatangani di mana pemilik tanah itu akan memberi kuasa kepada pemaju itu untuk jual, unit-unit yang dibina.
Maka kalau kita tengok itu gross development value, mungkin berbilion-bilion dan itu boleh– adakah itu power attorney yang ditandatangani pursuance to development agreement itu. Power attorney itu akan dikenakan stamp duty based on ad valorem tax rate. Kalau itu, memang dia akan menjadikan satu beban yang begitu besar untuk semua pihak.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Pemaju, pemilik tanah, pembeli rumah. So saya ingin minta penjelasan atas soalan itu. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tiga minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan Yang Berhormat Beruas bangkitkan pengenaan duti ad valorem ke atas surat wakil kuasa atau power of attorney (PA). Untuk makluman Yang Berhormat, surat cara PA dikenakan duti tetap RM10, okey berdasarkan Butiran 59 Jadual Pertama Akta Setem 1949. Manakala surat cara pindah milik harta tanah tertakluk kepada duit ad valorem berdasarkan Butiran 32, Jadual Pertama Akta Setem 1949. Namun begitu, terdapat keadaan di mana surat cara PA mengandungi elemen pindah milik dan dikenakan duti tetap RM10 yang mana ia nya tidak selaras dengan peruntukan semasa.
Sehubungan dengan ini, pindaan yang dicadangkan bagi memberikan ketentuan bahawa sekiranya surat cara PA mengandungi elemen pindah milik, ia nya dikenakan duti ad valorem. Namun begitu, bagi kes-kes selainnya akan dikenakan duti tetap RM10.
Cadangan pindaan juga bertujuan menetapkan layanan duti yang sepatutnya ke atas surat cara, surat kuasa untuk wakil berdasarkan kandungan dan tujuan sebenar ia dilaksanakan untuk penyeteman.
Secara asasnya, PA memang dikenakan duti tetap RM10 seperti yang disebutkan tadi. Juga duti- sama dengan itulah, duti- sama dengan soalan Stampin, it’s a same with the attorney PA.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dalam 38 tahun saya sebagai seorang peguam, saya belum nampak satu PA yang merupakan satu conveyance. Jadi, kalau sesuatu dokumen itu ada elemen conveyance, ia bukan lagi dipanggil power attorney. Power attorney, dia jadi wakil sahaja. Jadi, harap pindaan ini jangan diluluskan. Kalau tidak, nanti memang menjadi kucar-kacir di seluruh Malaysia.
Semua pejabat peguam akan menghadapi banyak masalah apabila bertemu dengan pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri duti setem di mana sekarang ini susah mahu jumpa, tidak boleh jumpa pun. Semua melalui online. Semua dokumen akan terkandas dan, kemudian, tidak dapat disetem dalam 30 hari akan didenda pula. Siapa nak bayar? Anak guam kita akan menyalahkan kita kadang-kadang lambat bayar. Tapi kalau nak bayar, bayar berpuluh-puluh ribu ringgit, siapa nak bayar? Jadi, itu akan mengendalakan banyak transaksi.
Harap mendapat arahan ataupun nasihat terlebih dahulu daripada AG Chamber sebelum kementerian melaksanakan item ini. Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Yang Berhormat, pindaan ini hanya memberikan penjelasan layanan duti setem kepada PA dan conveyance. Ini kerana, pada masa ini, memang ada banyak kekeliruan yang berlaku. Okey. Sekian, terima kasih.
[****Fasal-fasal 1 hingga 33** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Aaron Ago anak Dagang) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Langkah-langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 yang dicadangkan adalah bagi melaksanakan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
pindaan untuk menambah baik pentadbiran cukai langsung dan cukai tidak langsung terutamanya dari aspek proses pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai.
Secara keseluruhannya, rang undang-undang ini mengandungi 53 fasal yang dibahagikan kepada lapan bab bagi meminda tujuh akta. Saya mohon untuk menghuraikan setiap bab di dalam RUU ini.
Bab I – Permulaan. Fasal ini menyatakan tajuk ringkas akta iaitu dikenali sebagai Akta Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024.
Fasal 2 menyenaraikan tujuh akta yang dipinda iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Bab II – Pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Bab 2 terdiri daripada tujuh fasal iaitu fasal 3 hingga fasal 9 yang bertujuan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967.
Fasal 3 menetapkan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini adalah pada 1 Januari 2025 kecuali bagi fasal 5 yang akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025.
Fasal 4 secara amnya menetapkan nombor pengenalan cukai yang juga dikenali sebagai tax identification number (TIN), dengan izin, tidak lagi ditafsirkan sebagai bahan yang terkelas di bawah subseksyen 138(5) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh diakses oleh mana-mana orang, melarang mana-mana orang yang mempunyai akses kepada nombor pengenalan cukai orang lain daripada menggunakan nombor tersebut bagi tujuan selain bagi maksud Akta Cukai Pendapatan 1967 serta mengadakan peruntukan kesalahan dan hukuman di bawah subseksyen baharu 66A(6) bagi kesalahan tersebut.
Fasal 5 mewajibkan penghantaran penyata terpinda kepada Ketua Pengarah melalui kaedah elektronik mengikut seksyen 152A.
Fasal 6 menetapkan seseorang perlu mengeluarkan invois elektronik yang dipinda dalam tempoh 72 jam dari masa pengeluaran invois elektronik yang mengandungi kesilapan atau kesalahan berbanding tempoh sebelum ini iaitu tiga hari.
Fasal 7 menetapkan kadar penalti tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi daripada RM100,000 jika tiada tindakan pendakwaan dimulakan berhubung dengan kegagalan untuk mengemukakan penyata, penyata maklumat atau laporan atau maklumat yang betul berkaitan dengan Foreign Account Tax Compliance Act (FATCA), Common Reporting Standard (CRS) dan Country-by-Country Reporting (CbCR), dengan izin.
Fasal 8 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memungut penalti yang dikenakan seolah-olah penalti itu ialah cukai yang kena dibayar.
Fasal 9 menetapkan perayu mempunyai tempoh masa enam bulan dari tarikh rayuan difailkan di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan bagi tujuan meminda alasan yang dinyatakan dalam petisyen rayuan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Bab III – Pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Bab III terdiri daripada 10 fasal iaitu fasal 10 hingga fasal 19 yang bertujuan meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Fasal 10 bertujuan menyatakan bahawa bab ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
Fasal 11 hingga 19 dipinda berbangkit daripada pengenalan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah (CKHT). Antaranya, kewajipan mengemukakan borang dan lain-lain dokumen melalui elektronik dan pengemukaan penyata dan pemberitahuan melalui medium elektronik disifatkan telah diserahkan kepada pemeroleh pada hari penyata dan pemberitahuan dikemukakan; retention sum, dengan izin, seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 tidak akan dikenakan sekiranya pemberitahuan telah diserahkan kepada pemeroleh harta dalam tempoh 40 hari selepas tarikh pelupusan; dan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah lanjutan bagi mengarahkan pembayar cukai mengemukakan penyata walaupun telah disabitkan kesalahan tidak mematuhi peruntukan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Bab IV – Pindaan kepada Akta Setem 1949. Bab IV terdiri daripada 23 fasal iaitu fasal 20 hingga fasal 42 yang bertujuan meminda Akta Setem 1949.
Fasal 20 menyatakan bahawa fasal 22, 25, 26, 27, 34, 36, 37, 38, 40 dan 41 akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, manakala fasal-fasal yang lain akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kerajaan akan melaksanakan Sistem Taksir Sendiri bagi duti setem secara berfasa mulai 1 Januari 2026. Pelaksanaan ini bertujuan memastikan sistem penyeteman dan pembayaran duti setem secara kendiri menjadi lebih cekap dan seterusnya meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pembayar cukai.
Fasal 21 - melibatkan pindaan berkaitan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri dengan memberi kuasa kepada pemungut untuk menjalankan fungsi. Antaranya mendapatkan maklumat lengkap, dokumen tambahan dan penyata berkaitan, termasuk terjemahan dokumen daripada mana-mana orang sama ada secara lisan atau bertulis dan mengehendaki pembayar cukai– pembayar duti, maaf. Menyediakan kemudahan dan bantuan yang munasabah semasa pemungut menjalankan tugasnya. Fasal 21 - juga menetapkan jenis- jenis kesalahan, antaranya enggan memberi kebenaran kepada pemungut masuk ke dalam mana-mana premis dan gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan oleh pemungut.
Kadar denda bagi kesalahan-kesalahan tersebut juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM10,000.
Fasal 22, 25, 26 dan 27 - merupakan pindaan susulan kepada sub butiran 32A(a) di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949 yang dibuat melalui Akta Kewangan (No. 2) 2023.
Fasal 23, 24, 28, 32 dan 33 – merupakan pindaan berbangkit daripada pengenalan Sistem Taksir Sendiri bagi duti setem yang mewajibkan penghantaran penyata dan surat cara melalui medium elektronik dan keperluan menyimpan dokumen bagi tempoh tujuh tahun.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Fasal 29 - juga merupakan pindaan berbangkit daripada pengenalan Sistem Taksir Sendiri duti setem. Antaranya pengemukaan penyata dalam borang yang ditetapkan berserta surat cara hendaklah disifatkan sebagai taksiran yang dibuat oleh pemungut dan kuasa kepada pemungut untuk menentukan jenis surat cara yang terlibat dalam fasa pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri bagi duti setem.
Fasal 30 - mengadakan peruntukan bagi pengendorsan oleh pemungut ke atas surat cara dan penyata yang dikemukakan melalui medium elektronik untuk taksiran duti.
Fasal 31 - menyatakan surat cara perlu disetemkan berdasarkan kepada taksiran yang dibuat oleh pemungut.
Fasal 34, 36, 37 dan 38 - merupakan pindaan susulan berikutan pindaan yang dibuat melalui Akta Kewangan (No.2) 2023. Pindaan dibuat dengan memotong rujukan kepada seksyen 43 akta tersebut.
Fasal 35 - membenarkan pembayar duti menuntut relief ke atas duti yang terlebih bayar disebabkan oleh kesilapan atau kekhilafan melaporkan maklumat. Tuntutan relief perlu dibuat dalam tempoh 24 bulan dari tarikh duti dibayar.
Fasal 39 dan 40 - memperuntukkan jenis kesalahan dan denda. Antaranya kesalahan gagal menyimpan rekod dan memberi notis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
Kesalahan gagal mengemukakan penyata dan sekiranya proses pendakwaan telah dijalankan boleh dikenakan denda tidak melebih RM10,000. Sekiranya tiada proses pendakwaan dijalankan, pemungut boleh mengenakan penalti tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM2,000 dan denda sebanyak tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi daripada RM20,000 bagi kesalahan penipuan duti.
Fasal 41 dan 42 - menetapkan keperluan kepada pemungut untuk mengemukakan kad hak kuasa dalam menjalankan tugasnya dan kuasa kepada pemungut untuk menetapkan jenis borang yang akan digunakan di bawah Akta Setem 1949.
Bab V - pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab V terdiri daripada tiga fasal iaitu Fasal 43 hingga Fasal 45 yang bertujuan meminda Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967.
Fasal 43 - menyatakan bahawa bab ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
Fasal 44 - menetapkan seseorang perlu mengeluarkan invois elektronik yang dipinda dalam tempoh 72 jam dari masa pengeluaran invois elektronik yang mengandungi kesilapan atau kesalahan berbanding tempoh sebelum ini iaitu tiga hari.
Fasal 45 - menetapkan perayu mempunyai tempoh masa enam bulan dari tarikh rayuan difailkan di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan bagi tujuan meminda alasan yang dinyatakan dalam petisyen rayuan.
Bab VI sehingga Bab VIII - pindaan kepada akta-akta cukai tidak langsung. Secara keseluruhannya terdapat tiga akta cukai tidak langsung yang dipinda dalam RUU Langkah- langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 iaitu Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Bab 6 - terdiri daripada dua fasal iaitu Fasal 46 dan 47 - yang bertujuan meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.
Bab VII - terdiri daripada empat fasal iaitu Fasal 48 hingga Fasal 51 yang bertujuan meminda Akta Cukai Jualan 2018.
Bab VIII - terdiri daripada dua fasal iaitu Fasal 52 dan 53 yang bertujuan meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Bab VI sehingga Bab VIII - akan mula berkuat kuasa apabila akta ini mula berkuat kuasa.
Fasal 47 - melibatkan pindaan ke atas Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 bagi memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah Kastam boleh menyediakan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar bagi tujuan pemfailan atau pengemukaan permohonan, penyata, pengisytiharan atau apa-apa dokumen lain dan penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain.
Fasal 49 - pula berkaitan pindaan ke atas Akta Cukai Jualan 2018 bagi membolehkan pengilang berdaftar yang tempoh bercukainya telah diubah untuk mengemukakan penyata berdasarkan tempoh yang telah diubah tersebut.
Fasal 50 - memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam di bawah Akta Cukai Jualan 2018 untuk membuat taksiran terhadap orang yang mengawal atau mengimport barang bercukai.
Fasal 51 - seterusnya meminda jadual kepada Akta Cukai Jualan 2018 untuk memperjelas tempoh bercukai pertama bagi orang kena cukai yang menjual barang bernilai rendah dan berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan 2018 adalah dua bulan selepas akhir bulan orang kena cukai itu didaftarkan dan tempoh bercukai berikutnya ialah tiga bulan.
Fasal 53 - meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 bagi menambah baik pentadbiran cukai dengan membenarkan pengilang berdaftar dan penyedia perkhidmatan berdaftar yang tempoh bercukainya telah diubah untuk mengemukakan penyata berdasarkan tempoh bercukai yang telah diubah itu.
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah yang berhubungan dengan pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas adalah seperti berikut – YB Bagan, YB Putrajaya, YB Beruas, YB Pendang, YB Pasir Gudang, YB Gerik, YB Temerloh, YB Kampar, YB Sabak Bernam, YB Padang Terap dan YB Tuaran.
Saya jemput Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Puan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan kepada Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024. Saya nak merujuk kepada itu Fasal 21, di mana kuasa telah diberikan kepada pemungut untuk memasuki premis, menggeledah dan memeriksa dokumen, barang dan lain-lain dan penetapan kadar denda maksimum RM10,000 atas kesalahan menghalang dan enggan mengemukakan dokumen-dokumen yang lain-lain. Ini adalah kerana kalau kita lihat pindaan subseksyen baru 3A(2A)(2B) dalam akta tersebut memang adalah sesuatu yang memberikan kuasa kepada pemungut untuk masuk ke mana- mana premis untuk pungut cukai, termasuk juga Puan Sri Yang di-Pertua, menaikkan denda kepada RM10,000.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini tentu adalah satu jumlah yang besar tetapi yang penting ialah adakah ini akan dikenakan secara retrospektif? Bila saya sebut secara retrospektif, hanyalah berkaitan untuk tahun taksiran. Kalau kita sebut dalam tahun taksiran, tahun depan selepas rang undang- undang ini diwartakan, tak ada masalah. Tetapi kalau untuk tahun taksiran sebelum ini, adakah ia juga terpakai? Kerana kalau seseorang mereka akan diakses, dinilai atau disiasat berkaitan dengan pendapatan, untuk tahun taksiran sebelum 2025, adakah mereka juga tertakluk kepada rang undang-undang ini? Kalau pindaan ini terpakai, maka ia akan dianggap sebagai dilaksanakan secara retrospektif.
Saya sebut ini kerana kita tahu tentang itu undang-undang. Biasanya tidak retrospektif tetapi ini adalah berlainan kerana ini bergantung kepada tahun taksiran. Kalau taksiran 2016, kita gunakan pindaan yang diwartakan pada tahun 2025, bukankah ini dianggap sebagai sesuatu retrospektif kerana ini berkaitan dengan cukai. Cukai taksiran.
Ini adalah penting supaya kita tidak aniayai mana-mana pembayar cukai. Ini penting.
Ini saya harap dapat penjelasan. Di samping itu, saya juga nak sebut tentang kerana tadi saya tak sempat untuk menyatakan pindaan cukai yang penting kerana kita tahu ekoran pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-47 ada impak dan kesan ke atas ekonomi. Kita bimbang tatkala kita belum pasti apakah kesan ekonomi kepada Malaysia. Bolehkah kita berikan kelonggaran sedikit ke atas liputan cukai yang diperluaskan atau pun cukai baharu yang dikenakan? Kita harap dapat diberikan pertimbangan. Di sini saya ingin rayu agar cukai dua peratus dividen individu yang dicadangkan ke atas pendapatan dividen hanya dikenakan ke atas syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia, tidak kepada syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan. Kerana asalnya kita ingat
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
hanya yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia tetapi sekarang diperluaskan kepada semua syarikat-syarikat.
Ini untuk pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 untuk individu di mana dikenakan dua peratus. Ini memang ada impak yang besar. Kita harap sekiranya masih dilaksanakan, boleh beritahu apakah jumlah yang boleh dipertingkat? Untuk menangani apa- apa cabaran daripada pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke- 47, saya harap kerajaan boleh menimbangkan lagi, membantu IKS yang menghadapi bebanan kewangan ekoran kenaikan gaji minimum sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pekerja.
Juga sumbangan KWSP kepada pekerja asing dengan menaikkan nilai ambang percukaian IKS sebanyak 15 peratus untuk keuntungan RM150,000 yang pertama kepada RM300,000. Kadar 17 peratus untuk keuntungan seterusnya sebanyak RM300,000 sehingga RM600,000 kepada RM700,000. Ini untuk pendapatan tahunan. Ini akan membolehkan IKS menikmati penjimatan percukaian sebanyak RM10,000 untuk tahun taksiran 2025.
Tentu tentang KWSP pekerja asing, kita harap hanya untuk pekerja baharu dan untuk sumbangan majikan, jangan kenakan sampai 13 peratus. Tetapi kalau boleh zero-rated. Ini sekali lagi untuk membantu majikan menghadapi sebarang kemungkinan apabila kita masuk ke ambang tarif dunia, tarif yang akan dikenakan oleh Donald Trump.
Lagi satu ialah, yang terakhir ialah berkaitan dengan e-Invoice. Ini adalah satu perkara yang besar. Selalu rakan sebelah sana juga suka bangkitkan perkara ini. Tetapi saya berdasarkan fakta yang benar iaitu banyak aduan daripada peniaga-peniaga kecil bahawa mereka kena patuhi e-Invoicing. Sekiranya hasil perniagaan setahun melebihi RM150,000 setahun atau pun pendapatan kasar RM12,500 setiap bulan. Ini akan menaikkan kos perniagaan mereka sekurang-kurangnya RM24,000 setahun selain daripada kos pemasangan sistem yang kita belum pastikan lagi. So, kita harap nilai ambang ini atau julat boleh dinaikkan daripada RM150 setahun dari segi pendapatan atau dari segi bukan pendapatan, dari segi penjualan bolehlah dinaikkan daripada RM150,000 setahun kepada RM500,000 setahun. Seperti mana yang dikenakan untuk pembayaran SST. Ini saya percaya akan membantu IKS untuk mengurangkan kos perniagaan mereka.
Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih dan saya terus menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Beluran sebut dekat saya. Dia kata hari ini unik. Abang bahas, adik jawab.
[Ketawa] Dua kali hari ini ya. Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini ingin membahaskan rang undang-undang...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini jangan jolok-jolok lah [Ketawa]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berkaitan ini singkat sahaja. Mengambil kira masa yang ada. Saya ingin fokus kepada dua perkara. Pertama, adalah berkaitan dengan
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
cukai iaitu Cukai Perkhidmatan dan juga Cukai Jualan. Kedua, adalah berkaitan dengan e- Invoice. Jika kita lihat di sepanjang tempoh kerajaan hari ini ditubuhkan, cukai-cukai barang – banyak cukai-cukai baharu yang diperkenalkan dan perluasan skop-skop cukai yang diperkenalkan. Sebagai contoh, hari ini ramai yang bincang tentang cukai keuntungan modal 10 peratus. Kenaikan SST dari enam ke lapan peratus. Perluasan skop cukai pada bidang- bidang tertentu perkhidmatan dan sebagainya tahun lepas. Selain daripada itu juga, kita ada cukai untuk barang bernilai rendah, 10 peratus. Ada juga cukai barang bernilai tinggi ya tetapi belum lagi dilaksanakan. Ada juga cukai dividen. Kalau tengok ucapan belanjawan, akan ada cukai karbon pada 2026. Jadi, banyak kita dengar cerita tentang cukai-cukai ini.
Namun, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya ingat apa yang disebut tadi. Bila ditanya oleh Yang Berhormat Bachok berkaitan dengan berapakah anggaran cukai yang dikutip kerajaan daripada dua peratus cukai dividen? Yang Berhormat Menteri kata perkara ini, kerajaan masih sedang lihat kerana perlu dibuat anggaran. Perkara ini sebenarnya banyak kali saya sentuh dalam ucapan saya. Dalam konteks pengenalan cukai ini, seharusnya sebelum diperkenalkan apa-apa cukai, seharusnya kerajaan telah ada anggaran berapakah kutipan yang akan dibuat dan berapakah skop-skop yang diperluaskan ini akan melibatkan apa benda? Akan melibatkan apa perkara? Akan melibatkan barang apa?
Saya bagi contoh. Tahun lepas kerajaan meningkatkan Cukai Perkhidmatan daripada enam ke lapan peratus dan memperluaskan skop Cukai Perkhidmatan kepada bidang logistik termasuk ya daripada kosong ke enam peratus. Kita lihat pada waktu itu, anggaran adalah RM3.4 bilion. Itu adalah anggaran hasil daripada langkah cukai. Waktu itu saya bertanya, apakah kesan daripada logistik ini telah dilihat? Akan diadakan sesi libat urus bersama dengan pihak logistik. Pada waktu itu, industri merungut. Mereka tidak mendapat gambaran apa sebenarnya kaedah yang akan digunakan oleh kerajaan.
Tahun ini perkara yang sama dilakukan lagi. Saya tanya, saya minta penjelasan sebelum ini. Masih belum ada penjelasan. Kita lihat tahun ini peluasan skop Cukai Jualan sebagai contoh. Disebut dalam ucapan belanjawan, barang makanan asas tak dikenakan cukai jualan. Memang pun tak dikenakan dan akan – barang-barang yang premium kononnya akan dikenakan cukai jualan. Saya just minta senarai. Tak akanlah bila buat anggaran kutipan Cukai Jualan hampir RM1 bilion tak ada senarai, tak ada perkara, tak ada apakah barang- barang yang perlu atau pun yang akan dicukai. Jadi, itu saya sebut tadi bahawa sebelum buat apa-apa perkara, anggaran itu mesti jelas dan telah tentu dah ada dah barang-barang yang disenaraikan. Jadi kenapa tidak dikemukakan perkara ini supaya masyarakat tahu di luar sana apakah kesan cukai-cukai ini kepada mereka?
Saya juga ingin menyentuh tentang e-Invoice. Tadi disebut oleh Bagan bahawa sebelah kami bercakap tentang e-Invoice, dia juga bercakap tentang e-Invoice dan Bagan kata beliau bercakap menggunakan fakta. Fakta itu jugalah telah saya ucapkan di Dewan ini berkaitan dengan e-invois termasuklah nilai threshold RM150,000.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Dalam konteks ini, saya nak bertanya kepada kerajaan. Mengambil kira pelbagai cukai yang diperkenalkan banyak ini, adakah kerajaan akan menetapkan bahawa akhirnya kerajaan akan memperkenalkan GST? Kerana, terlalu banyak. Dia dah jadi macam bercelaru. Sekejap yang itu, sekejap yang ini, sekejap perluaskan skop, tak tahu apa barangan yang terlibat, apa perkhidmatan yang terlibat. Adakah kerajaan bergerak ke arah pengenalan GST?
Now, sekiranya kerajaan ingin memperkenalkan GST, saya nak tanya, adakah perbelanjaan ataupun sistem yang digunakan oleh peniaga untuk e-invois ini dapat digunakan sepenuhnya untuk GST esok di kemudian hari sekiranya kerajaan memperkenalkan GST? Kerana, kita tidak mahu wujud keadaan di mana peniaga-peniaga diminta supaya menggunakan e-invois ini dan kemudian hari, jika kita lihat trend percukaian ini, kerajaan mungkin pergi dekat GST, minta pula peniaga-peniaga ini membeli sistem baharu, membelanjakan duit untuk sistem baharu untuk tujuan GST. Jadi, kerajaan perlu jelas. Apakah langkah menggunakan e-invois ini dalam konteks kalau kerajaan menetapkan buat GST, maka sistem yang sama boleh digunakan untuk tujuan GST?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Susulan daripada apa yang saya bahaskan tadi tentang Rang Undang-undang Kewangan 2024 tadi, akibat daripada pentaksiran sendiri (self-assessment) telah menimbulkan pelbagai masalah. Jadi, ini menjadi satu beban besar kepada rakyat Malaysia. Kerana adanya pentaksiran ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri ada kuasa untuk mendapat maklum balas dan juga kuasa untuk menyerbu dan mengambil dokumen-dokumen daripada mereka yang mentaksir itu.
Kemudian, seksyen 35B, penaksir itu mesti menyimpan dokumen tujuh tahun. Ini satu beban yang amat besar. Kalau mereka tak simpan, apa berlaku? Nanti sudah jadi satu kesalahan.
Juga, di bawah seksyen 72C, telah menjadikan ia satu kesalahan jenayah jika sesuatu dokumen itu tidak ditaksir dan dibayar cukai atau duty stamp dan boleh didenda sampai RM10,000. Kita tahu dalam dunia biasa ini, ramai orang kerana percaya kepada kawan, mereka antara mereka, sebelum pun pergi jumpa seorang peguam, mereka tulis jual beli dalam bahasa Mandarin, bahasa Jawi, bebas berniaga. Tapi, dari segi undang-undang, kerana ada satu surat di mana menyatakan seseorang itu menjual harta itu kepada pihak yang lain, sudah dikena cukai, duty stamp. Tapi, kalau kerana antara mereka, mereka saling percaya mempercayai, mereka sudah melakukan satu kesalahan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, saya mohon pentaksiran ini dibuat oleh pegawai kerajaan yang mengambil gaji dari rakyat. Jangan bebankan rakyat sehinggakan semua ditanggung rakyat dan apabila terlepas pandang, mereka boleh didenda sebagai seorang penjenayah.
Oleh yang demikian, itulah sahaja perbahasan saya. Agar kerana kesilapan pertama menyebabkan lagi banyak lagi beban kepada rakyat, ini tidak baik untuk Kerajaan Madani.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Speaker yang memberi peluang ke atas saya membahaskan Rang Undang-undang Kewangan ini. Sebagai Ahli Parlimen daripada blok pembangkang, jadi tanggungjawab kami untuk memastikan iaitu segala pindaan yang dibentangkan tidak hanya memenuhi aspirasi kerajaan tetapi turut menjaga kepentingan rakyat, usahawan kecil dan juga daya saing negara.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan isu nombor pengenalan cukai yang kini dikecualikan daripada diklasifikasikan sebagai maklumat sulit di bawah seksyen 138(5) Akta 53. Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan nombor pengenalan cukai dalam memperluaskan asas cukai pendapatan khususnya dengan sokongan pelaksanaan e-invois? Adakah analisis risiko keselamatan telah dibuat memandangkan nombor pengenalan cukai kini boleh diakses oleh pihak luar? Kita perlu berhati-hati agar keterbukaan ini tidak membuka ruang kepada penyalahgunaan data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Scammer-lah.
Yang Berhormat Menteri perlu menjelaskan berkenaan dengan kenapa scammer sekarang berleluasa. Melalui e-invois sekarang yang ada pembayaran melalui e-elektronik dan juga e-banking semua ini, yang sangat berleluasa yang memberi kesan yang sangat buruk kepada rakyat jelata ini. Juga, imej negara yang dikatakan sedang menuju ke arah negara maju ini, kalau ini kita tidak beri perhatian, makna imej negara maju ini akan lambat lagilah ataupun tidak tercapai apa yang disasarkan oleh kerajaan.
Berhubung dengan sistem e-invois, adakah kerajaan merancang galakan cukai yang lebih menyeluruh untuk membantu pembayaran cukai bagi melaksanakannya? Maknanya, orang-orang yang perlu bayar cukai, dia akan melaksanakan tanggungjawab dia sebagai pembayar cukai dengan sistem e-elektronik sekarang ini. Mungkin kalau kita sampai satu peringkat apabila pembelian dibuat di kedai-kedai atau di mana-mana, ataupun penjualan berlaku, di situ dah sistem telah mengesan ataupun detect untuk mereka dikenakan cukai.
Oleh sebab itu― contohnya, peningkatan kadar elaun modal ke atas pembelian peralatan ICT dan perisian. Bagi perusahaan mikro, kecil, sederhana (PMKS), langkah mewajibkan e-invois berpotensi menjadi bahan besar khususnya dari segi kos pelarasan sistem, latihan kakitangan dan keperluan kemahiran IT. Adakah kerajaan
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
mempertimbangkan pelaksanaan secara sukarela bagi PMKS sehingga mereka benar-benar bersedia?
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu, apakah pendekatan kerajaan untuk membantu peniagaan kecil di bawah ekosistem seperti e-dagang atau penghantaran makanan yang menghadapi margin keuntungan yang tipis khususnya kepada golongan GrabFood dan sebagainya ini? Jadi, untuk pengecualian, walaupun kerajaan telah meletakkan ambang pendapatan RM150,000 untuk pengecualian, bagaimana kerajaan memastikan PMKS yang berada di bawah ambang ini tidak terbeban?
Puan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada pindaan Akta Cukai Jualan 2018.
Fasal 50 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam untuk membuat taksiran terhadap individu yang mengawal atau mengimport barang bercukai. Saya ingin bertanya, apakah mekanisme semak dan imbang yang disediakan untuk memastikan kuasa ini tidak disalahgunakan?
Selain itu, kerajaan bercadang menaikkan cukai jualan untuk barangan bukan keperluan asas termasuk barangan premium seperti salmon dan avokado. Bolehkah kerajaan menjelaskan kategori penuh barangan ini?
Pada masa yang sama, apakah pengecualian cukai yang akan diberikan kepada input pengilangan untuk membantu pengeluar tempatan untuk mengekalkan daya saing?
Seperti mana yang disebut oleh Putrajaya tadi, kerajaan tidak breakdown, tidak menyenaraikan barangan-barangan yang akan ditentukan ini.
Puan Yang di-Pertua, pindaan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 juga membuka ruang kepada perluasan cukai perkhidmatan ataupun SST kepada transaksi komersial antara perniagaan (B2B) mulai Mei 2025. Apakah unjuran hasil tambahan daripada langkah ini?
Apakah juga senarai perkhidmatan B2B yang dikecualikan cukai dan adakah kajian impak terhadap rantaian ekonomi telah dilakukan?
Sedikit sahaja, Puan Yang di-Pertua. Last sekali. Bagi Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, peralihan kepada sistem taksir sendiri adalah langkah ke hadapan. Namun, Pendang ingin bertanya, apakah langkah kerajaan untuk membantu pembayar cukai yang tidak biasa dengan sistem elektronik e-CKHT ini?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Apakah tempoh masa yang diberikan untuk membuat pembetulan sekiranya berlaku kesilapan dalam pengiraan cukai mengikut sistem yang baru ini? Selain fasal 14 membolehkan Ketua Pengarah memberikan pengecualian cukai kepada pelupusan yang tidak menghasilkan keuntungan, bagaimanakah proses ini dilaksanakan dan adakah garis masa tertentu untuk memaklumkan keputusan kepada pembayar cukai?
Puan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia, saya ingin juga menekankan bahawa sistem taksir sendiri memindahkan beban pengiraan cukai kepada pembayar cukai. Sekiranya berlaku kesilapan atau kelewatan, apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh kerajaan? Adakah penalti akan dikenakan? Apakah kadar penalti tersebut?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebagai penutup, kerajaan perlu memastikan semua pindaan ini dilaksanakan dengan berhati-hati dan berfokus kepada pelaksanaan yang adil. Kita tidak mahu dasar yang tidak kelihatan, yang kelihatan baik di atas kertas akhirnya menjadi beban kepada rakyat termasuk juga kepada usahawan kecil dan sektor ekonomi penting negara. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Jelutong tak ada hari ini, tak ada pantunlah. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Speaker. RUU Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 ini saya anggap penting kerana ia bertujuan untuk memperkemaskan beberapa akta berkaitan cukai.
Kesemuanya ada tujuh pindaan kepada tujuh akta seperti Akta Cukai Pendapatan, Akta Cukai Keuntungan, Akta Setem dan lain-lain.
Puan Yang di-Pertua, Belanjawan Kerajaan Persekutuan pada tahun depan, 2025 sebanyak RM421,000 juta atau RM421 bilion. Soalnya, jumlah yang besar ini, lebih RM400 bilion ini datang dari mana? Jadi, kita tentu dapat jawapannya iaitu daripada hasil-hasil negara kita. Cukai pendapatan menyumbang 41.8 peratus, cukai langsung 3.1 peratus, cukai tidak langsung 16.7 peratus. Ertinya, cukai ini penting untuk perbelanjaan negara kita. Rakyat kita pun semakin tahun semakin ramai. Tahun ini 34.1 juta, tahun depan rakyat kita akan meningkat menjadi 34.3 juta. Hasil atau revenue juga akan meningkat. Dalam masa yang sama, hutang negara kita pun besar, lebih RM1 trilion.
Puan Yang di-Pertua, saya melihat, secara amnya, lebih daripada 50 peratus hasil Kerajaan Persekutuan disumbangkan oleh kutipan cukai langsung, lebih 50 peratus. Sekitar 85 peratus daripada cukai langsung tersebut dijana daripada cukai pendapatan. Cukai tersebut dikenakan ke atas pendapatan syarikat dan individu yang diperoleh di Malaysia atau pendapatan yang diterima di Malaysia dan di luar negara. Syarikat dikenakan cukai pada kadar 24 peratus ke atas pendapatan bercukai dengan manakala perusahaan mikro, kecil dan sederhana mendapat manfaat daripada kadar konsesi, 15 peratus, 17 peratus dan 24 peratus.
Jadi, Puan Yang di-Pertua, dalam soal cukai ini saya menyimpulkan, memandangkan pemungutan cukai penting kepada ekonomi negara, maka saya ingin mencadangkanlah kerajaan perlu naikkan hasil setiap tahun. Saya mencadangkan supaya kerajaan memikirkan agar menaikkan kadar ke atas keuntungan syarikat-syarikat besar. Ertinya, kita naikkan cukai keuntungan syarikat-syarikat besar yang mendapat untung besar setiap tahun. Sekarang, syarikat-syarikat besar ini yang pendapatannya besar dikenakan cukai 24 peratus.
Jadi, kita jangan bebankan rakyat, ringankan kehidupan rakyat, kita naikkanlah cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat yang besar ini. Saya cadangkan naik tiga peratus lagi supaya menjadi 27 peratus. Jadi, dengan cara itu saya lihat barulah akan berlaku pengagihan yang lebih adil, kekayaan negara kita ini. Pekerja-pekerja kita pun gajinya tak besar. Ertinya,
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
tak sampai 40 peratus daripada hasil kekayaan sesebuah syarikat itu. Jadi, itulah cadangan saya. Nak selamatkan negara ini, jangan seksa rakyat tapi naikkan cukai syarikat-syarikat besar ini. Sekian, terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Gerik bagi membahaskan tentang RUU Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, Gerik ingin menyentuh tentang dua perkara sahaja iaitu tentang Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806] dan juga berkenaan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807]. Jadi, pindaan ini dilihat baik untuk bertujuan memperkemas proses tuntutan bayaran balik cukai, memperkukuh sistem pentadbiran cukai serta memastikan ketelusan dan keadilan dalam penguatkuasaan.
Walaupun terdapat pelbagai kebaikan, ada juga pertimbangan keburukan yang perlu kita lihat dan impaknya kepada rakyatlah serta sektor perniagaan. Antara kebaikannya adalah meningkatkan kecekapan pentadbiran. Ini adalah salah satu pindaan ini yang kita lihat dapat memperkemaskan proses tuntutan bayaran balik cukai, menjadikan prosedur lebih sistematik dan jelas. Dengan keperluan dokumentasi yang terperinci, risiko kesilapan dan tuntutan palsu mungkin dapat diminimumkan sekali gus ianya akan melindungi hasil negara kita.
Keduanya adalah pindaan ini baik untuk memperkuat penguatkuasaan sebab ia memberi kuasa kepada Ketua Pengarah dalam perubahan subseksyen 27(6) dalam Akta 806 ini contohnya. Ia akan memberikan penalti yang lebih ketat kepada pihak yang membuat tuntutan palsu dan ini bukan sahaja memastikan ketelusan tetapi juga mendidik pembayar cukai untuk lebih bertanggungjawab.
Ketiganya, mungkin juga pindaan ini dibuat bagi menyelaraskan proses dengan teknologi, sebab kita sekarang dah melibatkan digitalisasi ya. Seperti tuntutan secara dalam talian di bawah subseksyen 26(2) Akta 807 ini, memudahkan pengguna untuk mengurangkan birokrasi terutamanya dalam sektor perniagaan.
Namun, ada juga keburukan pindaan yang perlu kita lihat seperti pertamanya meningkatkan beban pentadbiran, keperluan dokumentasi tambahan contohnya atau prosedur yang lebih ketat maka menyebabkan kos pematuhan akan meningkat. Perkara ini memberi kesan besar kepada perniagaan kecil yang mungkin tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menguruskan dokumentasi yang kompleks.
Kemudian, kita juga khuatir jika berlakunya kemungkinan salah guna kuasa kerana pindaan ini memperluaskan kuasa pihak berkuasa sedia ada untuk menyiasat tuntutan dan mungkin menimbulkan risiko salah guna kuasa atau ketidakadilan kepada pembayar cukai yang sebenarnya. Kemudian, masa dan pemprosesan juga.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sekiranya tempoh masa untuk memproses bayaran balik tidak dipendekkan, rakyat dan perniagaan mungkin akan terjejas. Jadi, dan mungkin perniagaan ini jika berlaku kelewatan dan sebagainya, akan menjejaskan juga dia punya aliran tunai dan proses urus niaga mereka.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Jadi, berikut ada beberapa cadangan tambahan juga untuk Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan ini, untuk lebih adil, efektif dan tidak membebankan rakyat.
Antaranya adalah satu pemendekan tempoh proses bayaran balik. Jadi, cadangannya kerajaan perlu menetapkan tempoh maksimum. Contohnya, 30 hari bekerja untuk memproses tuntutan bayaran balik cukai. Sepatutnya amat penting terutama kepada peniaga-peniagalah. Ia akan mengurangkan kelewatan yang mungkin menjejaskan aliran tunai perniagaan terutama PKS lah.
Kemudian yang kedua adalah penambahbaikan sistem digital bagi tuntutan cukai seperti membangunkan portal digital khusus untuk tuntutan cukai jualan dan perkhidmatan yang lebih mesra pengguna. Contohnya, automasi proses bagi mengesahkan dokumen contohnya. Kemudian, ciri pengesanan status tuntutan yang membolehkan pemohon memantau proses tuntutan mereka. Setakat mana dah. Kemudian, mengurangkan juga kebergantungan kepada kaedah manual yang mungkin adanya akan berlaku kesilapan, di samping dia untuk mempercepatkan proseslah.
Kemudian, yang ketiganya adalah latihan dan sokongan untuk PKS. Jadi, cadangan juga pihak kerajaan kena sediakan latihan dan bengkel percuma kepada pemilik perniagaan.
Macam mana dulu kalau masa kita buat GST itu semua, penuh dengan training dan sebagainya. Sama juga, jika ada penggunaan invois dan sebagainya perlulah ada latihan dan sokongan kerana PKS ini terutama yang berada di luar bandar. Mungkin dia tak sampai dia punya pengetahuan dan dia punya internet dan sebagainya.
Kemudian lagi satu adalah mekanisme rayuan yang lebih adil. Jadi, cadangannya menyediakan mekanisme rayuan yang lebih telus bagi pembayar cukai yang tuntutan mereka ditolak. Jadi, kalau ada rayuan itu juga, contohnya adakan satu tribunal bebas dan sebagainya untuk mendengar kes mereka. Kemudian...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Ketawa] . Yang terakhirnyalah, yang terakhir.
Insentif kepada pembayar cukai yang patuh. Jadi, diharapkan akan – di samping mengenakan hukuman dan sebagainya, perlulah ada satu insentif juga kepada perniagaan atau individu yang patuh kepada perjalanan akta ini dan ia juga adalah satu proses bagaimana kerajaan menggalakkan supaya peniaga usahawan dan individu ini patuh kepada undang-undang yang telah kerajaan tetapkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Temerloh ingin mengambil bahagian membahaskan pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976 yang terkandung dalam Bahagian III Rang Undang-undang Akta Cukai (Pindaan) 2024.
Selain meningkatkan hasil cukai negara melalui pengenaan cukai yang lebih menyeluruh ke atas keuntungan jual, beli hartanah, Temerloh ingin penjelasan, adakah pindaan ini dapat menangani spekulasi hartanah yang menyebabkan harga rumah terus meningkat khususnya di kawasan bandar utama? Temerloh ingin tahu, adakah pindaan ini dapat menyediakan kerangka perundangan yang lebih jelas dan menyeluruh bagi transaksi hartanah yang melibatkan rakyat tempatan dan pelabur asing? Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius.
Pertama, beban kepada pemilik hartanah sederhana. Pindaan ini harus mengambil kira kebimbangan rakyat biasa yang menjual hartanah untuk keperluan penting seperti pendidikan anak-anak atau penjagaan kesihatan keluarga. Mereka mungkin terbeban dengan kadar cukai yang lebih tinggi. Oleh itu kerajaan perlu mempertimbangkan pengecualian atau kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang tergolong dalam golongan B40 dan M40.
Kedua, pelabur asing dan ekonomi domestik. Sementara usaha untuk menangani spekulasi hartanah dialu-alukan, pindaan ini diharapkan dapat memastikan pelaburan terus masuk ke dalam sektor hartanah tanpa mengabaikan keperluan rakyat tempatan. Temerloh ingin mengetahui, adakah kadar cukai keuntungan hartanah berbeza antara hartanah warganegara dan juga hartanah warga asing? Berapakah jumlah peratus hasil kutipan cukai keuntungan hartanah kepada pendapatan negara?
Tiga, cadangan penambahbaikan. Temerloh ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap pindaan ini. Pertama, kadar progresif berdasarkan tempoh pegangan tanah. Kadar cukai keuntungan hartanah harus lebih progresif iaitu semakin lama seseorang memegang hartanah sebelum dijual, semakin rendah kadar cukainya. Ini dapat menggalakkan pemilikan jangka panjang, dapat mengurangkan spekulasi.
Kedua, pengecualian untuk hartanah pertama. Mereka yang menjual hartanah pertama terutamanya golongan B40 dan M40 perlu dikecualikan daripada cukai ini untuk meringankan beban mereka. Ketiga, pemantauan lebih ketat terhadap transaksi spekulasi.
Kerajaan perlu memastikan agensi berkaitan menjalankan pemantauan ke atas aktiviti spekulasi dengan lebih ketat dengan lebih ketat termasuk pembelian pukal oleh pelabur.
Fasal 11(a), pindaan ini bertujuan untuk menggantikan seksyen 13(4) Akta Cukai Keuntungan Hartanah. Pertama, langkah ini menunjukkan usaha kerajaan untuk peralihan kepada sistem elektronik sepenuhnya. Menghendaki penyata cukai di bawah Akta 169 dikemukakan melalui media elektronik atau cara penghantaran elektronik yang ditetapkan.
Diharapkan ini dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran, mempercepatkan proses pengumpulan data serta menyokong digitalisasi, pentadbiran cukai serta mengelakkan kelewatan kutipan cukai.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Namun, adakah Kementerian Kewangan sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang mencabar?
(i) ketidaksediaan infrastruktur teknologi;
(ii) jurang kemahiran digital;
(iii) risiko keselamatan dan privasi data; dan
(iv) potensi gangguan sistem.
Temerloh ingin penjelasan, apakah kelebihan sistem taksir sendiri kerana berhadapan dengan cabaran-cabaran dan kelemahan. Pertama, kesalahan atau ketidakpatuhan. Pembayar cukai mungkin melakukan kesilapan dalam pengiraan atau sengaja mengurangkan jumlah yang dilaporkan. Kedua, kos tambahan kepada pembayar cukai kerana bantuan profesional seperti akauntan atau penasihat cukai. Ketiga, kebergantungan kepada sistem elektronik. Keempat, penipuan cukai dengan tanggungjawab penuh di tangan pembayar cukai, ada risiko data tidak tepat dilaporkan untuk mengelak cukai.
Oleh itu, Temerloh ingin tahu, apakah langkah-langkah penambahbaikan untuk sistem taksir sendiri?
Perenggan 11(b) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu ke dalam subseksyen 13 Akta 169. Apakah kelebihan pindaan ini kerana berhadapan dengan kelemahan-kelemahan tadi?
Seterusnya, yang terakhir Temerloh ingin supaya pindaan fasal 11 membawa perubahan signifikan kepada pembayar cukai melalui permohonan proses pentadbiran percukaian. Temerloh ingin tahu, berapakah jumlah pemilikan hartanah di negara kita milik warga asing? Berapakah jumlah milikan hartanah domestik yang sudah dijual kepada warga asing? Walaupun ia memberikan banyak manfaat seperti kecekapan dan pengurangan birokrasi, cabaran seperti akses teknologi dan keselamatan data memerlukan pemerhatian kerajaan bagi memastikan semua pembayar cukai dapat manfaat dalam sistem ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.
Sebelum saya mulakan perbahasan, saya nak ucapkan tahniah kepada Bagan, kepada Seputeh dan juga Kit Siang kerana telah menang saman fitnah terhadap kepada sepupu Kepala Batas, RM750,000. Juga baru bulan lepas, Bagan juga menang saman terhadap Pagoh, RM1.35 juta. Jadi, jumlah saman telah menang RM2.1 juta. Saya juga nak sarankan Pendang yang kuat fitnah DAP dalam Dewan untuk keluar Dewan buat dakwaan di luar Dewan supaya kita boleh saman.
Jadi, saya teruskan dengan perbahasan saya, RUU Langkah-langkah bagi Pemungutan Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024. Pertama, fasal 4 di mana Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) bukan lagi maklumat third
Tuan Chong Zhemin - Kampar
class. Sebelum ini, TIN adalah third class dan hanya boleh didedahkan kepada pembayar cukai atau orang yang diberi kuasa. Jadi, selepas TIN bukan lagi maklumat third class, apakah safeguard yang kita ada supaya orang lain yang ada akses kepada TIN ada maklumat peribadi ini? Jadi, saya mohon supaya Timbalan Menteri boleh jelaskan apakah safeguard yang kita ada.
Kedua, fasal 7 dan 8, pengenalan penalti daripada RM20,000 hingga RM100,000.
Jika gagal mengemukakan penyata yang berkaitan dengan Foreign Account Tax Compliance Act (FATCA), Common Reporting Standard (CRS) dan Country-by-Country Reporting
(CbCR).
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Untuk makluman, CRS ini dikemukakan oleh Organization of Economic Cooperation and Development (OECD). Pada masa kini, Malaysia bukan satu ahli bagi OECD tetapi kita hanya ahli bagi OECD Inclusive Framework. Jadi persoalan saya, adakah Malaysia berhasrat untuk menjadi ahli OECD?
Ketiga, Akta Cukai Jualan 2018, Fasal 51. Di sini kita gubal untuk tetapkan tempoh bercukai pertama bagi orang kena cukai yang menjual barang bernilai rendah ataupun LVGT, ini pembangkang yang sering bangkit. Sebenarnya, ini bukan cukai baru, ini cukai sales tax bawah Akta Jualan. Kita perluaskan skopnya untuk barangan bernilai RM500 ke bawah.
Jadi, sekarang kita tukar cukai dalam tempoh ini dan banyak kali pembangkang hendak cuba kelirukan orang ramai, katakan sekarang kita kenakan LVGT, high value goods tax kita belum laksana, kita tekan orang yang miskin. Ini tidak betul. Bilakah LVGT ini diluluskan?
Pertama, (LVGT) low value goods tax diumumkan dalam Bajet 2022. Semasa zaman pemerintahan Perikatan Nasional. Yang kedua, diluluskan bila? Di luluskan dalam Parlimen pada 4 Ogos 2022. Juga masa zaman pemerintahan Perikatan Nasional. Jadi, tax ini pada mulanya kita hendak kenakan pada 1 Januari 2003 tetapi kita telah tangguh beberapa kali.
Masa itu kita bahas di sini, kita tangguh ke 1 April 2003. Kali kedua kita tangguh lagi sampai 1 Januari 2024. Jadi, saya mohon pembangkang jangan lagi hendak kelirukan orang bahawa ini satu cukai baru.
Yang terakhir, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Fasal 53. Sepatutnya untuk cukai perkhidmatan ini, saya rasa kita perlu ada satu iltizam untuk laksanakan single pricing policy di Malaysia. Sekarang kita pergi restoran, kita pergi hotel-hotel. Semua menu kita nampak ada harga plus-plus. RM50++, RM100++. Semasa dahulu zaman GST, telah masuk di dalam Akta Cukai GST, apa harga yang akhir yang dipaparkan haruslah termasuk cukai GST.
Jadi, mengapa untuk cukai perkhidmatan ini harga akhir tidak boleh dipaparkan? Jadi, saya harap ini boleh dilaksanakan, single pricing di Malaysia kerana saya rasa ini tidak adil untuk pengguna-pengguna. Kita tengok menu, kita ingat kita bayar RM10 tetapi dia plus-plus.
Charge perkhidmatan ataupun service charge. Cukai perkhidmatan dikutip oleh kerajaan. Business hanya bantu kutip, oleh itu kita panggil indirect tax. Kita kutip dan bayar kepada kerajaan. Tetapi charge perkhidmatan ini di-charge oleh business tetapi saya hendak katakan di sini, ada banyak business, terutamanya restoran-restoran fast food. Mereka tak
Tuan Chong Zhemin - Kampar
pakai lagi waiter/waitress untuk ambil tempahan, sekarang guna kiosk. Kita pergi kiosk, kita order sendiri, kita ambil makanan sendiri dan kita perlu bersihkan meja sendiri. Jadi, kalau untuk restoran-restoran sebegini, mengapa kita boleh masih bagi charge perkhidmatan?
Banyak restoran yang kita masuk, bagi iPad. Waiter pun sudah tidak ambil menu. Bagi iPad, kita order sendiri, kita bayar bil sendiri. Jadi, untuk restoran-restoran sebegini, adakah charge perkhidmatan masih boleh lagi dikutip? Jadi, saya mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Izinkan saya merujuk kepada isu nombor pengenalan cukai (TIN) dan sistem e- invois. Subseksyen baru 66A(4) bertujuan memperuntukkan bahawa apa-apa nombor pengenalan cukai yang diberikan di bawah seksyen 66 Akta 53 dan dijadikan boleh diakses oleh Ketua Pengarah kepada mana-mana orang yang tidak boleh ditafsirkan sebagai bahan yang terkelas di bawah subseksyen 138(5) Akta 53.
Jadi soalan saya, sejauh manakah tahap keberhasilan dan kadar penggunaan nombor pengenalan cukai TIN untuk menyokong pelaksanaan e-invois, khususnya dalam memperluaskan asas cukai pendapatan serta apakah implikasi terperinci? Memandangkan TIN ini bukan lagi maklumat third class dan boleh diakses oleh orang ramai dengan pindaan ini, mengambil kira risiko keselamatan.
Seterusnya, apakah bentuk galakan cukai kerajaan bagi menggalakkan pembayar cukai taksiran melaksanakan e-invois sepenuhnya? Termasuk meningkatkan dari segi kadar elaun modal yang dibenarkan, dituntut di atas perbelanjaan modal bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer yang sedia ada dan juga pembayaran sampingan berkaitan pembangunan perisian komputer untuk kegunaan perniagaan mereka.
Apakah kerajaan bersedia mempertimbangkan rangka kerja e-invois secara sukarela yang lebih menyeluruh untuk memberi flexibility kepada PMKS supaya tindakan mewajibkan e-invois untuk PMKS tidak menjerat mereka dalam dilema pematuhan? Ini mengambi kira para PMKS untuk menampung perbelanjaan membangun, selain kos penyelenggaraan dan pelarasan sistem e-invois yang ketara seperti kos latihan dan perisian. Walaupun kos sekali sahaja, ia masih memberi kesan kepada perniagaan kecil. Apatah lagi cabaran sumber manusia dan keperluan untuk meningkatkan kemahiran IT di kalangan kakitangan serta kos- kos lain yang tidak dapat dielakkan.
Adakah terdapat kajian impak terhadap golongan peniaga kecil yang bernaung di bawah syarikat besar seperti e-dagang dan penghantar makanan yang belum bersedia mengadaptasi peralihan kepada e-invois? Sedangkan ada yang sedang berdepan dengan penurunan margin keuntungan dan masalah aliran tunai. Walaupun kerajaan meletakkan ambang pendapatan atau jualan tahunan sebanyak RM150,000 untuk PMKS, apakah
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
kelonggaran yang diberi supaya ia tidak memaksa usahawan kecil untuk mengalihkan sumber daripada aktiviti perniagaan teras atau berhadapan dengan risiko ketidakpatuhan?
Seterusnya, adakah wujud juga perbezaan kaedah pelaksanaan e-invois untuk PMKS yang mempunyai kedai fizikal, kedai dalam talian ataupun kedai hibrid? Jika belum- juga sebelum ini, e-invois juga menjadi komponen ataupun GST pada tahun 2014. Ramai pembayar cukai firma perakaunan berkanun dikehendaki berbelanja untuk menaik taraf sistem komputer dan melatih sumber manusia sebelum GST dimansuhkan. Bagaimana pula dengan pelaksanaan sistem e-invois ini?
Juga Sabak Bernam ingin bertanya berkaitan dengan cukai ini. Apakah langkah- langkah penguatkuasaan yang dibuat oleh kerajaan terhadap peniaga-peniaga yang masih lagi berdegil menjalankan perniagaan secara haram iaitu tidak ada permit perniagaan dan sebagainya? Mereka ini sudah tentu mendapat pendapatan nilai ambang yang lebih daripada RM150,000. Kadang-kadang sebab tidak bayar cukai, tentulah untung banyakkan?
Sebagai contoh, kita lihat ada peniaga yang berniaga di traffic lights, jeruk buah- buahan di traffic lights. Berleluasa. Mereka sudah tentu tidak ada permit dan sebagainya.
Tetapi terus berniaga di beberapa banyak traffic lights di seluruh negara kita ini ya. Mereka tidak adil. Peniaga tempatan yang membayar cukai, macam-macam kos dikenakan cukai, sedangkan mereka menjual secara percuma. Hanya hulurkan melalui tingkap sahaja, tak payah cukai, untung berlipat ganda.
Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk membanteras peniaga-peniaga seperti ini?
Kalau satu hari dia boleh jual 50 beg, RM10 sudah RM500 satu hari. Kalau 30 hari, seratus, ada RM15,000 sebulan. Itu satu traffic lights. Kalau taukenya itu satu hari dia jaga lima traffic lights, RM15,000 kali lima dah RM75,000 sebulan. Jadi, ini macam tidak ada satu penguatkuasaan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Jadi, saya cadangkan supaya selain daripada gangguan lalu lintaslah pelancong- pelancong datang nanti dia cerita balik sana orang Malaysia jual buah dekat traffic light kita pun malulah. Kebanyakan mereka yang berniaga ini bukannya bermastautin dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ya, saya duduk ya. Saya duduk ya.
[Ketawa] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Padang Terap untuk mengambil bahagian
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
dalam Perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh Akta Cukai Pendapatan 1967 fasal 4 subseksyen 66A(4) dan (5). Subseksyen 66A(4) memperuntukkan bahawa, “Apa-apa nombor pengenalan cukai yang diberikan di bawah seksyen 66 Akta 53 dan dijadikan boleh diakses oleh Ketua Pengarah kepada mana-mana orang tidak boleh ditafsirkan sebagai bahan yang terkelas di bawah subseksyen 138(5) Akta 53”.
Namun begitu, “subseksyen 66A(6) melarang mana-mana pihak yang mempunyai akses kepada suatu nombor pengenalan cukai orang lain daripada menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan untuk digunakan nombor pengenalan cukai itu”.
Persoalannya, bagaimanakah kerajaan memastikan maklumat nombor pengenalan cukai ini selamat dan tidak boleh disalahgunakan oleh pihak lain untuk tujuan lain seperti mana yang berlaku di negara jiran kita di Indonesia berlakunya kebocoran data yang mendedahkan nombor pengenalan pembayaran cukai jutaan rakyat Malaysia termasuklah Presiden, Menterinya dan dua anak lelakinya. Series serangan siber yang telah melanda syarikat-syarikat dan agensi kerajaan di Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menurut pakar berpunca daripada kelemahan kerajaan dalam melindungi data peribadi.
Saya juga ingin membangkitkan tentang usaha yang dibuat oleh pihak LHDN untuk memudah cara pendaftaran nombor pengenalan cukai (TIN) kepada golongan perusahaan kecil, peniaga kecil, individu dan mungkin yang mana mereka mungkin menghadapi kesukaran terhadap akses internet komputer dan sebagainya terutamanya mereka yang berada di pedalaman. Apakah langkah pendidikan, latihan dan kesedaran yang sudah dilaksanakan oleh pihak kementerian?
Kemudian tentang e-Invoice. Apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan e- Invoice secara sukarela yang lebih menyeluruh untuk memberi fleksibiliti kepada PMKS supaya tindakan mewajibkan e-Invoice untuk PMKS tidak menjerat mereka dalam pematuhan? Ia mengambil kira keupayaan PMKS untuk menampung perbelanjaan pembangunan selain kos penyelenggaraan dan pelarasan sistem e-Invoice yang ketara seperti kos latihan dan perisian walaupun kos sekali sahaja ia masih memberi kesan kepada perniagaan kecil.
Adakah terdapat kajian impak terhadap golongan peniaga kecil yang bernaung di bawah syarikat besar seperti e-dagang dan penghantaran makanan yang belum bersedia mengadaptasi peralihan invois sedangkan ada yang sedang berhadapan dengan penurunan margin keuntungan? Saya juga minta perincian berapakah jumlah penyertaan PMKS yang menyertai platform tutorial, bimbingan dan panduan pengguna yang dilaksanakan oleh LHDN bagi membantu PMKS menggunakan portal MyInvois? Apakah jaminan keselamatan sistem MyInvois berada pada tahap yang optimum serta dapat mengatasi risiko ancaman daripada penggodam.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Akta Cukai Perkhidmatan 2018 fasal 53 bertujuan meminda subseksyen 26(2) Akta 807 untuk membolehkan penyedia perkhidmatan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
berdaftar yang tempoh bercukainya telah diubah untuk mengemukakan penyata berdasarkan tempoh ditetapkan. Mohon perincian mengenai perluasan skop cukai perkhidmatan SST kepada perkhidmatan baharu seperti transaksi perkhidmatan komersial antara perniagaan B2B mulai Mei 2025.
Saya merasa sangat simpati kepada rakyat yang akan berhadapan dengan kesan perluasan skop cukai sama ada kesan langsung atau kesan tidak langsung terutamanya rakyat di pedalaman seperti Padang Terap. Satu kaji selidik dilakukan Pusat Penyelidikan undian UPSI, universiti mendapati 66 peratus rakyat Malaysia menentang kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST. Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, “Kesan berangkai berlaku di segenap peringkat perniagaan misalnya di peringkat pengeluar kerana apabila gaji naik dan berlaku perluasan cukai, mereka akan mengalami kenaikan kos. Kenaikan kos itu akan diserap dalam harga barangan dan akhirnya ditanggung oleh pihak pengguna”. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024.
Puan Yang di-Pertua, Tuaran menerima baik objektif dan [Tidak jelas] pembentangan rang undang-undang ini dan tentunya semua objektif yang disentuh di dalam pembentangan, kita melihat tentang pelbagai cabaran kewangan negara termasuklah perlunya meningkatkan pungutan hasil kerana kita berhadapan dengan cabaran RM1 perpuluhan trilion hutang negara dan tentunya kita perlu kukuhkan aliran tunai kerajaan.
Cuma dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga seperti rakan daripada Stampin ingin bertanya apakah sebenarnya kerajaan telah mempertimbangkan pelbagai cara antaranya GST dan SST? Saya ingin bertanya, telah kita lihat daripada 195 buah negara di dunia ini, 175 negara telah pun melaksanakan GST dan hanya 20 negara lagi yang belum melaksanakan GST.
Jadi kenapakah, apakah pertimbangan-pertimbangan yang harus diambil oleh kerajaan dalam peralihan ini? Apakah kerajaan melihat tentang keberkesanan ataupun hal- hal ketelusan dalam hal pemungutan cukai di antara GST dan SST dan termasuk juga untuk mempertingkatkan tax base dan sebagainya?
Seterusnya Puan Yang di-Pertua, Tuaran ingin mencadangkan agar mempertimbangkan untuk memberikan tax relief, pelepasan cukai ataupun kurangkan pendapatan yang dikenakan cukai untuk semua pekerja di Sabah. Rasionalnya ialah yang
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
pertamanya amalan sekarang ialah semua pekerja yang berasal daripada Semenanjung dan ditukarkan ke Sabah diberi Elaun Susah Hidup (Hardship Allowance).
Ini adalah sebagai pampasan kerajaan terhadap pekerja-pekerja ini kerana kos sara hidup yang tinggi di Sabah dan keadaan kemudahan asas yang begitu jauh lebih rendah di Sabah berbanding di Semenanjung tetapi kepada mereka yang memang pun berada di Sabah orang-orang Sabah, mereka terpaksa menanggung beban gaji yang sedia ada yang rendah dan terpaksa membayar cukai seperti dengan kadar yang sama seperti yang dibayar oleh pekerja-pekerja Semenanjung yang bekerja di Sabah.
Yang kedua ialah kadar gaji kepada mereka yang ada di Sabah jauh lebih rendah, memang lebih rendah berbanding dengan rakan-rakan mereka yang berada di Semenanjung walaupun kadar kos sara hidup di Sabah jauh lebih tinggi dan seperti mana yang saya katakan awal tadi kemudahan asas yang jauh lebih teruk berbanding dengan – contohnya jalan-jalan raya di Sabah sering dikaitkan dengan seperti di bulan dan sebagainya.
Yang ketiganya ialah kos sara hidup di Sabah seperti yang saya katakan tadi memang lebih tinggi berbanding dengan purata kos sara hidup kebangsaan sedangkan asas kenaikan gaji di Semenanjung dan Sabah adalah sama iaitu purata kebangsaannya.
Contohnya ia dari segi perumahan. Kos perumahan di Sabah memang jauh lebih tinggi berbanding dengan apa yang ada di Semenanjung.
Yang keempatnya kalaulah Sabah ini sebuah negara, tarafnya samalah dengan Vietnam ataupun lebih rendah dan statusnya yang negara seperti ini, Sabah akan diberikan preferential trading dan insentif-insentif lain seperti negara Vietnam. Malah langkah yang sistem percukaian yang ada sekarang sering kita anggap ini tidak sesuai dan tidak adil dan kita perlu diperbetulkan dan ini cadangan daripada Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ini kita boleh lihat beberapa langkah kerajaan yang kita nampak positif. Contohnya, dari segi subsidi diesel. Kita tidak dikenakan di Sabah dan masih lagi ada subsidi di Sabah.
Selain daripada kosnya, jalan rayanya memang tidak bagus dan penggunaan kereta-kereta pacuan empat roda di Sabah dan sebagainya. Itu satu yang baik.
Begitu juga dengan cukai jalan ya. Cukai jalan di Sabah dan Sarawak kadarnya jauh lebih rendah berbanding dengan Semenanjung. Sebab, memperlihat keadaan jalan raya yang terbaru di Sabah dan kita terima kasih kepada kerajaan. Sepatutnya cukai itu pun juga harus dibuat dengan seperti buat contoh yang saya ambil tadi.
Puan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Demi menghormati dan melaksanakan Prinsip Rukun Negara, khususnya Keluhuran Perlembagaan, adalah menjadi kewajipan ataupun obligation Kerajaan Persekutuan melaksanakan hak Perlembagaan Sabah mendapatkan 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil Persekutuan yang didapati atau derived daripada Sabah seperti yang terkandung dalam Laporan IGC, Perkara 20 Perlembagaan Persekutuan dan dokumen Perjanjian Malaysia.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tanpa Perjanjian Malaysia, sepertimana yang saya, Tuaran sering nyatakan dalam Dewan ini, negara ini tidak akan wujud. Supaya Kerajaan Persekutuan tidak terbeban mengurus tadbir soal pemberian 40 peratus tersebut, maka Sabah hendaklah diberi pengecualian memungut cukai tersebut ataupun cukai-cukai yang dipungut hasil daripada Sabah itu, 40 peratus itu, boleh dimasukkan terus ke akaun consolidated account Kerajaan Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, saya menggulung sudah.
Maka, Tuaran mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan meminda Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Sabah memungutkan cukai dan hasil supaya Kerajaan Persekutuan dapat memenuhi kewajipan dan obligation Persekutuan sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.
Boleh saya bagi dua pantun? Boleh?
*Rukun Negara tunjang utama, Prinsip ketiga keluhuran Perlembagaan, Sudah termaktub 40 peratus hak Sabah, Mengapa khianati keluhuran Perlembagaan.
Berbilang budaya, agama dan bangsa, Rakyat Tuaran harmoni muhibah, Pelbagai cabaran kita bersama, Membangun negara tanggungjawab semua.* Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Masa 15 minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan kepada 11 orang Yang Berhormat yang mengambil bahagian.
Satu daripada isu yang dibangkitkan berkenaan dengan e-invois. Kerajaan telah membuat keputusan di mana peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM150,000 diberi pengecualian daripada pengeluaran e-invois. Buat masa ini, nilai ambang jualan tahunan tersebut adalah dikekalkan dan pengecualian ini akan melibatkan lebih 700,000 peniaga kecil dan mikro yang tidak perlu mengeluarkan e-invois.
Namun, kerajaan menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e-invois selaras dengan aspirasi negara ke arah pendigitalan perniagaan. Ini kerana inisiatif e-invois akan dapat membantu perniagaan untuk membuat sistem perekodan jualan dan pembelian serta penyimpanan dokumen yang lebih teratur yang mana akhirnya dapat melancarkan operasi perniagaan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan tempoh peralihan selama enam bulan bagi memberi kelonggaran kepada perniagaan untuk mengeluarkan e-invois disatukan, iaitu e-invois yang menggabungkan semua transaksi jualan setiap bulan. Sepanjang tempoh peralihan ini, penalti tidak akan dikenakan kepada perniagaan yang sekurang-kurangnya mengeluarkan e-invois disatukan.
Dalam usaha untuk membantu perniagaan melaksanakan e-invois ini tanpa melibatkan sebarang kos tambahan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyediakan Portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran e-invois kepada LHDN. Sebagai tambahan, aplikasi MyInvois telah dibangunkan dan disediakan kepada pembayar cukai. Kini, pembayar cukai boleh melaksanakan e-invois menerusi aplikasi MyInvois di telefon pintar masing-masing pada bila- bila masa dan di mana jua.
Oleh demikian, kerajaan akan terus komited untuk membantu semua syarikat termasuk PMKS sepanjang tempoh peralihan dalam melaksanakan e-invois sepenuhnya.
Sesi libat urus, aktiviti pendidikan dan Hand-holding Program, dengan izin, akan terus dipergiat di seluruh negara bagi menjelaskan proses dan mekanisme pelaksanaan e-invois di samping memberi bimbingan berhubung penggunaan Portal MyInvois.
Berkenaan dengan GST yang dibangkitkan oleh YB Tuaran dan YB Putrajaya. Pada masa ini, kerajaan belum berhasrat untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan
(GST) memandangkan SST mudah difahami oleh peniaga dan rakyat kerana telah digunakan lebih 40 tahun dan masih boleh ditambah baik berbanding memperkenalkan semula GST yang memerlukan tempoh persediaan yang lebih panjang, baik di pihak kerajaan mahupun di pihak industri.
Kerajaan akan terus memastikan penambahbaikan sistem cukai sedia ada tidak memberi kesan kepada golongan rentan dalam aspek kesan regresif dikurangkan dan kesan inflasi yang terkawal sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu seperti GST. Tambahan pula, pelaksanaan semula GST perlu mengambil kira kesan kepada setiap lapisan masyarakat, khususnya golongan B40.
Bagi persoalan e-invois, maklumat daripada e-invois akan diguna pakai untuk penguatkuasaan SST di masa hadapan dan juga GST masa hadapan, jika dilaksanakan.
Sebarang pertukaran cukai penggunaan akan mengambil kira faktor kesesuaian data yang diperolehi daripada e-invois.
Berkenaan dengan nombor pengenalan cukai adalah nombor cukai pendapatan seperti mana rekod sedia ada di LHDN. Selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 66A Akta Cukai Pendapatan 1967, pelaksanaan nombor pengenalan cukai ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 bagi memperluaskan asas cukai pendapatan dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem percukaian negara. Pada masa ini, capaian TIN hanya terhad kepada pembayar cukai yang telah berdaftar.
Berdasarkan peruntukan semasa di bawah seksyen 138 ACP 1967, TIN diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan tidak boleh dikongsikan oleh LHDN dengan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
mana-mana pihak kecuali untuk tujuan yang terhad seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 138(2).
Selaras dengan pelaksanaan e-invois, TIN tidak lagi diklasifikasikan sebagai maklumat sulit di bawah seksyen 138 dan boleh dibenarkan untuk diakses oleh Ketua Pengarah kepada mana-mana orang. Peruntukan ini melarang mana-mana orang yang mempunyai akses kepada satu nombor pengenalan cukai orang lain daripada menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan untuk digunakan nombor pengenalan cukai ini bagi tujuan selain daripada maksud Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah merupakan kesalahan yang dikenakan hukuman tidak melebihi RM4,000 atau hukuman penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Bagi tentang ― mungkin saya akan jawab kepada YB Pasir Gudang berkenaan dengan isu meningkatkan hasil kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum cadangan untuk menaikkan kadar cukai pendapatan syarikat besar daripada 24 peratus kepada 27 peratus.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan pernah melaksanakan cukai makmur iaitu cukai pada kadar 33 peratus secara one-off ke atas syarikat dengan pendapatan bercukai melebihi RM100 juta bagi tahun taksiran 2022. Cukai tambahan sebanyak sembilan peratus hanya dikenakan kepada baki pendapatan bercukai melebihi RM100 juta.
Kerajaan bersetuju bahawa kenaikan kadar cukai pendapatan seperti pengenaan cukai makmur sememangnya memberi impak yang besar kepada kutipan hasil cukai negara.
Walau bagaimanapun, seperti mana jaminan kerajaan sebelum ini, cukai makmur adalah bersifat one-off bertujuan untuk meningkatkan keupayaan negara untuk menghadapi krisis kesihatan pada masa hadapan dan dengan itu tidak akan dilanjutkan.
Pada masa ini juga, diperhatikan trend kadar cukai pendapatan syarikat global adalah pada kadar yang minima pasca Covid-19. Sebagai contoh, Singapura pada 17 peratus, Hong Kong pada 16.5 peratus, Thailand pada 20 peratus dan Indonesia pada kadar 22 peratus.
Selain itu, bagi syarikat besar multinasional, kerajaan juga telah mengumumkan pelaksanaan pengenaan cukai minimum global atau global minimum tax (GMT) pada kadar 15 peratus mulai tahun 2025 selaras dengan komitmen Malaysia terhadap piawaian percukaian antarabangsa.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
GMT seperti saya telah huraikan tadi, akan dilaksanakan ke atas syarikat MNE yang mempunyai pendapatan global tahunan bagi kumpulan MNE sekurang-kurangnya EUR750 juta. Jadi, ini merupakan satu cukai tambahan. Juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif dan kajian dijalankan secara berterusan oleh kerajaan dalam meneliti secara menyeluruh suatu sistem percukaian seimbang, adil dan saksama supaya dapat menyokong dan meningkatkan kutipan hasil cukai negara.
[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kajian akan juga melibatkan usaha meneroka dengan merujuk kepada sistem percukaian pelbagai negara bagi menggubal dasar dan memperkenalkan cukai-cukai baharu yang efektif yang menyumbang kepada pertambahan hasil negara utamanya tanpa membebankan rakyat jelata. Juga kepada Yang Berhormat Kampar, pertama tentang caj perkhidmatan.
Kita perlu bezakan antara cukai perkhidmatan dan caj perkhidmatan. Caj perkhidmatan bukan merupakan cukai yang dikenakan dan dikutip oleh kerajaan. Ianya merupakan caj yang dikenakan oleh sesebuah premis perniagaan seperti restoran dan hotel dan terpulang kepada premis untuk mengenakan caj perkhidmatan ataupun tidak.
Ia juga dikutip berdasarkan kepada collective agreement antara majikan dan pekerja dan kutipan caj ini akan diagihkan kepada pekerja berdasarkan kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Caj yang diagihkan oleh pekerja ini merupakan pendapatan tambahan yang diterima pekerja. Kepada Yang Berhormat Beruas, okey.
Kita faham kekhuatiran Yang Berhormat Beruas berkenaan tentang penyimpanan rekod selama tujuh tahun. Penyimpanan rekod selama tujuh tahun adalah selari dengan kewajipan penyimpanan rekod di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Pelaksanaan sistem taksir sendiri di Malaysia bukan merupakan pendekatan baharu dalam mentadbir sesuatu sistem percukaian dan selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa.
Sistem taksir sendiri ini juga melibatkan penggunaan elektronik dalam aspek pengiraan cukai dan penghantaran dokumen yang mana ianya akan memudahkan proses menjalankan perniagaan dan seterusnya memberi kedudukan atau ranking baik kepada negara di dalam inisiatif B-READY di bawah World Bank. Ianya juga bukan merupakan beban tambahan kepada pembayar cukai.
Sistem taksir sendiri telah diperkenalkan sejak tahun 2001 untuk pembayar cukai korporat dan kemudiannya diikuti dengan pembayar cukai individu pada tahun 2003. Ianya merupakan reformasi pentadbiran cukai yang berjaya yang mana kesannya dapat dilihat melalui peningkatan pematuhan cukai dan seterusnya dapat memberi kutipan positif kepada kutipan hasil.
Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan, sistem pentadbiran percukaian serta komitmen bagi meningkatkan tahap percukaian pembayar cukai, pelaksanaan sistem taksir sendiri yang diperluaskan kepada CKHT dan duti setem dan dilaksanakan secara berperingkat akan menjadi satu transisi ke arah pengurusan dan pentadbiran sistem pemungutan cukai yang lebih cekap, mudah dan berkesan. Di sini, kita memang ada beberapa fasa. Pelaksanaan sistem taksir sendiri bagi duti setem akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan kepada jenis surat cara atau perjanjian.
Pelaksanaan secara berperingkat ini bagi memberi ruang masa kepada pembayar cukai, ejen atau firma profesional untuk membuat persediaan bagi mengadaptasi kepada sistem taksir sendiri yang akan dimulakan dengan surat cara atau perjanjian yang mudah untuk dilaksanakan seperti surat cara berkaitan sewa atau pajakan. Penyeteman am dan sekuriti mulai 1 Januari 2026. Fasa kedua akan bermula pada 1 Januari 2027 melibatkan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
surat cara pindah milik harta tanah dan seterusnya lain-lain surat cara atau perjanjian yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2028.
Kerajaan melalui LHDN akan meningkatkan komunikasi melalui pelbagai medium seperti panduan pengguna dan video pendidikan untuk memberikan panduan langkah demi langkah kepada pembayar cukai bagi memastikan pelaksanaan sistem taksir sendiri ini berjalan dengan lancar. Kita juga akan menjelaskan proses penyeteman di bawah sistem taksir sendiri duti setem melalui garis panduan yang akan dikeluarkan.
Antara negara yang telah melaksanakan sistem taksir sendiri duti setem adalah seperti Ireland, Singapura, United Kingdom dan Australia. Pembayar duti tidak risau jika ada berlakunya kesilapan dalam membuat pengiraan duti dan sebagainya kerana LHDN akan meneliti dahulu apa-apa kesilapan yang berlaku dan tidak akan mengenakan penalti sewenang-wenangnya.
Kerajaan juga bersedia untuk mempertimbangkan tempoh peralihan berhubung dengan kenaan penalti berdasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Pengarah LHDN. Objektif utama pengenalan TIN adalah untuk pembudayaan pematuhan cukai sebagai kewajipan kepada negara.
Pelaksanaan TIN yang bermula pada 1 Januari 2022 memastikan pelbagai dokumen atau borang percukaian seperti penyeteman dokumen rasmi diwajibkan mempunyai TIN. Ini akan meningkatkan aktiviti pengesanan oleh LHDN, meluaskan asas percukaian negara dan seterusnya berupaya menangani isu ekonomi bayangan dan ketirisan hasil negara.
Jadi, selain itu berkenaan dengan Yang Berhormat Padang Terap, berkenaan dengan skop perkhidmatan- senarai perkhidmatan yang tertakluk kepada peluasan skop akan bergantung pada sesi libat urus bersama pihak berkepentingan yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan. Senarai akan diumumkan pada awal tahun 2025 sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei 2025.
Juga kepada Yang Berhormat Tuaran okey, berkenaan dengan pembayar cukai individu boleh menuntut pelepasan cukai yang meliputi pelepasan diri sendiri, pasangan, anak-anak, perbelanjaan perubatan, gaya hidup dan sebagainya. Kita ada 23 jenis pelepasan cukai diberikan kepada pembayar cukai individu termasuk semua pekerja di Sabah.
Berhubung dengan isu hak Sabah, untuk mendapat 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil Persekutuan dan cadangan supaya Perlembagaan dipinda. Perkara ini adalah di bawah platform Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian MA63 dan tidak berkaitan dengan RUU yang dibahaskan pada hari ini. Jadi, inilah jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 53 – Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ya, YB.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada seksyen 35B. Saya memohon kepada kerajaan supaya dikurangkan. Kalau hendak juga dilaksanakan, dikurangkan tempoh masa untuk menyimpan dokumen kepada enam bulan. Kita tahu kalau sesuatu taksiran dibuat oleh mana-mana akauntan atau peguam, mereka akan simpan dokumen secara tujuh tahun. Tapi ramai yang orang persendirian, mereka akan membuat taksiran cukai setem dan dokumen mereka tidak akan simpan untuk tujuh tahun.
Kerajaan memerlukan rakyat jelata membayar setem dalam 30 hari. Kalau selepas rakyat sudah mentaksir setem yang perlu dibayar, menjadi kewajipan pihak kerajaan untuk menyatakan sama ada setuju atau tidak.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan sampai lima, enam tahun kemudian datang kata saya tak setuju. Mesti ada masa juga untuk pihak kerajaan. Saya bagi mereka enam bulan untuk menyatakan tafsiran itu betul atau tidak. Jangan sampai tujuh tahun. Tidak adil.
Berkenaan dengan seksyen 72C. Ini pertama kalilah ia menjadikan satu kesalahan jenayah di bawah pengutipan cukai duti setem dan boleh didenda sampai RM10,000. Ini sangat-sangat ada kesan yang sangat meluas kerana kalau seorang Ahli Parlimen, dia membuat sesuatu perjanjian dengan kawan tapi tak bayar cukai setem kerana mereka kawan.
Itu satu surat saja. Tapi ikut undang-undang, suatu jual beli itu sungguh pun dalam satu surat itu perlu membayar cukai setem dan di bawah Perkara 48(1)(e), Perlembagaan Persekutuan.
Kalau orang ini, Ahli Parlimen ini didenda RM3,000 kerana melebihi RM2,000, dia akan hilang kelayakan.
Jadi untuk menjadikan sesuatu kutipan setem, satu perkara jenayah merupakan suatu yang sangat berbahaya. Saya memohon agar supaya pengutipan cukai duti setem tidak menjadi satu perkara jenayah. Kerajaan boleh mengenakan kompaun. Dulu – undang-undang sekarang, sampai empat kali ganda. Sekarang disyorkan 10 peratus.
Kalau dalam masa tiga bulan, melebihi tiga bulan lagi 20 peratus, itu satu cadangan yang sangat baik tetapi janganlah menjadikan kutipan setem itu suatu perkara jenayah. Harap kerajaan fikir dengan mendalam. Jangan mana-mana Ahli Parlimen, ADUN yang menjadi mangsa kerana sesuatu yang kita tidak fikir masak-masak sebelum diperkenalkan sebagai undang-undang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Fasal-fasal 1 hingga 53 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Belum. Menteri mesti jawab. Saya harap dapat satu jawapan. Sekurang-kurangnya bantahan saya ini didengar dalam rekod Parlimen. Saya sudah menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, mewakili rakyat menyampaikan mesej kepada kerajaan. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jemput Timbalan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas. Tempoh masa seperti saya sudah sebutkan tadi, tempoh masa penyimpanan tujuh tahun adalah selaras dengan keperluan semasa di bawah semua sistem percukaian. Sistem cukai pendapatan, CKHT, duti setem, cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Semua adalah selaras iaitu tujuh tahun.
Berkenaan dengan penalti, pembayar duti tidak perlu risau juga kerana jika mereka membuat kesilapan dalam pengiraan duti dan sebagainya kerana kita akan, LHDN terutamanya akan meneliti dahulu apa-apa kesilapan yang berlaku. Dan kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan tempoh peralihan berhubung dengan kenaan penalti dengan berdasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Pengarah LHDN.
Saya faham tadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas berkenaan dengan jumlah yang akan menjejaskan mungkin kelayakan seseorang wakil rakyat. Ini kita akan kaji atau sebab ini jadi tapi kita this one, ini adalah di bawah Ketua Pengarah LHDN.
Jadi kita mungkin boleh, kita akan tengok berapa – kesilapan itu kita mungkin dalam proses itu, kita akan pastikan semua dibuat dengan teratur sekali.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, kita mendaulatkan undang- undang. Kedaulatan Undang-undang dalam Rukun Negara. Jangan kita bagi budi bicara kepada ketua pengarah. Kita sebuah negara, undang-undang mesti adil, saksama mengikut Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan ia jadi – kita tertakluk kepada budi bicara seseorang itu. Berapa tinggi pangkatnya pun, kita tak boleh menjadikan seseorang itu menentukan nasib kita.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Beruas. Lagi silakan Timbalan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Kita akan ambil maklum. Terima kasih.
[****Fasal-fasal 1 hingga 53** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (Datuk Chan Foong Hin) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan
(Pindaan) (No.2) 2024 yang dicadangkan adalah bertujuan memperuntukkan pengenalan sistem taksir sendiri, memperuntukkan perubahan kepada taksiran asas tahun semasa dan pengemukaan dokumen kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.
Selain itu, rang undang-undang ini juga bertujuan menambah baik struktur pentadbiran percukaian Labuan, memperjelas peruntukan akta bagi memberi kepastian kepada pemain industri Labuan dan membolehkan perkongsian maklumat percukaian entiti Labuan dilaksanakan secara teratur.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya rang undang-undang ini mengandungi 29 fasal yang bertujuan meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini.
Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 meminda peruntukan berhubung takrifan seperti berikut. Meminda takrif aktiviti perniagaan Labuan berbangkit daripada pemotongan takrif operasi perkapalan dan takrif tempoh asas untuk memperuntukkan perubahan berkenaan tempoh asas bagi sesuatu tahun tafsiran dari asas tahun sebelum dipinda kepada asas setahun semasa. Memotong takrif operasi perkapalan dan takrif syarikat domestik dan memasukkan takrif baharu taksiran.
Fasal 3 memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan syarat substantif pekerja sepenuh masa adalah terdiri daripada orang yang layak dan wajar dalam mengendalikan aktiviti perniagaan Labuan.
Fasal 4, 5, 6, 7, 9, 10 dan 11 memperuntukkan pindaan berikutan pengenalan sistem taksir sendiri bagi entiti Labuan. Antaranya seperti pengemukaan seperti kepada KPHDN penyata keuntungan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Memperuntukkan bahawa taksiran hendaklah disifatkan telah dibuat oleh KPHDN pada hari penyata keuntungan dikemukakan oleh entiti Labuan. Penyata keuntungan yang dikemukakan oleh entiti Labuan hendaklah disifatkan sebagai notis taksiran dan disifatkan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
telah disampaikan ke atas entiti Labuan itu pada hari KPHDN disifatkan telah membuat taksiran itu.
Apa-apa cukai yang kena dibayar hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh genap masa iaitu pada hari terakhir bulan ketujuh dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan dan memperuntukkan kuasa KPHDN untuk memberi ansuran dan meremit apa-apa jumlah kenaikan kepada entiti Labuan bagi taksiran yang dibangkitkan.
Fasal 7 turut membenarkan penyampaian notis taksiran atas notis taksiran tambahan dibuat secara pos biasa atau pun pos berdaftar.
Fasal 8 membenarkan entiti Labuan yang di cukai 24 peratus untuk menuntut rebat zakat.
Fasal 11 memperuntukkan bahawa pengeluaran notis tuntutan tidak lagi relevan berikutan daripada pengenalan sistem taksir sendiri.
Fasal 13 bertujuan menghalang pembayar cukai daripada membangkitkan apa-apa bantahan ke atas amaun cukai yang ingin didapatkan semasa prosiding sivil.
Fasal 14 memberi Menteri kuasa membenarkan penyampaian atau pendedahan penyata keuntungan, akaun berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud Akta 445 kepada mana-mana orang.
Fasal 15 untuk membuat peraturan berkenaan skop tatacara dan fi berhubung ketetapan awal di bawah seksyen 17B.
Fasal 16 memperuntukkan mana-mana rekod elektronik, salinan atau cetakan rekod elektronik bagi mana-mana borang yang ditetapkan hendaklah menjadi keterangan yang boleh diterima jika rekod berkenaan diperakui oleh KPHDN atau disahkan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950.
Fasal 17 memudahkan entiti Labuan atau seseorang agen bagi pihak entiti itu mengemukakan borang yang ditetapkan melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.
Fasal 18 memperuntukkan masa untuk membetulkan sebarang kesalahan atau kesilapan invois elektronik dalam tempoh 72 jam dari masa pengeluaran invois tersebut.
Fasal 19 memperuntukkan kewajipan memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersih mengikut mana-mana yang berkenaan.
Fasal 20 memperuntukkan bagi kesalahan tidak mengemukakan butiran yang betul, kesalahan tidak mematuhi notis yang diberikan dan pelanggaran berkenaan kewajipan pemberian maklumat dan pengemukaan dokumen untuk menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar.
Fasal 21 bertujuan mengadakan peruntukan bagi kesalahan keingkaran dalam mengemukakan penyata keuntungan dan memberi Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri kuasa untuk mengenakan penalti yang bersamaan dengan tiga kali ganda amaun cukai yang
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
kena dibayar bagi suatu tahun tafsiran jika tiada pendakwaan telah dimulakan berhubung dengan keingkaran itu.
Mengadakan peruntukan bagi kesalahan membuat penyata keuntungan yang tidak betul atau memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan pengenaan cukai.
Mengadakan peruntukan bagi mendapatkan penalti yang dikenakan ke atas mana-mana orang yang ingkar mengemukakan penyata keuntungan atau membuat penyata keuntungan atau memberi maklumat yang tidak betul seolah-olah penalti itu sebahagian daripada cukai yang kena dibayar.
Fasal 22 memperuntukkan kesalahan bagi kegagalan mengeluarkan invois elektronik dan keingkaran mengemukakan penyata keuntungan sebagai kesalahan yang boleh di kompaun.
Fasal 23 memotong peruntukan penalti ke atas mana-mana orang yang membuat akaun berkanun palsu berikutan tiada keperluan mengemukakan akaun berkanun susulan pelaksanaan sistem taksir sendiri.
Fasal 25 meminda peruntukan berkaitan penyampaian dokumen susulan pindaan ke atas peruntukan berkaitan notis taksiran dan pemotongan peruntukan berkaitan pengeluaran notis tuntutan. Pindaan ini juga menggantikan cara penyampaian dokumen dari penyampaian melalui pos kepada penyampaian melalui pos biasa.
Fasal 26 mengadakan peruntukan bagi kebolehterimaan apa-apa dokumen yang dikemukakan, disampaikan atau diberi bagi maksud Akta 445 dalam mana-mana prosiding mahkamah.
Fasal 27 mengadakan peruntukan berkenaan apa-apa ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan akta ibu berkaitan dengan tempoh asas bagi tahun taksiran 2025 serta peruntukan kecualian dan peralihan. Maka, peruntukan akta ibu hendaklah terbatal setakat ketidakselarasan itu.
Fasal 28 memperuntukkan bahawa pada tahun 2025, terdapat dua tahun taksiran iaitu tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2024, asas tahun sebelum dan tahun taksiran 2025 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir dalam tahun 2025.
Fasal 29 mengandungi peruntukan kecualian dan peralihan untuk memastikan kelancaran perubahan daripada sistem taksiran berasaskan tahun sebelum kepada sistem taksiran tahun semasa.
Kerajaan terus komited untuk menambah baik pentadbiran cukai, meningkatkan pematuhan cukai, seterusnya memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap sistem percukaian negara. Usaha mengekang ketirisan hasil cukai akan terus dipergiat. Sesi libat urus akan diteruskan bersama pemain industri Labuan dan pihak pengamal percukaian untuk meneliti cadangan reformasi cukai yang diterima oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.
Saya menerima dua orang pembahas. Pertama, YB Labuan. Kedua, YB Kangar. Silakan YB Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan Labuan peluang untuk turut sama dalam perbahasan pada petang ini. Saya ingin menyatakan sokongan saya terdapat beberapa penambahbaikan yang telah diperkenalkan, terutamanya berkaitan dengan sistem taksir sendiri (STS) dan juga penghantaran penyata keuntungan secara elektronik atau e-Filing.
Namun pada masa yang sama, saya ingin memberi tumpuan kepada pengemaskinian peruntukan berkenaan, kesalahan dan penalti berkaitan pelaksanaan STS ini seperti denda RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara dua tahun kerana ingkar kemuka penyata keuntungan adalah satu langkah yang tegas. Namun, saya rasa kita perlukan waktu untuk menyesuaikan diri kerana kekurangan fasiliti untuk STS dan e-Filing. Labuan sekarang menghadapi masalah fasiliti asas berbanding negeri wilayah- wilayah Persekutuan yang lain, terutamanya gangguan bekalan utiliti asas, gangguan berterusan dalam bekalan elektrik dan air memberi kesan negatif kepada perniagaan tempatan. Walaupun kerajaan dalam proses menambah baik masalah elektrik dan air, namun ia nya mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menumpukan perhatian kepada penambahbaikan dasar untuk memperjelas syarat substantif pekerja sepenuh masa. Saya ingin mencadangkan kerajaan melaksanakan dasar buruh yang efektif kerana Labuan masih menghadapi masalah pengangguran. Labuan mencatatkan 7.2 peratus kadar pengangguran mengikut Statistik Tahunan Tenaga Buruh 2022. Saya berharap agar cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Perubahan yang dirancang perlulah disokong dengan fasiliti, dasar dan sokongan yang memadai agar ia dapat dilaksanakan secara efektif dan adil kepada semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua, mudah-mudahan perbahasan kita hari ini akan bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Maka, saya dengan ini menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB Labuan. Seterusnya, saya persilakan YB Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, Kangar mengambil kesempatan untuk membahas RUU bagi meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Jadi, sebagai sebuah pelabuhan pesisir luar, terdapat usaha-usaha untuk menjadikan Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa yang berjaya dan diyakini oleh komuniti perdagangan antarabangsa.
Di sini Kangar juga ambil kesempatan untuk membandingkan Labuan dengan Pulau Langkawi. Pulau Langkawi adalah pulau bebas cukai yang mana tumpuannya adalah dalam sektor pelancongan. Jadi, kerajaan juga perlu membantu membangunkan Pulau Langkawi dengan menambahkan barang-barang bebas cukai bagi meningkatkan hasil negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada merujuk kepada fasal 4 seksyen 5. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5 dengan seksyen berikut, pemfailan penyata keuntungan entiti Labuan yang dikenakan cukai. Jadi, seksyen 5(1), suatu entiti Labuan yang menjalankan satu aktiviti perniagaan Labuan yang subseksyen 2(B)(1A) atau seksyen 4 terpakai hendaklah bagi setiap tahun taksiran mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata keuntungan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikut berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
Jadi, soalan saya dari segi pengukuhan proses pemfailan. Mengapakah penyata cukai dilanjutkan dari tiga bulan kepada tujuh bulan? Apakah rasional kepada pindaan ini?
Soalan kedua, apakah jaminan penggunaan borang dalam subseksyen (1) yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik menjamin kecekapan penghantaran maklumat penyata keuntungan?
Soalan ketiga, adakah pindaan RUU ini akan dapat memastikan pematuhan kepada standard antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh organisasi kerjasama dan pembangunan ekonomi ataupun OECD?
Soalan keempat, setakat manakah Labuan dapat mengelak daripada senarai hitam tax haven dengan izin, oleh OECD dan EU?
Tuan Yang di-Pertua, Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan ataupun Labuan IBFC menawarkan perkhidmatan kewangan seperti insurans, perbankan, pengurusan kekayaan dan pembentukan syarikat. Labuan dikenali melalui struktur kewangan yang cekap melalui rejim pencukaian yang kompetitif di bawah Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Pengecualian cukai tertentu untuk aktiviti perdagangan antarabangsa menarik syarikat multinasional.
Dikatakan sehingga tahun 2023, terdapat kira-kira 880 syarikat-syarikat besar yang beroperasi di Labuan dan menguruskan jumlah aset bernilai USD83.3 bilion. Antaranya sektor kewangan Islam Labuan turut memainkan peranan penting dengan inovasi seperti penerbitan aset digital Islam pertama di dunia. Namun, adakah terdapat tekanan
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
antarabangsa terhadap ketelusan kewangan dan kawalan pengelakan cukai di Labuan?
Adakah terdapat persaingan daripada hab kewangan lain seperti Singapura dan Hong Kong?
Saya rasa sampai di situ dulu. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ya, terima kasih YB Kangar. Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Tujuh minit. Tujuh minit.
Puan Lim Hui Ying
Tujuh minit? Terima kasih kepada dua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan tentang Sistem Taksir Sendiri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sistem Taksir Sendiri telah diperkenalkan sejak tahun 2001 untuk pembayar cukai korporat dan kemudiannya diikuti dengan pembayar cukai individu pada tahun 2003. Berikutan kejayaan dalam peningkatan pematuhan cukai dan kutipan hasil positif sejak ia diperkenalkan, maka pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri diperluaskan kepada entiti Labuan mulai tahun taksiran 2025.
Pentaksiran cukai melalui Sistem Taksir Sendiri oleh entiti Labuan adalah tidak berbeza daripada pentaksiran cukai pendapatan sedia ada di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Perubahan ini akan menjadi satu transisi ke arah pengurusan dan pentadbiran sistem pemungutan cukai yang lebih cekap, mudah dan berkesan. Pengemukaan penyata keuntungan secara elektronik akan menjimatkan masa penghantaran melalui platform digital yang disediakan.
Perubahan ini juga akan dapat membantu entiti Labuan bagi tujuan penyimpanan rekod dan pembayaran cukai secara elektronik berbanding kaedah manual serta dapat meminumkan kesilapan di samping meningkatkan kadar pematuhan ke atas pembayaran cukai secara sukarela di kalangan pembayar cukai.
Dasar pengenaan syarat substantif adalah supaya selaras dengan piawaian percukaian antarabangsa yang ditetapkan oleh OECD. Cadangan pindaan ini adalah untuk memperjelaskan kriteria bagi pekerja sepenuh masa yang dicadangkan oleh pihak industri melalui sesi konsultasi yang diadakan bersama industri Labuan. Oleh itu, cadangan ini adalah bertujuan untuk memenuhi hasrat industri dan selaras dengan maklum balas pihak industri.
Berkenaan dengan Yang Berhormat Kangar, dari segi Pulau Langkawi, betul. Pulau Langkawi itu memang adalah dari segi pelancongan. Kita sepatutnya – Labuan, telah dinilai pada tahun 2018 sebagai rejim yang tidak mempunyai harmful setelah pindaan berkaitan kenaan syarat substantif dibenarkan di bawah LBATA 1990. Oleh itu, bagi memastikan Labuan dikekalkan status tersebut, pindaan ini dilihat bersesuaian dan selaras dengan piawaian percukaian antarabangsa.
Puan Lim Hui Ying
Berkenaan dengan tiga bulan kepada tujuh bulan. Pertukaran tempoh pengemukaan penyata keuntungan dari tiga bulan kepada tujuh bulan untuk diselaraskan dengan layanan cukai yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 memandangkan entiti Labuan ini akan berubah kepada tahun taksiran semasa.
Tadi ada berkenaan dengan aktiviti ekonomi. Untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi setempat melalui pelancongan bebas cukai iaitu berkenaan dengan Pulau Langkawi untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Jadi, memang kita dari MoF, kita memang juga akan meneliti apakah langkah-langkah yang kita akan lakukan untuk memajukan Pulau Langkawi lagi untuk memastikan Pulau Langkawi akan mendapat – bukan layanan dari segi pelancongan. Kita akan bekerjasama dengan LADA, dengan MOTAC bagaimana nak menambahkan lagi pelancongan di Pulau Langkawi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali kedua sekarang dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (Tuan Chan Foong Hin) dan diluluskan].
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan [Akta 334] telah mula berkuat kuasa mulai tahun 1987. Objektif utama Akta 334 adalah untuk mengadakan peruntukan mengenai bagi mengawal selia kenderaan perdagangan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta 334 ini terpakai hanya bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kali terakhir Akta 334 dipinda adalah pada tahun 2023.
RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 bertujuan untuk meminda Akta 334 bagi mewujudkan punca kuasa bagi mengawal selia peraturan pelesenan bagi perkhidmatan perniagaan penghantaran iaitu perkhidmatan p-hailing dan memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan bagi memudahkan peredaran antarabangsa mana-mana kenderaan perdagangan menurut mana-mana perjanjian antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan Akta 334 pada tahun 2024 adalah bertujuan untuk melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan dalam hal melibatkan:-
(i) mewujudkan punca kuasa untuk menangani isu ulat menjual tiket- tiket bas secara haram atau tidak sah merangkumi pemandu- pemandu perkhidmatan e-hailing yang menawarkan perkhidmatan yang tidak sah tanpa menggunakan aplikasi platform yang disediakan oleh operator perkhidmatan kepada orang ramai di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan
(ii) mewujudkan punca kuasa khusus kepada mahkamah majistret untuk membicarakan semua kes yang dituduh dan menjatuhkan hukuman penuh bagi kesalahan di bawah Akta 334.
Secara keseluruhannya, pindaan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024 akan mengandungi empat fasal yang merangkumi cadangan pindaan utama ke atas Akta 334 seperti berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen 41A baharu yang memperuntukkan punca kuasa dan peraturan perundangan di bawah Akta 334 bagi mengawal selia dan menguatkuasakan peraturan menangani isu penjualan tiket atau penyediaan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang tidak sah atau tidak berlesen di wilayah terbabit yang turut merangkumi pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing yang menawarkan perkhidmatan yang tidak sah tanpa menggunakan aplikasi atau platform yang disediakan oleh operator perkhidmatan terutamanya di terminal pengangkutan awam termasuk lapangan-lapangan terbang dan jeti-jeti penumpang.
Pindaan ini menetapkan hukuman bagi mana-mana individu yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen baharu ini iaitu didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Peruntukan ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan melindungi kepentingan pengguna daripada aktiviti perkhidmatan yang tidak sah.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Pada masa ini, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai suatu perkhidmatan yang dilesenkan dan sah di bawah Akta 334 akan memujuk dan mendesak orang ramai untuk menggunakan kenderaan mereka yang tidak berlesen. Perkara ini telah menyumbang kepada isu seperti penipuan penetapan harga tiket, penyediaan perkhidmatan yang tidak berkualiti, penggunaan kenderaan serta pemandu yang tidak berlesen serta mendatangkan risiko keselamatan kepada orang ramai.
Pelaksanaan perkhidmatan tidak sah ini juga mendatangkan keresahan di kalangan penyedia perkhidmatan yang berdaftar kerana perlu bersaing dengan pihak yang tidak berlesen.
Di Semenanjung Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan peraturan sama menggunakan punca kuasa yang telah diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]. Berikutan ini, bagi tempoh 2021 hingga 2024, sebanyak 515 kes telah didaftarkan dengan jumlah denda keseluruhan sebanyak RM2,350,900 atas kesalahan menawarkan perkhidmatan tidak sah di bawah seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].
Maka, bagi memastikan keseragaman dan wujudnya punca kuasa perundangan yang jelas, punca kuasa sama akan diwujudkan di bawah Akta 334 menggunakan pakai peruntukan setara yang membawa maksud sama seperti di bawah Akta 715.
Fasal 3 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen 49A baharu yang akan memperuntukkan punca kuasa kepada mahkamah majistret kelas satu di Wilayah Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Sarawak untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman penuh bagi semua kesalahan yang diperuntukkan di bawah Akta 334.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini, tiada terdapat punca kuasa khusus sebegini diperuntukkan khusus di bawah Akta 334 yang berupaya menyebabkan mana-mana pertuduhan kesalahan yang melebihi had bidang kuasa mahkamah majistret kelas satu dibawa ke mahkamah sesyen. Perkara ini boleh menimbulkan implikasi tempoh masa proses perundangan dan ketidakseragaman pemakaian berbanding di Semenanjung Malaysia.
Di Semenanjung Malaysia, kedua-dua Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan Akta 715 telah memperuntukkan kuasa kepada mahkamah majistret untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman penuh bagi semua kesalahan di bawah kedua akta terlibat. Maka, pindaan ini adalah bertujuan mewujudkan punca kuasa sama di bawah Akta 334 dengan menggunakan pakai peruntukan sama di bawah Akta 333 dan Akta 715.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kecualian. Tuan yang di- Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan yang dicadangkan melalui RUU ini amat adalah amat penting atas keperluan-keperluan memastikan hak dan kebajikan orang ramai adalah terpelihara dengan memastikan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta 334. Selain itu, dengan mewujudkan punca kuasa yang jelas, proses pertuduhan
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
kesalahan di bawah Akta 334 akan dapat dilaksanakan di peringkat Mahkamah Majistret Kelas Satu, seterusnya melicinkan proses perundangan terbabit.
Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan-pindaan yang dicadangkan dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini, demi melindungi kepentingan pengguna daripada aktiviti-aktiviti perkhidmatan yang tidak sah dan seterusnya memastikan keseragaman pemakaian undang-undang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung Malaysia.
Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
Saya mohon menyokong.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menerima lapan orang pembahas. YB Bukit Bendera, YB Jerantut, YB Sandakan, YB Merbok, YB Alor Setar, YB Betong, YB Besut, YB Dungun, YB Sri Gading.
Silakan YB Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Speaker.
Jadi, pindaan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(Pindaan) bagi 2024 bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan juga memperketatkan keselamatan awam. Kemalangan maut baru-baru ini yang melibatkan kenderaan perdagangan yang tidak dikawal selia dengan baik mengingatkan kita bahawa undang- undang ini wajib untuk menangani cabaran keselamatan pengangkutan secara menyeluruh.
Seksyen 41A yang mensasarkan permintaan perkhidmatan pengangkutan tanpa kebenaran di kawasan awam. Seksyen ini mengenakan hukuman berat, termasuk denda sehingga RM50,000 dan juga penjara sehingga lima tahun kepada pesalah. Langkah ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada pengendali tanpa lesen yang ada antaranya menggunakan kenderaan yang tidak selamat dan juga menggugat ekosistem pengangkutan.
Pegawai penguat kuasa juga diberi kuasa untuk menangkap pesalah tanpa waran bagi memastikan tindakan segera terhadap pelanggar undang-undang. Jadi, pindaan- pindaan ini adalah satu langkah yang wajar ke arah pemodenan dan juga menjamin keselamatan awam.
Operator tanpa lesen melemahkan sistem formal dan juga menimbulkan risiko keselamatan, manakala hukuman lebih berat dapat mencegah aktiviti sedemikian. Namun, pengkritik menegaskan bahawa langkah ini juga memberi kesan tidak seimbang kepada golongan yang terpinggir iaitu golongan yang bergantung pada pengangkutan yang tidak
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
formal untuk mencari rezeki. Jadi, bolehkah langkah reformasi tidak merangkumi sistem pelesenan yang mampu milik dan juga mudah diakses untuk operator tersebut.
Jadi, tambahan pula meskipun pindaan ini menumpukan kepada perkhidmatan tanpa kebenaran, jadi ia juga gagal menangani kelemahan keselamatan yang systemic dalam kalangan pengendali berlesen. Insiden kemalangan maut baru-baru ini yang berpunca daripada kargo yang tidak diikat dengan baik dan juga kecuaian kenderaan menjadi peringatan jelas tentang keperluan terbaharu reformasi keselamatan yang menyeluruh.
Penguatkuasaan lebih ketat terhadap piawaian penyelenggaraan kenderaan dan juga pemeriksaan berkala sepatutnya disertakan juga dalam pindaan undang-undang ini untuk mencegah tragedi yang bakal menimpa.
RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024 mencerminkan langkah yang bagus dalam mengawal selia industri pengangkutan Malaysia tetapi ia juga perlu melangkah lebih jauh untuk memastikan keselamatan awam tidak terjejas. Walaupun tindakan tegas terhadap perkhidmatan tanpa kebenaran adalah penting, penekanan yang sama harus diberikan kepada keselamatan semua kenderaan komersial. Kita harus merebut peluang ini untuk membina sebuah sistem pengangkutan yang mengutamakan akauntabiliti dan juga melindungi nyawa.
Undang-undang sepatutnya bukan hanya bertujuan mencegah pelanggaran undang- undang tetapi juga untuk mengelak sebarang tragedi daripada berlaku. Kita tidak boleh abaikan kesan tragedi daripada pengangkutan keselamatan yang tidak mencukupi dalam sektor pengangkutan komersial yang jauh lebih luas. Pada September 2024, sebuah trak kontena di Shah Alam telah hilang kawalan menyebabkan muatannya jatuh ke atas sebuah kereta, mengorbankan sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang. Begitu juga di Pulau Pinang, sebuah kontena yang tidak terikat dengan baik telah menghempap sebuah kenderaan mengakibatkan kehilangan nyawa.
Kemalangan-kemalangan ini sering dikaitkan dengan kelalaian atau kekurangan pengawasan peraturan dan juga menonjolkan satu jurang yang kritikal iaitu sementara kita mengenakan denda terhadap perkhidmatan yang tak sah, adakah kita cukup berusaha untuk memastikan semua kenderaan di jalan raya mematuhi piawaian keselamatan yang ketat?
Pindaan ini juga memperkenalkan seksyen 49A yang memberi kuasa sepenuhnya kepada mahkamah majistret untuk mendengar kesalahan di bawah akta ini. Peruntukan ini bertujuan untuk mempermudahkan proses kehakiman, membolehkan mahkamah mengenakan hukuman yang maksimum dengan lebih efisien.
Meskipun ini boleh membawa kepada penyelesaian yang lebih cepat dan juga meningkatkan kesan pencegahan yang berisiko, kadang-kadang mungkin dapat membebankan sistem kehakiman dengan pertikaian kecil atau dengan izin minor dispute, yang berpotensi mengalih perhatian daripada isu yang lebih mendesak seperti pelanggaran keselamatan yang membawa maut. Tapi apa-apa pun, ini bukan sekadar soal undang- undang. Ini sebenarnya soal untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.
Jadi dekat itu sahajalah dari Bukit Bendera. Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB Bukit Bendera. Seterusnya saya mempersilakan YB Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Pindaan) 2024. Saya sedia maklum, akta ini hanyalah terpakai di Wilayah Labuan, Sabah dan Sarawak kerana kita ada APAD untuk di Semenanjung.
Dan secara dasarnya saya bersetuju dan tidak ada apa-apa masalah pada pindaan ini. Cuma ada beberapa persoalan yang berkaitan yang memerlukan klarifikasi dan perincian daripada pihak kementerian. Kebanyakan isu ini berlaku di Semenanjung tetapi boleh diambil pengajaran untuk berlaku di Sabah, Sarawak dan juga Labuan.
Isu pertama tentang isu prebet sapu. Pindaan ini secara jelas akan memberikan tekanan kepada golongan prebet sapu yang sangat popular di kalangan mahasiswa kerana ianya mudah untuk didapati dan menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan perkhidmatan e-hailing yang sedia ada. Jadi, kerana adanya demand, definitely ada supply, ya Yang Berhormat Menteri. Jadi, persoalan saya akta di Malaysia ini banyak tetapi bagaimana pula pihak kementerian akan memperkasakan akta ini. Adakah akan diadakan sekatan jalan lebih berkala agar dapat dikenal pasti golongan prebet sapu atau mereka yang melanggar seksyen baru 41A ini.
Yang kedua, tidak bolehkah pihak kementerian memberikan insentif kepada golongan mahasiswa agar dapat menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lebih murah sepertimana yang dilakukan oleh universiti USIM ya. Ketiga, apakah kekangannya sekiranya seorang mahasiswa memohon menjadi e-hailing di dalam kampusnya dan pihak pengurusan universiti berhak untuk mengawal jumlah lesen e-hailing yang dikeluarkan untuk universiti tersebut.
Dengan cara ini sekurang-kurangnya mahasiswa tersebut dapat berdikari dan dapat mengurangkan beban kewangan kepada ibu ayah, dengan syarat tidak mengganggu pelajaran mereka.
Isu kedua berkenaan dengan penyeragaman kawal selia e-hailing. Apa pula perkembangan terkini berkenaan dengan penyeragaman kawal selia pelesenan perniagaan penghantaran dan kenderaan e-hailing di seluruh negara, yang tertakluk kepada lesen perniagaan penghantaran yang dikeluarkan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Dengan jumlah pengguna dalam pasaran e-hailing di Malaysia yang dijangka mencecah RM11.47 juta menjelang 2029, apakah mekanisme pemantauan terhadap kualiti perkhidmatan e-hailing mengambil kira kewujudan penyelia perkhidmatan e-hailing baharu
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
seperti syarikat mobiliti terkemuka Eropah iaitu Bolt melancarkan perkhidmatan ini di Lembah Klang baru-baru ini?
Apakah tindakan yang diambil oleh terhadap penyelia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing yang didapati menggunakan sistem bidaan kepada para penumpang.
Dalam pada masa yang sama, kelangsungan ekosistem industri teksi termasuk pemandu kenderaan teksi NGV yang terkesan susulan langkah kerajaan untuk menamatkan bekalan bahan api itu serta larangannya yang bermula 1 Julai 2025.
Isu terakhir adalah berkenaan dengan lesen Ali Baba ataupun tidak berlesen. Bukan sahaja lesen perniagaan yang disewakan kepada warga asing, yang disebutkan tadi oleh pihak Timbalan Menteri. Warga asing di negara kita dah semakin berani dan mula menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan sebagai pemandu e-hailing. Jadi, syabas saya ucapkan kepada kerajaan atas pindaan ini.
Namun, beberapa persoalan dan cadangan saya kepada kementerian agar individu yang terlibat dalam skim lesen Ali Baba ini. Di antaranya, berikan juga hukuman berat ini kepada mereka yang memberi sewa kepada kereta tempatan jika didapati bersalah. Kedua, cadangannya, kerajaan haruslah menaikkan kesedaran rakyat berkenaan dengan salahnya perkhidmatan e-hailing yang diberikan oleh warga asing walaupun ditawarkan dengan harga yang murah.
Ketiga, aduan dari rakyat amatlah penting agar skim ini dapat dibanteras segera.
Cadangan saya agar pihak kementerian mewujudkan hotline agar aduan boleh terus disampaikan kepada pihak berkuasa dan lebih baik sekiranya ada ganjaran yang diberikan kepada mereka yang melaporkan. Sekian, dengan ini saya mohon menyokong.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.
Seterusnya, saya persilakan YB Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana mengambil pendirian yang tegas terhadap kegiatan mana-mana orang yang memujuk atau mendesak ketika menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang sering dikaitkan dengan tingkah laku agresif dan tidak terkawal, kelakuan tidak profesional dan sering kali mengeksploitasi terutamanya kepada pengguna awam yang baru di sesuatu kawasan.
Jika tanpa kawalan yang ketat, ia akan menyebabkan pengguna atau penumpang pengangkutan awam dilayan secara tidak adil dan juga meletakkan mereka di bawah tekanan yang tidak perlu.
Jadi, selain daripada itu, kegiatan sedemikian juga biasanya berleluasa di kalangan pengendali perkhidmatan pengangkutan yang tidak mempunyai lesen atau permit yang sah.
Oleh itu, mereka mencipta persekitaran perniagaan yang tidak adil dan berpotensi menjadi persekitaran operasi yang tidak selamat juga. Kerana berbeza dengan pengendali yang
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
berlesen, kenderaan atau perkhidmatan mereka tidak mungkin akan diperiksa ataupun disahkan untuk memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Justeru itu, adalah tepat pada masanya akta ini dipinda untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada orang awam dan untuk kepentingan kedua-dua pengguna dan penyedia perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai beberapa pertanyaan berkaitan dengan pindaan yang dicadangkan ini.
Pertamanya, adakah terdapat sebarang peningkatan sumber atau tenaga kerja yang sepadan, contohnya untuk JPJ bagi penguatkuasaan pindaan ini selepas diwartakan?
Keduanya adalah adakah agensi penguatkuasaan mempertimbangkan untuk menggunakan mengguna pakai sebarang teknologi atau AI bagi memastikan penguatkuasaan akta yang dipinda ini dilaksanakan dengan berkesan supaya dapat memberi manfaat yang terbesar kepada orang awam? Oleh kerana perkembangan teknologi sekarang, jadi saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada, ada penggunaan sebarang barangan teknologi untuk membantu kami untuk melaksanakan akta ini?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya lebih bimbang tentang keberkesanan penguatkuasaan berbanding dengan perkara lain. Kita mungkin mempunyai undang-undang yang terbaik di dunia, tetapi tanpa penguatkuasaan yang berkesan, manfaat dan potensi daripada akta tersebut tidak akan dapat direalisasikan.
Contohnya, dengan sumber yang ada pada masa ini, agensi penguatkuasaan kita sudah pun tergelut dengan menangani kes-kes kenderaan yang lebih muatan yang berleluasa di jalan raya seperti di Sabah. Bukan sahaja merosakkan jalan raya tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Jadi, selain itu, terdapat tingkah laku pemanduan bas yang tidak teratur di mana mereka suka berhenti di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja untuk menurunkan atau menaikkan penumpang di tepi jalan. Jadi, kebelakangan ini saya juga menerima semakin banyak aduan di Sabah mengenai bas berhenti-henti dan lori yang membawa penumpang dan barang-barangan tanpa lesen yang sah.
Jadi, ini adalah membimbangkan mengenai sejauh mana kita boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan sektor pengangkutan kita.
Terdapat satu pepatah yang mengatakan di atas kertas undang-undang, kita adalah kelas pertama, tetapi penguatkuasaan kita adalah kelas kemungkinan bukan pertamalah.
Jadi, terdapat keperluan mendesak untuk menangani persepsi sebegini dan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia serius dan menunjukkan kepada serius dan bahawa Malaysia boleh menepati janji. Jika tidak dapat menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia benar-benar boleh walk the talk, dengan izin.
Maka bukan sahaja hak pengguna dan penumpang pengangkutan awam kita akan terjamin tetapi yang paling penting, kita menghantar mesej yang jelas kepada dunia bahawa Malaysia juga boleh akan menunaikan apa-apa janji yang telah menunaikan apa yang telah dijanjikan. Ini sudah tentu akan menarik perhatian pelabur tempatan dan global, seterusnya meningkatkan kedudukan Malaysia di pentas global. Sekian dan terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB Sandakan. Seterusnya, YB Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Bismillahi Rahmani Rahim. Salam sejahtera, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin membahaskan tentang perbahasan penambahan seksyen baharu di dalam Rang Undang-undang Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Saya melihat kewajaran pindaan ini iaitu berupaya melindungi penumpang dari dieksploitasi oleh individu atau pihak yang tidak bertauliah yang mungkin menawarkan perkhidmatan pengangkutan tanpa pematuhan peraturan keselamatan. Lebih berbahaya lagi, apabila tak dak semua ini, mabuk lagi, lagi bahaya. Ini bertujuan mengurangkan kegiatan seperti ulat tiket dan pengangkutan tanpa lesen yang kerap menimbulkan keselamatan dan ketidakadilan kepada penyediaan yang tidak sah.
Hukuman yang berat RM50,000 dan penjara 50 tahun ini mencerminkan ketegasan untuk mengekang aktiviti ini. Namun, perlu dipastikan bahawa hukuman tersebut tidak terlalu keras sehingga membebankan golongan miskin yang mungkin tidak memahami undang- undang secara jelas. Mungkin perlu diberikan pilihan untuk kompaun sebelum dakwaan di mahkamah bagi kesalahan kecil atau kali pertama.
Pelaksanaan peraturan memerlukan pengawasan ketat di lokasi awam seperti terminal bas, lapangan terbang dan pusat bandar. Ini memerlukan kerjasama pihak berkuasa seperti JPJ dan PDRM. Mereka mungkin perlu menambah anggotanya dengan lebih ramai.
Kempen kesedaran juga perlu dijalankan bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai undang-undang baru ini serta risiko menggunakan perkhidmatan yang tidak berdaftar yang mungkin berbahaya bagi mereka. Kalau yang menyediakan itu pun, kalau kena tangkap pun bahaya bagi mereka juga. Boleh jadi jatuh miskin.
Untuk penambahbaikan, saya cadangkan kerajaan boleh memperkenalkan lesen khas dengan syarat mudah untuk individu yang ingin menjadi pengendali kecil. Ini memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk menjalankan perniagaan mereka secara sah dan perlu diwujudkan sistem aduan awam yang mudah diakses untuk melaporkan perkhidmatan pengangkutan ini supaya dia sejajar dengan objektif untuk meningkatkan keselamatan dan keadilan dalam sektor pengangkutan awam.
Walau bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan dengan teliti, memastikan keseimbangan di antara hukuman dan keperluan ekonomi individu. Sebagai Ahli Parlimen, adalah untuk saya mencadangkan alternatif yang lebih mesra rakyat seperti lesen mikro atau mekanisme bimbingan kepada pengendali kecil ini.
Untuk tambahan seksyen 41A(2) iaitu untuk peningkatan kuasa kepada penguat kuasa. Melalui tambahan ini, pegawai penguat kuasa akan mempunyai kuasa yang lebih besar iaitu menangkap orang yang menawarkan perkhidmatan ini dan mereka ini tanpa perlu waran. Kita walaupun mereka melanggar undang-undang, soalan saya ialah adakah penguat
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
kuasa-penguat kuasa ini dengan kuasa yang lebih besar, ada kemungkinan boleh menyalahgunakan kuasa dalam proses penangkapan ini kerana tidak perlu waran?
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Tindakan menangkap tanpa waran ini perlu dikawal dengan garis panduan yang jelas, untuk mengelakkan salah guna kuasa oleh pegawai penguat kuasa. Ia juga harus selari dengan prinsip kebebasan individu yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 5 – Kebebasan Diri. Satu lagi, penguat kuasa ini adalah kita tahu bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko keselamatan dan kualiti perkhidmatan yang tidak menepati piawaian seperti ketiadaan perlindungan insurans dan kenderaan yang tidak di selenggara dengan baik.
Langkah ini mungkin menghadapi cabaran teknikal dalam mengesahkan kesalahan di tempat kejadian seperti membuktikan perkhidmatan itu ditawarkan secara tidak sah, yang boleh membawa kepada kesilapan tangkapan. Peningkatan kuasa polis atau pegawai boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan tindakan. Oleh itu, mekanisme pemantauan perlu diperkukuhkan.
Adakah sistem pemantauan dan penguatkuasaan seperti data digital untuk memeriksa status lesen kenderaan atau pemandu mungkin perlu diperluaskan untuk menyokong pelaksanaan seksyen ini secara adil. Langkah ini berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan menambah baik industri perkhidmatan kenderaan. Namun, ia memerlukan pelaksanaan yang berhati-hati untuk memastikan keadilan dan keberkesanan dalam pelaksanaannya. Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB Merbok. Seterusnya, YB Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Secara asasnya, akta ini, pindaan ini sangat bagus sepertimana kebanyakan Ahli-ahli Parlimen yang telah pun bersuara. Namun, saya ada tiga isu yang hendak disoal ataupun dibangkitkan dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua.
Yang pertama, dalam seksyen baru yang nak dimasukkan ini, 41A ini disebut tentang perkataan ‘memujuk’ ataupun ‘mendesak’. Inilah definisi Tuan Yang di-Pertua, inilah definisi sebenar kalau kita nak sebut ulat tiket ataupun ulat teksi ini dia ‘memujuk’ ataupun ‘mendesak’. Maknanya, kalau berlaku orang yang menawarkan perkhidmatan kenderaan pengangkutan penumpang itu, kalau tidak ada elemen ‘memujuk’ ataupun ‘mendesak’, maka dia tak termasuk dalam pindaan akta ini. Saya rasa itulah yang saya fahami daripada cadangan RUU ini. Baik. Isunya Yang di-Pertua, bagaimana hendak dibuktikan elemen ‘memujuk’ atau ‘mendesak’ ini? Sebab dia terlalu subjektif.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Bagaimana pula kalau berlaku penganiayaan? Contoh, penumpang itu pada mulanya dia bersetuju, kemudian dah sampai ke destinasi, dia tengok harga itu mahal, then dia pergi buat report. Dia kata, dia dipaksa, dia dianiaya. Jadi, nak membuktikan perkara tersebut, agak subjektif dan sudah tentulah dia memerlukan kepada penggunaan teknologi. Adakah dalam kes ini, bila kita kuatkuasakan undang-undang ini, khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan itu tadi.
Adakah pemandu perkhidmatan ini perlu ada kamera perakam video dashcam?
Kalau perlu, dia akan menambah kos. Bagus undang-undang ini. Cuma, pemandu juga perlu diberi hak yang sepatunya kalau dia dianiayai. Kalaulah perlu dia kena ada dashcam ini, saya rasa di Semenanjung pun sama. Apa kata kalau pihak kerajaan sediakan subsidi misalnya, untuk pengusaha-pengusaha ini bagi membeli alat-alat perakam video keselamatan ini.
Sekurang-kurangnya untuk perlindungan kepada mereka dan juga kepada pelanggan itu sendiri.
Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, yang saya nak bangkitkan ialah mengenai seksyen yang baru juga ditambah itu, 41A(2) mengenai tangkapan tanpa waran disebut oleh Yang Berhormat Merbok tadi ini.
Saya nak bangkitkan mengenai cadangan di sini ini. RUU ini memberitahu, orang yang ditangkap itu kena dibawa ke balai polis yang paling hampir. Saya ingin tanya, adakah ini tujuannya untuk mendapat jaminan polis? Kalau ya, dia akan mengambil masa yang agak panjang lebih daripada biasa, Tuan Yang di-Pertua. Kerana kalau kita bandingkan dengan Akta Cukai Perkhidmatan (Akta 807), berkaitan dengan bidang kuasa kastam.
Pegawai itu diberi kuasa untuk memberi jaminan. Makna, jaminan daripada pegawai yang menangkap. Tidak semestinya jaminan polis tapi jaminan kalau JPJ menangkap, maka jaminan JPJ. Maka, tak perlu dibawa ke balai polis. Jadi, dia memendekkan tempoh masa dan juga menjimatkan kos logistik sebenarnya. Kalau nak tangkap, bawa pergi balai, tunggu reman, kemudian tunggu jaminan, lepas itu lepas, lepas itu- dia akan banyak proses.
Jadi, saya rasa saya cadangkan kenapa tidak terus diberi kuasa kepada pegawai yang menangkap itu untuk dia sendiri memberi jaminan orang itu lepas? Kemudian, didakwa semula kalau perlu didakwa. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah memberi definisi ‘tempat awam’. Disebut dalam ini, definisi ‘tempat awam’ itu di mana-mana tempat awam atau kawasan sampingan atau sekitar tempat itu.
Diterangkan pula, di airport dan di mana-mana yang diwartakan sebagai suatu perhentian untuk kenderaan perkhidmatan awam. Ada beberapa persoalan. Bagaimana dengan tempat lain yang tak disebut secara spesifik dalam RUU ini? Contoh, berlaku juga ulat teksi ataupun ulat tiket ini. Ulat teksi yang spesifiknya, di pusat beli-belah, pelancong misalnya. Pelancong ini dia tak tahu pun, dia baru sampai. Jadi, dia mudah terpedayalah, di pusat-pusat peranginan.
Dia pergi itu dengan kenderaan lain, dengan Grab ke, dengan perkhidmatan e- hailing. Tapi nak balik, ada orang offer. Jadi, dia ataupun ada orang, ada elemen pujuk ataupun ada elemen memaksa. Ataupun juga di hotel, di pick-up di hotel. Dia tunggu, ulat-
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
ulat itu tunggu depan hotel. Adakah semua tempat-tempat yang saya sebutkan contoh tadi itu termasuk dalam definisi ‘tempat awam’ dalam RUU kita ini?
Juga berlaku juga, kita tengok pelancong-pelancong kita ini datang, dia jenis tunggu tepi jalan. Dia pegang satu kertas, dia tulis, “please help me”, “tolong bantu saya, saya nak tumpang pergi sekian-sekian”. Ada juga berlaku begitu, dia bawa budaya di negara dia ke tempat kita. Jadi, ada orang kita pun baik hati, dia nak tumpangkan.
Tapi rupa-rupanya, dia telah melakukan satu kesalahan mungkin. Mungkin pelancong itu report ke, apa ke. Jadi, bagaimana insiden-insiden ini nak dapat diatasi dengan RUU yang nak dicadangkan ini? Itu sahaja tiga perkara, Tuan Yang di-Pertua. Secara asasnya, saya menyokong pindaan ini tapi memerlukan penjelasan tiga perkara tadi. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB Alor Setar. Seterusnya, YB Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu, tahniahlah diucapkan kepada Kementerian Pengangkutan yang telah menyusun rang undang-undang ini. Pindaan 2024 bertujuan untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 yang akan terpakai di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Usaha ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan industri pengangkutan berkembang dengan lebih berkesan, selamat dan berdaya saing. Pindaan ini selain memberi punca kuasa, ia juga merupakan satu langkah yang penting bagi kita meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan pengguna serta melindungi pengendali pengangkutan yang sah.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 1 iaitu pengenalan seksyen 41A, adalah bukti komitmen kerajaan untuk menangani isu-isu keselamatan yang semakin meruncing dalam sektor pengangkutan awam. Saban hari, laporan mengenai pengendali tidak berlesen yang beroperasi di kawasan awam menimbulkan risiko keselamatan pada penumpang serta mengganggu sistem pengangkutan yang sah.
Pengendali tidak berlesen ini yang kita rujuk sebagai ulat-ulat dan juga van sapu ini dalam perkhidmatan pengangkutan awam, membawa banyak bahaya kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Tanpa pengawasan yang betul, kenderaan yang tidak berlesen sering kali tidak memenuhi standard keselamatan yang diperlukan, meningkatkan risiko kemalangan dan ini juga boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada penipuan dan perkhidmatan yang tidak berkualiti.
Kenderaan tidak berlesen mungkin tidak menjalani pemeriksaan keselamatan yang diperlukan, menjadikan berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan atau kemalangan. Selain itu, tiada jaminan bahawa pemandu mempunyai kelayakan dan latihan yang mencukupi untuk mengendalikan kenderaan dengan selamat.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Pengendali tidak berlesen juga cenderung menawarkan perkhidmatan yang tidak konsisten dan tidak dapat dipercayai, yang boleh mengecewakan pengguna. Jadi pada masa yang sama, pengguna tidak mempunyai mekanisme untuk membuat aduan atau mendapatkan pampasan jika perkhidmatan tidak memuaskan. Di samping itu, pengguna mungkin menjadi mangsa penipuan seperti harga yang tidak jelas atau caj tersembunyi disebabkan oleh ketiadaan kawalan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, ketiadaan lesen juga bermakna tiada perlindungan pengguna sekiranya berlaku sebarang isu semasa perjalanan. Tuan Yang di-Pertua, undang-undang sedia ada tidak mempunyai kuasa khusus untuk menangani pelanggaran, pemujukan atau desakan tanpa kuasa sah. Jadi, justeru seksyen 41A ini adalah langkah proaktif untuk memastikan bahawa mana-mana individu yang melakukan pelanggaran ini, boleh dikenakan hukuman setimpal, denda sehingga RM50 ribu atau hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua- duanya.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tuan Yang di-Pertua, kuasa yang diberikan kepada pegawai polis dan pegawai pengangkutan jalan untuk menangkap tanpa waran bagi kesalahan di bawah seksyen 41A ini amatlah signifikan. Ini bukan sekadar satu perubahan kosmetik dalam undang-undang tetapi satu penyataan bahawa kerajaan serius dalam melindungi pengguna pengangkutan awam dan memastikan perkhidmatan pengangkutan teratur dan selamat.
Namun begitu, harus dipastikan bahawa kuasa ini digunakan dengan penuh integriti dan tanggungjawab. Jadi kita tidak mahu mana-mana individu disalah tafsir atau dikenakan tindakan yang tidak adil hanya kerana kelemahan dalam garis panduan penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada fasal 3 iaitu penambahan seksyen 49A yang memberi kuasa kepada mahkamah majistret kelas 1 untuk membicarakan kesalahan- kesalahan di bawah akta ini dan menjatuhkan hukuman penuh adalah satu langkah yang bijak. Ini kerana ia bukan sahaja mempercepatkan proses pengadilan tetapi juga membolehkan kes-kes yang berkaitan dengan pelanggaran akta ini diuruskan secara lebih sistematik dan efisien.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya program pemutihan untuk pengendali tidak berlesen dalam perkhidmatan pengangkutan awam boleh menjadi langkah positif jika dilaksanakan dengan teliti, dengan memberikan peluang kepada pengendali yang tidak berlesen untuk mendaftar dan mendapatkan lesen, aktiviti haram dapat dikurangkan dan keselamatan pengguna dipertingkatkan.
Pengendali yang berlesen mesti mematuhi standard keselamatan dan latihan yang ditetapkan yang akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti. Kesedaran masyarakat tentang pentingnya menggunakan perkhidmatan yang berlesen juga perlu ditingkatkan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap pengendali tanpa lesen harus dipertingkatkan selepas pemutihan.
Jadi, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Betong ingin memberi beberapa cadangan.
Pertamanya mengenai peningkatan penguatkuasaan. Saya rasa kerajaan juga perlu
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
memperkukuhkan penguatkuasaan rang undang-undang terhadap pengendali tidak berlesen dengan tindakan tegas seperti yang telah disebutkan tadi, denda, mungkin dengan penyitaan kenderaan mereka.
Kedua iaitu mengenai kesedaran masyarakat. Boleh juga meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak berlesen melalui kempen pendidikan. Terakhir sekali iaitu menyediakan pilihan kepada pengguna iaitu dengan memastikan bahawa terdapat cukup pilihan pengangkutan awam yang berlesen dan berkualiti bagi memenuhi keperluan masyarakat.
Maka, saya rasa dengan pendekatan yang menyeluruh melibatkan penguatkuasaan yang tegas, pendidikan serta kajian impak yang berterusan, kita yakin bahawa industri ini akan menjadi lebih selamat, cekap dan saksama bagi semua. Sekian, Betong mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB Betong. Seterusnya, saya persilakan YB Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pindaan kepada seksyen 41A ini adalah sangat baik pada saya kerana ianya merupakan satu kita menjenayahkan pesalah-pesalah yang mendesak dan juga memujuk ini.
Mereka ini boleh kita kategorikan sebagai ulat-ulat dalam mereka memujuk penumpang- penumpang. Jadi, saya rasakan bahawa ini adalah merupakan satu peruntukan yang sangat baik untuk menangani masalah-masalah ulat-ulat yang berleluasa bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam ini yang selamat dan juga berkualiti.
Jadi, penumpang biasanya akan terdedah kepada risiko penipuan kalau ada ulat-ulat ini termasuklah tiket palsu atau pengangkutan yang tidak berdaftar iaitu yang haram. Jadi, biasanya syarikat-syarikat perkhidmatan ini mungkin akan kehilangan pendapatan kerana ada syarikat-syarikat yang tidak sah dan haram ini. Saya rasakan bahawa pengangkutan yang disediakan oleh ulat-ulat ini biasanya tidak dijamin daripada segi keselamatan, daripada segi keselesaan dan juga tidak dijamin. Kalau katakanlah bas itu bas haram, driver, driver nya pun kita tak boleh pasti sama ada penagih dadah ke apa semua. Jadi, perkara ini memang sangat baiklah. Kita kena kekang perkara-perkara seperti ini.
Cuma saya ingin merujuk kepada seksyen 41A ini, bila disebut “mana-mana orang”, “mana-mana orang” ini adakah termasuk syarikat-syarikat yang menjalankan secara sindiket? Kita tak tahu sebab bila “mana-mana orang”, tak jelas. Individu ke ataupun syarikat- syarikat juga boleh kita nyatakan. Jadi dalam keadaan sekarang, kita lihat juga daripada segi penaksiran “tempat awam”. Dia kata “tempat awam atau kawasan sampingan”. Mungkin kita fahamlah sampingan di sekitar, sekeliling, dekat-dekat.
Akan tetapi yang ketiga itu, “atau di sekitar tempat itu”. Itu yang masalah. Katakanlah seseorang pemujuk itu dia berada di Kuala Lumpur, dia menggunakan teknologi semasa, WhatsApp atau sebagainya. Bagaimana? Adakah itu juga termasuk? Jadi, perkataan yang
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
digunakan di “di sekitar tempat itu”. Kalau on the spot, kita tak ada masalah. Boleh, sekitar, dekat-dekat. Mungkin satu meter ke dua meter dan sebagainya seperti yang disebut oleh Alor Setar tadi, di tempat-tempat lain. Di hotel dan sebagainya. Jadi, ini kena jelas sebab kita pembuat undang-undang. Jadi, kena jelas.
Yang kedua itu tadi, seksyen 41A(2) itu sebenarnya boleh menangkap tanpa waran dan dibawa ke balai dan hendaklah dibawa mengikut tatacara jenayah yang biasa iaitu kanun prosedur. Boleh ditahan sehingga tiga hari untuk permulaan, kemudian empat hari bawah Akta 117, Kanun Acara Jenayah. Jadi, sebenarnya inilah bagusnya. Maknanya bila dijenayahkan kesalahan ini, inilah yang akan dibuat oleh pihak-pihak yang berwajib. Saya nak rujuk juga kepada seksyen 49A itu, cuma seksyen 49A kata majistret mempunyai bidang kuasa penuh. Dalam keadaan hukuman sekarang, betul. Majistret mempunyai kuasa penuh, lima tahun.
Bidang kuasa majistret adalah sehingga 10 tahun, bawah daripada 10 tahun. Akan tetapi masalah, kalau katalah berlaku oleh kata, aktiviti oleh sindiket-sindiket, katalah sindiket.
Maknanya hukuman sepatutnya lebih berat. Jadi lebih berat, mungkin sampai 10 tahun lebih.
Jadi maknanya, apa? Adakah seksyen 49A masih boleh digunakan? Jadi, sepatutnya kena ada 49A ditambah juga kalau bidang kuasa tak cukup, makna boleh dibuat oleh hakim mahkamah sesyen dan sebagainya.
Itu yang saya hendak sebut dan satu lagi, yang terakhir. Daripada segi kita lihat bawah Akta Interpretasi ini. Maknanya kalau ikut kepada kecualian, dia kata boleh kesan ke belakang. Sebenarnya, boleh. Takut ada lawyer, lawyer yang berhujah perkara ini, dia kata tak boleh kesan ke belakang kerana kes-kes jenayah. Subsidiary legislation dia panggil. Jadi, boleh sebenarnya bawah seksyen 20 Akta Interpretasi 1948. Jadi, just untuk maklumanlah.
Jadi pertanyaan saya yang terakhir, saya nak beritahu sama ada kadar, setakat mana kadar keberkesanan dengan 41A ini sebab kita tengok undang-undang dadah, hukuman mati dan sebagainya, mengedar dadah. Jadi, hukuman mati tetapi masih banyak yang berlaku. Ini yang saya hendak beritahu dengan Menteri, setakat mana berkesannya kalau akta ini diteruskan dan sama ada dah dibuat kajian ataupun tidak. Kajian tentang sama ada hendak dihapuskan secara total ataupun hanya untuk mengawal. Ini penting. Kajian dah dibuat atau tidak? Itu persoalan saya. Kalau ada kajian, adakah keberkesanannya sampai menghapuskan ataupun hanya setakat mengawal sahaja? Sekian, terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih YB Besut. Seterusnya, YB Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Rang undang-undang pindaan yang dicadangkan ini adalah kerana keperluan kepada penambahbaikan kepada huraian asal seksyen 41 Akta 334. Perlu kepada bukan sahaja penambahbaikan, kerana sesuatu undang-undang itu yang terlebih penting, setelah
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
diluluskan, adalah berkait dengan penguatkuasaan. Penambahbaikan penguatkuasaan adalah lebih penting kerana walau bagaimana baik pun undang-undang yang diluluskan, tetapi jika penambahbaikan kepada penguatkuasaan tidak berlaku, ia tidak memberi apa-apa faedah kepada penambahbaikan peraturan dan undang-undang yang dipinda.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan fasal 2 iaitu memasukkan seksyen baharu 41A yang bertujuan untuk memperuntukkan kesalahan terhadap perbuatan memujuk atau mendesak orang awam untuk menerima perkhidmatan membawa penumpang. Peruntukan baharu ini memfokuskan pada kesalahan yang dibuat di tempat awam yang ditakrifkan sebagai merangkumi kawasan-kawasan fizikal seperti jalan, terminal atau perhentian.
Memandangkan peruntukan ini adalah kawasan-kawasan fizikal, maka bagaimana terhadap isu kegiatan e-hailing yang dijalankan secara haram? Dalam kes ini, kebiasaannya perbuatan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan bukan dibuat di tempat awam secara fizikal sebagaimana yang ditakrifkan dalam pindaan, sebaliknya melalui alam maya seperti aplikasi Telegram dan lain-lain.
Semestinya kegiatan ini menimbulkan isu keselamatan yang membahayakan terutamanya kepada penumpang kerana operasi menjalankan kegiatan mereka tanpa sebarang tapisan, kawalan atau pantauan. Sedangkan, pemandu berlesen seperti teksi dan Grab yang sah di sisi undang-undang dipantau melalui aplikasi. Sedangkan, mereka bebas daripada sebarang sistem keselamatan dan pemantauan. Pohon penjelasan.
Oleh yang demikian, saya berharap agar pindaan ini turut menyasarkan perbuatan menawarkan perkhidmatan penumpang secara haram melalui media elektronik, bukan sekadar yang dibuat di tempat awam secara fizikal sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan isu pemandu warga asing yang menjalankan kegiatan e-hailing secara haram. Sekali lagi, perkhidmatan membawa penumpang secara haram ini berkait dengan isu keselamatan. Tambahan pula jika dibuat oleh golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lebih sukar untuk dijejak. Berleluasanya kegiatan ini terutamanya di kawasan bandar raya menunjukkan betapa mudahnya mereka mengakses kenderaan untuk melakukan aktiviti tersebut. Bagaimanakah penyelesaian kepada isu ini?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, YB Dungun. Seterusnya, YB Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Merujuk kepada Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024, Sri Gading menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkukuhkan pengawalseliaan dan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan.
Namun, Sri Gading ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa fakta
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
dan statistik terkini yang menunjukkan betapa kritikalnya isu ini kepada keselamatan jalan raya serta kepentingan pengguna awam.
Hampir 9,000 notis saman telah dikeluarkan pada bulan Oktober yang lalu susulan pemeriksaan ke atas 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain. Kedua, sebanyak 184 kes kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan direkodkan sepanjang bulan September. Daripada jumlah itu, 101 kes disiasat di bawah seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu yang menyebabkan kemalangan maut.
Statistik ini memberikan gambaran jelas bahawa sektor kenderaan perdagangan masih menghadapi cabaran besar dari segi pematuhan undang-undang dan keselamatan operasi. Pindaan akta ini yang memperkenalkan seksyen baharu 41A dan 49A adalah satu langkah penting untuk menangani kelemahan sedia ada.
Seksyen 41A dalam pindaan ini bertujuan mengawal pihak yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan tanpa lesen atau kuasa sah sama ada di lapangan terbang, terminal atau mana-mana tempat awam. Aktiviti ini bukan sahaja menjejaskan integriti sistem pengangkutan awam, tetapi juga membawa risiko keselamatan kepada penumpang serta memberikan imej yang tidak baik kepada pengunjung ataupun pendatang ataupun pelancong.
Persoalan penting. Yang pertama, bagaimanakah pindaan ini dapat memastikan penguatkuasaan yang lebih efektif terhadap kereta sapu atau perkhidmatan tidak berlesen?
Kebanyakan yang menjalankan kereta sapu ini adalah dari kalangan pelajar universiti.
Bagaimana kerajaan mencari langkah penyelesaian yang turut memberikan kebaikan kepada pelajar-pelajar? Bagaimana kerajaan akan menangani isu salah guna kuasa apabila pegawai polis dan penguat kuasa jalan diberikan kuasa menangkap tanpa waran?
Cadangan daripada Sri Gading. Kempen kesedaran. Kerajaan juga perlu menjalankan kempen untuk mendidik masyarakat tentang keperluan menggunakan perkhidmatan yang berlesen bagi menjamin keselamatan mereka sendiri.
Seksyen baharu 49A memberikan kuasa penuh kepada mahkamah majistret kelas satu untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman bagi kesalahan di bawah akta ini.
Langkah ini adalah penting untuk memastikan kes-kes berkaitan dapat diselesaikan dengan pantas dan hukuman setimpal dapat dikenakan. Namun, terdapat kebimbangan bahawa beban kerja mahkamah mungkin meningkat akibat pertambahan kes.
Persoalan pentingnya, adakah mahkamah sedia ada mempunyai kapasiti mencukupi untuk menangani kes-kes tambahan ini? Bagaimana kerajaan dapat memastikan bahawa proses perbicaraan berjalan dengan efisien tanpa melambatkan penyelesaian kes yang berkenaan?
Cadangan daripada Sri Gading. Tambahkan jumlah hakim mahkamah majistret di kawasan yang sering mencatitkan kadar kes tinggi seperti di bandar-bandar utama.
Wujudkan sokongan tambahan seperti kakitangan pentadbiran untuk memastikan perjalanan mahkamah tidak terganggu akibat beban kerja baharu yang diberikan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini memperuntukkan hukuman berat termasuk denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan di bawah seksyen 41A. Walaupun hukuman ini adalah wajar untuk mencegah perlanggaran undang-undang, Sri Gading ingin menekankan kepentingan mengimbangi antara pencegahan dan keadilan.
Persoalan pentingnya, adakah hukuman ini terlalu berat untuk kesalahan kecil seperti perkhidmatan tanpa lesen kali pertama?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem amaran atau denda ringan bagi kesalahan pertama sebelum hukuman berat dikenakan. Cadangan daripada Sri Gading wujudkan sistem denda berskala berdasarkan tahap kesilapan ataupun kesalahan.
Ini akan memberikan peluang kepada individu atau pengendali untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan tanpa terus dikenakan hukuman berat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab selama 10 minit.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih, Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun turut serta dalam membahaskan rang undang-undang ini dan memberikan idea-idea dan menunjukkan sokongan yang padu terhadap undang-undang ini.
Pertama sekali ialah apa yang disuarakan oleh YB Bukit Bendera iaitu tentang penguatkuasaan lebih ketat, pemeriksaan berkala bersama dengan pindaan ini dan berusaha iaitu memastikan semua kenderaan mematuhi piawaian yang ketat.
Jadi, Yang Berhormat Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan senantiasa melaksanakan kajian dari masa ke semasa berhubungan strategi terbaik bagi menangani isu kenderaan berat dengan membawa muatan yang berlebihan sehingga menyebabkan implikasi keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Salah satu tindakan utama laksanakan bagi menangani isu ini adalah dengan menggiatkan aktiviti penguatkuasaan oleh pihak JPJ melibatkan peraturan had muatan kenderaan dan had laju bagi kenderaan berat selain mengoperasikan 40 buah lesen penguatkuasaan atau stesen timbang di seluruh negara. Di sepanjang tempoh antara 2016 hingga September 2023, sejumlah 65,221 notis saman telah pun dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan bahaya dan lebih muatan.
Dalam pada itu juga MOT dan JPJ sedang menetapkan hala tuju baharu pelaksanaan pembangunan HS-WiM Fasa 2 dengan memperluaskan pencapaian sistem tersebut di tempat hotspot atau laluan utama yang berisiko tinggi. Hal ini bagi melaksanakan penguatkuasaan secara menyeluruh kepada kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan. Dan juga Kementerian Pengangkutan melalui agensinya JPJ dan MIROS insya-
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Allah akan senantiasa melaksanakan pemantauan secara dengan lebih kerap bagi melaksanakan kajian terhadap risiko keselamatan di tempat kadar kemalangan tinggi atau hotspot. Hal ini juga termasuk mengambil kira ke atas langkah intervensi yang perlu dijalankan bukan sahaja oleh Kementerian Pengangkutan tapi juga oleh semua pihak pemegang taruh yang lain bagi menangani isu kemalangan di tempat hotspot. Pemantauan dan penelitian ini juga akan mengesyorkan lain-lain langkah intervensi dan kaedah yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terlibat.
Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Jerantut ya, iaitu pertama bagaimana penguatkuasaan prebet sapu? MOT mengambil maklum dan akan mengambil tindakan sewajarnya melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di Semenanjung dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membanteras kegiatan prebet sapu, van sapu atau bas sekolah yang tiada lesen melibatkan beberapa langkah penguatkuasaan dan pencegahan termasuk satu, operasi penguatkuasaan.
Sekatan jalan raya, roadblock di kawasan panas atau tempat yang dikenal pasti menjadi lokasi kegiatan. Pemeriksaan mengejut ke atas kenderaan yang disyaki menjalani perkhidmatan tanpa lesen sah. Tindakan undang-undang terhadap pemandu yang melanggar peraturan termasuk kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen memandu, penyitaan kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kedua, siasatan dan pemantauan. APAD dan JPJ melakukan siasatan ke atas laporan awam mengenai kenderaan yang menjalankan aktiviti haram. Penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan aktiviti yang melanggar undang- undang.
Pendidikan dan kempen kesedaran. Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar tentang risiko menggunakan bas atau van yang tidak berlesen termasuk bahaya keselamatan. Program pendidikan kepada pemandu tentang keperluan lesen dan pematuhan undang-undang, ya. Ini langkah-langkah yang telah pun diambil.
Satu lagi ialah kerjasama antara agensi. APAD dan JPJ bekerjasama dengan polis trafik, majlis tempatan dan Kementerian Pendidikan untuk mengawasi perkhidmatan pengangkutan awam secara menyeluruh. Kerjasama dengan komuniti setempat untuk melaporkan kes-kes kenderaan sapu atau yang tidak berlesen.
Kelimanya ialah tentang peningkatan perundangan. Kajian semula undang-undang- bagi memperketat hukuman terhadap pesalah dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan. Langkah ini bertujuan memastikan keselamatan penumpang terutamanya anak-anak sekolah serta mempromosikan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam yang sah.
Adakah insentif untuk diberi pada mahasiswa yang banyak melaksanakan- kita tahu di universiti kadang-kadang ada yang menyewakan kereta dan sebagainya, ya. MOT mengambil maklum berhubungan cadangan ini akan memanjangkan kepada kementerian berkaitan khususnya Kementerian Kewangan memandangkan perkara ini memerlukan
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
peruntukan perbelanjaan bagi pemberian insentif terlibat sekiranya mereka ingin mahu- menjadi kenderaan yang sah yang dilesenkan untuk mengadakan part time businesslah untuk membawa passenger, student dan disewakan dan sebagainya.
Satu lagi ialah tentang status kawal selia e-hailing dan apakah mekanisme bagi memantau kualiti perkhidmatan ini? MOT melalui agensi JPJ telah pun menguatkuasakan pindaan 2023 bagi Akta Pengangkutan Jalan (Akta 33) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 75) berhubung pengawalseliaan e-hailing.
Dalam hal ini suatu peraturan kawal selia telah dilaksanakan bagi memastikan kualiti perkhidmatan e-hailing dan kebajikan orang yang bekerja sendiri. Ada lagi satu perkara yang dibangkitkan oleh YB Jerantut iaitu lesen Ali Baba. MOT mengambil maklum dan akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelakkan lesen Ali Baba ini berlaku dalam sektor perkhidmatan e-hailing ini. Insya-Allah. Seterusnya ialah apa yang dibangkitkan oleh Sandakan di mana YB Sandakan adalah Pengerusi LPKP Sabah sendiri ya. Undang-undang ini untuk bantu LPKP Sabah dan Sarawak lah ya.
[Ketawa] Adakah terdapat peningkatan tenaga kerja kepada JPJ selepas pindaan?
Kementerian senantiasa meneliti keperluan semasa untuk mempertingkatkan jumlah penguat kuasa JPJ bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memastikan penguatkuasaan terhadap pindaan undang-undang dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Memang ada banyak jawapan yang kosong lagi yang perlu diisi untuk menambah strength kekuatan kita dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan sudah pastinya.
Adakah MOT mempertimbangkan untuk mengguna teknologi dan AI dalam penguatkuasaan? MOT menerusi JPJ sebagaimana kita telah menerajui penggunaan teknologi dalam memastikan perkhidmatan dapat disampaikan kepada rakyat ini termasuklah menerusi pengenalan aplikasi MyJPJ. Penguatkuasaan kesalahan jalan raya melalui sistem AWAS dan terkini kementerian akan melaksanakan penguatkuasaan kenderaan lebih muatan iaitu melalui HS-WiM.
Dalam MyJPJ, I think kita dah semua itu dalam itu semua aduan boleh dibuat.
Semuanya maklumat boleh disampaikan dan MyJPJ ini memang dari masa ke semasa akan banyak lagi fungsi-fungsi lain untuk ditambah baik lagi untuk memudahkan rakyat. Sekarang ini ialah supaya boleh membuat dan menerima aduan on the spot dan sebagainya.
Seterusnya ialah apa yang daripada Yang Berhormat Merbok. Memastikan hukuman tidak terlalu keras, boleh dipertimbangkan untuk bagi kompaun sebelum dibawa ke mahkamah. Walaupun pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50 ribu, namun bagi ia tertakluk kepada siasatan dan pertimbangan pegawai pendakwa. Dari segi penguatkuasaan tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada risikan dan pemantauan yang dijalankan.
Denda yang tinggi adalah bagi mengekang daripada berlakunya kesalahan di bawah seksyen ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Di samping itu juga perkara yang dibangkitkan iaitu tentang kempen bagi memaklumkan perwujudan undang-undang baharu ini. Kementerian Pengangkutan dan JPJ dari masa ke semasa mengeluarkan hebahan dan risalah di media sosial sebagaimana advokasi kepada orang ramai.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Cadangan untuk mewujudkan lesen khas. Pada masa ini pihak kerajaan telah mempermudahkan proses bagi mendapatkan lesen bagi memandu kenderaan e-hailing dan orang awam boleh memilih mana-mana daripada 28 operator pengendali e-hailing yang telah dilesenkan untuk menjalankan aktiviti e-hailing ini.
Satu lagi ialah tentang pengawalan bagi tindakan menangkap tanpa waran. Ini juga dibangkit oleh beberapa orang Yang Berhormat juga tadi ya. Manakala mana-mana pegawai polis atau JPJ yang menahan seseorang yang melakukan atau disyaki aktiviti ulat, individu tersebut perlu diserahkan ke mana-mana balai polis yang terdekat dalam tempoh masa yang munasabah. Ini bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil ya.
Seterusnya apa yang dibangkitkan oleh YB Alor Setar iaitu Alor Setar tafsiran tempat awam. MOT menghasratkan tempat awam merangkumi semua lokasi yang boleh didatangi oleh orang awam yang melakukan kesalahan itu dalam ruang lingkup penyediaan atau perkhidmatan awam secara tidak teratur. Jadi yang itu di mana tempat awamlah yang boleh didatangi ya.
Satu lagi di-mark oleh YB Alor Setar bagaimana kesalahan ulat dibuktikan?
Penguatkuasaan kesalahan ulat tiket ini dari pengalaman di Semenanjung Malaysia ini dilaksanakan di bawah peruntukan seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Antara contoh pembuktian yang diambil kira adalah satu menerusi pemerhatian penguat kuasa JPJ di lapangan, risikan dilakukan di kawasan terlibat seperti lapangan terbang, terminal jeti dan sebagainya.
Pemerhatian terhadap gerak-geri dan tingkah laku subscribe melalui dan juga seterusnya melalui soal siasat terhadap penumpang dan pemandu kenderaan untuk membuktikan wujudnya elemen tawaran perkhidmatan pengangkutan dan bayaran upah atas perkhidmatan membawa penumpang. Di mana ada satu lagilah anggota penguatkuasaan sendiri yang melakukan penyamaran sebagai penumpang.
Pindaan terhadap Akta 334 bertujuan untuk meluaskan penguatkuasaan undang- undang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuanlah. Jadi apa yang sudah diamalkan di sini ini akan diaplikasikan di sana. Sebab kita pun memang sudah dari sejak 2010 APAD dan semua pengalaman dan juga finding-finding mereka, kaedah-kaedah ini juga akan dibawa ke kesalahannya. Misalnya di sana bukan APAD, di bawah LPKP.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri perlukan berapa lama lagi?
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tak banyak lagilah, tiga orang lagi bolehlah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yalah,berapa banyak lagi?
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tetapi ada...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Lima minit boleh lagi?
Ringkaskan Yang Berhormat.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Saya bagi cepat sikitlah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Lima minit ya.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Jadi tak payah celah-celah lagilah ya. Itu sahaja. Tak payah celahlah ya. Dah maghrib dah ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, lima minit. Teruskan Yang Berhormat.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Jadi satu lagi yang di dibangkit oleh YB Alor Setar iaitu adakah tujuan dibawa ke balai polis terdekat untuk tujuan jaminan?
Tujuan dibawa ke balai polis terdekat yang dimaksudkan adalah bagi tujuan siasatan.
Adakah kerajaan bercadang memberi subsidi bagi pemasangan gadget seperti camera dashcam atau keselamatan? Buat masa sekarang kerajaan tiada perancangan untuk memberikan sebarang subsidi pemasangan camera dashcam tersebut. Namun begitu, pemasangan gadget tersebut secara sukarela adalah digalakkan sebagai langkah keselamatan.
Banyak lagi yang baru ini. Sri Gading, Dungun ya membangkitkan tentang penambahbaikan terhadap penguatkuasaan lebih penting ya. Pindaan seksyen 14(1)A Akta 334 sememangnya bertujuan untuk menambah baik penguatkuasaan terhadap kesalahan ulat tersebut. Menerusi pindaan tersebut, penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan seragam. Dengan penguatkuasaan yang turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia seperti di sinilah.
Bagaimana sekiranya penawaran dilakukan melalui alam maya? Penawaran melalui alam maya adalah di luar skop pindaan Akta 334. Dalam hubungan ini pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan pengangkutan awam berlesen yang ditawarkan secara sah.
Perkhidmatan e-hailing teksi dan pengangkutan awam yang berlesen merupakan perkhidmatan yang diyakini dan selamat.
Seterusnya Yang Berhormat Besut. Adakah syarikat-syarikat juga boleh dikenakan tindakan? Elemen dalam peruntukan adalah memujuk, mendesak dan membawa dari satu lokasi ke lokasi lain dan mendapat bayaran. Maka semua elemen ini mesti dipenuhi, tidak kira individu atau syarikat. Jika semua elemen dipenuhi, maka boleh dituduh bawah seksyen ini.
Adakah tindakan boleh diambil di mana-mana lokasi atau di kawasan yang tertentu sahaja? MOT menghasratkan tempat awam merangkumi semua lokasi yang boleh didatangi ya oleh orang awam dan melakukan kesalahan. Yang melakukan kesalahan itu dalam ruang lingkup. Penyediaan suatu perkhidmatan awam secara tidak teratur. Bagaimanakah hukuman bagi aktiviti dijalankan oleh sindiket-sindiket?
Berkenaan ini, sekiranya semua elemen kesalahan dipenuhi, mana-mana pihak boleh dikenakan hukuman dan ianya tertakluk kepada budi bicara pada mahkamah untuk
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
menentukan tahap denda dan hukuman. Bagi kesalahan oleh sindiket-sindiket atau pesalah- pesalah berulang, hukuman yang lebih berat boleh dikenakan.
Satu lagi dibangkitkan adalah setakat mana kadar keberkesanan dengan akta ini?
Jadi Yang Berhormat melalui aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh JPJ di Semenanjung Malaysia bagi menangani isu ulat ini, bagi tahun 2021 hingga 2024 sahaja jumlah kes berkaitan ulat tiket yang telah direkodkan adalah sebanyak 515 kes dengan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM2,350,900. Yang sudah dikenakan didapati bersalah ya dan telah pun didenda.
Daripada aktiviti penguatkuasaan, risikan dan pemantauan yang berterusan oleh JPJ, adalah didapati jumlah pelaku kesalahan ini dapat dibendung dan dikurangkan. Jadi pengalaman di Semenanjung ini ya. Seterusnya Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sikit, sikit. Jadi menteri, jadi setakat kajian dibuat untuk setakat mengawal sajalah? Maknanya tidak dalam kajian untuk menghapuskan secara total? Itu yang maksud saya tanya tadi?
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Makna kajian ada empirikal study ke apa semua dibuat ke arah itu?
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tetapi kita study itu belum, tak ada lah.
Sebab apa yang saya sebut di sinilah mengenai apa yang pengalaman setakat undang- undang ini dibuat di Semenanjung Malaysia. Tetapi didapati ianya mendatangkan, mengurangkan aktiviti ini. Mengurangkan, jadi ertinya proses untuk menghapuskan ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker tinggal 20 orang dah itu. Kira sikit.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Proses untuk menghapuskan ini I think ya dengan izin istilah long way to go lah ya. Seterusnya apa yang dibangkitkan oleh YB Dungun ya. Penambahbaikan terhadap penguatkuasaan lebih penting. Pindaan seksyen 41A Akta 334 sememangnya bertujuan untuk menambah baik ya YB. Penguatkuasaan terhadap kesalahan ulat tersebut. Menerusi pindaan tersebut, penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan seragam dengan pemerkasaan di Semenanjung Malaysia ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat...
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Seterusnya satu lagi. The last one.
Seterusnya apa yang di suara dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading bagaimana pula dengan isu salah guna kuasa JPJ.
Kementerian Pengangkutan melalui agensi JPJ senantiasa memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap isu integriti yang berlaku dalam kalangan warga JPJ khususnya melibatkan penguat kuasa JPJ. Bagi memastikan terhadap integriti JPJ sentiasa ditambah baik. Di samping meningkatkan tahap kecekapan dan efficiency penguatkuasaan.
MOT dan JPJ sedang memperkasakan inisiatif pendigitalan bagi penguatkuasaan JPJ. Yang mana aktiviti-aktiviti penguatkuasaan di lapangan akan dimodenkan bagi memastikan pematuhan kepada ketetapan undang-undang yang dikuatkuasakan. Antara
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
hala tuju pendigitalan penguatkuasaan yang sedang giat dibangunkan oleh MOT dan JPJ adalah seperti berikut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
50 orang.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Satu ialah penguatkuasaan menggunakan teknologi iaitu automatic number plate recognition (ANPR). Yang boleh membaca nombor pendaftaran kenderaan secara automatik dan menyemak rekod LKM dan lain-lain maklumat di dalam sistem mySIKAP secara real time.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Penggunaan ANPR ini dapat mengurangkan intervensi manusia dalam pertimbangan untuk pengeluaran sebarang notis saman, seterusnya mengelakkan isu-isu integriti.
Penguatkuasaan kenderaan berat melalui sistem high speed-weigh in motion sudah saya sebutkan tadi. Satu lagi ialah tentang penggunaan body-worn camera (BWC) atau kamera badan bagi anggota penguatkuasaan.
Pihak JPJ sedang dalam fasa melaksanakan kajian kebolehlaksanaan penggunaannya, termasuk melaksanakan siri-siri proof of concept bagi mengkaji pelbagai aspek melibatkan perundangan, pengoperasian, implikasi kewangan serta keberkesanannya bagi meningkatkan integriti ketika melaksanakan aktiviti penguatkuasaan. Penggunaan BWC ini dijangka meningkatkan integriti penguatkuasaan, insya-Allah. Secara keseluruhannya, MOT dan JPJ senantiasa komited dalam menjunjung prinsip integriti dengan menambah baik aspek pemantapan tata kelola, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta penguatkuasaan di bawah undang- undang yang berkuat kuasa, selaras dengan aspirasi dan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nombor satu tahun 2023. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada sembilan orang Yang Berhormat yang telah pun bangkit membahaskan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker, kami nak maklum bahawa sana ada 20 orang saja. Kalau kami tak kesian, kami panggil kuorum. Baru jadi haru.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Panggil, Arau, panggil. Panggil sekarang.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Belah bahagi pun tak cukup orang. Tak cukup 15 dari pembangkang.
Puan Young Syefura Binti Othman - Bentong
Korang pun ada lapan orang saja itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tengok itu, samseng.
Puan Young Syefura Binti Othman - Bentong
Pembangkang ada lapan orang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Wong Kah Woh
Apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Speaker. Kalau tidak dengan Menteri. Kalau tidak kami panggil.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Wong Kah Woh
Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini samseng.
Tuan Wong Kah Woh
Tadi, minta dia tarik balik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Samseng.
Tuan Wong Kah Woh
Minta dia tarik balik, Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak ada tariklah. Samseng.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, duduk.
Tuan Wong Kah Woh
Speaker, minta dia tarik balik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, duduk.
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (Datuk Chan Foong Hin) dan diluluskan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
20 orang saja itu. 20 orang saja. Kamu samseng....
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 5 Disember 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.35 malam]